Dewan Rakyat · 10 March 2011

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 499 turns · 36,895 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ismail bin Abdul MuttalibPAS · PNMaran · question

1. Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah kerajaan memperketatkan pemberian kelulusan lesen pemilikan senjata api kepada individu amat dialukan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi dalam masa yang sama proses permohonan lesen ini memakan masa begitu lama untuk mendapat jawapan dan kelulusan. Sehingga kini berapakah jumlah lesen senjata api yang dimiliki setiap individu dan berapa yang telah ditarik balik serta jumlah kes pelanggaran undang-undang yang melibatkan senjata api dalam tempoh lima (5) tahun lepas.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran yang telah mengemukakan pertanyaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kementerian sentiasa mengambil langkah- langkah yang perlu, sesuai dan berkesan dalam memproses permohonan dan rayuan memiliki senjata api. Sebelum sesuatu permohonan atau rayuan dipertimbangkan ianya perlu disemak dengan teliti terutamanya dari aspek keperluan seseorang itu untuk memiliki senjata api. Oleh yang demikian, prosedur dan proses sesuatu permohonan atau rayuan tersebut mengambil sedikit masa sebelum sesuatu permohonan atau rayuan tersebut dapat diputuskan. Saya suka menjelaskan bahawa tindakan ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam adalah sentiasa terpelihara. Selain itu adalah perlu juga dijelaskan bahawa pemilikan senjata api bukanlah satu hak seseorang individu sebaliknya ianya merupakan satu kelayakan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan jumlah kelulusan lesen senjata api yang dimiliki oleh individu, statistik kementerian menunjukkan pada Februari tahun ini adalah sebanyak 59,494 lesen. Berkaitan dengan lesen senjata api yang ditarik balik pula dan yang terlibat dengan kes pelanggaran undang-undang sebagaimana pertanyaan Yang Berhormat bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2006 sehingga 2010, jumlah pemilikan lesen senjata api yang ditarik balik adalah sebanyak 499 lesen dan jumlah kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 21 kes.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang walaupun ringkas tetapi bermaklumat kepada saya. Pemilikan senjata api memang ada baiknya jika digunakan dengan betul dan ada buruknya jika disalahgunakan umpamanya menjaga diri, menjaga tanaman dan sebagainya. Cuma saya hendak tahu dari Timbalan Menteri, apakah kriteria utama dalam mengeluarkan kelulusan lesen senjata api kepada seseorang dan apakah pula kriteria ataupun sebab-sebab utama yang menyebabkan sesuatu lesen itu ditarik balik oleh kerajaan. Sementara itu kita tahu bahawa ada juga pemilik senjata api yang telah meninggal. Apakah kerajaan akan membatalkan terus lesen senjata api mereka yang telah meninggal ini ataupun kerajaan boleh meluluskan terus kepada pewarisnya untuk memiliki lesen senjata api yang telah diperolehi oleh pemilik utamanya? Terima kasih banyak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Maran itu. Berkaitan dengan isu pertama berkaitan dengan kriteria dalam meluluskan permohonan lesen senjata api yang mana kriterianya ialah: (i) berkaitan dengan merit atau keperluan penggunaan senjata api kepada pemohon; (ii) keadaan kesihatan fizikal atau mental pemohon; (iii) bersih daripada catatan rekod jenayah; (iv) wujudnya ancaman ke atas diri, keluarga atau harta benda; (v) berkaitan dengan latar-belakang pemohon yang bersih daripada sebarang rekod negatif; dan (vi) lain-lain asas yang difikirkan perlu. Berkaitan dengan sebab mengapa kelulusan lesen senjata api boleh dibatalkan. Ini adalah disebabkan beberapa faktor di antaranya: (i) lanjut usia atau uzur; (ii) kematian ataupun meninggal dunia; (iii) kegagalan memperbaharui lesen senjata api; (iv) terlibat dengan kes jenayah; (v) menyerahkan secara sukarela; (vi) senjata api hilang; (vii) syarat asal senjata api dilesenkan telah luput; dan (viii) lain-lain sebab munasabah untuk menjaga kepentingan awam dan juga keselamatan negara.

Sehubungan dengan seseorang pemohon ataupun pemilik senjata api yang telah meninggal, pada persepsi masyarakat umum, seolah-olah bahawa waris terdekat boleh dengan secara automatik mendapat lesen yang baru, itu daripada persepsi masyarakat umum. Akan tetapi, sebenarnya waris yang terdekat kepada pemilik asal yang telah meninggal perlu membuat permohonan baru untuk mendapatkan lesen untuk memiliki senjata yang dimiliki oleh pemilik asal itu. Mereka perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang telah saya nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan fakta bahawa pemilik lesen dengan waris yang terdekat yang memohon dan juga berkaitan dengan fakta senjata api itu dimiliki oleh pemilik asal yang ada hubung kait dengan waris. Jadi, fakta itu akan diambil kira sebagai yang mana kita boleh mempertimbangkan selepas fakta-fakta lain telah di comply oleh pihak penguat kuasa. Itu sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah seperti mana yang kita sedia maklum salah satu kemudahan yang diberikan kepada Ahli Parlimen adalah untuk memperolehi lesen senjata api secara percuma. Saya ingin tahu, adakah sebarang permohonan daripada Ahli-ahli Parlimen ini yang pernah ditolak ataupun yang sudah diberi lesen dan ditarik balik. Kalau ada, berapa dan kenapa? Soalan satu lagi adalah tentang tempoh permohonan sesuatu lesen itu diluluskan kerana ada juga permohonan yang saya dimaklumkan mengambil masa yang terlampau lama untuk diluluskan dan ingin tahu akhirnya adakah tempoh permohonan itu tahap ianya hendak diluluskan dalam tempoh berapa lama? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya nyatakan pada peringkat awal tadi, dalam proses meluluskan lesen ini, ianya memakan masa sedikit kerana kita perlu membuat penelitian terlebih dahulu berkaitan dengan permohonan senjata api ini. Kita harus melihat daripada segi keselamatan dan ketenteraman negara yang mana kita perlu ada pengawalannya. Berkaitan dengan kemudahan yang diberi kepada wakil rakyat termasuklah ahli pentadbiran, memang ada peruntukannya tetapi dari segi berapa banyak permohonan yang telah dibuat, saya tidak ada maklumat buat masa ini. Saya boleh memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat daripada Bachok.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

2. Dato’ Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) rasionalnya penswastaan pengurusan sisa pepejal dan juga penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; dan (b) tindakan yang akan diambil memandangkan sekarang kerajaan telah menanggung hutang sebanyak RM349 juta kepada syarikat-syarikat konsesi.

Dato’ Wira Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Kemang yang telah pun mengemukakan soalan pada pagi ini. Izinkan saya juga menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Tanjong pada 15 Mac 2011 dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bertarikh 16 Mac 2011 kerana ketiga- tiga soalan ini menyentuh isu yang sama iaitu mengenai pengurusan sisa pepejal. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan sejahtera, penswastaan sistem pepejal dilaksanakan setelah diambil kira; Pertama, kelengkapan tenaga kerja, sumber kewangan dan kepakaran yang terhad pada kebanyakan PBT dalam menguruskan sisa pepejal. Penswastaan hanya terhad kepada pengutipan dan pengurusan sisa pepejal isi rumah dan pembersihan awam sahaja. Aspek penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang akan dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam suatu agensi di bawah kementerian saya. Kedua, selain daripada aspek pengurusan dan penguatkuasaan sisa pepejal di tapak-tapak pelupusan, kerajaan turut komited untuk mengurangkan penjanaan dan penghasilan sisa isi rumah di peringkat punca. Oleh yang demikian, program kesedaran rakyat melalui program seperti Kempen Kitar Semula, Kempen 3R dan pengasingan sisa pepejal di punca, separation at sources, dengan izin, adalah amat penting. Memandangkan aspek ini turut menuntut komitmen dan perhatian yang berterusan dari segi pelaksana maka adalah kurang praktikal sekiranya ianya dibebankan kepada PBT yang telah memikul pelbagai tanggungjawab dalam soal pentadbiran tempatan. Ketiga, melalui penswastaan juga kerajaan mampu mewujudkan perkongsian pintar ataupun smart partnership dengan syarikat swasta untuk sama-sama meneroka kaedah-kaedah dan teknologi terkini dalam pengurusan dan pelupusan sisa. Aspek pembangunan dan penyelidikan ini amat penting kerana ianya merupakan langkah jangka panjang bagi menjamin kaedah pelupusan sisa pepejal negara sentiasa sejajar dengan tahap pembangunan semasa, kos efektif dan mesra alam. Keempat, ketiadaan perundangan dan dasar berkaitan pengurusan sisa pepejal yang seragam antara negeri-negeri menyebabkan usaha pengurusan sisa pepejal tidak dapat dilakukan dengan bersepadu dan holistik lantaran peningkatan kos pengurusan dan kos pengendalian sisa pepejal.

Dato’ Wira Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas, kerajaan telah pun membentangkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun dikenali sebagai Akta 672, di Parlimen setelah mendapat persetujuan semua wakil kerajaan-kerajaan negeri dalam mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan ke-58 pada 22 Jun 2007. Oleh yang demikian, tidak timbullah isu bahawa Dewan Undangan Negeri belum meluluskan peralihan kuasa bagi perkara ini. Penguatkuasaan Akta 672 ini telah dilakukan secara interim di beberapa negeri iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Perlis. Dalam tempoh interim ini, urusan pengurusan sisa pepejal masih lagi terletak di bawah PBT dan kerajaan mendapati terdapat PBT yang tidak berkeupayaan menjelaskan bayaran kepada syarikat konsesi. Maka bagi meringankan beban PBT yang terlibat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyalurkan bantuan kewangan kepada PBT-PBT yang kurang berkemampuan iaitu yang mempunyai cukai taksiran di bawah RM10 juta setahun bagi menjelaskan sebahagian bayaran perkhidmatan kepada syarikat konsesi. Namun, ingin ditegaskan di sini bahawa kerajaan tidak berhutang sebanyak RM349 juta kepada syarikat konsesi kerana kerajaan belum lagi menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ini dijangka akan dikuatkuasakan di negeri-negeri Semenanjung pada bulan April ataupun masa terdekat. Akta ini akan mengambil alih tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam urusan sisa pepejal agar segala perancangan dasar, pembangunan fasiliti, pengendalian perkhidmatan dan kawal selia dapat dilaksanakan secara holistik, bersepadu dan lebih efektif lagi. Perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pula telah diberikan mandat untuk merealisasikan hasrat ini dengan memastikan syarikat-syarikat konsesi yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak rakyat, mengikut tatacara berlandaskan KPI yang amat ketat dipatuhi ketiga-tiga buah syarikat konsesi selepas menandatangani surat perjanjian konsesi. Sekian, terima kasih.

Dato’ Kamarul Baharin AbbasPKR · PRTelok Kemang

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sehingga ini Akta PSP dan PA itu belum dilaksanakan sepenuhnya.

Dato’ Kamarul Baharin AbbasPKR · PRTelok Kemang

Jadi, setakat mana efektifnya penguatkuasaan mengikut seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya dapat mengatasi kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan komuniti manusia dan ada atau tidak dakwaan dan denda dikenakan kepada syarikat konsesi yang tidak mematuhi mengikut akta tersebut? Bagaimana cara kementerian mengawal bahan yang tidak termasuk dalam Akta PSP, dan PA 2007 ini seperti bahan radioaktif, perubatan atau patologi dan juga bahan-bahan letupan? Sekian, terima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Telok Kemang. Memang kita semua dimaklumkan bahawa Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam masih belum dilaksanakan di negara ini. Tadi saya sudah sebut dalam jawapan asal, akta ini akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Mungkin dalam bulan April ataupun masa terdekat. Walaupun demikian, segala pengawasan dan pengawalan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat-syarikat konsesi secara interim, maksudnya dari setahun ke setahun ini diawasi oleh PBT-PBT sendiri. Kementerian saya melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sentiasa memberi tunjuk ajar, sentiasa memberi nasihat kepada PBT- PBT untuk mengawasi segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat konsesi. Buat masa ini memang tidak ada sebarang denda atau lain-lain tindakan kepada tiga buah syarikat. Cuma setakat ini sudah – penswastaan secara interim telah dijalankan selama 13 tahun dan selama ini kita dapat melihat bahawa walaupun di sesetengah tempat, prestasi, pengutipan dan pengurusan sisa pepejal memang tidak begitu memuaskan lagi. Akan tetapi, kita sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka.

Bila kita sampai masa selepas menandatangani surat perjanjian konsesi, masa itulah mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, tindakan akan diambil terhadap ketiga-tiga buah syarikat ini jika mereka ini menjalankan kerja tidak berlandaskan ataupun tidak memenuhi KPI-KPI yang telah pun ditetapkan. Bagi masalah pembuangan sisa-sisa toksik, sisa-sisa radioaktif, walaupun ini bukan di bawah kementerian kita, ini adalah di bawah Kementerian NRE tetapi kita juga mempunyai peranan untuk memberitahu pihak-pihak berkuasa lain yang mengawal sisa- sisa toksik ini. Kita akan sentiasa berwaspada supaya sisa-sisa ini tidak dibuang oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Apa yang kita faham, kementerian ini memang tugasnya melihat bahawa negara ini kita akan ke arah negara maju. Bermakna keterangkuman semua negeri di negara kita termasuklah dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang mana terdapat pihak berkuasa tempatan dijaga oleh kementerian negeri masing-masing. Jadi persoalan di sini, adakah pihak kementerian yang bertugas sebagai di peringkat nasional ini jenis bantuan kepada PBT-PBT di negeri Sabah ataupun di negeri Sarawak. Adakah peruntukan yang diberi untuk menangani masalah pembersihan awam dan pengutipan sampah seperti mana yang telah dilaksanakan di Semenanjung bahawa tiga syarikat yang besar, gergasi dilantik untuk melaksanakan projek yang tertentu dan apa jenis. Kalau tidak ada, apa jenis bantuan yang diberi oleh pihak kementerian pusat kepada PBT-PBT terutama sekali kepada Dewan Bandaraya yang harus dibangun termasuklah pembangunan landskap. Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Memang pada setiap tahun, adalah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyalurkan peruntukan-peruntukan kepada semua PBT bukan sahaja setakat mengendalikan pengurusan sisa pepejal. Lain-lain kemudahan pun melalui peruntukan diberikan. Misalnya pada dua hari yang lepas saya berada di Kota Kinabalu untuk menyampaikan geran-geran – dua jenis geran kepada semua PBT di negeri Sabah. (i) geran kapital. Di bawah Perlembagaan yang wajib diberikan dan sentiasa dikira mengikut peruntukan-peruntukan yang sedia ada; dan (ii) geran bantuan kadar. Jika terdapat bangunan-bangunan kepunyaan Kerajaan Persekutuan di tempat-tempat di bawah kawasan mana-mana PBT. Hasil pintu tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan digunakan melalui bantuan khas. Peruntukan khas diberikan juga kepada PBT. Saya ingin bagi satu contoh. Semasa saya ada di Sabah dua hari lepas, kita ambil contoh Kota Kinabalu. Majlis Bandaraya Kota Kinabalu yang dapat lebih daripada RM8 juta. Ini adalah geran kapital dan geran bantu kadar. Selain daripada itu juga, di sebelah Semenanjung, oleh kerana Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ini akan dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan juga akan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membantu mana-mana PBT yang kurang berkemampuan untuk membayar selepas pengutipan hasil pintu. Walaupun tidak mencukupi untuk membayar syarikat konsesi, Kerajaan Persekutuan masih akan bantu juga. Tanggung beban ini, bantu. Tapak-tapak pelupusan juga walaupun kepunyaan negeri-negeri di Semenanjung tetapi Kerajaan Persekutuan harus menanggung juga beban bayaran untuk menaik taraf tapak-tapak pelupusan. Ini melibatkan peruntukan yang cukup banyak. Walaupun itu adalah kepunyaan kerajaan negeri tidak kira sama ada Kerajaan Negeri Kedah ataupun Kerajaan Negeri Selangor ataupun di mana-mana pun, Kerajaan Persekutuan sanggup juga membantu. Setakat ini memang kita tidak dapat memperluaskan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Sabah ke Sarawak sebab terdapat akta-akta yang berlainan. Akta kerajaan tempatan berlainan di Semenanjung dan Sarawak, tetapi selepas saya meneliti kandungan akta ini dan akta kerajaan tempatan, memang tidak ada percanggahan pun.

Jika kedua-dua buah negeri hendak, minta juga, selepas kita jalan dengan lancar di Semenanjung, kita akan memperluaskan kepada Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun · question

3. Tuan Haji Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, kadar pengangguran negara terkini dan nyatakan jumlah peluang pekerjaan di pelbagai bidang dalam sektor kerajaan dan swasta di seluruh negara yang ditawarkan melalui portal JobMalaysia yang masih belum terisi sehingga kini.

Dato’ Maznah binti MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dungun di atas soalan Yang Berhormat yang menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat mengenai masalah pengangguran di negara ini. Kadar pengangguran negara setakat Disember 2010 adalah pada 3.2 peratus yang melibatkan kira-kira 391,200 orang dari jumlah tenaga buruh yang berjumlah lebih daripada 12.059 juta. Jumlah pengangguran di bawah paras 4 peratus dianggap wujud keadaan guna tenaga penuh.

Dato’ Maznah binti MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Jumlah kerja kosong yang ditawarkan melalui portal JobMalaysia iaitu satu portal elektronik yang disediakan untuk rakyat secara percuma di mana pencari kerja boleh berdaftar dan juga majikan-majikan mendaftarkan kerja kosong di dalam portal ini menunjukkan sehingga akhir Februari 2010 berjumlah 193,739 pekerjaan kosong. Dari jumlah ini sebanyak 3,844 adalah tawaran daripada sektor kerajaan ataupun sektor awam dan 189,895 dari sektor swasta. Sehingga akhir Februari 2011, penempatan yang telah dibuat adalah sebanyak 31,559 pekerjaan dan dari baki - minta maaf Yang Berhormat, ini bermaksud bahawa berbaki yang masih belum diisi sehingga akhir Februari adalah 162,180 pekerjaan kosong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dungun.

Tuan Matulidi JusohUMNO · BNDungun

Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah pengangguran di negara kita ini khususnya di kalangan graduan dikatakan berpunca daripada kurangnya peluang pekerjaan. Akan tetapi jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat 100 ribu lebihlah pekerjaan di pelbagai bidang dalam sektor kerajaan dan swasta. Malah, hampir 40,000 majikan telah mengiklankan kekosongan jawatan masing- masing di seluruh negara. Soalan tambahan saya, apakah punca graduan ataupun pencari kerja ini tidak mengisi kekosongan jawatan ataupun apakah langkah kerajaan bagi memastikan pencari kerja termasuk graduan mendapat pekerjaan yang sesuai mengikut jawatan mereka atau kelulusan mereka atau yang setimpal atau yang berpendapatan tinggi selari dengan azam kerajaan untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi. Tentang portal JobMalaysia, sejauh manakah benarnya yang dikatakan, ada setengah pihak mengambil peluang ini untuk menipu kepada pencari pekerjaan yang meletakkan syarat pembayaran sebanyak RM500 bagi kekosongan di jawatan kerajaan mahupun swasta. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Pertama, punca graduan ini tidak dapat pekerjaan kita dapati bahawa semua institut pengajian tinggi awam dan swasta dan juga pusat-pusat latihan kemahiran mengadakan kajian tiap-tiap tahun ke atas graduan masing-masing. Salah satu sebab kenapa kita dapati graduan- graduan ini tidak mendapat pekerjaan, di antaranya dapat saya rumuskan ialah kurangnya permintaan terhadap bidang pengajian yang dimiliki oleh graduan. Itu sebabnya kita dapati institut pengajian tinggi sentiasa mengadakan kajian-kajian ini kerana mereka perlu menyesuaikan kursus-kursus dan bidang-bidang yang ditawarkan mengikut keperluan industri dan majikan.

Keduanya, kita dapati juga kebanyakan majikan ada yang menetapkan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat untuk melantik graduan. Selain daripada itu, terdapat juga kelemahan-kelemahan di kalangan graduan sendiri dari segi kemampuan berkomunikasi dan kelemahan menulis dan bertutur di dalam bahasa Inggeris dan juga kadang-kadang kita dapati sebahagian graduan memilih tempat bekerja ataupun mengharapkan gaji yang tinggi. Terdapat juga graduan yang tidak mendapat maklumat yang cukup tentang peluang-peluang pekerjaan. Soalan Yang Berhormat seterusnya, tentang iklan yang kita buat, kita dapati bahawa di dalam portal JobMalaysia kita dapati bahawa setakat ini jawatan untuk graduan berbanding dengan jawatan-jawatan di peringkat berkemahiran, separa mahir dan pekerja asas adalah kurang daripada jawatan-jawatan yang sesuai untuk graduan. Maksud saya, lebih banyak pekerjaan untuk jawatan-jawatan yang lebih rendah daripada graduan. Itu sebab Tuan Yang di-Pertua, kita juga menasihati graduan sementara menunggu untuk mendapat pekerjaan yang lebih sesuai, dapat kiranya mereka menimba pengalaman melalui jawatan-jawatan yang rendah supaya ini dapat dijadikan asas pengalaman untuk diambil kira di dalam temu duga-temu duga di masa hadapan. Seterusnya, kerajaan sedang melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk menambahkan bilangan pekerjaan bukan hanya untuk graduan akan tetapi juga untuk mereka yang berkemahiran tinggi kerana seperti yang kita maklum pada masa ini kita dapati tahap tenaga kerja di negara ini yang berkemahiran tinggi hanyalah 28 peratus. Kita berharap menjelang tahun 2020 kita dapat meningkatkan kadar ini kepada kadar 40 peratus hingga 50 peratus kerana ini dapat membantu negara menjadi negara maju dan menjadi negara berpendapatan tinggi. Kita dapati bahawa inisiatif-inisiatif melalui transformasi yang dibuat oleh kerajaan akan menjana lebih daripada 3.3 juta pekerjaan menjelang tahun 2020. Sudah tentu jawatan-jawatan untuk graduan juga akan bertambah. Mengenai soalan Yang Berhormat adanya penipuan memandangkan portal JobMalaysia ini adalah percuma dan kita dapati ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang memperdayakan pencari-pencari pekerja dengan mengenakan bayaran tertentu. Perkara ini ada di dalam pengetahuan Kementerian Sumber Manusia dan tindakan-tindakan sewajarnya diambil. Akan tetapi Kementerian Sumber Manusia juga meminta bahawa mereka-mereka yang tertipu ataupun terpedaya supaya membuat laporan rasmi kepada Kementerian Sumber Manusia untuk membolehkan kita mengambil tindakan- tindakan seterusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada pengangguran yang membabitkan graduan-graduan universiti. Saya hendak tahu bagaimana dengan pengangguran anak-anak muda yang tidak ada kelulusan di kampung- kampung malah di bandar-bandar. Saya sangsi dengan jumlah yang disebut tadi, angka pengangguran. Saya hendak tanya, dibilang macam mana ataupun ini berdasarkan kepada mereka yang berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia. Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, sebab baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia, Menterinya ada membuat pengumuman-pengumuman untuk katanya kementerian telah melulus atau bercadang untuk membawa masuk 45,000 pekerja asing daripada India. Dalam 14 sektor kalau tidak silap saya, termasuk kedai-kedai restoran kepunyaan kaum India. Jadi apakah dasar kedai India ini kena ambil pekerja India, ataupun macam mana? Saya pun kelirulah. Mungkin ada sesetengah kedai yang membabitkan umat Islam kalau ada perkara-perkara yang dijual itu haram macam arak dan seumpamanya, itu tidak boleh. Akan tetapi banyak juga di kalangan kaum India, anak-anak muda kaum India tidak ada pekerjaan. Rakyat Malaysia kaum India tidak ada pekerjaan. Kenapa mereka ini tidak digalakkan untuk mengisi jawatan-jawatan yang dikatakan kritikal untuk diambil bekerja sehingga terpaksa mengambil pekerja daripada India.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apakah kerana kekurangan gaji? Kalau kekurangan gaji, yang di luar masuk pun gaji yang dikatakan kecil, mereka pula menimbulkan masalah sosial pada negara kita dari segi keselamatan. Jadi saya hendak tahu dasar yang jelas, usaha yang fokus yang ini orang kata boleh, dapat mengatasi masalah pengangguran negara kita ini dengan tidak menumpu, membawa pekerja-pekerja asing yang nyata sekarang ini sudah membawa masalah keselamatan kepada negara kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Pertama, tentang kekosongan ataupun pengangguran di kalangan mereka yang bukan di tahap graduan. Memang benar terdapat perkara ini dan kita dapati bahawa di dalam portal JobMalaysia sendiri, kebanyakan pekerjaan yang diiklankan – kalau kita lihat daripada jumlah yang saya sebutkan tadi berjumlah 193,739, kita dapati bahawa kalau kita lihat di sektor swasta sahaja, 13.2 peratus adalah untuk peringkat pengurusan dan profesional dan 2.2 peratus untuk peringkat berkemahiran dan di peringkat separa mahir kita dapati 32.2 peratus dan di peringkat pekerjaan asas adalah 52.4 peratus. Maknanya, memang banyak jawatan yang sesuai untuk mereka yang bukan graduan untuk anak-anak muda yang menganggur pada hari ini. Akan tetapi banyak isu yang wujud. Antaranya adalah sama ada mereka memilih pekerjaan atau pekerjaan kosong ini berada jauh daripada penempatan mereka dan juga daripada isu upah dan lain-lainnya. Perkara ini sedang ditangani oleh Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat Pasir Mas sangsi akan angka yang saya bentangkan sebentar tadi dan saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa angka ini adalah berasaskan kepada penyiasatan tenaga buruh yang dibuat tiap-tiap bulan oleh Jabatan Statistik Negara dan ia berdasarkan kepada pendekatan yang boleh dipercayai, yang sah dan dalam bahasa Inggerisnya, reliable dan valid ataupun sah dan kebolehpercayaannya tidak boleh disangsikan. Ia juga berdasarkan kepada Bancian Guna Tenaga Kerja Kebangsaan yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia. Jadi saya rasa angka-angka ini tidak wajar disangsi oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Mengenai soalan ketiga iaitu mengenai pengambilan tenaga kerja dari India yang disebut oleh Yang Berhormat – saya mengikuti perdebatan di dalam Dewan ini dan perkara ini juga telah dibangkitkan dan saya mohon Tuan Yang di-Pertua, supaya soalan ini dijawab oleh Yang Berhormat Menteri semasa menggulung nanti. Terima kasih.

Salahuddin bin AyubAMANAH · PHPulai · question

4. Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Pelajaran menyatakan, pendirian kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini. Nyatakan berapakah jumlah sebenar guru-guru sandaran ini dan apakah jaminan kerajaan terhadap masa depan mereka.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kategori guru sandaran di Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu guru sandaran terlatih (GST) dan guru sandaran tidak terlatih (GSTT). GST adalah guru-guru yang telah memiliki kelayakan akademik dan ikhtisas pendidikan yang diiktiraf sama ada yang dilatih oleh institut pendidikan guru (IPG) ataupun institut pengajian tinggi (IPT). Mereka yang telah mempunyai kelayakan ini akan ditawarkan dan ditempatkan di sekolah seluruh negara serta perlu ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan lantikan tetap. Pada tahun 2010, seramai 12,697 orang telah dilantik sebagai GST manakala sehingga Mac 2011, seramai 3,998 orang telah dilantik bagi mengisi kekosongan dan keperluan perjawatan guru sekolah di seluruh negara. Selain itu, GSTT adalah pelantikan yang dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa untuk mengisi kekosongan atau kekurangan guru di sekolah yang disebabkan oleh guru cuti bersalin, menyambung pelajaran dan sebagainya. Lantikan ini adalah bersifat sementara yang dilaksanakan secara kontrak berdasarkan bulan ke sebulan.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Namun demikian, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, perkhidmatan GSTT telah ditamatkan baru-baru ini dan yang sedia ada diteruskan serta tiada lagi pengambilan bagi tahun 2011. KPM sedang meneliti dan memuktamadkan kedudukan GSTT ini dalam tempoh terdekat agar pengalaman dan keupayaan guru-guru ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menjadi guru terlatih. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Fokusnya adalah kepada GSTT, yang GST itu kita tidak ada masalah. Memandangkan GSTT ini mereka walaupun tidak terlatih, tetapi telah memberikan perkhidmatan dan punyai pengalaman walaupun di dalam masa yang singkat seperti mengganti guru bersalin dan seumpamanya. Soalan saya, adakah kementerian Yang Berhormat bersedia untuk memberikan keutamaan sekiranya guru-guru GSTT ini memohon untuk memasuki maktab-maktab perguruan di bawah riayah ataupun di bawah urus tadbir Kementerian Pelajaran? Ini kerana mereka punya pengalaman dan ada di kalangan mereka yang telah ada minat untuk menjadi pendidik. Jadi, adakah mereka akan diberikan keutamaan sekiranya mereka memohon untuk memasuki maktab-maktab perguruan dan memiliki diploma dalam bidang pendidikan? Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya pengumuman telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di Sabah baru-baru ini, di mana kalau sebelum ini ada 13,184 GSTT yang ditamatkan kontrak kerana ini dibuat setiap tahun dan ianya telah diarahkan. Bermakna, Ketua Pengarah Pelajaran telah diarahkan supaya mencari satu mekanisme yang keputusan atau arahan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran ialah kita akan terima. Kita lihat data kita sebenarnya, kurang daripada satu tahun kita ada lebih kurang 64.9 peratus yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada satu tahun, yang satu hingga lima tahun lebih kurang 33.8 peratus dan yang lebih daripada lima tahun lebih kurang 1.3 peratus. Jadi ini bermakna pengalaman mereka mengajar itu sangat dihargai dan sebab itulah keputusan itu dibuat. Arahan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran ialah kita mencari mekanisme. Saya rasa sama juga dengan satu pengumuman telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran pada tahun lalu bahawa kita sedang melihat satu mekanisme bagaimana hendak serap masuk mereka yang jadi GSTT sebagai guru terlatih. Jadi pada sistem kita, kita ada banyak saluran untuk mereka melanjutkan pelajaran. Salah satunya ialah kita melalui mode kursus dalam cuti. Ini adalah tertakluk kepada kelayakan mereka dan mereka boleh diterima, baik untuk mereka yang mempunyai ijazah ataupun mereka yang hanya SPM. Kita ada dua kursus iaitu KDPM KDC ataupun KPLI KDC. Itu kursus dalam cuti. Ini bermaksud mereka masih lagi menjadi guru sandaran dan pada musim cuti – pada November dan Disember dan setiap kali ada cuti semester, mereka akan mengikut pengajian di IPGM. Itu salah satu caranya. Pada waktu yang sama, kita juga ada menerima mereka untuk sepenuh masa seperti KPLI. Peluang itu memang ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita memandang serius kumpulan GSTT ini dan kebajikan mereka juga dijaga dengan baik. Jadi Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran sedang mengadakan perbincangan dengan semua agensi di bawah kementerian untuk mencari atau mewujudkan satu mekanisme bagaimana ianya dapat diserap, bagaimana kita memberi latihan kepada GSTT ini. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri, rakan sejawatan saya, sahabat saya. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana telah menarik balik notis pembatalan kepada 13,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) ini. Saya punya soalan yang pertamanya, kenapa perkara ini dibuat keputusan bahawa untuk diberhentikan mereka dan selepas itu oleh kerana desakan politik dan sebagainya, lalu dibuat keputusan semula untuk diambil? Ini memberi gambaran bahawa ada sedikit kepincangan daripada segi perancangan long term (jangka masa panjang) untuk masa depan GSTT ini. Itu yang pertama.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Keduanya berkenaan dengan jawapan Timbalan Menteri tadi yang saya rasa lengkap tetapi masalahnya Yang Berhormat, ialah bagi sebahagian besar daripada guru GSTT ini yang berkhidmat selama tiga tahun lebih, yang ada pengalaman yang cukup luas, mereka hendak masuk KPLI, mereka hendak masuk kursus dalam cuti (KDC) ataupun DPLI memang susah sangat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tiap-tiap tahun buat permohonan, tetapi tidak dapat. Apabila tidak dapat masuk dalam KDC, KPLI, DPLI, tidak dapat jadi guru tetap. Jadi bagi guru ini apabila Menteri bagi jaminan bahawa akan ada mekanisme mereka sudah melalui bertahun-tahun tetapi tidak dapat juga pembelaan untuk menjadi guru tetap. Pengalaman sudah ada, minat sudah ada tetapi tidak dapat hendak tembus satu tembok yang cukup tebal dalam sistem kementerian. Jadi kita perlu kepada satu jaminan bahawa satu mekanisme dapat mengatasi masalah guru-guru ini yang selama ini bukan tidak minat mereka hendak jadi guru tetap tetapi tidak dapat. Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya rasa satu soalan yang sangat baik kenapa 13,000 notis itu kita batalkan. Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada awal tahun untuk setiap sekolah kita ada mengambil GSTT. Bukan kata 13,000 semua tidak diambil tetapi pada masa itu wujudnya siapa yang akan diterima GSTT, ada yang diberhentikan dan sebagainya. Maka keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata yang mengajar tahun lalu semuanya kita serap balik. Itu satu keputusan secara dasar. Keduanya, saya beri satu contoh macam di SJK(T) kita kurang 1,009 orang. Jadi waran itu telah dikeluarkan pada Disember tahun lalu. Begitu juga SJK(C) kita tahu ada kekurangan GSTT, kita keluarkan 2,288. Mesyuarat telah diadakan pada 16 Disember pada masa itu. Ketiga kalau untuk sekolah kebangsaan pun ada 1,400 lebih. Ini sebagai contoh bahawa ada sebahagiannya kita telah ambil kira. Akan tetapi, sekarang kita hendak memfokuskan kepada mereka yang mengajar lebih daripada dua tahun. Seperti Yang Berhormat sebutkan tadi memang susah itu masuk KPLI memandangkan permohonan itu kadang-kadang 65,000, kadang-kadang kala melebihi jumlah yang kita perlukan 20 kali ganda. Itu yang menyebabkan masalah. Jadi kita akan terima kita tengok mereka yang telah pun jadi GSTT, sepatutnya diberikan advantage. Sebab itulah mekanisme itu yang kita hendak wujudkan bukan kita ambil dalam kalangan mereka yang telah bekerja dan ada kerja. Akan tetapi mereka yang jadi GSTT dan memang layak dan sebab itulah ketua pengarah mengetuai satu perbincangan untuk memanggil semua agensi untuk mencari satu kaedah. Saya rasa dalam minggu depan ini satu keputusan akan dibuatlah. Jadi Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran akan memberi pertimbangan kerana ini adalah arahan daripada Yang Amat Berhormat sendiri. Terima kasih.

Linda Tsen Thau LinPBS · BNBatu Sapi · question

5. Datin Linda Tsen Thau Lin [Batu Sapi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah tindakan susulan terhadap Jalan Southern Ring Phase 2 atau Lintas Sandakan yang termasuk dalam RMKe-8 dan RMKe-9 tetapi masih tidak dapat dilaksanakan kerana jalan tersebut adalah terlalu penting dan mendesak dan merupakan jalan sambungan dari Southern Ring Road Fasa 1, Batu 4, Jalan Utara ke Bokara (Pantai Pasir Putih) dan mengikut Sandakan Road System Plan.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Sapi kerana bawa isu ini iaitu infrastruktur jalan di kawasan beliau yang telah pun sekian lama diketengahkan oleh mendiang suami beliau. Izinkan saya untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat ini bersekali dengan soalan Ahli Yang Berhormat yang sama pada 14 Mac memandangkan ia melibatkan skop kerja yang sama iaitu jalan pintas Sandakan fasa dua Sabah.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian Pelan Induk Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan untuk Malaysia Timur sememangnya telah mengenal pasti keperluan untuk menaik taraf dan membina Jalan Pintas Sandakan Fasa Dua di Sabah. Cadangan projek ini melibatkan skop menaik taraf dan membina jalan alternatif ke pusat bandar Sandakan melalui Jalan Bokara dan Jalan Leila yang terletak di bahagian Selatan Sandakan. Ini sekali gus mengurangkan kesesakan trafik sedia ada di sepanjang Jalan Utara. Projek ini dicadangkan akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu fasa satu melibatkan pembinaan Jalan Southern Ring Road kepada empat lorong dua hala, dual carriageway, dengan izin dengan standard piawai JKR R5 sepanjang kira-kira empat kilo meter termasuk membina sebuah terowong di Batu Empat Jalan Utara sehingga Jalan Bokara (Pantai Pasir Putih). Fasa kedua pula melibatkan skop projek menaik taraf Jalan Leila di Sandakan sepanjang 2.8 kilometer, enam lorong dua hala iaitu dari Tanah Merah ke Southern Ring Road di persimpangan Jalan Bokara. Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah sebanyak RM200 juta tidak termasuk kos pengambilan balik tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga reka bentuk terperinci projek ini telah disiapkan oleh juru perunding yang dilantik JKR pada tahun 2008. Projek ini sememangnya telah dipohon oleh kementerian ini untuk dilaksanakan sebagai projek berkeutamaan tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, berikutan peruntukan kerajaan yang terhad, pelaksanaan projek ini tidak dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat. Sehubungan dengan itu, kementerian ini akan berusaha dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan projek ini diluluskan dalam tempoh separuh kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh kelak. Sekian, terima kasih.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya akan cadang kalau ada masa, boleh datang sendiri ke Sabah untuk melihat keadaan jalan di Sabah. Soalan saya boleh beritahu ada berapa jalan lagi yang dalam rancangan RMKe-8 dan RMKe-9 yang belum dimulakan. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Yang di-Pertua, saya memang telah pun pergi Sabah dan Sarawak. Saya asal dari Sarawak, saya tahu masih banyak jalan kita perlu baiki. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan projek jalan yang belum dilaksanakan, saya akan berikan secara bertulis. Sekian.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

6. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan doktor di negara ini termasuk graduan bidang perubatan setiap tahun serta kualiti dan matlamatnya. Apakah moratoriumnya dan peranan berkesan Majlis Perubatan Malaysia untuk mengawal kualiti doktor.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Tuan Yang di-Pertua, dengan bertambahnya bilangan institusi pengajian perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia di dalam dan luar negeri dari setahun ke setahun, bilangan graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), turut bertambah dari seramai 2,527 orang pada tahun 2008, bilangan meningkat kepada 3,150 orang pada tahun 2009 dan seterusnya 3,257 orang pada tahun 2010. Keseluruhan doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia pada tahun 2010 adalah sejumlah 28,904 orang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia memang prihatin tentang keperluan untuk memastikan pegawai perubatan yang memberikan rawatan kepada rakyat adalah berkualiti. Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Pengajian Perubatan (JTPPP) yang dibentuk di bawah Jawatankuasa Tetap Pengiktirafan diberi tanggungjawab untuk memastikan penyampaian pengajian perubatan yang berkualiti bagi menghasilkan pengamal perubatan yang berwibawa, profesional dan selamat dianggotai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Berdasarkan garis panduan dengan izin, Accreditation Guideline of Medical Programme yang di formulasi oleh JTPPP kesemua institusi pengajian perubatan dalam dan luar negara yang memohon pengiktirafan perlu dinilai terlebih dahulu kebolehan mereka untuk menghasilkan doktor yang berkualiti dan berwibawa yang memenuhi kehendak negara. Lawatan penilaian juga akan dilaksanakan ke institusi memohon bagi mengesahkan perkara tersebut. Hanya setelah institusi tersebut memenuhi kehendak semua minimum garis panduan yang dinyatakan barulah ianya dianugerahkan pengiktirafan. Walaupun setelah diberikan pengiktirafan, lawatan pemantauan secara berkala seterusnya akan dilaksanakan kepada semua institusi pengajian perubatan dalam negara yang telah diluluskan atau diiktiraf bagi memastikan pematuhan kepada piawaian-piawaian yang telah ditetapkan.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Demi memastikan penghasilan graduan yang bermutu, JDBPP juga telah mengimplementasikan program penilaian pegawai perubatan siswazah. Di bawah program ini, mereka dinilai pada satu dan dua bulan pertama memulakan latihan, keputusan penilaian seterusnya akan menggambarkan pengajian yang diberikan institusi asal kepada pelajar mereka. Tuan Yang di-Pertua, kesemua graduan perubatan dari dalam dan luar negara diwajibkan untuk menyertai program latihan pegawai perubatan siswazah – houseman, yang merupakan satu keperluan di bawah Akta Perubatan 1971. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada graduan perubatan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan prosedur-prosedur asal teknikal supaya mereka dapat diperakukan sebagai pegawai perubatan yang kompeten dan selamat kerana tugas mereka melibatkan nyawa dan kualiti hidup pesakit. Bagi meningkatkan lagi kualiti pegawai perubatan siswazah, tempoh latihan siswazah telah dilanjutkan dari satu tahun kepada dua tahun mulai tahun 2008. Dalam tempoh ini, pegawai perubatan siswazah perlu menjalani latihan enam disiplin utama iaitu: (i) medical; (ii) pembedahan; (iii) obstetrics and gynecology; (iv) pediatrik; (v) ortopedik; dan (vi) perubatan kecemasan dan trauma (A&E) atau anestesia, selama sekurang-kurangnya empat bulan bagi setiap posting. Semasa menjalani latihan ini, mereka akan dibimbing oleh pakar perubatan dalam memberikan perubatan kepada pesakit meliputi semua aspek, dan turut dibantu oleh pegawai perubatan senior iaitu specialist. Prestasi mereka meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap akan dipantau secara berterusan dan penilaian dibuat secara berkala berdasarkan pemerhatian semasa mereka melaksanakan tugas-tugas rutin di wad, klinik, bilik bedah dan lain-lain termasuklah prosedur-prosedur yang perlu dilakukan mengikut keperluan yang ditetapkan di dalam buku log. Bagi pegawai perubatan siswazah yang tidak dapat menunjukkan prestasi yang memuaskan, iaitu setiap empat bulan di dalam satu bidang, jika dia tidak boleh lulus di dalam bidang tersebut during the houseman period, mereka tidak akan diberikan peluang untuk membuat di dalam bidang yang lain. So every four months, we have to evaluate dan kalau tidak lulus dia buat sekali lagi another four months dan jika tidak boleh lagi selepas a maximum of one year dan dia akan digugurkan sebagai seorang doktor. Pegawai perubatan yang dihasilkan seterusnya perlu menjalani khidmat wajib selama dua tahun lagi di dalam khidmat kerajaan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan keterampilan mereka. So, kita ada dua tahun houseman dan dua tahun lagi compulsory service di semua hospital kerajaan.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Kualiti pegawai perubatan terus dipantau secara berterusan serta terus ditingkatkan sesuai dengan kemajuan teknologi rawatan, kompleksiti penyakit dan keadaan semasa. Berbagai-bagai aktiviti dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, misalnya kursus-kursus mentor-mentee untuk doktor-doktor muda, peningkatan tadbir usus klinikal kepada pakar perubatan, kursus pentauliahan pengarah hospital, program perkembangan profesional berterusan (CPD), penerapan budaya korporat dan sebagainya, program jaminan kualiti dengan pelbagai inisiatif peningkatan kualiti terus dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain daripada itu, bagi memastikan keselamatan pesakit, kerajaan telah mewujudkan Majlis Keselamatan Pesakit - Patient Safety Committee. Sekian, terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa doktor sama ada doktor berijazah ataupun yang lain mestilah menunjukkan sikap tidak mendatangkan keburukan ke atas semua pesakit, ‘primum non nocere’ - first, do no harm... [Disampuk] Itulah doktor jangan mendatangkan keburukan ke atas sesiapapun. Bolehkah Yang Berhormat menjelaskan sebab musabab wujudnya sesetengah doktor yang tidak mempunyai kualiti di negara ini, dan walaupun Yang Berhormat berikhtiar untuk menunjukkan jawatankuasa ini dan itu serta pelbagai jawatankuasa, dan untuk kita meninjau hampir 30,000 hospital termasuk lebih 3,000 houseman. Bagaimanakah kita dapat memastikan - yang disebutkan tadi itu untuk masa hadapan, saya berharap pada masa hadapan tidak wujud keadaan yang terdapat pada masa sekarang serta bolehkah Yang Berhormat memastikan semua yang telah dilatih di negara ini ataupun graduan daripada negara-negara luar termasuk di Rusia?...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Mesir, Rusia dan sebagainya boleh kembali ke sini menunjukkan kualiti yang diharapkan.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kepong kerana prihatin dengan kualiti doktor di dalam negara kita. Kementerian Kesihatan dan juga MMC akan memastikan bahawa kualiti kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Tidak dapat dinafikan kadar peningkatan bilangan institusi yang menawarkan pengajian perubatan telah pun meningkat. Kalau dahulu di dalam Malaysia, lima universiti sahaja tetapi sekarang sudah meningkat kepada 20 lebih, sama ada universiti awam dan juga universiti swasta, tambahan pula daripada luar negara. Di luar negara, kita mempunyai 34 buah negara di mana kita menghantar pelajar-pelajar kita ke luar negara, iaitu 375 institusi pengajian perubatan - university and medical colleges, throughout the whole world, 375. Oleh itu memang tiap-tiap satu kita lakukan penilaian dan memang beban itu amat besar, pemantauan kualiti penyampaian pengajian perubatan oleh institusi-institusi luar negara agak sukar dilaksanakan secara berkala, with 375 university and colleges. So, memandangkan faktor geografi, logistik dan kos yang tinggi yang diperlukan untuk menghantarkan panel penilai ke negara-negara tersebut, dengan mengambil kira Kerajaan Malaysia kini telah recognize so many universities, kita di dalam proses meminda Akta Perubatan 1971. Pada masa akan datang, satu pindaan yang akan dilakukan adalah dengan memansuhkan Jadual Kedua yang menyenaraikan kesemua 375 institusi pengajian perubatan yang diiktiraf melalui pendekatan ini. Pelajar boleh mengikuti pengajian perubatan di mana-mana institusi pilihannya di seluruh dunia, dengan syarat memperoleh sijil dengan izin, Non Objection Certificate daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Kemudian setelah graduate, pelajar balik ke negara menduduki satu exam, dengan izin, licensing examination bagi memastikan kebolehan mereka berfungsi sebagai doktor yang berkualiti dan berwibawa. Setelah lulus licensing exam, mereka ini akan layak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC). So that is another - most of the country now in a develop world, most of the student will go through the licensing exam. So, Malaysia sekarang juga bercadang untuk mengadakan licensing exam for all the doctor untuk mengenal pasti daripada luar negara ke negara kita mencapai kualiti yang kita kehendaki.

Kedua, memandangkan bilangan universiti telah meningkat, kita hendak memperkenalkan moratorium terhadap pembentukan program pengajian perubatan baru oleh institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Melalui moratorium ini, pembentukan program pengajian perubatan baru oleh IPT-IPT tempatan akan dibekukan bagi tempoh tertentu untuk mengelakkan penghasilan graduan perubatan yang berlebihan dan kualiti yang menurun. Kita tiada masalah teaching staff dan masalah training in all hospital. Sekarang ada 41 hospital yang membolehkan houseman menjalankan practical training. So, jika universiti terus meningkat kita akan kekurangan hospital untuk latihan houseman kita. Terima kasih.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, soal doktor pelatih. Doktor pelatih ialah doktor pelatih yang kita arahkan dia bekerja sambil belajar.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Apa yang berlaku di hospital sekarang ini Yang Berhormat, dia banyak bekerja kurang belajar. Oleh kerana beban tugas kerja itu terlampau banyak, kadang-kadang ada doktor pelatih yang bertugas sampai 36 jam berterusan. Mana mungkin dia boleh meningkatkan kualiti pembelajarannya kalau bekerja begitu banyak. Boleh atau tidak kementerian Yang Berhormat menjadualkan berapa had maksimum seorang doktor pelatih itu boleh bertugas dalam satu hari? Supaya membolehkan mereka menumpukan bukan sahaja secara praktikal tetapi juga melihat fakta-fakta ilmiah untuk memantapkan pembelajaran mereka, latihan mereka supaya dapat disusun dengan baik. Sekarang apa yang berlaku ialah sampaikan pegawai- pegawai, jururawat pun nampak jadi bos tetapi doktor pelatih ini seolah-olah dibuli di hospital. Boleh tidak diatur jadual dengan baik?

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Memang Kementerian Kesihatan ada mengadakan jadual untuk semua houseman kita dan mereka perlu melalui latihan setiap bidang ortopedik, ANE, medical, semua tiap-tiap sektor empat bulan dan specialist yang bertanggungjawab akan memerhatikan mereka lulus dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti. Memang di dalam hospital ini sebagai houseman mereka digalakkan untuk menjalani practical, hands on is no longer theory. It is has to be practical dan perlu menjalankan kerja-kerja kalau dia hendak menjaga ANE kena hands on bidang kerja ini dan kita telah tetapkan tidak boleh melebihi on call session satu minggu tiga kali on call. It cannot be more than that because kita memang ada jadual-jadual yang tertentu untuk – dan on call memang kita galakkan houseman menjalani untuk mereka memahami kerja sebagai seorang doktor. Oleh itu, saya hendak memberi penegasan di sini bahawa semua houseman dalam hospital kita diberi pendedahan yang cukup untuk mereka menjalani latihan menjadi seorang doktor yang berkualiti. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 7 – Y.B. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) tidak hadir]

Che Uda bin Che NikPAS · PRSik · question

8. Tuan Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, sejauh mana kementerian sebenarnya mampu mengawal selia harga barangan utama bagi memastikan barang-barang ini berada pada harga berpatutan dan tidak membebankan pengguna, apakah masalah yang menyebabkan rakyat berpendapat kementerian sebenarnya tidak mampu mengawal keadaan ini.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin memohon untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat secara bersekali kerana semuanya adalah menyentuh isu kenaikan harga barangan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Ahli-ahli Yang Berhormat dan pertanyaan-pertanyaan yang dimaksudkan adalah Yang Berhormat Pulai pada 17 Mac, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Setiu pada 24 Mac, Yang Berhormat Pasir Mas pada 28 Mac, Yang Berhormat Telok Intan pada 30 Mac dan Yang Berhormat Indera Mahkota pada 6 April.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, sebagai makluman Dewan, saya ingin memaklumkan bahawa tidak semua harga barangan pengguna dikawal oleh kerajaan. Kementerian mengawal harga sebilangan barangan secara undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga 1946 seperti gula bertapis kasar dan halus. Manakala minyak masak, gandum, petrol RON95, diesel dan LPG dikawal secara pentadbiran di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu dengan mengenakan syarat di dalam lesen. Manakala produk-produk yang lain daripada tujuh barangan tersebut tidak dikawal oleh kerajaan dan ia tertakluk kepada harga pasaran. Permintaan dan penawaran ke atas barangan masih merupakan unsur utama di dalam penentuan harga sesuatu barangan pasaran, di samping faktor kos yang mempengaruhi, termasuklah kenaikan harga bahan-bahan input. Kenaikan harga barangan utama adalah disebabkan oleh peningkatan harga pasaran komoditi dunia yang mana ia adalah di luar bidang kuasa kerajaan. Kebanyakan bahan mentah barang utama adalah diimport dari negara luar. Antara faktor peningkatan harga komoditi makanan dunia adalah kerana populasi dunia dianggarkan meningkat sebanyak 4 peratus setahun sedangkan kapasiti pengeluaran makanan hanya meningkat sebanyak 1 peratus, hingga 2 peratus sahaja. Antara faktor lain yang menyumbang kepada fenomena krisis makanan global ini ialah yang pertamanya berlaku bencana alam seperti kemarau di Rusia, Kazakhstan dan negara-negara Eropah, banjir di India dan Australia, larangan eksport barang komoditi oleh negara pengeluar seperti Rusia dan India. Misalnya Rusia menghentikan eksport gandum mereka, begitu juga dengan India menghentikan eksport bawang merah mereka apabila bawang merah dimusnahkan oleh banjir besar yang berlaku di negara pengeluar iaitu di India. Keadaan pergolakan politik yang tidak stabil di negara-negara pengeluar juga merupakan punca. Walaupun tiada undang-undang yang boleh mengawal semua harga barangan tetapi bagi membantu rakyat menangani isu kenaikan harga barang keperluan, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dan strategi. Pertamanya ialah mengawal harga barang kawalan yang merupakan barangan keperluan asas seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan juga bahan api. Kedua, mengawal harga barang perlu semasa musim perayaan supaya harga barangan seperti daging, ayam, bawang, telur dan sayur-sayuran adalah mencukupi dan tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga yang mengambil kesempatan sewaktu musim perayaan. Ketiga, mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan industri yang berkaitan bagi menerangkan tentang isu kenaikan harga dan meminta supaya industri tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Dalam masa yang sama cuba menambahkan bekalan. Keempat, memantau dan menguatkuasakan secara berterusan yang dilakukan oleh Pegawai Pemantau Harga dan Pegawai Penguat kuasa bagi memastikan harga dan bekalan stabil. Kelima, seperti yang telah di ketahui oleh Ahli Dewan bahawa kerajaan telah pun memperkenalkan dan Dewan telah pun meluluskan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi membendung amalan pencatutan di kalangan peniaga. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini hanya akan dikuatkuasakan pada 1 April 2011 ini. Bagi soalan kedua, mengenai apakah yang menyebabkan rakyat berpendapat kementerian sebenarnya tidak mampu mengawal keadaan ini, adalah kerana salah tanggapan rakyat mengenai kuasa kerajaan di dalam memastikan harga barang ini dapat dikawal dan sebagainya. Rakyat berpandangan bahawa kerajaan mempunyai satu akta khusus untuk mengawal semua harga barang tetapi sebenarnya seperti yang saya jelaskan tidak ada akta yang mengawal kenaikan harga selain daripada tujuh produk yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Terima kasih jawapan yang lengkap dari Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak timbulkan di sini, selalunya untuk barang-barang kawalan tadi kerajaan mempunyai perjanjian jangka panjang dengan pengeluar-pengeluar. Jadi mengapa apabila tiba masa tertentu harga ini naik juga? Berikutnya, saya ingin tahu juga kedudukan Pegawai Pemantau Harga yang pernah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri di suatu ketika dahulu? Kedudukan status terkinilah, kedudukan Pegawai-pegawai Pemantau ini. Terima kasih.

Terima kasih. Sebenarnya dari segi perjanjian jangka panjang hanya beberapa produk seperti gula misalnya mempunyai perjanjian jangka panjang – long term contract itu yang untuk makluman akan tamat pada tahun 2011 ini dan ia bukan 100 peratus import gula yang mempunyai perjanjian jangka panjang tetapi hanya 70 peratus.

Mengenai pegawai pemantau harga, setakat hari ini pegawai pemantau harga masih lagi dianggap sebagai pegawai kontrak yang disambung setiap tahun. Walau bagaimanapun, pihak kementerian sedang di dalam proses berbincang dengan pihak JPA dan sebagainya supaya kalau boleh kita jadikan pegawai pemantau harga itu sebagai pegawai jawatan tetap. Walau bagaimanapun, ia masih lagi di dalam tindakan. Tugas mereka adalah seperti yang sedia maklum bahawa merekalah yang akan memantau dan memberikan makluman kepada pihak kementerian jika ada produk-produk yang mengalami kenaikan harga, dalam masa yang sama juga membuat analisa tentang harga ini, punca kenaikan dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman BakriUMNO · BNSabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya ajukan soalan tambahan, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Sabak Bernam ke Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya kepada Menteri, sejauh manakah stok penimbal perusahaan mampu mengatasi masalah kekurangan keperluan harian untuk jangka masa panjang? Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menghasilkan produk makanan nasional bagi mengelakkan isu penyorokan yang akan menyumbang pada kenaikan harga barang? Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak mempunyai stok penimbal untuk semua produk. Kita hanya mempunyai stok penimbal untuk beras sahaja. Setakat hari ini, beras sahaja yang mana stok penimbal beras boleh bertahan selama tiga bulan. Manakala yang lain-lain tidak ada stok penimbal lagi. Daripada segi produk – tentang polisi produk makanan nasional dan sebagainya, saya tidak dapat menjawabnya kerana daripada segi soal makanan dan sebagainya, ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mungkin mereka mempunyai jawapannya. Insya-Allah, kalau Yang Berhormat inginkan jawapannya saya akan dapatkan daripada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

9. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah pemantauan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap setiap laman web rasmi yang dikendalikan operasinya oleh syarikat-syarikat swasta memandangkan terdapat rungutan yang disuarakan oleh pelbagai pihak dari segi kurangnya kemantapan corporate look dan user-friendly.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Saya mohon menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan yang sama oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Katil yang dijadualkan pada 30 Mac 2011, Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Pemantauan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap setiap laman web rasmi sama ada yang dikendalikan operasinya secara in house ataupun oleh syarikat-syarikat swasta adalah mengikut mekanisme pemantauan yang telah diwujudkan seperti berikut: (i) penubuhan Jawatankuasa Pemandu Laman Web Sektor Awam oleh MAMPU bagi membantu agensi meningkatkan pengurusan dan kualiti laman web dan meningkatkan kedudukan laman web dalam penarafan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak; (ii) penilaian dijalankan di peringkat kebangsaan oleh Multimedia Development Corporations (MDeC) berasaskan kriteria penilaian oleh Brookings Institution ke atas 1,000 laman web agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan; (iii) penyaluran maklum balas secara berkala daripada kementerian, agensi PBT yang terlibat secara langsung dengan pengendalian laman web/portal oleh syarikat swasta; dan (iv) menjalankan User Satisfaction Survey dan Public Opinion Surveys setiap tahun bagi mengumpul maklumat untuk menambah baik laman web/portal kementerian, agensi PBT dari semasa ke semasa. Di samping itu, bagi meningkatkan kualiti laman web secara berterusan, kerajaan sentiasa memastikan agensi mengamalkan amalan terbaik daripada aspek pembangunan, penyelenggaraan dan tadbir urus laman web dengan berpandukan kepada Pekeliling Am Bil.1/2000/6 Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam. Pemantauan yang dijalankan oleh kerajaan serta penilaian secara berkala ke atas laman web/portal sektor awam mendapati prestasi syarikat-syarikat yang dilantik telah meningkat walaupun masih ada ruang untuk ditambah baik. Ini terbukti daripada peningkatan bilangan laman web yang mendapat penarafan lima bintang dari tahun ke tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, dalam keadaan yang serba canggih dalam dunia siber, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mendekatkan laman web dengan generasi muda supaya Program Transformasi Kerajaan dan konsep rakyat didahulukan serta pencapaian diutamakan dapat dilaksanakan secara berkesan? Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui bahawa perkembangan laman-laman web ini dalam dunia ICT yang berkaitan dengan kerajaan itu, belum mengorak langkah ke arah mendekatkan diri dengan generasi muda daripada segi siber dalam konsep Twitter, Facebook dan pelbagai peralatan dan perkakasan komputer yang telah berkembang dengan begitu cepat, pantas dan canggih. Dalam hal ini, saya rasa mungkin kita perlu buat satu transformasi ICT antara kerajaan dengan rakyat jelata. Ini kerana hampir 6,000 atau 7,000 juta orang muda akan kini menjadi ejen utama dalam pembangunan negara. Persepsi golongan ini sangat penting untuk dunia politik dan sosioekonomi. Maka kita perlu lihat semula apakah transformasi yang perlu kita buat dalam laman-laman web supaya sesuai dengan psiki dan sosial, culture orang muda ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana konsep ini satu yang baru yang perlu diteroka dan didalami secara serius. Kalau tidak persepsi yang akan salah kerana kita buat banyak perkara dalam agensi tetapi tidak sampai ke bawah kerana Twitter dan ada pihak sebelah sana yang macam-macam dia buat. Dia swinging dan ini perlu kita tangani kerana kita buat kerja ikhlas tetapi tidak publicize. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kerajaan dalam arah melaksanakan e-Government, kerajaan elektronik. Setahu saya ada laman web MyEG dan Rilek yang mengendalikan beberapa urusan pihak jabatan seperti JPJ, Imigresen, TNB dan baru-baru ini PDRM, apabila orang ramai bergegas ingin membayar, juga melalui MyEG tetapi sistemnya crash.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi, persoalannya yang ingin saya timbulkan adalah beberapa perkara berkaitan dengan laman web MyEG dan Rilek ini. Mengapakah apabila orang ramai berurusan dengan laman web ini, sebagai contohnya membuat bayaran PDRM – saman. Mereka dikenakan caj. Setiap saman yang mereka bayar dibebankan dengan RM2. Bukankah ia satu galakan oleh kerajaan, orang ramai menggunakan elektronik untuk berurusan. Akan tetapi mereka dibebankan dengan caj tambahan. Kalau ada sepuluh saman, semakan dalam laman web MyEG, mereka perlu bayar melalui laman web ini - mereka di caj sepuluh saman, RM20 sebab setiap saman dikenakan caj tambahan. Kedua, keselamatan maklumat orang ramai. Ketiga, berkenaan dengan apakah dengan MyEG ada pengurangan pengambilan kakitangan awam? Ini tiga perkara. Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Baik, yang pertama saya bersetuju bahawa apabila kita punya pembayar saman ini begitu ramai sekali, ribu-ribu, maka sistem itu kadang-kadang tidak mampu untuk mengendalikan. Kadang-kadang apabila ramai masuk sekali gus dan budaya kita akan bayar last minute. Kita tidak akan lebih awal. Maka ini berkaitan dengan sikap dan pandangan ini. Maka, saya setuju bahawa keadaan sistem itu tidak dibina untuk menerima traffic yang begitu tepu, saturated traffic. Maka, kita kena upgradelah berdasarkan kepada begitu ramai.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Kedua, mengenai RM2. Saya minta kepada Yang Berhormat Batu Gajah untuk memaklumkan dan membuat syor kepada Menteri KDN supaya kurangkan beban ini. Akan tetapi ini adalah sebagai deterrent factor, bukan untuk – kerajaan tidak akan jadi kaya dengan RM2 ini. Itu adalah satu konsep deterrent untuk memberi mereka satu persepsi untuk cepat bayar. Akan tetapi kalau ikhlas...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini tidak ada kaitan deterrent.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau bayar hari biasa juga dikenakan RM2.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak beri jalan Yang Berhormat.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Batu Gajah, saya katakan pandangan itu baik dan tolong syorkan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tidak faham, saya cuba jelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Ketiga itu dari segi keselamatan, saya tidak berapa jelas Tuan Yang di-Pertua. Maka, itulah lebih kurang. Jangan marah-marah Yang Berhormat Batu Gajah, nanti cepat tua. Yang Berhormat masih cantik lagi. Terima kasih.

Nasharudin bin Mat IsaPAS · PRBachok · question

10. Tuan Haji Nasharuddin Mat. Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan, objektif penganjuran Persidangan Mufti-mufti Negara ASEAN Kali Pertama dan Ijtima’ Mufti dan Ahli-ahli Majlis Fatwa Seluruh Negara Kali Pertama yang bakal diadakan pada tahun ini.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Persidangan Mufti-mufti Negara ASEAN yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2011 di mana objektif penganjuran Persidangan Mufti-mufti Negara ASEAN ini adalah seperti berikut: (i) untuk mengukuhkan jaringan lestari yang strategik antara institusi-institusi fatwa di negara ASEAN;

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri

(ii) bagi mewujudkan perkongsian pintar dan dialog intelek dengan para mufti dan ilmuwan daripada institusi fatwa dalam dan juga luar negara ke arah membina sebuah institusi kefatwaan yang berwibawa dan berwawasan; dan (iii) bagi membolehkan mufti-mufti untuk bertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam di seluruh negara dan di seluruh dunia ke arah mewujudkan perpaduan yang mantap di kalangan umat Islam. Manakala soalan yang kedua berkenaan dengan Ijtima’ Mufti dan Ahli-ahli Fatwa Seluruh Negara Kali Yang Pertama dijangka akan diadakan pada akhir bulan Mac 2011 ini di mana objektif penganjuran ini adalah seperti berikut: (i) bagi mewujudkan medium perbincangan dan percambahan fikrah yang menyeluruh dengan para mufti dan semua ahli jawatankuasa fatwa di Malaysia; (ii) bagi mewujudkan mekanisme kesepakatan dan hubungan kerjasama yang padu dengan semua institusi fatwa di Malaysia bagi memperkukuhkan fungsi dan peranan fatwa di kalangan umat Islam; dan (iii) bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai peranan dan kedudukan semasa institusi fatwa di Malaysia ke arah mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan. Kedua-dua program yang telah disebutkan dianjurkan buat julung kalinya bagi memantapkan lagi sistem pengurusan hal ehwal kefatwaan di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan tamat]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Pengambilan Tanah Tapak Pasar Bukit BintangUrgent matter

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan hormat, saya Ahli Parlimen kawasan Bukit Bintang ingin mengemukakan usul di bawah perkara 18(1), Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan satu perkara tertentu, kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan iaitu tindakan kerajaan mengambil tanah dan menjadikan tapak Pasar Baru Bukit Bintang dan Pasar Rakyat untuk diserahkan kepada 1Malaysia Development Berhad untuk membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Perkara ini tertentu kerana tapak Pasar Baru Bukit Bintang yang menempatkan 150 orang penjaja yang menjual barang-barang keperluan harian dan gerai-gerai makanan bagi penduduk-penduduk di kawasan Bukit Bintang sejak berdekad-dekad lalu yang ditadbir oleh DBKL. Plaza Rakyat diambil 1Malaysia Development Berhad untuk dibangunkan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Perkara ini kepentingan orang ramai kerana ia menyebabkan orang ramai yang menjadi pelanggan di pasar tersebut kehilangan tempat membeli belah barang keperluan harian mereka yang berdekatan. Apa yang teruk ialah penjaja dan peniaga kecil akan hilang sumber pendapatan mereka jika kerajaan tidak menempatkan semula para penjaja dan peniaga kecil ke pasar baru yang dekat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Perkara ini perlu disegerakan kerana Pasar Rakyat telah memberi notis kepada para penjaja dan peniaga kecil untuk mengosongkan tapak tanpa menawarkan mereka tapak pasar baru yang menyebabkan mereka hilang pendapatan. 1Malaysia Development Berhad tidak sepatutnya mengambil tanah Pasar Rakyat tanpa memperuntukkan pampasan atau ganti rugi kepada para penjaja. Perbuatan ini seperti merompak si miskin untuk kepentingan si kaya. Oleh yang demikian, para penjaja mendesak supaya mereka dikekalkan meniaga di Plaza Rakyat dan pasar Bukit Bintang sehingga satu penyelesaian bagi semua penjaja dan peniaga kecil mendapat pasar baru yang dekat di kawasan 105 ekar bekas kuarters kakitangan kerajaan Jalan Imbi Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Bukit Bintang pada hari Selasa, 8 Mac 2011. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbang oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati dengan beberapa perkara yang

(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Perkara mengenai penempatan semula peniaga-peniaga di Pasar Baru Bukit Bintang dan Pasar Rakyat yang kini berniaga di tapak pembangunan Kuala Lumpur International Financial District berada dalam peringkat rundingan. Adalah difahamkan bahawa pihak 1Malaysia Development Berhad sedang berusaha untuk mencari penyelesaian demi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat. Oleh itu, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongUrgent matter

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal

Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”9 Mac 2011] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin wassolawatu wassalamu ‘ala as-syarafil anbia’i wal- mursaleen wa ‘ala aalihi wasohbihi ‘ajmai’een. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon bersama-sama Yang Berhormat dari kawasan Jasin dan rakan-rakan yang lain menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ucapan merasmikan Dewan ini pada 7 hari bulan yang lalu. Tuanku Agong memulakan titah ucapan dengan melafazkan kalimah syukur ke hadrat Allah SWT. Kalimah ahamdulillah atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecap oleh rakyat dan negara. Tuanku berdoa. Hebat Tuanku kita ini. Selain daripada bersyukur, berdoa. Alangkah bahagianya kita Tuanku yang duduk di singgahsana yang tertinggi dalam negara ini berdoa. Allahuakbar, Allah-Karim.

Alangkah berbahagianya kita, Tuanku yang duduk di singgahsana yang tertinggi dalam negara ini berdoa. Allahuakbar, Allah-Karim. Berdoa mudah-mudahan kemakmuran, keselamatan dan keamanan. Saya ulang sekali lagi supaya benar-benar rakyat faham. Kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dinikmati dan dikecapi oleh rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia berterusan. Kita bukan seperti Mesir, Libya, Tunisia dan Yaman. Jangan ada orang mahu samakan. Mungkin tidak akan boleh disamakan selama- lamanya. Beginilah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bersyukur dan berdoa... [Ketawa] Hebat rakyat Malaysia. Mudah-mudahan semangat kesatuan yang ada dalam negara kita ini digembleng supaya pencapaian yang lebih baik. Pencapaian yang lebih baik. Hari ini sudah baik. Harapan Tuanku yang lebih baik akan dikecapi oleh rakyat dalam semua bidang... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini marilah kita bersama-sama. Itu peranan kita menyokong dan mendukung semua usaha-usaha baik yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Dalam mengendalikan kerajaan negara dan usaha-usaha seperti yang diharapkan dan didoakan oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Ia perlu diingat bahawa politik merupakan asas utama dalam pembentukan kerajaan yang kuat dan berkesan. Pulangannya, sudah semestinya kestabilan itu. Pulangannya akan memberi keamanan dan keharmonian - Yang Berhormat Kepong, keharmonian. Hidup rakyat berbilang kaum dalam negara tercinta ini... [Ketawa] Yang Berhormat Kepong, ini dengar baik-baik. Yang Berhormat Kepong ini orang baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hah! Beliau bangun pula Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Saya puji sahaja dan tidak perlulah, Yang Berhormat Kepong duduklah. Ini ucapan pembukaan. Itulah kelakuan baik. Yang Berhormat Ipoh Barat saya tidak tahu tetapi Yang Berhormat Kepong... [Ketawa] Yang Berhormat Ipoh Barat kalau mahu keluar, keluar sahajalah. Apa yang sedang dinikmati oleh rakyat ini datangnya dari kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab yang tinggi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tanggungjawab dan kebijaksanaan ini disambut pula oleh semua rakyat yang mementingkan keharmonian, perpaduan, keamanan dan kesejahteraan. Rakyat yang begini menyokong terus gagasan yang dilakukan dan akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat cuma mungkin tidak disenangi Yang Berhormat Pontian, mungkin tidak disenangi oleh setengah-setengah pihak. Itu sebabnya boleh dikatakan Tuan Yang di- Pertua, sama-sama kita lalui, semua perkara cuba dipolitikkan... [Ketawa] Mungkin orang itu bunuh diri, dipolitikkan. Mungkin terjun dari mana-mana agaknya, dipolitikkan. Cerita pokok diketepikan tetapi cerita ini - Agaknya dalam negara dunia ini, Malaysia ini hebat orang main politik. Pilihan raya pula pun dia politikkan. Ada pilihan raya halal dan haram, astaghfirullah.

Ini kita bacalah kenyataan-kenyataan orang-orang tertentu dan yang pelik-pelik. Buku novel pun dipolitikkan Tuan Yang di-Pertua. Masjid, surau dan rumah ibadat dipolitikkan. Kalimah Allahu Akhbar dipolitikkan. Syurga, neraka, Munkar dan Nakir pun dipolitikkan. Tuan Yang di-Pertua faham Munkar dan Nakir ini? Munkar dan Nakir pun dipolitikkan. Harga barang pun. Mana ada harga barang turun. Dahulu 5 sen dan 10 sen orang pakai tetapi sekarang berilah anak 10 sen mahu lihat, betul? Harga barang naik. Harga barang naik ini kadang-kadang bagus. Saya tidak ke mana-mana... [Ketawa] Ini harga barang naik... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, rakan saya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Gading sedarkah bahawa di mana-mana pun dunia demokrasi ada pembangkang. Akan tetapi kita lihat pembangkang dia progresif. Ia memberi input yang baik kepada kerajaan dan langkah- langkah murni diambil oleh kerajaan akan disokong dan didukung tanpa berbelah bahagi. Akan tetapi kita lihat pembangkang di negara kita ini, mereka pokoknya bangkang. Apa pun yang baik dia bangkang. Lelaki atau perempuankah, apa yang kerajaan buat baik pun salah. Bangkang juga. Keselamatan dan ekonomi baik pun di bangkang. Pokoknya, dia kata dia mahu memerintah baru boleh berjaya.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

[Menyampuk]

Ini namanya sindrom bangkang... [Ketawa]

Yang Berhormat Sri Gading.

Kena penyakit ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tidak ada yang baik.

Yang Berhormat Sri Gading.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ampang bangun.

Yang Berhormat.

Nantilah...

Sedikit celah.

Saya mahu bincangkan banyak perkara mungkin.

Yang Berhormat Kinabatangan kata tidak ada cadangan yang baik. Ini Buku Jingga ini telah ikut, bukan? Alhamdulillah.

Buku Jingga ke, buku merahkah, atau buku hitamkah semua itu temberang besar. Ia tidak ada apa yang mengagumkan dan rakyat pun di Merlimau dan Trolak juga semua tolaklah. Jinggakah, minggakah, kuningkah... [Ketawa] Astaghfirullah, tidak terbakar.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Syok sendiri bolehlah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Sri Gading.

Tol pun di... Oh! Sahabat saya... [Ketawa] How are you, brother?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Oh! I am very good. Minta laluan.

Saya sangat bangga, anda telah pun sedar dan insaf. Silakan... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sri Gading. Saya pun banggalah kerana rakan-rakan daripada KEADILAN menyedarkan saya. Kalau seorang manusia itu dia sedar, bukan kesedaran itu timbul daripada rakan-rakan dari sebelah yang menentang. Kesedaran itu timbul kerana rakan- rakan yang duduk sama itu terlalu angkuh sehinggakan apabila mahu bicara mereka merasakan orang yang duduk semeja sesama mereka tidak patut bicara. Jadi, keangkuhan itu sehingga dia boleh mencabar kita. Kalau kamu mahu persoal, keluar dan masuk sahaja parti lain... [Dewan riuh] Jadi, dalam tiga tahun Kerajaan Pakatan Rakyat - Selangor dan juga Kedah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya ini Ahli pilihan raya dari Kedah. Mereka keluar dengan Buku Jingga tetapi di Kedah apakah pencapaian mereka? Saya naik pentas dengan Menteri Besar Kedah menjanjikan sekiranya Pakatan Rakyat menang kami akan bagi Thaipusam public holiday hanya untuk menipu orang-orang India supaya mengundi. Tiga tahun, tiga Thaipusam sudah berlalu, itu hari Thaipusam tidak tiba-tiba untuk orang Kedah dan janji macam- macam lagi. Sehingga hari ini Selangor keluarkan Buku Jingga, Parti KEADILAN bangga dengan jingga tetapi di Kedah sekolah Tamil, satu sekolah satu sen pun tidak terima... [Tepuk] Di Selangor dia bagi duit dia kata RM4 juta value for money kata Yang Berhormat Bandar Tun Razak semalam tetapi NGO yang terima duit RM2 juta. Beliau bagi duit kepada NGO, dia rompak duit, beliau kata this is value for money. Memalukan! Bila dibawa dalam parti, Ketua Pembangkang kata I’ll take this disciplinary action. Ketua Pembangkang naikkan beliau taraf ahli biro politik dan bila saya persoal, kalau kamu tidak suka kamu boleh keluar masuk Barisan Nasional beliau kata. Sedihlah. Jangan cerita pasal Buku Jingga lagi.

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mereka terpinga-pinga dengan Buku Jingga... [Dewan riuh]

Yang Berhormat, sahabat kita semua. Yang Berhormat Padang Serai, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih... [Tepuk] Inilah contoh seorang ahli politik yang budiman apabila menyedari bahawa apa yang dilakukan salah, silap, sesuatu yang merugikan rakyat beliau kembali ke pangkal jalan. Tahniah, syabas dan saya harap ramai lagi rakan yang lain yang ada fikiran yang membina silalah ikut jejak Yang Berhormat Padang Serai...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Ampang sedikit hari lagi.

Yang bijaksana...

[Mengangkat tangan]

Sila, Yang Berhormat Rompin hendak masuk?... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rompin tidak bangun Yang Berhormat.

Tidak, pasal beliau angkat tangan tadi. Pasal Duta Amerika ini dia sekali-sekala balik jadi kita bagilah peluang. Tidak ada yang dipolitikkan. Banjir, wang zakat, wang ihsan sehingga isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu gigih membuat kerja-kerja kebajikan dan kebaikan pun dipolitikkan. Wo! Ini satu.

Yang Berhormat Machang hari itu, saya tidak ada. Saya dengar khabar beliau menyentuh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri seolah-olah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menggalakkan orang membaling batu. Maka Yang Berhormat Machang, maka Yang Berhormat Pokok Sena pun kata hendak mengumpulkan batu kalau beliau datang hendak dibaling. Allah, tolonglah. Janganlah kita biadab dengan kepimpinan kita. Kalau kita tidak memberikan contoh yang baik siapa lagi. Mungkin Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengulas maknanya beliau tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku kepada seseorang itu. Bukan beliau menggalakkan. Janganlah sampai kita terdorong nafsu amarah kita menafikan pertimbangan yang baik. Cukuplah itu. Saya masuk bab yang lain pula. Yang Berhormat Timbalan Menteri beliau ada sini. Ini berkenaan akta halal... [Bercakap dalam bahasa Arab] Bawa lekas ke Parlimen. Bawa lekas. Rakyat yang beragama Islam resah dan gelisah. Bukan salah JAKIM, bukan salah sesiapa kerana penipuan peniaga-peniaga yang ambil kesempatan. Makanan, pakaian, perubatan, perhiasan, macam-macam benda yang haram, barangan kulit haram kepada orang Islam tetapi kerana peniaga-peniaga ini tidak mementingkan halal haram ini, yang dia pentingkan ialah keuntungan. Maka saya berharaplah akta halal ini - mengganggulah. Bawa lekas ke Parlimen akta halal ini. Bawa lekas kita bahaskan. Tudung? Ada tudung halal ada tudung haram? Bawa, bawa lekas. Jadi saya hendak merayu kerajaan. JAKIM ini sebuah badan yang penuh tanggungjawab mempunyai beban kerja yang amat besar. Berilah dia bantuan kewangan yang secukup-cukupnya. Saya tidak tahu secukup-cukupnya berapa jumlahnya tetapi bagi saya berilah keselesaan kepada JAKIM kewangan yang agak boleh mereka mengendalikan segala usaha dan segala kegiatan yang mereka pikul. Kalau dibagi peruntukan yang tidak cukup tetapi kemahuan kita, kehendak kita begitu besar apakah daya mereka.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan Yang Berhormat Sri Gading pasal halal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat membangkitkan soal peruntukan harus dibagi kepada JAKIM dalam kita memperkuatkan perkembangan industri halal di negara kita tetapi ada satu lagi selain daripada menjaga kedudukan halal ada satu lagi badan iaitu Halal Corporation yang ditubuhkan oleh kerajaan di mana syarikat ini juga memerlukan peruntukan yang besar bagi membolehkan kita mendapat taraf pemasaran di peringkat global ataupun di peringkat antarabangsa kerana umum mengetahui bahawa halal Malaysia sememangnya amat diinginkan oleh banyak negara. Daripada China dan Thailand sekalipun mereka telah mengiktiraf halal Malaysia dan mereka menganggap halal Malaysia adalah halal yang sebenarnya diiktiraf oleh mana-mana negara Islam dan bukan Islam di dunia ini. Pandangan Yang Berhormat Sri Gading.

Yang Berhormat Arau ini hebat orangnya. Jadi apa yang baik daripada pencelahannya, celah. Mencelah ini banyak yang baik mencelah ini. Jadikan sebahagian ucapan saya. Beralih saya. Ini syarikat insurans. Lamalah pakcik saya menginsuranskan keretanya. Insurans, insurans, insurans sampai 10 tahun syarikat insurans ini sudah kenyang sudah lumayan tiba-tiba dia tidak hendak lagi terima. Apahal ini? Pasal kenderaan sudah lebih 10 tahun. Apahal ini? Dari mula terima, terima, terima 10 tahun tidak hendak terima.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sedikit tentang insurans.

Jemput, jemput.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Sedarkan Yang Berhormat bahawa peniaga di negara ini yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Apa pun benda hendak di insured tetapi apabila berlaku apa-apa kemalangan dan sebagainya berpuluh tahun baru dia selesaikan. Jadi saya mahu minta Yang Berhormat menyarankan kepada kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans di negara ini sama ada luar negarakah, local punya playerkah harus dikaji dan diteliti dan mewujudkan satu jawatankuasa khas memantau operasi mereka sebab mereka ini adalah penipu yang paling besar di negara ini.

Memendekkan masa saya ambil ucapan ini sebahagian ucapan saya. Third party insurance 10 tahun harga yang dibayar lebih tinggi. Harga kereta yang baru lebih rendah. Mana munasabah ini Tuan Yang di-Pertua? Saya harap Bank Negara tengok-tengoklah masalah ini. Ramai rakyat kita di kampung-kampung, di luar bandar rasa satu ketidakadilan kepada mereka. Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan agaknya mewujudkan syarikat insurans yang baru yang boleh menerima insurans-insurans dengan harga berpatutan. Jangan terikat dengan syarikat-syarikat insurans yang ada hari ini seperti mana Yang Berhormat Kinabatangan katakan tadi menipu rakyat. Kereta lama lebih mahal insurans, kereta baru murah.

Come on man Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Saya harap, ini serius ini. Bank Negara, Kementerian Kewangan boleh tidak wujudkan syarikat insurans baru yang lebih mesra rakyat dan mesra pelanggan. Kalau saya namakan, Insurans 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua setuju?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Insurans nyawa pun patut disentuh Yang Berhormat.

Ya, samalah itu Tuan Yang di- Pertua. Apa insurans semualah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada syarikat yang tidak bayar.

Macam-macam barang insurans. Macam-macam di dunia ini Tuan Yang di-Pertua. Insurans yang pelik-pelik pun ada Tuan Yang di-Pertua. Masuk ucapan Tuan Yang di-Pertua sebagai ucapan saya... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tuan Yang di-Pertua tidak berucap, mencelah.

Ya, ya mencelah itu. Berikut, insurans itu fahamlah. Ini kemiskinan bandar Tuan Yang di-Pertua, tidak menafikan tidak mempertidakkan kerja-kerja Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tidak menafikan tidak mempertidakkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tidak menafikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tidak menafikan, mereka membuat kerja-kerja menolong rakyat di bandar tetapi rakyat di bandar masih lagi terasa beban. Boleh tidak ketiga-tiga kementerian dengan cara-cara mereka masing-masing menambah lagi usaha-usaha bagi meringankan beban penduduk-penduduk di dalam bandar. Tidak kiralah Melayu, Cina, India. Cina pun ramai yang miskin, India pun ramai yang miskin, bukan Melayu sahaja. Sama-samalah kita berikan bantuan pertolongan tengok masalah mereka Tuan Yang di-Pertua. Anak naik bas pergi sekolah, bukan lima sen. Pendapatan mereka setakat begitu beban hidup begitu tinggi, tolonglah mereka. Apa yang patut agaknya. Buat sesuatu. Yang lain Tuan Yang di-Pertua, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil sampailah masanya kita kaji semula Skim Bantuan Modal pada sekolah-sekolah ini. Kaji untuk atas nama keadilan sosial, atas pendemokrasian pendidikan. Mereka rakyat Malaysia lahir besar panjang hidup berkhidmat, boleh tidak dikaji semula? Tuan Yang di-Pertua, saya ada 11 jenis sekolah kebangsaan. Saya tengok satu persatu Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu sekolah jenis kebangsaan Tamil. Saya tengok masalah macam-macam yang mereka hadapi. Masalah dewan, kekurangan kelas, peralatan pembelajaran. Marilah, agaknya kita ubah anjakan paradigma... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Paradigm shift.

Ya, untuk keadilan. Berilah mereka bantuan yang lebih. Mana Timbalan Menteri Pelajaran? Janji dewan di sekolah- sekolah Cina saya tidak sampai-sampai. Tidakkan boleh begitu, janji harus ditepati. Kata mesti di kota Tuan Yang di-Pertua. Saya merayu bagi pihak mereka. Saya sedar dan insaf mereka juga pengundi-pengundi yang setia kepada saya. Kenapa saya tidak memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka? Kalau mereka percaya kepada saya, kenapa tidak lebih ganda saya sokong mereka dan memperjuangkan masalah mereka. Inilah saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran boleh mempertimbangkan apa yang saya suarakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kebenaran untuk memberikan saya ruang berucap. Dengan segala senang hati dengan lafaz Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, saya turut menyokong titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku. Ada beberapa isu yang ingin saya membangkitkan dalam perbahasan saya. Pertamanya adalah mengenai isu rasuah. Rasuah ini satu penyakit yang berakar umbi di negara kita. Ini telah dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Sejak kebelakangan ini kita tengok ada beberapa orang kenamaan, orang besar yang telah dituduh seperti Tun Dr. Ling Leong Sik, Datuk Chan Kong Choy. Akan tetapi saya meneliti dakwaan yang dibuat terhadap mereka bukan atas dakwaan rasuah, tetapi atas dakwaan menipu Kabinet. I bet my bottom dollar they are going to fail in the case. The prosecution is going to fail in the case kerana ini adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal. Kita juga tengok ada Dr. Mohamad Khir Toyo memiliki satu rumah yang kononnya bernilai RM20 million lebih yang telah didakwa di mahkamah. Nampaknya ada sedikit tindakan yang diambil. Akan tetapi Dr. Mohamad Khir Toyo memiliki satu rumah yang bernilai RM20 juta lebih adalah satu ikan bilis jika dibandingkan dengan ahli keluarga Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang memiliki hartanah di negara-negara lain yang bernilai berbilion-bilion. Kenapa tidak ada tindakan, siasatan diambil terhadapnya. Saya akan menyampaikan laporan yang dibuat dalam Sarawak Report. Satu website whistleblower website di mana ahli keluarganya dilaporkan telah memiliki satu shopping complex di Ottawa, Kanada. Shopping complex, bukan satu unit apartment. Satu shopping complex di Ottawa yang bernilai beratus-ratus juta USD. Juga di USA San Francisco juga ada commercial blocks yang sekarang disewa kepada CitiBank, FBI dan di London juga ada beberapa commercial blocks and luxury flats. Nilainya berbilion-bilion. Di Australia juga saya telah bangkit dahulu. Di Australia, Adelaide bangunan Hilton Hotel telah dimiliki oleh syarikat keluarganya Syed Host Private Limited dan bagaimana ini tentang pemilikan hartanah keluarganya telah dibuat laporan kepada MACC. Kenapa tidak ada siasatan?...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bandar Kuching. Adakah berita ini sama atau kena mengena dengan satu yang dikeluarkan dalam banyak blog dan sebagainya mengatakan ada seorang yang bertaraf kekayaannya mengatasi lebih kaya daripada orang yang terkaya dalam dunia yang dinamakan seperti Sultan Brunei.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kalau betul yang ini ada kena mengena dengan cerita ini, saya rasa kita patut rayakan kejayaan beliau sebab beliau sudah menjadi orang nombor satu kaya dalam dunia. Apa pandangan Yang Berhormat Bandar Kuching?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Memang beliau sudah menjadi seorang yang terkaya di dunia ini, tetapi at whose expense, at whose expense?

Rakyat Sarawak!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

At the expense of the Sarawakians!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kekayaan kita telah dirompak! Oleh itu, kalau MACC dapat siasat Khir Toyo kerana dia memiliki satu unit rumah yang bernilai lebih kurang RM20 juta lebih, kenapa tiada siasatan ke atas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud?

Ini pilihan raya kita tukar beliau.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Adakah kerana beliau menguasai 29 buah kerusi Parlimen supaya BN dapat menjadi kerajaan, oleh itu beliau dibiarkan begitu sahaja? Kita tengok Teoh Beng Hock. Apa yang beliau disiasat atas? Beliau disyaki terlibat dalam satu kes rasuah sebanyak RM2,400... [Disampuk] Beliau disiasat hingga beliau dilempar, dibuang daripada tingkap 14.

Beliau saksi sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Beliau bukan suspek, beliau saksi sahaja. Sekarang kita tengok ada laporan Teoh Beng Hock. Saya tidak akan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, caution yourself on that, okay?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat kata beliau terjun, dilempar...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan sebut tentang merit of that case.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Alright, alright, I’ll stop that. Saya tidak akan sebutkan kes Teoh Beng Hock lagi. Akan tetapi saya akan sebutkan kes Taib Mahmud.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, beliau tidak boleh - tidak boleh sebut tadi itu Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh sebut.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini - Ya nanti, nanti. Ini hal Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Nanti ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Bandar Kuching, saya mahu tanya sedikit, boleh? Mengenai kes Teoh Beng Hock, memang betul kita tidak boleh sebut. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, semua orang tahu Teoh Beng Hock telah mati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, I have cautioned him, we do not have to open verdict, okay?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya, memang tahu telah mati. Akan tetapi tahu tidak bunuh diri, tidak dibunuh tetapi mati. Saya ingat dia mati pucuklah. [Ketawa]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Why, why open verdict?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya juga tegur Yang Berhormat untuk tidak perlu menyebut kes itu lagi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, ya. Saya tidak akan menyebut kes Teoh Beng Hock.

Inilah sikap KEADILAN.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kebelakangan ini...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini Malaysia boleh. Malaysia telah mencatatkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat?

Tidak bagi, tidak bagi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak bagi, tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini, Sarawak business mencatatkan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

About Sarawaklah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kedudukan kelima dalam dunia ini...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hei, mahu cuba masuk Sarawaklah!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Atas mengenai illicit financial outflow. Itu wang haram yang dikeluarkan daripada negara kita. Di antara negara-negara developing country, we rank number five in the world. Daripada tahun 2000 hingga tahun 2008, lebih kurang sejumlah RM889 bilion telah dikeluarkan daripada negara kita dengan secara haram. Adakah ini juga sebahagian daripada duit haram ini adalah berkenaan dengan keluarga Taib Mahmud? Ini kerana bagaimana keluarganya dapat memperoleh wang begitu banyak hingga boleh membeli property di Kanada, di USA, di London, di Australia berbilion-bilion ringgit? Dari mana beliau memperoleh duit ini? Dari Sarawak? Dari Malaysia? Dikeluarkan dari Malaysia ke negara masing-masing itu untuk membeli property tersebut. Adakah Bank Negara sudi siasat? Adakah MACC sudi siasat? Saya tahu ada beberapa orang sudah membuat laporan kepada SPR. Apakah tindakan yang telah diambil? What is the status of the investigation? Sama ada investigation telah diambil dan saya ingin mendapatkan satu jawapan daripada Menteri yang berkenaan atas perkara yang saya bangkitkan hari ini. Perkara kedua yang saya ingin bangkitkan adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan. Beliau kata dalam satu konvensyen Barisan Nasional yang baru diadakan minggu lalu, beliau kata walaupun itu adalah satu closed door meeting tetapi tidak tahu apa telah jadi. Michael Fong telah diikat di luar dan apa yang dikatakan telah dilaporkan oleh pemberita. Beliau kata, “Saya akan menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya tidak naikkan harga minyak dalam tiga bulan ini sebelum pilihan raya negeri Sarawak.”

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Adakah ini adalah satu niat Kerajaan Barisan Nasional untuk menaikkan harga minyak di dalam jangka masa yang singkat ini? Oleh sebab due to consideration for Sarawak's election yang akan ditangguhkan. Bukankah ini satu penipuan ke atas rakyat? Pilihan raya datang, kita tangguhkan. Selepas pilihan raya naik dua, tiga kali ganda. Walaupun apa yang dikatakan oleh Kerajaan Barisan Nasional mengenai hendak mengurangkan subsidi terhadap rakyat jelata tetapi saya teliti, saya tengok pembaziran masih berterusan. Apa gunanya kita hendak membazirkan RM6 bilion untuk membeli offshore patrol vessels? Beberapa ratus offshore patrol vessels. Apa guna kita hendak membazirkan RM7.55 bilion untuk membeli 200 unit lebih armour wheel vehicles? Kita semua tahu, kita telah dimaklumkan bahawa dahulu pembelian Scorpio submarine, pembelian Sukhoi fighter jet ada wang komisen RM400 bilion. Scorpio itu RM500 bilion komisen yang diberikan kepada orang tengah yang who brokered the deal. Berapakah komisen yang akan diberikan kepada orang tengah dalam transaksi offshore patrol vessels itu yang bernilai RM6 bilion? Berapakah komisen yang akan diberikan kepada orang tengah atas transaksi armour wheel vehicles yang bernilai RM7.5 bilion? Bolehkah kita tahu? Akan tetapi soalan pokoknya, rakyat menderita. Subsidi kepada barangan harian rakyat dikurangkan. Harga barangan harian dinaikkan dan wang-wang itu dibazirkan ke atas perkara-perkara sebegitu dan komisen-komisen yang dibayar kepada orang tengah. Ini adalah tidak munasabah. Ini bukannya rakyat diutamakan. Ini adalah kroni diutamakan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai disiplin murid-murid di SMK Sungai Tapang, Kuching. Kebelakangan ini saya menerima laporan dan aduan bahawa murid-murid sekolah ini telah diugut oleh kawan mereka di sekolah yang bersahabat dengan orang-orang dari luar, samseng-samseng. Beberapa orang murid terpaksa mencuri duit ibu bapa mereka untuk memberi duit kepada samseng-samseng yang berpakat dengan murid-murid di sekolah mereka. Saya dapati disiplin di sekolah ini amat merosot. Guru-guru dan guru besarnya only strict to the good students sementara terhadap murid-murid yang nakal itu guru-guru pun takut. Guru Besar pun takut sehingga mereka boleh bermaharajalela di sekolah. Beberapa laporan polis telah dibuat dan saya ingin mendapat satu ‘update’ di atas apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dengan segera untuk mengatasi perkara ini. Isu keempat adalah mengenai third party insurance yang telah dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Sri Gading. Saya pun bersetuju dengan pandangan beliau. Saya tengok perkara ini telah wujud dua tahun yang lalu. Pemilik-pemilik kenderaan lama, dua tahun sebelum itu third party insurancenya lebih kurang RM70 hingga RM80. Sekarang ini telah dinaikkan. Bukan dinaikkan tetapi mereka terpaksa membayar RM100 sehingga RM200 untuk mendapatkan satu insurance coverage bagi kereta lama mereka. Walaupun kerajaan berkata sudah beberapa tahun kita tidak menaikkan caj premium third party insurance tetapi pemilik-pemilik kenderaan lama itu terpaksa membeli personal accident insurance, passenger insurance semasa mereka hendak membeli third party insurance. Walaupun Yang Berhormat Menteri Kewangan telah berkata bahawa ianya tidak dibenarkan dan menjadi satu kesalahan yang mana tidak ada syarikat-syarikat insurans yang boleh memaksa seseorang membeli personal accident insurance sekiranya dia tidak mahu membelinya. Akan tetapi ini diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara kita. Adakah Bank Negara Malaysia buta, tidak tahu langsungkah? Ini memang satu hakikat yang berleluasa di negara kita. Syarikat-syarikat insurans memaksa pelanggan-pelanggan mereka membeli accident insurance policy semasa mereka hendak membeli third party insurance. Sekiranya mereka tidak membeli personal insurance policy maka syarikat tidak mahu menjual third party insurance policy kepada mereka. Akhirnya, di situ ada 100 peratus loading charges. Kenapa kerajaan boleh biarkan sudah dua tahun masalah ini dibangkitkan? Masih tidak ada satu solution untuk menyelesaikan perkara ini dan membiarkan syarikat insurans untuk mengeksploitasikan pelanggan mereka. Saya harap dalam jawapan yang akan diberikan dua minggu lagi.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, sila.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih sahabat saya. Saya dengar sahabat saya dari Bandar Kuching hanya menentang tetapi tidak ada cadangan. Biar saya hendak minta Yang Berhormat Bandar Kuching beri cadangan sedikit. Antara perkara yang kita ketahui dalam segala dalam segala accident yang berlaku, pihak yang mendapat keuntungan besar adalah pihak tow truck yang tunggu dan tahu sahaja di mana berlaku accident. Tarik kereta, bawa ke workshop dan kalau tuan punya hendak bawa ke workshop yang lain, tuntutannya ialah RM2,000. Itu 20 tahun dahulu – RM2,000. Hari ini kita tidak tahu berapa ribu ringgit dan accident yang kosnya untuk membaiki digandakan berpuluh kali ganda. Jadi yang wajar dikawal adalah sistem membaiki kereta-kereta accident. Oleh kerana kos meningkat dan insurance company telah membayar begitu banyak maka loading itu dikenakan kepada pelanggan, rakyat yang menggunakan kereta dan motor. Apa yang saya hendak minta dari Yang Berhormat Bandar Kuching, kalau boleh bersama saya, kita cadangkan kepada kerajaan iaitu puncanya yang wajar kita kawal. Ambil tindakan yang tegas untuk mengawal rip-off yang berlaku berpuluh tahun sehingga hari ini dan gandingannya bermacam-macam pihak yang berganding untuk mendapat rip- off. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Insurance company ada adjuster. Mereka membayar pampasan atas nasihat yang diberikan kepada mereka oleh adjuster mereka. Adjuster ini dilantik oleh syarikat insurans tetapi ini semua adalah berkaitan atas pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans. Akan tetapi isu pokoknya, syarikat insurans masih mengaut keuntungan yang besar. Mereka hanya asingkan pampasan yang dibayar atas third party insurance daripada pampasan atau operasi yang lain berkenaan life insurance, first party insurance. Mereka mengasingkan third party insurance dan membuat pampasan ke atasnya dan mengatakan ada kerugian. Oleh itu mereka terpaksa mengenakan loading charges, personal insurance walaupun dari segi third party insurance mereka ada kerugian. Keseluruhannya syarikat insurans masih mendapat keuntungan. Satu cadangan iaitu tax incentive kepada syarikat insurans yang menawarkan lebih third party insurance. Ini juga satu cadangan. Oleh itu satu solution mesti diadakan kerana sudah dua tahun masalah ini berlarutan. Perkara...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Berbalik kepada insurans. Saya pun banyak mendapat rungutan dan aduan daripada orang ramai mengatakan bahawa apabila mereka hendak membeli third party insurance, syarikat-syarikat insurans ini mengenakan personal insurance ataupun personal accident insurance, memastikan ataupun mewajibkan mereka untuk membeli personal accident insurance sebelum mereka dibenarkan untuk membeli third party insurance. Saya faham bahawa Yang Berhormat Kuching telah banyak kali mengusahakan perkara ini dan telah banyak kali berjumpa dengan pihak Bank Negara Malaysia. Saya juga tahu bahawa Yang Berhormat Bandar Kuching pernah diberikan jaminan oleh pegawai atasan dari Bank Negara Malaysia bahawa perkara ini tidak dibenarkan. Akan tetapi perkara ini masih berlaku. Ini seolah-olah arahan dari Bank Negara Malaysia tidak berkesan untuk dilaksanakan peraturan ini. Jadi apakah ini menunjukkan bahawa arahan dari Bank Negara Malaysia tidak sampai kepada syarikat-syarikat insurans? Saya hendak minta penjelasan dari Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini menunjukkan rakyat tidak diutamakan, syarikat insurans diutamakan... [Disampuk] Ya, kroni-kroni diutamakan. Perkara keempat yang saya ingin sampaikan adalah mengenai saman, diskaun yang diberikan kepada pembayaran saman itu. Ini seolah-olah semacam Parkson Mega Sale.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Apa telah terjadi kepada negara kita, kalau kerajaan sudi menerima kompaun yang kurang ditawarkan kepada rakyat jelata sepanjang masa, bukan hanya untuk satu masa yang terhad. Saya ingin tahu juga daripada mega sale saman, diskaun yang diberi itu dari masa yang singkat ini, berapakah jumlah wang yang telah dikutip oleh kerajaan atas bayaran? Saya menyeru supaya kalau boleh memberi diskaun kepada orang ramai untuk membayar saman dalam masa yang singkat ini, kita memberi diskaun semua sepanjang tahun, sepanjang masa. RM300 kompaun ini adalah maksimum kompaun. Kenapa kerajaan mengenakan maksimum kompaun? Bolehkah satu polisi dikeluarkan supaya amaun kompaun diturunkan? Peruntukan-peruntukan dalam akta ini membenarkan kerana itu kompaun, amount to the maximum is RM300. So pengarah kerajaan, Pengarah JPJ ada kuasa. Menteri berkenaan ada kuasa untuk mengeluarkan satu arahan supaya kompaun yang dikenakan, illegal parkinglah atau apa-apa kesalahan trafik itu boleh diturunkan dan diturunkan dengan sama tahap yang ditawarkan sekarang di masa diskaun untuk sepanjang tahun. Saya juga hendak menyampaikan satu bantahan bahawa polisi untuk menyenaraihitamkan pemilik-pemilik kenderaan yang ada saman yang tidak diselesaikan. Ini memang ada satu pelanggaran Perlembagaan negara kita. A person is presume innocent until proven guilty and only the court can proven guilty. Before he is guilty, he cannot be penalized. Ini adalah it is basic of criminal law in our country. Dengan menyenaraihitamkan pemilik-pemilik kenderaan yang tidak membayar saman. Saman ini adalah satu tuduhan sahaja yang dia ada satu kesalahan yang telah dilakukan oleh dia. Dia bukan guilty. Saya ada terima aduan daripada orang ramai, kenderaannya di Kuching di Sarawak, tetapi terima saman yang dikeluarkan bahawa dia telah melakukan satu kesalahan di Johor Bahru. Tidak mengapalah. Kenderaannya dipandu di Johor Bahru, bagaimana saman ini boleh berlaku. Saya tulis surat kepada Pengarah JPJ. Ya, saman itu diclearkan, dicancel, dibatalkan. Akan tetapi ini menunjukkan satu kelemahan di bawah, ada kesilapan boleh berlaku, mungkin berlaku. Sekarang, oleh sebab diskaun period yang terhad, ramai pergi bayar. Di Kuching, ada seorang wanita pengsan semasa berbaris kerana berbaris terlalu lama. Dia pengsan dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya. Terima kasih. Saya haraplah sebagai kerajaan mesti menghormati undang-undang yang telah diluluskan di Dewan ini dan prinsip undang-undang, ‘a person is innocent until proven guilty’. Ini prinsip mesti dihormati dan kita tidak boleh memaksa seseorang, sesiapa pun untuk mengakui salah membayar kompaun.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mereka mesti, they must be there in court. Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching, tadi sentuh berkenaan undang- undang bahawa polis memaksa rakyat membayar saman. Di atas kuasa manakah polis boleh menentukan rakyat itu salah dalam memaksa mereka membayar saman? Siapakah yang menentukan salah silap ini? Ini kerana saman yang dihantar itu khususnya tidak ditandatangani oleh yang didakwa bersalah. Itu yang pertama. Keduanya, adakah alat-alat perangkap ataupun alat-alat yang menyukat had laju itu, adakah ia ada tamat tempoh sah dan perlu dengan izin, dicalibrate dari semasa ke semasa mungkin sekali dalam masa enam bulan? Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh habiskan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, okey. Tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang yang mengatakan bahawa polis ada kuasa. Akan tetapi, dengan menyenaraihitamkan, blacklist your car, mereka dipaksa secara haram saya kata untuk mengaku salah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu ingin saya mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan. Sebelum memulakan perbahasan ini, ingin saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas kejayaan majoriti Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. Saya mewakili rakyat di Parlimen Pengerang menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu merasmikan pembukaan sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kedua Belas yang lalu. Sebelum saya mula, saya ingin menjawab sedikit daripada Yang Berhormat Bandar Kuching berkenaan dengan kenyataan beliau dengan izin, a person is innocent until proven guilty. Ingin saya memberi komen bahawa Yang Berhormat ini agak berat sebelah ya. Apabila beliau bercakap tentang pandangan undang-undang, a person is innocent until proven guilty, tetapi cara beliau bercakap menuduh rasuah bagi pemimpin Barisan Nasional, macam tidak ada bukti. Jadi saya kata kepada Yang Berhormat, tolonglah sedikit mempunyai – kalau beliau hendak berkata tentang - you talk about justice, you must show justice first, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang Titah Ucapan Tuanku berkenaan dengan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar dalam perenggan 28, di mana Tuanku telah menyebut tentang perlunya digubalnya satu dasar yang dapat menyatukan sumber dan tenaga semua pihak agar program-program pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan dengan secara sistematik dan menyeluruh. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tuanku atas ucapan tersebut. Ini kerana kalau kita lihat di kawasan-kawasan luar bandar, baru-baru ini masalah banjir yang berlaku di negeri Johor khasnya di kawasan saya di Pengerang ialah banjir- banjir yang berlaku disebabkan oleh kalau kita lihat masalah pengairan, perparitan dan saluran yang sepatutnya kita lihat dibina, mungkin diwujudkan 10 tahun ke 15 tahun dahulu. Itu sebabnya saya ingin menyatakan di sini bahawa perlunya kalau kita hendak bercakap tentang Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar, kita perlu mengambil kira pendekatan yang menyeluruh untuk mengkaji semula keadaan di luar bandar khasnya berkenaan dengan bandar-bandar kecil yang ada di luar bandar yang mana kalau kita lihat secara menyeluruh, perlunya kita naikkan taraf supaya dapat kita menyatakan bandar- bandar kecil ini sebenarnya bandar. Di sini ingin saya menyatakan bahawa isu perparitan dan saluran air ini satu isu yang begitu penting yang perlu ditekankan oleh Kerajaan Barisan Nasional terutama sekali bagi masyarakat khasnya luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan hari ini selaku Wakil Rakyat di Parlimen Pengerang untuk mengucapkan tahniah kepada agensi penguat kuasa Maritim Malaysia, dalam surat khabar hari ini telah berjaya menangkap tujuh orang lelaki Indonesia kerana merompak tangki minyak antarabangsa MT Front Queen di perairan Pengerang, di kawasan saya.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, ingin saya sebut bahawa dalam kawasan saya memanglah masalah lanun-lanun ini, lanun-lanun ini selalunya lanun-lanun antarabangsa. Jadi apabila Yang Berhormat Menteri Pertahanan bercakap tentang perlunya pengangkutan-pengangkutan dan sebagainya, selaku wakil rakyat Pengerang saya hendak menyambut dan menyatakan bahawa kejayaan APMM menunjukkan bukti bahawa perlunya pendekatan yang lebih kepada arah teknologi-teknologi baru untuk menangkap lanun- lanun. Lanun hari ini lebih arif daripada lanun sepuluh tahun yang dahulu. Di kawasan saya yang tujuh orang kena tangkap ini orang Indonesia ini kita tahu bahawa perkara ini kejayaan tertangkap ini disebabkan oleh kehebatan APMM dalam kawasan. Walau bagaimanapun, ingin saya sarankan bahawa perlunya menambah bilangan kakitangan dan penambahan peralatan seperti bot-bot peronda yang lebih canggih, supaya penangkapan-penangkapan ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih hebat dan dapat kita memberi mesej kepada khasnya lanun-lanun, negara-negara jiran kita bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang tidak mempunyai toleransi ke atas berlakunya perompakan- perompakan di atas pengairan dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu nasional, saya begitu kagumlah sejak kebelakangan ini kalau kita tengok daripada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Baru-baru ini dua hari lepas berkenaan dengan Skim Rumah Pertamaku yang telah diwujudkan, di mana golongan muda berpendapatan kurang daripada RM3,000 dapat membeli rumah mereka sendiri dan skim ini membenarkan golongan muda untuk mendapat pinjaman untuk pembelian rumah antara RM100,000 hingga RM220,000. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebut di sini kalau perkara ini dapat diwujudkan skim ini 10 ke 15 tahun yang dahulu. Saya melihat skim ini akan dapat lebih banyak membantu generasi muda dalam negara kita. Kalau kita tengok secara menyeluruh semalam pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merasmikan satu program francais kepada generasi muda. Sekali lagi Yang Amat Berhormat telah menyebut bahawa orang muda perlu mengambil peluang daripada apa yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Itu sebabnya kalau kita tengok secara menyeluruh titah ucapan Tuanku Agong di mana Tuanku telah menyebut berkenaan tentang pentingnya peranan generasi muda pada hari ini. Kalau kita bercakap tentang generasi muda disebut bahawa golongan belia hari ini akan menerajui pembangunan negara di masa hadapan. Jadi kita tidak boleh terimakah tidak terimakah kita tidak boleh menafikan peranan mereka dalam negara kita sama ada dalam lima ke sepuluh tahun yang akan datang. Itu sebabnya saya ingin menyarankan di sini Tuan Yang di-Pertua yang penting bila bercakap tentang generasi muda ini ialah persatuan-persatuan belia dan juga persatuan-persatuan NGO yang terdiri daripada anak-anak muda. Pada hari ini kalau kita tengok persatuan- persatuan belia, generasi-generasi muda perlukan pendekatan yang lebih inovatif dan lebih kreatif. Itu sebabnya saya menyarankan kalau bolehlah jabatan di Perdana Menteri diletakkan Jabatan Belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, disebabkan oleh pemantauan generasi muda ini satu pemantauan yang begitu penting. Saya memang kagum dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memang begitu memudakan pendekatan beliau sebagai Perdana Menteri. Terutama sekali lebih responsive kepada isu-isu generasi muda. Kalau kita tengok secara menyeluruh apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini berkenaan dengan Skim Rumah Pertamaku saya boleh jaminlah tidak ada mana kerajaan dalam jiran-jiran kita Indonesiakah, Thailandkah, Singapurakah, Filipinakah, Vietnamkah, Cambodiakah yang mempunyai skim yang sama bagi generasi muda mereka. Mana ada anak muda yang umur 35 tahun ke bawah mendapat jaminan daripada kerajaan untuk mendapat harta mereka sendiri. Itu sebabnya bagi saya Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak ini satu kerajaan yang memang boleh dilihat yang begitu peka kepada isu generasi muda. Itu sebabnya saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat.

Kalau kita tengok pada hari ini semalam, pelancaran pada francais mana juga kerajaan yang mempunyai sistem francais kepada generasi muda khasnya yang ditetapkan untuk anak-anak muda. Ini menunjukkan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional hari ini kepada orang muda. Akan tetapi, saya kadang-kadang kalau kita tengoklah dalam internet ini anak-anak muda daripada parti pembangkang pemimpin-pemimpin muda mereka kalau dia pergi ke luar negara kerja dia hari-hari menghina Kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya ini bukan pendekatan pemimpin yang perlu diketengahkan dalam politik kita. Suka tidak suka kita adalah orang Malaysia sama ada kita parti pembangkangkah, kita parti yang memerintah, suka tidak suka kita tidak boleh menafikan. Bila kita keluar ke peringkat antarabangsa, kita bercakap tentang Malaysia, kita bercakap tentang diri kita, bercakap tentang keluarga kita, kita bercakap tentang saudara kita. Itu sebabnya bagi saya kalau bolehlah dalam isu generasi muda, isu orang muda jangan kita politikkan. Jangan kita politikkan Skim Rumah Pertamaku, jangan kita politikkan semua isu orang muda kerana yang menjadi mangsa adalah anak muda. Itu sebabnya saya mintalah kalau boleh parti pembangkang dalam isu ini menerima bahawa hakikatnya apa yang dicadangkan dan diwujudkan adalah untuk kehebatan bagi masyarakat kita dalam negara kita...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tidak payah bagi jalan pun tidak apa sebab pukul 1 saya sudah berhenti hendak jawab pukul 2 lah. Tidak payahlah orang Selangor, ini Shah Alam Wakil Rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

Lepas saya cakap dan hendak pukul 1 biarlah saya cakap pukul 2 berdirilah Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga wujudkan. Saya tidak cakap banyak macam Yang Berhormat Shah Alam, saya cakap sedikit sahaja benda yang point, to the point. Jadi berkenaan dengan Laporan Daya Saing Dunia dalam point di mana dalam perenggan sepuluh daripada ucapan titah Tuanku. Kalau kita tengok kita dalam tangga ke sepuluh dalam Laporan Daya Saing Dunia pada tahun 2010. Kalau kita tengok dalam perenggan 15 daripada ucapan Tuanku, Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 meletakkan Malaysia pada tahap yang ke sembilan. Jadi ini memang menunjukkan bahawa Malaysia dalam kedudukan yang top-ten, dengan izin, dalam pendekatan aktiviti kita untuk meletakkan contohnya dalam industri pelancongan tentang pentingnya pelancongan dalam negara kita. Dunia mengiktirafkan tentang pendekatan-pendekatan pelancongan yang dimainkan oleh negara Malaysia. Kalau kita tengoklah titah Tuanku usaha-usaha inovatif akan terus dipertingkatkan dalam ucapan Tuanku menunjukkan bahawa kita mesti tidak takut pada pendekatan baru dalam elemen untuk meletakkan Malaysia dalam daya saing dunia sebagai satu contohnya dalam sektor pelancongan. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya mesti sebut berkenaan dengan isu AirAsia, kita punya syarikat penerbangan Malaysia, orang Malaysia AirAsia syarikat di Malaysia. Berbanding dengan Malaysia Airlines iaitu yang dibiayai oleh kerajaan melalui GLC iaitu Government Link Company, dengan izin. Saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, lebih sensitif tetapi kena saya sebut bahawa kita tidak boleh menafikan kejayaan AirAsia daripada yang ditubuhkan dahulu sehingga hari ini, pendekatan inovatif yang agresif. Saya hendak ucap tahniahlah kepada Tan Sri Rafidah Aziz, beliau telah dilantik menjadi Independent Chairman kepada Syarikat AirAsia.

Ini bagi saya menunjukkan bahawa orang Malaysia yang terdiri daripada board of directors dalam syarikat AirAsia dapat meletakkan Malaysia di dalam peta mata dunia sama ada di Eropah ataupun di Asia, Asia Tenggara. Siapa tidak kenal kepada AirAsia dan kejayaan AirAsia. Itu sebabnya cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, bahawa kalau begini hebatnya Datuk Tony Fernandez macam-macam dia dapat lakukan dan dia dapat menaikkan taraf AirAsia. Kenapa kita tidak hendak bagi dia jaga juga Malaysia Airline System, apa salahnya? Ini kerana kalau AirAsia dan Malaysia Airline System dapat disatukan mungkin kita panggil AirAsia Malaysiakah dan sebagainya. Beliau diberikan kebolehan untuk menerajui sistem penerbangan dalam negara kita. Seperti kata mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir berkenaan dengan pendekatan-pendekatan yang perlu kita wujudkan. Bagi saya, kejayaan AirAsia secara tidak langsung adalah kejayaan Malaysia. Kejayaan Malaysia Airline System ialah kejayaan Malaysia. Jadi kalau titah Tuanku ialah pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif, kita tidak boleh menafikan peranan mana-mana individu ataupun syarikat sama ada GLC ataupun tidak. Kalau syarikat itu berjaya untuk membawa Malaysia kepada tahap dunia, kita kena mengakui kelebihan syarikat tersebut. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh?

Sudah tiba masanya kita dalam Malaysia sudah tiba masanya kita dalam Malaysia memilih yang terbaik, we must choose the best, dengan izin.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat?

Kita sudah tidak boleh. Saya hendak habis kejap lagi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud sedikit sahaja AirAsia sedikit.

Saya tidak beri peluang pada Yang Berhormat Shah Alam, pada Yang Berhormat Kota Belud saya rasa tidak patutlah, it not fair.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya tidak kritik, saya bagi pandangan sahaja.

Saya sudah cakap by 1 o’clock, let me finish dengan izin, please remark to my point later, dengan izin. We only got another ten minute, dengan izin. Itu sebabnya bagi saya sama ada GLC ataupun bukan GLC kita dalam negara kita sudah masuk tahun 2011 kita tidak boleh takut kepada dengan izin, bahasa Orang Putih competition, dalam bahasa Melayu, kita tidak boleh takut kepada pertandingan. Kalau katakan kita tengoklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut hari demi hari kita ada Talent Corporation anak-anak muda daripada luar negara, anak-anak kita yang hebat kita bawa balik. Isunya ialah kenapa yang the best tidak boleh memimpin GLC sebagai contoh.

Saya kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, terkilan tengok pegawai-pegawai kerajaan yang hebat-hebat bekerja, hendak naik pangkat tidak boleh, mungkin perlu lulus peperiksaan. Selepas itu, yang di atas itu, pencen, dapat balik jawatan, tidak pencen- pencen. Macam-macamlah ceritanya yang menunjukkan seolah-olahnya kita takut kepada yang baru. Akan tetapi mungkin kelebihan bagi orang lelaki, tidak suka yang lama boleh ganti yang baru. Tambahkah saya tidak tahu. Mungkin yang mana sahabat-sahabat saya tidak ada di sini. Akan tetapi, dalam segi untuk memimpin GLC, tengok di Singapura tahap korporat mereka, orang luar yang ambil, Orang Putih, orang Belanda, orang Inggeris, orang Amerika. Semua dia ambil yang terbaik sebab dia hendak best of the brain untuk memimpin syarikat-syarikat kerajaan.

Kenapa kita kalau ada orang Malaysia, rakyat Malaysia dalam syarikat swasta yang hebat, kenapa kita tidak hendak ambil mereka untuk berjuang dalam GLC kita. Itu soalan saya kepada kerajaan. Kenapa kita takut kepada perubahan? Why are we afraid of change? Kalau kita bercakap tentang Talent Corporation, jangan tengok luar negara, dalam Malaysia banyak talent yang boleh kita pakai. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, seperti kita menyambut Titah Tuanku, Tuanku menyebut tentang inovasi, kreativiti, cabaran, ingin saya mengatakan bahawa ia mesti bermula dengan diri kita. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, kalau secara umumnya kita tengok, ucapan daripada Tuanku ini menyentuh Malaysia sebuah negara ke arah pendekatan negara maju. Itu sebabnya seperti yang kita kata, kata Yang Amat Berhormat “Rakyat didahulukan, prestasi dan sebagainya dilihat sebagai keutamaan” perlulah kita menerima hakikat perubahan akan datang dan kita tidak boleh takut kepada perubahan. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kita tidak menafikan media baru adalah media yang baru yang akan berhadapan dengan diri kita khasnya generasi muda. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini memohon untuk menyokong ucapan Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan ucapan dengan membaca sepotong ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Mereka adalah orang-orang yang diberikan peluang berkuasa di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengajak manusia kepada yang makruf, mencegah kemungkaran dan kepada Allah lah kembalinya segala urusan”. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang saya rasa telah menyentuh tentang perkara-perkara penting yang menjadi teras kepada kekuatan negara ini dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negara ini walau apa pun, walau bertukar kerajaan sekali pun perlembagaannya, kekuatannya akan tetap utuh dan memastikan rakyat supaya jangan bimbang kerana demokrasi ini mengizinkan peralihan kuasa, mengizinkan rakyat memberikan mandat kepada sesiapa pun. Yang pentingnya, mereka yang diberikan kekuasaan itu jujur dan amanah untuk memikul beban amanah ini yang dipertanggungjawabkan kepada kita, dunia dan akhirat. Tuan Yang di-Pertua, antara Titah yang penting yang saya ingin kekalkan dalam ucapan saya adalah tentang keselamatan negara, tentang justice dan keadilan, dan juga tentang kekuatan yang harus dibina kepada orang-orang muda dalam negara kita. Saya hendak ucap tahniah kepada rakan saya daripada Pengerang. Walaupun kita berbeza parti tetapi dalam aspek untuk beliau menyatakan tentang orang muda dan juga tentang bagaimana kita melihat kekuatan yang ada kepada manusia itu harus dilihat secara objektif. Beliau, saya rasa telah mengusik sedikit pemikiran kita pada hari ini tentang bagaimana seharusnya kita memberikan kredit, memberikan pujian kepada mereka yang benar-benar layak. Bukannya kepada mereka yang semua dalam hidup ini memberikan pujian kepada kita. Tuan Yang di-Pertua, kita ada pengalaman bersahabat. Kalau sahabat itu siang malam memuji kita, tidak habis bercakap puji kita, mengampu kita, that mean something wrong dengan sahabat kita itu. Akan tetapi, kalau sahabat itu ada ketika dan kalanya memberikan sedikit pujian, mengkritik kita, memberikan kita teguran, itu adalah sahabat yang baik, yang dalam pelarian umur kita, akhirnya kita akan mendapati sahabat yang banyak mengkritik kita itu adalah merupakan sahabat yang baik, sahabat yang dianggap sahabat yang jujur dalam kehidupan kita.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Demikian juga kita dalam dunia demokrasi. Saya rasa kita harus melihat perkara- perkara yang melibatkan negara ini kepada satu skala yang lebih besar, bukan dalam minda yang sempit dan mengajak kita semua berfikir bahawa kita telah meninggalkan garisan kemerdekaan ini 50 tahun. Perkara pertama yang saya ingin katakan ialah tentang bagaimana seharusnya kita mengenal pasti tentang ancaman-ancaman baru. Saya hendak bercakap daripada konteks orang muda, generasi muda yang harus kita bimbing pemikiran mereka dan potensi mereka ke arah menjadi orang muda yang bertanggungjawab. Setiap parti ada keanggotaan pemudanya baik daripada pembangkang atau pun dari pihak Barisan Nasional. Akan tetapi, apa yang penting adalah tidak semua yang kita didik itu akhirnya akan pergi kepada parti kita. Ini pengalaman kita. Bila mereka telah keluar daripada universiti, tamat pengajian, mereka bebas untuk memilih parti yang mereka hendak pilih. Jangan kongkong mereka. Saya ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa cara kita melayani pelajar-pelajar kita dalam pilihan raya kampus baru-baru ini amat menjijikkan dan memalukan. Kita kembali pada zaman kuno. Kita ugut pelajar-pelajar kita. Kita susahkan untuk mereka mengisi borang. Kemudian, ada kejadian-kejadian mereka di kidnap. Ada kejadian- kejadian mereka diugut dengan SMS yang berunsur jenayah. Kenapa ini harus berlaku dalam dunia kita pada hari ini sedangkan di sanalah tempat kita melihat potensi anak-anak muda ini perlu kita didik, perlu kita beri ruang untuk mereka berfikir, memilih dan untuk mereka membuat keputusan, untuk mereka menilai parti mana atau kerajaan mana yang mereka hendak pilih atau dalam konteks kampus, mereka memilih pemimpin yang mereka rasa yakin untuk mereka undi dalam konteks mereka. Akan tetapi, kenapa kita layan mereka seperti itu? Kenapa kita bina minda generasi muda dalam keadaan yang sebegitu? Kita undur balik ke belakang. Kalau ada menteri-menteri atau timbalan-timbalan menteri yang bercakap tentang sedikit kebebasan yang perlu diberikan kepada mereka, kita sudah mula lihat menteri tersebut atau timbalan menteri tersebut mula dipinggirkan. Ini pemikiran yang saya rasa tidak setaraf dengan apa yang kita hendak bina dalam negara kita pada hari ini. Potensi orang muda saya hendak beritahu. Apabila Alvin Toffler menulis buku The Third Wave, mungkin Alvin Toffler pun tidak menyangka hari ini dunia siber, era teknologi maklumat pada hari ini menjangkau satu kemajuan yang sangat luar biasa. Kemudian, Samuel Huntington meramalkan the clash of civilization, dengan izin. Pertembungan antara agama, antara budaya tetapi nampaknya pertembungan dalam agama dan budaya tidak sehebat sebagaimana yang kita alami pada hari ini kemajuan IT. Sehingga hari ini kita melihat telah ada sarjana yang menulis dan meramalkan akan berlaku satu pertarungan yang hebat dalam apa yang dikatakan cyber warfare, peperangan siber, cyber attack. Ini dipraktikkan dan ditunjukkan bagaimana Barack Hussein Obama menggunakan facilities ini, menggunakan facebooknya untuk menamatkan legitimasi atau pun keangkuhan orang kulit putih. Dalam kempen pertamanya, dalam saingannya bersama Hillary Clinton, Barack Obama menggunakan kaedah atau pun pendekatan change.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh sambung petang nanti.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 ptg. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian. Ada 22 minit lagi.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismilahir Rahmaniir Rahiim, saya menyambung ucapan bahas Titah Diraja dan saya berhenti pada tengah hari tadi di dalam menyebut tentang ancaman baru dunia yang seharusnya difikirkan bersama dalam konteks saya memberikan pandangan konstruktif saya terhadap layanan kita terhadap orang-orang muda, potensi mereka dan juga keupayaan mereka sebagai suatu tenaga penting kepada negara satu hari esok. Apabila kita bercakap tentang kehebatan dunia siber ini, saya menjelaskan sebentar tadi tentang bagaimana Barrack Hussein Obama telah menggunakan kaedah dan pendekatan ini dalam kempennya di peringkat awal bersaing dengan Hillary Clinton dengan slogan, ”Change Now” dan menggunakan kekuatan Facebook dan Twitter dan kemudian beliau berjaya untuk ke langkah seterusnya bersaing dengan rakan beliau untuk merebut kerusi nombor satu di White House. Beliau telah menggunakan slogan, ”The Change That We Can Believe In”, dengan izin, dan juga menggunakan Facebook dan Twitter ini sebagai bahan kempen utama Barrack Hussein Obama. Dengan jelas ia membuktikan bahawa kekuatan walaupun mungkin tidak keseluruhannya tetapi faktor utama dalam sejarah terbaru Amerika dan dunia baru ini menyaksikan bagaimana seorang yang berkulit hitam boleh menjadi orang nombor satu di Amerika, orang nombor satu di White House dengan kekuatan jari-jemari golongan muda menggunakan pendekatan ini untuk mereka menunjukkan sikap politik mereka. Tuan Yang di-Pertua, kita apabila berhadapan dengan orang muda ini jangan diperlekehkan tentang keupayaan mereka, jangan diperkecilkan, jangan kita membuat suatu undang-undang yang walaupun pada zahirnya tidak menampakkan kezaliman kepada mereka tetapi dalam satu waktu yang sama kita menyaksikan bagaimana undang- undang itu telah memperbodohkan mereka, mengheret pemikiran mereka ke arah zaman yang jauh jutaan tahun yang lalu, zaman batu, malah lebih dahsyat daripada itu. Dengan jari-jemari orang muda pada hari ini, mereka boleh mengubah sejarah. Saya ingin menyatakan dalam ucapan ini tentang fenomena dunia. Kita lihat perang dunia yang pertama telah mengubah sejarah Eropah Timur mendapat kemerdekaan. Negara seperti Hungary, Poland, Yugoslavia, Republic Chech dan seumpamanya merdeka selepas fenomena perang dunia yang pertama. Perang dunia yang kedua kita melihat bagaimana jatuhnya pelbagai empayar dan kita juga melihat Eropah Timur mendapat kemerdekaan keduanya dan seterusnya kita melihat dengan keupayaan dari fenomena itu akhirnya jatuh apa yang dikatakan the fall of the Berlin Wall. Jatuh dan runtuhnya Tembok Berlin. Kemudian selepas Cold War, selepas perang dingin, kita menyaksikan bagaimana negara-negara yang dahulunya diperintah oleh para diktator. Apa yang saya sifatkan sebagai Old Order ini runtuh satu demi satu dan fenomena ini berterusan kerana manusia itu akan terus potensinya berkembang kerana ia manusia. Ia bukan satu yang statik. Manusia ini pemikirannya walau satu waktu dahulu tidak berubah tetapi ia mesti berubah mengikut zaman dan keperluan apatah lagi dalam the third wave ini. Maka, dengan sebab itulah kita melihat Old Order ini ataupun empayar-empayar besar dunia ini jatuh walaupun mereka ditekan dengan undang-undang yang zalim tetapi akhirnya mereka bangkit untuk mendapatkan hak mereka. Maka, dalam dunia yang saya katakan tadi, dengan siber attack ini ada dua dimensi di situ. Dimensi pertama mereka menggunakan peralatan canggih ini untuk mereka menentukan sikap mereka. Hari ini kita melihat jatuhnya Hosni Mubarak di Mesir, jatuhnya empayar atau diktator di Tunisia, sekarang di Yaman, di Bahrain dan mungkin esok di Arab Saudi. Ini fenomena yang berlaku dan perhatikan dengan cermat bahawa semuanya berlaku pada negara-negara yang demokrasinya dibunuh ataupun negara yang tidak punya demokrasi walaupun dengan kekuatan persenjataan, kekuatan undang-undang memenjarakan mereka, menekan mereka, membunuh mereka tetapi ingat suatu hari manusia ini pasti akan bangkit.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita hari ini menyaksikan depan mata kita dan semua orang bercakap pada hari ini Malaysia tidak mungkin jadi macam Mesir, Malaysia tidak mungkin akan jadi macam negara-negara lain tetapi saya ingin memberikan suatu pandangan yang mungkin unjuran yang jauh, yang mungkin tidak dapat diperakui pada hari ini. Jangan bunuh demokrasi pada orang muda pada hari ini. Kalau kita mengakui negara kita punya demokrasi, suburkan demokrasi itu dan jangan buat demokrasi di kampus sebagai suatu tempat kita menahan ledakan dan potensi anak muda. Ini yang saya maksudkan kerana dengan jari-jemari mereka boleh merubah dunia. Saya ingin menjelaskan satu lagi faktor dalam aspek ini ialah bahawa orang muda ini mereka boleh merubah sejarah, mereka boleh meruntuhkan empayar, mereka boleh menggunakan ruang siber yang ada pada hari ini untuk mereka mencapai tujuan mereka. Cuba kita bayangkan Hosni Mubarak yang belanjawan negaranya untuk tentera sahaja, untuk persenjataan sahaja, untuk kononnya bersaing dengan Israel berbelanja hampir 5 peratus atau pun 6 peratus daripada KDNK mereka untuk kekuatan itu. Orang dahulu takut terhadap bom atom. Hari ini dunia masih lagi berbincang tentang senjata nuklear tetapi apa yang berlaku pada hari ini tanpa bom atom, tanpa senjata nuklear, kerajaan boleh jatuh dengan cyber attack, dengan jari-jemari. Oleh itu bagi saya, kita harus melihat potensi anak muda ini untuk kita bangunkan.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya sendiri tidak mahu jadi seperti itu dalam negara kita. Akan tetapi kalau demokrasi ini tidak disuburkan, kalau tahun hadapan lagi kita melihat bagaimana anak-anak muda kecewa dengan cara mereka diperlakukan dalam pilihan raya kampus, ini membakar semangat mereka. Mereka manusia, mereka human, mereka insan yang mahu suatu idealisme sebagai seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dan jangan lagi layan mereka macam budak sekolah. Ini yang saya maksudkan supaya kita harus ingat tentang bahaya kalau kita mengongkong pemikiran manusia, mengongkong kehendak mereka, kita menyekat pemikiran mereka dan kita menggunakan undang-undang untuk mereka. Kalau berlakunya pilihan raya kecil pun atau pilihan raya umum, kenapa tidak? Kalau ada fakulti sains politik - di Universiti Malaya telah ada UMCEDEL, telah ada suatu badan bebas yang kita pertanggungjawaban mengkaji politik, UKM ada fakulti sains politik, kenapa tidak izinkan mereka turun? Kalau ada dua fakta yang kita ragui – sebagai contoh hari ini kalau kita menyatakan dengan fakta bahawa FELDA Plantation itu adalah satu yang kita anggap bertentangan dengan falsafah asal atau matlamat DEB. Ia kita anggap bertentangan dengan kehendak Allahyarham Tun Razak yang pada waktu itu mahukan FELDA ini sebagai senjata yang dua serampang, membasmi kemiskinan dan menyusun kembali masyarakat. Kita mendakwa apa gunanya FELDA Plantation? Kalau ada fakta yang begini, kenapa tidak harus universiti dengan fakulti sains politik menghantar pelajar mereka untuk menyiasat? Biar mereka melihat, biar mereka mengkaji tentang kebenaran fakta ini. Ini cara kita menyuburkan pandangan. Ini cara kita berhujah dalam dunia dan iklim politik yang sihat kalau kita mahu menjauhkan diri kita daripada politik fitnah dan seumpamanya. Akan tetapi kita sekat mereka. Kita kenakan undang-undang pada mereka. Kita gantung pengajian mereka. Kita gantung biasiswa mereka. Ini cara apa? Jadi, saya rasa harus kita melihat perkara ini dalam suatu kehendak orang muda yang kita raikan pemikiran mereka. Kalau suatu hari esok di kalangan mereka lahir sebagai pemimpin negara, rakyat yang untung, rakyat yang akan mendapat manfaatnya. Tidak kiralah sama ada mereka Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Kalau Barisan Nasional kalah, kita memerintah. Insya-Allah PR memerintah. Kalau kita kalah tidak mengapa, teruskanlah memerintah tetapi apa yang penting bagi saya ialah jangan bunuh potensi anak muda. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan tentang ancaman kedua kepada cyber attack ini iaitu apa yang dikatakan sekarang sebagai cyber terrorism. Yang tadi mereka menggunakan seluruh kecanggihan peralatan untuk mereka bersaing, untuk mereka mencapai kehendak mereka.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dimensi yang kedua yang lebih bahaya adalah bagaimana hari ini dengan menggunakan dunia IT yang ada pada hari ini, peperangan siber ini juga kita melihat bahawa ancaman kepada kerajaan dan negara dengan apa yang saya sebut di sini sebagai cyber terrorism atau cyber security. Sekarang sudah ada satu virus yang dikatakan stacks net. Satu virus yang telah dicipta untuk ia boleh dengan izin, disable computer system. Keupayaan keselamatan negara yang disimpan dalam data boleh dipunahkan dan boleh dimusnahkan dalam sekelip mata. Iran sekarang ini mengalami ancaman ini, Amerika sekarang ini mengalami ancaman ini. Bukan lagi nuklear, bukan lagi atomic bomb tetapi dengan virus yang dihantar melalui sistem kecanggihan IT. Adakah negara telah bersedia ke arah itu? Ini soalan saya kepada Kementerian Pertahanan. Kalau yang tadi itu menggunakan jari jemari mereka untuk meruntuhkan atau menjatuhkan kerajaan, menjatuhkan diktator, sekarang dengan virus stacks net ini, mereka melumpuhkan sistem keselamatan negara. Apa akan jadi kepada negara kita? Saya suka untuk membuat sedikit perbandingan di sini tentang keprihatinan saya kepada negara, menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang peralatan fizikal ketenteraan kita. Ya, bukan kita mahu berperang dengan negara jiran. Bukan itu matlamat kita, tetapi bila negara jiran dari tahun ke tahun meningkatkan belanjawan mereka dalam bidang ketenteraan, apa sikap kita? Saya membaca beberapa fakta di sini. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua. Sejumlah RM35.5 bilion diperuntukkan bagi tahun kewangan Singapura 2011 bermula 1 April ini berbanding RM11.46 bilion pada tahun lalu untuk ketenteraan mereka. Untuk mengukuhkan hujah saya, data dari Stockholm International Peace Research Institute dari tahun 1990 hingga 2007, jelas menunjukkan terhadap enam tahun di mana bajet tentera diturunkan. Dahulu badan ini turut mendedahkan bahawa jurang antara Malaysia dan Singapura dalam perbelanjaan tentera berbeza hanya USD800 juta setahun pada tahun 1991 tetapi menjarak kepada USD1.3 bilion setahun pada tahun 1995. Pada tahun 2008, Republik Singapura berbelanja lebih USD2.3 bilion lebih tinggi berbanding Malaysia. Bila data itu dikaji bagi tempoh 10 tahun, jurang perbelanjaan menjadi semakin besar. Ini jarak kita dengan Singapura dari segi mereka membeli senjata canggih mereka. Mereka ada stealth, pesawat tercanggih paling pantas di dunia. Apa yang ada di Israel, ada di Singapura. Mereka ada peluru berpandu. Mereka ada kereta kebal anti tank paling canggih yang ada pada hari ini. Kita ada apa? Kita ada..., dengan izin, disable weapon. Ada kapal selam pun tidak boleh hendak menyelam. Ada tiga kapal laut tentera yang ada pada hari ini, satu terbakar. Kita ada apa yang ada pada hari ini? Bukan saya dengan niat untuk menghina negara sendiri tetapi ini peralatan yang kita ada pada hari ini. Kita ada skyhawk jenis apa, tahun berapa, kapasitinya bagaimana? Walaupun saya faham dan saya mengerti bahawa itu bukan untuk tujuan peperangan tetapi ini hakikat yang ada pada hari ini. Kalau ini pun kita tidak boleh hendak bina, apa pula persediaan kita dalam konteks cyber attack yang saya katakan tadi di mana dunia menghadapi ancaman cyber terrorism. Iran dilanda sekarang ini, negara Eropah dilanda dengan virus ini. Apakah persediaan kita terhadap perlindungan keselamatan data dalam negara kita? Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk beralih kepada tajuk yang kedua...

Yang Berhormat Kubang Kerian, Balik Pulau sedikit penjelasan. Saya bersetuju dari segi aspek keselamatan negara. Cuma, yang saya juga mohon Yang Berhormat Kubang Kerian beri sedikit pandangan ialah mengenai ketika era apa yang dipanggil sebagai the era of soft power, bajet kita kepada Kementerian Luar untuk teman-teman kakitangan kerajaan terutama untuk mewakili negara terhadap kerja-kerja diplomasi kurang banyak untuk tahun ini. Akan tetapi yang saya tahu, dengan perkembangan globalisasi sekarang, cabaran untuk kerja-kerja diplomasi ini amat lebih mencabar.

Saya rasa di era soft power ini, selain daripada keperluan untuk kekuatan fizikal, military sifatnya, tetapi saya rasa untuk meningkatkan, dengan izin, the sophistication of our staff iaitu kakitangan Kerajaan Malaysia yang saya rasa perlu. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Kubang Kerian boleh beri sedikit pandangan.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, satu pandangan yang bijak daripada rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau di mana saya juga melihat bahawa dunia diplomatik juga menjadi semakin penting dalam kita mencatur, dalam kita melihat our way forward, dengan izin, tentang kesediaan negara dalam kita berinteraksi dengan dunia yang ada pada hari ini. Peralatan mereka dan juga kelengkapan mereka harus dipertingkatkan supaya mereka juga dapat memainkan peranan yang maksimum dalam kita menentukan tentang efficiency, kecekapan negara kita dalam kita menyaingi mereka.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya Tuan Yang di-Pertua, tertarik dengan sejarah masa lampau. Hari ini, bila ada perundingan damai yang melibatkan – termasuk dunia Islam, negara yang menawarkan adalah negara Norway, Finland ataupun Sweden. Negara-negara yang menawarkan perlindungan politik juga, yang rasa selamat ialah negara-negara dengan izin, di Scandinavian countries. Jadi walaupun dulu mereka adalah viking, mereka adalah lanun laut utara yang kita belajar di sekolah dahulu, namun dalam masa yang cepat mereka belajar dan mereka hari ini menjadi peacemaker, mereka menjadi mediator untuk mereka tampil di pentas dunia dan menawarkan khidmat mereka untuk perundingan damai. Jadi saya rasa Malaysia juga mesti ke arah itu dalam kita bersaing dengan dunia-dunia yang berada pada hari ini. Terima kasih sahabat saya daripada Balik Pulau. Saya beralih kepada Buku Jingga Tuan Yang di-Pertua. Walau apa pun yang dikatakan tentang Buku Jingga ini, terima kasihlah kepada sahabat kita daripada Kota Belud walaupun tidak ada di sini kerana sebahagian besar ucapannya menyentuh tentang buku ini walaupun diperkecilkan. Ya lah, maklumlah kami tidak lagi di tahap duduk di sebelah sana tetapi ini yang kita tawarkan kepada rakyat. Saya rasa dengan diskusi itu yang walaupun ada kritikan, saya faham tidak mungkin mereka memuji tentang Buku Jingga ini. Akan tetapi saya rasa itu satu permulaan yang baik di mana di sebelah sana juga telah menerima ini sebagai satu dokumen yang perlu dibahaskan. Saya rasa ini satu perkara yang baik. Kalau ia nanti menjadi satu perkara yang lebih penting, ada banyak lagi forum-forum tertentu yang boleh kita bahaskan tentang Buku Jingga ini kerana kita juga datang dengan suatu latar belakang pimpinan yang ada, latar belakang pengalaman mereka dalam kerajaan. Saya rasa dalam konteks ini saya bersetuju dengan rakan-rakan macam Yang Berhormat Pengerang tadi. Janganlah tuduh kita ini membangkang semata- mata. Tidak ada budi langsung kepada negara ini. Tidak ada suatu jasa langsung kami ini kepada negara. Itu tidak betul. Lihat sahaja Parlimen ini. Caucus yang dikemukakan. Siapa yang menganggotainya? Tidak semua seratus peratus Barisan Nasional. Juga daripada kami. Lawatan-lawatan kerja ke luar negara saya rasa juga dijemput kepada kami. Baru-baru ini saya dengan rakan daripada BN, Yang Berhormat Pokok Sena, kemudian Yang Berhormat Kuala Krai bersama Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Kita pergi kepada satu persidangan Global Peace Conference di Jepun dan Korea. Kita boleh duduk semeja berhadapan dengan parti baru di Jepun dan kita boleh kemukakan idea bersama. Tidak timbul masalah kita hendak mencaci negara sendiri di hadapan negara lain. Itu satu perkara yang saya rasa harus dilihat. Jadi dalam konteks Buku Jingga, terima kasih dan tahniah kerana memberikan kesempatan untuk dibahaskan. Saya rasa kalau ada perkara-perkara yang perlu dikritik, ayuh kita boleh bincang secara intelektual, adakan intellectualist course untuk kita tengok apa yang baik dan positif. Ini pandangan kita kepada rakyat yang harus kita panjangkan untuk kebaikan negara.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kubang Kerian.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Setuju atau tidak bahawa sepatutnya dalam proses pengundian demokrasi dalam negara kita ini dalam konteks Buku Jingga, buku biru tua dan sebagainya, dalam konteks untuk membina masyarakat Malaysia yang bermaklumat, yang menentukan hala tuju negara kita ini berasaskan kepada knowledge, pengetahuan yang cukup. Sepatutnya agensi-agensi media elektronik ini seperti RTM, TV3, Kumpulan Media Prima dan sebagainya memperbanyakkan lagi intellectualist course yang berkaitan dengan bukan sekadar Buku Jingga tetapi saya kata bahawa kalau BN boleh keluarkan buku biru tua, jadi kita boleh membuat perbandingan. Buku Jingga dengan buku biru tua supaya masyarakat diberi peluang untuk melihat dan menilai sama ada Buku Jinggakah yang lebih baik atau buku biru tuakah yang lebih baik... [Ketawa] Jadi yang mana?

Yang Berhormat Kubang Kerian, sebelum itu saya hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis, ya.

Ya, sikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kalau bagi peluang, saya tidak bagi Yang Berhormat lagi.

Ya. Sikit sahaja. Sila bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak apa, Yang Berhormat. Nanti selepas itu, ya.

Ini macam ‘kapla jingga’.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis, Yang Berhormat.

Jingga, biru tua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak payah, Yang Berhormat.

Jadi macam ‘kapla jingga’.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kubang Kerian, ya.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya patuh, saya gulung. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, ya. Satu pandangan yang sangat baik yang Yang Berhormat Pokok Sena kemukakan untuk Parlimen ini. Saya rasa dalam era selepas 2004, ada sedikit keterbukaan RTM. Ini saya hendak – ya lah kalau benda yang boleh saya puji, saya puji. Dulu ada Debat Perdana. Satu ruang waktu yang saya rasa walaupun pendek, sejam. Kemudian, Astro hari ini membuka ruang untuk kita dan dipanggil ahli-ahli panel daripada semua pihak. Saya rasa satu perkara yang sangat baik. Rakyat melihat kemunculan kita dalam televisyen yang dulu orang anggap pembangkang ini akan bercakap dengan bahasa yang kesat. Satu persembahan yang memang rupanya rupa pembangkang. Namun dalam ruang waktu itu kita melihat semua bercakap tentang kebaikan negara. Sumbangan kita kepada negara. Tidak ada orang hendak look stupid on air. Jadi Astro telah buat satu ruang waktu. Namun saya hairan sekarang ini Astro pun sudah mula longlai. Mungkin ada suatu arahan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi saya rasa kalau ini boleh kita lebar luaskan dalam konteks kita menggalakkan satu minda yang berpengetahuan, masyarakat yang base on k-Knowledge, saya rasa kita sangat membantu kepada negara kita sendiri.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya menjunjung tinggi Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Hari Wanita Sedunia, Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahas ucapan dan menyokong Titah Diraja. Seperti mana yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyatakan wanitalah penawar, wanita penggerak generasi muda, wanita penyentuh jiwa dan wanita itu juga tiang negara.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Oh, hebat, hebat.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya amat memuji Kerajaan Negeri Sarawak yang mana telah melantik seorang Menteri wanita di Sarawak yang menjaga kepentingan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat. Kita nampak setiap hari, semakin hari, semakin bertambah peratusan wanita memegang jawatan di peringkat membuat keputusan. Tuan Yang di-Pertua, di sini jelas bahawa hanya seorang wanitalah yang berjaya meningkatkan taraf kehidupan rakyat secara umumnya. Bukan hendak mendiskriminasi yang lelaki tetapi ini adalah satu kenyataan kerana kita tidak memerlukan kementerian lelaki di sini. Memang semakin ramai wanita memegang jawatan yang membuat keputusan. Namun saya hendak memohon di sini, kepada Kementerian Sumber Manusia agar menggalakkan pihak swasta untuk meletakkan lebih ramai lagi wanita yang berkelayakan untuk menduduki jawatan membuat keputusan. Tidak ada sebab badan swasta mengatakan tidak ada wanita yang layak. Setiap tahun, kalau kita baca dari akhbar, lebih kurang 65 peratus pelajar wanita yang masuk ke universiti. Begitu juga yang menjadi graduan universiti. Saya berharap Kementerian Sumber Manusia membentuk satu mekanisme dengan memberi insentif kepada badan korporat yang mengamalkan dasar 30 peratus wanita di peringkat membuat keputusan. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua menyokong kerana anak-anak Tuan Yang di-Pertua semuanya wanita. Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah pula kepada topik berhubung dengan pendaftaran sijil kelahiran dan juga mendapatkan kad pengenalan.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Batang Sadong, pencelahan. Minta pencelahan. Wanita, wanita.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okey, wanita.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana yang ke bawah Titah Tuanku menyarankan 30 peratus untuk kaum wanita dan menyasarkan 30 peratus ini membuat keputusan. Saya ingin membawa sedikit di atas faedah wanita ini. Apakah Yang Berhormat Batang Sadong bersetuju dengan saya untuk memberikan faedah bersalin di bawah seksyen 37(a) Akta Kerja 1955 sebanyak 60 hari kepada 90 hari untuk diberikan kelonggaran wanita menjaga bayi dan juga memberi ‘kerasian’ kepada bayi di samping kita memperkasakan lagi 30 peratus wanita memberikan dasar kuasa itu sendiri. Adakah Yang Berhormat Batang Sadong bersetuju dengan pandangan saya?

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih. Memang saya bersetuju. Setuju sepenuhnya. Memang itu pun hasrat kita.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Malah kalau boleh saya perjuangkan, kalau boleh wanita yang tidak bekerja itu pun diberi gaji ataupun elaun. Sama juga dengan lelaki yang tidak bekerja yang menjaga rumah tangga perlu juga diberi elaun. Saya harap pihak kementerian yang bertanggungjawab memastikan perkara ini boleh diutarakan pada masa-masa akan datang. Terima kasih rakan saya. Saya berpindah kepada topik berhubung dengan pendaftaran sijil kelahiran dan mendapat kad pengenalan. Kenapa saya membawa perkara ini, kerana saya telah beberapa kali didatangi oleh rakyat-rakyat dari kawasan saya yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang menjadi masalah biasanya adalah kes-kes yang luar biasa. Misalnya anaknya berkahwin tidak memberitahu ibu bapa, selepas itu bila meninggal dunia tidak tahu mengenai mana ibunya, ibunya meninggal bayinya dan orang itu terpaksa - yang ditinggalkan bayi itu terpaksa mencari keluarga si bapa. Jadi untuk menguruskan perkara seperti ini agak sukar kerana ramai orang kampung tidak mengetahui. Begitu juga dengan perkara mengenai memohon kad pengenalan untuk mereka yang berkahwin dengan orang luar dari Malaysia. Saya telah pergi ke Pejabat Pendaftaran di negeri Sarawak di Kuching dan berurusan dengan mereka. Setelah berbincang dengan Pejabat Pendaftaran Negeri Sarawak, saya perhatikan banyak perkara ataupun banyak maklumat yang mereka ada yang perlu diketahui oleh ketua-ketua masyarakat yang membantu masyarakat di kampung. Jadi saya hendak menyarankan di sini kalau boleh diadakan lebih banyak outreaching programme, dengan izin, dan melibatkan ketua-ketua masyarakat di kampung. Ini supaya kita boleh memperkasakan mereka bagi menyelesaikan ataupun mengurangkan masalah seperti ini dari berlaku. Ini kerana beberapa prosedur perlu mereka ketahui. Jadi, di sinilah kita memerlukan kerjasama di antara ketua-ketua masyarakat dan juga agensi- agensi pelaksana kerajaan untuk bekerjasama supaya boleh membantu masyarakat kampung, tidak lagi perlu mencari pejabat yang jauh dari kampung mereka. Kalau boleh diberikan sekali panduan kerja bagi memudahkan ketua-ketua masyarakat untuk menjalankan tugas mereka di kampung. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya terbaca di akhbar Berita Harian mengenai rayuan orang-orang muda yang layak untuk menyertai kriteria membeli rumah pertama. Mereka merayu agar kerajaan menimbang dari segi harga rumah untuk Program Rumah Pertama dari RM220,000 kepada sekurang-kurangnya RM300,000 iaitu selari dengan harga pasaran rumah di kawasan bandar. Jadi, saya mengharapkan agar kerajaan prihatin menimbangkan perkara ini. Ini kerana seperti mana rakan saya dari Yang Berhormat Kubang Kerian tadi mengatakan, orang-orang muda ini memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kita tahu rakyat Malaysia ini amat bertuah sekali kerana banyak kemudahan yang diberi oleh kerajaan. Malah demi mencapai objektifnya, kerajaan telah menggunakan pelbagai pendekatan seperti diadakan program NKRA dan NKEA dan macam-macam lagi usaha kerajaan. Ingin saya hendak kongsikan di sini sebagai wakil rakyat yang dari kawasan luar bandar, saya melihat dan merasa sendiri keberkesanannya iaitu pelaksanaan NKRA. Misalnya kampung-kampung yang belum ada jalan raya, kini sudah ada jalan raya yang begitu cantik sekali. Maksudnya di sini apa yang kita putuskan di peringkat kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat. Namun Tuan Yang di-Pertua, ada kalanya kita membuat keputusan, kita terlupa keadaan di satu-satu kawasan terutama sekali kawasan di luar bandar. Apa yang kita rasa baik untuk rakyat mungkin tidak praktikal cara pelaksanaannya di luar bandar. Jadi, saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dalam perbincangan di dalam makmal mengambil kira keadaan sekitar luar bandar supaya apa yang kita putuskan adalah tidak merugikan kerajaan, baik untuk rakyat dan rakyat juga diberi peluang untuk memberi pandangan mereka mengenai apa yang mereka perlukan.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya ingin juga menyentuh mengenai pendedahan dari segi latihan Ahli Parlimen melalui lawatan mereka ke luar negara. Tadi rakan kita dari Yang Berhormat Kubang Kerian juga menyentuh mengenai macam mana mereka bersama-sama dengan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional juga berpeluang untuk bersama-sama pergi ke luar negara. Saya menyentuh perkara ini tidak hanya ditujukan untuk Ahli Parlimen Barisan Nasional, malah juga kepada Ahli Parlimen di sebelah sana, supaya kita sentiasa diberi pendedahan. Parlimen memberi kita peluang untuk pergi ke luar negara sambil kita mempelajari dan berkongsi cara mana Parlimen di luar negara diamalkan. Di situ juga kita dapat membawa pengalaman yang baik dibawa balik ke negara kita. Mesej yang saya hendak sampaikan di sini ialah pendedahan melalui conference, menghadiri mesyuarat di peringkat antarabangsa amat penting. Macam hari ini kita baru selesai mengadakan ICC dari Parliamentary Global Action. Jadi kita berpeluang untuk mendengar pandangan dari luar negara, peserta-peserta dari luar negara. Jadi dari situ Ahli Parlimen kita boleh meningkatkan standard prestasi Ahli Parlimen kita. Apa yang kita hendak ialah pada masa yang sama kita boleh berkongsi, yang baik kita bawa ke mari yang tidak baik itu dijadikan satu panduan untuk kita. Akan tetapi tadi saya dengar Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, saya amat bersyukur beliau banyak - ada juga menyentuh yang baik dari apa yang telah dipelajari apabila pergi ke luar negara. Ini kerana ada juga proses yang kita kalau pengalaman kita kalau pergi ke luar negara kita boleh melihat dan menilai sendiri yang baik, yang positif dan yang tidak positifnya. Apa yang positifnya kita boleh gunakan sebagai panduan, yang tidak positif janganlah kita terikut-ikut apa yang berlaku di luar negara sana. Rakyat kita bijak menilai. Rakyat kita terutama sekali golongan muda telah diberi peluang untuk menggunakan internet untuk menilai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan juga apa yang dilakukan kita sebagai Ahli Parlimen yang mewakili mereka. Di sini juga kita boleh meningkatkan prestasi kita dari segi cara kita untuk memperkenalkan program- program di kawasan kita. Dari situ juga cara kita melalui cara kita, kita juga boleh membantu rakyat kita untuk memajukan diri kita. Apa yang penting, kita ikhlas dalam memperjuangkan keperluan dan hak rakyat kita. Saya pasti rakyat boleh menilaikan yang mana emas, yang mana kaca, yang mana permata. Walau apa pun, dengan kebebasan melayari internet untuk melihat apa yang berlaku di luar negara, ramai rakyat yang jauh perjalanan mereka luas pemandangan mereka. Bijak menilai apa yang baik untuk mereka dan apa yang tidak baik. Jadi inilah yang kita hendak lihat supaya kita dapat membawa yang positif ini ke mari. Tadi Yang Berhormat Kubang Kerian juga menyentuh mengenai apa yang berlaku di luar negara sana. Tidak semestinya apa yang berlaku di luar sana boleh dijadikan contoh untuk dilakukan di sini juga. Apa yang penting ialah kita mengambil yang baik dan kita sentiasa bersikap baik dan ikhlas dalam pelaksanaan tugas kita. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan juga ada di kalangan agensi-agensi kerajaan sedang dalam proses mengenal pasti tempat-tempat yang berpotensi menjadi tapak warisan di tempat masing-masing. Setakat ini saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kriteria-kriteria untuk menjadikan sesebuah tempat itu tempat tapak warisan. Jadi saya amat tertarik dengan langkah kerajaan ini. Saya berharap kementerian yang bertanggungjawab boleh memberi penerangan ini kepada kami Ahli Parlimen supaya kami boleh turut menyumbang ke arah ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai keadaan sosial yang semakin hari semakin mencabar kepada semua masyarakat, semua bangsa, semua di keseluruhan negara kita ini dan kepada agama kita. Saya ingin menyarankan agar Jabatan Perdana Menteri - mungkin itu jabatan yang bersesuaian mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua NGO dari seluruh negara. Untuk berdialog dan memberi cadangan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap NGO, untuk bersama-sama menyumbang kepada cara mana NGO ini boleh membantu menangani dan mengurangkan masalah sosial yang semakin hari semakin berleluasa.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kita sedar ini bukan satu perkara yang mudah sekali. Masalah sosial Tuan Yang di-Pertua, yang berlaku di negara kita ini adalah tanggungjawab kita semua. Setiap hari kita membaca di akhbar, bayi dibuang, perceraian berlaku, anak sendiri dilarikan oleh sama ada ibu ataupun bapa, isu penglibatan suami isteri yang mengedar dadah, merompak, mencuri, membunuh dan keganasan rumah tangga. Di manakah nilai murni dalam masyarakat kita? Sudah tiba masanya kita melihat kembali dalam diri kita, cara kita bertutur bahasa, pembawaan kita. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan pemimpin negara amat penting sekali. Kalaulah ibu bapa menggunakan bahasa yang kurang sopan, begitu jugalah budaya yang ditunjuk oleh anak-anak kita, apalagi peranan guru di sekolah. Anak-anak lebih mendengar ajaran guru dari ibu bapa mereka di rumah. Apa yang anak pelajari di rumah adalah dari apa yang kita amalkan berbanding dengan cara guru mengajar. Jadi, nilai-nilai murni tidak dapat diajar, tetapi ia perlu diikuti. Penampilan kita, kebijaksanaan kita, cara bercakap, cara kita menyayangi, melakukan sesuatu akan diikuti oleh anak-anak kita. Ibu adalah pendidik utama dari segi nilai-nilai murni ini. Jadi adalah penting untuk kita menunjukkan budaya yang baik. Kalau di rumah kita menunjukkan ataupun membudayakan keganasan, maka tidak hairanlah kalau rakyat kita juga menjadi ganas...

[Bangun]

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Seperti mana yang berlaku di Egypt, di Libya, di negara Timur sebelum ini dan telah menjadi panduan kepada kita supaya kita sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat kita.

Yang Berhormat Batang Sadong, Lenggong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Batang Sadong sebut berkaitan dengan masalah sosial tadi dan meminta supaya kerajaan memanggil NGO-NGO untuk berbincang bagaimana mahu kita tangani dan menyelesaikan isu-isu yang begitu besar berada di hadapan kita. Saya berasa bangga apabila kerajaan mewujudkan makmal-makmal tertentu dan meletakkan sasaran untuk menyelesaikan satu isu dalam enam bidang keutamaan dalam NKRA misalnya. Kita lihat bagaimana kejayaan Kementerian Dalam Negeri di bawah PDRM misalnya menurunkan indeks kadar jenayah ke tahap yang begitu membanggakan. Saya difahamkan melebihi 32 peratus dan saya juga difahamkan bagaimana kejayaan mengurangkan kadar jenayah hingga berjaya menyelamatkan lebih daripada RM200 juta daripada masalah jenayah. Ini berlaku apabila kerajaan mewujudkan makmal-makmal, memanggil pakar dan pihak-pihak terlibat untuk melihat dan memberi fokus secara terperinci bagi menangani masalah ini. Apakah Yang Berhormat Batang Sadong juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menjadikan isu sosial remaja ini juga dilihat sebagai fokus keutamaan. Memanggil semua pihak-pihak yang terlibat untuk kita jadikan ini agenda nasional bagi kita turunkan ke tahap minima yang mungkin ataupun kita hapuskan dan pastikan supaya gejala ini tidak merencat kepada usaha untuk membangun dan membina negara ini. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju kerana saya ingin juga - sebenarnya saya hendak menyentuh mengenai focus group yang melibatkan remaja. Kalau kita perhatikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri banyak melibatkan diri dengan remaja. Jadi, apa yang Yang Berhormat Lenggong katakan tadi, saya hendak masukkan sekali dalam ucapan saya. Pada masa yang sama saya hendak tambahkan lagi, kalau boleh pihak kementerian yang bertanggungjawab mengadakan satu mungkin sebagai makmal juga, untuk memikirkan cara mana kita boleh membantu negara ini melalui remaja- remaja untuk menangani masalah sosial supaya kita boleh meminimumkan masalah- masalah sosial ini. Jadi, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong dan ucapan tadi boleh dimasukkan di dalam ucapan saya.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, oleh sebab kita ini amat prihatin mengenai isu gender ini, saya rasa kali ini saya hendak minta Menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen untuk menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kesaksamaan dan keperluan setiap gender. Di sini saya hendak mohon agar diwujudkan satu tempat dan sudut yang bersesuaian. Mungkin ada yang tidak faham di sini. Saya minta kalau boleh Menteri ini mewujudkan satu tempat yang bersesuaian bagi mereka terutama sekali golongan wanita yang menjalankan tugas semasa di Parlimen ini. Ada yang mungkin masih baru lepas bersalin ataupun masih dalam proses menyusukan anak mungkin memerlukan satu sudut untuk menjalankan tugas seorang ibu. Seorang ibu ini lebih tahu bagaimana hendak melakukannya. Jadi, memerlukan tempat seperti ini semasa kita bertugas di Parlimen waktu seperti ini. Jadi untuk menunjukkan keprihatinan tersebut, saya harap Menteri mengambil perhatian. Ada orang yang ketawa dengan saya sebab cuma wanita sahaja yang memahami perkara ini. Akan tetapi, ini adalah penting untuk wanita yang bekerja dan pada masa yang sama mengambil tanggungjawab sebagai seorang ibu. Jadi, perlu ada satu sudut untuk melepaskan apa yang perlu dilakukan demi tugas sebagai seorang ibu. Jadi, tunjuklah keprihatinan kita kepada wanita kali ini dan khas untuk anaknya juga yang baru dilahirkan. Jadi, harap Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sebelum saya mengakhiri juga, saya hendak mengucapkan walaupun baru beberapa hari lepas pada 8 hari bulan kita telah meraikan Hari Wanita Sedunia, jadi saya ingin mengucapkan Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di seluruh Malaysia. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai menyatakan rasa menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku atas Titah Baginda semasa merasmikan Dewan ini. Saya memulakan dengan menyatakan rasa bimbang bagi pihak rakan-rakan kita di sebelah Pakatan Rakyat untuk bertanya, sekali gus meminta supaya pengesahan di bawa itu berkenaan dengan suatu ungkapan ataupun suatu fakta yang dibawakan ke dalam Dewan ini, yang menyatakan bahawa kerajaan telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan tegar dalam negara kita ini dalam hanya setahun kalender daripada 44,000 jumlahnya kepada 100 isi rumah sahaja. Ini adalah perkara yang mustahak kerana selaras dengan beberapa hari lepas ataupun semalam dengan tepatnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan beberapa inisiatif baru di bawah pelan pelaksanaan atau Program Transformasi Ekonomi di dalam negara kita. Perkara yang semudah ini tidak patut kita abaikan dan yang lebih mustahak pada saya ialah fakta ini dikhuatiri akan digunakan sebagai rujukan. Ini kerana disebut secara rasmi di dalam Dewan ini dan berkali-kali diulang termasuk oleh rakan kita daripada Jempol semalam, menyatakan bahawa memang pada akhir tahun 2010, memang kadar ataupun statistik kemiskinan tegar dalam negara kita hanyalah 100 orang atau 100 keluarga sahaja. Saya tidak menolak. Sekiranya fakta ini benar, ini adalah satu kejayaan yang perlu kita jayakan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sampaikan hasrat kebanyakan golongan muda terutamanya yang akan atau bakal meninggalkan alam pengajian di institusi pengajian tinggi, baik tempatan atau luar negara yang bahawa Berita Harian semalam mengumumkan satu berita yang baik. Ini kerana kerajaan telah memberi arahan kepada 25 bank tempatan untuk membiayai pembelian rumah pertama atas konsep Skim Rumah Pertama yang ditawarkan kepada golongan 35 tahun ke bawah, tanpa ansuran atau tanpa bayaran permulaan, maknanya zero deposit.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini adalah satu perkara yang sangat-sangat menakjubkan. Kita pernah diperingatkan bahawa pada beberapa kejadian yang hampir serupa apabila kita gagal mengawal dari segi pelaksanaannya akhirnya membawa akibat yang agak buruk juga. Pihak pentadbiran negara Amerika Syarikat telah mengalami satu krisis subprime yang begitu buruk hasil daripada eksploitasi pembelian atau penjual rumah-rumah kediaman termasuk rumah skim untuk asas pertama pemilikan rumah yang akhirnya telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menghasilkan satu skim atau skema pembiayaan yang tidak dapat dikawal nilainya. Akhirnya menyebabkan kejatuhan dalam keseluruhan nilai termasuk akhirnya kepada nilai mata wang itu sendiri yang sampai sekarang tidak dapat dinaturalisasikan oleh pihak pentadbiran di beberapa negara termasuk juga Eropah. Jadi saya mengambil kira atas kegembiraan yang hendak dirayakan oleh rakan kita ini, kita perlu tanamkan rasa bimbang dan rasa prihatin mereka. Jangan kita terlalu cepat untuk merasa ini adalah satu hadiah yang perlu kita rebut. Saya bimbang kerana tidak ada satu landasan yang begitu jelas diberikan. Tidak ada satu munasabah yang ringkas untuk kita terima pembelian atau purchasing, dengan izin, purchases yang tidak disandarkan dengan satu nilai. Sebagai contoh, kita hendak benarkan pembelian rumah bernilai RM150,000 sehingga RM300,000 tetapi kita tidak sandarkan dengan satu jumlah pembiayaan ataupun pembayaran pertama yang berbentuk peratusan awal sebagai pemegang nilai. Ini satu perkara yang baru, saya tidak membangkang atau tidak membantah sekiranya benar kita hendak melaksanakan program ini. Memang betul Pakatan Rakyat beberapa kali dengan tegas membawakan bahawa antara faktor yang terpenting sekarang, yang perlu kita segerakan ialah untuk mengikhtiarkan golongan muda untuk cuba berupaya memiliki rumah kediaman pertama kerana inilah aset pertama yang boleh dipegang secara tangiblenya, dengan izin, kepada generasi baru. Kita tahu generasi baru hari ini bergelumang dengan hutang yang begitu teruk sekali. Malam tadi TV3 ada menyiarkan bahawa hutang isi rumah terkini yang baru disiarkan malam tadi dalam Buletin Utama berjumlah RM532 bilion, kenaikan sebanyak RM21 bilion dalam masa beberapa bulan sahaja pengisytiharan itu dibuat. Jika dibandingkan dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar kita berjumlah hampir RM732 bilion setahun. Ini bermakna rationya adalah dalam lingkungan 78.1 peratus. Memang dalam ucapan Yang Berhormat Jasin ada menyatakan bahawa ratio itu masih lagi boleh diterima sebab ada negara yang kadar hutang isi rumah dibandingkan dengan KDNK itu mencapai 81 peratus atau 85 peratus. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, negara mana yang bersifat peratusan yang begitu tinggi. Sudah tentu bukan negara membangun, negara yang diharap menjadi peneraju kepada negara dunia ketiga yang sedang membangun seperti kita tidak – ini kita boleh ukur, landaskan bahawa ini adalah dalam ratio yang masih boleh diterima. Benar, saya tidak nafikan tetapi negara-negara yang dilihat struggling mereka dengan izin untuk membangunkan aspek pertumbuhan dalaman mereka seperti negara-negara Afrika. Ini bukanlah menjadi ukuran atau landasan perbandingan kepada kita dan saya lihat beberapa pengumuman yang lain telah menyebabkan kita sebagai berdepan dengan krisis kehilangan hasil. Ya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sedikit sahaja, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Dikatakan hutang isi rumah rakyat Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia. Antara sebabnya ialah kerana dua perkara yang menyebabkan hutang setiap isi rumah itu sangat tinggi ialah kerana harga kereta yang tinggi dan juga harga rumah yang memang tinggi juga. Antara dua hutang isi rumah kebanyakan rakyat Malaysia yang menyebabkan hutang tersebut. Jadi adakah Yang Berhormat Indera Mahkota setuju kalau kereta kita ini boleh diturunkan harga dengan tidak ada AP atau kereta yang dijual dua kali ganda harga daripada yang dijual di luar negara termasuk kereta nasional kita.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini akan menurunkan hutang setiap isi rumah dan juga kalau tol dibatalkan, tindakan diambil untuk mengurangkan harga barangan pembinaan rumah ini secara dengan terus akan menolong semua keluarga di Malaysia.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya setuju, itu adalah sebenarnya antara kandungan Buku Jingga yang telah diperbincangkan oleh banyak pihak. Nanti kalau ada masa kita bincang tentang Buku Jingga. Akan tetapi, itu adalah satu sokongan ataupun satu dorongan yang cukup baik untuk kita timbangkan di masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri semalam berada di negara India dan salah satu perbincangan beliau untuk menilai sama ada logik atau tidak membawa satu perusahaan automobil berjenama baru iaitu Tata daripada India dibawa untuk diusahakan dalam negara kita atas tujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat kita untuk memiliki kenderaan pada kadar atau harga yang jauh lebih murah daripada sekarang. Saya difahamkan jumlah ataupun harga tawaran yang dibuat kepada rakyat India oleh syarikat atau automobil ini hanya dalam sekitar USD3000 sahaja. Jadi, bermakna jauh lebih rendah daripada yang dinikmati oleh negara kita hasil daripada perusahaan automobil atau pembuatan kereta tempatan. Pada saya, ini adalah satu tamparan hebat kepada perusahaan pembuatan kereta dalaman ataupun domestik, kerana jenama itu telah berpuluh tahun bertapak dalam negara mereka dan memberikan perkhidmatan kepada negara mereka. Tidak ada siapa yang menafikan bahawa walaupun model-model kenderaan yang tidak familiar, dengan izin, kepada rakyat kita, namun usaha pemerintah negara India untuk menawarkan kepada golongan yang dianggap kurang berkemampuan sekurang-kurangnya dapat memiliki kenderaan, sekali gus seperti yang dicadangkan oleh rakan Yang Berhormat Beruas tadi untuk melihat bahawa harga pasaran pemilikan atau pembelian kenderaan kita pada kadar yang munasabah atau tidak dilihat sebagai menggunakan kaedah berniaga dengan rakyat untuk tujuan mendapat keuntungan berganda yang tidak munasabah. Saya sekali lagi mengatakan dengan tegas bahawa aspek menjadikan rakyat kita sebagai golongan yang dilihat menghasilkan keuntungan kepada negara tidak kiralah kepada GLC ataupun golongan-golongan yang diharapkan sebagai peneraju utama industri dalam negara kita, tetapi masih lagi kita melihat rakyat negara kita sebagai sumber untuk kita mendapatkan keuntungan dan meraih dana bagi negara. Ini adalah satu perkara yang agak menyedihkan, kerana negara lain telah cuba untuk melihat seberang laut atau di luar negara itu sebagai market ataupun sebagai bidang untuk meraih keuntungan berbanding kepada dalam negara sendiri dengan rakyat kita sendiri. Ini tidak ambil kira lagi dengan cara kita mengatur kaedah mengutip tol, mengutip cukai dan sebagainya yang begitu dilihat agak mengasingkan dua darjat yang begitu ketara. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu beberapa bulan dahulu sebelum Parlimen berhenti rehat selama beberapa bulan, kita telah membincangkan perkara-perkara yang begitu asas dan penting dengan panjang lebar, iaitu sama ada kita perlu menghapuskan cukai atau duti import kepada barang-barang yang dilihat memberi kemudahan atau memberi faedah kepada rakyat Malaysia, 300 jenis barang. Saya teliti satu persatu dan saya telah buat semakan dengan pihak bertanggungjawab termasuk pihak Kastam Diraja Malaysia. Berkenaan dengan berapakah jumlah hasil yang bakal dihilangkan atau dihapuskan oleh kerana kita menghapuskan duti import atas barang-barang tersebut. Mereka telah memberikan feedback. Akan tetapi yang paling mustahak di sini siapakah golongan rakyat Malaysia, yang menikmati faedah daripada penghapusan duti ini?

Yang Berhormat Indera Mahkota sebagai rakan yang punya pengalaman di dalam hal ehwal kewangan negara dan cukai. Saya ingin memohon pandangan penjelasan Yang Berhormat Indera Mahkota. Tadi kerajaan memang menggalakkan pemilikan rumah oleh golongan muda. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan juga memberikan pengecualian terhadap yuran mahupun cukai untuk pengurusan harta pusaka, dua tahap.

Pertama, saya tahu mereka yang di kampung mempunyai hartanah tetapi untuk mereka menguruskan bagi mendapatkan kita panggil, dengan izin, sijil faraid itu fee yang rendah. Akan tetapi, untuk mendapatkan surat tadbir di mahkamah tinggi saya rasa itu proses yang semakin tinggi nilainya. Jadi jika dengan agensi Amanah Raya milik kerajaan, Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri dan juga dengan kerjasama kerajaan negeri serta majlis negeri, jadi kita secara automatik rakyat di kampung dan rakyat di bandar secara automatik mempunyai nilai hartanah yang boleh digunakan untuk perniagaan mahupun untuk kegunaan yang lain, mohon penjelasan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau. Saya bersetuju dan kita sepatutnya mengemukakan cadangan ini telah lama kita buat kepada jabatan ataupun kementerian yang bertanggungjawab. Dalam hal ini Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama sepatutnya telah responding kepada isu ini agak lama. Kita agak ke belakang sekarang, terutamanya apabila kita melihat kes-kes di mana nilai harta yang terkandung di bawah wakaf, zakat dan juga di beberapa perkara yang jatuh bawah pengendalian hukum agama ataupun lain-lain di dalam Agama Islam itu akan di belakangkan. Saya hendak memberi satu contoh fenomena yang belum lagi dapat kita selesaikan dengan baik, iaitu kita telah meminda undang-undang, peraturan di mana kalau dahulu mana-mana harta ataupun aset, tanah yang dilupuskan bernilai kurang daripada RM250,000 tidak ada satu pegangan cukai ataupun dikenakan apa-apa setem duti ataupun RPGT iaitu Real Property Gains Tax. Akan tetapi kita telah meminda, mengehadkan bahawa tidak ada lagi nilai. Maknanya jika sekadar RM20,000, RM70,000 ataupun RM100,000 tetap akan dikenakan 5 peratus pegangan seperti yang kita telah kendalikan sebelum hari ini, dahulu dikecualikan dan sekarang telah dimasukkan semula dan tempoh lima tahun pengecualian pelupusan itu tidak lagi diambil kira. Dalam hal ini, kaitannya Yang Berhormat Balik Pulau, terima kasih kerana membangkitkan perkara itu kerana di dalam kes Skim Rumah Pertama ini kita perlu ingat dan saya menyeru kepada golongan muda berwaspada sekarang apabila kita hendak melibatkan diri di dalam exercise yang mengatakan hendak menyediakan ruang memiliki rumah pertama ini, apa yang kita perlu ingat sekarang dan teliti. Pertama, kita harus ingat bahawa setiap pembelian ataupun usaha untuk pemilikan itu haruslah melibatkan satu perjanjian jual beli yang nyata, mesti ada, tidak ada skim yang kata buat pinjaman walaupun tidak ada bayaran permulaan dan sebagainya, tidak melalui satu khidmat guaman yang melibatkan perjanjian, tidak ada. Jangan percaya perkara itu sekiranya dikatakan ada ataupun ditawarkan sekarang, seperti yang diberitahu oleh Berita Harian, tidak ada. Ia mesti melalui proses yang sama, dalam kes ini juga ia akan melibatkan isu yang sama iaitu setem duti dan juga kalau perlu, kalau ada berkaitan dengan aspek Real Property Gains Tax ataupun RPGT yang dimasukkan, sama ada dikecualikan atau tidak, itu isu yang kedua. Akan tetapi berdepan dalam melakukan, melaksanakan exercise ini, tetap isu ini akan dihadapi oleh setiap satu potensi pelanggan iaitu di kalangan anak-anak muda kita, yang saya rasa ramai daripada mereka telah pun merayakan, kononnya mereka telah ditawarkan satu perkara yang cukup baik sekarang. Saya tidak menafikan ada usaha yang begitu baik untuk menarik dan menjinakkan generasi muda kita supaya tidak terlalu illusionist dalam memikirkan bagaimanakah kaedah untuk memiliki harta ataupun rumah pertama. Saya menyokong prinsip yang kita hendak kita bawa kepada Skim Perumahan Pertama, saya sokong. Akan tetapi pengendalian haruslah kita terperincikan supaya golongan ini tidak menjadi mangsa dan kita tidak mahu ataupun kita cuba untuk mengelakkan isu property bubble yang baru sahaja kita cuba untuk sederhanakan, lenyapkan isu ini...

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dikeluarkan semula dan berlaku semula di dalam pasaran kita.

Yang Berhormat Indera Mahkota di dalam membicarakan property bubble, bersetujukah dengan saya bahawa pertama sekali kita perlu mengadakan ialah audit pemilikan rumah ini.

Ini kerana saya dimaklumkan ada projek perumahan-perumahan tertentu yang dibeli secara blok, secara 50 unit, 20 unit oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang mana akan mewujudkan property bubble ini dan saya rasa satu audit oleh Kementerian Perumahan perlu dilakukan agar demand and supply itu ialah seperti yang sepatutnya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya tahu kementerian ada mengeluarkan kenyataan bahawa satu dasar perumahan negara akan dibentangkan dan dibawa ke dalam Parlimen ini, saya dengar. Saya tidak tahu bila, tetapi saya mendengar perkara itu antara perkara yang kita teliti secara personel, secara persendirian, satu isu yang sangat personel kepada banyak rakan-rakan kita. Saya menunggu apakah kandungan dasar ini dan mengikut daripada jawapan daripada beberapa orang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab tentang isu ini, sudah tentu dengan jelasnya pernah mengatakan sehingga ke hari ini belum ada satu dasar pemilikan rumah. Hatta tidak ada satu lagi statistik terperinci untuk membuktikan berapa peratuskah rakyat Malaysia yang memiliki rumah dan berapa peratuskah rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa-apa aset pemilikan pun. Memang tidak dapat dinafikan kerana kementerian sendiri menjawab dan beberapa orang Timbalan Menteri juga telah memberikan jawapan yang tegas sehingga kini belum ada lagi statistik selepas 50 tahun, berapa peratuskah rakyat Malaysia yang memiliki kemudahan yang paling asas ini iaitu rumah, nombor satu yang kata skim perumahan pertama. Betullah itu. Maksudnya...

[Menyampuk]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sedang dilaksanakan, 50 tahun sedang dilaksanakan, tidak apa kita bagilah dua tahun ataupun beberapa bulan, insya-Allah. Akan tetapi saya tidak menolak rasa berterima kasih kita. Kita berterima kasih kerana skim ini memberikan satu harapan baru sekurang-kurangnya kalaulah tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini, insya-Allah kalau takdir Allah mengatakan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, kita tetap akan melaksanakannya juga kerana skim ini skim yang baik. Skim untuk kemudahan orang-orang muda yang dahagakan kepada kehidupan yang asasi, yang asas iaitu rumah pertama. Kita dibelenggu hutang yang paling buruk sekali di dalam sejarah, kenapa? Siapa kata? Ini adalah yang disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan yang menjawab soalan saya, ketika menjawab soalan sesi soal jawab pada waktu pagi. Saya bertanya berapakah kedudukan hutang negara terkini. Beliau menjawab, saya kata itu hutang negara di luar negarakah atau di dalam negara? Beliau menjawab bahawa itu hutang di dalam negara sahaja, kalau ditambah hutang di dalam dan di luar negara memang mendapat jumlah itu. Berapakah jumlahnya? Jumlah terkini ialah RM447 bilion. Ini adalah yang disahkan berdasarkan jawapan yang telah diberikan kepada saya secara bertulis, memang kedudukan hutang di dalam dan di luar negara adalah berjumlah RM447 bilion. Berapakah jumlah rizab kewangan Bank Negara terutamanya yang diletakkan di dalam angka mata wang Amerika, berapakah jumlahnya? Diletakkan sebagai RM312.7 bilion iaitu lebih kurang USD103, USD104, yang berbentuk rizab. Akan tetapi kita kena ingat Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita menghadapi kedudukan di mana mata wang Ringgit Malaysia bertambah kukuh, satu perkara yang sangat kita banggakan, ya bertambah kukuh. Akan tetapi mengambil kira parameter atau ukuran ini, menyebabkan kita dilihat lebih terhakis atau menurun daripada segi kadar rizab antarabangsa kita yang diukur dalam nilai mata wang Amerika Syarikat, tidak begitu? Sudah tentu kita mengalami penyusutan dan penyusutan inilah seperti yang diberitahu oleh beberapa Ahli Parlimen sebelum ini memikirkan apabila berlaku penyusutan dalam selisih mata wang ini menyebabkan kita dilihat terpaksa membayar lebih, terutama di dalam exercise yang hampir kita hendak lakukan ini seperti apa? Projek pembinaan MRT yang dikatakan bernilai RM36.6 bilion tidak termasuk pengambilan tanah, yang dikatakan sekiranya mengambil kira pengambilan tanah ini mungkin boleh mencecah nilai RM50 bilion.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Itu dalam RM50 bilion kalau mengambil kira tentang kedudukan atau selisih atas pertukaran nilai mata wang mungkin kita terpaksa membayar pada jumlah yang lebih tinggi. Ini adalah jawapan biasa yang kita terima, jawapan biasa. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali gus hendak menyatakan bahawa antara perkara yang hampir di depan mata kita yang telah disebut dan diisytiharkan beberapa pembinaan yang bersifat gergasi ini nilai wangnya yang hendak kita belanjakan dalam hampir penilaian-penilaian ini menjadi tepat sekarang terutamanya beberapa projek seperti double tracking, kehilangan dalam PKFZ dan sebagainya. Ini sudah tentu mencecah nilai tidak kurang daripada RM100 bilion yang perlu diteliti sekali gus di manakah usaha kita untuk menangkis ataupun sekurang-kurangnya kita sebagai tugas atau peranan kita sebagai Ahli Parlimen untuk menangkis ataupun meneutralkan persepsi ataupun berita yang dilaporkan mengatakan memang kita tidak menjalankan usaha untuk menutup ketirisan, kebocoran yang sekali gus dikatakan peristiwa-peristiwa kehilangan hasil negara yang besar. Semalam disebutkan Global Financial Integrity telah melaporkan bahawa Malaysia telah berlaku kehilangan ataupun pengaliran wang secara haram ke luar bernilai RM889 bilion dalam masa 8 tahun sehingga 9 tahun. Saya yakin dalam tempoh ini tidak ada satu negara lain selain pada negara Malaysia dibawa satu berita yang begini besar jumlah elicit fund yang berlaku dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini kecuali yang dilaporkan berlaku di dalam negara kita ini. Akan tetapi ada satu klarifikasi, tidak ada satu jawapan yang tepat. Sama juga seperti berita yang disebut dan ditulis khas dalam buku yang disebutkan begitu laris oleh Barry Wain mengatakan bahawa pada zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah terbazir wang sebanyak RM100 bilion. Ini juga tidak menjadi perkara yang kita rasa macam perlu diadakan satu klarifikasi ataupun satu pengisytiharan atau jawapan menangkis dan sebagainya...

Tuan Yang di-Pertua, boleh sedikit?

Sedikit sahaja. Yang Berhormat Jasin, Balik Pulau sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada lima minit lagi Yang Berhormat ya.

Okey, sedikit sahaja. Yang Berhormat Indera Mahkota saya hendak betulkan sebenarnya ketika mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ditanya mengenai global illicit fund itu, beliau berjanji dalam kenyataan akhbarnya ada di situ bahawa Bank Negara akan menjawab. Sehingga hari ini belum dijawab dan bagi saya sepatutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri patut menjawab kerana melibatkan beratus bilion dolar ringgit. Mohon pandangan Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya rasa satu waktu yang...

Boleh sambung sedikit Yang Berhormat Indera Mahkota?

Satu tuntutan yang sangat tidak wajar [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya hendak ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Indera Mahkota yang telah dapat memberikan satu perincian yang cukup jelas. Sekurang-kurangnya kita sentiasa berwaspada tentang keadaan kewangan negara. Akan tetapi apa yang pasti di sini, kita mestilah memberikan perincian yang cukup jelas supaya tidak disalah ertikan terutamanya tentang hutang negara. Kerajaan Malaysia memang berhutang kerana dengan satu tujuan hendak membangunkan negara tetapi untuk faedah rakyat bukan untuk joli.

Akan tetapi, hutang negara Kerajaan Persekutuan memang kecil kalau kita bandingkan dengan angka Yang Berhormat bagi tadi kerana daripada apa yang rekod yang kita dapati sebenarnya hutang negara kita kalau ikut peratus daripada KDNK kita, kita di antara yang terendah di antara negara-negara maju. Kita tengok sini Malaysia hanya 57 peratus sahaja terendah kalau kita bandingkan dengan Sepanyol, Portugal, USA – 90 peratus, Singapura – 98 peratus. Itu baru saya ikut pada peratus.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita boleh bincangkan berkenaan peratus itu Yang Berhormat Jasin. Saya rela, saya bersedia untuk melakukan perbincangan secara detail berkenaan dengan peratusan itu...

Akan tetapi, kalau kita ikut pada per kapita pula we are nowhere.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya. Saya rasa kita perlukan satu forum yang lain untuk membincangkan tentang statistik angka yang tepat. Terima kasih banyak. Cuma dalam masa yang ringkas ini, dua-tiga minit ini saya hendak beritahu saya hendak nyatakan kebimbangan kita juga bahawa berlakunya peningkatan dalam purata perbelanjaan rumah tangga iaitu daripada RM1,920 kepada RM2,190. Ini angka yang dikeluarkan oleh kementerian melalui jawapan bertulis pada 25 Oktober 2010. Jadi apabila berlaku peningkatan dalam perbelanjaan rumah tangga, ini bermakna dalam cluster pendapatan RM700 hingga RM999 dalam negara kita masih ada lagi 100,013 isi rumah yang terangkum dalam kategori ini. Ini bermakna seperti yang saya mulakan tadi mengatakan isi rumah miskin tegar tadi yang mengatakan tinggal 100 orang ini saya rasa bukan 100 bermakna 100,013 sebenarnya. Ini jawapan yang diberi, bukan 100. Oleh kerana itu saya minta berlaku kesilapan ataupun typo error barangkali. Tidak apalah kalau typo error tetapi sekurang-kurangnya janganlah kita melakukan kesilapan ini kali kedua kerana bacaan itu telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jikalau kata 100,000 menjadi 100 ini satu typo error saya terima tetapi tolonglah semak lain kali, insya-Allah. Kita tidak mahu perkara ini berulang dan saya hendak akhiri ucapan ini dengan satu hujah yang sangat mudah Tuan Yang di-Pertua. Kita telah pun mengatakan kita beri kebaikan pada rakyat kita apabila cukai import 300 barang telah pun dihapuskan. Oleh kerana itu rakyat kita menikmati barang-barang ini dengan harga yang lebih murah. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, yang kita naikkan ialah cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus bermakna 1 peratus kenaikan. Sebenarnya kesan dia bukan kenaikan 1 peratus, 5 peratus ke 6 peratus - 1 peratus naik. Akan tetapi kenaikan daripada 5 peratus ke 6 peratus ialah 18 peratus. Ini kita tidak nampak kita kata kenaikan 1 peratus. Daripada 5 peratus ke 6 peratus naik 1 peratus. Sebenarnya kenaikan 1 peratus daripada 5 peratus itu ialah kenaikan 18 peratus dan ini berlaku kenaikan dalam kos yang dibayar dalam cukai perkhidmatan. Jadi alasan diberi kenaikan cuma 1 peratus sebenarnya tidak betul. Itu dari segi peratusan sahaja. Kesan dia – penggandaan kesan ialah 18 peratus. Oleh sebab itu dibandingkan dengan cukai kepada golongan kaya dihapuskan, cukai kepada golongan miskin ditambah seolah-olah ambil cukai orang kaya hapuskan beri kepada orang miskin secara direct. Ini adalah hadiah yang paling lumayan patut dirayakan oleh golongan yang kurang berkemampuan dan miskin dalam negara kita. Saya kalau ada masa insya-Allah saya boleh huraikan sehingga detail ke angka sennya berapakah jumlah yang ditanggung oleh setiap orang miskin hasil daripada penghapusan cukai golongan kaya terutama apabila terhapusnya cukai import kepada 300 barang dan 300 membawa kepada cukai barang-barang yang berkenaan ataupun yang bersabit dengan 300 barang utama tadi seperti barang-barang yang mahal berjenama dan sebagainya. Jangan kita lupa memang cukai beg tangan yang berjenama Ferragamo memang harganya mahal dan boleh dibeli dengan murah kerana tidak ada cukai import. Akan tetapi kita jangan lupa bukan sahaja beg tangan, iklan beg tangan Ferragamo itu juga ditanggung cukainya dan kalau pemindahan cukai ini berlaku bermakna sangat menyedihkan kepada golongan tidak berkemampuan dan miskin menanggung bukan sahaja menanggung harga beg, menanggung juga cukai atas iklan beg itu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi perkara ini harus dijelaskan oleh pihak yang bertanggungjawab apakah rasionalnya dan kalau perlu, belum terlambat buat satu pengisytiharan kerajaan membatalkan duti cukai import yang telah dilakukan pada 300 barang ini supaya kita tidak dilihat dan disangsikan mengambil cukai daripada orang miskin dan melepaskan cukai daripada golongan kaya. Ini satu perkara yang tidak logik sama sekali. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk turut menyampaikan ucapan untuk menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat program-program seperti Gagasan 1Malaysia yang menyatukan rakyat melalui semangat kesatuan, model terbaik bagi keamanan negara kita dan dunia. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana apa yang dilakukan selepas beliau menjadi Perdana Menteri, projek pembangunan RMKe-10 mencapai 96.2 peratus dengan kos RM230 bilion. Pertumbuhan ekonomi menunjukkan peningkatan keyakinan pelabur yang mana pelabur langsung asing meningkat pada 31.7 peratus berjumlah RM29.1 bilion. Ini amatlah tidak dijangka namun kejayaan ini amat ketara sekali bahawa program Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu berkesan. Gagasan 1Malaysia melalui program-program yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuk NKRA hendaklah dirasai oleh semua lapisan rakyat termasuk Orang Asli, masyarakat minoriti bumiputera Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mendengar ucapan demi ucapan soal program yang dilaksanakan khas untuk kaum bumiputera minoriti dari Sabah dan Sarawak yang telah diwujudkan sebuah jawatankuasa yang sengaja diwujudkan oleh Kabinet mengenai pembangunan bukan sahaja dalam segi sosioekonomi, juga dalam sosial pendidikan dan pembangunan tanah-tanah adat dan seterusnya pembasmian kemiskinan di kedua-dua buah negeri tersebut. Jangan lupa Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada juga golongan indigenous kita di Semenanjung yang memerlukan perhatian yang lebih terperinci iaitu kaum Orang Asli. Apabila kita melihat Perlembagaan Persekutuan - Perkara 153, ini selalunya ditimbulkan bukan sahaja daripada pemimpin-pemimpin ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional tetapi juga daripada sahabat kami pada pihak pembangkang bahawa Orang Asli ini ketara sama sekali. Ketara betul seolah-olah mereka ini dipinggirkan. Mengapa? Ini kerana Perkara 153 itu menyentuh hanya kepada orang Melayu dan anak- anak bumiputera negeri Sabah dan Sarawak. Apabila kita melihat apa-apa bantuan walaupun ada satu jabatan yang dinamakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli khas untuk Orang Asli sahaja tetapi ini seolah-olah kita tidak menganggap Orang Asli sebagai rakyat yang memerlukan perhatian khususnya pada pembangunan ekonomi dan sosial. Orang Asli ini pernah berjumpa dengan saya semalam yang menyeru saya untuk menyerahkan sekali lagi Perlembagaan, Artikel 153. Ya, Yang Berhormat Beruas... [Merujuk kepada Yang Berhormat Beruas yang mahu keluar Dewan] Tidak mahu membantu Orang Asli? Mahu lari keluar? Tidak menyuarakan pun pasal Orang Asli. Di Beruas ramai Orang Asli.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Putatan, boleh saya tanya, penjelasan?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jelaskan. Itu barulah...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Adakah Yang Berhormat Putatan bersetuju dengan polisi Pakatan Rakyat negeri Perak memastikan semua Orang Asli, keluarga Orang Asli sekurang-kurangnya mendapat 8 ekar 1/4. 1/4 ekar untuk bina rumah, 2 ekar untuk menanam buah-buahan dan 6 ekar untuk tanaman komersial dan dilaksanakan dengan terus apabila kita mentadbir dan bukan...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey, faham Parlimen Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Hanya setiap kali Yang Berhormat Putatan pun datang ke Parlimen, syorkan, syorkan, syor, syor, syor, sampai bila pun tidak tahu. Adakah setuju ia dilaksanakan dengan segera?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Itulah dia. Bagus Yang Berhormat Beruas. Cakap secara rasmi. Sekurang-kurangnya janji tetapi janji dalam buku... [Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Sabar dahulu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Itu kepada...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Pakatan Rakyat sudah mula menyukat tanah...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini agenda...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Untuk mereka. Bukan sahaja syor...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu, itu hanya mimpi.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu bukan janji...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Sekiranya memerintah tetapi tidak dapat memerintah. Jadi, itu janji-janji kosong sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Sengaja untuk mengelirukan rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Termasuk Orang Asli. Janji sini, janji sana.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan janji dalam Buku Jingga.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu pun sudah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan saya adalah pengerusi jawatankuasa itu melaksanakannya... [Tepuk] Bolehkah semua negeri Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional melaksanakan apa Yang Berhormat Putatan utarakan di sini.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey. That is good. Ini Yang Berhormat Beruas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan, saya dahulu Yang Berhormat. Saya mencelah. Duduk Yang Berhormat, saya mencelah... [Ketawa] Lain kali kalau kawan hendak keluar, tidak perlulah panggil masuk... [Ketawa] [Disampuk]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah – inilah perjuangan bersama. Kalau yang betul kita berfikir secara positif, Yang Berhormat Beruas... [Tepuk] Jangan janji seperti Buku Jingga... [Disampuk] Jadi, tidak ada masalah. Tahniah semua. Oleh sebab itulah saya sentuh sahabat-sahabat daripada sana juga. Jadi kita sungguh prihatin. Ini..., kita berfikir secara positif. Jadi, pertumbuhan ekonomi pada negara kita memang baik. Itu agenda yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, sama-samalah kita bersyukur, berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, program ini sedang dilaksanakan juga oleh pihak Persekutuan walaupun tanah-tanah yang disentuh oleh Yang Berhormat Beruas itu memang dalam bidang kuasa kerajaan negeri masing- masing. Jadi, Kerajaan Pusat tidak dapat jump over pelaksanaan itu jika Yang Berhormat Beruas, jika tiada pakatan dengan kerajaan-kerajaan negeri. Jangan nanti kerajaan pembangkang itu tidak bekerjasama. Itu sahaja masalahnya. Jadi, program transformasi-transformasi kerajaan itu yang sedang dilaksanakan yang mana banyak sudah pencapaian yang ketara nampak. Jadi, dengan jangkaan pelaburan sebanyak 1.3 trilion serta peningkatan 18.3 pelaburan luar ke 1.2 trilion akan berupaya meningkatkan mutu kehidupan rakyat, pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan seperti Yang Berhormat Indera Mahkota katakan, kerajaan sedang pun melaksanakannya dan ada lagi perkara yang sedang dirancang. Usaha ini akan memacu negara untuk mencapai pendapatan per kapita berjumlah 50 menjelang 2020. Ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional bukan kerajaan Pakatan Rakyat, amat mendahulukan rakyat bukan seperti Buku Jingga. Buku Jingga itu janji terang bulan sahaja yang dikatakan oleh...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat mantan... Keluarlah Yang Berhormat Shah Alam... [Merujuk kepada Yang Berhormat Shah Alam yang keluar Dewan] Dengan mengelirukan rakyat sahaja terutama sekali apabila pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau. Yang Berhormat Beruas...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, hendak bertanya, penjelasan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Malangnya, apabila dirancang di Taman Melawati hanya beberapa orang sahaja yang hadir dan banyak bungkusan, beribu bungkusan makanan yang tidak dapat diberikan sebab tidak ada orang. Jadi, dibuang sahaja menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Buang duit rakyat. Jadi alangkah – janganlah buat pelancaran seperti itu. Jaga-jagalah duit rakyat ini. Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Putatan, setujukah sepuluh cadangan dalam Buku Jingga itu...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Setiausaha pun tidak hadir hanya beberapa orang yang hadir. Jadi, banyak lagi...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Setuju atau tidak?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya lihat pemimpin-pemimpin PAS pun tidak berapa begitu bersetuju dengan Buku Jingga itu.... [Disampuk] Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Putatan, saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat Putatan bersetuju dengan sepuluh cadangan disyorkan untuk dilaksanakan dalam Buku Jingga itu baik untuk rakyat? Ini kerana Barisan Nasional kata mereka tidak boleh, tidak tahu macam mana hendak tadbir, tidak cukup duit dan macam-macam alasan yang tidak boleh dilaksanakan. Akan tetapi, Pakatan Rakyat sudah mengira wang yang kita ada dan memang boleh kita laksanakan. Adakah Yang Berhormat Putatan bersetuju bahawa sepuluh cadangan itu adalah baik untuk rakyat? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Setuju atau tidak setuju itu soal lain. Akan tetapi ini janji yang tidak dapat direalisasikan. Kita boleh buat apa sahaja cadangan, Yang Berhormat Kepong ya, tetapi tidak dapat dilaksanakan. Sukar untuk Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh, hanya bila kita jadi kerajaan kita boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Kerajaan Barisan Nasional sudah pun memerintah dan melaksanakan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Putatan sendiri yang sengaja hendak libatkan saya.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Minta maaf Yang Berhormat Batu, saya tidak beri laluan. Duduklah Yang Berhormat Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak beri jalan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya teruskan sekejap.

Sekejap sahaja.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya rasa dalam hati Yang Berhormat Batu pun tidak dapat dilaksanakan sebab ini janji-janji telan gula sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Saya tidak mahu bahas tentang janji.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Semata-mata untuk memancing rakyat untuk mengundi Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil di Merlimau dan di Kerdau. Itu sahaja. Itu sebab ia dilancarkan pada 6 hari bulan baru-baru ini.

Saya tidak mahu bertengkar dalam isu ini. Boleh beri laluan sedikit?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey.

Saya hormati Yang Berhormat Putatan dan saya juga akur kalau Pakatan Rakyat tidak memerintah. Akan tetapi, saya mahu ajak Yang Berhormat Putatan bacalah apa yang dijanjikan itu. Kalau janji itu elok atau perkara ini akan membawa faedah kepada rakyat Malaysia, tidak perlu Pakatan Rakyat yang melaksanakan. Biarlah Barisan Nasional tunjuk bahawa mereka boleh laksanakan. Janji kita 100 hari. Mungkin ini dikatakan tidak realistik, angan-angan mat jenin. Tidak mengapalah, kita biarkan. Itu politik.

Akan tetapi saya hendak tanya, kalau perkara yang dibangkitkan dan dibawa ini adalah baik, mungkin Barisan Nasional boleh lakukan dalam sebulan, dua bulan, tiga bulan atau lebih. Saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Janji- janji dalam reformasi 100 hari itu tertakluk kepada jenis janji. Setakat buat balai raya, kita boleh buat. Akan tetapi yang dicadangkan dalam Buku Jingga ini Yang Berhormat, ini seolah-olah hanya wujud sebuah mitos di awang-awangan kesedaran politik rakyat dan masuk bakul angkat sendiri. Itu lah dia. Apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor itu, itulah. Puji diri sendiri sahajalah. Apa yang dilaksanakan di Kedah, ada pernah? Tidak ada. Ini omong-omong sahaja...

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Ampang pun berminat?

Boleh?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ya, arigato.

Arigato. Terima kasih. Yang Berhormat Putatan tadi sebut mitos dan sebagainya. Yang Berhormat Putatankan sudah dengar macam-macam hujah semalam bahawa kalau kita lancarkan Buku Jingga ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberikan wang kepada guru besar mengikut daripada Buku Jingga dan turun tol mengikut dari Buku Jingga juga. Jadi mengapa hendak dikatakan mitos? Mitos ini sudah dibuat dua tiga sudah. Turun tol di NPE pun sudah buat daripada RM1.60 kepada RM1. Maknanya, mampu dilaksanakan. Jadi kalau Pakatan Rakyat mengambil alih negara ini, jauh lebih hebat kita akan lakukan. Sepuluh perkara kita akan laksanakan dalam 100 hari, insya-Allah.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey. Biarkan Yang Berhormat Ampang teruskan mimpi-mimpi tersebut. Apa sahajalah. Sekarang ini kita berharaplah. Okey. Saya berbalik kepada memberi tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional di atas penubuhan Talent Corporation bagi mengekalkan modal insan yang berkepakaran tinggi. Namun, faktor pendidikan yang merupakan faktor utama dalam membentuk modal insan berkualiti. Oleh itu, kerajaan haruslah memberi dana yang diperlukan oleh sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti mana Yang Berhormat Sri Gading sentuh tadi iaitu tidak mengira sekolah jenis kebangsaan apa, sama ada Tamil, Cina dan juga sekolah-sekolah mubaligh. Saya sering didatangi oleh pemimpin-pemimpin sekolah atau guru-guru sekolah, ahli-ahli PIBG untuk minta bantuan berupa permohonan kepada kerajaan pusat soal pembangunan sekolah jenis yang saya sebutkan tadi, terutama sekali sekolah mubaligh di kawasan saya yang memerlukan sumbangan yang betul-betul diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat keadaan sekolah yang - saya menyokonglah kerana sekolah ini telah pun memberi sumbangan dalam mendidik anak-anak kita sampai ke tahap kepimpinan dan di tahap nasional termasuk juga saya yang bersekolah di sekolah tersebut iaitu di Sekolah La Salle di Kota Kinabalu yang memerlukan banyak bantuan. Jikalau boleh, daripada kerajaan pusatlah. Walaupun Kerajaan Negeri Sabah - saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah sebab menghulurkan juga beberapa dana untuk membantu sekolah tersebut termasuklah sekolah jenis kebangsaan Cina. Jadi bukan sahaja itu...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ada gelap sedikit di sebelah sana. Lampu tidak nampak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, buka lampu sedikitlah. Terima kasih. Saya harap Tuan Yang di-Pertua ambil perhatianlah. Di sana mereka tidak nampak saya kerana kurang lampu, mungkinlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nampak Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi saya mahu Yang Berhormat Putatan pun sedar kadang-kadang beliau pun kena celik betul-betul tengok saya. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Putatan, saya ambil kesempatan ini seminit sahaja. Saya juga ada sebuah sekolah di kawasan saya di mana peruntukan RM11.8 juta sudah pun diluluskan pada tahun 2009 oleh kerajaan hari ini. Namun, walaupun sekolah itu tanahnya sudah diagih dan bayaran semua dibuat tetapi sekolah itu belum dibangunkan. Nama sekolah itu ialah Sekolah Paya Besar di Kulim Lunas. Jadi saya tumpang di sini mahu tanya Menteri, bila mahu siap? Seperkara lagi, tadi saya tengok bekas rakan-rakan lama saya tadi bawa Buku Jingga. Dia bawa Buku Jingga, cerita tentang Buku Jingga dan saya pun tengok di sini Buku Jingga memang ada. Akan tetapi, apa guna satu Buku Jingga atau apa-apa kalau mereka daripada naluri sendiri tidak ada hati untuk berubah melakukan yang baik? Sudah diberi kerajaan tiga tahun kepada mereka tetapi dalam proses tiga tahun itu, mereka melakukan semua rasuah. Ini Yang Berhormat Batu dengan Yang Berhormat Ampang pun mereka tahu yang semua rasuah ini berlaku di Selangor tetapi mereka tidak mahu ambil tindakan langsung. Mereka mendiamkan diri bila duit sekolah Tamil dan sekolah Cina semua di hijack. Akan tetapi mereka datang sini bawa Buku Jingga, dia kata hendak hapuskan rasuah dan mansuhkan itu semua. Apa mahu jadi Parlimen ini? Di Kota Raja pun sama juga. Sekolah Tamil Kota Raja diberi bantuan tetapi bantuan itu di hijack kepada NGO. Apabila ditanya kepada Yang Berhormat Kota Raja, beliau akan mendiamkan diri.... [Disampuk] Terima kasihlah. Jadi saya harap mereka tidak bangkitkan ‘buku pingga’ kah, ‘buku jingga’ kah, rimbakah. Tolong jangan bangkitkan lagi. Saya marah kalau dibangkitkan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai. Begitulah pemimpin yang baik. Kalau sudah sedar diri, baliklah ke pangkal jalan. Dahulu beliau orang kuat MIC. Memang rumahnya di MIC. Akan tetapi walau bagaimanapun, tahniahlah dan saya harap Yang Berhormat itu masukkan dalam ucapan saya.... [Ketawa] Saya mahu kementerian mendengar keluhan daripada rakyat di Kedah ini yang tidak dibantu sekali oleh kerajaan Pakatan di Kedah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, seterusnya juga di dalam modal insan ini, saya harap latihan kemahiran juga diteruskan program kerajaan untuk memperkasakan latihan kemahiran dan juga melahirkan banyak guru yang GSTT. Serapkanlah di dalam perkhidmatan tetap ya. Saya mohon. Walaupun Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun mengumumkan di Kota Kinabalu, saya juga hadir pada pengumuman itu, ya Yang Berhormat Kepong jangan terkepong-kepong ya. Jadi, selepas ini Keponglah, ya. Jadi, Program PERMATA ini yang orang sangsi sedikit. Ini memang program yang terbaik, ikhlas, murni, dan kita melihat banyak pra-pra sekolah telah pun diwujudkan sama ada melalui beberapa kementerian dan saya mengharapkan satu kementerian yang khusus menjaga pentadbiran dan urus tadbir ataupun penyeliaan sekolah-sekolah prasekolah ini. Jadi janganlah buat, KPLB pun buat, ya. Kementerian Pembangunan Wanita pun buat dan laksanakan. Jadi, kependidikan pun dilaksanakan. Ia tidak lama lagi mungkin Kementerian Pertahanan pun buat juga. Jadi, saya tidak tahulah siapa dia mahu lantik. Jadi, saya harap kerajaan dapat melihat ini dan aturkanlah program itu supaya disatukan. Sama juga dengan Kementerian Pembangunan Usahawan. Dahulu ada dan selepas itu dilupuskan. Kita tidak tahu kementerian mana yang boleh diharapkan untuk menjaga pembangunan keusahawanan ini. Jadi, ahli-ahli dewan perniagaan tidak tahu siapa mahu jumpa. Kalau mahu jumpa Perdana Menteri bukan senang. Kalau jumpa Yang Berhormat Ampang mungkin. Bolehlah jumpa. Akan tetapi belum ada kelayakan lagi untuk menjaga Pembangunan Keusahawanan Ampang. Jadi, Kepong itu mungkin adalah kepakaran kulit boleh, ya... [Ketawa]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi, saya berbalik kepada tajuk keselamatan Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita mendengar masalah keselamatan, kesalahan di jalan raya dan saman ekor tidak lain tidak bukan polis juga kita salahkan. Setiap kali ada kecurian dan pembunuhan polis kita salahkan. Kita tidak melihatkah peranan polis ini? Tuan Yang di-Pertuan, Agong DYMM sendiri yang memuji keberkesanan polis kita. Nombor dua di Asia, negara Asian dan nombor ke-22 peringkat dunia. Ia bermaksud PDRM ini berkhidmat dengan yang baik dan betul. Kita harus puji polis kita jika dibandingkan dengan negara-negara jiran kita. Jadi, baru-baru ini saya di kawasan Putatan telah pun melancarkan Kempen Anti Jenayah iaitu Kempen Payung itu boleh di mana ada orang ramai didirikan, pondok, payung yang mana pegawai-pegawai polis kita duduk senang menunggu raun-raun dalam bahasa Sabah ini. Faham Yang Berhormat Ampang raun-raun? Ini bahasa Sabah. Jadi, orang ada keyakinan daripada rakyat negeri Sabah itu begitu baik sekali terhadap polis. Jadi, saya mohonlah sahabat-sahabat daripada sana janganlah selalu mempolitikkan masalah-masalah. Mana ada tiada masalah? Di mana pentadbiran pun ada masalah. Polis pun ada masalah. Jadi, saya juga ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Padang Serai selalu masuk hotel polis, ya...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Akan tetapi saya tidak ada gigit siapa- siapa.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Ketawa] Okey, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak pernah gigit. Tanya Yang Berhormat Batu pernahkah gigit orang?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ya. Sekarang polis akan berikan satu room atau bilik kalau mahu, free. Jadi, memang kita harus beri pujian kepada PDRMlah, ya.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi, saya mohon...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Satu rekod ini supaya...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kulim Bandar Baharu.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Mungkin juga usaha polis untuk melatih bekas-bekas askar. Hah!

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, belum pernah masuk hotel...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Ketawa] Saya anak polis.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Kawan polis, okey.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Anak polis. Saya mahu mencelah sedikit Tuan Yang di-Pertua untuk Yang Berhormat Putatan dan rakan-rakan kita. Mungkin kita boleh beri pujian kepada pasukan polis terutama di bawah kepimpinan Tan Sri Ketua Polis Negara yang baru sekarang ini yang saya agak terkejut apabila melihat baru- baru ini Tan Sri Ketua Polis Negara dan pegawai kanannya turun ke padang jumpa dengan peniaga-peniaga di jalan raya-jalan raya dengan lengkap uniformnya. Saya lihat sudah seperti wakil rakyat pula beliau berjumpa dengan rakyat di bawah. Jadi, ini satu inisiatif yang sangat baik. Merakyatkan polis supaya rakyat tidak merasa ada barrier. Cuma saya mahu mencadangkannya kalau boleh Yang Berhormat Putatan, langkah yang diambil oleh Tan Sri Ketua Polis Negara itu diturunkan ke bawah sehingga ke peringkat KPD dan juga mungkin di peringkat balai supaya pegawai-pegawai juga ambil inisiatif yang sama supaya rakyat berasa pasukan polis dan rakyat boleh berinteraksi dengan baik. Terima kasih.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Itu sedang dilaksanakan daripada usaha Tan Sri itu terus kepada Commissioner Police. Ketua Polis negeri Sabah telah pun melaksanakan kempen turun padang yang mana diadakan pada 2 atau 3 minggu yang lalu. Minggu yang lalu, OCPD-OCPD atau Ketua-ketua Polis Daerah juga berbuat demikian dan itu sedang saya rasa telah dilaksanakan dan diteruskan. Jadi, itulah usaha yang paling baik. Saya rasa tindakan IGP kita ini memang baik sekali. Oleh sebab itulah, saya berasa dari usaha kementerian jugalah. Kementerian juga harus diberi pujian, kerana memantau pelaksanaan bertugasan polis dan sebagainya.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ramai polis yang kerja di pejabat ini telah pun keluar turun padang.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Seminit lagi. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Di samping kita memuji langkah polis mengambil tindakan inisiatif yang agak baru yang tidak pernah berlaku dalam negara ini, kebajikan mereka juga perlu diambil kira. Saya anak anggota polis dan abang-abang saya pun ada yang berkhidmat dalam polis. Ramai rakan saya masih di dalam polis. Baru-baru ini saya pergi semula ke tempat tinggal dahulu di Pangkalan FRU nombor 5, Ipoh. Saya agak terkejut melihat rumah penginapan mereka. Saya fikir tahap sekarang boleh dikatakan tahap kemiskinan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey, ia ada dalam ini.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Jadi, patut - Yang Berhormat Putatan setuju atau tidak.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Ketawa]

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Bahawa Skim Perumahan Polis ini diperbaiki dan dipertingkatkan?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Sebenarnya...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Sudah ambil...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat saya telah...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Point sudah ada?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Semua ada di sini.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Okey.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat telah pun sentuh soal ini dan juga dalam soalan saya yang akan dijawab pada - mungkin, saya belum check.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya pun ada kemukakan soalan juga yang sama.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Soalan yang...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ia berkaitan dengannya.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Soal...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Perumahan polis ini.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Bekas-bekas polis ini yang di Sabah dan satu kes.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Bukan bekas polis tetapi polis sekarang.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Polis sekarang dan bekas polis.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

The surfing...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini saya sentuhkan kes yang bekas polis ini, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan, masa habis Yang Berhormat.

Belum lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan, habiskan.

Baru mukadimah Tuan Yang di- Pertua... [Ketawa] Baru mukadimah. Ini baru mukadimah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah, mukadimah panjang Yang Berhormat.

Jadi saya mengharapkan pihak PDRM juga melihat welfare atau kebajikan pegawai-pegawai polis yang berpangkat rendah, dan juga jangan lupa yang sudah pencen, kebajikan mereka juga harus dijaga. Kalau kita melihat ATM, anggota tentera itu ada kenapa PDRM tidak boleh wujudkan satu badan untuk melihat kebajikan bekas-bekas polis ini? Kasihan. Ada kes yang saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun tahu, bekas polis dibakar rumahnya kerana dianggap sebagai tinggal di rumah setinggan di Sabah. Ini pegawai polis dahulu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat apa yang berlaku baru-baru ini, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membatalkan pembangunan ataupun pembinaan coal-fired power plant di Sabah, di Lahad Datu. Ini amatlah dialu- alukan oleh rakyat Malaysia dari negeri Sabah, bahawa kerajaan sungguh-sungguh prihatin rintihan dan keluhan rakyat terhadap jenis pembangunan yang tidak seharusnya memberikan kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja dari segi environment, alam sekitar, udara dan juga tidak selaras dengan kata-kata ataupun komitmen kerajaan kita terhadap pengurangan karbon dioksida kepada atmosfera iaitu 40 peratus. Jadi soal penjanaan kuasa elektrik Sabah itu, saya betul-betul mengharap supaya Kerajaan Pusat dapat memberikan peruntukan yang secukupnya mewujudkan jana kuasa Sabah dengan menggunakan LNG ataupun bahan-bahan yang sedia ada di negeri Sabah, termasuklah pembinaan loji-loji hidro kalau ia boleh dilaksanakan. Jadi pada sementara ini saya juga ingin maklumkan bahawa...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan, mengenai polis...

Titah Yang di-Pertuan Agong berkata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini mengenai polis...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat. Boleh berhenti sekarang, masa sudah habis.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh?

Jadi saya umumkan Asia-Pacific Parliamentarians’ Conference on Environment and Development yang akan diadakan di Kuala Lumpur, kita menjadi hos. Keahlian daripada APPCED ini adalah 46 orang pada 7 hari bulan Julai tahun ini, dan saya mengharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat hadir...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Putatan...

Sebab ini, sebelum adakan Parlimen di Kuala Lumpur, kita adakan di KL Plaza dan ini telah pun diluluskan dan telah pun dimaklumkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Putatan.

Telah pun diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sebelum habis beri sayalah...

Peruntukan pun sudah ada. Kita teruskan usaha ini untuk berbaik-baik sebagai ambassador kepada, bukan sahaja dari segi alam sekitar juga dalam keamanan dunia di rantau ini. Saya harap...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Putatan, just one second…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sebelum duduk beri saya.

Aku sudah habis sudah ini...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Beri, beri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mengenai polis ini.

Okey, okey. Kasihan beliau juga, beliau gelap.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu minta polis siasat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hari ini Setiausaha Agung KEADILAN, dia minta untuk disiasat Gobalakrishnan punya millions. Saya minta dimasukkan dalam Hansard supaya betul-betul mereka siasat kalau betul atau tidak. Sebab ini kalau seorang Ahli Parlimen ini sudah ada million dan juta-juta patut disiasat.

Okey Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Sekian sahajalah. Ucapan Yang Berhormat Padang Serai itu tidak termasuk dalam ucapan saya... [Ketawa] Jadi terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap. Sekian Yang Berhormat semua kawan. Arigatou gozaimasu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan bersyukur kepada Allah SWT dan selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian menjunjung kasih membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di hari perasmian persidangan Penggal Keempat 2011. Tuan Yang di-Pertua, di dalam titah ucapan Baginda, Baginda telah menyentuh tentang hasrat kerajaan menjadikan negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dengan pendapatan per kapita melebihi USD15,000 atau RM50,000.

Dengan kesempatan yang ada ini, pertama-tama kali saya ingin menyentuh isu perusahaan ikan arowana. Sememangnya perusahaan ini amat menguntungkan. Dari maklumat yang didapati, kawasan persekitaran Bukit Merah iaitu di Telok Panchor amatlah sesuai untuk pemeliharaan ikan tersebut. Harga seekor ikan tersebut yang matang boleh mencecah sehingga RM15,000 ke RM20,000. Malangnya amat sedikit masyarakat tempatan yang turut terlibat di dalam industri ini. Mengikut perangkaan di kawasan tersebut terdapatnya sekitar 5,000 kolam yang berukuran 45 kali 20 kaki dengan keluasan 400 ekar. Dengan bilangan kolam dan juga keluasan setiap kolam, cuba bayangkan berapa juta liter air yang diperlukan untuk setiap saat, minit dan jam diperlukan. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ternakan ikan Arowana sentiasa memerlukan air yang mengalir. Jika setiap minit dan saat yang air mengalir, dianggarkan lebih kurang 81,000 liter air yang mengalir dan air tersebut dialirkan ke sungai, di mana saya menganggap ia adalah merupakan satu pembaziran sumber air. Mengapa tidak para petani hanya menggunakan air terusan untuk 60 hari sahaja? Itu pun mereka tidak mengalirkan dari petak bendang tiap-tiap masa jika dibandingkan dengan pengusaha ikan Arowana. Amatlah lucu pada satu ketika lalu iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan surat pekeliling yang bertarikh pada 25 Oktober 2010, memberi ingatan serta nasihat kepada petani supaya menyekat dan tidak mengalirkan air ke petak bendang kerana dikhuatiri air dari terusan dan kolam Bukit Merah akan kering jika paras air mencecah pada 25.1 kaki. Berapa banyak sangat petani menggunakan air jika dibandingkan dengan pengusaha ikan Arowana? Berhubung dengan keadaan kolam Bukit Merah, saya merayu agar program pendalaman kolam tersebut disegerakan. Saya telah pun mengemukakan cadangan dalam ucapan penggal lepas agar cadangan Jabatan Pengairan dan Saliran dengan memberikan peruntukan sebanyak RM70 juta diluluskan. Selain itu juga, saya ingin menyuarakan ketidakadilan pihak berkuasa yang tidak mengenakan bayaran penggunaan air oleh penternak ikan, walhal merekalah yang banyak menggunakan air.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya mencadangkan kepada pihak berkuasa seperti berikut: (i) mengadakan meter penggunaan air dengan kadar perusahaan sebab apa, kita perhatikan petani mereka dikenakan pembayaran hasil air; (ii) memastikan setiap pengusaha menggunakan air tersebut di kitar semula; dan (iii) memastikan air buangan disalurkan semula ke dalam terusan dan tidaklah terus ke sungai. Oleh yang demikian, saya juga mencadangkan kepada kerajaan sama ada negeri ataupun persekutuan mengisytiharkan supaya satu kawasan tersebut dijadikan sebagai satu Zon Arowana. Dalam keghairahan ikan arowana, kita jangan lupa akan hakikat bahawa satu permasalahan besar telah timbul iaitu petani-petani telah mengalami kekurangan air dan menyebabkan kemerosotan hasil pertanian. Sebagai contoh apa yang telah kita dapati bahawa di kawasan-kawasan yang terjejas macam misalnya, di Selinsing, Semanggol iaitu kawasan di mana keluasan bertanam adalah 4,667 hektar. Pada musim yang lalu, mereka dapati bahawa kekurangan dalam pendapatan hasil tani sebanyak 0.374 metrik tan sehektar, iaitu perbezaan kekurangan sebanyak -11.71 peratus. Kalau diperhatikan di Bagan Serai pula, kita dapati perbezaannya kekurangan - 8.45 peratus. Manakala di Kuala Kurau ini agak tidaklah begitu jauh dengan Kolam Bukit Merah iaitu tidaklah berlaku pengurangan, malah meningkat di sini. Akan tetapi Tanjung Piandang iaitu satu kawasan yang jauh daripada Kolam Bukit Merah, didapati memang kekurangan sebanyak 16.78 peratus, manakala di Bagan Tiang dan juga Parit Buntar, perbezaannya adalah sebanyak 2.46 peratus.

Jadi dengan kata lain, disebabkan oleh penggunaan air yang begitu banyak oleh pengusaha-pengusaha ikan tadi telah pun menyebabkan petani-petani mengalami kekurangan dengan air. Apabila air itu kurang, maka dengan sendirinya hasil pengeluaran akan kurang, banyak penyakit akan jadi dan dalam pada itu juga, kita akan dapati bahawa padi angin memang berlaku. Oleh yang demikian, apa yang berlakunya ialah jika sekiranya perkara ini tidak diatasi kepada petani, maka kita akan dapati kemerosotan tersebut akan menyebabkan pengeluaran padi berkurangan. Cuba kita fikirkan bersama, apa akan terjadi jika sekiranya pengeluaran padi kurang maka kita akan dapati sudah tentulah – yang pertama sekali kita terpaksa import. Kedua, dengan pengurangan tersebut kesan berantai iaitu chain reaction amatlah besar sekali seperti mana bila pengeluaran atau hasilnya rendah, maka pendapatan pun rendah. Apabila pendapatan rendah, maka kuasa beli pun rendah, apabila kuasa beli rendah maka kita akan dapati bahawa, apa akan jadi kepada semua sekali? Sudah tentulah masalahnya macam-macamlah. Tambahan pula, masa sekarang ini harga barang keperluan harian melambung tinggi. Dalam keadaan ini maka petani akan menjadi lebih miskin dan banyaklah kesan akibat yang lain. Selain itu juga, saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan menyediakan pelbagai subsidi seperti subsidi baja, pelbagai insentif yang dilakukan. Dengan adanya bantuan-bantuan ataupun subsidi tersebut amatlah meringankan beban pesawah-pesawah di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara. Terima kasih dan syabas diucapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu subsidi bantuan kawalan makhluk perosak. Setiap petani akan diberikan bantuan satu jumlah wang yang tertentu sebagai contoh iaitu sebanyak RM250 mengikut keluasan yang diusahakan dalam bentuk barangan. Setiap petani akan berbelanja dengan membuat pilihan ataupun kombinasi yang paling dekat jumlahnya dengan peruntukan. Kalau sekiranya RM250, maka mereka akan cuba memilih racun-racun serangga yang sesuai untuk mendapat jumlahnya sebanyak RM250. Rata-rata petani tidak dapat menghabiskan atau berbelanja sebagaimana yg diperuntukkan. Selalunya ada berbaki mungkin RM5 ataupun RM2. Masalahnya sekarang ialah ke mana perginya wang baki tersebut? Kenapa baki wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam buku akaun petani? Cuba kita bayangkan berapa ramaikah bilangan petani di kawasan Bagan Serai. Katakanlah di setiap petani berbaki RM2, jika ada 5,000 orang petani sudah jadi RM10,000. Di mana letaknya wang tersebut? Di mana? Tuan Yang di-Pertua, Baginda juga bertitah tentang krisis makanan global. Malaysia memang terdedah kepada kenaikan harga barangan dan memangnya adalah di luar kawalan. Baru-baru ini harga gula naik. Tidak apalah, biarlah dia naik. Akan tetapi, apakah langkah-langkah atau pendapatan baru kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga gula? Rakyat perlu tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani isu tersebut untuk jangka waktu panjang, bukannya penyelesaian secara pendek iaitu short term. Jawapan yang sering kita terima adalah di luar kawalan kementerian ataupun kerajaan. Adakah ini jawapan yang patut diterima oleh rakyat? Pegawai-pegawai kerajaan seharusnya lebih masalah proaktif dan jangan hanya sekadar memperkasakan jawatan masing-masing. Padahal mereka ini sepatutnya memperhebatkan tanggungjawab mereka, jangan hanya sekadar ‘melepaskan batok di tangga’. Pada tahun 2011, kita telah dimeriahkan dengan kenaikan harga barangan dan ini sudah semestinya akan membebankan serta membimbangkan golongan berpendapatan rendah, khususnya di kawasan luar bandar. Dalam usaha menangani kenaikan harga barangan, kerajaan tidaklah dengan sewenang-wenangnya memberikan alasan itu adalah di luar kawalan. Walaupun tidak dapat dinafikan, ia adalah di luar kawalan. Namun, usaha alternatif perlu dilakukan dan mengkaji sumber-sumber lain untuk mengatasi kenaikan-kenaikan tersebut.

Sebagai contoh, dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen pada akhir tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak patut mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tersebut tidak dapat diatasi sebab harga pasaran dunia telah naik. Jadi apa yang patut diambil?

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sebagai langkah pertama ialah kita mencari negara pengimport yang lain dan juga melonggarkan kuota yang ada. Ini kerana pada masa kini kita tahu bahawa kuotanya adalah terhad dan negara pengimport pun terhad. Kedua, menggalakkan penanaman tebu ataupun sugar bit lebih meluas di mana kita dapati bahawa kalau di masa Jepun dahulu kita boleh tanam tebu. Saya ingat sekarang pun boleh tanam tebu. Ketiganya, mencari alternatif pengganti gula. Tentang pengganti gula ini, apa kata kalau kita buat penanaman stevia digalakkan. Stevia merupakan tanaman renek yang mempunyai kemanisan 200 kali daripada gula pasir yang ada. Selain itu, stevia juga dapat menurunkan kadar kandungan gula. Alangkah baiknya stevia ini. Gula tidak payah dibeli, lantaklah kalau kita perhatikan berapa harga gula naik pun biar pi dekat dia. Jadi dengan kata lain, kadar kandungan kalori pun rendah dan insya- Allah akan dapat mengurangkan bilangan pesakit diabetes serta mengurangkan bilangan kudung anggota selepas menjalani pemotongan anggota badan seperti kaki dan lain-lain. Apabila kudung dalam konteks orang bendang ataupun di mana sahaja, mana hendak pergi ke bendang? Tidak boleh pergi ke bendang dsuah. Jadi, kerja pun kena upah. Ini akan menjadi beban juga kepada keluarga dan juga kepada masyarakat dan akibatnya ialah negara sendiri. Sebab apa, banyak yang kita perhatikan produktiviti akan menjadi kurang. Banyak kesan akan berlaku di mana kos perubatan akan meningkat, pasaran juga pun banyak diperlukan. Kalaulah macam ini, macam mana hendak dijadikan sebagai negara berpendapatan tinggi sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita? Saya dan juga penduduk-penduduk di Bagan Serai iaitu di Parit Gabis telah pun memulakan penanaman pokok tersebut dan mendapati hasilnya agak lumayan. Namun demikian, penanam stevia mestilah berhati-hati kerana ada syarikat yang mengambil kesempatan dengan menawarkan pakej RM3,000 akan mendapatkan 100 pokok benih dan pulangan setiap pokok ialah RM80 selepas tiga bulan. Ini bermakna, peserta akan mendapat pulangan sebanyak RM8,000 manakala pakej yang kedua iaitu dengan melabur sebanyak RM10,000 pula akan dibekalkan dengan 500 batang pokok dan selepas tiga bulan nanti akan mendapat pulangan sebanyak RM40,000. Syarikat berkenaan akan menguruskan pinjaman daripada bank. Memanglah menarik dengan apa yang ditawarkan dan juga diuar-uarkan. Awas, ini merupakan satu penipuan. Untuk makluman, daun-daun stevia tersebut diproses untuk dijadikan campuran ke dalam kopi dan teh sebagai menggantikan gula serta bahan pemanis dalam kuih muih. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mengawal harga barangan dan juga aktiviti sorok, apa kata kalau saya cadangkan supaya penjualan barang-barang seperti beras, minyak masak, gula, cili dan lain-lain keperluan harian disalurkan melalui koperasi. Koperasi akan menjadi sebagai pembekal dan pengedar dengan menjual harga yang paling rendah. Oleh yang demikian, saya harapkan setiap kampung dan ceruk akan mempunyai satu koperasi sesuai dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menjadikan satu kampung, satu koperasi. Selain itu juga, saya harapkan koperasi tersebut mempunyai peranan yang lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara di mana semua pemberi pinjaman oleh agensi kerajaan mestilah disalurkan melalui koperasi. Dengan sedemikian, koperasi akan mengenal pasti dan memantau ahli-ahlinya yang benar-benar memerlukan dalam bidang- bidang tertentu seperti bidang ternakan, pemprosesan makanan dan lain-lain lagi. Bukan setakat itu sahaja, koperasi diberikan peranan untuk memasarkan hasil keluaran dan mengutip pinjaman yang diberikan. Bukanlah semacam masa sekarang ini kita dapati ada institusi dan agensi seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar dan macam-macam lagi yang ada, kita dapati bahawa wang-wang tersebut diberikan kepada peminjam dan peminjam pun kadang- kadang dia lari begitu sahaja di mana kita dapati tidak mencapai matlamat yang ada.

Jadi apa yang saya harapkan, melalui koperasi tadi kita akan dapati ia dapat menjamin dan juga bukan setakat menjamin sahaja, kita dapat memastikan bahawa pembayaran dapat dikutip semula. Di samping itu juga, kita mesti pastikan pengurusan akan diuruskan secara sistematik dan dikendalikan oleh kakitangan profesional dan dikawal selia dengan sepenuhnya oleh Jabatan Koperasi. Keahliannya adalah terbuka kepada pelbagai kaum dan juga bangsa. Diharap pihak pentadbiran adalah terdiri daripada profesional dan bukannya dari golongan not business minded oriented. Ini adalah satu perkara yang penting. Sebab apa? Apa yang telah saya perhatikan beberapa koperasi di mana kita dapati bahawa mereka yang popular itu umpamanya di dalam koperasi polis, kita akan dapati bahawa orang-orang seperti koperal atau sarjan sahaja yang menduduki sebagai jawatankuasanya. Sedangkan ada juga kadang-kadang didapati bahawa pegawai-pegawai tinggi misalnya bekas ketua setiausaha dijadikan sebagai pengerusi sedangkan dia bukanlah sebagai satu business oriented yang ada. Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan keselamatan jalan raya. Baru-baru ini, diumumkan bahawa mulai daripada 1 Mac 2011 akan dikuatkuasakan bahawa penumpang-penumpang di tempat duduk belakang diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Kebanyakan kereta hanya mempunyai tiga tali pinggang keledar sahaja iaitu di bahagian penumpang belakang. Bagaimana pula mereka yang berkeluarga besar, hendak ditambah di mana? Inilah masalahnya. Jadi, saya meminta jabatan berkenaan memberikan statistik sehingga kini, berapa ramaikah penumpang- penumpang bahagian belakang yang maut atau cedera teruk disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar belakang? Mungkin statistiknya tinggi tetapi kita tengoklah berapakah bilangannya. Adakah benar-benar disebabkan oleh tidak pakai tali pinggang ataupun lain- lain perkara? Jadi dengan kata lain, itulah saya sarankan dalam ucapan kali ini dan saya mohon dengan ucapan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Silam.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mempersilakan saya untuk turut sama bagi membahaskan Titah Ucapan Junjung Kasih kita Yang di-Pertuan Agong, Sultan Tuanku Zainal Abidin. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT, dalam penggal kali ini kita telah mendengar sendiri tentang Titah Tuanku dan sebagai wakil daripada kawasan P188 Silam dalam Persidangan Penggal Keempat, Parlimen Kedua Belas ini pada 7 Mac 2011 yang lalu. Saya ingin mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada seluruh warga pengurusan Parlimen terutamanya yang telah berusaha bekerja untuk memastikan persidangan kali ini berjalan dengan baik sebagai satu iltizam yang mencerminkan bahawa kerajaan berusaha untuk memperbaiki dari segi pentadbiran dan perkhidmatan awam sesuai seperti yang semua pihak mengharapkan bagi kita terus untuk mendukung dalam transformasi negara bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Tuan Yang di-Pertua, bersesuaian dengan Titah Baginda pada kali ini yang banyak menyentuh tentang insentif dan rangka Model Ekonomi Baru merangkumi Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, aktiviti utama nasional, Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional, hubungan antarabangsa dan menyentuh perkara- perkara yang terangkum dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan seterusnya Rancangan Malaysia Kesepuluh serta perangkaan dan rangka rancangan kerajaan di masa akan datang.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Dalam Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda ini, izinkan saya menyentuh beberapa perkara penting yang menjadi pemacu ke arah negara berpendapatan tinggi seperti memupuk sikap membudayakan budaya kecemerlangan yang berteraskan kepada sistem pemerintahan kerajaan negara kita mengambil pendekatan-pendekatan yang holistik merangkumi konsep mengamalkan budaya kebersihan, budaya keterangkuman yang diilhamkan melalui Gagasan 1Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Kita lihat ianya sebagai satu agen terpenting untuk negara kita sebagai sebuah negara yang latar belakangnya kita sendiri yang telah bentuk sejak kita merdeka dalam 53 tahun yang lalu. Ini merupakan sesuatu agenda yang perlu kita teruskan, dapat memperkukuhkan lagi perpaduan kita sebagai satu landasan utama untuk membolehkan segala perancangan yang dibuat oleh kerajaan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik. Apa yang paling penting dalam Titah Tuanku ini pada pandangan saya ialah menyarankan kepada kita semua untuk memikirkan sesuatu mekanisme yang terbaik untuk meletakkan kepentingan negara bangsa Malaysia melebihi kepentingan kita sebagai individu dan terpenting lagi sebagai penggubal dasar negara yang terlibat di dalam Dewan yang mulia ini. Kita semestinya telah pun diberikan suatu kerangka dan landasan yang terbaik oleh pemimpin yang terdahulu untuk kita terus memelihara dan biarlah pembangunan yang kita buat dalam pembangunan negara kita ini diasaskan kepada kehendak dan aspirasi bangsa Malaysia itu sendiri. Oleh sebab itulah saya melihat idea dan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita melalui konsep 1Malaysia sangat penting sebab kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya sesiapa pun dalam merangka dan merancang pembangunan negara kita ini yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita terus memelihara dan mengamalkan konsep seumpama ini dengan mengambil kira bagaimana kerajaan cuba terus berusaha untuk memastikan supaya semua kaum yang ada di negara ini tidak akan terpinggir. Itulah sebabnya konsep keterangkuman ditekankan berulang kali oleh kepimpinan negara kita untuk menggambarkan bagaimana ketulusan dan keikhlasan kerajaan untuk memastikan bahawa pembangunan itu adalah holistik dan mengambil kira semua aspek dalam bidang sosial, ekonomi dan sebagainya. Juga yang lebih utama ialah kita melihat mungkin dari segi pelaksanaan pembangunan dan perancangan itu mengambil masa yang berperingkat-peringkat sesuai dengan sejak Rancangan Malaysia Pertama. Sekarang kita telah masuk Rancangan Malaysia Kesepuluh dan kita berharap sudah sekian lama juga bagaimana kerajaan terus mengekalkan konsep perpaduan ini sebagai satu langkah dan aspek yang terpenting bagi memastikan kita dapat melaksanakan dengan baik. Kita melihat sudah banyak contoh yang terbaik di merata dunia kalau sekiranya pembangunan yang dibuat oleh kerajaan ataupun sesebuah pemerintah itu tidak terangkum, tidak melibatkan semua pihak. Sebagai contohnya kalau di Yaman, di sana yang dikuasai oleh kumpulan minoriti, kemudian dia tidak memikirkan konsep pembangunan kepada bangsa yang lain atau pun kaum-kaum yang lain. Inilah yang telah mendesak membawa kepada wujudnya rasa ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat itu. Saya melihat bagaimana negara kita telah menyesuaikan keadaan ini dengan konsep dan perancangan kita tersendiri. Kalau kita melihat satu- satunya negara yang ada di dunia ini yang masih memperkenalkan konsep Rancangan Lima Tahun ini yang uniknya negara kita ini sendiri yang dapat mempertahankannya. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap ini akan terus memberikan kekuatan kepada kerajaan bagi melihat satu kerangka yang terbaik dan dapat mengekalkan momentum ini dan seterusnya memastikan segala perancangan sesuai dengan Bajet 2011 yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah memperuntukkan RM412 bilion yang menekankan kepada bidang R&D, rancangan penyelidikan dan pembangunan. Ini kerana di sini sangat penting untuk kita semua melihat semua aspek yang terpenting mungkin dari segi kerangka perancangan kerajaan mana yang tidak terangkum itu boleh diambil kira, difikirkan untuk dimasukkan supaya ianya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa supaya tidak ada pihak yang akan terpinggir.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Seterusnya juga saya melihat dalam Titah Tuanku yang menekankan kepada pembangunan-pembangunan seperti pelancongan, industri kecil, sederhana serta transformasi dalam perkhidmatan awam. Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan yang memberangsangkan apabila kesan dua stimulate package yang telah mengembalikan pertumbuhan ekonomi negara kepada satu angka yang positif iaitu bermula suku keempat tahun 2009 daripada penguncupan tiga suku berturut-turut tahun sebelumnya. Pencapaian ekonomi Malaysia yang mencapai pertumbuhan 7.2 peratus pada tahun lepas menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kemelut ekonomi global yang melanda negara ini membawa hasil yang begitu menggalakkan. Nyata sekali pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk menggerakkan ekonomi negara meletakkan kembali ke atas landasan pertumbuhan yang sihat serta mapan. Ini penting bila kita hubung kait dengan perpaduan dan transformasi ini disesuaikan dengan keyakinan kita sendiri iaitu apabila kerajaan sendiri telah berupaya menarik pelabur daripada luar negara. Pada masa yang sama, bagaimana pihak kerajaan dapat mencetuskan perkembangan pertumbuhan ekonomi domestik yang menggalakkan kepada purchasing power priority di kalangan Malaysia dengan izin, supaya kita sama- sama melabur dalam sektor tempatan itu sendiri untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada FDI pada masa akan datang jika tidak berlaku foreign direct investment ini secara meluas.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Namun, saya melihat kepada tindakan yang diambil oleh kerajaan di dalam dua aspek ini telah membawa hasil yang baik yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi ini telah dapat mencatatkan pertumbuhan yang baik, yang positif yang memberi keyakinan kepada pelabur luar dan dalam negara kita sendiri. Sebagai contohnya, kalau kita lihat sehingga ke kawasan yang paling di luar bandar di negeri Sabah sebagai contohnya di kawasan Parlimen Silam sendiri iaitu hasil daripada perancangan holistik yang dibuat oleh kerajaan telah menyebabkan kalau sebuah tempat perindustrian ini di Daerah Lahad Datu terutamanya di kawasan dump road. Empat tahun yang lepas nilai jualan bangunan ataupun tanah hanya sekitar lebih kurang RM60,000 ke RM70,000, tetapi sekarang ini berkat pertumbuhan yang sihat dan baik ini...

[Bangun]

Sehinggakan untuk kita membeli sebuah bangunan di kawasan tersebut sudah sampai mencecah RM1 juta iaitu kalau diikut pencapaian yang luar biasa. Kawasan luar bandar yang jauh tetapi nilai tanahnya itu sudah begitu rupa. Yang Berhormat Arau nak mencelah?

Sikit sahaja.

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya dari Silam. Yang Berhormat membangkitkan soal kehadiran FDI dalam jangka masa sekarang dan akan datang tetapi saya ingin berkongsi pengalaman dengan Yang Berhormat, berhubung dengan perkembangan negara-negara yang boleh reshape the world order pada satu masa nanti daripada segi pembangunan ekonomi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Negara-negara yang saya maksudkan di sini ialah Chindia - China dan India dan juga US. Itu dalam program lima tahun yang akan datang. Bagaimana negara kita akan menghadapi keadaan kemampuan dan kedudukan negara-negara berkenaan sedangkan pada satu ketika pernah Korea sendiri membuat tanggapan kepada kita bahawa kita mengamalkan ekonomi yang terlalu ideal? Ini boleh, ini tidak boleh, ini susah, ini tidak boleh sedangkan mereka mengamalkan dasar strengthening, dengan izin, yang lebih meyakinkan. Mereka tidak mempedulikan orang lain tetapi asalkan mereka dapat meningkatkan kemampuan kemajuan mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Silam?

Terima kasih. Suatu pandangan yang baik dan kita melihat kalau daripada segi laporan yang kita peroleh daripada The Economist Magazine, jelas dalam abad sekarang ini negara-negara seperti yang disebut dalam majalah ekonomi sebagai BRIC iaitu Brazil, India, China dan beberapa negara yang lain yang sudah difokuskan oleh pakar-pakar ekonomi sebagai suatu kuasa yang baru dalam bidang ekonomi terutama dalam new world order economy yang boleh menyaingi negara Amerika Syarikat dan Jepun. Kalau sebelum ini bagaimana Jepun itu boleh bertahan untuk menjadi kuasa ekonomi yang kedua terbesar tetapi dia telah di pintas oleh negara China dalam menjelang 2011 ini. Sesuatu yang kita tahu daripada segi populasinya negara China memang banyak dan pandangan saudara Yang Berhormat dari Arau tadi, kita sebagai sebuah negara yang sebenarnya daripada segi raw material kita, daripada segi human capital kita walaupun mungkin daripada segi populasinya kita baru sekadar lebih kurang 26.7 juta rakyat Malaysia mengikut bancian yang terkini. Peningkatannya pun tidak banyak, lebih kurang satu juta lebih sahaja tetapi apa yang ada dengan modal insan 26.7 juta ini, saya menyokong kepada titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini yang menekankan kepada pembangunan modal insan sebab di sini sebagai aset yang terpenting kepada kita sendiri. Bagaimana kalau kita melihat sebuah Rahul Ghandi iaitu salah seorang pemimpin di negara India yang menekankan kepada dia hendak membangunkan bagaimana di masa akan datang nanti perkembangan ekonomi negara India itu sendiri dapat dikembangkan, dapat diperkukuhkan dengan memberi perhatian sepenuhnya kepada pertumbuhan modal insan. Di sini kita hubung kait berasaskan kepada pandangan sahabat saya daripada Arau tadi dan kekuatan inilah yang perlu kita terus jana dan latih tubi untuk menjadikan mereka ini modal insan yang bertaraf dunia. Kemudian, di sini juga seperti yang pernah tekankan dalam ucapan saya di Dewan yang mulia ini iaitu kita menekankan kepada pembangunan modal insan yang berterusan dan sesuai juga kepada titah ucapan Tuanku baru-baru ini ketika merasmikan Dewan ini menekankan kepada iaitu bahawa modal insan ini perlu kepada asas ilmu yang berterusan. Asas ilmu yang berterusan ini meningkatkan daya pengetahuan kita, meningkatkan daya saing kita, meningkatkan daripada segi kerangka ilmu. Kemudian kalau sekarang ini kebergantungan kita kepada tenaga kerja buruh daripada luar yang banyak menyebabkan daripada segi fluctuation economic activity di Malaysia ini dengan izin, iaitu kadang-kadang terganggu daripada segi melihat kepada keadaan ketidakstabilan kemudian peluang-peluang pekerjaan dan maklumat yang saya perolehi sendiri juga bagaimana syarikat-syarikat besar dari luar negara yang melabur di negara ini yang tidak begitu ingin sangat menambah pelaburan mereka sebab melihat kepada potensi modal insan yang ada di negara kita ini tidak begitu kompetitif. Saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya pertumbuhan ekonomi yang sihat, yang mapan ini dapat kita teruskan dengan menekankan kepada pendidikan yang berasaskan kepada nilai ilmu sekarang ini, penekanan kepada ICT, penekanan kepada kemahiran menggunakan teknologi yang berasaskan kepada teknikal supaya apa yang diharapkan oleh syarikat-syarikat besar ini dan kita boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kemudian bagaimana pula kita cuba menembusi negara China, India dan sebagainya. Mungkin kalau pemimpin kita sekarang ini melawat beberapa buah negara yang sekarang ini menjelang abad 22 terutamanya akan menjadi perhatian ekonomi dunia. Bagaimana shape of economy activity dah shape of trade activity di masa akan datang akan bertumpu kepada benua Asia sebab daripada segi populasinya pun, China sahaja sudah ada satu bilion. Kemudian menjelang 2015, India pun boleh mencecah sampai satu bilion penduduknya. Itu dua buah negara pun sudah menyumbang kepada dua bilion penduduk. Bagaimana negara-negara Asian yang kita tahu daripada segi populasinya lebih kurang 600,000 orang. Ini suatu pasaran yang perlu, perlu kita tap, perlu kita ambil sama untuk eksploitasikannya bagi kebaikan negara Malaysia itu sendiri.

Sebab itu di peringkat awal ucapan saya tadi, saya menekankan kepada pentingnya kita mengekalkan momentum perpaduan ini untuk memastikan semua orang akan menoleh kepada kita, semua masyarakat dunia akan memberi tumpuan kepada kita bagaimana kita dapat memelihara dalam keadaan yang pelbagai kaum ini yang menjadi kekuatan kepada kita. Jangan ada di antara kita cuba menukar daripada segi identiti kita ataupun hendak memaksa orang lain supaya kita ditiru ataupun kita ekstrem daripada segi kebudayaan kita. Yang paling penting ialah kita wujud secara konsisten. Itu sebabnya konsep keterangkuman yang ditekankan dalam konsep 1Malaysia sebab kita mungkin pada peringkat ini jangan ada rasa fobia ataupun ketakutan di kalangan kita untuk...

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Silam.

Silakan, 30 saat.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Sementara Yang Berhormat Silam atas tajuk modal insan itu tadi, setujukah Yang Berhormat Silam dengan pandangan saya bahawa tumpuan kerajaan sekarang ini terhadap pembangunan di sesuatu tempat itu kadang-kadang melampau. Contohnya, segala-galanya ditumpukan contohnya di Kuala Lumpur. Segala-galanya dihimpun di sini hinggakan menyebabkan projek-projek mega, projek-projek mewah yang kadang-kadang tidak mendatangkan manfaat secara langsung kepada kita, kepada rakyat tetapi diperkenalkan sementara anak-anak murid di sekolah-sekolah contohnya, banyak lagi sekolah di luar bandar tidak mendapat fasiliti yang asas. Saya kira kalau kerajaan tidak memberikan perhatian terlalu banyak kepada pembangunan-pembangunan mega tetapi spreadkan agar apa juga hasil yang ada di tangan kerajaan dilebarkan ke tempat-tempat yang akhirnya akan memberikan manfaat langsung kepada anak-anak dan menyelesaikan masalah modal insan itu tadi. Setujukah Yang Berhormat Silam dengan pandangan saya ini?

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Silam minta sambung sedikit, sekali ya. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani dan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Silam. Akan tetapi cuma saya sering melihat di sini kita sebenarnya dari segi prasarana pendidikan, kalau kita hendak menawarkan penyediaan peluang yang melibatkan IPTS misalnya, kita belum mencapai standard yang benar-benar dikehendaki yang boleh mendapat pengiktirafan. Berbanding pada India, bila Yang Berhormat bangkitkan penduduk mereka yang dijangka akan mencapai 2 bilion pada beberapa tahun, 1 bilion pada masa yang akan datang. Mereka sebenarnya adalah sebuah negara yang boleh kita anggap dengan izin, their premature super power for the living standard, akan tetapi mencapai huge economy. Standard mereka rendah. Akan tetapi mereka telah sampai satu tahap yang ‘boom’, yang luar biasa. Jadi pandangan Yang Berhormat Silam, bagaimana kita hendak koordinat sekurang-kurangnya ataupun merebut peluang negara kita untuk kita sekurang- kurangnya bersama-sama dengan negara ini di masa yang akan datang.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih atas pandangan yang diberikan oleh kedua orang sahabat saya, Yang Berhormat Sungai Petani dan Arau. Kalau dari segi pembangunan modal insan ini memang sejak dahulu kala lagi memang ianya perlu penekanan kita bagaimana kota Baghdad menjadi pusat ilmu. Kemudian dia berubah seperti pergi Eropah, bagaimana Andalusia dan seterusnya satu ketika Jepun sampai sekarang ini pun masih melihat manusia yang mempunyai ilmu ini sebagai ada kelas tersendiri. Ini disesuaikan dengan aspirasi sekarang ini, kalau macam misalnya kerajaan menumpukan pembangunan di sektor-sektor tertentu dan terutamanya macam pusat tumpuan penduduk, pusat tumpuan manusia.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Kalau contohnya di negara Indonesia daripada 260 juta rakyat Indonesia lebih kurang 12.8 juta penduduk negara tersebut berada di kota Jakarta. Saya melihat kenapa prasarana di kota Jakarta itu di naik taraf oleh kepimpinan negara tersebut supaya satu, akan menarik pelabur itu sendiri. Kemudian bila pelabur itu masuk ke negara Indonesia, mereka akan push the big companies ataupun syarikat-syarikat besar tadi untuk melabur di seluruh negara Indonesia. Sebab mereka sudah terikat dengan prasarana yang ada. Saya menyokong tindakan kerajaan kita sekarang ini yang menumpukan ada beberapa skala projek yang mega ini di kawasan Kuala Lumpur terutamanya, sebab ini menjadi satu pusat tumpuan untuk orang luar datang ke Kuala Lumpur, datang ke negara Malaysia ini, pintu utama kita ialah KLIA dan terus ke Kuala Lumpur. Kalau prasarana di sini menarik dan kita melihat bagaimana modal insan itu pula dapat kita bagi latihan di kawasan bandar ini sebab di India sendiri ia menumpukan kepada Mumbai, Delhi dan sebagainya. Kemudian dia di selatan India dekat Hyderabad bagaimana ICT itu dapat dikembangkan, dimajukan. Ini kerana ada satu konsep kalau secara holistiknya memang kita mahu penduduk dan rakyat kita ini dapat kita kembangkan kita bagi ilmu yang terbaik, tetapi kita perlu mewujudkan seperti Silicone Valley di Los Angeles, di Las Vegas dan sebagainya. Kita di negara kita juga sendiri ini... Yang Berhormat Balik Pulau.

Sikit sahaja.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Sikit sahaja.

Ya. Yang Berhormat Silam, saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam dan disambut oleh dua rakan saya. Ini kerana pada pandangan saya dan saya mohon pandangan Yang Berhormat Silam, ini adalah cara pemikiran yang sudah lama. Saya beri contoh. Apabila berlakunya proses perancangan bandar, urban planning, pemikiran masih lagi terperangkap kepada urban dan rural. Sebenarnya, dulu masa seingat saya, kita tidak menggunakan pun perkataan luar bandar. Kita banyak perkataan bandar dan desa. Seingat saya. Sebenarnya sekarang baru kita membicarakan bandar dan luar bandar. Bunyinya amat represif sekali, luar bandar. Ini ada kaitan dengan Balik Pulau. Saya mohon penjelasan sedikit saja dan ringkas ialah bayangkan, kalaulah saya katakan di sini, saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengar perkara ini. Kalaulah 1Malaysia itu maksudnya ialah is about one space, maksudnya there’s no rural, there’s no urban, it’s rubanisation. Ada dalam kalau Google, perkataan “rubanisation.” Itu baru maksudnya, tidak akan berlaku, dengan izin saya, baggage the country side dan juga urban. Ini adalah pemikiran baru oleh seorang profesor, namanya Profesor Teh Kien Soon, yang mengusulkan yang mana diiktiraf oleh World Bank dan kalau itu yang diangkat oleh 1Malaysia yang pembangunannya ialah seimbang, saya rasa mungkin ada jawapan untuk teman-teman di kawasan desa di Sabah dan Sarawak. Mohon penjelasan.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih saudara daripada Balik Pulau atas pandangan tersebut. Saya ingin menekankan pandangan daripada Sungai Petani, Arau dan sebagainya. Sebenarnya kita jangan terlampau melihat kepada konsep antara bandar dengan luar bandar. Sebab perancangan-perancangan yang ini, yang kita hadapi sekarang ini pun pernah berlaku dan pernah dihadapi hatta negara seperti Amerika Syarikat sendiri hinggakan dalam satu kawasan itu kalau contohnya di Minnesota, Saint-Paul Minneapolis itu sebagai pusat pentadbiran. Kemudian, nucleus dia itu dikembangkan sampai kepada Winona dan sebagainya. Itu satu perkembangan seterusnya yang secara berperingkat. Begini juga bila Greater Kuala Lumpur dikembangkan, dimajukan nanti. Dengan harapan peluang dari segi mobiliti sosial di kalangan masyarakat itu sendiri dapat kita kembangkan, dapat flownya itu bergerak dengan baik. Sehinggakan orang yang tinggal di Kuala Lumpur ini sebenarnya oleh sebab congested dengan izin, sudah padat, mereka ini akan tinggal di sub urban, di kawasan yang pinggir bandar.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Akhirnya ini akan mengembangkan ekonomi yang menyebabkan kawasan luar bandar yang kita sebut sekarang ini, sebenarnya ia akan berkembang. Bagaimana Sepang, Sepang contohnya di KLIA. Dahulu ramai yang tidak mahu beli tanah, sekarang ini nanti kalau sambungan daripada MEX Highway itu disambung lagi, saya difahamkan nilai tanah sudah sampai kepada RM1 juta. Itu sebabnya di sini Tuan Yang di-Pertua, saya betul-betul melihat bagaimana inisiatif yang dibuat oleh kerajaan kita untuk memperkenalkan pelan transformasi ekonomi, NKEA dan sebagai dan ini suatu ada follow up, follow through dan sebagainya. Kemudian at the same time kita mahu mencetuskan suatu kumpulan masyarakat yang memikirkan bagaimana kita dapat memperbaiki segala kelemahan, kekurangan dan sebagainya dalam kita melayari bahtera pembangunan negara kita ini. Kita baru lebih kurang 53 tahun lebih usia kemerdekaan negara kita. Dalam persekitaran sekarang yang mencabar ini, melihat kepada Timur Tengah bagaimana kalau keseimbangan itu tidak berlaku. Kemudian bagaimana pula kita menggunakan teknologi moden yang siber, yang kita lihat belia yang menggunakan teknologi terkini yang mereka boleh bersuara, bukan hanya melalui surat khabar tetapi kebanyakan melalui twitter, facebook dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita perlu kembangkan dan bersiap siaga tentang bagaimana kita cuba mentransformasikan aspirasi nasional negara kita ini supaya pembangunan yang kita buat dapat disesuaikan dengan kehendak semasa. Kalau di kawasan saya sendiri jumlah yang berdaftar mengundi 44,132 orang, 64 peratus di sini saya memikirkan bagaimana kawasan Parlimen Silam di transformasi, disesuaikan dengan kerangka kerajaan. Ini jelas sekali Tuan Yang di-Pertua, aspirasi ini yang telah kita lihat kerjasama itu sangat penting antara kerajaan dan rakyat, sama-sama mungkin terdapat kelemahan dan kekurangan yang sama-sama ingin kita perbaiki. Saya berharap kita sebagai penggubal dasar memikirkan sesuatu yang terbaik, pendekatan yang berhemah. Mungkin kalau kita lihat dari segi sistematik pelaksanaan perancangan itu. Kalau misalnya terdapat berat sebelah seperti yang diberi pandangan sahabat saya daripada Balik Pulau tadi, menekankan kepada jangan ada konsentrasi ataupun menyebabkan seolah-olah macam marginalised antara urban ataupun rural area. Ini yang perlu kita dapat rancang bersama untuk potensi-potensi dan kekuatan negara Malaysia itu sendiri untuk menjadi sebuah negara yang maju, sesuai dengan kehendak dan pembangunan kita sendiri. Kemudian, di samping itu juga saya melihat supaya kita ini dapat terus juga memberi penekanan kepada sektor small medium enterprise dalam Titah Tuanku juga ada disebut dan pelancongan. Sebagai contohnya, negara German. Negara German lebih kurang 80 peratus hasil eksport yang dibuat oleh negara tersebut adalah daripada small medium enterprise. Saya berharap supaya kerajaan memikirkan untuk membolehkan industri kecil dan sederhana ini menjadi sesuatu yang sangat kita harapkan sebab ia akan memberi ruang dan peluang yang terbaik kepada rakyat. Kita tahu dari segi peluang-peluang pekerjaan baik di sektor perkhidmatan awam dan sebagainya, terlalu terhad. Maka, sudah tiba masanya untuk kita memikirkan suatu kerangka kerja supaya bangsa Malaysia itu dapat berdiri atas kaki sendiri, berusaha bergantung kepada diri sendiri. Apa yang penting ialah kita memberi bekalan ilmu dan kemahiran kepada mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, boleh gulung.

Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap dengan perancangan yang menekankan kepada pembangunan modal insan dihubung kait dengan kesesuaian perancangan kerajaan perlu kita ambil bersama untuk membolehkan segala apa yang dibuat ini sesuai dengan kehendak pembangunan negara kita.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap juga, kalau baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melawat negeri Sabah dan pergi ke Lembangan Maliau atau pun Maliau Basin dan ingin mencadangkan supaya menjadi world heritage for future generation, saya berharap supaya dapat diperkembangkan dan di luaskan sampai ke Danum Valley dan merangkumi zaman batu paleolitik dahulu kala untuk kita wartakan sebagai suatu kegiatan ekonomi pelancongan yang berasaskan kepada persekitaran dan ekopelancongan yang ditekankan oleh Kementerian Pelancongan itu sendiri. Ini kerana, ini kekuatan yang kita lihat bagaimana masyarakat sekarang ini kalau pun dia mahu melawat Malaysia ini dari segi melihat bangunan-bangunan yang tinggi, memang sebenarnya mereka tidak begitu tertarik tetapi natural beauty, dengan izin, yang ada di negara kita ini perlu kita tekankan, perlu kita bangunkan dengan baik dari segi prasarananya, dari segi bagaimana Kementerian Pelancongan itu cuba menguar-uarkan. Bukan hanya tertumpu kepada pusat-pusat pelancongan tradisional seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan sebagainya. Ini kerana, ini juga boleh menjurus kepada mengembangkan aktiviti ekonomi terutamanya di kawasan luar bandar, di pinggiran bandar dan sebagainya yang membolehkan ianya membawa pulangan kepada masyarakat Malaysia itu sendiri. Kita juga sebagai sebuah negara yang mahu berusaha untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang lebih tinggi daripada sasaran kerajaan negara kita. Kalau boleh, melebihi USD20,000 kah dalam satu tahun, sebab ini sebenarnya bergantung kepada pembangunan dan prasarana yang dirancang oleh kerajaan. Kita ingin melihat kepada rakyat dan masyarakat yang membangunkan negara ini berasaskan kepada kekuatan ilmu yang mereka perolehi, latihan yang mereka perolehi. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap juga supaya kerajaan memikirkan sesuatu yang terbaik kepada kakitangan-kakitangan yang bekerja sebagai kontrak di semua sektor supaya mereka ini difikirkan iaitu lebih kurang ada 30,000 orang yang diserapkan kepada jawatan tetap dan sebagainya atau pun kemudahan yang lebih baik supaya mereka ini tertarik dan menyumbang secara ikhlas kepada negara Malaysia ini untuk kesejahteraan bersama. Ini kerana, sudah tentu kalau kita lihat mereka ini diberi peluang yang saksama, yang sewajarnya, mereka ini akan komited sama-sama membangunkan rasa sayang kepada negara kita ini untuk lebih maju dan menyeluruh. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap supaya kerajaan terus memberi perhatian kepada pembangunan terutamanya di negeri Sabah dan di kawasan Parlimen Silam yang menjurus kepada pelbagai sektor sebab kita ada POIC. Sesungguhnya lapangan terbang yang saya selalu bangkitkan di Dewan yang mulia ini sangat penting untuk melaksanakan dasar pembangunan holistik untuk zon Pantai Timur. Ini kerana kita tidak mahu lagi dari segi tumpuan aktiviti ekonomi ini hanya menjurus kepada kawasan- kawasan tertentu tetapi biar ia menyeluruh supaya dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan mempercepatkan dari segi mekanisme pembangunan negeri Sabah itu sendiri sebab kita melihat bagaimana kemudahan-kemudahan memang jauh ketinggalan. Ada baiknya memang kerajaan memberi tumpuan kepada negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang dari segi banyak lagi perkara yang perlu di perbaiki dan sudah tentu kita sebagai rakyat di kedua-dua negeri tersebut sangat mengharapkan satu rangka rancangan kerajaan yang lebih menampakkan kesungguhan, komitmen yang tinggi untuk membantu agar kita sama-sama keterangkuman itu bukan hanya kita lafazkan sebagai suatu yang retorik tetapi biar berasaskan kepada praktikal, tindakan dan sebagainya. Insya-Allah, saya yakin dan pasti konsep 1Malaysia itu dapat kita hayati dengan baik, dapat kita terjemahkan dengan baik dan ini adalah satu kerangka yang terpenting yang sama-sama kita perlu terjemahkan untuk memastikan bahawa pembangunan negara Malaysia ini adalah diasaskan oleh rancangan dan perancangan yang dibuat oleh bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia itu sendiri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan telah pun melancarkan Program Transformasi Kerajaan lebih daripada satu tahun sudah. Dalam Program Transformasi Kerajaan, dalam buku tersebut ada sebut dengan jelas bahawa kerajaan perlu melaksanakan tender-tender terbuka, perlu ada ketelusan yang berlebihan dan perlu ada akauntabiliti untuk menarik balik keyakinan pelabur dan juga rakyat terhadap pihak kerajaan untuk mendapatkan value for money bagi kontrak-kontrak dan juga projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga bila buku New Economic Model (Model Ekonomi Baru) dilancarkan, beliau juga menegaskan bahawa “We can no longer tolerate practices that support the behavior of rent-seeking and patronage”. Beliau juga berkata bahawa zaman di mana kerajaan tahu semuanya sudah lepas. “The era where the government knows best is over.” Perkara-perkara ini semuanya disokong oleh rakan-rakan kita. Saya rasa kedua-dua belah, di sebelah sini, di Pakatan Rakyat kita sokong penuh apa yang dicatatkan, di katakan dalam buku-buku tersebut iaitu apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri di mana practice of patronage and rent-seeking perlu dihapuskan. Kita rasa era kerajaan tahu semuanya pun telah pun over. Akan tetapi, apabila kita lihat dalam satu tahun selepas ini, kontrak-kontrak yang telah pun ditawarkan oleh pihak kerajaan nampaknya tidak mengikut pelan yang telah pun dibentangkan oleh kerajaan sendiri. Kita lihat projek-projek besar yang telah pun ditawarkan. Saya ada tiga projek – tiga minit lagi. Projek yang pertama dengan secara ringkas, yang baru-baru ini ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan dengan Syarikat DRB-HICOM untuk membeli 257 buah kereta perisai atau pun armoured personnel carrier (APC) atau pun armoured wheeled vehicle dengan harga sebanyak RM7.55 bilion atau pun lebih kurang USD2.5 bilion. Kontrak ini telah pun ditawarkan secara rundingan terus. Buat masa ini, DRB-HICOM memang tidak berpengalaman dalam pembuatan kereta perisai. Apatah lagi apabila kita buat research sedikit dan kita dapat tahu bahawa DRB-HICOM sebenarnya membeli kereta- kereta perisai ini daripada syarikat defense di negara Turki dengan harga USD600 juta. So, apa yang dijual kepada kerajaan adalah lebih kurang USD2.5 bilion tetapi apa yang dibayar oleh pihak DRB adalah USD600 juta. Perbezaan sebanyak USD1.9 bilion. Saya boleh faham bahawa ada value added daripada DRB–HICOM, tetapi apakah value added yang dibuat oleh DRB-HICOM yang menyebabkan harga meningkat daripada USD600 juta sehingga USD2.5 bilion? Perkara ini perlu dijelaskan dengan teliti kepada semua orang termasuk rakyat jelata supaya kita faham apa sebenarnya yang dibeli dan diperolehi oleh pihak kerajaan. Kita tidak hendak sekali lagi melihat projek-projek yang besar di mana pihak-pihak tengah mendapat komisen yang cukup besar. Perkara kedua, kita tahu bagi kereta-kereta perisai ada banyak jenis dan ada banyak harga. Apabila kita buat semakan seluruh dunia, negara Portugal beli kereta perisai lebih kurang RM4 juta sebuah. Kereta perisai Amerika Syarikat, General Dynamic yang dijual kepada Saudi Arabia dijual dengan harga lebih kurang tidak sampai RM10 juta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kereta perisai sambung minggu depan ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya habiskan ayat ini. RM10 juta kepada Saudi Arabia yang digunakan dalam peperangan Iraq dan juga di Sahara Desert. Akan tetapi negara kita, kita beli sebuah kereta perisai dengan harga RM30 juta. Kementerian Pertahanan mesti menjelaskan perkara ini kepada semua orang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 14 Mac 2011. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.