Dewan Rakyat · 16 November 2011
15th Parliament, session 4, meeting 3 · 1,353 turns · 74,974 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilakah kerajaan akan memulakan kaedah mengecop pasport sekali untuk sebulan sahaja apabila melalui sempadan dengan negara Brunei Darussalam bagi rakyat Malaysia di Limbang seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Limbang pada bulan April yang lalu.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Limbang yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, frequent travelers facility (FTF) adalah merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada penduduk yang sering menyeberangi sempadan Malaysia-Brunei. Kemudahan ini diperkenalkan bagi mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen di pintu masuk kedua-dua buah negara. Melalui kemudahan ini para pengguna FTF hanya perlu untuk mendapatkan endorsement ke atas pasport sekali sahaja untuk tempoh masa selama tiga bulan. Mereka tidak perlu lagi untuk mendapatkan cop endorsement ke atas pasport kerana pengesahan serta aktiviti keluar masuk akan direkodkan secara elektronik bersama pengesahan cap jari biometrik. Di samping itu juga pengguna FTF tidak lagi perlu mengisi sebarang borang pengisytiharan mendarat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kemudahan ini telah mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2011 yang lalu. Para pengembara yang telah diluluskan kemudahan FTF boleh menggunakan kemudahan ini di pintu masuk Pandaruan, pintu masuk Tedungan, dan pintu masuk Sungai Tujuh. Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat penting kawalan imigresen dilaksanakan dengan teliti dan sempurna di semua pintu-pintu masuk demi memelihara keselamatan negara. Namun begitu kemudahan FTF ini adalah merupakan satu langkah inisiatif dan kerjasama erat di antara Kerajaan Malaysia serta Kerajaan Brunei Darussalam bagi memastikan kemudahan pergerakan yang selamat dan lancar dapat dinikmati oleh rakyat-rakyat dua buah negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah berapa lamakah proses kelulusan oleh negara jiran untuk rakyat Malaysia yang memohon frequent travelers facility (FTF) ini? Apakah langkah-langkah yang akan dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam mempromosikan frequent travelers facility (FTF) ini kepada rakyat khususnya di Limbang? Saya juga ingin mengaitkan iaitu tentang persempadanan dan dapatkah kerajaan kita berunding dengan negara jiran untuk mewujudkan lorong untuk kereta-kereta pendaftaran negara jiran dan juga lorong khas untuk kereta yang didaftarkan di Malaysia demi untuk mempercepatkan proses memasuki negara masing-masing di pintu masuk Tedungan, Pandaruan dan juga Sungai Tujuh di Miri? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, permohonan yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia akan diproses dalam tempoh satu bulan. Tempoh masa ini adalah berdasarkan persetujuan dan permintaan daripada pihak Brunei. Pada masa ini kemudahan ini hanya di promosi oleh akhbar tempatan di negeri Sarawak. Kementerian mempunyai cadangan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang berkaitan bagi mempromosikan kemudahan FTF ini pada masa hadapan secara meluas.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu mengujudkan lorong khas, kementerian bersedia menimbang dan akan mengkaji keperluan untuk mengujudkan lorong khas di pos kawalan imigresen bagi membezakan dan memudahkan pergerakan kenderaan rakyat tempatan dan rakyat asing berdasarkan kemudahan infrastruktur dan persetujuan daripada negara jiran. Terima kasih.
2. Tuan S. Manickavasagam [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan, peratusan pemilikan ekuiti ekonomi kaum India serta sebab-sebab peratusan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara walaupun kerajaan bercadang menaikkannya ke tahap 3 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Kapar, ya. Usaha meningkatkan pemilikan ekuiti India dalam sektor korporat kepada 3 peratus menjelang tahun 2020 akan terus diberi penekanan oleh kerajaan dengan memperkenalkan dan melaksanakan langkah-langkah yang lebih berkesan. Untuk makluman Yang Berhormat, peratus peningkatan ekuiti masyarakat India telah meningkat daripada 1.1 peratus pada tahun 2006 kepada 1.6 peratus pada penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan.
Modal saham kumpulan masyarakat India dalam sektor korporat turut bertambah dari RM6.96 bilion pada nilai par pada tahun 2006 kepada RM9.56 bilion pada nilai par. Pada penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan itu peningkatan sebanyak RM2.59 bilion atau 37.3 peratus dalam tempoh 2006 hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Walaupun sasaran pemilikan ekuiti sebanyak 3 peratus menjelang tahun 2020 masih belum dicapai, kemajuan pemilikan ekuiti di kalangan masyarakat India memang meningkat. Ini adalah hasil daripada pelbagai langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memperkukuh dan terus merangsang pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berterusan telah membuka peluang yang lebih besar kepada semua lapisan masyarakat Malaysia termasuk kalangan etnik India. Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuh lagi usaha pembangunan masyarakat India kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet bagi pengenal pasti dan memantau penyertaan masyarakat India di dalam program dan projek-projek pembangunan dan memastikan perancangan serta pelaksanaan projek berjalan dengan lancar. Kerajaan yakin dengan usaha-usaha ini sasaran 3 peratus menjelang tahun 2020 akan dapat dicapai. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan berkenaan pemilikan ekuiti masyarakat India ini telah berlanjutan semenjak rangka rancangan jangka panjang yang ketiga dibentangkan. Pada 1 April 2010 Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini beliau akan melihat secara mikro tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diumumkan. Apakah semua yang diperkatakan oleh kerajaan berkenaan dengan pembangunan masyarakat India hanya sekadar di bibir sahaja? Walaupun kerajaan mempunyai dua wakil iaitu seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, namun mereka masih gagal melunaskan janji yang telah dibuat oleh kerajaan sendiri. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu apakah pelan-pelan atau program- program yang telah dilancarkan sekurang-kurangnya untuk lapan tahun akan datang, pendekatan mikro yang telah dijanjikan oleh kerajaan di Parlimen tahun lepas. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Kapar sabar. Tidak perlu, kawan saya dia. Dia tahu apa perkaitan. Banyak kita bincang di luar. Akan tetapi saya menghormati soalan ini. Baik, untuk ekuiti yang minta Yang Berhormat Kapar, ya Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2009 setelah kita menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk masyarakat India khusus dan SITF dengan izin Special Implementation Task Force, PNB telah meluluskan RM499.5 juta untuk Amanah Saham Malaysia yang habis dijual di mana dividen sebanyak 6.8 peratus telah diberi.
Selepas itu, oleh sebab permintaannya begitu baik sekali, RM1.5 bilion telah diperuntukkan di bawah Amanah Saham 1Malaysia di mana dividennya pada tahun ini adalah 6.5 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar saya mintalah bantuan beliau untuk menguar-uarkan kerana RM420 juta masih belum dilanggan di bank atau pun PNB untuk dibeli kerana dividennya 6.5 peratus. Maka kita selama satu tahun lagi, dan tahun ini belum dibeli lagi, minta supaya dimaklumkan di bawah supaya saham ini dapat dibeli. Akan tetapi kadang-kadang saya setuju apabila ada pelanggan pergi ke bank mahu beli dia tidak mahu jual kerana dia takut fixed depositnya akan hilang dan dibeli pula dengan gantian Amanah Saham. Maka tujuh kes telah datang ke kementerian saya dan saya telah menghubungi bank-bank berkenaan secara terus untuk bertanyakan pengurusnya kenapa hal ini terjadi. Maka mereka jual dan mereka diberi peluang itu tetapi minta supaya pergi ke PNB dan kalau ada penyalahgunaan sebegini tolong beritahu kita. Itu adalah satu intervention, dengan izin, secara langsung untuk memastikan bahawa saham itu dapat dibeli. Kita perlu ubah psikologi masyarakat untuk membeli saham. Dari segi hartanah kita telah meningkat 2 peratus pembelian hartanah. Akan tetapi saya berbalik kepada soalan yang kedua beliau kerana ini adalah suatu yang banyak disalahfahamkan di peringkat akar umbi. Apakah langkah-langkah yang akan diambil dalam tempoh lapan tahun ini untuk memastikan bahawa martabat, status, dan juga keupayaan masyarakat India dapat dilipatgandakan ke arah merealisasi wawasan itu. Maka pembelian ekuiti sahaja dari saham sahaja tidak boleh menentukan. Kita perlu menyediakan modal insan yang kukuh untuk mereka mempunyai keupayaan untuk ke peringkat passive income mechanism dengan izin. Maka ini yang sedang dibuat. Untuk itu EPU sendiri dalam tempoh tahun ini sahaja rolling plan sahaja kita hampir ada RM340 juta yang akan dibelanjakan untuk pembangunan semua ini. Baik, beberapa contoh rancangan yang akan dibuat adalah Pembangunan Kepimpinan dan Sahsiah Masyarakat India, Program Sosial Ekonomi Masyarakat India, Program Latihan Kemahiran Belia India, Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI) yang diberi RM35 juta. Program Pelaburan Amanah Saham yang kita sedang bincang, Program Latihan Belia India tahap dua dan tahap tiga melalui EPU sendiri dan dalam bajet yang diumumkan RM100 juta diberi melalui Amanah Ikhtiar Malaysia untuk memperluaskan mikro kredit supaya orang bawahan dan orang yang kurang berpendapatan dapat juga menjana pendapatan seterusnya. Untuk makluman Yang Berhormat Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah bagi pekerja-pekerja estet RM50 juta kemudian, Projek Pembekalan Air Bersih kepada estet sebanyak RM16 juta. Ia telah dirancang segalanya. Kalau Yang Berhormat minat hendak jumpa saya tolong jumpa saya untuk ditunjuklah.
Yang Berhormat saya hendak tanya...
Yang Berhormat tidak boleh macam itu.
Tidak perlu marah-marah.
Tentang skim...
Yang Berhormat Kapar tanya secara baik- baik.
Pada tahun 2011, Perdana Menteri mengumumkan di Dewan yang mulia ini...
Sasaran, sasaran...
Ada banyak lagi...
Yang Berhormat Kapar.
Saya tidak ada masa hendak beri segala ini Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak saya beri.
Ya.
Jumpa saya, saya beritahu.
Tidak guna jumpa Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ini kerana maklumat yang salah boleh mengelirukan masyarakat di peringkat akar umbi.
Sama seperti Dato' Seri Samy Vellu sahaja.
Ini yang penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih kerana saya nampak peningkatan modal saham kaum India daripada tahun 2006 ke tahun 2010 telah meningkat. Terima kasih. Akan tetapi saya rasa cadangan-cadangan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin dapat membantu satu masyarakat kumpulan kaum India belia-belia. Akan tetapi apa yang kita mengatakan di sini ialah pemilikan ekuiti ekonomi kaum India. Soalan saya benarkah atau tidak sekiranya diberi lebih ramai profesional- profesional dan pakar-pakar daripada kaum India menduduki Lembaga Pengarah GLC-GLC yang sangat-sangat kurang sekarang akan membantu kaum India meninggikan pemilikan ekuiti mereka, satu. Kedua, bolehkah ada bank-bank yang boleh memberi pinjaman khas kepada kaum India untuk membeli saham-saham bukan sahaja Amanah Saham 1Malaysia tetapi mana-mana saham-saham yang akan disenaraikan kepada kaum India ini satu dana khas diwujudkan daripada mana-mana bank supaya mereka dapat mengambil bantuan kewangan. Sekian, terima kasih.
Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat daripada Kapar kerana pemerhatian dan pembelian itu memang dialu-alukan. Saya setuju bahawa GLC perlu diberi wadah yang penting untuk memastikan masyarakat India boleh melibatkan diri bukan sahaja dari segi pemilikan saham tetapi membawa keupayaan modal insan dalam pengurusan yang tertinggi supaya mereka kemudian boleh mentiriskan ke bawah atau pun downstreamkan dengan izin supaya masyarakat India yang di bawah peringkat pun mendapat sama. Maka pucuk kepimpinan melalui Jawatankuasa Kabinet telah pun meletakkan syor ini kepada Perdana Menteri supaya perkara ini dilihat secara serius dan pucuk kepimpinan kami di peringkat atas SITF pun telah meletakkan ini.
Kedua tadi berkaitan dengan pinjaman. Ia adalah satu yang kita perlu mengkaji secara mendalam. Kalau pinjaman itu diberi dan dividen yang dikeluarkan adalah seiras dengan bunga yang dikenakan, maka, mungkin kita akan mewujudkan satu suasana di mana masyarakat itu akan menjadi masyarakat peminjam yang tidak berupaya hendak bayar. Disiplin pembayaran itu penting. Kalau adanya peningkatan dari segi bunga yang dibayar dalam dividen dan bunga yang dikenakan oleh bank itu kurang maka mekanisme itu perlu dikaji. Maka ini, syor ini pun telah pun diletak di depan supaya Perdana Menteri banyak secara ikhlas melihat bagaimana kita hendak memperkasakan kaum India supaya jurang perbezaan, denyutan dasar ekonomi baru yang menjadi sekarang, sama-sama ditempiasi oleh masyarakat India sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sasaran yang dijanjikan oleh kerajaan bukan 2020. Yang benar adalah 2010 di mana sasarannya adalah untuk mencapai 3 peratus ekuiti. Bila tidak boleh capai itu goal post sudah ditukar. Tiap-tiap kali dalam 54 tahun ini dia tukar hingga sekarang selepas tahun 2008 bila kena berturut-turut dari masyarakat India di negara ini tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional, dia bawa goal post yang baru, 2020. Akan tetapi jangan kita lupa Tuan Yang di-Pertua, the highest suicide rate in the country adalah masyarakat India, highest unemployment, highest alcoholic, highest single mothers, semua perkara ini dan highest gangsterisme. Kita ada lebih daripada 45 peratus kawan- kawan kita di Simpang Renggam. This is a reality.
Soalan Yang Berhormat.
[Bangun]
Bila Yang Berhormat selalu mengatakan kita ada sasaran sedemikian tetapi sebenarnya tidak begitu dalam. Ini, dalam in your consciouslah Yang Berhormat. Yang Berhormat tahu tetapi dasar-dasar kerajaan sebenarnya tidak ada betul-betul efektif. Bila kita kata ekuiti, ekuiti adalah kepada...
Yang Berhormat, soalan.
...Orang-orang yang berkebolehan. Orang- orang yang ada duit. Akan tetapi yang betul ada kerja dengan kerajaan. Pada tahun 1971, 17 peratus masyarakat India bekerja dengan kerajaan. Sekarang? Four percent.
Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat.
Ini masalah yang kita ada. Jadi, sasaran yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebenarnya tidak ada. Jawatankuasa yang diketuai oleh satu Menteri pun tidak ada realistic effectiveness. Sebenarnya kegagalan yang sangat teruk. Bila kita tanya soalan ya Tuan Yang di-Pertua, tidak ada jawapan yang menunjukkan bahawa ada dia kata ini akan dibuat sasaran itu. So, pada akhirnya tidak ada satu polisi yang konsisten untuk menolong masyarakat India walaupun we are all under the same Malaysian side. Malaysian Indian are the third class citizen in this country.
Yang Berhormat.
Satu di antaranya adalah seperti...
Yang Berhormat.
...Yang Berhormat Timbalan Menteri yang tidak mengakui masalah kita. Sila jawab... [Dewan riuh]
Ini sudah memesong, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya, beri saya sedikit masa Tuan Yang di-Pertua kerana perkara ini penting. Saya rasa cara Yang Berhormat Ipoh Barat meluahkan frustasinya adalah untuk menguar-uarkan keadaan. Saya setuju dengan beliau bahawa the conscience speaks is very important. Saya bincang secara ikhlas Yang Berhormat Ipoh Barat. Dalam tempoh tiga tahun ini, usaha yang kita lakukan telah banyak. Saya hendak kata bahawa 240 sekolah Tamil telah diberi sokongan hebat. Sebanyak 16 baru, 76 bangunan blok tambahan dan 240 ubahsuai. Maaf bukan 240, 300 sekolah. Baru-baru ini kita diluluskan lagi RM15.2 juta dalam tempoh sebulan ini untuk AJK Sungai Buloh, Kuala Pilah, Slim River, Batu Gajah dan banyak lagi sekolah baru-baru. Nanti, nanti, nanti. Saya habiskan.
Tidak ada.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Betul sekolah baru tidak ada.
Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat hendak main secara adil, main dalam level playing field. Level playing field. Tuan Yang di-Pertua, kerana saya duduk bersama presiden saya dan juga Menteri Sumber Manusia dalam jawatankuasa ini, setiap kali kita membawa denyutan yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Akan tetapi janganlah gunakan sebagai alat politik kerana ini masyarakat. Satu kapal. Apa hendak meludah ke langit, timpa hidung sendiri. Akan habis dahulu.
Ya.
Habis dahulu kerana kita dapat tahu di luar bandar Tuan Yang di-Pertua, saya habiskan. Yang Berhormat Ipoh Barat kena hormat sedikit Yang Berhormat Ipoh Barat, kalau saya hendak hormat Yang Berhormat Ipoh Barat. Baik Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa pendidikan itu penting memberi modal insan yang baik. Sekolah Tamil selalunya menjadi isu. We want to rectify dengan izin, we want to rectify this issue, relocation. Kemudian memperkasakan preschool, teacher training, pedagogy, learning and teaching, pengajaran dan pembelajaran. Itu satu. Kedua, belia yang dikatakan tadi kenapa ada Simpang Renggam ada masalah- masalah sosial ini. Kita hendak beri dia peluang ekonomi yang lain. Skills training, peluang perniagaan, keusahawanan. Ini yang kita sedang buat. Dalam proses ini pula seperti dikatakan tadi 4 peratus. Salah, 5.4 peratus civil service bukan 4 peratus. Yang Berhormat mesti mempunyai fakta yang betul. Jangan tembak suka hati. Ini bukan cowboy world. Salam bahagia....
This realistic world, yang sebenarnya...
...Tuan Yang di-Pertua.
...Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tidak boleh macam ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kalau ada manusia...
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
...Semua manusia ada kesedaran tidak seperti...
...Yang Berhormat ini. Tuan Yang di- Pertua.
Ya, Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat. Kita dalam sesi soal jawab Yang Berhormat.
Yang Berhormat Cameron Highlands. Don’t acting herelah... [Dewan riuh]
...Patut dua-dua bincanglah...
Ya. Bincang di luar Yang Berhormat.
...Apakah langkah-langkah...
...This is reality. Mengaku.
Tidak payah jadikan politik kerana ini sudah keterlaluan. Datang jumpa. You are my friend.
Dalam Dewan gaduhkah?
Friend. Come discuss what we can do together. Saya rasa itu yang lebih penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Form a special commission to address the Indian problem..
3. Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, matlamat 1Malaysia adalah mengekal dan meningkatkan perpaduan kepelbagaian bangsa di negara ini. Dalam situasi semasa, adakah pihak kementerian melihat keperluan konsep 1Malaysia ini diperluaskan maksud dan pelaksanaannya kepada usaha-usaha menerapkan semangat cintakan tanah air dan menghayati keamanan serta jasa pejuang kemerdekaan terdahulu. Daripada sudut manakah ketujuh-tujuh Bidang Keberkesanan Utama (NKRA) menyumbang ke arah matlamat 1Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Maran atas pertanyaan yang sangat penting ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertanggungjawab untuk melaksanakan Kempen Gagasan 1Malaysia seiring dengan kempen pemupukan semangat patriotisme, jati diri dan cintakan negara contohnya seperti Kempen Penghayatan Rukun Negara. Oleh yang demikian, kementerian ini telah merangka dan melaksanakan pelbagai program berterusan untuk mendekati masyarakat dalam usaha pembentukan rakyat Malaysia yang setia dan cintakan negara. Antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini ialah seperti penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia bagi sambutan semua perayaan di Malaysia. Pertandingan Pengisahan Kenegaraan, Pertandingan Pidato 1Malaysia untuk peserta bukan Melayu, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan, Pameran Kemerdekaan, Bicara Tokoh dan ceramah-ceramah tentang dasar-dasar kerajaan termasuklah berkaitan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA). Program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah secara menyeluruh dan melibatkan semua golongan masyarakat dan peringkat umur serta kaum di seluruh pelosok negara. Justeru, ketujuh- tujuh bidang NKRA yang telah dirangka adalah menyumbang ke arah matlamat 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, kementerian juga turut menerbitkan bahan-bahan penerbitan seperti Buku Mengenali Sejarah dan Asas-asas Perlembagaan dan Rukun Negara, Ideologi dan Falsafah Etika. Buku-buku ini Tuan Yang di-Pertua telah diedarkan untuk disebar luaskan kepada masyarakat bagi mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Tahniah kepada kerajaan atas usaha yang baik yang dilakukan dalam pelbagai bidang. Lagu kebangsaan, Negaraku dinyanyikan untuk semangat cintakan negara. Lima teras Rukun Negara untuk melahirkan warganegara yang serba lengkap. Slogan 1Malaysia untuk menerapkan nilai-nilai dan semangat perpaduan dalam negara.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, akhir-akhir ini terdapat rakyat di negara kita terutamanya pemimpin sendiri, terutamanya di sebelah pembangkang ini kadang-kadang menafikan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Bahkan melakukan perkara-perkara yang boleh menghancurkan langkah-langkah untuk membina warga negara yang cukup hebat umpamanya derhaka kepada Raja, menafikan realiti sejarah dan lain-lain lagi yang boleh merosakkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan yang betul-betul serius bersama kementerian-kementerian lain dalam kita memastikan supaya suara-suara negatif ini, suara-suara yang buruk ini tidak kita benarkan. Saya hendak tahu, kalau kita sahaja kerajaan, saya hendak tanya sejauh mana peranan orang di sebelah sini, pembangkang ini dalam menanamkan semangat perpaduan,menanamkan semangat cintakan negara. 1Malaysia ini, apa salah kalau pakai 1Malaysia untuk perpaduan?... [Disampuk] Akan tetapi sebaliknya, kita buat yang baik, mereka canang yang buruk. Bukan sahaja di negara kita bahkan di luar negara. Silakan jawab. Terima kasih.
Soalan, soalan!
Inilah pembangkang!
Terima kasih Yang Berhormat Maran atas pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sebanyak daripada apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat Maran berkenaan dengan tindak tanduk segelintir masyarakat Malaysia adalah betul iaitu mungkin secara tidak sedar ada segelintir masyarakat membuat tuduhan ataupun tidak menyertai program-program yang sepatutnya memupuk kesepaduan negara kita. Segelintir dari mereka yang membuat tuduhan dan juga mengambil tindakan yang mungkin sedikit sebanyak meretakkan perpaduan yang kita sentiasa pupuk ini. Saya menyeru agar semua kita ketepikan pemikiran yang negatif ini dan marilah kita bersama-sama menunjukkan bahawa kita ini bukan hanya sekadar rakyat Malaysia tetapi rakyat Malaysia yang betul-betul cintakan negara. Kita juga percaya kita sudah dalam kemerdekaan yang begitu lama dan kita sudah bersetuju agree to disagree. Dalam perkara ini kita boleh tidak bersetuju dari segi pandangan politik tetapi dari segi pemupukan perpaduan negara kita mesti sama-sama menjalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang bijaksana memilih Kuala Langat untuk soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, perpaduan itu penting. Memang benar penting. Keadilan juga penting, kebenaran juga penting. Namun yang jelas ialah apabila bermulanya episod Parlimen cantik, comel. Apabila bicara soal fakta, jelas di luar sana, di TV, di radio mempamerkan hujah yang telah pun dibentangkan oleh pihak-pihak, semua pihak. Namun kebelakangan ini semenjak Yang Berhormat Menteri bertukar, yang fakta tidak diberikan ruang, yang benar tidak diberikan keadilan, yang jelas ialah pilih kasih. Apabila dipaparkan dalam TV, ahli-ahli backbenchers sahaja yang keluar, yang di sebelah sini, perkara yang benar tidak dikeluarkan. Apakah itu dinamakan perpaduan? Mohon penjelasan. Terima kasih... [Ketawa]
Terima kasih kawan saya Yang Berhormat dari Kuala Langat. Tuan Yang di-Pertua, ini memang perasaan begitulah Yang Berhormat. Dalam sekeluarga pun, ada adik mengatakan abang, dipilih kasihkan oleh ibu bapa. Ada kala juga abang mengatakan adik itu disayangkan lebih lagi dari abang ataupun kakak. Akan tetapi ini adalah perasaan. Keadaan yang sebenarnya, tidak ada pilih kasih Yang Berhormat. Ini adalah negara kita bersama. Semua facility yang ada di negara ini adalah untuk kesemua kita dan bukannya hanya untuk segelintir masyarakat..
Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi Yang Berhormat, dari segi pemaparan apa yang diluahkan dan Yang Berhormat mungkin mengatakan apa Yang Berhormat katakan itu adalah fakta sebenar.
Peraturan adalah Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu jawapan yang benar sekarang pun TV, kalau masa soal jawab, kalau pembangkang memberi ucapan... [Dewan riuh]
Tidak boleh mencelah Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Apa ini?
Ataupun tanya soalan, dialihkan TV. Semua orang tahu. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti bagi jawapan yang betul.
Yang Berhormat Beruas, tidak boleh mencelah ya.
Ini yang berlaku. Saya cuma mahu bagi tahu Tuan Yang di-Pertua jawapan itu tidak betullah.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat memegang peraturan mesyuarat tetapi Yang Berhormat sendiri adalah seorang yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat... [Tepuk] Yang Berhormat, ini bukan bawah pokok. Kita ini di Dewan yang mulia dan janganlah berperangai macam bermesyuarat di bawah pokok... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, bahawa pengagihan masa dalam penyiaran televisyen, itu adalah mengikut fakta, bukan hanya yang dari sebelah sana sahaja yang betul. Adakala yang sebelah sana mencaci dan tidak juga betul. Misalnya kalau kita tengok apa yang ada di dalam youtube, kita boleh nampak apa yang dikeluarkan itu adalah semata-mata untuk mengelirukan keadaan. Di sini, kita hanya cuba mencerah dan menjernihkan apa yang telah dikeruhkan oleh dari sebelah sana.
Peraturan tetap oleh sangkaan jahat. Tadi Yang Berhormat Menteri, peraturan tetap...
Yang Berhormat, tidak ada peraturan mesyuarat ketika Jawab Lisan.
P.M.36 Tuan Yang di-Pertua. Bagi jawapan yang benar.
Tuan Yang di-Pertua, saya jumpa satu soalan tambahan. Kalau diizinkan.
Apa yang saya nyatakan tadi betul. Masa siaran langsung, soal jawab pun pembangkang sudah berucap, dia alihkan televisyen pula. Itu kebenaran.
Ya, sila.
Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Saya dapat soalan ketiga Yang Berhormat Beruas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dapat sahaja bijak...
Betullah itu, tidak dapat tidak bijaksanalah... [Ketawa]
Memang bijak. Sudah dapat ini.
Saya mintalah Yang Berhormat Arau duduk, malulah bila Speaker jawab macam itu. Duduklah, duduk, duduk... [Ketawa]
Tidak, tadi Yang Berhormat Kuala Langat pun cakap macam itu. Sama sahaja Yang Berhormat Kuala Langat. Bila kita dapat ihsan, jangan cemburu ya. Masing-masing rezeki. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah adat kawan- kawan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya melihat ada satu kekosongan ketika kita hendak mencapai satu matlamat. Bukan sahaja 1Malaysia, wawasan negara maju yang menjadi agenda utama perjuangan kerajaan. Saya ingin bertanya pihak kementerian, dalam keadaan sekarang, dalam kita hendak memastikan untuk memupuk semangat jati diri, semangat nasionalisme yang kukuh di kalangan rakyat.
Saya rasa kita masih berada dalam tahap yang boleh dikatakan belum berjaya sebenarnya. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara jiran walaupun dari segi ekonomi mereka berada jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negara kita. Akan tetapi dari semangat jati diri, semangat nasionalisme, self of belonging, dengan izin, self of participation, mereka-mereka begitu hebat. Bandingkan dengan Indonesia, bandingkan dengan Filipina, bandingkan dengan Laos, Kampuchea, negara-negara Sungai Mekong yang lain, mereka mempunyai semangat yang begitu teguh, kukuh dan utuh. Jadi bagaimana? Apakah langkah-langkah yang akan dibuat oleh kementerian di dalam hal ini untuk memastikan bahawa kekuatan semangat jati diri itu dapat kita bentuk menerusi program-program dan modul yang lebih berkesan agar memastikan bahawa seiring kita mencapai dengan kemajuan wawasan negara. Pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ha! Itu baru ilmiah. Bukan...
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sedikit sebanyak berbalik kepada pertanyaan Yang Berhormat dari Maran iaitu berkenaan dengan penglibatan kementerian-kementerian yang lain. Apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Arau ini adalah menyentuh, kalau kita lihat dari segi negara lain dan kita di sini, ada ramai rakyat kita tidak tahu berterima kasih.
Itu adalah satu perangai yang kita harap akan kita kikis. Dari segi penyertaan kementerian-kementerian yang lain kita bersama dengan Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian yang ada penglibatan dalam hal ini. Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Jabatan Perdana Menteri tadi. Itu adalah satu untuk memupuk semangat cintakan negara. Begitu juga semangat yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengingatkan bahawa kita di Malaysia adalah datang dari berbagai-bagai keturunan. Bukan hanya orang India, bukan hanya orang Cina, orang di Sabah dan Sarawak juga meminta pembelaan yang sama rata. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, hendak tengok Tuan Yang di-Pertua ada kebijaksanaan beri laluan tambahan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tidak boleh sudah... [Ketawa] Kalau hendak bagi sudah di luar peraturan mesyuarat sudah Yang Berhormat.
Hendak tengok sejauh mana bijaksana Tuan Yang di-Pertua pada pagi ini.
4. Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia selepas terpilih sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia atau Human Rights Council sehingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau di atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini setelah sekali lagi dipilih sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia (MAHM) bagi penggal 2010 hingga 2013. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan lagi promosi dan perlindungan hak asasi manusia di dalam negara. Antara perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan setelah dipilih sebagai Ahli MAHM termasuklah menubuhkan jawatankuasa kerja bagi memantau dan menilai pelaksanaan saranan-saranan yang telah diterima semasa proses, dengan izin, Universal Periodic Review (UPR). Bagi mempamerkan komitmen negara terhadap isu semasa dalam bidang hak asasi manusia, Malaysia juga telah meratifikasikan konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 19 Julai 2010, dan bersetuju menarik balik beberapa reservation ke atas konvensyen-konvensyen yang telah dianggotai Malaysia.
Antaranya ialah Artikel 5(A), 7(B) dan 16(2) iaitu konvensyen mengenai pembasmian segala bentuk diskriminasi terhadap wanita atau dengan izin, Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women atau lebih dikenali sebagai CEDAW. Artikel 1(13) dan 1(15) bagi dengan izin, Convention on the Rights of Child (CRC), Malaysia sentiasa prihatin tentang obligasinya untuk meratifikasikan konvensyen- konvensyen antarabangsa hak asasi manusia. Oleh itu satu jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan bagi mengkaji dan menimbang kemungkinan Malaysia menyertai konvensyen-konvensyen tersebut. Selain itu kerajaan turut melaksanakan pelbagai program yang melibatkan masyarakat madani termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Bagi meneruskan kerjasama lebih bermakna dan produktif di antara jentera kerajaan dan masyarakat madani. Kerajaan memandang serius akan komitmen-komitmen negara tentang isu hak asasi manusia. Dalam hal ini kerajaan akan secara berterusan memastikan supaya komitmen dan obligasi negara dapat dipenuhi. Ini bukan sahaja demi menjaga nama baik negara malah ia juga penting untuk menjamin dan mempertingkatkan kebajikan dan hak asasi manusia dan rakyat di negara ini sejajar dengan perkembangan semasa. Sekian.
Terima kasih Timbalan Menteri di atas kejayaan membuat banyak jawatankuasa dan juga di atas kejayaan membuat kajian. Yang Berhormat Menteri mohon pandangan Yang Berhormat Menteri kerana apabila melihat rungutan ataupun pandangan Suruhanjaya SUHAKAM yang diwujudkan oleh kerajaan sendiri. Kebetulan bermulanya seawal mungkin bermula daripada Kementerian Luar Negeri sehinggalah yang terbentuk sehingga hari ini. Kebetulan hari ini yang mendukungnya pula ialah antara bekas pimpinan kanan Kementerian Luar Negeri yang arif dengan hal ehwal asasi manusia antarabangsa. Sehinggakan hari ini Menteri memerlukan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain dan saranan-saranan SUHAKAM sendiri. Kalau saya suruh dibaca dekat sini Artikel 19 UDHR dan sebagainya semua itu semuanya dibakul sampahkan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri pertama, bagaimana Kementerian Luar Negeri mengambil nasihat ataupun saranan SUHAKAM dan saya rasa satu badan yang besar yang terbukti hari ini pandangan mereka ditolak. Kedua yang lebih penting ialah Yang Berhormat Menteri, sehingga hari ini tidak ada satu pun respons Kementerian Luar Negeri terhadap satu pandangan yang mengatakan hak asasi manusia adalah agenda imperialist, agenda komunis mantan pimpinan tertinggi negara iaitu mantan Ketua Polis dan juga Tun Mahathir Mohamad. Soalannya ialah bagaimana reaksi Human Rights Council ini kerana Malaysia merupakan ahli majlis dan juga merupakan ahli kepada badan-badan yang lain sehingga terbentuknya SUHAKAM satu badan yang sah secara statutory. Kalau itu saya katakan tahniah untuk membentuk jawatankuasa tetapi gagal dalam melaksanakan seperti yang diharapkan oleh hak asasi manusia. Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Malaysia memang menunjukkan komitmennya dengan serius dalam isu-isu hak asasi manusia. Ini kita boleh lihat apabila kita, memang kita menerima pandangan dari semua pihak termasuk SUHAKAM. Kalau Yang Berhormat kata kita tidak menerima pandangan SUHAKAM itu, itu tidak betul. Sebenarnya salah satunya yang kita boleh lihat ialah kumpulan kerja yang kita wujudkan iaitu mengenai penahanan arbitrary. Ini yang mana mereka, jawatankuasa ini telah datang ke Malaysia dan mereka telah menjalankan pemeriksaan dengan begitu teliti. Jadi dalam hal ini Malaysia memang mengamalkan ketelusan dalam isu hak asasi manusia. Jadi memang isu-isu itu memang diambil kira. Akan tetapi beberapa pandangan kita ratifikasikan sesuatu konvensyen yang ada di sini, ada beberapa obligasi-obligasi yang perlu kita patuh sebelum kita enforce sepenuhnya. Ini kita boleh lihat dalam contohnya Artikel 22 iaitu dalam International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights. Di mana ada isu-isu yang melibatkan contohnya lesbian, gay makna benda-benda ini juga kita perlu ambil kira. Kita perlu memikir dari segi banyak aspek kerana dari segi kebudayaan, dari segi ambil kira kepelbagaian kaum dan sebagainya. Jadi semua aspek ini perlu diambil kira sebelum kita ratifikasikan dan juga kita menjalankan.
Namun begitu, ini bukan kali pertama Malaysia menjadi ahli kepada HRC ini merupakan kali kedua. Sebelum itu pernah kita memegang jawatan dalam suruhanjaya human rights di mana dalam isu-isu seperti ini Malaysia tidak pernah abaikan isu-isu human rights. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mencelah di sini dengan soalan tambahan. Banyak pendapat mengatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak pendapat mengatakan salah satu cara baru barat menjajah negara-negara di dunia ini ialah dengan melancarkan agama baru yang dinamakan hak asasi manusia. Kalau Barat benar-benar hendak memperjuangkan hak asasi manusia, satu persoalan kena jawab. Kenapa hak rakyat Palestin yang dizalimi tidak pernah dibela, hendak jadi anggota Bangsa-Bangsa Bersatu pun mesti dihitung? Oh, hak asasi apa? Pada orang lain tidak boleh, pada diri boleh, pada orang lain hak asasi manusia, pada diri sendiri undang-undang ini tidak dijalankan. Ini di negara kita konon atas nama hak asasi, seks bebas hendak dilancarkan. Oh, ini perlakuan yang benar-benar melanggar undang-undang negara dan budaya semua manusia tetapi konon hendak dihalalkan. Atas nama konon hak asasi manusia. Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara ini, hak asasi manusia mesti disesuaikan. Ini soalan, mesti disesuaikan dan dimujarabkan, faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, dimujarabkan dengan Perlembagaan Negara. Kalau tidak, dia tidak sebenarnya menjadi hak asasi kepada rakyat majoriti di negara ini. Apa pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup setuju dengan pandangan Yang Berhormat, yang mana kalau kita lihat kita mesti berhati-hati dan jangan kita terikut-ikut. Setiap kali kita dalam ratifikasikan sesuatu konvensyen ya, di mana ada banyak konvensyen yang belum kita ratifikasikan. Inilah sebabnya kerana perbezaan budaya, kepelbagaian kaum dan sebagainya. Jadi kita mesti sentiasa berhati-hati. Kalau tidak macam-macam budaya moden yang kita boleh nampak seperti macam-macam program yang mereka buat ini sekarang ya. Pening kepala. Jadi Tuan Yang di-Pertua sebenarnya bila sebut hak asasi manusia ini memang ia merupakan satu skop yang begitu besar ya. Jadi yang penting kita kena mengikut acuan kita sendiri. Itu merupakan cara yang terbaik. Sekian, terima kasih.
5. Dato’ Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, bilakah kementerian akan mendirikan sebuah Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Lawas memandangkan tidak ada sebuah pun IPTA yang terdapat di kawasan paling utara Sarawak.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat penubuhan sesebuah kolej komuniti adalah dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa serta berpandukan kepada kajian needs analysis dengan izin di mana di antara faktor yang diambil kira adalah jumlah bilangan penduduk, jumlah bilangan pusat atau institusi latihan kemahiran awam yang terdapat di kawasan berkenaan, tahap kapasiti institusi-institusi berkenaan, pembangunan dan aktiviti industri setempat, potensi bilangan pelajar yang akan memasuki kolej komuniti dan mempunyai peruntukan. Kementerian Pengajian tinggi dihadkan peruntukan bagi projek-projek pembangunan baru. Untuk waktu sementara ini kementerian tiada rancangan untuk menubuhkan lebih banyak lagi kolej komuniti baik di Lawas mahupun di bandar-bandar lain. Maka itu tumpuan kementerian masa kini adalah untuk melaksanakan projek kolej komuniti sambungan dan memperkasakan lagi 72 buah kolej komuniti sedia ada yang sedang dalam operasi. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kemudahan pembelajaran tinggi tidak terdapat di Lawas. Apa yang ada ialah pembelajaran hingga ke tingkatan enam sahaja. Ini menyebabkan pelajar-pelajar selepas itu terpaksa berhijrah ke tempat-tempat lain untuk melanjutkan pelajaran mereka. Ini juga melibatkan ongkos yang tinggi kepada para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi di tempat yang jauh ataupun di luar kawasan. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menempatkan contohnya Maktab Perguruan dan sekolah teknikal di Lawas. Selain itu adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan sebuah sekolah SMK di kawasan Bakalalan di mana terdapat empat buah SK dan pelajar-pelajar dari kawasan ini sekarang terpaksa pergi ke SMK di Turusan dan SMK Sundar yang jauh melibatkan ongkos yang tinggi kepada para ibu bapa. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat oleh kerana maktab perguruan dan sekolah teknik adalah di bawah Kementerian Pelajaran. Saya harap Yang Berhormat dapat hubungi Kementerian Pelajaran. Saya difahamkan bahawa di Lawas terdapat sebuah pusat Giat MARA yang kini menawarkan program khusus pendawaian elektrik, teknologi automotif dan fesyen dan dress making dengan izin. Giat MARA boleh dimanfaatkan oleh komuniti Lawas bagi mendapatkan latihan kemahiran yang diperlukan. Dalam pada itu Jabatan Pengajian Kolej Komuniti bersedia untuk melaksanakan khusus-khusus jangka pendek di bawah Program Latihan Kemahiran 1Malaysia berdasarkan kepada permintaan komuniti Lawas. Untuk itu saya akan minta pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti untuk berbincang dengan Ahli Yang Berhormat mengenai perkara tersebut. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kolej komuniti, berkaitan dengan kolej komuniti secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua kita menyedari bahawa sistem anak-anak, hasil daripada pembelajaran di peringkat rendah yang berlaku streaming yang mengasingkan pelajar-pelajar bijak dan pelajar-pelajar yang kurang bijak. Saya merasakan bahawa sistem ini kurang pergi bersesuaian berlaku di negara kita. Akhirnya kolej komuniti ini di antara tempat terakhir bagi para pelajar yang tidak dapat melalui lebuh raya bagi mereka mencapai kejayaan di peringkat puncak maka kolej komuniti antara tempat yang menjadi alternatif kepada para pelajar ini untuk mereka turut berjaya dalam kehidupan mereka. Saya sedar bahawa constraint kewangan yang wujud di Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya untuk menyediakan kolej di tiap-tiap Parlimen mengikut sasaran pihak pengajian tinggi. Akan tetapi kita tengok dari konteks Sabah dan Sarawak kita bersetuju sekurang-kurangnya untuk dibuat di setiap satu kawasan Parlimen ataupun dua kawasan Parlimen. Kita bersetuju dan kita menyokong penuh Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi untuk di Semenanjung, dari segi logistiknya kita lihat agak baik, dari segi prasarananya agak tersusun. Tidak perlu untuk dibuat di peringkat satu Parlimen atau untuk satu kolej komuniti memadai. Akan tetapi kita memperkasakan IPTA yang ada di tiap-tiap negeri contohnya kita ikut seperti mana yang berlaku di luar negara. Kita ada East and West, Barat dan Timur. Barat ini untuk para pelajar yang pintar, Timur ini untuk pelajar-pelajar yang ikut cara jauh yang melalui kolej ini. Kenapa ini kita tidak dapat laksanakan kerana kalau kita tidak memperbanyakkan peruntukan yang sedia ada itu boleh digunakan untuk membeli equipment, peralatan yang lebih terkini. Sesuai untuk kita melatih dalam menyediakan tenaga kerja yang lebih mempunyai pengalaman yang berkemahiran dalam memenuhi tuntutan keperluan kemajuan negara. Pandangan dan persediaan pihak kementerian berhubung perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, memang Kementerian Pengajian Tinggi dihadkan peruntukan. Namun, Kementerian Pengajian Tinggi memang berusaha supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan pengajian tinggi yang telah disediakan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada tahun lepas Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Program Latihan 1Malaysia yang bertujuan menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mempelajari pelbagai kemahiran yang memberikan mereka terus berdaya saing dan menjana pendapatan lebih baik. Itu adalah untuk tempat yang tidak ada kolej komuniti. Jadilah itu satu cara supaya semua lapisan masyarakat atau pun tempat-tempat yang tiada kolej komuniti dapat menikmati kemudahan pengajian tinggi ini. Sekian.
6. Dato’ Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah faktor dan sebab sebenar untuk mewajibkan kembali pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua. Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 8 Julai 2009 dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah merupakan langkah kerajaan dalam memastikan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Kebangsaan di kalangan murid dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Apabila dasar ini diperkenalkan, tidak seharusnya timbul isu untuk mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dibangkitkan. Namun demikian, bagi memastikan Proses P&P bagi kohort yang telah berada dalam sistem PPSMI, kementerian telah membuat keputusan supaya pendekatan soft landing dilaksanakan. Ini adalah untuk memberi peluang kepada kohort tersebut untuk meneruskan P&P dalam bahasa kebangsaan, bahasa ibunda atau bahasa Inggeris sepenuhnya atau dwibahasa mengikut kesediaan guru dan murid di sesebuah sekolah. Langkah ini adalah bertujuan memastikan pembelajaran murid-murid yang terlibat tidak terganggu. Selain itu, kertas-kertas peperiksaan juga disediakan dalam dwibahasa dan terpulanglah kepada murid untuk menjawab dalam bahasa yang mereka mudah fahami. Ringkasnya, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di semua peringkat sekolah kecuali Tahun Satu boleh menggunakan bahasa Inggeris atau dwibahasa sehinggalah kohort terakhir PPSMI. Terima kasih.
Terima kasih. Dalam bulan-bulan terakhir ini banyak kumpulan yang mendesak supaya diajar semula sama ada secara wajib atau pilihan di sekolah-sekolah kerajaan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Terutama sekali apabila idea ini atau pun pemikiran ini disokong oleh mantan Perdana Menteri yang keempat. Jadi, saya hendak tanya apa pandangan kerajaan terhadap kumpulan-kumpulan dan pihak-pihak tertentu yang mendesak supaya diajar secara pilihan di sekolah-sekolah kerajaan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Terangkan dengan terperinci bagaimana hendak memperkasakan bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan di luar bandar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Inilah soalan-soalan yang ditunggu-tunggu. Sebenarnya, ramai yang menganggap tindakan kerajaan, pengumuman kerajaan baru-baru merupakan satu tindakan flip-flop. Saya berharap parti Yang Berhormat dapat mengekalkan pendirian seperti dahulu kerana apa yang saya dapat lihat ada kumpulan kata jangan sokong kerajaan, hendak sokong pembangkang tetapi pembangkang berpendirian memang tidak mahu PPSMI tetapi kumpulan ini memang dia hendak PPSMI. Jadi, apa yang saya hendak terangkan sekarang ini bukan isu politik. Apa yang kita hendak lakukan sekarang ialah keputusan dibuat di Kabinet pada 8 Julai 2009. Inilah keputusan MBMMBI menggantikan PPSMI. Kita juga membenarkan mereka yang telah dalam sistem PPSMI menamatkan pelajarannya sehinggalah mereka selesai. Tidak adil kalau separuh macam Yang Berhormat Bukit Mertajam bangkitkan, anak dia dari Tingkatan Tiga belajar bahasa Inggeris, tiba-tiba tahun depan Bahasa Malaysia.
Anak Yang Berhormat boleh teruskan mengikut pilihan Yang Berhormat. Itu untuk kohort PPSMI tetapi ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, di MMBMBI di peringkat sekolah rendah sudah bermula tahun ini dan kita awalkan. Kalau ikut perancangan asal pada 2012, kita mulakan di sekolah rendah ini. Tahun depan kita telah memberi satu arahan, surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran bertarikh 4 November dan kita memperihalkan setiap tahun. Tahun Satu guna bahasa apa? Tahun Dua menggunakan bahasa apa? Ini memastikan semua sekolah benar-benar faham apa yang kita hendak lakukan. Cuma, untuk soft landing sahaja, mereka ada pilihan sehinggalah selesai mereka ini menamatkan sampailah ke SPM. Itu adalah pendirian kerajaan dan kita tidak pernah flip-flop. Semasa keputusan Jemaah Menteri pun, kita sudah kata mesti ada kaedah soft landing kepada mereka yang dalam sistem ini. Apa yang kita lakukan ini ialah perincian terhadap bagaimana kita melakukan soft landing supaya dapat diterima. Bagi pihak Kementerian Pelajaran, ingin saya nyatakan bahawa isu bagaimana kita hendak memperkukuhkan bahasa Inggeris. Memang sejak dahulu rundingan meja bulat yang diadakan lima kali. Kita mengumpul data-data, kita mendengar pandangan dari semua pakar. Masing-masing ada pandangan berlainan, kita menghormati pandangan walaupun berbeza. Akan tetapi terdapat dua idea. Pertama ada orang mengatakan sains dan matematik kalau diajar dalam bahasa Inggeris ini dapat meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris. Ada pakar yang menyangkal pandangan ini menyatakan kalau kita hendak memperkukuhkan bahasa Inggeris, perlulah kita lakukan terhadap subjek bahasa Inggeris itu seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam semalam. Maka, dalam konteks ini kita kena buat satu pilihan dan apa yang kita lakukan dalam MBMMBI, ingin saya menyatakan sekolah kebangsaan, kalau dahulunya sistem PPSMI kita hanya ada 240 minit untuk waktu bahasa Inggeris satu minggu. Kini telah meningkat sehingga 330 minit. Itu dari segi waktu P&P. Untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dengan sekolah jenis kebangsaan Tamil, penambahan yang mendadak. Kalau dahulunya PPSMI hanya 60 minit untuk bahasa Inggeris seminggu, kini telah ditingkatkan sehingga 150 minit bagi kedua-dua aliran sekolah ini. Dengan erti kata yang lain P&P untuk bahasa Inggeris telah dipertingkatkan. Kedua, dari segi perisian. Kalau kita lihat KSSR bahasa Inggeris yang digunakan, cara kita mengajar dengan termasuk komponen baru ini, ianya adalah untuk tujuan memperkukuhkan bahasa Inggeris dari segi syllabus yang telah direka bentuk oleh kementerian. Selain daripada itu, kita juga mengimport penutur jati 375 orang yakni adalah penutur jati yang kita tempatkan di kawasan pedalaman. Ada yang menjadi jurulatih kepada guru-guru opsyen bahasa Inggeris. Kita hendak mewujudkan satu suasana di mana untuk kawasan luar bandar, mereka juga tidak tersisih daripada arus perdana ini. Jadi, memang ada perancangan secara rapi dan kita hendak mengambil sejak 2009. Sasaran kita ialah RM10,000 lulusan bahasa Inggeris untuk semua sekolah. Saya rasa dengan adanya komitmen untuk mempertingkatkan pengajaran dalam bahasa Inggeris ianya dapat mempertingkatkan. Untuk memperkasakan bahasa kebangsaan, saya rasa itu memang sedang dilakukan oleh kementerian. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau perkara ini. Jadi, saya rasa kita mengimbangi dan kita juga pada waktu yang sama menghormati hak untuk mempelajari bahasa ibunda. Jadi, saya rasa kalau boleh kita mintalah kerja sama dari pihak sana juga. Apabila perkara ini telah diungkit kalau Yang Berhormat diam, ramai yang menganggap macam parti PAS sekarang sudah sokong PPSMI. Ada kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Tiba-tiba orang merasakan mengapa dia orang senyap, tidak cakap apa. Walhal saya ingin mengatakan bahawa apa yang kita dapat dengar dengan lantang memang PAS menyokong MBMMBI. Itu saya hendak terangkan pada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya sekadar untuk mengetahui pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi mewakili Kementerian Pelajaran.
Menurut perlembagaan, fasal 152(1), sebarang urusan rasmi kerajaan mestilah dijalankan dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan. Jadi, urusan sekolah adalah urusan rasmi kerajaan. Jadi, apakah tidak bercanggah ataupun bagaimana tafsir kementerian dalam urusan rasmi kerajaan bila perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ini tidak bererti fasal ini melarang menggunakan lain-lain bahasa tetapi dari segi urusan rasmi kerajaan. Ini sebab saya ditanya mengenai pandangan ini dari sesetengah pihak kerana dasar kita memang bercampur aduk, yang akhir sekali kita tidak tahu dah mana keutamaan dari segi agenda nasional, mana perkara-perkara yang ditetapkan oleh perlembagaan. Jadi, walaupun ada kebebasan tetapi kadang-kadang kebebasan itu dipergunakan untuk overwrite apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Perkara ini mesti diberi penjelasan. Akhir sekali, saya sekali lagi ucap tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran kerana penggunaan bahasa Melayunya cukup baik sekali. Kalaulah semua rakyat Malaysia dapat menggunakan bahasa Melayu sebagaimana yang digunakan oleh Yang Berhormat sebagai seorang Timbalan Menteri, saya percaya alangkah bahagianya negara Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas pujian itu tetapi ingin saya katakan bahawa hasrat kementerian ini, kita hendak jadikan bahasa Malaysia ini sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat. Pada waktu yang sama juga, untuk urusan rasmi, kita memang mensyaratkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang digunakan untuk tujuan urusan rasmi, sebab itulah terdapat satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mencakupi pihak JPA, pihak agensi-agensi kerajaan termasuk juga wakil swasta dan juga wakil-wakil daripada Dewan Bahasa juga, mereka juga duduk dalam jawatankuasa ini. Bagaimana kita hendak memastikan urusan rasmi kerajaan dan urusan rasmi itu kita menggunakan bahasa kebangsaan, termasuk juga kalau untuk sektor kewangan. Sudah ada kempen secara rancak mencakupi semua sektor dan ianya adalah satu kerja yang dipantau oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Jadi, dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini, memang merupakan agenda kerajaan. Saya yakin untuk sekolah rendah, sekolah menengah, Bahasa Malaysia tidak pernah kita tinggalkan. Itulah hasrat kita menjadikan Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia itu sebagai lingua franca dan saya rasa itu adalah bahasa ilmu kepada kita dan bahasa komunikasi juga. Jadi, saya rasa kita mempunyai bahasa yang sama dan kita dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan adanya satu pemahaman bahasa yang satu sahaja. Ianya merupakan satu hasrat murni kementerian untuk memastikan semua dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baik dan begitu juga diperluaskan dalam sektor swasta. Terima kasih. [Soalan No. 7 – Yang Berhormat Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) tidak hadir]
8. Tuan Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bila dan bagaimana kekurangan 2,000 doktor di Sabah dapat diatasi dan bilakah Queen Elizabeth Hospital (QEH) dapat disiapkan dengan sempurna.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penempatan pegawai perubatan di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia adalah mengikut keperluan di sesebuah fasiliti tersebut. Sehingga 30 Jun 2011, bilangan pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Sabah adalah berjumlah 1,312 orang berbanding jumlah jawatan sebanyak 1,853 jawatan dengan peratus pengisiannya adalah sebanyak 70.8 peratus.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding 1,102 orang pada 30 Jun 2010. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melantik pegawai perubatan dan pakar yang telah bersara dan pegawai perubatan pakar di kalangan bukan warganegara secara kontrak bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Sehingga kini, terdapat seramai 129 pegawai perubatan pakar kontrak ditempatkan di negeri Sabah daripada jumlah 636 orang pegawai perubatan serta pakar kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Queen Elizabeth dijangka akan siap pada Disember 2012 yang akan menempatkan 1,058 buah katil iaitu di Hospital Queen Elizabeth I sebanyak 661 buah katil dan di Hospital Queen Elizabeth II sebanyak 397 buah katil dan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa kepada para pesakit. Sejajar dengan pertumbuhan IPTA dan IPTS, jumlah graduan dalam bidang perubatan juga bertambah. Perkara ini dapat dilihat dengan peningkatan pegawai perubatan siswazah dan pegawai perubatan yang dilatih dan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melebihi 3,000 orang setahun sejak tahun 2009. Melalui perkembangan ini, kerajaan yakin kekurangan doktor di Sabah dapat diatasi. Terima kasih.
Terima kasih. Bukan kekurangan doktor sahaja di Sabah tetapi pharmacist juga kurang di Sabah. Saya dapat tahu kementerian sudah kurangkan training kepada fresh graduate kepada satu tahun sahaja. Bolehkah kita produce yang kualiti pharmacist di Sabah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu di atas persoalan yang dibangkitkan iaitu berhubung kait dengan farmasi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kini seramai 8,917 orang ahli farmasi yang berdaftar dan berkhidmat di sektor awam dan juga swasta di negara kita. Nisbah pegawai farmasi kepada rakyat di negara kita adalah 1:3,400 populasi. Unjuran yang dicadangkan oleh World Health Organisation adalah 1:2,000 penduduk. Oleh itu, kita masih mempunyai kekurangan dari segi ahli farmasi ini seramai 5,000 orang untuk memenuhi tuntutan ahli farmasi di negara kita secara menyeluruh Yang Berhormat. Manakala untuk negara maju, unjuran yang diinginkan atau yang dicapai adalah 1:1,000 orang penduduk. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini, kita telah membuat ataupun melakukan lantikan kepada seramai 4,568 ahli-ahli farmasi yang berkhidmat dalam sektor awam di Kementerian Kesihatan. Bermula tahun 2001 sehingga 2010 di mana pada tahun 2010 sahaja, kita telah melantik seramai 923 orang. Saya memahami apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi, sekiranya apa yang menyentuh mengenai perkhidmatan yang pada mulanya dua tahun dikurangkan kepada setahun. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, sebenarnya dahulu perkhidmatan wajib pegawai farmasi ini dilaksanakan dengan cara 1+3, di mana satu tahun adalah untuk latihan dan tiga tahun adalah untuk perkhidmatan wajib dan perkara ini telah diimplementasikan sejak tahun 2004. Akan tetapi, kita pada ketika ini telah mengubah pendekatan ini di mana perkhidmatan wajib pegawai farmasi dilakukan dengan cara 1+1 iaitu setahun untuk latihan dan setahun lagi untuk perkhidmatan wajib. Usaha ini diambil adalah untuk mengurangkan, sebenarnya bukan tujuan kita laksanakan polisi ini untuk mengurangkan perkhidmatan ahli-ahli farmasi.
Malah Kementerian Kesihatan menggalakkan mereka ini berkhidmat di sektor swasta seperti di komuniti farmasi di hospital-hospital swasta dan juga institusi-institusi swasta. Isu yang timbul Yang Berhormat Kota Kinabalu yang menjadi kegusaran adalah mengenai gaji. Pada ketika ini lebih ramai ahli farmasi yang suka berkhidmat dengan kerajaan disebabkan oleh beberapa faktor: (i) laluan kerja yang lebih baik dibandingkan daripada yang dahulu; (ii) pemberian elaun kritikal; dan (iii) peluang kenaikan pangkat selaras dengan pelan transformasi ekonomi yang diuar-uarkan oleh kerajaan.
Sebenarnya Yang Berhormat Kota Kinabalu perkhidmatan farmasi berkembang dengan pesat di negara kita kalau sekiranya dahulu kita mempunyai nisbah 20 peratus ahli- ahli farmasi yang berkhidmat dengan kerajaan dan 80 peratus memilih untuk berkhidmat di swasta. Akan tetapi keadaan telah berubah di mana 60 peratus ahli-ahli farmasi berkhidmat di kerajaan dan hanya 40 peratus di peringkat swasta. Jadi kita mengambil inisiatif ini Yang Berhormat, untuk memajukan kerjaya pegawai-pegawai farmasi kita. Jadi untuk mengimbangi cabaran dan juga kekangan serta kekurangan ahli farmasi di peringkat swasta pula, langkah terkini yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan polisi 1+1 tadi seperti yang saya sebutkan tadi. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila kita mendengar penjelasan tadi begitu terperinci. Soalan tambahan daripada saya ialah saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyatakan ataupun sebutkan berapa hospital dan klinik kesihatan dan juga klinik desa yang akan dibina di negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selain pembangunan fizikal apakah langkah-langkah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menambahbaikkan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ranau di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ranau, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita mempunyai projek-projek pembangunan kesihatan yang dilaksanakan di bawah first rolling plan, Yang Berhormat. Kementerian mempunyai perancangan ataupun telah dalam proses pembinaan ialah satu hospital baru dan juga 17 naik taraf hospital-hospital di negeri Sabah. Untuk klinik kita mempunyai 13 klinik kesihatan yang sama ada dibina ataupun dinaiktarafkan. Seterusnya Yang Berhormat, untuk second rolling plan, 17 hospital di naik taraf dan di samping itu kita mempunyai lapan klinik kesihatan baru dibina ataupun di naik taraf dan juga tujuh projek perkhidmatan farmasi yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ranau juga, jumlah klinik kesihatan yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, di bawah first rolling plan adalah sebanyak lima buah adalah untuk secara dan klinik desa sebanyak dua buah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ranau, selain daripada kita membina menjalankan projek infrastruktur kita juga melakukan penambahbaikan perkhidmatan. Antaranya Yang Berhormat adalah perkhidmatan kepakaran di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang dipertingkatkan. Untuk menyediakan sebanyak 45 perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh sahaja. Seterusnya adalah perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran di Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent Sandakan yang juga dirancang untuk dipertingkatkan bagi menyediakan sehingga 20 perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran di dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Di samping itu juga Yang Berhormat Ranau kementerian telah melaksanakan perkhidmatan radioterapi yang akan diberikan dengan secara lebih komprehensif dengan pembinaan Pusat Onkologi dan juga Perubatan Nuklear di Hospital Wanita dan Kanak- kanak Likas di mana ianya dijangka siap pada Julai tahun 2012. Beberapa penambahbaikan perkhidmatan yang lain juga dilaksanakan di hospital-hospital seperti di Hospital Kota Marudu, Beaufort dan juga Hospital Tawau. Terima kasih.
Cukup, cukup, cukup. Cukup Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelumnya saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan Wanita UMNO Sri Gading yang berwarna-warni, masih cantik sama dengan Ahli Parlimennya yang diketuai oleh Datin Hajah Azizah.
9. Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk menempatkan agensi- agensi di bawahnya seperti SME Corp. di Labuan bagi membantu membangunkan usahawan Bumiputera dalam Industri Kecil & Sederhana (IKS) di Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan Bancian Pertubuhan dan Enterprise oleh Jabatan Statistik Negara pada tahun 2005, Labuan mempunyai 1,800 pertubuhan yang dikategorikan sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana ataupun PKS yang mewakili 0.3 peratus daripada keseluruhan PKS di Malaysia ini. Secara dasarnya MITI tidak bercadang membuka cawangan baru di Labuan bagi agensi-agensi di bawahnya dalam masa terdekat. Ini kerana agensi MITI seperti MIDF, SME Bank serta SME Corp. Malaysia telah pun mempunyai cawangan di Kota Kinabalu, Sabah yang mana fungsi dan peranan mereka ini dalam menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada PKS adalah turut merangkumi kawasan Labuan. Tuan Yang di-Pertua selari dengan dasar kerajaan yang tidak meminggirkan mana-mana kawasan dalam arus pembangunan kerajaan kini sedang membangunkan Labuan Halal Distributive Hub (LHDH) yang berkeluasan 100 ekar. Fasa 1 LHDH telah pun siap dibina yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini. LHDH akan meningkatkan peluang-peluang perniagaan dan meluaskan pasaran khususnya dalam sektor makanan laut dan seterusnya meninggikan pendapatan dan tahap sosioekonomi penduduk Labuan termasuk PKS. Selain itu, SME Corp. akan menganjurkan satu program pencapaian pembangunan PKS secara tentatifnya pada awal tahun hadapan bagi memberi pendedahan kepada pengusaha PKS di Labuan berkenaan dengan program pembangunan dan skim bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan. Pada tahun hadapan setiap agensi di bawah MITI telah diminta membuat program khusus di Labuan juga. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang kurang sedap bunyinyalah. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kalau kita lihat Perbadanan Labuan sebagai local authority telah pun memainkan peranan membangunkan dan menyediakan Pusat IKS di Labuan. Seluas 25 ekar, tanah telah pun disediakan dan 44 lot berbagai saiz telah pun dibentuk di mana Perbadanan Labuan telah pun menjalankan peranan SME Bank yang seharusnya menyediakan Pusat IKS. Seperti mana yang kita tahu, SME Bank dan SME Corp. mempunyai peranan yang penting menyalurkan dana-dana kerajaan yang begitu banyak untuk IKS.
Kalau semuanya diurus di Kota Kinabalu mahupun di Kuala Lumpur, ini bermakna ianya akan memakan biaya yang banyak dan juga menyusahkan pemain IKS dan juga kementerian. Seolah-olah tidak mencerminkan keprihatinan kepada rakyat Labuan terutamanya pengusaha IKS. Soalan saya, bolehkah atau tidak sekurang-kurangnya ditubuhkan sebuah one stop agency untuk menangani ataupun memproses permohonan dana IKS ini di Wilayah Persekutuan Labuan demi untuk menyelesaikan atau juga menyenangkan masalah-masalah yang ada pada masa kini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seperti mana yang telah saya jawab tadi, kita mempunyai beberapa agensi di bawah MITI yang ditempatkan di Kota Kinabalu. Kita nampak bahawa mereka ini, fungsi dan peranan mereka boleh dijalankan kerana Labuan ini tidak berapa jauh dari Kota Kinabalu. Maka, mereka menjalankan fungsi dan peranan mereka dari Kota Kinabalu. Walaupun demikian, kita tahu kita sedar bahawa kepentingan PKS di Labuan ini memang kita nampak sebagai satu industri yang cukup baik dan akan meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk di sana. Kita juga berterima kasih kepada Perbadanan Labuan oleh kerana menyediakan pelbagai fasiliti yang tertentu untuk menjalankan peranan-peranan yang telah disebutkan tadi.
Akan tetapi walaupun demikian, agensi-agensi kita memang telah menjalankan beberapa program di Labuan termasuk yang disebutkan Business Accelerated Program, Enrichment and Enhancement Program, Bridging Finance, Skill Upgrading Program, SKOR dan begitu juga SME University Intensive Program. Jadi, bagi Yang Berhormat Labuan, penyertaan sehingga kini hanya untuk BAP sahaja sebanyak dua syarikat. Namun, satu syarikat tidak layak kerana telah menerima geran SMIDEC sebelumnya dan satu syarikat lagi layak tetapi baru menyertai bulan Ogos dan sedang dalam proses penilaian untuk SKOR. Bagi tahun 2012 ini, setiap agensi seperti mana yang saya sebutkan tadi di bawah MITI, telah diminta untuk membuat program kursus di Labuan. Jadi, ini akan kita terus jalankan supaya PKS di Labuan ini tidak terpinggir dari bantuan dan juga nasihat-nasihat dari agensi MITI ini. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 17 November 2011.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Wira Chor Chee Heung]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kelapan] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Tuan Pengerusi, setiap malam kita melanjutkan Mesyuarat sehingga pukul 10.30 malam. 12 ½ jam kita di sini...
Hendak tunjuk pada orang kampung.
...Demi kepentingan rakyat. Kita redha, kita setuju. Oleh sebab...
Orang Sri Gading datang, orang kampung datang, itu yang dia bangun.
Hendak tunjuk taring, isteri ada datang, ada rombongan dari kawasan dia.
Tidak ada benda hendak bercakap, hendak bercakap juga... [Ketawa]
Datin mari kah ini?
Ini 36(6) Yang Berhormat Kuala Kedah... [Ketawa] Oleh sebab kita sebenarnya mendahului masa. Boleh tidak dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini seorang diberi 20 minit. Kita mempunyai lebih masa.
Jangan, 10 minit sudah!
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.41 [Jadual] - Maksud P.41 [Anggaran Pembangunan 2012] -Bill
Yang Berhormat, kita kekalkan 10 minit seorang. Saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Pengerusi, ikut nama yang disenaraikan oleh Speaker yang terakhir semalam.
Semalam Speaker sudah bagi, saya akan sambung. Saya akan mula hari ini.
Tidak apalah. Selepas Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat.
Kepala P.41 Butiran 00800 - Rumah- Rumah Guru. Tuan Pengerusi, di Parlimen Paya Besar ada tiga kawasan di mana rumah-rumah guru ini terbiar, tidak diselenggarakan atau pun tidak mempunyai penghuni. Satu di Lepar Hilir 1, di Taman Tas dan di Bukit Sagu 1. Saya sedih melihat keadaan rumah-rumah ini oleh kerana kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit bagi membina rumah-rumah ini. Akan tetapi rumah-rumah ini terbiar disebabkan penyelenggaraannya tidak ada, maka kawasan rumah-rumah tersebut sudah menjadi macam pusat penagih dadah dan tempat muda mudi melepaskan gian. Jadi, saya berharap kementerian dapat melihat akan perkara ini. Saya berasa sedih juga...
Yang Berhormat Paya Besar.
...Oleh kerana pegawai-pegawai di peringkat daerah dan negeri tidak langsung berkunjung untuk menyaksikan sendiri akan perkara-perkara ini. Perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali dalam Mesyuarat Tindakan daerah tetapi tidak mendapat sokongan sama ada di peringkat negeri ataupun peringkat daerah. Ya, Yang Berhormat Maran, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Pengerusi, saya hendak ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Maran 2, kawasan saya. Tidak disebut oleh Yang Berhormat Labuan tadi. Wanita dan juga tetamu. Tuan Pengerusi, saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar. Bahkan Yang Berhormat Paya Besar, kalau kita lihat bukan sahaja di Paya Besar tetapi di tempat-tempat lain ada bangunan-bangunan guru ini tidak digunakan. Jadi, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat, saya akan ringkaskan, sayang masa Yang Berhormat itu. Minta supaya kerajaan menyenaraikan rumah-rumah guru yang telah dibina ini kos dia berapa jumlah semua sekali dan berapa yang terbiar. Kalau boleh, ikut negeri, ikut daerah termasuk kawasan saya Maran. Masuk sekali dalam ucapan, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Bolehlah dimasukkan dalam ucapan saya. Tuan Pengerusi, malah dahulu ada sepasang guru suami isteri datang berjumpa dengan saya mohon supaya dia diberikan kelonggaran untuk menyewa rumah tersebut tetapi ditolak oleh sama ada kementerian ataupun Jabatan Pelajar Negeri. Oleh kerana guru ini mengajar di Pekan, kekosongan rumahnya di Kuantan. Sekarang ini, apa sudah jadi? Apabila kerajaan memberikan elaun rumah ini, maka semua rumah-rumah guru ini telah dikosongkan kerana guru-guru sudah mula duduk di rumah mereka sendiri. Kalau dahulu mereka berebut-rebut hendak duduk di rumah guru. Akan tetapi sekarang ini sudah berlainan pula jadinya. Sekarang ini rumah-rumah tersebut terbiar. Ada yang sudah pecah pintu dan sebagainya seperti yang ada di Taman Tas. Yang itu yang paling teruk Tuan Pengerusi. Malah, baru-baru ini apabila sebuah rumah terbakar, kita cuba menempatkan keluarga ini di rumah-rumah guru ini tetapi apabila kita tengok keadaannya amat teruk sekali. Wayar berjuntai, paip air sudah tidak ada.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi saya berharaplah pihak kementerian membuat kajian, membuat semakan terhadap semua bangunan-bangunan yang dipunyai oleh Kementerian Pelajaran. Tidak berguna kita ada pegawai yang begitu ramai tetapi tidak tahu apa yang hendak buat. Adalah lebih baik kalau kita ada pegawai yang sedikit tapi mereka tahu apa yang nak buat kerana ini wang rakyat.
Butiran 00900 - Asrama. ADUN Sungai Lembing dua tiga kali dalam mesyuarat tindakan daerah memaklumkan bahawa bekas Menteri Pelajaran dan bersetuju untuk menaikkan taraf rumah-rumah yang kosong di Sungai Lembing itu untuk dijadikan asrama bagi pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing kerana pelajar- pelajar ini datangnya lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Sungai Lembing khususnya daripada Kampung Atung, Pasir Gemudi, Panching dan sebagainya. Pengangkutan yang bawa mereka ke sekolah cuma ada bas dari Kuantan ke Sungai Lembing dan ini terlalu awal. Sekiranya pelajar-pelajar ini terlepas bas ini, maka mereka tidak ke sekolah. Banyak rumah-rumah lama yang dipunyai oleh PPCL dahulu di Sungai Lembing itu yang boleh kita naik tarafkan untuk dijadikan asrama dan beberapa buah keluarga telah merayu kepada saya kerana perbelanjaan bagi anak mereka ke sekolah begitu tinggi. Dengan tambang basnya ikut kadar market, bukan ada special price tambang untuk pelajar sekolah. Hampir RM10 sehari ibu bapa terpaksa membelanjakan untuk seorang murid ke sekolah dari Panching ke Sungai Lembing.
Yang Berhormat Paya Besar, Lipis sini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini berkait dengan asrama ini saya pun ingin juga menarik perhatian bahawa kadang-kadang asrama untuk pelajar sekolah rendah ini yang berjauhan dan sebagainya. Kadang-kadang kita memikirkan asrama untuk pelajar sekolah menengah dan berdekatan dengan sekolah sahaja. Jadi kadang-kadang ada tempat-tempat macam sebagai contohnya di Sekolah Kebangsaan Kampung Cat di Kuala Lipis, pelajar yang datang ke sekolah tersebut adalah pelajar yang di sekitar kawasan dan mereka ini memang tidak ada kemudahan daripada segi pengangkutan walaupun kadang-kadang hanya lima kilometer ke enam kilometer, mereka tidak ada kemudahan daripada segi bas sekolah dan sebagainya. Jadi kalaulah ada asrama, saya pernah bertanya kepada para ibu bapa di sana kalau ada asrama. Dia kata mereka suka menempatkan anak-anak mereka di asrama kerana ini boleh memudahkan anak-anak ini belajar lebih tekun lagi. Kalau tidak mereka terpaksa pagi-pagi menghantar, balik ambil dengan motosikal dan sebagainya atau terpaksa memberi kebenaran kepada anak-anak ini membawa motosikal untuk ke sekolah, jadi ini pun satu kesalahan. Jadi kalaulah pihak kementerian dapat memikirkan bukan sahaja asrama untuk sekolah menengah tetapi juga untuk asrama sekolah-sekolah rendah yang berpusat begitu. Tidak semestinya bila buat asrama untuk anak-anak Orang asli sahaja, pelajar orang asli sahaja tapi di sekolah-sekolah di luar bandar ini kadang-kadang mereka juga perlukan asrama. Mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Cadangan yang baik juga itu Timbalan Menteri ya. Bolehlah dimasukkan sekali dalam ucapan saya. Butiran 046000 - Sistem Pengkomputeran Sekolah. Kita berterima kasih kepada kementerian kerana dulu membina makmal komputer dan sebagainya tapi sayang komputer-komputer ini dah lama dah tidak boleh digunakan lagi dah malah guru-guru terpaksa meminta sedekah daripada ibu bapa. Sekiranya hendak meneruskan pembelajaran komputer ini, perlulah komputer-komputer ini diperbaiki. Kita perlu ingat kerana komputer-komputer ini dulu dia dulu sampai daripada makmalnya siap. Jadi cuba kita bayangkan. Jadi saya berharaplah. Kalau kita hendak serius, kita serius. Kalau kita hendak main-main baik tidak usah. Rugikan duit kerajaan sahaja, duit rakyat dengan membeli komputer kemudian komputer itu pun tidak boleh pakai. Butiran 030300 - Pendidikan Rendah. Saya sedih juga Tuan Pengerusi kerana baru ini saya ke Sekolah Kebangsaan Panching dan sekolah ini pelajar-pelajarnya terdiri daripada anak-anak orang kampung. Atapnya dah bocor. Guru besar dah merayu kepada Pejabat Pendidikan Daerah tapi jawapannya peruntukan tak ada, itulah sahaja. Senario mana-mana dalam mesyuarat pun bila kita bangkitkan masalah sekolah ini, pegawai pelajaran daerah akan mengatakan peruntukan tidak ada. Usaha tidak dilakukan untuk meminta peruntukan tambahan tetapi jawapan yang paling mudah peruntukan tidak ada. Jadi saya merayulah kepada pegawai-pegawai. Saya difahamkan bahawa di peringkat negeri dan juga daerah ada pegawai pembangunan ataupun pengarah pembangunan. Inilah gunanya pegawai-pegawai ini.
Ronda di kawasan dan setiap daerah ada pegawai untuk mengkaji, menyemak permasalahan di sekolah-sekolah supaya ibu bapa berpuas hati. Bila guru-guru melaporkan perkara ini kepada wakil rakyat dan wakil rakyat menulis surat terus kepada Yang Berhormat Menteri, pengarah negeri dan pegawai pelajaran daerah akan marah kepada guru besar. Mengapa tak melaporkan kepada dia tapi bila melaporkan kepada dia, tidak dapat tindakan. Cuma jawapan yang sama, peruntukan tidak ada. Minta tidak. Jadi benda ini kena kaji baliklah Timbalan Menteri ya?
[Bangun]
Butiran 01100 - Bantuan Modal. Sekali lagilah saya merayu kepada... Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tadi saya tarik perhatian Yang Berhormat atas perkara peruntukan. Selalu bila sampai kita hendak penyelenggaraan, peruntukan tiada tetapi bila kementerian ada peruntukan yang besar sudah ditentu macam pada tahun 2012. Itu kementerian banyak cepat, dia dapat list senarai keluar. Tadi Yang Berhormat kata dia orang tidak ada pegawai. Jadi macam mana boleh dapat list ini. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Okeylah, di mana-mana pun berlaku perkara menghargai kawan-kawan ini dahulu. Itu sebab dalam senarai itu mungkin yang jadi favorite kepada pegawai-pegawai di peringkat negeri ataupun daerah. Ha itu yang dikemukakan dahulu. Yang sekolah-sekolah yang bukan menjadi favorite dia ini dikebelakangkan. Ini lazim berlaku. Jadi cuba kita tukar dia punya sistem. Kalau sekarang ini PM memperkenalkan transformasi ini, transformasi itu mengapa tidak kita mentransformasikan peruntukan perbelanjaan Kementerian Pelajaran ini. Beri kepada Ahli-ahli Parlimen. Sekiranya ada yang melaporkan ini rosak, itu rosak dan sebagainya cepat kita boleh luluskan. Kita beritahu SDO, kita lulus baiki ini dan baiki itu. Makna kita tidak ada favoritism dalam kita membahagikan peruntukan yang disalurkan kepada Ahli-ahli Parlimen dulu. Sekali lagilah Tuan Pengerusi, saya merayu kepada kerajaanlah. Permohonan saya melalui ucapan semasa kita berbahas di peringkat dasar dulu, permohonan masyarakat Cina di Kuantan yang mahukan sekolah menengah persendirian Chung Hwa didirikan di Kuantan.
[Bangun]
Cawangan, bukan permohonan baru. Sekali lagi saya nak menekankan. Ini bukan permohonan baru, sekadar membuka cawangan dari Kuala Lumpur ini di Kuantan. Tanah dah ada 10 ekar, duit pun dah ada untuk membina sekolah ini cuma masalahnya tadi kelulusan daripada pihak kementerian. Sekali lagilah Timbalan Menteri mewakili masyarakat Cina.
Kalabakan, minta penjelasan boleh?
Sila.
Tuan Pengerusi, memang kita mengalu-alukanlah suara yang membabitkan Kementerian Pelajaran. Kalau kita nampak memang di sekolah-sekolah luar bandar ini, perkara kecil pun banyak tidak selesai. Perkara kecil banyak tidak selesai kerana mungkin satu sekolah perlukan pembaikan yang begitu cepat sekali.
Bila kita tanya peruntukan tidak ada. Jadi saya bersetujulah dengan Yang Berhormat Paya Besar tadi mengatakan bahawa mungkin dibagi kuasa kepada Ahli-ahli Parlimen. Kalau yang bulbnya rosak berapa puluh, cermin dinding, plywood dan cat- mengecat ini. Kalau dibagi mungkin sekejap sahaja kita boleh selesaikan. Kalau bolehlah. Keduanya...
[Menyampuk]
Memang pantas kalau you bagi kepada Ahli-ahli Parlimen. Keduanya mungkin belum disebut oleh Ahli Parlimen Paya Besar tadi berkenaan dengan masa bersekolah ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah beberapa kali kita minta bahawa masa bersekolah ini di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berlainan. Ini kerana di Semenanjung, waktu maghrib pukul 7 petang. Di Sabah, waktu maghrib pada pukul 5.59 petang. Jadi, kita kesian anak- anak kita. Kita kesian anak-anak kita kerana mereka ini menunggu bas sekolah sehingga malam. Jam enam lebih baru boleh keluar daripada..., bas sekolah baru datang, baru boleh pulang. Kalau tidak ada penunggu di sana, inilah yang menyebabkan budak-budak ini diculik, dirogol dan macam-macam masalah boleh terjadi. Ini kita minta kerana waktu bulan puasa, ibu bapa tidak boleh mengambil. Ibu bapa mereka, lepas buka puasa baru boleh ambil. Jadi, apa macam masalah yang dihadapi oleh budak-budak ini? Kalau sekiranya masa itu kita di Sabah, sekolah pendekkan. Jam 5.30 petang habis atau jam 5.20 petang habis. Barangkali boleh selamatlah budak-budak kita. Jadi, kita minta kalau belum pun disuarakan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi, kalau boleh apa yang saya hujahkan dimasukkan dalam ucapan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Satu cadangan yang baik untuk di Sabah. Saya masukkan dalam ucapan saya. Sekali lagilah Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan sekolah menengah persendirian itu, saya merayulah bagi masyarakat Cina di seluruh Kuantan, bukan di Paya Besar sahaja supaya permohonan mereka ini diluluskan. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih. Giliran Yang Berhormat Kuala Kedah. Sebelum Yang Berhormat Kuala Kedah saya jemput untuk berhujah, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di depan saya ini sudah ada nama-nama yang tersenarai. Ini ekoran daripada keputusan Timbalan Yang di-Pertua kelmarin. Apabila Kementerian Pelajaran mula dibahas, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang setia bersama kita sehingga jauh malam. Atas sebab itu nama-nama telah pun ditulis. Pada pagi ini saya nampak ada lagi empat orang atau lima orang yang ingin berbahas. Jadi, ingatan saya ialah kalau ramai yang berbahas, maka perlu kita pendekkan masa supaya semua dapat peluang. Akan tetapi saya dengar tadi Yang Berhormat Sri Gading hendak bahawa seorang dapat 20 minit. Jadi tidak payahlah kita. Sekarang ini Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Maran minta supaya diberi peluang. Begitu juga Yang Berhormat Pasir Mas. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau sudah dapat peluang itu jangan lagi diingatkan masa. Tolong setiap kepada Ahli Yang Berhormat yang berucap, yang berhujah, masa itu. Jam ada di dinding. Tengok. Jangan lagi dikasi ingat. Yang Berhormat Kuala Kedah, bermula daripada sekarang, sepuluh minit.
Akur, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sepuluh minit, saya hendak kena maraton. Laju sedikit. Apa pun terima kasih saya ucapkan kerana diberi peluang untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelajaran. Saya juga mohon pihak kementerian untuk memberikan penjelasan berkaitan dengan komen Ketua Audit Negara khususnya kepada pembinaan makmal komputer di Sabah yang banyaknya terbengkalai. Walaupun kita mengikuti jawapan-jawapan yang telah dicatat di dalam Laporan Ketua Audit Negara tetapi bolehkah dengan peruntukan yang banyak yang diberi juga pada tahun ini. Bolehkah Dewan ini dimaklumkan tentang apakah perkembangan-perkembangan terkini khususnya tentang pelantikan kontraktor?
Tentang tindakan-tindakan yang diambil kepada pegawai-pegawai di peringkat kementerian yang dikatakan tersalah mengurus projek tersebut. Mungkin perkara ini di bawah Perbekalan, Butiran 01800.
Education. Saya harap pihak kementerian dapat membuat pembetulan kerana rasanya perkataan “education” itu boleh diubah dengan ”pendidikan”. Tidak menjadi satu kesalahan. Dengan sejumlah peruntukan RM187,990,000 di bawah sub NKRA yang kedua iaitu LINUS. Isu literasi dan numerasi kerana setiap kanak-kanak di dalam sub NKRA pendidikan ini diminta untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sehinggalah pada tahun 2012. Bermakna pada tahun 2012, 100 peratus pelajar-pelajar ini diminta untuk mencapai sasaran walaupun tercatat dalam laman rasmi kementerian ialah 90 peratus pada tahun 2010. Akan tetapi di sekolah, kita mendapati pelajar-pelajar terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertamanya pelajar yang cemerlang, yang dapat mengikuti arus perdana. Yang dapat mengusai literasi dan numerasi. Kelompok yang kedua ialah murid-murid LINUS yang tidak dapat menguasai literasi dan numerasi tetapi diberi ujian khas supaya mereka ini dapat ditempatkan di dalam arus perdana. Masalahnya ialah kepada golongan ketiga iaitu golongan yang dikatakan LINUS tegar yang tidak dapat menguasai literasi dan numerasi. Ini kerana kita mendapati maklum balas daripada pihak sekolah bahawa pihak sekolah dan pihak Jabatan Pelajaran di peringkat negeri dan juga PPD diberi penekanan. Dalam bahasa yang lain, ditekan mereka ini supaya memastikan pencapaian KPI di dalam sub NKRA yang kedua ini. Sehinggalah untuk mencapai sasaran tersebut, mereka menghantar murid-murid yang gagal untuk mencapai sasaran ini untuk mendapat pemeriksaan perubatan. Mereka ini juga dengan izin declare Dyslexia iaitu satu sindrom yang kita boleh sebut sebagai tidak normal kepada pelajar-pelajar ini. Jadi kita harus memahami bahawa kesan kepada pelajar-pelajar dan juga kepada waris sekiranya mereka ini diberi penekanan terhadap kesan penyakit ini. Jadi, saya minta penjelasan kementerian di bawah sub NKRA yang kedua ini dengan peruntukan yang banyak tentang pencapaian KPI yang telah dibuat sehingga kini. Bolehkah pihak kementerian memberikan apakah pendekatan-pendekatan yang lebih holistik, bukan dalam bentuk paksaan. Itu perkara yang pertama. Keduanya Butiran 030600 - Pengurusan dan Pentadbiran Negeri dengan peruntukan sebanyak RM560,704,300. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang lain berkaitan dengan kekurangan peruntukkan. Saya ingin merujuk lebih khusus tentang tuntutan kilometer kepada pegawai- pegawai pendidikan di PPD dan juga di sekolah. Sesetengah pegawai pelajaran daerah dan juga pengetua-pengetua melaksanakan proses penjimatan ataupun mengehadkan tuntutan ini kepada kadar yang lebih rendah daripada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Khususnya Pekeliling Kewangan, sehingga pegawai-pegawai ini ada yang disebut mereka dikurangkan daripada RM0.70 per kilometer kepada RM0.30 per kilometer dengan tempoh pembayaran yang lambat dan sebagainya.
Jadi, inilah di antara kesannya sekiranya peruntukkan tidak mencukupi dan pegawai-pegawai yang hendak buat pemantauan di lokasi-lokasi pedalaman hilang motivasi dan akan menjejaskan prestasi pendidikan di sesebuah sekolah dan sebagainya. Jadi, soalannya ialah mengapakah pihak kementerian membenarkan pihak pengetua sekolah ataupun PPD membuat pelanggaran terhadap pekeliling kewangan ini. Apakah jaminan kementerian untuk mengatasi masalah ini di dalam Bajet 2012. Perkara ketiga ialah berkaitan dengan Butiran 060000 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan peruntukannya yang hampir sama daripada tahun lalu sebanyak RM71,052,500. Pelbagai isu yang melanda Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berhormat Menteri dan kementerian, saya dapati Dewan Bahasa dan Pustaka mutakhir ini kurang bermaya, semakin layu dan tidak dapat melonjakkan prestasinya kepada satu tahap yang boleh dibanggakan.
Dengan kesan globalisasi yang begitu hebat, saya dapati isu bahasa rojak belum dapat ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bolehkah Dewan ini dimaklumkan dengan peruntukan yang baik, adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai satu mekanisme untuk memulihkan tahap penguasaan bahasa kita yang begitu buruk sekali.
Yang Berhormat, boleh?
Masa tidak mengizinkan.
Sekejap sahaja, sangat berkaitan.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat boleh kalau bersama sayalah, bagaimana pihak Kementerian Pelajaran boleh mempunyai satu ruang khidmat atau nasihat kepada masalah pencemaran penggunaan bahasa ini terutama di dalam siaran-siaran radio yang mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak muda kita. Di waktu pagi hari umpamanya, lagu Melayu yang di‘Inggeris’kan, lagu Inggeris yang di‘Melayu'kan dengan penggunaan bahasa yang campur aduk dan sebagainya. Mungkin nampak jovial, nampak untuk lucu dan sebagainya tetapi ia mungkin mempunyai kesan yang mendalam. Bukan sahaja kerosakan bahasa Melayu kita, bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita tetapi juga mengecewakan di dalam bahasa-bahasa lain yang sepatutnya kita belajar dengan berpandu dan mengikut jalan yang betul. Apa pandangan Yang Berhormat tentang itu? Boleh, yang itu baikkah?
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya bersetuju, itu yang saya sebut tadi di dalam perkara yang lebih besar iaitu kesan globalisasi. Peranan media sangat penting dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul dan kita dapat mengatasi. Akan tetapi saya minta supaya Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya pengerusi dan ahli-ahli lembaganya biarlah orang yang... Kalau Yang Berhormat kementerian boleh membuat pertukaran supaya memberikan nafas baru, darah baru kepada Dewan Bahasa dan Pustaka supaya boleh mengatasi dengan kadar yang cepat kerana kita menghadapi kesan globalisasi seperti mana yang disebut Yang Berhormat Tangga Batu tadi. Media, dengan SMS, dengan internet dan sebagainya. Semua ini akan memberikan kesan yang tidak langsung kepada penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik supaya kita boleh dapat mencapai taraf penguasaan bahasa Melayu seperti Timbalan Menteri yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Oleh sebab itu, saya rasa perkara ini perlu diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya juga ingin mendapat penjelasan berkaitan dengan isu pekerja DAWAMA Sdn. Bhd. seramai 380 orang yang belum selesai. Jadi, apakah jawapan kementerian dan sekiranya perkara ini telah selesai, saya minta supaya benda ini dimaklumkan. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020500 berkaitan dengan soal Buku Teks. Mutakhir ini kita dapati isu kesilapan dalam mencetak isi kandungan buku teks semakin menjadi-jadi. Kalau dahulunya buku sastera, sekarang buku bahasa Inggeris dan sebelumnya buku pendidikan Islam. Jadi, dengan peruntukan yang baik, tidakkah kementerian mewujudkan sebuah jawatankuasa, sebuah panel untuk memastikan setiap penerbitan buku-buku teks yang hendak dijadikan sebagai panduan, kokurikulum di dalam pendidikan anak-anak kita tidak tersalah cetak ataupun tidak mengalami kesilapan. Kalau dulu saya difahamkan kita ada satu polisi zero defect sehinggalah tidak ada langsung kesilapan. Jadi, kita tidak mahu perkara ini berulang untuk tahun 2012 yang akan datang kerana kita dapati bahawa sekiranya berlaku kesilapan dalam percetakan buku-buku teks, ia akan melibatkan kerugian yang banyak seperti buku Interlok yang belum selesai, ada pro, ada kontra. Begitu juga dengan buku Inggeris yang terkini, bermakna selepas penerbitan tersebut, kerajaan terpaksa menarik balik dan bayangkan kerugian jutaan ringgit semata- mata kerana kita tidak mewujudkan sebuah panel khas yang memastikan setiap buku yang hendak dijadikan sebagai kokurikulum untuk pendidikan anak-anak kita.
Jadi, saya minta supaya pihak kementerian memberikan maklum balas terhadap isu kesilapan di dalam percetakan untuk buku teks. Kita meminta supaya pihak kementerian memastikan tidak akan berlaku lagi kesilapan. Tuan Pengerusi, yang akhir ialah berkaitan dengan isu pendidikan pra-sekolah. Saya dapati bahawa ada peruntukan tambahan hampir sekali ganda. Bolehkah Dewan ini dimaklumkan tentang di manakah lokasi pendidikan prasekolah mungkin selepas dapat peruntukan daripada tahun 2011 dengan peruntukan hampir sekali ganda pada tahun 2012. Jadi, dengan bajet tambahan ini, apakah inisiatif dan insentif yang diberi kepada sistem pendidikan prasekolah ini dan adakah sub NKRA yang pertama iaitu pendidikan prasekolah untuk mencapai 72 peratus pada tahun 2010 telah pun tercapai. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.
Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi B.41 dan P.41 iaitu Kementerian Pelajaran ini, pertamanya saya hendak bercakap mengenai dengan Butiran 030300 dan juga Butiran 00102 - Pendidikan Rendah dan Rendah Akademik. Saya pun tidak tahu istilah itu sama atau tidak. Jadi yang pertama sekali, saya hendak bercakap mengenai dengan sekolah kurang murid. Rasa saya, di Malaysia ini banyak sekolah kurang murid dan di Lipis pun banyak sekolah yang telah dikelaskan sebagai sekolah kurang murid. Jadi, saya hendak mohon penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah pihak kementerian memberi fokus kepada sekolah-sekolah kurang murid ini dari segi pencapaian akademik murid dan juga kualiti guru. Saya dapati terutamanya di kawasan saya, walaupun sekolah mempunyai bilangan murid yang sedikit, macam dikatakan tadi dan gurunya ramai. Akan tetapi keputusan peperiksaan tidak juga membanggakan, tiap-tiap tahun bila saya tanya, Lipis ini terletak dalam sama ada paling bawah atau yang kedua bawah, kalau nampak pegawai-pegawai pelajaran seronok sedikit, yang ketiga bawah dalam keputusan negeri. Jadi, sepatutnya dengan jumlah murid macam itu, saya rasa, murid sedikit dan guru yang ramai, ia lebih kepada tuisyen. Sepatutnya produktiviti yang dihasilkan itu sepatutnya membanggakan seperti keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR sekurang-kurangnya. Kalau boleh kita minta pihak kementerian turun padang dan saya bersedia untuk bersama-sama membincangkan hala tuju pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah kurang murid ini.
Yang Berhormat Lipis.
Yang keduanya berkait dengan sekolah...
Mohon mencelah.
...Akademik ini juga iaitu dari segi...
Boleh?
Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan sekolah kurang murid yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lipis ini. Bahkan Tuan Pengerusi dan Menteri, di kawasan saya pun ada. Saya bersetuju, apabila sekolah kurang murid, kadang-kadang persaingan antara murid ini tidak wujud dan menyebabkan mereka ketinggalan walaupun usaha telah dibuat oleh guru, belajar, kelas tuisyen dan sebagainya. Saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Lipis kalau boleh, bolehkah kerajaan fikirkan supaya kalau boleh sekolah-sekolah yang kurang murid ini, kerana kita ada pelajar-pelajar yang kadang-kadang berulang daripada kampung di sekolah-sekolah tertentu yang sekolah ramai pelajarnya, kita buatkan asrama.
Umpamanya macam kawasan saya Tuan Pengerusi, Kuala Wau, bila kita buat cemerlang, berjaya tetapi mereka kurang murid. Apakah setuju dengan cadangan saya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya pun memang bersetuju sangat dengan cadangan Yang Berhormat Maran itu dan saya masukkanlah ucapan Yang Berhormat Maran tadi sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Jadi berkait juga dengan prestasi pelajaran peperiksaan ini tadi ialah sekolah- sekolah Orang Asli. Jadi sejauh manakah keberkesanan Program K-9 yang diuar-uarkan dan sedang dilaksanakan? Adakah program ini akan diperluaskan ke tempat-tempat lain termasuk dalam Parlimen saya? Ini kerana di kawasan Parlimen saya ada sekolah Orang Asli dan ada juga sekolah kebangsaan yang majoritinya adalah anak-anak orang Asli. Ini kerana mereka ini biasanya bila sampai masa keputusan peperiksaan dan sebagainya, biasanya pihak Pegawai Pelajaran, mereka akan mengatakan kenapa keputusan rendah? Mereka akan mengatakan apabila masuk ke sekolah Orang Asli ini keputusan akan merosot ya. Jadi, oleh sebab sudah ada Program 3K ini, jadi kita mintalah supaya anak- anak Orang Asli ini dibela dari segi pendidikannya dan kita mengharapkan Program Pendidikan K9, saya pun tiak tahu apakah ia K9 itu, mohon diperjelaskan apa yang dikatakan oleh K9 itu, dapat dicapai matlamatnya dan dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh. Berikutnya saya hendak bercakap semula mengenai Butiran 00900 – Asrama. Saya hanya hendak beritahu, oleh kerana kadang-kadang tidak ada asrama, ada sekolah yang mengambil inisiatif yang baik, di mana mereka mengubahsuai kelas-kelas yang mungkin kosong dan sebagainya untuk dijadikan asrama untuk pelajar-pelajar terutamanya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tinggal di situ dan sebagainya dengan bantuan PIBG kerana tidak ada asrama. Akan tetapi yang merisaukan saya – kerja itu memang kerja baik. Kalau tidak ada apa-apa berlaku memang ia akan menjadi satu inisiatif yang sangat baik terutamanya kalau kita ada korelasi di antara tinggal di asrama dengan keputusan mereka. Akan tetapi kalaulah musibah berlaku, inilah yang saya takut. Tiba-tiba berlaku kebakaran. Ada pelajar yang, nauzubillah, mati dan sebagainya. Pada masa itu semua orang akan menuding jari antara satu sama lain. Akan tetapi, ini kerana kegagalan sistem kita yang tidak mengambil kira perkara-perkara yang tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut. Begitu juga kadangkala ada asrama yang overcapacity, penuh. Ada yang mungkin kapasitinya tidak penuh. Jadi pertimbangan juga patutnya pihak kementerian memberi kepada perkara-perkara ini, meneliti dan memantau supaya yang kalau memang kapasitinya penuh, buat bangunan tambahan dan kalau yang tidak berapa penuh itu, cuba cari jalan bagaimana kita hendak memanfaatkan dan memenuhkan kedudukan di asrama tersebut. Berikutnya saya hendak bercakap mengenai dengan Butiran 030000 – Operasi Pendidikan, dibaca bersekali dengan Butiran 020000 – Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Seperti kawan-kawan yang lain, saya juga ada terbaca dalam akhbar mengenai dengan guru hendak diminta bekerja sembilan jam. Bagi sayalah, kita mintalah pegawai- pegawai di Kementerian Pelajaran dan di mana-mana, tidak usah buatlah kerja-kerja yang mengarut. Fikirlah benda-benda lain ya, sebab guru ini tidak payah di cakap suruh bekerja sembilan jam atau lebih, mereka dah bekerja lebih sebenarnya. Saya beri contoh paling mudah. Guru yang mengajar kelas Bahasa Melayu. Mereka ini buat karangan. Satu kelas buat karangan. Katalah satu kelas 40 orang buat karangan tiga muka surat. Nak periksa tiga muka surat itu ambil masa 10 minit. 10 minit kali dengan 40 orang murid. Di mana mereka periksa buku itu? Di rumah. So, di rumah pun kadang-kadang mereka membuat kerja-kerja sekolah. Jadi kenapa kita hendak timbulkan keresahan di kalangan guru-guru dengan membuat cadangan-cadangan yang kadang- kadang bagi saya tidak masuk akallah nak mengehadkan masa dan sebagainya. Kerja di sekolah memang tidak habis, perlu bawa balik ke rumah.
Suka atau tidak suka, guru-guru akan membawa balik buku-buku latihan dan sebagainya di rumah dan mereka akan membuat kerja-kerja. Itu patutnya boleh diambil kira kerja di rumah itu. Jadi saya mintalah Kementerian Pelajaran kalau ada perkara-perkara yang boleh meresahkan kaum guru ini, jangan ditimbulkan walaupun ini belum muktamad, masih dalam cadangan, sedang difikirkan. Akan tetapi yang peliknya kenapa timbulkan dahulu? Kenapa hendak timbulkan keresahan di kalangan orang ramai dan sebagainya?
[Bangun]
Saya masa ada 10 minit sahaja ini, Yang Berhormat Lenggong.
Setengah minit.
Okey, satu minit. Boleh?
Setengah minit. Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Lipis tadi. Kita sedar bahawa kerajaan sudah berusaha untuk melonjakkan pencapaian tinggi di kalangan pelajar supaya kita benar-benar berada di landasan yang betul untuk mencapai sebuah negara maju. Soal bebanan dan tanggungjawab guru ini, apakah Yang Berhormat Lipis bersetuju supaya kementerian, mungkin sudah ada cadangan daripada kementerian supaya kerja- kerja pentadbiran ini tidak lagi dibebankan kepada guru seperti soal pengisian borang, tetapi guru hanya ditumpukan kepada soalan P&P sahaja? Apa pandangan Yang Berhormat Lipis?
Bagi saya itu memang satu pandangan yang baik ya, Yang Berhormat Lenggong. Perkara ini rasa saya sudah lama difikirkan oleh Kementerian Pelajaran ya. Memang guru-guru sebenarnya terbeban dengan berbagai-bagai perkara. Mahu menyelesaikan masalah psikologi anak-anak pun kadang- kadang mengambil masa. Jadi saya setuju supaya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong itu sebagai sebahagian daripada soalan saya dan minta Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Apa pandangan tersebut. Berikutnya ialah Butiran 01100 mengenai dengan Bantuan Modal. Di Parlimen Lipis terdapat dua buah sekolah. Rasa saya satu sekolah Tamil itu telah dibina. Dua buah sekolah iaitu SRJK(T) Ladang Budu, SRJK(T) Ladang Selborne yang saya nampak memang sangat daiflah, dan sebagainya. Jadi saya mohonlah oleh sebab ada peruntukkan yang besar rasa saya kali ini untuk sekolah-sekolah Tamil ini, kita mintalah supaya pihak kementerian memberi perhatian dan melihatlah kalau perlu dinaiktarafkan kita naik taraf, kalau perlu dibina baru kerana bangunan itu telah reput dan sebagainya, kita bina baru. Satu lagi masalahnya ialah jalan atau dataran kejat dan sebagainya di sekolah itu, siapa yang bertanggungjawab? Kadang-kadang jalan dibuat sampai ke pintu pagar tetapi dari pintu pagar ke dalam siapa yang hendak buat dan siapa yang hendak mengambil tanggungjawab? Jadi kita minta beri perhatian mengenai dataran kejat ini. Akhirlah, sebab Yang Berhormat Arau sudah nampak marah, apa lagi, apa lagi ya. Saya hendak bercakap mengenai dengan MBMMBI. Bagi saya keputusan itu adalah satu keputusan yang telah dibuat dan memang satu keputusan yang baik. Saya menyokong 100 peratus. Saya berharap pihak kementerian tetap dengan dasar tersebut kerana kita tahu PPSMI itu memang tidak memberi manfaat pun kepada sebahagian besar pelajar-pelajar kita terutamanya yang di luar bandar, tidak ada langsung. Kalau PAGE yang beria benar, PAGE itu sebahagian kecil sahaja, yang duduk di bandar, mungkin di Kuala Lumpur. Mereka ini bercakap kerana mereka ada peluang menulis dalam akhbar, bercakap dan sebagainya. The silent majority, dengan izin, yang berada di luar sana, memang mereka mengharapkan sangat anak-anak mereka dapat belajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda. Tidak kiralah. Bagi saya, tidak ada teori pembelajaran pendidikan. Kalau Yang Berhormat Bukit Mertajam mahu menyangkal pun tidak apa.
Tidak ada teori pembelajaran pendidikan yang mengatakan bahawa kalau kita hendak pandai sains dan matematik, kita belajarlah dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi ada teori yang mengatakan lebih baik kita belajar dalam bahasa kebangsaan. Jadi saya pun tidak hendak bercakap panjang...
[Bangun]
Macam mana Tuan Pengerusi? Boleh saya beri pada ini? Masa saya dah lebih dah. Saya tengok jam dah terlajak. Satu minit saya bagi, lepas itu saya duduk.
Yang Berhormat Lipis, memang saya juga setuju bahawa menggunakan bahasa ibunda untuk pelajaran adalah lebih baik. Apa yang saya katakan ialah bahawa ada segelintir iaitu 5 peratus anak-anak ini, bahasa pertama mereka adalah bahasa Inggeris. Mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di dalam keluarga mereka. Jadi yang untuk demokrasi ialah untuk semua orang ada pilihan. Jadi untuk 5 peratus ini, kita harus bagi pilihan juga. Itu pandangan saya. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Betul, saya pun bersetuju. Mungkin ada dalam 5 peratus daripada ini belajar bahasa Inggeris. Akan tetapi biasanya mereka ini datang daripada keluarga yang berada, yang kaya. Sekarang ini kita buka sekolah-sekolah swasta boleh dimasuki oleh rakyat.
Sedikit Yang Berhormat Lipis.
Oleh anak-anak warganegara. Mereka pergilah ke sana.
Sedikit sahaja.
Ambil peluang di sana, tidak mengganggu...
Yang Berhormat Lipis.
Majoriti 95 peratus yang perlukan belajar dalam bahasa ibunda.
Masa 30 saat Yang Berhormat Lipis.
Lebih baik lagi, oleh kerana kita ada bahasa kebangsaan. Lebih baik...
Masa 30 saat, boleh?
Kalau mereka ini diajar dalam bahasa kebangsaan untuk perpaduan dan untuk penyatuan.
Ya.
Saya percaya...
Masa 30 saat sahaja. Saya setuju...
Kita semua hendakkan perpaduan dan penyatuan.
Ya.
Saya tidak ada masa lagi. Boleh bercakap masa lain.
Masa 30 saat sahaja.
Sekian terima kasih. Saya menyokong.
Sekejap sahaja Yang Berhormat.
Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Pengerusi sebab saya akan akur, tidak banyak perkara Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tujukan serangkap pantun pendidikan untuk yang Berhormat Timbalan Menteri supaya renung perkara ini dengan lebih mendalam maksud yang tersirat. Berburu ke tanah datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tidak jadi. Jadi, ini pantun yang cukup sinonim dalam dunia pendidikan yang pihak kementerian harus jadikan ini sebagai panduan untuk membina satu kokurikulum yang lebih baik dan tidak sering bertukar. Kalau bertukar Yang Berhormat Menteri, bertukar kokurikulum dan cara yang menyebabkan timbul masalah kepada pelajar-pelajar kita. Butiran 010400 - Pengurusan Kewangan, Butiran 020000 - Dasar dan Pembangunan Pendidikan yang merangkumi Butiran 020100, Butiran 020200 kemudian Butiran 031100 iaitu Sukan dan Butiran 031300 - Pendidikan Swasta. Tuan Pengerusi, pertama saya ingin membawa keluh kesah rakan-rakan yang terlibat dalam bidang pendidikan in,i guru terutamanya. Berhubung dengan tuntutan hasil daripada pertukaran yang dibuat atas permintaan sendiri. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini iaitu berhubung surat arahan pengawal KPM bertarikh 6 Januari 2011 yang meletakkan bahawa pertukaran atau perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan serta memenuhi syarat-syarat berikut: (i) pemohon sekurang-kurangnya lima tahun berkhidmat di stesen terakhir sebelum bertukar; (ii) berkhidmat selama tiga tahun di kawasan pedalaman; dan (iii) menerima inisiatif bayaran inisiatif pendalaman, elaun khas mengikut lokasi tahap kesusahan dan sebagainya. Jadi saya merasakan di sini perlu ada keadilan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam dunia pendidikan ini. Kita perlu. Kalau tidak perlu mendapat kebenaran. Kalau mereka membuat pertukaran makna kita perlu bayar untuk diri sendiri dan juga tuntutan- tuntutan yang berkaitan seperti lori, pengangkutan dan sebagainya. Saya fikir itu cukup munasabah kerana jumlahnya pun kita lihat kalau pertukaran dibuat biasanya melibatkan pertukaran suami. Rakan-rakan saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini, kita tidak perlu ada suami yang isterinya berjauhan yang menyebabkan mereka hilang fokus ketika menyampaikan proses P&P. Kedua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri dasar dan pembangun pendidikan. Kita menyedari bahawa kekerapan pertukaran dasar yang berlaku sekarang ini menyebabkan sedikit masalah terutamanya pelajar-pelajar yang berada di luar bandar. Apabila PPSMI, saya lihat Yang Berhormat Batu tadi dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun untuk melihat peluang 5 peratus mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris itu, kita telah ada sekolah antarabangsa, international school. Kita boleh beri peluang kepada mereka tetapi apa yang penting di sini ialah...
Yang Berhormat Lipis.
Kenapa kita perlu untuk memperkasakan...
Sekejap. Saya tidak.., boleh...
Ya, tetapi kita perlu ada satu, pendengar hujahan Tuan Pengerusi.
Boleh clarify Tuan Pengerusi.
Jangan kacau ya, please. Ketika sedang ini jangan kacau, ia boleh jadi macam-macam. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin melihat kalau hasrat kerajaan kepada permulaan untuk melihat penguatkuasaan bahasa Inggeris sebagai satu agenda untuk kita melaksanakan pengajaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, itu dianggap tidak betul. Malah dengan negara yang menggunakan bahas Inggeris sekali pun mereka mendapat ilmu dengan menterjemah daripada bahasa-bahasa lain. Daripada bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa India, dan daripada bahasa- bahasa lain, mereka menterjemah ke dalam bahasa mereka. Ini kerana mereka melihat hasil daripada perpindahan ilmu ini yang menyebabkan dia akan berlaku lebih kefahaman kalau ia dibuat dalam bahasa ibunda sendiri...
Yang Berhormat Arau. Boleh...
Saya tidak beri laluan sebab ada 10 minit.
Beri sedikit sahaja.
Saya boleh beri laluan tetapi ini...
Saya sokong.
Ini kacau momentum sayalah Yang Berhormat Batu please!
Bukan, saya tidak akan kacau.
Ini akademik.
Saya tidak akan kacau.
Saya melihat dari sini.
Saya hendak...
Apa rasionalnya tentang dari segi ilmu content? Apa rasionalnya dari segi ilmu pedagogi yang mantap, yang kita dapat hasilkan kepada pelajar- pelajar kita kalau dalam hal ini? kalau kita lihat kita belajar dalam bahasa yang kita fahami bermakna tidak ada cross untuk kita hendak mencapai satu budaya yang mantap dalam jangka masa yang singkat, tidak boleh berjaya. Mana-mana tamadun pun tidak dibina dalam jangka masa yang begitu singkat. Tamadun dibina dalam jangka masa yang cukup lama. Ini yang kita tidak mahu ada berlaku lagi kesilapan bahawa di masa yang akan datang, yang perkara-perkara sebegini, yang kita mengajar dalam bahasa yang tidak difahami terutamanya istilah-istilah. Pelajar-pelajar d bandar mereka tidak ada masalah tetapi kami yang mewakili sekolah-sekolah luar bandar. Keluh kesah tidak memahami konteks. Kalau faham pun dia faham dalam konteks sebab dia belajar dia tahu itu sahaja. Mereka boleh menjadi saintis yang bijak satu hari ini.
Kalau boleh sokong, saya sokong.
Mereka boleh menjadi saintis. Yang Berhormat Batu, saya tidak beri laluan hari ini ya.
Saya sokong.
Mereka boleh menjadi saintis.
Saya berpendirian yang...
Yang Berhormat Batu saya tidak beri laluan hari ini ya.
Saya sokong sepenuhnya...
Mereka boleh menjadi saintis. Yang Berhormat Batu!
...Apa Yang disebut oleh Yang Berhormat Arau.
Nantilah sekejap! Momentum... [Dewan riuh]
Hanya saya - Cuma saya hendak tanya...
Nanti kamu dapat giliran kamulah!... [Dewan Riuh]
Kenapa hujah ini tidak dikeluarkan tiga tahun yang lalu?
Ya.
Saya sedang...
Yang dijadikan sudah rosak barulah berlaku! Inilah hujah yang...
Ahli Yang Berhormat...
Ini sedang hot Yang Berhormat Batu, jangan kacaulah!
Tidak perlu Yang Berhormat Batu membatu hujah saya! Full stop!
Ahli Yang Berhormat Batu...
Kita yang menentang bahasa Inggeris digunakan.
Tuan Pengerusi. Ini orang tidak faham bahasa.
Ahli Yang Berhormat Batu...
Saya bukan jenis orang yang hendak bercakap... pada orang lain. Tidak!
Ahli Yang Berhormat Batu!
Akan tetapi faham sedikitlah! Hormati kawan-kawan.
Yang Berhormat Arau duduk sekejap.
Mesti ada sahsiah sedikit dalam diri kita.
Duduk dahulu sekejap.
Okey, Tuan Pengerusi, maksud saya ialah perkara...
Yang Berhormat Batu! Duduk Yang Berhormat Batu! Yang Berhormat Arau duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat sering kali saya ingatkan kalau seseorang itu sedang berhujah dan hujah itu tidak mahu diganggu, tolong jangan ganggu. Ada masa-masa kita boleh ganggu dan saya biarkan. Akan tetapi kalau dengan cara begini bagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat? Memang pendapat itu berbeza. Itu sebabnya dipanggil sebagai demokrasi. Ia berbeza tetapi tidak ada di antara Yang Berhormat yang perfect dan correct. Tiada pendapat dalam demokrasi yang correct! Jadi jangan tegakkan benang yang basah di mana mood kita yang semua baik jadi tidak baik. Kalau mood saya tidak baik Ahli-ahli Yang Berhormat yang kena. Saya ingatkan, sering kali.
Sila Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau tidak mengapa saya beri seminit Yang Berhormat Arau.
Seminit sahaja Tuan Pengerusi?
Seminit lagi tambahan kepada gangguan tadi.
Hah! Tambahan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya fikir Yang Berhormat Batu tidak akan ganggu saya selepas ini. Di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi momentum sudah hilanglah Tuan Pengerusi tetapi tidak mengapa, boleh buat. Saya melihat ini satu access pendidikan yang sebenarnya. Kita mempunyai satu kementerian yang besar. Pertukaran nama tidak ada masalah. Hendak jadi pendidikan pergi pelajaran, pelajaran pergi pendidikan. Entah apa-apa nama kita tidak kisah tetapi kita hendak buat access pendidikan yang saya hendak bangkitkan di sini. Ada beberapa perkara kelemahan yang perlu diberi teguran. Pertama, tentang luasnya skop kokurikulum yang kita letakkan kepada pelajar-pelajar kita.
Daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan 6, kita beri terlalu banyak skop kepada mereka. Saya rasa dalam laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pun ada mengakui hakikat kelemahan ini. Kenapa ini tidak diperbetulkan? Ataupun ada langkah- langkah yang sekarang dalam perancangan Kementerian Pelajaran untuk mengatasi bagaimana accces yang terlalu luas ini yang letakkan yang menyebabkan sistem kita tidak ada satu benchmark yang kita jadikan penanda aras kepada ini. Oleh sebab itu saya katakan tadi apabila PPSMI ini kita harus banyak penterjemah-penterjemah kita. Di kalangan pensyarah-pensyarah, pendidik-pendidik kita, guru-guru pakar kita, guru-guru cemerlang kita mereka tahu, mereka cemerlang dalam biologi, mereka menterjemah daripada buku bahasa Inggeris yang dianggap mempunyai ilmu yang mendalam. Mereka ada kefahaman bila mereka menterjemah, mereka ada kefahaman yang mendalam tentang istilah, tentang contacts of situation, dengan izin, yang menyebabkan istilah itu lebih jelas untuk difahami oleh pelajar-pelajar. Saya katakan tadi kalau kita berjaya lahirkan saintis pun, hanya mereka saintis yang tidak dapat membudayakan diri mereka. Tidak ada jati diri. Bermakna dalam hal saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam knowledge-based of teaching ini, dengan izin Tuan Pengerusi. Ada banyak perkara-perkara yang harus dibuat oleh pihak kementerian untuk pastikan satu kementerian yang besar yang kita luluskan peruntukan yang besar di Dewan yang mulia ini harus dibuat dengan cara yang lebih interaktif, lebih mendalam supaya kita pastikan bahawa sistem ini berjalan di landasan yang kita inginkan untuk kita lahirkan pelajar-pelajar kita yang cemerlang dan sebagainya. Sabar Yang Berhormat Kinabatangan. Jangan ganggu ya. Kemudian, tentang sukan sedikit. Sukan Massa dan sukan prestasi tinggi. Saya dengan Pokok Sena tidak ada masalah. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena pun datang jumpa saya minta tolong...
[Bangun]
Bukan. Tidak beri laluan.
[Ketawa]
Kita dalam melahirkan atlet yang cemerlang Yang Berhormat Timbalan Menteri Sukan Massa, sukan yang tidak terlibat pertandingan. Bermakna kata ia dijalankan untuk mengekalkan tahap kecergasan dan sebagainya. Akan tetapi sukan berprestasi tinggi, saya lihat banyak produk-produk yang dilahirkan menerusi Sekolah Sukan Bukit Jalil, Bandar Penawar dan sebagainya yang berada, bertanding di Sukan SEA sekarang dapat gold medalist untuk negara adalah berasal dari sekolah- sekolah ini. Kita telah berjaya. Namun saya ingin bertanya di Perlis misalnya, rancangan utuk menyediakan sekolah sukan sudah lama di Padang Besar.
Tapak pun telah disediakan tetapi hingga ke hari ini belum ada lagi tindakan ataupun apa-apa usaha untuk pastikan sekolah sukan di Padang Besar ini di Parlimen Dato’ Azmi supaya dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. Saya akui kewajaran bahawa kita harus lahirkan murid-murid kita, pelajar-pelajar kita cemerlang di kedua-dua bidang ini yang mana amat penting untuk kita pastikan di satu masa mereka membawa kecemerlangan sama ada di rantau Asia atau di peringkat antarabangsa seperti atlet-atlet yang kita adakan sekarang ini. Terakhir, 03130 - Pendidikan Swasta. Saya melihat, adakah pihak kementerian merancang mewujudkan independence curriculum. Kurikulum yang bebas kerana kita melihat berlaku ketidakseimbangan di antara bandar dan luar bandar. Di bandar kalau diajar kurikulum yang sama, dia tidak ada masalah. Budak-budak bandar mereka lebih cepat ke hadapan kerana mereka banyak berhadapan dengan keadaan global knowledge. Akan tetapi di luar bandar ini di Pokok Sena, di Parlimen Arau, di kawasan Sik, di kawasan Yan, adakah mereka, pelajar-pelajar di sini sama dari segi level of thinking dengan izin dengan pelajar-pelajar di Kuala Lumpur, Johor Bahru, di Ipoh. Mereka tidak sama. Jadi, di sini kita lihat adakah usaha-usaha yang akan dibuat oleh kerajaan. Jadi penubuhan pendidikan swasta yang di dalam kawalan pihak kementerian untuk mewujudkan centre for academic excellence dengan izin Tuan Pengerusi. Saya lihat di sini peranan bahasa Melayu, di mana kedudukannya. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi saya tidak mahu bercakap panjang untuk memberi peluang kepada kawan-kawan. Saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Yang Berhormat Kanowit. Yang Berhormat Kanowit tidak ada. Yang Berhormat Kuala Krau.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 070400 - Penyelenggaraan Institusi Pendidikan KPM, Butiran 070500 - Penyelenggaraan Bangunan, Butiran 040100 - Pengurusan Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pemberian RM100 kepada semua pelajar di negara kita dan juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas penghapusan yuran sekolah. Saya juga mengalu-alukan tabung khas pembinaan, penambahbaikan dan juga penyelenggaraan sekolah yang diumumkan dalam Bajet 2012. Saya kira banyak bangunan sekolah yang agak daif dan uzur yang telah banyak dibincangkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen. Kita yakin bahawa jika sekolah ini tidak dibaikpulih, tidak diberikan penyelenggaraan akan menjejaskan PNP dan membahayakan kakitangan guru dan juga pelajar tersebut. Saya mendapat maklum bahawa terdapat 2,209 sekolah di seluruh negara yang mana mempunyai bangunan yang rosak seperti bangunan asrama, rumah guru serta kelas- kelas atau bilik-bilik darjah. Saya juga mendapat maklum sebanyak 5,555 blok dikesan menghadapi masalah struktur manakala 6,600 blok mengalami masalah pendawaian elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran dan lintar pintas. Oleh itu, laporan itu satu perkara yang mengejutkan kerana selama ini pelajar dan guru terdedah dengan bahaya tersebut. Saya berharap kerajaan mengambil langkah segera sebaik kita luluskan kelak di peringkat jawatankuasa di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh soal sistem bekerja golongan pendidik selama sembilan jam yang dijadikan projek perintis selama enam bulan membabitkan 104 buah sekolah di empat negeri mulai tahun depan, akan dilaksanakan dalam dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang. Saya mendapat maklum balas sebaliknya ini adalah satu kajian awal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membabitkan kira-kira 5,000 guru di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak bagi mengenal pasti tempoh bekerja guru.
Saya agak hairan kerana isu sebelum ini pun membabitkan golongan pendidik yang mana kementerian sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani Isu Beban Guru yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan mengenal pasti 14 faktor beban guru selain membuat 28 perakuan bagi mengurangkan bebanan itu. Jadi, saya hendak tanya, mengapa perlu lagi Projek Perintis tersebut sedangkan kita sudah pun mengenal pasti 14 faktor beban guru. Bolehkah kementerian memaklumkan kepada kita apakah alasan dan sebab menyebabkan JPA ingin melaksanakan waktu persekolahan yang baru bagi guru-guru di empat buah negeri sebagai percubaan pada tahun hadapan. Saya juga mengatakan bahawa sudah ada 28 perakuan bagi mengurangkan bebanan tersebut jika boleh tidak dimaklumkan 28 perakuan tersebut. Apakah tindakan- tindakan perakuan yang telah dibuat oleh pihak kementerian atau tinggal hanya sebagai perakuan sahaja, tidak dilaksanakan lagi. Sekiranya sudah mengenal pasti punca bebanan dan 28 perakuan tersebut, mengapa kita perlu bertindak menoleh ke belakang. Sepatutnya kerajaan terus lebih proaktif dan tidak perlu membuang masa untuk mencuba pelbagai kaedah. Sudah tentunya golongan pendidik semakin keliru jika sistem sembilan jam bekerja ini diterapkan kerana sedia maklum kerajaan juga dalam usaha menangani isu beban guru menerusi pelaksanaan pelbagai tindakan susulan selepas meneliti hasil kajian jawatankuasa berkenaan. Kekangan dalam melaksanakan sistem ini juga wajar diambil kira terutama dari segi pertindihan masa di antara guru sesi pagi dan petang malah ada guru yang perlu berkongsi meja jika ia dilaksanakan.
Apakah pelaksanaan ini sudah diperluaskan ke semua sekolah selepas kajian menyeluruh Tuan Pengerusi, saya juga hendak tahu penempatan dua pembantu tadbir (PT), perkeranian dan operasi (PO) Gred N17 bagi membantu meringankan beban tugas guru. diadakan? Saya juga dimaklumkan, buat masa ini PT (PO gred N17) itu hanya diletakkan di 50 buah sekolah terpilih sebagai perintis setahun. Bilakah PT ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah bagi meringankan guru dan guru dapat menumpukan kepada P&P. Mengapa boleh jadi begini sedangkan masalah bebanan guru sudah lama berlaku? Apakah kementerian masih dalam kajian dan kajian sahaja. Kita perlu pantas dan tuntas demi memastikan tahap profesionalisme guru terus dipertingkatkan. Kita juga mesti memahami tugas guru semakin hari semakin mencabar. Malahan tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan dan setiap guru memegang amanah besar untuk menjaga hampir 40 orang pelajar setiap hari. Saya percaya rakan-rakan juga telah menyebut tugas guru dan beban guru ini terus dibawa ke rumah masing-masing. Tuan Pengerusi, saya juga ingin mendapat maklum balas daripada kalangan pendidik yang menyifatkan gaji kenaikan kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet Tahun 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi oleh warga pendidik ini. Jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang. Apakah kedudukan di dalam negara kita kalau kita bandingkan dengan negara-negara luar? Memang pengumuman bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan. Namun bagi saya, ia bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab guru masa kini. Jika kita lihat negara maju seperti Jepun, Sweden, Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura. Selain itu, saya juga mengesyorkan supaya pihak pentadbiran sekolah dan pejabat pendidikan daerah agar tidak menyekat warga pendidik berusia 47 tahun ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Saya dimaklumkan, Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan pekeliling pada bulan September 2011 yang lalu dengan membuka peluang kepada warga pendidik lepasan diploma untuk menyambung pengajian. Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 - Operasi Pendidikan. Sudah banyak kali saya bertanya di dalam Dewan Rakyat ini mengenai kedudukan pembinaan secara khusus iaitu pembinaan Sekolah Menengah Kuala Krau Dua.
Tanahnya telah diwartakan atas nama Kementerian Pelajaran dan telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran sebelum ini untuk dibina. Akan tetapi bilakah akan dibina? Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila saya sebut Sekolah Menengah Kuala Krau ini memang dalam maklumat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, mengenai perpindahan SJK(T) Ladang Sungai Tekal yang penduduk bagi kaum India sudah tidak ramai lagi berada di ladang atau di estet tersebut. Mereka ini telah duduk di pekan, di taman-taman perumahan dan juga tanah telah disediakan. Saya mohon supaya perpindahan atau pembinaan sekolah jenis kebangsaan Tamil ini dapat disegerakan. Saya bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Selangor semalam, mencadangkan mana-mana sekolah yang sekolah kurang murid seperti sekolah jenis kebangsaan Tamil dan juga Cina, dapat kita bina asrama bagi mereka ini di mana kita bina asrama bagi sekolah kebangsaan bagi masyarakat Orang Asli seperti di Kampung Penderas di Parlimen Kuala Krau yang telah berjaya membuktikan sekolah Orang Asli tersebut sekolah yang terbaik di peringkat kebangsaan. Saya juga ingin bertanya tentang kelulusan bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan Gunung Senyum yang telah diluluskan juga baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Pelajaran sendiri. Apakah kedudukannya dan saya juga bersetuju dengan rakan-rakan lain, penyenggaraan dan juga penambahbaikan bagi kelas-kelas, bagi prasarana kemudahan di sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah rendah mesti kita pertingkatkan dari semasa ke semasa. Saya ingin merujuk kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat yang keadaan kantinnya yang teruk, atapnya sudah lama bocor, paip airnya sudah lama tersumbat. Keadaan tandas-tandasnya yang sangat mendukacitakan. Saya mohon juga disediakan bagi sekolah menengah kebangsaan yang majoritinya umat Islam, dapat dibina sebuah surau bagi memudahkan pelajar-pelajar Muslim kita mendirikan solat. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Dengan ini saya menyokong.
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Selepas Ahli Yang Berhormat Kota Belud, Ahli Yang Berhormat Limbang bersedia. Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Ahli Yang Berhormat Kota Belud tidak ada. Ahli Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau sudah nama disebut awal itu ada, bersedia. Kalau tidak, nanti tidak akan dipanggil. Sila Ahli Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada SK Ulu Lubai, sekolah berprestasi tinggi dari Parlimen saya, Limbang kerana sekali lagi memenangi Wenhui Award 2011 For Educational in Innovation daripada UNESCO di Huangzhou, China pada 13 hingga 15 November 2011, semalam... [Tepuk] Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 010600 - Pengurusan Sumber Manusia. Jadi di sini, masalah yang dihadapi sekolah-sekolah di Sarawak ini ialah tentang guru agama. Jadi, masalah ini masih lagi dan saya pun baru berjumpa dengan PPD, Limbang pun juga menghadapi tidak ketinggalan dalam hal ini, guru-guru agama. Selepas itu saya ingin hendak menyentuh iaitu tentang Butiran 00900 – Asrama. Ini adalah berkaitan dengan SK Long Napir di Limbang. Di sana pada masa ini adalah kebanyakannya anak sekolah daripada kaum Asli Penan. Jadi, mereka ini, kawasan SK Long Napir ini, penduduknya jauh tinggal daripada sekolah ini. Jadi, anak-anak yang pra- sekolah itu terpaksa duduk di asrama bersama dengan abang ataupun kakak mereka. Kadang-kadang satu katil itu terpaksa menumpang katil abang atau kakak. Jadi, kita mintalah kepada kerajaan melihat keadaan mereka ini, sebab pra sekolah sebenarnya tidak boleh duduk di asrama.
Akan tetapi kedudukan mereka, tempat tinggal yang jauh memakan satu hari kepada satu hari setengah, mereka terpaksa juga duduk di asrama. Jadi, kita minta kepada kerajaan untuk melihat supaya asrama di SK Long Napir ini dapat dibesarkan lagi ataupun ditambah. Seterusnya, saya ingin hendak menyentuh iaitu tentang 030000 – Operasi Pendidikan. Pertama sekali saya ingin hendak menyentuh tentang iaitu SK Tanjung di Limbang. Perkara ini berulang-ulanglah disebut. Saya sebutkan di Parlimen iaitu pada tahun 2009 lagi tentang tebingan sungai yang makin dekat dengan asrama, dengan bangunan-bangunan sekolah. Jadi sekarang, dua minggu lepas saya pergi tengok makin dekat lagi dah tebing yang terhakis ini. Jadi, kita mintalah supaya penempatan semula yang telah pun diluluskan ini dipercepatkan. Saya difahamkan ada masalah sedikit hal tanah tetapi kalaulah betul tanah yang telah dikenal pasti oleh kementerian itu tidak sesuai atau pun ada masalah dengan owner dia, ada ramai lagi orang di kawasan tersebut yang bersedia untuk menjual tanah mereka kepada kementerian supaya pembinaan dipercepatkan. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri, SK Tanjung ini tidak bolehlah kita hendak masukkan di bawah rolling plan. Ia sepatutnya di bawah kecemasan. Kita tidak tahulah, sebab hujung tahun ini tengkujuh. Kalau sudah apa-apa terjadi, tidak sedaplah, amat berbahaya. Jadi, seterusnya ialah saya hendak menyentuh di bawah operasi ini juga tentang pembinaan semula SMK Limbang yang saya selalu sebutkan sekolah menengah yang tertua di Limbang dengan keadaannya yang sudah agak begitu daif, rosak, maintenance pun tinggi. Jadi, di bawah program gantian penuh, kita mintalah supaya pembinaan SMK Limbang ini dapat dibuat dalam second rolling plan ataupun dalam perhatian. Seterusnya, iaitu keperluan sekolah rendah yang baru di Limbang, telah difokus pada tahun 2015 memang kita akan menghadapi kekurangan bilik darjah untuk murid-murid di kawasan Bandar Limbang. Jadi, kita juga mencadangkan supaya sekolah baru, sekolah kebangsaan yang baru dibina, dan itu yang kita cadangkan dengan nama SK Sinar Cahaya.
Seterusnya ialah tentang sekolah menengah, diforecast pada tahun 2015 bahawa di bandar Limbang itu juga sekolah menengah akan tidak mencukupi atau kekurangan sebanyak 26 bilik darjah. Jadi, pertambahan murid ini pada tahun tersebut sudah dijangka dan kita memerlukan sebuah lagi sekolah menengah yang baru. Iaitu yang akan kita namakan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mas. Begitu juga dengan keperluan untuk kuarters pendidikan. Didapati banyak kuarters ini diambil oleh guru mahupun kakitangan sokongan sekolah berada dalam keadaan yang sangat daif dan serba kekurangan. Keadaan ini bertambah tenat apabila terdapat lebih daripada seorang guru atau kakitangan sekolah yang terpaksa berkongsi satu unit bilik di sesebuah kuarters. Ini berlaku akibat daripada berlaku pertambahan guru ekoran daripada pertambahan kuota dan pertambahan jawatan kakitangan anggota sokongan seperti Pembantu Pengurusan Murid di asrama. Di Limbang keperluan kuarters keseluruhannya berjumlah 44 unit. Seterusnya ialah keperluan iaitu sebuah bas ataupun coaster. Pejabat Daerah Limbang tidak pernah ketinggalan selalunya, untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar daerah untuk mengambil peluang di luar daerah. Jadi penghantaran pelajar- pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti sukan dan kurikulum memakan kos yang sangat tinggi di samping sentiasa berhadapan kesukaran untuk mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan negara jiran apabila menggunakan van-van yang disewa. Sebagai contoh pada tahun 2009 dan 2010, pejabat telah membelanjakan sebanyak mencecah sehingga RM170 ribu untuk menyewa bas awam sahaja untuk membawa pelajar keluar. Jadi adalah diminta supaya untuk menjimatkan kos dan juga untuk mengelakkan kesulitan untuk mendapatkan kebenaran melepasi negara jiran. Kita mintalah kalau dapat disediakan sebuah bas dan coaster untuk Jabatan Pendidikan Limbang.
Satu lagi ialah tentang permohonan untuk menggabungkan beberapa sekolah kecil tetapi saya rasa buat masa ini belum lagi. Kita mungkin dalam RMKe-11. Jadi, saya rasa Timbalan Menteri itu sahaja tetapi saya mengharaplah semua yang dipohon ini akan mendapat perhatianlah daripada kementerian. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kanowit, selepas Yang Berhormat Kanowit Yang Berhormat Dungun bersedia.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin pergi kepada Butiran 03400 tetapi sebelum itu saya juga ingin menyokong perbahasan yang telah diutarakan Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Kapit semalam berkenaan dengan peruntukan untuk penyelenggaraan sekolah-sekolah di luar bandar dan untuk pembinaan sekolah-sekolah yang baru. Dengan itu Timbalan Menteri saya harap juga tengok-tengoklah sekolah-sekolah yang berada di Kanowit sebab ianya memerlukan banyak lagi baik pulih seperti sekolah-sekolah luar bandar yang lain. Saya ingin pergi kepada Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan. Pada minggu dahulu saya telah menghadiri satu majlis Malam Cemerlang Warga Guru daerah Kanowit. Pada masa itu pelbagai anugerah telah diberi kepada guru-guru dan murid-murid sekolah di daerah Kanowit yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan sebagainya. Didapati juga sekolah-sekolah dari daerah Kanowit ini telah menjadi powerhouse kepada semua sekolah-sekolah yang berada di kawasan bahagian Sibu. Sebab itu mereka suruh saya menyuarakan kepada kementerian supaya satu kompleks sukan di daerah Kanowit perlu dibina supaya ianya dapat menampung keperluan semua jenis sukan untuk sekolah-sekolah yang berada di Kanowit dan ianya juga termasuk kolam renang. Walaupun di Kanowit, kita mendapat juga ada sebuah kompleks sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan tetapi tidak diselenggara dengan betul dan dibiarkan begitu sahaja. Sebab itu padang di kompleks itu tidak sesuai untuk bermain bola dan sebagainya. Juga running track yang ada dahulu pun tidak diselenggara dan tidak bagus untuk digunakan. Justeru itu tidak sesuai untuk murid-murid bersukan. Sebab itu mereka merasakan kalau prasarana ini dapat dibina di Daerah Kanowit mungkin boleh ramai lagi murid-murid dari kawasan Kanowit dapat mengeluarkan atlet yang lebih cemerlang untuk negeri Sarawak dan juga negara Malaysia. Rayuan saya ini Yang Berhormat Menteri berasaskan pada status pencapaian sukan di beberapa tahun yang dahulu, di mana almost ke semua atlet-atlet yang cemerlang di bahagian Sibu datangnya dari daerah Kanowit. Sibu adalah satu bahagian yang besar yang merangkumi mungkin lima kawasan Parlimen. Murid-murid yang cemerlang dalam sukan ini kebanyakannya adalah daripada daerah Kanowit. Itulah Yang Berhormat Menteri saya mohon. Terima kasih.
Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil masa yang ringkas sahaja. Terima kasih di awalnya kepada Kementerian Pelajaran kerana memberi keutamaan kepada pendidikan ini dalam usaha kita membawa negara kita membangun setaraf dengan negara-negara dunia maju yang lain. Butiran 072000 - Perjalanan dan Pengangkutan Murid. Tuan Pengerusi, Timbalan Menteri saya mewakili kalau ada kawasan-kawasan lain yang terbabit, terlibat yang sudah sekian lama ini, bertahun-tahun sudah. Satu kampung yang tidak ada sekolah menumpang kampung yang ada sekolah di Kuala Jengai menumpang sekolah Kampung Tepus.
Mereka menggunakan kenderaan van yang dibayar oleh mereka dan kadangkala minta pertolongan dengan siapa..., bantuan supaya membantu golongan miskin ini untuk membayar kenderaan van yang lain. Saya minta perhatianlah Kementerian Pelajaran supaya hal-hal yang sebegini kerana usaha kita bersama untuk memajukan pelajaran, pendidikan anak-anak kita. Akan tetapi masih ada lagi yang, mereka golongan miskin yang mencari peluang ataupun tempat untuk membiayai perjalanan anak-anak mereka ke sekolah. Kedua, Butiran 080100 – Pembukaan Institusi Baru. Tuan Pengerusi satu sekolah ini kalau saya hendak bandingkan dengan sekolah-sekolah baru yang dibina di dalam kawasan saya ataupun kawasan-kawasan lain. Saya mengambil contoh Sekolah Kebangsaan Minda Talong, dua bangunan tiga tingkat, muridnya 85 orang. Tiga tahun dahulu telah dibina jaraknya 100 kilometer daripada Dungun. Satu lagi sekolah yang baru dibina tiga tingkat, 136 pelajar 15 kilometer daripada Dungun. Apa tidak cemburunya Sekolah Kebangsaan Tok Kah pelajarnya 205 orang, jaraknya 15 kilometer yang dekat dengan bandar Dungun. Hari-hari ibu bapa rakyat bertanyakan, sekolah ini masih sekolah kayu. Surat telah pun diberi kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran. Telah menguar-uarkan kepada Timbalan Menteri supaya berilah sikit bantuan kepada sekolah ini dan sekolah ini juga berpotensi dalam usaha mereka untuk sama-sama majukan dalam bidang pelajaran ataupun pendidikan. Saya harap ini tidak akan memakan masa yang lama dengan peruntukan yang ada boleh membantu sekolah ini supaya sesuaikan dengan pelajar dan juga guru-guru yang mengajar di sekolah berkenaan. Tuan Pengerusi, perkara tiga ialah mengenai pertukaran guru-guru ini. Dahulu 10 tahun, 11 tahun dahulu begitu mudah guru-guru ini bertukar kerana ada kepentingan dengan keluarga mereka. Hari ini agak sukar kerana kita percaya, saya pun percaya dan yakin kepentingan pelajaran adalah perlu diberi keutamaan kepada negara kita, kepada pelajar-pelajar dalam bidang mereka dalam bidang masing-masing. Akan tetapi ada kalanya kementerian juga kena melihat kepada guru-guru yang terutama sekali guru wanita kerana berjauhan dengan suami, anak. Bagaimana mereka boleh mengajar kalau keadaan pemikirannya berserabut dengan anak-anak dengan suami yang berjauhan. Satu contoh suaminya di Terengganu isterinya di sekolah kawasan Banting, Selangor. Sampai hendak gila, sampai hendak gila guru ini, sampai hendak gila masih tidak dapat bertukar. Keadaannya, terpaksa sentiasa habis masa mengajar untuk berubat. Cuti sakit, cuti untuk berubat, siapa yang rugi? Sama ada pelajar yang rugi, sekolah yang rugi, kementerian yang rugi. Apa salahnya berilah pertimbangan yang sewajarnya kepada mana- mana guru yang lain-lain. Supaya kita dapat mengimbangkan antara kesesuaian rakyat, pelajar, rumah tangga. Saya percaya kali ini diambil dan diberi peluang insya-Allah. Kita yakin yang negara kita mahu menuju negara maju kerana asas basic nya datangnya daripada pendidikan. Negara maju mesti rakyat dia berilmu, rakyatnya mempunyai pelajaran, rakyat yang mempunyai peningkatan pelajaran dan pendidikan.
Yang Berhormat Dungun... [Melihat jam]
Setakat itu Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat ada beberapa nama lagi yang tersenarai dan senarai ini adalah ekoran daripada Ahli Yang Berhormat yang kelmarin semalam berada dalam Dewan sehingga 10.30. Jadi nama-nama seperti berikut Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Serdang. Dari tadi Yang Berhormat Kota Belud tidak ada jadi kalau Yang Berhormat Kota Belud masuk nanti sebelah tengah hari boleh fasal Yang Berhormat Kanowit saya sudah beri peluang. Akan tetapi saya nampak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang minat untuk berhujah. Itu sebab Ahli-ahli Yang Berhormat kita kawal masa kerana ada kementerian- kementerian yang tidak menggamit dan minat ahli-ahli untuk berhujah.
Kementerian Pelajaran setakat ini sudah 25 orang itu sebab kita kawal kerana kita faham masa itu amat penting kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bekerjasama dengan kami insya-Allah, semua boleh berhujah. Akan tetapi kalau ada pertengkaran sewaktu masa yang begitu singkat masa di bazir. Jadi, kalau suara saya kadang-kadang naik, kadang-kadang saya terkasar saya mohon maaf. Akan tetapi itu semua Ahli-Ahli Yang Berhormat juga yang mendatangkan perkara begitu. Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat ingat nama tadi Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Kota Belud selepas itu. Siapa nanti yang duduk sebelah tengah hari akan panggil juga Ahli- Ahli Yang Berhormat yang berdiri ini kerana pada hari ini kita Cuma Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Jadi masing-masing adjust masa. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-Ahli Yang Berhormat mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
Ya, Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk menyambungkan perbahasan, saya hendak beritahu ini, keputusan telah dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Pengerusi pukul satu tadi. Siapa yang dijemput dan kita akan selepas itu tamatkan perbahasan. Jadi ada senarai di sini, jadi saya ikut senarai terus sahaja. Saya tick senarai nama yang telah ditetapkan berbahas. Yang Berhormat Paya Besar sudah habis.
Yang Berhormat Sik kah Tuan Pengerusi? Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk ikut serta di dalam perbahasan ini. Terlebih dahulu saya hendak hiburkan hati Timbalan Menteri sedikit kerana saya dengar seluruh kawasan merungut mengenai bangunan, asrama dan lain-lain lagi yang tidak memuaskan tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri kerana di kawasan saya semuanya elok. Terima kasih. Itu pembangkang itu Menteri. Butiran 020100 - Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Saya bincang secara serentak objek 10,000 dan 20,000. Kementerian Pelajaran Yang Berhormat Dato’, penerima peruntukan terbesar. Ia juga merupakan pengguna tenaga kakitangan terbesar. Pendidikan juga bertaraf global. KPM juga diberi segala kemudahan. Perkapital yang tinggi, guru berkualiti, pengajaran berasaskan teknologi, pendidikan ICT. Jadi soalnya Dato’ apa yang ingin saya sebut mengapa ataupun di mana silapnya sepanjang yang kita lihat orang mempersoalkan walaupun segala-galanya diberi tetapi matlamat Kementerian Pendidikan Pelajaran tidak dicapai. Mereka merungut, saya tidak kata. Ini orang merungut termasuk juga pihak di sebelah sana. Jati diri pelajar kita terlampau rendah. Sektor industri tidak berminat dengan lulusan tempatan kerana tiada daya saing dan kemampuan untuk berkomunikasi terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris. Graduan-graduan kita pula terpaksa dilatih semula untuk menyesuaikan diri dengan bidang pekerjaan.
Jika ini benar saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri mengapa hal ini berlaku dan kalau tidak benar di mana salahnya soal ini ditimbulkan. Bagi saya sendiri saya adalah lulusan sepenuhnya dalam aliran Melayu dulu. Jadi saya tidak terasa sangat apa yang ditimbulkan tetapi saya terkilan kerana tuduhan-tuduhan yang timbul. Saya minta Kementerian Pelajaran dapat memberi penjelasan dalam soal ini. Dalam objek yang sama Tuan Pengerusi, saya ingin juga dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tahun 1957 dahulu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan tetapi apa yang pelik Dato’ macam mana boleh berlaku. Sampai hari ini perkara ini tidak dapat dimantapkan. Kita masih perlu mengadakan bulan bahasa. Kita masih perlu mengadakan kempen-kempen untuk memantapkan ataupun penggunaan Bahasa Melayu terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan dan juga di sektor industri. Malah boleh kita katakan jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu, penggunaan, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan di sektor industri amatlah merosot sekali. Jadi mengapa ini berlaku. Kita sudah merdeka 53 tahun lebih. Kalau benar- benar kerajaan melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mengapa hal ini berlaku? Ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan dan amat memalukan Dato. Saya sangat-sangat mengharapkan penjelasan jelas dari Menteri kerana saya nampak semuanya ini berlaku kerana kementerian sendiri, kerana kerajaan sendiri yang tidak ada political will untuk melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Walaupun pagi tadi Timbalan Menteri dengan penuh semangat menjelaskan tindakan-tindakan yang diambil tetapi saya takut ini adalah merupakan semangat sementara. Ia akan luntur bila sampai sesuatu keadaan yang kita tempuh atau kita hadapi di kemudian nanti. Saya juga Tuan Pengerusi merasa kurang senang juga kerana PPSMI ditarik dua tahun dahulu sehingga bulan lepas, tapi Dato’ kata tadi 3 November atau 4 November telah dikeluarkan surat rasmi mengenai penarikan ini, tidak apa lah tetapi kalau tidak tarik saya takut Kabinet yang bersidang suatu hari nanti akan mengubah dasar ini, akan buat benda yang lain pula. Walaupun MBMBI telah diperkenalkan tetapi struktur perlaksanaannya tidak jelas, ia akan ditarik juga satu hari nanti. Jadi saya minta sungguh-sungguh. Kita menyokong. Bagi pihak sini kita menyokong Dasar Pelajaran Kebangsaan, dasar MBM dan MBI tadi tapi kita takut kalau benda ini tidak jelas tidak tegas, suatu hari nanti ia akan ditarik balik dan sistem kita akan berubah menjadi kucar-kacir kembali sebagaimana kita memperkenalkan PPSMI dahulu. Sebagai pendidik, 32 tahun dalam pendidikan soal ini jelas bahawa kekurangan penglibatan kerajaan serta political will melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menyebabkan keadaan tinggal hingga ke hari ini. Adalah memalukan 52 tahun kita masih perlu mempersoalkan, melaksanakan kempen untuk melaksanakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia atau sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya tidak berlaku. Negeri lain yang merdeka kemudian daripada kita pun telah mantap Bahasa Kebangsaan dia. Perkara yang kedua Dato’, Butiran 020100, Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Semalam saya dengar Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu menimbulkan soal penyelewengan P&P yang berlaku di Johor. Begitu juga soal kursus motivasi yang berlaku di Terengganu.
Tuan Pengerusi, saya menyokong penuh tindakan diambil bagi memastikan benda ini berjalan dengan betul. Akan tetapi satu benda, ada tetapi sedikit di sini. Satu benda yang saya hendak ingatkan kementerian, kajian dan penelitian kepada fakta ini perlu diambil. Sebagai mangsa dahulu, saya pernah menjadi mangsa duduk setahun empat bulan dapat peti ais kerana fitnah.
Saya takut, kalau tidak dikaji dengan betul, gopoh gapah kementerian mengambil tindakan, ia akan menyebabkan penganiayaan kepada sistem kita, penganiayaan kepada guru yang terlibat melibatkan nasib yang saya terima dahulu akan berlaku semula.
Minta laluan sedikit.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Sik, terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya dengar Yang Berhormat Dungun mengatakan bahawa dalam konteks 020100 ini ada penganiayaan di mana kementerian menukar beberapa guru di tempat yang berjauhan dengan anak isteri. Berlaku di negeri Johor sebab Yang Berhormat Sik sebutkan tadi di Johor seorang guru namanya Ma’ruf Mutalib. Beliau ini adalah guru yang mendapat kecemerlangan. Daripada DGA29 ke 32. Dia baru-baru ini diminta untuk tunjuk sebab kenapa dia menyertai dalam pilihan raya isterinya di DUN Tenang dan hari ini dia dipindahkan ke Tanjung Pengelih. Maknanya 275 km jauh daripada DUN Tenang. Dia diminta tunjuk sebab. Kementerian membuat keputusan bahawa dia bersalah pada bulan September tetapi dia telah pun diarahkan untuk berpindah berjauhan dari DUN Tenang pada bulan Jun. Jadi, saya minta kenyataan daripada Yang Berhormat Sik sama ada beliau bersetuju supaya menyatakan bahawa perpindahan itu tidak sah kerana keputusan menyatakan dia bersalah ini dibuat oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan pada bulan September. Sedangkan dia di arah pergi ke Tanjung Pengelih di Kota Tinggi pada bulan Jun lagi. Jadi, kalau boleh saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Sik sama ada perpindahan ini tidak sah dan kembalikan semula cikgu Ma’ruf Mutalib ini ke Sekolah Menengah Tenang di Segamat. Terima kasih.
Yang Berhormat ada satu minit Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat dan saya rasa benda ini Menteri akan jawablah. Cuma saya hendak sentuh satu lagi Tuan Pengerusi. Masuk dalam ucapan saya. Butiran 030800 dan Butiran 040000, Butiran 031100, Butiran 031200. Saya mohon kementerian memberi perhatian kepada kebajikan guru. Student centric itu kita akuilah banyak benda yang kita bagi tetapi guru ini, jumlah guru adalah hampir 400,000 kakitangan guru daripada 1.2 juta kakitangan awam. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Daripada hampir 400,000 orang guru ini berapa daripada kalangan mereka yang berada di DG52 ke atas? Perkara yang kedua Tuan Pengerusi di bawah objek yang sama, saya minta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian kepada pembayaran elaun guru-guru yang menghadiri kursus, elaun guru yang membawa murid dan elaun makan murid sendiri kerana setakat ini saya difahamkan bahawa mereka ini dibayar hanya satu tempat duduk dalam teksi bagi guru yang berkursus dan claim minyak kereta untuk guru-guru yang terlibat dengan kokurikulum yang membawa murid. Jadi, saya rasa benda ini tidak patutlah. Pegawai-pegawai lain boleh naik kapal terbang, cikgu ini satu tempat duduk dalam teksi sahaja. Kita kena fikir, mereka ini pun DG41. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang.
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 072000 di bawah Maksud B.41. Menurut satu jawapan lisan yang saya perolehi menunjukkan bilangan guru yang memiliki diploma TESL bagi SK, SJK(C), SJK(T) di negara kita ada 7,715 buah sekolah di bawah bantuan kerajaan.
Namun, tidak sampai 1,000 guru pun yang pakar dalam English. Mengikut angka- angka yang diberikan oleh kementerian menunjukkan guru-guru yang memiliki diploma TESL yang ditugaskan tidak seimbang dari nisbah di antara SK dengan SJK(C) dan SJK(T). Nisbah yang seharusnya dipatuhi adalah lebih kurang 1/3 memandangkan jumlah SK adalah 5,900 buah. Sebaliknya jumlah SJK(C) dan SJK(T) ialah 1,815 buah. Apa yang berlaku sekarang ialah jumlah guru yang mempunyai diploma TESL yang ditugaskan di SK ialah 820 orang dan SJK(C) dan SJK(T) pula hanya terdapat 114 orang sahaja. Maka, saya minta kementerian mengambil semua guru TESL yang tidak seimbang boleh berlaku dan mengapa tidak mengikut nisbah sekolah SK, SJK(C) dan SJK(T). Saya merujuk kepada Butiran 030400 di bawah Maksud B.41. Pada 18 Januari tahun ini, Gabungan Pertubuhan Cina Johor Hwa Chong telah mengemukakan satu memorandum kepada Perdana Menteri mengenai pertubuhan cawangan Chinese High School Batu Pahat di Segamat. Pada 31 Ogos tahun ini, satu lagi memorandum mengenai cadangan yang sama telah diserahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di samping itu, saya juga meminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa-apa perkembangan mengenai permohonan untuk menubuhkan sebuah SMPC di Kuantan Pahang untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini pada 29 Ogos 2010, Jawatankuasa Pembukaan SMPC Kuantan telah menghantar satu memorandum mengenai isu ini kepada Perdana Menteri. Dana sudah ada, tanah sudah ada, sumber pelajar pun sudah ada. Di sini saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri apakah kedudukan permohonan ini? Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 060000 di bawah B.41. Baru tadi saya terbaca satu kenyataan daripada Tun Mahathir mengenai isu PPSMI ini. Beliau berkata belajar English adalah untuk mengukuhkan sains dan matematik untuk pelajar- pelajar kita bukan untuk bahasa Inggeris. Berliau juga berkata Jepun, Korea dan Jerman menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar sains dan matematik. Selepas itu baru menterjemahkan ke bahasa ibunda mereka. Saya rasa apa yang kita bahaskan mengenai isu english atau bahasa Malaysia atau bahasa ibunda masing-masing untuk mata pelajaran Sains dan Matematik merupakan satu perangai ini tidak betul. Seolah-olah nampak pokok tidak nampak hutan. Sekurang- kurangnya Tun Mahathir nampak punca masalah ini iaitu terjemahan. Menurut penilaian mass pembacaan dan sains antarabangsa tahun lepas untuk matematik kedudukan pertama adalah Shanghai, kedua Singapura, ketiga Hong Kong. Bagi saya pula kedudukan pertama Shanghai, kedua Finland, ketiga Hong Kong. Bagi pembaca, kedudukan pertama Shanghai, kedua Korea Selatan, ketiga Finland. Saya cuba tanya kerajaan di sini adakah negara China menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran sains dan matematik. Saya pun hendak tanya guru-guru dari Shanghai dan jawapannya tentu tidak. Mereka gunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Mandarin. Sudah banyak kali saya sebutkan di Dewan yang mulia ini, negara-negara yang maju dalam bidang Sains dan Matematik di Asia seperti Jepun, China dan Korea, kerajaan telah menumpukan perhatian dalam bidang terjemahan. Satu buku rujukan baru saya baru diterbitkan.
Satu bulan lepas anda boleh nampak buku dalam bahasa Jepun atau bahasa Cina dipamerkan di kedai buku. Kalau Kerajaan BN masih tidak faham, apakah masalah ini? Jawapannya ialah negara kita tidak mampu menghasilkan buku rujukan yang mencukupi dalam bahasa Malaysia untuk pelajar-pelajar kita. Jangan hina bahasa Malaysia, English atau bahasa lain. Di sini saya juga mohon Menteri menjelaskan bilangan jumlah buku yang dicetak dan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Berapa peratus penerbitan ini adalah berkaitan dengan teknologi dan sains? Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka melakukan penterjemahan kepada buku dan majalah teknologi dan sains dari negara asing? Terutamanya buku-buku rujukan yang digunakan di peringkat politeknik dan universiti. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Pengerusi, ringkas sahaja, dua perkara yang saya ingin bangkitkan iaitu Butiran 010200, Butiran 020100 dan Butiran 070500 adalah berkaitan. Yang Berhormat Menteri yang juga dari Melaka. Saya percaya dan sedia maklum ada dua kawasan pembangunan yang pesat iaitu di Ujong Pasir dan Duyong. Sejak tahun 1982, janji sudah dibuat secara umum semasa pilihan raya dan sekolah SJK(C) akan dibina di Ujong Pasir tetapi sehingga hari ini masih kita tidak nampak bayangnya atau di mana ia akan dibina. Begitu juga di kawasan Duyong, sejak tahun 1995, janji sebegini juga dikatakan akan membina satu SJK(C) di kawasan Duyong kerana taman perumahan yang begitu pesat dan juga penduduk semakin ramai dan perlukan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di sana. Kedua-dua ini adalah janji yang dibuat oleh calon Barisan Nasional dan selepas itu jadi Exco tetapi hingga ke hari ini kita tidak nampak apa perkembangan tentang kedua-dua sekolah ini. Saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Satu perkara lagi ialah SJK(T) Jasin Lalang pada Pilihan Raya Kecil Merlimau dijanjikan akan membaik pulih keadaan yang amat teruk di sekolah ini. Saya minta Yang Amat Berhormat Menteri kalau dapat, memberitahu kepada Dewan ini, sampai peringkat mana persiapan untuk baik pulih ini? Adakah kontraktor telah ditawarkan, bila ia akan dilaksanakan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi, ada beberapa perkara, satu adalah tentang pada 30 September tahun ini, kerajaan negeri Selangor telah memberi dua keping tanah, satu kepada SJK(C) Yak Chee dan juga sekeping tanah lagi di Taman Tasik Prima kepada SMJK Katolik. Jadi saya hendak tanya sama ada kementerian akan memberi kelulusan kepada SJK(C) Yak Chee dan juga SMJK Katolik untuk membina sekolah-sekolah mereka di tapak yang diberi oleh kerajaan negeri Selangor? Itu perkara pertama. Kedua, adalah tentang Sekolah Menengah Confucian, mereka sudah lama hendak cari satu tapak untuk membina sekolah mereka yang sekarang ini mereka berkongsi tapak sekolah dengan SMPC Confucian. Saya tahu mereka telah buat satu permohonan untuk sekeping tapak rizab sekolah di Sentul, sudah lama, lebih daripada satu tahun. Jadi saya hendak tanya, apakah kedudukan permohonan mereka? Ketiga ialah tentang SMPC Kuantan dan SMPC Segamat. Saya rasa kedua-dua jawatankuasa untuk sekolah ini sudah lama mengemukakan permohonan mereka untuk membuka balik SMPC Kuantan dan juga SMPC Segamat. Saya rasa isu ini sudah berulang kali dibangkitkan semasa pilihan raya kecil. Jadi, saya hendak tanya apa kedudukan permohonan mereka sekarang ini? Sama ada kementerian bersedia untuk memberi mereka satu kebenaran untuk membina dan membuka balik SMPC Kuantan dan Segamat. Keempat, adalah tentang polisi yang sudah beberapa kali dinyatakan bahawa di tempat perumahan yang lebih daripada tiga ribu unit rumah, di mana penduduk kebanyakan mereka adalah bangsa Cina di taman perumahan tersebut, akan mewujudkan satu keping tanah rizab untuk SJK(C). Saya hendak tahu polisi ini sudah sampai tahap mana? Sudah implement atau belum lagi dilaksanakan? Kalau sudah dilaksanakan, setakat ini sudah berapa keping tanah rizab pendidikan telah dirizabkan untuk SJK(C) dan juga SJK(T). Selain daripada itu, saya juga hendak sentuh tentang isu bantuan RM100 kepada pelajar untuk membeli kelengkapan barangan sekolah. Saya rasa ini adalah satu polisi yang baik tetapi selain daripada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.
Saya di sini juga hendak baca sepucuk e-mel yang saya terima pada hari Isnin yang lalu, e-mel ini ditulis dalam bahasa Inggeris, jadi dengan izin saya quote: “My wife and her colleagues were called for an emergency meeting at about 12.30 pm! The school will be dismiss at 1 pm. The headmistress just came back from a meeting with the officers at Gombak District Education Department (GDED). She wanted to pass some instructions to all the teachers. It was regarding the RM100 to be given to the pupils. The teachers have to fill in the names of the class pupils, their parent or guardian’s name (who ever come to take the money) and their IC number. It must be completed tomorrow! Because the ADUN for Taman Templer Y.B. Dato’ Subahan bin Kamal will be coming on Wednesday at 10.00 to 11.30 am to hand over the money to the parent or guardian! The school must get ready about 100 pupils for the occasion. The GDED already has a schedule for the Y.B. to visit a few schools on Wednesday, Thursday and Friday. Some school teachers will be asked to go back in the afternoon for this purpose, if their school is given the afternoon schedule! Her school was lucky to be given in the morning! Now, she has a big problem. She has to withdraw about RM150,000 cash from the bank, rush back to school for the occasion. The bank will only open at 9.00 am! Moreover, she said there might be other school as well at the bank. So, she needs some men teachers to go along with her. Each male teacher will be given about RM10,000 to be taken back to school and distribute to the class teachers! She doesn’t want to be responsible if anything happen! My God! The pupils will be given a letter tomorrow, asking their parent/guardian to come on Wednesday at 10.00 am.to collect the money. Why the rush? Why can’t the school just take their time to do it? Moreover the teachers are now very busy getting ready the report cards, collecting back the school text books, the class party, the rehearsal for the prize giving day on Friday. All because to let the Y.B. to make use of this occasion to campaign for the coming election. It is not right, the money doesn’t belong to BN. It belongs to the rakyat. So, what the hell need this Y.B. to hand over the money to the parents?” Saya rasa dalam e-mel ini, dia sudah boleh tunjuk kemarahan seorang suami bagi seorang guru di sekolah. Saya rasa ini adalah satu cara yang amat bahaya. Kita suruh seorang guru wanita pergi ke bank untuk dapatkan RM150 ribu cash, wang tunai bersama dengan beliau. Bagaimana sekiranya ada orang yang target untuk hendak rompak dia, bagaimana? Apabila apa-apa kemalangan berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Ini satu insiden, dan kedua, saya rasa sekolah ini yang terletak di Sri Gombak, di Daerah Gombak, Yang Berhormat yang pergi untuk menyerahkan RM100 ini.
Akan tetapi di Negeri Sembilan, duit RM100 ini adalah diserah oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA. Beliau bukan seorang Ahli Parlimen dan bukan seorang ADUN. Kenapa beliau diberi peluang untuk pergi ke sekolah untuk memberi RM100 ini kepada pelajar-pelajar? Saya rasa ini duit kerajaan. Sekiranya Ahli Parlimen pembangkang, ADUN pembangkang kita tidak dijemput, saya pun tidak buat bising. Akan tetapi kenapa seorang Timbalan Ketua Pemuda MCA diberi peluang, dijemput untuk mengedarkan RM100 ini kepada murid-murid?
UMNO pun ada. UMNO pun ada.
Saya rasa ini tidak betullah. Kalau cakap ahli politik tidak boleh masuk ke sekolah, saya rasa kedua-dua pihak, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, semua jangan campur tangan.
Akan tetapi sekarang cakap, saya di Serdang pun kenapa tak jemput? ADUN di sana pun tak dijemput. Pakatan Rakyat pun tidak dijemput. Akan tetapi seorang Timbalan Ketua Pemuda MCA diberi peluang ini. Saya rasa RM100 ini sedanglah digunakan untuk kempen untuk pilihan raya. Isu terakhir yang saya hendak sentuh di sini adalah tentang projek sistem pembekalan air bersih. Saya rasa ini adalah tanggungjawab kementerian untuk memastikan bahawa air bersih dibekalkan kepada sekolah-sekolah. Saya rasa pada tahun 2007, kementerian sudah melaksanakan satu projek sistem pembekalan air bersih di 252 buah sekolah luar bandar di Semenanjung dan peruntukan sebanyak RM83 juta pun telah diberikan. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina dan perlu disiapkan dalam tempoh 12 bulan bagi Duta Sierra dan 14 bulan bagi Rossington. Akan tetapi, pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember tahun lalu mendapati bahawa pada umumnya, terdapat beberapa kelemahan dan pengurusan projek ini yang menyebabkan kerajaan tidak mendapat dengan izin, value for money, dan menjejaskan objektif asal projek. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kelewatan menyiapkan projek ini. Bukan itu sahaja, pengauditan juga mendapati bahawa ada penyelenggaraan berkala tidak dijalankan.
Masa, Yang Berhormat Serdang.
Okey. Saya hendak habiskan ini. Dan kerosakan lewat dibaiki. Jadi saya hendak tanyalah bahawa isu-isu ini yang telah dibangkitkan dalam laporan audit, sama ada kementerian sudah mengambil tindakan untuk memperbetulkan semua isu yang telah dibangkit? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk pada Butiran 01800 di bawah P.41 dan di bawah B.41, Butiran 020300, sekali gus. Walaupun sudah ada Ahli Yang Berhormat yang membangkit isu mengenai dengan 1Bestari.net, saya rasa menjadi kewajipan saya juga untuk turut sama menyentuh isu ini. Isu tawaran 1Bestari.net ini, adakah Yang Berhormat sedar ia menjadi isu yang agak serius kerana ada banyak pihak tidak puas hati. Bukan sahaja dihantar SMS-SMS dan surat-surat layang, dan macam-macam lagi. Ia samalah seperti isu Sime Darby membeli E&O, seperti juga isu fidlot. Ini antara satu lagi isu yang perlu mendapat penjelasan yang komprehensif daripada kerajaan. Kalau tidak, ianya menyentuh integriti kerajaan yang bercakap soal ketelusan selama ini. Pokoknya Tuan Pengerusi, 1Bestari.net ini melibatkan kontrak berjumlah hampir RM4.5 bilion dalam tempoh 15 tahun. Tahun pertama sahaja sebanyak RM1.5 bilion iaitu melibatkan hampir 10,000 sekolah bagi menyediakan internet access and virtual learning. Jadi isunya Tuan Pengerusi, apakah benar saya dimaklumkan dan saya menerima maklumat mengatakan apabila tender ini dipanggil, ia dibuat dengan gopoh-gapah? It’s been rushed, dalam masa yang singkat, di mana dalam soal pemberian tender ini, apakah benar wakil daripada MAMPU dan EPU dikeluarkan, tidak dipanggil dalam membuat penilaian terhadap tawaran ini? Ini mengikut dakwaan, saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi saya hendak dapatkan kepastian. Dalam notis tender, ini saya tengok sendiri, very clear stated. Preference, keutamaan juga hendaklah diberi kepada syarikat bumiputera yang layak. Jadi oleh kerana tender ini besar, kenapa tidak dipecahkan kepada tiga pakej contohnya? Bagilah dalam konsep 1Malaysia, satu syarikat yang diwakili oleh kaum India seperti Maxis, satu syarikat YTL yang diwakili oleh kaum Cina, dan orang Melayu, bumiputera, macam mana? Ada HeiTech Padu sebuah syarikat bumiputera yang cukup berkelayakan.
Ataupun syarat yang dikenakan kepada YTL kalau YTL ini sudah diberikan tender ini, dipastikan supaya ada pemilik saham turut serta dalam YTL dalam projek ini. At least, katakanlah dalam Lembaga Tabung Haji ataupun Lembaga Angkatan Tentera 30 peratus, 40 peratus dalam syarikat ini. Ini tidak, dan sebelum ini sudah diberi lesen YES dan YTL ini jugalah yang mempunyai perjanjian menjual independent power kepada Tenaga Nasional yang menjadi kontroversi dahulu, dan tauke ini jugalah yang call for the brutal policy waktu menyentuh soal penggubalan Model Ekonomi Baru dahulu. Jadi saya bertanya tentang perkara ini Tuan Pengerusi, supaya pihak kerajaan – saya hendak membantu kerajaan kerana di bawah sana, sekarang ini golongan muda, golongan terpelajar, golongan intelek, golongan cendekiawan yang memang menumpukan kepada media baru sekarang ini, mendapat maklumat-maklumat yang saya tidak tahu betul atau tidak betul. Jadi, menjadi kewajipan kerajaan memperjelaskan perkara ini dengan jelas. Jawatankuasa tender mana yang membuat keputusan ini? Di peringkat Kementerian Pelajaran yang diwakili oleh pihak MOF? Ataupun Ministry of Finance sendiri yang membuat keputusan? Kalau dia buat penjelasan dengan jelas supaya dapat difahami sebab-sebabnya, itu tidak menjadi masalah. Akan tetapi kepentingan seperti saya katakan tadi, patut diagihkan dengan secara yang adil, barulah dikatakan konsep 1Malaysia. Ini kerana ia terlalu besar, RM4.5 bilion. Tuan Pengerusi, satu lagi isu dalam hal ini. Bukan itu sahaja, ia juga berkaitan dengan sistem, dan kalau ianya digodam dan dihantar virus, sudah tentu separuh sistem komunikasi negara lumpuh. Untuk makluman juga, kita bimbang di mana projek berjalan menembusi maklumat-maklumat strategik mengenai pelajar-pelajar, ibu bapa mereka, tempat kerja, pendapatan dan lain-lain. Kita perlu menyuarakan keresahan kita ini kerana ianya melibatkan keselamatan demografi dan politik negara. Jadi adakah YTL diberi lorong hijau kerana ada orang tertentu di belakangnya, itu saya tidak tahu. Ini tuduhan dalam internet, dalam SMS yang dihantar kepada saya. Saya bangkit ini supaya pihak kerajaan tahu dan tolong berikan jawapan. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada Butiran 030000 – Operasi Pendidikan, dan semua butiran di bawahnya kerana masa tidak mengizinkan. Saya hendak tanya pihak Kementerian Pelajaran, adakah sudah pihak Kementerian Pelajaran menetapkan tahun bilakah, kita tahu sekarang ini sekolah rendah terutamanya, pelajarnya melebihi 45 hingga 50 orang, sesak, sehingga hendak letak meja sewaktu peperiksaan pun begitu dekat. Ini menimbulkan masalah. Guru hendak berjalan pun tidak boleh. Sepatutnya sebuah kelas yang ideal ialah di antara 35 ke 40 orang pelajar. Jadi saya hendak tanya, apakah pihak kementerian sudah buat kajian secara menyeluruh di mana satu hari nanti inilah sistem iaitu dari segi jumlah pelajar-pelajar, satu sekolah mungkin 35 ke 40 orang yang paling ideal di mana barulah pembelajaran itu ianya cukup berkesan. Kedua, saya dengar ramai Ahli Yang Berhormat yang bangkit berkenaan dengan sekolah rosak, teruk, tidak dijaga, belum dibaiki, dan macam-macam. Jadi saya turut bersetuju dan oleh kerana masa tidak ada, saya cuma hendak sentuh apakah pihak Kementerian Pelajaran sudah mengarah pihak Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan supaya membuat kajian di semua sekolah di negeri Kelantan mengenai mana sekolah yang ada masalah dengan air, iaitu air tidak cukup, air tidak keluar dan air kotor.
Berapa buah sekolah? Dalam kawasan saya Pasir Mas ada beberapa buah sekolah. Ada air, kadang-kadang ada kadang-kadang tidak ada, kadang-kadang air kuning, kadang-kadang air kotor. Jadi pelajar-pelajar memang terdedah kepada masalah kesihatan. Bukan sahaja kita tengok tandas kering oleh kerana tidak ada air, maka kita tengok najis- najis sudah jadi keras. Jadi kalau ada sekolah-sekolah seumpama ini yang menghadapi masalah air, apakah pihak Kementerian Pelajaran tidak bercadang untuk memasang tangki atau memasang filter supaya kadang-kadang pelajar-pelajar bukannya tahu air kotor pun, sudah air minum tidak ada, dahaga sahaja pergi ke paip, air kuning pun dia minum. Jadi ini perkara-perkara yang membabitkan kepentingan rakyat.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak sebut saya hendak sebut 010600 - Pengurusan Sumber Manusia. Ini ringkas sahaja. Saya hendak tanya masalah pekerja- pekerja kontrak di bawah Kementerian Pelajaran. Dahulu ramai yang bekerja sebagai tukang kebun dan sudah dihentikan kerana kerja ini sudah diambil alih oleh syarikat. Ramai mereka ini yang sudah menganggur sekarang ini. Terpaksa menanggung keluarga. Saya tidak tahu di negeri lain pun ada, saya tidak tahu berapa jumlah di Kelantan. Saya diberitahu lebih kurang 450 orang. Sebelum ini saya sudah bangkitkan banyak kali dan pihak kerajaan kata mereka-mereka ini akan diserap balik di jawatan-jawatan lain tetapi sampai sekarang ini satu dua sahaja yang mungkin diserap, tetapi ramai tidak ada pekerjaan. Ada yang datang ke rumah saya, ada yang hantar SMS. Letih saya hendak menjawab. Saya bukan kerajaan, tidak dijawab kata kita sombong. Macam mana nasib kita ini, kata kerajaan prihatin, kerajaan mendahulukan rakyat. Saya pula yang kena jawab. Tolong bagi jawapan baik-baik. Saya bagi jawapan baiklah. Saya kata sabar, saya kata tunggu. Akan adalah rezeki itu, tidak ke mana pun kalau kita sabar. Akan tetapi saya hendak tahu macam mana kedudukan. Kalau kata memang muktamadlah mereka tidak akan diserap, mereka kata muktamad. Saya bagi tahu, ini keputusan kerajaan. Akan tetapi saya hendak merayu kalau boleh Kementerian Pelajaran adalah sebuah kementerian yang besar. Macam-macam kerja ada. Seraplah mereka ini. Tidak kiralah jawatan apa pun. Asalkan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti yang lain-lain sebab mereka sudah bekerja tujuh, lapan 10 tahun lamanya. Apabila diambil alih oleh syarikat swasta kita tengok gaji pun berbeza dengan gaji yang mereka dapat dahulu. Jadi saya berharaplah pihak kementerian benar- benar bersimpati dengan mereka-mereka ini yang juga mempunyai anak, isteri, keluarga yang perlu ditanggung, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Okey Yang Berhormat, kita dari semalam. Jadi saya hendak hitung. Saya sudah lihat yang berucap, duduk dahulu Yang Berhormat. Kali ini saya bagi peluang Yang Berhormat berdiri saya cakap. Biasanya Yang Berhormat patut duduk tetapi berdiri yang, saya hendak tengok. Daripada semalam Yang Berhormat bercakap saya lihat lima minit hingga tujuh minit setiap seorang. Ada seorang dualah sampai 10 minit. Jadi, kalau saya dapat minta lima minit seorang Yang Berhormat. Saya akan bagi peluang kepada semua yang sudah berdiri ini. Insya-Allah, lima minit seorang Yang Berhormat. Okey saya mula dengan Yang Berhormat Kota Belud, selepas itu Yang Berhormat Sungai Petani.
Dia baru sampai Tuan Pengerusi.
Dari semalam saya di sini. Sudah register.
Ya, tetapi hari ini baru sampai macam mana.
Yang Berhormat Kinabatangan saya sudah register.
Tidak apalah, Yang Berhormat Timbalan Presiden Backbencher’s Club itu, tunggulah lama-lama... [Ketawa]
Dari pagi saya tunggu Tuan Pengerusi.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, saya di sini sampai 10.30 malam semalam dan nama saya ada dalam list. Tuan Pengerusi, saya lima minit, mungkin kurang dari lima minit Tuan Pengerusi pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan walaupun isu dibangkitkan oleh pihak pembangkang tentang pemberian RM100 ini oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan kawan-kawan yang lain, saya rasa Yang Berhormat Menteri akan membuat penjelasan pada hari ini. Kita mesti clear bahawa sebenarnya kita adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin, pelajar-pelajar di seluruh negara untuk membantu menghadapi perbelanjaan persekolahan...
[Bangun]
Yang Berhormat Ipoh Barat, saya ada lima minit. But, I give you 15 seconds.
Kita pun sama juga pandangan, kita tidak ada beza mengenai pemberian wang. Bukan RM100 Pakatan Rakyat setuju beri RM1,000. Kita setuju pada dasarnya, tetapi dapat kelulusan...
Podah!
Jangan macam Yang Berhormat Pasir Salak, dia tidak faham punya. Tengok.
Tidak apalah Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya rasa Yang Berhormat Menteri ada jawapan dan kita tidak mahu melanggar undang-undang. Saya cuma hendak tegaskan di sini kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab melalui proses undang-undang dan mereka mempunyai jalan yang sesuai. Ada penjelasan, biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab untuk Yang Berhormat.
Saya pun sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan.
Kita akan bagi alasan nanti, saya percaya Yang Berhormat Menteri akan mampu untuk menjawab persoalan itu. Cuma saya tidak mahu di dalam Twitter, dalam Facebook semalam Yang Berhormat Twitt agak mengelirukan Twitter Yang Berhormat yang mengatakan kerajaan membelanjakan wang tanpa ada kelulusan dan sebagainya. Tunggulah dahulu penjelasan. Apabila penjelasan telah diberi oleh kerajaan, dan tidak puas hati barulah Twitter. Saya rasa tidak bertanggungjawab untuk kita mengeluarkan Twitter dalam satu isu yang begitu besar. Seolah-olah kerajaan ini tidak bertanggungjawab membelanjakan wang. Itu pandangan Yang Berhormat, tetapi tunggu penjelasan dan barulah Twitter, barulah masukkan dalam Facebook. Itu pandangan saya. Barulah kita mempunyai two-part system, kalau tidak, tidak ada sistem. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu tentang penyelenggaraan gen set - 070700. Di Parlimen Kota Belud ini mempunyai satu pulau iaitu Pulau Mantanani di mana sekolah di situ tidak mendapat bekalan elektrik selama yang sepatutnya dan kerajaan ada menyediakan gen set tetapi hanya dibekalkan hanya lima jam kalau tidak silap. Ini membantutkan proses pembelajaran saya minta Yang Berhormat Menteri untuk melihat sama ada boleh atau tidak untuk memanjangkan lagi tempoh operasi genset di Pulau Mantanani. Saya rasa ini satu sekolah sahaja di kawasan saya yang memerlukan gen set kerana berada di pulau dan ini amat-amat penting kerana mereka mempunyai masalah dari segi prestasi pendidikan dan saya rasa ini telah menjadi satu isu yang dimaklumkan dan telah dimaklumi oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan kalau boleh mempercepatkan untuk memanjangkan gen set ini. Keduanya tentang COLA. Saya juga masih lagi mendengar Yang Berhormat Menteri tentang isu cost of leaving allowance yang masih lagi tidak dapat difahami oleh ramai orang di Sabah bagaimana guru-guru dari Semenanjung datang ke Sabah mendapat COLA yang tinggi dan mereka yang dari Sabah pergi ke sana.
Saya mungkin masih tidak memahami isu ini minta maaf, walaupun Yang Berhormat Menteri telah memberi banyak penjelasan, tetapi kalau boleh diterangkan ke peringkat akar umbi sebab susah untuk kita menjawab soalan ini tanpa ada penjelasan yang jelas daripada kementerian. Ketiganya ialah tentang jawatan Pengerusi Executive Council of UNESCO, dengan izin. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Apa dia sebenarnya keuntungan ataupun kelebihan yang diperolehi oleh Malaysia apabila Menteri Pelajaran kita menjadi Pengerusi Executive Council UNESCO ini. Mungkin Yang Berhormat boleh terangkan kerana sebelum ini Yang Amat Berhormat Menteri sebelum ini Yang Berhormat Sembrong juga menjadi Pengerusi. Jadi kita hendak tahu dari segi kelebihan dan impaknya Malaysia terhadap dasar-dasar pembelajaran pendidikan UNESCO seluruh dunia. Ini akan membanggakan kita. Kalau sebenarnya dalam duration tenure itu kita dapat memberikan pandangan yang baik. Keempatnya masih lagi isu RMT Yang Berhormat Menteri. Saya masih lagi mendengar isu RMT ini. Saya tidak mahu memanjangkan kerana setiap kali RMT, Rancangan Makanan Tambahan ini adalah satu isu yang amat-amat dekat di hati saya kerana kebanyakan pelajar-pelajar di kawasan saya mendapat bantuan daripada kerajaan melalui Rancangan Makanan Tambahan ini masih lagi tidak kemas, masih lagi menu yang tidak berpatutan, masih lagi terdapat kelemahan-kelemahan dan saya mintalah kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan. Satu lagi Tuan Pengerusi, sedikit sahaja 30 saat sahaja. Tentang isu makmal komputer. Saya cuma ingin menjelaskan di sini, kalau boleh, bolehkah tidak Yang Berhormat Menteri membuat satu keputusan kalau makmal itu belum siap dan masih belum boleh dipakai dalam masa setahun ini, bekalan komputer yang telah diberikan kepada makmal itu, tolonglah buat keputusan supaya boleh digunakan di dalam perpustakaan sekolah dengan pusat sumber sekolah atau bilik guru. Jadi tidaklah, walaupun makmal terbengkalai, kita ada 40 buah atau 50 buah komputer masih di dalam dewan yang tidak berbuka. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya masa.
[Bangun]
Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat, selepas ini saya bagi Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga akan mengambil masa dalam masa lima minit ini membangkitkan beberapa perkara. Yang pertama sekali Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 070200 tentang bahasa Inggeris. Sementara kita tidak pernah mempertikaikan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu digunakan di sekolah-sekolah dan juga di semua program-program. Akan tetapi Tuan Pengerusi, kita lihat penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru dan murid-murid kini amat mengejutkan malah ianya berlanjutan hingga ke universiti. Kalau sekiranya murid-murid kita, guru-guru kita malah ke pelajar-pelajar universiti tidak boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik, minat mereka untuk membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris sudahlah terbatas. Oleh sebab itu saya ingin tahu apakah rancangan kerajaan untuk mempertingkatkan penguasaan murid-murid dan guru-guru dalam bahasa Inggeris? Kajian- kajian menunjukkan lagi banyak seorang itu boleh bercakap dalam banyak bahasa, bukan sahaja penguasaan bahasa dia baik tetapi keyakinan diri juga meningkat. Sebab itu kita tengok pelajar-pelajar yang boleh berbahasa lebih daripada tiga, mereka ini orang-orang yang mempunyai keyakinan yang lebih baik daripada mempunyai satu bahasa. Ekoran daripada itu, kita juga nak tanya Butiran 060000 – Dewan Bahasa dan Pustaka ini.
Kalau kita tengok di negeri-negeri Jepun, Korea malah Indonesia, setiap tulisan- tulisan, makalah-makalah baru sama ada dalam sastera ataupun dalam ilmu-ilmu teknikal keluar sahaja dalam market. Kita tengok dialihkan bahasa ke dalam bahasa mereka dalam keadaan cepat. Saya belum nampak Dewan Bahasa dan Pustaka begitu agresif tentang hal ini. Sudahlah budak-budak kita tak boleh berbahasa Inggeris dengan baik, nak cari buku dalam bahasa Malaysia tentang subjek tertentu pun tak ada. Takkan nak harapkan pihak- pihak private atau individu translate kan. Maka harus menjadi peranan Dewan Bahasa dan Pustaka lebih agresif. Sebab itu kita nak tanya berapakah terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam setiap tahun. Apakah bidang-bidang yang mereka terjemahkan, buku-buku jenis mana mereka terjemahkan? Dengan perbelanjaan yang kita gunakan dan berikan kepada mereka, dengan jumlah buku yang mereka keluarkan, adakah ia sama level atau tidak perbelanjaan yang diperuntukkan kepada mereka dengan buku yang dikeluarkan oleh mereka. Ketiga, Tuan Pengerusi tentang Butiran 020200 – Pembangunan Kokurikulum. Saya rasa kementerian juga kena melihat. Saya masih ingat lagi kalau kita di sekolah dahulu, guru-guru akan mengatakan kamu belajarlah rajin-rajin, belajar kuat-kuat agar keluar boleh menjawat jawatan kerajaan, boleh jadi DO ataupun boleh jadi pegawai tentera ataupun boleh jadi pegawai kerani tetapi sekarang ini zaman itu telah berubah. Saya minta supaya kementerian melihat bagaimana pembangunan kurikulum ini diubahsuai mengikut keadaan supaya bukan pelajar-pelajar kita yang keluar daripada alam sekolah dan alam universiti mencari kerja tetapi sebaliknya mereka ini menjadi job creators. Mereka ini harus ada sikap bukan mencari kerja tetapi membuat kerja. They should produce jobs instead of looking for jobs. Saya rasa ini bersesuaian dengan kita lihat bagaimana pelajar-pelajar di Amerika sementara di universiti sendiri pun mereka telah pun berlumba-lumba untuk membangunkan kerjaya masing-masing bukan berharapkan kepada pihak korporat ataupun kerajaan. Saya rasa harus ada shift ke arah itu. Seterusnya Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 090000 – One-off ini. Butiran 00800 – Rumah-rumah Guru. Saya dah tiga kali tanya dalam Parlimen ini berkenaan dengan rumah-rumah guru. Saya pun tak tahu apakah justifikasi kementerian apabila membina rumah-rumah guru di kawasan-kawasan pedalaman ataupun semi urban macam Sungai Petani ini. Yang pertamanya, tidak berlakunya kekurangan rumah-rumah. Jadi, bila kerajaan buat juga government quarters ini, akhirnya banyak. Sudah beratus Tuan Pengerusi, yang tertinggal malah saya tengok orang dah masuk dalam rumah, dah tarik wayar, coppers dah jual, tidak maintain. Sayanglah, berjuta kita belanja dan sampai sekarang kerajaan tak buat apa-apa. Jadi, takkan kita nak tunggu sampai akhirnya bangunan itu rosak dan kalau pun nak digunakan kembali tentu kerajaan akan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.
Ya, Yang Berhormat.
Yang akhir sekali Tuan Pengerusi ialah saya tengok juga audit. Kita tengok sementara kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak meminta supaya masalah makmal komputer di Sabah ini diselesaikan, saya turut simpati walaupun saya bukan orang Sabah tetapi saya rasa tidak ada sebab kenapa perbelanjaan yang begitu banyak dibelanjakan tetapi orang Sabah sendiri tidak dapat menikmati kemudahan makmal komputer yang telah pun sekian lama terbengkalai. Daripada 300 cuma dua sahaja yang siap, something must be wrong Tuan Pengerusi. Jadi, saya haraplah jangan aniaya orang Sabah dan Sarawak ini. Mereka juga harus mendapat apa yang sepatutnya dapat oleh orang Semenanjung. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, lama sudah tunggu.
Ada orang berkata Tuan Pengerusi, jangan kita cuba menentang badai dan samudera tetapi kita kemudikan bahtera kita agar tidak ditelan samudera. Jangan kita cuba mengukur sedalam mananya lautan tetapi kita sediakan kail yang panjang...
Falsafah, falsafah... [Ketawa]
Saya terus. Lima minit, saya tak sebut butiran tetapi berhubung kait dengan apa yang ada dalam buku ini. Pertama, Sekolah Menengah Bukit Garam I. Sudah berpuluh tahun Tuan Pengerusi, dewan dia pun tak ada.
Di mana sekolah itu?
Dia tahu, Menteri ini faham. Saya sudah minta dua tahun yang lalu, tiga tahun yang lalu, tidak ada juga. Cakap nak memperkasakan sekolah, ini bukan memperkasa, memperkosa nampaknya. Kedua, Sekolah Rendah Kampung Paris, itu pun tak ada. Kalau ada perjumpaan, dia guna kelas sekolah. Jadi tolonglah, sebab Kinabatangan ini pun rakyat Malaysia juga cuma dia terpencil. Kalaupun dia terpencil, jangan tinggal-tinggalkan sebab rakyat Kinabatangan ini setia dengan kerajaan, nanti dia tidak setia sudah susah kita. Kedua, banyak lagi sekolah dia. Saya memang setia, yang tidak setia sana, dia goyah. Bagaimana nak kita memberi prasarana pendidikan kalau sehingga hari ini sekolah di kawasan saya masih banyak yang papan. Kalau hujan masuk hujan, kadang-kadang kalau panas, panaslah dia. Saya sudah minta banyak-banyak kali. Minggu depan saya akan bagi apa masalah yang saya hadapi. Saya mahu tengok betulkah kementerian serius menangani isu sebegini sebab saya tengok sistem pendidikan kita ini sudah baik tetapi dasar dia berubah. Lain Menteri lain dia punya cara. Dulu Dato' Seri Hishammuddin pergi kawasan saya mengumumkan RM175 juta nak buat sekolah sebab di Kinabatangan ini, banyak sekolah yang kurang murid. Apabila kurang murid maka kita cadangkan gabungkan dalam satu kawasan, dibagi asrama dan sebagainya. Sudah setuju, sudah lima kali meeting. Saya pun ikutlah mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negara. Sampai hari ini lainlah pula, tak ada seperti dalam perancangan. Jadi, tidak tahulah Tuan Pengerusi, apa masalah yang kita hadapi ini. Jadi kalau boleh kita lihat secara saksama. Kalau pun Menteri berubah, dasar kita teruskan sahajalah untuk kepentingan pelajar-pelajar kita. Satu lagi saya bangkit, saya senang hati apabila kerajaan mengatakan memperkasakan sekolah vokasional. Dalam negara kita ini tidak ada yang kita boleh bangga cuma pelajar cemerlang dapat 8A, 9A macam satu pelajar perempuan cemerlang, dihantar ke luar negara tak boleh berfungsi juga sebab luar-luar negara maju mereka tidak berlandaskan exam oriented, ataupun dengan izin Tuan Pengerusi, berlandaskan lulus peperiksaan semata-mata.
Mereka menguasai teknologi. Apabila dia menguasai teknologi, dia jadi berpasaran. Bekerja sana sini laku. Ini kalau seorang pelajar kita cemerlang komputer, dapatlah sijil diploma, diinterview tetapi tidak lulus-lulus. Belajar sama. Degree yang sama dari India. Dapat sebab dia menguasai teknologi komputer. Jadi, bukan saya hendak mencadangkan supaya kita ubah segala-gala tetapi kita harus melihat dan melangkah ke hadapan. Seterusnya iaitu...
Itu akhir sekali, Yang Berhormat.
Yang akhir sekali, ya. Eh, tadi saya start pada pukul 2.27 petang. Apa 3.27 petang, Tuan Pengerusi... [Ketawa] Jadi, bermakna ada dua minit sahaja.
Saya ada masa dekat sini, Yang Berhormat.
[Ketawa] Tidak mengapa. Saya selesaikan. Iaitu apa perancangan untuk mengatasi masalah-masalah yang sedemikian. Kalau boleh saya..., dua orang Yang Berhormat Timbalan Menteri di sini, kalau dua-dua tidak boleh ikut saya, seorang ikut saya mungkin. Akan tetapi jangan satu hari sebab kalau satu hari, satu sekolah sahaja. Jadi, kita mahu satu minggu di sana. Kita tengok. Saya sediakan segala keperluan. Apa yang diperlukan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya akan sediakan untuk semata-mata melihat. Ada yang sekolah di bawah kolong, ada yang tidak berpagar, macam-macam kecurian. Kalau kita tengok bilik guru besarnya macam reban ayam. Jadi, macam mana kita hendak harapkan sesuatu impak yang besar kalau guru-guru pun tidak in mood untuk menzahirkan tanggungjawabnya. Jadi, mintalah. Saya harap dapat penjelasan dan dapat ikut saya turun ke kawasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat daripada..., Yang Berhormat sebelah, Yang Berhormat Padang Terap itu, Yang Berhormat. Ya. Ini kerana itu jarang bercakap, Yang Berhormat. Kena bagi peluanglah. Yang Berhormat Padang Terap tiap-tiap kali bercakap banyak.
Terima kasih. Saya mulakan dengan Butiran 020400 - Lembaga Peperiksaan Malaysia, iaitu mengenai...
Macam first time saya dengar, Tuan Pengerusi ya.
Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Saya ingin mencadangkan supaya STAM ini diperluaskan kepada SMKA sebab setakat ini boleh dikatakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang selama ini hanyalah diamalkan atau digunakan kepada sekolah-sekolah Arab. Kalau boleh ia diperluaskan kepada sekolah-sekolah SMKA di negara kita ini. Yang kedua, soal Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu ialah apakah kementerian sudah buat satu kajian tentang tulisan jawi yang diajar di sekolah melalui j-QAF. Apakah ia berkesan atau tidak. Ini kerana kalau tidak, di sekolah nampaknya, pelajar-pelajar nampaknya tidak dapat lagi menguasai tulisan jawi berkenaan. Yang kedua ialah soal kita tidak nampak sekarang ialah majalah-majalah yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setelah berlaku macam-macam perkara dalam krisis di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita sudah tidak nampak sekarang Majalah Dewan Bahasa, Majalah Tinta Bahasa dan sebagainya. Apa sudahnya dengan majalah-majalah yang ada ini. Ketiga ialah bantuan geran per kapita. Saya hendak tahu sama ada telah diberi untuk Kelantan. SAR atau SABK ataupun sekolah agama negeri (SAN) yang setakat ini saya sudah sebutkan pada tahun sudah tetapi tidak dapat lagi. Jadi, sama ada untuk kali ini geran ini dapat diberikan kepada sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Satu lagi ialah apakah geran ini tidak boleh diperluaskan kepada sekolah-sekolah hafaz al-Quran di seluruh negara? Seterusnya ialah apakah RM100 yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini juga dapat diterima oleh sekolah-sekolah Arab ataupun sekolah-sekolah SAR di seluruh negara kita ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah mengenai Institut Aminuddin Baki di Pasir Puteh. Sekarang ini ia menumpang di sekolah. Bila bangunan itu dapat dilaksanakan atau dibangunkan ataupun adakah apa-apa masalah sehinggakan bangunan Institut Aminuddin Baki di Pasir Puteh itu tidak dapat dilaksanakan. Yang kedua, saya diberi maklum bahawa mengapa kerajaan menggunakan 30 orang pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki ini untuk berkempen UMNO iaitu mempengaruhi guru-guru besar di seluruh negara, memburuk-burukkan PAS dan DAP dalam kempen sekarang ini. Jadi, saya hendak tahu mengapa isu ini digunakan begitu rupa? Terima kasih.
Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet sukan Malaysia di SEA Games yang telah mendapat lebih daripada 20 pingat emas. Sukan-sukan di kebanyakan sekolah kita seperti di kawasan saya, SMK Bekenu tidak ada padang. Walaupun tidak ada padang, mereka boleh mendapat johan di beberapa sukan yang mereka dapat ikut serta. Meminjamkan padang-padang SJK(C) Chong Hwa. Jadi, apalah kiranya jika kementerian melihat SMK Bekenu ini lebih kurang enam tahun dahulu perlu padang sukan untuk mereka bermain. Ini patut dilaksanakan dengan segera. Kedua, kita juga hendak berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membaik pulih beberapa buah sekolah di kawasan Sibuti iaitu SK Lambir, SK Beliau Insan dan Beliau Ahad. Kita perlu lagi beberapa buah sekolah di luar bandar yang masih daif seperti SK Batu Niah yang kekurangan bilik darjah sedangkan anak-anak kita perlu masuk darjah satu pada tahun hadapan seramai 60 orang tetapi kelas hanya untuk 30 orang. Jadi, perlu kelas ini ditambah lagi. Begitu juga SK Mentali. Kita lihat SK Mentali ini dapat pakej yang baik daripada kerajaan, gurunya. Jadi, kita mengharapkan sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi yang dapat kelulusan yang baik ini ditambah, diberikan peluang lagi untuk mereka supaya guru-guru yang ada di sana benar-benar merasa mereka terjaga sebab sekolah ini baru beberapa buah kuarters yang dibaiki sedangkan mereka dahulu, satu bilik empat orang guru. Kuarters itu sangat daif dan terima kasih kepada kerajaan kerana bekalan air dan bekalan elektrik sudah masuk di sekolah ini. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat itu dahulu sebab dia ada mesyuarat. Jadi mesyuarat, Yang Berhormat Tawau? Selepas Yang Berhormat Tawau, kita ada Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Padang Terap. Selepas itu Yang Berhormat Tebrau, akhir sekali. Selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud P.41, Butiran 046000 – Sistem Pengkomputeran Sekolah. Saya mendesak kepada Menteri menjelaskan keputusan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khas berkaitan dengan penangguhan pembinaan 300 buah makmal komputer di Sabah sejak tahun 2008. Mengikut Laporan Ketua Audit, hanya dua buah daripada 300 buah makmal komputer siap dibina dalam bulan Disember tetapi kontraktor sudah membuat tuntutan sebanyak 80 peratus dari peruntukan berkenaan. Apakah tindakan yang sudah diambil terhadap kontraktor atau sub kontraktor atau sub, sub, sub kontraktor itu. Apakah jumlah peruntukan yang akhirnya digunakan untuk membina 300 buah makmal tersebut?
Apakah masalah yang dihadapi oleh SK Kebayan di Kota Kinabalu sehinggakan peralatan dan komputer ICT dibiarkan langsung tidak terpakai selepas kesemua itu siap dipasang. Adakah kesemua 300 buah sekolah itu dilengkapkan dengan kemudahan- kemudahan ICT dan komputer untuk pembelajaran selepas menunggu selama tiga tahun. Tuan Pengerusi, kelambatan tiga tahun telah deprive for the children of Sabah from learning ICT. Ini sangat tidak adil.
Saya merujuk kepada Maksud B.41 Butiran 070200 – Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Saya ingin mengetahui sama ada kementerian akan terus memantau keputusan- keputusan yang dijangkakan MBMMBI dan PPSMI untuk kedua-dua sekolah rendah dan menengah sebelum kementerian membuat keputusan muktamad berkenaan haluan dasarnya. Pilihan-pilihan berhubung MBMMBI atau PPSMI di sekolah-sekolah adalah suatu keputusan yang baik dari kementerian. Pembelajaran bahasa Inggeris untuk matematik dan sains dalam PPSMI bukan semata-mata terhad untuk memperbaiki taraf bahasa Inggeris sahaja. Ia juga bertujuan untuk melengkapi generasi muda kita dengan satu alat moden untuk kemahiran-kemahiran teknologi, informasi dan komunikasi. Ramai usahawan muda dunia sudah mencapai pasaran global dengan menggunakan kemahiran internet dan bahasa Inggeris sebagai alat global. Justeru itu memberikan mereka kemahiran-kemahiran dan kesempatan untuk bersaing secara global adalah satu-satunya yang tidak dapat dielakkan. Saya juga ingin mendesak kementerian memberi maklumat yang jelas dan menyeluruh kepada semua sekolah di Sabah kerana ramai ibu bapa masih terkeliru berkaitan dengan pilihan-pilihan PPSMI. Juga didapati surat pekeliling oleh kementerian pun belum sampai ke semua sekolah-sekolah di Sabah. Saya telah menerima banyak aduan di Sabah terutama sekali daripada sekolah-sekolah vernakular, sekolah rendah Cina termasuk SK Saint James di Kota Kinabalu bahawa ibu bapa sangat terkeliru apabila diminta membeli buku-buku teks matematik dan sains dalam bahasa Cina walaupun anak-anaknya telah dididik dari dalam PPSMI pada darjah tiga. Kertas pembelajaran ini tentulah akan menjejaskan pelajaran anak-anak kita di Sabah. Saya berharap kementerian akan mengambil langkah-langkah untuk membetulkan pilihan-pilihan itu secepat mungkin. Saya juga mendesak kementerian mempertingkatkan pilihan nisbah seorang guru kepada dua puluh orang murid sahaja kerana ini masih pada awal peringkat peralihan. Saya juga membantah cadangan menukar sekolah oleh sebab itu bukan satu penyelesaian yang praktikal. Saya juga merujuk kepada P.41 Butiran 037000 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Saya pernah membawa isu tentang sebuah sekolah rendah dan menengah mubaligh di Serudung Laut. Walaupun mereka telah mengikuti kokurikulum Kementerian Pelajaran sejak tahun 2005 tetapi tidak ada apa-apa panduan atau guru-guru diberi kepada sekolah tersebut.
Masa Yang Berhormat.
Saya tidak dapat jawapan oleh kementerian.
Masa.
Okey saya akan habiskan. Walaupun saya telah ucap di sini, saya berharap kementerian akan menjawab soalan ini dan memberi bantuan. Akhirnya, saya pun sudah ditanya oleh orang ramai dari Sabah tentang memberikan RM100 kepada setiap murid. Adakah itu melanggar rang undang-undang negara kita sebelum ia diluluskan di Dewan yang mulia ini dan sebelum ia diluluskan di Dewan Negara. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010600 - Pengurusan Sumber Manusia. Saya melihat apabila Kementerian Pelajaran membuat dasar yang baru, dia selalunya membuat satu keputusan yang menggunakan tenaga yang bukan pakar dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Sebagai contoh, percubaan dilakukan untuk melihat sama ada guru sesuai bekerja sembilan jam ataupun tidak.
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya niat ini dibatalkan kerana bukan soal percubaan, satu percubaan yang salah, ianya melibatkan murid kita yang akan menanggung beban dan masalah terutama sekali yang tinggal di kawasan luar bandar. Guru adalah merupakan satu profesion yang memikul tugas dan tanggungjawab bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi kegiatan di luar bilik darjah dan melibatkan keselamatan murid yang datang awal pagi dan balik lewat daripada jadual persekolahan. Kedua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan dengan prestasi guru-guru kaunseling kita. Saya mencadangkan supaya guru kaunseling yang ramai ini ditambah lagi satu beban dan tugasnya iaitu dengan memasukkan bidang kerjaya. Hari ini bidang kerjaya telah nampak terabai, keperluan negara amat mendesak supaya pelajar- pelajar kita ini didorong di peringkat awal lagi. Bukan sahaja memenuhi bidang-bidang profesional, doktor, lawyer, engineer dan sebagainya tetapi keperluan untuk duduk sebagai pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai ilmu yang tinggi, kebolehan, skill dan kepakaran yang tinggi bagi membangunkan negara dan juga melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Ketiga Tuan Pengerusi, saya mencadangkan kepada kementerian supaya jawatan pembantu guru ini cepat dilaksanakan bagi membolehkan guru-guru kita fokus kepada bidang tugas dan tanggungjawab utamanya iaitu mengajar murid-murid kita membuat persiapan berkaitan dengan bahan yang hendak diajar, mengajar dengan sempurna, memantau dan membuat penilaian sejauh mana pengajaran tersebut telah pun mencapai matlamat yang dicita-citakan. Akan tetapi dengan adanya kerja-kerja perkeranian, memasukkan bahan-bahan, markah-markah, kad 001, 002, laporan serta macam-macam lagi yang berkaitan dengan murid, yang macam-macam berkaitan dengan perkeranian. Bila masanya guru ini hendak merancang dengan baik dan seterusnya mengajar dengan sempurna. Selain daripada itu, saya ingin bertanya kepada kementerian. Apakah pengumuman yang dibuat dahulu bagi membina sekolah menengah Tingkatan 6, Bandar Sri Jempol dapat dilaksanakan dengan peruntukan yang disediakan sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, tanah telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri, sekarang ini telah sedia tapak tanahnya. Cuma saya minta sebahagian daripada peruntukan yang kita luluskan nanti diberikan untuk membina Sekolah Menengah Tingkatan 6 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan dengan konsep membina sekolah menengah tingkatan enam rendah dan atas dan membina asrama yang bersesuaian bagi membolehkan satu usaha bagi meningkatkan tahap dan juga pembelaan yang boleh kita beri kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6. Tuan Pengerusi, MBMMBI. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, penutur jati ini dapat memberikan sumbangan yang baik ataupun tidak terhadap usaha kerajaan bagi melatih anak-anak Malaysia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Dahulu kita bawa guru-guru Arab mengajar anak kita bahasa Arab. Akan tetapi akhirnya guru Arab pandai cakap Melayu, budak-budak Melayu tidak pandai cakap Arab. Saya bimbang kalau penutur ini tidak dijaga betul-betul, esok dia menguasai bahasa Melayu dengan baik. Akan tetapi anak-anak kita sepatutnya mendapat nikmat daripada pembiayaan yang besar, perancangan yang baik, tidak dapat meningkatkan kualiti bahasa Inggeris anak-anak Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya hendak mencadangkan kepada kementerian supaya tenaga-tenaga pakar dalam bidang bahasa Inggeris ini dapat digunakan untuk melatih guru-guru kita, guru bahasa Inggeris di setiap daerah supaya dia lahir guru-guru pakar dalam bidang bahasa Inggeris. Apabila penutur jati ini balik ke negara mereka, kita sudah ada guru-guru tempatan yang dilatih sampai ke tahap pakar yang akhirnya dapat memberikan sumbangan besar terhadap peningkatan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Dalam masa yang sama dia boleh menjadi pembimbing kepada rakan-rakan guru bahasa Inggeris yang lain supaya dapat dilatih lebih ramai lagi pada masa yang akan datang.
Masa Yang Berhormat sudah habis.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini saya sukalah tengok. Saya sebut sahaja, duduk. Yang Berhormat Ketereh.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 00201. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, bilakah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Peringat akan dilaksanakan. Tapak telah ada. Papan tanda dilarang menceroboh telah lama didirikan, cuma sekolah tidak muncul-muncul. Keduanya, Butiran 03504 - Ubahsuai Naik Taraf Sokongan Pendidikan. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mengarahkan agensi tertentu untuk merobohkan musollah di Sekolah Kebangsaan Bechah Keranji kerana telah terlalu uzur diserang anai-anai. Dibimbangkan akan ada murid yang tercedera atau terbunuh ditimpa bangunan ini. Lanjutan daripada itu, saya juga pohon sejumlah peruntukan disalurkan untuk pembinaan musollah baru dan sekarang ini murid-murid melakukan aktiviti solat dalam kelas yang mana terpaksa menyusun meja kerusi ke tepi dan tikar dihamparkan untuk melakukan aktiviti solat. Ketiganya soal Butiran 071700, B.41 dan 071800 - Bantuan Makanan Asrama dan Rancangan Makanan Tambahan. Kita mohon kementerian untuk menubuhkan satu pasukan penilai ataupun pemantau sama ada pengendali itu memenuhi syarat-syarat atau spesifikasi yang ditetapkan untuk hidangan makanan kepada murid-murid kerana kita tahu pengendali makanan ini biasanya terdiri daripada mereka yang berpengaruh. Kalau kerap sangat guru yang menegur atau tegur tidak kena, risikonya amat besar. Kadang-kadang guru tertukar ke sekolah lain. Akhir sekali soal 04600 - Sistem Pengkomputeran Sekolah yang mana kita mendapat rungutan daripada guru-guru apabila mengisi data murid-murid dan sampai ke peringkat untuk dihantar melalui internet, internet tidak dapat digunakan. Cuba tidak dapat. Cuba tidak dapat. Saya bimbang, takut jadi kita ini nafsu besar tetapi keupayaan tidak ada. Saya rasa itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Pengerusi, saya cuma mengambil peluang untuk menyebut perkara yang masih tidak disebut oleh mana-mana rakan-rakan Ahli Dewan. Perkara di bawah 11200 iaitu Auditan. Saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada setakat ini ada atau tidak pihak kementerian menganjurkan atau mengusahakan untuk mengemukakan satu pengauditan khusus tentang harta dan perolehan aset kementerian oleh kerana setiap tahun kita tengok tidak kurang daripada RM20 bilion. Sebagai contoh tahun ini kita ada RM37 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran, lebih daripada 13 peratus keseluruhan belanjawan yang agak besar walaupun untuk pembangunan hanya terhad kepada bawah daripada RM5 bilion tetapi accumulation daripada jumlah itu, saya rasa agak wajar kalau sekiranya kementerian ada satu kemampuan untuk menerbitkan satu laporan khusus berkenaan dengan perolehan aset dan juga tatacara pengendalian aset terutama apabila kita melihat net tangible asset di sesuatu kementerian itu agak mustahak kerana Kementerian Pendidikan adalah kementerian yang dikatakan sebagai ibu kepada segala kerjaya dalam negara kita adalah patut pada pandangan saya.
Saya hendak tanya ada atau tidak cadangan ini untuk dibawa kerana semakan saya menunjukkan bahawa kementerian telah mengadakan audit untuk 9,200 buah sekolah. Tahun lepas ada 9,000 dan tahun sebelumnya ada 8,000 lebih. Maksudnya ada peningkatan dalam proses ini tetapi mungkin hanya terhad kepada bidang-bidang tertentu. Bidang pentadbiran atau perolehan aset ini tidak ditekankan. Perkara 03900 bawah Pembangunan ada diletakkan bahawa kementerian membuat peruntukan untuk pembelian tanah pendidikan pelbagai negeri ada diletakkan RM148 juta dan keseluruhan peruntukan untuk RMKe-10 melebihi RM800 juta kalau mengikut pada catatan yang ada. Jadi, adakah perkara ini menjadi tumpuan kementerian Yang Berhormat untuk masa akan datang dan dijadikan satu peraturan wajib setiap tahun untuk mengemukakan net tangible asset dengan izin untuk menggambarkan keseluruhan perolehan kementerian. Terakhir iaitu berkenaan dengan kedudukan koperasi atau kedai-kedai runcit yang dibenarkan beroperasi di sekolah terutama sekolah menengah, sekolah rendah dan juga pra-sekolah. Sekiranya perkara ini diletakkan di bawah pentadbiran koperasi ditubuhkan saya hendak tahu sama ada kita akan mewujudkan satu peraturan khas apakah perkara yang dibenarkan dijual atau dipasarkan atau diadakan dalam kedai-kedai di sekolah ini. Adakah kementerian rasa perlu ada satu garis panduan yang khusus kerana kebelakangan ini banyak ditimbulkan berkenaan dengan ratio barang-barang atau item yang dijual itu yang langsung tidak ada kena mengena dengan pendidikan dan kebanyakannya boleh dikatakan menyumbang kepada pemakanan yang tidak baik dan juga tumpuan kepada pendidikan itu agak diverted, dengan izin, kerana barang-barang itu dianggap sebagai yang tidak langsung berkenaan dengan pendidikan di sekolah dibenarkan dijual di koperasi. Saya harap perkara ini ada satu penekanan dan satu garis panduan yang agak jelas di sekolah. Terima kasih Tuan Pengerusi...
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bukan pada Padang Terap?
Saya ingin merujuk kepada...
Yang Berhormat. Padang Terap Yang Berhormat.
Padang Terap?
Padang Terap.
Sekejap Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi. Tiga perkara saya ingin bangkitkan dalam Kementerian Pelajaran ini. Pertama, berkaitan dengan 030100 dan 040100. Berkaitan dengan isu penempatan bagi mahasiswa-mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu 5,000 mahasiswa ijazah sarjana muda yang merasakan mereka ini dianaktirikan oleh pihak kementerian. Saya hendak bercakap bagi pihak bakal-bakal guru ini. Saya difahamkan sekarang mereka sedang berdemonstrasi di depan VC UPSI untuk menuntut tempat yang mereka dijanjikan sebelum daripada hari ini. Sekarang mereka demonstrasi di UPSI. Jadi, minta perhatian kepada Timbalan Menteri ataupun Menteri untuk melihat isu ini kerana ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran yang mencadangkan agar mahasiswa UPSI untuk mencari kerja yang lain. Bagi saya ini satu penghinaan kepada golongan graduan yang berada di peringkat ijazah pendidikan yang katanya mereka sedar bahawa ada keutamaan lain bagi pihak kementerian yang sekarang ini. Ada kenyataan yang dibuat oleh kementerian juga yang mengatakan bahawa penyerapan GSTT akan dibuat terlebih dahulu sebelum daripada diambil bakal-bakal graduan yang berada dalam ijazah pendidikan ini.
Kemudian yang kedua, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian dalam butiran yang sama berkaitan dengan adakah pihak kementerian akan memberikan peluang untuk menyediakan pembantu guru terlebih dahulu. Bukannya dengan melaksanakan sembilan jam. Ini merupakan satu tindakan untuk men’tikus putih’kan guru-guru bagi saya. Saya mengharapkan dengan suara guru-guru di peringkat grassroot.
Seterusnya Butiran 020100 – Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Saya ingin menyentuh tentang statistik keciciran 800,000 kanak-kanak yang tidak mengikuti persekolahan di peringkat menengah daripada tahun 2006 hingga tahun 2010 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan kepada Yang Berhormat Rasah pada 10 Oktober 2011 dalam Dewan ini. Jadi saya ingin bertanya, penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) yang ditubuhkan di peringkat sekolah, pejabat pelajaran daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan KPM, sejauh manakah hasil siasatan jawatankuasa ini? Bagaimanakah kementerian daripada tahun 2006 hingga 2010 tidak mampu untuk menyediakan data pelajar tercicir ini? Ini bagi saya satu kegagalan yang perlu kita perbaiki. Satu lagi ialah yang berkaitan dengan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Kita hanya 29.7 peratus. Ini berbanding dengan Korea Selatan sebanyak 96 peratus, bahkan Brazil pun 30 peratus, Argentina 68 peratus. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian boleh meningkatkan lagi peratusan ini yang bagi saya cukup mengecewakanlah iaitu hanya 29 peratus yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Butiran 030100, juga saya ingin sentuh sedikit tentang pembekuan pelantikan ke gred DG41 bagi guru PJJ juga DGA29. Adakah benar berlaku pembekuan terhadap jawatan-jawatan ini? Minta kementerian untuk menjelaskannya. Satu lagi butiran Tuan Pengerusi, ialah Butiran 072600 – Program Susu 1Malaysia. Saya mendapat jawapan dari pihak kementerian berkaitan dengan keracunan yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Tanduk Besar, Padang Terap. Jawapan kementerian mengatakan bahawa dalam siasatan yang dibuat, KPM mendapati keracunan tersebut bukan berpunca daripada susu yang dibekalkan. Ujian yang dibuat ini terhadap sampel susu itu adalah negatif. Akan tetapi baru-baru ini, berlaku lagi di Sekolah Seri Bakti, Kampung Rambutan di Kuala Nerang, di mana seramai 24 orang murid yang meminum susu ini juga dimasukkan ke dalam hospital, di mana seramai lapan orang terpaksa masuk wad. Jadi bagi saya ada sesuatu yang tidak kena terhadap susu 1Malaysia ini. Saya minta disiasat siapakah yang membekalkan susu ini dan bagaimanakah susu ini disimpan. Bahkan, ada laporan daripada sekolah-sekolah mengatakan bahawa susu ini diberikan kepada semua pelajar. Hal ini berkaitan dengan kesihatan pelajar-pelajar ini, ada lapan orang yang dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang. Akan tetapi dalam jawapan yang bagi saya adalah kurang berhati-hati, kerana di dalam mesyuarat yang kami adakan dengan ibu bapa dan guru, semuanya menunjukkan bahawa akibat daripada meminum susu ini. Pelajar yang tidak minum susu 1Malaysia ini selamat. Akan tetapi yang minum tidak selamat. Jadi saya meminta supaya pihak kementerian untuk membuat suatu keputusan. Saya ingat tarik baliklah kalau susu ini tidak berapa hendak baik pada kesihatan murid-murid. Saya bimbang sebenarnya. Jadi Tuan Pengerusi...
Masa pun sudah habis juga Yang Berhormat.
Masa sudah habis? Ada satu sahaja, sedikit sahaja Tuan Pengerusi, iaitu berkaitan dengan sekolah. Satu sekolah menengah di Bukit Nyamuk. Belum ada sekolah menengah di sana, di Kuala Nerang. Mereka terpaksa jauh datang dari Bukit Nyamuk. Keduanya, sekolah di Bukit Gedung di Kuala Nerang dan satu lagi sekolah di U10 Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam minta supaya cakapkan juga dan dimasukkan sebahagian ucapan dia. Jadi tidak payahlah bercakap lagi dalam ini. Ini kerana mereka terpaksa cross daripada U10 itu untuk pergi ke TTDI itu jauh. Jadi saya minta supaya pihak kementerian mempertimbangkan tiga buah sekolah itu tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ahli Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 - Dasar dan Pembangunan Pendidikan dan Butiran 030000 - Operasi Pendidikan. Tuan Pengerusi, saya bersependapat dengan rakan-rakan sebelum ini yang mengatakan sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan dan mementingkan keputusan peperiksaan. Memang kita dapat lihat gejala yang amat ketara, misalnya kedudukan sekolah itu. Biasanya ia dinilai berlandaskan prestasi dalam peperiksaan awam oleh jabatan pendidikan. Begitu juga kedudukan PPD ataupun Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) juga dilihat dari segi prestasi dalam peperiksaan awam sekolah-sekolah yang di bawah jagaannya. Kebolehan pelajar kita juga dalam mencapai kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal tidak digalakkan dengan secukup-cukupnya. Baru-baru ini Tuan Pengerusi, Majlis Perhubungan Guru Sarjana di kawasan saya telah mengadakan satu penyelidikan di dalam 33 buah sekolah menengah. Penyelidikan ini untuk mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi keberhasilan pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah menengah. Dapatan penyelidikan itu menunjukkan bahawa faktor-faktor terutama yang mempengaruhi keberhasilan pengajaran dan pembelajaran ialah budaya sekolah. Saya ingin tahu, apakah kementerian memberi perhatian kepada kemampuan seseorang guru besar dalam mewujudkan budaya sekolah yang kondusif kepada pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan kritikal dan mampu menambahbaikkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah khususnya dalam pelantikan guru besar? Kemampuan mewujudkan budaya sekolah yang cemerlang ini perlu diambil perhatian dan dianggap sebagai satu faktor yang penting. Itu cadangan saya. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Putatan dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sempat juga berucap, sebab baru lepas mesyuarat tadi. Saya berdiri untuk satu tujuan, Tuan Pengerusi. Saya ingin merekodkan ucapan terima kasih saya kepada pihak kementerian terutama sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Batu Pahat yang telah berjanji dengan saya untuk sama-sama merasmikan bilik sekolah baru di Pulau Sepanggar. Akan tetapi malangnya, saya tidak ada kena panggil/kena jemput Tuan Pengerusi. Akan tetapi terima kasihlah kerana dapat melaksanakan apa yang harus dilaksanakan walaupun pada ketika itu kita telah membuat secara gotong-royong. Satu butiran sahaja Tuan Pengerusi. Satu tumpukan pada satu butiran dan kalau ada masa saya pergi ke butiran yang lain. Bagi Maksud P.41, Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, yang berjumlah lebih daripada setengah bilion ringgit. Jadi saya mahu juga tidak ketinggalan daripada peruntukan ini kepada sekolah- sekolah di kawasan saya terutama sekali mulai daripada Sekolah Agama Sembulan, SMK Sanzac, SMK Stella Maris, Sekolah Menengah La Salle, SMK Putatan, SMK Tansau dan sekolah-sekolah di peringkat SRK, daripada SK Sembulan, SK Pulau Gaya, SK Sepanggar, SK Stella Maris, SK Sacred Heart kalau boleh, SK Petagas, SK Putatan, SK Hwa Shiong, SK Tombovo, SK Tansau dan juga sekolah di kawasan kem Lok Kawi. Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi juga harus diberi perhatian dalam peruntukan ini.
Minta kalau ada sebahagian daripada peruntukan ini dibelanjakan di Putatan terutama sekali di Sekolah Tanjung Aru yang telah pun dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa sesuatu perkara yang harus dilaksanakan terutama sekali memperbaiki bangunan-bangunan yang sudah uzur dan terutama sekali pembinaan infrastruktur sekolah yang mana terdapat perparitan itu yang selalunya air bertakung yang mana nyamuk- nyamuk membiak dan menggigit kaki-kaki dan tangan-tangan murid-murid sekolah sampai bengkak.
Ini saya melihat sendiri dan saya harap pihak kementerian dapat tangani dengan serius kerana kesihatan murid-murid sekolah. Juga sekolah SK Tombovo saya baru-baru ini di telefon malam semalam oleh seorang Pengerusi PIBG SK Tombovo. Ini yang mana penimbusan tanah sekeliling sekolah itu telah menyebabkan kawasan sekolah banjir. Jadi mohon daripada pihak kementerian supaya melihat ini supaya tempat itu padang terutama sekali tidak bertakung. Apabila hujan kasut-kasut, stoking-stoking murid-murid sekolah itu basah. Jadi saya harap dapat melihat soal perparitan sekolah SK Tombovo dan SK Tansau juga sebegitu juga keadaannya. Satu lagi Butiran 03900 – Pembelian Tanah. Saya sudah menyentuh perkara SMK Pulau Gaya ini tidak mempunyai padang. Baru-baru ini sekolah ini ada lima bilik darjah terbakar. Saya mahu tanya pihak kementerian apakah kesudahan bilik komputer yang mana apabila berlaku kebakaran hanya beberapa komputer sahaja yang tinggal untuk menunggu bilik komputer itu disiapkan. Akan tetapi malangnya komputer itu yang dilaporkan banyak hilang daripada store room sekolah itu. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian supaya perkara yang kehilangan komputer-komputer sekolah yang tidak dapat dilaksanakan berapa kerugian pihak kementerian terhadap komputer- komputer yang mana bilik komputer tidak dapat diwujudkan. Saya ingin juga menyentuh soal Butiran 01300 - Pendidikan Khas. Saya baru ke Kuala Lumpur dan saya happened to be traveling with one hakim yang mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya membuat satu study centre pada setiap kampung yang akan dilaksanakan oleh jawatankuasa kepada NGO. Kenapa kementerian tidak melibatkan NGO tentang persekolahan, pendidikan murid-murid terutama sekali di kawasan kampung. Ia bercadang supaya satu study centre di mana ada jawatankuasa di mana cendekiawan di kampung itu boleh membantu untuk menjaga murid-murid yang belajar malam ini supaya membuat satu bimbingan terhadap apa jenis perkara, subjek- subjek yang ingin diketahui oleh murid-murid sekolah itu dengan bantuan daripada penduduk-penduduk kampung. Oleh sebab kampung ini terdiri juga ada doktor, ada guru yang mahir, ada engineer dan sebagainya yang boleh membantu dalam bentuk matematik, sains dan sebagainya. Di mana boleh membimbing sampai sesuatu jam pada setiap malam. Tempat ini tidak perlu disediakan dengan aircond, sediakan kipas sahaja di mana budak pun tahu duduk, boleh dibimbing boleh dikontrol oleh jawatankuasa kampung ini. Jadi saya mohon kalau ini boleh diwujudkan oleh pihak kementerian pihak NGO dapat membantu selain daripada PIBG setiap kampung. Tempat ini bukan mahal mungkin setakat RM30,000 satu tempat. Jadi inilah kita galakkan penglibatan daripada NGO. Ini satu cadangan yang baik daripada seorang hakim. Hakim itu happened to be my, saya punya sepupu. Jadi itu satu pendapat yang paling baik. Saya mengharaplah betul oleh kerana pihak kementerian ini memang betul-betul prihatin dengan sekolah-sekolah di luar bandar dan kita juga jangan lupa sekolah-sekolah mubaligh Yang Berhormat Menteri. Walaupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Siong telah pun dibagi RM200,000 pada satu ketika pada tahun yang lalu. Terima kasih banyak, Board of Director Hwa Siong mahu saya extend terima kasih kepada pihak kementerian. Walau bagaimanapun hutang Lembaga Sekolah Hwa Siong ini masih berhutang RM870,000 daripada pembekal-pembekal dan binaan apabila penyiapan sekolah bangunan baru.
Saya harap nanti suatu hari nanti Yang Berhormat Menteri dapat melawat kawasan saya dan saya tunjukkan permohonan sudah dilaksanakan. Akan tetapi masalah dia masih berhutang dan saya mengharap kerajaan dapat membantu untuk membayar sedikit daripada hutang yang belum diperjelaskan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya Yang Berhormat Menteri sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pelajaran saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Sebelum pihak kementerian menjawab secara spesifik isu-isu mengikut butiran yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat izinkan saya di sini untuk menerangkan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen sebelum bermulanya perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ingin saya mengatakan di sini bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia tidak berhasrat dan tidak pun pernah hendak membelakangkan Parlimen. Apa yang kita lakukan ini ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini setelah pembentangan Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selepas itu kalau apa yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebelum ini ialah proses dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara. Kemudian sampailah untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong. Itu melengkapkan satu proses di mana rang undang-undang itu diwartakan. Jadi dalam konteks ini setelah Kementerian Pelajaran telah mendapat peruntukan yang dijanjikan pada 2012 dan melihat realitinya. Apabila pemberian RM100 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini adalah untuk bertujuan membantu ibu bapa untuk meringankan beban mereka sebelum bermulanya sesi persekolahan pada tahun hadapan. Jadi ini adalah realitinya. Setelah Dewan yang mulia ini meluluskan di peringkat dasar pada 1 November dan perbincangan secara mendalam antara Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Kewangan. Bagaimana kita boleh melihat kemungkinan untuk kita menyalurkan peruntukan kepada setiap pelajar seperti mana yang telah dijanjikan tanpa mengganggu gugat prosiding yang ada di Parlimen ini. Selepas itu perbincangan telah dibuat secara mendalam dan satu rumusan telah dicapai iaitu apa yang telah dilaporkan dalam media selama ini, pada minggu lalu, sehinggalah hari ini ialah pemberian wang RM100 kepada setiap pelajar seramai 5.3 juta ini adalah menggunakan peruntukan sedia ada dalam Kumpulan Wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan pada tahun 2011 untuk digunakan bagi menampung pembayaran bantuan persekolahan RM100. Apa Yang Berhormat Ipoh Barat sebutkan itu betul. Sekiranya kita mengeluarkan wang untuk tahun hadapan ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi apa yang kita lakukan kita mencari kaedah gunakan duit yang sedia ada dan dengan kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara dan juga Kementerian Kewangan. Maka satu persetujuan dan satu kelulusan telah diberi dengan mewujudkan Akaun Amanah dan ianya adalah menggunakan wang semasa. Bukannya mendahulukan wang untuk tahun hadapan. Jadi saya kena jelaskan kepada Yang Berhormat apa yang menjadi keraguan, kerisauan Yang Berhormat. Kementerian Pelajaran menghormati apa yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi saya ingin mengatakan di sini semasa...
[Bangun]
Biar saya habiskan dahulu tidak apa nanti saya beri benarkan Yang Berhormat mencelah.
Semasa perbahasan dasar nampaknya saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat termasuk dari pembangkang juga menyuarakan sokongan untuk kita meringankan beban ibu bapa pelajar. Kaedahnya bagaimana kita hendak beri? Itu adalah satu soal pokok yang perlu kita selesaikan.
Kita sedar bahawa bagi mana-mana keluarga yang mempunyai lima atau enam orang anak yang bersekolah, mereka menghadapi kesengsaraan selepas iaitu sebelum mulanya sesi persekolahan tahun depan. Jadi, sesi persekolahan tahun depan bermula pada 2 Januari. Maka, untuk mendapatkan perkenan, saya rasa itu mungkin awal tahun hadapan untuk melengkapkan semua proses. Jadi, manusia ini kita kena berikhtiar bagaimana kita membantu menyelesaikan masalah ini dan dengan adanya kelulusan daripada Treasury ataupun Perbendaharaan, pihak Kementerian Pelajaran telah pun diberi kelulusan untuk menggunakan wang semasa. Jadi, saya berharap perkara ini tidak lagi menjadi satu isu dan kononnya kementerian ini dikatakan membelakangkan Parlimen. Jadi, kami tetap menghormati, sebab itulah kita mencatatkan satu per satu pandangan dan juga mungkin pendapat yang berlainan daripada pihak pembangkang. Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang yang membangkitkan perkara ini. Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak semasa perbahasaan di peringkat dasar pun kami telah mendengar dengan jelas berapa kekhuatiran oleh Yang Berhormat termasuk di sini dan di sana juga. Termasuk Yang Berhormat Tawau, bilakah duit ini akan diberikan. Jadi, itu yang menjadi asas pertimbangan bagaimana kita hendak membantu mereka. Apabila sudah buka sekolah nanti, duit tidak ada pada ibu bapa, ianya menjadi satu masalah kepada mereka. Bagi mereka yang betul-betul kurang berada, mereka mendahagakan bantuan daripada kerajaan. Jadi, nampaknya penerimaan masyarakat terhadap apa yang diumumkan itu sangat baik. Kita berikan, tidak memilih fahaman politik. Malahan penyokong pembangkang, penyokong kerajaan pun, kalau anak mereka bersekolah, kita bagi. Kita bagi option kepada mereka, pilih sama ada terima atau tidak. Maka, ini buka pilih kasih, kita buat sejagat kepada semua pelajar. Saya berharap dengan adanya penerangan ini ianya dapat menunjukkan keadaan dan bolehlah saya meneruskan perbahasan. Sekiranya ada celahan, saya akan sedia mendengar. Terima kasih.
Terima kasih Tuan pengerusi. Sedikit. Saya rasa ini adalah afterthought lah. Selepas kami membangkitkan perkara di mana wang digunakan dari Bajet 2012 dan satu alasan yang baru di cari tetapi tidak apa, itu tidak kisahlah. Untuk saya, saya rasa yang mustahak adalah anak-anak kita. In principle, pembangkang, parti Pakatan Rakyat sokong penuh-penuh tetapi asasnya kita mahu. Nombor satu, kalau kita tengok dari surat khabar, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh nafikan kerana ada ahli-ahli politik MCA yang tidak dipilih, bukan Ahli Parlimen, ADUN tetapi tidak pergi ke sekolah untuk memberi wang-wang tersebut. Dalam ucapan mereka mengatakan ini adalah wang ihsan, wang dari Bajet 2012 dan sebagainya. Itu satu kesilapan, that is no afterthought. Ini patut diberitahu kepada pihak-pihak berkenaan. Itu nombor satu. Nombor dua Tuan Pengerusi, saya hendak tahu, adakah pemberian ini, pemberian RM100 ini akan dibuat setiap tahun atau one-off. Bukan macam negeri Pulau Pinang di mana dia memberi setiap tahun RM100, kita copy-catlah, Barisan Nasional copy-cat. Akan tetapi tidak apa ini semua you boleh, no infringe of trademark. You boleh pakai, tidak apa. Ini untuk kebaikan masyarakat, kita sokong. Akan tetapi yang mustahak adakah ini one-off sahaja dan boleh saya cadang kita naikkan the amount yang diberi RM100 ini is a very token amount. Sebenarnya, kita patut dapat tahu siapa yang betul-betul perlu wang tersebut, mungkin kita boleh meningkatkan, mungkin lagi enam bulan dari sekarang kerajaan patut fikir untuk memberi lagi pertolongan. Bolehkah ini diminta. Terima kasih.
Menteri boleh lagi sini? Sebelah sini pula.
Terima kasih. Saya rasa Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkit satu isu yang sangat relevan. Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan pemberian oleh kerajaan kepada pelajar. Ini tidak kira fahaman politik. Yang Berhormat secara rasional bertanya sama ada bantuan ini akan diberi pada tahun depan. Ini bergantung kepada keadaan kewangan, situasi kewangan. Kedua, pada kali ini juga oleh kerana kita memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada hendak terima atau tidak. Ini bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada merasakan dia banyak membayar cukai dan kali inilah dia hendak dapat rebate balik. Ini mungkin ada pandangan itu. Yang kedua, ada yang katakan tidak apa. Biar saya pulangkan kepada kerajaan, mungkin ada saving dan kita akan melihat berapa kuantumnya yang dapat kita terima dan berapakah yang sepatutnya kita bagi. Jadi, dari situ kita boleh membuat satu anggaran dan saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan yang prihatin tentang kesengsaraan rakyat, perkara ini akan diberi pertimbangan sewajarnya. Saya hanya boleh memaklumkan kepada Dewan ini apa yang telah diberikan kepada Kementerian Pelajaran dan apa yang boleh kita bagi berdasarkan kepada apa yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan. Ya, ini saya terpaksa...
[Bangun]
Menteri.
Minta penjelasan.
...Jelaskan daripada konteks Kementerian Pelajaran sahaja.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Belud dulu.
Timbalan Menteri minta penjelasan, sini.
Satu-satu.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Semalam saya mendengar dengan teliti hujah daripada pihak pembangkang terutamanya yang berkelayakan ataupun mempunyai background peguam mempertikaikan keputusan kerajaan untuk membayar RM100 ini. Akan tetapi apabila dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri dengan begitu baik sekali, saya dengar juga rakan kita bangun untuk mencelah. Saya tidak lagi dengar hujah perundangan, yang saya dengar adalah hujah politik.
[Bangun]
Di situ maknanya saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri kerana mematahkan hujah yang begitu lemah daripada mereka. Hari ini mereka berdiri sekali lagi ini dan mempertikaikan pula dengan menggunakan alasan politik. Itu sebabnya saya katakan hujah mereka baik dari segi perundangan, baik dari segi politik dan perikemanusiaan itu telah dapat dipatahkan. Saya minta kita sama-sama, let’s kalau kita mahu mendebatkan sesuatu hanya untuk kepentingan politik, I think there are limits, dengan izin. Terima kasih.
Yang Berhormat buat apa. Jangan putar belitkan perkaralah. You know very well. Asas undang-undang di mana saya membawa 141...
Minta penjelasan.
...Perkara 104 dan sebagainya. You know. Do not twist and turn.
Yang Berhormat Klang.
Yang Berhormat, saya rasa mungkin adalah langkah wajar kalau saya benarkan Yang Berhormat Batu Gajah kerana beliau juga membangkitkan..
Bukan sahaja Yang Berhormat Batu Gajah.
...Dan sebahagian pun saya terangkan dengan jelas.
Klang juga.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat tadi ada menyatakan tidak pernah mahu membelakangkan Parlimen dan juga telah membincangkan perkara ini dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, berkenaan peruntukan ini untuk membantu ibu bapa. Kita tidak nafikan, saya juga sokong bantuan RM100. Akan tetapi Yang Berhormat, bukankah pada bulan Jun tahun ini kita diminta untuk meluluskan perbelanjaan tambahan, perbekalan tambahan untuk Kementerian Kewangan, untuk Jabatan Perdana Menteri, untuk Kementerian Pelajaran. Jadi Yang Berhormat, di sini memaklumkan kita mempunyai excess tetapi yang diperlukan untuk bantuan RM100 ini melibatkan peruntukan RM530 juta menurut laporan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya sukar hendak menerima Yang Berhormat kata ada wang excess padahal bulan Jun, Parlimen diminta untuk perbelanjaan tambahan diperuntukkan. Mungkin Yang Berhormat boleh memperjelaskan perkara ini.
Terima kasihlah Yang Berhormat, afterthought kah, after talk kah? Saya hendak terangkan, oleh kerana saya menghormati peraturan mesyuarat. Apabila Yang Berhormat bersuara, saya duduk diam-diam, saya tidak boleh jawab. Itu bukan giliran saya menjawab. Jadi, apabila saya menjawab, inilah floor saya dan inilah peluang saya untuk menjelaskan sejelas-jelasnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Yang pertama, Yang Berhormat kata kita ada supplementary budget pada Jun. Apa yang perlu saya terangkan pada Dewan yang mulia ini ialah apa yang saya katakan tadi, Kumpulan Wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan 2011 adalah akaun semasa. Pada waktu yang sama saya ingin mengatakan bahawa Kumpulan Wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Jadual Kedua mengikut seksyen 10(1a), Akta Tatacara Kewangan 1957. Jadi, dari segi mengikut lunas undang-undang, ia adalah sahih. Jadi, mungkin Yang Berhormat sekarang baru sedar, tidak apa. Biar kita menganggap ini sebagai satu proses untuk belajar. Kerajaan Pusat memang berpegang kepada prinsip, kita kena mengikut lunas undang-undang. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tentang siapa yang hadir nanti, dalam perbahasaan satu per satu saya akan jawab nanti saya tidak akan lari dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tidak ada masalah. Okey, saya rasa dua Ahli Yang Berhormat yang bangkitkan soal pokok ini, biar saya terangkan.
Bukan, saya ada isu yang lebih pokok lagi.
Tuan Pengerusi...
Ya, tidak apa Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya adalah pendek. Soalan saya adalah pendek.
Yang Berhormat, bukan. Saya perhatikan, saya duduk di sini semalam pukul 8. Selepas Maghrib di sini, kita dengar dua orang merupakan jurucakap utama dan saya menjawab pukul...
Minta maaf Yang Berhormat Menteri, saya sudah Twitter semalam, dua kali Twitter. Pagi ini sudah Twitter.
Tidak apa Yang Berhormat. Saya akan terangkan apa yang...
No, no actually very important question. Mengenai isu bajet dan answer Yang Berhormat Menteri. So, please answer my question.
Yang dalam bajet ini. Yang Berhormat boleh mencelah. Sekejap. Biar saya masuk itu baru mukadimah Boleh saya menjawab? Ada 42 orang Ahli Parlimen yang perlu jawab.
Ya, ia berkenaan dengan isu yang sama.
Isu yang sama.
Yang Berhormat Menteri, undang-undang RM100. Saya mahu beri pandangan saya. Saya rasa secara prinsip ini tidak betul kerana walau bagaimanapun Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskannya pun ia tidak mengikut prosedur undang-undang. Walaupun ia boleh diterima kerana asasnya hendak beri bantuan sebelum sekolah dibuka lagi. Ini mungkin kita boleh terima tetapi ini secara prinsipnya adalah salah. Umpamanya, sekiranya Yang Berhormat diberi amanah untuk menjaga satu petty cash, sekiranya Yang Berhormat tidak ada duit sekarang untuk makan atau pun sekarang tidak ada duit, mungkin boleh ambil duit petty cash ini, makan dahulu kerana esok atau lain kali masuk balik. Akan tetapi ini dari segi undang-undang memang tidak betul.
Yang Berhormat, saya faham. Biar saya terangkan.
Bukan, bukan, biar saya habiskan. Dari segi pendidikan, kita suruh pelajar-pelajar kita, anak-anak kita bahawa kita mesti jujur, kita mesti mengikut undang-undang, mengikut prosedur. Jadi, saya rasa ini amat penting untuk menunjukkan teladan, menunjukkan mengikut action dan bukan bercakap sahaja.
Datuk...
Ini sahaja yang saya hendak cakapkan.
Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat ada pengumuman. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin maklumkan keputusan pemilihan IPU yang dikendalikan tadi Ahli-ahli Parlimen yang berjaya dipilih untuk menduduki ahli Jawatankuasa IPU Malaysia terdiri daripada Ahli Parlimen Padang Rengas, Ahli Parlimen Tambun, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Ahli Parlimen Beluran, Ahli Parlimen Pokok Sena, Ahli Parlimen Tenggara dan juga Ahli Parlimen Serian. Terima kasih.
Boleh Yang Berhormat?
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tidak membenarkan pencelahan sebab saya benarkan dua orang yang mula sebagai jurucakap, saya jawab satu persatu dan Yang Berhormat Bukit Mertajam pun saya sudah bagi peluang untuk bercakap. Biarlah saya menjawab Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya pun...
Andaian. Sekejap, sekejap. Yang Berhormat ada peluang, saya tidak akan lari.
Yang Berhormat Menteri, saya ada di sini semalam. Semalam saya ada di sini.
Dalam soal ini saya hendak cakap andaian Yang Berhormat itu tidak tepat yang mengatakan suruh anak kita jujur. Kalaulah kita ada RM100, sekarang ada simpanan RM20. Kalau kita bayar pada seorang jiran RM10, gunakan peruntukan yang kita hendak bagi sekarang salahkah? Kalau tahun depan saya hendak bagi RM120, saya tidak pakai lagi duit RM120. Inilah andaian secara mudah ya. Jadi, Yang Berhormat kata kita tidak amanah, tidak jujur itu, itu tidak menunjukkan teladan yang tidak baik. Saya rasa ini adalah tuduhan liar.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyokong, saya ingin menyokong. Boleh saya beri pandangan untuk menyokong.
Yang Berhormat Menteri.
Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat, saya minta. Tuan Pengerusi, izinkan saya terus dengan soalan.
Ya baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Sebab saya banyak sangat, ada tiga jilid ini. Saya hendak habiskan.
Tuan Pengerusi, mengenai...
Okey, tidak apa Yang Berhormat.
Bukan, saya hairan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan lagi Yang Berhormat.
Jumlah RM550 juta ada di simpanan, akses wang dengan kerajaan untuk menyalurkan wang ini kepada...
Apa masalahnya?
Itu lah yang saya katakan mengikut undang- undang tidak betul.
Tidak jadi masalah, tidak ada pelanggaran... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, saya teruskan Yang Berhormat.
Isu ini telah diperuntukkan tetapi plan itu belum diluluskan oleh Parlimen.
Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat duduk dahulu.
Belum diluluskan oleh Parlimen, maka is illegal.
Saya minta Yang Berhormat tidak betul. Yang Berhormat rujuk apa jawapan yang telah saya kemukakan.
Yang Berhormat Menteri.
So, carry on the question.
Yang Berhormat, rujuk apa jawapan yang telah saya kemukakan. Saya teruskan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan dalam mana-mana bajet sebelum ini... [Dewan riuh]
Ada dua komponen. Satu kumpulan peruntukan, satu plan. Walaupun ada peruntukan tetapi plan belum lulus.
Yang Berhormat ini barulah, ini dijadikan kerajaan...
Kalau plan Yang Berhormat lulus dahulu, it is illegal..
Mesti dibangkitkan tentang beberapa buah sekolah...
...Sudah 50 tahun.
Duduklah.
Dibangkitkan tentang beberapa buah sekolah yang perlu perhatian dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
This is illegal. Apa.... masih Parlimen. Ini tidak hormat Parlimen.
For 50 years, 50 years.
Apa ini?... Bapak punya wang kah itu?
For 50 years.
Yang Berhormat
Yang Berhormat. Tuan Pengerusi ...
Pagi ini dekat Klang MCA bagi wang kepada rakyat katakan ambil wang ini... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri kita bagi Yang Berhormat Klang untuk penjelasan.
You jawab soalan sayalah, you jawab soalan saya lah.
Saya hendak tanya Yang Berhormat...
Yang Berhormat, Yang Berhormat ...
Peruntukan pada plan belum lulus.
Saya pun hendak tanya.
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
This is not illegal.
Yang Berhormat
You bring to the court... [Dewan riuh]
Ada baiknya Yang Berhormat Timbalan Menteri beri peluang untuk penjelasan... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan lagi Yang Berhormat.
You... [Dewan riuh]
Sebab itu Yang Berhormat Menteri patut bagi peluang bagi mengelakkan timbul perkara ini.
You are...
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat bertenang lah.
Still illegal. Can you answer my question?
Apalah.
Inilah masalahnya. Tuan Pengerusi, tidak ada salah kita bagi penjelasan, tidak ada salah... [Dewan riuh] Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Oh Selangor boleh buat, kita tidak boleh... [Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat ...
Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Dewan riuh]
Bukan pencuri, perompak, penyamun lagi.
Tuan Pengerusi,
Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya tidak mahu.
Yang Berhormat, saya mohon izin untuk meneruskan...
Saya rasa lagi baik Yang Berhormat Timbalan Menteri ...
Jawapan-jawapan kepada 42 orang...
Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya bagi peluang untuk minta penjelasan. Kalau tidak plan yang sama juga akan timbul.
Plan ini belum diluluskan. Kalau plan belum diluluskan, ia illegal.
Yang Berhormat, saya tidak boleh paksa Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kata dia tidak bagi jalan, tidak boleh.
Hanya ada perompak sahaja.
Yang Berhormat, ini baru hendak mula.
Ya, saya tahu tetapi saya merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk beri peluang. Kalau tidak perkara yang sama akan timbul juga.
Tidak apa, tidak apa. Nanti masa hendak menjawab itu, hendak mencelah itu boleh sebab apa-apa tuduhan saya akan jawab satu persatu. Ada masa.
Ini perkara yang sama, ini perkara yang sedang.
Ya, baik Yang Berhormat. Tidak payahlah bertelagah.
Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri berpindah sebenarnya saya hendak tanya perkara yang mudah sahaja.
Tidak Yang Berhormat, saya hendak teruskan sebab...
Perkara ini mudah sahaja.
Sebab saya kena habiskan jawapan setebal 5 cm.
Yang Berhormat Menteri takut jawab kah atau tidak mahu jawab?
Cuma hendak tanya sama ada...
Sebagai wakil kementerian yang bertanggungjawab saya perlu jawab setiap satu ini Yang Berhormat ya. Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut berkenaan dengan kumpulan wang...
Yang Berhormat Bintulu telah membangkitkan ...
Tuan Pengerusi, ini lyer tidak mahu jawab... [Dewan riuh]
Tidak Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak hendak bagi jalan Yang Berhormat.. [Dewan riuh]
Kumpulan wang dari Disember 2010 ...
Satu peruntukan, satu plan. Plan yang belum diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Kalau belum diluluskan, tidak... [Dewan riuh]
Kumpulan Wang Pendidikan. Boleh saya tanya Tuan Pengerusi?
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Tolong buat ruling lah Tuan Pengerusi.
Ya, ya saya tidak benarkan pencelahan begini Yang Berhormat dan ini di luar Peraturan Mesyuarat.
Tuan Pengerusi, buat ruling.
Answer the question.
Tidak boleh, saya tidak boleh paksa. Yang Berhormat Menteri kata dia tidak bagi jalan. That is what the standing order says.
Tuan Pengerusi, ini bukan isu main- main. Saya bangkitkan isu yang penting.
Tahu, tahu.
Tuan Pengerusi.
Ada dua aspek saya sebutkan sekali lagi, ada dua aspek. Kalau tidak faham minta...
Ya, teruskan Tuan Pengerusi.
Saya rasa saya sudah jawab dua orang yang sebagai jurucakap telah saya jawab dan izinkan saya teruskan dengan jawapan.
Baik Yang Berhormat.
Baru hendak mulakan dengan orang yang pertama.
Saya hendak minta pengesahan sahaja. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk kepada Kumpulan Wang Pendidikan.
Yang Berhormat Bintulu telah membangkitkan dua buah sekolah. Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Muhammad Bintulu yang telah dilawati pada 10 Disember 2010.
Mesti jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Bangunan kayu dan lantainya pecah dan mohon perhatian Kementerian Pelajaran.
Saya cuma hendak tanya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini...
Sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap tentang Kumpulan Wang Pendidikan. Itu sahaja. Saya hendak penjelasan RM350 juta yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk kepada Kumpulan Wang Pendidikan sebagaimana ucapan mula- mula tadi.
Yang Berhormat boleh rujuk balik apa yang saya cakap dalam Hansard. Saya terangkan setiap perkataan, saya baca dengan jelas. Itu saya hendak Yang Berhormat baca balik.
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak sebut di sini.
Yes.
Rujukan saya Kumpulan Wang Pendidikan cuma ada RM410,000 sahaja, tidak sampai RM1 juta pun. Sekiranya Timbalan Menteri mengatakan ada peruntukan yang lain...
Yang Berhormat, saya hendak teruskan ini Yang Berhormat...
Ada peruntukan yang lain, bermakna bukan peruntukan bawah kementerian Yang Berhormat, itu sahaja.
Ini mengelirukan Dewan...
Wang itu bukan peruntukan melalui kementerian Yang Berhormat, bukan! Bermakna perbelanjaan yang disalurkan kepada murid sekolah RM100, sebenarnya tidak melalui kementerian Yang Berhormat, itu sahaja.
Yang Berhormat, saya sudah terangkan tadi, saya rasa saya tidak perlu tokok tambah lagi, ya? Biar saya teruskan
Tajaan RM100, bukan daripada kementerian Yang Berhormat...
Duduk Yang Berhormat...
Untuk Sekolah Orang Kaya Muhammad, Bintulu, kementerian mengambil perhatian tentang...
Tuan Pengerusi, ini tidak masuk akal... [Dewan riuh]
Ini mengelirukan Dewan... [Dewan riuh]
Ini persoalan pokok yang harus dijawab.
Laporan audit fizikal belum lagi dimuktamadkan...
Jawapan ini mengelirukan Dewan saya kata.
Yang Berhormat Indera Mahkota dan Klang, saya minta duduk Yang Berhormat.
Saya tidak berhajat gunakan peraturan mesyuarat tetapi peruntukan itu bukan daripada kementerian Yang Berhormat.
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Menteri dah bagi penjelasan...
Di dalam laporan audit...
Penjelasan itu mengelirukan Dewan..
Tidak apalah, itu penjelasan Yang Berhormat Menteri...
Ketiga, bangunan sekolah rosak sikit, perlukan pembaikan dan keempat, ialah sekolah yang rosak teruk di mana memerlukan perhatian dan tindakan serta-merta kementerian. Jadi tertakluk kepada syarat-syarat dan memenuhi kriteria ini, pihak kementerian sedia mempertimbangkan permohonan ataupun perkara yang telah dibangkitkan Ahli Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi, point of order.
Untuk Yang Berhormat Bintulu juga...
Yang Berhormat Menteri, point of order, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Satu perkara yang mustahak berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) dan saya rasa selalunya Tuan Pengerusi, kita pada keesokan atau selepas hujahan seorang Menteri barulah Peratuan Mesyuarat 36(12) dibangkitkan dan pada masa itu semua proses dah habis. Hari ini kita ada Timbalan Menteri yang menjawab dan mengatakan bahawa wang RM100 ini, ia ada disimpan dengan Amanah tetapi kita ada absolute prove yang menunjukkan bahawa tidak ada wang tersebut. Ini ada terikat dengan Peraturan Mesyuarat 36(12), satunya saya rasa keraguan yang sangat serius di mana Timbalan Menteri mislead the House, kemungkinan dia boleh memberi jawapan, jangan lari dari tanggung jawab. Nombor dua, apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau dia salah, boleh juga disabitkan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12). Ini satu di antara dua, saya rasa ini adalah satu perkara yang mustahak dan saya pohon satu penjelasan yang jelas dan muktamad. Jangan kita kerana, as I said earlier, all done by the ministry is for the good, tetapi cara dia buat adalah bertentangan dengan undang-undang dan after thought to save yourself.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. It does not work that way, minta Yang Berhormat Indera Mahkota duduk dahulu. Yang Berhormat, ini soal sama ada Yang Berhormat menerima penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atau tidak. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa penjelasan itu adalah penjelasan yang tepat tetapi pihak Yang Berhormat disputed it, tidak menerimanya. Jadi soal begini Yang Berhormat, saya tidak mengehendaki seseorang itu, membolehkan seseorang itu untuk dirujuk...
Tuan Pengerusi, kalau tidak setuju tidak apa...
Peraturan Mesyuarat 36(12) hendak rujuk Yang Berhormat Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Takkan sampai kepada peringkat itu Yang Berhormat.
Tuan pengerusi, kalau tidak setuju tidak apa. I’m not…, tetapi saya syak ada sesuatu yang tidak betul kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri is running away. Dia enggan menjawab soalan ini. I’m arouse my instinct tells us there is something is hiding.
Tidak bolehlah kita ikut instinct...
Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mengelirukan Dewan Tuan Pengerusi. Tidak ada mengelirukan Dewan. Apa yang kelirukan Dewan...
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan peruntukan untuk diagihkan kepada para pelajar RM100 setiap orang itu tidak datang daripada peruntukan sedia ada yang mana tidak datang daripada kementerian Yang Berhormat. Yang Berhormat beritahu tadi, peruntukan itu gunakan daripada satu kumpulan wang yang lain untuk diagihkan kepada pelajar. Maka kumpulan wang itu tidak masuk dalam kementerian Yang Berhormat. Bermakna perbelanjaan itu bukanlah perbelanjaan Kementerian Pelajaran, itu sahaja...
Bagi saya itu adalah pencelahan Yang Berhormat, is nothing to do with point of order...
Oleh kerana itu, saya sebut ada satu Kumpulan Wang Pendidikan yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri... [Dewan riuh]
Baik Yang Berhormat, pencelahan... Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] Kita telah pun, macam bonus kakitangan kerajaan, kita bayar dahulu, tidak jadi masalah...
Yang Berhormat Indera Mahkota, yang ini tidak lagi merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12), Yang Berhormat mencelah dan meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri...
Sebab itu saya mengatakan, mengelirukan apabila jawapan Menteri mengelirukan Dewan...
Sebentar, sebentar. Menteri sudah beri penjelasan, sama ada Yang Berhormat menerima atau tidak, mengikut peraturan mesyuarat, itulah penjelasan daripada Menteri..
Penjelasannya, wang itu sebenarnya bukan datang Kementerian Pelajaran...
Tidak ada mengelirukan Dewan Tuan Pengerusi, semua betul..
Tuan Pengerusi, saya berpendapat sumber perbelanjaan daripada kementerian, tidak semestinya datang daripada kementerian... [Dewan riuh]
Baiklah Yang Berhormat, saya minta Menteri untuk meneruskan... [Dewan riuh] Yang Berhormat, berilah peluang kepada yang lain. Yang Berhormat Menteri boleh teruskan... [Dewan riuh]
Datangnya daripada Kementerian Pelajaran, itu pointnya...
Yang Berhormat Menteri boleh teruskan...
The figure doesn’t make... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, anak jantan tidak lari. Apa yang saya cakap, ada dua Ahli Parlimen yang mulakan sebagai jurucakap dari sudut undang-undang, saya menghormati dua orang Ahli Yang Berhormat, sebab itu saya jawab dan setiap perkataan itu digunakan...
Kita tidak menentang...
Selepas saya mengizinkan dua Ahli Yang Berhormat, mencelah. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya terus menjawab.
Ya betul, tetapi perkara ini... [Dewan riuh]
Tolong jawab soalan...[Dewan riuh]
Yang Berhormat Indera Mahkota, tolong duduk Yang Berhormat.
Tidak payah layan, tidak payah layan... [Dewan riuh]
Apa yang kita hendak buat...
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta duduklah Ahli Yang Berhormat.
Ini mengelirukan Dewan...
Ini bukannya menentang bagi duit RM100, tidak. Akan tetapi, cara membuat pembayaran...
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau berterusan begini, Yang Berhormat mengganggu perjalanan mesyuarat. Jangan sampai ke tahap yang begini...
Kita sedang bermesyuarat...
Tuan Pengerusi, kita ada kerja di sini, bukan main-main...
Tahu Yang Berhormat. Kita ada peraturan mesyuarat... [Dewan riuh]
Apa Yang Berhormat Klang? Duduk Yang Berhormat Klang...
Itu sememangnya dalam tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia... [Dewan riuh]
Saya tidak mengganggu, saya minta penjelasan ini diberi oleh Timbalan Menteri...
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu... [Dewan riuh]
Yang Berhormat...
Timbalan Menteri mesti beri penjelasan terlebih dahulu dalam isu pembahagian wang...
Telah pun diturunkan kepada JPN Sarawak untuk rawatan anai-anai...
Yang Berhormat Indera Mahkota, please, Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.
Saya ingin memberi tahu Yang Berhormat Bintulu, perkara ini dapat kita...
Saya menghormati Timbalan Menteri kerana Timbalan Menteri...
Kita hendak menghadapi banjir...
Saya setuju, tetapi beri penjelasan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota mengganggu mesyuarat tahu tidak?
Bukan hendak beri kepada penyokong kerajaan sahaja, bukan kerajaan pun kita beri. Tidak ada masalah.
Saya tuntut penjelasan...
Yang Berhormat Pokok Sena...
Saya tuntut penjelasan, ini adalah sebahagian daripada isu Mesyuarat...
Guru bekerja sembilan jam, ingin saya katakan di sini bahawa...
Apa ini, mempertikaikan perkara itu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong jawab... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi, siapa yang cakap?... [Dewan riuh]
Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya minta sekali lagi Ahli-ahli Yang Berhormat, supaya tidak mengganggu perjalanan mesyuarat.
Tidak mengganggu, ini sebahagian daripada mesyuarat.
Tuan Pengerusi,
Cadangan peluasan kajian di empat buah negeri..
Tuan Pengerusi, yang penting ialah Menteri mesti menjawab.
Menteri dah selesai... [Dewan riuh]
Sebab sekolah itu sememangnya...
Menteri, tolong selesaikan isu yang pertama dahulu.
Menteri jawab soalan, tetapi tidak mahu difahami. Ini masalahnya...
Jadi suara-suara kerisauan diambil kira. Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran pun telah meminta Ketua Pengarah Pelajaran berbincang dengan pihak JPA untuk melihat semua kewajaran...
Timbalan Menteri, tolong jawab soalan... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Klang...
Dijangkakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini.
Ini menyeleweng, tolong jawab soalan saya..
Sememangnya prihatin tentang isu bebanan guru.
Ini menyeleweng, tolong jawab soalan saya..
Sebab itulah satu Jawatankuasa...
Tuan Pengerusi, tolong minta... [Dewan riuh]
Kita tidak boleh teruskan mesyuarat macam ini. Tuan Pengerusi... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta duduk, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta duduk. Saya dah bagi amaran pada...
Tuan Pengerusi, saya minta Tuan Pengerusi arahkan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab...
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat menghormati kerusi di sini. Kita di guide oleh standing order, peraturan mesyuarat. You know that. Dalam pencelahan, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak beri jalan, tidak ada lah. Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan, the Speaker cannot force the Menteri to jawab mengikut kehendak Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, dia belum jawab soalan saya.
Duduk sebentar Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat insisting begini, ini boleh dibaca sebagai mengganggu perjalanan mesyuarat. You don’t do that. Saya rasa cukuplah setakat ini Yang Berhormat. Let the Minister answer. Dia tidak jawab, tidak jawablah. Yang Berhormat ada avenue, ada jalan, ada cara lain untuk membuat kenyataan Yang Berhormat. Dalam Parlimen ini kita kena guided by standing order. That’s it.
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Dalam isu ini, bukan setakat kita...
Saya ingin mengatakan bahawa...
Mengatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengelirukan Dewan tetapi...
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa prihatin dengan isu beban guru...
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri berbohong...
Yang Berhormat...
Dan sebab itulah satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh...
Tuan Pengerusi, kalau sentiasa dibuat begini, susahlah, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, saya cuma beritahu tindakan yang begini boleh dibaca sebagai mengganggu mesyuarat. Terima kasih.
Yang Berhormat, kerja-kerja guru ini bukan sahaja termasuk dalam P&P, tetapi kokurikulum juga perlu diambil kira, persediaan mengajar juga perlu diambil kira. Jadi saya rasa kewajarannya akan dikaji dari semasa ke semasa dan Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri akan membuat satu kenyataan rasmi setelah berbincang dengan pihak JPA.
Tuan Pengerusi, minta mencelah sedikit.
Hendak beri jalan Yang Berhormat? Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih. Cadangan yang mengatakan bahawa cikgu-cikgu ini diminta supaya mengajar sampai sembilan jam ini dari siapa sebenarnya? Kita risau, bimbang urusan ini ditadbirkan oleh pihak yang tidak terlibat dengan guru seperti pihak di sebelah gred M, bukan cikgu. Jadi ini menyebabkan arahan-arahan sebegini menimbulkan keresahan dan kebimbangan cikgu-cikgu, dan yang menerima akibatnya ialah kita. Bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri?
[Bangun]
Okey.
Tuan Pengerusi, boleh saya buat satu cadangan?
Tuan Pengerusi...
Bagi chance saya cakap dahulu.
No, dia bagi saya.
Kerana kita ini ketinggalan masa.
No, dia bagi saya.
Kita ada satu kementerian lagi. Jadi saya bercadang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk teruskan kerana kami memerlukan jawapan.
Ya, ya, saya benarkan kerana ini soalan daripada Yang Berhormat Pokok Sena.
Jangan layan pembangkang ini yang sengaja hendak buat kacau sahaja di Dewan... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab soalan saya. Tolong jawab soalan saya.
Itu lagi melanggar peraturan mesyuarat.
Kita ada satu kementerian lagi.
Ya, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Putatan. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi pada Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Pengerusi, saya ada cadangan. Bagi jawapan bertulis kepada semua. Bolehkah?
Yang Berhormat Putatan bising, Yang Berhormat Kota Belud bising, macam mana saya hendak bercakap?
Bagi semua jawapan bertulis, selesai.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi jawapan bertulis, senang.
Eh, ini soalan saya dia jawab. You kena fahamlah.
Siapa Tuan Pengerusi di sini?
Apa duduk Parlimen sini sudah berapa lama tidak faham-faham.
Yang Berhormat Pokok Sena, ya. Yang lain minta duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Telok Intan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat menyebut bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat. Saya pun tidak tahu apa pendirian yang akan dibuat. Akan tetapi kebimbangan saya adalah kerajaan masih berpegang untuk melakukan satu test, percubaan pada tahun- tahun yang akan datang ini. Jadi kita akan berbalik kepada isu seperti yang mana PPSMI di mana kerajaan tidak dengar cakap kita dahulu. Hari ini barulah Ahli Parlimen BN datang cakap tidak sesuai dan sebagainya, tidak boleh, kita kena balik kepada asalnya dan sebagainya. Kita sudah habis duit RM5 bilion dalam PPSMI. Kemudian kita hendak buat test pula untuk guru bekerja sembilan jam satu hari. Sudah tentu kita akan mengalami kerugian- kerugian yang bertambah. Kesannya yang saya katakan tadi ialah kepada murid. Apabila guru tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas mereka yang utama untuk mengajar murid-murid, maka yang menjadi mangsa adalah murid seperti mana murid juga menjadi mangsa dalam PPSMI. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kena jawab betul-betul, jangan mengelirukan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, sebab Yang Berhormat telah lari daripada jawapan sebenar kerana angka yang menunjukkan bahawa Yang Berhormat telah melakukan sesuatu yang membohongi Dewan ini.
Yang Berhormat, itu sudah saya faham. Yang Berhormat jangan mencelah hal yang lain, okey.
Ini Yang Berhormat Kota Belud...
Oleh sebab tadi riuh Tuan Pengerusi, mungkin bila saya sebutkan jawapan, Yang Berhormat tidak berapa jelas tadi. Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Profesion Guru yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara yang membuat keputusan ini dan ianya merupakan satu projek rintis yang hendak dibuat oleh JPA. Ini kerana kalau kita hendak lihat perjawatan-perjawatan ini, sebenarnya JPA sebagai agensi pusat. Akan tetapi ini bukan satu perkara yang akan diperluaskan di dalam kementerian kerana apa yang kita hendak lakukan di kementerian, Menteri Pelajaran mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan. Jadi dalam soal ini, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran sudah memanggil satu taklimat secara menyeluruh dan telah mendengar pandangan semua sebelum kita berbahas di sini. Saya yakin Yang Amat Berhormat akan membuat satu keputusan yang bijak dalam soal ini. Jadi, tidak usahlah, sebab Yang Amat Berhormat sentiasa berdialog dengan wakil-wakil persatuan. Saya yakin beliau tahu mana keputusan yang terbaik untuk warga pendidik. Yang Berhormat Pokok Sena...
Adakah Yang Berhormat mengatakan bahawa program ini akan dibatalkan? Saya minta kerana kita tidak mahu nanti bahawa kenyataan itu dibuat selepas daripada sidang Parlimen nanti dan menunjukkan bahawa program itu akan diteruskan dan sudah tentu bahawa kita tidak mempunyai ruang untuk mengemukakan ataupun membahaskan perkara itu di sini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Saya tidak mahu anak-anak kita menjadi mangsa seperti PPSMI.
Seperti yang saya katakan, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat ini. Jadi, bersabarlah Yang Berhormat.
Saya minta jaminan. Sebab BN ini, bila buat kenyataan kata suruh buat juga, dia setuju, terima. Lima tahun lagi hendak batal, oh, setuju pula mereka kata... [Dewan riuh] Dulu masa PPSMI, semua kaki pak angguk sahaja.
Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan dalam isu...
Dalam Kabinet pun Menteri kata tidak setuju, tetapi akhirnya bersetuju juga pada benda yang tidak bersetuju.
Yang Berhormat Pokok Sena...
Macam juga PAS, sekejap sokong Islam, sekejap sokong kebajikan.
Kecuali Yang Berhormat Batu Pahat sahaja yang konsisten pada itu. Saya ucap tahniah. Yang Berhormat Batu Pahat sahaja yang konsisten daripada dahulu. Bukan macam Yang Berhormat Kota Belud. Yang lain semua mai jadi pak angguk sahaja di Parlimen.
Tuan Pengerusi, izinkan saya meneruskan jawapan. Program 1Bestari.net yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, iaitu berkenaan dengan pemilihan YTL Communication Sdn. Bhd., ianya dilakukan melalui tender terbuka berdasarkan request for proposal (RFP). Spesifikasi disediakan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama EPU, MAMPU, KPKK iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta SKMM. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kepada kemampuan syarikat dan diputuskan oleh Kementerian Kewangan. Malahan, perkara ini turut dibincangkan di Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 17 Januari tahun ini dan 23 Mei 2011 ini. Ianya merupakan satu ketetapan yang telah diluluskan di Mesyuarat Majlis Ekonomi. Kos yang telah dipersetujui ialah kos maksima RM300 juta setahun bagi tempoh 15 tahun. Virtual Learning Environment akan dimasukkan sebagai satu elemen tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang ramai membangkitkan tentang confidentiality, dengan izin, maklumat-maklumat termasuk ibu bapa dan juga pelajar, ingin saya mengatakan bahawa kita mempunyai satu mekanisme untuk melihat dari segi accessibility access kepada data ini dapat dikawal rapi oleh Kementerian Pelajaran. Jadi, pengusaha tidak boleh masuk sewenang-wenangnya. Kita mempunyai satu cara untuk...
Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan? Terima kasih. Saya ada bangkit dalam perbahasan tadi tentang elemen sebab dalam borang tender asal disebut dengan jelas, preference should be given to the bumiputera contractor. Saya bukan kerana hendak bela bumiputera 100 peratus, tidak, tetapi preference. Jadi sekarang ini, elemen bumiputera langsung tidak ada dalam tawaran ini, yang diberi kepada YTL. RM360 juta itu besar. Projek ini bukanlah susah sangat. Kenapa tidak diagih-agihkan? Itu yang saya tanya. Saya hendak mintak jawapan yang itu. Ataupun sediakah Yang Berhormat membawa pandangan saya balik kepada kementerian sampai ke peringkat-peringkat atas supaya dalam YTL itu, diberi konsesi bumiputera punya special bagaimana bentuknya, jangan bolot seorang sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya perkara itu akan saya bawa kerana ini bukan dalam bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan ianya dilakukan seperti mana yang saya katakan telah dibincangkan di Majlis Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan yang menguruskan tender ini. Jadi saya rasa perkara ini kita akan bawa di majukan kepada pihak berkenaan untuk pertimbangan sewajarnya. Yang Berhormat Kapit membangkitkan berapa sekolah yang memerlukan bantuan termasuklah perabot. Yang Berhormat boleh kemukakan secara bertulis kepada kementerian ini dan sebenarnya ada sedikit peruntukan perabot untuk tujuan membeli perabot tetapi kita akan melihat keperluan dari masa ke semasa dan melihat keutamaannya. Jadi oleh kerana senarai belum kita muktamadkan, dan itu kita mengalu- alukan kepada semua Ahli Yang Berhormat sekiranya mendapati bangunan yang tidak selamat dan diiktiraf oleh JKR bahawa ianya tidak selamat digunakan. Kita mengalu-alukan input dari Yang Berhormat tentang perkara ini.
Peluasan KPMnet iaitu SchoolNet kenapa tidak lagi berfungsi oleh kerana penghujung 2010 kita tidak bayar lagi, kita terus terminate SchoolNet kita tidak pakai lagi. Kita telah memberhentikan perkhidmatan SchoolNet. Asrama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di kawasan Kapit, di bawah rolling plan yang pertama, terdapat dua projek asrama. Yang pertama asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit telah siap dan kini dalam proses penyerahan Kementerian Pelajaran. Keduanya asrama Sekolah Kebangsaan Nanga Merit kini dalam pembinaan. Jadi KPM akan memberi perhatian terhadap asrama di Kapit yang memerlukan kerja-kerja naik taraf.
Sedikit ya. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan SK Nanga Merit, sebab saya tahulah dan beberapa tahun sudah Yang Berhormat Timbalan Menteri Batu Pahat pun melawat tempat itu melihat sendiri. Masa itu projek Nanga Merit itu adalah projek tenat yang dikatakan. Apa statusnya sekarang sebab saya difahamkan projek itu belum lagi siap. Bila lagi projek itu akan siap sebab projek itu projek yang begitu penting sekali kepada anak-anak yang bersekolah di tempat itu, terima kasih.
Mengenai status ini saya akan kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat membangkitkan tentang isu GSTT sepatutnya diberi perhatian sememangnya Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah mengumumkan penyerapan GSTT ke dalam sistem kita. Tujuan kita ialah supaya kita mencapai sasaran GSTT sifar, Guru Sandaran Tidak Terlatih dan sebenarnya dasar ini membolehkan mereka yang telah lama berkhidmat sebagai GSTT iaitu lebih dua tahun mereka diberi latihan. That means sekali gus menjadikan mereka dari guru sandaran tidak terlatih menjadi guru yang terlatih. Itulah sebabnya mulai tahun 2012 kita tidak lagi menggaji GSTT ini.
Bukan Yang Berhormat tersilap. Yang saya skata, I’m talking about GST not GSTT.
Belum, belum. Sekejap, dia ada hubung kait GSTT. Pada waktu yang sama apabila kita menyerap GSTT ke dalam sistem kita, kita menghadapi satu situasi di mana perjawatan itu memang terhad. Sebab itulah dalam kes guru sandaran terlatih, baru saya hendak masuk. Guru sandaran terlatih ini sebenarnya bukan sekadar apa Yang Berhormat cakap, sebenarnya jumlahnya sangat besar. Kalau kita lihat keseluruhan setakat ini kementerian kita sudah menerima lebih kurang 4,831 daripada sembilan IPTA yang mana mereka membekalkan guru ataupun graduan di dalam pendidikan. Bermakna bukan sahaja UPSI ada 3,000 lebih, pada waktu yang sama IPTA yang lain juga membekalkan GST di mana mereka secara khusus dilatih di dalam pendidikan. Kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri itu tidak sepatutnya dipandang serong. Sebenarnya maksud Yang Amat Berhormat itu kalau kita hendak latih di IPTA, kalau graduan pendidikan tidak terbatas bekerja di Kementerian Pelajaran. Banyak lagi peluang. Kalau IPTA, IPTS kita ada 600 lebih, kita ada sekolah swasta dan kesemua institusi pendidikan juga memerlukan. Saya juga ingin memberikan satu gambaran kepada Yang Berhormat. Untuk tempoh terdekat ini temu duga akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan mulai 21 November sampai Disember dan jumlah yang dijangkakan adalah 4,914. Saya rasa kesemuanya adalah GST, Guru Sandaran terlatih. Kita tidak pakai lagi GST oleh kerana dahulunya kalau seorang itu tamat pengajiannya di UPSI, dia berkhidmat sebagai GST, Guru Sandaran Terlatih. Barulah dipanggil untuk temu duga di SPP. Mungkin selepas setahun setengah dan pelantikan itu berdasarkan tarikh temu duga dan diluluskan. Oleh kerana kementerian melihat perkara ini boleh kita membantu guru-guru dari segi kenaikan pangkat lebih cepat. Selepas tamat pengajian, mereka terus diserap. Mungkin dalam tempoh beberapa bulan, mereka terus dilantik sebagai guru tetap. Jadi secara langsungnya ia telah memberi satu tempoh pelantikan yang menguntungkan graduan ini. Jadi saya rasa bukan sesuatu pembaharuan itu datangkan akibat yang tidak baik kepada guru. Ini adalah nikmatnya kalau kita melakukan perkara ini dengan memansuhkan GST.
Sebab itulah e-GST ini kalau kita dahulunya kita minta semua melalui e-GST memohon dan mulai tahun hadapan kita buat di pasaran terbuka semua boleh mohon. Jadi bergantung kepada kelayakannya dan SPP akan melakukan temu duga. Pada tahun hadapan keutamaan kita yang pertama oleh kerana Kementerian Pelajaran ini kita menaja graduan-graduan atau lepasan dalam IPG. IPG Malaysia ada 27, itu secara khas untuk sekolah-sekolah kita dan priority kedua ialah IPTA. IPTA khususnya mereka yang terikat dengan perjanjian KPM ditaja oleh kementerian. Itu perlu kita selesaikan kerana kita telah membelanjakan banyak wang untuk melatih mereka. Ketiga graduan yang lain. Termasuk mereka yang datang dari IPTA. Jadi ada berperingkat kita buat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nampak kita ada bercakap banyak tahun pelajar-pelajar yang hendak masuk IPTA tadi untuk kursus guru kenapa tidak dipilih dahulu. Kerana sekarang ini apa yang berlaku apabila kita ambil pelajar-pelajar yang telah tamat kursus mereka ini bukanlah keperluan sekolah. Kalau ditentukan lebih awal, sebelum masuk kementerian ambil bahagian dahulu tentukan berapa ramai guru matematik hendak, berapa guru bahasa Inggeris hendak, baru latih, baru tidak timbul masalah. Sekarang ini mungkin yang dilatih itu tidak diperlukan di sekolah. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat sebagai bekas pendidik. Yang pertamanya sejak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2004 kita telah mencapai kata sepakat untuk sekolah rendah ianya dilatih di IPG di bawah Kementerian Pelajaran. IPTA mengambil alih untuk latihan guru di sekolah menengah. Jadi oleh kerana terdapat consensus ini, kita masih berpegang kepada prinsip ini. Akan tetapi untuk menganjurkan kursus pendidikan ini berpandukan kepada unjuran yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran. Maka dalam konteks ini kita tidak membenarkan IPTA membuat sewenang-wenangnya. Mungkin IPTA ada yang menambah sedikit dalam pendidikan kerana ada keperluan di luar bukan sahaja di kementerian sahaja. Jadi saya rasa dalam soal ini memang kita ambil kira dan temu duga untuk masuk IPGM memang kita akan lakukan temu duga dan IPTA bukan semua mengenakan syarat ini. Jadi saya rasa kalau di bawah kementerian saya beri jaminan kita bukan sahaja ada temu duga, kita melakukan satu ujian insak yang kita akan menilai sama ada seorang ini calon layak, ada perwatakan sebagai seorang guru atau tidak sebelum menghadiri temu duga. Itu yang kita lakukan di kementerian Isu rumah guru yang masih dibina dan banyak lagi tidak dihuni...
Minta maaf. Ini mengenai GST lagi. Jadi adakah bermakna kita tidak akan memberi keutamaan kepada GST? Adakah pendirian ini baru atau mengalih kepada GSTT?
Yang Berhormat, saya terangkan ya. GST itu kita mansuhkan ini. Dulu Guru Sandaran Terlatih, walaupun dia sudah terlatih masih sandaran. Sandaran bermaksud, bahasa Inggerisnya temporary. Sekarang apa yang kita nak buat, keluar daripada universiti, dalam tempoh terdekat dua tiga bulan, SPP panggil interview, dapat lulus sahaja terus masuk ke sekolah. Itu yang secara idealnya. Apabila ikut sistem lama, dia mungkin tunggu dua tahun jadi GST baru DG41 dan pelantikannya kalau mulai sekarang mungkin setahun setengah nanti, 18 bulan kemudian barulah dilantik secara rasmi sebagai DG41 tetapi dengan pemansuhan ini, secara terus. SPP interview, dia akan diterima sebagai guru tetap. Jadi, ini bezanya dan ini adalah penambahbaikan terhadap sistem yang ada dan masih lagi peluang terbuka kepada GST ini. Tidak kata kita menyekat mereka, tidak. Seperti mana yang saya katakan, dalam tempoh terdekat hampir 4,900 calon akan ditemu duga mulai 21 November hinggalah Disember tahun ini oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Rumah guru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Seperti mana yang saya jawab minggu lalu, 28.9 peratus masih lagi tidak lagi dihuni. Faktor-faktor kenapa tak dihuni, saya dah ceritakan dalam Dewan ini secara panjang lebar. Saya tak nak ulangi, jadi secara pendeknya ingin saya mengatakan kita tak berhasrat lagi nak tambah rumah guru kecualilah di kawasan-kawasan yang memang daif, yang jauh, yang perlu kita atasi kerana masalah logistik. Kita tak akan bina macam di beberapa tempat yang mana dahulunya ditentukan oleh PMC dan kita telah mengambil maklum tentang teguran daripada pelbagai pihak. Yang Berhormat Ipoh Barat juga menyatakan keperluan untuk SJK(C) di Bercham. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang sering kali membangkitkan tentang isu ini tetapi setelah saya sendiri berbincang dengan SJK(C) Bercham dan telah dipersetujui bahawa mereka hendak dan kalau kita lihat trendnya, kalau dahulu satu ketika 2,500 naik sampai 2,700 sampai yang kemuncaknya 3,200 dan sejak tiga tahun ini enrolmennya dia kurang, mungkin 300 orang. Walau bagaimanapun, sebagai persediaan awal dan untuk mereka reorganize bilik darjah itu, mereka mempunyai satu cadangan di mana kita menggunakan peruntukan, Kementerian Pelajaran dah serahkan RM3 juta kepada LPS dan dibina satu blok baru dan ini sepatutnya cukup untuk 10 atau 15 tahun akan datang. Jadi, perkara ini telah diatasi dengan pemberian dana secara terus kepada SJK(C) Bercham dan SJK(T) mengikut enrolmen. Ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Selangor juga membangkitkan tentang isu sekolah jenis kebangsaan Tamil. Saya memberi gambaran kepada Yang Berhormat, mengikut data kementerian, murid-murid yang kurang daripada 15 orang di sekolah jenis kebangsaan Tamil ialah 29 buah. Kalau kita mengambil kira tak termasuk yang 29 ini, bermaksud daripada 16 hinggalah ke 30 enrolmennya, jumlahnya ialah 91. Bermaksud, 120 ini adalah kurang daripada enrolmen 30 orang murid. Jadi, kita di peringkat kementerian sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk kalau mereka nak pindah, tidak ada masalah atau ada yang menggunakan dana sebelum ini, PRE 1, PRE 2 dan saya difahamkan berpuluh-puluh sekolah telah dipindahkan disebabkan kita mempunyai dana yang cukup sejak 2009. Untuk bajet tahun hadapan, kita mempunyai RM100 juta lagi untuk penyelenggaraan, baik pulih dan bagi bangunan yang perlu dibina, untuk dibaik pulih, digantikan. Jadi, ianya boleh dikemukakan kepada kementerian. Kita ada satu jawatankuasa akan menilai dan kita akan melihat keperluannya berdasarkan kepada enrolmen yang ada untuk satu-satu tempat.
Sedikit ya. Ada dua hal, satu mengenai Bercham itu. Sebenarnya, saya ada tanya lagi satu soalan, adakah kerajaan niat untuk membina satu sekolah Cina tinggi, secondary high school di Bercham kerana ada tanah di sana.
Secondary high school?
Ha, secondary high school. Itu satu, nombor dua, mengenai sekolah-sekolah Tamil itu yang mismatch yang saya katakan sekarang di luar bandar dan ini 131 sekolah yang dikatakan oleh Yang Berhormat adalah semua ini adalah di luar bandar bukan di dalam bandar dan tidak ada usaha yang serius dibuat supaya ada placement atau pembukaan atau pembinaan sekolah baru. Apa dasar dia? Boleh minta penjelasan.
Barangkali Yang Berhormat tidak terlibat secara langsung ya. Saya perhatikan ada pemimpin-pemimpin dalam Dewan ini sentiasa berbincang dengan kementerian dan di mana mereka nak pindahkan sekolah-sekolah itu. Di kawasan saya sendiri kalau di Ladang Yong Peng, sekarang kita pindah ke Pekan Yong Peng, tidak ada masalah. Jadi, saya rasa perpindahan untuk sekolah-sekolah yang kurang murid ini daripada estet-estet dan dicantumkan secara bersepadu di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk India yang ramai. Itu kita alu-alukan dan termasuk kita bantu dengan dana sendiri. Jadi, saya rasa itu boleh kita usahakan, tidak menjadi masalah. Mengenai permintaan sekolah menengah, saya dah dengar pada hari ini sahaja tak kurang daripada 20 buah SMK yang kita dituntut untuk memberi pertimbangan.
Saya ingin maklumkan dalam bajet kali ini, kebanyakannya adalah projek sambungan daripada tahun lalu dan hanya tiga buah SMK sekolah sahaja yang baru. Bermaksud, kita tidak ada satu bajet yang cukup untuk kita menampung keperluan untuk semua tempat. Jadi, ini hakikatnya, kita terpaksa terima dalam keadaan menghadapi kekangan kewangan. Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat juga menyebutkan tentang program pensiswazahan guru. Ini penting, oleh kerana Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam bajetnya iaitu kita menggalakkan mereka menghadiri program pensiswazahan guru malahan sasaran kita menjelang 2015 ialah 60 peratus guru kita ialah guru siswazah. Jadi, untuk membolehkan guru-guru kita mencapai tahap yang lebih tinggi daripada segi pencapaian akademik, maka telah diputuskan 10,000 untuk peringkat ijazah sarjana muda, 5,000 untuk sarjana dan 500 untuk PhD dan guru kita ada yang sampai PhD. Jadi, saya rasa dalam memperbaiki kerjaya seseorang itu, itu juga sebagai satu career development, dengan izin, untuk guru-guru kita. Jadi, kita sentiasa menggalakkan progress sebegini. Mengenai umur, ada yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Memang benar, sebelum itu 45 tahun dan baru-baru ini kita keluarkan surat pekeliling sampai 47 tahun dan untuk memudahkan mereka yang memilih untuk mengikuti pengajian sendiri, sampai 50 tahun mereka juga diizinkan. Jadi, saya rasa dalam soal ini tidak menjadi masalah. Kita menggalakkan guru untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti. Yang Berhormat Hulu Terengganu ada sebut tentang time based promotion untuk guru. Apakah mekanismenya, bagaimana mereka yang telah berkhidmat 11 hingga 12 tahun. Saya hanya boleh memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa bajet iaitu secara kasarnya, peningkatan daripada segi gaji untuk guru 7 peratus hingga 13 peratus. RM80 hingga RM320. Kedua, ingin saya mengatakan di sini, daripada segi time-based promotion, kalau dahulunya sepuluh tahun, dipendekkan hingga 8 tahun bagi siswazah dan juga bukan siswazah. Kalau dahulunya untuk gred tertentu tertakluk kepada kekosongan, kini ia telah mempunyai satu mekanisme untuk memperbaiki career path, dengan izin, untuk membolehkan guru ini dapat menikmati gaji yang lebih tinggi. Jadi, saya rasa dalam soal ini biarlah kita menunggu saraan baru perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan oleh pihak kerajaan melalui JPA. JPA akan memberitahu dan memperihalkan bagaimana skim atau saraan baru perkhidmatan awam ini. Jadi, guru juga tertakluk kepada pengumuman ini. Jadi, PISMP. Ramai Ahli Parlimen yang membangkitkan tentang posting PISMP. Ianya menjadi satu isu kali pertama IPGM di mana graduannya tidak mendapat kerja serta-merta, kalau dahulunya dalam seminggu mereka dapat. Oleh kerana kali ini kita menyerap GSTT, kalau dahulunya GSTT boleh diberhentikan serta-merta, oleh kerana kita bagi jaminan GSTT kita nak latih, maka kita tak boleh berhentikan. Jadi, dalam konteks ini tak ada perjawatan baru, kita kena membincangkan perkara ini dengan JPA. Akhir sekali, kita telah mencapai satu kata sepakat dan pada 29 hari bulan Oktober yang lalu, seramai 1,485 orang guru dari IPG itu telah dihantar berkhidmat di sekolah. Jadi, ini menyelesaikan masalah dan masih ada sebilangan kecil lagi, 389 orang. Kebanyakannya guru bahasa Inggeris atau TESL, mereka akan menghadiri temu duga SPP mungkin pada minggu ini sampailah ke Disember.
Jadi jadual telah ditetapkan. Jadi saya ingin pergi kepada nisbah guru dan bilik darjah. Memang benar kalau ikutkan perancangan kementerian, seperti mana yang dipersetujui sebelum ini iaitu pada tahun 2010 keperluan guru terhadap nisbah bilik darjah itu 1:1.5 ditambah kepada 1:1.7. Itu dipersetujui secara berperingkat iaitu pada tahun 2010 kita tambah untuk tahun enam dan tahun berikutnya iaitu tahun 2011, kita tambah untuk tahun lima secara berperingkat atau secara berfasa. Akan tetapi pada tahun ini sudah ada satu arahan supaya kita tidak menambah jawatan ataupun tidak mewujudkan jawatan baru. Maka ia dibekukan sementara. Ingin saya mengatakan di sini bahawa kita sentiasa memikirkan satu keadaan persekitaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar kita. Jadi perkara ini bersifat sementara dan mungkin ini ada bersabit dengan sistem ataupun saraan baru perkhidmatan awam yang akan diumumkan.
Jadi saya rasa selepas perkara ini telah dimuktamadkan, saya yakin apa yang telah dirancang oleh kementerian boleh kita teruskan. Yang Berhormat Hulu Terengganu bertanya tentang PPD. Kenapa pegawai interim yang dahulunya dipinjam itu terpaksa balik ke sekolah. Ingin saya mengatakan bahawa tindakan mengembalikan seramai 1,312 orang pegawai-pegawai interim di PPD ini ke jawatan hakiki di sekolah adalah untuk melicinkan pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Ini bagi mengelakkan sebarang implikasi yang timbul dari segi perkhidmatan dan laluan kerjaya baru pegawai- pegawai tersebut. Akan tetapi pada waktu yang sama, tanpa membantutkan pengurusan ataupun pentadbiran di PPD, kementerian akan mengkaji semula secara serta-merta mengenai perjawatan dan penstrukturan di peringkat PPD, JPN dan KPM setelah pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ini dilaksanakan pada tahun hadapan. Bermakna ini adalah tempoh transisi dan kita akan mencari satu kaedah supaya ia tidak membantutkan pentadbiran di peringkat PPD. Mengenai...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih. Saya hendak kembali semula tentang tindakan kerajaan yang mengeluarkan pegawai-pegawai sangkut di PPD jabatan ini ke sekolah, apakah kementerian memberi jaminan bahawa pengurusan di PPD tidak akan terganggu dengan keluarnya pegawai-pegawai ini kerana saya difahamkan bahawa pegawai-pegawai inilah yang banyak melaksanakan kerja-kerja dan kalau dikeluarkan mereka menyebabkan berlaku tergendalanya urusan-urusan sekolah, jabatan dan PPD ini. Apakah jaminan kerajaan?
Terima kasih. Sebenarnya pegawai interim ini sangat berjasa kepada kita kerana mereka tahu urusan dari segi pengoperasian sekolah. Jadi apabila rakyat berurusan dengan PPD untuk berjumpa dengan pegawai yang berpengalaman, ia lebih mudah. Jadi saya rasa dalam soal ini kita akan memikirkan penstrukturan dari segi perjawatan di PPD. Kalau dulu dipinjam, sekarang secara kekal secara hakiki di PPD dan kita akan menggunakan perkhidmatan mereka yang berpengalaman tetapi dahulunya kita minta mereka duduk di PPD. Kita tidak mahu mereka rasa peluang mereka untuk naik pangkat terjejas disebabkan mereka masih duduk di PPD. Jadi kita perlu mengimbangi dari segi penstrukturan di PPD juga supaya mereka juga nampak ada satu kerjaya yang baik di peringkat jabatan ataupun PPD.
Membawa balik pegawai-pegawai ini ke sekolah, yang di PPD ini baru hendak menstruktur semula? Tidak bolehkah kita tangguh bawa balik itu sehingga selesai penstrukturan semula ini. Baru kita bawa kerana ia memberi kesan hebat kepada pentadbiran PPD. Pengalaman kita memang terlampau banyak pegawai-pegawai. Kalau sikit, hendak layan pelanggan PPD ini dia cukup banyak. Kalau satu daerah itu sampai 200 buah sekolah kalau daerah besar. Jadi keadaan ini menyebabkan saya rasa kementerian perlu fikir balik. Kita bukan tidak setuju tetapi biarlah ia berganti segera. Kalau yang ini tolak balik, yang ini baru hendak fikir, saya ingat akan berselerak pentadbiran PPD. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya kita akan buat secara concurrent. Bermaksud kita menunggu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam diumumkan. Mungkin kalau dalam tempoh yang terdekat dan kita akan teruskan dengan penstrukturan dan perjawatan hakiki di PPD. Oleh kerana saya kata dengan objektif kita tidak membantutkan pengurusan dan kita sedar bahawa pada penghujung bulan Disember ini musim kemuncak bagi PPD dan JPN. Kita memang sedar. Setiap kali masa itulah. Musim itulah menyebabkan ibu bapa terpaksa datang. Jadi saya rasa kita mengambil maklum. Sebagai bekas PPD dua orang kita menghormati pengalaman dan saya rasa inilah input yang sangat penting. Kita sudah minta supaya pegawai lihat.
Jangan menyebabkan ada keluhan dalam kalangan rakyat kononnya kita hanya hantar balik dan akhirnya PPD ini tidak ada orang uruskan kerana untuk sekolah 100 buah ini hanya dijaga oleh lima orang pegawai, tidak boleh. Memang tidak jadi. Jadi saya rasa kita ambil kira tentang aspek itu. Yang Berhormat Hulu Terengganu tanya tentang sejarah. Apa nilai tambah dalam mata pelajaran atau kurikulum Sejarah. Dalam kurikulum Sejarah yang sedia ada unsur patriotisme dan juga tingkah laku patriotisme itu memang dimasukkan. Dalam kurikulum transformasi, kurikulum standard sekolah rendah atau kurikulum standard sekolah menengah, elemen kewarganegaraan dan nilai-nilai sivik seperti perasaan kekitaan, keterikatan emosi kepada negara dan identiti nasional itu akan diberi tumpuan khas. Jadi saya rasa ini adalah tujuan untuk mudah difahami dan dihayati oleh generasi muda. Jadi saya rasa ini adalah serba sedikitlah apa yang akan kita lakukan melalui transformasi. MBM dan MBI menggantikan PPSMI. Pagi tadi saya sudah jawab dengan secara panjang lebar. Kalau Yang Berhormat hendak tengok, memang surat pekeliling Ketua Pengarah begitu jelas sekali dan memerihalkan setiap tahun apa yang perlu dilakukan. Jadi saya berharap ia tidak lagi seperti mana Yang Berhormat Tawau bangkitkan ada yang masih keliru. Tidak. Saya rasa itu memang jelas. Kalau tidak faham, rujuk kepada kementerian kecualilah orang itu memang tidak faham bahasa. Dengan bahasa yang mudah dan banyak fleksibiliti yang telah kita berikan dan kita dengan tegas sekali mahu melaksanakan MBM dan MBI secara berperingkat dan sejarah...
Minta penjelasan. Ya. Ini kerana surat pekeliling dari kementerian belum sampai ke sekolah. Jadi banyak ibu bapa masih keliru dengan polisi ini. Bukan itu tidak jelas.
Bukan, Yang Berhormat. Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat, sebenarnya saya boleh beli satu surat khabar pada hari ini, Sin Ciew, muka surat pertama dan ketiga jelas. Itu mungkin boleh dibaca. Secara jelas, garis panduan itu saya nampak telah dipaparkan mengikut sumber kementerian. Satu lagi perkara yang dibangkitkan ialah mengenai pembinaan Sekolah Menengah Vokasional. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Sekolah Menengah Vokasional Kuala Berang telah pun diluluskan dan ia akan dibina secara IBS pada tahun 2012. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah membangkitkan, bertanya kepada Dewan dan kementerian berapakah peratusan murid SJK(C) dan SJK(T) di Malaysia. Ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat data. Pada 31 Januari tahun ini, SJK(C) seramai 598,488 orang dan SJK(T) seramai 102,642 orang. Kalau kita lihat dari segi dana, pada tahun hadapan kita akan berikan. Itu secara spesifik untuk naik taraf dan juga pembaikan. RM100 juta masing-masing untuk SJK(C) dan SJK(T). Ini kalau kita sebut peruntukan merangkumi dua aspek. Satu adalah anggaran belanja mengurus ialah ABM dan itu secara kasarnya ia merupakan satu jumlah yang sangat besar. Berbilion ringgit untuk kedua-dua ini. jadi saya rasa Yang Berhormat tanya tidak secara spesifik. Hanya peruntukan. Jadi saya memberikan gambaran kedua-dua komponen itu untuk makluman Yang Berhormat. Yang Berhormat juga membangkitkan tentang SJK(C) Cheng Hoon, SJK(C) Yok Choon tidak ada peruntukan dan Yang Berhormat juga mendakwa bahawa macam susah sangat hendak dapatkan peruntukan daripada kementerian.
Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, walaupun negeri itu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, kita tidak pernah meminggirkan. Kawasan Bukit Mertajam pun kalau perlukan wang dan kita lihat ada keperluan, kita bantu juga. Akan tetapi apabila ada permohonan daripada SJK(C) khususnya melalui Lembaga Pengelola Sekolah, tidak semestinya apa yang dihantar itu adalah sesuatu yang menepati kriteria kita. Saya bagi contoh, di bawah PRE-1, RM50 juta SJKC, secara terus kita salurkan ke LPS, RM551 buah sekolah dapat. Pada masa yang sama, PRE-2, RM95 juta kepada LPS, ini banyak kepada sekolah-sekolah yang kita hendak bina dengan perpindahan, RM95 juta. Sebanyak RM145 juta, inilah jumlah yang paling tinggi yang pernah kita beri secara terus kepada LPS.
Kalau kata cemburu, SJK(T) pun minta kenapa dia tidak boleh terus kepada PIBG. Oleh sebab mengikut Akta Pendidikan, LPS ini dia ada status locus standi. Jadi kita menghormati dan itu kata putus di peringkat Kabinet untuk kita serahkan kepada LPS. Apa yang diminta oleh LPS, ingin saya terangkan, berkongsi dengan Yang Berhormat. Ada yang minta air-cond, ada yang minta e-classroom, ada yang kata bangunan saya sudah mahu runtuh. Jadi keutamaan kita berdasarkan kepada empat. Pertama kalaulah bangunan itu diisytiharkan bangunan yang tidak selamat, itu yang kita utamakan tidak kira di mana, Sabah Sarawak, di Malaysia, Semenanjung, kita ambil kira semua. Jadi apabila struktur bangunan itu tidak selamat, strukturnya perlu diperbaiki dan dibina semula, itu yang menjadi tumpuan kita. Itu top priority. Keduanya ialah pembaikan. Kalau macam keadaan bumbungnya sudah bocor ataupun siling ataupun sebahagian tiangnya sudah senget, kita akan beri. Ini atas faktor keselamatan juga, kalau secara jangka panjang, ianya perlu diperbaiki. Ketiga, kita tengok kalau bangunan membina bilik darjah, bukan dewan. Kalau bina dewan, pernah saya lihat ada permohonan sampai berjuta-juta ringgit, ada yang dewannya sekadar ada bumbung sahaja dan ini tempat berhimpun. Jadi saya rasa permohonan itu berlambak, ia tidak menggambarkan. Saya tidak kata yang dua sekolah ini, tidak, kita mengikut kriteria. Kalau penambahan bilik darjah, kita beri keutamaan. Akhir sekali kalau keperluan perabot dan sebagainya, ianya merupakan komponen yang tidak begitu besar mustahak kerana peruntukan itu pun tidaklah besar sangat...
Penjelasan.
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya soalan tentang peruntukan terperinci yang diagihkan kepada SJK(C), SJK(T) dan juga sekolah kebangsaan daripada jumlah keseluruhan yang kita bagi kepada sekolah rendah. Juga spesifik SJK(C) Chen Moh, SJK(C) Yuk Chyun mereka bina bangunan kelas yang baru. Jadi berapakah jumlah peruntukan yang telah diberi, diperuntukkan kepada dua sekolah ini sebab mereka mengadu mereka tidak dapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran.
Yang Berhormat, saya belum masuk yang itu. Saya baru habiskan empat kriteria supaya Yang Berhormat faham. Kalau SJK(C) Chen Moh itu bangunan tidak selamat, saya bagi jaminan tahun depan kita akan bantu terus. Saya tidak tahu permohonannya untuk buat apa, buat auditorium lain, kalau bangunan tidak selamat, kita bantu. Jadi saya tidak boleh buat secara blanket kata kita bagi. Ini bukan bagi ole-ole, kita mempunyai satu jawatankuasa menilai dan kita melihat secara profesional.
Mereka mengalami kelas yang tidak cukup, pelajar terlalu banyak.
Tidak apa Yang Berhormat, tidak payah, ini bukan medan berpolitik. Saya minta supaya SJK(C) ini bawalah proposal dan gambar yang kata keadaan uzur macam apa yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu diganti berjumpa dengan kementerian dan dana disediakan untuk tahun depan, tidak menjadi masalah.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Pulau Pinang, memang setiap tahun kita peruntukkan satu dana untuk sekolah jenis kebangsaan. Kita ada kriteria seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kita buka pada satu tarikh, end of the year kita akan buka untuk permohonan. Setiap sekolah, mereka digalakkan memohon sekiranya mereka memerlukan dana. Selepas itu, kita akan buat satu pemeriksaan, kita akan pergi ke sekolah dan tengok sama ada keperluannya adalah sama dengan apa yang dipohon. Kita tidak mempunyai dana yang cukup, jadi kita meluluskan mengikut keperluan.
Jadi bolehkah saya minta penjelasan sama ada kementerian Yang Berhormat mempunyai satu prosedur seperti ini kerana saya menerima banyak aduan bahawa mereka tidak mahu pohon daripada Kerajaan Pusat, kementerian Yang Berhormat kerana selalunya tidak dapat. Tidak dapat pun tidak apa tetapi tidak ada apa-apa jawapan pun. Jadi tahun ini, kami menetapkan bahawa setiap sekolah kalau mereka hendak pohon dana dari kerajaan negeri, mereka mesti juga menghantar permohonan kepada kementerian Yang Berhormat. Jadi saya minta sama ada Yang Berhormat ada menerima semua permohonan ini dan apakah kementerian Yang Berhormat buat dengan permohonan-permohonan seperti ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya masih ingat lagi tarikhnya ialah pada Mac 2009. Yang Berhormat berjumpa saya di lobi Parlimen, Yang Berhormat tanya apa mekanisme yang kita gunakan. Saya berkongsi dengan Yang Berhormat kerana pada masa itu Yang Berhormat hendak wujudkan satu jawatankuasa hendak bagi duit juga. Saya ucapkan terima kasih kerana apa yang kita lakukan, ianya juga dilakukan di Pulau Pinang. Saya tidak akan cemburu kerana apa yang boleh kita kongsi bersama dan kita juga lihat bagaimana kita hendak menapis permohonan LPS. Saya pernah bincang dengan Yang Berhormat sendiri, itu yang pertama. Tidak kira dari sumber mana, Kerajaan Pusatkah, kerajaan negeri, untuk negeri lain pun sama. Kita jangan bagi peruntukan bertindih, itu memang kita utamakan. Ramai sengaja menyembunyikan fakta kata dia tidak dapat apa. Sebagai contoh dia kata saya masih hutang lagi RM5 juta, berapa tahun dia hutang, dia kata sepuluh tahun. Kalau sepuluh tahun masih hutang RM5 juta, masih lagi bangunan ada di situ, apakah kriteria yang boleh kita gunakan untuk kita beri wang itu. Jadi kadangkala apa yang diminta itu terlalu besar. Macam ada sekolah minta RM30 juta, ada sekolah minta RM10 juta. Takkan kita hendak bagi satu sekolah RM10 juta, tidak boleh. Jadi saya rasa ada satu jawatankuasa. Kalau boleh saya mengajak Yang Berhormat datang ke pejabat saya tengok, book file tebal macam ini, setiap satu permohonan yang masuk kita menilai. Kita menggunakan pegawai kita semak gambar, kadangkala kita buat spot check dan kita tegur guru besar. Kalau benda yang telah dibuat, diulangi lagi permohonan, kita bagi amaran. Itu yang kita lakukan. Jadi Yang Berhormat, memang ada pada kita. Jadi kita melayan bukan kerana kita kata; ”Eh! Duit ini kita hendak bagi kerana kerajaan negeri hendak bagi, kita pun terpaksa bagi”. Tidak, kita tetap dengan pendirian kita, kriteria itu perlu jelas mengikut keperluan. Jadi saya rasa Yang Berhormat, tidak apalah, sama-sama kita bersaing, buat dengan satu prinsip yang baik, saya tidak rasa cemburu. Untuk kes-kes di SJK(C) Pulau Pinang, ini mungkin satu taktik kerajaan negeri supaya semua LPS anggap, Oh! Minta dengan pusat tidak dapat, minta dengan Pulau Pinang dapat terus. Jadi saya ingin menyatakan kriteria yang kita gunakan macam satu sekolah, saya tidak pernah hendak kata kerajaan negeri tidak tolong. Kalau Kerajaan Pusat bagi RM3.5 juta, kalau sekarang ia kurang RM200 ribu, saya minta dia jumpa dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam kerana kerajaan negeri pun ada duit. Kita sudah bagi banyak, mintalah sedikit daripada kerajaan negeri. Saya minta supaya kalau kerajaan negeri hendak bincang dengan kita pemberian itu, kita sedia. Perkara yang penting ialah jangan ada permohonan bertindih. Untuk Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kemukakan pada kami dan ingat bahawa kriteria itu perlu dipenuhi, bukan untuk buat air-cond, bukan untuk smart classroom, semuanya ini biasa kita tidak layan. Saya hendak terus terang dengan Yang Berhormat.
Satu penjelasan. Jadi permohonan itu sepanjang tahun, tidak ada masa untuk buka untuk mereka memohon? Sepanjang tahun?
Yang Berhormat, atap bocor ini ia tidak fikir, tidak ada satu masa tahu. Tiba-tiba kalau dia bocor dan kita minta supaya dia kemukakan permohonan. Kadangkala kalau sekolah terbakar, terus jumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, diluluskan RM200 ribu.
Inilah sebagai contoh ya. Kementerian sentiasa buka. Akan tetapi jangan kata dia minta..., dia anggap kementerian tidak beri banyak. Ini kerana dia minta banyak-banyak. Biarlah kementerian potong. Kita tahu dan kita ada kadar sendiri sebab kita mempunyai satu kumpulan untuk melihat kewajaran apa yang dimohon itu. Pegawai-pegawai pun ada, dan mereka juga arif tentang berapa satu kaki persegi untuk membina bilik darjah. Saya rasa kita tidak boleh keluar daripada BQ ataupun kuantiti yang diperlukan untuk sesuatu pembinaan. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga bertanya tentang projek makmal komputer. Ramai Ahli Parlimen membangkitkan isu ini. Saya ingin memberi satu gambaran bahawa 300 makmal komputer di Sabah ini bukan seperti mana yang dikatakan. Mungkin sebab laporan audit itu tahun 2010. Bukan dua sahaja yang disiapkan. Sehingga hari ini, yang terkini, 96 projek telah siap di mana sebahagian dalam proses penyambungan bekalan elektrik dan yang sedang dalam pembinaan ialah 149 projek dan projek dijangka siap pada penghujung tahun ini. Kita tangguh 54 projek. KPM akan mengkaji keperluan makmal komputer di kawasan tersebut dan kita batalkan satu projek. Bermaksud, kalau ini berbanding dengan teguran audit, sudah ada perkembangan yang terkinilah. Jadi Yang Berhormat...
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat menjelaskan, satu komputer kadangkala enam bulan pun sudah out of date. Makmal komputer ini beratus buah makmal. Berapa tahun sudah diambil? Berapa kontraktor sudah dilantik? Bagaimana kita selesaikan dengan komputer-komputer yang dibuangkan di situ sahaja, tidak digunakan?
Yang Berhormat, tentang perkara itu saya akan jawab satu soalan seorang Ahli Parlimen. Saya akan terangkan secara jelas berapa nilai kontrak dan apa tindakan yang telah diambil.
Yang Berhormat Menteri, tentang komputer yang sudah rosak ini, letak terlalu lama hingga masuk anai-anai itu, berapakah jumlah kos yang...
Okey. Ini pun seorang Ahli Parlimen itu ada tanya. Saya akan jawab ini ya. Saya jawab terus tidak apa. Oleh kerana pembinaan makmal komputer ia secara pakej, satu adalah dari segi bangunan, dan kedua adalah komputer. Kalau dahulunya kita berikan, masa itu kita tidak mempunyai satu dasar kata makmal komputer siap, baru kita masukkan komputer. Sebab itulah sekarang cara kementerian ialah kita akan pastikan makmal komputer itu sudah 70 peratus siap, barulah kita mulakan proses tender untuk software ataupun komputer yang ada. Semasa atau secara concurrent. Bila sudah hendak award komputer kepada kontraktor, sudah 90 peratus atau 95 peratus siap. Bila sudah sampai, komputer itu tidaklah out dated atau obsolete ya. Itu yang kita lakukan sekarang. Untuk kes-kes terdahulu seperti pada tahun 2006, memang komputer sekarang sudah tidak boleh pakai sudah. Kita serahkan kepada sekolah pun sekolah kata pelajar pun kata tidak boleh main game langsung. Itu guraulah. Akan tetapi tidak boleh. Fungsinya, dari segi softwarenya tidak boleh pakai lagi. Bukan kata kita tidak hendak beri kepada perpustakaan, tetapi kita kena lihat dari segi praktikalitinya. Okey.
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan makmal komputer tadi. Apa yang saya bangkit kalau dalam ucapan saya tadi ialah saya setuju dengan pandangan daripada Ketua Audit Negara, tetapi apa tindakan yang diambil kepada pihak pengurusan...
Ada, ada. Saya hendak jawab Yang Berhormat punya soalan nanti sebab saya ikut MP ya. Ada, ada. Sekejap.
Solar hibrid. Pelaksanaan program solar hibrid kini di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. KPM tidak lagi membina solar hibrid. Kita akan memaklumkan kepada KKLW lokasi sekolah baru bagi memudahkan urusan penyambungan elektrik. KPM kini hanya menyiapkan semua baki projek solar hibrid yang telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Bererti, untuk melengkapkan projek- projek RMKe-9. Untuk penyelenggaraan pula, kontrak bekalan dan penyelenggaraan solar hibrid di Sabah diuruskan oleh JKR. Tempoh penyelarasan telah tamat pada bulan Oktober 2011. Daripada bulan Oktober hingga akhir tahun 2011, kerja penyelenggaraan akan dibuat oleh JKR secara pentadbiran. So, jabatan sahaja. Penyelenggaraan untuk tahun 2012 masih lagi terbuka kepada dua opsyen. Pertama, diambil alih oleh JKR, bidding akhir iaitu November 2011, ataupun oleh syarikat. KPM sudah mula menerima cadangan dan akan meneliti setiap permohonan itu agar cadangan ini mungkin diberi pada swasta. Jadi, ada dua opsyen ya. Kita belum tamatkan lagi. Spesifikasi dan statement of needs akan ditentukan pada bulan Disember ini. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga bertanya tentang kelas orang dewasa untuk Orang Asli dan Penan atau KEDAP. Saya sendiri pernah pergi ke Sabah di Kota Marudu dan melihat program KEDAP. Sebenarnya saya kagum untuk mereka yang buta huruf walaupun usia 81 tahun, mereka boleh menyanyi dan juga menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, dan boleh juga mengamalkan kebersihan diri, menyedari kepentingan penjagaan kesihatan diri dan juga menyedari kepentingan pendidikan dan boleh membimbing anak-anak mereka. Kalau mereka tidak ada kesedaran, maka kalau anak mereka tidak pergi sekolah, mereka tidak akan menegur anak-anak mereka dan tidak akan mengambil tahu apa yang akan berlaku kepada anak ini. Jadi, saya rasa kesedaran itu sangat penting untuk masyarakat Orang Asli dan juga Penan. Projek ini memberi kesan yang sangat baik. Yang Berhormat Kulim Bandar Baru membangkitkan tentang kursus motivasi yang melibatkan beberapa sekolah di Terengganu yang mempunyai unsur-unsur azimat. Saya rasa kementerian mempunyai panduan dalam melaksanakan program-program berbentuk motivasi. Setiap program yang dilaksanakan perlu selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan iaitu Surat Pekeliling Iktisas bilangan 2/1999 dan Surat Pekeliling Iktisas bilangan 10/2011. Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan ini dan siasatan akan dilakukan. Kita tidak menghukum sewenang- wenangnya. Ia perlulah melalui satu proses siasatan rapi. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu juga membangkitkan tentang dasar pertukaran guru. Ini saya kena terangkan kerana ramai Ahli Parlimen yang membangkitkan tentang isu ini. Dasar utama pertukaran guru ialah keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan di negeri yang dipohon, dan yang ketiga ialah keperluan opsyen mata pelajaran di negeri yang dipohon. Kriteria utama yang diberikan pertimbangan ialah: (i) ancaman keselamatan diri pemohon, isteri atau anak; (ii) kes kesihatan kronik untuk pemohon, pasangan ataupun anak; dan (iii) kes ikut pasangan. Walau bagaimanapun, kelulusan kes-kes di atas tertakluk kepada kekosongan jawatan dan opsyen di negeri yang dipohon. Pada ketika ini, hampir 70 peratus guru adalah perempuan. Saya ingin memberi satu gambaran kepada Yang Berhormat. Pada tahun ini, jumlah permohonan untuk tukar antara negeri ini mencecah 20,000. Untuk sekolah menengah, seramai 9,607 orang memohon pertukaran antara negeri dan untuk sekolah rendah adalah 11,110. Ini merupakan angka yang sangat besar yang pernah direkodkan oleh kementerian. Dari segi kadar kelulusan yang kita berikan untuk sekolah menengah, daripada 9,607 permohonan, hanyalah 1,928 diluluskan iaitu 20.07 peratus yang boleh kita beri kelulusan. Untuk sekolah rendah, 1,693 daripada 11,110 permohonan. Bermaksud, kadar kejayaannya hanyalah 15.24 peratus. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, sebenarnya bukan mudah kalau kita hendak menukar seorang guru.
Kalau di negeri Kelantan, jumlah masuk dengan keluar ini langsung ia tidak seimbang. Banyak negeri kalau negeri Johor, Sarawak hendak keluar itu ramai. Hendak masuk tidak ramai. Jadi apabila kita benarkan guru masuk melambak ke satu negeri, apa kesannya akan berlaku? Ia memang akan membawa kesan buruk kepada negeri yang kita sudah pindahkan guru untuk membenarkan mereka tukar ke negeri lain. Jadi sebab itulah mengikut keperluan opsyen. Jadi bukan kata kementerian ini tidak bertimbang rasa. Faktor keluarga itu diambil kira tetapi 70 peratus adalah guru wanita. Jadi, ini adalah hakikatnya. Semua berkahwin ataupun kebanyakannya berkahwin. Jadi ada yang terpaksa berpisah dengan suami. Jadi kita mengambil kira, kalau Yang Berhormat sudah bangkitkan beberapa kes, kita akan tengok. Kalau kronik kes-kes yang dianggap mempunyai masalah kesihatan yang memang memerlukan perhatian kita, kita akan cari satu kaedah. Akan tetapi kalau hendak memindahkan secara blanket untuk memberi 20,000 ini semua tukar, bercelaru sistem kita kerana ada opsyen tertentu yang kita tidak boleh dapat guru, okey. Kalau kita pindah secara beramai-ramai, ia akan memberi akibat yang buruk kepada negeri yang kita pindahkan guru.
Saya faham bahawa ini merupakan satu masalah yang rumit. Jadi adakah kementerian adakan satu garis panduan ataupun keutamaan yang memberi kepada siapa? Saya rasa keutamaan harus bagi kepada ibu yang baru ada anak. Satu kes yang saya tahu. Bahawa dia mengajar di Cameron Highlands. Suaminya bekerja di Pulau Pinang, ibunya di Bukit Mertajam. Jadi, sekarang ialah sekeluarga tiga orang duduk di tiga tempat kerana bayinya berada dengan ibunya di Bukit Mertajam. Jadi saya minta sama ada bolehkah kementerian membuat pengurusan, management yang lebih detail lagi supaya mereka seperti kes-kes ini diberi keutamaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham keprihatinan Yang Berhormat. Akan tetapi bagi kementerian, kita kasihan dengan pegawai yang menguruskan. Saya bagi contoh. Kelantan, yang masuk ialah 2,375 orang guru. Hendak keluar sebanyak 83 sahaja. Jadi hendak selesaikan Kelantan, satu isu, sebanyak 28.6 kali ganda. Negeri Terengganu hendak masuk seramai 1,355 orang, keluar 232 orang. Begitu juga dengan Kedah. Hendak masuk seramai 828 orang, keluar seramai 258 orang. Untuk Perlis, hendak masuk seramai 148 orang, hendak keluar 48 orang. Putrajaya hendak masuk seramai 194 orang,hendak keluar seramai 28 orang dan Melaka, hendak masuk seramai 313 orang dan hendak keluar seramai 181 orang. Ini menunjukkan bahawa kalau boleh kita tidak ingin melihat guru kita sengsara macam itu. Akan tetapi apabila keperluan perkhidmatan dan di dalam keadaan terdesak ini, kita terpaksa mengekalkan guru. Jadi saya rasa satu analisa secara menyeluruh apa sebab? Ada yang kata migrain, ada yang kata sakit penyakit kulit. Ada yang kata tidak boleh terdedah kepada matahari. Itu pun ada. Jadi, saya rasa kita melihat setiap satu. Ada satu panel melihat. Jadi, panel ini sedang menimbangkan kes-kes rayuan. Kalau kes-kes urgent, bolehlah Yang Berhormat bawa kepada kita. Akan tetapi hendak melayan semua ataupun memberi kelulusan kepada semua, kita akan menyebabkan opsyen itu tidak dipatuhi dan akhirnya ada negeri-negeri yang tidak dapat guru dan kita tidak dapat guru yang mengajar di dalam bilik darjah. Itu yang merupakan kekhuatiran kita. Saya beri satu contoh ini untuk Yang Berhormat mendapat satu gambaran jelas. Yang Berhormat kata faktor kahwin. Kebanyakannya adalah pasangan yang sudah berkahwin. Kalau kata anak muda, kebanyakannya anak muda. Jadi saya rasa dalam konteks ini, kalau boleh kita akan buat. Membantu mereka. Akan tetapi dalam keadaan terpaksa kita terpaksa mencari satu kaedah mengikut merit siapa yang layak dahulu, kita bagi. Walau bagaimanapun, kita buka kepada kes-kes yang istimewa pada bulan Jun 2012. Setiap kali dalam setahun, kita ada dua kali iaitu bulan Jun tidak ramai iaitu kes-kes istimewa dan pada bulan Disember iaitu pada hujung tahun. Saya rasa ini satu gambaran kepada Ahli Yang Berhormat...
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bertanya sedikit. Minta maaf
Ya, Yang Berhormat.
Hendak tanya, ini yang dikatakan istimewa, tidak istimewa ini, kalau suami ada di Sabah dan isteri berada di Semenanjung. Isteri dan suami ini jauh. Umurnya muda, 30 tahun lebih. Apakah prioritinya, keutamaan? Di mana letaknya prioriti ini antara dua suami isteri yang berpisah. Hendak tanya, terima kasih.
Terima kasih. Saya bagi satu contoh. Kalau mereka yang telah pergi ke Sabah dan Sarawak, lazimnya kalau Pendidikan Islam. Di situ tidak cukup, okey? Kalau kita hendak membenarkan balik ke Kelantan, suaminya mungkin bekerja di Kelantan. Masalah kita ialah di mana kita hendak letak cikgu ini balik ke Kelantan?
Bukan Kelantan. Kelantan di Semenanjung tidak mengapa. Di Sabah seorang, seorang di Semenanjung. Apakah prioritinya? Suami di tempat lain, isteri di seberang sana.
Betul, betul. Saya hendak masuk terus. Maksud saya, satu di Sabah atau Sarawak, seorang di Semenanjung. Ya, betullah. Jadi, apabila kita hendak benarkan cikgu ini untuk ditukar ke Kelantan, Kelantan mempunyai lebihan guru. Jadi apa fungsi guru ini kalau kita hendak tukar? Jadi satu masalah kepada kita. Apa yang kita lakukan Yang Berhormat, ini mungkin secara jangka panjang. Pengambilan pelatih IPG. Kita tumpukan pada Sabah, Sarawak, 30 peratus masing-masing supaya orang tempatan yang berkelayakan sebagai guru dalam negeri tersebut. Itu sebagai satu contoh. Akan tetapi dia tidak boleh dilatih pada hari ini, tahun hadapan dia keluar.
[Bangun]
Tidak boleh. Kalau dia ikut KPLI pun kena setahun. Kalau KPSPM lima setengah tahun. Jadi saya rasa ini kekangan yang ada pada kementerian. Bukan kita tidak hendak tolong. Saya tahu wakil rakyat sentiasa menerima permintaan daripada rakyat jelata dan itu keadaan kita.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Kota Belud.
Saya cukup faham dengan kekangan dan juga masalah yang dihadapi oleh kementerian. Akan tetapi soal kita hendak supaya guru memberi perkhidmatan terbaik juga berkait rapat dengan emosi, perasaannya dan juga keadaan kehidupan iaitu suami berada di Sabah, isteri ada di Sarawak. Sudah tentu dia tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada pelajar. Soalnya, apakah kementerian hanya ada sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi atau tidakkah ada pertimbangan lain kerana aspek ini juga perlu diberikan perhatian. Ini adalah masalah yang sering kali dan tiap-tiap kali memang kita hadapi.
Okey.
Boleh, boleh sambung sekali?
Ya, sekali.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagaimana pula kalau contohnya si isteri yang berada di Kelantan itu dan si suami berada di Sabah dan mahu bertukar ke Kelantan dan membuat usaha sendiri untuk mengadakan pertukaran di antara guru di Kelantan yang mahu ke Sabah dan Sabah mahu ke Kelantan. Maknanya ada pertukaran, exchange of teacher’s. Apakah... [Disampuk] Ya? Suka sama sukalah, suka sama suka. Maknanya ada yang hendak pergi ke Sabah, ada yang hendak pergi ke Kelantan. Apa dia dasar kerajaan tentang isu ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kulim-Bandar Baharu, saya yang membangkitkan isu tersebut.
Dalam kes spesifik yang saya bangkitkan, kita sudah membuat penelitian di Kulim- Bandar Baharu, tempat yang dipohon itu ada dua sekolah iaitu Sekolah Sungai Kob dan Sekolah Kampung Guar yang ada kekosongan sama dengan kelulusan dia dan bidang tugasan yang diberikan kepada dia. Ada kekosongan di situ. Jadi, adakah itu menjadi kriteria untuk kementerian menimbang dan meluluskan permohonan tersebut? Apatah lagi ada faktor lain seperti mempunyai anak kecil di Kulim, suaminya di Kulim dan lain-lain. Terima kasih.
Yang Berhormat, kementerian memang prihatin tentang perkara ini. Sejak semalam dan hari ini kita berbincang dengan pegawai. Mereka juga bersimpati dengan keadaan ini. Jadi kita menerima baik teguran, input daripada Yang Berhormat. Saya menyarankan kepada bahagian pengurusan sekolah harian untuk meneliti secara spesifik kes-kes mana yang boleh kita bantu. Kalau mungkin kita bantu, kita akan bantu. Jadi oleh sebab jawatankuasa ataupun panel masih lagi bekerja kuat dan mencari satu kaedah, saya rasa biarlah mereka menggunakan pandangan dan tanpa menjejaskan P&P di mana-mana sekolah. Jadi, kita akan bantu dan kita cari satu kaedah.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta cadangan. Mungkin kalau tidak dapat dijawab sekarang pun tidak apa tetapi untuk kita melihat sama ada isu ini serius atau tidak, bolehkah tidak Yang Berhormat Menteri boleh memberi statistik kepada Dewan yang mulia ini berapa ramai yang memohon untuk pertukaran seperti ini, yang suami isteri ini? Berapa yang telah diluluskan? Kalau tidak ada statistik sekarang tidak apa, kalau boleh bertulis. Supaya kita dapat memahami sama ada isu ini agak kritikal ataupun hanya beberapa insiden sahaja.
Yang Berhormat, saya ada pecahan analisa permohonan keseluruhan. Saya bagi contoh, dari negeri Johor kes sakit kronik - 39. Kes sakit kronik pasangan – 15, sakit kronik anak – 11, ancaman keselamatan – 2. Ini ada repot polis ini. Ikut suami – 77, ikut suami atau mengikut pasangan – 836. Pertama itu atas arahan perkhidmatan, macam dia tukar daripada kementerian ke sana, itu – 77. Akan tetapi ikut suami, ini tidak terikat mana-mana kepada perkhidmatan awam – 836. Ikut suami permohonan bersama – 354, tempoh perkhidmatan kurang daripada empat tahun di negeri- negeri semasa – 61, tempoh lebih daripada empat tahun – 469. Lain-lain alasan – 784, jumlahnya 2,678. Itu secara keseluruhan untuk Johor sahaja. Jadi, kalau kita hendak selesaikan Johor, hampir 1,000 ikut pasangan. Jadi, kita kalau tarik keluar, 1,000 kekurangan guru di Johor. Yang Berhormat bangkitkan isu secara teknikal. Misalan, kalau seorang guru Cina di Petaling, dia hendak balik Sabah. Akan tetapi ada kebetulan seorang hendak balik Petaling itu ustaz. Opsyen ini dengan dia lain. Walaupun suka sama suka, akhirnya tidak jadi juga. Jodoh tidak ada.
Kalau opsyen itu betul, apa pendirian...
Tidak, kalau kita buat macam ini, suka sama suka, tidak payah melalui kementerian, tidak boleh. Sebab kita kena lihat keperluan dan apabila ada penyelarasan secara berpusat, itulah fungsinya jawatankuasa. Kalau itu suka sama suka kerana kedua-dua alasan itu tidak kuat, orang marah kita. Kenapa dia boleh dapat tukar, yang saya sudah sakit kronik ini kenapa tidak diberi perhatian. Jadi, itu juga masalah kepada kita. Saya teruskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu membangkitkan tentang TV LCD yang perlu ditambah. Dasar kita, kita tidak ada duit yang begitu banyak. Kekangan kewangan tiada dasar 1TV LCD untuk setiap bilik darjah. SMK Tun Perak, Muar. Ini kita sudah mengarahkan supaya JPN Johor siasat. Saya hendak sebut sini bukan hendak ambil tindakan dahulu, siasat sekiranya bersabit kesalahan kita akan gunakan kod etika yang ada termasuklah sekiranya aduan berasas, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan 4(2), di Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) iaitu tidak bertanggungjawab. Sekiranya aduan itu berasas. Kita akan buat siasatan.
Boleh saya tanya Yang Berhormat sedikit. Apakah arahan siasatan itu baru sekarang ataupun sudah lama sudah? Sebab saya pun tahu kes ini, sudah berlarutan begitu dan dalam pengetahuan Jabatan Pendidikan Johor. Jadi, bila berbangkit dalam Dewan yang mulia ini, baru dijawab, akhirnya akan disiasat, kes ini lama sudah. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat.
Yang Berhormat, oleh kerana saya baru tahu malam tadi. Saya sampai sini 11.15, kita telefon JPN Pengarah Johor, siasat terus. Jadi, hari ini pasukan sudah turun sudah. Ya. Jadi, kita siasatlah.
Terima kasih.
Ini kerana kita baru tahu malam tadi.
Setahu saya sudah lama sudah kes ini.
Yang Berhormat Parit Sulong. Ini kemajuan terhadap dasar 1Murid 1Sukan. Kepada rakan-rakan yang lain juga saya jawab sekali gus. 1Murid 1Sukan ini menampakkan hasil kejayaannya di mana 80 peratus sekolah mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Sebanyak 70 peratus telah mengadakan kejohanan tersebut pada bulan Jun dan selepasnya seperti mana yang telah diarahkan. Khusus kepada guru dan jurulatih sekolah sebanyak 30,000 orang guru dan telah menerbitkan modul latihan sukan bagi 10 jenis sukan untuk guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Begitu juga surat siaran kepada sekolah-sekolah untuk membenarkan mereka memakai pakaian sukan sepanjang hari apabila mereka mengadakan aktiviti sukan di sekolah. Juga penubuhan IPG secara khusus untuk sukan melatih guru-guru sukan. Jadi, saya rasa kita secara fokus dan kita serius dan komited dalam soal ini. Yang Berhormat Parit Sulung juga bertanya tentang sekolah SK Kampung Jawa. Di mana memang betul saya dengan Yang Berhormat Batu Pahat, dua-duanya datang dari daerah yang sama. Kita sudah mengarahkan JPN, PPD untuk memberi laporan yang terkini dan sekiranya ia memenuhi syarat ianya boleh dimasukkan dalam laporan audit fizikal yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Batu Pahat. Jadi, saya rasa sebagai jiran kita akan memberi keutamaan kerana kalau itu yang disahkan oleh JKR, maka itu memberi...
Yang Berhormat Menteri, kalau sekiranya- terima kasih Tuan Pengerusi. Sekiranya apa Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi nyatakan, saya hendak mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebab perkara ini telah banyak kali dibangkitkan dan saya harap, keadaannya memang sangat mendesak. Harap ianya dapat diberikan perhatian yang immediate. Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong, satu lagi projek ubah suai naik taraf melibatkan pembinaan tandas baru yang dikenal pasti oleh jabatan kita ialah di SMK Dato’ Syed Isa yang peruntukannya RM387,000. Itu dalam peringkat pelaksanaan. Yang Berhormat Parit Sulong juga sebut tentang pra-sekolah. Ingin saya mengatakan bahawa ini sebagai satu data kepada semua, kelas pra-sekolah yang kita telah buka yang ada sekarang ialah 8,216 dan murid pra sekolah ialah 179,160. Peningkatan 20 peratus mengikut NKRA. Ingin saya mengatakan pada tahun pertama kita telah menunjukkan peningkatan iaitu sampailah kepada 72 peratus. Sehingga hari ini, belum selesai 2011 76.3 peratus telah dicapai yang mana ada lagi sekolah tadika ataupun pra-sekolah yang sedang dibina dalam peringkat sudah siap. Saya jangkakan ianya akan naik ke satu angka yang menghampiri 80 peratus di mana sasaran kita ialah 87 peratus pada tahun hadapan. Kita berkeyakinan sekiranya kita dapat melaksanakan semua projek-projek itu dengan dibantu oleh pihak tadika swasta dan juga KEMAS dan JPNIN, saya yakin kita boleh mencapai sasaran seperti mana yang termaktub dalam NKRA. Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan tentang guru kaunseling. Ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol. Data guru kaunseling sekolah menengah - 5,281 orang, sekolah rendah – 4,122.
Dari semasa ke semasa, guru bimbingan kaunseling diberi latihan melalui Seminar Peningkatan Profesionalisme, latihan keguruan dan juga buku panduan modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan. Di mana setiap negeri, daerah bergabung, sistem mentoring dan coaching oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dan Guru Cemerlang. Bermaksud, mereka diberi latihan dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan tentang sekolah menengah jenis kebangsaan baru. Seperti mana yang kita maklum, pihak pucuk pimpinan MCA telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 31 Oktober dan juga membawa tentang perkara ini. Pada 9 November, pucuk pimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang juga berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan satu persetujuan dasar telah diberikan untuk pembinaan SMJK yang baru di Seberang Perai Selatan. Ingin saya mengatakan di sini, selama ini apa yang kita dapat baca ialah permintaan mereka dari Seberang Perai, khususnya mereka dari bahagian selatan. Daerah selatan ini memerlukan SMJK. Semasa perbincangan, ingin saya mengatakan bahawa kita serahkan kepada LPS untuk menentukan. Walaupun saya sendiri telah membaca artikel pandangan daripada pembaca daripada sekolah. Ada yang mengatakan tempat dahulu yang asas, itu sesuai, ada yang kata tidak sesuai. Itu terpulanglah pada masyarakat setempat dan juga lembaga untuk menentukan. Kalau ada orang yang boleh memberi pilihan lebih baik, kenapa tidak. Kalau itu sahaja pilihan yang ada, saya rasa our peers akan membuat keputusan terbaik dan balik kepada kementerian. Jadi, keputusan dasar telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, saya rasa ianya tidak menjadi satu isu lagi. Mengenai permohonan dana. Ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat, apa yang diumumkan di surat khabar terlalu besar.
Jadi, saya sendiri kata RM30 juta kita sudah boleh bina banyak sekolah, 10 buah sekolah. Mungkin kita kena lihat oleh kerana tanah pun tidak tahu, kita tidak tahu dari segi infra berapa diperlukan iaitu perlu dibincangkan dengan pucuk pimpinan dan saya rasa kita akan lihatlah dan meninjau keadaan apa yang hendak dibuat di sekolah tersebut. Jadi mengenai apa yang dibawa oleh Yang Berhormat SJK(C) Yun Chung ya. Untuk makluman fail permohonan baru sampai dan diterima oleh JPN Pulau Pinang pada 10 November yang lalu. Saya baru terima berapa tiga hari yang lalu. Jadi saya rasa dalam soal ini kita baru terima surat permohonan. Jadi kita akan meneliti dan saya ucapkan terima kasih lah sekiranya tanah pajakan itu telah diberikan dan tidak ada urusan atau tidak ada sebarang sekatan. Jadi kita akan meneliti permohonan mengikut procedure yang telah kita wujudkan ini. Okey.
Jadi dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa jadi ia tertakluk kepada PLC sekolah itu untuk menentukan tanah di mana yang satu. Yang kedua, saya rasa ramai yang ingin tahu sama ada surat kebenaran itu telah dikeluarkan kerana selama ini yang dikatakan hanya secara mulut sahaja. Bilakah surat ini akan dikeluarkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini pengalaman di Johor ya. Kalau Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Tenggara atau Presiden MCA sebelum menjadi EXCO selalunya pemaju akan berjumpa kerajaan negeri kata buat sekolah di kawasan pemaju ya. Akan tetapi kita berhati-hati memilih lokasi. Okey. Kalau kita hendak bagi satu permit untuk membina sekolah biarlah kita mengenal pasti semua faktor. Okey. Jangan kita dah buat keputusan di sini kemudian tiba-tiba rasa tidak sesuai, kita pindah tempat lain. Jadi dalam soal ini saya rasa bukan ditentukan pemaju. Jadi saya tidak tahu dia punya detail apa yang akan dilakukan dan saya biarkan supaya masyarakat setempat berbincang dengan pihak MPS dan datang balik kepada kementerian dan saya sendiri akan melihat perkara ini dan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.
Yang Amat Berhormat beri kata putus. Cuma dari segi surat sahaja menentukan lokasi di mana ya. Itu juga nasihat kepada kerajaan negeri tidak perlu tergesa-gesa tengok tanah ini. Kalau dari kos infrastrukturnya yang banyak perlu dibina pihak sekolah, itu mungkin kita kena fikir dua kali baru kita tentukan. Saya tidak tahu keadaan itu macam mana dan kerana saya sudah dapat pandangan, dia kata cari tempat yang mudah accessnya dan ianya merupakan tempat yang strategik.
[Bangun]
Saya serahkan kepada pucuk pimpinan sekolah dan melihat kesesuaiannya ya. Itu saya rasa tidak ada argument. Biarlah kita menghormati pandangan MPS dan masyarakat setempat ya.
Yang Berhormat Bakri bangun Yang Berhormat
Jadi yang jelasnya ialah surat kebenaran formal belum keluarkan dan dia menunggu tempat dan tanah itu terlebih dahulu.
ya, ya. Bincang dengan kementerian dulu kerana kita tidak mahu bila sampai ke satu tempat tidak ada bekalan, ini semua tidak ada, kita sudah siapkan sekolah nanti ada masalah lain pula. Kita lihat.
Boleh, bolehkah tidak saya jemput supaya Timbalan Menteri boleh turun ke padang, kita boleh tunjukkan tempat tanah itu dan...
Tidak apa lah.
...Supaya boleh cepat ditentukan.
Tidak apa Yang Berhormat.
Saya rasa kita tidak mahu lengah-lengahkan masa.
Tidak apa, tidak apa. Saya sudah baca dalam surat khabar pemaju kata suruh kita buat cepat. Akan tetapi kita tidak ikut speed pemaju. Kita tengok kewajarannya dan saya rasa yang penting ialah masyarakat setempat. Kita dahulukan rakyat pandangan rakyat dan juga MPS. Biar mereka bincang, kalau tempoh terdekat dia memberi kata-kata putus, saya sedia pergi ke sana kerana setiap malam kita bermesyuarat sampai 10.30 malam, tidak ada massa hendak pergilah waktu ini ya. Okey.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa tanah itu memang telah diterima oleh pihak Sekolah Gi Sing. Mereka telah lihat tanah itu dan mereka telah terima. Ini bukan ditentukan oleh pemaju tapi di antara kerajaan negeri dan juga pihak sekolah sudah lihat bahawa tempat itu adalah sesuai.
Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat.
...Kita pun tidak apa. Kalau pihak Yang Berhormat..
Tidak apa. Ada pihak di Prai Selatan mereka juga berhajat, ini hajat mereka hendak cari satu bidang tanah. Kalau boleh hendak dibina SMK, tidak apa lah, kalau ada dermawan hendak hadiahkan bagi tanah, tidak ada masalah. Pilih yang terbaik Yang Berhormat, nasihat daripada kita.
Saya pun tidak ada masalah sekiranya ada tanah yang lebih baik.
Saya tidak kata Yang Berhormat ada masalah. Tidak ada.
[Menyampuk]
Saya tidak kata Yang Berhormat ada masalah. Tidak ada.
Akan tetapi yang khuatirnya ialah ini akan menjadi satu alasan untuk melewat-lewatkan keluarnya surat kebenaran untuk membina sekolah ini...
Yang Berhormat.
Ini adalah khuatirnya.
Tidak ada, tidak ada, tidak ada. Yang Berhormat, kita mempunyai niat yang baik okey. Apa juga permintaan. Kalau kita gunakan permintaan itu secara khusus daripada Prai Selatan, kalau kita dengar lokasi itu kita perlu cari yang strategik kita dengarlah pandangan rakyat itu. Kalau kita sudah tidak ada pilihan, terpaksalah cari tanah itu. Kalau ada dua tiga tanah yang lebih sesuai tidak apa lah biarlah pucuk pimpinan sebagai wakil rakyat Yang Berhormat tengok mana yang sesuai okey. Tidak ada masalah.
Timbalan Menteri.
Akan tetapi hari itu minggu lepas bukan kah Timbalan Menteri baru sampai ke Nibong Tebal. Baru pergi ke sana, mengapa tidak pergi tengok.
Yang Berhormat.
Ini minggu yang akan datang ini kalau senang ataupun bila-bila masa kita jemput supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sampai, boleh pergi ke sana tengok tanah itu.
Yang Berhormat. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat pada hari itu saya sampai di lapangan terbang Pulau Pinang pukul tiga, pukul empat saya akan sampai perasmian Sekolah Seng Kiau kemudian saya terus turun ke Nibong Tebal. Lepas itu saya balik ke George Town dan pada hari keesokannya pukul tujuh saya sudah pergi Balik Pulau dan pukul sebelas saya sampai di Alor Setar. Saya memang tidak ada masa. Kalau tengah malam tengok pun tidak nampak apa. Bukan saya kata sengaja. Saya beritahu Yang Berhormat itu jadual, saya terpaksa. Saya kena menjalankan tugas apa yang telah diatur sebelum itu ya.
Akan tetapi Yang Berhormat...
Tidak apa Yang Berhormat, ada masa.
...Kita, jemputan itu terbuka bila-bila masa.
Okey, Yang Berhormat
Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Bakri bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat
Timbalan Menteri.
Nanti Yang Berhormat Bakri bila sampai giliran Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tanya sampai puas.
Tidak, tidak bukan. Bertanya satu pelajar, satu sekolah. Saya..
Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Nanti sampai giliran Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tanya sampai puas okey.
Okey, boleh. Terima kasih.
Ini permintaan sekolah di kawasan Alma untuk SJK(C). Saya hendak memaklumkan Yang Berhormat, Yang Berhormat pun sedia maklum kenapa kita pindah satu sekolah SJK(C) Ben Teik Pusat ke Bukit Mertajam. Kita melihat Bukit Mertajam sudah pesat membangun. Kerajaan Pusat bagi RM3.5 juta terus kepada MPS dan sedang dibina. Yang Berhormat cakap kenapa yang padang itu tidak digunakan. Itu kononnya di miliki oleh MCA. Saya hendak maklumkan Yang Berhormat, pemimpin DAP pula ada yang kaya-raya seperti Bukit Bintang. Kalau dia ada tanah di Bukit Bintang, saya hendak ambil terus hendak bina sekolah, saya rasa tidak adil bagi dia juga. Sama juga di Seremban, mantan pengerusi DAP kaya, banyak tempat. Tidak akan saya kata hendak bina sekolah ambil tanah dia tidak boleh. Jadi saya rasa saya hendak maklum kepada Yang Berhormat SJK(C) Ben Teik itu dibina disebabkan oleh MCA cari tanah dan belikan tanah. Kalau tidak ada MCA, tidak ada. Selepas itu kita usahakan RM3.5 juta. Jadi inilah peluang Yang Berhormat selaku ahli Parlimen, sekarang berpangkat besar sebagai ahli jawatankuasa pembangunan SJK(C), beri sedikit sumbangan, kalau bolehlah Yang Berhormat boleh usahakan. Lagipun Ketua Menteri adalah mempunyai kuasa mutlak terhadap pengambilan balik tanah. Tidak apa Yang Berhormat boleh buat, saya tidak hendak tahu sebab itu memang bidang kuasa kerajaan negeri ya.
Yang Berhormat, saya rasa katakan itu MCA yang membeli tanah itu tidak betul. Jangan ambil kredit. Pada waktu itu pun Adun MCA bersama-sama dengan EXCO Gerakan menjadi ketua hanya mengetuai jawatankuasa sahaja.
Yang Berhormat, saya betulkan.
Semua itu tanah itu dikutip RM10, RM20,
Tuan Pengerusi. Tidak apa. Yang Berhormat
RM1,000 semua daripada masyarakat bukan MCA yang keluarkan.
Tuan Pengerusi. Tuan pengerusi.
Jadi saya membetulkan ya.
Tuan Pengerusi, ini Yang Berhormat Bukit Mertajam pandai dia putar belit. Saya hendak cakap, kalau dahulunya sebelum perpindahan tidak adanya tuan Pengerusi. Jadi dua orang wakil rakyat pada masa itu mengambil inisiatif untuk mewujudkan jawatankuasa pembinaan dan seorang itu telah masuk PKR. Jadi saya kata yang daripada mula membantu, saya tidak kata yang MCA terus bagi duit. Kita yang membuat inisiatif ini. Ya Yang Berhormat tapi tidak apa lah Yang Berhormat. Yang Berhormat ada peluang untuk bantu sekolah ini.
Tuan Pengerusi. Tidak betul lagi, yang pengerusi jawatankuasa pertama itu bukan ADUN MCA ataupun Gerakan tetapi kerana untuk pilihan raya ADUN MCA hendak menunjukkan bahawa dia menolong dialah yang mengubahkan, mengatakan orang yang lain tidak sesuai. Dia ambil alih jawatankuasa itu.
Yang Berhormat.
Selepas itu beliau tidak jadi ADUN lagi beliau tidak mahu teruskan.
Kesimpulannya...
Inilah cara ADUN MCA...
Akan tetapi...
...Hendak gunakan isu membina sekolah ini untuk memancing undi sahaja.
Bukan. Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat membuat tuduhan liar.
Bukan. Pergi cari, pergi tengok. You go and see...
Saya belum. My floor.
...The history of jawatankuasa.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya punya floor sekarang ya.
[Menyampuk]
Saya cuma hendak beritahu Yang Berhormat...
You punya floor pun cannot memutarbelitkan seperti inilah.
Tidak, tidak. Yang Berhormat, saya hendak cakap terus secara serius...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi jawapan bertulislah.
...Pengerusi jawatankuasa itu memang adalah pemimpin MCA. Dialah yang menerajui kepimpinan untuk mencari tanah dan siapa yang membuat submission untuk pelan bangunan, siapa ambil kira? Saya tidak kiralah mungkin Gerakan pun ada jasa, masyarakat pun ada jasa. Akan tetapi yang pasti DAP tidak ambil kira. Tidak ambil tahu... [Tepuk] Okey?
Bising sahaja lebih!
Kalau tidak ada DAP...
Seterusnya PPSMI...
...Yang Berhormat, kalau tidak ada DAP sekolah itu tidak akan terdiri hari inilah... [Tepuk] Jangan anggap bahawa ada kuasa untuk meluluskan itu jasanya. Kita jadi kerajaan, kita boleh luluskan, apa susahnya?.. [Tepuk]
Yang Berhormat...
Jadi jangan anggap ada kuasa...
Tidak ada, saya ucapkan...
...Luluskan itu jasa. Itu tanggungjawab dan pergi tengok, pergi check balik siapa pengerusi jawatankuasa...
Itu namanya bertanggungjawab.
...Membina sekolah yang pertama. Bukan ADUN MCA.
Yang Berhormat, siapa yang pertama tidak penting. Perkara yang penting bila projek tidak jalan siapa yang ambil inisiatif untuk buat merealisasikan impian masyarakat setempat. Itu memang tidak boleh dinafikan peranan parti Yang Berhormat tidak ada, okey, itu sahaja. Mungkin saya silap cakap yang masyarakat setempat pula kita kena puji. Betul, saya boleh betulkan.
Memang silap.
Akan tetapi peranan Yang Berhormat memang tidak ada.
Memang silap dan saya hendak beritahu...
Okeylah, terima kasih kerana sekarang kebetulannya kerajaan negeri bermurah hati tandatangan luluskan pelan. Okey, terima kasih.
Itulah. SRJK(C) Yang Cheng kita yang memberi tanah.
Tidak, tidak. Saya tidak cakap Yang Cheng, saya cakap yang ini.
Ya, kalau mahu jadi ini mengapa dia tidak boleh...
Tuan Pengerusi, saya teruskan.
Saya hendak beritahulah di Dewan ini biarlah kita jelas pada sebelum pilihan raya yang lepas ADUN dan juga...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, janganlah bagi jalan.
...Pemimpin MCA, pemimpin Gerakan...
Tuan Pengerusi, sila duduklah. Saya rasa dia buang masa sayalah.
...Ada pergi ke sana untuk...
Janganlah bagi jalan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Macam kedai kopi ini.
...Pecah tanah, untuk pecah tanah tetapi selepas itu tidak boleh teruskan...
Tuan Pengerusi...
...Sekarang sekolahnya dibina..
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi, PPSMI telah saya jawab untuk Yang Berhormat bukit mertajam.
...Oleh jawatankuasa yang lain bukan MCA.
Yang Berhormat mengatakan bahawa hampir 30 peratus sekolah tidak ada padang. Ingin saya mengatakan bahawa memang benar 75 peratus ada padang, 25 peratus tidak ada. Sekolah Sukan Bukit Jalil pun tidak ada padang sekolah sendiri. Kita berkongsi dengan kemudahan di kawasan-kawasan yang merupakan latihan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Jadi itu bukan faktor yang mengekang kecemerlangan sukan. Ingin saya mengatakan bahawa yang 25 peratus yang tidak ada padang itu mereka boleh berkongsi dengan sekolah-sekolah berdekatan ataupun mereka menggunakan padang yang ada pada pihak berkuasa tempatan. Kita sudah ada kata sepakat dengan majlis ataupun pihak berkuasa tempatan. Yang Berhormat Bukit Mertajam juga tanya tentang...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soal padang ini.
Sejak bila...? Sampai you, saya benarkan you mencelah ya. Kajian untuk mansuhkan unsur gender dalam kurikulum mata pelajaran pendidikan moral membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian masyarakat negara dan diajar kepada murid tanpa mengambil kira perbezaan gender. Pengajaran dan pembelajaran berkaitan nilai seperti hormat-menghormati dan melindungi hak kanak-kanak dan wanita, kasih-sayang, bekerjasama diajar secara merentas kurikulum tanpa mengambil kira gender. Ini kita masuk tapi bukan secara eksplisit ya.
Buku teks, apabila dia ada gambar, gambarnya bapa baca surat khabar, ibu di dalam kitchen ataupun...
Okey, tidak apa. Saya akan cadangkan kepada bahagian buku teks emak yang baca surat khabar. Tidak apa.
...Jenis kerja dan tanggungjawab ini saya mohon supaya dia tidak digenderkan.
Okey, tidak.
Boleh juga...
Kekurangan peruntukan untuk guru kontrak...
Mengadakan gambar ibu yang menjadi manager.
Yang Berhormat, mungkin silap, itu bukan guru kontrak, guru ganti. Mungkin pada awal tahun ada masalah dan selepas itu kita atasi dengan pembayaran lebih kurang RM37 juta untuk guru ganti, untuk mereka yang pergi bersalin dan kita telah mengambil tindakan untuk memberi peruntukan diturunkan kepada PPD. Yang Berhormat Bukit Mertajam juga bangkitkan tentang pendidikan khas keperluan kemudahan secukupnya. Data Jun 2011 menunjukkan Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pendidikan Khas di 2,053 buah sekolah. Bilangan ini sentiasa bertambah sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus setiap tahun. Kementerian bermatlamat menyediakan Program Pendidikan Khas yang mencukupi bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Yang Berhormat Bukit Mertajam juga membangkitkan tentang SchoolNet bayaran RM584 compulsory dan dikatakan terpaksa dibayar oleh SRJK(C). Perkara ini bukannya merupakan satu isu kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membayar semua sekolah tidak kira sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan sebanyak RM600 sebulan yang diselaraskan oleh JPM. Yang Berhormat Langkawi...
Saya hendak minta penjelasan mengenai pendidikan khas. Tadi kata ada lebih kurang 2,000 sekolah yang ada pendidikan khas. Bolehkah Yang Berhormat memberikan pecahan mengikut jenis sekolah. Berapa sekolah SRJK(C) dan SRJK(T) mempunyai kemudahan seperti ini kerana di Pulau Pinang dikatakan sangat kurang.
Tidak apa Yang Berhormat, saya faham soalan. Yang Berhormat kalau hendak minta spesifik masa perbahasan itu patut beritahu baru saya dapat sediakan. Kalau tidak dapat saya hanya boleh bagi secara bertulis.
Okey, boleh.
Okey.
Sedikit ya. Terima kasih. Ini kerana saya tumpang Yang Berhormat Bukit Mertajam tanya soalan ini. Mungkin ramai yang hendak berbahas. Saya hendak tanya berkenaan SchoolNet ini. Tadi Yang Berhormat kata, SchoolNet ini dibiayai oleh pihak Kementerian Pelajaran. Saya hendak tahu ialah berapa sekolah di seluruh negara yang menggunakan SchoolNet ini dan kalau satu sekolah membelanjakan RM600 sebulan maka itu merupakan satu perbelanjaan yang cukup besar dan apa kegunaan SchoolNet itu kerana pihak sekolah ada memberikan yang feedback kepada saya SchoolNet itu tidak memberi apa-apa manfaat. Ia mungkin hanya sekadar internet connection sahaja. Saya hendak tahu apakah secara detail apa kegunaan SchoolNet itu dan adakah semua sekolah di seluruh negara dibekalkan kemudahan ini dan berapa perbelanjaan dan syarikat manakah yang dilantik untuk menjalankan kontrak ini? Terima kasih.
Yang Berhormat, saya sudah cakap tadi saya sudah jawab. SchoolNet ini kita sudah berhentikan pada penghujung 2010, okey.
Jadi saya rasa itu telah saya jawab dan boleh rujuk kepada Hansard. Itu sudah berhenti. Kita tidak bayar sebab itu tidak beroperasi lagi.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bagi saya secara spesifik nanti saya akan siasat.
Sekolah ini bil itu dia bagi saya. Bil itu tiap-tiap bulan tahun ini ada lagi.
Saya akan siasat. Itu SchoolNet ataupun yang lain?
Untuk SchoolNet, RM588 setiap bulan dibayar.
Tidak apa. Bukan, SchoolNet adalah satu istilah untuk satu projek. Tidak apa. Nanti Yang Berhormat berikan kepada saya, nanti saya akan jawab secara spesifik. Okey, sebab Yang Berhormat pun baru masuk. Masa perbahasan tidak dibangkitkan tentang ini. Jadi Yang Berhormat, jawapan kita bagi RM600 pada sekolah tidak kira sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Itu memang sudah ditentukan.
Yang Berhormat, setakat ini sudah mengambil dua jam sepuluh minit.
Tuan Pengerusi, saya tidak benarkan celahan banyak lagi ya. Yang Berhormat Bukit Mertajam minta kebenaran dahulu sebelum bertanya ya. Yang Berhormat Kubang Kerian, buku teks. Saya hendak maklumkan buku Interlok edisi baru ini telah dicetak dan dibekalkan kepada sekolah. Jumlah naskhah 120,040 dan harga senaskhah RM13.80. Kos mencetak dan membekalkan senaskhah RM5.70. Nilai kontrak RM684,228. Buku Interlok diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan ditanggung pembayaran oleh Kementerian Pelajaran. Ini yang PSMP UPSI telah saya jawab tadi. MBMMBF flip-flop telah saya jawab pagi tadi. Yang Berhormat Kubang Kerian juga bangkitkan tentang pembekuan pengambilan graduan pendidikan.
Ini saya hendak katakan. Kerajaan melalui surat JPA.BPO(S)71/3/4-2 Jld. 6 bertarikh 12 Oktober, telah mengarahkan semua agensi kerajaan membekukan pengambilan baru ke perkhidmatan awam sehingga 31 Disember 2011. Pembekuan ini bersifat sementara disebabkan kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, urusan temu duga bagi calon-calon graduan seperti mana yang saya telah terangkan, sedang berlangsung. Yang Berhormat Kubang Kerian juga membangkitkan tentang kedudukan terkini isu DAWAMA. Pada masa ini, DBP sedang dalam proses menamatkan konsesi penswastaan DAWAMA. Cadangan penamatan ini telah dikemukakan kepada pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan sebelum proses tersebut dapat dilaksanakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Mengenai isu penyambungan kontrak Ketua Pengarah, kontrak Ketua Pengarah DBP akan berakhir pada 31 Januari 2012. Pada masa ini, DBP sedang menunggu keputusan pihak Kementerian Pelajaran tentang perkara tersebut. Pelantikan itu dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran. Mengenai isu DAWAMA, sebenarnya pekerja yang 300 orang, mereka telah.., pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan kita dah pastikan mereka terima pencen kalau mereka yang terima skim pencen dan sekiranya DAWAMA ini telah ditamatkan perkhidmatan dan DBP ambil alih, kita akan mencari satu kaedah atau syarikat baru yang ambil alih, dan kita minta supaya mereka ini dapat diterima dan diberi keutamaan mengikut fungsi kerja dan kepakaran yang ada pada pekerja DAWAMA ini.
Yang Berhormat Tenom, sekolah-sekolah yang dilanda banjir boleh maklum kepada JPN. Kita memang ada satu peruntukan khas untuk banjir. Mengenai solar hibrid memang telah saya jawab. Memang 24 jam bekalan solar hibrid.
Yang Berhormat.
Tingkatan 6. Okey, kita tidak melihat keputusan SPM untuk tentukan Tingkatan 6. Kalau ada keperluan, kita akan buka lebih banyak Tingkatan 6. Pemberian Notebook 1Malaysia Yang Berhormat, ini adalah bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, bukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini di bawah SKMM ya.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan setakat manakah makmal komputer di baik pulih di kawasan Tenom. Terdapat 18 buah makmal komputer di Tenom, enam dah siap, 12 dalam proses penyediaan, satu dibatalkan iaitu SK Inubai. SMK Cinta Mata yang baru siap dibina, perisian belum ada. Pada tahun depan, ini harapan Yang Berhormat, dapat beroperasi. Ingin dimaklumkan bahawa memang bangunan dah siap tetapi disebabkan jalan masuk itu melibatkan tanah-tanah persendirian, kita kena mengambil tanah dengan bayaran pampasan. Maka, mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum sekolah itu dapat beroperasi. Itu adalah masalah teknikal yang perlu kita atasi sebelum pengoperasian sekolah tersebut.
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu sahaja. Mengenai Interlok tadi saya tidak tanya tentang berapa cetak, cuma saya harap belajar dari kesilapan itu sahaja. Saya hendak pergi kepada jaminan tadi, guru-guru lepasan UPSI. Adakah Yang Berhormat bermaksud menyatakan tadi bahawa walaupun lewat tetapi mereka ini diberi jaminan bahawa mereka akan mendapat tempat untuk mengajar di sekolah-sekolah dalam negara kita? Adakah itu satu kepastian daripada Yang Berhormat?
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri bagi sedikit tentang makmal komputer yang disebut untuk Yang Berhormat Tenom tadi. Dalam laporan audit ada mengatakan bahawa hanya dua daripada 300 makmal komputer di Sabah yang telah siap dan ini telah digunakan sebagai bahan ceramah oleh pihak pembangkang, tidak mengapalah. Akan tetapi boleh tidak Yang Berhormat memberitahu kita, pada waktu itu, walaupun hanya dua yang selesai, sebenarnya ada sedikit miscommunication ataupun misinformation, bukannya salah tapi ada yang 90 peratus yang siap, 80 peratus dan 70 peratus. Saya pasti sekarang... [Disampuk] Ya lah, ini hendak bagi explanation lah. Sekarang ini saya hendak beritahu, status terkini makmal komputer dan saya tahu ada maklumat daripada kementerian, berapa banyak sekarang ini makmal komputer daripada 300 yang dikatakan hanya dua yang siap itu, berapa sekarang yang telah siap dan beroperasi supaya maklumat ini sampai, supaya dapat dibandingkan. Ya, betul dua makmal pada waktu itu, tetapi sekarang ini.
Yang Berhormat, saya dah jawab tadi. Sebanyak 96 projek dah siap dan sedang dalam pembinaan ada 149 yang hujung tahun ini akan siap, dan 54 kita tangguh.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dah hampir lima jam Yang Berhormat. Dari semalam. Jadi saya mintalah, sebab kita ada satu kementerian lagi.
Saya akan cepatkan Tuan Pengerusi. MBMMBI telah saya jawab tadi. Untuk Yang Berhormat Telok Intan, sekolah berasrama penuh. Kita akan beri peluang kepada pelajar bukan Islam dan bukan Melayu juga ke sekolah asrama penuh iaitu kita buka 10 peratus. Buku teks, ini telah saya jawab untuk Interlok.
Yang Berhormat Hulu Selangor menyebut tentang SBP, okey. Untuk sekolah berasrama penuh hendak dijadikan sekolah berprestasi tinggi, ia kena memenuhi syarat. Salah satunya ialah 70 peratus berdasarkan pada akademik dan 30 peratus berdasarkan kepada enam kriteria termasuklah towering personality yang dilahirkan oleh sekolah tersebut, termasuklah dari segi jaringan dengan sekolah-sekolah lain. Enam faktor itu diambil kira. Boleh rujuk kepada website kementerian, yang mana kita dah perihalkan dengan jelas. SJKT, ini memang di bawah dana RM100 juta ini, Kementerian Pelajaran dah putuskan kita akan serahkan kepada JKR. Kalau Yang Berhormat sarankan supaya kontraktor India juga diberikan peluang, bolehlah Yang Berhormat terus kemukakan kepada JKR kerana mereka adalah agensi pelaksana yang menguruskan tender. Pengangkutan murid, sebenarnya ini adalah beli bas asrama, bukannya kita beri elaun kepada pelajar untuk ke sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan telah saya jawab tadi. Ucapkan terima kasih kerana telah memberi pengiktirafan kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana telah melahirkan atlet yang ramai. Buku Interlok, cadangan Yang Berhormat. Kita gunakan buku ini untuk lima tahun. Apabila sampai tempoh nanti, Yang Berhormat boleh cadangkan mana buku yang lebih elok. Yang Berhormat Bagan Serai, kualiti pendidikan di sekolah-sekolah kurang murid. Ini dasar hendak mencantumkan SJKT, kita kena bincang dengan pucuk pimpinan kerana selama ini pucuk pimpinan MIC atau Menteri-menteri dalam Kabinet ini, mereka juga lantang dan juga mengambil inisiatif untuk melihat bagaimana hendak pindah dan mereka juga banyak membantu melalui PRE 1 dan PRE 2. Jadi saya rasa kita kena dapat persetujuan 100 peratus ibu bapa sebelum percantuman itu dapat dibuat. Kita kena menghormati kebebasan untuk mereka mempelajari bahasa ibunda. Yang Berhormat Bagan Serai juga bangkitkan tentang SMK Pelangi Perdana. Sebenarnya kita dah minta pegawai semak dan salah satu masalahnya ialah kekangan kewangan. Saya katakan tahun depan baru tiga buah sekolah baru yang boleh kita bina. SABK, Yang Berhormat dah bangkitkan banyak SABK dan semua sekolah kita dah ambil catatan. Sekiranya Yang Berhormat perlukan peruntukan untuk menaik taraf sekolah- sekolah tersebut, jangan lupa menghubungi JPN kerana RM100 juta itu memang bertujuan untuk naik taraf dan pembaikan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Yang Berhormat juga sebut masalah penempatan 14 orang guru Bahasa Arab. Saya dah semak, mereka tidak dihantar ke Sarawak. Satu Sarawak kita cari, tidak ada. Mereka telah ditempatkan mulai 20 Oktober di Perak. Mereka ini dilatih untuk Pendidikan Islam over and above di sekolah-sekolah Tamil, kerana ada sekolah Tamil yang mana mempunyai pelajar-pelajar Islam. Itu kita juga melihat dan menerima baik cadangan Yang Berhormat, di mana kalau kepakaran bahasa Arab itu ada, kalau boleh kita akan gunakan secara optimum.
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Katil...
Yang Berhormat, sebelum daripada itu. Mengenai dengan yang saya usulkan mengenai dengan pelajar-pelajar dari IADA di Kedah itu, iaitu daripada tahun sudah yang kita dapati bahawa mereka ini yang daripada 17 tadi, semuanya dihantar ke Sarawak.
Tidak apa. Yang Berhormat, boleh tidak sebab pagi tadi saya semak dengan Sarawak, kita tidak dapat kenal pasti mereka di mana.
Mereka tahun sudah dikeluarkan pada tahun inilah.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi nama 14 orang itu, seorang dua pun tidak apa, saya akan semak. Yang Berhormat Bukit Katil membangkitkan tentang Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, di mana Ketua Menteri pecah tanah dan statusnya. Oleh kerana projek ini dianggap sebagai projek PFI, mengikut perancangan asal, oleh kerana ada kekangan kewangan, maka kita terpaksa tangguhkannya.
Saya rasa, saya berharap Yang Berhormat dapat menerima hakikat ini kerana wang tidak cukup. Yang sekolah-sekolah lain kita ambil perhatian termasuklah pengambilan balik tanah, kalau sudah selesai kalau boleh kita akan segerakan. Pada pagi ini juga Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan isu rumah guru. Kita dah arahkan PPD dalam minggu ini juga kena melawat tapak. Tidak ada alasan untuk mereka melengah-lengahkan tinjauan itu dan kita hendak dapat satu gambaran yang lebih jelas apa yang berlaku. Sebenarnya kita mendapat maklumat daripada Pahang, mereka memerlukan RM10.2 juta untuk membaiki pembaikan rumah guru. Satu jumlah yang sangat besar. Sebab itu saya kata ada satu task force untuk kita melihat berapa kos penyelenggaraan untuk semua rumah guru. Asrama sekolah telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan sedang diangkat untuk penelitian Kementerian Pelajaran. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Yang Berhormat Paya Besar juga membangkitkan Sistem Pengkomputeran Sekolah. Telah saya jawab tadi. SK Panching, sebenarnya kita sudah turunkan waran pada Ogos 2011. Waran sudah turun sudah. Saya minta Yang Berhormat semak sama ada RM10,000 ini yang kita turunkan sudah dibuat pembaikan atap atau tidak. Kita memang sudah turun kepada JPN ya dan PPD. Yang Berhormat Paya Besar, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar yang lantang ya, sentiasa membangkitkan isu SMPC Chung Hwa. Saya rasa Yang Berhormat sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat tetapi saya ingin minta Yang Berhormat merujuk kepada jawapan yang telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana kesuntukan masa. Waktu persekolahan di Sabah, Yang Berhormat ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat Kalabakan yang mencelah tadi, perbezaan waktu persekolahan di Sabah memang dikaji secara mendalam oleh Kementerian Pelajaran. Malahan beberapa bulan yang lalu Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah mengadakan satu mesyuarat dan kita sedang dalam proses hendak memurnikan satu garis panduan, surat pekeliling dan ianya telah disiapkan dan tunggu tandatangan ketua pengarah dan ia akan dihantar kepada JPN. Cadangan kita ialah sesi persekolahan pada waktu pagi mula 7.00 pagi tamat 12.15 tengah hari, petang bermula 12.30 hinggalah 5.50 petang. Bermaksud Maghrib 5.59 masih ada lagi masa yang mencukupilah. Negeri yang terlibat ialah Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan tentang komen Ketua Audit Negara tentang makmal komputer. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, projek makmal komputer di Sabah ini meliputi 300 buah sekolah telah dilaksanakan oleh syarikat Timecom Holdings Sdn. Bhd. Pelantikan syarikat dibuat secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan. Konsepnya konsep reka bina yang mana kos keseluruhan ialah RM160 juta. Tempoh pelaksanaan kerja pembinaan ialah 18 bulan dan mula daripada 31 Oktober 2006 hinggalah 30 April 2008 dan sejak itu memang banyak kalilah dari segi prestasi kerja kontraktor sentiasa lewat dan kita telah memberi extension of time banyak kali. Tindakan yang diambil oleh kementerian, pihak kementerian melalui Bahagian Pembangunan hanya akan menyelesaikan masalah penutupan akaun muktamad iaitu final account pihak syarikat Timecom Holdings apabila kesemua 251 buah makmal komputer yang sedang dalam proses penyiapan disiapkan sepenuhnya dan beroperasi. Sebarang kerugian yang ditanggung oleh kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran dalam menyiapkan projek akan dituntut sama ada melalui tindakan undang-undang atau Jabatan Insolvensi sekiranya syarikat Timecom Holdings diisytiharkan bankrap. Jadi ini adalah serba sedikit laporan mengenai apa yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara. Yang Berhormat juga membangkitkan tentang LINUS. Ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat, LINUS Tegar ini sebenarnya mereka telah diberi perhatian khusus oleh guru pemulihan. Kita memang mencapai sasaran 90 peratus untuk tahun pertama untuk literasi dan numerasi.
Apa yang saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, ada ibu bapa walaupun anak mereka telah didapati mungkin masalah kecacatan, ataupun masalah pembelajaran tetapi mereka tidak menerima hakikat. Jadi kita telah mempunyai satu instrumen guru untuk mengenal pasti ciri-ciri anak-anak yang perlu kita rawat. Jadi kita tidak menghantar sewenang-wenangnya kepada pakar perubatan. Kita melalui satu instrumen guru selama satu tempoh perhatian selama enam bulan barulah kita menghantar kepada pemeriksaan doktor. Jadi saya rasa kita hendak mencapai satu sasaran di mana semua budak-budak normal ini 100 peratus menguasai literasi dan numerasi. Sebab itulah kita melakukan saringan kesihatan itu. Yang Berhormat Kuala Kedah juga tanyakan tentang tuntutan perjalanan. Saya sudah semak dengan kementerian, tuntutan ikut kelayakan. Tidak ada mana agensi di bawah kita yang boleh mengubahnya sewenang-wenangnya. Kalau kata 70 sen turun pada 30 sen itu tidak dibenarkan. Kena ikut kelayakan. Yang Berhormat Kuala Kedah dan Ahli Yang Berhormat yang lain juga membangkitkan tentang DBP. Saya rasa saya jawab dan tarikh pelantikan Ketua Pengarah masih sah sehingga 30 Januari tahun depan. Yang Berhormat Kuala Kedah juga tanya tentang kesilapan mencetak buku teks. KPM memaklumkan kesilapan buku teks ini walaupun ada tetapi ianya tidaklah terlalu besarlah. Walau bagaimanapun, kita telah wujudkan satu panel untuk memperketatkan prosedur kita dan menyemak secara detail. Kesilapan buku teks bahasa Inggeris yang telah kita kenal pasti melibatkan proses penerbitan yang singkat dan kesilapan teknikal. Kita telah mengambil tindakan. Kita telah memanggil pakar bahasa melihatnya dan lain kali kita tidak membuat kerja dengan tergesa-gesa. Buku Interlok telah kita ubah dan saya sudah jawab. Yang Berhormat Kuala Kedah juga bertanya tentang pra-sekolah buat di mana sebenarnya seluruh negara dan ianya bukan dibuat oleh kementerian sahaja. Sebenarnya JPNIN, KEMAS dan juga swasta. Kita beri kepada swasta RM10,000 kalau dia membuka kelas baru, insentif. Kepada mereka yang berada dalam sistem kita, kita beri RM150 untuk makanan dan saya rasa kita memang berjaya menarik lebih ramai anak-anak luar bandar untuk memasuki prasekolah dan itu juga hasrat kita. Jadi saya rasa insentif yang kita berikan, bantuan makanan RM1.80 sehari di Semenanjung, RM2.05 untuk mereka yang di Sabah, Sarawak dan PCG RM100 setahun. Bantuan yuran RM150 kepada murid dan kesemua ini memang dilakukan secara sistematik di bawah NKRA. Yang Berhormat Lipis tanya fasal fokus kepada sekolah kurang murid. Kementerian kita memang ada satu instrumen iaitu kita namakan School Improvement Programme. Untuk sekolah-sekolah berprestasi rendah kita juga telah memberi insentif kepada pihak sekolah. Sekiranya mereka dapat membaiki kedudukannya walaupun dari 0 peratus meningkat 33 peratus, 50 peratus akhirnya anjakan itu sekiranya melepasi apa trans whole yang kita berikan itu mereka juga layak menerima tawaran baru di mana guru besar atau pengetua pun akan mendapat RM7,500. Manakala guru 5 peratus akan dapat RM1,800 dan selebihnya mendapat RM900 dan itu juga kita bagi kepada pembantu makmal dan pekerja am. Itu memang salah satu galakan yang kita beri kepada sekolah kurang murid. Sekolah Orang Asli...
Minta Penjelasan sekolah kurang murid. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ambil kesempatan untuk membangkitkan isu ini sebab saya rasa perlu diteliti semula prosedur permohonan pertukaran sekolah. Sebab apabila saya baru-baru ini terima permohonannya dan perkara ini, masalah ini telah lama timbul di mana apabila sebuah sekolah ada ibu bapa berpendapat pengajarannya kurang memuaskan, ia memohon untuk berpindah ke sekolah yang lain. Sekolah asalnya kalau pelajar itu adalah pelajar yang cemerlang, sekolah asalnya kebiasaannya enggan menyokong permohonannya. Akibatnya pelajar itu tidak dapat berpindah ke sekolah yang lain sebab borang permohonan pertukaran sekolah perlu diperolehi daripada sekolah asalnya. Kalau pelajar yang lemah memohon untuk tukar sekolah ataupun masalah disiplin, sekolah yang baru enggan terima. Jadi, timbul masalah sedemikian. Mungkin pihak kementerian boleh meneliti semula prosedur sedemikian.
Terima kasih Yang Berhormat, kita sedia melihat case- by-case, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, yang cemerlang. Guru besar ini tidak boleh melakukan yang sewenang-wenangnya. Kalau ada sebab yang munasabah perpindahan, tidakkanlah mereka hendak menyekat anak mereka mengikut ibu bapa. Jadi, kita mengambil maklum tentang perkara ini. Sekolah-sekolah Orang Asli keberkesanan K9. Sebenarnya, K9 ini bermula dari tadika, pra-sekolah, sekolah rendah 6 tahun sampailah Tingkatan 3. Itu yang dimaksudkan K9 dalam sebuah sekolah. Jadi, saya rasa keberkesanannya sangat baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Orang Asli. Mereka boleh duduk di sekolah itu dari tadika sampailah Tingkatan 3. Jadi, saya rasa ini memang satu perkara yang dari segi hasil kejayaannya memang mengagumkan. Yang Berhormat Lipis juga membangkitkan tentang kebakaran dan over capacity. Kita akan semak. Sekiranya tidak cukup tempat, kita akan bina lebih banyak ataupun kadang-kadang kita akan menghadapi kekangan dari segi ruang yang ada dan kita akan mencari kaedah mengikut keperluan. Yang Berhormat Lipis juga membangkitkan tentang guru yang bekerja sembilan jam, telah saya jawab. Bantuan modal untuk beberapa sekolah SJK(T), boleh kemukakan kerana dana telah disediakan. Dataran di hadapan sekolah ini sebenarnya, selepas pintu masuk itu dalam bidang kuasa sekolah. Yang Berhormat Lipis juga bangkitkan tentang dia sokong MBMMBI. Saya ucapkan terima kasih. Yang Berhormat Arau membangkitkan tentang kurikulum mengikut keperluan. Sebenarnya, tukar menteri tukar kurikulum ini tidak sepatutnya dilihat dalam perspektif yang sempit. Kerana saya masih ingat lagi dari segi KSSR, ianya telah bermula dari zaman mantan Menteri Pelajaran dan menteri kini menggunakan KSSR merupakan kesinambungan daripada sistem dahulu. Tidaklah kita kata tukar Menteri tukar sistem, tidak. Sistem itu masih ada tetapi penambahbaikan mengikut peredaran masa, itu memang perlu kita lakukan. Jadi, saya rasa tidak adil bagi kita kata tukar menteri, tukar dasar. Masih lagi meneruskan dasar yang sedia ada dan penambahbaikan perlu dibuat mengikut kehendak dan juga tuntutan masa dan apatah lagi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah Pengerusi Kabinet Pembangunan Modal Insan dan memang tahu di mana kehendaknya. Sebagai contoh, kalau kita hendak memperkasakan pendidikan vokasional dan kita tahu bahawa pekerja kita tidak mahir. Jadi, itulah cara kita dan itulah direction kita, hala tuju kita untuk melahirkan lebih ramai rakyat atau generasi muda yang boleh menguasai teknologi. Yang Berhormat Arau juga membangkitkan tentang bayaran tentang tuntutan perpindahan dan kalau pada dasarnya semua pertukaran yang memohon sendiri dan memenuhi syarat iaitu berkhidmat di dalam bandar melebihi lima tahun dan tiga tahun di luar bandar, layak diberi elaun perpindahan. Itu memang garis panduan yang jelas. Terima kasih Yang Berhormat Arau kerana sokong dasar MBMMBI. Yang Berhormat Arau juga membangkitkan bahawa terlalu banyak skop pelajar untuk pelajar hendak mempelajari dari tahun satu sampai Tingkatan 5. Sebenarnya, dalam sistem pendidikan kita, kita mengutamakan kemenjadian murid, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu, sains dan teknologi tetapi nilai-nilai juga kita hendak suntik. Ini selari dengan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Keempat-empat aspek itu kita ambil kira. Ini memang ada dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Dari segi knowledge based of teaching sebenarnya, apa yang kita hendak buat sekarang ialah kita lebih mementingkan bukan sahaja content knowledge tetapi application knowledge. Sebab itu dalam KSSR kita tidak lagi terikat kepada 3M. Satu lagi menaakul atau reasoning juga dimasukkan sebagai 1M tambahan. Sekolah Sukan Malaysia Perlis, cadangan pembinaan akan bermula. Memang diluluskan dalam first rolling plan dengan jumlah kos RM34 juta. KPM sedang dalam proses lantikan kontraktor. Pembinaan dijangka bermula pada 2012. Yang Berhormat Arau bangkitkan ada kurikulum bebas. Kurikulum yang dilaksanakan dalam pendidikan swasta merupakan kurikulum standard seperti yang digunakan oleh sekolah kerajaan sahaja.
Sehubungan itu, murid-murid sama ada di luar bandar atau bandar, mereka mengikuti, tidak mempunyai perbezaan, mengikuti kurikulum yang sama. Untuk mereka yang belajar di swasta juga mereka diwajibkan untuk mempelajari bahasa Malaysia. Jadi, peminggiran terhadap bahasa kebanggaan itu tidak wujud. Yang Berhormat Kuala Krau telah membangkitkan beberapa isu termasuk guru bekerja selama sembilan jam, telah saya jawab. Yang Berhormat hendak tahu macam mana Pembantu Tadbir Gred N17 dihantar ke sekolah. Memang kita setakat ini hanya 50 buah sekolah yang kita jalankan kajian rintis. Kita belum ada cadangan untuk perluasan kerana sebarang perluasan mesti mendapat perjawatan baru. Jadi, kita belum dapat kelulusan lagi. Yang Berhormat Kuala Krau membangkitkan tentang kenaikan gaji guru. Ini kita tertakluk kepada JPA. JPA sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab. Jadi, saya rasa yang lain telah saya jawab. Yang Berhormat Kuala Krau, pembinaan Sekolah Menengah Kuala Krau 2, bila akan dibina? Pihak Jabatan Perdana Menteri Pahang telah mohon pelaksanaan projek pembinaan SMK Kuala Krau 2 dalam RMKe-10 First Rolling Plan dan Second Rolling Plan tetapi permohonan tersebut tidak diluluskan oleh EPU. Pihak JPM Pahang dicadangkan untuk memohon sekali lagi dalam Third Rolling Plan RMKe-10. Yang Berhormat Kuala Krau juga membangkitkan tentang SJK(T) Ladang Sungai Tekal, perpindahan. Ini kita boleh runding dan kita mesti mendapat persetujuan daripada 100 peratus ibu bapa di sana. Pembinaan asrama, itu kita menerima baik tetapi kena lihat kewajarannya bagaimana penerimaan masyarakat. Yang Berhormat Kuala Krau, SK Gunung Senyum telah diluluskan pembinaan, apakah statusnya. Sekolah ini adalah sekolah projek gantian penuh dan dipindahkan ke tapak lain. Permohonan untuk pembinaan sekolah telah dipohon dalam Rolling Plan yang pertama dan kedua tetapi tidak diluluskan dan di cadangkan Third Rolling Plan. Yang Berhormat Limbang membangkitkan beberapa isu. Yang pertama ialah guru agama yang kurang itu kita ambil perhatian. Kita minta Bahagian Pendidikan Islam akan mengambil tindakan. Asrama SK Long Napir, penduduk yang jauh melihat sama ada asrama boleh dibesarkan. Itu kita minta pegawai kita meninjau, kalau kita ada mempunyai peruntukan yang cukup, kita akan membantu. SK Tanjung Limbang, ini adalah satu projek kecemasan di mana tebing sungai dekat dengan sekolah penempatan semula dipercepatkan. Ada masalah PBT. Ini saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana melibatkan aspek teknikal. Jadi, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat tentang perkara ini. Yang Berhormat Limbang juga sebut beberapa sekolah SMK Limbang, keperluan SMK baru, itu akan diambil perhatian oleh pihak kita. Yang Berhormat juga membangkitkan tentang perlunya sebuah bas untuk PPD Limbang membawa pelajar. Kerana memandangkan perbelanjaan RM170 ribu setahun itu memang cukup untuk membeli bas. Jadi, saya rasa itu saya bagi jaminan bahawa saya sudah semak dengan pegawai dan kita memang boleh peruntukan satu bas kepada PPD Limbang. Yang Berhormat Limbang juga membangkitkan tentang pembinaan semula SMK Limbang, itu telah saya jawab tadi. Yang Berhormat Kanowit membangkitkan tentang program pembangunan sukan. Padang yang tidak disenggarakan dan perlu dibina di kawasan Kanowit, atlet dari bahagian Sibu ini datang dari Kanowit. Kita akan ambil perhatian oleh kerana ini juga berkisarkan kepada peruntukan yang ada kerana ini prasarana dari segi sukan. Yang Berhormat Dungun membangkitkan tentang perjalanan pengangkutan murid, menampung sekolah golongan miskin dan ini juga sebenarnya, mereka yang tidak ada duit untuk belajar, kita ada KWAMP. Tertakluk pada kriteria yang ditetapkan. Mereka memang layak dan hampir 700,000 pelajar-pelajar kita berikan KWAMP. RM50 untuk sekolah rendah sebulan atau sebelum mula sekolah kita berikan RM200. Ini adalah tujuan untuk memastikan faktor kemiskinan ini tidak mengekang pelajar itu datang ke sekolah. Yang Berhormat Dungun juga tanya tentang berapa sekolah yang baru dibina tetapi pelajar tidak cukup sedangkan SK Tok Kah ini bangunan sudah lama. Jadi, saya sudah minta bahagian pembangunan dan JPN terus melihat bagaimana kita boleh membantu.
Yang Berhormat Dungun bangkitkan tentang pertukaran guru telah saya jawab. Pertimbangan pertukaran guru telah saya jawab juga dan satu lagi yang berikutnya Yang Berhormat Sik, persepsi terhadap Kementerian Pelajaran. Saya rasa ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita hendak mengurus persepsi sistem pendidikan kita macam- macam. Ada yang tanggapan positif ada yang negatif tetapi ini sekali gus menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kota Belud. Sebenarnya apabila Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran menjadi Pengerusi Eksekutif UNESCO, kita mendapat kelebihan yang banyak dan kita banyak mendapat pengiktirafan daripada segi mutu sistem pendidikan kita, antara negara yang telah disenaraikan dalam tangga yang agak tinggi juga. Jadi saya rasa dalam konteks ini, apa juga perkembangan pendidikan usaha sama melibatkan negara- negara lain, ianya telah dibincangkan melalui mesyuarat jawatankuasa eksekutif dan apa yang kita nak lakukan termasuklah EFA, kesemua hasrat murni ini kerajaan kita sendiri yang memulakannya. Jadi saya rasa dalam konteks ini, kita hendak lihat bukan sahaja dinilai oleh rakyat Malaysia tetapi pihak antarabangsa juga melihat kita dan UNESCO merupakan salah satu badan yang telah memberi pengiktirafan kepada kita.
Yang Berhormat, saya nampak ini ada satu bundle lagi begitu panjang Yang Berhormat.
Sikit sahaja, tidak banyak, ini cepat.
Kita ada tiga jam setengah Yang Berhormat, satu kementerian lagi.
Saya akan habiskan cepat ya Tuan Pengerusi, sangat cepat. Bahasa Malaysia telah saya jawab di bawah P&P. Pembayaran penalti, yang ini adalah untuk kes-kes spesifik, ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat, kita tidak akan melakukan sebarang penganiayaan. Kalaulah pegawai itu diadu, kita akan buat siasatan ataupun kita minta Nazir turun sama ada mereka ini mematuhi kod etika kerja ataupun kita minta JPA siasat. Kita tidak melakukan sewenang-wenangnya. Kemudian berkenaan kebajikan guru, jawatan DGA52 berapa, sebenarnya kita dalam peringkat oleh kerana ada pengumuman pada Hari Guru, jadi kita masih lagi menunggu pihak JPA untuk membuat pengesahan. Bila sampai nanti, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri pula bangkitkan tentang nisbah guru bahasa Inggeris. Saya maklumkan kepada Yang Berhormat, kita perlu lihat daripada segi enrolmen pelajar juga dan kita juga kena lihat berapa waktu yang diajar di sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Saya bagi contoh kalau ikut sistem lama PPSMI, bahasa Inggeris di sekolah jenis kebangsaan Cina 60 minit, sekolah kebangsaan 240 minit. Itu daripada segi P&P bahasa Inggeris dan keperluan guru itu berdasarkan waktu itu. Jadi Yang Berhormat mengesyorkan mengikut nisbah bilangan sekolah, itu tak tepat. Kalau SJK(C), kalau untuk bahasa Cina kerana dia lebih kepada pengajaran itu maka opsyen bahasa Cina itu perlu kita tambah berbanding dengan sekolah kebangsaan. Jadi Yang Berhormat membangkitkan SPMC telah saya jawab tadi, rujuk kepada jawapan Menteri tempoh hari. Yang Berhormat juga tanya tentang terjemahan bahasa Inggeris, yang saya tidak berapa faham Yang Berhormat cakap bahasa ibunda kemudian Yang Berhormat puji pula Dr. Mahathir kata negara-negara lain menggunakan bahasa Inggeris. Jadi saya tak tahu pendirian Yang Berhormat sama ada sokong atau tidak. Jadi saya pun bercelarulah bila dengar apa Yang Berhormat hujahkan tadi. Cuma hendak makluman kepada Yang Berhormat, terjemahan buku bahasa Inggeris bagi tempoh 10 tahun iaitu daripada tahun 2000 hingga 2010, sebanyak 2721 buku diterbitkan di mana 8.78 peratus buku dalam sains dan teknologi iaitu 239 judul. Yang Berhormat Kota Melaka bangkitkan tentang SJK(C) Hujung Pasir dan SJK(C) Duyung. Ini saya rasa Kementerian Pelajaran kalau kita buat pengumuman, kita buat secara rasmi. Kalau mana-mana wakil rakyat, saya tidak tahu janji mana tetapi yang penting mungkin ada permintaan tetapi yang kita janji masa pilihan raya yang terkini ini satu persatu kita realisasikan. Kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kita buat apa yang telah kita janjikan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kota Melaka juga tanya tentang SJK(T) Ladang Jasin Lalang, yang ini memang dalam tindakan kita. Saya yakin dalam tahun depan ini bila dana dah ada, kita akan mempercepatkan. Okey, Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Timbalan Menteri. Di sini saya ingin kembali ke isu 1Murid 1Sukan (1M1S). Saya menerima aduan mengenai 1Murid 1Sukan daripada ibu bapa dari kawasan Bakri di mana semasa satu pelajar satu sukan dilaksanakan, semua murid-murid diarahkan oleh guru besar mengadakan maraton di jalan raya tanpa pengawalan polis trafik. Saya minta Timbalan Menteri jelaskan adakah kementerian sedar tentang keselamatan murid-murid semasa sekolah melaksanakan program ini.
Okey, saya sudah faham soalan ini. Apa juga aktiviti sukan melibatkan di luar sekolah merupakan tanggungjawab guru besar atau pengetua mendapatkan bantuan daripada pihak polis khususnya pihak polis trafik. Ini demi keselamatan pelajar-pelajar. Itu memang kita ada garis panduan yang jelas. Okey?
Okey. Menteri, soalan yang kedua.
Tidak apa. Yang Berhormat, satu-satulah. Yang Berhormat tidak bangkitkan itu, saya hendak teruskan.
Sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri, sudah Yang Berhormat.
Okey. Yang Berhormat Serdang bangkitkan tentang kerajaan negeri beri tanah 30 September 2011. Cuma saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, setakat ini saya belum nampak lagi apa yang dimaksudkan tanah kurniaan kerajaan negeri kepada LPS tersebut. Biasanya kalau berlaku di negeri lain, kalau di negeri Johor, mereka akan hantar Borang 5A dan mereka juga ada yang berikan hak milik, ada yang secara pajakan kepada lembaga pengurusan sekolah dan saya hendak pastikan kerana saya tidak pasti Kerajaan Negeri Selangor bukan bagi surat sokongan. Kalau itu tanah hak milik kerajaan negeri, mereka ada kuasa mutlak. Jadi saya masih menunggu lagi kalau ada hak milik telah diberikan dan ada permohonan daripada sekolah itu, baru kita boleh mula proses.
Maksudnya setakat ini tidak ada permohonan daripada pihak sekolah?
Termasuk tanah itu tidak ada.
Tanah memang di bawah Kerajaan Selangor.
Bukan, itu diumumkan melalui surat khabar. Cuma saya hendak tahu kalau kita kata ada tanah, mesti sertakan tanah di mana kalau secara pajakan dan kerajaan negeri, Exco kalau MMK telah meluluskan, kesemuanya. Tidak ada masalah, boleh jumpa saya.
Yang Berhormat, Kerajaan Selangor sudah tulis surat kepada Ketua Setiausaha Pejabat Menteri Pelajaran. Saya ada sesalinan surat tersebut. Mungkin Timbalan Menteri tidak dapat, saya boleh bekal satu salinan nanti.
Bukan, tetapi yang penting Yang Berhormat, saya cakap bukan tulis surat. Bila kita nak serahkan hak milik...
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat 7.15 habis ya Yang Berhormat.
Okey. Bila Yang Berhormat kata surat hak milik itu kena serahkan ataupun sekurang-kurangnya salinan, ini adalah hak milik yang kita bagi kepada sekolah dan itu baru kata kita bagi. Kalau kata sekadar sokong sekolah itu dapat, itu bukan kurniaan. Saya tak tahu, soal ini saya tidak berani nak cakap. Okey, yang lain-lain telah saya jawab. SPMC dan rizab sekolah pun telah saya jawab.
SMPC belum, SMPC.
Sekejap. Itu saya dah jawab semasa Yang Berhormat tidak ada. Wang RM100 ...
Saya duduk di sini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat baca surat tadi seorang guru besar memegang duit yang banyak. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, kita dah minta semua sekolah supaya dapatkan eskot daripada polis. Itu kita arahkan PPD pastikan keselamatan mereka. Jadi saya tak tahulah kalau perkara itu berlaku, memang mendukacitakan tetapi atas faktor keselamatan, kalau duit yang dikeluarkan begitu banyak perlu berbincang dengan ketua polis daerah. Air bersih ini saya rasa saya sudah jawab sebelum itu...
Tentang Timbalan Ketua Pemuda MCA yang serahkan RM100 isu di Negeri Sembilan.
Yang Berhormat, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, Timbalan Ketua Pemuda bukannya di Negeri Sembilan. Itu Dr. Mah Han Soon di negeri Perak. Nombor satu, fakta tak betul. Kedua, Yang Berhormat baca surat khabar ...
Naib Pengetua MCA.
Tak apalah, sekarang Yang Berhormat betulkan tidak apa.
Naik Ketua Pemuda MCA.
Saya belum habis lagi Yang Berhormat.
Terima kasih kerana membetulkan saya tetapi saya harap boleh dapat satulah jawapan yang terus teranglah.
Saya hendak jawab Yang Berhormat, okey? Yang Berhormat, kalau masyarakat di Port Dickson selalunya kalau saya pergi, Saudara Yik ini sebenarnya dijemput. Dia ini seorang yang agak popular sebab selalu sekolah nak derma, dia pergi cari duit. Itu yang menyebabkan sekolah pun jemput mereka. Dia bukan sekadar jadi ahli pemuda, pada waktu yang sama dia juga adalah seorang pemimpin tempatan, penyelaras di kawasan itu, jadi tidak ada masalah. Saya pun tak ada keluar satu arahan kata Pakatan Rakyat tidak boleh pergi sekolah. Jadi saya rasa jangan wujudkan itu sebagai satu isu dan boleh menjatuhkan imej kerajaan. Bestari 1Net telah saya jawab tadi.
Yang Berhormat.
Saiz bilik darjah 35 kaki per segi itu secara ideal tetapi kita ada masalah dari segi kekangan untuk membina banyak bilik darjah.
Penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Okey. Tidak ada. Saya tidak ada masa. Okey, kita akan minta Pengarah JPN Kelantan tinjau keadaan bekalan air di Kelantan untuk Pasir Mas. Pekerja kontrak - Ini telah jawab banyak kali. Kita minta kontraktor yang mendapat kontrak itu terima balik. Kalau boleh terima balik pekerja yang sama tetapi tidak boleh buat secara paksaan. Kalau hendak serapkan dalam kementerian, itu tertakluk kepada kelulusan perjawatan di JPA. Yang Berhormat Kota Belud bertanya mengenai lanjutan waktu pengoperasian genset. Itu kita sedia pertimbangkan. UNESCO telah saya jawab. Menu RMT memang Kementerian Kesihatan bantu kita dan telah menyediakan dua puluh menu dan berapa sukatannya. Yang Berhormat Kota Belud juga kata tentang komputer, telah saya jawab tadi.
Yang Berhormat Sungai Petani tanya tentang penguasaan bahasa Inggeris. Itu satu cadangan yang baik dan tentang judul buku yang telah diterjemahkan telah saya jawab. Job seeker, job creator pandangan yang baik. Rumah guru di Sungai Petani. Ini telah saya jawab. Rujuk jawapan saya kelmarin. Makmal komputer telah saya jawab. Sekolah Menengah Bukit Garam itu tidak ada dewan. Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, dewan ini kita tidak utamakan. Bilik darjah kita utamakan. Yang Berhormat juga minta supaya kita lawat kawasan. Tidak ada masalah. Ini Yang Berhormat Padang Terap. Laporan pencapaian j-QAF 2011 mendapati penguasaan jawi dalam kalangan murid adalah seperti berikut. | MURID |PENCAPAIAN (peratus)| |-------|-------------------:| |Tahun 1| 95.45| |Tahun 2| 94.86| |Tahun 3| 94.59| |Tahun 4| 89.28| |Tahun 5| 88.90| |Tahun 6| 93.88|<END_TABLE_MARKER> Jadi saya rasa inilah menunjukkan kejayaan j-QAF ini. Yang Berhormat Padang Terap juga bertanya tentang sekolah agama rakyat. Okey, saya hendak maklumkan sahaja. Kalau SABK, kita ada dana sebanyak RM100 juta. Boleh mohon, IAB. IAB ini induk ini di Enstek akan siap pada awal tahun hadapan. IAB cawangan ini di Sarawak akan siap dibina pada tahun 2012. IAB cawangan Kelantan dan Johor belum ada perancangan. Bangunan baru lagi. Jadi saya hendak maklumkan sebenarnya dakwaan Yang Berhormat kata ada yang memburukkan PAS dengan DAP, setakat ini kita tidak terima apa-apa aduan. Kalau ada konkrit, maklumkan kepada pihak jabatan ataupun kepada kementerian. Yang Berhormat Sibuti juga ada bertanyakan tentang sukan.
Minta penjelasan. Penjelasan, penjelasan!
SJK(C) Chong Hwa boleh tulis kepada kita dan berapa sekolah kebangsaan yang minta naik taraf, kita sedia memberi pertimbangan sekiranya memenuhi kriteria. Yang Berhormat Tawau bertanya tentang keputusan siasatan penangguhan 300 buah makmal sudah saya jawab. MBMMBI telah saya jawab dan surat pekeliling telah dikeluarkan. Satu perkara Yang Berhormat telah bangkitkan ialah tentang SK Serudung Laut di mana merupakan sekolah mubaligh sejak tahun 2005. Saya minta pegawai saya semak balik kenapa tidak dapat dihantar guru terlatih di sana. Untuk makluman Yang Berhormat, RM100 ini kita bagi kepada semua termasuk sekolah swasta, termasuk juga mereka yang belajar di institusi-institusi lain. Yang Berhormat Jempol, guru bekerja selama sembilan jam telah saya jawab. Guru kaunseling telah saya jawab. Sekolah Menengah Tingkatan 6 Bandar Jempol memang tidak ada sebab kita tidak mewujudkan kolej Tingkatan 6. Itu dasar kita. Kita tidak ubah. Mereka masih lagi dalam sekolah harian kita.
Satu minit lagi tinggal, Yang Berhormat.
Ya. Yang Berhormat Jempol. Dua, tiga muka surat sahaja. Penutur jati, keberkesanannya memang baik. Kita bukan hantar ke sekolah. Kita juga menghantar ke IPGM. Penutur Jati ini kita bahagi kepada enam zon mengikut keperluan. Mereka juga melatih guru bahasa Inggeris. Bukan sahaja ke kawasan pedalaman untuk berjumpa dengan pelajar. Lebih kepada latihan kepada guru. Pakar-pakar bahasa ini. Yang Berhormat Ketereh bangkitkan tentang berapa sekolah, keringat, bila hendak bina. Kita akan susuli perkara ini dan saya akan mendapatkan laporan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
RMT kita telah tubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Spesifikasi bersama dengan Kementerian Kesihatan. Tidak menjadi masalah. Sistem Analisa Peperiksaan (SAP). Saya hendak umumkan kepada Dewan yang mulia ini, kita sudah naik taraf. Kalau dahulunya ada masalah dari segi server, sekarang semua kita sudah atasi. Mulai tahun hadapan tidak ada pertindihan PPD, JPN minta data. Semua minta satu data sahaja. Jadi tidak jadi masalah dan perkara ini sudah diselesaikan. Last, Yang Berhormat Indera Mahkota. Pengauditan itu satu cadangan yang baik. Kita akan bawa dalam kementerian dan koperasi juga kita ada satu garis panduan supaya mereka patuhi supaya kalau makanan atau vending machine tidak boleh diletakkan di kawasan koperasi dan Yang Berhormat Padang Terap juga sebut tentang UPSI 5,000 demonstrasi. Saya hendak maklumkan bahawa perkara ini kita telah maklumkan tadi iaitu hampir 3,000 lebih akan dipanggil untuk ditemu duga. Yang Berhormat Padang Terap juga sebut tentang pembantu pengajar. Itu memang telah saya jawab. Keciciran, yang ini telah saya jawab secara panjang lebar. Lebih kurang 70,000 dan kita mengambil tindakan termasuk memperkasakan Pendidikan Awal Vokasional (PAV). Pembekuan jawatan DGA29 bersifat sementara sahaja. Tunggulah bila SBPA ini siap. Program Susu 1Malaysia. Menteri Kesihatan ada. Apa yang dibuat, analisa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan kita terima. Kita akan berpandukan kepada laporan tersebut. Kita tidak boleh ubah pun. Jadi kalau kata positif, kita tidak boleh cakap negatif. Jadi kita tidak boleh cakap yang sebaliknya. Kita akur dengan keputusan Kementerian Kesihatan. Kalau ada keracunan dari sumber Susu 1Malaysia, kita akan ambil tindakan termasuk memberhentikan seluruh batch itu. Susu yang dihantar daripada SID. Ini juga ada masalah bukan sahaja pengilang tetapi penghantaran, stornya, disimpan di mana. Cara minum. Kalau minum secara staggered pagi dia minum sikit, petang minum, memang kena. Jadi saya hendak bagi kepastian bahawa kita akan memantau supaya tidak ada masalah apabila dihantar sudah busuk. Kita akan arahkan guru besar kita pulangkan stok tersebut.
Sikit, Tuan Pengerusi. Ada dua sekolah...
Yang Berhormat, saya tidak bagi, Yang Berhormat.
Saya tidak ada masa lagi. Maaf. Kita boleh bincang di luar. Sistem pendidikan. Last sekali exam oriented. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau sebagai bekas pensyarah. Budaya sekolah cemerlang ini sebagai kriteria pelantikan guru besar itu akan kita terima baik. Yang Berhormat Putatan berapa sekolah yang dia sebut. Kita akan sentiasa bagi peruntukan dan tahun hadapan Yang Berhormat bagi satu senarai. Kita akan lihat kewajarannya. Akhir sekali Yang Berhormat ada sebut tentang hutang RM800,000 sekolah mubaligh yang akan kita jaga. Itu memang dalam peruntukan RM100 juta tidak ada. Hutang RM800,000 untuk sebuah sekolah kita tidak boleh bayar sebab tidak ada kriteria yang kita boleh jelaskan. Tidak boleh. Kita kena buat projek dan kita kena sertakan laporan gambar terkini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat seramai 42 orang dan saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan kita akan mengambil tindakan terhadap apa yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Speaker pun duduk lama dekat sini tidak ada orang berterima kasih pun.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih bagi pihak yang lain.
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM32,698,787,200 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM32,698,787,200 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,581,995,900 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM4,581,995,900 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa — Maksud B.42 [Jadual] – Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan 2012] –Bill
Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
[Bangun]
Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Bukan... [Ketawa]
Yang Berhormat Kuala ‘Krai’.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada 020000 - Kesihatan Awam. Saya ingin merujuk kepada semasa perasmian Jambatan Kuala Krau di mana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menitahkan supaya satu poliklinik Kuala Krau yang baru dibina di pekan Kuala Krau. Saya kira ini bertaraf KK2 dan saya harap dapat maklum balas segera dari Yang Berhormat Menteri. Keduanya tentang keadaan klinik-klinik desa...
Yang Berhormat Kuala Krau, minta celah sedikit, seminit sahaja.
Okey, okey.
Saya mohon izin Tuan Pengerusi untuk membangkitkan perkara berkaitan dengan hospital baru ini berkaitan dengan Titah Tuanku Sultan Kedah semalam semasa merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, yang menyentuh secara khusus pembinaan hospital di kawasan Bandar Baru yang sudah sekian lama ditunggu tapi sampai hari ini belum siap. Jadi harap dapat Yang Berhormat Kuala Krau masukkan itu dalam ucapannya.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Saya masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Keduanya mengenai kemudahan dan juga keadaan klinik desa di kawasan- kawasan kampung. Contohnya dia Kampung Teluk Sentang, bangunannya begitu usang, masih lagi bangunan papan yang telah rosak dan banyak berlubang. Juga tentang klinik desa di FELDA-FELDA seperti FELDA Jengka 11 yang juga mengalami keadaan yang sama. Saya harap dapat perhatian yang segera daripada Yang Berhormat Menteri. Ketiganya tentang Poliklinik Jengka 22. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana Poliklinik Jengka 22 ini sebuah poliklinik yang baik, memberikan perkhidmatan kesihatan awam kepada lebih kurang lima ribu peneroka FELDA yang terlibat. Cuma masalahnya ialah jalan kerana poliklinik ini melalui jalan-jalan FELDA iaitu rumahnya di kiri kanan jalan tersebut dan pihak kesihatan daerah ada memohon untuk dibina satu jalan pintas yang baru bagi membolehkan ambulans dan juga kenderaan-kenderaan awam yang lalu di jalan-jalan perkampungan tersebut dapat lalu dengan selamatnya kerana ini membahayakan kanak-kanak yang sedang bermain di kiri kanan jalan kerana inilah jalan peneroka, jalan di perkampungan FELDA. Keempatnya saya juga mohon di Hospital Jengka tersebut dinaiktaraf kerana peralatan-peralatannya agak lama dan saya harap dapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Daripada segi hawa dingin, katil, semua sekali mengenai kemudahan- kemudahan di Hospital Jengka. Saya juga ingin mendapat tahu latihan-latihan atau housemanship yang diberikan kepada doktor-doktor pelatih kerana saya difahamkan ada di kalangan doktor-doktor pelatih di Hospital Temerloh dan juga Hospital Jengka yang telah mengambil cuti yang panjang kerana tidak tahan dengan tekanan kerja yang diberikan oleh senior-senior doktor ini. Saya harap mendapat siasatan yang lanjut dan saya boleh berikan maklumat yang detail kepada Yang Berhormat Menteri kerana tidak manis saya sebut nama-nama doktor-doktor pelatih yang terlibat. Saya kira tentang perkara yang kelima iaitu Butiran 070000 - Keselamatan dan Kualiti Makanan, yang mana merujuk juga kepada Butiran 070200 - Pematuhan. Tuan Pengerusi, mengenai keselamatan dan kualiti makanan, saya hendak menyentuh sedikit soal saringan di pintu-pintu masuk negara. Saya hendak tahu apakah kementerian mempunyai cukup kakitangan dalam memantau dan mengawasi soal keselamatan dan kualiti makanan? Sejauh manakah kerjasama kementerian bersama Jabatan Kastam? Kita tidak mahu ada berlakunya penyeludupan makanan yang boleh membawa risiko kepada rakyat negara kita. Masalah yang banyak dikenal pasti ialah di sempadan Thailand, tidak kiralah di Padang Besar, Kelantan dan juga Kedah. Jadi saya hendak tahu apakah strategi- strategi yang telah dilaksanakan. Saya juga ingin tahu setakat mana pula saringan buah-buahan dan juga sayur- sayuran yang diimport dari Jepun walaupun kejadian kebocoran radioaktif berlaku di kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima yang lalu. Apakah saringan kita masih ketat lagi dalam proses pemeriksaan yang mana masih diletakkan di tahap lima yakni bermakna semua produk terbabit akan diperiksa lebih teliti bagi mengesahkan ia bebas daripada bahan radioaktif sebelum diedarkan ke pasaran, berbanding tahap empat sebelum ini yang hanya memerlukan produk diperiksa sebelum diedarkan. Mohon penjelasan. Itu sahaja daripada saya, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Pengerusi, saya bangkitkan dua perkara. Pertamanya mengenai pengurusan hospital, halaman 447, Butiran 010000. Ini melibatkan kos rawatan di hospital. Kos rawatan di hospital ini dihadapi oleh semua negara, bukan sahaja di Malaysia. Akan tetapi di Malaysia sekarang ini, walaupun kita boleh tengok daripada peruntukan di sini banyak wang diperuntukkan untuk rawatan, memang satu amaun yang besar, kita tahu, hampir RM1 bilion untuk kesihatan, tetapi kita sebagai Ahli Parlimen sering kali menerima aduan daripada pesakit-pesakit yang tidak mampu.
Banyak kes seumpama ini. Pihak pesakit-pesakit ini oleh kerana hendak dapatkan rawatan, dia pinjam wang terutamanya untuk penyakit-penyakit yang serius seperti jantung. Kadangkala pinjam wang yang begitu banyak, beribu-ribu dan mereka memang tidak mampu. Kalau seorang pemandu teksi, bagaimana dia mampu? Saya banyak contoh tetapi kerana masa yang singkat, tidak dapat memberi semua maklumat. Saya pun percaya Yang Berhormat Bentong pun mempunyai banyak maklumat mengenai para pesakit yang tidak mampu, termasuk yang mampu tetapi tidak bayar di hospital-hospital itu. Ada yang mampu tetapi tidak bayar juga, ini masalah. Oleh kerana mereka tidak bayar, orang yang tidak mampu pun menderita juga. Ini masalah di hospital. Saya berharap Yang Berhormat dapat meneliti masalah-masalah ini supaya kita dapat menyelesaikan ataupun memberi bantuan yang sebenarnya kepada orang yang memerlukan bantuan kerana beribu-ribu pesakit seumpama ini. Seterusnya, ini mengenai doktor-doktor di hospital. Doktor-doktor di hospital biasanya kalau menurut cara biasa, seorang doktor memang perlu, saya pernah berkhidmat di dalam khidmat negara sebagai seorang doktor selama dua tahun sekurang-kurangnya dan intern houseman dua tahun. Kemudian, kalau mereka hendak melanjutkan kepakarannya, sebab selepas empat tahun ada yang berhasrat untuk menjadi doktor pakar.
Akan tetapi masalahnya di perkhidmatan kesihatan di negara ini, kita hanya mempunyai 400 tempat untuk lebih saya ingat 4,000 doktor muda yang hendak melanjutkan pelajaran. Akan tetapi kita dapati hospital-hospital, kita mempunyai 400 sahaja. Kalau kita kira 4,000 doktor muda hendak ada aspirasi untuk menjadi doktor pakar, misalnya di dalam Malaysia ini dia hendak mengambil program master, tidak sampai 10 peratus dapat peluang ini untuk melanjutkan pelajaran. Saya setuju dengan pendapat pihak sesetengah orang di dalam Kementerian Kesihatan, kita tidak boleh membenarkan semua. Kita pilih setakat yang sesuai, bukan sahaja layak, calon-calon yang sesuai untuk dilatih menjadi pakar. Akan tetapi, sistem yang wujud di perkhidmatan sekarang ini tidak ada. Meritokrasi tidak wujud. Kalau seorang doktor muda hendak jadi doktor pakar, kalau dia kenal Yang Berhormat Menteri Kesihatan, mungkin peluang lebih baik. Kalau dia kenal doktor-doktor konsultan yang berpengaruh, dia ada peluang lebih sedikit. Akan tetapi kalau tidak kenal konsultan, tidak kenal Yang Berhormat Menteri, mungkin peluang itu nipis untuk mendapat tempat. Oleh sebab itulah, saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat mengkaji bilangan tempat bagi doktor melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang doktor pakar, sama ada kita boleh tambahkan. Sistem pemilihan calon untuk melanjutkan kepakaran ini mestilah dikaji, diperbaiki supaya sistem meritokrasi wujud. Setiap Yang Berhormat Menteri tidak mengambil kisah mengenai hal ini, saya pun berasa hairan. Akan tetapi hari ini Yang Berhormat Menteri di hadapan saya, saya berharaplah tukarkan sikap ini untuk melatih doktor-doktor yang sangat sesuai untuk menjadi doktor pakar. Ini kerana Tuan Pengerusi, setakat ini di seluruh negara kita bukan sahaja kita ada 33 kolej untuk perubatan, bahkan juga beratus di universiti di luar negara yang diiktiraf. Ini bermakna kalau kita tidak pilih calon yang sesuai, lain kali di negara ini kita akan dapat seorang yang berkelayakan, yang mempunyai ijazah kedoktoran memandu teksi di negara ini. Yang Berhormat Menteri pun pernah menyuarakan sedemikian beberapa bulan yang lepas.
Masa Yang Berhormat.
Masa sudah cukup. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu tajuk sahaja iaitu Butiran 20300 - Kawalan Penyakit. Saya hendak bercakap tentang penyakit Pneumococcal. Tujuan saya membangkitkan perkara ini kerana saya ingin mendapatkan statistik tentang Pneumococcal disease ini, tentang laporan atau aduan yang dibuat, kes yang telah pun dimasukkan ke hospital seluruh negara, bilangan kematian dan yang paling penting ialah bilangan mereka yang ditimpa penyakit, masih hidup tetapi dalam keadaan cacat. Misalnya down syndrome, misalnya proses pembesarannya terencat dan sebagainya. Seterusnya, sama ada pihak kementerian menganggap perkara ini satu perkara yang serius, perlunya ada kesedaran dan seterusnya perlu ada satu suntikan vaksin seperti yang dibuat oleh negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika. Tuan Pengerusi, saya difahamkan penyakit ini adalah berpunca daripada bakteria yang bernama streptococcus pneumonia ataupun juga dipanggil pneumococcus. Daripada data yang ada, sejuta kanak-kanak meninggal dunia seluruh dunia setiap tahun, daripada data yang saya ada. Kalau saya silap data ini, mohon maaf, tetapi inilah yang saya dimaklumkan. Ia lebih menyerang kepada kumpulan manusia yang berumur lima tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas. Maknanya, umur lima tahun ke bawah mudah diserang dan begitu juga kepada mereka yang telah berumur 65 tahun ke atas. Penyakit ini banyak menyerang manusia di negara-negara yang sedang membangun. Kalau kematian di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, sejuta setiap tahun di negara yang sedang membangun ini adalah satu perkara yang serius Tuan Pengerusi. Justeru Tuan Pengerusi, pada tahun 2000, The American Academy of Pediatrics dan Centers for Disease Control and Prevention telah pun meminta supaya penyakit ini diberi perhatian. Dengan sebab itulah ketiga-tiga negara ini pada akhir tahun 2007, sebanyak 16 negara termasuk Australia, UK dan Amerika telah pun mengenakan suntikan vaksin yang berkaitan secara mandatori. Jadi Tuan Pengerusi, yang saya risaukan ialah kumpulan yang berisiko tinggi seperti yang saya sebutkan tadi. Dua daripadanya ialah mereka yang berumur lima tahun ke bawah dan mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Ketiga Tuan Pengerusi, mereka yang sedang berdepan dengan penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, jantung dan sebagainya. Tuan Pengerusi, salah satu daripada tanda penyakit ini ialah mereka yang tiba-tiba demam panas. Demam yang terlalu panas sama ada mereka yang berumur bawah lima tahun, begitu juga berumur 65 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak bawah lima tahun Tuan Pengerusi, mereka tiba-tiba demam panas yang melampau, sama ada mereka meninggal ataupun mereka survive, tetapi mereka cacat anggota, down syndrome dan sebagainya. Akan tetapi Tuan Pengerusi, bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas, saya sendiri berhadapan dengan situasi ini..., bukan sayalah, orang di tempat saya. Isterinya mengadu kepada saya, satu malam beliau ditimpa demam panas yang melampau, bawa ke hospital, esoknya meninggal.
Saya tidak tahu penyakit apa, inilah tanda-tanda penyakit tersebut dan kemungkinan beliau diserang penyakit pneumococcal disease. Jadi Tuan Pengerusi, ini sahaja yang saya hendak bangkitkan dan berharap pihak Menteri dapat menjelaskan kepada kita supaya ada satu usaha untuk mungkin mengenakan suntikan yang mandatori kepada kanak-kanak bawah lima tahun dan juga kepada mereka-mereka yang sudah melepasi umur 65 tahun. Sekian Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya turut hadir untuk membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa. Peruntukan untuk Kementerian Kesihatan. Saya merujuk kepada Butiran 040400 - Perancangan dan Pembangunan. Baru sahaja Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menggunakan time frame dua tahun untuk merangka Program 1Care. Di mana ia satu sistem merupakan perkhidmatan perubatan akan diadakan. Di mana yang saya diberitahu mungkin mengambil beberapa peringkat, di mana integrasi akan berlaku di klinik swasta dan klinik kerajaan, hospital swasta dan hospital kerajaan dan penubuhan sebuah badan untuk menguruskan dana yang dinamakan National Health Financing Authority dan juga pelaksanaan insurans perubatan. Ini satu rancangan yang penting di mana semua lapisan masyarakat tidak akan berkecuali. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia pengarah yang sudi mengadakan satu sesi dialog untuk Ahli-ahli Parlimen dan juga NGO- NGO pada 11 hari bulan yang lalu berkenaan dengan 1Care program ini. Akan tetapi saya hendak tegaskan di sini, selepas dialog tersebut saya masih tidak yakin bahawa 1Care ini dapat dilaksanakan dengan menyekat kos yang kian meningkat dan juga tidak akan meningkatkan beban kepada golongan miskin. Saya rasa alasan-alasan saya telah sampaikan semasa forum tersebut. Saya rasa kementerian harus memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan kemudahan di bawah Kementerian Kesihatan. Semasa saya berucap pada peringkat dasar sebelum ini, saya telah membangkitkan bahawa kementerian dari segi peruntukan untuk pembangunan kian berkurangan. Malang sekali apabila jawapan diberikan, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memutar belitkan ucapan saya. Di mana perbelanjaan kementerian memang meningkat tetapi dari segi pembangunan sebenarnya telah mengurang. Kita juga tahu bahawa perbelanjaan keseluruhan untuk penjagaan kesihatan cuma 5.4 peratus daripada KDNK. Kalau dibandingkan dengan global average 8.6 peratus. Ini menunjukkan bahawa peruntukan itu memang tidak mencukupi. Sekiranya Yang Berhormat Menteri ada dan sekiranya kalau Yang Berhormat Menteri Kesihatan masih berasa peruntukan dana Kementerian Kesihatan masih cukup untuk menjaga kesemua rakyat Malaysia, saya cabar bubarkan Yayasan Perubatan 1MCA. Sebab ini melibatkan kutipan wang daripada orang awam dan untuk disalurkan kepada golongan- golongan tertentu. Sekiranya peruntukan daripada kementerian itu cukup, tidak perlu Yayasan Perubatan 1MCA. Perkara yang kedua, saya hendak merujuk kepada Butiran 030000 - Rawatan Perubatan. Kita dari keseluruhan dan baru sahaja saya dengar daripada menteri di mana untuk waiting list untuk pembedahan akan ditetapkan kurang daripada tiga bulan. Tahniah saya ucapkan dengan dasar tersebut. Malang sekali kalau kita lihat kalau kita hendak mendapatkan appointment untuk berjumpa pakar-pakar di hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan, kadangkala pesakit itu perlu menunggu sebulan dua, tiga bulan, enam bulan pun ada. Jadi, saya rasa bukan setakat menunggu untuk berjumpa pakar, untuk test-test yang tertentu, misalannya test senaman eco dan sebagainya, kadangkala diberikan appointment sehingga tiga bulan, enam bulan. Saya rasa ini adalah perkara yang tidak munasabah. Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri meneliti perkara ini dan juga harus menentukan satu KPI untuk waiting list untuk berjumpa pakar di klinik-klinik pakar, misalannya mungkin sebarang appointment tidak boleh melebihi dua minggu daripada tarikh permohonan untuk appointment tersebut. Secara khusus, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 031100 - Oftalmologi dan 030900 - Ortopedik. Ini secara spesifik, kita tahu bahawa kemudahan Kementerian Kesihatan memang hospital-hospital di situ pelanggan utama adalah daripada golongan miskin dan kakitangan kerajaan. Jadi, kos rawatan itu merupakan satu isu yang agak penting untuk golongan-golongan tersebut. Dalam hal ini, saya lihat ada beberapa rawatan di mana kos rawatan tersebut terpaksa ditanggung oleh pesakit. Misalannya, pembedahan cataract di mana intraocular lens tersebut yang kosnya mungkin RM500 sehingga RM600, terpaksa ditanggung oleh pesakit dan juga prosthesis.
Penyakit prosthesis untuk ortopedik dan sebagainya, ini terpaksa ditanggung oleh pesakit. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mengkaji dan supaya memberikan sedikit ruang supaya boleh diberikan subsidi untuk prosthesis-prosthesis tersebut supaya dapat mengurangkan beban kepada pesakit. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 032000 - Pengimejan Diagnostik. Perkara ini saya pernah bangkitkan sebelum ini, kita tahu negara kian maju dan expectation dan standard of care memang kian meningkat. Kemudahan harus meningkat sejajar dengan keperluan semasa, kalau dahulu X-ray memang dianggap sebagai alat yang asas di semua hospital, saya rasa sudah sampai masanya CT scanner seharusnya dijadikan peralatan asas di setiap hospital kerana semasa merawat pesakit, misalannya yang menghadapi strok ataupun mangsa kemalangan jalan raya dengan kemungkinan kecederaan kepala dan otak, CT scan yang serta-merta mungkin boleh dikatakan life saving ataupun boleh menyelamatkan nyawa. Misalannya, di hospital yang terpencil seperti di Slim River, Kapit, Segamat, Gua Musang dan sebagainya. Saya rasa seharusnya kementerian harus mensasarkan supaya di semua hospital daerah atau pun hospital besar dan semua seharusnya dibekalkan CT scanner. Saya rasa dari segi logistik laporan boleh diselesaikan dengan cara-cara tertentu. Seterusnya, saya ingin membangkitkan dengan Butiran 060300 - Penguatkuasaan Farmasi. Kita tahu memang ini amalan biasa di kalangan pesakit di Malaysia di mana mereka doctor hopping dan sering bertukar doktor untuk rawatan. Kepastian dalam sejarah pesakit adalah amat penting untuk rawatan yang sesuai dan selamat. Di antara sejarah rawatan yang amat penting adalah ubat yang diberikan oleh seseorang doktor. Jadi, dalam hal ini saya berharap kementerian meneliti labelling sampul ubat. Ini saya rasa sebagai seorang pengamal, saya masih mendapati banyak klinik yang tidak label sampul ubat tersebut.
Saya harap ini diberikan perhatian khas. Akhir sekali, di bawah Butiran 020300 – Kawalan Penyakit. Memang kita tahu penyakit denggi satu penyakit yang berleluasa di tanah air. Tahniahlah walaupun tahun ini nampak ada kekurangan. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri pernah mengumumkan menggunakan satu ujian GM mosquito di kawasan Yang Berhormat Menteri di Bentong dan juga di Alor Gajah, Melaka. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengumumkan apakah keputusan ujian tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya. Yang Berhormat Sri Aman.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada tiga butiran yang hendak disentuh. Pertama ialah Butiran 00201 mengenai Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Sebelum ini saya pernah menyebut tentang pembinaan klinik baru di Banting, Lingga sebab saya telah difahamkan bahawa tapaknya telah lama disediakan tetapi oleh kerana tiada peruntukan, maka klinik itu tidak mampu dibuat pada masa ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebab kita ada kes accident yang berlaku yang mana seorang ibu yang sedang sarat mengandung hendak melahirkan anak dan dikejarkan ke Klinik Lingga. Dalam perjalanan, bot yang dinaiki itu telah karam dan menyebabkan kematian dua orang nyawa yang tidak berdosa ini. Jadi, oleh kerana masalah ini jadi ada kemungkinan besar kementerian perlu mengkaji sama ada kita perlu membuat segera klinik baru di Banting. Butiran yang kedua ialah mengenai Butiran 00300 - Kemudahan Hospital. Semasa lawatan Yang Berhormat Menteri ke Sri Aman baru-baru ini, Menteri telah berjanji untuk menambahkan unit mesin dialisis, ambulans dan juga doktor-doktor pakar. Setakat ini saya belum menerima apa-apa respons daripada hospital ataupun Yang Berhormat Menteri sama ada perkara ini telah dipenuhi ataupun masih lagi dalam kajian.
Ketiga ialah Butiran 00400. Ini adalah mengenai Pembinaan Hospital Baru yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet baru-baru ini. Penduduk di sekitar Sri Aman tidak sabar untuk melihat bilakah pembinaan itu akan bermula sama ada sekarang atau adakah sama ada ia dalam peringkat tender ataupun sebagainya? Bilakah projek itu akan mula dilaksanakan? Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri akan memberikan jawapan yang berpatutan dan memuaskan supaya saya dapat memberitahu kepada penduduk-penduduk yang sering bertanya akan masalah ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Pengerusi, boleh bertanya sedikit? Berapa lama, berapa minit seorang Tuan Pengerusi? Sini. Hendak bertanya Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi tidak bercakap itu tidak mengapalah. Kita teruskan sahaja... [Disampuk] Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya...
Tidak... [Ketawa]
Untuk turut sama mengemukakan pandangan bagi Kementerian Kesihatan. Saya ingin memulakan dengan merujuk pada Program 7 - Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam aktiviti empat industri komunikasi dan kepenggunaan yang mana disebutkan di dalam meningkatkan promosi kesihatan makanan ini akan mencadangkan tahun 2012 sebanyak sepuluh kempen keselamatan makanan. Saya rasa ini adalah cukup baik berbanding dengan lima yang dianggarkan pada tahun ini dan hanya satu yang berlaku pada tahun 2010. Saya hendak mengaitkan ini dengan perkara 080000 - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan kempen promosi kesihatan ini. Kita baru mendengar Malaysia mendapat satu lagi anugerah iaitu Kadar Obesiti yang antara tertinggi yang mana perkara ini yang kita tidak hendak dengar. Orang Malaysia walaupun obesiti, peningkatan jumlah obesiti ini menggambarkan kita sudah menjadi sebuah negara yang..., tetapi kesannya cukup tidak baik sehingga mengurangkan tahap kesihatan rakyat kita. Jadi, saya tidak pasti mengapa jumlah yang diminta berkurangan dari tahun 2011, hanya RM10 juta. Saya tahu jawapannya ialah bukan yang diminta yang diperuntukkan. Jumlah yang diminta saya tahu jauh lebih besar. Akan tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini ialah Kementerian Kesihatan seharusnya mengambil ini sebagai satu keutamaan kerana keadaan aktiviti preventive ini memerlukan daya tahan. Ia perlu berterusan kerana kempen-kempen ini kadang-kadang menjadi program one-off yang tidak dapat diteruskan. Oleh yang demikian, saya hendak mencadangkan supaya dipertimbangkan semula jumlah ini dan diperbesarkan dengan memasukkan lagi geran-geran yang lebih banyak. Kalau kementerian tidak berupaya ataupun merasa perlu untuk melibatkan badan-badan bukan kerajaan dan juga persatuan- persatuan pengguna maka inilah tempatnya kita libatkan akar umbi rakyat dalam kempen- kempen yang lebih berkesan, lebih meluas. Ini kerana kesannya apabila dilakukan oleh kumpulan akar umbi, saya yakin akan mempunyai kesan yang lebih baik. Itu yang pertama. Keduanya saya hendak menyebut mengenai perkara Butiran 032900 dalam B.42 iaitu Perubatan Transfusi Darah. Ini satu aktiviti yang sangat penting dalam rawatan perubatan. Baru-baru ini kita ada mendengar kes seorang wanita kalau tidak silap saya di Telok Intan yang didiagnosis positif HIV yang dikatakan berpunca daripada ataupun dikesan semasa melakukan dialisis. Saya khuatir ia bukan daripada dialisis. Proses pergi pada proses dialisis ini yang dapat mengesahkan beliau ini dijangkiti sedangkan puncanya ialah sebelum daripada proses tersebut. Saya dimaklumkan kemungkinan besar bermula daripada transfusi darah yang diterima oleh pesakit demikian sebelumnya.
Jadi, kalau ini berlaku, saya amat risau sama ada proses saringan pada darah- darah yang dikutip melalui derma-derma dan juga darah yang hendak di transfusi ini benar- benar telah menjalani satu proses pengesanan bahan-bahan asing dan organisma asing ini...
[Bangun]
Ya. Silakan.
Kita juga pada waktu yang lebih kurang sama. ada satu kes di Pulau Pinang bahawa dia dimasukkan blood type yang tidak sama. Jadi, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Sebagai doktor, boleh jelaskan adakah ini senang berlaku atau bagaimana ia boleh berlaku? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Dalam konteks perubatan di Malaysia ini, yang kita dimaklumkan dengan kecanggihan dan juga seriusnya kita mengambil pendekatan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, maka ia masih boleh berlaku, kemungkinan ada kesilapan manusia. Akan tetapi apa yang saya ragu, sama ada kita mempunyai keupayaan dan kecanggihan yang diperlukan untuk mengesan ini di dalam semua darah yang di transfusi kan. Saya ingin bertanyakan. Ini satu kes isolated yang kita dengar dan mungkin kementerian pun akan berkata ini isolated kes. Akan tetapi apakah sebenarnya ini isolated kes atau ada banyak kes lain yang berlaku, kalau pun bukan HIV, mungkin jangkitan hepatitis ‘B’ ataupun hepatitis ‘C’ ataupun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi, incompatible transfusion ini. Ini kerana saya dimaklumkan di Johor, ada sekumpulan kakitangan di hospital kita, yang dijangkiti oleh hepatitis ‘C’, satu kawasan atau satu area kerja mereka yang boleh dijangkiti. Ini bermakna, perkara ini berlaku di dalam sistem penyaringan darah kita. Jadi, saya hendak tahu maklumat yang sebenarnya, jumlahnya, jenis-jenis jangkitan yang didapati mungkin semasa dialisis. Oleh kerana dialisis memerlukan satu saringan yang baik sebelum dilakukan. Kita boleh mengesan tetapi mengesan ini umpama one day to latelah kita tidak hendak ini berlaku terhadap pesakit kita. Ini saya rasa sangat kritikal kerana kalau ianya tidak di tangani ianya boleh menjejaskan keseluruhan imej perkhidmatan darah di Kementerian Kesihatan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai Butiran 070100 – Pengurusan Keselamatan dan Kualiti Makanan juga saya hendak sebut sini. Kita telah mendedahkan beberapa pelanggaran food regulation, dengan izin, daripada kedai-kedai 1Malaysia ini. Ada yang di tolak begitu sahaja ada yang diakui berlaku. Ini termasuk isu kandungan yang tidak menepati tahap minimum di mana sepatutnya ada tahap minimum ataupun yang melebihi tahap minimum sepatutnya tidak boleh lebih, banyak. Kita ada senarai-senarai yang telah disediakan. Pelabelan, labeling yang..., dengan izin, misleading kerana ada bahan-bahan itu tidak langsung terkandung di dalam, ataupun tidak dilabelkan terkandung dalam bahan-bahan yang sepatutnya bahan-bahan ini sepatutnya ada. Ingredient ini patut ada dalam makanan-makanan tersebut seperti susu yang dibandingkan antara satu jenama dengan Nespray yang dikatakan ataupun yang didapati tidak menepati labeling ini dan banyak lagi. Kita boleh menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan perkara ini. Saya hendak timbulkan ini diusahakan secara inisiatif kerana kita hendak memastikan kempen ini tidak tersasar oleh kerana hendakkan harga yang murah maka ada beberapa perkara yang tidak menepati syarat-syaratnya. Jadi inisiatif ini bukan boleh kita buat selalu. Dia melibatkan tenaga dan sebagainya jadi di mana Kementerian Kesihatan di sini? How proactive, dengan izin Kementerian Kesihatan, dalam menangani isu pemakanan ini kalau tidak didedahkan ini mungkin kita ingat perkara ini susah memang dilaksanakan oleh pihak berwajib iaitu Kementerian Kesihatan.
Akan tetapi, apabila kita dedahkan begini seolah-olah ada kelonggaran dalam effort kita. Jadi saya hendak minta Kementerian Kesihatan supaya menjelaskan kedudukan perkara tersebut. Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sambung sedikit mengenai isu susu, susu bagi kanak-kanak kecil yang tidak mempunyai khasiat-khasiat yang kadar minimum yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Petang ini kita mendapat tahu bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia telah pun menarik balik susu yang telah pun ada dalam kedai-kedai mereka. Kita rasa perkara ini amat membimbangkan kerana kalau susu ini diminum oleh kanak-kanak kecil ia tidak mempunyai kalsium yang mencukupi, besi yang mencukupi, tidak ada vitamin-vitamin seperti vitamin ‘D’, vitamin ‘C’, B1, B2, B6, folic asid, B12, K1, AHE semua tiada dan lain- lain perkara. So, kita hendak tanya sama ada pihak kementerian akan memastikan supaya Kedai Rakyat 1Malaysia akan membuat satu pengumuman terbuka sesiapa yang telah pun membeli susu ini sila pulangkan kepada kedai dan full refund akan diberikan oleh kedai kepada sesiapa yang telah pun membeli susu ini. Saya rasa perkara ini penting dan saya sama ada Yang Berhormat Kuala Krai setuju.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya hendak memanjangkan soalan Yang Berhormat itu kepada Kementerian Kesihatan supaya diberikan penjelasan dan kalau boleh diterima cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara itu supaya diambil tindakan mengganti rugi pihak- pihak yang mungkin telah teraniaya akibat daripada pelabelan ataupun penyediaan bahan- bahan yang tidak setaraf dengan kandungan seperti yang diuar-uarkan. Tuan Pengerusi, satu yang saya hendak tanya kepada Kementerian Kesihatan sama ada dalam dasar barukah atau dalam bajet untuk kesihatan ataupun untuk perubatan, Klinik 1Malaysia di mana kita letakkan keperluan ini sama ada dimasukkan di dalam program kesihatan awam atau rawatan perubatan. Berapa jumlah khusus dan berapa lagi Klinik 1Malaysia ini yang akan dibangunkan secara tepatnya dalam tahun hadapan. Apakah program Klinik 1Malaysia ini akan ditambah luaskan sehingga ke peringkat seluruh negara, seluruh bandar kerana kita dimaklumkan Klinik 1Malaysia ini tumpuannya ialah kawasan urban dan semi urban. Kalau ini berlaku apakah kita sudah mengakui bahawa tumpuan kita di kesihatan luar bandar telah sampai kepada tahap kita beberapa kali kepada sistem kesihatan di bandar yang pada satu ketika kementerian sendiri sudah mengiktiraf bahawa perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bandar ini sudah cukup lengkap dan kita tumpu kepada luar bandar. Itu yang saya hendak tanyakan. Sila.
Yang Berhormat, ada satu minit lagi Yang Berhormat.
Satu minit ya. Ya sila, sikit.
Klinik 1Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini berkenaan dengan Klinik 1Malaysia. Kita tahu bahawa Klinik 1Malaysia masih tidak dianggotai oleh doktor perubatan dan bilakah kementerian akan melaksanakan untuk mendapatkan doktor di Klinik 1Malaysia? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng saya panjangkan soalan Yang Berhormat Gopeng kepada Yang Berhormat Menteri untuk dijawab. Akhirnya, Tuan Pengerusi kita dapat laporan daripada Hulu Terengganu mengenai jangkitan hepatitis A kalau saya tidak silap kepada beberapa kampung di sana. Ini juga suatu perkara yang saya rasa akan menimbulkan di peringkat antarabangsa suatu alert yang tidak menggembirakan negara kita. Kita dalam program BAKAS ini hanya disediakan RM1.9 juta sahaja mungkin bekalan air ini tidak ada kaitan dengan BAKAS tetapi kita tidak hendak urusan bekalan air ini diringankan dengan peruntukan yang kecil sehingga kes-kes di mana bekalan air di luar bandar sana masih memerlukan BAKAS ini tidak dapat dilayan.
Jadi saya khuatir jumlah ini terlalu kecil dan my parting words Tuan Pengerusi, Hospital Kuala Krai ini saya tidak jemulah jangan sampai tadi kata Sultan Kedah ada bangun Pendang dengan Bandar Baharu. Janganlah sebab sampai Sultan Kelantan pula membangkitkan tentang Hospital baru Kuala Krai. Agak-agak bila? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sebenarnya, tidak boleh sebenarnya menggunakan nama Sultan itu hendak membangkitkan persoalan sedemikian Yang Berhormat.
Saya tarik balik.
Saya peringatkanlah. Jadi kalau ada kita hendak sebut nama-nama Sultan itu minta hospital dibina di sini, sekolah dibina di situ tidak bolehlah itu ya. Ya, Yang Berhormat daripada Kota Belud.
Terima kasih. Boleh saya bertanya Tuan Pengerusi, berapa lama yang di benarkan?
Yang Berhormat kata macam ini sahaja, saya jadi saya bagi macam ini sahaja, sikit sahaja.
Okey, jadi saya sebab, okey tidak mengapa Tuan Pengerusi nanti tolong bagi tahu saya kalau saya sampai ke penghujung. Saya ingin memulakan komen saya terhadap beberapa pandangan Yang Berhormat pembangkang tentang isu 1Malaysia ini 1Malaysia Milk ini ataupun Susu 1Malaysia. Saya pada awalnya saya mendengar dengan teliti dan rakan-rakan saya menunjukkan bahawa ada sedikit kelemahan, ada keracunan ataupun susu itu sudah tidak boleh digunakan dan sebagainya. Saya tidak ada masalah dengan ini Tuan Pengerusi cumanya saya minta kepada rakan-rakan jangan terlalu politikkan isu ini. Ini kerana pada awalnya, saya bagi tahu kenapa pada awalnya apabila satu, apabila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengutarakan isu ini beliau tidak mahu menjelaskan mana satu makmal yang menjalankan test tersebut. Dengan alasan bahawa mungkin kononnya kementerian akan mengambil tindakan terhadap makmal tersebut. Jadi pada saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara di sini pula okey. Pada saya kalau isu ini adalah merupakan isu yang besar yang melibatkan rakyat pada saya kalau boleh bantu kerajaan. Bantu kerajaan untuk menunjukkan kepada kementerian sebab soalnya sekarang kalau hanya, saya bagi sekejap ya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Kalau hanya menyerahkan keputusan kepada pihak kementerian tanpa menunjukkan makmal mana sijil mana yang dipakai itu sebabnya saya katakan saya agak marah apabila Twitter..., saya katakan bagaimana nanti sama ada susu itu telah diuji di ibu pejabat DAP? Saya tidak tahu sebab makmalnya tidak diberitahu. Jadi apa salahnya memberitahu makmal, nama-nama makmal dan kalau ini telah dibuat oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara saya ucapkan tahniah. Saya bagi 30 saat. Terima kasih.
Saya rasa perkara ini terbangkit sebab semua produk ini dikatakan amat berkualiti oleh semua menteri yang ada dalam Barisan Nasional. Perkara ini tidak patut dibuat sebelum Kementerian Kesihatan membuat siasatan-siasatan tertentu yang ada cop kata memang berkualiti. So, jaminan-jaminan yang dibuat oleh kementerian itu semua tidak laku sekarang. Lab report telah pun kita ada dan semuanya dibuat oleh lab yang certified oleh Kementerian Kesihatan. Saya rasa lab report ini tidak penting kerana apa yang penting ialah report yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan sendiri. Saya agak Yang Berhormat Menteri sudah kata akan buat, so, kita terima itu.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Itu yang sepatutnya dibuat. Pada saya, ini kita jangan politikkan. Ini kerana di kawasan saya Tuan Pengerusi, ramai... [Disampuk] No, pada awalnya tidak mahu diberitahu makmal. Hanya diberi laporan dan laporan itu saya katakan laporan okeylah. Cuma, apa masalahnya? Kita juga mahu tahu. Saya pasti Yang Berhormat Menteri mahu mengetahui makmal mana, dan prosedurnya diikut atau tidak. Saya hendak ingatkan kawan-kawan daripada pembangkang ya. Dahulu sewaktu juru kimia daripada kerajaan membuat analisa terhadap DNA dan sebagainya, tuan-tuan tidak setuju. Tuan-tuan kata report ini boleh dibuatlah, apa semualah. Sampai diimport juru kimia daripada Thailand, Pornthip. Akan tetapi, itu tidak apalah. Saya katakan laporan itu tidak apa, cuma jangan politikkan. Jikalau ada, bantu kerajaan. Ini kerana ini juga melibatkan rakyat di Kota Belud. Jadi saya takut. Itu sebabnya saya katakan kalau hendak buat PC, hendak tunjuk bahawa susu 1Malaysia ini... Tidak apalah, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawablah.
Yang Berhormat, saya tegurkan. Jangan politikkan lagilah Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi, saya katakan ini kerana saya betul-betul concern. Di kawasan saya memang banyak.
Saya dengar Yang Berhormat minta Timbalan Menteri jawab.
Ha, itulah. Okey, saya beralih kepada perkara yang lain Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin hendak tanya ada beberapa perkara sahaja. Saya awalkan dahulu soal Kota Belud. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang Butiran 00201 - Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Apakah kementerian akan mewujudkan Klinik 1Malaysia di Kota Belud? Soalan saya pendek sahaja, dan apakah di Pulau Mantanani akan diwujudkan Klinik Desa? Tolong bagi saya jawapan kerana ini adalah satu perkara yang penting yang perlu saya jawab kepada rakyat di Kota Belud. Dua perkara lain yang agak lebih luas sedikit Tuan Pengerusi ialah tentang saya dapati ada beberapa berita di dalam media yang mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan tidak lagi akan mewajibkan pegawai-pegawai perubatan yang lulus daripada universiti di luar negara yang mahu bertugas di Malaysia ini tidak perlu lagi lulus ujian kelulusan kelayakan perubatan ataupun medical qualifying exam. Saya khuatir Tuan Pengerusi sebab walaupun dahulu pada awalnya Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa beliau bersetuju supaya medical qualifying exam ini diwajibkan kepada sesiapa sahaja pegawai-pegawai perubatan yang ingin bertugas di negara kita, tetapi nampaknya ada satu perubahan dari segi dasar kerajaan dan hanya meminta supaya universiti- universiti yang melahirkan graduan-graduan ini dibuat vetting, dengan izin. Masalahnya begini Tuan Pengerusi. Apabila kita menandatangani WTO yang membenarkan pegawai-pegawai perubatan daripada luar negara datang ke negara kita, mungkin pada tahun 2014, dan kita tidak mempunyai mekanisme ini untuk menapis pegawai-pegawai ini tetapi hanya dengan segulung ijazah daripada universiti yang diiktiraf oleh kementerian iaitu lebih kurang 365 universiti di luar negara yang diiktiraf medical facultynya, tetapi bagaimana kementerian boleh memastikan bahawa universiti-universiti ini menepati kelayakan yang telah di set oleh kementerian? Ini kerana kadang-kadang universiti ini kita tidak tahu Tuan Pengerusi. Jikalau kita buat vetting pun, saya rasa satu universiti pun akan memakan masa beberapa hari. Jikalau 365 universiti, setahun kita buat mungkin tidak sempat, dan kita sudah mendengar beberapa insiden di mana ijazah-ijazah pegawai-pegawai perubatan ini boleh dibeli.
Yang Berhormat Kota Belud.
Ya, saya bagi kepada Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Kota Belud tadi. Walaupun sebenarnya negara kita telah menandatangani perjanjian WTO yang mensyaratkan pada tahun 2014 kita boleh membawa masuk doktor- doktor tidak payah melalui ujian kelayakan, tetapi adakah negara kita disyaratkan mesti mengikut peraturan ini? Ini kerana ada banyak negara yang tidak mengikuti peraturan ini dan tidak membolehkan doktor-doktor sewenang-wenangnya masuk dengan tidak ada menjalani apa-apa peperiksaan, kerana kita takuti ia akan menjejaskan prestasi perubatan kepada orang ramai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Inilah kerisauan kita. Saya rasa negara kita harus akur kepada WTO dan juga GETS ya. Cumanya, saya rasa kerajaan berhak untuk meletakkan syarat, iaitu kalau mahu bertugas di negara kita ini, sekurang-kurangnya medical qualifying exam ini mesti dan wajib diambil dan lulus dalam peperiksaan ini. Sekarang ini saya pasti dasar kerajaan telah berubah sedikit iaitu hanya mengiktiraf ijazah perubatan daripada universiti ini. Yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 060000 – Perkhidmatan Farmasi...
Jangan beri orang mencelah lagi Yang Berhormat. Masa pun dekat hendak berakhir juga.
Yang terakhir ini satu poin yang agak penting Tuan Pengerusi. Sekali lagi saya ingin mengatakan dalam Dewan ini, saya baru balik dari Portugal awal bulan lepas dan bulan ini. Saya telah mengikuti satu program yang dibawa oleh Malaysian AIDS Council iaitu melihat bagaimana negara Portugal menangani isu penagihan dadah di negara mereka. Salah satunya ialah seperti mana yang kita ada di Malaysia ini, harm reduction programnya ialah memberi methadone kepada penagih- penagih dadah. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana mempunyai program ini. Soalan saya ialah apabila saya bandingkan program methadone di Malaysia ini dan di Portugal, banyak perbezaan dari segi implementasinya. Kalau di Malaysia ini Tuan Pengerusi, penagih dadah walaupun kerajaan berusaha untuk mengiktiraf mereka sebagai pesakit, tetapi di negara kita, methadone counter ini kita buat di hujung-hujung bangunan. Hanya satu jendela kecil seolah-olah penagih datang ini seperti manusia yang tidak berharga. Kadang-kadang diletakkan di hujung-hujung bangunan. Di Portugal Tuan Pengerusi, mereka mengambil pendekatan untuk melayan penagih dadah ini dengan satu penghormatan, walaupun mungkin itu agak janggal dalam telinga kita. Takkanlah penagih dadah ini kita bagi penghormatan? Akan tetapi bayangkan kalau dia diberi penghormatan, mereka masuk dalam satu kawasan yang bersih di dalam...
Masa Yang Berhormat.
Dua minit boleh, seminit?
Tidak boleh Yang Berhormat.
Very important Tuan Pengerusi.
Habiskan di situ sahaja.
Kalau boleh seminit sahaja, Tuan Pengerusi. Di Portugal Yang Berhormat Menteri, mereka dilayan, mereka mempunyai peluang untuk berjumpa dengan doktor psikologi, fisioterapi dan bermacam-macam untuk membina harga diri mereka. Jikalau di Malaysia, mereka ambil di kaunter, makan, minum dan selepas itu keluar. Tidak ada peluang untuk mereka berjumpa dengan pegawai- pegawai perubatan supaya mereka boleh keluar daripada masalah ini kerana ini masalah dari segi psikologi, masalah sosiologi dan bermacam-macam masalah. Ini yang saya minta kalau boleh kementerian memberi perhatian daripada sini. Mungkin saya akan bincang dengan Yang Berhormat Menteri dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010400 – Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan. Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui mengenai kedudukan doktor di Parlimen. Selepas kita berubah di Dewan ini, pejabat itu sangat jauh dan saya difahamkan ramai di antara Ahli Parlimen tidak dapat pergi di sana. Adakah rancangan untuk satu klinik dekat dengan Dewan Rakyat ini sendiri? Ini kerana kalau kita tengok usaha, pada permulaannya tidak ada doktor langsung di Parlimen. Akan tetapi selepas meninggal dunia satu Speaker, kita ada satu doktor di Parlimen dan itu terdekat dengan Parlimen. Saya harap yang klinik ini adalah lebih penting dari tempat makan di Parlimen. Saya harap tindakan diambil untuk mengatasi, bawa ke sini because there are lot of Ahli Parlimen yang lupa pergi. Saya difahamkan ya. Ini satu di antaranya.
Kedua adalah untuk merujuk patient-patient ke IJN dan ini saya difahamkan dia perlu satu filtering process sekarang. Ada arahan terbaru bahawa ia patut selepas diarah oleh doktor perlu dapat kelulusan ke atasan dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri fikir bahawa untuk Ahli Parlimen-Ahli Parlimen kalau jika diperlu serta merta dirujuk kepada IJN supaya tindakan susulan yang cepat diambil. Lagi satu adalah kardiologi di Hospital Ipoh. Saya hendak tahu, saya sudah bangkitkan lebih kurang empat tahun dulu Yang Berhormat Menteri dan kerajaan telah mengatakan bahawa ada harapan yang untuk menubuhkan satu klinik khas surgeri dan untuk bypass dan sebagainya untuk membenarkan mengurangkan kesusahan orang-orang negeri Perak dirujuk ke tempat-tempat lain. Apakah keadaan yang terkini mengenai keadaan tersebut. Lagi satu perkara adalah berkaitan dengan doktor-doktor. Saya ada bangkitkan beberapa kali perkara ini di mana kita ragui, kita ada terlampau banyak universiti-universiti bukan sahaja dengan public universities, private universities dan mengeluarkan doktor lebih kurang 1,500 ke 2,500. Ini dalam tempoh tahun 2020 they will all production of doctors. Ini sangat merumitkan kehendak dia seorang menjadi doktor. Apakah tindakan yang dikawal selia yang dibuat oleh kerajaan supaya kita tidak menjadi satu tempat di mana ada terlampau banyak doktor hingga ada doktor-doktor yang tidak dapat menjalankan tugas mereka. Saya difahamkan Tuan Pengerusi, bahawa pada setakat ini ada banyak houseman yang tidak ada pembelajaran dalam hospital-hospital, ada terlampau banyak houseman hingga tidak ada proper training kepada mereka. Apakah usaha yang dibuat supaya kita tidak datang ke satu situasi di mana hanya doktor-doktor houseman akan menjadi no training at all, no training proper experiences. Akhir sekali adalah mengenai nursing profession. Apakah kawal selia... Adakah kerajaan sedar bahawa nursing profession di private sector. Beberapa ramai mereka telah berkelayakan, akan tetapi kita tidak dapat kerja langsung. Saya sendiri di pejabat saya telah mendapat beberapa permintaan dari jururawat-jururawat yang telah mendapat ijazah dan sebagainya dari private sector akan tetapi tidak ada kerja langsung. Saya difahamkan kerajaan memberi galakan untuk mereka menjadi jururawat, akan tetapi tidak ada kerja. Apakah tindakan yang diambil supaya masalah ini dapat diatasi? Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa butiran. Pertama, Maksud B dan P.42, Butiran 020400 - Kesihatan Awam. Jadi saya hendak penjelasan dalam itu ada program kempen kesihatan di luar bandar. Sekarang kempen kesihatan saya nampak jauh berkurangan berbanding dengan beberapa tahun yang lepas, yang lalu. Saya ingat dalam tahun 1990-an dahulu, program wakil kesihatan kampung dipanggil WKK. Program itu bagi saya agak berjaya sekali untuk kita melibatkan secara langsung orang-orang rumah panjang. Mereka ini suka melibatkan diri dan juga kita dapat meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan di kalangan mereka di luar bandar. Jadi sekarang sudah tiada lagi. Bolehkah diberi penjelasan ataupun apakah sekarang program yang lain untuk menggantikannya. Jadi Butiran 020300 - Kawalan Penyakit. Saya juga mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah sebenarnya yang berlaku di Daerah Belaga, dalam bahagian Kapit juga ataupun lebih tepat dalam kawasan Parlimen Hulu Rajang. Penyakit yang disebut sebagai melioidosis ini atau kadangkala ataupun dia sama atau tidak saya tidak tahu apa dikatakan kencing tikus. Itu telah mengakibatkan kehilangan beberapa nyawa sudah. Ini saya ingat ataupun bagi saya Kementerian Kesihatan ataupun Jabatan Kesihatan perlu meyakinkan rakyat ataupun memberitahu kepada rakyat masyarakat lebih- lebih lagi di kawasan tersebut, agar mereka tahu bagaimana hendak mengelakkan diri dari dikena penyakit itu. Oleh sebab sekarang terlalu banyak versi cerita-cerita jadi itu bagi saya tidak baiklah kerana masyarakat kita tidak membantu mereka untuk mereka boleh mengelakkan diri daripada dikena penyakit itu. Jadi Butiran 00201 - Perkhidmatan Kesihatan di Luar Bandar. Jadi kalau saya boleh tanya ini sudah berapa lama sudahlah - jadi ada cadangan satu ketika dahulu untuk membina klinik desa di Nanga Janan Daerah Song dalam kawasan Parlimen Kapit juga dan juga sebuah lagi klinik desa yang dicadangkan dibina di Nanga Dalai Daerah Song. Setakat hari ini tiada berita ataupun tiada klinik lagi dibina. Apakah klinik-klinik akan dibina atau tidak. Kalau saya ditanya memang ada keperluan klinik ini dibina untuk masyarakat setempat. Jadi berkenaan dengan klinik desa juga saya ingin mengingatkan kepada kementerian ataupun mohon kepada kementerian agar setiap klinik desa ini dilengkapi dengan staf yang cukup. Misalnya penolong pegawai perubatan, medical assistant. Kalau di tempatkan di klinik desa yang jauh di pendalaman, seorang sahaja di sana sebab selalunya kalau ada pesakit yang perlu digesakan ke hospital ataupun klinik kesihatan di Sarawak ataupun hospital di Kapit, selalunya penolong pegawai perubatan ini, medical assistant ini escortkan pesakit ini. Jadi klinik itu terpaksa tiada orang yang melayan pesakit yang datang kerana dia seorang sahaja. Jadi ini menimbulkan masalah kepada pelanggan klinik desa. Jadi dalam Butiran 01100 - Peralatan dan Kenderaan. Saya harap saya tepat dalam butiran sebab saya ingin membangkitkan satu perkara iaitu ambulans. Jadi klinik- klinik desa yang jauh di luar bandar, di pendalaman yang amat memerlukan ambulans juga. Kalau tidak yang menggunakan jalan, biarlah kita ada bot laju ataupun yang cukup besar untuk dibekalkan kepada klinik desa. Oleh sebab bagaimana kita hendak gesa pesakit ke hospital yang jauh daripada klinik, kalau kita tiada ambulans. Jadi ada permohonan yang lebih spesifik daripada Klinik Desa Nanga Meritlah. Ini satu kawasan yang begitu sukar sekali dalam kawasan Parlimen saya untuk rakyat dari tempat itu ke mana-mana tempat yang lain sebab ada juga jeram Pelagus yang begitu bahaya. Jadi di Klinik Desa Nanga Merit itu kalau boleh dibekalkan dengan satu kereta empat roda sebagai ambulans sebab dia dapat dihubungi dengan jalan, rangkaian jalan balak. Kenderaan lain tidak dapat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi biasa dengan luar bandar Sarawak. Jadi kerana kualiti tahap jalan itu bukan jalan biasa yang kita boleh gunakan dengan kereta yang biasa. Jadi kita memerlukan kereta empat roda, four wheel drive. Begitu juga dengan klinik Nanga Merirai dalam kawasan Hulu Rajang.
Baru-baru ini Yang Berhormat Hulu Rajang pergi ke sana dan saya menerima permohonan juga sebab kampung asal saya dari sana. Klinik desa itu memerlukan bot laju sebagai ambulans.
Jadi, ini ada beberapa yang begitu khusus sekali. Jadi, sebelum saya mengakhiri, ada satu lagi perkara iaitu ada permohonan untuk diadakan rumah mayat di klinik kesihatan di daerah Song. Ini perlu juga oleh kerana accessibility tempat ini agak sukar, jadi rumah mayat itu diperlukan juga. Setakat ini, apa status kita hendak mengadakan atau membina, bukan bina sebuah rumahlah tetapi tempatnya untuk transit sahajalah. Jadi Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 010100 - Pengurusan Ibu Pejabat/Negeri dan Butiran 010600 - Pembangunan Kompetensi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya hendak sentuh isu Puan Chow Chooi Mei, kes yang telah saya bawa tahun lalu. Dia seorang pesakit TIBI dan oleh kerana dos ubat-ubat TIBI yang diberi, dia menjadi buta dan juga dia ada spastic paraplegia, tidak boleh berjalan. Sampai sekarang kesnya masih belum diselesaikan. Saya tengok ini ada beberapa kelemahan dalam cara kementerian kendalikan kes seperti ini. Kes ini telah berlaku dalam tahun 2004. Walaupun dia dimasukkan balik ke hospital dengan diagnosis yang tepat yang mengatakan dia menjadi buta kerana kesan sampingan tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh hospital atau Kementerian Kesihatan untuk ditawarkan kepadanya ganti rugi yang sesuai. Oleh itu, dia terpaksa membawa kes ke mahkamah pada tahun 2007. Apabila kes itu datang pun, saya tidak tahu kenapa kes itu tidak dibincangkan dan di settle out of court. Akan tetapi dia pergi ke mahkamah dan di mahkamah, AG Chambers pakai satu technicality dan mengatakan houseman yang dinamakan telah masuk wad selepas ubat itu dimulakan. Oleh itu, tidak ada chain of command tetapi itu tidak masuk akal kerana di hospital kerajaan, rawatan adalah oleh satu pasukan. Apabila kita buat round di hospital mungkin specialist akan kata, ”Okey, itu TIBI, start treatment”. MO akan buka buku dan tengok apa dosnya dan bagi tahu pada houseman. Houseman yang tulis. Jadi, siapa yang sepatutnya kena dinamakan? Selepas itu, kesan sampingan itu tidak berlaku pada hari pertama. Ia berlaku selepas tiga atau empat bulan setelah makan ubat dan dia menjadi buta. So, semua- jika team itu ada dinamakan, saya rasa pakai technicality untuk mengelak daripada tanggungjawab ini adalah satu dirty trick. Ada seorang wanita, she is a widow, tinggal seorang dan telah menjadi buta. Selepas itu juga dalam mahkamah, dua orang pakar dari Hospital Kuala Lumpur dan kedua-dua orang pakar itu pun memberi maklumat yang salah, wrong information, yang mengatakan ubat ini bukan sebabnya. Ini actually contradict dengan apa yang terdapat di dalam buku teks dan artikel-artikel. Saya telah membawa kedua-dua kes ini ke Majlis Perubatan atau MMC untuk tindakan disiplin. Ini kerana saya tengok ini satu gross negligence. Jadi, saya rasa cara kes ini dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan ada beberapa kelemahan dan saya harap ini dapat diubahsuai atau dibaiki kerana ini satu kes yang ada masalah ini. I am not sure how many other cases are going on like this. Dalam rawatan perubatan memang kesilapan akan berlaku kerana itu bukan exact science. Memang berlaku kesilapan dan kita terima.
Saya bukan minta you penjarakan doktor itu. Saya tidak minta you gantungkan doktor. Hanya yang saya minta ialah orang yang terkena itu dapat ganjaran atau pampasan yang sesuai untuk dia. RM30,000 tidak cukup Yang Berhormat Menteri, kerana jika dikaji, umurnya sekarang ialah 45 tahun. Jika you hendak beri dia RM800 sebulan sehingga dia berumur 80 tahun, berapakah itu? Kita perlu lebih kurang RM200,000 untuk sampai masa itu. Dia tidak ada SOCSO, tidak ada keluarga, suami sudah meninggal, dia buta. This is all we are asking for. Untuk mengatakan AG Chambers tidak benarkan, ini seperti, dengan izin, the tail wagging the dog. Kementerian Kesihatan adalah klien. AG Chambers adalah peguam. Macam mana peguam boleh katakan jangan bayar lebih. Jadi, saya rasa this is not acceptable. Sudah satu tahun tetapi masih belum diselesaikan. I think it is very disappointing. Isu kedua yang saya hendak timbulkan ialah di bawah Butiran 010400 – Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan. Isu ini saya tengok tidak ada perancangan. Ini dalam isu kejururawatan di mana sekarang ada 41,000 pelajar nursing di institut-institut IPTS dalam kolej-kolej swasta. Saya baru dapat satu jawapan hari ini bahawa pada masa ini hanya ada 69,000 jururawat yang bekerja di Malaysia pada masa ini. 47,900 orang di sektor awam dan 21,000 orang di sektor swasta. Semuanya berjumlah 69,000 orang tetapi yang sedang dilatih pada masa ini ada 41,000 orang. Where are they going to go? Mereka hendak bekerja di mana? Saya juga ada bertanya satu soalan pada 14 November dan dijawab bahawa pada tahun 2010, hanya 45 peratus daripada graduate pada tahun itu. In 2010 hanya 45 peratus mendapat kerja sebagai jururawat. Jika ada masalah glut over supply, why are you allowing the quota. Kenapa you beri izin pada 61,000 IPTS untuk memasuki orang ini. Bagi mereka latihan selepas itu tidak mendapat kerja tetapi kena bayar semula PTPTN. Bolehkah saya syorkan kepada Yang Berhormat Menteri. You bayar PTPTN untuk mereka. Jika you nasihatkan mereka untuk belajar kejururawatan tetapi mereka tidak mendapat kerja kerana over supply, bolehkah kementerian bayar PTPTN untuk mereka?
Mohon pencelahan.
Go ahead.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah Yang Berhormat Sungai Siput setuju bahawa dalam hal ini perancangan bukan setakat untuk latihan jururawat tetapi untuk doktor memang menunjukkan kelemahan. Dari segi jururawat, bukan setakat jumlah yang agak menakjubkan tetapi dari segi standard juga tidak memuaskan. Kita tahu bahawa khususnya, saya menamakan di sini ada dua kolej atau universiti swasta yang melatih jururawat iaitu dari Masterskills dan MAHSA. Kebanyakan graduate daripada kedua-dua IPTS ini yang kejururawatan tidak mendapat kerja. They are unemployable di pasaran hospital-hospital. Sekian.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng. Masalahnya ialah PTPTN merupakan satu cara untuk kolej- kolej swasta yang lebih berfungsi sebagai satu business untuk mengaut untung yang besar. Memandangkan ini, saya mahu tanya kenapa lembaga kejururawatan, Kementerian Kesihatan, sama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, tidak memberi kuota yang sesuai. Ini adalah satu yang amat menyusahkan. Apabila keluarga-keluarga berpendapatan rendah di Sungai Siput, Melayu, Cina, India dan mereka dapat tawaran daripada kolej-kolej seperti Masterskills, MAHSA dan Segi. Mereka rasa gembira anak mereka akan pergi ke kolej menjadi jururawat. Akan tetapi selepas mereka keluar, amat susah hendak mendapat kerja. There’s over supply, fully trained and saya tidak tahu kenapa ini tidak dikendalikan, di control. So, right now we have 41,000 di mana 69,000 sahaja dalam servis. We’re going to double the nursing population. Where are they going to go? Okey, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Ini sama dengan doktor. Saya difahamkan bahawa ada campuran politik, orang-orang politik kerana memang pengiktirafan ialah Medical Doctors Association.
Kepada kolej-kolej yang tidak diiktiraf itu MMC tidak mahu iktiraf mereka kerana tidak cukup fasiliti tetapi ada tekanan daripada orang politik untuk melobinya supaya dia iktiraf kolej itu. Itulah satu masalah besar yang dikatakan bahawa ada campuran politik untuk memaksa mengiktiraf kolej-kolej seperti ini. Adakah Yang Berhormat juga mendengar seperti itu?
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya pun mendengar seperti itu. Saya akan syorkan kepada kementerian mungkin kolej- kolej seperti Masterskills sekarang mereka hendak buka kursus untuk kedoktoran. Akan tetapi prestasi mereka dalam melatih jururawat adalah begitu lemah, begitu komersial, mungkin kita perlu kaji semula. Jangan beri kepada mereka yang have done a bad job in training nurses, sekarang dia mahu wujudkan satu universiti untuk melatih doktor. Kenapa kita beri mereka peluang? Kerana mereka jelas sudah menunjukkan dia punya hasrat adalah hanya untuk mengaut keuntungan daripada PTPTN. Jadi, saya rasa we’ve got to a little bit more discerning, dengan izin. Kita pada masa ini ada lebih kolej universiti untuk perubatan daripada England yang ada population yang lebih besar. We have more medical colleges in Malaysia than England. What we have trying to do? Okey. Last sekali saya hendak bawa pada Butiran 100000 - Dasar Baru. Saya telah menghadiri taklimat yang diberi oleh ketu pengarah bersama dengan Yang Berhormat Gopeng dan saya ucap terima kasihlah. Ini satu cara yang baik untuk adakan dialog. Akan tetapi saya rasa bimbang dengan pendekatan yang diambil kerana pelannya atau rancangan baru ini iaitu rancangan 1Care for 1Malaysia terlalu bersifat neo liberal di mana dia berkisar pada pasaran dalaman dan dia bergantung pada insentif finance seolah- olahnya hanya financial incentive yang akan membawa suatu sistem yang efisien. Yang Berhormat Menteri, saya telah kerja di hospital-hospital kerajaan selama 20 tahun sebelum saya masuk politik. Saya tahu ada ramai doktor kerajaan yang kerja selepas jam pejabat yang buat extra time pada weekend dan datang balik mengajar kelas-kelas untuk doktor-doktor yang muda. Ini semua bukan kerana mereka dibayar. Kita tidak perlu bayar untuk tiap kerja yang dilakukan oleh kakitangan kerana saya sudah tengok mereka. Jadi, bila you buat satu-satu program ini dan hanya mendasarkannya pada financial incentive, you’re going to bring out the worst in people. Saya bimbanglah cara it is going kerana sekarang kita tidak boleh terima semua yang datang dari Harvard, semua yang datang dari World Bank kerana mereka semua berpegang pada satu konsep neo liberal yang mengatakan manusia, dia mesti pakai market. Hanya pakai market, semua efisien. Sekarang you tengok you pakai market untuk nursing training, you ada PTPTN, you have Masterskills and you have over supply of nurses. Okey. Jadi, saya hendak lets learn from our mistakes. Saya rasa ini untuk mengadakan satu cadangan yang sistem yang kita ada sekarang is a good system. Jangan hancurkannya. You know. Saya rasa kita mesti memperkasakan, memperkuatkan sistem public yang kita ada. Ada ramai orang di situ yang sincere, yang sedang buat kerja, kita perlu sokong mereka seperti syor untuk adakan satu service commission yang berasingan untuk beri mereka gaji yang lebih baik dan juga mungkin beri insentif-insentif seperti sebatikal. Tiap lima tahun, seorang pakar dalam kerajaan diberi sebatikal selama tiga bulan untuk pergi ke negara lain untuk belajar skop barukah, operation barukah, teknik barukah, buat seperti itu. Tidak perlu kita beri mereka gaji yang sama dengan gaji di sektor swasta. Tidak perlu kerana mereka ada pension, mereka dapat pinjaman perumahan, semua okey. Beri mereka seperti ini sabatikal. Lebih kurang seperti skim dalam universiti. Untuk perubatan adalah satu bidang yang selalu ada perkembangan dan doktor- doktor juga suka menjadi lebih fasih, lebih mahir dalam bidang mereka. Pakai insentif yang lain sedikit yang juga boleh meningkatkan prestasi doktor-doktor kita. Jadi, saya rasa itu adalah cara yang kita kena pergi. Jangan terlalu bergantung kepada finance dan economic incentive kerana dia akan bawa kepada satu sistem yang tidak begitu baik untuk negara kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang. Saya ringkas sahaja Tuan Pengerusi. Pertamanya saya pergi kepada Butiran 00300 - Kemudahan Hospital. Saya ingin mengucapkan setinggi-tingi tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah pun mendirikan satu bangunan unit dialisis di Hospital Jasin berserta dengan peralatan sebanyak enam buah mesin. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya yakin peralatan serta kemudahan yang telah dibuat ini akan memberikan banyak manfaat kepada pesakit- pesakit dalam kawasan saya. Hahnya saya mohon kepada kementerian, kalau boleh selain daripada peralatan kita mestilah melengkapkan dengan kakitangan. Kita memerlukan perjawatan bagi Penolong Pegawai Perubatan U29 dan juga Pembantu Perawatan Kesihatan untuk unit dialisis ini. Pada masa sekarang, kita akan mula beroperasi pada 1 Disember tetapi kita telah membuat persiapan dan kita sekarang terpaksa menggunakan staf-staf yang lain untuk membantu. Seterusnya, Hospital Jasin juga telah membuat permohonan dan juga untuk kertas kerja yang telah pun kita bentangkan kepada kerajaan untuk mohon kalau boleh diberikan satu bangunan Unit Genetiarik dan juga post mental bagi Rancangan Malaysia Ke-10. Kalau boleh dilaksanakan pada rolling plan yang kedua ini. Sekarang ini kita dapat pakar yang bertugas seminggu sekali yang datang dari Hospital Melaka. Jadi, kalaulah diwujudkan unit ini, ia akan sekarang ini pesakit dan juga warga emas kita letakkan bersama-sama dengan pesakit-pesakit yang lain dan juga disiplin yang lain yang tidak ada wad khas untuk mereka. Saya mohon kalau boleh pihak kementerian berikan pertimbangan sewajarnya. Seterusnya saya pergi kepada Butiran 010400, Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan. Satu ketika dahulu, negara kita kekurangan doktor. Kita terpaksa memberikan kebenaran untuk kemasukan doktor-doktor daripada negara-negara luar yang sekarang terus bertugas di negara kita. Sebahagian daripada mereka telah pun mendapat taraf penduduk tetap dan terus menetap di tanah air kita. Saya hendak tahu daripada kementerian, berapakah nisbah sebenar pada ketika ini. Satu ketika dahulu, nisbah kita 1:800. Jadi, dengan kewujudan banyak kolej-kolej perubatan dan juga penambahan pelajar- pelajar di universiti-universiti perubatan dan juga yang kita hantar ke luar negara, apa kedudukan kita sekarang kerana status negara maju nisbahnya 1:400. Apa kedudukan kita sekarang supaya kita benar-benar menghala sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Seterusnya, saya sangat menyokong banyak daripada pendapat daripada kawan- kawan yang lain tadi terutama apabila negara kita setalah kita menandatangani perjanjian WTO 2014 nanti, kita terpaksa memberikan kebenaran kemasukan doktor-doktor daripada luar tanpa melalui peperiksaan yang diperlukan seperti profesional-profesional yang lain.
Jadi saya hendak tanya, sama ada kita disyaratkan mengikuti peraturan tersebut ataupun kita masih lagi mengikut syarat kita iaitu memerlukan supaya doktor-doktor ini mesti melalui peperiksaan yang telah diwajibkan. Ini kerana kita tidak mahu kemasukan sembarangan daripada doktor-doktor yang tidak mendapat pengesahan daripada mana- mana universiti dan terus membuat praktis di dalam negara kita. Ini kerana bagi kita, keselamatan dan nyawa penduduk adalah lebih penting. Saya juga bersetuju dengan pendapat daripada ramai kawan tadi tentang kolej jururawat ini. Saya hendak maklumkan kepada kementerian bahawa pada ketika ini terdapat hospital-hospital swasta juga menjalankan kursus-kursus kejururawatan untuk kegunaan masing-masing. Dalam masa yang sama, hospital-hospital swasta ini mengenakan pembayaran dan fi yang melampau sehinggakan cukup membebankan kepada pesakit- pesakit terutamanya kepada mereka yang bukan kakitangan kerajaan yang tidak dapat perubatan ataupun yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Jadi kita mahu kalau boleh kerajaan mensyaratkan satu fi yang standard untuk semua hospital swasta ini supaya ia tidak membebankan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Ada kompelin, bantahan daripada pesakit-pesakit, bila mereka berjumpa dengan doktor swasta ini, lain sakit yang hendak diubati tetapi lain tawaran ubat yang diberikan. Maknanya penambahan ubat itu menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk menaikkan kadar bayaran kepada pesakit-pesakit. Apakah pandangan Yang Berhormat Jasin tentang perkara ini?
Ini soalan bocor. Akan tetapi saya memang bersetuju sangatlah dengan kawan saya daripada Hulu Terengganu ini. Pada satu ketika dahulu, saya juga bertugas ataupun diberikan satu tugasan di sebuah hospital swasta di mana saya sebagai Timbalan Pengerusi. Kita dapati dan kita mensyaratkan semua doktor mestilah membuat pelaporan. Kita mendapati pendapatan mereka begitu besar sekali sehinggakan jangan Ahli-ahli Yang Berhormat terperanjat. Ramai doktor yang menjalankan tugasan mereka di hospital-hospital swasta, pendapatan mereka melebihi RM100 ribu sebulan. Seterusnya saya pergi kepada Butiran 032500 – Perubatan Nuklear yang dengan peruntukan sebanyak RM16.89 juta. Perubatan nuklear ini adalah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi. Jadi sebagai orang awam, kita pun hendak tahu kedudukan sebenar apakah sebenarnya, di manakah ataupun setakat manakah perubatan nuklear ini selamat daripada tindakan radio aktif ini? Ini kerana nama itu pun kita sudah takut. Keduanya, bolehkah ia digunakan untuk merawat orang yang sakit kanser? Seterusnya adakah terdapat macam kesan-kesan sampingan kalau kita menggunakan perubatan melalui perubatan nuklear ini? Itu sahaja Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Sila Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya lihat tadi lebih kurang ada sepuluh orang lagi hendak bercakap. Jadi kalau sepuluh minit seorang, bermakna sejam. Jadi kita harus ingat bahawa Kementerian Kesihatan perlu kita selesaikan pada malam ini. Oleh sebab tadi terlampau panjang masa diambil di bawah Kementerian Pelajaran. Sila Ahli Yang Berhormat Pendang sepuluh minit.
Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri yang hadir pada malam ini. Pertama sekali saya hendak sentuh dalam bidang 060400 - Farmasi Regulatori. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Baru hari ahad baru-baru ini saya pergi ke ejen untuk membekalkan ubat. Saya bertanya berhubung dengan satu tranquilizer iaitu rawatan untuk pesakit sawan, valium diazepam. Mereka mengatakan mereka sudah tidak mendapat stok valium ini lagi kerana mereka mengatakan kuota sudah penuh, sudah habis. Saya tanya bagaimana jawapan begitu? Dia kata, valium dalam pasaran sekarang sudah cukup kuota. Jadi syarikat yang mengeluarkan ubat ini sudah tidak dapat mengeluarkan valium lagi. Valium ataupun Diazepam ini cukup penting. Ia telah digunakan hampir 40 tahun untuk merawat convulsion iaitu sawan. Jadi saya rasa kalau sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh syarikat farmasi ini, agak malanglah kerana kita tidak tahu kalau dia kata stok cukup, maknanya ubat itu pergi ke mana? Walaupun kita tahu ini merupakan dangerous drug dalam Dangerous Drugs Act (DDA), mereka ini mesti melabelkan setiap orang yang membeli setiap tablet valium tersebut. Akan tetapi ke manakah stok itu berada kerana kami di klinik memang sukarlah kalau tidak ada ubat ini baik tablet ataupun injection ataupun supositori ataupun dimasukkan ke dalam punggung. Ini kerana apabila pesakit datang, kita terpaksa merawat ataupun memberhentikan sawan tersebut. Kalau sekiranya rawatan ini tidak ada, amat malang bagi pesakit tersebut.
Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah dakwaan yang disebut oleh pembekal ataupun farmasi tadi benar ataupun tidak benar. Kalau sekiranya benar, ke manakah sebenarnya tablet-tablet diazepam ataupun valium ini pergi? Berhubung dengan farmasi regulatory juga, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah tindakan ataupun apakah kesan-kesan daripada peraturan-peraturan yang telah kita buat terhadap ubat-ubat yang dijual di kedai-kedai runcit, pasar-pasar malam ataupun pekan-pekan yang kita rasa memang ia tidak mematuhi kepada peraturan ubat ataupun rawatan yang sebenarnya yang diluluskan oleh pihak kementerian. Perkara ini masih berlaku dan berleluasa sehinggakan ada yang menghadapi masalah kesan-kesan sampingan daripada rawatan tersebut terutamanya rawatan-rawatan ataupun ubat-ubat yang self made lah dibuat mungkin di belakang-belakang rumah ataupun di tempat-tempat yang kita rasa tidak sesuai dilaksanakan tablet-tablet ini. Sekarang ini ada satu kapsul yang mudah dibeli. Jadi kalau macam kita katakan rawatan herba ini boleh grinding, boleh dihancurkan, di masuk dalam kapsul dan dijual. Dia kata ubat sakit pinggang. Padahal bukan untuk menghilangkan sakit pinggang, menambahkan sakit pinggang. Saya pernah terjumpa mereka-mereka yang ke kedai runcit membeli apa yang dipanggil OCP, ubat perancang. Bukan hendak merancang bagi kurang anak tetapi tambah anak lagi ada. Ini perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Begitu juga macam dalam akhbar semalam berhubung dengan pusat rawatan kecantikan, pusat kecantikan dan pusat rawatan. Ini satu perkara yang juga memeningkan kepala rakyat sebenarnya. Ini sebab mereka mengatakan ini adalah pusat kecantikan untuk menguruskan badan, mengempiskan perut dan berbagai-bagailah dakwaan-dakwaan yang dibuat. Akan tetapi peralatan yang digunakan, adakah peralatan ini termasuk di dalam akta yang kita luluskan baru-baru ini iaitu Gazet Perubatan. Jadi saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian, bagaimanakah kawalan yang akan kita lakukan kerana ia mungkin kita nampak lain, pusat untuk kecantikan. Ini pusat untuk rawatan, kita pantau betul-betul tetapi kecantikan kita tidak pantau. Namun begitu peralatan yang digunakan misalnya untuk mengempiskan perut. Ia ada saya pun tidak ingat namanya, satu plate yang kita duduk di atas itu. Ia kata memecahkan lemak, menghilangkan arteriosklerosis, boleh menyembuhkan penyakit jantung. Encik tidak perlu makan ubat, macam saya sudah bahaskan dalam peringkat dasar. Akan tetapi dengan adanya keluhan-keluhan seperti laporan akhbar dua hari yang lepas, saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Begitu juga dengan rawatan yang diberikan oleh pusat-pusat kecantikan ini. Contohnya botoks, vitamin ‘C’. Sepatunya mereka ini tidak dibenarkan. Tidak boleh menggunakan tetapi ini yang berleluasa berlaku. Chelating agent therapy misalnya, sepatutnya hanya pegawai-pegawai yang bertauliah sahaja yang menjalankan kerja-kerja ini. Akan tetapi ini masih berlaku dan saya harap pihak kementerian dapat melakukan pemantauan yang cukup walaupun mereka ini merupakan hanya pusat-pusat kecantikan, bukannya pusat rawatan.
Begitu juga dengan kelonggaran pihak kementerian untuk meletakkan klinik-klinik ataupun pusat perubatan ini boleh meletakkan iklan-iklan. Sebelum ini kita tidak boleh tetapi kelonggaran diberikan untuk boleh meletakkan iklan-iklan. Akan tetapi saya harap ini juga perlu dikekang ataupun diberi perhatian oleh pihak kementerian. Ini kerana ia mungkin akan mengelirukan orang ramai dan seterusnya akan memberi satu impak yang negatif kepada masyarakat. Kemudian Butiran 020000 - Kesihatan Awam, dalam Butiran 020300 - Kawalan Penyakit. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berhubung dengan masalah leptospirosis yang disebutkan oleh sahabat kita tadi ini. Pada tahun 2006 kita ada 527 kes, tahun 2007 ada 929 kes dan tidak silap saya pada tahun sudah dan tahun ini, memang kes ini naik secara mendadak dan banyak berlaku di tempat-tempat awam. Di tempat saya pun ada dua tiga tempat terjadi kes kencing tikus atau leptospirosis ini.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila mereka dapat diagnosis mengatakan punca daripada air daripada satu tempat, tetapi apabila tempat itu sudah clear daripada leptospirosis ini, ia tidak diisytiharkan ataupun kawasan itu masih lagi ada kuman leptospirosis pun mereka tidak meletakkan label mengatakan kawasan itu bahaya. Jadi saya harap perkara ini perlu juga diberi perhatian oleh pihak kementerian dan juga pusat kesihatan yang menjalankan ujian tersebut. Butiran 031300 - Dermatologi, berhubung dengan leptospirosis. Saya ingin bertanya apakah status penyakit ini sekarang? Apakah masih lagi kita meletakkan penyakit leptospirosis ini sebagai suatu penyakit yang menakutkan orang ramai? Walaupun dahulu pesakit-pesakit leptospirosis ini kita letakkan di Sungai Buloh, mereka menjadi satu masyarakat yang eksklusif di Sungai Buloh menjalankan perniagaan bunga dan juga mendapat rawatan di hospital tersebut, tetapi sekarang ini apakah status itu telah kita buka, kita dedahkan kepada masyarakat dan kita sudah menjadikan mereka ini supaya boleh masuk ke dalam masyarakat. Ini kerana saya baru mendapat satu kes leptospirosis dua hari lepas mungkin semasa saya masuk klinik yang terpaksa rujuk kepada klinik dermatologilah. Kemudian Butiran 031600 - Neurosurgeri. Saya ingin mendapat penjelasan juga daripada pihak kementerian. Sebenarnya berapakah pakar neurosurgeri yang kita ada pada hari ini? Selain di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang, di manakah lagi pelan- pelan kita untuk kita meletakkan pakar neurosurgeri ini? Ini kerana banyak kes-kes kemalangan yang melibatkan pengsan, pendarahan di dalam otak dan juga kes-kes yang memerlukan rawatan neurosurgeon. Tuan Pengerusi tengok kerap itu sudah habis masakah..., belum lagi, bukan? Kemudian Butiran 032100 – Patologi.
Seminit lagi Yang Berhormat, seminit lagi.
Seminit lagi. Saya juga ingin membuat teguran dan juga minta penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah sekarang ini makmal-makmal di hospital sudah kita mandomkan, maknanya kurang penggunaan service mereka? Ini kerana banyak kes-kes yang didapati apabila kita tanya result, dia kata hantar ke makmal swasta. Makmal swasta menjadi satu makmal yang dominan sekarang ini. Mungkin saya juga ingin mendapat penjelasan apakah darah-darah yang kita skrin juga kita hantar kepada makmal swasta untuk menjalankan penyiasatan? Sehingga ada kes-kes yang berlaku hepatitis ‘A’, hepatitis ‘B’ dan sebagainya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Setakat manakah ujian kajian kita yang dihantarkan kepada makmal patologi swasta ini? Kemudian Butiran 100000 – Dasar Baru iaitu perubatan complementary. Macam Perdana Menteri yang lepas telah mengatakan Hospital Kepala Batas dan Hospital Putrajaya akan mengadakan TCM atau Traditional and Complementary Medicine, saya ingin juga mendapat kepastian daripada pihak kementerian tentang setakat mana kelulusan akademik pengamal-pengamal perubatan tradisional dan complementary ini yang kita perlukan daripada mereka? Ini kerana kalau sekiranya patah misalnya, bomoh yang merawat apakah mereka ini layak untuk memberi kemudahan cuti sakit kepada mereka yang mendapat rawatan secara tradisional daripada bomoh yang pakar ini? Akhir sekali Tuan Pengerusi adalah... Tuan Pengerusi tadi kata tidak boleh sentuh tentang ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, jadi saya tidak mahu sentuhlah. Cuma apa yang saya harap, saya sentuh kepada ucapan dasar dahulu yang mana Timbalan Menteri tidak jawab mengenai Hospital Pendang yang sudah naik hutan banyak. Orang minta hendak sewa pun kementerian tidak beri. Jadi saya minta jawapan daripada pihak kementerianlah. Kalau dapat siap sebelum pilihan raya kecil, alhamdulillah, dan minta juga kepada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Yang Berhormat Paya Besar. Selepas Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Jerai dan selepas itu saya mahu Menteri menjawab. Kepada Yang Berhormat yang lain, saya mohon maaf fasal tidak ada masa lagi kita.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya berterima kasih kepada pemimpin masyarakat sebelum ini sebagaimana Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan pada tahun 2009, sebuah klinik desa akan dibina di Sungai Lembing. Akan tetapi setelah berbincang dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di Sungai Lembing, mereka mencadangkan supaya klinik kesihatan di Sungai Lembing itu dinaik taraf kepada sekurang- kurangnya mini hospital. Ini kerana jarak di antara Sungai Lembing dengan Kuantan adalah sejauh 45 kilometer. Seramai 39 orang daripada masyarakat di Sungai Lembing itu mengalami sakit buah pinggang dan terpaksa berulang alik. Kos rawatan dan termasuk tambang perjalanan dan makan lebih kurang dalam RM400 bagi satu rawatan dan seminggu tiga kali rawatan. Jadi sekiranya mini hospital dapat dibina ataupun klinik kesihatan yang ada di naik taraf ke mini hospital dan beberapa buah mesin dialisis dapat ditempatkan di mini hospital ini, ianya akan dapat meringankan beban masyarakat di Sungai Lembing. Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Mohon kerajaan mempertimbangkan untuk menambah tiga buah ambulans di Parlimen Paya Besar. Satu di Klinik Gambang, satu di Klinik Kesihatan Sungai Lembing dan satu di Klinik Bukit Goh. Ini kerana ambulans sedia ada ini saya rasa sudah tidak begitu sesuai untuk digunakan kerana ambulans lama. Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, saya berharap pegawai-pegawai kementerian dapat menguruskan Yang Berhormat Menteri rasmikan Klinik Komuniti Paya Besar yang baru sahaja siap dibina oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Jerai.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan Menteri dan Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada Butiran 020300 - Kawalan Penyakit, Butiran 020400 - Pendidikan Kesihatan dan Butiran 020500 - Pemakanan. Ketiga-tiga isu ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, bagaimana hari ini kita melihat sepatutnya kementerian perlu mempergiatkan lagi promosi untuk menjaga kesihatan kerana rata-rata kita melihat warga emas terdedah kepada penyakit strok yang agak tinggi dan akhirnya kos rawatan agak tinggi. Ini menyebabkan ramai di hospital itu warga emas yang terpaksa ditempatkan di hospital. Ini kita mohon kepada kawalan penyakit ini perlu diketengahkan, ditegaskan oleh pihak kementerian supaya dapat mengatasi penyakit khususnya warga emas. Kemudian saya merujuk kepada Kesihatan Pergigian berkenaan Butiran 050100. Kenapa sering kali untuk rawatan gigi ini pesakit terpaksa menunggu tarikh agak lama khususnya untuk sama ada mencabut gigi ataupun rawatan susulan yang memakan masa dua hingga tiga bulan. Jadi saya pohon kementerian mempercepatkan. Kenapa begitu lama sekalilah? Kemudian Butiran 060000 - Perkhidmatan Farmasi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, hospital di Sungai Petani iaitu Hospital Sultan Abdul Halim, kenapa terlalu lama untuk menunggu giliran dapatkan ubat? Saya rasa perlu diagih kepada penyakit kronik, warga emas dan sebagainya supaya tidak menjadi satu penantian yang agak lama, memakan masa satu hingga dua jam setelah rawatan. Tunggu rawatan sudah lama sudah, tunggu hendak ambil ubat lagi lama. Masuk pukul 10.00 pagi, balik pukul 3.00 petang. Jadi, rungutan ini agak ramai di kalangan pesakit-pesakit yang menunggu giliran untuk mendapatkan ubat. Jadi kita pohon kepada pihak farmasi ini supaya adakan satu lagi jalan pintas supaya tidak beri bebanan kepada pihak khususnya hospital besar di Sungai Petani. Kemudian saya merujuk kepada Butiran 110800 - Pengisian Jawatan Baru dan Sedia ada, Kenaikan Pangkat dan Bayaran Kemudahan.
Saya difahamkan oleh pihak Hospital Sik, Hospital Baling, Hospital Yan dan Hospital Kuala Nerang dan Hospital Jitra iaitu Penolong Pegawai Perubatan masih lagi gred U32. Sampai bilakah kerajaan bercadang untuk U 36.
Butiran 01100 iaitu, Peralatan dan Kenderaan untuk pengetahuan Menteri di Hospital Yan hari ini ada sebuah van jenazah untuk orang Islam sahaja. Ada pun untuk bukan Islam sudah rosak dan berlaku kematian terpaksa dipanggil mewakili NGO untuk angkat jenazah. Jadi saya minta kementerian supaya tambah satu lagi van. Kemudian ambulan yang ada empat buah semuanya dalam keadaan uzur, bersilih ganti masuk workshop. Jadi kita minta kementerian supaya ambil perhatian, supaya Hospital Yan dapat di segerakan ambulan baru dan juga van jenazah untuk umat Islam dan juga yang bukan Islam. Kemudian saya pohon dari sudut keceriaan, kuarters perumahan kakitangan Hospital Yan yang agak uzur warnanya sudah lusuh. Kakitangan minta keceriaan itu dapat di membaharui oleh pihak kementerian. Akhir sekali Butiran 00600 - Ubahsuai Naik Taraf iaitu di balai rehat dan juga di surau di Hospital Yan yang agak uzur dan sudah lama tidak dapat ubah suai baru. Jadi pohon kementerian ada peruntukan khas bagi balai penanti, balai menanti, balai menunggu pada pesakit-pesakit dan keluarga dan juga surau. Itulah daripada saya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Sila Menteri.
Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi boleh peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi.
Sila, sila.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Sila.
Peraturan Mesyuarat 66(4) Tuan Pengerusi.
Apa dia Yang Berhormat?
Sekarang Undang-undang Perbekalan ini di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian kesihatan. Kami ini semua setia sampai 10.30 malam kerana kami mahu membahaskan isu Kementerian Kesihatan yang diperuntukkan RM16 bilion. Saya pohon Tuan Pengerusi mempertimbangkan membenarkan kami sekurang-kurang membangkitkan isu kami dalam masa yang singkat. Saya, janji diberi beberapa minit saya akan tamatkan, straight to the point tanya persoalan. Haraplah Tuan Pengerusi. Kita sudi tunggu sampai 10.30 malam bersedia kerana kami mahu bangkitkan isu ini Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Tidak apa saya boleh bagi laluan.
Ini tidak ramai, empat orang sahaja Tuan Pengerusi.
Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat. Jangan apabila saya sudah ambil tindakan saya dipersalahkan. Setiap kali saya ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa apabila berhujah tolong jangan curi masa Ahli Yang Berhormat yang lain. Sering kali, sering kali, sering kali. Pada kali ini saya bertegas saya jemput Menteri kerana saya tahu ada juga Ahli- ahli Yang Berhormat mencelah nanti. Masa tidak ada. Yang saya jemput tadi adalah Ahli- ahli Yang Berhormat yang jarang saya nampak mencelah.
Yang Berhormat Batu Gajah, setiap kali saya duduk saya bagi peluang. Namun kali ini saya minta maaf kalau Yang Berhormat Batu Gajah tidak dapat mengambil bahagian. Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun dapat memberi hujah-hujah yang bernas dan juga memberi cadangan untuk kita memperbaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan kesihatan dalam negara kita. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kuala Krau memohon untuk mendapatkan Poliklinik Kuala Krau. Memang dalam perancangan kita adalahlah untuk dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan kita akan memastikan ini dimasukkan dalam rancangan dan dapat kita sama-sama untuk meningkatkan perkhidmatan di kawasan Kuala Krau. Berhubung dengan Hospital Jengka, dengan bilangan kakitangan untuk meningkatkan keselamatan makanan yang diimport, saya ingin menerangkan di sini bahawa KKM tidak menghadapi sebarang masalah sehingga kini dan KKM mempunyai sistem kawalan berkomputer iaitu sistem maklumat keselamatan makanan Malaysia, Food Safety Information System Malaysia (FoSIM) yang merupakan satu sistem elektronik berasaskan jaringan sesawang untuk menghubungkan pintu masuk makmal KKM dan juga dapat mengurangkan pemeriksaan secara manual. Oleh itu kita akan terus memastikan bahawa pemeriksaan di pintu-pintu masuk Kementerian Kesihatan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa . Seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi berhubung dengan buah-buahan ataupun barang makanan daripada Jepun sama ada masih lagi di periksa di bawah tahap empat. Suka cita dimaklumkan bahawa sehingga hari ini kita masih lagi meneruskan pemeriksaan yang rapi di mana lapan prefecture, bahan-bahan makanan daripada lapan prefecture daripada Jepun, kita akan membuat pemantauan. Yang lainnya bahan-bahan makanan daripada Jepun yang lain perlu mempunyai surat pengesahan daripada tempat- tempat hasilnya untuk di masuk ke dalam negara kita. Kita hanya akan melonggarkan pemeriksaan sekiranya dalam tempoh tiga bulan berturut-turut tidak dapat sebarang kesan radioaktif daripada makanan tersebut. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat daripada Kepong ya. Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya amat memahami bahawa kos rawatan sekarang telah pun meningkat dalam negara kita dan aduan-aduan pesakit yang tidak mampu untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan sebenarnya boleh mendapatkan pengecualian pembayaran daripada pengarah-pengarah hospital. Di peringkat daerah ataupun di negeri semua pengarah hospital mempunyai kuasa untuk mengecualikan bayaran kepada semua pesakit yang tidak mampu. Paling banyak pun yang perlu dibayar di wad kelas tiga berapa hari beliau tinggal ataupun apa rawatan sekalipun paling maksimum RM500, that the maximum we charged. Kalau RM500 tidak boleh bayar pun beliau boleh memohon untuk dikecualikan bayaran. Ini saya hendak jelaskan di sini. Tambahan pula, bagi implan yang ada disebut oleh Yang Berhormat lain tadi menyatakan implan intraocular lens yang tidak mampu di bayar oleh pesakit, mereka boleh memohon kepada Tabung Bantuan Perubatan yang memang kita telah lulus. Tiap-tiap tahun kita lulus lebih kurang RM20 juta kepada semua pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan untuk rawatan-rawatan ini. Saya harap Ahli-ahli parlimen boleh membantu dan saya kalau tidak berapa fasih dengan Tabung Bantuan Perubatan saya boleh bagi taklimat lagi dan bagi borang untuk Ahli-ahli Parlimen untuk membantu pesakit-pesakit yang miskin untuk mendapatkan bantuan melalui untuk tabung ini. Yang Berhormat Gopeng ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya berkenaan dengan bayaran untuk possessive dan misalnya intraocular lens.
Saya ingin cadangkan lebih baik kalau kementerian boleh peruntukan satu dana khas untuk memberikan subsidi kepada pesakit yang memerlukan implan tersebut daripada memerlukan satu proses untuk permohonan pengecualian sebab saya rasa sering kali apabila pesakit memohon untuk pengecualian itu satu proses yang agak merumitkan dan barangkali tidak begitu berjaya most of the time. Sekian.
Saya hendak jelaskan di sini bahawa tabung bantuan perubatan permohonannya telah dipermudahkan. Kita akan memastikan bahawa kelulusan diberi dalam tempoh seminggu. Paling panjang dua minggu.
Oleh itu kita harap, kita dapat memastikan bantuan disalurkan kepada pesakit- pesakit dengan segera. Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Kepong tentang bilangan doktor yang memohon spesialis untuk melanjutkan pelajaran ataupun bilangannya hanya 400 tempat. Sukacita saya hendak maklumkan bahawa kita telah pun meningkatkan bilangannya. Pada tahun 2008 memang 400 tempat, 2009 kita telah meningkatkan kepada lebih kurang 600 dan 2011 sekarang 800 tempat diberi kepada doktor-doktor memohon untuk mendapat lanjutan pelajaran menjadi spesialis. Memang kita mempunyai kriteria yang jelas iaitu mengikut meritokrasi dan memastikan bahawa kita tidak ada pilih kasih dari segi pemilihan spesialis untuk meneruskan lanjutan pelajaran ini. Saya hendak nyatakan di sini bahawa memang saya mengambil berat kisah ini dan bukan saya tidak mahu mengambil tahu kerana memang saya mengambil perhatian serius kerana kita sekarang juga amat kekurangan bilangan spesialis dalam negara kita. Ini juga adalah satu cara yang paling berkesan untuk kita terus meningkatkan bilangan spesialis. Kita harap melalui usaha pemberian scholarship dan juga latihan ini kita dapat meningkatkan bilangan doktor-doktor pakar dalam negara yang memberi perkhidmatan yang lebih baik kerana saya juga berharap melalui peningkatan bilangan doktor pakar dalam negara, kita boleh hantar doktor-doktor pakar ini berkhidmat di hospital peringkat daerah. Ini akan mengurangkan beban di hospital peringkat negeri yang kini memang dalam keadaan yang sesak, banyak hospital peringkat negeri tidak kira di Kuantan atau di Johor Bahru atau di Pulau Pinang memang ia sesak tetapi di hospital daerah the bed occupancy rate is quite low 30 peratus, 40 peratus. Memang kita perlu tambahkan bilangan spesialis di peringkat hospital daerah.
Boleh minta penjelasan. Saya tumpang kerana tadi tidak ada peluang. Di Hospital Seberang Jaya, saya rasa kita memerlukan lebih ramai pakar. Memang Yang Berhormat Menteri pernah kata bahawa satu blok yang baru akan dibina tetapi sampai hari ini belum start lagi. Saya diberitahu bahawa ini memang sangat urgent kerana bed occupancy sudah melebihi 100 peratus. Jadi, ia akan menjadi bahaya. Jadi, saya minta bilakah ia akan mula kerjanya?
Hospital Seberang Jaya memang diberi keutamaan yang tinggi dan kita telah pun mendapat kelulusan dalam second rolling plan iaitu 2012. Kita harap dapat menjalankan pembinaan untuk kita meningkatkan lagi satu blok. Memang ini satu situasi yang cukup tegang kerana kekurangan katil di Hospital Seberang Jaya. Kita tahu masalah ini amat ketara. Berhubung dengan...
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Mengenai kedudukan jumlah pakar- pakar di hospital selain daripada hospital di bandar. Saya rasa Kementerian Kesihatan dalam konvensyennya sekarang ini tidak mahu menyebut hospital-hospital daerah tetapi menteri menyebut juga hospital daerah kurang, hospital di bandar ramai. Tujuannya ialah supaya tidak ada imej daerah, sebab itu nama hospital daerah ditiadakan dan bukan hanya nama ditukar.
Kita dimaklumkan, pakar pun dihantar. Hampir semua hospital sudah ada pakar. Kemungkinan pakar super specialty itu mungkin tidak ada tetapi pakar-pakar yang surgery am, perubatan ada saya rasa tetapi apa problemnya, maka pesakit-pesakit masih bertumpu ke bandar dan tidak di hospital-hospital di sini. Apakah kerana jumlah pakar itu sendiri atau perkhidmatannya tidak menyeluruh sehingga tidak menarik kepada pengguna-pengguna. Satu lagi, kalau kita tambah lagi latihan pakar, betul tetapi kita tidak dapat menjaga pakar- pakar ini sehingga mereka akhirnya berpindah ke sektor swasta dan problemnya akan berterusan, Menteri. Terima kasih.
Ya, saya yakin pakar-pakar yang kita latih akan bersama dengan kita kerana kita juga ada kontrak dengan pakar-pakar ini. Apabila diberi latihan, mereka bersama dengan kita. Kita juga yakin apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Sebenarnya kita bagi sabbatical leave. Kita galakkan doktor- doktor pakar ini membuat research dan ramai doktor di hospital kita juga suka dalam bidang research dan mereka memang bersama dengan kita. Memang melalui hospital kerajaan kita ada banyak peluang untuk mereka, pendedahan dan sebagainya. Sebenarnya, kita juga cuba sekarang menarik balik doktor-doktor pakar di swasta untuk mereka juga dapat berkhidmat dengan hospital kerajaan. Saya hendak jelaskan tadi, saya habiskan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai bahawa doktor-doktor pakar ini, kita juga ada yang di daerah. Kenapa semua hendak pergi ke negeri kerana kebanyakan kelengkapan kita, memang saya setuju bahawa kita perlu tingkatkan kelengkapan di peringkat daerah. Walaupun kalau kita ada doktor pakar, kalau kita tidak ada CT scan, kita tidak ada MRI, memang tidak akan memberi perkhidmatan yang sempurna. Oleh itu, memang dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk kita seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi juga bahawa kita perlu jadikan CT scan lebih banyak lagi di dalam hospital-hospital kita dan kita ada kekangannya. Bukan dari segi specialist, juga dari segi radiologist. Kita juga kekurangan radiologist. Oleh itu, banyak bidang yang perlu kita fikirkan. Bukan kita tidak beli CT scan, kita beli pun tetapi kalau tidak ada radiologist untuk membantu kita, susah juga untuk kita mendapatkan perkhidmatan yang sempurna. Ya, Yang Berhormat Kepong.
Tuan Pengerusi, penjelasan. Saya memang tertarik kepada angka yang diberi tadi oleh Yang Berhormat mengenai tempat untuk latihan. Saya hendak sahkan di sini, adakah tahun 2009 ada 600 tempat, 2010 ada 800 tempat. Saya ingin mengambil tahu hal ini dan akan menyusul pada apa yang sebenarnya berlaku kerana saya tidak mahu melihat sistem latihan ini tidak mengikut meritokrasi dan juga kualiti pakar-pakar yang dilatih itu tidak memenuhi apa yang dikehendaki. Saya akan menyusuri.
Saya harap, sekiranya ada apa-apa masalah boleh ditimbulkan dan kita akan terus berbincang untuk memastikan bahawa perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Untuk maklumat Yang Berhormat Ledang yang menimbulkan dari segi pneumococcal bacteria. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, bahawa insiden pneumococcal infection dalam negara kita ialah 12/100,00 kanak-kanak. Oleh kerana kos vaksin buat masa sekarang masih lagi mahal, cukup mahal iaitu lebih kurang RM200 untuk tiga dos bagi setiap kanak-kanak. WHO sekarang memberi kita garis panduan, hanya mencadangkan bahawa program pelalian menyeluruh, population based dibuat jika kadar kematian umur bawah lima tahun akibat pneumococcal infection ini melebihi 50/100,000 kelahiran. Oleh itu, buat masa ini kita memantau keadaan ini dengan rapi dan juga memang dalam perancangan kita hendak masukkan pneumococcal vaccine ini tetapi memandangkan kosnya begitu tinggi dan kita masih lagi dalam perbincangan untuk kita memperkenalkan vaksin ini pada masa yang terdekat ini. Berhubung dengan cadangan daripada Yang Berhormat Gopeng, beberapa pandangan Yang Berhormat Gopeng tentang program 1Care, saya ucap terima kasih kerana Ahli-ahli Yang Berhormat amat berminat dengan program ini termasuk Yang Berhormat Sungai Siput yang telah pun membincangkan 1Care. Saya hendak jelaskan di sini bahawa Program 1Care ini adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh kepada rakyat negara kita. Sekarang sistem perkhidmatan kesihatan kita, iaitu perkhidmatan kesihatan awam, kerajaan dan juga swasta.
Buat masa ini, kita dapati out of pocket payment daripada orang awam kepada swasta telah pun meningkat melebihi paras yang membimbangkan kerana ramai yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk perkhidmatan kesihatan di sektor swasta. Kita rasa sudah tiba masanya kita perlu integrate kedua-dua sektor swasta dan sektor kerajaan agar memberi perkhidmatan yang lebih serata, yang lebih luas, lebih baik kepada rakyat sekalian. Kita tahu berapa banyak pun pembaikan yang kita buat di hospital kerajaan, saya telah mulakan banyak usaha untuk memberi perkhidmatan yang baik di hospital, contohnya saya ambil Hospital Putrajaya ataupun Hospital Serdang, apabila perkhidmatannya semakin baik, orang semakin ramai. Kita tingkatkan lagi perkhidmatan kita, orang ramai lagi datang, so, there is no limit dari segi perkhidmatan kesihatan yang kita berikan dan kita rasa we are very stretch, resources kita kurang dan sudah tiba masanya kita perlukan satu sistem untuk integrate swasta dengan kerajaan. Dengan cara ini kita memerlukan National Health Financing Scheme, iaitu satu sistem insurans sosial. Ia adalah berbeza dengan insurans private, is not a private insurance scheme, but it is a social insurance scheme. Maknanya ia mempunyai definisi yang berlainan, di mana sosial insurans skim ini adalah orang yang berada membantu orang yang tidak berada, orang yang sihat membantu orang yang tidak sihat, muda bantu orang yang tua. This is cross subsidy; this is a scheme yang dapat memberi satu daya saing yang lebih tinggi pada masa hadapan. Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa dalam hal di mana sumber tekanan ke atas sumber itu meningkat adalah kerana peruntukan untuk kementerian itu agak kekurangan. Saya rasa sekiranya apabila mutu perkhidmatan itu meningkat dan pesakit yang menggunakan perkhidmatan itu bertambah, I congratulate you, tahniah saya ucapkan sebab ini satu tanda di mana satu pencapaian yang baik untuk kementerian. Saya rasa, sekiranya semua hospital-hospital di bawah kementerian dapat membuat sedemikian, pasti ia akan merupakan satu cost containment di mana akan menghalang hospital-hospital swasta daripada mengenakan charge yang lebih tinggi daripada sepatutnya ada. Saya rasa yang ada sekarang private care dengan hospital awam, tidak akan hilang walaupun di bawah 1Care. Sekiranya itu hilang, ini bermakna hospital kerajaan akan berfungsi sebagai hospital swasta. Ini dari segi keseluruhan kos rawatan tidak akan berkurangan tetapi akan meningkat lipat ganda. Jadi saya rasa ada beberapa aspek yang harus kita kaji sebelum kita melaksanakan 1Care dan saya harap dialog sedemikian harus kita teruskan dengan melibatkan stakeholders daripada beberapa pihak sebelum kita laksanakannya. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Siput tadi berhubung dengan 1Care, we should not be incentive or money oriented, this is not economic oriented. Kita juga perlu membina satu sistem yang dapat menonjolkan komitmen doktor-doktor kita dari segi perkhidmatan sosial yang perlu diberi dengan sebaik mungkin. Jadi, memang saya mempunyai hati yang terbuka, we have open mind untuk mendengar dan juga menerima apa-apa cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen dan juga dari pakar-pakar. Buat masa ini kita masih lagi dalam perbincangan. Sebenarnya kita juga berharap lebih banyak lagi interaksi dan juga perdebatan secara terbuka dalam bidang ini yang boleh kita adakan kerana ini akan memberi kita satu sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih baik pada masa hadapan. Ini kerana apa yang kita rancang hari ini, amat penting untuk perkhidmatan kesihatan, the health reform yang akan kita lakukan amat penting untuk masa depan perkhidmatan kita.
Boleh Yang Berhormat sikit? Sikit sahaja. Tuan Pengerusi, saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan cost escalation, dengan izin, perkhidmatan perubatan di negara kita terutama dalam apa yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri iaitu cross subsidi orang tua orang muda, cross subsidize the elder generation, dengan izin.
Saya cuma ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pengalaman di Amerika dengan wujudnya medicate dan medicare, tetapi insurans polisi-lebih kurang 60 tahun yang dahulu, program ini seperti ini dibuat di Amerika dengan satu tujuan cross subsidizing. Akan tetapi apabila kita sudah sampai ke satu tahap di mana umur kita sudah lanjut tetapi kita boleh hidup lebih lamalah, 70 tahun dan sebagainya. Akhirnya golongan yang muda ini berkurangan dan yang tua ini semakin ramai. Pada waktu itu, sistem ini akan collapse seperti mana yang berlaku di Amerika sekarang yang telah menggugat ekonomi mereka kerana medicate dan medicare mereka ini telah memberi satu kesan yang begitu negatif. Saya tidak mengatakan kita akan sampai ke tahap itu, tetapi saya mahu bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian ada membuat kajian, what is the threshold, orang tua makin lama hidup dan orang muda kurang kelahiran, maka orang muda makin berkurangan dan akhirnya nanti sistem ini akan collapse, I’m not saying that you are doing it, but are you aware the dangers?
Yes, I’m aware. Memang saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Belud tadi. Memang betul, kalau kita lihat Jepun, orang tuanya semakin meningkat, warga emasnya semakin meningkat. Memang dari... system social insurance ini sampai ke tahapnya, tidak akan efisien lagi, ia hanya efisien to certain extend. Memang kajian telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan kita we have the benefit of looking at all system, semua negara sebelum kita implement satu sistem yang boleh diterima oleh negara kita. Kita memang amat berhati-hati sebelum kita melaksanakan program ini, kita tahu ada kepincangannya. Ia bukan satu sistem perkhidmatan sosial insurans, bukan sahaja sistem yang proven watertight untuk menjaga perkhidmatan kesihatan yang baik di sesebuah negara. Oleh itu kita akan terus mengkaji dari pelbagai pihak untuk memastikan kejayaan ini. Buat masa ini, satu pasukan dari Malaysia berada di Taiwan, kita melihat sistem Taiwan di mana beliau juga introduce sistem ini tetapi collapse kemudian dia buat balik sistem yang baru. Kita juga melihat apa yang membuatkan ia collapse pada satu ketika dahulu. Ini semua sedang dalam kajian dan saya akan laporkan kepada Ahli-ahli Parlimen dari semasa ke semasa sebelum apa-apa keputusan dibuat.
Ini adalah satu orang kata reform yang paling besar kita hendak buat dalam perkhidmatan kesihatan ini. Berhubung dengan labeling Yang Berhormat, yang CT scan itu saya sudah beritahu tadi. Yang labeling saya setuju dan ini kali kedua, kali ketiga saya jawab Yang Berhormat. If you find that ada mana-mana klinik tidak buat lagi labeling dalam, please get us informed. Memang kita buat tinjauan, kita buat pemantauan dan memang kita sudah beri arahan tiap-tiap klinik apabila beli ubat pastikan ada labeling sampul ubat yang jelas dan pastikan pesakit mendapat penerangan yang jelas. Berhubung dengan denggi kita telah genetic mosquito memang kita buat kerana untuk kita memastikan kita dapat mengawal penyakit denggi dengan berkesan. Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat maklum, kita telah pun membuat satu kajian di kawasan Bentong. Itu kita lepaskan genetic modified mosquito di kawasan orang yang tidak berpenghuni. Kawasan yang tidak berpenghuni untuk mengkaji berapa jauh genetic modified mosquitoes itu terbang. Berapa lama hidup di persekitaran dan adakah ia sama dengan yang liar, adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan, dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat the phase one yang kita buat ini adalah amat berjaya dan telah pun keputusannya di mana tidak ada perbezaan. Di mana genetic modified mosquitoes itu dengan mosquito biasa tidak ada perbezaan dan nyawanya sama. It’s about the same tidak ada perbezaan. Oleh itu phase one kita sudah mula dan kita boleh mula masuk phase 2 di mana kita boleh melihat ke kawasan yang berpenghuni dan sebelum kita lepaskan ke kawasan yang berpenghuni kita perlu mengadakan consultation juga dengan penduduk-penduduk untuk kita menjalankan kajian ini. Kita juga sekiranya ia berjaya dalam fasa kedua ini maka kita akan masuk ke fasa ketiga di mana kita akan buat lepasan yang lebih banyak kerana lepasan yang sedikit tidak akan menentukan keberkesanannya untuk melihat bahawa tahap denggi itu dapat diturunkan.
Kalau kita hendak lihat di sesuatu kawasan itu, denggi itu dapat diturunkan kita kena pastikan bahawa pelepasan ini cukup untuk memastikan bilangan nyamuk yang dapat diturunkan dengan kadar bilangan nyamuk aedes itu dapat diturunkan ke tahap tidak dapat membiak dengan banyak. Buat masa ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kita tengah buat we are doing the phase 1, phase 2 in a very slow manner kerana kita hendak pastikan bahawa data-data kita cukup terang dan kita cukup transparent dari segi perkhidmatan daripada kajian kita.
[Bangun]
Kita sedang buat kajian ini tetapi negara lain sudah potong kita sudah. Now Brazil telah pun buat lepasan. Dia ambil data kita now dia buat terus masuk fasa tiga. Dia buat lepasan nyamuk besar-besaran di Brazil. Kita sekarang pula kena kaji balik, kita kena belajar dengan Brazil how they do the phase 3 in Brazil. Kita juga tengah lihat kesan-kesan di negara-negara lain. Ini kerana saya difahamkan Ahli-ahli Yang Berhormat cukup bimbang dan telah beritahu saya bermacam-macam teori sebelum ini dan saya telah pun berbincang dengan semua pakar-pakar saya di bawah Kementerian Kesihatan, di bawah IMR bahawa ini perlu dijalankan dengan cukup berhati-hati dan memang kita telah mengambil langkah-langkah yang cukup berhati-hati sebelum kita buat lepasan ini genetic modified mosquitoes ini ke dalam kawasan kita. Sila Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Memang apabila kita mendengar mengenai GM mosquito ini saya ingat tahun lepas saya ada berbahas berhubung dengan ini GM ini. Kerisauan adalah tentang perebakan dalam nyamuk ini dalam komuniti di dalam masyarakat tetapi apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan phase 1 dilepaskan kepada kawasan yang tidak berpenghuni, phase 2 akan dimasukkan ke dalam kawasan yang berpenghuni, sebenarnya kita perlu menghebahkan kepada masyarakat tentang kesannya daripada nyamuk inilah. Sekiranya pertama phase 1 kita masuk tidak ada penghuni memang dia punya kadar kehidupan, kadar kematian dia sama dengan yang biasa tetapi kalau kawasan yang berpenghuni kalau rumah saya pun saya akan gunakan spray untuk membunuh dia. Maknanya kemungkinan kajian-kajian kita ini tidak mendapat data yang tepatlah kalau sekiranya informasi yang betul tidak sampai kepada masyarakat. Jadi saya harap perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerianlah. Tidak ada GM ini yang akan dibunuh kerana dia serupa dengan nyamuk yang biasalah mungkin lelaki dengan perempuan atau jantan dengan betina dia itu yang kita rasa yang jantina tertentu kita lepaskan ke dalam lapangan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu yang sama, actually saya tidak faham bagaimana ini akan dipakai kerana kaedah yang kita pakai semasa outbreak denggi kita pergi fogging. Kita pergi bunuh semua bukan? Ini GM mosquito ini adalah mosquito jantan ada gene yang salah jadi dia punya larva mati. Jadi kita tidak boleh pakai kaedah masukkan mosquito GM dalam outbreak. Kita masakan pada masa outbreak kita tidak boleh fogging. Kita perlu pakai fogging pada masa outbreak untuk hapuskan semua nyamuk. Tidak boleh lepaskan nyamuk GM, ini nyamuk GM apabila dia membiak dia punya larva mati okey. Akan tetapi pada masa outbreak bolehkah kita lepaskan lagi nyamuk dan jangan buat fogging. Tidak boleh. So, how we are going to use it? Jadi ertinya bila ada outbreak tidak boleh pakai nyamuk GM itu hanya boleh pakai fogging. Jadi kita hanya boleh pakai nyamuk itu untuk kawal nyamuk aedes itu semasa tiada outbreak. So, how much going to cost? Berapa bandar, kita akan pakai itu, berapa kerap? To keep the aedes population low kita pakai. So ini kita kena ada natural selection. Kita kena ada lebih nyamuk GM daripada nyamuk liar. We are going to spend a lot of money doing that. Itu syarikat di Oxford akan buat banyak duit dalam ini. So I don’t know how to use it, we can’t use it hanya untuk outbreak or you kena buat fogging. You can’t play around with this GM. So how we are going to use it? Pluss..., its a waste of money on this. Improve your drains, improve your septic tanks. Ini yang kita kena buat.
Memang this is not the only way that we reduced denggi. Kita tidak akan hanya menggunakan satu kaedah.
Mohon mencelah soalan yang sama.
Ya, soalan lagi. Silakan Yang Berhormat.
Okey kita memang tahu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu GM mosquito ini kita gunakan untuk kurangkan populasi aedes mosquito supaya aedes ini tidak akan menjangkit denggi. Pasti kita perlu melepaskan berulang kali bukan sekali gus, berulang kali untuk memastikan bahawa populasi aedes mosquito ini dalam tahap yang rendah supaya kita boleh kawal jangkitan denggi. Setuju dengan pendapat Yang Berhormat Sungai Siput bahawa ini akan memakan perbelanjaan yang besar dan berulang bukan sekali gus yang akan selesaikan masalah, mungkin dalam dua tahun, tiga tahun kita perlukan jutaan bilangan nyamuk tersebut. Perkara yang membimbangkan saya juga kerana kita tahu apabila kita memilih nyamuk yang jantan itu 4 peratus daripada kaedah kita membuat pilihan, adalah mengikut statistik larva nyamuk tersebut dan ini bukan 100 peratus full proof dan kemungkinan antara yang terpilih itu 4 peratus di antara GM mosquito daripada betina dan akan dilepaskan di dalam suasana alam sekitar dan yang betina ini akan terus membiak dan akhirnya genetik yang artificially introduce akan kekal dalam ekosistem nyamuk tersebut.
Ini kemungkinan akan membawa satu masalah jangka masa panjang yang kita tidak dapat jangka. Misalannya, apabila kalau aedes mosquito ini apabila ada genetik yang baru yang membawa bukan setakat denggi tetapi virus yang lain, HIV kah ataupun virus yang lain, ataupun mereka mempunyai upaya yang berlainan supaya mengubah the virulent of the dengue virus, dengan izin. Jadi ini perkara-perkara yang harus kita pertimbangkan. Biar Brazil mendahului kita. Mungkin kita boleh belajar daripada mereka sekiranya mereka menghadapi masalah. Biar mereka go first. I think biar kita gunakan duit untuk seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, bukan setakat drainage tetapi enforcement juga penting. Saya bangkitkan kerana saya pernah laporkan kes-kes denggi apabila pegawai kesihatan lambat untuk mengambil langkah yang sesuai. Ini yang menjadi masalah. Sekian.
Saya hendak jelaskan di sini bahawa apa juga kaedah yang kita hendak gunakan ini, ia adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat negara kita dan adalah untuk memastikan penyakit berjangkit ini dapat dikawal. Wabak denggi ini telah pun merupakan satu wabak yang amat serius di negara kita dan juga di Asia Tenggara. Kita yakin kajian-kajian yang dilakukan ini akan dapat memastikan kita dapat menangani wabak ini. Walau bagaimanapun, kita sentiasa berhati-hati bahawa semua langkah yang kita ambil ini tidak akan menjejaskan kesihatan kita pada masa hadapan. I'll take note some of your view tetapi saya juga hendak tegaskan di sini bahawa semua langkah-langkah yang kita ambil ini demi untuk kebaikan rakyat kita. Berhubung dengan Ahli Yang Berhormat Sri Aman yang telah pun menanyakan beberapa perkara terutama sekali hospital baru di Sri Aman, saya nak jelaskan di sini bawah pihak JKR akan mentenderkan fasa 1 kerja tanah pada bulan Disember 2011 ini. Kita akan buat tender dan dalam masa yang sama, reka bentuk berdasarkan skop yang dipersetujui akan mula dibincangkan agar projek pembinaan dapat dimulakan pada tahun 2012. Saya juga akan mengambil perhatian tentang apa yang dinyatakan tadi bahawa kemudahan-kemudahan Hospital Sri Aman dapat terus dipertingkatkan dan mengenai Klinik Banting Lingga, saya akan ambil perhatian untuk dibina. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Kuala Krai, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai yang prihatin tentang peruntukan Lembaga Promosi Kesihatan Negara yang kita memang tahu Lembaga Promosi ini memainkan peranan yang penting untuk membantu meningkatkan kempen kesihatan dalam negara kita. Kita memang memohon lebih iaitu RM15 juta, tetapi dapat RM10 juta sahajalah. Akan tetapi, kita akan menggunakan kewangan ini dengan berhati-hati dan memastikan keberkesanannya dapat dirasai di peringkat akar umbi. Kita tahu bahawa preventive care ini amat penting. Masalah negara kita sekarang yang kita hadapi ialah trend, Kementerian Kesihatan memahami trend penyakit-penyakit dalam negara kita.
Trend dalam negara kita sekarang adalah obesiti and non communicable disease yang begitu mendesak yang perlu ingatkan orang ramai bahawa kita boleh hentikan penyakit tidak berjangkit ini. Akan tetapi kalau tidak ada penyertaan orang ramai, memang penyakit ini walaupun tidak berjangkit, akan berleluasa dan akan melular di peringkat akar umbi.
Minta penjelasan sedikit.
Ya Yang Berhormat Bukit Mertajam. After this, Yang Berhormat Batu Gajah.
Walaupun kita kata pencegahan, saya pun setuju juga. Itu adalah pendekatan yang lebih baik. Akan tetapi sekarang sudah ramai rakyat yang menghadapi banyak penyakit seperti diabetes dan high blood pressure. Saya difahamkan bahawa peruntukan untuk membeli ubat-ubat ini telah dipotong, hanya setengah sahaja. Bajet hanya setengah dan ubat tidak cukup, tetapi pesakit semakin bertambah ramai. Ini kerana seperti pesakit diabetes dan pesakit high blood pressure ini, mereka sepanjang umur perlu makan ubat, tidak akan kurang, kecuali mereka sudah meninggal dunia. Jadi saya hendak tanya, dalam menjimatkan perbelanjaan ini, bolehkah kita jangan potong bajet untuk memberi ubat kerana ini adalah sangat penting? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bangkitkan berkenaan dengan Lembaga Promosi Kesihatan. Tadi Yang Berhormat kata ada pohon RM15 juta tetapi diberi RM10 juta. Ini saya mahu bangkitkan semasa ucapan tetapi tidak apa peluang. Laporan audit menyatakan bahawa tahun lalu diperuntukkan RM9.47 juta tetapi kementerian Yang Berhormat atau lembaga ini hanya meluluskan RM4.78 juta untuk NGO, lebih kurang 50 peratus sahaja. Saya hendak tahu apakah sebab begitu kurangnya kelulusan kepada NGO padahal saya mengetahui ada Persatuan Glaukoma ada memohon untuk menjalankan aktiviti pemeriksaan mata di bawah persatuannya, tetapi daripada 13 aktiviti hanya 1 aktiviti sahaja diluluskan dan diberikan RM5,000 sahaja. Jadi apakah sebabnya? Adakah kerana tidak ada permohonan atau permohonan ditolak sebab syarat-syaratnya begitu ketat? Satu lagi. Lembaga Promosi Kesihatan ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Promosi Kesihatan 2006. Di dalam akta itu tidak menyatakan bahawa pertubuhan seperti parti politik tidak dibenarkan untuk memohon. Akan tetapi syarat-syarat terma memohon ini telah menyekat parti politik. Bagi kita, isu kesihatan sangat penting. Saya pernah mengadakan aktiviti dengan Persatuan Glaukoma di kampung-kampung, kami tidak ada peruntukan. Jadi Yang Berhormat Menteri boleh meluluskan peruntukan kepada tujuh NGO menurut laporan ini tanpa keperluan NGO ini untuk mengemukakan permohonan. Saya tidak bantah tetapi prosedur kena ikut. Akan tetapi bolehkah buka untuk parti politik juga seperti kami yang berminat? Persatuan Glaukoma ini, pengasasnya adalah bernama Stevens Chan. Dia adalah cacat penglihatan di kedua-dua mata disebabkan oleh glaukoma. Sekarang dia pergi berkempen seluruh negara tetapi peruntukan RM5,000 sahaja diberi.
Terima kasihlah Yang Berhormat Batu Gajah yang memperjuangkan lebih banyak peruntukan diberi kepada persatuan NGO. Saya setuju bahawa dari segi peruntukan Lembaga Promosi Kesihatan ini ditingkatkan dan diberi lebih banyak lagi kepada NGO. Saya hendak tegaskan di sini bahawa memang pada permulaan pembahagian yang dikatakan tadi, AG juga tegur bahawa kenapa peruntukan diberi dan tidak disalurkan dengan berkesan kepada NGO yang dikatakan 50 peratus sahaja disalurkan. Saya juga menegur pihak lembaga dan pihak lembaga telah memberi alasan bahawa mereka pada permulaannya memang tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan juga prosedur kelulusan yang telah pun melambatkan segala kelulusan itu. Walau bagaimanapun, tindakan telah diambil untuk memulihkan keadaan dan saya yakin pada tahun ini lebih banyak lagi kelulusan yang diberi dan kita harap kerjasama semua NGO kita dapat jalankan.
Yang Berhormat Menteri, maaf ya. Bukan NGO tidak kerjasama, ini lembaga yang telah diadakan sejak akta 2006. Jadi kata tidak ada garis panduan dan peraturan itu, kurang kakitangan, susah hendak terima. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan.
Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Dewan. Buka kepada parti politik yang bersedia untuk mengadakan aktiviti program promosi kesihatan. Pohonlah, sebab akta itu tidak menyekat, tetapi terma syarat lembaga menyekat. Saya pohonlah Yang Berhormat. Isu kesihatan tidak memilih.
Syarat tidak carry lambanglah.
Saya ambil perhatianlah terhadap cadangan Yang Berhormat tadi. Akan tetapi yang penting saya tegaskan tadi bahawa kita akan mempertingkatkan lagi keberkesanan Lembaga Promosi Kesihatan Negara ini.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Sebelum ke tajuk yang lain, please. Terima kasih.
Banyak lagi, tak habis nanti saya. Last one ya.
Satu perkara sahaja. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, tentang sokongan teknikal atau bekerja dengan NGO. Saya ingin nak tanya tentang cara kutipan dan rawatan kepada medical waste atau sisa perubatan atau sisa pergigian sebab kita sedia maklum bahawa rawatan tentang medical waste ini amat-amatlah penting. Ia mungkin akan membahayakan kepada orang awam. Sebab itu saya difahamkan mungkin ada syarikat tertentu yang telah dilantik oleh pihak kementerian. Adakah Pantai Medivest antara satu atau dia monopoli sahaja untuk menjalankan tugas kutipan dan rawatan tentang sisa medical. Ini kerana masih tidak dapat perkhidmatan yang baik diberi kepada klinik-klinik di Melaka. Sebab itu saya nak tahu adakah lain-lain cara yang lebih berkesan.
Teguh Pantai Medivest dan juga dia bukan satu syarikat sahaja, dia ada tiga syarikat dalam negara kita. Pantai Medivest, Faber Mediserve dan juga Radicare yang menguruskan logistik termasuk clinical waste, hospital dan klinik dan kita dalam kajian sekarang bagaimana untuk mempertingkatkan perkhidmatan clinical waste dalam semua klinik-klinik ini. Berhubung dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam menyatakan bahawa ubat dikurangkan separuh. Tak benar Yang Berhormat. Memang kita memberi banyak peruntukan untuk membeli ubat kepada hospital dan klinik. Pada tahun 2011 sahaja kita telah pun memberi RM1.5 bilion untuk beli ubat dan pada tahun depan kita tingkatkan lagi. Memang tahun 2010 RM1.5 bilion dan tahun 2011 about RM1.9 bilion. Oleh itu memang tiada pengurangan dan adalah tidak benar kita kata kita beri separuh sahaja.
Yang Berhormat, walaupun mungkin bajet tidak berkurangan tapi harga ubat sudah meningkat. Jadi amaun yang awal kementerian bajet itu tak dapat beri sama amaun tahun yang lalu. Jadi ini memang saya diberitahu oleh pihak hospital, jadi dia pohon punya. Saya harap Yang Berhormat investigate supaya betul- betul, jangan kadang-kadang dia kata ubat jenis ini sudah tak ada, saya bagi awak ubat yang lain ataupun dia kata ini sampel saya bagi. Dia dapat sampel, dia bagi saya sampel. Dia kata apabila sampel sudah habis pun saya pun tak dapat. Jadi saya pun haraplah Yang Berhormat akan murah hati siasat. Terima kasih.
Terima kasihlah. Saya juga nak jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa kita mempunyai dasar dalam hospital kerajaan. Kita akan guna lebih banyak lagi ubat generik kerana ubat-ubat patented drug itu amat mahal dan kita sekarang telah pun mula bertukar kepada ubat-ubat generik tetapi ramai lagi doktor-doktor nak suka pakai lagi ubat patented yang amat mahal. Kita harap ubat generik yang kita guna itu juga sama keberkesanannya kepada pesakit-pesakit kita. Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Kuala Krai tentang transfusion menyebabkan HIV daripada transfusion darah. Sukacita saya maklumkan bahawa kita dah buat siasatan yang kes di Teluk Intan itu memang bukan daripada blood transfusion. Kita juga tengah kaji sama ada beliau menghidap HIV daripada dialisis dan kajian juga menunjukkan bukan daripada dialisis.
Memang satu pasukan telah diwujudkan untuk meneliti dengan teliti keseluruhannya, daripada mana pesakit itu menghidap penyakit HIV dan saya akan umumkan kemudian. Saya belum dapat laporan yang terperinci dengan siasatan yang telah dilaksanakan sekarang.
Menteri, minta penjelasan sikit. Tuan Pengerusi, contoh yang saya bawa itu satu contoh sahaja sedangkan kes jangkitan ini pernah berlaku di Pahang dan di Johor. Jadi soalan saya ialah berapa teruk keadaan ini, how bad is this situation dari segi statistiknya kerana kebanyakan kes yang berlaku sedemikian saya yakin kementerian pun akan mencari jalan supaya tidak menimbulkan satu suasana yang menakutkan masyarakat, berlaku kes diselesaikan di luar mahkamah. Berapa banyak mungkin kita di kementerian telah membayar ganti rugi terhadap kes-kes sedemikian tapi yang lebih saya nak tanyakan, apakah jaminan bahawa kaedah saringan yang ada di perkhidmatan perubatan kita ini full proof dan boleh dijamin tidak menimbulkan jangkitan kerana kegagalan dalam proses saringan. Kerana ini sudah berlaku, ada laporan dan saya minta diperjelaskan supaya kita dapat clear the air, dengan izin. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat bahawa daripada segi saringan darah-darah yang kita kumpul daripada seluruh negara, kita mempunyai prosedur amat ketat. Semua darah yang kita terima, kita membuat saringan yang terperinci. Oleh itu saya yakin bahawa darah yang kita bekalkan kepada semua hospital dan pesakit kita adalah sihat dan dijamin keselamatannya. Ingin saya nak beri jaminan ini kerana kita tidak boleh ada sedikit pun negligent, kecuaian daripada segi penyiasatan darah-darah yang kita kumpul. Setiap paket darah akan diberi tag dan juga siasatan yang rapi daripada segi keselamatannya. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi bahawa ada diberi salah darah, dia blood ‘B’ tapi kita beri blood ‘A’. So ini adalah silap daripada segi manusia, kecuaian manusia dan di mana saya dimaklumkan bahawa, kedua-dua dia nama Faridah. Satu nama Faridah binti lain dan dia tersilap dan pegawai itu telah diambil tindakan tatatertib kerana kita sebenarnya tidak boleh kesilapan manusia ini berlaku daripada segi transfusion darah yang berlaku dalam hospital. Berhubung dengan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dibincangkan tadi, sukacita saya nak minta kerjasama pihak yang berkenaan terutama sekali Yang Berhormat dari PJ Utara yang telah pun bangkitkan isu ini dan harap bekerjasama dengan Kementerian Kesihatanlah berilah kita sampel-sampel yang telah diambil. Kalau dah ambil sampel tapi tak bagi pada kita, kita juga pergi buat siasatan, kita juga ambil sampel yang kita dapat tapi kita takut sampel yang kita dapat ini dengan sampel yang dia dapat lain pula. Kalau boleh beri sampel-sampel yang dia dapat, beri pada kita dan kita akan buat siasatan. Kementerian Kesihatan adalah Food Safety Authorities. Kita akan jamin kesihatan makanan dalam negara kita dan kita tidak akan tolerate apa-apa kekurangan. Akan tetapi saya nak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa nutrien di bawah paras minimum ataupun nutrien yang tidak mencukupi dengan label, sekiranya kita dapati nutrien yang dilabel itu tidak tepat dengan kandungannya, kita akan ambil tindakan keluarkan barang ini daripada dijual tetapi pada masa yang sama kita juga perlu memberi pendidikan dan pengetahuan yang cukup kepada pembekal-pembekal kita. Ada banyak pembekal ini adalah IKS, they all daripada industri kecil daripada kampung. Dia tak tahu apa ini nutrien, tahap-tahap nutrien yang diperlukan dan kita juga sekarang ini, Kementerian Kesihatan juga menggunakan pengajaran dan juga pendidikan kepada IKS-IKS kita agar mereka faham bahawa sesuatu contohnya the oyster sauce yang dibangkitkan itu, kalau dia lebih daripada 8 peratus, dia oyster sauce. Kalau bawah 8 peratus, dia perisa oyster.
Ia adalah berbeza dan dari segi labeling itu juga perlu kita memberikan pendidikan agar mereka faham bahawa tidak boleh mengambil remeh tentang labeling-labeling yang dibuat sembarangan.
[Bangun]
Hendak minta penjelasan sedikit lagi, Yang Berhormat Menteri ya.
Minta penjelasan dekat sini juga.
Saya rasa pengakuan Yang Berhormat Menteri tadi Tuan Pengerusi, agak mengejutkan. Pengakuan bahawa IKS kita yang menjalankan proses pembuatan makanan ini tidak dimaklumkan ataupun tidak mempunyai maklumat, ilmu, kefahaman dalam menyediakan makanan ini dan makanan ini boleh terlepas daripada industri dan tiba di rak-rak kedai-kedai kita. Saya rasa ini suatu perkara yang sangat berat dan berbahaya. Kalau ini berlaku, kita hendak tahu di mana silapnya pengenalan ataupun pemeriksaan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang menguatkuasakan akta-akta keselamatan makanan ini. Tidakkah mereka menyiasat di peringkat punca? Ini kita temukan oleh kerana Program Kedai Rakyat 1Malaysia ini terlalu di high profilekan. Maka, menimbulkan minat. Akan tetapi bagaimana tentang makanan lain? Jadi, pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai IKS ini saya rasa mesti diambil berat. Pihak berkuasa mesti mula mengesan kerana kita tidak mahu satu peringkat, pengguna-pengguna akan teraniaya dengan sama ada makanan itu tidak cukup tahap yang sepatutnya ataupun seperti dalam kes yang didedahkan, vitamin ‘A’ yang berlebihan berkali-kali ganda yang juga tidak baik bagi tubuh badan kita. Jadi, ini suatu pengakuan dan juga pendedahan yang saya rasa perlu diambil tindakan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Saya hendak sambung sikit.
Saya jawab Yang Berhormat Kuala Krai. Saya hendak katakan tadi, bukan saya kata ini adalah IKS. Yang saya kata dari segi labeling, bahawa kita perlu beritahu bahawa labeling dengan bahan makanan, kandungannya perlu adalah sama dan juga perlu pastikan bahawa kita mengambil berat tentang apa yang dinyatakan dalam labeling tersebut. Ya, Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa amat terkejutlah dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri kerana sekarang kita hendak membekalkan produk 1Malaysia ini ke sekolah. Kita hendak jual ini di universiti... [Disampuk] Akan tetapi sekarang Yang Berhormat Menteri cakap, sebenarnya pembekal- pembekal untuk produk 1Malaysia ini mereka tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mencukupi untuk memastikan bahawa produk-produk yang akan dijual yang menggunakan label 1Malaysia adalah cukup baik. Saya rasa ini bukan sahaja tentang isu labeling. Di bawah undang-undang kita, cakap bahawa untuk perisa tiram sekurang-kurangnya mestilah mengandungi 1.8 peratus protein tetapi untuk produk yang dijual sekarang hanya 0.6 peratus protein dalam sos tiram tersebut. Jadi, saya rasa ini sudah menjadi satu isu yang akan menjejaskan kesihatan pengguna-pengguna dan juga kes ini, ujian ini bukan dibuat oleh DAP atau dibuat oleh Pakatan Rakyat tetapi satu ujian telah dibuat oleh Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Standard User dan ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di kedai 1Malaysia ini mendapati bahawa tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan...
Boleh bagi nama makmal atau tidak, Yang Berhormat?
...Di dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan. Jadi, saya rasa kenapa sampai hari ini sos cili ini masih tidak ditarik balik? Saya rasa satu alasan yang telah diberi adalah kerana ujian makmal yang dijalankan oleh pembekal itu menunjukkan bahawa sos cili ini adalah selamat. Saya rasa bagaimana kita boleh pakai ini ujian makmal yang dijalankan oleh pembekal. Ini sama macamlah kita tanya pihak polis semasa perhimpunan BERSIH. Ada fire itu water cannon ke dalam Tung Shin Hospital atau tidak.
Ridiculouslah you ini.
Saya rasa kementerian perlulah menjalankan ujian makmal sendiri...
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Saya sudah faham soalan.
...Sebelum produk-produk 1Malaysia ini dijual di kedai 1Malaysia dan juga di sekolah dan universiti.
Yang Berhormat Menteri, boleh bagi saya peluang sikit, Yang Berhormat Menteri?
Saya sudah faham soalan Yang Berhormat. Akan tetapi soalan Yang Berhormat itu jangan putar belit kenyataan saya. Saya menyatakan bahawa labeling. Kementerian Kesihatan memandang berat labeling dengan content. Kalau berbeza content dengan labeling, tidak boleh. Itu yang saya katakan, kita kena beri pendidikan kepada IKS kita agar jangan salahkan... Jangan salah label dalam produk.
Jadi, sebelum produk ini dijual di kedai, tidak ada buat apa-apa ujian untuk mendapatkan itu pengesahan daripada Kementerian Kesihatankah? Saya hendak tanya dan dapatkan satu jawapan yang tegas sama ada pembekal-pembekal dan juga Kedai Rakyat 1Malaysia ini, mereka akan didakwa di bawah Akta Makanan 1983?... [Dewan riuh] Ini kerana kalau labeling yang salah ini dan false advertising ini, semua boleh dihukum di bawah undang-undang. Mereka bolehlah dihukum dengan denda yang tidak melebih RM100,000 ataupun penjara. Saya hendak tanya, sama ada tindakan yang serius akan diambil terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia ini?
Yang Berhormat. Saya sudah...
Yang Berhormat Menteri, cukuplah itu. Dia membebel.
...Jelaskan tadi tetapi dia tidak mahu dengar. Dia mahu ucapan sahaja. Silakan Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya melihat Yang Berhormat Serdang ini adalah seorang ahli politik yang opportunist.
Betul.
Dia tidak tahan bahawa rakyat menerima konsep Kedai 1Malaysia dan cuba sedaya upaya bersama rakan-rakannya. Bukan untuk menghukum parti. Agaknya tadi dia bercakap seolah-olah dia hendak menghukum Barisan Nasional. Akan tetapi yang sebenarnya beliau buat ialah menghukum rakyat kita... [Tepuk] Daripada mendapat bekalan makanan yang berpatutan.
[Bangun]
Ya, saya bersetuju, Tuan Pengerusi.
Jual barang substandard.
Tuan Pengerusi, saya setuju. Di mana-mana ada masalah. Jangan cakap Kedai Rakyat 1Malaysia sahaja, malah kedai di Kelantan sekalipun, on the shelf...
Barangan substandard.
Saya pernah pergi ke Kelantan. Tarikh luput habis. Saya tidak ada masalah dengan itu.
Apa Kementerian Kesihatan buat?
Cuma saya katakan tadi, Yang Berhormat...
Soalannya, apa Kementerian Kesihatan buat di Kelantan pun? Itu yang kita hendak tahu.
Yang Berhormat kena faham bahawa kalau ada masalah, itu sebabnya kita ada sistem untuk memperbaiki masalah. Akan tetapi jangan sekali-kali mempolitikkan Kedai 1Malaysia.
Saya hendak tanyalah...
Kalau ada sistem, benda ini tidak akan berlaku.
[Bangun]
...Sos cili yang ada raksa itu baik untuk rakyat jelatakah? Baik untuk rakyat jelatakah?
Tadi Yang Berhormat Menteri pun sudah cakap ada kelemahan.
Kalau ada masalah, tunjukkan.
Susu yang telah tamat tarikh ini, baik untuk rakyat jelatakah?... [Dewan riuh]
Kenapa Yang Berhormat Kota Belud hendak timbulkan isu...
Adakah jenama 1Malaysia itu substandard dan berbahaya... [Dewan riuh]
Mana makmal?
Bukan soal harga sahaja tetapi kualiti yang penting... [Dewan riuh]
Sama ada kes itu dibuat di ibu pejabat DAP atau tidak? Saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat datang ke kawasan saya di Kota Belud. Yang Berhormat berucap, fitnah! Dengan semua rakyat di Kota Belud!
Saya rasa kalau Yang Berhormat Kota Belud sokong ini produk 1Malaysia, tiap-tiap hari pakailah ini sos cili 1Malaysialah. Untuk tunjuk sokongan yang kuat.
Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sudahlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah.
Bukan saya tidak tahu. Saya tahu, Yang Berhormat. Yang Berhormat datang di sini hanya untuk menghabiskan masa dan rakyat yang akan menghukum Yang Berhormat nanti.
Terima kasih, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.
Yang Berhormat Kota Belud akan bagi anak awak minum itu susu, you willkah? Substandard punya produk.
Teruskan. Teruskan.
Itu yang perlu diingat. You got problem, you explain. Kita akan cari penyelesaian. Yang Berhormat Menteri telah mengatakan beberapa kali.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.
Kita akan selesaikan. Akan tetapi jangan politikkan.
Kita tidak mahu Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada kesusahan rakyat dengan menyediakan satu industri yang memberikan makanan yang substandard... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan, ya. Sudah, sudah. Sudah cukup. Saya rasa saya sudah....
Jangan ambil kesempatan daripada kesusahan rakyat.
Yang Berhormat Kuala Krai, sudahlah.
Saya hendak teruskan, Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bagi saya kerjasama dengan Kementerian Kesihatan.
1Malaysia beracunlah.
[Menyampuk]
Barang daripada Golok di Kelantan itu banyak yang tidak dibawa ini.
Jangan politikkan isu ini demi kepentingan parti-parti politik.
Apa Kementerian Kesihatan buat? Persoalannya, apa Kementerian Kesihatan buat? Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Setuju sungguh tetapi apa yang Kementerian Kesihatan buat?
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ada bawa isunya di sini atau tidak?
[Menyampuk] Bawa isu itu ke sini.
Kalau masalah ini tidak dapat ditangani oleh kementerian, lebih baik tidak payahlah. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi, saya tahu. Barang daripada Thailand, turun Golok di Kelantan, ada kerajaan, ada Ahli Parlimen...
Ini merupakan satu perkara yang asas. Yang sepatutnya, sebelum... [Dewan riuh]
Apa dijual di kedai...
Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri. Teruskan, teruskan Yang Berhormat Menteri. Teruskan.
Bukan bila sudah keluar baru hendak timbulkan kata didiklah, hendak latihlah dan sebagainya.
Sengaja hendak memporak- perandakan Kedai 1Malaysia. Itu sahaja. Apalah!
Yang Berhormat Kota Belud, duduk.
Boleh Yang Berhormat Kota Belud jawab, apa itu lesen Kedai 1Malaysia itu ditarik balik.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Gopeng, sudahlah Yang Berhormat Gopeng. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Ya.
Itu sebab saya kasi masa sejam lima belas minit untuk Menteri menjawab. Ini kerana sudah saya jangka perkara begini akan terjadi. Jadi, kalau saya tetapkan masa, lain kali janganlah dipersoalkan. Saya bijak dengan soal begini Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri ada lebih kurang sepuluh minit lagi, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya akan teruskan. Yang Berhormat Kuala Krai menyatakan kejadian hepatitis ‘A’ di Hulu Terengganu. Memang ini satu isu yang kita amat ambil berat dan kita telah pun membuat siasatan rapi.
Kita hendak jelaskan di sini bahawa ia adalah satu insiden sporadic yang telah pun dapat kita kawal keadaannya. Ia adalah tiada kaitan dengan pendudukan BAKAS yang di mana kerana sekarang berhubung dengan pendudukan BAKAS memang kita mempunyai walaupun pendudukan yang kecil tetapi kita dapat pastikan bahawa kebersihan air yang digunakan itu adalah bersih dan boleh diguna pakai. Akan tetapi yang penting kita perlu pastikan air yang digunakan itu perlu dididihkan sebelum kita minum air tersebut.
Memang saya setuju Yang Berhormat Menteri. Cuma kita hendak dapat penjelasan oleh kerana sudah disiasat tadi itu, memang bukan punca daripada air BAKAS tetapi apa sebenarnya punca hepatitis ‘A’ itu. Sumber mana yang punca kerana ada pandangan kata penduduk Orang Asli, ada yang mengatakan air sungai. Jadi yang mana sebenarnya kerana kalau Orang Asli kita menafikan kerana pandangan daripada mereka, mereka tidak pernah mencemar air yang mereka tahu mereka akan gunakan untuk air minum. Jadi apa sebenarnya puncanya? Terima kasih.
Mengikut siasatan awal memang hepatitis ‘A’ telah dicemari oleh sekumpulan penduduk di kawasan pedalaman. Apabila kumpulan itu berpindah ke kawasan berdekatan dengan sumber air ini, maka terjadi wabak hepatitis ‘A’ berlaku di kawasan ini. Kita telah kenal pasti kumpulan tersebut. Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud telah menyatakan beberapa isu terutama sekali berhubung dengan Klinik 1Malaysia di Kota Belud. Kita akan timbangkan, buat permohonan, kita akan timbang permohonan ini. Ini kerana pada tahun depan, kita akan bina lagi 50 buah Klinik 1Malaysia... [Disampuk] Ya, memang saya akan sokong.
Soalan yang saya tanya Yang Berhormat.
Bandar-bandar, Kota Belud adalah bandar, untuk Klinik 1Malaysia, dia punya kriteria adalah di bandar, di kawasan underserved, di kawasan yang tiada klinik-klinik GP. Kalau yang kurang doktor-doktor di kawasan tersebut, yang ada doktor itu biar doktor yang membuat perkhidmatan di kawasan tersebut.
Saya rasa Menteri...
Saya sudah tidak ada masa lagi Yang Berhormat.
Bukan, hujah Menteri itu...
Saya ada banyak lagi soalan hendak jawab ini.
Saya hendak tanya hospital yang dijanjikan oleh kementerian.
Di Bentong tempat Menteri sendiri pun ada satu Klinik 1Malaysia.
Di bandar-bandar.
Di bandar, sedangkan Bentong antara bandar yang banyak klinik-klinik GP kalau ikutkan.
Kawasan di pinggir bandar, kita hendak jelaskan di sini.
Ke kawasan menteri punya pasal.
Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan kelulusan medical qualifying exam yang kita cadangkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang pada awalnya kita mencadangkan bahawa semua graduan daripada negara luar balik ke negara kita perlu mengambil satu medical qualifying exam sebelum boleh menjadi doktor di dalam negara kita. Akan tetapi memandangkan kita sekarang telah pun mengiktiraf banyak universiti luar termasuk Cambridge, termasuk banyak juga outstanding universiti di luar, maka kita hendak implement medical qualifying exam ini amat mempunyai kesukaran yang tertentu.
Ini juga akan menyebabkan sebahagian penduduk kita ataupun pelajar-pelajar kita tidak akan balik ke negara kita, dia akan terus berkhidmat di luar negara kerana tidak mahu menduduki peperiksaan kita. Oleh itu, buat sementara ini, kita akan teruskan apa yang kita lakukan sekarang iaitu mengiktiraf universiti-universiti yang mempunyai prestasi yang tinggi. Kita mempunyai satu pasukan yang besar iaitu diwujudkan oleh MMC, MQA, Kementerian Pengajian Tinggi, JPA dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat lawatan ke universiti-universiti ini untuk memastikan bahawa universiti itu adalah diiktiraf ataupun tidak diiktiraf dari semasa ke semasa.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Apakah Yang Berhormat Menteri ini hanya untuk pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana. Bagaimana pula kalau graduan-graduan luar negara yang datang ke Malaysia. Mungkin kalau bukan sekarang pun, setelah WTO take effects di Malaysia 2014, apakah itu juga akan dipraktikkan sama?
Graduan-graduan yang dari negara luar, tidak boleh masuk ke negara kita tanpa didaftar di MMC. MMC buat masa sekarang hanya daftar spesialis, yang normal MO memang kita tidak benarkan masuk ke dalam kecuali dalam kes- kes tertentu, itu saya hendak jelaskan di sini. Berhubung dengan methadone yang dibincangkan tadi, saya amat setuju bahawa kita akan memberi perkhidmatan yang lebih baik. Akan tetapi buat masa sekarang memang kita telah pun membesarkan, memperbanyakkan lagi klinik-klinik yang ada sekarang untuk membolehkan penagih-penagih kita mendapatkan perkhidmatan methadone. Kita juga ada pusat serenti yang wujudkan cure and care, mengambil mereka sebagai patients, they are not drug addict but they are our patients selaku patients hospital kita dan kita akan memberi penjagaan yang lebih baik. Berhubung dengan Yang Berhormat Ipoh Barat yang telah pun menimbulkan beberapa cadangan berhubung dengan Cardiology Center di Hospital Ipoh. Sukacita saya maklumkan bahawa ia telah pun diluluskan dan akan kita buat tender dalam masa yang terdekat. Kita harap dapat kita percepatkan wad kardiologi ini kerana ia amat penting untuk Hospital Ipoh. Berhubung dengan rujukan ke IJN, sukacita saya hendak jelaskan di sini bahawa memang kita membenarkan hospital merujuk ke IJN tetapi kita juga telah pun mewujudkan banyak regional center. Contohnya pusat cardiothoracic di Pulau Pinang, pusat cardiothoracic di Serdang, di Johor Bahru dan juga kita ada satu lagi di Kelantan. Pusat- pusat ini, kita juga harap rujukan juga kepada hospital KJM, bukan sahaja kepada IJN. Kita akan memberi arahan yang lebih jelas di mana waiting time mana yang paling pendek. Kita rasa ini adalah memberi perkhidmatan yang lebih baik. Mana hospital yang dapat memberi perkhidmatan lebih cepat, kita merujuk kepada mereka tidak kiralah IJN ataupun Hospital Serdang ataupun Hospital Kelantan ataupun Queen Elizabeth II atau di Sarawak, sama. Kita rasa kita memberi kebebasan kepada rujukan-rujukan daripada hospital daerah kepada hospital pakar untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit jantung kita. Bagi Ahli-ahli Parlimen, saya memang akan memberi sokongan untuk mendapat perkhidmatan di IJN. Ini akan saya pastikan bahawa sekiranya Ahli-ahli Parlimen hendak dirujuk ke IJN, kita boleh permudahkan.
Masalahnya ialah referral letter, that’s a problem, bukan boleh terus dihantar. Saya difahamkan sekarang perlu ke GH, mendapat filtering process sebelum dihantar. Boleh terus dari doktor kita, hantar terus ke IJN?
No, even Dr. Sukumar yang di klinik kita ini perlu juga mendapat specialist from GHKL to refer because normally MO cannot refer, ini specialist to refer to IJN. That is a normal procedure yang kita buat selama ini, it’s normal. Pada masa dulu pun Dr. Sukumar dapatkan sokongan daripada spesialis GHKL untuk refer di IJN. Saya rasa ini tidak susah dilakukan oleh klinik di Parlimen, kita akan permudahkan, saya beri komitmen di sini untuk menjaga kesihatan Ahli-ahli Parlimen, saya akan permudahkan dan mempercepatkan lagi semua referral yang perlu dibuat ke IJN.
Berhubung dengan nursing program yang tidak mendapat pekerjaan dan juga ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Siput tadi, saya amat prihatin dengan perkara ini dan telah pun saya mengadakan mesyuarat dalaman Kementerian Kesihatan untuk memastikan bahawa kursus-kursus yang diberi oleh kolej-kolej ini dapat dilaksanakan dengan berkualiti dan pastikan bahawa jururawat kita dilatih dengan berkesan. Dari segi perancangan yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Siput tadi, memang dari segi perancangan, penambahan jawatan walaupun kita sekarang seramai 69,000 dan kita juga ada unjuran penambahan jawatan yang diperlukan termasuk juga sama seperti doktor. Walaupun doktor tetapi kita juga perlukan lebih ramai spesialis. Doktor sekarang boleh dilatih menjadi spesialis. Nurses yang ada sekarang kita perlu juga lebih ramai post basic nurses ataupun kita sekarang juga hendak melatih nurses kita untuk dapatkan degree nurses. Ini adalah career path yang boleh kita wujudkan untuk meningkatkan pengambilan jururawat dalam negara kita. Dari segi perkembangan hospital swasta dan juga hospital kerajaan juga turut diambil kira dari segi bilangan-bilangan jururawat yang kita latih ini...
[Bangun]
Ya, ada lagi? Saya tidak ada masa. Sudah tiba masa. I just want to conclude…
Just one second. I think you got to create.
Okay.
Saya kena wujudkan jawatan dahulu sebelum you latih nurses kerana situ kena dapat APC setiap tahun. Jika dia tidak buat kerja di dalam hospital, dia tidak boleh memperbaharui lesennya.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Sungai Siput, saya akan ambil perhatian perkara yang dicadangkan tadi dan kita juga akan pastikan bahawa bilangan nurse dalam negara kita dapat dilatih dengan terbaik. Ahli Yang Berhormat Kapit, telah pun membincangkan beberapa perkara. Secara pendek Yang Berhormat, saya akan bagi secara bertulis. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya jawab tadi, saya hendak maklumkan bahawa memang kempen kesihatan di rumah panjang saya akan ambil perhatian untuk tingkatkan. Kita ucapkan terima kasih kepada WKK di semua rumah panjang yang telah pun banyak membantu kita meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan. Kawasan Belaga, melioidosis ini satu penyakit bakteria yang boleh diubati kalau dikenal pasti awal. Kalau lambat memang dia sukar diubati. Akan tetapi kalau dia dapat datang awal ke hospital kita, kita boleh beri ubat. Ada antibiotiknya dan boleh kita mengubati mereka. Banyak, memang kita hendak nasihatkan di kawasan-kawasan yang hotspot itu, mereka kena berhati-hati, kena pakai kasut. Ini kerana melioidiosis bakterianya ada di tanah, ia ada di tanah. Apabila you jatuh, luka, melioidiosis bakteria akan masuk dalam badan. Apa bila kita ada kaki yang luka kita berjalan di tanah itu, kita juga kena penyakit melioidiosis. Ini termasuk juga leptospirosis kencing tikus perlu juga kita tingkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan ini. Ada lagi banyak tentang klinik desa perlu ada staf yang cukup. Saya bersetuju bahawa kita akan mempertingkatkan perkhidmatan klinik kesihatan di Nanga Tanang, dan Nanga Damai, saya ambil perhatian dan saya akan beri jawapan secara bertulis dan termasuk rumah mayat Daerah Song. Ahli Yang Berhormat Sungai Siput, berhubung dengan pesakit child, saya telah pun maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa diberinya RM30,000 dan peguamnya tidak bersetuju. Kita sedang berbincang dengan AG. Memang AG menggunakan kes-kes yang lama sebagai satu rujukan. Kita tidak boleh membuat bayaran dengan sesuka hati kerana ia perlu ada basisnya. Oleh sebab itu cadangan RM30,000 diberikan.
Walau bagaimanapun, sekiranya apa pandangan Ahli Yang Berhormat itu, kita akan ambil perhatian untuk berbincang dengan pihak AG. Berhubung dengan Yang Berhormat Jasin, apa yang dikatakan penambahan pekerja HA itu kita akan tambah di Hospital Jasin untuk Unit Hemodialisis dan juga kalau doktor, population ratio is 1:890 now. Sekarang kita punya dan kita akan capai sasaran kita, 1: 400 dalam tahun 2020. Ahli Yang Berhormat Pendang, neurosurgery memang kita ada pakar-pakar kita dan kita akan tambah lagi. Sekarang ada di HKL, Sungai Buloh memang ada dan dari segi kelengkapan, kita akan mempertingkatkan kelengkapan neurosurgeon kita. Pusat kecantikan memang kita buat kawalan sekarang. Kita akan beri garis panduan yang lebih ketat di mana apa-apa kerja yang tidak boleh dilakukan oleh beautician, apa yang dibuat oleh spesialis, ia mempunyai perbezaan. Apa yang boleh dibuat oleh MO. Ini semua akan dijelaskan dan akan disebarkan untuk pengetahuan semua. Hospital Pendang memang kita akan membuat secara PFI. Hospital Bandar Baharu yang tadi dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi belum lagi sampai ke Kementerian Kesihatan. Akan tetapi Hospital Pendang, sudah sampai. Hospital Pendang memang kita telah cadangkan untuk buat secara grant, tidak ada peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, tidak cukup peruntukan. Kita buat secara PFI untuk menjalankan projek ini. Tuan Pengerusi, berhubung dengan jawapan-jawapan yang lain adalah spesifik dan saya akan beri jawapan kepada Ahli Yang Berhormat Paya Besar, Ahli Yang Berhormat Jerai secara terperinci melalui surat dan juga secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, kes valium yang saya sentuh tadi, spesifik itu. Kes valium.
Valium memang dari segi, kita tidak ada kuotanya. Saya tidak tahu apa dan mengikut jawapan yang saya terima memang kita dari segi psikotropik punya medicine, ia memang ada kuota dari segi keseluruhan dalam negara kita. Akan tetapi bagi tiap-tiap hospital, saya rasa kita tidak ada dan kalau dia perlukan memang kita beri. Saya tidak tahu di mana dapatnya maklumat bahawa kita sudah sekat dari segi pemberian ubat ini. Walau bagaimanapun kalau kes itu boleh sampai kepada saya, saya akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di atas kesuntukan masa, saya tidak dapat menjemput semua Ahli Yang Berhormat yang berminat membahaskan kementerian ini. Jadi saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang walaupun tetap menunggu giliran tetapi tidak dapat peluang. Jadi pada masa-masa akan datang, saya ambil perhatian kepada perkara seperti itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM14,998,120,400 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM14,998,120,400 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,872,647,200 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,872,647,200 untuk Maksud P. 42 jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 17 November 2011. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.39 malam.