Dewan Rakyat · 14 November 2011

15th Parliament, session 4, meeting 3 · 1,291 turns · 70,913 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohd Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil · question

1. Datuk Md. Sirat bin Abu [Bukit Katil] minta Menteri Kesihatan menyatakan, sejauh manakah benarnya dakwaan orang ramai mengenai gula alternatif kepada gula pasir yang dikatakan mengandungi bahan kimia yang membahayakan tubuh badan pengguna. Apakah tindakan kementerian dalam hal ini.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil di atas soalan yang dikemukakan. Sebelum saya menjawab soalan nombor satu ini saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa hari ini adalah Hari Diabetes Sedunia yang diraikan setiap 14 November sempena dengan hari kelahiran Sir Frederick Banting, salah seorang yang telah menemui insulin. Tuan Yang di-Pertua, sukacita dimaklumkan bahawa di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, selain gula pasir, terdapat 12 bahan pemanis yang dibenarkan untuk diguna di dalam makanan di Malaysia. Bahan pemanis ini merupakan alternatif kepada gula pasir. Tuan Yang di-Pertua, bahan pemanis terdiri daripada bahan pemanis semula jadi dan tiruan. Bahan pemanis semula jadi yang dibenarkan untuk ditambah ke dalam makanan adalah seperti stevia, sorbitol, maltitol dan mannitol, manakala bahan pemanis tiruan yang dihasilkan secara kimia dan dibenarkan adalah ‘aspartame’, ‘sucrolose’, ‘saccharine’ dan ‘acesulfame potassium’. Kesemua bahan pemanis ini telah menjalani penilaian kesihatan dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh Organisasi Kesihatan Antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) dan turut diterima pakai oleh Codex Alimentarius Commission (CODEX). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa bahan pemanis tiruan yang tidak dibenarkan penggunaannya di Malaysia seperti contoh cyclamate. Pemanis tiruan ini biasanya digunakan dalam produk hasil buah-buahan seperti jeruk buah dan buah kering. Kementerian Kesihatan turut menjalankan pemantauan ke atas makanan yang mengandungi bahan pemanis tiruan yang dijual di pasaran bagi memastikan pematuhan terhadap Peraturan-peraturan Makanan 1985. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2009, sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus iaitu 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, manakala pada tahun 2010, sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis untuk bahan pemanis di mana 5.4 peratus bersamaan 108 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu penurunan sebanyak 1.9 peratus berbanding tahun 2009. Tuan Yang di-Pertua, makanan yang termasuk dalam kumpulan buah-buahan dan hasil buah-buahan paling banyak dikesan terdapat dalam penyalahgunaan bahan pemanis iaitu 74 sampel pada tahun 2009 dan 62 sampel pada tahun 2010. Selain tindakan perundangan seperti pendakwaan di mahkamah, ‘L Alert’ juga telah dikeluarkan di seluruh negara bagi memastikan produk yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 tidak dijual di pasaran.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Sehubungan itu, pengguna adalah dinasihatkan agar tidak khuatir untuk menggunakan gula alternatif ini yang ada di pasaran kerana ia selamat untuk dimakan. Terima kasih.

Datuk Md. Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana yang diumumkan tadi bahawa hari ini adalah Hari Diabetes Sedunia dan kita dapati penyakit diabetes ini adalah di antara yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, saya ingin tahu apakah saranan pengambilan gula tambahan yang perlu diambil oleh orang-orang dewasa, khususnya mengikut keperluan tubuh badan mereka di negara ini dan apakah agaknya usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mendidik rakyat ataupun orang ramai di negara kita ini, bagi mengurangkan pengambilan gula. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bukit Katil, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian iaitu bersamaan 200 kalori. Oleh itu bagi orang dewasa Yang Berhormat, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari, bersamaan dengan 50 gram. Berdasarkan kajian pengambilan makanan di kalangan orang dewasa 2002 dan 2003, Yang Berhormat, orang dewasa di Malaysia menambah tujuh sudu teh sehari bersamaan dengan 51 gram iaitu empat sudu teh bersamaan dengan 21 gram gula pasir dan tiga sudu teh iaitu 30 gram susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan panduan diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50 gram.

Menjawab kepada persoalan Yang Berhormat mengenai usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mendidik rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik masyarakat kita supaya mengurangkan pengambilan gula. Ini termasuklah Yang Berhormat, Kempen Cara Hidup Sihat yang telah dimulakan pada tahun 1991. Kempen ini akan diteruskan dan diperkukuhkan dan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makanan Secara Sihat ataupun dengan izin, Healthy Eating Promotion. Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula juga telah dijalankan secara intensif. Semasa kempen ini pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah kempen yang disasarkan kepada gerai makanan yang menggunakan slogan, “Satu Mencukupi, Kurang Lebih Baik”. Rundingan dengan pihak hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan juga katerer. Beberapa penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen juga telah dilaksanakan. Selain daripada itu Yang Berhormat, perundingan dengan industri makanan terus kita laksanakan dan melalui rundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan serta minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya pada hari ini semakin banyak produk yang kurang kandungan gula berada di pasaran. Usaha ini akan sentiasa dilakukan dan diteruskan bagi memastikan peningkatan produk sebegini berada di pasaran kita. Selain daripada itu Yang Berhormat, suka juga saya ingin memaklumkan bahawa usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuklah menjalankan aktiviti pendidikan melalui media massa dan melalui beberapa setting seperti Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat yang terdapat di hampir semua negeri dan usaha ini juga dilakukan bagi mendidik anak-anak sekolah melalui program yang kita laksanakan dan aktiviti yang dijalankan bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya berharaplah pihak kementerian dapat mempertingkatkan soal kempen rundingan pendidikan. Apakah tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding dengan negara yang lain? Dan ini termasuklah gula semula jadi dan gula tiruan. Dengan tindakan yang diambil ke atas sampel-sampel yang menyalahi, melanggar peraturan, apakah denda ataupun tindakan yang diambil terhadap orang-orang yang melanggar peraturan.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, pengambilan gula tambahan yang disyorkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia hanyalah dalam lingkungan 10 sudu teh sehari bersamaan dengan 50 gram Yang Berhormat. Namun mengikut kajian pengambilan makanan di kalangan orang dewasa yang kita telah laksanakan di peringkat kementerian iaitu pada tahun 2002 dan 2003, nampaknya orang dewasa di Malaysia telah mengambil sebanyak tujuh sudu teh sehari yang bersamaan dengan empat sudu gula pasir dan tiga sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka iaitu bersamaan dengan 51 gram. Ini adalah tidak mengikut saranan yang disyorkan oleh pihak WHO. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memandangkan kita meraikan Hari Diabetes Sedunia hari ini, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat bahawa Malaysia menduduki tempat yang pertama di kalangan negara-negara Asia Tenggara di dalam kes obesiti dan beberapa lagi faktor yang menyebabkan bahawa kita selaku masyarakat Malaysia termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat harus menekankan kepada masyarakat betapa pentingnya kita menjaga kesihatan termasuklah dari segi pengambilan gula dalam makanan seharian. Kita diancam oleh pengambilan gula yang berlebihan Yang Berhormat, akan menyebabkan banyak penyakit-penyakit yang tidak berjangkit seperti Yang Berhormat ketahui penyakit diabetes merupakan salah satu ancaman dan saya telah maklumkan awal tadi bahawa kita menduduki tempat yang pertama di kalangan negara-negara Asia Tenggara dan menduduki tempat yang keenam di kalangan negara-negara Asia Pasifik yang mempunyai kadar obesiti yang tertinggi. Jadi, ini merupakan satu perkara yang harus kita fikirkan bersama dan apa yang penting Yang Berhormat, pengetahuan yang kita sebarkan di kalangan masyarakat haruslah diambil sebagai knowledge is not enough, dengan izin. Pengetahuan mengenai bahaya penyakit-penyakit dan sebagainya harus ditranslatekan kepada tindakan orang ramai itu sendiri. Jadi, sekali lagi kita tekankan kesedaran dan juga tindakan masyarakat itu penting di dalam penjagaan kesihatan termasuklah pengurangan gula dalam makanan seharian. Untuk menjawab kepada persoalan apakah tindakan sekiranya sampel-sampel yang diambil ini tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, selain daripada tindakan mahkamah yang kita ambil kepada pihak industri, kita juga mengadakan alert, mengeluarkan alert kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk-produk yang melanggar peraturan di bawah Peraturan- peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan. Selain daripada itu Yang Berhormat, sudah tentu tindakan pihak kementerian adalah untuk melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran kita adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan dan mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta Makanan. Selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga mengalu-alukan orang ramai supaya membuat laporan terus kepada pihak kementerian sekiranya mendapati ada di antara produk di pasaran ini tidak mematuhi sama ada dari segi keselamatan ataupun kandungan gula dan juga beberapa aspek lagi yang dibenarkan di bawah undang-undang. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Hari ini ialah Hari Diabetes Sedunia yang Yang Berhormat sebut tadi. Prestasi Malaysia tidak baik sekali dalam soalan ini. Seramai 1.5 juta pada tahun 2009 dan 2010 kita ada 3 juta rakyat yang terlibat dengan diabetes ini. Jadi, saya beri peluang lagi dengan kementerian bertanya. Yang Berhormat, adakah lifestyle orang kita berpindah daripada pekerjaan yang banyak menggunakan anggota dan berpeluh banyak dengan sedentary lifestyle yang kita ada sekarang ini oleh kerana keadaan keselesaan dan keadaan hidup kita berlainan juga satu fakta yang tinggi untuk menyumbang kepada perkara ini. Sila Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan yang ketiga. Terima kasih. Semalam, kementerian Yang Berhormat juga memberikan suatu fakta kenaikan kadar diabetes 100 peratus meningkat bagi tahun ini. Semalam saya dengar dalam laporan daripada Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berjumpa dengan doktor hari ini, penyakit diabetes ini, doktor akan memberikan senarai barangan ataupun minuman yang harus kita jauhi. Doktor akan pastikan air dalam kotak, air dalam tin ini mesti dijauhi. Saya hendak tanya Yang Berhormat. Adakah kementerian Yang Berhormat mengambil satu inisiatif yang bersungguh-sungguh dan serius terhadap semua minuman dalam tin dalam negara kita dan air kotak yang dijual di sekolah-sekolah dalam negara kita.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ini tidak pernah berubah Tuan Yang di-Pertua. Daripada dahulu sampai sekarang, tidak percaya minumlah air tin itu yang kadar gulanya sangat tinggi, yang sememangnya doktor mengatakan jangan minum air daripada jenis ini. Terlalu tinggi dan ianya tetap dijual di dalam pasaran negara kita dan tidak pernah diberi tindakan, tidak pernah diberikan amaran oleh kementerian Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi adakah maknanya gula jenis ini, gula yang digunakan dalam air dalam tin dan air kotak telah pun diambil tindakan oleh kementerian Yang Berhormat yang menyebabkan hari ini Malaysia mendapat nama dan peningkatan 100 peratus yang dikeluarkan fakta semalam. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Memang benar Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kita iaitu National Health and Morbidity Survey untuk tahun 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 ini menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai lebih tiga juta rakyat Malaysia dalam hanya tempoh lima tahun Yang Berhormat. Sudah tentu apa yang merisaukan Kementerian Kesihatan adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, masih belum lagi mendapat rawatan doktor ataupun diperiksa iaitu kira-kira dua juta individu dewasa Yang Berhormat, yang kita anggarkan. Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala. Kita juga memerlukan bantuan Yang Berhormat sekiranya berkempen, bolehkan selitkan kempen-kempen kesihatan sekali. Galakkan rakyat untuk melakukan ujian saringan. Untuk menjawab soalan yang bersangkut paut dengan kandungan gula di minuman bergas dan sebagainya yang dihidangkan di sekolah-sekolah.

Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan panduan makanan- makanan yang boleh dijual ataupun dihidangkan di kantin-kantin sekolah. Cadangan Kementerian Kesihatan kepada pengambilan minuman-minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi kandungan gula ini sebenarnya kita mencadangkan supaya minuman ini tidak dijual di sekolah-sekolah kita. Itu antara tindakan Kementerian Kesihatan di samping kita mengupayakan murid-murid sekolah itu sendiri melalui Program Doktor Muda kita untuk menyampaikan kepada rakan-rakan taulan mereka bahawa pengambilan gula secara berlebihan ini merupakan salah satu perkara yang negatif dan perlu dijauhi. Sekali lagi saya tekankan ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat kita. Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tuan Yang di-Pertua, perkara ini berlaku di peringkat global. Bukan hanya Malaysia sahaja yang menghadapi masalah dari segi gaya hidup. Ini berkait rapat dengan perubahan masa yang berlaku bukan sahaja di peringkat dunia tetapi juga di Malaysia ini sendiri, perubahan gaya hidup dan sebagainya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan-soalan yang dibangkitkan.

Charles Anthony a/l SantiagoDAP · PHKlang · question

2. Tuan Chales Anthony a/l R. Santiago [Klang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, kesediaan kerajaan untuk meminta firma media untuk memastikan latihan keselamatan diberikan kepada pemberita sebelum dihantar ke negara-negara dalam keadaan perang.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab firma-firma media untuk memastikan pemberita atau jurugambar mereka diberikan latihan untuk menghadapi situasi bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka semasa membuat liputan di kawasan berisiko tinggi. Firma-firma media juga harus mempunyai tatacara pelaksanaan kerja atau standard operating procedure sendiri dalam menghadapi liputan seperti ini. Kerajaan sedia membantu mana-mana firma media untuk melatih pemberita atau jurugambar mereka bagi tujuan-tujuan tersebut. Mereka boleh diberikan latihan ala tentera mengenai taktik dan teknik menghadapi kelangsungan hidup atau survival training. Selain itu firma-firma media pula haruslah bersedia membekalkan kelengkapan keselamatan seperti baju kalis peluru, topi besi, jaket keselamatan, topeng gas, alat-alat perkhemahan dan sebagainya untuk kegunaan pemberita atau jurugambar mereka yang membuat liputan di kawasan berisiko tinggi seperti di negara dalam keadaan perang atau bencana alam. Terima kasih.

Terima kasih. Saya ingin memastikan bahawa satu, bahawa kerajaan akan offer hostile training environment untuk firma-firma media ini. Itu pertama. Keduanya, offer ini akan dijadikan sebagai satu undang-undang ataupun satu regulation ataupun akan menjadi satu perkara yang dimasukkan ke dalam collective bargaining di antara firma media dan juga pemberita-pemberita. Ataupun cadangan kerajaan untuk mengadakan program latihan ini akan menjadi satu cadangan sahaja. Saya khuatir bahawa kalau ini satu cadangan sahaja maka kita akan adakan ulangan lagi apa yang telah berlaku di Somalia. Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita ketahui bahawa apa yang berlaku di Somalia berlaku kerana tugas sukarelawan yang diadakan di sana. Sebagai menjawab adakah kerajaan akan mewajibkan training atau latihan seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat, saya percaya ini adalah bukan satu-satunya yang diwajibkan. Akan tetapi dengan sukacita saya menyatakan semua firma-firma media ini digalakkan menyediakan latihan tersebut.

Sebagai mana yang dijalankan di negara-negara lain, ini adalah satu training atau latihan yang tidak diwajibkan kepada semua pemberita atau jurugambar yang menjalankan tugas mereka. Tidak boleh kita katakan bahawa sebagai mana banyaknya training atau latihan yang kita sediakan, ianya boleh menjamin bahawa seseorang itu akan tidak terbunuh. Kita hanya mencari jalan bagaimana kita boleh mengurangkan kejadian yang tidak diingini ini. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Wartawan adalah kerja yang mulia. Satu kerja yang mulia yang dilakukan oleh wartawan yang membuat laporan semasa aman ataupun semasa perang, semasa darurat. Hasil kerja wartawan inilah dunia didedahkan dengan berbagai-bagai maklumat yang perlu diketahui. Kita terhutang budi kepada wartawan. Apa yang berlaku di Somalia, satu tragedi yang tidak dapat kita terima yang berlaku kepada wartawan Bernama, wartawan TV3. Saya berharap seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Klang dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, latihan yang sewajarnya harus diberi. Kerajaan perlu bekerjasama secara erat dengan mana-mana media yang hendak menghantar wartawannya terutamanya di kawasan-kawasan yang tidak dijamin keselamatannya seperti zon perang, zon yang tidak tenteram. Baju kalis seumpamanya, topi besi umpamanya dan berbagai-bagai latihan harus diberikan kerjasama oleh kerajaan kepada media-media kerana jangan kita anggap bahawa ini wartawan sebagai sukarelawan, sukarelawan apa. Ini bergadai nyawa ya.

Jadi kita mengambil sikap sebagai kerajaan Malaysia melindungi rakyat kita, daripada tercedera, terbunuh dalam situasi yang memang berkemungkinan mereka akan dapat apa seperti yang telah berlaku. Itu satu. Jadi saya harap kerajaan ambil berat ini seperti mana yang saya katakan tadi wartawan kerjaya yang mulia yang mendedahkan dunia kepada maklumat-maklumat. Kita kena beri perlindungan kepada mereka. Itu satu. Kedua, apa masalah kepada tentera Burundi yang menembak, yang mencederakan wartawan Bernama, wartawan TV3? Apa tindakan dan apa pampasan yang boleh kita ambil daripada mereka untuk membantu dua keluarga ini baik yang terbunuh, baik yang cedera? Supaya ini memberikan ajaran kepada mana-mana tentera di dunia ini jangan sewenang-wenang melepaskan tembakan yang boleh membunuh dan mencederakan. Saya harap dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih dan selamat pagi kepada Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, kita semua memang menghargai tugas wartawan dan sebagaimana yang telah saya katakan tadi Kerajaan Malaysia memang sentiasa memberi kerjasama kepada semua wartawan atau firma-firma media yang menjalankan tugas mereka untuk menghantar wartawan ataupun jurugambar mereka ke tempat-tempat yang dianggap merbahaya. Sebagaimana yang kita ketahui berkenaan dengan kejadian yang berlaku di Somalia, perlindungan dari segi fizikalnya dan juga dari segi kemungkinan kewangan untuk masa hadapan yang bertugas dan ahli-ahli keluarga mereka ini adalah semua yang difikirkan dan sepatutnya dilakukan. Sebagaimana yang telah saya difahamkan bahawa Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) sekarang sedang membuat satu buku kecil iaitu buku panduan keselamatan komprehensif untuk wartawan yang membuat liputan di zon kritikal dan dilanda konflik. Ini saya percaya akan sedikit sebanyak boleh memberi keyakinan kepada kita semua bahawa apa yang patut diatur dan disediakan akan tersedia bila-bila wartawan ataupun pemberita ataupun jurugambar kita pergi ke tempat-tempat yang sedemikian. Berkenaan dengan askar Burundi Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kerana belum ada maklumat berkenaan dengan apa tindakan yang diambil oleh African Union ataupun oleh negara mereka.

Saya sependapat dengan Yang Berhormat Sri Gading bahawa tindakan ataupun hukuman yang sekeras-kerasnya patut diberi kepada askar yang tidak bertanggungjawab ini. Sekian, terima kasih.

Ismail bin Kasim (Chu)UMNO · BNArau · question

3. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah usaha-usaha yang telah dan akan diambil bagi memperkenalkan komoditi baru negara selain daripada getah dan kelapa sawit.

Dato’ Hamzah bin ZainuddinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Arau. Selain daripada komoditi getah, kelapa sawit, produk-produk kayu-kayan koko dan lada. Kementerian turut menggalakkan tanaman baru yang berpotensi seperti kenaf dan sagu. Kajian juga sedang dibuat ke atas tanaman pokok jathropa. Tanaman kenaf diusahakan sebagai salah satu tanaman alternatif kepada tanaman tembakau. Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan industri kenaf negara dapat berdaya saing dengan komoditi lain di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk, pertama, menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat pengeluar produk berasaskan kenaf seperti palpa, insulator dan bahan bio composite. Sehingga kini tiga memorandum persefahaman telah ditandatangani. Kedua kerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan kenaf seperti Fujian Agriculture Forestry University (FAFU) di China untuk membangunkan dan meningkatkan produktiviti tanaman kenaf. Ketiga, meluaskan kawasan tanaman ke seluruh negara dan tidak hanya bertumpu kepada kawasan tanah bris sahaja. Keempat, memberikan bantuan input pertanian seperti biji benih, baja racun perosak dan lain-lain lagi. Kelima, membangunkan perkhidmatan mekanisasi untuk aktiviti penanaman penuaian dan pemprosesan. Keenam, mengenal pasti teknologi-teknologi yang boleh diadaptasi dan diguna pakai bagi pelaksanaan aktiviti penuaian dan pemprosesan yang lebih efisien. Ketujuh, membangunkan raw material collection centre and collection processing and marketing centre di seluruh negara. Berhubung dengan sagu, ianya merupakan sejenis palma yang mengandungi kanji yang boleh digunakan bagi pelbagai aplikasi termasuk untuk tujuan makanan, farmaseutikal dan kanji terubah suai atau modified starch untuk kegunaan industri. Buat masa ini, keluasan tanaman sagu di Malaysia adalah 62,000 hektar dan diusahakan secara tradisional dan berskala kecil serta tertumpu di Sarawak. Langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menjadikan tanaman sagu sebagai sumber pertumbuhan baru yang berdaya saing adalah seperti berikut: (i) menyediakan kemudahan infrastruktur dan khidmat perkembangan bagi membantu pengusaha dan pekebun kecil; (ii) meningkatkan aktiviti pengeluaran sagu secara komersial dengan menggalakkan penghasilan dan klon sagu yang bermutu dan cepat matang; (iii) memperkukuhkan R&D bagi meningkatkan produktiviti dan membangunkan produk berasaskan sagu. Buat masa ini di Sarawak, Crown Research Sdn Bhd sebuah anak syarikat

Dato’ Hamzah bin ZainuddinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Larut

kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan sagu; (iv) membangunkan aktiviti pemprosesan produk berasaskan sagu di peringkat hiliran seperti glukosa, caramel, monosodium glutamate ataupun perisa, maltosa, dan fruktosa serta industri bukan makanan seperti penghasilan pelekat; dan (v) memperkukuhkan pasaran produk bernilai tinggi berasaskan sagu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya hendak tanya satu Yang Berhormat. Secara rasmi apa istilah sebenar sagu ataupun mulong. Saya tahu pokok itu mulong, sagu itu by product of mulong. Jadi mana satu official name untuk bahan ini.

Sebenarnya pokok ini sudah mula bertanam 700 tahun, sudah ada 700 tahun dalam negara kita. Nama yang sebenarnya kita susah hendak sebut ini, Metroxylon nama saintifiknya. Jadi kita sebut tanaman pokok sagu. Tanaman pokok sagu kerana sagu itu diambil daripada batang itu sendiri. Betul seperti apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi nama yang sebenarnya tidak ada jadi sebab itu kita sebut nama tanaman pokok sagu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Mintalah, nama itu mulong Yang Berhormat.

Mulong.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Pokok mulong.

Di Sarawak dipanggil pokok mulong.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

By product fillet itu dipanggil sagu ataupun “saguk”.

Okey.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kita menyedari bahawa setakat ini bahawa persaingan daripada negara-negara yang mempunyai iklim dan persekitaran sama seperti kita yang turut terlibat dalam penanaman seperti getah dan kelapa sawit dan juga kita turut menghadapi gangguan daripada negara-negara pengimport selain daripada kempen berterusan yang turut menyerang negara kita dalam produk komoditi yang dikeluarkan oleh negara kita seperti minyak sawit dan sebagainya yang dikatakan perkara-perkara ini berterusan. Menerusi Dasar Komoditi Negara yang dirancang oleh kerajaan itu merupakan dasar yang khusus untuk menjana pendapatan lebih banyak ekonomi negara. Saya melihat dan apa yang dibuat oleh kementerian lebih berfokus sebenarnya tetapi ada atau tidak perancangan yang dibuat oleh kementerian terutamanya melihat tanaman-tanaman yang sekarang ini berada di bawah Kementerian Pertanian contohnya seperti kopi dan juga jagung di mana kita tidak boleh dikatakan untuk makanan, ternakan dan sebagainya. Kita mengimport hampir 100 peratus daripada negara luar yang ini merupakan kalau diukur daripada food import bill kita adalah cukup tinggi. Yang sebenarnya amat sesuai ditanam di negara kita.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Boleh atau tidak perbincangan diadakan di antara kementerian bagi memastikan bahawa kementerian komoditi yang lebih berfokus supaya lebih menumpukan kepada meningkatkan tanaman-tanaman yang saya nyatakan tadi. Pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu pandangan yang baik. Sebab itu dalam perbincangan di antara kedua-dua kementerian ini, untuk menggariskan Dasar Makanan Negara, kementerian ini mempunyai satu dasar yang kita panggil Dasar Komoditi dan Industri Negara. Ketika ini kita tidak memasukkan kopi dan jagung ke dalam kementerian kita, dalam dasar kita ini. Walau bagaimanapun, dalam kita menentukan bahawa dasar keseluruhannya, maka perbincangan ataupun collaboration di antara kedua-dua kementerian sentiasa diadakan. Jadi ini kita ambil kira secara keseluruhannya maka tidak timbul sama ada ianya di Kementerian Pertanian ataupun di kementerian kita sendiri. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin mohon penjelasan dari segi sisi komoditi baru kerana saya melihat terutama di kawasan saya dan mungkin di Arau juga terdapat satu jenis komoditi yang mendapat tempat di dalam masyarakat tetapi untuk tujuan yang salah. Akan tetapi kajian oleh Yale University School of Medicine, menunjukkan bahawa komoditi ini yang saya maksudkan iaitu daun ketum, betul ataupun kalau orang kampung saya panggil daun biak. Memang terdapat dua pandangan. Ada yang mengatakan ianya memberi rawatan yang segera terutama penyakit diabetes, ada. Ada yang mengatakan memberi bantuan terhadap pekerja-pekerja petani dan nelayan dan sebagainya. Akan tetapi pada masa yang sama ada juga salah guna dan sebagainya dan sehingga hari ini ia hanyalah di bawah Akta Racun tetapi yang saya ingin mohon penjelasan Timbalan Menteri, memandangkan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada memberi satu pandangan, ada aspek-aspek berkaitan dengan farmaseutikal kegunaan perubatan dan sebagainya. Sejauh mana Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat komoditi ini dari segi sisi positifnya terutama sekali di dalam aspek ekonomi dan apatah lagi sekiranya ianya boleh dimanfaatkan untuk tujuan perubatan supaya ianya dapat menghilangkan apa yang saya panggil sekarang ini, efek-efek negatif yang amat menular dengan teruk sehinggakan dikatakan, kalau kenduri-kendara di kampung tanpa air ketum anak-anak muda tidak mahu buat kerja. Sehinggakan ada yang lebih teruk lagi ada di kalangan minta maaf, rakan-rakan yang tidak bertanggungjawab polis dan sebagainya mengambil kesempatan tahan anak- anak muda ini, tahan sekejap tetapi lepas kerana aktanya belum jelas. Saya mohon kementerian mungkin dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melihat isu ini terutama dari segi aspek yang memanfaatkan. Mohon penjelasan.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila kita sebut tentang komoditi ini bukan bermakna semua tanaman-tanaman yang ada di dalam negara ini kita ambil kira sebagai tanaman-tanaman yang boleh kita jadikan sebagai hasil negara. Contohnya tanaman pokok ketum ini sendiri. Kajian memang sedang kita buat, kerajaan hendak melihat apakah penggunaan yang lebih baik selain daripada apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau tadi. Walau bagaimanapun, apabila kita hendak melihat ianya menjadi satu komoditi baru, kita bukan sahaja hendak melihat dari segi tanaman itu, apa hasil, apa produk dan sebagainya tetapi kita hendak melihat dari segi keseluruhan, viabilitynya untuk menentukan dari segi masalah pekerja, masalah sosial dalam negara semua juga akan kita ambil kira sebelum kita tentukan sama ada pokok ini boleh kita jadikan sebagai satu lagi tanaman komoditi dalam negara kita. Sebab itu buat masa ini pokok ketum masih lagi belum kita masukkan sebagai tanaman komoditi dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Mohd Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap · question

4. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) kekosongan kuarters guru yang berlaku di seluruh Malaysia dan punca; dan (b) kebenaran dakwaan meter air yang terpaksa dikongsi dengan keseluruhan penghuni kuarters dengan satu bil dan cara kementerian menangani serta benarkah kuarters guru di Naka Padang Terap tiada Sijil Menduduki (CF).

Datuk Ir. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, menyediakan kebajikan kepada guru merupakan salah satu faktor utama dalam usaha meningkatkan pendidikan negara. Antaranya adalah dengan penyediaan kemudahan kuarters atau rumah guru yang selesa dan mencukupi. Setakat ini, Kementerian Pelajaran telah pun melaksanakan pembinaan kuarters guru atau Kompleks Institusi Pendidikan (KIP) sebanyak 30,511 unit di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak 21,698 unit iaitu 71.1 peratus telah pun diduduki manakala bakinya sebanyak 8,812 iaitu 28.9 peratus lagi masih kosong atau belum dihuni dan tidak diduduki. Antara punca KIP mengalami masalah pengisian penghuni-penghuni adalah kadar sewa tempatan yang lebih murah dan rendah dan juga keadaan fizikal unit-unit KIP yang rosak. Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu task force bagi mengatasi masalah pengisian KIP yang kosong di seluruh negara. Antara tindakan yang dilakukan adalah menilai anggaran kos penyelenggaraan kerosakan setiap unit KIP yang tidak terurus dan mengalami kerosakan. Terdapat juga KIP yang kosong digunakan sebagai Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) seperti di Kip Sungai Buloh, Perak, KIP Temerloh Pahang, KIP Tenggara Johor, dan KIP Sungai Karangan Kedah. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga sedang menimbang cadangan untuk menyewakan unit-unit yang tidak diisi kepada kementerian dan juga agensi-agensi lain yang amat memerlukan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KIP di Naka Padang Terap sudah pun mempunyai Certificate of Fitness (CF) pada 2 Oktober 2001 dan selayaknya untuk diduduki atau didiami oleh guru. Berhubung dengan dakwaan wujudnya meter air yang terpaksa dikongsi oleh penghuni, perkara tersebut memang masih berlaku seperti di KIP di Naka Padang Terap disebabkan oleh perjanjian dengan Jabatan Bekalan Air Kedah ketika pembinaan KIP tersebut. Ini memang termaktub dalam indeks enakmen Bekalan Air Negeri Kedah 1991. Justeru bagi menangani situasi seperti ini Kementerian Pelajaran bercadang untuk membuat bacaan meter air secara individu seperti yang dilaksanakan di KIP di Pulau Pinang. Kementerian akan sedaya upaya menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku agar guru-guru tidak terbeban dengan masalah yang boleh mengganggu tumpuan guru- guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terima kasih.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan kuarters guru tadi kementerian telah mengakui bahawa memang berlaku masalah daripada sudut fizikal terhadap kuarters-kuarters guru ini. Saya dapati dalam kita memberi kebajikan kepada guru-guru ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, difahamkan bahawa KIP ini dibina oleh consultant kemudian diserahkan kepada pihak kementerian maka di sana bila berlaku permasalahan pihak JKR tidak mahu bertanggungjawab kerana sudah diserahkan kepada pihak kementerian. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bagaimanakah ia boleh selesaikan masalah yang berlaku kerana ia boleh memberi kesan kepada guru-guru dan penghuni yang ada di dalam. Yang kedua sedikit ini yang berkaitan dengan meter air, saya difahamkan penyatuan ataupun penggunaan meter air yang bersepadu ini bukan sahaja berlaku di kuarters guru di Naka, tetapi juga di tempat-tempat lain di seluruh negara kecuali disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi di Pulau Pinang.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Jadi bagaimanakah caranya supaya pihak kementerian boleh berunding dengan pihak pembekal air, operator bekalan air untuk menjadikan meter-meter air ini dalam bentuk individu. Juga saya ingin bertanya tentang persoalan kuarters guru di Kuala Nerang yang masih lagi belum digunakan sampai hari ini. Jadi di sini ada masalah mungkin CF ataupun apa yang menyebabkan guru tidak boleh memanfaatkan kuarters guru di Sekolah Menengah Kuala Nerang. Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya kita mengaku bahawa semasa pembinaan itu ianya dirancang oleh konsultan kemudian diserahkan kepada kementerian. Apa yang saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini ialah apa yang kerajaan lakukan selama ini kita memberi imbuhan perumahan tetap dan juga COLA. Bagi guru-guru yang hendak menerima ITP iaitu imbuhan tetap perumahan, mereka akan hilang sekiranya mereka duduk di kuarters. Kalaulah mereka duduk di Padang Terap mungkin sewa sebuah rumah mungkin teres biasa mungkin RM300. Akan tetapi bagi mereka yang jadi guru DG41 mereka dapat RM300 untuk ITP. Kemudian DG44 dia dapat RM400, kalau DG48 dia dapat RM550. Selain daripada imbuhan tetap perumahan tidak boleh terima, satu lagi COLA. Di mana ada RM100, RM200, RM300 mengikut kategori mereka akan dipotong separuh. Kalau RM300 dipotong separuh menjadi RM150. Kalau kita campur kedua-dua ini ianya jauh lebih tinggi daripada sewa yang mereka boleh dapat daripada luar. Itu yang menyebabkan faktor kenapa guru tidak duduk di kuarters. Pertama kerana kebajikan guru sekarang lebih baik, kalau mereka duduk dekat kuarters mungkin mereka akan hilang elaun-elaun yang mereka layak. Itu pertama. Kedua mengenai CF. Untuk semua kuarters guru ini kita mensyaratkan kalau kita hendak terima, mesti ada CF, kalau tidak ada CF kita tidak boleh terima kerana tidak lengkap. Apa Yang Berhormat bangkitkan itu betul dari segi meter bersepadu. Sebenarnya salah satu masalah atau kekangan yang guru-guru tidak mahu duduk kerana kalau dia buat secara pukal isi padu air yang digunakan itu terlalu banyak. Semakin banyak isi padu air digunakan dia akan tertakluk kepada satu tarif yang lebih tinggi. Dalam konteks ini sekiranya kita dapat buat secara individu kita akan lakukan seperti yang kita buat di KIP Pulau Pinang maka kita sedang dalam proses. Oleh kerana Jabatan Bekalan Air Kedah ini sekarang di bawah enakmen dahulu semasa itu diserahkan kepada SADA (Syarikat Air Darul Aman). Kita sedang berbincang dengan SADA sekiranya diizinkan kita mahu supaya ianya dapat dipecah-pecahkan secara individu. Ini akan mengurangkan beban guru, mereka yang menghuni di sana. Jadi saya rasa soal penyelenggaraan itu adalah satu perkara yang perlu kita lihat dan kita kena membaiki kerosakan yang ada pada setiap kuarters guru supaya mereka dapat satu persekitaran kondusif untuk diduduki. Itulah baru dapat menggalakkan mereka yang terpaksa. Salah satu lagi faktor saya maklumkan kepada Yang Berhormat, guru sandaran tidak terlatih mereka tidak boleh. Kita terpaksa cari kaedah lain seperti mana yang saya huraikan, jadikan sebagai pusat latihan dan kita sewa pada agensi lain. Ini antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengisi 28.9 peratus yang masih kosong. Terima kasih.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang Berhormat Kuala Nerang tadi, Yang Berhormat Kuala Nerang.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Saya akan bagi jawapan secara bertulis untuk Yang Berhormat Kuala Nerang ya.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jempol Yang Berhormat.

Dato' Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi Kompleks Perumahan Guru yang besar kadangkala sehingga 100 unit. Ini bukan sahaja memerlukan pemerhatian untuk memperbaiki kemudahan yang sedia ada tetapi sampai masa dan ketikanya pihak kementerian memikirkan tentang kemudahan tambahan seperti balai rakyat, surau dan sebagainya. Bagi perumahan yang memang tidak diperlukan oleh pegawai-pegawai seperti guru dan juga pegawai-pegawai kerajaan, adakah pihak kementerian bersedia menyewakan rumah tersebut untuk digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam bagi menduduki rumah tersebut sebagai asrama mereka?

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai facilities yang ada pada KIP ini. Keutamaan kita pada setakat ini kita perlukan peruntukan untuk membaiki setiap unit dahulu kerana rumah sudah rosak dan kita kena memperbaiki mungkin dari segi paip air dan mungkin lantai sudah pecah. Ini keutamaan kita sekarang. Sekiranya peruntukan mengizinkan memang kita hendak tambah balai raya dan sebagainya tetapi ini adalah priority yang kedua dan seterusnya. Apa Yang Berhormat sebutkan memang benar. Untuk tempat-tempat tertentu kita tidak ada orang yang hendak menghuni. Saya bagi satu contoh di Kedah bukan main banyak. Tidak cari orang pergi duduk sana bukan mudah. Jadi saya rasa apa yang kita lakukan ialah jadikan ianya sebagai satu pusat latihan untuk guru dalam perkhidmatan. Ini kerana kalau tidak kita gunakan facility ini kita akan menyewa hotel-hotel mungkin yang biasa dan ini juga memerlukan perbelanjaan. Jadi ini menjimatkan kos kita juga. Kedua ini tetapi melibatkan pengubahsuaian bangunan dari segi fungsinya untuk bermesyuarat dan sebagainya. Cadangan Yang Berhormat adakah pelajar-pelajar di Tingkatan 6 boleh menduduki? Kita tidak ada masalah kalau ada yang hendak menyewa tetapi priority kita guna sesama agensi kita, mungkin IPG kena guna, BPG kena pakai di dalam kementerian itu. Kalau agensi lain sebab itu saya katakan dalam jawapan asal itu kita berbincang dengan agensi asal mungkin dia ada satu pusat latihan di situ dia memerlukan kuarters. Jadi kita bantu, kita boleh sewa kepada mereka. Sekiranya mengizinkan kalau ada permintaan begitu kita boleh bantu juga pelajar-pelajar Tingkatan 6. Kita sedia mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat memandangkan kita tidak mahu pembaziran berlaku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Dato' Sri Ong Tee Keat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua soalan. Ini untuk Sabah, Sarawak Tuan Yang di-Pertua, rumah guru.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Bolehlah Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jangan ceramah Yang Berhormat tanya sahaja ya.

Kita bukan soal fasal kekosongan rumah guru tetapi apa yang mendukacitakan mungkin Timbalan Menteri tidak tahu. Di pedalaman rumah-rumah guru bukan setakat mungkin untuk guru tinggal untuk burung tinggal boleh macam burung acang... [Ketawa] Jadi kita mahu tahu kalau kita nampak sekolah-sekolah dalam bandar di Semenanjung di mana tempat ya mereka selesa. Rumah guru di pedalaman mungkin Yang Berhormat boleh ikut sama saya, tengok rumah- rumah guru! Layak ditinggal oleh manusia atau tidak? Jadi kita berharap dengan ada pengumuman RM500 juta lebih yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran, bagilah banyak kepada Sabah dan Sarawak. Ini kerana kalau tidak apa macam kita mahu mencungkil pelajar-pelajar yang baik daripada Sabah dan Sarawak.

Mereka ketinggalan sahaja sebab guru tidak boleh mengajar dengan selesa. Rumah mereka macam burung acang saya katakan. Jadi bolehkah kita dapat jawapan peruntukan yang ada tambahan ini dibagi lebih kepada Sabah dan Sarawak.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Secara keseluruhannya kementerian kalau kita dapat apa-apa juga peruntukan, tumpuan kita lebih kepada Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan pedalaman. Kita sedar di kawasan pedalaman kos pembinaannya sangat tinggi. Untuk kuarters guru kita telah kenal pasti beberapa tempat. Saya pernah melawat di Sabah juga beberapa tempat saya nampak dari segi strukturnya sudah tidak selamat. Inilah yang akan dijadikan sebagai keutamaan projek-projek yang kita hendak baiki cepat. Satu lagi perkara Ahli Yang Berhormat sebut tadi peruntukan penyelenggaraan. Ini adalah penyelenggaraan untuk sekolah. Maka kita atas tajuk sekolah itu kita akan beri lebih kepada Sabah dan Sarawak. Satu laporan audit telah dibuat secara fizikal di sekolah dan termasuklah Sabah Sarawak dan saya nampak senarai itu banyak juga sekolah- sekolah di sana. Ini kerana kawasan pedalaman memang mendahagakan peruntukan. Terima kasih.

Ong Tee KeatMCA · BNPandan · question

5. Dato’ Sri Ong Tee Keat [Pandan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, setakat mana kerja penyelidikan dan pembangunan yang diusahakan oleh IPTA kita telah berhasil dan seterusnya berjaya dipasarkan. Apakah pulangan yang diperoleh itu dapat membantu membiayai sebahagian perbelanjaan IPTA yang berkenaan. Jika ya, sila beri butirannya bagi IPTA masing-masing. Jika tidak, mengapa.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi I · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, peratusan hasil R&D institut pengajian tinggi awam yang dikomersialkan pada tahun 2010 ialah 3.2 peratus dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM7.6 juta. Penjanaan pendapatan IPTA bagi tahun 2010 adalah berbeza-beza. Umpamanya, empat buah universiti yang mampu menjana pendapatan tertinggi ialah Universiti Utara Malaysia dengan jumlah penjanaan pendapatan sebanyak RM3.48 juta, Universiti Malaya sebanyak RM1.27 juta, Universiti Sains Malaysia sebanyak RM1.02 juta dan Universiti Teknologi Malaysia sebanyak RM1 juta. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita sedia maklum bahawa cendekiawan-cendekiawan di menara gading negara kita tidak semestinya semua arif dalam bidang pemasaran. Tidakkah pihak IPTA yang berkenaan berikhtiar untuk berganding bahu dengan pihak swasta dalam usaha membangunkan mekanisme pemasarannya agar elemen pemasaran dalam daya usaha R&D&C itu dapat dimantapkan? Lebih-lebih lagi, kita sedia maklum juga wadah pemasaran itu bukan tidak wujud di IPTA kita. Syarikat-syarikat tajaan IPTA yang tertentu umpamanya di UKM dan UM, telah pun lama tertubuh. Akan tetapi apa pula prestasinya dalam pemasaran setakat ini?

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program dan aktiviti R&D memang memerlukan banyak dana. Dalam hal ini, IPT di seluruh dunia bergantung tinggi kepada dana daripada kerajaan masing-masing untuk menjayakan R&D. Di Malaysia, kementerian mendapati peratusan hasil R&D yang dikomersialkan pada kadar 3.2 peratus bagi tahun 2010 adalah memuaskan. Standard antarabangsa ialah 10 peratus. Kementerian yakin bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh bermula dari tahun 2011, prestasi pengkomersialan mampu meningkat melebihi 4 peratus. Menjelang tahun 2015, kementerian meletakkan sasaran hasil R&D dikomersialkan sebanyak 5 peratus.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyumbangan dana untuk R&D daripada sektor swasta masih pada tahap yang rendah. Pada tahun 2010, hampir RM18.5 juta telah diterima dan untuk tahun ini sehingga bulan Jun, sumbangan sektor swasta ialah RM8.3 juta. Memandangkan sumbangan daripada sektor swasta adalah rendah, saya ingin menyeru agar pihak swasta memberi keyakinan kepada IPTA dengan meningkatkan sumbangan untuk R&D. Sekian.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Saya hendak bertanya sekiranya ada rancangan di masa hadapan oleh kerana soalan asalnya tadi merujuk kepada hasil atau bidang keberhasilan yang boleh mendatangkan pendapatan berbanding dengan jumlah yang kita belanjakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Rujukan saya di sini melihat bahawa pada tahun ini Tuan Yang di-Pertua, kita membelanjakan RM12 bilion untuk kementerian ini dan RM10.5 bilion hanya untuk pengurusan. Dari jumlah ini, sekiranya data yang diberi oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita ada keberhasilan dalam RM6 juta oleh beberapa buah universiti tempatan. Adakah rancangan kita di masa hadapan untuk mengambil kira jumlah selain daripada bidang-bidang yang boleh dikomersialkan sahaja, yang boleh diusahakan di peringkat institusi pengajian tinggi dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang kita beri kepada seluruh institusi IPTA dalam negara, dilihat keupayaan mereka untuk menghasilkan pendapatan kepada universiti atau IPTA itu sendiri. Adakah satu ratio yang kita cuba perkenalkan untuk menggalakkan mereka menyumbang ataupun berikhtiar untuk mencapai satu tahap ratio keberhasilan? Adakah rancangan kita di masa hadapan? Terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah meningkatkan peruntukan dana R&D kepada RM741 juta untuk tempoh RMKe-10, dan RMKe-9 ialah sebanyak RM285 juta. Untuk tahun ini, pihak kementerian sudah nampak peningkatan bilangan permohonan untuk dana R&D daripada IPTA meningkat kepada 8,425 buah projek dalam tahun 2011 berbanding hanya 7,055 buah projek dalam tahun 2010. Namun begitu, hanya 1,511 buah projek diluluskan untuk tahun 2011 dengan dana hampir RM200 juta. Tambah lagi, projek R&D asas atau fundamental dengan izin, memakan masa untuk matang. Sebelum ia dapat dikomersialkan, projek asas ini memerlukan tambahan penyelidikan dalam bentuk prototaip dan sebagainya sebelum berjaya menjadi produk untuk dikomersialkan. Ini juga memerlukan peruntukan. Maka itu, bagi tahun 2011, kementerian memperkenalkan Prototype Development Research Grant Scheme, dengan izin, ataupun singkatannya PRGS dengan peruntukan hampir RM10 juta. Sekian.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

6. Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah usaha mengatasi kenaikan harga barangan semakin tinggi di musim perayaan dan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I · Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha untuk mengatasi kenaikan harga barangan semakin tinggi di musim perayaan, kerajaan telah melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut. Pertama, melaksanakan skim kawalan harga musim perayaan pada musim-musim perayaan utama. Skim tersebut merupakan salah satu kaedah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan pengguna memperoleh barang-barang keperluan pada harga yang berpatutan untuk sepanjang masa. Objektif utama skim ini adalah untuk menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah bagi menangani aktiviti pencatutan semasa permintaan tinggi di musim perayaan. Skim ini telah dilaksanakan pada perayaan utama masyarakat negara ini iaitu Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I · Gerik

Di bawah skim ini, harga maksimum ditentukan di peringkat pengeluaran, pemborongan dan peruncitan untuk barang keperluan musim perayaan terlibat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Kedua, mengambil tindakan tegas terhadap aduan pengguna mengenai peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau dan sewenang-wenangnya. Ketiga, mengadakan pusat jualan seperti pasar tani menjelang perayaan kerana pusat jualan tersebut menawarkan harga yang lebih rendah, dan seterusnya menetapkan harga runcit terhadap beberapa barang perlu secara pentadbiran melalui persetujuan di antara pihak industri dan kementerian. Sebarang perubahan harga barangan ini perlu mendapat kebenaran daripada kementerian.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, kalau kita melihat situasi yang berlaku pada hari ini, bukan sahaja kenaikan harga barang di musim perayaan, malah kita melihat harga barangan dalam negara kita meningkat lebih daripada 50 peratus dan negara kita di antara negara yang tertinggi di dunia di sudut purata kenaikan harga barang yang mana meningkat dua kali ganda daripada harga purata dunia. Ini adalah satu perkara yang sangat menekan rakyat. Jadi di antara punca utama kenapa berlaku kenaikan ialah apabila kerajaan menstrukturkan semula subsidi harga barang.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Jadi, di sini saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian, apakah usaha untuk memastikan harga barang yang di pasaran hari ini tidak terus menekan rakyat. Sebab kita tidak mahu alasan yang dibuat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sekiranya subsidi tidak ditarik, negara kita akan bankrap. Sekarang ini, sekiranya negara kita tidak dikekang dengan kenaikan harga barang, bukan negara yang bankrap, rakyat bankrap lebih awal. Jadi, di sini saya ingin penjelasan, apakah kerajaan bercadang untuk menghentikan subsidi kepada sektor korporat seperti IPP yang menelan kos lebih daripada RM19 bilion. Di sini adalah satu angka yang cukup besar. Sepatutnya angka ini diberi untuk memberi jaminan supaya harga barang makanan tidak memberi tekanan kepada rakyat, bukan kepada golongan korporat. Minta penjelasan.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengakui bahawa pada hari ini, trend makanan pada hari ini semakin meningkat. Mengikut Laporan Majlis Harga Barang Negara, kita mendapati bahawa kenaikan harga pada hari ini, khususnya barang- barang basah ini, dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktornya ialah disebabkan kerana jumlah bekalan, tahap iaitu kesegaran, permintaan dan penawaran, persaingan harga di pasaran dan juga disebabkan kerana keadaan cuaca sebenarnya. Kalau kita lihat pada hari ini, keadaan cuaca dan bencana alam yang berlaku, contohnya di negara jiran kita paling dekat, Thailand. So, takkanlah disebabkan kerana bencana alam, kita hendak marah pada kerajaan. So, ini adalah satu hakikat yang perlu kita terangkan pada rakyat. Jangan pula tiap kali hendak mengelirukan rakyat. Tiap kali gunakan, memperlekehkan BN – barang naik. Itu tidak baiklah. Oleh sebab... [Dewan riuh] Perkara ini kita mesti lihat, kita perlu lihat bahawa perkara-perkara ini adalah bencana alam. So, kalau kita..., kita perlu ingat bahawa kita kadangkala terpaksa mengimport barang-barang untuk keperluan rakyat kita. Kalau kita lihat cili hari ini, telah pun meningkat sampai sekilo RM20.00. So, apatah lagi sebagai rakyat terutamanya di sebelah sana, kita harus galakkanlah pada rakyat untuk lebih menanam. So, itu satu caranya kita sebagai pihak pembangkang yang bertanggungjawab, kita sama- samalah, kita harus bersama-sama dengan pihak kerajaan.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Begitu juga dengan kalau kita lihat ikan hari ini, musim tengkujuh hari ini kalau kita lihat, takkanlah kita hendak paksa pak nelayan kita menangkap ikan. So, kita perlu lihat dari segi aspek pelbagai perspektif. Apa yang penting di sini, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, kita hendak pastikan bahawa bekalannya mencukupi. So, itu yang penting. Kalau katakanlah, kita tidak dapat membeli barangan yang segar ini, hari ini kita ada barangan yang telah pun kita sejukkan ataupun disejuk bekukan. So, itu satu caranya kita dapat mengurangkan dari segi harga. Akan tetapi disebabkan kerana rakyat hari ini hendakkan barangan segar, so, bagi saya, bagi kita di pihak kementerian, penarikan subsidi, penstrukturan subsidi ini sebenarnya begitu kecil sekali. Impaknya tidak banyak. Kenaikan disebabkan penstrukturan subsidi yang 5 sen, yang 10 sen, yang 20 sen untuk gula, sebenarnya satu kilo itu sebenarnya kalau kita lihat, satu kilo itu kita boleh buat banyak itu air dari satu kilo itu. Oleh itu, dalam aspek ini penstrukturan subsidi sebenarnya memberi impak yang begitu minima sekali terhadap iaitu harga. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan diberikan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hari ini dua-dua Timbalan Menteri ada sini. Dua-dua Timbalan Menteri pun cantik. Kementerian pun cantik. Jawapan memang pun cantik. Akan tetapi rakyat terjun laut... [Dewan riuh] [Ketawa] [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kementerian sekarang kawal barang-barang kawalan. Akan tetapi ada punya barang-barang tidak dikawal. Contoh, macam kedai kopi, satu piring mee naik harga. Kita minum teh tarik, naik harga. Kita mahu beli ayam, naik harga. Kita minum air kosong daripada 10 sen kepada 60 sen, 70 sen sudah. Teh kosong 80 sen, RM1.00 sudah. Contoh macam ini, barang-barang tidak dikawal, semua naik harga. Ini terlibat orang rakyat bila hendak pergi kedai kopi, hendak makan, mahu minum, lapar. Ini bergantung kehidupan harian. Macam mana kementerian boleh bantu rakyat. Macam mana kementerian boleh turun padang berbincang ataupun berdialog sama-sama ini persatuan- persatuan peniaga-peniaga ataupun persatuan kedai kopi itu semua meminta dia orang semua bekerjasama. Jangan macam itu satu beg baja pun contoh, dulu RM82.00 sekarang kita punya di dalam Dewan ini bajet belum lulus lagi, luar punya baja sudah naik RM100 lebih. Naik pergi kepada RM100 lebih. Macam contoh ini, macam mana kita, kementerian boleh membantulah rakyat atas betul-betul kita tunjuk rakyat punya masalah. Saya haraplah dua- dua Timbalan Menteri, memang hari ini Menteri tidak ada. Bukan kita jawab cantik, mesti dilaksanakan. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Kita memahami bahawa banyak daripada barangan terutamanya makanan hari ini dinaikkan harganya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Naik pula!

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Satu yang perlu kita...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cakap minimum sahaja... [Ketawa]

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena, saya minta bertenang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Biar saya jawab soalan yang dikemukakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

...Oleh Yang Berhormat Bintulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta tolong jangan engagekan orang bercakap di sebelah sana Yang Berhormat.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Okey, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Itulah saya selalu sebut ini, kalau menjawab tujukan kepada saya.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita perlu ingat bahawa pada hari ini sebagai kerajaan, kita tidak boleh mengawal harga, semua harga dalam pasaran, khususnya dari segi makanan. Sebab sekiranya saya beri contoh, kalau kita hendak meletakkan harga, katakan air suam satu gelas, kita hendak letakkan kita perlu fikirkan secara menyeluruh, secara holistik sebab ada air suam yang diberi percuma di kampung. Ada yang caj cuma 10 sen dan 20 sen. Ada yang caj di bandar, contohnya di Kuala Lumpur mungkin 50 sen, 80 sen dan RM1.00. Kalau sekiranya kita meletakkan harganya, contohnya sebagai 50 sen, maka orang kampung akan marah pada kerajaan, sedangkan kita dapat percuma. So, kalau kita letakkan 50 sen, orang dekat bandar marah pada kita. So, dalam hal ini, ini adalah pasaran yang bebas. Sebab itu kita harap sebagai pengguna kita perlu bijak untuk membandingkan harga. Itu yang pertama.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Keduanya, dari semasa ke semasa kita di kementerian senantiasa menjemput persatuan-persatuan pengusaha makanan dan restoran untuk kita bincang. Industri juga kita panggil mereka untuk berbincang supaya kalau boleh mereka menyerap kos-kos yang kadangkala antara lima sen, sepuluh sen dan sebagainya. Kita ada membuat perbincangan dari semasa ke semasa Tuan Yang di-Pertua. Satu sebagai kerajaan kita tidak melepaskan tanggungjawab kita. Sebab itu kita telah pun memahami tekanan kos hidup yang tinggi ini kita pun melaksanakan iaitu ‘menu rakyat 1Malaysia’. Akan tetapi, mereka di sebelah sana memperlekehkannya. So, sebab itu kita, apa usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat sebenarnya kerajaan inilah Kerajaan Barisan Nasionallah yang sentiasa fikirkan untuk rakyat di negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, minta lagi satu soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah cukup Yang Berhormat, sudah cukup Yang Berhormat.

Satu pasal barang naik ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya ada satu soalan yang perlu berdebat.

Satu sahaja pasal kedai 1Malaysia ini.

Ahmad Lai bin BujangPBB · BNSibuti · question

7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, maklumat mengenai bilakah balai bomba untuk kawasan Batu Niah di bawah Parlimen Sibuti akan dibina memandangkan keperluan yang sangat penting di kawasan tersebut.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membuat permohonan pemindahan Balai Bomba di kawasan Batu Niah Sibuti, Sarawak dalam permohonan rolling plan kedua tahun 2012, 2013 dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, ianya tidak tersenarai dalam kelulusan projek yang dipohon. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Inilah jawapan yang kita selalu dengar.

Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya jauh daripada bandar. Kalau mana-mana rumah panjang yang terbakar, makan masa satu jam hingga dua jam baru sampai kerana jalan raya sangat banyak kenderaan yang datang melalui jalan itu. Keperluan ini perlu sebab sejak tahun 2006 sudah diluluskan dan ditunda-tunda kemudian sehingga tahun 2010 kita tanyakan, akan dalam rolling plan kedua. Sekarang 12 tahun dan 13 lagi. Jadi bilakah dalam masa tahun 2006 sehingga tahun 2011 tidak kurang daripada enam buah rumah panjang yang sepanjang tiap-tiap satu buah tidak kurang 30 bilik rumah. Begitu juga yang telah terbakar. Begitu juga rumah kampung-kampung dan begitu juga kelapa sawit dan padi yang hangus. Inilah keperluan yang sangat perlu dan juga apabila di kawasan kita terkena banjir besar, habis tanaman, rumah pun hanyut bomba tidak boleh datang. Perahu pun tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey, Yang Berhormat.

Ya, jadi saya ingin kalau boleh ini diberi penuh perhatian kepada kita kawasan luar bandar. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar bahawa lokasi yang disebut itu memang jauh daripada bandar. Namun demikian, sebagaimana yang saya sebut tadi bahawa kita telah pun memohon kepada kerajaan supaya dalam permohonan rolling kedua ini dapat dimasukkan. Namun demikian, kita telah juga merancang untuk kemungkinan besar membina balai yang bersaiz kecil bagi menampung keperluan yang dipohon oleh Yang Berhormat. Kita telah pun buat kajian kawasan Sibuti mempunyai 37,000 orang yang memerlukan perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kita telah pun mempunyai tanah di kawasan ini dengan kawasan lebih kurang 2.7 ekar dan projek yang kita ingin buat ini ialah dengan kos yang sebegitu kecil di antara RM500,000 untuk membina balai dan kita menyediakan peruntukan untuk jentera dalam 1.8 juta. Inilah di antara langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan sehingga kita tidak boleh lagi menunggu kelulusan untuk membina bomba atau pun balai bomba yang besar dengan peruntukan lebih daripada RM7 juta. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, inilah langkah yang kita akan buat untuk memastikan rakyat dapat perkhidmatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini kawasan Yang Berhormat Sibuti Yang Berhormat.

Bolehkah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Boleh tanya khusus soalan Yang Berhormat Sibuti.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Boleh tidak bergantung sebab kita border...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini soalan Yang Berhormat Sibuti Yang Berhormat. Kalau soalan Sibuti saya bagi Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sibuti. Pasal sebab inilah kita border.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini Sibutikah Yang Berhormat. Tidak payahlah nanti Yang Berhormat bangkit Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Soalan bomba...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Berjanji. Terima kasih.

Wan Abdul Rahim bin Wan AbdullahPAS · PRKota Bharu · question

8. Dato’ Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan menyatakan, berapakah bilangan pelancong dari Asia Barat sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Pelancongan · Mambong

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kota Bharu pasaran Asia Barat adalah antara pasaran utama yang diberi tumpuan dalam aktiviti promosi oleh Tourism Malaysia sehingga telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama bagi pelancong-pelancong dari Asia Barat. Setakat bulan Januari hingga Jun 2011, seramai 148,899 orang pelancong dari Asia Barat telah berkunjung ke Malaysia berbanding tempoh yang sama pada tahun 2010 iaitu seramai 124,718 orang pelancong. Ketibaan pelancong yang memberangsangkan ini mencatat peningkatan sebanyak 19.4 peratus. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian. Dalam jangka waktu satu tahun daripada tahun 2010 sehingga 2011, peningkatan sebanyak 19 peratus kemasukan pelancong-pelancong daripada Asia Barat. Dalam tempoh ini, pihak kementerian telah membuat promosi dengan kehadiran menteri dan pegawai-pegawai ke berapa buah negara di Asia Barat. Jadi saya menjangkakan bahawa peningkatan ini sepatutnya lebih tinggi lagi. Jadi oleh sebab pelancong-pelancong daripada Asia Barat tidak mempunyai banyak pilihan untuk hadir ke negara-negara barat seperti Amerika oleh kerana ancaman, oleh kerana ugutan dan oleh sebab sekatan-sekatan yang diadakan. Jadi Malaysia sepatutnya membuat lebih lagi untuk menarik pelancong-pelancong daripada Asia Barat untuk hadir ke sini dan di antara apa yang saya lihat pihak kementerian sepatutnya menghantar wakil-wakil yang boleh bertutur bahasa Arab ke negara-negara Asia Barat. Walaupun menteri dan timbalan menterinya tidak boleh berbahasa Arab tetapi kami daripada PAS sedia membantu. Jadi kalau...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ringkas, ringkaskan Yang Berhormat, ringkas Yang Berhormat.

Kalau boleh minta pihak kementerian usahakan lebih lagi. Minta jawapan.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu di atas soalan tambahan. Saya memahami kehendak Yang Berhormat untuk meningkatkan lebih tinggi lagi kehadiran pelancong-pelancong daripada Asia Barat. Dengan promosi yang dibuat bukan hanya oleh menteri ataupun timbalan menteri, tetapi pegawai-pegawai di Kementerian Pelancongan juga pergi membuat promosi di Asia Barat.

Pegawai-pegawai ini memang mereka yang fasih dalam bahasa Arab. Selain daripada itu Kementerian Pelancongan ada pejabat-pejabat Tourism Malaysia di Asia Barat. Mereka ini juga sememangnya fasih dalam bahasa Malaysia yang membuat promosi hampir setiap hari ataupun berbincang dengan rakyat di Asia Barat supaya mereka sentiasa hadir ke Malaysia kerana minat mereka di Malaysia adalah banyak. Pertamanya seperti Yang Berhormat Kota Bharu tahu negara kita adalah negara Islam. Jadi mereka memang gemar untuk datang ke sini kerana kebudayaan dan makanan halal ada di sini.

Oleh itulah banyak restoran daripada negara-negara Arab di Bukit Bintang sudah pun terwujud di negara kita. Di tempat-tempat lain juga ada seperti Langkawi. Itulah yang memberi tarikan yang lebih kuat lagi kepada mereka. Sekian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan Yang Berhormat, kerajaan juga kementerian menggalakkan kehadiran pelancong-pelancong daripada Asia Barat dan negara-negara lain. Akan tetapi sedarkah kementerian baru-baru ini ramai pelancong tidak diterima oleh hotel pula terutama sekali daripada Asia Barat. Saya sempat membuat analisa, tinjauan bahawa pelancong- pelancong dari Asia Barat ini pengotor. Jikalau dibagi dia bilik macam mana bintang pun bilik itu dia keluar, bilik itu akan jadi huru-hara. Jadi apa langkah-langkah yang diambil oleh kementerian ke arah bagaimana untuk memastikan pelancong-pelancong daripada Asia Barat ini juga mungkin ditarbiahkan supaya mereka menjadi kelompok masyarakat yang pembersih sebab kita mengamalkan hidup sihat. Jadi kena juga mereka diberi tarbiah sedikit sebelum mereka datang.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, sahabat saya ini. Classmate di Parlimen, sama-sama datang di Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat walaupun perkara seperti ini berlaku, mereka ini kononnya pengotor dan hotel tidak terima. Akan tetapi ini adalah golongan yang kecil sahaja. Kebanyakan mereka juga sememangnya menjaga kebersihan dan buat apa yang diperlukan oleh hotel dan oleh negara kita. Oleh itu, Kementerian Pelancongan mewujudkan satu tagline yang dinamakan “1Malaysia Clean, 1Malaysia Green.” Daripada tagline inilah kita membuat promosi bahawa kita menumpukan perhatian di dalam kebersihan dan juga di dalam kehijauan negara. Kepada pelancong-pelancong Arab juga kita sememangnya memberi taklimat kepada mereka tentang tagline ini di mana keperluan tagline ini supaya hotel di mana mereka menginap juga akan dijaga kebersihan oleh mereka. Pelancong yang tidak diterima oleh hotel-hotel itu mungkin sebilangan kecil, tetapi hotel juga perlu membuat keputusan untuk memasukkan mereka ke dalam hotel mereka. Ini kerana kalau dibandingkan pelancong-pelancong daripada negara lain, perbelanjaan pelancong Arab adalah yang tertinggi. Perbelanjaan per kapita mereka pada tahun 2010 ialah RM7,342. Jikalau dibandingkan daripada Eropah RM3,243 sahaja. Maka dengan inilah Kementerian Pelancongan kerap membuat promosi dan juga sentiasa berhubung dengan hotel-hotel supaya mengambil pelancong-pelancong dari Arab untuk menginap di hotel mereka. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturam MesyuaratMotion

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyeru II · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 15 November 2011.”

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Masalah lagi Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Keenam] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.27 [Jadual] - Maksud P.27 [Anggaran Pemangunan 2012] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya, minta Yang Berhormat Menteri Kerja Raya menyambung menjawab.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Pengerusi, saya ucapkan banyak terima kasih sekali lagi. Saya akan menyambung apa yang saya telah katakan pada hari Khamis minggu lepas di mana ada 33 Ahli Yang Berhormat telah pun berucap dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Pada hari ini saya akan menjawab, saya cuba sedaya-upaya saya harap juga Tuan Pengerusi. Saya cuba menjawab dengan sedaya-upaya dan kerana masa memang tidak cukup ada panjang. Saya ini seorang yang cakap perlahan-perlahan mungkin perlukan masa. Saya harap tidak banyak mencelahlah.

Orang tualah orang tua.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Orang tualah ya, maaflah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Eh! Masih muda lagi.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih... [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat prihatin terhadap saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai keperluan untuk menaik taraf dan membina jalan-jalan baru bagi menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat. Di antara projek-projek baru yang telah dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan baru-baru ini adalah seperti berikut. Yang Berhormat Bintulu mohon dipertimbangkan projek pembinaan jalan Kuala Sarupai, Sarawak. Yang Berhormat Batu Gajah mohon pelaksanaan projek pembinaan jambatan berhampiran kawasan perindustrian Lahat di Perak. Yang Berhormat Pasir Salak mohon pertimbangan projek menaik taraf Jambatan Sungai Perak di Kampung Gajah di Perak. Yang Berhormat Pasir Mas mohon dipertimbangkan projek pembinaan jalan baru Kota Bharu-Kuala Krai, menaik taraf jalan Pasir Mas ke Bulatan Pasir Pekan, lebuh raya dipanjangkan sehingga ke Kelantan-Jambatan Pasir Mas-Salor. Naik taraf dan memasang lampu jalan Tanah Merah-Pasir Mas Kelantan. Yang Berhormat Limbang memohon pelaksanaan projek pembinaan jalan baru dari Miri ke Kota Kinabalu. Menaik taraf jalan dan pemasangan lampu jalan dari Pekan Limbang ke Jambatan Temburong di Sarawak. Yang Berhormat Sekijang memohon dipertimbangkan projek pembinaan jalan pintas ke Bandar Tenggara, Johor. Yang Berhormat Baling mohon dipertimbangkan projek pembinaan jalan baru dari Binjol, Kuala Ketil ke Sungai Petani, pemasangan lampu jalan di Baling, menaik taraf jalan daripada Padang Meha-Butterworth Kulim Ekspres-Kulim Hi- Tech, Kedah.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Yang Berhormat Hulu Terengganu memohon dipertimbangkan projek pembinaan Jalan Simpang Pulai-Lojing, Gua Musang-Kuala Berang disambung sehingga ke Kuala Jeneris dan Kuala Telemong. Jambatan baru Kampung Kuala Pueh dan Kampung Dusun. Menaik taraf Jalan Kampung Machang ke Jalan Dato’ Amar Ajil, Terengganu. Yang Berhormat Kota Raja memohon pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Persekutuan B3 Jalan Kebun dan Jalan B12 Jalan Bukit Kemuning, Selangor. Yang Berhormat Putatan memohon dipertimbangkan projek jalan alternatif daripada Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Taman Sabindo, Petagas ke Lok Kawi dan jejambat di hadapan Pejabat Pos Sabah. Yang Berhormat Jasin memohon pelaksanaan pakej kedua dan ketiga projek menaik taraf Tangkak-Jasin-Ayer Keroh diteruskan di Melaka. Yang Berhormat Lipis mohon dipertimbangkan laluan alternatif Lipis-Jerantut, Pahang. Yang Berhormat Tawau memohon pelaksanaan projek menaik taraf jalan dari Kalabakan ke Tenom, Sabah. Yang Berhormat Labuan mohon dipertimbangkan projek menaik taraf jalan Simpang Tamu ke Bandar Labuan di Labuan. Yang Berhormat Kota Melaka mohon dipertimbangkan projek pembinaan jalan persisiran pantai menyambung Taman Melaka Raya dengan Padang Tamu di Melaka. Yang Berhormat Seputeh memohon pelaksanaan projek menaik taraf jalan susur ke Bandar Rawang dari Lebuhraya Utara- Selatan. Beliau ada kata missing link dari jalan utama ke Sepang Gold Coast dan jejambat di Jalan Puchong, Selangor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan-cadangan...

Tuan Pengerusi, Bintulu punya mana?

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Sudah saya jawab.

Penyelenggaraan punya.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Minggu lepas saya sudah jawab.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Penyelenggaraan saya sudah jawab. [Ketawa] Akan tetapi saya faham, kita dari Sarawak saya faham.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Jalan Pan Borneo ini telah dibina dekat 35 tahun dahulu dengan piawaian R3 sahaja yang telah pun menyiapkan design line sudah. Sudahnya tidak mampu lagi dan kita perlu juga buat kajian supaya jalan yang akan dibuat semula... Ini memang ada satu keadaan khususnya kepada Jalan Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. Walaupun kita telah pun buat beberapa sektor diperbaiki dengan standard R5 dan beberapa tempat black spot, kita cuba merawat tempat-tempat ini. Kita telah buat kajian.

Tidak. Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan. Ini jawapan pun serupa belum jawab lagi. Ini kerana kita hendak tahu peruntukan boleh ditambah atau tidak untuk hujung tahun ini, musim hujan jalan raya akan rosak. Banyak kali kita minta penyelenggaraan, kata peruntukan tidak ada. Inilah. Sepatutnya kalau kita baca dalam Belanjawan 2011, cuma RM1 juta sahaja untuk Sarawak untuk membaik pulih... [Disampuk] Membaiki jalan, RM1 juta sahaja. Hari itu saya sudah sebut untuk bantu, kementerian sudah cakap RM4 juta. Sepatutnya ada RM1 juta. RM1 juta mahu buat di mana, membaiki mana satu jalan raya? Inilah tujuan saya mahu minta kementerian boleh beri satu jawapan bagaimana kita boleh bantu menyelesaikan ini masalah. Sekian.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sebenarnya saya sudah jawab hari Khamis yang lepas di mana lebih daripada RM100 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan jalan sana. RM1 juta ini bukan untuk penyelenggaraan jalan. Ini untuk membayarkan satu bil yang akaunnya sudah tutup. Itu hendak beritahu, boleh baca Hansard lah Yang Berhormat Bintulu... [Ketawa]

Tuan Pengerusi, boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan pembayaran bil yang telah tutup ini, saya ada bangkitkan perkara ini beberapa kali di Dewan yang mulia ini tentang bangunan LHDN Melaka yang kita juga menghadapi masalah yang serupa dengan pengurusan yang tidak cekap oleh pihak jabatan sehingga mengakibatkan kerja-kerja tergendala. Sehingga hari ini, bangunan LHDN itu boleh dianggap sebagai ‘gajah putih’ kerana telah menjangkaui tarikh sasaran. Hanya disebabkan oleh pengurusan jabatan JKR, Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak faham tentang kehendak dan keperluan semasa apabila memberhentikan kontraktor utama, kontraktor bawahan yang tidak faham tentang spesifikasi teknikal sehingga menyebabkan menjangkaui masa yang telah ditetapkan. Jadi saya harap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berpengalaman boleh nasihatkan supaya yang penting ialah bagaimana projek ini disiapkan, disempurnakan mengikut tarikh dan boleh beroperasi sekarang. Kalau tidak, menampakkan kelemahan jabatan serta kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bawa perkara ini beberapa kali ke Parlimen tetapi sehingga hari ini masih lagi tidak ada tindakan yang konkrit yang boleh memuaskan hati pihak-pihak yang berkepentingan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri di peringkat negeri Melaka ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Ini ada kita tidak bahas dalam Jawatankuasa. Ini adalah satu perkara baru yang telah pun... Saya akan meneliti dan berikan jawapan sepenuhnya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan-cadangan projek ini diberikan perhatian oleh Kementerian Kerja Raya dan sebahagiannya ada termasuk dalam rolling plan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh dalam pelbagai peringkat seperti kajian reka bentuk dan pengambilan balik tanah. Walau bagaimanapun, bagi projek-projek yang tidak tersenarai, kementerian ini akan berusaha mengemukakan cadangan kepada agensi pusat untuk disenaraikan dalam rolling plan berikutnya.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tenggara memohon dipertimbangkan pembinaan jalan baru Kampung Teminin Baru ke Jalan Lombong, Jalan Kampung Desa Makmur ke Kampung Desa Damai, Kampung Teminin Lama ke Gunung Panti, Bandar Petra Jaya ke Jalan Mersing, Jalan Kampung FELDA Pengeli Timur ke Jalan Bandar Tenggara, Johor. Projek menaik taraf Jalan Semanggar ke Jalan Kluang, jalan utama ke Kampung Lipat Kajang, Jalan Kampung FELDA Bukit Ramon ke Kampung Rantau Panjang, kampung Kelantan ke Kampung Panti dan Kampung Lukut ke Kota Tinggi, Johor. Yang Berhormat Dungun memohon pelaksanaan projek pembinaan jambatan ke Kampung Pasir Raja, menaik taraf jalan dari Dungun-Kuala Terengganu-Kampung Serating, pembinaan jalan Batu 7 ke Kampung Che Lijah, Kampung Landas ke Kampung Machang dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah-Bandar Dungun-Kampung Serdang di Terengganu. Yang Berhormat Lenggong memohon dipertimbangkan projek pembinaan jambatan di Kampung Sumpitan dan Kampung Bor, jalan dari Pangkalan Bot Durian Pipit hingga ke persimpangan jambatan Raja Nazrin, Perak. Yang Berhormat Kota Belud mohon melaksanakan projek pembinaan jambatan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa kementerian Yang Berhormat ada banyak masalah yang sangat serius; masalah pentadbiran pengurusan, masalah konsultasi. Nampaknya senarai Yang Berhormat ulangi apa yang telah dibangkitkan oleh ahli- ahli dalam Dewan pada minggu lalu menunjukkan jabatan-jabatan di peringkat negeri nampaknya kurang diminta pandangan oleh pihak kementerian berkenaan keperluan- keperluan jambatan, jalan, keperluan naik taraf jalan di setiap kawasan negeri mereka. Oleh sebab itu, Ahli-ahli dalam Dewan ini berulang kali membangkitkan isu ini. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian? Jadi, agaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak perlu mengulangi senarai. Kita perlu menunggu masa bajet untuk bangkitkannya semula. Jadi, nampaknya ada masalah dalam peringkat jabatan atau sama ada kementerian membuat perancangan tanpa meminta pandangan keperluan daripada pijak jabatan negeri. Saya pohon penjelasannya. Saya rasa ini tidak patut sistem kementerian Yang Berhormat ini... [Disampuk]

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah, ini bukan selalu ditimbulkan. Saya, banyak jalan-jalan yang ditimbulkan adalah baru saya dengar. Saya setiap tahun, setiap hari di Parlimen ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Tenggara pada hari itu ada kata sudah banyak kali tulis surat. Saya punya kes juga sudah tulis, jawab, kata kena tengok peruntukan. Jadi, masalahnya pengagihan peruntukan untuk projek, perancangan projek, saya rasa seharusnya ada pandangan- pandangan daripada pihak jabatan Yang Berhormat Timbalan Menteri di peringkat negeri, agar tidak timbul masalah apabila kami menulis kata tidak ada peruntukan atau Yang Berhormat Tenggara pada minggu lepas kata sudah banyak kali dia tulis minta tetapi tidak ada tindakan. Jadi, ada masalah pengagihan peruntukan perancangan pengurusan dengan Yang Berhormat kementerian. Walaupun ada sesetengah kes mungkin yang baru tetapi saya percaya ahli-ahli telah bangkitkan sebelum ini dan melalui surat, kemungkinannya. Sebagai contoh kes saya.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih pandangan Yang Berhormat Batu Gajah. Kita tahu ini ada cara kita memohon untuk peruntukan untuk projek-projek yang baru atau menaik taraf jalan-jalan. Ini mengikut keutamaan dan mengikut keadaan peruntukan yang untuk kementerian kita. Kita memang selalu ada berhubung dengan pihak kerajaan negeri supaya adanya prioriti yang diberikan untuk oleh kerana peruntukan terhad untuk dilaksanakan projek-projek yang ada keutamaan yang tinggi.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit. Saya ingin bertanya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan jambatan ini, sebenarnya ia minimum untuk jambatan ini, keluasan lebarnya berapa-berapa lebarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri? Ini disebabkan saya ada satu kes macam di Padang Terap... [Menunjukkan satu keratan gambar] Ini dibekalkan kepada saya oleh pihak berkuasa di sana. Ia punya lebarnya lebih kurang 4.2 meter sahaja. Hendak berselisih kereta pun tidak boleh. Panjang jambatan ini 66 meter. Ini jambatan yang sempit di Jalan Lubuk Merbau Bukit Buluh di DUN Pedu, DUN bekas Menteri Besar ini. Jadi minta tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian. Sebenarnya lebar jambatan ini, ia punya minimumnya berapa, ya? Lebar 4.2 meter ini, sebiji kereta, berselisih dengan basikal. Minta tolong. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Ini mengikut kalau jalannya jambatan ini untuk satu lorong atau untuk dua lorong dua hala, yang ini mengikut saizkah, ini yang saya rasa sangat spesifik bagi saya. Saya, berikan saya...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Pengerusi, saya cadang Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab kepada perkara-perkara yang ditimbulkan semasa perbahasan dahulu dan bukan perkara baru supaya tidak membuang masa sebab kami juga berbahas pada ketika itu. Kami sedang menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Jangan dia entertain perkara-perkara yang baru.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, duduk Yang Berhormat. Saya memang bersetuju. Memang peraturan pun mengatakan macam itu. Soalan-soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan, itu sahaja yang dijawab. Manakala yang lain itu terpulang kepada Menteri sama ada hendak menjawab ataupun tidak. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, itulah sebelum saya mula menjawab, saya sudah kata cuba jangan mencelah supaya saya dapat habiskan jawapan. Masih banyak kementerian... Hari ini akan sampai 10.30 malam. Setiap malam sampai pukul 10.30 malam, saya pun letih, bukan?... [Ketawa]

Jawapan dalam teks.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Ini bukan jawapan dalam teks itu. Ini bagi tulis kepada saya. Yang Berhormat Lenggong memohon perkembangan projek jambatan di Kampung Sumpitan dan Kampung Bor ini saya sudah jawab. Yang Berhormat Maran memohon pertimbangan projek menaiktarafkan Jalan Maran-Kuala Sentul-Kuala Bera-Paloh Inai, pembinaan jambatan di Kampung Batu 13, Pahang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah meneliti senarai projek tersebut, didapati projek-projek tersebut merupakan jalan kampung dan jalan negeri di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri juga. Walau bagaimanapun, pihak kementerian bersedia untuk membantu sekiranya dipohon oleh kerajaan negeri atau kementerian yang terbabit. Yang Berhormat Lipis memohon menyatakan status projek jalan dari Lipis ke Gua Musang Central Spine Road, dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited bagi meningkatkan rangkaian pembinaan dan menaik taraf jalan raya di seluruh negara termasuk jalan Central Spine di Semenanjung Malaysia yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang. Ini merupakan antara sebahagian daripada komitmen kerajaan di bawah Program Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER). Projek ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas memandangkan ia melibatkan jumlah jalan yang panjang iaitu 390 kilometer.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Skop projek ini melibatkan menaik taraf jalan persekutuan FT08 dan FT09 sedia ada dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai di Pahang, empat lorong dua hala berdasarkan piawaian JKR R5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, setakat ini status projek naik taraf jalan persekutuan Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang adalah seperti berikut: (i) Seksyen 3(F) dari Kampung Kubang Rusa ke Kampung Sungai Yu, sepanjang tujuh kilometer. Sehingga 13 Oktober 2011, kemajuan kerja di tapak adalah 25.1 peratus berbanding dengan 23 peratus jadual; (ii) Seksyen 5 dari Kampung Sungai Yu ke FELDA Chegar Perah 2 sepanjang 6.6 kilometer. Sehingga 31 Oktober tahun ini, kemajuan kerja di tapak ialah 54.2 peratus berbanding dengan 56.4 peratus jadual; (iii) Seksyen 3(g) dari FELDA Chegar Perah 2 ke Felda Telang, sepanjang 12.4 kilometer. Sehingga 31 Oktober 2011, kemajuan kerja di tapak ialah 2 peratus berbanding dengan 1.3 peratus jadual; dan (iv) Seksyen 3(H) dari FELDA Telang ke Kampung Kecur, sepanjang 11.8 kilometer. Sehingga 31 Oktober 2011, kemajuan kerja di tapak ini ialah 2.3 peratus berbanding dengan 1.7 peratus. Manakala pelaksanaan pakej-pakej lain sedang dalam tindakan iaitu melibatkan pelbagai status projek seperti reka bentuk, tender dan kerja-kerja awalan.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit. Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai projek membina jalan baru dari Kuala Krai ke Kota Bahru yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Satu jawapan bertulis yang diberikan pada tanggal 3 November. Merujuk kepada soalan saya mengenai jalan ini mengatakan bahawa, “Walaupun projek ini telah diluluskan peruntukan bagi reka bentuk dalam RMK-10 ianya ditangguhkan pelaksanaan kerana kerajaan berpandangan skop dan kos projek ini perlu disemak semula”. Ini mahu semak bagi naikkah atau bagi kurang? Menerusi makmal pengurusan nilai sebelum memutuskan sebarang perkara. Saya hendak bertanya bila agaknya perkara ini akan diputuskan? Ini kerana soalan gerakan kenderaan daripada Gua Musang ke Kota Bahru melalui Kuala Krai ini sudah peringkat kritikal. Jadi jawapan sebegini tidak menjelaskan agaknya bila dalam RMK- 10 ini ia akan mula dilaksanakan. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat saya akan mengertikan sebab saya tahu ini telah pun dibincangkan dan cadangan untuk reka bentuk dan mungkin skopnya akan kurangkan dengan value management. Akan tetapi saya tidak pasti, saya perlu sedikit masa untuk menjawab, okey. Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Padang Besar mohon penjelasan mengenai mutu jalan JKR dan pemantauan yang dilaksanakan. Kementerian Kerja Raya sememangnya sentiasa memastikan tahap piawaian termasuk teknologi, pembinaan jalan raya di negara ini dilaksanakan dengan mengambil kira garis panduan antarabangsa yang telah diguna pakai di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Sehubungan itu, kementerian ini telah menerbitkan garis panduan dengan izin, Standard Specification For Road Works bagi menggantikan garis panduan sedia ada. Garis panduan ini antara lain mengandungi spesifikasi-spesifikasi khusus mengenai penggunaan teknologi-teknologi terkini dalam pembinaan jalan khususnya yang berkaitan dengan turapan jalan atau pavement.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Menerusi pembaharuan ini, pelbagai jenis turapan baru telah pun diperkenalkan oleh JKR dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh seperti penggunaan polymer modified asphaltl atau dengan izin, stone mastic asphalt dalam projek-projek jalan dan menggunakan teknik cold in-place recycling bagi meningkatkan struktur lapisan jalan yang rosak.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi, soal garis panduan ini saya rasa semua orang tahu dan faham. Yang Berhormat Timbalan Menteri, semua jabatan design procedure semua saya rasa ia berdasarkan kepada garis panduan. Akan tetapi masalahnya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah pemantauan dan pemeriksaan. Itu masalahnya. Masalah pemantauan ini terutama sekali pihak kontraktor yang melaksanakan projek-projek itu tidak dipantau begitu rapi dan apabila kita melihat kualiti-kualiti jalan yang dibina ini Tuan Pengerusi memang sub standard sebab dia kurangkan perbelanjaan dan mencuri kerja. Ini kerana apabila dilaksanakan pengaspalan misalnya kadang-kadang tebalnya hanya dua atau tiga inci sahaja dan tidak lama. Pothole seperi Yang Berhormat Bintulu cakap apabila hujan, tampalnya pula musim hujan, apakah ia tidak berkecai? Misalannya Tuan Pengerusi, apa yang dilaksanakan - minta maaf saya. Jambatan di Bentagas itu, jejambatnya yang di atas flyovernya tinggi yang ditimbus tanah itu dia tidak compact betul, ia macam melompat. Kalau apabila kereta laju ia melompat, off. Jadi itulah masalahnya pemantauan ini. The compaction is not properly done. Jadi apabila dilaksanakan jambatan yang...

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

...Masuk dari arah Kota Kinabalu ini yang lintas dari Likas itu yang bottle neck. Semua bertembung kertas ini jadi sempit. Ia betul-betul bottle neck. Kenapa design tidak melihat perkara ini? Mana yang perlu dibuat? Ia bukan yang masuk di Kota Kinabalu, itu tidak berapa jammed. Apa yang jammed ke Kota Kinabalu. Jalan lintas through ke airport dari Kota Kinabalu selepas itu seberang dengan sungai. Kenapa orang tidak melihat ini? saya tidak fahamlah. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri penjelasan...

Tuan Pengerusi, boleh sekalikah?

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, bagi Yang Berhormat Pasir Salak dahulu Yang Berhormat.

Terima kasih. Di negeri Perak ada satu syarikat bernama Belati Wangsa telah diberikan concession untuk menyelenggarakan jalan raya untuk tempoh 15 tahun dan saya mendapat maklumat kontraktor ini menindas subkontraktor dengan menawarkan kerja pada harga yang rendah sekali. Mereka mengaut keuntungan yang besar daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, satu kerja pada harga RM1,500 umpamanya satu rantai. Mereka mengambil RM1000 manakala sub kontraktor hanya diberikan RM500. Inilah yang menyebabkannya. Apa yang boleh dibuatkan oleh subkontraktor dengan harga yang sedemikian. Manakala main contractor, concessionaire 15 tahun mengaut keuntungan sebegitu rupa. Apa yang JKR buat? Saya mencadangkan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyiasat perkara ini. Kalau benar subkontraktor dieksploitasi begini dan main contractor atau concessionaire mengeksploitasi dan membuat keuntungan secara berlebih-lebihan profiteering dengan izin and the expend kepada rakyat and the government dengan izin, saya cadangkan supaya kerajaan menamatkan concession yang telah diberikan kepada kontraktor ini. Ia tidak memberi kebaikan kepada rakyat dan juga kerajaan. Cuba fikir dalam tempoh 15 tahun dan ini saya dengar hendak sambung lagi. Janganlah sampai begitu.

Apa yang menyusahkan rakyat menggunakan jalan raya dan juga rakyat terpaksa membiayai kos yang begitu tinggi dan tidak perlu kepada syarikat ini. Mereka sebagai concessionaire duduk di pejabat berhawa dingin, board room, meeting room, dan subkontraktor bekerja di lapangan bagai mahu gila dan mati. Akan tetapi yang mendapat keuntungan besar syarikat concision. Tolong Ketua Pengarah JKR dan pegawai-pegawai JKR lihat benda ini! JD-JD dan jurutera-jurutera tidak turun padang langsung! Kenapa begini? Marahlah. Tolong jawab.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Sedikit Timbalan Menteri. Yang Berhormat Labuan ni. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Apa yang kita lihat baik di Labuan mahupun di Sabah, terdapat satu pemegang konsesi iaitu Lintasan, di mana kita lihat kualiti jalan yang dibuat terutama di Labuan, cukup tidak mengikut standard yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi. Kalau dahulu sewaktu pembuatan dan maintenance by JKR, jauh lebih baik daripada yang dilaksanakan oleh pemegang- pemegang konsesi. Jadi, tidak ada ertinya kita lantik pemegang-pemegang konsesi ini untuk memperbaiki jalan kalau kualiti yang dibuat JKR sendiri pada zaman dahulu lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Jadi kita juga mengharapkan agar 15 tahun ini kalau boleh, tamatkan sahajalah dan bagi offer kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan, ad hoc basis, supaya kualiti jalan tersebut dapat diperbaiki untuk kegunaan rakyat yang ada di Malaysia ini. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana menjawab atas Butiran RM108 juta akan disalurkan di bawah Belanja Mengurus Butiran 2800. Saya cari habis dalam buku tetapi tiada Butiran 2800 ini. Cuma you ada Butiran 02800 - Memperbaiki/Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Kalau nampak anggaran jumlah di sini ialah RM43 juta sahaja, tahun 2012 hanya RM8 juta. Kalau kita cari habis RM108 juta, itu pengambilan balik tanah, jadi yang mana satu? Sekarang saya tidak faham, jawapan daripada jumlah tersebut sebanyak RM21.7 juta akan diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan perkara di jalan Bintulu-Sibu. Jadi saya mahu tanya, bila? Saya terima RM21.7 juta, bila boleh mulakan untuk membaiki jalan raya ini, itu yang pertama. Kedua, Tuan Pengerusi, saya memang sedih, JKR ini langsung tidak mengambil perhatian atas apa yang saya telah bahas atau hujahkan dalam Dewan yang mulia ini, mengenai Kuala Serupai tetapi tidak ada jawapan. Bilakah akan dibina jalan sepanjang 10 kilometer ini? Saya sudah cakap rasmi, melalui rasmi. Baru-baru ini dalam Dewan Undangan Negeri, rasmi lagi sekali daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada jabatan Perdana Menteri, sahkan kepada rakyat dan cakap akan dibina pada bulan 12? Mana? Sekarang jawapan pun tiada, saya harap pegawai-pegawai daripada JKR jangan main-main dalam Dewan ini. Jawab, jawablah baik-baik. Janganlah kita hanya cakap atau seronok sahaja Tuan Pengerusi. Please we don’t create the opportunity for the opposition ourselves. Jawapan tidak ada, satu. Dua, mengenai isu di Parlimen pun tidak ada jawapan. Saya sudah baca Hansard ini, saya punya bulan sudah habis, saya bahas pada hari itu, pegawai tidak ada dalam Dewan kah? Atau pegawai tertidur dalam Dewan kerana tidak mendengar perbahasan ini? Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolonglah, kita sama-sama dari Sarawak, sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri pening kepala, saya lagi pening kepala kerana kita sudah banyak kali rasmi, rasmi projek tetapi sampai hari ini tidak lagi berjalan. Sekian.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Putatan, semua projek yang telah dilaksanakan memang ada dengan spsifikasi dan reka bentuk. Cuma kalau kita katakan pemantauan projek yang berjalan kurang, kita akan melihat sebab saya tahu seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, peruntukan memang ada untuk pihak pemegang konsesi di Semenanjung untuk penyelenggaraan jalan memang RM1,500 sekilometer sebulan. Untuk penyelenggaraan jalan di Persekutuan dan di Sarawak memang RM2,500 satu kilometer sebulan dan di Sabah ialah di dua bahagian, Barat ada RM2,900 dan Timur ada RM2,600 sekilometer sebulan. Ini adalah untuk kerja rutin dan bagi berkala memang ada yang diperlukan akan dipohon supaya ianya akan ditambah peruntukan untuk menjalankan. Yang Berhormat Bintulu, saya faham apa perasaan Yang Berhormat Bintulu kerana 21 juta yang disebut tadi adalah bajet untuk tahun hadapan. Kalau tanya bila, mungkin awal tahun hadapan akan dilaksanakan, RM21 juta itu. Yang lain itu kerana mungkin digantikan atau membaiki jalan, memang ada satu cara, satu heading lah. Saya akan menyemak heading yang digunakan, saya akan beri secara bertulis...

Tuan Pengerusi, kadang-kadang kita baca heading itu, kita mahu sampaikan masalah rakyat. Janganlah jawab macam tadi saya tanya membina jalan, heading itu memang untuk membina jalan. Mana kita tahu jalan dalam sana punya heading itu tajuk, apa jalan masuk kita tidak tahu? Janganlah jawab balik serupa macam perli sama kita. Jangan ini jalan untuk ini-ini sahaja. Kuala Serupai tidak ada jalan. Kita bukan Menteri dalam Kementerian Kerja Raya. Jadi dalam Dewan yang mulia ini, saya mahu tahu Kuala Serupai bila mahu bina? Itu sahaja.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, sebenarnya tadi saya sudah jawab dalam muka satu di mana Yang Berhormat Bintulu mohon pertimbangkan projek pembinaan jalan Kuala Serupai...

Inilah masalah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bukan memohon dipertimbangkan lagi. Saya tanya bila kerana jalan raya ini sudah lulus, umumkan kepada rakyat dan kita janji memang akan dibina sebelum bulan 12, sekarang sudah bulan berapa sudah sampai? Rakyat tanya sama saya, sekarang hantu pun belum sampai, macam mana jalan boleh dibina?

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, saya tidak tahu, ini bukan diumumkan oleh saya atau kementerian. Saya perlu menyemak. Sebenarnya saya perlu menyemak. Siapa yang mohon, saya umum ini.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Menteri, Silam, Silam. Sabah...

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Masih banyak lagi yang saya belum jawab.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Sikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Konsesi ini, Yang Berhormat Pasir Salak sebut, Yang Berhormat Labuan sebut, di Sabah terutamanya yang paling teruk di kawasan Pantai Timur daripada kawasan Timbalan Yang di-Pertua sendiri, Beluran sehingga ke kaki gunung Silam, saya dapati peranan Gammerlite dan mari sini kekal mewah. Tanggung jawab saya nampak terlampau banyak beralasan. Kalau boleh kementerian, kalau sudah tempoh tamatnya selesai, jangan lagi disambung dan kita buat satu mekanisme yang baru. Contohnya Jalan Patitung dekat Segama di bawah JKR juga masalah yang sama, belum lagi diambil tindakan.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Jadi saya berharap perkara ini diambil secara serius. Kita tidak mahu banyak konsesi diberi kontrak percuma 15 tahun, kemudian kita berhadapan dengan masalah. Kawasan Tuan Pengerusi kita dekat Beluran pun bermasalah. Jadi, selesaikan once and for all. Terima kasih.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Tuan Pengerusi, Tawau.

Timbalan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tawau di belakang.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Sama topik juga. Mengenai konsesi Gammerlite. Saya pernah berucap dalam ucapan saya tetapi tidak ada jawapan iaitu mengenai penyenggaraan jalan-jalan. Hanya satu jalan persekutuan di Tawau ke airport. Ini didapati sudah dua tahun berturut-turut kita tidak ada peruntukan untuk maintenancenya dan saya ingin tahu akan ada peruntukan ataupun tidak.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Silam, saya ambil perhatian apa yang disebutkan, dan Yang Berhormat Tawau, saya akan sampai pada jawapan Yang Berhormat. Saya baru muka surat tujuh sekarang. Ada 23 muka surat lagi. So jangan mencelahlah ya. Biar saya sampai situ.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena jauh lagikah?

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Belum sampai.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Belum?.. [Ketawa]

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Pokok di sana.

Bintulu sudah dijawabkah?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangan saya tadi, jangan entertain perkara yang baru supaya cepat. Kami mahu dengar jawapan perbahasan kami. Cepatkanlah.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Saya teruskan jawapan saya. Kementerian telah mengguna pakai sistem pengurusan Pavemen Road Asset Management System-Highway Development and Management bagi membantu perancangan program menurap semula jalan persekutuan. Sistem yang disarankan oleh Bank Dunia ini digunakan bagi menyenaraikan lokasi yang memerlukan pembaikan dan mengikut keutamaan pada setiap tahun berdasarkan kepada keadaan semasa jalan dan model ramalan kemerosotan jalan tersebut. Melalui sistem ini, kerja-kerja baik pulih dan penurapan semula jalan-jalan yang rosak boleh diminimumkan. Kementerian juga sentiasa mengambil tindakan proaktif bagi memastikan kualiti penyelenggaraan jalan persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya. Ini dilaksanakan melalui audit kualiti penyelenggaraan yang sentiasa dijalankan oleh JKR bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi jalan raya supaya mengikut jadual dan berkualiti. Setiap kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi adalah tertakluk kepada Piawai Prestasi Dipersetujui atau Agreed Performance Standard yang ditetapkan dalam perjanjian. Pematuhan terhadap Agreed Performance Standard ini akan dipantau oleh kementerian melalui audit yang dilaksanakan. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap Agreed Performance Standard yang ditetapkan, syarikat konsesi akan diberi amaran dalam bentuk Laporan Ketidakpatuhan atau Non-Conformance Report dan pemotongan bayaran sewajarnya mengikut kadar tertentu akan dibuat ke atas tuntutan syarikat konsesi. Di samping itu, kontrak penyelenggaraan syarikat-syarikat konsesi jalan persekutuan akan dinilai semula setiap lima tahun sekali sehingga kontrak penyelenggaraan mereka tamat iaitu di antara tahun 2016 hingga tahun 2018. Walau bagaimanapun, kementerian ini komited dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dan menambahbaikkan aspek penyelenggaraan jalan di negara ini. Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu kesesakan trafik di lebuh raya semasa musim perayaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum isu mengenai kesesakan jalan dan lebuh raya khususnya semasa musim perayaan tertentu di negara ini. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan jumlah aliran trafik yang tinggi berbanding kebiasaannya berikutan pengguna mengambil peluang untuk keluar secara hampir serentak pada sesuatu masa terutamanya pada musim perayaan atau cuti persekolahan.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Sehubungan dengan itu, beberapa strategi dan langkah proaktif telah diambil oleh kementerian dan dengan kerjasama agensi-agensi lain yang berkaitan bertujuan bagi memastikan para pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa semasa tempoh tersebut. Langkah-langkahnya saya akan berikan secara bertulis kerana jawapannya panjang. Yang Berhormat Pendang mohon penjelasan mengenai status projek pembinaan jalan dari Baling ke Durian Burung di sempadan Malaysia-Thailand. Yang Berhormat Pendang pun berbahas di dalam dasar yang tidak diberi jawapan kerana itu telah pun saya dalam sesi soal jawab pada 8 November di mana saya jawab Yang Berhormat Baling mengenai dengan jalan ini. Saya ulangi di sini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya dari Durian Burung, Kedah ke sempadan Malaysia-Thailand ke Baling, Kedah yang dimaksudkan ialah merujuk kepada projek pembinaan jalan Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) sepanjang 115 kilometer. Projek ini dibahagikan kepada dua pakej iaitu Pakej ‘A’ sepanjang 75 kilometer dari Durian Burung ke Pedu dan Pakej ‘B’ yang dibahagikan lagi kepada lima segmen sepanjang 40 kilometer. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Pakej ‘B’ iaitu segmen ‘C’ dan ‘D’ dari Pedu ke Sungai Capar dan Sungai Sok ke Weng telah mengalami masalah dan tergendala pelaksanaannya berikutan dari ketidakupayaan kontraktor yang terlibat untuk meneruskan pelaksanaan projek disebabkan oleh faktor kenaikan harga bahan binaan di pasaran pada tahun 2007 dan tahun 2008. Sehubungan dengan itu, kontrak bagi segmen C telah ditamatkan pada 17 Julai 2010 dan segmen D pada 9 Ogos 2010. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, segmen ‘C’ telah dimulakan pembinaannya oleh kontrak penyiap pada 12 September 2011 dan dijangka siap pada 11 Mac 2013. Manakala proses pelantikan kontraktor penyiap bagi segmen D dijangka akan diselesaikan pada awal tahun 2012. Oleh itu, keseluruhan projek TEKIH ini hanya akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 bulan bermula dari tarikh kontraktor penyiap yang terakhir masuk ke tapak. Yang Berhormat Telok Kemang mohon penjelasan mengenai status projek pembinaan jalan Seremban-Linggi di Negeri Sembilan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pelaksanaan Projek Membina dan Menaik Taraf Jalan Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke Pasir Panjang-Linggi di Negeri Sembilan telah mengalami kelewatan berbanding dengan jadual asal. Status pembinaan bagi projek jalan sepanjang 33.1 kilometer ini adalah seperti berikut: (i) Seksyen 1 sepanjang 22.5 kilometer di mana kontrak bagi seksyen ini telah ditamatkan pada 16 Jun 2010 dengan kemajuan kerja semasa di tapak ialah 85 peratus; dan (ii) Seksyen 2 sepanjang 10.6 kilometer di mana kontrak bagi seksyen ini telah ditamatkan pada 23 September 2010 dengan kemajuan kerja semasa di tapak ialah 48 peratus. Sehubungan itu, JKR telah melantik kontraktor penyiap bagi menyiapkan baki projek di Seksyen 1.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Surat setuju terima telah dikeluarkan dan kontraktor penyiap akan memasuki tapak pada 22 hari bulan November tahun ini manakala bagi projek Seksyen 2 pula ia masih di peringkat perolehan. Berdasarkan perancangan, projek ini dijangka siap dalam tempoh 14 bulan tarikh kontraktor penyiap terakhir masuk tapak. Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan isu status Pembinaan Jejambat 2 dalam 1 di Pekan Padang Besar di Perlis.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan ialah Projek Membina Jalan Raya dari Ulu Pauh melalui Chuping ke Padang Besar, Perlis-Pakej Tiga. Projek ini telah pun ditamatkan pada 30hb Julai 2010 ia berikutan dari ketidakmampuan pihak kontraktor untuk meneruskan baki skop kerja disebabkan masalah aliran tunai akibat daripada kenaikan harga bahan binaan di pasaran. Semasa kontrak ditamatkan, kemajuan kerja fizikal di tapak ialah 88 peratus berbanding dengan 100 peratus mengikut jadual. Sehubungan itu, JKR telah melantik kontraktor penyiap bagi menyiapkan projek..

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Yang Berhormat Pasir Mas akan sampai nanti. Ada. Kontraktor penyiap tersebut telah memasuki tapak pada 3 Oktober 2011 yang lalu dengan tempoh pembinaan selama 12 bulan. Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu berkaitan Registered IBS Service Provider (RSIP). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menerusi dokumen blueprint Roadmap IBS 2011-2015 yang disediakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), berbagai program telah dirangka bagi mengembangkan Sistem Binaan Perindustrian atau Industrial Building System (IBS) di kalangan pemain industri pembinaan. Sehubungan itu, CIDB dan JKR telah melancarkan Skim Pembekal Sistem IBS Berdaftar atau dikenali Registered IBS System Provider (RSIP). RSIP yang dilaksanakan adalah terbuka pada semua pembekal yang berminat dan layak. Sehingga Oktober 2011, sebanyak 154 bilangan pengilang atau pembekal komponen IBS telah berdaftar dengan CIDB dan JKR. Daripada jumlah tersebut sebanyak 39 bilangan pengilang atau pembekal komponen IBS merupakan bumiputera. Di samping itu, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu kontraktor bumiputera yang cenderung untuk membekal bahan struktur untuk projek IBS terutamanya kontraktor Kelas ‘F’. Bantuan yang diberi adalah dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan bantuan praktikal untuk melaksanakan projek bangunan yang menggunakan sistem IBS. Yang Berhormat Pokok Sena juga memohon penjelasan sama ada kementerian telah bersedia untuk mengambil alih peranan dan fungsi Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari segi aspek latihan dan research, JKR telah membuat persediaan untuk melaksanakan latihan dan penyelidikan dan telah pun bermula dari tahun 2009. Buat masa ini, JKR dalam proses mewujudkan Pusat Kecemerlangan Teknologi JKR untuk mengambil alih peranan IKRAM apabila tamat kontrak IKRAM kelak. Namun begitu, khidmat IKRAM akan tetap digunakan sekiranya terdapat keperluan. Yang Berhormat Telok Kemang membangkitkan isu mutual termination. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi projek-projek yang pelaksanaannya terjejas akibat daripada kenaikan harga bahan binaan yang mendadak sepanjang tahun 2007 hingga 2008, adalah dibenarkan untuk memohon projek ditamatkan secara mutual termination. Keistimewaan ini dibenarkan berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan SPP Bil.3/2008 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan kontraktor mutual termination. Saya juga bertanya, apakah ada apabila projek itu di tender semula, kontraktor asal yang diadakan mutual termination ini dibenarkan menawarkan kembali dan menjadi kontraktor penyelamat pula. Ia gagal dan mutual termination, selepas itu dibenarkan menawarkan kerja dan menjadi sebagai kontraktor penyelamat. Minta penjelasan.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Telok Kemang, memang benar berasaskan mutual termination ini kalau ianya bukan dari segi kegagalan- kegagalan dari segi kontraktor, kerana kali ini saya faham kontraktor yang awal itu gagal bukan kerana teknik atau perkara lain.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Akan tetapi masalah bahan binaan yang telah naik mendadak supaya mereka tidak mampu lagi dan perlu juga meminta supaya kita bincang supaya dapat memberikan mutual termination tetapi tidak ianya menjadikan satu kesalahan kepada kontraktor ini. Mereka juga bebas untuk memasuk tender semula untuk menjadikan, ini ada pelik sedikit tetapi ia menjadikan kontraktor penyelamat tetapi ianya kita telah pun meneliti, mampu membuat dengan tender yang baru di mana semua orang yang masuk, boleh kita tahu. Ini bukan satu kelemahan, kita tidak diblacklisted dan mereka masih bebas untuk memasuki tender sebagai kontrak penyelamat. Inilah projek yang disebutkan oleh Yang Berhormat Telok Kemang. Tuan Pengerusi, masih banyak lagi. Tuan Pengerusi, saya teruskan. Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan isu 10 peratus daripada nilai projek besar diberikan kepada kontraktor bumiputera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar pengagihan 10 peratus dari nilai kontrak kepada kontraktor Kelas ‘F’ telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Kerja Raya pada 26 Mac 2008. Kerajaan pada 30 Oktober 2009 telah bersetuju untuk memperluaskan dasar pengagihan 10 peratus ini pada kontraktor kelas ‘E’ di samping Kelas ‘F’ sedia ada dan skop kerja pengagihan kontrak turut dinaikkan sehingga had RM500,000. Menerusi penetapan dasar baru ini, kerajaan tidak lagi menetapkan peratus nilai kontrak tertentu yang perlu ditawarkan oleh kontraktor utama kepada kontraktor Kelas ‘E’ dan ‘F’. Walau bagaimanapun, nilai yang maksimum tidak akan melebihi 15 peratus dari nilai kontrak utama di samping turut mengambil kira faktor kompleksiti pelaksanaan sesuatu projek ini. Dasar baru ini telah dikuatkuasakan menerusi Arahan Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya Bil. 2/2010 bertarikh 5 April 2010.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga September 2011 di bawah dasar ini sebanyak 734 bilangan kontraktor Kelas ‘F’ telah mendapat kontrak dengan nilai sebanyak RM100 juta. Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan serta Yang Berhormat Serdang membangkitkan isu pampasan lebuh raya bertol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pembinaan lebuh raya bertol di negara kita dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah build, operate and transfer dan dimeterai melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani oleh kerajaan dengan syarikat konsesi. Melalui keadaan BOT ini kos pembinaan ditanggung oleh syarikat konsesi dan sebagai balasannya syarikat konsesi dibenarkan untuk mengutip tol sepanjang tempoh konsesi. Sehubungan ini berdasarkan terma-terma yang termaktub di dalam perjanjian konsesi tersebut, kerajaan terpaksa membayar pampasan, sekiranya terdapat keputusan- keputusan kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi. Di samping itu kerajaan juga perlu membayar pampasan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Antaranya seperti penghapusan kutipan tol di plaza tol contohnya di Plaza Tol Senai, Lebuh Raya Utara-Selatan, Plaza Tol Salak Jaya, Lebuh Raya Sungai Besi dan Plaza Tol PJS2 arah Kuala Lumpur di Lebuh Raya Pantai Baru, penetapan diskaun 50 peratus kadar tol untuk bas dan pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga pada 28 Januari 2011, kerajaan telah mengumumkan bahawa tidak ada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun bagi lebuh raya- labuh raya di bawah PLUS dan MTD Group. Tindakan ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Pampasan tol yang dibayar oleh kerajaan pada tahun 2011 ialah bagi lebuh raya-lebuh raya lain yang telah ditangguhkan kenaikan kadar tol seperti Lebuh Raya Bertingkat di Ampang-Kuala Lumpur, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), (Kerinchi dan Damansara Link) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Manakala bagi tahun 2012 terdapat beberapa lebuh raya lain yang dijadualkan mengalami kenaikan kadar tolnya sebagai tambahan kepada lebuh raya yang disebutkan sebentar tadi seperti Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya Penyuralan Lingkaran Kajang (SILK) dan SMARTTunnel. Isu kenaikan tol ini masih dalam perbincangan antara kerajaan dengan syarikat konsesi terlibat. Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Batu Gajah memohon penjelasan mengenai isu caj tambah dan penambahan kaunter Touch ‘n Go. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat caj tambahan nilai kad Touch ‘n Go sebanyak 50 sen itu bukannya caj yang dikenakan oleh syarikat konsesi lebuh raya atau syarikat Touch ‘n Go Sdn. Bhd. Sebaliknya ia dikutip oleh pihak yang ketiga atau the third party atau agen yang dilantik untuk Touch ‘n Go Sdn. Bhd. bagi kemudahan para pelanggan membuat transaksi menambah nilai kad berkenaan. Caj ini bertujuan bagi menampung kos modal, operasi dan penyelenggaran perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun pengguna boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go secara percuma di mesin-mesin ATM, CIMB, hub Touch ‘n Go, lorong-lorong tambah nilai dan pusat khidmat jualan di plaza tol, di stesen transit aliran ringan atau kaunter khidmat pelanggan di stesen-stesen Petronas terpilih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, syarikat Touch ‘n Go sedang dalam proses untuk menambah jumlah terminal tambah nilai Touch ‘n Go tanpa dikenakan servis caj secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh pada tahun 2011 sehingga bulan November sebanyak 1,455 buah terminal baru telah dibuka untuk tujuan tersebut. Ia tambahan kepada 1,365 terminal tambah caj yang sedia ada sekarang. Bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 pengguna boleh membuat tambah nilai di kaunter tambah nilai yang terdapat di Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan. Pada tahun 2012, pihak Touch ‘n Go Sdn. Bhd. dalam perancangan untuk menambah kemudahan tambah nilai kad Touch ‘n Go dengan mewujudkan kaunter khidmat pelanggan di stesen minyak terpilih di LPT1.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perkara ini saya telah bangkitkan dahulu dan Yang Berhormat nampaknya mengulangi apa yang saya bangkitkan. Saya persoalkan adalah keperluan syarikat Touch ‘n Go untuk menyerap kos tambah nilai 50 sen itu ke atas kad Touch ‘n Go ini. Sebab consumer telah membelinya dengan kos RM10 dan kemudahan tambah nilai ini harus diserap oleh Touch ‘n Go. Jawapan Yang Berhormat yang menyatakan ia dikutip oleh pihak ketiga, dikutip oleh agen lantikan syarikat itu tidak boleh diterima langsung. Setahu saya kurang daripada 30 peratus daripada kemudahan terminal tambah nilai yang sedia ada adalah tidak perlu caj tambahan 50 sen ini. Selebihnya lebih daripada 70 peratus adalah perlu membayar kos 50 sen ini. Jadi bagaimana ada perniagaan yang begitu lumayan sekali yang dibenarkan oleh kerajaan kepada syarikat Touch ‘n Go ini. Sehingga sudah beli kad RM10 tiap-tiap kali tambah nilai perlu tambah 50 sen. Tadi saya kata kemudahan tidak perlu tambah 50 sen adalah sangat terhad. Kalau kena turun kereta pergi ke kaunter pejabat Touch ‘n Go sudah tentu sahaja ada waktu pejabat tertentu yang ada, lorong tambah nilai yang teramat kurang sekali. Jadi yang saya minta adalah serap 50 sen tambah nilai ini dan bukan sahaja tambah kemudahan tetapi mesti serap 50 sen ini. Sebab adalah jelas Touch ‘n Go ini membuat keuntungan sepanjang masa. Sebab Tuan Pengerusi minggu lepas saya ada katakan beli kad RM10, sudah beli tidak boleh pulangkan, tempoh kad hayat 10 tahun. Lepas itu satu tahun tidak guna hendak aktif semula dipotong RM5. Apa syarikat perniagaan yang begitu untung kecuali ini Touch ‘n Go tidak ada persaingan. Jadi saya harap serap semua 50 sen tambah nilai untuk kemudahan disediakan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi perkara ini kita perlu bagikan pihak yang menjalankan Touch ‘n Go. Di sini kita tahu mereka telah pun mendapatkan stesen- stesen di mana caj ini tidak perlu dibayar. Mungkin kita boleh runding dengan mereka supaya menyerapkan caj ini. Ini terpulang kepada pihak syarikat kerana kita tidak dapat sebenarnya kita boleh bagi nasihat supaya mereka cuba sedaya upaya bagikan kemudahan ini tanpa caj. Yang Berhormat Bakri mohon penjelasan mengenai jalan dua lorong tiga hala.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Saya ini saya telah jawab dalam sesi jawapan dahulu dan saya akan bagikan jawapan bertulis. Sudah saya jawab itu hari saya jawab Yang Berhormat Pengerang saya ingat. Okey Ahli Yang Berhormat Bakri saya akan bagi jawapan bertulis.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya harapkan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dalam Dewan sebab saya hendak dapatkan jawapan ini...

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Saya ada banyak lagi.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Sebab ramai berminat hendak dapatkan jawapan ini. Saya ada tadi soalan tetapi dahulu Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak jawab tentang saya hendak mengetahui lebuh raya di seluruh Malaysia. Ada berapa lebuh raya ialah satu lorong sahaja, satu lorong pergi dan balik sahaja. Senaraikan di Malaysia ada berapa lebuh raya ialah satu hala pergi dan balik sahaja?

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Kita akan ambil perhatian. Apa yang sudah timbul di sini saya akan bagi secara bertulis sebab kita telah pun jawab soalan ini dalam sesi soal jawab. Yang Berhormat Seputeh mohon penjelasan status Projek Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan pembinaan jejambat di Jalan Puchong. Untuk maklumat Yang Berhormat, projek pembinaan Lebuh Raya SKVE terbahagi kepada tiga seksyen. Seksyen 1B telah siap dibina pada bulan Mei 2010 manakala dua seksyen lagi masih dalam peringkat pembinaan iaitu seksyen dua dari persimpangan Saujana Putra ke persimpangan Telok Panglima Garang sepanjang 12.6 kilometer masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 30 April 2012. Seksyen tiga dari Persimpangan Telok Panglima Garang ke Persimpangan Pulau Indah termasuk Jambatan Selat Lumut sepanjang 18.9 kilometer masih dalam peringkat pembinaan. Pada asalnya seksyen ini dijangka siap pada Februari 2012. Walau bagaimanapun tarikh tersebut terpaksa dipinda pada penghujung Julai 2013 ekoran daripada perubahan ketinggian menegak Jambatan Selat Lumut yang disyaratkan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dari 12 meter kepada 25 meter. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga Projek Setia Walk adalah merupakan projek pembangunan kawasan komersial yang telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada pihak pemaju. Projek ini juga melibatkan cadangan penambahbaikkan jalan keluar masuk di Persiaran Wawasan yang melibatkan rizab lebuh raya dan kelulusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia telah pun diberikan kepada pihak pemaju. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama timbul ketidakpuasan hati di kalangan penduduk sekitar kerana khuatir kawasan pembangunan ini akan mengakibatkan kesesakan sehingga menjejaskan aliran trafik di kawasan perumahan tersebut. Sehubungan itu, sebagai penyelesaian jangka panjang, pihak pemaju telah mencadangkan pembinaan ramp dari laluan utama ke kawasan pembangunan sekiranya terdapat kesesakan trafik di persimpangan tersebut. Walau bagaimanapun, lokasi pembinaan ramp tersebut adalah di luar right of way (ROW) lebuh raya yang berada di dalam rizab MPSJ dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Ahli Yang Berhormat Sri Gading, Ahli Yang Berhormat Tenggara, Ahli Yang Berhormat Tangga Batu, Ahli Yang Berhormat Kinabatangan, Ahli Yang Berhormat Arau, Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, Ahli Yang Berhormat Telok Intan, Ahli Yang Berhormat Putatan dan Ahli Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu mengenai ubahsuai bangunan Parlimen dan klinik di Parlimen. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, projek membaik pulih dan menaik taraf kompleks bangunan Parlimen terbahagi kepada beberapa fasa iaitu fasa 1A yang melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan mengubahsuai Dewan Serba Guna sedia ada sebagai Dewan Persidangan sementara dan Fasa 1B melibatkan pembinaan blok baru, pejabat pentadbiran Parlimen setinggi tiga tingkat yang berkeluasan 9,000 meter persegi.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Fasa 2 ialah kerja-kerja mengubahsuai dan membaik pulih bangunan utama Parlimen sedia ada termasuk blok Menara dan fasa 3 melibatkan pembinaan blok bangunan baru setinggi lima tingkat dengan keluasan lantai 59,000 meter persegi bagi menempatkan pejabat Ahli-ahli Parlimen dan fasiliti-fasiliti yang berkaitan, bilik media dan bilik kementerian-kementerian serta kemudahan meletak kereta.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang penting sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri yang shed itu, yang tempat pejalan kaki itu. Yang Berhormat Menteri dahulu sudah janji untuk memberi keutamaan. Ini sebab ramai pemandu dan pembantu-pembantu kita kena hujan. Begitu juga pejalan kaki kepada tempat-tempat kereta. Begitu juga bilik-bilik media itu diatur.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih, kita akan ambil perhatian. Ini kerana kita tahu ubahsuai Parlimen ini telah pun kita ambil kira beberapa pandangan khususnya pihak terlibat seperti Yang Berhormat Speaker Dewan Negara, Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Parlimen yang dianggotai oleh wakil atau Ahli- ahli Yang Berhormat sendiri dan Jabatan Warisan Negara. Sehingga kini sekurang-kurangnya sebanyak enam kali engagement dan taklimat telah pun diadakan dengan pihak seperti yang disebutkan tadi. Sebarang input terutamanya daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa diambil perhatian. Kita berunding, kita ada dialog dan engagement dengan semua yang terlibat dalam Parlimen ini. Ahli Yang Berhormat Putatan, saya akan memberi jawapan Ahli Yang Berhormat Putatan secara bertulis. Saya tahu kerana saya ingat saya sudah baca tadi iaitu jalan...

Saya banyak timbulkan perkara itu Tuan Pengerusi. Adakah soalan yang spesifik bagi jalan Pan Borneo-Putatan itu? Di mana yang jawapan secara bertulis? Ataupun yang perkara mengenai Parlimen?

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Perkara Parlimen semua sudah ada.

Yang Berhormat Timbalan menteri ini memang orang baik. Sahaja entertain. Walaupun Ahli Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Baling akan datang pun dia jawab juga, saya tidak kisah. Akan tetapi dia baik, dia senyum, dia very cool. Senyuman pun, macam baby punya smile. Orang baik.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih, terima kasih... [Ketawa]

Jadi bagus punya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Okey, terima kasih di atas pujian itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri terpaksa habiskan jawapan sebelum jam 1 ya.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Minta penjelasan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, Yang Berhormat..

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Kerja Raya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Penjelasan sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkit isu tentang Cheras-Kajang Highway, tentang projek terowong di Kajang Utama.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia jawab secara bertulis.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Ahli Yang Berhormat Serdang, kita akan bagi secara bertulis.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Saya tunaikan, saya akan bagi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Ada masa lagi, ada dua minit.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tunggu Yang Berhormat kata hendak jawab Pasir Mas.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Ada dua minit lagilah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tunggu. Perut berpusing tetapi saya tunggu, tetapi sudah hendak habis.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Sebenarnya di muka surat satu tadi saya baca.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tadi Yang Berhormat kata sikit. Yang Berhormat sebut, mohon, mohon, mohon. Saya tanya bypass Pasir Mas tidak dijawab. Masalah lebuh raya tidak dijawab. Tidak mengapalah, masa sudah tidak ada. Saya hendak tanya Yang Berhormat, boleh atau tidak esok pergi pasang, tiang lampu dekat Jalan Pasir Mas ini? Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Saya pun hendak jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi ke Kajang Utama tengok itu terowong.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih, terima kasih. Saya akan pergi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Pergi sanalah, saya belanja makan.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Baiknya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Sudah lama projek itu telah dikaji tetapi sampai hari ini pun tidak ada apa-apa perkembangan.

[Menyampuk]

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Okey, itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya sekali lagi ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,086,041,000 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,086,041,000 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,693,553,500 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM3,693,553,500 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.28 [Jadual] - Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan 2012] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian berkaitan dengan Butiran 00900 - Meningkatkan Keupayaan Kereta Api Tanah Melayu. Hari ini terdapat permintaan yang tinggi di kalangan rakyat supaya Kereta Api Tanah Melayu dapat mempertingkatkan lagi segala kemudahan dan juga service yang boleh diberikan, perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Ini lebih mendesak lagi sewaktu perayaan-perayaan utama yang ada dalam negara kita. Sehubungan dengan itu juga terdapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna terutama sekali komuter. Perkhidmatan yang sekarang ini berjalan di antara Seremban ke Kuala Lumpur, memerlukan penambahan dari segi jumlah perkhidmatan yang boleh kita berikan kepada pengguna kita supaya dapat menampung keperluan yang sedia ada. Kedua, berkaitan dengan kereta api pelancong. Saya juga dapat melihat bagaimana industri pelancongan dapat kita pertingkatkan sekiranya kita dapat memberikan perkhidmatan kereta api pelancongan dalam negara kita. Sehubungan dengan itu saya ingin bertanya apakah usaha yang dapat dibuat melalui peruntukan ini bagi memberikan perkhidmatan kereta api pelancongan di antara Seremban ke Port Dickson. Ketiga Tuan Pengerusi, ini berkaitan dengan lintasan kereta api yang melibatkan pengguna kita kadangkala terpaksa menggunakan laluan kereta api, dalam masa yang sama itulah juga jalan yang dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Kadangkala ia terpaksa melintas jalan-jalan kereta api yang sangat merbahaya ini. Ada di antaranya yang berpagar dan yang terbuka. Barangkali ia tidak dapat mengatasi masalah-masalah apabila berlaku kemalangan dan sebagainya. Ini telah berulang-ulang kali, berlaku kemalangan apabila kereta melalui lintasan kereta api ini tetapi tidak semena-mena kereta api itu tersangkut, rosak dan menyebabkan berlaku kemalangan yang meragut nyawa. Tuan Pengerusi, saya fikir sampai masa dan ketikanya kita dapat mengatasi masalah-masalah yang melibatkan keselamatan rakyat kita supaya lintasan yang saya sebutkan tadi dapat kita tingkatkan dari segi keselamatan. Selain daripada itu, ada juga usaha di kalangan KTM untuk memindahkan Stesen Kereta Api Bandar Bahau ke lokasi yang baru. Saya fikir kalau boleh, oleh sebab di bandar tersebut, di bandar Bahau, Jempol, di situlah didirikan stesen bas dan di situ juga diletakkan stesen ataupun perhimpunan pemandu-pemandu teksi dan sekarang ini di situ jugalah stesen kereta api kita. Maknanya rangkaian perkhidmatan yang boleh kita berikan kepada rakyat sama ada menggunakan bas, teksi dan kereta api mereka boleh menggunakan pusat ataupun Stesen yang sedia ada dengan begitu mudah sekali.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Jika sekiranya ia hendak dipindahkan di lokasi yang dicadangkan, yang saya fikir agak jauh, ini sudah tentu akan menyusahkan rakyat. Ia menyukarkan pengguna-pengguna perkhidmatan awam kita yang terpaksa berpindah di antara bas ke kereta api. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah tidak boleh kawasan tanah-tanah rizab kereta api yang sangat tinggi nilai komersialnya ini kita bangunkan dengan syarikat-syarikat swasta. Termasuk di bandar Bahau ini, yang terletak betul-betul di tengah bandar supaya kita bangunkan dengan stesen kereta api yang baru dan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang boleh memberikan perkhidmatan tambahan kepada rakyat. Misalnya kita boleh dirikan hotel murah. Dalam masa yang sama kita buat shopping complex. Kita dirikan satu tempat untuk makan dan di situ sebagai pulangannya dibuatkan satu stesen kereta api yang baik, yang boleh memberikan keselesaan kepada rakyat dan juga pengguna untuk menggunakan kemudahan tersebut tanpa menggunakan peruntukan yang banyak daripada kerajaan atau pun daripada kementerian untuk membina stesen kereta api yang baru. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 011000 berkaitan dengan peruntukan Perancangan dan Penyelidikan. Hari ini kita dapat melihat bagaimana banyaknya tempat-tempat tertentu dalam negara kita terutama sekali bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang amat luar biasa. Saya dapat melihat kalau isu kesesakan ini tidak dapat diatasi, ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan dan kualiti hidup rakyat tetapi juga akan menjejaskan ekonomi negara kita dalam tempoh masa yang panjang. Oleh yang demikian, apakah tidak boleh dengan peruntukan di bawah kepala ini kementerian membuat satu penyelidikan secara menyeluruh terutama sekali memikirkan hari ini beberapa perkhidmatan tambahan seperti LRT yang kita bina di atas tetapi masih lagi tidak dapat menampung keperluan rakyat untuk menggunakan laluan-laluan biasa ke bandar raya atas urusan perniagaan dan juga urusan harian rakyat. Apakah tidak mungkin dengan kajian yang boleh kita buat di beberapa negara-negara lain yang menggunakan perkhidmatan tram seperti yang ada di bandar Republic Czech. Di mana hanya sebahagian lorong, jalan itu digunakan untuk perkhidmatan kereta tetapi lorong yang sebelahnya digunakan perkhidmatan tram.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya dapat melihat tiap-tiap empat minit sekali, ia boleh menghubungkan ke seluruh destinasi dalam bandar raya Prague tersebut menjadikan satu rangkaian perhubungan yang sangat diminati oleh rakyat dan setiap rakyat menggunakan perkhidmatan tersebut. Saya fikir kalau ada kajian ini dapat dibuat oleh pihak kementerian, ianya akan dapat mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di bandar-bandar besar terutama sekali di bandar raya Kuala Lumpur. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, saya juga dapat melihat kalau boleh kajian secara mendalam dapat dibuat oleh pihak kementerian berkaitan dengan perkhidmatan kenderaan awam di kawasan luar bandar. Sebut luar bandar, termasuklah Jempol, Negeri Sembilan. Sebahagiannya FELDA, sebahagiannya lagi kampung tradisi. Hari ini memang bermasalah sistem perkhidmatan kenderaan awam yang dapat menghubungkan rakyat dengan pusat pentadbiran di bandar Sri Jempol. Dari bandar Sri Jempol, rakyat untuk berurusan pula dengan pusat komersial kita di bandar Bahau. Oleh kerana kita mengalami masalah daripada servis dan perkhidmatan kenderaan awam ini, hari ini menimbulkan masalah kepada rakyat. Saya juga sedar kalau kita bergantung harap kepada syarikat-syarikat untuk mengadakan servis perkhidmatan bas, memanglah perkhidmatan bas ini tidak menguntungkan. Apakah dalam kajian kementerian Yang Berhormat boleh mengatasi masalah ini dan dalam masa yang sama kita memberikan perkhidmatan kepada pelajar- pelajar sekolah di mana bas-bas sekolah ini boleh membawa pelajar tetapi dalam masa yang sama kita membenarkan dia membawa penumpang, membawa pelancong.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya fikir bukan sahaja masalah kekurangan bas yang mengangkut pelajar-pelajar ke sekolah dapat diatasi, dalam masa yang sama, kita boleh mengatasi masalah kekurangan perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat kita. Tuan Pengerusi, hari ini saya juga dapat mengesan tentang kurangnya perkhidmatan yang selamat dan berkualiti kepada pelajar-pelajar sekolah kita. Tidak dapat dinafikan sebahagianya menggunakan van-van haram. Kalau kita tengok van-van haram ini pula, sebahagianya tayar ia botak dan kenderaannya uzur dan tidak selamat. Oleh kerana rakyat tidak ada pilihan, mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan van haram ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Akan tetapi, ini tidak boleh kita biarkan. Ini sangat merbahaya kepada anak-anak kita. Dalam masa yang kita memberikan perkhidmatan persekolahan percuma, mereka kita galakkan ke sekolah, tetapi perkhidmatan bas dan van- van untuk mengangkut pelajar kita ke sekolah ini juga mesti kita ambil kira supaya sebahagian daripada peruntukan ini dapat kita gunakan untuk membuat kajian tersebut. Akhir sekali Tuan Pengerusi, ini berkaitan dengan Butiran 080000 berkaitan dengan Keselamatan Jalan Raya. Ini ialah merupakan isu yang berpanjangan dan rakyat menuntut hari ini supaya ianya dapat kita lakukan sesuatu supaya kita dapat kurangkan kemalangan jalan raya, kurangkan kecederaan, lebih-lebih lagi kehilangan nyawa yang kadang kala menimbulkan masalah besar kepada keluarga yang ditinggalkan. Hari ini ramai rakyat bertanya tentang pendirian dan konsep kita membenarkan kereta-kereta yang tidak layak duduk di jalan raya. Apakah tidak ada satu peraturan tertentu yang kerajaan boleh buat bagi membenarkan hanya kualiti tertentu sahaja yang boleh masuk ke jalan raya supaya boleh menyelamatkan daripada terjejas dengan kemalangan-kemalangan disebabkan oleh kualiti kenderaan yang tidak selamat tadi. Selain daripada itu, tentang soal bagaimana penguatkuasaan undang-undang ini. Sudah tentulah bukan sahaja kita hanya kempen tetapi di Malaysia, kempen ini bagus. Dia tidak akan berubah kalau tidak kempen. Akan tetapi ada satu golongan lagi, dia memerlukan tindakan dan penguatkuasaan. Apakah sampai masanya pihak kementerian Yang Berhormat memikirkan bahawa mana-mana yang melanggar peraturan ini, keputusan kerajaan untuk mengantungkan lesen mereka serta-merta sebagai denda dan peringatan supaya tidak mengulangi kegiatan memandu merbahaya dan juga pelanggaran undang- undang di jalan raya yang menyebabkan kemalangan ini dapat diatasi pada masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh dalam Kementerian Pengangkutan ini. Butiran 070000 - Keretapi. Sebagaimana yang kita tahu sekarang ini, di sebelah utara tanah air, kereta api yang akan menggunakan tenaga elektrik ataupun double trekking sedang berjalan lancar buat masa ini. Termasuklah di kawasan Pendang, kawasan saya ini, insya- Allah saya rasa kalau kita jangkakan tahun 2012 akan dapat berjalan, mungkin daripada progress yang ditunjukkan oleh perjalanan program ataupun projek ini, mungkin ia akan dapat dilaksanakan. Akan tetapi apa yang menjadi kemusykilan kepada masyarakat di sekitar ialah berhubung dengan keselamatan. Sebagaimana yang kita tahu, kalau sekiranya talian elektrik yang dikatakan bervoltan tinggi, kita tidak dibenarkan untuk berada di bawah ataupun di sekitar talian tersebut kerana bahaya di musim hujan ataupun berlakunya guruh atau halilintar. Maka, di kawasan-kawasan kabel elektrik yang mungkin bakal digunakan ini bervoltan tinggi, saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian, terutama sekali kawasan-kawasan rumah yang berada di sekitar. Mungkin mereka tidak dapat berpindah ke tempat lain kerana memang itu kawasan tanah mereka. Cuma, apa yang saya dapati keluhan daripada masyarakat adalah dalam keadaan sekarang ini, ia masih lagi belum mempunyai pagar.

Mungkin kita jangka dekat hendak berjalan esok ia akan dibuat pagar, tetapi dari segi keselamatan terhadap voltan tinggi yang ada pada kabel tersebut yang saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh pihak kereta api atau pihak kementerian berhubung dengan voltan tinggi yang akan digunakan untuk double trekking ini? Itu yang pertama. Keduanya, Butiran 080000 berhubung dengan Keselamatan Jalan Raya. Saya juga ingin melahirkan rasa kecewa dan juga kesallah terhadap apa yang berlaku di jalan raya kita. Mutakhir ini dalam masa kita kata lepas Hari Raya Aidiladha ini, banyak berlaku kejadian kemalangan bas ekspres ataupun bas yang membawa penumpang-penumpang, kita pun tidak tahu kenapakah ia macam bermusim. Kalau sekiranya bas ekspres yang kemalangan, maka dua, tiga hari itu memang kemalangan bas ekspres dan menyebabkan kematian. Kita telah banyak kali di dalam Dewan ini merayu kepada pihak kementerian agar memberi perhatian berat terhadap bas-bas yang dipandu laju ini. Pagi tadi pun berlaku semasa saya datang. Kalau kita bawa 110, bas itu mungkin saya rasa 120 ataupun 130 mereka membawa. Kelajuan yang cukup hebat daripada kitalah. Ini saya rasa mungkin apa yang kita letakkan di belakang bas iaitu SMS nombor yang diletakkan di belakang bas supaya kita memberi laporan kepada pihak keselamatan jalan raya mungkin tidak mempunyai keberkesanan. Saya pernah bertanya pada sesi yang lepas, kalau tidak silap saya wakil dari Lenggong, Timbalan Menteri Pengangkutan pada masa itu, dia mengatakan statistik yang diberikan berhubung dengan penerimaan jumlah kompelin daripada masyarakat berhubung dengan bas-bas yang dibawa dengan had yang laju ini, tetapi tindakan-tindakan terhadap syarikat ataupun bas berkenaan mungkin tidak memberi banyak faedah kepada tindakan mengurangkan kelajuan bas tersebut.

Kita pernah mendengar ada lampu kuning di atas bas, ada kotak hitam yang hendak diletakkan di dalam bas tetapi sehingga sekarang ini tidak banyak ataupun GPS yang akan diletakkan di dalam bas. Tidak banyak yang memberi manfaat kepada syarikat- syarikat berkenaan dari segi mengurangkan kemalangan bas-bas yang melibatkan ramai penumpang ini. Seterusnya tentang 060000 - Pengangkutan Darat khususnya 060700 - Komputer/Teknologi Maklumat. Pernah kita timbulkan di dalam Dewan ini juga tentang keengganan pegawai-pegawai yang ingin mengesahkan mereka yang lanjut usia mengatakan mereka ini betul-betul buta huruf di dalam mendapat lesen memandu. Pernah beberapa kali kita terpaksa menolak mereka ini kerana ada denda di situ jika sekiranya kita tidak menyatakan benar-benar mereka ini betul-betul buta huruf jika sekiranya didapati mereka ini tidak buta huruf orang yang mengesahkan itu akan didenda sebanyak RM5,000. Ramai penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung dan juga mereka pegawai kerajaan yang terlibat ini enggan untuk mengesahkan mereka yang buta huruf ini takut-takut apabila mereka didapati bukan betul-betul buta huruf. Sebenarnya mereka ini adalah buta komputer. Mereka tidak tahu komputer. Jadi saya harap sekali lagilah merayu dan juga menyeru pada pihak kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun pernah menjawab. Apakah perkara ini telah dilaksanakan akan dilaksanakan dalam waktu yang terdekat ini? Saya harap perkara ini tidak akan menyusahkan lagi masyarakat di peringkat bawah. Tuan Pengerusi itu sahajalah apa yang saya hendak cakapkan pada petang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum itu saya mengalu-alukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan guru-guru daripada Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, Perlis yang turut hadir bersama-sama kita pada petang ini. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian 060000 - Pengangkutan Darat, 060200 - Pendaftaran dan Pelesenan Kereta Motor. Saya ada menegur di Dewan yang mulia ini kerana kedudukan lesen memandu kita sekarang kalau hendak dibandingkan dengan negara mundur yang berada di Afrika seperti Nigeria dan sebagainya kita berada di dalam kelas yang amat tidak bersesuaian dan memalukan. Malah kalau kita lihat berbanding dengan negara Nigeria, standard lesen memandu mereka menyamai MyKad yang ada pada negara kita. Jadi sudah sampai masanyalah kerajaan dan JPJ mengambil langkah-langkah untuk menukar dan sistem yang tidak boleh ditiru dan sistem terkini dan teknologi terkini tidak mudah patah dan mengikut teknologi yang bersesuaian dengan zaman. Jikalau hendak lihat sekarang sudah ketinggalan zaman. Kemajuan JPJ kalau orang nilai daripada lesen memandu orang dah nampak itu zaman dahulu yang berada dalam satu kelas yang sebenarnya amat daif dan tidak wajar ia berlaku. 080000 - Keselamatan Jalan Raya, saya seperti mana rakan-rakan Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Pendang. Kita dikejutkan sekarang ini setiap hari yang terbaru pelajar-pelajar lepasan PMR yang menunggu keputusan empat meninggal, tujuh cedera parah dan yang lain-lain dalam keadaan trauma akibat dilanggar oleh lori pasir dan bas terbalik dan sebagainya. Kita terus membuat kesimpulan apabila berlaku kemalangan ngeri seperti itu yang melibatkan perlanggaran dengan kenderaan berat bahawa mungkin that negative attitude of the drivers. Itu alasan yang selalu kita berikan. Soal road engineering, soal jalan kemudian kita bangkitkan soal cuaca tidak baik (bad weather), kita jump to conclusion yang seolah-olah itulah escapism factor yang ada kepada JKJR kepada pihak kementerian untuk melarikan diri apabila dihentam dengan begitu teruk apabila berlaku kemalangan ngeri seperti ini. Akan tetapi perkara itu masih berleluasa. Lori yang lebih muatan, kenderaan berat yang lebih muatan masih berjalan di jalan raya dengan kelajuan yang cukup tidak munasabah melebihi had yang telah dibenarkan. Jadi di sini, apakah kita masih sudah tahu kemalangan yang berlaku itu sering kali berlaku di tempat dan di lokasi yang hampir sama. Kalau di Lebuh Raya Utara-Selatan boleh dikatakan di tempat yang tidak pernah lari daripada kawasan itu. Di 301, 386 lokasi-lokasi yang menyebabkan kematian yang besar yang berlaku hampir setiap musim seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Pendang tadi. Jadi di sini saya minta pihak kementerian, apakah ada satu program, JKJR satu one-stop agency yang diberi peruntukan dalam Bajet 2012 ini pun ada satu life saving rules yang dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan bahawa apa yang berlaku sekarang ini dapat kita atasi. Kita kena melihat dari semua faktor. Kita sering kali katakan mungkin failure disebabkan oleh kenderaan yang menggunakan alat ganti palsu. Akan tetapi kita masih membenarkan alat ganti palsu itu masuk ke dalam negara kita. Mungkin kementerian boleh membuat suatu lagi escapism factor dengan mengatakan bahawa ini di luar bidang kuasa kami, ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bukan bidang kuasa kami. Akan tetapi tidak boleh dikoordinasi kalau alat ganti palsu itu merupakan di antara punca dan penyebab kemalangan, kita mesti kena buat sesuatu mengharamkan kemasukan alat ganti, hanya ada suara-suara daripada pengedar-pengedar, syarikat- syarikat alat ganti ini yang mereka membuat keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang ramai yang menyebabkan kita lihat sekarang berlaku kekerapan dalam keadaan yang sungguh menyedihkan. Kita tidak dapat mengelakkan qada’ dan qadar tetapi soal kita bagaimana hendak melihat bahawa bukan kecuaian dasar-dasar dan kelemahan- kelemahan yang ada yang tidak kita perbetulkan yang menyebabkan soal-soal life saving rule ini patut menjadi agenda utama pihak kementerian.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi saya mohon di sini JKJR sebagai satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyelidik pembangunan, pelaksanaan dan pelarasan semua aktiviti keselamatan jalan raya. Daripada aspek pendidikan sampai aspek penguatkuasaan, kejuruteraan dan sebagainya. Harus lebih melihat ini sebagai satu yang cukup harus diberi fokus oleh JKJR sendiri supaya pastikan bahawa kita dapat mengelakkan lagi bas yang terbalik, pemandu yang memandu dalam keadaan yang tidak waras, tidak rasional, minum air bir, menggunakan dadah. Kita masih hanya dapat menangkap satu-dua tetapi mereka yang lain masih lagi, syarikat-syarikat bas yang hendak menjimatkan dari segi kos untuk membayar kepada pemandu-pemandu maka mereka menggunakan seorang pemandu untuk destinasi yang agak jauh. Bas-bas yang dicharted membawa pelajar sekolah menggunakan seorang pemandu. Adakah ini wajar berlaku dan harus tindakan tegas diambil oleh pihak kementerian berhubung dengan masalah ini. Ini kerana kita tidak mahu siri pengorbanan nyawa ini telah berlaku dengan begitu teruk dan begitu serius dan kita tidak boleh menyalah sesiapa tetapi harus ada saling berganding bahu untuk kita mencari jalan keluar supaya perkara-perkara begini dapat kita kurangkan di masa-masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM. Jikalau kita lihat peruntukan untuk 2012, peruntukan untuk kemudahan infrastruktur dan juga perkara- perkara yang berkaitan dengannya yang melibatkan KTMB ini adalah begitu besar terutamanya double rail tracking daripada utara ke selatan yang dalam peringkat proses pembinaan dan dijangka sudah sampai peringkat 60 peratus hingga 70 peratus dari segi pelaksanaan projek. Jadi saya ingin bertanya pihak kementerian perancangan yang dibuat oleh KTMB terutamanya melibatkan soal pengangkutan, saya tidak nampak soal pengangkutan awam walaupun ini merupakan satu yang harus diberi penekanan oleh pihak kementerian supaya orang lebih beralih pandangan untuk menggunakan railway ini sebagai pengangkutan utama seperti mana yang berlaku di negara-negara luar dan di negara maju. Di negeri China misalnya mereka telah akan menyiapkan 145,000 kilometer railway yang melibatkan semua jenis pengangkutan dalam 02015. Mereka telah menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan railway ini sebagai pengangkutan awam yang utama. Jadi di sini kita harus melihat soal kecepatan masa. Jikalau ia dapat diatasi saya ingat mungkin orang melihat ini sebagai satu alternatif yang terbaik untuk pengangkutan awam dan apabila kita tahu belanja yang besar yang telah kerajaan keluarkan demi menjana ekonomi dan masa depan dan membina keselesaan rakyat jadi ia harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Begitu juga dengan anak syarikat KTMB Multimodal Freight Sdn. Bhd. yang saya ingat harus membina mendapatkan lesen untuk beroperasi sepenuhnya di kawasan Parlimen Padang Besar iaitu melaksanakan Inland Container Depot (ICD) supaya kita pastikan bahawa kita dapat membuat urusan pengendalian kargo yang lebih efisien yang di mana kargo-kargo ini apabila sampai ke pelabuhan mereka terus dapat diakses di atas kapal-kapal yang telah disediakan, tidak perlu melalui proses pemeriksaan kastam beberapa kali. Ini di antara perkara-perkara yang harus diberikan perhatian.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kemudian Butiran 010400 iaitu saya hendak tanya sejauh mana keberkesanan di beberapa tempat terutamanya apabila saya melihat sistem keselamatan dan fasilitasi perdagangan yang menggunakan sistem frekuensi radio atau RFID yang telah dilaksanakan oleh pihak kastam pada 1 Oktober yang lepas kita lihat, tetapi tidak dimasukkan Port Klang sebahagian daripada tempat penting untuk penggunaan. Ini kerana RFID ini selain kita dapat mengawal keseluruhan pengendalian kontena di kawasan pelabuhan yang kalau kita lihat di Port Klang sahaja yang melibatkan lebih 8.4 juta ‘tus’ yang saya rasa sebenarnya mendatangkan cukai yang begitu besar kepada kerajaan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Soalnya sekarang, apabila sistem ini tidak digunakan sebagai kemudahan- kemudahan tambahan sebagai supply driven policies, dengan izin Tuan Pengerusi, yang dapat menjurus kepada mewujudkan satu pelabuhan yang mampu berdaya saing dan mampu melahirkan world class port yang amat kita kagumkan seperti mana di Amsterdam, di Hong Kong dan sebagainya. Kemudian Butiran 020300. Saya hendak tanya Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan yang melaksanakan ujian dan Standards of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) ini untuk pelaut. Jadi saya ingin tanya pihak kementerian, adakah syarat-syarat sijil ini hanya diberi pelaut yang berasal daripada negara kita ataupun diberi kepada semua pelaut iaitu mereka yang daripada buruh asing ataupun orang-orang asing yang mereka bekerja di kapal-kapal yang didaftarkan di negara kita. Jadi, setakat ini kita perlu membuat kawalan kerana kita sebenarnya perlu menggalakkan anak tempatan. Oleh sebab kekurangan tenaga buruh, kita bergantung kepada pelaut-pelaut daripada Indonesia, Filipina, Vietnam dan juga Laos, Kemboja. Jadi kalau syarat-syarat diperketatkan oleh pihak kementerian, saya rasa kita dapat pastikan bahawa anak-anak tempatan kita akan lebih mendapat peluang pekerjaan kerana industri maritim ini sebenarnya mendatangkan pendapatan yang agak lumayan dan kebetulan bidang ini nampaknya kurang diterokai oleh anak-anak tempatan kita yang mana satu langkah yang perlu dibuat oleh pihak kementerian dalam memberikan galakan dan juga insentif tertentu untuk mereka terlibat dalam bidang pekerjaan ini. Kemudian soal Butiran ‘036001’ yang terakhir Tuan Pengerusi, kajian hidrologi dan mendapan di kuala-kuala sungai dan pelabuhan kecil negara. Saya cakap ini tentang pelabuhan di Kuala Perlis yang saya lihat dia memakan kos yang begitu tinggi apabila lumpur yang terpaksa dikorek hampir setiap tahun menerusi Jabatan Laut. Jadi, kita tidakkah ada teknologi terkini untuk kita pastikan bahawa kuala dan pelabuhan kecil ini dapat kita dalamkan supaya pastikan bahawa kita tidak berlaku peningkatan kos setiap kali kita mencuba memastikan bahawa pelabuhan-pelabuhan ini dapat beroperasi terutamanya untuk urusan barter trade bagi Selatan Thailand, di Sumatera Indonesia dan juga di Langkawi yang saya ingat juga amat penting untuk pertumbuhan tempatan dan juga pertumbuhan ekonomi di peringkat negeri iaitu kerjasama dengan koridor-koridor wilayah bagi memastikan bahawa keseimbangan dalam mendapat pertumbuhan dan kemakmuran di kalangan penduduk di negara kita. Jadi, setakat itu Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Peraturan mesyuarat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, sebelum ini Yang Berhormat Batu Gajah ada berjumpa dengan saya dan merujuk kepada Belanjawan 2012. Saya berdiri di atas Peraturan Mesyuarat 66 dan 66A Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, ini adalah mengenai yang kebelakangan ini dalam tempoh dua tiga hari ini, banyak kita baca di surat khabar dan juga pengumuman yang dibuat oleh menteri-menteri bahawa bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalurkan dan juga baucar buku sekolah dan sebagainya akan disalurkan. Akan tetapi, kalau kita teliti dengan seriusnya Peraturan Mesyuarat 66 dan 66A, ia belum diluluskan oleh Dewan ini. Ini nampaknya ada satu shortcut di mana Menteri mengumumkan satu dasar untuk penelitian dan untuk persetujuan Dewan Rakyat. Akan tetapi walaupun tidak ada persetujuan, mereka bulldoze trough dan membuat satu selain dari apa yang mengikut peraturan. Saya rasa apa yang diberitahu oleh saya dan Yang Berhormat Batu Gajah adalah sesuatu yang sangat serius. Saya rasa kemungkinan Menteri atau pihak-pihak yang berkaitan tidak tahu mengenai peraturan ini. Saya harap tindakan diambil dan mereka diberitahu bahawa apa yang mereka buat dan ingin buat selepas ini adalah satu kesalahan mengikut peraturan ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, saya ingin peraturan yang sama dengan izinnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Peraturan 66A, I try to look and relate dengan peraturan yang you bawa, tidak berkaitan Yang Berhormat. Peraturan 66A...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, Peraturan 66 and 66A. Ada lagi peraturan mesyuarat, dua sahaja yang dirujuk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak tahulah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It is before the House for the bill to be pass. How can them menyalurkan wang tersebut? Belum boleh dilulus, duit siapa? Bukan duit beliau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Akan tetapi, ia tidak berkaitan dengan urusan Dewan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, berkaitan. Boleh saya baca? Boleh saya baca? Berkaitan. “Bantuan persekolahan sebanyak RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.”

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini adalah dasar kerajaan dan menyatakan meringankan kos sara hidup. Bukankah berkaitan? Ini perlu diluluskan oleh Dewan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak. Saya bercakap tentang peraturan mesyuarat tidak berkaitan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, lets not go around somewhere else. Tuan Pengerusi, you know very well. Apa yang kita...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tahu. Isu yang dibawa itu isu yang tidak berkaitan dengan peraturan mesyuarat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Beritahu peraturan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Okey. Ada beberapa peraturan, bukan ini sahaja. Peraturan 16, 66...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya dan saya katakan bahawa...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada berkaitan, saya boleh rujuk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh. Ada banyak peraturan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlulah Yang Berhormat. Itu urusan kementerian. They should know what they’re doing. As far as kita dalam Dewan ini, saya cuma melihat peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, Peraturan 66(4), Rang Undang-undang Anggaran Pembangunan harus disetujukan dan rang undang-undang selepas itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Tidak mengapalah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, persoalannya kita tidak membantah bantuan persekolahan RM100 yang diberi. Akan tetapi persoalannya peruntukan yang diumumkan ini, pemberian bantuan persekolahan yang diumumkan ini adalah dalam Bajet 2012 dan Jawatankuasa kementerian ini belum sampai lagi untuk dibahas.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bagaimana boleh lulus?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dewan Negara pun belum tahu bajet ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah cukup. Duduklah Yang Berhormat. Cukuplah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bagaimanakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh mengumumkan bantuan persekolahan RM100 dibayar dengan serta-merta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Sudah. Cukup itu Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini tidak hormat dengan Dewan Parlimen ini Tuan Pengerusi. Saya menegaskan kita tidak membantah pemberian bantuan persekolahan, mesti membenarkan. Akan tetapi prosedurnya Tuan Pengerusi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita sokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Ya. Sudah cukup sudah Yang Berhormat. Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Saya sudah katakan tadi Yang Berhormat...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Beliau tengah bahas pengangkutan ini. Lagi mahu kacau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Bahawa itu adalah urusan kementerian. Yang peraturan 66(4) yang dibawakan adalah urusan Dewan. Saya katakan bahawa 66(4) tidak ada pelanggaran sedikit pun dalam urusan Mesyuarat kita setakat ini. Isu RM100 yang dibawa itu adalah urusan dan saya serahkan kepada kementerian untuk mengurus isu yang dikemukakan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, pengurusan wang kementerian adalah perlu mendapatkan kelulusan Dewan yang mulia ini. Dewan yang mulia ini belum meluluskan peruntukan itu Tuan Pengerusi. Belum meluluskan peruntukan tersebut kepada kementerian.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah. Tidak mengapalah Yang Berhormat, kementerian akan menguruskan yang itu. Baik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah Tuan Pengerusi mengatakan tidak perlu kelulusan Dewan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah Tuan Pengerusi mengatakan demikian?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Kerajaan ada banyak duit lebih lagi belum bayar. Inilah pembangkang dengki. Menolong rakyat pun dengki, khianat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, you read what is 66(4). Apabila Supply Bill have been read at second time, tidak ada pelanggaran pun. Tidak ada pelanggaran. Oleh sebab itu saya katakan tadi, saya serahkan itu bagi kementerian untuk menangani isu yang dibawa oleh Yang Berhormat.

Tidak payahlah Yang Berhormat.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, kita habis 14 hari bulan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Lets them handle it. It is not for me to handle that Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Perlu di pass di sini sebelum menyalurkan wang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak adapun pelanggaran. Setakat ini tidak ada pelanggaran.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No. That have hazard. The whole thing is done in hazard way. Kementerian boleh buat apa yang dia suka. Dewan Rakyat tidak ada kawal selia mengenai kewangan di sana.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Memadailah Yang Berhormat. Baik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

What is the purpose? Jadi, we are sitting here to…

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Memadailah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, memadailah saya katakan bahawa isu yang dibawa itu saya biarkan, saya serahkan kepada kementerian untuk mengurusnya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, then apa yang dikatakan, apa yang tertulis di Belanjawan 2012 semua ini hanya untuk cetakan. Boleh buang. Tiada guna.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak. Tidak. Kita sedang dalam proses untuk meluluskan bajet. Tidak ada masalah. Tidak ada perlanggaran peraturan mesyuarat pun di sini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Perkara-perkara yang dibangkitkan di sini akan diluluskan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Di sini tidak ada perlanggaran peraturan mesyuarat pun.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Sebab itu saya katakan – Baik. Saya katakan bahawa isu yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, masih ikut proses...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Biarlah diuruskan oleh kementerian. Mereka sedang memerhati.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mereka bermain politik, Tuan Pengerusi. You cannot main politik di sini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita perlu serius... [Disampuk]

..Hati busuk.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ada yang hendak berucap? Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa yang Tuan Pengerusi katakan ialah kita dalam Dewan meluluskan bajet.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita setuju. Kita setuju pada wang yang disalurkan, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Memang benar.

Yang Berhormat Ipoh Barat.. dapat Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Meluluskan bajet ini, perkara berkenaan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sebenarnya kalau kita kerajaan, kita akan beri RM1,000.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk. Duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada masalah tetapi syaratnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dia tidak boleh beri lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, di hadapan saya ialah peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat, saya katakan tidak ada perlanggaran. Saya tidak katakan bahawa isu itu Yang Berhormat tidak boleh bawa. Oleh sebab itu saya katakan bahawa biarlah pihak kementerian menguruskan isu ini, Yang Berhormat. Before me is peraturan mesyuarat yang dibawakan oleh Yang Berhormat. Saya katakan tidak ada perlanggaran. Kita dalam proses untuk mematuhi Peraturan Mesyuarat 66(4) yang dikemukakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Belum lagi diluluskan.

Tengok anak-anak sekolah. DAP tidak mahu beri duit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

You see, the issue before me is the Section 66(4).

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Belum diluluskan lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Oleh sebab itu saya katakan bahawa tidak ada perlanggaran.

Tuan Pengerusi, biar anak-anak sekolah tengok.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

See? Baiklah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi...

...Sepatutnya...

...Pelajar-pelajar sekolah ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa Tuan Pengerusi memang ada point lain. Your point is different... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak. Itu... urusannya dengan kementerian Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi Tuan Pengerusi... [Dewan riuh]

...Orang tidak kata pengangkutan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Untuk Dewan ini yang kita sama-sama...

Dimalukan oleh adik-adik pelajar sekolah hendak beri RM100 untuk kebajikan.., tentang mengapanya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kita sama-sama bincangkan dan meluluskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, biarlah.

...Tidak mahu beri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi ini bajet ini untuk tahun hadapan.

Yang Berhormat Ipoh Barat, tengok anak-anak kita sekolah sudah dapat duit RM100 dan DAP tidak mahu beri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Baik.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ia belum diwartakan, belum diluluskan secara sepenuhnya.

DAP pergi hari-hari ke mahkamah kah?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi, sebenarnya...

Tidak hendak beri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kerajaan tidak boleh laksanakan pada waktu sekarang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Itu urusan kementerian, urusan eksekutif.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi, saya rasa kita perlu sebagai sebuah Dewan, kita perlu ada satu pendirian termasuk juga Tuan Pengerusi... [Dewan riuh] Supaya kita boleh beritahu kerajaan, kementerian...

Ha! Para pelajar, tengok! Bagaimana DAP tidak mahu beri duit. Tengok dalam ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Bahawa ini tidak mengikut peraturan, prosedur.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey. Cukuplah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Bukit Mertajam, tidak mahu beri duit semua.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ia boleh beri...

Tengok adik-adik, tengok.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Selepas ini semua diluluskan... sekarang.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat, pembangkang ini tidak tahu memerintah. Tidak tahu menguruskan duit kerajaan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

On the first of January dia baru boleh beri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah beri keputusan, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tengok dari Penang lah.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Dengarlah saya cakap!... [Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Negeri Penang terbagus di negara ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekarang saya hendak cakaplah... [Dewan riuh] Tidak boleh kerana awak.., kerajaan, awak boleh buat apa-apa sahaja.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Selagi duit yang diluluskan untuk tahun...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Belum lulus dalam Dewan.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Dengarlah! Dengki.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Belum lulus dalam Dewan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini Bajet 2012.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah. Sudah... [Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa ini orang. Dia tidak hendak faham. Buang sama ini orang.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tidak hendak dengar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Sudah buat keputusan Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, jadi apakah tujuan kita bersidang?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, jadi bermakna...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Satu pendirian.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Selagi duit tahun ini yang diluluskan oleh Dewan tidak berlebih, duit itu ...guna.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah buat keputusan tentang perkara ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak boleh bincang di sini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa tujuan untuk bersidang? Untuk meluluskan....

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, kita tidak boleh cincai langsung.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Termasuk duit... Kita kaya. Banyak duit luar jangka. Pakai. Tidak ada masalah... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Janji anak-anak ini kita bela. Jangan dengar cakap DAP ini. Hati busuk kepada rakyat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas, ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Fidlot. Fidlot. Ada fidlot?... [Dewan riuh]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, saya merujuk pada Butiran 070000.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, boleh saya tahu apakah peluang meneruskan perbahasan? Jika kementerian boleh sedemikian, eksekutif boleh sedemikian...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, that is basic question....

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Menyalurkan bayaran sebelum...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, sudah buat ruling.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kelulusan Dewan yang mulia ini, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah. Cukup, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apakah maknanya bermesyuarat untuk...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Can I have a ruling. Jadi, bermakna bila Yang Berhormat Menteri membuat bajet atau speech di sini, terus luluslah, ia irrelevant, ia rubber stamp!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Itu urusan eksekutif Yang Berhormat. Di depan saya adalah peraturan mesyuarat yang saya katakan tidak ada pelanggaran.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita belum lagi meluluskan peruntukan untuk menggunakan wang itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Berdebat begini pun salah tidak ikut peraturan Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat berdebat dengan Tuan Yang di-Pertua. Ya Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi saya tidak katakan Tuan Pengerusi mesti mengambil tindakan kerana ini memang luar kuasa Tuan Pengerusi. Akan tetapi kita rasa – saya rasa Dewan ini mesti beritahu di Dewan ini bahawa...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

That is my point Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Pembayaran RM100 itu kita sokong tetapi bukan pada waktu ini. Kita mesti mengikut peraturan dan undang-undang. Kalau kerajaan tidak mengikut undang-undang, ini menjadi satu precedent yang sangat-sangat tidak baik kepada semua. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi kena tambah ini tidak hormat Dewan yang mulia ini. Prosedur belum siap, belum lulus, dia sudah pergi salurkan wang. Ini tidak hormat Dewan yang mulia ini.

Ini macam top-up. Kita beli dahulu dan bayar kemudian.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi saya rujuk kepada Butiran 090700 - Lintasan Rata Awam (KTMB), Butiran 080000 - Keselamatan Jalan raya dan juga 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM kerana ianya berkaitan di antara satu sama lain. Pertama saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Pengangkutan mengenai dengan masalah lintasan jalan kereta api. Baru-baru ini kita semua sedia maklum, berlaku pelanggaran kereta api dengan kenderaan awam di Sabah. Saya membaca dalam akhbar cukup mengerikan dan disebut dalam akbar ada 70 lintasan haram di Sabah. Apabila peristiwa ini berlaku di Sabah, saya teringat beberapa tahun yang lalu perkara yang sama juga berlaku di Kelantan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pihak kementerian sedar salah satu laluan kereta api di Bandar Pasir Mas yang sekarang ini menggunakan gate sahaja dan sepatutnya sudah lama membina jejambat kerana kawasan ini adalah kawasan yang cukup sesak dan diguna sebagai laluan utama dalam bandar Pasir Mas. Pasar pun di situ, sekolah-sekolah pun di situ, bukan sahaja setakat gate tetapi di sebelah gate itu laluan itu digunakan oleh orang awam dan cukup membahayakan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi saya hendak tanya adakah pihak kementerian sedar dan kalau sedar bilakah hendak membina jejambat yang tidak silap saya sudah berapa kali dijanji. Bukan setakat di situ, lain-lain tempat pun ada yang sepatutnya dibina ataupun dibuat gate yang lebih canggih atau yang lebih selamat di mana kawasan-kawasan yang ada sekitar kediaman penduduk begitu ramai di sebelah kiri kanan jalan kereta api sepatutnya dibina pagar sebab kanak-kanak suka bermain dan malapetaka boleh berlaku bila-bila masa. Jadi saya sudah bangkit di sini dan kalau berlaku apa-apa di masa depan mudah- mudahan kita doa tidak apa yang berlaku. Namun kalau berlaku, itu tanggungjawab saya sudah selesai, tanggungjawab ini diserahkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan, tanggunglah sendiri nanti. Jangan selepas berlaku macam di Sabah, hendak tubuh jawatankuasa hendak kaji, hendak siasat itu dan ini. Penubuhan jawatankuasa yang hendak kaji dan siasat ini sudah berpuluh-puluh sudah dalam negara kita. Apabila berlaku kaji dan siasat kemudian berlaku lagi. Itu saya hendak bangkitkan. Perkara yang seterusnya saya hendak tanya, memang Keretapi Tanah Melayu (KTMB) mempunyai banyak tanah. Tanah-tanah kepunyaan KTMB saya tidak tahu berapa banyak, saya pun tidak bercadang hendak tahu di keseluruhan Malaysia. Cuma di kawasan saya di Pasir Mas, banyak tanah kereta api yang tidak digunakan. Jadi saya hendak tanya apakah perancangan kalau boleh dibangunkan. Apakah KTMB mempunyai anak syarikat dalam bidang pembangunan harta tanah supaya tanah- tanah yang ada itu dapat dinaikkan dari segi komersialnya dan mungkin keuntungan kalau diurus dengan baik, dengan telus serta tidak ada penyelewengan, tidak ada rasuah tentulah ianya memberi keuntungan dan boleh menambah pendapatan kepada KTMB, Ini kerana dalam kawasan Pasir Mas juga, Stesen Keretapi Pasir Mas juga walaupun stesen sudah dinaik taraf tetapi ianya agak cukup sederhana sekali. Ia tidak memberi apa-apa impak manakala kalau di Kelantan di sinilah stesen yang paling besar yang menjadi tumpuan orang ramai. Kalau ke Tumpat, saya rasa sudah, saya pun tidak tahulah apa hendak jadi hidup segan mati tidak mahu, sudah jadi padang jarak padang tekukur. Ia sudah tidak viable lagi stesen kereta api kat Tumpat itu. Ahli Parlimen Tumpat pun tidak ada di sini. Jadi, saya cadangkan kalau boleh, stesen itu hentikan ke Pasir Mas sahaja. Besarkan stesen di Pasir Mas sebagai perhentian terakhir dan laluan rel kereta api dari Pasir Mas ke Tumpat, itu boleh buat jalan raya. Lebih baik, lebih menguntungkan daripada segi pembangunan ekonomi. Ini saya hendak kaitkan dengan Pengangkutan Laut Semenanjung - 020000 dikecuali kalau Kerajaan Pusat bermurah hati untuk membina pelabuhan di Kelantan. Kita ada beberapa buah pantai. Kelantan duduknya daripada segi strateginya begitu dekat dengan negara-negara ASEAN yang lain; Vietnam, Cambodia, Thailand. Dekat tetapi kita tidak ada pelabuhan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dahulu ada cadangan hendak buat di pantai Sabah tetapi sampai hari ini tidak menjadi kenyataan. Di Pantai Tujuh satu tempat yang cukup baik dari segi strategik untuk membina pelabuhan. Kajian kemungkinan telah dibuat cuma tinggal lagi mungkin kosnya begitu tinggi mungkin tidak upaya pihak swasta hendak mulakan. Jadi kalaulah di Pantai Tujuh dibina pelabuhan, sudah tentu stesen kereta api di Tumpat akan menjadi penting. Ia menjadi laluan pengangkutan darat daripada pelabuhan di Pantai Tujuh. Ya, Yang Berhormat Sri Gading. Ya, Yang Berhormat Sri Gading ada pelabuhan atau tidak? Tidak ada? Sila.

Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya diberitahu kita ada pelabuhan dan pelabuhan kita tidak kurang hebatnya dengan pelabuhan negara-negara yang lain. Di Labuan, Penang, dan Kuantan umpamanya. Akan tetapi yang jadi masalah, pertanyaan, apakah negara kita boleh selamat kalau berlaku malapetaka dan keadaan dunia yang tidak aman, pengangkutan laut tidak dikawal atau pun tidak dikuasai sepenuhnya oleh orang rakyat Malaysia. Berapa kapal kita ada untuk mengangkut barang-barang makanan daripada luar negara umpamanya? Kemudian, kapal-kapal ini pula, kapten kapal amat terhad.

Apa yang dikaptenkan oleh rakyat Malaysia, apakah Kementerian Pengangkutan melihat perkara-perkara ini sesuatu yang mungkin berlaku kepada negara kita kerana kekurangan kapten kapal-kapal kegunaan kita menjadi kenderaan yang terpenting, menghantar barang keluar dan menghantar barang masuk, ya. Jadi apakah Kementerian Pengangkutan ada rekod-rekod yang tertentu dan kalau negara kita diancam oleh berbagai- bagai perkara...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun] Okey.

...Apakah kita bersedia seperti negara-negara lain yang mempunyai kapal sendiri, kapten sendiri, pekerja sendiri dan kelasi sendiri? Jadi itu pertanyaan saya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, masukkan pertanyaan itu dalam ucapan saya dan minta kementerian menjawab. Jadi saya tidak boleh menjawab Yang Berhormat sebab saya bukan Yang Berhormat Menteri... [Ketawa] Jadi, saya balik kepada perkara yang saya bangkitkan tadi mengenai dengan hal yang berkaitan dengan kawasan saya dan juga masalah pelabuhan yang saya bangkitkan tadi. Saya boleh hurai satu persatu panjang lebar tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya ringkas-ringkas. Begitu juga mengenai dengan pengangkutan struktur di kawasan Pantai Timurlah. Di kawasan mungkin daripada Kuala Lipis sampai ke Tumpat kita lihat rel-rel kereta api itu masih lagi rel yang lama dan sering juga berlaku kemalangan. Jadi saya mintalah supaya Kementerian Pengangkutan berilah perhatian masalah pengangkutan ke negeri Kelantan ini. Kita lihat labor tracking buat antara Selatan dengan Utara. Dahulu lebuh raya pun Utara- Selatan. Ke Kelantan, Pantai Timur Yang Berhormat Sri Gading hendak pergi ke Kelantan ikut Raub, Bentong, Gua Musang ke Kota Bharu okey, Kota Bharu ke Kuala Krai. Jadi, nampak sangat Kelantan itu ditinggalkan begitu sahaja. Saya hendak ingatkan negeri Kelantan ini penduduknya 95 peratus orang Melayu yang suka berdagang dan masalah paling besar ialah masalah pengangkutan. Jadi kalau hendak ditingkatkan rel kereta api termasuklah Butiran 020000 dan Butiran 050000 iaitu Pengangkutan Udara dan Pembinaan Naik Taraf Lapangan Terbang pun sama juga. Dahulu saya pernah cadangan supaya Lapangan Terbang Kota Bharu dinaikkan taraf sebagai lapangan terbang mini antarabangsa. Kalau pun tidak diizinkan airlines daripada seluruh dunia turun di Kota Bharu, sekurang-kurangnya airlines daripada negara- negara ASEAN dan dekat dengan Vietnam, Kemboja saya katakan tadi juga dekat dengan Thailand dan Hong Kong tentulah Kelantan juga boleh membangun. Ia akan menjadi hab perniagaan yang hebat bukan sahaja dari segi perniagaan juga dari segi pelancongan dan seumpamanya. Alam semula jadi pun cantik saya selalu sebut. Rakyatnya rajin dan bahan- bahan materialnya pun banyak di Kelantan. Tenaga buruh pun murah dan anak-anak Kelantan pun ramai yang sudah berkelulusan tinggi-tinggi dan yang duduk pegang jawatan tinggi. Orang yang pegang jawatan di Kuala Lumpur dan Kerajaan Pusat pun anak Kelantan. Bolehlah balik ke Kelantan tetapi masalah pokok ialah masalah pengangkutan udara, darat dan laut. Pelabuhan tidak ada, rel kereta apinya seperti orang kena kencing manis. Ia seperti orang kena sakit kanser kalau diibaratkan analogi yang paling mudah. Begitulah saya sebutkan tadi pelabuhan. Jadi ini semua dirangkumkanlah. Apa yang saya harap dapat diberi perhatian lebih-lebih lagi dalam kawasan saya di Pair Mas memang cukup berpotensi kalau dibangunkan seperti tidaklah sebesar Kuala Lumpur Sentral tetapi dinaikkan tiga atau empat tingkat stesen kereta api ada hotel, ada tempat food court, dan selepas itu tanah- tanah di sekitar dibangunkan, ini tentu boleh memberi keuntungan dan kebaikan pada masa depan untuk kepentingan rakyat kawasan saya di Kelantan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi Tuan Pengerusi, satu lagi saya hendak sebut pengangkutan awam bandar. Ini sekarang ini memang monorel dan LRT sudah menjadi kegemaran penduduk negara kita terutamanya yang tinggal dalam bandar dan banyak yang mengguna monorel dengan LRT. Cuma tinggal lagi masalahnya tempat stesen-stesen LRT dan monorel ini ia tidak ada tempat parking kereta. Ia tidak cukup parking kereta Tuan Pengerusi. Ini yang paling besar. Maka dengan itu akhirnya mereka bawa juga kereta ke pejabat. Ia berbeza dengan Eropah, ia lain. Eropah dengan suasananya sejuk, jalannya lebar dan kalau kita lihat di kota raya di London dan Jerman boleh lagi mereka jalan kaki dua atau tiga kilometer pun. Mereka hendak turun ke bawah tanah naik tiub, naik kereta api. Di sini tidak boleh! Jalannya berbeza dan stesen kereta api pun tinggi. Ia berbeza dengan Eropah. Maka perlu kepada tempat parking di LRT Tuan Pengerusi. Jadi tidak bolehkah pihak Kementerian Pengangkutan mengenal pasti kawasan-kawasan yang boleh digunakan parking kereta walaupun jauh dengan stesen-stesen berkenaan tetapi keluar balik lesen bas mini. Bas mini yang cantik untuk mengangkut penumpang daripada tempat parking kereta terus ke stesen LRT ataupun monorel. Ini saya kira boleh membantu dan kakitangan awam pasti akan menggunakan kemudahan ini sebab kita lihat kalau di Eropah, presiden bank, CEO bank, syarikat besar-besar mereka bawa beg kecil, naik kereta api dan sambil dalam kereta api mereka membaca buku. Kita di Malaysia ini lain. Sebuah kereta seorang, kereta pula besar-besar, penumpang pun tidak ada sangat tetapi pagi-pagi meluru keluar menyebabkan traffic jam. Manakala LRT dan monorel pun kita lihat sudah penuh. Saya percaya kalau dikaji semula dan diberi perhatian mengenai cadangan saya tadi insya-Allah mudah-mudahan saya harap ia dapat membantu. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya balik semula kepada pengangkutan udara ini. Lapangan terbang LCCT AirAsia ini. Ada dua perkara, satu saya tidak tahulah bila lapangan terbang baru siap hendak pindah. Akan tetapi tolonglah beritahu. Di AirAsia LCCT ini walaupun murah tetapi sudah macam-macam sekarang ini. kalau mahu check in pun perlu bayar RM10. Kutip sana, kutip sini. Kemudian, cuba kita perasan atau tidak Tuan Pengerusi, kapal terbang turun penumpang hendak keluar sampai kepada pintu depan dua kilometer, tiga kilometer berjalan, hendak patah pinggang. Cuba lihat orang tua bagaimana yang bawa beg lepas itu laluan pula yang turun dan hendak naik berselisih tidak tahu yang mana satu. Dari segi keselamatan cukup bahaya. Di KLIA selalu kita dengar ada tangkapan bawa syabu dan macam-macam daripada penumpang-penumpang antarabangsa. Di AirAsia tidak ada seperti okey sahaja tetapi AirAsia juga sudah terbang di peringkat antarabangsa. Akan tetapi kalau lihat dari segi kesibukan itu amat sukar bagi pihak kastam atau pun pihak keselamatan untuk menjejak kalau ada pihak-pihak yang membawa syabukah, dadahkah di Lapangan Terbang LCCT dengan begitu crowded. Akan tetapi yang paling teruk sekali ialah tidak bolehkah AirAsia tolong nasihat provide baslah. Penumpang turun daripada kapal terbang bawa dengan bas bawa sampai ke terminal. Ini berjalan kaki sampai dua, tiga kilometer. Murah-murahlah!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi saya harap dapat diberi perhatian dan itu sahaja Tuan Pengerusi dan minta Timbalan Menteri tolong bagi perhatian hal yang saya sebut Pasir Mas tadi itu, dua tiga perkara mesti diberi perhatian. Kalau tidak jawab betul- betul, saya pun tidak mahu tunggu hendak dengar jawapan macam JKR tadi, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya, apabila kita menyentuh mengenai program pengangkutan udara ini, kalau kita melihat objektifnya Tuan Pengerusi, untuk memastikan negara memiliki sistem penerbangan awam yang moden, cekap, selamat dan progresif serta membantu memupuk dan meningkatkan perkembangan industri penerbangan awam di negara ini dan berupaya menjadi hub serantau. Saya hendak menyentuh beberapa perkara pertama sekali di bawah dasar Butiran 100200 dan kalau kita lihat dari segi apa yang telah berlaku dalam beberapa bulan ini di mana terdapat adanya swapping of shares dengan izin di antara AirAsia dengan MAS, saya tidak berapa kisah mengenai swapping of shares itu kerana saya tidak berminat dalam share tersebut Tuan Pengerusi. Akan tetapi apa yang menjadi masalah di sini ialah ramai orang yang telah merasakan ini menjadi beban kepada mereka kerana kalau ia dijadikan satu dasar untuk memperbaiki keadaan ekonomi, itu tidak mengapa. Akan tetapi, kita tidak mahu lihat ialah ia menjejaskan dari segi jadual penerbangan. Orang yang dulunya mampu kini jadi tidak mampu untuk terbang kerana saya hendak ulang di sini apa yang AirAsia selalu nyatakan “Everyone Can Fly” saya rasa masa ini “Not Everyone Can Fly” lagi, dengan izin. Jadi saya mengharapkan. Saya tidak tahu kalau kementerian mempunyai kuasa ke atas syarikat-syarikat yang terlibat ini. Saya rasa adalah menjadi satu keperluan untuk kementerian mengambil tempat yang to take the initiative, dengan izin, untuk berbincang dengan AirAsia bagi membolehkan mereka untuk mendengar masalah rakyat. Selain daripada itu juga kalau di Sarawak, saya bercakap bagi pihak rakyat negeri Sarawak. Ramai yang mengadu berkenaan perubahan jadual dan juga dari segi ketidakbolehan MASwings untuk terbang ke satu-satu tempat dan ada juga jadualnya tidak selaras seperti mana yang dahulu. Dahulu ianya disusun atur di mana ia membolehkan mereka yang tidak, kalau mereka miss jadual penerbangan MAS, mereka boleh mengikuti penerbangan dari AirAsia. Ini sudah tidak teratur lagi dari segi jadualnya dan nampaknya ia tidak mementingkan keperluan rakyat memerlukan kerana saya dimaklumkan dahulu di mana apabila AirAsia wujud, AirAsia membantu dari segi menjadi complementing kepada MAS. Jadi ini yang kita hendak lihat sama ada kementerian boleh memainkan peranan di mana ia mempunyai kuasa...

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading, ya.

Boleh Yang Berhormat Batang Sadong? Yang Berhormat Batang Sadong boleh? MAS-AirAsia, AirAsia-MAS, dah banyak diperkatakan Yang Berhormat Batang Sadong. AirAsia ini dah jelas menipu, menindas rakyat. Macam Yang Berhormat Pasir Mas katakan tadi, kapal terbangnya dua tiga kilometer turunkan orang. Ia bukan fikir tentang penumpang, maknanya ia tidak fikir tentang rakyat, yang dia fikirkan ialah keuntungan, keuntungan, keuntungan. Selama ini AirAsia menipu rakyat Malaysia. Hari ini dia cuba pula dengan penggabungan ini menipu MAS... [Ketawa] Ini apa? Sebenarnya apakah seluruh rakyat Malaysia diperbodohkan oleh siapa ini? Siapa nama dia, siapa nama dia?...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Fernandes.

Hebat sangat kah orang ini? Dahsyat. Saya berdiri di atas nama rakyat Malaysia, berdiri di atas nama rakyat Malaysia, saya tidak akan berkompromi. Yang penting kita Ahli Parlimen, wakil rakyat mementingkan rakyat. Kalau manusia seperti ini boleh menguasai kita, Astaghafirullahalazim, saya minta sikit komen. Komentar daripada Yang Berhormat Batang Sadong, orang Sarawak yang menggunakan kapal terbang hendak pergi ke mana-mana dari Sabah ke Sarawak, Sarawak ke Semenanjung. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, memang saya hendak menyentuh mengenai itu juga, terima kasih. Saya harap apa yang dinyatakan boleh dimasukkan sekali dalam ucapan saya. Sebenarnya saya hendak menyentuh mengenai pengangkutan di negeri Sarawak ini. Saya percaya Yang Berhormat Tuan Pengerusi pun sama kerana Sabah Sarawak, kita mempunyai persamaan untuk kita pergi ke mana-mana, kita memerlukan kapal terbang. Kita tidak dapat hendak katakan kita takut hendak naik kapal terbang, itu menjadi satu risiko yang tinggi apa hendak berlakulah, berlakulah. Akan tetapi itulah bagi membolehkan kita memajukan diri dan itu sahaja pengangkutan yang ada dan begitu juga negeri kita untuk mendapatkan hasil, menjanakan hasil untuk negeri. Dari segi pelancongan, pengangkutan juga bergantung kepada pengangkutan udara. Ini yang kita rasa amat terharu di sini apabila berlakunya keadaan seperti ini, seolah-olah seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, orang ini begitu tidak memikir mengenai rakyat. Kehebatan seseorang itu. Memang dia hebat, kita tidak menyentuh keperibadian seseorang itu tetapi kehebatan itu akan menjadi lebih hebat lagi kalau orang itu mempunyai pemikiran yang lebih berkeprihatinan terhadap masyarakat dan penduduk. Bukan hanya untuk meraih keuntungan, saya hendak pergi ke...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan, sedikit mengenai penggabungan, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersama rakan-rakan merasakan bahawa tindakan penggabungan ini tidak wajar. Saya cuma ingin bertanya pada pandangan dan komentar Yang Berhormat Batang Sadong berhubung perkara ini kerana kita lihat penggabungan ini kalau kita hendak buat perbandingan dengan Emirates yang lebih baru daripada kita, daripada MAS ia tidak pernah menukar polisi ia daripada dahulu yang tidak menuju kepada tambang murah, ia ada kelas tersendiri. Dengan kelas tersendiri itu ia telah membina empayar penerbangan di antara yang terbesar di dunia. Malah dia ada 777, 80 unit lebih yang terbaru A380, 1/1/2012 akan mendarat di Kuala Lumpur kali pertama A380. Itu merupakan perkembangan syarikat dan beroperasi dalam keadaan untung. Sekarang ini suku tahun kedua, USD1.4 bilion, juta. Kenapa syarikat penerbangan kita ini berlaku keadaan seperti ini, sedangkan masa Tan Sri Aziz, orang Kelantan yang tidak belajar di luar negara, tidak ada pendidikan luar negara, di dalam negara. Bagaimana dia telah meninggalkan wang RM2 bilion di dalam tabung MAS ketika itu sebelum ada proses- proses penukaran yang diambil oleh Teknologi Resources dan sebagainya ketika itu. Jadi saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Batang Sadong, komentar Yang Berhormat Batang Sadong berhubung perkara ini supaya MAS harus ada kelas tersendiri atas nama syarikat kemegahan negara, pandangan dan komentar Yang Berhormat Batang Sadong dituntut dalam perkara ini.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih, sebenarnya itu adalah satu pandangan yang begitu baik sekali dan bagi saya, kalau boleh saya pun hendak bersetuju dan terus dimasukkan di dalam ucapan saya. Kalau tidak saya ulang lagi, banyak masa yang terbuang. Akan tetapi, terima kasih Yang Berhormat Arau di atas saranan tersebut. Kalau boleh saya hendak sambung dari situ, kalau boleh dari segi..., sebab AirAsia itu ialah syarikat penerbangan lokal, bukan dari luar negara seperti Emirates tadi tetapi local. Apa salahnya kalau AirAsia juga menerima penggunaan Enrich card yang digunakan oleh MAS dibenarkan mereka yang mempunyai Enrich card untuk digunakan di AirAsia, syarikat penerbangan bagi AirAsia. Itu salah satu juga saranan kalau boleh dibawa kepada peringkat kementerian untuk dibincangkan dengan AirAsia.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Seterusnya saya hendak menyentuh mengenai 13000 - Pembinaan dan Menaik Taraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Di sini dari segi aerobridge di LCCT tidak ada. Di MAS, di Lapangan Terbang Kuching pun tidak diguna. Di LCCT KL tidak ada aerobridge. Tadi saya dengar Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh mengenai penggunaan bas. Itu satu cadangan yang baik juga. Kalau tidak ada aerobrige pun, kita mempunyai perikemanusiaanlah. Jauh sangat perjalanan itu dari satu tempat ke satu tempat.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi, ia menjadi satu halangan namun rakyat kita tidak ada pilihan lain bagi mereka terpaksa menggunakan apa yang ada. Apa yang ada di negara kita jadi apa yang disediakan terpaksa digunakan. Namun kita sebagai pembuat undang-undang di sini saya rasa saya ingin menyarankan kalau boleh pihak kementerian tegaskanlah kepada pihak AirAsia supaya mereka mempunyai perasaan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Berdiri]

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Dahulu ketika tabling of budget, dengan izin, masa dasar dahulu, saya menyentuh mengenai orang tua, orang mengandung. Tidak semuanya dapat menggunakan wheelchair. Ada yang dibiarkan berjalan sahaja. Sebelum itu Yang Berhormat saya hendak teruskan di sini ya. Mengenai aerobridge di Sarawak ada di lapangan terbang. Apa yang menghalang AirAsia untuk menggunakan aerobridge di Lapangan Terbang Kuching? Kalau kita pergi ke luar negara, kita pergi ke Indonesia atau pergi ke mana-mana atau Singapore menggunakan AirAsia, kita berhenti menggunakan aerobridgenya. Jadi kenapa tidak boleh disediakan yang ataupun mereka gunakan yang sedia ada di sini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dekat Airport Bangkok, AirAsia pun pakai aerobridge.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Itulah di luar negara boleh kenapa di dalam negara sendiri...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Luar negara mereka buat.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Itulah saya katakan kita dianaktirikan di negara sendiri. Jadi, saya mengharapkan kementerian menjadi lebih tegas dalam perkara ini. Jadi, sebelum saya ke satu lagi saya benarkan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya tertariklah dengan apa yang disebutkan mengenai dengan aerobridge ini dan saya amat hairan. Saya tahu bahawa kadang-kadang AirAsia ada meminta menggunakan aerobridge itu di Sarawak dan Sabah semasa hujan. Bila tidak hujan mereka akan cancel. Last minute cancel. Bukankah ini yang MAB kita jadinya hamba kepada AirAsia? Kenapakah MAB? Kementerian Pengangkutan ini takut kah? No,no, saya orang Kelantan minta maaf, saya kadang-kadang slang, minta maaf. Ambo ini oghe Kelate. So, kenapakah Kementerian Pengangkutan ini amat takut kepada AirAsia? Sudah bina LCCT itu pun perlu melutut kepada AirAsia sama ada kita perlu aerobridge atau tidak? Sedangkan di seluruh dunia, airport-airport, lapangan terbang yang terbaru semua mesti menggunakan aerobridge ya. Akan tetapi di sini kita perlu minta izin dahulu daripada AirAsia. Apa dia takut? Apa dia? Dia jadi Kementerian Pengangkutan barukah? Jangan! Sebab AirAsia pergi ke Chiang Mai, pergi ke Singapura, pergi ke Phuket, pergi ke mana, kenapa mereka perlu gunakan, boleh gunakan aerobridge. Kenapa dalam negara kita tidak boleh sedangkan kita ada penumpang, rakyat-rakyat, orang warga tua, cacat dan sebagainya perlu gunakan aerobridge...

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dari segi keselamatan juga. Terima kasih. Ya.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih. Saya amat bersetuju. Saya ingin sarankan satu lagi. Saya ingin sarankan kalaulah AirAsia tidak mampu hendak buat, ini satu cabaran kepada AirAsia. Kalau tidak mampu hendak buat atau MAB tidak mampu buat, cari jalan lain. Kalau AirAsia tidak mahu bayar kepada MAB kah atau mana- mana pun, cari. Sekarang kita ada PEMANDU, NKRA.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tolong fikirkan ini untuk menyarankan kepada pihak kementerian. satu lagi yang terakhir sekali Tuan Pengerusi, mengenai Pembinaan dan Naik Taraf Infrastruktur Lapangan Terbang juga di bawah 13000. Di Airport Kuching Tuan Pengerusi, sebab itulah saya selalu minta bagi saya seat yang depan sekali supaya kalau hendak landing itu, dapatlah saya letak kaki saya di depan. Saya takut, seolah-olah setiap kali bila hendak landing dahlah rasa hendak terhempas, jalan itu tidak rata. Biarlah, tolonglah kementerian, tolong lihat perkara ini supaya kita betul-betul mencapai program pengangkutan ini dari segi objektifnya. Itu sahaja saranan saya Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi...

Kelate kah?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kelate juga itu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kute betullah. Apa salahnya?

Orang Kelantan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, tadi ada disebutkan mengenai pengangkutan udara. Saya pun sama-samalah merasa ini perkara yang penting. Perkara yang penting dan kita di dalam PAC pun Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen ini, kita akan menyiasat. Kita akan menyiasat dari segi MAS, dari segi AirAsia, dari segi kementerian. Apakah yang sebenarnya berlaku? Kerana kita nampak Yang Berhormat Sri Gading pun sebelum dia tahu apa yang berlaku, dia menguar-uarkan, melaung-laungkan seolah-olah dunia pun tidak boleh dengar dia. Dia tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Dia biasa sudah. Itu masalah itu. Yang Berhormat Padang Besar pun sekarang sering kali pergi ke Johor. Kalau macam itu bagilah nasihat kepada Yang Berhormat Sri Gading, janganlah kita bangkitkan perkara-perkara yang tidak faham latar belakang. Kita tidak faham dengan sebenarnya apa sahaja berlaku. Ini memang saya hari ini ya saya pun berharap sama ada kita cantum, gabungkan penerbangan kita, MAS, AirAsia, Firefly, atau apa fly pun, adakah ini menguntungkan rakyat Malaysia. Yang Penting. Adakah syarikat itu dimiliki oleh orang asing seperti ada disebutkan di mana itu?...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan pengangkutan. Itu syarikatlah itu, syarikat penerbanganlah itu.

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan AirAsia. AirAsia milik Malaysia. Hak milik orang lain itu. Emirates itu dimiliki oleh orang asing, bukan orang Emirates. Orang asing itu Yang Berhormat Sri Gading.

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau pun tidak tahu juga. Emirates Airways dimiliki oleh orang asing tetapi AirAsia dan MAS milik Malaysia. Itu perbezaannya. Kalau kita hendak pertikai pun kita pertikai apa sebenarnya berlaku. Sama ada yang dilakukan itu telus, accountable, itu betul. Jadi, saya dengar banyaklah. Tuan Pengerusi, kita berharaplah PAC akan menyiasat apa sebenarnya berlaku dan kita akan bentangkan laporan itu di dalam Dewan yang mulia ini. Waktu itu saya berharaplah Yang Berhormat Sri Gading jangan senyap-senyap sahaja, tidak baca pun.

Apa yang merepek ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Merepek pula.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu melanggar peraturan. Tuan Pengerusi, di sinilah saya hendak bangkitkan lagi satu masalah mengenai penerbangan. Sistem bagasi kita. Kita ada terima taklimat daripada pihak kementerian dan kita dapati bukan sistem itu tidak digunakan, memang digunakan separuhnya tetapi masih tidak mencukupi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Mungkin digunakan sistem bagasi yang baru yang perbelanjaannya lebih daripada lebih RM200 juta ini memang digunakan tetapi tidak sampai 25 peratus. Ini memang mesti dipertingkatkan penggunaannya kerana kita belanja dengan banyak dan saya berharap pihak yang berkenaan dapat dengan cepat menyelesaikan masalah di antara mereka supaya sistem ini dapat digunakan dengan baik. Akan tetapi ada masalah. Masalah ini misalnya di Stesen KL Sentral. Saya nampak ada sistem bagasi tetapi terletak di situ tanpa digunakan, berapa tahun saya tidak tahu. Mungkin lebih daripada lima tahun. Kita bina dan belanjakan berjuta ringgit tetapi diletakkan di situ dan tidak digunakan langsung. Ini tidak boleh diterima. Yang Berhormat Arau, pergi tengok di Stesen KL Sentral sekarang. Ada satu bahagian di mana satu sistem bagasi dibiarkan begitu sahaja...

Membazir.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang membazir. Satu lagi kita mesti sama- sama dengan Yang Berhormat Arau pergi tengok apa yang dibazirkan dan apa yang tidak. Kalau kita bina sesuatu projek, letakkan di situ sahaja dan tidak digunakan, itu satu pembaziran Yang Berhormat Arau. Satu pembaziran. Ini memang mengenai pengangkutan udara. Selepas itu Tuan Pengerusi, melalui Butiran 060000 – Pengangkutan Darat yang meminta perbelanjaan lebih daripada RM382 juta untuk kemudahan pengangkutan darat yang cekap, ekonomi, selamat selaras dengan pembangunan sosioekonomi kita. Itu memang baik, satu hasrat yang perlu kita capai tetapi yang didapati sekarang, memang dengan swap sekarang. Suruhanjaya swap. Dia hendak adakan mass transit. Mass and rapid transit. Itu memang satu projek kita perlu laksanakan. Akan tetapi apabila kita hendak laksanakan projek MRT ini, kita mesti mengambil kira semua keadaan termasuk bangunan- bangunan warisan. Kalau wujudnya bangunan-bangunan warisan, jadi kita pergi ke bawah tanah kerana di Singapura, Hong Kong dan di bandar raya-bandar raya lain pun, bila dia menghadapi masalah seumpama ini, terowong diadakan untuk mengatasi masalah struktur- struktur yang ada kena mengena dengan warisan kita. Walaupun di Sri Gading kita tidak nampak banyak warisan tetapi di Kuala Lumpur, kita ada. Kita mesti mempertimbangkan hal ini dan juga apabila kita melaksanakan semua ini, memang saya berharap projek MRT ini dapat adakan satu tender. Biasanya ia gunakan syarikat-syarikat koperasi, konsortium untuk buat siasatan dan sebagainya. Apabila ia kemukakan kertas kerja selepas itu ia dilantik. Ini biasanya yang dibuat oleh pihak kerajaan tetapi di sini saya berharaplah projek-projek MRT ini dapat kita wujudkan tender terbuka supaya syarikat yang benar-benar berupaya diberikan projek. Ini memang dibahagikan kepada pelbagai projek untuk menjayakan projek MRT kita. Oleh sebab itu saya berharap projek-projek ini kita adakan tender terbuka supaya kita boleh pilih syarikat-syarikat yang berupaya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang tepatlah. Waktu-waktu begini memang saya punya waktu... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya juga ingin berbicara berhubung dalam Kementerian Pengangkutan ini. Butiran 070000 - Keretapi, Butiran 080000 - Keselamatan Jalan Raya dan Butiran 050000 - Pengangkutan Udara. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab kita dimaklumkan bahawa Lapangan Terbang Kota Kinabalu ini akan complete siap pada hujung tahun ini tetapi saya tidak nampak ianya dapat dilaksanakan. Jadi apakah masalah yang dihadapi oleh kementerian dan kerajaan untuk menyiapkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu ini dan juga seluruh prasarananya sebab ini amat memberi kesan yg tidak baik kepada pengguna-pengguna yang menggunakan laluan Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Keduanya, saya juga ingin menyampaikan pesanan orang kawasan saya iaitu di Tumanggung, Litang ini satu ketika dahulu ada lapangan terbang kecil tetapi telah ditutup oleh kementerian dan mendatangkan kesukaran. Ini sebab apabila ada emergency, sakit, kemalangan dan sebagainya, maka sukar untuk mengangkat ataupun membawa mereka. Jadi kalau boleh minta saya mahu minta kementerian mengkaji semula keputusan yg dibuat dahulu membuka semula lapangan terbang kecil di Tumanggung, Litang ini. Sebab ianya boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman. Jangan kita aniaya mereka rakyat Malaysia yang duduk di kawasan ini. Saya mahu mintalah kementerian. Ketiganya, saya ingin bertanya apa jawapan daripada kementerian berhubung dengan cadangan kita iaitu kementerian memanggil pengurusan AirAsia berhubung dengan excess luggage charging yang melebihi had yang saya rasa terlalu berat. MAS baru kenakan domestik RM7 kalau excess luggage. Dia satu beg tetap hendak bayar RM45, melebihi 1 kilo dia caj RM30. Kalau ini peniagaan Yang Berhormat, kasi saya pun saya akan menjadi kaya seperti Tony. Tidak perlu fikir panjang. Ambil duit hisap darah orang. Saya hairan kenapa pihak kementerian ini, saya setuju dengan Yang Berhormat Wangsa Maju. Apa takut sangat dengan AirAsia ini, dengan Tony Fernandes ini. Apa kita bimbang, apa dia hendak kita bagi. Dia overcharge luggage, hisap darah orang kampung, kita bagi. Kita bagi. Semua kita bagi. Seorang pemain gitar, street guitar Revolvers, kita hendak takutkah? Dulu dia hendak bertanding Formula One, kereta laju. Sekarang tidak tahu. Dia beli pula QPR, syok-syok dia tengok bola tetapi kena belasah 6-1. Jadi cubalah kementerian guna akal, kebijaksanaan. Walaupun siapa di belakang dia, kalau merugikan negara dan rakyat, buat apa kita bagi? Saya tidak akan berhenti bercakap soal AirAsia ini selagi kerajaan, selagi Tony Fernandez menjadi perompak dalam negara ini... [Tepuk] Collaboration baru-baru ini dengan MAS. Saya bimbang sebab saya dengar dia ada perancangan masa depan untuk mengambil alih penerbangan domestik dikuasai oleh AirAsia dan MAS hanya akan melakukan penerbangan antarabangsa. Kalau ini lagi kita bagi, runtuhlah negara kita. Boleh ambil ucapan saya hari ini kalau ada lagi pegawai- pegawai di kementerian bersetuju untuk memberi kebenaran kepada AirAsia mengendalikan operasi dalam negeri dan MAS cuma di luar negara, kita akan kiamat. Kita akan runtuh Yang Berhormat. Ya. Jangan! Jangan sekali-kali bertolak ansur. Jangan gadai maruah kita. Banyak perkara boleh gadai tetapi maruah jangan gadai! Ini tidak boleh. Saya akan terus menentang sebab saya tidak nampak.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu penjelasan. Kalau pegawai-pegawainya ada di sini saya mahu penjelasan. Sudah panggilkah pihak AirAsia untuk tanya apa rasional dia kenakan harga yang tinggi, caj penerbangan lebih ini. Saya mahu tahu kalau tidak ada jawapan saya tidak akan berpuas hati dan saya boleh cakap, saya boleh tuduh pihak kementerian ataupun pegawai-pegawai kerajaan bekerjasama dan juga ada kepentingan dengan perhubungan dalam AirAsia. Saya menunggu jawapan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya saya hendak minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan tentang pengubahan saham di antara MAS dengan AirAsia ini sebenarnya bukan di antara MAS dengan AirAsia. Sebenarnya di antara MAS dengan Tony Fernandez dan juga Kamaruddin Maranum yang dapat 20 peratus dalam saham MAS. Jadi saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Kinabatangan, apakah sebenarnya jaminan yang Tony Fernandez dan juga Kamaruddin Maranum seorang ahli perniagaan yang pentingkan wang, kita hendak tanya sama ada dia ada kepentingan sebagai seorang rakyat Malaysia. Apakah jaminan kedua-dua mereka ini yang mereka tidak akan menjualkan saham MAS kepada orang lain ataupun kepada luar negara kerana mereka lebih mementingkan kekayaan dan keuntungan. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya pun tahu sebab yang buat kolaborasi ini antara MAS dengan Tune. Fernandez ini dia suka tune, semua dia tune. Dia tune orang punya minda, dia tune senario sebagainya. Jadi, yang jadi bodoh saya hairan kenapa Khazanah Nasional boleh jadi bodoh. Tan Sri Azman boleh jadi bodoh, diperbodohkan ditune oleh Tony Fernandez... [Dewan riuh] Memang tiada jaminan sebab Tony Fernandez ini, dia sudah berhutang di Singapore, dia sudah berhutang di Thailand. Semua di Hong Kong dia hutang berbilion- bilion. Apabila hutang banyak maka dia tune lagi. Habis itu malam dia main gitar. Dia kata “Baru tahu Tan Sri Azman diperbodohkan”. Ini masalah, tapi mungkin mereka ini bukan bodoh, mereka mengaut keuntungan daripada kolaborasi ini. Mereka cekik, mereka rampas duit rakyat, duit negara ini. Tidak ada jaminan. Sebab itu kita mahu kerajaan ambil tindakan. Jangan biar. Apa-apa tindakan yang sesuai. Yang Berhormat kalau buat salah ambil tindakan juga. Kalau boleh, kalau buat salah pun masuk penjara juga. Itulah tindakan dia. Cuba Yang Berhormat menyeleweng, memang saya cadangkan Yang Berhormat sumbat di penjara juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Jangan campur tangan. Jangan bagi saya soalan bodoh, kalau jawapan saya jawapan bodoh juga.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Ya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan sedikit. Boleh?

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Sila, sila.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sama ada Yang Berhormat sedar ataupun tidak bahawa penukaran saham ini antara MAS dengan AirAsia ini adalah diuruskan oleh pegawai tertinggi dalam Khazanah iaitu Tan Sri Azman Mokhtar, Rashdan, Tan Sri Md Nor dan Datuk Azman Yahya. Puak- puak ini adalah kawan ataupun sahabat karib kepada Tan Sri Tony Fernandez ini, si Tony Fernandez ini. Selepas mereka menandatangani perjanjian penukaran saham ini pada 9 Ogos 2011 saya dapat sumber bahawa Tan Sri Fernandez, Tony ini, si Tony ini menyatakan apa “I really put MAS under my armpit”, dengan izin. Adalah saya telah meletakkan MAS di bawah ketiak saya. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya setuju Yang Berhormat. Sebab itu saya menyarankan dari dulu SPRM panggil mereka ini. Tan Sri Azman kah, Rashdan, Md Nor ini, panggil. Kalau mereka didapati menyeleweng sumbat dalam penjara. Ini ubat dia. Jangan bagi biar. Menyelewengkan harta. Akan tetapi pembangkang tidak pula setuju dengan apa yang saya cakap. Mereka suka... [Dewan riuh]. Cubalah sokong. Sokong kita kalau boleh, semua sokong. Ini untuk kepentingan rakyat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Mohon sokong. Boleh, boleh? Terima kasih. Ya, saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan, adakah Yang Berhormat merasa apa Yang Berhormat sebut tadi sebahagian daripada penelitian Yang Berhormat sebab ada satu syarikat penerbangan besar dalam dunia American Airlines juga mengalami masalah yang besar. Hampir kepada status bankruptcy pada satu masa apabila dia mencuba untuk melakukan penstrukturan semula dari segi pengurusan ekuiti mereka. Adakah Yang Berhormat merasakan exercise yang dilakukan dengan Air Asia dan MAS ini ada elemen yang akan menjurus kepada keadaan itu? Kalau begitu, saya rasa Yang Berhormat dalam keadaan yang betul untuk memberi peringatan yang tegas begini. Ada Yang Berhormat setuju bukan begitu?

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, saya setuju Yang Berhormat. Pendirian saya memang cukup jelas macam ini isu fidlot. Saya memang setuju ini bukan kerja UMNO. Ini kerja orang perseorangan dan pada saya orang ini harus bertanggungjawab, kalau saya di tempat ini saya akan letak jawatan. Menyusahkan. Dia punya kerja, semua susah. Saya punya pendirian tegas bukan macam Shah Alam, double standard. Mana tidak betul kira tidak betul. Walaupun dia menteri UMNO siapa dia, dia bersalah, siasat, penjara. Letak jawatan lebih baik daripada menjadi liabiliti kepada UMNO dan Barisan. Ini kita tegas, sebab kita mahu memerintah negara ini dengan adil. Tuan Pengerusi, saya meminta kementerian siasat betul-betul bagi jawapan dengan tepat. Kalau tidak setiap sidang saya akan bangkit isu yang sama sebab rakyat menderita oleh kerana Tony Fernandez. Saya juga Tuan Pengerusi berhubung dengan keselamatan jalan raya. Saya ambil kesempatan satu dua minit ini. Dulu saya cakap bagaimana rakyat Malaysia banyak mati di jalan raya tetapi Yang Berhormat pembangkang tuduh saya anti-woman, perosak wanita dan sebagainya... [Dewan riuh] Ya, berapa ramai nyawa dah mati. Sudah semua seronok. Berapa ramai nyawa mati? Ini Shah Alam bukan menyumpah tapi kalau Yang Berhormat Shah Alam ’meng.....’ mungkin mati di jalan raya juga.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

[Bangun].

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Jadi kita mahu kementerian, kita banyak kemalangan berlaku di sana sini. Dia bukan kira Yang Berhormat, dia bukan kira anak Menteri. Kalau hendak mati, mati sudah. Jadi kita mahu kerajaan, kementerian buat satu research ataupun kajian yang terperinci mana satu spot jalan raya yang selalu meragut nyawa. Kalau sudah didapati inilah spot yang meragut nyawa, kenapa tidak kita adakan sesuatu yang terbaik? Upgrade tiga lorongkah, sepuluh lorongkah ataupun jalan raya licinkah. Di kawasan saya pun banyak spot jalan raya macam ini. Di situlah orang mati berpuluh-puluh kali. Tidak juga ada apa- apa tindakan. Lampu tidak ada. Luruskanlah line bengkok. Pembangkang ini tidak boleh kita lurus, dia sudah mahu bengkok tapi jalan raya boleh.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Sebab ini perbuatan manusia. Kalau tidak kita luruskan dan lagi kementerian juga harus memberi penekanan kepada pemegang-pemegang lesen memandu ini. Mungkin dulu kita bila asal pandai memandu pasti lulus dalam ujian undang-undang sudah boleh memandu. Mungkin kita tambah dia kenalah menjadi pemandu yang ada kepakaran.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Pemandu yang ada akal, pemandu yang ada skill, lorong kanan dia tahu untuk laju dia tidak memandu di lorong kanan tetapi cuba Yang Berhormat tengok di Kuala Lumpur ini pun banyak memandu di lorong kanan itu saya kata kebanyakannya wanita. Akan tetapi saya kena marah. Ini sekarang sudah ramai mati. Apa kita mahu buat. Apakah kita perlu menangis. Ini sebab beri penekanan kepada pemandu-pemandu baru, lorong kanan lorong laju. Jangan sekali-kali masuk lorong kanan memandu perlahan-lahan menyebabkan kemalangan kepada orang lain ini. Yang terakhir sekali Tuan Pengerusi iaitu kereta api. Di Sabah baru-baru ini kereta api berlanggar dengan lori. Nasib tidak ada kemalangan yang besar cuma tidak ada nyawa melayang. Cuma kemalangan, cedera parah. Jadi saya nampak banyak peruntukan disalurkan tetapi di Sabah ini memang begitu yang saya nampak. Gate kereta api dia tidak ada penjaga. Mungkin tidak dibayar gajikah, apakah. Jadi apa usaha kementerian memastikan keselamatan orang lain yang melalui lintasan kereta api.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Jangan dibiarkan tidak ada pengawalnya, tidak ada penjaganya. Di situlah..., budak-budak digilis, di situlah lori dilanggar. Ini rasa saya merupakan perbuatan tangan kita yang terlampau jahat. Jadi saya meminta pihak kementerian panjangkan cadangan ini. Pastikan kemalangan yang sebegini tidak lagi berlaku. Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 20000 - Pengangkutan Peningkatan Infrastruktur Rel dan juga 070000 - Keretapi. Walaupun projek ini adalah di bawah Kementerian Kewangan ia masih di bawah pemantauan Kementerian Pengangkutan. Kita semua tahu bahawa satu projek besar LRT, laluan ataupun jajaran Ampang dan juga jajaran Kelana Jaya sedang dibina sekarang. Masalahnya adalah satu jajaran itu jajaran Kelana Jaya. Satu bahagian iaitu melalui satu kawasan yang dinamakan Putra Heights di antara stesen 11 dan stesen 12. Tuan Pengerusi, laluan ini memanglah dialu-alukan oleh penduduk Shah Alam dan penduduk di dalam kawasan Subang Jaya. Namun ada sedikit masalah kerana jajaran stesen terakhir di stesen 11 dan 12 ini melalui satu kawasan yang agak genting, tinggi dan juga melalui bekas kuari. Genting ini memisahkan kuari dengan perumahan sebelah- menyebelah maksudnya. Jadi bila penduduk membawa perkara ini kepada Prasarana dan mereka sebenarnya telah meminta pertolongan, khidmat seorang pensyarah ahli geologi daripada Universiti Kebangsaan yang tidak dibayar walaupun sesen untuk mendapatkan pendapat beliau tentang keselamatan jajaran di antara stesen 11 dan 12 ini. Maka Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, seorang penyelaras program bencana geologi, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) itu dia punya shortform dia itu, daripada UKM Bangi telah memberi khidmat beliau dengan percuma. Sebenarnya kita telah meminta laporan-laporan daripada Prasarana, kontraktornya Minconsult Sdn. Bhd. telah memberi beberapa laporan yang tidak terperinci kepada Dr. Tajul ini dan Dr. Tajul membuat kesimpulan begini ya bahawa aspek geologi dan geoteknikal yang terkandung dalam laporan EIA, laporan kaji bumi dan laporan penyiasatan struktur tanah yang disediakan oleh pihak pemaju ternyata tidak lengkap dan tidak boleh dikategorikan sebagai laporan kajian terperinci.

Oleh itu kebimbangan dan bantahan penduduk seperti yang disuarakan oleh Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Putra Heights dan Taman Alam Mega adalah berasas dan sewajarnya diberi pertimbangan. Sebenarnya kawasan ini adalah satu kawasan yang cerun iaitu cerun 3 dan 4. Jadi persoalannya bagaimanakah Jawatankuasa KSAS atau Kajian Sensitif Alam Sekitar ini sensitif boleh meluluskan satu pembinaan jajaran melalui tanah yang genting ini yang memisahkan antara kuari dan juga kawasan perumahan. Jadi kebimbangan kita adalah bahawa satu hari malang tidak berbau maka mungkin berlaku satu geo hazard. Dalam laporan yang disebut oleh Dr. Tajul ini, walaupun dilakukan satu kajian geo bencana, hazard categories, 23 kategori semuanya. Namun dan dinyatakan di sini faktor penyebabnya, potensi impaknya, langkah kawalan, kategori risikonya dan sebagainya tetapi malangnya laporan daripada pihak pemaju tidak langsung menyentuh atau mengambil kira tentang kajian geo bencana dan geo hazard seperti tanah runtuh, runtuhan batuan, ground collapse, kegagalan cerun dan banjir kilat sedangkan risiko geo bencana ini tetap wujud mungkin boleh dikategorikan sebagai berisiko tinggi hingga sangat tinggi terutamanya pada laluan di antara pada stesen 11 dan 12 kerana cerun-cerun ini cerun curam kelas tiga dan kelas empat. Dalam cerun ini kelas tiga dan kelas empat ini, bangunan tidak dibenarkan langsung, tetapi bagaimana kita boleh meluluskan satu binaan laluan LRT yang kita tahu bahawa hari ini mungkin selamat tetapi apabila setiap kali LRT lalu mungkin pada kadar 15 minit satu maka berlaku gegaran yang pada orang berkata pada malang tidak berbau edge ataupun tebing itu mungkin runtuh. Maka apabila runtuh maka air di dalam kuari itu akan melimpah masuk di belah taman perumahan sebelahnya yang memang sekarang terletak pada satu level atau satu tahap yang rendah daripada kuari itu sendiri. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri apa yang diminta oleh penduduk sebenarnya adalah supaya pihak Prasarana atau pihak Kementerian Pengangkutan melantik satu seorang atau sekumpulan geologies yang pakar dalam perkara ini. Ini kerana Minconsult adalah sebuah syarikat yang pakar membuat LRT tetapi dia tidak mungkin tidak pakar di dalam mengukur risiko dan untuk mengkaji impak bencana ini. Jadi alang-alang kita membuat satu projek yang begitu mahal yang berbilion-bilion maka rasa saya tidaklah begitu mahal untuk melantik seorang atau beberapa orang pakar geologies ini. Saya tidak faham kenapa Prasarana juga Kerajaan Negeri Selangor lah di sini tidak boleh menerima satu pendapat yang saya kira bebas kerana beliau tidak ada apa-apa kepentingan di situ. Beliau tidak tinggal di situ dan beliau tidak dibayar satu sen. He came on his own time. Dia datang menggunakan masanya sendiri dan belanja duit sendiri dan duit minyak pun tidak diberi tetapi malangnya pendapat beliau, laporan beliau tidak diambil berat. Saya cuma tidak mahu apa orang kata sesuatu bencana berlaku runtuhnya stadium di mana di Terengganu hari itu, dan MRR2 kita apabila kemudian hendak dibaik pulih kerajaan terpaksa membelanjakan jumlah yang lebih besar mungkin dan yang paling penting adalah nyawa manusia kerana bila hilang kita tidak akan dapat dan tidak dapat balik dah. Menangis air mata darah pun di ketika itu penyesalannya pun tidak boleh hendak buat apa sudah. Jadi kesimpulannya kajian geologi dan geotechnicall yang terperinci perlu dilakukan untuk mengenal pasti kesemua masalah geologi, geotechnical dan risiko geo bencana dan perlu diambil kira dan apakah langkah-langkah mitigasi untuk menjamin dan memastikan bahawa kebarangkalian tanah runtuh dan kemalangan berlaku kemudian hari. Perkara kedua Tuan Pengerusi saya ingin hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai Butiran 060500 - Penguatkuasaan Undang-undang. Saya selalu mendapat rungutan daripada rakyat, bagaimana bas enggan memasuki kawasan-kawasan rumah perumahan ataupun disebut sebagai non-profit routes.

Laluan-laluan yang tidak menguntungkan mereka, padahal pada ketika hendak mendapat permit pengangkutan awam ini semuanya dijanjikan bahawa laluan-laluan tertentu akan dimasuki tetapi apabila sudah beroperasi maka mereka memberi alasan bahawa it is non-profitable jadi mereka tidak lalu. Akhirnya Tuan Pengerusi, kita dapati walaupun tadi kita banyak mendengar di Sabah dan Sarawak di kawasan-kawasan luar bandar, saya telah menyebut perkara ini pada ucapan bajet tahun lepas bagaimana kawasan-kawasan yang kita boleh kelaskan sebagai kawasan sosioekonomi rendah seperti taman-taman perumahan di mana rakyat berpendapatan rendah tinggal dan kawasan-kawasan rumah teres dan sebagainya tidak dimasuki oleh kenderaan awam.

Ini amat menyukarkan kepada mereka malah kalau kita bincang dengan penduduk mereka mengatakan Yang Berhormat tidak payah masuk setiap jam atau setiap dua jam. Memadailah masuk pagi masa waktu mengangkut budak-budak ke sekolah, tengah hari dan kemudian sebelah petang. Kami boleh membuat jadual bila kita hendak keluar dan sebagainya. Selalunya yang...

Yang Berhormat boleh kongsi sedikit?

Mengeluh ini adalah orang- orang tua, orang-orang veteran yang walaupun, sekejap ya Yang Berhormat. Walaupun veteran apabila anak-anak mereka keluar kerja walaupun mereka tinggal dalam kawasan perumahan yang agak kita nampak mewah tetapi tidak semestinya seorang warga mempunyai satu kenderaan. Bila anak-anak sudah keluar pergi bekerja mereka hendak pergi klinik, mereka hendak pergi mendapatkan keperluan harian. Mereka tidak ada kenderaan Tuan Pengerusi. Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat telah menyentuh, terima kasihlah kerana prihatin tentang keadaan di Sabah dan Sarawak. Saya juga telah menyentuh perkara mengenai dengan soal pengangkutan awam di luar bandar di Sabah terutama sekali depress area Yang Berhormat sentuh tadi. Saya telah sentuh di mana kebanyakan kawasan ini saya kira kawasan Tuan Pengerusi pun ada juga ini. Mereka ini masih bergantung kepada mungkin Timbalan Menteri pun masih ada. Kenderaan menggunakan kenderaan persendirian, pick up dan sebagainya. Tidak ada jalan lain. Inilah kemudahan yang ada tetapi malangnya dalam soal penguatkuasaan ini memang mereka ini mengikut undang-undang tidak legal dan mereka ditahan dan sebagainya. Jadi ini rakyat dalam kawasan tersebut adalah terperangkap memerlukan kenderaan ke pekan, ke sekolah dan sebagainya. Akan tetapi atas dasar undang-undang mereka pemilik kenderaan ditahan. Jadi kita minta kementerian lah, tolong lihatlah keadaan di luar bandar terutama sekali di Sabah dan Sarawak yang memerlukan. Saya lihat Yang Berhormat pelesenan bas-bas mini ini tidak diatur dengan baik dalam erti kata memang pemohon ini dia ‘melalui lokomotif road’. Ia akan menguntungkan. Pihak kementerian pun bagi sahaja tetapi kawasan depress area itu terus menerus ketinggalan. Jadi ini berkongsi dengan pendapat Yang Berhormat. Terima kasih.

terima kasih Yang Berhormat. Saya kira bukan ramai di antara kita membawa masalah rakyat yang serupa baik di luar bandar mahupun di bandar. Jadi kita harap SPAD selepas ini melihat dengan terperinci bagaimana kita dapat meringankan, melegakan rakyat kita. Saya kira pengangkutan adalah salah satu daripada khidmat asas yang tidak boleh mengambil kira keuntungan semata- mata. Mungkin kerajaan ada elemen subsidi di sini. Bukan sahaja di luar bandar Yang Berhormat. Kita yang tinggal di Kuala Lumpur ini sebenarnya juga menghadapi masalah terutamanya apabila stesen-stesen LRT, komuter dan sebagainya.

Sistem feeder, sistem bas yang memberi perkhidmatan mengangkut penumpang LRT ataupun komuter ini bila dia turun daripada komuter misalnya. Ada bas tetapi kalau naik bas rumah yang hanya sepatutnya 15 minit sampai dia tawaf dahulu satu pekan itu sebelum sampai ke rumahnya. Jadi di situ faktor masa. Mengambil masa yang begitu lama bila menggunakan pengangkutan awam. Bas-bas mini yang dahulu daripada Kuala Lumpur sekarang digunakan di luar bandar dan menjadi bas- bas feeder kepada stesen-stesen komuter dan LRT ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat habiskan Yang Berhormat.

Ya saya sudah habis. Kemudian saya hendak sebut mengenai tambang. Tambang bila naik teksi. Masih mahal. Bayangkan kalau satu trip yang sepatutnya mengambil masa 10 minit terpaksa membayar RM10 kepada teksi maka ini adalah di luar kemampuan rakyat jelata yang kita tahu 40 peratus dari rakyat kita mempunyai pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1,500. Jadi bagaimana kalau RM10 dibayar hanya untuk tambang teksi. Sekian, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat saya tidak dapat memanggil semua yang bangun ini. Saya akan bagikan Yang Berhormat Permatang Pauh, selepas itu Yang Berhormat Padang Besar, kemudian saya minta Menteri untuk menjawab.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi dua minit sorang sahaja.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya punya ringkas sahaja 050000.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya banyak lagi ini.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk daripada pakatan dan Barisan Nasional tentang penggabungan MAS-AirAsia. Saya rasa ini salah satunya kes di mana ada seolah-olah persefahaman di antara semua. Saya tidak tahu bagaimana Menteri Pengangkutan boleh lari permasalahan ini kerana dibangkit begitu kuat oleh Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili kedua-dua belah pihak. Walaupun hal ini di bidang pemantauan Kementerian Pengangkutan tetapi kita tahu bahawa penswastaan dan penggabungan ini keputusan kerajaan secara umumnya. Tidak hanya terbatas kepada keputusan Kementerian Pengangkutan. Saya pohon kita singkap sedikit isu penswastaan MAS ini kerana ada kaitan. Isu ini belum beres sehingga sekarang kerana Tan Sri Tajuddin mendakwa beliau dipaksa membeli dengan harga tertentu yang dianggap lebih mahal. Kemudian mengalami kerugian besar yang kemudian ditampung oleh kerajaan dan itu juga menjadi satu isu besar. Malangnya, pekerja MAS bahagian kejuruteraan, pekerja biasa, kabin itu mencatat prestasi yang cukup baik. Mereka memenangi banyak anugerah. Akan tetapi mereka yang menjadi mangsa. Beberapa tauke kaya mendapat habuan besar dilindungi oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kemudian MAS setelah itu setelah diambil alih menyatakan kerugian tanggungan yang dipertanggungjawabkan kepada Tan Sri Tajuddin itu mencecah RM8 bilion. Ini fakta yang kita tidak boleh pertikai. Soalnya sekarang ada tidak kita belajar daripada pengalaman penswastaan ini? Tidak ada. Apakah kita ambil keputusan untuk apa- apa keputusan yang baru dibuat harus secara telus? Kaji kos, kaji implikasi, kaji keupayaan, letakkan syarat-syarat yang pertahankan kepentingan negara, mengurangkan kos dan juga kepentingan pekerja? Banyak jadi satu gurauan yang menjadi. Malangnya ialah pekerja MAS. Kita satu syarikat Malaysia, Singapore Airlines pecah dua. Singapore Airlines satu tahun enam bulan bonus. MAS enam tahun tidak ada bonus.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi ia tidak langsung menggambarkan keupayaan dan prestasi staff. Saya pertahankan kerana mereka masih dapat anugerah tertinggi. Akan tetapi bila keputusan penggabungan berlaku ini jelaskan saya tidak ulang beberapa kenyataan telah dibuat sebelum ini oleh kedua-dua pihak. Apa yang berlaku ialah ia tidak telus. Orang tidak tahu apa jaminan kepentingan nasional, apa jaminan AirAsia yang diberikan subsidi RM250 juta itu akan menjamin kepentingan pengguna terutama Sabah Sarawak dan juga kawasan luar bandar yang memerlukan jaminan kos pengangkutan lebih rendah? Ini kerana bagi mereka berbeza dengan orang Semenanjung. Katalah macam saya dari Permatang Pauh ada pilihan. Naik kereta tiga jam, naik pesawat satu jam campur lebih kurang dua setengah jam daripada airport. Akan tetapi kalau bagi beberapa kawasan pedalaman atau kawasan kota- kota kecil Sabah Sarawak mereka tidak ada pilihan. Maka sebab itu rasional berikan subsidi RM250 juta tetapi ia tidak diterjemahkan dengan kos yang lebih rendah dan ada cara pengambilan kos pengangkutan dan sebagainya. Seolah-olah orang Sabah Sarawak ini patut menggunakan khidmat ini sehelai sepinggang, tidak payah bawa beg kerana kos itu tidak munasabah. Itu yang pertama. Oleh yang demikian saya pohon penjelasan kes penggabungan ini berkaitan dengan pengalaman perit yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit untuk menampung tukar pengurusan kemudian terus mengalami kekusutan.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagaimana pengurusan baru ini mengambil alih. Itu tujuannya, fokusnya catat terutamanya style. Maka beli lukisan juta-juta ringgit. Bonus pekerja tidak dijamin. Kemudiannya pengurusan baru jual aset supaya catat keuntungan yang baik. Itu yang berlaku. Sekarang ini, tidak ada penjelasan yang memuaskan dari kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan. Apa rasional penggabungan? Apa jaminan AirAsia kekal sebagai syarikat penerbangan kos rendah? Apa jaminan MAS akan menjadi nasional, satu syarikat penerbangan nasional yang boleh dibanggakan, yang boleh bersaing dengan syarikat-syarikat penerbangan lain dalam keadaan yang cukup sengit? Itu tidak ada. Akan tetapi kita dikejutkan dengan satu perkara yang lain Tuan Pengerusi. Iaitu apabila saya rujuk Laporan Realtors, bila Dato’ Tony Fernandes memiliki chatham jet, perkhidmatan premium dengan laluan serantau Jakarta- Bangkok-Singapura. Ini bercanggah dengan apa yang telah diumumkan oleh MAS sebelum ini kerana MAS ada perjanjian dengan CCF untuk tujuan yang sama. Ini kalau ikut Antitrust Laws, monopoli, lebih dari itu. Kita anggap MAS dengan AirAsia sudah problematic besar. Belum pun selesai dijawab ada syarikat baru yang ditubuhkan oleh Tony Fernandes. Jadi, saya tidak kira munasabah sekadar minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan beri penjelasan. Saya tidak fikir dia boleh. Ini harus dirujuk kepada Jemaah Menteri dan diperbetulkan kecuaian ini kerana ini saya fikir satu isu. Saya bangga sekurang-kurangnya di Parlimen ini kita dengar kedua-dua pihak meluahkan sentimen yang kuat pertahankan national Airline, pertahankan kepentingan pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah dan juga hentikan cara pembahagian harta khazanah negara ini seperti harta khazanah keluarga tanpa menjelaskan siapa sebenarnya pemilik AirAsia? Siapa sebenarnya nominee yang disebutkan? Itu menimbulkan kekhuatiran. Betul ada Ahli Yang Berhormat mengatakan kita tidak kira siapa yang memiliki di sebalik atau di belakangnya. Saya kata tidak, tidak benar kerana pemilik di sebaliknya itu akan kuat mempengaruhi sehinggakan sentimen begini kuat menentang tidak upaya membetulkan kecurangan yang berlaku dalam isu penggabungan dan juga perkhidmatan penerbangan dalam negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat Padang Besar.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya berbahas di dalam Jawatankuasa. Saya merujuk kepada bajet Kementerian Pengangkutan, Butiran 060500 iaitu Penguatkuasaan. Tuan Pengerusi, saya hanya membawa satu topik iaitu topik accident yang kerap berlaku, dan baru-baru ini kita didedahkan pula dengan berita sebuah bas yang terpotong dua, empat orang mati. Pada tahun lalu, dan setiap tahun ada sahaja ceritanya, 12 orang mati dan banyak lagi. Ramai lagi yang mati, pelawat dari Thailand juga mati. Saya sering pulang ke negeri Perlis, dari Kuala Lumpur ke Perlis adalah lebih jauh dari Kuala Lumpur ke Johor Baru. Mungkin lebih jauh ke Kelantan. Akan tetapi Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak JPJ. Jangan pula apa yang saya hendak kata ini dianggapkan JPJ, pihak ketua pengarahnya mungkin akan dituduh tidak bekerjasama dengan saya. Akan tetapi saya hendak maklumkan bahawa saya mendapat kerjasama yang erat daripada pihak JPJ. Namun apa yang saya hendak ceritakan di sini, (masalah yang kita dapati) tiap kali saya (atau sesiapapun) bawa kereta melalui highway, (bukan jalan-jalan yang lain). Jalan-jalan lain mungkin lebih berlaku. Akan tetapi di highway, didapati bas-bas ekspres yang paling banyak melanggar undang-undang. Melanggar speed limit, dalam hujan, contohnya kawasan Sungai Perak jalannya kecil dan berlengkok-lengkok tetapi bas-bas dipandu dengan laju di sebelah malam dalam hujan, sebelah siang, dan ada satu kali saya angkat tangan kiri saya untuk beri amaran kepada drebar bas. Kereta saya pula diancam. Dia ikut di punggung kereta saya, seolah-olah hendak merempuh kereta saya dalam hujan. Begitu sekali samsengnya mereka ini. Pada satu hari semasa saya berada dalam keadaan begini, saya telefon direct kepada Ketua Pengarah JPJ. Akhirnya, bukan soal speeding yang diambil tindakan. Bahkan kesalahan drebar itu tidak bawa drebar yang kedua. Sepatutnya dalam bas ada dua drebar, dan lesennya tidak diperbaharui dan sebagainya. Akan tetapi soal speeding, mengikut apa yang saya dimaklumkan, hanya polis yang boleh mengambil tindakan. Itu pun dengan ada bukti yang kukuh. Kalau hanya kita melaporkan kepada polis tidak akan menjadi bukti. Sesiapa sahaja yang melaporkan tidak akan menjadi bukti melainkan ditangkap secara red handed. Oleh sebab itu kerajaan telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk memasang kamera di tepi-tepi jalan. Itu pun bukan sepanjang jalan ada kamera. Saya boleh bilang berapa kamera daripada Kuala Lumpur ke Perlis. Boleh tahu di mana ada kamera. Akan tetapi banyak tempat tidak ada kamera. Mereka ini, driver ini, tahu di mana ada kamera dan di mana tidak ada kamera. Jadi saya berbincang juga dengan pihak Timbalan Menteri, kawan saya di sini. Apakah masalah? Masalah hendak tangkap red handed tidak boleh. Kenapa tidak boleh? Alat itu tidak ada, alat ini tidak ada. Hari ni saya mahu mencadangkan kepada pihak kerajaan dan kementerian, tukar topi yang kita pakai selalu. Hari ini telefon yang sekecil ini sudah ada kamera, sudah ada videonya. Anak kecil pun sudah pandai buat video. Saya cuba mengambil video dari seat belakang saya, juru camera dapatkan stering dan speeder meter, di hadapan sana ada bas. Speednya sama. Kalau speednya dalam lima minit kita ikut, 10 minit kita ikut, speednya sama, bermakna terbuktilah bas di hadapan itu speednya sama 120 kilometer atau 130 kilometer satu jam. Jadi kalaulah kaedah ini dapat kita gunakan, gubalkan undang-undang yang lebih mudah. Tidak perlu kita pasang kamera-kamera yang hebat-hebat, memakan belanja beratus-ratus milion ringgit tetapi masih tidak selesai. Dengan alat yang ada dalam tangan kita, kenapakah kita tidak dapat menggunakannya dengan terbaik? Saya minta digunakan. Saudara saya daripada Kudat, ahli pemikir. Tolonglah bantu memikirkan. Apakah kita tidak boleh menggunakan ini? Dahulu ada undang-undang di dalam JPJ hanya pegawai division satu sahaja boleh membuat laporan mengenai trafik mengenai drebar-drebar yang melanggar undang-undang...

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Sebentar ya. Jadi Tuan Pengerusi, undang-undang itu, pegawai division satu sahaja.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Akan tetapi sekarang, kalau kita hanya hendak mengenakan, hendak hanya menetapkan pegawai division satu, tidak praktikal. Sesiapa sahaja yang ada kamera, yang ada video kamera wajar diizinkan mengambil gambar di mana-mana sahaja. Tidak kiralah, bahan bukti bukan orang yang melapor bahkan kereta yang ada di hadapan kita. Nombor sudah ada. Jenis kereta pun ada, gambar ada, video sudah ada. Apa lagi yang kita hendak? Jadi itu antara perkara yang saya ingin mengutarakan. Minta...

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma hendak minta Ahli Yang Berhormat Padang Besar, bersetujukah dengan saya. Memang setiap minggu kita balik dan kita lihat bahawa pemandu-pemandu bas ini hebat. Setujukah Ahli Yang Berhormat Padang Besar kalau saya cadangkan supaya diletakkan juga speeder meter yang digital ini di dalam bas supaya penumpang-penumpang juga boleh tengok. Ini kerana kadang-kadang, macam minggu lepas. Bas yang saya naiki amat laju tetapi saya hendak tegur bas ini saya tidak tahu berapa speeder sebab terlalu laju. Jadi kalau kita duduk di belakang, kita tengok speed di samping dia ada jam, dia juga ada speeder meter. Kita tengok wah, dia ini lari 130 kilometer. Kita boleh bangun kata, “Bang ini 130, bahaya”. Itu yang pertama.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Keduanya, setujukah Yang Berhormat kalau kita juga letakkan speeder meter di luar bas, di belakang itu supaya public boleh tengok bahawa bas ini lari 160 km/j contohnya. Tidak mungkin. Jadi kita boleh ambil nombor dia ataupun rakamkan Yang Berhormat kata tadi supaya ini jadi bahan bukti. Saya rasa kos ini boleh ditampung oleh pengusaha bukan kerajaan. Setujukah Yang Berhormat Padang Besar tentang hal ini. Terima kasih.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih saya bersetuju sangat. Diharap dimasukkan ini dalam ucapan saya. Semoga kita dapat memakai topi yang baru, melihat semula cara kita buat dalam melaksanakan undang-undang, melihat semula segala kekangan yang ada. Oleh sebab pada hari ini saya kata undang-undang yang ada pada kita tandus. Kalau dalam bahasa Inggerisnya impotent...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

...Tidak boleh dilaksanakan, tidak boleh kuat kuasa, tidak boleh kita ambil tindakan apa-apa walaupun undang-undang. Tahun sudah kita berbincang mengenai undang-undang SPAD. Kita ingat semua selesai. Akan tetapi rupa-rupanya tidak selesai. SPAD masih terkongkong. SPAD masih menghadapi kekangan ini. Kekangan ini hanya dapat dilaksanakan, dapat diatasi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

...Tanpa mengeluarkan belanja yang banyak...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat...

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

...Dengan menggunakan apa yang kita ada pada kita pada hari ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Sila, sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. saya amat tertariklah dengan soalan keselamatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, keselamatan jalan raya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sama ada Yang Berhormat masih ingat tidak, saya sudah berikan satu surat kepada Yang Berhormat sebagai Pengerusi PAC mengenai pengeluaran saham dan banyak masalah keselamatan juga mengenai AirAsia ini dalam surat itu. Akan tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa jawapan lagi sama ada hendak ambil tindakan atau tidak, satu. Kedua Yang Berhormat sedar atau tidak dari segi keselamatan udara seperti AirAsia X ini pada tahun 19 Mei 2006, AirAsia X ini telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat atas nama Fly Asian Express Sdn. Bhd. Dalam tempoh dua bulan, dalam tempoh dua bulan DCA ini, pegawai-pegawai ini masih ada di sana sini semua. Saya harap mereka dengan telus memberi kita satu jawapan bagaimanakah DCA boleh mengeluarkan satu air operation certificated (AOC) dalam tempoh dua bulan ya dua bulan. Selepas itu mereka boleh melaksanakan rural air services di Sabah dan Sarawak. Pada masa itu kerajaan masa itu terus memberikan RM250 juta. Habis itu dalam lapan bulan, hangus itu wang. Tidak apa. Dalam masa mereka dump balik, memberi balik kepada MAS, FAX ini memberi kepada MAS, MAS telah mendapati dan report bahawa enam pesawat telah unavailability, satu di canabalized seperti mereka canabalize MAS sekarang ini. AirAsia si Tony ini hendak canabalize MAS sekarang. Di canabalize untuk spare part. Pada masa itu FAX pula tukar buat long haul ke London, ke Johannesburg. DCA tidak menarik balik AOC ini. Sedangkan telah terbukti bahawa mereka ini tidak AirAsia X ini Sdn. Bhd. tidak layak melaksanakan satu airline. Tidak apa. Ketiga, mereka masih Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh masuk akal pada masa itu. Boleh keluar lagi route, 37 routes. Baru-baru 32 routes kemudian tambah tujuh routes lagi jadi lima routes lagi ke Jeddah yang itu, 37 routes ini semua untuk bersaing ataupun in competition, dengan izin, dengan MAS. Bagaimana keadaan dan mereka tidak terbang. Mereka tidak terbang 37 ini semua. Mereka cuma terbang 16 dan tiba-tiba cancel pula jadi 13 sahaja. Kenapakah Kementerian Pengangkutan ini tidak ada akal, tidak ada itu bagaimana boleh beri sekarang ini? Kalaulah mereka tidak terbang tarik balik semua ini. Kenapa mereka tidak terbang. Pandangan dulu dan bila hendak siasat penukaran saham ini. Terima kasih.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih... [Ketawa] Yang Berhormat Wangsa Maju, panjangnya. Ya, kebanyakan daripada yang disoalkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju itu saya minta izin dimasukkan ke dalam ucapan saya. Oleh sebab saya bukan pihak kementerian untuk menjawabnya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Akan tetapi ada persoalan yang dibangkitkan kepada PAC. Saya memberi jaminan di sini bahawa kita telah pun menjadualkan hearing PAC, pendengaran PAC untuk mendapat penjelasan yang sedalam, yang sepuas-puasnya mengenai penjualan syer swap antara MAS dengan AirAsia. Telah dijadualkan minggu depan akan tetapi telah dijadualkan semula dalam beberapa hari selepas itu kerana pihak yang tertentu berada di luar negara. Jadi kita beri jaminan Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Boleh beri tarikh tidak? Terima kasih.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Saya akan beri tarikh selepas ini. Saya cuba tengok dalam ini. Tuan Pengerusi, saya hanya membawa soal yang saya sebutkan tadi masalah speeding yang berlaku di jalan-jalan raya dan dalam pengalaman saya yang paling banyak melakukan kesalahan speeding ini adalah bas-bas ekspres. Kebanyakan juga mereka ini yang menjalankan khidmat pada malam, waktu malam, jam dua pagi, jam 12 malam. Di waktu itu passenger-passenger dan penumpang sedang tidur. Waktu itu yang banyak berlaku pelanggaran dan kemalangan.

Dato' Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Jadi dengan apa yang saya sebutkan tadi, saya berharap sangat pihak kementerian mengkaji semula dan tidak perlu kita membelanjakan wang yang begitu banyak beratus-ratus juta dengan satu sistem yang tandus, satu sistem yang impotent pada saya, malah kita boleh menggunakan cara yang lebih murah dan lebih praktikal untuk kita mendapat apa yang dikatakan memberikan keselamatan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Menteri, sila jawab.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah melibatkan diri dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan akan mengambil maklum pandangan-pandangan, teguran-teguran dan juga cadangan-cadangan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita berharap dengan cadangan-cadangan tersebut akan membantu kita untuk menambah baik perkhidmatan Kementerian Pengangkutan di dalam negara ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jempol ada membangkitkan beberapa persoalan berkaitan dengan perkhidmatan kereta api. Beliau mencadangkan tentang perkhidmatan kereta api yang perlu dipertingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sekarang ini kita telah pun dalam usaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan KTM dan komuter iaitu perkhidmatan antara bandar atau intercity. Kalau kita lihat perkhidmatan daripada ETS yang lebih selesa dan lebih baik telah pun dilaksanakan daripada Kuala Lumpur ke Seremban demikian juga Kuala Lumpur ke Ipoh. Selain daripada itu kita juga menambah baik perkhidmatan itu dengan pembelian 38 set electrical multiple unit enam gerabak untuk kemudahan komuter di dalam bandar. Kita berharap dengan pembelian ini akan dapat meningkatkan keupayaan pengangkutan awam di negara kita. Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan dengan perkhidmatan kereta api pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat apa yang telah dibuat, upgrading works dan juga beberapa rancangan-rancangan pembangunan yang sedang dilakukan ini adalah untuk memberikan kemudahan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia akan tetapi juga untuk membolehkan pelancong-pelancong dapat menggunakannya dengan lebih selesa. Kita berharap dengan perkhidmatan yang lebih baik ini akan menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan dengan perpindahan stesen Bahau ke lokasi baru yang beliau dakwa lebih jauh. Cadangan pembangunan semula stesen Bahau sedang dalam kajian.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Untuk makluman Yang Berhormat, Perbadanan Aset Keretapi akan mengambil kira cadangan Yang Berhormat tersebut ada di dalam kajian tersebut. Yang Berhormat Jempol juga ada membangkitkan berkaitan dengan pembangunan tanah kereta api. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan stesen kereta api yang kita sedang lakukan sekarang memanglah sebahagiannya telah pun seperti yang berlaku. Pembangunan Kuala Lumpur Sentral adalah merupakan salah satu bukti bahawa kita juga memang ke hala itu. Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan dengan perkhidmatan kenderaan awam berbandar. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan kenderaan awam ini sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan.

Di bawah bidang kuasa SPAD. Memang saya difahamkan pihak SPAD adalah merupakan satu agensi yang bertanggungjawab secara keseluruhan untuk merancang dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Sila.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum Yang Berhormat beralih ke topik yang lain berkenaan dengan kereta api. Saya cuma hendak petikan berkenaan dengan perkhidmatan kereta api ETS di antara Seremban-Kuala Lumpur dan Ipoh yang telah dilancarkan pada tahun ini ataupun akhir tahun lepas. Saya memang akui bahawa perkhidmatan ini adalah satu perkhidmatan yang baik, satu perkhidmatan yang telah meningkatkan imej KTM dan memang ia popular di kalangan penumpang- penumpang. Saya sendiri pernah mengambil beberapa trip daripada menggunakan kereta api ini perkhidmatan yang cukup baik. Cumanya saya hendak tanya, adakah perancangan daripada pihak KTM untuk menambah trip daripada Seremban kerana mengikut jadual sekarang di antara Seremban ke Ipoh hanya satu trip setiap hari iaitu jam 5.55 petang. Adakah ada rancangan untuk menambahkan trip sebab saya tengok selalu ada penumpang-penumpang gagal mendapat tiket kerana selalu penuh terutamanya pada hujung minggu. Akan tetapi, yang anehnya saya difahamkan bahawa ada trip tambahan pada hari biasa. Akan tetapi, pada hari minggu satu trip. Ini tidak sepatutnya sebaliknya sebab ramai penumpang terutamanya pelajar yang berada di Seremban dan di tempat lain daripada Negeri Sembilan. Dia banyak belajar di UTAR, umpamanya di Kampar diambil perkhidmatan ETS ini balik ke Kampar. Jadi sepatutnya pada hari hujung minggu terutamanya hari Ahad lebih banyak trip daripada Seremban bukannya sebaliknya. Jadi saya harap KTM akan mengambil perhatian dalam perkara ini dan menambah trip daripada Seremban terutamanya pada hari hujung minggu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, kita akan menyampaikan cadangan Yang Berhormat itu kepada KTMB tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa perkhidmatan itu adalah tertakluk kepada market demand. Saya percaya pihak KTMB mereka juga memikirkan tentang menambah perkhidmatan sekiranya terdapat substantif demand kerana ini adalah menentukan bahawa kalau banyak demand sudah tentu akan memberi perkhidmatan dan mereka akan mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun ingin saya nyatakan di sini bahawa pengangkutan awam adalah merupakan bidang kuasa SPAD yang kita telah tubuhkan adalah sebahagian daripada kawal selia perancangan masa hadapannya ialah di bawah tanggungan SPAD. Untuk makluman Yang Berhormat Pendang juga ada membangkitkan berkaitan tentang pengesahan calon buta huruf. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya selain daripada penghulu dan ketua kampung pegawai-pegawai gred A, pengetua sekolah juga boleh dibenarkan untuk mengesahkan seorang tersebut buta huruf untuk membolehkan beliau dikecualikan daripada ujian komputer. Ini adalah merupakan, walau bagaimanapun seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa pengesahan yang tidak benar atau palsu akan mengundang kepada satu kesalahan. Yang Berhormat Pendang juga ada membangkitkan berkaitan dengan kereta api elektrik landasan berkembar yang bervoltan tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, memang dari masa ke semasa KTMB akan sentiasa meningkatkan kesedaran keselamatan di kawasan-kawasan landasan berkembar yang melibatkan penduduk pelbagai usia khususnya pelajar-pelajar sekolah. Ianya adalah merupakan satu perkara yang penting kerana aspek keselamatan ini bukanlah sesuatu yang kita kompromi. Yang Berhormat Arau ada membangkitkan berkaitan dengan masalah kemalangan di jalan raya. Untuk makluman Yang Berhormat memang...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Ya, silakan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak berpeluang untuk berbahas daripada peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan ini kerana terlalu ramai yang hendak berucap maka saya membangkitkan perkara ini bersabit dengan kereta api KTMB perolehan 38 EMU daripada syarikat China South Locomotive yang dikatakan akan membuat pembekalan pertamanya kereta api itu pada bulan September. Saya tidak pastikan sama ada telah pun dibuat hantaran pertama itu yang lebih penting yang saya hendak bangkitkan adalah ketika di majukan dan ditubuhkan satu siasatan oleh PAC. Kemudian SPRM terus mengambil siasatan itu meskipun rakyat sangat-sangat menunggu penghantaran unit-unit EMU enam coach ini. Namun persoalan siasatan dan bagaimana yang saya katakan yang saya bangkitkan dalam dakwaan irregularities itu pada jumlah hampir RM500 juta pada pembelian 38 EMU ini sehingga hari ini belum dapat apa- apa penjelasan daripada kementerian. Tuan Pengerusi, walaupun rakyat mahukan transportation yang khususnya kereta api KTMB ini dengan baik dan segala-galanya dari sudut kualiti dan sebagainya tetapi urusan perolehan yang membawa kerugian ke paras hampir setengah bilion ini wajar diberi pertanggungjawaban oleh kementerian. Saya ingin penjelasan ini dibuat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya percaya Yang Berhormat juga telah mendapat jawapannya pada 9 November 2011 mungkin secara bertulis. Seperti mana yang saya ingin nyatakan di sini bahawa pembelian 38 set train EMU enam gerabak tersebut daripada Zhuzhou Electric Locomotive Co. China, sebenarnya telah pun dilakukan dan pihak SPRM telah pun membuat siasatan terhadap kes tersebut. Akan tetapi, sehingga hari ini mereka tidak memaklumkan apa-apa kesalahan terhadap pembelian tersebut dan saya ingin nyatakan di sini bahawa pembelian tersebut adalah dibuat dengan cara yang telus dan kita menggunakan pembelian tersebut untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan pengangkutan yang kita sedang hadapi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, perkara ini seperti mana juga banyak hal-hal yang dibawa dan bangkitkan oleh siasatan yang dimulakan oleh PAC. Kalaulah jawapan pada akhirnya hanya Tuan Pengerusi satu line sahaja bahawa di sana tidak ada apa-apa irregularities lantas meskipun telah kita bawa pelbagai penghujahan bersabit dengan persoalan perbezaan spesifikasi dan sebagainya akhirnya ke semua perkara ini akan hanya berakhir dengan satu kenyataan daripada SPRM bahawa di sana tidak ada irregularities. Lalu kami sebagai low makers legislator di sini apakah hanya mahu mengangguk sahaja Tuan Pengerusi ataukah ada apa lagi ruang untuk perkara ini sudah tidak boleh direhatkan begini. Kita mendengarkan tentang syer swap yang sebentar tadi dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Wangsa Maju dan umpamanya kawan- kawan yang lain tetapi pada setiapnya siasatan yang mendakwa pelbagai salah laku yang dengan izin, very questionable dalam bahasa yang paling lunaknya atas scandalous dalam bahasa yang lebih tepatnya ia berakhir dengan hanya kenyataan dibuat di Dewan yang mulia ini bahawa di sana tidak ada irregularities. Lalu kami perlu telan semua itu Tuan Pengerusi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apa langkah-langkah yang perlu dibuat kerana apa yang dihujahkan bersabit dengan perbezaan spesifikasi itu adalah terlalu sedikit berbanding dengan harga direct negotiation itu yang melonjak kepada harga RM500 juta. Perkara ini dalam pertanggungjawaban kami sebagai federal opposition di sini, Dewan Rakyat ini tidak boleh kita put the question to rest ataupun kes ini diambil begitu sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat ini adalah seorang academician dan Yang Berhormat bukan seorang yang mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam berkaitan dengan undang-undang walaupun Yang Berhormat ini adalah seorang law maker.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa apabila kes sebegini ditimbulkan mungkin Yang Berhormat ada bukti dan orang lain pun ada bukti dan ada tuduhan-tuduhan dan kita telah pun menjawab di Dewan yang mulia dengan pelbagai jawapan dan alasan-alasan justifikasi tertentu. Ketika awal perbahasan dahulu saya telah jelaskan bahawa dari segi hardwarenya itu memanglah disediakan oleh syarikat China tetapi beberapa software khususnya perkara- perkara yang berkaitan dengan software technical di situ adalah menggunakan teknologi daripada Jerman, Siemens iaitu satu teknologi yang lebih reliable kerana kita tidak mahu apabila nanti kita beli yang kita tidak familiar mungkin dari segi body, China adalah satu pengeluar kereta rail yang begitu baik juga tetapi dalam soal software ini kita lebih percaya dengan beberapa teknologi daripada barat. Walaupun harganya lebih mahal kerana kita mahu reliability. Ini kita telah jelaskan Yang Berhormat. Jadi apabila Yang Berhormat bangkit juga kata ada kesalahan, ada penyelewengan dan sebagainya kita tidak ada masalah supaya minta disiasat. Pegawai- pegawai kita telah dipanggil. Sehingga hari ini SPRM pun tidak ada mengatakan bahawa ada apa-apa kesalahan ataupun memaklumkan kepada kita bahawa ada orang-orang yang akan didakwa dalam soal ini. Jadi saya fikir penjelasan itu sudah cukup. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ada bukti-bukti baru, pergilah berjumpa dengan SPRM. Bawalah bukti- bukti itu, janganlah bawa ke public seolah-olah kerajaan ini adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Kita juga pastikan bahawa setiap wang rakyat yang dibelanjakan adalah berbaloi walaupun perception itu kita tidak boleh menolak kalau kerajaan di Selangor pun ada juga perception tentang pengurusan kerajaan di situ. Sila Yang Berhormat. Saya ingat ini yang terakhir Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ambil sedikit lagi Tuan Pengerusi. Saya ingat permulaan penghujahan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ataupun meletakkan saya selaku academician ini membawa satu sandaran yang cukup berat Tuan Pengerusi. Jikalau begitu saya ingin tahu siapa yang benar-benar layak menjadi law makers? Apa pensyaratannya di sini? Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan menggunakan penghujahan yang fallacious dengan izin ya. Oleh kerana itu kalau sandaran begitu siapa yang benar-benar punya keupayaan dan punya ciri-ciri yang lengkap sempurna untuk menjadi law maker? Baik, itu satu.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Oleh kerana itu, apabila seorang law maker membuat sesuatu penghujahan, dia punya rujukan, dia punya networking of friends dalam corporate world apa pun sesuai dengan tajuk, sesuai dengan topik, sesuai dengan perkara yang dibahaskan. Walaupun kita tidak ada peruntukan untuk mendapat research officer tetapi kita engaged researchers. Oleh kerana itu, penghujahan seperti itu Tuan Pengerusi perlu dicermati supaya jangan membuat apa-apa assessment ataupun jangan membuat apa-apa hukuman kepada law makers berdasarkan hanya atas academic qualificationnya. Oleh kerana itu kalau mungkin saya tidak ada technical qualifications tetapi saya punya kawan-kawan, saya punya expertise, saya punya networking, Transit Mile itu sendiri adalah satu NGO yang cukup besar untuk memberikan maklumat kepada saya. Saya punya juga orang-orang yang dalam bidang the industries. Jadi Tuan Pengerusi saya hendak hanya menyambut sedikit lagi kerana persoalan itu adalah satu disparity, satu kesenjangan yang terlalu luas RM500 juta dengan perbezaan hanya merupakan satu CCTV dan slide side presentation panel sebagai dua perbezaan (differences) itu maka peningkatan harga ke paras RM500 juta hampir begitu untuk pembelian 38 unit EMU itu adalah sangat dipertikaikan. Oleh kerana itu perlu ada susulan, saya minta daripada PAC supaya perkara ini should not to be put to rest, dengan hanya SPRM mengatakan di sana tidak ada irregularities. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat jangan bimbanglah sebenarnya saya pun bukan seorang peguam malah Yang Berhormat mungkin lebih hebat lagi. Akan tetapi saya hendak katakan di sini bahawa apabila sesuatu tuduhan terhadap irregularities berlaku, apa yang dilakukan oleh pihak agensi-agensi seperti SPRM ialah bertanggungjawab untuk menyiasat dan mencari bukti-bukti untuk mendapatkan bukti-bukti yang kukuh prima facie evidences beyond reasonable doubt untuk membolehkan bukti-bukti ini diserahkan kepada Peguam Negara dan Peguam Negara akan meneliti kekuatan bukti- bukti tersebut untuk mendakwa. Jadi dalam soal ini saya katakan bahawa sebab apabila kita kata tidak ada apa- apa Yang Berhormat masih kata ada apa-apa. Ada yang berlaku ada irregularities yang berlaku. Akan tetapi dalam soal ini kita kena percaya kepada pihak ketigalah. Pihak ketiga itu ialah pihak yang menyiasat. Jadi saya fikir itulah Yang Berhormat yang ingin saya nyatakan di sini, kita tinggalkanlah. Saya move kepada Yang Berhormat Arau ada menyatakan tentang kemalangan di jalan raya. Saya ingin menyatakan di sini bahawa memang kita memandang berat terhadap masalah kemalangan jalan raya di negara ini malah kalau kita melihat seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini bahawa di negara ini kematian setiap tahun pada tahun lepas 6,872 kematian iaitu average lebih kurang 19 kematian sehari. Akan tetapi ingin saya nyatakan di sini bahawa kematian ini adalah melibatkan penunggang motosikal lebih kurang 60 peratus dan yang paling rendah sekali adalah pengangkutan awam. Walaupun kematian pengangkutan awam khususnya bas ini sentiasa mendapat liputan yang begitu besar kerana ia merupakan kematian yang berkelompok. Saya percaya pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah kita tubuhkan di Dewan yang mulia ini akan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan permit-permit yang dikeluarkan kepada syarikat-syarikat bas ini benar-benar dipatuhi.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Sekiranya berlaku pelanggaran-pelanggaran ia boleh diambil tindakan. Itu sahaja yang kita boleh buat. Bagi pihak Kementerian Pengangkutan, JPJ hanya boleh menolong untuk membantu menguatkuasakan undang- undang sama ada undang-undang Akta Pengangkutan Jalan ataupun Akta APAD. Ya, sila.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya hendak menyentuh tentang dikatakan yang paling banyak 60 peratus daripada yang mati akibat kemalangan jalan raya adalah penunggang motosikal. Akan tetapi penunggang motosikal pun dia mati kerana dia dirempuh sama ada lori, bas, kereta dan sebagainya. Dia tidak mati dengan seorang sahaja. Ada juga yang jatuh longkang, langgar pokok dan sebagainya tetapi dia dirempuh, kebanyakan dirempuh oleh kenderaan- kenderaan lebih besar. Oleh kerana dia yang paling kecil hanya dua roda, maka bahayanya kepada dia adalah lebih tinggi risikonya. Jadi persoalannya saya ingat untuk hanya mengatakan 60 peratus orang yang menunggang motosikal mungkin memberi gambaran yang tidak begitu jelas, bahkan pengawalan secara lebih rapi harus dibuat mengenai kenderaan-kenderaan yang besar supaya yang menunggang motosikal ini juga lebih selamat. Itu saya hendak minta pendapat Yang Berhormat.

Ya, itu pandangan Yang Berhormat. Akan tetapi saya ingin nyatakan di sini kalau kita lihat misalnya negara seperti berbandinglah dengan negara Thailand misalnya yang jumlah kenderaannya lebih kurang sama dengan Malaysia, lebih kurang 20 juta. Jikalau kita lihat kematian yang melibatkan di Thailand misalnya ialah dengan kenderaan yang berjumlah 25 juta, berbanding dengan Malaysia lebih kurang 21 juta. Orang yang mati di Thailand setiap tahun pada tahun 2007, ini angka 2007 yang kita ada yang terbaru tidak tahu. Lebih kurang kematian 12,492 itu double daripada apa yang mati di Malaysia dengan kenderaan yang sama.

So, kedudukan kita itu sebenarnya lebih baik secara perbandinganlah. Kita membandingkan satu-satu negara dengan negara yang lain adalah berasaskan kepada jumlah kenderaan. Itu lebih tepat. Kalau kita lihat dengan inisiatif-inisiatif yang telah kita buat, kita telah dapat meningkatkan prestasi kita dengan berbagai-bagai statistik yang telah kita lihat. Misalnya dari segi jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan telah pun menurun iaitu berdasarkan kepada – kalau kita statistik indeks keselamatan jalan raya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar, pada tahun 2001 ianya 5.17 peratus; pada tahun 2004 – 4.51 peratus; dan tahun 2010 – 3.40 peratus. Jadi, ia declining rates dari segi itulah. Jadi, kita jangan bimbanglah, memang mati ini memang banyak. Di negara yang banyak kereta, lebih banyak orang mati. Di China, 120,000... [Dewan riuh] Di China, 120,000 orang mati. Di India lebih kurang 90,000. Saya tidak nafikan di negara-negara yang maju seperti...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi.

Negara-negara seperti Eropah, Sweden adalah negara-negara yang mampu...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Itu satu kenyataan yang kurang bertanggungjawab. Sepatutnya kementerian cakap bagaimana cara untuk mengurangkan kematian, bukan cakap sebab banyak kereta banyak kematian.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, duduk.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ini satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Tidak boleh diterima.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Rasah mungkin...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.

Ya.

Tuan Pengerusi

Saya sering kali mengingatkan bahawa setiap pada persoalan ada jawapan dan bukan semua jawapan itu dapat memenuhi cita rasa orang yang bertanya. Akan tetapi, itulah Parliamentary debate. Tidak ada siapa yang absolutely right or wrong. Itu jawapan Menteri seberapa boleh yang beliau boleh jawab. Kalau pada pandangan orang lain tidak bertanggungjawab, biarlah saya yang menentukan sama ada melanggar peraturan mesyuarat atau tidak. Apa yang melanggar peraturan mesyuarat ialah seorang sedang bercakap, dua tiga orang sedang berdiri. Apabila mencelah, selepas itu seolah-olah berhujah. Itu pun boleh saya terima. Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut perkiraan saya, pada malam ini tiga kementerian kita perlu selesaikan. Bermakna kalau ini tidak selesai, we have the deficit of time. Tugas saya ialah memastikan bahawa we must be in time. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Pengerusi, mungkin Tuan Pengerusi sudah pun menjawab kepada Yang Berhormat Rasahlah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Shah Alam belum lagi.

Itu jawapan saya. Mungkin Yang Berhormat tidak setuju, tidak mengapa. Itu tidak jadi masalah.

Kita hidup dalam negara demokrasi. Akan tetapi saya katakan di sini, saya belum habis menjawab, Yang Berhormat sudah berdiri mengatakan bahawa saya tidak bertanggungjawab. Kita kementerian, kerajaan yang bertanggungjawab. Kalau tidak, masakan kita mengambil pelbagai langkah dan inisiatif selama ini. Cuma, saya katakan tadi bahawa...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, tunggu sekejap. Saya belum puas hati dengan hal ini. Semua manusia akan mati, fakta... [Ketawa] Jangan ketawa Yang Berhormat. Apabila kita berbahas begini, ekoran dia. Setiap manusia yang hidup akan mati, fakta bukan? Akan tetapi, cara dia mati itu Allah SWT yang menentukan. Jadi, kita cuma sebagai manusia membuat sesuatu perkara yang kita anggap boleh mengelakkan tetapi tidak ada siapa yang dapat mengelakkan soal mati. Itu sebab saya kata kalau ada jawapan daripada Menteri seperti demikian, begitulah cara beliau menjawab dengan menggunakan kebijaksanaannya. Mungkin ada lagi Ahli Yang Berhormat yang lebih bijaksana daripada itu. Kita tunggulah orang yang jadi Menteri terlampau bijaksana, apabila bertutur ini tidak ada cacat cela. Sehingga itu, terpaksa kita patuh kepada peraturan mesyuarat yang ada dan kepada tabiat Speaker yang masih duduk di sini. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya fikir apa yang telah dihujahkan Yang Berhormat Menteri itu adalah begitu bernas sekali. Yang Berhormat...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat tidak ikut bahas tadi. Jadi, saya tidak perlu beri peluanglah. Yang Berhormat Pasir Mas...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pasal tidak cukup masa, dihadkan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, Ahli Yang Berhormat, apabila berhujah the floor is yours, sama ada mahu beri laluan atau tidak, beritahu dengan terang dan jelas.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Berilah. Sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi

Mahu beri laluan kepada Yang Berhormat Shah Alam atau tidak?

Okeylah. Beri kepada Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Tuan Pengerusi iaitu memang semua manusia akan mati dan itu bukan satu perkara yang kita boleh tentukan. Akan tetapi persoalan usaha kita dan di sinilah yang saya nampak bahawa jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada dua isu iaitu tadi isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Padang Besar dan isu daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Bagi pandangan saya terlalu mengambil remeh. Memberi jawapan berhubung dengan soal kereta api itu, itu no irregularity, full stop. Kalau ada sesuatu persoalan, ada benda, kepincangan, perlu dijelaskan mengapa harganya RM500 juta lebih mahal daripada apa yang sepatutnya...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini mesti memberikan satu jawapan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Tuan Pengerusi

Duduk Yang Berhormat. Tadi saya sudah biarkan dari Yang Berhormat Kuala Selangor untuk berhujah mengenai soal itu. Yang Berhormat Shah Alam repeat balik. Itu juga nanti jawapan Yang Berhormat Menteri. Apabila sudah begini, masa sudah berjalan 10 minit lagi. Sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

1 minit sahaja Tuan Pengerusi. Tidak sampai 10 minit lagi. Kedua tadi soal kematian. Saya rasa persoalannya penguatkuasaan. Cara-cara bagaimana kita boleh tentukan supaya bas tidak berjalan dengan lebih laju seperti mana yang sepatutnya. Banyak cadangan-cadangan yang dikemukakan tadi, bukan sahaja daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional juga membuat cadangan-cadangan bagaimana hendak cuba kurangkan, ada pengawalan supaya boleh jamin keselamatan. Kita tidak boleh jawab dengan mengatakan jumlah orang mati tidak ramai...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Kalau soal untuk mengawal ini Yang Berhormat, saya duduk di sini pun sedang mengawal juga. Di hadapan mata saya, di bawah hidung saya, saya lihat jam lagi ada lagi jam pun tidak dapat mengawal. Yang dikawal ini pula Ahli Yang Berhormat, apa lagi orang yang di luar sana mahu dikawal. Di hadapan mata saya, saya tegur setiap kali pun tidak boleh dikawal. Cerita mengenai kawalan, pemantauan? Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengatakan di sini bahawa kerajaan memang serius dalam soal keselamatan jalan raya seperti yang saya nyatakan tadi. Mungkin apa yang saya katakan tadi hanya melihat memberikan satu perbandingan. Saya tidak mengambil remeh tentang masalah keselamatan jalan raya di negara ini. Ini adalah tugas kita untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa selamat. Banyak inisiatif yang telah kita telah buat. Banyak kali saya sudah nyatakan di Dewan yang mulia ini inisiatif-inisiatif yang telah kita buat. Inisiatif penguatkuasaan sama ada melalui manual ataupun melalui automatic enforcement system yang akan kita laksanakan. Kita juga mengadakan pendidikan di peringkat sekolah untuk memberikan kesedaran kepada generasi baru. Kita juga mengadakan advocacy campaigns, kita juga mengadakan bermacam-macam kod amalan baru seperti kod amalan SHE yang akan dilaksanakan oleh SPAD. Ini adalah inisiatif dan inisiatif ini akan berterusan. Jika ada cadangan-cadangan yang bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan mempertimbangkan dan kita akan membuat kajian. Kita ada MIROS iaitu satu agensi yang bertanggungjawab untuk membuat kajian sentiasa tentang cara-cara dan bagaimana untuk menangani masalah ini dengan memberikan nasihat-nasihat polisi kepada kerajaan. Ini yang saya katakan cuma...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jawapan macam ini cukup cantik. Jawapan macam inilah yang cantik, janganlah kata jumlah yang mati tidak banyak. Jawab macam inilah. Terima kasih.

Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam, celahan sebeginilah yang tidak cantik.

Yang Berhormat Shah Alam, saya nyatakan di sini bahawa apabila saya nyatakan tadi, saya belum habis lagi. Yang Berhormat terus lompat, saya belum habis. Baru saya hendak membandingkan, Yang Berhormat kata saya jawab remeh. Saya pun sudah nyatakan berkali-kali di Dewan yang mulia ini. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas ada membangkitkan tentang rel di Pantai Timur yang sudah lama.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya landasan kereta api di kawasan Pantai Timur memang sentiasa dibaik pulih dan diselenggara dari semasa ke semasa dan penyediaan perkhidmatan ekspres dan tren tempatan di Kelantan serta memastikan keselamatan track berkenaan supaya ia lebih selamat kepada masyarakat yang menggunakannya. Yang Berhormat Pasir Mas juga ada membangkitkan berkaitan dengan cadangan landasan kereta api dihentikan di Pasir Mas. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan KTMB adalah ke Tumpat bagi sekitar Pantai Timur dan selepas Stesen Pasir Mas, ia akan memberikan perkhidmatan juga bagi Wakaf Baru. Oleh sebab itu, setakat ini kita masih lagi menggunakannya demi untuk permintaan dan kepentingan rakyat.

Yang Berhormat Pasir Mas juga ada membangkitkan berkaitan dengan lintasan rata di Pasir Mas, bila jejambat akan dibina ataupun ROV. Kerajaan memang sebenarnya memberikan perhatian terhadap keselamatan perkhidmatan rel dan berkaitan dengan lintasan rata ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan ROV ini adalah merupakan salah satu bagi meningkatkan keselamatan dan kita juga, memandangkan ia berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya untuk membina jalan-jalan yang berkaitan dengannya, maka saya percaya Kementerian Kerja Raya boleh meminta peruntukan. Mungkin kita akan memberitahu Kementerian Kerja Raya untuk menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas juga ada membangkitkan tentang penerbangan antarabangsa ke Kota Bharu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini belum ada lagilah. Yang ada adalah untuk servis domestik. Jika pada masa-masa yang akan datang ada market demand ataupun airline yang bersedia untuk melakukan perkhidmatan misalnya dari Kota Bharu ke Hadtyai atau ke Cambodia, kita boleh mempertimbangkan. Ini tertakluk pada demand dari semasa ke semasa pihak Malaysia Airlines, AirAsia dan syarikat-syarikat lain boleh memikirkan. Yang Berhormat Pasir Mas juga ada membangkitkan tentang feeder bus ke stesen LRT. Bas RapidKL telah pun melaksanakan perkhidmatan feeder bus ke stesen LRT melalui penggunaan bas serta meningkatkan frekuensi bas berkenaan melalui penambahan jumlah bas. Yang Berhormat Pasir Mas juga ada membangkitkan tentang tempat letak kereta di kawasan stesen LRT dan monorel. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha sedang dilakukan untuk menambah lagi enam ribu petak tempat letak kereta di stesen pengangkutan rel Lembah Klang termasuklah di Stesen LRT Gombak dan juga Stesen Kajang, Serdang, Seremban, Bangi, Padang Jawa dan Stesen Bandar Tasik Selatan serta Stesen LRT Sungai Besi. Kemudahan ini akan disediakan menjelang akhir 2011 yang sedang dilaksanakan sekarang. Yang Berhormat Batang Sadong ada membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan masalah aerobridge yang telah dibangkitkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkaitan dengan aerobridge ini, sebenarnya pihak kerajaan melalui economic council yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Jun 2011, telah pun membincangkan perkara ini. Daripada perbincangan tersebut, sebenarnya pihak EC telah membuat keputusan untuk memilih supaya aerobridge itu dipasang dan semua syarikat penerbangan yang mempunyai pilihan sama ada untuk memakai atau tidak pakai. Ini keputusan EC pada 13 Jun 2011...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, perkara ini kita serahkan kepada MAB untuk mempertimbangkan. Sekiranya ada maklum balas terkini daripada pihak MAB, mereka boleh menyampaikannya kepada kerajaan.

Akan tetapi, setakat ini apa yang telah diputuskan oleh EC ialah untuk memasang aerobridge tersebut dan memberikan pilihan kepada syarikat penerbangan sama ada mahu pakai atau tidaklah. Akan tetapi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan.

Ya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Lama tidak nampak tetapi hari ini syabaslah nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri di sini. Saya cuma hendak tahu bagaimanakah kita ada satu syarat yang mana sebuah airline boleh buat keputusan sama ada hendak guna atau tidak guna. Yang kita nampaknya, semua airline tidak ada masalah cuma satu airline sahaja yang dikuasai oleh siapa; si Tony Fernandes yang ditakut-takuti oleh Kementerian Pengangkutan. Takut sahaja. Setiap hari takut, mengapa? Sedangkan AirAsia pergi ke Chiang Mai, pergi ke Phuket, pergi ke Singapura, mereka boleh menggunakan aerobridge. Tidak ada pilihan. Mengapa dalam negara kita ada pilihan? Cuma satu airline sahaja. MAS tidak ada masalah, Lufthansa airlines tidak ada masalah, Emirates Airlines pun tidak ada masalah dan cuma satu airline sahaja dan kosnya berapa? 25 sen sahaja seorang passenger, satu. Kedua, bagaimanakah kementerian ataupun MAB boleh menjamin keselamatan passengers kalau mereka turun ke tanah. Bolehkah menjamin itu kerana AirAsia ini ia memilih tidak mahu menggunakan aerobridge? Bagaimanakah hendak memberikan jaminan supaya tiada accident, satu? Kedua, orang yang cacat, warga emas? Yang Berhormat nanti satu hari pun tua juga. Saya pun sama. So, kena fikirlah begitu. Janganlah hendak please, tunduk kepala, melutut kepada si Tony Fernandes ini. Kita MAB ini mengapa sebegitu, takut apa? Kalau mereka takut, buang kerja semua itu termasuk pegwai-pegawai dalam kementerian yang DCA yang banyak persoalannya. Saya harap Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, jawab mengenai DCA ini amat penting kerana keselamatan, yang aerobridge ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat. Itu pandangan Yang Berhormat. Memang sebenarnya seperti mana yang saya nyatakan bahawa aerobridge ini adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang penting juga. Kita tidak menafikan tetapi untuk menampung seperti mana yang saya ingin nyatakan di sini bahawa KLIA itu ini adalah merupakan LCCT Terminal ataupun low cost terminal yang kalau kita lihat airport tax pun murah daripada premier terminal, RM32. Oleh sebab itu, memandangkan business model syarikat LCCT ini adalah kononnya berdasarkan pada basic services, maka mereka tidak mahu menggunakan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Saya siap selesai menjawab dahulu Yang Berhormat. Mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan ini. Ini adalah sebahagian daripada business model. Misalnya kalau di Singapura, mereka juga ada LCCT, Tiger Airways pun mereka juga tidak pakai aerobridge. Oleh kerana itu, dia kata dia punya business model, LCC punya business model. Walaupun kalau mereka terbang ke negara- negara lain, di Londonkah atau di negara lain, mereka dikenakan syarat oleh destinasi tersebut, airport tersebut untuk mendapatkan aerobridge tetapi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta tanya sedikit. Siapa yang tidak mahu menggunakan aerobridge? Bussiness modelkah, apa, siapa yang tidak mahu guna? Pelanggan, orang awam tidak mahu menggunakan convenient ini ataupun syarikat yang dikawal oleh si Tony Fernandes ini? Itu yang kita hendak tahu...

Ini adalah...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kalau syarikat tidak mahu guna, saya rasa kementerian tidak perlu mengambil kira.

Ya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang pentingnya orang awam pengguna, rakyat Malaysia yang perlu menggunakannya, mahu guna, mereka mesti diberikan peluang dan hak untuk menggunakannya, aerobridge ini. Ini kerana lapangan terbang ini dibina oleh siapa, AirAsia, si Tony Fernandes? Bukan. Dibina oleh wang rakyat. Kita semua ini. Dibina oleh kita semua. Bukan oleh si Tony Fernandes ini seperti LCCT. Sebanyak RM250 juta, duit yang dibangunkan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oleh siapa?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oleh...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Kalau boleh, duduk Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya.

Tuan Pengerusi

Cara Yang Berhormat berbahas itu seolah-olah personal. Sebut nama orang sebegitu. Kalau saya boleh faham apa yang disebut oleh Menteri, perbezaan dia ialah ini AirAsia low budget. Kalau dia low budget antara lain business plan ialah tidak pakai aerobridge. Kalau dia aerobridge seperti business lain maka tiket itu harga tinggilah seperti penerbangan yang lain. Jadi, makanya yang membebankan juga adalah rakyat. Itu maksud dia Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Jadi, apabila berbahas ini kita sendiri pandai read between the lines, into the answer. Bukan apa yang terfikir, apa yang kita mahu cakap itu kita hujah. Kerana kalau kita mahu menghabiskan masa Yang Berhormat, bagus lagi saya yang berhujah selalu. Lebih syok pasal saya yang berkuasa. Jadi, setiap kali ada Yang Berhormat melanggar peraturan saya tegur...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Biar kita terlambat saya bertanggungjawab.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Bolehkah begitu?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Masalahnya... tidak faham.

Tuan Pengerusi

Masalahnya di sini bukan Tony. Masalahnya di sini Ahli-ahli Yang Berhormat tidak pandai memahami cara-cara perbahasan dalam Parlimen. Tolonglah Ahli Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasihlah. Sebab itulah kita perlu Tuan Pengerusi di atas sana. Apa yang penting Tuan Pengerusi, kerana model low cost ini, kenapakah model low cost business nya ataupun business modelnya tidak diguna pakai di Singapura, tidak diguna pakai semasa mereka turun di Chiang Mai, di Phuket, London, Gold Coast, Melbourne, di negeri-negeri yang lain, kenapa? Yang itu yang penting. Kalau business model itu adalah business model yang tepat, yang boleh diguna pakai di luar negeri semua tidak apa, kita terima pakai juga di sini. Akan tetapi model ini cuma boleh pakai di dalam Malaysia, di mana satu syarikat airlines, sebuah syarikat yang kucing kurap ini boleh memberi arahan kepada MAB.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Guna ini! Mana boleh Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Apabila kita seorang Ahli Yang Berhormat berhujah, kita harus bayangkan kepada siapa yang mendengar bahawa kita itu juga perlu dihormati. Itulah maka kita panggil Yang Berhormat. Honorable gentleman, Ahli-ahli Yang Berhormat. Apabila sudah kita berhujah selepas itu melemparkan hujah, orang yang kita tuduh itu tidak dapat membela diri, itu mencerminkan apa kepada diri kita Yang Berhormat? Tadi sudah saya sebut jangan sebut nama si Tony, si Tony. Sekarang pula kucing kuraplah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tidak sebut, tidak sebut Tony pun Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Jadi macam ini Ahli Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya kata airlines yang kucing kurap sahaja. Tidak sebut nama pun.

Tuan Pengerusi

Sudahlah Yang Berhormat, sudah. Menteri, boleh Menteri teruskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebab Tuan Pengerusi telah memberi nasihat, saya pun minta kebenaran nasihat itu.

Tuan Pengerusi

Sudahlah Yang Berhormat, kerana orang di luar sana Yang Berhormat setiap hari juga melihat cara kita berbahas.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Memang saya tahu.

Tuan Pengerusi

Semua hujah yang kita lemparkan. Mereka juga menilai kita.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, bila Tuan Pengerusi menasihatkan saya, saya telah berhenti menggunakan nama. Saya kata yang... itu Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Selepas itu kucing pula keluar... [Ketawa] Jadi, kalau nama saya tidak benarkan, kenapa kucing pula dikasi campur aduk? Lagi saya tidak hendak.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa] Bukan kepada orang. Saya kata kepada airlines itu.

Tuan Pengerusi

Sudahlah Yang Berhormat Wangsa Maju, sudahlah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri teruskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

Tuan Pengerusi

Menteri sudah faham pun Yang Berhormat. Sila.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Business model, kenapa tidak boleh diguna di Amerika Syarikat, tidak boleh guna di London, tidak boleh diguna di Chiang Mai, Singapura dan sebagainya. Terima kasih

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah katakan tadi bahawa sepertimana juga di Singapura, Tiger Airways pun mengguna LCCT nya sendiri yang tidak memakai aerobridge. Ini adalah business model bagi syarikat- syarikat penerbangan low cost.

Cuma apabila dia pergi kepada negara-negara lain, dia juga tertakluk kepada peraturan-peraturan di negara tersebut. Kalau Tiger Airways datang sini pun, kalau kita mensyaratkan dia kena landing di terminal dua...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kenapa kita tidak boleh buat peraturan Yang Berhormat?

Ya?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kenapa kita tidak boleh buat satu peraturan? Gunakan aerobridge, full stop. Kenapa negara lain Singapura, Thailand, UK, Australia dan sebagainya boleh keluarkan peraturan, kenapakah Kementerian Pengangkutan kita takut langsung, kenapa takut? Keluarkan satu peraturan, full stop. Orang awam, orang cacat, orang tua tidak ada masalah.

Akan tetapi Yang Berhormat boleh... sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah pun banya berhujah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Takutkah?

Saya hendak kata di sini bahawa tiap-tiap airport, there will be no meaning to any airport if there is no user. Kalau tidak ada orang yang mengguna, tidak ada guna airport tu. Dia adalah sinergi antara operator airport dengan juga syarikat pengendali penerbangan. Jadi, kalau tidak ada persetujuan di antara pengendali airport dengan syarikat penerbangan saya fikir ianya akan menyebabkan business tersebut tidak dapat berjalan dengan baik. Boleh menimbulkan masalah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, ultimate nya siapa yang jadi pelanggan kepada MAB ini, siapa? Siapa yang bayar semua ini, cukai airport tax, siapa yang bayar cukai ini? Syarikat airlines bukan?

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan lagi berbahas cara Parlimen.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, no saya minta penjelasan, sebab daripada situ kita perlu meneliti Tuan Pengerusi, kita perlu meneliti siapa yang jadi pelanggan kepada MAB. Rakyat atau airlines. Airport tax siapa yang bayar? Airport tax yang untuk untraveled passenger pun tidak dibayar oleh AirAsia RM6.98 juta. Itu pun satu isu. Untraveled passenger! Airport tax yang dibayar untuk siapa? Untuk MAB. Kalau mereka tidak travel maka AirAsia perlu refund. Akan tetapi sekarang kementerian Yang Berhormat sendiri...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Setahun baru jawab.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju, bolehkah kita maju?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Memang kita akan maju... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Boleh kita maju ke hadapan. Kalau Yang Berhormat berhenti dengan isu itu, sudah banyak kali dihujah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, Yang Berhormat Menteri tidak jawab.

Tuan Pengerusi

Kalau tidak Yang Berhormat, kalau tidak Yang Berhormat jangan menyesal kalau saya halau Yang Berhormat. Tolonglah Yang Berhormat. Jangan memaksa saya membuat tindakan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi saya memang amat takut benda ini.

Tuan Pengerusi

Menteri sedang menjawab lagi Yang Berhormat. Saya tahu apa Yang Berhormat mahu jawapan. Jawapan itu ialah Menteri bilang, okey bahawa saya akan buat aerobridge.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baru Yang Berhormat mahu duduk. Begitukah cara dia? Begitukah cara Parlimen berbahas? Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya fikir saya tidak perlulah lagi memanjangkan isu tersebut. Terutama perkara ini telah pun juga dijawab sebelum ini. Kita telah pun, we are very transparent about this. Saya katakan tadi bahawa pembinaan ini LCCT ini adalah memenuhi keperluan syarikat operator. Kalau dia tidak mahu pakai macam mana Yang Berhormat hendak ini. Hendak suruh dia pasang juga? Jadi ini satu perkara yang saya fikir...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Peraturan...

Yang Berhormat harus bersikap wajar sedikit dalam soal ini. Yang Berhormat Kinabatangan ada membangkit beberapa isu. Di antaranya ialah berkaitan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Untuk makluman Yang Berhormat memang projek tersebut agak sedikit terlewat khususnya Airside Jobs yang dijangka akan siap pada 30 April 2012. Lanjutan masa ini adalah diberi berdasarkan kepada beberapa alasan-alasan yang telah pun kita pertimbangkan sewajarnya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri tidak memberikan jaminan soal keselamatan. Bagaimana...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Pengerusi, ini soal Kota Kinabalu International Airport bukan soal Kota Melaka.

Tuan Pengerusi

Tidak apa Yang Berhormat, boleh mencelah, mencelah di kementerian yang berikutnya nanti.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Oleh kerana ini perkara dengan kawasan saya.

Tuan Pengerusi

Dengar dulu Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey.

Tuan Pengerusi

Di kementerian yang berikutnya nanti, saya akan hadkan masa kepada lima minit seorang. Boleh? Kasi panjang sahaja pengangkutan ini. Pengangkutan ini kasi panjang. Jadi, lima minit saya kasi pada kementerian yang berikut dan tiga minit lagi kepada kementerian yang berikut. Pasal saya mahu on time. Sila.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Pengerusi, boleh Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat. Sudah kasi tahu juga, saya beritahu tadi...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

...Bahawa kementerian yang berikut lima minit, yang berikut lagi tiga minit.

Tiada peluang tadi cakap.

Tuan Pengerusi

Boleh? Tidak ada problem. Sila.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini kawasan saya Tuan Pengerusi. KKIA ini lambat, alasan-alasannya, saya minta sedikit penjelasan. Apa jenis alasan yang dibagi sebab kelambatan penyiapan landasan lapangan terbang ini? Sebab banyak dikatakan masalah kontraktor itu tidak ada duit. Betul atau tidak?

Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat kita telah membentangkan berkali-kali tentang isu kelewatan KKIA ini.

Bagi pakej pertama iaitu terminal sudah pun siap 100 peratus, yang belum siap itu adalah airside ataupun pakej kedua iaitu melibatkan runaway dan taxiway. Ianya berkait rapat dengan..., sepertimana Yang Berhormat pun sendiri maklum bahawa this is the construction in the life airport iaitu airport yang sedang beroperasi.

Jadi memang banyak kekangan-kekangan, itu satu. Kedua, adalah juga berpunca daripada masalah land acquisition yang berlaku khususnya di hujung, berkaitan dengan RSTC Land yang telah pun menjadi satu isu sekian lama dari segi pengambilan tanah tersebut. Ketiga, adalah juga berkaitan dengan masalah pembinaan satu untuk lighting di muara Sungai Petagas yang pada mulanya kita terpaksa buat kajian alam sekitar untuk membolehkan ianya dapat mematuhi peraturan alam sekitar. Jadi perkara ini yang telah melambatkannya. Dan untuk makluman Yang Berhormat, memang kontraktor ini telah diberikan jadual semula dan setakat ini masih lagi melihat bahawa beliau berkemampuan untuk menyiapkan lapangan terbang tersebut. Yang Berhormat Kinabatangan juga ada membangkitkan tentang dengan lapangan terbang...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya satu sahaja? Boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi, sebab tadi saya tidak sempat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya hendak tanya apakah keperluan, syarat- syarat atau kriteria yang satu lapangan terbang dikatakan antarabangsa atau local airport, dan di Malaysia ini berapa lapangan terbang yang betul-betul bertaraf antarabangsa? Ini sudah menjadi satu, selalu kita diminta oleh para pelancong, adakah Batu Berendam Airport bertaraf antarabangsa atau tidak? Apakah international flight yang dapat disediakan? Sebab itu kita tidak dapat memberikan satu jawapan yang baik, minta Timbalan Menteri terangkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, untuk sesebuah penerbangan airport tersebut dikenal sebagai syarikat antarabangsa ialah apabila terdapat kemudahan-kemudahan bagi penerbangan antarabangsa. Ada syarikat yang mengadakan penerbangan ke luar negara, ada CIQ atau ada kemudahan-kemudahan yang diwajibkan untuk mengadakan perkhidmatan antarabangsa. Setakat ini, KLIA, KLIA 2 dan juga Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Penang adalah merupakan airport-airport di negara ini yang diklasifikasikan sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dalam kes di Melaka, mereka sudah pasang antarabangsa, sebenarnya itu hanyalah lapangan terbang Melaka. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, banyak juga inisiatif yang telah dibuat, misalnya untuk membawa masuk pelancong-pelancong, medical tourism menggunakan syarikat penerbangan dari Indonesia, syarikat Wings yang telah pun beroperasi di situ. Baru-baru ini pun Kerajaan Negeri Melaka ada mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan FireFly dengan Melaka Air untuk mengadakan penerbangan ke beberapa destinasi di Medan, Indonesia. Jadi ini adalah you can call it anything lah, yang penting di situ adalah kemudahan CIQ. Yang Berhormat Kinabatangan ada membangkitkan tentang isu keselamatan rel yang berlaku di Sabah baru-baru ini, memang ini adalah sesuatu yang amat kita kesali dan kita amat tidak berpuas hati dan tidak gembira. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, berkaitan dengan pengangkutan rel di Sabah ini adalah di bawah kawal selia kereta api negeri Sabah yang dipunyai oleh kerajaan negeri dan mereka adalah bertanggungjawab dalam soal untuk menentukan sama ada lintasan rata tersebut ditutup tetapi memanglah banyak illegal crossing yang diwujudkan di situ. Yang Berhormat Putatan pun kadang-kadang ada juga membangkitkan isu-isu ini. Saya pun tidak tahu apa yang penting di sini, sama ada keselamatan ataupun suara rakyat. We have to strike the balance, Yang Berhormat sila.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Walaupun saya tidak sentuh perkara yang terkeluar daripada perbahasan Yang Berhormat Kinabatangan tadi, saya telah pun juga bertanya pada minggu lepas soal penyiasatan yang dijalankan oleh pihak kementerian.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini kerana pemantauan ini tetap dalam..., pemantauan dari segi keselamatan itu memang dalam tangan kementerian Tuan Pengerusi. Walaupun dikatakan oleh Menteri tadi, pemilik kereta api itu adalah Kerajaan Negeri Sabah tetapi dari segi keselamatan itu, saya rasa dalam tangan kementerian. Jadi soal yang Kerajaan Negeri Sabah cuba hendak menutupkan semua jalan-jalan yang dianggap haram, jadi kalau itu berlaku, maka ini tidak mengikut slogan “Rakyat Didahulukan” sebab jalan-jalan laluan lintas landasan kereta api itu memang wujud, lebih daripada 50 tahun yang lalu. Jadi kalau sekiranya berhasrat untuk menutup jalan-jalan itu, kerajaan mesti ada jalan alternatif ataupun yang dijanjikan semasa dahulu Tuan Pengerusi, dikatakan kereta api di Sabah ini adalah kereta api yang termoden, memerlukan GPS, alarm system dan sebagainya. Sebelum train itu datang, lintasan itu akan automatik ditutup, bunyi bell dan sebagainya dengan menggunakan GPS, dengan CCTV dan sebagainya. Itu dahulu janji daripada KTM tetapi apa jadi sekarang? Jalan susur tidak ada. Bila saya tanya jawapannya peruntukan tidak ada, Kerajaan Negeri Sabah terpaksa memohon daripada pihak kementerian, apa sudah jadi? Setengah bilion duit itu ke mana? Tuan Pengerusi, pondok- pondok yang menjaga jalan itu, jadi gajah putih, tidak ada guna, tidak ada orang jaga, tidak dipakai, saya rasa sukar untuk ditutup kerana ini jadi isu. Jadi minta Menteri ini, sahabat yang baik, orang yang handsome Tuan Pengerusi, dapat jawapan yang handsome juga kepada saya.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Putatan, seperti mana yang saya katakan tadi bahawa bidang kuasa dalam soal bukan sahaja operasi tetapi juga keselamatan ini adalah tertakluk di bawah Kerajaan Negeri Sabah. Mereka mungkin boleh memohon peruntukan-peruntukan tertentu untuk meningkatkan keselamatan di situ, misalnya mengadakan pagar-pagar ataupun menutup lintasan rata. Walaupun memang penutupan lintasan rata ini adalah sesuatu yang tidak popular, tetapi kadang-kadang apa yang berlaku baru-baru ini adalah merupakan satu wake up call kepada semua. Kita harus berfikir apakah yang penting...

Kadang-kadang kalau kita adakan pagar pun, mereka juga gunting pagar dan ini berlaku. Sebab itu kalau di negeri China, khususnya di kawasan-kawasan tertentu, mereka menggunakan tembok tetapi menggunakan tembok ini melibatkan kos yang besar.

Yang Berhormat, boleh? Yang Berhormat, walaupun kawasan ini kawasan Putatan tetapi rumah saya dekat dengan railway di Kota Kinabalu. Yang Berhormat, tadi persoalan dia antara Yang Berhormat Putatan dengan Timbalan Menteri, sama ada laluan itu ditutup kepentingan orang ramai rakyat Yang Berhormat Putatan dan sebagainya. Yang Berhormat, saya ingin mengusulkan di sini, untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang panjang, rel itu perlu diangkat seperti apa yang kita dapati di Kuala Lumpur supaya laluan itu bebas. Persoalannya adalah ongkos, tetapi senang sahaja, kita tahu bahawa peruntukan MRT yang dibentangkan di Parlimen ini RM40 bilion. Kenapa tidak ambil RM1 bilion untuk membantu rel-rel di Sabah supaya rel dari Tanjung Aru ke Kinarut itu diangkat, selesai semua masalah. Kenapa tidak di Sabah ini fixed deposit, bagilah deposit RM1 bilion, bantulah railway di Sabah ini, terima kasih Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Beliau adalah bekas Menteri infrastruktur Sabah yang juga bertanggungjawab mengawal selia kereta api di negeri Sabah. Cadangan beliau itu memang ada asasnya tetapi ini bergantung kepada keputusan kerajaan.

Memang kalau diadakan aerobridge ataupun flyover. Mungkin itu adalah lebih baik kerana ianya akan dapat meningkatkan keselamatan khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai high density. Cadangan beliau itu kita akan bawa, mungkin Negeri Sabah sendiri haruslah juga membuat perancanganlah Yang Berhormat.

Terima kasih. Yang Berhormat Kota Raja ada bangkit berkaitan dengan masalah feeder bus di stesen komuter di kawasan kediaman. Untuk makluman Yang Berhormat, laluan yang dibuat oleh pengendali adalah... Ini untuk makluman Yang Berhormat sememangnya kita, sebenarnya ini adalah merupakan bidang kuasa SPAD. SPAD sudah pun diberikan kuasa untuk mengawal selia berkaitan dengan pengangkutan awam ini. Jadi, kita akan menyampaikan cadangan Yang Berhormat itu kepada SPAD. Demikian juga Yang Berhormat ada bangkit berkaitan dengan laluan LRT yang tidak selamat dan berlaku gegaran. Memanglah isu ini adalah merupakan kemudahan yang disediakan yang merupakan tanggungjawab Prasarana dan kita akan mengambil maklum pandangan Yang Berhormat dan akan menyalurkan maklumat ini kepada pihak Prasarana berkaitan dengan isu yang telah Yang Berhormat bangkitkan tadi tentang soal keselamatan tersebut. Yang Berhormat Kota Raja juga ada sebut berkaitan dengan...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada isu yang Yang Berhormat Kinabatangan soal MAS dengan AirAsia ini.

Itu saya akan jawab Yang Berhormat. Saya akan jawab.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Sebab ini soal Kesatuan Pekerja-pekerja MAS yang ditindas, mungkin ditindas oleh pengurusan baru.

ya, berkaitan dengan...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Berdiri]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Berdiri]

...Apa yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan kerjasama CCF ini ataupun comprehensive collaboration framework di antara MAS dengan AirAsia. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang saya ingin nyatakan di sini bahawa keputusan ini adalah dibuat oleh shareholders MAS. Shareholders MAS ialah Khazanah dan saya percaya mereka membuat keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada business decision. Pokoknya di sini yang saya ingin nyatakan bahawa MAS telah pun mengalami kerugian dan apabila mengalami kerugian kerajaan harus mengambil tindakan-tindakan tertentu...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Untuk melakukan usaha-usaha supaya ianya tidak menghadapi masalah yang lebih besar. Itu adalah asas bagi CCF ini. Walau bagaimanapun, keputusan ini adalah dibuat oleh shareholders MAS dan saya percaya mereka yang duduk di dalam Khazanah ini adalah orang-orang yang memang berkebolehan. Mereka adalah...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Fuh.

...Profesional-profesional...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Cambridge dan Oxford.

...Sudah tentulah apabila mereka membuat keputusan ini di atas pertimbangan-pertimbangan perniagaan. Walau bagaimanapun, kita berharap...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Menteri. Kami faham. Kami faham soal yang membuat keputusan ini orang-orang yang di atas. Yang ada kepentingan-kepentingan dalaman. Saya minta maaf. Baru-baru ini saya dan rakan-rakan saya berjumpa dengan ahli-ahli Kesatuan Pekerja MAS ini.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Masalah tekanan oleh pengurusan baru ini terutama sekali arahan sendiri daripada Pengerusi AirAsia yang agak menekankan kakitangan-kakitangan MAS supaya berbuat atas arahan beliau. Satu insiden yang baru-baru ini yang saya balik dari penerbangan dari KL ke Kota Kinabalu. Malangnya kami tidak dapat landing di Kota Kinabalu kerana keadaan cuaca. Terpaksa divert pergi Brunei dan kami telah disimpan di dalam pesawat itu selama satu jam setengah. Tidak dapat keluar sebab arahan daripada atas. Kita tahu kalau kita turun, kosnya meningkat. Jadi, inikah satu pengurusan yang berjimat cermat, menyeksa penumpang? Tidak bolehkah pergi waiting lounge, bagi rest kepada penumpang- penumpang supaya dapat beredar apabila pesawat itu ataupun keadaan cuaca di Kota Kinabalu bertambah baik. Ini satu tekanan daripada pihak-pihak pengurusan AirAsia ini. Saya rasa Yang Berhormat patut kaji apa yang berlaku dengan ataupun berjumpa ataupun buat satu perjumpaan dengan ahli-ahli kesatuan ini supaya dapat memberitahu siapa yang sebenarnya culprit dalam kerugian MAS ini. Dalam pemahaman saya Tuan Pengerusi, AirAsia taking more advantage in MAS kerana kami difahamkan dia berhutang dengan Singapura, di Hong Kong berhutang, tidak bayar. Tidak bayar. Jadi, dia mahu pakai kemudahan di MAS ini untuk membuat hutang lagi.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Betul.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi, mintalah kalau Yang Berhormat buat satu penyiasatan dan kajian soal apa yang berlaku dengan pengurusan MAS sekarang ini, Yang kepentingannya perniagaan dalaman itu. Sudah, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak sentuh sikitlah tentang jawapan itu. Lagi sekali saya minta Tuan Pengerusi jangan marahlah dengan saya ya. Pasal jawapan itu bagi saya bila dia menjawab keputusan itu dibuat oleh Khazanah. Khazanah itu siapa? Terus teranglah kita kata ini merupakan keputusan kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional setelah menghadapi kerugian yang begitu banyak di dalam MAS, membenarkan perkara ini berlaku dan apa yang saya nampak wakil rakyat daripada Barisan Nasional semua hendak marah pada Tony Fernandes, Tony Fernandes. Akan tetapi dia tidak buat keputusan. Bukan dia yang buat keputusan. Yang buat keputusan itu siapa? Mengapa ianya dibenarkan? Inilah persoalannya. Kalau betullah kiranya ia merupakan satu keputusan yang menguntungkan rakyat, saya minta Menteri ataupun Timbalan Menteri bagi pihak kerajaan mempertahankan keputusan itu. Jangan mengatakan “Oh ini keputusan Khazanah.” Itu hendak silap mata, taici. Khazanah is under the government. The government has to answer. Jangan hendak marah-marah Tony Fernandes. Apa yang dia boleh buat kalau tidak ada keputusan dan sokongan daripada pihak kerajaan?

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Timbalan Menteri sila perjelaskan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat. Menteri-menteri, sebelum saya panggil kepada Ahli Yang Berhormat seterusnya berucap. Sepanjang ingatan saya, isu ini telah pun dijawab oleh kementerian yang berkenaan iaitu Kementerian Kewangan. Di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ialah kalau ada insider trading yang dianggap melanggar peraturan, disiasat. Sekarang pula yang ditanya Kementerian Pengangkutan yang menjawab dengan secara yang boleh mereka jawab. Lagi isu dibangkitkan. Lagi nanti ada seorang wakil rakyat bangkitkan. Jadi, dalam berbahas Ahli Yang Berhormat, kalau kita patuhi perbahasan untuk menjimatkan masa jangan berulang-ulang isu yang telah pun dijawab oleh kerajaan kerana apabila kita berbuat begitu, cara Yang Berhormat Shah Alam berucap elok. Kalau di luar, baik. Kalau di pentas political ceramah, cantik didengar. Orang akan bersorak sampai lima minit...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa]

Tuan Pengerusi

Akan tetapi dalam Dewan ini tidak ada yang bersorak. Yang kita dapat ialah resistant daripada sebelah dan Tuan Pengerusi punya darah naik meloncat...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Pengerusi

Jadi, tolonglah Ahli Yang Berhormat. Fahamilah yang itu. Fahamilah itu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa] Amat faham.

Tuan Pengerusi

Itulah saya kata. Tinggalkan perkara politik di luar sebelum masuk. Bahas dengan baik.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Insya-Allah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat. Siapa Yang Berhormat mahu? Indera Mahkota atau Silam? Yang Berhormat Silam.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Baik ini yang sebenarnya kita boleh bersetuju untuk kebaikan semua pihak namun sebagai kita pernah mengalami dalam suasana apabila kita bekerja dalam sebuah agensi yang tidak ditadbir secara langsung oleh kerajaan, jadi, kerisauan para pekerja terutamanya kakitangan Malaysia Airlines. Saya satu ketika pernah menjawat, bertugas di Malaysia Airlines dan concern ini yang paling penting ialah kalaupun inisiatif yang dibuat oleh kementerian, kerajaan, Khazanah dan pihak-pihak yang terlibat untuk memperbaiki pengurusan penerbangan negara kita ini.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang paling penting ialah biarlah keputusan yang diambil ini kedua-dua belah pihak akan mengambil keuntungan itu, kemenangan bersama. Baik dari segi industri penerbangan itu atau pun yang menjadi pekerja dalam bidang tersebut. Ini kerana apa pun dalam keadaan ini kita tidak mahulah kita asyik, saya bersetuju dengan Tuan Pengerusi, apa pun kita tidak mahu menyalahkan sesiapa. Namun yang paling penting ialah biar nanti keputusan yang dibuat ini benar-benar tiada kerisauan atau pun tidak akan berlaku perbalahan atau pun benda-benda yang tidak baik di negara kita ini. Ini kerana concern ini, kita perlu mewakili masyarakat setempat dan kita mahu supaya mereka pun ada anak, keluarga dan sebagainya. Jadi, perlu ada perhatian yang sewajarnya daripada kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan urusan perjalanan yang berhubung kait dengan sistem perindustrian penerbangan di negara kita ini ditadbir dengan baik. Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, soalan yang sama. Saya hendak tambah sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya tertarik dengan jawapan Timbalan Menteri di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan shareholders telah setuju atas penukaran saham MAS dan AirAsia. Masalahnya shareholders bukanlah 100 peratus dipegang oleh Khazanah. Khazanah cuma memegang 60 peratus sahaja. Sebanyak 40 peratus lagi tidak ada apa-apa keputusan kerana tiada EGM lagi dipanggil oleh MAS. Itu satu fakta. Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa MAS mengalami banyak kerugian. Benar, tetapi sebelum atau pun semasa Tan Sri Aziz menjadi MD kepada MAS, MAS mendapat keuntungan yang besar, masih boleh ada sinking fund sebanyak RM2 bilion. Selepas itu semua koyak. Sampai hari ini berapa MD telah bertukar? Lima MD telah ditukar. Kita tukar doktor, ubat yang sama. Sakit kaki diubat kepala, sakit kepala diberi ubat kaki. Itulah masalahnya. Masalah di MAS adalah apa? Kebocoran sistem untuk mengawal kebocoran iaitu plug the loophole. Akan tetapi mereka tidak mampu hendak plug kebocoran kerana semua ini terlibat. Ini seperti Alwafeer Air. Sebelum menandatangani telah mengecat kapal terbang untuk Alwafeer Air, habis berjuta-juta ringgit.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebelum mendapat AOC telah menandatangani List Rental Agreement dan juga bila menandatangani rental agreement Alwafeer Air ini, apa berlaku? Mendapat nasihat daripada profesional dalam MAS menentang perjanjian ini dan menasihatkan pengurusan MAS pada masa itu jangan kerana Alwafeer Air ini masih tiada Air Operation Certificate (AOC). Akan tetapi mereka masuk juga tandatangani. Hantar kapal terbang, tiba-tiba dalam tiga bulan, mudah, tidak boleh terima rental agreement berjuta-juta ringgit. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri baru memberi jawapan di sini MAS telah rugi RM60 juta, Alwafeer Air ini. Akan tetapi saya percaya lebih daripada RM60 juta. Sekurang-kurangnya RM150 juta kerana ada kos yang lain. Sampai pramugari kita ada masalah di situ, tidak mendapat gaji. Izinkan saya menyatakan di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak mereka dalam kesusahan, pramugari kita di Arab Saudi sekarang ini. Mereka dalam kesusahan, mereka sudah menjadi pekerja part time malam. Kerja malam tahu tidak? Kalau saya cakap lagi kasar. Sudah jadi pelacur di sana. Saya mendapat aduan daripada pilot-pilot ini. Pilot pun tidak mendapat gaji. Yang Berhormat Timbalan Menteri kena sedar, kena jaga rakyat kita. Oleh kerana pajakan rental agreement Alwafeer Air ini, mereka dalam kesusahan, kegelapan. Apakah tindakan telah diambil? Jangan cakap di sini RM60 juta sahaja. Masalah di MAS bukan pengurusan, bukan soal MDA kah, MDB kah, MDC kah MD yang ada qualification Cambridge University, Oxford University. Itu bukan satu persoalan. Masalahnya kebocoran. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan di sini apakah tindakan yang diambil untuk to plug the kebocoran, the leakages dan juga jangan lupa soal DCA mengeluarkan AOC kepada AirAsia X selepas RAS. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, saya hendak buat satu laporan dahulu. Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat menjawab dalam apa cara sekali pun tetapi mesti berakhir kementerian ini pada pukul 6.30 petang kerana selepas ini kita ada dua jam lagi. Pukul 6.30, 7.30, 8.30, kita ada empat jam. Selepas itu 8.30 sampai 10.30. Ada lagi dua kementerian selepas kementerian Yang Berhormat. Jadi saya berfikir, tadi saya kira. Bagi kementerian selepas Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya mahu selesai dalam dua jam. Maka, saya jemput cuma enam orang sahaja berbahas. Sepuluh minit seorang, bermakna kalau enam orang 60 minit. Tiga daripada BN kalau ada yang berminat dan tiga daripada pembangkang. Selepas itu saya mahu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Kementerian berikutnya iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga ada dua jam. Satu jam Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, sejam berbahas. 10 minit seorang dan untuk enam orang. Faham itu semua? Okey, kalau faham jangan lagi mencuri masa yang telah saya tetapkan. Ini kerana apabila Yang Berhormat buat itu yakin dan percaya saya akan rehatkan Ahli Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, 6.30...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya ...

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah lama. Saya tidak mengganggu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berdiri untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri tengok saya sebab ada satu perkara. Kalau tidak tanya, saya tidak boleh tidur malam ini. Boleh? Setengah minit. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya tidak hendak buat spekulasi. Cuma, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada jawapan hari ini pun tidak apa tetapi saya mohon kemukakan kepada saya secara bertulis sekiranya tidak boleh dijawab pada masa yang ditetapkan. Saya hendak tanya daripada peringkat tadi tetapi saya tidak diberi kesempatan untuk mengemukakan soalan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya dapati ada tiga item yang agak besar juga di bawah program khusus. Saya hendak penjelasan daripada kementerian. Bagaimana Kementerian Pengangkutan boleh diklasifikasikan meminjam wang dengan Kerajaan Persekutuan sehingga ada item pembayaran balik kepada pinjaman Kerajaan Persekutuan atas program apa, bila dibuat kerana kalau saya makan, tahun-tahun lepas pun sudah ada jumlah pembayaran balik Kementerian Pengangkutan kepada Kerajaan Persekutuan ada diletakkan. Sekarang ini diletakkan di bawah program khusus. Saya agak keliru kerajaan meminjam dan bayar balik kepada kerajaan sendiri dan diletakkan dalam anggaran belanjawan. Bukannya diletakkan di bawah hasil ataupun pendapatan sebab membayar balik ini maknanya pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan tetapi diletakkan sebagai perbelanjaan untuk kementerian Yang Berhormat. Saya hendak tahu pinjaman apa dan apakah projek khusus yang dibuat atas pinjaman ini? Kalau ada tidak apa, kalau tidak pun jawapan bertulis pun tidak apalah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, soalan Yang Berhormat itu terlalu spesifik. Saya akan berikan secara bertulislah sebab saya tidak ada maklumat itu.

Saya ingin kembali kepada CCF ini. CCF ini sebenarnya telah pun dijawab dengan panjang lebar oleh Kementerian Kewangan pada 4 Oktober 2010. Perbincangan tentang perkara ini telah pun dibuat dengan begitu terperinci dan jawapan-jawapan pun sudah diberi cuma mungkin ramai yang tidak setuju. Itu perkara biasa sebab keputusan telah dibuat dan keputusan ini adalah keputusan kerajaan melalui pertimbangan-pertimbangan yang dibuat oleh Khazanah sebagai salah satu pemilik saham. Apabila mereka membuat keputusan tersebut adalah mengambil kira tentang situasi-situasi semasa. Tidak mungkin kerajaan membuat keputusan sekiranya tidak ada masalah. Ada masalah kita kena cari penyelesaian. Masalah yang timbul adalah masalah kerugian yang ditanggung oleh MAS dan saya difahamkan bahawa ia berkait rapat walaupun banyak tuduhan-tuduhan tentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya itu saya tidak boleh verified tapi apa yang saya diberitahu kerugian ini adalah berkait rapat dengan kenaikan kos bahan api yang telah pun meningkat sebanyak lebih kurang 41 peratus. Disebabkan itu Malaysia Airlines menanggung kerugian untuk first quarter pun RM242 juta. Second quarter, RM527 juta. Firefly dalam sembilan bulan pun Firefly jet pun mengalami kerugian RM47 juta. Jadi akibat daripada masalah ini kerajaan harus buat keputusan dan saya percaya Khazanah mempunyai tenaga profesional yang berkebolehan untuk nilai sama ada apa tindakan yang perlu dibuat. Salah satu tindakan yang mudah ialah kerajaan terpaksa mungkin inject fund tetapi itu bukan satu penyelesaian yang kita kehendaki kerana kita mahu mereka menyelesaikan secara commercial decision...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Akibat daripada itu CCF ini dilaksanakan. Memang ianya saya sedar tidak popular dan banyak tanggapan-tanggapan serta persepsi- persepsi tetapi kita berharap, kementerian berharap bahawa CCF ini akhirnya akan dapat menolong syarikat penerbangan kita bukan sahaja MAS tetapi juga AirAsia. Saya hendak beritahu, AirAsia ini sendiri pun sebenarnya kerajaan, EPF pun ada 10.36 percent. Khazanah sekarang sudah ada 10 percent. So, sudah ada 20..., 3.07 percent yang related to the government. Apabila kes ini dibawa ke pengetahuan umum, pihak Security Commission pun telah membuat siasatan dan kita tunggulah hasil siasatannya walaupun sebenarnya CCF ini share swap ini telah pun diluluskan oleh BSKL dan PAC pun sudah dimaklumkan. Kita tunggulah apa siasatan PAC dan jika ada agensi- agensi lain lagi yang ingin menyiasat, SPRM kah ataupun agensi-agensi lain mereka boleh membuat siasatan kerana...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat boleh sedikit?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Saya percaya jika ada salah laku ia tidak akan disembunyikan. Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Adakah Yang Berhormat, ya. Penjelasan. Adakah jaminan dalam jangka satu tahun, dua tahun akan datang ini tidak akan ada bill out ataupun tambahan peruntukan daripada kerajaan untuk memastikan duit rakyat tidak lah diguna dengan menggunakan kaedah yang Yang Berhormat bentangkan ini. Kalau tidak ada jaminan, apa harapan masa depan syarikat penerbangan kita? Sebab kalau kita buat yang CCF ini tetapi akhirnya kerajaan kena juga keluar duit, rasa saya bukan satu langkah yang bijaksana.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Soalan yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa saham-saham yang dipegang dalam AirAsia ini adalah EPF dan sebagainya. Itu AirAsia Berhad, ya? AirAsia X Sdn. Bhd. ini adalah satu separate legal entity, dengan izin, ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun amat fasih dalam itu perundangan, ya. Yang Berhormat sedar ataupun tidak bahawa pemegang saham dalam AirAsia X Sdn. Bhd. ini adalah 35 peratus, 35 percent dengan izin dipegang oleh orang asing yang 65 peratus itu adalah seperti orang yang sebagai Kalimullah, Lim Kian Onn, Tan Sri Tony, tidak boleh sebut nama tidak apa. Itu orang-orang yang tertentu, ya? So, sama ada sedar atau tidak ya, dan juga Yang Berhormat ini nampaknya hendak elakkan isu AOC ini, air operation certificate. Jangan lupa ini adalah penting kerana ia akan melibatkan keselamatan pengangkutan udara negara kita seperti juga safety, keselamatan di tarmac bila tidak guna aerobridge. Itu pun tidak jawab. So, harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Kalau tidak kita akan bangkit pula kemudian. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan ada minta saya jaminan. Saya tidak boleh bagi jaminan lah Yang Berhormat sebab ini di luar bidang dan kemampuan saya tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa setakat ini, inilah langkah yang dibuat oleh kerajaan dan kita berharap supaya langkah ini akan dapat sekurang-kurangnya mengembalikan kekuatan MAS dan syarikat-syarikatnya kerana seperti mana yang kita tahu bahawa senario hari ini tidak sama dengan beberapa dekad yang lalu. Hari ini adalah satu masalah yang paling besar ialah masalah kenaikan kos bahan api yang sentiasa meningkat dan ini telah memberikan kesan bukan sahaja kepada Malaysia Airlines, banyak sudah syarikat-syarikat yang bankrap, Japanese Airlines pun sudah bankrap. Kalau tidak silap saya Qantas pun berhadapan dengan masalah dan Air India juga begitu. Jadi ini adalah merupakan satu isu global dan persaingannya pun menjadi satu perkara yang begitu sengit dengan banyaknya, aktifnya perjanjian-perjanjian bilateral di antara negara-negara berkaitan dengan pengoperasian syarikat penerbangan ini maka harga juga adalah merupakan satu masalah iaitu persaingan harga. Syarikat-syarikat yang mempunyai kapasiti yang besar seperti yang berada dari Middle East, Emirates, Etihad dan beberapa syarikat lain lagi mereka ini memang memberikan saingan yang hebat. Oleh sebab itu kita memang menghadapi tekanan. Kita tidak dapat nafikan tekanan ini adalah menyebabkan kita berhadapan dengan macam masalah yang kita perlu hadapi sendiri. Oleh sebab itu saya berharap bahawa CCF ini walaupun tidak popular, tetapi saya berharap ianya akhirnya akan dapat memberikan satu nafas baru kepada MAS. Itu harapan saya. Mungkin Yang Berhormat pun mahu juga menaruh harapan. Kita tidak mahu Malaysia Airlines akhirnya tersungkur kerana ini adalah merupakan khazanah negara kita dan memberikan sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara kita sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan dan itu harapan kita. Oleh sebab itu apa juga tindakan-tindakan kerajaan tidak ada niat lain melainkan adalah untuk membolehkan MAS selanjutnya dapat beroperasi dan tidak perlu menjadi

sebuah syarikat yang bankrap dan masalah-masalah berkaitan dengan kakitangan itu, kita akan mengambil maklum. Oleh sebab itu perhubungan industri di antara majikan dengan kakitangannya itu memang kita harap mereka dapat wujud dengan begitu harmoni supaya mereka dapat menyelesaikan bersama masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia Airlines. Yang Berhormat ada bangkit berkaitan dengan sijil AOC kepada AirAsia X ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pemberian sijil AOC ini ataupun air operator certificate ini adalah merupakan tertakluk kepada kesempurnaan dokumen yang dihantar kepada DCA. Kalau ada permohonan maka kita boleh tengok dan timbang sama ada dia ada kesempurnaan kah tidak dari segi kelengkapan dan kebolehan untuk memohon. Di DCA akan menyemak dan mengaudit permohonan-permohonan sekiranya dokumen lengkap dan sekiranya boleh dikeluarkan dalam tempoh dua bulan. Untuk makluman Yang Berhormat AOC ini juga sebenarnya boleh ditarik balik sekiranya syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh AOC tidak dipatuhi.

Jadi dalam masa kita mahu supaya syarikat penerbangan kita ataupun industri penerbangan kita berkembang pesat, industri pelancongan kita bertambah pesat, maka kadang-kadang jika ada permohonan-permohonan kita juga harus meneliti dan biasanya apabila setelah kita membuat penilaian teknikal perkara ini pun kita rujuk juga kepada Kabinet. Kabinet akhirnya akan membuat keputusan dan pandangan Kabinet itu adalah pandangan kerajaan sama ada, ada keperluan untuk mengadakan satu-satu syarikat penerbangan tersebut.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya amat hairanlah dengan ataupun tertariklah dengan kata atau jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan AOC ini di mana dalam dua bulan AirAsia X ini ditubuh pada 19 Mei 2006 dan 1 Ogos 2006 juga telah dapat AOC atas sumber kewangan mereka dan juga teknikal mereka. Pada masa itu, Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa mereka perlu technical support daripada MAS. Sampai 23 Februari 2007 MAS pun berhenti technical support. Selepas itulah FAX atau Fly Asian Express Sdn. Bhd. pada masa itu telah koyak dengan semua services, perkhidmatannya di Sarawak dan Sabah sehingga semua pihak berkuasa termasuk airport authority, tourism authority ganggu, kompelin buat aduan kepada kerajaan termasuk Ahli-ahli Parlimen di dalam ini juga menentang FAX ini, satu. Kedua yang pentingnya, selepas sudah ada report daripada Fokker yang bertarikh 3 Julai 2007 menyatakan bahawa enam pesawat adalah semua unairworthy di bawah kawalan FAX dan satu pesawat digunakan untuk spare part, canibalised untuk spare part. Jadinya tujuh pesawat semua koyak. Dalam keadaan begitu mereka campak balik RAS kepada MAS, MAS terima dan MAS gunakan wang RM35 juta membayar untuk refurbishment dengan izin kepada ketujuh-tujuh pesawat ini. Dalam masa yang sama kenapakah kementerian ataupun DCA, DCA yang belakang ini. Kenapa tidak ambil tindakan untuk menarik balik sebab atas dua alasan satu, sumber kewangan mereka sama ada kukuh atau tidak dan kedua sama ada mereka ada technical know how atau tidak. Dalam keadaan demikian, menunjukkan bahawa dengan jelas mereka cannibalized pesawat. Itu menunjukkan bahawa FAX atau AirAsia X setelah tukar nama, telah tidak layak memegang AOC ini. Sekurang-kurangnya mesti suspend tetapi tidak suspend. So, bagaimanakah boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan selepas itu memberikan mereka peluang untuk memegang AOC dan memberikan routes lagi 36 routes kepada AirAsia X ini. Itu yang penting, terima kasih.

Sebenarnya saya ingin mengatakan di sini Yang Berhormat Wangsa Maju. Apabila kita menghentikan FAX yang telah diberi selama 13

bulan tersebut. Ia adalah keputusan Kabinet setelah mengambil kira banyak kompelin terhadap perkhidmatan. Dan akibat daripada kompelin itu kita telah pun menamatkan perkhidmatan FAX dan menyerahkan perkhidmatan tersebut kepada MAS yang dipercayai dapat melaksanakan dengan lebih baik disebabkan interlining dan connectivity yang lebih baik. Oleh sebab itu kita memberhentikan konsesi ataupun operation tersebut kepada FAX dan untuk makluman Yang Berhormat, dalam tempoh 13 bulan mereka beroperasi tersebut sebenarnya kerajaan menanggung kerugian dari segi sewa pesawat dan juga kerugian operasi melebihi daripada RM200 juta dan apabila kita serahkan kepada MAS dan ini telah dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan selepas itu kita serahkan kepada MAS dan sekarang ini pun sebenarnya menanggung subsidi ataupun penanggungan kerugian MASWings lebih kurang RM150 juta. Ini adalah merupakan satu perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak iaitu subsidi rural air services bagi membolehkan perkhidmatan bagi mereka-mereka yang ada di luar bandar. Berkaitan dengan pemberian tersebut seperti mana saya telah diberitahu oleh DCA mereka telah pun mengadakan due diligence ataupun inspection dan mereka berpuas hati bahawa AOC boleh dikeluarkan dalam tempoh dua bulan mereka keluarkan. Itu adalah keputusan DCA setelah mengambil kira permohonan dan juga dokumen-dokumen dan juga kemampuan-kemampuannya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sambung tadi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Mengenai Kota Raja. Soalan daripada Yang Berhormat Kota Raja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kinabatangan, Kinabatangan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita ingat di satu ketika di mana kerajaan memutuskan membenarkan AirAsia untuk beroperasi di kawasan-kawasan luar bandar di Sandakan, Lahat Datu dan kerajaan telah menyalurkan lebih kurang RM300 juta kepada AirAsia. Akan tetapi setakat tidak tahu berapa bulan diberhentikan bermakna kita membuang air itu seperti mencurah air ke daun keladi. Habis dituang duit yang banyak ke laut. Tidak pandai serik-serik ini kerajaan ini. Saya tidak tahu apa AirAsia. Apa ilmu Tony Fernandez saya pun tidak tahu. Saya mahu bertanya juga saya punya pertanyaan tadi dan kalau tidak silap Yang Berhormat Timbalan Menteri ada memaklumkan 2009, Airport Sandakan akan dinaiktaraf dengan peruntukan RM120 juta. Tidak tahu sampai ke hari ini pun belum ada juga. Jadi kenapa perkara ini boleh berlaku? Saya pun dapat maklumat iaitu kenapa kerajaan membenarkan Tony Fernandez ini menidakkan hak kesatuan sekerja di AirAsia mana-mana ada staff dia yang hendak mewujudkan kesatuan, dibuang kerja. Dia di luar negara dia bercakap soal kemanusiaan, soal keadilan, mana keadilan yang ada, jadi saya mahu tahu?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri ini berkenaan soalan berhubung dengan Yang Berhormat Kota Raja tadi kerana 6.30 sudah hendak berhenti. Berhubung dengan LRT itu yang dikatakan bahawa soal keselamatan cerun dan sebagainya hendak diserahkan kepada SPAD. Akan tetapi pihak penduduk dan pihak Kota Raja telah pun mengemukakan kajian oleh seorang pakar geologi yang menunjukkan bahawa cerun itu memang tidak stabil dan tidak boleh terjamin kestabilannya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bukan cerita cerun ini cerita AirAsia Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya faham. Ini kerana tadi AirAsia ini masuk semasa saya hendak tanya ini, Yang Berhormat Putatan bangun bertanya tentang AirAsia. Lalu saya hendak minta supaya Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan perhatian pada persoalan ini dan jangan serahkan kepada SPAD semata-mata kerana SPAD seperti dia tidak mahu dengar bantahan yang telah dikemukakan. Kajian yang telah dilakukan seorang pakar, pensyarah

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

dalam bidang Geological Stability Risk Analysis daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan pakar tempatan kita. Dia telah menjelaskan ini tidak selamat tetapi ditolak dengan begitu sahaja. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan perhatian khusus tentang soal LRT, stesen 11 dan 12. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Soalan tambahan sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja.

Terima kasih Yang Berhormat, saya fikir saya telah menjawab banyak berkaitan dengan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sedikit sahaja. Just satu minit.

Saya cuma hendak nyatakan di sini bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah berniat baik. Yang Berhormat saudara daripada Kinabatangan ada menyatakan meminta pandangan berkenaan dengan isu Lapangan Terbang Sandakan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya memang beberapa tahun yang lalu saya ada memberikan jawapan di sini kerana pada ketika itu saya diberitahu bahawa ada wang yang telah diberikan kepada Sabah Corridor sebanyak RM110 juta ataupun RM120 juta. Akan tetapi saya tidak tahu apa berlaku selepas itu cuma saya difahamkan juga bahawa Airport Sandakan itu walaupun mungkin agak usang tetapi ianya masih boleh menampung dari segi jumlah penumpang. Kapasiti Lapangan Terbang itu adalah 1.5 juta dan setakat ini dia ada traffic lebih kurang 750,000 atau lebih kurang begitu. Ia juga boleh digunakan oleh pesawat-pesawat 737, 800 dan Airbus 330 walaupun limited ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat dalam negara ini Airport Sandakan tidak dinaik taraf. Kita dimaklumkan ada peruntukan, boleh tidak Yang Berhormat minta dari pegawai apa sebenarnya masalah yang dihadapi, kalau betul-betul wang itu ada maka usahakanlah. Sebab di seluruh mana-mana Labuan, Tawau, Lahad Datu semua dinaik taraf Sandakan sahaja tidak sedangkan ia merupakan airport kedua terbesar di Sabah. Minta tolonglah tolong.

Terima kasih Yang Berhormat, saya fikir saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat itu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedikit, sedikit.

Disebabkan masa sudah cukup 6.30...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan...

Maka saya dengan ini mengucapkan banyak- banyak terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyertai perbahasan ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Alamak ini takutkah hendak..

Sekiranya ada perkara-perkara yang saya tidak dapat jawab di sini saya akan memberikan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kementerian JKR tidak mencuri masa pengangkutan banyak masa perbincangan. Itulah sebab selalu diingatkan. Terima kasih Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi ini masalah rakyat Tuan Pengerusi, ini masalahnya.

Tuan Pengerusi

Kalau masalah Yang Berhormat pandai-pandailah mengatur masa itu kerana mengatur rakyat pun mesti ada juga caranya Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi tetapi Menteri tidak jawab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau masalah tidak selesai ia tanya juga kita di kawasan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat ada lagi rakyat juga yang mendengar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ada juga rakyat akan mendengar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ada lagi Kementerian Pelancongan. Banyak lagi yang mahu didengar rakyat Yang Berhormat. Itu maka saya sering kali ingatkan jangan curi masa. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,134,397,300 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,134,397,300 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,159,019,000 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM4,159,019,000 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.23 [Jadual] - Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan 2012] -Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas. Saya buat ketetapan tadi cuma enam sahaja boleh berbahas. Tiga daripada Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang, 10 minit seorang, selepas itu Menteri menjawab 60 minit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya lima minit sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat jangan bertengkar dengan saya. Saya sudah buat ketetapan sepuluh minit seorang untuk enam orang tiga dari Barisan Nasional, tiga dari pembangkang. Bermakna satu-satu parti agihkan untuk satu sebagai jurucakap. Sila Yang Berhormat Kinabatangan 10 minit tidak lebih daripada itu kurang boleh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak sampai 10 minit Tuan Pengerusi saya pun mahu pulang penat sudah ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 060200 dan 060300. Saya terlalu hairan Tuan Pengerusi macam mana akta, peraturan dalam negara kita ini tidak boleh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang membuang sisa-

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

sisa kelapa sawit mereka di dalam sungai. Contohnya di Kinabatangan, 45 kilang yang ada kilang terdaftar dan beratus-ratus syarikat kelapa sawit. Kerja mereka, apa-apa ada sisa dibuang di dalam sungai dan dianggarkan lebih kurang 40,000 tan satu tahun sisa-sisa baja dan toksin dimasuk dalam Sungai Kinabatangan. Sehingga airnya dahulu jernih sekarang pekat daripada milo. Jadi mahu ambil tindakan susah. Saya tanya Menteri mana satu akta mahu diambil? Menteri jawab dia akta negeri. Saya tanya negeri dia kata persekutuan, saya ini macam bola. Bolehkah kalau tidak ada akta saya cadangkan kementerian wujudkan mana- mana akta yang boleh menyekat mana-mana pihak yang membuang sisa toksik di sungai dan menanam kelapa sawit di tebing-tebing sungai. Wajib kalau pengedar dadah boleh mandatori hukum gantung sampai mati kalau salah, mungkin kita boleh lakukan ini kepada mereka yang mengaut keuntungan tetapi rakyat banyak menderia, banyak tidak boleh menikmati air bersih. Rasa saya kita perlukan wujud satu akta yang lebih drastik dan lebih menggerunkan. Kalau tidak memang negara kita ini mengutamakan ekonomi tetapi kesihatan juga merupakan satu keutamaan. Kalau pun banyak duit hari-hari tidak sihat, hari-hari jumpa doktor itu tidak ada maknanya hidup dalam dunia. Kita mahu tidak terlampau mewah tetapi masih sihat, masih boleh bekerja dan sebagainya. Jadi saya minta kementerian mengkaji kalau boleh mana-mana syarikat kilang di Kinabatangan kalau Menteri saya bawalah. Kita lawatilah semua kilang-kilang ini, mana-mana yang langgar gantunglah lesen mereka sebab tidak ada guna. Banyak rakyat Kinabatangan menderita oleh kilang-kilang sawit. Semua kilang-kilang besar ini tidak ada di Kinabatangan, berada di mana-mana negara, listed company. Apa mereka untung tempias untuk rakyat Kinabatangan, tidak ada. Pekerja pun pekerja asing yang tidak ada passport. Kalau dia perlu kerja 20,000 orang dia cuma ambil legalize 2,000 orang yang lainnya semua pendatang tidak tahu dari mana. Jadi saya tidak mahulah kita berbicara soal kemanusiaan tetapi dalam masa yang sama pendustaan di depan mata kita, kita tidak boleh ambil tindakan yang sewajarnya. Jadi saya mahu pihak Menteri bekerjasama dengan kerajaan negeri. Lihat mana satu lompang yang boleh kita kenakan mereka ini sebab mereka telah melakukan satu perkara yang rasa saya sebagai satu penjenayah iaitu membunuh tanpa disedari. Mereka meracuni isi Sungai Kinabatangan mungkin di sungai-sungai yang lain pun. Ini kalau ini dibiarkan rasa saya masa depan anak bangsa kita tidak akan selamat sebab alam sekitar tidak lagi menjadi satu..., seharusnya sungai ini menjadi satu warisan kepada seluruh anak bangsa kita. Akan tetapi akhirnya kita diwarisi dengan satu tindakan pihak-pihak yang mengaut keuntungan semata-mata untuk mencari keuntungan yang lebih sedangkan kita ada dasar mereka tidak boleh membuang apa juga sisa pepejal dan sebagainya dalam sungai akan tetapi inilah sebetulnya yang mereka lakukan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya minta kerajaan mengambil tindakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar):

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya satu isu sahaja sangat ringkas. Saya ingin rujuk kepada Butiran 090000 - Taman Laut. Saya masih

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

ingin mengulangi apa yang telah dilaporkan dalam Laporan Audit berkenaan pembelian perolehan yang dilakukan oleh Jabatan Taman Laut. Saya hendak tahu di bawah peruntukan ini, bajet ini berapakah projek-projek yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Taman Laut? Sebab ekoran daripada Laporan Audit saya dan orang ramai juga meragui kemampuan Jabatan Taman Laut untuk menguruskan dan mengendalikan sebarang perolehan atau pengurusan kewangan yang diperuntukkan oleh kementerian. Jadi selepas apa yang dilaporkan oleh Jabatan Audit apakah tindakan akan diambil oleh pihak kementerian ini? Sebab perolehan-perolehan sebagai binocular marin yang RM1,940 menjadi RM56,000 lepas itu pembekalan perolehan yang tidak mengikut spesifikasi. Barang yang sepatutnya contoh Tuan Pengerusi refrigerator, peti sejuk yang sepatutnya mengikut kontrak yang seharusnya diberi adalah yang berjenama tetapi lain jenama. Apa yang sepatutnya diberi adalah Panasonic mengikut kontrak tetapi yang diserah adalah Mitsubishi. Contohnyalah. Stove - Electrolux tetapi yang diberi Taiyo. Jadi ini perolehan tetapi pihak jabatan ini masih menerima walaupun ia tidak mengikut spesifikasi dalam kontrak. Ini salah satu contoh.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minggu lepas saya ada bangkitkan tangki air yang akan disediakan sebagai satu kemudahan dalam bot or boat aluminum all weather. Di mana sepatutnya mengikut kontrak tangki air adalah 1,000 liter air boleh menyimpan serta satu alat penyuling. Akan tetapi yang diserahkan adalah tangki 600 liter air sahaja tanpa diserahkan alat penyuling. Selepas itu, pintu kecemasan bot yang dispesifikasikan adalah di mana ia laluan keluar dua hala tetapi yang disiapkan adalah satu hala. Pintu kecemasan Yang Berhormat Menteri. Apa yang ditemui oleh Ketua Audit? Pintu kecemasannya telah diskru sebanyak 18 batang skru dan kakitangan Jabatan Audit ia mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan skru-skru baru boleh keluar dari pintu kecemasan. Apa yang ditemui ialah ia meningkatkan risiko kehilangan nyawa anak kapalnya sekiranya berlaku kecemasan. Ini telah gagal mematuhi, mengikuti spesifikasi dalam kontrak...

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi..

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi pihak kementerian boleh diterima kalau bukan kerana...

Tuan Pengerusi, Ahli Parlimen sedang membahaskan kementerian ini tetapi nampaknya pegawai-pegawai dia tidak ada. Siapa yang mencatat ini?

Menteri, menteri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih. Ini persoalannya. Jadi Yang Berhormat Menteri ada. Saya nampak Yang Berhormat Menteri ada. Saya harap boleh bagi satu jawapan. Apa tindakan akan diambil? Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini tidak diulangi? Walaupun MACC kata tiada unsur jenayah, tetapi alasan yang diberi sebab pegawai yang membeli binokular marin itu tidak membuat kajian pasaran. Akan tetapi saya percaya pembelian ini, kelulusan ini bukan dijalankan oleh seorang pegawai. Peruntukan disalurkan kepada Jabatan Taman Laut yang terdiri daripada saya rasa adalah satu jawatankuasa. Bagaimana ia boleh dipersalahkan ke atas seorang pegawai walaupun dia yang sepatutnya menjalankan perolehan. Akan tetapi kelulusan, bagaimana penelitian tidak ada dijalankan? Jadi apakah tindakan susulan akan diambil? Jangan kata, akan senarai hitamkan syarikat itu, itu tidak memadai. Siapa ada bertanggungjawab ke atas perolehan ini iaitu perolehan yang tidak mengikut spesifikasi, yang tidak mengikuti peraturan Perbendaharaan. Siapa? Pengarah dia atau Yang Berhormat Menteri patut bertanggungjawab sebab isu ini sangat memalukan Kerajaan Barisan Nasional. Apabila kita ke mana-mana, orang kata tunjuk tangan apa macam ini? Dia kata ini binokular amat memalukan. Siapa bertanggungjawab? Akan tetapi persoalannya kerajaan Barisan Nasional tidak ada sikap

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

bertanggungjawab. Mereka akan menyatakan bahawa kita akan ambil tindakan, kita akan siasat. Akan tetapi tiada seorang pun akan letak jawatan Menteri-menteri. Walaupun kegagalan...

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Pengurusan ini di bawah kementerian ini.

Kalau pegawai boleh silap takkan boleh kerajaan yang salah pula.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau bukan kerajaan, siapa yang salah Yang Berhormat Sri Gading? Ini amanah diberi oleh rakyat untuk menguruskan kewangan. Jadi saya pohon satu jawapan oleh Yang Berhormat Menteri. Jangan kata akan siasat, jangan kata akan mengambil tindakan disiplin. Bagaimana insiden ini boleh berlaku?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan marah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

Ahli Yang Berhormat Kuala Krau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua perkara. Pertamanya tentang pembangunan hutan. Butiran 050300, saya ingin merujuk kepada Hutan Lipur Gunung Senyum di kawasan saya yang mempunyai...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Adakah Gunung Senyum?

Lebih daripada 15 buah gua di Gunung Senyum tersebut. Akan tetapi saya ingin bertanya, kenapakah Hutan Lipur Gunung Senyum ini tidak diadakan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan? Saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya tak percaya gunung pernah senyum... [Ketawa]

Okey. Dahulu kita telah diberikan peruntukan, diluluskan peruntukan sejumlah RM2 juta tetapi telah ditarik balik. Keadaan di kawasan tersebut sangat-sangat terbiar. Jalan raya yang menghala ke kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut banyak yang telah rosak. Pokok-pokok hiasan yang ditanam di kiri, kanan jalan juga tidak diselenggara. Dewan terbuka juga tidak diselenggara. Tempat-tempat untuk penginapan bagi pengunjung-pengunjung juga tidak diselenggara, tasik juga tidak diselenggara. Jadi yang menghairankan saya, ada kawasan yang telah dikatakan kawasan rizab Hutan Lipur Gunung Senyum ini ditanam kelapa sawit oleh peneroka-peneroka FELDA Jengka 25. Kenapa tidak ada penyelarasan di antara pejabat hutan daerah dengan pejabat FELDA wilayah di Jengka tersebut? Baru-baru ini ada melibatkan kematian di puncak Gunung Senyum. Adakah juru pandu-juru pandu yang membawa pelancong atau pengunjung-pengunjung diberikan latihan yang secukupnya, diberikan alat-alatan yang secukupnya kerana maklumlah 15 buah gua yang perlu dimasuki, diterokai oleh pengunjung-pengunjung sehinggalah sampai ke puncak Gunung Senyum tersebut. Saya ingin bertanya, berapakah cadangan peruntukan pembangunan bagi Hutan Lipur Gunung Senyum ini agar kawasan ini yang dijadikan tempat untuk pelajar-pelajar

sama ada sekolah kebangsaan, sekolah menengah mengadakan atau membuat perkhemahan-perkhemahan di kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut? Berapakah pegawai dan anggota yang ditempatkan oleh pejabat hutan daerah bagi menjaga keselamatan dan yang paling penting merancang pembangunan di kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut. Keduanya tentang 070100 - Konservasi. Di kawasan saya juga ada satu kawasan penternakan seladang di FELDA Jenderak Selatan. Saya ingin tahu, berapa luaskah kawasan yang telah dirizabkan, yang telah dikhaskan untuk kawasan pembiakan seladang ini dan berapa ekorkah seladang yang telah dibiakkan? Adakah pihak kementerian ini bercadang sekali lagi membuat kerjasama dengan Kementerian Pelancongan agar pusat ini dijadikan satu destinasi pelancongan untuk menarik pelancong sama ada di dalam negara dan juga di luar negara dapat berkunjung di sini. Saya ingin mencadangkan supaya pusat ini dibangunkan dengan segera dan diwujudkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Saya percaya pusat ini menjadi pusat yang ketiga terbesar di dalam dunia ini di antara negara-negara yang membuat pembiakan bagi seladang ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu perkara yang hendak diperbahaskan dalam peringkat Jawatankuasa ini iaitu Butiran 080000 - Pengairan dan Saliran, bersekali dengan Butiran 135000 - Pemulihan Empangan. Kita tahu daripada maklumat yang diberikan di dalam bajet ini mengatakan ada kawasan yang terlindung daripada banjir. Pada tahun 2010, tahun 2011 dan anggaran pada tahun 2012. Apa yang saya hendak bertanya dalam perbahasan ini adalah tentang satu empangan yang dikatakan dalam proses pembinaan iaitu Empangan Naok di kawasan saya di kawasan Pendang iaitu yang melibatkan lebih kurang 1,000 hektar kawasan sawah padi dan juga melibatkan kampung-kampung masyarakat di kawasan terbabit dan juga perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kedah yang ada sekarang ini yang terhenti hanya setakat sekali dan selepas itu senyap sampai sekarang. Kita tahu bahawasanya negeri Kedah mempunyai banyak empangan iaitu Ah Neng, Muda, Pedu dan juga Beris. Di samping empangan ini digunakan untuk pertanian, ia juga digunakan sebagai pangkalan air domestik kepada penduduk di negeri Kedah, Perlis dan juga di Pulau Pinang. Apa yang menjadi masalah kepada penduduk sekitar adalah apa yang berlaku, kajian tanah telah dijalankan. Ukur tanah telah berlaku tetapi maklumat kepada pejabat daerah masih belum sampai. Apabila saya bertanya kepada pegawai- pegawai di pejabat daerah, mereka menyatakan bahawa mereka tidak mendapat maklumat terperinci berhubung dengan Empangan Naok yang mungkin akan dibina di situ.

Ia merupakan penerusan kepada Empangan Beris yang telah ada pada hari ini dan dibuat saluran kepada ke kampung-kampung di sekitar daerah tersebut sehinggalah melibatkan berbelas-belas kampung yang melibatkan wujudnya saliran yang menyebabkan ada masyarakat yang terpaksa berpindah disebabkan oleh wujudnya Empangan Naok ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada Empangan Naok ini akan berjalan ataupun hanya sekadar kajian tanah. Ini kerana kerajaan negeri sendiri pun tidak mendapat maklumat terperinci berhubung dengan empangan yang bakal dibentuk ini. Saya rasa itulah Tuan Pengerusi apa yang hendak saya bahaskan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Selangor.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi bahas dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Hanya ada empat isu ingin saya bangkitkan. Pertama, Butiran 050200 - Operasi Hutan. Saya ingin merakamkan syabas saya kepada pegawai daripada kementerian khasnya di Jabatan Hutan Negeri Selangor juga SPRM serta APMM kerana berjaya mengawal kecurian kayu bakau di Selangor. Saya harap lebih lagi proses pemantauan dilakukan supaya kita dapat mengurangkan lagi pencurian-pencurian ini. Walau bagaimanapun saya ingin mendapat makluman setakat manakah kecurian kayu bakau ini berleluasa di Malaysia. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi ataupun apakah cara-cara yang dapat kita wujudkan untuk memastikan mereka-mereka yang terlibat dalam pencurian ini diambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara-perkara dapat dikongkong. Okey.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sedikit sahaja sebab saya hendak minta sedikit penjelasan tentang kecurian kayu bakau saya rasa boleh dikaitkan juga maksud Yang Berhormat Hulu Selangor tadi kecurian kayu balak di hutan-hutan ini. Adakah bila Yang Berhormat Hulu Selangor bercakap tentang kecurian ini adakah Yang Berhormat Hulu Selangor sedar bahawa Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] ini sudah 100 tahun sudah. Sudah lama sangat sudah, sejak 1984 usia Jabatan Hutan Negara pun kalau boleh dikaitkan dengan kayu bakau itu sudah pun 111 tahun. Adakah Yang Berhormat Hulu Selangor sedar bahawa akta ini perlu dipinda kerana akta ini sudah lapuk. Umpamanya ada satu klausa kalau kayu balak, kayu bakau curi di Johor bawa ke Kedah tidak boleh tangkap di Kedah. Makna akta ini sudah tidak relevan langsung. Adakah Yang Berhormat Hulu Selangor sedar itu kerana bercakap tentang kecurian tadi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya harap ucapan tadi dapat dimasukkan sekali dalam ucapan saya. Saya rasa perlu, masa sudah sampai supaya kita pandang kembali dan melihat sekiranya ada perlu kita betulkan lagi akta tersebut. Ini kerana perkara ini perkara yang agak merunsingkan kerana mencemarkan nama baik industri kerana saya tahu ada pegawai- pegawai yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Seterusnya...

Yang Berhormat, Tuan Pengerusi saya hendak minta penjelasan sedikit tentang pegawai. Umpamanya renjer. Renjer Gred 11. Renjer gred 11 terpaksa menjaga 6,000 hingga 18,000 hektar termasuk hutan bakau. Adakah ini adil dengan keadaan sekarang. Adakah wajar. Pada saya perlu dinaikkan taraf renjer dan diramaikan pegawai-pegawai renjer, ditambah pegawai-pegawai renjer untuk mengelakkan kecurian seperti ini. Adakah itu maksud Yang Berhormat Hulu Selangor.

Ya, saya setuju benar. Saya harap kementerian dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk kita dapat meningkatkan pegawai-pegawai renjer kerana nampak gayanya mereka melakukan tanggungjawab mereka terlalu berat. Ini tidak boleh dilakukan sama sekali, kerana tanggungjawab sebagai pegawai renjer ini terlalu besar kerana mereka menjaga harta pusaka kerajaan di hutan itu. Seterusnya, dalam Butiran 050000 - Perhutanan, Keluasan Rizab Hutan di negeri Selangor. Saya ingin tahu daripada kementerian sejak daripada tahun 2005 hingga tahun 2010 sama ada rizab hutan ini dapat dikekalkan ataupun ada pengurangan.

Sekiranya ada pengurangan apakah tujuan-tujuan tanah rizab hutan digunakan untuk mengalirkan status rizab hutan ke status yang lain. Apa? Adakah ini berlaku dan sekiranya berlaku di manakah masalah-masalah ini wujud? Seterusnya Butiran 060000 - Alam Sekitar. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah mengambil langkah- langkah untuk memaklumkan status pencemaran udara setiap hari. Di harapkan agar maklumat seperti ini dapat ditambahkan dan dikekalkan supaya rakyat akan tahu status sebenar keadaan di sekitar mereka. Seterusnya Butiran 070000 - Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara PERHILITAN. Tuan Pengerusi, Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, dengan izin. Ia terletak di Hulu Kelang, Selangor. Kawasan yang meliputi lebih 100 ekar ini telah diwujudkan sudah lama. Saya rasa tahun ini merupakan tahun yang ke 47 kalau tidak silap saya. Saya sedar pada masa ianya diwujudkan, kawasan Hulu Kelang sesuai akan tetapi kini saya dimaklumkan kawasan tersebut tidak lagi sesuai kerana banyak projek-projek perumahan dan jalan raya-jalan raya besar telah pun diwujudkan depan kawasan Zoo Negara. Saya ingin mendapat maklumat dan penjelasan daripada kementerian, sama ada kementerian bercadang untuk memindahkan lokasi Zoo Negara kepada satu lagi tempat yang lebih bersesuaian dan mempunyai kawasan alam sekitar yang lebih sesuai untuk diwujudkan Zoo Negara ini. Saya sedar ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong ke negara kita. Sekiranya ada perancangan saya ingin mencadangkanlah agar kawasan Hulu Selangor diberi pertimbangan lokasi pilihan memandangkan ianya tidak jauh dari kota raya dan pada masa yang sama ianya juga akan melonjakkan status ekonomi penduduk- penduduk dan kawasan Hulu Selangor tersebut. Akhirnya Butiran 080000 - Pengairan dan Saliran. Menurut sumber-sumber yang kita terima musim tengkujuh yang bakal melanda Malaysia mungkin merupakan salah satu musim tengkujuh yang paling teruk. Saya juga meneliti bahawa masa penghantaran maklumat banjir kepada agensi-agensi yang terlibat dianggarkan 10 jam. Walaupun telah nampak berkurangan daripada 12 jam ke 10 jam saya rasa ini tidak cukup. Ini kerana untuk sesiapa mengambil tindakan serta merta, ia harus dipercepatkan. Saya harap kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya mempercepatkan lagi proses penghantaran maklumat banjir secepat mungkin, kerana maklumat seperti ini akan dapat membantu dalam proses penghantaran bantuan kepada mangsa-mangsa. Akhir sekali Butiran 080100 - Perkhidmatan Pengurusan. Buat masa ini JPS memilih kontraktor-kontraktor untuk kerja-kerja tambatan sungai ini online. Apabila kerja ini dikeluarkan online maka kontraktor-kontraktor yang berjaya tidak semestinya merupakan seorang kontraktor tempatan. Beliau boleh berada di mana-mana kawasan. Sekiranya boleh pergi online dan sekiranya harga yang dipohon atau harga yang di tender itu murah, maka dia akan diberi untuk membuat projek tersebut. Malangnya ada masa kontraktor-kontraktor yang diberi projek dari luar kawasan tidak melakukan, tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana yang dipohon. Akhirnya yang menghadapi masalah adalah wakil rakyat tempatan tersebut. Oleh kerana penduduk akan mula tanya kepada kita. Mengapa masalah banjir ini tidak dapat diatasi. Oleh yang demikian, saya cadangkan agar program-program atau projek-projek tambatan sungai untuk memastikan mengurangkan banjir di kawasan-kawasan tambatan ini diberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan dengan sistem prosedur yang sedia ada ataupun mungkin dalam tender diuruskan oleh kontraktor-kontraktor tempatan. Ini akan juga membenarkan penduduk-penduduk memastikan kerja itu dilakukan dengan cara yang betul dan sekiranya ada masalah ataupun tidak melakukan projek tersebut dengan betul mereka boleh mencari kontraktor tempatan kerana kontraktor tersebut tinggal di kawasan-kawasan yang sama sahaja. Ini akan membantu kita mengatasi masalah-masalah ini. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Melaka selepas itu Menteri menjawab.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Pengerusi bila 7.30 malam, baru Menteri menggulung. Oleh kerana dia bagi sepuluh minit, yang pembahas itu kurang daripada sepuluh minit. So, ada peluang lagi yang lain

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat itu interpretasi Yang Berhormat, interpretasi saya tidak lebih daripada sepuluh minit seorang. Sila Yang Berhormat Kota Melaka.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Nanti boleh celah ya Tuan Pengerusi.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya punya ringkas sahaja satu perkara sahaja. saya rujuk kepada Butiran 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar dan juga Butiran 060300 - Pengawasan dan Penguatkuasaan. Yang Berhormat Menteri baru-baru ini di Taman Melaka Raya di Melaka, satu projek tambak laut telah dimulakan akan melibatkan keluasan tapak tambak sepuluh hektar untuk satu projek komersial iaitu untuk satu syarikat Athens Group untuk membina kondominium dan lain-lain bangunan komersial. Kerja itu sudah dimulakan. Saya ingin tanya adakah kementerian sudah beri kelulusan dan detailnya sudah diperolehi atau tidak? Oleh sebab itu memang banyak persoalan sudah dibangkit sebab itu saya hanya ingin tanya. Setakat ini adakah detail EIA sudah dipenuhi oleh syarikat-syarikat tertentu atau masih dalam peringkat pertimbangan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Pengerusi, kebaikan keadilan Tuan Pengerusi pembangkang ada kurang sikit ahli. Kita ada ramai jadi boleh kita empat sini, tiga sana?

Dato’ Seri Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Tuan Pengerusi, yang pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah berpeluang untuk memberi pandangan, teguran dan nasihat mengenai beberapa isu mengenai kementerian saya. Kawan saya dari Kinabatangan nampak cukup emosional mengenai masalah sungai dan saya faham kerana inilah satu masalah yang kita hadapi di negara kita. Beberapa sungai memang kotor dan tercemar kerana masalah-masalah seperti pelepasan dari industri-industri, pelepasan dari peladang, dari plantation dan dari pelbagai sumber- sumber masalah yang lain. Oleh yang demikian maka kita telah pun berbincang dan satu jawatankuasa telah pun ditubuh. Kita telah pun mesyuarat dan jawatankuasa itu adalah satu penyelarasan di antara beberapa kementerian ataupun kementerian saya, Kementerian KETTHA, Kementerian Pertanian, Kementerian Peladang, Kementerian KPKT dan juga kerajaan negeri. Tujuannya adalah untuk menyelaras untuk menentukan bahawa penguatkuasaan undang-undang untuk kita menjaga kebersihan ini dapat diselaraskan dan demikian kita berharap ianya boleh dapat berkesan. Mengapa perlu diselaraskan kerana apabila kita berbincang mengenai punca-punca pencemaran ini, bagi pencemaran yang berasal daripada industri ianya adalah di bawah bidang kuasa kementerian saya. Bagi pencemaran yang non point source itu adalah di bawah penguatkuasaan di bawah kuasa KPKT. Then, ada yang juga di bawah Kementerian Pertanian, Kementerian Perladangan dan Komoditi jadi ada juga di bawah kerajaan negeri.

Dato’ Seri Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Maka mesyuarat telah pun beberapa kali telah pun diadakan dan kita akan merancang dan kita berharap dengan masa terdekat kita akan menjalankan satu projek perintis kita namakan Enforcement 1Malaysia. Supaya kita dapat menyatukan tenaga menyelaras supaya masalah-masalah yang seperti ini dapat kita bendung. Ini kerana tidak dapat disangkal lagi bahawa kalau kita tidak mengambil tindakan dengan lebih ketat dengan lebih berkesan, satu hari nanti kita mungkin berhadapan dengan masalah kekotoran sungai yang tidak dapat dikawal.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang paling baik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kepada Menteri. Menteri adalah antara Menteri yang terbaik dan rajin. Kawasan Putatan tetap semua spot dia sudah periksa, semua masalah banjir ada yang banyak sudah selesai. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana sungguh prihatin dengan keperluan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau sudah selesai tidak perlu tanya Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ini soal Kinabatangan. Ini soal Kinabatangan. Satu projek yang diadakan di kawasan Kinabatangan yang Yang Berhormat Kinabatangan sendiri tidak tahu. Program Heart of Borneo (HOB). Para Juruukur Malaysia telah pun menandatangani. Sebenarnya saya juga patut berada di situ tetapi malangnya saya ada program pada ketika itu. Kementerian merancang untuk belanja RM2 juta di kawasan Kinabatangan ini. Jadi, apakah jenis-jenis projek yang dianggap RM2 juta ini? Adakah dia sudah laksanakan? Dan apakah jenis ini, siapa yang melaksanakan? Adakah peruntukan RM2 juta ini disalurkan kepada kerajaan negeri ataupun kementerian sendiri yang melaksanakan? Itu satu soalan. Jadi penjelasan soal sungai ini terima kasihlah kerana projek di Sungai Sindir di Segambol ini telah pun fasa pertama sudah pun dilaksanakan dan saya mohon bertanya kepada Menteri. Bilakah fasa 2 dan fasa yang seterusnya akan dilaksanakan? Orang kampung di sana sungguh berterima kasih dengan Yang Berhormat Menteri sendiri kerana turun padang. Masalah banjir itu agak berkurangan sikit. Jadi musim ini bulan sebelas, bulan November, bulan Disember sini mengikut ramalan daripada Jabatan Kaji Cuaca. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Jadi menandakan bahawa hujan lebat sampai 800 milimeter di kawasan Pantai Timur jadi saya minta harap...

Apa nama sungai tadi?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Apa?

Apa nama sungai tadi?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Sungai Sindir Segambol. Fasa 1 sudah siap. Fasa yang seterusnya belum dilaksanakan masih lagi berumput rumpai. Di kawasan Kuala Pasir Putih itu sedang dilaksanakan. Terima kasih banyak kepada Menteri kerana Menteri yang paling baiklah saya rasa. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Memang benar iaitu Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan Kerajaan Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Indonesia telah pun menjalankan satu tripartite agreement yang ditandatangani bagi Malaysia bagi pihak Malaysia mantan dulu iaitu program yang dinamakan Heart of Borneo. Heart of Borneo ini adalah satu program konservasi yang diadakan dalam kawasan tidak kurang dari 200,000 kilometer persegi luasnya iaitu dari Malaysia, dari Sarawak and Kalimantan, Brunei dan Sabah. Peruntukan yang disebutkan tadi adalah untuk persiapan mengenai perancangan- perancangan yang akan dijalankan dalam program tersebut. Jadi ianya belum berupa projek kerana setiap negeri dan setiap negara perlu membukakan satu rancangan bagaimana kita hendak menjalankan program menjayakan program Heart of Borneo ini. Akan tetapi, untuk Kinabatangan bukan itu sahaja yang kita hendak laksanakan. Kita pun telah memutuskan satu projek perintis di negara kita iaitu projek Pembangunan Pengurusan Sungai Secara Bersepadu ataupun Integrated Water Resources Management.

Kita telah pun menentukan empat lembangan sungai yang kita akan laksanakan di antaranya ialah lembangan Sungai Kinabatangan. Kita berharap dengan adanya program itu tadi ianya nanti dapat melaksanakan apa telah dipersetujui oleh jawatankuasa yang telah disebut awal tadi. Bagi Sungai Kinabatangan memang dia ada dalam rekod JAS, dapat 29 kilang sawit yang beroperasi dan mengikut kita juga pelupusan yang dilepaskan mengikut peraturan. Ia juga bukan dilepaskan ke sungai.

Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat tadi kalau perlu saya juga bersetuju melawat bersama beliau untuk melihat keadaan sebenarnya supaya kita tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya berharap soalan ini akan memuaskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Selangor ada membincangkan mengenai status pencemaran udara, kalau saya tidak silap ini bukan pencemaran udara yang dipohon. Mana Yang Berhormat tadi? Itu mengenai ramalan banjir.

Dengan izin Tuan Pengerusi, pencemaran udara juga? Ini kerana saya hendak kalau boleh kerapkan dan cuba jangan hentikan maklumat ini disebarkan kepada orang ramai dan juga dalam masa yang sama...

Mengenai status ramalan udara, rakaman ini kita memang Kabinet telah bersetuju bahawa API ini disiarkan setiap hari di RTM mulai 17 Oktober ini dan ia disiarkan dua kali iaitu jam 1 tengah hari dan 8 malam. Yang Berhormat Batu Gajah tadi menyentuh beberapa perkara mengenai Jabatan Taman Laut Malaysia. Pertama mengenai berapakah projek-projek yang akan dijalankan di bawah program ini, saya ingin memaklumkan bahawa lima projek akan dilaksanakan iaitu kajian kesihatan ekosistem hasil taman laut, pembinaan bot dan perolehan kelengkapan unsur taman laut, projek perolehan ICT, program pembangunan komuniti, program pembentukan pelan alternatif livelihood untuk penduduk tempatan. Itulah beberapa projek yang akan dijalankan untuk soalan tadi. Apakah tindakan yang akan diambil untuk membaiki keadaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang menjalankan siasatan. Kita telah menubuhkan satu lembaga siasatan dan kita akan mendapat laporan apa-apa keputusan bila dibuat nanti ia akan diberitahu kepada umum. Mengenai kemampuan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta penjelasan Yang Berhormat. Yang Berhormat ini mengenai banjir. Apakah persiapan kita untuk menghadapi masalah tersebut kerana baru-baru ini pun dan semalam dahulu banyak tempat di Ipoh dilanda banjir. Apakah persediaan kita memandangkan pada ramalan pada bulan Disember ini satu sesi hujan yang teruk yang akan terjadi sehingga merata-rata tempat seluruh negara akan mengalami banjir?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tuan Pengerusi saya hendak soalan yang lebih kurang sama.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Adab dia Yang Berhormat, kalau dia sama tidak payah tanya lagi Yang Berhormat, sudah tanya.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bukan... [Ketawa] Berkaitan bukanlah sama.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dengar jawapan dahulu kalau jawapan dia bertepatan baru tanya.

Tuan Pengerusi saya akan menjawab soalan mengenai banjir nanti apabila saya datang kepada ada satu soalan banjir dari Yang Berhormat Hulu Selangor tadi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Apabila saya menjawab soalan mengenai banjir, saya akan menjawab soalan dari Yang Berhormat. Sekarang saya menjawab soalan dari Yang Berhormat Batu Gajah. Mengenai kemampuan Jabatan Taman Laut Malaysia untuk melaksanakan projek ini saya yakin mereka dapat melaksanakan projek-projek ini dengan teratur, kita pun sudah menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk menentukan apa kesilapan-kesilapan yang telah dibuat supaya dapat diperbetulkan. Kita juga merasa bertanggungjawab kepada apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama kita juga mencari jalan bagaimana perkara yang telah berlaku itu dapat kita elakkan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri terima kasih atas jawapan. Tadi Yang Berhormat kata satu lembaga telah ditubuhkan, saya hendak tahu siapa yang mempengerusikan lembaga tersebut sebab ini untuk memastikan siasatan adalah bebas dan berapa lamakah tempoh ditetapkan untuk siasatan tersebut? Saya rasa isu ini telah sebenarnya amat memalukan kerajaan Barisan Nasional. Itu reaksi biasa apabila ada Laporan Audit melaporkan, menemui ada kegagalan mematuhi perbendaharaan atau kes-kes sedemikian perolehan yang berharga yang luar biasa, ini reaksi biasa standard jawapan Tuan Pengerusi adalah kita akan siasat, kita akan tubuh jawatankuasa, kita akan adakan lembaga. Jadi...

Yang Berhormat saya sudah faham.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi kalau kita lihat laporan ataupun apa yang disiarkan oleh surat khabar, kerajaan DAP pun ada membuat kesilapan. Ini bagi kita siasatan inilah satu usaha yang cukup serius. Jadi kita telah lantik SUB Kanan kementerian dan beberapa orang jadi ahli jawatankuasa dan kita akan membuat laporan mengenai keputusan ini dan ia akan dibuat dalam masa yang singkat. Sekarang kita sampai ke isu banjir. Yang Berhormat Hulu Selangor tadi menyentuh mengenai maklumat banjir selama 10 jam, dicadangkan supaya dipendekkan supaya dapat bantuan, dapat dihantar lebih cepat dan rakyat dapat bersedia. Untuk makluman Yang Berhormat, pemantauan hujan dan aras air sungai dilaksanakan dengan sistem telemetri di mana kadar hujan dan air sungai kerap dibuat secara serta-merta (real time). Maklumat ini dipaparkan di laman public info banjir dan disebarkan kepada bilik gerakan banjir dalam masa yang singkat. Jikalau di tempat itu di kawasan yang ada WiFi ataupun broadband kita boleh terus merujuk kepada info banjir yang sedia ada yang boleh memberi kita maklumat mengenai perkara ini. Di tempat yang lain kita menentukan bahawa secepat berapa yang boleh kita akan menyampaikan maklumat ini kepada bilik gerakan di negeri supaya bilik gerakan dapat terus menjalankan gerakan penyelamat dan persiapan masing-masing. Mengenai persiapan yang ditanya oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, saya fikir kita pun sudah jawab di sini tetapi sekali lagi kita memberitahu bahawa bagi JPS kita telah pun menyiasat ataupun kita telah pun melihat segala telemetri-telemetri kita supaya semua telemetri kita ini dapat bekerja dgn betul dan juga dapat membantu kita untuk mengesan banjir dan membuat laporan tepat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon perhatian khusus daripada Yang Berhormat Menteri tentang banjir di kawasan saya di Tumpat yang mana banjir itu adalah satu kebiasaan dan tidak boleh kita elakkan. Akan tetapi khusus di kawasan Tumpat yang berada di sekitar di sebelah Sungai Golok di mana banjir akan datang apabila tiba masanya tetapi masalah utamanya ialah air akan bertakung kerana kawasannya rendah dan sebab yang terpentingnya kerana telah terbina jalan dekat ban yang menjadi penghalang kepada air itu untuk lalu keluar dalam tempoh yang biasa berlaku untuk banjir-banjir di kawasan yang lain. Pihak JPS pada dasarnya tahun lepas telah bersetuju bahawa tempat-tempat tertentu di jalan itu mestilah dibelah dan dibuat jambatan atau culvert dan sebagainya. Saya mohon perhatian khusus Yang Berhormat Menteri supaya perkara itu dilaksanakan sebelum banjir datang dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Kita akan mengambil maklum perkara itu dan memang apabila kita membina ban kita mengambil kira bahawa ban itu tidak akan menyekat air keluar. Memang ada sistem yang kita gunakan untuk menentukan ban itu tidak membawa ataupun menyekat air dari keluar dan saya akan menyampaikan itu kepada JPS. Terima kasih. Mengenai isu tender...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan. Ini mengenai banjir. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sangat simple. Kita sedia, kita beri maklumat bila banjir, jadi itu bukan menyelesaikan perkara banjir di negara ini. Apa yang khusus saya tanya, masalah yang kerap kali kita baca di surat khabar, the most severe flood that happen in the country dalam tempoh sebulan. Kita sudah tahu di Bangkok, di Filipina, di Myanmar dan negara-negara sebegitu, jadi apakah usaha yang sedia yang telah dibuat supaya perkara itu dapat dielakkan. Itu soalan saya. Seperti dua hari dahulu di kawasan saya, seluruh Ipoh. Semua dekat sungai banjir. Adakah Yang Berhormat tahu mengenai hal itu dan apakah tindakan yang diambil?

Kita tahu mengenai berlaku banjir kerana apabila ada banjir, ia akan sampai terus kepada Blackberry telefon saya. Jadi kita tahu mana yang berlaku. Mengenai persiapan tadi, memang saya mengakui jawapan itu tidak siap. Jadi, esok Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan satu Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara yang badan untuk menyelaras usaha-usaha persiapan menghadapi musim banjir. Itu diadakan tiap-tiap tahun dan kita ada cara, ada tatacara, ada standard operating procedure yang tetap. Jadi esok mesyuarat akan diadakan dan begitu juga kita akan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri kerana bilik operasi juga ada di negeri-negeri. Jadi itulah standard operating procedure kita akan gunakan. Kita sudah lama berpengalaman untuk menghadapi masalah banjir. Jadi isu tempat pindah, mengenai kemudahan-kemudahan di tempat-tempat tersebut telah pun dibaiki dan ditambah. Ini sebenarnya adalah dalam bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan kita memang mengambil tindakan seberapa yang boleh untuk menentukan bagaimana kita menghadapi masalah ini. Kita melihat apabila banjir berlaku di beberapa tempat termasuk di Kedah dahulu, kita jelas yang Barisan Nasionallah yang mampu untuk membantu rakyat semasa banjir yang berlaku... [Tepuk]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Bukan, dengan izin. I still have to go to the root of the matter. Perkara itu tidak memberi satu kepuasan kepada masalah yang dihadapi. Kita tahu banjir akan jadi, banjir telah jadi semalam. It is not question Barisan Nasional atau mana-mana kerajaan. Akan tetapi, soalan yang khusus yang saya tanya adalah kita tahu masalah ini akan jadi. Jadi kalau kita di sinilah, kita akan jawab macam deepening of the rivers, adakah lagi satu SMART tunnel akan dimulakan. Adakah cara-cara lain, JPS ada? TPM akan mengadakan satu perjumpaan dengan Menteri dan mengadakan mesyuarat, that does not solve the head of the banjir Yang Berhormat dengan respect. Jadi, bagaimana kita, what is a concrete step yang sedia ada. Seperti semalam...

Yang Berhormat. Yang Berhormat seorang peguam, so jangan gunakan peluang ini untuk bertanya lebih daripada apa yang you tanya tadi. Tadi Yang Berhormat bertanya persiapan untuk menghadapi banjir, inilah yang saya beritahu. Akan tetapi kalau Yang Berhormat bertanya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, persiapan. Satu di antaranya adalah mengadakan satu mesyuarat dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Itu satu persiapan?

Kalau Yang Berhormat bertanya apakah projek tambatan banjir yang akan kita buat, kita akan beritahu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Okey. Yang Berhormat boleh gerentikah tidak ada banjir di Kota Tinggi, di Johor Bahru, di Johor dan sebagainya? Bolehkah Yang Berhormat berikan gerenti ini tidak akan berlaku?

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Can you give the guaranty to the House? Bolehkah Yang Berhormat?

Yang Berhormat. Yang Berhormat, hanya Yang Berhormat akan beri gerenti dalam keadaan tersebut.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya boleh. Kalau saya Menteri sedemikian, saya boleh. Kalau tiga tahun saya jadi Menteri, saya akan pergi ke...

Kerajaan DAP boleh bagi?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

But I am not Minister. Saya boleh beri Yang Berhormat. I am not Minister. Bukan, masalah Yang Berhormat, yang lebih serius...

Saya bertanya, adakah kerajaan DAP berani bertanggungjawab untuk memberi jaminan tiada banjir di negeri Johor?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan jaminan sahaja, tidak cukup jaminan dengan tanggungjawab. Saya jamin tidak ada banjir, kalau banjir saya akan letak jawatan. Itu macam. Jaminan Barisan Nasional... [Dewan riuh]

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak berguna Tuan Pengerusi. Bukan, ini jaminan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, jangan membuang masa dengan orang yang seperti itu.

Itu Ipoh Barat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau orang mati akibat banjir, ini dipertanggungjawab oleh Yang Berhormat tahu. You are responsible personally. Semalam di kawasan saya, saya rasa beribu benda, harta semua rosak kerana banjir.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Barat ini melampau. Sudah lebih-lebih ini, halau keluar sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

This is only satu perkara yang kecil sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Persoalannya Yang Berhormat, ini bukan cara berdebat dalam Dewan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, cara itu maybe my circumstances, the way I do it is different. Yang benar masalah rakyat, masalah rakyat Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Memang bukan cara.

Memang different.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini bukan mahkamah Yang Berhormat. Beliau bukan criminal.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Masalah rakyat bagaimana hendak selesaikan kalau kita tidak dapat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kalau perangai macam ini Yang Berhormat, bukan caranya Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, tidak perlu cakap perangai Tuan Pengerusi. Ini style saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya betul.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You got your own style, I got my own style.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak. Style itu salah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No. You don’t admonish me like that.

Tuan Pengerusi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa perangai? Bagaimana boleh menggunakan perkataan sebegini Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya boleh pakai Yang Berhormat.

Saya masih berdiri, Yang Berhormat perlu duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri masih berdiri, Yang Berhormat tidak mahu duduk.

You perlu duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu cara, okey. Saya boleh duduk, tidak ada masalah.

Kawan, duduk! Duduk, duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan duduk ini kita tidak...

Inikah peguam ini? Tidak faham peraturan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan memastikan bahawa perkara ini telah diselesaikan. You answer the question. I am concern about the ministry.

Tolong duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya berdiri di sini Tuan Pengerusi, bukan untuk cari jalan untuk menyusahkan Yang Berhormat. Akan tetapi, bagaimana dalam tempoh 30 hari ini satu situasi yang sangat teruk. Yang Berhormat nombor satu mengaku ada apa perkara sedemikian. Saya bukan ‘bongok’, tetapi we know the reality dalam surat khabar apa yang akan jadi. Kalau dua hari dahulu di Ipoh, tempat-tempat lain ini boleh jadi ini semakin – jadi, satu tanggungjawab perlu satu jaminan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat, sudahlah. Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat cakap macam saya tidak cakap. Kalau saya Menteri saya cakap begini, kalau banjir...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Dengarlah Tuan Pengerusi bercakap.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan sahaja saya memberi jaminan terhadap banjir, kalau ada banjir saya akan meletak jawatan. That is sure, beritahu begitu.

Saya fikir cabaran itu harus diberikan kepada Kerajaan Pakatan dahulu. Di Selangor, di Kedah, di Penang... [Tepuk]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tiga tahun sahajalah Yang Berhormat, 54 tahun siapa duduk? 54 years, the longest serving government in any the world... [Dewan riuh]

Yang Berhormat, Yang Berhormat adalah seorang lawyer, perlu baca standing order. Saya tidak beri jalan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan. Saya boleh keluar. I can get out. Bukan untuk satisfy you. That is no challenge, you must be man enough, you must be an MP to take that on. You must answer us, you got all machinery.

Yang Berhormat Hulu Selangor...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tetapi caranya bukan betul begini Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada banyak cara Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau kita bersopan santun, we are very clear, very nice, answer we do not get.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, minta tolonglah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We do not even get 10 minutes Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya minta tolong Yang Berhormat. Kalau kita peraturan yang begitu simple pun kita tidak boleh ikut, payahlah sedikit kita hendak bersidang.

Tuan Pengerusi, saya cadangkan berikan buku dengan beliau, baca sekali lagi. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Selangor tadi menimbul isu tender. Jadi, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, kita perlu ikut peraturan-peraturan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan kerana inilah cara untuk kita mengelakkan bahawa apa yang kita buat adalah telus dan boleh diterima. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kerja-kerja berharga RM500,000 ke bawah, hanya kontraktor Kelas ‘F’ yang berdaftar di dalam daerah tersebut sahaja yang layak masuk sesuatu sebut harga. Bagi kerja-kerja melebihi itu, kontrak-kontrak di luar daerah layak untuk menyertai tender. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Kuala Krau tadi ada menimbul isu Hutan Simpan Gunung Senyum. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan Hutan Simpan Gunung Senyum telah pun di bincang dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hutan di peringkat jabatan. Peruntukan perbelanjaan diperoleh melalui Kumpulan Wang Pembangunan Hutan dan Peruntukan Pembangunan Negeri sejumlah RM30,000 diperuntukkan untuk tiga buah hutan lipur dalam daerah Temerloh. Berkenaan aktiviti hutan lipur yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, Jabatan Hutan sememangnya mempunyai perancangan dan program aktiviti sepanjang tahun baik di peringkat persekutuan ataupun di peringkat negeri.

Yang Berhormat Kuala Krau juga bertanya, berapakah luas kawasan penternakan seladang? Untuk makluman Yang Berhormat, luas kawasan projek penternakan seladang, ternak seladang adalah seluas 50 ekar. Sebanyak 126 ekor seladang telah dibiakkan di pusat ini sejak tahun 1982 dan jumlah seladang buat masa ini adalah sebanyak 36 ekor. Pihak kementerian memang telah memohon kepada Motour tetapi tidak memperoleh peruntukan pembangunan untuk pelancaran.

Jadi, tadi ada cadangan daripada Yang Berhormat bahawa kita harus berbincang dengan Kementerian Pelancongan. Kita memang ada jawatankuasa tertentu yang mana kita menyeragamkan usaha-usaha kita dalam membangunkan ekopelancongan di negara kita. Ini kerana ekopelancongan ini ialah satu program yang berpotensi besar untuk menarik pelancong-pelancong dari luar negara maka kita menentukan bahawa penyelarasan antara kedua-dua kementerian terus dijalankan. Yang Berhormat Kota Melaka tadi...

Tuan Pengerusi, mohon izin untuk...

Sopannya... [Ketawa]

Tentang kepakaran dan juga latihan yang diberikan oleh jurupandu bagi pegawai-pegawai hutan membimbing dan menunjukkan arah pelancong-pelancong dan juga pengunjung-pengunjung di Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut. Juga daripada segi bekalan-bekalan daripada segi keselamatan dan perkara-perkara yang berkaitan kerana saya sebut baru-baru ini ada melibatkan kematian ketika memasuki Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut. Satu lagi RM30,000 tersebut saya anggap satu jumlah yang terlalu kecil untuk kita majukan kawasan tersebut. Saya mohon untuk saya berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri pada masa-masa yang akan datang.

Esok. Saya ada di Parlimen petang esok. Kita bincang. Mengenai langkah-langkah mengatasi kecurian kayu bakau di Semenanjung Malaysia. Untuk makluman, memang kita mengambil tindakan penguatkuasaan, pemantauan. Tadi ada disebutkan juga sama ada Akta Perhutanan Negara 1984 sudah lapuk atau tidak? Untuk makluman Dewan ini, kita memang dalam usaha untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kita pun bersetuju bahawa akta ini tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak cabaran dalam isu hutan kita di negara kita ini maka kita hendak meningkatkan, hendak memberikan kuasa lebih kepada pegawai-pegawai dan untuk mengatasi beberapa masalah. Di antara perkara-perkara yang akan dikemukakan nanti adalah pertama, kita akan menentukan, meningkatkan beban bukti untuk strict liability kepada pesalah hutan. Kedua, kita akan meningkatkan penalti kerana daripada pengalaman kita dahulu, apabila kita meningkatkan penalti pada RM500,000, selepas itu kita nampak jumlah hutan atau kes kecurian hutan nampaknya berkurangan. Jadi, kita harap dengan kita meningkatkan penalti ini, isu illegal logging, dengan izin, di negara kita dapat kita atasi pada masa-masa yang akan datang. Mengenai Yang Berhormat Hulu Selangor bertanya mengenai...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri. Tadi, Yang Berhormat Kota Melaka. Hanya menyebut soalan Yang Berhormat Kota Melaka, tidak ada beri jawapan.

Yang Berhormat Kota Melaka, belum. Tunggu. Sabar sedikit, ya. Saya akan selesaikan isu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dahulu. Yang Berhormat Hulu Selangor tadi bertanya tentang nisbah pegawai penguat kuasa dengan kawasan hutan di Selangor. Hutan simpan kekal di Selangor berjumlah 245,000 hektar, pegawai berpakaian seragam atau penguat kuasa di Selangor adalah berjumlah 50 orang yang memberikan nisbah satu orang bagi setiap 12,000 hektar hutan simpan kekal. Dari tahun 2006 sehingga tahun 2011, kes pembalakan haram hutan di Selangor adalah empat kes sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan ini, sebahagian hutan, Jabatan Hutan adalah jabatan kerajaan negeri. Kita daripada persekutuan, kita mempunyai kuasa yang terhad untuk menguatkuasakan enakmen hutan di negeri-negeri tetapi kita memang akan terus bekerjasama untuk mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya tadi Tuan Pengerusi. Pengurusan hutan ataupun..., maaf, bukan hutan, ya. Pengurusan taman-taman Yang Berhormat Menteri, ya. Kadang kali diberikan kepada, sebagai contoh Taman Alam di Parlimen Kuala Selangor itu, diberikan kepada Malaysian Nature Society. Saya ingin bertanya, apakah peruntukan dan berapakah peruntukan yang diberikan kepada mereka kerana dalam suasana mereka dipertanggungjawabkan dengan satu usaha dan satu projek yang cukup baik, ya. Akan tetapi saya difahamkan mereka tidak mendapat banyak peruntukan daripada Kerajaan Pusat walaupun ini adalah antara perkara yang cukup penting...

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan sahaja sebagai menarik pelancong dan sebagainya tetapi pada pemuliharaan alam sekitar itu sendiri. Boleh saya mendapat penjelasan sedikit berkenaan Taman Alam Kuala Selangor?

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Selangor tidak memperjelaskan apakah taman itu kerana adanya taman di bawah kerajaan negeri. Ada taman di bawah kerajaan tempatan dan ada juga taman seperti wildlife di bawah kementerian saya. Jadi, kita akan mengkaji dan kita akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, tadi saya tidak sempat bertanya soalan.

Tidak sempat tanya tidak ada chance lah... [Ketawa]

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tidak. Saya lupa sebab... Dua minit sahaja. Soalan ialah pada 6 Mac 2011. Saya telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kegiatan perlombongan di Hutan Simpanan Kekal Ayer Hitam Utara. Saya telah menyuarakan pertanyaan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung perkara ini. Jawapan yang telah diberikan oleh pihak kementerian adalah kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan perlombongan. Saya turut telah meminta satu salinan Laporan Awal Kesan Alam Sekitar (EIA) namun sehingga kini masih belum menerimanya. Mengenai draf rancangan daerah Muar tiada disebutkan dengan teliti mengenai perlindungan alam sekitar di kawasan perlombongan tersebut. Saya berasa sangat dukacita kerana ini, di dalam draf rancangan daerah Muar tersebut tidak dinyatakan sebarang rancangan bagaimana untuk memulihara kawasan itu daripada kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti perlombongan di Hutan Simpanan Kekal di Ayer Hitam Utara. Minta penjelasan. Terima kasih.

Saya fikir tidak elok untuk saya menjawab soalan ini kerana soalan ini adalah perkara baru tetapi saya berjanji kepada Yang Berhormat, kita akan beri jawapan secara bertulis. Ini kerana kalau saya menjawab soalan ini nanti, Yang Berhormat-Yang Berhormat lain juga akan mengambil peluang mengemukakan perkara-perkara yang baru. Jadi Yang Berhormat, kita ambil maklumlah. Kita akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Pendang tadi bertanya mengenai Empangan Naok!.... Yang Berhormat Pendang pun sudah keluar. Untuk makluman Yang Berhormat, Empangan Nok adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Yang Berhormat Kota Melaka bertanya mengenai tambakan laut 10 hektar di Melaka. Ini tidak tertakluk untuk penyediaan EIA, ia tertakluk pada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan), kesan kepada alam sekeliling adalah untuk keluasan 50 hektar atau lebih. Jadi, ia tidak masuk dalam keperluan untuk mengadakan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermakna kurang daripada 50 hektar tidak perlu EIA dibuat dari...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Kurang daripada 50 hektar? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya fikir itulah sahaja perkara-perkara yang telah dikemukakan kepada kementerian dan apa-apa perkara yang tidak sempat dijawab kita akan ambil perhatian daripada isu-isu tersebut. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang terlibat dalam Jawatankuasa kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,014,199,200 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,014,199,200 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,435,833,900 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,435,833,900 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.30 [Jadual] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2012] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Peraturan Mesyuarat 66(9) Tuan Pengerusi. Saya telah menghantar usul 66(9) untuk memotong gaji dua hari sebelum, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9). Akan tetapi Tuan Pengerusi telah menolak usul tersebut di atas alasan bahawa saya telah pun membawa isu ini sebelum ini. Tuan Pengerusi, sebenarnya usul potong gaji tidak pernah saya bawa. Mungkin isu ini pernah dibahaskan tetapi usul potong gaji tidak pernah dibawa. Saya, with due respect Tuan Pengerusi, saya memohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Ini kerana mungkin Tuan Pengerusi pada saya ini adalah satu keputusan yang silap kerana saya tidak pernah membawa usul potong gaji. Tuan Pengerusi, saya juga pohon penjelasan di bawah peraturan mesyuarat mana yang digunakan untuk menolak usul 66(9) ini. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Untuk menyokong pandangan Yang Berhormat Kuantan.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, adakah Tuan Pengerusi hendak dengar apa yang hendak dikata atau saya memberitahu pandangan saya selepas Tuan Pengerusi menjawab kepada...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat menyokong kepada usul supaya saya mengubah fikiran, bukan begitu? Jadi kalau begitu, lebih baik saya dengar Yang Berhormat kerana Yang Berhormat berdiri atas point of order. Kalau benda yang atas point of order, point of order mana? Highlight.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan Mesyuarat 66(9).

Tuan Pengerusi

Okey. Sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, pada pengetahuan saya Tuan Pengerusi, saya telah membawa pemotongan gaji bukan sekali tetapi banyak kali dan dalam konvensi Parlimen dan juga dari Erskine May dan sebagainya. Pada pengetahuan saya, pada asasnya kita hanya perlu memberi notis kepada Tuan Pengerusi mengatakan bahawa satu proses pemotongan gaji dibuat. Itu sahaja diperlukan. Ia tidak perlu apa-apa asas, tidak perlu apa-apa faktor dan fakta-fakta tidak perlu disenaraikan ataupun diberitahu sebab-sebab kenapa pemotongan gaji. The element to surprise pada hari itu adalah ia dinotis perlu diberi 48 jam sebelum permulaan perbahasan dan pihak yang membawa ini dibenarkan membawa hujah-hujah yang kukuh dan membawa sokongan untuk memotong gaji tersebut. Akan tetapi saya hairan saya telah membaca surat dari Tuan Pengerusi dan saya harap ini adalah satu precedent yang sangat menghairankan dan membawa satu konvensi against all known traditions, membawa satu pendirian saya rasa yang tidak proper. Saya harap Tuan Pengerusi akan fikirkan perkara tersebut...

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Dan membuat satu keputusan yang bijaksana.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa sebelum saya mengambil sebarang keputusan berhubung dengan peraturan mesyuarat, saya mengambil kira semua fakta-fakta, membaca semua authority yang terdapat di luar sana untuk membantu saya membuat keputusan. Ini kerana ialah sebarang keputusan yang saya buat saya tahu, akan juga diketahui oleh orang ramai. Saya tahu bahawa keputusan yang saya buat di bawah Peraturan Mesyuarat 43 apa pun yang diminta untuk Ahli Yang Berhormat supaya saya kaji balik tidak boleh saya buat. Sebab itu apabila saya buat, fatwa dalam sebarang apa peraturan mesyuarat saya timbang terlebih dahulu. Ahli Yang Berhormat, saya tahu bahawa sebelum ini pada kebiasaannya apabila ada usul 66(9) yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat memotong gaji Menteri cuma memerlukan dua hari. Akan tetapi apabila saya menimbang kembali dan menyorot kepada precedent yang lalu dan membaca authority dalam mana-mana Parlimen termasuk menyuruh pegawai saya untuk membuat penyelidikan. Beritahu saya mana authority dalam mana Parlimen dalam negara Komanwel atau pun Parlimen-Parlimen yang mengamalkan sistem demokrasi atau pun bukan demokrasi seperti Malaysia yang membawa usul di bawah peraturan mesyuarat mereka ataupun mirip-mirip kepada peraturan mesyuarat mereka bahawa gaji Menteri dipotong. Selepas itu alasan yang diberi adalah alasan-alasan yang telah juga dihujahkan sewaktu peringkat dasar. Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat telah mengatakan bahawa telah terserempak dalam Erskine May. Ahli Yang Berhormat, kalau ada authority-authority yang jelas bawa kepada saya esok kah, lusa kah, mana-mana saya akan baca dan saya boleh ubah fikiran.

Tuan Pengerusi

Sementara itu Ahli Yang Berhormat, saya merujuk kepada authority yang saya dapat. Simple one, How Parliament works: House of Commons. Latest edition, Sixth Edition. Di sini terpapar dan tertulis bahawa walaupun perbezaan ada di antara Malaysian Parliament dan House of Commons iaitu apabila menimbang budget, financial bill yang rumit-rumit dihantar kepada Standing Committee dan yang tidak didiscuss dalam Committee of the House seperti sekarang dan usul-usul menurut peraturan mesyuarat mereka ialah banyak yang masuk tetapi ada process of weighing, usul-usul yang bertentangan dengan apa yang dibahaskan bertentangan dan spirit to peraturan mesyuarat disingkirkan. Antara lain yang saya terbaca Yang Berhormat, itu lebih out of order kalau umpamanya ada usul yang dibawa yang contribute dengan decision yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada Second Reading. Bermakna dalam soal ini kita sekarang dalam Jawatankuasa. Apa yang saya sebut kepada Ahli Yang Berhormat Kuantan bahawa saya kata isu ini telah dibangkitkan. Saya tidak bermaksud bahawa beliau, Ahli Yang Berhormat berkenaan ada membawa usul untuk potong gaji kerana Yang Berhormat tadi ada menulis memo kepada saya dia minta penjelasan. Jadi saya orang yang paling receptive, responsive. Jadi saya jawablah dalam dua lembar. Akan tetapi saya tidak sebut di situ bahawa perkara ini dibangkitkan dalam usul. Tiada. Apa yang saya cuma katakan bahawa perkara ini pernah dibangkitkan berulang kali dan satu daripadanya saya yang mempengerusikan dan yang menjawab adalah Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI.

Tuan Pengerusi

Jadi apabila saya tulis kepada Yang Berhormat, beri saya alasan-alasan untuk saya menimbangkan sama ada saya membenarkan atau tidak, alasan yang diberi kepada saya adalah seperti alasan yang telah di hujah dan saya percaya akan juga dibalas dengan jawapan yang sama. Jadi Ahli Yang Berhormat, bagi saya, berbalik kepada soal tadi, satu lagi yang dia kata perlu ditolak ialah if the usul tendered is in the spirit of mockery, now you tell me what is this spirit of mockery? Spirit of mockery dalam pengertian saya ialah if you ask usul, potong gaji Menteri dengan alasan yang sama yang telah hujah sewaktu Peringkat Dasar. Selepas itu Yang Berhormat saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 57(4)(b), now you turn to English version. English version kata bahawa Yang di-Pertua boleh menolak atau Yang di-Pertua boleh tidak menyampaikan kepada Majlis kalau sekiranya Yang di-Pertua memikirkan bahawa perkara yang dibawa itu adalah frivolous, dalam translasi dalam Bahasa Melayu dia kata, sia-sia. Jadi apabila saya menimbang ini, adalah mensia-siakan masa, membangkitkan satu isu yang telah dijawab beberapa kali, dalam Peringkat Dasar dan dijawab balik dalam peringkat Jawatankuasa. Bagi saya, apabila Yang Berhormat Kuantan membawa isu ini beberapa kali, saya berpendirian bahawa Ahli Yang Berhormat berkenaan telah menjalankan tugas yang seboleh mungkin yang dibenarkan peraturan mesyuarat, kerana semua itu akan termasuk dalam Hansard. Kalau jawapan-jawapan daripada kementerian yang berkenaan tidak memenuhi selera, bukankah itu menjadi tatapan dan bahan bacaan rakyat di luar sana. Mereka boleh menilai daripada itu. Satu lagi Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Ipoh Barat, isu ini tidak selesai lagi kerana ada lagi langkah-langkah politik yang dibuat di luar Dewan seperti picketing, membawa sepanduk dan sebagainya. Kerajaan juga boleh memikirkan ini, segala isu juga mereka fikirkan, jadi tugas saya ialah sebagai Yang di-Pertua, walaupun dalam keadaan tersepit kadang-kadang, terpaksa juga membuat keputusan dan keputusan saya sememangnya tidak diterima oleh semua. Akan tetapi pada mula saya memegang jawatan ini, saya ikhlas, saya serius, saya tidak boleh digertak, saya letak semua jawatan dalam mana-mana parti politik, itu yang sudah saya tunjukkan keikhlasan saya.

Tuan Pengerusi

Akan tetapi apabila Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mahu membuat reformasi dan reformasi itu tidak berkenan dengan selera masing-masing, di situlah saya dan Timbalan- timbalan saya terkena. Itu sebab saya kenapa saya tolak. Walaupun demikian apabila saya jawab nota daripada Yang Berhormat Kuantan, saya kata walau bagaimanapun kalau Yang Berhormat juga tidak berpuas hati dengan penjelasan saya dalam memo, Yang Berhormat boleh berdiri dan tanya kepada Menteri berkenaan, apa persoalan-persoalan yang perlu dibangkitkan. Saya percaya Menteri akan menjawab dan membuat reaksi kerana dia Menteri yang bertanggungjawab selain daripada apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri. Apabila itu sudah dijawab, saya yakin dan percaya Yang Berhormat Kuantan tidak lagi puas hati kerana kepuasan Yang Berhormat Kuantan adalah untuk kerajaan memberi jaminan seperti Yang Berhormat buat tadi, minta Menteri yang berkenaan memberi jaminan kalau sekiranya banjir mahu juga letak jawatan. Jadi kalau itu yang memuaskan hati Yang Berhormat Kuantan, saya memikirkan bahawa Menteri mesti beri jaminan bahawa projek ini tidak boleh dibuat kerana ianya mendaruratkan, ianya membinasakan, ianya tidak boleh. Saya rasa Menteri tidak akan buat begitu. Jadi semua ini saya ambil kira, maka Peraturan Mesyuarat 57(4)(b) dalam fikiran saya berkenaan, frivolous, sia-sia and apabila itu dikemukakan, ia mempunyai ciri-ciri it was tendered in the spirit of mockery. Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja dari Menteri, seorang Ahli Yang Berhormat daripada Kuching mengemukakan usul di bawah ini untuk mengurangkan gaji OCPD di dalam satu kawasan, dengan alasan traffic jammed. Jadi saya mempertahankan imej Parlimen, kalau boleh segalah hujah dihujahkan itu adalah bernas. Biarlah Speaker ini tidak bernas hujahnya, kadang-kadang pakai loghat Sabah, tidak apalah. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berhujah dengan penuh hemah, apabila orang mendengar daripada luar, benar begitu. Budaya Parlimen ini setiap berhujah melempar kasut, maki hamun, mana-mana Parlimen pun tidak juga buat begini hanya satu, dua. Kalau begitu cara, bagus lagi mesyuarat JKKK di kampung. Jadi itu respons saya kepada Yang Berhormat, pun demikian saya tidak menutup ruang untuk Peraturan Mesyuarat 66(9) sama sekali tidak membenarkan esok ataupun selepas itu kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, sedia maklum bahawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) juga dibuat menolak gaji Yang Berhormat Pekan, saya benarkan kerana kementerian yang berkenaan mahu jawab dan isu yang dibangkitkan itu juga walaupun pada pendapat saya terlampau luas dan lebar, saya benarkan. Kenapa? Kenapa bila saya tidak membenarkan itu, saya akan dituduh bahawa, “Oh, ditolak sewenang-wenang kerana ini adalah Perdana Menteri, itu Speaker takut kepada eksekutif”. Itu tuduhan tidak lain daripada itu, tetapi sebelum saya berhenti, satu persoalan yang sekarang ini sedang berputar, bermain-main di dalam kepala saya, apa kiranya kalau seorang backbenchers daripada pihak kerajaan, buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), minta supaya ada di antara Ahli Yang Berhormat ini elaunnya diturunkan. Haruskah saya terima? Kalau umpamanya, this is a hard and fast rule bahawa setiap usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) terima, maka saya terima. Maka apabila dibahas nanti, kalau pihak kerajaan juga berkeras mengundi, maka jadilah ia satu kenyataan bahawa Peraturan Mesyuarat 66(9), it is not peraturan mesyuarat yang boleh digalakkan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Walaupun ada yang mengatakan kepada saya “Tan Sri Speaker, kerajaan tidak akan buat itu because itu democracy but deligate”, this is what I want to stop if the spirit this tendency of mockery out of the procedure, I want to stop it. My decision is final kerana Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan bahawa, apa pun keputusan Speaker adalah muktamad. Terima kasih.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan berniat untuk tidak menerima, tetapi Tuan Yang di-Pertua saya tidak ada niat langsung untuk mockery dalam isu ini dan itu membaca niat yang salah di sudut hati. Sebenarnya ada lagi point- point dari dalam kepala, heading yang saya beri kepada Tuan Yang di-Pertua, ada point yang saya belum cakap dalam Dewan.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat...

Yang Berhormat Kuantan ini, dia tidak faham.

Tuan Pengerusi

Saya faham Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang lain duduk dahulu, saya faham. Itu sebab Yang Berhormat, saya katakan walau bagaimanapun, saya benarkan Yang Berhormat untuk berdiri minta penjelasan daripada Menteri yang berkenaan kalau ada lagi point-point sebelum ini dapat dihujah. Itu sebab saya kata saya buka. Saya tidak ada hak, tetapi kalau dalam Peraturan Mesyuarat 66(9), then we go to bahas, mesti disokong, lepas itu ada pula belah bahagi atau tiada so that is what I want because at the end of the day, we will go to that, sama jawapan, sama hujah, lebih kurang serupa, itu sebabnya. Jadi Yang Berhormat Kuantan, saya benarkan kalau nanti ada perkara-perkara yang rasa diperlukan, yang belum di hujah sebelum ini. Menteri saya rasa akan menjawab.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah sini, Peraturan Mesyuarat 66(9), penjelasan Yang Berhormat Tuan Pengerusi, maaf ya Tuan Pengerusi, we respect Tuan Pengerusi atas penjelasan yang diberi, tetapi saya rasa dalam Peraturan Mesyuarat 66(9) ini, tiada ruangan budi bicara yang diberi kepada Tuan Pengerusi untuk menentukan sama ada usul itu diterima tidak diterima sebab sangat jelas Peraturan Mesyuarat 66(9) adalah notis dua hari, dengan izinnya Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 57(4), saya rasa itu Peraturan Mesyuarat 57 adalah untuk rang undang-undang biasa, yang Peraturan Mesyuarat 66(9) adalah untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tuan Pengerusi, dengan izinnya. Selepas itu, selagi peraturan mesyuarat ini tidak dipinda 66(9), selagi itulah yang dipakai Tuan Pengerusi. Saya pohonlah Tuan Pengerusi, saya sangat risau apabila kalau ada kementerian yang telah gagal menjalankan tugasnya kita tidak boleh menggunakan peraturan ini...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, terima kasih. Saya faham.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Dan harus bergantung kepada sama ada kementerian...

Tuan Pengerusi

Saya faham. Saya faham Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Mahu jawab atau tidak mahu jawab Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Saya faham.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Saya faham. Saya faham. Saya amat faham. Akan tetapi, respond saya kepada hujah Yang Berhormat ialah saya mengakui awal-awal bahawa walaupun Peraturan Mesyuarat 57(4)(b) itu tidak secara direct, saya kata semangat dia ada, spirit is the same. Begitu juga apa yang dalam buku ini nanti reference saya beri. Kalau ada umpamanya usul yang tendered in the spirit of mockery, we don’t allow. Jadi, saya setuju apa yang dihujah tetapi kalau saya tanya kepada Yang Berhormat, adakah dengan tidak membenarkan 66(9) ini, Ahli Yang Berhormat tidak boleh menimbulkan apa yang Ahli Yang Berhormat harus timbulkan di bawah 66(9) kerana hujah Yang Berhormat Batu pada ketika saya membenarkan usul beliau untuk memotong gaji Yang Berhormat Pekan, semua dalam butiran itu telah pun dirujuk. APCO, Altantuya semua ada. Jadi, bermakna dalam soal demokrasi Ahli Yang Berhormat, kalau umpamanya saya tidak membenarkan 66(9) dan akibatnya ialah menutup semua ruang untuk menghujah apa yang perlu dihujah, barangkali ada asas alasan-alasan Yang Berhormat. Akan tetapi, saya katakan bahawa saya tidak ada..., kerana saya timbang.

Tuan Pengerusi

Dalam peraturan mesyuarat ini pun, ia mengatakan bahawa dia cuma kata 66(9), seseorang Ahli Yang Berhormat boleh minta buat pindaan dan kepada satu kepala di bawah usul. Dia tidak sebut bahawa gaji Menteri. Saya sekarang masih menunggu lagi Yang Berhormat Ipoh Barat. Mana tahu research officer saya tidak begitu bijaksana ataupun I have not found it, I did it already, bring me an authority to that respect dan I’m still open kerana saya sudah bawa authority. Jadi, Yang Berhormat itu penjelasan saya di bawah Peraturan Mesyuarat 43, saya tidak boleh tarik balik jadi jangan lagi berbahas dengan saya Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita akan menghabiskan masa. Tolong.

Dr. Mohd Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Minta penjelasan Tuan Pengerusi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sebenarnya saya telah pergi ke perpustakaan tetapi sayangnya dia tutup pukul enam. I went there to do research. I don’t know why the library is close. We can be here until 10.30. Sebenarnya...

Tuan Pengerusi

I’m still open. Tomorrow. Day after tomorrow.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Bring me.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi is open. Tuan Pengerusi heart is open but the library is not open. It should be there open at 10.30 seperti biasa.

[Ketawa]

Tuan Pengerusi

Okey.

Dr. Mohd Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat .

Dr. Mohd Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Bagi pandangan.

Tuan Pengerusi

Beri perhatian kepada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, pasal Yang Berhormat mereka ini pun seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Pegawai-pegawai yang lain mereka bertugas dengan ada masa. Kita sahaja yang bertugas lebih masa.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi. All these years Tuan Pengerusi, all these years in the last, how many years library dibuka sehingga habis Parlimen bersidang, kerana kita perlu pergi. Saya pergi. Selepas saya hendak pergi baca Erskin May, so that I can take out on the issue.

Tuan Pengerusi

Sila.

Dr. Mohd Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi menggunakan pandangan dalam buku yang terkini the spirit of mockery tadi. Saya rasa dengan izin, it is a bit harsh kalau kita hendak mengklasifikasikan usul daripada Yang Berhormat Kuantan itu dengan mempunyai spirit of mockery, suatu yang agaknya mendahului daripada hajat yang hendak dibentangkan. Saya rasa kalau kita membentangkan dan berbahas jadi tidaklah kita boleh mengatakan ianya mockery kemungkinannya kerana mockery ini satu perkara yang mempermain-mainkan, rasanya suatu yang berat untuk kita terima. Lagipun Dewan ini sentiasa menerima usul-usul potong gaji ini ya dan kita bahaskan dalam Dewan. Kalau Tuan Pengerusi kata kalau pihak sebelah sana pula mengusulkan potong gaji di pihak-pihak sebelah sini... [Dewan riuh] Saya rasa bukan setakat potong gaji Tuan Pengerusi. Gantung tidak bergaji pun pernah berlaku. Bukan setakat potong gaji, gantung tidak bergaji.

Tuan Pengerusi.

Dr. Mohd Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Maran belum kena lagi. Kalau Yang Berhormat Maran kena, baru tahu.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu. Penghabisan Yang Berhormat Tangga Batu selepas itu saya akan jemput seorang untuk memulakan perbahasan. Sila.

Saya juga hendak memulakan perbahasan Tuan Pengerusi. Apa yang disebut oleh Tuan Pengerusi tadi saya merasakan ia merupakan satu cabaran yang besar. Saya rasa pelik apabila Yang Berhormat Kuala Krai tidak bersetuju dengan pendapat Tuan Pengerusi sebab saya dengar ucapan Presiden PAS pun yang mengatakan kalau hendak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar penoreh getah, pakar getah. Jadi, di sana sebenarnya telah dapat satu ketidaksetujuan di kalangan mereka. Pakar tentang isu ini pun telah menyebut tentang perkara ini sebenarnya diperbesar-besarkan atas sebab-sebab politik. Berasaskan kepada emosi. Tuan Pengerusi telah membuat satu keputusan yang tepat. Cuma pihak ini dia sengaja tidak menerima untuk menunjukkan kepada Dewan ini kononnya mereka mempunyai asas tentang perkara ini. Dewan ini mana boleh bergerak...

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih.

Mana boleh berhujah...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

...Sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sekarang ini. Sekarang ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ada jawab balasnya begitu.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sekarang ini kita berbahas Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, bila saya bercakap dia tidak hendak dengar kerana saya bercakap berasaskan kepada fakta ini saya sebut ini. Saya ulanglah Presiden PAS kata, “Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan oleh perwakilan ketika muktamar PAS. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear. Dr. Dzulkefly Ahmad, bahagian keracunan. Jangan rujuk pada orang lain. Hendak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Saya tidak mahu mengulas panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr. Rosli tentang...

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Ya. Betul. Akan tetapi perkara ini dibawa seolah-olah untuk menakutkan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih.

...Rakyat di Kuantan. Yang kerajaan mempunyai niat yang tidak baik. Ini yang saya katakan...

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih.

...Akan tetapi telah membuat keputusan yang betul.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih. Yang Berhormat, Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih. Duduk Yang Berhormat .

Kena ajar sedikit Yang Berhormat Kuantan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Itulah tadi mukadimah saya awal-awal saya katakan. Sebelum saya buat keputusan, saya telah mengambil kira fakta- fakta yang harus saya ambil kira. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Jangan pandang rendah kepada saya. Bermakna sebelum saya buat keputusan pun, perkara-perkara sebegitu saya ambil kira dan semua hujah daripada pihak yang berwajib termasuk Ahli Yang Berhormat yang membuat usul. Sekarang ini demi untuk demokrasi, berbahas, saya jemput Yang Berhormat Kuantan untuk mulakan perbahasan. Sila Yang Berhormat tetapi kepada masa yang telah saya tetapkan. Sila. Yang Berhormat Menteri buka telinga besar- besar supaya jawablah respons supaya Tuan Pengerusi ini berbahagialah selalu hendaknya. Sila... [Ketawa]

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Mohd Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Kuantan minta penjelasan.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya akan berbahas di bawah Perbekalan 30, Kepala 30, Butiran 040100 iaitu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Saya ingin membawa perhatian Tuan Pengerusi berkenaan dengan dua perkara yang utama. Saya bertanya kepada kementerian sama ada kementerian Menteri sedar atau tidak bahawa Lynas cuba menggunakan piawaian negara China. Dengan cara itu Lynas cuba mendapat laluan untuk mengatakan bahawa sisa buangan mereka tidak berbentuk radioaktif, Tuan Pengerusi. Jawapan daripada pihak kementerian memang merupakan jawapan yang tertera dalam segala butiran yang ditawarkan oleh Lynas sendiri. Saya ingin membawa perhatian Tuan Pengerusi kepada satu kertas kerja Lynas yang diserahkan kepada UPEN Terengganu pada tahun 2007. Saya bacakan di sini. Dalam kertas kerja ini, di bawah tajuk Deportment of Radio Activity, dengan izin Tuan Pengerusi. Di sini dikatakan “The concentrate typically contains 29 part per million U3O3 and 1,600 part per million Torium Oxide (THo2) which equates to a total radio activity of 61 becquerel per gram for the two decay change. In the cracking separation process the radionuclide mostly report to the leach purification residue which has a similar mas and radioactivity to the rare earth concentrate. Maksudnya, WLP solid itu sama mas dan radio aktiviti dengan concentrate tadi iaitu 61 becquerel per gram.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Kemudian dalam kertas kerja ini juga dikatakan for Chinese industry The classification of radioactive waste is defined in the Chinese standard. Ini kertas kerja daripada Lynas kepada UPEN Terengganu sebelum dia dibawa ke Pahang, is defined in a Chinese standard GB9133-88 which specifies that a solid waste with a specific activity of less than 74 Becquerel per gram is classified as non-radio active solid waste and can therefore be stored in a standard waste solid facility with impermeable lining. Maksudnya di sini, dengan menggunakan piawaian negara China, Lynas cuba mengatakan bahawa WLP solid residue mereka tidak berbentuk radioaktif. Oleh sebab itu jawapan daripada pihak kementerian menyatakan bahawa sisa buangan daripada LAMP ialah merupakan sisa buangan industri yang mengandungi normal occurring radioactive material (NORM) dan bukan diklasifikasikan sebagai radioaktif material. Kemudian saya ingin membawa perhatian Tuan Pengerusi kepada apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah AELB di mana Ketua Pengarah AELB kata waste ini daripada lamb adalah selamat. Ini pada bulan April 2011, dikatakan waste atau sisa daripada LAMP adalah selamat dan boleh ditabur merata-rata. Ketua Pengarah AELB juga mengatakan bahawa standard yang digunakan oleh Malaysia ialah satu Becquerel per gram sebagai aras maksimum sebelum sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif. Kita lihat dalam kertas kerja ini, ia mengatakan bahawa sisa buangan ini radio aktivitinya ialah 61 Becquerel per gram. Ketua Pengarah AELB kata one becquerel per gram ialah the limit. Atas daripada itu ialah sisa buangan radioaktif tetapi Lynas cuba hendak mengelak dan mengatakan mengikut piawaian negara China. Ketua Pengarah AELB mengatakan bahawa kita guna standard yang ketat. Standard antarabangsa IEA mengatakan satu becquerel per gram is the limit.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Jadi Tuan Pengerusi, saya hendak tahu apa statusnya dan setiap kali saya bertanya Menteri atau Timbalan Menteri tidak mahu hendak bercakap atau berkomunikasi dua hala dengan alasan seksyen 41 daripada Akta 304, Timbalan Menteri di dalam menggulung mengatakan ini business secret. Saya kata ini bukan business secret sebab ini menyebabkan keselamatan awam dan recommendation daripada IAEA kata mesti berkomunikasi, mesti bagi tahu kepada stakeholders. Jadi Tuan Pengerusi, isu ini tidak berjawab. Setiap kali soalan dipersoalkan, jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian sama ada jawapan bertulis ataupun lisan sentiasa reproduce dengan izin, apa yang Lynas berikan kepada mereka. Saya cukup kecewa dengan sikap ini. Kalau saya kata Menteri pun seolah-olah jurucakap Lynas, jangan kecil hati. Sebelum ini Menteri MITI sudah kecil hati bila saya kata seolah- olah jurucakap Lynas. Akan tetapi kenapa mesti direproduce apa yang Lynas cakap. Kenapa tidak buat kajian? Tuan Pengerusi, pihak AELB dan pihak MITI kata Lynas dapat lesen daripada Australia. Betul Lynas dapat lesen daripada Australia. Lynas mengambil alih Ashton Rare Earth. Australia ada Freedom of Information Act. Saya ada salinan semua lesen daripada tahun 1992 sehingga sekarang dan di dalam setiap salinan lesen yang diperbaharui ditambah syarat-syarat yang begitu ketat. Tuan Pengerusi, sekiranya Lynas mengadakan atau membina loji ini di Australia, ada 41 komitmen yang perlu dipatuhi, yang begitu ketat sekali. Pertama, ianya tidak boleh dibuat di dalam kawasan yang ada air di bawah tanah, mesti dibuat di padang pasir. Tidak boleh dibina di kawasan perumahan, dekat dengan orang. Sisa buangan, ini dalam lesen 1992 ya, selepas daripada itu sentiasa diperketatkan lagi. The regulator di Australia ialah Environmental Protection Agency (EPA) yang ada kuasa untuk monitor semua. Bukan setakat radiasi luaran sahaja. Jadi Tuan Pengerusi..

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Di dalam lesen ini, saya tidak ada masa.

Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan. Tuan Pengerusi, ini very technical. Saya hendak minta penjelasan. Yang Berhormat menyebut tentang nadir kawalan bumi dan sebagainya. Saya hendak tanya Australia punya kawalan berapa, berapa Becquerel per gram?

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Tangga Batu tidak perlu hendak trap saya dengan soalan-soalan teknikal begini.

Saya tanya berapa Becquerel per gram?

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Kalau mengikut Australia..

Bukan hendak trap. Tuan Pengerusi tengok macam mana pemikiran dia. Saya tanya perkara yang sihat, dia kata saya hendak trap dia.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tuan Pengerusi, saya tahu bahawa Australia, saya ada semua di sini.

Ada semua. Berapa? Saya tanya berapa becquerel per gram?

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya ada semua. Memang satu becquerel per gram sama seperti IAEA standard.

Dia tidak sama dengan IAEA standard. Saya tanya berapa becquerel per gram. Yang Berhormat tidak jawab. Yang Berhormat tidak tahu!

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Jepun.., Tuan Pengerusi, apa pun..

Berbahas tanpa asas. Hendak tanya Menteri. Saya tanya berapa becquerel per gram di Australia.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Australia mengatakan bahawa mereka menggunakan juga IAEA standard.

Berapa? Tidak payah jawab panjang-panjang. Berapa becquerelnya. Jawab sahaja. 0, 1, 2, 3, saya duduk. Hendak tengok berapa per gram.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Menyampuk]

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tuan Pengerusi. Saya..

Hendak tengok berapa becquerel per gram. Hendak tengok Yang Berhormat tahu ataupun tidak.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tentang apa Yang Berhormat katakan.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tuan Pengerusi, ini berniat jahat.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tangga Batu.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ini berniat jahat Tuan Pengerusi.

Berapa becquerel per gram saya tanya.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Okey. Satu? Satu becquerel per gram? Saya minta Parlimen rekodkan jawapan Yang Berhormat. Yang Berhormat yang faham tentang aktiviti ini yang mengatakan Australia membenarkan satu becquerel per gram. Okey. Ini Yang Berhormat pembangkang kata satu becquerel per gram. Okey, mark that. Biar nanti Menteri yang jawab. Biar Menteri yang jawab berapa becquerel per gram? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya kira Yang Berhormat Tangga Batu jangan hendak menyelewengkan daripada isu yang sebenar.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat. Itu sebab Yang Berhormat saya jemput Yang Berhormat Kuantan untuk berhujah. Jangan ganggu dia. Selepas itu biar Menteri menjawab. Sila, teruskan.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tuan Pengerusi, saya hendak cerita bahawa di sini..

Tuan Pengerusi, saya hendak minta nanti Menteri tolong jawab berapa becquerel per kilogram atau berapa becquerel per gram untuk Australia. Terima kasih Tuan Pengerusi

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

...Di dalam lesen yang dikeluarkan pada tahun 1992. Di sini dikatakan bahawa sisa buangan itu perlu dihantar balik ke Mount Weld di mana ianya dilombong. Saya hendak tanya sama ada pihak kementerian tahu ataupun tidak apa yang ada di dalam lesen. Kenapa kita hendak terima bulat-bulat. Kenapa kalau dekat Australia kena hantar balik ke Mount Weld tempat ianya dilombong? Kenapa bila sampai ke Malaysia kita biarkan ianya di Gebeng. Kenapa kita kata boleh tabur merata- rata? Ini persoalan saya Tuan Pengerusi.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Kenapa kita orang Kuantan mesti terima bahan sisa buangan radioaktif. Ini sebab dalam laporan IAEA yang baru-baru ini mengatakan specific radioactivity of the thorium, ia sebut specific radioactivity of the thorium dalam laporan muka surat 13. Dalam laporan IAEA mengatakan specific radioactivity of the thorium dalam WLP. Tadi about six becquerel per gram. Tuan Pengerusi, enam becquerel per gram pun lebih tinggi dari satu tetapi pihak kementerian terus menerus mengatakan bahawa ini sisa buangan industri, ini mengandungi NORM, tidak ada masalah. Lynas kata hendak buat bahan binaan kita diamkan. Lynas kata hendak buat gipsum kita biarkan dan kita pula hendak defend lagi yang mengatakan ianya selamat. Sedangkan dalam Laporan IAEA pun kata enam becquerel per gram specific untuk thorium sahaja dalam WLP solid waste. Saya juga hendak membawa Tuan Pengerusi dalam point yang terakhir ini berkenaan dengan Unocal yang sekarang ini diambil alih oleh Molycorp.Inc. di Mountain Park California, mereka ada satu rare earth refinery pada tahun 1980, dipaksa tutup pada tahun 1998. Kerana apa? Kerana ada 60 insiden leakage yang melibatkan radioactive waste.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Akan tetapi ianya tidak melibatkan manusia sebab kilang tersebut ataupun loji pemprosesan tersebut di Mountain Pass di tengah padang pasir. Jadi apabila ada leakage di tengah padang pasir tetapi kalau ada leakage di Gebeng Kuantan kita dalam keadaan di mana kilang tersebut dibina di atas tanah gambut, sebelah itu ada sungai. Kalau masuk ke laut kita Kuantan ialah satu fishing port. Kita dependent on the fishing industry. Kita dependent on the tourism industry, dengan izin Tuan Pengerusi. Tempatnya itu silap. Mereka hendak buat, buatlah. Saya tidak halang tetapi tempat LAMP itu tidak harus berada di Gebeng. Ini yang sentiasa katakan yang saya tidak faham kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak sebelah sana hendak defend sangat. Cuba fahami keadaan yang berada di Gebeng. Cuba faham ya, apa isu dia, ya sebelum hendak dipolitikkan isu ini. Saya bercakap Tuan Pengerusi daripada tahun 2008, ya. Akan tetapi setiap kali kementerian sentiasa defend Lynas. Ini yang saya tidak puas hati Tuan Pengerusi. Saya tidak berniat mockery. Memang saya dengan penuh keyakinan percaya mereka patut dipotong gaji. Kalau ikut hati saya mereka dipotong gaji daripada pertama mereka diluluskan dulu sehinggalah pada hari ini. Bukan satu bulan sahaja kerana mereka tidak bersifat bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugas mereka. Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih kerana beri saya izin.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya keizinan untuk berucap di peringkat Jawatankuasa ini. Saya kira Tuan Pengerusi dalam aspek sains, teknologi dan inovasi ini kita perlu bercakap berasaskan ilmu, fakta dan angka. Kita tidak boleh meletakkan emosi di atas segala-galanya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyebut tentang aktiviti kementerian di bawah beberapa kepala yang membawa kepada penggalakan program-program sains, inovasi dan teknologi di peringkat akar umbi umpamanya Jejak Inovasi yang saya kira ini adalah satu kaedah bekerja secara bijak. It is a smart style of working, way of working dengan izin Tuan Pengerusi.

Apabila pihak kementerian menghantar wakil-wakil termasuk Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali datang ke Parlimen Tangga Batu untuk menjejaki inovasi-inovasi yang telah dilakukan oleh penduduk-penduduk secara homegrown. Mereka melakukannya secara pengalaman Tuan Pengerusi, bila mereka menghadapi masalah di tapak-tapak kerja mereka, di ladang-ladang, di kolam-kolam air dan sebagainya dan mereka melihat masalah ini dan menukarnya kepada peluang. Kita diajar apabila menukar masalah kepada peluang, turning problem to opportunity adalah sebahagian daripada elemen kreativiti, menukar masalah kepada peluang. Ini berlaku. Masalahnya Tuan Pengerusi mereka melakukan dengan tidak secara akademik tidak ada proses akademik di dalamnya. Jadi apabila kementerian melakukan program jejak inovasi ini turun ke bawah melihat perkara-perkara kreatif yang dilakukan oleh penduduk- penduduk di luar bandar terutamanya. Salah satu daripada perkara yang menarik minat saya benar-benar ialah sebuah kolam air, kolam ikan yang tidak dibina dengan simen tetapi hanya menggunakan tanah liat. Bagaimana caranya dengan hanya menggunakan lumpur- lumpur dan ikan-ikan itu boleh hidup di dalam kolam itu tanpa penukaran air dalam tempoh masa dua minggu ke empat minggu. Jadi ini satu kaedah yang amat kreatif yang perlu diketengahkan oleh kementerian dan sokongan daripada pihak-pihak kementerian ialah bagaimana proses ini boleh dijadikan dalam bentuk yang lebih terurus. Ada manualnya, ada standard operating procedure, ada SOP nya supaya boleh dipraktikkan di seluruh negara dengan tujuan yang pertama menambah produktiviti, yang kedua, mengurangkan pembaziran. Jadi saya lihat kalau kementerian dapat tab, dapat tumpang di dalam kegiatan masyarakat di luar bandar ini ia akan dapat banyak membantu kementerian terutama di dalam aspek bukan sahaja research and develop tetapi juga dalam aspek memperdagangkannya, commercialization. Di sana sebenarnya kita perlukan sokongan daripada pihak kementerian yang saya yakin dan percaya setiap sen yang dibelanjakan oleh kementerian dalam bentuk geran tadi itu akan dapat kita rasai pulangan kepada pelaburannya, the return on investment, akan dapat rasai. Tuan Pengerusi saya dapat melihat juga program ini bila kementerian datang with lock, stock and barrel semua turun melihat dan kumpulan sasaran di bawah sana itu merasakan ada satu tekanan pula, seolah-olah ingin menguji sama ada hasil ciptaan mereka tadi itu melepasi sesuatu bar, standard atau tidak. Budaya itu harus dikurangkan Tuan Pengerusi kerana saya mahu lihat budaya turun ke bawah, ke padang ini ialah menggalak beri mereka satu suntikan motivasi supaya tidak menghalang kreativiti mereka supaya berterusan. Jadi saya harapkan bila datang beramai-ramai dengan profesor, doktor dan insinyur semua datang duduk tengok dan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik tetapi tidak tahu apa yang dimaksudkan. Kadang-kadang bila kita tanya balik dia tidak tahu macam lebih kurang kawan kita tadi lah. Bila kita tanya berapa becquerel, berapa gram per becquerel, becquerel, per gram dia tidak tahu. Jadi Tuan Pengerusi pada saya biar turun dalam nada yang harmoni. Turun... [Disampuk] Saya tidak sebut nama. Siapa yang rasa tersinggung. Tuan Pengerusi saya tidak sebut nama pun. Peraturan pun jelas menunjukkan jika menyinggung mana-mana ahli. Saya tidak sebut pun nama, dia terasa. Siapa makan cili rasa pedas Tuan Pengerusi. Tidak apa. Okey, Tuan Pengerusi. Apa yang saya maksudkan ialah datang dengan keadaan yang, kalau orang kampung lah. Kalau ‘goni high reba, goni si tangait’. Turun bawa gaya orang kampung, kalau boleh guna bahasa orang kampung dan mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman mereka macam mana mereka datang dengan inovasi-inovasi yang banyak ketikanya memberikan satu gambaran bahawa orang-orang kampung ini sebenarnya lebih kreatif daripada mereka rakan-rakan kita yang berada dalam universiti yang mungkin being so compartmentalize with the procedure, system dan sebagainya sampai mengekang mereka daripada menjadi kreatif.

Jadi Tuan Pengerusi ini satu perkara yang kedua ialah perkongsian hasil-hasil inovasi tadi itu dengan kumpulan-kumpulan pakar, kumpulan-kumpulan yang mempunyai ilmu berkaitan dengannya. Sebagai contoh di Melaka, di kawasan Tangga Batu, kawasan saya Tuan pengerusi. Ada seorang ini mencipta kenderaan, saya tengok hari itu tiga kenderaan dicipta. Ya, mungkin sesuai untuk mainan ataupun untuk pertunjukan tetapi saya yakin ia boleh diangkat dari aspek keselamatan dan kesihatan. Memberikan perhatian kepada contohnya, absorber yang digunakan daripada kereta-kereta terpakai dan sebagainya. Mungkin diangkat perkara ini ke universiti yang berdekatan. Di Melaka kita ada satu Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM). Di mana universiti ini sebenarnya antara hasratnya adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar, graduan-graduan yang hands on yang faham tentang kaedah-kaedah pengeluaran pemotoran dan sebagainya. Jadi kalau pakcik di kampung ini yang menghasilkan, mencipta kereta-kereta kreatif tadi ini boleh dalam bahasanya diterjemahkan kepada bahasa ilmiah di Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia umpamanya. Jadi saya yakin dan percaya kita akan memperoleh satu suasana menang-menang di sana dan kementerian pun dengan mudah memberikan arahan prosesnya dimiliki oleh universiti, ideanya dimiliki oleh orang kampung secara tidak langsung kita dapat dua burung dengan satu batu. Di mana pertama orang kampung akan memperoleh hasil daripada produk yang mereka keluarkan dan universiti pula memiliki hak reka cipta untuk menambah baik hasil kreativiti orang kampung itu tadi Tuan Pengerusi. Jadi ini adalah perkara yang elok kementerian berikan perhatian kerana dalam kaedah ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini perlu lebih melihat apa yang telah ada dalam sistem masyarakat kita untuk digalakkan lagi. Saya sudah nampak signal Tuan pengerusi. Akan tetapi apa-apa pun hari ini kita mempunyai chemistry yang sama fasal tali leher kita sama warna Tuan Pengerusi.

Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, sebenarnya perkara yang berkaitan dengan nuklear radio aktiviti ini amat dekat dengan saya dan saya benar-benar menelaah perkara ini dan memahaminya. Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada pihak kementerian, ilmu tentang perkara ini perlu kita ketengahkan sebelum kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab memberikan satu gambaran yang amat negatif tentang perkara ini. Jadi kementerian perlu menggunakan pelbagai kaedah umpamanya jika kita tidak mahu langsung menolak terus program-program nuclear power generator di negara kita, penjanaan tenaga nuklear. Bagaimana jika ada negara-negara jiran kita yang membina loji tenaga nuklear mereka berhampiran dengan kita? Indonesia umpamanya jika loji nuklear dibina di Acheh, jika berlaku mala petaka nuklear, Pulau Pinang akan menjadi sasaran utama. Yang kedua..

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Pohon, pohon, pohon mencelah.

Nantilah sekejap. Orang tengah flow of thought ini Yang Berhormat Kuantan betul tidak nampaklah.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Tangga Batu, nuklear bukan dalam Kementerian MOSTI. Nuklear kementerian lain.

Nantilah. Dengar, dengar dahulu... [Dewan riuh]

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Nuklear kementerian lain. Itu bukan di bawah MOSTI, itu kementerian lain.

Yang Berhormat tidak faham, Yang Berhormat ini tengah flow of thought.

Agensi Nuklear Kebangsaan di bawah MOSTI.

Yang Berhormat kena dengar. Saya tahu ia di bawah kementerian lain tetapi saya hendak bercakap tentang kesedaran. Program-program kesedaran. Program-program ilmu. Alamak, Yang Berhormat Kuantan. [Dewan riuh] Orang cakap fasal benda lain Yang Berhormat cakap benda lain. Hendak tahu fasal getah jangan tanya pakar kelapa sawit. Tanya Yang Berhormat Kuala Selangor ini. Jadi Tuan Pengerusi saya mengharapkan kementerian menyediakan program- program kesedaran. Program awareness programme tentang kebaikan, bahaya, keburukan, kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada apa juga yang ada dalam sistem nuklear ini. Tuan Pengerusi, dunia, dunia telah menyaksikan perkara ini lebih 50 tahun. Kita masih lagi berada di dalam ketakutan. Ketakutan kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup. Kalau kita ada ilmu yang cukup kita khuatir dan takut tidak ada masalah kerana orang yang ada ilmu ini sebenarnya tidak takut. Dia berani. Jadi saya minta kementerian supaya menyediakan program-program kerana Indonesia umpamanya. Sekarang ini mereka telah berada di tahap kesedaran kumpulan-kumpulan NGO.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan. Terima kasih. Yang Berhormat.

Yang Berhormat, tahu atau tidak Yang Berhormat ini cakap sahaja. Kadang-kadang dia tidak tahu apa yang dia cakap.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Apa Yang Berhormat Kuantan kata itu ialah Lynas plant bukan nuclear plant. You campur dua sekali mana boleh.

Bukan cakap tentang kesedaranlah. Apalah! Kita cakap tentang program kesedaran. Apalah.. Dia pun sama. Dia pun tidak tahu apa dia cakap. Yang Berhormat Menteri senyum sahaja. Saya cakap tentang program kesedaran, memberi pendidikan. Bukankah ini di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Jadi Yang Berhormat boleh bercerita tentang program kesedaran. Saya yakin dan percaya ia akan menjadi lebih berkesan dan lebih cekap penyampaiannya dan akan lebih diterima oleh rakyat untuk menghasilkan sebuah rakyat yang mempunyai pemikiran sains, teknologi dan sentiasa dalam kaedah berinovasi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi

Yang di belakang sana. Yang Berhormat Bagan Serai.

Tuan Mohsin Fadzli SamuriPKR · PRBagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Jarang saya dengar suara Yang Berhormat.

Tuan Mohsin Fadzli SamuriPKR · PRBagan Serai

Saya rasa inilah sebagai satu daripada peluang untuk menyatakan mengenai dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Apa yang saya cuba bangkitkan iaitu masalah dengan Butiran 00604 - Pusat Sains Negara. Kita dapati bahawa Pusat Sains Negara cawangan wilayah utara iaitu Alor Setar yang telah dibina pada 1 Julai 2009 dan dirasmikan pada 1 Mac 2010. Dalam tempoh tersebut didapati terdapat kesan-kesan pemendapan tanah di sekitar kawasan iaitu kawasannya ialah kawasan padi menyebabkan berlakunya kerosakan pada paip-paip air, paip-paip bomba dan juga saluran kumbahan. Pemendapan ini telah menyebabkan paip-paip ini telah patah dan pihak PSN cawangan wilayah utara telah beberapa kali menjalankan kerja-kerja penyambungan dan pembaikan paip-paip tersebut. Namun masih tidak memuaskan. Pihak JKR telah memberikan laporan pada 26 Julai, 2010 namun tindakan tidak dibuat.

Tuan Mohsin Fadzli SamuriPKR · PRBagan Serai

Oleh yang demikian, saya mengharapkan supaya pembaikan perlu disegerakan dan janganlah kita tunggu sampai meragut nyawa manusia. Satu lagi aspek yang akan saya cuba masukkan mengenai dengan Butiran 00800 - Program Penyelidikan dan Pembangunan. Sebagaimana yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu tadi, kita akan dapati bahawa peruntukan yang diberikan kepada program iaitu Butiran 00800 begitu sedikit sekali. Kita akan dapati bahawa peruntukan perlulah ditambah untuk dimanfaatkan dan kesejahteraan terhadap masyarakat terutamanya di luar bandar. Program penyelidikan perlu diperbanyakkan lagi peruntukannya. Sebagai contoh di mana kita tahu iaitu di Bagan Serai, kawasan saya, begitu banyak sumber asli dan kemudahan semula jadi yang tidak digunakan seperti terusan ataupun parit. Maklumlah itu kawasan bendang. Macam-macam boleh dibuat seperti menternak ikan keli, ikan puyu, ikan sepat ataupun ikan patin dalam sangkar. Saya pernah mengajukan perkara ini kepada pihak JPS dan amat mendukacitakan kebenaran tidak diberi dengan alasan pencemaran. Apa kata kalaulah pihak MOSTI dapat menjalankan kajian untuk mengatasi pencemaran tersebut. Selain itu banyak juga natural resources atau sumber asli yang tidak digunakan seperti jerami padi dan juga hampas kelapa sawit. Untuk makluman, kawasan Bagan Serai ini terdapat bendang, padi, ladang dan juga pengusaha-pengusaha kecil kelapa sawit. Apa kata MOSTI mengadakan penyelidikan untuk menggunakan bahan-bahan tadi. Bukankah ini akan dapat meningkatkan pendapatan dan dengan sendirinya kesejahteraan masyarakat lebih baik dan dengan sendirinya akan menjana pertumbuhan ekonomi baru dari pewujudan berasas teknologi perindustrian yang kukuh melalui R&D dalam bidang bioteknologi dan lain-lain teknologi yang ada. Selain itu juga dengan adanya R&D tersebut moga dapat meningkatkan pengkomersialan produk-produk R&D untuk menambahkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu perkara untuk pihak kementerian. Mungkin memerlukan satu langkah untuk memberikan kesedaran sepenuhnya kepada rakyat Malaysia tentang satu perkara di bawah Perkara 3000 – Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi iaitu di bawah Agensi Nuklear Malaysia dan lain-lain yang berkaitan. Tuan Pengerusi, saya hendak ambil satu contoh iaitu laluan di bawah kabel TNB yang saya difahamkan berlaku juga radiasi. Begitu juga kalau kabel elektrik dalam bangunan ini ada menerbitkan radiasi. Ertinya Tuan Pengerusi, semua kabel elektrik yang ada dalam negara kita atau dalam bumi, begitu juga kabel ataupun laluan gelombang, cellular dan lain-lain ada radiasinya. Justeru Tuan Pengerusi, saya meminta pihak Agensi Nuklear Malaysia ataupun lain-lain agensi yang berkaitan di bawah MOSTI dapat membuat satu penyelidikan tentang kadar radiasi tersebut, tahap-tahapnya. Ini kerana saya mendapat maklumat bahawa kadar radiasi yang diterbitkan oleh kabel TNB atau kabel elektrik jauh lebih tinggi berbanding kadar radiasi yang bakal diterbitkan oleh janakuasa nuklear bagi tujuan menjana elektrik. Bukan menjana bom... [Ketawa] Atau menjana atom, tidak. Begitu juga radiasi yang diterbitkan oleh peralatan-peralatan lain. Malahan, peralatan x-ray sekalipun ada kadar tertentu. Jadi Tuan Pengerusi, saya berpendapat bahawa mungkin sudah sampai masanya supaya kadar-kadar tersebut, mengikut bidang- bidang tertentu, diukur, diperhalusi dan dihebahkan kepada orang ramai supaya orang ramai sedia maklum tentang apa makna radiasi sebenarnya. Tahap mana atau tahap apa yang berbahaya kepada kesihatan.

Dari segi kumulatif, dari segi kadar statik pada tahap tertentu dan sebagainya. Ini kerana Tuan Pengerusi, jika tidak difahami dan tidak dihebahkan kepada orang ramai, akhirnya akan menjadi satu persoalan dan disalahgunakan oleh satu-satu pihak yang suka untuk menjadikan itu sebagai isu politik. Sedangkan Tuan Pengerusi, kita bergerak ke hadapan untuk menggunakan segala kemudahan yang ada dalam bumi kita bagi tujuan atau bagi manfaat kesejahteraan manusia. Pada saya Tuan Pengerusi, semua yang ada dalam dunia ini baik untuk kita. Akan tetapi jika salah guna atau salah proses atau melebihi proses tertentu, ia akan mendatangkan bahaya. Contohnya uranium Tuan Pengerusi. Uranium kalau hendak ditukar ataupun hendak ditransform kepada bentuk tenaga, ia hanya perlu diproses ke tahap 20 peratus. Akan tetapi kalau hendak diproses ke tahap atom, bom atom, 80 peratus. Maknanya jauh jaraknya, bezanya antara proses uranium bagi tahap tenaga kepada tahap bom atom. Juga maklumat-maklumat yang lain Tuan Pengerusi yang berkaitan dengan nuklear, yang berkaitan dengan radiasi dan lain-lain. Begitu juga tahap reka bentuk loji nuklear, ada generasi pertama, generasi kedua. Sekarang ini Tuan Pengerusi, sudah pun berada pada tahap keempat dan mungkin lebih. Apa yang meletup, yang bocor di Fukusima itu adalah reka bentuk generasi pertama dan itu tidak boleh dijadikan ukuran kepada satu perancangan untuk kita menilai atau untuk kita membuat satu keputusan bahawa kita berhenti di sini, tidak boleh lagi kita meneruskan...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Ledang, mohon mencelah.

Tidak boleh meneruskan...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Ledang, berilah laluan Yang Berhormat Ledang.

Program atau kerja yang lain.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Ledang, saya hendak tanya. Adakah Yang Berhormat Ledang tahu beza di antara radiasi dan radioactivity?

Ia yang berkaitan. Saya kata tadi yang berkaitan, sama ada radioaktif, radiasi dan sebagainya. Kalau nuklear okeylah radioaktif, yang berkaitan dengannya. Saya hanya mengambil beberapa contoh. Akan tetapi yang paling penting Tuan Pengerusi ialah soal kefahaman sama ada radiasikah, radioaktifkah dan lain-lain. Sama ada kalau perbandingan kadar yang dibenarkan untuk pengecualian thorium. Kalau di Australia, sudah tentulah 4 juta becqueral per kilogram. Kalau di China, 20,000 bq/gm. Kalau di Malaysia, 1,000 bq/gm dan IAEA, 1,000 bq/gm. Perkara-perkara ini Tuan Pengerusi, yang perlu diberikan kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia supaya tidak menjadi satu persoalan ataupun satu perkara yang boleh mencetuskan polemik politik tidak keruan. Akhirnya, kerana politik, maka kita tidak boleh melangkah jauh ke hadapan. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, ini Butiran 040100 - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kepada kementerian, apakah yang terkini mengenai 80,000 200-liter drums yang sedang disimpan di Kledang Range, di Papan, Batu Gajah, yang telah mula pada tahun 1983 di mana Mitsubishi Chemical telah dibenarkan untuk mendirikan satu Asian Rare Earth di sana di mana 80,000 200-liter drums disimpan di sana. Saya difahamkan baru-baru ini ada beberapa kebocoran yang telah berlaku.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dalam proses ini juga, beratusan orang dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini yang tidak pernah di kawasan tersebut mendapat radioaktif dari drums-drums ini, yang telah menghadapi leukemia dan cancer sickness berkaitan dengan ini. Beberapa study yang telah dijalankan menunjukkan ini adalah benar. Apakah kawal selia yang dibuat oleh kementerian? Adakah kementerian sedar bahawa ada desakan-desakan oleh orang ramai dan pakar-pakar dalam radioaktif ini yang memberitahu bahawa sepatutnya 80,000 200-liter drums ini adalah satu yang sangat serius dan perlu diubah ke satu tempat di mana jauh dari orang ramai. Pada tahun dahulu Tuan Pengerusi, Tun Mahathir pada 12 Jun telah beri satu shocking news kepada seluruh negara dengan mengatakan bahawa ada nuclear waste semasa beliau menjadi Perdana Menteri di mana dia telah mengarahkan dan telah memberitahu ia perlu disimpan Kledang Range. Adakah perkara ini benar? Apakah yang sedang dibuat supaya perkara ini tidak merebak kepada pihak-pihak yang tinggal di serantau tempat tersebut? Apakah tindakan dan apakah pampasan yang kerajaan ingin beri kepada pihak-pihak yang sedang menghadapi penyakit cancer stricken situasi? Ini kerana kami fikir dari beberapa studies telah dijalankan, ini adalah sangat-sangat menakutkan. Berkaitan dengan ini, 80,000 drums ini yang setiap drums ini adalah 200 liter adalah drums-drums yang sangat lama dan tidak mengikut spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan. Saya difahamkan baru-baru ini Mitsubishi Chemical telah dalam proses perundingan untuk membelanjakan lebih kurang RM303 juta untuk membuat satu clean up operation dalam radioactive waste ini yang sedang ada di Batu Gajah ini. Saya juga hendak tahu, di serantau tempat tersebut adalah tempat agro-based industry yang telah dijalankan, adakah ini satu proses business yang boleh dibenarkan? Memandangkan ini adalah kemungkinan besar terlibat dengan cancer stricken aktiviti. Berkaitan dengan ini, saya juga ingin tahu apakah kawal selia yang sedia yang telah ada? Dalam proses ini, adakah kerajaan akan mengambil tindakan supaya perkara ini mendapat pandangan dari experts dalam hal ini supaya mengatasi masalah yang kemungkinan besar ada, saya lebih kurang tiga bulan dahulu bila berada di sana dengan Yang Berhormat Batu Gajah, kami difahamkan ada kebocoran tetapi saya tidak dapat pergi ke dalam tempat tersebut. Walau bagaimanapun, adakah ini benar? Apakah tindakan yang telah diambil supaya perkara ini tidak merebak? Satu lagi perkara Tuan Pengerusi, adalah mengenai Jabatan Kimia. Saya hendak tanya, dalam researchs yang dibuat oleh Jabatan Kimia dengan mineral-mineral yang sedia ada di negara ini, apakah yang terkini mengenai bijih timah? Adakah ia ada satu hasil, ada satu mineral value yang besar di negara ini dan juga dalam sistem ia tidak akan environmental damage dalam ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Sekijang. Selepas Ahli Yang Berhormat Sekijang, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab... [Dewan riuh] Yang Berhormat, sudah kita putuskan tadi bahawa enam orang. jadi tidak akan mungkin saya tarik balik keputusan saya. Minta maaf Yang Berhormat. sila, sila Ahli Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja. Saya hendak merujuk kepada Butiran 040100 iaitu saya ingin bertanya kepada kementerian. Tadi kita berbincang tentang radiasi, tentang tenaga nuklear. Akan tetapi di sini saya ingin merujuk tentang sebenarnya di mana sahaja kita berada, kita akan berjumpa dengan radiasi ini. Saya hendak bertanya di sini tentang radiasi yang keluarkan oleh telefon selular kita.

Ini kerana kita bercakap tentang Lynas yang radiasinya rendah, kita bangkitkan. Sebenarnya radiasi daripada telefon selular ini adalah lebih tinggi daripada yang dikeluarkan oleh kilang Lynas ini. Jadi saya ingin tahu daripada kementerian, berapa agaknya tahap radiasi yang dibenarkan dan adakah patut agaknya kita meletakkan sebagaimana kita meletakkan pada rokok itu bahaya merokok dan sebagainya. Berapakah tiap-tiap satu jenama telefon itu yang katakanlah Nokia...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh mencelah sekejap?

Berapa radiasi pada telefon itu? Kalaulah model yang kedua...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh?... Tak bagi.

Berapa agaknya radiasi yang dikeluarkan oleh itu. Jadi dengan cara itu maknanya rakyat kita tahu dan berapakah kadar yang dibenarkan untuk kita sebab telefon ini kita simpan di dalam poket, kita simpan di dalam beg, kita bawa ke mana-mana. Jadi apabila kita menyebut tentang radiasi ini, kita lupa dekat sini. Jadi kita bangkitkan benda yang tidak sepatutnya kita bangkitkan tetapi yang ini mungkin. Saya minta dengan kementerian agaknya boleh memberitahu kita tentang kadar radiasi yang sebenar yang dibenarkan tentang telefon selular ini. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), saya mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat sejumlah enam orang semuanya yang telah pun mengambil bahagian untuk membahaskan bajet kementerian di peringkat Jawatankuasa mengikut kepala-kepala yang telah pun dibangkitkan. Banyak perkara yang telah pun dibangkitkan, berbeza-beza walaupun banyak terfokus kepada perihal tanggungjawab di bawah Butiran Jabatan ELB, Lembaga dan juga sedikit di bawah Agensi Nuklear. Lain-lain itu di bawah kepala Program-program R&D pihak jabatan. Saya ingin memulakan, nanti perihal yang luas dan saya akan kembali kepada pihak Yang Berhormat Kuantan yang begitu panjang berhujah walaupun apa yang dihujahkan itu seperti Tuan Pengerusi katakan bukan juga yang baru dan pernah pun kita telah jawab termasuk dalam perbahasan belanjawan tahun lalu. Saya pernah berinteraksi dengan Ahli Yang Berhormat Kuantan mengenai dengan perkara-perkara yang dibangkitkan tetapi nampaknya masih lagi berterusan. Saya mulakan dahulu dengan perihal yang dibangkitkan oleh pihak Ahli Yang Berhormat Tangga Batu mengenai dengan program sains dan teknologi dan khususnya mengenai perihal mengenai dengan Jejak Inovasi. Penekanan beliau bahawa perlu ada satu standard reporting procedure…

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah. Yang Berhormat Menteri tidak menjawab. Saya tanya...

Belum lagi. Saya akan balik nanti, saya mahu jawab panjang lebar.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Okey, okey.

Jadi, saya mahu selesaikan dahulu... [Dewan riuh] Oh, tak sabar ini. Saya sudah katakan saya mahu jawab penghabisan. Okey, jawab penghabisan supaya akan ada dua atau tiga yang lain juga yang telah menyentuh perkara tersebut. So, mengenai dengan Jejak Inovasi ini, sememangnya itulah tujuan kita iaitu untuk mengenal pasti tahap kreativiti dan inovasi di peringkat akar umbi.

Tujuan Jejak Inovasi itu ialah bagi pegawai-pegawai MOSTI serta juga para penyelidik yang bertugas sebagai sambilan termasuklah mereka daripada institusi pengajian tinggi dan guru-guru turun padang untuk peringkat-peringkat desa, tinggal di situ ataupun berinteraksi dengan program mengenal pasti melalui prosedur yang telah pun ditetapkan. Apakah inovasi-inovasi yang kreatif, yang masyarakat di luar bandar telah cipta di kawasan tersebut dan sekali gus menilainya dan dengan tujuan membawa inovasi itu ke peringkat tahap lebih tinggi dengan melalui proses pengkomersialan dan barangkali menemukan pihak-pihak swasta yang boleh sekali gus bekerja dengan pihak mereka. Setakat ini, sudah pun tiga kawasan yang telah kita mulakan ini iaitu di Melaka, di negeri Sabah dan di negeri Sarawak dan kita akan bentuk seperti mana yang dicadangkan tadi dan sebenarnya ini pun sudah pun dibuat iaitu SOP sebagai satu proses pengumpulan data yang mulai digunakan oleh banyak pihak. Kami bercadang supaya pada masa cuti sekolah penghujung tahun ini dijalankan secara meluas di semua yang mana boleh, semua negeri dan dalam tempoh tiga tahun kita boleh memperoleh innovation map, peta inovasi akar umbi negara kita Malaysia. Biasanya ini kita berinteraksi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat kawasan untuk membantu untuk memperluaskan program ini. Setakat ini seperti mana yang telah pun di dalam tiga wilayah kita pergi pun, ada sudah beberapa teknologi yang telah dikenal pasti sebagai mempunyai mutu tinggi dan boleh dikomersialkan dengan pelaburan pihak swasta. So, kita melalui agensi MOSTI mahupun SIRIM atau pihak Technology Park Malaysia menggunakan teknologi yang sedia ada dalam jabatan-jabatan tertentu untuk lebih lagi mengemas kini idea-idea dan inovasi akar umbi itu dengan tujuan mengkomersialkan. Jadi kuasa dan hak paten masih lagi di pihak pencipta dan nanti pihak universiti seperti yang dicadangkan atau institusi penyelidikan...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, laluan sedikit.

Boleh joint paten sebagai pembentuk prosesnya dan pembawa kepada peringkat komersial. Ya Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, apabila program ini saya rasa satu program yang baik. Apabila kita mencungkil di peringkat bawahan, dari segi kebolehpercayaan kepada penduduk-penduduk kampung dan penduduk luar bandar, penduduk desa di mana mereka dapat mereka cipta hasil daripada turun padang yang dibuat oleh pihak kementerian. Tahniah diucapkan. Cuma dari segi pengiktirafan sebelum di paten dan dikomersialkan, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, tidakkah ada perancangan di pihak kementerian iaitu untuk kita mengadakan Anugerah Inovasi Diraja untuk kategori yang seumpama ini yang tidak melibatkan RA ataupun RO daripada IPTA ataupun IPTS kerana mereka ini daripada kumpulan yang agak berlainan. Seperti mana yang diamalkan oleh negara ASEAN dan negara di dunia ini, mereka memberi pengiktirafan diraja yang begitu besar yang membolehkan hadiah yang begitu tinggi. Di kalangan mereka, penyelidik-penyelidik di luar bandar ini mereka akan berlumba-lumba menghasilkan ciptaan yang boleh di paten dan dikomersialkan di kalangan mereka iaitu satu sikap perlumbaan yang positif dan agak baik untuk kita dapat melahirkan banyak barangan yang dapat digunakan dalam pasaran sama ada di peringkat domestik ataupun di peringkat antarabangsa.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sebenarnya pihak kementerian telah memulakan pada tahun yang lalu, Tahun Inovasi Negara. Beberapa pertandingan di peringkat akar umbi dan wilayah itu telah diperakui dan mereka telah pun dibawa pemenang-pemenang di Kuala Lumpur untuk terus bertanding di peringkat nasional dan memperoleh hadiah-hadiah yang telah ditetapkan.

Juga pada minggu depan nanti adalah NICE ataupun National Inovation Conference and Exhibition sekali lagi ini memanglah dalam kebanyakan thru SME dan SMI akan tetapi ada juga seksyen-seksyen tertentu untuk pihak inovasi akar umbi. Saya perakui bahawa perlu kita untuk barangkali dengan izin, glorify some of this own dan barangkali lebih meluas dengan pemberian hadiah yang lebih menarik supaya lebih minat masyarakat di akar umbi untuk memaparkan kreativiti dan untuk bertanding di peringkat kawasan negeri dan akhirnya di peringkat kebangsaan. Jadi barangkali sebab anugerah diraja ini, saat ini satu sahaja anugerah inovasi yang paling tertinggi iaitu Merdeka Awards, setengah juta dia punya bayaran. Barangkali tidaklah tahap tersebut, akan tetapi saya perakui ada ruang untuk memperbaiki hadiah- hadiah dan anugerah-anugerah yang diberikan oleh kementerian dengan kerjasama barangkali dengan kementerian yang lain. Yang Berhormat seterusnya ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh perkara berkaitan dengan radiasi di bawah tiang-tiang elektrik ataupun high-tension wire, dengan izin, dan untuk meminta pihak MOSTI mengkaji perkara-perkara ini. Ada juga ya. Satu lagi perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi ialah mengenai dengan radiasi yang dikeluarkan daripada cellular hand phone kita. So, perkara-perkara ini di luar bidang kita. Dia..., akan tetapi kita juga pernah membiayai kajian- kajian untuk tujuan tersebut. Akan tetapi perihal radiasi misalnya di bawah penggunaan telefon itu di bawah kawalan MCMC ataupun KPKK di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Di mana setiap telefon misalnya yang diperakui di negeri kita, di negara kita ini dia hendaklah diuji dan lulus dari segi ‘limited reserve’ radiation daripadanya. Pada keseluruhannya radiation yang permissible ini hendaklah bagi satu orang manusia ialah 1 miliservert per year. Semua apa juga alat-alat pendengar termasuk alat komunikasi ini hendaklah di bawah maksimum level, ataupun tolerance level ini. Perkara yang lebih detail ini terpaksa kita perolehi daripada kementerian yang bertanggungjawab kerana mereka mempunyai maklumat-maklumat yang terperinci yang mengawasi perlesenan serta penglulusan jenis-jenis mobile yang dipasarkan. Begitu juga dengan perihal radiasi di bawah TNB yang dibangkitkan selepas beberapa ahli Yang Berhormat dan saya hanya mengatakan bahawa di dalam perkara ini sebenarnya dibawa oleh Yang Berhormat Ledang ialah di bawah tanggungjawab juga kementerian KeTTHA iaitu elektrik berkaitan dengan power dan kuasa. Namun saya tidak boleh membekal serta merta apa kajian yang telah dijalankan akan tetapi ini pernah dibangkitkan dalam perbahasan di sini sebelum ini, beberapa tahun yang lalu dan jaminan diberi oleh pihak kementerian sentiasa ialah bahawa kadar yang dikeluarkan itu adalah dalam keadaan selamat. Akan tetapi yang lebih detail daripada itu saya rasa kita perlu menelitikan memandangkan pada saat ini walaupun high-tension wire pengeluaran itu harusnya bebas daripada usaha pertanian, akan tetapi banyak juga petani- petani yang bercucuk tanam ataupun menanam sayur-sayuran di bawah kawasan-kawasan yang dikatakan kawasan larangan. Akan tetapi sebenarnya banyak juga para petani saya katakan tadi bercucuk tanam di bawahnya. Jadi maklumat terperinci nanti saya perolehi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ini di luar daripada bidang pihak MOSTI. Seterusnya mengenai dengan perihal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai dengan dua perkara. Satu adalah 80,000 drums yang dikatakan tadi. Pihak kementerian di bawah kita punya Agensi Nuklear Malaysia, sememangnya terlibat dari segi pemantauan dan dari segi pemantauan tempat simpanan semuanya itu. Akan tetapi setakat apa yang saya dimaklumkan bahawa tidak ada laporan-laporan terkini mengenai dengan leakage dan seterusnya. Namun demikian kerana ini maklumat tidak diperolehi daripada secara cepat di sini, saya berjanji untuk membekal saudara Yang Berhormat Ipoh Barat dalam perkara ini.

Akan tetapi saya peringkat kami, belum menerima apa-apa walaupun katakan tadi bahawa ada laporan leakage dan seterusnya dan maklumat yang terperinci, nanti saya bekalkan kepada Ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, bahan radioaktif dari ARE yang disimpan dengan engineered cell yang selamat ini bermakna bahan radioaktif ARE disimpan di tempat yang selamat dan tidak berasap. Jadi jika ada betul laporan yang dikatakan tadi ada leakage dari pihak awam, saya akan siasat perkara ini dan minta laporan khusus daripada Agensi Nuklear Malaysia. Saya hendak kembali akhirnya kepada perkara berkaitan dengan perihal...

Ya, penjelasan.

Ya.

Saya ada bagi tahu bahawa tahun dulu Tun Mahathir ada mengaku kali pertama bahawa ada nuclear waste yang tidak diketahui oleh sesiapa di negara ini, tersimpan di Bukit Merah. Adakah ini benar dan berapakah kuantum dia. Apakah kawal selia yang sedia dibuat oleh kementerian.

Sebenarnya saya telah pun meminta penyelidikan lanjutan, siasatan lanjutan. Akan tetapi pihak agensi mengatakan mereka tidak berapa pasti apa yang disentuh ataupun beliau ini perlu berbincang dengan pihak ARE juga. Oleh sebab adakah perkara yang sama yang dirujukkan yang berkaitan dengan ARE punya sisa-sisa dahulu. So, dalam perkara ini dia hanya menyentuh tetapi tidak menetapkan di mana sebenarnya ini. Mengenai dengan maklumat yang saya terima setakat ini bahawa lokasi yang dimaksudkan itu kemungkinan dia perkara yang sama seperti mana Yang Berhormat bangkitkan. So, I’ll follow up with you, dengan izin. Okey, saya hendak kembali kepada perihal Lynas yang dibincang oleh sekali lagi...

Yang Berhormat saya ada tanya mengenai Jabatan Kimia.

Jabatan Kimia... soal mineral meteorologi itu di luar bidang kimia. Mereka membuat perihal sahaja perkhidmatan yang berasas kepada chemical akan tetapi bukan dengan perihal meteorologi. Apa-apa metalskah ataupun apa- apa mineral itu di bawah kementerian, jabatan yang lain. Di bawah kawan saya tadi, Yang Berhormat daripada Bentong. Agensi itu yang mengawas kini termasuk perihal mining dan seterusnya adalah di bawah tanggungjawab di situ dan bukan Jabatan Kimia. Jabatan Kimia berasas kepada perihal chemical mahupun chemical dari industri ataupun chemical dari segi tumbuh- tumbuhan dan kandungan dalam tumbuhan dan seterusnya. Jadi saya sampaikan pesanlah untuk direct tujukan Yang Berhormat Ipoh Barat punya pertanyaan kepada pihak beliau. Mengenai dengan yang disentuh oleh Yang Berhormat daripada Kuantan, perkara yang dibangkitkan ada dua. Itulah saya katakan sebenarnya soal potong gaji sama itu kita pun melihat argument-argument itu kita telah jawab bersama, akan tetapi barangkali kita tidak memuaskan ataupun kita sengaja tidak menerima secara memuasnya.

Akan tetapi, saya ingin katakan bahawa nombor satu seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai dengan standard ini yang kita gunakan apa yang kita kemukakan kepada pihak lain adalah China standard. Bagi negara Malaysia, no place for China standard. Kita punya standard antarabangsa, standard IAEA. Okey itu vernacular card. Kalau China katakan 60 lebih di sini kita katakan satu sahaja okey per gram one thousand per kilogram okey. Australia actually 4,000 you know untuk per gram okey. Satu per empat juta satu kilogram and we don’t tolerate that...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Pohon Yang Berhormat Menteri dekat sini sekejap saya tanya sikit...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

On the Australian standard ini.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya di sini bersama dalam tangan saya ini ada renewal license kepada a Lynas Concentration Plan di Mount Weld bertarikh 1 April 2011. Saya bacakan pada muka surat tiga daripada 21, “The telling contain 500 part of million thorium oxide and 30 part of million uranium oxside which translate into radiation specific activity of 1.8 becquerel per gram and 0.32 becquerel per gram respectively”. Laporan ini terus menyambung “this exceed the limit of one becquerel per gram set for non radioactive telling set by Department of Industry and Resources (DOIR).” Maksudnya di dalam dokumen ini renewal license bertarikh 1 April 2011 terhadap concentration plan. Concentration plan ini dia 100 kali lebih tidak berbahayalah kalau dibandingkan dengan dekat Gebeng itu Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, di sini EPA menegur Lynas kerana tidak comply. Di sini dikatakan bahawa the lining of the residue telling facilities tidak cukup tebal dan Lynas ditegur. They are given the slaplah oleh EPA di dalam dokumen ini. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri check DOIR ini is one becquerel per gram becquerel per gram. Terima kasih.

Yes, terima kasih di atas maklumat itu. Akan tetapi, maklumat itu dan standard itu tidak diguna pakai di sini kerana background reading di sini is 1.6 bacarel per gram okey. Kita ikut standard yang telah pun ditetapkan oleh pihak IAEA iaitu satu becquerel per gram. So, apa dia sahaja penjelasan...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Pardon. Okay, is more than lebih daripada itu tetapi di Malaysia one sahaja. So, they will have to process.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Okey, so apa masalahnya.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Masalahnya tadi Yang Berhormat Menteri kata lebih dari satu Bq/g tidak boleh diterima.

No, tetapi Australian...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tidak laporan yang kita terima okey adalah 4,000 becquerel per gram.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya bacakan Yang Berhormat Menteri...

Okey untuk EIA.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ini adalah renewal license oleh EPA bertarikh 1 April 2011.

Yes, of course.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

EPA Australia kepada Lynas Concentration Plan.

I know.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Di Australia.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ya dan diguna pakai satu becquerel per gram.

Okey. Maybe the...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Mereka di tegur 1.8 pun cukup tinggi kalau berbanding dengan satu. Saya tanya tadi.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

IAEA kata Lynas di Gebeng six. Jadi itu soalan saya Yang Berhormat Menteri tadi.

Tidak ada six make sure is one and below because condition kita dia mesti...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

So, if it 6 is radioactivelah.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Maksudnya it’s radioaktif.

Of course ada radioaktif tetapi between the tolerable level.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Why then it can be scattered anywhere?

Background reading is a .16 which is 16 per..., yes background reading.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri...

You ambil...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya baca dalam RIA report background reading di Pahang is less than 1.6. It is a 0.03 becquerel per gram.

You go to...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Background reading di Pahang...

Well of course different state...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Dalam RIA report Yang Berhormat Menteri refer balik arahan RIA report.

Okey, different state barang kali berbeza. You go to kuari semua ini it will be around 1.6.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Then in Pahang so much less. Kenapa hendak bawa Lynas LAMP ke Gebeng.

That’s why we want to make sure and be the lost acceptable to the international communities. Okey, akan tetapi background reading may defer dan kita mahu insist supaya ia hendaklah satu. Okey, di bawah satu khas international standard. Kalau hendak buat China memang 20, Australia I will consist with you...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ya, okey. Tadi soalan saya dua Yang Berhormat Menteri. Satu China, satu lagi IAEA. IAEA punya report muka surat 13 sebut bahawa the WLP residue solid radioactivity iaitu at about six becquerel per gram. Jadi saya tanya adakah itu diklasifikasikan sebagai radioactive waste atau industrial waste containing normal occurring radioactive material seperti yang dikatakan oleh kementerian sebelum ini. Itu soalan saya tadi.

Ya, bagi Malaysia seperti mana kalau di USA ini this is not even classified does ordinary way, it is discharges on the drain. Di sini satu pun we will classified it as a radioactive waste and that’s why we threat it to make sure that will be false below itu yang pertama. It as good as dengan izin hanya the background reading on the country. We will ensure that itu akan terjadi.

Itu condition telah kita tetapkan sebahagian daripada condition nanti untuk pre operating license ataupun operating license nanti. Saya rasa...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri sikit.

Yang Berhormat sudah bahas tadi mahu tanya juga?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya cukup memahami apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Namun kalau saya bawa Yang Berhormat Menteri kepada perhatian yang dirakamkan sendiri oleh MMA. Mereka juga menyatakan dengan izin grave concern on the possible hazardous effect of the plan Lynas rare earth refiner project in Gebeng Pahang. Persoalannya ringkas kalau boleh sebutkan bukan hanya kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tetapi lebih penting daripada itu adalah juga fenomena apa yang dikatakan sebagai internal emitters. Saya kira saya tidak perlu bersyarah panjang tentang perkara itu lalu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tentang yang dikatakan sebagai safe level. Saya tidak perlu mengingatkan Yang Berhormat Menteri dalam persoalan casino genesis dalam lock those response curve kalau boleh saya sebutkan dengan izin, di sana tidak ada satu save level especially kalau yang cuba dibawa dalam apa yang dikatakan sebagai persepsinya that perkara itu dianggap sebagai safe level and tolerable limits. Yang Berhormat Menteri sedia maklum sebagai human carcinogens perkara ini sudah sememangnya menjadi establish that there is hardly any harmless when it comes to thorium partially. Dengan 14 bilion half life Yang Berhormat Menteri. Jadi perkara inilah yang kami nyatakan dan saya bercakap ini atas dasar by partisan, nothing against mana- mana pihak tetapi atas pertanggungjawaban knowledge atau ilmu supaya perkara ini jangan diambil mudah begitu. Especially Yang Berhormat Menteri, ketika license diberikan sebelum daripada perkara-perkara itu dibuat lebih awal, ke semua ini sangat-sangat mengecewakan. Saya juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa dalam isu bukan hanya nuklear saintis. Assessment on level sahaja tetapi perlu penglibatan epidemiologist, public health, toxicologists, jadi oleh kerana itu disiplin kita ini mestinya multi disiplin dan atas perkara ini juga saya minta supaya sebarang isu dan projek ini diambil dipertimbangkan dengan segala pertanggungjawabannya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Perihal internal emitters itu telah pun dibangkitkan sebelum ini juga dalam perbahasan Peringkat Dasar. Saya maklumkan kepada pihak Dewan yang mulia ini bahawa dalam pertimbangan perihal pre operating dan actual operating license, kita akan pastikan bahawa kawalan mengenai perkara-perkara ini hendak concerns, dengan izin, if I may will make..., and the only way, dengan izin, to handle this, is to use international standards. Buka kilang itu, buka diri kita to the exposure of the world, and that part I beri jaminan kepada pihak Parlimen.

Memang dalam perkara ini ada keraguan, saya rasa pihak MOSTI telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan supaya MAA terlibat dalam perbincangan- perbincangan termasuklah nanti dari segi penelitian internal emitters dan seterusnya untuk mengawal selia supaya teknologi digunakan untuk kawalan di dalam dari segi jumlah radiation dikeluarkan itu adalah yang terbaik di dunia dan we expose ourselves dengan izin to the world authority dalam perkara itu. Itulah jaminan yang kita telah beri sampai sekarang ini dan itulah saya rasa keraguan Yang Berhormat Kuantan ini kita harus I think berbicara dengan bukan sahaja pemikiran yang tajam tetapi hati yang tepat. Ini kerana the end of the day when dealing with radiation dealing dengan perkara semua seperti ini. The best way is to let science take care of this thing and then use international standard.

Kerajaan ini dan pihak kementerian akan beri jaminan bahawa apa-apa juga ketetapan yang dibuat itu adalah bukan sekadar standard Malaysia tetapi standard yang dihormati oleh pihak antarabangsa. Maknanya Yang Berhormat Kuantan ini, terima kasihlah setelah teguran-teguran dan semuanya input yang diberi. Akan tetapi saya rasa perlu juga kita meneliti ini Pejabat MOSTI, pejabat kedua-dua agensi di bawah MOSTI, LLB dan Agensi Nuklear Malaysia sentiasa terbuka untuk perbincangan untuk penelitian. Banyak program untuk penjelasan kepada rakyat telah pun diadakan dan seterusnya. Misalnya ada yang dianjurkan pada 23 Julai yang lalu dan beberapa Ahli Parlimen daripada bukan kerajaan telah pun datang untuk datang tetapi Yang Berhormat sendiri tidak datang untuk berinteraksi dan memberi input- input yang perlu. Saya rasa ruang lebih luas untuk bekerjasama dalam bidang perkara ini.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Mohon Yang Berhormat Menteri saya tidak tahu tentang program tersebut. Adakah yang dibuat di Kuantan?

I give you the...

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Jikalau yang dibuat di Kuantan sepatutnya ada lapan sesi dan sewaktu itu Parlimen sedang bersidang.

Pada 23 Julai 2009, di negeri Pahang.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Oh! Waktu 2009 wakil saya ada pergi sebab waktu itu saya ada di luar negara dan saya beri maklum balas. Wakil saya pergi Yang Berhormat Menteri tetapi...

Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain semua itu you know telah pun hadir.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ya, tetapi saya tiada kerana saya berada di luar negara tetapi wakil saya pergi Yang Berhormat Menteri. Ya, you have to note that down. Please note that down.

Saya memperakui itu tetapi Yang Berhormat sekadar hantar wakil di situ.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yes.

Akan tetapi saya rasa perlu ada perhubungan yang lebih rapat. Kita terbuka we have nothing to hide on this.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yes and then saya ingat juga kerana pada Yang Berhormat Menteri saya tanya berkenaan dengan proposal, Yang Berhormat Menteri kata nanti you akan beri saya satu salinan tetapi sehingga hari ini saya tidak terima juga. So I don’t want lip services, orang Kuantan hendak tengok real sincerity pihak MOSTI untuk selesaikan masalah ini.

Yes, yes. Ini yang kita beri jaminan juga. Kita berjumpa di tangga sana dan Yang Berhormat sentuh dengan saya dan saya katakan perkara ini masih lagi dalam perhatian pihak LLB kerana lembaga belum lagi bertemu. Akan tetapi as pada recommendation, cadangan oleh pihak IAE di bawah sembilan itu adalah bagi maklumat perkukuhkan lagi pengedaran maklumat dan seterusnya. Akan tetapi maklumat yang telah pun menjadi sah kita tidak boleh edarkan kepada pihak awam yang baru dimasukkan untuk pertimbangan lembaga kerana Akta 304 tidak membolehkan ini. Jadi kita sentiasa engage kalau masih ada keraguan kita hendak beri maklumat yang tepat kepada semua dan banyak program yang telah dikendalikan oleh pihak MOSTI dan kementerian yang lain dan ingat apabila Yang Berhormat misalnya hendak potong gaji biarkan itu Tuan Pengerusi sudah putuskan tetapi ini bukan jagaan MOSTI sahaja daripada enam licenses, tiga licenses di bawah MOSTI.

Sekarang ini gerakan di bawah MITI, di bawah Kementerian Kesihatan dan MOSTI serta jabatan-jabatan yang lain NRE untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat yang benar. Untuk mengatakan misalnya Lynas itu tutup di sini ialah saya rasa ahli-ahli pakar di dalam parti Yang Berhormat pun cukup banyak. They can give you all the baseline data, you know? Saya terkejutlah pada masa Yang Berhormat berbahas pada 18 hari bulan apabila diganggu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dan dikatakan Yang Berhormat Hulu Langat itu adalah pakar sebenarnya PhD dalam bidang nuclear sciences ini. Yang Berhormat katakan itu nuklear, ini rare earth you know. I mean that’s amazing answer to say itu, dia pakar nuklear tetapi ini rare earth count under 304 kerana ada nuclear content that’s why the skill required, you see.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri yang saya marah sangat kenapa Ahli-ahli Parlimen sebelah sana menggunakan isu Ahli Parlimen Hulu Langat sedangkan Presiden PAS menyebut Ahli Parlimen Hulu Langat serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, dua nama yang disebut dan Yang Berhormat Kuala Selangor sudah pun mengatakan bahawa isu ini multifaceted, multidisciplinary. Saya sentiasa berbincang dengan Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Hulu Langat kata tidak apalah kalau hendak lihat dari aspek alam sekitar, kalau hendak lihat dari aspek public health, kalau hendak lihat dari aspek ground water dan kalau hendak lihat dari aspek internal emitters dia kata yang itu dia tidak ada kepakaran. Tidak apalah teruslah dia kata. Dia hanya bercakap dari aspek radiasi luaran dan itu yang dia cakap. Oleh sebab itu saya sentiasa mengatakan bahawa kadang-kadang yang saya dengar tadi Ahli Parlimen daripada sebelah BN cakap bulat-bulat apa yang Lynas bagi. Jadi ini Yang Berhormat Menteri tolonglah beri sedikit pendidikan dan sedikit penjelasan kepada mereka itu... [Dewan riuh]

Saya rasa Yang Berhormat, the baseline akhirnya ialah the fear berasas kepada jumlah radiation yang akan timbul daripada situ that’s the baseline, that’s the scientific bases. Sememangnya untuk tujuan lesen keseluruhan kita ada AIA lagi yang lain kerana ada lagi kelulusan dari segi DOSH, keselamatan pekerja, we ambil kira semuanya ini. Akan tetapi adalah penting bahawa maklumat yang kita gunakan itu adalah maklumat yang tepat dan dihormati supaya soal menakut-nakutkan pihak awam ini tidak timbul dan ini satu bidang memerlukan sains. Bidang ini saya rasa penekanan bukan kepada pakar dalam psikologi dan sebagainya kerana akhirnya ini adalah kepakaran dalam bidang sains.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri saya minta maaf ya. Saya lihat ini sebagai satu cara untuk menyelewengkan dan untuk menjatuhkan saya. Ini kerana Yang Berhormat Menteri Ahli Parlimen yang bertanggungjawab ialah Ahli Parlimen yang buat researches. Mesti baca, mesti study, mesti tanya pakar dan bukan buat atas dasar kepakaran masing-masing, impossible mustahil. Setiap Ahli Parlimen dalam Dewan mempunyai kepakaran dalam semua bidang.

Ya saya setuju.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Akan tetapi Ahli Parlimen yang bertanggungjawab buat research, Ahli Parlimen yang bertanggungjawab tanya pakar, Ahli Parlimen yang bertanggungjawab duduk dengan pakar dan akhirnya Ahli Parlimen yang bertanggungjawab kena berdasarkan hujah dan akhirnya buat keputusan yang bertanggungjawab and to insinuate bahawa seorang yang pakar dalam bidang lain tidak ada hak untuk bercakap dalam satu bidang lain, that is wrong.

Yang Berhormat saya tidak bercakap itu.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ini kerana masalah dalam satu-satu, masalah dalam mana-mana kawasan boleh melibatkan macam-macam masalah Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh]

[Bangun]

No, ini salah. So ini putar-belit juga. Saya tidak katakan tiada ruang... [Dewan riuh]

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya cukup kawan baik dengan Yang Berhormat Menteri but you don’t have insinuated.

Yang Berhormat Menteri.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ini kerana we did research, kita tanya pakar dan Yang Berhormat Menteri tidak boleh kata bahawa begitu kita tidak boleh pakar dalam semua bidang.

So, betul.

Tuan Pengerusi.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

So it is multidisciplinary jadi kita kena tanya semua disiplin.

Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri.

Betul, kita akan pastikan maklumat yang ada itu jangan kita salah gunakan untuk menakutkan rakyat dan seterusnya.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Jadi itu silap juga hendak kata menakutkan. Saya ada dokumen-dokumennya di sini. Saya yakin Yang Berhormat Menteri kalau hendak tengok boleh kita sama-sama kongsi.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Mungkin all these licenses pun...

Tidak ada, standard yang kita gunakan standard antarabangsa. World class punya dan kita boleh sama-sama membantu.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ya. Okay then saya hendak dengar Yang Berhormat Menteri kata the ways in land is classified of radioactive wave ikut antarabangsa punya standard.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.

Okey hendak habis sudah.

Sedikit, sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya kadang-kadang saya tidak pakar, saya mengaku saya bukan pakar... [Ketawa] Sama sahaja kalau kita bukan pakar kita akui kita bukan pakar. Saya rasional Tuan Pengerusi. Ini saya hendak minta pandangan kita ini Ahli Parlimen kadang-kadang bila pakar jawab betul dan tidak memihak kepada kita, kita tidak terima. Ini hakikatnya yang melemahkan kita. Apa salahnya walaupun kita pembangkang kita Barisan Nasional kalau benda itu betul kita terima yang betul. Ini tidak bila benda itu betul tidak memihak kepada kita, kita tidak terima. Ini satu kelemahan. Beliau takut Kuantan ini... Saya orang Kuantan ini. Beliau kalau kalah kes ini, malu beliau. Jangan bela. Ini bila walaupun... [Dewan riuh]

Saya tahu pakar kita ada. Saya boleh cakap di sini, beliau kata seolah-olah saya jadi bebas sekarang kerana bila saya katakan yang benar, orang akan kata saya ini sudah pro Barisan Nasional.

Ini hakikat yang perlu kita terima kalau kita Ahli Parlimen Tuan Pengerusi. Terimalah! Kalau yang betul, kita terima betul walaupun bukan belah kita. Oleh sebab itu kita tidak ini...

Okey. Terima kasih atas input itu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Menteri...

Input dan cadangan. Mana yang saya belum siap untuk mengulas semuanya, kita balik ke MOSTI, Kementerian MOSTI terbuka untuk berbincang bila-bila masa. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM775,204,300 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Wang sebanyak RM775,204,300 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM512,818,400 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM512,818,400 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.31 [Jadual] - Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan 2012] -Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk di bahas. Sila Yang Berhormat Silam.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi mempersilakan saya untuk turut membahaskan...

Tuan Pengerusi

Masa 10 minit Yang Berhormat.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Bekalan 31, Kementerian Pelancongan. Saya terus langsung ke Butiran 040000, Butiran 070000 dan Butiran 00800 serta Butiran 01100. Dari segi penggalakan pelancongan Malaysia, saya ingin bertanya setakat ini kepada Kementerian Pelancongan Malaysia tentang penekanan untuk memberikan galakan ke atas pelancongan yang berasaskan kepada ekopelancongan. Terutamanya di negeri-negeri yang kaya dengan sumber semula jadi di negara kita ini yang perlu diberi penekanan oleh kementerian. Ini kerana kita melihat dari segi sumbangan sektor pelancongan ini kepada pertumbuhan negara kasar pun memang antara penyumbang yang terbesar. Kita hendak tahu kalau kementerian ada mengambil inisiatif dalam rangka negara kita untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang tertentu terutamanya yang berkaitan dengan pelancongan ini. Adakah kementerian telah berusaha untuk terus menggalakkan sektor pelancongan yang berteraskan ecotourism ini ditekankan oleh kementerian.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Selain daripada itu juga, saya ingin mengetahui secara khusus negeri-negeri mana yang menjadi tumpuan untuk digalakkan dalam pembangunan ekopelancongan ini. Kita berharap supaya terutamanya di negeri Sabah, sekitar kawasan zon Pantai Timur yang sebelum ini saya pernah mencadangkan supaya pusat ekopelancongan untuk negeri Sabah di zon Pantai Timur diletakkan di kawasan Parlimen Silam. Kita dapati juga terutamanya pengkaji-pengkaji daripada antarabangsa banyak bertumpu di kawasan Lembah Danum yang merupakan pusat penyelidikan dan kawasan perhutanan yang memang sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Namun, dari segi kekuatannya sebagai satu pusat kegiatan ecotourism belum lagi begitu menyerlah. Saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian yang sewajarnya. Saya ingin mencadangkan juga supaya pusat kajian penyelidikan pembangunan yang berteraskan eco ini dibuat, diwujudkan dalam Bajet 2012 ini dan ia akan menjadi satu pusat yang akan menjadi asas kepada kajian pelancongan dalam masa pendek ataupun jangka masa panjang. Tuan Pengerusi, seterusnya saya menyentuh tentang Pusat Pelancongan Islam (ITC). Ini satu sektor yang patut diberi penekanan yang sewajarnya dan diberi keutamaan juga dalam industri pelancongan di negara kita ini. Kita melihat dari segi perkembangan sektor pelancongan ini di negara-negara Asia Tenggara ini, dari segi sektor pelancongan yang menekankan kepada Islam ini tidak begitu dititikberatkan oleh negara-negara Asian. Saya ingin bertanya kepada kementerian, jika dalam Bajet 2012 ini sudah ada satu rangka kerja yang dibentuk dari segi bentuk jawatankuasa ataupun badan yang bertindak, yang bertanggungjawab untuk merangka satu bidang pelancongan yang berteraskan Islam ini diberi penekanan. Adakah ia dibuat secara bersungguh-sungguh? Saya mencadangkan juga terutamanya tempat-tempat sejarah Islam yang ada di negara kita ini perlu diambil perhatian dan supaya satu badan ataupun pihak-pihak tertentu yang dipertanggungjawabkan dalam aktiviti ini untuk digerakkan bagi membuat satu kajian bagi menjadikan ia satu produk yang boleh dijual di peringkat antarabangsa yang boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan suatu bidang industri yang perlu diperluaskan yang mana barangkali dari segi kelainan ataupun niche itu akan menjadi satu kekuatan kepada industri ini. Sebagai contohnya kalau kita lihat di negeri Sabah, mungkin ya kita hanya dapati maklumat-maklumat seperti penyebaran agama Islam bermula terutamanya di kawasan Pantai Timur negeri Sabah dan kebetulan ia bermula di kawasan Parlimen Silam. Namun, sebenarnya tidak ramai masyarakat yang mengetahui dari segi pertapakan awal ini. Alangkah baiknya kalau kementerian ini mengambil inisiatif sebaiknya untuk mewujudkan suatu industri pelancongan yang berasaskan Islam ini untuk dikomersialkan dan diperluaskan. Seperti baru-baru ini, saya dapat tahu bahawa Yang Berhormat Menteri Pelancongan sendiri telah datang melawat ke Semporna dan melihat sendiri kawasan Bukit Tengkorak yang merupakan antara penempatan tamadun manusia yang terawal di kawasan Pantai Timur. Selain daripada itu juga, hubungan daripada Pusat Pelancongan Islam ini, apabila wujud pertapakan Islam pada 1408 di kawasan Parlimen Silam. Saya berharap juga supaya kementerian mungkin dengan kerjasama kementerian lain terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di kawasan Gua Madai dan kawasan Lembah Tingkayu yang merupakan tapak tamadun manusia yang terawal di Sabah perlu supaya kementerian mengambil suatu inisiatif untuk membuat kajian secara mendalam. Saya ingin mencadangkan juga supaya Kementerian Pelancongan dapat mencadangkan kepada UNESCO di masa akan datang untuk supaya menjadikan kawasan tersebut termasuk dalam warisan sedunia yang barangkali selain daripada Gunung Kinabalu dan tempat-tempat lain.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Di Malaysia ini, kalau dihubungkaitkan dari segi kewujudan tamadun manusia ini perlu supaya di masa akan datang juga dapat kita diperkenalkan oleh kementerian ini sebab Butiran 070300, apabila mewujudkan Pusat Pelancongan Islam ini, saya berharap supaya ia dapat diberikan tumpuan bersungguh-sungguh. Sebab kita melihat dari segi jumlah dan nilai penduduk terutamanya daripada negara Timur Tengah yang sebenarnya sekarang ini pun mereka banyak tertarik dengan kestabilan politik di negara kita ini. Jadi, mungkin dari segi pembangunan pelancongan yang menjurus kepada Islam ini perlu dipelbagaikan, diperluaskan. Ini kerana sebagai contohnya, dalam minggu lepas ada beberapa orang usahawan daripada negara Saudi yang datang ke Parlimen Silam sendiri untuk melihat perkara yang boleh dilabur di Malaysia ini terutamanya di negeri Sabah. Saya berharap supaya kementerian ini mengambil perhatian yang lebih serius dalam perkara ini.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Seterusnya Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian setakat ini daripada segi butiran ini sejauh mana kajian-kajian yang telah dibuat oleh kementerian ini dan penumpuan daripada segi kajian ini banyak dibuat ataupun dihalakan ke sektor mana dalam bidang pelancongan ini. Kita berharap supaya pihak kementerian sentiasa dapat berinteraksi dengan semua negeri yang kita lihat daripada segi potensi pelancongan ini perlu diberikan penekanan. Kita cadangkan supaya kajian yang dilakukan ke atas negeri-negeri ini biar daripada segi kelainan dan akan menjadi satu kekuatan pada industri pelancongan di negara kita ini. Kalau pun melihat beberapa negara-negara ASEAN yang lain di negara Eropah, bagaimana sumber kekayaan, kelainan setiap daerah itu menjadi satu kekuatan pada industri ataupun pertumbuhan pembangunan pelancongan di kawasan-kawasan tersebut supaya ia sesuai dengan kehendak masyarakat setempat. Sebagai contoh paling mudah, kalau barangkali di negara Indonesia, kalau kita ke Bali, kita tahu daripada segi pembangunan resortnya. Kemudian, barangkali kita berteraskan pada pembangunan yang mengutamakan macam busana Muslim. Mungkin sekitar bersempadan dengan Tasik Himalaya dan banyak lagi yang perlu barang kali kita supaya kementerian ini dapat mengambil suatu pendekatan bagaimana kita perlu berusaha mencari niche yang boleh menyebabkan ia akan tertarik untuk melawat negara kita sendiri. Kita tahu di masa akan datang, sektor perkhidmatan terutamanya dalam bidang pelancongan ini adalah merupakan penyumbang ekonomi yang terbaik kepada sesebuah negara. Negara Malaysia perlu proaktif dalam perkara ini untuk kita sama-sama dapat melihat daripada segi kekuatan pelancongan ini sebelum negara-negara lain walaupun barangkali mereka sudah lama mengusahakannya namun kita perlu mencari suatu kelainan yang menjadi kekuatan kepada negara kita. Akhirnya Butiran 011000 – Program Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Tuan Pengerusi, saya dapati terutamanya kalau di negeri Sabah, kemudahan dan penyediaan peningkatan kemudahan pelancongan ini hanya ditumpukan di beberapa tempat terutamanya yang berhampiran dengan Kota Kinabalu. Saya berharap di masa akan datang supaya kementerian ini mengambil perhatian yang serius untuk meningkatkan dengan secara menyeluruh. Sebelum ini pun saya pernah mencadangkan supaya kementerian ini mewujudkan satu kiosk ataupun database kecil bagi setiap Parlimen untuk mengumpulkan segala maklumat dan data tentang apa perkara yang ingin diperbaiki daripada segi kualiti penyediaan kemudahan. Mungkin terutamanya daripada segi pemandu-pemandu pelancong yang saya melihat sendiri kelemahan yang ketara sangat ialah pemandu pelancong kita ini tidak begitu mahir. Paling sedikit pun dalam sejarah kawasan atau tempat mereka bertugas itu banyak perkara yang mereka tidak begitu ketahui menyebabkan para pelancong tidak begitu tertarik. Ini juga suatu sebenarnya kalau kita hayati dengan baik apabila kita menyediakan sumber manusia yang ada, kemahiran dalam bidang ini akhirnya akan menjadi satu kekuatan pada sesuatu tempat pelancongan itu. Keselesaan pelanggan kita terutamanya para pelancong yang dari negara-negara antarabangsa ini memang kita tidak nafikan sebab mungkin prasarana dari negara mereka jauh lebih baik.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Jadi, kita perlu berusaha supaya dari semasa ke semasa kementerian ini berusaha untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kebaikan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha ataupun resorts yang ada di negara kita ini. Secara tidak langsung apabila kita mempunyai kemudahan pelancongan yang baik sama ada daripada segi perkhidmatan bas ataupun kemudahan-kemudahan car rental dan banyak lagi kemudahan yang ada hubung kait dengan sektor pelancongan ini. Kalau kita beri tumpuan, ini akan banyak mendorong supaya pelancong itu tertarik dan sebenarnya kita melihat kekuatan ataupun akan menjadi pengguna ataupun peminat pada suatu produk yang kita jual itu sebenarnya adalah pengguna yang sama. Jadi, ini kita berharap supaya di masa akan datang supaya kementerian ini dapat mengambil perhatian yang serius dalam Program Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Rasah. Selepas Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Arau.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan balik, tolong... Tidak payah saya ingatkan masa. Tadi Yang Berhormat Silam dia sudah curi lebih kurang tiga minit hingga empat minit. Yang Berhormat Rasah, saya beri tambahan tiga minit hingga empat minit supaya adil.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Supaya selepas daripada itu, jangan lagi perlu saya ingatkan. Keadilan apa lagi yang kamu mahu daripada saya?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas kemurahan hati Tuan Pengerusi atas masa. Terlebih dahulu, saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di manakah Menteri sedang melancong sekarang? Itu soalan pertama. Saya ada lima isu. Ada lima perkara yang saya ingin bangunkan dalam Kementerian Pelancongan ini yang di bawah kod penggalakan pelancongan. Ada lima isu yang saya hendak bawakan di sini. Pertamanya berkenaan dengan mobile tourism bus. Saya ada bertanya satu soalan kepada kementerian pada 3 Oktober 2011 lepas berkenaan dengan mobile tourism information bus yang telah dibeli oleh kementerian. Apakah kegunaannya dan kos setiap unit? Saya diberikan jawapan oleh pihak kementerian mengatakan bahawa mobile tourism information centre ataupun tourism bus ini merupakan kaedah baru dan inovatif melalui ambient mobile advertising di bawah kempen pelancongan domestik Cuti-cuti 1Malaysia yang diperkenalkan pada bulan April 2011. Saya diberikan jawapan bahawa terdapat dua buah unit kenderaan yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk digunakan. Cuma saya kurang berpuas hati di atas jawapan ini kerana saya bertanyakan kos dan saya diberikan jawapan bahawa kenderaan-kenderaan ini tidak dibeli oleh pihak Tourism Malaysia. Sebaliknya ia adalah merupakan pakej promosi pengiklanan domestik yang dilaksanakan oleh agensi pengiklanan pasaran domestik sedia ada yang dilantik melalui tender terbuka oleh Tourism Malaysia pada tahun ini. Namun, jawapan ini tidak transparent kerana bas ini tidak mungkin ditawarkan oleh agensi-agensi pengiklanan pasaran domestik ini secara percuma.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ia memang ada kosnya dalam pakej ataupun kos pengiklanan tersebut dan jawapan itu tidak diberikan seolah-olah kementerian ada perkara yang ingin disembunyikan. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian supaya memberikan jawapan yang tepat, berapakah kos ataupun berapakah sewa yang dikenakan oleh agensi pengiklanan itu terhadap setiap unit bas mobile tourism ini yang dikenakan kepada kementerian? Saya harap kementerian akan memberikan jawapan yang tepat dalam perkara ini. Perkara yang kedua yang saya hendak bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan Malaysian International Tourism Expo (MITE) yang juga saya ada bertanya satu soalan kepada kementerian pada 11 Oktober yang lepas. Saya diberitahu bahawa kementerian Pelancongan tidak menganjurkan Malaysian International Tourism Expo tetapi ia dianjurkan oleh syarikat MyEvents Sdn. Bhd. Ekspo ini disokong oleh Kementerian Pelancongan kerana ia merupakan salah satu platform untuk mempromosikan dan memperbanyakkan penjualan produk-produk pelancongan domestik negara termasuk industri MICE memandangkan negara masih lagi tidak mempunyai rancangan acara tahunan pelancongan antarabangsa seumpama ini seperti Singapura, Thailand dan China. Menurut MyEvents Sdn. Bhd., butir-butir ekspo ini adalah seperti berikut; dicadangkan diadakan pada bulan Mei 2011 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang, Selangor. Saya lihat ada laporan media bahawa memang ia telah confirm akan diadakan dari 31 Mei sehingga 3 Jun dan baru-baru ini telah mengadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh Menteri Pelancongan sendiri. Cuma saya tidak berpuas hati di sini ialah kos penganjuran ekspo ini masih belum dimuktamadkan oleh pihak MyEvents Sdn. Bhd. seperti yang dalam jawapan kementerian. Namun demikian, Kementerian Pelancongan melalui agensinya Malaysia Conventions dan Exhibition Bureau akan menyokong dengan pembiayaan kos sewaan tapak yang tidak melebihi 20 peratus kos penganjurannya di bawah skim bantuan subvention fund. Cuma saya hendak bertanya mengapa satu usaha daripada pihak swasta ini yang dikatakan akan dianjurkan oleh MyEvents ini. Saya bukannya membantah konvensyen-konvensyen ataupun ekspo-ekspo seperti ini tetapi ekspo-ekspo seperti ini dianjurkan oleh pihak swasta dan sememangnya pihak swasta menganjurkan conventions ataupun ekspo seperti ini berorientasikan keuntungan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Mereka akan mengutip sewa daripada syarikat-syarikat pelancongan, pengusaha- pengusaha pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya. Mengapa kementerian perlu menanggung 20 peratus daripada sewa tapak tersebut? Mengapa kos penganjuran itu disampaikan kepada kementerian yang perlu menanggung 20 peratus? Sepatutnya kementerian boleh menyokong dengan endorse ekspo seperti ini. Akan tetapi tidak perlulah kita menanggung kos untuk pihak swasta menganjurkan ekspo seperti ini. Saya pohon pihak Timbalan Menteri menjawab mengapa perlu kos sewaan ini ditanggung oleh pihak Kementerian Pelancongan? Saya amat tidak bersetuju bahawa kos untuk menganjurkan ekspo ini ditanggung oleh pihak kementerian atau pun duit rakyat. Isu yang ketiga yang saya hendak bawa ialah berkenaan dengan saya hendak membangkitkan sekali lagi perbelanjaan Kementerian Pelancongan yang paling scandalous dalam sejarah negara 54 tahun iaitu menggunakan RM1.8 juta untuk membuat enam Facebook Kementerian Pelancongan di bawah Kempen Cuti-cuti Malaysia. Saya juga mengajukan soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan 12 Oktober RM1.8 juta ini tidak dinafikan memang ini merupakan figure yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelancongan. Saya bertanya sama ada KPI telah dicapai? Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa KPI telah dicapai. Ada 122,130 peminat sehingga September yang mengikuti laman sosial Facebook ini dan empat kempen yang telah dilaksanakan sehingga September 2011 ialah Kempen Pelancongan Domestik Cuti-cuti 1Malaysia, Citra Warna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1Malaysia, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya telah melihat kesemua Facebook ini. Semua Facebok ini Facebook yang biasa. Ini hanya satu kempen. Ia hanya memerlukan orang buat satu Facebook, dia cuba buat satu content dalamnya mengadakan satu atau dua pertandingan ataupun games dalam laman-laman Facebook ini. Sejumlah RM1.8 juta ini sehingga sekarang Kementerian Pelancongan belum memberikan satu jawapan yang munasabah untuk menjustifikasikan perbelanjaan RM1.8 juta ini. Sejumlah RM1.8 juta you tanya siapa di Malaysia ini tidak ada seorang yang kata justified. Sebanyak enam, tujuh Facebook you hendak buat bukan sahaja enam atau pun tujuh Facebook. Mahu buat 6,000 atau 7,000 Facebook pun percuma dan tidak perlu satu sen pun kita membayar kepada Facebook. Sesiapa sahaja boleh membuka akaun Facebook hanya kita memerlukan...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

[Menyampuk]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Apa pakar? Ini tidak perlukan pakar. Siapa-siapa pun boleh buat. Budak sekolah menengah pun boleh buat Facebook hanya kita memerlukan beberapa pegawai sepenuh masa untuk update contentnya. Tidak mungkin untuk menggaji beberapa pegawai untuk update content kita memerlukan sehingga RM300,000 untuk satu Facebook? Ini tidak munasabah Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak perlulah mempertahankan Yang Berhormat Menteri. Beri jawapan secara terus terang adakah ini satu penipuan, rasuah, penyelewengan atau satu pembaziran yang begitu teruk sekali. Ia satu perbelanjaan yang paling scandalous dalam sejarah Kementerian Pelancongan.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Minta penjelasan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ya, boleh.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Rasah. Saya tertarik dengan kos pembinaan sebuah Facebooknya dengan lebih kurang RM300,000. Apakah Yang Berhormat Rasah telah melihat dan adakah di sana kelihatan lebih canggih daripada Facebook yang biasa kita lihat?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya pun tidak tahu apa yang canggih sangatlah dalam Facebook Cuti-cuti 1Malaysia ini. Semuanya sama hanya dia kata ada di sini mengatakan bahawa untuk Karnival Jualan Mega 1Malaysia Facebook ini ada 9,261 penyertaan untuk Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia belum lagi dimulakan. Untuk Citra Warna 1Malaysia 25,569 penyertaan. Ini tidak bermaksud apa-apa. Ini tidak memberikan maksud apa-apa. Ada click and like tidak bermaksud apa-apa, 101 juta pun tidak bermaksud apa-apa. Jadi saya harap kementerian belum lagi memberikan satu jawapan yang munasabah kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan perbelanjaan yang paling scandalous ini. Sejumlah RM1.8 juta untuk Facebook dan ramai lagi masih lagi masih bertanya-tanya pakah tindakan yang diambil terhadap penyelewengan terhadap pembaziran wang rakyat ini yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Perkara yang keempat Tuan Pengerusi berkenaan dengan sebuah Hotel Reggae Mansion di Kuala Lumpur yang telah dibawa atau telah dilaporkan dalam beberapa media berbahasa Inggeris mengatakan bahawa sebuah Hotel Reggae Mansion ini merupakan satu hotel untuk back packers di Kuala Lumpur yang ada dasar bahawa mereka tidak menerima tetamu atau pun pelanggan-pelanggan daripada Malaysia. Hotel dibuka di Malaysia di ibu kota negara kita di Malaysia di Kuala Lumpur tidak boleh orang Malaysia masuk ke dalam hotel itu ataupun duduk di dalam hotel itu. Ia bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi rakyat negara India dan rakyat dari Timur Tengah di Middle East warganegara. Mereka tidak boleh menjadi pelanggan dan duduk dalam hotel ini seolah-olah sekarang ini kita ada dasar Aparteid. Ia tidak boleh membenarkan rakyat Malaysia, rakyat warganegara India, Timur Tengah untuk duduk dalam hotel ini dan sudah hampir sepuluh hari saya tidak nampak apa-apa tindakan dibawa oleh Kementerian Pelancongan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Logik ataupun alasan yang diberikan sebuah Hotel Reggae Mansion ini mengatakan bahawa “Oh! Sebab hotel ini ada menawarkan makanan dan minuman ala barat. Ia tidak sesuai untuk orang Malaysia dan orang Timur Tengah”. Ini logik yang tidak boleh pakai, tidak boleh diterima sama sekali. Semua hotel di Malaysia pun ada restoran ala barat. Ada restoran-restoran yang ada jual minuman arak, minuman keras dan sebagainya. Kalau logik itu dipakai semua hotel di Malaysia ini tidak boleh ada pelanggan dari Malaysia dan Middle East. Jadi saya nampak ini satu dasar yang tidak boleh kita terima sama sekali. Ini telah menjatuhkan imej negara dan mencemarkan imej negara kita yang begitu teruk bahawa di Malaysia ini kita membenarkan dasar Aparteid. Kita diskriminasi terhadap beberapa warga negara khususnya daripada India, Timur Tengah dan sebagainya. Jadi saya tidak boleh terima langsung alasan ini dan seolah-olah kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri ini tidak bertaring. Harimau tanpa gigi. Yang Berhormat Menteri buat satu kenyataan bahawa telah menelefon dan menghubungi hotel itu tetapi hotel itu tidak berjawab. Malunya Menteri kita tidak ada kuasa langsung dan tidak diberi penghormatan langsung sehingga pengusaha hotel boleh mengabaikan kenyataan daripada Menteri. Walaupun saya difahamkan Kementerian Pelancongan tidak ada kuasa untuk menarik balik lesen. Lesen dikeluarkan oleh DBKL tetapi Menteri hanya membuat satu kenyataan minta DBKL membuat dan mengambil tindakan. Akan tetapi tidak keras. Sepatutnya lesen kepada hotel ini ditarik balik serta- merta. Akan tetapi sepuluh hari perkara ini telah dibongkar di dalam media sehingga hari ini hotel ini masih beroperasi. Ia tidak ada tindakan langsung daripada mana-mana pihak. Kalau kementerian tidak ada kuasa sebenarnya Menteri patut mengarahkan atau pun meminta DBKL rizab dalam Kabinet meminta DBKL tarik balik lesen hotel ini sebab perkara ini memang serius. Ia menjatuhkan imej negara kita. Ini menjadi satu bahan berita peringkat antarabangsa yang seolah-olah Malaysia ini menghalalkan dasar Aparteid. Saya harap satu tindakan yang serta-merta dan tegas di ambil terhadap Hotel Reggae Mansion ini. Sekiranya mereka tidak membatalkan dasar tersebut sepatutnya lesen untuk hotel ini ditarik balik serta-merta. Perkara yang kelima dan terakhir Tuan Pengerusi, berkenaan dengan...

Tuan Pengerusi

Seminit lagi Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ya, terima kasih. Cukup. Terakhir sekali berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara taraf Kementerian Pelancongan yang mengatakan bahawa perbelanjaan pengiklanan untuk dilakukan oleh kementerian telah dilakukan ataupun diberikan secara direct negotiation dan bukannya open tender tanpa kebenaran daripada pihak Kementerian Kewangan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali lagi memberikan jawapan berkenaan dengan perkara ini yang telah dijustifikasikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri bahawa direct negotiation ini kosnya lebih murah daripada open tender. Ia tidak ada orang boleh memahami logik ini direct nego lebih murah daripada open tender. Saya harap ini boleh diberikan satu alasan ataupun satu jawapan apakah tindakan daripada pihak kementerian terhadap teguran parada pihak Ketua Audit Negara dan sama ada perkara ini merupakan satu dasar dalam Kementerian Pelancongan bahawa segala tender-tender pengiklanan itu boleh dianugerahkan melalui tender direct negotiation dan tidak perlu melalui tender terbuka. Ini sesuatu yang cukup memberikan satu orang ramai tidak boleh terima. Ia tidak ada perbelanjaan dan tender yang dikatakan bahawa direct nego itu lebih murah daripada tender terbuka. Mana tahu tender terbuka itu tidak akan lebih murah daripada direct nego kalau tender itu tidak dibuka kepada syarikat-syarikat lain? Mana kementerian dan menteri tahu bagaimana justifikasinya bahawa direct nego itu tentunya akan lebih murah? You pun tidak open kepada open tender. Bagaimana tahu? Jadi saya harap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Butiran 020000 - Industri Pelancongan yang diperuntukkan RM358,418,800 iaitu melihat kepada industri pelancongan yang ada di negara kita pada masa kini adalah merupakan industri ataupun sektor baru yang boleh menjana pendapatan kepada ekonomi negara. Kalau kita membuat perbandingan pada tahun lalu sahaja, kita telah menjanakan hasil sebanyak RM18.81 bilion, iaitu lebih daripada USD4 bilion yang merupakan di antara pendapatan besar di dalam Keluaran Negara Kasar Negara Malaysia. Jadi Tuan Pengerusi, dalam kita diperuntukkan bajet yang begitu besar juga, dasar perancangan dan hubungan antarabangsa ini merupakan di antara perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh pihak kementerian kerana pelancongan ini bukan bergantung kepada iklan yang bernilai berjuta-juta ringgit seperti mana tadi rakan saya bangkitkan soal facebook yang menelan belanja RM1.8 juta. Dari segi kewajarannya, ada perkara-perkara yang harus diperhalusi oleh pihak kementerian. Ia juga harus disasarkan kepada mereka yang datang ke negara kita dan balik membawa berita baik tentang kebaikan negara, bawa balik tentang kebaikan pemandu teksi yang ramah, bawa balik berita bahawa senang untuk mereka masuk dari segi visa, dari segi kemudahan yang ada di lapangan terbang, dari segi kebersihan persekitaran tempat-tempat yang dilawati, dari segi sistem pengangkutan yang selesa, keselamatan mereka terjamin, tidak ada gangguan, tidak ada rompakan, mereka mendapat kerjasama yang erat daripada pihak polis, polis pelancongan dan sebagainya. Jadi dalam hal ini, perkara-perkara ini yang akan mereka bawa balik tetapi secara tersiratnya ada di kalangan mereka yang mereka pulang, mereka telah menceritakan bahawa kedudukan pemandu teksi yang menipu, yang mengenakan tambang yang tinggi, mereka membawa pulang berita-berita yang mengatakan bahawa mereka tidak berada dalam tahap keselamatan yang baik ketika mereka berada di negara kita dan termasuk tempat-tempat makanan yang masih lagi kotor. Jadi berdasarkan peruntukan yang begitu besar melalui promosi-promosi yang kita buat, sama ada promosi yang bersifat acara tahunan ataupun promosi di luar negara, saya tidak tahu sama ada dibuat melalui tender terhad, tender terbuka ataupun secara rundingan terus kepada event besar yang juga menelan belanja yang cukup besar di luar negara. Akan tetapi, di sini kita harus membina satu keadaan yang membolehkan bahawa mereka datang seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan pagi tadi telah membangkitkan perkara ini bahawa kita mengharapkan pelancong-pelancong lebih ramai dari Middle East, daripada Asia Barat dan Asia Timur misalnya untuk datang ke negara kita kerana mereka mempunyai kuasa membeli yang cukup tinggi. Akan tetapi, ada sebuah negara di kalangan negara-negara yang disebutkan tadi, ada juga mereka yang datang telah banyak terlibat dalam gejala yang boleh mencetuskan masalah keselamatan kepada negara kita. Mereka terlibat dengan keldai dadah, mereka terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini, malah di antara mereka walaupun mereka mempunyai keupayaan untuk tinggal di negara kita, atas dasar mempunyai kewangan dan mereka datang mungkin atas Visa Lawatan Sosial (VOA) ataupun mereka datang menggunakan visa pelajar dan sebagainya, tetapi banyak di antara perkara-perkara ini telah disalahgunakan, yang menimbulkan kesukaran dan yang menimbulkan masalah keselamatan terutamanya di sekitar ibu negara kita ini. Jadi dalam hal ini, saya fikir bukan kita tidak yakin atau meletakkan satu sasaran kepada sebuah negara ataupun sebuah kawasan. Kita harus melihat pelbagai termasuk meneroka pasaran-pasaran baru, pasaran-pasaran di mana kita tidak ada penerbangan terus daripada Kuala Lumpur.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kita harus bekerjasama, sharing code dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain, yang sebenarnya membolehkan pihak kementerian membuat promosi yang lebih hebat selain daripada wakil-wakil yang ada di luar negara. Saya difahamkan dalam keadaan ini, tidak semua negara di Eropah Timur yang kita ada perwakilan, setengahnya dua tiga negara kita menggunakan satu perwakilan sahaja yang saya rasa sebenarnya tidak mencukupi untuk kita teroka pasaran baru kerana kita tidak boleh berpuas hati kerana negara-negara lain juga, negara-negara jiran kita, Hong Kong, China yang kita betul-betul memanfaatkan kedatangan pelancong ini untuk meningkatkan KDNK negara-negara mereka yang mereka mempunyai kedudukan secara tradisi yang menjadi tarikan pelancong dari segi shopping paradise, dengan izin Tuan Pengerusi, yang mereka boleh pada bila-bila masa menggamit kedatangan pelancong. Jadi saya ingin bertanya pihak kementerian, sehingga kini apakah usaha-usaha yang dibuat dengan kita luluskan peruntukan yang agak begitu besar, apakah usaha yang dibuat pihak kementerian dalam memastikan usaha-usaha kita dalam meneroka pasaran- pasaran baru misalnya di Amerika tengah, di negara Sepanyol yang kita masih lagi melalui Itali, kita masih belum lagi terkenal, di Rusia kita masih belum lagi terkenal, kemudian di negara Amerika Selatan, kita masih lagi belum terkenal. Malah wakil kita di Amerika Selatan, kedutaan kita di sana kalau ada orang Malaysia yang melawat di sana, duta kita sendiri datang menyambut kita di lapangan terbang, kerana tidak pernah berjumpa dengan rakyat Malaysia, jarang-jarang dapat berjumpa, kecuali yang berjumpa dengan mereka yang berada di dalam penjara, yang menjadi keldai dadah yang terlibat menjadi agen dan sebagainya. Itu yang berlaku. Jadi benda-benda ini yang menjadi pasaran baru kepada negara yang harus kita lihat, kita tidak pernah mencuba setakat ini untuk kita mendapatkan pasaran baru pagi memastikan rakyat di negara-negara berkenaan yang sememangnya kalau kita tonjolkan dengan lebih teliti produk-produk yang ada di negara kita, insya-Allah kita akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan. Justeru itu, akan berlaku peningkatan kedatangan pelancong terutamanya pada 2013 nanti. Ini kerana identiti yang kita pertahankan sekarang ini, kita di antara negara yang mempunyai kadar hotel di antara yang terendah di dunia. Jadi ini harus dimanfaatkan, ini tidak berlaku, di Bangkok misalnya, di Indonesia, di Jakarta, di Filipina, kadar hotel 5 starnya agak tinggi kalau dibandingkan. Malah mereka mengikut rate lebih yang kadang-kadang cukup tetapi mereka masih menjadi tarikan pelancong untuk datang ke negara mereka. Jadi perkara-perkara ini yang kita hendak pastikan bahawa advantage yang ada di dalam negara termasuk kita sebagai di antara negara-negara yang boleh dianggap mempunyai kadar yang agak rendah dari segi menarik pelancong-pelancong untuk mereka membelanjakan lebih banyak wang di negara kita. Kemudian Butiran 01100-Program Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan dan juga Butiran 01900 - Ecotourism, Butiran 02800 - Program Peningkatan Homestay Malaysia. Saya ingin bertanya pihak kementerian, tentang ecotourism. Kita ada banyak tempat yang sebenarnya cukup menarik. Di Tenom, di kawasan Parlimen Tenom, di Balik Pulau terutamanya sekarang dalam musim durian. Kita lihat usaha-usaha sebegini sebenarnya walaupun secara tradisinya Pulau Pinang telah lebih berjaya, ini secara tradisinya, daripada dahulu lagi sejak saya masih kecil lagi, Pulau Pinang telah berjaya dalam eco-tourism ini sejak lama. Akan tetapi, tempat-tempat yang sebeginilah yang harus lebih disediakan kemudahan-kemudahan yang lebih menarik, kemudahan-kemudahan yang bersifat lebih eksklusif, yang bersifat five stars misalnya yang membolehkan pelancong- pelancong dapat menikmati segala kemudahan. Mereka menikmati buah-buahan, mereka menikmati suasana di situ, sungainya indah, hasil-hasil pertanian, mereka berada dan tinggal di situ. Jadi kita sekarang ini, kebanyakan dalam pelancongan, kita tidak terdapat banyak tempat seperti di Bukit Tinggi misalnya, tempat-tempat yang kita lihat sebenarnya boleh diperkembangkan untuk menjadi ecotourism yang bertaraf lima bintang, yang boleh menarik lebih ramai lagi pelancong-pelancong yang terutamanya mereka yang adventures.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru seperti rock climbing, menerusi cabaran melalui sungai-sungai di Pahang misalnya, berakit di sungai dan lain-lain. Boleh kita adakan satu festival rakit antarabangsa misalnya di Sungai Pahang yang agak lebih mencabar.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Di sini kita akan melihat secara tidak langsung, kita memperkenalkan produk- produk baru di negara kita, kemudian yang terakhir Tuan Pengerusi, kemudahan Homestay. RM30 juta tidak begitu besar untuk kita lihat dalam membangunkan homestay yang ada di negara kita. Kita lihat homestay ini sebenarnya berjaya. Kita tidak mahu menilai daripada homestay pada mereka yang tidak mendaftar dengan kementerian, dengan pejabat pelancongan tetapi homestay yang kita melihat homestay dalam keadaan sebenar. Homestay yang memaparkan kehidupan desa. Homestay yang memaparkan tentang makanan dan masakan asli di sesuatu kampung produknya yang kita lihat kedatangan pelancong di sini lebih dirasai, lebih menggamit mereka untuk datang kedua kalinya. Mereka akan tolong-menolong kita membuat promosi apabila mereka pulang ke negara masing-masing, apabila mereka melihat suasana dan budaya sebenar yang mereka lalui sepanjang mereka tinggal di homestay berkenaan. Justeru itu, secara tidak langsung semua prasarana yang perlu disediakan oleh pihak kementerian bagi memastikan bahawa kemudahan-kemudahan asas sekurang- kurangnya di homestay berkenaan dapat dipertingkatkan lebih-lebih lagi homestay yang melibatkan berada bersama-sama dengan keluarga ataupun tinggal dengan keluarga angkat ini. Di antara perkara-perkara lebih adventures dan di antara program yang dibuat oleh kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi misalnya dengan kita membuat pertukaran pelajar di luar negara dengan menggunakan kemudahan tinggal di homestay ini merupakan di antara langkah yang terbaik dan perkara ini perlu diperluaskan di banyak negara bukan setakat hubungan pelajar-pelajar kita dengan pelajar-pelajar di negara Jepun. Korea, negara-negara tradisi yang menjadi rakan dagang kita, sahabat kita. Akan tetapi kita perlu memperluaskan untuk pertukaran pelajar dengan pelajar- pelajar dari Sepanyol misalnya dari Brazil, Peru, Bolivia, Panama, Salvador dan negara- negara yang agak baru di sini barulah kita boleh memperkenalkan produk kita walaupun sekarang ini kita pergi ke negara sana mereka tidak tahu di mana Malaysia pun. Mereka tidak tahu bahawa wujudnya sebuah negara yang bernama Malaysia. Walaupun kita setengah-setengah kalau setakat kita berbincang dengan ordinary people ataupun orang- orang biasa di kedai-kedai, di coffee house dan sebagainya. Jadi, di sini saya minta pihak kementerian apakah usaha untuk kita terus mempromosikan homestay ini dalam kita meningkatkan taraf sosial ekonomi masyarakat desa yang terlibat dalam program ini dan juga memperkenalkan konsep homestay sebenar dengan kita memperkasakan pelbagai cara kemudahan-kemudahan seperti kita menolong memberi subsidi sekurang-kurangnya ataupun kita memberi sedikit kemudahan peruntukan walaupun diberi sekarang saya rasa tidak mencukupi untuk sesebuah homestay itu berkembang maju tetapi kita perlu perbanyakan. Selain itu, dari segi marketing itu yang paling penting marketing am yang perlu ada. Sebab itulah kalau RM1.8 juta digunakan untuk kita memuatkan laman sesawang untuk ruangan pemasaran, saya ingat itu untuk mempromosikan di luar negara, peringkat antarabangsa akan tertarik bahawa di sini ada kemudahan itu dan ini. Itu adalah lebih menarik bagaimana kita hendak melihat menjual produk kita supaya kita menjadi tarikan pelancong-pelancong di pasaran baru yang harus kita terokai sebenarnya boleh terus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong untuk datang ke negara kita. Terima kasih. Saya mohon menyokong Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas itu saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh mengenai program-program di bawah Kementerian Pelancongan ini yang masuk dalam program dua, aktiviti satu, dasar perancangan hubungan antarabangsa. Mengkaji, merancang, merangka dan menilai dasar-dasar pelancongan bagi mengawal, menyelaras, membangun dan memantau pertumbuhan industri pelancongan yang merupakan satu objektif yang cukup baik. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Dalam konteks untuk meningkatkan hubungan antarabangsa dalam industri pelancongan ini, adakah kita pernah mencuba idea diadakan pertukaran pelancongan di antara negara di antara negara kita dengan negara- negara sasaran kita. Dalam erti kata, kita menyusun pergerakan pelancong kita keluar dan bertukar jumlah dengan pelancong-pelancong dari luar ke dalam negara kita. Walaupun dari segi hasilnya mungkin terdapat juga aliran keluar wang negara tetapi dari segi jangka panjangnya ia boleh disifatkan sebagai pengenalan kepada dunia luar tentang negara kita terutamanya dalam negara yang masih belum kita mempunyai hubungan pelancongan yang baik seperti Yang Berhormat Arau sebut tadi seperti Itali, mungkin Sepanyol dan negara-negara Amerika Selatan. Ertinya kita membuka suatu pengenalan kepada negara kita melalui pelancong-pelancong yang diatur supaya datang mengikut pertukaran di antara kedua-dua agensi di dalam negara-negara yang kita sasarkan. Mungkin ini akan menambah lagi kedatangan pada masa yang akan datang. Begitu juga dalam hubungan antarabangsa ini saya hendak bertanya sama ada kesan daripada gabungan antara AirAsia dan MAS yang diharap akan menjadi satu entiti yang lebih berdaya maju walaupun disanggah kuat oleh Dewan ini khususnya pada hari ini. Apakah usaha ini boleh dijadikan sebagai suatu penggerak kepada kos penerbangan masuk yang lebih munasabah, lebih menarik supaya kalau ada halangan-halangan kedatangan kerana kos yang tinggi dapat disesuaikan dengan entiti ataupun dengan gabungan kedua-dua airlines ini. Saya tidak pasti kalau AirAsia menjamin penerbangan murah. Apakah dengan gabungan ini nanti dia menjadi lebih murah ataupun kesannya dengan mengambil perimbangan antara dua syarikat ini akhirnya yang AirAsia itu jadi lebih mahal, MAS tidak jadi lebih murah. Jadi, kalau ini yang berlaku kita khuatir double jeopardy ini akan menyebabkan kos untuk datang ke negara kita makin bertambah tinggi dan jumlah pelancong mungkin terjejas yang masuk melalui penerbangan dalam syarikat-syarikat kita kerana kita pun rasa khuatir. Apakah tidak ada cara lain bagi mereka untuk, tetapi ini dalam urusan lainlah. Tidak ada cara lain untuk mereka memperbaiki syarikat masing-masing MAS khususnya yang merupakan GLC kita. Seterusnya Tuan Pengerusi, dalam aktiviti tiga, perlesenan pelancongan. Saya sentiasa bertemu dengan pengusaha bas-bas dan juga van-van pelancongan ini yang diketahui tidak bergerak dengan lesen yang sah. Ertinya mereka bergerak secara tidak sah. Namun mereka mempunyai urusan dan juga penerimaan pelancong yang cukup baik. Akan tetapi kita lihat bagaimana mereka berhadapan dengan tindakan-tindakan pihak berkuasa. Kalau mereka keluar sahaja daripada lapangan terbang antarabangsa KLIA, kalau ada operasi-operasi JPJ maka mereka akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. Saya difahamkan bahawa untuk memperoleh lesen kereta pandu dan bas persiaran ini memerlukan kos yang tinggi bukan hanya dalam memperoleh ataupun procurement kepada kenderaan itu sendiri tetapi mereka mesti meletakkan sejumlah wang deposit dengan pihak berkuasa sebelum permohonan mereka dipertimbangkan. Saya ingin mengetahui berapakah jumlah deposit yang dikenakan, kalau ada kategorinya, mengikut kategori. Apakah boleh kita memberikan pertimbangan untuk mengurangkannya bagi memudahkan kawan-kawan kita ini memperoleh lesen yang sah dan beroperasi dengan selamat kepada mereka dan juga kepada pelancong-pelancong yang mereka ambil. Mereka mengambil risiko yang terlalu tinggi dan mungkin pelancong tidak menyedarinya tetapi kalau berlaku sebarang kemalangan yang melibatkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa, sudah pastilah keadaan tanpa lesen memandu pelancong ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap industri pelancongan kita.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Seterusnya, aktiviti tiga di bawah program tiga iaitu pengurusan pemantauan. Disebut di sini prasarana pelancongan. Saya ingin membawa kementerian dan Timbalan Menteri kepada apa yang ada di negeri Kelantan yang boleh dimajukan dengan alam sekitarnya dan kalau eko-pelancongan merupakan antara keutamaan kementerian ini, Kelantan ada apa yang diperlukan. Dengan air terjunnya, dengan hutan-hutan simpannya, dengan sungainya.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sama ada kajian-kajian yang dibuat yang peruntukannya ada disediakan seperti dalam Butiran 00800 - Kajian-kajian Pelancongan. Sama ada kajian ini turut sama melihat kemungkinan dibangunkan pusat-pusat pelancongan di Kelantan. Saya memberikan cadangan khusus, Sungai Kelantan merupakan antara sungai yang besar dan juga panjang dan boleh mudik ke hulu sampai ke Kuala Krai malah jauh lebih dalam daripada itu. Ertinya kalau kita ada, dengan izin, river cruise seperti yang dibuat di negara yang lain, yang lebih maju industri pelancongannya, kita boleh bersama mungkin membangunkan pusat-pusat perhentian di sepanjang sungai tersebut yang hinterlandnya ada kawasan-kawasan ecotourism yang baik, kawasan-kawasan pertanian, kawasan-kawasan tanaman buah- buahan yang boleh menarik pelancong-pelancong. Malah banyak juga kampung-kampung tradisi yang berada di sepanjang Sungai Kelantan itu amat menarik untuk dilawati. Saya rasa kalau kita boleh bangunkan ini dengan begitu rapi dan tersusun, Kelantan River Cruise, dengan izin, mungkin menjadi satu antara tarikan yang boleh membawa pelancong datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Walaupun sungainya mungkin tidak bersih jadi ini yellow river cruise pun kira cantik juga tetapi mana ada sungai di Malaysia ini yang airnya bersih. Sungai yang pendek-pendek adalah. Orang Melaka akan claim Sungai Melaka itu tetapi dianya sungai yang pendek, negerinya kecil, Yang Berhormat Jasin ya. Kita terima ya. Sungai Sarawak airnya apa?... [Ketawa] Sungai Sarawak sungainya sempit. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya mengenai kajian-kajian pelancongan juga sama ada pusat tarikan seperti zoo merupakan antara tempat yang kita kaji secara lebih terperinci kerana memang zoo merupakan tempat yang menarik. Di Hulu Klang, kalau setiap cuti hujung minggu dan hari-hari kebesaran, saya pun pelik ya. Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji, zoo kita penuh. Saya menjangka orang Islam khususnya balik menziarahi kaum keluarga tetapi ramai juga yang menziarahi zoo. Ertinya minat itu ada tetapi kalau kita tengok Zoo Negara dengan kawasannya yang sudah mustahil untuk dibesarkan, ditambah pula dengan pembangunan yang begitu pesat di sekelilingnya, tidak akan menjadi suatu tempat yang mempunyai daya tarikan. Ini kerana kesempitan ruang, parkirnya dan juga kawasan yang tidak dapat dikembangkan dengan nature. Tidak boleh kita buat safari di sana walaupun ada night zoo atau pun zoo dibuka pada waktu malam pada hari-hari tertentu. Akan tetapi oleh kerana lokasinya sudah tidak sesuai untuk dibangunkan lagi, maka adakah cadangan pihak kerajaan untuk melihat suatu kawasan tapak baru yang lebih luas supaya kita dapat satu tempat yang di mana kita boleh pandu masuk ke dalam itu untuk melihat zoo itu dari dalam kenderaan kita seperti banyak yang dibuat di negara- negara lain. Jadi saya hendak bertanya sama ada ini termasuk di dalam kajian pelancongan yang diusahakan oleh pihak kementerian. Tuan Pengerusi itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 030000 dan Butiran 040000 iaitu Tuan Pengerusi, pada 8 Disember ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan pelancaran Langkawi Tourism Blueprint.

Saya percaya upgrading of pelancongan di Langkawi dan juga akan diadakan LIMA show. Saya jemputlah Tuan Pengerusi datang dan juga semua datang ke Langkawi untuk menghayati apa yang dilakukan di Langkawi. Jadi saya mengharapkan lebih banyak lagi produk pelancongan yang akan diadakan di Langkawi supaya ianya dapat menggamitkan lebih ramai pelancong. Sekarang ini dikatakan dua juta pelancong datang ke Langkawi maknanya 1.6 jutalah daripada penduduk tempatan dan satu juta penduduk luar negara. Saya percaya dengan adanya produk-produk pelancongan ini maka sudah tentulah lebih ramai lagi yang akan datang. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang telah sekarang ini mengupgradekan padang golf di Datai yang sekarang ini kerja sedang dijalankan dan juga di kawasan Bukit Tekor. Terima kasihlah dengan adanya golf course ini maka tentulah mungkin kita akan mendatangkan pemain golf yang begitu terkenal di antarabangsa. Tuan Pengerusi, seperkara lagi ialah saya minta pihak Kementerian Pelancongan supaya bekerja rapat dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengagihkan kawasan pantai supaya mereka boleh berenang di pantai atau laut dan mereka yang mengusahakan jet ski dan para sailing supaya pengagihan kuasa itu dapat ditentukan kerana ini adalah mustahak sekali. Ini kerana saya takut dan khuatir apa yang berlaku di Penang atau di Port Dickson di mana jet ski berlanggar dengan yang berenang. Itulah yang akan memberikan imej yang begitu teruk sekali kepada Langkawi. Seperkara lagi ialah Pantai Cenang. Saya telah kemukakan perkara ini dalam perbahasan yang lepas iaitu saya minta pihak Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan supaya sewage system Pantai Cenang dijaga dengan sebaiknya kerana saya khuatir apabila berlaku pencemaran kita akan rosakkan pantai tersebut. Seterusnya juga Tuan Pengerusi, sport fishing kalau boleh diperkembangkan. Saya harap sport fishing ini dijadikan satu benda yang boleh menarik pelancong kerana Langkawi atau Perak sebenarnya adalah heaven for fishing. Kerajaan sepatutnya gunakan sepenuhnya. Seperkara lagi ialah mengenai pemandu pelancong. Saya kurang yakin di atas prestasi ataupun keupayaan pemandu pelancong ini mengenai cerita berkenaan dengan Langkawi. Kebanyakan yang berlaku ialah mereka yang menjadi pemandu pelancong dalam negeri hanya memberi fokus kepada tempat membeli belah. Kalau mereka membawa pelancong pergi ke pusat membeli belah, mereka akan dapat komisen sebanyak 40 peratus. Inilah yang kita perlu ambil perhatian. Seperkara lagi ialah sama ada bolehkah Kementerian Pelancongan mengadakan bantuan atau apa jualah yang berkaitan dengan upgrade hotel-hotel 3 star ini, satu star, no star ke peringkat yang lebih tinggi lagi... [Disampuk] Ini kerana... [Ketawa] Tidak ada star pun ada orang kata, hanya rumah tumpanganlah. Jadi kalau boleh kita bagi bantuan kepada mereka to upgrade facilities mereka. Seterusnya juga Tuan Pengerusi, peruntukan RM420 juta ini saya harap pihak kementerian dapat mengagihkan sebaik mungkin untuk kita mengadakan produk-produk tambahan supaya Langkawi akan terus meningkat dan terus menggamitkan pelancongan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada kerjasama yang diberi kerana dengan yang demikian kita sekarang telah on target balik dalam jadual kita untuk menyiapkan kementerian pada setiap hari. Jadi sudah lima orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap dan berhujah dalam Kementerian Pelancongan ini. Jadi esok mungkin ada dua atau tiga orang lagi akan dibenarkan sebelum Menteri akan dipanggil untuk menjawab.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, patut memberi keutamaan kepada orang yang tinggal pada pukul 10.30 malam.

Tuan Pengerusi

Saya take note of that Yang Berhormat.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Boleh tentukan sekarang Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Saya take note of that. Okey, kalau umpamanya macam kita ambil sepuluh, jadi ada empat lagi yang kita buat. Jadi saya beri laluan kepada Yang Berhormat Batu Gajah, selepas itu Yang Berhormat Balik Pulau, selepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Jasin dan seorang dari Sarawak, kalau ada. Yang Berhormat Paya Besar. Okey. Tidak mengapa. Tidak ada dari Sarawak yang...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Jadi take note nama-nama yang saya panggil itu supaya besok berbahas. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 15 November 2011. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.32 malam.