Dewan Rakyat · 5 April 2011

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 632 turns · 48,229 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

1. Dato' Seri Tiong King Sing minta Perdana Menteri menyatakan: (a) sebab dan justifikasi seseorang yang berkelayakan mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] perlu membayar RM100.00 kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang- undang untuk dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia apabila hendak diterima sebagai peguam bela dan peguam cara; dan (b) mengapakah seseorang yang mencapai keputusan cemerlang perlu membayar RM100.00 untuk memohon sijil pengecualian, sedangkan seseorang yang perlu mengambil Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang hanya perlu membayar RM150.00

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, nampak soalan pertama ini melebihi daripada 40 perkataan. Bolehkah berikan satu tunjuk ajar, dalam peraturan ini, di mana baru kita boleh benarkan melebihi 40 perkataan?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, lebih kurang dua tahun setengah yang lalu perkara sebegini berlaku sehingga saya membuat satu pengumuman khas mengenai dengan peraturan mesyuarat. Kalau tidak silap saya pada ketika itu yang membangkitkan isu seperti ini adalah Yang Berhormat Bandar Kuching dan saya buat fatwa pada ketika itu ialah dalam hal-hal seperti begini, kalau ada satu atau dua perkataan yang lebih, apa salahnya demi untuk kepentingan rakyat. Akan tetapi kalau juga Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Kota Melaka desak saya untuk stick to the peraturan mesyuarat, saya beri keyakinan kepada Yang Berhormat, tidak ada siapa pun yang boleh berucap kerana saya akan tekan. Jadi perkara begini kalau perkara remeh dan kalaupun melanggar peraturan mesyuarat demi untuk kepentingan rakyat, tidak mengapalah, kerana sebelum ini pun saya telah fikirkan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua kerana satu, dua atau tiga perkataan memang kadang-kadang kita susah mahu kawal. Akan tetapi ini hampir 60 perkataan. Oleh sebab itu amat jelaslah ini telah melanggar peraturan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh saya layan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka? Akan tetapi selepas daripada itu...

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan tekankan setiap peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak akan layan.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Satu lagi...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, duduk dahulu Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Yang di-Pertua

Satu lagi Ahli-ahli Yang Berhormat, telah saya nyatakan awal-awal dahulu, selepas 11.30 pagi baru saya layan peraturan mesyuarat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu atas soalan ini. Berhubung dengan soalan (a), untuk makluman Dewan yang mulia ini, subseksyen 11(2), Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] memperuntukkan bahawa mulai daripada 1 Januari 1984, tiada seorang pun yang berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen 11(1) akta tersebut, telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia. Oleh itu, jika seorang yang berkelayakan mengikut Akta 166 dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia, orang itu dikehendaki membayar RM100 kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang. Bayaran RM100 ini yang dikenakan merupakan fi yang perlu dibayar kepada Setiausaha Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang sebelum satu sijil pengecualian dikeluarkan dan perkara ini diperuntukkan di bawah kaedah 3, Kaedah-kaedah Fee Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia (Orang- orang Berkelayakan) 1984. Berhubung dengan soalan (b) pula, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar fi sebanyak RM150 pula diperuntukkan di bawah kaedah 2 kaedah-kaedah tersebut iaitu mana-mana orang berkelayakan yang ingin menduduki peperiksaan tersebut perlulah membayar fi kepada Setiausaha Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang diberikan sebentar tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapakah setelah 48 tahun Malaysia ditubuhkan masih lagi terdapat dua sistem peperiksaan bagi seseorang peguam untuk beramal di Malaysia? Kita telah faham peguam dari negeri Sabah dan Sarawak datang di semenanjung tidak perlu buat permohonan. Kenapakah peguam dari sini pergi Sabah dan Sarawak kita mesti mahu kenakan syarat-syarat yang ditentukan di negeri Sabah Sarawak, mahu kena bayar lagi RM100?

Kita sudah kata kita sudah merdeka sudah begitu lama dan juga kita sekarang sudah di bawah semangat 1Malaysia dan lebih-lebih lagi pada masa sekarang kita mahu buka beri international legal firm masuk negara kita, boleh praktis di sini. Jadi, bagaimana kita sekarang ada dua sistem? Apakah pandangan soalan ini? Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan adakah ini juga antara usaha pembaharuan satu perundangan negara yang sedang dijalankan? Sekian.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu atas soalan yang begitu relevan dan yang sentiasa ditanya-tanya oleh legal fraternity di negara kita ini.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Untuk makluman Yang Berhormat Bintulu dan juga Dewan yang mulia ini, peguam- peguam daripada Semenanjung dan juga yang sebenarnya daripada Komanwel yang ingin menjalani ataupun mengendalikan kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ini perlu memohon di mahkamah mendapatkan penerimaan secara ad hoc admission daripada Mahkamah Tinggi tersebut. Permohonan ini perlu dibuat melalui peguam tempatan di situ dan perlu memberikan alasan-alasan yang tertentu yang terutamanya ialah bahawa kes-kes yang ingin dikendali oleh peguam-peguam daripada Semenanjung ataupun luar daripada Malaysia tidak ada peguam di negeri Sabah dan Sarawak yang ingin ataupun dapat mengendalikan kes itu ataupun subject matter dalam kes-kes tersebut amatlah spesifik ataupun memerlukan expertise opinion, expert lawyer dalam kes itu. Selain daripada itu, ada juga faktor-faktor yang lain yang relevan di mana mahkamah perlu mengambil perhatian sebelum mengeluarkan perintah untuk membenarkan peguam-peguam yang membuat permohonan tersebut. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam kes jenayah, oleh sebab Perlembagaan mengatakan bahawa tertuduh boleh dibela oleh peguam pilihannya, ini bermakna tertuduh sekiranya mampu boleh membayar kos dan boleh dapat perkhidmatan peguam bukan sahaja daripada Malaysia, di mana-mana sahaja daripada negara-negara Komanwel sekiranya dia mampu untuk membayar kos terhadap peguam itu. Buat masa ini untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, Akta Profesion Undang- undang 1976 belum lagi dapat diextendkan ataupun dipanjangkan di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan peguam-peguam daripada Semenanjung untuk menjalankan praktis kes di situ. Ini oleh kerana terdapat lagi bantahan daripada persatuan-persatuan peguam di Sabah dan Sarawak atas cadangan tersebut dan juga peguam-peguam di situ merasakan bahawa pasaran guaman di Sabah dan Sarawak adalah terhad. Sekiranya mereka membukakan pintu itu kepada semua guaman daripada Semenanjung dan juga luar negara, ini akan menjejaskan kehidupan mereka di situ dan juga yang penting ialah terdapat faktor-faktor Perlembagaan di mana wujudnya dua bidang kuasa di antara Mahkamah Malaya ataupun High Court of Malaya dan juga High Court of Borneo yang kini dikenali sebagai High Court of Sabah and Sarawak. Juga ada faktor-faktor perundangan yang belum diselesaikan. Akan tetapi saya yakin mungkin pada masa hadapan, isu-isu ini dapat diselesaikan untuk membenarkan Akta Profesion Undang-undang 1976 ini dilanjutkan di seluruh negara. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin buat pertama kali saya dapat bersama-sama dengan Yang Berhormat Bintulu, bersetuju dengan beliau dalam kes ini. Ini kerana sebagaimana dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, peguam adalah kelab profesion yang ingin menjaga kepentingan- kepentingan mereka, perniagaan mereka. Oleh itu, logik Yang Berhormat Bintulu amat jelas. Yang Berhormat Bintulu ahli perdagangan, perniagaan daripada Sarawak, tetapi beliau boleh melabur dan berdagang dan berjaya di Semenanjung Malaysia ini. Jadi, prinsip yang sama saya rasa perlu diambil kira oleh kerajaan dalam kes profesion guaman ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Tuan Yang di-Pertua maklum di United Kingdom, profesion guaman ini dibahagikan kepada yang boleh membawa dan mengambil bahagian di mahkamah yang dipanggil barristers dan yang sekadar memberi nasihat- nasihat guaman, convincing dan sebagainya yang dipanggil solicitors. Kebanyakan daripada peraturan-peraturan guaman, Majlis Peguam dan sebagainya, Akta Profesion lebih melibatkan peguam-peguam yang membicara atau mengambil kes-kes di mahkamah, barristers. Oleh itu, kalau dikaji dalam puluhan ribu peguam-peguam, hanya segelintir yang pergi ke mahkamah untuk membawa kes-kes mereka. Jadi, tidakkah kerajaan memikirkan untuk memisahkan profesion guaman yang berbentuk barrister, dengan izin dengan profesion guaman berbentuk solicitor yang tidak ke mahkamah? Kalau itu dilaksanakan, maka beberapa sekatan-sekatan terhadap peguam ini boleh dilonggarkan untuk permulaannya.

Sebagai solicitors misalnya, mereka boleh sama ada di Semenanjung bekerja dan mengambil kerja-kerja di Sabah dan Sarawak ataupun peguam-peguam solicitors Sabah dan Sarawak boleh ambil kes-kes di Semenanjung sebagai permulaan kepada tekanan- tekanan dan sekatan-sekatan yang berkepentingan perniagaan peguam semata-mata yang berlaku sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum menjawab, duduk dahulu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Kota Melaka dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tumpat panjang lebar. Menurut peraturan mesyuarat, dalam soalan tambahan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Menurut peraturan mesyuarat, soalan tambahan pendek dan padat. Walaupun begitu, oleh kerana kepentingan rakyat supaya soalan itu dapat difahami, maka saya dan timbalan-timbalan saya berpakat biarkan kerana itu sudah menjadi budaya Parlimen Malaysia. Atas sebab itu, kalau ada pertanyaan yang melanggar peraturan mesyuarat lebih 40 perkataan, saya menggunakan budi bicara saya. Tidak mengapa, biarkan, untuk kepentingan rakyat. Itu sebagai contoh. Jadi, kalau saya bertindak tegas dan tuntas, setiap peraturan mesyuarat harus dipatuhi, Ahli Yang Berhormat tidak boleh berbahas kerana saya akan tekan. Sebagai contoh, umpamanya tadi sudah terganggu kerana saya sudah suruh Setiausaha Dewan untuk kira berapa patah perkataan, apabila dikira, lebih 70 perkataan. Akan tetapi, ada perkara-perkara yang harus dikira sebagai satu perkataan. ‘Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166)’, itu dikira sebagai satu perkataan. Ini kerana, apabila kita kira satu-satu perkataan, the question does not make any sense. Dipendekkan pun, diedit pun, tidak boleh, does not make any sense. Jadi, bersabarlah Ahli-ahli Yang Berhormat, yakinlah apa yang keluar dalam order paper, segala apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua di sini, untuk kepentingan Dewan. Saya tidak ada agenda. Timbalan- timbalan saya tidak ada agenda. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tahniah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri singkat, padat, tuntas... [Ketawa]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas nasihat tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat Tumpat, saya setuju bahawa terdapat praktis yang berasingan di United Kingdom mengenai praktis peguam bela dan juga peguam cara. Akan tetapi di negara kita ini, kita mempunyai few system sejak kemerdekaan lagi. Di sinilah peguam kita dikenali sebagai peguam bela dan juga peguam cara. Akan tetapi ini tidak mengehadkan Peguamcara untuk mempraktis di Sabah dan Sarawak untuk memberikan opinion sekiranya diminta oleh pihak peguam daripada Sabah dan Sarawak.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Mereka masih lagi boleh mendapatkan perkhidmatan melalui opinion ini sekiranya diperlukan. So, in that sense, tidaklah kita dapat menafikan bahawa peguam cara di Semenanjung ini boleh solicitor, can continue to give their service to the legal fraternity di negeri Sabah dan Sarawak. Seperti yang saya katakan tadi bahawa wujudnya isu Perlembagaan di mana ada bidang kuasa jurisdiction di antara Mahkamah Tinggi di Malaya dan juga Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Isu Perlembagaan ini kena diselesaikan sebelum kita mendapatkan ataupun menjalankan amalan secara keseluruhan di negara kita ini. Terima kasih.

Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena · question

2. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah justifikasi mengenai penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di sebalik pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pada 10 Jun 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksana agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan arahan MTAB, satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah dilancarkan pada 8 Februari 2011 bagi menerajui, menyelaras dan memacu penyertaan bumiputera melalui pelbagai inisiatif sedia ada dan baru. Penubuhan TERAJU disifatkan sebagai tepat pada masanya sebagai usaha untuk mencari satu formula dan kuasa bagi membantu melaksanakan pembangunan sosioekonomi bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, objektif utama TERAJU adalah untuk menyelaraskan transformasi serta mengukuhkan penyertaan bumiputera bagi merapatkan jurang ekonomi di antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Di samping berfungsi sebagai urus setia kepada MTAB, TERAJU juga berperanan untuk meningkatkan keberkesanan di samping memantapkan dan mengukuhkan program dan inisiatif pembangunan sosioekonomi bumiputera. Pendekatan TERAJU dalam melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi bumiputera adalah mirip kepada pendekatan Unit Pelaksanaan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dalam melaksana dan menjayakan Program Transformasi Ekonomi negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Cuma saya ingin mendapatkan satu penjelasan sebab seperti yang disebut tadi bahawa tujuan penubuhan TERAJU ini ialah untuk menyelaras dalam usaha untuk pembangunan sosioekonomi bumiputera khususnya. Akan tetapi sedangkan kita sudah pun ada sebelum itu banyak agensi-agensi yang ditubuhkan, yang diwujudkan dalam negara kita ini bertujuan untuk membantu membangunkan bumiputera. Malah kita ada Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang umpamanya, di bawah Bahagian Penyelarasan Bumiputera di ICU. Kita ada SME CORP, kita ada MARA, kita ada UDA, banyak, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung agensi-agensi tersebut. Akan tetapi saya tidak tahu sejauh mana sebelum penubuhan TERAJU ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah membuat penilaian untuk mengukur sejauh mana agensi- agensi yang ditubuhkan sebelum itu telah berjaya untuk membangunkan sosioekonomi bumiputera. Berapakah peruntukan yang telah disediakan, yang telah sedia di belanja untuk setiap agensi-agensi yang ditubuhkan sebelum ini. Berapa banyak skim yang telah diwujudkan dalam program-program seperti sebelum ini ada Skim Jejak Jaya. Kita sudah ada skim-skim untuk membantu usahawan bumiputera. Kemudian berapakah kakitangan yang terlibat dalam semua agensi-agensi tersebut. Isunya ialah kenapa Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan JPM-ICU dan PEMANDU tidak ditingkatkan keupayaannya untuk menilai keberkesanan semua agensi- agensi di atas. Jadi, bila kita tubuh TERAJU ini, jadi kita menambahkan lagi kos. Kita kena lantik CEO, kita kena lantik pegawai itu, pegawai ini. Padahal perkara yang kita hendak buat ialah benda yang sama. Jadi, bagi saya bahawa kenapa perlu kita mengeluarkan satu peruntukan, membelanjakan satu perbelanjaan yang lebih besar sedangkan kita tidak pernah buat pun penilaian tentang pencapaian agensi yang telah kita tubuh. Ini tidak serius untuk membantu bumiputera. Ini UMNO ini, ini bengap ini. Tidak serius tetapi bila bercakap di luar hendak bantu Melayu..., piiiiiraaaaah..!

UMNO sudah lama bantu Melayu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana ada, Melayu ketinggalan berapa lama sudah, duduk di Sarawak. Bumiputera di Sarawak, di Sabah Tuan Yang di- Pertua tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawab menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sabah, Sarawak ketinggalan. Apa ini?... [Dewan riuh]

Sudah lama dah.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Duduk Yang Berhormat Pokok Sena, saya jawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini duduk di Parlimen, duk menjerit, bantu bumiputera, bantu bumiputera, apa?... [Dewan riuh]

[Bangun] [Dewan riuh]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Pokok Sena duduk, duduk. Saya jawab. Sopan sedikit.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab saya kata Tuan Yang di- Pertua – sekejap, sekejap. Saya belum habis lagi.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Saya jawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada satu point lagi saya tertinggal, sebab jika penilaian terhadap share bumiputera 50-50... [Dewan riuh]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Duduk, duduk. Saya hendak jawab ini.

Yang Berhormat Pokok Sena hendak masuk TV itu... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena sudahlah, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Pokok Sena sabar, duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sabarlah Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Duduk Yang Berhormat Pokok Sena saya jawab. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya, saya jawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Lagi RM52 bilion ini siapa yang ambil ini? Siapa yang jual, siapa yang lelong Melayu?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Sabar, sabar.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, tidak apa. Dalam sini itu, yang sini tidak apa. Luahkan di pilihan raya di Sarawak... [Ketawa]

Pilihan raya Sarawak ini BN menanglah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading jumpa dia di sana, di Sarawak. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Ya, saya menyambut baik soalan yang dipinta itu. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu tahu bahawa ekosistem perniagaan dan perdagangan antarabangsa dan Malaysia telah banyak berubah. Dinamismenya begitu pesat sekali. Dalam keadaan begini, saya setuju banyak instrumen-instrumen sedia ada. Maka, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, saya pinta kepada Yang Berhormat supaya membaca bab keempat, muka surat 167, satu bab mengenai bagaimana peningkatan penyertaan bumiputera dalam ekonomi. Maka, ini adalah hala tuju baru selaras dengan perkembangan semasa. Dalam keadaan itu ada dua perkara yang telah dirangka. Satu, dasar kerajaan sendiri terhadap perubahan-perubahan ini dan bagaimana kita memperkasakan bumiputera dalam keadaan iklim baru ini. Kedua, adalah instrumen dasar yang digunakan. Sedia ada satu, bagi mikro dan kecil. Banyak instrumen kita ada, MARA, seperti yang dikatakan Pulau Pinang, kita ada banyak lagi. Kedua, adalah tahap dalam kitaran perniagaan, di pertengahan itu, di mana kita ada MEFCAP, kita ada SME Bank, kita ada PUNB, kita ada Ekuinas dan sekarang tahapnya adalah tahap di mana yang matang. Kita perlu memartabatkan lagi syarikat bumiputera ke peringkat yang lebih matang. Contohnya, penglibatan bumiputera dalam bursa dan inilah sebabnya kita perlukan TERAJU. TERAJU ini, elemen-elemen ukuran yang digunakan dalam TERAJU adalah pencapaian, tahap modal pasaran setiap syarikat itu di bursa. Penyertaan syarikat bumiputera dalam entry point projects (EPP) dan dalam agenda aktiviti NKEA secara langsung dan tidak langsung. Ketiga, daya saing syarikat-syarikat ini. Keupayaan mereka dari segi domestik dan antarabangsa, dari segi tenaga kerja, tenaga mahir, modal insan, kerana macam Singapura, mereka import pakar-pakar dalam dunia kewangan untuk bersaing di peringkat persada dunia. Akan tetapi kita perlu, so iklim sudah berubah. Walaupun kita ada banyak lagi mekanisme yang ada, peranan yang bakal, akan dimainkan, untuk makluman Yang Berhormat, pastikan hasilnya pantas dan efektif kerana masa ini penting, fast and quick, dengan izin. Keberkesanan institusi itu laksana program pengurusan dan sokongan aktif dan akhir sekali, penilaian keberkesanan. Untuk Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan bercakap panjang...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Putatan cakap tidak adalah... [Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Cuma saya hendak beritahu, apa Yang Berhormat Pokok Sena, tidak payah Yang Berhormat Pokok Sena mempolitikkan ini. Ini tujuan yang baik, tidak payah. Bantu, bantu. Bantu sama-sama. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cakap, cakap Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Bangun]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan selamat datang kepada pegawai dan pemimpin-pemimpin masyarakat, guru-guru dan pelajar kawasan Maran, kawasan saya. Di samping Pulai tadi.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan TERAJU ini. Akan tetapi, pada saya kegagalan bumiputera masih berlaku. Saya berpendapat bahawa kerjasama antara usahawan berbagai kaum dalam konteks 1Malaysia ini penting sebab hari ini terdapat perbezaan dari segi pencapaian. Jadi, hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak wujudkan perpaduan mungkin melalui perniagaan dan usahawan.

Akan tetapi, hakikatnya hari ini masih terdapat juga syarikat-syarikat Ali Baba, di mana syarikat-syarikat yang menggunakan syarikat bumiputera dalam menjalankan perniagaan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan. Sejauh manakah langkah yang dibuat oleh kerajaan dalam memastikan supaya syarikat Ali Baba ini dapat kurangkan. Kita cuba mencari jalan supaya kerjasama bersama dalam win-win situation, maknanya menang- menang dengan izin. Di mana syarikat-syarikat bumiputera dengan syarikat-syarikat bukan bumiputera bergabung bersama-sama mencari keuntungan bersama. Jadi, apakah langkah yang dijalankan oleh kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran. Memang itulah hala tujunya. Kalau kita perhatikan Tuan Yang di-Pertua, kaedah kerajaan dalam TERAJU dan Ekuinas adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk bersama-sama menjayakan agenda bumiputera ini. Contohnya, salah satu agendanya ialah mewujudkan usaha sama tulen di antara bumiputera dengan bukan bumiputera dalam sektor strategik. Memang ini ada contohnya melalui TERAJU, ia ada dua pendekatan. Pendekatan pertama adalah menggunakan dana untuk terus mengambil ekuiti daripada syarikat yang bukan daripada bumiputera sendiri. Kedua, secara outsourcing. Di mana mungkin contohnya bekerjasama dengan Kuwait Finance House untuk bersama-sama melibatkan diri dalam syarikat-syarikat gergasi yang ada potensi pembangunan untuk mencari keuntungan. Maka inilah kaedah yang bakal akan digunakan dan dalam iklim sekarang tidak boleh kita silo. Kita kena network, kita kena gabung bersama untuk melihatkan Malaysia sebagai satu entiti, syarikat Malaysia sendiri, persyarikatan Malaysia. Maka itulah kaedah yang digunakan. Kita sama-sama kongsi kepakaran, kongsi keupayaan dan boleh bersatu untuk bersaing di peringkat global. Inilah hala tujunya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di- Pertua, minta satu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Ini penting Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Penting tetapi siapa yang saya panggil?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya...

Tuan Yang di-Pertua

Di antara tiga ini siapa yang lebih penting?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ada tanah kamilah, Tuan Yang di-Pertua. Ekuiti bumiputera Sabah kosong Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Nanti. Duduk... Duduk dulu.

[Menyampuk]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kosong. Bumiputera Sabah kosong. Yang duduk bising ini UMNO di Semenanjung sahaja, dok bangga.

Tuan Yang di-Pertua

Sila-sila, Yang Berhormat Kalabakan.

Yang Berhormat Kalabakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Yang Berhormat Timbalan Menteri punya jawapan saya nampak cukup menarik. Cukup indah, indah khabar dari rupa.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Tepuk]

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, ini TERAJU. Apa makna TERAJU ini? Cuba Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut kepada saya, lebih 40 tahun Sabah sudah menyertai Malaysia. Bagi satu nama...

Yang maju, yang...

Bumiputera yang sudah maju dari Sabah, itu sahaja saya minta.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Tepuk]

Kalau tidak ada nama... Kalau tidak ada nama mungkin...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Kalau tidak ada nama...

Mungkin, mungkin selepas ini...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Musa Aman ada, Musa Aman.

Kita minta supaya akan datang ada dua bumiputera yang berjaya dalam perniagaan.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

[Bangun]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Musa Aman sama Taib Mahmud.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, rakan seperjuangan saya, Yang Berhormat dari Kalabakan. Indah khabar dari rupa itu tidak betul. Saya tidak pernah menanam tebu di bibir.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Saya balas ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Saya rasa...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia tidak kata tebu tetapi dia telan tebu itu terus.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

TERAJU ini adalah – Tuan Yang di-Pertua, 27 Mac ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi laporan, report card untuk NKRA. Kalau TERAJU ditubuhkan dan matlamatnya tidak tercapai maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional akan terpaksa menjawab. Maka itulah amanat yang telah diletakkan di depan rakyat, di depan sana.

Namakan seorang.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Maka kalau sekiranya nama seorang itu susah saya mahu cerita.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Kalau tiba-tiba tanya, nanti! Satu orang pasti...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Seorang ada, Musa Aman sama dengan Taib Mahmud, satu Sabah, satu Sarawak.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Pembangkang, terima kasih...

Memang susah seorang. Fasal dia beribu-ribu. Beribu-ribu nama.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Beribu-ribu, takkan satu hendak sebut.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini, hak UMNO Semenanjung memang macam itu Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Eh! Jangan!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Memang kaki kipas, kaki kipas.

[Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Sandiwara Yang Berhormat Pokok Sena kita hentikan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tidak dapat permit ceramah lah ini.

Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang · question

3. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh mana j-QAF telah berjaya mendidik pelajar menguasai tulisan Jawi dan adakah j-QAF akan dilanjutkan hingga sekolah menengah dalam usaha memberikan kefahaman yang mendalam kepada pelajar Islam.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, Program j-QAF yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah dapat meningkatkan penguasaan murid bukan sahaja dalam tulisan Jawi malahan dalam bacaan al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain. Laporan kajian pelaksanaan menunjukkan penguasaan murid program j-QAF adalah seperti berikut: (i) Jawi - 92.12 peratus; (ii) Al-Quran - 99.1 peratus; (iii) Bahasa Arab - 84.71 peratus; dan (iv) Bestari Solat - 99.39 peratus. Berdasarkan keberkesanan Program j-QAF tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Program j-QAF di sekolah menengah setelah Program j-QAF di semua sekolah rendah sempurna dilaksanakan. Program j-QAF sangat wajar dilanjutkan ke sekolah menengah kerana bukan sahaja memberi kefahaman yang mendalam tetapi dapat meningkatkan penghayatan murid yang dijelmakan dalam amalan seharian. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin melahirkan rasa dukacita di atas kematian seorang pelajar yang dipukul baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ragu dengan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana beliau ini juga menguasai tulisan Jawi. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah ukuran kepada – saya khusus kepada Jawi sahaja. Soalan saya ialah ukuran kepada penguasaan Jawi itu sendiri kerana Tuan Yang di-Pertua, buku Pendidikan Agama Islam ditulis dalam tulisan Jawi. Ertinya, sekiranya pelajar-pelajar atau murid-murid tidak mengusai Jawi maka mereka tidak mampu untuk membaca buku tersebut. Oleh demikian, saya ingin bertanya, sejauh mana ukuran murid-murid ini menguasai Jawi dengan kita mengaitkan tahap pemahaman mereka kepada buku tersebut? Kalau mereka boleh menjawab soalan dengan baik ke atas soalan-soalan yang dikemukakan daripada buku tersebut. Maka penguasaan Jawi itu setimpal tetapi kalau sebaliknya maka penguasaan Jawi itu diukur sebagai rendah. Jadi, soalan tambahan saya ialah sejauh mana ukuran, ukuran terhadap penguasaan Jawi tersebut. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya dalam Program j-QAF ini salah satu komponen paling penting adalah tulisan Jawi. Oleh sebab itulah dalam modul kita, kita tidak gunakan buku. Kita gunakan secara modul, kita mengajar. Tulisan Jawi ini sebagai satu asas untuk kita menjayakan Program j-QAF. Oleh sebab itulah modul itu disusun atur untuk sekolah rendah dan untuk peringkat sekolah rendah kita hendak sempurnakan dulu. Selepas itu barulah kita memperluaskan ke sekolah menengah dan kita sudah ada satu kerangka kursus yang lengkap dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Seperti mana yang saya katakan tadi, 92.12 peratus yang dapat menguasai. Masih ada tujuh, lapan peratus yang belum dapat menguasai dan di situlah kita kena memperkukuhkan dan pada waktu yang sama juga, kita sedang mencari satu kaedah untuk mengatasi masalah kekurangan guru j-QAF yang hampir 14,000 ini. Dengan adanya jumlah ini yang berkualiti, saya rasa ianya dapat mempertingkatkan lagi penguasaan dalam bahasa Jawi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang fasih berbahasa Malaysia. Memang sesuai sebagai Timbalan Menteri Pelajaran... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, j-QAF bermula pada tahun 2005. Zaman Yang Berhormat Pak Lah. Akan tetapi, sampai sekarang mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kesinambungan ke sekolah menengah tidak ada. Habis sekolah rendah maka tidak ada sekolah menengah, sudah tujuh tahun. Makna seolah-olah pelajaran agama ini setakat sekolah rendah sahaja, menengah tidak perlu.

Tujuh tahun agak sulit untuk kita hendak terima hujah mengatakan masih belum penuh di sekolah rendah. Begitu juga guru-guru j-QAF diarah untuk bertugas di luar waktu pelajaran untuk mengendalikan kelas-kelas tasmik dan juga kelas-kelas bestari solat. Akan tetapi mereka tidak diberi elaun. Pegawai Kementerian Pelajaran pergi ke sekolah minta guru j-QAF bertugas dengan ikhlas. Ikhlas apa tidak bayar elaun. Bukan ikhlas, ini dalam bahasa Kedah, ‘relaih’. Dia orang pun ada keluarga. Kita minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga saya ingin lahir rasa kesal. Kelas Bestari Solat makin hari berkurangan sedangkan ini penting. Saya difahamkan bahawa per kapita kepada murid untuk Kelas Bestari Solat juga dipotong ataupun dikurangkan. Guru j-QAF yang berkhidmat untuk Kelas Bestari Solat tidak ada peluang untuk dapat elaun. Sedangkan mereka diarah oleh kementerian untuk buat di luar waktu sekolah, di luar waktu pelajaran atau waktu sekolah. Dahulu kementerian supply terus naskhah Al- Quran ke sekolah-sekolah. Sekarang naskhah Al-Quran diswastakan. Banyak sekolah yang tidak terima naskhah Al-Quran dan mereka tidak tahu kenapa berlaku begitu. Bagi sekolah yang mempunyai keupayaan kewangan mereka terpaksa keluar bajet sendiri untuk dapat naskhah Al-Quran. Akan tetapi banyak sekolah yang tidak dapat naskhah Al-Quran. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Baling saya cuba menjawab. Pertama sebenarnya Program j-QAF ini bermula pada 2005. Kita mempunyai perancangan secara berperingkat iaitu kita mesti selesaikan dan dilaksanakan untuk semua sekolah rendah. Itu adalah peringkat pertama. Apa yang kita perlukan guru j-QAF ialah 33,000. Sekarang kita masih ada kekurangan 14,000 walaupun kita sudah cuba pelbagai cara termasuk mengambil mereka siapa layak terus diambil. Kita juga ada mod KDC untuk memberi latihan kepada guru-guru ini. Ini yang pertama. Kita memastikan bahawa sekolah rendah sempurna dijalankan kita akan perluaskan sampai sekolah menengah kerana sudah ada perancangan. Bukan kata kita membuat sesuatu ada sekolah yang tidak ada terus kita sampai sekolah menengah. Ini perlu diperluaskan untuk semua sekolah. Tidak ada yang dianaktirikan atau dipinggirkan, pertama. Kedua, apa yang didakwa oleh Yang Berhormat kononnya kementerian tidak memberi naskhah Al-Quran. Saya minta Yang Berhormat bagi secara spesifik di mana kerana setahu saya sebelum saya menjawab ini saya mendapat maklumat daripada mereka memang kita bekalkan. Yang Berhormat membuat dakwaan juga Bestari Solat tidak diberi elaun tambahan. Sebenarnya di dalam j-QAF ini dia merangkumi empat komponen Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan juga Bestari Solat. Ini salah satu komponen di dalamnya. Saya sedar bahawa apabila kita berdepan dengan kekurangan guru j-QAF maka perkara itu terpaksa kita meminta pengorbanan sedikit daripada guru j-QAF. Dari segi kebajikan kita tidak pernah abaikan. Saya rasa oleh kerana ianya merupakan salah satu komponen maka kita menganggap itu tugas yang patut dilakukan oleh seorang guru j-QAF. Terima kasih.

Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan · question

4. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) mengapakah pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) perlu mengambil lebih daripada 23 jam terima kasih membersihkan landasan kapal terbang selepas pesawat AirAsia tergelincir dari landasan pada 10 Januari 2011; (b) pihak mana yang perlu bertanggungjawab dari segi ganti rugi yang menyebabkan 80 bilangan penerbangan tergendala.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada jam 10.02 malam 10 Januari 2011 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pesawat jenis Airbus A320, AirAsia AK5218 dari Kuala Lumpur ke Kuching dengan jumlah 123 orang penumpang dan enam orang anak kapal tergelincir dari landasan semasa mendarat dalam keadaan cuaca yang buruk. Akibat daripada incident tersebut telah berlaku penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selama 23 jam dan pembatalan sebanyak 105 penerbangan. Untuk makluman Yang Berhormat tindakan pemulihan atau recovery mengambil masa sedikit lama berikutan incident tersebut adalah disebabkan faktor-faktor berikut: (i) keadaan cuaca yang buruk dengan hujan lebat dan ribut petir yang berterusan pada malam tersebut turut memberi kesan kepada permukaan tanah menjadi lembut dan telah menyukarkan operasi pemindahan pesawat berkenaan; (ii) operasi pengalihan pesawat perlu dilakukan dengan berhati-hati memandangkan bahagian hadapan pesawat adalah amat sensitif. Pengawasan yang tinggi diberikan untuk mengurangkan kerosakan kepada pesawat terutamanya kepada avionic system yang merangkumi sistem elektronik pesawat, komunikasi, navigasi dan sebagainya untuk mengelakkan kerosakan tambahan berlaku;

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Kudat

(iii) berdasarkan perenggan 125(3) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 1996, syarikat penerbangan dipertanggungjawab membuat pengalihan dan pemulihan pesawat. Dalam usaha itu Syarikat Penerbangan AirAsia terpaksa membawa peralatan dan Pasukan Pemulihan atau Recovery Team dari Kuala Lumpur ke Sibu melalui udara dan seterusnya ke Kucing melalui jalan darat akibat penutupan lapangan terbang tersebut dan cuaca buruk tidak mengizinkan penerbangan helikopter; (iv) hanya selepas pesawat tersebut diangkat dan dialihkan ke kawasan yang selamat pembersihan selamat landasan selesai dilakukan oleh pihak Malaysian Airport Berhad dan seterusnya pemeriksaan bersama Jabatan Penerbangan Awam untuk memastikan landasan dapat digunakan untuk pelepasan dan pendaratan pesawat-pesawat. Lanjutan daripada incident itu kerajaan telah mengkaji semula standard operating procedure berkaitan kemalangan pesawat udara di lapangan terbang seluruh negara bagi tujuan penambahbaikan yang melibatkan stakeholders seperti Malaysia Airlines, Petronas, Malaysia Airlines dan AirAsia yang telah bersetuju untuk menetapkan jangka waktu maksimum tertentu. Misalnya bagi empat jam bagi KLIA untuk sesuatu tindakan removal of disable aircraft dan jika gagal maka pihak kerajaan berhak untuk mengalihkan kapal tersebut dan kosnya akan ditanggung oleh syarikat penerbangan terlibat. Berkenaan dengan ganti rugi kepada 105 bilangan penerbangan tergendala telah terdapat sefahaman di antara semua syarikat penerbangan MHAB dan DCA untuk tidak membuat ganti rugi berhubung kos operasi yang terlibat memandangkan incident itu adalah sesuatu kemalangan di luar jangkaan dan tidak disengajakan. Sungguhpun demikian syarikat penerbangan telah mengambil langkah-langkah positif dalam menjaga kebajikan penumpang dengan menyediakan kemudahan keperluan asas seperti makanan, minuman, penginapan dan pengangkutan ke hotel, pembayaran balik tiket penerbangan bagi penumpang yang tidak mahu meneruskan penerbangan dan menukarkan destinasi ke laluan lain berdasarkan permintaan termasuklah aspek-aspek keselamatan penerbangan. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapannya yang saya rasa padat. Akan tetapi saya difahamkan kerana terdapat masalah yang ditimbulkan oleh AirAsia di mana Malaysia Airport dan juga MAS mereka hendak tolong untuk selesai masalah ini. Namun, pihak AirAsia tidak dibenarkan kerana mereka tidak bagi MAS atau Malaysia Airport untuk sentuh atau ambil kapal terbang. Saya tidak pasti sama ada ini benar atau tidak. Ada satu kelemahan AirAsia juga kerana dengan kos tambang yang rendah, dengan low cost carrier mereka memang operasi dengan harga yang murah atau kos operasi yang murah. Mereka tidak menempatkan pakar-pakar dan juga jurutera di sesuatu lapangan terbang. Kalau berlaku suatu kemalangan dan mereka terpaksa menggunakan masa yang lebih panjang untuk harap mereka dapat menyelesai masalah daripada pusat. So dalam keadaan begini adakah kerajaan mengkaji semula tentang masalah ini di mana kalau mengikut peruntukan yang diberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri wujudnya satu clause kata, ini ditanggung oleh pihak penerbangan sendiri bukannya MAS atau Malaysia Airport.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Adakah pada masa akan datang, kalau berlaku sesuatu kemalangan, Malaysia Airports Berhad akan dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan semua masalah ini. Tidak payah tunggu MAS atau AirAsia untuk ambil tindakan. Malaysia Airports Berhad perlu bertanggungjawab sebab ini urgent, urgency. So saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi jawapan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas keprihatinan terhadap isu ini. Seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa mengikut Perenggan 125(3), Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 1996, syarikat penerbangan adalah bertanggungjawab untuk mengalihkan pesawat yang mengalami kecemasan dan kemalangan. Di atas sebab itu bahawa sebenarnya tanggungjawab itu adalah terletak di bahu syarikat penerbangan tersebut dan dalam insiden kemalangan tersebut ia melibatkan Syarikat AirAsia. Walau bagaimanapun, akibat daripada insiden tersebut, pihak kerajaan dan pihak kementerian juga telah meminta supaya satu penambahbaikan dalam standard operating or operation procedure yang telah dirangka iaitu melibatkan stakeholders yang telah saya sebutkan tadi untuk mewujudkan satu peraturan bahawa sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau insiden kemalangan di lapangan-lapangan terbang, maka ia diberikan jangka waktu tertentu bagi satu syarikat penerbangan tersebut untuk mengalihkannya. Bagi KLIA, kita telah menetapkan lebih kurang empat jam dan sekiranya tidak ada tindakan-tindakan yang diambil, maka kita boleh pihak Malaysia Airports Berhad dan juga agensi-agensi yang lain boleh mengambil tindakan. Sekiranya ada kos-kos yang terlibat, maka kos itu akan dibilkan atau dibayar oleh syarikat penerbangan tersebut. Terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang hari ini senyum melebar sepanjang waktu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila penumpang lewat dia automatik dibatalkan penerbangannya. Apabila hendak ditunda waktunya di Semenanjung dibayar penalti RM60, di Sabah/Sarawak sebanyak RM100. Akan tetapi apabila syarikat penerbangan melewatkan perjalanan, tindakan tidak diambil. Sepihak sahaja menerima padah sedangkan sepihak lagi bersenang-lenang. Soalan saya ialah, adakah ruang Yang Berhormat Timbalan Menteri mewakili pihak Kementerian Pengangkutan mengambil satu tindakan ataupun satu arahan supaya win-win situation. Kalau penerbangan lewat, dia dikenakan penalti. Kalau pihak penumpang lewat, dia pun juga dikenakan penalti. Ini tidak berlaku begitu terutama sekali AirAsia. Sepuluh kali penerbangan saya, sepuluh kali lewat sampai ke tiga jam atau empat jam sehingga saya terpaksa menundakan mesyuarat saya di Kedah, di Pulau Pinang dan juga di Sarawak baru-baru ini. Mohon saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berilah keadilan kepada semua orang terutama sekali mereka di Sabah dan Sarawak dalam penerbangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat memang begitu bersemangat dan begitu prihatin terhadap isu ini. Seperti mana yang ingin saya jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa apabila seseorang tersebut terlambat dalam check-in, sudah tentulah bahawa pihak penerbangan itu akan tidak membenarkan beliau untuk masuk penerbangan tersebut. Oleh sebab itu ada notis diberikan bahawa setiap seseorang yang terbang haruslah datang dua jam lebih awal. Itu adalah merupakan di antara condition untuk seseorang yang membeli tiket penerbangan bagi syarikat-syarikat penerbangan mana-mana pun. Akan tetapi bagi kelewatan itu, sekiranya berlaku kelewatan dan kelewatan itu adalah sesuatu yang begitu lama dan melibatkan jangka waktu yang lama, memang syarikat-syarikat penerbangan ini diminta untuk menyediakan ataupun menjaga kebajikan penumpang. Misalnya memberikan sekurang-kurangnya minuman ataupun makanan kepada penumpang-penumpang yang lewat dan kalau sekiranya ia lebih lama, maka pengangkutan atau penginapan akan juga disediakan. Namun begitu, pandangan Yang Berhormat itu kita boleh ambil kira dan boleh pertimbangkan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk melihat tentang perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

5. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) jumlah perbelanjaan kos subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam memastikan harga barangan kekal rendah di pasaran; dan (b) langkah-langkah penjimatan atau pengurangan jumlah subsisi bagi menjuimatkan kewangan kerajaan.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan bagi subsidi, insentif dan bantuan untuk tahun 2010 adalah berjumlah RM23.1 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM14.2 bilion adalah untuk subsidi, RM543.6 juta untuk insentif manakala RM84 bilion untuk bantuan. Daripada RM14.2 bilion perbelanjaan subsidi untuk tahun 2010, sebanyak RM11.5 bilion atau 81 peratus dibelanjakan bagi memastikan harga barangan tertentu berada di bawah harga pasaran. Subsidi tersebut adalah seperti berikut: | Jenis Subsidi |Jumlah Perbelanjaan (RM)| |--------------------------------------------------|------------------------| |Bahan api: (petrol, diesel, LPG- untuk gas masak)|9.6 bilion | |Skim penstabilan harga minyak masak |828 juta | |Gula |708.2 juta | |Beras |287.9 juta | |Tepung gandum untuk kegunaan am |88.2 juta |<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memulakan inisiatif untuk merasionalisasikan semula subsidi selaras dengan usaha meningkatkan keberkesanan perbelanjaan awam termasuklah program subsidi, program rasionalisasi subsidi telah dimulakan pada 16 Julai 2010 melibatkan subsidi bahan api dan gula. Hasil daripada langkah ini, kerajaan telah dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta dalam tahun 2010. Program seterusnya pula dilaksanakan pada 4 Disember 2010 melibatkan subsidi bagi kedua-dua bahan yang sama. Langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.18 bilion. Penjimatan yang diperoleh kerajaan membolehkan lebih banyak perbelanjaan kerajaan dapat disalurkan untuk membiayai program seperti di sektor pendidikan dan kesihatan serta bidang keberhasilan utama negara (NKRA). Di samping itu, kerajaan juga telah menguatkuasakan larangan kepada pekilang gula daripada menjual gula bersubsidi kepada syarikat atau industri membuat makanan atau minuman bagi tujuan eksport mulai 1 September 2009. Jemaah Menteri pada 5 Januari 2011 pula telah bersetuju supaya 13 buah syarikat yang dikenal pasti menggunakan gula pada skala besar dalam pengeluaran produk masing-masing dilarang membeli gula bersubsidi. Pelaksanaan langkah-langkah ini bertujuan memastikan barangan bersubsidi dapat disasarkan dengan lebih tepat dan dimanfaatkan oleh golongan sasaran iaitu pengguna isi rumah berbanding pengguna industri. Selain itu agihan subsidi atau bantuan juga akan diselaraskan di bawah Sistem e-Kasih bagi mengelakkan pembelian subsidi berganda atau bertindih.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Untuk makluman Yang Berhormat, sungguhpun kerajaan komited dengan usaha untuk merasionalisasikan subsidi, namun kebajikan dan kepentingan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Oleh yang demikian, sebarang langkah yang diambil dalam merasionalisasikan subsidi akan diperhalusi dengan teliti bagi mengimbangi kesejahteraan rakyat dengan keperluan menguruskan kedudukan kewangan negara. Sekian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya sedar bahawa dalam usaha murni kerajaan untuk merasionalisasikan harga barangan subsidi dan sebagainya, di samping itu mengutamakan keutamaan rakyat, tetapi sedarkah Yang Berhormat bahawa hakikatnya terdapat barang-barang yang disubsidikan oleh kerajaan seperti minyak, gula, beras. Pokoknya minyak makankah, minyak petrolkah semuanya ini disalah guna. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya langkah-langkah selepas aduan dan penyiasatan yang diambil oleh kerajaan, langkah-langkah yang lebih efisien yang masih juga mengutamakan rakyat, tetapi negara tidak akan berhadapan dengan kemuflisan ataupun kebankrapan ataupun kesusahan. Ini kerana kalau kita tidak tangani isu ini, maka mungkin kita akan berhadapan dengan risiko yang tinggi, yang tidak boleh kita duga. Jadi, bak kata pepatah Melayu, “Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah tidak rekah”. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dan kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan. Memang saya setujulah dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Sungguhpun kita ada program rasionalisasikan subsidi, tetapi kita tahu ada salah guna oleh pihak-pihak tertentu terutama sekali mereka yang menjalankan aktiviti penyeludupan bahan-bahan tersebut yang kita subsidikan dan kerajaan akan mengambil tindakan melalui agensi-agensi berkenaan seperti kastam, polis dan juga pegawai di kementerian domestic trade untuk memastikan sesiapa yang menyalahgunakan subsidi ini ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya pendek sahaja. Dalam usaha untuk merasionalisasikan harga subsidi ini, ibu segala masalah bergantung kepada minyak dan petrol. Jadi, apakah jaminan kerajaan kerana saya cukup bimbang bahawa harga RON 97 yang diapungkan telah naik kepada RM2.70 sen dan harga RON 95 masih kekal. Jadi, apakah jaminan kerajaan bahawa RON 95 ini tidak akan dinaikkan dengan kerajaan terus mengawal subsidi dan diesel supaya segala kebajikan rakyat akan terjaga? Akan tetapi kalau RON 95 itu juga naik, ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada rakyat. Jadi, adakah Yang Berhormat boleh beri jaminan hari ini bagi pihak kerajaan bahawa buat masa ini ataupun dalam jangka masa waktu yang munasabah, harga RON 95 ini tidak akan dinaikkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat yang membangkitkan soalan iaitu harga RON 95. Untuk makluman Yang Berhormat yang kita semua sedia maklum bahawa harga petroleum atau harga minyak di pasaran dunia adalah sampai pada tahap yang tinggi. Semalam sudah sampai USD108 per barrel. Itu harga yang begitu tinggi dan kita memang tahu bukanlah senang untuk semua kerajaan di dunia ini untuk menjamin apa-apa Yang Berhormat katakan tadi sebab harga itu ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan seperti yang telah saya jawab, kita memang mengambil tindakan yang sewajarnya iaitu kita hanya naikkan harga RON 97. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan memang menanggung subsidi yang begitu besar iaitu RM23.1 bilion untuk tahun 2010. Kalau dibandingkan dengan tahun 2008, kita memang menanggung lebih iaitu RM33.2 bilion. Oleh itu Yang Berhormat, saya tidak dapat menjamin apa Yang Berhormat hendak.

Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKapar · question

6. Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, hasil cadangan diwujudkan gaji minimum di semua sektor supaya kadar kemiskinan dapat diselesaikan dan tindakan kepada majikan yang tidak mematuhi keputusan kerajaan ke atas gaji minimum.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang merangka mekanisme untuk melaksanakan gaji minimum untuk semua pekerja di sektor swasta melainkan pekerja-pekerja yang bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa bayaran. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penetapan gaji minimum tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu instrumen tunggal dalam menangani isu kemiskinan secara menyeluruh. Ini kerana kebanyakan golongan miskin adalah terdiri daripada orang yang tidak bekerja, yang bekerja sendiri, warga emas, golongan kurang upaya dan pekerja- pekerja dalam sektor yang tidak formal. Justeru pelaksanaan gaji minimum adalah lebih tepat dirujuk sebagai satu instrumen untuk meningkatkan pendapatan di kalangan pekerja swasta yang bergaji rendah pada masa sekarang. Pelaksanaan dan penguatkuasaan gaji minimum memerlukan peruntukan undang-undang yang khusus yang mana undang-undang tersebut sedang digubal oleh KSM pada masa ini dan tindakan ke atas majikan yang tidak mematuhi perintah penetapan gaji minimum akan dimasukkan dalam akta yang bakal dibentangkan di Dewan yang mulia ini dalam sesi persidangan yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri memberi jawapan yang ringkas tetapi menjurus kepada matlamat asal. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa itu bukan salah satu daripada total package untuk mengatasi masalah miskin tegar. Akan tetapi, penjelasan yang kita lihat ialah bila mana Program Makmal yang kita lakukan di PICC, melihat daripada ketidaksungguhan MEF diwakili oleh Presidennya Dato’ Azman Harun melihatkan bahawa kementerian walaupun mempunyai matlamat untuk meminimumkan gaji, MEF rentaknya tidak bersetuju daripada wajah, riak, bentuk badan mereka. Awal sehingga akhir. Contohnya saya beri ketika gaji pegawai keselamatan, pekerja keselamatan dan juga pekerja klinik yang mana telah pun dipersetujui, sampai ke hari ini MEF masih lagi mengatakan tidak bersetuju dengan gaji minimum. Soalan saya ialah, apakah langkah yang boleh kementerian lakukan untuk menjamin MEF bukan penghalang utama untuk memastikan gaji minimum ini dilaksanakan dan akta ini dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab mempunyai tanggungjawab untuk mengadakan perbincangan kepada semua pihak di dalam suasana dan spirit tripartisma yang diamalkan di dalam negara kita. So, mengikut spirit ini kerajaan mengadakan perbincangan dengan semua pihak iaitu wakil pekerja dan wakil majikan. Di dalam perbincangan ini memang ada pandangan- pandangan tertentu yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu. Boleh jadi pihak yang mewakili majikan atau pihak yang mewakili pekerja. Akan tetapi selepas mendengar dan mengambil segala pandangan ini, kerajaan akan membuat keputusan sendiri tentang apa yang patut dibuat untuk kebajikan pekerja.

Oleh itu, Yang Berhormat tidak perlu khuatir bahawa kita akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak khasnya pihak-pihak yang mewakili majikan untuk mengetepikan atau meminggirkan harapan dan keperluan pekerja di dalam negara ini. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, memang kita faham usaha membasmi kemiskinan bukan tanggungjawab kementerian Yang Berhormat semata-mata. Kalau petani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan sebagainya. Kementerian Yang Berhormat bertanggungjawab kepada masalah gaji pekerja iaitu tuntutan gaji minimum.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya sedar Tuan Yang di-Pertua, masalah kerajaan kalau ditetapkan gaji minimum, kekhuatirannya ialah bimbang pelabur-pelabur luar negara lari oleh kerana lain- lain negara gaji buruhnya begitu rendah. Contohnya di Vietnam ataupun di negeri China dan seumpamanya. Itu kita faham. Akan tetapi pada masa yang sama, tanpa gaji minimum inilah yang menyebabkan kebanjiran pekerja-pekerja asing dan dieksploitasi oleh pelabur- pelabur dan tanpa gaji minimum, rakyat Malaysia sendiri juga tidak mahu bekerja kerana gajinya. Kita tengok kalau di kilang-kilang, umpamanya di bandar-bandar. Kalau gajinya RM700 hingga RM800, gaji RM700 hingga RM800 pun tidak mencukupi dengan kos sewa rumah, tambang, pengangkutan, makan dan seumpamanya. Itu belum masuk perubatan. Jadi sudah tentu tidak mencukupi. Jadi mesti cari jalan. Apakah kajian telah dibuat mengenai masalah pelabur ini. Pelabur-pelabur ini kalau betul gaji minimum mereka lari, sejauh mana perkara itu benar dan seumpamanya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang pandangan-pandangan yang bernas daripada Ahli Yang Berhormat. Di dalam melaksanakan gaji minimum ini, memang ada pandangan-pandangan yang berlainan. Ada kekhuatiran daripada satu sektor khasnya mereka yang mahu melabur di dalam negara kita bahawa kalau kos membuat business di dalam negara dinaikkan, ini boleh jadi satu punca mengapa pelabur tidak akan datang dan yang sedia ada akan pindah ke negara-negara yang lain. Kementerian telah mengambil kira perkara-perkara ini dan kita telah melaksanakan kajian dengan kerjasama bank dunia tentang implikasi keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan. Semasa kita membuat ketetapan muktamad tentang apa kadar yang munasabah, hal-hal ini akan diambil supaya pada masa kita meningkatkan tidak ia akan menjadi ancaman kepada pelaburan di dalam negara kita dan tidak mewujudkan satu keadaan di mana pelabur-pelabur akan memindahkan operasi mereka ke negara-negara yang lain. Ada satu perkara yang kita mesti mengambil kira di dalam hal ini. Apa yang biasa dikatakan oleh pihak majikan dan pihak pelabur ialah biarlah gaji ditetapkan oleh apa yang dikata kuasa pasaran. Akan tetapi di dalam negara kita, sejak sepuluh tahun yang lalu, kuasa pasaran tidak berjaya untuk menetapkan gaji yang munasabah di mana gaji cuma naik lebih kurang 2.9 peratus pada setiap tahun, manakala kos kehidupan dan kos harga dan sebagainya telah meningkat lebih daripada peratusan itu. So, oleh itu, apa yang dipanggil disposable income yang ada di dalam pekerja-pekerja di dalam negara kita di dalam sepuluh tahun ini memang sudah turun daripada apa yang sebenar mereka ada pada sepuluh tahun yang lalu. Itu sebab kerajaan memerlukan untuk membuat satu intervensi untuk memastikan gaji ini adalah lebih selaras dengan peningkatan kos kehidupan untuk memastikan distortion yang telah dilakukan boleh diperbetulkan. Terima kasih.

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

7. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, apakah status perbincangan penstrukturan industri perkhidmatan air bagi negeri Pahang Darul Makmur antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, dan nyatakan bagaimana penstrukturan ini dapat menjamin bekalan air bersih serta berkualiti kepada pengguna.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang masih dalam proses rundingan untuk memuktamadkan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Pahang. Melalui skim penstrukturan semula ini, Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan dikorporatkan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan serta khidmat pelanggan yang lebih cekap dapat diberikan kepada pengguna.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Di samping itu, JBA Pahang akan beroperasi secara asset light, dengan izin, melalui pengambilalihan liabiliti air dan aset bersangkutan dengannya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang akan bertanggungjawab untuk membaik pulih, menaik taraf aset-aset ini serta membangunkan infrastruktur bekalan air yang baru. Pendekatan ini dicadangkan supaya JBA Pahang dapat memberikan tumpuan kepada kerja-kerja operasi bagi memastikan bekalan air terawat dapat dibekalkan kepada rakyat negeri Pahang yang mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dapat dibekalkan secara berterusan dan pada kadar yang berpatutan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas ke arah untuk mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air di negeri Pahang melalui Pengurusan Aset Air Berhad ini. Cuma selalunya, rata-rata penduduk negeri Pahang masih lagi rasa sangsi dan bimbang di atas tindakan usaha sama perjanjian air untuk dibekalkan ke negeri Selangor. Soalan saya, rata- rata penduduk masih lagi mengalami masalah bekalan air di negeri Pahang. Apakah keuntungan dalam bentuk hasil kepada kerajaan negeri dan juga keuntungan kepada rakyat setempat khususnya di Lembah Kelau dari segi peluang-peluang pekerjaan dan juga kepada keseluruhan rakyat negeri Pahang terhadap bekalan air bersih di seluruh negeri Pahang? Saya mohon juga supaya projek-projek pembangunan sama ada perumahan dan juga apa jua mix development dengan izin, mestilah sejajar juga dengan menaiktarafkan sistem bekalan air bersih bagi rakyat penduduk negeri Pahang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Kuala Krau yang begitu prihatin tentang rakyat dan juga bekalan air di negeri Pahang. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, kepada Kerajaan Negeri Pahang yang saya kira menjadi contoh kerjasama murni apabila negeri Pahang bersetuju untuk membekalkan air mentah kepada pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya yang sedang berlangsung walaupun terdapat sedikit sebanyak masalah ataupun kerenah birokrasi politik daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebenarnya, antara keuntungan ataupun manfaat yang diperoleh daripada Kerajaan Negeri Pahang hasil daripada interstate water transfer dengan izin, ataupun penjualan air mentah kepada Selangor ini Tuan Yang di-Pertua, pastinyalah akan ada implikasi kewangan ataupun Kerajaan Negeri Pahang akan mendapat bayaran yang dianggarkan sebanyak RM70 juta setahun untuk sepanjang tempoh penjualan iaitu selama 90 tahun. Saya kira ini akan menjadi antara pendapatan kerajaan negeri yang boleh dibelanjakan untuk faedah rakyat termasuklah untuk menaiktarafkan projek-projek bekalan air yang masih lagi tertangguh hasil daripada tertangguhnya penstrukturan semula air negeri Pahang yang masih dalam perbincangan. Begitu juga dengan penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat di mana kementerian telah menyediakan rancangan penempatan semula (RPS). Kita menyediakan 115 buah rumah yang lengkap dengan bekalan elektrik dan juga bekalan air sebagaimana mengikut piawaian yang biasa, yang lazim dibekalkan kepada rumah-rumah termasuklah juga kita memberi ataupun dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang kita memberi sebanyak lima ekar setiap seorang untuk kawasan tanaman kelapa sawit termasuk satu ekar tanah dusun termasuk juga saya kira kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti jalan, premis dan juga kemudahan-kemudahan asas, taman permainan, tadika dan sebagainya yang kita letakkan di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Orang Asli kaum Temiar ini di Sungai Bilut – di FELDA Sungai Bilut. Saya kira Kerajaan Negeri Pahang juga dapat mengutip hasil – walaupun mungkin tidak sebanyak mana – daripada pelan-pelan infrastruktur dan pelan bangunan melalui Majlis Perbandaran Bentong dan juga kutipan cukai tanah dan cukai pintu ke atas tanah- tanah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

[Soalan No.8 – YB Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah (Kota Bharu) tidak hadir]

Wilfred Mojilip bin BumburingUPKO · BNTuaran · question

9. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran] minta Perdana Menteri menyatakan, kenapakah masih banyak jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah yang mengambil pekerja yang berjawatan rendah dan pegawai rendah dari Semenanjung Malaysia sedangkan ramai orang di Sabah yang layak menyandang jawatan-jawatan tersebut.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran atas soalan ini. Kerajaan Persekutuan sentiasa menimbang pengisian daripada kalangan anak negeri Sabah bagi jawatan-jawatan rendah di jabatan-jabatan persekutuan di negeri Sabah. Pengisian ini akan dapat memperbaiki penyampaian perkhidmatan awam memandangkan pegawai boleh lebih memahami keperluan setempat selain dapat meringankan kos sara hidup bagi pegawai yang berkenaan. Berdasarkan maklumat terkini, seramai 40,676 ataupun 89.77 peratus daripada 45,309 pegawai dalam kumpulan pelaksana yang berkhidmat di jabatan-jabatan persekutuan di negeri Sabah adalah merupakan pegawai yang lahir di negeri Sabah. Daripada jumlah 40,676 orang ini, 50 peratus adalah daripada para guru, 20 peratus adalah kerani dan 20 peratus adalah pekerja kesihatan manakala 10 peratus adalah daripada pegawai pelbagai bidang contohnya bakat dan seni, kejuruteraan dan lain- lain. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan. Daripada peratusan yang diberi ini nampaknya selain daripada guru 50 peratus, yang lain itu masih lagi rendah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini bahawa masih banyak jabatan persekutuan apabila mengambil kakitangan baru ataupun daripada segi kenaikan pangkat masih lagi tidak memberi keutamaan kepada negeri Sabah. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam satu dua tahun yang lalu JPJ umpamanya apabila ada kekosongan kurang lebih 15 jawatan pegawai rendah, pihak JPJ Sabah telah mengeluarkan banyak bakal pegawai yang layak, mempunyai kelulusan tetapi daripada 15 orang itu hanya tiga orang sahaja orang Sabah, yang lain itu daripada Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terangkan di sini saya tidak ada masalah rakan- rakan dari Semenanjung bekerja di Sabah, ini satu negara tetapi memandangkan jawatan- jawatan ini ada candidate, calon yang layak dalam jabatan itu sendiri. Kenapa tidak dibagi peluang kepada orang Sabah. Saya dimaklumkan dalam satu dialog dengan pimpinan JPJ, Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Persatuan Pegawai-pegawai Sabah di Sabah bertanya kenapa ini berlaku, jawapannya ialah pertama, pegawai-pegawai yang memohon untuk naik pangkat itu tidak lengkap mengisi borang. This is ridiculous, dengan izin. Kedua, jawapan daripada Timbalan Pengarah mengatakan calon-calon yang dikemukakan itu tidak lulus tapisan SPRM. Saya bertanya, pegawai ini sudah melakukan sesuatu kesalahan yang terpaksa disiasat oleh SPRM atau tidak? Tidak ada siasatan. Kenapa ini jawapan yang tidak masuk akal yang diberikan oleh pimpinan JPJ dan saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, guru-guru tadika pun didatangkan dari luar Sabah. Saya tidak percaya tidak ada orang Sabah yang berkelayakan untuk mengisikan guru tadika. Jadi saya ingin bertanya di sini kepada Timbalan Menteri, saya percaya bahawa semua ini berasal daripada tindakan dalam jabatan. Saya rasa ini bukan hasrat pimpinan negara tetapi ini adalah tindakan oleh pimpinan di jabatan-jabatan dan sebagainya.

Jadi untuk memberi maklumat lengkap kepada pimpinan negara dalam semangat 1Malaysia, bolehkah kerajaan mengadakan satu kajian mengenai dengan gerakan pengambilan kakitangan naik pangkat ini dikaji. Ambil maklumat sejak PRU Ke-12 pada 2004 sehingga hari ini untuk makluman kita. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran atas soalan tambahan. Daripada jawapan yang saya telah pun berikan tadi, kita boleh lihat bahawa hanya kurang daripada 11 peratus sahaja pegawai adalah pegawai yang merupakan pegawai yang luar dari negeri Sabah dan daripada 11 peratus pegawai yang luar dari Sabah itu kebanyakannya mereka mengikut suami dan juga isteri ataupun isteri yang ditugaskan di Sabah dan kadangkala suami isteri tersebut ditukarkan maka mereka juga telah pun mohon untuk ditugaskan di Sabah. Mengenai isu yang dibangkitkan di agensi seperti JPJ di mana Yang Berhormat Tuaran telah pun mengatakan bahawa ada pemohon yang telah pun ditolak oleh kerana tidak lengkap ataupun ada siasatan SPRM, jadi sekiranya wujud perkara begitu, ini adalah dalam bidang kuasa JPJ untuk menolak permohonan sekiranya tidak lengkap ataupun pemohon itu disiasat oleh pihak SPRM. Walaupun tindakan atas kesalahan belum lagi dijatuhkan tetapi saya rasa isu itu adalah dalam bidang kuasa pihak JPJ tetapi walau bagaimanapun, pihak kerajaan memang akan membuat kajian mengenai isu-isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Tuaran tadi memandangkan ini amatlah tidak selesa bagi pihak orang-orang di Sabah. Walau bagaimanapun bagi saya, mungkin isu yang dibangkitkan itu juga satu kes yang isolated case dan sekiranya Yang Berhormat Tuaran ada lebih information mengenai perkara ini, boleh maklumkan kepada pihak saya. Akan tetapi yang penting sekali memanglah menjadi hasrat kerajaan untuk mengambil anak tempatan untuk menjawat jawatan-jawatan di Sabah ini dan juga di Sarawak kerana ini dapat memudahkan pihak kerajaan seperti yang saya kata tadi daripada kos dan mereka boleh memahami isu tempatan dan juga keadaan situasi setempat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya begitu tertarik tadi tentang pengambilan kakitangan awam ini. Jadi saya ingin bertanya dengan kementerian, apakah di masa-masa yang akan datang ini kementerian bercadang untuk pengambilan kakitangan awam ini mengikut peratus yang diberikan kepada tiap-tiap negeri, kerana kita tidak mahu melihat bahawa ada negeri yang tidak diambil, ada negeri yang terlampau banyak diambil kerana kita lihat ini menimbulkan keresahan juga di kalangan masyarakat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, juga terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang atas cadangan dan juga pandangan dalam perkara ini. Sememangnya kita dalam menjalankan pengambilan kakitangan awam ini, sudah tentunya kriteria yang paling penting ialah untuk memastikan bahawa jawatan tersebut diisi oleh kakitangan yang terdiri daripada orang tempatan. Ini dapat mengurangkan kos seperti saya katakan tadi dan juga mereka dapat memahami situasi setempat. Pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sekijang itu akan dipandang berat dan saya akan memastikan bahawa isu ini dibawa ke pihak kementerian. Terima kasih.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Soalan tambahan. Bolehkah Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya begitu tertarik dengan isu yang telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri mengatakan isu tadi itu merupakan isu yang isolated. Dalam masa sebelum ini ada juga sesuatu perkara seperti itu juga, terutama sekali yang saya sendiri bangkitkan pengambilan pegawai-pegawai daripada Semenanjung iaitu untuk computer technical di sekolah-sekolah di Jabatan Pelajaran di Sabah termasuk di kawasan saya di mana kelulusan mereka itu hanya SPM level. Di Sabah sendiri kita tidak percaya yang lulusan SPM ini tidak mendapat kerja untuk jawatan ini.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Saya juga ingin bertanya sama ada tindakan-tindakan yang telah dibuat kerana perkara ini telah disentuh di dalam Dewan yang mulia ini pada masa yang lalu. Sekian, terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ranau yang begitu prihatin mengenai isu-isu yang telah pun dibangkitkan awal tadi. Seperti yang saya katakan tadi bahawa sekiranya Yang Berhormat ada maklumat mengenai isu-isu yang tertentu Yang Berhormat telah pun mengatakan tadi bahawa beliau telah pun mengalami pengalaman seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi, sila maklumkan kepada pihak saya dan saya akan memastikan bahawa isu tersebut tidak akan ditimbulkan lagi. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa mengambil berat, memastikan bahawa pegawai-pegawai tempatan dari Sabah dan Sarawak ini dapat mengisi kekosongan pekerjaan di agensi-agensi Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak. Yang penting ialah mana-mana pegawai kerajaan perlu memastikan bahawa mereka boleh berkhidmat di mana-mana sahaja, tidak mengira locality, latar belakang ataupun negeri asal. Jika mereka berkelayakan, yang penting mereka sepatutnya boleh berkhidmat di mana-mana sahaja untuk bangsa dan negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan; “Bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 6 April 2011.”

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat di bawah 14(1)(o) - Urusan-urusan Am. Saya hendak minta pandangan Tuan Yang di-Pertua, sebab saya membaca dalam akhbar kenyataan Ahli Yang Berhormat Padang Rengas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa Dewan Rakyat boleh menayangkan video yang didedahkan oleh Datuk Trio jika mendapat persetujuan daripada Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi, saya hendak tanya pandangan Tuan Yang di-Pertua, kerana ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju, saya baca di dalam akhbar di kalangan pandangan Ahli-ahli Parlimen. Tentu rakyat pun hendak tahu pendirian Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau Tuan Yang di-Pertua belum lagi bersedia untuk menjawab, boleh beri pandangan dan penjelasan Tuan Yang di-Pertua esok. Boleh balik istikharah dahulu, maknanya boleh atau tidak, sebab dalam Dewan Rakyat ini ada imuniti. Dari segi undang-undang saya faham tetapi aspek-aspek lain, apa pandangan Tuan Yang di-Pertua selaku Speaker, sama ada boleh atau pun tidak. Saya hendak tahu itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibangkitkan ini adalah peraturan mesyuarat. Jadi, saya kena respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Saya dikejar oleh pemberita-pemberita memohon pandangan saya kepada soal begini. Saya tidak memberi kenyataan akhbar di luar. Saya tidak pun menjawab atau respons kepada permohonan pemberita-pemberita. Bukan saya sombong atau apa, tidak. Saya sering kali nyatakan ialah tugas sebagai Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua ialah seperti hakim mahkamah. Tidak mungkin perkara yang belum sampai di meja hakim, hakim terus menjatuhkan hukuman. Walaupun akhbar telah mengatakan atau individu-individu telah mengatakan bahawa satu pembunuhan berlaku. Begitu juga hal Dewan Rakyat. Apa yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat ini adalah hal rakyat dan perbincangan itu ada kaitan dengan usul kalau sesuatu perkara itu mustahak, perlu disegerakan, bawa di bawah Usul Peraturan Mesyuarat 18(1). Terpulang kepada saya menolak atau tidak. Kalau hal-hal itu berkaitan dengan hal lain, maka usul juga dibawa dan Peraturan Mesyuarat 26 dan 27 ada kaitan iaitu notis 14 hari, kalau bukan tujuh hari. Kalau usul dibawa oleh Menteri dan itu adalah kepentingan rakyat, maka sehari atau 24 jam memadai. Akan tetapi dalam soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu ialah saya tidak ada menerima usul dari mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan atau pihak membangkitkan perkara ini. Jadi, kalau ada usul dibawa di hadapan saya, saya akan ambil tindakan. Mengenai dengan pendapat chat mengenai hal ini adalah seperti begini, iaitu sewaktu Mesyuarat, Ahli-ahli Yang Berhormat dilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh peraturan mesyuarat seperti unparliamentary words, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Yang itu pun tidak dibenarkan Mesyuarat. Macam mana saya boleh membenarkan dalam Parlimen untuk tayangan satu perkara yang pertama, melanggar peraturan mesyuarat, sengaja dibawa di dalam Dewan Rakyat. Keduanya, bagi orang-orang Islam itu adalah perkara yang haram. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan kalau berpolitik, berpolitiklah di luar sana sewenang- wenangnya. Dalam Dewan Rakyat ini, kita dipandu oleh etika-etika yang tertentu. Jangan oleh kerana kepentingan politik individu, menjustifikasikan tindakan dahulu selepas itu gunakan wakil rakyat sebagai pelindung. Selagi saya duduk di sini sebagai Tuan Yang di- Pertua, saya tidak akan benarkan Dewan Rakyat ini digunakan oleh sesiapa sahaja untuk kepentingan peribadi dan agenda politik. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua, boleh beri pandangan? Boleh ya? Boleh beri pandangan Tuan Yang di-Pertua mengenai perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri ini menyokong pendirian Tuan Yang di-Pertua dengan sekuat-kuatnya. Saya kira perkara ini adalah perkara di dalam tangan polis. Tuan Yang di-Pertua mengatakan soal agama. Agama saya sebagai seorang Kristian pun kami ditegah sama sekali untuk melihat ini. Kenapa perkara ini dicadangkan untuk ditayangkan di sini? Perbuatan, aksi dalam video itu dikatakan sudah salah. Orang-orang yang bertanggungjawab menayangkan video kepada khalayak ramai juga melanggar undang- undang. Itu pertama.

Keduanya, ini bukan perkara video pertama Tuan Yang di-Pertua, dalam negara kita ini. Ada skandal yang dulu. Video seks juga melibatkan pemimpin, mengapa tidak disebut? Kenapa tidak dicadangkan ditayangkan di dalam Dewan ini? Saya tidak membela mana-mana pihak tetapi saya tidak mahu terlibat untuk melihat satu video yang dilarang oleh agama saya sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Jadi saya anggap...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, mencelah sedikit. Sebenarnya, cadangan untuk dibawa ke Dewan Rakyat di bawa oleh Ahli Parlimen Tasik Gelugor. Saya baca dalam surat khabar. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada perkara- perkara yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen dan menggunakan isu parliamentary privileges or immunity, Ahli Yang Berhormat faham ialah kalau perkara itu adalah melibatkan individu Ahli Parlimen tersebut yang ada hubung kait dengan tugasnya sebagai Ahli Parlimen maka pendapat saya barulah immunity parliamentary privileges itu boleh digunakan. Kalau perkara itu tidak melibatkan tugas, hal peribadi janganlah bawa dalam Dewan Rakyat. Jadi, kalau ada pemberita-pemberita yang buat liputan ini, lain kali tolong, saya mohon jangan minta pendapat saya mengenai soal-soal politik di luar sana. Kalau perkara itu telah berbangkit di Dewan, saya beri pendapat, gunakan itu sebagai liputan akhbar. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

Tuan Yang di-Pertua

Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Kepong yang berhujah dalam soal ini. Ya, Yang Berhormat Kepong berbahas? Kalau Yang Berhormat Kepong tidak hendak, saya panggil orang lain.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Yang Berhormat Kepong sudah tidak ada idea itu. Merapu sudah itu.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Kepong. Sila.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya nampak banyak masalah di sini. Saya hendak tunggu keputusan Tuan Yang di-Pertua tadi. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya bangkitkan masalah alternatif bagi jana kuasa elektrik sebab bahan non renewable yang boleh baharu memang sedang dimulakan di Malaysia. Akan tetapi setakat ini peratusannya tidak sampai 3 peratus dan kebanyakan projek tidak dapat dilaksanakan dan ini memang menimbulkan masalah. Tambah pula dengan perkembangan selepas gempa bumi di Jepun maka Fukushima Daiichi, di situ loji- loji nuklear sudah musnah dan diikuti kebocoran bahan-bahan radioaktif bukan kepada Timur Jepun sahaja bahkan kepada seluruh dunia.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini memang sudah memberi satu gambaran kepada rakyat dunia termasuk di Malaysia. Saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak pun dia sangat sensitif kepada radioaktif ini. Saya hendak baca di sini kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua. Beliau mengatakan bahawa, “Malaysia will proceed with plans to build two nuclear power plants despite safety concerns sparked by radiation leaking from earthquake-stricken nuclear reactors in Japan. While the government is concerned about public safety and is watching developments in Japan, he remained confident that Malaysia would implement what is the best for the country. In this matter, we have an agency that is responsible and they know what they are doing and we are confident that they will implement what is the best”. Jadi, kalau ikut kenyataan Yang Berhormat Miri, beliau mengatakan pihak kerajaan tidak akan melaksanakan dua loji nuklear secara senyap-senyap tanpa memberi penerangan yang cukup kepada khalayak ramai. Saya berharap beliau akan berbuat demikian. Walau bagaimanapun, ini bermakna Yang Amat Berhormat mempercayai kepada agensi kita untuk membuat keputusan yang bijaksana. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya kalau pihak agensi membuat keputusan tidak akan meneruskan dengan dua projek loji nuklear ini, ini bermakna unjuran untuk menggunakan kuasa nuklear sehingga 10 peratus di dalam tempoh 10 tahun ini tidak akan tercapai. Kalau begitu kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga elektrik kerana tiap-tiap tahun pertumbuhan penggunaan kuasa elektrik adalah, purata 2.6 peratus. Dengan yang demikian, kita perlu mencari alternatif. Sementara itu renewable energy iaitu...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bahan yang boleh diperbaharui...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Di belakang, Sungai Siput. Boleh celah? Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Kepong, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong, saya ingin tanya loji nuklear ini saya difahamkan anggaran kosnya ialah RM21 bilion. Jadi, projek ini akan diswastakan, akan dibuat oleh beberapa orang kontraktor dan beberapa pihak. Adakah kerisauan, adakah kemungkinan pihak-pihak di luar, pihak-pihak swasta yang harapkan kontrak akan lobi agensi tertentu, agensi yang ditugaskan, yang dipertanggungjawabkan untuk buat keputusan. Jadi, adakah ini satu masalah, satu kemungkinan dan apakah caranya kita sebagai satu masyarakat di Malaysia memastikan keputusan yang dibuat atas profesionalisme dan tidak dipengaruhi oleh commercial interest. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kebimbangan Yang Berhormat Sungai Siput itu memang kita ambil kira kerana keputusan yang dibuat untuk melaksanakan ataupun terus melaksanakan projek dua loji nuklear mesti dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya dan apakah hanya keputusan yang hanya berdasarkan kepada unsur komersial sahaja tidak boleh diterima. Tidak boleh diterima. Ini memang berdasarkan kepada kepentingan rakyat Malaysia semata-mata. Itu sahaja. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil perhatian mengenai hasrat rakyat sama ada hendak mengadakan loji nuklear ataupun tidak. Ini memang satu isu yang menjadi lebih sensitif sekarang.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Di dalam Dewan Rakyat ini memang kita nampak kadangkala jawapan sejengkal dibawa sehasta, memang sudah. Yang tidak dibenarkan pun kadangkala ditimbulkan dan di sini saya hendak dengan lebih terperinci menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang kita ada dengan mengadakan satu badan berkanun seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari. Memang ini satu cabaran yang besar yang sudah dihuraikan di dalam ulasan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 dan ini yang pertamanya adalah untuk mempelbagaikan bahan api bagi menjamin bekalan yang mencukupi. Bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik yang meningkat, yang sudah saya sebutkan tadi, 2.6 peratus dan untuk itu juga di dalam rang undang-undang ada satu ruangan untuk penjanaan tenaga nuklear. Untuk menurunkan kos menjana tenaga elektrik dari sumber tenaga boleh baharu dan untuk mempelbagaikan teknologi dan inovasi tenaga boleh baharu dan gangguan dan bekalan elektrik yang mencukupi dan mengenai Independent Power Producers (IPP) dan subsidi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sering kali kita dengar memang subsidi secara langsung atau tidak langsung kepada Independent Power Producer (IPP) dan pihak Yang Berhormat Menteri sudah menafikan bahawa ini satu subsidi. Walaupun secara tidak langsung bukan subsidi dan sebagainya. Ada yang membangkitkan bahawa kalau begitu banyak subsidi, mengapa pihak TNB masih mendapat keuntungan, ini bukan satu alasan yang semata-mata kita boleh terima. Kita mesti mengkaji bagaimana 17 IPP kita dan juga akan ditambah lagi di Manjung menjadi 18 IPP ini sama ada mereka mendapat subsidi secara langsung atau tidak langsung. Sama ada mereka ini 18 IPP ini menjual elektrik, caj kuasa elektrik ini dengan lebih, itu penting. Walaupun Yang Berhormat Miri mengatakan sekarang dengan mekanisme baru, kita tidak akan membenarkan extra charge, over charge dan sebagainya. Saya percaya perkara ini mesti kita kaji dengan teliti supaya kita boleh memastikan IPP ini tidak akan mengenakan beban yang lebih kepada rakyat. Mengenai dengan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa kerana kita hendak mewujudkan satu badan berkanun. Saya berharap ia akan memenuhi syarat integriti iaitu termasuk ketelusan, accountability dan transparent and open untuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan, kecurangan dan penyalahgunaan kuasa. Di antara fasal yang berkaitan dengan ketelusan, akauntabiliti dan keterbukaan adalah fasal 9. Fasal 9 menetapkan tempoh jawatan anggota selama tempoh tidak melebih dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh maksimum tiga penggal berturut- turut. Fasal 12 mengatakan salah satu keadaan apabila jawatan seseorang anggota pihak berkuasa menjadi kosong ialah jika seseorang anggota disabitkan atas pertuduhan berkenaan dengan kesalahan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau rasuah. Fasal 14 menghendaki anggota pihak berkuasa atau jawatankuasa menzahirkan kepentingannya dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh pihak berkuasa ketidakzahiran merupakan satu kesalahan dan tertakluk kepada penalti. Ini memang syarat-syarat untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan keterbukaannya. Akan tetapi saya hendak tekankan di sini, kita boleh lihat walaupun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan adalah di bawah program GTP, Program Transformasi Kerajaan. Di bawah GTP itu ada 19, di dalam 19 ini pernah saya sebutkan di sini misalnya pelantikan untuk lembaga Sime Darby kerana Sime Darby merupakan satu syarikat korporat antarabangsa yang terbesar di negara kita dan kerana pengurusan yang kurang cekap dan tidak mempunyai standard governance yang tinggi maka timbul masalah sehingga tahun lepas iaitu kos over run lebih RM2 bilion. Itu penurunan, kejatuhan keuntungan itu lebih daripada 63 peratus. Jadi ini memang menunjukkan walaupun kita ada badan, lembaga, kita ada syarat-syarat ahli-ahli lembaga dilantik termasuk pengerusinya. Saya hendak menekankan bahawa perkara ini sudah berlaku sebelum Tun Musa Hitam dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sime Darby. Ia berlaku sebelum dia dilantik.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Walau bagaimanapun, ahli-ahli yang dilantik di dalam lembaga itu kita perlu tinjau, bekas menteri, bekas ahli politik, akauntan, peguam dan sebagainya termasuk di TNB sendiri, pengerusinya bekas Yang Berhormat Menteri, Tan Sri Leo Moggie...

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Siapa yang cakap Tuan Yang di-Pertua? Orang ini dilantik menjadi ahli lembaga habislah semua kerana tidak mengikut peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya sila Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, di dalam peraturan ini ada banyak yang disebutkan itu ini dibuat tetapi masih ada orang tidak ikut peraturan. Sime Darby salah sebuah GLC yang terbesar di negara ini, kita nampak walaupun kita lantik menjadi kerana di sini kita akan wujudkan satu badan berkanun dipanggil SEDA dan saya berharap SEDA pun tidak akan mengalami masalah yang sama termasuklah kalau kita kira Yang Berhormat Padang Besar pun kerana dia menteri bersama-sama dengan beliau, jadi dia ada perasaan sendiri apabila masalah ditimbulkan, dia pun cuba mengelakkannya. Ya, walaupun dia tidak mengaku. Saya tidak mengatakan bahawa kalau dia bekas ahli politik, bekas menteri besar termasuklah pengerusi FELDA sekarang, bekas menteri besar Negeri Sembilan dan RISDA pun bekas menteri besar Melaka dan sebagainya. Saya tidak mengatakan bahawa kalau dia bekas menteri ataupun bekas ahli politik tidak boleh dilantik, kita tidak boleh buat macam itu dengan seluruh dunia pun, kita nampak Al Gore pun dilantik untuk menjadi ahli atau pengerusi lembaga Apple dan Madeleine Albright, dan sebagainya dilantik juga. Di sini kita tidak boleh kata kalau seseorang itu bekas Menteri Besar atau Ketua Menteri, tidak boleh dilantik, tidak boleh cakap begitu juga. Kita mesti mengukur kebolehan dia, kualiti dia dan apakah yang telah beliau buat, integritinya yang penting, bukan kerana dia ahli politik ataupun bekas menteri. Itu bukan satu syarat yang menidakkan dia dilantik. Itu integriti beliau penting, maruah, akhlak dan sebagainya...

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, apakah, siapakah yang hendak bercakap sekarang? Saya ada floor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Betullah Yang Berhormat Kepong itu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, saya ada floor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak payah pandang Yang Berhormat, peraturan juga kata tujukan kepada saya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya tuju di sini tetapi masih dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kadang- kadang pandang ke belakang itu yang salah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya. Fasal 20 dan 38 meletakkan kewajipan ke atas pihak berkuasa untuk memberikan penyata laporan akaun dan maklumat tertentu, laporan juruaudit dan laporan aktiviti kepada Menteri untuk dibentangkan di Parlimen. Memang kita ada banyak di sini.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya sempat untuk memilih yang saya anggap penting sahaja dan kebanyakan itu tidak dapat dikaji atau dibaca termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri. Sama ada baca semua ini saya ingat tidak. Itu dari segi undang-undang sahaja peraturan mesti dibentangkan di sini kerana beratus-ratus laporan dibentangkan bagaimana kita boleh membaca itu dari segi amalan, dari segi apa yang sebenarnya berlaku dengan setiap Ahli Parlimen. Itu mustahil. Memang termasuk Yang Berhormat Arau jugalah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Walaupun dia berminat dengan bola sepak tetapi nampaknya usaha untuk memperbaiki keadaan di negara ini dan itu masalah pertubuhan, masalah organizing bola sepak pun tidak diselesaikan. Fasal 43 mengadakan peruntukan bagi perlindungan Menteri. Pihak berkuasa mana-mana anggota, pihak berkuasa anggota, jawatankuasa pekerja atau agen pihak berkuasa dan orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak-pihak berkuasa berkenaan atau apa-apa perbuatan keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati- good faith, atas sifatnya itu seolah-olah memberikan kekebalan kepada Menteri dan pihak berkuasa untuk mengelakkan kepentingan konflik, conflict of interest dan keperluan persaingan yang adil dicadangkan supaya anggota dan kakitangan pihak berkuasa tidak boleh dilantik atau kekal sebagai anggota pihak berkuasa jika ia menjadi pegawai mana-mana syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2010. Saya akan mengulangi. Untuk mengelakkan kepentingan konflik dan keperluan persaingan yang adil dicadangkan supaya anggota dan kakitangan pihak berkuasa tidak boleh dilantik atau kekal sebagai anggota pihak berkuasa jika ia menjadi pegawai mana- mana syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2010. Ini yang terpenting iaitu pelantikan pengerusi ada tadi saya sebutkan sedikit sebanyak dengan badan-bandan lain anggota dan ketua pegawai eksekutif harus dipilih daripada golongan yang arif tentang isu tenaga daripada golongan yang tidak lagi aktif dalam politik. Memang tidak boleh aktif dan sasaran kerja harus ditentukan dengan jelas supaya penilaian prestasi kerja dapat diukur dengan berkesan dan adil. Saya setujui bahawa kalau kita melantik bekas ahli politik, bekas yang biasanya mempunyai hubungan dengan pelbagai pihak di dalam bidang politik dan sebagai pengerusi lembaga memang mempunyai pengaruh yang luas. Akan tetapi saya hendak tekankan dan ulangi pelantikan pengerusi, anggota dan ketua pegawai eksekutif harus dipilih daripada golongan yang arif tentang isu tenaga dan daripada golongan yang tidak lagi aktif dalam politik sasaran kerja harus ditentukan dengan jelas supaya penilaian prestasi kerja dapat diukur dengan berkesan dan adil. Pelantikan agen, penasihat atau pakar untuk membuat kerja atau kajian perlu telus dan bersikap keterbukaan. Selain daripada nama agen, kos dan butiran lain hasil kajian haruslah dipamerkan dan boleh didapati oleh rakyat supaya orang awam yang menjadi pihak berkepentingan dapat memberikan pendapat mereka. Sebagai contoh hasil kajian penggunaan nuklear harus dipaparkan di dalam laman web atau mana-mana tempat supaya access for public feedback. Aturan prosedur kerja harus mengikut penentu atau ketetapan yang telah dipersetujui. Dalam kes ini di mana public consensus perlu dokumen seperti agenda perjumpaan persetujuan yang dicapai dan hal-hal lain yang berkaitan harus dipaparkan di dalam laman web untuk memenuhi syarat integriti. Tuan Yang di-Pertua, memang di...

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Tangga Batu bangun Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Semalam dia buat itu kenyataan yang tidak kesetaraan dengan Yang Berhormat Miri semalam. Apa hendak buat lagi sekarang?

Saya bangun bukan untuk dikomen, saya bangun untuk minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong ini terus komen saya pula. Saya sudah tahu dah dekat mana hendak tanam Seputeh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong sebenarnya saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat Kepong sebutkan sebentar tadi. Cuma kalau Yang Berhormat Kepong boleh perluaskan lagi ataupun perjelaskan kepada saya adakah memadai dengan hanya menggunakan website, laman-laman siber ini untuk memberikan pendidikan.

Adakah Yang Berhormat Kepong boleh mencadangkan supaya semua sektor di dalam masyarakat perlu diberikan peranan dalam kaedah untuk memberikan ilmu pengetahuan terhadap kebaikan dan keburukan ini sebelum mereka membuat keputusan. Dari agensi kerajaan, jabatan kerajaannya, agensinya, NGOnya, awamnya, belianya, wanitanya semua diberikan penjelasan yang seimbang dan tidak berasaskan kepada emosi. Letakkan fakta dan angka itu sebagai asas kepada mereka nanti untuk membuat keputusan apabila negara berhadapan dengan krisis bahan api tenaga ini. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat Tangga Batu hari ini ada hikmah sedikit, ada ilmu sedikit. Memang kita hendak satu laporan yang lengkap dan menyeluruh - ada sedikit hikmah, sedikit ilmu, sedikit bijak juga kerana kita hendak itu ketelusan, keterbukaan dan laporan yang dibuat oleh badan ini mestilah dipaparkan kepada semua pihak bukan setakat laman web sahaja. Itu memang satu cadangan yang boleh diterima. Itulah sebenarnya kita hendak ahli-ahli yang mempunyai hikmah dan ilmu untuk mengumpulkan cadangan dan syor yang bernas dan dapat diterima oleh semua pihak. Di sini Tuan Yang di-Pertua peruntukan juga harus dibuat untuk mempertingkatkan latihan kemahiran dan pengetahuan teknikal di dalam industri tenaga supaya negara tidak ketinggalan di dalam era teknologi tinggi dan inovasi. Setakat ini kita memang ketinggalan kerana yang mempunyai rang undang-undang seumpama ini adalah wujud di 68 negara. 68 negara di dunia ini mempunyai undang-undang yang sedang kita bahaskan di sini, ini bermakna kita yang ke 69 ketinggalan zaman. Memang ketinggalan zaman. Saya berharaplah hal ini tidak akan berulang lagi kerana dalam tidak sampai 10 tahun kita hendak mencapai satu tahap sebagai negara yang maju dengan lapan inisiatif, GTP kita, Program Transformasi Kerajaan yang memang kita berharaplah dapat dijayakan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Walau bagaimanapun, kalau kita membentangkan rang undang-undang untuk tenaga lestari, dan bahan yang boleh diperbaharui, hanya nombor ke-69, ini bermakna kita belum lagi mencapai tahap negara yang maju. Saya berharap – di sini memang ada banyak perkara lagi yang perlu kita bincangkan sebab SEDA Malaysia ini yang bakal ditubuhkan selepas rang undang-undang ini diluluskan di dalam Dewan kelak dan di sinilah organisasi dan sebagainya mestilah lebih ketat, berkesan, sebab fungsinya memang banyak. Bukan sahaja setakat menasihati Menteri dan entiti kerajaan, bahkan menggalakkan dan melaksanakan objektif dasar negara bagi tenaga, menggalakkan, merangsang, memudahkan dan membangunkan tenaga lestari, melaksanakan, menguruskan, memantau dan mengkaji semula sistem tarif galakkan dan segala-galanya di sini, memang sistem tarif ini, Feed-in Tariff memang kita tidak dapat laksanakan dengan baik, kalau tidak ada orang- orang yang pakar di dalamnya. Ini disebabkan kalau kita lihat di dalam kesetaraan grid biogas itu, setahun penurunan grid kesetaraan 0. 5 peratus setahun bagi biogas dan 0.5 peratus bagi biojisim, biomass dan 8 peratus bagi photovoltaic suria dan sebagainya. Ini memang satu anggaran sahaja dan kita belum tahu apabila badan ini ditubuhkan kelak, apakah formula akan digunakan untuk kesetaraan grid kerana ini memang satu fungsi yang penting, dan melaksanakan undang-undang tenaga lestari dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang itu kepada Kerajaan Persekutuan dan menggalakkan pelaburan sektor swasta. Kalau kita hendak galakkan sektor swasta, maka galakkan itu mestilah menarik. Ini penting sebab kita tidak mahu nampak wujudnya birokrasi yang menghalang para pelabur swasta dan juga salah satu fungsi lagi, menjalankan atau mengatur penyelidikan, penilaian, kajian dan perkhidmatan nasihat, mengumpul, menganalisis, menyiarkan maklumat statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan tenaga lestari dan sebagainya. Setakat ini, misalnya saya diberitahu bahawa mungkin penyelidikan itu tidak begitu baik, supaya kita tidak boleh – setakat ini tidak nampak penggunaan kipas angin, tidak boleh digunakan di Malaysia, kerana musim kita tidak serupa dengan kawasan-kawasan lain.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Walau bagaimanapun, mungkin dengan penyelidikan yang berkesan, kita boleh mengatasinya. Salah satu fungsi lagi untuk mengendalikan, menggalakkan dan menyokong, mengikut cara yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa, aktiviti penyelidikan inovasi yang berhubung dengan tenaga lestari, latihan dan program ini memang penting. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengakhiri ucapan saya dengan menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya kita benar-benar melaksanakan apa yang termaktub di dalam rang undang-undang ini, supaya kita boleh mencari tenaga alternatif dengan berkesan dan janganlah kita adakan seperti yang saya sebutkan tadi, pelantikan ahli-ahli jawatankuasa atau badan SEDA ini, mesti kita buat dengan betul, dengan bijak kerana kalau tidak kita akan adakan satu rang undang-undang yang tidak dapat dikuatkuasakan dengan baik. Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga. Sebab itulah saya berharap pihak Kerajaan Pusat dapat menguatkuasakan rang undang-undang ini apabila ia jadi akta dengan berkesan, bijak dan dengan cara yang betul. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat, saya memuji Yang Berhormat Kepong, confine di dalam undang- undang yang di hadapannya sahaja dalam perbahasan. Jadi saya berharap Yang Berhormat selepas ini pun, ingat peraturan yang ada, peraturan Dewan pun ada, confine kita sendiri ataupun dalam undang-undang itu sahaja. Kalau lihat interpretasi muka tujuh, itu sahaja soalan Undang-undang Tenaga Lestari ini. Ya Yang Berhormat Ledang, selepas itu Yang Berhormat Bakri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, ia berkenaan dengan tenaga lestari. Saya dapat memahami bahawa ia adalah rang undang-undang untuk memastikan rang undang-undang semalam itu dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di- Pertua, saya harap rang undang-undang ini yang mewujudkan perbadanan ataupun Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang semalam disebut, tidak akan lari daripada tujuan asal Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari untuk bukan sahaja meningkatkan kapasiti RE cumulative pada tahun 2030 sebanyak 4,000 megawatt, tetapi juga untuk mengurangkan kumulatif CO² kepada satu angka iaitu 145.1 juta tan karbon dioksida. Itu matlamat yang paling utama Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting sekali, yang menuju kepada satu peningkatan untuk memelihara alam sekitar, itu yang paling penting yang kepada saya tidak boleh kita lari. Sebab itulah kita ada penemuan baru, penjanaan tenaga daripada bahan-bahan yang boleh diperbaharui seperti semalam disebut, biogas, biomass, solar dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk melaksanakan rang undang-undang ini, saya hendak merujuk kepada fasal 15(h), iaitu; mengendalikan, menggalakkan dan menyokong, mengikut cara yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa aktiviti penyelidikan dan Inovasi yang berhubungan dengan tenaga lestari. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh ini, sebenarnya berapa dana yang telah kita kumpulkan ataupun berapa banyak dana yang boleh disediakan bagi tujuan penyelidikan dan inovasi.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, boleh atau tidak dana itu digunakan untuk mempromosikan. Untuk kita memberikan galakan kepada media supaya media dapat mengambil bahagian? Ia ada kaitan. Itu supaya media ada peranan. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, nampak sekarang ini rakyat masih lagi keliru ataupun rakyat dikelirukan dengan cadangan untuk mewujudkan tenaga nuklear. Rakyat takut, bimbang.

Semalam pun sudah ada kenyataan daripada rakan-rakan seperti Yang Berhormat Tangga Batu dan lain-lain, malahan rakan kita daripada Yang Berhormat Hulu Langat pun yang merupakan seorang pakar tenaga nuklear, dia sudah menjelaskan bahawa tenaga nuklear ini adalah salah satu daripada cadangan kerajaan pada masa akan datang setelah kita kehabisan cara lain. TBB iaitu tenaga boleh baharu kita kembangkan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Ledang.

Dan kita jangkakan Tuan Yang di-Pertua bahawa TBB satu masa nanti juga mungkin tidak cukup. Silakan Yang Berhormat Padang Serai. Boleh.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Dalam masa negara membangunkan tenaga ini, saya juga difahamkan dan tahu bahawa kebanyakan kilang-kilang yang memproses sel-sel solar ini, 100 peratus daripada sel-sel ini dieksport ke negara khususnya Amerika Syarikat. Sekiranya kementerian dapat memperkenalkan sekatan ataupun satu akta yang mana apa- apa sahaja yang bersangkutan dengan penjanaan tenaga ini yang di manufactured dalam negara ini, beberapa peratus mesti hanya digunakan dalam negara ini. Bukan 100 peratus dieksport khususnya seperti First Solar. Saya difahamkan bahawa 100 peratus semua pembikinan manufactured items itu dieksport ke Amerika Syarikat. Kalau sebuah syarikat di Malaysia mahu beli, perlu beli melalui syarikat daripada Amerika Syarikat itu. Jadi, kalau kementerian dapat memperkenalkan misalannya 25 peratus daripada semua manufactured cells or parts of tenaga ini mesti dijual dalam negara, maka penjanaan tenaga dan juga penggunaan produk-produk itu dalam negara akan berkembang dan maka negara kita akan berkembang maju dalam aspek ini. Jadi saya harap ini diambil perhatian oleh kementerian dan pegawai-pegawai kerajaan. Terima kasih. Yang Berhormat Ledang, hari ini ada kehadiran rakan-rakan dari Padang Serai... [Tepuk] Jurulatih-jurulatih dan juga ketua-ketua pasukan bola sepak seluruh Kulim Bandar Baharu dan Padang Serai.

Terima kasih Yang Berhormat dan selamat datang kepada rakan yang disebutkan tadi dari Padang Serai dan lain-lain. Tuan Yang di- Pertua, nampak celahan daripada Yang Berhormat Padang Serai tadi bolehlah dimasukkan sebagai ucapan saya kerana panjang sangat dan saya belum masuk pada tajuk itu. Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik pada soal media tadi yang nampaknya perlu lebih banyak mempromosikan ataupun pada masa yang sama mendidik rakyat Malaysia tentang kekhuatiran penggunaan tenaga nuklear Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, tenaga boleh diperbaharui adalah salah satu daripada tenaga pilihan. Rang undang-undang ini bertujuan untuk; pertamanya melindungi; keduanya mengembangkan; dan ketiganya memberikan keutamaan pada tenaga boleh diperbaharui. Akan tetapi saya yakin, satu masa nanti kita mungkin kehabisan sumber tenaga. Oleh yang demikian, bukan bermakna kita dengan izin, jump terus pada tenaga nuklear, tetapi sekurang-kurangnya ada persiapan dari sekarang daripada segi kajian, perbincangan, pemahaman, kesedaran dan perlu diberikan kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia bahawa apakah sebenarnya tenaga nuklear ini, bagaimana uranium boleh menjadi tenaga nuklear. Saya pernah berbincang Tuan Yang di-Pertua, dengan pihak pakar daripada TNB...

[Bangun]

Uranium adalah sebentuk logam. Sekejap, sekejap. Logam itu apabila dicampur dengan neutron, ia akan terbentuklah tenaga. Tanpa neutron, ia tidak akan menjadi tenaga tetapi setelah ia membentuk tenaga, apabila ia bercampur dengan neutron, ia akan selama-lamanya menjadi tenaga yang tidak boleh diberhentikan. Akan tetapi ada teknologi yang boleh mengawal keadaan itu. Silakan Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ledang, kuasa nuklear yang kita bincangkan dalam Dewan ini, selain daripada ia merupakan satu kuasa yang penting untuk menjadi alternatif ataupun pilihan pada kuasa yang berpunca daripada natural resources seperti petrol, coal dan sebagainya, saya ingin bertanya, apakah kita tidak melihat bahawa keperluan tenaga nuklear ini, kuasa nuklear ini daripada segi keselamatan negara kita untuk jangka panjang? Kita melihat dan membincangkan soal beberapa risiko daripada segi keselamatan pada negara dan rakyat negara kita. Akan tetapi dalam pada itu, untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat negara kita, apakah tidak kuasa nuklear juga penting kerana sudah terbukti – saya lihat negara-negara yang berkuasa di dunia ini mempunyai kuasa nuklear. Mereka menjadi super power dengan kuasa nuklear, nuclear power. Kita menjadi negara seolah-olah negara yang boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa dunia ini. Ya, betul risikonya ada, masalahnya ada tetapi kelebihannya juga ada. Kita melihat negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, negara-negara yang lain, mereka menguasai dunia. Negara yang tidak ada kuasa ini seolah-olah takut kepada mereka dan selalu terancam dan bagaimana kita melihat negara-negara di Timur Tengah, begitu menyedihkan, diperlakukan apa sahaja sesuka hati dengan kuasa besar yang mempunyai kuasa nuklear ini. Kita melihat ada satu, dua buah negara yang berani seperti Iran dan Korea Utara. Walaupun kecil tetapi dapat membina tenaga nuklear yang berjaya. Amerika Syarikat tidak berani untuk bertindak sesuka hati terhadap Iran dan North Korea walaupun Korea Utara dan Iran menjadi musuh kepada mereka. Mereka tahu bahawa kuasa nuklear yang dimiliki oleh negara ini sudah cukup untuk mempertahankan keselamatan mereka sekiranya diserang oleh musuh daripada luar. Di mana kedudukan negara kita Malaysia ini di masa hadapan kalau kita tidak mempunyai kuasa atau kekuatan untuk mempertahankan negara kita? Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pandangan Yang Berhormat Pasir Salak tadi sangat wise, orang lama Yang Berhormat Pasir Salak ini dan dia memandang jauh ke hadapan. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan, saya tekankan tadi perlunya kita membuat persiapan daripada sekarang. Maknanya kita tidak boleh berhenti di sini sebab kefahaman demi kefahaman perlu kita tingkatkan, kajian demi kajian perlu kita tingkatkan.

Apa yang berlaku di Fukushima itu sebenarnya adalah loji nuklear generasi kedua, teknologi terbaru adalah loji nuklear generasi keempat yang jauh lebih advance, yang meletup di Rusia itu adalah generasi yang pertama. Oleh sebab itu kita perlu ilmu Tuan Yang di-Pertua, saya memuji pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Langat, beliau adalah Ahli Parlimen pihak sebelah iaitu daripada PAS tetapi beliau faham tentang apa itu nuklear. Oleh sebab itu pentingnya dan perlunya ilmu, kefahaman, kita tidak boleh mengatakan sesuatu perkara itu dengan izin jump to the gun, tidak boleh digunakan, mesti ada perkembangan dari segi ilmu kefahaman dan kesedaran dan tanpa ilmu Tuan Yang di- Pertua, mungkin kita boleh menjadi keliru, jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Apabila ada beberapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ledang, boleh kita kembali kepada rang undang-undang Yang Berhormat.

Rang undang-undang... [Ketawa] ini tenaga lestari, minta maaf, boleh sikit sahaja.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, kerana Yang Berhormat Ledang masih bercakap tentang nuklear, jadi saya hanya ingin mengingatkan di Negara Jerman, kerajaan Angela Merkel telah gagal, kalah di dalam pilihan raya di peringkat negeri. Jadi dengan melihat apa yang berlaku di Jepun sekarang, jika kita masih hendak mempromosikan tentang tenaga nuklear dan tidak memikirkan cara lain yang kita boleh gunakan untuk menjimatkan tenaga atau menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, jadi Barisan Nasional ini memang tidak lama lagilah saya lihat...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Menyampuk]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Sekejap, sekejap Yang Berhormat Kota Belud. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Seputeh kita mempunyai rang undang-undang ini, nama rang undang-undang ini adalah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari sustainable, maknanya kita membuat tenaga pilihan seperti TBB semalam untuk memanjangkan tempoh sumber tenaga yang kita ada, tetapi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini macam Exco Kerajaan Negeri Selangor cakap tidak ada kelaslah.

Akan tetapi kita tidak boleh berhenti...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kalau Yang Berhormat Kinabatangan hendak menunjukkan kehadiran tidak perlu campur macam ini.

Yang Berhormat Kota Belud.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini dua- dua sudah tidak pakai undang-undang Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Ledang. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh sedikit sahaja tentang nuklear ini sedikit sahaja. Sebenarnya pilihan kepada sesebuah negara untuk mencari sumber bagi menjana tenaga ini limited dan kita tidak boleh dalam masa kita mementingkan masa depan negara, dalam pada kadar awal ini menolak satu opsyen iaitu tenaga nuklear. Saya melihat hujah-hujah daripada pihak di sebelah sana lebih kepada retorikal dan lebih kepada politik tanpa memikirkan masa depan. Saya berikan contoh, jika kita tidak menggunakan tenaga nuklear pada masa akan datang, apakah jenis tenaga yang akan kita gunakan? Apakah kita akan bergantung kepada gas arang batu dan minyak? Ini tidak akan berlaku, kerana kita memerlukan sumber-sumber kewangan daripada itu untuk benda-benda lain. Oleh sebab itu nuklear ini, buat masa ini put on the table, tidak apa kita membincangkan untuk memberitahu kepada rakyat apakah kebaikan dan keburukannya. Jika dilihat dari dahulu Yang Berhormat Ledang minta pandangan, dahulu kita buat tenaga lestari di negeri Sarawak pun, dengan SCORE Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua tahu hal ini iaitu kerajaan meminta supaya Sarawak dijadikan koridor tenaga yang boleh diperbaharui. Kita mendengar banyak bantahan daripada pembangkang, so mana satu yang betul? Nuklear tidak betul, tenaga lestari pun tidak betul. So minta pandangan daripada Yang Berhormat Ledang, ini bukan soal politik, ini masa depan negara kita.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh saya sambung sedikit Yang Berhormat Ledang? Terima kasih Yang Berhormat Ledang, saya sehaluan dengan rakan saya Yang Berhormat Kota Belud. Dari semalam saya telah mendengar, cuma ada satu, dua orang yang nampak positif seperi rakan saya Yang Berhormat Kubang Kerian yang positif daripada rakan-rakan yang lain, Yang Berhormat Seputeh memang negatif terus dan tidak nampak di mana ada kebaikan dan hanya nampak bagaimana hendak memerintah sahaja walaupun dia tidak tahu bagaimana hendak memerintah. Sebetulnya Tuan Yang di-Pertua, bahawa tenaga nuklear ini boleh dilestarikan, ini kerana teknologi telah ada.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita bukan berbincang soal kuasa nuklear yang boleh menghancurkan dunia seperti di Korea Utara, Palestin dan sebagainya, tetapi kita membincangkan soal masa depan negara yang terletak di tangan kita, sejauh mana kita berfikiran positif untuk melihat ke arah bagaimana kita hendak membekalkan tenaga kepada generasi masa hadapan kita, ini bukan untuk kita dan bukan untuk Yang Berhormat Bukit Mertajam kerana kita sudah berusia. Jadi kita mahu bincang untuk meletakkan sasaran negara kita untuk modal insan kita, kitalah pemutusnya, kita bincang secara elok dan jangan hanya mempolitikkan apa sahaja isu, kemalangan jalan raya dipolitikkan, video seks pun dipolitikkan dan macam- macam lagi yang dipolitikkan, jadi di sini kita mahu bincang soal rasional, apa rasionalnya. Saya berharap Yang Berhormat Ledang boleh memperjelaskan kepada mereka yang tidak rasional ini agar menjadi rasional untuk menerima akta yang kita bincangkan ini secara baik.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan dan juga Yang Berhormat Kota Belud. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan mereka berdua, kerana jika kita merujuk kepada fasal 15(f) atau 15(g):- ”menjalankan atau mengatur perjalanan penyelidikan, penilaian kajian dan perkhidmatan nasihat, mengumpul, menganalisis dan menyiarkan maklumat statistik dan faktor yang mempengaruhi atau yang berkaitan dengan pembangunan tenaga lestari dan menyebarkan maklumat, statistik dan faktor yang berkaitan itu entiti kerajaan, orang awam dan pelabur atau pelabur berpotensi yang melabur di dalam tenaga lestari”. Ini adalah fasal Tuan Yang di-Pertua yang sangat bertepatan dengan situasi semasa dan menolak bulat-bulat pandangan Yang Berhormat Seputeh tadi, kita jangan jump to the gun, bimbang dan sebagainya sedangkan kita belum membuat kajian yang berterusan. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan...

Yang Berhormat Jempol...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, soal yang paling penting sekali ialah keperluan masa hadapan negara dan kita dapat melihat segala bahan-bahan yang menghasilkan tenaga ini akan habis terutama sekali minyak. Apa pilihan yang ada kepada negara? Apakah pilihan yang ada kepada ekonomi negara? Apa pilihan yang ada kepada rakyat? Oleh yang demikian satu keputusan mesti kita buat agar soal kajian secara mendalam, secara saintifik, menggunakan pakar-pakar dapat dilakukan dan juga implikasi kewangan dapat disokong dan seterusnya dapat menyedarkan rakyat terhadap setiap hasil kajian tersebut untuk mendukung cita-cita kerajaan untuk menghasilkan satu pilihan, menghasilkan tenaga yang berkesan untuk membangunkan negara pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian Yang Berhormat Ledang, saya fikir apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ledang tadi sangat baik untuk membuat satu keputusan agar segala tenaga dapat digembleng dan melihat fakta-fakta cabaran semasa, misalnya bagaimana kita hendak mengatasi cabaran-cabaran alam semula jadi. Memang kita luar daripada ledakan gunung berapi tetapi ia sudah dekat sehingga ke Myanmar dan Thailand gegarannya, tetapi ini semua dapat kita gembleng dengan menggunakan kepakaran yang ada dalam negara kita mahupun menggunakan kepakaran daripada luar negara bagi reka cipta pilihan yang sangat penting kepada negara kita, terima kasih Yang Berhormat Ledang.

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Ledang, yang saya tahu hari ini kita membahaskan tentang Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, kita membahaskan ini, ia adalah sebagai pihak berkuasa untuk menjaga ataupun melaksanakan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu yang kita luluskan semalam. Jadi semalam Yang Berhormat Menteri sudah pun mengatakan bahawa tenaga nuklear ini memang tidak ada di dalam Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu, saya tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua, kenapa mereka hari-hari bercakap tentang tenaga nuklear, apabila kita membahaskan tenaga boleh diperbaharui.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, memang saya sangkalah mungkin pihak Barisan Nasional sudah pun ada deal, ada urusan, ada deal dengan pembuat plant loji nuklear di negara apa? Sudah ambil political funding. Itu sebabnya yang pihak Barisan Nasional sampai sekarang, bila kita bahas tentang tenaga boleh baharu masih cakap tentang tenaga nuklear. Apakah ini betul Yang Berhormat Ledang.

[Bangun]

Kejap, kejap, kejap. Terima kasih Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya hendak sebut sedikit jugalah. Kalau kita lihat, undang-undang ini ialah soal pelantikan pihak berkuasa. Makna Undang-undang Tenaga Lestari, dilihat muka 7, “Akta ini dan mana-mana peruntukan subsidiari di bawah akta ini. Tenaga, tenaga boleh dibaharu 2010. Mana-mana perundangan yang lain di bawah Pihak Berkuasa hendaklah menjalani”. Ini sahaja sebenarnya Yang Berhormat. Jadi kita memang sudah jauh jalan, kalau lautan teduh Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Seputeh. Patutlah kita - saya bersetuju dengan pandangan Tuan Yang di-Pertua tentang rang undang-undang ini. Maknanya, adalah satu persiapan, persiapan kita di dalam menyuburkan tenaga boleh diperbaharui. Akan tetapi janganlah pihak sebelah Yang Berhormat Seputeh buruk sangka. Akan tetapi bila kita buruk sangka dekat dia, dia marah.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini...

Jangan buruk sangka, jangan buruk sangkalah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini berkenaan dengan...

Akan tetapi yang lebih penting, yang penting ialah persiapan kita, persiapan kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh duduk dulu Yang Berhormat. Dia belum habis itu. Dia bagi peluang dulu barulah bercakap.

Saya tidak bagi lagilah Yang Berhormat Seputeh. Dia melencong sahaja.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Bukan, saya satu soalan sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya rasa - sekejap sahaja Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak, tidak, tidak. Dengar saya bercakap dulu. Kalau dia bagi peluang baru Yang Berhormat boleh bercakap. Jangan terus bercakap macam itu sahaja.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Macam tidak tahu pula, Senior Exco kerajaan negeri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Kota Belud sama, semua sama.

Yang Berhormat Seputeh tidak ada. Yang Berhormat Seputeh sudah, cukup.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kota Belud lah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin cakap satu sahaja.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ledang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kenapa pihak Backbenchers Barisan Nasional bila kita...

Eh, siapa beri. Ini floor siapa ini. Floor siapa?... [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Membahas tenaga boleh diperbaharui, mereka menjadikan tenaga nuklear sebagai penyelamat pembekalan tenaga di Malaysia. Ini like the nuclear energy is the only future for the country.

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, saya rasa hairanlah. Jadi, memang ini bercanggah dengan apa yang kita bahas dalam rang undang-undang ini. Saya memang tidak faham kalau sokong kerajaan, sokong rang undang-undang ini...

Saya tidak beri...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

I rather talk about nuclear than the video sex.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Isu ini tidak perlu disebut-sebutkan lagi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

I rather talk about nuclear than the video sex Yang Berhormat.

Jual pasir sahajalah. Habis pasir sahaja.

Betullah rang undang-undang ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Siapa Yang Berhormat Ledang, yang mana satu yang bercakap ini. Yang Berhormat Kota Belud kah Yang Berhormat?

Sekejap, sekejap Yang Berhormat Sekijang. Sekejap.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Saya rasa Yang Berhormat Seputeh ini tidak faham tentang maksud lestari ini, pembangunan lestari ini. Saya hendak terangkan sikit tentang pembangunan lestari ini, maknanya Tuan Yang di-Pertua. Pembangunan lestari ini adalah pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini dan juga kita tidak mengabaikan untuk generasi yang pada masa akan datang. Oleh sebab itu Yang Berhormat Ledang kata tadi kalau tenaga nuklear ini pada masa ini, ia bukan satu yang statik. Ia menghadapi perubahan- perubahan dari semasa ke semasa. Ini kerana dulu generasi pertama, ada generasi kedua, ada generasi ketiga. Mungkin generasi kelima dan keenam dan seterusnya yang mungkin tidak boleh membahayakan kepada manusia. Kita tengok macam mana perubahan enjin diesel dulu yang Euro1, Euro2 yang dulu bila sebut sahaja enjin diesel, maknanya akan mengeluarkan asap ataupun boleh mengeluarkan carbon dioxide yang boleh merosakkan alam sekitar. Akan tetapi dengan perubahan-perubahan yang ada sampai Euro4, Euro5 mungkin akan berlaku lagi perubahan-perubahan yang sudah tidak ada lagi mencemarkan alam sekitar. Ini perubahan-perubahan. Sebab itu modal insan itu adalah penting di dalam pembangunan kita. Kita kena mengkaji, bukan kita mengabaikan. Kita sebut sahaja tenaga nuklear, kita tidak mahu, sebut sahaja nuklear, kita tidak mahu. Oleh sebab manusia ini berfikiran, manusia ini kena belajar daripada pengalaman- pengalaman yang lalu, kita cari yang terbaik untuk negara kita. Jangan kita tinggalkan sesuatu itu bila kita lihat, ”Oh, ini tidak baik.” Kita kena kaji supaya ianya boleh memberikan manfaat kepada negara kita. Apa pendapat Yang Berhormat Ledang.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh sekali Yang Berhormat?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya minta Yang Berhormat Ledang kaji tentang apa yang berlaku di Jepun yang mana Kerajaan Jepun sekarang sudah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Seputeh...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Pun mohon maaf tentang isu ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Seputeh, ini bukan cara dalam Dewan Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini bukan Dewan Undangan Negeri Selangor. Kalau Dewan Undangan Negeri Selangor boleh buat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh sebut macam itu, Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta maaf, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dewan Undangan Negeri Selangor itu di bawah Duli Tuanku, Yang Berhormat. Jadi, kita dalam Parlimen ini jangan kritik Dewan itu ya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya mengkritik orang dalam Dewan itu. Exco... [Ketawa].

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik, baik Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Balik kepada ini Tuan Yang di-Pertua. Kita keluarlah daripada nuklear ini. Yang Berhormat Ledang, saya hendak tanya sedikit tentang fungsi pihak berkuasa Bahagian III, Perkara 15 ini. Suruhanjaya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ini, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Ledang, apakah mereka ini berkuasa ataupun mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menangani isu-isu yang akan timbul tiap kali ada projek-projek lestari, tenaga lestari ini diwujudkan. Contohnya, empangan hidro yang akan mengakibatkan kesan sedikit sebanyak kepada alam sekitar.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Apakah pihak berkuasa pembangunan tenaga lestari ini mempunyai komitmen seperti mana yang telah dimaktubkan di dalam peruntukan rang undang-undang ini untuk membantu kerajaan, menerangkan kepada NGO yang berkepentingan ini bahawa sesungguhnya penubuhan ataupun pengwujudan empangan-empangan hidro renewable energy ini ataupun mana-mana yang dibuat ini adalah untuk negara. Ini disebabkan saya melihat Yang Berhormat Ledang, contohnya di Lahad Datu, pernah kita buat kita katakan kita buat arang batu. Berbuih kerajaan cakap arang batu ini tenaga yang green technology. Bermacam-macam bukti telah diserahkan kepada public, kepada pihak-pihak yang berkepentingan akan tetapi akhirnya, NGO ini bermaharajalela. Bukannya kerana saya tidak minat dengan tindakan mereka. Akan tetapi Suruhanjaya Tenaga contohnya, di mana mereka pada waktu itu. Mengapa mereka tidak membantu kerajaan untuk menerangkan isu ini kepada orang awam sehinggakan kita terpaksa tangguhkan projek pembinaan IPP di Lahad Datu itu sehingga akan tertunda dua tiga tahun. Ini sebabnya saya katakan tadi sama ada kuasa yang telah diperuntukkan ini adakah mereka mempunyai political will, kehendak ataupun kemampuan untuk menangani isu-isu yang akan dibawa oleh pihak-pihak berkepentingan nanti dalam isu tenaga lestari ini. Minta pandangan Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sekijang tadi. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kota Belud. Saya sebenarnya, itu adalah salah satu soalan yang saya sudah rangka kepada pihak kementerian. Maknanya, sejauh mana kuasa yang akan diwujudkan dan akan dikuatkuasakan oleh rang undang-undang ini. Adakah rang undang-undang ini boleh sampai ke tahap kuasa seperti yang di sebut oleh Yang Berhormat daripada Kota Belud tadi. Maknanya, kita perlu ada satu ketegasan. Setakat rang undang-undang suruhanjaya ditubuhkan akan tetapi kita tidak ada kuasa menyeluruh, mungkin juga bermasalah. Pengalamannya Tuan Yang di-Pertua, seperti kita menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Sekarang ada masalah. Contohnya, sekarang ada masalah. Ada negeri yang masih lagi berdolak-dalik, nampaknya di situ kita. Rang undang-undang itu betul, tidak ada masalah. Akan tetapi ketegasan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, political will, mesti ada kesungguhan. Tidak ada maknanya kalau kita ada suruhanjaya ataupun ada perbadanan tetapi kita tidak tegas. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, kalau saya hendak merujuk terus kepada fasal 16(b) ini, untuk bekerjasama ataupun bertindak bersama dengan mana-mana agensi kerajaan, mana-mana syarikat ataupun perbadanan ataupun mana-mana badan atau orang sama ada tempatan ataupun asing, termasuklah misalnya, TNB Tuan Yang di-Pertua, dengan TNB. Adakah sebab TNB di bawah Suruhanjaya Tenaga. Dahulu di bawah Jabatan Elektrik. Ini satu lagi perbadanan. Adakah ini esok ini, perbadanan ataupun pihak berkuasa pembangunan tenaga lestari ini bertindih ataupun dalam erti kata lain siapa lebih besar, siapa lagi kuat. Sebab ada masanya Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut kelmarin, selepas ini mungkin ada pemohon-pemohon daripada individu ataupun orang perseorangan ataupun syarikat yang ingin mendapatkan Feed-in Tariff daripada TNB, daripada penjanaan elektrik. Akan tetapi kemungkinan juga TNB berpandangan lain. Mungkin dia yang ini boleh, ini tidak boleh ataupun dia fikir dia lebih berkuasa, dia lebih besarlah walaupun di bawah kementerian yang sama. Akhirnya mereka mungkin kemungkinan besar, mereka tidak memberikan kerjasama kepada penjana-penjana individu ini. Mungkin mereka banyak alasan dan sebagainya. Jadi, di sini mungkin perlunya ada satu penjelasan, adakah pihak berkuasa ini boleh bekerjasama ataupun memberikan kerjasama. Memastikan kerjasama daripada pihak-pihak lain seperti yang saya sebutkan tadi. Jika tidak kemungkinan besar Tuan Yang di-Pertua, matlamat itu akan tidak tercapai dan gagal.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, selepas ini apabila rang undang-undang ini diwartakan, saya yakin ramai yang berminat untuk memasang solar panel...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Sekejap Yang Berhormat Kota Belud ya. Solar panel di rumah masing-masing. Orang kata mungkin solar panel sekarang mahal. Solar panel yang boleh menjana elektrik, orang kata mungkin mahal. Sekarang kosnya kalau kita transfer kepada megawatt 15 juta per megawatt untuk menjana, kos untuk menjana tenaga daripada solar. Akan tetapi apabila berlaku lambakan bekalan saya yakin harga akan turun dan pada masa itu mungkin ramai berebut-rebut. Di sini di mana peranan pihak berkuasa? Adakah boleh memberi jaminan bahawa TNB boleh memberikan kerjasama? Silakan Yang Berhormat Kota Belud, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga merujuk kepada apa yang dibincangkan oleh Yang Berhormat tentang Bahagian III, Fasal 16, fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa ini iaitu 16(2)(e) ini Yang Berhormat Ledang, tentang fee, collection of fee. Saya minta pandangan Yang Berhormat Ledang, ada beberapa suruhanjaya ataupun badan-badan yang telah kita tubuhkan di dalam Parlimen ini yang telah kita benarkan untuk mengumpul ataupun charge fee daripada industri. Contohnya kalau dalam bidang industri telekomunikasi mudah alih atau mobile telecommunication. Ada setengah percentage daripada keuntungan daripada syarikat- syarikat telekomunikasi di negara ini dikumpulkan dalam satu dana dan kononnya dana itu sepatutnya digunakan untuk membangunkan infrastructure tower dan sebagainya di kawasan luar bandar yang terpencil. Akan tetapi sampai hari ini kita masih belum lagi melihat kawasan-kawasan luar bandar di negara kita ini mendapat liputan, coverage mobile phone dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Fee ini kita tidak tahu sampai sekarang, bagaimana digunakan, itu satu. Keduanya, satu lagi fee yang kita benarkan dikutip oleh badan-badan berkuasa ini iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Mereka juga kalau saya tidak silap, dibenarkan untuk ada satu dana yang digunakan untuk membangunkan broadband di luar- luar bandar, internet desa dan sebagainya. Kita masih melihat ia berlaku dengan agak perlahan. Apa pandangan Yang Berhormat Ledang tentang kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Pembangunan Lestari ini untuk memastikan fee yang digunakan itu digunakan dengan sebaik mana yang boleh? Bagaimana mereka boleh menggunakan fee ini untuk memastikan pengetahuan orang awam mengenai pembangunan tenaga lestari dapat diperjelaskan dengan baik. Saya minta pandangan Yang Berhormat .

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ledang boleh habis sampai pukul 1?

Boleh-boleh sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila, Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Itu satu pandangan yang sangat-sangat fokus. Saya yakin rakyat ataupun orang ramai akan sentiasa memerhati ke atas setiap fee yang dikutip itu adalah sebenar-benarnya digunakan untuk pembangunan tenaga lestari, itu paling penting. Tuan Yang di-Pertua mungkin di akhir bahagian saya hendak bercakap ini, lanjutan daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi. Adakah pembangunan itu juga merangkumi kepada satu penjanaan tenaga daripada TBB ini dengan izin secara big scale, dengan saiz yang besar. Sebab kalau kita dengar hujah daripada kementerian mungkin kalau saya tidak salah, dia lebih fokus kepada menggalakkan penjana-penjana elektrik secara kecil-kecilan. Misalnya di rumah, di sekolah, di kilang kelapa sawit dan sebagainya.

Akan tetapi kita juga ingin bertanya, adakah pihak berkuasa ini nanti apabila ditubuhkan, bersedia untuk menjana tenaga elektrik dengan saiz yang besar daripada TBB, daripada tenaga yang boleh diperbaharui. Contohnya Tuan Yang di-Pertua FELDA sendiri, contoh FELDA. Saya ambil contoh FELDA, Tuan Yang di-Pertua. FELDA sahaja mempunyai tidak kurang 15 million tan sisa daripada semua bahan sawit, daripada pokoknya, daripada kelapanya dan sebagainya. Itu sahaja adalah satu sumber kalau dapat dikumpulkan. Akan tetapi kalau mengikut trend sekarang nampak setiap kilang kelapa sawit ada penjanaan mereka sendiri. Saya nampak kalau semuanya boleh disatukan mungkin setelah mengambil kira kos pengangkutan dan sebagainya, bila saiznya besar Tuan Yang di-Pertua, mungkin kos pengangkutan dapat diturunkan. Bukan sahaja FELDA, kita ada Tabung Haji Tuan Yang di-Pertua, kita ada Sime Darby dan sebagainya. Jadi, nampak masing-masing lebih mengarah kepada penjanaan di peringkat individu. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah adakah pihak berkuasa ini Tuan Yang di- Pertua, akan bersedia untuk membangunkan tenaga elektrik misalnya daripada tenaga yang boleh diperbaharui dengan saiz yang besar? Sudah tentulah pembangunan tersebut saya yakin dapat dijana daripada kutipan fee dan lain-lain yang dapat dikumpulkan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja dan saya tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang ini. Paling penting akhirnya Tuan Yang di-Pertua, ialah kefahaman orang ramai supaya mereka dapat memberikan. Memberikan satu galakan promosi yang luas terutamanya memberi laluan kepada media, membantu mereka supaya akhirnya Tuan Yang di-Pertua, rakyat dengan rela hati, dengan senang hati, mereka tidak rasa terpaksa untuk juga sama-sama menyumbang kepada kejayaan yang besar tenaga boleh diperbaharui ini daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin bangkitkan satu isu sahaja mengenai Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia ini. Saya faham dalam teknologi suria ini, tenaga solar perlu disimpan dalam bentuk tenaga kimia sebelum ia boleh diguna sebagai tenaga elektrik. Sekiranya teknologi suria ini jadi matang dalam tujuh hingga sepuluh tahun, ia akan menjadi satu aspirasi yang popular dan boleh dipasang oleh orang awam. Ini bermakna kegunaan tenaga suria akan menghasilkan lebih banyak sisa beracun terutamanya asid dan bahan kimia dari pembuangan material. Di sini saya ingin bertanya, apakah pelan pihak berkuasa dalam memantau dan kitar semula pembuangan material ini? Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat tidak ada orang berdiri, Menteri menjawab.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ataupun pendeknya RUU SEDA Malaysia. Saya suka untuk merangkum Tuan Yang di-Pertua, beberapa isu yang telah disebutkan ataupun dibahaskan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sejak semalam. Pertama sekali adalah mengenai pewujudan SEDA itu sendiri sama ada perlu diwujudkan melalui satu akta sendiri. Memandangkan pindaan mungkin boleh dibuat daripada beberapa akta yang sedang berkuat kuasa yang sedia ada.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Sebenarnya SEDA Malaysia perlu ditubuhkan Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efektif. Ini memandangkan penubuhan agensi pelaksana mekanisme FIT ini adalah penting untuk menentukan kejayaan pelaksana dasar dan pelan tindakan tenaga boleh baharu. SEDA Malaysia adalah sebuah badan berkanun mempunyai kuasa undang- undang untuk melaksana dan menguatkuasakan Akta Tenaga Boleh Baharu ataupun Akta RUU semalam, yang akan menyokong pelaksanaan mekanisme FiT.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya sambung Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat persidangan sesi pagi kita tangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyambung tentang fungsi dan kuasa SEDA Malaysia. Ahli Yang Berhormat Ledang dan Ahli Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan mengenai fungsi dan kuasa SEDA. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SEDA Malaysia mempunyai fungsi sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan mekanisme Feed-in Tariff (FIT) dan memantau pembangunan TBB di Malaysia. SEDA juga berperanan sebagai pusat sehenti ataupun one-stop centre, dengan izin bagi memastikan kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat dalam penjanaan TBB. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penubuhan SEDA Malaysia yang dicadangkan adalah sebuah badan berkanun yang akan mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksana dan menguatkuasakan akta tenaga boleh baharu 2010 bagi menyokong pelaksanaan mekanisme FiT. Tuan Yang di-Pertua, SEDA Malaysia memastikan pelaksanaan mekanisme Feed- in Tariff dengan izin, dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana ia penting untuk menentukan kejayaan pelaksanaan dasar dan pelan tindakan tenaga boleh baharu. Perlu ditekankan bahawa SEDA tidak mempunyai apa-apa kuasa kawal selia terhadap TNB selain daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan FiT di bawah rang undang-undang ataupun Akta TBB. Ahli Yang Berhormat Seputeh juga telah membangkitkan mengenai fungsi SEDA di bawah seksyen 15 yang luas merangkumi perkara selain daripada TBB. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seksyen 15 digubal bagi membenarkan fleksibiliti untuk menambah fungsi SEDA Malaysia berkaitan tenaga lestari seperti kecekapan tenaga di masa hadapan. Kementerian berpendapat bahawa adalah wajar sekiranya fungsi ini turut dilaksanakan oleh SEDA Malaysia. Ini bagi menjimatkan kos dalam penubuhan sesebuah agensi baru yang berasingan. Mengenai integriti SEDA Malaysia pula, Ahli Yang Berhormat Kepong telah menyentuh mengenai peranan kementerian bagi memastikan ketelusan dan integriti serta keterbukaan untuk mengurangkan kuasa dan penyalahgunaan kuasa.

Penjelasan.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

sebenarnya terdapat 15...

Penjelasan.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Ya, Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang SEDA tidak ada apa-apa kuasa terhadap TNB. Saya hendak memberi satu senario. Katakanlah TNB tidak mahu bekerjasama di dalam melaksana ataupun menguatkuasakan Rang Undang-undang TBB yang saya yakin ia berkaitan rapat ataupun dipantau oleh SEDA. Adakah SEDA boleh menggunakan Rang Undang-undang TBB untuk mengenakan tindakan atau membawa TNB ke mahkamah? Sekian, terima kasih.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Di bawah Akta TBB Yang Berhormat, sememangnya boleh. Apa yang dimaksudkan di sini oleh Ahli Yang Berhormat Kepong tadi adalah kerisauan beliau sekiranya bidang kuasa itu bertindih. Ini kerana apabila TNB ataupun SESB selaku distributor license gagal untuk membeli sebagaimana yang termaktub di dalam subjek kepada undang-undang yang boleh diambil oleh SEDA. Terdapat peruntukan dalam Rang Undang-undang SEDA bagi menjamin integriti dan ketelusan sebagaimana yang dikhuatiri iaitu fasal 5(1) mengenai pelantikan pengerusi dan anggota dari kalangan profesional yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam tenaga lestari. Fasal 9 mengenai tempoh pelantikan anggota untuk dua tahun dan lantikan semula tidak melebihi tiga penggal. Fasal 11 mengenai Menteri boleh bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota. Fasal 12(1)(b), jika dibuktikan melakukan suatu kesalahan melibatkan rasuah ataupun fraud, dengan izin, ataupun bankrap, maka jawatankuasa ataupun jawatan seseorang anggota SEDA akan menjadi kosong. Fasal 14, setiap anggota perlu menzahirkan kepentingannya ataupun keluarganya berhubung dengan SEDA. Tuan Yang di-Pertua, cadangan Ahli Yang Berhormat mengenai ketelusan pengurusan SEDA Malaysia yang akan diambil perhatian dan pasti akan dilaksanakan. Semua laporan yang berkaitan dan mempunyai kepentingan kepada orang awam akan dipaparkan ataupun dipamerkan di laman web supaya dapat diakses oleh orang ramai. Isu pertindihan fungsi SEDA Malaysia. Ahli Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan isu pertindihan fungsi SEDA Malaysia dengan agensi SEDA sedia ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SEDA Malaysia perlu ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme FiT dapat dilaksanakan dengan efektif. Ini memandangkan penubuhan agensi pelaksana mekanisme FiT adalah cukup penting untuk menentukan kejayaan pelaksanaan dasar dan pelan tindakan tenaga boleh baharu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agensi pelaksana mekanisme FiT mempunyai peranan menguruskan keseluruhan pelaksanaan mekanisme FiT yang mempunyai jumlah saiz dana TBB yang besar mencecah kurang jumlah kumulatif antara RM2.7 bilion pada lima tahun pertama ia dikutip dan agensi tersebut mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan tadbir urus dana tersebut dibuat secara telus dan berkesan. Kuasa ini tidak boleh dipindahkan kepada suruhanjaya tenaga kerana ia bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen penjanaan selepas pemaju RE mendapat sijil tarif galakan yang dikeluarkan oleh SEDA Malaysia. ST juga bertanggungjawab sebagai badan selia industri bekalan elektrik di mana akan wujudkan konflik di antara pemantauan regulatory dan pelaksanaan TBB. Dengan kewujudan pihak berlainan di antara ST dan SEDA Malaysia akan wujud situasi check and balance, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MGTC..

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan, minta penjelasan. Saya hendak tanya, jadi apakah peranan Green Technology Corporation? Bukankah Green Technology Corporation boleh mainkan peranan seperti SEDA dan kita tidak perlu adakan satu agensi baru yang dinamakan SEDA?

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini tidak sabar. Saya belum sampai, belum masuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Itulah Yang Berhormat, sebenarnya kalau Peraturan 37 kita ikut Yang Berhormat, ia tidak berlaku semacam itu. Berdiri dahulu, dia bagi ruang, saya panggil Yang Berhormat. Baru betul. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, MGTC tidak boleh memikul tanggungjawab ini kerana ia tidak ada kuasa statutory untuk mekanisme FIT Yang Berhormat. Kerajaan telah mengenal pasti bahawa ST dan MGTC mempunyai kepakaran TBB tertentu. Oleh itu pakar-pakar tersebut boleh menjadi anggota SEDA Malaysia bagi memastikan kejayaan matlamat TBB negara.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Seputeh juga telah membangkitkan isu pertindihan fungsi Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari dan Setiausaha Bahagian Teknologi Hijau di bawah kementerian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh, Bahagian Teknologi Hijau bertanggungjawab untuk menggubal, melaksana, memantau pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan pembangunan teknologi hijau negara. Ia merangkumi empat tonggak utama yang merangkumi tenaga, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Sektor-sektor yang dikenal pasti terlibat di bawah teknologi hijau adalah sektor tenaga, sektor bangunan, sektor pengurusan air dan sisa serta sektor pengangkutan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Bahagian Tenaga Lestari pula merupakan bahagian di bawah sektor tenaga yang bertanggungjawab menggubal, melaksana, memantau pelaksanaan dasar sektor tenaga berkaitan dengan sumber tenaga boleh baharu dan juga kecekapan penggunaan tenaga. Dengan ini, Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari bertanggungjawab terus dalam pembangunan industri bekalan elektrik sahaja dan tiada pertindihan fungsi kedua-dua SUB ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seputeh dan Kepong turut menyentuh mengenai ketelusan pentadbiran SEDA Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa peruntukan di bawah RUU SEDA Malaysia dan Akta TBB yang memastikan ketulusan pengurusan SEDA Malaysia dan pengurusan dana TBB. Di bawah Fasal 20, RUU SEDA Malaysia, SEDA Malaysia perlu menyediakan penyata laporan akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Yang Berhormat Menteri dari semasa ke semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga di bawah seksyen 38 pula SEDA Malaysia hendaklah menghantar satu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan laporan ini hendaklah dibentangkan di kedua-dua Majlis Parlimen ini. Di bawah seksyen 27, Akta TBB pula, SEDA Malaysia dikehendaki untuk membentangkan laporan mengenai akaun dana TBB kepada Parlimen bagi setiap tahun kewangan. Mengenai keanggotaan ahli SEDA termasuk jawatan CEO, Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah seksyen 22 RUU, SEDA Malaysia, Menteri mempunyai kuasa untuk melantik seorang yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kepakaran profesionalisme yang tinggi dalam perkara yang berkaitan dengan tenaga lestari. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan calon yang dilantik adalah layak, semua calon yang telah dikenal pasti untuk menjadi anggota SEDA perlu mengemukakan CV atau pun biodata yang lengkap dan pengalaman berkaitan dengan kementerian untuk dipertimbangkan. Segala maklumat yang dikemukakan akan dikaji secara terperinci dan telus sebelum seseorang individu dilantik untuk menjadi ahli SEDA berdasarkan kelayakan masing-masing. Ahli Yang Berhormat Kepong juga telah membangkitkan mengenai pengerusi, anggota atau ketua pegawai eksekutif tidak boleh memegang jawatan dalam SEDA Malaysia jika mereka terlibat dengan syarikat yang telah diberi kelulusan galakan.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fasal 14(2)(a) dan (b) RUU SEDA sudah menjamin bahawa seseorang anggota yang mempunyai kepentingan tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan SEDA Malaysia dan juga tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum. Mengenai sumber kewangan SEDA Malaysia Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seputeh dan Kota Belud membangkitkan mengenai sumber kewangan, kos penubuhan dan bajet tahunan operasi SEDA Malaysia. Untuk maklumat rakan-rakan Ahli- ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya penubuhan SEDA Malaysia tidak akan membebankan kerajaan dan pembayar cukai. Oleh itu, SEDA Malaysia perlu menjadi organisasi yang independent dari segi kewangan yang akan diperolehi daripada yuran pentadbiran sistem FiT dan sumber-sumber lain seperti yang diputuskan oleh pihak berkuasa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, sebagai permulaan bajet tahunan SEDA Malaysia dijangka tidak lebih daripada RM3 juta hingga RM4 juta setahun yang akan dibiayai melalui Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE), dengan izin. Akhirnya, Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan mengenai bagaimana pihak kementerian boleh memastikan bahawa fee ataupun yuran yang dibayar oleh rakyat kepada SEDA akan digunakan untuk pembangunan tenaga lestari. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kumpulan wang di bawah pelaksanaan mekanisme FiT iaitu Kumpulan Wang TBB dan Kumpulan Wang SEDA. Fasal 23 Akta TBB memperuntukkan bahawa Kumpulan Wang TBB atau pun dana TBB akan ditadbir dan dikawal selia oleh pihak berkuasa SEDA. Dana TBB adalah untuk pembayaran kepada penerima-penerima atau pemaju FiT, yuran-yuran pentadbiran kepada utiliti dan pihak berkuasa tenaga lestari. Laporan akaun pihak berkuasa akan dibentangkan di kedua-dua Majlis Parlimen dan juga tertakluk kepada audit kerajaan. Fasal 29 RUU SEDA Malaysia memperuntukkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau pun Kumpulan Wang SEDA yang akan digunakan untuk operasi dan kos lain berkaitan fungsi SEDA Malaysia. Salah satu daripada sumber kumpulan wang ini adalah fee, kos, levi, sumbangan dan caj lain termasuk sejumlah peratusan kecil daripada transaksi FiT. Bagi memastikan ketelusan perbelanjaan kumpulan wang ini, penyata akaun yang diperakui oleh juru audit perlu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Itu kita sangat telus Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat Sungai Siput ada membangkitkan isu perlindungan undang- undang yang terlampau terhadap anggota SEDA Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada fasal 43 mengenai perlindungan guaman dan prosiding undang-undang, perlindungan ini hanya terpakai jika perbuatan atau keabaian itu dibuat dengan suci hati dan bukan perlindungan secara blanket atau pun secara keseluruhan. Peruntukan ini bertujuan untuk memberi perlindungan kepada Menteri, SEDA Malaysia, anggota SEDA Malaysia, anggota jawatankuasa, pekerja atau agen SEDA Malaysia dan mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak SEDA Malaysia hanya jika mereka ini melakukan perbuatan, keabaian atau keingkaran dengan suci hati. Peruntukan ini akan membolehkan para pegawai menjalankan tugas tanpa ragu- ragu dan tidak terganggu dengan tindakan saman atau pendakwaan terhadap mereka selagi mereka melakukan tugasan dengan suci hati. Peruntukan ini tidak menghalang tindakan guaman atau saman atau pendakwaan atas sebab-sebab lain seperti kecuaian dengan bad failed atau pun secara yang mempunyai bad intention, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Isu alam sekitar pula, Yang Berhormat Sungai Siput dan Tenom telah menyentuh mengenai fungsi SEDA Malaysia terhadap cadangan untuk mengkaji pencemaran alam dari penggunaan teknologi terutama pengguna bateri plumbum. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tanggungjawab SEDA Malaysia untuk mempromosikan teknologi TBB yang menyumbang kepada kebaikan kepada alam sekitar dan pengurangan carbon dioxide.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, isu penjenayah alam sekitar, TNB dan SESB perlu kenal pasti isu pencemaran alam sekitar daripada bateri plumbum ini seperti yang disebutkan di Pulau Banggi. Perkara ini merupakan isu-isu pelaksanaan yang khusus dan semua pihak hendaklah sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan perlu ada kesedaran masing-masing mengenai perkara ini. Bateri asid plumbum adalah dikategorikan sebagai buangan terjadual atau pun schedule wasted dengan izin Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual 2005. Sehubungan itu, Pelupusan Buangan Terjadual perlu dilaksanakan di premis yang telah ditetapkan di bawah peraturan tersebut. Oleh yang demikian, pemilik sistem solar tersebut perlu mematuhi perkara ini dalam melaksanakan proses pelupusan bateri plumbum daripada sistem solar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga industri solar adalah amat menitikberatkan proses penghasilan teknologi solar tanpa memudaratkan alam sekitar. Pihak industri solar juga akan mengitar semula solar panel yang telah tamat jangka hayat memandangkan hampir 80 peratus bahan boleh dikitar semula. Bahan asas yang berasaskan silika atau pun pasir, dengan izin, adalah amat bernilai untuk dikitar semula. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dan pihak yang berkuasa yang berkenaan untuk menangani isu pencemaran alam sekitar oleh bateri plumbum ini dengan pihak industri serta orang ramai perlu memberikan kerjasama dengan sepenuhnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Sabah sentiasa bersiap sedia dan bertindak tegas untuk memastikan tiada sindiket-sindiket pelupusan buangan terjadual secara haram berlaku di negeri Sabah.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Disyorkan bahawa Jabatan Alam Sekitar Sabah akan bekerjasama dengan pihak Maritim negeri Sabah untuk memastikan isu pelupusan haram sisa toksik plumbum ini diselesaikan dengan kadar segera terutamanya di perairan Pulau Banggi dan Pulau Balambangan. Jabatan Alam Sekitar Sabah juga sedang menjalankan kajian bagi pengurusan pelupusan e-waste, dengan izin, untuk negeri Sabah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Belud ada menyentuh tentang isu penggunaan loji arang batu di Kota Belud. Untuk makluman, walaupun NGO banyak memberikan tekanan, kerajaan tetap mempertahankan sehinggalah ia dibatalkan di mana Suruhanjaya Tenaga semasa isu stesen arang batu ini dibahaskan di mana ditanya. Suruhanjaya Tenaga adalah merupakan satu agensi di bawah kementerian. Suruhanjaya Tenaga telah memainkan peranan penting semasa isu stesen arang batu dibangkitkan seperti memberikan nasihat dan taklimat dari segi teknikal dan ekonomi. Suruhanjaya Tenaga juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak NGO dan juga wakil-wakil rakyat di Kota Kinabalu. Ahli Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan isu supaya IPP tidak overcharge kepada pengguna. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam penetapan tarif elektrik, terdapat beberapa elemen yang perlu diambil kira seperti kos bahan api, tarif asas utiliti dan juga permintaan. Walaupun pihak utiliti mendapat keuntungan, hasil ini digunakan untuk pelaburan semula bagi penyediaan infrastruktur bekalan elektrik dan bagi subsidi pula, ia hanya melibatkan kos bahan api gas. Kerajaan tidak pernah memberi sebarang subsidi secara langsung kepada IPP dalam bentuk kewangan. Sehubungan dengan itu, keuntungan pihak utiliti adalah untuk membolehkan penyediaan infrastruktur seperti talian penghantaran dan pembahagian bagi membolehkan keperluan pertumbuhan 2.6 peratus terhadap tenaga ini dapat dipenuhi. Ahli Yang Berhormat Kota Belud seterusnya telah menyentuh tentang dana kepada pihak media dan juga Yang Berhormat Ledang saya kira. Dana kepada pihak media mengenai kesan pembangunan empangan hidro terhadap alam sekitar dan juga peranan SEDA Malaysia dalam memberi penerangan mengenai isu-isu yang akan dibawa oleh pihak-pihak NGO.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Untuk makluman rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, semua projek TBB yang berkenaan termasuk mini hidro adalah tertakluk untuk melaksanakan Environmental Impact Assessment (EIA) kecuali jika dikecualikan oleh Jabatan Alam Sekitar. Selain itu, saiz loji janakuasa mini hydro di bawah Akta TBB adalah di bawah 30 megawatt di mana ia adalah berskala kecil di mana impak terhadap alam sekitar juga adalah kecil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di bawah seksyen...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh tanya, Yang Berhormat? Boleh tanya sikit.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya apakah kerajaan berhasrat untuk menggalakkan perwujudan mini-mini hidro di seluruh kawasan di negara kita ini sebab ia juga merupakan satu sumber yang boleh menjana tenaga dan mini-mini hidro ini boleh juga membekalkan air bersih, boleh membekalkan tenaga dan rasa saya kementerian perlulah mengarahkan semua pakar mini hidro turun ke bawah di seluruh kawasan. Dengan ini rasa saya dapat membantu untuk penjanaan tenaga elektrik pada masa-masa akan datang dan dia memang environment friendly dan tidak menakutkan pengguna dan tidak membimbangkan rakyat keseluruhannya. Terima kasih.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya setuju dengan saranan Yang Berhormat supaya kita menggalakkan lebih banyak lagi perwujudan hidro kuasa kecil ataupun mini hidro ini kerana keupayaan negara dengan adanya banyak sungai dan sebagainya. Kita pun dalam sasaran tahun pertama ini Yang Berhormat meletakkan kuota yang agak tinggi untuk penjanaan tenaga RBB melalui hidro kuasa kecil ini iaitu sebanyak 60 megawatt. Bermakna peluang adalah besar dan cuma masalahnya kerana ia melibatkan sumber air dan sumber air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, maka ia pastilah memerlukan perbincangan dengan pihak yang berkenaan. Saya kira untuk perkara baik ini, semua kerajaan negeri akan sentiasa mengalu-alukan sumber mini hidro dalam bentuk yang kecil ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, juga di bawah seksyen 15(h) – fungsi SEDA Malaysia, menggalakkan langkah-langkah penyertaan orang awam dan menambah baik kesedaran mengenai perkara yang berkaitan dengan tenaga lestari ataupun TBB. SEDA Malaysia juga apabila ditubuhkan kelak akan melaksanakan pelan komunikasi bagi membantu kerajaan supaya semua pihak termasuk orang awam memahami kepentingan TBB dalam menjamin kelestarian alam sekitar di masa akan datang dan pastilah ia sangat memerlukan sokongan kuat dan dorongan daripada pihak media negara. Mengenai pembangunan tenaga TBB bersaiz besar, Ahli Yang Berhormat Ledang telah menyentuh mengenai kesediaan SEDA Malaysia untuk membangunkan tenaga elektrik daripada TBB dalam saiz yang besar sebab beliau merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah FELDA, kalau tidak salah saya kerana FELDA mempunyai ladang sawit dan mempunyai FB yang begitu besar, mungkin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak SEDA Malaysia bertanggungjawab untuk membantu mana-mana pihak untuk membina sistem dan menjana tenaga elektrik daripada TBB yang berkapasiti tidak melebihi 30 megawatt. Pihak SEDA Malaysia bersifat neutral, dengan izin ataupun bebas dan tidak akan terlibat secara terus untuk membangunkan TBB. Oleh itu, mana-mana pihak boleh membangunkan sistem TBB berkapasiti ataupun bersaiz besar melebihi 30 megawatt. Jika berminat boleh memohon sistem tarif galakan daripada pihak SEDA Malaysia berpandukan atur cara yang disediakan dan dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Ya, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bagi satu contoh di tempat saya di Pendang. Kilang Jati menggunakan sekam padi sebagai sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga elektrik ini digunakan untuk mengeringkan padi yang akan diproses untuk menjadi beras. Jadi apakah insentif yang diberikan ke arah menghasilkan tenaga yang bukan macam 30 megawatt tadi, tetapi tenaga-tenaga yang kecil begini diberi insentif oleh kerajaan dalam hal-hal sebegini. Terima kasih.

Saya sambung sikit boleh, Tuan Yang di-Pertua? Untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sekali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mendengar apabila Yang Berhormat menyebut tentang kuasa kerajaan negeri tentang sistem mini hidro tadi, saya ingin menarik perhatian kementerian tentang pumping system. Night pumping system ini di mana ia tidak menggunakan bidang kuasa kerajaan negeri dan sebagainya. Di manakah kedudukan teknologi ini? Ketika malam, air dipam. Ketika itu pengguna tidak menggunakan tenaga yang banyak, tetapi tenaga itu digunakan untuk pam air itu ke satu tempat yang lebih tinggi. Kemudian air itu akan dilepaskan di waktu pagi ketika penggunaan tinggi. Kehendak maksimum yang tinggi. Dilepaskan dan akan menjalankan janakuasa untuk membekalkan tenaga elektrik. Di manakah kaedah ini pada hari ini di peringkat kementerian dalam menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang yang telah menimbulkan tentang satu penjanaan tenaga TBB berskala kecil hasil daripada sekam padi. Ia juga sebenarnya Yang Berhormat boleh digunakan sebagai salah satu sumber TBB dan layak untuk mendapat skim galakan FiT kerana saya tahu selama ini terdapat beberapa kilang umpamanya BERNAS di Sekinchan, di tempat saya juga. Dia ada menjana tenaga elektrik tetapi off grid. Dia guna untuk kegunaan di kilang itu sendiri sahaja. Akan tetapi ia boleh. Kalau ada berlebihan untuk kegunaan sendiri, boleh disambung kepada grid nasional dan layak untuk memohon certificate ini dan untuk menerima bayaran galakan, tarif galakan FiT ini, Yang Berhormat. Kepada Yang Berhormat Tangga Batu mengenai teknologi pumping air menggunakan pumping station yang mungkin tidak perlu menggunakan air yang banyak daripada sungai dan sebagainya, Yang Berhormat. Sekiranya tidak perlu menggunakan sumber daripada sungai ataupun sumber tadahan yang di bawah kawalan kerajaan negeri, pastinya ia boleh juga dilaksanakan dan layak untuk memohon di bawah galakan tarif TBB ini, Yang Berhormat Tangga Batu. Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu ini hebat ya, dia banyak teknologi yang dia tahu, dia engineer ya.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Ledang juga telah membangkitkan mengenai dana untuk tujuan penyelidikan dan inovasi untuk mempromosikan TBB. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada masa ini dana bagi research and development (R&D) di bawah fasal 15(h) masih belum ditentukan. Walau bagaimanapun, pada masa ini R&D dalam bidang TBB telah dan sedang dilaksanakan melalui TechnoFund dan ScienceFund dengan izin di bawah MOSTI di mana sebanyak RM1.5 juta telah disediakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh sehinggalah sekarang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya bekerjasama rapat dengan MOSTI dalam menentukan hala tuju R&D dalam bidang TBB dan telah menubuhkan jawatankuasa berkaitan R&D untuk TBB.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Bagi dana untuk penglibatan media, kementerian telah menyediakan pelan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran orang awam – saya telah sebutkan sedikit sebentar tadi – demi kepentingan TBB dan melibatkan pihak media. Di bawah Teras Kelima Dasar dan Pelan Tindakan TBB, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai TBB telah diberikan garis panduan dan SEDA Malaysia akan mengambil tanggungjawab ini apabila ditubuhkan kelak. Seterusnya mengenai isu panel solar yang diimport ke luar negara. Ahli Yang Berhormat Padang Serai mencelah sebentar tadi membangkitkan mengenai had eksport ke luar negara terhadap sel solar yang kilangnya di dalam negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian pada masa ini tidak mempunyai mekanisme sekatan terhadap sel-sel solar yang dihasilkan di dalam negara dan dieksport ke luar negara. Memang benar pada masa ini penghasilan sel solar ataupun modul solar PV di dalam negara dieksport ke luar negara kerana pasaran tempatan terlalu kecil. Akan tetapi dengan adanya pasaran tempatan melalui mekanisme FiT, Malaysia akan menjadi pasaran bagi pengilang-pengilang global seperti First Solar, Q-Cells dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bangunan Suruhanjaya Tenaga telah memasang filem solar PV buatan First Solar dari Kulim, daripada buatan lokal. Ini menunjukkan pengilang besar global tersebut telah menyalurkan stok kepada penggunaan tempatan sekiranya pasaran meminta ataupun memadai. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya huraikan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas keprihatinan semua untuk membahaskan dan seterusnya semoga Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 ini dapat diluluskan supaya hasrat kita untuk membangunkan tenaga boleh baharu lebih berkesan dengan adanya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 hingga 49 -Bill

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuba teliti fasal-fasal 1 sehingga 49 ini, apabila rang undang-undang berkaitan dengan satu pihak berkuasa ataupun setaraf dengan sebuah badan berkanun, saya dapati di dalam fasal-fasal ini tidak memasukkan berkaitan dengan soal tatatertib yang akan dikenakan kepada pemegang jawatan di semua peringkat sama ada sebagai jawatan pegawai eksekutif, pengurus besar ataupun kakitangan di peringkat yang lebih bawah. Adakah rang undang-undang ini akan tertakluk di bawah Akta 605, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. Jadi sekadar itu sahaja, saya mohon penjelasan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh fasal 15 tentang fungsi-fungsi Pihak Berkuasa SEDA ini iaitu saya ingin bertanya tentang, walaupun telah disebutkan tentang ada galakan, ganjaran dan sebagainya tetapi saya tidak nampak dalam ini bahawa satu anugerah ataupun satu pemberian perlu diberikan kepada mereka-mereka yang telah pun membuat reka cipta ataupun inovasi ke arah teknologi membekalkan tenaga di dalam negara kita ini kerana ini penting. Ini kerana kalau ada galakan ataupun ada anugerah-anugerah yang diberi untuk tenaga lestari ini, untuk dikaji secara lestari ini diberikan ganjaran yang besar, mungkin akan lebih ramai lagi tenaga-tenaga pengajar kita terutamanya di peringkat universiti ataupun di pusat-pusat research, dengan izin Tuan Pengerusi, akan mengkaji cara mana dan bagaimana untuk kita membuat pengurusan tenaga lestari ini kerana bukan untuk pada masa ini sahaja tetapi juga untuk pada masa yang akan datang kerana kita lihat bahawa apabila ada teknologi ini, maka kita ataupun bukan sahaja dalam negara kita, bahkan seluruh dunia boleh dipakai. Misalnya kalau dulu perubahan telah berlaku dalam dunia, kalau kita boleh mengambil contoh sebagai yang lain daripada ini, contohnya Thomas Edison yang membuat lampu elektrik telah merubah dunia pada ketika itu dan orang-orang yang seperti ini saya rasa perlu diberikan anugerah dan perlu diberikan penghormatan atau ganjaran yang besar kerana dia mengubah tamadun bukan sahaja dalam negara kita bahkan tamadun dunia. Akan tetapi dalam ini saya tidak nampak ada anugerah-anugerah yang boleh kita berikan kepada pereka-pereka cipta yang ke arah teknologi untuk tenaga lestari di dalam negara kita ini, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Terima kasih kepada dua sahabat Ahli Parlimen yang telah berhujah di peringkat jawatankuasa mengenai Rang Undang-undang SEDA ini. Pertama mengenai Yang Berhormat Kuala Kedah yang telah menimbulkan soal tatatertib ataupun tindakan di bawah akta mana pengerusi ataupun anggota di bawah SEDA ini tertakluk. Sebenarnya betul Yang Berhormat bahawa Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 adalah terpakai bagi Pihak Berkuasa SEDA dan begitu juga dengan fasal 38(3) di bawah Rang Undang-undang SEDA ini dan juga fasal 42 juga adalah terpakai di mana semua anggota pihak berkuasa dan anggota mana-mana jawatankuasa adalah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan. Fasal 28 RUU juga memperuntukkan SEDA boleh menerima pakai dengan ubah suai apa-apa peraturan, kaedah-kaedah dasar dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan dengan itu, saya kira boleh mengadaptasi peraturan- peraturan kerajaan yang sedang berkuat kuasa. Begitu juga dengan Yang Berhormat Sekijang yang telah menimbulkan tentang anugerah ataupun galakan untuk teknologi-teknologi TBB baru sebagai galakan dan sebagainya. Sebenarnya, pihak kementerian Tuan Pengerusi, sedang bekerjasama dengan MOSTI tentang perkara ini iaitu tentang R&D and innovation dan anugerah ini akan dikaji tentang pelaksanaannya secara bersama oleh dua kementerian. Kita memang tidak ada geran di bawah kementerian ini tetapi di bawah MOSTI saya kira ada TechnoFund and ScienceFund sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini cuma mempunyai satu soft loan ataupun pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuklah bagi tujuan-tujuan pemaju atau pengguna yang ingin mengeluarkan produk yang mempunyai elemen tenaga ataupun teknologi hijau yang masih boleh dipohon. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Fasal-fasal 1 hingga 49 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG JURUANALISIS MAKANAN 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, keperluan untuk mewujudkan suatu akta untuk mengawal amalan juruanalisis makanan mula dibangkitkan oleh Institut Teknologi Makanan Malaysia semasa mesyuarat Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) pada tahun 1994. Ini kerana tiada undang-undang yang mengawal amalan juruanalisis makanan. Akta Ahli Kimia 1975 tidak menyediakan peruntukan yang mengiktiraf dan mendaftar profesional di bidang sains dan teknologi makanan dan profesional tersebut tidak dibenarkan menjalankan analisis kimia dan mengeluarkan laporan analisis makanan di bawah akta tersebut. Akta Ahli Kimia 1975 hanya mengiktiraf ahli kimia berdaftar dan ahli farmasi berdaftar. Manakala Akta Makanan 1983 memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan melantik juruanalisis khusus untuk penguatkuasaan Akta Makanan 1983 sahaja di mana akta ini tidak mengawal amalan profesion juruanalisis makanan. Di bawah Akta Makanan 1983 tiada peraturan dibuat untuk mengawal kelayakan, kelakuan dan tugas juruanalisis makanan. Oleh itu sebagai alternatif Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan profesional yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 adalah bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, pendaftaran orang yang menjalankan analisis makanan sebagai juruanalisis makanan, mengawal selia amalan juruanalisis makanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 ini dapat menjamin semua laporan analisis makanan hanya dikeluarkan oleh juruanalisis makanan yang berwibawa di negara ini bagi mengelakkan sebarang keraguan dan pertikaian terhadap sesuatu laporan analisis makanan. Ini dapat meningkatkan kredibiliti sijil analisis makanan yang dikeluarkan oleh juruanalisis yang berkelayakan, kompeten dan berdaftar bagi menyokong perkhidmatan analisis makanan untuk keperluan domestik dan eksport makanan. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 akan memberi impak kepada aktiviti keselamatan makanan, sejajar dengan perkembangan industri makanan negara terutamanya enterprise, kecil, sederhana atau EKS. Dalam memajukan industri makanan domestik, perkhidmatan analisis adalah amat diperlukan oleh EKS. Rang undang-undang ini akan membantu enterprise kecil dan sederhana mendapat akses kepada perkhidmatan analisis yang berwibawa melalui pendaftaran juruanalisis makanan yang dikawal di bawah rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk memastikan makanan yang dijual dalam negara dan dieksport adalah selamat. Sebagai Central Competent Authority (CCA), dengan izin, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengeluarkan sijil kesihatan dan juga sijil-sijil lain seperti sijil jualan bebas, sijil non-genetically modified food dengan izin dan surat akuan bebas melamin bagi pengeksportan makanan. Pengeluaran sijil-sijil tersebut oleh Kementerian Kesihatan adalah berdasarkan kepada laporan analisis yang dikeluarkan oleh juruanalisis makanan di makmal swasta yang mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 di bawah Jabatan Standard Malaysia. Rang undang-undang ini dapat mengawal amalan juruanalisis makanan yang kompeten dan berwibawa dan seterusnya dapat meningkatkan imej dan kredibiliti Malaysia melalui laporan analisis yang tepat dan boleh dipercayai atau reliable dengan izin, bagi pengeluaran semua sijil yang akan mengurangkan penolakan eksport makanan daripada Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 merupakan suatu lonjakan besar yang dapat meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju. Tindakan ini akan menguntungkan negara pada peringkat domestik dan antarabangsa. Dengan itu negara akan mampu bersaing secara kompetitif dalam perdagangan makanan di peringkat global. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai halal hab di rantau ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan perkhidmatan makmal yang mempunyai Juruanalisis Makanan yang kompeten dan berwibawa. Laporan analisis tidak akan dipertikaikan sekiranya juruanalisis didaftar di bawah perundangan negara. Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 akan menyokong dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai halal hab di peringkat global melalui perkhidmatan analisis berwibawa bagi makanan halal. Dengan itu rang undang-undang ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan dan pemasaran makanan selamat di peringkat global serta meningkatkan daya saing negara. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 akan menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal amalan profesion juruanalisis makanan di sektor awam dan swasta bagi melindungi kepentingan awam. Antara perkara-perkara yang diperuntukkan di dalam rang undang-undang ini adalah seperti berikut: (i) perkara permulaan berkaitan dengan rang undang-undang ini; (ii) penubuhan Majlis Juru Analisis Makanan Malaysia; dan (iii) pendaftaran Juruanalisis Makanan Tatatertib Analisis Makanan dan peruntukan-peruntukan am.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 ini mengandungi 48 fasal. Sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya untuk menjelaskan mengenai fasal yang terkandung dalam rang undang-undang ini seperti berikut:

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Fasal 1 dan 2 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Rang undang-undang ini mengandungi takrif ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan bagi menerangkan maksud ungkapan yang digunakan. Fasal 3 memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan tidak terpakai bagi ahli kimia yang didaftarkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975. Ini kerana amalan Ahli Kimia berdaftar adalah dikawal oleh Akta Ahli Kimia 1975. Fasal 4 hingga 6 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis iaitu pertubuhan perbadanan dengan nama Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia yang bersifat kekal turun- temurun dan mempunyai meterai perbadanan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadap atas namanya. Rang undang-undang ini juga menyediakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa majlis serta meterai perbadanan yang perlu mengandungi peranti yang diluluskan oleh majlis. Fasal 7 hingga 10 mengandungi peruntukan tentang keanggotaan majlis, tempoh menganggotai majlis, bayaran elaun kepada ahli majlis, serta kekosongan jawatan di dalam majlis, Fasal 11 dan 12 bertujuan mengadakan peruntukan bagi mesyuarat majlis dan tatacara mesyuarat majlis. Fasal 13 hingga 15 memberi majlis kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya dalam menjalankan fungsi di bawah akta ini dengan melantik mana-mana orang menjadi anggota jawatankuasa dan membatalkan pelantikan pada bila-bila masa. Jawatankuasa adalah tertakluk dan bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh majlis. Fasal 14 dan 15 memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap majlis. Setiap anggota majlis adalah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Fasal 16 hingga 17 mengadakan peruntukan bagi pendaftar dan mengadakan peruntukan bagi penyimpanan dan penyelenggaraan daftar Juruanalisis Makanan. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa perakuan yang dikeluarkan oleh pendaftar hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang disebut dalam daftar itu. Fasal 18 menyatakan syarat-syarat yang membolehkan seseorang untuk memohon bagi pendaftaran, cara pendaftaran dan pengeluaran perakuan pendaftaran oleh majlis. Fasal 20 hingga 21 memperkatakan perakuan amalan tahunan, pembaharuan amalan tahunan dan mengenakan kewajipan ke atas Juruanalisis Berdaftar untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh majlis dan untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi ketidakpatuhan garis panduan itu. Fasal 23 hingga 25 mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa tatatertib majlis ke atas Juruanalisis Makanan Berdaftar dan memberi majlis kuasa untuk melantik jawatankuasa tatatertib untuk menjalankan siasatan bagi menentukan hukuman tatatertib yang boleh dikenakan oleh majlis ke atas Juruanalisis Makanan Berdaftar. Fasal 26 hingga 30 mengadakan peruntukan bagi penyerahan perakuan pendaftaran, perakuan amalan tahunan dan memberi majlis kuasa untuk memotong nama mana-mana Juruanalisis Makanan Berdaftar dari daftar jika Juruanalisis Makanan Berdaftar itu menjadi tidak berupaya. Selain itu, diadakan juga peruntukan bagi perubahan kepada daftar dan kemasukan semula nama Juruanalisis Makanan Berdaftar dalam daftar. Fasal 30 memperkatakan rayuan kepada Menteri di mana Juruanalisis Makanan Berdaftar boleh memfailkan rayuan secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh 21 hari.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Fasal 31 dan 32 membenarkan Juruanalisis Makanan Berdaftar sahaja untuk mengeluarkan laporan analisis makanan dan melarang seseorang yang tidak mempunyai perakuan amalan tahunan untuk menjalankan amalan menganalisis makanan. Fasal 33 dan 34 melarang pendaftaran secara fraud, dengan izin, dan menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang yang membuat, mengemukakan atau menyebabkan supaya dibuat atau dikemukakan apa-apa representasi atau pengisytiharan secara palsu atau fraud, dengan izin, serta kesalahan bagi orang-orang yang menyamar mengemukakan dirinya melalui pengiklanan atau selainnya sebagai orang yang berkelayakan atau diberi kuasa untuk menjalankan amalan menganalisis makanan. Fasal 35 dan 36 menyatakan penalti am bagi kesalahan yang dilakukan terhadap rang undang-undang ini yang baginya tiada penalti khusus diperuntukkan dengan nyata serta kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan. Fasal 37 hingga 41 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai seorang pegawai diberi kuasa serta dinyatakan kuasa-kuasa pegawai diberi kuasa untuk memasuki premis memeriksa dan menyita dokumen dan sebagainya, mendapatkan capaian kepada data berkomputer, menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes serta memeriksa orang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu kes. Fasal 42 memperkatakan kebolehterimaan pernyataan dalam keterangan oleh mana-mana orang kepada pegawai diberi kuasa dalam sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah rang undang-undang ini. Fasal 43 memberi ketua pengarah kuasa untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan oleh menteri sebagai kesalahan boleh kompaun dalam rang undang-undang ini. Fasal 44 dan 45 memperuntukkan bahawa pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah rang undang-undang ini hanya boleh dimulakan oleh atau bagi pihak pendakwa raya. Akta ini juga memberi peruntukan mengenai pelantikan penasihat undang-undang. Fasal 46 dan 47 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk mengecualikan mana- mana orang daripada rang undang-undang ini. Menteri juga diberi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berkaitan bagi maksud rang undang-undang ini. Fasal 48 Tuan Yang di-Pertua, mengadakan peruntukan peralihan bagi Juruanalisis Makanan yang sedang menjalankan analisis makanan pada tarikh permulaan kuat kuasa rang undang-undang. Mana-mana orang yang sedang menjalankan analisis makanan pada tarikh kuat kuasa akta ini diberi tempoh selama 12 bulan untuk memohon sebagai Juruanalisis Makanan berdaftar. Juruanalisis Makanan ini dibenarkan menjalankan analis makanan sepanjang tempoh permohonan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, melalui Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 ini akan melengkapkan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan makanan adalah selamat. Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 juga akan memperkasakan Juruanalisis Makanan dalam aktiviti keselamatan dan kualiti makanan di semua peringkat. Selain memberi pengiktirafan kepada profesion Juruanalisis Makanan, rang undang-undang ini akan memartabatkan ahli sains di bidang sains dan teknologi makanan di negara ini. Dengan itu, penggunaan modal insan dapat dioptimumkan dan digunakan sepenuhnya bagi mencapai Wawasan 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada Yang Berhormat menyokong?

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Tuan Yang di-Pertua, mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai Juruanalisis Makanan dan untuk mengawal selia amalan Juruanalisis Makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut berbahas Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya memahami mengapa kerajaan mencadangkan rang undang-undang ini untuk mendaftarkan Juruanalisis Makanan dan untuk mengawal selia Juruanalisis Makanan ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara di dalam rang undang-undang ini yang membangkitkan kerisauan saya dan saya rasa perkara ini harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan. Saya ingin merujuk kepada khasnya seksyen 37 dalam rang undang-undang ini di mana Menteri diberi kuasa untuk melantik pegawai, diberi kuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti rang undang-undang ini di bawah seksyen ini, saya rasa ia amat berbahaya, mempunyai satu implikasi yang sangat serius sebab ia memberi saya satu bayangan apa yang berlaku kepada mendiang Teoh Beng Hock. Di mana kita sepanjang masa ini membaca perkembangannya menerusi media, ekoran daripada siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 37, mengapa saya menyatakan ia sangat serius implikasinya, kerana ia memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan siasatan di bawah rang undang-undang ini. Jika seksyen 37 ini dibaca bersama seksyen 38, ia membenarkan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seseorang pegawai diberi kuasa yang telah dilantik oleh Menteri tersebut, boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis, di mana seseorang Juruanalisis Makanan berdaftar sedang menjalankan amalan menganalisis makanan atau di mana terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang itu sedang menjalankan amalan menganalisis makanan dan menjalankan kuasa-kuasa yang berikutnya. Di mana pegawai yang diberi kuasa boleh sesuka hati pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis dan tiada diberi sebarang peruntukan di bawah rang undang-undang ini menyatakan bahawa mesti ada satu waran diberi atau apabila dipercayai atau disyaki ada pelanggaran akta atau peraturan di bawah rang undang-undang ini, tidak ada, senyap. Ini memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Ini nampaknya memberi peluang juga untuk pegawai yang diberi kuasa ini untuk melancarkan fishing expectation, untuk mencari kesilapan, kelemahan atau mencari apa-apa maklumat agar juruanalisis makanan ini boleh diambil tindakan. Kalau ada pelanggaran, ada aduan saya boleh terima dengan kelulusan, dengan diberi satu perintah atau waran untuk memasuki premis. Akan tetapi dalam kes ini, ia adalah senyap. Begitu luas kuasanya diberi kepada pegawai yang diberi kuasa. Seksyen 39 Tuan Yang di-Pertua, capaian kepada data berkomputer di mana pegawai diberi kuasa...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Batu Gajah, boleh saya minta laluan sedikit?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya boleh.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada sependapat dengan Yang Berhormat Batu Gajah tentang kuasa yang tidak ada satu had atau satu garis panduan atau prosedur yang amat jelas supaya kita tidak mahu berlaku lagi selepas satu kejadian, baru kita set kan satu Royal Commission untuk mencari adakah penguat kuasa ini sudah melanggar prosedur tetapi prosedur mana. Secara umum saya ingat semua orang tidak tahu dia punya had, dia punya kuasa, sampai mana dia boleh gunakan macam masa untuk siasatan atau atas sebab apa baru boleh masuk ke premis atau dengan cara bagaimana baru boleh menjalankan penguatkuasaan. Jadi, sebab itu, adakah lebih baik kalau kita dalam rang undang-undang ini, kita dengan jelas memberitahu tentang hadnya atau caranya untuk menjalankan penguatkuasaan. Adakah Yang Berhormat Batu Gajah bersetuju dengan saya bahawa ini amat perlu jika terkandung dalam rang undang-undang ini? Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Melaka tersebut. Kalau kita lihat polis, mereka perlu memperolehi search warrant nya. Hanya dalam situasi tertentu, pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor, kalau situasi tertentu menerusi Seksyen 62 CPC, baru mereka boleh memasuki premis tanpa waran. Akan tetapi dalam kes ini tiada peruntukan, silent. Saya tadi membangkitkan berkenaan dengan seksyen 39, pegawai boleh masuk premis dan menggeledah, selepas itu mengambil komputer, capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam komputer atau selainnya. Tidak memperuntukkan bahawa telah terima aduan atau percayai atau mengesyaki ada pelanggaran akta ini, tiada. Boleh mengambil sebarang dokumen atau data komputer. Itu siapa yang akan check pegawai yang diberi kuasa ini agar tiada ruangan untuk penyalahgunaan kuasa dan pegawai bukannya go on a fishing expedition. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, baru kita membaca kes di mana isu-isu rasuah yang melibatkan pegawai penguat kuasa. Jadi, rang undang-undang ini tadi saya kata seksyen 38 dan 39, saya rasa kerajaan dan kementerian perlu meneliti semula kedua-dua seksyen ini. Merujuk kepada seksyen 40, juga memperuntukkan kuasa diberi kepada pegawai yang diberi kuasa ini melalui perintah bertulis memanggil mana-mana orang yang pada pendapatnya mempunyai maklumat. Siapa yang akan memberi perintah bertulis ini? Silent, senyap. Kita membaca kes mendiang Teoh Beng Hock, pegawai MACC masuk ke bangunan tanpa waran, tanpa sebarang dokumen bertulis. Mereka kata kita boleh pergi macam itu, tidak ambil waran kerana kalau ambil waran, tidak berhemah. Jadi masuk dan ambil dokumen. Ini seolah-olah memberi kuasa yang sama kepada pegawai yang diberi kuasa di bawah rang undang-undang ini. Saya bukan hendak melindungi atau cuba mengekang kuasa pegawai yang diberi kuasa tetapi mestilah ada saluran untuk memastikan tiada peluang penyalahgunaan kuasa. Itu yang saya ingin bangkitkan. Saya juga ingin menarik perhatian kepada pelantikan juga tadi, seksyen 37. Menteri boleh lantik beberapa orang bilangan pegawai yang diberi kuasa, yang difikirkannya perlu. Apakah kelayakan pegawai yang akan dilantik ini, yang selepas ini diberi kuasa tanpa peruntukan di bawah rang undang-undang untuk memantau penggunaan kuasa tersebut. Kita membaca Yang Berhormat Puchong hari itu ada membangkitkan satu soalan, pegawai MACC ada diadu menyalahgunakan kuasa, aduan laporan polis, 59 orang pegawai penguat kuasa tetapi tiada seorang pun yang dituduh di mahkamah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi kalau peruntukan kuasa yang besar ini kepada pegawai yang diberi kuasa ini saya nampak ada bahayanya dan tiada peruntukan untuk memantau mereka menggunakan kuasanya. Saya ingin merujuk semula kepada seksyen 47 iaitu kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. Selalu kita membaca rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan atau kementerian amat suka memberikan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya rasa satu perkara yang kita boleh pelajari daripada banyak kes yang dihadapkan ke mahkamah dan juga kes yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja ini adalah peraturan-peraturan yang diberi kuasa oleh Menteri untuk diadakan yang tidak melalui proses pemeriksaan oleh Parlimen. Mengapakah pihak kementerian tidak boleh menyelitkan atau melampirkan peraturan-peraturan diadakan sekarang agar orang ramai dan juga Dewan yang mulia ini boleh menelitinya bersama-sama dengan rang undang-undang ini. Juruanalisis yang didapati melanggari akta ini dan juga peraturan yang kita tidak tahu apa peraturan itu boleh diambil tindakan denda yang agak berat dan juga di penjarakan. Akan tetapi dalam rang undang-undang ini memberikan Menteri kemudiannya selepas rang undang-undang ini diluluskan untuk membuat peraturan. Saya rasa ada bahayanya tadi saya katakan. Kita tengok seksyen 47(2) di mana Menteri boleh buat peraturan berkenaan tatacara yang hendaklah diikuti perhubungan dengan siasatan yang diadakan di bawah akta ini. Proses keseluruhan siasatan kes akan diperbuatkan melalui satu peraturan yang diberi kuasa kepada Menteri untuk mengadakan peraturan itu. Jadi buat masa ini tiada orang tahu sama ada proses peraturan yang diadakan itu adalah munasabah, adakah adil, adakah wajar, tidak ada. Apabila timbul isu baru kita bangkitkan, oh kita mahu pastikan sama ada peraturan sebenarnya atau amalannya adalah wajar atau tidak, adil atau tidak. Jadi saya rasa pihak kementerian boleh meneliti semula perkara ini. Mengapakah kerajaan tidak mengadakan di bawah rang undang-undang ini di mana kenyataan yang diambil di mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes di bawah seksyen 41 di mana boleh diperiksa secara lisan. Mengapa tidak mengadakan rakaman, di mana boleh dirakamkan apabila pegawai yang diberikan kuasa ini menjalankan siasatan dengan mereka yang mempunyai maklumat yang dikatakan perlu untuk kes tersebut. Kita baca Tuan Yang di-Pertua, laporan dalam media kes tadi saya kata Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock dan juga sama ada peraturan-peraturan SPRM ada dipatuhi atau tidak. Kita membaca ada pegawai di mana menerusi laporan yang saya membacanya sehingga boleh mengambil masa untuk mencatatkan maklumat dalam investigation diary nya. Itu beberapa perkara yang saya mempunyai kerisauan berkenaan rang undang-undang ini yang saya rasa kementerian perlu memberikan perhatian. Saya ingin mengambil peluang ini untuk membawa beberapa seksyen yang lain sebagai contoh di mana seksyen 23 iaitu bidang kuasa tatatertib majlis. Di mana majlis boleh menjalankan atau diberi kuasa tatatertib ke atas mana-mana juruanalisis makanan yang didapati oleh majlis telah melanggar akta ini atau peraturan-peraturannya. Kita tidak tahu apa peraturan-peraturannya sebab kuasa diberi kepada Menteri. Jadi tadi saya telah bangkitkan perlu diadakan bersama dengan rang undang-undang ini. Perkara kedua adalah berkenaan dengan siasatan nampaknya majlis boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tatatertib tetapi sementara menjalankan siasatan majlis boleh menggantung pendaftar seseorang juruanalisis makanan sementara menunggu keputusan. Saya rasa adalah wajar diberi tempoh masa siasatannya di mana jika majlis mula menjalankan siasatan diberikan satu tempoh yang mereka dalam masa 30 hari siasatan harus diberi keputusan kepada juruanalisis pendaftaran tidak digantung tanpa satu tempoh sementara menunggu keputusan. Ini adalah kerana kalau kita meneliti seksyen yang lain di mana mana-mana juruanalisis makanan contoh seksyen 30 yang tidak puas hati dengan keputusan majlis mereka boleh buat rayuan dan ditetapkan masa pula. Mereka diberi 21 hari dari keputusan majlis untuk buat rayuan. Jadi dalam situasi yang sama siasatan tiada ditetapkan tempoh untuk menyampaikan keputusan dan juga di bawah seksyen 29 kemasukan semula nama dalam daftar juga tidak ditetapkan tempoh di mana apabila majlis menerima permohonan untuk dimasukkan semula ke dalam daftar tiada ditetapkan tempoh di mana majlis perlu membuat keputusan untuk memerintah atau tidak memerintah nama pemohon itu dimasukkan semula.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau juruanalisis yang tidak puas hati dengan keputusan ditetapkan 21 hari untuk merayu dalam situasi yang lain. Saya rasa pihak majlis di bawah rang undang-undang ini juga harus ditetapkan juga satu tempoh untuk memaklumkan keputusan mereka ini. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian, bagaimanakah kerajaan untuk memantau laporan- laporan yang dikeluarkan oleh juruanalisis makanannya dari luar negara. Apakah ada satu mekanisme untuk memantau laporan mereka tersebut agar juga memastikan makanan yang dinyatakan dalam laporan tersebut atau komposisi spesifikasi dalam laporan tersebut adalah selamat untuk orang ramai. Jadi saya rasa ini beberapa peringkat yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Hulu Selangor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk saya berdebat dalam Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010. Tuan Yang di-Pertua, akta ini memang diperlukan dan saya rasa ia menepati masa. Hukuman yang berat kepada juru analisa makanan tanpa tauliah memang dialu-alukan. Ini akan membantu kerajaan untuk memastikan hanya mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang secukupnya dapat mengamalkan tanggungjawab juruanalisis makanan ini. Syarat-syarat ini juga akan membawa kebahagiaan kepada siswa dan siswi yang mengikuti program ijazah yang berkenaan juruanalisis makanan ini di IPTA dan IPTS kerana mereka pasti akan mendapat peluang untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang yang mereka dilatih ataupun kepakaran mereka. Walau bagaimana pun ada satu dua perkara yang ingin saya timbulkan di sini untuk maklumat daripada fasal 13(2) yang mana menyatakan majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana- mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). Saya ingin mencadangkan agar kita mengehadkan pelantikan ini kepada mereka-mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang kena-mengena dengan tanggungjawab Juruanalisis Makanan ini.

Ini kerana sekiranya kita mengambil mereka yang tidak mempunyai sebarang latar belakang ataupun pengalaman dan juga kelayakan, maka ia tidak akan membawa manfaat kepada akta atau rang undang-undang ini. Maka saya rasa, majlis tidak boleh melantik mana-mana orang, saya rasa Majlis harus melantik mereka-mereka yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya atau pengalaman yang secukupnya seperti yang telah pun diminta dalam rang undang-undang ini juga. Satu lagi fasal yang mana saya rasa harus ada sedikit – saya perlu penjelasan sebenarnya, fasal 18(1)(a)(ii), apa-apa ijazah lain dalam sains dalam apa-apa bidang yang berkaitan yang diluluskan oleh Majlis. Saya perlukan sedikit penjelasan dari aspek, kenapa harus akta ini menerima apa-apa ijazah lain dalam sains, sedangkan akta ini khusus kepada pemegang ijazah teknologi makanan. Saya perlu satu penjelasan mengapa kita memberi peluang kepada apa-apa ijazah lain dalam sains, sedangkan ia harus fokus kepada pemegang ijazah teknologi makanan ataupun pemegang ijazah teknologi makanan yang kena-mengena dengan ijazah ini. Satu lagi fasal yang saya rasa tidak begitu serius, tapi kita harus pertimbangan juga iaitu fasal 11(1); suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan oleh Pengerusi melalui notis bertulis kepada anggota lain. Saya rasa kalau zaman yang mana kita menggunakan budaya ICT, kita sering menerima notis-notis maklumat mesyuarat bukan sahaja melalui SMS, tetapi e-mel juga. Saya rasa kita boleh memastikan budaya penggunaan media baru, e-mel diterima juga dalam proses ini. Fasal terakhir yang ingin saya bangkitkan juga ialah, saya setuju dengan rakan seperjuangan saya daripada Yang Berhormat Batu Gajah sebentar tadi yang mana memberi maklumat tentang fasal 38.

Saya pasti niat kementerian apabila menggubal akta ini, untuk memastikan bahawa juru analisa makanan ini akan sentiasa dalam situasi dengan izin, alert, tidak akan cuai sama sekali dalam melaksanakan tanggung jawab ini supaya mereka benar-benar akan sedar bahawa sekiranya mereka tidak boleh buat apa-apa juga dan harus memastikan mereka peka dan faham tanggung jawab mereka...

[Bangun]

Walau bagaimanapun, saya rasa kita harus, ya.

Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak ambil peluang untuk mengalu-alukan rombongan guru-guru besar, pengetua-pengetua dari Perak Tengah, khususnya dari daerah kecil Kampung Gajah, Pasir Salak. Terima kasih.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran mereka, agar lawatan mereka dapat memberi pengalaman dan pengajaran. Saya terus, fasal 38 ini saya rasa kita harus memastikan bahawa ada check and balance. Kita tidak mahu penguat kuasa menyalahgunakan kuasa, walaupun niat kita untuk mengamalkan kuat kuasa ini, niatnya baik tetapi penguat kuasa akan ada masanya menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka dan kita harus mengalami masalah- masalah lain. Saya harap kementerian dapat mengambil kira fasal 38 ini, kuasa yang diberi memasuki premis, memeriksa dan menyita dokumen dan sebagainya diberi sedikit penekanan, cuba boleh kita beri aspek-aspek yang mana sebelum kita memasuki premis, memeriksa dan sebagainya, harus mendapat kelulusan dan juga maklumat secukupnya sebelum mereka melakukan tanggung jawab mereka, itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar)

Yang Berhormat Pendang.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama berbahas dalam Akta Juruanalisis Makanan ini. Ini kerana saya rasa ini merupakan satu rang undang-undang yang penting dan tepat pada masanya dan kita mempunyai suatu undang-undang untuk mengawal penganalisis makanan yang kita rasa memang menjadi concern kepada masyarakat kita hari ini, terutamanya setelah berlaku Tsunami dan juga radioaktif spread di Jepun baru-baru ini. Memang kita berasa amat bimbang, takut dengan apa yang berlaku di luar negara tetapi rang undang-undang ini adalah untuk juruanalisis yang berada di dalam negara kita. Saya ingin bertanya kepada kementerian awal-awal perbahasan ini, adakah juga rang undang-undang ini termasuk mereka-mereka yang membawa masuk makanan import dari luar negara dan apakah Juruanalisis Makanan di luar negara juga kita selidiki latar belakang mereka termasuk di dalam mereka yang mempunyai kelulusan yang sepatutnya yang dibenarkan untuk menganalisis makanan di luar negara. Begitu juga keluhan kita kepada beberapa bulan yang lepas berhubung pencemaran susu kanak-kanak disebabkan oleh melamin dari negara China, dan disebut oleh Timbalan Menteri dalam pembentangan tadi, begitu juga dengan pencemaran sayur- sayuran kita yang kita import dari negara Thailand dari segi keracunan makhluk perosak. Saya rasa ini penting untuk kita masukkan di dalam analisa makanan yang kita dibawa masuk.

Heboh juga pada dua tiga tahun lepas, penggunaan formalin iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk preserve mayat ataupun bahan tahan mayat, untuk awet mayat digunakan juga untuk menyegarkan ikan-ikan yang dibawa masuk dari Thailand. Ini juga merupakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh kita ataupun Juruanalisa Makanan kita. Banyak juga jeruk-jeruk terutama di negeri sebelah utara, kita mengimport banyak jeruk dari negara Thailand yang menggunakan preservative, perisa dan juga pewarna yang mungkin secara tidak sedar memakan dan menyebabkan perkara-perkara karsinogenik kepada tubuh kita, ataupun menyebabkan barah dalam tubuh kita. Begitu juga dengan telur yang diinjek dengan antibiotik, ayam yang diletakkan hormon dan juga bahan- bahan makanan yang tidak berkhasiat yang ada di pasaran kita sekarang ini terutamanya pada anak-anak sekolah yang disebut junk food. Saya juga harap kepada pihak kementerian, jangan lupa dengan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi. Kita hendak jadi halal hab di Malaysia ini, peranan yang dimainkan pihak JAKIM dan juga JAIN di dalam menentukan kehalalan sesuatu makanan. Kita tahu pesanan Rasulullah SAW berhubung dengan makanan ini... [Membaca sepotong Hadis] “Setiap yang haram yang kita makan, daging yang tumbuh daripada yang haram itu adalah api neraka lebih aula”. Begitu juga saya rasa makanan-makanan kesihatan juga perlu diberi perhatian oleh Juruanalisis Makanan ini kerana banyak mutakhir ini, makanan-makanan yang dikatakan boleh menyegarkan tubuh, menyihatkan badan tetapi rupa-rupanya jika sekiranya makan secara berlarutan dengan masa yang lama, mungkin menyebabkan kita menjadi bertambah kurang sihat. Begitu juga dengan – sekarang ini banyak minuman tiga dalam satu, empat dalam satu dimasukkan tongkat Ali lah, Tongkat Abu, kita pun tidak tahu apa nama tongkat lagi yang digunakan untuk minuman kita seharian, perlu juga diletakkan sebagai bahan untuk disiasat oleh Juruanalisis Makanan ini. Berhubung dengan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri, saya ada beberapa soalan yang ingin ditimbulkan berhubung dengan analisa makanan ataupun di dalam tafsiran analisa makanan, ertinya pemeriksaan dari segi fizikal, mikrobiologi, kimia, biokimia, saya rasa perkara yang perlu juga ada di dalam ini ialah cara- cara makanan itu di sterilisasi sama ada menggunakan ozon, ultraviolet ataupun pasteurization kerana perkara ini merupakan satu bentuk pensterilan yang perlu ditulis ataupun dilabelkan di label-label bahan makanan misalnya air di sterilisasi dengan ozon misalnya, ataupun apa juga susu dengan cara-cara sterilisasinya bagaimana. Saya rasa ini penting untuk makluman kepada pengguna-pengguna kita.

Saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian Akta Makanan 1983 yang merupakan rang undang-undang yang juga tertakluk kepada akta – adakah ia tertakluk pada Akta Makanan Haiwan 2009? Adakah rang undang-undang ini untuk kita mendaftar juruanalisis makanan mengikut Akta Makanan Haiwan 2009? Adakah juga termasuk di dalam rang undang-undang? Adakah hanya makanan ini untuk makanan manusia sahaja? Tuan Yang di-Pertua, juga daripada segi masalah makanan yang berada di pasaran kita pada hari ini. Apabila kita lihat pada pengecualian yang diberikan oleh pihak Menteri, saya rasa perlu diberikan penjelasan kerana ada kategori-kategori tertentu di dalam klausa yang diumumkan oleh pihak kementerian tadi, ada mereka yang dikecualikan misalnya sama ada NGO, pertubuhan-pertubuhan lain ataupun perusahaan-perusahaan lain, IPTS, IPTA yang dikecualikan daripada mereka termasuk ataupun mempunyai juruanalisis makanan yang berdaftar di bawah rang undang-undang ini. Ini kerana kalau sekiranya berlaku, saya rasa mungkin berlaku penganiayaan ataupun ketidakadilan terhadap misalnya sesuatu IPTS ataupun IPTA ataupun NGO-NGO yang selalu membuat kajian terhadap bahan-bahan makanan yang tercemar ataupun yang tidak baik untuk dimakan. Misalnya kita sering lihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) misalnya ataupun CAP selalu mengadakan ujian-ujian yang dihebahkan kepada masyarakat.

Apakah mereka ini dikecualikan kerana mereka sering melakukan ujian-ujian terhadap makanan-makanan yang dibentangkan kepada kita untuk kita beli dan untuk kita makan. Soalan saya, apakah mereka ini juga termasuk di dalam pengecualian yang diberikan oleh pihak kementerian? Begitu juga pertanyaan saya tentang fungsi Majlis iaitu berhubung dengan kod etika. Saya ingin bertanya, siapakah yang akan mengawal kod etika ini? Ini kerana Majlis menentukan tetapi tidak ada pengawal yang mengawal kod etika yang ditentukan ini. Adakah ada satu badan lain yang mengawal kod etika kerana di dalam bidang perubatan, kita ada medical etiquette iaitu etika perubatan? Etika perubatan ini memang diterima di seluruh dunia. Apakah juruanalisis makanan juga mempunyai code of ethics seperti mana yang saya sebutkan tadi? Begitu juga dengan Institut Teknologi Makanan Malaysia. Majlis dan juga Institut Teknologi Makanan Malaysia boleh menjalankan pemeriksaan terhadap juruanalisis makanan yang didaftarkan tersebut. Apakah sebenarnya peranan yang ada kepada Institut Teknologi Makanan Malaysia itu? Apakah ia melebihi kuasa Menteri ataupun ia berada di atas daripada kuasa Majlis. Ini kerana di dalam ahli Majlis saya dapati tiga orang daripada anggota Majlis adalah terdiri daripada mereka yang mesti berada di dalam Institut Teknologi Makanan Malaysia. Maknanya kalau kuorum yang dikatakan tujuh orang, maknanya tiga orang dipenuhi oleh mereka daripada Institut Teknologi Makanan Malaysia. Maknanya mereka boleh menguasai dalam mesyuarat di Majlis tersebut. Tuan Yang di-Pertua, ada perkara-perkara yang lain yang saya rasa perlu diberikan perhatian terhadap rang undang-undang ini berhubung dengan pengalaman mereka yang hendak didaftarkan. Kita dapati mereka yang telah bekerja mempunyai Ijazah Teknologi Makanan dan yang setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman dua tahun boleh didaftarkan. Saya rasa ini merupakan satu perkara yang agak janggal kerana untuk kita mempunyai pengalaman bekerja, dia mesti mempunyai pendaftaran terlebih dahulu. Jadi, sekiranya dia hendak mendaftar, dia perlu mempunyai pengalaman. Maknanya ia seperti chicken and egg lah. Mana satu dia hendak ada dahulu; pengalaman atau hendak bekerja dahulu. Kalau hendak bekerja, dia mesti berdaftar. Hendak berdaftar, dia perlu ada pengalaman. Jadi, maknanya perkara ini perlu diberikan penelitian oleh pihak kementerian. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai ijazah sains yang lain. Dia perlu mempunyai empat tahun pengalaman. Yang sains makanan tadi dua tahun. Yang ini empat tahun. Bayangkan jika sekiranya mereka hendak mendaftar, mereka perlu bekerja dahulu. Jika mereka hendak bekerja, kalau tidak berdaftar, mereka akan dikenakan tindakan oleh Majlis ini. Jadi, saya harap perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian berhubung dengan kelulusan dan juga pengalaman. Begitu juga mereka yang mempunyai kelulusan dari luar negara. Apakah mereka juga tertakluk pada pengalaman dua tahun atau empat tahun tadi ini? Misalnya di dalam bidang perubatan, kita ada schedule universiti, unschedule university. Kalau ‘unscheduled’ mereka dikehendaki menjalankan peperiksaan sebagaimana pelajar-pelajar kita menjalankan peperiksaan untuk mereka diiktiraf oleh MMC iaitu Malaysian Medical Council. Begitu juga dengan ahli-ahli keanggotaan Majlis ini. Saya ingin bertanya apakah mereka ini boleh setiap pusingan habis mereka menjadi ahli, mereka boleh dipilih melalui undi ataupun hanya dipilih oleh kuasa yang ada pada pihak Menteri ataupun kementerian? Ini kerana dalam MMC kita ada pemilihan melalui undi. Ada calon-calon yang bertanding, bagaimana seperti di Sarawak sekaranglah. Kita memilih ahli-ahli yang menjadi ahli MMC akan memilih mereka yang berhak untuk menjadi calon yang akan dicalonkan di dalam anggota Majlis ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya rasa hendak sentuh dalam perbahasan ini adalah tentang tatatertib Majlis, Bahagian ‘D’ itu, “Pada masa pendaftaran, didapati dia tidak layak mendaftar”. Saya rasa memang sukarlah untuk kita memahami ayat ini. Dia sudah tidak layak untuk didaftarkan tetapi bagaimana dia boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli juruanalisis makanan?

Apabila diketahui bahawasanya dia tidak layak didaftarkan tetapi didaftarkan, dia dikenakan tindakan. Sepatutnya orang yang meluluskan untuk menjadi ahli itulah yang dipanggil dan disiasat dan dikenakan tindakan kerana meluluskannya untuk menjadi juruanalisis makanan padahal dia tidak layak untuk didaftarkan. Kemudian, sama seperti Yang Berhormat Batu Gajah tadi itu tentang penggantungan. Kita perlu, mesti ada time frame jika sekiranya hendak menyiasat dia ini, perlu ada time frame, berapa lama sepatutnya siasatan itu dijalankan, diselesaikan. Apakah jika sekiranya masa yang lama diambil untuk siasatan, apakah ia boleh menuntut pampasan ataupun tuntutan selain daripada tuntutannya di mahkamah disebabkan oleh dia tidak dapat menjalankan tugas pada masa tersebut? Kemudian, dalam Jawatankuasa Kajian Semula Perubatan. Disebutkan di dalam Jawatankuasa Kajian Semula Perubatan tersebut, ada dua orang pengamal perubatan. Jadi, saya ingin tahulah pengamal perubatan ini, sesiapa yang menjadi pengamal perubatan yang boleh masuk dalam Jawatankuasa Kajian Semula Perubatan ini ataupun hanya mereka yang bertugas di kementerian? Apakah kepakaran yang perlu ada kepada pengamal perubatan tersebut? Maknanya mereka yang pengamal perubatan ini mesti mereka yang mempunyai bidang pemakanan, nutritionist ataupun dietician ataupun tidak kisahlah apa-apa pun tetapi berhubung kait dengan kajian makanan. Seterusnya pada hukuman yang saya rasa Bahagian VI - daftar secara fraud. Agak pelik juga di sini, mereka yang mendaftar secara fraud, ia punya denda RM100,000 dan lima tahun penjara. Akan tetapi, mereka yang tidak mendaftar, fasal 34 itu, denda RM20,000, dua tahun penjara jika sekiranya mereka menipu. Maknanya, kalau sekiranya tidak mendaftar, menipu, dendanya lebih rendah daripada langsung dia tidak mendaftar. Kalau tidak daftar, dia boleh buat apa sahaja. Akan tetapi ini yang tidak daftar tetapi menipu. Maknanya kalau tidak daftar, menipu, dendanya lebih rendah daripada hukuman yang dikenakan pada mereka yang langsung tidak mendaftar. Jadi, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit sebanyak apa yang saya hendak bahaskan dalam rang undang- undang ini. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Tenggara.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan berkaitan dengan Rang Undang- undang Juruanalisis Makanan 2010 ini. Pertama ialah saya ingin menyentuh berhubung dengan penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian III berhubung dengan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia iaitu fasal 4 penubuhan Majlis.

Kita tahu pentingnya Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia ini ditubuhkan bagi mengadakan peruntukan untuk pendaftaran orang yang akan menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan dan juga mengawal selia amalan-amalan juruanalisis di negara ini. Saya ingin menyentuh Bahagian V rang undang-undang ini iaitu berhubung dengan analisis makanan, iaitu fasal 31(1) yang menyentuh tentang tanggungjawab juruanalisis makanan untuk mengeluarkan ataupun memperakukan secara bertulis tentang analisis makanan bagi menentukan komposisi ataupun spesifikasi bahan ataupun produk yang dimakan atau yang akan digunakan oleh orang awam. Dalam rang undang-undang ini tidak dinyatakan secara terperinci berhubung dengan skop tugas, tanggungjawab juruanalisis makanan.

Rang undang-undang ini hanya sekadar menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab kepada Juruanalisis Makanan untuk mereka mematuhi garis-garis panduan yang telah pun ditetapkan oleh Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam fasal 22(1) dan juga fasal 22(2). Soalan saya, apakah sebenarnya yang bersabit dengan fasal yang telah saya nyatakan tadi, yang dimaksudkan dengan tanggungjawab di dalam skop kerja dan juga tanggungjawab terhadap keselamatan pemakanan kepada orang awam? Seterusnya saya juga ingin menyentuh satu perkara yang mana kita telah dimaklumkan baru-baru ini oleh Yang Berhormat Menteri yang menjaga hal ehwal agama bahawa cadangan JAKIM yang bercadang untuk menubuhkan Makmal Analisis Institut Halal Malaysia yang akan dikendalikan oleh JAKIM sendiri, dan kita juga dimaklumkan bahawa makmal ini adalah merupakan satu-satunya makmal seumpamanya di dunia yang diyakini akan meningkatkan lagi jaminan halal bahan yang diuji termasuklah makanan, produk, makanan lain-lain produk dan juga peralatan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, sejauh mana agaknya Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan ini dapat memberikan impak kepada usaha untuk memberikan jaminan halal itu bagi makanan ataupun produk-produk makanan yang dihasilkan di negara ataupun yang akan diimport masuk ke dalam negara? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh bahagian...

Minta izin, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat.

Jemput Yang Berhormat Lipis.

Ini berkaitan dengan tugas dan takrifan tadi. Saya juga ingin bertanya adakah makanan-makanan tambahan yang sekarang banyak dikeluarkan oleh berbagai-bagai pengeluar ataupun syarikat dan sebagainya, ada di dalam bentuk kapsul, pil dan ada juga di dalam bentuk minuman dan sebagainya seperti yang dikatakan tadi. Adakah ini termasuk di dalam takrifan makanan dan boleh diberikan tugas kepada juruanalisis makanan untuk menganalisis content yang ada di dalam sesuatu makanan tambahan sama ada ia diimport ataupun dikeluarkan oleh syarikat pengeluar di dalam negara sendiri? Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis ini juga berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi. Beliau juga mempersoalkan tentang kualiti makanan tambahan – biasanya ubat-ubat kuat untuk orang lelakilah. Saya perhatikan merata-rata di tepi kaki jalan.

Manjakani.

Pameran menyatakan ubat yang paling sihat, kuat dan sebagainya. Adakah ubat ini benar-benar memberikan dan menjamin kesihatan yang baik yang kononnya kepada lelaki, kerana apabila membicarakan soal ubat, ia bukan sahaja memberikan kesan kepada pengguna ubat tersebut sahaja, tetapi juga yang paling penting ia memberikan kesan sama ada sihat atau tidak sihat kepada keluarga itu. Jadi saya bersetuju dengan...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, boleh?

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Minta sambung sedikit, boleh?

Yang Berhormat Lipis tadi dan bukan sahaja terhadap makanan-makanan tambahan (supplementary food) yang ada dengan izin, termasuk juga seperti Yang Berhormat Pendang bangkitkan tadi, makanan- makanan yang dijual di sekolah-sekolah, jajan dan sebagainya yang kita tahu sebenarnya tidak memberikan pulangan dari segi kualiti kesihatan yang baik kepada anak-anak tetapi berleluasa dijual secara terbuka di depan mata kita tanpa apa-apa dilakukan oleh pihak kerajaan di dalam menentukan bahawa makanan yang dimakan oleh anak-anak ini adalah makanan yang selamat yang akan menjadi pembentuk kepada diri dan juga pemikiran mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Kota Belud ataupun Yang Berhormat Bukit Katil?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang handsome lah.

Saya suka Yang Berhormat Bukit Katil... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dia sukalah tengok, sila Yang Berhormat Bukit Katil.

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya ingat Yang Berhormat Tenggara antara yang mengedarkan makanan untuk lelaki, bukan?... [Ketawa] Saya hendak meminta pandangan Yang Berhormat Tenggara mengenai makanan segera yang banyak dijual oleh syarikat-syarikat besar seperti McDonald, Kentucky Fried Chicken dan sebagainya. Adakah ini juga termasuk di dalam tugas juruanalisis makanan ini? Oleh sebab ini syarikat-syarikat yang besar, mungkin dipengaruhi oleh iklan-iklan yang hebat dan anak-anak kita pun suka makan makanan ini. Jadi ini mungkin menjadi satu cabaran kepada penganalisis makanan ini. Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh sekali?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tenggara. Tadi Yang Berhormat Tenggara ada menyebut tentang makanan di sekolah. Saya ingin meminta pandangan daripada Yang Berhormat dan kalau boleh jika tidak dapat dijawab, mungkin boleh dimasukkan di dalam ucapan Yang Berhormat. Ini berkenaan dengan tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk memastikan makanan di sekolah terutamanya di dalam Program Rancangan Makanan Tambahan yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran, saya mendapati setiap tahun audit daripada Kementerian Pelajaran mengatakan bahawa tahap nutritional value, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam makanan yang telah dibuat di sekolah-sekolah untuk disediakan kepada anak-anak kita ini tidak menepati sasarannya. Saya meminta pandangan Yang Berhormat, apakah ini tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk memastikan pula juruanalisis makanan yang ada di dalam Kementerian Kesihatan ini yang sepatutnya menganalisis nutritional value Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah ini, yang buat masa ini agak gagal kerana di luar-luar bandar makanan yang diberikan jauh lebih rendah nutritional value level nya daripada apa yang diminta oleh Kementerian Pelajaran. Saya minta Yang Berhormat berikan ulasan dan jika Yang Berhormat tidak mendapat jawapan, mungkin dimasukkan di dalam ucapan Yang Berhormat untuk diserahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kota Belud tadi dan saya minta dimasukkan menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

Ini kerana apabila kita membicarakan soal keselamatan makanan ini Tuan Yang di-Pertua, ia bukan sahaja merangkumi makanan-makanan yang mahu dijual oleh sesebuah syarikat atau untuk dijadikan produk, tetapi juga termasuklah penyataan makanan supplementary food, makanan kesihatan, makanan yang dijual di sekolah, makanan yang disediakan di sekolah dan termasuk juga makanan-makanan segera seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi. Saya juga mengharapkan Tuan Yang di-Pertua, dapatan-dapatan daripada analisa yang dijalankan oleh juruanalisis makanan ini terhadap cadangan-cadangan makanan yang dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi akan dapat dijadikan maklumat umum kepada rakyat supaya rakyat tahu dan supaya peranan yang dilaksanakan oleh Juruanalisis Makanan ini bukan sahaja sebagai menganalisis tentang nutritional value yang sepatutnya ada, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, terhadap sesuatu produk makanan ataupun yang berkaitan dengannya, tetapi juga untuk menjadikan itu sebagai sumber punca maklumat agar dapat memberikan satu maklumat kepada rakyat tentang pentingnya mereka mengambil berat tentang fakta-fakta pemakanan yang perlu mereka tahu terhadap apa juga dapatan yang didapati oleh juruanalisis makanan ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Bahagian V – Analisis Makanan, khususnya bagi fasal 31(2) iaitu individu tanpa tauliah yang didapati mengeluarkan analisis makanan bagi produk makanan untuk jualan umum boleh didenda RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Saya hendak bertanya dengan kerajaan, adakah di dalam cadangan rang undang-undang ini kerajaan bercadang mungkin agar nama dan nombor pendaftaran keahlian juruanalisis makanan ini dinyatakan pada setiap produk makanan yang telah dianalisis oleh juruanalisis makanan tersebut kepada umum?

Tujuannya ialah untuk memastikan setiap produk makanan yang telah dianalisakan oleh Juruanalisis Makanan ini akan terjamin mutunya dan selamat kepada orang awam. Juruanalisis Makanan ini juga perlu dipertanggungjawabkan terhadap keselamatan makanan yang telah pun dianalyze oleh mereka terhadap mutu sesuatu pemakanan itu...

Pohon Yang Berhormat Tenggara.

Ya, Jemput Yang Berhormat Lipis.

Jadi untuk kita menganalisis makanan dan sebagainya bagi syarikat-syarikat yang besar mungkin mereka boleh mengambil pekerja ataupun melantik sebagai juruanalisis dan sebagainya. Kadang-kadang ada makanan yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang kecil atau mereka yang duduk di kampung dan sebagainya contohnya membuat kerepek secara kecil-kecilan dan sebagainya. Bagaimana mereka hendak hire ataupun mengambil perkhidmatan Juruanalisis Makanan? Jadi rasa saya kita juga kena memikirkan kepentingan dalam kita memohon untuk menganalisis sumber makanan yang ada melihat contentnya dan sebagainya. Kita juga kena memikirkan bagaimana peniaga-peniaga kecil yang mungkin akan ada kekangan bagi mereka untuk mendapatkan seorang Juruanalisis Makanan. Apa pandangan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya masukkan itu sekali dalam ucapan saya untuk Yang Berhormat Menteri jawab. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan berkenaan dengan fasal 36(1) dan fasal 36(2) yang mana diperuntukkan bagi memastikan perbadanan, syarikat, pemilik perniagaan dan sebagainya seperti yang dijelaskan yang melakukan kesalahan mengeluarkan laporan analisis makanan kepada produk yang

dihasilkan supaya menerima hukuman yang lebih berat berbanding dengan kesalahan yang dilakukan oleh individu-individu. Ini kerana kesan pengedaran produk yang lebih meluas ini akan mendatangkan kesan yang impact yang lebih besar kepada keselamatan pengguna iaitu orang awam. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada empat isu yang ingin saya bangkitkan di dalam Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan ini. Pertamanya berkaitan isu makanan yang tercemar. Kadang-kadang kita dapati sebahagian daripada makanan itu telah pun tarikh lupusnya telah tamat ataupun dengan izin, expired date yang telah melepasi tarikh yang telah ditetapkan. Cuma mungkin saya tidak tahu bagaimana prosedur untuk menetapkan tarikh lupus ini. Adakah tarikh lupus ini ditetapkan satu piawaian khusus untuk sejenis makanan yang diberi autoriti kepada pengilang-pengilang ataupun syarikat yang memproses makanan untuk meletakkan tarikh lupusnya dengan sesuka hati. Kadang-kadang kita rasa kita melihat tarikh lupus itu melampaui sampai tiga tahun, empat tahun dan lima tahun barulah tarikh lupus itu berkuat kuasa. Jadi saya ingin tahu tentang bagaimana proses untuk meletakkan tarikh lupus itu di dalam industri makanan khususnya. Kadang-kadang kita dapati packaging yang kemik, yang bocor, yang berkarat dan sebagainya akan tetapi tarikh expired itu belum sampai, tarikh luput itu belum sampai. Jadi apakah tindakan yg boleh diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan khususnya dalam makanan tersebut yang belum melampaui tarikh tersebut akan tetapi mengalami kecacatan. Dalam isu makanan yang tercemar ini juga ekoran daripada apa yang berlaku di negara Jepun dengan kebocoran nuklear tenaga nuklearnya, kita dapati rakyat Jepun mengalami satu suasana panik apabila kerajaan mengisytiharkan bahawa airnya telah tercemar dengan radiasi nuklear. Namun, rang undang-undang ini nampaknya tidak merangkumi perkara berkaitan dengan radiasi nuklear ini. Jadi adakah pihak kementerian mengambil kira selepas ini tentang kesan keracunan nuklear pada makanan sama ada makanan yang diimport daripada negara Jepun. Ini kerana kalau kita dapati di dalam berita-berita kebanyakan negara telah pun menguatkuasakan undang-undang iaitu dengan meningkatkan ketelitian tentang pencemaran nuklear kepada makanan yang diimport daripada negara Jepun. Jadi bagaimana dasar Kerajaan Malaysia dalam menghadapi isu makanan ataupun mungkin kita ada import makanan daripada negara Jepun. Begitu juga saya ingin membicarakan berkaitan dengan industri-industri makanan by-product ini yang memproses seperti kicap, sos dan sebagainya yang kita dapati kilangnya begitu kotor dan jijik yang - tetapi hasil yang di pakej yang dihantar ke pengilang-pengilang, ke peruncit-peruncit dan juga pemborong nampak cantik tetapi proses ketika membuat makanan tersebut kita dapati kilang itu cukup kotor dan menjijikkan. Jadi, ini di antara beberapa perkara yang perlu kita teliti. Selain daripada itu juga soal makanan yang tercemar ini ada beberapa makanan yang sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Malaysia seperti monosodium glutamine ataupun dalam bahasa orang kampung dia lebih faham dengan jenamanya Ajinamoto ini. Walaupun dia jenama. Akan tetapi dia adalah satu bahan perasa yang kalau digunakan secara berlebihan akan memberikan kesan jangka panjang kepada diri manusia.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Adakah pihak kerajaan ingin menyekat ataupun penggunaan monosodium glutamine ini di dalam makanan-makanan segera khususnya macam mi segera dan yang segera-segeralah yang dimasak secara segera ini. Saya dapati kandungan monosodium glutamine ini begitu tinggi sekali sehingga kadang-kadang menyebabkan kalau orang itu dia selalu makan kepalanya akan botak... [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Seperti..., saya tidak mahu menyebut mana- mana pihaklah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi dia kena, sudah. Namun, zaman muda- muda, zaman universiti dulu memang kuat makan mi segera ini.

Bukan sahaja botak, berkilat... [Ketawa]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Berkilat. Begitu juga dengan – saya difahamkan satu masa dahulu kerajaan ada mengharamkan kas-kas. Apa nama saintifik kas-kas ini? Sejenis tumbuhan yang kebanyakannya bubuh di dalam nasi kandar menyebabkan kita ketagih. Jadi, adakah kas-kas ini sejenis tumbuhan yang dikatakan mirip kepada unsur-unsur dadah yang menjadi penyedap kepada makanan. Adakah pihak kerajaan bersedia untuk mengkaji semula bahan-bahan kimia tersebut supaya makanan kita lebih selamat. Jadi dalam isu makanan yang tercemar ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa bagaimanakah proses pendidikan pada masyarakat khususnya. Saya ingin memuji dalam isu sabun tangan nampak kempen yang digunakan oleh pihak kementerian dalam media nampak berkesan. Sehinggalah anak-anak kecil dia lebih peka dengan unsur tersebut. Akan tetapi dengan makanan-makanan yang tercemar, yang expired date, dengan izin, ini belum ada kempen yang secara bersungguh-sungguh. Mungkin dimasukkan dalam kategori makanan yang segar, akan tetapi mengatasi makanan yang tercemar ini perlu memberikan pendidikan. Apakah proses pendidikan yang dirancang oleh pihak kementerian, khususnya. Perkara yang kedua adalah berkaitan dengan soal melahirkan Juruanalisis Makanan ini. Saya tidak – mungkin saya ketinggalan maklumat kerana semasa saya di universiti ada Fakulti Sains Makanan di UPM. Mungkin satu-satunya fakulti, mungkin di universiti. Bermakna apa yang saya ingin saya bangkitkan ini soal kita ingin mendaftar Juruanalisis Makanan yang mempunyai professionalism di dalam bidang tersebut. Kadang-kadang kita tidak mempunyai pendidikan, tidak menampung dengan proses pendidikan. Jadi kita ambil sahaja daripada fakulti kimia ataupun bidang kedoktoran untuk berada di dalam program Juruanalisis Makanan ini.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi, yang saya ingin mendapat maklumat daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana pendidikan dalam Juruanalisis Makanan ataupun ijazah dalam bidang Sains Pemakanan ini diperbanyakkan supaya kita boleh menampung keperluan untuk melahirkan sejumlah Juruanalisis Makanan yang lebih profesional khususnya dalam negara kita. Ketiganya, berkaitan dengan soal import makanan. Kita dapati di pintu-pintu sempadan kita banyak mengimport makanan pertanian. Sumber makanan sama ada sayuran ataupun ikan dan sebagainya. Kita dapati di bawah Kementerian Pertanian ada fungsi kuarantin makanan untuk melihat tahap keracunan makanan dan juga mengawal penyakit supaya tidak merebak ke negara Malaysia. Akan tetapi tentang kandungan-kandungan kimia yang dalam makanan tersebut, adakah benda ini diberi tanggungjawab kepada pihak Kementerian Pertanian ataupun ini adalah tanggungjawab untuk Kementerian Kesihatan untuk memastikan khususnya ikan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Kadang-kadang ikan yang ada di pasaran ini ketika kita beli di pasar itu nampak segar. Akan tetapi sampai sahaja di rumah dan bila kita masak, rasanya masya-Allah. Jadi, inilah di antara perkara-perkara yang ingin dibangkitkan di bawah import makanan. Isu saya yang terakhir ialah berkaitan dengan soal halal. Saya dapati dalam ucapan Yang Berhormat Menteri di awal sebentar tadi ketika membentangkan rang undang-undang ini nampak memasukkan unsur-unsur kehalalan itu. Akan tetapi apabila saya teliti rang undang-undang ini, nampak tidak ada satu perenggan atau klausa pun yang membicarakan tentang bagaimana Juruanalisis Makanan ini memastikan bahawa makanan itu halal. Ini kerana kehalalan ini ia berbeza dengan kebersihan. Ia sangat berbeza. Mungkin yang dititik beratkan soal kebersihan tetapi belum tentu halal, mungkin nampak bersih. Apa yang kita halal ini ialah kerana beberapa makanan itu ia terlibat di dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak. Jadi, di manakah kaitannya antara juruanalisis yang ingin memastikan? Kalau kebersihan, saya setuju. Akan tetapi kehalalan itu memerlukan kepakaran dalam bidang yang lain. Jadi, sejauh mana hubung kait antara rang undang-undang ini dengan Halal Hab yang ingin diketengahkan. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, sekadar itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sepanggar.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyertai untuk Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan ini. Apa pun undang-undang yang kita sedia ada dan yang akan mengadakan undang-undang ini, tentu sekali ini mengakibatkan penguatkuasaan di mana kita sering kali hadapi mengenai kekangan penguatkuasaannya. Terdapat di mana keanggotaan itu memang telah sedia. Akan tetapi penguatkuasaan inilah yang selalunya memberi kita satu kekangan yang teruk sekali. Contohnya, adakah kerajaan selepas menubuhkan dan mengadakan penubuhan majlis ini sama ada kita akan menubuhkan makmal-makmal di setiap negeri-negeri untuk menganalisis kandungan makanan yang kita makan setiap hari ini? Ini perlu Tuan Yang di- Pertua. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oleh sebab tanpa makmal-makmal, bagaimana kita dapat memastikan kandungan-kandungan zat ataupun kandungan-kandungan kimia di dalam makanan- makanan. Pada luarannya kita lihat, apabila setiap makanan kita dapat lihat kandungannya telah tercatat. Akan tetapi siapa yang akan memastikan kandungan itu betul-betul sepertimana yang telah tercatat dalam leaflet, dengan izin. Adakah majlis ini akan memastikan kandungan ini dapat diberi 100 peratus kepastiannya? Maka, tentu sekali tanpa makmal yang akan membuatkan penganalisaan ini, itu sukar dapat kita lihat. Contohnya, mengenai residue di dalam makanan. Residue kimia dan keracunan makanan juga sayur-sayuran yang kita dapati banyak residue racun serangga dan juga racun herba. Akan tetapi siapa yang akan menentukan tahap keselamatan? Adakah majlis ini akan menentukan tahap keselamatan dan balik juga kepada penguatkuasaan ini. Tuan Yang di-Pertua, memang rang undang-undang ini kita perlu untuk diadakan dan kita perlu supaya ini betul-betul dapat memastikan bahawa apa jua yang kita syorkan ini dapat dan betul-betul berkesan kepada setiap consumer, dengan izin. Setiap orang yang menggunakan makanan ini. So, sekali lagi ini haruslah kita ambil berat supaya keselamatan makanan itu betul-betul terjamin. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sokong Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 ini kerana seperti yang telah diterangkan oleh pihak kementerian, ini untuk memantapkan sistem keselamatan dan kualiti makanan di dalam negara ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian bahawa mengadakan undang-undang ini tidak akan secara automatiknya kita akan mencapai tujuan yang murni ini. Ini kerana pelaksanaan adalah lebih penting. Pada sekarang kita pun ada beberapa rang undang-undang untuk menjamin keselamatan dan kualiti makanan seperti Food Regulation 1985 dan Food Act 1983, kita ada. Akan tetapi seperti yang dikatakan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi, ada banyak kerisauan kerana ada banyak makanan yang dijual di pasaran masih kita meragukan keselamatannya. Umpamanya, banyak kali food poisoning telah berlaku di kantin sekolah. Mengapakah ini boleh berlaku walaupun kita ada undang-undang untuk memastikan bahawa makanan yang telah rosak tidak boleh dijual di pasaran? Seafood kita yang pernah - frozen seafood Malaysia diluluskan oleh ‘WRAP’ dan mereka telah diperiksa juga dikatakan selamat untuk dieksport. Akan tetapi apabila sampai Eropah, the European Union, mereka kata ini tidak sampai standard mereka dan telah dihalang untuk pengimportan ataupun kita eksport frozen seafood kita ke Eropah selama enam bulan atau sehingga satu tahun. Mengapakah ini boleh terjadi? Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa masalahnya ialah bukan di makmal tetapi masalah bagaimana sampling itu diambil. Kita import makanan dan bagaimanakah sampling itu diambil? Saya difahamkan kadang-kadang, sampling itu bukan diambil secara random oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab tetapi ia disediakan oleh pihak yang menyediakan makanan itu. Tentulah ini ada arrangement lah, berkemungkinan besar pegawai itu mendapat faedah dengan membuat demikian. Sebentar tadi...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Mohon penjelasan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi apabila diperiksa, semuanya bagus, semunya baik tetapi sebenarnya mungkin tidak begitu.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Bukit Mertajam, penjelasan sedikit.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, saya minat dengan apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ini kerana baru-baru ini saya difahamkan SPRM telah pun menyerbu Jabatan Kastam ekoran daripada sistem di pelabuhan khususnya, sampel beginilah. Saya difahamkan kadang-kadang pegawai yang berkenaan hanya mengambil random sample untuk dibuktikan barangan itu adalah barang import. Akan tetapi hakikatnya, yang sebenarnya tidak ada satu penelitian yang lebih terperinci. Jadi, kita bimbang kalaulah amalan random sample ini dikuatkuasakan juga dalam bidang makanan, tidak mustahil gejala rasuah juga akan berlaku. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Bukit Mertajam?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu sudah berlaku. Apa yang berlaku itu menunjukkan apa yang kita khuatir itu sudah berlaku dan memang ia berlaku, sekiranya kita tidak memantapkan sistem penguatkuasaan. Kita ada banyak undang-undang pun tidak guna. Sebenarnya lebih banyak undang-undang akan membanyakkan lagi peluang untuk mendapat rasuah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini kerana kita lihatlah seperti seafood, seperti ikan ataupun kita import ikan, kita import udang, selalunya kita kata mungkin ia ada formalin. Kalau kita hendak import ikan ataupun udang ke Singapura, pengusaha-pengusaha sangat cemas, they are very careful. Mereka menghantar produk mereka, sampel mereka ke lab, ke makmal untuk uji dahulu. Kalau tidak ada formalin, barulah eksport ke Singapura. Akan tetapi sekiranya ada formalin, apa hendak buat? Juallah kepada kita dan kita makan kerana sistem kita tidak berkesan seperti Singapura. Kalau daging khinzir yang hendak jual ke Singapura, ia pun mesti pastikan tidak ada beta-agonist. Akan tetapi kalau ada, dia jual di tempatan dan saya yang makan, Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw pun makan...

Laluan, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi, ini yang akan mengakibatkan – ini menunjukkan bahawa kita tidak begitu berkesan.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya mengambil peluang ini kerana takut tidak diberi kesempatan untuk bercakap. Saya ingin bertanya dengan penjelasan. Saya melihat kita ada banyak akta, Akta Makanan 1993, Peraturan-peraturan Makanan 1995. Kedua-dua ini di bawah Kementerian Kesihatan. Akta Makanan Haiwan, Akta perlindungan Pengguna. Akan tetapi kita tidak ada satu akta yang komprehensif untuk melindungi pengguna dari semua segi. Misalnya, kalau kita hendak beli produk daripada Amerika, dia ada Food and Drugs Agency (FDA). Jadi, bila ada materi daripada FDA, maka kita tahu bahawa makanan itu telah diluluskan. Jadi, saya melihat akta ini lebih menjurus kepada pengawalan juruanalisis sahaja. Kita berbincang mengenai pelindungan tetapi sekiranya tidak ada satu akta yang komprehensif ini maka pelaksanaannya juga akan comes to zero juga, dengan izin.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat. Inilah yang kita risaukan. Walaupun kita ada undang-undang tetapi kita masih tidak dapat makanan yang selamat di dalam pasaran. Umpamanya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang sudah banyak tahun mengatakan bahawa ada terdapat antibiotik di dalam daging-daging seperti daging ayam dan juga daging-daging yang lain. Akan tetapi, kita tidak nampak sama ada pihak yang bertanggungjawab sudah mengambil tindakan untuk memastikan bahawa daging-daging ini adalah selamat, free dan bebas daripada antibiotik. Ini kerana sekiranya kita makan antibiotik pun, dia akan dapat kesan. Antibiotik adalah satu dan juga hormon- hormon, akan datangkan kesan kepada consumer. Untuk keselamatan consumer, kita ada undang-undang. Akan tetapi, undang-undang tidak dikuatkuasakan secara berkesan. Dalam sayur-sayuran juga selalunya dikatakan bahawa ia mengandungi residue racun serangga atau lain-lain. Apabila mereka hendak eksport ke Singapura, juga mereka memastikan ia tidak ada mengandungi residue racun. Akan tetapi apabila ia dijual di tempatan, kita tidak tahu. Kita banyak import buah-buahan seperti durian Thailand, ada kata bahawa ia juga ada residue racun, kita tidak tahu. Buah-buahan longan atau mata kucing sangat sedap, semua orang suka makan tetapi sama ada ia selamat. Kita mungkin makan tidak terus mati, bukan terus mati tetapi lama-kelamaan mungkin ia akan menyebabkan kanser, menyebabkan penyakit yang lain. Itulah kanser menjadi begitu common sekarang. Satu puncanya ialah di dalam makanan kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya supaya kementerian boleh beritahu kita bagaimana...

Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dia dapat...

Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya pun suka dengar Yang Berhormat begitu prihatin sekali tentang makanan dan pemakanan ini.

Yang Berhormat, tentang racun-racun, toksik dan bahan-bahan yang residual ini, ada di dalam makanan kita. Yang Berhormat boleh tidak bersetuju dengan saya, jika ada lagi satu tangan yang memberikan pendidikan, umpamanya kepada kumpulan masyarakat kita, sistem masyarakat kita tentang umpamanya, makanan-makanan orang Melaka panggil jajan – Yang Berhormat tahu, di Bukit Mertajam ada panggil “jajan”. “Jajan” itu Mamee, dalam plastik semua, kanak-kanak sangat suka makan. Ada usahalah untuk beritahu kanak-kanak jangan makan barang-barang makanan ini kerana akan menggalakkan elemen pelupa dalam dirinya, dia lupa, forgetful nanti. Akan tetapi, ia tidak begitu serius dan tidak dapat keyakinan daripada ibu bapa, penjaga dan sebagainya. Jadi, boleh atau tidak di dalam akta ini kita minta ada satu lagi badan sama ada ia diberi tanggungjawab kepada NGO ataupun badan sukarela untuk menjadi penasihat kepada kumpulan keluarga ini supaya tidak terlibat dalam perkara ini termasuk pengeluar- pengeluar makanan ini, yang meletakkan keuntungan di atas kesihatan pengguna- pengguna. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya memang setuju dengan Yang Berhormat. Saya rasa kerajaan memainkan peranan yang penting khasnya Kementerian Kesihatan. Ini kerana Kementerian Kesihatan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan cara kehidupan yang sihat. Ada kita lihat di dalam TV, ia ada bagaimana hendak mengadakan satu cara hidup yang sihat. Akan tetapi di dalam kantin-kantin sekolah dijual makanan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Makanan-makanan kosong, makanan-makanan yang sangat manis, yang saya hendak minta – saya tidak kiralah sama ada ini tanggungjawab Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Kesihatan supaya halangkan makanan kosong dijual di kantin sekolah. Inilah cara kita mengamalkan dan bukan hanya advertisement sahaja, iklan di dalam TV. Itu membazir. Jadi, saya hendak cadangkan supaya kantin-kantin sekolah dilarang untuk menjual makanan-makanan kosong dan juga minuman-minuman kosong, carbonated drinks. Ini kerana carbonated drinks ini seperti CocaCola atau Sarsi, ia menyebabkan kanak-kanak ini tertarik kepada minuman manis.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itulah sebabnya begitu ramai warga Malaysia dihidapi oleh penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini kerana kita tidak jaga anak-anak kita. Kita membiarkan kantin menjual hanya minuman manis, air campur gula sahaja. Mengapa tidak memberikan air kosong sahaja? Kalau begitu, yang bekalkan pihak sekolah membekalkan water cooler supaya mereka minum air kosong yang lebih sihat. Untuk pendidikan Yang Berhormat Tangga Batu, saya rasa sudah ada satu suruhanjaya yang boleh memberikan peruntukan kepada NGO-NGO untuk menjalankan pendidikan seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian macam mana dengan undang-undang ini kita boleh memastikan bahawa keselamatan dan kualiti makanan kita di dalam pasaran adalah terjamin kerana kita tidak pernah ada dengar ataupun seldom kita dengar ada makanan yang telah diperiksa dan didapati tidak tetap kepada kualiti atau keselamatan. Saya hendak tanya macam mana umpamanya - sayur- sayuran yang dijual di market di pasaran diperiksa untuk racun serangganya? Daging ayam yang dijual di pasaran, bagaimana dia diperiksa residue antibiotiknya ataupun hormonnya? Juga ikan-ikan yang diimport itu bagaimana dia diperiksa? Saya rasa apa yang berlaku di kastam sekarang merisaukan kita semua. Jikalau beberapa orang pegawai yang telah ditangkap itu didapati dia membantu orang tidak membayar cukai sehingga RM1,000 bilion, ini adalah sangat merisaukan. Saya rasa ini semua...

Tuan Yang di-Pertua

RM1,000 juta.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

RM1,000 juta. Saya tidak tahu macam mana kalau makanan diimport, daging diimport macam mana mereka diperiksa. Jadi saya harap dapat penjelasan daripada kementerian. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas itu Yang Berhormat. Sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap atas di peringkat dasar ini saya memerhatikan pengenalan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 ini Tuan Yang di-Pertua sebagai satu isyarat negara kita ini menuju ke arah negara yang punya kesejahteraan ataupun kemajuan ataupun dalam bahasa yang lebih canggih lagi moving towards atau membudayakan hidup yang benar- benar sejahtera. Oleh sebab kita tidak lagi bercakap tentang basic survival, kita bercakap tentang quality of life Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Maka saya sebagai dasarnya saya cukup menyokong pengenalan rang undang-undang ini kerana itulah pada saya dalam konsepnya dan falsafahnya supaya negara ini dalam pacuannya ke arah negara maju 2020 ini kita akan dapat membudayakan satu kehidupan yang punya quality of life. Tidak hanya bercakap tentang angka-angka pertumbuhan, mendewakan angka-angka pertumbuhan seperti GDP, hari ini GNI per kapita kerana inilah pada akhirnya bukan kata Perancis, bukan hanya Kanada, bukan juga UK, Bhutan pun sebuah negara yang telah mengenalkan apa yang mereka sebut sebagai Bhutan, Gross National Happiness Index Tuan Yang di- Pertua. Ini bercakap atas dasar...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Beri laluan sedikit?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Baru hendak start.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya terpanggil dengan amateur survival ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh, boleh. Tidak apa, komenlah.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor, masa masih banyak, jangan susah. Saya terpanggil dengan penyertaan Yang Berhormat soal amateur survival. Malaysia ini walaupun kita ke arah moving forwards tetapi terdapat juga golongan masyarakat kita yang di luar bandar masih mengamalkan pemakanan tradisi dan sebagainya. Apa pendapat Yang Berhormat soal pemakanan orang-orang luar bandar yang masih lagi belum ke tahap seperti yang dimakan oleh orang seperti Yang Berhormat Kuala Selangor. Jadi di Sabah misalnya, di Sarawak misalnya masih mengamalkan makanan tradisi termasuk juga Tuan Yang di-Pertua saya rasa ada juga makanan tradisi yang perlu dikaji dan dipantau. Kita tengok makanan itu mempunyai khasiat-khasiat yang diperlukan oleh seorang manusia. Ini amateur of survival, alangkah baik kalau pihak kementerian juga melihat ini supaya dapat dipromosikan sebagai pemakanan negara kita yang saya rasa lebih berkhasiat daripada apa yang orang bandar makan. Minta pendapat dari Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Putatan. Topik itu kalau saya mahu masuk Tuan Yang di-Pertua takut jauh, nanti saya menyimpang tetapi saya boleh bagi respons begini sahajalah, meskipun pemakanan itu tradisional sifatnya tetapi tidak semestinya ia tidak mempunyai nutritional value yang baik. Jadi bukannya kecanggihan pemakanan itu tetapi pada akhirnya diukur dengan tahap nutritionnya. Jadi itu satu perkara yang boleh saya sebutkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Betul kalaupun di pendalaman mungkin kita nampak tradisinya makan ubi kayu dan sebagainya. Akan tetapi – saya kata beginilah, inilah dia masalahnya Tuan Yang di- Pertua dalam 1Malaysia ini. 1Malaysia ini kita punya jajaran yang terlalu jauhlah. Spektrum kita ini daripada satu perkampungan yang cukup tradisional dengan makanan yang cukup tradisi dengan orang bandar yang begitu sophisticated dengan pemakanannya yang – itu pun bahaya juga dengan segala yang segera itu di McDonald, way of life ini pun Tuan Yang di-Pertua ada baik buruknya juga. Akan tetapi...

Tuan Yang di-Pertua

Makanan di bandar Yang Berhormat dihasilkan daripada kampung.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Betul. Saya mahukan pandangan Yang Berhormat Putatan tadi masuklah dalam ucapan saya, senang sedikit saya boleh move forward Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi menyebutkan kalau dilihat dari sudut falsafahnya, rang undang-undang ini saya cukup sokong kerana pada akhirnya we are moving towards menghasilkan satu cara hidup yang bukan sahaja mampu membekalkan rakyat dengan pemakanan. Keduanya balances pemakanan tetapi pada tahap ketiganya itu ia punya segala- galanya yang diperlukan not to just survive but to thrive. Bukan sahaja untuk kemandirian untuk hidup survival tetapi untuk melahirkan sebuah negara bangsa punya rakyat yang mendapat pemakanan yang sudah pun dijamin, safety – keselamatan dan nilai nutritionnya Tuan Yang di-Pertua. Jikalau saya pergi jauh-jauh situ, nanti tidak kesampaian saya masuk topik ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Pandangan sedikit boleh?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Banyak lagi Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sudah 20 kali bangun hari ini tidak ada chances. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor rang undang-undang ini katanya ramai yang sokong yang bersetuju dengan kandungan dia.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Selangor kalau saya katakan begini. Rang undang-undang ini seolah-olah macam hendak tutup apa yang pernah berlaku sebelum pada hari ini. Banyak perkara yang berlaku dari segi contamination, keracunannya, tidak kepastian halal dia banyak perkara yang berlaku. Jadi seolah-olah kita hendak cari satu scapegoat. Selama ini kita tidak boleh menuding jari pada sesiapa, tidak tahu siapa hendak salahkan. Sekarang kita tubuh satu Akta Juruanalisis Makanan. At least kita boleh salahkan kepada Juruanalisis Makanan kalau ada masalah apa-apa.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Mungkin pada kali ini saya kurang bersetuju sikit dengan Yang Berhormat Indera Mahkota. Ini kerana saya bersifat positif punya – saya selalu menyatakan pandangan saya sebegitu. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua saya juga punya pandangan yang agak kritis tentang rang undang-undang meskipun ianya baik dari sudut matlamat. Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua pada akhirnya ia hanya membina dan mencipta satu lagi birokrasi. Ini kerana kalau ianya birokrasi tanpa ada effect keberkesanannya maka saya takut ia akan hanya membebankan taxpayers moneys, dengan izin. Jadi kita tidak mahulah pada akhirnya membengkakkan birokrasi kerajaan yang sudah pun segala-galanya hari ini ditentukan oleh suruhanjaya, majlis dan sebagainya. Jadi saya ambil pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota dari sudut positif seperti itu. Akan tetapi, yang hendak saya langsungkan perbahasan saya ini. Saya memerhatikan rang undang-undang ini pada matlamatnya adalah untuk menubuhkan Majlis dan Majlis punya fungsi yang sudah diterangkan dalam peruntukan-peruntukan yang dibuat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Fungsinya dalam seksyen 5, fungsi dan kuasa Majlis dan sebagainya. Pada analisis makanan itu saya memerhatikan maksudnya adalah pemeriksaan terperinci makanan yang termasuklah penilaian fizikal, mikrobiologi, kimia, biokimia, bioteknologi, toksikologi dan segalanya yang lain. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya cukup khuatir adalah yang lebih penting itu peranan Juruanalisis Makanan itu. Ini kerana Majlis ini dia mengawal susun atau dia mengawal selia, mengawal kelola practitioner itu. Yakni Juruanalisis Makanan itu. Nah...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh sikitkah semua?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tertarik juga ya?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tertarik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya terpanggil dan saya kiranya meminta Yang Berhormat pada saya bukan sahaja menganalisa aspek yang disebut Yang Berhormat tetapi kalau boleh penekanan juru analisa itu kepada pengetahuan dia halal, haram. Kalau boleh diberi penekanan. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Termasuk Tuan Yang di-Pertua dalam ucapan saya terus. Tidak payah saya huraikan.

Tuan Yang di-Pertua

Ini Yang Berhormat Kinabatangan yang selalu membengkakkan isu-isu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, saya tahu. Tidak mengapa. Kitakan ada musim-musim ada kita punya biological cycle kita, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila-sila teruskan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih... Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan sahaja bengkakkan isu-isu sampingan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akan tetapi, yang menariknya isu sampingan itu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tegaskan lalu dalam peruntukan rang undang-undang ini saya mahu mempertikaikan lebih fokus kepada peranan Juruanalisis Makanan itu. Saya perhatikan kalaulah Juruanalisis Makanan itu tidak diterangkan ataupun tidak bukan hanya diterangkan akan peranan mereka dalam fasal itu telah diterangkan apa peranan mereka dalam bahagian V - 31, 12 dan sebagainya. Akan tetapi, yang saya ingin tanya kementerian sejauh mana konsep keselamatan pemakanan itu di peruntukan sama ada dalam Akta Makanan atau yang sebagainya 1983 dan sebagainya. Yang mana juru analisis makanan ini punya peranan untuk memastikan keselamatan makanan itu. Dalam kata lain begini. Apakah di sana ada akta-aktanya seperti kalau kita lihat dalam FDA, Food and Drug Administration of United States. Mereka menentukan dari sudut-sudut itu sehinggakan rakyat mereka itu selamat. Bukan hanya dari perkara-perkara seperti microbiological contaminant, chemical residues, radioaktif dan sebagainya ataupun juga natural-natural mikro toksin. Mikro toksin seperti apple toxin dan sebagainya yang boleh sahaja mencemarkan bahan-bahan seperti peanuts dan kacang-kacang seperti itu. Pada perkara yang lebih bahaya seperti mutagenic dan carcinogenic bahan-bahan yang punya kesan-kesan seperti itu. Lalu yang saya sedang memikirkan dengan rakan saya tadi Yang Berhormat Kota Raja telah balik pun dia. Kami mahu memikirkan apabila rang undang-undang ini berkuat kuasa saya sebutkan tadi makanan menjadi selamat ketentuan bukan hanya nutrition nya tetapi keselamatannya. Kita dengar bagaimana melamin sebuah molekul organik yang punya molekul nitrogen yang dicemari dan sengaja dicemari oleh pihak-pihak yang cukup rakus kerana mementingkan bottom line profit mereka sahaja sehinggakan 300,000 bayi di negara China dan juga di mana-mana yang mengimport makanan yang milk based product itu Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akhirnya, mengalami kegagalan antara lainnya ginjal, kidney failures dan problem kerana molekul ini gagal dikesan dalam makanan yang bersifat milk based, dengan izin. Lalu kalau saya boleh pergi jauh sikit kerana sifat molekul ini dia nitrogen base dan equipments yang ada ataupun investigation yang ada hari ini tidak dapat membezakan nitrogen daripada protein dan asid amino dan nitrogen daripada organik molekul yang lain. Jadi mereka sengaja spike ataupun memasukkan melamin ini mengharapkan bahawa di sana akan dapat ditentukan protein contain nya tinggi. Ini kerana mereka hanya mengkaji dan monitor nitrogen daripada molekul itu dan bukannya dapat dibezakan sama ada nitrogen itu daripada protein amino asid ataupun nitrogen daripada organik molekul seperti melamin. Apa yang saya maksudkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh pergi hurai jauh sikit daripada itu. Akhirnya yang penting itu peranan Juruanalisis Makanan itu atau lebih penting daripada itu. Apakah kita punya akta yang mewajibkan pemakanan itu dikaji uji, properly investigated from farm to table, dengan izin dalam konsep itu sekarang ini. “From farm to table”, that is the concept sekarang ini Tuan Yang di-Pertua. Barat dunia barat yang maju itu melihat kepada keselamatan rakyat mereka semuanya bukan hanya FDA United States but as well amalan di Eropah negara seperti Jepun. Mereka punya establish a best practices amalan yang terbaik bukan hanya daripada aspek good laboratory practices mereka tetapi sehinggakan akta-akta itu kemas mereka susun. Cukup rapi dan paling penting punya kuat kuasa, enforcing power. Akan tetapi, apabila saya perhatikan kita menubuhkan sebuah Majlis dan tentunya Majlis ini punya peribadi-peribadi yang namanya itu ialah paling tidaknya dua Juruanalisis Makanan yang daripada Institut Teknologi Makanan Malaysia. Seorang ketua pengarah yang sifatnya itu tentulah mungkin JUSA ke tangga gajinya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagainya. Saya boleh faham kesemua itu adalah kepentingan untuk mengekalkan keupayaan, capability dan kapasiti mereka untuk memantau amalan practitioner Juruanalisis Makanan ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akan tetapi yang saya pertikaikan adalah satunya, apakah di sana wujud tuntutan akta yang akan menyelamatkan rakyat kita ini daripada terdedah kepada segalanyalah yang seperti disebutkan tadi. Termasuklah apa yang dikatakan sebagai food supplement hari ini, segala ubat yang untuk orang yang OKU, orang kurang upaya Tuan Yang di- Pertua. Apakah kesemuanya itu? Ini lebih bahaya sebab apa hari ini Tuan Yang di-Pertua dalam bahasa buzzwordnya natural, biodegradable, selamat, tidak chemical sifatnya. Saya bertanya yang tidak chemical itu apa? Dia kata yang natural. Natural itu apa? Apakah ia tidak terdiri daripada nitrogen, karbon, sulfur, oxygen chemicallah itu Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi hari ini herba itu pun walaupun berapa natural sekalipun jangan tidak tahu dalam apa yang dikatakan natural itu punya juga contaminants Tuan Yang di-Pertua. Juga sifatnya kadangkala dalam mutagenic dan carcinogenic. Itu yang saya sebutkan tadi micro toxin dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Jadi tidak senanglah isu ini Tuan Yang di-Pertua. Ambil mudah selapis mungkin nampak senang. Akan tetapi, bila saya kembali untuk – sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua ya. Saya bertanya kepada kementerian sekali lagi saya katakan, jelasnya ia akan menambahkan birokrasi kepada kerajaan ini. Satu lagi Majlis sudah ditubuh. Persoalannya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, will we be better off or will we worst off. Worst off kerana tentu ada cost. Akan tetapi kalau will we be better off dengan kata lain tidak akan berlaku seperti cases of poisoning, mass poisoning seperti pernah berlaku tahun bila itu, anak-anak yang makan mi, mi apa ya. Dengan segala yang dikatakan, itu adalah punca daripada preservative. Jadi semuanya itu. Jadi saya sekali lagi mengangkat isu ini Tuan Yang di-Pertua membawa kementerian sebab yang saya pentingkan sekarang ini adalah professionalism juruanalisis makanan itu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bila saya perhatikan mereka itu adalah daripada food science ataupun nutritionist sahaja. Ataupun lebih teruk daripada itu mereka punya hanya science ataupun ijazah-ijazah dalam sains. Kalau dia ada ijazah dalam fizikkah Tuan Yang di-Pertua ataupun yang lain, akhirnya untuk menjadi juruanalisis makanan saya rasa berat juga. Sebab saya memerhatikan sedikit sebanyak latar belakang saya 20 tahun dahulu, 19 tahun dahulu mengajar di universiti. Bidang ini cukup tertiary sifatnya. Dia memerlukan keupayaan yang bukan hanya good basic medical science, tetapi juga memahami dari sudut the state of art. State of art itu maksudnya state of sciencelah Tuan Yang di-Pertua. Dari sudut all kecanggihan dalam determination, dalam investigation, dalam quantification dalam penentuan. Sama ada penentuan microbial contaminant, pesticide residue dan sebagainya. Jadi saya amat-amat mengharapkan kementerian sedar. Bukan sahaja kita mengemukakan satu Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan tetapi pada akhirnya insya-Allah saya katakan tadi. Kita mahu melonjakkan index happiness, quality of life negara ini kepada tahap yang benar-benar. Bukan sahaja semakin berat, semakin besar birokrasi tetapi sekali gus membawa quality of life, sophistication of life not just the primary needs of life. ‘The most lowest’ need of life tetapi kepada tahap tertiarynya. Barulah Tuan Yang di-Pertua datangnya 2020 kita akan benar-benar merupakan sebuah negara maju. Tidaklah macam ada 3Malaysia, 4Malaysia Tuan Yang di-Pertua, bukan 1Malaysia. Tadi Yang Berhormat Putatan sebut Sabah, Sarawak Tuan Yang di-Pertua. Bukan Sabah, Sarawak di Kuala Selangor pun ada yang tertinggal dan tercicir ini. Jadi oleh kerana itu inilah pertanggungjawaban sebuah kerajaan. Apabila kita mengemukakan rang undang-undang seperti ini harap-harap kita memahami keseluruhan, the big picture, the world view, falsafahnya sehinggalah kepada perinciannya kepada perkara-perkara yang terlalu mikro dalam sudut managementnya Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa begitulah yang dapat saya sebutkan di peringkat dasar ini dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan. Saya percaya dengan perbahasan rang undang-undang ini tidak ada lagi pihak-pihak tertentu yang boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan atau laporan yang boleh menimbulkan kecurigaan orang ramai. Ini kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan. Individu tanpa tauliah yang didapati mengeluarkan laporan analisis makanan bagi produk makanan untuk jualan umum boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan bagi kali pertama. Perkara itu antara yang terkandung di dalam Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 ini. Di samping bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan untuk mengawal selia amalan juruanalisis makanan di dalam negara kita. Bagaimanapun apabila diwartakan kelak, saya difahamkan akta itu tidak terpakai bagi ahli kimia yang didaftarkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian dalam hal ini kerana takut ada percanggahan ataupun pertindihan-pertindihan yang mungkin berlaku dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua menurut rang undang-undang itu untuk mendaftar sebagai juruanalisis makanan berdaftar seseorang juruanalisis perlu mempunyai Ijazah Sains Makanan atau Teknologi Makanan. Atau Sains dan Teknologi Makanan daripada mana- mana institut pengajian tinggi yang diluluskan oleh Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia yang akan ditubuhkan selaras dengan cadangan undang-undang itu. Soalnya sekarang ialah kita mempunyai lambakan Pegawai Teknologi Makanan.

Saya ingin bertanya apakah pegawai-pegawai ini akan diserapkan ke Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia atau ada satu permohonan khas untuk ke Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia. Jadi saya pohon penjelasan. Bagaimana pula mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang analisis makanan, tetapi tidak bertugas dengan kementerian tetapi berminat untuk masuk ke Majlis Juruanalisis Makanan ini. Ini juga saya pohon untuk diberikan penjelasan. Dalam rang undang-undang ini di bawah fasal 16, fasal 22, Bahagian III - pendaftaran Juruanalisis Makanan. Mereka ini diwajibkan berdaftar untuk mendapatkan perakuan amalan tahunan dan kegagalan untuk memperbaharui perakuan amalan tahunan, boleh menyebabkan Juruanalisis Makanan didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan denda sehingga RM40,000 atau penjara jika mengulangi kesalahan yang sama. Ini merupakan satu langkah memartabatkan profesion ini tetapi saya hendak tahu apakah Pegawai-pegawai Teknologi Makanan sedia ada perlu berdaftar? Bagaimana mereka yang di luar atau bekerja dalam sektor swasta dalam bidang yang berkaitan? Jadi apakah mereka ini perlu berdaftar juga? Ini juga saya mohon pihak kementerian dapat untuk memberikan penjelasannya. Ini kerana bagi kesalahan membuat pendaftaran palsu individu yang bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Manakala kesalahan menyamar sebagai Juruanalisis Makanan berdaftar pula boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan bagi kali yang pertama. Penalti dan denda ini cukup tinggi kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan. Saya beranggapan ianya merupakan satu langkah yang cukup baik. Seperkara lagi ialah saya hendak sentuh soal bahagian keselamatan makanan yang dikatakan akan diwujudkan di setiap negeri. Ini bagi memantau tahap keselamatan produk makanan hasil keluaran tempatan dan yang diimport. Sejauh manakah langkah itu supaya pemantauan serta pemeriksaan dapat dipertingkatkan di setiap negeri dengan adanya bahagian ini yang sebelum ini dilakukan hanya secara rambang.

Berapakah jumlah makmal analisis makanan di seluruh negara yang hendak dinaiktarafkan bagi memastikan pemeriksaan keselamatan makanan dapat diperluaskan lagi? Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan dengan itu saya menyokong...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010. Saya memandang rang undang-undang ini memang satu yang baik di mana kita boleh memastikan bahawa makanan yang dibekalkan ini adalah sihat dan baik untuk rakyat Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, ini juga akan membantu untuk kita membangunkan industri pemakanan. Cuma, saya hendak bangkitkan perkara di mana dari pihak kementerian agar bertindak secara proaktif dalam menghadapi masalah pemakanan ini, sebab kita sering menghadapi masalah-masalah di mana – misalannya masalah melamin dalam susu kanak-kanak.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Perkara sedemikian tidak didapati di tanah air kita sehingga masalah ini dihebahkan di luar negara seperti di Hong Kong dan di negara China. Jarang sekali perkara sedemikian kita yang the first one to detect. Maksud saya, jarang sekali kita yang mengesan dahulu tetapi kita lebih reactive apabila masalah ini telah di heboh-hebohkan. Kita juga sering dengar misalannya bekalan sayur-sayuran daripada petani kita di mana apabila kandungan racun perosak itu dalam tahap yang tinggi tetapi kita tidak mengesannya. Akan tetapi apabila dieksport ke Singapura, pihak berkuasa Singapura pula yang dapat mengesannya. Ini menunjukkan bahawa memang pihak kementerian mungkin tidak begitu proaktif dari segi mengesan untuk menjaga keselamatan pemakanan. Satu aspek yang penting juga saya rasa harus diberi perhatian ialah apabila kita luluskan rang undang-undang ini, dan kapasiti kementerian untuk memantau mutu makanan akan meningkat dengan adanya rang undang-undang ini, saya rasa satu aspek yang harus diberi perhatian ialah berkenaan dengan tuntutan-tuntutan kesan kesihatan makanan yang disebutkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Tenggara seperti Tongkat Ali sebagai contoh. Bukan setakat itu. Kita lihat bukan setakat Tongkat Ali tetapi juga barang- barang probiotik. Adakah probiotik itu betul-betul membantu kesihatan dan juga adakah kandungan makanan itu mengandungi probiotik yang betul-betul membawa faedah. Ini termasuk juga benda-benda yang lain seperti direct sales, pemasaran secara langsung, beberapa benda yang dipasarkan oleh direct sales company, dengan izin. Ini saya rasa kementerian harus memberi perhatian supaya perkara-perkara ini akan dipantau dengan lebih teliti. Satu aspek yang juga penting adalah dari segi menganalisis kandungan makanan supaya nutritional value itu terjamin. Kalau kita di negara-negara asing, kesemua makanan yang dijual kepada orang awam memang kandungan nutrition memang tersenarai di situ. Walaupun kita lihat semua barang import memang ada kandungan nutrition, tetapi kita juga lihat ada sesetengah makanan, misalannya kalau kita beli di pasar raya, di supermarket, tidak semuanya ada label kandungan nutrition makanan tersebut. Ini seharusnya diberi perhatian khususnya – misalannya kalau kita hendak promosikan makanan yang sihat, yang kurang kolesterol. Ini bidang saya. Kandungan kolesterol harus diberi perhatian khusus. Saya pasti Tuan Yang di-Pertua pun bersetuju. Apabila kita melaksanakan rang undang-undang ini, satu aspek yang saya rasa harus juga diberi perhatian ialah bagaimana pemisahan kuasa. Adakah overlap di antara peranan pihak berkuasa kawalan ubat dan lembaga ini? Ini kerana kalau kita lihat di Amerika Syarikat, mereka gunakan Food and Drug Authority (FDA). Akan tetapi kali ini kita di Malaysia, kita ada pihak berkuasa kawalan ubat tetapi tidak ada pihak berkuasa kawalan pemakanan. Kita juga lihat ada dari segi tanggungjawab dan authority memang ada yang overlap untuk mereka yang menjaga juruanalisis makanan dan juga pihak berkuasa kawalan ubat. Bagaimana kita hendak asingkan tugasan untuk kedua-dua pihak ini. Akhir sekali, ini satu perkara yang selalu kita lihat dalam rang undang-undang setakat ini iaitu implikasi kewangan. Rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Saya rasa kesallah kerana setiap kali kita ada rang undang-undang yang baru, ada jawatankuasa yang baru ataupun lembaga yang baru, sepatutnya kementerian yang bertanggungjawab memberi sedikit sebanyak anggaran perbelanjaan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini dapat membuat satu informed consent untuk luluskan ataupun tolak mengikut apakah implikasi kewangan rang undang-undang ini. Sepatutnya kita boleh buat anggaran. Sekurang-kurangnya adakah ini melibatkan perbelanjaan RM1 juta setiap tahun ataupun RM2 juta setiap tahun ataupun mungkin RM100 juta atau RM1,000 juta. Jadi anggaran kewangan ini adalah penting sebagai antara asas sama ada kita hendak luluskan rang undang-undang ini. Jadi ini adalah beberapa perkara yang saya ingin dapatkan perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Teluk Intan. Kalau Yang Berhormat Kota Melaka masih berminat, Yang Berhormat Kota Melaka. Selepas itu kalau tidak ada lagi yang minat – Yang Berhormat Jasin minat juga? Okey, selepas Yang Berhormat Jasin, kalau boleh Yang Berhormat Menteri bersedia untuk jawab. Sila. Yang Berhormat Kota Melaka yang dahulu? Okey, sila.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang yang dibentangkan. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia ini jika ia dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu tentang fungsi dan kuasa di antara Institut Teknologi Makanan Malaysia dan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia ini. Apakah ada overlapping dalam fungsi dan kuasanya? Ini perkara pertama saya ingin bertanya. Keduanya tentang fasal 7. Izinkan saya rujuk kepada fasal 7 iaitu tentang keanggotaan Majlis ini. Saya difahamkan dari (c) iaitu, “Dua orang juruanalisis makanan berdaftar daripada sektor swasta yang dilantik oleh Menteri, yang salah seorang daripada mereka hendaklah seorang anggota Institut Teknologi Makanan Malaysia" dan (d), “Dua orang juruanalisis makanan berdaftar yang disyorkan oleh Institut Teknologi Makanan Malaysia daripada kalangan anggotanya dan dilantik oleh Menteri.” Saya rasa ada sedikit keraguan iaitu mengapa di dalam (c) ini, salah seorang hendaklah dari Institut Teknologi Makanan Malaysia dan (d) itu dua orang dari kalangan anggota?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Mengapa tidak masukkan tiga dari Institut Teknologi Makanan Malaysia? Ini kerana pada pandangan saya, dalam keanggotaan ini kita tidak melibatkan swasta. Hanya seorang sahaja. Kita tidak dapat banyak industri player yang besar, yang juga ada pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan makanan. Mengapa pihak swasta tidak memainkan peranan lebih besar dalam majlis ini? Harap boleh dapat sedikit penjelasan atau jawapan atas pertanyaan ini. Dalam fasal 5 tentang fungsi dan kuasa Majlis. Amalan analisis makanan terkini dan juga garis panduan tatacara dan keadaan ujian analisis makanan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu adakah amalan terkini ini atau tatacara dan lain- lain. Bagaimana hendak kita sampai kepada pihak swasta terutama industri player yang berkaitan dengan makanan. Apakah mekanisme atau cara kita untuk menyampaikan tentang amaran dan tentang lain-lain tatacara atau garis panduan yang terkini. Ini kerana kita sedia maklum bahawa ini they are always a change, selalu ada perubahan di antara garis panduan dan juga amalan. Bagaimana kita hendak sampai kepada mereka supaya semasa kita ambil tindakan atau kita membuat supply check ini, menjadi tidak adil kepada mereka jika mereka tidak tahu tentang perkara yang baru ini. Dalam fasal 31 tentang analisis makanan iaitu tiada seorang pun boleh mengeluarkan atau memperakukan secara bertulis apa-apa keputusan analisis makanan bagi maksud untuk menentukan komposisi atau spesifikasi mana-mana bahan atau produk yang dimakan atau digunakan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu sebelum penubuhan Majlis ini, siapa yang boleh keluarkan keputusan analisis ini? Pertubuhan mana atau badan mana atau persendirian boleh keluarkan keputusan ini. Adakah selepas penubuhan majlis ini, dia akan jadi eksklusif iaitu tidak ada badan yang lain yang boleh keluarkan keputusan ini selain dari Majlis Juruanalisis Makanan ini. So, before that, siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang berhak untuk mengeluarkan keputusan ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Satu perkara yang juga saya ingin tanya iaitu tentang tafsiran iaitu fasal 2. Saya difahamkan dalam tafsiran ini, analisis makanan ertinya pemeriksaan terperinci makanan yang termasuklah penilaian fizikal, mikrobiologi, kimia, biokimia, bioteknologi, toksikologi dan lain-lain. Saya difahamkan juga ini termasuk dengan bungkusan. Bungkusan dan bahan-bahan bungkusan. Saya ingin tanya jika semasa penguat kuasa atau semasa membuat kajian, terdapat dengan bahan-bahan bungkusan atau lain-lain raw material yang diimport atau dibekalkan oleh pengimport. Siapa akan disalahkan? Adakah pihak kementerian sudah disyaratkan bahan pembungkusan yang tidak boleh diguna, dipakai setakat ini iaitu pada masa kini, industry player semua dimaklumkan bahawa tidak boleh gunakan bahan-bahan pembungkusan ini. Kalau tidak semasa penguatkuasaan, mereka akan disalahkan. Ini yang sedikit sebanyak perkara yang saya ingin bangkitkan. Harap dapat satu keterangan atau penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu. Selepas itu baru Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Telok Intan. Sila, sila.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin membangkitkan beberapa isu yang saya ingin sebut iaitu saya nampak ada bahagian untuk tindakan tatatertib kepada Juruanalisis Makanan. Saya mendapati bahawa adakah yang terkandung di seksyen 23 di dalam rang undang-undang itu exhaustive. Saya tidak nampak apa-apa avenue untuk juruanalisis. Saya nampak adalah seorang profesional ataupun semi profesional. Saya mengalu-alukan peruntukan-peruntukan ini untuk mengawal Juruanalisis Makanan sama seperti doktor atau peguam. Adakah mereka berpeluang untuk terus merayu kepada mahkamah tinggi jika mereka tidak puas hati dengan apa yang dijatuhkan hukuman di bawah rang undang-undang ini. Saya ingin meluahkan kekecewaan saya terhadap apa yang berlaku sekarang sebab mana-mana rang undang-undang atau undang-undang yang tidak dapat dikuatkuasakan, kita ada Akta Kastam tetapi baru-baru ini kita nampak beberapa Pegawai Kastam telah diberkas dengan berjuta-juta ringgit di dalam akaun mereka. Jadi orang yang sebenarnya jaga dan memberi perlindungan kepada kita sendiri terlibat dalam perbuatan seperti itu. Terkejut juga saya apabila saya dapati mereka telah dilepaskan oleh pihak polis. Sama juga seperti SPRM. Kita ada akta. Selepas di bahas di Parlimen, diluluskan sebagai undang-undang, pegawai-pegawai SPRM telah menjalankan tugas-tugas mereka menonton internet dan menonton internet-internet lucah. Orang yang harus menjaga kita dari segi pekerjaan mereka membuat perbuatan seperti ini. Saya rasa untuk rang undang-undang ini, Juruanalisis Makanan harus dikawal lebih sebab saya nampak ini tidak exhaustive. Jika seseorang itu didapati salah, adakah mereka boleh dapat second opinion dari pakar-pakar lain ataupun pendapatan mereka, their findings dengan izin. Bolehkah dia tertakluk kepada second opinion. Kita harus mengambil perhatian mengenai ini. Macam makanan-makanan yang kita import, apakah caranya mereka akan diperiksa. Saya tengok di negara Singapura, selalu mereka ada sistem yang kawalan makanan dari segi pencemaran makanan dan sebagainya. Mereka terus reject apabila masuk ke negara mereka dan juga sayur-sayuran daripada Cameron Highlands pergi ke Singapura. Kadang-kadang ia juga di reject sebab terdapat insecticide ataupun pesticide yang keterlaluan. Apakah rang undang-undang ini juga saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah ia overlapping dengan institusi-institusi lain seperti kawalan ubat ataupun Food and Drug Administration ataupun DCA di bawah Kementerian Kesihatan di mana ia juga mungkin melibatkan makanan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya juga pohon keanggotaan Majlis ini lebih ruang ataupun peluang diberikan kepada industri player seperti dari syarikat-syarikat yang besar seperti Nestle dan sebagainya. Akan tetapi pada keseluruhannya saya tengok rang undang-undang ini, kita boleh mengalu-alukannya dan saya sokong beberapa seksyen di bawah rang undang- undang ini yang kita amat perlu.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Bolehkah Yang Berhormat Menteri, saya ingin juga tahu apakah model yang kita gunakan untuk rang undang-undang ini sebab saya rasa seperti di United Kingdom atau United States of America, mungkin tidak ada seperti ini. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah model yang kita gunakan di sini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin. Selepas Yang Berhormat Jasin? Yang Berhormat Sri Gading minat juga? Okey, selepas Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sri Gading, selepas itu Menteri kalau bersedia untuk menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian membahaskan tentang Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010. Tujuannya adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang akan menjalankan amalan sebagai Juru Analisis Makanan dan untuk mengawal selia amalan Juru Analisis Makanan di negara ini. Rang undang-undang ini adalah cukup bertepatan bagi menjaga kepentingan orang ramai dan pengguna bukan sahaja untuk barangan-barangan makanan yang diimport bahkan semua juga barangan-barangan makanan yang diusahakan oleh tempatan. Dalam masa yang sama, rang undang-undang ini akan memberikan keyakinan kepada semua negara luar tentang langkah keselamatan dan juga kualiti makanan yang dihasilkan oleh Malaysia. Dalam rang undang-undang ini, kita dapati bahawa isu ahli kimia tidak termaktub. Seharusnya akta ini memasukkan ahli kimia kerana akta ini tidak terpakai bagi ahli-ahli kimia yang didaftarkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975 kerana sebahagian daripada analisis makanan, mereka sebenarnya terlibat secara langsung dalam menganalisis makanan seperti makanan yang tercemar terutamanya dalam malapetaka yang baru berlaku di negeri Jepun adalah dikhuatiri makanan-makanan dalam tin yang dihasilkan oleh negara tersebut disyaki terdedah dengan bahan radioaktif dan memerlukan sijil pelepasan radioaktif di Malaysia sebelum ianya dibenarkan untuk dijual di pasaran. Seterusnya, berhubung dengan merekrut Juruanalisis Makanan. Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia yang akan ditubuhkan perlu tegas untuk mendaftar hanya individu-individu yang berminat menjadi Juruanalisis Makanan yang berdaftar dan seorang juru analisis perlu mempunyai ijazah sains makanan ataupun teknologi makanan atau sains ataupun teknologi makanan dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh majlis ini dan seharusnya pemilihan untuk jawatan ini melalui satu saringan yang ketat. Saya ingin mengesyorkan agar majlis yang ditubuhkan ini memantau dan membuat pemeriksaan daripada semasa ke semasa serta diwujudkan iaitu setiap tahun renewal permit, jika boleh. Seterusnya, isu daripada segi makmal makanan halal. Soalan saya, daripada segi syariah, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri iaitu JAKIM dalam mewujudkan makmal analisis Institut Halal Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan jaminan halal bahan yang diuji. Saya difahamkan jika perkara ini diwujudkan, makmal seumpama ini adalah satu- satunya di dunia yang menguji dan menganalisis status halal sesuatu bahan makanan kerana selalunya ia hanya dikendalikan oleh pihak universiti atau juga pihak swasta. Di kawasan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mempunyai satu hab halal ataupun Halal Hab Serkam yang mengeluarkan makanan-makanan halal yang mempunyai kualiti.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, bagi memastikan supaya permintaan dan juga keperluan makanan halal yang tinggi pada ketika ini di pasaran dunia, seharusnya Malaysia mesti mengambil bahagian untuk merebut peluang keemasan ini dan saya ingin mencadangkan supaya kementerian mewujudkan satu bengkel untuk menganalisis semua keluaran makanan dan dalam masa yang sama, kita juga membantu usahawan-usahawan ini supaya apa jua keluaran yang mereka hasilkan dapat benar-benar dipasarkan bukan sahaja di peringkat Malaysia, bahkan di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, halal hab juga mengeluarkan minuman-minuman herba dan juga minuman-minuman berkhasiat. Saya ingin memohon kalau boleh pihak kementerian membuat analisa tentang kesahihan makanan dan juga minuman yang dikeluarkan sama ada ianya menepati ciri-ciri keselamatan ataupun sebaliknya. Seterusnya, saya pergi kepada fasal 7 Bahagian II iaitu peruntukan tentang keanggotaan majlis. Saya ingin memohon mendapatkan penjelasan daripada kementerian supaya digariskan tentang kriteria anggota majlis tersebut. Adakah mereka ini mempunyai background yang berbeza. Memandangkan keanggotaan Majlis ini adalah satu perkara yang amat penting, jadi seharusnyalah pihak kementerian memberikan penjelasan. Dalam masa yang sama kita mahu melihat adakah pakar-pakar daripada luar negara diperlukan untuk menganggotai majlis ini. Bahagian 16, peruntukan bagi pendaftar. Saya mohon kalau boleh pihak kementerian memberikan penjelasan kerana dalam akta ini, Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan juga Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menjadi sebagai pendaftar. Kita menyedari bahawa daftar ini dianggap sebagai dokumen awam dalam pengertian Akta 1900 dan pendaftar hendaklah bertanggungjawab bagi penyelenggaraan dan juga menjaga daftar. Jadi soalan saya, apakah rasionalnya dikhususkan kepada pegawai ataupun kepada pengarah kanan bahagian keselamatan ini. Seterusnya saya pergi kepada fasal 20 Bahagian III tentang Perakuan Amalan Tahunan. Mohon kementerian untuk menguraikan definisi amalan tahunan dan juga mohon majlis yang ditubuhkan ini supaya lebih tegas mendapatkan perakuan amalan tahunan bagi memastikan Juruanalisis Makanan benar-benar yang berkebolehan sahaja yang dilantik. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, di petang-petang yang permai ini Tuan Yang di-Pertua, saya turut untuk bersama-sama bagi menyokong Rang Undang- undang Juruanalisis Makanan 2010. Saya amat berbangga Tuan Yang di-Pertua, dapat mengambil sedikit sebanyak dalam perbahasan rang undang-undang ini Tuan Yang di- Pertua. Undang-undang ini akan dapat melegakan dan menghilangkan kesangsian Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua walaupun tak tengok muka saya tetapi mendengar dengan teliti.

Tuan Yang di-Pertua

Saya mendengar ya, saya terpaksa dengar Yang Berhormat.

[Ketawa] Tertubuhnya sahaja keanggotaan Majlis Analisis Makanan ini Tuan Yang di-Pertua, mulalah kita serahkan kepada mereka tanggungjawab yang berat, yang besar, yang selama ini menjadi kesangsian Tuan Yang di-Pertua. Kesangsian itu apa maknanya? Timbalan Menteri Kesihatan, kesangsian itu ialah keraguan. Makanan dan juga peralatan tetapi di sini makanan yang termasuk dalamnya Tuan Yang di-Pertua, makanan ialah makanan juga termasuk ubat-ubatan Tuan Yang di-Pertua. Ubat-ubatan, Yang Berhormat Pendang betul ya, termasuk? Yang kadangkala diragui oleh orang-orang Islam halal haramnya.

Mungkin kepada setengah-setengah pihak kualiti makanan yang berkhasiat dan yang baik untuk kesihatan sudah memadai tetapi bagi orang Islam Tuan Yang di-Pertua, ia tidak cukup dengan khasiat yang baik, yang boleh menyebabkan kesihatan, yang boleh menyebabkan terhindarnya penyakit. Belum cukup bagi orang Islam Tuan Yang di-Pertua. Mereka juga mahukan supaya apa yang mereka minum, yang mereka telan, yang mereka makan terdiri daripada benda-benda yang halal dan baik. Bukan begitu Yang Berhormat Pendang?

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Memang kita akui apa yang kita hendak makan sebagai seorang Islam perlu memastikan ianya halalan dan toyiban.

[Menyampuk]

Maknanya sekarang ini banyak bahan makanan yang baik dibuat dalam negara ataupun diimport mengandungi sumber yang dinamakan gelatin. Gelatin ini kebiasaannya diambil daripada haiwan baik lembu ataupun khinzir tetapi sekarang ini sudah ada gelatin dibuat daripada ikan yang disebut gelatin halal. Jadi, perkara-perkara sebeginilah saya rasa Majlis ini dan juga juru analisa makanan ini perlu lebih-lebih lagi memerhati dalam kandungan makanan-makanan kita ini. Saya minta Yang Berhormat Sri Gading tolong masukkan dalam ucapan. Terima kasih.

Ucapan Yang Berhormat Pendang ini Tuan Yang di-Pertua masuk sebahagian daripada ucapan saya. Saya hendak sampai ke situ, saya rujuk kepada beliau kerana beliau seorang doktor yang mempunyai ilmu pengetahuan yang begitu baik. Ramai orang berkata apakah ini gelatin yang halal, terhindar daripada khinzir? Bagi orang lain yang bukan Islam, dia tidak ada masalah apa-apa dan saya bimbang umpamanya negara-negara barat, dia tidak peduli. Tidak mungkin dia hendak bersusah payah kerana sebahagian daripada pelanggannya itu orang Islam. Dia bukan hendak bersusah payah. Jadi apakah Majlis ini nanti ada kemampuan tentang ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menganalisis dari segi kehalalannya? Saya tertarik dengan kata-kata Yang Berhormat Telok Intan - ada Yang Berhormat Telok Intan? Sudah tidak ada ya, Yang Berhormat Telok Intan? Buah-buahan kita Tuan Yang di-Pertua, seperti pisang yang kita hantar ke Jepun, punya cerewetnya orang Jepun, bintik-bintik sedikit pun ia reject. Begitu sekali orang menjaga kualiti makanan yang mereka import daripada negara luar. Akan tetapi kita sedikit masa dahulu, sepuluh tahun dahulu saya difahamkan dilambakkan ubat- ubat yang telah luput tarikh daripada Barat. Dia jual di negara-negara yang sedang membangun, negara-negara di Afrika, negara-negara di Asia - yang kita kurang teliti, yang kita konon hanya hendak ubat, kita telan benda yang telah direject, di Barat. Kita telan... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sangat ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Menyokong sangat saya Tuan Yang di-Pertua. Mudah-mudahan Majlis yang kita tubuhkan ini akan dapat mengawal dan memberikan sesuatu yang baik kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Jadi, mudah-mudahanlah Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong tentang keanggotaan ini, 7(1)(a), (b), (c), (d), (e), (f) dan 7(2) dan kita akan tanggungjawabkan ini dan keseluruhan ini bertanggungjawab kepada Menteri. Dalam sistem demokrasi negara Malaysia, Menteri kita bercampur aduk Tuan Yang di- Pertua, tidak kira ia Islam, tidak kira ia bukan Islam. Tidak kira ia Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan, tidak kira Tuan Yang di-Pertua tetapi saya berharap biar siapa pun Menteri ini, biar siapa pun Tuan Yang di-Pertua, fungsi tanggungjawab Majlis ini harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit sebanyak Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, atas kesabaran Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang. Jangan tengok belakang, saya tanya Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, penghabisan. Selepas Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Timbalan Menteri gulung. Maaf, jawab.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok yang belakang sekali ini ada kata rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan tambahan. Maknanya ada belanja tambahlah. Saya kalau boleh hendak tahu berapa agaknya yang ditambah itu? Ini sebab kalau hendak kata atas title Juruanalisis Makanan ini bunyi macam kecil sahaja jawatannya tetapi kalau dari segi implikasinya saya rasa besar. Pertamanya, disebabkan oleh ada beberapa kelulusan rang undang-undang terdahulu yang juga menyentuh tentang kedudukan orang-orang perseorangan, atau syarikat atau agensi yang memainkan peranan serupa macam Juruanalisis Makanan seperti kita telah meluluskan rang undang-undang yang berkaitan dengan fi. Keduanya, kita telah meluluskan rang undang-undang yang berkaitan dengan fungsi sesuatu SPV atau special purpose vehicle, dengan izin, yang ditubuhkan sebagai agensi yang dilantik oleh kerajaan ataupun kementerian untuk menguruskan sesuatu hal. Dalam kes ini, Juruanalisis Makanan ini sudah tentu menyentuh kepada dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, tentang barang-barang makanan yang bersifat penelitian dalam bidang sama ada halal atau haramnya ataupun tidak halalnya. Keduanya, iaitu makanan yang untuk tujuan kesihatan seperti ubat-ubatan dan apa yang termasuk seperti kawan-kawan kita sebut sebelum pada ini. Berkenaan dengan makanan ini, saya rasa begitu besar ruang lingkupnya, daripada botol susu yang baru-baru ini tercemar, di mana kerajaan perlukan satu bulan untuk menarik balik produk botol susu yang dikatakan berasaskan bahan kimia yang boleh mendatangkan kecacatan kekal kepada bayi ataupun anak-anak kecil dalam negara kita, yang saya rasa sudah tentu ditarik balik pada waktu ini. Ini sebab kerajaan beri tempoh satu bulan untuk tarik balik. Diikuti juga dengan susu yang juga tercemar suatu masa dahulu dengan disebut beberapa kali, berulang sehingga kepada barangan yang berasaskan makanan yang ada kena mengena dengan denture orang tua yang umurnya terlalu lanjut pun ada kena mengena. Maknanya daripada lahir sehingga hampir kepada alam satu lagi itu pun berkaitan dengan rang undang-undang ini kerana ia sudah tentu menjadi tanggungjawab juru analisa yang berkaitan dengan perkara ini, sekiranya skop ini dilihat dengan tepat atau dengan asas yang betul. Oleh kerana ia melibatkan implikasi kewangan dan saya rasa orang kata alang-alang kita hendak mewujudkan satu jawatan khas berkenaan menganalisis makanan ini, apa kata dalam premis kita bersetuju dengan rang undang- undang ini. Tadi saya kata tidak bersetuju sebab dari sudut kalau perkara ini digunakan secara spesifik untuk memberi tanggungjawab mengikut kesalahan kepada Juruanalisis Makanan sekiranya berlaku apa-apa oleh kerana sebelum ini kita tidak ada jawatan Juruanalisis Makanan. Maknanya selama ini apa yang berlaku itu kementerian dipersalahkan ataupun barangkali Menteri, Timbalan Menteri, ketua pengarah yang diberi tanggungjawab ataupun diletakkan kesalahan sekiranya berlaku apa-apa. Oleh sebab itu, wujud cabaran mengatakan Menteri sepatutnya meletak jawatan, Timbalan Menteri sepatutnya letak jawatan sekiranya berlaku satu malapetaka besar dan saya pun bersetuju rasanya tidak berapa adil juga kita kemukakan satu cabaran atau tuduhan begitu tanpa melalui satu prosedur yang agak ketat dan boleh diterima umum berkenaan penganalisaan apa-apa dalam unsur memberi ketepatan atau position yang betul.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tadi rakan saya Yang Berhormat Bukit Mertajam sebut pasal ditanya berkenaan dengan berlakunya penyelewengan yang paling ditakuti sekali penyelewengan kerana banyak insiden kata bila menyeleweng sahaja banyak perkara timbul. Pihak kastam menyeleweng atas tugas dikatakan memastikan pengimportan atau membawa masuk barang makanan dan sayur-sayuran. Tadi diberi contoh berkenaan dengan berlakunya tidak terimanya bahan-bahan laut kita di peringkat EU, European community. EU menolak barang-barang hasil laut kita sampai bernilai RM2 bilion. Ditolak begitu sahaja. Ini memberi tamparan hebat kepada kita. Ini kerana sebab berlakunya contamination yang melampau ataupun peringkat yang tidak dapat diterima oleh mereka. Ini pun tidak dapat kita selesaikan dalam masa yang sekejap. Kita menunggu sampai satu tahun lebih untuk memulihkan keadaan itu. Sudah tentu akibatnya agak besar dan baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua saya tidak tahu bagaimana kita harus meletakkan asas tapi kejadiannya harus ditanggung dan berlaku di kalangan anggota-anggota yang terlibat ataupun pegawai-pegawai yang terlibat di pihak Kastam Diraja Malaysia. Saya tidak mahu membawakan isu ini kerana melihat berlakunya peristiwa dalam kalangan Kastam Diraja Malaysia tetapi oleh kerana pihak Kastam Diraja Malaysia adalah berhubung rapat dengan kedudukan sebagai entiti yang melihat tentang kemasukan atau pengimportan barang-barang seperti barang makanan yang asas ini untuk kegunaan rakyat kita. Sekiranya berlaku peristiwa ini menjadi satu ketakutan kepada kita. Baru-baru ini menggemparkan satu negara pihak Kastam Diraja Malaysia disebut sebagai telah disiasat atau dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan penemuan kes yang begitu besar dalam sejarah saya boleh katakan sejarah Kastam itu sendiri yang dikatakan bernilai lebih daripada RM60 bilion transaksi yang dikatakan termasuk dalam kaedah ini. Tuan Yang di-Pertua tentu tahu orang dapat membaca seperti apa yang dilaporkan media dan juga televisyen terjumpanya beberapa jongkong emas di rumah salah seorang pengarah kastam. Jongkong emas yang sudah tentu tidak logik langsung kalau tidak ada kena-mengena dengan elemen yang tidak sepatutnya dan kita bimbang kalau ini berlaku pada makanan ataupun prosedur mengimport makanan menentukan makanan itu harus diterima atau tidak. Maknanya kita memperjudikan kesihatan rakyat kita. Jongkong emas ini dibandingkan dengan kesihatan rakyat rasanya tidak adalah satu equivalent yang perlu kita capai. Jadi saya fikir adalah keterlaluan perkara ini berlaku. Ini bukan satu yang melampaui batas ataupun yang tidak menjadi asas utama. Ini luar biasa dan luar tabii pun. Luar tabii ini. Kalau kastam sampai ada jongkong emas di rumah ini luar tabii. Jadi jangan kita duduk fikir satu perkara yang kadang-kadang tidak ada kesan apa pun untuk kepentingan politik sahaja tetapi benda ini kita lupa. Saya tidak dengar pun dalam Dewan ini sesiapa yang bangkitkan isu berkenaan dengan kedudukan paling berat, paling teruk dalam sejarah kita berkenaan dengan kastam tidak ada siapa pun sebut. Yang sebut pasal video banyaklah. Namun hakikatnya memang cadangan untuk mewujudkan satu jawatan khas yang dinamakan Juruanalisis Makanan walaupun agak terlambat sedikit kerana peristiwa- peristiwa besar tentang masalah kesihatan rakyat ini sudah mendahului ada dua tiga perkara besar tetapi tidak apalah. Saya asalnya tidak hendak sokong tetapi sekarang saya sokonglah kerana hendak tubuhkan jawatan ini perlu sokonglah. Kalau tidak ada juru analisa makanan hendak analisa apa lagi. Hendak analisa video pun rasanya tidak jadi sudah kut. Jadi saya sokonglah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih juga saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010. Saya cuba untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tanpa merujuk kepada giliran Yang Berhormat berbahas sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah iaitu seksyen 47 yang memberi kuasa untuk membuat peraturan sebagai contoh 47(2) Tatacara Siasatan, adakah peraturan dan kuasa ini wajar termasuklah amalannya. Sukacita saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawasanya fasal 47 memperuntukkan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan-peraturan mengenai tatacara siasatan yang perlu dipatuhi oleh jawatankuasa tatatertib bagi tujuan menyiasat aduan yang dibuat tentang salah laku Juruanalisis Makanan. Siasatan yang dimaksudkan di sini Yang Berhormat adalah berlainan daripada kuasa penyiasatan ataupun investigation power yang dijalankan oleh Pegawai SPRM bagi kes Teoh Beng Hock yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Peraturan-peraturan ini hanya boleh digubah oleh Yang Berhormat Menteri selepas rang undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen dan Parlimen perlu meluluskan peruntukan substantif terlebih dahulu sebelum kementerian dapat memperincikan peraturan-peraturan ini dan kementerian sedang menggubal peraturan-peraturan ini Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Gajah juga menyentuh mengenai seksyen 37 di mana Menteri diberi kuasa melantik pegawai dibaca bersama dengan seksyen 38 pegawai yang boleh memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa tanpa memerlukan waran dan beliau juga telah menyentuh mengenai kelayakan pegawai yang dilantik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pegawai yang diberi kuasa yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri hanya boleh memasuki mana-mana premis memeriksa dan menyita apa-apa dokumen hanya apabila dia mempunyai alasan yang munasabah iaitu aduan daripada orang awam untuk berbuat demikian walaupun mereka boleh memasuki premis itu tanpa waran. Selain daripada itu, pegawai yang diberi kuasa adalah terdiri daripada pegawai awam yang tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam iaitu Kelakuan dan Tatatertib 1993. Saya minta Yang Berhormat merujuk seksyen 15 rang undang-undang ini di bawah tajuk Pekhidmat Awam iaitu setiap anggota Majlis semasa menjalankan kewajipannya sebagai anggota hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam di dalam pengertian kanun keseksaan iaitu akta 574 dan jika tindakan lambat Yang Berhormat diambil kita merasa khuatir bukti-bukti di premis berkenaan yang bersangkut-paut dengan operasi tersebut akan dimusnahkan dan dalam hal ini Yang Berhormat kita mementingkan kepentingan awam dan kita mengutamakan kepentingan awam di dalam aspek ini.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Di tahap ini macam mana kita hendak kategorikan perkara-perkara yang juga ada implikasi mudaratnya sebagai contoh macam rokok. Rokok kita hendak kategorikan dalam food ataupun tidak. Rokok. Macam mana itu sebab saya tahu Kementerian Kesihatan juga punyai kuasa untuk dari segi regulations. Manakala kita ada akta baru Juruanalisis Makanan ini, rokok ini macam mana. Masuk kategori makanan kah apa? Mohon penjelasan.

Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu rokok. Sukacita saya ingin memaklumkan Yang Berhormat ia tidak termaktub dalam rang undang-undang ini.

Yang Berhormat Batu Gajah juga menyentuh mengenai pegawai yang diberi kuasa. Saya ingin menyatakan di sini bahawa pegawai yang diberi kuasa adalah merupakan penjawat awam iaitu Pegawai Teknologi Makanan yang terlibat dalam analisis makanan di makmal kerajaan. Pegawai Teknologi Makanan ini adalah orang-orang yang mempunyai kelayakan yang sama seperti mana kelayakan Juruanalisis Makanan yang memohon untuk pendaftaran sebagai Juruanalisis Makanan berdaftar seperti mana seksyen 18. Pegawai Teknologi Makanan dilantik sebagai pegawai diberi kuasa adalah berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki dalam menjalankan analisis makanan. Yang Berhormat Kota Melaka bersama dengan Yang Berhormat...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang diberi, saya berpuas hati berkenaan kelayakan pegawai yang akan dilantik di bawah seksyen 37 sebagai pegawai diberi kuasa di mana Yang Berhormat kata mereka adalah Pegawai Teknologi Makanan berkelayakan. Akan tetapi berkenaan dengan balik kepada perkara di mana Menteri boleh diberi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. Tadi saya memberi contoh berkenaan dengan cara siasatan dijalankan di dalam suruhanjaya yang dilaporkan, cara siasatan yang dilaporkan dalam media berkenaan siasatan kematian Mendiang Teoh Beng Hock dan tatacara sama ada prosedur dipatuhi atau tidak, saya hanya beri contoh. Yang saya tekankan adalah di mana apabila Menteri diberi kuasa menerusi seksyen 47 yang bukan sahaja bawah (2)(e) tetapi juga each apa-apa perkara lain. Jadi pada pendapat saya, peraturan-peraturan ini sangat penting yang haruslah dimasukkan dalam rang undang-undang ini juga kerana kalau kita meneliti seksyen yang lain, bidang kuasa tatatertib majlis di mana juga menyatakan berkenaan majlis boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana Juruanalisis Makanan berdaftar yang didapati oleh majlis telah melanggar akta ini atau peraturan-peraturannya. Saya tekankan agar peraturan-peraturan ini juga melalui proses di Dewan yang mulia ini di mana kami juga dapat menelitinya sama ada peraturan yang diadakan ini adalah wajar atau tidak. Jadi apabila timbul isu penyalahgunaan kuasa atau tindakan diambil oleh mana- mana pihak, kita dapat mengetahui sama ada peraturan ini ada diikuti atau tidak. Bukan seperti kes Mendiang Teoh Beng Hock, selepas itu baru kita mahu mencari sama ada peraturan dipatuhi atau tidak. Itu yang saya tekankan apabila dalam rang undang-undang ini diberi kuasa kepada majlis ambil tindakan tatatertib terhadap Juruanalisis Makanan berdaftar jika mereka melanggar peraturan tetapi maklumat tiada buat masa ini. Itu yang saya bangkitkan. Yang Berhormat kata berkenaan seksyen 38, Yang Berhormat ada mengaitkan dengan seksyen 15 bahawa kuasa mereka adalah seperti seorang penjawat awam mengikut peraturan-peraturan pegawai. Akan tetapi di sini menyatakan Kanun Keseksaan. Yang Berhormat kata hanya boleh masuk ke premis, memeriksa, menyita pada bila-bila masa atau apabila mempunyai alasan yang munasabah. Apa yang dimaksudkan dengan alasan yang munasabah? Yang Berhormat kata ini adalah untuk kepentingan awam, saya setuju tetapi persoalannya siapa yang memastikan kuasa ini digunakan dalam keadaan yang sewajarnya. Kalau polis Tuan Yang di-Pertua, polis mereka search warrant, hanya dalam keadaan di mana dalam keadaan yang munasabah, pendapat mereka bahawa barangan kecurian akan dipindahkan, ada situasi sedemikian. Akan tetapi yang ini, alasan yang munasabah, maksudnya apa? Kalau saya kata saya sekarang datang saya mahu memeriksa sama ada garis panduan diikuti oleh juruanalisis ini, itu juga alasan yang munasabah. Akan tetapi dengan izin, you were end up like a fishing expedition untuk mencari sama ada ini betul atau tidak betul. Itu persoalan yang saya nyatakan, kalau kata dalam seksyen ini memperuntukkan mengesyaki ada pelanggaran akta atau peraturan atau mempunyai sebab-sebab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang sangat itu Yang Berhormat pencelahan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya cuba menerangkan, nampaknya Timbalan Menteri kurang faham apa yang saya bangkitkan sebelum ini, maaf ya Yang Berhormat.

Saya faham Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat yang tidak memahami penjelasan daripada saya. Saya ingin tegaskan di sini Yang Berhormat, oleh daripada itulah Kementerian Kesihatan menyediakan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan supaya kita boleh memastikan makanan yang dihidangkan di meja Yang Berhormat, makanan yang dihidangkan di meja saya adalah makanan yang selamat dan sihat untuk kita makan bersama. Jadi oleh daripada itulah Yang Berhormat, seperti saya nyatakan tadi Parlimen perlu meluluskan peruntukan substantif sebelum kementerian dapat memperincikan peraturan-peraturan yang bakal menjadi sebagai pegangan kepada pegawai-pegawai penjawat awam yang bertanggungjawab untuk memastikan Akta Juruanalisis Makanan ini dapat dipatuhi oleh juruanalisis-juruanalisis kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, saya rasa perkara yang munasabah apabila ia berkaitan dengan makanan Yang Berhormat, kita perlu memastikan juruanalisis- juruanalisis yang bertauliah ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan bukan sahaja bertanggungjawab tetapi memastikan apa yang mereka lakukan kerana kesan daripada perbuatan mereka ini akan menentukan makanan-makanan yang di hidang seperti saya nyatakan tadi di meja Yang Berhormat dan di meja saya adalah antara makanan-makanan yang sihat dan selamat untuk kita makan bersama. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, bersama-sama dengan Yang Berhormat Kota Melaka telah membangkitkan mengenai had kuasa dan kaedah penguatkuasaan. Sukacita ingin saya nyatakan di sini bahawa rang undang-undang ini telah memperuntukkan mengenai kuasa-kuasa pegawai yang diberi kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 38, 39, 40 dan 41 serta kaedah penguatkuasaan yang telah diperuntukkan juga di bawah fasal-fasal itu. Walau bagaimanapun, kementerian akan menyediakan standard operating procedure, dengan izin, untuk memperincikan kaedah penguatkuasaan agar ia tidak berlaku penyalahgunaan kuasa demi untuk kepentingan awam. Yang Berhormat Batu Gajah juga telah membangkitkan mengenai fasal 39, kenapa pegawai yang diberi kuasa boleh menjalankan penggeledahan, boleh diberikan capaian kepada data berkomputer tanpa waran dan juga perintah mahkamah. Saya ingin menjawab Yang Berhormat, bahawa kuasa adalah perlu bagi pegawai yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan di bawah rang undang-undang demi mendapatkan bukti-bukti tentang kesalahan tanpa dilengahkan. Jika tindakan lambat diambil adalah dikhuatiri keterangan seperti data komputer akan dimusnahkan oleh pelaku tersebut. Yang Berhormat Batu Gajah juga mempersoalkan mengenai fasal 40, siapa yang boleh menyediakan perintah bertulis menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes. Saya ingin menjawab di sini Yang Berhormat bahawa fasal 40 memperuntukkan kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk memerintahkan kehadiran mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu kes. Yang Berhormat Kota Melaka telah membangkitkan mengenai tafsiran analisis makanan di bawah fasal 2 termasuklah bungkusan. Jika penguatkuasaan ada bungkusan atau material yang diimport, siapa yang disalahkan? Yang Berhormat Kota Melaka, saya ingin menyatakan di sini di bawah Peraturan 27 Peraturan-peraturan Makanan 1985 melarang makanan yang dibungkus dalam bungkusan berbahaya daripada diimport di kilang, di iklan untuk jualan ataupun dijual. Ini bermakna pengimport bersalah sekiranya bungkusan makanan yang diimportnya mengandungi bahan berbahaya. Yang Berhormat Telok Intan telah membangkitkan mengenai, mengapakah pengarah kanan menjadi pendaftar bagi Juruanalisis Makanan?

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Telok Intan, dari segi pentadbiran adalah wajar bagi pengarah kanan memegang jawatan pendaftar memandangkan beliau mempunyai kelayakan serta pengalaman dalam bidang analisis makanan dan juga beliau merupakan ketua program kepada keselamatan dan kualiti makanan di Kementerian Kesihatan.

Tujuan mewujudkan jawatan pendaftar dalam rang undang-undang ini adalah bertujuan bagi menyelenggarakan pendaftaran juruanalisis makanan. Sidang hadiran yang saya - Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian... [Ketawa] Saya ingin menyentuh - teringat kawasan Yang Berhormat. Saya ingin menyentuh mengenai bagaimana mekanisme memantau laporan daripada luar negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Batu Gajah, bagi laporan daripada luar negara keputusan analisis hendaklah mematuhi sistem kualiti ISO/IEC17025 yang merupakan standard antarabangsa yang memastikan setiap makmal mematuhi prosedur- prosedur di makmal. Setiap juruanalisis yang mengeluarkan keputusan ini adalah approve signatories, dengan izin yang diluluskan di bawah sistem kualiti tersebut. Ahli Yang Berhormat daripada Pendang telah membangkitkan mengenai peranan Institut Teknologi Makanan Malaysia. Beliau juga telah membangkitkan mengenai melebihi kuasa Menteri atau Majlis. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pendang, Institut Teknologi Makanan Malaysia tidak akan mengatasi peranan Menteri kerana berdasarkan peruntukan fasal 7(1) jumlah keahlian terdiri daripada 11 di mana tiga orang daripada ahli Majlis adalah daripada Institut Teknologi Makanan Malaysia. Jadi dalam situasi kuorum paling minimum tujuh orang dan empat ahli akan terdiri daripada bukan Institut Teknologi Makanan Malaysia.

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya sambut baik apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi cumanya saya mahu bertanya, adakah selepas akta ini pandangan-pandangan institusi daripada masyarakat madani seperti Consumer Association of Penang selepas itu kita ada juga Persatuan Pengguna Islam yang mana saya rasa semuanya berniat baik untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia terutamanya dari segi aspek pemakanan yang ada mudaratnya. Adakah ini bermaksud selepas kita punya akta ini pandangan-pandangan tersebut tidak dibenarkan ataupun mereka boleh diambil tindakan. Kalau sebegitu saya rasa saya tidak bersetuju kerana pada pandangan saya mereka juga salah satu suara check and balance. Ini kerana bagi saya kalau semuanya terpusat centralize kepada satu pandangan kementerian di mana suara-suara pandangan daripada badan-badan berwibawa juga seperti Consumer Association of Penang, Persatuan Pengguna Islam dan sebagainya. Mohon penjelasan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat yang merupakan junior saya semasa saya di universiti, saya ingin menyatakan di sini bahawa kementerian sentiasa mengambil maklum mengenai pandangan-pandangan yang diutarakan oleh agensi-agensi ataupun badan-badan terutama sekali badan-badan yang mewakili agama-agama tertentu. Kita mengambil maklum dan sebenarnya apa yang telah kita laksanakan di peringkat kementerian ini adalah hasil daripada perbincangan yang kita adakan secara berterusan dengan pihak-pihak ini dan sudah tentu the spirit, insya-Allah dengan izin rang undang-undang ini akan juga membawa suara-suara daripada badan- badan kebajikan dan keagamaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri saya mohon penjelasan. Memandangkan komitmen yang sama dan cerita yang sama agak molek sekiranya mereka ini dilibatkan di dalam Majlis kalau tidak daripada semuanya wakil-wakil kerajaan memandangkan badan-badan yang punya sejarah yang agak boleh dibanggakan, saya rasa apa salahnya mereka ini tokoh-tokoh pemimpin- pemimpin pengguna ini dimasukkan dan dilibatkan ke dalam Majlis.

Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat. Sudah tentu ini merupakan salah satu kekhuatiran yang telah disampaikan oleh ramai di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan juga pihak- pihak yang telah membincangkan perkara yang sama dengan pihak kementerian. Sukacita saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat walaupun kita mempunyai Majlis yang dianggotai oleh 11 ahli-ahli Majlis yang telah termaktub dalam rang undang-undang ini, tetapi dalam rang undang-undang ini juga memperuntukkan mengenai jawatankuasa yang boleh ditubuhkan di bawah Majlis ini yang akan mengandungi partisipasi daripada semua anggota NGO dan kesatuan yang ada. Jadi mereka boleh melibatkan diri di dalam jawatankuasa ini dan sudah tentu pandangan mereka juga diambil bagi memperkasakan lagi Majlis.

Yang Berhormat Timbalan Menteri minta maaf perlu perjelaskan peringkat ini. Apa yang saya maksudkan ialah contohnya seperti SUHAKAM kita punya komposisi daripada suruhanjaya-suruhanjaya yang berdiri sebagai suruhanjaya. Bukan sebagai satu jawatankuasa teknikal, jawatankuasa sokongan kerana saya melihat perkara ini kerajaan perlu meyakinkan rakyat, bahawa dari aspek tata kelola governancenya itu ada check and balance kalau tidak semuanya masih lagi bersifat too centralize, dengan izin, kepada satu pandangan eksekutif semata-mata tanpa memberikan ruang untuk pihak terutama NGO berdiri di dalam Majlis dan punya kuasa seperti Majlis dan bukan jawatankuasa teknikal dan sokongan. Mohon penjelasan.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi dengan adanya jawatankuasa ini kita melihat bahawa Majlis ini akan dapat input-input yang sewajarnya dan saya tidak melihat perkara ini merupakan satu perkara yang boleh menidakkan dan juga menafikan hak ataupun pandangan daripada kumpulan-kumpulan ini. Jadi Yang Berhormat Kuala Kedah telah membangkitkan mengenai bagaimana untuk meningkatkan output Juruanalisis Makanan daripada segi sumber manusia. Sukacita saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan, bahawa melalui Majlis yang ditubuhkan ini Yang Berhormat, Majlis ini bertanggungjawab mengadakan program pembangunan profesional juruanalisis makanan berdaftar untuk meningkatkan pengetahuan mereka di dalam perkembangan terkini berhubung dengan amalan Juruanalisis Makanan di sektor awam serta sektor swasta. Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan mengenai pengalaman kerja dibandingkan dengan pendaftaran yang mana didahulukan. Saya ingin menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Pendang dengan memperakui di sini bahawa peruntukan ini amat penting Yang Berhormat bagi memastikan hanya juruanalisis berpengalaman sahaja ataupun juruanalisis di bawah penyeliaan juruanalisis berdaftar sahaja. Ini bagi memastikan kredibiliti juruanalisis kita.

Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan. Memang saya faham kita memerlukan juruanalisis berpengalaman tetapi di dalam rang undang-undang ini juga mengatakan mereka yang tidak berdaftar, tidak boleh melakukan praktis juruanalisis ini. Maknanya kalau dia hendak praktis juruanalisis dia mesti daftar dahulu dan kalau dia hendak daftar dia mesti ada pengalaman sebagai juruanalisis dahulu. Maknanya perkara ini macam kontradiksi. Seperti bidang perubatan misalnya apabila kita lulus, kita masuk houseman, bila masuk houseman kita dilatih, makna dalam masa yang sama kita mendaftar dengan MMC, maknanya secara berterusan dan secara langsung kita boleh buat pendaftaran dengan MMC iaitu Malaysian Medical Council itu. Ini kalau sudah perlu dua tahun daripada sains makanan, empat tahun daripada bidang sains lain, maknanya mereka itu agak sukar saya rasa untuk mendaftar sebagai Juruanalisis Makanan ini. Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat kerana membangkitkan mengenai isu ini. Saya ingin menjelaskan Yang Berhormat bahawa apa yang diutamakan di dalam seksyen ini adalah untuk memastikan kita mempunyai juruanalisis yang bukan sahaja berpengalaman.

Akan tetapi sekiranya mereka baru belajar dan selepas itu mereka perlu diseliakan oleh juruanalisis yang berdaftar. Itu yang kita maksudkan dan ini merupakan prasyarat yang kita utamakan sebelum kita mengeluarkan sijil amalan kepada mereka.

Sedikit lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah bermakna mereka itu apabila telah lulus dalam bidang sains pemakanan ataupun juruanalisis pemakanan ini mereka boleh bekerja tetapi belum boleh berdaftar sebagai juruanalisis, tetapi mereka dijanjikan tidak boleh diambil tindakan sebagai pengamal yang tidak berdaftar. Maknanya mereka di bawah seliaan tetapi tidak boleh dikenakan tindakan. Adakah begitu?

Yang Berhormat, sebenarnya ada penjelasan kepada isu yang Yang Berhormat bangkitkan tadi. Saya mohon Yang Berhormat untuk memberi laluan kepada saya untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain sebelum saya menyentuh isu tersebut, kerana ada jawapan yang telah disediakan untuk menjawab secara terperinci mengenai soalan yang dibangkitkan. Menyentuh mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor terutama sekali berkaitan dengan seksyen 13(2), yang mencadangkan untuk mengehadkan mereka yang mempunyai kepakaran sahaja dan bukannya mana-mana orang yang menganggotai jawatankuasa. Saya ingin menyatakan di sini bahawa anggota yang dilantik untuk menganggotai jawatankuasa di bawah adalah terdiri daripada orang- orang yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran tinggi di dalam bidang makanan dari sektor kerajaan. Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan mengenai persoalan sama ada makanan tambahan termasuk di bawah takrifan makanan dan bolehkah ia dianalisis oleh Juruanalisis Makanan? Makanan tambahan Yang Berhormat, atau food supplement dengan izin, yang dikelaskan sebagai makanan sama ada dalam bentuk cecair, serbuk atau pil boleh dianalisis oleh juruanalisis makanan. Makanan tambahan dan herba yang termasuk dalam kategori produk farmaseutikal ataupun tradisional, wajib didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan di mana analisis dijalankan. Sebenarnya Yang Berhormat, untuk sebagai maklumat tambahan, saya ingin berkongsi di sini bahawa produk yang mengandungi 80 peratus dan lebih ramuan makanan yang terdiri daripada satu ramuan atau campuran 20 peratus atau kurang daripadanya adalah ramuan aktif, produk ini dikelaskan sebagai makanan, dan produk yang mengandungi 80 peratus atau kurang daripadanya makanan dan 20 peratus atau lebih ramuan aktif dikelaskan sebagai bukan makanan tetapi sebagai produk farmaseutikal. Yang Berhormat dari Parit telah membangkitkan mengenai ahli kimia yang dikecualikan di dalam rang undang-undang ini dikhuatiri berlaku pertindihan fungsi dan beliau juga membangkitkan sama ada juruanalisis daripada sektor swasta perlu didaftarkan. Untuk menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit, saya ingin menyatakan di sini bahawa tiada percanggahan ataupun pertindihan di antara Akta Ahli Kimia dan rang undang-undang ini. Ini kerana di bawah Akta Ahli Kimia terdapat Institut Kimia Malaysia yang mempunyai fungsi seumpama Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia. Akta Ahli Kimia berfungsi dalam mengawal amalan ahli kimia melalui Institut Kimia Malaysia. Ini menunjukkan Akta Ahli Kimia telah mengawal amalan ahli kimia. Oleh itu, adalah wajar untuk mengecualikan ahli kimia berdaftar di bawah Akta Ahli Kimia dan tidak perlu dikawal oleh rang undang-undang ini. Untuk Rang undang-undang Juruanalisis Makanan, ianya akan mengawal semua juruanalisis sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih. Apabila kita bercakap tentang ahli kimia dan juruanalisis makanan, memang sebelum ini apa-apa juga bahan makanan yang kita jangka mempunyai pencemaran, kita menghantarnya kepada makmal kimia. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Parit itu. Mungkin apabila sesuatu makanan itu mempunyai pencemaran seperti kesan-kesan toksikologi, kesan-kesan chemical – misalnya baru-baru ini, susu yang dicemari oleh melamine – memang kita hantar kepada makmal kimia. Jadi dengan kita tidak memasukkan ahli kimia dalam rang undang-undang ini, maknanya, apakah hasil yang dikaji oleh ahli kimia itu boleh juga kita guna pakai sebagai bahan di dalam keputusan yang kita buat, berbanding dengan kalau sekiranya ianya dibuat oleh Juruanalisis Makanan mengikut rang undang-undang ini?

Terima kasih di atas persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pendang, Akta Ahli Kimia hanya meregulasikan perbuatan dan aspek ahli kimia itu sendiri, tetapi Juruanalisis Makanan ia lebih spesifik iaitu yang berkait rapat dengan teknologi makanan. Jadi Yang Berhormat, pada masa yang sama Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai hasil sama ada ianya boleh diguna pakai sekiranya ia berkaitan. Berkaitan dengan persoalan yang telah dibangkitkan, sebenarnya sampel-sampel pemakanan yang telah diambil oleh kementerian akan dihantar kepada jabatan-jabatan kimia untuk dianalisis. Ia boleh diguna pakai kerana ia dikawal oleh Akta Ahli Kimia. Dalam erti kata lain, hasilnya boleh diguna pakai untuk tujuan akta ini. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Telok Intan telah membangkitkan mengenai sama ada juruanalisis makanan yang tidak berpuas hati dengan hukuman tatatertib yang dijatuhkan boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi. Saya ingin nyatakan di sini Yang Berhormat, bahawa mana-mana juruanalisis makanan yang tidak berpuas hati dengan hukuman tatatertib yang dijatuhkan oleh Majlis bolehlah merayu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh diberitahu keputusan Majlis kepada Menteri di bawah fasal 30. Mereka juga boleh merayu kepada mahkamah tinggi terhadap keputusan Menteri jika tidak berpuas hati dengan keputusan berikut.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat menyentuh seksyen 30 untuk boleh membuat rayuan dalam masa 21 hari daripada tarikh keputusan Majlis kepada Menteri. Mengapa dalam seksyen ini kerajaan enggan atau tidak memasukkan tempoh di mana Menteri perlu memberi satu keputusan? Kalau mewajibkan Juruanalisis Makanan yang merayu itu 21 hari dari tarikh keputusan, tetapi tidak ada tempoh dimasukkan untuk Menteri memberi keputusan.

Terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Memang benar tidak ada tempoh tertentu untuk Menteri membuat keputusan. Namun, secara dasarnya Yang Berhormat, keputusan yang dibuat akan dibuat dalam kadar segera kerana ini melihat kepada kepentingan awam yang menjurus kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri itu perlu dibuat dalam kadar segera, kerana tempoh rayuan yang telah dinyatakan dalam fasal 30 adalah sebanyak 21 hari. Sudah tentu rayuan ini boleh dibincangkan atau dipanjangkan kepada Menteri dan sudah tentu keputusan juga akan diberi dalam kadar segera.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya tadi adalah, adakah seseorang itu boleh merayu kepada mahkamah tinggi terhadap keputusan Majlis? Saya tahu fasal 30 membenarkan rayuan kepada Menteri tetapi bagaimana dengan mahkamah tinggi seperti Majlis Peguam ataupun Medical Council. Terima kasih.

Saya sudah menjawab Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat tidak dengar jawapan tadi.

Akan tetapi saya ingin terangkan kembali bahawa mana-mana juruanalisis makanan kita yang tidak berpuas hati dengan hukuman tatatertib yang dijatuhkan, mereka boleh merayu kepada mahkamah tinggi terhadap keputusan Menteri ini.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Di mana ada sebut boleh rayu ke Mahkamah Tinggi? Di klausa 30 tidak sebut, Yang Berhormat Timbalan Menteri. That is my question.

Saya ingin tekankan di sini Yang Berhormat, this is not – apa sahaja keputusan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 30 ini, it is not – perkara ini tidak final ataupun dimuktamadkan kepada rayuan, kepada Menteri sahaja. Sekiranya Juruanalisis Makanan ini tidak berpuas hati, mereka boleh mengambil tindakan mahkamah di atas keputusan yang tidak dipersetujui. Ini mengikut undang-undang sivil Yang Berhormat. So, it has not been practicing spontaneous. Minta maaf... [Ketawa] Yang mana mereka berhak untuk mengambil tindakan sivil dan boleh membawa kes ini ke mahkamah sekiranya mereka tidak berpuas hati. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Bukit Mertajam secara dasarnya telah membangkitkan juga mengenai isu pencemaran makanan yang perlu dikawal sama ada makanan tempatan ataupun yang diimport bagi memastikan tahap keselamatan makanan itu terjaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aspek keselamatan makanan sama ada ia disediakan tempatan ataupun makanan yang diimport adalah dikawal di bawah Akta Makanan 1983. Daripada segi kawalan, ia dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan telah melaksanakan program keselamatan makanan. Apa yang dilakukan adalah bahagian ini perlu memastikan keselamatan di mana – bahagian ini akan membuat pemantauan secara berterusan dan perkara ini dilaksanakan secara berterusan. Untuk menjawab mengenai persoalan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

Yang dibangkitkan oleh...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kita tahu ia dipantau secara berterusan tetapi bagaimana – bolehkah beri salah satu contoh. Umpamanya adakah antibiotik di dalam ayam dipantau? Bagaimanakah beta-agonist di dalam daging khinzir dipantau? Bagaimanakah racun residue, racun di dalam sayur-sayuran dipantau? Bagaimanakah buah-buahan yang diimport itu dipantau? Terima kasih.

Saya baru hendak masuk ke bahagian tersebut sebelum Yang Berhormat bangkitkan tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa Bahagian Kawalan dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memastikan bahawa semua makanan yang diimport dan makanan tempatan adalah selamat dimakan oleh rakyat negara kita. Bagaimana menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, kementerian sentiasa menjalankan program pemantauan dan surveillance pada semua jenis makanan termasuklah yang segar dan juga kering di setiap pintu masuk negara melalui pendekatan berasaskan risiko, Yang Berhormat. Dengan pendekatan ini, semua makanan dikategorikan pada enam jenis tahap pemeriksaan mengikut risiko yang mana peningkatan tahap pemeriksaan sesuatu makanan akan menjurus pada tindakan pemeriksaan yang lebih ketat. Melalui pendekatan ini, produk makanan yang disyaki tercemar dan telah mempunyai sejarah pencemaran yang diimport daripada sebarang negara akan disasarkan untuk tindakan pemeriksaan dan juga pensampelan. Kaedah ini dibantu oleh satu sistem di bawah kementerian kita iaitu Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia atau Food Safety Information System of Malaysia, yang lebih dikenali sebagai FoSIM.

Ia merupakan satu sistem elektronik berasaskan jaringan sesawang yang akan menghubungkan pintu masuk makmal negeri Kementerian Kesihatan dan juga berantara muka dengan Sistem Maklumat Kastam (SMK) daripada Kastam Diraja Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian sentiasa prihatin tentang isu-isu keselamatan makanan dan isu pencemaran melamin di dalam susu dari negara China dan isu formaldehyde di dalam ikan seperti yang berlaku sebelum ini telah ditangani dengan baik serta kawalan di atasnya dikekalkan sehinggalah sekarang di semua pintu masuk negara. Ini bermakna Yang Berhormat semua makanan yang masuk daripada luar ke negara kita dikawal dengan ketat. Sistem yang telah saya sebutkan tadi, FoSIM merupakan satu sistem yang begitu efektif untuk memastikan semua makanan yang masuk ke negara kita ini dipantau dan diselia...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Persoalan yang samakah Yang Berhormat ataupun biar saya – sebab ada panjang sedikit saya hendak bincangkan juga mengenai sistem tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat merupakan sistem pintar yang seperti saya nyatakan tadi yang berasaskan risiko dan kita ada enam semuanya Yang Berhormat. Ada enam tahap iaitu tahap pertama adalah pelepasan secara automatik iaitu consignment makanan dilepaskan secara automatik tanpa pemeriksaan. Kedua adalah tahap dua iaitu pemeriksaan dokumen consignment makanan dilepaskan setelah pemeriksaan dokumen dilaksanakan. Tahap tiga merupakan pemeriksaan pemantauan iaitu consignment makanan dilepaskan setelah pemeriksaan dilakukan dan sampel makanan mungkin akan diambil untuk analisis makmal. Tahap empat merupakan pemeriksaan surveillance. Ini merupakan consignment makanan yang dilepaskan setelah sampel diambil untuk analisis makmal. Tahap lima, tahan, uji dan lepas. Seperti Yang Berhormat ketahui untuk makanan dari Jepun, kita meletakkan sebagai pemeriksaan tahap lima iaitu tahan, uji dan lepas yang mana consignment makanan ini ditahan dan hanya dilepaskan setelah keputusan analisis makmal mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Tahap yang terakhir adalah tahap enam iaitu penolakan secara automatik iaitu ini merupakan satu tahap yang mana consignment makanan tidak dibenarkan langsung untuk masuk ataupun ditolak secara automatik oleh kementerian. Menyentuh mengenai isu...

Boleh? Sudah habis tadi.

Beta-agonist tetapi tidak mengapalah. Saya beri Yang Berhormat.

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. berhubung dengan makanan dan enam tahap yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ini, saya ingin mendapatkan penjelasan antara makanan- makanan yang diuji dan dibenarkan dibawa masuk itu, apakah kita meletakkan syarat bahawasanya mereka perlu meletakkan nutrition fact ataupun fakta-fakta makanan sama ada proteinnya berapa banyak, karbohidratnya berapa banyak, kandungan gulanya berapa banyak supaya setiap makanan yang dibawa masuk itu sesuai untuk diambil oleh rakyat kita dan juga tidak membahayakan kesihatan. Maknanya, setiap consignment yang ada itu ia mempunyai fakta pemakanannya, nutritional fact di dalam itu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang yang begitu prihatin. Sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat, memang benar kita – itu merupakan salah satu ketegasan yang kita amalkan di peringkat kementerian terutama melalui sistem FoSIM kita, untuk memastikan mereka juga menerangkan mengenai kandungan barang-barang makanan yang dieksport ke negara kita. Saya harap Yang Berhormat berpuas hati dengan jawapan saya.

Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi telah membangkitkan mengenai isu beta- agonist di dalam daging dan haiwan ternakan, sebagai contoh. Memang benar Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa peka mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan. Berhubung dengan isu beta-agonist di dalam daging haiwan ternakan ini, kementerian sentiasa memberikan perhatian yang serius dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan secara berterusan. Apa yang penting Yang Berhormat, kita juga memperkukuhkan penguatkuasaan di dalam menangani masalah ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di dalam perkara ini kita bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Kimia, Pusat Doping USM dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi di dalam memperkukuhkan lagi penguatkuasaan di dalam penyalahgunaan beta-agonist di dalam haiwan ternakan bagi memastikan rangkaian makanan adalah selamat daripada ladang ke meja atau farm to table, dengan izin. Daripada maklumat kementerian Yang Berhormat, untuk tahun 2010 sahaja, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita mendapati bahawa sebanyak 711 sampel daging haiwan ternakan sama ada khinzir, lembu, kambing dan itik telah diambil dan daripada jumlah tersebut tiada sampel dilaporkan yang melanggar kepada akta keselamatan kita. Untuk pengetahuan, daripada kesimpulannya melalui data pemantauan yang sedia ada, risiko daripada pencemaran beta-agonist di dalam daging lembu, kambing dan itik adalah di tahap yang paling minimum. Orang ramai tidak perlu merasa bimbang dengan dakwaan yang telah dikemukakan oleh sesetengah pihak Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pendang, yang telah membangkitkan mengenai keperluan untuk analisis pencemaran racun makhluk perosak formaldehyde dan melamin, turut dinyatakan di dalam rang undang-undang ini Yang Berhormat. Peruntukan tentang kawalan pencemaran racun makhluk perosak dan formaldehyde di dalam makanan telah dinyatakan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, di bawah Akta Makanan 1983 dari segi penguatkuasaan. Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan mengenai pemantauan produk makanan daripada negara Jepun. Seperti yang saya nyatakan tadi terutama sekali kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam, Kementerian Kesihatan telah mengenakan tindakan pemeriksaan tahap 5 iaitu tahan, uji dan lepas seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya yang diimport daripada Jepun susulan kepada bencana gempa bumi pada 11 Mac yang lepas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Jasin, sampel-sampel makanan tersebut diambil di pintu masuk untuk ujian pencemaran bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia. Consignment makanan tersebut akan dilepaskan sekiranya sampel makanan mematuhi tahap radioaktif yang dibenarkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Kedah, setakat 5 April 2011, Kementerian Kesihatan telah menjalankan analisis ke atas 77 sampel bagi tahap kandungan radioaktif dan alhamdulillah didapati 77 sampel tersebut mematuhi tahap yang dibenarkan iaitu yang datang daripada negara Jepun. Untuk pengetahuan Yang Berhormat...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

Adakah ini berkaitan Yang Berhormat? Sebab saya tidak habis lagi, izinkan saya untuk menghabiskan isu yang berbangkit mengenai makanan daripada Jepun. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, consignment makanan yang dilepaskan perlu mematuhi tahap radioaktif yang dibenarkan berdasarkan kepada standard yang ditetapkan oleh Codex Alimentarius Commission. Badan ini membenarkan tahap 100 becquerel/kg untuk bahan radioaktif, iodin 131 dan 1000 becquerel/kg untuk bahan radioaktif Cesium 34 dan Cesium 137, dengan izin, bagi produk susu dan makanan bayi dan tahap-tahap lain. Berkuat kuasa pada 15 April 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengenakan keperluan Sijil Radioaktif ataupun Certificate of Radioactivity yang dikeluarkan oleh competent authority, dengan izin, negara Jepun ke atas semua makanan yang diimport daripada Jepun sebagai jaminan keselamatan makanan. Di dalam hal ini, tempoh masa tersebut diberikan kepada pihak pengeksport di Jepun dan juga pihak pengimport di Malaysia bagi mereka bersiap sedia untuk menghadapi keperluan ini dan keputusan ini telah dibuat semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Mac 2011. Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan mengenai makanan-makanan yang telah diimport. Saya berminat dengan makanan-makanan yang hasilan tempatan kerana banyak makanan yang kita makan juga adalah hasil tempatan, umpamanya sayur-sayuran. Sayur-sayuran boleh dihasilkan di dalam jumlah yang besar atau secara kecil-kecilan dan semua ini tidak ada pendaftaran. Sekiranya kita mendapati, saya tidak tahu bagaimana the local products, bagaimana makanan tempatan diuji. Di manakah sampelnya diambil jika ada diuji, adakah sampel diambil di ladang ataupun di pasar. Sekiranya sampel ini diambil di pasar, kita tidak tahu adakah kita mengetahui sampel ini daripada ladang yang mana, I don’t notice there is a system untuk mendaftarkan sekiranya saya menjual sayur kepada hawker ini. Oleh itu ia mesti ada satu pendaftaran untuk menunjukkan bahawa sayur tersebut daripada mana dan siapa. Saya hanya berminat hendak mengetahui apakah sistem untuk menguji atau pengambilan sampel makanan-makanan yang hasilan tempatan, terima kasih.

Okey, untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sukacita saya mengatakan di sini, sekiranya kita tegas di dalam memastikan makanan yang dieksport ataupun diimport ke negara kita adalah produk makanan yang selamat melalui sistem FoSIM kita di peringkat tempatan, begitu juga memastikan perkara yang sama bahawa apa yang dihidangkan di meja Yang Berhormat dan juga rakyat Malaysia adalah terdiri daripada makanan yang selamat. Selalunya kita menjalankan pemeriksaan sampel bermula daripada ladang dan kita akan meneruskan pemeriksaan ini daripada ladang dan seterusnya ke peringkat premis perniagaan dan beberapa kaedah ataupun perkara ini sudah tentu ianya dilaksanakan secara berterusan Yang Berhormat. Saya akan menjawab secara terperinci mengenai kaedah yang kita gunakan terutama sekali di dalam memeriksa makanan tempatan kepada Yang Berhormat secara bertulis, supaya Yang Berhormat lebih memahami kaedah yang kita laksanakan. Sekiranya untuk makanan daripada luar, kita menggunakan sistem FoSIM, untuk tempatan juga kita menggunakan kaedah yang lebih kurang sama, cuma kita memantau daripada segi - kita berkeupayaan untuk memantau makanan-makanan tersebut bermula daripada ladang sehinggalah ke meja makan. Okey, Yang Berhormat Kepong, adakah ini berkaitan ataupun perkara baru?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang ada kaitan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, memang ada kaitan, rang undang-undang ini sudah terlewat beberapa tahun dah dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada ikhtiar untuk menjawab mengenai sayur-sayuran. Saya membeli sayur hampir setiap minggu dan kadangkala saya ada bertanya juga daripada mana sayur- sayuran sama ada kangkung, kubis dan sebagainya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bagaimana Yang Berhormat dapat mengetahui penanam sayur misalnya di Cameron Highlands, bila dia sembur racun dan nampak kubis ataupun sayur-sayuran yang lain cantik kerana ia ada sembur racun sudah dan serangga-serangga pun begitu kurang. Sebelum tempoh, dia ada tempoh, dua minggu selepas itu atau tiga minggu selepas itu baru boleh dipasarkan. Akan tetapi dia tidak tunggu, memang tidak tunggu Yang Berhormat. Kalau dia tidak tunggu, memang sayur ini akan dipasarkan sebelum tempoh racun ini dibenarkan, ya. Maaflah. Akan tetapi macam mana Yang Berhormat Papar dapat mengesan hal-hal seumpama ini. Bukan main, bukan di Cameron Highlands sahaja. Di seluruh negara. Ini penting. Saya nampak apabila sayur atau apa sahaja akan dihantar ke negara seperti Singapura, memang mereka tidak buat macam itu. Dia tidak buat macam itu kerana sudah masuk ke Singapura, dia ada analisis dan selepas itu kalau didapati tidak ikut peraturan dia, jadi dia tidak terima sudah, tidak terima sudah. Mengapa ini boleh berlaku? Kalau di Malaysia, kita seperti Singapura juga. Siapa yang hantar dalam negara ataupun diimport, kalau tidak mengikut peraturan kita, kita tidak terima. Hantar balik termasuk daripada Cameron Highlands pun. Kalau tidak ikut peraturan kita mengambil tindakan. Boleh kah Yang Berhormat Papar, sungguhpun berikhtiar untuk menjawab macam mana kita dapat mengesan hal-hal seumpama ini?

Terima kasih Yang Berhormat kerana mengiktiraf saya untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan dan saya juga ingin menyatakan di sini Yang Berhormat juga merupakan peminat sayur daripada Cameron Highlands, saya difahamkan ya. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kepong, saya ingin berkongsi sedikit maklumat sebelum menyentuh mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Pada tahun 2009 sahaja Yang Berhormat, sebanyak 2,548 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan telah diambil oleh Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Makanan di pelbagai premis jualan seperti di pasar, pasar tani, pasar malam, pasar raya, pasar raya besar dan juga dapur hospital. Jumlah sampel yang didapati mengandungi residue racun makhluk perosak melebihi MRL yang dibenarkan adalah sebanyak 60 sampel iaitu 2.35 peratus. Setakat Februari 2010, tindakan mahkamah telah dan sedang diambil terhadap semua pelanggaran yang dikesan oleh pihak kita Yang Berhormat, ya. Jenis kumpulan racun-racun makhluk perosak yang dikesan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang didapati melanggar pada tahun 2009 adalah seperti berikut: | Jenis Racun |Sampel| |----------------|-----:| |Organophosphorus| 36| |Dithiocarbamate | 8| |Carbamate | 7| |Organochlorine | 4| |Lain-lain | 5|<END_TABLE_MARKER> Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, bagi buah-buahan yang terlibat adalah seperti strawberi sebanyak 21 sampel iaitu sebanyak 35 peratus. Buah oren, limau dan longan masing-masing satu sampel, 1.7 peratus ini merupakan pelanggaran untuk buah- buahan Yang Berhormat. Dari segi sayur-sayuran pula adalah daun sup sebanyak lima sampel, 8.3 peratus, terung lima sampel iaitu 8.3 peratus, cili empat sampel, 6.7 peratus dan sawi Jepun tiga sampel iaitu sebanyak 5 peratus. Sayur-sayuran lain adalah timun, sawi, peria dan kubis panjang iaitu masing-masing dua sampel ataupun 3.3 peratus.

Sayur-sayuran seperti bayam, daun bawang, kailan, kacang serindit, petola, pintau, sawi Taiwan, sawi putih, terung Cina, tomato dan ‘yau mak’ pula jumlah yang terlibat adalah sebanyak 1 peratus ataupun 1.7 peratus untuk setiapnya. Peranan kementerian Yang Berhormat di dalam kawalan residue racun makhluk perosak berbeza dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Di mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Berhormat, melalui Jabatan Pertanian menjalankan aktiviti pemantauan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan di peringkat ladang. Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan pemantauan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan di peringkat lepas tuai seperti di pasar, pasar tani, pasar raya dan juga di pintu masuk negara. Jadi, saya harap ini dapat menjelaskan lagi mengenai peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam aspek pemakanan ini. Yang Berhormat daripada Tenggara...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Saya masih banyak isu yang perlu dijelaskan Yang Berhormat ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sedikit sahaja. Kalau tadi ada kata sampel- sampel yang melanggar ataupun melebihi amaun yang dibenarkan, sekiranya mendapat bahawa dia melanggar akta makanan, what do you do after that? Macam mana, what do you do if you found it in market? Kalau sampel ini datang dari pasar. Jadi, adakah pegawai akan tahu sampel ini datang dari ladang yang mana. Jadi, kalau dia hendak compound dia, hendak saman, dia saman siapa? Saman penjual kah ataupun peladang?

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Apabila kita ingin merujuk kepada apakah tindakan, seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat, tindakan mahkamah telah diambil dan sedang diambil ke atas pelanggaran-pelanggaran yang dikesan mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan Yang Berhormat. Mengikut Akta Makanan 1983 dan juga Peraturan-peraturan Makanan 1965 ianya menjelaskan bahawa di bawah undang-undang yang saya sebutkan ini pengusaha boleh diambil tindakan. Itu adalah termaktub di bawah Akta Makanan 1983. Jadi, Yang Berhormat Tenggara telah membangkitkan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Kerana pada tahu saya, kalau daging khinzir ada beta-agonist, penjual itu akan di saman. Akan tetapi penjual mengatakan bahawa ini sudah di sahih oleh pegawai kesihatan dari veterinary. Dia hanya jual sahaja. Mana dia akan tahu bagaimana dia akan memastikan sama ada daging ini ada beta-agonist atau tidak. Dia merasakan ini tidak adil kepada dia. Saya rasa sama juga kalau sayur, penjual sayur akan kata bagaimana saya tahu sama sayur ini ada mengandungi racun perosak atau tidak. Jadi, saya rasa untuk menyelesaikan masalah ini bahawa penanam atau penternak itu mesti dibawa ke mahkamah. Kalau untuk adil, bersama-sama dengan penjual dan bukan hanya penjual sahaja. Penjual mungkin boleh menjadikan saksi dan bukan dia disalahkan. Ini pendapat saya. Saya tidak tahu macam mana pendapat Yang Berhormat.

Saya setuju Yang Berhormat dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, tindakan mahkamah yang diambil selalunya akan melibatkan mereka yang telah melanggar akta. Sekiranya yang melanggar akta ini terdiri daripada penanam-penanam mereka akan diambil tindakan mengikut kesalahan yang mereka telah lakukan. Sudah tentu tanggungjawab sepenuhnya kepada peniaga tidak boleh dibuat sekiranya mereka tidak mengetahui asal makanan ini ataupun bahaya yang berlaku terutama sekali dari segi residue makhluk perosak yang digunakan untuk makanan- makanan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Jadi, Yang Berhormat izinkan saya untuk meneruskan. Saya ingin menyentuh mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara iaitu di dalam seksyen 31(2) sama ada nombor pendaftaran juruanalisis makanan perlu dinyatakan pada produk-produk yang telah dianalisa untuk dipertanggungjawabkan.

Untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan ini Yang Berhormat, bagi keputusan analisis makanan yang dilaporkan oleh Juruanalisis Makanan berdaftar, akan dicatatkan nama serta nombor pendaftaran juruanalisis di dalam laporan tersebut. Ini kerana bagi setiap produk makanan, ia akan dijalankan analisis jika perlu sebelum ianya dipasarkan. Oleh itu, setiap laporan analisis akan dinyatakan nama Juruanalisis Makanan berdaftar serta nombor pendaftarannya. Yang Berhormat Tenggara juga telah membangkitkan mengenai seksyen 36(1) dan seksyen 36(2). Beliau mencadangkan supaya penalti yang lebih berat dapat diambil. Adalah dimaklumkan bahawa rang undang-undang ini adalah untuk mengawal amalan juruanalisis makanan. Adalah menjadi tanggungjawab orang yang berniat menjalankan analisis makanan untuk berdaftar dan mematuhi rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini juga menyediakan peruntukan di mana jika terdapat pertubuhan dan perbadanan yang melakukan kesalahan terhadap rang undang- undang ini, penalti juga akan turut dikenakan kepada pertubuhan tersebut. Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan tentang Akta Makanan sama ada Akta Makanan Haiwan 2009 juga tertakluk kepada Rang Undang-undang Juruanalisis ini. Di dalam perkara ini Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa kawalan keselamatan makanan perlu meliputi sepanjang rantaian makanan iaitu daripada ladang ke meja. Akta Makanan Haiwan 2009 diwujudkan untuk memastikan makanan haiwan adalah selamat daripada pencemaran bahan-bahan berbahaya. Ia akan menghalang bahan-bahan berbahaya daripada meresap ke dalam tisu dan sel-sel haiwan supaya akhirnya yang dihasilkan daripada haiwan itu adalah selamat. Dalam erti kata lain Yang Berhormat, Akta Makanan Haiwan 2009 menyokong Akta Makanan 1983 di dalam memastikan bekalan makanan adalah selamat daripada ladang ke meja. Juruanalisis Makanan hanya melihat kepada amalan dan ini Yang Berhormat menyentuh mengenai makanan. Makanan adalah di bawah Akta Makanan 1983. Terima kasih Yang Berhormat di atas persoalan tersebut. Saya ingin menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor mengenai seksyen 11(1) iaitu notis tidak semestinya terhad kepada dokumen bertulis. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa notis mesyuarat dikeluarkan secara rasmi melalui notis bertulis yang ditandatangani oleh Pengerusi Majlis. Walau bagaimanapun, penghantaran notis ini boleh melalui e-mel. Contohnya sebagai tindakan susulan selepas notis bertulis ditandatangani oleh Pengerusi Majlis. Notis yang dihantar melalui e-mel adalah cara terpantas bagi anggota majlis untuk menerima notis tersebut. Yang Berhormat Sepanggar telah membangkitkan mengenai keperluan mengadakan makmal makanan di setiap negeri. Sukacita saya menjawab di sini Yang Berhormat, pada masa ini terdapat kemudahan makmal untuk menganalisis makanan yang terdiri daripada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, Makmal Kesihatan Awam dan Jabatan Kimia Malaysia. Selain itu, kementerian juga mengguna pakai Makmal Pusat Kawalan Doping di Universiti Sains Malaysia, Makmal Kawalan Racun Perosak di Jabatan Pertanian dan juga Makmal SUCXes di Universiti Malaya. Secara keseluruhan, terdapat 29 buah makmal kerajaan yang menjalankan analisis makanan di seluruh Malaysia. Kementerian Kesihatan juga akan membangunkan Center for Food Safety di bawah RMKe- 10 bagi menambah kepada kapasiti yang sedia ada. Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan mengenai isu Amerika Syarikat mempunyai FDA certification tetapi Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 hanya menjurus kepada pendaftaran Juruanalisis Makanan sahaja tanpa memberi penekanan aktiviti pemeriksaan keselamatan makanan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kota Raja, kawalan keselamatan makanan ada dikawal di bawah Akta Makanan 1983. Kementerian Kesihatan telah mempunyai beberapa skim pensijilan bagi memastikan jaminan keselamatan makanan seperti HACCP, GMP dan Skim Makanan 1Malaysia (SK1M). Di samping itu, di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, penguatkuasaan akan dibuat bagi menentukan pematuhan terhadap akta-akta ini dibuat ataupun sijil-sijil ini dibuat. Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 juga memperuntukkan kepada pematuhan kepada program Jaminan Keselamatan Makanan. Yang Berhormat dari Bukit Mertajam juga membangkitkan mengenai isu kenapa keracunan makanan masih berlaku walaupun makanan telah diperiksa. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bukit Mertajam, kejadian keracunan makanan berlaku bukan kerana faktor makanan semata-mata, tetapi ianya boleh berlaku kerana proses pengendalian makanan yang tidak bersih. Contohnya, pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan diri dan tempat penyimpanan makanan yang didapati kotor. Kementerian akan terus menjalankan pemantauan kebersihan terutama sekali di kantin-kantin sekolah yang melibatkan kanak- kanak sekolah, Yang Berhormat. Saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, terutama sekali yang menyentuh mengenai pemantauan terhadap kilang-kilang makanan yang kotor. Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas kilang-kilang makanan sama ada secara rutin ataupun hasil aduan orang ramai. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa pada tahun 2008, sebanyak 2,543 kilang makanan telah diperiksa, 2,809 kilang diperiksa pada tahun 2009 dan 2,518 kilang telah diperiksa pada tahun 2010. Daripada jumlah itu, sebanyak 81 kilang makanan telah ditutup di bawah seksyen 11 Akta Makanan 1983 pada tahun 2008. Pada tahun 2009 dan 2010, sebanyak 74 dan 88 kilang makanan telah ditutup. Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kedah iaitu perbezaan di antara peranan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian terhadap kawalan kandungan kimia. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bertanggungjawab di peringkat post harvest seperti yang saya nyatakan lebih awal sehinggalah ke meja makan dan Kementerian Pertanian mengawal di peringkat ladang seperti yang saya nyatakan lebih awal kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Ahli Yang Berhormat dari Gopeng serta Yang Berhormat Indera Mahkota telah membangkitkan mengenai anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan rang undang-undang ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pelaksanaan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 dan pengurusan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia akan menggunakan sumber manusia yang sedia ada di peringkat permulaan. Keperluan peruntukan kewangan akan menggunakan peruntukan sedia ada termasuklah peruntukan bagi pembayaran elaun sebagai Ahli Majlis dan juga kos operasi Majlis...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Penjelasan.

Yang Berhormat.

Okey, Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah ini bermakna dengan kelulusan rang undang-undang ini dengan pelaksanaan rang undang-undang ini, tidak akan ada implikasi kewangan langsung untuk kementerian? Kalau ini betul, adakah ini bermakna statement yang terakhir dalam rang undang-undang ini tidak tepat, di mana dikatakan bahawa rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Jadi, mana satu yang tepat? Minta penjelasan.

Saya apabila Yang Berhormat mendengar tadi seperti yang saya jelaskan, kita tidak menyatakan ia tidak langsung melibatkan peruntukan kewangan. Ia akan melibatkan tetapi tidak boleh dijelaskan pada ketika ini dari segi jumlahnya.

Akan tetapi peruntukan kewangan akan digunakan untuk bayaran elaun bagi ahli majlis serta kos operasi majlis yang kita masih belum boleh perincikan pada ketika ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, peruntukan keseluruhan bagi program keselamatan dan kualiti makanan adalah sebanyak RM50.66 juta yang meliputi kos operasi keseluruhan untuk program ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Jadi saya rasa pertanyaan saya agak senang sahaja. Adakah ini melibatkan perbelanjaan tambahan RM1 juta, RM2 juta, RM3 juta ataupun satu sen pun tidak ada. Ini saya rasa satu persoalan yang begitu senang untuk dijawab. Bukan saya hendak satu angka yang tepat tetapi satu anggaran. Ini sebab Dewan ini tidak sepatutnya meluluskan satu blank cheque untuk perbelanjaan ini. Jadi saya rasa sekurang-kurangnya anggaran RM1 juta, RM2 juta atau RM3 juta ataupun satu sen pun tidak ada. Sekian.

Ya, untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya telah berulang-ulang kali menyatakan di sini bahawa keperluan kewangan yang dinyatakan akan menggunakan peruntukan yang sedia ada memandangkan Majlis ini belum ditubuhkan lagi Yang Berhormat dan kos operasi Majlis juga belum ditentukan. Jadi saya tidak boleh menggambarkan di sini kos yang dikehendaki oleh Yang Berhormat. Saya rasa saya telah menjawab kepada persoalan yang telah dibangkitkan dan Tuan Yang di-Pertua...

Belum, belum.

Tuan Yang di-Pertua, telah banyak isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan telah diperincikan pada petang ini...

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Pendang lagi Yang Berhormat?

Sedikit ya.

Segala pandangan dan juga teguran...

Soalan saya berhubung dengan ahli majlis ini.

Okey, saya akan menjawab secara bertulis Yang Berhormat.

Lambat lagi.

Adakah Ahli Majlis ini dipilih melalui pengundian semacam yang dibuat oleh MMC? Apabila sudah ada ahli yang berdaftar, ahli ini akan mengundi untuk melantik ahli-ahli Majlis. Itu yang pertama, Keduanya, impak kewangan tadi, apakah ahli-ahli jawatankuasa yang ditubuh juga diberi imbuhan di dalam ini?

Sukacita ingin saya menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya ingin nyatakan di sini, pelantikan ahli-ahli majlis akan dibuat oleh Menteri seperti yang termaktub di dalam seksyen yang telah dinyatakan dan ia tidak akan melibatkan proses seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat iaitu proses pengundian dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh MMC. Soalan kedua yang telah dibangkitkan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Oleh Yang Berhormat Pendang tadi, saya ingin menyatakan di sini bahawa secara dasarnya... Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tumpang Yang Berhormat Timbalan Menteri berfikir dahulu... [Ketawa] Beri masa untuk, ya mungkin di peringkat jawatankuasa. Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit yang saya bangkitkan tadi. Mungkin yang lain-lain telah dijawab juga, digarap sekali dengan kawan-kawan yang lain. Cumanya yang saya bangkitkan tadi itu kalau benar-benar kita mahu memartabatkan profesion Juruanalisis Makanan, lalu mereka yang benar-benar layak, kalau seorang engineer, even dalam bidang-bidang engineer pun. The electrical electronic, chemical engineering, civil mechanical dan sebagainya. Begitu juga dalam halnya Juruanalisis Makanan ini tidak boleh kita garap atau kita borong begitu sahaja. Any science student atau pun science graduate boleh begitu. Ini sebab kalau kita perhatikan mereka punya juga bidang pengkhususan itu. Lalu saya cadangkan supaya diperhatikan agar tidaklah diambil mudah-mudah semua graduan sains boleh akhirnya dijadikan Juruanalisis Makanan. Kalau benar-benar kita mahu mengangkat martabat Juruanalisis Makanan itu sebagai satu profesion yang dianggap profesional sifatnya. Mereka pun ada profesional body dan majlis untuk mengawal amalan mereka dan practise mereka itu. Terima kasih.

Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dahulu. Mengenai imbuhan sama ada ahli jawatankuasa yang ditubuhkan itu mempunyai imbuhan seperti ahli majlis, tidak Yang Berhormat ya. Jawapan saya tidak. Imbuhan ataupun elaun hanya diberikan kepada ahli majlis. Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, sudah tentu kita dengan lulusnya insya-Allah rang undang-undang ini apa yang kita inginkan ialah supaya juruanalisis kita bukan sahaja terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam bidang sains dan juga sudah tentu dengan penubuhan majlis ini telah menetapkan bahawa majlis akan regulate dan memastikan bahawa juruanalisis-juruanalisis ini diberikan pendedahan melangkaui bidang akademik. Apa yang kita ingin lihat ialah juruanalisis kita yang berdaftar bukan sahaja berkelulusan tetapi juga layak dan berwibawa untuk memastikan bahawa kualiti serta keselamatan makanan negara kita terjaga. Jadi Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pandangan serta teguran dan sebarang isu yang belum diperincikan secara jelas, akan saya berikan perhatian sewajarnya dan akan dijawab secara bertulis. Oleh daripada itu Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih.

Pengalaman tadi Yang Berhormat Menteri jawab secara bertulis. Pengalaman kerja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang udang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNFasal-fasal 1 hingga 48 - Tuan Pengerusi · Beluran

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih, sangat cepat ya. Tuan Pengerusi, saya ingin rujuk kepada fasal 22 di mana memperuntukkan bahawa majlis akan mengeluarkan satu garis panduan di mana harus dipatuhi oleh Juruanalisis Makanan. Jika mereka gagal, ia adalah satu kesalahan. Dalam fasal ini, saya juga berpendapat garis panduan itu seharusnya disediakan di dalam rang undang-undang ini atau dijadikan sebagai sebahagian daripada rang undang-undang ini. Ini kerana ia akan menjadi satu kesalahan jika ia gagal dipatuhi. Jadi, tidak boleh simpan perkara ini untuk dilaksanakan, dijalankan oleh majlis selepas ini atau Yang Berhormat Menteri. Seperti tadi saya katakan, kuasa untuk menteri untuk mengadakan peraturan dan kita tidak ada check and balance berkenaan perkara ini. Fasal 24 – Tadi saya ada bangkitkan sementara keputusan majlis dalam apa-apa siasatan pendaftaran seseorang Juruanalisis Makanan boleh digantung sementara. Akan tetapi seperti yang saya katakan, harus diadakan tempoh masanya. Kalau itulah pekerjaannya, sara hidupnya ini tidak diperuntukkan masanya. Saya rasa ini adalah tidak adil dan tidak wajar. Tidak ada tempoh masa. Fasal 38 – Yang Berhormat Menteri cuba menjelaskan bahawa kuasa yang diberi untuk memasuki premis memeriksa dan menyita dokumen, ini adalah untuk kebaikan kita semua. Makanan disajikan adalah selamat di atas meja kita. Akan tetapi persoalan saya ialah kerisauan kalau ada pegawai-pegawai yang tidak berintegriti ini menyalahgunakan kuasa sebab ruangan ini sangat luas. Fasal 38, “Pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis di mana seseorang Juruanalisis Makanan sedang menjalankan amalan menganalisis makanan atau di mana terdapat alasan yang munasabah...” yang tidak diperjelaskan tadi seperti yang saya katakan. Tuan Pengerusi, ini harus diperjelaskan. Kalau polis perlu mempunyai situasi mengesyaki kesalahan sedang dijalankan atau situasi di mana barangan tertentu yang dicuri akan dialihkan, baru tidak perlu waran. Akan tetapi dalam situasi ini langsung tidak menyatakan keperluan waran. Yang Berhormat, boleh katakan ini untuk kebaikan kita. Saya tidak nafikan. Akan tetapi apabila ada kuasa begitu luas, ada ruangan untuk penyalahgunaannya. Akhirnya fasal 40, Yang Berhormat kata perintah bertulis akan diberi untuk memastikan kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan fakta kes. Perintah bertulis ini akan ditulis oleh pegawai yang diberi kuasa sendiri. Ini sangat aneh. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata akan disediakan oleh pegawai yang diberi kuasa. Ia sepatutnya perintah ini datangnya daripada pegawai atasan. Mungkin majlis atau pengerusi jawatankuasa tatatertib. Dalam kes untuk memastikan bahawa pegawai yang diberi kuasa is not going on a fishing expedition, dengan izin. Itu persoalannya atau saya boleh bersetuju jika perintah saman diberi oleh majistret dengan seterusnya. Bukannya dalam kes ini, perintah disediakan oleh pegawai yang diberi kuasanya sendiri. Fasal 41(2) di mana orang yang diperiksa oleh pegawai yang diberi kuasa ini harus menjawab semua soalan kecuali yang diajukan serta boleh membawa kecenderungan untuk mendedahkan dirinya untuk pertuduhan jenayah. Jadi saya rasa perlu ada dinyatakan dalam rang undang-undang ini bahawa siasatan dijalankan ini adalah berkenaan perlanggaran seksyen mana dan bukannya mewajibkan semua soalan perlu dijawab tanpa memalukan sebab-sebab seseorang individu ini datang untuk atau diminta atau diwajibkan untuk hadir bagi memberi maklumat. Dia tidak boleh menolak. Kata tak boleh, saya tak nak pergi, tak boleh. Di sini sangat jelas, perintah bertulis gagal hadir akan diberi saman.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi mestilah jelas bahawa seksyen mana, akta mana, mesti dimaklumkan tuduhan atau siasatannya di bawah seksyen mana dalam kes tersebut. Saya rasa inilah sahaja perkara yang saya bangkitkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita akan selesaikan esok. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Rabu 6 April 2011. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.33 malam.