Dewan Rakyat · 1 December 2010

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 956 turns · 53,097 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Marcus Mojigoh (Makin)UPKO · BNPutatan · question

1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengatakan:- (a) apakah sebab lain, aktiviti rekreasi di Pulau Redang dan Pulau Perhentian Kecil diharamkan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia selain daripada kesan “coral bleaching”; dan (b) apakah punca utama yang menyebabkan “coral bleaching” dan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penutupan sementara kawasan rekreasi di Pulau Redang dan Pulau Perhentian Kecil dan juga beberapa taman laut lain adalah disebabkan kesan kelunturan karang atau dengan izin, coral bleaching dan bukan sebab-sebab lain. Tindakan penutupan sementara ini mulai daripada 2 Julai 2010 sehingga sekarang adalah bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang dialami terumbu karang di kawasan berkenaan dan pada masa yang sama membenarkan proses pemulihan terumbu karang. Kawasan-kawasan ini dibuka semula selepas terumbu karang pulih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, punca utama fenomena kelunturan karang atau coral bleaching adalah apabila suhu air laut meningkat sebanyak 1°C ke 2°C dari paras normal iaitu 28°C ke 29°C bagi tempoh selama empat minggu. Punca-punca lain yang boleh menyebabkan coral bleaching adalah:- (i) perubahan keasidan air laut atau acidity; (ii) kekurangan zooplankton yang merupakan sumber makanan kepada karang; (iii) peningkatan sedimentasi yang boleh menghalang kadar; (iv) penimbusan cahaya ke dalam air laut untuk penghasilan makanan karang; (v) perubahan kemasinan air laut atau salinity; dan

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

(vi) pendedahan kepada air surut dan peracunan ikan. Bagi menangani pelunturan karang, Jabatan Taman Laut Malaysia telah menyediakan pelan tindakan kelunturan karang yang menggariskan langkah- langkah mitigasi jangka pendek dan jangka panjang. Sebagai langkah mitigasi segera, Jabatan Taman Laut Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kelunturan Karang bagi menyelaras semua aktiviti untuk menangani isu kelunturan karang. Antara langkah-langkah serta-merta yang diambil adalah:- (i) Penutupan sementara beberapa kawasan rekreasi seperti mana yang saya nyatakan sebentar tadi; dan (ii) penubuhan pasukan petugas pemantauan kelunturan karang atau the coral bleaching task force untuk menjalankan aktiviti pemantauan kelunturan karang di taman kawasan laut. Manakala langkah mitigasi jangka pendek pula melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pemantauan kelunturan karang bagi mengelakkan ia daripada merebak. Sebagai langkah mitigasi jangka panjang, usaha pemuliharaan dan pembaikan pulih habitat terjejas akan dipergiatkan melalui pengezonan kawasan-kawasan taman laut bagi tujuan pemantauan dan penyelidikan berterusan. Pada masa yang sama pembinaan tukun tiruan, kajian tahap tampungan di pulau-pulau taman laut dan pemetaan habitat terumbu karang akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selain itu program pendidikan dan kesedaran awam juga akan dipertingkatkan untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan memulihara terumbu karang serta kejadian kelunturan karang. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Putatan, minta tolong kalau hari ini kita boleh cuba menyoal sebagai dalam Dewan, tidak perlu latar belakang dan mukadimah. Sila Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya akur saranan Tuan Yang di- Pertua. Tetap dari dahulu pun sampai sekarang.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat Menteri memang cantik dan saya ucapkan tahniah kerana usaha-usaha saya ucap tahniah kerana usaha- usaha telah pun dilaksanakan secara yang teratur yang memastikan negara kita ini tidak turun daripada ranking antarabangsa. Pada 8 hari bulan ini Cop16 akan diadakan di Cancun, di Mexico. Saya mengetahui Menteri daripada Kementerian Yang Berhormat akan menghadiri Cop 16 ini. Jadi soal dia kenapa Ahli Parlimen tidak dibawa? Itu tidak menjadi soal kalau tiada kewangan, beritahulah mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh membantu. Jadi dalam rating antarabangsa Malaysia ini, akibat daripada kerosakan terumbu-terumbu karang di negara kita. Bukan sahaja di negara kita tetapi ini menyebabkan di seluruh dunia. Jadi jawapan yang dibagi oleh Yang Berhormat Menteri tadi, selain daripada Pulau Redang dan Perhentian Kecil itu, ada tempat lain yang tidak disebutkan oleh Menteri, tapi tidak mengapalah, yang penting yang kita mesti tahu bahawa karbon emisi di negara kita ini adalah 187 juta tan setahun, bermakna iaitu 7.2 tan setiap seorang.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi persoalannya jika punca coral bleaching ini adalah fenomena global seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi itu tidak bermakna bahawa hanya mengakibatkan coral bleaching di pulau yang kita sebut, walaupun jawapan Menteri tadi lain-lain lagi tempat. Jadi saya mahu tanya kawasan mana yang lain itu yang ada kerosakan coral, terumbu karang ini disebabkan yang punca-punca yang disebutkan oleh Menteri tadi. Tidak perlu saya sebut semua. Jadi saya tertarik apa yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ringkas Yang Berhormat, tadi saya dah minta Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya tahu semua penting Yang Berhormat .

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi di ‘Darvel Bay’ satu tempat dinamakan Pulau Sipadan, di antara pulau yang popular di dunia. Kita akan mengadakan satu membina jana kuasa elektrik di Sabah iaitu berasaskan arang batu. Jadi saya mahu lihat EIA report pun tidak dapat dipersetujui. Apakah pandangan Menteri atas pembinaan loji ini, adakah ia disokong oleh kementerian atau sebaliknya? Itu soalan dia.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kebiasaannya apabila menjawab saya menjawab terus direct to the point. Jadi ketiga-tiga soalan itu saya akan jawab direct to the point. Pertama adalah berkaitan dengan sama ada kementerian ini akan menghadiri satu conference berkaitan climate change di Mexico. Sememangnya Menteri saya Yang Berhormat Dato’ Douglas akan menghadiri seminar ini tapi sama ada, ada ruang untuk membawa MP’s, saya mohon maaf oleh sebab saya tidak tahu. Keduanya ialah berkaitan dengan kawasan-kawasan di mana terdapatnya kerosakan coral bleaching. Saya hanya bercakap berkaitan dengan taman-taman laut yang telah digazetkan sebagai taman di mana kementerian punya kuasa untuk menjaga. Tempat-tempat itu saya senaraikan di sini. Pertama ialah di negeri Kedah di mana tiga lokasi spot di mana coral bleaching ini berlaku ialah Telok Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden. Manakala pula di negeri Terengganu empat lokasi tempat di mana coral bleaching ini berlaku iaitu Telok Bakau, Telok Air Tawar, Telok Dalam dan Tanjung Tukas Darat. Manakala di negeri Pahang pula ada dua lokasi iaitu Pulau Chebeh dan Batu Malang Semua tempat ini ditutup tetapi apabila didapati dari segi pemantauan yang kita adakan dari semasa ke semasa, kalau didapati ada pemulihan karang maka kita akan buka tempat itu untuk pelancong datang. Ini pun pelancong-pelancong yang kita benarkan itu adalah terhad juga. Oleh sebab kalau kita benarkan full capacity, mungkin pemulihan semula karang ini tidak berlaku. Daripada kesan tindakan Jabatan Taman Marin ini kita dapati kurang lebih 3% sehingga 30% menunjukkan bahawa ada pemulihan karang ini. Berkaitan dengan pembinaan loji di Sipadan ini, maka Pulau Sipadan ini bukanlah di bidang kuasa kementerian ini. Kalau ada pun pembinaan loji seperti itu apakah pendirian kementerian ini ialah berkaitan EIA sahaja dan sama ada projek itu akan berterusan atau tidak terserah kementerian KETTHA. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya hendak ucap tahniah dan

syabas kementerian dan ucapan terima kasih setinggi-tingginya Jabatan Taman Negara, kerana salah satu khazanah yang terpenting di negara kita ialah karangan, batu-batu karang di laut kita. Ia seperti taman bunga di dalam air, saya ingat satu ketika dulu di Johor di Mersing, kegiatan mencuri batu karang ini oleh penyelam-penyelam yang datang daripada luar negara begitu menjadi. Waktu saya menjadi Exco dulu kita luluskan beberapa taman yang diwartakan. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat, usaha ini harus dilipat gandakan, untuk mengawal, menjaga dia bukan sahaja mencantikkan laut tetapi kerana di situlah sumber laut. Ikan-ikan itu beranak pinak kerana tempat dia berlindung penting sangat kepada pihak khazanah kekayaan negara. Hukuman saya tidak tahu setakat ini. Hukuman kita apakah ringan, sederhana atau berat atau adakah cadangan kementerian hendak menghukum pencuri-pencuri yang memusnahkan karangan kita itu. Soalannya itulah soalannya kerana...

Soalan tambahan boleh panjang? Tadi Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi Yang Berhormat Kalabakan menyoal ni, lebih panjang daripada saya. Saya dah hendak sampai hujung ini. Dah ringkas lah ni. Cuma tanya hukuman, kerana penguatkuasaan kalau tidak disertakan dengan hukuman...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini sebab tangguh 18 bulan kot?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat, faham lah Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sri Gading. Ini berkaitan dengan mencuri karang, di mana kalau ada salah seorang kedapatan mencuri karang, undang-undang itu akan beroperasi. Akan tetapi dalam perkara apa yang kami buat sekarang ini hanya untuk memantau kawasan di mana terdapat karang 24 jam. Kita mempunyai stesen tertentu untuk memantau supaya ini terjaga dan tidak dicuri.

Untuk sementara waktu, jabatan ini hanya menggunakan perundangan Akta Perikanan. Akan tetapi ini bukan bererti kementerian ini tidak ada usaha untuk mewujudkan satu akta. Sekarang ini ialah dalam proses dan kajian supaya apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi itu will be taken care of. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, cuma minta satu soalan tambahan ini pasal bom ikan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Persoalannya batu karang rosak kerana orang menangkap ikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Satu soalan 20 minit, itu Parlimen kita punya prestasi Yang Berhormat. Itu kita punya benchmark dan kita punya prestasi. Saya sudah menyelidik soalan House of Commons dalam tahun 2009, tiap-tiap soalan tambahan tidak melebihi 20 perkataan. Itulah peraturan kita di

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

bawah P.M.23(r)(i) yang mengatakan tidak boleh lebih daripada 40 perkataan pertanyaan menjawab lisan ini.

Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan · question

2. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah alternatif disediakan bagi rakyat yang menggunakan kereta lama jika kerajaan meningkatkan 50 peratus duti import alat ganti kereta terpakai, sedangkan alat ganti kereta asli sangat mahal dan pemalsuan alat ganti tiruan berleluasa seluruh negara.

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, untuk makluman, sehingga kini kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan kadar duti import ke atas alat ganti dan komponen terpakai seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Namun begitu, kerajaan tidak menggalakkan penggunaan alat-alat ganti terpakai disebabkan oleh faktor keselamatan dan alam sekitar. Kerajaan percaya sekiranya lebih ramai pengguna beralih kepada penggunaan alat ganti baru yang asli, pengeluaran alat ganti baru ini akan meningkat dan harga dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu, kerajaan mencadangkan supaya pengharaman atau meningkatkan duti import 50% ke atas alat ganti kereta terpakai dan banyak masalah yang timbul kerana ia akan memberi masalah yang sangat besar kepada pemilik kereta lama di mana kalau pengharaman duti import ini dilaksanakan, ia mampu membunuh industri alat ganti kereta terpakai. Juga, lebih 5,000 pengedar alat ganti kereta terpakai di seluruh negara akan terjejas. Pada masa yang sama, dijangkakan kira-kira 100,000 orang akan hilang pekerjaan kalau Dasar Automotif Kebangsaan itu dilangsungkan kelak. Ini kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Pengedar Alat Ganti...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Soalan Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Soalan saya, sejauh manakah –sebelum itu kerajaan mengadakan kempen untuk melupuskan kereta lama yang berusia 15 tahun dan bagi insentif RM5,000? Saya hendak tanya, macam mana sambutan kempen ini dan setakat ini, berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan untuk menjayakan kempen ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat itu tadi, telah dimaklumkan bahawa kerajaan belum lagi berhasrat untuk melaksanakan atau menghapuskan kereta yang lama itu oleh sebab-sebab tertentu yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat sendiri itu tadi. Walaupun demikian, untuk makluman Yang Berhormat, di bawah kajian semula Dasar Automotif Nasional atau National Automotive Policy (NAP) kita yang diumumkan pada 28 Oktober 2009, kerajaan akan menghapuskan pengimportan kenderaan terpakai mulai 1 Januari 2016. Selaras dengan usaha ini, kerajaan akan menghapuskan pengimportan alat-alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat mulai Jun 2011. Ini adalah selaras dengan salah satu objektif kajian semula NAP iaitu meningkatkan lagi tahap keselamatan yang disebutkan di bawah konsep 1Malaysia dan juga rakyat didahulukan bagi pengguna kenderaan dan mempromosikan peluang-peluang mesra alam sekitar kita.

Kerajaan akan melaksanakan penghapusan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dari segi keselamatan jalan raya kita. Melalui langkah-langkah ini, kerajaan berhasrat supaya alat ganti dan komponen yang digunakan adalah tulen dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Ini bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan kenderaan di jalan raya, malah kualiti alam sekitar pun dapat dipelihara. Langkah yang akan berkuat kuasa mulai Jun 2011 ini hanya melibatkan alat ganti dan komponen terpakai yang diimport sahaja. Justeru, pengusaha kereta terpakai dan gantian masih boleh menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan alat ganti dan komponen terpakai yang diperoleh dari pasaran tempatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Soalan saya tidak jawab itu. Kereta – kempen insentif RM5,000 itu tidak jawab.

Yang Berhormat, saya sudah sentuh tadi bahawa kerajaan tidak melaksanakan apa yang dicadangkan pada masa itu. Jadi ini tidak relevan lagilah. Sekian, terima kasih.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merayu bagi pihak rakyat yang berpendapatan rendah, supaya NAP dikaji semula. Peningkatan 50% ini juga perlu dikaji oleh pihak kerajaan kerana kita melihat belum masanya, kerana hasrat kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi masih belum tercapai. Jadi kita melihat sekarang ini ramai pengguna yang membeli spare part di kedai-kedai kebanyakannya mengalami penipuan oleh sebab mereka tidak dapat mengenal pasti di mana yang benar original dan juga yang palsu yang menyebabkan pengedar-pengedar ini mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan supaya kajian terperinci dibuat berdasarkan kepada kehendak semasa, liberalisasi pasaran dan lain-lain yang menyebabkan kerajaan perlu mengkaji semula NAP agar bersesuaian dan mengikut kehendak rakyat terbanyak yang masih memiliki kereta terpakai di kawasan-kawasan luar bandar. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang disentuh oleh Yang Berhormat itu memang kita semua bersetuju, sebab kita sangat prihatin terhadap pengguna-pengguna kereta terpakai ini. Jadi, oleh sebab itulah kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan duti import dalam jawapan saya tadi. Jadi, alat-alat ganti terpakai pun, ia sekarang ini boleh diimport terus dari negara-negara yang boleh mengeluarkan alat-alat ganti terpakai ini tanpa mempunyai duti import. Jadi, semua alat ganti terpakai ini memang ada di seluruh negara kita setakat ini. Jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi iaitu import duti yang 50% itu, itu tidak dilaksanakan setakat ini. Akan tetapi kajian akan dibuat jika kita ingin membuat satu dasar yang baru di masa yang akan datang, tetapi ini sudah ditetapkan di dalam dasar NAP kita yang kita akan laksanakan mulai dari 1 Januari 2016 nanti. Sekian, terima kasih.

Mohamed Nasir bin Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus · question

3. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah banduan warga Indonesia yang sedang berada di dalam penjara seluruh negara dan sejauh manakah mereka ini menyumbang kepada kesesakan penjara serta berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai mereka.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus yang telah mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia, setakat 29 November 2010, terdapat seramai 5,503 orang penghuni penjara warga Indonesia yang melakukan pelbagai kesalahan dan sedang menjalani hukuman di penjara di seluruh Malaysia.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Jumlah ini adalah bersamaan 15.74% daripada jumlah keseluruhan banduan yang berada di penjara iaitu seramai 34,946 orang. Berdasarkan statistik pada 29 November 2010 tersebut, jumlah banduan warga Indonesia menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan statistik bagi tempoh yang sama tahun 2008 dan 2009. Bagi tahun 2008 jumlahnya adalah seramai 7,434 orang dan pada tahun 2009 menurun kepada 6,264 daripada orang. Daripada statistik ini, ianya jelas menunjukkan bahawa banduan warga Indonesia tidak menyumbang kepada kesesakan di penjara. Terima kasih.

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan selain daripada warga Indonesia, jumlah pesalah warganegara asing dalam penjara di Malaysia ialah lebih kurang dalam lingkungan 10,000 orang. Maknanya, 10,000 daripada 35,000 banduan dalam negara kita merupakan warga negara dari luar negara termasuk yang datang dari Filipina, Thailand, Myanmar, Bangladesh dan sebagainya. Saya cuba bayangkan kos yang ditanggung oleh rakyat Malaysia untuk menyara pesalah ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tadi kosnya lebih kurang RM35 setiap pesalah satu hari. Kalau dikira, satu hari perbelanjaan kita menyara warganegara asing, pesalah ialah RM350,000. Sebulan RM10.5 juta, setahun beban kewangan negara lebih kurang RM126 juta untuk menanggung pesalah- pesalah negara asing. Soalan tambahan saya adakah kerajaan bercadang untuk berbincang dengan negara yang ramai warga mereka bekerja di negara ini untuk mereka menerima pesalah-pesalah ini untuk ditahan dalam penjara di negara asal mereka? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sehubungan dengan kos seperti mana yang telah dinyatakan iaitu RM35 sehari sebenarnya adalah melibatkan kos penyediaan makanan, peralatan, pakaian, kesihatan, emolumen kakitangan, program pemulihan dan lain-lain. Kerajaan sedar bahawa kalau daripada segi kos ini memang meningkat atau pun banyak dibelanjakan oleh kerajaan. Oleh kerana itu, kerajaan bercadang untuk mengadakan satu undang-undang bagi membolehkan melaksanakan program pemindahan banduan di antara Malaysia dengan negara-negara lain di mana banduan di dalam penjara kita. Oleh kerana itu, satu draf Akta Pemindahan Banduan telah pun disediakan yang mana telah dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara yang mana pada hari ini kita masih lagi belum mendapat respond daripada Jabatan Peguam Negara.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya juga

berkaitan dengan kos. Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM30.2 juta bagi menampung kos penghantaran pulang 154,729 pendatang asing tanpa izin antara tahun 2007 hingga 2009. Mungkin juga jumlah ini akan meningkat dari tempoh 2009 sehinggalah ke akhir tahun ini contohnya. Saya ingin tahu apakah jaminan atau pun tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan mereka yang telah dihantar pulang ini sama ada duduk di sini melebihi tempoh atau pun kesalahan-kesalahan tertentu kembalinya semula mereka ke tanah air kita ini dapat dikesan. Jika tidak, mereka ini datang, langgar undang-undang, kita hantar dengan kosnya balik, dia buat business, mungkin dia perbaiki kehidupannya. Selepas setahun, dia datang balik, selepas itu esok dia duduk lagi setahun dua. Kita pula hantar lagi mereka balik dengan kos yang ditanggung oleh pembayar cukai. Selain daripada itu Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin memetik kenyataan daripada Pengarah Eksekutif Pendidikan Ekonomi Malaysia yang mendakwa 20% peluang pekerjaan yang wujud tahun ini telah jatuh ke tangan warga asing. Jadi, saya ingin tahu adakah kenaikan levi pekerja asing secara berperingkat mampu untuk menangani masalah ini dan apakah unjuran yang dianggarkan oleh KPI yang disasarkan oleh kerajaan terhadap jumlah pendatang tanpa izin tahun lepas? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sehubungan dengan kos yang dibelanjakan untuk mengusir pendatang asing ini. Memang benar kosnya anggaran seperti mana yang dinyatakan. Akan tetapi, daripada sistem yang kita ada hari ini ada kelemahannya dan atas kesedaran itu bahawa pada masa sekarang kerajaan sedang membuat kajian yang terperinci untuk melaksanakan Program Biometric yang mana daripada peringkat kemasukan pendatang asing ini sehingga keberadaan mereka keluar, kita hendak mendapatkan supaya mereka ini dapat dikesan. Apabila mereka balik, ianya tidak lari daripada dikesan semula. Berkaitan dengan levi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi sama ada ia boleh menampung kos pendatang asing yang diusir ini. Kita belum ada kajian yang dibuat. Untuk sementara ini kita tidak ada maklumat untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia.

Chua Soon BuiSAPP · BNTawau · question

4. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:- (a) apakah tindakan yang dapat diambil oleh kementerian untuk mengurangkan jurang perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah seperti mana yang dijanjikan kerajaan; dan (b) bagaimana kementerian dapat mengatasi cabaran- cabaran yang dihadapi rakyat Sabah.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang menyedari terdapat jurang perbezaan harga di antara negeri Sabah dan Semenanjung terutamanya yang melibatkan kawasan pedalaman. Bagi mengurangkan jurang perbezaan harga dan menyeragamkan harga barangan keperluan di seluruh negara termasuk Sabah, Kementerian

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melaksanakan program-program seperti berikut iaitu pertama menyeragamkan dan menetapkan harga barang perlu yang bersubsidi seperti beras ST15, gula, tepung gandum, minyak masak, gas, petroleum cecair (LPG) dan juga petrol termasuk juga diesel; Misalnya di dalam harga petrol RON 95 misalnya. Harga di Sabah dan di Semenanjung adalah sama sahaja kerana kita telah pun menetapkan harganya sebagai harga yang sama. Apabila ianya bersangkutan dengan luar bandar, kita amat memahami bahawa bentuk muka bumi Sabah dengan kesukaran dari segi perhubungan menyebabkan harganya berbeza. Di Sabah di kawasan pedalaman bukannya setakat berbeza dengan Semenanjung tetapi juga berbeza dengan kawasan- kawasan bandar besar dan sebagainya. Sebab itulah pihak kementerian melaksanakan Projek Pengedaran Barang-barang Perlu dan juga termasuk menyeragamkan harga gas dan komuniti drumming, termasuk juga tambahan 25 barangan lain yang disamakan harganya dengan kawasan bandar.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Jadi dengan adanya program ini harga bukan dapat disamakan dengan kawasan bandar tetapi jurang perbezaan harga 25 barang keperluan itu dapat juga dikurangkan perbezaannya, jurangnya dengan barang yang dijual di Semenanjung Malaysia ini. Kita menjangkakan untuk tahun 2011 kita akan tambah lagi sebanyak 50 jenis produk yang akan kita kurangkan jurang perbezaannya. Terima kasih.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, mengapa sudah tindakan yang di janji berulang kali dan berusaha beberapa tahun setakat ini, kementerian masih belum mengatasi mengurangkan perbezaan harga barangan keperluan asas di Sabah. Apakah Menteri sedar bahawa barangan harga kawalan seperti beras ST15 juga di pasaran masih dengan harga yang lebih mahal di bandar Tawau, bukan di pedalaman iaitu lebih daripada RM20 hingga RM25 per 10 kilo berbanding dengan harga seragam yang ditetapkan oleh kerajaan. Berapa lama lagi rakyat di Sabah hendak tunggu mendapat kesannya? Tidakkah kerajaan bercadang hendak mengatasi masalah dengan satu mekanisme yang efektif yang dimaksudkan dengan pemberian subsidi seperti mana dibuat untuk mengekalkan kadar tol selama lima tahun di Semenanjung Malaysia dengan RM5 bilion. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita akui bahawa perbezaan antara harga di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ada perbezaan. Walaupun saya dah sebutkan tadi ada lima produk yang barang-barang bersubsidi kita dapat samakan tetapi ada lagi barang lain yang ada perbezaan harganya. Seperti kita tahu bahawa produk-produk yang dibawa daripada Semenanjung, kilang daripada Semenanjung ke Sabah misalnya terpaksa dibawa melalui pengangkutan laut dan sebagainya yang memerlukan kos penghantaran. Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi kos pelabuhan, kita dapati bahawa kos pelabuhan di Sabah adalah lebih tinggi daripada kos pelabuhan di Semenanjung. Itu tidak termasuk lagi daripada kos penghantaran barangan daripada Kota Kinabalu ataupun di Sepanggar misalnya, pelabuhan Sepanggar untuk sampai ke Tawau dan sebagainya. Oleh sebab itulah untuk jangka panjang, beberapa cadangan telah kita berikan. Pertamanya, menggalakkan pembukaan kilang-kilang yang boleh mengeluarkan produk-produk tertentu. Misalnya pihak

kementerian, saya difahamkan MITI misalnya, untuk mengurangkan harga gula di Sabah telah pun meluluskan lesen untuk membuka kilang gula supaya apabila kilang itu dibuka sendiri di Sabah, tidak perlu dibawa dari Semenanjung. Bermakna harganya mungkin akan dapat dikurangkan. Kita juga sekarang mula membenarkan pemborong ataupun pengedar barangan daripada Sabah ataupun Sarawak untuk mengimport terus barangan daripada negara pengeluar. Begitu juga dengan sistem kabotaj di bawah Kementerian Pengangkutan. Saya difahamkan terdapat perbincangan di antara pengimport dengan pihak Kementerian Pengangkutan untuk meliberalisasikan dasar kabotaj yang ada pada hari ini yang mungkin akan juga menyumbang kepada kenaikan kos barangan yang dihantar ke Sabah dan Sarawak. Jadi dari segi jangka panjangnya, kita mempunyai perancangan termasuklah menggalakkan mewujudkan distribution centre di kawasan-kawasan bandar besar di Sabah dan Sarawak supaya apabila dibeli secara bulk purchase dengan izin, dan diwujudkan distribution centre di kawasan-kawasan bandar besar, maka kos pembelian barang kerana beli secara banyak ia akan menjadi lebih rendah. Ini juga mungkin boleh dapat kita mengurangkan harga yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri dan selamat kembali daripada menunaikan fardu Haji, insya-Allah haji yang mabrur. Soalan tambahan saya, ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Krau, ini soalan Sabah.

Ya, saya hendak bantu Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Menteri sebut terhadap kos-kos yang terlibat, kos secara langsung dan tidak langsung iaitu kos penghantaran daripada Semenanjung melalui kapal, kos daripada pelabuhan kepada kawasan pedalaman. Soalan saya, sementara hendak menunggu kilang-kilang ini dibuka di Sabah dan Sarawak bagi menyeragamkan harga di antara barangan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ini sama. Sementara hendak menunggu kilang dibuka, mesti ada terlibat kos-kos tertentu yang saya sebut tadi, Yang Berhormat Menteri pun sebut. Jadi saya hendak tanya, kos ini siapa yang tanggung? Adakah kerajaan sendiri bersetuju untuk menanggung kos sementara hendak membuka kilang ini, memberi subsidi dan sebagainya kepada Sabah dan Sarawak supaya harga ini akan sama dengan di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa pada peringkat ini pihak kerajaan hanya menjamin kos di kawasan pedalaman sama dengan di kawasan bandar. Kosnya telah pun ditanggung oleh kerajaan. Untuk tahun 2010, kerajaan menanggung sebanyak RM79 juta untuk liputan sebanyak 30% daripada kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Baru- baru ini, saya percaya rakyat di Sabah dan Sarawak berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana telah meluluskan sebanyak RM200 juta subsidi kos pengangkutan bagi membawa barangan ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak bagi memastikan 80% daripada kawasan Sabah dan Sarawak mendapat liputan untuk penyeragaman harga di kawasan pedalaman dan kawasan bandar.

Jadi untuk sementara ini, kita memberi kos sebanyak - untuk mensubsidikan sebanyak 25 barang dan mungkin 50 barang seperti saya sebut tadi termasuk barang-barang bersubsidi. Barang-barang lain kita tidak termasuk lagi dalam program yang dijalankan ini. Terima kasih.

Mohd Radzi bin Sheikh AhmadUMNO · BNKangar · question

5. Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bertujuan menghapuskan hukuman gantung terhadap kesalahan membunuh seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak baru-baru ini. Berapakah bilangan kes pembunuhan yang telah dibicarakan di mahkamah sejak tahun 2000 dan berapakah bilangan kes yang disabit kesalahan dan hukuman gantung dijalankan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kangar. Kerajaan masih belum bercadang untuk memansuhkan hukuman mati namun kerajaan menyambut baik apa-apa cadangan yang diberikan oleh mana- mana pihak yang menyokong supaya hukuman mati dimansuhkan. Cadangan tersebut akan diberi pertimbangan yang sewajarnya setelah kajian yang menyeluruh dan penelitian yang rapi dibuat dalam pelbagai aspek dan juga setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Perkara ini adalah perlu kerana pemansuhan hukuman mati akan memberikan impak yang besar kepada sistem perundangan negara ini. Pindaan yang sewajarnya juga perlu dibuat kepada undang-undang jenayah yang tertentu sekiranya hukuman mati dimansuhkan di negara ini. Selanjutnya, sejak tahun 2000 hingga tahun 2010, bilangan kes pembunuhan yang telah dibicarakan di mahkamah dan yang telah disabitkan adalah seperti berikut; sebanyak 1,601 kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan setelah menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan melalui proses rayuan di Mahkamah Rayuan, sebanyak 47 kes telah disabitkan di bawah Seksyen 302 Akta 574 yang direkodkan sabitan di Mahkamah Persekutuan. Sejak tahun 2000 hingga tahun 2010, cuma 9 hukuman gantung telah dijalankan bagi kes yang disabitkan di bawah Seksyen 302 akta yang saya sebut tadi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Selebihnya belum dilaksanakan kerana masih menanti keputusan petisyen jemaah pengampunan negeri masing-masing. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan cara hukuman gantung itu dilaksanakan sekarang. Seperti mana kita semua sedia maklum di negara kita, kita menjalankan hukuman gantung itu melalui tali gantung yang mungkin tidak lagi sesuai dalam zaman yang moden dan berteknologi tinggi. Jadi, adakah kerajaan telah memikir untuk mengubah cara ini kepada satu cara lain yang mungkin lebih berperikemanusiaan iaitu melalui suntikan maut, dengan izin, leathal injection?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar atas soalan tambahan ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa cara untuk menjalankan hukuman mati melalui gantung sampai mati adalah diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah, Seksyen 281 dan telah pun dijalankan sejak zaman yang lalu lagi, zaman British dan seperti Yang Berhormat

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

sedia maklum bahawa kesalahan bunuh ini adalah kesalahan yang amat berat asalkan ia berlaku di mana-mana sahaja di bumi ini. Jadi, buat setakat ini kerajaan belum lagi ambil apa-apa tindakan dalam menukarkan cara untuk menggantung pesalah yang didapati bersalah dalam seksyen 302 ini. Walau bagaimanapun, pandangan-pandangan kalau diberi, kerajaan akan mengambil kira. Sekian, terima kasih.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, hukuman gantung sampai mati adalah satu, dengan izin, cruel and unjust punishment. Adalah beban berat ke atas seorang hakim untuk hukum seseorang manusia untuk digantung sampai mati. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengadakan satu alternatif kepada hukuman mati yang adalah mandatori sekarang dengan hukuman alternatif, iaitu life imprisonment kerana tidak ada sistem juri sekarang, apa yang saya nyatakan tadi adalah beban berat ke atas seorang hakim untuk hukum seseorang manusia. Bolehkah saya dapat tahu, adakah kerajaan akan cadang untuk mengadakan satu alternatif - hukuman mandatori yang ada sekarang dalam Seksyen 302, Kanun Keseksaan? Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seperti yang saya katakan tadi, dalam konteks ini, pesalah yang didapati bersalah dan menjalankan hukuman melalui gantung sampai mati ialah telah pun didapati bersalah dalam kes pembunuhan di bawah konteks seksyen 302. Yang Berhormat sedia maklum bahawa kes pembunuhan ini adalah kes pembunuhan yang berat. Hakim selepas mengendali keterangan-keterangan daripada saksi- saksi dan juga barang-barang kes untuk menentukan hukuman yang begitu. Jadi, memang berat untuk seseorang hakim untuk menjatuhkan hukuman. Akan tetapi, ini telah pun melihatkan kes tanpa keraguan dan kes telah pun ditumpukan daripada pendakwaan tanpa keraguan dan hakim akan menjatuhkan hukuman seperti begitu. Jadi, seperti yang saya katakan tadi, cara untuk menjalankan hukuman melalui gantung sampai mati telah pun ditertibkan dalam Seksyen 281, Kanun Tatacara Jenayah dan telah pun dijalankan sejak zaman British lagi. Jadi, buat setakat ini tidak ada alternatif yang telah pun dipertimbangkan kerana peruntukan masih lagi dijalankan dan pada masa sekarang kerajaan tidak ada apa-apa cadangan dalam perkara ini. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 6 – Y.B. Tuan M. Manogaran (Telok Intan) tidak hadir]

Raime bin UnggiUMNO · BNTenom · question

7. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah pihak kementerian menangani masalah lambakan daging dan sayuran import dan dalam masa yang sama dapat memperkasakan sektor ternakan serta pertanian.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memantau kemasukan hasil-hasil pertanian seperti daging dan sayur-sayuran bagi memastikan agar pasaran terkawal dan mengelakkan berlakunya lambakan. Pelbagai langkah yang komprehensif telah diambil bagi mengelakkan berlakunya lambakan daging dan sayuran import dalam negara. Antaranya termasuklah: (i) Pelaksanaan Enhanced Enforcement Program, dengan izin, mulai 1 Mei 2010 terhadap sayuran import.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Sehingga kini EEP telah dikuatkuasakan terhadap 12 produk pertanian dari Thailand. Dengan pelaksanaan EEP, pengimportan produk memerlukan permit import dari Jabatan Pertanian dan sijil phyto sendiri dari negara pengeksport; (ii) pelaksanaan kuota import bagi kubis dengan matlamat menyelaraskan keperluan pasaran dalam negeri dengan pengeluaran tempatan. Kuota import diubahsuai setiap bulan selaras dengan jangkaan pengeluaran tempatan dan permintaan; (iii) menetapkan had peratusan barang-barang jualan iaitu 70% hasil keluaran tempatan dan 30% produk import bagi sayur-sayuran di bawah Peraturan-peraturan Perniagaan di Pasar Tani dan Prosedur Operasi Standard di Agro Bazar, Kedai Rakyat. Bagi sayuran berdaun, bekalan adalah 100% daripada tempatan; (iv) menggalakkan usahawan di pasar tani dan di Agro Bazar, Kedai Rakyat untuk mendapatkan bekalan sayur- sayuran daripada peserta-peserta ladang kontrak melalui pemadanan perniagaan; dan (v) tidak membenarkan 100% penjualan daging lembu, kerbau beku import di pasar tani. Hanya daging segar tempatan sahaja dibenarkan. Pihak kementerian juga mengambil langkah-langkah untuk memperkasakan sektor pertanian dengan: (i) meluaskan kawasan pengeluaran sayur-sayuran; (ii) meningkatkan produktiviti dan daya saing; (iii) mengamalkan pertanian mesra alam; (iv) pembangunan penyelidikan dan penyampaian teknologi; (v) pelaksanaan program transformasi usahawan ternak iaitu Skim Bantuan Ternakan untuk menggalakkan golongan penternak tradisional yang berpotensi agar dapat beroperasi ke tahap komersial; dan (vi) peningkatan populasi ternakan melalui kawasan tumpuan sasaran di kawasan-kawasan berpotensi. Terima kasih.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada pihak kementerian atas penganjuran MAHA. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, kita tahu apabila berlakunya lambakan daging dan juga sayur-sayuran akan menyebabkan negara kita akan mengalami defisit dalam perdagangan makanan yang memakan berbilion-bilion ringgit. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, apakah pelaksanaan Pelan Imbangan Perdagangan 2010 yang mana telah dibincangkan di peringkat kementerian bagi memastikan lambakan makanan ini dapat ditangani dengan cara yang lebih efisien. Saya juga ingin tahu, tadi Timbalan Menteri ada mengatakan penguatkuasaan kepada barang-barang import. Saya ingin mendapat penjelasan,

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

setakat ini adakah pihak-pihak yang tertentu yang cuba menyalahgunakan, terutama subsidi atau kuota-kuota import yang telah diberi oleh pihak kementerian kepada pengusaha-pengusaha. Saya percaya ini juga menyebabkan kadang- kadang berlakunya lambakan kita di peringkat akar umbi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih Yang Berhormat Tenom atas soalan tambahan. Pertama mengenai defisit atau boleh dikatakan import yang semakin besar. Memang tidak dinafikan bahawa di kementerian kita, kita ingin mencapai SSL yang lebih tinggi tetapi terutamanya untuk daging dan kambing. Pada masa ini SSL nya hanya mencapai anggaran 30% maka import masih perlu untuk memastikan bahawa pengguna di negara kita mendapat bekalan yang mencukupi. Selain itu untuk sayur-sayuran boleh dikatakan SSL kita masih belum mencapai 100% maka ia merupakan salah satu barang yang diimport. Akan tetapi import yang paling besar adalah bahan makanan untuk ternakan haiwan atau ruminan dan bukan ruminan. Ini kerana negara kita memang tidak sesuai dengan iklimnya untuk mengeluarkan bahan-bahan bijirin ini untuk ternakan di negara kita. Maka dari segi ini memang import perlu masih diadakan untuk bahan- bahan bijirin ini. Untuk mengimbangkan nilai import dengan export negara kita, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan di bawah Economy Transformation Programme. Di mana dari segi pertanian, kita memang menumpukan perhatian kepada ekonomi nilai tinggi seperti ikan hiasan dan sebagainya untuk meningkatkan keluaran eksport kita dan dengan secara langsung mengurangkan defisit yang dialami. Untuk masalah yang dihadapi dari segi, Yang Berhormat Tenom yang mengatakan subsidi untuk import kuota dan sebagainya. Pada masa ini memang tiada subsidi untuk import kuota tetapi untuk import-import yang diberi memang kita memastikan melalui sijil fifo certificate macam untuk sayur-sayuran seperti untuk memastikan kualiti barang adalah terjamin dan terkawal untuk keselamatan pengguna-pengguna di negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Seputeh.

Yang Berhormat Ketereh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ketereh, sorry.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin memohon penjelasan berkaitan dengan kedudukan dan status National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. yang mendapat pinjaman RM250 juta dari dana tabung pertanian negara untuk projek ternakan lembu di Negeri Sembilan. Berapa banyak daging yang dapat dibekalkan oleh syarikat ini bagi menampung keperluan daging dalam negara dan mengurangkan pengimportan? Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sepatutnya negara sudah berupaya mencapai pengeluaran 40% daripada keperluan daging negara tetapi daripada jawapan Menteri tadi masih gagal lagi. Adakah siasatan dijalankan kenapa projek tersebut gagal dan apakah tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang terlibat di belakang skandal tersebut? Terima kasih.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas soalan tambahan mengenai Program Feedlot Nasional. Untuk jawapan ini memang ia

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

telah dijawab pada perbahasan, kalau tidak salah bajet atau sesi lepas. Maka saya tidak akan mengulas dan mengulangi jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian terima kasih.

Yusmadi bin YusoffPKR · PRBalik Pulau · question

8. Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah wang peruntukan kerajaan yang telah digunakan untuk pembangunan belia dan sukan di Balik Pulau.

Dato' Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Balik Pulau, bersekali dengan soalan yang juga dikemukakan oleh beliau pada tarikh 2 Disember 2010 kerana ianya berkaitan dengan isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua jumlah peruntukan bagi tahun 2010 yang telah digunakan untuk melaksanakan program- program pembangunan belia dan sukan di kawasan Balik Pulau adalah sebanyak RM106,920. Di mana pecahannya ialah enam program sukan berjumlah RM44,370, empat program belia berjumlah RM34,600 dan enam Program Rakan Muda berjumlah RM27,950, yang termasuk antara lain Program Senam Cergas Komuniti, Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen, Rakan Muda Ramadhan dan Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber. Kementerian percaya bahawa jumlah tersebut adalah kecil namun 16 program sepanjang tahun menjadikan sekurang- kurangnya satu program setiap bulan di Balik Pulau adalah satu pencapaian yang baik. Selain itu kementerian juga telah memperuntukkan enam buah gelanggang futsal 1Malaysia di Parlimen Balik Pulau. Namun hanya satu gelanggang sahaja yang dapat disiapkan iaitu di Taman Manggis Indah dalam DUN Telok Bahang. Ini disebabkan kegagalan mengenal pasti dan menyediakan tapak yang sesuai. Bagi soalan atas cadangan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai pusat pembangunan belia dan sukan. Kementerian merasakan bahawa ia merupakan satu inisiatif yang baik memandangkan belia adalah insan dan aset negara. Walau bagaimanapun kementerian lebih menumpukan pembangunan belia dan sukan secara menyeluruh bagi memastikan tiada golongan yang tercicir. Sehubungan itu penglibatan kerajaan negeri, majlis perbandaran, NGO dan wakil-wakil rakyat setempat dalam usaha meningkatkan facility sukan serta program-program pembangunan belia di sebuah kawasan. Amatlah dialu-alukan bagi memenuhi tanggungjawab sosial bersama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Balik Pulau.

Ya terima kasih Menteri. Satu jawapan yang bagi saya boleh saya banggakan dengan ada ketelusan. Saya akui bahawa belanja tersebut memang kecil seperti dikatakan tadi. Menteri, saya mohon penjelasan lanjut. Memandangkan pusat pembangunan sukan di Tapian Gelanggang dengan mengambil kira perkembangan persekitaran dengan kepesatan kenderaan, Jambatan Pulau Pinang dan projek-projek persekitaran.

Saya berpandangan bahawa pusat pembangunan tersebut lebih sesuai di bawa ke Balik Pulau terutama sekali untuk agenda Kementerian Belia dan Sukan seperti dikatakan tadi, memperkasakan potensi-potensi belia-belia di luar bandar. Saya yakin kalau itu yang dibuat di Balik Pulau, sehingga hari ini skuasy court iaitu court untuk main skuasy pun tidak ada. Saya rasa mungkin potensi seperti Datuk Nicol David juga mungkin boleh timbul daripada warga di Balik Pulau. Mohon penjelasan Menteri.

Kemudahan-kemudahan sukan yang dibina di peringkat negeri berada di bawah PBT. Cadangan Yang Berhormat untuk kita mengalihkan Pusat Pembangunan Sukan Tepian Gelanggang ke mana-mana tempat dalam negeri di Pulau Pinang adalah bergantung kepada cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat peruntukan yang disediakan pada Rancangan Malaysia Kesembilan dibawa ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang mungkin boleh kita bincangkan. Jika dirasakan sesuai, bergantung kepada keutamaan dan kemampuan kementerian dalam menyediakan ataupun membangunkan kemudahan yang diminta. Namun begitu saya amat bersimpati dengan Yang Berhormat Balik Pulau kerana di Dewan ini dia berada di belah pembangkang dan tiga DUN di Balik Pulau, kerusi Barisan Nasional juga pembangkang di kerajaan negeri. Maka Parlimen Balik Pulau ini Parlimennya pembangkang, DUN nya pun pembangkang tetapi kita di Kerajaan Pusat akan terus membantu di Balik Pulau. Di kerajaan negeri saya harap Yang Berhormat tanyalah kerajaan negeri dan kita tengok agar pembangunan belia tidak terjejas. Terima kasih.

Mohd Jidin bin ShafeeUMNO · BNSetiu · question

9. Dato’ Mohd. Jidin Shafee [Setiu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapakah kes pembuangan bayi yang dilaporkan mengikut pecahan jantina serta jumlah bayi yang hidup dan mati dalam tempoh dua tahun lalu. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam menghadapi gejala ini di masa hadapan.

Puan Heng Seai KieTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius akan fenomena pembuangan bayi, yang merupakan satu isu sosial yang semakin serius diperbincangkan akhir-akhir ini oleh semua pihak. Sehingga kini kementerian hanya mempunyai data bilangan bayi yang dibuang yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia berdasarkan jantina. Menurut sumber PDRM bagi tahun 2009, sebanyak 25 bayi lelaki dan 29 bayi perempuan telah dibuang manakala sebanyak 25 bayi lagi tidak diketahui jantinanya kerana telah reput.

Puan Heng Seai KieTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Ini menjadikan jumlah bayi yang dibuang bagi tahun 2009 ialah sebanyak 79 bayi. Bagi bulan Januari hingga Ogos 2010, bayi lelaki yang telah dibuang adalah sebanyak 34, bayi perempuan sebanyak 25, dan 11 lagi tidak diketahui kerana telah reput. Ini menjadikan jumlah bayi yang telah dibuang bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 70 orang bayi. Jumlah keseluruhan bayi yang telah dibuang bagi tahun 2009 dan 2010 sehingga bulan Ogos ialah sebanyak 149 orang bayi iaitu 59 orang bayi lelaki, 54 bayi perempuan dan 36 lagi tidak diketahui jantinanya kerana telah reput. Sepanjang tahun 2009, sebanyak 37 orang bayi yang dibuang masih hidup manakala 42 orang bayi telah meninggal dunia. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010, 29 orang bayi yang dibuang masih hidup dan 41 orang bayi telah meninggal dunia.

Puan Heng Seai KieTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tuan Yang di-pertua, usaha-usaha kerajaan dalam menghadapi gejala ini di masa hadapan termasuklah menyediakan tempat perlindungan bagi remaja atau wanita yang hamil luar nikah agar mereka dapat melahirkan anak dengan selamat. Institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyakat yang menyediakan perlindungan untuk golongan tersebut ialah Taman Seri Puteri iaitu sebanyak empat buah dan dua buah lagi Pusat Jagaan Sinar kasih. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Taman Seri Puteri menyediakan kemudahan perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak perempuan berumur di bawah 18 tahun yang hamil atau melahirkan bayi luar nikah. Pusat Jagaan Sinar Kasih pula diwujudkan bagi mereka yang berusia lebih daripada 18 tahun yang memerlukan perlindungan dan penjagaan segera. Inisiatif ini bertujuan mencegah daripada berlakunya kes pembuangan bayi. Kementerian juga mempunyai 55 buah lagi institusi kebajikan, 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi buangan yang memerlukan perlindungan. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan sukarela kebajikan bagi membantu membendung masalah pembuangan bayi. Terdapat lapan buah pertubuhan sukarela kebajikan yang menerima geran daripada JKM yang menyediakan pusat perlindungan bagi ibu-ibu muda ini. Selain itu, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan LPPKN juga mengambil pelbagai usaha bagi menangani gejala tersebut melalui tindakan dan program-program seperti berikut: (i) Menyediakan perkhidmatan kaunseling; (ii) mengadakan bengkel interaktif; (iii) melaksanakan program kesedaran melalui Jawatankuasa kebajikan Kanak-kanak Daerah; (iv) melaksanakan program kesedaran melalui pelaksanaan modul Smart Start, Modul Kasih, Program Parenting At Work, Modul I’m In Control versi remaja dan ibu bapa; (v) mewujudkan Pusat Aktiviti Remaja, Cafe 18; (vi) melaksanakan Program Pengukuhan Nilai keluarga; dan (vii) mengadakan Program Kenali Anak Kita. Selain itu, LPPPKN juga telah mula melaksanakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial bagi meningkatkan kefahaman dalam aspek sosiologi, pembentukan nilai kendiri, dan perhubungan kekeluargaan antara gender terhadap pihak-pihak tertentu seperti institusi kebajikan, institusi pendidikan, dan badan-badan bukan kerajaan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada pihak kementerian. Soalan tambahan saya, daripada jumlah yang telah pun diberikan tadi sejumlah 149 bayi, adakah kementerian dapat pengenal pasti bangsa bayi? Pertama, bangsanya, kedua adakah yang terlibat dengan pembuangan bayi ini bukan dari orang locals sahaja tetapi dari orang luar? Kita ada rekod atau tidak? Kemudian, tempat taman-taman atau pun tempat-tempat yang diberi untuk perlindungan ini, adakah kerajaan menghadapi masalah soal agama umpamanya kita terima kasih kepada Melaka kerana dapat mengadakan sekolah harapan. [Tepuk] Akan tetapi cumanya hanya murid yang hamil sahaja boleh masuk di sini.

Adakah pihak kementerian menghukum mereka yang terlibat sama yang perempuan atau pun yang laki-laki? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Sebenarnya, daripada 149 orang bayi yang telah dibuang itu kita tidak dapat mengenali bangsa mereka kerana warna kulit bagi Malaysian adalah seakan-akan sama. Begitu juga dari segi kewarganegaraan. Tentang pusat perlindungan kepada ibu-ibu atau mereka yang hamil luar nikah, kementerian ini seperti mana yang saya telah terangkan tadi kita telah menyediakan pelbagai pusat perlindungan serta institusi-institusi kebajikan yang dipercayai mencukupi untuk memberikan perlindungan kepada mereka termasuklah menyediakan tempat yang selamat untuk mereka melahirkan anak luar nikah mereka itu. Menjawab kepada soalan yang akhir, adakah kita menghukum mereka yang melahirkan anak luar nikah itu? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi kementerian kita mengamalkan konsep penyayang iaitu kita cuba untuk membantu perempuan-perempuan yang bermasalah untuk menghadapi masalah mereka dan juga memberi perlindungan kepada anak-anak yang dilahirkan. Sekian, terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberi jawapan yang panjang lebar dan telah memberi banyak langkah untuk membantu atau pun menyelesaikan masalah pembuangan bayi. Akan tetapi masih ada bayi yang dibuang. Jadi, apakah sebabnya? Mungkin langkah ini masih belum cukup. Ada satu pertanyaan dan ramai orang yang tanya ialah mengapa kita fokus kepada ibu sahaja. Bagaimana dengan bapa kepada bayi itu? Bolehkah kita menggalakkan supaya bapa-bapa ini juga tampil ke depan untuk bertanggungjawab kepada kehamilan ini atau bayi kepadanya. Saya tidak rasa bahawa hukuman terhadap bayi yang di born luar nikah itu kalau kita hanya stress atau utamakan hukuman, ini akan menjadikan ramai lagi yang akan membuangkan bayi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini kerana, mereka takut tampil ke hadapan. Jadi yang soalannya ialah, adakah kementerian ingin mengutamakan atau mengadakan langkah untuk trace bapa supaya sama-sama bertanggungjawab ke atas bayi itu. Saya rasa kalau kita menggalakkan sikap bertanggungjawab ini, mungkin ia akan mengurangkan pembuangan bayi ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Saya memang bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat bahawa sekadar menghukum itu bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini, tetapi pencegahan dan juga didikan kepada warga kita adalah lebih penting. Untuk menjawab kepada isu yang telah dibangkitkan itu, usaha untuk trace si bapa ini adalah suatu perkara yang sukar. Akan tetapi, saya difahamkan bahawa buat masa ini, pihak PDRM memang sedang membuat kajian tentang kemungkinan untuk mengambil langkah ini. Sekian, terima kasih.

Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu · question

10. Tuan Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan sama ada kerajaan ada mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan yang Wilayah Persekutuan Labuan tidak akan mengalami kekurangan air. Jika tidak, nyatakan secara terperinci perbelanjaan dan tempoh untuk melaksanakan rancangan ini. Adakah rancangan serta merta untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Sri Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Miri

Tuan Yang di-Pertua, kementerian amat memahami dan prihatin dengan masalah bekalan air yang dialami oleh penduduk di Pulau Labuan apabila berlakunya kemarau yang panjang. Sehubungan itu, beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang sedang dilaksanakan untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi sepenuhnya. Langkah jangka pendek yang sedang dilaksanakan ialah seperti berikut: (i) Pembaikpulihan 21 telaga tiub sedia ada termasuk pemasangan paip ke loji rawatan air yang membekalkan sebanyak 6.24 juta liter sehari di Jalan Kolam dan kawasan sekitar. Kemajuan semasa adalah 98% dan dijangka siap pada Mac 2011 nanti; (ii) penyediaan pakej pelan bagi membekalkan air sebanyak 3 juta liter sehari untuk pengguna di TUDM Tanjong Kubong dan kawasan sekitar. Kemajuan semasa projek ini adalah 98% dan dijangka akan dibuat ujian lari, testing and commissioning dengan izin, pada awal Disember 2010; (iii) pembinaan loji memproses air payau di Sungai Kinabenua bagi membekalkan 3 juta liter sehari di kawasan Kiamsan. Kemajuan semasa projek ini adalah 62% dan dijadualkan siap pada awal Januari 2011; dan (iv) penyediaan pakej pelan bagi membekalkan air sebanyak 0.2 juta liter sehari kepada pengguna Kolej Matrikulasi Labuan. Kemajuan fizikal projek ini adalah 90% dan dijadualkan siap pada awal Januari 2011. Bagi rancangan jangka panjang pula, kerajaan sedang melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Beaufort Fasa II yang dijangka mampu membekalkan tambahan air terawat sebanyak 38.8 juta liter sehari. Projek bernilai RM383 juta ini dijangka siap pada awal Februari 2011. Apabila semua rancangan jangka pendek dan jangka panjang siap, kapasiti pengeluaran air terawat di Wilayah Persekutuan Labuan akan dapat ditingkatkan pada 94.2 juta liter sehari. Ini memberi kelebihan kapasiti bekalan air terawat sebanyak 38 juta liter sehari. Lebihan kapasiti ini akan dapat bertahan sehingga tahun 2020 nanti. Sekian.

Tuan Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih. Soalan tambahan saya, di Labuan ada satu pelan besar iaitu Petronas Methanol Plant bernilai ratus juta ringgit di siap bina dan beroperasi. Akan tetapi disebabkan kekurangan bekalan air, pelan ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Bolehkah keadaan ini dibaiki dalam masa terdekat ini apa cara yang akan digunakan kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sedar bahawa methanol plant yang dimiliki oleh Petronas ini pada ketika kemarau yang lalu memang ada masalah untuk berfungsi atau beroperasi sebab kekurangan air. Oleh sebab itu, disebabkan keseluruhannya di Labuan memang kekurangan air, maka plant tersebut kena berhenti. Akan tetapi apabila keadaan baik pulih apabila ada hujan, plant ini sudah berfungsi. Kita mempunyai satu rancangan di mana plant ini akan digunakan air yang dirawat – air yang dirawat ini adalah dari loji kumbahan yang didirikan bersebelahan Petronas Methanol Plant ini. Rancangan ini sedang dikaji untuk jangka panjang, sebab kalaulah pelan ini boleh membekalkan air terawat itu khas kepada loji ini, ini bermakna, loji ini akan sentiasa ada air yang boleh digunakan. Itu bukan untuk minuman tetapi itu untuk industri pakaian. Petronas Methanol Plant ini kita sudah ada satu perjanjian atau persetujuan daripada mereka supaya kita buat plant tersebut dan akhirnya air itu akan dijualkan kepada Petronas.

Datuk Bung Mokhtar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Saya faham Tuan Yang di-Pertua. Saya telah meneliti – Yang Berhormat Menteri, Petronas telah kerugian RM5 juta hingga RM10 juta satu hari disebabkan tiada bekalan air. Kalau dia rugi, bermakna negara rugi dan rakyat rugi. Jadi Menteri menjelaskan ada perancangan. Kita bulan Februari habis sudah musim tengkujuh, bulan Mac boleh dikira musim kemarau bermula. Jadi, apa jaminan bahawa sebelum musim kemarau, Petronas Methanol Plant ini mendapat bekalan air supaya kita tidak kerugian aliran wang ringgit berjuta-juta tiap-tiap hari? Terima kasih.

Soalan baiklah Yang Berhormat. Ini memang satu kaedah yang kita bincangkan dengan Petronas. Petronas memang tidak ingin lihat bahawa dalam musim kemarau yang akan datang, plant ini kena tutup sebab tidak ada air. Saya baru bacakan projek-projek jangka pendek dan jangka panjang yang kita sediakan untuk Pulau Labuan.

Keseluruhannya apabila siap nanti iaitu selewatnya pada bulan Februari tahun hadapan, kita akan dapat membekalkan sejumlah 94.2 juta liter sehari kepada Labuan. Ini sudah lebih daripada permintaan di Labuan termasuk loji plant metanol di Petronas. Maknanya, Petronas boleh guna air yang kita sudah bawa daripada loji-loji yang kita bina di Labuan dan juga di Beaufort. Ia tidak akan mengalami masalah kekurangan air Yang Berhormat mulai pada bulan Februari tahun hadapan tetapi kita hendak buat plant untuk merawat air kumbahan ini secara khas bagi Petronas. Ini adalah satu projek di mana kita mencuba kaedah baru ini di mana air kumbahan ini boleh dirawat dan akhirnya digunakan sebagai air industri. Jikalau ini berjaya, langkah ini kita boleh pindahkan ke tempat-tempat lain seperti di Johor, Pulau Pinang dan sebagainya. Itu ialah cara yang kita buat.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan giliran-giliran di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang-undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Pelancongan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 2 Disember 2010.”

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan, [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Anggaran Pembangunan 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” [Hari Kesepuluh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Usul — MEMINDA JADUAL DI BAWAH P.M 66(9) – MEMOTONG RM100 GAJI MENTERI PELANCONGAN Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: YangMotion

Berhormat Batu kalau dapat dalam 10 minit sahaja Yang Berhormat.

Saya cuba dalam 10 minit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Jawatankuasa Rang Undang-undang Pembekalan 2011 bagi Kementerian Pelancongan dengan memotong gaji Menteri sebanyak RM100. Saya bawa RM100 adalah kerana saya ingin menunjukkan bahawa perkara ini lebih serius dan satu tanda simbolik yang juga memberi peringatan kepada Menteri untuk mengambil berat dalam memberikan jawapan kepada Parlimen. Pertama sekali saya ingin merujuk kerana kecuaian menjalankan tugas. Menteri sendiri tidak menjalankan tugas dengan sempurna sehingga membawa jawapan soalan Parlimen dengan tidak konsisten. Sebagai seorang wakil rakyat dan juga seorang Menteri, ini merupakan perkara yang sangat tidak menghormati Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Menteri sendiri telah memberikan jawapan yang berbeza-beza walaupun soalannya sama. Sebagai contoh jumlah kos lawatan Menteri pada tahun 2009 dan 2010 hingga Oktober yang dirujuk oleh Ahli Parlimen Pandan dan saya sendiri. Jawapan yang diberikan oleh Menteri kepada Ahli Parlimen Pandan bagi tahun 2009 iaitu sejumlah RM1.67 juta manakala jawapan kepada saya ialah RM1.5 juta. Manakala bagi tahun 2010, jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Pandan ialah RM1.58 juta, kepada Yang Berhormat Rasah RM1.28 juta dan kepada saya ialah RM1.59 juta. Ini mengelirukan rakyat dan juga wakil rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab dan perkara ini bukan satu perkara yang remeh. Jawapan ini dirakamkan dalam Hansard dan ini bermaksud satu perkara yang harus ditetapkan. Soalan kita juga ialah mengapa nilai ini sering bertukar sama ada ini adalah kesilapan atau sengaja di selindung? Sebagai contoh pada 14 hingga 16 Disember 2009 lawatan kerja ke Singapura adalah berjumlah RM90 ribu telah ditukarkan nilainya kepada RM16,446.10 apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan secara bertulis melalui surat kepada saya. Perkara yang sama iaitu pada 1 hingga 2 Oktober 2010 lawatan kerja ke Singapura adalah RM78,505 tetapi juga telah diubah kepada RM7,459 dan ini 10% daripada jawapan sebelum ini yang telah diberikan kepada Yang Berhormat Rasah. Ini menunjukkan ketidakseriusan dalam memberi jawapan kepada wakil rakyat dan kita juga agak khuatir bahawa perbelanjaan yang telah digunakan oleh Menteri atas alasan bertugas amat besar sekali. Sejak dilantik sebagai Menteri

lebih kurang RM3 juta telah digunakan untuk melawat 16 streets, 26 negara dan 61 kota yang telah dilawati oleh Menteri Pelancongan. Sehingga hari ini kita belum lagi mendapat satu penetapan iaitu apakah faedah yang telah dibawa atas kunjungan-kunjungan oleh Menteri ini. Saya ingin mengambil contoh satu perkara lagi yang sangat serius iaitu Pameran Malaysia Pavillion di Shanghai World Expo yang sepatutnya di bawah tanggungjawab Menteri. Yang Berhormat Menteri juga telah menjalankan tugas dengan cuai bukan sahaja jawapan kepada Parlimen ini berbeza-beza, sehingga ke hari ini kita tidak tahu sama ada kita telah belanja RM20 juta untuk construction Pavillion Malaysia ini atau RM45 juta. Jawapan kepada Dewan ini berbeza dari seorang Ahli Parlimen kepada seorang Ahli Parlimen yang lain. Kita juga rasa bukan sahaja Pavillion Malaysia kita telah terlepas satu peluang yang baik untuk mempromosikan tourism ke Malaysia tetapi juga terdapat banyak kelemahan dan ada beberapa perkara yang memang boleh dikatakan memalukan Malaysia.

Saya tidak mahu mempertikaikan isu yang banyak dipersoalkan oleh seniman dan juga tokoh-tokoh kebudayaan yang mempersoalkan mengapa kita gunakan bumbung Minangkabau dan tidak sesuatu yang lebih mencerminkan ciri- ciri kebudayaan Malaysia. Bukan sahaja itu, pengisian Pavilion itu juga tidak mencerminkan budaya dan kepelbagaian etnik di Malaysia malah ada aduan bahawa makanan pula juga tidak mencerminkan makanan Malaysia yang autentik. Ini mungkin ada kerana kontrak telah diberikan pada satu syarikat yang berada di Hong Kong, contract construction untuk Pavilion Malaysia juga diberikan pada syarikat yang dinamakan Venturepharm yang dimiliki oleh Grace Chen Oyan Yun Shai yang sebenarnya juga bukan satu syarikat yang ada kena-mengena dengan pelancongan atau constructions. Ini adalah sebuah syarikat pharmaceutical yang pernah mendapat projek daripada MOSTI dan projek itu dibatalkan kerana tidak dapat performed research yang dikehendaki. Lebih memalukan ialah kita telah menunjukkan budaya Malaysia yang bumbungnya bocor dalam Pavilion Malaysia yang sehingga hujan menjadikan banjir di dalam Pavilion. Ini satu perkara yang mencerminkan Malaysia yang tulen. Saya juga ingin mempersoalkan mengapa tidak ada penyertaan daripada private sectors dalam Pavilion Malaysia ini. Bukan sahaja begitu, kita dapati bahawa brochure yang memperkenalkan Pavilion Malaysia ini banyak kesilapan daripada segi grammar seperti yang kita telah menjemput dengan menggunakan we ‘incite’ tourist to come to Malaysia untuk melawat ‘Taman Nerara’. Saya tidak tahu ‘Taman Menara’ atau ‘Taman Neraka’ atau taman yang di mana dan banyak lagi ejaan-ejaan yang silap yang ‘multicultural’ dieja sebagai ‘nulticultural’, ‘development’ dieja sebagai ‘decelopment’ dan banyak lagi. Ini memang satu kecuaian yang tidak boleh diambil remeh. Akhir sekali, dalam apa yang telah dilaporkan dalam Auditor General’s Report menunjukkan homestay program yang sangat kita banggakan juga...

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Batu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini mencelahkah Yang Berhormat Bukit Bintang?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Mencelah. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam Shanghai Ekspo 2010, temanya ialah ‘Better City, Better Life’ tetapi tema Malaysia di Astaka Pavilion ini tidak mencerminkan bahawa Malaysia salah satu tempat yang boleh menarik pelancong. Akan tetapi dalam tema itu hanya menjadi pasar malam. Jual white coffee, bird’s nest dan juga sate. Jual sate di luar Astaka Malaysia mencemarkan sekitar Pavilion sana. Ini salah satu tempat yang tidak mencerminkan bahawa Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang maju yang boleh juga menarik lebih pelancong dari luar negara masuk 77 juta orang pelancong melawat Shanghai Ekspo ini. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sepatutnya tema ini boleh mencerminkan apa yang patut di Malaysia bukan seperti pasar malam. Minta penjelasan.

Ya. Saya juga terima banyak kritikan bahawa kalau kita melawat Astaka Malaysia ini seolah-olah negara kita dihuni oleh baba dan nyonya sahaja, tidak juga dengan bangunan, gambaran yang telah ditunjukkan hanya beberapa segmen yang sebenarnya tidak mencerminkan kehidupan majoriti rakyat Malaysia.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Batu. Sedikit. Yang Berhormat Batu Gajah di belakang ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya ada melawat Malaysia Pavilion Ekspo sebab sebaik sebelum saya masuk saya jumpa warga Malaysia di sana dan minta saya bangkitkan. Apakah Yang Berhormat Batu menyedari bahawa ada yang mengadu mengapakah gambar Yang Berhormat Menteri begitu besar dipamerkan di beberapa tempat? Ini promosi Malaysia ataupun mempromosikan Yang Berhormat Menteri? Di luar pentas persembahan, gambar Yang Berhormat Menteri, di dalam Pavilion gambar Yang Berhormat Menteri yang besar, satu ruangan diadakan untuk sidang akhbar yang besar. Saya pergi selama tiga hari, tiga hari jugalah masih nampak gambar besar tersebut dan skrin besar, skrin elektronik besar di atas bumbung ada gambar Yang Berhormat Menteri. Jadi, mereka bertanya ‘Ini mempromosikan Malaysia atau mempromosikan Yang Berhormat Menteri?’

Yang Berhormat Batu Gajah cemburukah?

Mungkin Yang Berhormat Menteri dapat undi daripada pelawat sana untuk bertanding sebagai Presiden MCA.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batu, usul Yang Berhormat. Biasanya kita tidak benarkan orang mencelah ramai sangat.

Ya. Saya hanya ingin habiskan. Program homestay kalau mengikut Auditor General’s Report kita dapati banyak spesifikasi yang telah ditentukan tidak dibina mengikut panduan yang telah ditentukan. Ini juga satu kerugian yang besar kerana homestay adalah salah satu tarikan bagi Malaysia. Sebagai menteri yang sentiasa bangga dengan rekod yang rajin pergi melancong ke seluruh dunia, balik ke Malaysia ini kita tidak membuat persiapan yang memuaskan untuk menarik pelancong-pelancong. Dengan perkara-perkara yang sangat serius ini, kita telah nampak sektor pelancongan sebenarnya adalah satu sektor yang menarik pendapatan bagi negara kita. Sebagai menteri yang diberikan tugas yang begitu penting telah

dalam tempoh yang terdekat ini telah melakukan banyak kecuaian terhadap tugas beliau dan dengan itu saya harap saya dapat sokongan daripada semua pihak untuk memberikan peringatan kepada Menteri supaya tugas yang diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan 1Malaysia dengan harapan rakyat ini dapat dijalankan dengan baik. Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat Rasah bercakap, saya beri dua orang daripada sebelah sini [Merujuk pada blok pembangkang] untuk berbahas dan dua orang daripada sebelah sini [Merujuk pada blok kerajaan]. Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin menyokong sepenuhnya usul yang dibawakan oleh Yang Berhormat Batu untuk memotong gaji Yang Berhormat Menteri Pelancongan ini. Ini kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu tadi banyak perkara yang melibatkan Kementerian Pelancongan telah dihandle terutamanya daripada Menteri. Telah dihandle dengan secara tidak profesional khususnya berkenaan dengan jawapan-jawapan Parlimen kepada Ahli-ahli Parlimen yang berlainan. Tiga orang Ahli Parlimen bertanya, tiga jawapan yang berlainan, sehingga semalam Yang Berhormat Menteri buat satu ministrial statement dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan angka. Biasanya ministrial statement ini berkenaan dengan dasar kerajaan tetapi ini angka. Dia buat satu ministrial statement. Perkara lain tidak ada ministrial statement. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Ini yang saya rasa seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu tadi, amat tidak profesional pada pihak Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya ingin memfokuskan pada perbahasan saya Tuan Pengerusi, berkenaan dengan World Expo di Shanghai baru-baru ini yang dipertanggungjawabkan pada Kementerian Pelancongan. World Expo ini sebenarnya dia kata - sejarah World Exhibition ini ialah ‘World exhibition are galleries of human inspirations and thoughts’ dan dalam Ekspo 2010 di China, mereka sebenarnya fokus kepada apakah sumbangan setiap negara kepada peradaban manusia sejagat dan juga perkembangan teknologi di seluruh dunia supaya kita dapat membawa satu taraf kehidupan yang lebih baik kepada manusia sejagat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Akan tetapi nampaknya dua ekspo yang kita terlibat, Malaysia Pavilion yang kita terlibat, yang pertamanya kritikan saya ialah dari segi conceptualization begitu lemah sekali, langsung tidak ada konsep yang dipersembahkan di dalam Malaysia Pavilion ini, kerana tema World Expo 2010 di Shanghai ialah Better City, Better Life. Akan tetapi saya tanya kepada mana-mana orang, kita masuk ke dalam Malaysia Pavilion tidak rasa apa-apa yang dipersembahkan di dalam Malaysia Pavilion itu yang melambangkan Better City, Better Life. Kita tengok Pavilion Germany, mereka ada menunjukkan peradaban mereka, teknologi mereka, bagaimana untuk membentuk sesuatu urban centre yang lebih baik, yang lebih mampan, yang lebih selesa untuk rakyat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Kita pergi ke Arab Saudi ada ditunjukkan peradaban Arab, Malaysia Pavilion menunjukkan apa? Kerusi massage, massage chair Ogawa, Coffee Tongkat Ali, Alicafe. Ia terlalu hard sale produk-produk pelancongan, kerana World Expo ini sebenarnya objektifnya bukannya untuk produk pelancongan, dia hendak menunjukkan sumbangan negara itu kepada peradaban dunia, kepada perkembangan manusia sejagat tetapi kita terlalu hard sale. Seolah-olah World Expo Malaysia Pavilion ini, kita terlibat dengan MATTA Fair, kalau MATTA Fair tidak perlu RM30 juta, RM35 juta untuk terlibat dengan World Expo selama enam bulan, buat dekat PWTC pun bolehlah. Setiap tahun kita terlibat dengan banyak expo di merata tempat, di Shanghai, di Guangzhou di mana-mana, empat hari satu minggu. Kita boleh menjual produk pelancongan kita. World Expo ini empat tahun sekali, ia seperti Olimpik untuk sesebuah negara...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Untuk menunjukkan peradaban mereka, sumbangan mereka dari segi teknologi, apakah idea agar manusia sejagat dapat hidup di dunia ini dengan lebih baik, tetapi kita tidak nampak apa-apa ini, ciri-ciri ini di dalam Malaysia Pavilion yang langsung tidak nampak ada sumbangan kita terhadap peradaban ataupun perkembangan dunia. Terlalu fokus kepada produk- produk pelancongan yang saya rasa ini tidak sepatutnya menjadi fokus di dalam Malaysia Pavilion ini. Kementerian Pelancongan hanya dipertanggungjawabkan untuk menjalankan Malaysia Pavilion ini, tetapi bukannya Kementerian Pelancongan sahaja, ia perlu mempromosikan pelbagai. Apakah sumbangan Malaysia? Banyak kementerian lain, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya tidak tengok apa-apa yang terlibat walaupun ada ekspo MATRADE di sana, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak terlibat, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak terlibat dan kementerian-kementerian lain juga tidak terlibat, yang dapat menunjukkan apakah sumbangan Malaysia kepada dunia. Saya rasa itu satu kelemahan yang begitu jelas sekali, yang kelihatan di dalam Malaysia Pavilion. Kedua berkenaan dengan presentation, presentasi Malaysia Pavilion itu, begitu lemah. Kalau kira tengok pavilion-pavilion, astaka-astaka negara-negara lain. Mereka telah menggunakan teknologi maklumat, menggunakan multimedia sesuatu yang berbentuk interaktif. Masuk sahaja seperti sudah masuk di dalam alam maya, satu cyber world yang dapat menunjukkan 3D dan sebagainya, ada banyak kita masuk ke Pavilion Arab Saudi, masuk sahaja seperti sudah sampai ke Madinah...

Yang Berhormat Rasah ada pergi?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Dia ada...

Yang Berhormat Rasah ada pergi tengokkah?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya pergi [Dewan riuh] apa susah? Apa yang susah Yang Berhormat Lenggong? [Dewan riuh] Tetapi Malaysia Pavilion tidak ada, semua persembahannya dan presentasi itu terlalu statik, bukan saya sahaja yang bercakap, Yang Berhormat Kota Belud hari itu juga cakap, terlalu statik apa yang dipersembahkan, produk-produk perindustrian Malaysia terlalu statik. Siapa yang hendak tengok dalam zaman ini? Ada satu corner dekat tangga untuk naik ke tingkat kedua, dia menunjukkan proses pembuatan koko tetapi pakai apa? Patung. Ada rajah di sana, patung yang pertama apa itu dan patung

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

yang kedua apa. Orang telah menggunakan multimedia, touch screen sahaja sudah lihat apa-apa proses, menunjukkan proses itu secara audio visual tetapi kita tunjukkan patung. Satu lagi patung yang menunjukkan kebudayaan, dikatakan menunjukkan kepelbagaian kebudayaan di Malaysia. Saya ambil satu gambarlah Yang Berhormat Sibu punya gambar di depan patung Sarawak. Dia pakai patung untuk menunjukkan pakaian, saya teringat semula zaman kanak-kanak, saya pergi ke pasar raya dan shopping mall, ini pendekatan 80-an. Bukan sahaja itu, saya rasa satu insult kepada rakan-rakan kita daripada Sarawak, seolah-olah Sarawak hanya ada satu suku kaum walaupun Sarawak ada berbagai-bagai, berpuluh- puluh etnik kaum, berpuluh-puluh jenis pakaian tetapi menunjukkan satu sahaja. Yang Berhormat Kapit boleh tengok nanti. [Ketawa] Saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku, statik tidak ada apa-apa yang interaktif dan menarik perhatian orang ramai. Walaupun negara kita bukannya tidak ada kepakaran, 12 tahun yang lalu kita sudah membentuk MSC, sudah ada sebuah badan Multimedia Development Cooperation, ada anak-anak syarikat dan anak-anak subsidiari yang mempunyai kepakaran membentuk animasi. Yang Berhormat Sri Gading bersetuju kan, ada anak-anak syarikat. Ramai anak-anak Melayu kita yang hebat membuat animasi kartun, pernah kita tengok semasa Yang Berhormat Rompin jadi Menteri, dia jemput kita pergi melihat di MDC, ada kepakaran-kepakaran itu tetapi tidak digunakan oleh Malaysia Pavilion dan Kementerian Pelancongan untuk menunjukkan kehebatan Malaysia kepada dunia. Inovasi kita, tidak ada langsung. Ketiga menonjolkan artis untuk produk-produk yang dipersembahkan di Malaysia ini, dia buat satu corner, kerusi massage Ogawa, dia punya artis siapa?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Joe Chen Wang penyanyi Taiwan. [Dewan riuh] Seorang penyanyi terkenal Andy Lau, seorang penyanyi terkenal daripada Taiwan. Kita tidak ada penyanyi terkenalkah dari Malaysia? Ramai juga artis-artis Malaysia yang terkenal di negara China. Kita ada Kuang Liang ada Pen Kuan yang begitu terkenal di negara China, tetapi tidak digunakan artis-artis ini. Di manakah ciri-ciri kemalaysiaan di dalam Malaysia Pavilion ini? Satu lagi Tongkat Ali, Alicafe, dia punya spokesman siapa? Lam Phong, pelakon drama terkenal daripada Hong Kong. Jika hendak menunjukkan Alicafe, tunjukkanlah ‘An Yiu. An Yiu’ mempromosikan Tongkat Ali lebih hebatlah, dia punya nama pun lembu, An Yiu, dia begitu terkenal di negara China tetapi artis-artis kita diketepikan, bagaimana artis-artis Malaysia mendapat nama di peringkat antarabangsa kalau Kerajaan Malaysia sendiri tidak mempromosikan mereka, tidak memberikan peluang kepada mereka menunjukkan ciri-ciri Malaysia, nama Malaysia di Malaysia Pavilion. Dia perkenalkan promosikan penyanyi Taiwan, pelakon Hong Kong dan sebagainya. Saya rasa ini begitu memalukan, seolah-olah artis kita sendiri dianaktirikan, sudahlah mereka membuat filem tempatan tidak mendapat rebat cukai dan sebagainya, hendak pergi Malaysia Pavilion pun tidak dapat, gambar pun tidak dapat ditunjukkan di dalam Malaysia Pavilion. Yang terakhir sekali berkenaan dengan Malaysia Pavilion ini, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu tadi, leaflet yang saya bangkitkan beberapa minggu yang lepas. Dalam leaflet yang memperkenalkan Malaysia Pavilion ini, 12 ejaan di dalam satu leaflet. Ia punya perkataan ‘multicultural’, ‘we expect you to step into Malaysia

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Pavilion’ yang ingin dipertahankan oleh kementerian pula kata, tidak apalah kita letakkan sedikit force untuk force orang datang ke Malaysia Pavilion...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sudahlah silap, akuilah kesilapan itu, Menteri cakap sudah silap janji tidak ada kali kedua. Perkara ini tidak boleh ada kesilapan langsung, ini melambangkan kebanggaan ataupun imej Malaysia, seolah-olah Malaysia ini standard bahasa Inggeris kita teruk sekali walaupun daripada backbenchers ada ramai yang hebat, daripada Oxford dan universiti- universiti luar negara begitu hebat bahasa Inggeris mereka, Yang Berhormat Rembau dia punya bahasa Inggeris hebat tetapi leaflet 12 ejaan salah dalam satu leaflet. ‘We expect you to come into Malaysia Pavilion’. [Dewan riuh] Saya rasa ini cukup memalukan. Menteri pula mengatakan salah printer, oh ini bukan salah kita. Semua kita lihat di dalam kementerian, final draft tidak ada masalah, hantar itu CD Rom pergi sampai Shanghai sudah lain, ada magic Copperfield. Ada kesilapan semasa di dalam pesawat. Oh, itu mungkin ada konspirasi teori di dalam Kementerian Pelancongan, ada orang yang hendak sabotaj Yang Berhormat Menteri, mungkinkah itu berlaku. Terakhir sekali sebelum saya menggulung Tuan Pengerusi, berkenaan dengan jawapan kritikan-kritikan kita terhadap perbelanjaan yang begitu tinggi oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan ke luar negara. Yang Berhormat Menteri menjustifikasikan perbelanjaan itu sebagai RM1 yang kita belanjakan dapat semula beratus ringgit. Tidak tahulah, angka itu saya tidak tahulah, beratuskah, beribukah saya tidak tahulah, sebab kadang-kadang saya pun keliru dengan angka. Satu hari ini, satu hari itu saya pun tidak berani mengatakan angka-angka itu. Hanya Yang Berhormat Menteri mengatakan RM1 kita belanjakan di dalam Kementerian Pelancongan, pelancong itu akan belanjakan balik RM2,000 lebih di dalam Malaysia, itu satu pelaburan yang baik.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Akan tetapi suka saya bangkitkan di sini ialah mengikut laporan Tourism Malaysia 2009, jumlah besar pelancong kita kebanyakannya datang daripada South East Asia dan bukannya daripada negara-negara yang dilawati oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Yang terutama dan terbesar ialah Singapura iaitu 12.7 juta orang, Indonesia – 2.4 juta orang, Thailand – 1.4 juta orang, Brunei – satu juta orang, China – satu juta orang, India – 589,000 orang. Daripada top five itu empat daripada negara-negara Asia Tenggara yang bukannya banyak pun promosi di sana tetapi ramai yang datang. Kalau di Singapura tidak perlu promosi pun mereka akan datang. Jadi bagaimana kita boleh menjustifikasikan bahawa perbelanjaan yang begitu tinggi oleh Yang Berhormat Menteri ke negara-negara lain dapat membawa satu pulangan yang lebih lumayan kepada Malaysia? Saya rasa itu perkara-perkara yang perlu diambil berat oleh pihak Kementerian Pelancongan dan saya rasa ini sepatutnya memberikan satu pengajaran kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan bahawa kita bukannya serang peribadi Yang Berhormat Menteri. Kita sayang kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ini specialist, kita generally sahaja tetapi beliau specialist. Jadi kita harap perkara-perkara yang saya rasa menurunkan imej negara ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada pihak kementerian supaya dapat membuat kerjanya dengan lebih baik dan profesional pada tahun- tahun yang akan datang. Dengan itu saya menyokong sepenuhnya usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu untuk memotong gaji Yang Berhormat Menteri sebanyak RM100. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan usul yang telah dibawa bagi Maksud Bekalan Pembangunan 31. Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu berkisar kepada tiga perkara iaitu kos, misi pelaburan yang dianggap tinggi dengan sokongan beberapa fakta iaitu RM3 juta untuk 16 misi pada pandangan Yang Berhormat Batu adalah kurang bersesuaian. Kemudian soal Pavilion di Expo Shanghai dan juga kelemahan dan teguran dalam Program Homestay yang telah dijalankan di negara kita. Walaupun apa yang telah dibangkitkan dan ada setengahnya cadangan yang agak konstruktif yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Rasah. Saya rasa saya lebih menumpukan kepada kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh negara, walaupun secara cynical nya, Yang Berhormat Rasah mungkin ikhlas atau tidak ikhlas saya tidak tahu di sini...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ikhlas...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

RM1 menjadi RM2,000 tetapi itu adalah kenyataan. Juga jawapan-jawapan yang mungkin berbeza, yang setengahnya diberi secara actual cost dengan izin, dan setengahnya diberi dalam estimated cost. Jadi kita harus melihat dalam banyak perkara. Pertamanya, saya bukan hendak menyanggah tetapi kita harus melihat pada tahun 2009 – angka ini juga telah turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Apabila kita telah membuat misi pelaburan ke China berdasarkan jumlah yang telah dinyatakan, satu juta orang pelancong daripada negara China telah datang ke negara kita. Ini bermakna hasil daripada misi yang telah kita buat, penerangan dan perjumpaan dengan players yang terlibat dalam industri ini jelas menunjukkan bahawa negara memperoleh pendapatan yang agak lumayan iaitu meningkat kepada 7.7%. Kalau hendak diterjemahkan dalam ringgit – RM52 bilion. Bermakna usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri dalam mempromosikan negara, pada pandangan saya telah menunjukkan kejayaan yang cukup jelas walaupun terdapat negara-negara di dunia pada masa ini hasil daripada kegawatan global yang berlaku yang telah menunjukkan trend menurun. Perbandingannya di sini kepada dua perkara. Kita harus bandingkan dengan kedatangan pelancong global yang telah mencatatkan penurunan pada sekitar 4.2% Yang Berhormat Batu, iaitu 880 juta orang. Pendapatan juga telah menurun kepada 5.7% kepada USD852 bilion berbanding pada tahun 2008. Akan tetapi keadaan ini berbeza di negara kita. Negara telah menunjukkan dan mengekalkan prestasi yang sedia ada dan ini telah dibuktikan. Saya tidak faham kenapa – kalau kita lihat sekarang Yang Berhormat Rasah tinggal di hotel, Yang Berhormat Batu tinggal di hotel. Occupancy rate dengan izin, di hotel-hotel walaupun tidak pada musim puncak, jelas lebih daripada 60%. Tidak ada rungutan hotel-hotel antarabangsa yang ada di negara kita. Ini menunjukkan kesan kedatangan pelancong. Dalam masa sekarang juga kita telah membina keyakinan apabila banyak syarikat-syarikat antarabangsa telah datang ke negara kita untuk mengadakan pameran-pameran yang bertaraf antarabangsa. Yang terbaru, motor show dan kereta batman pun ada di PWTC. Itu keyakinan orang yang sebelum ini orang tidak yakin akan kemampuan negara untuk menganjurkan conference yang

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

bersifat international. [Disampuk] Kereta batman ini bermaksud yang boleh menarik minat. Keyakinan antarabangsa, dari segi sudut apa pun orang yakin dengan kedudukan dan kemampuan kita. Kenapa mereka yakin? Mereka yakin kerana disebabkan misi yang kita buat, penjelasan yang jelas dan kedudukan negara kita yang selamat, bebas dari H1N1, SARS dan sebagainya yang suatu masa telah menunjukkan penurunan yang ketara dari segi kedatangan pelancong telah menampakkan impak yang begitu positif terutamanya pada tahun 2009 dan tahun 2010. Saya pernah menghadiri satu persidangan PATA di Helsinki. Saya hanya hadir. Kebetulan saya ada di sana dan diajak oleh pegawai pelancongan kita yang berpejabat di Sweden. Dia minta saya hadir dan tengok bagaimana mereka menjalankan – di situ akan diwujudkan pelbagai. Kalau hendak mempertikaikan kos kita tidak tahu. Macam-macam kita perlu berbelanja sebab kalau kita hanya terikat pada kos, kita lihat kita pernah hilang hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia kepada Doha. Ini kerana kita sayang untuk berbelanja, takut terikat dan takut dibangkitkan di Dewan yang mulia ini menyebabkan kita kehilangan hak untuk menjadi penganjur kepada satu kejohanan besar yang amat kita inginkan pada masa itu. Jadi Tuan Pengerusi, pada saya delegasi-delegasi yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan telah berjaya membina keyakinan dan kita melihat kejayaan-kejayaan ini telah pun turut dibangkitkan oleh rakan-rakan saya dari pembangkang tadi bahawa sokongan peningkatan begitu ketara. Segala perbelanjaan yang telah dibuat ini adalah melibatkan pelbagai. Ia bukan setakat mengadakan seminar dan perjumpaan dengan penggiat atau pun players yang terlibat dalam industri ini. Kita perlu juga terlibat dalam travel mart, sidang media, liputan media dan juga iklan-iklan yang dipaparkan kepada televisyen-televisyen antarabangsa seperti Al-Jazeera, Shanghai News dan lain-lain, yang kita lihat telah menampakkan misi yang cukup berjaya dan telah memberi pulangan yang berganda kepada pendapatan negara. Jadi dengan ini Tuan Pengerusi sasaran- sasaran yang dibuat kepada negara dianggap mempunyai purchasing power, jumlah penduduk yang ramai yang merupakan di antara satu langkah yang dianggap berkesan, tindakan-tindakan yang wajar kita buat dalam usaha kita merebut bahawa negara-negara yang sebegini yang telah dapat memulihkan ekonomi mereka. Mereka ada kuasa dan ada duit, adalah merupakan satu sasaran yang tepat yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Jadi soal kos yang dibangkitkan iaitu kos sebenar dan kos anggaran, saya rasa telah memberi pulangan yang berlipat ganda kepada negara, jelas dan misi ini walaupun melibatkan soal perbelanjaan dan kita telah berjaya melipat gandakan usaha untuk menjadikan pelancongan di antara industri terpenting di negara kita ini. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Eh! Saya tidak menyokong usul ini, saya tidak menyokong. [Dewan riuh] Saya betulkan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa salah.. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang itu tersasul. Kadang- kadang kita tersasul walaupun kita tidak ada niat Yang Berhormat. Yang Berhormat Tenggara.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Susah juga BN hendak belajar menjadi pembangkang ini. [Ketawa]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan kesempatan untuk menolak usul memotong gaji Yang Berhormat Menteri Pelancongan sebanyak RM100.

Tindakan mengemukakan usul ini Tuan Pengerusi adalah merupakan tindakan yang sengaja hendak buang masa macam dah tidak ada kerja lain, dah tidak ada kerja lain tidak habis-habis dengan sambungan episod musim potong memotong gaji bagi menunjukkan betapa pakatan pembangkang ini dalam keadaan terdesak tidak habis-habis hendak cari modal politiknya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak latih BN jadi pembangkang.

Tuan Pengerusi, dalam RMKe-10, kita tahu bahawa kerajaan telah pun memberikan fokus kepada pertumbuhan ekonomi dalam bidang NKRA sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara significant kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bidang pelancongan adalah merupakan salah satu daripada bidang dalam NKRA yang telah pun dikenal pasti daripada 12 sektor yang akan dipantau oleh pihak EPU, Jabatan Perdana Menteri. Pelancongan dipilih Tuan Pengerusi berdasarkan kepada sumbangannya yang tinggi, yang dapat mencapai pendapatan tinggi melalui kemapanannya dan kerajaan juga mengambil langkah pembaharuan ekonomi dalam RMKe-10 melalui tindakan pemodenan, peraturan perniagaan, pembangunan modal insan, persaingan domestik dan sebagainya untuk menyediakan ekosistem pemboleh bagi NKRA yang saya nyatakan tadi. Bagi bidang pelancongan, kita tahu dengan jelas dan ini satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Walau pun apa pun yang dinyatakan oleh pihak pembangkang yang tidak menampakkan fakta yang ada kesungguhannya, selain daripada meletakkan perkara yang remeh dalam perbahasan untuk membentangkan usul yang telah pun dibawa oleh pihak pembangkang ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seri Gading bangun Yang Berhormat.

Ya, jemput Yang Berhormat Seri Gading.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tenggara seorang wanita membanggakan kita di Dewan ini. Yang Berhormat Menteri Pelancongan wanita yang membanggakan seluruh wanita di negara ini. Yang Berhormat Tenggara, alasan Yang Berhormat Batu, alasan Yang Berhormat Rasah, saya harap Dewan tidak akan terpengaruh dengan ungkapan seperti Menteri tidak serius, Menteri cuai, Menteri memalukan Malaysia, Menteri mencemarkan negara. Seluruh ahli Dewan, kita tolak ungkapan-ungkapan ini. Kita jangan terpengaruh. Jangan sekali-kali kita terpengaruh seperti Yang Berhormat Tenggara kata tadi . Usul remeh, usul yang tidak ada faedah, usul yang membuang masa. Kita bangga dengan Yang Berhormat Menteri satu-satunya antara Menteri wanita yang ada dalam negara kita. 23 juta pelancong datang kalau bukan kerana kekesanan beliau sebagai Menteri, apa yang hendak kita katakan. 52 bilion wang yang masuk

ke negara kita. Kalau ini bukan kejayaan, apa yang harus kita perkatakan? Saya harap, saya harap kesungguhan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, keuntungan yang kita perolehi. Adalah teguran-teguran itu boleh diambil sebagai neraca panduan untuk bertindak pada masa-masa akan datang. Akan tetapi tidak payah kita memalukan dengan memotong RM10, RM100, tidak pedulilah RM1,000. Jadi Dewan ini Yang Berhormat Tenggara, kita dengan sebulat suara kerana pembangkang ini pun ada yang agak yang rasional, akan tolak usul ini. Yang Berhormat Gombak kita tolak usul ini dan kawan-kawan yang lain kita tolak usul ini kerana usul ini sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada negara kita. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Gading. Apa juga kenyataan yang baik dan positif yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat Seri Gading masuk menjadi sebahagian daripada ucapan saya untuk menolak usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu ini. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kita tahu bidang pelancongan ini memerikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Kita pun tahu dalam kegelisahan ekonomi global yang tidak menentu, Malaysia masih lagi mampu menduduki tangga ke-16 dari segi pendapatan pelancongan dan Malaysia masih lagi mampu menguasai hampir 2% daripada share pasaran pelancongan global pada tahun 2008. Industri pelancongan juga menyediakan 1.7 juta peluang-peluang pekerjaan atau hampir 15% daripada jumlah guna tenaga yang ada di negara kita ini. Bidang pelancongan juga telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Bercakaplah gah macam mana sekali pun, untuk meletakkan perspektif yang tidak sihat, dengan niat yang jahat kepada Menteri Pelancongan, kepada kerajaan. Ini satu kenyataan yang perlu kita akui bahawa bidang pelancongan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, hasil dari kerja kuat yang telah dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian Pelancongan. Antara tahun 2006 - 2009 pendapatan industri pelancongan meningkat sebanyak 67.1% kepada RM53.4 bilion. Sementara itu ketibaan pelancong meningkat daripada 43.6% kepada 23.6 juta orang dan dalam tempoh RMKe-10, kerajaan menyasarkan Malaysia menduduki 10 negara teratas dari segi pendapatan pelancongan global dan meningkatkan sektor pelancongan sebanyak 2.1 kali ganda dan seterusnya akan memberikan sumbangan sebanyak RM115 bilion dari segi pelancongan dengan menyediakan lebih daripada dua juta pekerjaan menjelang pada tahun 2015. Tuan Pengerusi, saya berpendirian teguh, bahawa usul buang masa, berniat jahat ini yang dikemukakan ini, wajar dan mesti ditolak, kerana telah menafikan sumbangan besar sektor pelancongan kepada ekonomi negara khususnya atas tanggungjawab-tanggungjawab yang telah pun diperuntukkan kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kementerian Pelancongan.

Yang Berhormat Sekijang, jemput.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tenggara kerana memberi peluang kepada saya. Saya begitu tertarik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tenggara, dari Seri Gading daripada Arau tadi dan saya mendapati bahawa Yang

Berhormat daripada Batu, dan Rasah telah menyebutkan tadi tentang kos pelaburan soal pavillion, soal homestay. Ini sebenarnya tidak relevan Tuan Pengerusi kerana apa yang penting bagi kita ialah kita perlu meyakinkan pelancong-pelancong ini untuk datang dan melawat ke dalam negara kita ini. Kalau tidak ada keyakinan kepada pelancong-pelancong ini untuk datang melawat, kita tunjuk apa pun mereka tidak akan datang. Sebagai contohnya, dulu Pakatan Rakyat membuat demonstrasi jalanan yang mana telah menjejaskan pelancong-pelancong. Bukan sahaja pelancong-pelancong terjejas, bahkan peniaga-peniaga kecil, stall, pun terjejas berjuta-juta ringgit sehinggakan ada masakan mi dan sebagainya tidak boleh dijual, Tuan Pengerusi. Yang ini, yang tidak diambil kira oleh mereka, tetapi apa yang - sebab itulah kita kena belanja besar sedikit kerana untuk memulihkan keadaan, memberikan keyakinan kepada pelancong-pelancong luar untuk datang ke negara kita, untuk melawat negara kita. Akan tetapi demonstrasi dulu tidak pun disebutkan dalam perbicaraan mereka, dalam ucapan mereka. Yang ini telah banyak menjejaskan ekonomi negara Tuan Pengerusi. Yang ini apa pendapat Yang Berhormat Tenggara?

Tenggara sekejap... Lenggong.

Saya setuju lah Yang Berhormat Sekijang. Kita hendak promokan negara ini dengan tindakan yang bijaksana. Bukan dengan mengadakan demonstrasi, menggigit telinga polis dan sebagainya. Ini perkara-perkara yang keanak-anakan, yang tidak memberikan pembelaan kepada rakyat langsung. Seterusnya Tuan Pengerusi. Misi galakan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Lenggong, Lenggong Yang Berhormat

Lenggong? Satu minit sahaja.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sekijang tadi. Malah, kalau kita dengar Yang Berhormat Rasah sebut – isu remeh. Soal ejaan, takkanlah hendak menafikan kebaikan yang begitu besar kerajaan lakukan. Saya tidak dengar kalau Yang Berhormat Menteri Pelancongan pergi lawatan ke luar negara, dia kata datang ke Malaysia tetapi jangan datang ke Selangor, jangan pergi Kelantan, jangan pergi Kedah. Dia tidak kata jangan pergi Pulau Pinang. Dia buat promosi pergi ke seluruh negara. Maknanya, nikmat yang diperoleh hasil lawatan ini juga dinikmati oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dinikmati oleh Kelantan. Dia rasa makan budu di Kelantan. Semua dapat nikmat. Malah, saya yakin bahawa nikmat juga banyak diperoleh oleh operator yang menyokong kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu, kita kena menyokong apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan ini dan tidak menganggap dan membawa isu yang remeh temeh kerana itu tidak membantu kepada usaha untuk meletakkan negara ini kepada mata dunia. Apa pandangan Yang Berhormat Tenggara?

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya sudah nyatakan tadi, kalau sudah jadi pembangkang, kerjanya jadi pembangkang, tidak ada kerja lain kecuali membangkang sahaja. Membangkang apa juga usaha baik yang dijalankan oleh kerajaan walaupun limpahan itu dinikmati oleh mereka secara bersama. Kita tahu dalam hati kecil

mereka, mereka mengakui apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi apakan daya, masuk dalam kumpulan pembangkang, pembangkanglah kerjanya. Tuan Pengerusi, misi galakan promosi pelancongan. Ini saya hendak jelaskan supaya...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tenggara jangan dok bangkang.

Dengar Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tenggara jangan bangkang.

Dengar baik-baik kerana Yang Berhormat Pokok Sena ini antara agen yang merosakkan misi Kementerian Pelancongan ini selain daripada Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Rasah ini. Misi galakan promosi pelancongan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan memberikan impak yang positif pada tahun 2009 dan tahun 2010. Bagi tahun 2009, kedatangan pelancongan meningkat Tuan Pengerusi, sebanyak 7.2% kepada 23.6 juta orang. Pendapatan sektor pelancongan meningkat sebanyak 7.7% kepada RM53 bilion walaupun kita sedar industri pelancongan dunia menurun sebanyak 4.2% dan pendapatan sektor pelancongan dunia turut menurun kepada 5.7% atau USD852 bilion berbanding dengan tahun 2008 akibat daripada perkara-perkara yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi seperti kemelesetan ekonomi negara, dengan wabak H1N1nya dan sebagainya. Hasil usaha gigih Kementerian Pelancongan ini yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan ini, ia telah pun meletakkan negara kita di tangga kesembilan dalam senarai 10 negara yang mencatat pelancong asing tertinggi bagi seluruh dunia pada tahun 2009. Tuan Pengerusi, saya hendak mengambil kesempatan inilah untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan kerana telah berjaya buat pertama kalinya meningkatkan kehadiran pelancong dari China hingga mencecah satu juta orang pada tahun 2009. Kejayaan ini adalah hasil usaha yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, saya juga hendak memaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pelancongan ini Tuan Pengerusi, kerjanya ialah mendapatkan pelaburan pelancongan masuk ke dalam negara. Tugas Yang Berhormat Menteri Pelancongan in Tuan Pengerusi, besar tugas dia. Selain daripada memberikan keyakinan kepada negara-negara – menjadi duta dunia kepada negara-negara dunia, membawa pelaburan masuk, beliau terpaksa juga bekerja keras kerana terpaksa membetulkan dan membaik pulih imej negara yang sengaja dirosakkan oleh parti pembangkang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh sikit?

Ini kerana apabila pembangkang keluar, mereka menyatakan bahawa Malaysia tidak selamat, Malaysia tidak aman, kewibawaan negara Malaysia tidak boleh memberikan kekuatan kepada mereka untuk menghadirkan diri di Malaysia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan?

Maka oleh sebab itu Tuan Pengerusi – Ini Tuan Pengerusi sudah tengok saya, sudah bagi signal ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ya.

Ha, duduk sahajalah Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita tidak banyak masa Yang Berhormat.

Saya ingin menyatakan juga iaitu saya merasa kesal kerana apabila Yang Berhormat Rasah menyatakan bahawa segala usaha yang dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kementerian Pelancongan – ini dekat kawasan saya Tuan Pengerusi. Saya ada empat kawasan homestay yang melibatkan bilangan pengusaha yang besar dan empat homestay besar yang ada di kawasan saya ini Tuan Pengerusi, semua hasil daripada kesungguhan, keprihatinan Yang Berhormat Menteri Pelancongan sehingga menyediakan peluang dan ruang aktiviti ekonomi kepada masyarakat saya. Saya tidak faham kenapa Yang Berhormat Rasah kata homestay ini dengan nada negatif. Maknanya, tidak memberikan pengiktirafan dan memandang rendah kepada pengusaha-pengusaha homestay yang ada. Bukan sahaja kepada daerah Parlimen saya, tetapi termasuklah dalam Malaysia ini. Akhirnya Tuan Pengerusi – saya sudah nampak tangan Tuan Pengerusi itu. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Rasah, pada hari ini ada terdapat 139 homestay yang melibatkan 227 buah kampung dengan 2,987 peserta sebagai pengusaha yang menyediakan 4,042 bilik dan bagi tahun 2009, jumlah pelancong yang memilih inap desa ini meningkat sebanyak 77% berbanding dengan tahun 2008. Sehingga September 2010, seramai 128,000 pelancong telah memilih penginapan homestay iaitu peningkatan sebanyak 13.5%. Saya juga hendak memaklumkan kepada Tuan Pengerusi, bahawa berita yang menggembirakan pengusaha homestay saya ini iaitu sebanyak 60% daripada jumlah pelancong ini kembali ke homestay-homestay yang telah pun diberikan skim-skim galakan oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kementerian Pelancongan. Maka dengan itu Tuan Pengerusi, sebagai sumbangan penting besar sektor pelancongan ini...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya pohon menyokong.

Masa 10 minit tidak cukup untuk menggambarkan pentingnya sektor pelancongan ini kepada negara dan juga kepada rakyat jelata. Maka, limpahan bukan sahaja kepada ekonomi negara, limpahan juga kepada rezeki dalam sektor pelancongan termasuklah rakyat jelata dalam kawasan Parlimen saya. Maka dengan itu, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan di atas prestasi cemerlang yang telah pun ditunjukkan dan teruskan usaha untuk terus membaik pulih nama baik negara yang telah selama ini dirosakkan oleh pihak pembangkang. [Ketawa] Maka dengan itu, saya menolak usul...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Memotong gaji Yang Berhormat Menteri Pelancongan sebanyak RM100 atas usul jahat dan buang masa ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Layaklah ini jadi pembangkang ini.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam penggulungan usul. Saya pun rasa sangat suka hati, puas hati sebab begitu ramai Ahli Parlimen faham kepada kepentingan industri pelancongan yang begitu penting kepada pembangunan negara kita. Akan tetapi saya sedih hati – sedih hati sampai hendak menangis sebab ada Ahli Parlimen yang begitu – merosakkan Pavillion kita di Ekspo Dunia di Shanghai. Saya memang susah hati. Pavillion di Shanghai – saya sahaja hendak mula dengan sesuatu Tuan Pengerusi, iaitu sekarang World Expo sudah tamat, sudah habis, tetapi kita ini menerima enam permohonan daripada province-province China dan juga private sector untuk mengambil pavillion kita untuk mereka pamerkan di kawasan mereka. Sampai sekarang kita susah – hendak beri siapa? Tuan Pengerusi, saya minta izin hendak baca surat ini kepada semua – dengar! [Disampuk] Yes, saya memang susah hati. Jika pembangkang biar pembangkang, tetapi jangan merosakkan nama kita di World Expo. Dengan izin, “We have visited the Malaysian Pavillion and have been influenced deeply and tremendously by Malaysia local custom and practices, where the Malaysian excellence national culture, exotic fusions have been concentrated into the perfect performance. The Malaysian Pavillion is made of two high slope likes roof, artistic design architecture as a wooden ship coming from the ocean going voyage. The first floor of pavillion, the external corridor and the entrance are made according to the prototype of the Islamic mosque. We show that Islam have important position in Malaysia. The roofs are supported by ‘canonic’ with the traditional long house model. The outside walls are made with Malaysian traditional painting and dying textiles likes butterfly, flowers, plants and geometric pattern by which, we ourselves are intensively ‘shaken’.”

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Sorry ya, ini Cina. So, he said ‘shaken’. I think this is ‘taken’. The artistic design architecture record as an earth treasure an extremely valuable collection and art treasure. We are feeling very pity for pooling down the Pavilion. We think as we cherish and protected permanently. Tuan Pengerusi, dengan izin saya baca satu lagi surat dari Hopei Province. Dia baca dengan bahasa Cina, kemudian I translate. [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Apa yang dia kata, dia kata untuk menentukan sesuatu produk yang begitu menarik, yang begitu cantik jangan dihapuskan. Kita dari Hopei mohon ambil Pavilion ini untuk pamer di Province mereka. Mereka sahaja pilih sepuluh buah Pavilion dari 187 Pavilion. Tuan Pengerusi, orang di luar negara begitu hormat kita, begitu sayang kita, begitu tahu nilai kita macam mana Ahli Parlimen ini begitu jauhkan...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, boleh mencelah.

Shanghai Pavilion.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh saya minta penjelasan?

Saya terkejut Ahli Parlimen Rasah mengucapkan Shanghai Pavilion macam nilai satu sen pun tidak dapat. [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Tuan Pengerusi, tidak ada LCD, tidak ada LCD. Kita di Pavilion ada 17 touch screen. Jadi, Yang Berhormat Rasah bangkitkan apa yang dia hendak tengok. Apa yang dia tidak tengok, dia tidak cakap. MDEC Animation memang ada. Tuan Pengerusi, makanan. Saya terkejut hendak beza sate bukan antarabangsa. Mengapa tengok orang lain punya makanan baik. Sandwich bagus tidak? Hamburger bagus tidak? Sate itu kita punya brand. Dia beri kita jual sate. Kita jual apa lagi? Jual teh tarik, curry puff, nasi lemak. Ini lah yang kita hendak tunjukkan. Tuan Pengerusi, tema...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, laluan.

Tema ‘Better City, Better Life’. Biar saya beri ilmu sedikit kepada semua. Saya sendiri pergi Shanghai bertemu dengan Pengerusi Shanghai Ekspo, mohon dia betul-betul. Dia kata tidak! Apa makna Better City, Better Life. Dalam sesuatu city, teknologi sahaja. Teknologi sahaja, mati orang. Tengok berapa orang pemuda belia kita? Sebab teknologi tidak tahu sosial interaction. Semua touch screen, semua satu button. Kita di Malaysia, kita kata Better City perlu ada soul. Sesuatu city, sesuatu bandar perlu ada budaya. Kita tunjuk budaya 1Malaysia. Kedua, kita katakan kita ada rekreasi. Jadi, kita tunjukkan hutan kita, kita tunjukkan pantai kita. Itu betul kita. Kuala Lumpur begitu dekat dengan pantai. Kita juga tunjukkan lukisan kita. Semua sudah tunjuk. Macam mana Ahli Parlimen boleh katakan Malaysian Pavilion tidak begitu bagus. Gambar saya Tuan Pengerusi memang Ahli Parlimen pergi masa betul-betul.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh mencelah Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

Memang Ahli Parlimen pergi masa yang betul- betul kita menyambut Hari Kebangsaan negara kita. Jadi, kita hendak orang tengok ini negara kita. Jadi, saya wakil Malaysia tunjukkan gambar. Tunjuk gambar, bukan semua mini teater. Pentas persembahan di luar astaka dan bilik mesyuarat tidak apa lah. Sekurang-kurangnya, ramai orang Cina sudah nampak gambar saya, kenal saya. Tidak apa lah. I jadi promosi, advertisement untuk negara kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat. Di belakang.

Mana? Okey, silakan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya komen juga tentang Pavilion ini Yang Berhormat

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Menteri dan secara dasarnya memang saya tidak menyokong potongan gaji Menteri ini yang dibawa oleh pihak pembangkang. Akan tetapi, saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bersetuju dengan usaha Yang Berhormat untuk mempromosikan pelancongan di negara kita ini tetapi dalam bentuk Pavilion yang ada di Shanghai itu, saya pernah melawatinya Yang Berhormat Menteri. Dari segi bangunan saya setuju, dari segi reka bentuk saya setuju ianya adalah satu-satunya yang begitu unik di Shanghai. Akan tetapi, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri, content di dalam Pavilion itu masih boleh diperbaiki. Itu yang saya ucapkan di dalam ucapan saya tempoh hari iaitu content. Ini kerana Tuan Pengerusi, tema Shanghai Pavilion ialah 21 Century dengan izin atau abad ke-21. Akan tetapi saya pun faham mungkin pada waktu itu transisi di antara Menteri yang lama dengan Menteri yang baru mungkin ada kelemahan sedikit sebanyak. Akan tetapi, saya rasa kementerian harus juga faham bahawa content itu boleh diperbaiki tetapi dari segi reka bentuk, dan sebagainya saya setuju memang begitu unik. Akan tetapi apa yang saya katakan dan saya difahamkan Yang Berhormat Rasah menggunakan ucapan saya juga sebagai sebahagian daripada ucapan beliau ialah tentang content yang boleh diperbaiki. Itu sahaja Yang Berhormat.

Terima kasih. Memang Better City, Better Life dalam 21 Century bukan dikatakan teknologi sahaja. Itu semua mesti masuk. Tradisi, budaya, kesenian dan lain-lain. Content itu kita sudah berikan MATRADE untuk pilih di mana kita hendak pamerkan kepada seluruh dunia. Di antara peserta-peserta adalah Royal Selangor International, PIUTER iaitu National Brand. Kita ada Majalah Koko Tawar. Itu pun brand Malaysia dan juga White Coffee Malaysia. White coffee is Malaysia. Akan tetapi walau bagaimanapun kita tidak ambil kira tetapi content ini, saya di sini hendak kata ini semua dikaji oleh sesuatu jawatankuasa untuk menentukan content itu boleh ditunjukkan kepada pihak yang melawat ke Malaysia, ini Malaysia. Ahli Yang Berhormat berkata...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan. Ya, Yang Berhormat Menteri ada orang Cina bercakap. Ini pembangkang kata. [Bercakap dalam Bahasa Mandarin] [Ketawa] Dia sudah hilang akal. Dalam bahasa Melayu dia hilang akal.

Faham atau tidak faham?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kenapa dia hilang akal? Dia hari-hari buat usul.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, minta dia tarik balik. Itu bahasa kesat, itu bahasa kesat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekali lagi, apa itu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap dalam bahasa Mandarin]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Apa you cakap?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Gila, gilalah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Itu bahasa kesat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kenapa tidak gila? Gila buat usul hari-hari. Hari ini ada dua, esok ada dua.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Kalau tidak tahu, jangan cakap lah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang dia orang sudah gila.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tarik baliklah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, menteri-menteri yang kena jangan peduli. Buat kerja, jangan peduli apa usul pembangkang sebab mereka sudah gila membuat usul. Jadi, Yang Berhormat Menteri jangan bimbang, terus bekerja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, sejak bila cakap Mandarin Yang Berhormat? [Ketawa]

Tuan Pengerusi, saya juga di sini hendak membangkitkan kepada Ahli Yang Berhormat Rasah. Saudi Arabia punya Pavilion, kosnya RM750 juta. Macam mana kita hendak bandingkan dengan Saudi Arabia sedangkan kos kita RM20 juta sahaja. Tidak lebih. Tuan Pengerusi, ada juga berkata Shanghai Pavilion ada leaking. Sampai tamat hari ini, Pavilion Malaysia tidak tutup satu saat. Tidak, sebab itu saya memang hendak terangkan di sini...

Akan tetapi leaking juga.

Saya sudah terangkan di surat khabar, saya tidak akan menerima apa-apa jawapan lagi di sini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Minta penjelasan.

Cukuplah Malaysia Pavilion adalah suatu Pavilion yang kita sangat rasa bangga sebab sampai ada tujuh koperasi dengan Province hendak jumpa kita.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Minta penjelasan Tuan Pengerusi.

Kedua, saya pun terkejut ...

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak beri jalan Yang Berhormat.

Tak kan lah bahas tidak beri laluan.

Ahli Yang Berhormat Rasah kata ministerial statement tidak profesional. Apa maksud tidak profesional?

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Menyampuk]

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Ministerial statement akan menerangkan isu- isu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak boleh merayu macam itu Yang Berhormat. Perlu tunggu.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tunggu lah.

Ahli Parlimen Batu tidak tahu character saya. Sila duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat, sila duduk.

Tuan Pengerusi, saya hendak bangkitkan semula apa saya jawab...

Tuan Pengerusi, kita bahas baik-baik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Jangan marahlah. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Batu, sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, undi- undilah, tidak payah ...

Takkanlah tidak beri kita jawab. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tidak perlu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak payahlah cerita panjang, kita undilah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Takkanlah tidak bagi kita bahas.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan, dalam peraturan mesyuarat Yang Berhormat kena duduk.

Kita cuba pujuk Menteri supaya- jangan emosi sangat, ini bukan...

Tuan Pengerusi, saya perlu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat Batu.

Saya perlu buat lawatan ke luar negara dengan...

Ya, berilah kita...

Sila duduk, ini floor saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Menteri tidak perlulah marah sangat. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya perlu buat lawatan juga ke luar negara untuk juga memperbetulkan banyak imej yang tidak bagus yang ada di luar negara. Misalnya, dalam promosi saya ke luar negara, saya sudah bertemu dengan 230 wakil media dan ada yang tanya saya, “betul tak di Malaysia ada Ahli Parlimen gigit telinga polis?”. Apa hendak jawab? Sebab I tidak boleh bohong, saya tidak boleh bohong. Saya kata kadang-kadang adalah, tidak tahulah siapa, saya jaga nama dia lagi. Inilah sebab kita kena buat. Tuan Pengerusi, saya memang ada jawapan panjang tetapi saya tidak mahu jawab panjang sebab semua yang dibangkitkan, saya ada jawapan tetapi hari ini saya memang suka hati sebab ramai Ahli Parlimen faham begitu penting industri pelancongan kita. RM1 bilion satu minggu tetapi susah hati Tuan Pengerusi, kerana semua hendak rosakkan nama Malaysia Pavilion di Shanghai Ekspo. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Maksud Bekalan B.31, Kementerian Pelancongan oleh Yang Berhormat Batu, bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM100 daripada Maksud Bekalan B.31, Kementerian Pelancongan, Kod 10000 – Emolumen, iaitu dengan pemotongan dengan gaji Menteri Pelancongan sebanyak RM100 hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, mana satu yang bangun keluar, mana satu yang bangun berucap?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Jempol berucap.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Batu Gajah hendak berucap.

Yang Berhormat Tangga Batu berucap juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Kementerian Pelancongan perkara 02000 iaitu berkaitan dengan pelancongan. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan iaitu Kementerian Pelancongan yang telah pun

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

berjaya melonjakkan hasil negara kita, mengaktifkan ekonomi negara kita melalui sektor ini sehingga pelancong berbelanja dalam negara kita tahun sudah sampai RM53 bilion. Ini adalah merupakan satu jumlah angka yang besar yang boleh melonjakkan kemampuan negara kita untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, kita dapat melihat tentang kesungguhan negara kita mempromosikan negara kita. Walaupun dari segi produk ataupun kita punya bahan-bahan yang boleh dijual bukanlah merupakan bahan-bahan yang begitu besar seperti di China ada Tembok Besar China, di India ada Taj Mahal, di Mesir ada mempunyai Piramidnya. Maknanya, pelancong terpaksa datang ke negara tersebut untuk melihat produk-produk yang telah pun menjadi bahan yang dipromosikan oleh negara tersebut. Akan tetapi di Malaysia kita tidak mempunyai produk seperti Tembok Besar, Piramid dan sebagainya, yang ada ialah berasaskan kepada rakyat dalam negara kita yang mempunyai nilai-nilai yang begitu tinggi seperti nilai kebudayaannya, nilai cara hidup yang harmoni yang menjadikan konsep Malaysia Truly Asia adalah merupakan tema yang sangat berkesan.

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tertarik apabila Yang Berhormat mengatakan kita ini mungkin seolah-olah tidak ada tarikan seperti negara-negara yang telah disebut. Akan tetapi bagi saya, di Malaysia kita ada Gua Mulu yang begitu unik sekali, di dunia dan di tempat lain pun tidak ada semacam Gua Mulu. Jadi saya pernah membawa perkara ini di Dewan ini, nampaknya Kementerian Pelancongan kita di Malaysia kurang mempromosikan Gua Mulu sebagai satu destinasi pelancongan ke negara kita. Saya mohon kerjasama dan kalau boleh apa kata Yang Berhormat Jempol, patutkah tidak kita mempertingkatkan usaha untuk mempromosikan Gua Mulu ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya bersetuju cadangan Yang Berhormat Kapit untuk mempromosikan Gua Mulu. Cuma saya hendak sambung sikit ucapan saya tadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya kepada kementerian, adakah rancangan kementerian untuk melaksanakan kompleks Malaysia Truly Asia ini menjadi kenyataan melalui bajet yang kita bentangkan. Kalau ianya masuk dalam perancangan kita, berapakah kos yang telah pun diperuntukkan untuk membina kompleks Malaysia Truly Asia kerana ini adalah merupakan teras kepada produk yang kita jual yang telah pun menarik perhatian seluruh dunia di mana kita mempunyai kebudayaan tradisional yang sangat menarik, muzik dan tarian tradisional kita, makanan tradisional kita dan juga adat yang telah pun menjadi amalan kehidupan kita. Saya amat berbangga apabila reka bentuk bangunan pavilion di Shanghai mendapat satu tarikan dan pemerhatian pelancong yang begitu besar di mana identiti negara, identiti Negeri Sembilan, di mana atapnya yang bercirikan atap Minang telah pun menarik minat pelancong luar negara. Tahniah saya ucapkan kepada kementerian. Oleh yang demikian, identiti yang telah pun menarik perhatian ini seharusnya menjadi satu perkara yang kita berikan perhatian dalam usaha kerajaan untuk mempromosikan pelancongan kita pada masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apa sudah jadi kepada pegawai-pegawai yang dulunya bertugas dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Adakah mereka terus bertugas? Kalau bertugas di bawah kementerian, apakah jentera yang boleh membantu untuk meningkatkan pelancongan kita? Saya ingin bertanya juga dalam masa kita mewujudkan Majlis

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tindakan Pelancongan Negeri ini, terdapat juga aset-aset kekal seperti di Negeri Sembilan, kita membeli sebuah bangunan yang kita jadikan sebagai pejabat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Apa jadi kepada aset ini? Apa jadi kepada bangunan pejabat dan juga kenderaan-kenderaan yang dahulunya di bawah Majlis Tindakan Pelancongan? Tuan Pengerusi, pelancong berulang adalah merupakan aset yang sangat besar kepada industri pelancongan. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa peratus di kalangan pelancong yang datang dalam negara kita menjadi kumpulan pelancong berulang. Oleh yang demikian, segala teguran yang diberikan oleh pelancong-pelancong yang pernah datang dalam negara kita adalah merupakan satu perkara yang perlu diterjemahkan dalam bentuk pembaharuan pemikiran dalam industri pelancongan. Saya berfikir sampai masa dan ketikanya, Yang Berhormat Menteri, menggerakkan secara integrasi seluruh kementerian yang ada dalam negara kita supaya pegawai-pegawai kita ini walaupun dalam kementerian yang lain, ianya berfikir, bertindak dan menjalankan keputusan mereka dalam bentuk pelancongan. Tandas, sebagai contoh, yang sememangnya begitu sensitif kepada pelancong- pelancong yang datang dalam negara kita. Ia selalunya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Begitu banyak kita luluskan peruntukan tiap-tiap tahun untuk membangunkan tandas tetapi oleh kerana mereka tidak berfikir, tidak membuat keputusan dan tidak bertindak secara pelancong ataupun memikirkan dalam industri pelancongan, maka kualiti tandas yang dibina tidak sesuai untuk melahirkan tandas yang bersih. Kita bangga dengan negara-negara maju...

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

[Bangun]

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Sekejap, sahabat saya. Kita berbangga dengan negara-negara maju yang rakyatnya hebat menggunakan tandas yang bersih. Sebenarnya tandas di negara-negara maju ini, kualiti bahan yang dibina begitu bermutu tinggi, tilenya pun bagus dan amatlah meletakkan suasana yang begitu baik untuk mereka menjaga kebersihan tandas. Silakan, Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat dari Jempol. Saya tertarik dengan isu tandas tadi. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Jempol. Sememangnya tandas seperti mana yang Jempol katakan tadi, tempat yang penting juga. Apa pandangan Jempol, ada tandas- tandas dibina begitu baik tetapi mengenakan bayaran yang begitu tinggi. Ada tandas dipanggil tandas VVIP atau VIP mengenakan caj sampai RM5. Jadi, apa penjelasan daripada Jempol?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan penting. Saya tidak mampu hendak jawab, Yang Berhormat Tenom. Akan tetapi sebagai garis panduan, kalau kita beri perkhidmatan kepada rakyat, mesti ada pilihan. Jadi, rakyat boleh pilih. Selain daripada integrasi kementerian-kementerian dan pegawai-pegawai kerajaan berfikir dalam industri pelancongan, saya juga di atas kewibawaan Yang Berhormat Menteri, saya fikir boleh mempengerusikan jawatankuasa dengan membawa syarikat-syarikat swasta menyumbang dalam industri pelancongan. Sebagai contoh, TNB. Kita ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana ia menjaga kelip-kelip kita, satu perkara yang menarik minat pelancong luar

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

negara, tetapi bukan sahaja di Kampung Kuantan, di Kampung Rembau, Negeri Sembilan juga ada kelip-kelip. Saya harap ia jaga kelip-kelip yang ada di Negeri Sembilan juga. Akan tetapi yang lebih jauh daripada itu, TNB sebuah syarikat yang kaya, untungnya banyak, memanglah sumbangan dan pulangan hasil kepada negara begitu besar dan rakyat mendapat nikmat. Akan tetapi sebahagian daripada keuntungan ini, kita berharap ia berfikir dan menjalankan usahanya secara berfikir dalam industri pelancongan. Sebagai contoh, bagaimana Las Vegas begitu berjaya menarik minat begitu ramai sekali pengunjung-pengunjung untuk datang ke sana. Mereka datang bukan semata- mata untuk berjudi tetapi keindahan bangunan-bangunan di Las Vegas dengan pancaran cahaya yang berwarna-warni, apakah tidak mungkin TNB yang begitu kaya yang begitu banyak duitnya boleh menyumbang kepada kita dan syarikat- syarikat swasta yang lain untuk mencahayakan semua bangunan yang menarik dalam negara kita supaya pada waktu malam kita dapat menikmati keindahan bangunan-bangunan, reka bentuk dan reka cipta bangunan-bangunan indah dan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur sebagai contoh, mereka akan dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Saya fikir dengan integrasi syarikat swasta dalam menyumbang pembangunan industri pelancongan ini, kita akan dapat melihat kejayaan yang lebih besar. Sehubungan dengan itu, kita juga mengucapkan tahniah kepada kementerian yang dapat meningkatkan homestay dalam negara kita. Rakyat termiskin, Yang Berhormat Menteri, sebagai peserta dalam pembangunan industri homestay di kampung-kampung, mereka mengambil bahagian, bilik dalam rumahnya disewakan dan pelancong datang, mereka mendapat sumber pendapatan dan ini adalah kejayaan besar kepada kementerian Yang Berhormat. Oleh yang demikian, saya berharap supaya kemudahan-kemudahan yang ada di homestay ini kita tingkatkan lagi. Misalannya, homestay Lonek mendapat perhatian begitu ramai pelancong datang, tetapi jalan masuknya begitu sempit. Bas pelancong tidak boleh masuk dan ini terpaksa meningkatkan kos apabila kita membawa pelancong dengan kenderaan yang lain, padahal mereka mempunyai bas yang datang dari Kuala Lumpur. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti homestay begitu hidup di kampung kerana kejayaan kita mengadakan aktiviti, terutama sekali aktiviti kebudayaan yang menarik minat di kalangan pelancong-pelancong luar negara...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tentang identiti kebudayaan...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Silam.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Negara kita.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Adakah Yang Berhormat Jempol bersetuju jika sekiranya Kementerian Pelancongan ini mewujudkan satu jawatankuasa tetap dan standard prosedur untuk mewujudkan satu homestay yang lebih terancang sebab kita tahu homestay ini merupakan satu aktiviti ekonomi, terutamanya kawasan luar bandar yang boleh dikembangkan dan menjadi satu bidang kerja yang sesuai, terutamanya dengan belia-belia di kawasan luar bandar. Terima kasih.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu homestay ini memang dekat di hati Yang Berhormat Menteri dan sudah tentulah jawatankuasa di bawah kementeriannya akan dapat membantu

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

menterjemahkan niat Silam tadi supaya dapat dikembangkan lagi aktiviti ini. Tuan Pengerusi, sudah habis ya? Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan saya menyokong usul ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang terutamanya saya ingin ucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Yang Berhormat Menteri dan selamat melancong. Tadi kita telah dengar pelbagai masalah dan skandal-skandal dikemukakan di Dewan yang mulia ini mengenai dengan Shanghai Expo. Saya telah beberapa kali berucap di sini mengenai dengan pembinaan Shanghai Expo dan penganugerahan projek ini kepada Syarikat Venturepharm Asia Sdn. Bhd. Kementerian Pelancongan telah memberikan jaminan kepada Parlimen bahawa jumlah kos Pavillion Malaysia di Ekspo Shanghai ialah RM20 juta dan tidak akan menggunakan sebarang variation order. Tidak akan. Bagus. Akan tetapi yang saya dengar-dengarnya, bukannya ada satu variation order. Ia ada renovation order, lebih daripada kos pembinaan. Renovation ordernya berjumlah RM25 juta. Benar atau tidak ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung petang nanti, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri untuk menyambung perbahasan saya di bawah Maksud B.31 Kementerian Pelancongan Kod 10000 – Emolumen, 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Butiran 040800 – Promosi, Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan dan Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay Malaysia. Mula- mula sekali saya ingin mengucapkan selamat datanglah Yang Berhormat Menteri

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

‘Melencong,’ Malaysia Truly Asia. Kalau tidak faham sekali lagi welcome to Malaysia, Malaysia Truly Asia. Kita hendak sambut seorang pelancong baru negara kita, Menteri ‘Melencong.’ Mengenai dengan Ekspo Shanghai. Pada saya penganugerahan projek Malaysia Pavilion pada mula-mulanya telah terjadi satu skandal terhadap Menteri ‘Melencong’ kerana Yang Berhormat Menteri telah menganugerahkan projek ini kepada sahabat karibnya Grace Chen Oyan Yun Shai, yang asalnya dari Taiwan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa tender untuk Projek Malaysia Pavilion ini telah ditutup semasa Yang Berhormat Menteri ‘Melencong’ ini mengambil alih Kementerian Pelancongan pada 9 April 2008. Lebih kurang pada 15 April 2008 Yang Berhormat Menteri ‘Melencong’ ini telah membatalkan tender yang telah...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Point of order, ini tidak betullah Menteri Pelanconganlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat jangan sebut melencong.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Apa pula?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Wangsa Maju, jangan sebut melencong lagi Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sudah itu sahaja. Saya benar sampai peringkat itu sahaja Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Menteri ‘Melancong.’

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Pelancongan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oh! Sorry, sebab saya sudah welcome dia, welcome to Malaysia, Malaysia Truly Asia. Semua saya sudah terlupa, kacau sahaja Yang Berhormat Kota Belud ini, tidak apalah. Lebih kurang pada 15 April 2008, Yang Berhormat Menteri membatalkan tender yang pertama. Di mana pada masa itu tender-tender daripada syarikat-syarikat yang masuk tender pada tender yang pertama ini tiada Venturepharm Asia Sdn. Bhd. Oleh kerana Venturepharm Asia Sdn. Bhd. sudah tahu mereka tidak layak langsung. Pada tender yang kedua, Venturepharm telah masuk dalam tender yang kedua. Memanglah dianugerahkan projek tersebut. Bukankah ini adalah satu skandal terhadap Yang Berhormat Menteri? Walau bagaimanapun Kementerian Pelancongan telah memberikan, sekarang saya sudah betul. Yang Berhormat Kota Belud sudah betul ya? Menteri Pelancongan. Masihlah welcome to Malaysia Truly Asia telah memberikan jaminan kepada Parlimen bahawa jumlah kos Pavilion Malaysia di Ekspo Shanghai ialah RM20 juta. Tidak akan membenarkan sebarang variation order, penganugerahan projek Malaysia ini kita sudah tahu. Walaupun tiada variation order tetapi kita sudah tahu bahawa tidak ada variation order tetapi ada renovation cost. Renovation cost ini lebih daripada kos pembinaan. Apa ini? Projek Pavilion kita ini telah dibina dan pada mula-mulanya atau from the beginning tetapi kita masih ada variation order untuk renovation cost. Apa ini?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini wang rakyat, kalau wang Menteri sendiri tidak apa. RM100 juta pun tidak apa, kita tidak peduli tetapi ini wang rakyat. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh jawab di sini, apakah RM25 juta ini ataupun lebih daripada RM25 juta untuk renovation cost ini? Kalaulah itu jadi renovation cost itu bermakna bahawa Yang Berhormat Menteri telah cuai, telah tidak layak menjadi Menteri. Ini kerana sebelum dibina tidak masukkan semua kos-kos untuk renovation cost ini tetapi memanglah beliau telah terikat dalam jawapan beliau dalam Dewan yang mulia ini bahawa kos ini tidak boleh melebihi RM20 juta. Pada halnya tadi saya hendak sokong usul itu tetapi usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu RM100 sahaja tidak cukup. Kalau RM10,000 memang saya akan sokong potong gaji RM10,000. Ini kerana kalau RM100 Menteri tidak rasa, kalau RM10,000 beliau baru sedar diri bahawa dia kena kerja dengan baik. Oleh sebab itulah saya tidak sokong tadi bukannya tidak sokong usul, sebab potong gajinya RM100 sahaja. Yang Berhormat sedia maklum bahawa Venturepharm ini bukannya terlibat dalam skandal kementerian Yang Berhormat Menteri sahaja. Venturepharm Asia Sdn. Bhd. dan Grace Chen Oyan Yun Shai ini terlibat dalam skandal MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Di mana mereka mendapatkan satu TechnoFund, RM5.0 lebih juta, selepas saya membentangkan satu soalan Yang Berhormat Menteri MOSTI ini adalah bijak. Oleh kerana kebijaksanaan beliau maka beliau terus bekukan wang baki RM3.6 juta ini. Sekarang kita telah selamat RM3.6 juta wang rakyat, walaupun saya bangkit perkara ini dalam Dewan Yang Berhormat Menteri pun ada, beliau dengar dan beliau tahu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Beliau sedia maklum pada masa itu tetapi beliau masih anugerahkan projek ini kepada satu syarikat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, gulung Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Gulung.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sedikit lagi, ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, hampir habis Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

PA beliau IVC, bekas personal assistant beliau semasa jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjadi salah seorang pegawai di syarikat, ‘Grace Auyong’ ini, sahabat karib dia. Tidak mungkin kawan-kawan sebelah sana boleh sokong. Tingkah laku begini sedangkan kementerian mesti perlu ambil tindakan untuk beku dan bolehkah atau kementerian boleh batalkan tender pertama dan buka tender kedua. Tender pertama Venturepharm tidak ada, tender kedua Venturepharm ada dan dianugerahkan bagi projek ini. Bukankah ini telah tahu ada seekor buaya di sana kita letak daging lagi kepada buaya itu. Kita telah tahu. Ini menunjukkan satu... [Disampuk] Memanglah itu, tetapi sokong juga tadi. Saya tidak sokong tadi, saya keluar. Saya tidak mahu bantah sebab tidak cukup. Ini mengenai dengan tingkah laku Yang Berhormat Menteri. Promosi negara dan pergi ke luar negara, buat

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

apa? Kita tidak nampak pun Yang Berhormat Menteri yang lain sibuk melancong sampai begitu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa telah habis Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sedikit lagi yang satu lagi Shoe Festival, untuk kasut pada April 2010. Di mana kementerian memberikan sumbangan RM3 juta untuk satu festival. Apa ini? Wang rakyat tahu atau tidak Yang Berhormat Menteri? Kenapakah kita perlu memberikan RM3 juta kepada satu Shoe Festival ini? Sila beri penjelasan. Kedua, membayar RM1 juta kepada Datuk Jimmy Choo dan John Tord, untuk apa? Untuk jadi Duta Malaysia kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Apa ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sila jawab kenapakah...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Juga barang-barang promosi seperti t-shirt, beg-beg untuk kementerian, untuk majlis pameran atau apakah. Berikan berapakah jumlah kos untuk barang-barang promosi ini dan kepada syarikat yang mana diberikan kontrak-kontrak ini. Sama ada memberikan kontrak- kontrak ini kepada sahabat karib beliau ‘Grace Auyong’. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Silam.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut sama membahaskan bagi maksud Bekalan 31 menyentuh Butiran 020000 - Pelancongan di bawah Butiran 020300 - Pembangunan. Tuan Pengerusi keberkesanan kempen-kempen dan promosi pelancongan yang telah dijalankan oleh kementerian, di luar negara dan setakat ini dari segi prestasinya memang tidak dinafikan kita dapati memang ada pulangan kepada negara kita. Namun, saya ingin bertanya kepada kementerian berhubung dari segi pengurusan tempat- tempat yang boleh difikirkan boleh menarik pelancongan di masa akan datang di samping kita dapat mempelbagaikan lagi tempat-tempat yang menarik di negara kita terutamanya seperti di awal pagi tadi saya mendengar sahabat dari negeri Sarawak menyebutkan tentang Gua Mulu. Kemudian kita melihat lagi tempat-tempat selain daripada Gua Mulu ini di kawasan lain seperti Ranau, kita ada Gunung Kinabalu yang mungkin telah lama terkenal dan di masa akan datang dari segi pembangunan pelancongan ini juga kita boleh melihat seperti Pusat Lembah Danum dan Tabin Wildlife dan banyak lagi tempat-tempat yang boleh kita promosikan secara agresif untuk menarik lagi jumlah bilangan pelancong yang datang ke negara kita. Kalau sebelum ini, ia lebih kurang hanya berjumlah 8 juta dan pelancong yang datang ke negara kita ini kalau ikut lampiran terkini daripada kementerian yang saya tanya baru-baru ini di Dewan yang mulia ini telah berjumlah 20.9 juta pada tahun 2007. Ini jelas terbukti.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Jadi,saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian tentang pengurusan pusat-pusat yang saya sebutkan tadi yang merupakan suatu yang menjadi identiti utama di negara kita ini kalau kita urus ia dengan baik. Cadangan saya ialah kita mewujudkan satu badan pengurusan yang bebas atau pun syarikat tertentu yang menjalankan usaha-usaha untuk mentadbir pusat-pusat yang boleh dimajukan dalam sektor pelancongan ini secara pendekatan profesional. Selain daripada itu juga, saya berharap pihak kementerian, mungkin kita tahu badan dunia seperti World Heritage yang mempunai standard sendiri untuk memastikan dari segi garis panduan bagi mentadbir atau pun mengurus pusat- pusat yang menarik di negara kita ini sebab kalau mungkin kita dapat garis panduan ini sudah tentu ia akan ditadbir dengan lebih sistematik. Di sini juga kita dapat melihat bagaimana kalau pelancong-pelancong yang datang ke Gua Mulu dan Gunung Kinabalu, kawasan Lembah Danum dan tempat-tempat yang di kawasan-kawasan yang ada di negara kita ini. Kawasan Sibuti pun ada Gua Niah.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan yang Berhormat Silam. Apabila yang Berhormat Silam mengatakan World Heritage tadi. Mulu adalah salah sebuah World Heritage yang begitu ternama di dunia. Di dalam Gunung Mulu ini atau pun Taman Negara Mulu, kita mempunyai sebuah gua yang paling besar boleh memuatkan 100 buah kapal terbang Boeing atau pun 10 buah ladang bola sepak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini kerana 10 buah padang…

Bola sepak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dan 100 buah Boeing 747 Yang Berhormat.

Thank you Sir for your correction.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Lagi besarlah.

Lagi besar. Ada juga gua-gua seperti Gua Air Jernih dan juga Gua Rusa. Mengapakah tidak disebarkan promosi seperti ini apabila Yang Berhormat Menteri Pelancongan berada di luar negara. Terima kasih.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Kita berharap sebutan-sebutan yang disebut oleh beberapa orang Ahli Parlimen kita seperti melencong dan sebagainya tidaklah diambil sebagai suatu perkara yang remeh terutamanya apabila kita memang suatu kementerian yang sangat penting kepada negeri kita untuk memastikan bahawa kita tahu sektor pelancongan ini di masa akan datang merupakan penyumbang GDP. Jadi, alhamdulillah maklumat tambahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi saya mohon supaya dicatatkan sekali dalam ucapan saya ini sebagai bukti untuk menjelaskan kepada kita pentingnya untuk kita mentadbir dan promosikan. Kalau kita lihat seperti di negara-negara luar yang lain yang lebih komited dan melihat dari segi pengurusan tempat-tempat semula jadi ini suatu yang menjimatkan kita di samping memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk peluang-peluang pekerjaan mereka. Saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya dari segi pelaksanaan pengurusan sebab seperti contohnya di Gua Mulu ini dari segi

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

pengurusan kita tahu kerajaan negeri telah bertanggungjawab dan begitu juga di negeri Sabah, kerajaan negeri bertanggungjawab dari segi pengurusan.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Namun dari segi promosinya, kemudian dari segi pentadbiran, sebenarnya kita dapati oleh sebab kekurangan kakitangan, ia sehinggakan tidak terurus tempat-tempat yang menarik ini dengan baiknya. Misalnya lah selepas ini kementerian dapat memikirkan sesuatu – syarikat ataupun jawatankuasa yang bertanggungjawab secara bebas yang mentadbir. Mungkin cara pengurusannya pun mungkin pengurusan hotel lima bintang contohnya. Mungkin mereka boleh buat kajian ataupun soal selidik bagaimana feedback ataupun pandangan daripada pihak pelancong yang datang ke tempat-tempat tersebut. Jadi ini sangat penting kepada kita semua untuk memastikan pelancongan di negara kita ini bukan hanya kepada konsep-konsep festival dan sebagainya yang mungkin hanya membazir dari segi kewangan, tetapi bagaimana kalau kita juruskan kepada kawasan luar bandar terutamanya yang boleh memberi peluang pekerjaan di samping – dari segi pelaksanaannya pun mungkin pihak kerajaan dapat menjimatkan dari segi perbelanjaannya. Ini kerana, kita tahu kemudahan maklumat yang kita peroleh daripada pelancong yang datang ke negara kita pun sebenarnya mereka mencadangkan supaya kita dapat mengekalkan keindahan semula jadi negara kita ini. Hanya mungkin dari segi kemudahan-kemudahan tertentu, perlu kita naiktarafkan untuk keselesaan pelancong itu sendiri. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan, kemudian Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay Malaysia. Dari segi kajian pelancongan ini, saya berharap supaya kementerian – saya difahamkan beberapa minggu yang lepas kementerian telah pun melancarkan programnya iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia yang cuba mempromosikan ekopelancongan. Di sini saya berharap – saya pernah mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya negeri-negeri yang ada potensi untuk ekopelancongan ini terutamanya untuk Sabah dan Sarawak supaya diambil perhatian oleh pihak kementerian. Kemudian dari segi penyelarasannya, walaupun sekarang ini saya tahu bahawa kementerian ada menyalurkan peruntukan kepada Kementerian Pelancongan negeri-negeri yang berkaitan, tetapi dari segi keberkesanan pelaksanaannya itu Tuan Pengerusi, saya nampak agak terhad dan sehingga kita tidak tahu bahawa peranan Kerajaan Persekutuan dalam sektor pelancongan ini tidak begitu menyerlah dan agresif. Saya berharap supaya di masa akan datang, kementerian ini dapat memikirkan untuk mewujudkan suatu pejabat yang betul-betul mempromosikan dan membuat kajian tentang keberkesanan serta program-program yang ingin dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi kesesuaian masyarakat setempat, terutamanya dalam sektor ekopelancongan yang merupakan suatu sektor yang belum lagi dieksploitasi sepenuhnya di negara kita ini. Ini sudah tentu kalau kita dapat pelbagaikan sektor pelancongan ini, barang tentunya dari sumbangannya kepada GDP negara pun akan meningkat. Selain daripada itu, dari segi program penyelidikan ini juga saya berharap ianya diwujudkan dari segi jawatankuasa tetap untuk memastikan supaya program-program yang dibuat itu sesuai dengan kehendak dan tuntutan semasa. Mungkin dari segi sektor-sektor yang akan diwujudkan sama ada – mungkin domestik yang lebih menumpukan kepada rakyat Malaysia itu sendiri. Kita dapat

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

mengkaji kehendak dan cita rasa rakyat negara kita itu sendiri supaya kita tahu apa keperluan-keperluan yang mereka mahu. Begitu juga – sebagai contohnya, saya ingin menarik perhatian bagaimana Lembah Danum yang terkenal daripada kawasan Parlimen Silam ini menjadi tumpuan kepada para penyelidik dari negara luar. Ini perlu kita dapat perluaskan dari segi dapatan yang boleh diperolehi. Mungkin saya mencadangkan supaya pusat penyelidikan Lembah Danum di kawasan Parlimen Silam itu menjadi satu pusat kajian ecotourism ataupun pelancongan di masa akan datang. Ini kerana kita melihat perkara ini – oleh sebab beberapa kemudahan yang terdapat di sana mungkin tinggal dinaiktarafkan yang boleh menyumbang kepada pembangunan pelancongan ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, iaitu Butiran 02800 iaitu mengenai Homestay. Homestay ini kalau saya dapati sekarang ini, mungkin di sebelah Semenanjung Malaysia ini kita dapati kemudahan-kemudahan ini telah pun banyak diperbaiki, namun, terutamanya di negeri Sabah, ia belum menyeluruh. Mungkin terutamanya di kawasan Ranau saya tahu dari segi homestay ini mungkin kemudahan-kemudahannya lebih baik. Akan tetapi secara menyeluruhnya, ia belum lagi terdedah dan ramai yang tidak tahu. Jadi saya berharap supaya pihak kementerian juga dapat mengambil beberapa tempat atau kampung-kampung yang boleh diketengahkan untuk dimajukan dalam sektor industri homestay ini. Dari segi basic amenities yang disediakan, itu perlu dan seperti yang saya sebutkan sebelum ini, iaitu supaya kementerian membuat satu jawatankuasa tetap dan memastikan dari segi kemudahan dan cara bagaimanakah mereka memohon kemudahan homestay untuk dilaksanakan di kampung masing-masing. Saya berharap supaya kementerian mengangkat program homestay ini lebih ke hadapan dan utama sebab ini kita dapati bahawa negara kita ini walaupun kita akan maju menjelang tahun 2020 insya-Allah, namun secara majoritinya, masih lagi berada di kawasan luar bandar yang perlu mendapat perhatian. Sekurang-kurangnya kalau ada program homestay ini kita usahakan dengan cara lebih teratur dan tersusun, sudah tentu ia akan menyumbang kepada sumber pendapatan yang lebih baik kepada semua masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mungkin mengambil masa yang pendek. Saya hendak menjurus kepada Butiran 020000 – Pelancongan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM386,571,400 dan di bawah Butiran 020100 – Dasar, Perancangan dan Hubungan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, pagi tadi soalan yang ke-14 saya kepada Menteri Pelancongan berkaitan dengan soal pameran Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo yang kebetulan ada usul daripada Yang Berhormat Batu memotong bajet sebanyak RM100. Saya tidak ingin untuk menyambung isu itu, cuma soalan yang saya kemukakan nampaknya tidak dijawab oleh pihak kementerian.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya bertanya berkaitan dengan soal mengapakah di Shanghai World Expo ini tidak melambangkan imej Malaysia sebagai salah sebuah negara umat Islam yang mana kita begitu menekankan soal halal hab dirantau Asia? Ini perkara dasar Kerajaan Malaysia. Kita ingin mempromosikan halal hab ke peringkat antarabangsa. Menteri yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pelancongan. Akan tetapi kita tidak mengambil kesempatan di Shanghai World Expo sehinggalah tidak ada restoran ataupun tidak ada ruang makan yang halal di Shanghai World Expo, Yang Berhormat Menteri. Sumber yang jelasnya ialah wakil daripada Kerajaan Negeri Kedah yang turut serta di dalam menghadiri ekspo tersebut mengatakan tidak ada. Tidak ada makanan halal yang disediakan di dalam ekspo yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia. Ini amat malang. Selain daripada wakil daripada Kerajaan Negeri Kedah, ada seorang pegawai Kementerian Pelancongan yang menyatakan “Minta maaf, kita tidak menyediakan makanan halal di sini. Sila pergi kepada negara-negara lain. Sila pergi kepada pameran-pameran negara-negara lain.” Akhirnya, perwakilan kita yang turut hadir menyatakan bahawa kami terpaksa pulang ke hotel dengan makan mee segera yang dibawa dari Malaysia. Tidakkah Yang Berhormat merasai bahawa ini satu perkara yang basic, perkara asas yang sepatutnya ditekankan. Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri – saya tidak ingin berpolitik di sini, sekadar – seperti mana kata rakan saya daripada Yang Berhormat Kota Belud tadi, saya bersetuju bahawa ada kelemahannya. Mohon maaf di atas ada kelemahan dan insya-Allah, di lain masa, di lain pameran, kita akan memastikan bahawa Malaysia menonjolkan halal hab ini dalam pameran-pameran di peringkat antarabangsa.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ini kerana kesannya Yang Berhormat Menteri adalah pelancong- pelancong daripada negara-negara luar yang datang kalaulah begini – sebab mereka tidak pernah datang ke Malaysia. Mereka yang daripada negara Arab, Pakistan, dan negara-negara umat Islam yang lain hendak datang tetapi mereka was-was kerana mungkin tidak ada makanan halal di Malaysia. Jadi ini di antara perkara yang cukup asas yang seharusnya dan saya mohon perkara ini diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Sebaiknya beritahulah kepada Dewan bahawa kita akan memperbaiki untuk masa-masa yang akan datang kerana ia memberikan imej. Agak malang kerana saya rasa umat Islam di negara China berjumlah lebih daripada 20 juta orang dan lebih daripada jumlah umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itulah tidak ada alasan yang kukuh untuk Yang Berhormat Menteri tidak menyediakan di masa yang akan datang. Pihak kementerian mestilah peka isu soal halal hab supaya kita boleh menonjolkan imej dan wajah sebenar Malaysia di peringkat antarabangsa. Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan soal Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia di mana saya dapati bahawa pelantikan jawatankuasa ataupun lembaga pelancongan di peringkat negeri-negeri khususnya di negeri Pakatan Rakyat di bawah perkara 030000 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPMM) ini saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri sejauh manakah kerjasama dengan kepimpinan Exco dan Menteri Besar di peringkat negeri-negeri Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Ini kerana saya dapati ada kecenderungan apabila Kerajaan Barisan Nasional kalah di negeri-negeri tersebut, mereka melantik pengerusi Lembaga Pelancongan di peringkat negeri di kalangan ADUN-ADUN yang kalah untuk

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

menjadi pengerusi. Sehinggalah peruntukan untuk pelancongan itu terus menjurus kepada lembaga tersebut dan akhirnya merugikan secara keseluruhannya. Jikalau kita lihat dari aspek makro Yang Berhormat Menteri sudah barang pasti atas faktor apa sekalipun sekiranya pelancong itu masuk ke dalam negara kita, keuntungannya akan diperoleh di semua peringkat sama ada di peringkat Persekutuan di peringkat negeri dan juga di peringkat local atau daerah. Oleh sebab itulah sekiranya Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan adakah pelantikan pengerusi-pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan di peringkat negeri-negeri ini dilantik berasaskan kepada politik parti? Ketiga di bawah Butiran 020800 – Perkhidmatan Pelancongan. Ini berkaitan dengan soal homestay yang menjadi minat Yang Berhormat Menteri. Adakah perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk tahun ini boleh dimanfaatkan oleh orang yang hendak melaksanakan industri homestay ini secara lebih terancang dan terurus? Apakah format atau formula atau bagaimanakah mereka boleh mendapatkan peruntukan-peruntukan ini untuk membaiki mutu homestay mereka di peringkat daerah? Sekadar itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyinggung beberapa perkara iaitu Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay Malaysia dan 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur. Saya tidak akan menyentuh soal Shanghai World Expo secara berterusan sebab rakan-rakan telah menyinggung isu ini dengan panjang lebar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah kalaulah benar dakwaan bahawa di mana-mana ekspo kita tidak menyediakan halal hab untuk memperjelaskan bahawa negara kita ini sebuah negara yang mengeluarkan makanan halal hab, jadi pada masa-masa akan datang saya juga menyeru kementerian supaya mengadakan makanan-makanan halal seumpama ini sebab ini merupakan keperluan bagi orang-orang Islam. Tuan Pengerusi, di kawasan saya ini dikenali sebagai world heritage iaitu Lembah Lumpur di negeri Sabah dan seluruh dunia. Rata-rata pelancong datang setiap hari saya kira tidak kurang daripada 80 hingga 200 orang daripada serata dunia. Justeru itu apabila kita berbicara soal pelancongan, bukan sahaja hutan, pantai, gunung, gua, kampung tradisional ataupun kebudayaan yang ditonjolkan. Ini merangkumi semua aspek iaitu aspek-aspek keperluan iaitu apabila ada pelancong bermakna kita ada pemandu pelancong. Apabila ada pemandu pelancong kita ada pemandu teksi dan macam-macam pemandu. Persoalannya persediaan bagaimana kita mengiktiraf mereka? Sebagai contoh saya lihat di beberapa tempat iaitu di Hutan Tebal Jerantut di Gunung Tahan dan juga di beberapa tempat, pemandu pelancongnya fasih berbahasa Perancis, Jerman, Arab dan bermacam-macam. Jadi apakah usaha kementerian mempertingkatkan keupayaan pemandu pelancong kita ini menguasai bahasa- bahasa asing? Kita kenal pasti pelancong mana yang ramai maka kita ketengahkan kelas-kelas menguasai bahasa asing ini. Malah ini mempertingkatkan kualiti supaya pelancong yang datang ini balik ke negara mereka tidak boleh mengatakan soal bahasa jangan bimbang kerana pemandu

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

pelancong di Malaysia boleh menguasai bahasa kita. Ini akan mempertingkatkan lagi pelancong datang. Berhubung dengan homestay, di Kinabatangan ini memang rata-rata penduduk meniaga homestay tetapi saya tengok kualitinya tidak sampai ke tahap yang boleh kita banggakan. Jadi apakah usaha kementerian dengan peruntukan RM30 juta untuk homestay ini kerana saya tengok macam mahu tidak mahu bagi Tuan Pengerusi. Jadi kalau boleh kita mempertingkatkan kualiti homestay di seluruh negara kita. Peruntukan perlu banyak kerana kita perlu bantu mereka yang meniaga homestay ini membaiki tandas supaya elok. Oleh sebab orang Eropah ini rumah tidak baik tidak mengapa tetapi mahu tandas first class. Jadi macam mana kalau tandasnya pun mereka masuk tidak cantik sehingga tidak ada mood hendak tinggal. Bilik tidurnya biarlah selekeh bagi orang Eropah ini asalkan tandasnya memang first class, itu mereka mahu tinggal. Jadi mintalah peruntukan mempertingkatkan tandas mereka. Apabila ada homestay ada pelancongan, maka jalan raya, lampu elektrik dan air bersih perlu dibincangkan dengan kementerian-kementerian yang lain untuk memastikan bahawa sasaran kita mendatangkan 23 juta orang pelancong akan tercapai. Jikalau ini dapat dirangkumi saya tidak dapat melihat mengapa kita tidak boleh mendatangkan lebih ramai pelancong ke negara kita. Justeru itu pemaju-pemaju homestay ini harus dilihat sebagai satu sahabat kita untuk mempertingkatkan mutu pelancongan kita. Tambah peruntukan bagi mereka dan saya mahu tahu di Kinabatangan untuk tahun akan datang ini berapa sebenarnya Yang Berhormat Menteri ini boleh adakan untuk membantu mempertingkatkan kualiti homestay yang sedia ada dan juga mungkin kita akan menambah bilangan mereka jika ada peruntukan yang lebih. Di samping juga pengusaha-pengusaha korporat yang ada chalet dan macam-macam, kita juga perlu menggalakkan. Penduduk masyarakat setempat itu bergiat sepenuhnya sebab kita tidak mahu kampung yang mereka duduk mereka menjadi penonton, tukang sorak dan tidak boleh turut serta mengaut sedikit pun keuntungan hingga akhirnya bot pun milik pusat-pusat pelancongan yang besar. Orang kampung jadi tukang angkat. Jadi ini tidak boleh dan kita harus ada konsep bagaimana untuk meletakkan bahawa penyertaan masyarakat setempat melalui homestay itu terjamin dan orang kampung dapat berniaga secara saksama.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini akan dapat mempertingkatkan kualiti mereka dan boleh mengeluarkan mereka daripada kategori belenggu kemiskinan. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menyediakan peruntukan untuk Kinabatangan untuk mempertingkatkan homestays di sekitar Kinabatangan yang saya anggarkan lebih kurang tujuh buah kampung. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana saya juga ingin menyumbangkan sedikit buah fikiran untuk maksud Bekalan 31. Perkara yang ingin saya sentuh ini ialah Pelancongan 020000, Butiran 020100 - Dasar Perancangan dan Hubungan Antarabangsa.

Tuan Pengerusi, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengumumkan mengenai langkah-langkah kerajaan di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mengadakan beberapa lagi hab hiburan malam di Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan juga Kota Kinabalu. Masyarakat Islam terutamanya amat gelisah dan resah jika diadakan hab-hab hiburan malam ini kerana kita sebenarnya secara tidak langsung menggalakkan masalah sosial semakin ataupun krisis akhlak di kalangan remaja itu akan menjadi bertambah runcing. Walaupun tujuan mengadakan hab hiburan - saya hendak katakan hab halal hiburan – terlajak, sebab kita selalu cakap mengenai hab halal-hab halal. Jadi sekarang ini ‘hab hiburan malam’ kalau bagi saya, saya kata mungkin ‘hab hiburan haram’ di sini. Jadi, walaupun menteri mengatakan bahawa ia adalah untuk pelancong asing, apakah jaminan kita bahawa ia tidak dikunjungi oleh orang-orang tempatan? Sudah tentu pekerja-pekerjanya adalah daripada pekerja-pekerja tempatan terutamanya orang-orang Islam, orang-orang perempuan. Kita tidak dapat mengelak apabila ada hab hiburan malam, pergaulan yang bebas akan menjadi dengan secara yang begitu semula jadi dan akhirnya pelayan-pelayan, pembancuh arak kebanyakannya adalah daripada anak-anak yang beragama Islam. Kita lihat pagi tadi pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri KPWKM yang hasilnya ialah pembuangan bayi yang dalam dua tahun 150 lebih jumlahnya. Jadi, semua ini mengundang kepada gejala ataupun krisis akhlak yang semakin meruncing. Saya amat terkilan kerana negara kita di uar-uarkan sebagai sebuah negara Islam moderate, sebuah negara Islam pertengahan dan kita juga menguar- uarkan bahawa Malaysia adalah satu tempat yang bagus untuk pelancong- pelancong dari Asia Timur. Kita memberi satu mesej yang sangat kontradiksi antara satu sama lain. Dalam satu hal kita mempromosikan segala yang baik mengenai Islam tetapi dalam satu hal lagi kita melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan nilai Islam. Jadi, mungkin juga Kementerian Pelancongan dan kerajaan sendiri perlu ada satu jemaah, pakar-pakar syariah itu sendiri untuk memberikan panduan kalau mungkin hendak dikatakan Menteri Pelancongan sekarang bukan beragama Islam, tidak faham, sedangkan ETP itu pun kira mungkin juga dikendalikan oleh Dato’ Sri Idris Jala, mungkin dia juga tidak faham.

[Bangun]

Jadi dia mungkin patut mendapat nasihat daripada pakar-pakar ataupun panel syariah itu sendiri.

Minta penjelasan sedikit boleh atau tidak? Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja dan Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Kota Raja kerana begitu prihatin terhadap penglibatan rakyat tempatan dalam perusahaan- perusahaan ataupun tempat-tempat yang mungkin tidak halal bagi masyarakat Islam terutamanya dan yang bukan Islam pun mungkin ada tempat itu tidak sesuai juga bagi mereka untuk berada di situ walaupun atas nama promosi pelancongan. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. [Disampuk] Yang Berhormat Kota Raja – kota juga ya, Yang Berhormat Kota Raja, kita mendapat laporan bahawa di Selangor pun banyak tempat yang sedemikian rupa, dengan rumah urutnya, karaokenya, dangdutnya, night clubnya, macam- macam. Tempat-tempat ini juga menimbulkan masalah ataupun satu tempat...

Faham.

Belum habis lagi. Berilah sedikit lagi.

Lambat sangat Yang Berhormat cakap. Saya kehabisan masa.

Lambat pun tidak mengapa. Asalkan habis. Tunggulah sebentar. [Ketawa]

Saya sudah faham soalan, pencelahan ke mana arahnya. Saya sudah faham.

Jadi, saya hendak bertanya apakah pendirian Yang Berhormat terhadap Kerajaan Pakatan di Selangor yang melaksanakan dasar, program yang tidak sesuai sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih banyak-banyak.

Tolong buat penjelasan dengan nyata. Berani atau tidak menegur?

Saya begini Yang Berhormat. Kita perlu apa yang halal dengan apa yang haram. Kebanyakan rumah-rumah urut ini adalah rumah-rumah urut yang tidak mendapat lesen. Kita tetap akan menyuruh ataupun mendesak Kerajaan Negeri Selangor...

Yang lesen itu halalkah?

Kalau...

Yang ada lesen itu halal? [Ketawa]

Saya tidak mengatakannya halal. Maknanya, apabila Yang Berhormat mengatakan bahawa bercambah dan sebagainya, semuanya tidak mendapat keizinan, tidak mendapat lesen. Jadi, sekarang ini kita memerlukan pembanterasan. But, after saying that, I want to say dengan izin, Two wrongs does not make one right. Okey. Kalau tetap salah, ia tetap salah. Jadi, kalau itulah yang benar-benar berlaku di Selangor, kita akan terus mendesak kerajaan Selangor untuk memperbetulkan keadaan ini.

Tidak dengar – tidak ada dengar pun desakannya.

Saya hendak sambung. Yang Berhormat Pasir Salak, tolong cakap kemudian. Saya hendak habiskan lagi. Saya ada point.

Desakan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey, Yang Berhormat Pasir Salak. Biarkan dia.

Tuan Pengerusi, seperti biasalah, Yang Berhormat Pasir Salak akan mengambil kesempatan untuk mencari modal politiknya. Jadi, saya minta, ini adalah satu dasar yang saya kira yang perlu kerajaan sendiri jelaskan. Tidak semestinya apa yang dilakukan ini

walaupun mendatangkan, disasarkan RM1.8 bilion pendapatan, menggandakan pendapatan daripada pelancongan, kolateralnya adalah krisis akhlak yang semakin meruncing di kalangan rakyat kita. Jadi, saya harap kerajaan tidak meneruskan dengan pelan untuk menghidupkan lagi atau mengadakan lagi hab- hab hiburan malam ini. Ini kerana kalau hab hiburan malam ia tidak boleh tamat pada pukul 12 malam, pukul 3 pagi atau 4 pagi dan banyak lagi perkara-perkara yang negatif. Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya ingin pergi pada Maksud Pembangunan 31, Penyelenggaraan Kemudahan dan Infrastruktur - 014000. Tadi sahabat-sahabat kita, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah menyebut mengenai tandas. Saya merasakan bahawa konsep tandas kita ini kadang-kadang seperti tidak difahami oleh pelaksana-pelaksana kita, tidak kiralah KPKT ataupun institusi-institusi yang lain. Saya lihat sekarang di lapangan terbang lebih memahami tentang konsep tandas ini kerana ia menyediakan dua konsep tandas; satu yang duduk, satu lagi yang bertinggung. Kalau kita hendak mengikut konsep tandas ‘mat saleh’ ataupun ‘orang putih’, kita juga perlu menyediakan kemudahan- kemudahan. Mesti cukup tissue paper, mesti ada bakul sampahnya dan mesti ada air yang secukupnya. Sekiranya saya lihat terutamanya di tempat-tempat perniagaan, di shopping complex dan sebagainya, mereka menyiapkan kebanyakan hampir kata, tidak menyiapkan langsung tandas yang jenis bertinggung.

Akhirnya orang-orang tempatan akan bertinggung di atas tandas duduk dan ia menyebabkan lapik tempat tandas itu kotor dan kemudian tidak menyiapkan tisu. Jadi falsafah tandas itu macam mana hendak mengadakan tandas yang bersih ini amat mengecewakan, kerana pihak-pihak berkuasa masih lagi tidak memahaminya dan saya berharap dalam penyelarasan penyelenggaraan kemudahan ini, kerana kita tidak boleh kata...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta soalan...

Satu tempat untuk tandas orang asing...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Dan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Besar, masa sudah habis Yang Berhormat.

Masa sudah habis, jadi itu sahaja Menteri, saya sebenarnya tidaklah antara mereka yang mengatakan Kementerian Pelancongan tidak membuat apa-apa, banyak yang sudah baik tetapi apabila kita tegur, Menteri janganlah melenting. Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk mempromosikan

Langkawi sebagai pusat pelancongan dan saya nampak Langkawi sebagai tempat pelancongan adalah bergerak dengan begitu lancar sekali sehingga sekarang ini mencecah 2.2 juta orang datang ke Langkawi. Yang saya hendak bawakan ialah satu, dua perkara iaitu isu yang berkaitan dengan Pantai Chenang dan Pantai Tengah, di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan telah datang pada hari itu bersama-sama saya berjalan di Pantai Chenang dan Pantai Tengah mendapati keadaan hotel-hotel berkenaan yang tidak menyambungkan paip ke IWK, telah merosakkan sedikit sebanyak imej Langkawi sebagai pusat pelancongan. Kedua ialah isu berkaitan dengan sport fishing, perkara ini perlu kita ambil berat, kalau boleh mengambil bahagian, kerana saya rasa sports fishing adalah satu benda yang kita perlu promote ataupun diberi perhatian, disebabkan kebanyakan orang yang datang daripada Kedah dan juga Penang pergi ke kawasan Phuket dan lain-lain tempat untuk menggunakannya. Dan saya percaya dengan adanya sports fishing, katalah di Pulau Layang-layang di Sabah, sudah tentu banyak pelancong akan datang dan mengambil bahagian kerana terdapat blueprint percuma yang ada di kawasan tersebut, iaitu di sebelah Sabah dan Sarawak. Saya percaya sport fishing adalah satu benda yang perlu promote untuk kebaikan bersama. Ketiga isu berkenaan dengan pemandu pelancongan, saya percaya isu ini Tuan Pengerusi ialah Butiran 030300, 020800 dan 020200. Jadi saya hendak menyatakan kalau boleh pemandu pelancongan ini hendaklah diberi pengetahuan sejarah, katalah pelancong datang ke Langkawi, dia hendaklah mengetahui apa sejarah Langkawi, legend nya supaya mereka betul-betul faham kerana terdapat sesetengah orang yang hanya bercerita, yang tidak ada kaitan dengan sejarah Langkawi, itulah yang hendak saya nyatakan, Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya tidak akan berucap panjang, saya ingin menyentuh Butiran 02000 - Pelancongan dan Butiran 00800 - Kajian Pelancongan. Yang Berhormat Menteri, apabila kita membangkitkan isu berkenaan Malaysia Pavilion di Shanghai, kita mempunyai niat yang baik, kita memberikan kritikan yang constructive kerana ada di antara kita yang telah melawat tempat tersebut dan sebenarnya berasa kecewa apabila Malaysia bertemakan sedemikian di Shanghai Expo, yang mempunyai sasaran untuk mencapai 70 juta pelancong daripada pelbagai negara. Jadi apabila kita membangkitkan isu ini, saya berharap Yang Berhormat menerima dengan hati yang terbuka kerana kita sayangkan negara dan mahukan yang terbaik dipamerkan di arena antarabangsa untuk sektor pelancongan negara ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat saya sebelum ini pernah membangkitkan isu berkenaan perbelanjaan Yang Berhormat Menteri dan kementeriannya untuk 10 hari misi di Australia dan New Zealand yang telah membelanjakan RM244,720 untuk tiga orang, iaitu Yang Berhormat Menteri serta pasangannya serta seorang pegawai kanan. Yang Berhormat ada memberikan jawapan untuk mempertahankan perbelanjaan tiga orang, Yang Berhormat memberikan jawapan di dalam Dewan kerana ini adalah salah satu strategi iaitu memberi sentuhan secara peribadi kepada para pengusaha pelancongan, syarikat penerbangan dan media asing di dalam pasaran sasaran.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, strategi ini Yang Berhormat belajar daripada negara mana? Menteri sendiri harus selalu pergi melancong dengan memberikan sentuhan secara peribadi menggunakan wang rakyat yang begitu banyak, ada berapa kali Yang Berhormat Menteri ke luar negara, baru boleh kita mendapatkan pertambahan pelancong. Sebab saya percaya Yang Berhormat sendiri juga mengetahui ada ramai orang yang sebenarnya, yang amat tidak berpuas hati dengan perbelanjaan yang begitu tinggi. Saya rujuk khasnya berkenaan dengan 10 hari misi di Australia dan New Zealand ini. Yang Berhormat ada menangkap gambar saya lihat dalam surat khabar media, di mana Yang Berhormat ada menangkap gambar berlatar belakangkan helikopter, di atas puncak gunung dan Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan patut ada rancangan di Malaysia untuk menarik high-end atau super rich pelancong ke Malaysia. Jadi saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, selepas perbelanjaan tersebut - RM200,000 lebih, apakah perancangan yang telah dirancang ekoran daripada lawatan tersebut untuk menarik super rich pelancong ke negara ini. Saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Menteri ada melawat destinasi di New Zealand yang menawarkan pakej-pakej backpackers, apakah Yang Berhormat Menteri ada pergi untuk tinggal di rumah-rumah khas untuk backpackers? New Zealand juga popular kepada backpackers, jadi apakah Yang Berhormat ada mendapat sebarang inspirasi untuk menarik kategori backpackers datang ke negara ini juga. Yang Berhormat ada mengatakan super rich, Yang Berhormat ada melancong menaiki helikopter yang dilaporkan mencecah 5,000 sejam untuk lawatan tersebut menaiki helikopter tetapi backpackers bagaimana pula. Kita tidak boleh mengecualikan sumbangan kepada industri sektor pelancongan daripada kategori backpackers, kerana saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri menyedari atau tidak, pada era sekarang orang muda khasnya apabila mereka hendak melancong, mereka membuat research, dengan izin, kajian melalui laman web contohnya, Trip Adviser, Lonely Planet di mana mereka lebih gemar mendapatkan pandangan-pandangan atau maklum balas, feedback daripada pelancong-pelancong lain yang pernah melawat tempat-tempat atau destinasi-destinasi tertentu yang mereka minat untuk pergi melawat. Jadi saya rasa ini adalah satu-satunya saluran yang penting. Penggunaan laman web tetapi sebelum itu produk-produk atau tempat-tempat destinasi pelancongan, harus sentiasa diperbaiki, dinaiktarafkan mutunya dan menjadikan tempat destinasi itu assessable Tuan Pengerusi. Jika perkara ini dilakukan dengan baik kita boleh mendapatkan publicity, dengan izin Tuan Pengerusi secara percuma, pelancong yang telah datang melawat negara ini mereka akan menulis di dalam laman web Trip Adviser, Lonely Planet dan membantu memberikan publisiti kepada Malaysia dan akan menarik mereka datang ke negara ini. Dan selepas ini saya ingin merujuk kepada butiran kajian pelancongan, saya percaya Yang Berhormat Menteri menyedari bahawa Ipoh, Kuala Lumpur sebelum ini kita telah ada shuttle, kereta api. Baru-baru ini ada ETS - kereta api elektrik.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya hendak tahu apakah rancangan yang sedia ada oleh pihak kementerian dan sama ada kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan yang lain untuk mengambil kesempatan kemudahan tambahan ini. Kemudahan kereta api ini untuk mempromosikan negeri Perak, khasnya Ipoh dan kawasan

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

saya juga Tuan Pengerusi. Oleh sebab saya rasa kemudahan kereta api ini adalah satu pengangkutan tambahan boleh menjadikan tempat-tempat destinasi pelancongan lebih accessible. Yang pentingnya mesti ada perancangan atau promosi kepada tempat-tempat tersebut yang accessible dengan sistem pengangkutan kereta api terbaru ini. Akhirnya saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat Menteri ada menyaksikan drama semalam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Ice Kacang Puppy Love. Yang Berhormat Menteri ada tengok atau tidak drama itu? Ice kacang Puppy Love ini saya ingin nyatakan ia sebahagian daripada scene drama tersebut adalah dilakonkan di kawasan saya di Tronoh. Di mana beberapa deret bangunan lama dan ini filem telah memenangi award semalam telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Ini adalah filem buatan anak Malaysia, jadi saya rasa adalah peluang yang terbaik pihak kementerian mengambil kesempatan untuk mempromosikan kawasan saya Tronoh ini. Kita boleh tengok contohnya seperti sebelum ini Yang Berhormat Kapit telah membangkitkan Winter Sonata, filem Korea yang begitu popular. Selepas itu menjadi satu tempat lakonan drama tersebut telah menjadi satu tempat destinasi. Jadi Ice Kacang Puppy Love dilakonkan di Tronoh dan Batu Gajah, itu peluang juga untuk menjadikannya tempat destinasi pelancong. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan ambil perhatian kalau naik kereta api lawat di kawasan Ipoh, selepas itu boleh pergi juga Batu Gajah. Kalau dari Kuala Lumpur kita pergi Batu Gajah selepas itu Ipoh, dari Batu Gajah turun pergi lawat Tronoh sediakan bas-bas ke destinasi lakonan filem ini. Akhirnya saya rasa sebelum ramai Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkenaan pemansuhan duti import bagi barangan berjenama - 300 barangan. Saya ingin tahu apakah ini cadangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri? Jika ia saya ingin tahu jangkaan berapa ramai pelancong yang sebenarnya tertarik untuk ke Malaysia kerana ingin membeli barang-barang berjenama? Saya rasa lebih baik kita menggunakan lebih masa untuk mempamerkan ‘Malaysia Truly Asia’ atau tempat-tempat semula jadi, kita ada bukit, kita ada gunung, kita ada laut, kita ada tempat peranginan, tempat yang sejuk, kita ada pantai, kita ada pulau. Ini adalah kekuatan Malaysia. Saya percaya tidak ramai, mungkin Yang Berhormat boleh membantu pelancong yang berkemampuannya yang mahu datang ke Malaysia mereka mahu beli baju tidur yang lebih murah di sini atau pakaian malam, atau selalu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pokok Sena seluar dalam, bedak talkum, barangan berjenama yang dikatakan berjenama untuk menjadikan ‘Malaysia Shopping Heaven’. Jadi saya katakan kekuatan Malaysia adalah pemberian Tuhan yang sedia ada ini, alam semula jadi ini. Saya rasa setakat ini sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ketua Pemuda UMNO Yang Berhormat. Kena bagi hormatlah sedikit. [Ketawa]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih bagi penghormatan, Tuan Pengerusi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Naib Presiden UMNO. [Ketawa]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih, terima kasih. Akan tetapi bukan anugerah Tuhan. [Ketawa] Saya ingin sentuh Butiran 020000 - Pelancongan. Maksud Bekalan B.31 dan ringkas sahaja. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pelancongan. Saya sedar banyak perbahasan ataupun banyak ucapan pada peringkat Jawatankuasa ini sentuh soal lawatan Yang Berhormat Menteri dan kementerian ke luar negara dan sebagainya. Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat menteri ini adalah cuma suara-suara yang iri hati, cemburu, dengki dengan kerja yang baik yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Saya percaya dengan alasan yang telah diberi bahawa Yang Berhormat Menteri hendak memberikan sentuhan peribadi kepada semua destinasi ataupun sasaran pelancongan ini adalah satu alasan yang baik. Oleh kerana tanpa kesedaran, tanpa sentuhan peribadi yang begitu karismatik daripada Yang Berhormat Menteri maka sudah tentunya kita tidak akan melihat jumlah pelancongan yang meningkat yang datang ke Malaysia ini. Saya hendak bangkitkan soal acara-acara yang dapat tajaan, yang dapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia. Acara-acara ini selalunya diletakkan sebagai satu takwim, satu calendar of events dengan izin, contohnya untuk tahun 2011 sudah ada satu calendar of events yang dapat pembiayaan dan juga sokongan daripada Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia. Jadi di sini saya setuju kerana kalau kita hendak menarik pelancong sudah tentu, kita hendak menghidangkan kepada pelancong-pelancong di peringkat antarabangsa apakah acara-acara yang disediakan untuk mereka oleh Malaysia. Akan tetapi di sini saya ingin mempersoalkan tentang keberkesanan dari segi acara-acara tersebut. Saya percaya bahawa dengan izin, kita perlu hold to account segala pembiayaan yang diberi kepada acara-acara tersebut dan dengan lebih spesifik lagi di peringkat Jawatankuasa ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi perhitungan dari segi impak keberkesanan - efficacy dengan izin, acara-acara tersebut. Saya ambil contoh, banyak sebenarnya acara yang dibiayai dan disokong oleh kementerian melalui Tourism Malaysia yang ada impak yang besar yang sudah jadi massive event dengan izin, contohnya Formula 1 Malaysian Grand Prix. Sudah tentunya itu acara yang orang daripada luar, pelancong datang semata- mata hendak tengok Formula 1 Malaysian Grand Prix. Ia sudah jadi satu status seperti mana Mardi-Gras Carnival di Brazil dan sebagainya di mana orang pergi ke negara tersebut untuk menghadiri dan untuk mengambil bahagian pada acara tersebut. Akan tetapi kalau kita tengok kepada acara-acara lain, saya ambil contoh Royal Langkawi International Regatta. Malah Le Tour de Langkawi, Colors of Malaysia, Malaysia Water Festival, Labuan International Sea Challenge - minta maaf ya, Yang Berhormat Labuan. World Harvest Festival Gawai Dayak, Fraser’s Hill International Bird Race - ini tahun 2009. Saya ambil contoh daripada bulan ini, Fabulous Food 1Malaysia-Street Food Festival, Cuti-cuti 1Malaysia Dance Festival

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

dan untuk bulan hadapan International Surfing Competition. Untuk bulan Februari saya ambil contoh, Tuan Pengerusi - National Craft Day, Pasir Gudang International Kites Festival. Apa yang saya hendak sampaikan di sini...

Sedikit saya hendak ingatkan - Rainforest World Music Festival.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Itu pun ada juga. Ya. Rainforest World Music Festival ini antara acara yang terbaik. Itu tergolong sama level, sama taraf dengan F1. Oleh sebab orang datang untuk menghadiri acara tersebut. Akan tetapi yang lain yang saya sebut itu saya pun tidak tahu, adakah pelancong antarabangsa... Minta maaf kepada Menteri Pengajian Tinggi - Ahli Parlimen Pasir Gudang datang untuk hadir Pasir Gudang International Kite Festival? I do not think so dengan izin. Jadi apa yang hendak saya soalkan di sini banyak event yang disenaraikan Bukit Fraser - Fraser’s Hill International Bird Race - ini tahun 2009 dapat pembiayaan daripada Kementerian Pelancongan. Ini tidak termasuk lagi, banyak lagi projek pelancongan yang dahulu diadakan di bawah Kementerian Pelancongan juga macam Champions Youth Cup dengan sebagainya yang menelan perbelanjaan yang cukup besar. Yang datang daripada sumber-sumber yang mungkin sebenarnya tidak ada niat dan hasrat untuk memperkembangkan pelancongan, tetapi dapat pembiayaan daripada Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia dan akhirnya kesan atau impak kepada pelancongan itu amat minimum sekali.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi secara spesifik saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Berapa ramaikah pelancong yang dijangkakan hadir pada Pasir Gudang International Kite Festival ataupun kita ambil lagi satu contoh bulan tiga, Mac tahun 2011. Di negeri saya sendiri, orang kata nanti saya salahkan negeri-negeri yang lain. Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih Festival, berapa ramai kah kita jangkakan pelancong datang untuk acara-acara tersebut? Saya harap jangan disalah faham oleh Yang Berhormat Menteri bukan saya tidak sokong supaya event ini tidak dibiayai ataupun dibantu. Ini kerana sekiranya kerajaan tidak betul-betul melihat kepada pembangunan acara-acara tersebut maka acara ini tidak akan menjadi acara world class atau bertaraf dunia. Akan tetapi, pada masa yang sama, pokok pangkalnya saya di sini adalah kerana ingin mempersoalkan apakah kriteria sebenarnya dari segi sokongan yang diberi kepada acara-acara tersebut? Ini kerana saya lihat begitu rambang, begitu random sekali dan nampak seolah-olah acara ini datang dan driven by the promoters dengan izin. Promoters driven bukannya by perancangan yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan, bukannya driven by end user tourist dengan izin tetapi driven by event organizers. Mungkin Yang Berhormat Menteri Pelancongan sendiri terperangkap dan terpaksa menyokong dan membantu acara-acara tersebut. Jadi, kita harap bahawa setiap acara yang dibiayai, yang dapat sponsorship dan sokongan daripada Kementerian Pelancongan ini ada KPI yang tertentu, ada syarat-syarat yang tertentu. Kita tahu selain daripada the usual dengan izin, Yang Berhormat Menteri. The usual publicity value dan sebagainya kita semua tahu, I know that’s all dengan izin, just public relation exercise and public relation explanations.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Betul-betul berkesan sebab kalau kita tengok kepada acara tahunan yang dibuat di negara-negara lain, yang betul-betul menjadi attraction atau tarikan, in itself. Saya percaya kita perlu memberi lebih tekanan kepada acara-acara yang ada potensi. Jangan terlalu besar jalur kita untuk membantu semua tetapi acara yang betul-betul ada potensi ini kita memberi tekanan. Yang keduanya Tuan Pengerusi, yang akhir sekali adalah sejauh mana dalam butiran yang sama juga, perancangan dari segi kemudahan. Tadi di sebut kemudahan tandas awam dan sebagainya tetapi saya pergi kepada perkara yang agak basic juga tetapi yang sama penting iaitu pengangkutan. Pengangkutan di kota Kuala Lumpur contohnya. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri semalam saya cuba naik pengangkutan awam daripada Bukit Jalil ke Parlimen tanpa menggunakan kereta ataupun teksi. Saya hendak tengok berapa jauh saya dapat sampai ke Parlimen, jadi saya naik LRT daripada Sri Petaling di Bukit Jalil sampai ke Masjid Jamek. Saya cari hentian bas, di depan Masjid Jamek itu tiada. Saya terpaksa jalan, selepas itu signage dan tiada apa di situ. Saya terpaksa jalan ke Pasar Seni, tiada bas juga. Akhirnya terpaksa jalan daripada Pasar Seni ke Parlimen. Itu saya, itu saya yang tinggal di KL yang tahu sedikit sebanyak selok-belok jalan di Kuala Lumpur ini. Apa pula dengan pelancong yang saya lihat ramai pelancong juga tertanya-tanya mana hentian bas, mana bus route dan sebagainya. Saya bangkitkan perkara ini mungkin Yang Berhormat Menteri ingat bahawa perkara ini di bawah SPAD, di bawah Kementerian Pengangkutan dan sebagainya. Akan tetapi, sebagai end user pelancong itu, saya rasa ini perkara yang paling penting sekali untuk Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan sedikit tentang input yang diberi kepada SPAD ataupun kepada Kementerian Pengangkutan, bagaimana pengangkutan awam di Klang Valley, di Lembah Klang itu sendiri dapat dipermudahkan untuk pelancong. Ini kerana buat waktu ini saya sebagai rakyat Malaysia, Ahli Parlimen pun saya susah hendak naik pengangkutan awam apatah lagi pelancong yang datang ke sini, yang tidak langsung ada papan tanda ataupun papan tanda menunjukkan routes dan sebagainya kepada mereka. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat sedikit memberi penjelasan tentang perancangan untuk memudahkan pelancong-pelancong ini menggunakan pengangkutan awam terutamanya di Lembah Klang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah P.31, saya hendak bertanya berkenaan dengan Perkara 01900 – Pembangunan Ecotourism. Semakan saya kepada perbelanjaan-perbelanjaan yang lepas, terutamanya dalam tahun belanjawan tahun 2009. Ada beberapa puluh juta telah diperuntukkan untuk pembangunan ecotourism tetapi kalau kita perhatikan di sini, ada disebut dan dinyatakan perbelanjaan sebenar tahun 2006 sehingga tahun 2009, hanya RM381,000 sahaja. Keseluruhan harga projek yang disebut, kata RM43,815,000 disebut diletak sini anggaran bagi tahun 2011 sehingga 2012 dan 2011 diperuntukkan RM13,000. Saya harap Yang Berhormat Menteri ada panduan buku belanjawan ini supaya senang kita rujuk dan kita arahkan persoalan ini. Jadi yang mana satu sebenarnya pernah Yang Berhormat umumkan dulu, yang peruntukan kepada

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

ecotourism? Adakah itu tidak masuk di bawah pembangunan ecotourism? Kalau tidak masuk, ini bermakna perbelanjaan yang pernah diperuntukkan untuk pembangunan ecotourism sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang disebut dalam Maksud Pembangunan 31. Saya agak keliru, saya hendak penjelasan ini sebab saya memang ingat kita bincangkan berkenaan dengan pembangunan ecotourism dan satu jumlah besar telah diperuntukkan, terutama bawah Belanjawan 2009. Jadi di sini langsung tidak ada menyebut malah mengatakan perbelanjaan yang lalu itu tidak sampai RM1juta. Baru RM381,000, di mana sebenarnya angka itu dilaporkan atau dicatatkan untuk perbelanjaan yang lepas? Begitu juga saya tengok ada baki lagi, kalau peruntukan RM43 juta Tuan Pengerusi, yang untuk dua tahun. Tahun 2011 ini dicadangkan hanya RM13 juta. Maknanya kita hendak belanjakan RM25 juta untuk tahun selebih daripada ini, barangkali mempunyai satu agenda besar. Akan tetapi, saya ralat juga kalau kita perhatikan muka surat 679, ada dua item besar yang kementerian Yang Berhormat telah batalkan dan mansuhkan, termasuk penggunaan papan tanda seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau. Sebenarnya, kita ingatkan pemansuhan kepada rancangan- rancangan bawah Kementerian Pelancongan ini selalunya disebabkan oleh rancangan ataupun projek itu telah terlaksana ataupun tidak perlu di teruskan. Ini kerana telah pun memenuhi kehendak ataupun memenuhi agenda kementerian atau pembangunan sesuatu kementerian itu. Akan tetapi, kalau maksudnya yang dialami oleh Yang Berhormat Rembau baru sekejap tadi, kesimpulannya maka papan tanda, signage dan juga kemudahan-kemudahan yang menjurus kepada mengarah atau memberi petunjuk kepada pelancong ini, pada saya nampak macam gagallah. Kalau begitu apa pasal ini? Maksud P.31 ini, tercatat di sini. Butiran 62600 – Program Pembangunan Papan Tanda dan Papan Penerangan Pelancongan yang berjumlah RM10,138,000 sudah dibelanjakan lebih kurang RM2.72 juta hendak dimansuhkan ini. Sebab apa? Ataupun tahun depan kita hendak pohon yang baru kerana hendak lupakan projek ini hendak mohon dalam bentuk lain. Bukan pembangunan papan tanda. Papan apa pula kami pun tidak tahulah. Namun begitu saya agak hairanlah dan saya menunggu juga. Rasanya apakah yang logiknya hendak dikatakan di sini sebab tahun lepas juga kita membincangkan perkara yang sama. Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang persoalan papan-papan tanda kerana banyak daripada papan tanda kita bukan sahaja tidak memberi petunjuk tetapi mengelirukan pengguna. Tidak usah kiralah pelancong asing itu, rakyat tempatan kita mungkin juga terkeliru kerana papan-papan tanda yang tidak memberi petunjuk kepada satu destinasi yang sepatutnya. Ini pula dimansuhkan, cadangan untuk dimansuhkan. Begitu juga dengan Butiran 02300 – Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat Bersepadu (KPL), juga dimansuhkan. Walaupun perbelanjaan sebenarnya sudah habis licin, habislah. Anggaran tahun 2006 sehingga 2010 RM16 juta. Perbelanjaan sebenar tahun 2006 sehingga tahun 2009, RM10 juta. Peruntukan tahun 2010, RM9 juta lebih daripada peruntukan asal. Kemudian tahun 2011, dimansuhkan. Apa sebab ini Yang Berhormat Menteri? Saya pun tidak faham dari segi peruntukan sudah pun lebih, dimansuhkan pula. Adakah ini bermakna program ini memberikan imej negatif kepada kementerian Yang Berhormat? Seperti yang dibangkitkan dalam perkara-perkara lain tadi ataupun tidak tahulah. Saya tidak mahu berfikiran negatif.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya harap Yang Berhormat Menteri memberi penerangan kenapa dua perkara yang agak mustahak ini, Sistem Teknologi Maklumat Bersepadu. Sudah tentu dia banyak akan membantu potensi-potensi pelancong yang hendak datang kerana kebanyakan daripada mereka agak IT savvy, dengan izin. Sudah tentu mereka menggunakan kemudahan maklumat-maklumat melalui kemudahan Teknologi Maklumat (IT) untuk mencari potensi-potensi tempat yang mereka hendak lawati atau singgah barangkali tetapi apakah maksud ini saya pun tidak faham atau mungkin ada alternatif lain yang hendak dibangunkan cara bersepadu yang lain ataupun apa sahaja. Saya mohon, bukan saya mohon saya rasa terpaksalah beri penjelasan kalau tidak perkara ini menimbulkan satu persoalan yang agak besar kerana dia berkait rapat dengan kedudukan mengarahkan atau membantu mempertingkatkan potensi pelancongan. Ini juga terakhirnya bertepatan dengan cara Yang Berhormat Menteri memberi penerangan dalam Dewan bahawa tahun 2010 negara Malaysia telah berjaya meraih RM54 bilion katanya produk yang berasaskan pelancongan di dalam negara Malaysia. Maknanya dengan sistem yang tidak ada pembatalan bersepadu ini ataupun tidak ada sistem untuk membangunkan papan-papan tanda seterusnya. Adakah kita memberi isyarat bahawa kita tidak perlu lagi mengekalkan momentum yang sama pelancong asing yang datang ini ataupun sebenarnya RM54 bilion itu diraih tanpa perkara ini semua. Saya pun tidak faham juga. Oleh sebab itu bidang ini bukan bidang saya, bidang ini bidang Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Saya harap beliau jawablah. Terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Minta maaflah Yang Berhormat, saya hendak dengar suara orang dari Sarawaklah. Belum ada pun dalam kementerian ini. Sila Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin hendak menyentuh tentang Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Jadi memang di Limbang sekarang ini kalau kita hendak lihat tentang pelancongan itu memang yang terbilang ialah tentang Headhunter’s Trail dan itu adalah di antara kira bertaraf antarabangsa, di mana ia menuju kepada Gua Mulu. Di samping itu juga kita mempunyai Gua Bukit Buddha tetapi pada masa ini masih belum dibuka lagi. Akan tetapi walau bagaimanapun – walaupun Gua Mulu ini di bawah pentadbiran bahagian Miri bukan Limbang tetapi ia sebahagian daripada laluan pelancongan. Jadi pada masa ini pelancong-pelancong sama ada turun di Miri ataupun di Brunei, jadi mereka menggunakan laluan ini. Jadi di sepanjang laluan ini ada rumah-rumah panjang yang menawarkan khidmat homestay. Jadi di sini saya ingin memohon kepada kerajaan untuk memberi, sebab saya sendiri telah pernah melalui laluan Headhunter’s Trail itu sendiri untuk berjalan selama lapan jam di sana. Jadi di sini saya apabila melihat banyak juga infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan untuk membantu pengusaha-pengusaha homestay ini, kemudahan infrastruktur contohnya seperti jeti-jeti dan juga tempat perhentian- perhentian di sepanjang perjalanan itu. Jadi di sini saya memohon kepada kerajaan apalah kiranya kalau dapat menyediakan peruntukan sebanyak dalam RM500,000 sesuai cukup untuk membaiki menaik taraf beberapa kemudahan infrastruktur tersebut supaya dapatlah pelancong-pelancong ini dapat

memudahkan pelancong-pelancong turun naik di tebing Sungai Limbang di Ulu Mendamit tersebut. Satu lagi ialah tentang Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Di Limbang pada masa ini kita telah berusaha untuk membangunkan satu kawasan, kawasan bakau di mana ia berada dekat Telok Brunei. Di mana kita banyak telah ada produk-produk pelancongan seperti apa yang diminati oleh pelancong- pelancong daripada Barat terutamanya seperti Proboscis Monkey dengan izin dan juga kelip-kelip sebagainya. Akan tetapi apa yang telah saya membuat survey ke sana yang perlu ialah kemudahan juga seperti laluan plank walk, walk way dan sebagainya. Jadi saya juga telah melihat perkara tersebut, jadi di sini saya juga mengharapkan bantuan daripada kerajaan mungkin membantu untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan dan dalam dianggarkan lebih kurang juga lebih setengah juta untuk memperbaiki membangunkan kawasan ini. Satu lagi ialah tentang saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri Pelancongan masih ingat beliau telah pun pernah pergi ke Limbang melalui daripada Brunei dan telah pun minum kopi di kedai Limbang dan boleh melihat keadaan tebing Sungai Limbang itu sendiri yang di mana ia ada potensi untuk dibangunkan tebing sungai tersebut supaya dapat tempat kita menarik pelancongan, tempat bersantai dan sebagainya. Jadi di sini saya memohon kepada kerajaan di bawah peruntukan Butiran 01100, apalah kiranya kerajaan dapat menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membaiki tebing ini, menyediakan esplanade dan sebagainya. Ini pun memang tidak mencukupi tetapi kita menerimanya supaya dapat dilaksanakan berfasa-fasa. Jadi saya berharap kerajaan dapat membantu, menimbang perkara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Jerai.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri yang sedang mendengar perbahasan ini. Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pusat Pelancongan Malaysia. Saya mohon kepada kementerian untuk meneruskan agenda pelancongan yang dapat disamaratakan di seluruh negara termasuk di Gunung Jerai yang telah mana pihak kerajaan negeri telah pun membina ataupun mengubahsuai menaik taraf hotel yang diurus oleh Regency Hillpark. Saya mohon kepada kementerian supaya menjadikan Gunung Jerai sesuatu pelancongan yang menarik di Malaysia ini dan mendapat peruntukan yang sewajarnya untuk pejabat daerah supaya dapat terus memberi kesan yang baik. Kemudian Butiran 020800 – Kajian-kajian Pelancongan. Ini juga apabila kita melihat seolah-olah tidak ada kajian dibuat oleh pihak Kementerian Pelancongan maka pihak JKR contohnya membuat jalan, memberi ruang jalan raya sebagai menjadikan terganggu, pencemaran dan alam hijau ini menyebabkan air di Gunung Jerai itu ataupun sekitarnya agak sudah berkurangan apabila tidak diperhatikan atau tidak dijaga. Maka kita minta pihak kajian pelancongan ini buat secara detail dan menjadikan kawasan-kawasan itu melarang ataupun memberi garis panduan supaya tidak berlaku pembangunan yang menyebabkan gangguan terhadap kawasan-kawasan pelancongan yang berada di sekitar Gunung Jerai dan juga di seluruh negeri Kedah. Kemudian Butiran 040800 – Promosi, ini agak lemah dan agak lembap bagi saya kerana terdapat banyak destinasi dan kawasan-kawasan pelancongan yang cukup menarik untuk destinasi pelancongan rakyat Malaysia dan ataupun

luar negara. Disebabkan promosinya lemah, kurang, tidak ada media TV dan sebagainya hanya daripada kerajaan negeri sahaja tidak dapat liputan langsung daripada pihak kementerian mungkin menyebabkan dia tidak terdedah kepada masyarakat secara umum. Jadi mohon kepada pihak kementerian di bawah Butiran 040800 supaya hutan lipur ini dapat dipromosikan semula untuk memberi tempat rehat kepada seluruh rakyat Malaysia. Kemudian Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, ini juga seperti yang disebut Yang Berhormat Rembau tadilah iaitu kita melihat bagaimana papan tanda promosi ataupun billboard besar untuk mempromosikan pelancongan khususnya di Kedah ini agak slow dan perlahan. Kita minta pihak kementerian melihat ini dan menaik taraf supaya ia menjadi satu destinasi yang terbaik. Kemudian Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur, ini juga satu tempat yang menarik kadang-kadang ia terbiar begitu sahaja tanpa mendapat sokongan dana untuk menaik taraf jalan-jalan masuk, menaik taraf perkhidmatan, homestay dan sebagainya dan akhir tempat yang begitu menarik ciptaan Ilahi ini tidak dapat dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia apabila penyelenggaraan dan kemudahan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi mohon Yang Berhormat Menteri Pelancongan untuk menaik taraf khususnya di Parlimen Jerai di Gunung Jerai yang satu-satunya gunung yang terbaik dapat dinikmati oleh semua rakyat dan pelancongan dalam luar negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kota Belud dan selepas itu Menteri menjawab. Nampaknya kawan sudah keluar agaknya. Sila.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Tuan Pengerusi, minta lima minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Kota Belud, sila.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita telah mendengar banyak komen rakan-rakan tentang kementerian ini bagaimana pengkhususannya lebih kepada pelancong-pelancong asing untuk masuk ke negara kita Tuan Pengerusi. Akan tetapi saya ingin mengingatkan kementerian, bahawa industri ini juga harus dijana dalam domestik dan kita melihat dari segi statistiknya pun, hampir setengah daripada pelancong yang datang ke negara kita ini adalah datang dari negara jiran. Oleh sebab itu kita harus memberi penekanan yang sama. Saya ingin memberi pandangan. Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah untuk Menteri pergi ke luar negara untuk membuat promosi pelancongan dan sebagainya. Nama pun memang Menteri Pelancongan. Cuma Tuan Pengerusi, di negeri Sabah contohnya, kita juga mempunyai festival-festival – tadi dikatakan festival antarabangsa oleh Yang Berhormat Rembau. Akan tetapi di negeri Sabah dan saya rasa dan pasti di negeri-negeri lain juga, kita mempunyai festival-festival negeri tempatan yang begitu banyak dan sekali-sekala saya rasa, penganjur minta juga Menteri Pelancongan turun. Bukannya apa, tetapi dengan adanya kehadiran Menteri di festival-festival ataupun tamu-tamu besar seperti Tamu Besar Kota Belud – saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk tahun depan datang kerana dengan kedatangan Menteri

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pelancongan ini, ianya membawa satu makna – dengan kuasa beliau sebagai Menteri, memberi semangat kepada anak-anak buah mereka di peringkat akar umbi untuk mempromosikan festival-festival dan juga acara-acara yang saya sebutkan tadi. Di negeri Sabah, kita ada lepa-lepa, kita ada festival gasing, pesta ‘gata’ di Sepanggar. Jadi, acara-acara ini perlu dipromosikan – dan macam Sipitang contohnya yang dekat dengan Brunei dan kalau di Lepa-lepa Semporna, ia dekat dengan Kalimantan. Saya ingin bertanya, apakah yang telah dibuat oleh kementerian untuk menarik pelancong dari kawasan-kawasan berdekatan negeri Sabah ini untuk datang ke negeri Sabah melawat negeri Sabah? Perlu diingat Yang Berhormat Menteri, bahawa negeri Sabah begitu unik dari segi kebudayaan, dari segi bahasa, dari segi culture dan ini perlu diperkasakan dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri di negeri Sabah. Sekali- sekala datanglah ke festival-festival kecil ini supaya ianya dapat diimbangi. Sementara Yang Berhormat Menteri perlu pergi ke luar negara – Eropah dan sebagainya, tetapi kita juga ingin melihat Yang Berhormat Menteri untuk lebih aktif di festival peringkat negeri-negeri ini. Tuan Pengerusi, saya juga ingin memberi pandangan tentang acara-acara yang berlaku di bandar-bandar besar. Selalunya kalau kita pergi ke luar negara Tuan Pengerusi, kita melihat pelancong-pelancong bukan sahaja tertarik kepada gedung-gedung yang besar ataupun pusat-pusat peranginan dan sebagainya, tetapi kadang-kadang setiap bandar itu mempunyai soul nya sendiri dengan izin. Street performance contohnya. Saya masih melihat ini masih lagi berkurangan di negara kita. Kalau kita pergi ke Bukit Bintang contohnya, kalau kita lalu di sana, yang lebih banyak ialah orang yang memberi perkhidmatan urut kaki di tepi jalan – Arab dengan shisha nya. Kalau kita pergi ke negara-negara lain, banyak street performance ini yang memberi warna-warni kehidupan Malaysia yang boleh menarik perhatian pelancong yang berjalan di sekitar ibu kota. Ini bukan berlaku di Kuala Lumpur sahaja tetapi di Kota Kinabalu contohnya, hampir kosong saya rasa performance atau pun persembahan jalanan ini oleh artis, painters dengan izin, dan juga bermacam-macam lagilah yang boleh dibuat kalau kita pergi ke luar negara. Saya rasa kementerian boleh membawa culture dan budaya ini ke bandar-bandar besar di negara kita. Tuan Pengerusi, tadi ada juga saya disebut tentang penghapusan duti barangan jenama – saya bersetuju. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah bertanya apakah signifikan penurunan duti terhadap barangan jenama ini? Saya ingin katakan di sini bahawa pelancong ada kategori pelancong yang datang melancong dan pada masa yang sama berbelanja untuk membeli barangan-barangan berjenama ini dan kita tidak boleh terkebelakang dalam soal ini. Kita harus memberi perkhidmatan yang terbaik dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seterusnya kepada kementerian yang memberi penekanan terhadap barangan ini. Terakhir, mungkin saya ingin bertanya kepada Menteri tentang tema kempen pelancongan kita, ‘Malaysia Truly Asia’ ini. Saya pernah dengar – dahulu pernah juga Yang Berhormat Rembau membawa isu ini, tentang apakah ‘Malaysia Truly Asia’ ini perlu diberi nafas baru ataupun pendekatan baru dalam meningkatkan lagi pelancongan di negara kita? Ini kerana, kalau kita katakan Malaysia Truly Asia di mana segala budaya besar di Asia ini boleh didapati di Malaysia, mungkin ada masa-masanya pelancong akan mahu pergi ke India, ke China dan kita tahu negara-negara Indochina sekarang ini cepat mengejar kita.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Soalan saya ialah, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk melangkah ke hadapan lagi dengan satu tema yang baru untuk negara kita? Mungkin ‘Malaysia Truly Asia’ ini boleh dipakai lagi untuk beberapa tahun tetapi selepas itu apakah perancangan kementerian untuk memajukan pelancongan di negara kita? Jadi yang terakhir, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk tahun depan datanglah ke Tamu Besar Kota Belud untuk bersama-sama dengan rakyat dan juga penduduk Kota Belud untuk menjayakan program Tamu Besar di Kota Belud. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Tawau. Selepas itu Menteri menjawab.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ringkas sahaja dengan merujuk kepada P.31 Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Kami rakyat Sabah menghargai sokongan kementerian terhadap pembangunan ecotourism di Sabah dengan peruntukan sejumlah RM100 juta di bawah Bajet 2011. Saya ingin mengetahui apakah projek- projek pembangunan yang dirancang dengan menggunakan RM100 juta itu? Sila nyatakan secara spesifik projek-projek dan peruntukan bagi setiap projek untuk Nexus Karambunai Resort. Rakyat Sabah juga ingin mengetahui apakah rasional di belakang peruntukan kerajaan bagi Nexus Karambunai Resort? Ini kerana, sudah dilaporkan bahawa resort ini terlibat dalam satu pertikaian tanah dan kes pertikaian ini telah pun di bawa ke mahkamah. Sila berikan penjelasan kepada rakyat Sabah mengapa kerajaan masih terus dengan pemberian peruntukan yang begitu besar jumlahnya itu sedangkan pertikaian tanah tersebut kini terletak di tangan mahkamah? Jika tidak, sama ada peruntukan RM100 juta itu boleh diberi kepada produk atau projek ecotourism yang lain di Sabah? Saya ingin merujuk kepada P.31 Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Pada pagi ini Yang Berhormat Menteri telah menyatakan sebuah syarikat Teck Guan dari Tawau menyertai dalam pameran di Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Shanghai. Apakah kajian pelan tindakan akan dibuat oleh kerajaan untuk menggalakkan supaya Tawau juga dapat dipromosikan sebagai satu produk pelancongan di negara kita? Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, syarikat Teck Guan pernah menganjurkan Tawau sebagai satu Asia Cocoa City pada beberapa tahun yang lalu, tetapi dengan kesulitan kewangan, ini sudah dihentikan. Di sini saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh timbang dan membantu syarikat-syarikat private di Tawau untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di Tawau.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Ketiga, rujukan P.31 Butiran 01400 – Penyelenggaraan/Kemudahan Infrastruktur. Saya ingin mengetahui kejayaan terhadap kenderaan Tourism Bus Hop On Hop Off di Kuala Lumpur sama ada rancangan kementerian untuk mengembangkan perkhidmatan Tourism Bus Hop On Hop Off di bandar besar yang lain seperti di Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Pinang dan Melaka. Dengan itu sekian dan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Terima kasih. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan Malaysia. Kementerian menghargai serta mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat demi untuk memajukan lagi industri pelancongan negara. Tuan Pengerusi, disebabkan ramai Ahli Parlimen membangkitkan isu yang kadang-kadang ada lapisan jadi saya akan mengambil satu-satu tajuk untuk menjawab. Pertamanya, saya akan terus pergi kepada homestay sebab begitu ramai ahli yang membangkitkan isu homestay iaitu Ahli Parlimen Silam, Ahli Parlimen Kinabatangan dan juga Ahli Parlimen Limbang. Homestay ini adalah satu program yang sangat mustahak kepada Kementerian Pelancongan kita sebab ini adalah sesuatu program yang memberikan hasil pendapatan kepada penduduk- penduduk di luar bandar yang biasanya tidak berpeluang mengambil bahagian dari industri pelancongan. Jadi ini kita kata dengan izin, inclusive sustainable tourism development. Program Homestay Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1999. Walau bagaimanapun usaha untuk membangunkan dengan betul dan mempromosi dengan hebatnya dijalankan pada tahun 2009. Homestay merupakan satu bentuk pengalaman authentic dengan izin, di mana pelancong tinggal bersama keluarga, tuan rumah pengusaha homestay dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian dan kebudayaan masyarakat kampung. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman yang merangkumi mempelajari tarian- tarian tradisi serta masakan kampung, lagu-lagu kampung dan lain-lain. Program ini unik kepada Malaysia dan tidak diklasifikasikan sebagai rest house, lodging house atau bed and breakfast, dengan izin. Program Homestay ini bermanfaat untuk memenuhi kehendak para pelancong yang inginkan pengalaman unik kehidupan di luar bandar. Seiring dengan itu program ini juga dapat meningkatkan taraf hidup di luar bandar di mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat. Program Homestay ini juga dilihat sebagai satu usaha membina jambatan atau building bridges dengan izin, di antara penduduk-penduduk Malaysia di bandar dan di luar bandar bagi menggalakkan domestic tourism. Oleh sebab program homestay mempunyai potensi yang tinggi serta memberi pulangan yang tinggi kepada masyarakat luar bandar, Kementerian Pelancongan sentiasa menitik berat serta memberi perhatian yang tinggi ke atas kualiti infrastruktur serta perkhidmatan yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha homestay. Akan tetapi apa yang penting berlaku pada masa sekarang kita nampak ramai pengusaha yang menggunakan nama homestay di mana tidak diiktiraf dan tidak didaftar serta tidak mendapat latihan oleh Kementerian Pelancongan. Juga tidak menggunakan logo Kementerian Pelancongan. Oleh sebab itu kadang-kadang nama homestay memang ada diturunkan. Di sini yang pertama saya hendak semua Ahli-ahli Parlimen faham dan menolong kita bahawa homestay yang dikenali dan diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan ada dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat tertentu itu adalah:- (i) harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah rumah bagi setiap homestay. Jikalau kurang daripada 10 buah

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

rumah pihak pelancong susah untuk datang dalam group tourism misalnya student tourism atau pelancong pelajar; (ii) mempunyai kemudahan dari segi perhubungan atau accessibility. Itu mustahak. Jikalau kita ada satu homestay yang canggih, menarik, cantik tetapi jauh dengan accessibility pun tidak boleh tahan lama; (iii) kawasan kampung dan masyarakat di situ perlu ada sikap ‘think and act tourism’. Jikalau di sesuatu kawasan itu ada di antaranya yang tidak menggalakkan pelancongan di kampung itu misalnya, jadi program ini tidak boleh berjaya; (iv) kita perlu ada aktiviti-aktiviti perkampungan bermakna pelancongan masyarakat atau community tourism, dengan izin. Pelancong bukan sahaja pergi ke rumah itu tetapi ada pengalaman life style perkampungan; (v) menjamin tahap kebersihan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan. Itu mustahak dan juga keselamatan; (vi) mempunyai aktiviti masyarakat desa seperti menoreh getah, sawah padi, memancing atau memetik koko dan lain-lain; dan (vii) mempamerkan permainan sukan tradisi dan kebudayaan seperti congkak, sepak raga dan lain-lain. Dalam memastikan bahawa semua rumah homestay menepati standard minimum yang ditetapkan, Kementerian Pelancongan telah mengambil langkah proaktif untuk hasil daripada laporan audit tersebut dengan menambah syarat baru iaitu melaksanakan pemeriksaan semula semua rumah homestay di seluruh Malaysia pada tahun ini bagi memastikan kesediaan fizikal rumah dan infrastruktur homestay sentiasa terjamin. Pihak kementerian telah menetapkan agar pemeriksaan semula premis homestay dilaksanakan setiap tiga tahun. Hasil daripada pemeriksaan semula ini sebanyak dua kawasan homestay dan 470 buah rumah pengusaha juga telah digugurkan kerana tidak mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan dan terdapat pengusaha yang sudah tidak berminat untuk melaksanakan homestay itu lagi. Tuan Pengerusi, sebagai usaha untuk menilai perkhidmatan Program Homestay secara menyeluruh dan mengenal pasti perkara-perkara yang boleh diperbaiki lagi bagi meningkatkan kepuasan para pelancongan, Kementerian Pelancongan juga telah memantau kepuasan pelancong yang mengunjungi homestay Malaysia sejak 16 Julai tahun ini sehingga minggu terdahulu. Usaha ini dilaksanakan melalui borang kaji selidik kepuasan pelanggan yang merangkumi penilaian terhadap kualiti perkhidmatan pengusaha-pengusaha homestay, kualiti kemudahan yang disediakan dan penilaian aspek keseluruhan pengalaman para pelancong di homestay. Sehingga ini sebanyak 942 pelancong telah memberi maklum balas terhadap kaji selidik tersebut. Hasil daripada maklum balas tersebut sebanyak 10 orang atau 0.2% sahaja menyatakan bahawa komunikasi dengan pengusaha kurang memuaskan manakala 95.4% daripada pelancong menyatakan bahawa

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

kualiti perkhidmatan homestay berada di tahap yang baik atau sangat baik. Dari segi kemudahan homestay pula hanya lima orang atau 0.1% sahaja menyatakan tempat tinggal atau bilik penginapan yang disediakan di homestay adalah kurang memuaskan. Manakala 96.4% daripada pelancong menyatakan kemudahan yang disediakan di homestay adalah dalam keadaan baik atau sangat baik.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Pihak Kementerian telah mengambil tindakan susulan ke atas homestay yang terlibat bagi memastikan aduan yang sama tidak berulang dan kita mengkaji homestay yang didaftar di Kementerian kita. Bagi membangunkan keupayaan dan kemahiran pengusaha homestay, kementerian telah bekerjasama dengan Institut Kemajuan Desa (INFRA) dengan mewajibkan kursus asas homestay sebagai syarat pendaftaran homestay. Kursus ini memberi penekanan kepada panduan asas menyambut dan melayan pelancong, penyediaan bilik serta kesihatan dan kebersihan makanan. Kursus- kursus tambahan juga diberikan kepada para pengusaha homestay secara berperingkat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kemahiran mengelola homestay. Di antaranya adalah Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Homestay Tahap 2. Kedua, Homestay Enhancement Training Program dengan izin, dan juga latihan kebudayaan. Sehingga September 2010, seramai 657 orang pengusaha homestay telah menerima latihan dan kursus di bawah perancangan Kementerian Pelancongan. Dari segi bantuan kewangan pula, Kementerian hanya memberi peruntukan kepada peserta homestay secara one-off grant dengan peruntukan maksimum sebanyak RM5,000 bagi sebuah rumah yang layak dan memerlukan serta bagi maksud menaikkan taraf tandas dan bilik air sahaja. Memang saya bersetuju dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, ini yang mustahak kepada pihak pelancong homestay. Semasa mereka datang melancong guna homestay, minda mereka sudah siap. Mereka tidak akan pergi sesuatu, 5 star atau 4 star penginapan, mereka akan turun padang pergi ke sebuah kampung di luar bandar, melancong tetapi apa mereka perlu mesti ada ialah sesuatu tandas yang bersih dan bilik mandi yang bersih. Tidak payah ada tiles atau apa, tetapi bersih. Oleh itu kita selalu jikalau ada sesuatu homestay yang cukup dengan syarat dan 2 buah rumah itu sudah dipilih kita memang memberikan geran ini. Jadi saya mengalu-alukan Ahli-ahli Parlimen di kawasan sendiri, jika ada sesuatu kampung, sesuatu kawasan yang boleh penuhi syarat ini, kita memang suka hendak menggalak dan akan menolong untuk daftar, untuk latih dan juga memberikan geran sekali gus. Jikalau ia betul- betul bagus tetapi jalan hendak masuk ke kampung itu tidak sampai kata lah ½ km, kita pun akan menyambung tetapi kita tidak boleh highway atau akses seperti yang besar sekali. Kita buat the last one mile untuk masuk ke homestay itu. Tuan Pengerusi, di bawah RMKe-9, dan pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM28.3 juta dan RM9.3 juta masing-masing bagi membangunkan kemudahan asas guna sama di homestay. Di bawah RMKe-10 pula, Kementerian Pelancongan telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf kemudahan guna sama seperti dewan, jalan masuk ke homestay dan lain-lain. Tuan-tuan dan puan-puan, pada masa sekarang, Sabah dan Sarawak mempunyai homestay yang terlebih sekali.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Di Semenanjung memang kurang tetapi memang kita menggalakkan sebab di Sabah dan Sarawak, dua buah negeri ini penuh dengan penuh eco- tourism, alam semula jadi dan homestay adalah sesuatu penginapan yang sangat- sangat sesuai. Kita akan kaji juga sekarang macam mana kita guna sungai sebagai sesuatu perjalanan untuk pelancong sampai ke homestay.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri. Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Wangsa Maju Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, di homestay - Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, berbangkit isu...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk, duduk dahulu.

Tuan Pengerusi, saya tahu hak saya ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kalau tidak beri penjelasan buat apa kita ada perbahasan di sini Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, biarlah Menteri habis dulu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Hendak minta penjelasan, tertariklah dengan homestay itu.

Tuan Pengerusi, saya hendak habis homestay dulu sebab semua boleh dengar dengan secara tersusun dan juga Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju tidak bangkit homestay dalam perbahasan dia.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, no, no, saya hendak minta penjelasan...

Dalam homestay, apa yang penting adalah yang pertama, semangat kawasan itu dan juga...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Takut la tu.

Inovasi tuan rumah itu dan di sini kita nampak ada yang homestay yang sangat-sangat maju dan ada yang homestay yang tidak begitu maju. Akan tetapi untuk menolong homestay yang boleh terus promosi dengan secara direct, Kementerian Pelancongan sudah jalankan sesuatu kempen iaitu satu fungsi smartphone application yang panggil kempen go2homestay.com. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh guna ini. Ini smartphone application yang menggunakan telefon bimbit Blackberry dan iPhone untuk mempromosikan homestay. Ini kali pertama dunia dan laman web www.go2homestay.com. Saya jemput semua Ahli Parlimen, masuk ke website ini dan download applikasi ini, masuk kepada Blackberry dan bila-bila boleh guna fungsi ini dan tahu di seluruh Malaysia di mana homestay itu.

Tuan Pengerusi, pada masa sekarang juga, kita juga menjalankan satu program Plant A Tree dengan izin, atau pack project di mana kita menggalakkan pihak pelancong masa pergi melancong di homestay, sebelum mereka tinggalkan daripada homestay, menanam sebuah pokok untuk bersama pihak pengusaha kampung untuk menjagakan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mintak penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Dunia kita dan juga untuk kita green the earth. Pada masa sampai sekarang sudah jumlah 1,722 anak pokok telah ditanam oleh para pelancong.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebelum tukar tajuk, minta penjelasan dahulu. Ini kah “rakyat di dahulukan”?

Ahli Parlimen Wangsa Maju, saya hendak jawab, saya hendak jawab..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Nak minta penjelasan, kerana Ketua Audit Negara telah buat berbagai-bagai catatan dalam laporan...

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Wangsa Maju duduklah, Menteri tidak bagi peluang laluan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tidak beri penjelasan, tidak beri jalan.

Pada Ahli Parlimen Wangsa Maju, dengar. Wangsa Maju, dengar. Biar saya tanya Yang Berhormat Wangsa Maju...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan, ini mengenai dengan homestay.

Dari manakah. Biar saya tanya...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Balik tidurlah, balik tidur lagi bagus.

Tuan Pengerusi, biar saya tanya Yang Berhormat Wangsa Maju dari manakah dia mendapat sumber maklumatnya di mana dia kata renovation cost kepada Malaysian Pavilion di Shanghai adalah RM25.5 juta. Terkejut kita sebab di kementerian kita langsung tidak ada sesuatu peruntukan kepada ini dan tidak pernah juga sesuatu bunyi kepada ini. Jadi saya hendak memberikan nasihat kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Sememangnya orang yang memberikan maklumat kepada Yang Berhormat mahu memalukan Yang Berhormat di Dewan Rakyat ini dengan memberi sumber- sumber yang palsu. Tuan Pengerusi, saya ada kata tidak ada sesuatu..

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jadi saya berdiri- Yang Berhormat Menteri telah buat satu tuduhan. Saya hendak beri penjelasan sekarang.

Tuan Pengerusi, biar saya menjelaskan kos...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kalau begitu, Yang Berhormat Menteri sila fotostat sahaja. Tidak payah cakap dalam Dewan.

Perbelanjaan bagi membina astaka Pavillion di Shanghai adalah RM20 juta sahaja, itu untuk kos dan kita sudah bagi jawapan enam kali, enam kali pada tahun ini dan setiap kali...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tidak berani hendak beri peluang untuk mencelah.

Ahli Yang Berhormat tidak baca Hansard atau tidak dengar atau tidak mahu dengar, selalu membangkit. Memang ada satu fixation kepada Shanghai Expo.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini saya hendak jawab, nak beri penjelasan ini.

Pergilah cari ubat untuk batalkan fixation ini. Ia tidak boleh fixation..

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, saya hendak jawablah sekarang ini.

Saya kira sudah jawab enam kali, enam kali open tender. Okey, mengapa Wangsa Maju kata, Menteri datang batalkan, betul.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, jangan takut kita ini dalam perbahasan.

Tuan Pengerusi, masa saya jadi Menteri pelancongan pada bulan April, saya terus pergi ke Shanghai berbincang dengan pengerusi sebuah World Expo Shanghai, bertanya...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Pergi Shanghai untuk incite

Bertanya dia apa tema betul- betul World Expo?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Incite foreigners to visit Malaysia dengan izin.

Tema itu adalah benda yang baik, hidupan yang baik. Diversity..

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

To incite foreigners to visit Malaysia.

Tuan Pengerusi, bentuk yang pertama. Tuan Pengerusi, saya gunakan cara ini kepada sesiapa yang patut guna cara ini. Ikut peraturan saya bagi. Tuan Pengerusi, jadi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kalau tidak berani ambil penjelasan, tidak payah jawab sahaja. Teruskan sahaja. Fotostat sahaja.

Tema, tema, tema.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduklah, duduklah Yang Berhormat, duduklah.

Tema Tuan Pengerusi. Sekarang saya hendak beritahu, tema bentuk yang pertama guna adalah explore and venture. Ini tidak bersama tema Better City, Better Living. Jadi kita perlu membatalkannya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Grace Au Yong ini siapa? Yang Berhormat Menteri, Grace Au Yong ini siapa? Ketua dalam itu Venturepharm Asia Sdn. Bhd. Sahabat karib...

Jadi saya tidak tahu macam mana, Tuan Pengerusi, saya tidak tahu macam mana Ahli Parlimen Wangsa Maju begitu excited dengan Grace Au Yong. [Dewan riuh] Boleh jadi bergaduh, jatuh cinta, saya tidak tahu. Saya tidak mahu masuk isu personaliti. [Dewan riuh] Boleh jadi jatuh cinta, boleh bergaduh siapa tahu? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawab sahaja.

Saya tidak akan memasukkan ini sebab semua prosedur..

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawab siapa itu Grace Au Yong.

Semua prosedur sudah guna, sudah ditetapkan untuk open tender.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah beku semua TechnoFund.

Sudah diiklankan di surat khabar, kita jawab enam kali. Jawab 10 kali pun dia tidak dengar.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri masih lulus kontrak itu kepada Venturepharm, iaitu projek pavillion ini.

Sekali pun dia tak mahu dengar. Biar Tuan Pengerusi. Jadi saya bagi nasihat kepada Yang Berhormat Wangsa Maju, semasa hendak dengar maklumat cari maklumat yang betul.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kalau tidak mahu jawab soalan, tidak payah datang ke sini, fotostat sahaja. Fotostat sahaja Yang Berhormat Menteri. Tidak perlu ambil masa Dewan, kalau tidak mahu beri peluang untuk Ahli Parlimen untuk mencelah, minta laluan, memberi penjelasan, tidak payah. Fotostat, sebarkan supaya tidak habis masa. Malukan kepada kerajaan..

Tuan Pengerusi, saya di sini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Kedah. Di mana kata makanan yang patut halal dan ini kita akan memberikan. Tuan Pengerusi...

Yang Berhormat Menteri, boleh celah sedikit?

Tuan Pengerusi, saya tidak dengar, itu duduk dahulu. Tuan Pengerusi...

Tidak ada chance langsung. [Ketawa][Dewan riuh] Saya hendak tahu itu...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat..

Atau tidak jangan sebut...

Di sini...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat!

Okey..

Tuan Pengerusi

Kita ada peraturan mesyuarat Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37 mengatakan bahawa kalau kita ingin mencelah, kalau Ahli Yang Berhormat yang sedang berhujah itu beri laluan bolehlah kita berhujah. Itu peraturan mesyuarat. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan, macam mana boleh saya katakan bahawa sila.

Jadi Yang Berhormat Menteri kena...

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Itu stail dia Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat lain kali jadi Menteri kasi laluan kepada sesiapa pun okey, Yang Berhormat.

Yalah, mestilah kalau ...Kalau satu pun tidak bagi laluan, soalan pun telah kita bangkitkan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi..

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat mengatakan begitu.

Tidak dijawab. Kita minta beri laluan, ikut peraturan mesyuarat.Tetapi Yang Berhormat Menteri tidak buat macam ini.

Tuan Pengerusi

Ada lagi beberapa kementerian yang belum kita selesaikan. Boleh kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu, beri secara bertulis saya arah Yang Berhormat Menteri beri bertulis. Betul?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bertulis pun tidak ada.

Kalau Yang Berhormat Menteri beri jawapan bertulis, tidak payah datang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, secara bertulis. [Dewan riuh] Duduklah Yang Berhormat Wangsa Maju sudahlah.Yang Berhormat Batu sudahlah Yang Berhormat Batu. Kalau tidak takkan kita selesai. Saya tidak boleh paksa Yang Berhormat Menteri untuk bercakap.

First project.

Tuan Pengerusi

Sila, sila, sila. Yang ini sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada dalam Dewan. Kenapa pasal berdiri ini? [Dewan riuh][Ketawa] Biasanya kalau saya tegur sekali, dua, sudah duduk pun.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oleh sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti nasihat kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri tidak kasi laluan, sudahlah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawab, jawab begini, buat fotostat sahajalah.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Macam mana hendak buat penilaian kalau tidak bagi peluang untuk bertanya dan menjawab.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, itu hak Menteri di bawah peraturan mesyuarat dan saya tidak boleh paksa Menteri.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Barulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh ukur KPI dia.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, siapa akan tunggu check sahaja speech dia. [Dewan riuh] Semua Menteri..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk dulu, duduk. Yang Berhormat Kuala Krai..

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Sila, sila duduk dulu, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Batu sila duduk, duduk. Indera mahkota duduk dahulu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mana ada KPI, mana ada KPI Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mana ada KPI Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi..

Tuan Pengerusi

Indera Mahkota mahu masuk atau untuk dudukkah apa?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Malukan kerajaan sahaja.

Tuan Pengerusi, kita mulakan pada pagi tadi..

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, malu hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Menteri tidak ada kelas. Malu hadapan PM kita.

Dengan usul potong gaji oleh pembangkang..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading...

Dan pembangkang macam-macam bahan tohmahan kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sri Gading, ya, ya, saya dengar Yang Berhormat Sri Gading.

Sepatutnya rakan- rakan daripada parti pembangkang bersabar, dengarlah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh] Sudah puas dibulinya Yang Berhormat Menteri, jadi bagilah peluang.

Kita hendak dapat penjelasan.

Dia orang tidak boleh sabar dengan jawapan Yang Berhormat Menteri.

Tidak mengapalah, Yang Berhormat Sri Gading jadi Menteri lagi baik. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, nanti dahulu Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, boleh duduk sekejap.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk! Nanti dahulu, duduk!

Tuan Pengerusi

Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. [Ketawa] Kalau kita tidak patuhi peraturan mesyuarat kita tidak akan selesai. Banyak lagi kementerian yang belum selesai di peringkat Jawatankuasa. Inilah usul-usul menolak gaji ini sebetulnya yang memanjangkan masa kita. Kalau tidak ada masa itu, saya boleh benarkan pencelahan sekali dua.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Sebab itu sesuai potong gaji.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kenapa pula kena potong gaji Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi

Sudahlah, sudahlah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, sudahlah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya akan bermula dengan Yang Berhormat Wangsa Maju untuk rehat sekejap minum teh tarik di ruang legar situ. [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey, jangan kasi peluang kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mesti beri penjelasan nanti.

Tuan Pengerusi

Tidak mengapa, tidak mengapa, sila Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduklah, duduklah, minum teh. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat! Yang Berhormat Gombak..

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Pengerusi, peraturan yang kita buat itu atas semangat untuk kita berbahas di dalam Dewan ini. Peraturan itu bukan dibuat dengan cara yang statik dan kaku. Peraturan itu dibuat untuk membolehkan apabila Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan, kita boleh mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Itulah semangat peraturan yang kita buat di dalam Dewan ini. Kalau tidak...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi...

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Kalau tidak, saya cadangkan Yang Berhormat Menteri fotostat, fakskan kepada kami jawapan. Mudah lagi! [Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, penjelasan Tuan Pengerusi. Sebenarnya Yang Berhormat Gombak silap, Yang Berhormat Gombak silap. [Dewan riuh] Dia minta penjelasan, masalahnya apabila diberi penjelasan tidak diterima. Itu pun satu. [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri barukah?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu pun satu konvensyen Dewan.

Tuan Pengerusi

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau penjelasan tidak diterima, bagaimana? Bukannya penjelasan tidak diberi, jawapan tidak diterima oleh pembangkang.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! Kalaulah saranan daripada Yang Berhormat Gombak itu baru kita semua 100% ikuti, berbahagialah saya. [Dewan riuh] Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.

Tuan Pengerusi... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Saya yang mengarahkan Yang Berhormat! Sila teruskan.

Tuan Pengerusi, juga ahli Wangsa Maju membangkitkan kita membayar John Todd dengan Datuk Jimmy Choo berbilion- bilion ringgit. Ini memang tidak betul. Mereka tidak ada dibayar dengan apa-apa ringgit kecuali jikalau mereka dijemput mengadakan sesuatu program dan bayaran itu sahaja untuk tiket kapal terbang dan penginapan. Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju selalu dapat maklumat palsu atau palsukan maklumat. [Dewan riuh] Tuan Pengerusi, kualiti tandas awam..

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Minta penjelasan, minta penjelasan.

Dibina tidak memuaskan.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Penjelasan.

Tuan Pengerusi..

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Yang Berhormat, penjelasan.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Tuan Pengerusi, Sabah - Jaafar akan datang. Jaafar Khatib akan datang.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tidak, tidak. John Todd, John Todd. Datuk John Todd. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apa? I tak bagi laluan. [Ketawa] Saya tak bagi.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli–ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak.. [Dewan riuh]

Saya tidak bagi, saya tidak bagi.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Fotostat sahaja, tadi...

Tuan Pengerusi

Dia masih tidak bagi Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tadi dia hendak duduk, sudah hendak bagi dah. Sebab itu saya ucapkan terima kasih.

Mana duduk?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Berapa banyak...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, Ahli Yang Berhormat Gombak,..

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri melencong dah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk, Yang Berhormat Gombak duduk.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri telah..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak duduk, Yang Berhormat Gombak duduk. [Dewan riuh][Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau sekali lagi Ahli-ahli Yang Berhormat mengganggu Yang Berhormat Menteri yang berhujah di bawah Peraturan Mesyuarat 37 yang tidak mahu diganggu, saya akan bagi ruang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat di ruang legar di sana berehat sekejap. Selepas itu kalau sudah cool down, baru masuk. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju!

Tuan Pengerusi

Bermula dengan Yang Berhormat Wangsa Maju kalau Yang Berhormat Wangsa Maju ada bantahan lagi. Bermula dengan Yang Berhormat Wangsa Maju. Tidak mengapa, yang di sana itu saya bayar, tidak mengapa. [Dewan riuh][Ketawa] Yang Berhormat Gombak juga mungkin mahu begitu?

Tidak, tidak.

Tuan Pengerusi

Kalau tidak, duduk Yang Berhormat Gombak.

Ini kerana tahun lepas Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan di Dewan bahawa ada pembayaran dibuat pada Datuk John Todd. Nilainya RM1 juta lebih. Ini yang kita hendak tanya. Sekarang ia kata tidak.

Tuan Pengerusi, saya kata...

Ia buat kenyataan akhbar Tuan Pengerusi. Jadi mana satu yang betul? Saya tidak tahu.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, kerana Yang Berhormat Menteri ada buat...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya tahu semua apa yang hendak diajukan tetapi peraturan mesyuarat tidak membenarkan. Macam mana?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ia buat tuduhan. Saya hendak beri penjelasan.

Tuan Pengerusi

Kalau saya biarkan, Yang Berhormat Menteri masih juga berdiri. Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap juga, tidak apa kalau itu kehendak kita semua. Tidak mengapa.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Lebih baik Tuan Pengerusi, biar urus step by step...

Tuan Pengerusi

Tidak mengapa. Kalau Ahli Yang Berhormat juga tidak mahu mendengar apa yang Tuan Pengerusi cakap di atas di sini, tidak mengapa. Saya akan berdiri, saya masuk dalam bilik. [Ketawa] Tidak mengapa, jadi kita semua tidak apa tidak ikut peraturan mesyuarat. Boleh, bermula dengan saya. Selepas itu kejar saya di luar, nanti kita minum sama-sama. Sila Yang Berhormat Menteri. Sila teruskan.

Tuan Pengerusi, pada jawapan dahulu, jawapan ada dikatakan sebanyak RM1 juta ada diperuntukkan jikalau Datuk John Todd ada guna perbelanjaan ini dan juga menggunakan untuk tiket kapal terbang dan juga penginapan. Ini adalah tetap. Jadi jikalau Ahli Parlimen tidak mahu faham perkataan ini atau cuba tidak mahu dengar, saya tidak boleh buat apa. Tuan Pengerusi, Malaysia International Shoe Festival...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi, saya faham tetapi saya confuse sekarang ini.

Confused is your problem. [Dewan riuh] [Tepuk]

Tuan Pengerusi, adakah ini jawapan...

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya juga confuse. Saya juga confuse, minta penjelasan. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi.

Ini bukan meeting MCA, Tuan Pengerusi!

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri ‘melencong’.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ia confuse kan...

Tuan Pengerusi, ini bukan meeting MCA.

Tuan Pengerusi.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri sudah beri orang confuse.

Tuan Pengerusi, ini bukan mesyuarat MCA.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri ‘melencong’.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak, saya dengar Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk]

Ini bukan meeting MCA. Keluarlah kalau mahu macam meeting MCA.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak.

Ya, berilah jawapan yang tepat.

Kita wakil rakyat.

Tuan Pengerusi, saya hendak cadangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam rombakan yang terdekat ini, buang Menteri Pelancongan. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Saya cakap dengan betul. Malu kalau dalam Dewan beri jawapan begini.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak.

Ini bukan mesyuarat MCA.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kita beri Yang Berhormat Gelang Patah jadi Menteri lagi baik.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak.

Beri Yang Berhormat Gelang Patah lagi layak jadi Menteri.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Gelang Patah berapa lama jadi Menteri. Ini rambut pun tukar-tukar.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kuala Krai.

Menteri ini sombong.

Tuan Pengerusi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk, Yang Berhormat Wangsa Maju.

Saya mahu berbahas.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kita Ahli-ahli Parlimen...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu duduk Yang Berhormat Batu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat...

Tuan Pengerusi

Sila, sila. Yang Berhormat Wangsa Maju duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Standing order, standing order.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk. Saya faham kita sedang berbahas tetapi perbahasan mempunyai peraturan. Ini bukan bertengkar, berbahas ada peraturan. Peraturan Mesyuarat 37 mengatakan bahawa apabila Menteri atau sesiapa yang sedang berhujah dan seorang Ahli Yang Berhormat ingin mencelah, kalau Ahli Yang Berhormat yang berkenaan yang sedang berhujah tidak memberi laluan, maka tidak bolehlah. Itu peraturan mesyuarat. Itu berbahas, Yang Berhormat Batu.

Akan tetapi... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Jadi kalau luar daripada itu, itu bukan berbahas ertinya. Itu bertengkar. Kalau mahu bertengkar, bertengkar di luar. Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Batu dan siapa-siapa lagi yang mengganggu lagi Menteri. Kalau Menteri masih tidak memberi laluan, saya akan menyuruh berehat di luar. Sila.

Tuan Pengerusi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Saya tidak boleh menghalau Menteri kerana itu hak dia.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No. Standing order, standing order.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Tuan Pengerusi, Malaysia...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Standing order.

Tuan Pengerusi

Okey Yang Berhormat Menteri duduk dahulu. Yang Berhormat Wangsa Maju ada standing order. Sila.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, tadi kita ada dengar...

Tuan Pengerusi

Standing order yang mana Yang Berhormat Wangsa Maju?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Peraturan Mesyuarat 36(6). Faham tidak sahabat-sahabat di sana. Peraturan Mesyuarat 36(6).

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, standing order yang mana?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Peraturan Mesyuarat 36(6), Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Okey, sila yang mana satu Peraturan Mesyuarat 36(6). (a) atau (b)?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sangkaan jahat Tuan Pengerusi. [Ketawa] Mana ada (a) atau (b) Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Di mana...

Tuan Pengerusi

(i) atau (ii) atau (iii)? Yang mana satu?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tidak ada, satu sahaja Peraturan Mesyuarat 36(6).

Tuan Pengerusi

Tidak ada kena mengena dengan Peraturan Mesyuarat 36(6).

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sangkaan jahat, sangkaan jahat. Di mana Menteri menuduh saya membuat satu kenyataan palsu dalam Dewan. Dalam ucapan saya tadi mengatakan bahawa, saya minta penjelasan daripada Menteri Pelancongan ini memberi satu penjelasan di sini bahawa berapakah jumlah wang yang diberi kepada Datuk Jimmy Choo serta Datuk John Tod untuk hendak mempromosi sebagai seorang duta? Itu pertama. Kedua, RM3 juta diberi kepada satu persatuan kasut untuk satu festival di PWTC sahaja, RM3 juta. Itu tidak salah? Itu salah apa? Semua ini benar.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak menjawab.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya harap Menteri...

Tuan Pengerusi

Saya faham Yang Berhormat Wangsa Maju. Duduklah Yang Berhormat Wangsa Maju, saya faham.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ia buat malu kerajaan sahaja.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk. Sepanjang pengetahuan saya di dalam peraturan mesyuarat, kalau Menteri tidak menjawab satu patah pun boleh. Itu hak beliau. Kalau beliau menjawab salah, bawalah di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Ada cara lain tetapi kalau beliau juga sewaktu sedang menjawab dan tidak memberi laluan, Peraturan Mesyuarat 37 mengatakan tidak boleh. Jadi apabila saya ingatkan, saya kata tidak boleh, tidak boleh. Ahli Yang Berhormat juga berdiri bermakna Ahli Yang Berhormat sendiri ingkar kepada saya bukan ingkar kepada Yang Berhormat Menteri oleh kerana peraturan mesyuarat tidak dipatuhi dan saya menjaga peraturan mesyuarat supaya dipatuhi. Sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat puas hati atau tidak puas hati dengan jawapan, itu peraturan mesyuarat. Jadi terpulanglah kepada siapa yang mendengar sama ada hujah Yang Berhormat itu yang masuk juga dalam Hansard dan sudah tentu akan juga keluar daripada Dewan ini melalui semua media massa. Begitu juga dengan jawapan Menteri terpulang kepada masyarakat dan rakyat di luar sana hendak bernilai. Bukan tugas Ahli-ahli Yang Berhormat bertengkar di sini. Tidak. Berbahas, mengetengahkan hujah yang difikirkan untuk kepentingan masyarakat dan rakyat. Sila Yang Berhormat Menteri. Masih tidak mahu beri laluan?

Tuan Pengerusi

Tidak. Sila.

Tuan Pengerusi, Malaysia International Shoe Festival. Kementerian Pelancongan sentiasa menggalakkan idea-idea baru yang inovatif dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Di antara program yang berjaya dilaksanakan serta mendapat sambutan masyarakat tempatan dan pelancong antarabangsa adalah Malaysia International Shoe Festival dengan izin. Setelah mengkaji faktor-faktor kejayaan negara-negara tarikan pelancong utama dunia seperti Perancis dan Itali, adalah didapati bahawa salah satu faktor utama yang menjadikan negara-negara ini pilihan destinasi para pelancong adalah kerana ia merupakan pusat rekaan dan promosi fesyen dunia di mana ia turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara-negara tersebut. Sehubungan dengan itu, dalam mengambil kira kelebihan kompetitif Malaysia melalui sokongan Yang Berbahagia Profesor Datuk Jimmy Choo, iaitu seorang rakyat Malaysia dan merupakan seorang pereka kasut terkenal dunia dan juga ikon Malaysia di dalam industri ini. Kementerian Pelancongan telah melancarkan Malaysia International Shoe Festival sebagai satu produk pelancongan Niche Malaysia dengan izin, yang mempunyai kaitan yang rapat dengan industri pelancongan serta industri sokongan seperti fesyen dan fabrik. Kejayaan Yang Berbahagia Profesor Datuk Jimmy Choo juga dilihat sebagai platform terbaik untuk menarik peminat fesyen, terutamanya fesyen kasut untuk datang ke Malaysia bagi melihat inspirasi dan formula kejayaan beliau di pentas fesyen kasut dunia. Lantas menyumbang sebagai daya tarikan pelancong dan juga membangunkan Kuala Lumpur sebagai satu destination Meeting Incentive Convention Exhibition (MICE) dengan izin. Tuan Pengerusi, Malaysia International Shoe Festival yang pertama telah diadakan dari 2hb sehingga 4hb April tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian program ini. Antaranya termasuklah pertunjukan fesyen kasut berjenama tempatan, seminar, bengkel, pameran, jualan, pertandingan rekaan kasut berinovasi dan kreatif, promosi jualan di pusat beli-belah dan persidangan pereka-pereka fesyen kasut.

Persatuan Pengilang-pengilang Kasut Malaysia telah dilantik sebagai pengendali acara tersebut mengikut peraturan-peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Objektif utama penganjuran acara ini adalah untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terkenal sebagai hab fesyen kasut dan mengeluarkan produk kasut berjenama tempatan yang berkualiti seperti Bonia, Sembonia, Carlo Rino, Larrie, Vincci dan lain-lain. Memupuk minda dan meningkatkan pengetahuan pelancong serta masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda tentang industri fesyen kasut yang sedang berkembang di negara. Ini bagi melahirkan lebih ramai pencipta- pencipta Malaysia bertaraf dunia seperti Yang Berbahagia Datuk Dr. Jimmy Choo, yang merupakan anak jati Malaysia dan salah satu ikon kasut di arena global. Menjadikan program ini sebagai sebuah platform terbaik untuk menarik para peminat fesyen kasut dari dalam dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi bertemu sendiri dengan beliau dan mendengar serta melihat inspirasi dan formula kejayaan beliau di dalam fesyen kasut. Ini kerana Yang Berbahagia Datuk Dr. Jimmy Choo telah mengendalikan seminar kepada para pereka kasut yang masih muda di Malaysia dan mengadakan demonstrasi proses pembuatan kasut kepada para pengunjung pameran. Menjadikan industri fesyen kasut negara sebagai penyumbang kepada pendapatan dan kemajuan ekonomi negara, di

mana sektor pembuatan kasut Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk dieksport. Pada tahun 2009, industri kasut telah menyumbang pencatatan nilai eksport sebanyak RM600 juta dan jualan domestik sebanyak RM500 juta dan juga menjadikan Malaysia International Shoe Festival sebagai satu produk pelancongan, pameran negara bagi menarik minat pelancong antarabangsa untuk membeli-belah di pusat beli-belah Malaysia terutamanya kasut dan secara tidak langsung jumlah kedatangan pelancong asing akan meningkat. Pelaksanaan program ini telah melibatkan kos sebanyak RM3.28 juta bagi membiayai sewa dewan, tempat pameran, promosi dan lain-lain. Secara langsung, acara ini telah berjaya menjana keuntungan berjumlah RM500 juta iaitu pulangan sebanyak 66% daripada hasil jualan pameran yang telah berlangsung selama tiga hari. Pameran ini juga turut disertai oleh 39 exhibitors dengan izin, yang terdiri daripada pengusaha industri kasut tempatan yang mempamerkan lebih daripada 100 jenis jenama kasut. Turut menyertai pameran ini adalah wakil-wakil persatuan pengeluar kasut dari negara China, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Indonesia. Sebagai daya tarikan pelancong, dalam masa tiga hari tersebut, pameran ini telah berjaya menarik kira-kira 45 orang pengunjung dari dalam dan luar negara seperti China, Indonesia, India, Perancis, Iran, German, Australia dan lain-lain. Pulangan daripada nilai publisiti juga adalah tinggi apabila acara Malaysia International Shoe Festival ini turut melibatkan kehadiran kira-kira 100 media tempatan dan asing yang menguar-uarkan aktiviti-aktiviti bagi acara ini, melalui pelbagai medium sebagai akhbar-akhbar utama dan media elektronik seperti blog dan Facebook. Tuan Pengerusi, tandas, kualiti tandas awam yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Memang ada sesuatu masalah yang sangat penting kepada negara kita, di mana kita hendak menjadi sebagai satu negara pelancongan. Kebersihan tandas awam adalah salah satu faktor yang menjamin kemajuan industri pelancongan. Hasil kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke atas kebersihan tandas menunjukkan kurang daripada 5% tandas- tandas awam di Malaysia adalah bersih. Ini amat memalukan. Saya ingin menekankan di sini bahawa isu penyelenggaraan tandas- tandas awam adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan juga rakyat Malaysia. Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan tandas-tandas di Malaysia sentiasa dipelihara. Kita perlu ada tourism mind set dengan izin, di mana kita perlu think tourism dan act tourism. Usaha untuk memupuk sikap kebersihan di kalangan rakyat Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan adalah melalui kempen ‘1Malaysia Green Tourism, 1Malaysia Clean’ yang menggalakkan kebersihan di tempat-tempat pelancongan. Ini termasuk melibatkan para pelajar di bawah Program Pelancongan Pelajar anjuran Kementerian Pelancongan. Di mana seorang ahli membangkitkan caj RM5, macam mana? Kementerian Pelancongan, kita tidak ada mana-mana – sesuatu state position sahaja, kita ada market forces tetapi sampai sekarang saya tidak pernah dengar di mana-mana ASEAN yang ada sebuah pusat, yang mereka caj tandas RM5, jika RM1 atau RM2 boleh jadi. Tuan Pengerusi, juga kepada Yang Berhormat Kota Raja. ang Berhormat Kota Raja yang membangkitkan kekhuatiran beliau di mana pusat entertainment akan diadakan. Tuan Pengerusi, perkara ini dan juga Ahli Yang Berhormat berkaitan ini dengan isu-isu buang bayi. Saya sebagai seorang wanita dan juga saya seorang ibu, saya ingin kata buang bayi ini bukan hanya di mana-mana yang ada pusat hiburan sahaja. Ahli Yang Berhormat, buang bayi ini berlaku di semua

kawasan, di kampung, di luar bandar dan juga kalau kita tengok di negara-negara lain yang ada pusat hiburan, bukan ada banyak isu buang bayi. Jadi ini adalah dari segi disiplin kita, pendidikan kita dan nilai murni kita. Tuan Pengerusi, pusat hiburan ini adalah bukan untuk rakyat Malaysia, ini adalah untuk pelancong-pelancong yang datang di sini dan juga bukan tidak ada dijaga keselamatan. Pihak yang berkuasa akan menjalankan cara-cara untuk menentukan pusat hiburan dan masa dijalankan tidak disalahgunakan. Ahli Yang Berhormat Langkawi membangkitkan isu Legenda Langkawi. Memang isu masalah kelemahan industri pelancongan di Malaysia adalah pemandu pelancong, yang kita semua tidak pandai cerita sesuatu legend. Masa kita memberikan kursus kepada pemandu pelancongan, kita memberikan kursus asas macam mana dari segi menyambut pelancong, menjaga keselamatan pelancong dan juga produk-produk yang tertentu. Akan tetapi selain daripada itu, cerita-cerita legenda dan lain-lain perlu mereka buat research dan juga ada minat, passion untuk belajar. Walau bagaimanapun, selepas saya buat lawatan ke Pulau Langkawi dan Ahli Parlimen membangkitkan perkara ini kepada saya, kita terus ada jalankan kursus di Langkawi yang khusus untuk menaiktarafkan perkhidmatan pemandu pelancongan di Pulau Langkawi. Deep-sea fishing, memang adalah sesuatu produk yang kita memang sangat menggalakkan. Tuan Pengerusi, Ahli Parlimen Batu Gajah. Saya ingat pada masa sekarang ini Yang Berhormat Batu Gajah kurang baca surat khabar sebab kita ini sudah mempromosikan railway tourism dengan izin. Kita sudah lancar railway tourism ini pada bulan Oktober dan ini maksudnya adalah untuk menentukan lagi accessibility kepada bandar-bandar dan bandar-bandar kecil yang tidak ada, yang kurang ada accessibility.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Ada bertanyakan isu...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagus memberi laluan kepada saya. Saya prihatin isu ini, Yang Berhormat kata saya tidak baca surat khabar tetapi yang saya nampak adalah kemudahan ETS dan shuttle train itu, kalau kita sampai ke Ipoh, dekat dari KL Sentral sampai Ipoh, 2 jam 15 minit atau 3 jam kalau shuttle. Kalau turun di railway station, pelancong hendak pergi mana? Tiada kaunter pelancongan yang boleh membantu mereka atau perkhidmatan sambungan yang disediakan kecuali kalau mereka mengambil teksi-teksi. Apakah dalam aspek infrastruktur sedemikian boleh disediakan? Itu yang saya bangkitkan.

Terima kasih. Saya yakin sebagai Ahli Parlimen Batu Gajah, sebagai Ahli Parlimen Perak, memang boleh mengkaji dan ada inisiatif untuk berbincang dengan syarikat pelancongan dan juga Majlis Bandaraya Ipoh untuk menggalakkan mereka buat sesuatu kemudahan pengangkutan sebab di mana-mana bandar, kemudahan pengangkutan, licensing bus, licensing taxi boleh kerajaan tempatan iaitu majlis bandar raya boleh jalankan. Apa yang penting mesti bekerjasama dengan syarikat pelancongan. Tuan Pengerusi, untuk sesuatu produk maju menjadikan produk pelancongan yang ramai pelancong melawat, perlu ada promosi. Jikalau sesuatu produk itu bagus, tetapi tidak ada orang tahu dan di Malaysia biasanya syarikat pelancongan yang sangat mustahak. Misalnya di kawasan saya, saya ini sudah

bekerjasama dan juga menggalakkan syarikat-syarikat pelancong datang ke kawasan Raub, khususnya dalam musim buah-buahan dan juga melancong untuk makan buah-buahan. Jadi, promosi satu produk pelancongan tidak boleh sahaja tunggu kementerian. Peranan kementerian adalah menentukan dasar-dasar yang baik, menentukan cukup perkhidmatan dari segi pemandu pelancong, syarikat pelancongan dan juga promosi. Saya bangkitkan promosi. Malaysia sekarang telah di tahap kesembilan ramai pelancong datang ke Malaysia tetapi kita hendak menarik lebih ramai lagi pelancong, khususnya dari negara yang high-end. Pada masa sekarang, high-end iaitu pelancong yang betul-betul guna, yang banyak belanja di Malaysia, yang pertama adalah Saudi Arabia iaitu West Asia dengan jumlah dekat dengan 7,000. Yang kedua selepas itu adalah Australia. Selepas Australia, Oceana iaitu Europe. Selepas Oceana, Rusia. Selepas Rusia, New Zealand. Pelancong dari negara ini datang Malaysia tidak cukup. Masa tidak cukup, kita perlu promosi. Kita higher, jadi kita punya sasaran tahun 2020 adalah 38 pelancong dengan pendapatan RM168 bilion. Maknanya kita hendak satu kali setengah tambah pelancong, tetapi tiga kali pendapatan hasil. Jadi, untuk dapat ini, kita perlu cari pasaran baru, pasaran yang higher. Now, Australia dan New Zealand adalah sesuatu dari... dan kepada Ahli Parlimen Batu Gajah..

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, Arau. Sedikit, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam meneroka pasaran baru, kita lihat ada satu masalah di sini. Soal penerbangan terus dari bandar berkenaan ke Kuala Lumpur. Jadi, adakah pihak kementerian telah berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan negara kita untuk pastikan bahawa tempat-tempat yang kita terokai pasaran baru ini, kita mendapat penerbangan terus kerana kesempatan ini biasanya diambil oleh syarikat-syarikat penerbangan di negara-negara jiran kita apabila mereka hendak datang ke negara kita. Apakah tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian setakat ini?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh jawab sekali, Menteri?

Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Menteri.

Ahli Yang Berhormat, ini adalah sesuatu kelemahan negara kita sebab kita punya accessibility memang kurang jika berbanding dengan negara jiran kita. Misalnya, kita perlu lagi lebih direct flight dari Rusia. Saya harap AirAsia boleh dengan secepat mungkin membuka laluan direct flight kepada Moscow, Sydney dan juga Christchurch dan lain-lain. Jadi, semasa saya buat lawatan kepada sebuah negara, saya juga berbincang dan kaji dengan pihak syarikat kapal terbang, mohon mereka kalau boleh datanglah ke Malaysia, bukalah jalan langit terus ke sini. Ini adalah sesuatu yang selalu kita kaji untuk tambah lagi direct flight ke sini.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh mencelah sedikit? Kota Belud. Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat Menteri sedarkah tidak, di Kalimantan ini, contohnya di kawasan Balik Papan iaitu satu kawasan yang mempunyai industri oil and gas, dengan izin, per kapita orang kaya di Indonesia, di Balik Papan itu mungkin antara yang tertinggi di Indonesia. Jadi, oleh kerana Balik Papan ini dekat dengan Sarawak dan Sabah, saya rasa ini juga satu

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

kawasan yang perlu kementerian turun dan bantu negeri Sabah dan Sarawak untuk mereka datang. Contohnya mereka ini kalau datang ke Japan, terpaksa pergi ke Jakarta dahulu. Ke Jakarta, barulah pergi ke Tokyo ataupun ke Taiwan. Akan tetapi kalau mereka menggunakan Lapangan Terbang Kota Kinabalu contohnya, perjalanan mereka lebih singkat dan mereka boleh mengenali negeri Sabah dengan lebih dekat. Jadi, saya minta kalau boleh diberi tumpuan kepada kawasan tersebut.

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, promosi pelancongan sesebuah negeri, kemajuan pelancongan sesebuah negeri juga pulang balik kepada pihak kerajaan negeri. Jadi, semasa ada sesuatu isu yang berkaitan terus dengan negeri itu, pihak kerajaan negeri boleh juga membangkit dan menjalankan apa-apa cara. Misalnya, semasa saya pergi membuat misi promosi menggalakkan pelancongan, ada juga kerajaan negeri yang ikut saya. Misalnya, Melaka, Sabah dan kadang-kadang Langkawi. Di sini saya akan bangkit ini tetapi saya harap Ahli Parlimen boleh juga membangkit perkara ini dengan Kerajaan Negeri Sabah. Misi galakan ke Australia dan New Zealand yang dibangkit oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Misi galakan ke tujuh bandar ini iaitu Auckland, Christchurch, Rotorua, Queenstown, Sydney, Melbourne dan Adelaide adalah di jalan di dalam 11 hari. Jikalau hendak jalan ke tujuh bandar dalam 11 hari, itu bukan melancong. Itu gila kerja. Nombor dua, tiap-tiap pagi, buka beg, malam pack beg, besok jalan, tetapi apa yang penting adalah produktivitinya dan apa kita dapat dari misi galakan itu. Misi galakan pelancongan bukan misi lawatan. Misi promosi adalah bersama kita membuka lagi peluang untuk pihak pelancong datang ke sini. Semasa saya di tujuh bandar ini, saya sudah terlibat secara langsung di dalam majlis resepsi, seminar, sidang media dan berjumpa dengan ejen-ejen pelancongan, syarikat penerbangan seperti Air New Zealand dan persatuan media dan pelajar di mana semua taklimat serta ucapan bagi promosi Malaysia telah disampai sendiri oleh saya sendiri, Menteri Pelancongan. Misi ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi aktiviti promosi pelancongan di bandar-bandar utama dan mengekalkan pertumbuhan positif kemasukan pelancongan di Malaysia. Tuan Pengerusi, di Queenstown, sebuah bandar yang begitu kecil dengan 100,000 penduduk sahaja, tetapi mereka boleh menarik setiap tahun dengan 1 juta pelancong.

Ramai itu, ada guna produk mereka iaitu feri di tasik-tasik mereka dan juga pelancongan helikopter. Masa kita hendak sampaikan satu tahap RM168 bilion satu tahun dari segi industri pelancongan – maknanya RM3 bilion satu minggu, kita perlu cari cara dan belajar dengan pihak-pihak yang sudah maju dalam pelancongan ini. Jadi dengan sukacitanya Tuan Pengerusi, saya hendak melaporkan di sini bahawa kita sudah balik berbincang dengan syarikat-syarikat helikopter dan tidak lama lagi kita akan ada helikopter tourism bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi saya berharap juga di Langkawi dan juga di Sabah dan Sarawak. Di Ipoh, di Batu Gajah, kita tidak bincang lagi. Tuan Pengerusi, pada masa misi galakan itu, saya sudah bertemu dengan 340 pengusaha pelancongan di New Zealand dan lapan wakil media. Juga, kita bersama mengkaji untuk mendapatkan penggunaan sistem rating New Zealand

kepada produk pelancongan iaitu Qualmark – quality mark. Kita harap kita pun boleh ada sesuatu – mungkin Malaysian Mark iaitu suatu sistem rating untuk produk pelancongan. Juga di Sydney, Melbourne dan Adelaide, saya bertemu dengan sekurang-kurangnya 500 pihak penganjur pelancongan dan juga wakil media. Dari itu juga, kita bincang hendak mengubahkan Pejabat Pelancongan Malaysia di Melbourne ke New Zealand. Ini kerana di New Zealand, kita tidak pernah buka pasaran itu. Jika kita tengok nilai dari New Zealand, mereka adalah yang kelima yang banyak belanja itu. Juga untuk Sabah, di Sydney, Melbourne itu kita berbincang lagi bagi meluaskan satu program iaitu Jejak Warisan Sandakan Ranau or POWs Shall Not Forget Walk untuk ingatkan semua pada perang dunia kedua mengenai apa yang berlaku dan begitu ramai – beribu askar Australia telah meninggal dunia dalam Sandakan-Ranau Walk itu. Memang mereka sangat-sangat menerima dan kita harap kita boleh ada tiga sektor. Satu, pihak yang sudah pencen jalan 100 meter, kemudian naik bas dan lepas itu jalan pula. Satu lagi, untuk pemuda yang sekali gus jalan habis trio itu dan lain adalah setengah-setengah itu. Saya harap syarikat pelancongan boleh ambil peluang ini dan juga kerajaan negeri boleh ambil peluang ini untuk ada pakej yang baru. Akhir sekali juga untuk New Zealand dan Australia, kita sudah bertemu dengan beberapa agen dan media untuk promosi pelancongan parks and garden. Sekarang di seluruh dunia, pelancongan baru adalah taman bunga, park, taman- taman yang sangat menarik. Di New Zealand, ada satu pakej yang mereka pergi China untuk 12 hari sahaja buat lawatan kepada taman-taman. Hasil daripada itu, dua orang syarikat pelancongan sudah datang ke Malaysia dan akan berpakej sesuatu parks and garden di Malaysia. Taman-taman yang mereka pilih adalah Sabah di Tenom dan Marsupial dan di Malaysia, Putrajaya dan juga Tasik Perdana. Ahli Yang Berhormat, sebab itu kita perlu keluar dari pejabat kita. Kita perlu pergi bertemu dengan mereka bincang, kaji dan cari produk baru. Jikalau ada masa, saya akan buat lawatan ke Batu Gajah dan tengok apa produk ada di situ. Jikalau lain kali saya ada promosi ke luar negara, saya boleh promosilah Batu Gajah di situ. Tuan Pengerusi, backpackers. Ahli Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih atas jawapan yang panjang lebar. Tadi ahli-ahli dalam Dewan ini telah banyak bagi cadangan berkenaan tempat-tempat yang mana boleh dipromosikan. Saya rasa Yang Berhormat sepatutnya datang lawat kawasan kami dahulu. Kawasan kami semua ada tempat-tempat yang menarik. Tadi saya kata drama tempat lakonan Ice Kacang Puppy Love di Tronoh sana. Sebelum ini kita boleh dengar Yang Berhormat yang lain. Parlimen punya produk sudah saya rasa begitu menarik sekali...

Terima kasih. Tuan Pengerusi...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang patut diutamakan terlebih dahulu.

Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya sudah buat lawatan ke Kelantan lebih 10 kali, ke Sabah pun sudah lebih 10 kali, tetapi

betul-betullah tidak pergi Batu Gajah, sebab saya tidak tahu siapa Ahli Parlimen Batu Gajah di situ yang sangat pandai cakap dan bising dan cili padi, tetapi saya belum menerima lagi jemputan. Tuan Pengerusi, di sini Ahli Parlimen Batu Gajah membangkit mengapa kita...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, saya mohon tarik balik bising itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini tidak sesuai – cakap bising.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini saya bangkitkan untuk kepentingan negara dan untuk sektor industri pelancongan.

Tuan Pengerusi

Secara kebetulan, saya setuju Yang Berhormat. Menteri ada..

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini tanggungjawab saya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Menteri kena sabarlah, jangan emosi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini langsung tidak profesional lah.

Tuan Pengerusi, jikalau pembangkang ada ahli yang tidak profesional, kita pun boleh tidak profesional.

Apa maksudnya? Maksudnya dia tidak profesional.

Tuan Pengerusi

Sila teruskan, teruskan.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Batu Gajah membangkit isu backpackers. Saya rasa beliau khuatir kita sengaja hendak mengabaikan dan lupa kepada backpackers. Tuan Pengerusi, backpackers adalah sesuatu yang kita minat tetapi saya sendiri harap mereka boleh guna homestay untuk backpackers. Tuan Pengerusi, kita melalui pejabat-pejabat kita di beberapa buah negara telah ambil bahagian semenjak tahun 2006, di mana kita ada acara Sydney Adventure Travel and Backpackers Expo, di mana kita sudah ambil bahagian dan untuk menarik backbenchers ke Malaysia. Di situ, agensi yang turut ada adalah Sarawak Tourism Board, Mountain Torq Sabah, Sabah Tourism Board dan lain-lain. Pakej ditawarkan adalah mendaki gunung, meneroka gua, river cruise, boat watching dan lain-lain. Secara am, pakej jenis eko dipromosikan di acara itu. Operator yang ada tawarkan pakej backpackers ialah KB Backpackers Sdn. Bhd. yang berpejabat di Kota Bharu, Kelantan dan juga Ping Anchor House Travel and Tours di Kuala Terengganu dan juga lain-lain. Jadi di dalam strategi kita untuk menentukan kita dapat 36 pelancong dengan hasil pendapatan RM168 bilion, kita memang ada diversification dan tidak fokus kepada sesuatu sahaja. Tuan Pengerusi, laman web. Di sini saya hendak juga memberikan maklumat kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah iaitu Lonely Planet sudah menentukan kita adalah di antara 10 yang terbaik di dunia di mana value for money dan perlu dibuat lawatan. Jadi jangan risau, kita sudah masuk Lonely Planet. Di sini juga Ahli Yang Berhormat khuatir – berapa banyak kita dapat duit dari membeli-belah? Mengapa kita hendak duti free? Siapa hendak promosi? Kitalah di Kementerian Pelancongan, sebab tahun 2009, daripada RM54 bilion yang dibelanja oleh pelancong, jumlah yang dibelanjakan untuk shopping sahaja

adalah RM15.1 bilion. Pada masa sekarang, Malaysia tidak sampai lagi tahap di mana pelancong hendak datang ke Malaysia untuk beli-belah. Mereka bukan beli- belah RM10 pyjamas, bukan beli RM10 barang-barang tetapi mereka beli high-end brand. Tuan Pengerusi, kita memang ada pelancong yang datang ke Malaysia untuk beli RM1 juta untuk sebuah jam dan juga ada ramai pelancong yang datang ke sini untuk beli high-end goods.

Jadi kita harap kita boleh sampai tahap sekurang-kurangnya jiran kita Singapura. Pada masa sekarang seorang pelancong, RM1 dia guna dekat 28% untuk perbelanjaan beliau untuk membeli belah. Di Singapore 34%, di Hong Kong 57%. Kita harap kita boleh menjadi hub beli-belah untuk pelancong. Dengan itu, pembuatan kita Malaysia pun boleh maju. Jadi, produk membeli belah adalah sesuatu produk yang sangat-sangat penting kepada kita. Ahli Yang Berhormat Rembau membangkit isu acara, terima kasih. Memang ini juga adalah sesuatu variety di antara banyak produk Malaysia ada. Kita ada alam semula jadi, budaya, makanan, dan fesyen. Akan tetapi juga kita perlu ada acara atau event yang setaraf dunia. Acara-acara yang ada di kalender adalah tiga jenis. Sesuatu adalah yang di mana dilancarkan acara kementerian kita sendiri. Itu tidak banyak iaitu Malaysia Shoe Festival, Malaysia Contemporary Art Festival, Fabulous Food, dan juga Water Sports, dan juga karnival. Itulah program atau event kementerian. Akan tetapi event yang kedua adalah event negeri-negeri. Setiap negeri pun ada event-event mereka dan kita kutip semua menjadikan jikalau datang ke Malaysia pada hari itu bolehlah pergi ambil bahagian dalam event itu. Ketiga pun, jikalau kadang-kadang ada persatuan atau program kementerian-kementerian kita pun ada masuk. Akan tetapi saya memang bersetuju kita perlu kaji dengan teliti mana event yang sesuai. Satu masalah yang kita hadapi adalah kalender ini jikalau mahu menjadi seorang permainan pelancongan antarabangsa, kalender perlu keluar awal-awal sekurang-kurang satu atau dua tahun dahulu. Jikalau kita keluar dengan satu atau dua bulan sahaja orang tidak datang. Ini kerana kebiasaan pelancong semasa dia mahu melancong dia guna sekurang-kurang enam bulan sampai sembilan bulan untuk pilih pakej dia. Jadi, kita ini perlu kutip dan mana ada kita masukkan. Jadi, mana yang betul- betul taraf sedunia. Sekarang kita telah ada sesuatu. Caranya kita akan letakkan events sedunia di bawah MICE dan kita dari situ akan pilih sesuatu event yang betul-betul bertaraf dunia yang seperti Ahli Parlimen Rembau kata, yang kita tetapkan kalender glamour high end mesti datang. Akan tetapi ada program-program yang sederhana yang kita juga perlu ada di kalendar kita untuk promosi domestic tourism dan kepada jiran-jiran kita. Tuan Pengerusi,okey, kemudahan. Saya memang...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Menteri, just sedikit sahaja ya. Terima kasih atas penjelasan tadi yang saya rasa cukup jelas dan cukup terperinci. Mungkin Yang Berhormat Menteri tidak dapat jawab secara terperinci di sini bolehkah atau tidak memberi maklumat mengenai berapa ramai pelancong yang menjadi sasaran bagi setiap program yang dikeluarkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan. Contohnya, sekiranya dapat menarik 500 pelancong. Berapa banyak agaknya peruntukan? Jadi, kita tahu dari segi KPI perbelanjaan. Terima kasih.

Terima kasih. Pada masa sekarang, biar saya bangkit syarat ‘my sep’ dahulu. Itu syarat dia. ‘My sep’ menggalakkan kita mengadakan seminar antarabangsa insentif expedition. Mereka akan menolong jikalau sekurang-kurangnya 20% peserta adalah datang dari antarabangsa dan juga sekurang-kurang ada 1000 malam penginapan. Misalnya jikalau ada 500 peserta, sekurang-kurangnya 250 peserta mesti dari antarabangsa dan mesti menginap di Kuala Lumpur, Malaysia selama empat hari. Jadi, 1000 malam penginapan. Ini adalah sesuatu syarat yang kita menentukan semasa kita memberikan sokongan tidak salah guna. Kedua, kita sekarang telah moving away dengan izinnya untuk sponsorship kepada program- program. Ini kerana kita yakin jikalau sesuatu event, mereka mahu menjalankan event itu patutnya mereka patut ada kapasiti untuk menjalankan event itu. Jikalau mereka hendak lagi harapkan kepada kementerian boleh jadi event itu tidak begitu sesuai. Walau bagaimana pun jikalau event itu setaraf dunia misalnya PGA dan ATP. Dengan itu, kita akan kaji tetapi masa peruntukan yang banyak kita perlu buat sesuatu kertas Jemaah Menteri yang kita sendiri tidak boleh ada dan buat apa-apa keputusan. Walau bagaimanapun, saya akan memberikan kepada Yang Berhormat Rembau untuk Yang Berhormat teliti dari segi event-event. Saya sendiri Tuan Pengerusi pun tidak puas hati di mana ada berapa event yang pelancong tidak tambah. Misalnya bird watching di Bukit Fraser. Tiap-tiap tahun pun dekat 150 orang. 150 pelancong atau 200 pelancong ini kita akan kaji semula. Akan tetapi yang high end pula, mereka datang 1 minggu. Satu minggu dia belanja banyak. Jadi, ini semua faktor-faktor yang kita mesti ambil kira. Tuan Yang di-Pertua, kemudahan. Kemudahan pengangkutan memang juga betul. Jikalau kita pergi London saya yakin Ahli Yang Berhormat Rembau tidak akan naik kereta. Semua underground di mana pun. Jadi Malaysia ini negara kita tahu bahawa ini adalah kelemahan kita public transportation. Oleh sebab itu, di bawah NKEA, public transportation pengangkutan awam adalah suatu yang terpenting kepada negara kita khususnya kepada Kuala Lumpur. Kita di Kementerian Pelancongan mengalu-alukan masa Yang Berhormat Perdana Menteri maklum MRT akan dijalankan. Jadi, itu yang pertama. Kedua, kita juga memang harap SPAD masa mahu dijalankan bolehlah selesaikan isu-isu berkaitan dengan teksi, bas, dan lain-lain. Jika tidak memang ini ada sesuatu kelemahan kita. Jadi Hop On Hop Off. Sebentar tadi siapa tanya Hop On Hop Off? Ada seorang Ahli Parlimen tanya Hop On Hop Off. I cannot remember who. Hop On Hop Off iaitu Ahli Parlimen Tawau. Hop On Hop Off Bus adalah sesuatu inisiatif swasta. Ini bukan kita yang jalankan program itu. Program itu adalah dijalankan oleh swasta. Jadi, saya harap di aman-mana bandar pelancongan misalnya saya yakin Melaka pun Hop On Hop Off. Jadi, di mana-mana kalau Tawau harap ada Hop On Hop Off, boleh kaji dengan syarikat pelancongan dan bincang dengan mereka bagaimana mereka boleh jalani. Ahli Parlimen...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan sedikit sahaja. Saya ada sedikit - Saya mahu tanya sebab saya kurang jelas. Tadi, berkenaan helikopter Yang Berhormat kata ada perbincangan dengan syarikat-syarikat pelancongan. Helikopter untuk pelancong-pelancong melihat pemandangan Malaysia dari atas langit. Itu rancangan atau pendekatan tersebut apakah akan dijalankan keseluruhan oleh syarikat swasta atau adakah ia akan dijadikan usaha sama di antara kerajaan dengan pihak swasta?

Tuan Pengerusi...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bilakah ia akan dilaksanakan?

Tuan Pengerusi, semua program ini mesti jalan oleh swasta.

Produk pelancongan tidak boleh jalan oleh kerajaan. Tidak sustainable, itu pertama. Yang kedua, kita sudah mulai mesyuarat dengan pihak syarikat helikopter, EuroHelicopter dan lain. Akan tetapi EuroHelicopter perlu mesyuarat dengan syarikat pelancongan. Sebab syarikat pelancongan yang ada pelanggan mereka. They are the clients. Jikalau mereka ada sesuatu produk macam ini, jadi syarikat pelancongan boleh menggalakkan pelancong mereka naik helikopter pada masa sekarang. Jikalau seorang pelancong yang sibuk sekali tetapi dia hendak tengok macam mana Kuala Lumpur nampak dari atas, macam mana Putrajaya, tidak ada helikopter. Dia tidak kisah, RM2 ribu, RM3 ribu, it’s okay. Akan tetapi tidak ada kemudahan ini. Jadi kita sudah kaji, kita sudah jadi koordinator. Kita sudah mula kajian ini dan saya harap pada tahun 2011 sebelum quarter tahun itu kita boleh nampak sudah produk helikopter itu sudah jalan. Tadi siapa kata RM5 ribu, masa saya di New Zealand bukan RM5 ribu tetapi RM2,400 sahaja di New Zealand untuk enam orang. Ini kita belajar. Masa kita belajar kita boleh guna seperti ini. Tuan Pengerusi, isu ecotourism ada dibangkit oleh beberapa Ahli Parlimen mengenai isu ecotourism. Terima kasih kepada keprihatinan. Ecotourism adalah sesuatu yang sangat penting kepada negara kita. Sebab negara kita ada hutan-hutan hujan yang terlama di dunia ini. Terlebih satu ratus bilion tahun umurnya. Brazil sahaja 60 bilion tahun. Jadi pokok-pokok kita dua kali tinggi, dua kali besar. Ecotourism ini, masalah ini masa kita membangkit, membangunkan ecotourism ini kita tidak boleh guna cara biasa sebab membangun ecotourism perlu ambil kira biodiversiti, perlu kira sustainability. Sebab itu pada masa sekarang Kementerian Pelancongan sudah ada sesuatu jawatankuasa dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tidak pernah ada. Kita bersama- sama akan kaji yang pertama mana di Malaysia, mana National Park, mana Marine Park kita hendak promosi untuk pelancongan. Kita tidak boleh sahaja buat begitu. Dari segi begitu masa kita sudah tentu of priority list. Biar di Sabah, di Sarawak di Pahang, di mana, kita akan bersama- sama mengguna peruntukan kita untuk membangunkan ecotourism. Apa pelancong tidak mahu datang tengok ada concretization of the jungle dengan izin.

Tuan Pengerusi

Panjang lagi Yang Berhormat? Panjang lagi?

Bagi saya sampai setengah jam. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi saya tidak akan jawab seseorang akan tetapi dengan seluasnya. Ecotourism adalah sesuatu yang kita sudah guna dasar baru yang kita hendak promosikan secara clean and pristine. Kepada Ahli Yang Berhormat Sabah dan Sarawak, ecotourism yang paling pelancong datang seramainya adalah di Sabah 600 ribu pada tahun 2009 dan di Sarawak 380 ribu dan Semenanjung sahaja 160 ribu. Jadi Sabah dan Sarawak...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

Perlu dilindungi sebagai satu ecotourism negeri.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya begitu lama menanti tentang persoalan halal hab di Shanghai akan tetapi tidak disebut. Okey terima kasih.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Wangsa Maju bising-bising I pun lupa sudah. Saya di sini, ambil terima kasihlah...

Tuan Pengerusi

Tawau, Tawau berdiri Yang Berhormat.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berharaplah ada satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang peruntukan yang begitu besar diberikan kepada Nexus Karambunai Resort kerana tanah itu sudah masuk mahkamah. Apa penjelasan diberikan oleh kementerian. Sekian, terima kasih.

Terima kasih. Saya akan sendiri kaji perkara ini sebab pada ketahuan saya Nexus ini tidak dimasuk di bawah peruntukan kementerian saya. Akan tetapi I will take a personal check on this dengan izin. Kepada Ahli Yang Berhormat mengenai halal hab...

Tuan Pengerusi

Kapit, Kapit.

Kapit, ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana saya tertariklah dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan Sarawak mendapat RM380 ribu pelancong. Jadi, kita mengalu-alukanlah kalau ada usaha daripada kementerian ini untuk kita mempertingkatkan lagi usaha kita hendak menarik pelancong lebih ramai lagi datang ke Sarawak. Di kawasan saya di Kapit ini sekarang di Sungai Batang Rajanglah, sudah ada sejak setahun ini, Batang Rajang River Cruise dikendali oleh Pandau River Cruise. Jadi itu adalah baiklah. Cuma pandangan ataupun maklumat balas kepada masyarakat kita yang sangat mengharapkan mendapat ada keuntungan daripada Pandau ini, mereka mengadu tidak berapa memuaskan kepada masyarakat penduduk setempat selain daripada pengusaha Pandau Cruise itu sendiri. Ini kerana pelancong-pelancong yang pergi menggunakan Pandau ini ia tidak meninggalkan bot itu. Cuma kalau mendarat ia pergi tengok selepas itu balik. Makan sana, tidur sana semua. Ia tidak membeli belah pun. Jadi lama kelamaan orang setempat memikirkan apanya ada keuntungan bagi kita. Jadi saya khuatir Yang Berhormat Menteri, kalau kita tidak mengambil peranan ataupun mengarah kepada pengusaha Pandau ini supaya memberi peluang kepada orang-orang kita mendapat sedikit bahagian daripada keuntungan nanti. Orang-orang mungkin tidak mengalu-alukan lagi. Tidak suka dengan Pandau ini. Jadi rugilah. Saya boleh menerima bahawa baiklah daripada keseluruhannya untuk negeri Sarawak. Akan tetapi saya ingin juga masyarakat setempat yang mengharapkan Pandau itu, dapat juga untung daripada usaha itu. Sekian, terima kasih.

Terima kasih. Memang betul, masa kita hendak menjalankan sesuatu mengenai pembangunan ecotourism produk, kita jangan lupa definisi ecotourism adalah mesti bawa manfaat kepada penduduk

tempatan. Di banyak-banyak tempat kemudahan ada, pelancong datang balik bawa makanan sendiri, langsung tidak guna satu sen pun di tempat itu. Jadi, itu tidak maju sebagai satu ecotourism. Sebab itu kita akan kaji semula jika kita hendak membangunkan ecotourism, perlu penduduk tempatan dapat manfaat seperti apa yang dibangkit oleh Kapit. Yang Berhormat Kuala Kedah, ya. Yang halal hab. Ya, you? Sudah keluar?

Tuan Pengerusi

Ya, Kuala Kedah. Kuala Kedah.

Mohon maaf. Saya di sini ucap terima kasihlah yang membangkit perkara ini. Jadi pada pandangan saya, saya ingat semua itu, saya akan kaji semula. Akan tetapi kita akan tetap masuk dalam syarat, lain kali masa kita buat World Ecotourism– mana-mana ekspo, ini mestilah ada sesuatu, ya makanan. Akan tetapi makanan di Shanghai Ekspo, kawasan, jenis dan bentuk tidak di tentukan oleh kita. Pihak Shanghai World Ekspo memberikan kita menentukan kepakaran kita apa jenis restoran dia hendak. Akan tetapi mengapa kita yang pilih. Okey, makanan.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sedikit penjelasan. Singapura mempunyai dua, yang halal dan yang tidak halal. Begitu juga dengan negara lain. Mengapa Malaysia tidak boleh sediakan dua, yang halal dengan yang tidak halal. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih, saya menerima cadangan dan kita akan menentukan pada masa hadapan ini tidak akan berlaku. Terima kasih.

Yang Berhormat Indera Mahkota mengenai perbelanjaan sebenar bagi tahun 2006 hingga tahun 2009 sebanyak RM381,674. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Kementerian Kewangan, perbelanjaan sebenar bagi tahun 2006 hingga tahun 2009 bagi Program 01900 – Pembangunan Ecotourism sebanyak RM381,674 adalah hanya perbelanjaan bagi dua projek yang tidak disiapkan di bawah RMKe-9 dan disebabkan itu disambung di bawah RMKe-10. Ini sahaja untuk dua projek. Projek papan tanda dan papan pelan pelancongan di bawah RMKe-9, kementerian menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta dan bukan RM10 juta seperti yang dibangkitkan. Kita memang mengakui bahawa isu papan tanda ini ada sedikit masalah untuk membuat papan tanda kerana masalah bahasa dan apa yang hendak ditulis di situ. Kementerian terpaksa meminta majlis daerah untuk menolong kementerian bagi membina papan tanda yang menarik. Tuan Pengerusi, mengenai Bukit Jeram memang diakui bukit yang sangat menarik dan saya pun sudah pergi ke sana di mana keadaannya sejuk. Kita pun ada mempromosikannya sebagai salah satu ikon di Kedah. Yang Berhormat Kota Belud membangkitkan isu yang sangat penting iaitu domestic tourism. Domestic tourism memang sangat mustahak dan pada tahun 2009 sejumlah trips pelancong domestik yang dijalankan oleh rakyat Malaysia di dalam negara adalah 31.78 juta orang dengan memberikan hasil kepada kita hampir RM24 bilion. Yang Berhormat Kota Belud, kementerian sudah mengadakan Conference World Tourism Organization (WTO), iaitu World Tourism Organization Conference 2010 – Biodiversity Sustainable di Sabah. Saya sendiri sudah membuat lawatan di Tenom, Marudu, Tawau, Marsupial, Mount Kinabalu, Ranau dan Kudat tetapi belum lagi pergi ke Kota Belud dan saya akan pergi tidak lama lagi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tahun depan boleh pergi Yang Berhormat Menteri - tamu besar ini. Tuan Pengerusi pun ada di sana di Kota Belud.

Okey, terima kasih. Tuan Pengerusi, oleh sebab masa yang saya janji, saya akan ringkaskan ucapan saya. Apa yang mustahak ialah tema “Malaysia Truly Asia” memang telah dimulakan pada tahun 1999 dan kita sudah menang pelbagai anugerah kecemerlangan di peringkat dunia. Baru-baru ini sahaja dalam tahun 2009 kita menerima satu anugerah promosi terbaik. Ada cadangan bagi menukar Malaysia Truly Asia yang sudah lama ini dan hendak ditukar atau tidak. Akan tetapi kita mesti ingat bahawa brand yang bagus kita tidak perlu ketepikan. Coca-Cola, KFC, McDonald dan Shell tidak menukar brand mereka. Kita tidak boleh menukar Malaysia Truly Asia (MTA) tetapi kita selalu buat sedikit sebanyak perubahan imejnya. Jadi jika Ahli-ahli Yang Berhormat ada menonton CNN, BBC dan Al-Jazeera boleh nampak sekarang imej Malaysia Truly Asia sudah berubah sedikit. Brand domestic tourism kepada negara kita adalah “Cuti-cuti 1Malaysia” ini bagi semua rakyat Malaysia pergi melancong di Malaysia. Kementerian memang menggalakkan penduduk di Semenanjung melancong di Sabah dan Sarawak. Sukacita saya hendak maklumkan di sini bahawa Kota Kinabalu, Sabah sudah ditetapkan sebagai sebuah eastern hub untuk MAS dan pada masa sekarang banyak direct flight datang dari Korea, Jepun, Australia dan China ke Kota Kinabalu. Saya harap tidak lama lagi ada direct flight ke Kuching dan dengan ini secara perlahan kita buka industri pelancongan di Sabah dan Sarawak. Saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Jempol yang mula-mula berbahas tetapi dapat jawapan last sekali, terima kasih. Di Malaysia ada apa? Di Malaysia kita tidak ada piramid dan the great wall of China. Namun kita di Malaysia ada budaya dan Malaysia Truly Asia serta alam semula jadi. Dengan itu kita akan selalu menjaga dan melindungi apa jua produk kita dan menentukan agar ia akan lebih maju. Mengenai pegawai-pegawai MPTN dengan sukacitanya saya menyatakan di sini bahawa jika masih berminat untuk bertugas dengan kerajaan di Kementerian Pelancongan sekarang sudah ada ambil bahagian. Misalnya Pengarah Jabatan Pelancongan Kelantan adalah datang dari MPTN dan pada masa sekarang kesemuanya sudah bekerja. Tuan Pengerusi, dengan itu saya harap saya sudah menjawab kepada semua Ahli Parlimen dan mana-mana yang saya tidak dapat menjawab di sini saya akan menjawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM690,593,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM690,593,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM153,279,700 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan.

Tuan Pengerusi

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM153,279,700 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011]

Usul — MEMINDA JADUAL DI BAWAH P.M 66(9) – MEMOTONG RM100 GAJI MENTERI PELANCONGAN Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang — Maksud B.32 [Jadual] - Maksud P.32 [Anggaran Pembangunan 2011] –Motion

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.32 dan Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terbuka untuk dibahaskan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Saya beri kepada Yang Berhormat Kepong dahulu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, B.32 Butiran 030000 – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Tuan Pengerusi, Pejabat Tanah dan Galian ialah hendak memupuk pembangunan yang sejajar dengan wawasan pembangunan infrastruktur negara ini bermakna sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang berkualiti tinggi, cekap dan berkesan. Namun kita mendapati walaupun ada usaha, ada kelemahan juga. Misalnya di sesetengah tempat termasuk di Taman Kepong, di mana bangunan dan tanah itu sudah dibangunkan selama 40 tahun. Oleh sebab ada kelemahan sedikit, geran sementara dikeluarkan tetapi dalam 40 tahun pihak pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran itu sebagai geran kekal. Ini bermakna beribu-ribu orang yang mempunyai geran sementara sahaja untuk tanah yang sebenarnya untuk geran tanah kekal.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini bermakna ada kelemahan termasuklah pihak pemaju yang tidak membayar wang cagaran ataupun pihak pejabat tanah yang tidak menguruskan dengan lebih berkesan. Saya berharaplah dengan saya bangkitkan hal ini, pihak kementerian dapat menyelaraskan dengan pejabat tanah dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan semua geran yang kekal itu mestilah disiapkan kerana masalah satu masalahnya ialah tidak diukur. Ukuran itu tidak ada dan dengan tidak ada ukuran, geran kekal tidak boleh dikeluarkan. Tuan Pengerusi, yang kedua mengenai 050000 – Perbadanan Putrajaya. Tadi kita dengar Yang Berhormat Raub hendak menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Akan tetapi apabila saya pergi ke Putrajaya saya nampak Tuan Pengerusi, papan tanda jalan tidak begitu elok. Saya berharaplah pihak kementerian dapat mengkaji bagaimana kita boleh meningkatkan papan tanda jalan di Putrajaya kerana kawasannya luas. Kadangkala kita nampak apabila saya masuk ke sana, setiap kali saya pergi, apabila saya hendak keluar dari situ susah kerana papan tanda tidak jelas. Tidak lengkap juga. Dengan kemudahan-kemudahan - cuba bayangkan satu Putrajaya iaitu pusat pentadbiran yang terunggul di negara ini, sebuah padang bola sepak pun tidak ada! Tidak ada, cuma yang ada itu di sekolah. Itu ‘pelik binti hairan’ kerana tidak satu kawasan yang begitu unggul...

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, Yang Berhormat.

Minta laluan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Sekijang bukan Putrajaya.

Boleh minta laluan?

Tuan Pengerusi

Silakan, Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kepong, jalan tidak nampak ini. Akan tetapi saya lihat ia bercakap tentang Putrajaya. Apabila saya pergi ke Kepong - Bandar Manjalara, saya pun tidak boleh baca jalan. Semua ditampal dengan iklan pinjaman ah long itu. Jadi apakah tindakan Yang Berhormat buat? Ini sampai ke Putrajaya, pergi tempat sendiri tidak dijaga ini. So, hendak minta tanya Yang Berhormat ini. Apakah Yang Berhormat buat? Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Betul juga Yang Berhormat Sekijang sekarang. [Ketawa]. Saya cakap betul juga.

Tuan Pengerusi

Boleh gantung Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Akan tetapi saya sedang mengambil tindakan. Tindakan sudah diambil. Timbalan Setiausaha Agung beritahu saya ia hendak ambil tindakan. Ini di dalam SMS saya sekarang. Sudah diambil tindakan cuma pihak kementeriannya, pihak DBKL mungkin kakitangannya tidak cukup tidak dapat menjalankan, bukan sahaja kesalahan mereka, itu kekurangan nilai dan kesedaran sivik termasuk Yang Berhormat Sekijang juga. Kurang kesedaran sivik, ia hendak tampal. Apa yang boleh dibuat?

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apabila kita bersihkan, ia tampal lagi. Itulah Yang Berhormat Sekijang... [Disampuk] Kijang banyak di situ, tidak nampak juga kijangnya. Yang Berhormat Sekijang itu... [Disampuk] Begitu juga Sungai Muar tidak dijaga dengan baik.

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bertanya tadi apakah tindakan Yang Berhormat selaku wakil rakyat kawasan itu?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Sepatutnya Yang Berhormat kata sudah jalankan tindakan sama ada bergotong-royong atau membersihkan sendiri. Ini semuanya dibalikkan pada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu tidak buat tindakan apa-apa, setakat SMS sahajalah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada tindakan, tetapi tidak begitu serius kalau berbandingkan dengan kawasan Sekijang itu, Sungai Muar tidak dijaga dengan bersih. Sampah sarap banyak. Ya, di Sungai Muar - di kawasan Sekijang itu. Teruk sekali Tuan Pengerusi. Saya tidak tahu apakah yang ia buat sekarang. [Ketawa] Jagalah rumah sendiri dahulu. Ini jaga papan tanda jalan sahaja. Saya akui ada orang yang tidak begitu berkesedaran sivik. Akan tetapi di Sekijang, Sungai Muar begitu teruk. Itulah masalah. Jangan kita bangkitkan perkara yang orang lain...

Tuan Pengerusi

Ini Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kepong ada pakat supaya Menteri perlu jawab kedua-duanya? [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Nampaknya begitulah. [Ketawa] Mengenai Putrajaya itu, saya berharaplah pihak kementerian dapat mengambil – tidak nampak Yang Berhormat Menteri dan timbalannya pun? [Disampuk]

Tuan Pengerusi

Ada. Menteri ada dengar.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ada dengar. Saya mengambil perhatian kalau kita hendak jadikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Padang bola sepak pun tidak ada, walaupun Yang Berhormat Sekijang tidak berminat dengan bola sepak tetapi kita mesti adakan. Seterusnya mengenai Butiran 060000 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini, selain daripada papan tanda jalan itu tidak begitu elok, mesti kita ambil tindakan. Ada masalah-masalah seperti jambatan dan jalan. Kalau kita pergi ke pusat bandar Kuala Lumpur, ini dekat dengan – saya pergi ke situ termasuklah di Jalan Tun HS Lee yang ada balai polis di situ untuk lalu lintas, polis trafik. Apabila kita pergi ke situ, di sekitarnya kita nampak sangat di lorong-lorong itu bukan main kotornya dengan sampah sarap kerana bukan sahaja kesalahan DBKL. Ini kerana kesedaran sivik dan nilai-nilai budaya yang tidak begitu sihat.

Penjelasan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Oh! Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kepong, sahabat saya satu-satunya dalam PAC. Kita banyak berhujah tetapi kali ini hendak berhujah tentang kebersihan. Saya bersetuju apabila Yang Berhormat menyentuh banyak tentang kebersihan yang melibatkan kesejahteraan. Akan tetapi kalau kita lihat, masalah kebersihan ini ada di mana-mana di Kuala Lumpur ini terutama tadi Yang Berhormat Kepong sebut di belakang, di lorong-lorong termasuklah di Kepong. Jadi saya tanya Yang Berhormat, apakah peranan wakil rakyat ini seperti Yang Berhormat Kepong dalam mengajar orang ramai untuk sama-sama bergotong-royong? Ini disebabkan kalau kita lihat khususnya di Kepong, kalau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mana-mana PBT pun buat program gotong- royong, orang tidak keluar. Tidak ikut sama-sama bergotong-royong. Akhirnya pekerja PBT ataupun DBKL yang bergotong-royong. Apakah peranan Yang Berhormat Kepong dalam menangani masalah ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bertahun-tahun saya pun ada di dalam seminar, perjumpaan, saya ada sebutkan mengenai nilai dan kebudayaan yang bersih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang ada, akan tetapi kita hendak sama-sama untuk menangani masalah, Kuala Lumpur kita ini yang hendak dijadikan satu bandar raya bertaraf dunia. Bandar raya tropika bertaraf dunia, sebagai bandar raya bertaman dan juga bercahaya. Jika Yang Berhormat Ledang muram itu lain kira tetapi KL mesti bercahaya. Saya tahu masa pun sudah hendak habis, tetapi kita ada empat orang

Tuan Pengerusi

Empat orang apa Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tiga sahaja ya, itulah. Saya hendak lihat beberapa orang yang datang hari ini. [Disampuk] Oh! Ya, empat orang daripada 11 orang, hanya ada empat orang sahaja, oleh sebab empat orang sahaja kita boleh melanjutkan masa sedikit, sebab itulah hendak minta...

Tuan Pengerusi

Jika Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain itu bersetuju, Yang Berhormat Kepong boleh berucap bagi pihak mereka. [Ketawa] Saya tidak ada problem.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Mengenai kebersihan...

Saya hendak berucap Tuan Pengerusi, selepas ini.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Hendak kah? Yang Berhormat Ledang tidak ada kena mengena dengan KL pun. Mengenai tikus pun banyak, lorong- lorong dan jalan yang berlubang-lubang, tikus banyak, sampah sarap pun banyak. Saya hendak menekankan di sini bahawa bukan sahaja kesalahan DBKL, orang ramai pun mesti bertanggungjawab, jangan buang sampah dan makanan- makanan hendaklah disimpan dengan baik. Jika tikus banyak, bukan hanya banyak tetapi besar-besar belaka. Yang Berhormat Sekijang, besar itu. Bukan main besar dan mengenai jambatan, misalnya di Jalan Metro Prima, Taman Emas. Jambatan untuk Sungai Keruh, itu kawasan saya. Ini memang memerlukan wang yang banyak, saya pun tidak mampu mengeluarkan wang untuk membina jambatan tetapi saya diberitahu oleh DBKL ini tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi tidak mengapalah. Kini sudah tiga bulan jambatan itu runtuh, hampir tiga bulan. Saya berharap pihak kementerian dapat mengkaji bagaimana daripada peruntukan, untuk membina jambatan dan jalan raya tersebut, kita dapat menggunakannya dengan baik dan berkesan. Jika jambatan yang saya sebutkan di Jalan Metro Prima, Taman Emas Kepong itu dalam tiga bulan tidak boleh diperbaiki ataupun dibina semula. Bagaimana kita boleh menguruskan penyelarasan yang lebih berkesan dengan JPS untuk sama-sama kita siapkan jambatan yang runtuh itu. Itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Bintang pun mahu berucap juga?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Ya.

Tuan Pengerusi

Begitu membangun...

[Bangun]

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Banyak kalilah sudah...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Labuan.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Cuma sedikit sahaja sebenarnya, pertama mengenai Butiran 05000 –Perbadanan Labuan sebanyak RM13 juta. Apakah bentuk projek yang akan dijalankan dengan menggunakan RM13 juta ini? Adakah ia berbentuk projek- projek kecil di kampung-kampung ataupun untuk membiayai projek-projek yang lain? Jadi saya mengharapkan supaya peruntukan yang sedemikian dapat disalurkan untuk projek-projek di kampung-kampung, mudah-mudahan ia akan dibahagi-bahagikan ke situ dan seterusnya adalah Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan sebanyak RM132 juta.

Berapakah peratus peruntukan tersebut akan diperuntukkan untuk Labuan, kerana jika kita lihat jalan-jalan dan jambatan-jambatan untuk Kuala Lumpur dan juga Putrajaya sudah tidak memerlukan. Kita lihat kedua-dua bandar ini, kedua-dua wilayah ini sudah cukup membangun apatah lagi seperti Kuala Lumpur. Apabila kita lihat dengan Program Transformasi Ekonomi, di mana kerajaan akan mengeluarkan berbilion-bilion ringgit untuk Greater Kuala Lumpur tetapi apa halnya dengan Labuan? Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat diperuntukkan lebih kepada Labuan kerana dalam hal ini peruntukan-peruntukan tahunan yang sedemikian sebaiknya lebih disalurkan kepada Wilayah Persekutuan yang lebih memerlukan, kerana kedua-dua tempat wilayah ini sudah pun cukup maju. apatah lagi Putrajaya. Saya rasa ia tidak perlu untuk jambatan-jambatan tersebut kerana jambatan-jambatan di Putrajaya sudah cukup canggih walaupun pada asalnya dibuat jambatan dahulu baru kita membuat sungai. Jadi oleh itu saya mengharapkan agar jambatan-jambatan tersebut, peruntukan tersebut dapat disalurkan kepada projek-projek kecil di Labuan terutamanya. Ada lagi dua buah kampung air yang betul-betul memerlukan jambatan simen, yang pada saat ini masih menggunakan jambatan-jambatan kayu, itulah yang kita harapkan. Ketiga adalah membaik pulih sungai, saya juga merasakan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak memerlukan benda ini, diharapkan RM7 juta itu dapat disalurkan sebanyak mungkin untuk Wilayah Persekutuan Labuan, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang, selepas itu...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Wangsa Maju. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju dan selepas itu Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar B.32. Saya merujuk kepada Butiran 010000 –Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan dan juga Butiran 060000 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak saya tanyakan Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri. Mengapakah DBKL meluluskan projek pembinaan kondominium di atas tanah kosong, di mana di bawahnya adalah terowong air SMART, di tepi Blok 57, Perumahan Awam Sri Johor dekat Stesen LRT Cheras, tidak kah ini membahayakan orang ramai dan juga pemilik unit-unit kondominium ini? Soalan yang kedua ialah bagaimanakah kedudukan permohonan pembelian rumah pangsa oleh penyewa-penyewa lama yang tidak tersenarai di dalam kes penjualan rumah baru-baru ini? Saya minta penjelasan daripada kementerian dan juga soalan yang ketiga, berapa ramai penyewa miskin yang dibantu oleh DBKL di dalam Program Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009 dan apakah bentuk bantuan ini? Soalan keempat ialah bagaimanakah kedudukan program bantuan warga emas oleh Yayasan Wilayah Persekutuan? Ada kawasan yang dapat dan ada kawasan yang tidak dapat, mengapakah borang permintaan

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

perlu menyatakan parti politik yang disertai? Ini adalah tidak patut untuk warga emas dan bahawa bantuan ini haruslah di mana 1Malaysia. Di mana setiap rakyat yang mencapai umur boleh mendapat bantuan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan ini. Saya pun malulah hendak membangkitkan satu isu yang lama, saya ada dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, ialah tentang Plaza Rakyat. Saya terpaksa membangkitkan oleh sebab baru-baru ini ada 10 peneraju kepada persatuan Kwang Tung, yang mendapat projek ini di hadapan persatuan. Mereka mengadu kepada persatuan ini dan juga kepada saya. Saya sering mendapat aduan daripada pembeli-pembeli aduan bahawa projek ini sudah lama terbengkalai dan janji-janji daripada kementerian, khususnya daripada Menteri tetapi janji tinggal janji sahaja. Saya berharap projek ini boleh dimulakan dengan secepat mungkin, oleh sebab ramai pembeli-pembeli terkorban.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Oleh kerana terpaksa membayar faedah kepada bank-bank yang mereka pinjam wang. Saya juga ingin tahu apakah kedudukan mutakhir Plaza Rakyat projek yang terbengkalai ini yang dapat liputan meluas. Saya minta Menteri boleh memberikan satu jawapan yang memuaskan. Keenam ialah baru-baru ini pekerja bank mati di Jalan Chulan kena hempap pokok pada hari Isnin baru-baru ini 29 November, pada 7.30 pagi. Saya ingin tanya mengapa DBKL tidak pantau awal elak kejadian, selidik aduan-aduan pokok tua, lewat diambil tindakan oleh DBKL. Walaupun kita sering memberikan aduan kepada jabatan yang berkenaan. Ini saya sangat sedih oleh kerana seorang nyawa telah terkorban oleh kerana pokok tumbang pada pagi itu yang menghempap pekerja bank. Saya difahamkan dia bekerja di Bank Maybank. Saya minta bantuan khususnya DBKL hendaklah membayar pampasan kepada si mati oleh kerana bini dia sekurang-kurangnya boleh dapat pampasan yang diberi oleh DBKL yang dipertanggungjawabkan oleh kerana pokok di tepi jalan sahaja. Ketujuh, soalan yang ingin ditanya ialah program Juara Rakyat yang berjalan dalam kawasan Parlimen di seluruh Kuala Lumpur. Saya ingin tanya adakah program ini khususnya di kawasan pembangkang dalam sejumlah 10 kawasan Parlimen dimenangi oleh Pakatan Rakyat, adakah wang ini disalurkan dengan lebih telus kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi di kawasan tersebut. Akhirnya mengenai bandar raya Kuala Lumpur khususnya di satu kawasan Little India Brickfields. Saya ingin tanya baru-baru ini Kuala Lumpur berkembang dengan bandar raya Chennai, India. Adakah kementerian mengambil langkah yang lebih positif untuk mempromosikan bahawa lebih pelancong- pelancong dari Chennai India. Oleh kerana Little India sudah jadi salah satu landmark di Kuala Lumpur dan banyak kebudayaan India satu landmark di Kuala Lumpur ini. Saya harap tempat ini boleh di gazette sebagai salah satu tempat ramai pelancong boleh menarik dari negara India. Adakah kementerian bercadang untuk memudahkan pelancong-pelancong dari India semua jalan di Brickfields ini khususnya di Little India dengan bahasa Tamil, dua bahasa, bahasa Malaysia dan bahasa Tamil untuk memudahkan pelancong-pelancong dari Chennai khususnya India. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bercakap atas tajuk Bekalan 081100 - Program Kesejahteraan Bandar dan

juga sekali gus dengan 01500 Pembangunan Kemiskinan Bandar. Tuan Pengerusi sejak diwujudkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini, saya dapati di peringkat PBT seluruh negara seolah-olah mereka lepas tangan tentang kesejahteraan bandar. Ini kerana bagi PBT-PBT di seluruh negara yang selama ini mengambil bahagian tentang program ataupun tugasan kesejahteraan bandar tetapi apabila wujud Kementerian Wilayah Persekutuan sekali gus dengan Kesejahteraan Bandar nampaknya mereka seolah-olah lepas tangan. Oleh kerana apabila saya semak samalah yang berlaku di Tangkak, Majlis Daerah Tangkak mereka mengatakan bahawa mereka masih menunggu lagi. Mereka masih menunggu umpamanya senarai kelulusan nama-nama penduduk ataupun warga miskin yang harus dibantu. Saya yakin dan saya dapatilah sebenarnya perkara yang sama juga berlaku di tempat-tempat lain. Sedangkan penubuhan ataupun pemindahan bahagian kesejahteraan bandar ini daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan sudah pun berjalan hampir setahun. Cuma keberkesanannya di peringkat majlis daerah belum lagi kita dapat rasa seperti yang saya sebutkan tadi masih lagi menunggu arahan selanjutnya dan sebagainya. Malahan apabila beberapa aduan kita sampaikan kepada mereka, mereka kata mereka masih juga menunggu apa-apa arahan selanjutnya daripada kementerian ini. Inilah persoalan-persoalannya Tuan Pengerusi. Justeru saya ingin bertanya...

[Bangun]

Sekejap, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebenarnya bidang apa, apakah butiran tentang yang berkaitan dengan kemiskinan bandar ini yang diambil alih sepenuhnya daripada PBT di seluruh negara misalnya Majlis Daerah Tangkak, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Daerah Segamat, Majlis Daerah Maran yang saya kata tadi diambil sepenuhnya supaya PBT ini dapat mengasingkan yang mana tugas mereka, sempadan tugasan mereka di peringkat PBT khususnya di dalam mencari-cari peruntukan dan sebagainya. Saya minta izin Tuan Pengerusi saya hendak ucapkan selamat hari lahir Tuan Pengerusi kepada jiran saya ini Yang Berhormat Maran hari ini yang ke berapa saya tidak tahu.

Terima kasih sahabat saya daripada Ledang. Tuan Pengerusi, saya cuba hendak menyokong pandangan Ledang. Kesejahteraan bandar dan juga kemiskinan bandar, ini ada mempunyai dua kaitan yang rapat. Kesejahteraan bandar mungkin dari segi keselesaan, kebersihan, keselamatan, keamanan bandar dan kemiskinan mungkin kita dapat menyelesaikan masalah-masalah orang bandar yang miskin ini. Sekarang ini kita ada skim bantuan kepada penduduk miskin bandar ini. Cuma saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Ledang di samping yang disebutkan oleh Ledang ini kita banyak seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong tadi mengenai kebersihan, tikus banyak. Kalau kita lihat di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur merupakan pusat bandar kita dan kita terima kasih alhamdulillah ramai pelancong-pelancong datang ke mari tetapi mereka hendakkan keselesaan bandar ini. Kadang-kadang jalan ini kita lihat di kawasan Kuala Lumpur ini teruk ada yang berlubang-lubang dan sebagainya. Lorong-lorong belakang yang kotor dan sebagainya. Jadi ini menimbulkan masalah dan mungkin tidak memberikan keselesaan kepada bukan sahaja orang tempatan kita sendiri tetapi kepada pelancong-pelancong yang datang.

Satu lagi yang pernah kita buat survey, saya bersama dengan Yang Berhormat Ledang. Di samping masalah-masalah itu ada juga masalah lain umpamanya kegiatan-kegiatan yang tidak baik yang tidak bermoral seperti pelacuran. Seolah-olahnya apabila orang luar datang ke negara kita ke Kuala Lumpur dan sebagainya mereka menganggap bahawa di Kuala Lumpur inilah tempat kegiatan-kegiatan seperti ini. Ini juga menjejaskan adanya atau tidak keselesaan ataupun keamanan dan keselesaan bandar. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Ledang. Terima kasih banyak.

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Selamat hari jadi hari ini. Selamat hari lahir tetapi tidak tahu berapa. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Semua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran tadi kita telah pun berbahas di sini hampir setiap tahun ataupun setiap kali sesi.

Akan tetapi nampaknya, kita masih belum mendapat kerjasama sepenuhnya daripada orang ramai. Umpamanya, kalau kita buat gotong-royong – sama ada kita sendiri buat gotong-royong, NGO buat gotong-royong, PBT buat gotong-royong, dari segi sambutan orang ramai Tuan Pengerusi, nampaknya masih lagi pada paras yang sangat lemah iaitu di bawah 10%. Kalau penduduk dalam satu kawasan katakanlah 1,000, hendak cari 100 orang pun Tuan Pengerusi, cukup payah – dari segi gotong-royong. Ini mungkin perkara-perkara yang perlu dilihat oleh kementerian ini bagaimana kita boleh memujuk orang ramai supaya turut serta di dalam semua program terutamanya berkaitan dengan kebersihan. Misalnya di satu-satu kawasan yang terlibat dengan wabak denggi, mereka masih tidak peduli, mereka masih mengharapkan pihak kerajaan untuk melakukan sesuatu. Kalau kita ajak, mereka kata ini program politik. Kalau Majlis Daerah ajak, mereka kata program politik. Lebih-lebih lagi apabila telah di putar belitkan fakta oleh pihak satu lagi. Tuan Pengerusi, perkara yang saya sebut awal tadi tentang bidang-bidang tadi – sebab di peringkat saya sendiri pun sebagai wakil rakyat, masih lagi tertanya-tanya apakah bidang-bidang kementerian ini khususnya dalam kesejahteraan bandar? Bidang mana yang sebenarnya mereka ambil alih daripada PBT di seluruh negara selain daripada membasmi kemiskinan? Saya hendak tahu yang lain itu. Kemudian Tuan Pengerusi, saya juga hendak bertanya status ataupun taraf Majlis Daerah, sebab di sini disebut kesejahteraan bandar. Adakah semua Majlis Daerah akan diambil alih tugasnya khusus dalam bidang kesejahteraan bandar ini? Ini kerana, ada Majlis Perbandaran, ada Majlis Daerah dan ada pekan. Pekan di bawah Majlis Daerah misalnya. Adakah pekan itu juga di bawah kementerian ini? Ini yang kita hendak tahu Tuan Pengerusi. Jadi perkara-perkara ini Tuan Pengerusi, ia melibatkan pentadbiran sebenarnya supaya segala permasalahan di peringkat bawah dapat kita bawa ke kementerian kalau itulah yang menyelesaikannya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Bangun]

Silakan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih – sebab saya dari Ledang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bila menyebut

kesejahteraan bandar ini, saya dengan Yang Berhormat Bukit Bintang tadi, saya rasa saya sependapatlah dalam bidang ini juga, kerana apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang tadi – saya ingat saya hendak bercakap tetapi dia sebut dahulu – yang mana saya tengok Dewan Bandaraya, acap kali kita lihat berlaku orang mati dihempap pokok. Ini menunjukkan bahawa kita tidak peka kepada keadaan atau suasana terutamanya pokok-pokok yang menjadi hiasan bandar kita yang dua hari lalu ataupun hari semalam, saya terlihat pokok ini telah lama mati sudah agaknya kalau kita lihat pada gambarnya. Akan tetapi tidak diambil tindakan dan akhirnya tumbang dan menghempap kepada mangsa yang tidak berdosa dan kehilangan nyawa. Apabila kehilangan nyawa ini Tuan Pengerusi, sudah tentulah saya rasa keluarga tempat bergantung kehidupan kepada mangsa ini telah hilang. Jadi saya ingin tahu juga agaknya – mungkin saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Ledanglah. Apa tindakan kementerian dalam membantu keluarga-keluarga ini? Dahulu kereta dihempap pokok banyak kali. Ini baru ini seorang mati dihempap pokok yang sudah lama mati. Saya rasa kita di Barisan Nasional ini mengucap takziahlah kepada keluarga ini – rasa simpati kita – kerana kesilapan yang saya rasa tidak harus dilakukan di masa-masa hadapan. Kita kena peka dengan keadaan ini. Apabila ada pokok mati, saya lihat seolah-olah macam kita tidak ada pemantau tentang pokok-pokok kita ini walaupun kadang-kadang dipotong, kadang-kadang dibiarkan dengan begitu sahaja. Bukan ada angin, bukan ada apa pun. Mungkin kalau pagi tidak ada hujan pun, ia boleh tiba-tiba tumbang begitu sahaja. Kalaulah agaknya keluarga kita yang menjadi mangsa kepada keadaan ini, sudah tentu kita pun rasa marah dengan kementerian yang menjaga kesejahteraan bandar ini. Jadi saya ingin tahu, apa agaknya yang perlu – dan kalau pampasan diberi, berapa agak-agaknya pampasan? Bukan pampasan ini bererti kita dapat menggantikan nyawa, tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu pembelaan, sagu hati dan sebagainya ataupun ada benda-benda lain yang diberikan kepada mangsa-mangsa ini yang menunjukkan bahawa kita juga bersimpati kerana di atas kesilapan kita dalam mengendalikan kesejahteraan bandar ini. Apa pendapat Yang Berhormat Ledang?

Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan ucapan saya kerana tidak panjang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Itulah Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi yang pada saya, perlu diambil perhatian serius oleh pihak kementerian. Sekurang-kurangnya, ada bantuan segera daripada pihak kementerian yang disalurkan kepada mereka-mereka yang menerima bencana ini. Cuma Tuan Pengerusi, yang penting yang saya hendak bangkit tadi – ini juga berkaitan dengan sempadan bidang tugas sama ada PBT itu sendiri ataupun kementerian ini. Sudah tentulah Tuan Pengerusi, bidang ini di bawah kendalian PBT. Cuma dari segi peruntukan – maksud saya tadi, dari segi peruntukan yang saya ingin tahu dari sumber mana? Kalau daripada peringkat PBT itu, memang sumber peruntukan itu datangnya daripada kementerian ini ataupun dari sumber- sumber lain. Ini maksud saya tadi. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk berbahas Maksud Bekalan B.32, Kod 10000 – Emolumen, Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan, Butiran 010000 – Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan, Butiran 060000 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Butiran 080200 – Penyelarasan Undang-Undang Di Wilayah Persekutuan dan Butiran 01500 – Kemiskinan Bandar. Saya ingin berbahas sekali gus dalam butiran-butiran tersebut. Pertama, saya ingin memetik kepada objektif-objektif yang di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini iaitu: (i) Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan hands on, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan one stop centre; (ii) meminimumkan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk; dan (iii) untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar- dasar pembangunan fizikal insan berteraskan nilai dan budaya Malaysia untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya yang bertaraf dunia. Memang objektif-objektif ini amat baik dan kita sokong semua. Saya rasa tidak ada sesiapa yang tidak menyokong. Masalahnya adalah, kalau kita nampak di Wilayah Persekutuan ini, ada banyak tempat di mana ada iklan ‘Ah Long’ – dari Pudu ke Bangsar, Kepong, Wangsa Maju ada banyak. Akan tetapi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak ambil tindakan ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan tidak mengawal ataupun tidak mengarahkan supaya pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ambil tindakan untuk keluarkan semua iklan-iklan ini. Sedangkan, kerajaan telah ada dasar di mana ‘ah long’ ini boleh dikatakan salah satu musuh utama negara.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kenapa bandar raya tidak ambil tindakan ataupun kementerian ini semua pegawai-pegawainya lebih minat dengan tanah Bukit Kiara itu? Kedua, masalah cyber cafe ini telah jadi satu masalah sosial dalam masyarakat kita. Di mana keluarga, ibu bapa dan semua kaum amat kesal dan amat sedih hati di mana anak mereka pergi ke cyber cafe bukan untuk pergi surf internet, mereka ada perjudian. Kita sering kali dalam perjumpaan antara Datuk Bandar dan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, kita telah bangkitkan perkara ini dan Datuk Bandar DBKL telah buat satu keputusan bahawa DBKL akan menggubal satu undang-undang ataupun peraturan untuk mengawal cyber cafe supaya DBKL boleh mengawal dengan lebih berkesan. Undang-undang ini telah siap dan telah diserah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan pada Mac 2009. Pada peringkat perbahasan dasar saya telah bangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat Menteri sendiri memberikan satu janji untuk memberi jawapan bertulis, sampai hari ini saya tidak terima. Adakah ini ’Pencapaian diutamakan’? Saya rasa ini semua ’Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ ini satu adalah slogan ataupun omong kosong sahaja. Sudahlah kita boleh buang semua ini

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

’Pencapaian diutamakan‘ di longkang sahajalah kerana Yang Berhormat Menteri pun tidak ambil tindakan. Tidak menurut apa yang diuar-uarkan ataupun apa yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagaimanakah kita boleh, dasar kerajaan boleh dilaksanakan ataupun kita boleh mencapai matlamat dalam dasar kerajaan? Saya harap kementerian sudah dapat draf undang-undang ini, cyber cafe ini. Sudah setahun sudah. Janganlah tidur lagi, please wake up dengan izin terus meluluskan undang-undang ini kerana undang-undang ini untuk mengawal masalah sosial dalam Wilayah Persekutuan supaya nanti suatu hari anak Yang Berhormat Menteri terlibat juga dalam kes perjudian dalam cyber cafe ini. Ini satu perkara yang boleh kata amat membimbangkan dalam Wilayah Persekutuan ataupun boleh kata seluruh negara. Kita sentiasa dapat alasan daripada DBKL ataupun pegawai tertentu bahawa memang kita tahu ada perjudian, ada berbagai- bagai kegiatan yang tidak berapa sihat. Akan tetapi kita tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk mengambil tindakan sedangkan draf undang-undang telah diserahkan kepada kementerian. Apakah kementerian buat? Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Lebih minat pergi Little India, nampaknya gambar besar cantik dan handsome. Saya pun jealouslah sedikit. Itu lebih minat bila hendak luluskan peraturan tidak mahu. Saya haraplah kementerian dengan secepat mungkin, saya mohonlah, merayulah kepada kementerian supaya luluskan undang-undang cyber cafe ini untuk membantu masyarakat semua kaum bukannya kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, semua kaum dalam negara ini boleh kata 1Malaysia.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, tadi saya dengar Yang Berhormat Wangsa Maju ada sebut beberapa butiran. Ini saya perhatikan baru butiran pertama.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini ada dua - tiga...

Tuan Pengerusi

Sudah dekat 10 minit sudah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No. Minta maaf Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Saya cuma ingatkan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Hendak cepat saya. Tuan Pengerusi ada injury time sedikitlah. Ini ada satu One Stop Centre, ini juga satu perkara yang amat baik One Stop Centre. Akan tetapi saya hendak nasihatkan kepada kementerian bahawa saya dapat makluman bahawa jawatankuasa One Stop Centre ini ataupun OSC ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Senator Menteri. Ini adalah salah dari segi undang-undang di mana jawatankuasa ini diberi kelulusan termasuk DO dan Perintah Pembangunan. Ini adalah tidak baik. Oleh kerana dalam undang-undang negara kita Federal Territories Act 1997, Yang Berhormat Menteri tidak ada kuasa. Semua kuasa mengenai dengan DBKL di Kuala Lumpur adalah di bawah Datuk Bandar Kuala Lumpur incorporate. Beliau adalah satu boleh kata satu badan berkanun dalam Kuala Lumpur. Saya harap Yang Berhormat Menteri janganlah mempengerusikan OSC ini. Jikalau hendak campur tangan ikut belakang sahajalah, ikut belakang, telefon dan sebagainya kerana ini salah dari segi undang-undang. Ketiga, penguatkuasaan DBKL ini adalah satu masalah yang amat membimbangkan juga di mana kita boleh nampak di parking lot – tempat letak

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

kereta di Wangsa Maju Seksyen 2. Tempat letak kereta bukan digunakan untuk letak kereta, letak meja dan kerusi untuk restoran. Sekarang ini bukan meja dan kerusi sahaja, gerai-gerai dimasukkan di sana dan penduduk-penduduk di sana tidak ada tempat untuk letak kereta, satu dan kedua kesesakan jalan satu hari kita akan mengorbankan nyawa. Saya telah tulis beberapa pucuk surat kepada DBKL dan tiada diambil tindakan. Sekali diambil tindakan sudah habis, inilah masalah di DBKL dan pagi ini saya sudah juga buat laporan oleh kerana orang awam telah mengadu bahawa ada satu carwash haram di Jalan 3/23, Jalan Langkawi, Taman Teratai Mewah, Setapak, Wangsa Maju. Hari ini DBKL Wangsa Maju telah ambil tindakan roboh, tiba-tiba dapat telefon daripada pengarah ataupun ada satu pengaruh yang hendak campur tangan mengarahkan berhenti. Ini kah sikap bandar raya pegawai tertinggi, saya tidak mahu sebut namalah. Jikalau sebut nama nanti dia orang sakit hati pula. Akan tetapi saya hendak beritahulah itu namanya ada Amin kah, Amin ke apa itu? Datuk Amin kah? Ha! Itu kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri senyum itu kenal, Datuk Amin campur tangan berhentikan ini. Oleh kerana beliau pun dapat arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dia kata. Setiausaha Politik Yang Berhormat Menteri yang mana saya tidak mahu sebut juga, nanti kena marah pula. Hendak, hendak saya sebut? Janganlah, jangan sebutlah. Tidak payahlah, itu apa ‘Safi’ apa itu... Ha! Kena betul juga dia ketawa pula, Yang Berhormat Timbalan Menteri ketawa. Ini satu kegiatan yang tidak sihat kerana ini tempat haram, carwash yang haram. Orang awam telah mengadu, silalah ambil tindakan. Jangan campur tangan daripada Pengarah DBKL ataupun Pejabat Perdana Menteri campur tangan, malulah. DBKL jangan hiraulah benda begini, campur tangan begini sebab DBKL telah menjalankan tugas mereka tetapi mereka takut. Mereka takut sebab kementerian ada ‘bos’ lagi besar daripada DBKL sedangkan dari segi undang- undang Datuk Bandar adalah yang berkuasa dalam DBKL. Itu Yang Berhormat Menteri tidak ada kuasa tetapi Yang Berhormat Menteri janganlah hendak campur tangan terus dalam DBKL. Hendak Pengerusi OSC mana boleh nanti semua kelulusan itu jadi invalid dengan izin. Juga yang ini yang pening ini, Pasar Malam di Danau Kota di Wangsa Maju. Boleh kata pukul 8.00 malam sampai pukul 4.00 pagi dan bila mereka simpan pukul 7.00 pagi, tiap -tiap hari dalam 360 hari satu tahun jalankan. Ini ganggu, kacau orang rumah kediaman di sana. Saya menjelaskan di sini bahawa kita tidak hendak berhentikan mereka hendak cari rezeki, cari makanan. Kita bersetuju, kita sokong tetapi pindahlah mereka kepada jauh daripada rumah kediaman. Jikalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada rumah di sana, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun akan marah. Kereta park di depan rumah mereka, ‘mat rempit’ pukul 3.00 pagi, pukul 4.00 pagi merempit di jalan, ganggu-kacau, noise pollution, masalah sosial dan jenayah. Datuk Bandar telah bersetuju hendak pindah tetapi pegawai-pegawai masih dilengah-lengahkan perkara ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan dengan secepat mungkin untuk memindah Pasar Malam Danau Kota ini. Terakhir Tuan Pengerusi, ini adalah mengenai dengan Tanah Bukit Kiara. Tanah prime land di Kuala Lumpur, 60 ekar diberi kepada Sime Darby.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebelum ini, saya jadi Ahli Parlimen Bukit Bintang, saya telah membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini juga di mana 60 ekar tanah ini diberi kepada Lum Chang, Singapura seperti satu cheap sale of the century. RM53,000 satu ekar tanah pada masa itu tahun 1990, I was still the MP for Bukit Bintang. aya bangkit di sini dan pada masa itu kerajaan telah ambil tindakan potong lease daripada 99 tahun kepada 66 tahun dan selepas itu DO yang untuk 600 kondominium dipotong sebanyak 450, separuh 50 kondominium. Akhirnya, memang Lum Chang, Singapura tidak minat kerana tidak mendapat untung. Saya bersetuju diambil alih oleh Sime Darby tetapi tanah 60 ekar ini tidak diselesaikan pada tahun 1990. Baru diselesaikan oleh Datuk Bandar sekarang dan juga kementerian. Itu saya amat sokong, dijual kepada Sime Darby dengan harga RM400 juta. Memang RM400 juta ini saya rasa terlampau murah oleh kerana daripada RM400 juta adalah RM240,00 satu ekar. Di mana dalam negara kita, kita boleh cari tanah prime land di Bukit Kiara RM240,000 satu ekar. Saya rasa kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri jadi tuan tanah, tidak akan jual tanah di Bukit Kiara itu boleh kata prime land. Jangan memperbodohkan rakyat warga kota Kuala Lumpur. Tidak mengapa, itu kita tidak mengapa sebab GLC, geng sama geng, GLC untuk kerajaan, Sime Darby tetapi Sime Darby kita tidak tahu ada banyak masalah kewangan. RM400 juta, bayar RM360 juta, tidak mengapa. Hutang RM40 juta, tiba- tiba Hulu Selangor by-election, orang sibuk di sana hendak by-election, mereka di sini adjust. Tiba-tiba RM40 juta tidak bayar kepada DBKL dan DBKL pula bagi diskaun RM36 juta kepada Sime Darby. Akan tetapi yang saya tahu, Sime Darby pula telah bayar RM40 juta tetapi yang terima DBKL cuma dapat RM4 juta. So, RM36 juta ini telah hilang di mana. Saya hendak tahu. MACC telah masuk untuk menyiasat. Saya telah maklumkan kepada kerajaan juga, Pejabat Perdana Menteri berkenaan dengan perkara ini, tidak lama tadi sahaja. Perkara ini amat serius. Dari segi undang-undang memang DBKL ada hak untuk memberi semua, hendak beri free pun tidak mengapa sebab DBKL ada hak dari segi undang-undang tetapi di sini kita cakap dari segi moral, moral standing Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jangan jawab soal undang-undang-undang, saya tidak mahu dengar sebab DBKL adalah satu badan yang trustee, pemegang amanah kepada warga kota di Kuala Lumpur. Semua wang DBKL adalah wang warga kota. Kita tahu, kita sentiasa minta daripada DBKL, minta wang untuk rakyat, untuk orang miskin, kita tidak ada wang. Kita setuju kerana ekonomi tidak berapa baik tetapi nampaknya kita berikan RM36 juta dengan sewenang-wenangnya kepada Sime Darby tetapi dalam akaun Sime Darby tidak ada dan saya tahu negotiator ini siapa. Negotiator ini adalah Dato’ Azeez bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian UMNO di Baling. Jadi negotiator dengan Timbalan Menteri atau dengan Menteri saya tidak tahu. So, saya harap boleh jawab perkara. Saya haraplah, saya merayu, memohon kepada Menteri supaya meminta balik RM36 juta ini oleh kerana RM36 juta ini adalah wang untuk rakyat, supaya kita boleh beri sumbangan kepada rakyat miskin di Kuala Lumpur. Janganlah kita ambil tindakan terhadap orang yang hutang sewa RM300, orang hutang DBKL kerana saman RM500, RM200, RM30, ambil tindakan sedangkan kita dengan

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

sewenang-wenangnya tutup mata dan memberikan kepada Dato’ Azeez Abdul Rahman.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

‘Abdul Rahim’.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

‘Abdul Rahim’? Minta maaf, adjust sedikit, ‘Abdul Rahim’. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Inilah satu skandal yang amat serius. Bagaimanakah satu kementerian boleh memberi arahan ataupun mempengaruhi supaya diskaun ini diberi. Saya percaya bahawa Datuk Bandar tidak berani atau pun sesiapa pegawai dalam DBKL tidak berani memberi satu diskaun yang berjumlah RM36 juta ini. Saya harap MACC menjalankan satu siasatan yang amat serius dan mendalam tentang perkara ini oleh kerana ada unsur corruption dalam perkara ini. Kalau tidak, tidak ada sesiapa owner of the land dengan izin, akan memberi diskaun sedangkan dalam surat perjanjian telah mencatatkan harga RM400 juta. Saya percaya kalau tanah ini adalah milik Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Menteri sendiri, mereka tidak akan diskaun RM36 juta.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, ramai lagi yang hendak bercakap.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya saya tahu. Ini amat serius.

Tuan Pengerusi

Kecuali Yang Berhormat Batu bersetuju supaya Yang Berhormat boleh bercakap.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Akhirnya saya berharap juga, saya merayu kepada Menteri Kewangan II iaitu Ahli Parlimen Tambun yang menjaga GLC Sime Darby ini mengarahkan Sime Darby membayar balik RM36 juta kepada DBKL untuk warga kota Kuala Lumpur supaya orang miskin lebih selesa di sana. Saya rasa dalam agama Islam pun sentiasa mengajar kita supaya jadi baik untuk rakyat, menghapuskan kemiskinan. Tak kan dalam perkara ini Yang Berhormat Menteri seorang yang beragama Islam tidak faham, tidak fasih, untuk menjaga dan menghapuskan kemiskinan. Janganlah memberikan diskaun RM36 juta kepada satu GLC ataupun kepada Dato’ Azeez Abdul Rahim ini jadi satu komisen atau apa. Ambil balik dan berikan satu tahun free atau secara percuma sewa PPR di Kuala Lumpur, saya rasa tidak sampai RM5 juta juga. So, saya harap Menteri dan kementerian boleh memberi jawapan dalam perkara yang saya sebutkan tadi mengenai dengan penguatkuasaan dan juga sama ada Kementerian Wilayah Persekutuan sudi berhasrat meminta balik RM36 juta ini daripada Sime Darby dengan segera untuk Kuala Lumpur, warga kota. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak pergi minum teh sebentar lagi.

Tuan Pengerusi

Ya, begitu lama berucap terpaksa minum. Sila Yang Berhormat Kota Belud. Selepas Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Batu.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga berdiri di sini untuk membincangkan tentang kementerian ini walaupun saya datang daripada Kota Belud tetapi Kuala Lumpur adalah ibu negara kita dan setiap rakyat di Malaysia ini mempunyai kepentingan di Kuala Lumpur.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pertama sekali Tuan Pengerusi, saya merasakan kementerian ini adalah satu kementerian yang sukar difahami dari segi bidang kuasanya. Seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Sekijang tadi, kita masih lagi mencari apa sebenarnya ruang lingkup tanggungjawab kementerian ini dalam bidang kesejahteraan bandar terutamanya di negeri Sabah. Saya merasakan kehadiran kementerian masih lagi tidak dirasai di ibu-ibu negeri selain daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga mungkin di Labuan. Di Kota Kinabalu di Sandakan, Lahad Datu, kita masih lagi mencari identiti dan juga tanggungjawab kementerian ini terutamanya dalam ruang lingkup kesejahteraan bandar tadi. Seperti mana yang dikatakan oleh rakan-rakan, dalam bajet yang telah dicadangkan ini kita tidak dapat melihat berapa sebenarnya untuk kesejahteraan bandar, pecahannya dan apatah lagi dalam keadaan di mana kementerian ini diberi peruntukan yang jauh lebih rendah daripada tahun lepas.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Salah satu daripada perkara yang disebut sebagai objektif kementerian ini ialah yang nombor 10 itu, iaitu meminimumkan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk. Akan tetapi kalau kita lihat dalam Butiran 01500, Maksud Pembangunan 32 – Kemiskinan Bandar, hanya RM20 juta sahaja yang diperuntukkan untuk tahun 2011. Di mana silapnya ini ataupun kerajaan mempunyai perancangan yang lain? Ataupun mungkin ini diletakkan di bawah Greater Kuala Lumpur - dasar yang baru diperkenalkan? Akan tetapi kalau kita melihat RM20 Tuan Pengerusi, duit ini tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan apatah lagi di bandar-bandar di seluruh negara kita. Jadi saya minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, apa dia ruang lingkup? Terangkan kepada kita kerana sampai sekarang ini kementerian inilah yang sukar untuk kami terangkan kepada rakyat tentang ruang lingkup tanggungjawab bagi maksud kesejahteraan bandar tadi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin beralih kepada Maksud Bekalan 32, Butiran 05000 – Perbadanan Putrajaya. Sebagai seorang yang selalu ke Putrajaya untuk berurusan dengan kerajaan, saya kadang-kadang merasakan orang yang membina ataupun design dengan izin, arkitek Putrajaya ini saya rasa beliau membuat satu kesilapan yang besar. Antara masalah yang paling kronik di Putrajaya ini ialah masalah parking. Saya masih ingat lagi dulu apabila kerajaan membuat keputusan untuk memindahkan pusat pentadbiran negara daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya, antara lain yang dikatakan oleh kerajaan atau alasan yang diberikan oleh kerajaan ialah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan akan memberi kesenangan kepada rakyat yang ingin berurusan dengan kerajaan dengan membina Putrajaya dalam satu kawasan yang begitu luas, bagi memberi keselesaan kepada rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Hari ini Tuan Pengerusi, kalau kita pergi ke Putrajaya dan kalau kita boleh mendapat ruang letak kereta dalam masa lima atau sepuluh minit, itu dikira miracle, dengan izin. Kita tidak mempunyai parking malah kalau kita lihat Tuan Pengerusi, kalau dahulu di Kuala Lumpur apabila pentadbiran Kerajaan Persekutuan berada di Kuala Lumpur pada waktu itu, kementerian berada di merata tempat. Ada yang di Jalan Duta, ada yang di bandar Kuala Lumpur, ada yang di Damansara maka rakyat yang datang mempunyai pilihan. Maknanya parking itu masih cukup lagi, walaupun ada masalah tetapi tidak tertumpu pada satu tempat. Sekarang ini Tuan Pengerusi, kalau kita pergi ke Putrajaya

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

keseluruhan kementerian berada di sana, hampir kesemua dan ini menyebabkan kesesakan ataupun kekurangan ruang letak kereta ini yang begitu kronik sekali. Ini saya rasa defeat the purpose dengan izin, untuk mewujudkan Putrajaya. Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Maksud Bekalan 32, Butiran 0400 – Perbadanan Labuan. Tuan Pengerusi, saya ingin mengingatkan kementerian ini bahawa rakyat negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah mempunyai pengharapan yang begitu tinggi kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Labuan kerana selama 26 tahun Labuan berada di dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kita masih melihat lagi pencapaian yang tidak begitu memberangsangkan malah banyak perkara yang dijanjikan masih belum lagi dilaksanakan. Baru-baru ini kita mendengar cerita bagaimana mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pergi ke Labuan dan mengatakan kekecewaan beliau kerana ketika beliau menjadi Perdana Menteri beliau mahukan Labuan menjadi pusat ataupun pulau dalam taman. Akan tetapi sekarang ini nampak macam Labuan ini malap sedikit. Jadi saya masih mempunyai keyakinan yang tinggi kementerian boleh membangunkan Labuan ini, tetapi your stakeholder is not just Labuanese – bukan orang Labuan sahaja sebab dalam faktor sejarahnya, Kerajaan Negeri Sabah, rakyat negeri Sabah yang menyerahkan Labuan ini kepada Kerajaan Persekutuan juga adalah stakeholders kepada Labuan kerana pembangunan Labuan juga akan melimpah ruah ke tanah besar negeri Sabah. Jadi saya berharap kerajaan terutamanya kementerian ini memberi penekanan yang secukupnya kepada Labuan seperti mana yang dikatakan oleh sahabat saya daripada Labuan.

Celah sedikit Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sejajar dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi mengenai Perbadanan Labuan, saya juga ingin sentuh mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang telah berjanji untuk membina jambatan Labuan dalam RMKe-9 dan dengan itu juga pada 17 Ogos 2010, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada membuat satu lawatan ke Labuan. Mengikut Detik Daily, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa, ‘Orang Labuan jangan tunggu bulan jatuh ke riba’. Jadi apakah sikap pemimpin-pemimpin selepas mengambil alih kerajaan Barisan Nasional daripada mantan-mantan Perdana Menteri yang lepas tidak boleh mengotakan janji kepada penduduk-penduduk Labuan yang kita berbangga sangat yang Labuan ini adalah Pusat Persisiran Kewangan Antarabangsa. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Belud?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Saya merasakan perancangan-perancangan kerajaan bukannya satu benda yang statik. Kita melihat bukan sahaja di negara Malaysia Yang Berhormat tetapi di mana-mana tempat di seluruh dunia ini. Kita membuat perancangan. Pada masa dan ketika itu kadang-kadang perancangan kita tepat tetapi apabila mengambil kira perkembangan terbaru, faktor-faktor yang terbaru mungkin ada perkara-perkara yang melambatkan perancangan kita. Jambatan itu contohnya. Saya tidak merasakan itu satu kesilapan yang besar. Kalau tentang Detik Daily statement yang disentuh oleh Yang Berhormat itu saya tidak dapat memberi komen kerana ia diambil daripada – kesahihannya saya tidak tahu statement itu apabila masa kononnya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan orang Labuan boleh mimpi. Jadi saya serahkan kepada kementerian untuk menjawabnya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Cuma saya ingin beralih kepada Labuan ini Tuan Pengerusi. Dahulu kita dijanjikan juga supaya Labuan ini menjadi centre of offshore, financial offshore. Dahulunya dipanggil Labuan Offshore Services, sekarang ini dipanggil Labuan FSA ataupun Financial Services Authority. Kalau dari segi oil and gas Tuan Pengerusi, kita dapat melihat dengan mata kita sendiri bahawa orang-orang Labuan, anak-anak muda Labuan dapat menerima kebaikannya dari segi pekerjaan. Akan tetapi dalam Labuan FSA ini saya ingin bertanya kepada kementerian berapa ramaikah bijak pandai, orang-orang Labuan yang berada di dalam sektor ini? Ini kerana kita membangunkan Labuan ini sebagai offshore centre yang melibatkan bank-bank antarabangsa. Kita mahu melihat bagaimana orang-orang Labuan diberi perhatian dan keutamaan di dalam sektor ini, walaupun mungkin saya faham dalam ketika yang tertentu bank-bank ini mempunyai authority dan discretion mereka sendiri dengan izin, tetapi apa perancangan daripada pihak kerajaan untuk memastikan bijak pandai, pakar-pakar ekonomi daripada Labuan ini dapat diberi peluang dalam sektor ini? Sebagai yang terakhir...

Yang Berhormat Kota Belud, sebelum itu sedikit sahaja. Balik Pulau... [Ketawa] Yang Berhormat Kota Belud, saya juga ikuti perkembangan mengenai cadangan suatu ketika Labuan untuk menjadi Pusat Persisiran Kewangan Antarabangsa terutama sekali juga mengenai perbankan Islam. Satu ketika saya terlibat dalam usaha-usaha International Islamic Monetary terutama dari LOFSA. Cuma kerisauan saya apabila hendak diwujudkan Pusat Kewangan Antarabangsa di Sungai Besi itu dan saya rasa perbankan Islam Antarabangsa juga akan menjadi tonggak aktiviti tarikan. Saya khuatir nanti tarikan yang cuba kita tumpukan ke Labuan satu ketika akan terus malap. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju sangat. Inilah sebabnya saya katakan Labuan jangan dianggap sebagai second or third choice. It should be your first choice, dengan izin kerana pengharapan rakyat negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah terhadap pembangunan Labuan itu begitu penting dan saya rasa penduduk Labuan sendiri. Saya setuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau malah dalam kenyataan saya sewaktu bersama-sama dengan Yang Berhormat Balik Pulau semasa kami melawat New York, di United Nations. Saya dalam ucapan mengatakan bahawa negara Malaysia ini adalah negara yang terutama dalam penerbitan bon ataupun sukuk bon Islam ini.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Nampak gayanya Labuan tidak menjadi pusatnya. Ia masih dijalankan di Kuala Lumpur dan lebih malang sekali lagi Tuan Pengerusi, kebanyakan bank yang sepatutnya beroperasi di Labuan ini mempunyai skeleton staff sahaja, presence dengan izin. Maknanya ada secretary - mungkin secretary satu, dan dua orang pegawai. Kebanyakan operasi mereka masih lagi tertumpu di Tanah Besar dan ini defeat the purpose sekali lagi Tuan Pengerusi untuk memajukan Labuan sebagai pusat kewangan pesisiran pantai. Oleh sebab itu, apa yang kita nampak sekarang ini hanyalah bank-bank yang aktif mungkin membuka akaun-akaun tertentu seperti off-shore bank yang hanya digunakan kadang-kadang untuk maksud yang tidak begitu halal dan creative accounting dan sebagainya. Jadi jangan kita gunakan Labuan ini nanti

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

kerana saya difahamkan bahawa kalau ada syarikat yang membuka Labuan Off- Shore Bank Account, mereka hanya membayar cukai maksimum RM20,000. Kalau ini sahajalah kegunaan Labuan, saya rasa ia amat mendukacitakan. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan saya mengikut perbahasan dalam kementerian ini dan saya amat memerlukan penerangan daripada kementerian bagi sektor kesejahteraan bandar kementerian ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu. Selepas Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat dari BN tiada lagi ya. Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu Yang Berhormat Kota Raja. Selepas itu minta Yang Berhormat Menteri untuk bersedia. Sila.

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memulakan dengan Butiran 010000 – Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan. Dengan tajuk ini, saya ingin dapat penjelasan apakah status sekarang dengan kampung-kampung tradisi yang berada di kawasan saya iaitu Kampung Padang Balang, Kampung Selayang Lama, Kampung Chubadak, Kampung Bandar Dalam. Di dalam dialog bersama dengan Yang Berhormat Menteri, saya telah menyampaikan hasrat penduduk- penduduk kampung supaya di dalam Draf Pelan KL 2020 ini, kampung-kampung ini diberi status kampung warisan dan dikekalkan dengan corak budaya dan cara hidup yang tradisi orang Melayu dan saya percaya Draf Pelan KL 2020 ini akan digazet dalam hujung tahun ini. Akan tetapi sehingga sekarang penduduk- penduduk kampung belum dapat satu penjelasan yang nyata apakah masa hadapan mereka. Dengan itu saya juga ingin bertanya bahawa dalam keadaan yang sama, Kampung Railway dan Kampung Tanah Lapang iaitu dua kawasan perkampungan di Sentul yang penghuninya kebanyakan penduduk India. Mereka telah menunggu janji yang telah diberi kepada mereka 16 tahun yang lalu semasa pembangunan semula kawasan tanah KTM di Sentul ini masih di tangan Taiping Con. telah memberi jaminan bahawa penduduk-penduduk ini, mereka akan dapat rumah kos rendah. Sehingga sekarang, kita belum dapat penjelasan daripada YTL. Kampung Tanah Lapang agak rumit sekali kerana pada tahun lalu semasa saya bertanya, kementerian telah memberi jawapan bahawa Kampung Tanah Lapang ini akan digazet sebagai kawasan hijau. Akan tetapi setelah saya menyemak Draf Pelan KL 2020 didapati ini kawasan yang akan digunakan untuk pembangunan komersial. Ini sesuatu yang saya agak tidak jelas. Maka dengan itu, saya juga ingin beralih kepada Butiran 080100 - Kajian Impak Keberkesanan Program Penjualan Rumah. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah status penjualan rumah PPR yang telah dihebohkan sebagai satu skim baru yang akan memberi hak milik kepada penduduk-penduduk PPR. Ramai di kalangan mereka dalam keadaan yang tidak menentu setelah mengisi borang menyatakan hasrat untuk membeli. Saya juga ingin menyentuh di bawah Butiran 03000 - Kompleks Perniagaan dan Pasar. Dua kawasan pasar Sentul yang mempunyai sejarah yang sekian lama amat memerlukan naik taraf dan beberapa kali saya telah membawa persoalan ini dan tindakan konkrit ini masih berkurangan. Satu lagi ialah Pasar Jinjang Selatan yang sebenarnya adalah satu pasar di open air. Kemudahan dan juga jalan di kawasan itu memang dalam keadaan yang sangat buruk dan kita

berharap kalau kita ingin melihat Kuala Lumpur sebagai satu bandar raya yang sihat dan bertaraf dunia, kawasan-kawasan ini harus mendapat sedikit tumpuan. Saya juga ingin beralih kepada isu program pembangunan dan Majlis Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil. Semasa kita mengambil alih sebagai Ahli Parlimen, kita telah banyak berdialog dengan kementerian dan juga DBKL. Kami dimaklumkan bahawa parti-parti politik tidak akan dibenarkan untuk menggunakan facilities yang dimiliki oleh kerajaan atau dimiliki oleh orang awam. Kami bersetuju dengan pendirian ini dan juga kami dimaklumkan bahawa lesen- lesen pasar malam dan juga sebarang yang dahulu diberi kepada parti-parti politik sebagai satu cara untuk mendapatkan kutipan dana politik ini tidak akan dibenarkan. Akan tetapi saya telah bawa kes ini dan pasar malam di Intan Baiduri tetap diberi kepada sebuah koperasi Selayang Jaya yang dimiliki oleh MCA. Memang dahulu sebelum tahun 2008, Pasar Malam Intan Baiduri diurus oleh MCA. Memang itu mungkin adalah satu sistem yang lama tetapi selepas DBKL berjanji bahawa parti-parti politik tidak lagi sesuai untuk menguruskan pasar malam, sepatutnya pasar malam ini diserahkan kepada persatuan penduduk atau NGOs yang melakukan perkhidmatan sosial. Dengan itu saya juga ingin membawa perhatian bahawa kehadiran parti- parti politik sebagai Ahli Parlimen saya menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan dewan juga mendapatkan tapak bagi memberi penerangan kepada pengundi-pengundi saya. Akan tetapi saya dapati mutakhir ini, saya lebih khusus kepada 14 November tahun ini, UMNO telah dapat kebenaran untuk mengadakan ceramah di PPR Taman Beringin.

Ini amat bercanggah dengan dasar yang telah dijanjikan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Kalau kerajaan mengambil satu pendirian yang terbuka, semua parti boleh menggunakan padang PPR untuk berceramah. Biar semua parti diberi hak ini tetapi bukan pilih kasih dan pilih bulu untuk parti-parti tertentu sahaja. Akhir sekali saya juga ingin menyentuh dalam isu yang kita telah lihat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di mana bajet telah disalurkan untuk DBKL. Akan tetapi bajet DBKL yang besar, yang juga meliputi kutipan cukai daripada bandar raya tidak pernah sebagai satu bajet dibahaskan atau disemak oleh mana- mana pihak. Ini kerana kita sebagai Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur juga mempunyai hak dan akses untuk ‘dikonsultasikan’ sebelum belanjawan DBKL ini diluluskan atau diisytiharkan. Dengan itu, saya berhentikan di sini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut sama berbahas di peringkat jawatankuasa ini peruntukan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Saya bermula dengan B.32 Butiran 010000 – Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan yang diperuntukkan lebih daripada RM61 juta. Dalam aspek ini, saya ingin bertanya apakah perkembangan dalam proses pemulihan dan pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

yang merupakan satu kampung yang penuh bersejarah. Walaupun ia tidak dibangunkan seperti bahagian-bahagian lain di Kuala Lumpur seperti di Mont Kiara dan sebagainya, ianya tetap menjadi pilihan utama bagi sebahagian penduduk Melayu untuk menginapnya sampai ke hari ini sama ada menyewa, membeli ataupun mengambil ruang-ruang di kawasan tersebut. Perkara ini telah banyak kita bincangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Di luar sana telah beberapa kali diberikan pandangan oleh Menteri. Termasuk Menteri sendiri mengenai pembangunan Kampung Baru ini yang dikatakan akan diswastakan dan dibangunkan secara peratusan nisbahnya sama ada dibuka, bukan untuk bumiputera dan sebagainya. Ini telah menimbulkan kekeliruan dan kita menjangkakan di sidang sesi ini, kita akan diberikan draf atau pun ada satu bill, satu rang undang-undang mengenai pembangunan Kampung Baru ini. Ini perlu disegerakan kerana ianya telah menimbulkan satu keresahan bagi penduduk di Kampung Baru. Yang terbaru kita dengar Kampung Baru ini akan dibangunkan 100% sebagai pusat komersial. Kalau dalam konteks pembangunan kawasan-kawasan lain seperti di Sungai Besi ataupun yang disebutkan tadi, tanah yang dikurniakan kepada Sime Darby. Kita tidak terperanjat kalau ianya menjadi 100% kawasan komersial. Akan tetapi bagi Kampung Baru yang mempunyai sejarah yang begitu panjang sebagai suatu tempat tinggal. Apakah pembangunan komersial ini dimaksudkan sebagai kawasan perdagangan semata-mata yang dengan izin, ‘wide’ of tempat-tempat penginapan, perumahan, apartment ataupun berbagai- bagai jenis perumahan. Jadi, ini sekali lagi telah menimbulkan keresahan di kalangan penduduk dan mereka mahu penjelasan yang sejelas-jelasnya supaya mereka juga boleh merancang bagaimana penyertaan mereka di dalam proses pembangunan Kampung Baru ini. Kita di pihak sebelah sini memang telah berusaha untuk mendapatkan buah fikiran penduduk Kampung Baru dan mereka bersetuju Kampung Baru ini dibangunkan. Tidak ada di antara mereka yang menentang pembangunan bagi kawasan mereka. Akan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mereka boleh turut serta dan beroleh manfaat semaksimum mungkin semasa Kampung Baru ini dibangunkan. Jadi, saya harapkan akan mendapat penjelasan yang lebih terperinci daripada Menteri kepada perkara yang saya sebutkan ini. Kedua, dalam Perkara ataupun Kepala yang sama ialah pembangunan di kawasan Pekeliling, yang kini masih lagi ada flat Pekeliling yang telah dikosongkan. Ini antara flat awal yang ada di Kuala Lumpur, yang dibangunkan secara pasang siap antara projek pasang siap yang pertama. Bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara. Ianya telah dikosongkan oleh pemaju dan saya dimaklumkan pemaju telah berjaya membina penempatan-penempatan sementara bagi bekas-bekas penghuni sementara menunggu projek ini siap dan mereka boleh kembali setelah turut serta mendapat hak milik dan membeli perumahan-perumahan baru yang akan dibangunkan. Akan tetapi, saya rasa sudah lebih lima tahun flat Pekeliling ini telah dikosongkan dan ada dua, tiga blok yang telah diruntuhkan tetapi nampaknya kerja-kerja pembangunan ini terhenti dan ianya merupakan satu eyesore dengan izin. Kepada penduduk di Kuala Lumpur apabila lalu di kawasan tersebut, melihat bangunan-bangunan yang kosong, yang dipagari dengan zink-zink dan tidak nampak satu projek pembangunan yang berlangsung. Soalan saya, apakah masalah yang telah berlaku? Adakah pihak pemaju dan kalau boleh didedahkan siapa pemajunya. Tidak mendapat pembiayaan yang

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

secukupnya atau adakah mereka tersangkut kerana kos pengambilalihan tanah yang terlalu mahal. Sehinggakan, bagaimana suatu tempat yang begitu strategik di Kuala Lumpur, yang pada saya cukup tinggi nilainya berbanding di tempat-tempat lain, di Sungai Besi misalnya tidak dapat dibangunkan dengan sesegera yang mungkin. Adakah DBKL atau kerajaan ada perancangan yang lain untuk mengubah suasana pembangunan ini daripada pembinaan komersial dan perumahan kepada satu bentuk yang lain, yang kita tidak mengetahui dan kita memerlukan penjelasan daripada pihak Menteri dalam jawapannya nanti. Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 081100 – Program Kesejahteraan Bandar. Tidak didefinisikan atau tidak diperincikan sejumlah RM53 juta yang diperuntukkan, untuk apa. Kalau kesejahteraan bandar ini bukan setakat sejahtera tetapi ianya bandar yang selamat bagi kita untuk tinggal dan untuk berada di kawasan bandar raya ini. Baru-baru ini atau dua, tiga hari lepas dilaporkan apabila berlaku ribut petir dan pokok yang tua tumbang menimpa, menghempap dan menyebabkan kematian. Ada beberapa pihak yang dipertanggungjawabkan saling nafi menafikan. Walau bagaimanapun, sebagai pihak berkuasa mungkin DBKL perlu untuk memberikan jawapan mengapa masih ada lagi pokok-pokok atau apa-apa struktur yang bahaya? Struktur binaan Unipol Tower, telecommunication tower misalnya ataupun nanti mungkin tiang-tiang kabel elektrik yang besar-besar. Bagaimana ini boleh terjadi dalam satu kota raya yang begitu moden? Saya ingin bertanya dalam konsep pembangunan hari ini kita ada bercakap mengenai disaster risk reduction. Pengurangan risiko-risiko akibat disaster ataupun malapetaka.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dalam konteks ini, hujan lebat, ribut taufan bukan disaster, ia hanya hazard sahaja, hanya perkara-perkara yang boleh menyusahkan, hazard. Akan tetapi apabila berlaku perkara-perkara yang menyebabkan manusia terkesan, maka ianya menjadi disaster. Hujan lebat dan banjir kalau berlaku di padang pasir, ia bukan disaster, biarlah banjir di padang pasir. Akan tetapi bila berlaku banjir di kota raya, banjir kilat misalnya, flash flood, ianya sudah menjadi disaster. Ertinya walaupun hazard itu bukan kita boleh kawal, itu kerja Allah SWT, kerja Tuhan, ribut petir ataupun gempa bumi ataupun tsunami, itu kerja Tuhan. Akan tetapi kalau ianya berkesan, terkesan ke atas manusia, ianya menjadi disaster malapetaka yang sepatutnya ada cara untuk kita melindungi ataupun mencegahnya terkesan kepada manusia. Tsunami misalnya, tidak boleh buat apa-apa. Apabila ia cukup tinggi dan melanda ocean, kalau tidak ada kapal tidak jadi masalah, kapal di laut tidak jadi masalah. Tsunami hanya bahaya apabila ia melanda bumi, melanda pantai, melanda pulau. Jadi kalau ada suatu sistem pengesanan awal yang sudah dipasang mungkin kita boleh mengesannya, maka berlaku tsunami rakyat boleh dipindahkan ke tanah-tanah tinggi misalnya. Maka disaster itu dapat dikurangi, ini dia risk reduction nya. Hanya dengan bermodal sedikit memasang peralatan, hanya dengan menubuhkan satu pusat kawalan, pusat monitoring misalnya kita dapat mengawal kematian yang berlaku di Acheh ratus ribu, di Sri Lanka dan sebagainya. Ini disaster risk reduction. Begitu juga dengan banjir, banjir berlaku kalau kawasan hutan tidak ada orang atau kawasan tidak ada penduduk, manusia, tidak dipanggil disaster. Akan tetapi bila berlaku di Kedah contohnya baru-baru ini dan kerana dikaitkan dengan

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

pembinaan jalan raya double tracking itu, itu sudah jadi disaster. Jadi di Kuala Lumpur, banjir kilat menyebabkan kerosakan. Tidak adakah suatu pemikiran dalam konsep pembangunan sekarang ini dimasukkan elemen disaster risk reduction ini dengan penambahan sedikit daripada peruntukan untuk memikirkan lokasi, memikirkan saliran yang lebih baik ataupun struktur yang lebih kuat. Kita tidak ada gempa bumi tetapi bergerak Sumatera, kita dah mula terasa, mula cracking here and there, dengan izin. Jadi kalau kita tambah sedikit peruntukan untuk struktur yang lebih kuat, maka disaster ini dapat dikurangkan. New Zealand baru-baru ini kena gempa bumi, khabarnya tidak ada kematian walaupun kuat tetapi di sesetengah tempat yang lain seperti di Padang, sedikit gempa, kuatlah juga gempanya kematian dan kerosakannya sangat teruk. Jadi kerana tidak adanya peruntukan atau pembangunan yang polisinya mengambil kira disaster risk reduction ini. Jadi adakah kita di bandar raya ini dalam proses pembangunan perancangan ini memikirkan konsep ini atau adakah perlu kita pula merangka suatu undang- undang untuk mewajibkan, memastikan bahawa dalam perancangan ini ada peruntukan yang khusus untuk memasukkan elemen-elemen risk reduction ini di dalam pembangunan kita. Mungkin akhirnya pembangunan itu sedikit mahal tetapi ia dapat mencegah suatu malapetaka yang lebih besar. Begitu juga dalam kes pokok tumbang ini. Kalau kita mengambil konsep ini dalam menanam pokok daripada awal lagi, mengambil kira arah angin, mengambil kira saliran di sekitar kawasan itu. Mungkin tidak akan ada pokok yang atau kalau tumbang pun mungkin tidak menjejaskan manusia. Itu konsep yang saya hendakkan kalau boleh bukan hanya di peringkat Wilayah Persekutuan tetapi kalau boleh dalam perancangan seluruh negara mengambil konsep disaster risk reduction ini. Tuan Pengerusi, yang terakhir dalam P.32, 03000 – Kompleks Perniagaan dan Pasar. Saya ingin bertanyakan kedudukan pembangunan pasar Kampung Datuk Keramat yang kalau dilihat daripada luarnya setelah beberapa tahun, nampak memang cantik, memang agam, memang moden, munasabahlah pun, mungkin dah lebih 10 tahun ianya dibina masih belum dapat digunakan. Di mana problem nya sampai ke hari ini? Kenapa peniaga-peniaga belum dapat dipindahkan? Atau kalau dipindahkan, adakah ianya akan mendapat sambutan sama macam pasar Keramat yang sedia ada pada hari ini? Saya dimaklumkan, keengganan atau liat sedikit peniaga-peniaga ini untuk pindah kerana struktur pembinaannya, dari segi approach nya, tidak friendly, tidak mesra pengguna. Orang tua misalnya kena naik tangga, tidak sama seperti pasar Keramat yang sedia ada. Jadi bagaimana kerajaan atau kementerian menangani persoalan ini dan bagaimana menyelesaikannya supaya dapat segera digunakan dan Kampung Datuk Keramat akan menjadi lebih cantik, lebih moden dan tersusun sebagaimana lain-lain pembangunan yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin membawa beberapa perkara yang agak pendek. Butiran 06000 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya tentang satu pembangunan yang saya lihat kalau kita datang daripada NKVE hendak melalui tol di Jalan Duta, di sebelah kiri, saya ingat itu daripada kawasan Segambut. Kita lihat ada rumah-rumah yang dibina dan semakin banyak rumah- rumah ini, rumah-rumah kayu dan agak menyakitkan mata jugalah. Jadi saya ingin

bertanya adakah rumah-rumah ini dibina dengan mendapat kebenaran daripada pihak DBKL? Kedua adalah Butiran 070400 – Pembelian Pingat Sempena Hari Wilayah Persekutuan sebanyak RM425,200. Saya ingin bertanya pingat apa? Kenapa begitu mahal kerana Hari Wilayah itu satu hari sahaja tetapi pingatnya dekat setengah juta. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 080200 – Penyelarasan Undang- undang di Wilayah Persekutuan. Saya juga ingin bertanya status Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang telah diumumkan oleh Menteri baru-baru ini. Saya ingin bertanya sekiranya enakmen atau bil Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini dibawa ke Parlimen ini, apa akan berlaku kepada Lembaga Pentadbir MAS yang sedia ada dalam Kampung Baru yang memang sejak Kampung Baru ditubuhkan, Lembaga MAS inilah yang mentadbir Kampung Baru. Adakah pihak Menteri telah mendapat persetujuan dan maklum balas daripada Lembaga Pentadbir MAS ini tentang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang diuar-uarkan oleh Menteri. Berapa orang wakil daripada Lembaga MAS ini yang duduk di dalam perbadanan yang dicadangkan ini? Apakah perancangan Menteri sekiranya dibentangkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini adakah MAS itu sendiri akan dibatalkan atau dipinda? Bagaimana kedudukannya? Tadi saya sebut mengenai wakil Lembaga MAS, saya tahu bahawa di dalam perbadanan ini dicadangkan memang ada Datuk Bandar duduk di situ selaku Pengerusi Lembaga MAS tetapi beliau bukanlah kira orang Kampung Baru sendiri, dia hanya mewakili Dewan Bandaraya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri sila, kalau sudah bersedia.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal AbidinMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan mengutarakan isu- isu yang berkaitan dengan bidang kuasa kementerian semasa sesi perbahasan Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa. Saya akan memberikan maklum balas sebaik yang mungkin ke atas setiap isu dan pandangan yang telah dibangkitkan dalam usaha memperkukuhkan peranan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong iaitu pemilik belum dapat hak milik muktamad ataupun final title dengan izin sejak 40 tahun yang lalu.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal AbidinMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Urusan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mendapatkan hak milik muktamad akan diambil dalam tempoh tujuh hari selepas pelan ukur halus ataupun pelan akui diterima daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dalam kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong, hak milik muktamad tidak dapat dikeluarkan berkemungkinan disebabkan masalah yang belum dapat diselesaikan mengenai tanah oleh pemaju asal. Mungkin

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal AbidinMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

pemaju asal sudah hilang. Walau bagaimanapun, kementerian ini melalui PTG Wilayah Persekutuan akan menyemak perkara ini secara terperinci termasuklah menyelaras dengan pihak KPKT bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Apa yang saya dapat tahu, hak milik mereka masih kekal tetapi hanya dari segi hendak memecahkan title itu yang bermasalah sedikit. Soalan kedua daripada Yang Berhormat Kepong ialah berkenaan papan tanda di Putrajaya. Perbadanan Putrajaya sedia maklum tentang isu ini yang sering dibangkitkan oleh pengunjung dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk itu, beberapa langkah telah diambil iaitu: (i) Langkah segera telah dilaksanakan untuk menambah beberapa papan tanda yang lebuh rayanya di sekitar Putrajaya; (ii) langkah penambahbaikan melalui kontrak kerja bagi menyediakan papan tanda secara berperingkat- peringkat untuk fasa 1 yang melibatkan jalan-jalan utama. Kerja-kerja sedang dijalankan dan dijangka akan siap pada hujung tahun 2010; dan (iii) penambahbaikan papan tanda juga akan dilaksanakan secara berterusan, selaras dengan fasa pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Putrajaya dari semasa ke semasa.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kepong berdiri, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, penjelasan. Yang Berhormat, saya hendak mencadangkan. Bukan saya – bagi orang-orang ini adakan papan-papan dan sebagainya, itu nampak daripada jauh memang cantik, tetapi dari segi pengguna, tidak begitu berkesan. Kadangkala papan itu diletakkan di kawasan atau di tempat yang tidak sesuai – tidak boleh tunjukkan. Misalnya Yang Berhormat, saya gunakan Jalan Kuching dan juga Segambut dan Jalan Duta di persimpangan bertingkat itu, saya nampak papan tanda itu, bila kita – saya gunakan tiap-tiap hari sebab itu saya sudah tahu, tetapi kalau orang yang lain yang tidak tahu, tidak boleh Yang Berhormat, dia akan pergi ke lorong yang salah. Mungkin apabila Yang Berhormat sendiri pandu, boleh tengok macam mana ini. Ada orang yang buat aduan. Mungkin di Putrajaya itu – bila saya masuk ke Putrajaya, misalnya dari Puchong atau Serdang masuk ke kawasan situ, bila saya hendak keluar balik ke jalan yang sama, susah. Tidak dapat cari. Ini masalah. Bukan kali pertama saya pergi ke Putrajaya, entah sudah berapa kali. Ini masalah. Mungkin Yang Berhormat tidak dapat dengar aduan seperti ini. Saya cadangkan Yang Berhormat pandu sendiri, tengok macam mana.

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, kalau hujung minggu, saya biasanya pandu sendiri. Cuma, jarang pergi ke Keponglah, itu sahajalah. Untuk Putrajaya, memang kadangkala – perkara ini telah dibangkit bukan hanya dalam Parlimen tetapi dalam akhbar. Jadi, kita akan ambil maklum dan seperti dibentangkan tadi, kita akan memperbaiki keadaan di Putrajaya. Untuk Kuala Lumpur, nanti saya kena bawa kereta dan pandu sendirilah ke Kepong dan selepas itu Yang Berhormat belanja saya teh tariklah di Kepong.

Yang Berhormat Kepong, berkenaan dengan kemudahan padang bola sepak di Putrajaya, terdapat sembilan bilangan padang bola sepak awam yang telah siap dibina dan digunakan di Putrajaya – tidak termasuk padang bola sepak sekolah – seperti berikut: (i) padang bola sepak di Taman Pancarona di Presint 18; (ii) padang bola sepak di Presint 8; (iii) sebuah di Presint 9; (iv) sebuah di Presint 14; (v) sebuah di Presint 16; dan (vi) 3 buah di tapak Kompleks Sukan Putrajaya di Presint 5. Selain daripada itu, terdapat juga 16 kemudahan padang futsal ataupun gelanggang futsal iaitu: (i) 11 gelanggang futsal di Kompleks Futsal Presint 18; (ii) 2 gelanggang futsal di padang Taman Pancarona; (iii) 2 gelanggang di Presint 9; dan (iv) 2 gelanggang futsal di Presint 11. Oleh kerana itulah pihak Jemaah Menteri pun menggalakkan Kementerian Belia dan Sukan jadikan bandar Putrajaya sebagai bandar belia. Tuan Pengerusi, soalan daripada Yang Berhormat Labuan berkenaan peruntukan RM13 juta untuk projek-projek – yang mana projek-projek ini adalah projek sambungan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan yang disambungkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu projek pembinaan pasar baru Labuan dan projek pembinaan stesen teksi dan bas. Berkenaan dengan peruntukan Butiran 02000, ia adalah untuk Kuala Lumpur sahaja. Sama juga dengan peruntukan Butiran 08000 – Baikpulih Sungai, ia adalah peruntukan untuk Kuala Lumpur sahaja. Soalan daripada Yang Berhormat Ledang iaitu peranan PBT dan elemen kesejahteraan bandar yang dipindahkan ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Keseluruhan program miskin bandar dari KPKT dipindahkan kepada kementerian ini. Hanya skop kerjanya telah diselaraskan oleh pihak EPU, Jabatan Perdana Menteri dan sehingga kini, PBT masih memainkan peranan yang aktif dalam program kemiskinan bandar. Kementerian bekerjasama dengan PBT dalam menyalurkan peruntukan bantuan yang diluluskan kepada keluarga miskin yang layak dan melaksanakan projek ataupun aktiviti miskin bandar. Selain daripada nama keluarga miskin dalam e-Kasih – jadi ini perbezaan program dahulu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan apabila dimasukkan di bawah kementerian saya, list yang digunakan adalah list e- Kasih. Ini adalah keputusan daripada Jemaah menteri. Jadi, itu ada perbezaan bilangan yang besar. Program e-Kasih ini juga diminta mendapat pengesahan status kemiskinan sesuatu isi rumah dari mesyuarat yang telah diputuskan di peringat Jabatan Perdana Menteri iaitu focus group membasmi kemiskinan. Jadi itu ada banyak perbezaannya yang menyebabkan mungkin penerima-penerima ini adalah banyak berkurangan berbanding dengan yang dahulu. Jadi, program

membasmi kemiskinan dan kesejahteraan bandar meliputi semua bandar dan pekan dalam kawasan yang ada PBT. Yang Berhormat dari Bukit Bintang telah membangkitkan program Juara Rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, program Juara Rakyat adalah program parti dan bukan di bawah tanggungjawab kementerian. Yang Berhormat Bukit Bintang telah membangkitkan berkenaan dengan Little India di mana baru-baru ini Perdana Menteri India dan juga Perdana Menteri kita telah menandatangani dan melancarkan Little India, dan juga baru-baru ini, Datuk Bandar Chennai telah mengadakan MoU dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai bandar berkembar.

Ini memang – satu daripada tujuannya adalah untuk mempromosikan pelancongan antara dua bandar ini dan juga jalinan ekonomi antara dua bandar ini. Apatah lagi, jalinan kebudayaan ataupun jalinan persaudaraan pun banyak antara warganegara Malaysia dengan warganegara yang datang dari Chennai. Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan bayaran pampasan kepada waris mati yang dihempap pokok pada 29 November iaitu dua hari yang lepas. Pihak pentadbiran DBKL telah membayar sumbangan sebanyak RM2,000 pada hari ini, sementara tuntutan pampasan insurans sedang dalam proses. Pihak Yayasan Wilayah Persekutuan pun akan memberi sumbangan yang setimpalnya. Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan status pemindahan bazar larut malam Danau Kota. Ianya dikekalkan sehingga satu tapak yang baru dikenal pasti untuk memberi peluang kepada para penjaja untuk menjalankan perniagaan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Selagi tidak dapat tempat gantian, mereka masih kekal di situ oleh kerana permintaan daripada golongan- golongan miskin yang hendak menjaja ini terlalu tinggi. Pada masa ini pun kita terpaksa tolak begitu ramai mereka-mereka yang hendak menjaja termasuk di waktu larut malam.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Boleh minta sedikit penjelasan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai dengan masalah pasar larut malam di Danau Kota ini, ia adalah satu masalah kepada penduduk-penduduk ataupun penghuni-penghuni di Wangsa Maju. Penjaja-penjaja ini adalah orang luar daripada Wangsa Maju. Itu yang pertama. Kedua, kita tidak pernah hendak berhentikan rezeki mereka. Kita memberikan sokongan yang penuh kepada mereka. Cumanya, penduduk- penduduk di kawasan itu cuma minta mereka dipindah. Saya difahamkan bahawa DBKL sudah beri tempoh setahun sudah – boleh dikatakan telah ditetapkan ada dua tiga lokasi. So, saya harap DBKL boleh mempercepatkan untuk memindahkan mereka supaya semua penduduk di kawasan itu boleh live in peace dengan izin. Ini kerana pada masa ini, mereka ini berdepan dengan pelbagai masalah sosial – jenayah, noise pollution dan sebagainya. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan dengan secepat mungkin supaya kita mengelakkan masalah lagi besar kepada kawasan itu, sebab penduduk-penduduk di sana pun sudah marah dan saya takutnya satu hari kalaulah ada kereta letak di depan gate mereka, mereka akan bakarkan kereta itu. Ini kerana saya telah dengar ada amaran daripada penduduk- penduduk di sana sebab mereka tidak boleh tahan sudah. So, saya harap Yang Berhormat Menteri ambil perhatian dalam perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan itu. Soal penjaja ini, ia ada 50,000 penjaja yang didaftarkan dan mungkin dua kali ganda daripada penjaja-penjaja yang menjaja secara haram. Ini adalah satu sumber kewangan ataupun sumber pendapatan kepada golongan miskin. Kalau kita terlalu keras kepada mereka seperti setengah- setengah kerajaan negeri lain, jadi, sumber pendapatan mereka akan terjejas. Jadi oleh kerana itulah – memang kita prihatin atas permintaan daripada penduduk- penduduk setempat. Untuk makluman, penjaja ini memang datang dari pelbagai kawasan. Di tempat saya juga kebanyakan penjaja adalah datang dari tempat- tempat yang lain tetapi mereka semua datang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi kita pun tidak boleh hendak menafikan hak mereka untuk meniaga. Walau bagaimanapun, seperti sudah dimaklumkan, DBKL sedang mengenal pasti. Yang Berhormat Wangsa Maju memang bekerja keras untuk memperjuangkan mereka-mereka yang duduk di sana. Walau bagaimanapun, kita hendak supaya kita tidak berdepan dengan penjaja yang akan mungkin protes apabila kita ambil tindakan dan mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlalu berkeras kepada mereka dan tidak memberi peluang kepada golongan yang miskin untuk mencari nafkah pendapatan. Jadi kita kena have a balance dengan izin, supaya perkara ini – tindakan diambil secara berhemah dan secara prihatin. Yang Berhormat Wangsa Maju telah juga membangkitkan berkenaan dengan tanah KLGCC. Sime Darby tidak menggunakan tanah di Bukit Kiara secara percuma. Terdapat satu perjanjian dengan izin, Lease Agreement antara DBKL dengan Solar Vest Sdn. Bhd. yang kemudiannya diambil alih oleh Sime Darby pada akhir 90-an. Dengan itu, list tersebut dipindahkan kepada Sime Darby – bererti, obligation iaitu bayaran kos pembangunan dan sebagainya. Pada 19 April 2010, Sime Darby dan DBKL telah menandatangani perjanjian jual beli ke atas tanah tersebut iaitu dengan harga belian RM331,200 berdasarkan harga RM189.16 sekaki persegi seperti yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan. Keluasan tanah ini adalah 71.59 ekar yang terdiri daripada 11 parcel tanah. Harga belian telah mengambil kira diskaun sebanyak 10% daripada harga asal sebanyak RM368 juta. Diskaun ini diberikan oleh kerana favorable terms of payment yang dibayar oleh Sime Darby. Biasanya soal pembayaran tanah ini, pembeli tanah diberi banyak tahun untuk bayar – kadang tiga tahun pun ada, kadang ada juga minta extension sampai lebih daripada itu – tetapi Sime Darby telah membayar lebih pantas iaitu dalam jangka masa enam bulan kalau tidak silap saya. Jadi inilah amaun sebanyak RM368 juta yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Tambahan pula, sebanyak RM40,306,065 telah dibayar kepada DBKL dengan izin, in consideration of – DBKL bersetuju menjual tanah kepada Sime Darby seperti yang termaktub dalam terma dan syarat perjanjian jual beli. Amaun ini juga dibayar dalam satu installment. Jadi selain daripada RM368 juta tadi, Sime Darby juga telah membayar RM40,306,065. Diskaun itu diberi atas kepantasan pembayaran Sime Darby beranding dengan faktor-faktor yang biasa. Untuk makluman, sekarang di Pejabat Tanah pun kita telah mengadakan Skim Pembayaran Cepat di mana diskaun- diskaun dan juga hadiah-hadiah diberi kepada mereka yang membayar pantas dan dengan cara begitu, kutipan pada tahun ini melebihi jangkaan daripada tahun- tahun yang lepas.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta jalan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya amat tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri di mana Yang Berhormat Menteri mengatakan diskaun ini diberi kepada Sime Darby kerana mereka bayar dengan cepat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini saya rasa tidak timbul kerana ini bukan satu denda atau pun satu tax atau cukai tanah atau apakah, bukan? Ini adalah satu perjanjian antara Solar West dengan DBKL termasuk waktu itu Eugene Campos dan Elyas Omar masa itu. Saya tahu sebab saya terlibat dan ada dokumen itu juga. Tanah itu dijual dengan RM53,000 sahaja. Akan tetapi masalahnya bukan mereka bayar dengan cepat. Masalahnya, kementerian atau DBKL yang memberikan peluang mereka mahu lengah-lengahkan bayaran ini. Sama ada mereka bayar cepat atau tidak itu tidak timbul kerana ini telah ada dalam perjanjian, ya. Saya tidak nampak pun dari seorang peguam selama-lama ini, tuan tanah tidak akan memberikan special discounts sehingga RM36 juta atas cepat membayar kerana ini telah tertakluk dalam agreement. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun kalau jadi seorang tuan tanah dalam perkara ini, Yang Berhormat Menteri ini tidak akan memberikan RM36 juta. Akan tetapi masalahnya di sini, memberi diskaun ini kepada siapa? Ia diberi kepada Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Ketua Bahagian UMNO Baling atau memberi kepada Sime Darby. Sama ada Datuk Azeez ini adalah orang penting, negotiator dalam perkara ini. Saya percaya bahawa Datuk Azeez ini adalah seorang yang bukan negotiator, commission seeker dengan izin, dalam perkara ini. Saya tahu jelas dan saya rasa Yang Amat berhormat Perdana Menteri pun tahu tentang perkara ini. Saya juga tahu bahawa MACC telah siasat dalam perkara ini. So, saya harap Yang Berhormat Menteri, tepuk hati sendiri meminta semula RM36 juta ini. Kita tidak seharus memberi apa-apa diskaun kepada Sime Darby. Ini kerana tanah yang dijual kepada mereka ini telah amat murah. RM240,000 pada masa sekarang saya rasa kalau kita mahu jual di pasaran terbuka, sekurang-kurangnya RM1 juta satu ekar pun susah mahu dapat.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

So, saya rasa minta semula wang ini.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Untuk warga kota, ya.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ini untuk ingatan...

Tuan Pengerusi

Nanti dahulu Yang Berhormat Menteri. Ini sebagai peringatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ada perkara-perkara seperti yang diusul oleh Yang Berhormat Wangsa Maju itu, bagi saya ia mempunyai ciri- ciri sebagai satu tuduhan kepada seorang individu. Saya dengar dengan baik penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan penjelasan Yang Berhormat Menteri itu tidak ada ciri-ciri bahawa di situ ada penyelewengan. Yang Berhormat Wangsa Maju juga mengatakan bahawa sekarang ini sedang disiasat oleh MACC.

Tuan Pengerusi

Jadi, jangan bangkitkan lagi perkara yang telah diulang-ulang dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Wangsa Maju sendiri mempunyai pendirian bahawa ada ciri-ciri melanggar undang-undang di situ, Yang Berhormat Wangsa Maju boleh bawa usul bersendirian atau Yang Berhormat Wangsa Maju sendiri boleh bertindak untuk melaporkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Apabila saya benarkan hujah seperti begini, perbalahan perbahasan tidak akan selesai. Ini kerana Yang Berhormat Menteri menjawab apa Yang Berhormat Menteri tahu dan difahamkan itu prosedur di Pejabat Tanah. Kalau bayar pantas, ada diskaun tetapi Yang Berhormat Wangsa Maju berpendirian lain. Jadi, jangan panjangkan perbalahan seperti begitu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, perkara ini bukannya kita mahu lawan atau apa pun, tidak. Saya rasa cuma mahu merayu...

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Merayu kepada Yang Berhormat Menteri...

Tuan Pengerusi

Ya, apabila Yang Berhormat Wangsa Maju berhujah begitu...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Supaya semua...

Tuan Pengerusi

Semuanya telah pun tercatat dalam Hansard.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya.

Tuan Pengerusi

Semua orang di luar sana mendengar. Akan tetapi apabila diulang-ulang begitu yang sedangkan menurut Yang Berhormat Wangsa Maju sedang disiasat MACC sekarang ini, biarlah dahulu MACC menyiasat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, tetapi dari segi moral...

Tuan Pengerusi

Dari segi moral, kita bukan cerita fasal moral sini Yang Berhormat Wangsa Maju. Ini berbahas.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya.

Tuan Pengerusi

Saya terpaksa mengawal masa perbahasan. Saya telah duduk daripada jam 4.30 petang hingga sekarang ini. Yang Berhormat Wangsa Maju sudah berapa kali keluar dan masuk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Atas nasihat Tuan Pengerusi, sebab minum teh tadi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, yang itu semua telah didengar. Jangan berulang-ulang. Jangan fikir Ahli Yang Berhormat, saya tidak mendengar perkara yang diulang-ulang.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Peraturan Mesyuarat mengatakan bahawa perkara yang diulang-ulang apabila ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua, jangan ulang semula. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi, saya teruskan kepada jawapan untuk Yang Berhormat Ampang

berkenaan dengan Jambatan Labuan - Sabah. Jadi, kajian kepenggunaan telah dibuat dan sedang dijalankan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, ada lagi beberapa isu yang saya bangkitkan tadi, tidak dijawab.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oh! I will be waiting. Terima kasih.

Jadi, saya boleh katakan satu tebal untuk mahu jawab Yang Berhormat Wangsa Maju. Akan tetapi saya jawab yang lain dahulu kerana ini maklumat yang saya ada dahulu. Jadi, berkenaan dengan Jambatan Labuan iaitu kajian kemungkinan sedang dijalankan di peringkat akhir kajian. Jadi, secara muktamad kerajaan belum membuat keputusan berdasarkan hasil kajian tersebut. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan, pada masa kini iaitu dari segi kedudukan kewangan belum sampai masa untuk melaksanakan jambatan ini. Jadi, saya rasa dalam konteks itulah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memberi kenyataan. Yang Berhormat Kota Belud telah membangkitkan ruang lingkup Program Kesejahteraan Bandar oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk diterangkan kepada rakyat sama ada peruntukan RM20 juta mencukupi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan pada tahun 2011. Program Kemiskinan atau pun Kesejahteraan Bandar merangkumi membasmi kemiskinan di bandar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat miskin melalui projek dan program yang dapat mensejahterakan rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Kementerian akan membuat perancangan yang rapi bagi memaksimumkan peruntukan RM20 juta untuk mengurangkan kadar kemiskinan pada tahun 2011. Projek-projek yang akan dilaksanakan akan dipastikan dapat memberi peningkatan kualiti hidup dan pendapatan keluarga miskin. Memang peruntukan tidaklah seperti kementerian kehendaki. Walau bagaimanapun, saya rasa dalam RM20 juta ini masih memadai untuk kita membuat beberapa program untuk warga miskin di bandar. Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan Rang Undang-undang Kampung Baru bila akan dibentangkan? Insya-Allah Rang Undang-undang Kampung Baru akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada sesi Dewan Rakyat ini. Mungkin pada sebelum selesai sesi Dewan ini. Rang undang-undang ini sedang disediakan oleh Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Penasihat Undang-undang Kementerian. Dari segi adakah kita telah berinteraksi, berjumpa atau pun berbincang dengan pemilik atau pun pewaris Kampung Baru? Saya rasa saya sendiri pun telah hampir tiga atau empat kali berinteraksi dan berjumpa dengan pemilik-pemilik Kampung Baru dan kementerian sendiri telah lebih banyak kali. Apa yang paling besar adalah lebih kurang 2,000 daripada pemilik dan pewaris. Pada saat sebelum rang undang-undang ini digubal oleh Peguam Negara, kita telah mengadakan satu lab di Melaka dan semua wakil-wakil penduduk telah dijemput untuk memberi input kepada rang undang-undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan Perbadanan Kampung Baru ini datang juga daripada cadangan orang Kampung Baru sendiri. Bukan kementerian atau pun pandai-pandai untuk membuat perbadanan ini. Oleh kerana pada masa-masa yang lepas, apabila sektor swasta telah terlibat dalam pembangunan Kampung Baru, telah menghadapi kegagalan dan kepercayaan orang Kampung Baru kepada syarikat swasta termasuk mungkin GLC pun masih

kurang berbanding dengan satu agensi yang diurus atau pun 100% di bawah naungan kerajaan.

Jadi itulah sebab Perbadanan Kampung Baru ditubuhkan. Soal adakah wakil-wakil daripada MAS akan dimasukkan dalam Kampung Baru? Memang perkara ini pun sudah dibincangkan, saya sendiri pun sudah berjumpa tidak silap saya dua kali dengan MAS. Pada minggu depan saya akan jumpa lagi dengan MAS dan kedudukan mereka tidak akan kita abaikan. Jadi hanya kaedah dan pendekatan akan berbeza pasal MAS ditubuhkan seratus tahun dahulu, Perbadanan ditubuhkan pada masa kini. Yang Berhormat Batu telah membangkitkan soal penjualan rumah PPR. Untuk makluman Yang Berhormat borang yang telah diedarkan kepada pembeli ataupun bakal-bakal pembeli yang layak berjumlah 35,095 yang telah kembalikan balik borang. Maknanya tidak seorang pun yang layak kita tinggalkan adalah 23,787 ini yang minat hendak membeli. Jadi yang beza itu dia tidak berminat membeli ataupun tidak kembalikan borang lebih kurang 11,308. Daripada 23,787, 22,404 yang layak dan 826 layak bersyarat. Makna mereka ada tertunggak itu besar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mereka kena selesaikan tunggakan itu sebelum mereka jadi layak sepenuhnya. Surat tawaran yang telah dikeluarkan adalah 22,404 dan yang telah setuju terima membeli daripada yang ditawarkan adalah 11,861. Jadi inilah kedudukannya. Dalam masa sekarang kebanyakan pembeli dalam proses untuk mendapat pinjaman bank. Itu yang pihak kementerian telah mengadakan pada masa kini , tiap-tiap minggu Karnival Bank untuk menggalakkan pembeli turun di kawasan PPR masing-masing. Kita adakan Karnival Bank ini di PPR ataupun perumahan masing-masing dan kita menggalakkan dengan mengadakan aktiviti masyarakat supaya mereka bersama turun juga dengan wakil-wakil bank termasuk dengan wakil EPF ataupun KWSP dengan wakil juga daripada Jabatan Tanah. Jadi ini untuk membantu mereka ini menyelesaikan soal pinjaman. Jadi sekarang adalah dalam proses untuk memperoleh pinjaman mereka yang hendak membeli ini. Yang Berhormat Kota Belud telah membangkitkan berkenaan tempat letak kereta di Putrajaya. Putrajaya dirancang dan dibangunkan dengan penekanan kepada sistem pengangkutan awam. Selaras dengan itu Putrajaya telah mengurangkan bilangan tempat letak kereta dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam iaitu: (i) Menambah bilangan bas daripada 70 buah pada tahun 2009 kepada 150 buah pada tahun 2010; (ii) melaksanakan dengan izin, advanced public transportation system untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bas dari aspek pengawalan, jadual perjalanan bas, pemantauan laluan bas, pemantauan kelajuan bas serta maklumat ketibaan bas di hentian masing-masing; dan (iii) meningkatkan penggunaan ‘park n ride’ melalui kempen- kempen penggalakan. Pada masa yang sama pembinaan PLK tambahan ini tempat letak kereta, tambahan ini telah disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 680 lot di Kompleks E, 140 lot di Kompleks B, 500 lot di bawah naungan ‘park n ride’ di

Presint 14. Sementara itu, tempat letak kereta bertingkat di Presint 4 yang akan menyediakan lebih kurang 1,000 lot tempat letak kereta akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh itu saya menyeru kepada penduduk termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan pengangkutan awam dan tempat letak kereta yang tersedia terutama dekat park n ride di Putrajaya. Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan masih banyak yang perlu diluluskan untuk pulau ini oleh kerana pulau ini malap sedikit dan juga saya rasa Yang Berhormat daripada Kota Belud pun telah bangkitkan. Iaitu pelan landskap telah disediakan oleh Perbadanan Labuan. Program penghijauan untuk menambah pokok-pokok di sekitar Pulau Labuan telah dilaksanakan, jadi dan program penanaman satu kelahiran satu pokok telah tercapai pada tahun 2009. Kawasan Kinabenua telah diisytiharkan sebagai hutan simpan kayu bakau. Jadi untuk soalan saya rasa tadi daripada Kota Belud berkenaan dengan bagaimana hendak menyemarakkan ataupun meningkatkan ekonomi di Labuan? Memang pihak kementerian prihatin atas situasi Labuan supaya mereka lebih menyerlah khususnya dalam bidang-bidang yang boleh meningkatkan ekonomi seperti kewangan, pelancongan dan juga industri gas dan minyak. Jadi Alhamdulillah dari segi industri gas dan minyak Labuan begitu pesat dia punya pembangunannya. Itulah sebab di peringkat kementerian kami sedang merangka cadangan kepada NKEA di pihak Jabatan Perdana Menteri PEMANDU supaya Labuan juga dimasukkan ke dalam usaha-usaha meningkatkan kemudahan ataupun keupayaan dalam industri gas dan minyak. Oleh kerana kebanyakan keupayaan yang ada di Labuan pada masa ini walaupun dari – memang begitu pesat adalah inisiatifnya datang daripada pihak swasta. Jadi kita akan usaha untuk pihak kerajaan juga main peranan di Labuan seperti yang baru-baru ini telah berlaku di Johor Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan di Johor tempat industri gas dan minyak. Yang Berhormat Wangsa Maju tadi menyentuh berkenaan dengan siber kafe, iaitu isu berkaitan pusat siber kafe. Untuk Yang Berhormat saya sudah jawab hanya Yang Berhormat tidak dapat lagi jawapan ini. Akan tetapi sudah dua hari lepas sudah hantar ke Yang Berhormat jawapan dia berkenaan dengan semasa kita soal jawab. Jadi bukan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

... Tidak sensitif, saya lebih sensitiflah especially khususnya kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Kalau Yang Berhormat Wangsa Maju datang daripada Kuala Lumpur. Jadi undang-undang yang berkaitan itu iaitu undang-undang kecil pusat internet dan kafe internet sedang diperbaharui untuk masukkan dalam dasar hiburan sekali. Pada masa ini tindakan hanya boleh diambil oleh pihak polis. Akan tetapi jika ada laporan pihak DBKL boleh mensitakan fasiliti ataupun premis itu. Itu kita masih ada hak. Jadi saya berharap pihak Yang Berhormat Wangsa Maju boleh memberi laporan, kita boleh terus mensitakan premis-premis sementara menunggu Dasar Hiburan dan Siber Kafe ini dapat diluluskan di peringkat Jemaah Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri bilakah draf undang-undang ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri? Terima kasih.

Saya tidak boleh bagi tempoh dia akan tetapi saya akan usaha dalam masa terdekatlah. Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan berkenaan pemberian atau pembelian pingat untuk darjah kebesaran bintang dan pingat Wilayah Persekutuan. Berapa banyak pingat setahun dan kenapa bajet terlalu besar? Sejak mula Dewan atau Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ataupun pingat- pingat di peringkat Wilayah Persekutuan diperkenalkan secara purata lebih kurang 250 bintang dan pingat dianugerahkan setahun. Jumlah bajet tersebut berdasarkan jumlah peruntukan bagi 2010 dan saya rasa bajet ini merangkumi semua aspek bukan hanya kepada bajet pingat sahaja, akan tetapi termasuklah program-program yang berkisar daripada pemberian pingat itu.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Sila.

Saya mengikuti ucapan ataupun jawapan Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, minta maaf walaupun ini memenatkan Tuan Pengerusi, apakan daya kita bermalam-malam nampaknya persidangan kali ini. Akan tetapi Tuan Pengerusi punya daya tahan luar biasa. Mengenai pembahagian pingat dan bintang ini akan datang kena berhati- hati sedikit, kerana yang menentang Raja-raja dan orang yang tidak suka negara ini. Orang-orang jenis ini jangan langsung diberikan pingat-pingat atau bintang- bintang kerana mereka penderhaka. Jadi pilih betul-betul orang yang benar-benar layak dan cinta kepada Raja-raja Melayu dan negara. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menentukan yang benar-benar layak dan bukan penderhaka ataupun yang memang anti kepada negara sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat, itu satu cadangan yang begitu baik di mana mungkin dalam dasar- dasar...

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu.

Adakah Yang Berhormat Sri Gading, yang kini terima pingat itu ada orang-orang yang menderhaka terhadap negara atau pengkhianat? Adakah ini...

Saya bukan mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Batu jangan pula terasa. Siapa yang makan lada ia terasa pedas ini kenapa? Saya cuma bercakap dengan Yang Berhormat Menteri sebagai cadangan saya dan terpulanglah kepada pihak kementerian. Saya mencadangkan begitu kerana orang-orang yang diberi gelaran ini kepada yang sepatutnya.

Ini bermaksud Yang Berhormat Menteri tidak tahu memilih?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, apa yang kita bahas ini Kementerian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar. Jikalau ini termasuk dalam kesejahteraan bandar saya benarkan.

Akan tetapi ini pun kesejahteraan...

Tuan Pengerusi

Namun kalau berbahas ‘bersejahtera’ kita.

Ini kesejahteraan yang saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading saya rasa satu cadangan yang baik dan saya akan masukkan ke dalam dasar pemberian. Jadi di mana kalau kita dapat mereka- mereka yang derhaka kepada Sultan terus secara automatik ditarik balik pingat- pingat ini. Yang Berhormat Kota Belud juga telah membangkitkan berkenaan dengan Labuan Financial Services Authority...

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, orang luar daripada Wilayah Persekutuan ada peluang dapat bintang ini? [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Ada Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak perlu jawab. Saya dapat sebab apa saya dulu Menteri yang bertanggungjawab menjaga Wilayah Persekutuan. [Ketawa] Jadi kalau Yang Berhormat nanti ada peluang, insya-Allah akan dapat. Sila.

Tuan Pengerusi, mungkin saya hendak memberi sedikit penghormatan kepada Tuan Pengerusi oleh sebab memang Tuan Pengerusi layak menerima penghormatan tertinggi daripada Wilayah Persekutuan. Oleh sebab saya berpeluang semasa saya sebagai pemimpin masyarakat pada masa itu memperjuangkan – kalau Tuan Pengerusi ingat lagi Kampung Pasir Lama iaitu kawasan setinggan yang ditinggalkan begitu lama dan terpaksa berpindah namun pembangunan tidak berlaku. Pada masa itu Tuan Pengerusi adalah Menteri dan saya sebagai pemimpin masyarakat dan Tuan Pengerusi yang telah menjadikan satu perkara yang saya sampai sekarang saya salute begitu juga penduduk-penduduk Kampung Pasir Lama salute dengan Tuan Pengerusi. [Tepuk] Mereka menunggu Tuan Pengerusi turut di sana meraikan tempat mereka duduk sekarang dan mereka menunggu-nunggu.

Tuan Pengerusi

Oleh sebab itu saya dapat pingat Yang Berhormat Sri Gading. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Kota Belud telah membangkitkan tentang LOFSA dan keseluruhannya pegawai dan kakitangan LOFSA adalah 100 orang termasuk mereka yang berpejabat di Kuala Lumpur. Bagi jumlah pegawai dan kakitangan yang berasal daripada Labuan adalah seramai 16 orang. Yang Berhormat Batu telah membangkitkan berkenaan dengan kampung tradisi khususnya di kawasan beliau di Batu. Berkenaan dengan perkara ini, DBKL telah mengambil maklum pandangan penduduk-penduduk kampung tradisi yang terlibat dan DBKL akan mengambil kira segala pandangan penduduk sebelum ia diserahkan kepada saya sendiri sebelum dimuktamadkan atau digazet. DBKL

telah mengenal pasti kampung-kampung tradisi Kuala Lumpur dan ia akan dikekalkan dalam draf Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat Batu, saya sendiri pun sudah dua kali turun di kawasan Parlimen Yang Berhormat di kampung tradisi ini dan saya juga telah memberi satu jaminan kepada mereka-mereka ini bahawa apa yang mereka hendak kita akan kekalkan. Jadi soal tidak yakin kepada tindakan kerajaan tidak timbul dan DBKL akan mengambil maklum perkara ini daripada maklum balas yang telah dapat daripada penduduk di kampung tradisi ini. Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan – tadi saya pun sudah jawab berkenaan dengan MAS. Jadi saya rasa sekian sahajalah penggulungan saya ke atas isu yang dibangkitkan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sudahlah itu. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri. Banyak soalan yang saya tanya tidak...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu saya baru mahu minum. Yang Berhormat Menteri mengakhiri ucapan tetapi Yang Berhormat Batu pula bangkitkan balik.

Yang Berhormat Menteri hanya menjawab satu soalan daripada banyak yang saya tanya iaitu Kampung Railway, Kampung Tanah Lapang, Pasar Sentul, Pasar Terbuka Jinjang Selatan...

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Pembangunan flat Jalan Pekeliling itu yang saya tanya tadi. [Menyampuk]

Tuan Pengerusi

Soalan yang itu Yang Berhormat Menteri tidak ada maklumat di situ hantar ia secara bertulis, boleh?

Ya, saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Batu.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Flat pekeliling. Pembangunan Flat Pekeliling.

Jadi sekian sahaja penggulungan saya ke atas isu-isu...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Krai ada apa yang dibangkitkan? Jikalau tidak ada disebut tadi biar Menteri hantar secara bertulis.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Begitu ya? Flat Pekeliling itu jangan lupa.

Tuan Pengerusi

Ya, okey.

Jadi Tuan Pengerusi, sekian sahaja penggulungan saya ke atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011 di peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat yang membabitkan bidang tugas Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Bagi pihak kementerian dan agensi-agensi, saya ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, saranan dan teguran terhadap bidang tugas, tanggungjawab dan peranan kementerian. Maklum balas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat amat kami hargai dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada rakyat. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM365,141,100 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM365,141,100 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM219,614,800 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM219,614,800 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011] Majlis Mesyuarat bersidang semula [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 2 Disember 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 8.17 malam.