Dewan Rakyat · 10 October 2011

15th Parliament, session 4, meeting 3 · 648 turns · 54,185 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ismail bin Kasim (Chu)UMNO · BNArau · question

1. Datuk Ismail bin Kassim [Arau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, Dasar Jaminan Makanan Negara yang turut melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta keseriusan kerajaan bagi menjamin pengeluaran hasil makanan negara.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa serius dan komited mengenai jaminan bekalan makanan dalam negara (food security). Jaminan bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan merupakan objektif utama Dasar Biro Makanan Negara 2010/2020 yang telah pun diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini. Bagi meningkatkan pengeluaran negara, kementerian melaksanakan projek berimpak besar iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Feedlot Nasional, Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani serta Entry Point Project di bawah NKEA Pertanian. Selain daripada itu, tanah pertanian akan digunakan secara optimum di mana kawasan tanaman semula kelapa sawit akan dibangunkan dengan tanaman selingan singkat seperti pisang, nanas dan tembikai serta menjalankan projek integrasi ternakan di kawasan perladangan industri. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) pula ditumpukan kepada R&D bagi meningkatkan pengeluaran hasil secara mampan. Antaranya bidang tumpuan R&D adalah pembangunan variety dan baka pengeluaran benih, pengeluaran makanan, ternakan dan akuakultur, bioteknologi, mekanisasi dan automasi, sistem pengeluaran di bawah modified environment, kajian penyakit, piawaian dan gred serta pemuliharaan sumber dan teknologi hijau. Kementerian juga akan terus membangunkan sistem berantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh dengan penglibatan kerajaan, swasta serta petani, penternak dan nelayan bagi menghubungkan pengeluaran dengan permintaan pasaran, meningkatkan aktiviti nilai, nilai ditambah serta mengurangkan risiko perniagaan. Selain usaha daripada pihak kerajaan, inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara, memerlukan penglibatan aktif pihak swasta. Bagi menggalakkan pihak swasta untuk terus melabur dalam pengeluaran makanan, insentif fiskal termasuk pelaburan semula dan baru dicadangkan diperluaskan meliputi semua aktiviti pengeluaran dan pemprosesan. Pinjaman mudah yang mencukupi akan disediakan melalui Agro Bank dan TEKUN yang akses kepada pembiayaan akan diperbaiki. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mengetahui dalam keadaan sekarang, untuk tingkatkan pengeluaran dan juga pro aktiviti sektor agro makanan ini telah mencapai satu tahap yang boleh dikatakan berjaya, apabila kita lihat beberapa kejayaan yang telah dicapai setakat ini melibatkan NKRA yang diperkenalkan pada tahun 2009 iaitu langkah permulaan kepada empat ribu petani. Kita lihat secara tidak langsung kesannya amatlah positif apabila petani berkenaan telah mendapat pendapatan yang berlebihan dan juga dapat meningkatkan hasil mereka. Saya difahamkan pihak kementerian akan meneruskan usaha murni ini.

Jadi dalam memastikan bahawa Dasar Jaminan Makanan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, terutamanya daripada negara-negara sumber yang merupakan pengeksport utama makanan terutamanya beras ke negara kita. Apakah langkah yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan bahawa di dalam negara kita perkasakan seperti kekurangan padi benih di Kedah dan Perlis baru-baru ini dapat diatasi oleh kerajaan dengan kadar yang segera? Begitu juga dasar turun padang yang dibuat. Adakah pihak kementerian akan meneruskan dasar-dasar ini yang melibatkan pegawai tinggi kementerian dan juga pegawai-pegawai pemantau bagi memastikan bahawa Dasar Bekalan Makanan ini akan terus terlaksana? Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah dalam keadaan sekarang, stok penimbal beras yang ada di negara kita mencukupi kalau negara kita ditimpa bencana dalam masa terdekat ini? Kita tidak minta Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau ia terjadi, adakah kita benar- benar bersedia menghadapi keadaan atau kemelut ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Jadi, terlampau luas skop soalan tambahannya. Walau bagaimanapun saya cuba jawab seberapa ringkas Tuan Yang di-Pertua. Pertama tadi menyentuh bagaimana jaminan kita di masa hadapan.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita telah pun ada pengalaman krisis makanan pada tahun 2008. Ekoran daripada itu kerajaan telah pun merancang Dasar Jaminan Bekalan Makanan walaupun Dasar Jaminan Bekalan Makanan ini hanya tempoh dua tahun telah pun tamat pada tahun 2010 tetapi untuk makanan utama seperti padi. Ini segala apa bantuan yang diberi kepada petani-petani untuk meningkatkan hasil padi, kita teruskan. Sebab itu kalau kita lihat bajet baru-baru ini subsidi padi sahaja ia telah meningkat. Kalau tahun lepas RM1.2 bilion, tahun ini, tahun depan ia naik RM1.6 bilion ertinya 400 juta extra hanya untuk pesawah-pesawah padi sahaja untuk menjamin bahawa bekalan padi akan dapat kita teruskan. Yang kedua, mengenai jaminan makanan juga, kerajaan juga telah pun meningkatkan stockpile kita kepada 292,000 metrik tan. Di mana daripada 292,000 metrik tan ini kita jangkakan paling kurang kita akan dapat gunakan sekurang-kurangnya 45 hari. Dalam masa yang sama stockpile trading yang di dalam pasaran ada lebih kurang 200,000 metrik tan dan juga BERNAS ada membuat kontrak jangka masa panjang di luar negara, maka kita insya-Allah boleh menjamin bekalan makanan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan kita akan dapat cover jika timbul masalah makanan di dalam negara kita. Dalam masa yang sama Dasar Agro Makanan juga memberikan tumpuan kepada kepentingan makanan kerana itulah Dasar Pertanian Negara yang Ketiga kita berhentikan, sepatutnya kita sambung dengan Dasar Pertanian Negara yang Keempat tetapi kali ini Dasar Pertanian Negara dipecahkan kepada dua. Satu, hanya memberikan tumpuan kepada agro makanan dan satu lagi kepada komuniti. Ini menunjukkan kerajaan begitu serius untuk memberikan tumpuan kepada Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Mengenai kekerapan pegawai turun padang, ini telah pun dikeluarkan arahan oleh pihak Kabinet, di mana Yang Berhormat Menteri kena turun padang sekurang-kurang satu bulan dua kali tengok projek. KSU sebulan mesti lima projek, Ketua Pengarah lima projek sebulan dan juga pasukan pemantau kementerian mesti melawat sekurang-kurangnya 100 projek sebulan dan semuanya ini akan dilihat prestasi turun padang ini di dalam Mesyuarat Pembangunan Pusat Pengurusan Pertanian, malah mengenai KPI Yang Berhormat Menteri dibincangkan di dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara. Dia boleh nampak berapa Yang Berhormat Menteri yang turun atau tidak turun seperti mana yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Mengenai benih padi Yang Berhormat Arau bangkitkan tadi saya tahu daripada Perlis dan juga rakan-rakan daripada utara yang menimbulkan masalah benih padi. Ingin saya jelaskan bahawa semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum telah pun mengadakan perjumpaan dengan semua agensi untuk kita hendak mengenal pasti di mana puncanya yang menyebabkan benih padi di sebelah utara ini sedang menghadapi masalah.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ada banyak sebab tetapi saya hendak rumuskan bahawa daripada laporan yang beliau dapat, kita kekurangan padi, tetapi sekurang-kurangnya pada 15 Oktober 2011 kita akan dapat mengeluarkan 3,000 metrik tan dan ini boleh cover lebih kurang 20,000 hektar dan insya-Allah masalah benih padi di utara ini kita akan dapat selesaikan secepat mungkin, dan mengikut taklimat yang diberi semalam dan by 15 Oktober 2011 ini insya- Allah akan dapat kita selesaikan. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri terima kasih jawapan yang sangat informatif. Saya hargai kesungguhan kerajaan untuk memastikan bekalan makanan yang cukup untuk segenap lapisan rakyat. Begitu pun realiti yang kita hadapi sekarang ialah kita masih menghadapi kekurangan pengeluaran makanan dalam negeri. Kita akui yang itu. Saya selidik data kementerian tahun 2010 jumlah import makanan RM30.3 bilion, jumlah eksport kita RM18.2 bilion maknanya Malaysia merupakan pengimport bersih makanan. Polisi bagus, peruntukan cukup, agensi-agensi kita sudah 50 tahun pengalaman, komitmen turun padang dan sebagainya kita tidak ragu, begitu pun apa sebenarnya yang menjadikan punca kegagalan jaminan bekalan makanan yang kita hadapi selama ini berdasarkan kepada angka yang disebutkan tadi. Bagaimana sebenarnya usaha berterusan ini hendak kita selesaikan atau atasi masalah yang kita hadapi ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang yang begitu prihatin mengenai bekalan makanan. Saya tidak nafikan apa Yang Berhormat nyatakan tadi, bahawa memang kita masih mengimport, tetapi dalam masa yang sama kita lihat bahawa penambahan pengeluaran bahan-bahan makanan di dalam negara kita semakin meningkat, tetapi peningkatannya memang agak sedikit. Sebagai contoh apa yang kita lihat bahawa senarai-senarai yang ada pada saya ini daging, hasil tenusu ia ada peningkatan tetapi peningkatannya sedikit. Ini kerana selama ini kita mungkin hanya menumpukan lebih kepada sebagai contohlah padi, ataupun ruminan kita kata suruh rakyat bela ayam, bela lembu dan sebagainya, tetapi kita mungkin terlepas pandang mengenai rantaian nilai. Rantaian nilai ini yang amat penting kerana untuk kita hendak jaminkan harga ini kalau rakyat hanya tanam padi ataupun bela lembu sahaja yang induknya, tetapi benihnya kita terlepas pandang kadang-kadang. Benihnya kemudian kalau ada orang yang dapat benih yang cukup kemudian makanan pula, makanan binatang tinggi. Jadi sebab itu ada petani-petani dia tidak mampu, dia kadang- kadang tidak mampu hendak beli makanan dan juga susah mendapat benih, walaupun kadang-kadang macam ayam, saya bagi contoh. Ayam sekarang ini kita berlebihan. Lebih, kita ada sampai 100 lebih. Akan tetapi harga masih lagi mahal. Sebabnya benih anak ayam naik, makanan ayam naik. Jadi dalam agro makanan ini kita akan memberikan juga penekanan mengenai rantaian nilai supaya kita hendak pastikan bahawa setiap yang kita keluarkan ini ia ada berterusan sehinggalah kepada masalah pemasaran dan juga processing. Yang Berhormat Machang kata tadi kita juga akan meminta FAMA yang telah pun ada dengan pasar taninya, yang sudah ada TEMANnya, yang sudah ada Agro Bazar yang begini banyak yang tidak kita nafikan, bahawa sekarang ini memang banyak barang-barang daripada luar masuk, tetapi dalam tempoh 10 tahun kita akan minta supaya kita akan buat dasar semua barang-barang yang dijual di pasar-pasar tani sebagai contohnya yang dipunyai FAMA mestilah menjual barang-barang tempatan. Ini ialah kita kenalkan contract farming yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umum. Ada peruntukan khas untuk contract farming 14 juta dan juga Agro Bank dan TEKUN akan tambah lagi 20 juta. Mudah-mudahan dengan konsep contract farming akan memberikan peluang kepada petani-petani untuk menambahkan hasil mereka daripada mula rantaian asal sehinggalah prosesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memperingatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian minta tolong jangan rangkai panjang sangat soalan-soalan itu. Telah 18 minit satu soalan.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

2. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pelancongan menyatakan, apakah status terkini rancangan kerajaan untuk membina kereta kabel di Bukit Larut (Maxwell Hill) serta langkah-langkah kerajaan untuk membangunkan industri pelancongan di Bandar Warisan Taiping.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Tuan Yang di-Pertua selamat pagi dan terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Taiping projek pembangunan Sistem Kereta Kabel di Bukit Larut, Taiping adalah projek di bawah Kerajaan Negeri Perak bukannya di bawah Kementerian Pelancongan. Walau bagaimanapun, kementerian ini telah difahamkan oleh Kerajaan Negeri Perak bahawa status terkini projek pembangunan Sistem Kereta Kabel di Bukit Larut, Taiping telah diluluskan pelaksanaannya dan diswastakan kepada syarikat Taiping Cable Car Sdn. Bhd. Masyarakat secara umumnya mengetahui bahawa Bandar Taiping merupakan kawasan bersejarah serta mempunyai panorama- panorama yang indah dan produk-produk pelancongan yang diminati ramai seperti Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping dan Bukit Larut.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Oleh yang demikian, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelancongan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM10.3 juta bagi pembangunan kemudahan pelancongan iaitu menaik taraf rumah rehat dan Tea House di Bukit Larut, kemudahan infrastruktur di Zoo Taiping serta pembangunan kemudahan pelancongan di Taman Tasik Taiping. Selanjutnya, untuk meningkatkan lagi produk pelancongan di Bandar Warisan Taiping, kementerian ini telah menyenaraikan Taman Tasik Taiping sebagai salah satu daripada 22 parks and gardens trails Malaysia yang telah dilancarkan baru-baru ini. Pakej parks and gardens trails ini dipromosikan secara meluas dan amat diminati ramai. Malah sebagai contoh, pakej ini telah berjaya dijual semasa Chelsea Flower Show di London. Inilah parks and gardens trails... [Menunjukkan sebuah buku] Jikalau Yang Berhormat berminat, saya boleh beri satu. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak turut mengambil inisiatif dengan mengubah rancangan kawasan khas, kawasan warisan bandar Taiping, yang akan dijadikan garis panduan oleh Majlis Perbandaran Taiping bagi membangunkan Taiping sebagai bandar warisan dengan pelbagai program projek yang telah dirangka termasuk projek pembangunan Jejak Warisan (Heritage Trail) dan pasar budaya. Selepas ia diwujudkan, Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia akan membantu Kerajaan Negeri Perak untuk promosi produk-produk tersebut seperti parks and gardens. Dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012 pada hari Jumaat yang lepas, Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan sebanyak RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di lima buah wilayah koridor yang turut mengandungi projek pelancongan Warisan Taiping di Koridor Utara. Ini fokusnya, ini temanya untuk pelancongan di Taiping. Kementerian ini percaya segala program pelancongan yang telah dan akan dibangunkan kelak akan menjadikan bandar Warisan Taiping sebagai destinasi pelancongan warisan dan alam semula jadi yang terbaik dan terunggul di Malaysia. Sekian.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan pada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Taiping namanya ialah everlasting peace, dalam bahasa Cina, yang mempunyai 33 perkara nombor satu di seluruh Malaysia. Saya percaya Yang Berhormat Menteri arif dalam perkara ini. Persoalan di sini, tadi Yang Berhormat Menteri menjawab projek kereta kabel Taiping telah diswastakan, tetapi saya percaya kerajaan negeri tidak memberikan maklumat yang betul kepada Yang Berhormat Menteri. Ini kerana apabila Yang Berhormat Menteri menjawab di Parlimen di sini, Menteri Besar Perak di sana telah mengumumkan projek ini gagal kerana pemaju tidak ada modal untuk memajukan projek cabel car di Bukit Maxwell. Saya pohon Kementerian Pelancongan memberikan satu jawapan yang konkrit jika kerajaan negeri gagal, Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengambil alih untuk membantu. Ini kerana kerajaan negeri pun pernah membuat pengumuman projek itu sepatutnya siap mulai tahun 2012 sempena Tahun Pelancongan Negeri Perak tahun hadapan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Kedua, memandangkan tadi Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan sempena Bajet 2012 iaitu RM978 juta akan diagihkan untuk projek pembangunan warisan di Taiping, adakah kerajaan mempunyai rancangan supaya memohon Taiping sebagai bandar warisan yang mendapat pengiktirafan daripada UNESCO seperti Georgetown dan Melaka? Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menuju ke arah tersebut supaya Taiping akan bersinar semula dan diberikan pengiktirafan yang sepatutnya sebagai bandar warisan di tanah air kita yang tercinta ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya akan menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak mengenai masalah ini, dan saya akan menulis kepada Yang Berhormat sebab saya pun hendak tahu juga bagaimana ada bezanya jawapan kepada kita. Kita tunggulah jawapan itu baru kita adakan sesuatu keputusan. Ini disebabkan bandar Taiping sekarang semasa hendak dibangunkan perlu dibangunkan dalam satu pakej, di dalam koridor. Kedua, jikalau di mana-mana bandar atau tapak hendak dijadikan atau diiktiraf sebagai UNESCO Heritage atau geo park, itu perlu dibangkitkan oleh kerajaan negeri, seperti Melaka yang bekerja sangat kuat untuk mendapat pengiktirafan UNESCO Heritage. Kementerian Pelancongan tidak mengambil bahagian dalam perkara-perkara mengiktiraf produk-produk pelancongan antarabangsa khususnya seperti UNESCO.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan produk pelancongan di Taiping yang merupakan kawasan yang sememangnya sesuai untuk dibangunkan sebagai satu daripada industri pelancongan di negeri Perak. Akan tetapi untuk menjadikan Taiping sebagai satu kawasan pelancongan yang menarik, tentu kita juga memerlukan produk-produk pelancongan yang lain, di tempat-tempat lain supaya pelancong datang ke Taiping dan dia dapat pergi ke tempat-tempat yang lain. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kementerian untuk membangunkan produk-produk pelancongan yang lain, misalnya di Lenggong ada perancangan untuk dibangunkan sebagai tapak warisan dunia di Bukit Merah atau di kawasan-kawasan sekitarnya? Jadi, apakah perancangan kementerian dalam soal ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk mengadakan produk pelancongan yang menarik untuk memajukan industri pelancongan di sesebuah tempat, ada tiga pihak players atau tahap. Satu, majlis daerah tempatan. Majlis daerah tempatan perlu mengkaji produk itu sama ada sesuai atau tidak dan apa niche yang mereka hendak. Seperti Tangkak di Johor, ia sudah diiktiraf sebagai bandar tekstil. Jadi, majlis daerah tempatan, majlis tempatan perlu memainkan peranan yang pertama dahulu. Selepas itu, negeri-negeri yang tertentu perlu mengkaji seluruh holistik dalam pembangunan pelancongan negeri itu. Di tahap yang terakhir sekali, kementerian atau Kerajaan Persekutuan. Di situ kita memang fokus secara master plan daripada segi alam semula jadi, warisan, pelancongan keluarga, shopping dan lain-lain. Jadi, kita mengadakan suatu master plan yang mana kita boleh mempromosikan secara holistik. Jadi, ulang balik pada nombor satu iaitu majlis daerah tempatan. Sekian.

Mohd Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil · question

3. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah hutang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 10 tahun khususnya dalam pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan baru sahaja mengambil alih fungsi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada 25 pihak berkuasa tempatan (PBT) di tujuh buah negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 1 September 2011 yang lalu.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Oleh yang demikian, buat masa ini tiada sebarang hutang PBT-PBT kepada Kerajaan Persekutuan khususnya dalam pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Namun begitu, PBT-PBT sememangnya mempunyai tunggakan bayaran, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada syarikat-syarikat konsesi semasa tempoh interim dilaksanakan. Sehingga 31 Disember 2010, jumlah tunggakan PBT kepada syarikat-syarikat konsesi mencecah RM357 juta. Bagi membantu PBT-PBT yang kurang berkemampuan untuk membayar bayaran perkhidmatan berkenaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberikan bantuan kewangan kepada PBT-PBT yang memperolehi kutipan tafsiran kurang daripada RM10 juta setahun. Sejak tahun 1998 sehingga tahun 2010, bantuan kewangan kepada 28 PBT di Semenanjung Malaysia sebanyak RM151.84 juta, sekian.

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita mencari banyak PBT yang kurang berkemampuan kerana hasil kutipan mereka sangat kecil. Jadi oleh kerana sebahagian daripada hutang- hutang ini datang daripada konsesi kebersihan atau pembersihan awam ini, jadi mungkin pihak kementerian mempunyai satu cadangan jangka panjang untuk membantu PBT ini bagaimana untuk meningkatkan hasil PBT di masa-masa akan datang. Mungkin juga boleh meningkatkan Kerajaan Persekutuan boleh bercadang untuk menambahkan tambahan kepada bayaran mengikut kepala kepada PBT setiap tahun. Itu sebab saya meminta pandangan daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, PBT ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan bagi menambahkan pendapatan sudah tentunya perlu perancangan daripada PBT yang berkenaan dan juga daripada negeri-negeri yang menguasai PBT. Namun demikian, kementerian saya dan juga Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu dalam bantuan berbentuk kadar dan juga bantuan-bantuan yang lain. Akan tetapi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sedia maklum bahawa PBT ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri seharusnya mempunyai perancangan bagi menambahkan pendapatan mereka dan juga makluman Yang Berhormat juga, walaupun kita telah menswastakan tetapi Kerajaan Persekutuan tidak melepaskan tangan. Di mana kita juga membantu kepada PBT-PBT yang tidak berkemampuan untuk membayar semua hutang piutang yang telah pun disenaraikan tadi sebanyak RM350 juta. Ini akan berterusan. Akan tetapi pada masa yang sama, kita juga meminta PBT supaya meningkatkan hasil mereka dapat membantu dan juga membayar hutang-hutang kepada konsesi, terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada saudara Yang Berhormat daripada Beaufort - Timbalan Menteri tentang masalah penswastaan sisa pepejal kepada syarikat-syarikat. Mengapakah satu tender terbuka tidak diadakan supaya kita dapat memilih syarikat konsesi yang paling baik, itu yang pertama. Kedua ialah memandangkan bahawa pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun mengecualikan tiga negeri daripada proses pengambilalihan ataupun penswastaan sisa pepejal kepada syarikat-syarikat tersebut iaitu negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Adakah bantuan yang diberikan sebelum ini akan ditamatkan dan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan apakah bantuan yang telah diberikan kepada pihak berkuasa tempatan di ketiga-tiga negeri ini sebelum ini. Saya tahu mungkin memerlukan notis tetapi kalau boleh dapat maklumat ini kemudian kerana ini adalah penting kerana tanpa bantuan kewangan ini saya rasa ia tentu akan membawa beberapa kesulitan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di antara sebabnya mengapa ketiga-tiga kerajaan negeri mahu menjalankan tugas ini secara berasingan atau bersendirian ialah ketidakyakinan bahawa perkhidmatan yang diberikan boleh memuaskan atau memenuhi piawaian antarabangsa selain daripada memastikan bahawa alam sekitar dapat dilindungi khususnya dalam pencemaran daripada air buangan licik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih di atas pandangan dan juga maklumat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Persekutuan telah memilih konsesi ini secara tender terbuka iaitu kira-kira 10 tahun yang lepas. Ketiga-tiga inilah merupakan konsesi yang telah berjaya dan melihat daripada prestasi mereka daripada segi aspek kewangan dan sebagainya. Itu di antara kriteria yang telah dipilih oleh Kerajaan Persekutuan. Sementara soalan kedua Yang Berhormat, adakah kerajaan meneruskan bantuan- bantuan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi peruntukan yang diberikan adalah mengikut Perlembagaan itu akan diteruskan. Dari semasa ke semasa juga kita akan meneruskan bantuan-bantuan yang lain kepada PBT tetapi tidak lah melalui kepada kerajaan negeri yang menoleh kepada SDO di negeri-negeri yang berkenaan. Jadi saya memberikan jaminan kepada Yang Berhormat bahawa peruntukan yang disediakan mengikut perlembagaan, hak negeri itu akan diteruskan dan kita juga akan meneruskan bantuan-bantuan yang lain tetapi tidak melalui kepada PBT atau negeri yang berkenaan tetapi melalui SDO. Ketiga, mengapa ketidakyakinan negeri-negeri. Saya percaya satu hari nanti jika sekiranya konsesi ini berjaya, saya yakin Pulau Pinang akan masuk, Selangor akan masuk, Perak akan masuk dan Kelantan juga akan menyertainya. Ini kerana sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat ini menguntungkan negeri-negeri tetapi bimbang mungkin saya sendiri juga berpendapat bahawa kalau saya dalam pihak opposition saya mengatakan bahawa mungkin tidak ada confidence saya kepada penswastaan ini. Akan tetapi percayalah, yakinlah bahawa kerajaan mengambil tanggungjawab ini adalah kerana dengan membantu negeri-negeri yang kurang berkeupayaan. Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, kita berbelanja lebih kurang RM770 juta untuk membantu membayar kepada konsesi-konsesi yang berkenaan, terima kasih.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) butiran terakhir jumlah peneroka yang masih terhutang dengan FELDA serta jumlah keseluruhannya; dan (b) jumlah wang caruman tanaman semula dalam Tabung Tanam Semula setakat ini.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peneroka diberi secara percuma 10 ekar tanah kebun dan suku ekar tapak rumah. Namun tidak semuanya percuma sehingga 1 Oktober 2011, jumlah pinjaman bagi seramai 120, 635 orang peneroka adalah RM3,220 juta. Pinjaman ini adalah kos pembangunan yang didahulukan oleh FELDA meliputi kos pembersihan hutan, pembangunan ladang, pembinaan sebuah rumah dengan kos hanya RM4,000 sebuah rumah dan pinjaman persendirian. Sehingga kini seramai 102,560 orang peneroka atau 91.1 peratus telah pun menyelesaikan bayaran balik pinjaman kepada FELDA berjumlah RM3,105 juta dan terdapat seramai 10,075 orang atau 8.9 peratus peneroka masih mempunyai baki pinjaman berjumlah RM92.863 juta. Daripada jumlah tersebut RM28.58 juta daripadanya adalah masih dalam tempoh bayaran kembali yang dijadualkan berakhir pada tahun 2017. Manakala RM64.28 juta adalah berbentuk tunggakan. Pinjaman ini tidak termasuk bantuan sara hidup dan pinjaman lain yang disediakan oleh FELDA berjumlah RM2,313.16 juta yang terdiri daripada pinjaman pembesaran rumah berjumlah RM655 juta, Skim Insentif Usahawan FELDA berjumlah RM87.6 juta, pinjaman pelajaran berjumlah RM7.4 juta, pinjaman komputer berjumlah RM9.66 juta dan lain-lain pinjaman berjumlah RM0.63 juta. Ini menjadikan keseluruhan pinjaman jangka pendek berjumlah RM760.3 juta.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

Kesemua pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah kerana hasrat kerajaan membantu peneroka. Bantuan sara hidup diberi kepada peneroka yang sedang tanam semula sekiranya mereka memilih untuk menerima sara hidup yang perlu dibayar kembali. Sehingga kini FELDA telah mendahulukan bantuan sara hidup bagi peneroka yang sedang tanam semula berjumlah RM1,460 juta. Bahagian kedua kepada soalan Yang Berhormat jumlah wang simpanan peneroka dalam Tabung Tanam Semula pada 31 Disember 2010 bagi tujuan tanam semula sawit kali pertama adalah RM269 juta. Simpanan ini diambil daripada kutipan bulanan yang dibuat setiap bulan mengikut kadar hanya RM4 seekar atau RM40 bagi kawasan sepuluh ekar. Ini bermakna bagi kawasan sepuluh ekar setiap peneroka mencarum kira-kira RM960 seekar selama 20 tahun sekiranya pencarum penuh atau RM9,600 bagi kawasan sepuluh ekar. Pada masa ini kos tanaman semula sawit ialah RM2,600 seekar atau RM26,000 bagi kawasan sepuluh ekar. Oleh sebab itu FELDA memberi subsidi tanam semula peneroka sebanyak RM16,400 seorang peneroka iaitu RM26,000 kos tanam semula tolak RM9,600 wang caruman. Bagi tabung kutipan tanam semula kali kedua sehingga 31 Disember 2010 jumlah simpanan peneroka RM79 juta. Simpanan ini diambil daripada kutipan peneroka sebanyak RM12 seekar sebulan atau RM120 sebulan bagi kawasan sepuluh ekar yang telah berkuat kuasa mulai Julai 2009. Kenaikan kadar kutipan ini disebabkan kos tanam semula yang semakin meningkat dan persediaan menanam semula bagi peringkat kedua dalam masa 25 tahun dari sekarang. Terima kasih.

Dato’ Kamarul Baharin AbbasPKR · PRTelok Kemang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kagum dengan beberapa maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan soalan saya. Hanya ini tidak memberi keadaan sebenar kerana masalahnya ialah dia menunjukkan bahawa maklumat peneroka, hutang peneroka kepada FELDA. Masalahnya ialah di banyak tempat penyata hutang memang up to date, tiap-tiap bulan ada penyata hutang. Apa yang menjadi masalah ialah penyata hasil peneroka tidak diberi oleh FELDA ada tempatnya sampai ke lima tahun. FELDA hanya memberi pendahuluan (advance) sebanyak RM1,500 kepada peneroka berkenaan tetapi apabila diminta penyata hasil ini tidak dapat ditunaikan oleh FELDA. Maka hutang peneroka bertambah seperti mana yang saya cakap sampai ke lima tahun dan secara automatik hutangnya akan sampai kepada angka RM80,000 hingga RM100,000. Soalan saya ialah kenapa FELDA mempunyai masalah untuk menyediakan penyata seperti mana yang lazimnya dilakukan dalam transaksi urusan niaga yang perlu FELDA tunaikan supaya ini tidak memberi gambaran yang sebenar kepada kedudukan kewangan peneroka-peneroka berkenaan. Terima kasih.

Terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya rasa itu masalah yang terpencil ia bukan menjadi masalah yang umum kepada peneroka. Tadi disebut advance RM1,500 pendahuluan hasil RM1,500. Maksud apabila diadakan pendahuluan hasil tanah itu baru tanam semula belum dapat hasil sepenuhnya. Mungkin di setengah-setengah tempat apabila baru tanam semula hasil peneroka itu masih lagi belum dapat dirumuskan berapakah jumlah sebenar. Saya kira itu di antara punca masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi di semua rancangan FELDA kita ada pengurus rancangan di dalam kampung peneroka itu sendiri dan ada beberapa pegawai lain di dalam setiap 317 kawasan rancangan. Peneroka yang tidak puas hati boleh jumpa pengurus 24 jam kalau tidak puas hati tentang penyata dan sebagainya semua boleh jumpa 24 jam pada pengurus dan kita tidak tipu peneroka. Kita beri jaminan tidak tipu peneroka itu masalah yang terpencil sahaja Yang Berhormat. Masalah yang terpencil.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. FELDA ini salah satu organisasi yang terkemuka dan satu-satunya di dunia. Ceritanya bagus sekali dan tidak lama lagi melalui penyenaraian Felda Venture peneroka akan dapat durian runtuh.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat adakah sedar dalam banyak- banyak cerita yang elok-elok ini masih terdapat lagi peneroka yang merungut di sana sini seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Telok Kemang tadi. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat saya didatangi oleh rombongan Persatuan FELDA Peneroka mengadu antara lain bagi mereka yang sudah langsai hutang dan mereka mahu bebas dan mahu menjual kelapa sawit di kilang-kilang pilihan mereka sendiri. Jika mereka boleh buat demikian mereka tidak akan diberi kemudahan-kemudahan dan layanan kecuali mereka terus menjual kelapa sawit di kilang-kilang FELDA. Apakah ini benar? Oleh sebab itu, saya dengar daripada peneroka sendiri dan oleh itu perkara- perkara seumpama ini saya haraplah diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya peneroka itu betul-betul gembira dan bahagian sungguh-sungguh. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pasir Mas. Dua-dua kawasan Yang Berhormat bertanya ini Pasir Mas dan juga Telok Kemang dua-dua tidak ada kawasan FELDA... [Ketawa] Akan tetapi terima kasihlah kerana mengambil bahagian terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ada, sedikit-sedikit ada... [Ketawa]

Mereka tidak berpuas hati kerana mereka ingin jual hasil mereka kepada tauke lain selain daripada tauke FELDA. Kalau mereka menjual tauke lain, tauke lain itu sepatutnya bagi segala manfaat kepada mereka. Misalnya kita hendak bagi duit raya, tetapi oleh kerana kita ini baik semua dapatlah tidak kira dijual kepada tauke lain, jual kepada FELDA semua dapat duit raya itu. Akan tetapi kalau bonus tahunan macam mana orang yang tidak jual ke kilang FELDA hendak dapat bonus tahunan Yang Berhormat. Jadi kita tidak bagilah kepada mereka. Setuju ya?...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju.

Kalau macam hutang ini punyalah baik kita ini - Saya hendak maklumkan di Dewan yang mulia ini kita sudah pernah hapuskan hutang peneroka berjumlah RM499.31 juta hampir setengah bilion hutang peneroka pernah kita lupus. Banyak perkara ini Hutang Tabung Tapak Semaian RM33.25 juta, Hutang Tabung Simpanan Am RM31 juta. Hutang Pembangunan Ladang Getah RM156 juta. Hutang Tabung Tanam Semula RM90 juta. Hutang Kos Pembangunan Tanah Rancangan KESBAN RM18 juta. Hutang Akaun Pembangunan Keseluruhan RM46.7 juta. Hutang Tunggakan Bayaran Kembali Getah kerana harga getah turun pada ketika itu RM94.7 juta. Hutang Tunggakan Bayaran Kembali Gugusan Sahabat di Sabah RM16.8 juta. Penghapusan hutang peneroka kedai, hutang di kedai pun kita pernah hapuskan RM11 juta. Mana hendak cari kerajaan yang baik macam kerajaan Barisan Nasional... [Tepuk]

Yussof bin MahalUMNO · BNLabuan · question

5. Datuk Haji Yusof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pelancongan menyatakan, adakah terdapat acara (event) baru dan usaha mengenal pasti tarikan baru di Labuan oleh kementerian di dalam usaha membawa lebih ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara mengunjungi Labuan sekali gus menghidupkan industri pelancongan di Labuan.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat Labuan bagi merancakkan dan meningkatkan lagi industri pelancongan di wilayah kosmopolitan Labuan yang turut berstatus sebagai kawasan bebas cukai, Kementerian Pelancongan telah mengenal pasti beberapa cara dan tarikan baru yang berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancongan ke Labuan. Untuk tujuan ini Kementerian Pelancongan telah memperhebatkan lagi Pesta Air Nasional Labuan yang diadakan pada 22 hingga 24 bulan April tahun ini. Berbanding dengan anjuran sebelumnya. Kali ini dianggarkan seramai 60,000 pengunjung telah hadir sepanjang acara ini yang turut berjaya menarik penyertaan peserta dari dalam dan luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, New Zealand, Australia, UK, dan lain-lain.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Pesta Air Nasional Labuan kali ini juga turut menumpukan aspek kebersihan persekitaran alam sekitar terutama lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pelancong melalui inisiatif kementerian di dalam kempen program kebersihan “1Malaysia Green, 1Malaysia Clean.” Tuan Yang di-Pertua, bagi acara baru terdapat dua acara yang diperkenalkan iaitu melalui pelancongan sukan dan pelancongan seni. Acara pertama adalah Karnival Sukan Pelancongan Labuan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan pada 25 sampai 26 Jun untuk menjadikan Labuan sebagai antara destinasi pelancongan sukan di negara ini. Acara yang berkonsepkan sukan dan rekreasi ini telah berjaya menarik minat peserta domestik termasuk daripada Brunei dan Australia. Dianggarkan seramai 10,000 pengunjung-pengunjung telah hadir sepanjang program ini dijalankan. Acara baru yang kedua ialah Festival Labuan Arts 2011 dan akan dianjurkan bermula 25 sampai 27 November tahun ini, yang akan menyampaikan pelbagai elemen kesenian terutama seni kontemporari yang kian mendapat sambutan daripada para pelancong pada masa kini melalui persembahan kepelbagaian budaya etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, pertandingan seni lukis, pertandingan seni grafiti dan lain-lain. Acara ini dijangka akan dapat menarik seramai 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara bagi meletakkan Labuan di persada dunia antarabangsa melalui seni dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah kerana Yang Berhormat Menteri sendiri yang menjawab pada hari ini. Seperti mana yang dinyatakan tadi, memang betul seperti mana sukan laut antarabangsa di Labuan ini adalah satu produk yang lama sebenarnya yang setiap tahun kita adakan. Akan tetapi kalau kita lihat berbanding dengan Langkawi seolah-olah Langkawi itu memang satu kawasan industri pelancongan. Akan tetapi walau bagaimanapun sebagai pulau berstatus pulau bebas cukai, saya rasa ada cara-cara lain yang boleh kita mempromosikan Labuan dengan lebih efisien lagi, di mana kalau kita lihat hakikatnya pada masa ini amat dirasakan oleh rakyat Labuan bahawa industri pelancongan di Labuan semakin tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan Langkawi. Apatah lagi baru-baru ini dalam Bajet 2012, Langkawi diberikan perhatian untuk memperkuatkan lagi industri pelancongan dengan bajet-bajet yang cukup lumayan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri berikan statistik lengkap, berapakah bilangan agensi-agensi pelancongan yang aktif di Labuan dan juga pengusaha-pengusaha atau operator pelancongan dan penduduk tempatan yang terlibat dalam industri pelancongan, yang mana kita mengharapkan industri ini akan bertambah baik berbanding dengan apa yang ada sekarang. Ini kerana opportunity Labuan sebagai pulau bebas cukai harus kita promote secara lebih meluas lagi secara international. Ini kalau setakat dua-tiga event dalam setahun saya rasa tidak mencukupi untuk Labuan. Orang datang ke Labuan pun orang bilang, walaupun kita mempunyai port yang lebih baik daripada Langkawi tetapi yang datang ke Labuan cuma segelintir masyarakat sahaja dari peringkat antarabangsa dan juga local. Minta penjelasan, terima kasih.

Terima kasih. Memang betul kita di Kementerian Pelancongan juga harap Labuan boleh maju dari segi industri pelancongan. Untuk Labuan, fokus kita adalah high-end tourism, high-youth tourism sebab Labuan adalah dibina sebagai financial centre untuk Malaysia dan kita harap semua pakar-pakar kewangan bolehlah selalu melancong di situ. Memang saya mengakui Labuan tidak sampai ke satu kemajuan yang kita harap boleh dapat. Jadi untuk ini, saya beritahu Yang Berhormat iaitu kita sekarang ada menjalankan usaha-usaha yang khas sekali iaitu kita ini ada satu rancangan dokumentari yang berkonsepkan perjalanan ke tempat-tempat menarik di sekitar Labuan, adalah rancangan bersiri ‘Aok Bah’ dan ‘Lambai-Lambai’ yang merupakan 100 peratus keluaran RTM dan telah ditayangkan pada tahun 2010.

Walau bagaimanapun kita pada masa sekarang juga ada program ‘Jom Pi RTM Sabah.’ Salah satu daripada usaha-usaha pejabat pelancongan Malaysia telah mengenal pasti lagi tarikan pelancong ke Labuan adalah dengan mengadakan promosi melalui siaran televisyen ini kita tidak buat kepada Langkawi atau lain-lainnya. Soalan itu berkaitan dengan jumlah yang saya hendak beri tahu sedikit sebelum itu, jumlah pelancong yang datang ke Labuan pada tahun 2010 adalah 630,000 dari domestik dan 74,490 – 75,000 dan kita hendak meningkatkan lagi ketibaan dari antarabangsa. Pada masa sekarang kita perlu juga menentukan accessibility ke Labuan lebih lagi. Pada masa sekarang AirAsia flight direct dua kali, MAS dua kali, juga KK-Labuan 5 kali dan Miri-Labuan 4 kali. Kita harap juga ada peluang untuk direct flight dari tempat- tempat seperti Hong Kong dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun perlu ada produk pelancongan yang menarik dan kita harap juga pengusaha-pengusaha di Labuan boleh mengadakan inovatif dan kreatif program. Berkait dengan soalan berapa pengusaha pelancongan, berjumlah 24 syarikat pelancongan, dan masalah yang berlaku adalah pemandu pelancong. Kita tidak cukup pemandu pelancong. Sampai sekarang kita ada tiga orang sahaja. Saya mohonlah pertolongan daripada Ahli Parlimen mengalu-alukan, menggalakkan lagi ramai pemuda- pemuda, belia-belia atau pensioner menjadi pemandu pelancong. Semasa seorang pelancong antarabangsa hendak pergi Labuan, dia suka alam semula jadi, dia suka fishing, dia suka mendapat maklumat-maklumat khas yang tidak boleh diberi oleh pemandu pelancong bandar. Jadi, inilah satu masalah cabaran yang kita hadapi. Saya harap Yang Berhormat Labuan boleh menolong kita menghebatkan interest di kalangan pemuda untuk menjadi pemandu pelancong. Sekian.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya benarkan kalau soalan itu Labuan Yang Berhormat. Ini Labuan Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh sebab kebetulan saya pun daripada pulau, memahami tarikan pelancongan di pulau. Yang Berhormat Menteri, saya rasa soalan..., mohon penjelasan lanjut terutama sekali apabila mendengar ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, arah tarikan akan menghala banyak ke Langkawi. Perancangan untuk hub kewangan juga di Kuala Lumpur. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya mohon penjelasan lanjut adakah disebabkan oleh hala tuju dasar itu yang menyebabkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi Labuan sebagai financial hub. Kebetulan saya terlibat dalam isu-isu dengan izin, Islamic money market Labuan ketika menjadi peguam di satu firma dahulu. Jadi, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah usaha khusus di dalam memberi tarikan pelancongan terhadap profesional-profesional kewangan ini kerana mereka ini profesional-profesional yang dipanggil agak berkepakaran tinggi, untuk ke situ kerana agendanya ialah agenda sebagai pusat kewangan pengecualian cukai. Jadi, apakah produk-produk pelancongan khusus terutama mengambil kira arah tuju yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pekan semalam? Mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini high- end lah Yang Berhormat. Memang betul high-end lah itu.

Okey, kita harap Ahli Parlimen juga tolong saya jaga Pulau Pinang ya. Ini kerana banyak masalah kemalangan berlaku di sebelah Penang. Tolong jaga sedikit keselamatan pelancong Pulau Pinang. Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, Pulau Pinang pulau juga! Sama juga. Pulau, apakah bezanya?

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tidak, Pulau Pinang bukan Pulau Penang... [Ketawa]

Ya, betul. Jangan double standard ya.

Tuan Yang di-Pertua, pertama, Labuan adalah dibina sebagai pusat kewangan, betul. Jadi, pelancong-pelancong yang kita menarik adalah pelancong higher, betul. Oleh sebab itu di Labuan kita memfokuskan kepada deep sea fishing. Deep sea fishing adalah sesuatu game atau sukan sea fishing yang biasanya high-end suka, pertama. Kedua, pelancong high-end ini datang, kita pilih itu, kita harap mereka jadi mereka hendak kerja di situ sebab ada lifestyle. Pada masa sekarang, tidak cukup aktiviti lagi untuk menarik mereka. Lifestyle mereka, mereka suka entertainment, night life perlu ada dan lain- lain. Ini jikalau inisiatif tidak datang dari tempatan atau dari majlis-majlis adalah sangat tidak senang menarik mereka. Ini kerana mereka ada banyak tempat boleh pergi. Pusat financing sangat berdaya saing. Kedua adalah apa jenis event, kita boleh buat untuk menarik mereka? Apa jenis event yang pelancong kewangan suka? Biasanya kesenian, arts pun mereka suka. Jadi kita buat yang pertama kali tahun ini juga. Sukan tadi bukan sukan laut sahaja, sukan di darat juga. Jadi kita buat seperti inilah. Jadi saya haraplah sekali lagi organisasi tempatan, agensi boleh lagi berbincang bagaimana membangunkan sendiri Labuan dari jenis-jenis aktiviti tempatan.

Anthony Loke Siew FookDAP · PHSeremban · question

6. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah pelajar yang tercicir atau dropout daripada aliran sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut pecahan kaum dari tahun 2006 hingga 2010.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga pertanyaan berkaitan keciciran murid sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertanyaan- pertanyaan tersebut adalah: (i) Yang Berhormat Rasah pada hari ini; (ii) Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 17 Oktober; dan (iii) Yang Berhormat Rembau pada 14 November. Oleh sebab pertanyaan yang dibangkitkan saling berkaitan, izinkan saya menjawab pertanyaan tersebut secara serentak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia membuat analisa keciciran murid secara menyeluruh dan tidak menumpukan mengikut kaum. Berdasarkan kepada perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia secara puratanya keciciran murid di peringkat sekolah rendah yang mengikuti sistem persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 adalah pada kadar 1.32 peratus. Jika dilihat menerusi pecahan keciciran murid mengikut jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan 0.7 peratus, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4.24 peratus dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 1.41 peratus. Di peringkat sekolah menengah dalam tempoh yang sama secara keseluruhan keciciran murid adalah pada kadar 9.42 peratus. Perlu ditegaskan bahawa tidak semua murid tersebut tercicir terus daripada mengikuti sistem persekolahan. Sebaliknya, sebahagian besar murid ini sebenarnya meneruskan pelajaran di sekolah-sekolah bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti sekolah swasta, sekolah agama rakyat, sekolah menengah persendirian Cina, sekolah antarabangsa dan belajar di sekolah- sekolah yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti madrasah dan sebagainya. Sebagai contoh, data Kementerian Pelajaran Malaysia pada Jun 2010 menunjukkan jumlah murid peringkat rendah dan menengah di sekolah swasta berjumlah lebih kurang 140,000 orang. Jumlah tersebut tidak mengambil kira enrolmen di sekolah rendah dan menengah agama negeri berjumlah lebih kurang 56,000 murid dan di sekolah agama rakyat lebih kurang 36,000 orang murid.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat juga sebilangan kecil murid yang mengikuti home schooling atau mengikuti keluarga berhijrah ke luar negara. Namun demikian, tidak dapat dinafikan memang terdapat murid yang terus meninggalkan dunia pendidikan kerana tidak berminat terhadap pelajaran, masalah kesihatan dan juga memasuki alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut adalah kecil. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memantau dan berusaha mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid di semua peringkat persekolahan seluruh negara. Antara langkah-langkah yang diambil: (i) menguatkuasakan pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mula dilaksanakan sejak tahun 2003; (ii) memperkenalkan pelbagai bentuk insentif dan bantuan pendidikan kepada murid. Pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 khususnya berkaitan pemansuhan semua bayaran tambahan di sekolah dan pemberian wang awal persekolahan kepada semua murid merupakan salah satu langkah mengatasi keciciran; (iii) meningkatkan penyediaan infrastruktur asas kepada murid khususnya yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan pulau-pulau kecil seperti penyediaan asrama dan juga pengangkutan untuk ke sekolah; (iv) mengikuti pendidikan alternatif bagi murid-murid yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal di negara ini terutamanya bagi kanak-kanak dan juga ibu bapa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap, contohnya, Umanah; (v) memperbanyakkan program pendidikan yang dapat menarik minat murid mengikuti pengajian seperti dalam bidang kesenian melalui sekolah seni, sukan di sekolah sukan dan kemahiran di sekolah teknik dan vokasional. Usaha kementerian menambah baik penambah baik pendidikan vokasional diharap dapat meningkatkan penyertaan murid dalam sistem pendidikan; (vi) Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) ditubuhkan di peringkat sekolah, pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat siasatan ke atas murid cicir di tempat masing-masing dan menyediakan laporan; (vii) memberi sesi bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa khususnya berkaitan kesedaran akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak; dan (viii) kementerian juga menjalankan kajian-kajian berkaitan keciciran murid dalam sistem pendidikan negara. Kajian terbaru kementerian adalah berkaitan Reaching the Unreached Children’s Student Tracking System yang bertujuan untuk menyediakan data murid tercicir daripada sistem pendidikan, bagi murid, warganegara, bukan warganegara dan stateless. Kajian ini dijangka siap pada akhir tahun 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia berkeyakinan langkah-langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid untuk mengikuti sistem pendidikan di negara kita. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua, soalan asal saya ialah jumlah pelajar tetapi jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya peratusan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tadi saya mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di kalangan dropout di sekolah rendah kalau tidak silap saya dengar peratusan yang paling tinggi ialah di kalangan pelajar-pelajar di SJK(C). Saya hendak tahu apakah sebab mengapakah SJK(C) ini banyak dropout di kalangan pelajar-pelajar di peringat sekolah rendah. Keduanya, apakah kementerian ada satu langkah untuk membina satu pangkalan data ataupun database di kalangan pelajar-pelajar yang tercicir ini atau pun dropout ini dan menawarkan pendidikan vokasional secara formal kepada pelajar-pelajar yang dropout ini secara automatik supaya kita hendak memastikan supaya tidak ada seorang anak-anak kita yang tercicir daripada pendidikan formal sama ada pendidikan formal di peringkat sekolah rendah atau pun sekolah menengah atau pun sekurang-kurangnya di peringat vokasional. Ini kerana kita tidak mahu ada anak-anak kita yang tercicir sebelum mereka memasuki alam dewasa. Ini kerana apabila mereka dropout dalam umur yang begitu muda ini akan menyebabkan banyak masalah sosial timbul. Kita harap ini dapat diberikan perhatian serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai data Yang Berhormat kehendakkan, ingin saya menerangkan kepada Yang Berhormat, kalau kita mengambil jumlah enrolmen pelajar di sekolah menengah, ia lebih kurang 2.3 juta. Kalau dikatakan 9.72 peratus bermakna secara puratanya lebih kurang 230,000. Akan tetapi jumlah itu tidak boleh dianggap mereka tercicir daripada sistem persekolahan seperti mana yang telah saya terangkan. Ini kerana definisi yang digunakan oleh kementerian, keciciran daripada sistem kita di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka juga memasuki sekolah agama rakyat dan ada yang memasuki sekolah agama negeri, ada yang memasuki sekolah persendirian Cina dan yang sekolah swasta juga. Kalau kita jumlahkan seperti mana yang saya katakan 2.3 juta merupakan keseluruhan kohort dan kalau kita tolak dengan enrolmen, misalannya di sekolah menengah persendirian Cina ada 69,000 dan ini adalah satu jumlah yang tidak boleh kita tidak boleh anggap ia cicir terus daripada sistem pendidikan. Kalau kita lihat dari segi jumlah mereka yang mengikuti sekolah swasta di peringkat menengah lebih kurang 16,000 dan ini juga satu jumlah. Ketiga, kita lihat sekolah antarabangsa. Kita mensyaratkan 40 peratus adalah warganegara kita termasuk daripada 20,000 itu lebih kurang 8,000 adalah pelajar warganegara Malaysia. Kalau kita campurkan kesemua ini dan ada juga sekolah agama swasta lebih kurang 100,000 jumlahnya di peringkat sekolah menengah. Saya telah memaklumkan kepada Yang Berhormat, dari segi jumlah 56,000 dan 36,000 masing- masing untuk sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat. Kita pecahkan, misalan sekolah rendah dengan sekolah menengah, separuh-separuh. Jumlahnya lebih kurang 50,000. Bermaksud daripada 230,000 ini kita perlu tolak 150,000 dan secara realistiknya lebih kurang 80,000 yang tercicir terus daripada sistem persekolahan. Oleh sebab itu saya perlukan penerangan kepada Yang Berhormat dan inilah satu data yang kita kutip berdasarkan kepada pelajar yang memasuki sekolah. Kita tidak boleh kata mereka yang pergi belajar mungkin di luar negeri di Singapura misalannya, orang Johor. Kita tidak boleh menganggap mereka tercicir tidak pergi ke sekolah. Mereka pergi ke sekolah kerana pilihan mereka sendiri. Jadi, saya rasa dari segi data itu saya boleh beri satu gambaran kepada Yang Berhormat. Kedua, kenapa Yang Berhormat gunakan perkataan ‘dropout’. Ini kerana sebenarnya keciciran dari sistem SJK(C). Saya beri contoh, pada mulanya saya dapat data ini saya buat verification kenapa ia lebih tinggi? Nampaknya ada pelajar-pelajar atau pun ibu bapa Cina yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Jumlahnya juga satu jumlah yang besar. Dari segi home schooling, ada yang memohon sebagai contoh, tahun 2009 ada banyak permohonan. Kita luluskan hanya 29 selepas kita lihat dari segi persekitaran di dalam rumahnya sama ada kondusif atau tidak untuk diteruskan home schooling seperti mana yang disyaratkan dalam Akta Pendidikan. Itu juga kita benarkan. Ada juga sebahagiannya mereka mendaftar lebih awal tetapi tidak masuk tahun satu. Kalau di bahagian selatan ini biasanya ada yang menghantar ke negara jiran.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Kita menghormati pilihan mereka hendak masuk ke sekolah swasta atau pun di mana. Ia bermaksud keciciran dalam konteks ini bukan kata ‘dropout’, untuk dijelaskan kepada Yang Berhormat. Saya menyanjung tinggilah pandangan Yang Berhormat yang mengatakan kalau pelajar itu tidak minat hendak belajar, kita beri aliran vokasional. Itu juga haluan yang telah direncanakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran di mana baru-baru ini beliau mengumumkan kalau pelajar-pelajar yang tidak boleh belajar, sebagai contoh 3.89 peratus daripada lepasan UPSR iaitu lebih kurang 20,000. Mereka mendapat D atau E dalam semua mata pelajaran UPSR. Golongan inilah yang patut kita bekalkan satu sistem pendidikan. Kita pakejkan supaya pendidikan asas vokasional (PAV) dapat kita bekalkan di peringkat Tingkatan 1, 2 dan 3. Itu sebagai satu permulaan pada tahun 2013, kita akan laksanakan. Saya berharap kita akan mendapat sokongan daripada ibu bapa. Kita mula lebih awal dan begitu juga lanjutan itu ada juga kolej vokasional yang mana yang telah dimaklumkan kepada masyarakat. Saya rasa terdapat satu perubahan anjakan paradigma dari segi vocational and technology education di Malaysia. Jadi, saya rasa untuk maklumat itu Yang Berhormat boleh dapat daripada saya dan percayalah bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia kita mencari kaedah untuk kita guna dan memberi latihan terbaik sebelum mereka keluar bekerja. Ini adalah satu cara untuk kita meningkatkan daya saing warga negara Malaysia. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sesungguhnya keciciran itu merupakan sesuatu yang sangat malang kepada anak- anak kita. Keciciran berlaku daripada Tahun 1 sehingga ke Tahun 6. Kebanyakannya Tahun 6 hendak masuk ke sekolah menengah dan kita sangat gembira langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. Namun demikian, salah satu tindakan yang sangat berkesan untuk mengelakkan keciciran yang berlaku di sekolah rendah kerana adanya peraturan-peraturan dan undang-undang yang boleh mendakwa ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Apakah perkara yang sama akan dilakukan di sekolah menengah apabila kita mendenda atau menjalankan juga melaksanakan undang-undang supaya anak-anak kita tidak tercicir dari Tingkatan 1 sampai ke Tingkatan 5. Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Seperti mana yang saya jawab tadi, berkuat kuasa pada tahun 2003 semua ibu bapa wajib menghantar anak mereka menerima pendidikan sekolah rendah. Setakat ini hanya sekolah rendah. Maka, kita dapati dari segi sekolah rendah parasnya terlalu rendah kerana kalau mereka tidak menghantar anak mereka memasuki sekolah, mereka boleh dipenjarakan. Itu kita boleh kuatkuasakan undang-undang. Akan tetapi di sekolah menengah ia tidak boleh buat secara ada ikatan dari segi undang-undang. Kita hanya boleh gunakan kaedah-kaedah yang saya telah perkenalkan tadi untuk kita membantu. Kita dapati salah satu masalah yang kita berjaya iaitu kita mengekang dari segi jumlahnya, kalau satu ketika dahulu kita kata ia sangat tinggi dan jumlahnya telah rendah. Akan tetapi kita perlu lihat dari segi kualitatif. Kalau pelajar datang tidak bawa beg dan buku itu juga tidak jadi. Jadi, kita perlu memikirkan bagaimana kita hendak melatih pelajar-pelajar ini yang memang lemah dari segi akademik. Oleh sebab itulah pendidikan vokasional itu sebagai satu alternatif kepada mereka dan saya rasa inilah antara usaha yang diambil dan pendidikan wajib itu adalah sesuatu yang memang kita tidak berkompromi dan kita ambil tindakan sekiranya ibu bapa ingkar menghantar anak mereka memasuki sekolah. Sekian, terima kasih.

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

7. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, jumlah pengguna yang telah menggunakan Program SAVE. Kenapa program ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Rebate SAVE telah dilancarkan dengan dua objektif utama iaitu meningkatkan jumlah bilangan, kelengkapan cekap tenaga bertaraf lima bintang di pasaran.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Selain itu ia juga meningkatkan kesedaran orang ramai agar memilih kelengkapan cekap tenaga yang akhirnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di kalangan pengguna. Program Rebat SAVE telah dilancarkan pada 7Julai 2011. Ia menawarkan 100,000 baucar rebat untuk peti sejuk, 65,000 baucar untuk penyaman udara, dan 72,000 Refrigeration Tonne (RT) untuk chiller. Sehingga 7 Oktober 2011 sebanyak 33,000 baucar rebat telah dicetak dan sebanyak 23,100 baucar telah ditebus bersamaan dengan 70 peratus daripada jumlah baucar yang telah dicetak. Manakala untuk chiller sebanyak 23,760 RT telah dipohon. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Program Rebate SAVE melibatkan pelbagai pihak iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan kerjasama syarikat- syarikat utiliti iaitu TNB, SSB dan SESCO sokong oleh pengeluar kelengkapan elektrik berlabel lima bintang daripada Suruhanjaya Tenaga serta persatuan-persatuan pengedar dan penjual kelengkapan elektrik. Sejak dilancarkan terdapat 13 jenama penyaman udara dan peti sejuk yang berlabel lima bintang di pasaran berbanding dengan enam jenama sahaja sebelum program ini diperkenalkan. Ini menunjukkan sambutan yang positif daripada pihak pengeluar tentang mempromosi peralatan cekap tenaga serta Program Rebat SAVE. Pelaksanaan program ini juga melibatkan pelbagai aktiviti promosi dan kesedaran seperti siri jelajah, hebahan melalui media cetak dan media elektronik serta pembangunan laman web khas Program Rebat SAVE termasuklah melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Berdasarkan maklumat dan pemantauan yang diterima sepanjang program sehingga kini, sambutan daripada orang ramai dan penjual semakin positif terutamanya apabila lebih banyak maklumat disebarkan melalui aktiviti-aktiviti tersebut. Ini adalah kerana semakin ramai pihak memahami kepentingan amalan cekap tenaga di dalam aktiviti harian mereka. Melalui aktiviti-aktiviti kempen kesedaran dan promosi yang semakin agresif yang sedang dan akan dijalankan, sasaran yang ditetapkan boleh dicapai dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya. Oleh yang demikian kementerian ini berpendapat bahawa program ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada rakyat semua, tetapi promosi dan program kesedaran masih perlu dipertingkatkan secara berterusan supaya lebih ramai orang ramai yang menyertainya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat program ini masih publisitinya tidak mencukupi. Kedua, mengikut maklum balas daripada sesetengah penduduk bahawa Program SAVE ini tidak mesra rakyat kerana bagi peserta-peserta ataupun pemohon, mereka diminta untuk memuat turunkan borang permohonan melalui internet. Kalau kita lihat golongan sasaran di mana kadar kelayakannya iaitu bil elektrik sebelum ini di bawah RM150 dan saya tahu kemudiannya dinaikkan ke RM285. Akan tetapi bagi golongan luar bandar, penduduk luar bandar yang tidak mempunyai internet bagaimana mereka hendak memuat turunkan borang? Jadi saya mohon kementerian kalau boleh mengkaji semula prosedur ini dan juga lihat balik kadar kelayakannya. Kalau boleh naikkan lagilah dan amal pembayaran one-off yang sebanyak RM200 itu. Begitu juga saya hendak tahu bilakah program ini akan tamat? Sekian, terima kasih.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Ada beberapa isu yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat ya, terutamanya tentang kelayakan, kumpulan yang tidak mempunyai internet dan juga bila program ini akan ditamatkan. Yang Berhormat sebenarnya syarat kelayakan seperti Yang Berhormat maklum ya, sudah dinaikkan sebelum ini kepada pengguna yang menggunakan tenaga elektrik lebih kurang sehingga 400 kilowatt jam. Sekarang dinaikkan kepada 800 kilowatt jam untuk layak mendapat rebet peti sejuk dan juga rebet penghawa dingin ini termasuklah chiller untuk syarikat dan juga syarikat komersial.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya kira ianya pada peringkat awalnya memang menyasarkan kepada kumpulan yang berpendapatan pertengahan dan berpendapatan yang mungkin antara sederhana dan rendah kerana kita hendak menggalakkan mereka untuk mendapat rebat ini. Ini kerana kita juga berpendapat yang Tuan Yang di-Pertua bahawa golongan yang berpendapatan tinggi dijangka mampu untuk membeli produk-produk cekap tenaga 5-Bintang ini tanpa memerlukan rebat yang diberikan oleh kerajaan. Saya kira walaupun..., kepada kumpulan yang tidak dapat akses atau liputan internet Tuan Yang di-Pertua banyak aktiviti-aktiviti, hebahan, siri jelajah, promosi media elektronik, media cetak yang telah diadakan sebagaimana yang saya nyatakan tadi yang masih lagi berterusan sehingga akhir tahun. Ini juga merupakan satu rangsangan dan juga galakkan kepada kumpulan yang tidak dapat liputan internet untuk turut serta dalam mendapatkan atau melayakkan diri di dalam Rebat SAVE ini melalui sama ada TNB, SESB di Sabah dan juga Labuan dan SESCO di Sarawak. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, kepada untuk kumpulan yang memang langsung tidak dapat akses akan tetapi tahu melalui aktiviti-aktiviti yang saya nyatakan tadi, mereka boleh terus pergi kepada kedai-kedai yang mengambil bahagian ataupun retailer, dengan izin, ada sebanyak 1,200 penjual yang mengambil bahagian, boleh terus pergi ke kedai berkenaan dan minta bantuan kepada kedai ini untuk menyemak kelayakan dan juga mencetak rebet bagi pihak mereka. Kebiasaannya retailer ini telah diberi latihan oleh pihak kementerian bagi memudah cara kepada pihak pengguna yang ingin mengambil bahagian ataupun boleh juga terus pergi kepada pusat-pusat khidmat pelanggan TNB, SESB dan SESCO untuk menyemak dan mendapatkan baucar sekiranya layak. Tuan Yang di-Pertua, tentang sama ada ianya Program Rebat SAVE ini saya dapat diteruskan di masa akan datang, Tuan Yang di-Pertua sebenarnya pada peringkat awal ini ia adalah satu program one-off di bawah EPP9 dalam Program ETP dan saya kira sama ada di sambung atau tidak cukup bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan dan impak keberkesanan Program SAVE ini akan dikaji kelak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang setuju dengan pendapat daripada Yang Berhormat Simpang Renggam tentang sambutan yang tidak begitu menggalakkan terutama di industri chiller. Ini di mana banyak pengusaha-pengusaha kilang chiller tidak dapat maklumat tentang Program SAVE ini. Saya hendak cadangkan supaya selain chiller ada alat-alat elektrik yang berkaitan dengan chiller, seperti cooling tower dan juga pump high speed efficiency pump yang perlu juga di consider sebagai yang boleh dikategorikan Rebat SAVE program ini. Saya hendak minta kementerian juga supaya maklumat ini perlu sampai kepada klien-klien yang baru yang akan install chiller baru ini. Oleh kerana chiller ini dari segi penggunaan dia depends on kilowatt per tan. So, chiller ini dia menyumbangkan yang paling banyak consumption elektrik di sesebuah bangunan. Jadi perlu bagi penekanan tentang hal ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang comfort air consigner.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat, masa kita tidak ada Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, sikit sahaja. Jadi, terutama di Dewan ini. Saya rasa penghawa dingin yang amat sejuk. So, adakah kementerian bercadang supaya kita buat satu set point, 23°Celsius sehingga 24° Celsius di semua bangunan kerajaan terutama di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, banyak betul soalan dia dalam satu soalan. Saya jawab mana yang saya ingat Yang Berhormat, banyak ya. Satu, tadi kata masih untuk chiller khasnya masih kurang hebahan, masih kurang tahu kepada peserta-peserta.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat saya terima pandangan tersebut dan insya-Allah kita akan terus dengan hebahan-hebahan media cetak dan media elektronik. Akan tetapi masih akses kepada laman web iaitu www.saveenergy.gov.my Yang Berhormat kerana kalau chiller dia pasti ada akses internet. Ini kerana ia merupakan syarikat ataupun syarikat komersial yang besar yang boleh akses. Permohonannya agak berbeza kerana untuk chiller ini betullah seperti tadi. Satu RT ataupun dengan izin, Refrigeration Tonne (RT) rebetnya RM200. Ia hendaklah pohon terus melalui Kementerian Tenaga dan Komunikasi dan ia tidak melalui retailer dan sebagainya. Yang Berhormat mengapa hanya tiga barang ini sahaja dipilih. Sebabnya adalah: (i) penyaman udara merupakan satu peralatan di rumah domestik yang paling banyak menggunakan tenaga. Jadi kita hendak menggalakkan rebat untuk menggunakan barang cekap tenaga; (ii) peti sejuk juga merupakan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik kedua terbanyak biasanya di rumah. Jadi itu dua sebab; dan (iii) chiller pula Yang Berhormat biasanya sistem penyaman udara yang berpusat di bangunan-bangunan komersial merupakan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik yang terbanyak juga Yang Berhormat. Itu tiga, buat masa ini dalam projek Rebat SAVE ini, tiga produk tersebut. Sebentar tadi Yang Berhormat tanya sama ada Parlimen punya aircond. Ini adalah di luar daripada SAVE ya. Akan tetapi kita memang ada satu pekeliling dan sudah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menggalakkan ataupun meminta..., mungkin selepas ini akan ada pekeliling kepada pejabat-pejabat, premis-premis kerajaan, kita hendaklah menggunakan satu set point 24 darjah celsius untuk semua penghawa dingin di bangunan kerajaan dan akan digalakkan dan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat swasta. Saya kira Tuan Yang di-Pertua itu sahaja yang saya dapat tangkap Tuan Yang di- Pertua...

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan yang di-Pertua · Santubong

Tidak perlu jawab semua Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 24 mengatakan satu soalan sahaja Yang Berhormat.

Datuk Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Ya, betul Tuan Yang di-Pertua saya sokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rashid bin DinPKR · PRMerbok · question

8. Dato' Rashid Din [Merbok] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan dalam membangunkan semula projek perumahan terbengkalai sehingga kini mengikut negeri. Berapa pula projek perumahan yang mula/baru yang terbengkalai dalam tiga tahun kebelakangan ini, apakah peranan Kerajaan Pusat untuk menangani supaya masalah ini tidak berulang.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30 September 2011 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM3.1 juta bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai. Peruntukan ini adalah bagi pemulihan sebanyak dua projek kos rendah iaitu satu projek di Negeri Sembilan dengan suntikan dana sebanyak RM1.4 juta dan satu lagi projek di negeri Selangor dengan suntikan dana sebanyak RM1.7 juta. Bilangan projek perumahan terbengkalai yang sedia ada pada 31 Disember 2008 adalah sebanyak 144 projek. Jumlah projek perumahan yang baru diisytiharkan terbengkalai bagi tempoh 2009 sehingga 30 September 2011 adalah sebanyak 23 projek.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Sejajar dengan slogan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kerajaan amat komited dalam menyelesaikan projek perumahan swasta yang terbengkalai kerana ia memberikan kesan secara langsung kepada pembeli-pembeli rumah. Oleh sebab itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan beberapa usaha dan tindakan bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai. Dia antara usaha dan tindakan tersebut adalah termasuk: (i) kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan dengan mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih pemulihan projek perumahan swasta yang terbengkalai; (ii) melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya kategori kos rendah dan kos sederhana melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini bagi menampung kos tambahan pemulihan dan projek tersebut; (iii) mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pemajuan perumahan bagi mencari pilihan penyelesaian yang terbaik di atas projek-projek perumahan yang terbengkalai; (iv) menyelaras usaha pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai serta mengadakan mesyuarat lawatan tapak perbincangan terbuka dan program dialog dengan pembeli; (v) memantau dan menyelaraskan pemulihan bagi semua projek perumahan swasta terbengkalai. Tindakan ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan; (vi) mengenakan tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas pemaju-pemaju yang tidak mematuhi peruntukan dan juga peraturan yang terkandung dalam Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1996 (Akta 118); dan (vii) melaksanakan pindaan terhadap Akta 118 bagi memperketat lagi penguasaan terhadap pemaju-pemaju. Sekian.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan yang di-Pertua · Santubong

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO. 2) 2011 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Kewangan 2009; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan yang di-Pertua · Santubong

Baiklah. Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri ada usul.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 20 iaitu saya ingin tahu bilakah Laporan Ketua Audit Negara ini akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini? Sebab kita akan membahaskan perbelanjaan dasar mulai hari ini kita perlukan maklumat untuk mengetahui sama ada perbelanjaan kementerian adalah dengan cara berhemah, apakah ada keborosan, ketirisan. Maklumat itu amat penting. Boleh kami dimaklumkan bilakah Laporan Ketua Audit Negara akan dibentangkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan yang di-Pertua · Santubong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita belum menerima laporan daripada Audit Negara lagi. Kita di Parlimen ini hanya menerima. Kalau menerima kita bentangkan atas meja Ahli- ahli Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, ingatan saya 2008 kita menerima laporan itu sebelum dan 2009 ia serentak tapi kali ini sehingga hari ini tidak dapat.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan yang di-Pertua · Santubong

Ya.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 11 Oktober 2011”. Terima kasih.

]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan yang di-Pertua · Santubong

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2012Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan- dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah, 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam

dan tujuh senarai tersebut.”7 Oktober 2011] Timbalan yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat untuk membahas untuk dimaklumkan bahawa kita ada lapan hari untuk berbahas dan tiga hari untuk Menteri menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang- undang bernama suatu akta untuk menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam Aturan urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berbahas kita telah membuat persetujuan supaya Yang Berhormat Ketua Pembangkang diberi laluan selama 90 minit berucap dan selepas itu wakil daripada backbencher kerajaan juga diberi 90 minit dan selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat diberi 30 minit selepas ini Yang Berhormat. Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya merujuk kepada pembentangan Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Lazimnya belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesejahteraan rakyat. Namun setelah meneliti cadangan-cadangan yang dibentangkan terdapat beberapa kekurangan dalam pertimbangan dasar dan program khusus. Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tata kelola pentadbiran atau good governance. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice dengan izin, “Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” Sebarang teori perihal keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud keadilan tersebut. Maka saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan ini usaha-usaha reformasi politik dan institusi yang digarap oleh Pakatan Rakyat seperti mana yang terkandung dalam belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Antaranya, melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga, termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Membentangkan akta pemulihan demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH 2.0. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaik taraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawaban nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Pengenalan Laporan Setengah Tahun Perbelanjaan dan Prestasi Kewangan Negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama- sama dengan Laporan Ketua Audit Negara. Malangnya kita bahaskan belanjawan pada pagi ini, Laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan di Parlimen dan ini satu petanda kelemahan tata kelola pentadbiran. Apakah maksud mereka, apakah maksud kerajaan? Hendak mengelak dari mengizinkan Ahli-ahli Yang Berhormat membahaskan atau menegur berdasarkan Ketua Audit Negara, kerana ini pada fahaman saya Setiausaha Dewan boleh semak. Belum pernah berlaku Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan sebelum perbahasan belanjawan... [Tepuk] Pembentukan tujuh jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat jawatankuasa secara terperinci. Ini akan menjimatkan dalam semua negara demokrasi yang mengamalkan sistem kongres atau Parlimen. Semuanya membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa untuk memungkinkan Ahli-ahli Parlimen membahaskan secara terperinci dengan mendalam sebelum dibentangkan di Dewan. Akan tetapi ini tidak berlaku kerana pimpinan UMNO Barisan Nasional takut dengan perubahan demokratik yang sepatutnya berlaku... [Tepuk] Suka saya mengingatkan Dewan bahawa sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh perubahan tata kelola kerajaan pentadbiran dan reformasi politik yang menyeluruh. Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah, bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat. Kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu belanjawan yang baru dibentangkan seperti yang dibentangkan di minggu lepas oleh Perdana Menteri seumpama yang dikritik oleh Al- Quran dalam surah Al-Ma’un... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan kepada orang-orang yang berhak mendapatkannya. Bantuan kecil-kecilan itu bukan sagu hati, bukan semata-mata belas kasihan. Ada hak rakyat yang menuntut keadilan yang patut diberikan pertimbangan. Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat berlangsung pada 4 Oktober 2011, empat hari sebelum pembentangan belanjawan kerajaan yang bukan sahaja memberikan kesempatan kepada rakyat menilai, tetapi memberi kesempatan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membuat beberapa perubahan mendesak sebelum dibentangkan... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Beri laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada yang bangun Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada. Ya, Yang Berhormat Lenggong.

Dato' Samsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, sana. Ini memang cara UMNO jerit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada bangun. Yang Berhormat Lenggong ya.

Dato' Samsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Nanti dahulu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Permatang Pauh. Apakah yang disebut oleh Yang Berhormat itu dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat sekarang?

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jauh lebih baik daripada negeri- negeri yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional. Itu ada ruang yang khusus. Saya diminta salah seorang Ahli Parlimen ataupun Menteri Besar nanti apabila menyampaikan senarai apa yang dilakukan di Selangor tiga tahun yang lalu berbanding dengan yang sebelumnya, apa yang berlaku di Kedah, Pulau Pinang yang berlaku sekarang berbanding sebelumnya. Dengar sekejap, saya jawab. Kemudahan rakyat Selangor jauh lebih baik. Tidak ada juga? Macam Melaka, air percuma tidak ada. Melaka, orang meninggal tidak dapat RM2,500. Dia tidak tunggu pilihan raya. Ia diumumkan selepas pilihan raya belanjawan pertama. Itu bedanya. Kita umum sebaik pilihan raya selesai bentuk kerajaan, siapa meninggal sekian, siapa dan lain-lain. Itu berbeda dengan one-off yang diberikan oleh UMNO Barisan Nasional menjelang pilihan raya.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kalau Selangor boleh dijadikan sebagai satu indicator. Setahun yang lalu sehingga sekarang, saya perhatikan sampah di Selangor buktinya di Bangi, di Shah Alam, di Kajang dan lain-lain sampah tidak terurus. Merata, atas jalan raya, landskap pun tidak terurus sekarang ini bunga lusuh. Adakah itu boleh dijadikan sebagai indicator bahawa Selangor itu baik?

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang, teguran membina. Diucapkan terima kasih kerana kebersihan itu keutamaan dan saya bersetuju. Yang Berhormat Ledang tidak faham, Syarikat Alam Flora itu ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan. Ini yang menyebabkan rompakan oleh kroni bebankan dan mengotorkan negeri-negeri... [Tepuk] Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang ialah membatalkan perjanjian itu, mengadakan peraturan baru supaya Selangor insya-Allah akan lebih bersih tanpa campur tangan kekotoran oleh Kerajaan Persekutuan...

Barisan Nasional memang pengotor, sudah tahu dah.

Yang Berhormat Permatang Pauh, laluan, laluan. Kuala Krau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, hendak bagikah Yang Berhormat?

Kuala Krau. Yang Berhormat Permatang Pauh, jawapan senang diberikan tetapi tentang menjaga sampah, membuat bayaran dan sebagainya hak kerajaan negeri di bawah Kerajaan Tempatan, bukannya Kerajaan Persekutuan.

Dato' Samsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Nanti dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh. Lenggong, Lenggong sedikit.

Apa pula tidak faham?

Dato' Samsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Lenggong, Lenggong.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Inilah masalah Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional, UMNO khususnya tidak mengikuti jawapan Menteri dia tadi. Menteri kata dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Selangor terpaksa bayar RM475 juta. Waduh, sukar ini mahu kasi faham.

Boleh sambung?

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, maknanya. No, no biar saya jelaskan itu. Maknanya, oleh kerana syarikat-syarikat ini syarikat persekutuan yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri ada terbatas sebab itu kita usulkan dalam pentadbiran baru ini hentikan cara menyerahkan penswastaan kepada kroni yang mengotorkan alam. Mustahak untuk saya tegaskan Belanjawan Pakatan Rakyat pastinya mengambil pendekatan reformasi dasar untuk mengubah struktur ekonomi. Perdana Menteri senang sekali memilih jalan yang paling beliau mahir. Apa yang dia paling gemari iaitu penjenamaan semula dan kitar semula. Hari-hari ada pengumuman baru. Saya fikir menteri- menteri pun tidak hafal nama-namanya, penuh dan program itu malangnya gagal. Janji tidak terlaksana dan saya akan umumkan. Saya tidak mahu nanti dituduh sebagai tidak bertanggungjawab. Saya akan berikan satu persatu contoh kerana saya tengok sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading sudah mula menjeling tajam. Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan adalah berasaskan angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara. Unjuran defisit pada angka 4.7 peratus juga tidak tepat, tidak wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan 2012 serta unjuran jumlah pendapatan negara 2012. Apa maksud saya?

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Unjuran pertumbuhan pada 5 peratus hingga 6 peratus yang diumumkan. Itu ditolak oleh semua penganalisa. Setakat ini belum ada satu penganalisa yang mengesahkan bahawa jumlah ini dianggap realistik. Ini kerana ia terlalu tinggi, seolah-olah kita dalam keadaan unik yang tidak terikat dengan keadaan domestik dan global. Berikut adalah unjuran pertumbuhan terpilih yang dibuat dan saya umumkan:- |Nama Agensi|Tahun 2011 (%)|Tahun 2012 (%)| |-----------|-------------:|-------------:| |MIER | 5.2| 5.5| |RHB | 4.3| 4.5| |Bank Dunia | 4.8| 5.7|<END_TABLE_MARKER> Ini sebelum unjuran dibuat. Setelah melihat perkembangan mutakhir dunia, maka IMF memotong unjuran pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4 peratus pada pertengahan September baru-baru ini. Bermakna angka terkini sudah tentu akan lebih rendah dari paras 5 peratus bagi tahun 2011 dan 2012. Unjuran lebih mutakhir dibuat oleh Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dalam Asian Development Report 2011 yang diterbitkan pada pertengahan September. Bank Pembangunan Asia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2011 sekadar 4.8 peratus, menokok kepada 5.1 peratus pada tahun 2012...

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Berbeza dengan angka yang terlalu optimistik yang digunakan oleh Perdana Menteri 5 peratus hingga 5.5 peratus bagi tahun 2011, 5 peratus hingga 6 peratus bagi tahun 2012. Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM1.66 bilion. Berdasarkan unjuran yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi dari Petronas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya dapat melihat bahawa ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh tadi mempertikaikan tentang pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satu daripada perkataan Yang Berhormat tadi ada menyebut bahawa defisit kita semakin meruncing. Kalau kita lihat daripada buku laporan ekonomi yang dibekalkan ini, kita lihat dengan cukup jelas perbelanjaan dan juga pendapatan pada tahun 2010, 2011 dan unjuran pada tahun 2012. Dalam buku ini ada sebut defisit kita pada tahun 2010 adalah 5.6 peratus. Selepas itu turun kepada 5.4 peratus pada tahun 2011 dan diunjurkan akan turun lagi menguncup pada tahun 2012 pada 4.7 peratus. Kalau kita mempertikaikan tentang laporan kewangan yang disediakan oleh pakar- pakar daripada Perbendaharaan, saya yakin Yang Berhormat Permatang Pauh suatu ketika dahulu menyertai sebagai Menteri Kewangan. Mereka yang pakar bukan sahaja daripada EPU, bahkan daripada Perbendaharaan, daripada BNM (Bank Negara Malaysia) serta Jabatan Perangkaan. Jadi tidak usah kita pertikaikan. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya pertumbuhan kita pada suku pertama tahun 2011 adalah pada 4.9 peratus. Ia menurun pada suku tahun kedua tahun 2011 pada 4 peratus. Hitung panjang pada pertumbuhan untuk pertengahan tahun pertama tahun 2011 adalah pada 4.4 peratus. Kita janganlah mempertikaikan tentang soal ini kerana ianya disediakan oleh ahli-ahli yang pakar tentang ekonomi. Saya fikir Yang Berhormat pun lebih faham tentang itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat. Itu adalah satu kenyataan yang tepat sebab unjuran ekonomi juga dibuat oleh ketiga-tiga agensi khususnya Bank Negara, Perbendaharaan dan Unit Perancang Ekonomi. Saya ucapkan terima kasih kerana memperingatkan. Di antara sebab saya boleh mengulas begini kerana pengalaman saya selama lapan tahun menjadi Menteri Kewangan. Itu sebab maka unjuran itu dapat saya teliti. Saya akan hujah seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin iaitu mengapa saya mengatakan unjuran itu sama ada realistik atau tidak. Ada unjuran yang larinya 1 peratus, 2 peratus, itu biasa. Unjuran, maknanya tidak mungkin tepat 100 peratus kerana ada beberapa pertimbangan kadang-kadang luar daripada keupayaan kita. Akan tetapi unjuran itu saya anggap harus realistik kerana akhirnya unjuran itu mesti dipertahankan oleh Menteri Kewangan. EPU mengusulkan, Perbendaharaan mengusulkan, Bank Negara mengusulkan. Selalunya jumlah unjuran mereka itu tidak sama, berbeza. Kemudian Bank Negara akan berikan alasan berdasarkan kajian mereka, begitu juga Perbendaharaan dan Unit Perancang Ekonomi. Yang memutuskan muktamad adalah Menteri Kewangan setelah mendengar semua ini. Jadi saya ada...

[Bangun]

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Jasin, kalau sabar sekejap. Jadi saya ada hujah mengapa saya mengatakan unjuran ini harus dipertikai. Soal defisit yang membimbangkan kita ialah kerana defisit boleh dipertahankan untuk satu dua tahun tetapi defisit Malaysia ini sudah 14 tahun, dan hendak masuk ke 15 tahun. Jadi ini yang kita rasa suatu hal yang harus memprihatinkan kerana defisit boleh diterima dalam jangka pendek. Defisit yang berlarutan itu akan mencengkam ekonomi terutama untuk generasi akan datang. Ini menyebabkan saya akan teliti soal defisit. Kalau Yang Berhormat sabar sekejap, saya akan berikan mengapa unjuran ini harus realistik Saya akui unjuran kadang dibaca oleh Menteri Kewangan berdasarkan usul yang dibawa oleh ketiga-tiga badan ini. Sebab itu saya juga baca usul dan pandangan serta pertimbangan dan teguran dari banyak badan-badan yang juga dirujuk oleh kerajaan. Umpamanya Asian Development Bank. Itu dirujuk oleh kerajaan. Unjuran dia itu terlalu jauh bezanya dengan unjuran kerajaan. Kerajaan juga ada mengikut artikel 4 tidak salah saya daripada peruntukan IMF, di mana ada penelitian bersama Bank Negara Malaysia di peringkat artikel 4 IMF dan Bank Negara Malaysia. Itu juga diteliti.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi akhirnya keputusan pertanggungjawaban itu adalah keputusan Menteri Kewangan untuk belanjawan...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi lagi Yang Berhormat?

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini kerana saya hendak jelaskan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Kemudian boleh hujah lepas itu. Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai langsung tidak termasuk cukai petroleum oleh kerajaan adalah 9.6 peratus di antara 2008 hingga 2011. Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai tidak langsung bagi tempoh yang sama adalah lebih rendah iaitu 5.6 peratus. Pada kadar pertumbuhan sebegini, anggaran kami dalam Pakatan Rakyat menunjukkan jumlah pendapatan RM186.9 bilion boleh dicapai sekiranya kerajaan meneruskan amalan mengenakan dividen tinggi sekitar RM30 bilion setiap tahun dari Petronas. Sedangkan amalan tidak bertanggungjawab ini akan melemahkan keupayaan Petronas. Melabur semula keuntungannya untuk mencari rizab baru minyak dan gas seluruh negara. Seperti mana Yang Berhormat harus tahu Tuan Yang di-Pertua, iaitu ada anjakan dengan peninggalan Tan Sri Hassan Marican dan pentadbiran baru, dasar juga berubah. Sekarang ini jumlah besar itu dilabur untuk domestic investment dan seperti mana juga yang kita tahu, ia menguntungkan syarikat-syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd. dan Kencana Petroleum Bhd. Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion sahaja seperti mana yang termaktub dalam Belanjawan Pakatan. Jumlah ini lebih kecil, akan mengajar kerajaan berjimat di samping disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara dan juga memberi keupayaan Petronas melabur, menjamin pendapatan negara jangka panjang. Ini kerana apabila pelaburan luar itu berkurangan, pendapatan pelaburan Petronas akan amat terjejas kerana bergantung kepada keupayaan dalam negara semata-mata. Apakah kesannya apabila kerajaan menggunakan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi dan jumlah pendapatan yang terlalu optimistik? Pertama, ia akan memburukkan lagi keadaan defisit negara. Ini isu yang dibangkitkan tadi. Dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Belanjawan 2012 akan membawa defisit ke paras 4.7 peratus dari KDNK bagi kami tidak tepat. Selain mengambil kira kecenderungan kerajaan berbelanja lebih dan menyeludup peruntukan baru melalui belanjawan tambahan. Seperti mana yang kita saksikan tahun lalu, kita bentangkan belanjawan bulan Oktober, bulan Disember ada belanjawan tambahan yang belum pernah berlaku dalam sejarah pembentangan belanjawan negara ini setakat yang saya faham.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kedua, ia mengetepikan keperluan mendesak untuk mengamalkan disiplin fizikal dan pendekatan berbelanja wang rakyat dengan berhemah pada kala ia sangat penting menjamin kelangsungan kewangan dan pertubuhan ekonomi yang sihat. Kerajaan jangan sangka rakyat mudah terpedaya hanya dengan hamburan data. Angka yang dipersembahkan untuk memberi gambaran bahawa defisit dan hutang dalam keadaan terkawal. Tabiat seperti ini menzahirkan niat sebenar pentadbiran untuk membelanjakan dana awam sewenang-wenangnya seperti mana yang berlaku pada tahun 2010 dan 2011. Saya ingin mengambil masa untuk memperincikan analisa peruntukan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi Belanjawan 2012. Sebanyak 78 peratus dari keseluruhan peruntukan belanjawan digunakan bagi tujuan menguruskan perjalanan kerajaan. Jumlah yang sangat tinggi dan mengalih sumber kewangan negara dari bidang ekonomi yang mempunyai kesan gandaan. Jumlah ini juga meningkat saban tahun dan jika tidak dibendung peruntukkan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial semakin mengecil di masa akan datang.

Yang Berhormat, boleh...

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tengah mengulas soal defisit yang dibangkitkan tadi. Kementerian-kementerian utama, ini yang penting. Kementerian utama diperuntukkan wang yang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus seperti tahun 2012, sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan amat kecil. Saya ingin persoalkan, apakah tiada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengekang perbelanjaan pengurusan kementerian yang semakin tidak terkawal ini. Contohnya, perbelanjaan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri itu peningkatannya paling tinggi dalam sejarah setelah Yang Amat Berhormat Pekan mengambil alih. Walaupun dalam peruntukan tahun ini setelah ditegur kuat oleh Pakatan Rakyat, dikurangkan sedikit, peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri dikurangkan RM2.98 bilion. Ini diagihkan kepada Kementerian Kewangan di bawah beliau. Kementerian kewangan menambah peruntukan pembangunan 208 peratus. Perbelanjaan pengurusan di kedua-dua kementerian yang dipimpin oleh Perdana Menteri melonjak naik 12 peratus Jabatan Perdana Menteri dan 15 peratus Kementerian Kewangan. Ini sebabkan di antara lain dengan NKRA, jururunding luar negara, pakar media yang mahal untuk menonjolkan imej negara yang hebat. Oleh sebab itu dalam belanjawan kita boleh potong segera RM5 bilion dari Jabatan Perdana Menteri hentikan Program NKRA... [Tepuk] Maknanya mula dengan Jabatan Perdana Menteri RM5 bilion potong terus dan boleh diagihkan untuk pembangunan rakyat. Perbelanjaan operasi di Kementerian Kerja Raya melonjak 29 peratus, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 61 peratus, Kementerian Dalam Negeri 25 peratus. Peningkatan kos ini sangat besar dan ini harus juga dikaitkan dengan usaha kita memastikan projek dan kelulusan harus telus melalui tender terbuka. Kita amat prihatin kerana peruntukan kepada Kementerian Pelajaran dipotong. Perbelanjaan operasi dipotong 3 peratus, perbelanjaan pembangunan Kementerian Pelajaran dipotong 28 peratus. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan krisis ekonomi sekalipun, dua kementerian yang patut tidak terkesan dari pemotongan adalah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan projek-projek luar bandar. Ini dalam keadaan sekarang, projek-projek mega dan mewah ditambah, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelajaran dipotong. Oleh sebab itulah walaupun ada pengumuman tentang kemudahan-kemudahan masalah di asrama, masalah guru, masalah perbelanjaan di sekolah dan pengurusan sekolah masih lagi berat. Pengumuman yuran sekolah rendah dan menegah dihapuskan. Itu kita terima dan sambut baik. Akan tetapi masalahnya ialah keperluan pembiayaan tambahan yang akan pasti berlaku dengan pemotongan mendadak ini.

Boleh bagi Yang Berhormat?

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Maknanya, sekolah dan PIBG, ibu bapa akan terpaksa menanggung kos yang lebih. Yang Berhormat Jasin, saya akan beri ruang. Akan tetapi biar saya jelaskan soal defisit ini dahulu.

[Menyampuk]

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak kata semua tidak betul. Yuran potong saya setuju. Dengarlah dahulu. Yang saya tidak setuju ini yang gelang dan rantai. Itu yang kita bangkitkan, yang lain tidak ada masalah. Baik. Di sebaliknya, apa yang berbeda. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat juga teliti belanjawan Pakatan Rakyat yang berbedannya apa? Kita unjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4 peratus hingga 4.5 peratus 2011/2012. Jumlah pendapatan negara unjuran kita mencecah 181.3 peratus. Akan tetapi defisit berdasarkan angka ini sasaran defisit kita bagi tahun 2012 adalah realistik kerana kita pertahan ke peringkat 4.4 peratus untuk mempunyai kesan besar kepada usaha mengekang hutang. Saya ingin mencadangkan pada hari ini, supaya dewan meletakkan syarat kerana ini dipertikaikan oleh Yang Berhormat Jasin dan hendak dipertahankan jumlah yang pertahankan dan saya yakin unjuran ini tidak boleh dipertahankan.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Oleh itu saya hendak cadangkan di Dewan meletakkan syarat sekiranya pertumbuhan ekonomi 2011 kurang dari 5.5 peratus, 2012 kurang dari 6 peratus maka Dewan akan bersidang semula untuk memotong belanjawan RM232.8 bilion yang dibentangkan pada 7 Oktober dan diunjurkan ke angka RM220 bilion seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Pakatan pada tahun 2012... [Tepuk] Saya berani usulkan ini kerana setelah mengkaji dan meneliti angka-angka ini, angka ini tidak boleh dipertahankan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya teringat kata-kata seorang pujangga, nama dia Pythagoras dia ada menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Do not say a little in many words, but a great deal in a few”. Jadi kita tidak mahu melarat. Saya tidak pandai berpolitik tetapi kita cakap, yang pertamanya saya rasa Yang Berhormat lebih arif dan mungkin boleh mengajar saya. Pertama sekali defisit adalah hutang. Kalau kita berhutang, makanya kita mesti mampu membayar. Dalam keadaan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun membentangkan pada hari tersebut, kita mempunyai rizab sebanyak RM400 bilion lebih. Hutang kita adalah di tahap 53 peratus kepada KDNK yang dianggap prudent itu yang pertama. Keduanya, kalau kita lihat semula seperti yang saya sebut dalam buku ekonomi tahun 2010 berapa kita punya defisit 2011 berapa dia punya defisit, 2012 berapa kita punya unjuran defisit. Selepas itu pada setiap tahun kita tengok juga apa actual expenditure. Apa actual kemasukan (revenue). Selepas itu kita dapat lihat bahawa kerajaan sebenarnya cukup berhati-bati dalam berbelanja. Kalau dia tengok, kita dekat-dekat dia punya angka defisit, kita kurangkan dia punya perbelanjaan. Kita tingkatkan lagi pendapatan. Kita dapat lihat pada setiap tahun kita tidak lari dari defisit kita. Jadi kalau anggapan Yang Berhormat tadi bahawa kerajaan suka berbelanja dengan sewenang-wenang, cukup tidak tepat. Saya lihat satu lagi, tentang kutipan yang kita anggarkan. Tahun 2012, RM186.9 bilion berbanding dengan RM183.4 tahun 2011. Kita dapat pada tahun 2010, hanya berbeza RM1 bilion sahaja.

Maknanya anggaran kita tidak lari. Sebenarnya apabila cukup mungkin pada penggal ketiga atau penggal keempat tahun berkenaan, kita akan menjaga lebih prudent lagi tentang pendapatan dan perbelanjaan kita. Macam mana pendapat Yang Berhormat?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Bangun]

Minta laluan Yang Berhormat Permatang Pauh, sekali jawab ya. Yang Berhormat Permatang Pauh saya mohon penjelasan kerana saya tertarik dengan tajuk defisit yang juga diberi komen yang baik oleh Yang Berhormat Jasin. Perbahasan yang sebegini sangat kita hargai. Pertama, persoalan hutang. Saya baca laporan Majlis Kewangan Negara yang bermesyuarat 18 Ogos baru-baru ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keadaan hutang negara ini paling tinggi kebetulan ketika Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri. Tahun 2009 itu RM382.4 bilion, tahun 2010 RM407.1 bilion dan tahun 2011 setakat mesyuarat Majlis Kewangan dibentangkan RM436.8 bilion dan ini adalah menyamai 53.3 peratus. Dalam pengurusan hutang negara, kita dikawal oleh beberapa akta. Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 mengehadkan hutang tidak boleh melebihi 55 peratus daripada KDNK. Kalau 53.3 peratus, kita itu cuma kekurangan 1.7 peratus dan ini paras threshold dia yang membimbangkan. Apa hendak dibanggakan dari sudut hutang yang begitu tinggi. Itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat Permatang Pauh saya minta komen tadi memberikan angka-angka defisit dan kita boleh berbeza pendapat soal Yang Berhormat Jasin mempertahankannya saya juga faham.

Akan tetapi, di sana juga ada beberapa lagi petunjuk yang perlu kita teliti oleh kerana sumber revenue kita Yang Berhormat Permatang Pauh cuma bergantung kepada tiga yang utama iaitu cukai daripada gas dan minyak, cukai korporat dan juga cukai pendapatan. Itu memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Sebab itu Bank Pembangunan Asia dan IMF memberikan dua petunjuk baru, petunjuk yang menarik untuk kita teliti dalam membahaskan defisit. Pertama, kalau sekiranya defisit belanjawan keseluruhan negara kita ini dibaca tanpa hasil minyak, hasil minyak dicabut keluar, angka defisit negara itu melonjak dua kali ganda. Saya cuma sempat meneliti Bank Pembangunan Asia 2009. Defisit negara 7.4 peratus dengan hasil minyak. Kalau hasil minyak ditarik balik, 15.1 peratus dan hasil minyak kita sedia maklum adalah hasil yang semakin berkurangan. Petronas kata mungkin sembilan tahun lagi. Gas boleh jadi 23 tahun. Maknanya kalaulah kita melihat pembentangan yang dibuat baru-baru ini Yang Berhormat Permatang Pauh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita fikir beberapa polisi dan petunjuk asas fundamental ekonomi itu sendiri ada sebab untuk kita merasa kebimbangannya. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh boleh memberikan lagi huraian ini...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Kerana angka ataupun perbelanjaan seimbang dalam Parlimen kita ini cuma berlaku kebetulan waktu Yang Berhormat Permatang Pauh jadi Menteri Kewangan, kebetulan, kebetulan ya. Hutang negara juga berada pada paras yang kecil, seimbang tahun 1996 RM91 bilion, tahun 1997 RM89 bilion, tahun 1998 RM103 bilion. Itu sahaja jumlahnya tetapi apabila Yang Amat Berhormat Pekan sudah jadi RM456.8 bilion. Ini kebetulan, kebetulan, kebetulan. Apa komen? Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sambung sedikit Yang Berhormat.

Yang Berhormat saya sambung sedikit. Saya tidak hendak argue tentang Yang Berhormat Machang cakap tadi tetapi saya sudah sebut tadi dan saya rasa Yang Berhormat boleh periksa...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Floor siapa ini?

Yang Berhormat boleh faham hutang kita adalah pada tahap 53 peratus kepada GDP yang dianggap cukup prudent dan kita di antara negara yang memang cukup disanjung tinggi. Saya ada terlupa satu perkara tadi Yang Berhormat ada sebut Jabatan Perdana Menteri diberikan peruntukan kalau kita tengok di B.6, bawah Maksud P.6 mengatakan mengurus kita ada RM5.7 bilion. Kita ada pembangunan sebanyak RM7.7 bilion. Yang Berhormat ada sebut tadi ada kurangkan perbelanjaan ini. Kita berikan kepada tempat lain. Yang Berhormat, untuk maklumat Jabatan Perdana Menteri ini untuk perbelanjaan mengurus sahaja dia banyak membayar gaji lebih kurang 12,000 pekerja bawah JPM ini. Adakah kita terpaksa berhentikan mereka termasuk anggota-anggota JAKIM?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Nanti sekejap. Termasuk anggota- anggota JAKIM bawah peruntukan ini? Adakah Yang Berhormat menyebut kalau kita hendak keluarkan perbelanjaan ini di mana kita hendak hantar mereka? Siapa hendak bayar gaji mereka. Saya minta pendapat Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh, untuk di sekalikan dengan Yang Berhormat Machang, Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh difahami defisit dilakukan ketika ekonomi dalam keadaan lembap dan ini memerlukan suntikan, pump-priming, dengan izin. Akan tetapi, pentadbiran dan kerajaan Barisan Nasional malangnya dalam tahun-tahun seperti 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 ketika negara-negara jiran termasuklah Thailand, Indonesia, Singapura, Australia dan sebagainya mengalami belanjawan yang surplus. Kita pada ketika itu juga Yang Berhormat Permatang Pauh masih lagi mengalami defisit, masih lagi melakukan pump-priming, masih lagi counter cyclical. Ini bercanggahan dan langsung bertentangan dengan mana-mana teori ekonomi dan ini menjadi malang Tuan Yang di- Pertua dan saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh menyedarkan rakyat bahawa urusan financial management negara ini telah lama ditangani dengan kelemahan dan kecurangannya. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Kuala Selangor kerana pandangan, cadangan dan teguran mereka. Saya menyentuh pandangan Yang Berhormat Jasin. Memang betul kita tidak boleh potong ataupun batalkan program yang akan menjejaskan pendapatan pegawai ataupun pekerja yang sebab itu jikalau Yang Berhormat Jasin ambil masa sedikit teliti belanjawan Pakatan Rakyat, yang dipotong itu umpamanya kalau dari Jabatan Perdana Menteri, RM5 bilion itu dari NKRA, tidak perlu. Saya yakin Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi, Bank Negara mampu dengan beberapa kepakaran lain mampu dan berupaya untuk mengemukakan pandangan mereka dalam untuk membantu mengurus kerajaan ini berpuluh tahun lebih daripada setengah abad. Tidakkanlah kita hendak kena ambil semua perunding-perunding asing ini tiap jabatan, tiap semua kena ada konsultan asing, tidak ada keyakinan kepada pegawai. Saya yakin dan ini yang boleh dijimatkan dan penjimatan itu besar sekali dan tidak hanya kepada menteri yang khusus dalam bidang ini. Saya juga berterima kasih kerana Yang Berhormat Machang memperingatkan laporan Majlis Kewangan Negara dan saya ada rujuk di sini dan saya kebetulan teliti laporan Majlis Kewangan Negara. Ini membuktikan bahawa pegawai-pegawai kalau tidak diganggu oleh politik, mereka akan mengemukakan pandangan yang cukup profesional. Dalam laporan Majlis Kewangan Negara ini disebut bahawa paras hutang 53 peratus itu harus diteliti, harus diprihatinkan, harus membimbangkan kerana sudah akan mencapai dan mencecah threshold yang dianggap sebagai berbahaya. Saya tidak kata kemampuan Malaysia sudah anggap satu negara yang sudah gagal, tidak. Ekonomi kita masih dapat bertahan tetapi kita menuju ke arah keadaan yang merunsingkan. Selama 14 tahun defisit itu tidak suatu angka yang membanggakan. Majlis Kewangan Negara walaupun membentangkan kertas itu di hadapan Perdana Menteri yang mempengerusikan masih membuat beberapa usul yang cukup objektif termasuk pengalaman lalu. Saya ambil alih Kementerian Kewangan defisitnya masih kecil. Kemudian belanjawan berimbang, kemudian belanjawan lebihan. Ini diakui oleh Majlis Kewangan Negara dan walaupun tidak disebut dan pastinya tidak akan disebut dalam ucapan Menteri Kewangan tetapi sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran bahawa defisit boleh ditukar menjadi berimbang. Berimbang boleh ditukar dengan pengurusan kewangan yang lebih telus dan bertanggung jawab...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta jalan sedikit boleh tak?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini juga diperkukuh dengan hujah oleh Yang Berhormat dari Kuala Selangor tadi.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Padang Besar minta, terima kasih. Saya tertarik. Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Hendak tanya sedikit kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Memang pada zaman semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, didapati kedudukan defisit dan sebagainya sebegitu rupa. Cuma saya hendak bertanya sama ada Yang Berhormat ingat atau tidak, pada waktu itu, zaman semasa Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan, ekonomi dunia memacu cukup cepat hinggakan pada akhirnya berlaku kemelesetan mulai tahun 1998 iaitu the financial crisis.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bermula dari situ dan kemudiannya harga minyak melambung dalam tahun 2006 dan sebagainya maka dua kali cycle yang berterusan dan ini menyebabkan negara-negara dunia menghadapi masalah. Di samping itu kita juga perlu mengawal dan menjaga dan membentuk satu cara kita menguruskan ekonomi kita supaya tidak menjejaskan affirmative action dan tidak menjejaskan keperluan serta hasrat kita untuk membantu membangunkan luar bandar dan sebagainya. Maka kita perlu menjana pertumbuhan atau mengawal perbelanjaan dan juga segala apa yang disebutkan termasuk defisit untuk melihat, menjaga supaya rakyat kita tidak merasai keperitan. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Padang Besar kerana Yang Berhormat Padang Besar tentunya meneliti keadaan pada masa itu. Saya tidak nafikan bahawa suasana ekonomi global tidak baik. Akan tetapi satu kenyataan yang berlaku ialah bahawa Kementerian Kewangan harus diberi ruang dan kebebasan untuk mengatur beberapa keutamaan. Ini susah berlaku apabila jawatan itu juga mahu dipegang oleh Perdana Menteri kerana tidak mungkin Perdana Menteri mampu menumpukan perhatian dalam satu kementerian yang memerlukan tumpuan khusus dan ini menjadi masalah di kalangan kita apabila kuasa mahu dibolot oleh satu orang, Perdana Menteri dengan kuasa yang cukup besar dan Menteri Kewangan. Pada masa itu Yang Berhormat Padang Besar harus ingat, kalau tidak diberikan ruang pada ketika itu, semua hendak belanja untuk projek besar akan tetapi oleh sebab kita dapat umpamanya dengan kerjasama dan saya akui peranan pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan. Pertamanya kita dapat ketepikan apa yang disebut contingency funds. Keduanya, kita boleh tubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara. Ketiga, Kumpulan Wang Amanah Pencen. Semua itu diselamatkan. Keempat ialah menggunakan lebihan untuk membayar awal pra pembayaran, prepayment hutang-hutang lapuk yang jarang berlaku oleh mana- mana negara di dunia iaitu RM12 bilion. Apabila hal ini dilakukan, apabila kita hadapi krisis, kita dapat kawal supaya ia lebih ampuh, tidak begitu pesat. Saya tidak nafikan bahawa suasana ekonomi membantu. Akan tetapi pengurusan ekonomi kalau tidak bertanggungjawab, banyak negara yang juga memacu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan cukup lebih baik. Thailand, Filipina, Korea dan juga Indonesia pada ketika itu. Akan tetapi ada atau tidak buat prepayment? Tidak. Apakah mampu Kementerian Kewangan mengolah supaya dapat menyelamatkan puluhan bilion ringgit dengan pembentukan tabung-tabung dana baru dan membayar hutang lama? Tidak berlaku. Keadaan ini harus mengajar kita bahawa Kementerian Kewangan harus diberi ruang untuk mengurus ekonomi dengan Perbendaharaan, Bank Negara dan Unit Perancang Ekonomi tanpa dengan penumpuan khusus Menteri Kewangan tanpa campur tangan berlebihan.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Permatang Pauh mengakui bahawa pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, yang hebat membantu adalah kedudukan ekonomi dunia dan kedudukan ekonomi negara pada masa itu. Cuma saya hendak bertanya sama ada dalam masa Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan, orang yang sama iaitu institusi-institusi yang sama, yang membantu kerajaan, membantu menteri-menteri dan Perdana Menteri memikir dan merancang institusi-institusi seperti Kementerian Kewangan, Bank Negara, EPU dan semua institusi yang profesional. Begitu juga, mereka itu juga pada hari ini adalah merupakan kumpulan pemikir-pemikir yang hebat, yang mampu kita melawan Bank Dunia sekalipun pada tahun 1998, yang mahukan capital control dan sebagainya. Kita mencabar dunia pada masa itu dan dunia mengakui pada hari ini kita berjaya dan kita yang benar menentang IMF pada masa itu. Pada masa itu Yang Berhormat sendiri tidak begitu yakin bahawa capital control yang kita gunakan itu boleh membantu negara. Akan tetapi kita telah berjaya. Pada masa itu Tun Dr. Mahathir dikatakan, ilmu ekonominya sebesar stamp postage. Itu kata George Soros. Begitu juga magazine, The Economies mengatakan Dr. Mahathir is a mad man or something like that, pada masa itu dengan izin. Akan tetapi kemudiannya mereka juga mengakui kita berjaya.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Jadi ahli-ahli pemikir ini, jentera-jentera inilah yang membantu Perdana Menteri hari ini untuk mengorak langkah, merancang ekonomi dalam keadaan-keadaan dunia gawat hari ini rakyat berada di dalam keadaan selesa. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Kalau benar kita rujuk kepada kepakaran tempatan yang menasihatkan, saya percaya pengurusan ekonomi kita akan jauh lebih selamat. Sekarang ini, beratus juga dibelanjakan untuk konsultan asing, beratus juta ringgit untuk APCO, APC dan ini yang FCB... [Disampuk] Ya, apa yang hendak dipertikaikan? Ini yang jawapan saya. Kalau ia tidak bergantung, kerana saya baca laporan Majlis Kewangan Negara. Laporan Majlis Kewangan Negara itu tidak diganggu oleh pakar asing. Maka kenyataannya itu lebih tepat, lebih profesional. Apa yang berlaku sekarang, mengapa beberapa keputusan itu bercanggah dengan recommendation yang dibuat oleh Majlis Kewangan Negara? Ini kerana campur tangan politik berlebihan. Yang Berhormat dari Padang Besar harus tahu bahawa dalam isu capital control, ia bukan hanya 98. Capital control itu pernah diperkenalkan pada tahun 1993 dalam jangka pendek. Kena faham sedikit. Jangan hanya baca propaganda dalam Utusan. Mana dia reti ini semua?... [Dewan riuh] Ya, mengapa saya perkenalkan tahun 1993? Kerana ada usaha untuk... [Disampuk] Ya, ya, itu pertama. Keduanya, Yang Berhormat harus tahu, soal yang dibangkitkan Yang Berhormat tentang...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta maaf Yang Berhormat...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Keupayaan ekonomi kita. Keupayaan ekonomi kita bertahan itu ada kajian sekarang. Keupayaan ekonomi kita itu bertahan kerana fundamental kita strong, kerana hutang kita kurang. Bukan hanya semata- mata capital control. Kemudiannya yang menyebabkan, kena faham juga. Apa yang menyebabkan ekonomi kita gawat? Bank diserang. Sebab apa bank diserang? Sebanyak 70 peratus pinjaman bank itu diberi kepada sepuluh buah syarikat kroni dan keluarga... [Dewan riuh][Tepuk] Mana dia kepentingan rakyat? Mana dia kepentingan rakyat yang diheboh-hebohkan? Keuntungan itu di situ. Tuan Yang di-Pertua telah beri amaran kepada saya harus selesai. Jadi saya pohon maaf, saya akan baca... [Dewan riuh]

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Izin, izin satu, last.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini apa jerit-jerit ini?... [Dewan riuh][Disampuk]

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Last.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Sri Gading, bangun.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat, kawan baik...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, tidak, Tuan Yang di-Pertua sudah bagi ingatan, saya mesti habiskan.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tidak apa, Tuan Yang di-Pertua boleh longgarkan. Sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, minta izin saya Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau minta longgarkan, Tuan Yang di-Pertua..

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta izin satu sahaja.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, okey boleh.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Pendek sahaja. Yang Berhormat sebut, capital control dilaksanakan pada tahun 1993 lagi. Akan tetapi pada zaman itulah diperkenalkan semua. Pasaran saham dibolehkan short selling. Mata wang kita dibolehkan berniaga di merata-rata dunia, bermacam-macam instrumen kewangan seperti derivatives dan sebagainya. Instrumen kewangan digunakan oleh bank-bank dunia untuk jadikan kita sebagai kasino.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Akan tetapi selepas capital control, kasino ekonomi, sistem kewangan kita tidak lagi diizinkan kasino. Maka ya, sekarang kita lepaskan balik sedikit tetapi tidak ada short selling. Ada banyak lagi sistem instrumen kewangan yang tidak diizinkan. Maka ada bezanya antara tahun 1993 dengan tahun 1998. Jadi pada zaman Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan, minta maaf, memang baik zaman itu. Akan tetapi instrumen-instrumen ini banyak yang dipergunakan hinggakan luntur, lumpuh ekonomi kita pada masa diserang oleh penyangak-penyangak kewangan dunia. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Saya tidak nafikan bahawa bukan sahaja ada kebaikan malah ada kelemahan kerana kelemahan itu juga terlibat dalam keadaan sistem begitu rupa, short selling itu keputusan Unit Perancang Ekonomi, boleh rujuk dengan arahan Perdana Menteri.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Ya tetapi Yang Berhormat jadi Menteri Kewangan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dengar-dengar, tidak apa. Yang Berhormat bangkit, saya jawab.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat jadi Menteri Kewangan, kalau Yang Berhormat ...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Supaya makluman tahu. Jadi berdasarkan pengalaman lapan tahun Menteri Kewangan, saya mengusulkan sistem dan pengurusan ekonomi harus dirombak, hentikan campur tangan politik, rasuah, pembaziran dan memperkayakan keluarga dan kroni, itu yang menyebabkan kerosakan ekonomi kita.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Kita bersama Yang Berhormat untuk memerangi rasuah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

[Menyampuk]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya kagum dengan Yang Berhormat Padang Besar ini masih taat lagi kepada Perdana Menteri yang lalu, dia tidak peduli Yang Berhormat Kepala Batas atau Yang Berhormat Pekan, dia kira hak dulu juga, istiqamah nampaknya. Baik sekarang saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua, soal pelaburan asing yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pelaburan asing yang masuk ke Malaysia walaupun tinggi masih ketinggalan berbanding dengan negara lain, rantau Asia Pasifik. Ini harus kita tengok angka, angka ini, statistik do not lie tetapi tafsirannya itu boleh berbeda. Peningkatan enam kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi 2010 kerana nilai pelaburan 2009 amat rendah. Dari threshold yang paling rendah naik sembilan kali ganda tetapi saya hendak rujuk kepada FDI Global Outlook Report yang diterbitkan oleh Financial Times Mei 2011 sebagai rujukan menyeluruh. Muka surat 14, perbandingan destinasi pelaburan terbaik di rantau Asia Pasifik 2010, lima negara teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan ialah China, India, Singapura, Australia dan Thailand, Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Senarai lima negara teratas mendapat pelaburan berdasarkan jumlah pelaburan ialah China, India, Australia, Vietnam dan Singapura, Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam ialah RM87 bilion, Singapura – RM39 bilion, Malaysia – RM29 bilion untuk 2010. Jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita juga ditewaskan oleh Vietnam dan Bangladesh. Oleh itu Dewan perlu berhati-hati bila mengikuti dan mengkaji angka-angka yang diteliti oleh Perdana Menteri.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh minta izin? Bagilah chance, saya tidak selalu kacau, hari ini hendak kacau sikit bolehlah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Masa Menteri Dalam Negeri dulu, patut selesai masalah pekerja asing ini.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Janganlah...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey, jumlah hutang negara, oleh sebab Tuan Yang di-Pertua dah bagi ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya hendak beri Yang Berhormat?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion, akhir Jun 2011, ini angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia. Ini yang dirujuk tadi oleh Yang Berhormat Machang, Majlis Kewangan Negara dalam laporan muka surat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90-an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9 peratus tahun 1997. Ini disebut juga, apa alasan yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar, dalam laporan ini disebut saya petik, “...paras terendah 31.9 peratus tahun 1997 didorong oleh pemulihan ekonomi negara yang pantas tetapi kedua pelaksanaan dasar fiskal yang berhemat dan ketiga pengurusan hutang yang berkesan”. Inilah yang menyebabkan Malaysia mencatat lebihan fiskal di antara 1993 hingga 1997. Laporan ini dikeluarkan oleh kementerian yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Belanjawan 2012 malangnya dijangka akan mengabaikan beberapa garis panduan jumlah hutang yang diguna pakai oleh negara termasuk laporan Majlis Kewangan Negara. Pertama, jumlah hutang negara akan terus meningkat. Jumlah terbitan hutang dalam tahun 2010 adalah RM64.7 bilion sementara hutang yang akan matang dalam tahun 2011 ialah RM44.5 bilion berbanding RM23.4 bilion tahun sebelumnya. Saya mahu ulang jumlah-jumlah ini kerana rakyat berhak mengetahui, yang menanggung itu negara, yang menanggung itu rakyat. Hutang kalau dah mencecah begitu besar akan ditanggung oleh rakyat. Oleh yang demikian, rakyat berhak mengetahui kesan dan implikasi hutang ini. Kedua, pertambahan hutang negara yang mendadak ini bermakna jumlah peruntukan belanjawan setiap tahun yang digunakan untuk membayar faedah, khidmat hutang semakin menghampiri had panduan nisbah bayaran khidmat hutang kepada KDNK pada kadar purata 3.5 peratus yang diguna pakai selama ini. Bagi tahun 2012, peruntukan bayaran khidmat hutang melonjak kepada RM20.5 bilion. Bayangkan satu tahun kita bayar hutang RM20.5 bilion berbanding hanya RM12.8 bilion pada tahun 2008. Peningkatan besar sekali, kos hutang akan bernisbah sebanyak 2.3 peratus berbanding KDNK. Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri juga menyandarkan angka pertumbuhan 5 peratus sehingga 6 peratus bagi tahun 2012 kepada perbelanjaan rakyat yang kononnya akan merancakkan penggunaan domestik atau domestic consumption. Perbelanjaan domestik tentunya penting untuk menampung pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana global yang tidak menentu. Akan tetapi sandaran kepada perbelanjaan untuk merangsang pertumbuhan perlu realistik, mengambil kira faktor harga barang yang meningkat dan gaji rakyat tersekat di takuk lama. Habuan ratusan ringgit, ribuan ringgit sekali gus tidak akan membantu rakyat sekiranya harga barang terus meningkat dan gaji di takuk yang lama. Maka sebab itu Belanjawan Pakatan Rakyat mengambil keputusan memperkenalkan kembali cukai dan eksais ke atas barang-barang mewah termasuk beg tangan, alat kosmetik, celana dalam yang disebutkan tahun lalu. Maknanya kita batalkan keputusan yang lalu dan lain-lain kerana ia tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak sedangkan kos pelepasan cukainya ditanggung oleh kerajaan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kita wajar prihatin dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang terbeban dengan jumlah hutang. Pada akhir tahun 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat, ini penting. Jumlah hutang isi rumah maknanya hutang setiap rakyat setiap keluarga Malaysia mencecah RM577 bilion, 77 peratus dari KDNK negara. Nisbah jumlah hutang isi rumah kepada KDNK ini meningkat dua kali ganda dari masa 1997, 33 peratus kepada 77 peratus di bawah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekarang di akhir 2010. Jumlah 33 peratus naik 77 peratus...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Rata-rata rakyat Malaysia masih berada dalam keadaan yang baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sila Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Secara ringkas sahaja, saya dengar Yang Berhormat Permatang Pauh menyebutkan tentang kombinasi hutang isi rumah dengan hutang Kerajaan Malaysia. Kombinasi ini saya rasa pernah dibayangkan oleh banyak kerajaan-kerajaan asing termasuk juga Greece yang memberi amaran lebih awal mengatakan bahawa kombinasi dua jenis hutang ini amat berbahaya dan mereka telah melalui pengalaman ini. Adakah nampak gayanya kerajaan kita cuba untuk menyembunyikan event atau peristiwa di mana kita kalau tidak ada sesuatu yang dibuat secepat mungkin, kita barangkali terjerumus seperti Greece juga, seperti yang pernah dialami dalam masa beberapa bulan dahulu. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Indera Mahkota memang tepat, saya juga ikuti perkembangan di Kementerian Kewangan dan juga dalam dan luar negara.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak fikir kita sampai ke tahap Greece tetapi early warning system, itu harus ada. Ada hal yang boleh dibuat pengajaran dari Greece apa. Kita kata kita bukan Greece, betul kita bukan Greece tetapi apa persamaan kita dengan Greece? Angka diputarbelitkan, unjuran tidak realistik, belanja lebih daripada pendapatan dan sikap yang cukup arrogant, angkuh untuk mendengar teguran yang menyebabkan keadaan begitu rupa. Bila keadaan begitu rupa, yang menjadi beban bukan menteri yang susah, bukan orang kaya, bukan kroni dan korporat ialah rakyat kerana ekonomi yang melanda negara tersebut. Jadi sebab itu saya pohon perhatian tentang keperluan kita kembali untuk meneliti tahap pengurusan lebih baik. Saya katakan rakyat Malaysia umumnya, majoriti masih di tahap yang daif. Ada golongan pekerja yang diperlakukan daripada segi gaji dan upah seperti khadam. Syarikat untung ratusan juta ringgit, pekerja mendapat gaji di bawah paras kemiskinan. Sebanyak 40 peratus daripada rakyat Malaysia tinggal dalam isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang daripada RM1500. Sebanyak 3/4 daripada jumlah ini adalah Melayu, bumiputera yang jaguhnya ramai di sini tetapi jaguh Melayu Bumiputera untuk syarikat kroni bukan orang Melayu yang miskin yang jumlah besar ini.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat, minta izin.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kekayaan negara pula dipusatkan kepada - yang ini Yang Berhormat Padang Besar kena dengar, dengar ini.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, saya hendak minta izin. Sekejap, hendak tanya sedikit sahaja yang data tadi Yang Berhormat kata 40 peratus daripada mana sumbernya? Itu sahaja. Saya minta maaf, saya hendak tanya sumbernya apa itu?

Itu ketika Perdana Menteri bentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Jabatan Perangkaan. Saya boleh bagi buku bank data Jabatan Perangkaan.

Dato' Seri Haji Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tidak apa, kalau ada fakta terima kasih. Saya akan rujuk, terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebab Yang Berhormat Padang Besar dia sporting sikit.

Dato' Seri Haji Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang kita hendak tanyalah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Padang Besar dia sporting, dia tengok itu terus dia mengaku jadi tak ada masalah.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

.... Yang belakang ini ....

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia tidak macam sesetengah Ahli Yang Berhormat UMNO. Dia nampak, cepat dia mengaku sebelum diserang lagi. Ya, daripada perangkaan dari Jabatan Statistik sebenarnya yang disebut oleh Unit Perancang Ekonomi dan diumumkan oleh Perdana Menteri. Boleh jadi masa dia baca itu dia tidak tangkap implikasinya kemudian dia hanya bergantung kepada kepakaran Pakatan Rakyat untuk tangkap implikasinya. Kekayaan negara dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan maha kaya. Sebanyak 50 peratus kekayaan ini berbanding dengan RM1500, 40 peratus bumiputera Melayu dan bumiputera yang merempat di bawah garis kemiskinan. Sebanyak 50 peratus kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20 peratus terkaya, sedangkan golongan 40 peratus terbawah tadi yang majoritinya ada juga Cina dan India tetapi yang majoritinya Melayu bumiputera tidak ubah seperti melukut di tepi gantang kerana mereka hanya mendapat 15 peratus daripada kekayaan dan pendapatan yang dijana. Maka wujud fenomena ketidakseimbangan, kesenjangan yang ketara di antara yang kaya dan miskin, antara keperluan tenaga mahir dan tuntutan industri serta pergantungan sekarang ini kepada pekerja asing yang memberi kesan yang bukan sedikit kepada pasaran kerja. Ini menyebabkan wang tunai keluaran negara sebanyak RM22 bilion setahun keluar dan menjadi persoalan ekonomi mendesak dalam keadaan kita berhasrat untuk mengawal defisit. Isu ini, isu defisit, isu pendapatan pekerja dan golongan miskin majoriti Melayu bumiputera ini tidak dijawab dalam kerangka asas ekonomi belanjawan negara dan ini yang kita bangkitkan dan saya harap rakan-rakan saya bukan sahaja dalam Pakatan Rakyat tetapi juga dari Barisan Nasional yang mewakili rakyat mereka harus minta penjelasan tentang perkara ini. Apakah perbezaan besar di antara perubahan kerangka dasar yang membawa impak ekonomi yang berkekalan dengan membaiki kerangka dan sistem ekonomi berbanding dengan pengumuman-pengumuman yang pemberian peruntukan dan hadiah sedikit sebanyak yang diberi untuk tahun ini sahaja yang dibuat oleh Perdana Menteri? Maka bagi kami dalam Pakatan Rakyat Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk mengambil pendekatan memperbaiki kerangka itu dan tidak hanya gula-gula kecil. Usul kita yang terkuat yang harus diberi perhatian segera yang akan insya-Allah kami berikan tumpuan segera sekiranya diberikan mandat ialah dasar gaji minimum... [Tepuk] Mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan rasa mengalah dengan ahli-ahli korporat yang kaya-kaya? Mereka mengatakan kalau laksanakan gaji minimum ini, ekonomi akan terjejas. Tuan Yang di-Pertua, laporan dan kajian Bank Dunia sendiri pun mengesahkan kalau kadarnya itu RM1,100 seperti mana yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ia mampu ditanggung oleh majikan dan ekonomi negara. Akan tetapi kalau kita tunduk kepada lobi tauke-tauke dan kroni yang maha kaya maka ini tidak mungkin berlaku. Negara yang tunduk kepada kuasa dan pengaruh kroni maha kaya mustahil akan memperkenalkan dasar gaji minimum RM1,100 seperti yang kami perkenalkan, insya-Allah.

Minta laluan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Angka gaji ini sekali gus anjakan ini akan memberi faedah besar kepada 12 juta tenaga kerja di negara ini dan ini akan dengan sendirinya membantu bukan sahaja pekerja di sektor awam dan lebih lagi kepada pekerja di sektor swasta...

Dato' Seri Haji Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tengok, satu keputusan gaji minimum, anjakan kerangka dasar yang cukup berbeda di antara yang kami usulkan dengan yang diperkenalkan dalam Belanjawan Barisan Nasional.

Terima kasih Ketua Pembangkang. Khusyuk saya mendengar bila menyentuh tentang keberanian Pakatan Rakyat mencadangkan gaji minimum sebanyak RM1,100 kepada rakyat seluruh negara. Alhamdulillah, sejak 1947 berakhirlah episod kerisauan dan keperitan rakyat pekerja bawahan. Persoalan saya ialah dengan rang undang-undang yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini iaitu Pindaan Akta Kerja yang membenarkan majikan-majikan korporat kecil menjadi majikan kepada pekerja-pekerja dan juga ejen-ejen yang dibenarkan menjadi majikan kepada pekerja ini. Adakah ianya dibolehkan menaik taraf dan membenarkan gaji minimum itu dilaksanakan sedangkan majikan ejen ini ialah pengeras tenaga kepada keuntungan hasil orang tengah dan ini dibenarkan oleh pemerintah. Apakah dengan idea yang demikian, kemampuan kerajaan boleh mengadakan gaji minimum dengan keadaan yang sebegini? Minta penjelasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya tidak fikir Kerajaan Barisan Nasional bersedia untuk membuatkan rombakan dan lonjakan besar yang merubah struktur daripada segi kerangka ekonomi yang ketara berbeda daripada yang mereka amalkan sekarang. Ini kerana dasar itu walaupun ada seperti mana yang kita lihat ada gula-gula baru tetapi tidak boleh merombak yang asas yang tidak diingini oleh kroni maha kaya. Ini termasuk yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat yang menyentuh tentang jaringan kepentingan mereka daripada kelompok yang mempunyai kepentingan langsung.

Dato' Seri Haji Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh?

Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tegaskan juga bahawa Perdana Menteri ada umumkan ...

Dato' Seri Haji Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Sikit.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Beberapa program ulangan yang dikitar semula yang mana diumumkan dahulu dan diumumkan semula sekarang dengan nama yang berbeda. Saya akan berikan contoh dan ini menelan belanja berbilion-bilion ringgit. Pengenalan, perasmian, pengiklanan dan kegagalan, kemudian diperkenalkan semula dengan nama yang baru. Saya bagi contoh. Tiga contoh terbaik yang saya boleh huraikan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pertama, pengumuman yang melibatkan usaha menjamin kelangsungan bekalan makanan dengan memajukan sektor pertanian. Salah satu penekanan utama yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Kepala Batas tatkala menjadi Perdana Menteri iaitu agriculture sebagai basisnya. Keduanya, naik taraf infrastruktur dan jaringan bekalan air dan elektrik luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak. Tiap-tiap belanjawan diumumkan api dan air di Sarawak. Maka, Ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabah pun tepuklah tangan. Akan tetapi tahun hadapan ulang yang itulah, yang sama. Perubahan pelaksanaannya sangat kecil.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ketiga, pengumuman yang menyentuh usaha mewujudkan Rumah Mampu Milik kepada rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk mengekang import makanan dan menjamin food sovereignty, kedaulatan negara melalui bekalan makanan terjamin sejak sepuluh tahun yang lepas. Selain menjadi teras utama RMKe-8, kerajaan memperuntukkan RM11.4 bilion sepanjang RMKe-9 untuk mencapai hasrat ini selain dari meletakkan pengurangan import makanan...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Amboi, tidak mahu beri peluangkah? Sikit sahaja.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Kepada 14.3 bilion menjelang 2010. Inilah unjuran. Ini yang disebutkan tadi mengenai..., bila saya hujah dengan Yang Berhormat Jasin. Bila buat unjuran itu tidak bermakna tepat kerana unjuran yang dibuat itu dengan pelaksanaannya lima tahun kemudian itu, jaraknya itu, peratus yang tinggi dan jumlahnya juga berpuluh bilion. Izinkan saya umpamanya beri contoh kegagalan. Apa kegagalan? Pertama...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Wah, tidak bagi chance langsung, ya?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Projek ternakan feedlot yang menelan belanja RM250 juta yang membabitkan Yang Berhormat Chairman PAC, Pengerusi PAC tengok. Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam Kabinet Perdana Menteri. Soalan ini saya bangkitkan sejak tahun lepas, tidak dijawab oleh Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab. RM250 juta dibelanjakan oleh satu keluarga. Kemudian apabila ditanya, ini projek pertanian untuk membantu petani-petani dan penternak yang miskin. Inilah dasar Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi siapa petani yang miskin itu? Keluarga menteri. Berapa dia dapat? RM250 juta. Apa yang jadi kepada projek itu? Lingkup... [Tepuk] Selain itu, Pengerusi PAC teliti. Apakah nasib Terminal Agrobisnes Nasional...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Betulkah lingkup? Yang Berhormat, saya hendak..., minta maaf.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Yang tidak diguna pakai. Terminal Agrobisnes Nasional yang tidak diguna pakai dan kini menjadi projek gajah putih. Puluhan juta ringgit dibelanjakan. Objektif penggunaannya tidak pernah tercapai. Sekarang, dijenamakan semula. Projek yang sama. Belanja juta-juta. Gagal. Jenama semula. Ini yang kalau dalam istilah Inggeris disebut, “Old wine in new bottles”…

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat, minta tanya sikit boleh tidak?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Baik. Manakala kegagalan tersebut belum dijawab. Biar saya habiskan ini. Kemudian kerajaan melancarkan satu lagi dasar. Dasar Agro Makanan Kebangsaan. Hala tuju industri makanan dan menjamin bekalan makanan. Semuanya sudah diputuskan dalam RMKe-8 hingga RMKe-10. Saya harus mengingatkan Dewan bahawa yang tergelincirnya bukan dasar tetapi penyelewengan. Rasuah. Tiadanya tata kelola yang baik. Bagaimana satu Kabinet boleh diam bila kita sebut peruntukkan yang diambil oleh seorang anggota Kabinet begitu banyak dan tiada jawapan. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dan tidak ada jawapan.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebab itu jangan kita terpedaya bila belanjawan mengulang kembali janji-janji belanjawan yang lepas. RMKe-8, RMKe-9 dijenamakan semula. Dulu dipanggil TEMAN (Terminal Agrobisnes Nasional). Sekarang dinamakan Pusat Transformasi Desa. Dulu tabungnya dipanggil Tabung Jaminan Makanan. Kini tabungnya Dana Pengkomersialan Pertanian. Berpuluh bilion dibelanjakan sejak tahun 2000 untuk mengurangkan import makanan tetapi tidak berhasil.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bank Negara Malaysia dalam Perangkaan Perdagangan Luar Disember 2010 menyebut import makanan mencecah RM30 bilion. Ingat. Apa bezanya? Unjuran. Ini yang Yang Berhormat Jasin tadi patut dengar. Unjurannya import RM14 bilion. Yang berlaku...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bolehkah saya ini?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang berlaku. Ini unjuran untuk 2010 yang diumumkan dahulu. Import RM14 bilion. Kenyataan sekarang ini...

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bagilah chance.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Import RM30 bilion.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Sikit sahaja.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dengar dahulu. Saya boleh bagi. Tidak ada masalah.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Lama berdiri ini. Lama berdiri.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak mahu bagi banyak sebab bila dibagi, macam kenyataan tadi ditanya daripada mana. Makna betul-betul tidak baca.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Ketawa] Kawan lama tidak akan tidak boleh bagi.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, bezanya berapa? Sebanyak RM7 bilion.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Dengan hormat saya hendak tanya.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

RM7 bilion perbezaan unjuran.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang condong ke arah menyokong tentang banyak perkara. Akan tetapi apa yang saya rasa perlu saya tanya juga. Walaupun seseorang usahawan itu suamikah atau isterikah kepada menteri tetapi dia ada kepakaran. Yang Berhormat juga menyebut tadi bahawa kita belanja ratusan ribu ringgit untuk kita substitute import makanan. Sebenarnya industri daging lembu, 80 peratus daripada keperluan kita, kita import dan sudah lama berpuluh tahun negara cuba menggerakkan dan mengembangkan industri ini tetapi gagal. Akan tetapi inilah kali pertamanya kerajaan mencari jalan dan adanya seorang yang mampu. Saya tidak..., saya belum mendengar kata gagal. Jadi, yang dikatakan gagal itu wajar, saya sendiri tidak tahu. Kalau Yang Berhormat tahu bahawa ini gagal, tolonglah beri penjelasan. Yang kedua. Tadi Yang Berhormat sebut mengenai mahu mengadakan minimum wage dan disokong oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Saya setuju dan kalau boleh tetapi Yang Berhormat sendiri tahu. Saya ingat pakar-pakar..., saya percaya semua pakar di sebelah sini semua. Semua tahu dan semua memang arif bahawa hanya meningkatkan gaji, menaikkan gaji tanpa menaikkan produktiviti akan mengundang inflasi. Tidak perlu kita bagi penjelasan yang lebih luas tetapi saya hendak dengar, Dewan ini hendak dengar apakah cadangan Yang Berhormat untuk mempertingkatkan produktiviti. Sedangkan kita usaha memperbanyakkan dan membesarkan industri daging pun Yang Berhormat sudah mengatakan itu tidak betul kerana itu diperoleh oleh seseorang. Adakah Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk mengembangkan produktiviti? Itu sahaja. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Allah! Tuan Yang di-Pertua, penduduk Malaysia 28 juta orang. Yang ada kepakaran istimewa yang boleh dapat RM250 juta ini hanya anak menteri. Kalau macam ini andaiannya, rosak negara kita. Penduduk 28 juta orang. Yang mampu kendalikan cari gali Petronas itu hanya Kencana Petroleum RM10 bilion. Jadi, bila kita hendak boleh galakkan jumlah profesional yang lebih besar.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

No. Yang Berhormat, you tidak faham.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya akan jawab. Biar saya jawab dahulu. Soalnya kepakaran. Siapa yang tentukan? Mana ada satu proses yang telus. Ratusan ribu, bukan siswazah sahaja tetapi ribuan yang terlibat di dalam pelbagai perladangan, penternakan dalam negara kita. Mengapa tidak boleh dipupuk? Tidak payah bagi RM250 juta. Puluhan, ratusan orang boleh mendapat manfaat. Saya sama sekali menolak satu andaian begitu.

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Inilah yang dikatakan tentang kronisme, nepotisme yang dipertahankan. Bukan sahaja dipertahankan oleh menteri- menteri, dipertahankan juga oleh bekas-bekas menteri. Ini bagi saya cukup tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi seorang Pengerusi PAC yang harus telus, look at the facts dan tengok kalau ada kecurangan dan saya sekarang mengatakan tidak ada munasabahnya bagi kerajaan menggunakan dana rakyat yang miskin, petani, nelayan dan peladang diberikan kepada satu keluarga menteri... [Tepuk] Hendak dipertahankan. Saya tolak sama sekali alasan yang munasabah begitu.

Yang Berhormat Permatang Pauh, sikit, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Sikit, sikit sahaja.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya sambung sebelum panas lagi.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Ketawa] Tidak kasi chance langsung ya.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya hendak sebut di sini, perangkaan Yang Berhormat tidak boleh pertahankan dan saya harap keluar daripada permasalahan perbahasan kita, bagaimana kerajaan, bagaimana seorang Yang Berhormat tidak kira daripada parti mana, boleh pertahankan hujah begini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung petang untuk lima belas minit lagi ya.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Belanjawan 2012 yang saya sentuh tadi menggunakan jenama baru Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) digantikan dengan Dana Pengkomersialan Pertanian.

Sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya juga sentuh tentang beberapa kegagalan dan salah guna yang melibatkan Tabung Jaminan Makanan terdahulu...

Tadi sebelum berehat tadi, Yang Berhormat Permatang Pauh ada membangkitkan tentang isu penjenamaan semula dan isu salah guna kuasa. Kemudiannya Yang Berhormat Padang Besar memohon penjelasan kononnya dikatakan apa salahnya kalau anak orang kenamaan tersebut mempunyai kepakaran, anak Menteri tersebut ada kepakaran. Mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana di dalam kes yang dirujuk oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi contohnya kes national feedlot yang melibatkan jumlah dana sekitar RM250 juta itu, kita dimaklumkan dan kebetulan kita juga dapat maklumat secara terperinci daripada mangsa. Anak muda digunakan oleh anak Menteri ini, mendaftar satu syarikat untuk tujuan sebagai proksi untuk mendapatkan dana RM250 juta tersebut. Dana tersebut diluluskan oleh suami yang isterinya ialah Menteri dan syarikat tersebut adalah syarikat GLC iaitu Technology Park. Di sini saya mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh, kerana bagi saya kepakaran yang ada oleh anak Menteri tersebut adalah pertama sekali menyalah guna kuasa dan juga yang kedua anak muda yang dijadikan proksi tersebut di sekitar 20-an umurnya yang sekarang ini telah dipaksa keluar daripada syarikat tersebut. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana jumlahnya amat besar, RM250 juta dan ia sehingga hari ini tidak ada tindakan, mohon penjelasan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Maklumat telah dikemukakan, dan sehingga kini setelah bertahun, Tabung Jaminan Makanan diganti dengan dana, tindakan tidak diambil dan saya hanya kemukakan ini sebagai satu bukti bagaimana tujuan murni Tabung Jaminan Makanan itu membantu petani, peladang, penternak dan nelayan disalahgunakan dengan meluluskan kepada keluarga Menteri sebanyak RM250 juta. Saya juga memberitahu tentang unjuran yang tidak realistik yang pernah dibuat dahulu, import makanan yang meningkat daripada RM17.7 bilion pada tahun 2005 kepada RM26.7 bilion 2009, pada kadar pertumbuhan 10.2 peratus setiap tahun membuktikan kegagalan dasar melaksanakan program pertanian seperti mana yang diumumkan sebelum ini. Baru-baru ini, Perdana Menteri mengakui bahawa Prasarana Perbekalan Air di kawasan FELDA, berusia 50 tahun dan sangat daif. Maknanya selepas beratus dasar digarap, pelbagai janji ditaburkan kepada warga FELDA, masyarakat FELDA belum mempunyai sistem perbekalan air yang sempurna seperti juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri mengumumkan seolah-olah perkara yang sama telah mendapat keprihatinan beliau untuk membantu tetapi belum ada pelaksanaan yang berkesan dan kini diungkapkan semula permasalahan yang lama disebut. Satu lagi yang diumumkan ialah masalah perumahan rakyat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah satu syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu menyediakan perumahan rakyat. Setelah sekian lama agensi itu berjalan, tidak semena-mena agensi baru bernama PR1MA, kononnya sebagai agensi tunggal untuk membangunkan rumah mampu milik, tetapi kali ini PR1MA ditugaskan di kawasan tanah nilai perdana kerajaan, Sungai Buloh, Sungai Besi dan kawasan-kawasan sekitar MRT, LRT. Ada dua keraguan, pertama, bukankah ini bertindih dengan fungsi serupa SPNB? Kenapa ditubuhkan agensi baru, melibatkan perbelanjaan yang besar dan kedua, kenapa PR1MA diberikan tugasan lumayan membangunkan rumah mampu milik di tanah milik kerajaan yang paling bernilai. Apakah PR1MA akan menjadi pemaju seperti SPNB? Dewan harus menegur kecenderungan mengumumkan dan menubuhkan dengan sewenang- wenang. Satu lagi yang sama ialah penubuhan Yayasan Inovasi Malaysia, yayasan ini dipimpin oleh seorang ahli korporat maha kaya, Tan Sri Lim Kok Thay yang dekat dengan Perdana Menteri, kemudian diambil pula individu yang tidak ada rekod dalam Yayasan Inovasi, Datuk Rohana Tan Sri Mahmud untuk mengendalikan program-program inovasi kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Jadi kita ingin penjelasan, apakah ratusan juta ringgit, program promosi yang diberikan kepada Yayasan Inovasi Malaysia ini akan mampu menghasilkan program yang akan membantu golongan profesional muda dalam aspek inovasi ini ataupun satu lagi pengumuman lunak.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Namun perkara yang lebih besar yang harus saya tekankan di sini ialah Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD), Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Belanjawan 2012 menjanjikan pelepasan cukai kepada pemaju hartanah di KLIFD sebanyak 70 peratus bagi tempoh lima tahun. Kita tahu bahawa pengusaha hartanah di Malaysia yang berjaya, itu untung mereka itu bilion ringgit dan Menteri Kewangan umumkan lagi pelepasan cukai 70 peratus dalam tempoh lima tahun. Ini subsidi kepada golongan kaya, disebut pelepasan cukai dan insentif. Subsidi kepada golongan miskin seperti petani, nelayan disebut candu opium yang mesti dihentikan untuk meminjam ungkapan yang pernah digunakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Pengumuman awal projek KLIFD ini melibatkan RM26 bilion, kalau kadar keuntungannya hanyalah di sekitar 20 peratus iaitu kadar biasa pemaju hartanah yang mewah, maka keuntungan kasar yang sepatutnya dikenakan cukai ialah RM5.2 bilion.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pada kadar cukai korporat 25 peratus, ini bermakna RM1.3 bilion wang rakyat akan bolos di tangan kroni kerana pelepasan tersebut. Tidak cukupkah tanah Sungai Besi yang paling berharga milik rakyat diserahkan kepada satu DB yang dikawal oleh individu yang rapat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Siap yang sering dikaitkan dengan pembangunan KLIFD kalau bukan Jo Teck Loh. Kalau dikaji projek mega KLIFD ini ternyata tidak memanfaatkan rakyat terbanyak memberikan keuntungan kepada syarikat kroni yang maha kaya. Umpamanya perunding. Pastinya perunding luar negara atau yang dekat dengan pemerintah dan selalunya dalam projek-projek seperti ini CIMB yang terlibat yang berkaitan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan diberikan laluan utama dan ini rahsia umum. Pembinaan pastinya dianugerahkan kepada mereka yang dekat dengan pemerintah, syarikat-syarikat besar. Bekalan sebahagian besar peralatan dan bahkan yang diimport dari luar negara perniagaan mercu tanda megah dikontrol, dikuasai oleh kalangan tertentu terbatas dan berkait rapat dengan pimpinan negara. Tenaga pembinaan, tenaga kerja, tenaga pembinaan - pekerja asing. Tenaga kerja di KLIFD pula sebahagian besar dari juru analisa kewangan antarabangsa dan sedikit sahaja rakyat Malaysia yang akan memanfaatkan kemudahan itu, dan kalau ini menjadi penekanan kita tidak faham mengapa potongan cukai yang terlalu tinggi untuk bidang ini. Maka kami mengesyorkan kepada Dewan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

(i) menghentikan insentif yang berlebihan yang menyebabkan kutipan cukai akan berkurangan; dan (ii) Menteri Kewangan harus menekankan bahawa cukai untuk golongan korporat dan golongan maha kaya ini dikekalkan supaya ada jaminan tegas dengan ini bahawa GST tidak dilaksanakan kerana akan membebankan rakyat. Dewan perlu menghentikan sikap jelik yang menghina rakyat menyalahkan bayaran subsidi semata-mata sedangkan insentif yang melampau yang melibatkan banyak ketirisan wang negara dan pendapatan yang berkurangan. Belanjawan 2012 yang menzahirkan ketagihan BN kepada masalah yang tidak mampu diselesaikan, ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Ini telah ditekankan berulang kali sebab itu bila diumumkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings keputusan melantik Yang Berbahagia Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi tanpa mengikut peraturan, tanpa menjadi anggota koperasi terlebih dahulu. Ini semua hal-hal yang boleh menimbulkan kebimbangan besar, kerana masalah FELDA belum dapat ditangani selagi jaminan milik tanah tidak dapat diselesaikan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan FELDA kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, kerana MAS dari segi aset itu besar mungkin RM8 bilion sahamnya sekitar RM1 walaupun pernah mencatat hampir RM10.

FELDA bila disenaraikan jangan dikaburkan mata rakyat seolah-olah kita adalah syarikat perladangan terbesar di dunia belum tentu dengan pengurusan yang tidak cekap dan permasalahan yang berbangkit akan mempertahankan nilai saham itu dan memberi manfaat kepada peneroka. Maka biarlah anak-anak peneroka yang cerdik dan pintar memberi cadangan mengurus harta mereka sendiri dan jangan dihijack seperti mana yang dikemukakan dalam cadangan Pembangunan Tanah Kampong Bharu yang hangat dibicarakan oleh masyarakat Kampong Bharu. Umpamanya saham MAS susut sehinggakan harga semasa hanyalah 37 peratus berbanding harganya sekitar tahun 1993-1995. Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat-ganda, berbanding AirAsia harga sahamnya turun naik dan sekarang ini adalah 50 peratus dari harga saham AirAsia. Maka kita harus berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa FELDA. Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para pengantara broker dan penasihat termasuklah CIMB. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan projek- projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak melibatkan belanja RM700 juta. Saya memberikan peringatan bahawa projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan bertata kelola termasuklah memastikan iaitu menggunakan bidaan terbuka supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta maknanya perkongsian begini, untung dikautkan oleh swasta kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat. Saya juga kesal dengan cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang tidak segan silu mengumumkan projek yang bermasalah kerana diberikan kepada kroni seolah- olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat. Projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 bilion contohnya melibatkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur, Jabur-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap yang telah menelan belanja yang tinggi akibat pembabitan pihak-pihak berkepentingan sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka. Saya wajar menyentuh mengenai peruntukan RM40 juta untuk membina lebih banyak kedai rakyat 1Malaysia. Saya tidak begitu mempersoalkan tindakan kerajaan mahu membantu melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit. Saya tidak mempersoalkan cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysia asalkan rakyat mendapat manfaat. Namun, kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu Mydin yang dipilih untuk mendapatkan bantuan subsidi terus ini? Tidakkah ada syarikat-syarikat kecil yang dikendali oleh Melayu bumiputera yang boleh mendapat bantuan RM40 juta ini untuk diagihkan kepada ratusan atau ribuan kedai di seluruh negara dan namakanlah 1Malaysiakah, apapun gunakanlah asalkan rakyat mendapatkan faedah dan tidak hanya dichannel, disalur kepada satu Syarikat Mydin Berhad bersama 1Malaysia. Sebab itu saya mohon Dewan menerima hakikat bahawa Belanjawan 2012 tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan bilion ringgit akan dibelanjakan untuk golongan yang terbatas. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian Dewan harus meneliti pengumuman yang melibatkan dasar, apakah ia melibatkan perubahan struktur ataupun tidak. Pengumuman kenaikan gaji dan bonus kepada kakitangan awam tidak berasaskan kepada sebarang pendekatan ekonomi yang diputuskan banyak melibatkan one-off atau sekali gus berbeza dengan cadangan Pakatan Rakyat yang ingin menekankan pengiktirafan pertamanya gaji minima. Keduanya peningkatan 5 peratus untuk pegawai kerajaan dan 10 peratus untuk guru-guru. Pelepasan cukai berkaitan teksi satu contoh yang cukup mudah. Oleh kerana ini menjadi hebah kita beritahu kepada semua pemandu teksi tentang permit teksi harus diberikan kepada pemandu, maka diberi cadangan bantuan sebanyak RM7,500 setahun.

Akan tetapi tidak ada langsung satu kesediaan untuk memberi permit kepada pemandu sendiri. Permit masih dimonopoli oleh syarikat-syarikat kaya-raya yang mengenakan upah atau syarat pembayaran yang agak tinggi oleh pemandu teksi. Bezanya bagi kita ialah manfaat harus disampaikan langsung kepada pemandu teksi dan tidak kepada majoriti syarikat-syarikat yang dimiliki oleh korni yang kaya-raya, yang mengambil habuan dari titik peluh pemandu teksi. Kerajaan di akhir ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut tentang subsidi gula. Subsidi-subsidi - subsidi gula 20 sen setiap sekilogram yang diberi kepada rakyat, tetapi kerajaan lupa bahawa kenaikan harga gula 60 peratus sekarang berbanding dengan keadaannya sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih kuasa.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup berbangga dengan bayaran yang diumumkan, bonus dan sebagainya. Akan tetapi saya ingin menekankan bahawa beberapa isu yang lebih asasi termasuk bincang semula dengan syarikat-syarikat gergasi besar seperti IPP untuk menurunkan kadar elektrik, itu tidak pernah disentuh dan tidak mahu disentuh. Seolah-olah kalau hendak menolong, tolong 10 sen atau 20 sen tetapi jangan berani menyentuh syarikat-syarikat besar yang mempunyai monopoli baik beras, gula atau kadar elektrik. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menekankan bahawa harus ditekankan...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Satu minit sahaja.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak minta pencelahan ataupun penjelasan. Saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 35(7) dan ini berkaitan dengan peringatan tadi, secara implied yang diberikan tentang masa yang diberikan untuk ucapan Ketua Pembangkang. Saya difahamkan pada pagi ini walaupun saya tidak ada di dalam Dewan pada masa itu, Yang di-Pertua yang hadir pada masa itu telah membuat keputusan – peraturan mesyuaratnya adalah berkaitan dengan masa untuk ucapan. Pada pagi tadi Timbalan Yang di-Pertua yang ada pada masa itu telah memberikan peringatan bahawa ucapan-ucapan permulaan termasuk Ketua Pembangkang akan dihadkan pada 90 minit. Itu yang saya ingin bangkitkan dalam Peraturan Mesyuarat ini. Sebabnya Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ini tidak wajar digunakan untuk ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang dalam peranannya sebagai balasan pada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kapasiti Menteri Kewangan juga yang kita telah dengar pada hari Jumaat. Fahaman saya adalah mengikut tradisi Parlimen ini, Dewan yang mulia ini, ikut sejarah kita sendiri, tidak ada convention, atau mengikut convention yang telah dilaksanakan berpuluh-puluh tahun, tidak ada had masa untuk ucapan utama yang dibuat oleh Ketua Pembangkang bagi pihak barisan pembangkang. Pada masa dahulu, Yang Berhormat Lim Kit Siang, Yang Berhormat Fadhil Nor, Yang Berhormat Datin Sri Wan Azizah pada masa itu, mereka semua telah diberikan ruang yang cukup luas untuk ucapan utama itu sebagai Ketua Pembangkang. Bagi saya itulah satu tradisi yang cukup baik sebab itu mengiktiraf tempat mereka dan peranan mereka. Pada hari ini kita sudah mula lari daripada tradisi itu atau convention itu, convention di Parlimen yang saya difahamkan mungkin kita ikut tradisi Westminster juga. Jadi persamaan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua untuk beri waktu yang sama kepada Pengerusi BNBBC itu tidak ada kaitan. Ketua Pembangkang ada peranannya dan BNBBC ada peranan yang berbeza. Jadi kalau masa ini disekat untuk mereka, itu terpulanglah kepada Tuan Yang di-Pertua ataupun untuk pengucap-pengucap lain atau Ahli-ahli Parlimen yang lain yang akan menyusul. Jadi, saya minta tempoh untuk ucapan Ketua Pembangkang mesti diserahkan kepada beliau sendiri dan beliau yang akan menentukannya. Kalau beliau hendak mengikut 90 minit, itu terserah kepadanya. Kalau beliau mahu melanjutkannya pada tempoh yang lebih lama, itu pun sepatutnya diserahkan kepada beliau.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, itulah permintaan saya supaya kita hormati dan ikuti tradisi- tradisi yang kita warisi daripada sistem Westminster yang juga kita telah laksanakan dalam Parlimen ini bukan satu tahun atau dua tahun tetapi untuk berdekad-dekad lamanya. Jadi marilah kita hormati tradisi itu dan bukannya seperti pada pagi ini di mana melanggar tradisi itu. Itulah permintaan saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kalau semasa saya menyebutkan perkara ini pada pagi tadi dan ada yang bangkitkan, mungkin saya boleh menarik balik Yang Berhormat. Akan tetapi sekarang kita sudah satu jam 45 minit, jadi amat terlewat bagi saya untuk menarik balik. Jadi, Ketua Pembangkang sendiri pun boleh menghabiskan ini juga. Mungkin pada ketika yang akan datang, kita boleh pertimbangkan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya menyambut baik. Saya pun sudah hanya beberapa minit lagi untuk menamatkan tetapi semangat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang itu tepat. Apatah lagi apabila disamakan Ketua Pembangkang dengan BNBBC. Tradisinya itu Ketua Pembangkang ialah dengan Perdana Menteri dan dalam konteks ini ialah Menteri Kewangan. Itu tradisi Parlimen yang kita harus hargai. Walau bagaimanapun, saya patuh dengan arahan dan keputusan Tuan Yang di-Pertua dan saya akan rumuskan. Apakah ia perbandingan jelas dasar yang fundamental di antara Bajet 2012 Barisan Nasional dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012? Pertama, isu yang menumpukan pada kerangka dasar perubahan struktur dan menyelesaikan masalah asas, ini kita dapati tidak disentuh. Pengenalan gaji minimum untuk melonjakkan paras gaji pekerja yang kita yakin akan membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup. Menghapuskan monopoli dan merombak struktur harga barang-barang komoditi dan kepenggunaan termasuklah monopoli Bernas, AP, IPP dan lain-lain, untuk menghapuskan herotan harga dan menurunkan harga secara drastik dan tidak membebankan rakyat. Peruntukan kecil membantu ratusan ringgit tidak sama dengan menghentikan tabiat menyokong kroni maha kaya sehingga menyebabkan harga barang tidak dapat dikawal. Memperuntukkan subsidi secara berpatutan kepada rakyat dengan mengalihkan peruntukan yang diguna pakai oleh sektor korporat dan monopoli sebelumnya. Memberikan penekanan pada latihan teknikal dan vokasional termasuk melalui universiti teknikal untuk menyediakan graduan dan tenaga kerja yang berpadanan dengan kehendak industri. Peruntukan RM6.9 bilion itu harus diberikan sebagai pakej bantuan terus, direct assistant package untuk golongan sasaran. Agihan sumber antara pusat dan negeri yang lebih adil mengikut pindaan capitation grant. Diharapkan sebelum saya berakhir, Dewan harus insaf bahawa reformasi ekonomi yang berkekalan mustahil tanpa iltizam untuk merobah pendekatan politik dan pentadbiran yang diamalkan sekarang. Tidak mungkin berlakunya reformasi ekonomi tanpa reformasi politik yang menyeluruh. Jika Yang Berhormat Menteri Kewangan gagal melaksanakan harapan dan tuntutan rakyat ini, nescaya segala usaha menjelmakan dan menjenamakan semula dasar-dasar program yang gagal tidak akan berjaya meredakan hasrat rakyat yang mahukan perubahan. Dengan peringatan sedemikian, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sudahi dengan assalamualaikum warahmatullah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya diberikan peluang untuk membahaskan dan juga menyokong rang undang-undang perbekalan tahun 2012 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lepas.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini sebagai satu belanjawan yang menepati daripada segi cabaran dan kesusahan rakyat yang dialami buat waktu ini. Kalau kita lihat reaksi, respons secara umum dan secara khusus yang diberikan melalui surat khabar dalam televisyen ataupun mana-mana sahaja kecuali reaksi yang datang daripada pihak pembangkang, adalah cukup positif. Ini datang daripada rakyat jelata yang tidak ada kepentingan, yang melihat bahawa dalam keadaan yang begitu susah, kerajaan dapat mengusulkan satu belanjawan yang berhemah, yang bertanggungjawab dan pada masa yang sama dapat meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Pada masa yang sama yang dapat meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat. Saya ungkapkan perasaan rakyat yang diberikan dalam reaksinya terhadap belanjawan ini sebagai perasaan rasa rakyat berasa lega, rakyat berasa selamat dan rakyat juga berasa yakin dengan Belanjawan 2012. Rakyat berasa lega sebab berbeza daripada pandangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh - Ketua Pembangkang tadi yang memberikan kesimpulan seolah-olah belanjawan ini hanya menguntungkan kroni dan peniaga-peniaga besar dan sebagainya. Akan tetapi, kalau sebenarnya kita tengok kepada bantuan daripada belanjawan ini, saya tidak tahu kalau isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ini merupakan...

Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kroni kerajaan ataupun dan syarikat besar- besar, duduk dahulu Yang Berhormat Balik Pulau...

Tidak. Belanjawan kah bajet?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk dahulu Yang Berhormat Balik Pulau.

Belanjawan kah bajet?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk, duduk, duduk. Saya tidak tahu sama ada subsidi yang kita berikan ini sampai RM33.2 bilion ini semuanya hanya diberikan kepada kroni? Akan tetapi, sebahagian besar daripada belanjawan termasuk salient point ataupun perkara-perkara paling penting dalam belanjawan ini sebenarnya pergi terus kepada rakyat. Saya ungkapkan rakyat berasa lega sebab salah satu masalah yang dihadapi oleh rakyat sebelum pembentangan belanjawan ini adalah rintihan dari segi kos sara hidup yang meningkat dan kita melihat langkah bertanggungjawab kerajaan yang memberi terus kepada golongan yang memerlukannya. Ya, tadi ketua pembangkang kata ini bukannya satu yang bertanggungjawab, ini adalah handout budget dan sebagainya bukannya structural change, bukannya pembelaan yang boleh membantu jangka masa panjang, satu bajet ataupun satu belanjawan yang merupakan handout. Dia lupa belanjawan dia sendiri. Belanjawan daripada shadow budget, belanjawan bayangan daripada Pakatan Rakyat disebut pembayaran RM1,000 kepada homemakers kepada suri rumah untuk tahun 2012 sahaja. Ini bukan bantuan yang kekal, yang permanent ini handout juga, handout untuk apa? Handout untuk menang pilihan raya juga. Jadi di sini jelas bahawa “Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Dia kata kita handout, kita buat salah, kita tidak buat pun salah. Jadi saya hendak kata bahawa kita berasa lega sebab apa yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini adalah dari segi kos sara hidup yang meningkat. Mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh dan pembangkang kata ini semua salah kerajaan, konsesi dan sebagainya tanpa menghiraukan bahawa di antara sebab kos sara hidup yang paling utama pada hari ini adalah masalah antarabangsa, external factors, faktor luaran yang tidak dapat kita kawal saya bagi contoh. Kalau kita tengok kadar inflasi 3 peratus pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, peningkatan 3 peratus. Akan tetapi, kalau kita tengok perincian dari segi inflasinya, kita ambil barangan makanan bukan makanan – kita tolak alkohol mencatat kenaikan yang lebih iaitu 4.7 peratus. Kalau kita tengok dari segi daging mencatat kenaikan 7.6 peratus, susu dan telur 7.9 peratus, sayur-sayuran 11 peratus dan barangan manisan 10.9 peratus.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kebanyakan daripada ini datang daripada tekanan antarabangsa, iklim antarabangsa, cuaca antarabangsa, global warming, flood dan sebagainya yang menyebabkan bekalan makanan pada hari ini amat-amat kecil sekali ataupun tertekan. Kalau kita tengok contohnya harga beras, mungkin salah satu kita boleh melihat daripada segi penstrukturan semula BERNAS tetapi apa yang tidak disebut adalah masalah banjir yang berlaku di Thailand, yang berlaku di Vietnam yang pada hari ini kita jelas melihat bahawa harga beras naik secara di dunia kerana apa? Kerana faktor di luar kawalan kita. Sebab itu saya menyebut bahawa rakyat rasa lega sebab dapat pemberian- pemberian terus daripada kerajaan yang prihatin yang melihat bahawa pada tahun ini rakyat berhadapan dengan inflasi dan bukannya inflasi biasa. Bukannya hanya kos push inflation ataupun demand full inflation tetapi inflasi yang datang daripada faktor di luar kawalan kita. Faktor yang menyebabkan makanan, barang-barang perlu dan sebagainya itulah yang menjadi inti pati utama kepada bajet ini dan tidak ada logik sebab apa yang disebut oleh pembangkang, kritikan yang datang daripada pembangkang langsung tidak logik. Pada satu sudut disebut bahawa this is a copycat budget, ini adalah bajet yang ciplak. Akan tetapi, di dalam ayat yang sama cakap ini bajet yang teruk, it is not logical. Kalau dikatakan ini copycat budget dan dikatakan bajet ini teruk maksudnya bajet asal iaitu bajet pembangkang pun teruk juga, itu logiknya. Jadi kalau kita betul-betul lihat kepada perbezaan yang ada kepada bajet kita dan juga bajet ataupun belanjawan yang dibentangkan oleh pembangkang yang akan saya perhalusi satu persatu. Kita melihat bahawa yang kita beri ini adalah salah satu belanjawan yang boleh meringankan beban rakyat secara terus dan secara targeted dengan sasaran yang teliti, dengan sasaran yang jelas supaya mereka dapat diangkat, masalah ataupun martabat mereka dalam keadaan kekangan hidup yang dihadapi pada hari ini dan kita tidak mahu kekalkan satu ekonomi yang berdasarkan kepada handout. Tahun ini memang kita bagi kerana kedudukan dunia yang begitu himpit dari segi ekonomi tetapi tahun depan, tahun akan datang kita tidak tahu lagi. Kita lebih melihat kepada cara bagaimana kita hendak mengangkat keupayaan, capacity building rakyat dan bukannya macam bajet ataupun belanjawan pembangkang, Buku Jingga pembangkang yang akan kekalkan handout sampai bila-bila, kerana apa? Kerana tidak ada idea untuk mengubah dan merobah sistem ekonomi negara supaya rakyat kita menjadi lebih berdaya saing. Tidak ada langsung disebut soal perkara itu dalam belanjawan daripada Pakatan Rakyat. Saya juga hendak menyebut Tuan Yang di-Pertua bahawa rakyat berasa selamat dengan belanjawan tersebut. Dia berasa lega sebab dia dapat macam-macam dari segi bantuan dan sebagainya sampai semua sektor, semua lapisan masyarakat mendapat bantuan daripada belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi rakyat juga berasa selamat, mereka berasa selamat kerana mereka tahu bahawa belanjawan ini tidak akan memudaratkan, tidak akan memudaratkan ekonomi negara kita. Kalau kita tengok walaupun ada pemberian terus, walaupun kerajaan akan bagi cash kepada rakyat, kepada mereka yang memerlukan bantuan dan pembelaan dan sebagainya tetapi mampu untuk mengurangkan defisit-defisit bajet kita ke tahap 4.7 peratus KDNK. Saya...

Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Di sini, ya Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rembau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang. Saya cukup seronok mendengar Yang Berhormat Rembau berhujah sekurang-kurangnya penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Rembau tadi cukup jelas dan kita mahu kalau boleh penjelasan yang sebegini dapat disampaikan kepada orang ramai dan janganlah hendaknya apa juga hujah yang disampaikan oleh ketua pembangkang tadi menyalahkan kerajaan dalam apa juga keadaan.

Ini terutamanya keadaan yang kita hadapi pada ketika ini di mana bukan sahaja negara Eropah menghadapi masalah krisis ekonomi yang cukup dahsyat, Amerika, Britain, Jepun pun menghadapi masalah bahkan pertumbuhan ekonomi dua negara gergasi yang dipanggil gergasi dunia pada ketika ini iaitu India dan China pun sekarang dikaji semula, diselidik semula kerana keadaan semasa yang tidak menentu. Apa yang saya hendak sebutkan di sini, hendak meminta pandangan daripada Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Permatang Pauh ada menyebut tadi menyalahkan kenaikan harga barang. Dia kata semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memegang tampuk pemerintahan 60 peratus naik harga gula. Macam mana pendapat Yang Berhormat Rembau, sebenarnya gula yang dikeluarkan oleh Malaysia pada ketika ini tidak sampai 10 peratus selebihnya kita beli daripada luar negara. Jadi maknanya dengan keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu bahkan cukup merosot pada ketika ini, adakah kita patut menyalahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kenaikan gula? Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, saya setuju saya masukkan di dalam ucapan saya. Cuma kalau kita mendengar betul-betul ucapan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh tadi dia amat berbangga sebab contohnya sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan harga minyak rendah dan sebagainya, dia lupa hendak beritahu harga minyak dunia pada waktu itu USD30 per barrel bukan sampai USD100 per barrel dan sebagainya. Akan tetapi dia beri helahlah supaya kita semua impress dengan kebolehan beliau. Saya hendak sebut tentang unjuran. Banyak disebut oleh Ketua Pembangkang tadi soal unjuran, disalahkan unjuran kerajaan kata tidak betul dan sebagainya. Ya, memang betul ya perkara ini penting tetapi apa yang dibangkitkan itu tidak betul tetapi perkara ini penting.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak bangkitkan juga soal unjuran sebab bila kita bentangkan belanjawan ini ia adalah soal ketepatan precision. Maksudnya bila kita bentangkan belanjawan kita tidak boleh ambil angka daripada angin. Kita tidak boleh ambil angka daripada langit, we cannot pluck figure from the air. Jadi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan beberapa perkara tadi yang menjadi contoh. Kalau kita ambil unjuran hasil kerajaan yang dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang tadi, tidak mungkin dan tidak realistik dan sebagainya. Di samping dapat laporan ekonomi dan sebagainya, anggaran perbelanjaan, kita juga dapat anggaran hasil Kerajaan Persekutuan tahun 2012. Inilah anggaran hasil secara teliti disenaraikan satu persatu. Bukan disenaraikan secara general umum, inilah cara bagaimana kita hendak mengurangkan bajet defisit. Inilah cara bagaimana kita hendak meningkatkan hasil kerajaan. Kalau kita buka buku ini, hasil Kerajaan Persekutuan anggaran tahun 2012 ia detail. Makanan ringan, junk food berapa banyak kita dapat, rubber based product other than shoes, barangan-barangan buatan getah selain kasut getah, satu persatu. Jadi, unjuran kita berdasarkan kepada precision. Saya ambil perbezaan yang ada, kita tengok sebab tadi disebut bahawa kalau bahawa kerajaan Pakatan Rakyat dia punya shadow budget, dia akan kekalkan RM220 bilion perbelanjaan, sama dengan perbelanjaan kita tahun lepas tetapi dia akan kurangkan bajet defisit sebanyak 4.4 peratus KDNK daripada 6 peratus pada tahun 2012 bermakna yang dikatakan 1.6 peratus reduction and deficits adalah RM14 bilion. Ini shadow budget, bajet bayangan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi, ketepatan kalau kerajaan bentangkan, kita tunjuk daripada mana datangnya hasil untuk kita kurangkan bajet defisit kita. Ini soal pembangkang, saya hendak bangkitkan, saya hendak terangkan. Sedikit sahaja Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh, sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Rembau...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Hendak bercakap juga. Bos, bos.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingin bertanya Yang Berhormat, bahawa unjuran hasil pendapatan negara jelas terpampang dan ia bukan retorik, ia dibuat berdasarkan pendapatan yang sebenarnya. Akan tetapi hujah Ketua Pembangkang tadi seolah-olah menidakkan fakta dan hasil daripada pendapatan yang baik itu maka kerajaan telah dapat memberikan bajet yang baik untuk rakyat, diumpamakan pendapatan daripada rakyat dikembalikan kepada rakyat. Akan tetapi pembangkang menidakkan juga dengan membentang bajet palsu yang mereka ilhamkan. Minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Memang hujah yang terbaik itu, saya tidak payah tambah. Jadi, saya masukkan terus, cuma saya hendak bangkitkan contoh. Contoh bagaimana rakyat ditipu, mislead dengan bajet daripada pembangkang. Kita hendak tahu hasilnya daripada mana sampai boleh kurangkan dahulu... Ya, yang pertamanya saya ucapkan tahniah kepada pembangkanglah, tiba-tiba jadi bertanggungjawab dari segi fiskal. Kalau dahulu tidak ada kebertanggungjawaban dari segi fiskal. Kalau dahulu jika kita tengok dia punya perbelanjaan dalam Buku Jingga, tahun kedua selepas jadi kerajaan, negara sudah bankrap. Kalau kita ambil unjuran dahulu, dari Buku Jingga, Malaysia akan jadi negara yang bankrap iaitu hutang sebanyak 100 peratus daripada KDNK dalam tahun kedua Pakatan Rakyat jadi kerajaan sekiranya Buku Jingga dilaksanakan. Ini semua kita kira berdasarkan kepada free WiFi, oil royalty, toll, bailout, civil servant, allowances, top up untuk household dan macam-macam lagi. Akan tetapi hari ini tiba-tiba jadi fiscally responsible, tegur pula kerajaan Barisan Nasional oh! We want to be fiscally responsible. Kena kurangkan lagi bajet defisit. Dahulu boros, dahulu hendak bankrapkan negara, hari ini tiba-tiba bertanggungjawab kata, “we want to be fiscally responsible”. Dahulu sanggup bankrapkan negara sebab hendak bawa masuk bawah IMF, hari ini pula tiba-tiba jadi begitu bertanggungjawab. Akan tetapi saya hendak tanya dalam kebertanggungjawaban ini, macam mana Pakatan Rakyat sebab kita sedang cakap soal unjuran tadi, awal ini kita buat comparison dahulu bagaimana belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri realistik dan bagaimana kerajaan ataupun belanjawan yang telah dibentangkan oleh Pakatan Rakyat adalah belanjawan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana hendak kurangkan bajet defisit? Saya ambil contoh yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat. Disebut bahawa hendak kurangkan defisit sampai tahap 4.4 peratus KDNK. Jadi kita hendak tanya macam mana antara contoh utama yang diberi Pakatan Rakyat, you have to remember kita hendak tahu bagaimana hendak dapat hasil tambahan untuk kurangkan bajet defisit ini. Dia sebut satu hendak jual AP. Okey tidak mengapalah iaitu jual AP sebanyak RM1.2 bilion. Tidak sampai lagi RM14 bilion. Okey, dia sebut effective spending, perbelanjaan yang berkesan dan berhemah yang boleh generate yang boleh menghasilkan untuk rakyat 20 peratus lebih extra tambahan faedah untuk rakyat yang boleh dibelanjakan untuk rakyat. Antara contoh dia bagi satu contoh sahaja. Dia bagi satu contoh kalau Barisan Nasional rasuah, kalau Barisan Nasional ketirisan, kalau Barisan Nasional leakages, waste dan sebagainya dalam satu dokumen bajet dia bagi satu contoh sahaja, contoh apa? Contoh lap-top. Lap-top itu sahaja yang boleh menghasilkan perbelanjaan tambahan 20 peratus. Macam mana ini, ini bajet budak sekolah...

Minta laluan Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk dahulu Yang Berhormat Machang duduk dahulu.

Sebab banyak persoalan jadi, saya hendak tanya sahaja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya belum habis lagi. Duduk dahulu. Saya boleh bagi. Baik boleh tanya soalan.

Kemudian Yang Berhormat Rembau boleh jawab dengan tenang. Terima kasih saya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sorry, minta maaf, saya minta maaf. Saya tunduk dua kali pun tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya bangun dan minta pencelahan. Boleh ya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Yang Berhormat Rembau, saya menghargai minat tinggi Yang Berhormat Rembau untuk mengulas belanjawan Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. Ini satu minat dan kesungguhan luar biasa, menelaah angka demi angka. Yang Berhormat Rembau tanyakan bagaimana kita hendak kurangkan bajet defisit. Satu, Yang Berhormat Rembau mengakui tadi sekurang-kurangnya idea kita Yang Berhormat Rembau berjiwa besar iaitu kita lelong AP. Sekarang Yang Berhormat Rembau – AP dia bagi suku-sakat sahaja, negara rugi. Jadi kita lelong insya- Allah kita dapat RM1.2 bilion. Yang Berhormat Rembau sebut soal kecekapan perbelanjaan kita boleh jimatkan 20 peratus. Itu kita merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara mengenai kehilangan hasil lebih RM28 bilion setahun. Kalau kita boleh jimatkan 20 peratus daripadanya, itu sudah satu angka yang besar yang boleh kita pulangkan balik kepada rakyat. Memanglah dalam pembentangan kita bagilah satu contoh, lap-top di Maktab MARA. Satu lap-top RM40,000. Itu belum screw driver, belum pasu bunga, belum lagi khemah, belum lagi – senarainya panjang. Jadi, di situ sahaja kita jimatkan berapa sudah?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak mengapa. Terima kasih.

Jadi maksudnya, bila kita dapat floor nanti insya-Allah kita akan berdebat lagi dengan lebih jelas. Cuma saya tidak berapa berkenan kalau hendak cuba mislead seolah-olah di sebelah sini ini macamlah tidak tahu sangat soal defisit...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih.

Insya-Allah kita faham walaupun tidak mengaji di Oxford. Saya mengaji di Sekolah Kebangsaan Gajah Mati sahaja. Insya- Allah faham.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bagus-bagus. Saya percaya Yang Berhormat Machang amat memahami soal defisit dan sebagainya. Saya cuma bangkitkan isu ini supaya kita dapat sama-sama fikirkan. Ini terkandung dalam belanjawan bayangan Pakatan Rakyat bukan saya yang tokok-tambah dan sebagainya. Ini apa yang ditulis, ditulis soal lap-top. Memang betul disebutkan tadi bahawa ada contoh-contoh yang lain tetapi sampai RM28 bilion, banyak kali kita sudah terangkan tidak pernah dalam Laporan Audit Negara disebut RM28 bilion itu datangnya daripada seorang wartawan yang buat kesimpulan, sampling berdasarkan kepada laporan tersebut. Itu yang pertama. Yang kedua, yang saya hendak bangkitkan soal lap-top ini bukan penting sangat soal lap-top ini tetapi saya bangkitkan soal lap-top ini sebab apa yang disebut dalam dokumen rasmi bajet belanjawan Pakatan Rakyat pun misleading sekali. Satu, dia bagi satu contoh sahaja, yang satu lagi dia hendak tunjuk betapa hebatnya, betapa berhemahnya perbelanjaan di bawah Pakatan Rakyat dia kata dia ambil contoh lap-top tersebut. Dia kata for example, saya ambil contoh yang bahasa Inggeris jadi saya baca dengan izin, for example, “The Barisan National Government paid RM42,000 for lap-top...” Lepas itu dia ada footnote. Footnote, RM42,324 lap-top, The Star, 22nd October 2009. “Pakatan Rakyat policies will instead secure the best price. So, for a market price of RM2,500 the same amount of money will buy 17 lap-top instead of just one.” Saya hendak bagi tahu betapa misleading perkara ini. Dia ambil market price lap-top yang paling murah pada hari ini dan dia tunjuk bahawa boleh dibelanjakan 17 kali ganda lap-top yang dibeli oleh MRSM pada tahun 2009.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jikalau kita baca Laporan Audit Negara tahun 2009 yang keluar dalam The Star dalam rujukan dalam belanjawan itu, harga pasaran lap-top yang ada spec yang sama pada waktu itu adalah RM5,350 hingga RM6,500. Maknanya hanya boleh beli enam hingga lapan unit tambahan. Jadi kalau di sini boleh bohong. Ini soal apple and apple kita buat comparison adalah perbelanjaan untuk spec yang itu. Itu dapat tambahan enam hingga lapan bukan 17. Jikalau perkara yang mudah macam ini pun tidak boleh dibuat secara jelas dan accurate apatah lagi belanjawan negara yang boleh menipu satu Malaysia. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya tidak mahu terikat menceritakan mengenai lap-top ini sebab Kerajaan Negeri Terengganu pun sudah buat lap- top akhirnya sampai sekarang tidak ada kesan apa-apa pun. Cuma begini saya hendak tanya Yang Berhormat Rembau, saya kagum jugalah banyak fakta permulaan agak menarik. Cuma begini saya hendak tanya pandangan buat pertama kali nampak gayanya Yang Berhormat Rembau mewakili backbenchers untuk menyerang bajet kita. Sekurang- kurangnya ada perkara untuk menyerang dan kritik. Jikalau dahulu kita dengar belanjawan sebelah pihak. Akan tetapi sekarang ini pembaharuannya ialah kita mengemukakan belanjawan kita dan kerajaan mengemukakan belanjawan kerajaan. So kita sama-sama nilai, kita bagi ruang. Saya memang menghargai dan saya suka kerana kita ada diberi peluang untuk sama-sama mengkritik satu sama lain untuk tujuan kebaikan. Akan tetapi soalan yang paling asas sekali saya hendak tanya adakah ini menjadikan Yang Berhormat Rembau terdesak untuk mempertahankan perkara yang asas sebab Perdana Menteri menjanjikan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi kita mesti mencapai pertumbuhan 6 peratus tanpa gagal untuk tiga tahun berturut-turut. Nampak gayanya kalau di keadaan sekarang unjuran yang diberi di antara 5 peratus ke 5 peratus ataupun 5.5 peratus ke 6 peratus bermakna itu ada angka yang tidak konsisten di situ. Ini bermakna kemungkinan gagal itu nampak tinggi...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okey.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini perkara yang paling asas.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak apa, tidak apa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tanya Yang Berhormat Rembau berkenaan unjuran yang disebut di peringkat awal tadi. Terima kasih.

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk dahulu. Kita cakap soal prinsip unjuran maknanya precision. Jadi saya hendak bangkitkan masalah precision, masalah ketepatan yang ada pada pihak lawan yang menuding jari dekat sini. Soal belanjawan daripada kerajaan dapat dibahaskan dengan belanjawan daripada pembangkang saya ucapkan tahniahlah sampai tiga tahun baru hendak buat belanjawan bersama. Congratulation, you took three years to come out with your own joint budget sebelum ini di outsources kepada DAP sahaja, dua tahun yang lepas. Tahun lepas tidak ada bajet, alternatif bajet sebab malas hendak buat. Tahun ini baru hendak buat sebab pilihan raya. Saya hendak bangkitkan soal ketetapan, kalau ketetapan soal laptop ini yang menjadi centerpieces yang menjadi satu-satunya contoh pun tidak dapat hendak buat dengan betul, macam mana hendak bagi keyakinan kepada rakyat bahawa hasil di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ini dapat ditingkatkan untuk mengurangkan bajet defisit. Sudah pasti contoh yang diberi 2009 yang berlaku ini sudah pasti tidak akan berulang sebab kita pernah belajar daripada apa yang berlaku dan kita akan pastikan bahawa savings dan juga perbelanjaan yang berhemah itu akan dibuat di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Itu contoh yang pertama.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kedua yang saya hendak beritahu yang saya hendak bagi teguran sedikitlah, ini juga berkenaan dengan ketepatan (precision). Dalam tempoh masa tidak sampai seminggu satu janji yang telah dimasukkan ke dalam Belanjawan Pakatan Rakyat boleh diubah tanpa pengetahuan mana-mana pihak yang tidak membaca dengan teliti belanjawan tersebut...

Mohon sedikit, sambung sedikit sahaja. Fakta, fakta sedikit sahaja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tadi saya... Sekejap, sekejap. Jangan potong stim, duduk dahulu.

Fakta, sedikit sahaja. Dia bukan MRSM, Institut Latihan Kemahiran MARA di Balik Pulau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk, duduk. Okey. Terima kasih.

Tidak saya betulkan fakta. Salah itu, mohon perbetulkan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk, duduk. Saya perbetulkan. Terima kasih. Saya bangkitkan soal ucapan tadi yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia cakap bahawa kalau dapat diagihkan daripada Jabatan Perdana Menteri kononnya di bawah kerajaan pada waktu ini ada Prime Ministerial Dictatorship kuasa yang terlalu dipusatkan ke dalam Jabatan Perdana Menteri. Jadi dia kata kalau Pakatan Rakyat automatik akan bagi RM5 juta kepada kementerian-kementerian lain. Ini betul ini dalam Hansard tadi. Tadi saya ikut, saya ikut ucapan dengan teliti. RM5 bilion minta maaf RM5 bilion diberi kepada kementerian-kementerian yang lain. Jadi saya check saya rujuk dengan belanjawan bayangan Pakatan Rakyat di bawah JPM, “RM10 billion would be reallocated from the Prime Minister discretionary budget to the relevant implementing ministries”. Macam mana dalam belanjawan dokumen RM10 bilion dalam ucapan daripada Ketua Pembangkang boleh lari RM5 bilion? Jikalau RM5 bilion lari dalam tempoh masa seminggu sahaja berapa lagi boleh lari?...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat boleh check Hansard, saya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, ya. Okey.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Boleh check Hansard apa yang disebut ini Yang Berhormat Rembau ini patut teliti apa yang saya sebut, saya kata perbelanjaan NKRA RM5 bilion itu akan dibatalkan yang RM10 bilion itu disebut dalam belanjawan. Dengar betul-betul. Tadi sibuk dok prepare dia tidak dengar orang. Jadi dia buat andaian kemudian dia serang berdasarkan andaian, ini taktik lama Pemuda UMNO baru ini.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih, saya nampak Ketua Pembangkang ini cukup hebat memberi penjelasan apabila kantoi boleh bagi penjelasan boleh terlepas daripada apa sahajalah. Cuma Yang Berhormat is not your lucky day todaylah. Ini sebab Yang Berhormat tadi sebut bahawa dirujuk bukan kepada perbelanjaan JPM keseluruhan. Dirujuk hanya kepada NKRA? NKEA? Okeylah kita ambil dua-dua. NKRA dan NKEA sekali, RM5 bilion? Tengok, perbelanjaan NKEA RM370 million, perbelanjaan NKRA RM230 million. Jumlah dia apa? RM600 juta. Mana dia RM5 bilion? Mana dia RM5 bilion? Tadi dia sebut RM5 bilion daripada NKEA, NKRA angka lima. Ini dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 NKEA RM370 juta, NKRA low income household delivery task force RM230 juta. Ini sahaja yang ada dalam NKEA, NKRA...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, debat Yang Berhormat Rembau berdasarkan buku belanjawan yang dibentang hari Jumaat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sekejaplah saya belum bagi laluan lagi.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dengar. Saya bentang hari Selasa atas nama Pakatan Rakyat berdasarkan dokumen unjuran perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan yang ada dalam buku awal.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Ketawa]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kena faham. Kena faham. Jangan cakap Yang Berhormat sudah kantoi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi Yang Berhormat Permatang Pauh buku ini sudah diberi kepada Yang Berhormat hari Jumaat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Rembau harus ingat kalau hendak bicara soal moral dan akhlak dengan dia, boleh bersedia.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sempat untuk buat pembetulan. Akan tetapi masih lagi mislead Dewan, masih lagi bagi angka yang salah. Macam mana kita hendak percaya kepada Ketua Pembangkang, sekiranya angka yang mudah pun hendak dibohongkan kepada rakyat di dalam Dewan Rakyat ini macam mana.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebab itulah sampai sekarang tidak dilantik menjadi Menteri sebab tidak tahu ucapan saya hari Isnin, belanjawan hari Jumaat. Ucapan saya hari Isnin buku belanjawan hari Jumaat. Saya gunakan dokumen yang ada sebelum hari Isnin.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Hari Sabtu dengan Ahad tidak boleh buat kerjakah Yang Berhormat?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Hari Jumaat ucapan belanjawan. Jangan ambil buku belanjawan banding dengan data saya hari Isnin.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Boleh tengok, boleh tengok.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ikut peraturan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini cakap tidak berapa tepat ini.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak apa. Saya tidak bagi laluan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia tidak belajar di Oxford betul. Buat kerja apa saya tidak tahu?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu sebab jarang sekali kita boleh kantoikan Ketua Pembangkang inilah. Jarang sekali. Akan tetapi hari ini memang jelas.

Ini kenapa Yang Berhormat Rembau syok sendiri ini?... [Ketawa]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bukan syok sendiri semua tengok dengar ini.

Kenapa syok sendiri? Penjelasannya jelas, kita bentang hari Isnin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bentang hari Jumaat, unjuran. Apa yang syok sendiri ini apa dia?... [Ketawa]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okey, kita rumuskan di sini ya. Kita rumuskan di sini.

Fahamlah saya kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lantik Yang Berhormat Rembau menjadi Menteri. Fahamlah saya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Ketawa] Tidak apalah kita ambil selingan. Yang Berhormat Jasin masuk sekejap.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bagi sahabat saya Yang Berhormat Rembau saya dengar cukup seronok betullah. Akan tetapi kita usah bincang mengenai bayangan ini. Bukan apa bayang-bayang faham sahaja bayang-bayang dia ada tidak Kabinet bayangan? Tidak ada. He has no basis.

Sekurang-kurangnya kita dibekalkan dengan buku ekonomi dengan buku belanjawan dengan semua fakta-fakta.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Menyampuk]

Jadi Yang Berhormat Rembau saya tahu Yang Berhormat Rembau banyak perkara yang untuk dibincangkan, tidak usah bincanglah mengenai bayangan ini saya tidak mahu dengarlah sebab ini bayang-bayang sahaja ini, buat apa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak mengapa. Sedikit sahaja sebab saya hendak menjelaskan pembohongan yang nyata berlaku sampai angka RM5 bilion dengan RM10 bilion pun tidak tahu. Bagaimana hendak mengendalikan, hendak mengurus ekonomi dengan berhemah? Bayangkan beliau sebut bahawa ucapan itu berdasarkan kepada angka yang diberi minggu lepas, ucapan yang diberi adalah pagi tadi, petang tadi diberi ucapan tadi. Takkanlah pembantu-pembantu Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak boleh betulkan sedikit fakta yang dikemukakan secara jelas dalam anggaran. Ketiga, yang disebutkan tadi saya hendak betulkan lagi adalah isu Petronas. Disebut kononnya kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ia akan ada dividend policy, dasar dividen yang berkhemah dengan Petronas sebab ini penting. Ini akan menjelaskan bagaimana pembangkang hendak bayar untuk mengurangkan defisit bajet mereka. Disebut bahawa kalau hendak jadi kerajaan, akan minta hanya RM26 bilion kalau tidak silap saya daripada Petronas seolah-olah kerajaan Barisan Nasional ini tidak bertanggungjawab. Seolah-olah kita hanya menggunakan duit Petronas tanpa apa sahaja perkiraan tentang masa hadapan dan sebagainya. Beliau lupa. Beliau kata kononnya hari ini kali pertama kita dengar bahawa ada pengurusan polisi dividen yang bertanggungjawab daripada pihak pembangkang. Beliau lupa pada bulan enam tahun ini juga Petronas sendiri telah mengatakan bahawa mereka telah sampai perjanjian reached understanding dengan government bahawa dividend policy, dasar dividen, pembayaran dividen kepada kerajaan adalah pada tahap 30 peratus sahaja. Maksudnya, ini sama dengan tahap ataupun best practices antarabangsa di mana dasar dividen ada pada 30 peratus, yang disimpan oleh syarikat adalah 70 peratus...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi, di sini saya ingin nyatakan bahawa sebenarnya apa yang dibangkitkan ini bukan kita yang ciplak mereka tetapi mereka yang ciplak kita. Daripada mula sampai akhir, semuanya datang daripada idea Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rembau...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya tidak banyak masa ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bangun.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Beliau ada masa lain.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Perlu betulkan fakta sedikit.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya selalu dengan dia selalu tu, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Betulkan fakta tidak bolehkah? Tadi kata perlu precision.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Takutlah itu!

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak pergi kepada mikroekonomi dari sudut Barisan Nasional pula. Disebut bahawa masalah dari segi bajet defisit, 15 tahun berturut-turut berdefisit dan sebagainya. Akan tetapi, saya hendak beritahu kepada...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sudah lari, lari.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak mengapalah. Larilah lari.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak perlulah Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita bertenanglah. Beri peluang. Sakit belakang, tidak mengapa... [Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Cheat shot.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sorry. Yang Berhormat Subang, sorry. Tidak. Yang Berhormat Subang...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Cheat shot .

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya minta maaf.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya respons Tuan Yang di-Pertua. Tidak mengapalah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Low grade cheat shot.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak bangkitkan soal...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Is that what you learnt from Oxford?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kedudukan fiskal negara, kedudukan ekonomi negara.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Is…

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okey Yang Berhormat Subang. I take it back. Do not get excited. Saya hendak bangkitkan soal kedudukan ekonomi negara. Kalau kita lihat dari segi hujah yang dikemukakan oleh pembangkang seolah-olah bajet defisit ini tidak dapat dikawal dan sebagainya. Akan tetapi, kita perlu ingat kalau sekiranya rating agency sama ada Moody’s ataupun Standard & Poor’s malah Fitch buat rating kepada sesebuah negara, ia bukan hanya berdasarkan kepada bajet defisit. Dia lihat secara keseluruhan. Dia lihat kepada pertubuhan ekonomi, dia lihat kepada tahap perdagangan, dia lihat kepada akaun semasa, current account dan sebagainya. Kalau kita hendak buat perbandingan, memang betul. Di negara-negara lain di rantau ini mungkin Malaysia masih lagi ke belakang dari segi bajet defisit. Akan tetapi kalau kita lihat dari segi current account surplus, kita lebih tinggi daripada Filipina, Indonesia, China, Hong Kong, malah sama dengan Singapura. Kalau kita lihat dari segi fundamental asas ekonomi negara kita, senang untuk mereka katakan; hari ini bajet defisit tinggi, hutang akan dibayar, tidak boleh bayar dan sebagainya, hutang masa hadapan dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita lihat bagaimana bajet defisit ini walaupun masih lagi defisit, pada tahap yang boleh kita servis, pada tahap yang masih boleh kita menampung daripada pertumbuhan ekonomi kita. Mereka kata dengan bangganya, Ketua Pembangkang kata dengan bangganya tadi bahawa tahap hutang negara pada hari ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia seolah-olah satu indictment, satu hukuman terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Beliau lupa hendak beritahu bahawa tahap rizab kerajaan, international reserve, foreign currency reserve kerajaan pada hari ini adalah paling tinggi dalam sejarah juga. Jadi kalau kita hendak lihat dari segi rizab kita, RM414.5 bilion, boleh menampung sembilan bulan retain import, 4.5 kali ganda daripada hutang luar jangka masa pendek. Tidak disebut. Disebut adalah bajet defisit tinggi, hutang tinggi. Tidak disebut langsung soal kukuh, soal asas ekonomi negara kita yang kukuh, soal bagaimana dari segi bajet defisit kita, kadar pengurangan bajet defisit kita sama dengan Indonesia, sama dengan Thailand. Disebut tadi, diperlekehkan ekonomi kita. Disebut, kalau dikatakan FDI kita tinggi, pertumbuhan FDI kita yang paling rancak, yang paling tinggi di Asia Tenggara disebabkan kita bermula daripada low base. Oleh sebab itu kita punya percentage yang naik begitu tinggi. Saya hendak beritahu kalau hendak buat perbandingan, tadi Ketua Pembangkang buat perbandingan dengan Vietnam, Indonesia dan sebagainya. Saya hendak beritahu perbezaan antara Vietnam dengan Indonesia, mengapa percentage mereka tinggi, mengapa tahap FDI mereka tinggi. Ini kerana tahap pembangunan mereka seperti mana kita pada tahun 1990. Kalau pergi ke Indonesia dan Vietnam hari ini, banyak sektor dibuka, diliberalisasi, dibuka untuk pegangan ekuiti asing sampai 100 peratus. Boleh masuk, boleh beli sampai 100 peratus. Kita di Malaysia, kita buka secara tersusun. Kalau kita tidak buka secara tersusun, mana mungkin kita dapat bank-bank besar yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Kalau kita lihat dari segi bank utama, pertama, bank yang paling hebat dari segi pelaburan, investment bank di Asia Tenggara pada hari ini, CIMB. Kalau sekiranya financial sector master plan tidak ada pembukaan liberalization yang tersusun, kalau kita buka seperti Indonesia dan Vietnam, hari ini apa akan jadi. Semua bank kita akan dimiliki oleh bank- bank antarabangsa. Bayangkan kalau 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun atau 5 tahun yang lepas kita buka ekuiti kita 100 peratus, kita tidak melindungi syarikat-syarikat tempatan, ada kebarangkalian besar bank kita akan dibeli oleh bank daripada Amerika Syarikat. Andai kata salah satu daripada bank Amerika Syarikat itu terjebak dengan masalah subprime ataupun masalah Lehman Brothers, banking system kita akan lingkup. Akan tetapi oleh sebab kita ada liberalization yang tersusun, yang sequences, yang bertanggungjawab, kita tidak ada masalah tersebut... [Tepuk] Oleh sebab itu, kalau kita hendak buka seperti Indonesia dan Vietnam tidak ada masalah. Kita list sahaja Petronas, dapat FDI, dapat capital flow yang begitu tinggi dan kita akan dapat nombor satu dari segi FDI. Akan tetapi kita buat secara berkhemah, kita buat secara bertanggungjawab, kita buat secara sustainable supaya negara kita bukan hanya kita dapat pertumbuhan yang mampan, tetapi juga kita dapat kawalan yang strategik dari segi aset kita dan kita tidak berhenti di situ. Kalau dilihat dari segi liberalization, setelah kita liberalized 27 daripada subsektor perkhidmatan yang ada, kita buat 17 lagi. Apabila kita yakin, kita umumkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan dalam belanjawan pada tahun ini, diliberalize lagi, dibuka lagi supaya ekuiti boleh masuk kerana sudah cukup waktu dan masa untuk syarikat-syarikat kita membina keupayaan dan kekuatan. Inilah pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab. Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Sebenarnya memang saya tunggu Yang Berhormat Rembau menyebut tentang proses untuk meliberalisasikan 17 lagi subsektor. Ini pada saya nampak gaya seperti Yang Berhormat Rembau yang mewakili Pemuda UMNO, nampak gaya seperti menyokong sangat liberalisasi lagi 17 subsektor. Saya difahamkan, dahulu Pemuda UMNO seluruh negara telah membangkitkan kerisauan kerana liberalisasi 27 sub sektor termasuk kewangan itu telah menyebabkan kerugian ataupun kurangnya manfaat kepada orang-orang Melayu secara keseluruhan. Itu dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Pemuda UMNO. Jadi, sekarang ini nampak gayanya menyokong penuh 17 lagi liberalisasi subsektor termasuk kesihatan dan juga beberapa subsektor yang disebut.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini nampak gayanya seperti ada pertentangan, ada contradiction yang besar nampak gayanya. Saya tidak tahu apa pandangan ataupun hujah seterusnya. Saya hendak dengar juga yang dikatakan mikro berkenaan dengan 17 subsektor ini. Saya hendak tunggu. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak pernah ada pertindihan Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita selalu tetap dengan pendirian kita bahawa pembukaan, liberalization ekonomi kita perlu dibuat secara tersusun dengan adanya timetable, dengan adanya usaha untuk diperkukuhkan lagi sektor tempatan, barulah kita buka.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini kerana kita hendak pastikan bahawa apabila kita buka dan mengalu-alukan persaingan daripada antarabangsa kita telah sedia. Jadi tidak ada masalah sebab daripada awal lagi liberalization yang tersusun yang sebenarnya didrafkan waktu Yang Berhormat Indera Mahkota menjadi Menteri Kewangan, Financial Sector Master Plan drafnya awalnya datang daripada hujung 90-an untuk membuka sektor kewangan, perkhidmatan dan sebagainya. Semuanya datang daripada sana. Soal FDI ini Tuan Yang di-Pertua, amat penting sebab saya pergi kepada unjuran. Masalah unjuran, pertumbuhan, dan sebagainya kata tidak realistik bersandarkan kepada angka-angka yang diberi oleh agent development bank, oleh IMF, dan sebagainya. Kita yakin, kerajaan Barisan Nasional yakin bahawa kita dapat capai 5 peratus pertumbuhan KDNK. Kalau pembangkang tidak yakin tidak mengapa tetapi kita rasa kita yakin sebab kita percaya. Keyakinan syarikat-syarikat antarabangsa mula kembali kepada Malaysia tanpa kita buat satu langkah yang boleh dikatakan drastik contohnya, mengurangkan cukai korporat. Kita dapat melihat peningkatan dari segi FDI, kenapa? Ini kerana mereka yakin dengan perubahan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri kita. Mereka yakin dengan ketulusan dan hala tuju yang dibawa oleh Perdana Menteri sebab itu mereka datang walaupun kita tidak mengurangkan cukai korporat contohnya. Ini jauh beza daripada pembangkang. Saya beri contoh satu lagi ya. Kalau kita buat promosi untuk pelaburan. Kalau Yang Berhormat daripada Jeli sebagai menteri ataupun sahabat saya Yang Berhormat daripada Jerlun juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kalau mereka buat roadshow, pergi ke seluruh antara dunia cari FDI, mereka minta supaya mereka atau pelabur-pelabur datang ke Malaysia. Mereka tidak pernah beri distinction kata “Please come to Johor, Negeri Sembilan, and Melaka.” Dia tidak pernah kata, “Oh! Do not come to Pulau Pinang” “Please do not go to Kelantan because they have hudud” Kita tidak pernah cakap, ya. Akan tetapi kita ada sifat dan sikap kenegaraan. Kita promote Malaysia. Malaysia menjadi destinasi tidak kiralah yang dapat itu Selangor atau pun Pulau Pinang. Hari ini Pakatan Rakyat mendabik dada kata Selangor dan Pulau Pinang yang paling banyak dapat FDI. Eh! Zaman Barisan Nasional pun sama juga sebab negeri yang paling kaya dan maju. Akan tetapi hari ini kita ambil perbandingan ya. Kita buat untuk semua dan tidak kisah siapa yang dapat faedah kerana yang dapat faedah adalah rakyat Malaysia. Akan tetapi kita lihat contoh kalau Yang Berhormat Jeli dia pergi sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia mewakili semua negeri. Ini Ahli Parlimen daripada Bagan dia pergi cari pelaburan seperti President Republic Pulau Pinang yang tidak menghiraukan negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Cara dia hendak tarik FDI bagaimana? Cara dia hendak tarik FDI bukan hendak kata Malaysia is a good destination. Ini kelebihan Pulau Pinang tetapi dia kata “No! You invest in Penang sebab apa?” Ini kerana kalau you pergi ke Johor is likely that you get kidnapped”. Ini adalah satu sikap derhaka. Kalau hendak dapat FDI pun kenapa hendak memperkecilkan negeri yang lain, kenapa perlu memperkecilkan negeri Johor ini?

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Disebut di Singapura kepada wartawan asing di Singapura pesaing kepada kita dalam Wilayah Iskandar tetapi disebut bahawa “Eh! Do not go there, you are likely to be kidnapped”. Ini bukan soal...

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, sebentar ya ayahanda. Ini bukan soal crime di Johor Bahru. Kita telah ada NKRA untuk crime. Ini soal precision. Dia sebut “You are likely to be kidnapped in Johor” Maksudnya apa? Kemungkinan anda akan diculik atau di kidnapped di Johor. Ini cara hendak dapat FDI Republic of Pulau Pinang? Kita bawa untuk semua. Akan tetapi perasaan dengki, busuk hati yang hanya ingin melihat negeri dia sahaja yang maju. Inilah yang memudaratkan ekonomi kita. Yang Berhormat Sri Gading.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Rembau. Bagi sesetengah orang Johor yang faham, dia kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini kurang ajar. Ini bagi sesetengah bukan saya kata, di sesetengah orang Johor. Yang Berhormat Rembau, saya duduk Johor Bahru. Ribuan rakyat Singapura beli rumah di Johor Bahru. Apakah Johor Bahru tidak selamat? Terdapat ribuan, ribuan rakyat Singapura berduyun-duyun pergi ke supermarket dan pergi ke pusat- pusat membeli belah di Johor Bahru, hari-hari sampai jammed. Apakah Johor Bahru tidak selamat? Oleh sebab itulah sesetengah orang Johor Bahru tidak boleh terima kenyataan biadab dan kurang ajar ini. Minta maaf, seperti Yang Berhormat Rembau kata tadi, kamu hendak jual Pulau Pinang juallah tetapi jangan burukkan negeri-negeri yang lain. Seperti Yang Berhormat Menteri Perdagangan dan Industri kita, jual Malaysia. Dato’ Mustapha dia tidak jual Kelantan sahaja. Dia panggil ke Malaysia dan terpulanglah pelabur itu mana negeri yang sesuai. Silalah, tidak ada halangan dan tidak ada sekatan. Akan tetapi itulah sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara bukan melululah. Baru dapat kuasa Pulau Pinang, kepala sudah besar seperti tempayan dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Pengerang.

Ya, Ahli Yang Berhormat Rembau. Dalam isu ini sebenarnya Yang Berhormat Bagan itu menafikan. Dia kata dia sebenarnya cakap tidak seperti itu. Akan tetapi bagi saya sebagai orang Johor tidak mungkinlah sampai akhbar negara dan juga televisyen siaran itu boleh mewujudkan seolah- olah penipuan besar kepada ucapan Yang Berhormat ya. Jadi bagi saya dalam perkara ini sepatutnya Yang Berhormat ya, saya lihat daripada mula sidang Parlimen Yang Berhormat itu tidak sampai lagi. Kita ini orang Johor sedang tunggu dia. Saya minta kalau bolehlah Yang Berhormat setuju atau tidak, minta maaflah dalam Dewan ini kepada Kerajaan negeri Johor dan rakyat Johor. Sekurang-kurangnya tunjuklah keikhlasan beliau sebagai rakyat Malaysia. Setuju atau tidak Yang Berhormat?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya setuju dengan semua Tuan Yang di- Pertua. Apa yang paling malang sekali ya bab Yang Berhormat Bagan. Apa yang paling malang sekali, dia dapat talian hayat sebab awalnya ada salah maklumat sedikit disebutkan bahawa dia cakap di Australia tetapi sebenarnya dia cakap di Singapura. Talian hayat itu sahajalah. Akan tetapi dia boleh memberi alasan bahawa ini berlaku dalam percakapan peribadi atau private conversation. Pertama, apabila disebut kepada wartawan, foreign press correspondents club di Singapore, adakah ini perbualan peribadi? Kalau perbualan peribadi pun, adakah ia wajar disebut oleh seorang Ketua Menteri? Jadi saya harap apabila kita cakap soal FDI ini, pihak pembangkang boleh cerminkan diri dahululah. Lihat siapa yang berusaha bertungkus-lumus cari pelaburan masuk ke negara kita ini dari dahulu dan siapa yang cuba cari FDI dengan cara merendahkan negeri lain, kerajaan, dan negeri Johor? Ini kita sanjung tinggi Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar dahulu tidak pernah pergi ke luar negara cari FDI dengan mengatakan bahawa jangan melabur di Kelantan sebab akan ada hukum hudud. Beliau tidak pernah cakap! Akan tetapi baru sekali jadi Ketua Menteri, ini cara dia hendak cari FDI, dengki dan khianat kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu FDI ini juga ya yang berkait rapat dengan apa yang saya sebutkan. Kalau kita lihatkan tadi Ketua Pembangkang sebut macam-macam.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Soal kita tidak ada transformation structure, tidak ada transformasi jangka panjang, dan kita langsung takut untuk menegur, untuk mengkaji semula konsesi dan sebagainya. Ia disebut acap kali dalam Dewan dan luar Dewan, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri EPU, dan sebagainya yang disebut bahawa apabila konsesi elektrik api, konsesi lebuh raya, dan sebagainya. Semua ini apabila tamat nanti kita akan runding dan kita telah pun bermula rundingan untuk dapat konsesi juga terma yang lebih baik lagi. Ini berbeza dengan cara pembangkang yang janji segala-galanya yang tidak pasti akan dapat buat. Saya beri contoh, dalam Buku Jingga, dia kata “Kalau jadi kerajaan, dia akan hapuskan semua tol dan ambil alih tol”. Saya tanya, “Bagaimana hendak ambil alih tol?” Dia kata dia akan mintak Khazanah dan EPF, banyak kali saya bangkitkan isu ini. Mahu cakap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?... Okey.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sudah habiskah?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak mengapa, cakaplah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita sudah kerap kali kata dan ambil kira dalam perjanjian-perjanjian yang ada dalam tol-tol yang ada sekarang, kerajaan mempunyai hak untuk mengambil alih konsesi-konsesi tersebut dengan formula-formula yang telah ditetapkan dalam perjanjian ini dan mengikut angka-angka yang tetap kira. Angka-angka ini semua merupakan angka yang munasabah yang kita boleh ambil alih. Misalnya LDP, kita boleh ambil alih dengan harga RM1.5 bilion, lebih baik daripada berbilion-bilion ringgit yang perlu dibayar oleh pengguna tol highway tiap-tiap tahun sehingga hujung tahun 2038. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okey, saya ucapkan terima kasih. Saya menghormati rakan saya yang selalu kita debat. Akan tetapi soal asas, soal asas bagaimana janji ini dilaksanakan. Janji ini dilaksanakan dengan minta arah kerajaan Pakatan Rakyat, kalau jadi kerajaanlah, akan arah KWSP dan juga Khazanah untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi tersebut. Setelah diambil alih syarikat-syarikat konsesi tersebut, dimansuhkan tol. Kalau ini duit daripada Petronas tidak apa jugalah. Akan tetapi ini duit EPF, ini duit KWSP. Kalau duit KWSP yang kita labur mesti ada pulangan. Bila sudah beli syarikat tol, sudah hapuskan tol, sudah mansuhkan tol, tidak ada pulangan berapa bilion ringgit duit KWSP, pencarum KWSP, pekerja-pekerja biasa hangus begitu sahaja. Ini janji yang sampai hari ini tidak boleh jawab dari segi konsepnya itu. Pertama. Kedua, yang saya ambil contoh lagi konsesi. Disebut sebab populis. Dia kata kalau dalam bajet, bajet Pakatan Rakyat dia kata kalau jadi bajet Pakatan Rakyat, akan dimansuhkan monopoli Astro. Kita pun rasa tidak puas hati juga Barisan Nasional setiap kali Astro naik yuran kita marah juga. Akan tetapi dia kata hendak mansuhkan yuran – konsesi Astro monopoli Astro. Monopoli Astro 30 tahun. Bagaimana hendak mansuhkan. Kalau mansuhkan setiap kontrak yang ada walaupun berat sebelah, walaupun kita tidak suka, walaupun kita tidak tunggu untuk masa kita berunding suka sama suka, apa jadi! Apa mesej yang kita hantar kepada pelabur asing apabila kita sewenang-wenangnya ubah kontrak.

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita sewenang-wenangnya tidak ada langsung penghormatan. Sensitive of contract. Kita jadi negara macam zaman 50-an, nationalize. Nationalize sana, nationalize sini. Ingat orang akan melabur ke sini. Kalau sekiranya kerajaan itu sendiri tidak menghormati undang-undang dan peraturan dan kontrak yang ditandatangani oleh kerajaan itu sendiri.

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bukan saya hendak kata bahawa kita tidak runding semula. Kita buat. Akan tetapi janganlah kita buat perjanjian ataupun kita buat janji- janji yang palsu. Seolah-olah jadi kerajaan pada hari ini esok diubah Astro punya kontrak. Tidak ada monopoli lagi. Akan ada satu lagi channel, satu lagi servis. Bukan semudah itu. Jadi saya bangkitkan ini untuk ingatkan kepada mereka jangan sekali-kali menabur janji, yang akhirnya akan mencemarkan imej di kalangan antarabangsa. Kakanda Yang Berhormat Sri Gading...

Laluan?

Bukan ayahanda? Okey. Tuan Yang di-Pertua, bajet ini, hari Jumaat hari itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sahabat saya Rembau. Ini kes bunuh diri pembangkang. Takut betul dia. Takut betul. Dengan sebab itu Ketua Pembangkang macam-macamlah pembohongan, penipuan, macam-macam disadurkan supaya rakyat tidak percaya bajet ini. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib sudah kata, kalau tidak mampu tidak akan dibentangkan. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib pun kata, dia tidak akan hendak main politik bunuh diri. Benda yang dia sebut, dia tidak dapat laksanakan. Sudah hendak dilaksanakan insya-Allah okey. Jangan takut. Soal tol ini... [Ketawa] Ingat tidak kita, ini permainan pembangkang. Dulu Yang Berhormat Kuala Kangsar boleh saksi saya. Dulu heboh satu negara membantah pembinaan tol, membantah! Oh, itulah, inilah. Dulu ingat tidak Yang Berhormat Jempol? Ingat?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Ingat-ingat.

Membantah. Sudah kita buat rakyat dapat nikmat, dapat – hendak mansuhkan pula. Semua ini populis punya permainan untuk mengaburi mata rakyatlah. Akan tetapi sebenarnya saya rasa kalau pembangkang pun jadi pemerintah tetapi saya rasa tidak mungkin. Ngak mungkin pak. Ngak mungkin dia jadi pemerintah. Sebab itu dia boleh sewenang-wenangnya. Kalau dia jadi pemerintah saya ingat tol lagi naiklah. Kita boleh cakaplah lagi naik tol. Tidak dapat, belum ada kuasa macam-macam janji bulan dan bintang akan ku serahkan. Belum ada kuasa. Sudah ada kuasa lain pula caranya. Sebagai bukti manifesto dia kenapa tidak dijalankan di Selangor, di Pulau Pinang, di Kedah, kenapa tidak dijalankan? Maknanya berjanji mudah hendak laksanakan. Itu yang jadi masalah. terima kasih Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih ayahanda Sri Gading. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya begitu yakin. Sebentar tadi saya sebut unjuran dan sebagainya. Unjuran itu bukan berdasarkan hanya kepada keyakinan kita sahaja. Akan tetapi berdasarkan kepada pelan yang kita telah menggariskan. Ia lima peratus, enam peratus ini bukan hanya datang daripada keyakinan kita. Kita yakin, kita yakin dengan apa? Kita yakin dengan kerangka yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Kalau kita tengok bukan...

Celahan sikit boleh tidak Yang Berhormat Rembau?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak pergi kepada...

Satu ayat, satu ayat sahaja. Pasal GDP.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak bagi, tidak bagi.

Satu ayat sahaja. Saya hendak stick to the fact...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya tidak bagi. Saya tidak ada masa Tuan Yang di-Pertua.

Saya minta setengah second, setengah minit sahaja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Buang masa.

Ya, soal keyakinan Yang Berhormat Rembau pada lima peratus mampu dicapai. Saya minta Yang Berhormat Rembau buat homework sikit sahaja. Sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua...

Sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya teruskan ya.

Tidak pernah satu tahun pun sasaran GDP tercapai.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya teruskan dengan unjuran, unjuran yang mereka kata tidak realistik.

Yang Berhormat Rembau...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Keyakinan ini...

Sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua...

Tidak pernah satu tahun pun sasaran GDP tercapai. Saya hendak sebut itu.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua saya minta supaya dia ada perintah ya supaya dia duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tunggulah Yang Berhormat berucap nantilah.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tunggulah, tunggulah masa...

Saya hendak betul. Itu komen.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini masa perbahasan. Ini masa perbahasan.

Ketepatan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita terhad. Masa kita terhad.

Keberanian, ketepatan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Masa kita terhad. Duduk dulu Yang Berhormat Machang.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Duduk, duduk.

Yang Berhormat Rembau sebut yakin, yakin. Saya kata sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua saya, saya...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Precision, precision.

Sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan tidak pernah tercapai.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Supaya dihormati.

Apa komen?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dihormati peraturan mesyuarat.

Tidak boleh.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih. Kita tidak banyak masa. Sudah banyak masa saya meluangkan, baru sekarang dia hendak berdiri. Ini berdasarkan kepada keyakinan. Keyakinan bukan sahaja hanya datang daripada perasaan kita, akan tetapi sebenarnya datang daripada perancangan. Perancangan yang ada bukan setakat handout, bukan setakat bantuan yang kita bagi secara tunai dan sebagainya. Kita lupa contohnya sebagaimana ada rolling plan yang kedua dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, ada Pakej Rangsangan khas yang disediakan oleh kerajaan walaupun berdasarkan kepada projek-projek yang besar, akan tetapi membawa multiplier effect yang tinggi. Disebut bahawa terlalu banyak projek besar dan sebagainya, MRT, projek-projek yang lain, akan tetapi kita lupa bahawa projek ini termasuklah Kuala Lumpur International Financial District yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Bahkan dan boleh membawa pelaburan yang tinggi. Bukan hanya pelaburan akan tetapi pekerjaan, jawatan-jawatan tertentu dan sebagainya. Ini adalah proses kita menjadi fasilitator. Merancakkan ekonomi. Ekonomi ini bukan hanya dari segi handout. Mungkin pembangkang hanya melihat ekonomi ini sebagai handout. Dapat duit bagi terus tanpa cipta apa-apa, tanpa kita cipta aktiviti ekonomi, tanpa kita cipta inovasi, tanpa kita cipta syarikat-syarikat yang baru. Tanpa kita cipta pelaburan yang baru. Akan tetapi ini sebahagian daripada..., datang daripada kerangka yang dibentangkan oleh kerajaan. Second role out, special rangsangan, Pakej Rangsangan khas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini semua adalah untuk memastikan bahawa tidak perlu ada lagi pump priming...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Indera Mahkota cukuplah. Saya hendak pergi kepada tempat lain.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak ada perlunya pump priming lagi. Kita hendak pastikan bahawa domestic private investment dapat sampai ke tahap 10 peratus, 11 peratus supaya kita dapat jadi negara berpendapatan tinggi. Kita tidak hanya bergantung kepada perbelanjaan kerajaan, kepada pump priming, kepada fiscal policy yang expensive. Akan tetapi kita bergantung kepada inovasi rakyat, kepada projek-projek yang dikendalikan oleh sektor swasta, dengan sedikit facilitation daripada kerajaan supaya menggandakan multiplier effect untuk seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan satu lagi perkara yang mengenai mewujudkan peluang bagi masyarakat FELDA. Kita ambil contoh ya, kita bagi contoh yang dibentangkan oleh kerajaan adalah untuk disenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad. Ini supaya menjadi satu syarikat gergasi. Supaya menjadi satu syarikat gergasi yang bakal memberi durian runtuh kepada peneroka-peneroka FELDA.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini adalah mewujudkan peluang. Creating opportunities. Satu peluang yang baik, satu cadangan yang baik yang boleh melipatgandakan peluang untuk peneroka-peneroka FELDA dibanding dengan cadangan pembangkang dia akan mansuhkan Felda Holdings. Kalau mansuhkan Felda Holdings tidak dapat lagi sudah. Duit yang diberi kepada peneroka FELDA semua tidak dapat lagi kerana dimansuhkan. Tanah dibagi kepada generasi kedua, ketiga tidak apa. Kita hendak bantu generasi kedua dan ketiga. Akan tetapi apabila dicentralize macam itu, tidak ada central plantation management system macam mana hendak ada economy of skills. Macam mana hendak dapat keuntungan besar, untung besar daripada pengurusan perladangan yang berskala besar. Kita tidak tentu apa yang akan dia gunakan dengan ladang-ladang tersebut. Akan tetapi kita ambil satu konsep bagaimana kita hendak monetize, bagaimana kita hendak cari peluang, capital market, pasaran modal untuk generasi kedua, ketiga untuk peneroka FELDA dan sebagainya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita bagi mereka memiliki saham dalam salah satu syarikat perladangan blue-chip yang antara terbesar di dunia, insya-Allah. Itu cara kita. Bagaimana kita create opportunities. Kalau kita tengok dari segi kebajikan, kebajikan terpelihara. Ini soal ciplak. Dia kata dia akan bagi bantuan kepada isi rumah berpendapatan RM1,500 ke bawah. Kita tengok kita kata tidak cukup. Kita bagi bantuan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Barisan Nasional akan bagi bantuan kebajikan, top up income kepada lebih ramai daripada apa yang dijanjikan oleh pembangkang. Itu antara perkara-perkara yang hendak saya bangkitkan. Satu lagi yang dekat dengan hati saya Tuan Yang di-Pertua. Mereka kata hendak cepatkan pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak. Saya cakap apa yang dibuat tapi tumpuan kepada bajet belanjawan yang kita bentangkan. Ini datang daripada kita. Kalau tidak disebut secara spesifik dalam pembentangan ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidak semestinya bermakna bahawa pembangunan wilayah- wilayah termasuk Sabah dan Sarawak itu kita tidak bagi tumpuan langsung. Tahun ini sahaja kalau kita tengok, sejumlah besar diperuntukkan untuk membina dan membaiki jalan di Sabah dan Sarawak, RM1 bilion untuk bekalan elektrik di luar bandar kepada 39,000 buah rumah khususnya di Sabah dan Sarawak. Kalau kita tengok ETP di bawah NKEA 131 entry point project ini, lebih daripada 50 peratus daripadanya akan memberi faedah kepada Sabah dan Sarawak. Jadi mudah untuk mereka janjikan segala-galanya tetapi semuanya datang inspirasinya daripada komitmen Barisan Nasional yang telah kita tetapkan daripada awal lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat soal hendak peruntukkan RM1.3 bilion untuk latihan dan sekolah vokasional dan teknik. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada mereka bahawa perkara ini sudah jauh lebih awal dibuat oleh Barisan Nasional. Hari ini saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana antaranya, menaik taraf institusi kepada kolej universiti teknikal. Latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional menjadi satu tumpuan utama bagi kita dalam Barisan Nasional dan saya harap kita betul-betul melihat supaya aliran ini bukannya jadi aliran yang dianaktirikan lagi tetapi aliran vokasional dan teknikal ini menjadi satu aliran yang penting terutamanya bagi generasi muda, yang mana mungkin generasi muda tidak minat dengan pendidikan yang terlalu akademik tapi lebih senang dengan latihan amali, dan mereka perlu diberi pengiktirafan yang secukupnya melalui pendidikan latihan vokasional dan juga teknik. Kalau kita tengok contohnya banyak kali kita sebut sistem dan struktur yang ada di Germany di mana mereka menjadi apprentice. Selepas apprentice mereka dapat tauliah, selepas tauliah menjadi seorang teknik ataupun seorang ahli technician yang mempunyai kelulusan yang tinggi yang dapat pendapatan yang cukup tinggi. Pada hari ini kita harus ubah bukan hanya sistem pendidikan vokasional dan teknik tetapi juga tanggapan, pasaran, permintaan pasaran dan juga gaji pasaran terhadap mereka yang ada kelulusan daripada pendidikan vokasional dan teknik yang baru supaya kita mewujudkan satu aliran baru untuk generasi muda dapat sampai kepada pendapatan yang tinggi yang diimpikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pendekatan kerajaan yang bukan sahaja komited malahan sistematik dalam membantu kumpulan sasar terbesar pendapatan RM3,000 ke bawah yang bukan sahaja meliputi keseluruhan kumpulan 40 peratus berpendapatan terendah malahan sebahagian daripada kumpulan 40 peratus berpendapatan pertengahan. Dianggarkan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah meliputi hampir 53 peratus daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia. Dalam hal ini saya hendak bangkitkan dua perkara yang saya harap dapat diperhalusi oleh kerajaan. Pertama dari segi mengenal pasti kumpulan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah yang bakal dapat bantuan terus daripada kerajaan. Saya difahamkan bahawa mereka ini dimestikan untuk berdaftar dengan LHDN. Akan tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sendiri atau tidak tetap pendapatan mereka? Saya buat kajian di dalam kelompok 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah, 42 peratus daripada mereka yang duduk di bandar adalah di dalam kelompok bekerja sendiri atau lain-lain dan jumlah ini tinggi di luar bandar di mana mencecah 58 peratus. Jadi di sini saya hendak tahu sebab saban kali kita buat program bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya, sama ada 1Azam ataupun apa sahaja program prihatin daripada Kerajaan Barisan Nasional, mesti ada sedikit-sebanyak masalah dari segi usaha kita mengenal pasti penerima bantuan tersebut. Jadi saya harap untuk penerima bantuan RM3,000 ke bawah kalau sekiranya caranya adalah untuk berdaftar dengan LHDN, apakah cara LHDN akan semak supaya mereka ini yang tidak ada pekerjaan tetap, yang tidak ada pay slip, yang tidak ada gaji yang dikeluarkan oleh majikan, syarikat, kerajaan dan sebagainya, dapat dikesan ataupun dapat disemak dengan teliti supaya mereka betul-betul layak untuk menerima perkara tersebut. Kalau sekiranya kita dapat buat perkara ini dengan baik, maka pangkalan data itu kita simpan supaya apabila kita memperkenalkan lagi program-program yang baru untuk kita bantu isi-isi rumah yang ada di tahap 40 peratus terendah, maka kita dapat satu pangkalan data yang sudah mencukupi dan senang untuk Ahli-ahli Parlimen buat ketetapan. Kalau sekiranya contohnya kita ada subsidi beras, kita ada pangkalan data yang lengkap, yang sudah diteliti, yang sudah disemak yang boleh kita guna pakai. Jadi saya harap kementerian boleh melihat semula kepada perkara ini dan memberi penjelasan yang teliti bagaimana mereka ini akan dipilih dalam pemberian bantuan akan datang. Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, ini datang daripada rintihan daripada ‘kelas menengah’ (middle class). Ada sebahagian daripada middle class yang kata Belanjawan ini bagus, semua dapat macam-macam tetapi kita tidak dapat apa-apa secara spesifik. Jadi saya jumpa ramai antaranya profesional muda di bandar dan sebagainya yang kata tidak ada apa-apa yang spesifik untuk golongan menengah. Akan tetapi saya rasionalkan dengan mereka, saya kata kalau kita lihat subsidi yang kerajaan bagi ini, akhirnya yang paling banyak dapat subsidi, contohnya subsidi minyak adalah golongan kelas menengah, upper middle class dan juga kelas atas. Mereka ini sebenarnya dapat macam-macam daripada belanjawan yang telah dibentangkan oleh kerajaan tapi mereka minta supaya at least ada something specific, sesuatu yang terus kepada mereka dan bukannya sesuatu yang terlalu umum walaupun mereka mengakui bahawa, “Oh ya, betul subsidi itu akhirnya dapat kepada saya”. Kalau dikatakan yuran percuma, akhirnya dapat kepadanya sekiranya anaknya pergi ke sekolah kebangsaan dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh dikatakan secara tidak langsung sampai ke kelas menengah ini. Akan tetapi saya hendak cadangkan satu perkara. Saya tidak tahu impak atau kesannya kepada hasil dan kepada kedudukan kewangan negara tetapi perkara ini saya sudah bangkitkan dahulu dan saya ingin usulkan semula, sebab satu perkataan yang penting dalam percukaian kita adalah percukaian yang progresif. Maksudnya progressive taxation ini, siapa yang gaji besar dia bayar lebih banyak lagi cukai, lebih kurang macam itu. Satu perkara yang penting atau prinsip yang penting adalah ekuiti. Ekuiti ini maknanya lebih kurang keadilan yang diberi kepada pembayar cukai. Dalam hal ini, jika kita lihat kepada majoriti pembayar cukai individu (personal income tax) di Malaysia, mereka ini ditakuk pendapatan sederhana menanggung beban cukai yang agak tinggi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Pada masa sekarang, cukai 7 peratus dikenakan kepada mereka yang ada ditakuk pendapatan tahunan RM35,000, 12 peratus cukainya atau tax ratenya bagi pendapatan tahunan RM50,000, 19 peratus bagi mereka yang takuk pendapatan mereka RM100,000 ke bawah dan selebihnya iaitu kalau RM100,000 ke atas, cukainya adalah pada kadar maksimum 27 peratus. Maksudnya kalau pendapatan tahunan kita RM100,000 ke atas – RM102,000, RM110,000, RM115,000 – tahap cukai kita ataupun kadar cukai kita adalah sama dengan mereka yang berpendapatan RM300,000, RM400,000, RM500,000. Jadi perkara ini saya bangkitkan dari segi ekuiti. Kita kena pastikan bahawa takuk pendapatan yang kita tetapkan untuk marginal tax rate ataupun tax band kita dapat kita ubah sedikit agar mereka yang dikatakan middle class itu dapat kita memberi sedikit pengurangan dari segi cukai mereka sebab amat tidak adil. Dari segi principal of equity, saya rasa tidak adil sekiranya mereka yang berpendapatan RM110,000 membayar kadar cukai yang sama dengan mereka yang berpendapatan RM500,000 ke atas. Jadi saya pohon ya kerana perkara ini amat membebankan. Kalau kita tengok dari segi kadar efektif cukai tersebut untuk mereka yang berpendapatan tengah, RM100,000 ini, profesional ini, kelas menengah ini, kadar ini jauh lebih tinggi di negara-negara yang menjadi benchmark kita seperti Singapura dan Hong Kong.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bahkan, sungguhpun Amerika Syarikat mempunyai kadar cukai yang tertinggi iaitu 35 peratus, income tax mereka begitu tinggi tetapi ia cuma bagi pendapatan tahunan melebihi USD357,000 dan di Singapura pula kadar maksimum mereka pada pendapatan tahunan menjangkau USD240,000. Jadi di situ walaupun mereka ada progressive taxation, mereka ada prinsip keadilan dalam percukaian tersebut di mana kita hendak melihat di sini juga kalau sekiranya dapat dikaji semula takuk gaji, pendapatan dan juga tax ban, saya percaya perkara ini akan dapat diterima dengan baik. Saya difahamkan bahawa proses pertimbangan telah dimulakan dalam lab percukaian dan saya harap golongan berpendapatan pertengahan begitu menunggu agar beban bayaran mereka ini di rungkai bagi memastikan kadar tertinggi dikenakan kepada mereka ini dapat dikurangkan supaya kita dapat memberikan sentuhan yang terus kepada golongan kelas menengah. Saya tambah ini sebagai satu cadangan supaya belanjawan ini lebih menyeluruh supaya tidak ada mana-mana pihak yang secara langsung, secara direct mengatakan bahawa mereka tidak dapat apa-apa. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan satu perkara yang amat penting bagi generasi muda iaitu isu perumahan. Perkara ini saya bangkitkan sebab dasar ini datang daripada cadangan yang dibuat oleh Makmal Pemuda Barisan Nasional iaitu Skim Rumah Pertamaku. Skim Rumah Pertamaku ini adalah satu skim yang amat baik sekali walaupun ia ada sedikit risiko sebab risikonya adalah beban hutang yang dihadapi oleh anak-anak muda yang mengambil hutang untuk membeli rumah dan sebagainya. Akan tetapi, bagi saya perkara ini dapat kita tangani. Apa yang lebih penting adalah kita membolehkan generasi muda memiliki rumah pertama mereka dengan kerajaan memberi jaminan 10 peratus melalui Cagamas. Ini satu skim yang cukup penting sekali supaya generasi muda boleh ada home ownership, boleh nyatakan bahawa mereka memiliki rumah pertama mereka pada usia yang muda. Mereka insya-Allah selepas dibayarkan hutang tersebut, mereka ada ekuiti dalam rumah tersebut. Apabila skim ini diperkenalkan antara kelemahannya adalah pada harga rumah. Harga rumah pada waktu itu hadnya adalah RM220,000 di mana golongan muda telah memberi maklum balas kepada saya dan kepada kerajaan bahawa agak susah untuk mencari rumah terutamanya di kawasan-kawasan bandar, di Lembah Klang, di Kuala Lumpur, di kawasan-kawasan bandar di negeri-negeri lain yang ada di bawah harga RM220,000. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana dalam belanjawan ini telah menaikkan kelayakan harga rumah tersebut daripada RM220,000 sampai ke RM440,000. Cuma di sini saya harap dapat dipertimbangkan juga bahawa pindaan ini adjustment ini tidak lengkap. Ia satu sudut adalah harga rumah tetapi kita tidak melihat juga pula kepada pendapatan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Pendapatan minimum untuk layak bagi Skim Rumah Pertamaku adalah RM3,000 kalau dimohon isteri dengan suami. Kalau lebih daripada itu tidak layak untuk dapatkan Skim Rumah Pertamaku. Maksudnya, kerajaan tidak akan jamin 10 peratus daripada Cagamas untuk down payment tersebut. Saya bangkitkan ini sebab saya nampak kita perlu ada perubahan dari segi pendapatan juga. Kalau RM3,000 tidak realistik. Kalau RM3,000, kalau contohnya kita ambil starting pay untuk seorang profesional di Kuala Lumpur. Mungkin starting pay dia untuk seorang profesor, lawyer dan sebagainya RM1,500, RM1,800 dalam tempoh masa dua, tiga tahun dia sudah sampai RM3,000 dia tidak layak untuk membeli rumah tersebut. Jadi, saya minta supaya dinaikkan, mungkin kadar atau pun pendapatan RM6,000. Saya beri contoh lagi. Ini bukan soal kelayakan. Ini juga soal bebanan. Berdasarkan kajian yang saya buat, komitmen bayaran bulanan bagi pinjaman RM400,000 yang tidak termasuk insurans, MRTA dan sebagainya adalah RM1,600 hingga RM1,800 sebulan. Pembayaran untuk pinjaman rumah. Ini pasti tidak melayakkan mereka pinjam kerana kadar pendedahan hutang atau pun loan exposure rate mereka terlalu tinggi. Untuk perumahan sahaja 1/3 daripada jumlah pendapatan. Kalau RM1,600, dia punya loan exposure 53 peratus daripada pendapatan RM3,000. Kalau RM1,800, dia punya pendedahan exposure pendedahan kepada hutang rumah 56 peratus. Jumlah yang selamat adalah mungkin RM5,000 hingga RM6,000 sekiranya kita hendak perkenalkan satu kadar pendapatan yang baru. Kalau sekiranya tidak, saya risau Tuan Yang di-Pertua sebab saya mahu supaya skim ini berjaya. Berjaya supaya anak-anak muda, generasi muda dapat rumah mereka. Akan tetapi, awalnya dia tidak berjaya sebab masalah dari segi harga rumah terlalu rendah. Apabila harga rumah dinaikkan, kita perlu naikkan juga pendapatan. Kalau kita tidak naikkan pendapatan mereka yang bergaji RM3,000 ini, dia punya exposure terlalu tinggi. Akhirnya, setelah dibayar hutang atau pun pembayaran hutang mortgage mereka untuk rumah tersebut akhirnya mereka tidak tinggal dengan banyak. Kalau sekiranya baki gaji mereka tidak banyak, mereka ada risiko tinggi kepada kerajaan. Kita kena ingat yang jamin ini adalah Cagamas, kerajaan dan sekiranya ada default, ada tidak pembayaran, kadar tidak pembayaran yang tinggi disebabkan dia gaji RM3,000, dia ambil loan untuk rumah RM400,000 maka yang akan tanggung semua ini adalah kerajaan. Jadi, untuk kita mengelakkan systemic risk, satu risiko sistemik berlaku dalam Skim Rumah Pertamaku ini, saya pohon supaya kerajaan pertimbangkan agar pendapatan minimum itu atau maksimum itu dinaikkan kepada RM6,000 untuk Skim Rumah Pertamaku. Dalam aspek yang sama Tuan Yang di-Pertua iaitu perumahan, saya ucapkan terima kasih dengan tambahan 15,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan juga subsidi RM20,000 bagi 10,000 Program Perumahan Mesra Rakyat. Cuma, daripada maklum balas yang saya terima terutamanya dari generasi muda di kawasan Lembah Klang ini, ada PPR yang lama seperti mana yang ada di Selangor yang dikendalikan oleh kerajaan tempatan yang menekankan atau pun yang minta sewa sebanyak RM250. Padahal kadar yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM120. Jadi, saya harap ada penyelarasan dari segi pembayaran sewa untuk PPR terutama di kawasan bandar di mana kos sara hidup agak tinggi dan saya minta supaya kalau boleh dapat dikurangkan daripada RM120 ataupun RM250 kepada RM100 sebulan. Saya rasa kalau perkara ini dibuat, satu langkah yang amat prihatin kepada mereka yang duduk di kawasan atau pun projek Program Perumahan Rakyat terutamanya di kawasan- kawasan bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu penghargaan yang kita beri kepada bekas tentera yang bersabung nyawa dan berhempas pulas keringat mereka dalam menentang darurat pada zaman darurat. Mereka diberi jumlah RM3,000. Mereka ini yang tanpa pencen mendapat RM3,000 sebagai sumbangan khas.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Namun, daripada maklum balas yang saya terima dan saya rasa satu permintaan yang amat munasabah sebab tidak jelas waktu dibentangkan belanjawan itu tidak jelas disebut hanya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa bekas anggota tentera, home guard, polis bantuan, observing police, parole constable dan sebagainya yang berkhidmat sewaktu darurat sahaja layak untuk menerima sagu hati atau pun pembayaran sejumlah sumbangan khas sejumlah RM3,000. Jadi, saya minta supaya kerajaan dapat diperluaskan sebab ada mereka yang menentang komunis di luar zaman darurat. Zaman darurat di akhiri lepas itu diganti pula dengan zaman menentang komunis sampailah ke tahun 1990. Ada mereka yang berkorban nyawa, yang berjuang untuk memastikan bahawa kita dapat menewaskan komunis yang juga minta supaya pembayaran ini dapat diberikan kepada mereka dan bukan hanya terhad kepada mereka yang menentang zaman darurat sahaja. Jadi, saya pohon penjelasan daripada kerajaan sama ada ini termasuk mereka yang berjuang selepas zaman darurat sampailah ke zaman komunis atau pun hanya terhad kepada zaman darurat. Apa pun saya ucapkan tahniah kerana nampak bahawa Barisan Nasional prihatin kepada wira-wira negara yang menjaga maruah dan keselamatan negara bukan macam di sana yang memperjuangkan dan memperagungkan komunis. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan perkara yang melibatkan anggota tentera juga. Ini yang bersara awal. Kerajaan sebut bahawa akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Untuk melaksanakan inisiatif ini sebanyak RM5 juta telah disediakan oleh belanjawan. Dalam hal ini saya melihat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) menawarkan pelbagai kursus buat waktu ini untuk mereka yang sudah bersara dalam tentera. Cuma buat waktu ini masih lagi saya melihat daripada rakan-rakan saya yang pernah menjadi bekas anggota. Mereka masih lagi tidak dapat pekerjaan yang baik ataupun sekarang ini terus menganggur. Jadi, saya harap PERHEBAT dapat menubuhkan satu badan khas, saya ambil best practices. Contohnya di India ada Army Welfare Placement Organization yang bertindak sebagai pusat yang membantu bekas tentera membina karier dan pekerja kedua di samping rujukan pihak majikan mencari pekerja dari bekas tentera. Dengan database pekerja dan resume bank mereka. Setakat ini Army Welfare Placement Organization di India ini telah mencatat hampir 50 peratus penempatan. Iaitu lebih baik daripada kadar yang ada pada hari ini. Kita cari tempat, bukan hanya kerana kita sediakan kursus tetapi kita pastikan bahawa kita ada satu tempat rujukan one-stop centre. Di mana mereka boleh terus berhubung dengan syarikat-syarikat swasta dengan GLC dan sebagainya untuk memastikan bahawa placement itu penting. KPI di sini bukannya berapa banyak kursus yang kita buat. KPI di sini adalah berapa banyak tempat, penempatan yang kita dapat hasilkan melalui RM50 juta yang telah kita peruntukkan untuk bekas tentera yang tidak sampai ke usia pencen. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, selain daripada bantuan kewangan secara terus. Saya juga ingin bangkitkan cadangan yang telah dibuat beberapa bulan yang lepas iaitu food stamp. Food stamp ini ada banyak pro dan kontranya tetapi kalau kita sekiranya akan datang tahun hadapan dan sebagainya hendak melanjutkan dasar prihatin kerajaan Barisan Nasional. Dengan kita memberi pemberian terus kepada rakyat yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang ada di 40 peratus yang terendah dari segi pendapatan isi rumah – 40 peratus yang terendah. Kita boleh memikirkan satu konsep, mungkin bukan konsep food stamp tetapi kita boleh fikirkan satu stok kredit dalam MyKad atau dalam apa sahaja teknologi yang ada. Supaya mereka boleh bawa kad tersebut dan boleh redeem ataupun boleh guna kad tersebut, pembayaran tersebut di pemborong- pemborong ataupun di Kedai Rakyat 1Malaysia. Dengan adanya pemberian terus ini Tuan Yang di-Pertua, satu kita ada pangkalan data. Kedua, kita menepati sasaran. Kita bagi terus kepada mereka. Duit itu dana itu hanya dapat di redeem, hanya dapat diguna di tempat-tempat yang tertentu.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi, tidak perlulah kita bagi duit dan kita risau di manakah mereka akan belanja, untuk apakah mereka akan belanja? Mungkin mereka bayar dengan kadar yang terlalu tinggi dan kita hanya hadkan kepada kedai-kedai dan juga tempat-tempat yang menawarkan kos yang kompetitif, yang dapat sijil daripada persatuan pengguna daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan sebagainya. Oleh itu kita dapat satu sasaran yang lebih tepat dan satu bantuan yang tepat dari segi sasarannya kepada mereka yang perlu kepada bantuan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan perkara yang berhubung kait dengan insentif percukaian yang kita bagi kepada syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia. Malaysia mempunyai salah satu daripada rejim percukaian yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada lima minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, yang bukan hanya komprehensif tetapi saya rasa attractive. Akan tetapi saya ingin cadangkan dengan ringkas. Kalau dahulu kita bagi kepada sektor dan kita bagi kepada kawasan. Dahulu kita bagi kepada sektor pembuatan yang ada di prepaid area dan sebagainya. Selepas itu kita bagi di Multimedia Super Corridor kita bagi di Biotech Park kita bagi di Wilayah Iskandar dan sebagainya. Hari ini saya minta supaya MITI, supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melihat bagaimana insentif percukaian ini dapat diberi kepada supply chain, kepada syarikat-syarikat yang ada di dalam supply chain yang membawa nilai yang paling tinggi. Saya ambil contoh. Kalau kita tengok dari segi nilai yang paling tinggi adalah pada pre and post production. Kalau kita hendak membina sesuatu produk itu, kalau kita tengok dari segi nilai, nilai pembuatan, manufacturing itu nilai yang paling rendah sekali. Nilai yang paling tinggi kalau kita tengok contohnya topical kita ambil Apple. Nilai yang paling tinggi sekali yang dihasilkan oleh mendiang Steve Jobs adalah industrial design, copy right. Bagaimana hendak design iPod yang baru, iPhone yang baru, iPad yang baru, ada nilai di situ. Keduanya, pasaran atau retail marketing, itulah nilai yang paling tinggi. Jadi kita perlu sasarkan bukan hanya syarikat-syarikat yang ada peringkat pembuatan dalam supply chain tetapi peringkat post and pre production. Untuk datang ke Malaysia menggarapkan pengguna-pengguna ataupun pekerja-pekerja mahir di Malaysia kerja bersama mereka. Kalau sekiranya tidak Tuan Yang di-Pertua, saya risau bahawa kita akan terus menjadi kilang kepada dunia tanpa kita menjadi design base, industrial design based. Tanpa kita jadi base for marketing, for research and development. Oleh sebab itu saya harap dari segi percukaian, ia lebih fokus kepada rantaian nilai, kepada peringkat rantaian nilai yang mempunyai nilai yang paling tinggi. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dua cadangan lagi yang saya hendak kemukakan pada kerajaan yang saya rasa penting. Pertama, adalah ini untuk generasi muda. Satu cadangan yang datang daripada makmal Pemuda Barisan Nasional. Pada hari ini saya harap bahawa kerajaan boleh pertimbangkan. Sekarang ini kita sudah perkasakan sekolah rendah, kita sudah bangunkan satu sistem prasekolah yang kukuh, begitu baik. Supaya mereka bersedia masuk ke dalam alam persekolahan yang formal. Akan tetapi saya minta di sini kerajaan fikirkan apa pula dengan kanak-kanak yang sebelum masuk peringkat prasekolah di antara umur dua tahun hingga empat tahun. Kalau kita tengok dari segi kajian yang kita buat. Kos pembayaran ataupun kos untuk kerajaan menampung kesihatan masyarakat ataupun kesihatan am akan dikurangkan sekiranya ada sistem penjagaan kanak-kanak antara umur dua hingga empat tahun yang tersusun, yang dibiayai oleh kerajaan. Kalau kita tengok dari segi produktiviti, American Business Corporation menunjukkan produktiviti ibu bapa meningkat sebanyak 63 peratus sekiranya kita ada nurseri. Sekiranya kita ada pusat asuhan ataupun pusat jagaan kanak- kanak umur dua hingga empat tahun. Memang ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada hari ini memang ada undang-undang. Akan tetapi dibuat ataupun dikendalikan oleh sektor swasta. Saya minta kalau sekiranya kita hendak ada satu persiapan yang holistik yang syumul daripada lahir sampailah ke alam persekolahan. Kita fikirkan sebab ini formative years Tuan Yang di-Pertua, ini formative years.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kalau sekiranya antara umur dua hingga empat tahun kita tidak ada sistem jagaan yang baik, kalau kita tidak ada sistem jagaan yang baik yang dibiayai oleh kerajaan, dapat insentif daripada kerajaan. Maka mereka tidak akan dapat dijaga dari segi kesihatan mereka, produktiviti ibu bapa mereka akan turun, jauh lebih teruk sekali Tuan Yang di- Pertua. Ini fenomena yang paling penting. Kita ada ramai anak muda perempuan, mahasiswi pergi ke universiti. Malah di universiti pada hari ini lebih ramai perempuan daripada lelaki. Akan tetapi dari segi kadar pengangguran perempuan lebih tinggi daripada lelaki. Kenapa? Antara sebabnya, hendak kena jaga anak. Hendak kena jaga anak oleh sebab itu dapat sijil, dapat degree, dapat ijazah lebih banyak daripada lelaki, kaum lelaki pada hari ini. Akan tetapi dari segi pengangguran, dari segi peluang ekonomi, dari segi kemajuan ekonomi ketinggalan. Sebab apa? Antara sebabnya, sebab jagaan untuk kanak-kanak mereka tidak ada dijaga oleh kerajaan. Jadi, saya pohon supaya kerajaan melihat supaya dapat dikendalikan government funded nursery, dibiayai oleh kerajaan. Sekiranya kita ada swasta boleh juga tetapi tahap kawal selia terhadap pusat jagaan swasta itu dapat ditingkatkan juga. Sebab hari ini kita tidak mahu kerisauan ibu bapa yang hantar kepada pusat jagaan swasta tetapi akhirnya kita dengar macam-macam cerita kemalangan, kematian dan sebagainya. Jadi, saya harap untuk kita meningkatkan produktiviti generasi muda, kita fikirkan satu jagaan yang syumul daripada muda sampailah – mereka sampai alam persekolahan. Last Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta supaya kerajaan bina, buat dan selenggara satu rumah anak yatim bagi setiap mukim. Kita hendak pastikan bahawa golongan yang tercicir ini, banyak cerita rumah-rumah anak yatim yang dikendalikan tanpa tauliah dan sebagainya. Tanpa iktiraf dan sebagainya, macam-macam masalah yang dihadapi oleh mereka. Jadi, saya harap perkara ini juga masuk dalam kawal selia ataupun dalam bidang kuasa kerajaan supaya kita ada alternatif untuk menjaga anak-anak yatim kita. Bukan hanya waktu bulan puasa kita bawa keluar anak yatim tetapi kita menyediakan infrastruktur yang cukup untuk anak-anak yatim dan untuk pusat jagaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua..., sudah habis masa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah, lebih satu minit Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Memandangkan sudah habis masa saya ucapkan terima kasih cuma satu lagi, sedikit lagi ya. Ini penting juga bagi generasi muda, bagi pihak-pihak generasi muda saya hendak bangkitkan. Ini soal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya sambut baik. Saya rasa perkhidmatan awam sambut baik Skim SBPA sebab dapat gaji yang lebih tinggi dan sebagainya. Akan tetapi kita juga didatangi dengan berita bahawa usia persaraan ditingkatkan daripada umur 58 hingga 60. Di sini ada yang suka, ada yang tidak suka. Yang suka sudah pasti adalah mereka yang ada di hujung tempoh perkhidmatan mereka. Akan tetapi bagi generasi muda mereka risau walaupun ada kaveat daripada Perdana Menteri yang mengatakan bahawa tidak akan merugikan karier untuk anak-anak muda. Jadi, saya hendak tanya kerajaan, di dalam masa kita hendak rationalize kita punya perbelanjaan, operating expenditure, bagaimana kita hendak melanjutkan usia kakitangan awam yang kanan, umur 58 tahun ke atas, tanpa kita menjejaskan peluang pekerjaan untuk mereka yang baru masuk servis. Saya sambut baik bahawa sekarang ini kita ubah time base, jadi lebih cepat naik pangkat. Akan tetapi saya hendak tahu, ia ada hadnya. Kita ada limitations. Sekiranya kerajaan nyata pada hari ini bahawa freeze tidak ada lagi pengambilan untuk sepuluh tahun akan datang, mungkin kita boleh rationalize dengan apa yang disebut. Akan tetapi hari ini saya risau bahawa kaveat Perdana Menteri bahawa peluang untuk anak muda dalam perkhidmatan awam tidak terjejas, tidak dapat direconcile, dengan izin, dengan lanjutnya umur daripada 58 hingga 60. Ini saya bangkitkan sebab kita hendak pastikan bahawa civil service akan datang ada exit policy, ada kenaikan pangkat yang lebih cepat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita hendak pastikan bahawa semua berita baik ini tidak kita cemari dengan satu pengumuman yang akhirnya akan melihat bahawa kenaikan pangkat itu sebenarnya lebih lembap daripada dahulu sebab kenaikan usia persaraan daripada perkhidmatan awam. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan tahniah sekali lagi kepada kerajaan atas pembentangan satu belanjawan yang bertanggungjawab, yang berhemah, yang boleh kita biayai tanpa kita bankrapkan negara kita seperti mana yang ada di pihak sana dan mudah-mudahan insya-Allah pelaksanaan belanjawan ini adalah sama hebat dengan pembentangan dasar tersebut. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat PJ Utara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan saya di sebelah sini kerana pembahas pertama dari Barisan Nasional pun bermula dengan pembahasan bajet Pakatan Rakyat. Ini merupakan pencapaian bersejarah di mana bajet alternatif dibahaskan di Parlimen dan bukannya bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Yang Berhormat Rembau tadi ada membangkitkan beberapa fakta yang dikatakan penting kerana kita perlukan precision. Kalau tidak ada precision, apa-apa yang kita cadangkan itu tidak munasabah dan tidak ada kredibiliti. Saya ingin membangkitkan isu dividen Petronas. Antara satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau di mana beliau berkata telah ada satu perjanjian antara Petronas dengan kerajaan di mana hanya 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas akan diberikan sebagai dividen kepada Kerajaan Persekutuan. Ini merupakan satu perjanjian mengikut Yang Berhormat Rembau. Akan tetapi yang saya tahu, apabila saya bertanyakan kepada Timbalan Menteri Kewangan tidak lama dahulu, perkara ini belum ditetapkan, nombor satu. Nombor dua, jika pun kalau perkara ini telah ditetapkan, jumlah dividen yang telah pun dianggar akan dapat dalam Bajet 2012 adalah RM30 bilion. Untung bersih bagi Petronas pada tahun 2010 adalah RM40.3 bilion. Dividen yang dibagi pada tahun lalu RM30 bilion, yang tinggal kepada Petronas untuk membuat pelaburan hanya RM10.3 bilion. Jumlah yang diberikan lebih kurang 74 peratus. Katakanlah untung bersih bagi Petronas memang baik bagi tahun ini ataupun tahun lalu, naik 50 peratus sehingga RM60 bilion. Itu pun kalau kita ikut 30 peratus dividen yang patut diberikan kepada kerajaan hanya RM18 bilion, bukannya RM30 bilion. So, sekarang walaupun ada understanding dikatakan antara Petronas dengan kerajaan, kerajaan masih tetap mengambil dividen yang cukup tinggi daripada Petronas dan tidak meninggalkan banyak untung bersih untuk Petronas untuk membuat pelaburan sendiri. So, ini merupakan satu pembetulan ke atas fakta yang dibangkitkan. Nombor dua...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sedikit. Saya mengatakan bahawa perjanjian itu sudah sampai, ada understanding. Kalau Yang Berhormat PJ Utara baca press statement yang dibuat oleh Naib Presiden Kanan Kewangan Petronas yang dikeluarkan pada bulan enam tahun 2011, Datuk George Retilal ini adalah perjanjian yang dibuat pada hari ini, akan dilaksanakan pada tahun 2013. Jadi, sudah ada satu kerangka yang menjadi asas kepada perbelanjaan yang bertanggungjawab, yang berhemah untuk masa akan datang. Itu yang lengkapnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengalu-alukan kehadiran His Excellency Dr. H.E. Wolfgang Thierse, Vice President of the German Parliament dan delegasinya ke Dewan yang mulia ini... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Semoga dengan kehadiran His Excellency Dr. H.E. Wolfgang Thierse dan delegasinya dapat merapatkan lagi hubungan dua hala yang baik di antara dua negara dan secara khusus mengukuhkan lagi persahabatan antara Parlimen Malaysia dan German Parliament yang sedia ada terjalin erat. Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang kedua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau juga mengenai peruntukan untuk Sabah dan Sarawak. Kita di Pakatan Rakyat ingin memberikan tumpuan yang seimbang kepada Sabah dan Sarawak kerana kita rasa Sabah dan Sarawak selama ini telah pun dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ramai antara Yang Berhormat-Yang Berhormat, rakan-rakan yang di sebelah sana pun setiap kali masa bajet complain tentang service, perkhidmatan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Kita tadi Yang Berhormat Rembau kata memang Kerajaan Pusat mengambil prihatin. Kementerian Pusat pun ada peruntukan untuk Sabah dan Sarawak. Banyak juga agaknya. Akan tetapi apabila kita lihat hakikatnya daripada statistik yang diberikan oleh Kerajaan Pusat sendiri daripada kementerian, tahun 2009 - 41 peratus daripada Sabah dan Sarawak tidak mempunyai air berpaip, 41 peratus berbanding 10 peratus di Semenanjung. Electricity di Sabah - 23 peratus tidak ada elektrik berbanding dengan dekat 100 peratus di Semenanjung dapat electricity. Di Sarawak lebih teruk lagi. Tuan Yang di-Pertua boleh betulkan kalau saya salah. Angka yang diberikan oleh kementerian 33 peratus di Sarawak tidak ada electricity. Kalau benar-benar Kerajaan Pusat memberikan tumpuan seimbang kepada Sabah dan Sarawak, apa sebabnya sampai hari ini, hari yang dikatakan kita sudah dekat negara maju, masih 33 peratus daripada negeri Sarawak tidak ada elektrik. Kita tidak boleh terima. Di Pakatan Rakyat kita benar kata hendak peruntukkan kepada Sabah dan Sarawak, kita akan peruntukkan. Kita takut ada ketirisan yang terjadi...

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh tanya tidak, sedikit sahaja. Saya hendak tanya dari segi statistik, 30 peratus daripada jumlah rakyat ataupun 30 peratus daripada keluasan negeri tersebut. Itu saya hendak tahu, sebab Sabah Sarawak ini Sarawak ini hampir sama besar dengan Semenanjung. Begitu juga Sabah, ia lebih daripada separuh. Faham ya? Terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih rakan baik dari Padang Besar. Ini daripada households, isi rumah yang tidak dapat elektrik. Ini angka yang saya dapat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah...

Penjelasan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jalan raya. Saya ada setengah jam sahaja.

Sama-sama PAC, sedikit sahaja.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya ada setengah jam sahaja.

Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya mengakui memang Sabah dan Sarawak perlu terus dibangunkan. Adakah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sedar bahawa bagi Sabah dan Sarawak, kawasan padat penduduk, semua sudah lengkap dengan bekalan api dan air. Sekarang masuk fasa kedua bagi kawasan yang penduduknya berterabur, 1 kilometer, 5 kilometer antara satu sama lain. Itu maksud fasa kedua. Adakah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sedar?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya sedar tetapi adakah 53 tahun selepas kemerdekaan adalah masa yang cukup lama untuk memberikan perkhidmatan ini kepada rakyat kita, rakan kita di sebelah Malaysia Timur. Satu statistik lagi dan selepas itu saya hendak pergi kepada ucapan saya sendiri. Jalan raya walaupun Sabah dan Sarawak jauh lebih besar daripada Semenanjung.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebanyak 60 peratus daripada landmass negara Malaysia, Sabah dan Sarawak combined, hanya mempunyai 6,390 kilometer jalan sahaja. Jalan raya, pave yang ada batu covered dengan tar, 6,390 kilometer sahaja. Di Semenanjung 21,589 kilometer, lebih daripada tiga kali ganda jalan raya yang ada di Sabah dan Sarawak walaupun Sabah dan Sarawak jauh lebih besar daripada Semenanjung.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya cuma hendak bertanya secara spesifik, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sebut berkenaan dengan Sabah dan Sarawak tadi. Saya teringat yang pengumuman Perdana Menteri kata hendak sediakan RM50 juta untuk rain harvesting, untuk tadah air hujan. Maknanya, alternatif kepada paip yang sempurna. Perkara yang sama juga tahun lepas dia kata menyediakan genset untuk tenaga elektrik. Adakah patut kata sekarang ini, untuk hari ini, sementara perdebatan kita masih berjalan, kita tanya kepada kerajaan setakat mana kejayaan genset ataupun pemberian genset untuk mengatasi masalah tenaga elektrik dan mungkin sekarang ini perkara yang sama akan berlaku tentang projek untuk menadah air hujan, untuk rain harvesting ini. Terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Soalan itu boleh diajukan kepada kementerian yang berkaitan untuk memberikan jawapan kepada rakan kita. Bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat, jumlah perbelanjaan RM220 bilion. Pendapatan yang dianggarkan oleh Kerajaan Pusat akan dapat pada tahun depan 2012 RM181 bilion, merupakan anggaran yang lebih tinggi daripada anggaran yang kita dapat dan ini kita akur kepada Kerajaan Pusat kerana mereka mempunyai angka-angka yang lebih tepat daripada kita dan kita pun mendapatkan maklumat daripada angka-angka yang diberikan oleh kementerian. Kalau itu betul, defisit yang akan dikenakan oleh bajet Pakatan Rakyat hanya 3.8 peratus dan kita rasa dengan 3.8 peratus, perbelanjaan RM220 bilion, kita telah dapat memberikan banyak faedah dan kebaikan kepada orang ramai. Apabila kita lihat, kita baca perbelanjaan daripada pihak kerajaan, kalau tengok tahun lalu dianggarkan defisit 5.4 peratus, dianggarkan pendapatan RM161 bilion tetapi perbelanjaan melebihi apa yang dianggarkan dalam bajet yang lalu sebanyak RM17.4 bilion, melebihi. Nasib baik bagi rakyat Malaysia, kita ada minyak dan minyak pada tahun yang lalu harganya cukup tinggi oleh kerana itu, sumbangan PITA atau petroleum income tax yang diberikan kepada kerajaan meningkat dan jumlah pendapatan yang diperoleh kerajaan baru-baru ini dianggarkan meningkat RM21 bilion sehingga RM180 bilion. Oleh sebab itu, Kerajaan Pusat dapat mengekalkan defisit sebanyak 5.4 peratus. Kalau tidak, defisit Kerajaan Pusat telah pun meningkat sehingga 7.9 peratus. Adakah ini satu cara untuk membelanjakan wang negara di mana apa-apa pendapatan lebihan yang kita dapat kita terus belanjakan. Kita tidak fikir mungkin kita boleh kurangkan defisit, mungkin kita boleh simpan untuk guna tahun depan, mungkin kita boleh simpan supaya pada tahun-tahun yang akan datang kalau kemerosotan ekonomi, ada recession, ada depression, kita boleh gunakan dana yang kita simpan. Tidak ada. So, kita lihat bajet kerajaan ada sceptical sedikit. Sekarang kita lihat jangkaan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat dalam perbelanjaan 4.7 peratus turun daripada 5.4 peratus. Nampaknya baik tetapi adakah kerajaan akan tetap menggunakan apa-apa perbelanjaan yang telah pun diperuntukkan ataupun apa yang akan dibelanjakan sebenarnya akan melebihi apa yang diperuntukkan. 4.7 peratus juga bergantung kepada anggaran pertumbuhan ekonomi yang telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun ini dikatakan akan berkembang sehingga 5.5 peratus setiap tahun. Setengah tahun depan, hanya 4.2 peratus. Sekarang ekonomi nampaknya perlahan, lembik sedikit, seluruh dunia ada gelombang krisis, kita kata kita boleh berkembang dengan lebih cepat lagi? Kita perlu berkembang sebanyak 5.6 peratus, sekurang-kurangnya 5.7 peratus dalam setengah tahun yang kedua untuk mencapai minimum target yang disebut oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Adakah kita akan mencapai 5.6 peratus hingga 5.7 peratus dalam setengah tahun yang kedua ini?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau kita tidak capai, sebenarnya defisit yang dianggarkan oleh kerajaan 5.4 peratus tidak akan dicapai. Defisit adalah dikira ke atas jumlah pertumbuhan kepada GDP negara kita. Sama dengan tahun depan. Kalau kita tidak capai 5 peratus hingga 6 peratus, kita kurangkan 1 peratus iaitu 4 peratus sampai 5 peratus, defisit kerajaan akan meningkat sehingga 5.3 peratus sampai 5.7 peratus. Semua angka ini boleh dimassage untuk memberikan satu gambaran yang cukup elok kepada orang ramai tetapi sebenarnya kalau ada sedikit salah anggap sahaja, the numbers run wild, something completely different happens. Kerajaan kalau kita bandingkan kedua-dua perbelanjaan yang telah pun dibentangkan secara terbuka. Pakatan Rakyat ada beri wang kebajikan kepada orang ramai. Perbelanjaan Barisan Nasional ada juga beri wang kebajikan kepada orang ramai, itu kita akui memang ada. Kita sokong dasar di mana RM500 diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000, itu kita sokong. Kita tidak tolak dasar itu kerana ini merupakan satu dasar yang baik tetapi kita harap dasar ini akan dikekalkan setiap tahun, bukan sahaja hendak pilihan raya sahaja kita ada dasar sebegini dan selepas pilihan raya tidak ada. Kita harap pihak Barisan Nasional akan mengikut peranan Selangor juga Pulau Pinang di mana setiap tahun kita bagi. Ini institutionalize dan bukan kerana pilihan raya tetapi kerana setiap tahun kita prihatin terhadap orang ramai. Kita jangan prihatin hanya sebelum pilihan raya. Kita prihatin setiap tahun. Kedua, kerajaan Barisan Nasional memang baik, berikan welfare grants, kita sokong seperti apa yang saya kata tadi tetapi welfare grants ini hanya memberikan kebaikan jangka masa pendek. Saya ada kesusahan sekarang, dapat RM500, terima kasih, saya kurang miskin sedikit tetapi ia tidak menyelesaikan masalah jangka masa medium dan juga jangka masa panjang. Ia tidak menyelesaikan masalah. Kita perlu ada mekanisme di pasaran di mana harga-harga barang keperluan di pasaran dapat ditekan, diturunkan sebanyak mungkin supaya rakyat tidak dibebankan dengan kos yang cukup tinggi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ia tidak perlu melalui subsidi. Ada banyak cara lain yang percuma kepada kerajaan yang boleh merendahkan harga barang-barang asas. Misalnya padi. Mengapa padi dan beras sampai hari ini masih dimonopoli oleh satu syarikat sahaja? Kalau padi yang disubsidi, yang dikatakan gred yang disubsidikan hendak hanya beri kepada satu syarikat mungkin kita boleh terima. Akan tetapi kenapa import padi dari luar negeri, dari Thailand, dari Burma, dari lain-lain negeri masih dikuasai oleh satu syarikat sahaja? Syarikat sekarang yang diswastakan yang dimiliki oleh orang bukan kerajaan. Jadi, kenapa ada privilege yang sebegitu kepada sebuah syarikat? Kedua, apabila kita lihat dari segi competition, persaingan dalam pasaran. Kita lihat perjanjian antara AirAsia dengan MAS. Saya tidak mempertikaikan perjanjian itu dari segi AirAsia menakluki MAS, bukan. Saya dengar perbahasan yang telah berlaku sebelum ini di mana AirAsia dikatakan menakluki MAS. Akan tetapi tidak. Saya tidak lihat dari segi itu. Saya lihat dari segi yang dahulu MAS sebuah syarikat sahaja. Harga air ticket banyak tinggi. Hendak pergi balik Sarawak RM1,000. Hari ini kita boleh pergi dan balik Sarawak harga RM300, RM400 boleh dapat. Sama pergi Singapura juga. Dahulu RM700, satu jam duduk RM700 pergi dan balik. Sekarang kalau nasib baik, RM200 sudah cukup pergi dan balik Singapura. Banyak lagi flights available daripada Kuala Lumpur ke Singapura. Ini adalah dasar persaingan yang baik.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Selalu pergi ke Singapura kah ini?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Janganlah macam itu... [Disampuk]

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Padang Besar takkan pergi kot.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Padang Besar Pergi ke Hat Yai.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Ya lah, tidak pernah pergi pun.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Okey. Jadi, apa yang akan terjadi sekarang di mana AirAsia mempunyai saham dalam MAS dan pihak kerajaan ada saham dalam AirAsia. Ini akan menyebabkan percanggahan kepentingan, conflict of interest.

Tan Sri Rafidah AzizUMNO · BNKuala Kangsar

[Bangun]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Haiyo!... [Ketawa] Ini saya perlu ...

Tan Sri Rafidah AzizUMNO · BNKuala Kangsar

Tidak, saya hendak beri penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bukan AirAsia ada interest dalam MAS. Pihak yang membeli saham itu ialah dua individu yang kebetulan memiliki saham dalam AirAsia dan Asia Air.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Faham, okey.

Tan Sri Rafidah AzizUMNO · BNKuala Kangsar

Company tadi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Common shareholders, okey terima kasih. So, commence shareholders in both, dalam MAS dan juga dalam AirAsia. Apa yang mungkin terjadi adalah persaingan terbatas. “Eh, AirAsia jangan turunkan harga begitu banyaklah. Biar MAS ada untung sedikit”. AirAsia sama dengan MAS, you punya Firefly juga jangan turun harga terlalu banyak. Saya pun hendak untung sedikit. Biar harga lebih tinggi daripada jika ada persaingan terbuka. Ini membawa kesan baik kepada AirAsia, membawa kesan baik kepada MAS, membawa kesan buruk kepada orang ramai. Saya suka AirAsia. Jangan salah faham. Saya tidak macam Yang Berhormat yang lain yang memang sebut ‘AirAsia’ mengamuk. Saya suka AirAsia sebab AirAsia telah pun memberikan peluang untuk ramai rakyat Malaysia terbang dengan murah dan ia juga telah membawa ramai pelancong masuk ke dalam Malaysia. Malaysia Airports Berhad boleh berikan statistik jumlah pelancong yang telah pun dibawa oleh AirAsia masuk ke dalam Malaysia. Akan tetapi persetujuan ini antara common shareholders MAS dan AirAsia mungkin akan menyebabkan penyempurnaan pasaran di Malaysia bagi sektor penerbangan merosot. Saya cadangkan supaya untuk mengekalkan persaingan selepas perjanjian ini dibuat, Firefly di MAS dijual kepada pihak yang lain supaya persaingan antara budget carrier dapat diteruskan. Mesti ada anti-monopoly law atau anti-cartel dalam negeri kita. Ketiga, petrol. Kita tahu petrol disubsidikan di negara kita. Tidak boleh jual lebih mahal daripada RM1.90 sen. Tidak boleh lebih mahal, kita faham. Sudah ada subsidi harga paling tinggi bagi RON 95 ialah RM1.90 sen. Apa yang saya tidak faham dan saya agak rakyat Malaysia tidak faham ialah kenapa lima buah syarikat petrol di negara kita semuanya jual dengan harga yang sama? Kalau Shell katakan, saya hendak implement marketing policy yang tidak sama, saya hendak expand saya punya market, saya hendak kurangkan harga RM1.88 sen ataupun RM1.85 sen setiap liter, boleh tak? Sepatutnya boleh. Akan tetapi dalam dasar kerajaan negara sekarang tidak boleh. Tidak boleh jual lebih tinggi harganya, tidak boleh jual lebih rendah harganya, kenapa? Kalau jual lebih rendah, yang untung kurang sikit ialah syarikat swasta. Kita tidak kisah. Akan tetapi yang untung banyak orang ramai kita pentingkan. Jadi kita harap kerajaan akan bebaskan kekangan ke atas syarikat-syarikat seperti ini untuk memberikan ruang persaingan yang lebih besar kepada syarikat-syarikat petroleum juga. Tidak banyak masa lagi. Jadi saya hendak pergi kepada satu topik yang lain iaitu MRT. MRT merupakan projek yang terbesar dalam sejarah kita yang dianggarkan akan mencecah lebih kurang RM53 bilion. Satu projek yang begitu besar, kita perlu ada satu system of governance yang cukup baik. Apabila saya tanya di Parlimen pada sesi lalu. Apakah syarat-syarat dan juga harga pelantikan projek delivery partner yang kita katakan sebagai kontraktor utama bagi projek Klang Valley MRT iaitu MMC Gamuda. Kontrak telah pun disain. Apakah harganya? Tidak tahu, belum tentu. Mana kita boleh percaya. Projek begitu besar kita boleh tawarkan satu kontrak tanpa menentukan apakah kos yang akan dibiayai oleh kerajaan? Kalau kita ada rumah. Kita hendak buat renovation. Kita minta kontraktor datang.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Adakah kita akan menjanjikan harga dahulu, sain kontrak baru start kerja atau sain kontrak, start kerja baru kira harga? Tidak boleh macam itu. Kalau macam itu tentu pihak swasta akan mendapat keuntungan yang cukup besar. Tidak ada logik. Apabila saya tanya, apakah caranya ia akan dibayar? Dia kata mengikut peratusan projek. Belum tentu apa peratus tetapi mengikut peratusan projek. Ini pun menjadi satu isu yang penting kerana Project Delivery Partner (PDP) yang menjadi kontraktor utama, ia akan menentukan ataupun ada biggest voice untuk menentukan maincontractor, subcontractor yang akan dipilih untuk menjalankan kerja-kerja yang lain. Apabila saya maincontractor dibayar sebagai peratusan, kontraktor nombor satu datang RM1 juta, kontraktor nombor dua datang RM2 juta, saya hendak tawarkan kontrak kepada siapa? Saya tawarkan kontrak kepada pihak yang lebih tinggi harganya sebab saya dibayar peratusan kontrak yang dibayar oleh kerajaan. So there is no incentive bagi pihak PDP untuk merendahkan kos kepada pihak MRT dengan sistem seperti ini. Saya takut kos MRT akan meningkat jauh lebih daripada RM53 bilion yang dianggarkan pada masa ini. Di MRT mereka juga telah melantik sebuah syarikat iaitu independent check engineers (ICE). Syarikat ini telah pun start kerja pada bulan Februari tahun ini. Kontrak pada masa itu belum ditetapkan. Kontrak sekarang, tidak tahu sudah tetap atau tidak. Akan tetapi ada jangkaan yang diberi di mana mereka akan dibayar mengikut peratusan juga. Sejumlah 2 peratus daripada jumlah kontrak. Akan tetapi yang kita tahu bahawa independent check engineers yang mengikut projek-projek yang lain selalunya dibayar tidak melebihi 1 peratus iaitu 0.5 peratus sehingga 1 peratus. Kalau kita katakan projek ini RM50 bilion ini, syarikat ini mengikut 2 peratus akan dibayar RM1 bilion. Kalau bayar 1 peratus, RM500 juta. Perbezaan RM500 juta. Cukup besar dan skop independent check engineer ini adalah sepatutnya independent, konsultan bebas.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Padang Besar yang bersama saya dalam PAC, semasa kita membuat penyiasatan tentang PKFZ pun ada quantity surveyor yang dikatakan sepatutnya bebas tetapi quantity surveyor pada masa itu pernah buat kerja untuk kontraktor utama. Sekarang buat kerja bagi pihak kerajaan untuk monitor kontraktor utama...

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, cuma nak ingatkan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, masih dalam proses mahkamah, harap tidak sentuh.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak sentuh, tidak sentuh. Ini apa yang berlaku di dalam PAC. So ini merupakan satu conflict of interest, you cannot point that independent checking engineer with who has dealt extensively with the maincontractor, dan ini berlaku sekali lagi. HSSI, HSS Integrated Sdn. Bhd. yang merupakan IC yang telah pun dilantik oleh pihak kerajaan merupakan konsultan utama bagi Gamuda MMC semasa pembinaan double tracking Ipoh-Rawang. So adakah conflict of interest? Adakah skandal akan berlaku sekali lagi, will history repeat itself dalam projek MRT di mana kos akan berkembang, kerajaan tidak dapat membiayai, siasatan perlu diadakan, pihak-pihak tertentu kena masuk mahkamah, PAC kena dipanggil untuk dibuat siasatan sekali lagi. Kita hendak mengelakkan semua ini, why can’t we have a good side of governance in the MRT supaya all these things tidak akan berlaku lagi. Akhir sekali saya ingin membangkitkan isu pengambilalihan tanah bagi MRT. Dewan ini pada Disember 1989 telah pun meluluskan undang-undang revise the land code amendments supaya kerajaan boleh mengambil alih tanah bawah, underground land, tanpa mengubah penggunaan tanah di surface dan juga tidak perlu mengambil alih pemilikan tanah di atas. Ini telah pun diluluskan dalam Dewan ini tetapi sekarang kerajaan kata ataupun syarikat MRT kata tidak boleh. Bila kita hendak buat tunnel di bawah, kita mesti mengambil tanah di bawah dan juga di atas. Ini telah membawa banyak keseksaan kepada pemilik-pemilik tanah yang lama tinggal di sana, yang buat business di sana terutamanya di Jalan Sultan dan Bukit Bintang pada masa ini, lain tempat belum tahu lagi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang kita tahu ada di Jalan Sultan dan Bukit Bintang dan kita harap kerajaan tidak akan menyalahgunakan kuasa di bawah National Land Code untuk mengambil alih tanah bagi tujuan membuat keuntungan. Ini adalah satu perkara bad faith malah mala fide dan kita harap kerajaan mengambil alih tanah sahaja yang diperlukan untuk membuat terowong MRT dan tidak mengambil alih lain-lain tanah yang langsung tidak berkenaan dengan kerja- kerja untuk membina MRT bagi orang awam. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong 100 peratus bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada hari Jumaat yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, mula-mula ini saya hendak sentuh tentang Dewan sementara ini. Ada kata sejuk dan sebagainya tetapi saya hendak ucapkan tahniah kepada pihak Parlimen, kepada pihak JKR kerana dalam tempoh yang singkat dapat menyiapkan Dewan yang serba lengkap ini. Cuma ada satu pertanyaan Tuan Yang di-Pertua, apa akan jadi pada Dewan ini selepas segala renovation di bangunan utama siap. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cadangkan supaya kalau boleh ramai yang menyuarakan Dewan sementara ini akhirnya boleh digunakan sebagai Dewan ataupun Parlimen belia. Kita hendak latih para belia generasi muda sebab sekarang ini ada majlis belia, ada Parlimen belia yang akan diwujudkan. Mungkin boleh digunakan bagi tujuan tersebut dan kita juga hendak latih kalau boleh pelajar-pelajar universiti pada peringkat awal. Apabila nanti ini sudah kosong mereka boleh berhujah di sini, suasana Parlimen dan akan datang mereka menjadi Ahli Parlimen dan debater yang baik sebagai law makers dengan izin dan tidaklah bercakap, berbahas tanpa fakta, merapu dan sebagainya seperti yang kita lihat sejak akhir-akhir ini. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini ada kita dengar, nampak sekarang pihak pembangkang tidak setuju dengan kenaikan elaun Ahli Parlimen. Sedangkan saya masih ingat Yang Berhormat Kuala Langat yang paling lantang sekali bercakap supaya dinaikkan elaun Ahli Parlimen, disokong oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan beberapa rakan yang lain. Di pihak kita pun kita mengaku memang kita sokong, tidak ada masalah. Kepada saya Tuan Yang di-Pertua, kita jangan hipokrit, hati kata nak, mulut kata tak nak hanya kerana kepentingan politik dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah mutu perkhidmatan kita kepada rakyat, kepada kawasan kita dan saya yakin kalaulah ditakdirkan ada persetujuan di antara pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang, elaun sebenarnya boleh dinaikkan setaraf dengan mutu perkhidmatan kita sama ada di Parlimen ataupun di kawasan kita, di kawasan yang kita wakili. Kita boleh semak, bila saya semak dengan rakan-rakan di luar, umumnya mereka menyatakan bahawa mereka setuju tetapi mereka juga menuntut supaya mutu perkhidmatan kita ditingkatkan. Saya yakin Ahli-ahli Parlimen mampu sama ada di pihak sini atau sana meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan masing-masing selaras dengan kadar kenaikan elaun Ahli Parlimen yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Akan tetapi kalau tidak setuju apa hendak buat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Minta penjelasan Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Yang Berhormat Ledang dan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi soal elaun Ahli Parlimen. Kita rasa masanya tidak sesuai dalam keadaan ekonomi yang dijangka suram pada tahun-tahun mendatang. Akan tetapi yang lebih penting, point yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang soal perkhidmatan kepada rakyat, yang kita tuntut ialah soal peruntukan RM1 juta yang sepatutnya dipegang oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang ini tidak diberi kepada Ahli-ahli Parlimen pihak pembangkang. Yang Berhormat Padang Besar, kami tidak dapat sekupang pun, semuanya dipegang oleh Ahli Parlimen ataupun penyelaras. Ini yang kita tuntut, kalau ini diberi, kita rasa tidak perlu, itu yang sepatutnya kalau kita memikirkan soal rakyat. Terima kasih.

Ia sama sahajalah, Selangor pun tidak beri kepada Barisan Nasional kan, tapi isu ini saya ingat Yang Berhormat Kubang Kerian dah dengar penjelasan daripada ramai di pihak kita pada penggal yang lepas. Saya kira tidak perlu ulang, kalau saya ulang nanti jadi polemik dan berpanjangan. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga soal gaji minima. Saya fikir kita hendak menyebut RM1,000 RM1,500 dan sebagainya mudah, tidak ada masalah tetapi saya hendak ingatkan kepada rakan-rakan yang lain, bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih bertanggungjawab kerana kita tubuhkan Majlis Konsultasi Gaji untuk menentukan bukan sahaja soal gaji minima malahan juga iklim, ekonomi, pelaburan dan sebagainya, barulah menjurus kepada gaji yang dikatakan minima tadi kerana kita bercakap tentang demokrasi, tentang hak bercakap, bercakap tentang pendapat semua pihak. Inilah tempatnya Tuan Yang di-Pertua, Majlis Konsultasi di mana semua pihak dijemput untuk berbincang soal gaji berasaskan kepada realiti sebenar, di mana pandangan daripada Kesatuan Pekerja diambil, ada wakilnya, pandangan daripada pegawai kerajaan, pandangan daripada pelabur- pelabur, pandangan daripada orang ramai yang lain dibincangkan secara berhemah, secara bijaksana, semua pandangan dihormati, tidaklah hanya satu pihak sahaja menyebut, okey kita naik RM1,500 kita naik RM1,200 dan sebagainya. Sebut mudah Tuan Yang di-Pertua tetapi implikasi, hanya menyebut satu-satu angka, gaji minima tanpa berbincang dengan semua pihak yang berkaitan. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya terharu apabila Majlis Konsultasi ini diwujudkan dan pada saya ini orang kata above average kerana lebih bermakna, lebih bijaksana, lebih berkesan dan memberi faedah kepada semua pihak. Bukan sahaja pekerja malahan nasib masa depan negara.

Mungkin bukan RM1,500, kalau diwujudkan satu majlis konsultasi yang dah lulus pun undang-undang tersebut, mungkin gaji minimum lebih RM1,500 bergantung kepada konsultasi tersebut. Saya rasa ini lebih baik daripada kita hanya menyebut tentang gaji minimum berapa dan sebagainya. Yang penting, kita sudah wujudkan, rang undang-undang sudah lulus iaitu majlis konsultasi tentang gaji minimum yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan nasib masa depan pekerja dan lain-lain yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, tadi juga disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh – saya nak mencelah tadi tak dapat. Saya ucapkan tahniah dululah kerana Selangor dalam bajet tahun depan ada lebihan lebih kurang RM200 juta tetapi dua perkara yang saya nak tanya. Pertama, kualiti jalan-jalan raya. Kita pun sedia maklumlah jalan-jalan raya negeri, bukan jalan raya persekutuan tapi jalan raya negeri, jalan yang diselenggarakan oleh JKR tapi bertaraf negeri. Begitu juga jalan-jalan di taman-taman. Samalah dengan Kedah. Begitu juga dengan mutu alam sekitar, soal sampah sarap, landskap yang tidak teratur. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut tentang syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Pusat dulu tidak berfungsi dan sebagainya. Macam mana nak berfungsi Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak dibayar dengan sempurna? Yang bayarnya PBT, bukan Kerajaan Pusat, PBT bayar. Saya selalu ingatkan PBT di Johor, saya ingatkan mereka mesti wujud satu persefahaman antara PBT dengan syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan dalam menguruskan sisa pepejal dan sebagainya. Jangan jadikan mereka sebagai hamba ataupun jangan jadikan mereka sebagai orang bawah tetapi jadikan mereka sebagai rakan kongsi pekerja untuk memastikan bahawa sistem pengurusan sampah ataupun sisa pepejal, pembersihan dan sebagainya turut dengan sempurna. Akan tetapi kalau tidak boleh bekerjasama Tuan Yang di-Pertua, antara kerajaan negeri dan syarikat tersebut, sampai bila pun tak boleh selesai. Oleh itu, kalau kita tengok di Selangor, oleh kerana saya beberapa kali tinggal di Bangi, pergilah ke Bangi. Kalau isunya syarikat tersebut, dua tahun Tuan Yang di-Pertua, tak selesai. Landskap tak usah ceritalah Tuan Yang di-Pertua, rumput tak usah ceritalah, panjang. Akan tetapi sampah sarap beterabur ini tak ada orang kutip. Saya pun tak tahulah hendak sebut Tuan Yang di-Pertua.

Jadi ini sebagai satu indikator sama ada berjaya atau tidak sesuatu pengurusan sesebuah negeri walaupun disebutkan ada lebihan bajet, lebihan pendapatan ataupun lebihanlah dalam bajet tersebut RM200 juta dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara menyebut tentang Sabah dan Sarawak. Kenapa sudah 53 tahun masih ada rumah-rumah tertentu yang jaraknya satu kilometer, dua kilometer, lima kilometer antara satu sama lain tidak mempunyai bekalan elektrik dan air. Saya simpati dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak tetapi seperti saya sebut tadi, bagi kawasan yang padat rumah atau kawasan padat penduduk, tak ada masalah bekalan api dan air, semua sudah dapat bekalan. Cuma adalah kes-kes di mana bekalan terputus dan sebagainya. Akan tetapi bagi kawasan di mana penduduknya berterabur, rumahnya lebih satu kilometer antara satu sama lain, takkanlah termampu untuk peringkat dulu sampai sekarang nak menyediakan satu menara satu rumah. Maknanya satu menara grid, lane grid ini, grid bekalan elektrik, satu rumah. Dalam bahasa ekonomi tidak logik dan tidak ekonomik. Ini bukan soal tidak ekonomik daripada segi kita nak membela rakyat, tidak. Akan tetapi soalnya sekarang memang kita harus mengaku kita belum mampu lagi. Akan tetapi sekarang kita sudah bergerak ke arah itu. Mudah-mudahan satu masa nanti kita mampu menyediakan bekalan elektrik walaupun dengan kos yang mahal supaya semua rumah yang scattered dengan izin tadi, berterabur di sana sini, selain daripada kawasan yang padat penduduk. Jadi kita mesti realistik Tuan Yang di-Pertua. Kita bukan soal bercakap nak menyediakan bekalan elektrik, hanya kerana 53 tahun sudah merdeka. Akan tetapi realitinya ialah sama ada kita boleh bekalkan dengan praktikal atau tidak. Kalau penduduknya berterabur antara satu sama lain, saya rasa rakan-rakan saya dari Sabah dan Sarawak setuju tentang hakikat ini. Tuan Yang di-Pertua pun setuju dengan saya sebab kita sama-sama adalah 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, tadi juga disebut tentang bantuan one-off sama ada RM500 dan sebagainya, kepada mereka yang layak, yang pendapatan bawah RM3,000. Ada seruan tadi supaya juga dibantu setiap tahun. Saya setuju tetapi perlu diingat juga Tuan Yang di-Pertua, kerana selama ini kerajaan sudah pun menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. BOT (Bantuan Orang Tua), RM300 sebulan. Di Ledang sahaja Tuan Yang di-Pertua, jumlah warga emas yang menerima BOT adalah seramai 1,333 orang. Itu di Ledang sahaja. Saya ingat di Tenggara pun sama angkanya lebih kurang macam itu. Di kawasan pembangkang pun sama, semuanya layak. Itu yang kerajaan belanja setiap tahun atau bulan. Yang kerajaan nak tambah ini adalah RM500 one-off tahun depan kerana kos hidup meningkat disebabkan oleh iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Obama pun sekarang ini tak boleh buat apa-apa. Tercatat dalam sejarah Amerika sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya baca dalam satu artikel, Obama adalah presiden yang paling teruk sekali dalam sejarah Amerika. Itu yang artikel sebut, saya tak sebut. Hanya kerana menjadi mangsa ekonomi. Tak boleh buat apa-apa dah. Jadi, kita pun menjadi mangsa ekonomi dunia tetapi sekurang-kurangnya kita mampu kawal. Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya bergurau dengan rakan-rakan saya di kawasan saya. Pekerja dari Bangladesh, pekerja dari Pakistan yang datang ke tempat kita, turun kapal terbang di KLIA Tuan Yang di-Pertua, ini bukan nak menghina, badan mereka umumnya Tuan Yang di-Pertua, kurus-kurus. Kurus Tuan Yang di-Pertua, macam kurang makan, mungkin kerana zat atau kurang makan mungkin beras tak sempurna, itu soal lainlah. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apabila mereka sampai di Malaysia selepas satu tahun, tanyalah rakan-rakan di sini, badan mereka gempal, subur, gebu Tuan Yang di- Pertua, kerana mereka cukup makan. Setelah mereka menikmati pendapatan yang boleh dikatakan mewah Tuan Yang di-Pertua, bekerja dalam negara kita. Kemudian saya sambung lagi gurauan saya. Saya kata begitu juga dengan orang Indonesia. Datang ke negara kita, mereka memang kuat kerja jadi mereka kurus. Mereka balik pun mereka kurus tapi kantungnya, koceknya gemuk Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka balik dengan duit yang banyak.

Yang Berhormat Ledang.

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Tadi Yang Berhormat Ledang ada menyebutkan bahawa Presiden Amerika, Obama, menjadi mangsa keadaan ataupun circumstances kerana keadaan semasa. Kita tidak boleh menyalahkan seorang pemimpin kerana keadaan semasa pada ketika tersebut. Ini yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Kenaikan harga barang kononnya, kenaikan harga gula, salahkan Perdana Menteri. Kejatuhan ini, salahkan Perdana Menteri. Maknanya sekarang, masalah ekonomi yang berlaku di dunia pada ketika ini di mana Amerika, Britain dan juga Euro zone yang menghadapi masalah yang cukup gawat pada ketika ini, adakah salah pemimpin? Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Menyalahkan pemimpin Tuan Yang di-Pertua, memang mudah, tetapi kita juga harus lihat situasi semasa pemimpin tersebut di tampuk pemerintahan. Dalam konteks negara kita, pemimpin kita dah buat yang terbaik Tuan Yang di-Pertua.

Malahan saya yakin Obama pun sama juga. Beliau telah melakukan yang terbaik tetapi iklim ekonomi di sana tidak memberangsangkan. Jadi kita tidak boleh salahkan 100 peratus kepada pemimpin. Sumbangan kita sebagai wakil rakyat, sumbangan kita sebagai Menteri ataupun Menteri Besar, Ketua Menteri yang keluar negara menjadi pelabur juga penting. Tadi Yang Berhormat Rembau menyebut. Kalau saya Tuan Yang di-Pertua, menjadi Menteri Besar Johor – tetapi tidak jadilah. [Ketawa] Bukan. Kalau saya diberi amanah Tuan Yang di-Pertua untuk mencari pelabur, saya akan ikut seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Jeli. Walaupun Yang Berhormat Jeli datang daripada Kelantan, beliau tahu Kelantan memerlukan pelabur yang banyak tetapi beliau menjual, promote negara Malaysia tanpa menafikan hak negeri-negeri yang tertentu. Hatinya memang untuk negeri Kelantan tetapi beliau tetap menggalakkan pelabur-pelabur datang. Bukan sahaja di Johor malahan juga Selangor dan Penang hatta Kedah sekalipun kerana yang dibawanya adalah satu amanah negara untuk mencari pelabur datang dalam ke negara kita. Ertinya peranan kita semua penting. Kita tidak boleh letakkan hanya seseorang pemimpin sahaja yang bersalah. Begitu juga faktor luaran. Faktor ekonomi dalam rantau Asia dan sebagainya. Memberikan kesan yang mendalam Tuan Yang di-Pertua kepada negara kita kepada sesuatu negara. Jadi berbalik kepada bantuan one-off ini saya fikir Tuan Yang di-Pertua, janganlah dijadikan sebagai satu polemik kerana pilihan raya dan sebagainya secara kebetulan pilihan raya. Akan tetapi, kita mesti ingat juga. Pilihan raya mungkin berlaku tahun depan. Kita tidak tahu. Akan tetapi yang pastinya ialah kos sara hidup meningkat tahun depan. Sebab itulah kerajaan menyalurkan, menawarkan dalam bajet ini bantuan one-off dengan izin kepada mereka-mereka yang memerlukan. Itu yang pasti bukan soal pilihan raya. Kalau betul pilihan raya berlaku tahun depan, alhamdulillah. Secara kebetulan. Yang tahu hanya Perdana Menteri. Mungkin tahun depan, mungkin selepas tahun depan. Saya tidak tahu kerana kita ada umur dua tahun lagi, Tuan Yang di-Pertua. Yang pasti Tuan Yang di-Pertua ialah tahun depan, sekarang pun kita sudah rasa kos sara hidup meningkat kerana iklim ekonomi dunia yang sangat kritikal sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah belanjawan kerajaan pada kali ini lebih menyeluruh merangkumi semua aspek pelaburan sama ada sektor swasta, sektor ekonomi, sosial termasuk juga belia, wanita, golongan warga emas dan nelayan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, mungkin terlupa perkataan satu golongan yang selalu kita ketepikan sebab kita mungkin memandang hina kepada mereka iaitu golongan - Bukan golongan dua alam ini. Mak nyah dengan izin. Ini kenapa tidak. Saya rasa kita tidak boleh pandang hina kepada mereka. Tidak boleh pandang hina kepada mereka. Mereka telah dijadikan begitu.

Saya hendak mengambil kesempatan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya kepada kementerian berkenaan apa rancangan kita kepada mereka sebab kita hidup semakin lama Tuan Yang di-Pertua, kita tengok banyak masalah di hadapan kita. Mereka juga – sebab kita dengar berita. Nama-nama yang sudah arwah. Saya tidak berani sebut. Kesian mereka Tuan Yang di-Pertua. Sekurang-kurangnya di mana kita boleh tingkatkan tahap kaunseling kita untuk kita didik mereka untuk menerima realiti, Tuan Yang di-Pertua. Bagi yang beragama Islam, mungkin kita boleh bentuk mereka dengan didikan agama Islam. Akan tetapi, kita harus ada satu kerangka kerja tentang didikan kepada golongan tersebut. Itu sekali lalu Tuan Yang di-Pertua sementara saya teringat. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, bajet ini menyeluruh. Pembangunan modal insan dan isi rumah juga ditekankan kerajaan. Ini yang saya hendak tekankan, Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan sebagai pelengkap dalam Belanjawan 2012 di mana juga dilaksanakan Program Transformasi Kawasan Luar Bandar. Inilah Tuan Yang di-Pertua, bajet yang pada saya mengambil kira semua bukan sahaja bidang tetapi golongan yang hidup dalam negara kita di mana mereka dibela dan pada masa yang sama kerajaan telah pun menyediakan resipi Tuan Yang di-Pertua, resipi ekonomi seperti NKEA, GTP, NKRA dan sebagainya. Jadi kalau ada pihak yang mengatakan bahawa bajet ini tidak realistik, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kerajaan amat yakin. Seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, takkanlah Kerajaan Barisan Nasional hendak bunuh diri hanya kerana hendak menang pilihan raya pada masa akan datang. Sudah menang kalau tidak ada hasil, kalah juga akhirnya. Kalau kita pegang tampuk pemerintahan, menang kerana kita belanja tidak berhemah, selepas itu rakyat akan bangun menentang. Akan tetapi, kerajaan ini adalah kerajaan yang yakin berdasarkan kepada sudah ada resipi ekonomi. Bukan sahaja buat kek, Tuan Yang di- Pertua. Bukan sahaja buat menu 1Malaysia. Menu 1Malaysia pun kita sedang tunggu- tunggu ini. Insya-Allah. Akan tetapi, selain daripada makanan juga ada resipi dan resipi kepada ekonomi negara Malaysia seperti yang disebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk menyentuh tentang kononnya perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri dikurangkan sebanyak RM10 bilion. Saya hendak sebut di sini. Jabatan Perdana Menteri mempunyai 29,763 orang kakitangan dan lebih 40 agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perpaduan, Agensi Penguatkuasaan Maritim yang penting kepada kawasan sempadan kita, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan, Jabatan Perangkaan yang memerlukan belanja mengurus sebanyak RM5.7 bilion dan pembangunan RM7.8 bilion. Jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan keseluruhannya, total kedua-dua ini jadi RM13.5 bilion. Ini penting, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak di mana kita hendak bayar bukan sahaja mengurus malahan pembangunan yang sentiasa berjalan. Secara tidak langsung Tuan Yang di-Pertua, kalau kita belanja pembangunan, ia menyebabkan ekonomi kita bergerak. Banyak perbelanjaan yang akan dibuat oleh kerajaan termasuklah Tuan Yang di-Pertua, Program Perumahan Rakyat, Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia, rumah PPR sebanyak 15,000 unit, Rumah Mesra Rakyat sebanyak 10,000 unit, Rumah Tabung Khas Perumahan Nelayan sebanyak 300 juta. Ini semua Tuan Yang di-Pertua adalah enjin – katalis kepada ekonomi dalam negara kita. Kalau kita kata kita tidak yakin kepada ekonomi kita, kita belanja tetapi ini belanja untuk menggerakkan ekonomi kita dengan lebih pantas dan dengan lebih subur. Jadi tidak timbul soal kita belanja tanpa tujuan. Kita belanja bukan sahaja – umpamanya Tuan Yang di-Pertua, kita belanja kita boleh katakan sebagai dua hala. Rakyat kita bela, soal perumahan dan sebagainya dan pada masa yang sama kita dapat gerakkan ekonomi dalam negara kita. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, ada disebut dipisahkan antara Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri. Ini soal pendekatan seseorang Perdana Menteri, Tuan Yang di- Pertua.

Kita dah banyak pengalaman yang lepas, tidak salah saya sebut di sini. Menteri Kewangan ini adalah Menteri yang sangat kuat kerana pegang duit, kuasanya besar. Sewajarnyalah Menteri Kewangan sentiasa dalam tembok ataupun pengetahuan dalam kawalan Perdana Menteri, kerana dahulu kita berpengalaman, seorang Menteri Kewangan diberikan jawatan Menteri, tiba-tiba jatuh bekas Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Sedikit sahaja. Cuma hendak mengingatkan sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jatuh seorang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Ghafar, bukan kalah bertanding, kalah belum bertanding, hanya kerana kuasa seorang Menteri Kewangan, itu yang berlaku. Jadi, untuk mengurangkan politiking yang mendalam, saya berfikir lebih baik kita teruskan keadaan yang ada dan kita sebenarnya merasa selesa dengan pendekatan yang telah pun dibuat oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri kerana akhirnya kita dapat sendiri merasakan satu urusan pentadbiran yang sempurna seperti yang kita hadapi ini. Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini sebelum saya terlupa Tuan Yang di- Pertua, saya teringat akan dalam bidang pendidikan tadi ada sebut, ada pemotongan, pengurangan – sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, pembangunan dikurangkan mengikut musim. Ada waktunya pengurusan dilebihkan, pembangunan dikurangkan. Tahun-tahun yang lepas kita telah banyak berbelanja untuk tujuan pembangunan di bawah Kementerian Pelajaran. Mungkin buat masa ini, pembangunan kita kurangkan sedikit kerana kita telah banyak siapkan projek-projek tersebut. Cuma saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua ialah, saya teringat ada seorang pelajar pintar bernama Adi Putra, Adi Putra ini pelajar yang hebat, sekarang baru berumur lebih kurang 10 atau 11 tahun. Beliau mempunyai formula- formula Matematik berasaskan kepada cakerawala. Formula ini belum wujud lagi dalam dunia ini, hanya beliau sahaja yang tahu, ini satu kelebihan yang ada pada beliau. Dua perkara Tuan Yang di-Pertua, pertamanya sewajarnya kita dapat memanfaatkan pelajar pintar seperti Adi Putra ini untuk kita gerakkan taraf pendidikan kita, di mana beliau boleh menjadi pemangkin selain menjadi pencipta formula Matematik baru. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya yakin negara kita akan disanjung dan dikagumi oleh negara-negara lain kerana kita mempunyai pelajar pintar seperti Adi Putra. Saya yakin ramai lagi pelajar pintar seperti Adi Putra yang boleh kita ketengahkan. Kedua Tuan Yang di-Pertua, sewajarnya juga kita dapat mempromosikan pelajar tersebut, pelajar tersebut pun sudah sampai ke bilik kerja Tuan Yang di-Pertua. Kita iktiraf, bukan kita hendak jadikan dia sebagai barang dagangan, tidak. Sekurang-kurangnya ada ruang Tuan Yang di-Pertua, bagi Adi Putra untuk melebarkan, untuk meluaskan atau untuk menyebarkan pengalamannya, ilmunya untuk digunakan, dimanfaatkan bukan sahaja oleh pelajar-pelajar yang sebaya dengannya, malahan untuk seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, ini penting, saya harap perkara ini dapat dilihat dan diteliti oleh Kementerian Pelajaran dan saya akan menyokong apa-apa pendekatan yang boleh kita bantu adik Adi Putra dan lain-lain yang bijak. Insya-Allah, satu masa nanti Malaysia tidak mustahil boleh menjadi hab pendidikan yang berprestij pada masa akan datang, lahir daripada pelajar yang pintar tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang- undang ini, bajet ini dan saya mengalu-alukan supaya bajet ini sentiasa disokong oleh rakan-rakan kita semua, sekian terima kasih, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kubang Kerian dahulu, selepas itu saya ambil daripada BN selepas itu baru Machang.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan belanjawan negara bagi tahun 2012.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Mungkin dengan saya memulakan satu ayat yang dibaca oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam awal Mukadimah ucapan beliau iaitu ayat daripada Surah Quraisy iaitu... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kebiasaan orang-orang Quraisy bermusafir, berdagang pada musim dingin dan panas, maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini yakni Kaabah yang telah memberikan makanan untuk menghilangkan kelaparan dan mengamankan dari rasa ketakutan.” Saya dapat mungkin menyelami mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memilih ayat ini. Saya melangsungkan sebagai perkongsian kita hari ini, di mana kita mengkaji tafsir yang diberi oleh Ulama Muktabar tentang definisi ataupun makna ayat ini, sudah tentu ia memberikan dan menggambarkan tentang falsafah kekayaan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh bangsa Quraisy ini sebagai bangsa yang menjadi teras kepada kekuatan bangsa Arab itu, bangsa yang paling mulia. Nabi SAW pun ditakdirkan menjadi Rasulullah, menjadi Nabi akhir zaman daripada bangsa ini. Bangsa yang dianggap punya kekuatan, identiti dan integriti untuk mengambil tanggung jawab Islam dan memikul amanah besar dan menjadi Nabi akhir zaman sebagai rahmatillila’lamin, sebagai pemberi kesejahteraan kepada semua manusia. Tuan Yang di- Pertua, matlamat dan falsafah kepada ayat ini adalah untuk kepentingan dan pendapatan ataupun kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT menerusi usaha gigih kaum Quraisy ini adalah untuk mereka dapat berkongsi ataupun distribute kekayaan itu sebagai perkongsian yang adil. Sesuai dengan satu ayat yang lain yang Allah menyatakan tentang konsep al-u’lu dan al-Ihsan iaitu konsep keadilan dan ihsan yang menjadi teras juga kepada kekuatan ummah ataupun Islam itu sendiri dalam mengagihkan kekayaan harta dalam bentuk sebuah negara pun itulah menjadi tunggak dan kekuatan kepada mana-mana ekonomi, khususnya dalam belanjawan yang sedang kita bincang ini. Saya mendapati dan menelaah tentang memberikan, mengagihkan supaya manusia tidak lapar dan di akhir ayat itu memperingatkan supaya ia juga menghilangkan, mengamankan dari rasa ketakutan. Bermakna konsepnya mestilah agihan ekonomi itu di luar daripada suatu dendam kesumat ataupun dendam politik yang boleh memberikan ketakutan ataupun ugutan kepada mana-mana negeri ataupun mana-mana individu yang menjadi tanggung jawab kerajaan khususnya dalam kita membincangkan Bajet 2012 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin bermula dengan meminta beberapa penjelasan kepada pihak Kementerian Kewangan, yang saya rasa pada waktu ekonomi dunia dijangka menguncup dengan perkembangan di Amerika dan Eropah yang kita lihat unjuran kepada Amerika sendiri yang hari ini Presidennya Barack Obama juga menghadapi krisis atau kemelut daripada jatuhnya atau runtuhnya ekonomi Amerika. Negara EU juga pada hari ini sedang membincangkan unjuran-unjuran yang munasabah untuk mereka menghadapi masa depan ekonomi di Eropah.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Pada waktu ekonomi dunia dijangka mengucup dengan perkembangan di Amerika dan Eropah ini, agak mustahil bagi saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagaimana negara akan mencapai kadar pertumbuhan 6 peratus seperti mana yang disebut dalam bajet baru-baru ini. Jika ekonomi dunia dijangka hanya akan berkembang pada 4 peratus, bolehkah ekonomi negara di mana 75 peratus eksport kita adalah kepada negara yang sedang berhadapan sedang krisis itu mampu meningkatkan menjadi lebih tinggi. Kita memahami bahawa kita dalam sektor eksport kita, kita banyak bergantung kepada negara Amerika dan EU. Jadi dengan kadar mereka yang sendiri mengunjurkan perkembangan pada 4 peratus boleh atau tidak atau pandangan nafas yang lain saya mengatakan adakah ianya menjadi satu yang realistik yang boleh capai dalam kita mengunjurkan sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Bagi kami, setelah mengkaji tentang unjuran itu, ia adalah satu unsur yang tidak realistik dalam belanjawan ini. Bertolak dari unjuran itu saya rasa dengan menjadikan belanjawan ini peka dengan langkah-langkah strategik negara bagi menghadapi krisis yang akan berlaku.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Maka dalam hal inilah kita melihat bahawa perbincangan harus menjadi lebih realistik dan tidak mengapalah Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun hujah dan apa pun pandangan rakan-rakan di pihak Barisan Nasional, saya rasa dalam perbahasan titah Diraja yang lalu, awal kita membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di tangan Ahli-ahli Parlimen termasuk rakan-rakan kita di sebelah sana yang berbahas memegang dokumen Buku Jingga. Apa pun hujah apa pun alasannya sehingga Buku Jingga itu telah menjadi buku penting yang diperbahaskan. Alhamdulillah, bila kita pula membawa belanjawan Pakatan Rakyat pula yang kebetulan warna jingga ini, ianya juga membawa satu topik perbahasan yang mahu tidak mahu sama ada dari segi angkanya, dari segi falsafahnya, boleh capainya kita berbahas. Ini bagi saya satu perkembangan yang sihat dalam sebuah negara yang kita telah hampir sebenarnya kalau kita lebih cepat mendidik dan memberikan knowledge politic, ini yang mungkin selalu disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Temerloh dalam buku beliau dan beliau sendiri seorang yang sangat proaktif dalam mengunjurkan pemikiran baru. Saya rasa kita telah sampai dan boleh sampai dengan cepat pada sebuah negara yang mendidik rakyat kepada memilih sistem dua parti kalau tidak ada BN, Pakatan Rakyat. Kalau hendak pilih Pakatan Rakyat tinggalkan BN. Begitulah sebaliknya kalau kita merasakan kita boleh mendidik rakyat ke arah sistem dua parti ini. Jadi kalau di tangan kita ada bajet Pakatan Rakyat, yang juga kita mampu melahirkan satu golongan ekonomis kita yang berjaya melahirkan dokumen ini sebagaimana yang dulu kita melahirkan Buku Jingga kita, jadi apa salahnya rakyat boleh bincang, boleh debat, boleh bahas dan mungkin kita berbahas di sini atas kapasiti kami di sini Pakatan Rakyat, di sana BN tetapi di luar sana, saya yakin dan percaya dokumen ini akan terus diwacanakan nanti ada universiti kita, ada NGO, ada anak-anak muda kita yang mungkin akan menulis tesis mereka, dia akan membahaskan dan mengambil kira dokumen- dokumen yang kita lahirkan untuk terus mendidik rakyat. Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah minggu depan saya hendak beritahu bahawa PAS akan terbit satu lagi dokumen penting ialah Dokumen Negara Berkebajikan di mana kita akan lahirkan dokumen ini dan ianya juga akan boleh dibaca, ditelaah di mana kita meletakkan apa yang terdapat dalam buku jingga itu dan semuanya dalam kerangka dan PAS boleh kemukakan pandangan atau world viewnya terhadap apa yang kita tawarkan bukan sekadar kebaikannya kepada kita tetapi kita boleh tawarkan dalam dokumen- dokumen penting ini apa yang boleh kita berikan khidmat bakti kita kepada masyarakat, kepada rakyat tanpa mengira agama, juga kaum dan juga kepada negara yang saya rasa dokumen ini juga esok akan diwacanakan dalam persada politik tanah air kita. Oleh itu...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Kubang Kerian boleh..

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya hendak tanya pandangan Kubang Kerian kawan-kawan kita banyak bagi reaksi berkenaan dengan belanjawan ini dan sebahagian besarnya berkata tidak ada apa- apa yang istimewa dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bermakna sudah lebih 50 kali lebih belanjawan di bentang dalam Dewan dan perkara yang sama. Macam seolah-olah belanjawan ini cuma setakat hendak memenuhi jadual yang sepatutnya dibuat oleh satu pemerintah terutama kata BN sekarang menjadi pemerintah maka terpaksa buat. Tiap-tiap tahun pun benda yang sama, formula yang sama, lebih kurang yang sama, unjuran yang sama selepas itu kalau tidak cukup bawa belanjawan tambahan jadi tidak ada apa-apa yang istimewa. Cuma baru-baru ini beri secara langsung begitu sahaja ibarat macam tidak perlu ada belanjawan pun tidak apa, Yang Berhormat Menteri buat keputusan RM300, RM500 lebih kurang macam itu. Ini reaksi yang diberi dan ramai juga mengatakan bahawa seolah- olah macam sudah tidak ada sesuatu yang istimewa lagilah yang hendak ditawarkan kepada rakyat dalam bentuk keputusan besar kerajaan. Sebab perkara yang besar yang sepatutnya ditumpukan kepada formula untuk menangani masalah sekarang ini, masalah terkini. Masalah apa? Masalah harga barang meningkat, harga perkhidmatan meningkat, masalah kekurangan penawaran ataupun pembuatan dan penghasilan makanan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini masalah tradisi yang tidak pernah ada dan saya rasa mungkin Yang Berhormat Kubang Kerian bersetuju dengan saya. Kita tidak pernah dengar sepatah pun, cadangan dalam belanjawan ini kerajaan mengemukakan kaedah untuk menutup kebocoran, ketirisan terutama ketirisan akibat wang negara dibawa keluar negara yang mengakibatkan kita menjadi tidak kompetitif. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih rakan saya daripada Indera Mahkota yang memberikan pandangannya. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua kita datang dengan dokumen ini dengan belanjawan Pakatan Rakyat dan juga dengan Dokumen Negara Berkebajikan ini supaya ianya boleh menjadi suatu yang, satu comparison. Comparison yang kita rasakan boleh melahirkan perbandingan yang sihat. Kita tidak hendak yang status quo. Kalau kita di mana yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi kita hanya duduk dalam mindset lama, kita hanya duduk pada tahap lama nanti kita tidak boleh bersaing. Ini pemikiran yang bahaya. Sebab itu kita datang dengan alternatif. Rakyat boleh pilih. Beri peluang rakyat tengok. Beri peluang supaya cendekiawan kita berfikir tentang dokumen-dokumen ini. Tuan Yang di-Pertua saya hendak memberi contoh saya tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua pakai BlackBerry atau tidak. Akan tetapi hari ni BlackBerry menguasai apa yang dikatakan smart phone. Dulu tiada orang boleh lawan Nokia. Tidak boleh lawan Nokia. Nokia menguasai pasaran dunia. Namun dalam mereka langsungkan dan bersaing dalam dunia handphone dan smart phone ini kajian tahun lepas, Nokia ketinggalan jauh kerana apa dia tersilap, dia tidak baca tentang resipi ataupun dia tidak baca apa yang dikatakan minat anak muda terhadap smart phone. Jadi Nokia hari ini tinggal sekadar handphone sahaja tetapi BlackBerry, Samsung hari ini dan Apple telah menguasai pasaran dunia. Itu contoh kalau syarikat sebesar Nokia pun kalau dia tidak dedahkan diri dia, dia tidak menjadikan dan memandang dunia ini pada skala yang besar kita akan ketinggalan dalam persaingan ini. Jadi tugas Pakatan Rakyat pada hari ini tampil dalam Parlimen ini kemukakan alternatif. Yang Berhormat Rembau bahas tadi, Yang Berhormat Ledang bahas bagus bukan tidak bagus. Kritik itu tidak mengapa, kita pun kritik juga tetapi saya lihat apa yang lebih penting adalah masyarakat di luar sana mula melihat bahawa kita semakin serius, kita semakin hampir ke tengah. Ada satu buku Tuan Yang di-Pertua, orang Indonesia tulis hari ini masa depan ada di tengah.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi, siapakah yang pada hari ini bergerak ke tengah? Centre stage role ataupun centre stage leadership itu akan kita lihat mengambil tempat pada masa yang akan datang. Jadi, apa-apa pun peranan Pakatan Rakyat pada hari ini ialah untuk tampil memberikan pemikiran alternatif, bajet alternatif supaya kita dilihat memberikan sumbangan kita kepada rakyat dan negara kita sendiri. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai mungkin mengimbau sedikit, baru-baru ini dalam ucapan penting Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada malam 16 September, malam yang bersejarah. Hari Malaysia. Hari rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Saya rasa saya menggunakan bahasa yang tepat. Rakan-rakan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Dalam memberikan ucapan pada malam itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan suatu ucapan yang penting; hapuskan ISA dan beliau hendak mengkaji semua akta yang bersifat draconian. Okey, bagus. Itu satu yang sudah lama kita tunggu. Peranan kami sama ada hari ini, sesi ini, peranan rakan-rakan yang lain dahulu, dalam era yang lain dahulu, bercakap dengan konsisten tentang undang-undang ini, akhirnya kita mencapai satu kejayaan. Walaupun kawan-kawan kata bukan kerana kamu. Ini inspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seumpamanya. Ini idea transformasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi saya rasa tidaklah sebegitu Tuan Yang di-Pertua. Tidak akanlah pada malam 14 September atau 15 September, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidur bermimpikan, esok 16 September terus hendak memansuhkan ISA. Saya rasa tidak sebegitu.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita juga belajar apa yang dikatakan the law of cause and effects. Ada sebab- musabab untuk kita berkata sebegitu. Kalau kita reflect balik dengan jujur, Hansard Parlimen, ucapan-ucapan yang penting tentang akta-akta ini semua. Kita konsisten bahawa konsep tahan tanpa bicara ini ialah satu konsep yang tidak mungkin kita boleh terima dalam dunia yang bertamadun...

Tuan Masir KujatPRS · BNSri Aman

Minta penjelasan.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sedikit sahaja. Saya akan beri sedikit sahaja. Saya rasa apa yang penting adalah kerana kita konsisten lah, kerana kita mendidik masyarakat tentang ketidaktamadunan akta inilah yang akhirnya kita dapat hasil kita pada hari ini. Sebelum saya beri ya, sebentar. Saya akan beri... [Memberitahu Yang Berhormat Sri Aman] Saya hendak mengungkap semula tentang suatu peristiwa sebagai contoh yang berlaku pada 23 Ogos 1833, ‘Parliament passes the Emancipation Act. The evolution of slavery’. Ini berlaku dalam Parlimen, House of Commons yang mana pada waktu itu, seorang anak muda, 23 years old MP William Gladstone. Walaupun bapanya mempunyai sebuah ladang yang memang menggunakan hamba abdi tetapi dia tampil dalam Parlimen untuk menentang bapanya sendiri dan yang bersejarahnya adalah 23 Ogos 1833, The House of Commons passes the Emancipation Act. Kalau kita baca keseluruhan artikel ini Tuan Yang di-Pertua, ini adalah dianggap apa yang dikatakan the days that changed the world. Suatu peristiwa penting dalam House of Commons yang mengubah dunia, yang kita rasakan bahawa perbahasan itu tidak berlangsung hanya satu hari, satu minggu tetapi puluhan tahun. Ahli-ahli Parlimen di Britain, House of Commons dengan mereka mengadakan perbahasan, ada caucus, NGO mereka yang pada waktu itu berjuang dalam Parlimen, di luar Parlimen yang akhirnya kita melihat terhapusnya undang-undang tentang hamba abdi ini. Jadi, saya hendak relate balik dengan kejayaan rakyat Malaysia, saya tidak kata dengan bangga pada hari ini, ini kejayaan kami Pakatan Rakyat, PAS, PKR. Penghapusan ISA dan kesediaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk review semula akta-akta draconian ini adalah kejayaan rakyat Malaysia yang harus kita banggakan bersama... [Tepuk] Silakan.

Tuan Masir KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya ingin meminta penjelasan, tadi Yang Berhormat kata pada 16 September, Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia. Saya ingin meminta penjelasan sebab kalau kita lihat sejarah 1963, Sarawak dan Sabah hanya membentuk Malaysia bersama Semenanjung atau Tanah Melayu. Ingin meminta komen. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya. Saya mendengar itu sejak saya memasuki Parlimen tahun 2004. Ucapan yang sering kali diungkapkan oleh Ahli-ahli Parlimen kita dari Sabah dan Sarawak supaya mengenang dengan jujur, seikhlasnya tentang tarikh 16 September itu. Jadi, pandangan di sebelah sini pernah mengatakan, kalau tidak silap saya, pihak pembangkang mengatakan harus diambil satu inisiatif untuk mengenang tentang 16 September ini dengan tidak hanya kita merayakan 31 Ogos yang bersejarah itu. Jadi, saya rasa ini contribution kita bersama yang kita dapat pada hari ini yang mana kita- saya merasakan bahawa sejarah itu sangat penting yang mana kalau tidak ada persetujuan, satu referendum daripada rakan-rakan Sabah dan Sarawak, tidak mungkin terbentuk negara yang bernama Malaysia yang ada pada hari ini. Jadi, saya rasa itu kemenangan untuk semua. Satu lagi dengan nafas yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan kita harus menjadikan premis Parlimen ini sebagai satu premis yang subur untuk kita mencapai suatu pemikiran yang jauh ke hadapan. Kalau tidak hendak mengucapkan terima kasih pun tidak mengapalah. Saya pun tidak berkecil hati.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Itu sumbangan apa-apa pun tetapi sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini, beliau telah mengumumkan bahawa ISA itu akan dihapuskan dan kita sudah membincangkan dua akta yang telah di repeal, yang telah ditarik, bukan ditarik balik. Repeal ini... [Bertanya kepada rakan Yang Berhormat] ...Dimansuhkan, yang merupakan satu kejayaan kepada kita semua. Dalam hal itu, sejarah memainkan satu perkara yang sangat yang penting dan dalam ayat yang saya bacakan tadi ialah mengambil falsafah daripada surah itu tadi ialah ia mesti menghilangkan rasa kelaparan rakyat dan juga menghilangkan rasa takut, keamanan yang menjadi falsafah ayat yang dibaca, yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baca di awal tadi. Jadi, saya merasakan kalau ISA itu boleh dihapuskan, akta-akta yang lain yang saya sebutkan tadi itu telah pun bersetuju untuk kita tarik dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, sekali lagi dalam nafas yang sama, saya minta dengan rasa hormat saya sebagai rakyat, sebagai Ahli Parlimen di sebelah sini supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga boleh memikirkan bahawa mengapa dengan semangat yang sama, terus Kerajaan Kelantan itu dinafikan pembayaran royalti petroleumnya. Ini penting kerana itu ialah wang rakyat. Itu hak negara. Hak yang kita kongsikan bersama. Saya hendak sebut dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu baru-baru ini, beliau telah pun mengisytiharkan bahawa kerajaan Terengganu telah mendapat bagi setengah tahun royalti bagi tahun 2011, dia sudah mendapat RM936 juta. Kelantan tidak mendapat apa-apa. Saya telah diberitahu dan mengikut kajian kita yang telah kita bawa, perjuangan ini sampai pada peringkat perbicaraan bahawa kita telah mempunyai suatu telaga ataupun kawasan zon minyak yang terkini yang dijumpai di Medan Bumi dan Medan Suria. Yang ini tidak ada. Bukan masuk JDA. Tidak lagi bertindih dengan Thailand. Kalau JDA, okey. Itu kita beri dengan Thailand dan royaltinya kita dapat bersama tetapi yang paling baru ialah Medan Bumi dan Medan Suria. Juga kita tidak diberitahu dengan sejujurnya tentang kawasan kita yang overlap dengan Terengganu di sempadan iaitu di Medan Lawit, di Medan Damar dan Medan Bintang. Ini juga kita tidak kira dengan jujur. Kemudian, yang kita dapati di Medan Bumi dan Medan Suria yang kita bertindih dengan Terengganu. Apa yang lebih memedihkan dan menyayat hati ialah apabila kita minta Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk apa yang dikatakan document discovery.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Hendak minta Tuan Yang di-Pertua bukan minta duit lagi, hendak minta didedahkan dokumen itu, berapa banyak, berapa luas, berapa sebenarnya kuantiti hasil petroleum itu pun dinafikan hak Kerajaan negeri Kelantan. Jadi saya rasa dengan semangat yang telah ditunjukkan, saya rasa saya sekali lagi berdiri di sini untuk saya meminta agar diberikan hak ini kepada rakyat negeri Kelantan, hak royalti ini dan kita boleh membuat terlalu banyak program dan aktiviti untuk kita meningkatkan ekonomi rakyat di dalam Negeri Kelantan. Kalau tidak hendak dan mungkin nipis untuk mendapatkan FDI, daripada usaha Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Cuba bayangkan kalau saluran-saluran gas itu didaratkan di Bachok, apa jadi kepada Bachok sekarang, apa jadi Kelantan pada hari ini, bagi Yang Berhormat Kuala Krai dahulu selepas itu sekali dengan Yang Berhormat Pasir Salak.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, Tuan Yang di-Pertua. Dalam satu soalan yang saya kemukakan kepada Perdana Menteri, sama ada kerajaan bercadang untuk membina suatu loji pendaratan gas daripada kawasan pembangunan bersama JDA ini di negeri Kelantan, maka jawapannya ialah kerajaan tidak bercadang untuk membangunkannya kerana kosnya yang tinggi. Namun dalam masa yang sama program ataupun pendaratan ini boleh dibuat di suatu tempat lain di Songkhla, di Thailand yang mana lebih jauh jaraknya kalau dibandingkan di kawasan di negeri Kelantan di Tumpat atau di Bachok misalnya. Jadi apa pandangan tentang layanan kepada negeri Kelantan ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya Tuan Yang di-Pertua, itulah yang dikatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Konsepnya janganlah ditakutkan, diberikan ugutan kepada negeri-negeri seperti Kelantan ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi kalau boleh buat di Songkhla, didaratkan di Songkhla dengan kos yang lebih mahal, jadi kenapa tidak pipe line itu didaratkan di pantai Bachok dan ini adalah untuk kepentingan rakyat di negeri Kelantan. Kalau saya berkata begini pun pada hari ini, daratkan di Bachok, daratkan di mana pun di dalam Daerah Kelantan, kalau rakyat besok hendak siapa pun jadi kerajaan, itu kita serahkan kepada rakyat tetapi... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Hilangkan rasa ugutan dan hilangkan rasa penindasan terhadap rakyat itu, harus kita hilangkan kalau benar Perdana Menteri baca ayat itu di awal mukadimah belanjawan baru-baru ini, silakan Yang Berhormat Pasir Salak, jangan lama ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat, jadi saya hendak minta penjelasanlah. Saya kalau boleh hendak berasa yakin dengan kenyataan Yang Berhormat yang mengatakan bahawa berikan apa yang patut diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membela rakyat. Saya ada satu kes yang meragukan iaitu FELCRA, kita beri balik tanah 10,000 ekar yang bernilai RM300 juta yang diminta balik oleh kerajaan negeri kerana peserta belum diisi sebabkan kerajaan Kelantan tidak beri senarai nama kepada kita begitu lama dan kita akur kerana kerajaan Kelantan berhak ke atas tanah. Apabila saya menandatangani surat perjanjian di antara pengerusi FELCRA dengan Menteri Besar Kelantan, saya dengan rela hati menyerahkan balik tanah itu tetapi hingga ke hari ini tanah itu masih belum diberikan kepada rakyat. Saya telah mengeluarkan dua, tiga statement di dalam surat khabar meminta Menteri Besar supaya menjawab ke mana pergi tanah itu dan ke mana pergi hasilnya itu, tidak dijawab. Jadi ia menjadi perbualan orang ramai mengatakan duit daripada hasil tanah itu masuk kocek siapa pun tidak tahu, Tuan Husam Musa kah atau siapa kah, jadi ini satu bukti nyata yang menunjukkan bahawa apa Yang Berhormat sebutkan tadi payah kita hendak faham dan percaya, besok bagi ini semua guna untuk politik bukan untuk rakyat. Hendak menjaga rakyat Kelantan, kerajaan pusat mempunyai cara, sudah menubuhkan Universiti Kelantan pun, sudah buat itu sudah buat ini, kita tahu bagaimana hendak membela rakyat Kelantan, tidak perlu kita hendak beri kepada kerajaan PAS yang selalu berdolak-dalik, tidak konsisten. Tadi Yang Berhormat sebut konsisten, itu pun saya hendak tanya tetapi panjang sangat dan saya tahu Yang Berhormat tidak akan bagi saya, saya tahu. Terima kasih banyak.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya rasa kalau Yang Berhormat hendakkan laporan lengkap, saya boleh minta bagi pihak Kelantan berikan laporan tetapi Yang Berhormat tuduh itu, masuk kocek EXCO, masuk kocek MB, itu tuduhan, Yang Berhormat ulang di luar?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Itu buruk sangka, jadi saya rasa begini...

Saya rasa itu kata orang bukan kata saya, saya sebutkan sahaja mungkin tidak betul.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Itu...

Mungkin tidak betul..

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Itu yang...

...Tidak boleh cakaplah.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat...

Saya hendak cakap..

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Kata

...Perbualan di luar, rumors...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Itu, itu tuduhan itu.

Tidak satu rumors...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Dan dalam laporan audit negara, saya hendak baca ya iaitu terbaru, Ketua Audit Negara bagi suatu recommendation yang baik kepada Negeri Kelantan, tidak ada rasuah, tidak ada apa yang dikatakan pengusaha yang baik, anak syarikat yang bagus, jadi saya rasa kalau ada...

[Menyampuk]

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Yang Berhormat itulah di report oleh Ketua Audit Negara kepada ...

...Mana pergi tanah 10,000 ekar itu yang bernilai...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Kalau...

...RM300 juta itu.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kalau Yang Berhormat...

Ke mana pergi...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya Yang Berhormat...

...Tidak ada jawapan, satu statement besar di dalam surat khabar yang saya buat, kita katalah mencabar kepada Menteri Besar Kelantan tidak terjawab...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, ya...

...Sampai ke hari ini pun, kenapa jadi begitu.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya bukan MB di sini...

[Menyampuk]

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya boleh minta...

...Sebab-sebab Yang Berhormat bercakap bagi pihak kerajaan Pakatan Rakyat...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Tuduh itu Yang Berhormat boleh ulang di luar.

Hah bercakap membela kerajaan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Ini sebagai selinganlah, tadi saya dikunjung hormat oleh Timbalan Presiden Parlimen Jerman yang masuk sebentar tadi, apabila kami bersembang-sembang, soalan pertama beliau ialah dia kata, “as we are approaching the corridor of this Parliament, we saw that one member of Parliament being interrupted by two, three members of Parliament, what this is all about? We don’t have it in our Parliament” terpaksa saya memberikan penjelasan soal Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) iaitu penjelasan, pencelahan dalam soal begini. Sebagai selingan pun begitu ada kewarasannya apa yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Speaker Parlimen Jerman. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37(1)(d) ialah semata-mata untuk mencari penjelasan kepada hujah yang sedang dihujahkan oleh seorang Ahli Yang Berhormat, kalau ada kesamaran bukan memasukkan satu opinion daripada Yang Berhormat yang mencelah, selepas itu tanya pula, “Do you agree with me”? Itu opinion, your own opinion dimasukkan di dalam hujah orang lain. Peraturan Mesyuarat 37 tidak seperti itu, jadi jika kita membuat reformasi di dalam segala-gala termasuk apa yang dibahaskan bolehkah saya memohon kerjasama semua supaya kita reform dan mentaliti kita sewaktu berbahas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian, you ada setengah jam jadi kalau you fikir bahawa masa itu singkat, tidak perlu lah memberikan laluan kepada pencelahan seperti begitu yang ada new opinion, injected opinion and after that you are being asked, do you agree with me Yang Berhormat Kubang Kerian, bukan begitu Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) maksudnya. Sila teruskan, saya berikan dua, tiga minit lagi Yang Berhormat oleh sebab banyak interruption.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih lah Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Kuala Krai kerana mencelah tadi. Dalam nafas yang akhir ini Tuan Yang di-Pertua, PM juga mengalu- alukan one-off kepada bekas-bekas home guard, polis dan tentera yang bekerja dalam era yang dikatakan sebelum merdeka. Saya rasa bukan untuk saya berbicara tentang hasutan dan seumpamanya tetapi tanggungjawab saya untuk bercakap hari ini tentang kita harus jujur untuk meminta kerajaan menulis kembali sejarah negara dengan jujur. Ada orang mengatakan sejarah itu boleh dipolitikkan. Tuan Yang di-Pertua, aksi-aksi ataupun juga perihal dan apa juga rekod yang kita baca dalam sejarah dunia ini, sejarah ada tulis 70 peratus mengenai orang-orang politik, pemimpin dunia, tokoh-tokoh dunia.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Apa yang Churchill pernah sebut bahawa memang sejarah ditulis oleh pihak yang menang, yang kalah dikatakan menulis puisi. Itu kata Churchill. Akan tetapi dalam perkembangan apa pun saya rasa Tuan Yang di-Pertua boleh bersetuju bahawa tidak ada dari segi ilmu yang kekal abadi yang tidak boleh diubah kecuali Al-Quran Al-Karim itu sahaja yang tidak boleh diubah. Ilmu alam hari ini Tuan Yang di-Pertua, geografi berubah. Kita bukan main menghafal dahulu monsun timur laut bertiup bulan November sampai Februari, barat daya dari April sampai Julai sekarang ini cuaca datang dengan keadaan yang tidak menentu. Teori ekonomi, teori apa pun satu disiplin yang berubah, pelajar- pelajar semakin cerdik, universiti semakin berkembang, tesis-tesis baru yang ditulis, banyak finding baru yang kita terokai. Sejarah begitu juga. Jadi janganlah mengatakan bahawa kita ini bersimpati dengan komunis dan seumpamanya sehingga menggelar kita pro dengan komunis dan seumpamanya. Oleh kerana seorang manusia yang bernama Mohamad Sabu paling-paling tidak pun hari ini kerajaan fikir balik hendak bagi apa kepada polis, home guard, bekas tentera yang bekerja itu sebelum merdeka. Tidak payah ucap terima kasihlah tetapi saya mahu ianya ditulis dengan jujur. Tuan Yang di-Pertua, Nelson Mandela dibebaskan pada 11 Februari 1990 sebagai satu mercu kemanusiaan yang kita banggakan pada hari ini. Rejim aparteid tidak akan menulis sejarah yang adil ke atas Nelson Mandela. Tidak mungkin adil, saya masuk Darjah 1 tahun 1968, masuk sekolah menengah tahun 1974 Tingkatan 1. Buku sejarah yang saya baca 10 tahun lewat kemerdekaan hafal nama Frank Swettenham, hafal nama JWW Birch, hafal nama Sir Andrew Clark. Sepuluh tahun lewat kemerdekaan. Apa jenis sejarah yang diajar pada murid-murid pada waktu itu. Kalau kita hendak bincang sejarah ini tidak boleh diubah, tidak boleh ditulis barulah kemudian dengan suara daripada pejuang-pejuang kemerdekaan, suara waris-waris yang memperjuangkan kemerdekaan yang banyak kita kategorikan sebagai unsound, dengan izin, unsound warriors, wira-wira yang tidak didendang ini kita harus melihat. Saya memetik Tuan Yang di-Pertua, mungkin akhir sekali tentang suatu dokumen yang ditulis yang dokumen ini bertajuk Pengukir Nama Johor yang mengisahkan tentang Mat Indera, yang dalam artikel itu yang ditulis oleh seorang ahli sejarah yang bernama Ismail Adnan, kisah rumah pasung Bukit Kepong yang diserang pada 23 Februari 1950. Dalam dokumen itu Tuan Yang di-Pertua, kalau saya baca dengan teliti hanya mengatakan Mat Indera yang dikatakan, bahasa yang digunakan yang dikatakan bersubahat dengan pihak komunis. Dikatakan dalam artikel yang begini ilmiah pun, ahli sejarah ini tidak lagi mengatakan memang dia confirm ataupun memang dia adalah seorang komunis. Ada tesis yang ditulis oleh pelajar Universiti Malaya ada dua artikel yang saya hendak petik pada hari ini, iaitu satu tentang Konstabel Yusof Rono dalam kajian polis itu yang mengatakan dia nampak Mat Indera menyelamatkan mata-mata ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Satu lagi tesis yang ditulis ialah tentang bagaimana pihak penguasa Taiping beberapa bulan sebelum Mat Indera itu digantung, ini tesis yang digantung dalam pelajar ini mendapatkan Ph.Dnya, dia menulis bahawa pihak penguasa Taiping offer pengampunan kepada Mat Indera dengan syarat Mat Indera mengaku sahaja dia komunis. Mat Indera mengatakan daripada hidup bercerminkan bangkai biar saya mati bergalang tanah. Makna dia Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa bulan hendak ke tali gantung dioffer dengan satu pembebasan bersyarat minta sahaja dia mengaku komunis, Mat Indera mengatakan saya bukan komunis, saya rela mati digantung dan dia mati digantung. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini bukan untuk mengatakan betul atau tidak, tetapi untuk menulis kembali sejarah berkenaan negara ini harus diberikan suatu pengiktirafan oleh mana-mana pihak supaya kita tahu sebenarnya apa yang berlaku. Kita berada di era yang banyak lagi dokumen-dokumen yang mungkin tidak didedahkan dan hanya berpihak kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Jadi saya rasa dengan isu itu saya rasakan sangat wajar untuk kita semua melihat akan suatu panel ataupun suatu apa pun jawatankuasa peringkat negara ditubuhkan untuk menulis kembali sejarah kemerdekaan negara kita supaya kita berlaku adil terhadap sejarah kita sendiri yang bukan kita terhasut, termakan dengan acuan penjajah yang menggelarkan kita kanan ataupun kita kiri. Siapa mereka untuk mereka mengatakan kita kanan ataupun kita kiri. Kitalah yang boleh menentukan sejarah kita sendiri. Sekian Tuan Yang di-Pertua, sebagai ucapan saya dalam belanjawan pada kali ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pengerang. Selepas itu Yang Berhormat Machang, selepas itu Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali bagi pihak masyarakat rakyat-rakyat di Pengerang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan penghargaan ke atas pembentangan Bajet 2012 atas tajuk Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat Mensejahterakan Negara. Di dalam bajet ini kita dapat tengoklah lima perkara yang menjadikan fokus utama dalam pembentangan Yang Amat Berhormat. Pertama sekali kalau kita tengoklah dalam fokus pertama iaitu yang meligatkan pelaburan. Saya melihat cadangan kerajaan untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings bagi menghasilkan dana untuk menjadikannya sebuah syarikat berstatus global juga merupakan satu langkah yang baik dan tindakan yang berpandangan jauh. Dengan penyenaraian FELDA Global ini dan kewujudan Koperasi Permodalan FELDA kita melihat masyarakat FELDA bukan sahaja menjadi peneroka, tetapi juga akan dilihat sebagai empunya saham kepada senarai dalam perladangan dunia. Ini kalau kita tengoklah memberikan satu tahap kepada masyarakat FELDA yang saya sendiri sebagai wakil rakyat dalam kawasan yang majoritinya FELDA, langkah kerajaan ini yang mana bagi kami menunjukkan bahawa kerajaan hari ini begitu peka kepada perubahan zaman terutama sekali kalau kita tengoklah dalam aspek FELDA ini, kejayaan FELDA ini dirasai bersama dengan kemasukan koperasi ini di dalam menjadi empunya saham dalam FELDA Global. FELDA Malaysia ini akan diberikan tanggungjawab kalau kita tengok dalam interview Utusan Malaysia yang mana Pengerusi FELDA Tan Sri Isa yang juga merangkap akan menjadi Pengerusi kepada Koperasi ini menyatakan, bahawa FELDA Malaysia akan memainkan peranan dengan izin, social responsibility. Kalau kita lihat di FELDA ini peranan kedua-dua ini memang penting untuk mendapatkan keuntungan dan peranan untuk memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. Kalau kita lihat peranan FELDA Malaysia dalam cadangan untuk menyenaraikan FELDA Global ini, maka tanggungjawab FELDA Malaysia menjaga prasarana, tanggungjawab menjaga masyarakat, tanggungjawab menjaga kawasan, tanggungjawab mungkin insya-Allah mewujudkan hospital FELDA di kawasan FELDA dan sebagainya.

Ini bagi saya memang kita lihatlah satu pendekatan yang memang kepada alaf baru dalam membahagikan tanggungjawab antara FELDA Malaysia dan juga FELDA Global. Akan tetapi saya ingin mencadangkan daripada 76,483 orang anak-anak FELDA yang belajar di institut pengajian tinggi IPT awam ataupun swasta, 28,737 yang dalam proses mendapat ijazah, 1,567 proses mendapat Ph.D dan 47,688 dalam mendapatkan diploma.

Saya melihat adalah mungkin boleh dijadikan tanggungjawab bersama daripada Koperasi Permodalan FELDA dan juga FELDA Global untuk meletakkan keutamaan kepada anak-anak FELDA terutama sekali generasi kedua dalam memainkan peranan yang aktif dalam bidang ini bukan sahaja menjadi kata orang pewaris kepada kejayaan FELDA tetapi lebih melibatkan diri dalam peranan mereka sebagai generasi kedua. Kita tidak mahu melihat generasi kedua hanya boleh dilihat sebagai anak FELDAlah tetapi kita hendak lihat generasi kedua dapat memainkan peranan yang lebih aktif. Jikalau saya sebut tadi daripada 76,483 orang lulusan daripada universiti ini, mereka boleh bagi saya dijadikan satu keutamaan dengan izin, priority, kepada FELDA Malaysia, FELDA Global dan insya-Allah koperasi ini, supaya anak-anak FELDA dapat memainkan peranan mereka yang aktif sebagai anak peneroka dan kita tengok mereka memainkan peranan dalam membuat keputusan untuk memberikan kejayaan juga kepada FELDA. Saya juga lihat bahawa daripada apa yang hendak dicadangkan ini, saya tengok rata dunia ini tidak adalah mana-mana kerajaan seperti kerajaan Barisan Nasional hari ini yang memang melihat peranan dan kejayaan FELDA boleh dijadikan contoh kepada dunia terutama sekali negara membangun dan negara dunia ketiga supaya mereka dapat lihat bahawa masyarakat memainkan peranan yang begitu aktif dalam aspek kejayaan ekonomi dan juga pembangunan. Jikalau kita tengok di dunia di luar sana, negara-negara membangun dan negara yang sudah membangun, banyak cabaran-cabaran ekonomi yang mereka berhadapan. Amerika Syarikat sebagai contoh, banyak kes-kes di mana orang profesional sekalipun tidak berjawatan, kehilangan tugas, keluarga berpecah dan sebagainya yang mana bagi saya cadangan yang hendak dibuat ini dalam menyenaraikan FELDA Global ini akan membawa peneroka-peneroka khasnya dan anak-anak mereka iaitu generasi kedua pada tahap kata orang menjadi pemacu kepada kejayaan peranan mereka dalam sektor perladangan khasnya. Dalam fokus ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Program Transformasi Luar Bandar, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan dengan penerimaan dan kepekaan kepada isu perkhidmatan bas supaya dapat diwujudkan bas yang lebih selesa dan berkualiti. RM150 juta di Tabung Pembangunan Perkhidmatan Awam di SME Bank. Jikalau kita tengok ini, memanglah saya sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar ini, antara masalah yang selalu ditimbulkan ini memang tidak lari daripada masalah pengangkutan. Kata orang daripada satu kampung ke satu kampung yang lain kalau tidak ada kereta sendiri, tidak ada motor sendiri, hendak berjalan itu begitu jauh. Jadi dengan Program Transformasi Luar Bandar ini bagi saya terutama sekali dalam bidang mewujudkan bantuan dalam menyediakan perkhidmatan ini, insya-Allah bagi saya akan dapat menggerakkan lagi pembangunan di kawasan luar bandar. Dalam transformasi perkhidmatan awam, saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai sektor awam terutama sekali dengan kewujudan satu badan kah, agensi kah ataupun boleh disebut sebagai satu suruhanjaya ataupun boleh disebut sebagai satu skim yang baru yang mana bagi saya memang memberikan kematangan kepada pegawai- pegawai kerajaan dalam peranan mereka memberikan perkhidmatan kepada negara kita. Jikalau kita lihat, saya kadang-kadang tengok di kawasan luar bandar, selalunya bila bercakap tentang pegawai-pegawai kerajaan, antara masalah yang saya tengok di sini yang kadang-kadang berlaku ialah macam contohnya dalam isu Pegawai Belia. Pegawai Belia di peringkat daerah ini kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, satu orang pegawai ini mungkin gred dia 48, dia jaga tiga kawasan Parlimen. Contohnya di kawasan saya, Pegawai Belia Kota Tinggi menjaga tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Pengerang, Parlimen Kota Tinggi dan Parlimen Tenggara.

Daripada jumlah tiga-tiga kawasan parlimen ini, jumlah keseluruhan belia lebih kurang 40 peratus. Jadi Pegawai Belia ini yang gred 48 ini, dia seorang-seorang hendak jaga tiga kawasan Parlimen yang begitu besar. Jadi kalau kita tengoklah rujuk kepada fokus kelima Yang Amat Berhormat berkenaan dengan isu cadangan menggalakkan, menggerakkan kelebihan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah, bagi saya kita perlu mengambil kira peranan yang perlu dimainkan dalam pemantauan oleh Pegawai Belia. Di antara masalah yang kita berhadapan ini bukannya persatuan belia di peringkat luar bandar ini tidak aktif, mereka aktif. Akan tetapi yang sentiasa kadang-kadang menjadi masalah ialah pemantauan mereka menggerakkan persatuan mereka dalam pendekatan yang lebih aktif. Itu sebabnya bagi saya bila hendak bercakap tentang yang mana Yang Amat Berhormat bercakap tentang transformasi perkhidmatan awam, kita mesti meletakkan bukan sahaja keutamaan kah, kejayaan atau kerjaya, tetapi kita mesti menerima yang dapat menggerakkan segala cadangan ataupun pergerakan dasar kerajaan ini, lari tidak lari ialah pegawai kerajaan yang berada di peringkat bawah. Jadi di sini contohnya kalau katakan Pegawai Pelajaran Daerah kah, Pegawai Belia Daerah kah, macam-macam pegawai peringkat daerah, jikalau kita lihat tanggungjawab mereka yang begitu besar kadang-kadang kalau kita tengok mereka ini, kedudukan mereka ini seolah-olah dilihat sebagai kedudukan yang tidaklah begitu penting. Bukannya dari segi apa Tuan Yang di- Pertua, tetapi lebih beban mereka untuk menjalankan tugas ini. Jadi harapan saya, kita mesti memperbanyakkan sebab kita mesti menerima hakikat bahawa mereka di peringkat daerah ini memang begitu ramai. Jikalau kita tengoklah, izinkan saya bercerita tentang seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga agensi. Bila saya tanya kenapa dia tidak hendak pergi ke Putrajaya hendak naik pangkat, jawapan dia kalau dia kerja dekat kawasan daerah lagi senang. Jadi secara tidak langsung mungkin ibu pejabat kehilangan kepakaran yang ada. Akan tetapi pada masa yang sama, kita dapat melihat seolah-olah galakan mereka untuk mendapatkan pangkat itu tidak ada dirasai disebabkan mereka seolah-olah melihat mereka menjaga kawasan yang begitu besar, mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar dan isu-isu yang berlaku. Ambil contoh yang paling mudahlah kalau saya tengok persatuan belia Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok persatuan-persatuan belia yang ada di peringkat mukim, di peringkat kampung yang peringkat daerah ini, daripada satu kampung antara satu kampung ini, kalau pegawai belia itu dia hendak bergerak Tuan Yang di-Pertua, bukannya sekejap, 30 hingga 40 minit daripada satu kampung ke kampung yang lain. Dia hendak habiskan kerja dalam masa lapan jam dia bekerja itu tidak habislah kalau dia ada ditugaskan hendak menjaga sepuluh kampung. Itu baru kepada satu kawasan parlimen, belum lagi hendak jaga tiga kawasan Parlimen. Berjalan, berlari pegawai-pegawai ini sampai kadang-kadang ini berhadapan dengan kemalangan. Baru-baru ini kita tengok surat khabar pegawai- pegawai kadang pergi bertugas kemalangan di jalan raya dan sebagainya sebab hendak mengejar masa, hendak mengejar tanggungjawab. Jadi di sini cadangan saya kepada kerajaan, kita mesti menerima hakikat bahawa memang pegawai-pegawai di peringkat ibu pejabat itu memang pembuat dasar. Mereka sebenarnya kata orang bos-bos yang banyak tanggungjawab. Akan tetapi yang peringkat bawah ini, peringkat daerah ini, kita mesti memberikan mereka bukan sahaja memberikan mereka pangkat, memberikan mereka kedudukan tetapi kita mesti wajib memperbanyakkan pegawai-pegawai di peringkat daerah. Tidak kisahlah jabatan mana. Ini kerana kalau kita tengoklah, mungkin budaya kerajaan bertukar daripada pegawai daerah contohnya Pegawai Belia Daerah dijadikan Pegawai Belia Peringkat Parlimen, mungkin Pegawai Pelajaran Daerah dijadikan Pegawai Pelajaran Peringkat Parlimen dan sebagainya. Jadi kita ini sebagai Ahli Parlimen, mungkin saya berhadapan dengan keadaan di mana kalau kita hendakkan bantuan daripada pegawai kerajaan itu, senanglah sedikit sebab dia tahu tanggungjawab dia, fokus kedudukan dia. Lebih menyeronokkan insya-Allah ialah bila bercakap tentang transformasi perkhidmatan awam ini, masyarakat kawasan luar bandar akan dapat merasai kepada perubahan-perubahan ini.

Itulah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan fokus kelima dalam aspek kerajaan yang mana Yang Amat Berhormat menyebut RM320 juta untuk aktiviti persatuan belia, dalam aktiviti kemahiran, program kepimpinan dan juga dalam aktiviti- aktiviti kepimpinan peringkat daerah dan sebagainya, bagi saya sudah tiba masanyalah apa yang Yang Amat Berhormat sebutkan itu memang betul. Ini kerana kadang-kadang bila bercakap tentang belia ini, kadang-kadang persatuan belia ini Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang perbelanjaan belia, banyaknya pada aspek pembangunan. Maknanya kalau katakan kompleks sukan kah, institut kemahiran kah, semua boleh bercakap tentang belia, tetapi berapa banyak belia yang dapat merasai kejayaan kepada sektor ini? Jadi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat RM320 juta ini untuk bantu Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah, Majlis Belia Malaysia bagi saya satu langkah yang begitu bijak dan begitu proaktif. Tidak lagilah kita dengar suara-suara sumbang persatuan belia seolah-olah mereka ini kononnya dianaktirikan oleh Jabatan Belia Sukan dan Negeri sebab kononnya fokus banyak kepada sukan. Jikalau kita tengok daripada bantuan kewangan yang hendak di turunkan untuk mereka dapat gerakkan, yang penting harapan saya relevan-relevan agensi terutama sekali Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan juga Majlis Belia Malaysia mewujudkan sistem KPI di mana bila kita hendak melatih belia-belia ini, kita mesti mewujudkan contohnya budaya 1Malaysia. Bermula dalam persatuan-persatuan belia, mungkin di peringkat sekolah kah, lepas sekolah kah atau di peringkat universiti, dia mesti memahami tentang isu bangsa Malaysia sebagai keutamaannya. Tidak lagi dia merasakan dia duduk dalam kawasan perkampungan Melayu. Dia masuk persatuan belia yang bergerak atas budaya Melayu dia merasakan, “Eh! saya ini persatuan belia orang Melayu kah, persatuan belia anak Malaysia.” Itu sebabnya KPI ini yang hendak ditujukan kepada persatuan ini mesti kita tengok tentang konsep-konsep kursus kepimpinan itu dapat kita mengolah supaya kursus ini dapat memberikan matlamat utama terutama sekali menjadikan mereka sebagai anak Malaysia yang berjiwa 1Malaysia.

Berkenaan dengan memartabatkan sukan negara, Yang Amat Berhormat sebut tentang futsal court. Saya ucapkan terima kasihlah, lihat 1,100 gelanggang futsal. Bukannya saya kata hendak mengecilkan futsal, tetapi memang eloklah. Akan tetapi, kadang-kadang orang perempuan ini futsal itu di kawasan kampung, dia jarang main Tuan Yang di-Pertua.’ [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Sebenarnya kalau lihat futsal ini, saya lihat kadang-kadang orang-orang, budak- budak muda wanita ini kadang-kadang kawasan bandar itu, dia selesalah dia hendak tendang bola futsal. Akan tetapi, di kawasan kampung ini kadang-kadang susah juga dia hendak bergerak dan kadang-kadang segan juga, malu juga dia. Jadi saya haraplah Yang Amat Berhormat dapat juga menerima kehadiran generasi wanita muda, mungkin kalau futsal court itu hendak ditambahkan permainan sukan netball atau sebagainya itu, bagi saya dapat digalakkanlah. Akan tetapi, kalau kita hendak kepung semua gelanggang futsal itu nanti, tidak ada angin pula hendak main sukan futsal dan sebagainya. Bukannya saya melihat kepada pemisahan, tetapi lebih kepada menerima pakai bahawa generasi wanita Melayu muda juga kadang-kadang memang mereka kata orang dalam isu sukan ini perlu banyak galakan. Itu sebabnya cadangan saya Tuan Yang di-Pertua ialah bukan sahaja mewujudkan satu gelanggang futsal, 1Mukim 1Gelanggang yang mana Yang Amat Berhormat sebut baru-baru ini, tetapi lebih mewujudkan persatuan sukan di peringkat mukim dan juga persatuan sukan di peringkat kampung.

Ini kerana kalau kita hendak mewujudkan hanya pertandingan sahaja, tetapi tidak adanya persatuan sebagai penggalak, persatuan sebagai pemantau, persatuan sebagai pengatur, maka saya lihat hasil daripada pembinaan ini mungkin akan menjadi gajah putih ataupun gajah hitam disebabkan tidak adanya persatuan. Kalau kita lihat dalam negara-negara yang berjaya dari segi sukan, antara penggerak kepada kejayaan sukan ini ialah persatuan-persatuan sukan di peringkat, dengan izin, di peringkat grassroot. Persatuan-persatuan ini bukannya susah sangat. Dia boleh pakai satu uniform dengan persatuan belia, tetapi yang penting itu, kita tidak boleh hanya mewujudkan pembangunan fizikal sahaja apabila kita bercakap tentang sukan. Kita mesti juga samakan pembangunan sukan ini dalam aspek kewujudan persatuan supaya anak-anak muda kita ini, tidak kisahlah orang lelaki atau orang perempuan, apabila dia terlibat dalam sukan ini, dia tahu syarat-syarat permainan, dia tidak mewujudkan kecederaan dan dia dapat mengatur dirinya untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Itu sebabnya harapan saya, Yang Amat Berhormat akan memberikan juga penekanan kepada persatuan-persatuan sukan, digalakkan sebanyaknya di peringkat mukim ataupun kalau kita lebih berkemampuan, di peringkat kampung. Kampung-kampung ini seperti Tuan Yang di-Pertua tahulah, kadang-kadang kampung ini, jaguh kampung ini memang begitu banyak. Kadang-kadang apabila lihat sukan antarabangsa, dialah yang beri komen paling banyak, sebenarnya tendang bola pun tidak boleh. Jadi sekurang-kurangnya apabila ada persatuan ini, saya lihat sekurang-kurangnya galakan ini akan menjadi satu galakan bernas dan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan itu tidak akan menjadi perbelanjaan yang ke arah kerugian. Ini kerana persatuan ini boleh sama-sama juga diberikan mereka tanggungjawab bersama menyelia dan menyelenggarakan gelanggang-gelanggang ini di peringkat mukim. Maknanya, persatuan-persatuan sukan di peringkat kampung, di peringkat mukim ini bukan sahaja dia diberikan kebebasan hendak bersukan atas gelanggang futsal ini, tetapi mereka juga diberikan tanggungjawab untuk menyelenggara...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

Dan memantau, mewujudkan kebersihan dan sebagainya.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Pengerang, minta laluan sedikit boleh? Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Tuan Yang di-Pertua, kita dengar hujah Yang Berhormat Pengerang ini hampir 10 minit daripada awal itu, nampaknya macam seperti mengkritik dasar-dasar kerajaan dalam Kementerian Belia dan Sukan. Saya nampak baguslah, pembentangan dan ucapan yang baik, memberikan pandangan-pandangan yang membina kepada kerajaan. Akan tetapi, yang agak menghairankan saya ialah seolah-olah seperti Yang Berhormat Pengerang seperti tidak pernah berada di posisi itu. Idea-idea yang bernas yang keluar sekarang seolah-olah seperti begitu lewat terkeluar pada ketika ini. Jadi, saya rasa cukup kontradiksi pemikiran saya. Idea-idea baru sekarang bernas, cantik termasuk juga kakitangan kerajaan yang sepatutnya pada ketika Yang Berhormat Pengerang berkuasa, pada ketika itulah persatuan belia dimartabatkan, institusi sukan ataupun mungkin tidak sempat dan sebagainya. Jadi, minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Soalan yang begitu baik. Pertama sekali, sudah tentu jawapan saya seperti jawapan yang saya boleh saya tanyakan kepada Yang Berhormat Kuala Kedah sebagai satu pakatan parti pembangkang. Mungkin Yang Berhormat daripada Permatang Pauh dalam belanjawan yang diusulkan oleh parti pembangkang, cadangan- cadangan, perubahan demi perubahan itu kenapa tidak dibuat masa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Itu jawapan saya

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Itu telah dibuat. Selama lapan tahun sebagai Menteri Kewangan, defisit berjaya dikurangkan.

Betul. Izinkan saya jawab. Betul. Izinkan saya jawab. Tanya soalan, biarlah saya jawab Tuan Yang di-Pertua. Jadi jawapan saya yang pertama ialah kalau hendak tanya saya seperti yang dikatakan Yang Berhormat Rembau itu, kata-kata pembangkang ini kadang-kadang mengata orang lebih, tetapi diri sendiri dia tidak nampak. Itu jawapan saya yang pertama. Jawapan saya yang kedua ialah saya menjadi Menteri Belia dan Sukan itu 4 tahun, bukannya 8 tahun. Mungkin Yang Berhormat Kuala Kedah tidak baca sejarah kah, tidak faham. Tidak mengapalah. Saya faham orang Kuala Kedah. Akan tetapi...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Menteri Kewangan lapan tahun. Menteri Kewangan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Empat tahun. Itu yang saya hendak terangkan. Ketiga, saya menyatakan bahawa kalau daripada ucapan-ucapan saya menjadi Menteri, banyak cadangan ini telah diletakkan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Akan tetapi, hari ini, hari Jumaat apabila mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan secara konsisten dan secara menyebut komitmen kerajaan terutama sekali dalam aspek kewujudan 1,001 gelanggang futsal dan juga RM320 juta untuk kursus-kursus kepimpinan daya ketahanan diri dan sebagainya kepada Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Malaysia..Bagi saya menunjukkan bahawa bahas ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat ini boleh dipakai dalam Bajet 2012. Okey, silakan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya hairanlah, saya lihat Yang Berhormat Pengerang idea beliau masih lagi bernas. Sepatutnya beliau masih lagi duduk di situ biasanya. Akan tetapi tidak tahulah, saya berasa simpati dan saya tidak tahu kerana..., saya rasa bersimpati kerana tempoh empat tahun sebagai Menteri Belia dan Sukan memang sebenarnya tidak mencukupi untuk melaksanakan. Saya dapat nampak gambaran idea beliau yang tersimpan, baki itu banyak lagi untuk memperkasakan agenda belia. Saya sebenarnya hendak menyokong, bukannya saya hendak mengkritik. Saya hendak menyokong. Banyak idea yang diperkatakan itu memang idea yang baik, tetapi tidak sempat dilaksanakan barangkali. Oleh sebab itu, kalau Yang Berhormat Pengerang lihat dalam agenda Buku Jingga kah, agenda belanjawan pakatan, memang kita ada sebut berkenaan dengan kedudukan untuk memperkasakan pergerakan belia dalam negara kita. Jadi, kalaulah rasa tidak sempat, Yang Berhormat Pengerang boleh lihat barangkali, bolehlah sama-sama kita buat perkara itu. Apa pandangan Yang Berhormat Pengerang? Terima kasih.

Terima kasihlah Yang Berhormat Indera Mahkota. Akan tetapi biasalah, kepimpinan melalui budi bicara. Apa yang penting, saya selaku ahli UMNO dan juga Barisan Nasional, kita menyokong keputusan mana-mana pemimpin. Apa yang penting hari ini kita berbahas tentang Bajet 2012 yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan meletakkan pendekatan baru yang mana seperti kita lihat tema bajet kita pada tahun ini seperti yang disebut, ”Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat, Mensejahterakan Negara”, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Saya terlupa terlepas pandang berkenaan dengan fokus berkenaan dengan pelaburan yang mana Yang Amat Berhormat telah menyebut tentang komitmen kerajaan pada tahun 2012 dalam aspek pembangunan sektor pelancongan kepada Langkawi. Bagi saya, memang kita lihatlah bahawa Pulau Langkawi ini kalau kita lihat secara umum perlu dilihat sebagai satu pulau, satu sektor pelancongan yang dapat memberikan begitu banyak kejayaan kepada sektor pelancongan dalam negara kita. Kalau kita lihatlah di mana cadangan bajet pada tahun ini, kalau kita lihatlah cadangan yang hendak diberikan kepada pembangunan industri sektor pelancongan di Pulau Langkawi itu bagi saya satu bajet yang mana perlu dilihat sebagai memang sudah tiba masanya.

Harapan saya kepada Yang Amat Berhormat, bajet yang sama juga ataupun lebih kurang dapat digerakkan kepada pulau-pulau dalam negara kita seperti Pulau Redang dan juga Pulau Tioman yang mana bagi saya mempunyai kapasiti dengan izin, untuk memajukan diri. Contohnya kalau kita lihatlah, antara strategi yang dapat kita gerakkan bukan sahaja dalam sektor pembangunan aspek pelancongan tetapi menggalakkan banyak kewujudan aktiviti-aktiviti ataupun peringkat sukan antarabangsa sebagai contohnya Langkawi Ironman, marathon ataupun kalau kita lihat jelajah berbasikal dan sebagainya, banyak yang boleh kita gunakan dalam memajukan sektor pelancongan diikatkan bersama dengan sektor industri sukan.

Jadi, saya mengambil kesempatan hari ini hendak menyebut antara masalah kita ialah kalau kita lihat negara Singapura, mereka suka mencuri idea negara kita. Contohnya, kita berjaya beberapa tahun dalam sukan F1. Singapura, dia tidak ada kemampuan untuk membina circuit seperti yang kita bina di Sepang, yang menjadi tumpuan dunia. Dia membina circuit itu, dia menumpang daripada jalan raya-jalan raya. Dia tutup, dia wujudkan untuk Singapore F1. Kemudian kita buat awal bulan, dia buat bulan September supaya dia hendak mengambil kesempatan daripada kewujudan. Saya dimaklumkan Singapura membayar Bernie Ecclestone, tauke kepada sukan F1 itu beratus juta untuk mendapatkan lesen untuk diwujudkan. Kemudian apabila mewujudkan di Singapura, dia mengambil kesempatan daripada artis-artis antarabangsa, mengambil kesempatan daripada jual jam yang berdiskaun untuk menjadikan Singapura di dalam peta mata dunia sebagai satu negara yang dapat dilihat menggunakan aktiviti sukan antarabangsa untuk memajukan sektor pelancongan mereka. Jadi, di negara kita ini, kita ada premis seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman, macam-macam kita ada. Kalau kita lihat pegawai-pegawai dan juga mereka yang terlibat dalam perniagaan pelancongan ini, semuanya memang kita lihat, di Sabah dan Sarawak sentiasa menggerakkan sektor pelancongan untuk mendapatkan keuntungan dan memajukan nama Malaysia. Akan tetapi, kerajaan kadang-kadang tidak melihat bahawa aktiviti-aktiviti sukan ini kadang-kadang tidak boleh dilihat aktiviti sektor pelancongan tetapi apa yang berlaku di negara Singapura itu membawa bukti. Jadi, saya yakin juga kita buat Ironman di Langkawi, macam-macam Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sebut di Langkawi, dia juga akan buat. Dia buatlah di mana-mana pulau yang dia boleh buat. Dia bukannya ada pulau. Dia ambilnya tanah, pasir, dibuatnya pulau palsu. Itulah Singapura. Saya hendak sebutkan Singapura ini bukan apa Tuan Yang di-Pertua, RM50 juta wang kita, dia hutang daripada saman-saman kompaun yang masuk Malaysia tidak bayar sampai hari ini. Itu saya kata kalau bolehlah saya mengambil kesempatan, kerajaan perlu lebih sedikit garang dengan orang Singapura yang bawa kereta. Memang kita tahu mereka pelancong tetapi saya lihat ini apabila Yang Berhormat Bagan bercakap orang pergi Johor mungkin kena diculik. Saya kadang-kadang hendak tergelak, tergelak satu hal, marah pun memanglah sebagai anak Johor. Akan tetapi yang saya lebih tergelak ini, orang Singapura masuk negara kita memang ramai. Hujung minggu, akhir minggu, cuti. Yang Berhormat Bagan tidak percaya, hujung minggu ini saya sendiri boleh bawa beliau naik kereta, hendak naik bas atau hendak naik teksi dari Singapura pergi masuk ke Johor Bahru. Berpuluh-puluh kereta. Saya tidak tahulah, mungkin dia masuk sebab kita ini murah dari segi makan dengan Dolar Singapura, kita begitu murah bila hendak beli di Parkson, kita lebih murah kalau kita hendak beli di Giant dan sebagainya. Akan tetapi kemasukannya begitu banyak. Betullah Yang Berhormat Sri Gading kata tadi, beliau kata memang traffic jam dan sebagainya. Kita ini orang Johor ini hendak makan pun tidak ada tempat hendak makan kadang-kadang, di luar, di kedai bila sudah malam makan ikan bakar dan sebagainya. Tidak mengapalah. Akan tetapi yang lebih penting itu, saman tidak bayar sampai hari ini, orang Singapura. Kita hendak masuk Singapura, hendak bayar dia punya kad yang boleh masuk parking, hendak masuk dia punya lebuh raya, kelam kabut tidak bayar.

RM3 tidak bayar pun takut. Dia cari kita, bila kita tidak bayar, hendak keluar itu dia suruh kita bayar. Ya lah, mungkin seperti kata mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir, beliau kata Singapura ini bolehlah buat begitu sebab dia ini sebenarnya bukan negara, dia pulau, dia seperti daerah, bolehlah dia buat macam-macam. Itu Singapuralah. Selepas ini orang Singapura marah saya, marahlah. Akan tetapi saya ini sebagai orang Pengerang, wakil rakyat Pengerang, kawasan yang paling dekat dengan Singapura, geram. Kapal-kapal accident, masuk ke Singapura punyalah cantik, semua sampah dia buang di perairan Johor. Bila dia hendak masuk ke Singapura itu punyalah bersih, semua dia buat, takut. Kita yang di belah Johor ini, campak, buang, baling, macam-macam. Mayat pun dia campak kalau dia boleh campak. Jadi, bila berlaku tumpahan minyak dan sebagainya, orang kita, orang negeri Johor dalam keadaan begini, masalah nelayan, orang dalam sektor pelancongan yang kecil, industri pelancongan, semua menjadi mangsa. Saya memuji pihak keselamatan kita. Kalau kita lihat Jabatan laut, macam-macam kita buat tetapi kadang-kadang tidak berkemampuan. Kita lihat dalam internet, jumlah kapal dagang yang parking di pengairan Johor itu beratus ribu. Dia parking, saya sudah cakap dalam bahas tahun lepas, saya kata dia punya parking fee itu murah, ikut kilogram. Di Singapura, dia hendak parking ikut US Dolar. Dia masuk di Singapura sekejap, dia lari kepada kita. Di negara kita, dia parking berbulan-bulan, bertahun-tahun sebab murah. Ini kerana dia tahu murah. Jadi, saya mintalah kerajaan dalam sektor ini, sektor perindustrian, sektor lautan dan sebagainya, kita mesti mempunyai bahagian ini, kita mesti ikut Singapura. Ini kerana Singapura ini lebih mempunyai kemahiran. Dia tahu bagaimana dia ambil duit. Jadi, dalam aspek kompaun ini, minta maaflah saya lari dari aspek kapal ini. Dari aspek kompaun ini saya mintalah kerajaan, pihak berkuasa, border petrol dan sebagainya, pihak imigresen, kastam perlulah sedikit ganas. Kita jangan takut. Saya jamin kita suruh dia bayar kompaun, dia tetap datang ke Malaysia sebab Malaysia lagi murah daripada Singapura. Saya jamin. Apa Yang Berhormat Bagan kata itu, yang hendak kena culik itu, saya potong jarilah kalau kata culik. Mana ada orang culik di Johor Bahru. Orang culik ajak lari kahwin mungkinlah tetapi culik bawa hendak pergi cari duit itu saya rasa tidak tahulah. Tidak tahulah, Yang Berhormat Indera Mahkota mungkin lebih tahu dalam hal ini. Akan tetapi dalam hal ini, sebenarnya saya hendak mengakhiri, dalam bajet ini memaklumkan bahawa cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat ini walaupun pembangkang banyak yang mempertikai dan sebagainya, bagi saya bajet yang boleh dilihat kali pertamanya, boleh disebut sebagai bajet rakyat. Dengan itu, saya selaku Ahli Parlimen Pengerang dengan ini menyokong pembentangan Bajet 2012. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang.

Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam membahaskan Belanjawan 2012, saya bercadang untuk mengemukakan empat perkara. Perkara pertama ialah berkaitan dengan isu-isu atau hal-hal dalaman negeri Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Petronas mengumumkan satu operasi mengeluarkan hasil minyak dan gas di kawasan yang disebut Malay Basin PM301. Saya difahamkan bahawa pengeluaran daripada Medan Bumi dan Suria telah pun di usaha hasil seawal April 2011. Medan Bumi itu mengandungi 16 telaga, 12 sedang beroperasi dan empat masih lagi reserve. Ini membabitkan syarikat HSS Carigali dan Petronas. Medan Suria pula mengusahakan hasilkan gas dengan reserve disebut berjumlah 1.7 trillion cubic feet. Itu juga 16 telaga, 12 beroperasi, empat reserved. Gas itu dibawa nun jauh ke Terengganu, kira-kira 400 kilometer jaraknya berbanding 130 kilometer sahaja dengan pantai Kelantan. Ini diusahakan oleh Shell, pemegang konsesi dan Petronas.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ingin saya ingin timbulkan ialah mengapakah pengeluaran Medan Bumi dan Suria di Malay Basin PM301 ini tidak diumumkan hasilnya. Saya tidak menyentuh mengenai tuntutan royalti yang sekarang menjadi kes mahkamah tetapi ini adalah satu kawasan pengeluaran baru April 2011 yang kita dengar hujung- hujung, kita terpaksa melakukan sedikit kerja rumah untuk mendapat angka-angka ini dan memilih untuk bertanya kepada Parlimen, kenapakah tidak ada pengumuman mengenai usaha hasil ini? Kita ingin tahu berapakah nilai hasil minyak yang telah dikeluarkan sejak April 2011, berapa pula hasil gas? Hasil ini merupakan hasil bumi negeri Kelantan. Kalau cincin masuk RM24 juta pun kita boleh isytihar, takkanlah hasil minyak dan gas tidak boleh kita isytiharkan. Kita ingin dapatkan penjelasan ini. Sejauh 400 kilometer hendak dibawa ke Terengganu, itu harus membayar piping kosnya Tuan Yang di-Pertua dengan izin, USD2 juta satu kilometer. Kalau di bawa ke Kelantan, cuma 150 kilometer. Kita dengar di sana katanya kerana kemudahan atau facilities, plan facilities di Kerteh itu sudah pun tersedia. Khabarnya gas itu mempunyai carbon content, kandungan karbon yang tinggi. Saya percaya dengan teknologi terkini, isu memproses gas yang mempunyai carbon content yang tinggi bukan lagi menjadi isu. Bayangkanlah Kelantan dapat dibangunkan dengan rancak jika sekiranya Kerajaan Pusat betul-betul ikhlas untuk membantu dan menghormati prinsip federalism, menghormati hak negeri Kelantan sesuai dengan perjanjian. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah saya juga ingin bertanyakan kepada kerajaan, jalan empat lorong daripada Kota Bharu... itu telah pun diaward, dianugerahkan pada Julai 2008 dan bayaran pendahuluan RM5 juta juga telah diberikan kepada syarikat Redland. Saya ingin bertanyakan berkenaan status semasa jalan empat lorong itu yang tidak nampak keadaan seperti mana yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, di Kelantan panjang landasan kereta apinya banyak beberapa stesen kecilnya. Tanah-tanah stesen kereta api itu dimiliki oleh Perbadanan Aset Keretapi. Hari ini Perbadanan Aset Keretapi ini berhutang bayaran cukai tanah kepada kerajaan negeri dengan jumlah yang agak besar iaitu setakat Julai 2010 jumlahnya ialah RM30.216 juta. Jadi pada kesempatan sebagai Ahli Parlimen dari negeri Kelantan, saya ingin mendapat penjelasan khususnya daripada Kementerian Pengangkutan di mana Perbadanan Aset Keretapi di bawahnya, bilakah bayaran cukai tanah pada kerajaan negeri boleh dilunaskan, boleh disempurnakan, boleh diselesaikan. Sudahlah sekian lama Kelantan itu agak dipencilkan. Ini sejak zaman British lagi. Tidak ada pelabuhan, tidak ada lebuh raya, tidak ada lapangan terbang bertaraf antarabangsa, tidak ada landasan kereta api yang sesuai dengan perkembangan zaman. Dalam keadaan ini saya percaya tumpuan yang berlebihan, pembangunan yang tidak seimbang itu telah memangsakan negeri Kelantan sekian lama. Namun itu tidaklah mematahkan semangat kami. Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan terus kami sambut. Machang menjadi tuan rumah Tuan Yang di-Pertua. Malangnya latihan-latihan yang dibuat membabitkan peserta perbarisan termasuklah pelajar-pelajar sekolah yang telah pun berlatih berhari-hari. Tiba pada hari perarakan datang arahan daripada Pengarah Pelajaran Negeri melarang pelajar-pelajar sekolah daripada lebih 20 sekolah menengah daripada turut terbabit. Ini saya fikir perkara yang perlu diberikan perhatian, teguran oleh kementerian dan Menteri yang berkenaan, janganlah institusi sekolah dan anak-anak sekolah ini dipolitikkan sampai demikian sekali kerana dendam politik daripada satu dua penjawat jawatan awam yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada tajuk saya yang kedua. Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan turut mengumumkan satu daripada projek besar yang akan dilaksanakan pada tahun depan ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru. Saya mengikuti isu mengenai projek ini sudah sekian lama. Ideanya sudah pun dimulakan sejak tahun 2000/2001 lagi Tuan Yang di-Pertua.

Ini dalam kerangka besar hendak menghubungkan yang dipanggil land bridge antara Malaysia dan China. Kalau China itu membangunkan landasan kereta api elektrik, kereta api laju ini, ini sudah tahap akhir mereka sudah hendak roll out sudah projek high speed train mereka ini. Kebanggaan mereka ialah Beijing-Shanghai 1,318km siap dalam masa tiga tahun, USD33 bilion. Hari ini perjalanan Beijing-Shanghai itu cuma lima jam. Cuma ada sedikit set back, 2 Julai 2011 memang ada kemalangan yang membabitkan kereta api laju kerana dipanah petir maka lokomotif terhenti, datang gerabak daripada belakang dan akhirnya menyebabkan kemalangan yang menyebabkan 35 kematian. Tahun 2001 ini, Kerajaan Malaysia secara G-to-G telah pun memasuki perbincangan dengan Kerajaan Negeri China. Satu surat niat, letter of intent telah pun dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada syarikat Republik Rakyat China iaitu China Railway Engineering Corporation. Mekanisme pembayarannya waktu itu iaitu Menteri Kewangannya ialah Tun Dr. Ling Liong Sik. Mekanisme pembayarannya yang dipersetujui ialah Malaysia membayar dengan minyak sawit dan China akan membangunkan Projek Landasan Elektrik Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan kos RM29.7 bilion pada masa itu. Maka syarikat China ini CREC ini pun buka office di Kuala Lumpur. Mereka mulakan kerja-kerja awal. Designnya, costingnya, kuantitinya, schedule kerjanya, prosedur, counter trade dan sebagainya. Kemudian kerajaan kita juga telah membuat keputusan bahawa syarikat China ini akan hanya terbabit dalam kerja sivil dan track work portion. Manakala Mitsui and Co. telah dipilih sebagai company atau syarikat yang membekalkan material dan sistem kerja. Pada kesempatan membicarakan tajuk Projek Landasan Berkembar Elektrik

Gemas-Johor Bahru ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengemukakan persoalan iaitu

(i) apakah status semasa projek landasan apabila ianya diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan baru-baru ini; (ii) berapa harga kontraknya; (iii) apakah counter trade agreement kekal sebagai satu mekanisme pembayaran; (iv) bagaimanakah kedudukan local participation, penyertaan syarikat tempatan; (v) bagaimanakah kerajaan memastikan transfer of technology, training dan local manpower itu dibabitkan; (vi) bagaimanakah terma-terma pembayaran yang akan dilakukan; dan (vii) apakah local content yang akan digunakan. Saya mengikutinya sehinggalah Oktober 2009, saya difahamkan Jemaah Menteri telah pun bersetuju bahawa syarikat Republik Rakyat China ini kekal terlibat. Kerajaan telah meminta supaya Republik Rakyat China mengemukakan lima syarikat untuk Kerajaan Malaysia pertimbangkan bagi terlibat dengan projek ini. Kerajaan kita juga telah selesai melantik Sepakat Setia Perunding untuk menilai kesesuaian kontraktor dari Republik Rakyat China. Saya ingin bertanyakan pada ketika ini apakah kos yang telah dibayar setakat ini kepada Sepakat Setia Perunding. Apakah syor-syor yang telah dibuat, dicadangkan oleh syarikat perunding ini dari sudut teknikal dan kewangan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama juga KL Consult telah pun dilantik untuk menyediakan Statement of Need (SON) yang bagi membabitkan syarikat ini. Pada masa yang sama ketika kerajaan sudah pun mengadakan persetujuan di peringkat G2G dengan kerajaan Republik Rakyat China, saya difahamkan kebelakangan ini sudah ada desas desus bahawa syarikat asal yang dipersetujui iaitu China Railway Engineering Corporation itu sudah pun beralih kerana minat kerajaan sekarang bukan lagi kepada China Railway Engineering Corporation akan tetapi kepada satu lagi syarikat daripada Republik Rakyat China.

Gemas-Johor Bahru ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengemukakan persoalan iaitu

Saya mohon kerajaan untuk memberikan penjelasan terhadap isu ini ketika Perdana Menteri mengumumkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru ini adalah antara projek besar yang akan dilaksanakan di bawah Belanjawan 2012. Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri juga menyebut mengenai rancangan untuk menyenaraikan FELDA Plantation melalui vehiclenya FELDA Global Venture di bursa saham. Isu penyenaraian memerlukan penelitian terhadap isu tata kelola dan juga elemen check and balance, semak dan juga seimbang. Hari ini juga media melaporkan temu bual dengan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad yang mengesahkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Dia sebut hari ini. Kenapa? Kerana pelantikan itu mengikut undang-undang. Sekarang Tan Sri Isa Samad adalah Pengerusi FELDA Holding. Tan Sri Isa juga adalah Pengerusi FELDA. Dia bakal jadi pengerusi KPF, dia juga adalah pengerusi Yayasan FELDA menggantikan Dr. Yusof Noor. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan. Akta Koperasi 1993 dan Undang- undang Kecil KPF adalah undang-undang yang mengawal perjalanan koperasi. Akta ini mensyaratkan orang yang telah menjadi ahli selama dua tahun sahaja layak menjadi anggota lembaga. Saya difahamkan pelantikan Tan Sri Isa juga mesti tertakluk pada peruntukan ini. Walhal Tan Sri Isa cuma baru diterima menjadi anggota KPF pada 22 hari bulan Jun 2011, belum lagi genap dua tahun.

Gemas-Johor Bahru ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengemukakan persoalan iaitu

Undang-undang Kecil KPF, perkara 36(1)(b) menyebut dari hal kaedah atau tatacara pelantikan tiga anggota lembaga yang dilantik oleh Lembaga FELDA. Siapa yang layak menjadi anggota KPF? Bahagian 4 undang-undang kecil ini menyebut mereka ialah peneroka FELDA, isteri dan anak-anak. Koperasi-koperasi peneroka FELDA, kakitangan FELDA, isteri dan anak-anak, koperasi kakitangan FELDA. Maksud kakitangan FELDA yang layak menjadi anggota KPF hanyalah kakitangan yang tetap, bukannya kakitangan kontrak. Pengerusi FELDA adalah satu jawatan kontrak. Sekali lagi Undang-undang Kecil 11(1) ini semacam tidak dipenuhi. Apakah Tan Sri Isa dilantik melalui kuasa budi bicara Lembaga KPF, sesuai dengan seksyen 44, Akta Koperasi 1993. Akta ini memberi kuasa membuat keputusan dalam soal pentadbiran, pengurusan, aktiviti koperasi, asal sahaja tidak menceroboh perkara yang diputuskan dalam mesyuarat agung. Memang dalam Undang-undang Kecil 15 KPF juga memberi kuasa kepada lembaga dalam soal penerimaan anggota KPF. Namun, Undang-undang Kecil 15 mestilah dibaca sekali dengan Undang-undang Kecil 37 KPF iaitu mereka yang tidak layak dilantik sebagai Anggota Lembaga KPF ialah mereka yang belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota KPF. Di sini Pengerusi FELDA baru sahaja menjadi Ahli KPF pada 22 Jun 2011. Saya juga menyebut di sini bahawa syarat dua tahun itu seperti yang terkandung dalam Akta Koperasi 1993 dan Undang-undang Kecil KPF tidak dipenuhi oleh Pengerusi FELDA ketika dia hadir mempengerusikan Mesyuarat Lembaga FELDA untuk melantik diri sendiri sebagai Pengerusi KPF. Apakah seksyen 87, Akta Koperasi dari hal kuasa Menteri mengecualikan koperasi daripada mana-mana peruntukan dalam Akta Koperasi 1993 juga boleh dijadikan hujah. Saya teliti bahawa walaupun seksyen 87, Akta Koperasi 1993 memberikan kuasa kepada Menteri tetapi ia mestilah diwartakan. Kuasa Menteri itu juga tidak ada dalam memberikan pengecualian mana-mana koperasi dari tertakluk kepada peruntukan dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Tuan Yang di-Pertua, ketika kita bercakap mengenai rancangan untuk menyenaraikan FELDA di bursa saham dengan rancangan ataupun tujuan untuk meningkatkan lagi nilai asetnya dan faedah kepada peneroka seluruhnya, satu perkara yang tidak boleh kita pandang ringan ialah amalan sekarang dalam proses untuk meletakkan siapa yang akan mengepalai kedudukan penting pada KPF ini. Saya juga membaca dalam kenyataan Pengerusi FELDA yang menyebut bahawa akan ada konflik kepentingan kerana praktis sekarang ialah Pengurus Besar KPF, automatik menjadi Pengerusi KPF. Jadi, akan wujud kepentingan di situ.

Gemas-Johor Bahru ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengemukakan persoalan iaitu

Saya percaya bahawa di luar sana masih ramai lagi bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai kepakaran luas dalam soal memimpin institusi penting seperti ini dan ia tidak boleh berlegar kepada watak yang sama. Pengerusi FELDA dia, Pengerusi KPF dia, pengerusi yayasan pun dia. Tidak boleh berlegar kepada orang yang sama. Itu isunya. Seperti mana yang ditegaskan kalau saya teringat ketika menyebut tidak boleh berlegar pada orang yang sama dalam surah Al-Haj, ayat 7... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Dan jangan harta-harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya sesama kamu”. Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang saya hendak sentuh ialah...

[Bangun]

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang FELDA Global Ventures yang hendak disenaraikan ini. Beberapa tahun yang lalu Tabung Haji mempunyai cadangan yang seperti ini iaitu daripada sebuah syarikat di atas nama Tabung Haji yang menguasai ladang-ladang juga yang dipunyai oleh penyimpan- penyimpan Tabung Haji telah juga disenaraikan dan di kalangan Ahli-ahli Parlimen, pihak BBC dan juga pembangkang ramai yang menentangnya malah ditangguhkan keputusan itu tetapi dibuat semula. Hari itu dijanjikan bahawa ini akan memanfaatkan termasuklah penyimpan-penyimpan Tabung Haji. Hari ini kita tahu penyimpan Tabung Haji hendak pergi ke Haji pun tidaklah mudah, senang, ringan belanjanya kerana kononnya dapat keuntungan daripada penyenaraian awam itu. Jadi, adakah jaminan bahawa ini akan merupakan durian runtuh kepada peserta FELDA dan sebagainya, berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada kes Tabung Haji dahulu. Adakah kita rasa yakin bahawa ia akan benar-benar memberi bantuan dan jaminan kepada peneroka-peneroka ini secara berterusan sebagaimana yang dijanjikan?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sekali boleh? Terima kasih. Saya hendak minta ulasan sekiranya boleh dipanjangkan sedikit sebab berkenaan cadangan untuk penyenaraian FELDA Global Ventures ini. Kita tahu tahun lepas ada isu yang masih lagi tertangguh yang tidak diberi ulasan dengan tepat bagaimana dana EPF juga dilibatkan sama dalam beberapa exercise ataupun usaha yang hendak dilakukan di bawah FELDA ini. Apakah Yang Berhormat Machang melihat bahawa penglibatan EPF di dalam FELDA ini dan sekarang ini usaha untuk mencadangkan penyenaraian FELDA Global Ventures di pasaran saham akan melibatkan satu exercise dalam ruang lingkup lebih besar dan kedudukan ini kepada saya secara peribadinya, saya menganggap mungkin boleh mendatangkan akibat ataupun risiko yang agak tinggi yang di luar kawalan pasaran biasa berkenaan kedudukan EPF ini ataupun dana yang disuntik di dalam FELDA. Apakah pandangan ataupun ulasan Yang Berhormat Machang? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan-rakan saya Yang Berhormat Tumpat dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota. Hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat mengembalikan semula ingatan kita mengenai langkah penyenaraian semula syarikat Tabung Haji dan sememangnya perkara itu ada asas apabila kita memberikan teguran dan kritikan pada waktu itu. Begitu juga dalam idea penyenaraian sekarang kerana perkara yang paling asas sekali iaitu mewujudkan sistem pengurusan yang berhemah, amalan tata kelola (good governance) dan elemen check and balance itu sendiri masih lagi boleh kita pertikaikan. Sebab itulah dalam mengulas berkenaan dengan pelantikan orang yang sama untuk duduk di beberapa institusi penting FELDA, saya mengupas dari sudut Akta Koperasi 1993, Undang-undang Kecil KPF. Itu belum lagi soal hadir dalam mesyuarat dan melantik diri sendiri. Itu belum lagi soal itu. Jadi, kalau ini tidak dapat dipenuhi, soal FELDA ini memang kita pun mengikuti dengan dekat. Pernah satu ketika FELDA memang diarah untuk membeli tanah di Pakua di Indonesia pada harga USD250 per hektar iaitu nilainya tetapi diminta beli sehingga harga USD1,000 satu hektar tetapi kemudiannya ada bantahan daripada pengurusan dalaman, maka tidak jadi. Sime Darby pula sekarang diarah untuk membeli.

Belum jadi lagi tetapi arahan itu sekarang sedang diteliti, sudah ada pun rombongan naik helikopter tengok kawasan tanah itu yang dimiliki oleh seorang teman yang dekat dengan pimpinan negara yang juga mendapat ‘Tan Sri’-ship seawal pimpinan negara ini memegang jawatan tertinggi. Kita akan ikuti isu ini dengan dekat Tuan Yang di-Pertua. Kemudiannya tadi saya memilih untuk beralih kepada tajuk terakhir saya...

Boleh penjelasan sedikit?

Sekejap. Saya akan bagi pada hujungnya sebab sahabat saya Yang Berhormat Ledang adalah Ahli Lembaga Pengarah FELDA. Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya soalan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan khidmat juru perunding FBC Media. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab dalam soalan bertulis kepada saya bahawa FBC Media ini kerajaan guna pakai khidmatnya sejak tahun 2007 dan berakhir 2010 dengan kerajaan telah membayar Euro 19.6 juta kepada FBC Media ini dan skop tugasnya ialah sebagai perunding, bagi nasihat kepada kerajaan dan mengurus kempen komunikasi.

Tujuannya apa? Hendak meningkatkan profil negara. Begitu jawapan Perdana Menteri. Kedua, hendak tangani persepsi negatif negara di persada antarabangsa. Ketiga, hendak mengukuhkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Fokus pasaran strategik menggunakan khidmat ini ialah di China, India, ASEAN, United States, Negara-negara Teluk, Eropah dan United Kingdom. Apa hasil yang diharapkan ialah pelabur akan masuk, pelancong akan masuk. Baik, itu dia punya justifikasi dalam jawapan Perdana Menteri. Itu adalah isu yang ought to be. Yang easiness nya apa? Pertama, peranan ini bercanggah kerana FBC Media adalah sebagai firma komunikasi strategik. Pada masa yang sama ia juga penerbit rancangan TV dan dia menerima bayaran daripada Kerajaan Malaysia, kemudian dia menghantar program terbitannya kepada CNBC, CNN dan BBC. Ini bercanggah dengan etika kewartawanan dan media. Sebab itulah BBC Media hari ini menyiasat - siasatan dilakukan oleh badan regulator media di Britain iaitu UK Communication Regulator (OFCOM). Semua program FBC dari hal Malaysia yang di channel kan, disalur pada BBC ini digantung. Begitu juga CNBC dan CNN menghentikan semua program mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh FBC. FBC ini juga mempunyai connection rangkaian blogers nya dan online kempennya. Bila saya ikuti link FBC ini yang menerima EU19.6 juta khidmat perunding daripada kerajaan kita yang tujuannya adalah mengukuhkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam terang-terang pertama memuji tindakan Israel menghentikan misi Gaza Kapal ‘Mc Namara’ yang menyaksikan beberapa orang menjadi korban. Misi seperti ini yang dihentikan secara kekerasan oleh pihak berkuasa Israel, ini yang FBC Media puji, dia dapat duit kita. Dia puji Israel. Itu yang pertama. Kedua, kalau baca online kempennya Nabi Muhammad SAW itu pun diserang dengan begitu hina, jijik sekali. Saya tidak mahu ulangi di sini kalimah-kalimah penghinaan itu. Kita bayar duit pembayar cukai kepada FBC Media, tujuannya hendak mengukuhkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tiba-tiba kita terlepas kawalan. FBC Media ini pula menaja kempen-kempen online dan blogers, memuji Israel dan menghina Nabi SAW...

Boleh?

Ya? Ada masanya...

Boleh Yang Berhormat Machang, sedikit.

Ya, sila.

Yang Berhormat Machang, saya mendengar dengan tekun apa yang dikatakan oleh Machang tadi.

Ini kerana saya melihat bajet oleh Yang Berhormat Pekan, Perdana Menteri kepada Kementerian Luar Negeri antara paling kecil dan mungkin paling kecil. Saya mengandaikan cabaran untuk mempromosikan negara di atas gerak kerja dasar luar itu amat mencabar. Akan tetapi di sini kita lihat apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang tadi seolah-olah bukan sahaja duit itu tidak kah orang yang bertanggungjawab melaksanakan Kementerian Luar Negeri tetapi malah kepada perunding-perunding ini dan yang lebih penting sekali ialah ia telah membawa satu dasar luar yang bertentangan dengan dasar negara yang dibangunkan Iaitu contohnya Dasar Diplomasi dengan Israel. Kita memilih kononnya kita tidak meneruskan hubungan diplomasi. Akan tetapi melalui cara lain kita seolah-olah meneruskan dan yang lebih penting lagi kita melihat baru-baru ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Machang sudah hendak habis.

Mungkin Yang Berhormat Machang boleh ulas sedikit mengenai penjelasan seperti yang saya katakan tadi terutamanya dari aspek dasar luar seolah-olah ada sub kontraktor pula di situ. Mohon penjelasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akur dua minit berbaki. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Balik Pulau. Saya cuma hendak buat pembetulan sedikit dalam istilah saya tadi. Bukan Kapal ‘Mc Namara’ tetapi Mavi Marmara, saya ingat. Untuk Hansard nanti diperbetulkan begitu. Itu yang saya sebut tadi. Sahabat saya Yang Berhormat Balik Pulau, kita menggunakan dana rakyat, kita luluskan dalam Parlimen. Jumlah puluhan juta, melantik juru perunding kerana mempunyai lebih kearifan, faham persekitaran antarabangsa, ramai individu berpengaruh tetapi dalam melaksanakan tanggungjawab ini kita semacam terlepas kawalan terhadap apa yang mereka buat dan hasilnya bercanggah dengan beberapa kepentingan dan dasar negara. Saya fikir kerajaan harus mengambil tanggungjawab memberikan penjelasan terhadap kedudukan perkara ini. Walaupun kontraknya telah ditamatkan tetapi itu tidak menghilangkan accountability di pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya baru menerima sahaja maklumat, tengah dok berbahas ini sampai maklumat. Laporan yang saya hendak share dalam perbahasan saya ini ialah Laporan Audit Negara terbaru mengenai negeri Kelantan. Pertama disebut akaun hasil disatukan meningkat 52 peratus. Baki wang tunai akhir tahun meningkat 51 peratus. Anggaran hasil meningkat 2 peratus. Defisit sebenar RM3.46 juta walaupun mulanya diunjurkan RM20 juta. Ada empat agensi dikategorikan oleh Ketua Audit sebagai sangat baik iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Daerah Gua Musang dan Perbadanan Stadium. Ada 12 agensi lain dikategorikan baik dan tidak ada agensi yang dikategorikan sebagai tidak baik. Alhamdulillah, ini bukti pengurusan selama 20 tahun itu berdasarkan kepada statistik yang diperakui oleh Ketua Audit. Bukan sentimen politik melulu dan sebagainya. Alhamdulillah Kelantan berada di tangan yang selamat apabila amanah pemerintahan itu dianggap sebagai suatu yang datangnya daripada Allah SWT dan kita akan bertanggungjawab pada akhir nanti, insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan membentangkan Bajet 2012. Sebenarnya dalam satu konteks untuk meneruskan agenda transformasi nasional dan mengambil kira kebajikan segenap lapisan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara.

Sebelum saya meneruskan perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua, banyak Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang mempertikaikan tentang bajet kita. Jadi, saya rasa mohon kalau boleh saya hendak terangkan sedikit secara luaran kerana sebenarnya sebelum itu Ketua Pembangkang tadi ada menyebut dan mempertikaikan tentang angka- angka serta fakta. Fakta-fakta dalam buku yang dibekalkan kepada kita ini, buku ekonomi dan buku belanjawan sebenarnya telah disediakan oleh pakar-pakar ekonomi daripada jabatan-jabatan Perdana Menteri selain daripada EPU, Bank Negara. Selepas itu dari perbendaharaan, daripada perangkaan dan orang yang sama juga mungkin team yang ini semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, orang ini juga yang menyediakan belanjawan. Adakah masa itu juga kita persoalkan tentang data ini, tentang fakta ini. Sekarang pula kita tahu hendak mempertikaikan tentang fakta. Jadi, Tuan Yang di- Pertua izinkan saya untuk menceritakan sedikit tentang keadaan landskap secara keseluruhan supaya kita dapat memahami apakah yang kita sedang hadapi pada masa kini. Pertamanya, tentang ekonomi global pada masa kini dalam tempoh terdekat. Saya sebenarnya menyentuh aspek ini kerana saya berkongsi pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan bajet terhadap prospek ekonomi global yang beliau jangka lebih mencabar pada tahun hadapan. Saya turut bimbang kerana ianya mempunyai satu impak yang cukup negatif sekali kepada ekonomi negara dan kehidupan kita sebab ekonomi Malaysia bersifat terbuka. Nampaknya ekonomi global pada ketika ini terbahagi kepada dua. Pertama satu kumpulan yang dipanggil, dengan izin, emerging economies yang menikmati pertumbuhan ekonomi yang cukup robust dan juga kadar pengangguran yang agak rendah. Kumpulan tersebut adalah dianggotai oleh BRICS iaitu Brazil, Rusia, India, China dan juga South Africa. Sebanyak 16.4 peratus daripada jumlah perdagangan antarabangsa kita bergantung kepada enam negara ini sebab itu saya sebutkan.

Kumpulan kedua yang kita panggil developed economies yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang teruk dan juga perlahan ada yang negatif. Kadar pengangguran yang tinggi, hutang negara yang besar, defisit fiskal yang kronik dua angka ataupun tiga angka. Apabila kita membentangkan defisit kita 4.7 peratus banyak yang bising, tetapi sebenarnya defisit kita pada 4.7 peratus adalah di antara yang terbaik di rantau ini. Juga krisis kewangan yang teruk jadi kumpulan ini diwakili oleh negara-negara maju seperti Amerika, seperti Britain dan juga Jepun dan yang paling kita takuti ialah eurozone. Sesungguhnya negara yang kita panggil PIIIGS iaitu terdiri daripada Portugal, Ireland, Itali, Islands, Greek dan juga Sepanyol. Pada ketika ini keenam-enam negara tersebut sedang mengalami krisis ekonomi, kewangan, hutang dan juga pengangguran serta inflasi yang teruk. Outcome mixednya dengan izin, amatlah membimbangkan kerana aktiviti ekonominya cukup lemah, kadar pengangguran yang bertambah, kadar kemiskinan yang cukup tinggi dan jurang kekayaan yang melebar. Itu sebab apabila Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyebut tadi maha kaya-maha kaya. Siapa dia yang maha kaya itu? Ini disebut sebenarnya perkara yang sedang berlaku di hadapan kita. Penyakit kronik yang memberi kesan ini merebak ke eurozone sehinggakan ada pihak yang meramalkan eurozone pada ketika ini berada dalam keadaan depression. Pada masa yang sama saya hendak sebut di sini ia turut memberi impak yang negatif terhadap ekonomi kita. Ini kerana 8.7 peratus daripada pasaran perdagangan antarabangsa kita pada tahun 2010 bergantung kepada eurozone termasuk enam negara yang terlibat tadi. Kadar tersebut telah merosot dari 9.3 peratus pada tahun 2005 dan satu bukti yang jelas tentang impak penyakit kronik ke atas perdagangan luar kita. Pada masa yang sama Amerika Syarikat, Britain dan juga Jepun yang sedang menghadapi krisis yang hampir sama. Keadaan yang lebih teruk yang berlaku pada ketika ini dengan pengangguran, dengan kemiskinan yang tinggi masing-masingnya 10 peratus, 15 peratus. Ia kini diambang double dip recession, dengan izin.

Jadi kalau kita campurkan Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua tempat ini daripada eurozone yang terlibat enam negara PIIIGS tadi, di mana 8.7 peratus kita bergantung pasaran perdagangan kita. Selepas itu kita pergi kepada negara-negara develop economics yang tiga tadi Amerika, Britain dan juga Jepun di mana kita bergantung sebanyak 22.6 peratus. Jadi kalau kita campurkan dua ini sebanyak 31.3 peratus, iaitu hampir-hampir satu pertiga daripada perdagangan kita akan terjejas. Bagaimanapun saya akan sebutkan kemudian apakah langkah-langkah yang sedang ataupun telah diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan keadaan. Tuan Yang di-Pertua kerana senario develop economics yang gloomy, dengan izin, maka ADB telah menyemak dan meminda turun pertumbuhan ekonomi Asia pada tahun 2011 dan juga pada tahun 2012. Sebagai contoh Developing Asia kini diunjurkan mencatat kadar pertumbuhan yang lebih perlahan iaitu sebanyak 7.5 peratus pada tahun ini berbanding unjuran awal pada bulan April lalu sebanyak 7.8 peratus. Kadar pertumbuhan dua negara gergasi iaitu China dan India yang merupakan engine of growth bagi dunia juga diturunkan. Kadar pertumbuhan China diturunkan kepada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus, manakala India pula diturunkan daripada 8.2 peratus kepada 7.9 peratus. Unjuran Malaysia juga tidak ketinggalan disemak dan diturunkan dipinda oleh ADB daripada 5.3 peratus kepada 4.8 peratus. Mungkin ada di kalangan kita yang tertanya-tanya kenapakah ADB meminda serta menurunkan kadar pertumbuhan kita. Kadar pertumbuhan ini yang perlahan disebabkan oleh ekonomi global yang tidak menentu pada ketika ini dengan izin, the growth is lower than expected. Jadi walaupun unjuran awal kita sebanyak 5.6 peratus pertumbuhan kita. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meminda dan menjangka unjuran pertumbuhan kita sebanyak 5 peratus ke 5.5 peratus. Angka ini bukan dipetik daripada pokok seperti jangkaan-jangkaan kita sebahagiannya. Tuan Yang di-Pertua, setelah kita mengambil kira pertumbuhan GDP yang lebih perlahan iaitu 4 peratus saya ada sebut pagi tadi pada suku kedua berbanding dengan suku pertama sebanyak 4.9 peratus. Pertumbuhan import pada bulan Julai dan Ogos yang lebih perlahan berbanding suku pertama dan suku kedua tahun yang sama beberapa pelapor yang lain maka diunjurkan. Bahawa ekonomi kita masih lagi mencatatkan pertumbuhan bagi setengah kedua tahun ini, tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Oleh kerana nampaknya kita telah berjaya menyekat serangan inflasi kerana ia telah menurun daripada tahap yang tertinggi sebanyak 3.5 peratus pada bulan Jun tahun 2011 kepada 3.3 peratus pada bulan Ogos yang lalu. Maka isu utama yang mendepani kita sekarang bukan lagi untuk memerangi inflasi, tetapi adalah sebenarnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi kita. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada perkara-perkara yang lain. Dalam Bajet 2011 yang bertemakan Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat Menyejahterakan Negara. Adalah jelas sekali bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengambil kira landskap ekonomi dunia dan impaknya ke atas ekonomi Malaysia dan serantau seperti saya lakarkan sebentar tadi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, beliau telah juga membentangkan bajet yang lengkap mencakupi hampir semua bidang kehidupan dan merangkumi hampir semua keperluan rakyat. Beliau berusaha membentangkan satu bajet yang cukup prudent dengan defisit sebanyak RM45.9 bilion yang saya melihat sebagai prudent dan cukup berhemah sekali. Ini kerana beliau berusaha mengimbangi antara kehendak aspirasi rakyat dengan kemampuan kewangan negara. Sebab Tuan Yang di-Pertua kita lihat bagaimanakah pendapatan kita? Bagaimanakah perbelanjaan kita? Antara dua ini kita tolakkan barulah kita dapat defisit kita. Defisit adalah hutang. Sama ada kita mempunyai kemampuan untuk menampung hutang kita. Jadi di sini kita lihat defisit kita makin menurun. Pada tahun 2009 defisit kita sebanyak 7 peratus, 2010 turun kepada 5.6 peratus, 2011 5.4 peratus sementara tahun 2012 pada 4.7 peratus. Ini kerana tindakan ini telah dibuat dan diambil oleh kerajaan bagi memastikan supaya ekonomi kita tetap stabil, keyakinan pelabur-pelabur asing pada negara kita, kita terus mempertahankan. Ini kerana kita telah membuktikan keupayaan kita dalam mengurus ekonomi kita pada tahap yang cukup terbaik sekali.

Sebenarnya defisit tersebut boleh ditampung dengan pinjaman yang mampu dibayar oleh kerajaan. Pada masa yang sama kadar defisit fiskal telah dapat diturunkan daripada 5.4 peratus kepada 4.7 peratus.

Terima kasih. Yang Berhormat Jasin saya hendak tanya pernah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir sebut dahulu. Bahawa bajet kita jangan takut sangat dengan defisit kerana akhirnya yang kita lihat ialah produktiviti. Ini kerana menjadi satu perkara biasa realitinya ialah biasanya kita tidak mampu untuk membelanjakan semua peruntukan yang disediakan. Sebab itulah sebenarnya bajet bukanlah satu faktor besar untuk menilai sesuatu bajet.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya ringkaskan sahaja. Dalam mentadbir sebuah negara bukan seperti menjalankan perniagaan sebuah syarikat untung dan rugi. Akan tetapi dalam masa yang sama kita mesti pastikan pendapatan kita mestilah kita berkeupayaan untuk belanjakan dengan cara yang cukup prudent. Itu sebab saya sebut tadi defisit ini mestilah dalam keadaan yang berdasarkan kepada keupayaan kita. Terima kasih sahabat saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sambung besok untuk 15 minit ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 11 Oktober 2011. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam.