Dewan Rakyat · 16 June 2011

15th Parliament, session 4, meeting 2 · 630 turns · 40,552 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Kamalanathan a/l PanchanathanMIC · BNHulu Selangor · question

1. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju-pemaju rumah yang tidak menyiapkan projek-projek perumahan mereka seperti yang dijanjikan oleh mereka, bagaimana kementerian dapat membantu pembeli-pembeli yang harus membayar pinjaman bank, walaupun rumah yang dibeli belum boleh diduduki.

Dato’ Wira Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi kepada Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Ahli Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Bayan Baru pada 28 Jun, 2011 kerana menyentuh isu yang sama iaitu mengenai isu kemajuan perumahan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya memandang serius isu projek perumahan terbengkalai yang menimpa rakyat. Oleh yang demikian sejak tahun 2007, kementerian telah pun mengambil pelbagai kaedah dan tindakan melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun dikenali sebagai Akta 118 bagi memastikan insiden sedemikian tidak mudah berlaku. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan dalam menangani projek-projek perumahan swasta terbengkalai adalah seperti berikut: (i) menyenaraihitamkan pemaju dan ahli lembaga pengarah yang terlibat dalam projek perumahan terbengkalai agar permohonan lesen kemajuan perumahan baru, permit iklan dan jualan baru serta permohonan pembaharuan permit iklan dan jualan tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini terdapat 1,591 buah syarikat yang telah pun disenaraihitamkan dalam rekod Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakni termasuk 6,006 orang ahli pengarah syarikat-syarikat pemaju yang juga termasuk dalam senarai hitam; (ii) menyiarkan nama skim perumahan yang lewat, sakit dan terbengkalai berserta syarikat pemaju yang bertanggungjawab dalam laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu www.kpkt.gov.my sebagai hebahan kepada masyarakat umum. Ini akan memudahkan bakal-bakal pembeli rumah, sebelum mereka membuat keputusan mereka ini harus membuat satu pemeriksaan dari segi status pemaju-pemaju yang ada; dan (iii) menyelaras pemulihan dengan kerjasama dari pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kemajuan perumahan bagi mencari pilihan penyelesaian terbaik bagi projek perumahan yang terbengkalai.

[Yang Berhormat bagi Permatang Pauh masuk ke Dewan] [Tepuk]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order!

Keempat...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Point of order Tuan Yang di-Pertua!

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

[Bangun]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Membuat bising dalam Dewan!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sudah masuk, tunggu sekejap Yang Berhormat Menteri.

Meningkatkan kekerapan lawatan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, tunggu sekejap!

Ke tapak projek dan pejabat pemaju untuk membuat semakan dan pemeriksaan ke atas kemajuan projek...

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Kelima, meningkatkan lagi kekerapan penghantaran laporan kemajuan projek kepada Jabatan Perumahan Negara oleh pemaju ataupun borang 7f dari dua kali setahun ke empat kali setahun. Keenam, semakan rapi dan berkala ke atas akaun pemaju perumahan HDA dan laporan kewangan beraudit syarikat perumahan. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengurangkan beban pembayaran ansuran pinjaman rumah oleh pengguna yang menghadapi masalah projek terbengkalai ataupun sakit, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai bagi membolehkan pembeli dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti berikut: (i) membuat penstrukturan semula pinjaman perumahan ataupun mengurangkan kadar faedah pinjaman oleh institusi perbankan; dan (ii) bagi pembeli pegawai kerajaan mereka boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan untuk sama ada membatalkan pinjaman dan diberi peluang untuk memohon pinjaman baru iaitu pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama atau menangguhkan kenaan faedah pinjaman 4 peratus sepanjang tempoh projek dipulihkan ataupun selama lima tahun, mana-mana yang terdahulu. Bagi institusi-institusi perlindungan terhadap pembeli dan membolehkan kawalan yang lebih berkesan terhadap pemaju perumahan, kementerian saya dalam peringkat akhir proses menambah baik perundangan yang sedia ada melalui pindaan kepada beberapa peruntukan di bawah Akta 118 dan peraturan-peraturannya. Pindaan yang akan dilakukan ini akan membolehkan kepentingan pengguna lebih terjamin di mana salah satu cadangan pindaan adalah untuk mewujudkan peruntukan khas bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh perjanjian yang ditetapkan atau menyebabkan suatu projek perumahan terbengkalai. Kesalahan ini dicadangkan dikenakan denda sebanyak RM250,000 hingga RM500,000 ataupun penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kita bercadang untuk menaikkan jumlah cengkeram ataupun deposit untuk memohon lesen pemajuan dan permit jualan iaitu dari RM200,000 yang sedia ada kepada 3 peratus anggaran kos pembinaan projek perumahan yang diperakui oleh arkitek bagi rancangan perumahan.

Ini adalah beberapa langkah yang kita rasa kita dapat melindungi kepentingan pembeli-pembeli perumahan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi satu jawapan yang begitu padat dan juga langkah-langkah kerajaan yang telah mengenal pastikan bagaimana untuk membantu pembeli-pembeli. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) dari Dewan Undangan Negeri Sabah... [Tepuk] Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan yang boleh diambil pihak kerajaan terhadap pemaju-pemaju yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka setelah mereka membuat penjualan rumah kepada pembeli-pembeli tetapi apabila ada masalah-masalah wujud mereka tidak pun pergi balik ke kawasan tersebut untuk membantu mereka. Walaupun ada mereka meletakkan seorang pegawai di sana untuk membantu tetapi pegawai itu tidak dapat melaksanakan tanggungjawab. Contoh di kawasan Parlimen Hulu Selangor Projek Perumahan Lembah Beringin, projek perumahan MK Land di sana sehingga hari ini mereka mempunyai masalah. Penduduk-penduduk ingin mencari penyelesaian tetapi pemaju-pemaju ini tidak turun untuk mencari penyelesaian bersama dengan penduduk-penduduk tersebut. Bolehkah kementerian mewujudkan satu cara supaya pemaju-pemaju ini menyelesaikan masalah- masalah ini sebelum mereka dapat melibatkan dalam projek yang seterusnya. Soalan saya yang kedua ialah apabila seorang pembeli rumah telah mengambil wang simpanannya dalam KWSP dan rumah yang dia beli ataupun yang hendak dibeli itu tidak dapat dilaksanakan, tidak siap, dan beliau terpaksa balik ke KWSP untuk mendapat permohonan yang kedua untuk membeli satu lagi rumah. Akan tetapi KWSP pula memberi masalah kepada mereka untuk mengeluarkan duit simpanan mereka. Di Hulu Selangor sendiri saya telah menerima lebih kurang 15 kes seumpama ini. Bagaimanakah kita dapat membantu mereka? Sama juga mereka yang telah mengambil pinjaman bank...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat... [Ketawa] Singkatkan Yang Berhormat, soalan.

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan cuba singkatkan kerana ini perkara penting.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, tujuan Parliamentary question adalah untuk minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Bukan buat statement. Sila.

Saya sedar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap kementerian dapat mencari penyelesaian bagaimana dapat membantu pembeli-pembeli rumah daripada mendapat bantuan bank ataupun KWSP untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman yang kedua. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Selangor. Bagi menjawab soalan tambahan yang pertama kita perlu melihat apakah cara ataupun apakah dua keadaan di satu-satu skim perumahan yang terbengkalai? Katalah kita sebut tentang masalah skim perumahan yang terbengkalai. Memang kita mempunyai beberapa langkah yang boleh kita ambil terhadap skim-skim perumahan terbengkalai iaitu mencari pemaju penyelamat untuk membantu menyiapkan skim perumahan yang terbengkalai walaupun ianya akan agaknya lambat diserah kepada pembeli-pembeli yang asal.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya memahamilah kebimbangan Yang Berhormat Hulu Selangor sebab di kawasan Hulu Selangor pada fikiran saya terdapat dua buah skim perumahan yang terbengkalai iaitu Taman Desa Beruntung di Ulu Yam dan satu lagi adalah Skim Perumahan Taman Lembah Beringin yang dimajukan oleh Lembah Beringin Sendirian Berhad. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kedua-dua syarikat ini telah pun digulung dan liquidator telah pun dilantik. Liquidator kedua-dua syarikat telah pun berjumpa dengan KPKT untuk mencari jalan dan mengesan sebuah syarikat pemaju penyelamat untuk menyiapkan rumah-rumah yang telah pun dijual kepada pembeli-pembeli. Ini adalah pendekatan yang kita ambil walaupun lambat sedikit tetapi saya sedang berusaha juga berunding dengan Kementerian Kewangan untuk mencari satu pendekatan yang lebih cepat untuk menyiapkan projek-projek terbengkalai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bila saya masuk ke kementerian terdapat 162 skim perumahan yang telah pun terbengkalai dan melalui usaha-usaha semua pihak 79 skim telah pun dipulihkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Soalan tambahan yang kedua itu ialah mengenai pengeluaran wang simpanan KWSP. Saya faham iaitu seseorang pembeli rumah memang ingin mendapat pengeluaran wang sumbangan KWSP sendiri untuk membantu membeli rumah dan bila rumah dalam skim perumahan itu terbengkalai, maka pembeli ini akan menghadapi masalah. Saya ingin menasihati supaya semua pembeli untuk datang ke KPKT, kementerian saya supaya mendapat sepucuk surat secara rasmi dan selepas itu mereka pergi ke KWSP dan jika mereka ingin membeli sebuah rumah yang lain sebab rumah pertama mereka beli itu sudah terbengkalai. Buat masa itu tidak siap lagi, so dia boleh dapat surat kita pergi ke KWSP membuat permohonan supaya jumlah pinjaman itu dapat disatukan dan satu pengeluaran kedua dapat dikeluarkan untuk membeli rumah yang kedua. Ini adalah untuk makluman Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa juga istilah yang digunakan oleh kerajaan sama ada sakit, tenat ataupun terbengkalai ianya akan menjurus ke arah kematian. Sama ada projek itu mati ataupun pembeli-pembeli rumah yang akan menanggung kos yang agak tinggi. Sebagai contoh di negeri Selangor Tuan Yang di-Pertua, terdapat lebih 180 projek rumah yang terbengkalai yang diwarisi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat daripada pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini... [Tepuk] Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah mengapa Kerajaan Pusat khususnya KPKT tidak menggunakan Akta Pemajuan Perumahan yang jelas di mana KPKT ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan tersebut. Sehingga hari ini KPKT langsung mahu menggunakan peruntukan tersebut. Apakah KPKT memberi perlindungan kepada pemaju dan tidak bersifat pro rakyat yang membeli rumah-rumah yang berkenaan? Terima kasih.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Gombak tetapi Yang Berhormat Gombak dia tidak dapat bezakan kerajaan sama ada Pakatan ataupun Barisan Nasional jika skim perumahan itu mempunyai masalah, memang punya masalah dan tidak mungkin di bawah pemerintahan Pakatan skim-skim perumahan terbengkalai akan dipulihkan dengan sendirinya. Memang tidak. Ini adalah satu masalah yang sepatutnya realiti yang dihadapi oleh semua pihak sama ada Pakatan ataupun Barisan Nasional. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah akta yang sedia ada Akta 118. Apabila saya masuk kementerian ini mengambil alih tugas sebagai Menteri saya pun dengan serta-merta menghalusi semua peruntukan di bawah Akta 118 dan didapati buat masa ini peruntukan yang sedia ada memang tidak mencukupi untuk hendak mengambil tindakan tegas terhadap pemaju-pemaju bagi skim-skim perumahan terbengkalai.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Oleh yang demikian, seperti saya jelaskan tadi iaitu kita dalam proses sekarang untuk membuat pindaan kepada Akta 118. Pertama, seperti saya katakan tadi, cengkeram ataupun deposit akan dinaikkan hingga 3 peratus total construction cost.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Maksudnya, lain kali siapa-siapa hendak pemaju dia kena fikir baik-baik kerana kos itu menjadi satu jumlah yang besar. Kedua, saya telah pun bercadang untuk memperkenalkan element of criminality, dengan izin. Maksudnya, seseorang pemaju yang sengaja bagi skim perumahan jadi terbengkalai oleh sebab masalah kewangan dan dia cabut, akan didakwa di mahkamah. Ketiga, kita akan memperhalusi, menambahbaikkan lagi peruntukan-peruntukan seperti schedule of payment, jangan kita beri awal sangat di dapat, kita akan longgok di belakang. Kalau rumah itu tidak sampai habis, you jangan dapat progress of payment dengan lebih banyak sekali. Ini adalah beberapa langkah yang kita cadang hendak buat. Buat masa ini kita hanya boleh senarai hitamkan mereka sahaja, ini tidak mencukupi, saya tahu dan faham. Kedua, perlindungan kepada pembeli memang adalah menjadi satu panduan dan pendekatan bila kita hendak memperbaiki masalah di industri perumahan. Satu lagi, saya sedang mengkaji ialah buat masa ini kita mungkin akan berubah sistem membina rumah- rumah untuk dijual. Masa akan tiba, saya dah buat secara polisi, tarikh dasar kita akan berubah, ubah dari sistem sekarang hingga bina kemudian jual. Bila sampai masa itulah, masalah terbengkalai itu tidak akan menjadi satu masalah. Sekian, terima kasih.

Anwar bin IbrahimPKR · PHTambun · question

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan, kedudukan terkini kewangan FELDA, kewajaran FELDA meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat genap setahun yang lalu iaitu pada 17 Jun 2010, soalan mengenai pinjaman FELDA daripada KWSP oleh Ahli Yang Berhormat Baling telah dijawab. Laporan tahunan FELDA yang diberikan kepada semua Ahli Yang Berhormat pada 28 Oktober 2010 juga disebut tentang pinjaman itu. Tiada apa yang perlu disembunyikan tentang hal ini. Kedudukan terkini kewangan FELDA berada dalam keadaan yang kukuh... [Tepuk] Jumlah aset FELDA adalah sebanyak RM19.18 ribu juta. Itu pun aset seperti tanah seluas 341 ribu hektar di nilai ikut harga kos, bukan nilai semasa. Jika mengikut nilai semasa, maka jumlah aset FELDA adalah jauh lebih tinggi. Jumlah liabiliti terkini FELDA termasuk pinjaman KWSP ialah RM4.9 bilion. Kedudukan baki tunai FELDA adalah hampir RM2 bilion. Keuntungan bersih ataupun net profit tahun 2010 pula adalah sebanyak RM1.197 bilion. Anggaran keuntungan bersih tahun 2011 ini juga hampir RM1 bilion. Oleh sebab kedudukan kewangan yang kukuh ini jauh sekali dari tuduhan yang FELDA bankrap, maka bajet FELDA tahun 2011 ialah sebanyak RM1.6 bilion iaitu kira-kira empat kali ganda lebih besar daripada Bajet 2011 Negeri Kelantan... [Ketawa] Sehingga 31 Mei 2011, sebanyak RM3.55 bilion telah dikeluarkan daripada RM6.5 bilion pinjaman KWSP. Antara yang utama adalah untuk: (i) membiayai program tanam semula kebun peneroka seluas 232,100 ekar melibatkan 19,274 peneroka, pinjaman ini untuk peneroka. Pinjaman KWSP terlibat ialah RM2.167 bilion. Caruman tabung tanam semula yang disumbangkan oleh peneroka hanya RM9,600 untuk 10 ekar sedangkan kos tanam semula kini ialah RM26,000 untuk 10 ekar. Perbezaan kos RM16,400 ini adalah subsidi FELDA kepada peneroka; (ii) membiayai l5 daripada 12 projek perumahan warga FELDA untuk membina 1,324 unit perumahan mampu milik untuk generasi baru yang juga mempunyai elemen subsidi tidak kurang RM20,000 sebuah rumah;

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

(iii) membiayai projek gedung makanan negara bagi menjadikan kawasan FELDA sebagai pusat pengeluaran pelbagai jenis makanan seperti lembu daging, buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan ikan. Kini melibatkan 378 usahawan daripada 36,169 usahawan peneroka; dan (iv) membiayai pembelian syarikat perniagaan gula sebanyak RM1.5 bilion. Syarikat Malayan Sugar Manufacturing Holdings Berhad (MSM) akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini. Setelah di senarai, FELDA akan memegang 51 peratus ekuiti dan 20 peratus lagi oleh Koperasi Permodalan FELDA yang ahli- ahlinya majoriti adalah daripada peneroka dan staf FELDA. Kita menjangkakan penyenaraian ini akan dapat mengumpul dana modal yang besar untuk faedah perkembangan MSM Berhad. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2010, bayaran balik kepada KWSP sebanyak RM99.69 juta telah dilunaskan. Anggaran bayaran balik pada tahun 2011 ialah RM269.44 juta juga akan ditunaikan. Pinjaman ini juga tidak sama sekali dibebankan kepada peneroka, malahan menguntungkan semua peneroka. FELDA mempunyai rekod yang amat cemerlang dalam bayaran balik pinjaman. FELDA pernah meminjam sebanyak RM4.975 bilion sebelum ini daripada kerajaan, daripada Bank Dunia, daripada Bank Pembangunan, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi. Kesemuanya pinjaman itu telah dibayar balik pada tahun 2000 iaitu mencipta rekod 14 tahun lebih awal daripada jadual yang sepatutnya tahun 2013. Kita yakin pembiayaan KWSP ini akan dilunaskan oleh FELDA tanpa sebarang masalah. Malahan ia juga membantu KWSP dari segi pelaburan yang akhirnya boleh membantu memberikan dividen kepada 12.87 juta orang pencarumnya. Oleh itu, pinjaman KWSP kepada FELDA adalah suatu strategi pelaburan win-win, menang-menang yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya merujuk bukan tentang aset tanah yang kita tidak nafikan. Tanah diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri selama puluhan tahun sejak Almarhum Tun Abdul Razak. Yang saya bangkitkan ialah mohon penjelasan menteri mengenai pinjaman dari KWSP. Umpamanya FELDA Global Venture Sdn. Bhd. mengalami kerugian dari 2007 hingga 2010 RM500 juta termasuk dalam FELDA Iffco Sdn. Bhd., Twin Rivers Technologies USA, TRT- ETGO Canada dan beberapa yang lain di Timur Tengah. Pelaburan Twin Rivers Technologies, mohon penjelasan daripada menteri kerana pelaburan itu merupakan yang paling buruk selain RM175 juta meminjam RM300 juta dari CIMB untuk membayar pinjaman Bank of America USD100 juta kepada Twin Rivers Technologies. FELDA membeli anak syarikat Twin-River Technologies dari TRT-ETGO Canada dengan harga RM600 juta.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi pelaburan dalam dua-dua anak syarikat dan Twin Rivers Technologies ini RM1 bilion. Kerugian mencecah saya sebut tadi RM200 juta. Tuan punya Twin River Technologies, Procter & Gamble sekarang membina kilang yang sama di negara China. Ini sebagai sebahagian sahaja daripada beberapa keterangan lain yang pohon sebenarnya penjelasan Menteri. Bukan sekadar mencatat hal aset FELDA tetapi juga mengapa dibiarkan peneroka dibebankan dengan pinjaman besar dan tindakan pelabur yang bertanggungjawab dalam pengurusan FELDA termasuk menggunakan Atos Consultant dan juga pinjaman pembelian perumahan di Mekah. Saya ada maklumat yang agak terperinci. Tidak ada orang yang beli apartment di Mekah yang rugi. Akan tetapi, saya mohon penjelasan mengapa pembelian yang begitu tinggi sehingga di antara tahun 2007 hingga tahun 2010 kerugian property hartanah di Mekah itu, kerugian RM70 juta walaupun sekarang ada sedikit perubahan dari segi prestasi kewangannya. Pohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahulah di mana Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dapat angka mengatakan bahawa FGV rugi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Yang saya sebut, net profit tahun 2010 sebanyak RM1.197 ribu juta itu ialah keuntungan bersih semua kumpulan FELDA termasuklah syarikat-syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat. Mana ada rugi. Untung RM1.197 ribu juta. Untung bersih. Untung bersih... [Disampuk] Kemudian tadi disebut tentang pinjaman TRT – pelaburan TRT. Pelaburan FELDA di TRT ini adalah pelaburan dalam edible oil, pelaburan dalam suatu perniagaan untuk kita memasuki perniagaan di Amerika Utara. Mana ada perniagaan masuk dan beli aset terus untung. Tolong beritahu saya?... [Ketawa] Dia mesti mengambil satu jangka masa. Mengambil satu jangka masa untuk mendapatkan keuntungan. Ini adalah satu pelaburan jangka panjang. Bukan pelaburan jangka pendek untuk FELDA memasuki pasaran antarabangsa di Amerika Utara. Itu tujuan FELDA di TRT. Kemudian, Yang Berhormat juga menyebut bahawa pinjaman ini akan membebankan peneroka. Tidak ada satu sen pun pinjaman ini akan membebankan peneroka...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Percayalah bahawa kita tidak pernah memberikan apa-apa bebanan kepada peneroka dari segi interest pinjaman itu. Saya – apa yang disebut angka-angka oleh Yang Berhormat itu kebanyakannya angka-angka itu boleh saya akan bagi selepas ini secara bertulis kerana jauh menyimpang daripada soalan asal.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Maran.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Saya nampak Yang Berhormat Maran dari Yang Sri Gading. Pasal dia paling nearer.

Daripada awal lagi Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sama-sama.

Sebelum itu saya hendak ucapkan selamat datang kepada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Permas Jaya, Johor Bahru dan sekolah-sekolah yang lain... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya dilahirkan di kawasan FELDA.

Ya, cukup.

Senyap dulu. Ramai orang kampung saya yang dulunya miskin dan sekarang masuk FELDA, alhamdulillah. Hidup mereka telah berubah. Terima kasih kepada Allahyarham Tun Abdul Razak.

Kerajaan Barisan Nasional.

Ini apa pembangkang ini?

Ini bukan anak FELDA.

Ya, budak-budak. Dengar saya bercakap dulu. Soalan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pembangkang ini... [Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan, soalan. Mana soalan?

Itu perangai orang tua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, jangan ganggu. Nanti soalan tidak keluar... [Dewan riuh] [Ketawa] Sila, soalan, Yang Berhormat.

Pembangkang...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Memang tidak ada soalan pun, Tuan Yang di-Pertua.

Iri hati kepada kejayaan FELDA. Iri hati... [Disampuk] Apa hendak nafikan. Saya Tuan Yang di-Pertua, sebagai masyarakat berada dalam FELDA. Saya bersyukur dan berterima kasih... [Disampuk] Saya menafikan sekali- kali FELDA tidak berjasa kepada rakyat terutama luar bandar. Apatah lagi hendak mengatakan bahawa FELDA itu bankrap. Mana buktinya? Kecuali Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang sebenarnya tidak ada hati perut, tidak pernah kenal diri di mana asal mereka apatah lagi kalau mereka itu berada dalam FELDA. Ini satu fenomena yang cukup mengecewakan kita. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang cukup baik. Tahniah kepada FELDA. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya. Dalam Buku Jingga, pelbagai-bagai dijanjikan oleh pembangkang... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ketua Pembangkang...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat senyap dulu Ahli Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kena jawab, Tuan Yang di-Pertua. Ketua Pembangkang boleh jawab... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya Yang Berhormat Shah Alam. Saya nampak, saya nampak, saya nampak.

Takut! Takut! Takut!... [Dewan riuh]

Dia mengemukakan soalan.

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudahlah... [Dewan riuh]

Biarlah marah, baru tahu. Kita tanya Buku Jingga, sudah takut, sudah.

Kita belum lagilah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Tunggu selepas pilihan raya kita boleh jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

Takut Buku Jingga!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, duduk, Yang Berhormat Batu.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Maran, Ahli Yang Berhormat Maran. Pada soalan ialah untung rugi FELDA... [Dewan riuh] Saya masih menunggu soalan tambahan itu, Yang Berhormat.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Buku Jingga pun ada FELDA.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Duduklah. Duduklah kalau tidak tahu.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Bagi dia peluang. Bagi dia peluang tanya Buku Jingga.

Saya, Tuan Yang di-Pertua, berada dalam pasar tidak seperti ini.

Tanya, tanya. Okey, okey. Okey, okey. Terus, terus.

Ini untung rugi, Tuan Yang di-Pertua. Untung rugi. Dalam Buku Jingga...

Buku Jingga.

Mereka mencadangkan supaya tanah- tanah yang dimiliki oleh FELDA Plantation ini akan diberi kepada semua anak FELDA. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah akan terjadi sekiranya angan-angan sakit hati ini dilakukan dan kesannya kepada untung dan rugi FELDA dan negara. Terima kasih... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya jawab soalan itu Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Okey biar-biar... [Dewan riuh]

Belum jadi kerajaan!

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Duduklah, duduk!

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Duduk!

Bagi Yang Berhormat Gombak jawablah! Bagi Yang Berhormat Gombak!

Belum jadi menteri! Belum jadi menteri!... [Dewan riuh]

Gombak penghasut!

Saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Gombak lebih layak. Yang Berhormat Gombak layak untuk jawab.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Ini Buku Jingga. Buku Jingga saya jawab... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kalau bagi peluang, saya pun boleh jawab Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tambah enam bulan lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak. Duduk, duduk... [Dewan riuh]

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Menteri tidak tahu Buku Jingga. Saya tahu Buku Jingga, Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] [Tepuk] Mana dia baca Buku Jingga.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Sila, sila.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Dengarlah untung rugi.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tambah enam bulan lagi.

Tadi saya menyebut dalam jawapan bahawa aset FELDA antaranya ialah tanah seluas 341,000 hektar yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Maran. Saya juga terbaca satu usul daripada Yang Berhormat Pokok Sena membuat ketetapan menutup Syarikat FELDA Plantation dan mengagihkan tanah FELDA Plantation kepada generasi kedua dan ketiga peneroka. Ada usul. Tidak jadi masalah menutup FELDA Plantation.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Pokok Sena jawab. Yang Berhormat Pokok Sena jawab... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat.

Tidak jadi masalah hendak tutup FELDA Plantation.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya hendak maklumkan...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingat kedua-dua Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu.

Saya hendak maklumkan bahawa tidak ada masalah nak tutup FELDA Plantation.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat!.. [Disampuk] .

Ya! Duduk dulu, duduk

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu, Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk dulu... [Disampuk] Ya, ya. Duduk dulu. Duduk. Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dulu. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak cukup inci. Payah!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka ingatkan kembali bahawa sesi soalan-soalan bagi jawapan lisan ini adalah sesi untuk bertanya dan menjawab. Yang ditanya itu, itu sahaja yang dijawab. Perkara yang ditimbulkan daripada jawapan itu kalau jawapan itu kurang jelas, barulah timbul persoalan tambahan. Hal-hal lain, jangan bawa seperti Buku Jingga, usul dan sedemikiannya... [Dewan riuh] Itu bukan soalan nombor dua. Soalan nombor dua adalah untung dan rugi FELDA... [Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih, terima kasih. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Datuk Sapawi bin Haji Ahmad.

Izinkan saya. Boleh saya jawab, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sudah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudahlah... [Dewan riuh]

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Duduk, duduk. Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk. Tidak payah sudah.

Mohon saya menjelaskan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih... [Dewan riuh]

Boleh Tuan Yang di-Pertua, boleh, boleh? Mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk saya menjelaskan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Lain kali, lain kali.

Pendek, pendek sahaja. Pendek.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada jawapan. Duduklah. Duduk, duduk, duduk... [Dewan riuh]

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Rakyat hendak dengar penjelasan daripada kerajaan. Biar…

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Yang di-Pertua, rakyat, rakyat hendak dengar jawapan daripada kerajaan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri duduklah. Hormat Tuan Yang di- Pertua.

Perkara ini penting, Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini penting.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Boleh, Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, macam mana saya buat keputusan kalau saya tak dengar pun. Apa Timbalan Menteri... ada?

Ya, tanah 341,000 itu .... [Disorak]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tan Sri Speaker dah sebut, soalan nombor 3.

Ada jawapan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat Gombak.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Kita kena hormat Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya yang buat keputusan, biar saya yang buat keputusan.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Kita kena hormat Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Jadi biarlah kerajaan menjawab. Peneroka-peneroka FELDA faham kedudukan yang sebenarnya supaya tidak tertipu dengan pembohongan-pembohongan pembangkang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Bukan pembohongan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, kita mahu jawapan Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Menteri, duduk dulu Timbalan Menteri. Yang Berhormat Maran, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Gombak, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, ruang lingkup untuk mengemukakan hujah di luar Dewan cukup luas. 24 jam boleh kamu buat melalui twitter, melalui blog, melalui facebook dan sedemikiannya tetapi masalahnya dalam Dewan ini kita mempunyai peraturan mesyuarat. Jadi, saya cukup dengar jawapan daripada Timbalan Menteri, untung dan rugi dan begitu juga soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh cukup jelas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang tak dapat diperjelaskan oleh kerana short notice Timbalan Menteri kata dia akan jawab secara terperinci melalui tulisan dan yang lain itu tak payahlah dijawab. Maka saya panggil soalan nombor 3. Soalan nombor 3, sila.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tan Sri, minta maaf Tan Sri.

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tan Sri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tan Sri.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tan Sri, soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Maran tadi ada kaitan dengan soalan pertama Tan Sri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini ada kaitan dengan untung rugi, Tan Sri.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Inilah perkara yang selalu digembar- gemburkan dalam ceramah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat gantung, gantung, gantung.... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ada kena-mengena dengan untung rugi, ini soal untung rugi Tan Sri.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Untung rugi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Soalan tambahan pembangkang jauh menyimpang selalu. Ini soalan yang ....

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita minta supaya Timbalan Menteri menjawab Tan Sri.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tan Sri Speaker, gantung enam hari, enam hari gantung.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita minta Timbalan Menteri menjawab. Soalan ini ada kaitan Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli- ahli Yang Berhormat, tolong duduk dulu.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dulu... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dulu Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Dia nak lawan Speakerlah... [Dewan riuh]

Ahli-ahli pembangkang tak ikut peraturan!

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Pasir Salak challenge!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dulu Yang Berhormat Pasir Salak... [Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Gantung, gantung.

Habis tu bila nak bercakap?... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sudahlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

Tuduhan, tuduhan jahat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, sudah, sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sudah Ahli Yang Berhormat.

Pembangkang manja dengan Tan Sri. Manja, manja!

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Manja apa? Enam bulan kena gantung.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudahlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah, sudah. Yang Berhormat Gombak sudah.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Dia tak rasa, enam bulan kena gantung. Sana dia tak gantung.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Gantung enam bulan, enam bulan kena gantung, manja apa?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak duduk dan masih lagi bertengkar dengan saya, siapa yang berdiri apabila saya panggil Yang Berhormat Sipitang, saya akan suruh keluar. Soalan No.3 dari Yang Berhormat Sipitang, sila.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Pasir Salak gantung enam hari.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sipitang.

Tak guna! Kuasa veto sahaja... [Keluar dari Dewan] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sipitang, sila.

Sapawi bin Amat WasaliUMNO · BNSipitang · question

3. Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah insentif yang disediakan kepada syarikat swasta yang memberi cuti separuh hari kepada kakitangan mereka yang menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS), misalnya dari segi pelepasan cukai.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini serentak dengan soalan Yang Berhormat Parit pada 20 Jun 2011 berkenaan kerjasama polis dengan Skim Rondaan Sukarela atau SRS. Tuan Yang di-Pertua, sejak rondaan di kawasan rukun tetangga atau KRT diperkenalkan semula oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN pada tahun 2004 bermula dengan sebanyak 228 buah SRS. SRS telah berkembang dengan pesat khasnya sejak tahun 2009 apabila SRS diterima dan digalakkan sebagai salah satu mekanisme akar umbi bersama-sama dengan RELA dan Jabatan Pertahanan Awam untuk menyokong polis memacu NKRA mengurangkan jenayah di bawah program transformasi kerajaan atau GTP. Setakat Mei tahun ini, lebih daripada 2,500 SRS telah ditubuhkan yang melibatkan lebih daripada 125,000 peronda. KRK dan SRS berfungsi atas konsep kesukarelaan dan semangat kejiranan di mana para penghuni dalam sesuatu kawasan perumahan bekerjasama untuk menjaga keselamatan kawasan sendiri. Melalui proses penyertaan yang bermakna ini, dapat juga digalakkan interaksi sosial dan dipupuk semangat muhibah dan perpaduan di kalangan penghuni daripada pelbagai kaum dan kumpulan agama. Selain daripada membekalkan alat-alatan, memberi peruntukan aktiviti KRT, dan membina pondok atau kabin KRT yang sering digunakan oleh SRS, JPNIN juga memberi perlindungan insurans takaful secara kumpulan kepada para peronda SRS. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23, Tahun 2008 memberi pelepasan waktu bekerja kepada penjawat awam mengikut tempoh sebenar menjalankan tugas meronda selepas pukul 12 malam. Para peronda yang terdiri daripada usahawan atau bekerja sendiri, penglibatan dalam rondaan adalah secara sukarela dan isu permohonan cuti tidak timbul. Buat masa sekarang, masih tak ada peraturan atau arahan yang rasmi mengenai pelepasan cuti yang patut diberikan kepada pekerja swasta yang menjalankan tugas SRS kerana ianya di bawah bidang kuasa majikan swasta.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Untuk menggalakkan penyertaan pekerja swasta sebagai peronda, JPNIN sedang menerokai pendekatan yang inovatif dan berkesan seperti menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk menganggap penyertaan pekerjanya dalam SRS sebagai sumbangan CSR atau corporate social responsibility khasnya dari syarikat yang besar serta mengkaji kemungkinan memberi insentif-insentif seperti pelepasan cukai. Untuk tujuan ini, beberapa siri perbincangan telah dan akan terus diadakan bersama dengan para pegawai Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, kesatuan pekerja seperti MTUC, PERKESO dan Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia atau FMM dan sebagainya. FMM sememangnya menyokong penuh dan menghargai peranan SRS dan perbincangan untuk memperhalusi perkara-perkara yang melibatkan produktiviti, undang-undang buruh, pampasan pekerja serta implikasi hasil kepada kerajaan. Adalah dijangka bahawa proses perundingan ini akan menghasilkan satu strategi yang berkesan nanti. Sememangnya kerjasama dengan polis telah wujud sejak KRT diasaskan pada tahun 1975 di mana pihak polis membantu menapis profil latar belakang setiap calon AJK KRT sebelum dilantik oleh JPNIN. Hadir dalam mesyuarat KRT bagi memberi pandangan dan panduan serta berkongsi maklumat berkenaan dengan keselamatan tempatan, turut bersama meronda mengikut keperluan, memberi latihan kepada para peronda SRS, menggalakkan RT dan SRS untuk mendaftar sebagai Rakan Cops, menganjurkan program lawatan ke balai polis dan sebagainya.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

JPNIN dengan sokongan polis akan terus memperkembangkan potensi SRS sebagai pasukan sukarela yang berkesan dan berjiwa kejiranan untuk meningkatkan lagi keselamatan dan keselesaan hidup serta memupuk perpaduan para penghuni dalam kawasan-kawasan perumahan. Terima kasih.

Datuk Sapawi Ahmad WasaliUMNO · BNSipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi yang melaksanakan program Skim Rondaan Sukarela (SRS). Sekurang-kurangnya membantu negara terus sejahtera, makmur dan bersatu padu. Soalan saya, sejauh manakah sambutan terhadap skim SRS ini sama ada di kalangan swasta atau individu di negara ini; sejauh manakah skim ini berjaya membantu kerajaan membanteras kes-kes jenayah; dan berapakah premium yang telah dibayar kepada swasta dan individu melalui skim ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya sambutan daripada pihak swasta sudah kian meningkat selepas penjelasan yang diberi oleh Jabatan Perpaduan kepada mereka. Misalnya, FMM iaitu Federation of Malaysia Manufacturers, memang menyokong penuh konsep SRS ini. Ada di antara syarikat-syarikat besar menyokong supaya para pekerja mereka mengambil bahagian di dalam rondaan SRS secara sukarela. Mereka sudi untuk memberi pelepasan waktu bekerja pada hari selanjutnya selama empat jam hingga sehari. Maka, ini adalah satu tanda yang amat menggalakkan. Dari segi keberkesanan SRS, misalnya dalam tahun 2010, lebih daripada 4,300 kes jenayah atau kes yang bakal disyaki bakal menjadi jenayah telah dikendalikan oleh SRS bersama dengan pihak polis. Selain daripada itu, SRS juga membantu mengendalikan masalah-masalah seperti keganasan rumah tangga, gejala sosial termasuk juga hal mat rempit dan juga membawa mangsa ragut ke hospital dan sebagainya. Sememangnya mereka telah memainkan satu peranan yang amat penting. Premium insurans yang dibayarkan bagi setiap peronda untuk setahun ialah sebanyak RM9.50. Perlindungan yang diberi ialah maksimumnya RM20,000 untuk kematian dan juga dengan faedah-faedah hospital yang berkenaan. Oleh itu, perlindungan ini memanglah amat bermakna untuk para peronda. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan dengan rundingan dengan agensi-agensi yang tertentu itu, apakah setakat ini Yang Berhormat berjaya untuk mendapatkan insentif untuk SRS ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dengan sedemikian, saya hendak tahu latihan yang diberi kepada peserta-peserta SRS dan juga hak-hak mereka untuk rondaan.

Tuan Yang di-Pertua, perundingan sedang berlangsung kerana harus mengambil kira beberapa perkara seperti produktiviti, isu undang-undang buruh, pampasan pekerja serta implikasi hasil kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, saya memang bersikap positif bahawa perundingan ini akan berhasil. Akan tetapi sekurang-kurangnya ianya telah dapat menjanakan minat dan sokongan daripada banyak syarikat yang besar untuk menyokong pekerja mereka memainkan peranan sebagai peronda SRS. Mengenai latihan yang diberi kepada peronda, sememangnya peronda tidak ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai polis, tetapi untuk membantu polis dan untuk mencegah berlakunya jenayah, kerana sekiranya ada satu pasukan peronda, maka ianya akan mencegah bakal penjenayah untuk melakukan jenayah. Maka saya menganggap bahawa kesan dan peranan peronda ini adalah dari segi pencegahan dan bukan dari segi penangkapan seperti yang dimainkan oleh pihak polis. Walau bagaimanapun, dengan hubungan yang erat dengan pihak polis, maka ini menjadikan SRS semakin berkesan. Terima kasih.

Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara · question

4. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, sebab-sebab kedudukan Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan dan keberkesanan perniagaan telah merosot dengan begitu teruk sekali dari tempat 9 dan 4 ke 17 dan 14 mengikut IMD World Competitiveness Yearbook 2011.

Dato' Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada para pelajar Sekolah Saniah Pasir Puteh Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institute of Management and Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland telah menerbitkan laporan daya saing tahunannya pada pertengahan bulan Mei tahun ini. Laporan ini meliputi 59 buah negara. Ia merupakan laporan yang ke-22 sejak kali pertama diterbitkan pada tahun 1989 memberi gambaran kedudukan daya saing sebuah negara melalui indeks daya saing. Secara keseluruhan, terdapat 331 kriteria digunakan untuk menghasilkan laporan ini berdasarkan empat faktor utama iaitu: prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan infrastruktur. Itu empat komponen utama yang digunakan. Kriteria ini berdasarkan data kuantitatif dan juga data kualitatif ataupun persepsi. Daripada jumlah 331 kriteria, 250 adalah data kuantitatif dan kualitatif, yang mana 134 adalah data kuantitatif dan 116 adalah data kualitatif. Itu sedikit latar belakang. Manakala 81 kriteria lagi merupakan maklumat latar belakang yang tidak digunakan untuk menentukan tahap daya saing. Dalam menentukan kedudukan daya saing keseluruhan, data kuantitatif mewakili dua pertiga manakala data persepsi mewakili satu pertiga daripada keseluruhan data yang digunakan. Walau bagaimanapun, bagi kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan, lebih banyak kriteria kualitatif digunakan berbanding dengan kuantitatif. Umpamanya bagi kecekapan kerajaan, terdapat 71 kriteria. Daripada jumlah tersebut, 34 adalah persepsi ataupun kualitatif, 25 kuantitatif dan 12 maklumat latar belakang. Bagi kecekapan perniagaan pula, 68 kriteria digunakan yang mana 38 adalah persepsi, 22 adalah data kuantitatif dan 8 maklumat latar belakang. Jelas bahawa metodologi yang digunakan oleh IMD untuk menilai kecekapan kerajaan dan perniagaan banyak bergantung kepada persepsi responden kepada kajian yang dibuat oleh IMD.

Dato' Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, data persepsi ini diperoleh daripada maklum balas persepsi pihak swasta melalui borang kajian selidik yang dijalankan oleh pihak IMD. Kaji selidik ini di lengkap oleh 111 responden pengusaha-pengusaha di Malaysia yang menggunakan borang ataupun paper survey atau secara atas talian atau pun online dan juga dihantar secara terus kepada IMD pada bulan Januari hingga Mac tahun ini. Responden bagi kaji selidik ini adalah bagi mereka yang berada dalam kategori pengurusan pertengahan dan atasan dari IKS termasuk juga wakil-wakil dari multinational corporation dan GLC. Untuk makluman Yang Berhormat, Laporan 2011 meletakkan Malaysia di kedudukan ke 16 bagi prestasi keseluruhan daripada 59 buah negara. Kedudukan Malaysia dari segi kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan telah menurun dari tempat sembilan dan empat masing-masing kepada 17 dan 14 seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat dalam soalan ini. Penurunan ini banyak dipengaruhi oleh data persepsi. Di antara kriteria persepsi yang menyumbang kepada penurunan kedudukan ini adalah berhubung undang-undang imigresen mengenai penggajian pekerja asing, perundingan berkaitan persaingan, ketirisan cendekiawan dan juga pendedahan kepada pengalaman antarabangsa di kalangan pengurusan. Kriteria ini telah mengalami penurunan dan ini telah menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam dua aspek iaitu kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan. Walau bagaimanapun, bagi prestasi ekonomi, ia menunjukkan kenaikan daripada nombor lapan kepada nombor tujuh pada tahun ini. Ini adalah kerana kadar pertumbuhan KDNK yang baik tahun lepas iaitu 7.62 peratus dan juga eksport barangan yang lebih tinggi serta pelaburan asing yang meningkat daripada USD1.4 bilion pada tahun 2009 kepada kira-kira USD9 bilion pada tahun lalu. Tuan Yang di-Pertua, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk menerima penurunan yang ketara. Kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan dalam tempoh satu tahun memandangkan banyak usaha transformasi telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun yang lalu. Oleh yang demikian, kerajaan akan terus memantapkan pelaksanaan program transformasi supaya impak dan hasil program tersebut dapat dirasai oleh semua dan ini akan mengubah persepsi rakyat dan pengusaha-pengusaha usahawan di negara kita. Berhubung dengan penurunan yang dikaitkan dengan persepsi, kerajaan juga akan terus mempergiatkan usaha menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini. Inisiatif- inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja daya saing yang saya akan mempengerusikannya untuk mengenal pasti isu-isu yang perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan lagi daya saing negara. Terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pada tahun lalu apabila kedudukan negara Malaysia naik sehingga tangga ke sepuluh, sebenarnya saya tidak dengar siapa pun kata ada faktor-faktor persepsi ataupun faktor-faktor hak data. Akan tetapi apabila kita turun, kita ada semacam hendak blame the penurunan itu kepada faktor-faktor persepsi. So just perception, it is not real. Saya rasa kalau isu persepsi itu memang penting dan kerajaan telah pun belanja lebih daripada RM63 juta untuk konsultan-konsultan, program-program GTP, dan dengan begitu banyak wang masih tidak boleh tukar persepsi saya rasa persepsi itu menjadi satu perkara yang penting dan perlu diatasi. Ramai di antara pelabur-pelabur asing apabila mereka hendak melabur di Malaysia mereka juga mengikut persepsi. Kalau persepsi mereka tidak akan masuk. Jadi di antara sebab-sebab yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi termasuk isu-isu seperti imigresen. Apakah langkah-langkah yang akan dibuat oleh kementerian untuk mengatasi masalah-masalah ini? Saya agak bukan sahaja dari segi persepsi tetapi ia merupakan masalah-masalah yang benar semacam hendak renew work permit menjadi satu perkara yang susah ataupun remeh bagi ramai pekerja yang masuk keluar Malaysia.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jadi apakah langkah yang diambil oleh kerajaan selain daripada PR campaign yang cukup besar. Langkah-langkah solid, kuantitatif yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat PJ Utara. Metodologi yang digunakan oleh pihak IMD telah dijelaskan dan ada dalam website. Adalah tidak benar bahawa kita menggunakan alasan ini pada tahun ini. Metodologi dan persepsi ini juga dihuraikan setiap kali perkara ini disebut. Cumanya pada tahun ini mungkin di segi highlightnya lebih sedikit. Keduanya saya hendak memberi jaminan oleh Dewan ini bahawa kerajaan ambil berat setiap feedback, maklum balas kita terima kita ambil berat. Kita menerima secara positif. Kita tidak ada blame game dan sebagainya dan kita menganggap ini sebagai satu feedback yang berguna. Oleh hal yang demikian seperti yang saya sudah jawab tadi, kita akan tingkatkan engagement dengan stakeholders. Ini adalah penting. Umpamanya ada persepsi bahawa kita ada beberapa inisiatif tetapi dari segi pelaksanaannya adalah kurang memuaskan, implementation machinery. Ini persepsi walaupun kita sudah ada PEMANDU yang telah banyak menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Hari Isnin lalu diumumkan projek- projek EPP yang keenam. Sehingga kini sudah RM170 bilion telah pun komited dan kira- kira lebih 70 peratus sudah pun on the ground. Ini realitinya dan ini dipantau setiap minggu oleh PEMANDU. Ketua Pengarah PEMANDU, Ketua Eksekutif PEMANDU memantaunya setiap minggu tetapi persepsinya masih lagi mengatakan bahawa kita banyak pengumuman tetapi di bawah belum ada lagi pelaksanaan. Itu persepsi. Jadi kerajaan mengambil serius pandangan ini dan insya-Allah kita akan tingkatkan lagi engagement, adakan dialog, pertemuan dan kita dapati bahawa ia telah menimbulkan kesan dan kita selain hendak memperkenalkan inisiatif yang dibuat oleh media konsultan, MITI dan lain-lain juga mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa berkaitan perkara berkenaan. Berkaitan dengan pelaburan asing umpamanya, yang dirujuk oleh Yang Berhormat memanglah ini mungkin salah satu daripada perkara yang dirujuk oleh mereka. Saya hendak maklumkan bahawa seperti saya maklumkan tahun lepas jumlahnya USD9 bilion. Telah dimaklumkan tiga tahun pertama tahun ini ia berjumlah ataupun dalam RM29 bilion tahun lepas. Pada tahun ini iaitu the first three month atau tiga bulan pertama RM11 bilion. Dari segi pelaburan asing, saya ingin berkongsi maklumat Ahli Yang Berhormat bahawa untuk tiga bulan pertama jumlahnya RM11 bilion berbanding RM29 bilion tahun lepas. Bermakna pada tahun ini prestasi pelaburan asing adalah amat menggalakkan berbanding dengan prestasi tahun lepas. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap. Saya melihat isu ranking IMD World Competitiveness Year Book ini sebagai satu isu yang perlu diperjelaskan. Isu mengenai prestasi hakiki berbanding dengan prestasi kualitatif itu adalah satu penjelasan yang baik. Jika kita lihat dari segi prestasi ekonomi yang berdasarkan kepada prestasi hakiki kita meningkat ke tempat tujuh mendahului banyak negara maju dan perkara ini tidak dihighlight sebab di pihak pembangkang dia highlight perkara yang selektif sahaja. Akan tetapi ingin saya sentuh soal persepsi. Persepsi ini ia berdasarkan kepada apa yang dianggap sebagai realiti. Di antara perkara yang disebut oleh pengusaha-pengusaha yang ada di sini, beberapa perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tetapi saya hendak sentuh tentang empat perkara. Pertamanya antara sebab mengenai business efficiency dan government efficiency adalah financial risk factor, access to business credit, dua dan saya hendak minta bagaimana kita dapat meningkatkan dari segi financial risk factor dan access to business credit sebab ini perkara yang berdasarkan kepada realiti. Ketiganya protectionism dan openness of public sector contract. Dua ini iaitu protectionism dan openness of public sector contract adalah perkara struktural dan mungkin tidak dapat kita atasi dalam masa yang terdekat. Oleh sebab itu saya hendak tanya dan pohon kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bukan hanya kita perlu buat engagement dan juga public liaison yang lebih berkesan tetapi melihat kepada perkara yang structural, bolehkah kita secara realistik dapat meningkatkan competitiveness kita sekiranya ini adalah kekangan structural? Terima kasih.

Pertamanya tahniah kepada Yang Berhormat Rembau kerana jelas kepada saya bahawa beliau telah membaca keseluruhan laporan ini. Sebanyak 31 kriteria beliau cukup arif dan saya harap Yang Berhormat PJ Utara telah membaca keseluruhan, bukan selektif, bukan tengok yang turun. Seperti mana kata Yang Berhormat Rembau, ada kita naik daripada lapan ke tujuh. Saya harap kita melihat ini dalam perspektif total (total perspective). Terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau.

Saya hendak ambil contoh empat perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat sebut tentang hakiki. Ini benar sekali, ada hakiki, ada persepsi. Berkaitan dengan protectionism yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi persepsinya bahawa negara Malaysia ini tertutup walhal kita terbuka, ASEAN boleh masuk kebanyakan barangan sudah pun dihapuskan tarif tetapi persepsinya masih lain. Berkaitan protectionism ini umpamanya Dewan ini sudah meluluskan Akta Daya Saing, Competition Law sudah pun diluluskan dalam Dewan ini tetapi apabila IMD membuat survey ini, mereka mendapati bahawa di kalangan pengusaha-pengusaha 111 tadi mereka menyatakan bahawa market ataupun pasaran Malaysia masih lagi tertutup. Ini satu contoh yang jelas. Hakikinya, realitinya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau, kita Dewan ini sudah meluluskan Competition Law tetapi persepsinya di luar menyatakan bahawa pasaran Malaysia masih lagi tertutup. Begitu juga access to credit. Kalau kita baca Laporan Bank Negara Malaysia adalah salah sebuah negara yang terbaik dari segi access to credit tetapi persepsinya sukar untuk mendapatkan kredit. Jadi saya bagi dua contoh untuk menyatakan bahawa ada lag, kadang-kadang perubahan hakiki yang kita lakukan itu ada jangka masa. Jadi jelas kepada kita dalam kerajaan kita tidak hendak menyalahkan sesiapa dan kerajaan perlu bekerja lebih kuat lagi untuk menyebarkan maklumat sebenarnya supaya pengusaha-pengusaha dapat membuat penilaian yang objektif berdasarkan perubahan-perubahan hakiki yang telah berlaku di bawah Pelan Transformasi Kerajaan dan juga Pelan Transformasi Ekonomi dalam tempoh dua tahun yang lalu. Terima kasih.

Nur Jazlan bin MohamadUMNO · BNPulai · question

5. Datuk Nur Jazlan Mohamed [Pulai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, insentif yang diberikan kepada pelabur dalam bidang teknologi bio dan berapakah jumlah pelaburan yang telah diperolehi oleh negara sejak sepuluh tahun yang lepas.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain insentif cukai yang dinikmati oleh pelabur-pelabur di bawah akta-akta yang berkaitan, kerajaan juga menyediakan insentif tambahan kepada pelabur dalam bidang teknologi bio melalui Piagam Jaminan ataupun dengan izin, Bill of Guarantees dan ini termasuklah: (i) kebebasan hak milik penuh; (ii) kebebasan penuh untuk mendapatkan dana dari pasaran global; (iii) tiada sekatan untuk mengambil pekerja ilmu atau dengan izin knowledge workers; dan (iv) kelayakan untuk mendapat insentif yang berdaya saing dan menyertai program-program pembangunan termasuk insentif cukai, geran dan bantuan-bantuan lain. Bagi syarikat-syarikat bio teknologi yang berstatus BioNexus insentif-insentif yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

(i) pengecualian cukai pendapatan 100 peratus untuk 10 tahun bermula daripada tahun pertama syarikat memperoleh keuntungan; (ii) potongan cukai pelaburan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam tempoh lima tahun; (iii) sebuah syarikat atau individu yang melabur dalam syarikat berstatus BioNexus juga diberi potongan cukai bersamaan dengan pelaburan keseluruhan dalam model pilihan dan pembiayaan peringkat awal; dan (iv) bangunan-bangunan yang digunakan untuk aktiviti bio teknologi akan dapat elaun bangunan industri yang dituntut dalam tempoh selama 10 tahun. Selain daripada insentif-insentif tersebut, kerajaan melalui Perbadanan Teknologi Malaysia (BioTech Corp) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) turut menyediakan pakej-pakej insentif seperti geran R&D, program inkubator, program pembangunan sumber manusia berpengetahuan tinggi melalui Program Latihan Khas Keusahawanan Bioteknologi (BeST) dan program rakan kongsi BioNexus. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan industri dan teknologi di Malaysia mula menampakkan perkembangan dan kemajuannya selaras selepas dasar bioteknologi negara dilancarkan pada tahun 2005. Bagi tempoh fasa 1 pelaksanaannya iaitu antara tahun 2006 hingga Disember 2010, kemajuan yang ditunjukkan adalah seperi berikut: (i) pelaburan baru sebanyak RM5.4 bilion; (ii) penjanaan sebanyak 54,776 peluang pekerjaan baru; (iii) hasil pendapatan negara sebanyak RM13.5 bilion; dan (iv) sumbangan sebanyak 2.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Dasar bioteknologi negara ini telah dilaksanakan selama lebih enam tahun juga tetapi hasilnya pada pendapat saya tidak begitu menggalakkan kerana ia mempunyai potensi yang lebih besar daripada apa yang kita dapat setakat ini. Kerajaan sekarang ini sedang menjalankan dasar ETP, Economic Transformation Programme yang mempunyai banyak inisiatif dalam pelbagai bidang ekonomi. Malangnya industri biotech tidak diberikan fokus dalam pelaksanaan dasar ETP ini. Soalan tambahan saya adakah industri biotech negara ini masih menjadi salah satu teras dalam pelaksanaan program ETP. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pulai atas soalan tambahan tersebut. Sebenarnya pencapaian yang telah pun dicapai oleh sektor ini melalui dorongan kerajaan sebab sememangnya sektor bioteknologi ini kalau kita lihat ke seluruh dunia adalah dipandu sebenarnya oleh pihak swasta dan kerajaan sekadar memberi galakan dan koordinasi dan juga menetapkan dasar-dasar yang memberi stimulus kepada perkembangan sektor ini. Akan tetapi dari segi pencapaian fasa 1 sebenarnya prestasi sektor ini cukup bagus seperti mana saya telah katakan tadi dari segi implement opportunity kita telah tetapkan 40,000 tetapi yang dicapai adalah 24,776. Dari segi sumbangan kepada GDP memanglah kita telah tetapkan 2.5 dan kita telah capai 2.2 peratus dan beberapa lagi dari segi BioNexus daripada 0 dalam tempoh 2005 dan sekarang adalah 188. Kita telitikan dari segi Economic Transformation Programme atau ETP daripada 12 NKEA sebenarnya kalau kita telitikan tidak kurang lima daripada itu ada kaitan terus dengan sektor bioteknologi mahupun dalam sektor industri ataupun dalam sektor kesihatan, health atau pun dalam sektor pertanian.

Bahkan untuk makluman Yang Berhormat, dalam mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Bioteknologi kira-kira sebulan yang lalu yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun dicadangkan bahawa satu sektor yang perlu dipertimbangkan secara berasingan adalah sebagai NKEA adalah sektor bio teknologi di bawah naungan Bio-ekonomi. Ini sedang ditelitikan dan nanti beberapa ETP yang khusus yang berkaitan dengan NKEA akan nanti dibawa dalam perbincangan di peringkat tertinggi termasuklah di peringkat Economic Council dan Kabinet. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak menafikan tentang usaha, insentif yang dibuat oleh pihak kerajaan terhadap memajukan bidang teknologi bio ini. Soalan tambahan saya ialah saya percaya bahawa geran R&D juga mencukupi untuk mempelopori ataupun memperkasa sektor ini. Persoalannya adakah setiap R&D yang dipatternkan itu telah berjaya dikomersialkan. Adakah syarikat-syarikat dalam negeri sebagai contoh yang telah mengambil tanggungjawab ini kerana kita mengambil pengalaman di Jepun, di China dan juga di Eropah, syarikat-syarikat tempatan sangat penting dalam mereka memberikan galakan dan mengambil tanggungjawab mengkomersialkan bidang ini dan menjadi satu produk jenama yang dijual di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa. Jadi soalan tambahan saya adakah telah ada satu produk dalam bidang biotech ini yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa dan adakah telah mencukupi syarikat-syarikat tempatan dalam mengkomersialkan bidang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Perkara yang ditekankan itu adalah memang satu perkara yang kita akui dalam ekosistem pembangunan sektor bioteknologi ini sememangnya banyak komponen- komponen yang diberi penekanan dan satu daripadanya ialah perkara R&D juga access kepada capital dan juga satu lagi adalah kemampuan untuk memperoleh tenaga mahir dalam sektor ini.

Dari segi R&D sebenarnya komponen yang telah kita beri di MOSTI selain daripada kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengajian Tinggi dalam sektor atau subsektor bioteknologi ini cukup tinggi sebenarnya. Saya tidak boleh bekalkan jumlah paten-paten yang dikeluarkan khusus dari segi sektor bioteknologi tetapi saya boleh bekalkan secara bertulis. Akan tetapi keseluruhannya, sebenarnya minat untuk industri SME, SMI untuk mengkomersialkan ini tidak kurang dan khususnya dalam bidang tenaga mahupun dalam bidang biomass. Dari segi life sciences namun ada beberapa halangan untuk pengkomersialan itu dan itulah satu kajian khusus sedang dijalankan oleh pihak Agensi Inovasi Malaysia (AIM) di Jabatan Perdana Menteri untuk mengenal pasti, menyelaras dana-dana yang boleh diperolehi oleh pihak SMI. Satu daripada halangannya ialah dana atau access to capital. Kedua adalah – yang saya cakap tadi, akses kepada trained personnel dan ketiga sebenarnya adalah ekosistem yang lebih sempurna, termasuklah semakan kepada insentif-insentif yang saya sebutkan tadi, yang perlu dibaiki atau diperhalusi untuk tujuan pembangunan sektor ini supaya komersialan itu dapat meningkat ke tahap yang memuaskan. Terima kasih.

Lim Lip EngDAP · PHKepong · question

6. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Perdana Menteri menyatakan, status siasatan kematian Ahmad Sarbani di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, apakah tindakan yang diambil terhadap 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang ditangkap pada April lalu, berapakah wang pegawai yang dibekukan dan adakah akan dipulangkan semula?

Datuk Liew Vui keongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, siasatan kes kematian bekas Penolong penarah Kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada SPRM. Pihak PDRM telah kemukakan hasil siasatan berhubung kes ini kepada pihak Jabatan Peguam Negara di mana pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju supaya satu inkues diadakan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur daripada 4 hingga 15 Julai 2011, di hadapan Koroner Tuan Aizatul Akmal.

Datuk Liew Vui keongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, siasatan kes ke atas amalan rasuah jabatan yang berkaitan masih lagi dalam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebanyak 63 tangkapan bukan 62, telah pun dibuat. Hasil dan butir-butir lanjut mengenai siasatan tidak dapat didedahkan buat masa ini seperti diperuntukkan di bawah seksyen 29(4), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. SPRM juga akan memulangkan wang yang dibekukan sama ada wang tunai ataupun akaun bank sekiranya siasatan mendapati wang tersebut bukan diperoleh secara kelakuan rasuah. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat elemen kesalahan rasuah dan tertuduh dihadapkan ke mahkamah, pihak SPRM akan menyita dan seterusnya membawa bukti wang tunai atau akaun bank sebagai exhibit di mahkamah berkenaan dan seterusnya sekiranya mahkamah yang dapat menentukan sama ada bahan bukti berkenaan boleh dikembalikan ataupun sebaliknya. Sekian, terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih, adakah benar Allahyarham Ahmad Sarbani hanya memiliki aset harta kewangan persendirian yang setimpal dengan pendapatan beliau dan sekiranya benar mengapa MACC menyiasat beliau dan juga mengapa MACC ambil masa hampir tiga bulan untuk menyiasat 62 orang pegawai kastam dan sehingga sekarang siasatan belum selesai dan tuduhan di mahkamah belum dibuat? Ini tidak efisien, mungkin MACC belum habis tonton cerita CSI. Adakah kerajaan sanggup mengadakan Royal Commission Enquiry instead of inquest, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, sebab keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani, meminta Royal Commission Inquest bukan inkues sahaja, itulah soalan saya. Terima kasih.

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Segambut atas soalan tambahan ini. Tuan Yang di-Pertua, SPRM sentiasa proaktif dalam membanteras jenayah rasuah tanpa mengira kedudukan individu yang berkenaan. Dalam kes ini, pihak SPRM telah pun mengadakan OPS 3B, di mana melibatkan banyak pihak menjalankan siasatan. Jadi, dalam OPS 3B ini, siasatan ini bukan atas harta ataupun kekayaan seseorang individu tetapi terhadap mereka yang terlibat dalam kes rasuah. So, ini tidak bermakna...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Untuk apa 3E, apa 3E itu?

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

3B.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Adakah SPRM bersetuju dengan RCI mengenai kematian Ahmad Sarbani… [Dewan riuh] Apakah 3E, RCI setuju atau tidak?

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Saya amatlah kecewa dengan pihak...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Dewan riuh] …Apa itu 3E, kita tidak faham. Apa 3E itu, adakah SPRM setuju dengan RCI?

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

3B.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Memberi jawapan yang kita boleh faham.

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Saya rasa Yang Berhormat Ipoh Timur kena mengikut peraturan, janganlah seperti samseng...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita tidak faham, kita tidak faham apa itu 3E!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Menteri duduk dahulu Menteri.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tiga kali bodoh!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat! Janganlah saya ingatkan berkali- kali, semua kita mempunyai tanggungjawab. Kalaupun menjalankan tanggung jawab, jangan melanggar peraturan mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat, fikir saya suka duduk di sini dan mendengar semua ini?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur sebagai Ahli Yang Berhormat yang senior, kalau ada persoalan yang penting, timbulkan dengan cara yang baik. Begitu juga dengan Yang Berhormat Pasir Salak...

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak! Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Memang jawapan daripada Menteri bukan memuaskan semua. Saya juga tidak puas hati setiap persidangan tetapi masing-masing kita bersabar. Ini berbahas, tidak ada sesiapa yang tepat. Masing-masing punya tanggung jawab kepada rakyat, siapa yang menentukan bahawa tanggung jawab Yang Berhormat itu lebih daripada orang lain. Malulah sendiri Ahli Yang Berhormat. Sila Menteri teruskan. Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak panggil Yang Berhormat Pasir Salak.

Siapa yang tidak... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, antara dia adalah Ahli Yang Berhormat sendiri yang tidak patuh peraturan mesyuarat sekarang ini. Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah. Sila teruskan Menteri.

Soalan tambahan ada?

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Segambut. Jadi, dalam kes ini, dalam Operasi 3B ini bukan 3E seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Ia dijalankan secara bersama antara SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Jabatan Peguam Negara yang memberikan nasihat dari segi perundangan. Jadi dalam kes ini, terlibat dengan kastam bukan sahaja di kawasan Lembah Klang tetapi di Johor dan juga di negeri Pahang.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat, apa maksud 3B? ‘B’ untuk apa? Biadab?... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Segambut...

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Yang Berhormat Segambut ini, saya rasa ‘B’, saya tidak payah sebut apa maksudnya. Jadi, Yang Berhormat Segambut ini seorang peguam, takkan tidak faham prosedur guaman ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sila Menteri teruskan.

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Jadi, seperti yang dikatakan semalam, operasi ini diadakan berikutan penyelewengan taksiran cukai yang melibatkan kerugian kepada rakyat.

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Jadi, walaupun cukai-cukai yang sepatutnya bernilai jutaan ringgit itu patut dibayar kepada pihak kerajaan tetapi oleh kerana terdapat sedikit pakatan di antara pegawai berkenaan dengan pihak-pihak yang tertentu Tuan Yang di-Pertua, hanya 5 peratus ataupun 10 peratus cukai yang perlu dibayar sahaja. Jadi, ini bermakna sekiranya terlibat dengan cukai yang bernilai RM1 juta dan kadangkala hanya RM100,000 sahaja yang perlu dibayar. Jadi, RM900,000 itu tidak perlu bayar. Ini telah pun menjadi satu kerugian yang besar kepada rakyat. Jadi, itulah operasi 3B ini saya difahamkan ‘B’ ini maknanya berbilion. Jadi melibatkan keringan hasil RM3 bilion pada negara. Mengenai soalan yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat Segambut, mengapakah RCI tidak diadakan tetapi inkues dalam kes kematian Allahyarham Ahmad Sarbani ini.

Datuk Liew Vui keongWARISANSandakan

Yang Berhormat sebagai seorang peguam perlu faham bahawa inkues ini perlu dijalankan terhadap sesuatu kematian dan ini adalah mengikut prosedur Kanun Keseksaan Jenayah. Selepas ini sekiranya pihak berkenaan ingin lagi mendapatkan inkues ataupun inquiry yang lain, ini perlu dipohon kepada pihak yang berkenaan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Peraturan mesyuarat apa Yang Berhormat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan Mesyuarat 18(7)(c). Tuan Yang di- Pertua, saya telah kemukakan satu usul tergempar untuk di debate hari ini Tuan Yang di- Pertua dan saya telah menerima surat daripada Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa usul saya yang mana mengenai isu Presiden Al-Bashir dan Presiden Mugabe dipelawa datang ke negara ini untuk berbincang di satu forum Langkawi International Forum Debate. Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek yang dikemukakan Tuan Yang di-Pertua, saya berdukacita, with the highest respect to the Chair, saya dukacita kerana ini satu di antara proses di mana kita boleh membuat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, di mana perlanggaran Peraturan Mesyuarat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, if I can...

Tuan Yang di-Pertua

Supaya saya dapat buat ruling.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya sedang memberikan alasan-alasan berkaitan dengan perkara tersebut. Satu, di antaranya Kenapa Yang Berhormat Menteri Luar Negeri membuat invitation kepada kedua-kedua orang presiden? Kedua, memandangkan International Criminal Court (ICC) telah memberi warrant of arrest kepada Al-Bashir. Dia dipelawa datang ke negara ini dan faktor-faktor berkaitan dengan perkara tersebut. Apa yang mustahak sekali Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adalah Peraturan Mesyuarat 18(7)(c), yang mana Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa asasnya adalah monolog di mana melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak faham mengenai perkara tersebut. Boleh memberi penjelasan mengenai perkara tersebut? Ini kerana ini satu peluang yang baik untuk kita debate. Satu hal yang mana Parlimen become relevant pada masa sekarang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Setiap keputusan yang saya buat, ianya saya landaskan kepada peraturan mesyuarat. Dalam membuat tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2), pada kebiasaannya saya terpaksa minta maklum balas daripada pihak-pihak yang berwajib daripada Yang Berhormat Menteri. Apabila fakta-fakta sudah saya dapat maklum dan apa juga yang telah dibicarakan dalam media massa, maka saya ambil keputusan. Keputusan Yang Berhormat timbulkan itu telah saya buat dan saya utus satu surat kepada Yang Berhormat memberikan alasan-alasan tertentu. Jadi, Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan bahawa apabila keputusan itu telah dibuat, kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43. Saya tidak perlu beri alasan lagi kerana sudah saya berikannya secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat yang saya sebut dalam surat itu ialah Peraturan Mesyuarat 23(1)(l) ialah yang menyatakan bahawa kalau sesebuah negara itu mempunyai hubungan baik diplomatik dengan negara Malaysia, maka peraturan mesti mengatakan tidak boleh dibincang mengenai dengan hal-hal dalam negara tersebut. Saya tidak mahu campur apa pendapat eksekutif. Tugas saya ialah mentafsir peraturan mesyuarat. Setahu saya, negara Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara yang disebut. Apa yang berlaku di negara itu bukan tanggungjawab saya Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Tanggungjawab saya ialah membenarkan sama ada itu boleh dibincangkan atau tidak. Yang sekarang ini pun saya benarkan Yang Berhormat untuk berhujah sedikit, juga sudah disebut mengenai dengan hal orang lain yang melanggar peraturan mesyuarat. Sama ada itu betul atau tidak, itu bukan tugas saya. Sudahlah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, ICC. Bukankah kita telah mengatakan menjadi anggota ICC dan bukankah kita terikat dengan international law?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We do not respect international law, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu bukan tugas saya. Tugas saya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I know it is not tugas Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Menginterpretasikan peraturan mesyuarat. Jangan bertengkar dengan saya Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak puas hati, gunakan Peraturan Mesyuarat 43.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, every time Tuan Yang di-Pertua used 43(1), that is irrelevant Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua is the highest respect to the Chair. Bukankah ini satu perkara yang mana seperti kita... [Disampuk] Menurut hak eksekutif. This is the place that the forum yang mana perkara itu perlu dibincangkan. Bukankah kita mengelak daripada perkara tersebut?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tidak berpuas hati, gunakan Peraturan Mesyuarat 43. Itu sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, Tuan Yang di-Pertua. I don’t think it is as simple as that. Something is so obvious, Tuan Yang di-Pertua. Di sini tidak boleh elak daripada tanggungjawab... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, what is the better relations than to have only to Sudan and Zimbabwe, bukan negara-negara lain, Tuan Yang di-Pertua. Di seluruh dunia, what is the image of Malaysia? Apakah imej, what is the message kita mahu sampaikan? Bukankah negara-negara yang lain lebih daripada 100 buah negara lain tidak mustahil Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bukan pihak eksekutif Yang Berhormat. Saya cuma memikirkan mana dengan peraturan mesyuarat yang saya fikir perlu dibincang dan tidak dibincang.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kita dapat satu bantuan oleh kerana ini menjadi satu guide kepada kita Ahli-ahli Parlimen apabila kita kemukakan Peraturan Mesyuarat 18 itu. Dalam surat Tuan Yang di-Pertua untuk menggunakan permohonan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat ada sebut bahawa melanggari peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat yang kita boleh semak dua perenggan; Peraturan Mesyuarat 23(1) mengenai contents of question, ‘(k)’ dan ‘(l)’. ‘(k)’ ialah, “a question shall not commit any discourteous reference to a friendly foreign country”; dan ‘(l)’ yang ada disebut oleh Tuan Yang di-Pertua, “a question shall not seek information about the internal affairs of a foreign country.”

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Akan tetapi kita tidak boleh kemukakan isu-isu seperti tidak mahu, patutlah menjemput Presiden Sudan, Omar Al-Bashir datang oleh kerana dia seorang war criminal. Itulah pendekatan kita, Dewan yang mulia ini tidak mungkin tidak boleh bahas apa-apa isu mengenai hal ehwal negara yang lain sama ada Palestin atau apa-apa war crime, tidak mungkin, even possible. Kalau begitu, inilah frog in the well. Kita adalah tanggungjawab untuk bincang bukan hal ehwal negara yang lain, yang mana ada bersabit dengan melanggari hak asasi war crime dan lain-lain. Kita pun mahu menjadi satu anggota untuk rectify, memberi ratifikasi ICC War Crimes Criminal Rome Statute. Akan tetapi itu perlulah kita bincangkan. Oleh sebab itu kita mahu minta, bukan kita mahu mencabar keputusan Tuan Yang di-Pertua yang timbul Peraturan Mesyuarat 43. Akan tetapi kita mahu memberitahu apakah guideline oleh kerana apa yang disebut tidak bangkit. Oleh sebab itulah kita meminta satu penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, sudah saya beri penjelasan. Apabila saya membuat tindakan, bermakna tindakan saya itu saya asaskan pada fakta- fakta dan maklum balas yang saya dapati. Menurut Peraturan Mesyuarat 43, Majlis sendiri ini pun tidak boleh mendesak kepada saya untuk mengulang kaji semula atau menarik semula keputusan saya. Maka setiap keputusan yang saya buat, sama ada ianya diterima dengan baik atau tidak, saya yang bertanggungjawab. Jadi, apa pun yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Ipoh Barat, saya ambil makluman. Ini juga akan tersebar luas dalam media massa dan saya percaya pihak eksekutif juga mendengar ini. Bukan mereka tidak tahu. Jadi, bagi saya, saya buat sebagai panduan dan iktibar untuk membuat tindakan-tindakan akan datang.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi dalam soal ini apabila keputusan saya buat, kalau umpamanya Yang Berhormat Ipoh Barat tidak setuju dengan itu, buat usul di bawah Peraturan 43. Kalau pun pada saat sekarang ini saya kata, “Okey, bacalah usul itu”, saya tidak boleh buat. Ini adalah kerana keputusan saya sudah buat lebih awal. Ini kerana Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan saya tidak boleh tarik balik. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat semua faham ini...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Kecuali peraturan mesyuarat itu kita akan rombak.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Berkenaan itu Tuan Yang di-Pertua, kita faham kedudukan Tuan Yang di-Pertua bahawa pun tidak boleh tarik balik keputusan dibuat dan nasihat Tuan Yang di-Pertua bahawa kita boleh bertindak di bawah Peraturan 43 untuk semak semula keputusan yang dibuat. Sebenarnya itulah patutnya kita buat begitu oleh kerana ini sangat jelas ini salah. Ini melanggari peraturan mesyuarat oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri. Akan tetapi kalau kita buat begitu kita pun tahu itu sia-sia sahaja oleh kerana satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 untuk semak, reveal semula keputusan Tuan Yang di-Pertua tidak akan dibahas, itu sia-sia, tidak guna dikemukakan. Selain daripada kita adalah satu prinsip di mana semua urusan mengenai Dewan yang mulia ini patutlah dan dapat keutamaan. Kita tidak ada itu prinsip dan kita haraplah kalau perkara ini bahawa Tuan Yang di-Pertua di masa depan boleh ambil pertimbangan asas-asas, hujah-hujah yang kita kemukakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Ipoh Timur, antara lain fakta yang saya ambil kira adalah kenyataan akhbar daripada Menteri yang bertanggungjawab dengan Parlimen mengenai soal ini. Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Ipoh Barat tahu ini, kenyataan akhbar ini. Jadi, bagi saya soal itu telah pun diketahui oleh orang ramai. Telah pun diketahui oleh pihak eksekutif.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini adalah...

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah forum...

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Untuk perbincangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan lagi kita habiskan masa.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan di surat khabar.

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang kita sebut sekarang ini pun telah mendapat liputan sudah. Sudahlah. Kalau itu mesej yang dibuat sudah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mana forum untuk membincangkan hal ini di newspaper Tuan Yang di-Pertua atau di Parlimen?

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

Tuan Yang di-Pertua

Sila, siapa yang sambung perbahasan. Yang Berhormat Indera Mahkota, sila sambung.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dibincangkan semalam, antara kepentingan kita hendak meminda Akta Galakan Pelaburan 1986 sudah tentu kerana kita dapati bahawa suasana ekonomi dalaman dalam negara kita menuntut supaya ada berlaku perubahan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Perubahan kecil yang hendak diusahakan hari ini oleh kementerian yang bersangkutan iaitu meminda Akta Galakan Pelaburan, memasukkan beberapa perkara yang disebut secara spesifik kepada beberapa bidang yang ditumpukan termasuklah bidang ICT, peranti perubatan dan juga bidang yang berkaitan dengan renewable energy yang disebut. Saya hendak mengambil kira kesemua perkara yang disebut termasuk juga beberapa perbahasan yang dikemukakan pagi tadi dalam sesi soal jawab. Semua kebanyakannya dan semuanya menumpukan kepada soal implikasi hasil.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Seorang Menteri juga menjawab pertanyaan itu dan membangkitkan soal kebimbangan kepada implikasi hasil iaitu yang mustahak di sini implikasi kehilangan hasil kepada negara. Kita tahu Akta Galakan Pelaburan ini sudah tentu menawarkan insentif yang menyebabkan kita kehilangan hasil pada peringkat pertama ataupun first level of the implication, dengan izin. Kita tawarkan, memang kita akan kehilangan hasil. Ini adalah disebabkan yang datang dalam negara kita diberi insentif yang menyebabkan mereka tidak payah membayar cukai. Bentuk cukai yang mereka dikecualikan ini banyak level, banyak tahap ataupun kategori. Saya rasa tidak perlu disebut kerana selain daripada mendapat pengecualian atau mengelakkan diri daripada membayar percukaian atau dilibatkan percukaian, mereka juga dalam peringkat yang terawal mereka dilindungi ataupun diberi insentif-insentif lain dalam bentuk-bentuk elaun. Pada saya, ini adalah bentuk tawaran yang sukar untuk dilepaskan atau dinafikan, ditolak oleh mana-mana sahaja pelabur asing. Persoalannya sekarang Tuan Yang di-Pertua, kenapakah selepas kita tawarkan insentif semasa sebelum Akta Galakan Pelaburan ini diwujudkan. Kenapakah kebelakangan ini, lima tahun ke belakang atau enam tahun kewangan ke belakang, masih lagi mengalami penyusutan, penurunan malah pelabur asing yang telah bertapak sekian lama dalam negara kita membuat keputusan untuk keluar dan lari. Memindahkan pelaburan mereka. Sekiranya perkara ini terlalu baik dan terlalu menguntungkan pada mereka, hingga sekarang kita terpaksa meminda Akta Galakan Pelaburan itu masuk perkara-perkara yang lain. Saya tidak nampak logiknya bagaimana satu pelaburan asing, perniagaan asing yang bertapak dalam negara kita tidak boleh menilai atau meletakkan satu nilai tinggi kepada bentuk-bentuk elaun seperti elaun cukai pelaburan, elaun pelaburan semula, elaun modal, elaun bangunan industri dan berbagai elaun yang telah dicipta dan diberi. Saya hendak bagi satu contoh, dalam tahun kewangan 1997, Menteri Kewangan pada masa itu kebetulannya Yang Berhormat Permatang Pauh telah membawakan usul, cadangan sebagai Menteri Kewangan untuk mewujudkan elaun bangunan industri pada masa itu dan dibincangkan secara spesifik. Bagaimana elaun bangunan industri boleh dicipta untuk menarik pelaburan asing yang masuk secara besar-besaran kerana melibatkan pembinaan ataupun establishment of industry, bangunan itu sendiri. Pada masa itu kita nampak memang pelaburan asing dalam negara kita meningkat dalam bidang-bidang yang begitu luas termasuk juga bidang ICT pada masa itu. Oleh kerana kita baru memulakan konsep information technology pada masa itu, hendak minta membuka pintu yang luas kepada penyebaran maklumat melalui sistem ini, kita masuk. Akan tetapi apakah yang berlaku lima tahun selepas itu atau sepuluh tahun atau yang lebih mustahak sekali sekarang, kedudukan sekarang. Apa yang sedang berlaku. Kenapa kita perlu tumpukan juga dalam amendment ini memasukkan bidang yang agak spesifik juga berkenaan dengan ICT. Katanya tidak merangkumi sebelum pada ini kawasan-kawasan di sekitar Cyberjaya atau diluaskan ruang lingkupnya. Adakah bermakna Akta Galakan Pelaburan yang telah diberi selama hari ini tidak berjaya mengekalkan ataupun menahan mereka ataupun memujuk mereka supaya tidak mengurangkan pelaburan mereka atau yang lebih mustahak sekali menjadikan kita ini kurang kompetitif berbanding pada negara-negara jiran yang lain. Pada mereka telah menjadi sumber ataupun pusat ataupun destinasi pelaburan yang lebih menarik berbanding dengan kita. Saya hendak tanya secara ikhlas hatilah berkenaan dengan implikasi hasil. Kebetulan disebut tadi kita telah berjaya membawa pelaburan sebanyak RM29 bilion pada tahun 2010 yang termasuk juga antara pelaburan-pelaburan yang dimuktamadkan, akan tetapi belum lagi berlaku, cuma dimuktamadkan. Disebut oleh Yang Berhormat menteri tadi sebanyak RM20 bilion dan suku pertama tahun ini 2011 dikatakan berjumlah RM11 bilion. Saya dengar dan saya catitkan apa yang disebut oleh pihak Menteri tadi.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Seorang lagi Menteri telah menyebut tentang industri bio-tech yang mendapatkan banyak kebebasan pembuatan keputusan berkenaan dengan kewangan. Ya.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Ya.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Yang di-Pertua main Twitter, jadi tidak nampak saya. Saya hendak minta sedikit penjelasan daripada sahabat saya Yang Berhormat daripada Indera Mahkota. Dalam kita membahaskan persoalan Akta Galakan Pelaburan ini, salah satu perkara yang penting yang telah dibangkitkan dalam Dewan ini ialah soal implikasi hasil dalam negara. Akan tetapi saya kira salah satu isu juga yang harus kita teliti dalam membicarakan persoalan ini ialah apakah implikasi persaingan selain daripada implikasi hasil yang telah kita bincangkan. Oleh kerana saya lihat dalam usaha kita untuk mengambil sikap yang terbuka dengan menandatangani beberapa perjanjian termasuk AFTA yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Saya dimaklumkan kerajaan sekarang sedang dalam peringkat yang terakhir untuk menyempurnakan satu lagi multilateral agreement yang disebut sebagai Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) di mana dalam menyempurnakan TPPA ini, saya dimaklumkan salah satu chapter yang agak penting telah pun dibuka dan dimasukkan dalam perjanjian iaitu chapter contracting ini ataupun procurement ini. Di mana sekarang ini syarikat-syarikat asing boleh membida kontrak-kontrak di dalam negara, bukan setakat contracting, tetapi juga consultancy juga di buka dan dimasukkan dalam TPPA. Kalau ini berlaku persoalan yang harus kita tanya, apakah persediaan kerajaan untuk memastikan local players ataupun syarikat-syarikat tempatan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat daripada luar negara. Ini kerana kita lihat kalau ini tidak diadakan dibuat persediaan dan kalau kita mengambil jalan mudah dengan menutup pintu ianya juga tidak membantu negara kerana negara kita akan dipinggirkan dan kita tidak boleh trade ataupun menjalankan perniagaan dengan negara-negara luar dan akhirnya kita juga akan menerima kesan yang parah. Akan tetapi, dalam kesediaan kita untuk mengambil sikap yang terbuka dalam menggalakkan pelaburan dan menandatangani perjanjian termasuk AFTA dan juga TTPA ini yang melibatkan sembilan members dalam TPPA. Apakah persediaan yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan persaingan ini dapat berjalan dengan sihat dan ianya juga akan memberikan pulangan kepada pemain-pemain ataupun usahawan-usahawan tempatan. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya berkeyakinan apa yang disebutkan tadi insya-Allah merupakan antara langkah yang mungkin kita boleh jalankan sekiranya kerajaan tidak mampu melaksanakan perkara itu pada masa akan datang. Saya teringat apa yang disebut di antara kandungan Yang Berhormat Gombak sebutkan tadi bahawa Perdana Menteri sendiri secara tergesa-gesa memaklumkan di dalam perbincangan kebetulan mendapat peluang untuk berbincang katanya dengan Presiden Amerika menyebut tentang kejayaan Parlimen kita ini telah pun meluluskan Rang Undang-undang Persaingan pada tahun lepas. Secara tergesa-gesa memberitahu dan saya yakin dan saya mula faham kenapa rang undang-undang itu secara tergesa-gesa dibawa dalam Dewan dan diluluskan. Rupa-rupanya mempunyai implikasi untuk mengatakan kononnya kita atau menggambarkan kita ini membuka ruang seluas-luasnya untuk saya kira barangkali untuk tujuan menjadi daya tarikan untuk membawa masuk pelaburan asing dan mengatakan kita menjanjikan kebebasan atau satu liberty yang munasabah untuk menjadikan mereka berminat untuk bertapak dalam negara kita. Akan tetapi, apa hasilnya sehingga sekarang, apa hasilnya?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Oleh sebab itu saya juga berterima kasih kerana mengingatkan semula berkenaan implikasi hasil tadi, Yang Berhormat Gombak menyebutkan implikasi. Memang betul dan Menteri yang menjaga hal ehwal MITI sendiri pagi tadi baru menjelaskan bahawa berlakunya masalah persepsi, katanya persepsi ukuran berkenaan dengan persepsi yang dikatakan. Memanglah persepsi. Kita bentangkan Rang Undang-undang Persaingan kemudian kita adakan juga Rang Undang-undang Protectionism ataupun Rang Undang- undang Anti Perlindungan yang telah pun kita luluskan juga. Kedua-dua ini menunjukkan satu gambaran yang cukup luar biasa sudah jelas keberanian kita kononnya kita telah pun bersedia untuk buka seluas-luasnya pintu negara kita untuk menerima pelaburan luar sehingga kita beri insentif yang begitu besar, begitu tinggi, kita layan dan bersedia hendak melayan mereka dengan layanan-layanan cukai yang sehingga kita dilihat kehilangan hasil yang begitu besar kita sanggup buat. Ya, masalahnya kenapa orang tidak mari? Ya.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan dalam Dewan bahawa masalah yang mendepani kita hari ini ialah persoalan persepsi. Apakah Yang Berhormat Indera Mahkota bersetuju bahawa APCO telah gagal menjalankan tugas mereka kerana Kerajaan Pusat melantik APCO untuk membaik pulih imej Perdana Menteri dan juga kerajaan. Kerajaan Pusat membayar kepada syarikat APCO syarikat Zionis Yahudi ini berjumlah RM77 juta. Apakah peranan APCO untuk memulihkan imej Perdana Menteri tetapi nampaknya persepsi masih lagi rendah, persepsi masih lagi negatif. Apakah Yang Berhormat Indera Mahkota bersetuju supaya kontrak APCO ini ditamatkan dengan serta-merta?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Gombak terima kasih. Saya sebenarnya hendak nyatakan sentimen yang sama. Akan tetapi, lebih jauh daripada itu saya sudah bersimpati kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana pada pandangan saya telah pun tertipu. Kalau tujuan membayar kontrak yang begitu tinggi, tetapi kalau tidak ada kejayaan jawapan dia ialah tertipu. Tertipu kepada janji yang diberikan oleh barangkali oleh syarikat ini yang mengatakan boleh memulihkan persepsi. Pagi tadi memang Menteri yang menjaga yang bertanggungjawab ini memberi perakuan wujudnya persepsi-persepsi dan di antara persepsi yang agak melibatkan masyarakat umum yang ramai yang lebih significant lagi Yang Berhormat. Bukan sahaja berkenaan dengan APCO kehilangan hasil, kita sendiri pun telah create satu persepsi di mana kerajaan kita sedang beria-ia hendak pulihkan keadaan di mana negara berhadapan dengan kehilangan hasil daripada akibat aktiviti-aktiviti penyelewengan aktiviti rasuah barangkali. Aktiviti apa? Baru sekejap Yang Berhormat Menteri menjawab kes Operasi 3B yang melibatkan kebocoran, kehilangan hasil, hasil yang patut dikutip tidak boleh sehingga kes ini merebak kepada satu kes yang lain iaitu kes salah seorang daripada Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam kes ini dikatakan dan menjadi ikon kepada siasatan ini sekarang yang asalnya ialah persepsi kepada kehilangan hasil. Akan tetapi, sekarang ini timbul persepsi lain cara kita mengendalikan ke kes ini melibatkan kepada kematian yang melibatkan kepada permintaan untuk inquest Suruhanjaya Diraja yang tidak mungkin selesai dalam masa sebulan atau dua bulan. Kenapa persepsi, persepsi apa? Kita sendiri yang mencipta persepsi akibat daripada ketidakberkesanan kita menangani dan mengendalikan isu ini. Oleh sebab itu, saya kata apa perlu kita pertikaikan silap tafsiran ataupun sesi yang negatif daripada pihak luar sedangkan kita sendiri mencipta persepsi yang cukup tidak baik. Apa guna kita hendak persalahkan kepada Global Financial Integrity yang mengatakan kita membenarkan berlaku listed outflow sebanyak RM889 bilion yang dikatakan dalam masa – Apa guna kita hendak salahkan mereka? Kita sendiri yang mengiakan ada sesuatu yang tidak kena dalam negara kita dalam kita cuba hendak menyiasat dalam operasi tersebut berlaku kes yang sebegini rupa dan kita tidak boleh berjaya menyelesaikan. Bukankah ini satu persepsi buruk. Maknanya ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan urusan kehilangan hasil dalam negara kita dan sudah tentu kepada pelabur asing untuk membuat keputusan masuk ke dalam negara kita, tidak hanya terhad kepada berminat kepada yang kita hendak tawarkan dalam Akta Galakan Pelaburan. Hendak menggalakkan pelaburan luar ini bukan sahaja kepada insentif. Mereka juga tengok dan perhatikan apa yang berlaku dalam negara kita.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kalau Operasi 3B, saya tidak tahu maksudnya ‘B’ apa, tetapi disebut tiga bilion. Maknanya tiga bilion ialah kehilangan hasil yang kita sendiri akui sekarang. Mungkin yang sebenarnya lebih daripada itu. Jauh lebih tinggi daripada itu. Saya hendak katakan sekiranya kita membuat andaian kehilangan hasil negara tidak mencapai jumlah tersebut apa guna kita namakan 3B.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Persepsi yang kita namakan negara kita, pihak berkuasa kita sedang cuba untuk memulihkan kehilangan hasil berjumlah RM3 bilion. Kita sendiri yang menamakan. Itu dari segi pembayaran atau pengutipan sahaja. Bukan dari segi kebocoran asas. Yang saya hendak tanya ini, berapa sebenarnya nilai insentif yang kita tawarkan kepada mereka? Sebagai contoh. Satu syarikat yang datang ke Malaysia membawa pelaburan katakan bernilai RM100 juta. Semasa membuat keputusan memasuki negara kita dan kita luluskan, mereka membawa RM100 juta dan dalam masa keputusan tersebut, mereka telah kita janjikan dengan insentif-insentif yang sebenarnya bernilai lebih daripada RM100 juta. Perincian kita boleh katakan. Saya hendak katakan di sini secara mudah, ideologi yang cukup mudah. Tersedia di hadapan mata mereka selain daripada taraf perintis, taraf perintis lima tahun pioneer status yang dah memang kita tawarkan sepuluh ke 15 tahun dahulu lagi sampai sekarang tidak berubah-ubah taraf perintis lima tahun tetapi sekarang sudah dinaikkan kepada sepuluh tahun. Biotech Corp yang berkaitan dengan Biotech Corp telah menawarkan extension sebanyak lagi lima tahun kepada 10 tahun. Tidak payah membayar apa-apa cukai iaitu 100 peratus dikecualikan daripada cukai pendapatan. Sepuluh tahun. Dan ada juga insentif selain daripada 100 peratus tadi, diberi pula 100 peratus kepada pelaburan modal. Capital expenditure 100 peratus juga kita bagi. Mana ada company tempatan kita ataupun syarikat- syarikat tempatan, IKS kah yang pernah kita tawarkan 100 peratus capital expenditure, pengecualian. Tidak ada, tidak ada. Saya hendak dengar satu syarikat tempatan yang menerima insentif perbelanjaan modal 100 peratus dikecualikan daripada cukai. Saya nak dengar kalau ada.

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Gombak tadi, mengenai dengan isu berkait dengan isu Trans-Pacific Partnership yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan juga berkait dengan satu perjanjian FTA yang sedang dibincang atau dirunding yang dipanggil dengan Malaysia-EU FTA. Sekarang kedua-dua pihak ini iaitu Trans-Pacific Partnership termasuk dengan EU-Malaysia mendesak pihak Kerajaan Malaysia untuk membuka sektor perolehan kerajaan ataupun government procurement. Kedua, mereka juga mendesak kerajaan untuk membuka intellectual property right khususnya berkait dengan data exclusivity yang akan ada impak untuk kos farmaseutikal ataupun ubat-ubat. Ini akan meningkatkan kos ubatan untuk rakyat Malaysia. Kedua-dua sektor ini sebenarnya telah diprotect atau dilindungi oleh pihak kerajaan demi kepentingan rakyat dan juga untuk kepentingan small medium industries Malaysia sendiri. Ini kerana, kita dapati bahawa 98 peratus daripada firma-firma Malaysia adalah SMI. Akan tetapi sekarang, saya diberitahu oleh pihak atau kawan-kawan saya di Eropah dan juga di Amerika Syarikat, bahawa pihak Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membuka perolehan kerajaan dan juga data exclusivity iaitu di bawah intellectual property right kepada kedua-dua pihak ini dalam perjanjian perundingan free trade agreement. Saya hendak mendapat pendapat daripada Yang Berhormat, haruskah kerajaan telah membuat satu kos faedah ataupun analisa kos faedah (cost benefit analysis) dan cost benefit analysis harus dibincang dengan semua stakeholders termasuk dengan pihak Parlimen dan haruskah kerajaan membuka kedua-dua sektor ini untuk kepentingan firma- firma besar di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun? Minta penjelasan dan pandangan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya rasa Parlimen sepatutnya membuat satu desakan kepada pihak kementerian untuk review atau mengkaji semula kepada kedudukan ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak nampak ada satu buffered, ada satu cadangan untuk melindungi, kalau tidak dari segi undang-undang ataupun dari segi daya usaha kita untuk melindungi sedikit rundingan-rundingan yang telah dimuktamadkan, yang dikatakan sebagai AFTA, AFTA+China 1, 2, 3 dan sebagainya itu yang nampak gayanya hanya untuk memberi kemudahan atau membuka ruang menjadikan negara kita sebagai destinasi kepada mereka untuk meraih keuntungan. Saya rasa ini adalah antara janji yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk membuka ruang kepada negara kita kepada pelabur luar yang akan datang untuk meraih keuntungan. Untuk menjawab Yang Berhormat Klang tadi, saya hairan kenapa kita perlu tambah inisiatif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan ini kepada bidang yang cukup spesifik iaitu peranti perubatan yang disebutkan. Ini akan mengakibatkan kenaikan kos barang-barang yang berasaskan perubatan yang akan digunakan atau untuk kegunaan rakyat tempatan atau rakyat negara kita. Ini kita hendak memberi insentif, kepada siapa? Kepada orang yang akan datang melabur dalam bidang ini. Akan tetapi kesan akhirnya apa? Kos rawatan ataupun bahan-bahan ataupun produk yang berasaskan kesihatan untuk kegunaan rakyat kita akan meningkat. Nampak insentif, galakan untuk datang pelabur asing, tetapi apakah impak kepada rakyat tempatan? Kos atau beban ini meningkat. Jadi saya rasa akta ini macam kita tidak meletakkan asas itu betullah. Yang Berhormat Pasir Salak, betul atau tidak? Saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak tadi nampak bersetuju, nampak sokong mengangguk begitu. Saya nampak songkoknya bergerak.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh tanya sedikit, Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ada mendengar Yang Berhormat Indera Mahkota mengatakan tentang bila diberi insentif oleh kerajaan, syarikat yang datang melabur itu akan mengenakan kos yang lebih kepada pengguna. Saya rasa tidak begitu. Apabila diberi insentif, diberi pertolongan daripada kerajaan, maka kos pengeluaran mereka itu akan berkurangan dan saya pasti barangan yang dikeluarkan itu akan bertambah murah. Itu pandangan saya. Jadi mungkin saya ingin minta penerangan macam mana boleh diberi insentif tetapi kos mereka akan menjadi lebih tinggi dan akan di pass through kepada consumer seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya, itu harapan kita semua. Saya pun berharap begitu juga. Akhirnya production mereka itu menjadi rendah. Saya berharap begitu tetapi apa yang berlaku tidak begitu. kenapa? Sebabnya syarikat-syarikat yang datang melabur di dalam negara kita ini adalah business orientated. Mereka ini tujuannya adalah untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata. Tidak ada satu pun syarikat ini yang datang kerana atas dasar untuk melaksanakan tanggungjawab sosial atau tujuan untuk mempertingkatkan…

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau boleh?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Bagi saya habis sedikit sahaja lagi. Saya hendak katakan begitu Yang Berhormat Kota Belud, sebab saya berminat untuk bercerita tentang implikasi hasil. Apa implikasinya? Hasil yang tidak dapat kita pungut, tidak dapat kita gunakan dan hasil ini lebih malang lagi, hasil yang lari terkeluar daripada bidang kawalan kita. Ini adalah lebih mustahak daripada kita hendak tengok sama ada, ada peningkatan kos, sama ada benar atau tidak rakyat kita mendapat manfaat ataupun tidak. Itu adalah perkara yang kedua ataupun ketiga. Apa yang lebih mustahak, syarikat-syarikat ini terlebih dahulu berpeluang untuk meraih keuntungan dan manfaat kepada rakyat kita ataupun domestik kita itu sudah menjadi pilihan kedua, ketiga dan selebih dari itu, lebih rendah daripada itu.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh sedikit lagi? Sebenarnya hujah ini bagus tetapi jangan mengelirukan. Saya tidak menyangkal bahawa kalau syarikat- syarikat yang datang ke Malaysia ini mereka tidak mahu membuat keuntungan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Memanglah, syarikat-syarikat ini datang kerana mereka mahu memaksimumkan keuntungan mereka. Saya rasa betul-betul tidak bersetuju jika dengan insentif yang diberikan oleh kerajaan ini akan menambahkan harga dan membebankan rakyat. Saya beri satu contoh. Semalam pun Yang Berhormat Indera Mahkota bercakap tentang benda yang sama, yang mengelirukan sedikit. Soal dengan tanah...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Kota Belud...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sedikit sahaja Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya ingin menjawab berkenaan dengan mengelirukan tadi. Mudah sahaja.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya belum habis lagi Yang Berhormat. Kalau tidak, saya duduk. Kalau tidak mahu dicelah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak mempunyai masa yang begitu panjang.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat bagi saya peluang, kalau boleh saya habiskan sedikit sahaja lagi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita boleh bincang di luar. Tidak ada masalah. Akan tetapi saya ingin katakan kepada Yang Berhormat Kota Belud, tolonglah fikirkan…

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau tidak boleh ini saya duduk.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tolonglah fikirkan perkara-perkara yang mustahak, iaitu profit orientation melawan national interest, mana satu Yang Berhormat Kota Belud hendak pertahankan?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak, saya menjawab apa yang Yang Berhormat kata. Satu poin spesifik tadi itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah bersoal-soal jawab.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, itu sahaja. Kalau isu itu tidak mengelirukan menteri boleh menjawab dan kalau insentif yang diberikan itu akan membebankan rakyat dan saya tidak tahu mana teori ekonomi yang boleh mengatakan begitu, I stand corrected, terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya pernah sebutkan, saya hendak tanya sebab soalan ini berkali-kali saya timbulkan. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menterikah atau Yang Berhormat Menterikah ataupun pegawai-pegawai, ini mesti ada statistiknya, saya tanya berapakah anggaran selama hari ini syarikat-syarikat luar yang datang melabur dalam negara kita pernah mendapat insentif nilainya...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Berapakah anggaran nilainya. Katakan kita ada 2,000 syarikat asing yang datang dalam negara kita, dengan kita tawarkan elaun cukai pelaburan, elaun pelaburan semula, elaun bangunan industri termasuk elaun-elaun yang pernah dicipta oleh mantan Menteri Kewangan dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh, kita hendak tahu berapakah nilai insentif yang pernah kita beri kepada pelabur asing hendak bandingkan dengan berapakah manfaat yang dicipta oleh mereka untuk ekonomi dalaman mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Lembah Pantai dan Yang Berhormat Batu bangun.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat Indera Mahkota. Bercakap tentang profit orientated saya hanya ingin bagi contoh yang dekat dengan banyak hospital kerajaan, syarikat di Malaysia sendiri, Pharmaniaga yang kalau kita lihat penglibatannya dalam membekalkan ubat-ubatan semua hospital kerajaan. Kos perubatannya sendiri sudah meningkat lebih sepuluh kali ganda daripada lebih kurang kali pertama mereka menceburi bidang ini. Jadi kalau kita hendak harapkan, tidak boleh harap langsung syarikat di Malaysia apatah lagi kalau tidak ada perlindungan yang sepatutnya bila syarikat lain masuk khusus dalam bidang yang sepatutnya membantu consumer ataupun pengguna asasnya berkait dengan ubat-ubatan di hospital-hospital. Saya bukan bercakap tentang isu lain tetapi tentang apa yang digunakan oleh pesakit dari hari ke hari. Bagaimana pendapat Yang Berhormat?

Terima kasih. Saya ingin dapat pendapat dari Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa sebenarnya dari segi istilah ekonomi, insentif ini sama dengan subsidi. Akan tetapi nampaknya ada dua kriteria atau dua cara kerajaan menggunakan insentif dan subsidi. Bila kita hendak tarik pelabur asing kita sebut insentif, tetapi bila kita hendak bantu rakyat sendiri kita kata subsidi. Kita mempunyai dua attitudes yang berbeza. Masalah sekarang - sebenarnya saya tidak tolak insentif atau subsidi, ini adalah satu necessity dalam ekonomi. Cuma isu sekarang ini ialah dengan insentif yang kita beri kepada pelaburan asing kenapa Malaysia tidak dapat upgrade kita punya keupayaan pekerja kita dan juga menarik kualiti investment yang boleh mengurangkan pencemaran dan juga membawa kadar kualiti kerja yang lebih tinggi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat. Boleh saya bantu sedikit yang soalan tadi itu. Mengenai banyak kali tanya mengenai kos analisis, mungkin saya boleh beri sedikit pandangan. Boleh?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sila.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak, masih berdiri ingat tidak bagi. Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin dari segi insentif Yang Berhormat mungkin kerajaan boleh bagi dari segi jumlah kos insentif yang mana Yang Berhormat minta daripada kerajaan, daripada kementerian begitu lama sekali. Akan tetapi dari segi benefit ini, bagaimana kita hendak quantify kebaikan ataupun faedah insentif yang kita beri kepada syarikat-syarikat ini dari segi contohnya dari segi penyediaan pekerjaan. Selepas itu dengan penyediaan pekerjaan itu nanti masalah sosial berkurangan. Tidak mengapa saya rasa ini penting sebab Yang Berhormat tanya banyak kali bukan? Jadi Tuan Yang di-Pertua ini yang hendak saya katakan tadi, mungkin dari segi insentif jumlah itu boleh dikira dengan kalkulator, tetapi kebaikannya apabila kita ada pekerjaan Tuan Yang di-Pertua, kita tidak melakukan jenayah contohlah, jenayah jalanan, keluarga kita sihat, keluarga kita aman damai, how do you quantify that dengan izin. Ini saya selalu pertikaikan tentang soalan Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya. Jadi ini quantifying ini Tuan Yang di-Pertua mungkin itu yang agaknya kekangan bagaimana agaknya kerajaan hendak beritahu faedah insentif ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ada yang nampak di mata dan ada yang tidak dirasai.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Yang Berhormat saya rasa tidak guna kita bertengkar dalam isu ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya cuma hendak kata begini sahaja, Yang Berhormat tentu tahu yang bahawa masalah yang ada di hadapan kita disimpulkan sebagai perangkap pendapatan sederhana dan rendah. Ini yang diiktiraf oleh semua tidak perlu kita perdebatkan perkara ini. Kenapa perkara ini berlaku sudah tentu berlaku disebabkan oleh ada variables yang menyumbang kepada perkara ini. Yang Berhormat sendiri tahu pengumuman kerajaan kata kita mestilah mencapai pertumbuhan 6 peratus tahun tanpa gagal selama tiga tahun kewangan terturut- turut untuk mencapai matlamat yang kerajaan ataupun Perdana Menteri tetap.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Apa yang berlaku pada dua bulan sudah atau sebulan setengah yang sudah. Bank Negara mengatakan pertumbuhan kita hanya terhad kepada 4.12 peratus sahaja. Apakah gambaran ini, Yang Berhormat sepatutnya tengok kepada statistik yang diumumkan ini secara keseluruhan sudah tentu menampakkan bahawa kita mengalami atau sedang mengalami masalah untuk mencapai perkara yang kita sendiri matlamat itu. Kita patut menyokong atau Yang Berhormat sepatutnya memberikan cadangan atau pandangan supaya perbaiki keadaan ini dengan segera. Kita ada tiga tahun kewangan sahaja. Kalau permulaannya bermula dengan jatuh atau tersasarnya sebanyak 30 peratus, satu per tiga sahaja pencapaiannya maka saya rasa agak mustahil. Kecuali ada satu remedy yang luar biasa kita boleh letak sehingga kita boleh mencapai kedudukan itu.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya hendak komen sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sedikit sahaja mengenai unjuran dua bulan tadi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita bercakap di luarlah.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Unjuran dua bulan itu, last. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Indera Mahkota mempertikaikan ataupun mengatakan bahawa 4 peratus lebih sedikit yang dikatakan oleh Bank Negara tentang economic growth yang dikatakan sepatutnya 6 peratus untuk mendapatkan pendapatan tinggi. Saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat dengar, kalau Yang Berhormat tahu nanti baca. Ya, ya saya hendak beritahulah Yang Berhormat, if you can give me a time. Yang Berhormat kalau nanti dibaca nanti salah satu masalah yang menyebabkan economic growth itu rendah bukan dari segi prestasi sektor-sektor yang biasa hanya satu sektor sahaja yang mengalami permasalahan itu iaitu mining. Sektor mining ini ada technical problem. Itu sahaja dari segi unjuran, dari segi growth sektor-sektor yang lain semua naik. Satu sahaja mining dan ianya tidak ada kaitan dengan prestasi kerajaan. Mining mempunyai masalah kerana masalah teknikal.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Mining tidak ada dalam rang undang- undang ini.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya minta kalau boleh Yang Berhormat membaca dengan terperinci unjuran yang dibuat oleh Bank Negara.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak balik semula kepada istilah ataupun cadangan asal pindaan ini dibuat iaitu untuk memasukkan beberapa fasal baru berkenaan dengan memperbaiki akta galakan pelaburan untuk memberikan insentif dalam bidang-bidang yang disebutkan pertama makmal peranti perubatan, yang kedua renewable energy dan yang ketiga ICT. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya berkenaan dengan kos ataupun mungkin rakyat kita terpaksa menanggung kos rawatan yang lebih tinggi akibat apa yang berlaku ataupun perkembangan yang berlaku dalam bidang perubatan ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya setuju memang betul dengan kita membuka ruang kepada syarikat-syarikat yang berminat kepada sektor-sektor yang berkait dengan insentif ini memang sudah tentu mereka selepas ini akan berlumba-lumba untuk datang. Perkara ini sepatutnya menjadi pertimbangan kita, adakah akta atau rang undang- undang ini berjaya untuk kita menyekat atau menyelesaikan masalah yang terdapat atau mungkin akan berlaku kepada syarikat-syarikat asing yang berminat untuk melabur dalam bidang tersebut yang akan memberikan kesan kepada negara ataupun rakyat kita. Adakah kita bersedia untuk menangani isu cosmetic reporting yang bakal atau barangkali boleh dibuat pada bila-bila masa oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran termasuk kepakaran di luar negara ini datang dalam negara kita.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini kita tidak boleh selesaikan masalah understatement of income, Lembaga Hasil Dalam Negeri sekarang ini menumpu kepada isu ini termasuk kastam. Ini isu yang tidak dapat kita selesaikan sehingga kerajaan seperti mana yang disebutkan tadi, kerajaan sedang berdepan dengan isu yang berkait dengan kehilangan hasil sampai tidak tahu hendak buat macam mana sehingga mati dua tiga orang. Ini perkara orang kata pada pandangan saya perlu kita tumpukan dan selesaikan dan tidaklah menjadi satu perkara yang terlalu rumit nampaknya. Kalau kehilangan hasil, apa yang perlu kita lakukan ialah membaiki sektor kehilangan hasil itu dan kalau untuk menaikkan tarikan galakan pelaburan itu kita buatlah berkenaan dengan tarikan pelaburan itu. Sekiranya Yang Berhormat Menteri MITI mengatakan persepsi yang begitu buruk terhadap kita kerana persepsi maka kita pulihkanlah persepsi. Jadi masalahnya perkara-perkara yang berlaku itu kita tidak diambil secara tuntas, secara tuntas. Kita tidak ambil, jadi kita – apa yang berlaku yang lain kita ambil yang lain, perkara yang berlaku seolah-olah selama-lamanya duduk dalam keadaan denial lah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya rasa boleh gulung, sudah melebihi sejam Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi Buku Jingga ini sebenarnya ada, ada ubatnya... [Ketawa] Ada tetapi cuma apabila saya sebut itu, semua ketawa dan Yang Berhormat Kota Belud yang baca, yang lain tidak baca, sebab itu dia faham dan angguk perkara itu. Perkara terakhir yang saya ingin sebutkan secara ringkas iaitu beberapa pindaan yang hendak kita cadangkan nampak gayanya telah pun memberi ruang yang begitu luas kepada sektor swasta atau badan yang kita korporatkan. Semalam kita sebut berkenaan dengan memperbadankan ataupun mengkorporatkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia. Kita tubuhkan, kita kata tujuan dia adalah untuk menubuhkan satu badan jawatankuasa khas atau badan khas untuk menyelia kemasukan, kelulusan dan memberi kemudahan kepada pelaburan asing yang sangat berkaitan dengan akta yang kita bincangkan pada hari ini. Maksudnya kalau ini tidak lulus, tidak guna semalam kita luluskan bawah perbahasan atau Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia semalam. Tidak ada guna. Ini adalah enjin dia. Akan tetapi dalam beberapa rang undang-undang atau pindaan yang dicadangkan itu membuatkan saya sendiri merasa agak terkejut kerana kuasa yang sebegitu besar, kita boleh perturunkan kepada badan yang menyelia atau boleh memberi kuasa, memberi kemudahan, begitu besar. Contoh satu sahaja, yang terakhir ini saya hendak memberitahu iaitu fasal 22 yang memberi ruang untuk sebuah syarikat – iaitu dalam syarikat ini bermaksud adalah syarikat asing yang datang dalam negara kita untuk mengemukakan taksiran sendiri iaitu self-assessment. Fasal 22 ada diberitahu di sini, saya tumpukan kepada satu, ada banyak frasa pada saya boleh kita perincikan dari segi apakah manfaat atau keburukan yang mungkin kita dapati daripada pembinaan atau cadangan frasa ini. Dalam fasal ini disebut bahawa, ketua pengarah atau semalam dikatakan CEO, hanya cukup untuk berpuas hati kepada syarikat tersebut menyimpan rekod dalam masa yang dia sendiri berpuas hati.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Selain daripada itu, dia juga diberikan kuasa untuk menilai semula kepada hasil- hasil yang tidak berjaya dikutip dalam tempoh dulu 10 tahun sekarang dihadkan kepada enam tahun sahaja. Kita perlu ingat bawah tempoh enam tahun itu sebenarnya dalam tempoh dalam taraf perintis maka tidak ada gunanya kita masukkan kuasa untuk meminda daripada 10 tahun kepada enam tahun pendapatan ataupun cukai yang terkurang ataupun terlepas pandang ataupun tidak berjaya dikumpul sedangkan perkara ini sudah pun kita tawarkan sebagai taraf perintis, maka tidak ada kegunaannya. Maknanya akta atau pindaan fasal 22 ini pada saya satu akta yang kosmetik semata-mata. Oleh sebab itu semalam saya mulakan, saya katakan saya bersetuju tetapi saya membangkang. Saya membangkang sungguh fasal dalam ini, sebab saya kata ia seperti memperbodohkan pentadbir kita terutama pentadbir cukai dalam negara kita, seperti macam memperbodohkan mereka. Ini tidak munasabah, kita kata beri kuasa untuk review atau pinda dari 10 tahun kurang kepada enam tahun sedangkan dalam enam tahun itu terkandung dalam taraf perintis, kuasa apa? Kemudian ada satu lagi, kalau dalam jawatankuasa nanti kalau diberikan peluang, saya hendak katakan ayat dia kata memberi kuasa sebenarnya menarik kuasa. Saya pun tidak pasti sama ada benar atau tidak Akta Penggalakan Pelaburan 1996, rang undang- undang ini bertujuan untuk memperbaiki atau pun bertujuan untuk menutup ataupun membawa kesan atau effect serta-merta yang baik supaya negara kita berjaya keluar daripada sama ada persepsi, hakiki ataupun berjaya keluar daripada masalah yang membelenggu kita sehingga pada hari ini. Saya berharap begitu tetapi saya kata atas premis saya menentang beberapa fasal dalam ini, saya tidak yakin perkara itu dapat dilaksanakan kecuali sebaliknya dibuktikan atau kita berjaya memberi penerangan yang secukupnya. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin kemudian selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan tentang rang undang-undang meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Tuan Yang di-Pertua sebelum ini kita telah membentangkan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian. Sekarang kita sedang membentangkan satu lagi akta yang mungkin mempunyai sedikit hubung kait tetapi semata- mata untuk membincangkan tentang taraf perintis. Ini telah membuktikan bahawa kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan negara kita Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan dan selaras untuk memacu pencapaian ekonomi kita supaya kita dapat menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi selaras dengan Program Transformasi Ekonomi dan seterusnya menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Sebelum itu izinkan saya menunjukkan sedikit prestasi pelaburan yang telah diluluskan sejak tahun 2008 sehingga Mac tahun 2011 adalah sebanyak RM154.8 bilion di mana pada tahun 2008 kita berjaya mendapat sebanyak RM62.8 bilion. Pada tahun 2009 pula kita hanya berjaya mendapat RM32.6 bilion, manakala tahun 2010 RM47.1 bilion, sedikit meningkat. Akan tetapi setakat bulan Mac 2011, hanya RM12.2 bilion sahaja. Kita dapati kekurangan menurun sebanyak 50 peratus berbanding tahun 2008 adalah disebabkan oleh krisis ekonomi tetapi pada tahun 2010 menampakkan trend meningkat sebanyak 44.47 peratus tetapi masih rendah lagi berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak kurang 25 peratus. Pada tahun 2011 pula sejak Januari hingga Mac, kita hanya mencatat sebanyak RM12.2 bilion sahaja, kita mencapai setanding tahun 2010 setakat Januari hingga Mac. Jadi seharusnyalah usaha secara berterusan patut diteruskan oleh pihak kementerian bagi memastikan supaya kita dapat menarik lagi lebih banyak pelabur asing dalam negara kita.

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Jasin. Saya setuju bahawa pelaburan asing ini penting untuk pembangunan ekonomi negara kita kerana untuk pertumbuhan ekonomi, modal itu sangat diperlukan sama ada domestik ataupun FDI. Kita beri pujian jugalah di atas pencapaian di mana ekonomi kita telah menjadi sebuah ekonomi yang boleh dikatakan agak berjaya berbandingkan dengan beberapa negara yang lain di rantau kita ini.

Saya tidak menentang usaha kerajaan untuk membuka dengan lebih luas lagi kemasukan pelabur-pelabur asing sesuai dengan trend globalisasi yang tidak dapat kita elakkan. Namun begitu, apakah pandangan Yang Berhormat Jasin berkenaan dengan kemasukan pelabur-pelabur asing ini juga pada masa yang sama kalau tidak dikawal dengan baik ataupun diuruskan dengan baik, ia menjejaskan ekonomi dan peluang-peluang kepada rakyat tempatan. Saya telah melihat di mana dahulunya syarikat-syarikat pengedar kepada francais ataupun barangan keluaran luar negara adalah merupakan syarikat tempatan dengan pelaburan tempatan dan diuruskan oleh rakyat tempatan sama ada di peringkat lembaga pengarah ataupun pengurusan. Akan tetapi disebabkan oleh proses liberalisasi dan juga penggalakan pelaburan asing menyebabkan banyak daripada syarikat-syarikat ini telah bertukar corak. Ia tidak lagi dimiliki oleh pengusaha tempatan seperti dahulu. Banyak yang sudah diambil alih semula oleh prinsipal-prinsipal mereka daripada luar negara, bukan sahaja dari segi ekuiti, dari segi milik syarikat tetapi juga mereka penjadi pengurus kanan, CEO, managing director, general manager seperti syarikat-syarikat pengedar barangan seperti Mitsubishi, seperti Nissan, seperti itu dan ini. Dahulu kebanyakannya CEO ini orang Melayu, orang Cina, orang India tempatan tetapi hari ini bernama Jepun, bernama Korea, bernama itu dan ini. Ini merupakan satu kehilangan yang ketara kepada bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi dari segi maruah bangsa kita, bangsa Malaysia yang nampaknya sudah – adakah mereka ini tidak berketokohan, berkebolehan untuk menerajui syarikat-syarikat perniagaan ini? Sekali lagi saya menegaskan, saya juga menyokong usaha memasukkan pelabur asing untuk mencergaskan pertumbuhan ekonomi. Akan tetapi jangan sampai kita pula buka sedemikian luasnya sehinggakan mendapat kesan yang merugikan kepada pengusaha tempatan, kepada rakyat tempatan. Ini saya lihat nyata dan kadang-kadang saya naik fade-up lihat nama-nama ini seolah-olah tiada orang Melayu ataupun orang Cina atau India yang boleh menjadi CEO itu, CEO ini. “Ape ke hei ini?” Kata orang Perak. Jadi, ini saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya melihat perkara ini dan jangan sewenang-wenangnya, dengan semudah-mudahnya meluluskan kemasukan mereka itu sehingga menjejaskan. Saya faham kita perlu modal dan saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota yang mengatakan bahawa dasar insentif untuk masuk pelabur asing ini satu dasar yang telah gagal. Ini orang yang tidak ada mata dan tidak ada hati. Beliau tidak baca hakikat, fakta-fakta, merapu sana sini. Apa ini? Semua subjek beliau hendak bersyarah, beliau hendak bercakap tetapi tidak berdasarkan kepada fakta. Lihatlah berapa banyak bilion pelaburan yang sudah masuk. Dapatkah dinafikan? Kalau...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Jasin sudah lama tunggu Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Pakai songkok itu. Buanglah songkok kalau hendak kata begitu.

Saya hendak gulung sedikit Yang Berhormat Jasin... [Ketawa] Yang Berhormat Indera Mahkota ini, beliau bercakap... [Ketawa] Beliau kata tidak ada apa, gagal. This is...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Yang Berhormat belum, nanti dahulu. This is my floor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak menggunakan perkataan gagal. Telinga itu tidak betul.

This is my floor, dengan izin... [Ketawa] Cara beliau bercakap itu, beliau kalahkan semua tokoh ekonomi dalam kerajaan ini. He is dengan izin, better than the rest of them... [Disampuk] Sedarlah diri sedikit. Sedarlah diri sedikit, kita itu siapa hendak bercakap begitu. Economist yang begitu ramai, their words against your words.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jangan cemburu, tidak baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Alamak, baru belajar di Universiti Malaya, UKM, elementary economic sudah hendak bersyarah di sini, that you are better than others. Sorry lah brother, jangan buat lagi lain kali. Terima kasih... [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya rasa sebahagian daripada ucapan ini biarlah masuk dalam teks sayalah. Saya sangar bersetujulah... [Dewan riuh]

Ini floor saya. Saya sangat bersetuju. Pertamanya sebagai sebuah negara membangun, kita memerlukan negara maju dengan pemindahan teknologi dan juga pelaburan mereka. Keduanya, saya yakin apabila kita telah meluluskan akta semalam, Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia. Satu daripadanya menyebut semua pelaburan diluluskan oleh satu buah jawatankuasa yang telah dilantik, NCI dan mereka seharusnyalah meneliti bukan sahaja daripada kebolehan, keupayaan bahkan kita mahu lihat supaya syarikat pelaburan tersebut mestilah mematuhi apa juga kehendak-kehendak berhubung dengan dasar ekonomi negara.

Yang Berhormat Jasin, minta penjelasan sedikit. Sedikit sahaja.

Spesifik, Yang Berhormat Jasin membuat penjelasan, pada pandangan Yang Berhormat Jasin, kajian Yang Berhormat Jasin, mungkin Yang Berhormat Jasin banyak kajian seperti Yang Berhormat Pasir Salak. Berapa peratus ataupun implikasi undang-undang terhadap pelaburan. Ada bukti tidak? Ini kerana undang-undang banyak. Malaysia ialah antara negara pinda Perlembagaan paling banyak sekali walaupun kalah dengan negara-negara maju yang lain. Akan tetapi saya hendak tanya secara spesifik, implikasi undang-undang terhadap pelaburan itu berapa peratus?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tiada kaitan dengan ucapan saya... [Ketawa] Ini kerana kita sekarang sedang membentangkan tentang akta untuk taraf perintis. Seterusnya, Malaysia sebenarnya mempunyai kelebihan kerana kita boleh menarik pelabur-pelabur asing untuk datang ke negara kita. Bukan sahaja negara kita aman, negara kita makmur, bahkan daripada segi kedudukan geografi kita, kita adalah tempat yang paling strategik sekali. Kita sebenarnya mengamalkan tahap pelindungan ke atas pelaburan yang diberikan kepada pelabur dan kita adalah kerajaan yang pro perniagaan dengan mempunyai infrastruktur dan prasarana yang lengkap dan juga sumber manusia yang fleksibel dan berpendidikan dan yang penting sekali, negara kita mempunyai kestabilan politik dan juga ekonomi. Kita mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang berusaha dengan begitu gigih sekali.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Akan tetapi apa yang saya bimbang sedikit di sini, walaupun kita berusaha di sana sini di luar negara tetapi ada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan negara dan pemimpin. Ini boleh menjejaskan minat pelabur untuk datang ke negara kita. Sila.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jasin, tadi ayat hujung yang tergantung sedikit itu mungkin ada juga kaitan dengan apa yang saya katakan ini. Saya minta pandangan Yang Berhormat Jasin, daripada analisa ataupun dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh parti pembangkang, kita melihat ada satu perbezaan pendapat yang nyata. Dalam bajet alternatif DAP, DAP mengatakan bahawa mereka begitu risau tentang perbelanjaan kerajaan yang setiap tahun meningkat. Seperti mana yang kita tahu, antara satu daripada perbelanjaan besar kerajaan ialah subsidi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pada masa yang sama juga kita melihat bagaimana kalau kerajaan cuba untuk bersetuju dengan DAP untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan bukan untuk menidakkan subsidi kepada orang-orang miskin tetapi untuk memastikan subsidi rasionalisasi itu, maknanya subsidi sampai kepada target group, mereka jugalah yang bangun untuk menghentam dasar kerajaan. Ada perbezaan yang cukup nyata terutama juga satu lagi agenda pembangunan ekonomi yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada tahun 2008, yang meminta supaya ada satu pembaharuan dari segi perbelanjaan kerajaan. Akan tetapi bagaimana pula apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi ini, mereka jugalah yang mahu untuk menghentam kerajaan dan tidak bersetuju dengan kerajaan. Saya minta pandangan Yang Berhormat tentang perbezaan pendapat.

Yang Berhormat Jasin, sedikit sahaja.

Yang Berhormat Jasin, sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Ya,sedikit, pendek-pendek.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang minta sedikit-sedikit itu saya akan buat, saya akan tanya dengan Yang Berhormat Jasin.

Ya, ah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Jasin sudah beri jalan?

Memandangkan telah ditimbulkan isu subsidi, kebetulan saya baru balik daripada Maldives, saya mendapat laporan bahawa terdapat kes di Singapura melibatkan rakyat Malaysia menggunakan subsidi minyak yang diperdagangkan menggunakan port di Maldives. Jadi ada juga kes-kes yang mana di atas nama memberi kepada rakyat ada orang tidak bertanggungjawab melibatkan jumlah yang besar. Saya terkejut sebenarnya Yang Berhormat Jasin. Rasanya Yang Berhormat Jasin mungkin juga tidak bersetuju kalau perkara ini yang betul. Ini kerana kes ini sekarang pending di mahkamah tinggi. Jadi saya rasa dalam memberi subsidi ini pun ada juga orang menangguk di atas kesengsaraan rakyat, mohon penjelasan sedikit.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Yang Berhormat Jasin, sedikit sahaja Yang Berhormat Jasin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Gombak, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak membantu Yang Berhormat Jasin kerana nampaknya Yang Berhormat Kota Belud ini dia bercelaru sedikit. Dalam program rasionalisasi subsidi ini, yang kita tentang ialah mengapa subsidi rakyat ditarik tetapi subsidi kroni dipertahankan? Kalau kita melihat fakta subsidi untuk rakyat hanya berjumlah RM11 bilion sahaja sedangkan subsidi untuk IPP, yang dipertahankan oleh Perdana Menteri sampai petang ini berjumlah RM19 bilion. Ini yang rakyat marah kerana dengan penarikan subsidi untuk rakyat, harga barang naik, kos kehidupan naik, dan ia membebankan rakyat yang terbanyak tetapi pengusaha-pengusaha IPP yang merupakan kroni kepada UMNO masih lagi dipertahankan RM11 bilion. Itu persoalan yang sedang kita bahaskan pada petang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud, Gombak, dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Sebenarnya rasionalisasi subsidi ini adalah semata-mata, dengan satu tujuan bagi mengimbangi keadaan kewangan negara. Kalau kita bertahan dengan subsidi yang sedia ada, dengan keadaan harga minyak dunia yang telah melepasi USD100 satu tong, mungkin nanti defisit kita akan terus melebar, pada masa itu nanti pembangkang-pembangkang akan mengejek kerajaan. Akan tetapi apabila kerajaan membuat keputusan untuk membuat sedikit pembetulan supaya kita dapat mengimbangi keadaan kewangan negara. Seharusnya kita mesti sokong. Jadi saya mesti teruskan kepada dan saya hendak sebut satu lagilah, subsidi ini mungkin baik untuk politik tetapi tidak baik untuk ekonomi. Saya teruskan satu lagi tentang pelaburan sebentar tadi. Jadi janganlah hendak yang mana-mana pihak, kalau boleh memburuk-burukkan kerajaan. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sama- sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas Bangun Yang Berhormat.

...Apa yang saya sebut di sini...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh saya mencelah?

...Sebentar, saya habiskan yang ini. Ekoran daripada jumlah projek yang telah diluluskan dalam sektor perkilangan dari tahun 2008 hingga Mac 2011. Kita telah memberikan peluang pekerjaan kepada seramai 287,939 orang, bandingkan jumlah yang cukup besar ini. Sekarang tiap-tiap tahun anak-anak kita keluar daripada sekolah, kolej, dan juga universiti. Di manakah kita hendak letakkan mereka kalau kerajaan tidak berusaha untuk menambahkan pelaburan? Inilah sebenarnya usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan. Jadi janganlah hendaknya kita ambil peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan. Selepas itu...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Kita belum ambil kira lagi kesan pertumbuhan hasil daripada pusingan pendapatan, daripada ratusan ribu pekerja-pekerja kilang sebentar tadi yang dibelanjakan dan tidak termasuk dengan saraan keluarga bahkan perpindahan teknologi dan juga pulangan kepada negara, sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Jasin sama ada bersetuju dengan pihak pembangkang di sini bahawa satu cara yang lebih baik untuk menjimatkan wang ialah melalui open tender dan kita tidak mahu lagi kerajaan membeli satu seekor anjing RM32,000 hingga RM34,000 seekor. Ini kerana dikatakan menggunakan open tender terhad iaitu mereka pilih sahaja beberapa syarikat untuk beli anjing dan juga setuju atau tidak bahawa open tender itu terbaik sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah. Saya sekarang sedang membincangkan tentang pelaburan, tidak ada kena mengena dengan open tender.

Jadi kalau kita lihat daripada keseluruhan pelaburan daripada tahun 2008 sehingga Mac 2011 sebanyak 1,671 projek baru dan yang berjumlah sebanyak RM94.4 bilion iaitu sebanyak 61 peratus. Manakala sebanyak 1,111 projek pembesaran yang berjumlah sebanyak RM60.4 bilion yang merupakan 39 peratus. Ini bermakna projek pembesaran daripada pelabur sedia ada adalah tidak kurang pentingnya. Jadi apa yang saya harapkan kepada pihak kementerian, selain daripada kita berusaha untuk mencari pelabur baru, ke luar negara kita buat promosi tetapi pelabur sedia ada. Anak yang dikendong kita mesti jaga baik-baik kerana kita mahu melihat supaya ada satu usaha secara berterusan daripada kementerian ataupun MIDA supaya kita dapat menjaga mereka, tengok apa juga kebajikan, dan permasalahan mereka. Saya bercakap begini kerana contoh daripada apa yang dibuat di negeri Melaka. Kerajaan telah menubuhkan sebuah agensi tetap menjaga kebajikan pekerja-pekerja kilang, pertama. Keduanya kita mahu pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjaga pelaburan membuat lawatan ke setiap kawasan industri, mengadakan dialog dengan mereka, dan tanya apa permasalahan mereka. Maknanya kita turun ke bawah, jangan tunggu sehingga mereka datang dengan masalah yang lebih besar lagi. Ini satu perkara yang patut kita buat supaya kita lebih proaktif. Mengikut data pelaburan asing dan domestik...

[Bangun]

...2008 hingga...

Yang Berhormat...

...Mac 2011.

Yang Berhormat...

Ya, ya.

Yang Berhormat sebut Melaka sahaja saya berdirilah kerana hendak berkongsi dengan Yang Berhormat dan Dewan pun perlu dimaklumkan Yang Berhormat Jasin ini pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan menjaga bidang ini. Ketika itu kita dapat lihat daripada rekod yang Melaka berkembang dengan pesat dalam konteks industri. Tahniah Yang Berhormat ya. Yang Berhormat, saya amat gemar apabila Yang Berhormat menyebut tentang kepekaan kita. Bagaimana anak yang dikendong sebentar tadi. Industri yang berada di dalam negara keciciran oleh kerana kita terlalu eager dan minat dengan pasaran-pasaran terbuka yang baru. Jadi apa yang berlaku dua tahun lepas apabila kita dapat melihat daripada rekod yang mengatakan industri-industri besar negara terpaksa memindahkan lokasi mereka ke negara-negara yang menawarkan kadar upah yang lebih murah seperti di Vietnam, Indonesia, Thailand, dan beberapa lagi negara lain. Jadi tindakan atau peristiwa ini sebenarnya telah menyebabkan kerunsingan di pihak kementerian sendiri sehingga mungkin mencetuskan kepada pindaan rang undang-undang ini supaya peristiwa ini tidak akan berlaku dan kita tidak lagi dianggap sebagai terlepas pandang kepada peristiwa ini. Yang Berhormat, ada atau tidak dalam ucapan Yang Berhormat nanti akan memberikan saranan kepada pihak kementerian supaya secara proaktif menjangkakan apakah yang bakal berlaku dalam ekonomi dunia di masa hadapan? Sebagai contoh ada ura-ura mengatakan recession akan berlaku pada tahun hadapan, setidak-tidaknya pada dua tahun lagi. Jadi bagaimana rang undang-undang yang kita pinda ini boleh secara peka mengesan dan mempunyai satu sistem yang bertindak secara automatik? Jika mereka tahu recession akan berlaku, maka inilah kontingensi yang akan kita gunakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Tangga Batu. Mengikut apa yang kita baca daripada perangkaan bahawa ekonomi dunia yang tidak menentu pada ketika ini, kita menjangka bukan sahaja kenaikan harga barang yang tidak terkawal mungkin akan menjejaskan prestasi.

Justeru itu seharusnyalah usaha yang lebih bersepadu dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan supaya negara kita dapat menarik pelabur-pelabur asing dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan. Apa yang saya hendak sebut di sini Yang Berhormat, saya teringat satu pengalaman saya di Melaka di mana Ketua Pengarah MIDA yang sekarang ini, menjalankan satu kerja yang seharusnya diberikan pujian dalam usaha kita menarik satu pelaburan berjumlah RM3 bilion iaitu syarikat SunPower. Semasa diadakan perbincangan yang terakhir, beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan sehinggalah sampai larut malam. Beliau walaupun seorang wanita, seharusnya diberikan kepujian, sanggup bersama-sama turun ke padang bagi menentukan supaya kita dapat menarik pelabur. Itu maknanya, bukan sahaja ketua pengarah telah membuat kerja ini tetapi kita mahu semua pegawai sama-sama lebih proaktif. Apa yang saya hendak sebut di sini, pelaburan- pelaburan yang datang ke negeri-negeri sebenarnya diluluskan oleh Kerajaan Pusat melalui MIDA. Bukan sahaja usaha daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri kalau kita buat misi pelaburan sendiri, kurang mendapat sambutan tetapi misi pelaburan yang dijalankan oleh pihak MIDA memang mendapat sambutan yang hebat. Jadi, janganlah hendaknya mana- mana negeri mendabik dada seolah-olah mereka telah berjaya menarik pelaburan yang besar atas usaha mereka. Seterusnya, saya hendak sebut di sini. Mengikut data pelaburan asing dan domestik sejak tahun 2008 sehingga Mac 2011, pelaburan asing adalah sebanyak RM101.9 bilion iaitu sebanyak 65.9 peratus. Sementara pelaburan domestik adalah berjumlah sebanyak RM52.9 bilion iaitu merupakan sebanyak 34.1 peratus. Jadi, selaras dengan Model Baru Ekonomi dan juga program Transformasi Ekonomi Negara yang menekankan kepentingan pelaburan tempatan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi. Jadi, saya berharap kepada pihak kementerian janganlah kita terlepas pandang kepada pelabur-pelabur domestik kerana mereka penting bagi kita. Pelabur luar akan menarik apa juga keuntungan dan membawa balik ke negara mereka. Mungkin suatu hari nanti mereka akan gulung tikar tetapi pelabur-pelabur tempatan akan terus menumpahkan taat setia mereka kepada negara kita. Kita mahu kalau boleh apa jua insentif yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing seharusnya kita berikan kepada mereka. Inilah rungutan yang kita dapati daripada pelabur-pelabur tempatan seolah-olah mereka tidak penting. Walaupun mereka tidak mempunyai teknologi tinggi yang setara dengan pelabur-pelabur asing tetapi kita mahu kalau boleh pihak kerajaan membimbing mereka dan memberikan satu insentif yang bersesuaian supaya pelabur-pelabur tempatan ini dapat benar-benar bersaing dengan pelabur-pelabur asing. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan satu galakan ataupun satu tunjuk ajar...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat.

Supaya... Ya, sila.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Jasin iaitu berhubung dengan keseimbangan dalam kita meletakkan penerimaan pelabur sama ada FDI ataupun DDI iaitu kerjasama dengan koridor-koridor wilayah. Jadi, penubuhan koridor-koridor wilayah ini dianggap untuk kita dapat seimbangkan pembangunan di seluruh negara tidak kira NCER, ECER, Sabah Koridor, Sarawak Koridor dan juga Wilayah Pembangunan Iskandar dan sebagainya.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi, kita berharap dalam keadaan seperti ini pernah kita suarakan suatu masa dahulu supaya MIDA memerhatikan perkara ini dan kita minta pada setiap kali rombongan galakan pelaburan yang dibuat ke luar negara, penglibatan daripada koridor-koridor wilayah ini mesti dilibatkan sepenuhnya, pegawai-pegawai daripada koridor-koridor wilayah, supaya kita dapati bahawa summary dapat dikemukakan pada setiap kali pertanyaan ataupun soal jawab yang dibuat melibatkan dialog dengan syarikat-syarikat konglomerat ataupun syarikat-syarikat multinasional di luar negara. Apa pandangan Yang Berhormat Jasin berhubung perkara ini?

Terima kasih sahabat saya daripada Arau. Memang cukup bertepatan sekali dan kalau boleh masukkan dalam ucapan saya. Sebenarnya inilah perkara yang selalu dibuat oleh pihak kerajaan dan pihak MITI tetapi apa yang kita mahu kalau boleh pihak kerajaan juga mengaturkan apa jua usaha sama di antara syarikat-syarikat asing yang mahu melabur supaya ada penyertaan daripada pelabur- pelabur tempatan. Seterusnya, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, berhubung dengan pengukuhan ringgit pada ketika ini, apakah sebenarnya kesan yang akan berlaku pada pelabur-pelabur sama ada tempatan atau asing? Ini kerana pengukuhan ringgit ini memberikan keuntungan kepada para-para pengimport tetapi akan memberikan kesan kepada negara pengeksport. Sebagai sebuah negara pengeksport pada ketika ini, sejauh manakah kesan yang berlaku ekoran daripada pengukuhan ringgit pada ketika ini? Seterusnya, saya ringkaskan Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi kepada perkara 14, berhubung dengan penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai taraf perintis. Soalan saya, apakah sebenarnya bentuk monitoring process yang dijalankan oleh agensi berkaitan seperti LHDN yang sepatutnya dijalankan secara sistematik? Keduanya, iaitu fasal 22 – Sistem Taksir Sendiri oleh MIDA dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Soalan saya, adakah pegawai daripada Lembaga yang bakal dilantik untuk aspek ini mempunyai kebolehan yang setara atau adakah kerajaan bercadang untuk melantik auditor-auditor lain yang bertauliah supaya apa juga penilaian yang kita buat adalah cukup tepat sekali. Seterusnya, saya pergi kepada perkara 28 iaitu kita meluaskan insentif untuk kita berikan kepada renewable energy. Saya cukup bersetuju supaya kita dapat perbesarkan kepada syarikat-syarikat renewable energy yang berkaitan dalam kumpulan yang sama supaya ada joint business link, dengan izin, dapat kita wujudkan dan kita mahu kalau boleh pelbagai subsektor di dalam industry player yang sama diwujudkan. Saya lihat Tuan Yang di-Pertua telah beri saya signal. Saya menghormati masa. Terima kasih. Saya menyokong rang undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar daripada SMK Methodist Kuala Lumpur sebagai pemerhati. Saya harap kehadiran mereka pada hari ini akan memberi rangsangan supaya akhirnya ada di kalangan mereka yang mungkin menjadi Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Saya juga mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil daripada Komuniti 1Malaysia Parlimen Parit. Yang Berhormat Parit tidak ada sebentar tadi ya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Akta Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Dengan cadangan dan komen-komen yang telah diberikan jelas sekali kita lihat bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat begitu prihatin mengenai soal pelaburan yang diusahakan oleh kita bersama khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan lebih khusus lagi pihak MIDA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh sambung petang ini.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut. Yang Berhormat Selayang telah membangkitkan soal tarikh kuat kuasa insentif iaitu September 2007 tetapi pindaan akta baru hendak dibuat. Tuan Yang di-Pertua, insentif-insentif yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Bajet 2008 adalah berkuat kuasa mulai hari belanjawan iaitu 7 September 2007. Insentif tersebut adalah insentif bagi penubuhan makmal pengujian peralatan perubatan, penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri. Berikutan pengumuman insentif-insentif tersebut Akta Penggalakan Pelaburan 1986 perlu dipinda untuk melaksanakan pemberian insentif-insentif tersebut. Pindaan akta ini telah mengambil masa yang agak lama disebabkan pindaan tersebut perlu disemak dengan teliti dan beberapa pindaan yang berhubung dengan Akta Cukai Pendapatan perlu diambil kira. Walaupun begitu, insentif-insentif yang diumumkan telah dilaksanakan secara pentadbiran sejak pengumuman Bajet 2008. Yang Berhormat Selayang juga membangkitkan soal bilangan syarikat yang telah diluluskan insentif tenaga boleh diperbaharui dan insentif bagi penubuhan makmal pengujian peralatan perubatan dan jumlah pelaburan. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 112 buah syarikat telah diluluskan insentif bagi tenaga boleh diperbaharui dengan nilai pelaburan RM3.3 bilion dan sebanyak 30 buah syarikat telah diluluskan insentif bagi aktiviti penjimatan tenaga dengan nilai pelaburan sebanyak RM5.2 bilion. Setakat ini tiada syarikat telah memohon insentif bagi penubuhan makmal pengujian peralatan perubatan. Yang Berhormat Selayang juga membangkitkan soal adakah Malaysia dapat menyediakan bilangan saintis dan pakar yang mencukupi untuk menyokong keperluan oleh makmal pengujian peralatan perubatan.

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, di samping usaha-usaha menambahkan bilangan pakar saintis tempatan melalui IPTA dan IPTS tempatan bagi menangani kekurangan tenaga pakar dan saintis di dalam negara kerajaan juga meluluskan permohonan jawatan asing atau expatriate post, dengan izin, melalui MIDA. Syarikat-syarikat yang ingin membawa masuk pakar atau saintis asing boleh memohon kelulusan daripada MIDA. Jawatan-jawatan yang diluluskan adalah jawatan bertempoh atau term post, dengan izin, bagi tempoh tiga hingga lima tahun dan jawatan penting atau key post, dengan izin, di mana syarikat diberi kelulusan bagi tempoh masa selama syarikat beroperasi di Malaysia. Yang Berhormat Selayang juga membangkitkan soal kajian OECD yang menyatakan bahawa cara tarik pelaburan asing dengan memberi insentif mewujudkan race to bottom katanya. Adakah insentif yang ditawarkan kerajaan merupakan galakan utama bagi pelabur untuk membuat keputusan melabur di Malaysia dan pemberian galakan mungkin tidak memberi sebarang faedah kepada negara. Apakah kesan positif FDI ke atas ekonomi Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan penawaran galakan cukai merupakan salah satu daripada strategi yang diguna pakai oleh bukan sahaja negara-negara membangun malah negara-negara maju dan pengeksport modal di seluruh negara untuk menarik masuk pelaburan asing. Ini termasuk negara-negara seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis. Antara faktor lain yang mendorong keputusan pelabur adalah kestabilan politik dan ekonomi, infrastruktur dan prasarana yang baik, ketelusan polisi dan persekitaran yang pro-perniagaan. Di antara kesan positif FDI ke atas ekonomi Malaysia adalah: (i) menyumbang kepada transformasi sektor perkilangan kepada industri berteknologi tinggi dan bernilai ditambah tinggi; (ii) memperolehi imbangan pembayaran melalui perdagangan perkhidmatan dan akaun modal; (iii) mewujudkan peluang pekerjaan daripada projek-projek pelaburan yang dilaksanakan serta meningkatkan kemahiran sumber manusia tempatan; (iv) pembangunan industri-industri sampingan serta perkhidmatan logistik dan insurans; (v) meningkatkan produktiviti nasional secara positif; (vi) pertubuhan dan pembangunan kawasan-kawasan perbandaran yang baru; dan (vii) kesan limpahan secara tidak langsung termasuk pemindahan teknologi meningkatkan pengetahuan syarikat domestik dalam penyelidikan dan pembangunan. Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan beberapa isu termasuklah soal FDI yang menurun di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura dan Indonesia khususnya pada tahun 2009. Tuan Yang di-Pertua, berasaskan data imbangan pembayaran atau balance of payment, dengan izin, kemasukan pelaburan langsung asing ke semua sektor secara keseluruhannya ke Malaysia bagi tahun 2009 adalah RM5 bilion berbanding dengan RM23.9 bilion pada tahun 2008. Walaupun begitu bagi tahun 2010 pula FDI telah mencapai paras RM29.3 bilion. Manakala bagi tempoh suku tahun pertama tahun ini adalah RM11 bilion. Jumlah FDI bagi tahun 2010 mencatatkan peningkatan sebanyak 535.7 peratus berbanding tahun 2009. Kejatuhan FDI pada tahun 2009 adalah disebabkan oleh krisis ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 dan berpanjangan sehingga tahun 2009 di mana pihak pelabur telah mengamalkan sikap berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan yang melibatkan modal yang tinggi.

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Peningkatan persaingan bagi FDI ekonomi daripada ekonomi besar seperti India, China dan negara-negara ASEAN kadar pelaburan semula yang rendah oleh syarikat- syarikat sedia ada disebabkan wujudkan lebihan kapasiti memandangkan penurunan dalam permintaan eksport. Jumlah perolehan terkumpul atau retained earnings, dengan izin, yang rendah bagi pelaburan syarikat sedia ada disebabkan kadar keuntungan yang rendah, pemulangan keuntungan dan pembayaran pinjaman kepada syarikat induk di luar negara.

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Beberapa cadangan projek pelaburan yang diluluskan oleh kerajaan telah mengalami kelewatan dari segi pelaksanaan berikutan keadaan ekonomi yang kurang menentu pada ketika itu. Peningkatan FDI pada tahun 2010 pula dan juga pada suku tahun pertama 2011 telah menunjukkan bahawa keyakinan pelabur asing telah kembali pulih untuk melabur di Malaysia. Keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih, pencapaian pertumbuhan KDNK 7.2 peratus pada tahun 2010 dan jangkaan pertumbuhan 2011 sekitar 5 peratus hingga 6 peratus. Kepercayaan pelabur bahawa Kerajaan Malaysia dapat memberikan dan berjaya melaksanakan transformasi ekonomi dan program reformasi sebagaimana dinyatakan di dalam Model Baru Ekonomi. Dasar-dasar kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Rancangan Malaysia Kesepuluh antara lain juga menyumbang kepada peningkatan FDI dan FDI akan terus meningkat dengan pelaksanaan 131 entry point projects, dengan izin, secara berperingkat di bawah Program Transformasi Ekonomi atau ETP serta usaha berterusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga agensinya. Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa kestabilan politik negara juga merupakan salah satu faktor utama yang meyakinkan pelabur untuk melabur di Malaysia. Yang Berhormat Lembah Pantai telah membangkitkan soal brain drain dan bagaimana mengatasinya. Tuan Yang di-Pertua, pengaliran...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Soalan Yang Berhormat, sebelum pergi ke tajuk tersebut.

Ya sila.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi disebut tentang bagaimana peningkatan FDI khusus untuk tahun 2011. Yang saya ingin tanya bila bercakap tentang perancangan kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi, apakah yang dilakukan oleh kementerian khususnya dalam menangani bukan persepsi luaran tetapi juga pendapat dalaman bahawa kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak tidak bersedia melaksanakan reformasi ekonomi menyeluruh kerana tekanan-tekanan luar. Saya ada sebut Timbalan Ketua Pengarah Economic Planning Unit, Saudara K. Govindan yang menyatakan perancangan yang sedia ada ini tidak mencukupi dan perlu dilaksanakan lagi reformasi yang menyeluruh dari segi structural reform, itu satu. Kedua, bercakap tentang projek-projek ETP contohnya bila bercakap tentang reformasi atau langkah-langkah sisipan ini, antara pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri termasuklah pengumuman projek yang melibatkan Syarikat Karambunai Corp. Berhad, Petaling Tin Berhad dan lain-lain. Yang saya bimbang, sementara Perdana Menteri membuat pengumuman contohnya, pada masa yang sama syarikat tersebut dikatakan, Syarikat Karambunai Corporation Berhad dan Petaling Tin bersedia untuk bersama kerajaan, joint venture, ini projek ETP khusus. Akan tetapi dikeluarkan juga kenyataan daripada syarikat tersebut, Karambunai Corp. dan Petaling Tin Berhad, mereka tidak membuat apa-apa submission, dengan izin kepada Bursa Malaysia. Jadi bercanggah sedikit, maksudnya bagaimanakah dengan izin, actual implementation di peringkat bawah. Saya takut jikalau ada jurang besar di antara pengumuman dan benar-benar apa yang direalisasikan di peringkat bawah, maka kita melihat kepada satu yang mungkin membawa implikasi negatif. Saya pohon penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai di atas celahan tersebut. Ingin saya nyatakan di sini bahawa dalam segala yang kita usahakan ini, walau apa pun persepsinya yang penting sekali perlu kita lihat dari segi hakikatnya, kesan positif yang timbul daripada usaha-usaha ini yang kita lihat sekarang ini seperti yang telah saya laporkan sebentar tadi. Dalam soal kemasukan pelaburan FDI mahupun DDI meningkat dengan begitu memberangsangkan sekali dan itu sebenarnya benchmark yang kita gunakan. Dalam soal perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Karambunai Berhad dan Petaling Tin dan sebagainya, oleh sebab saya tidak lihat relevannya kepada akta ini secara khusus, saya mohon supaya diberi peluang untuk melanjutkan jawapan-jawapan untuk soalan yang telah dikemukakan. Dalam soal brain drain yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya nyatakan pengaliran keluar individu berkemahiran tinggi Malaysia, kebanyakannya tertumpu pada Singapura, Australia, Amerika Syarikat, selain negara GCC seperti UAE. Kerajaan telah menubuhkan Talent Corporation yang bertanggungjawab antara lainnya untuk menggalakkan diaspora Malaysia untuk pulang ke tanah air, untuk mengekalkan talent yang ada dalam negara. Selain itu juga untuk menarik individu asing berkemahiran tinggi ke Malaysia. Di antara kemudahan atau program yang disediakan oleh Talent Corp. adalah returning experts programme atau REP, dengan izin, di mana para profesional Malaysia yang bekerja di luar negara ditawarkan kadar cukai pendapatan pada 15 peratus untuk tempoh lima tahun dan pas residen yang memudahkan pemegangnya menetap di Malaysia untuk tempoh 10 tahun tanpa dikaitkan dengan pas penggajian atau kontrak lain. Pas ini juga membenarkan pasangan atau anak pemegang menikmati beberapa keistimewaan lain. Yang Berhormat Lembah Pantai juga bangkitkan soal kenapa insentif untuk syarikat yang menyertai aktiviti ICT di luar Cyber Cities diberhentikan padahal objektif MSC belum tercapai. Tuan Yang di-Pertua, insentif bagi syarikat yang menjalankan aktiviti ICT di luar Cyber Cities dan Cyber Centers telah diberhentikan melalui Bajet 2008. Insentif ini ditamatkan bagi membolehkan semua penggalakan pembangunan ICT lebih fokus dan diletakkan di bawah MDEC sebagai agen tunggal bagi memproses dan memperakukan galakan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti ICT. Sebelum ini, insentif bagi aktiviti di luar Cyber Cities diuruskan oleh MIDA manakala insentif untuk MSC diuruskan oleh MDEC. Di samping itu, melalui Bajet 2008, insentif untuk aktiviti ICT di luar Cyber Cities dan Cyber Centers telah ditambah baik. Kenyataan Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa MSC telah gagal mencapai matlamatnya adalah tidak benar sama sekali. Sehingga kini terdapat sejumlah 2,738 syarikat yang telah diberikan status MSC. Daripada jumlah ini, 2,088 atau 76 peratus adalah syarikat aktif yang mana dalam bidang kreatif multimedia – 233, dalam institut pengajian tinggi dan inkubator 107, teknologi maklumat – 1,556 dan shared services outsourcing dengan izin, 192. Daripada 2,738 syarikat juga, sejumlah 2,052 adalah syarikat milik tempatan dan 686 milik asing. Peluang pekerjaan yang telah diwujudkan oleh syarikat- syarikat ini adalah melebihi seratus ribu. Antara syarikat-syarikat asing yang berstatus MSC yang berjaya adalah Dell Global Business Center Sdn. Bhd., Shell Information Technology International Sdn. Bhd., HSBC Electronic Data Processing (Malaysia) Sdn. Bhd., IBM Malaysia Sdn. Bhd., Satyam Computer Services Limited. Manakala syarikat-syarikat tempatan yang berstatus MSC yang turut berjaya sampai ke peringkat antarabangsa adalah IPerintis Sdn. Bhd., Scicom (MSC) Berhad, MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd., Commerce Dot Com Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi. Yang Berhormat juga bangkitkan soal syarikat yang telah diberi insentif, tidak harus diberi insentif sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, semua insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan hanya akan dinikmati sekali sahaja oleh setiap syarikat yang menjalankan aktiviti atau produk yang digalakkan untuk tempoh lima atau sepuluh tahun.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat, sebelum.

Kecuali sekiranya mereka menjalankan aktiviti lain yang melayakkan mereka diberi insentif baru. Biar saya habiskan sentence ini sahaja.

Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa insentif ini akan menggalakkan pelaburan dan perniagaan baru yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Silakan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat ada sebut tadi sebagai menjawab Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai yang mengatakan bahawa MSC telah mencapai kejayaan sebagaimana yang digariskan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Cuma saya hendak tanya, daripada angka Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu tadi, jumlah syarikat yang telah pun berada di tempatnya, kemudian insentif- insentif telah ditawarkan dan dinikmati sejak tahun 2008, apakah sebenarnya motif kementerian membawa frasa 2 ini iaitu bahagian (c) untuk melebarkan lagi insentif kepada syarikat-syarikat yang menyertai aktiviti teknologi maklumat dan komunikasi sekiranya MSC itu yang digariskan dahulu telah mencapai matlamat? Nampak gaya macam kita sekarang ini hendak buka, memperluaskan lagi. Ini kerana, dikatakan untuk menyediakan kemudahan kepada syarikat yang bertaraf ataupun aktiviti yang sama yang terletak di luar kota siber, di kawasan yang kita wartakan dahulu. Bermakna, kalau sudah telah mencapai matlamat sepenuhnya, mengapa perlu kita bawakan amendment ini untuk membesarkan lagi ruang lingkup kawasan yang diberi kepada syarikat-syarikat berteraskan ICT ini?

Ya, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebenarnya, seperti yang kita lihat, begitu banyak sekali syarikat yang saya katakan tadi mendapat faedah dan manfaat daripada dasar kerajaan ini yang saya terangkan sebentar tadi, lebih 2,738 buah syarikat yang telah berdaftar ataupun menerima status MSC. Di antaranya yang begitu banyak sekali syarikat-syarikat tempatan mahupun antarabangsa yang menggunakan status ini khususnya di Cyberjaya dan di Cybercity dan di Cybercentre untuk menjalankan operasi mereka. Contohnya seperti yang saya nyatakan tadi. Selain itu, banyak lagi ya. Apa yang saya tengok daripada laman web MDEC disenaraikan semua syarikat ini dan apa yang sedang mereka lakukan. Yang begitu membanggakan sekali ialah bilangan syarikat tempatan yang berjaya menggunakan kemudahan ini sampai dapat menembusi pasaran luar dan bersaing dengan syarikat- syarikat gergasi dalam ICT di seluruh pelosok dunia. Maksudnya, usaha kita setakat ini memang membawakan hasil yang positif. Oleh kerana itu, sekiranya ada perkara-perkara lain yang boleh kita lakukan, yang boleh kita buat untuk membantu syarikat-syarikat seperti ini, yang pertamanya untuk menarik syarikat baru untuk membuat pelaburan yang baru dan yang keduanya untuk menggalakkan peningkatan perniagaan dari kalangan syarikat-syarikat yang sedia ada. Ini pun penting ya. Kita tidak mahu nanti tumpuan kita hanya kepada jumlah syarikat yang mendaftar sebagai MSC tetapi kita abaikan ataupun kita tidak memberi galakan yang sebaiknya kepada syarikat yang sedia ada. Ini pun kita usahakan...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Jadi oleh kerana itu, apabila kita membuat pindaan kepada akta ini, itu semua pun diambil kira. Saya sebenarnya berhajat untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota sendiri dalam jawapan saya ini. Jadi kalau boleh hendak mencelah itu, tolong ingat bahawa saya tetap akan menjawab soalan Yang Berhormat selepas ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya tidak berhajat untuk berdialog di sini, Tuan Yang di-Pertua. Tidak. Cuma, saya tidak mahu ketinggalan perkara yang pada saya agak mustahak. Kalau pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh clarifykan, agak baiklah untuk semua orang. Pertamanya berkenaan dengan kedudukan Multimedia Super Corridor (MSC) yang menjadi satu flagship yang besar suatu masa dahulu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya agak terkeliru kerana akta yang dibawa di bawah Akta Penggalakan Pelaburan ini seolah-olah macam tidak terangkum semasa dalam kita mengumumkan projek ataupun inisiatif di bawah Multimedia Super Corridor. Setahu saya, semasa pelancaran Multimedia Super Corridor ini, telah ada dalam itu beberapa siri galakan- galakan tersendiri yang tidak perlu di bawa spesifik dalam Akta Penggalakan Pelaburan. Pelaburan ini menjurus kepada jumlah modal yang dibawa masuk sedangkan di bawah Multimedia Super Corridor (MSC) dahulu, inisiatif ini diberi. Inisiatif untuk teknologi yang dibawa masuk. Jadi adakah bermakna dari segi pembawa masukan teknologi itu tidak berjaya oleh kerana syarikat itu tidak menikmati inisiatif yang sepatutnya dan kita terpaksa tawarkan satu inisiatif baru?

Tidak sama sekali, Yang Berhormat. Apa ia bermaksud ialah kita begitu berjaya sekali untuk menarik pelaburan asing termasuk tempatan untuk yang pertamanya memulakan operasi mereka di kawasan yang telah kita kenal pasti khususnya MSC ini. Kemudian apabila semua ruang itu diambil, maka kita beri peluang pula kepada kawasan-kawasan lain untuk menubuhkan Cybercity dan Cybercentre. Untuk syarikat-syarikat di luar kawasan tersebut, juga diberikan insentif- insentif tertentu. Ingin saya jelaskan di sini sekali lagi bahawa projek MSC ini satu projek yang begitu berjaya sekali sehinggakan bukan sekadar melahirkan begitu banyak syarikat tempatan yang mampu bersaing di peringkat global seperti yang saya nyatakan tadi, tetapi memberi pekerjaan dalam bidang kemahiran tinggi sebanyak 100,000 orang. Jadi manfaat dan faedah yang kita raih daripada usaha ini begitu banyak sekali. Kalau boleh saya hendak minta kebenaran untuk teruskan lagi.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sedikit, Yang Berhormat. Saya minta penjelasan sedikit sahaja kalau boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa bermula dalam Belanjawan 2008, dihentikan insentif kepada syarikat-syarikat ICT. Akan tetapi saya nampak bila bercakap tentang agenda ataupun objektif utama dalam fasa ketiga MSC, ia dari tempoh 2010 berlangsung hingga 2020. Dijangka koridor ICT ini akan diperluaskan dan targetnya adalah untuk meningkatkan syarikat global berstatus MSC kepada 500 buah. Jadi saya tidak faham mengapakah dihentikan juga insentif dalam Belanjawan 2008 dan sekarang pengkhususan kepada industri lain khusus kepada peranti perubatan dan juga renewable energy. Jadi bagaimana dengan target atau sasaran pada awal MSC? Jadi bukan kita kata 100 peratus kegagalan tetapi kalau lihat daripada objektif itu, ternyata ada banyak kelemahan dan juga target yang tidak dapat dicapai. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Sebenarnya Yang Berhormat Lembah Pantai, jawapan itu akan saya berikan selepas ini iaitu menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota pagi tadi ataupun kelmarin kerana ia berkaitan. Jadi mohon kesabaran Yang Berhormat kerana jawapannya akan menyusul. Yang Berhormat Indera Mahkota dalam soalannya bertanya mengapa pindaan ini ditumpukan kepada tiga insentif sahaja dan mengapakah tidak ada insentif untuk aktiviti pemprosesan makanan dan asas tani. Jadi ianya mungkin secara tidak langsung berkait dengan soalan Yang Berhormat Lembah Pantai sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, pindaan rang undang-undang ini adalah bertujuan mengambil kira dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986, semua pakej insentif yang diluluskan dalam Bajet 2008 sahaja. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tiga insentif baru yang diumumkan dalam Bajet 2008 adalah bagi penubuhan makmal, pengujian peralatan perubatan, penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri. Selain insentif di atas yang diumumkan dalam Bajet 2008, terdapat pelbagai insentif lain yang sedia ada di bawah akta ini sejak tahun 1986 termasuk insentif untuk aktiviti pemprosesan makanan dan asas tani.

Insentif ini adalah bentuk taraf perintis atau elaun cukai pelaburan selama lima tahun. Kedua-dua subsektor ini juga layak mendapat insentif bagi pelaburan semula untuk tempoh lima tahun. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, faedah-faedah yang diperoleh melalui pelaburan termasuk FDI adalah seperti berikut: (i) menyumbang kepada transformasi sektor perkilangan kepada industri berteknologi tinggi dan bernilai di tambah tinggi; (ii) memperoleh imbangan pembayaran melalui perdagangan, perkhidmatan dan akaun modal; (iii) mewujudkan peluang pekerjaan daripada projek-projek pelaburan yang dilaksanakan serta meningkatkan kemahiran sumber manusia tempatan; (iv) pembangunan industri-industri sampingan serta perkhidmatan logistik dan insurans; (v) meningkatkan produktiviti nasional secara positif; (vi) pertumbuhan dan pembangunan kawasan-kawasan perbandaran yang baru; dan (vii) kesan limpahan secara tidak langsung termasuk pemindahan teknologi meningkatkan pengetahuan syarikat domestik dalam penyelidikan dan pembangunan.

Yang Berhormat Indera Mahkota juga bangkitkan kenapa pindaan kepada beberapa seksyen di bawah akta ini melibatkan kuasa Ketua Pengarah LHDNM.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya harap Timbalan Menteri boleh dipromote nanti, insya-Allah. Saya hendak bertanya sebab begini, nampak Timbalan Menteri memang memberi ruang untuk saya bertanya semula berkenaan dengan inisiatif berkaitan dengan industri makanan ini. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri juga concern tentang isu ini sebab perkara ini adalah perkara baru. Negara kita sedang berdepan dengan masalah kekurangan bekalan. Kita tahu nilai import kita pada barang makanan sedang meningkat bukan sahaja daripada segi volume tetapi daripada segi nilai ataupun harga yang dikenakan oleh negara pembekal. Oleh kerana itu saya mengharapkan, semalam saya sebut pindaan ini memasukkan juga kepentingan untuk menawarkan kepada pelabur asing yang berminat untuk melabur dalam industri yang berasaskan pengeluaran makanan seperti FELDA kata buat polisi gedung makanan negara ataupun stok penimbal makanan negara, sudah tentu ada syarikat yang berminat untuk masuk dan melabur dalam industri yang besar ini. Sedangkan industri ikan tuna pun yang kita sepatutnya buka kepada pelabur asing telah pun gagal, di Batu Maung. Semua Ahli Parlimen tahu tentang perkara ini dan industri yang berasaskan perikanan menjadi industri yang sangat ditekan atau sangat menghadapi masalah sekarang yang menyebabkan rakyat kita mengalami masalah. Harga ikan meningkat begitu mendadak sekali kerana eksport negara, bermacam-macamlah. Bermakna tidak ada satu tarikan yang jelas kita gunakan untuk tawarkan kepada orang luar, pelabur luar masuk untuk melabur ataupun untuk sekali gus memperbaiki kedudukan yang agaknya kita kata sebagai ancaman kepada rakyat kita iaitu sumber makanan kita makin menurun daripada segi penghasilannya. Kenapa tidak ambil kesempatan daripada peluang untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan ini untuk memasukkan elemen itu sekali gus tak payahlah kita bentang lagi sekali rang undang- undang untuk menyelesaikan perkara itu. Apa kata Timbalan Menteri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh saya hendak terangkan sekali lagi dan perlahan-lahan supaya Yang Berhormat faham. Apa yang kita bangkitkan dalam pindaan kali ini adalah berkisar satu Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Maksudnya daripada tahun 1986 lagi kita sudah ada akta ini dan daripada semasa ke semasa dalam bajet tahunan kita, ada perkara-perkara tertentu yang kita bangkitkan yang bertujuan untuk menambah baik akta tersebut. Jadi pada tahun 2008, kita bangkitkan soal tiga perkara ini sahaja supaya ditambah ataupun dipinda dalam akta tersebut. Ianya langsung tidak bermaksud bahawa ada sektor-sektor penting yang lain termasuk pemakanan yang diabaikan terus malah sebenarnya seperti yang kita amalkan sejak sekian lama untuk pelaburan-pelaburan seperti itu yang saya setuju dengan Yang Berhormat, ianya amat penting sekali. Kita sudah adapun insentif-insentif tertentu yang kita berikan. Selain daripada itu, saya ingin melaporkan di sini bahawa dalam soal perikanan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, daripada tinjauan saya di kalangan pelabur-pelabur khususnya dari Taiwan yang mempunyai kepakaran dan keupayaan yang begitu tinggi dalam soal teknologi perikanan ini, mereka melihat Malaysia ini sebagai satu destinasi pelaburan yang cukup menarik dan antara sebabnya selain daripada teknologi kita yang mampu menyokong industri tersebut, kita akui mungkin dalam soal teknologi tercanggih di dunia dalam sektor perikanan ini mungkin kita tidak atau belum lagi menguasainya tetapi dalam sektor sokongan memang kita ada. Selain daripada itu, mereka melihat bahawa persekitaran alam semula jadi kita yang begitu sesuai sekali. Oleh kerana itu mereka telah menyatakan keinginan mereka untuk melabur di negeri Sarawak. Jadi saya kira dalam masa yang tak begitu lama daripada sekarang ini akan ada pengumuman mengenai pelaburan yang begitu besar sekali dalam industri perikanan oleh syarikat-syarikat Taiwan khususnya di negeri Sarawak ini. Jadi itu membuktikan bahawa galakan pelaburan melalui insentif yang kita berikan kepada syarikat- syarikat dalam asas tani termasuk dalam sektor ataupun subsektor perikanan ini memang memberi galakan kepada pelabur-pelabur asing. Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan soal pindaan kepada beberapa seksyen di bawah akta ini melibatkan kuasa Ketua Pengarah LHDNM. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dibuat adalah selaras dengan pelaksanaan sistem tafsiran sendiri di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada syarikat. Oleh itu, syarikat adalah dikehendaki menyelenggara penyata terkecuali bagi pendapatan perintis yang dikecualikan. LHDNM berperanan untuk memantau agihan dividen daripada pendapatan yang dikecualikan kepada pemegang saham melalui tindakan pengauditan. Yang Berhormat Seputeh bangkitkan soal infrastruktur asas di kawasan perindustrian di Selangor tidak memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah menyediakan program menaik taraf infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada. Objektif utama program ini adalah bagi memastikan kemudahan di kawasan perindustrian yang wujud di Malaysia adalah kondusif dalam membantu pelabur menjalankan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti mereka serta menarik kemasukan pelaburan baru ke Malaysia. Peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan membolehkan pelaksanaan beberapa aktiviti menaik taraf di dalam kawasan perindustrian tersebut antaranya jalan, sistem mitigasi banjir, sistem perparitan, kawasan meletak kereta dan lampu jalan. Pemilihan kemudahan asas yang akan dinaik taraf dibuat dengan mengambil kira pelbagai kriteria antaranya garis panduan yang telah ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, MIDA, pandangan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sebagai agensi pelaksana. Di bawah RMKe-9, Selangor telah diluluskan sebanyak RM30.3 juta untuk menambah baik infrastruktur di kawasan perindustrian. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak dan Klang bangkitkan soal apakah persediaan atau bantuan kerajaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat asing. Bila kerajaan membuka pasaran dalam rundingan FTA khususnya Trans Pacific Partnership Agreement (TPP). Tuan Yang di-Pertua, bagi semua rundingan FTA termasuk TPP, kerajaan sentiasa membuat konsultasi dengan syarikat-syarikat tempatan.

Dengan maklum balas dari syarikat-syarikat tempatan ini, kerajaan akan mengkaji keupayaan syarikat-syarikat sebelum membuka pasaran bagi sesuatu sektor sama ada sektor pembuatan, perkhidmatan, perolehan kerajaan atau government procurement dengan izin, dan lain-lain sektor. Seterusnya, kerajaan juga telah membuat konsultasi dengan persatuan-persatuan perniagaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam membuat keputusan dalam rundingan TPP ini. Bagi bab perolehan kerajaan atau government procurement, dengan izin, ianya masih dalam rundingan. Kerajaan masih menilai atau mengkaji tawaran yang akan diberikan kepada negara-negara yang terlibat dalam rundingan TPP ini. Kerajaan akan sentiasa mengambil kira kepentingan syarikat SME khususnya dan juga syarikat-syarikat tempatan yang lain. Kerajaan juga menyediakan insentif pengecualian cukai korporat kepada syarikat- syarikat tempatan yang menjalankan aktiviti atau produk yang digalakkan. Di samping itu, kerajaan juga memberi pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas mesin dan kelengkapan dan bahan mentah bagi membantu syarikat tempatan mengurangkan kos pengeluaran bagi membolehkan syarikat ini bersaing di pasaran global. Yang Berhormat Batu bangkitkan kenapa insentif yang diberikan kepada pelaburan asing tidak dapat meningkatkan kualiti pekerja dan persekitaran. Tuan Yang di-Pertua, insentif yang diberikan kepada pelabur asing berupaya meningkatkan kualiti pekerja dan persekitaran secara tidak langsung atau indirect. Insentif- insentif diberikan bertujuan untuk menarik pelaburan asing dan pelaburan tersebut akan mewujudkan pekerjaan yang akan mendedahkan para pekerja kepada teknologi baru dan terkini serta kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

Kerajaan juga telah meluluskan jawatan pegawai bagi membantu syarikat dalam memindahkan teknologi kepada pekerja tempatan. Penambahbaikan yang berterusan untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan pengetahuan pekerja serta persekitaran pekerjaan akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang melabur ini. Bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti serta mengukuhkan daya saing syarikat. Yang Berhormat Pasir Salak tanyakan kenapa jawatan-jawatan penting dalam syarikat besar...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat. Saya minta sebentar. Tentang mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal-pembekal tempatan tadi Yang Berhormat. Masalah timbul di bawah di mana syarikat-syarikat tempatan ini, pengeluar-pengeluar tempatan ini antara kekangan mereka ialah tidak dapat menepati piawaian yang dianggap sebagai terlalu tinggi oleh mereka yang akhirnya telah membawa kepada kegagalan keusahawanan mereka. Jadi di sana saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat adakah pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan program-program latihan yang benar- benar memberikan kefahaman kepada pengusaha-pengusaha tempatan ini. Supaya mereka dapat mengeluarkan produk-produk yang benar-benar menepati kehendak piawaian tinggi oleh pengusaha-pengusaha daripada luar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu di atas soalan itu. Memang benar apa yang kita lakukan ialah untuk membantu syarikat- syarikat tempatan yang berhasrat untuk menyokong usaha ataupun pelaburan asing yang masuk ke Malaysia ini dengan meningkatkan tahap kualiti mereka. Ini kita lakukan bersama dengan syarikat asing tersebut di mana kita tetapkan apakah kriteria yang dimaksudkan. Supaya piawaian yang bakal dipenuhi oleh syarikat tempatan itu dicapai oleh syarikat- syarikat tersebut. Contohnya dalam soal industri halal. Kita memang membantu syarikat tempatan untuk mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan supaya bukan hanya produk sahaja yang halal. Akan tetapi proses pembuatan ataupun pengilangnya juga menepati piawaian halal. Jadi ini salah satu contoh tetapi selain daripada itu banyak lagi perkara yang kita lakukan untuk membantu syarikat- syarikat ini bersaing di peringkat antarabangsa khususnya untuk membekal syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat sedikit Yang Berhormat kalau boleh.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih. Walaupun saya tidak bangkitkan isu halal hab ini tetapi dalam persidangan yang melibatkan banyak negara salah satu kelemahan yang diutarakan oleh pelabur adalah bila Malaysia isu latihan itu ada tetapi dari segi penyediaan tempat penyembelihan tidak menepati garis panduan European Unions sebagai contohnya. Jadi banyak daripada pengeksportan sama ada bagi daging halal ini dapat kepada negara Thailand dan juga Singapura. Jadi maksudnya kalau boleh diberikan latihan bukan sahaja latihan tetapi tugas MITI pada masa yang sama adalah untuk memastikan struktur dan segala kemudahan yang ada itu menepati garis panduan. Ini kerana kita gagal akhirnya dapat kepada Thailand dan juga Singapura yang dikhabarkan kepada kami. Kalau boleh Yang Berhormat jelaskan sedikit. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan soal halal sebentar tadi. Saya sebenarnya tidak termaklum mengenai sebarang masalah di pasaran Eropah mengenai makanan halal yang mengalami masalah penyembelihan di negara kita ini. Setahu saya kita yang ada masalah sedikit dengan beberapa pengilang-pengilang ataupun ladang-ladang di Eropah dalam soal halal di mana kita sedang membantu mereka untuk mencapai tahap halal ini supaya mampu mereka mengeksport ke negara kita. Saya mengakui ada kelebihan Thailand tetapi dalam soal Singapura saya sekali lagi tidak termaklum. Thailand seperti yang kita semua sedia maklum sebelum kita menggunakan kaedah Blue Ocean Strategy ini untuk meluaskan pasaran halal ini sehingga mencecah nilai USD2.7 trilion setahun. Thailand memang merupakan salah satu negara pengeksport makanan terbesar di dunia. Maka apabila mereka melihat peluang yang begitu besar dalam industri halal ini maka mereka cepat untuk menggunakan teknologi untuk memastikan bahawa barangan makanan yang mereka eksport itu menepati piawaian halal. Dengan cara itu sekali gus mereka menjadi pengeksport makanan halal antara yang terbesar di dunia. Jadi kita pula memang daripada dahulu bukan pengeksport makanan yang begitu besar. Oleh kerana itu saya tidak terkejut apabila Yang Berhormat sendiri menyatakan bahawa Thailand mengatasi kita dalam soal mengeksport makanan halal ini. Singapura pula saya nyatakan tadi saya tidak termaklum mengenai kehebatan mereka untuk mengeluarkan produk halal khususnya dalam soal penyembelihan. Ini kerana setahu saya kita lebih banyak produk-produk halal daripada mereka. Malah logo halal Malaysia dianggap sebagai satu pengiktirafan bertaraf premium di mana sekiranya ada produk yang memasuki pasaran halal di seluruh dunia yang memaparkan logo halal Malaysia ini, kadang-kadang pengguna itu sanggup membayar harga yang lebih mahal kerana pengiktirafan mereka terhadap tahap halal produk yang mempunyai logo tersebut. Yang Berhormat Pasir Salak tanyakan soal kenapa jawatan penting dalam syarikat besar disandang oleh orang asing. Tuan Yang di-Pertua, bagi syarikat yang dimiliki oleh majoriti rakyat asing jawatan penting dalam syarikat tersebut adalah dibenarkan disandang oleh rakyat asing. Ini adalah bagi menjaga kepentingan mereka dalam syarikat tersebut. Di samping itu penyandang asing ini juga akan dapat membantu memindahkan teknologi kepada rakyat tempatan. Walaupun begitu Tuan Yang di-Pertua, suka saya laporkan di sini bahawa ada juga syarikat asing MNC yang beroperasi di Malaysia yang melantik rakyat Malaysia untuk menerajuinya. Ini sekali gus mengiktiraf kehebatan rakyat Malaysia untuk mengurus tadbir syarikat-syarikat gergasi ini. Bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara-negara asing. Yang Berhormat Jasin telah bangkitkan soal insentif taraf perintis dan bagaimana pemantauannya. Juga sistem tafsiran sendiri, adakah melibatkan LHDN. Tuan Yang di- Pertua, pemantauan berkaitan dengan pengiraan cukai yang dikemukakan kesan daripada insentif bertaraf perintis akan dibuat melalui tindakan pengauditan oleh LHDNM yang berkaliber.

Yang Berhormat Arau pula bangkitkan soal misi pelaburan yang dianjurkan oleh MITI dan MIDA sepatutnya melibatkan agensi seperti ECER, NCIA dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2010 MIDA telah menganjurkan enam misi pelaburan ke luar negara dan ahli delegasi yang terlibat termasuk pegawai kerajaan iaitu pusat dan negeri dan juga agensi-agensi lain seperti ECER, IRDA, NCIA dan sebagainya dan juga wakil- wakil dari syarikat swasta. Yang Berhormat Jasin juga membangkitkan soal langkah-langkah khusus yang diambil untuk menggalakkan pelaburan domestik. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan model baru ekonomi dan program transformasi ekonomi negara yang menekankan kepentingan pelaburan tempatan, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan pelaburan domestik.

Antara galakan yang turut dilakukan ialah menyasarkan syarikat tempatan yang berpotensi, mengadakan perjumpaan yang lebih kerap dengan syarikat-syarikat tempatan yang disasarkan, mempergiatkan program promosi yang melibatkan seminar pelaburan tempatan, menjalankan kajian perindustrian, membangunkan pelbagai pangkalan data, pembangunan usahawan bumiputera dan lain-lain lagi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.Saya terbaca satu kenyataan yang menyebut bahawa MIDA menyatakan bahawa mempunyai satu kemampuan untuk menarik pelaburan sebanyak RM55 bilion dalam sektor pembuatan bagi tahun 2011. Difahamkan sendiri bahawa mereka sedang berbincang dengan pelabur-pelabur yang serius terutamanya yang melibatkan sebanyak RM14 bilion. Jadi soalan saya, setakat manakah sebenarnya perbincangan kita dan apakah pencapaian setakat ini? Ini kerana yang saya tahu, setakat bulan Mac kita hanya mencapai sebanyak RM12.2 bilion sahaja. Keduanya, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat lawatan ke Kazakhstan iaitu sebuah negara yang 90 peratus ekonominya bergantung pada sumber minyak dan gas. Jadi, negara ini sekarang sedang mengalami satu transformasi dan hanya negara-negara Korea, Rusia dan Turki sahaja turut melabur di negara tersebut. Tidak ada lagi pelabur-pelabur daripada Malaysia. Jadi, apakah sebenarnya follow-up dengan izin, daripada pihak kementerian hasil daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah membuka ruang untuk kita mencari satu pasaran yang cukup menguntungkan kepada kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Dalam soal FDI, benar seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa setakat ini dalam angka-angka yang kita lihat sekarang ini, mengenai kelulusan yang diberikan kepada sektor perkilangan. Bagi tahun 2010, jumlahnya ialah RM47.2 bilion iaitu kedua-duanya FDI dan DDI. Kemudiannya daripada Januari hingga Mac 2011, jumlah RM12.1 bilion dan kita buat masa ini memang yakin bahawa sasaran kita itu akan kita capai memandangkan kepada prestasi tahun-tahun sebelum ini. Walaupun memang kita akui prestasi pada tahun 2009 tidak begitu memberangsangkan tetapi kalau kita lihat trend daripada tahun 2000 contohnya sampailah ke hari ini dan anggap itu sebagai satu peningkatan dari setahun ke setahun maka kita akan dapati bahawa keupayaan kita untuk mencapai sasaran itu saya ingat agak positif. Kita memang dalam proses berunding dengan pelbagai pihak untuk menarik pelaburan mereka. Buat masa dan ketika ini oleh sebab Non Disclosure Agreement (NDA) dengan izin, yang kita tandatangani dengan pihak mereka, maka kita tidak boleh membuat pengumuman sebelum mereka sendiri yang mengumumkan. Apa pun yakinlah Yang Berhormat bahawa pihak MITI memang percaya bahawa sasaran itu akan kita capai malah mungkin dapat kita melebihi.

Mengenai Kazakhstan, kita sebenarnya menumpukan kepada menarik pelaburan asing. Jadi, dalam soal pelaburan Malaysia di negara luar, itu kita tidak memberi perhatian yang begitu banyak malah kita cuba untuk meyakinkan syarikat-syarikat tempatan ini untuk melabur di dalam negara sendiri. Walaupun begitu kalau kita lihat laporan yang kita dapati sebelum ini, di kalangan syarikat-syarikat Malaysia yang melabur di luar negara, pulangan yang mereka bawa balik ke negara kita ini pada tiap-tiap tahun pun pada tahap yang begitu besar sekali. Jadi, kalaulah ada peluang di negara Kazakhstan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya yakin akan ada syarikat-syarikat Malaysia yang berminat untuk melabur di negara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja jawapan-jawapan yang saya kemukakan untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas keprihatinan yang diberikan kepada kerja-kerja baik yang telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan agensi-agensi seperti MIDA selama ini. Saya mohon diteruskan teguran dan kritikan membina daripada semua pihak agar kita dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. Sekian sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal-fasal 1 hingga 54 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSTITUT SUKAN NEGARA 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa satu rang undang-undang bernama suatu Akta Institut Sukan Negara 2011, akta yang dicadangkan yang bertujuan untuk menubuhkan satu perbadanan berkanun dengan nama Institut Sukan Negara yakni institut untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Institut Sukan Negara untuk menyatakan fungsi dan kuasa institut dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara lain yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk menubuhkan sebuah institut sukan telah dibangkitkan seawal tahun 1972 lagi bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan sains sukan di samping mengumpul serta menyebarkan bahan maklumat berkaitan dengan sukan. Pada tahun 1984, Unit Penyelidikan dan Unit Perubatan Sukan diwujudkan di bawah Majlis Sukan Negara yang kemudiannya dinamakan Bahagian Sains Sukan. Pada tahun 1994, Bahagian Sains Sukan telah dinamakan sebagai bahagian Institut Sukan Negara. Perkhidmatan yang disediakan oleh institut telah diperluaskan sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi sukan semasa dan meliputi perkhidmatan- perkhidmatan seperti berikut:

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

(i) perubatan sukan iaitu kemudahan rawatan dan penyiasatan kecederaan dan penyakit berkaitan sukan; (ii) pemulihan perubatan sukan iaitu kemudahan rawatan fisioterapi dan pemulihan otot rangka khusus; (iii) psikologi sukan iaitu kemudahan latihan dan kemahiran psikologi bagi mengoptimumkan prestasi atlet sebelum, semasa dan selepas latihan serta pertandingan; (iv) penyelidikan dan inovasi sukan iaitu perancangan dan pelaksanaan kajian-kajian dalam pelbagai bidang sains sukan dan perubatan sukan termasuk usaha pembangunan inovasi dalam sukan di samping penyediaan dan penyelenggaraan standard dalam sukan; (v) fisiologi senam iaitu kemudahan pengujian prestasi atlet di lapangan dan di makmal; (vi) suaian fizikal iaitu kemudahan latihan fizikal menggunakan kaedah saintifik di gimnasium dan di lapangan bagi mengoptimumkan prestasi fizikal atlet; (vii) pemakanan sukan iaitu amalan pemakanan yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan; (viii) biomekanik sukan iaitu kemudahan pengukuran dan pengujian pergerakan serta daya gerakan atlet secara saintifik; (ix) analisis sukan iaitu kemudahan pemantauan dan analisis prestasi teknik dan taktik sukan di peringkat atlet individu dan pasukan secara saintifik; (x) teknologi sukan iaitu mereka cipta, membina dan membangunkan peralatan serta kemudahan pengukuran sukan yang mampu membangunkan prestasi sukan sama ada dalam latihan ataupun pertandingan melalui teknologi yang canggih dan terkini; (xi) pusat satelit iaitu pembangunan pusat-pusat perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan di peringkat negeri; (xii) pengenalpastian bakat bakal atlet iaitu program untuk mengenal pasti kanak-kanak di peringkat sekolah yang mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang atlet dan program latihan yang bersesuaian bagi pembangunan kemahiran fizikal asas pelbagai sukan; (xiii) pusat maklumat sukan iaitu perkhidmatan perpustakaan sukan serta kemudahan penyediaan dan penyebaran maklumat dan audio visual sukan; serta

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

(xiv) sokongan teknologi maklumat iaitu kerangka sokongan untuk pemprosesan dan penyampaian maklumat sains sukan dan perubatan sukan serta pembangunan perisian yang berkaitan dengan sukan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disenaraikan di atas jelas menunjukkan perbezaan di antara peranan dan fungsi Majlis Sukan Negara dan apa yang dilakukan oleh institut ini. Program persediaan atlet yang dilaksanakan sekarang terus diurus dan dipantau oleh pihak Majlis Sukan Negara. Manakala Institut Sukan Negara pula akan memberi perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan yang diperlukan bagi menjayakan program tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pada 25 April 2007, institut telah dipisahkan secara pentadbiran dengan Majlis Sukan Negara. Ini bagi membolehkan institut wujud sebagai satu entiti yang menumpu kepada penyelidikan dan perkhidmatan dalam perbuatan sukan dan sains sukan di Malaysia. Pemisahan ini bertujuan untuk membolehkan institut berkembang dengan lebih pesat dan berkesan sebagai peneraju pembangunan sains sukan dan perubatan sukan demi kecemerlangan sukan negara. Demi memenuhi peranan ini, institut telah dan sedang membangunkan pusat satelit di seluruh negara secara berperingkat bagi menyediakan kemudahan asas dan kepakaran dalam sains sukan bagi membentuk dan menyediakan sumber atlet di peringkat akar umbi. Ini akan menyemarakkan lagi pencapaian atlet dalam ekosistem sukan negara yang dinamik, cergas, dan berasaskan kelestarian. Sehingga kini sebanyak sembilan buah pusat satelit telah pun beroperasi di seluruh negara. Peranan institut kini terhad kepada perkhidmatan sukan dan perubatan sukan untuk kumpulan atlet kebangsaan sahaja dalam kategori sukan berprestasi tinggi. Keadaan ini menyebabkan kemudahan sains sukan dan kemudahan sukan sukar dicapai oleh atlet dalam sukan yang bukan tergolong dalam sukan berprestasi tinggi ini. Oleh itu bagi membolehkan institut memberi penumpuan yang sewajarnya kepada peranan dan tanggungjawab masing-masing, adalah wajar institut diperkasakan sebagai sebuah badan berkanun yang diberi mandat, fungsi dan kuasa sebagai Pusat Kecemerlangan Sains Sukan dan Perubatan Sukan untuk negara. Menerusi pusat kecemerlangan ini, penyediaan atlet bertaraf dunia dapat dilakukan menerusi aplikasi sains sukan dan perubatan sukan terkini, termaju, dan dengan izin at the cutting edge of sport performance. Pembangunan pusat kecemerlangan ini akan bertindak selaku pemangkin terhadap transformasi pencapaian sukan negara. Tuan Yang di-Pertua, institut turut bertanggungjawab untuk mengenal pasti bakat atlet di peringkat kanak-kanak seterusnya membantu membentuk kanak-kanak tersebut menerusi sistem persekolahan kebangsaan di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Institut telah dan akan terus menyediakan bantuan dan kepakaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang-bidang kepakaran institut bagi membantu kementerian menjayakan dasar dan program sukannya Ini bermakna mana-mana pelajar yang dikenal pasti berpotensi menjadi atlet boleh terpilih untuk menjadi atlit di peringkat sekolah, daerah atau negeri serta bagi mereka yang menyerlah seterusnya berpeluang dipilih masuk ke Program Pelapis dan akhirnya dibentuk menjadi atlet kebangsaan. Institut akan membentuk pembangunan atlet-atlet ini menerusi bidang-bidang sains sukan dan perubatan sukan agar pembentukan fizikal, mental, dan sosial memenuhi matlamat seorang atlet yang dikatakan lengkap atau dengan izin, the complete athlete. Oleh itu, pembentukan institut sebagai perbadanan berkanun yang berasingan adalah amat diperlukan bagi menyokong pembangunan atlet kebangsaan di samping memastikan kesinambungan pembentukan atlet dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat atlet kebangsaan. Kewujudan institut dengan peranan yang lebih luas akan membolehkan kepakaran dan perkhidmatan di institut menyokong dengan lebih berkesan aktiviti membudayakan sukan di kalangan rakyat negara ini dan bukan sahaja ditumpukan kepada atlet kebangsaan seperti yang ada pada masa kini.

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk membangunkan industri sukan sebagai salah satu penjana ekonomi negara, kewujudan institut sebagai badan berkanun akan membolehkan institut mengkomersialkan perkhidmatan yang disediakan kepada penggiat sukan yang menginginkan perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan yang disediakan oleh institut, sebagai contoh perkhidmatan pengujian sukan, pemulihan perubatan sukan, dan dapatan penyelidikan dan inovasi, mempunyai nilai hasil tertentu jika dapat dimanfaatkan. Keadaan ini akan membolehkan institut menjadi penjana hasil untuk kerajaan di samping membolehkan lebih ramai penggiat sukan mencapai perkhidmatan yang disediakan oleh institut. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 yang dicadangkan ini terbahagi kepada 8 Bahagian dan mengandungi 48 fasal. Bahagian I rang undang-undang mengandungi peruntukan permulaan. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang bertujuan untuk membenarkan Yang Berhormat Menteri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta. Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang-undang. Bahagian II rang undang-undang mengandungi peruntukan yang berhubung dengan Institut Sukan Negara. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan institut dan Fasal 4 membenarkan institut untuk mempunyai materai perbadanan. Fasal 5 dan 6 menyatakan fungsi dan kuasa institut. Fasal 7 mengandungi peruntukan mengenai keanggotaan institut dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang perlu diikuti oleh institut sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. Fasal 8 memperkatakan tentang tempoh jawatan anggota institut. Fasal 9 memberi Yang Berhormat Menteri kuasa untuk melantik secara sementara mana-mana anggota institut selain Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjalankan fungsi Pengerusi jika jawatan Pengerusi kosong atau apabila Pengerusi tiada atau tidak boleh menjalankan fungsinya lagi. Fasal 10 adalah berkenaan dengan pembatalan pelantikan anggota institut dan peletakan jawatan mereka. Fasal 11 menyatakan hal keadaan yang menjadikan jawatan seseorang anggota institut itu kosong. Fasal 12 mengadakan peruntukan bagi pembayaran elaun bagi anggota institut. Fasal 13 memperkatakan pelantikan Setiausaha institut. Fasal 14 bertujuan untuk memberi Yang Berhormat Menteri kuasa untuk memberikan arahan am kepada institut. Fasal 15 menghendaki institut untuk memberikan penyata, laporan, akaun, dan maklumat kepada Yang Berhormat Menteri sebagaimana yang diarahkan oleh Yang Berhormat Menteri. Fasal 16 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perwakilan, fungsi, dan kuasa institut. Fasal 17 bertujuan untuk memberi institut kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah akta. Bagi Bahagian III rang undang-undang ia mengandungi peruntukan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai, dan pekerja institut. Fasal 18 mengandungi peruntukan berkenaan dengan kuasa dan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif.

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Fasal 19 bertujuan untuk memberi institut kuasa untuk mengambil khidmat pegawai dan pekerja lain. Sub fasal 19(4) bertujuan untuk memberi institut kuasa dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekerjanya.

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Fasal 20 bertujuan untuk memberi institut kuasa untuk memberikan bantuan kewangan kepada pegawai, pekerjanya dan orang lain. Bahagian IV rang undang-undang mengandungi peruntukan mengenai perkhidmatan dalam sains sukan dan perubatan sukan. Fasal 21 memperuntukkan bahawa institut hendaklah menjadi penyedia utama berkenaan dengan perkhidmatan dalam sains sukan dan perubatan sukan kepada Majlis Sukan Negara dan subfasal (2) seterusnya menyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh Institut. Fasal 22 memberi Institut kuasa untuk menjalankan program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi. Fasal 23 meletakkan kewajipan ke atas institut untuk menyimpan dan mengemas kini pangkalan data atlet dan atlet yang berpotensi. Bahagian V rang undang-undang mengandungi peruntukan mengenai penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Fasal 24 bertujuan memberi institut kuasa untuk menubuhkan pusat satelit. Fasal 25 mengadakan peruntukan mengenai penyelidikan dalam sains sukan dan perubatan sukan. Fasal 26 memperuntukkan bahawa harta dalam dapatan penyelidikan yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai oleh entiti kerajaan hendaklah terletak hak pada Institut manakala harta dalam dapatan penyelidikan yang diusahakan oleh institut yang dibiayai oleh mana-mana orang, enterprise swasta atau organisasi hendaklah terletak hak pada institut dan mana-mana orang, enterprise swasta atau organisasi itu secara bersesama, tertakluk kepada terma dalam apa-apa perjanjian antara institut dengan orang, enterprise swasta atau organisasi itu. Fasal 27 bertujuan untuk membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan institut tertakluk kepada syarat, sekatan dan hak sebagaimana yang ditentukan oleh Institut. Fasal 28 mengadakan peruntukan bagi pengkomersialan dapatan penyelidikan. Bahagian VI Rang Undang-undang mengandungi peruntukan kewangan. Fasal 29 mengadakan peruntukan bagi penubuhan “Kumpulan Wang Institut Sukan Negara” (“Kumpulan Wang”). Fasal 30 menyatakan perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan pada Kumpulan Wang. Fasal 31 meletakkan kewajipan ke atas Institut untuk memelihara Kumpulan Wang. Fasal 32 menghendaki Institut untuk menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang rizab. Fasal 33 memperkatakan perbelanjaan dan penyediaan anggaran. Fasal 34 mengadakan peruntukan bagi tahun kewangan Institut; manakala Fasal 35 menghendaki Institut menyebabkan supaya akaun bagi Kumpulan Wang dan laporan mengenai aktivitinya disimpan dengan sewajarnya. Fasal 36 menghendaki Institut membuka dan menyenggara akaun di Malaysia.

Dato’ Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Fasal 37 memperuntukkan bahawa Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] terpakai bagi institut. Bahagian VII rang undang-undang memperkatakan kuasa lain institut. Fasal 38 bertujuan untuk membolehkan Institut untuk meminjam wang; manakala Fasal 39 bertujuan untuk membenarkan Institut melaburkan wang institut. Fasal 40 bertujuan untuk memberi institut kuasa untuk mengambil khidmat dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank dan broker saham. Institut dibenarkan untuk menubuhkan syarikat di bawah fasal 41. Fasal 42 bertujuan untuk memberi institut kuasa, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, untuk memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang ditubuhkan di bawah fasal 41 dan kepada mana-mana orang yang terlibat dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan. Bahagian VIII rang undang-undang mengandungi peruntukan am. Fasal 43 memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan. Fasal 44 memberikan perlindungan kepada institut, mana-mana anggota institut, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen institut dan mana-mana orang lain yang bertindak secara sah bagi pihak Institut berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan dengan suci hati atas sifat yang sedemikian. Fasal 45 memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap institut atau terhadap mana-mana anggota institut, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen institut. Fasal 46 memperuntukkan bahawa anggota institut atau anggota jawatankuasa, pegawai, pekerja atau ejen institut hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini. Fasal 47 memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. Fasal 48 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengesahan tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan akta. Tuan Yang di-Pertua, di sini adalah ditekan bahawa rang undang-undang ini adalah untuk menubuhkan Institut Sukan Negara, menyatakan fungsi dan kuasa institut dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya. Penubuhan Institut Sukan Negara adalah untuk mengukuhkan penyediaan perkhidmatan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan ke arah kecemerlangan sukan negara. Penubuhan ini untuk mewujudkan sebuah pusat rujukan dan kecemerlangan sains sukan dan perubatan sukan bagi mendukung kecemerlangan pencapaian atlet. Kemudahan dan perkhidmatan dari institut akan memberi faedah bukan sahaja kepada para atlet tetapi juga kepada pembangunan industri sukan sebagai salah satu penjana ekonomi negara selaras dengan sasaran Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan hormatnya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Institut Sukan Negara untuk menyatakan fungsi dan kuasa institut dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara lain yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Lipis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya dan peluang dalam membahaskan Rang undang- undang Institut Sukan Negara 2011 dalam Dewan Rakyat yang mulia pada petang ini. Saya melihat menerusi rang undang-undang ini, selepas dipisahkan daripada Majlis Sukan Negara pada tahun 2007, hasrat Institut Sukan Negara untuk menjadi entiti tersendiri dijangka menjadi kenyataan menjelang akhir tahun ini. Saya melihat ini adalah langkah pertama di mana ISN akan menjadi agensi yang tersendiri di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan apabila rang undang-undang ini diluluskan kelak. Saya percaya menerusi kelulusan rang undang-undang ini membolehkan ISN melantik lembaga pengarahnya sendiri dalam menentukan tugas dan tanggungjawabnya secara terperinci malahan peruntukan daripada KBS juga akan disalurkan terus kepada ISN. Saya percaya perpisahan dengan MSN membolehkan ISN maju lebih pesat tanpa terikat kepada keputusan yang dibuat oleh pihak lain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita semua dah tahu ISN ditubuhkan pada tahun 1992 dan pada masa sekarang ISN berfungsi sebagai satu entiti di bawah Majlis Sukan Negara dengan aktiviti utamanya berkaitan penyelidikan, rawatan dan konsultasi yang merangkum semua aspek kesukanan. Saya berpandangan bahawa sudah sampai masanya ISN menjadi entiti tersendiri. Kalau kita ikutkan sejarah lalu, ISN bermula daripada Bahagian Sains Sukan di bawah Majlis Sukan Negara pada tahun 1983. ISN beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda atau lebih dikenali sebagai Stadium TPCA sebelum berpindah ke Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada bulan April 1996. Akan tetapi, kini selepas genap 15 tahun badan itu beroperasi di Bukit Jalil, saya melihat ISN bakal meraih pengiktirafan besar dalam usahanya menyalurkan bantuan kepada atlet dan orang awam dalam sukan dan latihan. Saya tekankan juga di sini ialah kepada orang awam. Tuan Yang di-Pertua, peranan ISN perlu diperluaskan dan dipergunakan sebaik mungkin sebagai contoh, Klinik Harian ISN tidak mendapat publisiti dan promosi, sedangkan ia juga memberi rawatan kepada orang ramai selain kakitangan KBS, Kompleks Sukan Negara (KSN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan orang-orang kenamaan. Kalau kita lihat rawatan yang diberikan bukan sahaja kepada melibatkan kecederaan akibat bersukan tetapi juga rawatan kepada pesakit luar seperti demam dan selesema, malahan klinik ini mempunyai kepakaran khusus perubatan sains sukan yang dibuka pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat dan dikendalikan oleh doktor pelawat Pakar Perubatan Sukan seperti Profesor Dr. Lim Wai Kong, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd Sharif Abd Hamid (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dan juga Dr Abd Halim Mokhtar (Dekan Fakulti Sains Sukan, UM).

Malahan klinik juga mempunyai pegawai perubatan yang dibantu oleh tujuh orang penolong pegawai perubatan, enam orang jururawat, dua orang juru x-ray, dua orang juruteknologi makmal perubatan, 12 orang fisioterapi dan 14 orang juruurut perubatan dan kakitangan pentadbiran. Saya berharap, menerusi rang undang-undang ini, ISN boleh mengambil lebih ramai lagi tenaga dalam bidang sains sukan dan fisioterapi dan juga psikologi sukan untuk memastikan sebagai tulang belakang sokongan utama pada pembangunan sukan. Klinik- klinik satelit tadi bukan setakat dibuka di negeri tetapi juga di daerah-daerah yang mana khususnya ramai ahli sukan di sesuatu tempat itu.

Sejak ISN beroperasi dari Stadium Jalan Raja Muda antara atlet terkemuka yang pernah mendapatkan rawatan ialah jaguh olahraga Nur Herman Majid; pemain-pemain badminton negara seperti Razif dan Jailani Sidek, Yap Kim Hock, Cheah Soon Kit, Rashid Sidek; pemain boling kebangsaan Shalin Zulkifli; dan, skuad hoki kebangsaan. Kini antara atlet elit negara yang mendapatkan rawatan di ISN di Bukit Jalil ialah pemain badminton perseorangan lelaki dunia, Datuk Lee Chong Wei; pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David; dan pelumba berbasikal trek dunia, Mohd. Azizulhasni Awang. Ramai daripada mereka mendapatkan rawatan akibat kecederaan ketika berlatih atau ketika kejohanan seperti sakit tulang belakang terseliuh atau patah. Itu saya difahamkanlah. Malah Mohd. Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne, Australia dan mendapat kecederaan selepas betis kirinya tertusuk serpihan kayu ketika kejohanan di Manchester turut mendapat rawatan lanjut di ISN. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2010 sahaja seramai 5,953 orang pesakit mendapat rawatan di ISN. Daripada jumlah tersebut, 67 orang ialah pesakit luar dan 16 kes melibatkan orang kenamaan. Pada tahun 2009, 8,600 orang pesakit mendapat rawatan dan pada tahun 2008 seramai 7,536 orang pesakit. Daripada keseluruhan jumlah pesakit yang mendapat rawatan di ISN, hampir setengah daripada mereka adalah kecederaan ketika bersukan dan selebihnya hanya kes pesakit luar. Saya juga dimaklumkan bagi kecederaan serius yang pernah ditangani oleh ISN yang melibatkan atlet ialah kegagalan jantung dan patah tulang belakang termasuk jugalah bersalin. Jadi, majoriti daripada orang ramai yang mendapat rawatan di ISN akibat kecederaan ketika bersukan mengalami kecederaan di lutut dan saya melihat walaupun terdapat banyak pusat perubatan swasta di negara ini turut menawarkan kepakaran rawatan sains sukan, namun klinik ISN tetap menjadi pilihan utama yang mengalami kecederaan di lutut. Ini kerana kos rawatan di ISN lebih berpatutan berbanding dengan di pusat rawatan swasta. Di samping itu, saya melihat peranan ISN cukup besar kerana selain memberikan rawatan kepada atlet dalam negara, pasukan perubatan ISN juga memberikan khidmat kepada atlet yang beraksi di kejohanan luar. Contohnya tujuh sukan yang berada di dalam program Road to London 2012 (RTL) mendapat khidmat kepakaran sains sukan daripada ISN melalui pasukan khususnya yang akan merangkumi perkembangan pasukan tersebut sama ada dalam atau luar negara. Seramai 46 orang pakar sains sukan ISN yang terdiri daripada pakar psikologi, pakar pemakanan, pakar bio-mekanik, pakar conditioning, dan penganalisis perlawanan ditempatkan pada pasukan berbasikal, badminton, terjun, menembak, memanah, bola sepak dan hoki. Jadi, ketujuh-tujuh pasukan tersebut mendapat pasukan khusus yang terdiri daripada lima orang sehingga enam orang pakar ISN dalam usaha Malaysia mencari emas pertama daripada Sukan Olimpik di London pada tahun 2012 nanti menerusi program RTL. Bagi pasukan yang berpangkalan di luar negara seperti pasukan berbasikal trek di Melbourne, Australia, ISN turut menghantar pasukannya ke sana. Kecanggihan teknologi membolehkan laporan kecederaan atlet yang berlatih ataupun yang menyertai kejohanan di luar negara disalurkan ke terus ke Bukit Jalil untuk dinilai sendiri oleh pakar ISN. Jadi, saya melihat ISN dapat memainkan peranan yang cukup besar malahan saya mencadangkan supaya peruntukan yang lebih banyak diberi demi memartabatkan pembangunan sukan di negara ini di peringkat dunia kerana ia juga adalah sebagai Program Transformasi Negara. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya memberi pengkhususan kepada bagaimana kita boleh membuat Blue Ocean Strategy yang mana Kementerian Belia dan Sukan dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran khususnya dan lebih khusus lagi mungkin Bahagian Sukan dan Seni di Kementerian Pelajaran boleh berbincang dengan ISN dan juga yang lain-lain untuk selain daripada kita mencari potensi pelajar ini sejak kanak-kanak lagi. Ini kerana dalam sukan sebenarnya kalau kita hendak mewujudkan satu juara dunia, kita mesti mencari bakat ini terus daripada mereka yang berumur kurang daripada tiga tahun pun, tiga tahun ke atas. Rasanya di peringkat pertama pembesaran kanak-kanak kita sudah boleh pergi sampai ke tadika dan sebagainya.

Jadi, dengan cara begini sahaja kita boleh mendapat atlet-atlet yang berpotensi untuk mewakili negara sebagai atlet elit dan juga memenangi pelbagai pingat yang ada. Kita boleh melihat sebenarnya dengan negara-negara yang lain, kalau kita lihat khususnya negara China sendiri, negara Australia sendiri yang penduduknya lebih kurang kita tetapi dapat melahirkan atlet-atlet yang rasa saya dapat dibanggakan. Jadi, apakah harapan saya atau cadangan saya ialah supaya melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, kita dapat mewujudkan di setiap daerah sepatutnya diadakan sekolah sukan untuk peringkat menengah dan juga untuk peringkat rendah. Kita tidak perlulah membina sekolah sukan yang baru dengan kelengkapan tetapi kita boleh letakkan, kita boleh jadikan contohnya sebuah sekolah menengah di dalam kawasan Parlimen Lipis dan sebuah sekolah rendah di kawasan Parlimen Lipis untuk menjadi sekolah sukan atau diberi perhatian pada bidang sukan. Ini kerana kalau kita hendak menghantar anak-anak kita hanya ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sekolah sukan di Johor, Bandar Penawar sahaja, hanya dua buah sahaja memang tidak mampu atau tidak mungkin. Kadang-kadang kalau daripada sekolah rendah, anak-anak ini mungkin tidak mampu juga hendak berjauhan dengan ibu bapa dan sebagainya. Akan tetapi, ada juga ibu bapa yang kalau kita lihat apabila mereka ini meminati sesuatu bidang sukan dan sebagainya sanggup sebenarnya berpisah dengan anak-anak mereka untuk memastikan anak-anak mereka mendapat perhatian yang khusus dalam sesuatu aspek tertentu. Ini kerana apa yang saya lihat kadang-kadang program di sekolah ada juga sekolah tertentu yang mempunyai jenis-jenis sukan tertentu yang diberikan perhatian contohnya seperti di Lipis pernah ada satu program memanah. Peserta daripada kursus memanah di sebuah sekolah itu dia boleh sampai ke tahap MSSM, bertanding di Majlis Sukan-sukan Sekolah Negara dan sampai ke peringkat. Akan tetapi, selepas mereka keluar sekolah, program itu mereka tinggalkan dan mati begitu sahaja, tidak di pick-up oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Begitu juga ia bergantung kepada guru. Apabila guru itu bertukar ke tempat lain, maka matilah program tersebut di sekolah itu. Jadi, atlet-atlet yang ada, peserta-peserta telah terabai. Jadi, itu saya harapkan bahawa kalau kita adakan sekolah sukan ini khusus di daerah, setiap daerah ada, jadi sekurang-kurangnya guru-guru yang memang ada potensi untuk menjadi jurulatih dan juga para pelajar yang ada potensi untuk menjadi peserta dalam bidang menjadi atlet atau juga pemain-pemain dan sebagainya dalam bidang sukan ini boleh kita letakkan dalam sebuah sekolah. Ini kerana daripada segi akademik sebagai contohnya, ada sekolah yang di Pahang, ada sekolah-sekolah yang daripada Tahun 4 sampai ke Tingkatan 6 diletakkan dalam sebuah sekolah.

Itu untuk program akademik yang dipanggil sebagai Skim Sekolah Indera apa kah ini Datuk? Makna selepas tahap tiga atau tahap empat dia sudah boleh masuk ke sekolah tersebut dan sebagainya. Akan tetapi itu hanya skim akademik jadi kalau kita dapat buat program yang sebegini, dalam bidang sukan makna para pelajar daripada sekolah rendah sampai Tahun 4 kita sudah boleh kenal potensi dia tahap dua. Tahun 4 tahap dua kita sudah boleh kumpulkan ke dalam sekolah menengah yang disatukan dengan sekolah rendah, jadi dengan cara itu saya percaya kita dapat mencari atlet yang berpotensi di dalam bidang sukan ini untuk mengharumkan nama negara. Jadi dengan cadangan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut berbangga kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011. Tuan Yang di-Pertua, mendengar kepada ucapan Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan pembentangan rang undang-undang ini nampak baik dan kita tidak ada halangan untuk menyokong.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Cuma beberapa persoalan yang perlu penjelasan daripada pihak kementerian supaya rang undang-undang ini benar-benar mantap yang boleh dilaksanakan serta mempunyai implikasi yang cukup besar. Kalau kita merujuk kepada negara-negara luar, apa pun kayu ukurnya Yang Berhormat Menteri, biarlah sukan negara ini ditingkatkan sehinggalah boleh bersaing di peringkat dunia. Kalaulah kita hanya sekadar menjadi jaguh di kampung semata-mata, tidak ada makna rang undang-undang ini dibentangkan ke Parlimen, kerana hasrat kita dan cita-cita kita adalah untuk mengangkat martabat sukan di peringkat negara kita, sehinggalah kita boleh bersaing, sehinggalah kita boleh berada bersama-sama dengan negara-negara hebat dalam bidang sukan barulah negara kita terkenal dalam bidang yang kita maksudkan. Kita berbangga dengan sukan badminton khususnya yang boleh menjadi satu kebanggaan negara yang akan menyebabkan negara kita lebih terkenal, tetapi hanya beberapa sukan sahaja dan kebanyakan sukan termasuklah sukan yang paling popular iaitu bola sepak, kita masih lagi berada di peringkat yang tercorot. Jadi adakah dengan penubuhan Institut Sukan Negara ini industri sukan dan khususnya sukan bola sepak ini boleh diangkat martabatnya dengan peruntukan kewangan, dengan latihan, dengan kursus, dengan apa sahaja ganjaran-ganjaran yang diberikan, sehinggalah kita hanyalah sekadar menjadi jaguh kampung tetapi apabila bersaing di peringkat antarabangsa kita jauh ke belakang. Dalam kunjungan singkat saya ke Korea, kita diberi taklimat oleh Duta Malaysia tentang mengapakah negara Malaysia gagal dalam bidang sukan? Yang anehnya kerana jawapan daripada Duta Malaysia ke Korea, dia menyatakan bahawa kerana fisiologi tubuh badan rakyat Malaysia yang tidak cukup tinggi dan bersaiz sasa seperti Yang Berhormat Sri Gadingkah, Yang Berhormat Arau yang hebat tubuh badannya yang boleh diangkat ke martabat yang lebih tinggi. Jawapannya kami sendiri tidak boleh terima, tidak terima jawapan itu kerana jawapan itu dianggapkan seolah-olah memperkecilkan dan bukanlah menghina rakyat Malaysia tetapi bermakna dia menganggap tubuh badan menjadi faktor yang paling penting, sehinggalah Korea menjadi negara hebat di dalam sukan bola sepak kerana tubuh badannya yang sasa. Akhirnya, saya dapati ada juga satu kumpulan yang disebut sebagai MyTeam satu ketika dulu cuba untuk hendak mengadaptasi tentang fisiologi tubuh badan ini dengan mengambil atlet ataupun pemain-pemain yang bertubuh sasa besar, tinggi, larinya pantas tetapi akhirnya tercorot juga di dalam bidang sukan. Pun begitu Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya mendapat penjelasan tentang data-data terkini sukan-sukan yang boleh lagi kita capai ataupun kita melonjak ke peringkat antarabangsa, dalam bentuk jumlah atletnya, dalam bentuk peruntukan kewangan yang telah diberi latihan. Saya difahamkan pendedahan kepada atlet-atlet ke peringkat antarabangsa ini telah begitu banyak sehinggalah individu-individu ini mendapat satu ruang untuk berada di peringkat antarabangsa, tetapi akhirnya mereka kecundang juga apabila bersaing di peringkat antarabangsa. Perkara yang saya ingin timbulkan juga adalah pengalaman daripada negara- negara lain Yang Berhormat Menteri, Institut Sukan ini biasanya kerajaan tidak campur tangan, kerajaan hanya membuat rang undang-undang tetapi tidak melibatkan implikasi kewangan. Jadi mereka jadikan Institut Sukan Negara mereka ini sebagai satu institut yang bebas daripada cengkaman kerajaan. Bermakna, untuk pengurusan, pentadbiran, kewangan dan sebagainya mereka dapat daripada sponsorship, tajaan-tajaan dan saya pasti dengan industri sukan yang begitu popular di kalangan rakyat, kerajaan boleh jimat duit yang cukup banyak sekiranya memberikan ruang secara legal kepada mana-mana syarikat-syarikat korporat yang boleh dikecualikan cukai apabila memberikan sumbangan kepada institut sukan ini, dan saya sudah boleh pasti institut sukan sudah boleh berdikari tanpa ada bantuan daripada pihak kerajaan. Jadi, secara tidak langsung kita boleh menjimatkan wang kerajaan. Itu persoalan saya yang pertama. Persoalan saya yang kedua ialah industri sukan negara ini, di mutakhir ini nampaknya diserang dengan gejala-gejala yang negatif termasuklah gejala rasuah di dalam industri bola sepak.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya sudah kurang pasti banyak lagi gejala-gejala negatif yang berlaku di dalam industri sukan, tetapi Institut Sukan Negara nampaknya tidak mengambil kira soal nilai-nilai yang akhirnya yang akan rosak akibat daripada kelemahan gejala negatif ini ialah nama negara, yang akhir rosaknya adalah atlet-atlet, pemain-pemain dan yang akan kecewanya ialah peminat-peminat sukan tersebut. Jadi, inilah perkara yang perlu diteliti oleh pihak Institut Sukan Negara. Jadi adakah Institut Sukan Negara juga mengambil kira tentang nilai- nilai kerohanian supaya atlet ini dibimbing dengan semangat untuk memperkasakan sukan dan untuk mengharumkan nama negara Malaysia dan sebagainya. Terakhir sekali yang ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan rang undang- undang ini, yang pada pandangan saya, ada beberapa kesan yang kemungkinan sekiranya tidak dikawal akan memberikan kesan yang cukup kurang baik kepada Institut Sukan Negara iaitu di bawah fasal 41 dan 42, berkaitan dengan penubuhan syarikat. Apabila ada sesuatu institusi menubuhkan syarikat di bawah Akta 125, bermakna syarikat yang bertaraf Sendirian Berhad ini mempunyai authorities tertentu. Kadang- kadang, oleh sebab dia syarikat milik institut, perniagaannya boleh sampai tahap jutaan ringgit dan biasanya banyak syarikat yang seperti ini sekiranya tidak dikawal akan melibatkan kerugian dan yang akan menanggung kerugian ini ialah wang daripada kerajaan sendiri, daripada institut yang kadang-kadang terpaksa dibail out. Ini terlalu banyak contoh kewujudan syarikat-syarikat di bawah institusi-institusi kerajaan yang tidak mempunyai daya saing yang hanya mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan. Kadang-kadang, tender diberi kepada syarikat-syarikat tersebut secara runding terus tanpa ada tender secara terbuka.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Biasanya syarikat-syarikat ini akan mudah dapat kerana dia merupakan anak syarikat kepada institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan walaupun harganya lebih mahal, semata-mata kerana hendak memberikan keuntungan. Jadi kita perlu ketelitian dalam perkara ini. Begitu juga bantuan kewangan kepada syarikat yang ditubuhkan oleh institut di bawah perkara 41 tadi. Sudah barang pasti Yang Berhormat Menteri kadang-kadang dengan menggunakan budi bicara dan kuasa yang ada ini boleh memberikan kepada mana-mana syarikat kroni ataupun mana-mana company semata-mata untuk hendak memberikan tender, projek dan sebagainya secara sewenang-wenangnya. Jadi Yang Berhormat Menteri, itulah sedikit sebanyak pandangan saya. Mudah-mudahan rang undang-undang ini dibentangkan dan diluluskan ia akan memberikan implikasi yang baik untuk sukan negara. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ramai yang berminat untuk berbahas untuk rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, saya akan memanggil Yang Berhormat Arau dahulu.

Datuk Ismail KassimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Akta Institut Sukan Negara yang melibatkan penubuhan Institut Sukan Negara bagi menyatakan fungsi dan juga kuasa institut dan untuk mengadakan peruntukan perkara-perkara lain yang berkaitan ataupun yang bersampingan dengannya. Pada dasarnya saya amat menyokong penuh penubuhan Institut Sukan Negara ini yang akan digerakkan menerusi kuasa-kuasa perbadanan yang membolehkan pelantikan ketua pegawai eksekutif dan memastikan bahawa institut bergerak dalam satu landasan yang lebih tepat dan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan sukan dunia sekarang.

Datuk Ismail KassimUMNO · BNArau

Ia lebih menjurus kepada penggunaan sains sukan dalam teknik latihan bagi boleh melahirkan kecemerlangan di kalangan atlet yang berada di peringkat persada antarabangsa. Jadi secara tidak langsung kita dapat melihat bahawa satu dimensi baru yang boleh diperkenalkan menerusi penubuhan ISN ini iaitu dengan kita menggunakan kaedah-kaedah pemerhatian yang lebih saintifik dan lebih terperinci bagi memastikan bahawa atlet yang kita lahirkan ini mereka dapat berjaya ke peringkat yang kita banggakan iaitu di peringkat Sukan Olimpik, dunia dan sebagainya. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan soal fizikal. Kita boleh lihat bidang sukan yang tidak melibatkan soal-soal fizikal. Ini kerana kalau melibatkan fizikal pun kalau kita ada satu kaedah yang terperinci dari segi teknik latihan terkini, kita boleh juga bersaing di persada antarabangsa. Ini kerana umum mengetahui bahawa Korea dan Jepun dahulu pun bukan berada dalam ketinggian yang mereka miliki sekarang. Akan tetapi di kalangan rakyat sekarang dari segi pemakanan yang ada, menyebabkan mereka melahirkan warga-warga yang baik dari segi fizikal, tinggi dan sebagainya dan mereka lihat mereka sebaris dengan negara-negara maju dari segi kecemerlangan di bidang sukan. Misalnya memanah, badminton dan lain-lain yang kita lihat sebenarnya boleh dicapai hasil daripada contoh-contoh yang telah dicapai oleh beberapa atlet negara seperti di bidang squash, Nicol David misalnya. Kalau Nicol berlatih di negara kita, mungkin Nicol tidak mendapat kekuatan seperti pemain nombor satu dunia dalam keadaan yang begitu lama. Akan tetapi teknik latihan yang telah diamalkan oleh Nicol David di Netherland, di Holland misalnya, di bawah jurulatih yang mengamalkan kaedah-kaedah yang melibatkan fizikal dan juga kaedah-kaedah observation (pemerhatian) yang begitu mendalam, menyebabkan kita lihat Nicol yang kecil sahaja saiznya tetapi berlatih di Belanda, dia telah dapat membina satu tahap fizikal otot-otot yang cukup kuat dan sasa. Malah, kita lihat belum ada lagi bintang-bintang yang mampu menewaskannya secara berterusan menurunkannya daripada ranking pertama dunia yang didudukinya sekarang. Jadi apabila ISN berada pada tahap ini, kita merasakan dahulu, walaupun bukan saya hendak menyatakan bahawa ISN tidak bergerak cergas semasa berada dalam Majlis Sukan Negara tetapi kuasa yang lebih terhad ini menyebabkan ISN dan MSN boleh menumpukan kepada soal-soal polisi pembuat dasar. Di sini saya ingin juga menegurlah Ketua Pengarah MSN, Dato’ Zolkples Embong. Kalau dalam bidang sukan ini, persatuan- persatuan sukan seperti tekwando, badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya, janganlah kita keluarkan kenyataan di akhbar terlebih dahulu. Ini kerana urusan Ketua Pengarah MSN ini dia lebih kepada menyelesaikan kemelut yang berlaku dengan persatuan-persatuan sukan. Jadi tidak perlulah publish di paper. Kalau soal ujian air kencing, doping test misalnya, pun hendak dibawa. Sedangkan kita sudah ada sekumpulan atlet yang hebat yang boleh diketengahkan dalam acara 4x100 meter misalnya. Akan tetapi tiba-tiba Norjannah Hafizah Jamaluddin, Nurul Sarah Kadir, Siti Fatimah Mohamad, Siti Zubaidah Adabi, Mohamad Noor Imran ini tiba-tiba keluar. Keluarga malu, melibatkan mereka hilang moral, rendah moral untuk mereka kembali menjadi atlet yang boleh berdaya saing bukan sahaja di persada Asia, bahkan di peringkat antarabangsa. Jadi apa-apa yang melibatkan soal-soal persatuan, jangan kita keluarkan. Ketua Pengarah MSN bukan perlu mencari publisiti seperti ini. Publisiti dia cukup untuk dia mewujudkan kalau negara berjaya, kita menang dalam acara-acara tertentu. Misalnya kita melahirkan atlet berbasikal dalam acara keiren yang membanggakan. Jadi hasil daripada pendekatan sains sukan yang telah dibuat. Jadi ISN yang lebih berfokus dalam keadaan yang cukup terhad dalam pergerakan dan pentadbiran sekarang, insya-Allah apabila akta ini kita luluskan di Dewan pada hari ini, kita berharap ianya akan lebih mengorak langkah menjadi sebuah institut yang bukan sahaja boleh melahirkan atlet- atlet cemerlang kerana kita dapat, untuk membina seorang atlet yang cemerlang bukan senang dengan pendekatan yang ada sekarang. Menerusi kaedah pemerhatian yang saya katakan tadi, kita dapat mengetahui kemampuan atlet di bahagian mana sebenarnya fizikal yang harus dibina bagi seseorang atlet bagi mereka menjadi cukup cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi...

[Bangun]

[Bangun]

Datuk Ismail KassimUMNO · BNArau

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, dia belum habis lagi Yang Berhormat Sri Gading. Dia bagi saya celahan, saya mencelah. Tuan Yang di-Pertua, saya cuba menghubungkaitkan hujah yang dibawa oleh Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Kuala Kedah serta Yang Berhormat Arau yang mana di sana tumpuan perlu diberikan kepada sukan-sukan vital. Kita tidak boleh menjadi dengan izin, jack of all trades, master of none. Kekhuatirannya nanti apabila kita cuba memfokuskan kepada semua jenis sukan, tetapi kita gagal untuk mendapat satu-satu sukan dan negara kita nanti boleh dijenamakan dengan sukan tersebut. Sebagai contoh, Micheal Chang. Micheal Chang dahulu kita tidak pernah tahu seorang pemain tenis ini boleh berukuran 5 kaki 6 inci dan menjadi juara Wimbeldon, dan hari ini Li Na Jiang juara juga. Jadi di sana sebenarnya saya hendak kaitkan bagaimana kalau boleh Institut Sukan Negara nanti juga mempunyai hubungan-hubungan rapat dengan universiti- universiti, seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan sebagainya yang mana mereka juga meletakkan sukan ini sebenarnya sebagai faktor utama untuk memilih pelajar dari sekolah-sekolah menengah atau high school mereka. Contohnya di bidang American Football, di bidang baseball dan juga basketball (bola keranjang). Mereka meletakkan ini sebagai prasyarat utama jika mereka memerlukan biasiswa masuk ke universiti. Mereka perlu juga berprestasi tinggi dalam bidang basketball yang akhirnya mereka ini akan menjadi profesional yang didrafkan di dalam pemilihan-pemilihan untuk menjadi pemain-pemain profesional bertaraf antarabangsa. Jadi, apa kata Yang Berhormat Arau kalau kita lihat juga program-program yang ada di dalam Institut Sukan Negara nanti supaya memfokuskan kepada beberapa bidang sukan yang benar-benar boleh mencapai ke kemuncak dan negara dikenali kerananya nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau di sini sekejap.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila kita melihat tentang pewujudan rang undang-undang untuk Institut Sukan Negara ini dan ini suatu tindakan yang kita harus puji atas inisiatif kerajaan untuk memastikan sukan ini menjadi suatu..., salah satu brand yang akan menjadikan negara Malaysia ini dikenali di mata dunia. Saya hendak tanya pandangan ataupun Yang Berhormat Arau panjangkan kepada pihak kementerian iaitu rang undang-undang ini kelak nanti bila dikuatkuasakan adakah institut ini akan hanya ia berfokus kepada suatu benda yang terlalu umum ataupun sejak daripada awal penguatkuasaan ini nanti pihak pengurusan ini akan mengkaji suatu bidang sukan. Sukan yang walaupun barangkali kita tidak ada kekuatan di peringkat awal ini akan tetapi ia akan menjadi suatu sukan yang akan kita terkenal di seluruh dunia. Kalau mungkin takraw sekarang pun negara lain sudah maju, bidang silat pun negara lain boleh menyaingi kita. Why not this time around that bukan the last result kita akan perkenalkan suatu bidang yang akan menjadi satu kekuatan kepada institut ini, menjadi fokus dan dihubungkan dengan universiti untuk dibuat kajian jangka masa panjang.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya daripada Tangga Batu dan Silam. Saya sebenarnya kalau kita melihat apabila Yang Berhormat Tangga Batu membangkitkan soal Michael Chang, Li Na dan sebagainya. kalau kita melihat pemain-pemain bola sepak terkenal seperti Messi, Anesta, Xavi, dan mereka bukan berada dalam keadaan fizikal yang tinggi. Malah mereka mempunyai skil sahaja yang mampu mencorakkan perlawanan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kita lihat perlawanan akhir Piala Eropah baru-baru ini di antara Barcelona dengan Manchester United. Kita lihat Manchester United yang mempunyai ketinggian 5’8, 5’9 seolah-olah diperbudakkan oleh pemain Barcelona dengan menggunakan hantaran pendek. Bermakna kata kita ada taktik yang boleh diketengahkan untuk mengatasi kekurangan dari segi fizikal. Kalau kita ada kemampuan yang seperti ini. Pokok pangkalnya kita apabila ISN ini diperkasakan melalui kuasa-kuasa institut yang akan diberikan autonomi penuh kepada institut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Saya rasa sahabat saya Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Tangga Batu, akan bersetuju dengan saya supaya di sini kita akan dapat menilai di mana bahagian kelemahan-kelemahan dari segi fizikal dalamannya yang perlu dibangunkan. Otot, saraf dan lain-lain yang boleh memberikan di situ tumpuan latihan akan diberikan. Ini seperti mana yang, Yang Berhormat Menteri sendiri telah bangkitkan bahawa Azizulhasni kita bangunkan dengan menggunakan pendekatan sains sukan. Kita lihat Azizulhasni sekarang berada dalam ranking pertama dalam acara keirin dan adalah di antara atlet yang diharapkan mendapatkan akan mendapat pingat emas insya-Allah di sukan Olimpik yang akan datang. Ini fokus yang telah kita dan telah terbukti ianya kalau lihat dari segi fizikal memang, dari segi otot kemampuan sudah tentu dia tidak mampu bersaing dengan pelumba-pelumba yang daripada negara Barat yang fizikalnya adalah cukup besar. Akan tetapi latihan yang begitu sistematik, soal-soal fizikal dalaman dan luaran yang ditekankan menerusi pendekatan sains sukan ini kita melihat perkara ini akan mendapat di atasi oleh pihak ini. Jadi kita berharap bagaimana ISN apabila diperbadankan kita berharap mendapat tajaan. Apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian setakat ini dalam merancang bagi memastikan bahawa kita mendapat penaja-penaja yang lebih besar untuk membangun di peringkat awal. Kemungkinan keperluan-keperluan kepada peralatan-peralatan yang agak canggih memerlukan kos yang agak besar. Sudah tentu kita perlukan penajaan daripada syarikat-syarikat konglomerat yang ada di negara kita yang boleh terlibat secara langsung menaja dalam bidang ini. Ini kerana kita sedia maklum bahawa umumnya kecederaan dalam kebanyakan peserta-peserta sukan kita sekarang yang pergi membuat treatment ataupun rawatan di sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta, mereka sebenarnya boleh menyebabkan mereka tidak menamatkan karier mereka terlalu awal. Oleh kerana pendekatan di hospital- hospital pakar ini mereka tidak menjuruskan kepada sains sukan yang mereka terus membuat pembedahan yang sebenarnya yang menyebabkan atlet berkenaan, kalau dia pemain bola sepak dia sudah tidak dapat bermain lagi apabila lutut pembedahan yang dibuat pada keadaan yang tidak sepatutnya. Kalau dengan adanya ISN ini dia...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Ada kaedah-kaedah tertentu yang lebih sistematik bagi membolehkan bahawa atlet ini dirawat...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Silam.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Dengan mengikut kaedah-kaedah yang lebih terperinci, pakar-pakar dalam sains sukan yang kadang-kadang ianya tidak perlu dibawa kepada peringkat pembedahan dan sebagainya.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Silam yang terakhir, sebab Yang Berhormat Sri Gading...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Hendak berkongsi ataupun adakah Yang Berhormat Arau bersetuju ataupun hendak bagi cadangan kepada kementerian.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Oleh sebab sekarang ini bila Institut Sukan Negara akan diwartakan dan berkuat kuasa, kita ini sebelum kita melahirkan ahli sukan, adakah nanti Institut Sukan Negara ini juga akan mengambil satu pendekatan bagaimana mengatasi masalah-masalah birokrasi dalam persatuan-persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan sukan di negara kita ini yang belum lagi pun berjaya melahirkan atlet yang cemerlang di peringkat antarabangsa. Akan tetapi kita di..., ada kekangan dari segi persatuan-persatuan ini. Jadi adakah nanti Institut Sukan Negara ini boleh terlibat secara langsung untuk membuat satu kajian yang terbaik bagi membolehkan persatuan-persatuan ini boleh membantu untuk melahirkan atlet-atlet yang cemerlang di masa akan datang. Mohon.

Mohon Yang Berhormat Arau. Sikit-sikit tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya juga ingin memberi pandangan kalau boleh. Sudahnya tertubuhnya ISN ini terutamanya persatuan-persatuan sukan yang akan terbimbing di bawah ISN dan juga Majlis Sukan Negara. Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin ataupun pengerusi-pengerusi badan sukan ini haruslah terdiri daripada mereka yang profesional ataupun yang terlibat dalam bidang tersebut. Jangan kadang kala ada satu-satu persatuan ataupun kesatuan yang berdaftar berebut-berebut orang-orangnya. Orang politiklah, orang itu yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang itu untuk duduk sebagai pengerusi ataupun ketua persatuan sukan ini. Kita mengharapkan supaya benda ini dipilih secara profesional supaya kemajuan sukan yang akan datang berdasarkan kepada kepimpinan ataupun pengalaman pengerusi itu sendiri. Terima kasih.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Labuan dan juga Yang Berhormat Silam. Pada pandangan saya bukan soal politik atau tidak politik. Soal ia adalah keikhlasan. Kalau kita melihat kita minat dalam bidang sukan berkenaan kita menceburi dan niat untuk memegang jawatan kita harus menyumbang perkhidmatan sebenarnya. Menjadi tidak betul di sini ialah nawaitu kemasukan pun sudah jadi tidak betul untuk mempopularkan diri dan di situ menjadi satu lead ataupun landasan untuk dia hendak melompat hendak menjadi terkenal. Itu yang menjadi masalah. Seperti yang saya katakan tadi benda-benda yang berlaku dalam satu persatuan itu ibarat ribut dalam cawan, dia tidak perlu dihebah-hebahkan. Tidak perlu panggil pemberita. Ini masalah dalaman, masalah anak-anak, masalah adik beradik.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Buat apa kita hendak selak kain dalam air bah sampai peringkat yang memalukan kita. Tidak perlu. Jadi di sini yang saya hendak bangkitkan.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tidak perlu dijadikan satu landasan untuk kita membuat satu tindakan-tindakan yang hanya menguntungkan diri kita, mempopularkan diri kita. Akan tetapi hakikat sebenarnya kita tidak menyelesaikan semua permasalahan ini. Silakan.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Labuan ini soal politik dalam industri sukan ini. Dia sudah menjadi barah sehinggalah seolah-olah kalau Menteri Besar itu tidak jadi presiden bola sepak negeri itu menjadi satu kesalahan sehingga termasuk di dalam perlembagaan ataupun peraturan pertubuhan bahawa mesti yang akan menjadi presiden kepada persatuan bola sepak ini ialah Menteri Besar. Kenapa? Sedangkan dia tidak ada kepakaran. Dia tidak ada pengetahuan, dia tidak ada mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Akhirnya industri sukan ini menjadi masalah juga. Itu dalam bab itu. Dalam bab yang lain, sedikit lagi ini kritikan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Kadang-kadang membina padang futsal di kawasan Parlimen juga dipolitikkan. Hinggalah kawasan-kawasan yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat dilambat-lambatkan, sehingga ada yang tidak ada. Kalau ada pun di tempat-tempat tertentu sahaja. Ini juga menyebabkan kerosakan kepada industri sukan kerana dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Minta penjelasan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Sebenarnya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Kedah sahabat saya yang sealiran dalam bidang pertanian. Saya hendak bagi tahu tentang persatuan sukan negeri. Dia ikut perlembagaan yang dibuat oleh persatuan bola sepak negeri, dia ikut perlembagaan yang dibuat oleh tiap-tiap persatuan bola sepak negeri.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Negeri-negeri seperti Perak, Melaka, Perlis, jawatan presiden persatuan tidak semestinya terdiri daripada Menteri Besar. Hanya ada beberapa negeri sahaja yang meletakkan Perlembagaan sebegitu rupa supaya Menteri Besar pegang, ada duit untuk pembangunan bola sepak. Itu sahaja sebab bola sepak ini kalau di peringkat negeri, negeri yang tidak ada duit, memang negeri itu kita lihat prestasinya merudum. Seperti Terengganu contohnya, apabila kita lihat pembangunan sukan dibuat Terengganu setiap kali SUKMA, dahulu Terengganu SUKMA pertama tidaklah sehebat mana tetapi selepas menjadi tuan rumah, mereka telah menjadi juara keseluruhan sampai sekarang. Telah terbukti bahawa Terengganu telah berjaya melahirkan atlet-atlet terbaik dan terbaru dalam bola sepak menjuarai Piala FA. Bermakna kata Menteri besar pegang, Menteri Besar ada kemampuan kewangan dan beliau pegang, orang-orang lain akan memberikan sumbanganlah. Jadi, di situ ada pergerakan. Memang tidak dinafikan bahawa persatuan sukan tidak dapat bergerak dengan aktif tanpa bantuan kewangan. Ini yang berlaku. Kedua, seperti mana Yang Berhormat Kuala Kedah bangkitkan tadi, saya di kawasan saya yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat pun saya buat awal pun tidak ada masalah. Tidak ada diskriminasi sedikit pun, yang saya melihat ialah tempat belia untuk bermain. Tidak ada masalah mungkin di Kuala Kedah saya tidak tahu. Akan tetapi di Parlimen Arau memang dibuat awal pun, di DUN Sang Lang dan DUN Simpang Empat didirikan yang pertama sekali, siap pertama. Tidak ada diskriminasi dan tidak ada larangan ditulis di situ, ”Hanya untuk orang-orang ini sahaja” , tidak ada, boleh bermain. Ini untuk pembangunan generasi muda. Kita tidak payah fikirkan, itu perkara kecil sahaja hendak dijadikan politik. Tidak payahlah, kita cari benda lain yang lebih besar.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Akan tetapi yang menguruskan itu JKKP yang kadang-kadang kalau kawan-kawan kita hendak pergi, tidak dapat kebenaran itu. Itu antara perkara kecil.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Itu saya tidak tahulah di kawasan Yang Berhormat. Akan tetapi di kawasan saya sebenarnya perkara ini tidak berlaku kerana kita ada etika- etika yang perlu kita buat dalam kita menjadi pemimpin yang kita kena pertahankan di sini. Yang Berhormat Padang Terap, sila.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang Berhormat Arau sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak respons sedikit apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau. Saya rasa ini satu perkembangan yang cukup baiklah berlaku di Arau. Akan tetapi kami kalau tempat kami di Padang Terap, yang Timbalan Menteri turun rasmi padang futsal, kami pun tidak dijemput. Akan tetapi gunakan tanah yang hak milik kerajaan negeri. Jadi, ini satu. Saya rasa ia boleh meruntuhkan perkembangan sukan dalam negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Untuk makluman Yang Berhormat Padang Terap, saya sebenarnya tidak setuju kalau soal melibatkan pembangunan generasi kita sama ada di bidang sukan dan pembangunan belia dan sebagainya ini.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kalau kita hendak jadikan ini sebagai asas politik termasuk juga mereka yang masuk dalam persatuan sukan dan mereka merasakan ini tempat untuk mereka membuat lonjakan dalam mempopularkan diri masing-masing, itu bukan satu cara yang beretika. Banyak cara lain, sebab ini memerlukan komitmen yang total, yang menyeluruh, yang memerlukan kita lagi bertanggungjawab. Baru sesuatu bidang yang kita buat akan mencapai kejayaan termasuk bidang sukan yang kita harap akan memberikan impak ataupun kecemerlangan terutamanya dalam bidang sukan yang menjadi tumpuan negara kita untuk kita berjaya di persada antarabangsa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bagi yang muda-muda ini. Yang lama-lama itu sudahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada peluang lagi... [Ketawa]

Kerana memberikan peluang kepada saya. Saya terlibat langsung dengan sukan ini. Menjadi Yang di-Pertua Sepak Takraw Negeri Johor. Jadi, arif sangatlah sedikit sebanyak tentang sukan. Saya melihat ini sebagai satu lagi usaha yang benar-benar dizahirkan oleh kerajaan kita khususnya Kementerian Belia dan Sukan dalam memajukan sukan di negara kita ini. Saya ucap tahniah, syabas kepada pihak kementerian. Walaupun mungkin agaknya terlambat tetapi belum terlewat... [Ketawa] Tahniah dan terima kasih. Apa juga dan bagaimana institusi sukan ini akan dilaksanakan tentulah tujuannya tetap pergi kepada matlamat asas iaitu untuk melahirkan atlet sukan yang mampu menjuarai apa juga arena sukan, jenis sukan bukan sahaja di peringkat negara tetapi tentulah di peringkat yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa. Saya melihat mengikut pengalaman saya ada tiga perkara yang harus agaknya ISN ini nanti boleh memainkan peranan penting. Yang pertama, tentang kejurulatihan. Saya rasa Yang Berhormat Kepong pun bersetuju dengan saya, kita mempunyai tenaga, pemain, ahli sukan tetapi kadang-kadang latihan kepada mereka, jurulatih yang berkelayakan, jurulatih yang benar-benar berkualiti tinggi diberi kepada tiap-tiap sukan yang berkaitan. Jadi, soal kejurulatihan ini kalau boleh dipandang menjadi keutamaan. Selain yang kedua, sama dengan Yang Berhormat Kuala Kedah, soal kewangan, soal fulus. Yang Berhormat Kepong tahu fulus? Soal duit. Itu yang tadi kata lantik Menteri Besar menjadi Yang di-Pertua itu bukan syor sangat dengan Menteri Besar itu, fasal Menteri Besar ini boleh membawa pulangan duit. Kalau saya pun menjadi Menteri Besar, saya akan jadi Yang di-Pertua Presiden Bola Sepak peringkat negeri. Ini soal itulah, soal duit. Soal yang ketiga, ini pengalaman. Soal kerjasama, dari semua pihak yang memang menjunjung, menghargai ahli-ahli sukan. Kadang-kadang yang bekerja dengan pihak-pihak tertentu, kerajaan umpamanya, apabila mereka ada latihan pusat, ada pertandingan di peringkat negara, soal cuti tidak dapat... [Ketawa] Soal cuti, saya menyediakan pasukan sepak takraw peringkat negeri umpamanya, bermain di peringkat kebangsaan, pemain-pemain ini bekerja dan hendak mohon cuti, payah hendak menulis surat itu, surat ini. Menggunakan orang-orang tertentu untuk lobi supaya pemain kita dapat cuti. Ini soal kerjasama terutama dari pihak-pihak swasta di mana ahli-ahli sukan kita bekerja. Kalau ISN ini apabila kita luluskan, insya-Allah nanti, akan dapat menyelesaikan perkara-perkara seperti ini. Membantu sangat. Institusi ini juga perlu melihat pencapaian sukan dalam negara yang menjadi sukan teras. Tengok umpamanya, sepak takraw dahulu hebat tetapi sekarang sudah merudum. Banyak sebablah Yang Berhormat Kepong, ia merosot ini.

Pertama, seperti mana yang saya kata tadi. Jadi, apakah sukan sepak takraw ini tidak mahu dilihat sebagai sukan yang boleh memberikan satu yang boleh menguntungkan masyarakat kerana dia lebih mudah, lebih murah. Akan tetapi kalau tidak diberikan bantuan, diberikan dorongan, takut sukan yang menjadi teras kepada negara ini yang dimainkan di kampung-kampung takut esok akan hilang. Apabila kita kalah di peringkat antarabangsa atau di peringkat Asia, jadi mutu permainan ini ataupun kemahuan permainan ini akan berkurangan. Yang Berhormat Kepong pandai main sepak takraw.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang Berhormat Sri Gading setakat ini yang dihujahkan itu adalah munasabah... [Ketawa] Setakat ini, belum tahu lagi itu. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan ini dengan adanya, saya ada lihat institut ini kelak kita menguatkuasakan rang undang-undang ini, macam mana kita boleh mewujudkan komitmen bukan sahaja dengan Menteri atau Timbalan Menteri, semua pihak, pemimpin sukan di negara ini, satu komitmen, satu semangat yang benar-benar hendak melaksanakan apa yang terkandung dalam rang undang-undang ini. Ini adalah sebab kalau kita lihat bola sepak, bukan main kita cemerlang pada 20 atau 30 tahun yang lampau. Sukan sepak takraw pun begitu juga tetapi kelemahan- kelemahan timbul, walaupun sering sekali Yang Berhormat Muar ada cakap di sini, kalau sifat dia itu, kalau ada yang jaguh dan yang menang, dia memang hendak menonjolkan diri bersama dengan jaguh-jaguh itu. Kalau orang yang kalah dia tidak berminat seolah-olah sukan kita ini, penjelasan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita boleh menukar sifat dan sikap seperti sikap ini Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sebanyak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong, kalau Yang Berhormat Menteri duduk di sebelah sini, Yang Berhormat akan menoleh di sebelah sini kah?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kalau begitu saya akan menoleh ke semua sudut lah, bukan setakat itu sahaja. Macam mana Yang Berhormat Sri Gading kerana dia ada pengalaman di dalam sukan. Kita boleh menyemai komitmen dan semangat kepada semua kepimpinan supaya tahap dan kualiti serta standard sukan di negara ini dapat meningkat lagi.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kepong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Setakat ini macam mana Yang Berhormat?

Setakat ini saya setuju sangat dengan apa yang disarankan oleh beliau. Memang kita mengharapkan komitmen daripada berbagai-bagai pihak dan ini juga boleh Yang Berhormat Kepong, menjadi alat perpaduan di kalangan kita kerana sukan ia tidak mengira bangsa, tidak mengira fahaman, ia adalah sukan. Jadi, bolehlah mudah-mudahan menjadi satu daripada alat untuk bersama-sama membangunkan sukan, bersama-sama memajukan sukan serta menjalinkan hubungan persahabatan dan kekerapan perpaduan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kepong, bagaimana yang ditunjukkan tadi iaitu permainan bola sepak Korea. Korea dahulu jauh di belakang kita tetapi hari ini permainan bola sepak kita jauh tercicir di peringkat ranking dunia, agaknya kita ke berapa? Ke 145 atau 152, tidak tahu saya, 149 atau tidak ada ranking langsung. Sedangkan kemudahannya stadium kita beratus-ratus juta, berpuluh juta. Rumputnya boleh kita buat baring kalau hendak dibandingkan dengan Burma, Vietnam, Sudan atau Ivory Coast. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar, tidak tahu, mungkin Yang Berhormat Kuala Kedah ada maklumat. Korea Selatan ini kekuatan dia ialah kerana dalam bajet negaranya termasuk bajet bola sepak ini, dia begitu berikan keutamaan maknanya whatever cost lah mesti dibelanjakan untuk sekian-sekian peruntukan untuk kemajuan dan pembangunan bola sepak. Akan tetapi kita tidak, kita tidak ada dan saya rasa jauh lagi kita nampaknya.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Sri Gading sedikit laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Apabila Yang Berhormat Sri Gading bangkitkan soal contoh Korea. Saya terpanggil untuk berkongsi bersama dengan Yang Berhormat Sri Gading iaitu pertama, pembangunan bola sepak di Korea, Jepun dan di China. Insya-Allah akan menjadi kuasa baru dalam bola sepak Asia dan di dunia, dibangunkan seawal umur di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Seawal umur 13 tahun, pemain-pemain skuad pelapis yang diramalkan macam kita adakan Parlimen Belia nanti insya-Allah, bakal pemimpin negara. Seawal umur 13 tahun ini, pemain-pemain ini dihantar berlatih di negara-negara Amerika Latin. Pada umur 19 tahun, mereka balik ke negara berkenaan, sebab itu pemain- pemain ini mampu bermain di kelab-kelab ternama, sekarang ini di Liga England, di Jerman dan di Rusia, ada pemain Korea, ada pemain Jepun, ada pemain China di sekalipun. Jadi, ini yang saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Sri Gading dan untuk berkongsi pengalaman dalam hal ini.

Saya baru balik Beijing pada Ahad lepas. Apa Yang Berhormat Arau katakan, itu yang saya jumpa di Beijing, umur lima tahun sudah dilatih macam mana bermain ping pong, ini yang saya jumpalah. Maknanya tidak hairan dan jangan kita terperanjat China akan menjadi bukan sahaja kuasa di peringkat badminton malah bola sepak esok, kalau itu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Arau. Saya tidak jumpa lagi tetapi ping pong ini saya nampak, maknanya ia menyediakan pelapis dari peringkat umur yang begitu muda dan mereka akan memberi segala bantuan, mereka pandang sukan ini sebagai satu benda yang sangat penting bagi mereka. Saya memang tidak terperanjat kalau China akan menjadi kuasa besar dalam sukan di peringkat di dunia ini. Akan tetapi kita itulah, tidak tahu kita macam mana ISN ini nanti yang telah kita luluskan. Macam mana agaknya tindakan-tindakan yang berbeza daripada yang ada pada hari ini untuk menentukan atlet-atlet kita, peserta atau pemain sukan kita akan dapat agaknya galakan-galakan yang luar biasa, yang berbeza daripada yang lepas-lepas, yang mereka dihargai, diberikan pertolongan dan diberikan bantuan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kota Belud dahulu, nanti Yang Berhormat Silam kemudian.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin kembali kepada ucapan awal Yang Berhormat Sri Gading mengenai dengan kepimpinan persatuan-persatuan sukan ini. Walaupun mungkin setiap kali kita membangkitkan isu ini, kita selalu berdepan dengan satu alasan bahawa kalau ia dipimpin oleh ketua kerajaan ataupun royalti ataupun pihak Istana. Kita selalu gunakan alasan untuk senang mendapatkan kewangan. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, untuk memberikan kewangan ini sebenarnya Ketua Menteri atau Menteri Besar memang punyai tanggungjawab. Pertama, seperti mana Yang Berhormat kata tadi kalau pasukan mereka yang menang, lagi dia suka. Akan tetapi yang lebih penting ialah apabila mereka menjadi pemegang atau ketua kepada persatuan ini atau eksekutif, yang menjadi masalahnya ialah dari segi pengurusan. Pengurusan yang memerlukan keputusan presiden persatuan tersebut.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi, dari segi wang satu hal. Akan tetapi, menjalankan tugas merancang dan sebagainya mungkin memerlukan kelulusan presiden. Oleh sebab itulah. Ini kalau Ketua Menteri atau Menteri Besar yang memegangnya, mungkin susah sedikit untuk mereka bertindak. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Silam, bagaimana? Terima kasih sahabat Yang Berhormat Sri Gading dan Tuan Yang di-Pertua. Apabila ISN ini nanti diwujudkan, apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading dari segi kerjasama untuk jangka masa panjang? Ini kerana kalau kita melihat Korea, dia menghantar Cha Bum Kun ke Jerman untuk bermain dalam kelab bola sepak di negara tersebut. Sekarang ini, sudah ramai warga Korea yang bermain di kelab-kelab ternama. Adakah pandangan Yang Berhormat Sri Gading memohon kepada pihak kementerian mencadangkan supaya ISN ini dalam jangka masa panjang kita buat training programme dengan pusat-pusat latihan yang sudah berjaya melahirkan atlet-atlet terkenal di dunia ini seperti misalnya di Jamaica. Sekarang ini siapa yang tidak kenal dengan Usain Bolt yang sudah - Kita nampak sendiri negara Amerika Syarikat itu sudah tidak boleh melahirkan bintang sedangkan ketika dahulu kita nampak Jamaica ini ia hanya menghantar pusat latihan sukan dia itu untuk melatih rakyatnya di beberapa buah tempat di Amerika Syarikat. Adakah nanti di masa akan datang ISN ini akan menghantar ataupun mengkaji satu pendekatan menghantar pengurusannya untuk belajar suatu bidang saintifik dari segi pengurusan untuk melahirkan sumber manusia yang ada kemahiran tinggi dalam bidang sukan ini?

Terima kasih sahabat-sahabat dan Yang Berhormat Kota Belud. Seperti Yang Berhormat Arau sebentar tadi, menjawab Menteri Besarkah, Royal familykah, dia yang penting keikhlasanlah. Kita lantik ini pun memang dalam pemikiran kita. Mereka inilah nanti yang mampu untuk membiayai peruntukan perbelanjaan yang besar yang tidak mampu oleh persatuan ataupun pasukan untuk membiayai kewangan. Akan tetapi bergantung baliklah seperti jawapan Yang Berhormat Arau sebentar tadi...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, sahaja hendak tambah sedikit. Ini sahaja berkenaan ini. Satu ayat sahaja. Apa yang saya katakan sebentar tadi ialah bukan soal peruntukan. Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Akan tetapi, apabila ada satu-satu keputusan memerlukan mesyuarat, yang memerlukan satu analisa, mencambahkan fikiran yang memerlukan presiden persatuan itu duduk bersama, adakah Ketua Menteri, Menteri Besar ataupun pihak Diraja ini mempunyai masa untuk betul-betul komited? Dari segi keikhlasan saya tidak mempertikaikan. Dari segi masa, komitmen itu.

Sepatutnya beliau sudah bersedia, patut beliau komitedlah. Sepatutnyalah, sepatutnya begitulah. Akan tetapi ya lah kadang orang Malaysia, orang Melayu ia alah apa?... [Disampuk] Bukan alah bisa tegal biasa. Ini...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

‘Malu alah’.

‘Malu alah’. Yang Berhormat Kuala Kedah tepat. ‘malu alah’ kita. Cuma itulah, susah hendak... Saya pun hendak bercakap...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau kita jadikan mereka penaung boleh atau tidak Yang Berhormat? Penaung sahaja?

Terserah kepada...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Cari duit, penaung sahaja.

Ya lah. Penaungkah? Penasihatkah? Terserah kepada pertubuhan persatuan itu sendiri. Ia ada ia punya...

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Sri Gading, saya rasa hendak - boleh tukar topik sedikit tidak? Ini kerana saya takut nanti tidak berpeluang untuk berucap.

Sebelum itu saya hendak menjawab Yang Berhormat Silam dahulu.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Selepas ini boleh beri peluang ya? Okey, terima kasih.

Jadi, saya haraplah apa Yang Berhormat Silam kata sebentar tadi, ISN ini akan dapat melakukannyalah. Saya tidak dapat hendak menjawab secara tepat. Terpulang kepada ISN nanti apa yang hendak dikatakan. Jemputlah. Saya memang alah dengan wanita. Jadi itulah...

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih.

Boleh Yang Berhormat Kepong, ya.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sri Gading. Sebentar tadi saya dengar banyak perbincangan, tetapi cuma saya hendak tanya di sini, mungkin pihak kementerian boleh menjawab melalui perbahasan Yang Berhormat Sri Gading. Bagaimanakah cara institut sukan ini dilaksanakan terutama sekali di peringkat negeri-negeri sama ada ia ditubuhkan di peringkat negeri juga ataupun mereka yang dari negeri ini dibawa bersama dalam institut sukan? Satu lagi ialah dari segi apa yang ada hari ini, kita ada sekolah sukan. Jadi, bagaimanakah peranan institut sukan diserapkan tugas-tugasnya? Bagaimanakah mereka mengambil program yang sudah ada dalam sekolah sukan ini dilaksanakan melalui institut sukan ini? Ini kerana saya nampak institut ini kalau ianya memang ditubuhkan, memang kita boleh membayangkan satu kebebasan yang begitu mutlak yang memberi peluang kepada institut sukan ini untuk menganjur, mengadakan program-program, dan yang penting sekali yang saya nampak boleh ada program penyelidikan. Satu lagi matlamat yang kita nampak ini, kita boleh melihatkan bahawa ahli-ahli sukan pun akan menjadi ahli sukan yang berilmiah, mempunyai ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi dalam bidang kesukanan bukan sahaja hanya melibatkan diri dalam sukan. Jadi, kita boleh melihat mereka yang terlibat dalam sukan di negara kita ini adalah mereka yang berilmu bukan sahaja seperti mana yang banyak berlaku di sini, kalau tidak pandai akademik pergi sahaja bersukan. Jadi, kita tidak mahu begitu. Jadi, dalam sukan pun mereka mempunyai keilmuan yang boleh dijadikan satu bakat yang boleh membawa mereka ke masa hadapan. Terima kasih.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Sri Gading, sambung sedikit. Sebelum Yang Berhormat Sri Gading bertukar tajuk walaupun Yang Berhormat Batang Sadong telah mengubah tajuk ke bidang lain tentang pengisian yang harus ada. ISN sebenarnya sudah wujud, telah ada pun. Akan tetapi cuma hendak diperbadankan sahaja, hendak diberikan kuasa lebih. Cuma di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan Yang Berhormat Sri Gading. Apabila Yang Berhormat Kota Belud membangkitkan soal kesatuan sukan, memegang jawatan sukan di peringkat negara kita sebenarnya mendapat pengiktirafan yang cukup besar di peringkat antarabangsa. Malah saya hendak beritahu Yang Berhormat Sri Gading, kalau kita pegang Exco Kesatuan Bola Sepak Malaysia sahaja, kita pergi ke luar negara, di negara-negara maju atau negara-negara Asia, kita pun dapat taraf VVIP. Malah orang politik pergi pun tidak dapat layanan yang sebegitu rupa. Sepp Blatter, FIFA, kalau dia datang sama taraf dengan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Itu pengiktirafan yang diberikan oleh negara-negara antarabangsa. Setiausaha Persatuan Lumba Basikal di negeri saya, Perlis kecil sahaja. Kerja dia bandaran, kerja dia kerja ahli majlis bandaran, pekerja biasa. Akan tetapi dia Ahli Komisar di peringkat Asia. Kalau saya pergi dengan dia ke Vietnam, dia naik Mercedes, saya naik teksi. Itu perbezaannya menunjukkan kata persatuan sukan ini diiktiraf begitu rupa di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu saya katakan tadi bukan soal Royal, bukan soal ahli politik, dan bukan soal siapa pun. Kalau mereka boleh duduk dan ada masa untuk mengisi bagi memastikan kelancaran dalam pentadbiran sesuatu persatuan, sesiapa pun boleh pegang dalam persatuan ini. Bukan soal siapa sahaja yang kita patut letakkan sebagai benchmark.

Beginilah Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong, dan Yang Berhormat Arau ucapannya masuk sebahagian daripada ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Senang. Berbalik semula kepada cadangan saya yang asal sebentar tadi. ISN, soal kejurulatihan, soal kewangan, soal kerjasama, dan semua pihaklah akan dapat dititikberatkan oleh ISN ini. Berubahlah daripada keadaan yang ada ini. Sebagai contoh, pasukan terjun kita. Apabila dia berlatih di negara China, dia dapat ranking dunia. Orang Malaysia, sama. Akan tetapi, disebabkan kejurulatihan, disiplin, dan kewangan, dia menyebabkan dia boleh masuk ke peringkat ranking dunia. Itu amat membanggakan. Berbalik kepada cadangan saya tadi supaya soal ini hendak dititikberatkan supaya benar-benarlah ISN kita nanti memberi nafas baru bukan...

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sibuti.

Saya sudah hendak tamat ini tadi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Apabila Yang Berhormat Sri Gading menekankan bahawa kejurulatihan ini sangat penting, jadi selalunya kita mendengar sukan kita di Malaysia ini kita mengimport jurulatih dengan beribu-ribu gaji diberikan sebulan, sedangkan yang ada di dalam negeri, jurulatihnya katalah Misbun Sidek compare dengan yang kita import dari Indonesia, gajinya jauh berbeza. Kalau boleh jurulatih kita ini kita hantar ke luar negara untuk berlatih lebih daripada apa yang beliau sudah ada pada masa ini supaya kita mendapat lebih lagi inputnya kepada jurulatih yang kita harapkan boleh membawa lebih kemajuan dalam sukan kita. Kedua yang saya ingin katakan di sini apabila kita menghantar beberapa orang kita berlatih di luar negara apabila balik ke sini dia bekerja semula di tempat dia bekerja, tidak diserapkan dengan Kementerian Belia dan Sukan supaya mereka terus dapat bekerja di kementerian itu melatih, mengajar anak-anak bangsa kita, mengapa dia mesti balik bekerja di bank, institusi yang lain. Kalau boleh diiktiraf dan diserapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti, saya bersetuju sangat. Kita sepatutnya menghantar jurulatih kita secara besar- besaran, kalau bola sepak, badminton, basikal dan macam-macam hantar, keluar lebih sedikit peruntukan untuk kejurulatihan ini. Jadi saya berharaplah Yang Berhormat Menteri kementerian akan melihat perkara ini dan mengambil perhatian apa yang telah Yang Berhormat Sibuti celahkan ini tadi supaya memberi penghargaan. Akan tetapi saya tengok ada trend menghantar atlet kita ataupun ahli sukan kita ke luar negara, ia ada dua jenis. Apakah sukan yang disertai mereka secara kumpulan atau secara individu. Kalau dia keluar atas permainan sukan individu, dia akan berkesan tetapi jika permainannya seperti bola sepak, kita hantar seorang dua akan balik ke sini dan akan menjadi kaku semula kerana timing latihan yang begitu pantas pun, permainan yang begitu pantas dan begitu tersusun apabila balik ke Malaysia dia berjumpa dengan pasukan dan kawan-kawannya yang tidak seirama dengannya dan menjadi kosong semula. Namun kalau badminton umpamanya ataupun bowling secara perseorangan dia boleh meneruskan kegemilangan latihan di luar negara ke dalam negara, itu perbezaan cara latihan sama ada secara kumpulan ataupun secara individu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu memanjangkan lagi hujah saya dengan senang hati dan begitu bersungguh-sungguh saya menyokong rang undang- undang ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Jerai.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberikan kesempatan pada petang yang mulia ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Institut Sukan Negara. Sebenarnya ia merupakan perubahan yang agak baik dan harapan baru kepada atlet negara kita dan insya-Allah satu masa nanti kalau industri sukan dalam negara kita ini. Cuma yang apa yang saya hendak sentuh adalah harapan supaya institut sukan ini di bawah KBS ini mesti memberikan publisiti yang menyeluruh kerana dengan publisiti itulah menjadikan rakyat Malaysia dan semua warga belia tertarik dengan sukan. Contoh yang saya cuba hendak bawa adalah SUKMA baru-baru ini yang berlangsung pada bulan Mei, acara bukan SUKMA bukan acara pilihan. Saya mewakili negeri Kedah, futsal. Saya mendapati bagaimana acara ini agak kurang publisitinya sehingga berlangsungnya perlawanan futsal lelaki dan futsal wanita ini tanpa penonton dan yang menonton adalah pemain, pemain lelaki menonton sewaktu beraksinya pertandingan futsal wanita selepas itu sebelah malamnya futsal wanita menjadi penonton kepada futsal lelaki. Sunyi sepi sekitar stadium di Seksyen 21, Shah Alam. Saya melihat kalau beginilah keadaannya Institut Sukan Negara tidak ke mana. Kerana pemain- pemain futsal di bawah umur 21 tahun sebagai pelapis, tujuan awal SUKMA dilahirkan dan diwujudkan sudah pastilah tidak mendapat sambutan. Oleh sebab itu saya melihat Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Sukan Negara ini mesti bekerjasama dengan Kementerian Penerangan supaya dapat memperbanyakkan publisiti agar membangkitkan suasana yang ada untuk menyambut kejohanan sukan setiap kali diadakan di dalam negara kita ini. Akan tetapi media kita lebih kepada promosi Bersih dan sebagainya mengakibatkan acara sukan tidak dapat diamati oleh rakan-rakan belia, itu yang pertama. Dengan adanya sains sukan yang diketengahkan, saya cukup bersetuju dan menyokong penuh hasrat kementerian ini, sebab saya pernah pergi bersama team bola sepak Malaysia mewujudkan kelab penyokong sukan kebangsaan ketika Piala Asia tahun lalu. Saya mendapati pemain kita diberi hidangan makanan tengah hari seperti kenduri kahwin, makanannya, minumannya sedangkan mereka adalah pemain yang akan beraksi di sebelah malam. Ini juga menimbulkan persoalan kami yang datang untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Jadi sudah tentulah sains sukan amat perlu dan penting kepada pendedahan kepada atlet negara kita dengan adanya Rang Undang- undang Institut Sukan Negara 2011 ini yang telah dikemukakan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi dan saya percaya ia akan memberikan tambahan maklumat baru kepada atlet di dalam negara kita ini. Kemudian saya juga bersetuju dengan perubatan sukan, yang cuba diketengahkan dalam Institut Sukan Negara ini kerana pemain kita, atlet kita apabila berlaku pembedahan kecil atau pembedahan, ia memakan masa enam bulan untuk beraksi semula. Sedangkan di luar negara, kita melihat hanya memakan tiga minggu sahaja kemudian atlet dapat beraksi seperti biasa, contohnya bola sepak. Pemain Kedah antara lain yang telah pun cedera memakan masa enam bulan untuk beraksi semula, bayangkan enam bulan berapa games perlawanan terpaksa dikorbankan. Maka ini di antara benda yang perlu diketengahkan supaya pembedahan dan juga pemakanan serta perubatan sukan dapat diketengahkan kepada atlet-atlet negara kita in. Kemudian yang ketiganya berkaitan dengan pusat atlet di peringkat negeri-negeri, di kawasan saya di Jerai ada pusat iaitu pingpong, mereka beraksi di dewan orang ramai di bawah kendalian Majlis Sukan Daerah kemudian beraksi di peringkat negeri dan kebangsaan, tetapi kalau indah baiknya apabila ada sedikit peruntukan kepada mereka ini supaya mereka berjaya mencungkil bakat-bakat baru dan mengetengahkan lagi serta menambahkan lagi koleksi atlet negara di dalam permainan pingpong. Maka yang terakhirnya bagi saya dengan isu sukan negara ini selain daripada sains sukan dan mengenal pasti bakat-bakat atlet, mesti juga sahsiah keperibadian Muslim, keperibadian seorang pelajar, seorang atlet yang baik, memberi contoh kepada bakal-bakal atlet yang akan datang.

Alhamdulillahlah kita sudah kurang mendengar pencabulan jurulatih terhadap atlet yang menjadi isu pada awal tahun 80-an dan awal 90-an dahulu, mungkin disebabkan pendedahan yang sudah cukup kepada jurulatih dan mereka sudah melihat kepada keperluan negara maka isu ini sudah hampir pupus dan kita berharap ia tidak lagi mengganggu atlet dalam negara kita ini. Ada juga perkara yang ditimbulkan oleh atlet mengatakan elaun latihan agak kecil dibandingkan dengan elaun-elaun lain dan elaun ke luar negara. Kemudian diberi sedikit insentif kepada atlet, kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan supaya atlet kita lebih bersungguh-sungguh dan beri penumpuan dan tidak sibuk dengan urusan perniagaan di belakang. Maksud saya perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan atlet negara ini.

Saya harap dengan adanya pindaan ini, insya-Allah negara kita akan lebih maju menjadi industri sukan dalam negara kita dengan kerjasama semua pihak sepertimana Azmi Ibrahim pelari negeri Pahang, Watson daripada Sarawak, Rabuan Pit dan juga Dato’ Mumtaz. Antara nama besar di negara ini pun dilahirkan semula dengan Institut Sukan Negara ini sudah pasti kita dapat melahirkan ramai yang lebih berkaliber dan mencipta nama baru dalam melahirkan atlet. Cuma kami muda dan juga menjadi Pakatan Rakyat memohon kerjasama supaya gelanggang-gelanggang dibina dan kerjasama untuk sama- sama melahirkan bakal-bakal atlet negara ini tanpa memikirkan politik dan sebagainya. Saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk membahaskan satu rang undang- undang yang baru dikemukakan ke dalam Dewan kita iaitu Institut Sukan Negara 2011. Saya ingin timbulkan beberapa perkara dan mencadangkan beberapa perkara kepada pihak kementerian dan saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk mempertingkat dan juga membangunkan industri sukan dalam negara kita khususnya untuk kita membangunkan potensi-potensi yang ada di kalangan rakyat dalam negara kita lalu menyumbang kepada negara kita Malaysia. Fungsi institut yang disebut di sini ialah untuk yang pertamanya menasihati menteri mengenai apa-apa perkara berkenaan dengan aspek saintifik berhubung dengan prestasi atlet. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk melihat atau membangunkan industri sukan negara kita ini berasaskan kepada sumber-sumber tempatan. Banyak yang kita boleh ambil dalam isu saintifik ini. Mungkin perubatan- perubatan atau pun kaedah-kaedah sains purba yang diwarisi oleh masyarakat dalam negara kita baik Melayu, Cina dan juga India yang boleh diguna pakai bagi saya untuk membangunkan prestasi atlet-atlet kita. Banyak contoh kalau kita tengok ada dalam negara kita, ada senaman harimau, senaman kucing dan macam-macam senaman digunakan yang boleh bagi saya mendatangkan dan memberikan kecergasan yang cukup luar biasa kepada pengamal- pengamal perubatan ataupun cara kaedah saintifik yang agak rasional ini. Kita tengok ramai kawan-kawan ataupun kalau saya berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional, mereka mengamalkan senaman-senaman yang pelik dan ada kalangan mereka yang umurnya menjangkau sampai 100 tahun. Ini satu benda yang perlu diberi perhatian. Ini ialah merupakan satu warisan negara yang bukan kecil yang boleh dibangunkan di samping kita menggunakan ataupun mengimport aspek-aspek saintifik daripada negara- negara luar untuk kita bangunkan atlet dalam negara kita.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi. Saya lihat apa yang dibuat pada hari ini dalam persatuan bola sepak ataupun sukan-sukan, kita tidak mampu turun ke bawah untuk mencungkil bakat-bakat yang ada di kalangan rakyat kita di kampung-kampung. Sebahagian daripada mereka cukup berpotensi untuk diketengahkan tetapi oleh kerana tidak ada peluang. Saya mencadangkan kepada institut ini untuk membuat satu program yang berbentuk grassroot atau akar umbi, turun membuat pemilihan. Contohnya kalau kita sebut bola sepak, buat pemilihan di peringkat kampung-kampung. Di sana ada ramai saya tengok. Kalau saya di Padang Terap, ramai yang sebelum itu bermain bola Piala Presiden, main bola wakil negeri Kedah, di peringkat sekolah rendah tetapi oleh kerana akademik mereka tidak begitu baik lalu mereka hilang begitu sahaja. Potensi-potensi ini hilang begitu sahaja. Jadi bagaimana pihak kementerian melalui institut yang hendak ditubuhkan ini dalam program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi ini turun ke grass root, turun ke kampung-kampung, turun ke daerah-daerah pendalaman. Sebahagian daripada mereka mungkin tidak sesuai untuk sebahagian sukan tetapi sukan-sukan yang lain mereka cukup sesuai. Malah saya lihat ada di kalangan belia-belia di tempat saya, mereka bermain di kelab-kelab yang biasa, di kilang-kilang mereka dan permainan mereka cukup baik. Sebahagian daripada mereka saya lihat ada yang menjadi mangsa kepada diskriminasi yang dilakukan oleh mungkin dia bukan team saya. Politiking dalam sukan ini cukup bahaya bagi saya. Ini bukan team jurulatih, ini bukan team pengurus lalu mereka tidak mempunyai peluang untuk pergi lebih jauh. Lalu mereka terpaksa bermain-main di kilang-kilang kerana kadang-kadang kita dapati prestasi atlet-atlet ini ataupun pemain-pemain bola sepak ini dalam bidang akademik agak tidak baik. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingat melihat..

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Padang Terap, minta penjelasan sedikit. Saya rasa idea Yang Berhormat Padang Terap itu telah dibuat seperti saya sebut tadi macam-macam, My-team itu. Saya rasa mereka turun ke kampung-kampung mencari bakat-bakat sukan yang seperti mana yang dikehendaki. Akan tetapi, akhirnya tidak ke mana juga. Itu puncanya. Jadi bukan punca tidak turun tetapi kenapa jadi begitu? Kenapa akhirnya My-team gagal juga? Saya rasa ini faktor kewangan dan faktor politik jugalah.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya akui faktor yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi. Cuma saya berjumpa secara langsung dengan golongan-golongan belia yang mereka seperti yang saya sebutkan tadi pernah bermain dalam pasukan bola sepak Piala Presiden sebagai misalnya Piala Presiden Negeri Kedah. Saya tanya kenapa tidak pergi jauh? Kenapa hanya sekadar bermain mewakili daerah, mewakili pasukan bola sepak daerah Padang Terap sedangkan permainan kamu baik, permainan kamu bagus? Dia kata kerana dalam sesi-sesi pemilihan hanya dipanggil orang- orang yang tertentu. Orang-orang yang kadang-kadangnya ada kaitan yang baik dengan pihak pengurusan atasan. Justeru itu, saya mencadangkan program ini mesti kerap dilakukan. Program pemilihan secara terbuka kepada anak-anak belia yang mempunyai potensi-potensi ini dibuat. Malah dalam sukan-sukan yang lain juga, menembak sebagai misalnya dalam persatuan-persatuan menembak. Mungkin dia memerlukan kewangan. Saya bersetuju memerlukan kewangan, tetapi, saya tidak bersetuju sekiranya disebut tadi sebahagian daripada persatuan-persatuan terpaksa dikendalikan ataupun dipimpin oleh orang-orang politik ataupun mesti Menteri Besar barulah adanya bantuan kewangan kepada persatuan- persatuan ini. Perlu ada di sana bagi saya satu perbincangan yang serius di peringkat institut ini. Bagaimanakah kita boleh menyalurkan bantuan-bantuan kewangan secara tetap dan berkala kepada persatuan-persatuan sukan tanpa melibatkan pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kerjaya yang cukup sibuk seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Saya setuju apa yang disebut Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Kadang-kadang terpaksa meletakkan Presiden Bola Sepak Negeri Kedah sebagai misalnya Menteri Besar ataupun negeri-negeri lain. Akan tetapi, pada masa yang sama saya rasa institut ini mesti berperanan kerana di sini ada peranan-peranan yang disebut di sini untuk melabur, untuk menggunakan duit dan sebagainya. Ada satu tanggungjawab yang cukup besar dalam masalah pengumpulan dan pengasian wang. Ini perlu digunakan bagi saya oleh institut ini untuk menyalurkan atau mencadangkan kepada kerajaan, menyalurkan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya. Kadang-kadang persatuan-persatuan ini diterajui oleh ahli-ahli politik yang agak berumur. Saya kalau dibandingkan hendak lawan Yang Berhormat Sri Gading, saya rasa saya boleh menang jauh, kalah dia awal-awal lagi, dua minit sudah habis. Akan tetapi, bagaimana anak-anak muda daripada pemimpin-pemimpin muda, pemimpin-pemimpin persatuan sendiri yang mempunyai bakat dan kebolehan untuk mengurus, minat yang cukup mendalam? Saya ingat dahulu ada satu slogan yang diperkenalkan dalam kempen Piala Dunia. Saya ingat dalam tahun 2000 atau tahun 2004 begitu, “makan bola, minum bola, tidur bola”. Orang seperti ini perlu diberi peluang. Bukan hanya sekadar mencari duit semata-mata kerana tidak ke mana duit ini. Atlet kita tidak mampu dibangunkan. Kita hendak bangunkan atlet, hendak beri kejayaan sukan kepada negara kita. Berjaya dalam pertandingan-pertandingan besar dan juga antarabangsa.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Akan tetapi yang memimpin pasukan sukan mereka yang sudah berusia, berumur. Maka institut ini saya mencadangkan supaya memberikan pandangan-pandangan bagaimana kewangan ini disalurkan untuk membangunkan prestasi-prestasi dan juga persatuan-persatuan sukan mengikut semangat kita untuk kita membina industri sukan dalam negara yang lebih maju pada masa depan. Begitu juga yang disebut dalam akta ini penyelidikan dalam sains sukan dan perubatan sukan. Saya ada pengalaman belajar di Pusat Sains Sukan Universiti Malaya. Saya ambil satu kertas untuk melayakkan saya mendapat ijazah di dalam ijazah pertama saya Universiti Malaya. Saya dapati banyak atlet yang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Mengambil pengurusan sukan, berada di pusat sukan dan sebahagian daripadanya memang adalah merupakan pemain-pemain yang bertaraf nasional, kebangsaan. Shalin Zulkifli kemudian ada beberapa orang daripada hoki negara, pasukan kebangsaan hoki yang ada sebahagian atlet-atlet ini kelayakan mereka agak minimum di dalam keputusan SPM dan juga STPM mereka, tetapi kerana kebolehan mereka di dalam sukan maka diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Saya akui itu satu usaha yang cukup baik memberikan peluang kepada mereka untuk memperoleh ijazah di dalam bidang pengurusan sukan dan kalau mereka mempunyai masalah ataupun tidak maju terus dalam bidang sukan yang mereka ceburi, mereka boleh menggunakan ijazah itu untuk bekerja di sektor-sektor yang berkaitan. Akan tetapi dalam akta ini dicadangkan institut hendaklah menjalankan aktiviti penyelidikan pembangunan dalam sains sukan dan perubatan sukan. Saya rasa atlet-atlet ini yang diberi peluang melanjutkan pelajaran ini perlu juga diberi peluang untuk menyumbang, untuk terlibat dalam industri sains sukan, perubatan sukan. Contohnya kalau atlet kita cedera, memang mereka tidak ada certificate (sijil) dalam bidang kecederaan itu, tapi mereka tahu apakah sebenarnya cara untuk baik semula daripada kecederaan, sembuh semula. Tadi rakan saya Yang Berhormat daripada Jerai menyebut bahawa dalam negara kita memerlukanenam sehingga tujuh bulan untuk sembuh daripada kecederaan untuk beraksi semula di dalam kejohanan, di dalam pertandingan sedangkan di negara luar memerlukan dua, tiga bulan ataupun setahun lebih kurang mereka boleh beraksi. Ini perlu kepada satu siasatan terperinci, pemerhatian yang teliti daripada pihak Institut Sukan Negara yang kita hendak buat ini untuk kita memberi peluang kepada kawan-kawan kita sebagai atlet itu. Mungkin sijil-sijil, mungkin ijazah-ijazah yang pengkhususan di dalam bidang-bidang yang disebut tadi boleh diberikan peluang kepada mereka dan akhirnya yang menjadi pakar, yang boleh mempercepatkan penyembuhan daripada penyakit-penyakit dan kecederaan yang dihadapi oleh atlet-atlet ini boleh dikendalikan terus oleh atlet-atlet yang pernah terbabit dalam sukan-sukan yang disebutkan ataupun yang mereka sendiri terlibat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Seterusnya saya mencadangkan kepada pihak kementerian dengan penubuhan ini perlu juga ada satu panel paling kurangnya panel penasihat syariah. Ini satu panel penasihat syariah untuk memastikan bukan sekadar daripada sudut pakaiannya, tetapi juga daripada sudut makanan, ubat-ubatan yang digunakan oleh atlet-atlet ini di samping bukan sekadar terlibat dalam perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kepada perkara yang diharamkan. Jadi perlu bagi saya menasihatkan ada program-program yang berkala kepada atlet-atlet ini bahkan kepada yang terlibat menguruskan institut ini yang disebut oleh tadi oleh beberapa orang Ahli Parlimen kita bahawa ada yang terlibat dengan rasuah...

Dato' Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bila dia sudah pegang duit terlibat, yang ini perlu pembangunan potensi ini bukan berasaskan kepada pembangunan potensi fizikal semata-mata kepada atlet ini, tetapi pembangunan mental dan juga rohaninya perlu dibangunkan dan saya percaya dengan kehadiran panel penasihat ini boleh juga menyuntik semangat patriotik. Ini yang menjadi antara masalah besar yang dihadapi oleh industri sukan dalam negara kita. Semangat patriotik untuk berjuang untuk bersukan demi negara itu tidak ada. Maka kita pun lihat di sana ada isu-isu rasuah. Surat khabar pada hari ini isu-isu judi dan rasuah yang menyebabkan keruntuhan kepada industri sukan dalam negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Silakan.

Dato' Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya minta pandangan Yang Berhormat Padang Terap. Kita lihat selepas salah satu negeri menganjurkan sukan SUKMA contohnya selepas itu kita lihat gelanggang-gelanggang dibiarkan kosong tidak ada program-program berterusan, malah kadang-kadang ada atlet-atlet ataupun anak-anak muda yang hendak gunakan gelanggang, gelanggang itu terbiar tidak diuruskan. Ini menyebabkan perbelanjaan yang begitu banyak setiap kali sukan SUKMA ini dianjurkan, tetapi akhirnya begitu sahaja dan setiap tahun negeri lain pula buat dan ini nampaknya seolah-olah penumpuan diberikan kepada pembangunan fizikal tetapi untuk membangunkan sukan itu sendiri tidak begitu kental. Apa pandangan Yang Berhormat tentang ini?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Itu saya sebutkan tadi keperluan kepada satu panel penasihat yang bukan sekadar untuk menasihati pembangunan sukan, pembangunan tempat-tempat bersukan semata-mata. Perlukan kepada pandangan- pandangan lain daripada agama sebagai misalnya untuk melihat keperluan. Macam juga dalam Islam masjid kalau terlampau banyak haram dibina masjid kalau tidak digunakan, dimanfaatkan. Kita hendak buat surau banyak, peruntukan cukup banyak bagi buat surau, buat masjid tapi masjid tidak digunakan. Itu tidak betul. Sama juga dalam isu yang disebutkan tadi. Pusat Akuatik Negeri Kedah sebagai misalnya dibina RM35 hingga RM37 juta akhirnya perenang tidak boleh memanfaatkan. Terjun dalam kolam gatal habis semua atlet perenang kita. Ini dimaklumkan dalam mesyuarat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya terlibat sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Bila dimaklumkan saya sedih. RM37 juta, RM35 juta, lapang sasar di Pokok Sena untuk digunakan tujuan atlet-atlet penembak negeri akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Jadi aspek kerohanian juga mesti dibina untuk kita menyuntik semangat patriotik seperti mana yang saya sebutkan sebelum ini. Silakan Yang Berhormat Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya minat tadi apabila Yang Berhormat mengatakan tentang patriotik perasaan sayang kepada negara ini, tetapi mungkin dalam kes-kes tertentu mungkin apa yang patut kita buat adalah mengutamakan patriotisme terhadap sukan itu sendiri. Sukan itu minat sayang kepada sukan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sukan badminton kalau dia menjadi pemain badminton maka dia sayang kepada itu sebab kalau kita minta menuntut patriotisme negara ini kepada atlet kita mungkin sekarang ini zaman 2011 ini tidak lagi relevan sangat, tetapi apabila mereka patriotik sayang kepada sukan yang mereka minati itu secara tidak langsung negara akan menjadi harum. Itu mungkin salah satu pendekatan yang kita boleh ambil.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Okey, saya masukkan sebahagian daripada ucapan yang disebut Yang Berhormat Kota Belud tadi. Ya, patriotik itu bermula daripada cinta, minat kepada sukan mungkin bermula daripada hobi dan akhirnya macam mana kita pihak institut ini boleh melahirkan atlet-atlet yang bukan sekadar patriotik kepada sukan yang diceburi tetapi kepada negara juga. Menyumbang kepada industri pertumbuhan sukan dalam negara kita. Oleh kerana itu saya mencadangkan supaya ada satu panel untuk menyuntik ataupun gunakanlah mungkin ada lembaga- lembaga penasihat di mana yang boleh menyuntik ataupun mengobarkan semangat untuk mereka memberikan sumbangan yang maksimum kepada negara. Saya lihat ada beberapa ucapan yang dibuat dalam sukan-sukan yang saya surf dalam Youtube, dalam internet bagaimana semangat yang dikobarkan kepada atlet-atlet yang terlibat dalam bola keranjang sehingga mereka begitu berkobar-kobar dan akhirnya mencapai kemenangan dalam satu permainan yang sebelum itu tidak menyebelahi mereka. Semangat ini bukan sahaja dikobarkan ketika hendak berperang, semangat ini bukan dikobarkan ketika kita berkempen untuk memilih pemimpin dalam pilihan raya, tetapi semangat juga mesti dikobarkan kepada industri sukan yang secara langsung melibatkan atlet-atlet kita.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan akta yang dibentangkan ini yang bagi saya cukup baik, perlu diperkemaskan dengan pelaksanaan-pelaksanaan yang mampu untuk kita capai segala objektif-objektif yang baik ini. Jadi saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan akta ini. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Isnin 20 Jun 2011, perbahasan rang undang-undang akan dimulakan dengan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 dan selepas diputuskan rang undang-undang tersebut, maka akan diikuti dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Usul — Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3)Motion

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNTimbalan Menteri Pengangkutan II · Saratok

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Ucapan-Ucapan Penangguhan — Laporan Polis Pandamaran/004274/08Adjournment

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan penangguhan berkenaan laporan polis Pandamaran/004274/08 bertarikh 12 Jun 2008 oleh Cheoh Chien Chwee. Pertama, saya ingin bangkitkan di sini ialah mengenai Laporan Polis Pandamaran 004274/08 yang dibuat oleh Encik Cheoh Chien Chwee pada 12 Jun 2008 dan juga maklumat carian JPJ Seremban 2 berkenaan dengan kenderaan bernombor WPY6903 dan juga kargo bernombor T/WC191. Saya memilih masalah ini untuk ucapan penangguhan saya adalah kerana saya rasa ini adalah bersesuaian dengan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita. Latar belakang kes ini adalah seperti berikut. Motor lori bernombor pendaftaran WPY 6903 dan juga kargo bernombor T/WC191 pada asalnya dimiliki oleh syarikat Inyen Sdn. Bhd. di mana pengadu laporan polis di atas adalah merupakan salah seorang Pengarah Syarikat Inyen Sdn. Bhd. Pada 9 Mei 2008, kira-kira jam 3.30 petang, pengadu telah meletakkan motorlori dan kargo tersebut di sebuah bengkel, Ati Motor Enterprise Sdn. Bhd. di Pandamaran, Pelabuhan Kelang, Selangor untuk dibaiki. Namun begitu, pada 27 Mei 2008, ketika pengadu pergi ke bengkel tersebut, beliau mendapati motorlori dan juga kargo tersebut telah hilang. Lebih mengejutkan pengadu ialah apabila carian JPJ dibuat berkenaan dengan motor lori dan juga kargo tersebut di cawangan JPJ Seremban mendapati motorlori dan kargo tersebut telah ditukar milik kepada Ati Motor Enterprise Sdn. Bhd. tanpa pengetahuan dan persetujuan pengadu. Perkara ini amat menakutkan di mana hak miliknya mampu ditukar tanpa pengetahuan dan persetujuan pemilik kenderaan. Saya percaya perkara ini banyak berlaku dan dipercayai didalangi oleh beberapa sindiket terancang. Saya juga percaya beberapa kakitangan kerajaan yang berkaitan juga bersubahat dalam melakukan perkara ini. Diharap pihak berkuasa yang berkenaan dapat memantau perkara ini dari berterusan berlaku dan ini juga akan membabitkan kepercayaan orang ramai terhadap pihak berkuasa yang berkenaan akan terhakis. Ini juga akan memberi imej yang buruk kepada agensi kerajaan yang terbabit dan juga kepada pihak Kementerian Dalam Negeri amnya. Bagi memantau oleh Kementerian Dalam Negeri dalam hal ini, saya lampirkan dokumen-dokumen berikut di mana isi kandungannya telah ternyata iaitu laporan polis Pandamaran 004274/08 bertarikh 12 Jun 2008 oleh Encik Cheoh Chien Chwee dan aduan carian rasmi JPJ Seremban bagi motor lori bernombor pendaftaran WPY 6903 dan juga kargo bernombor T/WC191. Diharap juga pihak kementerian dapat menghapuskan sindiket- sindiket ini dari terus berleluasa dan mengambil keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNTimbalan Menteri Pengangkutan II · Saratok

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian ini telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjalankan siasatan mengenai aduan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seremban. Hasil siasatan mendapati bahawa pemilik kenderaan WPY6903 dan T/WC191 iaitu Encik Cheoh Chien Chwee bercadang menjual kenderaannya kepada Encik Wong Kien Teck. Beliau telah menandatangani borang pertukaran milikan (Borang JPJ K3) an dokumen-dokumen lain kecuali surat resolusi syarikat yang dimaklumkan akan hanya diserahkan setelah urusan pembayaran diselesaikan oleh pembeli.

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNTimbalan Menteri Pengangkutan II · Saratok

Namun begitu, walaupun pembayaran belum diselesaikan, beliau mendapati transaksi pertukaran milikan telah pun dibuat di JPJ iaitu daripada Inyen Sdn. Bhd. kepada Ati Motor Enterprise. Siasatan mendapati dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk pertukaran milikan ialah: (i) Borang Senarai Semak TM-1; (ii) borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor secara sukarela oleh pemunya berdaftar (JPJ K3) yang telah ditandatangani oleh Encik Cheoh Chien Chwee selaku Ahli Lembaga Pengarah Inyen Sdn. Bhd.; (iii) perakuan pendaftaran asal JPJ K2; (iv) salinan kad pengenalan milik Encik Cheoh Chien Chwee yang telah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah; (v) salinan dokumen pengenalan identiti syarikat yang disahkan oleh setiausaha syarikat; (vi) salinan resolusi syarikat untuk menjual kenderaan yang telah disahkan oleh setiausaha syarikat; dan (vii) sijil pemeriksaan Puspakom. Dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk urusan pertukaran milikan ini adalah lengkap seperti kehendak arahan jabatan yang berkuat kuasa pada masa itu dan menyebabkan kakitangan yang bertugas telah memproses permohonan ini. Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dokumen salinan kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan lama yang telah hilang dan tidak lagi digunakan oleh pemilik serta salinan surat resolusi syarikat yang dinafikan dikeluarkan oleh pemilik. Memandangkan terdapat unsur-unsur penipuan dalam urusan pertukaran milik ini, JPJ akan bekerjasama dengan pihak PDRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Seksyen 108, kta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap mereka yang terlibat kerana memberikan pernyataan palsu semasa proses pertukaran milikan dilakukan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ucapan penangguhan mengenai gangguan seksual diakibatkan oleh perkongsian bilik di antara lelaki dan wanita yang bukan pasangan dalam industri pelancongan. Kes gangguan seksual yang berlaku terhadap pemandu pelancong wanita ketika ini adalah kritikal dan memerlukan perhatian. Menurut pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Wanita Malaysia (MWTGA), Cik Erina Loo menyatakan bahawa sepanjang tiga tahun ini, terdapat 20 aduan mengenai isu ini dan lima daripadanya melibatkan kes rogol. Hal ini terjadi kerana agensi pelancongan memaksa pekerja lelaki dan perempuan mereka berkongsi bilik apabila melakukan tugasan luar. Situasi ini telah menjadi amalan dan juga peraturan gelap untuk menjimatkan kos operasi. Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana pemandu pelancong wanita dipaksa menandatangani surat aku janji untuk bersetuju dalam hal perkongsian bilik ini. Perkara ini bukanlah satu rahsia bagi pemain industri ini. Terdapat juga kes-kes di mana pemandu pelancong terpaksa meletak jawatan akibat tidak berkompromi terhadap isu ini. Setiausaha Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA), Encik Tai Poh Kim menyatakan bahawa pada 1 Jun 2009, Menteri Pelancongan memang telah mengisytiharkan bahawa pemandu pelancong wanita dan lelaki tidak boleh berkongsi bilik.

Namun, peraturan tersebut hanya dikuatkuasakan pada tahun 2010 dan MWTGA tidak pernah menerima apa-apa penerangan daripada Kementerian Pelancongan. Peraturan larangan perkongsian bilik tersebut turut tidak diterima. Kementerian Pelancongan menjelaskan perkara ini sebagai kesilapan komunikasi tetapi hakikatnya, Menteri Pelancongan sebenarnya tidak pernah mengarahkan penguatkuasaan. Kementerian tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dan patut mengadakan pemeriksaan mengejut berkaitan isu ini. Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan agar satu peraturan diperkenalkan iaitu operator agensi pelancongan harus mengambil sekurang-kurangnya 30 peratus pemandu pelancong dan pemandu kenderaan wanita dan operator agensi pelancongan perlu memastikan jumlah 30 peratus wanita di dalam sesebuah kumpulan pelancong. Malah, ini bukan persoalan mengenai nisbah peratusan lelaki dan perempuan tetapi kegagalan Kementerian Pelancongan dalam penguatkuasaan dan penyelesaian dalam isu ini. Kementerian Pelancongan menyatakan tidak boleh mengambil sebarang tindakan jika tidak ada laporan. Dalam mana-mana kes seksual, mangsa sendiri biasanya amat sukar untuk tampil dan ceritakan kejadian yang berlaku dan terpulang kepada inisiatif kementerian untuk menyiasat dan memastikan peraturan-peraturan yang diisytiharkan ada dipatuhi. Jumlah operator pelancongan sekarang telah melebihi 2,000 buah dan kementerian tidak mampu memantau kesemuanya. Persoalannya adalah kenapakah kementerian tidak menambahkan bilangan penguat kuasa untuk menyelesaikan hal ini? Rakyat tidak mengundi menteri untuk duduk di kerusi empuk kementerian di Putrajaya dan berharap agar mangsa datang jumpa anda untuk pengaduan. al ini menunjukkan ketidakupayaan menteri berkenaan untuk menyelesaikan masalah dan seharusnya menteri berkaitan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang berkeupayaan untuk memainkan peranan yang lebih efektif bagi membendung masalah ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Isu berkaitan perkongsian bilik di antara pemandu bas dan para pekerja berkaitan pelancongan adalah termaktub di bawah pindaan Peraturan-peraturan Industri Pelancongan, Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi, Pengembaraan 1992 dan telah berkuat kuasa pada 1 April 2010. Pindaan ini jelas menyatakan tentang kesalahan berkongsi bilik di kalangan pekerja industri pelancongan yang berlainan jantina dan sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan diambil tindakan. Pindaan peraturan yang dimaksudkan adalah peraturan 6(1)(n), Peraturan- peraturan Industri Pelancongan, Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan di mana pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh pesuruhjaya dari semasa ke semasa. Manakala, pematuhan syarat-syarat lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan yang ditetapkan oleh pesuruhjaya di atas adalah seperti berikut. Syarat 13. Tanggungjawab ke atas pegawai, kakitangan syarikat-syarikat pemegang lesen hendaklah tidak membenarkan pegawai, kakitangan berlainan jantina termasuklah pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran berkongsi bilik penginapan semasa mengendalikan pakej pelancongan. Peraturan-peraturan yang mengawal selia profesion pemandu pelancong juga telah pun ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Industri Pelancongan, Pelesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong 1992.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Semua pemandu pelancong perlu mematuhi peraturan 11(1) berkaitan tataetika dan kawalan tatatertib iaitu tiap-tiap pemandu pelancong berlesen hendaklah mematuhi tataetika yang diperuntukkan dalam Jadual Kelima. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah proaktif ketika peraturan ini sedang dipinda, kementerian ini telah menghantar surat kepada persatuan, pihak industri termasuk Persatuan Pemandu Pelancong Wanita Malaysia (MWTGA) pada 13 Mac 2009, menggesa pihak MATTA untuk mengambil langkah-langkah memberi kesedaran kepada ahli-ahlinya untuk mematuhi sepenuhnya larangan amalan berkongsi bilik di antara pemandu pelancong wanita dengan pemandu pelancong atau pemandu bas pelancong lelaki dalam aktiviti pelancongan yang diaturkan. Kementerian ini turut menyarankan persatuan-persatuan berkenaan untuk membuat laporan kepada kementerian ini atau pihak berkuasa sekiranya berlaku kes yang melanggar peraturan termasuk perkongsian bilik untuk diambil tindakan segera. Peraturan ini diedarkan kepada semua persatuan dan syarikat pengendalian pelancongan semasa kelulusan lesen baru dan pembaharuan lesen. Sebagai tambahan, kementerian ini telah mewajibkan semua pemandu pelancong mengambil kursus selama 500 jam sejak tahun 1996 bagi mendapatkan sijil pemandu pelancong mereka yang turut mengandungi aspek- aspek pelaksanaan undang-undang. Peraturan dan rekod etika pemandu pelancong, dalam hal ini setiap pemandu pelancong telah mengetahui perkongsian bilik yang berlainan jantina adalah merupakan kesalahan dari segi etika dan peraturan.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kes mengenai perkongsian bilik ini hanyalah diketahui oleh pihak kementerian melalui akhbar sahaja pada 20 Mei 2011. Ekoran daripada itu, saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan meminta ketua setiausaha kementerian ini untuk menghubungi pihak MWTGA pada 21 Mei 2011 bagi mendapatkan penjelasan. Seterusnya, semasa mesyuarat dengan pihak terbabit di antara ketua setiausaha kementerian dengan MWTGA pada 23 Mei 2011, kementerian telah meminta pihak MWTGA dan pemandu pelancong terbabit membuat laporan dengan segera agar siasatan lanjut dapat dilakukan dengan serta-merta. Untuk itu, hanya MWTGA membuat aduan. Sehingga ke hari ini, sekarang, tiada aduan diterima daripada pemandu pelancong wanita berkenaan. Kementerian ini telah memulakan siasatan dengan mengambil kenyataan bertandatangan oleh pengurus inbound syarikat sewa bas pelancongan tersebut pada 24 Mei 2011, pengurus operasi syarikat pengusaha pelancongan pada 24 Mei 2011, pegawai tempahan dan pengurus keselamatan pihak hotel pada 30 Mei 2011, pemandu bas yang dimaksudkan pada 31 Mei 2011 dan pemandu pelancong wanita terbabit pada 2 Jun dan 3 Jun 2011. Hasil siasatan kementerian ini mendapati sebuah bilik telah disediakan khas kepada pemandu pelancong wanita berkenaan oleh syarikat pengusaha pelancong terbabit dan tiada arahan untuk beliau untuk berkongsi biliknya dengan pemandu bas yang dimaksudkan. Manakala pemandu bas tersebut turut diberikan elaun penginapan oleh syarikat bas terbabit. Pemandu pelancong wanita itu dalam kenyataan, dengar baik-baik ya, percakapan telah mengakui dia tidak dipohon untuk berkongsi bilik oleh syarikat pelancongan terbabit tetapi telah memberi kunci biliknya kepada pemandu bas tersebut secara sukarela. Dengar baik-baik Yang Berhormat. Oleh yang demikian, tiada kes terhadap pengusaha syarikat pelancongan terbabit kerana pihak syarikat telah menyediakan bilik khas kepada pemandu pelancong tersebut. Sebarang kejadian yang berlaku di dalam bilik berkenaan adalah kes jenayah yang perlu dilaporkan kepada pihak polis. Yang Berhormat adalah Yang Berhormat Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat tahu di negara kita, kita ikut undang-undang. Mana-mana kes sexual harassment atau rogol jikalau tidak dilaporkan, macam mana nak ambil tindakan?...

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Prepare, adakah ini dalam teks atau luar teks?

Kementerian ini tidak mempunyai kuasa untuk kes sebegini tetapi pihak kementerian akan membantu beliau untuk merujuk perkara ini kepada pihak polis. Akan tetapi sehingga sekarang, walaupun Kementerian Pelancongan sudah bagi nasihat untuk laporkan kepada polis, tidak buat lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya amat dukacita dengan isu berkongsi bilik ini walaupun pihak kementerian telah meminda peraturan dengan melarang perkongsian oleh pekerja pelancongan. Saya ingin tegaskan sekali lagi, peraturan yang dipinda adalah untuk melindungi hak-hak mereka sebagai seorang pekerja. Semenjak tahun 2009 sampai April 2011, kementerian ini telah menerima 724 aduan berkaitan pengusaha pelancongan, pemandu pelancong, kenderaan pelancongan dan hotel tetapi tiada satu pun laporan mengenai isu perkongsian bilik dan gangguan seksual daripada sesiapa pun termasuk MWTGA. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa semua pengusaha pelancongan telah maklum mengenai pindaan peraturan ini kerana ia telah diedarkan kepada semua pihak yang terlibat semasa membuat lesen dan turut terkandung di dalam subjek khusus yang diberikan oleh kementerian ini kepada mereka. Semua pihak industri termasuk pemandu pelancong perlu mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan. Kementerian ini akan mengambil tindakan yang tegas terhadap sebarang pihak yang melakukan mana-mana kesalahan tersebut seperti mana yang telah termaktub di bawah Akta Industri Pelancongan dan dalam kes ini, sesiapa yang memberikan dengan kerelaannya kunci ke bilik hotel itu sudah melanggar akta dan undang-undang ini. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 Jun 2011. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.57 petang.