Dewan Rakyat · 19 March 2012

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 918 turns · 56,711 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Khairy Jamaluddin bin Abu BakarUMNO · BNRembau · question

1. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah hala tuju dan strategi masa depan Proton Nasional Berhad selepas pembelian syarikat DRB Hicom Berhad, selain usaha pengurangan kos dan peningkatan kecekapan. Apakah langkah untuk tingkatkan saiz pasaran di luar Malaysia dan juga kecemerlangan teknologi kejuruteraan.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Rembau bersama-sama dengan soalan oleh Yang Berhormat Pulai pada 20 Mac, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pada 21 Mac dan Yang Berhormat Shah Alam pada 29 Mac.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Terima kasih. Oleh kerana isu ini adalah penting dan perlu saya memberi penerangan yang agak terperinci, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan nombor satu pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, pemilikan Proton oleh DRB Hicom tidak mengubah tujuan asal penubuhan Proton untuk menjadi peneraju industri automotif negara. Kumpulan DRB Hicom adalah antara peserta utama dalam industri automotif di Malaysia, terlibat dalam rantaian bersepadu keseluruhan ekosistem automotif seperti pembuatan dan pengedaran komponen automotif, pemasangan, pengedaran dan jualan kereta penumpang, kenderaan komersial dan juga motosikal. Tuan Yang di-Pertua, pengalaman luas selama 26 tahun dalam sektor automotif tempatan serta rangkaian perkongsian strategik yang utuh antara pengeluar kenderaan ternama dunia seperti Volkswagen, Honda, Audi, Mitsubishi, Suzuki, Isuzu dan Mahindra merupakan aset bersama kumpulan DRB Hicom. Selain itu, terdapat juga jalinan kerjasama perniagaan yang telah lama wujud antara kumpulan DRB Hicom dan Proton seperti pembuatan komponen dari Hicom-Teck See Manufacturing Sdn Bhd, Oriental Summit Industries, HAN Industry dan Hicom Diecasting Sdn Bhd. Kumpulan DRB Hicom juga merupakan pengedar utama Proton melalui Edaran Automotif Nasional yang mempunyai 32 cawangan pengedaran di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, this is model baru dengan izin, yang akan diperkenalkan oleh DRB Hicom semestinya akan memastikan kesinambungan dan kecemerlangan Proton bersama-sama semua ekosistem automotif negara pada masa akan datang. DRB Hicom mempunyai perancangan yang menyeluruh untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang

merangkumi semua aspek perniagaan Proton. Sebagai permulaan, terdapat pelbagai peluang untuk merealisasikan sinergi di antara Proton dan DRB Hicom yang boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti industri automotif negara. Hala tuju Proton di bawah DRB Hicom adalah seperti berikut: (i) memacu dan mempercepatkan pelan transformasi Proton termasuk proses rasionalisasi dan sinergi seperti pembangunan vendor, komponen dan alat ganti, pengedaran logistik; (ii) ke arah daya saing global dengan meneruskan kesinambungan Proton sebagai projek nasional melalui pewujudan nilai tambah, di samping itu mewujudkan sinergi jangka pendek peningkatan kecekapan dengan menggunakan pengalaman tempatan dan pemahaman mengenai keutamaan nasional; (iii) mempertahankan jenama nasional dalam membangunkan industri automotif tempatan ke arah peningkatan akses kepada kepakaran bertaraf dunia dan pasaran global; dan (iv) memperkenalkan amalan terbaik untuk mengurangkan perlindungan kepada industri automotif tempatan secara berperingkat di samping mengekalkan daya saing serta bersama-sama mengenal pasti dan membangunkan pasaran baru. Tuan Yang di-Pertua, berhubung soalan mengenai peningkatan pasaran di luar negara, Proton sejak ditubuhkan telah berjaya mengeksport keluarannya ke banyak negara di seluruh dunia. Walaupun menghadapi saingan yang hebat daripada syarikat-syarikat yang lebih besar dan lebih lama dalam industri automotif, Proton sepanjang tahun 2011 masih mampu mengeksport dan mengekalkan pasarannya ke 23 buah negara di seluruh dunia. Sebanyak 348,139 unit kenderaan keluaran Proton dalam bentuk CVU telah dieksport ke 68 negara di sepanjang tahun 1986 hingga 2011. Sebanyak 30,058 unit kenderaan keluaran Proton dalam bentuk completely knock down (CKD) telah dieksport ke tiga negara dari tahun 2002 hingga tahun lalu iaitu China, Indonesia dan Iran. Tuan Yang di-Pertua, hala tuju DRB Hicom dalam meningkatkan eksport ialah syarikat akan lebih customer centric, dengan izin, dan berdaya saing dari aspek kualiti, kos dan penghantaran dengan menghasilkan produk-produk yang memenuhi cita rasa dan gaya hidup semasa pelanggan. Pasaran ASEAN merupakan peluang terbaik bagi Proton untuk meningkatkan eksport ke luar negara kerana penduduknya sudah pun melebihi 600 juta orang. Sebagai contoh, Proton Exora merupakan kenderaan penumpang jenis MPV yang paling laris jualannya di Thailand dengan saiz pasaran sebanyak 34% dalam segmen tersebut pada tahun lalu. Ini membuktikan Proton mempunyai potensi untuk berjaya tetapi Proton memerlukan lebih banyak model. DRB Hicom akan menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh Proton selama 26 tahun. Proton kini mempunyai kemahiran sendiri dalam segi dengan izin vehicle design, engine development dan vehicle menufacturing adalah yang terbaik di rantau ASEAN. Proton yang dahulu bermula dengan local content yang hanya 10% sudah pun berjaya membuat hampir semua komponen kenderaan di Malaysia yang mencecah 95%. DRB Hicom juga akan menggunakan pengalaman dan perhubungan perniagaan bersama rakan-rakan kongsi OEM antarabangsa untuk mewujudkan kolaborasi menang- menang bagi mencapai kecemerlangan teknologi kejuruteraan Proton.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya soalan mengenai bantuan kepada Proton. Untuk

(i) pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas import mesin, peralatan bahan mentah dan komponen; (ii) pengecualian cukai jualan maksimum RM3 ribu untuk setiap unit kenderaan dijual di bawah skim pelupusan kenderaan terpakai di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Kedua tahun 2010 sahaja;

(iii) pengecualian cukai jualan 10% ke atas pembelian komponen tali pinggang keledar belakang pada tahun 2009 sahaja; (iv) geran R&D; (v) pengecualian duti eksais ke atas pengeluaran kereta bagi tahun 2000 hingga 2004; dan (vi) rebat ke atas harga pasaran terbuka di bawah industrial linkage program mulai tahun 2005. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan sama ada kerajaan akan terus memberikan geran R&D atau tidak kepada Proton setelah diambil alih oleh DRB- Hicom. Isu ini tidak timbul kerana insentif sama turut diberikan kepada syarikat-syarikat pengilang ataupun pemasang automotif lain yang layak, sama ada berstatus nasional atau tidak berdasarkan projek yang dicadangkan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan. Berhubung dengan soalan yang sama kerajaan bercadang untuk meneruskan peranan Proton sebagai model kereta rasmi negara, kerajaan akan terus menggunakan kereta Proton sebagai kereta rasmi kerajaan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 3 dan 10 September 1997. Proton sudah pun menghasilkan sebuah kereta khusus teksi rakyat. Ini adalah untuk menyokong pihak kerajaan dalam transformasi teksi yang lama di bandar raya di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai pertanyaan sama ada rakyat Malaysia akan terus dibebani dengan harga kereta termahal di dunia pula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenyataan ini adalah tidak tepat. Mengikut kajian yang dibuat oleh Malaysian Automotive Institute (MAI), ia meletakkan Malaysia di tempat kedua terendah di kalangan negara-negara ASEAN dari segi kos pemilikan kenderaan iaitu kos kenderaan dan lain-lain kos untuk dengan izin, maintain kereta tersebut. Kos pemilikan kenderaan perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas termasuk kos penyelenggaraan dan kos kepenggunaan seperti kos minyak dan sebagainya, di mana kajian MAI mendapati bahawa Malaysia mempunyai harga minyak antara yang paling rendah di kalangan negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Di samping itu, Malaysia juga menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam. Malah bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan Malaysia juga merupakan antara yang terendah di ASEAN. Sekian, terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang menyeluruh tadi. Saya menyambut dengan baik cadangan dan juga perancangan DRB-Hicom mengenai masa depan Proton. Namun begitu saya rasa terpanggil untuk bertanya kepada pihak Menteri, setelah hampir 30 tahun Proton ataupun projek Proton telah dimulakan, apakah timeline ataupun jangka masa yang diperlukan sebelum ianya dapat bersaing di peringkat antarabangsa tanpa perlindungan yang diberi oleh kerajaan dalam pelbagai insentif seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi? Saya sebut perkara ini sebab apa yang disebut oleh Menteri memang betul. Kos pemilikan kereta itu harus dilihat dengan sudut yang lebih besar dan luas. Akan tetapi kita tidak boleh lari daripada hakikat, kos utama adalah kos pemilikan. Dalam kos pemilikan amat-amat tinggi sekali untuk memiliki kereta. Contohnya kalau kita hendak beli BMW, 3 Series dengan izin, kita beli dengan harga RM240 ribu di Malaysia berbanding RM120 ribu di United Kingdom dan sebagainya. Soal di sini adalah bagaimana kementerian melihat pada hari ini di mana pemilikan Proton tidak lagi di bawah kerajaan akan tetapi di bawah satu syarikat dan pengusaha swasta. Apakah kerajaan akan terus memberi insentif dan perlindungan dalam bentuk: (i) eksais duti. Duti eksais ataupun sekarang ini disebut sebagai rebat kepada syarikat Proton; (ii) mengenai research and development grant ataupun geran R&D yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

difahamkan RM400 juta diberi kepada Proton untuk menghasilkan kenderaan elektrik. Apakah kejayaan R&D tersebut; dan (iii) apakah kerajaan akan terus memberi khusus untuk penyelidikan bagi kenderaan elektrik tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Pertama, saya ingin maklumkan bahawa kerajaan sedang membuat kajian menyeluruh tentang Dasar Automotif Negara. Kajian terakhir dibuat pada penghujung 2009. Dalam kajian tersebut kita akan melihat cara bagaimana dapat kita tingkatkan lagi daya saing ataupun tahap comparativeness syarikat-syarikat automotif di Malaysia termasuklah syarikat Proton. Keduanya saya ingin maklumkan bahawa dalam konteks Malaysia sebenarnya pasaran sudah pun dibuka secara perlahan-perlahan, walaupun tidak dibuka sepenuhnya. Umpamanya bermula pada 1 Januari 2010, kereta-kereta daripada ASEAN dapat memasuki negara kita Malaysia tanpa sebarang duti import. Kosong import duti bagi kereta- kereta yang diimport umpamanya daripada Thailand, malah pada masa ini banyak kereta- kereta diimport daripada Thailand. Untuk tahun lepas umpamanya, kira-kira 50 ribu dari segi bilangan unit kenderaan diimport daripada negara Thailand tanpa duti import. Jadi, sebenarnya Proton dan syarikat- syarikat lain di Malaysia telah pun menghadapi tahap ataupun saingan yang agak hebat daripada pasaran luar iaitu daripada pembuat-pembuat kereta lain di luar negara. Ini adalah baik untuk negara apabila ditingkatkan tahap daya saing syarikat-syarikat seperti Proton dan lain-lain. Seterusnya berkaitan dengan R&D. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2010 yang telah diluluskan oleh kerajaan adalah kira RM494 juta. Bermula tahun 2006 kerajaan telah membantu Proton untuk membangunkan R&D. Hampir RM494 juta. Persoalannya sama ada R&D ini akan diteruskan ataupun geran ini akan diteruskan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kejayaan Proton maka kerajaan telah pun memberikan ataupun meluluskan geran R&D untuk pembangunan electric vehicle ataupun kenderaan elektrik. Kenderaan ini telah pun mula diperkenalkan atas jalan raya. Sekarang ini di peringkat testing oleh beberapa jabatan kerajaan dan prestasinya agak baik setakat ini. Hasil daripada kajian kira-kira setahun yang akan dibuat oleh Proton maka ini akan jadikan asas untuk membangunkan industri automotif elektrik di negara kita Malaysia.

[Bangun]

Jadi, itulah beberapa bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada Proton. Kita berharap bukan sahaja dengan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan akan tetapi dengan kecekapan dan juga sinergi yang dapat dihasilkan melalui pembelian oleh DRB-Hicom maka Proton akan menjadi sebuah syarikat yang lebih berjaya. Akhir sekali berkaitan dengan kos kenderaan di Malaysia yang dirujuk oleh Yang Berhormat termasuklah BMW dan lain-lain. Dasar semasa kerajaan ialah untuk mengenakan duti yang agak tinggi kepada kereta-kereta yang CBU, yang diimport daripada luar negara ialah untuk menggalakkan pemasangan kereta dalam negara, bukan sahaja Proton akan tetapi Perodua dan lain-lain – kita ada Honda dan Nissan dalam negara kita. Hasil daripada cukai yang dikutip daripada duti import ini dikembalikan kepada rakyat. Konsep yang dibuat oleh kerajaan, konsep kita ialah untuk mengenakan cukai agak tinggi kepada kereta-kereta BMW yang diimport daripada luar negara dan hasil kutipan cukai tersebut dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk projek-projek pembangunan di seluruh negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas penjelasan. Pertanyaan orang biasa Yang Berhormat Menteri ialah ketika Khazanah menjual pegangannya kepada DRB-Hicom itu dijual pada harga RM5.50 sen satu saham. Kita masih ingat pada masa Khazanah mula- mula membeli saham Proton, itu dibeli daripada nilai RM8 satu saham. Pada masa Khazanah menjual kepada DRB-Hicom dengan harga RM5.50 sen, penganalisis pasaran menganggap book value Proton itu berada pada paras RM9.81 sen.

Jadi pada perkiraan biasa, apakah pelupusan pegangan saham Khazanah dalam Proton kepada DRB ini menyebabkan kerugian kepada Khazanah? Itu soalan saya yang pertama. Soalan saya yang kedua, lanjutan daripada itu Yang Berhormat Menteri ialah, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan pula logik dan alasannya itu? Saya singkap balik kepada pembelian kembali saham MAS oleh kerajaan yang bertujuan menyelamatkan Tajudin Ramli pada waktu itu. Nilai yang dikira pada masa itu ialah lebih kurang RM4 satu saham MAS, tetapi kerajaan bayar dengan harga RM8 satu saham. Jadi ini memberikan semacam satu paradoks. Kedua-duanya industri strategik negara. Satu industri automobil dan satu lagi industri penerbangan. Akan tetapi sering kali waktu kita melepaskan kepada pihak swasta, kita jual dengan harga murah, tetapi kalau kerajaan terpaksa beli balik, kita terpaksa bayar dengan harga yang mahal. Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan keadaan ini untuk makluman Dewan dan rakyat terbanyak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab soalan berkaitan dengan Proton iaitu yang ada hubungan langsung dengan soalan Yang Berhormat Rembau. Yang pertamanya apabila Khazanah membuat keputusan untuk menjual sahamnya dalam Proton, ia melalui satu proses pembidaan. Apabila dibuka untuk bid dengan izin, pembidaan, dua pihak telah menunjukkan minat iaitu DRB-Hicom dan satu pihak lagi kepentingan syarikat...

Tidak buka kat kita.

Kepentingan saudara pengerusi iaitu Datuk Nazmi Salleh. Khazanah telah melihat dari dua sudut, yang pertamanya dari sudut teknikal dan yang kedua dari sudut komersial. Tujuh puluh peratus daripada keputusan bergantung kepada keupayaan teknikal syarikat dan yang kedua dari segi komersial. Setelah dibuat penilaian ataupun dengan izin evaluation, maka Khazanah telah membuat keputusan untuk menerima bida yang terbaik iaitu daripada DRB-Hicom, betul kata Yang Berhormat tadi dengan nilai RM5.50. Jadi isunya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sama ada pihak berkenaan iaitu Khazanah rugi ataupun untung dalam hal ini. Saya hendak maklumkan yang pertama, Khazanah membuat keputusan untuk menjual Proton ini sebenarnya sudah lama Khazanah telah mengintai peluang-peluang untuk keluar daripada industri automotif kerana dari segi Khazanah ia tidak menjana pulangan yang baik bagi Khazanah. Walaupun harga saham apabila dibeli adalah lebih tinggi daripada RM5.50, kita harus faham mekanisme pasaran saham yang ada turun naik. Tidak bermakna kita beli RM8 maka dengan izin, average cost nya kekal RM8 kerana ada transaction jual beli. Mungkin kadang-kadang memang dibeli dengan harga lebih tinggi, tetapi ada juga apabila sesebuah syarikat itu memasuki pasaran, mungkin dibeli RM3 atau RM4 umpamanya. Itu detil yang sudah pasti pihak Khazanah mempunyai perincian yang lebih lanjut. Akan tetapi yang pertama, saya hendak tegaskan di sini bahawa apabila pihak Khazanah membuat keputusan untuk menjual Syarikat Proton ini, ia merupakan bida terbaik dan pada masa itu DRB-Hicom merupakan pembida terbaik. Yang keduanya, dalam konteks mekanisme pasaran saham, betul saham dibeli pada harga lebih tinggi daripada RM5.50 tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan beberapa unit saham tertentu dibeli pada harga lebih rendah daripada itu dan dengan itu average cost purchase itu mungkin tidak jauh berbeza dengan harga jualan sebanyak RM5.50. Terima kasih.

Nasharudin bin Mat IsaPAS · PRBachok · question

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan, bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok dengan soalan yang telah menghubungkaitkan di mana penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie adalah merupakan salah satu agenda kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion kepeguaman syarie dan juga Mahkamah Syariah dalam arus sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM). Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan konsep undang-undang yang hendak digubal. Pada masa sekarang kerajaan sedang mendapat input daripada pihak PGSM bagi menyediakan draf undang-undang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, mungkin sedikit memerlukan kepada pertambahan untuk makluman Dewan sekalian, saya memahami bahawa Yang Berhormat Bachok memang mengikuti perkembangan Akta Peguam Syarie ini untuk dizahirkan. Akan tetapi untuk maklumat Ahli Dewan, buat masa sekarang semua negeri kecuali dua buah negeri yang telah pun mempunyai kaedah ataupun peraturan mengenai peguam syarie sebagaimana berikut: | Negeri | Kaedah-Kaedah / Peraturan-Peraturan | |-------------------|---------------------------------------------------| |Johor |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1982 | |Terengganu |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1987 | |Kedah |Peraturan-peraturan Peguam Syarie 1988 | |Melaka |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1989 | |Sarawak |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1992 | |Wilayah Persekutuan|Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1993 | |Pahang |Peraturan-peraturan Peguam Syarie 1995 | |Perlis |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1995 | |Pulau Pinang |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1997 | |Kelantan |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 2000 | |Perak |Kaedah-kaedah Peguam Syarie 2003 | |Selangor |Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008.|<END_TABLE_MARKER> Berhubung dengan kedudukan undang-undang tersebut di negeri Melaka, suka saya menjelaskan kepada Dewan bahawa Dewan Undangan Negeri Melaka telah membahas dan meluluskan untuk mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie Malaysia di bawah Perkara 76(1C) Perlembagaan Persekutuan pada 13 Julai 2011 yang lalu. Susulan daripada itu, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka menerusi surat bertarikh 3 Ogos 2011 telah memohon kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan selepas usul itu diluluskan. Untuk tindakan selanjutnya, pihak JAKIM telah menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka pada 25 Ogos 2011 bagi tujuan tindakan selanjutnya sehinggalah akta ini dibangunkan ataupun dibentangkan di Parlimen. Di samping yang sama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dimaklumkan bahawa Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) sedang mengambil tindakan menyediakan kertas konsep dan draf Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie. Setakat 8 Februari 2012, pihak PGSM telah mengedarkan kertas konsep dan draf rang undang- undang tersebut ke negeri-negeri untuk mendapat maklum balas. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Daripada jawapan yang diberikan tadi jelas menunjukkan kepada kita isunya yang besar adalah penyeragaman kepada hal yang berkaitan kepada undang-undang syariah di

Malaysia ini dan keperluan yang mendesak seperti mana yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 Ogos tahun lepas untuk dilaksanakan Akta Guaman Syarie ini kerana untuk makluman Dewan, ada beberapa isu besar yang menghantui pengurusan pentadbiran perundangan Islam di Malaysia. Dalam konteks peguam syarie contohnya, tadi telah disebut ada 13 undang- undang yang berkaitan dengan peguam syarie ini di mana peguam ini kalau dia hendak praktis di satu negeri dia terpaksa register dengan negeri yang berkenaan. Kalau dia hendak praktis di Selangor contohnya, dia perlu register di Selangor, kemudian dia perlu register pula di Melaka dan sebagainya dan ini menimbulkan permasalahan yang besar, bukan sahaja kepada peguam tetapi termasuk kepada masyarakat yang menimbulkan terus-menerus kekeliruan Tuan Yang di-Pertua bagi mendapatkan khidmat guaman terutamanya jika pihak bertikai berada di dua negeri yang berbeza. Jadi saya ingin mencadangkan supaya penyelarasan Akta Guaman Syarie ini dibuat di peringkat Parlimen nanti dapat disegerakan bagi membolehkan proses mengangkat martabat Mahkamah Syariah, peguam syarie dan sistem perundangan Islam itu secara keseluruhannya dapat dilakukan secepat yang mungkin.

Cuma tadi ada disentuh tentang Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Saya mendapat maklumat bahawa Persatuan Peguam Syarie masih belum mendapat mandat sepenuhnya daripada ahli-ahli persatuan ini dan adakah kerajaan akan menunggu sehingga mandat sepenuhnya diperolehi oleh Persatuan Peguam Syarie barulah ianya nanti akan dibentangkan di Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. Kesinambungan daripada yang saya jelaskan sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kerajaan amat-amat menyedari bahawa penyeragaman kepada Akta Guaman Syarie ini amat penting kerana kita melihat bahawa apabila keseragaman itu tidak dapat kita laksanakan sepenuhnya, timbul kekangan- kekangan sebagaimana Yang Berhormat Bachok sebutkan tadi. Itulah di antaranya apabila peguam itu ingin beramal atau melaksanakan tugasnya di negeri yang berbeza dia harus mendapat pada semua negeri-negeri tersebut untuk tujuan pendaftaran, praktisnya. Ini satu hal dan hal-hal yang lain juga adalah merupakan hal yang penting untuk kerajaan mengambil perhatian. Akan tetapi berbalik kepada Yang Berhormat Bachok sebutkan tadi, sejauh mana sekadar hari ini, penglibatan secara serius daripada pihak Persatuan Peguam Syarie. Kita masih lagi menunggu dan juga mengharapkan bahawa Peguam Syarie tampil segera untuk tujuan membantu bagi tujuan melahirkan Akta Guaman Syarie seluruh Malaysia ini yang dibentangkan di Parlimen untuk memudahkan, untuk diadaptasi ataupun dilaksanakan di peringkat negeri apabila diluluskan oleh Dewan yang kita ada pada hari ini. Akan tetapi apa pun pada tarikh yang terakhir yang saya sebut dan saya ulang sebentar tadi bahawa 8 Februari yang lepas, pihak PGSM ataupun Persatuan Peguam Syarie telah pun mengedar draf awal konsep atau kertas konsep untuk tujuan pewujudan ini kepada negeri-negeri dan masih lagi menunggu maklum balas. Namun begitu, suka saya tekankan balik bahawa pihak kerajaan terutamanya JAKIM dan saya sendiri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri melihat soal pewujudan akta ini begitu penting dan begitu serius, maka kita akan mengambil langkah secepat mungkin supaya akta ini dapat diwujudkan. Terima kasih.

Dato' Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji kembali peruntukan dalam membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. Kedua, bagaimanakah kewajipan untuk pelajar undang-undang Syariah mengambil Diploma Lanjutan Amalan Syariah untuk bergelar Peguam Syarie di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Cita-cita besar Yang Berhormat Paya Besar ini kita harapkan menjadi realiti. Cuma saya suka hendak sebutkan bahawa ada perbezaan di sana untuk peguam bukan Islam beramal di Mahkamah Syariah. Pada kebanyakan negeri telah memperjelaskan bawah peguam-peguam yang disebut secara langsung, yang ingin

beramal di Mahkamah Syariah disebutkan di sana di dalam peruntukan mereka mestilah beragama Islam dan ada negeri yang tidak menyebut. Akan tetapi ada hubungan yang tidak langsung menyebut di situ bahawa tidak dibenarkan semacam perkataan yang tersebut. Ada langkah-langkah negeri yang telah pun diambil untuk membina kembali, menyebut perkataan untuk Peguam Syarie ini mestilah daripada kalangan beragama Islam kerana banyak perkara yang memungkinkan berlaku ketidakadilan di mahkamah tersebut kerana apabila berlaku sesuatu penghinaan kepada mahkamah ataupun suatu perkara yang boleh merendahkan Syariah, mahkamah tersebut tidak boleh mengambil tindakan kepada bukan Islam kerana Mahkamah Syariah diperuntukkan. Jadi, maknanya kalaulah hakim-hakim atau peguam yang beramal di Mahkamah Syariah melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan, merendahkan martabat mahkamah atau contempt of court dengan izin dan sebagainya, dia tidak boleh diambil tindakan di Mahkamah syariah. Ini akan berlaku pertentangan maka sebab itu, buat masa sekarang belum ada lagi keputusan untuk membenarkan. Dalam masa yang sama juga ada kes yang sedang dan masih lagi dibawa ke Mahkamah Rayuan yang bukan Islam telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tidak dibenarkan tetapi dibawa kepada mahkamah seterusnya untuk mendapat keizinan dalam kes yang berkaitan yang bukan Islam ingin ke Mahkamah Syariah bagi menjadi peguam. Yang keduanya, berkaitan dengan kewajipan pelajar-pelajar undang-undang. Saya melihat bahawa pelajar-pelajar yang mengambil jurusan undang-undang termasuk jurusan undang-undang Syariah dan sebagainya, dia tidak mengehadkan kepada sesiapa sahaja dalam konteks pencarian ilmu. Maknanya yang bukan Islam juga untuk tujuan pendedahan dan juga pencarian ilmu tidak menjadi satu persoalan untuk mereka belajar. Akan tetapi tidak disebut orang yang belajar itu sewajibnya dan semestinya juga mesti menjadi Peguam Syarie. Jadi, dalam erti kata yang mudah ialah untuk memberikan pendedahan, pendidikan, pelajaran dan bukan untuk tujuan menjadi Peguam Syarie kepada yang bukan Islam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sebelum itu hendak mengucapkan selamat datang kepada pesara-pesara kerajaan yang setia kepada kerajaan daripada Parlimen Maran... [Tepuk] Rombongan Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak daripada Serian, Miri Sarawak dan para pelajar sekalian.

Ismail bin Abdul MuttalibPAS · PNMaran · question

3. Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, perniagaan berbentuk maklumat atas permintaan (information on demand) semakin berleluasa sekarang ini. Syarikat penyedia kandungan/perkhidmatan ghairah dengan pelbagai cara dan helah supaya pengguna telefon melanggan servis mereka. Bagaimanakah pihak kementerian mengawal selia bentuk promosi perniagaan ini dan apakah tindakan dan hukuman jika terdapat unsur penipuan dalam perniagaan ini.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Terima kasih Yang Berhormat Maran atas pertanyaan yang agak hangat di kalangan pelanggan telefon bimbit pada hari ini. Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Lipis bertarikh 21 Mac 2012 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM sentiasa mengawal aktiviti pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dengan menjalankan aktiviti pemantauan untuk melindungi pengguna. Pemantauan adalah berdasarkan kepada mekanisme berikut:

(i) standard mandatori bagi perkhidmatan-perkhidmatan kandungan mudah alih yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 2010 bagi mengawal selia pemberian perkhidmatan oleh Content Provider (CP) secara lebih efektif; (ii) kod amalan pengguna bagi industri komunikasi dan multimedia; dan (iii) standard mandatori kualiti perkhidmatan khususnya bagi syarat mandatori pengebilan yang dikuatkuasakan pada tahun 2003. Tindakan boleh diambil di bawah seksyen 242, AKM 98 bagi sebarang pelanggaran standard mandatori yang membawa kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Dalam pada itu SKMM melalui platform forum pengguna telah mempergiatkan program-program kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih agar berhati-hati dan lebih memahami terma-terma perkhidmatan sebelum melanggan kepada CP. Sepanjang tahun 2011, SKMM telah berjaya mengadakan sebanyak sepuluh seminar kepenggunaan mengenai isu SMS, ini termasuk kepada golongan pelajar. Bagi suku tahun pertama 2012 ini tiga program seminar kepenggunaan telah diadakan di Kota Belud Sabah, Johor Bahru, Johor dan Pulau Pangkor, Perak. Pelbagai langkah penguatkuasaan telah diambil bagi membendung dan membanteras gejala penyebaran maklumat palsu, fitnah dan lain-lain termasuk mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah. Untuk tahun 2011, sebanyak 183 kes telah disiasat bagi kesalahan penghantaran khidmat sistem pesanan ringkas atau SMS yang berunsur lucah, fitnah dan jelik di bawah seksyen 233, AKM 1998.

Walau bagaimanapun, para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Forum Pengguna atau CFM melalui talian aduan 1-800-18-2222 atau [email protected]. Para pelanggan juga boleh menghubungi Biro Aduan SKMM di talian 1-300-300-300 atau e-mel kepada [email protected]. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, “Aktifkan GPRS anda dengan menaip ON GP dan hantar kepada certain number, dengan izin. Dapatkan video terkini dengan menaip ON VID dan hantar kepada 3998, pendaftaran percuma”. Ini dia isu dia Datuk Menteri. Soalan tambahan saya, kita hairan kadang-kadang pihak syarikat penyedia kandungan ini dengan mudah memperoleh nombor telefon pengguna-pengguna seperti kita di negara kita, Malaysia ini. Jadi saya nak bertanya, adakah terdapat kerjasama yang tidak indah, yang tidak baik di antara syarikat penyedia kandungan ini dengan syarikat telekomunikasi ataupun telco di Malaysia? Saya ingat mungkin ada dan yang menjadi mangsa ialah pengguna seperti kita. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian menangani masalah kebocoran nombor telefon pengguna kepada syarikat penyedia kandungan ini dan apakah pengguna sendiri ada hak, klausa-klausa tertentu dalam undang-undang yang pengguna boleh mengambil tindakan kepada penyedia-penyedia kandungan ini yang mendapatkan nombor telefon kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua, memang ramai yang menyangka bahawa nombor-nombor atau target number yang dihantarkan SMS tersebut diperoleh daripada pemberi perkhidmatan telekomunikasi. Akan tetapi saya boleh mengatakan di sini ianya tidak ada bukti didapati oleh SKMM dalam siasatan mereka yang menunjukkan pemberi perkhidmatan telekomunikasi yang menyediakan nombor-nombor yang ditarget atau yang disasarkan oleh CP ini. Dan berkemungkinan, saya tidak menolak kemungkinan Yang Berhormat, ada dealers pemberi perkhidmatan komunikasi dan berkemungkinan juga ada orang dalaman yang mungkin mengeluarkan nombor-nombor atau maklumat yang dikehendaki oleh CP. Akan tetapi saya percaya kebanyakannya penghantaran SMS ini adalah secara rambang dan ianya mencari mangsa yang mudah didapati oleh mereka. Misalnya saya ada nombor yang tak ada diregister dalam nama saya pun selalu saya menerima SMS yang

sebegitu rupa macam yang telah dibaca oleh Yang Berhormat tadi. Saya percaya sangat bahawa kebanyakan perbuatan ini adalah secara rambang dan begitu juga suka saya tekankan di sini bahawa peranan CP adalah begitu penting juga Yang Berhormat iaitu untuk memuatkan iaitu content yang secara informatif dan secara kreatif dan ini saya percaya boleh menambah nilai kepada penggunaan telefon bimbit yang kita ada. Akan tetapi saya hendak menekankan di sini sebagaimana yang telah saya katakan tadi iaitu pelanggan hendaklah berhati-hati dalam menggunakan telefon mudah alih mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, memang banyak sebenarnya penipuan dan pelbagai perkara yang tidak baik selain daripada yang baik dalam telefon bimbit ini. Jadi apakah langkah-langkah yang boleh dirancang dan diambil oleh pihak kementerian untuk menjamin keselamatan pengguna daripada teraniaya, tertipu dan sebagainya untuk memastikan yang pengguna-pengguna telefon bimbit ini ataupun telco telefon-telefon ini dapat menjalankan kerja-kerja sehariannya tanpa rasa risau dan terganggu oleh telefon. Saya sendiri pernah kena sampai beratus kena bayar, rupanya semuanya yang saya tak perlukan. Bila saya pergi kepada sebuah telco minta hapuskan, dia kata itu saya kena jumpa, kena menghantar kepada nombor yang menghantar kepada saya itu. Jadi macam mana saya nak buat kerja itu? Sampai sekarang saya terpaksa tukar nombor dan sebagainya.

Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi. Sebenarnya sebagai kementerian, kita sentiasa bekerjasama dengan SKMM yang menjalankan kuat kuasa atas lesen pemberi- pemberi perkhidmatan tersebut dan begitu juga kita saling bekerjasama dengan pemberi- pemberi perkhidmatan dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak industri juga turut melaksanakan pengawalseliaan kendiri dalam menangani aduan berkenaan penglibatan seperti berikut: (i) industri telah mewujudkan billing command centre atau pusat pengambilan secara holistik untuk menangani masalah utama dalam pengebilan pelanggan dan membuat rangka kerja untuk memperbaiki sistem pengebilan; (ii) melaksanakan kaedah pulangan balik wang pengguna dan juga rebat bagi kes-kes tertentu sebagaimana yang telah Yang Berhormat sebutkan tadi; dan (iii) melaksanakan kempen kesedaran pengguna berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka di dalam laman sesawang masing-masing. Pada setiap tahun Tuan Yang di-Pertua, SKMM turut bekerjasama dengan telco dan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menjalankan program kesedaran seperti mana yang telah saya katakan tadi. Jika ada pengaduan yang pengguna hendak lakukan ataupun hendak sampaikan kepada SKMM atau forum pengguna, hubungilah talian dan laman web yang disebut tadi. Terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tak adil, tak adil. Dua sana, satu sinilah pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mana yang tak adil Yang Berhormat? Cuba bagi tahu saya mana yang tak adil?

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Dua-dua sana. Ini, ini penting Tuan Yang di-Pertua, sangat-sangat penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat Lipis kerana soalan Yang Berhormat Lipis dijawab bersama.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Bagi satu peluang Tuan Yang di-Pertua, satu peluang sahaja. Tak salah tiga soalan. Minta mohon, mohon. Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya cuma berfikir nak bagi Yang Berhormat tetapi alasan Yang Berhormat mengatakan saya tak adil kalau tak bagi.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tarik balik, tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebenarnya tak.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Saya tarik balik, tarik balik. Soalan tambahan, merayu, merayu, merayu betul ini. Tolonglah Tuan Yang di-Pertua, pagi- pagi ini. Merayu betul ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Maknanya tidak ada soal tidak adil Yang Berhormat, saya berlaku adil?

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tarik balik untuk dapatkan soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Yang Berhormat Kuala Langat sila.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Boleh ya? Huh Tuan Yang di- Pertua memang seorang yang hebat sebab soalan ini berbentuk... [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi cakap tak adil.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Jangan berlakonlah Yang Berhormat Kinabatangan. Mentang-mentang isteri Yang Berhormat Kinabatangan pelakon, dia nak berlakon. Bagi saya berlakon pula.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, soalannya ialah kawal selia. Laporan yang kita lihat kebelakangan ini banyak sangat perkara yang tidak mengindahkan pengguna. Saya pagi tadi dimaklumkan banyak syarikat multimedia menegaskan dalam laporan mereka yang saya petik untuk mengatakan dengan jela bahawa kawal selia ini perlukan komitmen penguasaan yang begitu jitu. Akan tetapi yang jelas ialah baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah pun memberikan satu tender kepada negara luar. Ini sebab kawal selia Tuan Yang di-Pertua, mengakibatkan sejumlah 80% daripada pengusaha-pengusaha multimedia tempatan hampir akan menggulung tikar yang kita wacanakan 30% untuk usahawan bumiputera dan pengusaha negara ini yang terlibat secara langsung...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Soalan, soalan.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Itu sebabnya kawal selia... [Dewan riuh] Biar saya mukadimah dahulu. Mukadimah itu penting. Sebab pada tanggal 6 hari bulan Mac, satu laporan akhbar mengatakan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah pun menandatangani dengan syarikat luar negara. Jumlahnya berbilion-bilion dan mungkin syarikat kontraktor bumiputera akan menggulung tikar. Bagaimana mungkin kita anugerahkan kepada syarikat luar negara, dalam masa yang sama kita hendak kawal selia dan mengakibatkan 80% usahawan komunikasi bumiputera ini akan gulung tikar di atas wacana yang dikatakan 30% untuk mengangkat dan memastikan peniaga bumiputera itu dipastikan selamat. Soalan saya, kalaulah seolah-olah tidak percaya kepada pengusaha tempatan, soalan saya ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan menganugerahkan berbilion- bilion ringgit kepada syarikat luar dan kita hendak kawal selia dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Sudah ada kompelin daripada Marang, daripada Kuala Lipis meruncingkan, adakah kementerian boleh memastikan faedah syarikat bumiputera dan syarikat dalam negara ini iaitu tempatan, dapat diberikan peluang kepada mereka dalam masa yang sama syarikat luar negara ini dikawal selia tentang peranan mereka supaya kita tidak diperbodoh-bodohkan dalam sistem yang kita ada. Mohon jawapan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Kuala Langat, ia tidak ada kena- mengena dengan soalan pokok. Oleh yang demikian, saya tidak payah menjawab. Terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Ini sudah mengelak diri ini, mengelak diri.

Manogaran a/l MarimuthuDAP · PRTelok Intan · question

4. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, kebanyakan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di negara kita mengalami masalah kewangan yang agak serius. Ini kerana walaupun kebanyakan dari mereka mampu bekerja namun kebanyakan majikan di negara kita masih menganggap mereka sebagai golongan kurang upaya. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam memastikan agar pesakit-pesakit ini dapat diberikan pekerjaan bagi mengurangkan masalah kewangan dan pengangguran di kalangan pesakit buah pinggang.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Tuan Yang di- Pertua, pesakit-pesakit buah pinggang yang mendapat rawatan dialisis terdapat dalam beberapa kategori. Seramai 817 daripada 6,365 pesakit yang menerima bantuan rawatan dialisis daripada PERKESO terus bekerja dengan majikan masing-masing. Mereka ini pada masa yang sama mendapat rawatan dialisis di pusat-pusat rawatan ini. Ini termasuk mereka yang mendapat rawatan dialisis semasa bekerja atau di luar waktu bekerja atau di rumah mereka. Pada keseluruhannya, mereka ada di dalam tahap kesihatan yang masih boleh bekerja dan mereka mendapat sokongan dan persefahaman daripada pihak majikan. Kos rawatan dialisis mereka disokong oleh pihak PERKESO dan untuk baki seramai 5,548 orang pesakit buah pinggang, mereka menerima pencen ilat. Bilangan ini termasuk mereka yang meletak jawatan secara sukarela atau telah ditamatkan perkhidmatan mereka melalui Lembaga Perubatan dan telah mendapat semua faedah dan pampasan yang berpatutan di bawah Akta Kerja 1955. Kedua-dua kumpulan ini mendapat pencen ilat dan sokongan rawatan dialisis daripada PERKESO. Di samping itu PERKESO menerusi program Return to Work berusaha membantu pesakit buah pinggang di kalangan pencarum PERKESO yang masih berupaya dan bermotivasi untuk kembali semula bekerja. Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2009 sehingga Februari tahun ini, sejumlah 86 kes pesakit buah pinggang telah mengikuti program RTW dan daripada jumlah tersebut, 37 kes telah kembali semula bekerja, lima kes masih dalam tempoh rehabilitasi dan rawatan, 29 kes dalam proses carian pekerjaan, manakala 15 kes menarik diri daripada program kerana masalah kesihatan. PERKESO juga di bawah skim pencen ilat menyediakan kemudahan bantuan dialisis, bantuan kaedah rawatan G6PD dan Automated Peritoneal Dialysis (APD) kepada pesakit buah pinggang yang layak. Elaun bantuan yang dibayar kepada penerima bantuan pemulihan dialisis ialah kadar RM130 untuk rawatan di pusat dialisis NGO dan pada kadar iaitu RM150 untuk penerima bantuan yang menerima rawatan di pusat dialisis swasta bukan di dalam panel PERKESO. Subsidi RM30 diberikan untuk suntikan erythropoietin untuk dua kali suntikan seminggu. PERKESO pun menanggung kos pembedahan penyediaan AV Fistula sebanyak RM1,000. PERKESO menanggung kos pembelian ubat anti rejection bagi pesakit yang membuat pemindahan buah pinggang iaitu bantuan subsidi maksimum berjumlah RM1,560 pada satu bulan. Terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima Yang Berhormat Menteri dengan butir-butir tadi. Soalan tambahan saya adalah selain daripada golongan yang termasuk di bawah PERKESO, bukan pekerja di bawah PERKESO, apakah peruntukan ataupun bantuan yang diberikan oleh kementerian kepada golongan ini. Oleh sebab golongan pesakit buah pinggang ini semakin meningkat, apakah pemantauan yang dibuat oleh kementerian terhadap majikan-majikan yang di luar sana masih enggan memberi peluang kepada pesakit di golongan ini sebab mereka dianggap sebagai golongan kurang upaya. Adakah kementerian ada secara rasmi satu klasifikasi bahawa seorang pesakit buah pinggang itu adalah diklasifikasikan sebagai kurang upaya? Minta penjelasan dan jawapan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun di dalam PERKESO, perlindungan diberikan kepada mereka yang mendapat pendapatan kurang daripada RM3,000, seperti Yang Berhormat mungkin maklum, mereka yang sudah mencarum di dalam PERKESO semasa mereka mula pekerjaan mereka dan selepas itu pendapatan mereka sudah lebih daripada RM3,000 walaupun mereka sudah sampai ke satu tahap yang lebih tinggi, mereka masih dianggap sebagai pencarum PERKESO dan mereka masih terus mendapat bantuan melalui PERKESO. Walaupun mereka sudah dapat RM5,000 atau RM6,000, kerana mereka sudah mula menjadi pencarum dan terus mencarum untuk RM3,000 kadar maksimum, mereka masih mendapat bantuan. Oleh itu bilangan pekerja, bukan mereka yang self-employed, yang mendapat penyakit buah pinggang dan yang luar daripada bantuan PERKESO adalah satu bilangan yang memang kecil sahaja kerana kebanyakan daripada mereka memang sudah mendapat bantuan. Itu untuk jawapan satu bahagian daripada soalan Yang Berhormat. Tambahan kepada itu, melalui Jabatan Tenaga Kerja, kita telah memulakan beberapa program khusus iaitu program contoh, homeworking di mana kita menyediakan kemudahan-kemudahan mahu pun di majikan atau di tempat-tempat supaya pesakit-pesakit macam ini kalau mereka boleh mendapat satu kerja dengan sokongan seorang majikan supaya mereka boleh buat kerja di dalam rumah mereka atau tahun yang lalu kita telah mewartakan peraturan baru separa masa iaitu part time working. Kita menggalakkan majikan di dalam kategori ini untuk memberi peluang kepada mereka yang mungkin tidak boleh kerja untuk sepanjang masa untuk boleh beri peluang kepada mereka untuk kerja tiga atau empat jam kerana ini akan memberi mereka peluang pekerjaan dan pada masa sekarang, mereka masih boleh mengikuti rawatan seperti yang diperlukan. Tanggungjawab untuk memastikan seorang itu OKU atau tidak, dan mengeluarkan kad pengiktirafan OKU ialah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya tahu ada banyak kes yang mendapat dialisis yang telah diterima sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah dikeluarkan kad sebagai OKU. Mereka layak daripada segi itu untuk menerima segala bantuan sebagai OKU termasuk melalui skim yang kita ada di dalam Kementerian Sumber Manusia untuk memberi geran perniagaan kepada OKU. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, sedarkah kementerian bahawa di negara kita ini tidak dapat dinafikan peningkatan mangsa sakit buah pinggang ini meningkat. Saya mempunyai pengalaman di kawasan saya, saya tidak tahu mereka ini dikategorikan sebagai orang sihat pun tidak, OKU pun tidak. Akan tetapi keadaan dia lebih teruk daripada OKU sebab dia tidak ada harapan, tiada masa hadapan dia. Setiap minggu dia akan pergi dialisis dua atau tiga kali. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan termasuk mungkin memberikan mereka kekuatan, memberikan mereka sekurang-kurangnya kursus supaya mungkin mereka boleh - ini bagi pesakit yang telah disahkan sakit buah pinggang, boleh melalui penghidupan yang lebih baik. Sebab apabila dia bukan OKU tetapi dia sengsara hidup dia. Keluar rumah pun tidak boleh, jalan pun tidak boleh, kehidupan dia pun tidak ceria. Jadi apa peranan kementerian memastikan bahawa mereka ini, kita adakan satu undang-undang sebab sakit buah pinggang ini tidak ada ubat dia kecuali mereka yang ada duit orang kaya boleh pergi ke India, pergi ke China untuk menukar buah pinggang baru. Kalau yang pendapatan RM5,000 ke bawah memang tidak mampulah atau RM2,000, RM3,000. Langkah-langlah yang perlu diambil itu membantu kumpulan pesakit buah pinggang ini agar mereka boleh meneruskan penghidupan seharian mereka seperti orang biasa.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya cuma boleh tumpu kepada golongan yang dikatakan sebagai golongan pekerja. Memang ada kategori lain yang bekerja sendiri, mereka memang luar daripada golongan pekerja. Untuk golongan pekerja, seperti yang saya telah terangkan tadi, baru-baru ini melalui PERKESO kita telah memulakan program yang dipanggil Return to Work. Tujuan program ini ialah memberi kekuatan kepada seseorang pekerja untuk terus balik kepada infrastruktur dan suasana pekerjaan mereka. Ini dibuat melalui banyak usaha satu daripada segi meningkatkan kekuatan mereka dan daripada segi fizikal, dari segi mental.

Tambahan kepada itu pun memberi bimbingan dan sokongan kepada majikan untuk membuat perubahan-perubahan yang sepatutnya dibuat di tempat majikan supaya pekerja ini boleh terus dikekalkan sebagai seorang pekerja dan terus membuat pekerjaan mereka. Selain daripada itu memang ada golongan yang bukan seorang pekerja mereka self-employed atau peniaga-peniaga kecil. Mereka ini di bawah program bantuan-bantuan untuk golongan miskin dan golongan OKU yang telah disediakan oleh kerajaan. Baru-baru ini melalui program contoh Program Azam Kerja, memang banyak peluang yang telah disediakan dan program- program azam yang lain. Supaya golongan ini boleh menerima bantuan melalui program- program tersedia azam supaya mereka boleh berniaga atau buat pekerjaan atau mendapat bantuan-bantuan yang lain. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memang memberi sokongan sedikit. Mereka memberi bantuan untuk memberi subsidi kepada kos dialisis yang telah dibuat. Ada separuh besar daripada mereka yang membuat dialisis telah mendapat bantuan kebajikan tiap-tiap bulan. So inilah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada seluruh golongan ini. Akan tetapi lebih mustahak daripada ini ialah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kes-kes penyakit buah pinggang ini melalui langkah-langkah jaga penyakit kencing manis dan sebagainya secara lebih baik. Ini kerana secara langsung dan secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan mereka yang menghidapi penyakit buah pinggang. Ini ialah bantuan yang paling optimum sekali. Terima kasih.

Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai · question

5. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, sebab-sebab masalah penyampaian surat-surat di kawasan luar bandar khasnya kawasan Tanjong Piai di mana posmen meletakkan surat di kedai dan warung masih berlaku sedangkan orang ramai telah meminta surat terus ke rumah.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan · Julau

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai atas pertanyaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Sibuti yang kedua-duanya bertarikh 12 April 2012 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu perkhidmatan pos.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pos Malaysia sedang melaksanakan projek alamat untuk semua di seluruh negara bagi rumah dan premis yang tidak mempunyai alamat yang lengkap. Melalui projek ini rumah dan premis tersebut akan diberikan alamat lengkap. Pos Malaysia Berhad telah pun melaksanakan penambahbaikan Pejabat Pos Cawangan Tenom pada bulan Februari 2012. Selain dicat semula penambahan ruang pelanggan, kerusi, kipas dan tandas telah dilaksanakan untuk keselesaan pelanggan dan kakitangan pos. Berdasarkan rekod urus niaga bilangan kakitangan pos masih berada pada tahap yang mencukupi untuk menampung bilangan pelanggan yang datang berurusan di Pejabat Pos Tenom. Buat masa ini Pos Malaysia juga sedang menaik taraf infrastruktur kemudahan di cawangan-cawangannya di seluruh negara termasuklah di luar bandar. Usaha ini dibuat secara berperingkat supaya tidak mengganggu perkhidmatan kepada pelanggan dan kemampuan kewangan syarikat. Dari tahun 2010 hingga 2011 sebanyak 149 cawangan Pejabat Pos telah dinaiktarafkan. Berkenaan dengan kemudahan mesin ATM dan mesin deposit tunai (CDM) di pejabat-pejabat pos, penyediaannya bukan hanya bergantung kepada pihak Pos Malaysia sahaja. Akan tetapi turut bergantung dengan kerjasama daripada bank yang berkaitan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Pos Malaysia melalui talian aduan 1300300300 atau email kepada [email protected]. Terima kasih.

Datuk Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Sebenarnya saya telah menerima begitu banyak aduan terutama daripada penduduk luar bandar. Bahawa posmen yang bertanggungjawab bagi penyampaian surat kawasan mereka enggan menyampaikan surat ke alamat yang dinyatakan. Jadi mereka mendapati bahawa posmen demikian hanya meninggalkan kesemua surat-surat tersebut sama ada di warung ataupun di kedai yang terletak jauh daripada rumah mereka. Oleh kerana keengganan posmen demikian menyempurnakan tanggungjawab mereka, maka penduduk-penduduk terpaksa mengambil surat masing-masing di warung atau kedai tersebut. Perkara ini berlaku dan telah mengakibatkan penduduk-penduduk tidak dapat menerima surat-surat yang mustahak seperti surat tawaran ataupun surat temu duga. Jadi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan ada perancangan. Saya ingin tahu bilakah hendak dilaksanakan? Satu. Kedua, apakah perancangan Pos Malaysia supaya perkhidmatannya masih relevan dan diperlukan bagi mengimbangi sistem penyampaian swasta yang lain yang sentiasa berkehadapan dalam keadaan dalam sistem penyampaiannya? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab pertanyaan yang terakhir iaitu adakah Pos Malaysia masih relevan. Ya ianya masih relevan. Lebih-lebih lagi kepada orang di pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, suka saya nyatakan di sini bahawa komitmen Pos Malaysia kepada orang di pedalaman boleh terbukti sekiranya saya boleh menghuraikan langkah- langkah yang telah dibuat oleh Pos Malaysia, misalnya di Sabah dan di Sarawak kita ada 215 dan 216 masing-masing.

Tiap-tiap seorang posman Komuniti ini dibayar dengan gaji RM500 sebulan dan begitu juga di kedua-dua negeri, ditambah pula dengan wakil pos komuniti di mana di Sarawak ada 292 orang wakil pos komuniti dan di Sabah terdapat 297 orang. Setiap seorang wakil pos komuniti ini dibayar imbuhan sebanyak RM100 sebulan. Begitu juga di kedua-dua negeri ada dibekalkan dengan pos bergerak. Di Sarawak ada lima dan di Sabah ada lima. Ini Yang Berhormat adalah menunjukkan kesungguhan kementerian ini dan Pos Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik yang boleh kita sediakan kepada rakyat kita di pedalaman. Yang Berhormat, berkenaan dengan aduan di mana posmen enggan menghantar surat-surat atau mail-mail ke alamat yang dinyatakan. Ini adalah seperti mana yang telah saya katakan tadi Yang Berhormat iaitu berpunca daripada alamat-alamat di negara kita adalah belum begitu lengkap. Peranan ini sedang dijalankan oleh Pos Malaysia dengan kerajaan tempatan untuk menentukan semua tempat, rumah dan premis ada alamat yang betul dan tidak mengelirukan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi berhubung dengan satu alamat. Memang sekarang ini kebanyakan rumah diadakan nombor-nombor tersendiri. Saya ingin tahu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, setakat ini berapa peratuskah agak-agaknya di Semenanjung Malaysia ini? Saya tidak bercakap mengenai Sabah dan Sarawak, rumah-rumah yang sudah pun diupgradekan oleh Pos Malaysia ini mempunyai nombor-nombor di setiap rumah supaya apabila setiap surat diposkan senang untuk sampai ke rumah-rumah mereka. Ini kerana saya ada pengalaman yang begitu perit sekali apabila tawaran untuk temu duga anak misalnya. Kita ada nombor tetapi posmen tidak sampaikan surat ke rumah di nombor tersebut. Itu yang pertama. Keduanya, dalam masalah yang sama berhubung dengan line-up atau queue yang panjang di pejabat pos. Sebenarnya apakah masalah yang dihadapi oleh Pos Malaysia? Ini kerana apabila ramai pelanggan, staf pula kurang. Mereka tutup kaunter, hanya tinggal satu atau dua kaunter dan membiarkan pelanggan-pelanggan beratur begitu panjang dan begitu lama menunggu di pejabat-pejabat pos. Ini berlaku di kebanyakan tempat. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat memberi perhatian terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak kementerian memang mengalu-alukan maklumat dari orang ramai lebih-lebih lagi berkenaan dengan keadaan di sesuatu pejabat pos berkenaan dengan misalnya line pelanggan yang panjang bagi menunggu giliran untuk diberi perkhidmatan. Ini maklum balas yang penting Yang Berhormat.

Berkenaan dengan angka ataupun nombor-nombor premis yang belum bernombor, di seluruh negara terdapat 361,241 premis yang tidak bernombor dan Yang Berhormat, saya minta maaf saya tidak ada pecahan bagi negeri. Ini melibatkan sebanyak 138 pejabat serahan dan 3,963 serahan setempat atau call point. Kami di kementerian memang mengharapkan program ini akan cepat siap dan dilaksanakan di seluruh negara. Terima kasih.

William Leong Jee KeenPKR · PHSelayang · question

6. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah pelaburan oleh KWSP dengan memberikan butir-butir pelaburan dalam pinjaman kerajaan, sekuriti dan bon-bon dan sebab-sebab KWSP melabur dalam sekuriti kerajaan berbanding pelaburan swasta.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat 31 Disember, 2011 jumlah pelaburan KWSP adalah sebanyak RM469.2 bilion terdiri daripada pelaburan dalam sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM124.6 bilion atau 26.6%, pinjaman dan bon sebanyak RM160.7 bilion atau 34.2%, ekuiti sebanyak RM167.2 bilion atau 35.6%, instrumen pasaran wang sebanyak RM14.94 bilion atau 3.18% dan hartanah sebanyak RM1.82 bilion atau 0.39%. Pelaburan dalam sekuriti kerajaan dan pinjaman kepada sektor kerajaan ini adalah selaras dengan strategi pelaburan KWSP yang berteraskan elemen iaitu dengan izin, safety, liquidity dan yield iaitu melindungi nilai simpanan, memastikan kecairan dana yang mencukupi dan kadar pulangan paling optimum. Sehubungan dengan itu, KWSP telah melaburkan dua pertiga daripada dananya ke dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah manakala selebihnya dalam instrumen yang mempunyai kadar pulangan dan risiko yang lebih tinggi seperti ekuiti. Walaupun kadar pulangan untuk sekuriti kerajaan dan pinjaman sektor kerajaan menunjukkan trend penurunan berbanding kadar pulangan pada tahun 1980-an dan awal 1990-an tetapi strategi pelaburan jangka panjang KWSP dalam instrumen-instrumen sebegini adalah untuk memastikan simpanan ahlinya sentiasa terjamin dan tidak terdedah kepada risiko pelaburan yang tinggi. KWSP akan terus melakukan diversifikasi yang portfolio ke dalam mempertingkatkan pendedahan ke dalam kelas aset yang lain seperti ekuiti dan julat yang dibenarkan bagi mengoptimumkan pulangan. Diversifikasi kelas aset adalah elemen yang penting di dalam memastikan simpanan ahli tidak terjejas atau dengan izin, capital preservation akibat dihakis oleh inflasi dan pada masa yang sama mampu menjana pulangan yang kompetitif. Peratus pendedahan pelaburan KWSP di dalam instrumen berpendapatan tetap dan ekuiti pada ketika ini adalah pada tahap yang bersesuaian dengan profil risiko dan pulangan KWSP. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawapan yang telah diberikan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, dua pertiga dana KWSP dilaburkan di dalam sekuriti kerajaan atau bon-bon yang dikeluarkan dan diguarantee oleh kerajaan dan mengikut jawapan tadi ialah untuk strategy, safety, liquidity dan yield. Soalan yang hendak kita lihat ialah adakah kerajaan peminjam yang baik?

Kita melihat track record kerajaan 15 tahun berturut-turut, bajet defisit dan tahap hutang telah naik, mengikut angka yang telah diberikan hampir 5.3% KDNK pada Disember 2010. Jikalau kita mengambil kontinjen liabiliti, ini sudah meningkat hingga 63% KDNK. Kalau kita bandingkan dengan kerajaan Greece yang telah menghadapi masalah kewangan, kadar mereka ialah 73% KDNK. Sebab itu dengan tahap hutang kerajaan ini sudah menjadi satu kebimbangan. Soalan saya ialah bagaimana kerajaan dapat memastikan KWSP akan menjamin dana pekerja dan adakah kerajaan dapat mengarahkan KWSP untuk mengkaji semula strategi mereka. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Selayang, kawan baik saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Selayang iaitu bertanya pinjaman oleh kerajaan. Untuk makluman Yang

Berhormat, seperti yang saya telah jawab tadi pinjaman kepada kerajaan hanyalah 26% dari jumlah yang KWSP telah buat pelaburan. Pinjaman itu memang bukan satu angka yang besar dan pinjaman adalah selamat. Kita gunakan duit ini untuk membangunkan negara kita supaya ekonomi kita boleh bertumbuh dengan baik dan nampaknya dividen dari KWSP untuk tahun lepas adalah 6%. Ini memang adalah angka yang baik. Kalau kita banding dengan jiran kita seperti negara Singapura, mereka hanya memberi 2.5% untuk CPF nya. Oleh itu, jangan bimbanglah sebab kita memang akan jaga supaya duit ini akan pulang kepada KWSP. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya soalan tambahan. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan pandai melaburkan duit kita ini untuk kepentingan pencarum... [Tepuk] Akan tetapi belah sana, biasa dia bawa semua contohnya ke luar negeri. Seolah-olah dia tidak duduk Malaysia. Sebab itu kadang-kadang saya kecewa. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya sedikit. Saya terdengar ada cadangan daripada Buku Jingga ini mengatakan bahawa kalau mereka memerintah, pembangkang memerintah, mereka akan gunakan duit KWSP ini untuk menanggung kos penghapusan tol di Malaysia. Kerajaan kita tidak pakai duit mana pun kita boleh tanggung. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rasionalnya dan apakah yang akan terjadi sekiranya benda ini berlaku. Bukan sahaja KWSP itu akan hancur bahkan mungkin negara akan hancur. Minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Maran bodek! Padahal Maran pun tidak reti!

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Maran. Untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak beri sedikit maklumat untuk Dewan yang mulia ini. Mengikut satu laporan iaitu oleh Towers and Watson mengenai top 300 pension funds di dunia. Malaysia iaitu KWSP kita merupakan dana yang kesembilan terbesar dari segi saiz aset... [Tepuk] Dengan jumlah aset bernilai USD145.57 bilion. Kita telah memberi dividen top 10 terbaik sekali... [Tepuk] Ini memang kita ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan KWSP dan semua ahlinya dapat dividen yang baik. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran iaitu dalam Buku Jingga ini dia hendak menggunakan duit KWSP untuk membeli tol-tol. Ini memang cadangan yang tidak baik. Kita terpulang kepada rakyat Malaysia, ahlinya untuk memilih kerajaan supaya duit mereka akan terjamin. Sekian.

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

7. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah kementerian sedar bahawa wujudnya tapak-tapak meletak kenderaan di kawasan bandar yang mengenakan caj yang berlebihan dan membebankan para pengguna sehingga mencecah RM40.00 sehari serta apakah langkah yang diambil dalam mengawal masalah ini.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan seterusnya saya mohon izin bagi menjawab soalan ini yang bersekali dengan soalan nombor tujuh yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Sri Gading bertarikh 4 April 2012, Rabu kerana persoalan yang dikemukakan melibatkan perkara yang sama. Tempat letak kereta di kawasan PBT dikawal oleh undang-undang kecil perlesenan tempat letak kereta persendirian. Antara perkara yang terdapat dalam UKK tempat letak kereta persendirian yang diguna pakai oleh PBT adalah seperti berikut: (i) lesen dan fi; (ii) kebersihan; (iii) pencahayaan; (iv) keselamatan;

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

(v) pencegahan kebakaran; dan (vi) penalti. Walau bagaimanapun, PBT tidak mempunyai kawalan ke atas perjanjian penetapan kadar sewa tempat letak kereta yang dikenakan kepada pelanggan dan oleh pengusaha tempat letak kereta. Kementerian juga menyedari keprihatinan Yang Berhormat Ahli Parlimen Paya Besar bahawa terdapat tempat-tempat letak kereta kenderaan di kawasan bandar yang mengenakan caj yang berlebihan dan membebankan para pengguna. Situasi ini berlaku disebabkan lokasi tempat letak kereta tersebut berada di kawasan yang strategik dan mempunyai nilai harta tanah yang tinggi serta dipengaruhi oleh nilai sewa tanah dan cukai. Terima kasih.

Dato' Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah caj parking adalah masalah lama. Sejak mutakhir ini masalah parking termasuklah soal caj semakin melampau. Sekarang ini pun kita tahu bahawa kenderaan semakin banyak, manusia semakin ramai dan secara tidak langsung akan menyesakkan keadaan dalam bandar. Soalan tambahan saya, mengapa caj-caj parking di setiap pihak berkuasa tempatan tidak seragam. Seperti di lembah Klang, ia adalah kawasan bandar raya dan tidak mempunyai keseragaman caj parking. Apakah kerajaan bersedia menyeragamkan caj parking di setiap PBT dan yang keduanya bagaimana pula dengan tanah-tanah individu di tengah-tengah bandar yang dijadikan kawasan parking. Apakah adanya garis panduan atau peraturan yang jelas kepada mereka yang hendak mengusahakan perniagaan parking ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, seperti mana yang saya jawab tadi bahawa setiap PBT ini mempunyai undang-undang tersendiri dan memang tidak seragam. Kita sukar juga untuk menyeragamkan melalui kementerian sebab PBT ini tidak dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat, oleh kementerian. Yang keduanya bagi pihak swasta, kemungkinan kita akan membuat kajian untuk memberikan garis panduan kepada pengusaha-pengusaha untuk parking lot supaya tidak mengenakan caj terlalu mahal kepada pengguna-pengguna ataupun mereka yang ingin meletakkan kereta mereka pada masa yang akan datang. Setakat ini tidak ada undang- undang yang boleh mengambil langkah-langkah ataupun menyekat mana-mana pihak untuk mengenakan caj. Terpulanglah kepada mereka yang masuk dalam kawasan untuk parking, sama ada mereka bersedia membayar ataupun di sebaliknya. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana ada wujudnya tapak-tapak letak kenderaan yang haram terutama selepas waktu kerja, di mana ramai pelanggan mengadu kalau kita tidak bayar caj parking, akan wujudnya sabotaj seperti kenderaan akan dirosakkan. Keadaan ini wujud di Kuala Lumpur terutama tanah-tanah yang kepunyaan DBKL yang ada sindiket yang menguasai semua kegiatan. So bagaimanakah kementerian dalam keadaan ini boleh bantu untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Dalam jawapan saya tadi jelas bahawa semua undang-undang kecil mengenai dengan meletakkan kereta, pencahayaan, penalti, pencegahan kebakaran dan sebagainya adalah terletak di PBT yang berkenaan. Jadi kementerian tidak ada mempunyai satu peraturan ataupun undang-undang yang boleh menyekat pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu selepas ada parking-parking atau lot-lot parking yang digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ini memang saya percaya dan saya pun selalu kena juga. Apabila kita pergi makan di restoran-restoran, ada yang parkir-parkir yang tidak mempunyai lesen ataupun tidak mempunyai lantikan untuk menjadi tukang parking. Jadi ini pun seharusnya diuruskan oleh DBKL ataupun mana-mana pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah sesi soal jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1), saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, Usul 18(1) dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Urusan Menteri, urusan kerajaan dahulu Yang Berhormat, sila Menteri.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Urusan kerajaan didahulukan... [Disampuk] Kerajaan dahulu baru tolong rakyat. Kalau tidak ada kerajaan, tidak boleh tolong rakyat.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 20 Mac 2012”.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Perkara apa itu Yang Berhormat?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Perkara 18(1), pemberitahuan notis saya ditolak. Apa yang saya tidak terima...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya tidak benarkan Yang Berhormat untuk membaca usul yang telah pun ditolak di dalam kamar. Itu peraturan mesyuarat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya bukan baca. Saya hendak tanya dan minta penjelasan mengapa dan alasan yang diberi tidak boleh diterima Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalnya alasan telah pun diberi secara bertulis oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Itu yang masalahnya, alasan dia lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jika Yang Berhormat tidak berpuas hati, ada avenue procedure yang perlu dipatuhi untuk membawa mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua dan bukan pada masa sekarang Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Perkara ini telah dijelaskan minggu lalu oleh kedua-dua Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan saya tidak berhasrat untuk mengulangi penjelasan yang telah dibuat sebelum ini. Terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekarang ini macam penolakan usul ini, penolakan dibuat dahulu, selepas itu cari alasan. Sama macam Mahkamah Rayuan tolak rayuan dan selepas itu cari alasan undang-undang. Saya tidak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Penjelasan telah pun diberi Yang Berhormat secara rasmi oleh Tuan Yang di-Pertua dan...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tanya soalan tetapi saya memberitahu notis untuk Perkara 18 tetapi jawapannya tidak boleh tanya soalan mengenai negara lain. Saya tidak tanya in the first place, saya dengan izin I never ask question. I put a notice. Saya tidak berpuas hati dengan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Ada prosedur yang tertentu untuk membawa usul mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkara ini, saya ingat pada hari Rabu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Standing order.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Pada hari Rabu dahulu, saya pun ada bangkitkan perkara yang sama. Ini adalah perkara di mana berkaitan dengan hal hak asasi. Very important di mana kita menjadi anggota hak asasi dunia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukankah perkara sedemikian bermakna bahawa kita ada hak untuk bercakap mengenai hal berkaitan dengan hal tersebut...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Betul Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Seperti yang terjadi di Sri Lanka baru-baru ini di mana lebih 100,000 orang telah dibunuh, merogol dan sedemikian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tidak bercakap tentang isu yang dibawa. Saya bercakap tentang peraturan mesyuarat yang tidak membenarkan Yang Berhormat untuk berhujah pada ketika ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, saya tahu. Apabila Tuan Yang di- Pertua mengatakan bahawa tidak ada berkaitan dengan hal diplomatic, kita perlu berdiplomatic.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

You questioning the Speaker Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita perlu berdiplomatic. How can we can berdiplomatic when we are not diplomatic here itself, macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah. Yang Berhormat saya tidak benarkan Yang Berhormat. Cukuplah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya tahu, bukan Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita meneliti perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan, adalah sangat relevan berkaitan semasa kerana satu keputusan akan dibuat oleh badan tersebut di Geneva pada hujung minggu ini. Bukankah Dewan yang mulia ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya cukup Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Patut memberi arahan atau mendapat pandangan dari pihak kerajaan sebelum satu keputusan dibuat melalui embassy kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya cukup Yang Berhormat. Sila Setiausaha. Yang Berhormat cukuplah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau tidak sedemikian, the relevant of Dewan Rakyat tidak menjadi satu perkara yang mustahak Tuan Yang di-Pertua and our stand very clear Tuan Yang di-Pertua. Kenapa kita malu, why are we shy, why are we shy?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I know, it is the Speaker existing the executive. Is a Speaker executive menolong...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, saya ada beritahu kalau Yang Berhormat hendak mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua, ada peraturan mesyuarat yang boleh dipatuhi mengikut peraturan tersebut. You boleh buat secara usul.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menyoal sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh Tuan Yang di-Pertua bukan bererti kita bertengkar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak boleh mengulang kaji keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sedia maklum jika itu yang dipertikaikan, Yang Berhormat boleh melakukan itu melalui prosedur-prosedur dalam peraturan mesyuarat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau sedemikian dengan prosedur, pada hujung minggu ini satu keputusan akan dibuat di Geneva. So what is the relevant? Kenapa kita perlu debate lagi pada penghujung bulan ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Sila Setiausaha untuk menjalankan Mesyuarat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It becomes out of the time. Itu yang mustahak Tuan Yang di-Pertua. Saya harap perkara ini dapat diambil kira. Saya sudah beritahu sebelum ini, setiap Tuan Yang di-Pertua membuat satu penilaian yang different, tafsiran yang different dalam sepuluh tahun ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah Yang Berhormat, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu untuk menyambung perbahasan selama 30 minit.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” [15 Mac 2012]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dijemput Yang Berhormat Tangga Batu untuk menyambung perbahasan selama 30 minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat satu peraturan yang jelas, keputusan Tuan Yang di- Pertua adalah muktamad. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengundang Tangga Batu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Pengundi-pengundi akan membuat keputusan muktamad, nobody else not even you my friend.

Saya tidak nafikan tetapi dalam Dewan ini, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad, first law, itu mata pelajaran pertama, first lesson. Keputusan Speaker muktamad.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapa Yang Berhormat Tangga. Mereka juga adalah subjek kepada pengundi juga, kita subjek kepada pengundi dan dia orang pun subjek kepada pengundi.

Itulah, dia ingat dia sahaja yang betul. Elok-elok kita sudah atur ucapan kita, dia kacaulah Tuan Yang di-Pertua. Anyway, Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili rakyat di Tangga Batu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengundang Ahli Parlimen Tangga Batu untuk bersama-sama terlibat di dalam menyokong usul menjunjung kasih yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Jempol tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Baginda, Ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong begitu berpuas hati dengan apa yang telah digariskan oleh mamanda Baginda Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sehingga Baginda sendiri bertitah tentang kepentingan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan walaupun ada antara Ahli Dewan yang ketika itu terutama di sebelah sana menggeleng-geleng kepala apabila Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong menyebut slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Apa yang lebih penting Tuan Yang di-Pertua ialah Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda telah pun menyebut beberapa dasar transformasi kerajaan terutamanya di dalam program transformasi ekonomi, program transformasi politik, transformasi luar bandar yang telah pun mempunyai outcomenya, yang telah pun mempunyai keberhasilannya yang telah dapat dirasai oleh rakyat terbanyak di luar sana.

Alhamdulillah, dari apa yang kita dapat rasakan bahawa konsep pendekatan yang telah dipertekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita selaku memanda kepada Ke Bawah Duli pada hari ini dengan pendekatan wasatiyyah. Pendekatan kesederhanaan pertengahan keseimbangan yang dapat diterima oleh masyarakat pelbagai kaum adalah merupakan kaedah utama untuk kita mencapai Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 dengan ekonomi berpendapatan tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya rancangan-rancangan yang dibawa oleh kerajaan ini akan dapat dicapai dengan mudah jika kita mengikut sistem ataupun mengikut peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam pada keghairahan kita untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju di dunia, kita perlu lihat ada beberapa perkara yang mungkin akan mengekang kita dalam mencapai matlamat Malaysia untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakan- rakan lain di dunia maju. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, perlu kita lihat bagaimana hari ini kita berada di suatu kedudukan yang begitu tertekan apabila di dalam statistik negara, jumlah kemalangan jalan raya yang tidak menampakkan bahawa sikap pemandu-pemandu kita yang berada di atas jalan raya berada di suatu kedudukan yang mereka sedang memandu kereta di atas jalan-jalan raya yang sedang menuju ke negara maju.

Tuan Yang di-Pertua, angka 14,000 kemalangan yang daripadanya mengatasi 1,500 kematian pada setiap tahun semenjak tahun 2005 adalah merupakan satu angka yang menampakkan kita apabila berada di atas jalan raya tidak menampakkan yang kita berada di dalam sebuah negara yang menuju ke arah negara maju. Statistik ini adalah bukan mainan Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tahu di dalam dunia sendiri, kemalangan jalan raya seperti yang telah didaftarkan oleh The World Health Organization (WHO) daripada United Nations yang telah menganggarkan bahawa 1.3 juta manusia di atas dunia ini terlibat dengan kemalangan pada setiap tahun. Daripadanya Tuan Yang di-Pertua, 50 juta telah pun mengalami kecederaan- kecederaan parah yang menjadi kekal dan juga sebahagian daripadanya mengalami kemalangan-kemalangan ringan. Tuan Yang di-Pertua, setiap hari WHO mendaftarkan 3,500 manusia insan mati di atas jalan raya dan lebih daripada 100,000 kemalangan berlaku pada setiap hari. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah menunjukkan angka di seluruh dunia. Pada tahun lepas, kita semua bergembira - Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengalu- alukan adik-adik kita daripada sekolah di kawasan Gerik. Tahniah dan syabas, selamat datang ke Dewan Parlimen... [Tepuk]. Tuan Yang di-Pertua, dari angka tersebut Malaysia tidak terkecuali apabila saya menyebutkan sebentar tadi yang kita menyumbang sebanyak 14,000 kemalangan pada setiap tahun dan daripada angka demikian kita telah pun mengalami 4.3 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan. Tuan Yang di-Pertua, negara maju meletakkan satu angka standard satu angka piawai iaitu dua kematian bagi 10,000 kenderaan dan sepuluh kematian bagi setiap 1 bilion kilometer perjalanan. Tuan Yang di-Pertua, hasrat kita ialah untuk membawa angka ini kepada sifar. Saya ingin juga mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan Kementerian Pengangkutan yang cadangan mereka mungkin selepas ini mungkin akan mengatur satu rang undang- undang untuk menjadikan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia ataupun MIROS ataupun Malaysian Institute of Road Safety Research sebagai sebuah perbadanan.

Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Lenggong.

Yang Berhormat Lenggong, sila.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu saya tertarik dengan topik Yang Berhormat bicarakan pagi ini yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Tadi Yang Berhormat sebut ada lagi rang undang-undang baru hendak dibuat dalam usaha untuk mengurangkan masalah kemalangan jalan raya. Lagi undang-undang baru. Baru-baru ini kita dengan Kementerian Kesihatan juga hendak membuat ujian tahap tidur pemandu lori juga usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Undang-undang sudah begitu banyak, peraturan pun banyak tetapi masih lagi berlaku, apakah Yang Berhormat Tangga Batu berpendapat bahawa pada seriusnya kita perlu memberi dan menekankan soal pendidikan terutama sekali kepada para pelajar sekarang supaya nilai menghargai nyawa, menghargai peraturan itu tertanam dalam diri. Maknanya kalau tidak ada undang-undang pun mereka tahu bahawa perlu melakukan sesuatu untuk kepentingan nyawa mereka dan juga orang lain. Apakah pendidikan itu penting dalam hal soal ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh sekali Yang Berhormat Tangga Batu.

Boleh, boleh sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. pagination Sebetulnya perkara ini sesi yang lalu pun telah saya bawa iaitu bagaimana pemandu-pemandu cuai telah mengakibatkan kemalangan jalan raya. Apakah Yang Berhormat melalui hujah pada pagi ini ingin menyarankan kepada kerajaan, sekolah memandu ini bukan hanya semata-mata untuk mengeluarkan lesen ataupun permit

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

memandu tetapi haruslah mendedikasikan bagaimana menjadikan pemandu yang alert yang boleh memahami bahawa jalan raya ini untuk keperluan bukan untuk menghantar nyawa. Bukan untuk mengambil nyawa orang lain. Ini sebab berlaku di negara kita, di negara lain tidak sebegini. Tidak ramai yang mati di jalan raya. Kalau di Iraq dia mati kena bom. Kalau di Afghanistan mati kena peluru. Ramai di Syria pun begitu tetapi di negara kita di Malaysia ini hari-hari berpuluh-puluh mati di atas jalan raya. Mati tidak berharga. Jihad pun bukan, syahid pun bukan, mati kosong. Minta pada Yang Berhormat?

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Tangga Batu, boleh Yang Berhormat Tangga Batu. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya fikir Yang Berhormat Tangga Batu sampai masanya kerajaan memikirkan tentang dua perkara penting. Pertama, soal pendidikan dan yang kedua soal penguatkuasaan. Oleh yang demikian saya menyarankan kepada kerajaan dan Yang Berhormat Tangga Batu kalau setuju supaya kedua-dua aspek ini kita tekankan sungguh-sungguh dengan mengadakan kempen sepanjang tahun dengan penguatkuasaannya juga sepanjang tahun supaya akhirnya rakyat Malaysia akan menjadi satu budaya kehidupan mereka, pengetahuan mereka betapa pentingnya soal keselamatan jalan raya, bagaimana terdidiknya rakyat yang menjadi pengguna jalan raya mematuhi segala undang-undang dan peraturan dan terdidiknya pemandu-pemandu kenderaan dengan nilai-nilai murni semasa berada di jalan raya dan ianya memerlukan masa untuk mewujudkan budaya. Oleh yang demikian, bersetujukah Yang Berhormat Tangga Batu supaya soal pendidikan ini dan juga penguatkuasaan ini dibuat secara berterusan sepanjang tahun, supaya melahirkan budaya positif ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Jempol ketiga-tiganya lebih kurang macam sudah tahu apa yang saya hendak katakan. Jadi saya menyebut Tuan Yang di-Pertua, bahawa keberhasilannya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan nilai murni, gaya pemanduan, budaya, cara mereka berfikir ketika memegang roda memandu. Begitu juga dengan Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Lenggong menyebut tentang pendidikan, penguatkuasaan. Saya tambah satu lagi di dalamnya ada sistem engineeringnya. Jadi saya biasa berpegang pada pendekatan 3E iaitu engineering, education and enforcement. Jadi 3E ini sebenarnya perlu dirangkumkan dalam suatu nada serentak in tandem kepada hasrat untuk mendidik nilai murni, gaya pemanduan berhemah yang hari ini banyak terdapat di negara-negara maju. Jadi apabila bercakap tentang tiga perkara tadi Tuan Yang di-Pertua, kita mesti lihat peranan dan tanggungjawab agensi yang akan digagaskan oleh kerajaan ini supaya memberikan perhatian terutamanya bagaimana engineering itu tadi adakah ia ke arah membawa satu sifat education, satu sifat pendidikan supaya hasilnya pemanduan yang berhemah.

Mengapa hari ini kalau masyarakat Timur, orang-orang Melayu, Cina dan India, orang Malaysia umpamanya dikenali dengan satu nilai hemah budaya yang cukup tinggi iaitu menghormati orang lain tetapi apabila mereka memegang stereng memandu, mereka mula lupa daratan. Maki hamun dan segala-galanya keluar walaupun kadang-kadang yang memandu itu memakai serban putih. Akan tetapi nampak orang lain yang tidak menurut undang-undang pemanduan kononnya, mereka berada di atas undang-undang maki segala hamun keluar, Tuan Yang di-Pertua. Hairan kenapa demikian. Adakah kenderaan ini boleh membuatkan pemandu menjadi sombong, angkuh, arrogant dan sebagainya. Ini yang kita hairan. Mengapa ia hanya berlaku di negara kita. Sebagai contoh, Yang Berhormat Lenggong sebut semalam Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan menyambut Hari Tidur Sedunia. Cukup hebat. Baru kita tahu sembilan daripada sepuluh manusia dalam dunia ini mengalami masalah insomnia, Tuan Yang di-Pertua. Jadi semalam ada sambutan

Hari Tidur Sedunia dan pemandu-pemandu yang bakal memiliki lesen memandu lori dan kelindannya akan diuji di makmal tidur. Sedap ini dapat masuk makmal tidur. Hendak tengok berapa lama kita tidur tidak terjaga dan sebagainya. Namun apa pun usaha adalah keberhasilan kepada nilai-nilai pemanduan berhemah tadi ialah sifar kemalangan jalan raya, sifar jiwa-jiwa yang terkorban di jalan raya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mengharapkan supaya apa sahaja diagnosis, analisa ataupun penilaian yang dibawa oleh agensi kerajaan hari ini, tidak cukup dengan Majlis Keselamatan Jalan Raya, tidak cukup dengan Kementerian Pengangkutan, tidak cukup dengan RELA, Polis Diraja Malaysia, tentera dan sebagainya yang terlibat bersama dengan ops-ops sikap. Ops Sikap Naga, Ops Sikap Arnab, Ops Sikap Tahun Baru, Ops Sikap Raya campur Ops Sikap Kongsi dan sebagainya, mengapa angka kemalangan jiwa di atas jalan raya kita masih lagi meningkat seolah-olah tidak ada kesan terhadap apa yang kita lalukan selama ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang saya rasa tersentuh, Tuan Yang di-Pertua dan saya yakin Ahli Dewan kita di dalam ini kalau tidak sedara mara rapat, saudara mara jauh pasti ada jiwa yang telah terkorban, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya merasakan hendak menyarankan kepada pihak kementerian supaya dilihat dalam kaedah tiga tadi. Kalau jalan raya kita umpamanya menganjurkan 110 kilometer...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Tangga Batu.

...Per hour sebagai kelajuan maksimum...

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Silam, Yang Berhormat Tangga Batu.

...Hari ini - saya tengah berjalan dengan speed 110 kilometer Yang Berhormat Silam kacau, sudah hilang sudah. The train of thought itu sudah... Tidak apa, tidak apa. Sila, sila.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tangga Batu. Saya juga turut sama terpanggil dan tertarik sebab apabila kita melihat jumlah kemalangan jalan raya di negara kita ini, salah satu kadar kemalangan tertinggi di negara-negara ASEAN. Apakah pandangan Yang Berhormat Tangga Batu kiranya kalau setuju untuk sama-sama mencadangkan sudah tiba masanya suatu mekanisme selain daripada bakal rang undang- undang yang akan dibentangkan MIROS, suatu tindakan yang baik diambil oleh kerajaan untuk sama juga memikirkan suatu syllabus ataupun sukatan pelajaran yang ada hubung kait dengan sistem pemanduan di negara kita ini supaya ia suatu bidang yang akan diterapkan ilmu untuk mendisiplinkan pemandu itu. Saya melihat dari segi penguatkuasaan terutamanya pada musim perayaan, Tuan Yang di-Pertua. Kira kita melihat inisiatif kerajaan sudah pelbagai secara integrasi lagi dia punya pelaksanaan. Namun saya nampak peningkatannya itu masih ada lagi. Jadi saya mencadangkan di sini kalau Yang Berhormat setuju kepada kementerian yang berkaitan untuk memperkenalkan, di kolaborasi dengan Kementerian Pelajaran supaya syllabus mata pelajaran, cara penggunaan jalan raya, pemanduan yang berhemah dengan disesuaikan dengan budaya negara kita dan kita mahu melihat supaya generasi di masa akan datang juga tahu. Kita tidak mahu negara kita ini dikategorikan sebagai mungkin pemandu jalan raya yang tidak begitu berhemah dari segi pemanduan. Apa pandangan Yang Berhormat Tangga Batu? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Dia masih lagi berkisar di atas kebimbangan yang sama, Tuan Yang di- Pertua. Tentang pendidikan, tentang engineeringnya tadi dan juga tentang enforcement. Saya cuma menyebut tentang bila kita berada di atas jalan raya, kenderaan- kenderaan yang lebih tiga tan umpamanya yang meletakkan tanda di belakang kenderaan mereka, yang tertulis kelajuan maksimum 90 kilometer per hour, kelajuan minimum 60 kilometer per hour dan meletakkan di sana jika saya tidak berhemah dalam memandu, sila telefon nombor ini ataupun sila SMS nombor ini. Akan tetapi mengapa mereka masih lagi memandu lebih daripada kelajuan yang dihadkan?

Dengan engineering, sistem yang canggih, sistem kejuruteraan yang canggih, hari ini GPS dan sebagainya. Kita boleh memantau berapakah kelajuan sesebuah kenderaan. Bas persiaran umpamanya, bas ekspres. Saya berani memberi jaminan, Tuan Yang di- Pertua sama ada di Santubong. Sarawak terkenal dengan pemanduan berhemah maka terkecuali. Di Semenanjung, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Timur-Barat, kita lihat, saya berani beri jaminan tidak ada satu bas penumpang, 40 orang penumpang, bas persiaran dan bas pelancongan yang memandu mengikut undang-undang ordinan jalan raya. Semuanya melebihi 90 kilometer per hour, Tuan Yang di-Pertua. Hasilnya, di Genting Sempah kematian 23 orang sekali gus. Hasilnya, di Kulai mati 14 orang. Hasilnya, Oktober lepas di Simpang Ampat, mati 17 orang. Tuan Yang di-Pertua, di manakah kewibawaan undang-undang ini? Di manakah integriti undang-undang ini? Kalau kita mempunyai sistem pemanduan yang berhemah, kita mempunyai jaringan pelajaran, pendidikan kepada ke arah pemanduan berhemah, kita mempunyai kumpulan penguat kuasa yang cukup integritinya, saya yakin dan percaya hari ini kalau kita balik ke selatan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, kita tidak akan nampak bas- bas persiaran, bas pelancongan, bas penumpang ekspres yang memecut kenderaan mereka lebih dari 90 kilometer per hour. Tuan Yang di-Pertua, kalau sudah berlaku baru hendak siasat pemandu kurang tidur, pemandu intoxicated, di bawah pengaruh alkohol dan sebagainya, segala-galanya sudah terlambat. Keluarga mereka akan menanti selama-lamanya. Harapan saya hari ini menyarankan kepada Kementerian Pengangkutan dan segala agensi yang mengawal pemanduan berhemah ini untuk menggunakan sistem kejuruteraan ini bagi memantau kenderaan-kenderaan mereka. Kalau boleh mengawal supaya kelajuan bas-bas persiaran, bas pengangkutan mereka tidak boleh melebihi had maksimum kelajuan di atas jalan raya. Saya menyarankan kepada kementerian supaya mula menggunakan apa juga yang dipanggil dalam bentuk SCADA iaitu Supervisory Control and Data Acquisition dan sebagainya. Mereka boleh mengawal dari jauh dengan kaedah canggih dan moden hari ini. Kelajuan bas boleh dikawal secara automatik oleh pusat-pusat kawalan yang terdapat di ibu negara ataupun di bandar-bandar besar. Tuan Yang di-Pertua, ini cadangan saya untuk kita ke arah mengurangkan angka kemalangan jiwa di negara kita pada hari ini. Kalau tidak kita akan kekal menangisi rakan- rakan ataupun saudara-saudara kita yang telah meninggalkan kita untuk selamanya. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya bawakan pada hari ini adalah berkaitan rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di mana saya ingin juga mengucapkan tahniah. Semalam, kalau kita perasan Rancangan Adik-adikku telah pun menampilkan enam orang finalis yang berhujah, berbicara dalam nada yang cukup menarik yang saya yakin anak-anak ini kalau kita pupuk mereka, kalau kita bela mereka dengan baik, mereka akan menjadi pemimpin di satu hari nanti yang menampakkan ada rasional di dalam perbicaraan, di dalam hujah-hujah yang dibawa oleh mereka. Tahniah dan syabas kepada yang menang semalam. Akan tetapi apa pun yang ingin saya bawakan pada hari ini ialah selain daripada janji-janji yang di bawa oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri terutamanya di dalam – antaranya yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Bachok sebentar tadi. Saya amat bersetuju supaya meletakkan satu tarikh bilakah pengamal- pengamal peguam syarie ini boleh berpuas hati dengan satu sistem yang boleh mengawal pengamalan mereka di seluruh negara. Tidak wujud perbezaan ataupun tidak wujud kelainan di antara satu negeri dengan satu negeri yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kementerian di atas pengurusan dan pentadbiran wakaf yang membabitkan berbagai-bagai negeri dengan berbagai-bagai kaedah dan peraturan serta undang-undang. Saya yakin dan percaya walaupun International Standardization for an Organization itu bunyinya seolah-olah fahaman Barat tetapi terdapat ciri-ciri Islamic di dalamnya.

Saya menyarankan supaya JAKIM mengaturkan satu program supaya semua pengurusan pentadbiran wakaf di negara kita ini menggunakan standardization ini supaya produk dan perkhidmatan dikeluarkan oleh unit-unit wakaf di negeri ini adalah konsisten, adalah istiqamah dan tidak berbeza-beza mengikut suasana dan keadaan. Saya membawa

ini Tuan Yang di-Pertua, kerana terdapat sebuah pengurusan rumah anak yatim yang dikenali sebagai Rumah Pengurusan Anak Yatim Al-Fahmi yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Selangor di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah menampakkan ada berlakunya ketidaktelusan dan kejanggalan. Apabila sebuah tanah yang seluas lima ekar yang mempunyai 26 rumah di sana telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Hari ini seolah-olah menampakkan Kerajaan Negeri Selangor tidak amanah di dalam mentadbir dan menguruskan rumah anak yatim ini. Ini adalah satu perkara yang saya kira mengecewakan bukan sahaja masyarakat di negeri Selangor, bahkan masyarakat di seluruh negara kita. Di mana pemilik-pemilik ini telah pun menulis berbagai surat kepada Kerajaan Negeri Selangor termasuk muftinya yang mengatakan bagaimana pembelaan terhadap anak yatim Asnaf di Desa Fahmi ini, di rumah wakaf ini adalah mereka mengatakan sebagai salah dan haram pada satu ketika. Hari ini apabila setelah empat tahun mereka mengambil alih pengurusan dan pentadbiran rumah anak yatim ini, apa yang kita dapati adalah sebuah rumah anak yatim yang tidak terbela Tuan Yang di-Pertua. Dengan anai-anainya, bumbung yang hampir runtuh, bilik air yang jijik, yang tidak menampakkan ada pembelaan terhadap kemanusiaan, lebih-lebih lagi mereka yang mendiami di sini adalah anak-anak yatim dan fakir miskin. Tuan Yang di-Pertua, saya menyarankan supaya Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran dan pengurusan wakaf supaya memberikan perhatian kepada isu rumah anak yatim Al-Fahmi yang terdapat di negeri Selangor ini. Saya yakin dan percaya kita telah melihat di dada-dada akhbar tentang rungutan yang dibawa oleh pemilik asal... [Menunjukkan sehelai kertas] Rumah anak yatim Al-Fahmi ini yang menyatakan berbagai keluhan dan resah mereka terhadap ketidaktelusan Kerajaan Negeri Selangor di dalam mentadbir dan mengurus rumah anak yatim yang dahulunya digagaskan dan diasaskan oleh keluarga pelapor ini Tuan Yang di-Pertua. Harapan saya supaya ia diberikan perhatian sewajarnya kerana perlu barang diingat bahawa kalau kita mengherdik dan menghina anak yatim ini, kita tunggulah sahaja balasan daripada Tuhan yang Maha Kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga menarik perhatian Dewan yang mulia pada hari ini tentang beberapa pertelingkahan serta pertelagahan di antara Kerajaan Indonesia dan juga pemerintah Indonesia berkaitan dengan tenaga kerja Indonesia yang telah pun menampakkan seolah- olah terdapat perbalahan. Tuan Yang di-Pertua, di dalam satu keratan akhbar yang berjudul, “Pemerintah Stop Kirim PRT ke Luar Negeri.” Ini dinyatakan oleh Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia (Menakertrans). Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar yang menyatakan kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh pemerintah Indonesia adalah ke arah pemberhentian langsung penghantaran tenaga kerja Indonesia ke Malaysia pada tahun 2017. Sebab saya baca keratan akhbar Indonesia, jadi sudah terpaksa ikut gaya bahasa Indonesia. Akan tetapi apa pun yang lebih penting Tuan Yang di-Pertua, di dalam kenyataan Menteri Tenaga Kerja Indonesia ini menampakkan seolah-olah ada perbezaan yang dinyatakan oleh Pengarah Buruh negara kita, yang dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia. Contohnya, satu tenaga kerja Indonesia, satu pengkhususan kerja. Gaji minimumnya RM700 sebulan. Hal ini telah menggamit berbagai-bagai rungutan di peringkat akar umbi yang mempunyai tenaga kerja Indonesia yang mengatakan, “Wah, kalau macam ini, payah kita Tuan Yang di-Pertua”. Apa yang telah diputuskan bersama pemimpin tidak menampakkan seolah-olah pelaksanaannya itu ada in tandem, ada keserasian dengan yang telah diputuskan secara dasar di antara kedua pemimpin. Jadi, saya menyeru kepada pihak yang telah dipertanggungjawabkan, pegawai terutamanya. The desk officer yang...

[Bangun]

...Ditugaskan, yang diberikan peranan untuk berbincang mencari persamaan, mengecilkan perbezaan di antara Malaysia dan Indonesia ini supaya memberikan perhatian secara terperinci. Jangan ambil mudah apa yang telah diputuskan oleh peringkat dasar di antara kedua pemimpin, Perdana Menteri dan Presiden, perlu dihayati. Must be well appreciated. Sampai ke bawah, janganlah berbeza-beza. Sampai di bawah, katanya pegawai yang dihantar hanya duduk berdiam diri dan mendengar dan bersetuju dengan apa yang telah disyaratkan oleh pegawai-pegawai di peringkat pemerintah Indonesia. Sila.

Ya rakan Tangga Batu. Sedikit penjelasan. Saya tertarik dengan perbahasan Tangga Batu mengenai isu ini kerana pada pandangan saya, hubungan Malaysia-Indonesia ini selama bertahun-tahun bermula dengan baik sekali. Hatta, hubungannya itu sehinggakan kalau diambil kira bukan sahaja hubungan ekonomi, hubungan kebudayaan sehinggalah perkara-perkara yang lain yang bersifat serantau. Saya memohon pandangan Tangga Batu, mungkin tiba masanya, Pekan di bawah pimpinan sekarang terutama sekali apabila dasar luar negara dikritik hebat, bukan sahaja dengan orang lain malah mantan-mantan Wisma Putra. Memberi satu perhatian khusus, malah merangka satu dasar luar yang lebih, dengan izin, persuasive untuk ke arah situasi menang-memang kerana saya difahamkan antara salah satu kunci yang menyebabkan perkara itu tidak berlaku dengan baik ialah dasar dalam negeri negara yang memutuskan untuk mencambuk ataupun menyebat pesalah-pesalah. Kalau di sana dipanggil TKI - tenaga kerja tanpa izin. Ini pada mereka amat tidak berperikemanusiaan dan saya rasa kalau Pekan memberi satu bukaan baru di dalam dasar luar negara ini, saya rasa ia akan, dengan izin, memberi satu yang lebih human international relation Malaysia-Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua, saya berani menyatakan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau sebentar tadi hanyalah merupakan persepsi. Dari lawatan Ahli BN BBC yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi kita tempoh hari yang menyatakan bahawa tidak ada sebab mengapa pemerintah Indonesia untuk berasa tersinggung dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kerana mereka berpegang kepada prinsip rule of law dan sebagainya. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Tidak tahulah Balik Pulau macam manalah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah apabila berlaku perbalahan secara kecil-kecilan di peringkat pertelingkahan di antara pegawai- pegawai yang menjalankan tugas untuk melaksanakan dasar-dasar tenaga kerja Indonesia di sini, saya kira elok duduk berbincang, memahami sebenarnya semangat perbincangan ketua-ketua di antara kedua-dua negara ini. Jadi, kita di sini, di peringkat Dewan yang mulia ini, saya melihat bahawa kebergantungan kita kepada tenaga kerja Indonesia ini perlu sampai ke satu titik noktah. Kita tidak perlu menampakkan seolah-olah ada satu sikap indispensable kepada tenaga kerja Indonesia. Tanpa tenaga kerja Indonesia, ekonomi kita lumpuh, gerakan sosial kita tidak boleh berjalan dan sebagainya. Saya mencadangkan supaya kita ada alternatif, supaya pihak kementerian melihat apakah bentuk peluang boleh timbul, boleh terbit daripada masalah yang timbul pada hari ini. How turning problem to opportunities. Ini yang dikatakan lebih kreatif di dalam melihat masalah menukarkan kepada peluang. Jadi, suka saya bertanyakan soalan ini kepada Menteri Sumber Manusia dan menerangkan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk menyediakan negara terhadap dasar Kerajaan Indonesia yang akan menghentikan pengiriman tenaga kerja Indonesia untuk pekerja rumah pada tahun 2017. Mungkin boleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada satu minit. Satu minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin selain daripada kita mengimport pekerja rumah dari negara-negara luar lain, Filipina, Thailand, Myanmar, Cambodia dan sebagainya, apakah langkah lain yang lebih berkesan, yang lebih efektif dan efisien boleh dilaksanakan oleh pihak kementerian supaya tidak menampakkan kebergantungan kita kepada tenaga kerja Indonesia ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Saya ingin membawa Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini, ke arah satu kedudukan kita pada hari ini. Bagaimana kita membuat keputusan berasaskan kepada fakta dan angka, tidak hanya berasaskan kepada persepsi. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan, hari ini melantik Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pembangunan projek Lynas di negeri Pahang. Saya percaya ilmu pengetahuan serta data dan maklumat perlu kita letakkan di atas segala-galanya.

Jangan kita berasaskan kepada emosi. Amatlah malang pada kita kalau masyarakat kita pada hari ini didorong kepada membuat keputusan berasaskan hanya kepada emosi dan persepsi. Lynas adalah contoh yang terbaik untuk kita berbincang, berhemah dan membayangkan masyarakat kita ini adalah masyarakat wasatiyyah, masyarakat yang sederhana, pertengahan, seimbang di dalam aspek membuat keputusan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Titah Menjunjung Kasih ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kesempatan untuk membahaskan Titah Ucapan Diraja sewaktu merasmikan penggal Parlimen Kelima. Saya mulakan dengan Menjunjung Kasih terhadap Titah Ucapan Tuanku yang menyentuh pelbagai perkara tetapi berkisar di atas paksi yang sama iaitu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara demokrasi ada beberapa tonggak atau tiang yang penting untuk kita pelihara bagi memastikan amalan demokrasi itu berjalan dengan baik. Tonggak yang saya maksudkan termasuklah Institusi Peguam Negara dan Institusi Polis Diraja Malaysia. Baru-baru ini kita dikejutkan oleh pendedahan daripada bekas Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf, diikuti kemudiannya dakwaan oleh bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap dakwaan salah laku yang membabitkan dua pemegang jawatan penting iaitu Institusi Peguam Negara dan juga bekas Ketua Polis Negara. Dakwaan yang kita anggap serius dan berat kerana ini akan membabitkan keyakinan rakyat terhadap integriti kedua-dua institusi ini Tuan Yang di-Pertua. Aduan yang bersabit dengan salah laku ini lebih mengejutkan kerana ianya melibatkan dakwaan melindungi ketua-ketua yang terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang haram sehingga membawa kepada pembuangan daerah. Ketua-ketua aktiviti haram ini dibuang ke Jeli pada tahun 2007. Kemudian, empat bulan kemudian bebas melalui tuntutan habeas corpus yang afidavitnya disiapkan oleh Peguam Negara. Itu dakwaan. Oleh sebab itu tanpa berniat untuk mengulangi data-data dan maklumat-maklumat yang sudah pun menjadi pengetahuan umum Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggesa agar Menteri Dalam Negeri tampil memberikan satu penegasan tentang pendirian kerajaan dalam menangani isu ini. Ini penting atas alasan bahawa kepercayaan rakyat terbanyak terhadap kewibawaan dua institusi ini akan menjadi pra syarat kepada perjalanan proses demokrasi dalam negara kita yang akan berjalan dengan lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh dalam perbahasan ini ialah bertanyakan kepada pihak kerajaan berkenaan dengan perkembangan terbaru. Isu pembayaran cukai pembangunan dalam pakej penyelesaian tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura. Kita sedia maklum bahawa tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura sudahpun diserahkan kepada Kerajaan Singapura secara sah dan Kerajaan Singapura kemudian menggantikan sembilan bidang tanah lain di beberapa lokasi utama di negara tersebut yang akan dibangunkan secara usaha sama di antara Kerajaan Malaysia melalui Khazanah dan Kerajaan Singapura melalui Temasek Holdings. Perkara yang ingin kita tanyakan ialah di sana terdapat satu masalah apabila Singapura mengenakan development charge ataupun cukai pembangunan ke atas tanah yang akan kita bangunkan. Saya difahamkan caj pembangunan ini ialah di antara SGD1.5 bilion sehingga SGD2 bilion. Ini bermakna jika sekiranya nisbah yang dikongsi itu 60:40 maka kerajaan Malaysia melalui Khazanah akan terpaksa membayar sehingga SGD1.2 bilion. Bila membayar kepada Singapura ini juga akan menyaksikan wang negara kita akan keluar sementara Temasek bagi Singapura membayar 40% daripadanya bersamaan SGD800 juta. Itu tidak membabitkan pengeluaran wang mereka ke negara kita. Jadi isu ini saya difahamkan telah pun dipersetujui untuk dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Tetap ataupun the Permanent Court of Arbitration di the Hague, Belanda.

Selepas daripada itu apabila saya membaca kenyataan bersama oleh Perdana Menteri kita dan Perdana Menteri Singapura, kedua-duanya bersetuju bahawa Malaysia dan Singapura mempunyai pandangan berbeza dan bersetuju untuk merujuk kepada Mahkamah Timbang Tara. Saya ingin bertanyakan apakah perkembangan yang terbaru berkenaan dengan isu ini sebab yang paling akhir bila pertikaian dua negara ini dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara ianya membawa kepada kita kalah dan kehilangan Pulau Batu Putih. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan penyenaraian FELDA melalui FELDA Global Ventures Berhad. Ada empat stakeholders yang terbabit yang ingin saya sentuh. Perkara yang paling utama ialah bercakap berkenaan dengan vehicle penyenaraian iaitu FELDA Global Ventures Holding, yang asalnya FELDA Global Ventures ini pertama sifatnya ialah tidak mempunyai tanah ladang. Ia hanya menguruskan tanah ladang milik FELDA seluas 360 ribu hektar melalui FELDA Plantation. Dia mengambil yuran pengurusan iaitu RM100 bagi setiap satu hektar dan apabila keuntungan itu diperolehi maka FELDA Global Ventures akan mendapat 3.5% daripada keuntungan. Itu kedudukan FELDA Global Ventures. Tidak ada tanah ladang. Kedua, saya menyemak laporan berkenaan dengan FELDA. Maklumat rasmi... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Dokumen rasmi daripada FELDA yang saya pegang ini, menunjukkan bagaimana prestasi pelaburan mereka di luar negara melalui FELDA Global Ventures khususnya IFFCO, TRT Holdings, FGB Middle East yang mengalami kerugian terkumpul hampir RM500 juta. Saya ambil contoh misalnya di Amerika Utara, TRT Holdings yang merupakan anak syarikat di bawah FELDA Global Ventures ini, aktivitinya di bawah TRT US yang mengeluarkan fatty acids dan aktivitinya TRT ETGO yang memproses canola dan soya bean di Quebec, Kanada. Ini daripada pelaburan asal tahun 2007 sehingga tahun lepas kerugian pelaburannya itu sudah pun mencecah sehingga RM1.3 bilion. Pelaburan yang mencecah RM1.3 bilion ini saya tengok prestasi semasa TRT Holdings kerugian terkumpul di antara tahun 2008 hingga 2010 Tuan Yang di-Pertua ialah RM361 juta. Rugi lagi bagi tahun lepas sehingga Mei 2011, rugi lagi RM44.1 juta menjadikan jumlah kerugian hampir RM405 juta. Di dalam kertas mesyuarat di antara pengurusan tertinggi FELDA yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mereka sudah pun mengemukakan plan untuk turn around syarikat yang rugi ini akan tetapi memohon lagi suntikan modal sebanyak 30.5 juta duit Kanada. Hampir RM100 juta duit kita. Ini prestasi FELDA Global Venture. Pada masa mereka hendak mengambil alih syarikat TRT Holdings ini, alasannya ialah mereka hendak menembusi pasaran Amerika Utara. Alasannya ialah mereka hendak dapat satu syarikat yang mempunyai jenama antarabangsa. Alasannya mereka hendak memasuki global market. Mereka hendak menjadi pemain global. Akan tetapi apabila saya baca punca rugi ini, antaranya adalah kilang yang dibina itu terletaknya jauh daripada ladang yang akan membekalkan soya bean untuk diproses.

Akibatnya kos pengangkutan menjadi berlipat kali ganda dan didapati bahawa pada masa keputusan untuk membeli itu tidak ada pun kajian pasaran dibuat, lack of market research, dengan izin. Lack of cash resources, mereka tidak cukup duit. Mereka sudah pun labur RM3.1 bilion sehingga tahun lepas rugi sehingga RM405 juta sekarang mereka minta lagi RM100 juta untuk turn around syarikat yang rugi. Ini terlalu menjolok mata pada saya kerana prestasi mereka yang tidak membanggakan itulah kemudiannya diangkat cadangan untuk mereka menjadi vehicle penyenaraian. Apabila saya membaca kertas cadangan penyenaraian dalam FELDA pada akhir penyenaraian jika berlaku Tuan Yang di-Pertua, FELDA Global Ventures yang tidak punya tanah yang rekod pelaburan luar negaranya telah rugi akhirnya akan bernilai RM20 bilion melalui perjanjian pajakan tanah FELDA serah kepada mereka dan mereka ambil 100% hak koperasi peneroka FELDA (KPF) yang dipegang di dalam FELDA Holdings. Pertama 51% saham Koperasi Peneroka dalam FELDA Holdings itu hendak diambil oleh FELDA Global. Kedua, ialah 10 pelaburan dalam syarikat yang dipegang oleh koperasi ini yang mempunyai nilai pelaburan hampir RM929 juta Tuan Yang di-Pertua. Ini juga hendak diambil oleh FELDA Global melalui proses mesyuarat agung luar biasa.

Setakat ini hal ini belum berlaku kerana peneroka berjaya mendapat perintah mahkamah. Saya tidak akan sentuh yang itu. Apa yang saya maksudkan ialah kedudukan FELDA Global Ventures itu yang juga FELDA terpaksa meminjam daripada EPF RM6.5 bilion. Saya baca dalam laporan ini pinjaman FELDA daripada duit EPF jumlahnya RM6.5 bilion yang RM1.8 bilion digunakan untuk tanam semula ladang-ladang sawit dan getah peneroka ini. Maksudnya FELDA Global Venture ini begitu sekali dipupuk, ditatang macam minyak yang penuh tetapi prestasi perniagaan mereka tidak membanggakan. Apabila rugi minta lagi suntikan dana sekarang dia jadi vehicle penyenaraian. Baik, dari sudut FELDA pula Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa perolehan FELDA sepanjang tahun hampir RM2 bilion dan mereka dapat melaksanakan pelbagai aktiviti sosial buat peneroka untuk membiayai peneroka hendak baiki rumah, hendak biaya pengajian anak-anak, bantuan untuk gedung makanan negara. Akan tetapi apabila penyenaraian ini berlaku FELDA akan hanya mengutip bayaran sewa pajakan ke atas tanah 360,000 hektar yang telah diserahkan kepada FELDA Global dan ini akan memberikan pendapatan kepada peneroka FELDA sekitar RM500 juta setahun. Jauh lebih kecil daripada pendapatan ini yang asal RM2 bilion. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama FELDA juga berdepan dengan kes- kes mahkamah di mana FELDA menjadi defendan atau FELDA menjadi plaintif. Dalam semakan saya ada kes melibatkan tuntutan bayaran tanaman semula. Ada kes melibatkan penipuan kadar perahan tetapi itu tidak memeranjatkan sebab itu proses biasa. Yang lebih memeranjatkan Tuan Yang di-Pertua ialah saya petik dokumen mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dalam menghadapi kes Mahkamah FELDA. Saya baca minit No. 7.9 quote “Bagi kes melibatkan kadar perahan minyak atau oil extraction rate di mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan FELDA menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya”. Apa maknanya ini? Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan tinggi FELDA dan arahannya sangat jelas bahawa pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman. Kalau peguam FELDA diberi kefahaman tentang kiraan kadar perahan minyak saya faham. Akan tetapi kalau hakim hendak diberi kefahaman kemudian diberikan pula ayat FELDA mesti menang kes ini, ini bukti campur tangan kehakiman yang sangat jelas... [Tepuk] Ini merupakan satu bentuk dengan izin, judicial manipulation at the highest level kerana membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, ada 20 kes melibatkan FELDA. Saya terkenang kes Karib Mohd Salleh dan 765 yang lain yang menyaman FELDA dan juga FELDA Palm Industries yang kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban. Mereka datang dari FELDA Serting Hilir 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Mereka datang dari FELDA Raja Alias 1, 2, 3 dan 4. Kalau sudah arahan Perdana Menteri menyebut bahawa pastikan hakim diberikan kefahaman, pastikan FELDA menang kes ini apa akan jadi pada nasib Karib Mohd Salleh dan 765 peneroka yang lain? Kes yang kedua melibatkan peneroka saman FELDA ialah kes Rahman Jamri dan 644 yang lain lawan FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn. Bhd. di FELDA Maokil 1, 2, 3 dan 4. Kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Saya bimbang oleh kerana dokumen rasmi FELDA menyebut dengan jelas tentang arahan kepada hakim, saya fikir peneroka ini tidak akan ada peluang untuk menang. Kalau itu berlaku sebenarnya imej dan reputasi FELDA yang akan memasuki fasa penyenaraian juga akan terjejas teruk...

Yang Berhormat Machang.

Ya. Sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang oleh sebab keterlaluan kebencian kepada Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, ungkapan saya tidak tahu sama ada benar atau tidak Perdana Menteri berkata dan difahamkan seperti itu dan mungkin maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lain. Akan tetapi pembangkang dapat sedikit pun telinga memang hendak dipulas habis ini supaya menimbulkan rasa benci campur tangan Ketua Negara, Perdana Menteri dalam kehakiman. Dahulu, itulah tuduhan campur tangan kerajaan kepada kehakiman tetapi apabila seseorang sudah bebas, sudah lepas sudah lain pula bunyinya. Ini sangka buruk, saya

tidak pastilah ayat ini dapat di mana, mesyuarat ini apa maksudnya tujuannya apa? Saya tidak fikir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak campur tangan kepada hakim. Kefahaman kepada hakim itu mungkin agaknya peguam kita mungkin agaknya berilah hujah-hujah yang kukuh. Memanglah dalam perbicaraan semua orang hendak menang. Jadi sebagai Perdana Menteri dia hendak menentukan dalam kes yang melibatkan kerajaan, FELDA sebagai kerajaan dapat kemenangan. Itu normallah kalau kita hendakkan menang. Tidaklah kita boleh tuduh sangka buruk kepada Perdana Menteri. Jadi itu kefahaman saya Yang Berhormat Machang, jangan hendak keterlaluanlah kebencian itu hingga membuta mata kita, telinga kita seolah-olah semua Perdana Menteri ini buruk dan tidak bertindak dengan sewajarnya. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua terima kasih atas pandangan rakan bijaksana saya dari Sri Gading.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, saya pun setuju Yang Berhormat, jangan buat tuduhan Yang Berhormat. Bacakan fakta. lepas itu biarlah Dewan memikirkan.

Baik, saya tidak buat tuduhan. Saya baca sahaja. Saya baca untuk makluman Yang Berhormat Sri Gading, naskhah saya ini ialah Mesyuarat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Pengurusan FELDA, Bil.3/2011, tarikh 20 Jun 2011, tempat mesyuarat ialah Bilik Mesyuarat Aras 4, Bangunan Parlimen Malaysia. Masa mesyuarat ialah jam 3 petang, butiran minit ialah nombor 7.9. Terangkan? Faktanya sebut, saya sebut...

Ya lah tetapi maksud sebenarnya itu wallahua’lam.

Tidak mengapalah saya sebut.

No, no. bagi sayalah...

Ini fakta saya bagi fakta.

Kalaulah tempat, masa okeylah kita terima. Akan tetapi maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mungkin lain.

Baik. Saya baca. Baik, saya ulang, saya ulang. Kalau Yang Berhormat Sri Gading boleh bantu saya untuk takwilkan ayat ini yang membawa maksud lain, silakan. Bagi kes kadar perahan di mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman. Hakim dieja - ”H-A-K-I-M”, apa makna? Janganlah hakim apabila bawa kes hadapan dia, dia pandailah buat soal selidik dia sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, perahan kepada isirung ini kadang-kadang memang ramai orang tidak faham. Sebanyak 16%, 18% selepas itu isirung dia berapa peratus. Jadi maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mungkin, peguam-peguam yang mewakili FELDA buatlah keterangan sehingga boleh faham. Bukan semua orang boleh faham semua perkara. Jadi itu maksudnya. Jadi jangan kita menyangka buruk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia punya secara umum, janganlah kita khususkan. Terima kasih.

Terima kasih, itu satu takwil. Saya pun tidak beza pendapat bab itu. Cuma aneh bunyinya, sebab penekanan ayat itu pastikan hakim. Kalau pastikan peguam FELDA, silakanlah. Sebab FELDA bayar peguam. Akan tetapi hendak pastikan hakim. Hakim adalah cara dia. Kalau macam ini pastikan hakim faham, berapa banyak kes yang berlangsung di negara kita, dalam kes-kes perdagangan dan sebagainya. Adakah seorang Perdana Menteri boleh keluarkan arahan macam itu? Tidak ada. Jadi sebab itulah...

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Machang...

Yang Berhormat Machang, dia tidak mengarahkan hakim, ini dalam mesyuarat. Macam juga kalau kita bicara, peguam kita tentukan bahawa hakim akan menyebelahi, itu kata kita. Sebagai hujah, maknanya kita hendak menang jadi kita kata, “Eh, peguam tentukan hakim menyebelahi kita”. Itu biasalah orang yang berbicara hendakkan menang, apabila saya katakan tentukan hakim menyebelahi kita, saya mengarahkan hakim, tidak. Itu bagai keadaan kita hendak menang. Jadi keputusan hakim itu penting. Jadi saya bercakap, “Eh Yang Berhormat Kinabatangan, tentukan hakim menyebelahi kita”. Bukan maknanya saya bercakap dengan hakim...

Baiklah Yang Berhormat Sri Gading.

Jangan kita bersangka buruk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Berhormat Sri Gading, boleh komen yang itu dahulu? Tuan Yang di-Pertua, dalam sistem demokrasi kita ada tiga cabang. Eksekutif itu ketuanya Perdana Menteri. Cabang judiciary itu Ketua Hakim Negara, dan juga cabang perundangan, kitalah. Baik. Kalau dalam mesyuarat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jadi pengerusi, dan menyebut secara khusus berkenaan dengan perbicaraan kes perahan minyak dan dalam minit rasmi mesyuarat disebut, pastikan hakim dan peguam diberikan kefahaman, pastikan FELDA menang dalam kes ini supaya tidak menjejaskan kes lain, kalau Yang Berhormat Sri Gading masih hendak menegakkan benang yang basah, saya tidak boleh hendak buat apa.

Saya bukan hendak menegakkan benang yang basah. Yang Berhormat Machang hendak menegakkan benang yang basah...

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya hendak bangkitkan ada 20...

Saya hendak memberikan keadilan kepada Perdana Menteri.

Ya keadilan. Biar Perdana Menteri tampil dan jelaskan.

Kita buat kesimpulan mengikut kita punya kehendak.

Dalam sesi penggulungan nanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mendapat floor. Saya akan tunggu Yang Berhormat Sri Gading juga saya harap akan tunggu. Kita minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nyatakan maksud sebenar ayat, ”pastikan hakim faham”. Baik, kalau begitu, kita move kepada satu topik lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Machang boleh saya mencelah.

Sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya minta mencelah tadi sebab saya perlu mengisytiharkan kepentingan saya dahulu sebelum ucap. Sebab saya adalah peguam yang terlibat dalam salah satu daripada dua kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Saya yang failkan kes bagi pihak peneroka di Serting. Saya pun terkejut apabila mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Machang macam mana ayat itu telah dinotakan sebagi minit dalam mesyuarat rasmi di antara di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlibat. Saya setuju bahawa kita mesti mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya akan bawa isu ini kepada Ketua Hakim Negara untuk tindakan yang sewajarnya. Yang saya hendak tambah untuk minta penjelasan daripada Yang Berhormat Machang ini berkaitan dengan aspek penyenaraian tadi yang dihujah oleh

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang telah menyuarakan kebimbangan tentang performance FELDA Global Ventures. Saya setuju, memang macam mana badan ini telah dipilih untuk menjadi peneraju atau badan penyenaraian ini. Akan tetapi isu yang saya hendak bawa di sini untuk pandangan Yang Berhormat Machang tadi Yang Berhormat Machang menyebut 360,000 hektar tanah, ini yang akan menjadi aset besar yang kita jual kepada dunia. Ini saya hendak tanya sebab Pakatan Rakyat bercadang untuk menggunakan sebahagian atau separuh daripada tanah ini untuk diberikan kepada generasi kedua dan generasi ketiga peneroka FELDA yang mereka menunggu. Ada ribuan orang yang tidak ada tanah yang perlukan peneroka seperti generasi asal tetapi tidak ada peluang sekarang. Namun kalau penyenaraian berlaku, tanah ini digadai kepada dunia, kepada pemegang saham yang akan membeli apakah masa hadapan generasi kedua dan ketiga yang berharap untuk menjadi peneroka seperti ayah dan datuk-datuk mereka. Kita perlu ingat pada tahun 1956, FELDA ditubuhkan untuk matlamat murni untuk membuka tanah bagi peluang cari makan oleh peneroka-peneroka. Inilah yang kita buat. Akan tetapi kita nampak FELDA sudah menjadi sebagai plantation manager, plantation owner. Ini akan menggadaikan masa hadapan generasi kedua dan generasi ketiga. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Machang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Subang yang juga merupakan seorang peguam kepada peneroka dalam kes saman FELDA dalam isu penipuan kadar perahan minyak. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya perkara yang dibangkitkan itu adalah perkara yang paling asas bahawa tujuan asal FELDA ditubuhkan oleh Almarhum Tun Razak adalah untuk membantu rakyat yang tidak punya tanah. Hari ini ketika peneroka yang berjumlah hampir 112,000 itu mempunyai tanah dan tanah yang dimiliki mereka ialah berjumlah 450,000 hektar. Bakinya 360,000 hektar lagi tidak dipegang oleh peneroka, tetapi dipegang oleh FELDA. Inilah yang kita maksudkan bahawa FELDA kemudiannya melalui FELDA Plantation dan menyerahkan urusan ladang kepada FELDA Global kemudiannya mengusahakan tanah menjadi pendapatan FELDA tidak kepada peneroka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apabila penyenaraian ini berlaku nanti kepentingan peneroka melalui koperasi peneroka FELDA ini mereka akan hanya seperti diumumkan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mereka akan hanya memegang saham melalui syarikat investment holdings. Bukannya melalui pegangan langsung saham biasa di bawah FELDA Global Ventures. Akan tetapi mereka akan mendapat apa yang disebut sebagai redeemable preference share. Ini pun melalui syarikat pegangan syarikat investment, maknanya apa? Maknanya jika sekiranya Saham FELDA Global Ventures naik, peneroka tidak boleh jual sahan itu untuk keuntungan. Sebab saham mereka dipegang oleh sebuah syarikat investment holding. Itu satu. Yang kedua pegangan mereka adalah dalam bentuk saham yang dipanggil redeemable preferences share. Maknanya mereka hanya boleh menikmati dividen tetapi mereka tidak ada suara, tidak ada hak mengundi seperti pemegang saham biasa. Kalaulah analogi ini boleh saya faham, ini bermakna seorang peneroka yang menukar kereta Proton saga kepunyaannya kepada Proton baru Waja. Memang kereta baru lebih mahal, lebih cantik tetapi peneroka boleh cuma duduk di belakang kereta sahaja, mereka tidak boleh pandu, mereka tidak boleh jual, mereka tidak boleh buat apa-apa. Mereka boleh duduk sahaja. Itu dia. Namun orang luar yang bukan peneroka mempunyai 63% saham di dalam FELDA Global Ventures. Orang luar duduk hadapan dan pandu. Jika pemandu tidak cekap, nasib tidak baik yang mana tadi disebut oleh...

Anak peneroka jadi boslah, duduk belakang?

Duduk belakang tetap duduk belakang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baguslah itu, pleasure. Ada pemandu tidak payah bayar maintenance.

Baik, duduk belakang ya. Maknanya macam Yang Berhormat Tangga Batu bangkitkan tadi dengan kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi. Bermakna kalau pemandu tidak cekap, nasib tidak baik, kereta rosak peneroka yang duduk di belakang kereta pun akan susah. Kalau pemandu hendak jual tayar, hendak jual enjin, hendak tukar pintu, hendak tukar warna, peneroka tidak boleh halang Yang Berhormat Sri Gading, tidak boleh. Akan tetapi duduk belakang jadi tuan... [Ketawa]

Ubah tajuk lainlah, tajuk lain... [Ketawa]

Sila.

Tajuk lain? Okey, sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dah habis dah. Ringkaskan Yang Berhormat, masa itu dah habis dah sebenarnya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya, secara ringkas. Saya teringat nasib yang hampir sama dalam proses penyenaraian saham di pasaran terbuka ini. Saya pernah mengemukakan perkara ini tapi sehingga sekarang ini tidak ada penjelasan. Kita tahu tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah melancarkan satu penyenaraian saham yang mewakili kepentingan negara Malaysia di New York Stock Exchange. Pernah dibuat dan perkara ini sampai sekarang tidak ada penjelasan, tidak ada penerangan, apa nasib, apa kedudukannya terjadi kepada saham yang mewakili negara kita yang tersenarai di sana, Perdana Menteri buat. Kebimbangan ini saya nak bawa, saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Machang. Nampak beria-ia sangat terutama Perdana Menteri untuk meneruskan juga agenda menyenaraikan FELDA Global Ventures ini di pasaran terbuka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kebimbangan ini menyebabkan persoalan ini timbul dan saya rasa Yang Berhormat Machang mungkin ada pandangan nasib yang pernah kita alami, penyenaraian di New York Stock Exchange ini sekarang sampai Dewan melarang soalan ini diberi. Katanya soalan ini tidak boleh ditujukan kerana sebab-sebab bawah P.M 21.(1)(a), tak benarkan soalan ini ditanya dan menerima jawapan. Saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Machang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau dia jawab sekali pun tak payahlah Yang Berhormat. Masa pun dah habis dah sebenarnya Yang Berhormat.

Terima kasih sahabat saya dari Indera Mahkota. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hargai kesabaran Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota kerana proses itu berlaku dalam keadaan yang tidak banyak maklumat untuk kita teliti. Lainlah dengan FELDA ini. Sekurang-kurangnya dalam laporan rasmi ini, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kinabatangan, sahabat-sahabat lama saya ya. Saya tidak akan petik di awang-awangan sehingga dokumen rasmi ini saya baca. Jadi, sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, ketika saya berbahas mengenai tajuk FELDA ini, saya kemukakan fakta sesuai dengan teguran Tuan Yang di-Pertua. Tidak perlu ada innuendo lain dan kita takkanlah nak reka pandangan untuk buat kesimpulan yang bukan-bukan, kita terus kepada fakta kes. Sebab itu dalam perkara yang saya bangkitkan ini saya percaya Parlimen adalah medan yang paling baik untuk kita berterus-terang dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan peneroka seluruhnya. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau rakan saya Yang Berhormat Machang membicarakan soal FELDA, saya mengambil ruang yang sedikit ini untuk membicarakan soal penganugerahan kontrak kutipan sampah di Selangor, di Shah Alam. Bak kata pepatah Melayu, “gajah di depan mata tidak nampak, kuman di lautan boleh kita bicarakan”. Saya ada bukti Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Majlis Perbandaran Shah Alam menganugerahkan 50 kontrak memungut sampah dan melenyapkan Alam Flora dengan menggantikan syarikat-syarikat yang tidak berwibawa. Syarikat-syarikat bersifat kroni, syarikat-syarikat yang ada ini ada yang isteri dapat, suami pun dapat, ada syarikat langsung tidak ada nama pun dapat, ada syarikat tidak ada kenderaan, tidak ada depot pun dapat, akhirnya di outsourcing, di panggil kontraktor lain dan akhirnya terdapat 300 lebih bantahan awam berhubung dengan penganugerahan pungutan sampah di Selangor. Ini pada saya, dia punya mesej, bagaimana Pakatan Pembangkang nak memerintah sebuah negara yang besar ini dalam penganugerahan sebegini pun tidak boleh mereka laksanakan. Saya terbaca portal melalui Free Malaysia Today dan juga antara post dan 1Mall. Kenyataan Yang Berhormat Ronnie Liu, dia kata bahawa penganugerahan ini dilakukan kuat kuasa penuh oleh Menteri Besar, dia tidak tahu menahu. Jadi kalau inilah yang diamalkan, saya dengar mereka berbicara soal rasuah, soal transparensi tetapi yang jelas penganugerahan ini tidak ada transparensi. Ini kroni. Malangnya syarikat-syarikat yang diberi amanah ini tidak pula boleh bertanggungjawab. Sampah tidak diangkut, rakyat marah. Saya bukan menghasut rakyat tetapi rakyat kena lihatlah di mana pasir, mana permata. Mana kaca, mana intan. Jangan lagi tersalah langkah, kalau beginilah akan berlaku. Contoh yang paling jelas. Saya cukup hairan, saya mula-mula mengingatkan amanah yang diberikan kepada pakatan pembangkang di negeri- negeri ini cukup baik. Saya ingin petik sedikit dalam janji-janji pilihan raya mereka iaitu antara lainnya menurunkan cukai pintu, subsidi kepada pengguna air 20 meter padu percuma, memberi bantuan kepada orang-orang tua, cukai lesen perniagaan diturunkan. Yang naik, elaun ahli majlis perbandaran. Empat tahun tiga kali naik. Mula-mula RM750, naik lagi RM1,000, naik lagi RM1,500. Tidak pernah terjadi dalam mana-mana pemerintahan dalam dunia, diutamakan ahli majlis dia. Yang dijanjikan kepada rakyat, kosong. Jadi, kalau orang kampung saya pun, duduk di kampung mungkin boleh berfikir, kerajaan apa yang nak kita bagi amanah ini. Cukup mengelirukan dan mempermainkan sentimen rakyat.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau inilah cerita kerajaan pakatan pembangkang di Selangor, terang dan nyata dia mengkhianati janji- janjinya, berbohong kepada rakyat negeri Selangor. Ini sebenarnya sebuah kerajaan pembangkang, kerajaan PKR yang mengkhianati rakyat Selangor, yang memerintah secara busuk dan keji yang di mana kepentingan sebenarnya tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kerajaan mereka. Dengan itu saya harap rakyat negeri Selangor tolak sekeras-kerasnya pada pilihan raya yang akan datang pakatan pembangkang ini. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Kinabatangan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita serahkan kepada hati bicara rakyat sebab saya percaya...

Laluan sikit ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh, boleh.

Saya pun ikut nasihat daripada Yang Berhormat Sri Gading tadi. Mungkin dia tidak bermaksud begitu... [Ketawa] Mungkin kita boleh takwil dengan maksud lain. Cerita kutip sampah di Selangor dulu, penswastaan oleh Kerajaan Pusat kepada Alam Flora. Adapun yang disebut oleh sahabat saya Yang

Berhormat Kinabatangan, sekarang ini pemilihan kontraktor dibuat oleh kerajaan negeri itu baru bermula 1 Mac baru ini. Di sana sini ada kelemahan, teguran kita terima dan kita hargai tetapi soal ucapan politik bahawa mesti tolak sekeras-kerasnya dan sebagainya itu tak apa, itu kita boleh hadapi secara politik. Soalnya ialah kalau memberi kepada kontraktor-kontraktor baru lain daripada Alam Flora, sudah tentulah mereka ini mempunyai peluang untuk memberikan khidmat. Kalau di sana ada kelemahan dalam perkhidmatan mereka, begitu juga Yang Berhormat Kinabatangan saya tahu mendiami Lembah Klang. Saya juga menerima banyak maklum balas daripada rakyat. Ada kawasan yang sempurna dikutip, ada kawasan yang masih ada kelemahan. Itu tidak jadi keutamaan apa, itu proses yang harus kita baiki tetapi soalnya apa? Soal tuduhan ini diberi kepada kroni dan sebagainya kalau sekiranya ada satu bukti yang jelas dan terang bahawa syarikat ABC enterprise adalah kroni kepada Yang Amat Berhormat, kroni kepada Yang Berhormat dan sebagainya. Saya fikir esok juga kita bersama-sama ke SPRM di Shah Alam. Saya fikir, esok juga kita bersama-sama ke SPRM di Shah Alam. Saya hendak anjur begitu, ya... [Tepuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Itu terserah kepada persepsi rakyat, kita berhadapan... [Dewan riuh][Ketawa]

Yang Berhormat Kinabatangan, laluan sikit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soal tuduhan, soal andaian bahawa ada kroni memang sukar untuk dijelaskan. Akan tetapi dalam papernya jelas bagaimana pemberian lot 14 dengan 23. Suami dapat 14, isteri lot 23, suami isteri. Ada lagi lot zon 50, tidak ada nama syarikat. Dapat juga, yang dipersoalkan oleh rakyat ini kemampuan syarikat yang diberi amanah, langsung tidak berkemampuan tetapi diberi juga, dapat juga. Akhirnya sampah tidak terangkat sebab dia tidak ada kebolehan. Jadi bukankah ini menuju kemunduran namanya? Soal yang lain rasa saya sebab itu saya bicarakan di sini, biar rakyat yang bersikap waras di luar sana melihat sejauh mana dakwaan saya ini. Saya juga menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah masuklah siasat dakwaan orang awam ini sebab terdapat dakwaan...

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh saya cadang esok pukul 11.30 pagi kita ke SPRM. Kita ramai-ramai pergi, boleh?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak apa, orang ramai akan pergi.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Okey, set pukul 11.30 ya? Pukul 11.30, okey terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang ramai akan pergi, mencapah dan ramai NGO-NGO pergi yang tak senang hati dengan keadaan yang sebegini.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Esok kita pergi sekali ya, Yang Berhormat Kinabatangan terima kasih. Esok pukul 11.30 Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani pergilah.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Di luar Parlimen, di luar Parlimen. Esok 11.30.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Sungai Petani, pergilah.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Sekalilah.

Tidak, you bawalah, bawalah...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Banyak sudah NGO hendak pergi membuat laporan.

Terus scan, terus scan, bawa.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Sekalilah, sekali, bawa dokumen sekali, bawa dokumen.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pergi atau tidak pergi semua tidak penting. Suara saya yang penting.

Okey, tidak apa. tidak menghalang. Teruskan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua...

Sedikit bagi laluan sedikit Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Machang bercakap kita hormat. Saya bercakap terlampau banyak, bising.

Boleh, boleh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Isu dia lebih kurang.

Okey, sikit laluan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dakwaan, dakwaan saya tidak bagi laluan, minta maaf.

Sikit, sikit laluan, sikit sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dua sudah saya bagi, masa saya sudah habis.

Sikitlah, bolehlah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak, masa tidak ada, masa tidak ada. Jadi, kalau boleh...

Bukan bahawa Ahli Majlis yang..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi ini.

Lain kapasiti daripada yang dahulu. Yang dahulu..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduklah Yang Berhormat.

Ahli Majlis itu..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti Yang Berhormat bercakap, belasahlah.

Tidak boleh, saya hendak jawab ini. Tidak boleh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu sebabnya saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, janji pilihan raya cukup baik. Memberi rumah kepada seluruh rakyat negeri Selangor, memberi bantuan kepada muda mudi yang hendak mendirikan rumah tangga. Rupa-rupanya yang dinaikkan elaun Ahli Majlis... [Ketawa] Empat tahun, tiga kali.

Okey, saya hendak minta laluan yang ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita hendak naikkan elaun Dewan Rakyat kita, dia kata tidak boleh. ADUN Selangor, boleh. Saya cukup..

Sedikit laluan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Hairan dalam dunia moden pada hari ini masih banyak kelompok, masih banyak puak yang berfikiran sedemikian.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Lenggong.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey..

Oh, takut sikit dengan Ampang ya?

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ampang takut ya?

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingat kenapa berlaku banyak masalah di majlis perbandaran tempatan ini kerana mereka tidak tunai janji. Dahulu kata hendak buat pilihan raya majlis kerajaan tempatan. Tidak buat pun sampai sekarang. Satu Yang Berhormat, hari ini kita dengar di Selangor, huh! Banyaknya hotel bajet. Banyak sungguh, berleluasa rumah urut. Banyak pula dengan mudah untuk mewujudkan kedai-kedai minuman haram ini. Akan tetapi yang membimbangkan kita Yang Berhormat, bila banyaknya hotel-hotel bajet, kita dilaporkan ada kanak-kanak sekolah dia berkongsi wang. Kalau hotel bajetnya RM100, dia kongsinya sama kawan-kawan dan mengikut jam mereka menggunakan premis tersebut. Ini bahaya... [Dewan riuh][Ketawa] Apakah kerajaan negeri tidak tahu perkara ini Yang Berhormat? Minta pandangan Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Macam tahu ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Lenggong, inilah sebetulnya yang kita berhadapan dengan situasi yang sebegini di Selangor. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan isu penganugerahan pengangkutan sampah ini sebab saya dimaklumkan penganugerahan ini apabila diambil daripada Alam Flora iaitu untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi ruang yang secukup baik kepada pengguna. Akan tetapi harga yang ditawarkan bukan rendah, tinggi daripada apa yang ada dahulu. sudahlah tinggi, tidak apa sebab rakyat akan membayar kepada servis yang baik. Sudahlah harga tinggi, perkhidmatannya lagi teruk daripada yang dahulu. Rakyat tidak boleh tidur lena. Tidak boleh hidup selesa, menghidu bau sana, bau sini. Ini pada saya merupakan satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri secara tidak wajar. Ini seharusnya dibincangkan oleh Yang Berhormat Machang. Bagi pandangan kepada Yang Berhormat Menteri Besar bahawa kalau kita mahu mengekalkan pemerintahan, kita kena adil kepada rakyat. Akan tetapi Yang Berhormat Machang cerita soal FELDA yang lapan orang sahaja membawa ke mahkamah sedangkan majoritinya seramai 112,000 ahlinya, lapan orang sahaja yang membawa ke mahkamah. Pada saya, tindakan lapan orang ini mensabotaj peluang masa hadapan orang Melayu dan bumiputera untuk mempertingkatkan ekuiti ekonomi mereka. Jadi kita berpolitik, berpolitik juga, akan tetapi kita kena fikir masa hadapan bangsa kita, negara kita...

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Machang masa sudah habis ini Yang Berhormat Machang. Setengah minit, boleh... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sahabat lama saya Pemuda UMNO Malaysia dahulu, memang garang macam ini juga tetapi saya tahu hati dia baik. Oleh sebab itu saya yakin dia tidak akan menolak pelawaan Yang Berhormat Sungai Petani untuk esok jam 11.30 pagi kita jumpa di SPRM Shah Alam. Tempat aduan itu di tingkat 7, saya pernah pergi sudah. Jangan bimbang, selamat sebab tingkap sudah ada gril. Jangan rasa, jangan takut. Itu yang pertama. Yang Berhormat Kinabatangan boleh terus sebut benda itu ya. Soal umpamanya teguran bahawa prestasi syarikat ini tidak memuaskan. Saya sebut tadi ada daerah yang baik pelaksanaannya, ada daerah yang kekurangan pelaksanaannya. Apa yang penting ialah proses memilih itu dilakukan secara terbuka, bukan main tangkap muat pilih bagi kepada kawan-kawan. Itu perkara yang saya hendak sebutkan kepada rakan-rakan saya daripada Kinabatangan. Oleh sebab sekarang kebetulan Yang Berhormat Kinabatangan, serentak dengan sidang Parlimen kita ini adalah sidang Dewan Negeri Selangor. Adalah baik kalau sekiranya Yang Berhormat Kinabatangan dapat beri kepada Yang Berhormat Satim Diman,

Ketua Pembangkang di Selangor. Ketua Pembangkang ya Yang Berhormat Sri Gading. Selangor bukan kerajaan pembangkang, Kerajaan Pakatan Rakyat. Orang yang pembangkang di Selangor itu ialah Barisan Nasional... [Dewan riuh] Ketua Pembangkangnya Yang Berhormat Satim Diman. Serahkan, alangkah baiknya sebab di sana dia akan dapat beri jawapan sepenuhnya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak menyamakan Dewan Undangan Negeri dengan Dewan ini. Oleh sebab itu saya gunakan ruang Dewan ini. Saya berbicara kenapa ada unsur-unsur kroni. Terdapat satu syarikat diberi empat zon iaitu Syarikat Hebat Abadi. Hebat betulkah dia ini? Syarikat inilah yang dikenal pasti gagal menunaikan tanggungjawab dia, memberi perkhidmatan mengangkat siapa? Akan tetapi nama dia Hebat Abadi...

Hebat betullah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang, jadi nampak-nampak jelas, memang orang rapat menteri besarlah yang dapat ini sampai empat. Dia punya bidaan pun tinggi tetapi dibagi juga. Jadi ini orang kata, “sudah gaharu, cendana pula, sudah tahu, bertanya pula” Memang jelas bahawa unsur-unsur rasuah itu memang ada dan perlu penyiasatan. Jadi melalui ucapan saya pada hari ini, pegawai-pegawai agensi berkenaan maklumkan dengan Suruhanjaya Anti Rasuah kita, selidik persoalan ini. Apakah kuasa-kuasa mutlak ini tidak lagi ada batasan dia sehingga boleh menentukan? Kalau rakan saya daripada Hulu Selangor dapat, tidak apa. Saya senang hati juga... [Ketawa] Ini orang lain. Rakan saya berhujah begini hebat dalam Dewan tidak dapat.

Ya, orang lain dapat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu saya sakit hati!.. [Ketawa] Cubalah bagi. Kalau Parlimen pun tetapi saya tahu dia tidak akan tanding. Dia akan jadi moderator dalam parti dia untuk menentukan kemenangan calon-calon lain. Mungkin dia akan dapat habuan lebih besar daripada apa yang jadi wakil rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sambung Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah pukul 1 Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya sambung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada 15 minit lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan Dewan pada sesi pagi ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ya sila Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin meneruskan hujah saya dan sebentar tadi saya menerima beberapa panggilan daripada pengguna-pengguna yang tinggal di Selangor. Antaranya di kawasan Teknologi Park Sunway, Damansara dan tiga bulan sampah tidak diangkat. Ada yang terpaksa mengangkat sendiri, banyak yang membuang di tepi-tepi. Jadi ini merupakan pada saya satu musibah yang dicetuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Ternyata pemerintahan yang baru ini gagal untuk membangun rakyat. Sedangkan kita tahu mereka menubuhkan SELCAT satu badan yang memantau ketelusan untuk memberi panduan dan pandangan. Kalau dahulu rakyat boleh tahu asal tidak angkat sampah maka Alam Flora tetapi sekarang ini terlampau bercampur-baur kontraktor tidak tahu siapa yang buang sampah, tidak tahu siapa yang angkat sampah. Jadi ini merupakan keresahan dan kesusahan. Ini masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Selangor. Berhadapan dengan fenomena yang amat menggerunkan sebab sampah ini merupakan cetusan untuk kesihatan.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Yang di- Pertua, boleh saya jawab?

Yang Berhormat Tangga Batu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya bagi saya bagi.

Terima kasih...

Lepas ini Yang Berhormat Tangga Batulah Yang Berhormat Kinabatangan. Saya pun hendak cerita sedikit fasal Kerajaan Negeri Selangor ini. Pagi tadi saya cerita fasal anak yatim jadi ini Yang Berhormat cerita fasal sampah... Oh, okey.

Terima kasih. Adakah Yang Berhormat tahu yang perkara pemberian pengutipan sampah ini dibuat secara tender terbuka, satu. Kedua, kalau benar benda itu yang dinyatakan yang tiga bulan itu maknanya saya akan pantau dan saya akan beri secara bertulis kepada dia. Ketiga, saya rasa kalau ada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang kita mempersilakan Yang Berhormat untuk mengemukakan supaya kita dapat tangkap mereka-mereka yang bersalah dan menyalahi undang-undang. Kerajaan negeri ada peruntukan jika Yang Berhormat tidak cukup dana untuk membiayai pembayaran peguam-peguam dalam perkara ini. Bukan sahaja boleh bercakap dalam Parlimen ini. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey saya bagi Yang Berhormat Tangga Batu serentak baru saya jawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah kali pertama saya tengok saya dengar Dewan Rakyat berbunyi macam Dewan Undangan Negeri. Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi itu saya boleh bersetuju. Ini kerana saya juga mempunyai saudara mara yang tinggal di kawasan yang sama yang merungut. Bukan sahaja sampah yang menyakitkan mata bahkan bau yang cukup mencucuk hidung mereka yang menjadikan kualiti hidup langsung tidak ada di kawasan itu. Kerajaan negeri pula kita dengar sendiri Menteri Besarnya sebut tadi baru hendak tengok proses kalau ada mengadu dan sebagainya. Kita bercakap tentang kualiti kehidupan Yang Berhormat Kinabatangan. Pagi tadi bagaimana sekumpulan anak yatim dianiayai, rumah anak yatim yang diserah dengan baik tiba-tiba tidak diurus oleh kerajaan negeri. Buruk betul keadaan pengurusan dan pentadbiran negeri Selangor pada hari inilah saya lihat Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat kedua-dua. Yang Berhormat Bandar Tun Razak, saya cukup sedihlah apabila seorang Eksekutif Negeri menyatakan baru hendak memantau. Sebanyak 300 lebih aduan, aduan

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

rakyat baru hendak pantaukah? Saya cukup hairan dan mengikut blog yang saya baca tiga blog hampir sama dia punya kenyataan iaitu blog ini ucapan Yang Berhormat Ronnie Lew. Dia kata, “Semua penganugerahan ini diputus oleh Menteri Besar sendiri.” Melalui blog Malaysia Today saya nampak, One Mall pun begitu dan antara post pun begitu kenyataan Yang Berhormat Ronnie Lew. Bermakna kedua-dua Yang Berhormat ini tidak sehaluan. Lain dia punya...

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta maaf Yang Berhormat ini saya jelaskan dahulu tadi saya sudah bagi peluang. Jadi kalau Yang Berhormat rasa baru hendak memantau tahniahlah kepada kerajaan negeri yang lemah begini. Sudah terjadi malapetaka baru hendak memantau. Bercakap soal rasuah konon transparent, konon telus tetapi itulah orang tua-tua kata, pepatah Melayu, gajah depan mata tidak kita nampak, kuman nun jauh di lautan kita nampak. Jadi itulah antara lain terserahlah kepada rakyat di Selangor menilai mana kaca, mana permata. Sama ada hendak mengekalkan kerajaan yang sedia ada di Selangor yang mendatangkan banyak musibah, mendatangkan banyak kemunduran. Apa yang naik saya cakap tadi...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ahli Majlis dia yang naik.

Boleh...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dalam empat tahun tiga kali naik.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu rasa saya terlampau ..

Boleh bagi Keadilan untuk menjawab?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya pun ada 20 minit lagi jadi tidak boleh lagilah saya bagi.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sedikit sahaja sedikit sahaja.

Tidak, mestilah ada keadilan kalau tidak ada macam mana...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Inilah akibat bila diberikan kepada Kerajaan Persekutuan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Di Dewan Undangan Negeri Yang Berhormat cakaplah.

Penjelasan, penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu beralih Yang Berhormat.

Sahabat penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri Besar bolehlah jawab di Dewan Undangan Negeri bersidang esok. Saya mewakili rakan-rakan saya di Selangor membawa nasib rakyat yang teraniaya. Jadi peranan saya di sini membawa nasib rakyat Malaysia di Selangor yang teraniaya, yang dianiayai oleh kerajaan negeri, dijanjikan dengan harapan yang tinggi, janji-janji kosong...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Janji-janji pilihan raya..

Yang Berhormat Kinabatangan penjelasan, penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Ahli-Ahli Yang Berhormat semua faham semua tahu peraturan mesyuarat. Jika seseorang ahli sedang berhujah kalau seseorang ahli ingin mencelah, kalau ahli yang sedang berhujah itu sanggup untuk memberi laluan bolehlah saya benarkan. Jadi itu semua faham. Dua, kalau seseorang itu atau ahli sedang berhujah janganlah seorang ahli terus bercakap sahaja. Ini kerana Ahli-Ahli Yang Berhormat sudah cukup penat saya memberi amaran-amaran.

Tuan Yang di-Pertua

Kadang-kadang Ahli Yang Berhormat tidak dapat kontrol emosi sehingga perkataan-perkataan yang kurang sopan didengar tercetus. Selepas itu sampai di luar berpeluk-peluk, buat apa? Janganlah buat begitu kerana kadang-kadang tindakan kita, kita kesal selepas itu tidak – benar, saya perkara-perkara begini jangan timbul. Sila teruskan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Confine to the speech. Jangan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi setakat itulah isu pungutan sampah di Selangor yang telah diperlakukan oleh kerajaan negeri sehinggakan rakyat ramai yang menderita, ramai yang tidak selesa. Jadi mudah-mudahan rakyat di Selangor boleh memikirkan mana yang terbaik untuk masa depan negeri mereka. Saya beralih kepada kolaborasi MAS dan AirAsia. Tuan Yang di-Pertua, saya cukup sedih bagaimana kolaborasi ini apabila MAS rugi dekat RM2 bilion tetapi AirAsia pula untung RM500 juta! Saya mendapat sedikit maklumat. Rupa-rupanya kolaborasi ini telah dimanipulasikan oleh AirAsia itu sendiri sebab pelantikan plane consultantnya iaitu Master Cornor McCarthy selaku MD MAS. Dia ini founder AirAsia, dia juga Board Director AirAsia. Mana adil! Ini bermakna kerajaan telah ditipu oleh AirAsia – diperbodohkan, dipermainkan melalui Khazanah. Oleh sebab itu saya minta SPRM siasat Ahli Lembaga Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar ini – dia master mind! Dia yang merugikan duit kerajaan, duit rakyat. Kenapa tidak disiasat? Dalam masa yang sama bukan sahaja dia. Shane Nollan, Acting Commercial Division Director – Director AirAsia, sekarang di MAS. Rozman Omar, CFO juga director AirAsia. Azhari Dahlan – Head of Engineer juga Director AirAsia, Norsyahida – Head of Service Communication, anak buah Maradom juga Director AirAsia. Saya mahu mintalah kerajaan agar batalkan kolaborasi ini dengan serta-merta sebab MAS menanggung banyak kerugian daripada kesilapan demi kesilapan dan kesilapan inilah yang akan memusnahkan harapan rakyat.

[Menyampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sama lebih kuranglah. Sama dengan Selangorlah! Apa lagi? Saya konsisten Yang Berhormat. Jangan takut, I am not like you. Bukan macam Yang Berhormat, talam dua muka. [Ketawa] Jadi saya mintalah kolaborasi seumpama ini dibatalkan dan Khazanah gantilah dia punya board of director sebab sudah terlampau lama. Tan Sri Azman Mokhtar ini. Dia yang menjadi dalang yang menghancurkan. Khazanah membuat investment di sana sini dan bukan semua investment menguntungkan, banyak yang rugi. Rugi kerajaan yang tanggung. Untung dia kaya raya. Dia dapat bonus. Gaji tidak tahu berapa puluh juta, berapa puluh ribu, elaun dan sebagainya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta jalan boleh?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sila, sila.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan bahawa beliau sedar atau tidak masalah MAS ini bukannya sekarang sahaja. Ia bermula dari tahun 2002. Pada masa itu Tan Sri Md Nor Md Yusof adalah MD kepada MAS. Pada masa itu beliau melantik sebuah syarikat Bina Fikir Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan Mohammed Rashdan bin Yusof dan

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

kemudiannya apa yang berlaku? Mereka melancarkan satu projek Widespread Assets Un- Bundling yang juga also known as WAU di mana mereka jual MAS Catering kepada siapa? Adik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada masa itu. Sebaliknya MAS pula menandatangani satu perjanjian untuk 25 tahun dengan syarikat yang dimiliki oleh adik bekas Perdana Menteri pada masa itu. Apa yang lebih penting pada tahun 2003, Mac, Tan Sri Md Nor ini telah menjual Kompleks MAS di Sepang yang consist of 32 bangunan yang dibina oleh wang MAS. Beratus-ratus juta ringgit jual kepada satu syarikat yang bernama Asset Global Network Sdn. Bhd. Kemudiannya MAS pula menandatangani satu lease agreement dengan Asset Global Network ini dengan berapa tahun? 57 tahun dengan list harga sewaan setahun berapa? RM78.8 juta setahun. Yang Berhormat sedar atau tidak? Sekarang siapa yang menjadi ketua di Khazanah Malaysia? Tan Sri Azman Mokhtar! Siapa yang menjadi ketua di MAS? Rashdan! Sekarang mereka melantik Plane Consult. Ini adalah siapa? Managing Directornya Master Cornor McCarthy ini ialah siapa – MD kepada Plane Consult dan juga Director of AisAsia. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju di atas maklumat. Oleh sebab itu saya katakan kalau ada perkara yang sebegini kita siasatlah. Kita tidak boleh menegakkan benang yang basah seperti yang berlaku di Selangor. Saya sendiri kalau Khazanah atau mana-mana syarikat yang dimiliki oleh orang tertentu tetapi ternyata merugikan rakyat, maka saya menggesa Suruhanjaya Anti Rasuah kita siasatlah. SPRM siasatlah betul-betul. Jangan biarkan perkara sebegini berlaku sebab merugikan bangsa kita, negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit masa yang ada, saya hendak bawa masalah di kawasan saya. Pertamanya baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kerja Raya telah ke Sabah.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan. Saya beri tiga minit lagi. Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan)

Tiga minit cukup banyak Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Iaitu ke Sabah mengumumkan naik taraf jalan Sandakan-Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu. Jadi rata-rata pengguna di Sandakan amat berbesar hati dan saya mahu tindakan ini disegerakan. Kalau tidak bermakna kita ini tidak mahu menunaikan janji. Jangan kita macam kerajaan pembangkang tidak tunaikan janji. Apabila kita sudah umumkan maka Yang Berhormat Menteri kena laksanakan. Keduanya, pewujudan Sekolah Menengah Kampung Paris dan Sekolah Menengah Kampung Entilibon. Dahulu sudah diumumkan lulus dalam Rancangan Malaysia baru-baru ini tetapi ternyata belum ada lagi apa-apa tindakan yang diambil. Ini merupakan satu keperluan di kawasan saya. Seterusnya iaitu mesin slot haram yang berleluasa di Sabah terutama sekali di Sandakan. Saya telah menyuarakan beberapa kali tetapi tidak juga ada tindakan. Ada tangkapan kecil-kecilan tetapi selepas itu membangun lagi berpuluh-puluh. Jadi saya meminta pihak polis kalau tidak boleh daripada Sabah datanglah polis daripada Bukit Aman.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya.

Fasal mesin slot.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tinggal satu... [Ketawa]

Tidak mengapa. Banyak, cukup banyak itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat berminat dengan tajuk ini kerana masalah ini bukan hanya berlaku di Kinabatangan bahkan dapat dirasai sehingga ke Tangga Batu. Dahulu di negara jiran kita, Indonesia, pernah mengalami peristiwa yang sama tetapi arahan oleh Ketua Polis seluruh Indonesia mengatakan kalau ada sahaja kegiatan judi di dalam satu kawasan, maka ketua polis daerah itu akan diberhentikan. Jadi arahan itu sebenarnya memberi kesan yang baik sehingga tidak ada lagi tempat-tempat perjudian di Indonesia, Yang Berhormat Kinabatangan. Apa kata kalau kita menggunakan prinsipal yang sama?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya masukkan ucapan Yang Berhormat sebagai ucapan saya sebab ini cadangan yang baik. Jadi mintalah pihak penguat kuasa polis buatlah kajian. Buatlah tindakan sebab aktiviti seumpama ini banyak menghancurkan masa depan masyarakat Malaysia yang berada di Sandakan khususnya. Yang terakhir, saya juga menyentuh iaitu bilakah kerajaan mewujudkan IPD Kinabatangan dan juga Balai Polis Tongod sebab yang diuar-uarkan oleh kerajaan akan membina – tidak juga. Saya cukup hairan. Minta penjelasan dari kementerian bila IPD Kinabatangan dan Balai Polis Tongod diwujudkan? Terakhirnya, saya meminta Kementerian Luar memberi penjelasan sebab dalam satu portal menyatakan ini perakuan daripada Kerajaan Israel sendiri iaitu mereka sehingga ke hari ini menahan 8,000 kanak- kanak Palestin yang mereka culik daripada tahun 2002.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sehingga sekarang masih dalam tahanan mereka, diculik di Gaza dan sebagainya. Jadi, sejauh mana peranan Malaysia ke arah membawa isu ini ke PBB supaya Israel tidak boleh dibiarkan bermaharajalela. Mereka menahan 8,000 kanak-kanak yang membesar dalam penjara sehingga pada hari ini supaya dapat diambil satu tindakan yang wajar. Jangan hanya PBB pandai memanipulasi keadaan dan peranan Kementerian Luar Negeri ke arah memastikan keharmonian dan juga kemakmuran sejagat itu dapat diberi jaminan. Tuan Yang di-Pertua, tidak sampai tiga minit. Terima kasih, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian untuk membahas usul ke atas Titah Ucapan Diraja. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyampaikan ucapan tahniah yang ikhlas ke hadapan ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru bagi kali yang kedua. Semoga ini di bawah pemerintahan Baginda, negara Malaysia akan bertambah maju, makmur dan aman. Berasaskan pengalaman lepas Baginda, saya percaya Baginda bertambah matang untuk memimpin negara dan kerajaan harus mendapat faedah dari pengalaman Baginda untuk memerintah negara. Masalah-masalah yang dihadapi negara walaupun pelbagai, namun corak dan bentuknya sama. Jika dahulu Baginda dihadapkan masalah perpaduan rakyat dan sistem pengurusan ekonomi negara yang sama yang bermasalah. maka sekarang Baginda terpaksa menanggung masalah yang sama. Walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan oleh banyak pihak, kami DAP menjunjung kasih untuk terus mempertahankan sistem Rukun Negara termasuk kedaulatan Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertuah kerana sempat bersemayam di Istana Negara yang baru yang tersergam indah di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Saya menyokong cadangan kerajaan untuk menjadikan bekas Istana Negara yang lama sebagai sebuah muzium Yang di-Pertuan Agong kerana setiap Sultan dan Raja ada Muzium Diraja di negeri masing-masing termasuk Memorial Perdana Menteri tetapi sebuah muzium untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong masih belum ada lagi. Saya percaya muzium ini mampu menarik ramai pengunjung termasuk para pelancong asing datang melawat. Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan Diraja telah menyentuh banyak bidang tetapi kesemua menjurus ke arah pilihan raya untuk memberi kekuatan kepada Kerajaan Barisan

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Nasional. Salah satu ialah hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik. Projek terkini ialah projek MRT yang bermula dari Sungai Buloh ke Kajang yang mana jajarannya akan melalui sebahagian besar dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rakyat menerima projek ini tetapi mereka mengadu mengapa projek yang sentiasa digembar-gemburkan ini enggan melaksanakan dua perkara. Projek pembinaan jajaran dan sistem MRT atas tanah dan di bawah tanah akan mengadakan 31 stesen. Antaranya Pasar Seni, Warisan Merdeka dan Bukit Bintang Sentral. Jajaran antara sistem ini akan menyebabkan pengambilan tanah milik persendirian seperti Jalan Sultan, Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, sejak mula dilancarkan projek MRT telah menerima bantahan pemilik-pemilik tanah dan bangunan di Jalan Sultan dan Jalan Petaling kerana ia menyebabkan bangunan berwarisan yang lebih usia 100 tahun ini akan diroboh. Jika jajaran melalui bawah tanah Jalan Sultan atau Jalan Petaling, kemungkinan besar bangunan berwarisan ini akan runtuh oleh kerana struktur bangunan berusia 100 tahun ini tidak boleh tahan gegaran jika mesin korek bawah tanah bangunan ini. Saya ingin tahu, bolehkah kerajaan memberi jaminan bahawa bangunan berwarisan ini tidak akan runtuh dan akan kekal seperti bangunan asal. Saya amat kecewa bahawa Ketua Pegawai Operasi MRT seumpamanya tidak memandang berat bantahan para pemilik, khususnya sehingga kini satu laporan kajian impact social yang sangat penting tidak dibuat. Kesannya boleh membawa malapetaka kepada para peniaga di Jalan Sultan dan Jalan Petaling walaupun berkali-kali minta mengumumkan laporan kajian impact social ini pun tidak dapat dijawab. Ini menunjukkan ketidakbertanggungjawaban seorang CEO, tidak peduli rayuan-rayuan pemilik bangunan. Sepatutnya mengadakan kajian di tapak yang melibatkan perjumpaan dan lawatan ke atas orang ramai dan penduduk seperti mengakibatkan kesan gangguan bising atau kebersihan atau alam sekitar, kesesakan lalu lintas yang timbul dan perniagaan akan terganggu dan lain-lain. Di Jalan Sultan dan Jalan Petaling, tindakan mengambil tanah milik persendirian dan perbicaraan kadar pampasan sedang berjalan. Walaupun pihak MRT Co. menyatakan mengambil tanah tidak akan dilakukan. Mengapa KPTG terus memberi notis kepada pemilik tanah, datang mengemukakan pampasan dan laporan bernilai bangunan. Ini haruslah dihentikan. Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya ingin menegaskan cadangan saya bahawa jajaran atau laluan MRT antara stesen Pasar Seni ke Warisan Merdeka, Bukit Bintang Sentral hendaklah diubah dan dialihkan ke jajaran baru yang akan memberi beberapa kebaikan. Jajaran itu hendaklah diubah dengan melalui Jalan Tan Cheng Lock dari Pasar Seni ke Plaza Rakyat kerana di situ terdapat integrasi sistem rel dan pengangkutan awam yang lain. Dengan secara tidak langsung, langkah pengambilan tanah ini di Jalan Sultan akan terbatal dan tidak perlu bayaran ganti rugi dan juga dapat mengelakkan kesesakan di Jalan Hang Tuah dan Jalan Hang Jebat yang berlaku pada setiap hari. Secara tidak langsung projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sekarang boleh dipulihkan dan diteruskan. Jajaran ini lebih pendek jaraknya ke Bukit Bintang Sentral dan kos projek MRT dapat dijimatkan berbanding dengan projek melalui Warisan Merdeka di Jalan Hang Jebat. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadikan projek pembinaan jajaran MRT yang lebih selamat, jimat dan terhormat, maka saya mencadangkan bahawa: (i) kajian dan penilaian impact social hendaklah dilaksanakan sebelum projek dijalankan; (ii) jajaran antara Pasar Seni dan Bukit Bintang Sentral hendaklah diubah dengan memilih laluan Jalan Tan Cheng Lock ke Plaza Rakyat sebelum ke Bukit Bintang Sentral. Tuan Yang di-Pertua, mengikut pelan yang asal ialah MRT stesen di Bukit Bintang ialah di Bukit Bintang Barat dan Timur. Ini pelan yang asal. Akan tetapi telah diubah kepada stesen Bukit Bintang Sentral. Jika projek ini berlaku di Sentral Bukit Bintang, saya rasa ini akan mendapat kesan yang buruk oleh kerana lima hingga enam tahun projek ini akan dilaksanakan. Kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Bintang akan terjejas dan peniaga di kawasan sekitar Bukit Bintang ini juga akan terkorban. Oleh kerana pada tahun 2002 bila Jalan Bukit Bintang ditutup hanya satu hari sahaja, peniaga di sekitar kawasan Bukit

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Bintang telah terjatuh 50% perniagaannya, hanya satu hari sahaja. Ini selama tiga bulan dijalankan tetapi kerajaan telah buka balik jalan oleh kerana terdapat kesan yang buruk.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kawasan Bukit Bintang Sentral salah satu tempat landmark di Kuala Lumpur ini, jika projek ini mula pada lima hingga enam setengah tahun, saya rasa Bukit Bintang akan jadi satu tempat yang dihantui, pelancong-pelancong tidak akan datang ke tempat itu. Ini akibatnya saya rasa, kerajaan seharusnya ada satu kajian impact social terhadap stesen ini oleh sebab ramai peniaga di kawasan itu salah satu tempat yang menarik banyak pelancong dari luar negara. Tentang MRT Co yang ambil tanah seperti Damansara One Utama dan tidak patut berlaku oleh sebab mengambil tanah termasuklah Damansara Utama dengan jumlah lapan ekar tanah di Damansara One Utama. Oleh kerana tiga ekar untuk jadi stesen, lima ekar untuk jadi medan kereta. Ini tidak patut dilakukan oleh kerana selama ini jika mana-mana negeri di Singapura atau Hong Kong, keperluan tanah diambil oleh kerajaan tetap untuk jadi stesen atau laluan rel sahaja. Tidak seperti MRT mengambil tanah berjumlah lapan ekar di Damansara One Utama, satu kelakuan yang tidak boleh diterima dan terlampau seperti mana yang dikatakan dengan izin, day light robbery, seperti lanun di Somalia di Teluk Latin yang merompak kapal-kapal saudagar di kawasan itu. Inilah satu keraguan yang harus diberhentikan untuk memastikan bahawa kerajaan ialah satu kerajaan yang adil dan saksama. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan di sini satu projek Taman Dusun Bandar dalam bandar raya Kuala Lumpur terletak di atas sebidang tanah berkeluasan 7.7 hektar, tapak bekas kampung setinggan Kampung Delima di Jalan Pelangi, belakang Istana Negara yang lama. Selepas semua setinggan berpindah ke PPR Seri Alam pada akhir tahun 2004, DBKL telah merancang untuk menjadikan tapak tersebut sebagai Taman Dusun Bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan seratus jenis pokok buah-buahan. Sejumlah wang RM17.2 juta telah diperuntukkan dan kontraktor bernama Zikhtar Associates Sdn. Bhd. telah dilantik untuk membangunkan kawasan ini menjadi dusun buah- buahan. Kontraktor ini hanya mahir dalam landscaping tetapi tidak mahir dalam penanaman dusun buah-buahan. Apa yang terjadi setelah kerja ditawarkan kepada kontraktor ini, mereka telah membelanjakan banyak wang untuk kerja-kerja tanah hanya RM600,000 dibelanjakan untuk menanam pokok buah-buahan. Sekarang setelah hampir tujuh tahun berlalu, kita masih belum nampak pokok- pokok buah-buahan yang mengeluarkan hasil. Keadaan tanah masih mendukacitakan, terbiar semacam tidak terurus. Kontraktor ada memohon peruntukkan tambahan RM8 juta lagi untuk menanam pokok buah-buahan tetapi pihak DBKL tidak berpuas hati dan enggan mengeluarkan peruntukan malah bercadang untuk menguruskan sendiri. Inilah hasil kerja pembangunan jika diberi kepada mereka yang bukan ahli atau pakar, membazir, terbiar semacam terbengkalai dan mendukacitakan. Projek yang pada mulanya untuk menarik kedatangan pelancong ini tersadai. Kini kita hendak salahkah siapa jika projek yang dirancang dengan betul dan diberikan kepada tangan pakar pertanian, saya yakin projek ini boleh berjaya dan menampakkan hasilnya sekarang. Malangnya projek ini diserahkan bulat-bulat kepada kontraktor yang memajukan tanpa seliaan awal sejauh mana pakar pertanian terutama di bidang menanam pokok buah- buahan telah diambil nasihat dan ditugaskan. Saya ingin bertanya, apakah langkah penyelesaian yang segera sekarang? Adakah dibiarkan sahaja seperti projek-projek DBKL yang terbengkalai yang lain seperti projek Plaza Rakyat. Banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur pada 8 Mac 2012. Hujan turun berterusan dua jam. Di Lembah Klang dan banyak kawasan dalam Kuala Lumpur mengalami banjir kilat. Bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi banjir menyebabkan kesesakan lau lintas yang panjang dan berjam-jam di banyak jalan sehingga ada pekerja-pekerja yang terpaksa berpatah balik ke rumah kerana tidak boleh pergi ke pejabat setelah berjam-jam tersepit dan bersesak. Ada pihak berkata jika terowong SMART tidak ada, banjir lagi bertambah teruk. Kita telah berpengalaman menghadapi banjir kilat selama bertahun-tahun. Cerita lama berulang lagi, salah menyalah antara satu sama lain. Apa yang kita tidak belajar dari

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

pengalaman banjir lepas ialah tidak ada pelan tindakan segera mengatasi banjir dan mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh sebab itu rakyat kurang mempercayai agensi-agensi yang mengatasi banjir kilat. Kebanyakan mereka lega apabila turun hujan dan kedatangan banjir. Apa sudah terjadi kepada projek tambatan banjir, projek mengorek sungai, parit dan longkang tahun demi tahun berada pada kedudukan yang sama. Projek Greater Kuala Lumpur tidak akan berjaya jika saban tahun kita berdepan dengan banjir kilat di mana-mana. Tuan Yang di-Pertua, bercakap kemudahan untuk rakyat, penduduk-penduduk dalam kawasan saya merasa risau dengan kedudukan pasar Bukit Bintang di Jalan Imbi yang kini berdepan dengan tindakan roboh dari tapak berikutan projek Kuala Lumpur International Finance District oleh 1Malaysia Development Berhad akan bermula. Sehingga kini DBKL belum mengumumkan apa-apa cadangan perpindahan tapak dan para penjaja yang terlibat merasa bimbang akan nasib mereka sama ada akan dipindahkan jauh dari tapak sekarang atau dipindahkan di atas tapak sekarang. Para penduduk Bukit Bintang pula sama ada mereka terpaksa berjalan jauh untuk membeli-belah barang keperluan harian ataupun masih lagi di sekitar tapak sekarang. Pihak DBKL harus mengumumkan awal proses pemindahan pasar ini bagi persediaan para penjaja dan penduduk-penduduk. Apakah perancangan yang sudah berjalan sekarang? Apakah kedudukan pelan yang telah dikemukakan kepada pihak PBT, DBKL tetapi tunggu kelulusan dari pihak yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya lagi satu perkara yang menghantui masyarakat Kuala Lumpur ialah soal sampah sarap dan kebersihan. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan ada kata di Selangor tetapi ini di Kuala Lumpur.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Di mana-mana bahagian dalam Kuala Lumpur dalam kita berjalan, kita mendapati masalah sampah-sarap masih belum diselesaikan. Walaupun kita dijanjikan untuk mewujudkan Bandaraya Kuala Lumpur yang bersih, yang tercantik. Depan bangunan yang besar sahaja yang kelihatan bersih dan disapu pada setiap hari tetapi jika kita pergi ke jalan-jalan kecil, lorong belakang kedai-kedai dan taman, pasar pusat penjaja dan sebagainya. Keadaan kekotorannya sungguh menyedihkan dan memalukan. Tinjauan saya ke atas pekerja-pekerja Alam Flora yang menjalankan kerja kebersihan, mereka mengadu bahawa mereka terpaksa membersihkan kawasan yang luas seorang sendiri. Bila satu kawasan dibersihkan, kawasan lain yang kotor. Bila dibersihkan kawasan lain yang telah dibersihkan menjadi kotor semula. Apatah lagi longkang-longkang sarat dengan sampah-sarap terpaksa berminggu-minggu untuk dibersihkan. DBKL hendaklah mengambil peduli apa yang berlaku di dalam kawalan pembersihan bandar. Di Selangor harga kutipan sampah setiap rumah ialah RM6 sahaja untuk setiap rumah. Akan tetapi di Kuala Lumpur kos kutipan setiap rumah ialah RM14 itu lebih mahal berbanding dengan kutipan kos yang dilakukan oleh Selangor. Akan tetapi mengapa bilangan pekerja pembersihan sangat berkurangan dan tiada tindakan menambah pekerja untuk menjadikan Kuala Lumpur benar-benar bandar raya yang bersih dan indah. Kerja-kerja asas ini hendaklah dilaksanakan segera. Saya berharap Alam Flora haruslah menambah kakitangan mereka untuk menjamin bahawa Kuala Lumpur merupakan satu bandar raya yang terindah dan bersih untuk menjaga imej negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Batu Sapi.

Datin Linda Tsen Thau LinPBS · BNBatu Sapi

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima pada Isnin yang lepas dan saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan titah ucapan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyahut dengan penuh taat sebagai rakyat akan saranan Titah Duli Yang Maha Mulia agar rakyat sentiasa mempertingkatkan perpaduan. Saya ingin tekankan di sini betapa pentingnya semua rakyat di negara ini hormat-

Datin Linda Tsen Thau LinPBS · BNBatu Sapi

menghormati satu sama lain tanpa mengira suku kaum dan latar belakang sosial yang lain. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertingkatkan usaha untuk menggalakkan kerjasama dan penghargaan sumbangan setiap masyarakat kepada pembinaan negara ini. Mudah-mudahan dengan cara ini rakyat di negara ini akan hidup dengan keadaan harmoni dan tiada seorang pun dipinggirkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyahut dengan penuh taat akan saranan Titah Duli Yang Maha Mulia agar kerjasama di antara kerajaan dan sektor swasta dipertingkatkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Saya ingin menyeru agar kerajaan pada semua peringkat dapat mewujudkan suasana yang sesuai untuk perniagaan dan pelaburan oleh sektor swasta dan mengurangkan kerenah birokrasi supaya sektor swasta boleh berfungsi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi demi kemajuan dan masa depan negara. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pembangunan ekonomi, saya ingin memperingatkan semua pihak yang berkaitan bahawa di negeri Sabah, masih terdapat kawasan yang belum ada infrastruktur dan kemudahan asas yang cukup. Contohnya di kawasan Parlimen Batu Sapi yang saya wakili, yang merangkumi kawasan desa. Saya ingin menggesa agar kementerian-kementerian yang berkaitan dengan pembangunan desa terutamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat memberi perhatian kepada kawasan-kawasan yang agak mundur ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan pengiktirafan ijazah dari 146 buah universiti di negara China. Saya berpendapat ini adalah langkah yang bijak kerana China telah muncul sebagai negara yang mempunyai saiz ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Perhubungan yang erat dan kerjasama rapat dengan China boleh mempertingkatkan lagi ekonomi negara. Ini ada kaitan dengan wawasan negara kita iaitu mencapai kedudukan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dengan perkembangan baru ini, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar sekolah-sekolah rendah dalam semua aliran bahasa termasuk sekolah Cina dan Tamil diberi peruntukan yang secukupnya dalam belanjawan tahunan untuk pembangunan dan penyelenggaraan bangunan dan kemudahan asas lain. Tidak boleh dinafikan bahawa sekolah-sekolah dalam semua aliran bahasa telah melatih sumber manusia yang penting di negara ini. Dengan pemberian peruntukan yang cukup, sekolah- sekolah ini boleh berfungsi dengan lebih berkesan dan melahirkan generasi yang fasih dalam pelbagai bahasa dan boleh menghadapi cabaran globalisasi yang kita tidak boleh elakkan. Sehubungan dengan ini juga, saya telah menerima aduan daripada ramai pengurus tadika bahawa peraturan-peraturan yang digubal oleh Jabatan Pelajaran untuk mengurus tadika kadang-kadang tidak dirancang dengan teratur dan mengakibatkan kekeliruan. Saya ingin memohon kepada Menteri Pelajaran supaya memberi perhatian dalam hal ini dan memastikan pihak pengurusan tadika dilibatkan dari peringkat awal dalam penggubalan peraturan-peraturan baru. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyusul kembali cadangan pengecualian cukai dalam Belanjawan 2012 untuk menderma kepada Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat- tempat ibadat yang berdaftar. Saya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya mekanisme yang ringkas untuk pengecualian cukai ini diwujudkan dengan seberapa segera agar para dermawan dapat menikmati faedah pengecualian cukai ini tanpa banyak sukatan. Tuan Yang di-Pertua, dengan cadangan serta usul yang saya bentangkan tadi, penuh harapan saya semoga ianya dapat diambil perhatian dan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Terima kasih kerana mendengar dan memberi perhatian dalam ucapan saya tadi. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberi untuk saya menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, pada sesi mesyuarat ini saya telah mengemukakan satu pertanyaan untuk jawab lisan pada 15 Mac ini yang meminta dengan izinnya, meminta Perdana Menteri menyatakan apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Barisan Nasional sedia memberikan Aku Janji atau jaminan dengan terbuka akan menyokong pilihan raya yang bersih dan menghormati keputusan rakyat dengan menyerah kuasa kerajaan dengan aman jika Barisan Nasional gagal memperolehi undi majoriti menubuhkan kerajaan... [Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kesalnya Tuan Yang di-Pertua, saya menerima surat bertarikh 10 Mac dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menyatakan pertanyaan saya ini ditolak di atas sebab Peraturan Mesyuarat 21(1)(a) iaitu pertanyaan-pertanyaan bolehlah diarahkan kepada Menteri-menteri berkenaan dengan (a) hal-hal dalam jawatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, kalau bukan Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan yang mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan perlembagaan dan sistem demokrasi negara ini, siapa lagi? Dengan ringkasnya memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan bersih, pihak yang tidak memperoleh undi majoriti dalam pilihan raya menyerah kuasa dengan aman. Pertanyaan saya adalah meminta satu kenyataan jaminan terbuka dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini apabila parti-parti politik pembangkang dan NGO mengadakan aktiviti politik mereka, mereka sentiasa diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, Tuan Yang di- Pertua. Parti politik seharusnya dapat menjalankan aktivitinya, ceramahnya dan perhimpunan amannya untuk menyampaikan mesej pandangannya berkenaan dengan isu semasa, berjumpa dengan rakyat dengan lancar dan selamat. Kesalnya, sejak kebelakangan ini parti politik pembangkang termasuk NGO dihalang untuk berbuat demikian. Di dalam media Tuan Yang di-Pertua, telah dilaporkan aktiviti yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang. Ada pihak-pihak yang menimbulkan kacau ganggu, mengganggu perjalanan aktiviti ceramah anjuran parti pakatan. Contohnya di FELDA Alor Gajah di Kluang. Ia dilaporkan pihak-pihak ini membaling batu, kayu dan juga mercun. Perhimpunan Anti Lynas di Pulau Pinang, kehadiran Ketua Menteri. Individu-individu ini juga begitu berani memaki hamun, jerit menjerit terhadap Ketua Menteri sehinggalah timbulnya kekacauan di mana wartawan turut dipukul dan dicederakan. Tuan Yang di-Pertua, program yang dihadiri oleh Yang Berhormat Lembah Pantai juga diganggu dan keselamatannya diancam. Pemimpin-pemimpin cawangan parti DAP, PKR dan PAS mengadakan ceramah di kawasan masing-masing juga turut diganggu. Pemimpin berceramah di pentas dan pihak-pihak ini berkumpul berhampiran dan membuat bising dengan motosikalnya serta menjerit bagi mengganggu perjalanan ceramah. Tuan Yang di-Pertua, menurut laporannya, nampaknya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini sengaja berada di situ untuk mengganggu perjalanan program yang dianjurkan oleh pihak kami atau NGO dengan aman. Pihak-pihak ini adalah menurut laporannya disyaki sama ada anak-anak muda yang dibayar oleh UMNO, digaji oleh UMNO, ahli UMNO dan penyokong UMNO atau Perkasa. Tuan Yang di-Pertua, apa yang amat mengecewakan adalah mengapakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berdiam sahaja, senyap sahaja dan tidak kedengaran langsung suara mengutuk politik yang menggunakan keganasan budaya samseng ini. Perbezaan pendapat politik ada tempatnya. Kita boleh berbahas dalam Dewan, kita boleh berdebat di luar dan tidak perlu menggunakan taktik kotor sedemikian. Mengapa Yang Amat Berhormat sehingga kini tidak mengutuk tindakan sedemikian? Meminta pihak- pihak ini yang dilaporkan adalah ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibayar oleh UMNO untuk memberhentikan tindakan sedemikian, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Amat Berhormat kesalnya berdiam sahaja. Yang Amat Berhormat masih berdiam. Ini bermakna seolah-olah politik menggunakan kekerasan ini direstui oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ia harus dihentikan serta-merta, Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Sebelum ia menjadi satu trend dan tabiat yang amat berbahaya, yang boleh hilang kawalannya.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Batu Gajah, boleh minta penjelasan?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini hendak minta pastikan kita berpolitik dengan secara aman, ya.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Ya tuduh UMNO macam-macam. Biarlah minta penjelasan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau hendak jadi pemimpin bertanggungjawab, haruslah berdiri dan menyokong. Menyokong bahawa tidak bersetuju dengan politik yang menggunakan kekerasan.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Ya, tuduh macam-macam. Saya hendak minta penjelasan. Boleh, Yang Berhormat Batu Gajah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf, saya tidak ada masa.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Kalau tidak boleh, jangan tuduh UMNO.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih berdiam, tadi saya katakan, ia bermakna Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merestui menggunakan keganasan dalam politik. Tuan Yang di-Pertua, saya bersuara sebagai seorang belia, seorang ahli politik yang muda dan saya sebenarnya sangat sakit hati dan sangat kecewa melihat perkembangan politik yang sedemikian, menggunakan kekerasan yang direstui. Nampaknya direstui oleh pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Ini seolah-olah bak kata pepatah Melayu, “gajah sama gajah bergaduh, yang saya risau adalah pelanduk mati di tengah-tengah.” Kalau Barisan Nasional sebagai Ketua Kerajaan tidak mengambil tindakan menyeru ahli-ahlinya, penyokong-penyokongnya menghentikan keganasan politik ini, saya sangat risau, apakah yang akan berlaku apabila tiba pilihan raya, Tuan Yang di- Pertua. Oleh itu, saya rasa persoalan yang saya bangkitkan dalam Dewan, pertanyaan di mana meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Agar untuk secara terbuka memberi aku janji dan jaminan bahawa pastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan serah kuasa dengan aman kalau Barisan Nasional gagal memenuhi majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Batu Gajah. Adakah maksud Yang Berhormat Batu Gajah, maksud Yang Berhormat Batu Gajah...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

...Beri peringatan termasuk juga ahli-ahli penyokong kerajaan. Semua kita ingat dan dengar bahawa ucapan hak yang jauh lebih membayangkan keganasan itu tahapnya lebih tinggi itu dibuat oleh Perdana Menteri secara terbuka. Ucapan beliau berkata, beliau akan mempertahankan Putrajaya walaupun dengan darah dan Menteri yang dilantik menjaga hal ehwal keselamatan dalam negara iaitu Menteri Pertahanan sendiri mengatakan bahawa dia sanggup berkorban nyawanya untuk mempertahankan Perdana Menteri. Ini ungkapan yang jauh lebih berat dan kasar dari segi amalan politik dalam negara demokrasi. Saya hendak tanya pandangan. Adakah maksud Yang Berhormat Batu Gajah merujuk kepada perkataan itu?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya akan sampai ke perenggan itu seterusnya. Apakah itu maksud tersirat apabila Yang Amat Berhormat membuat kenyataan bahawa walau apa pun yang terjadi Putrajaya mesti kita pertahankan. Apakah itu maksud tersirat dan baru semalam berada di Selangor, Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa at all cost, kita kena ambil balik Kerajaan Negeri Selangor...

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa maksudnya at all cost, apa maksudnya?

Carilah modal.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sehinggakan menggunakan taktik kotor, menggunakan keganasan dimulai sekarang apabila pembangkang mengadakan aktiviti politiknya.

Boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Orang Perak, ya?

Ya, boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tanya baik-baik, ya.

Lebih baik yang ini. Barang baik punya... [Ketawa]

Istimewa!

Terima kasih. Satu negeri dengan Batu Gajah. Saya memang sentiasa mengagumi kebolehan Yang Berhormat Batu Gajah berucap. Kebolehan yang istimewa. Akan tetapi dukacitanya kebolehan itu disalahgunakan. Tuhan Allah bagi kebolehan untuk kebaikan dan bukannya untuk buat tuduhan melulu, tohmah, fitnah dan double standard. Bukan macam itu. Cuba bagi hujah. Kalau demokrasi, berilah pandangan, cadangan, proposal, idea dan strategi baru untuk membangunkan negara ini. Bukan yang remeh temeh.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Faham-faham. Ini yang amat...

Yang remeh temeh ini dibuang masa dalam Dewan buat apa? Macam mana hendak membangunkan ekonomi negara?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih.

Macam mana hendak membangunkan rakyat Malaysia?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Cukup, Yang Berhormat Pasir Salak.

Itulah yang dihujahkan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini nampaknya Yang Berhormat Pasir Salak, nampaknya...

Ini ada pula UMNO upah oranglah dan sebagainya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Dia tidak menyuarakan mengutuk menggunakan keganasan dalam politik.

Alamak..., sangkaan buruk tidak habis-habis!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dia tidak mengutuk keganasan dalam politik! Nampaknya dia menyokong!

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini sangat kesal!

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Batu Gajah, boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Nampaknya dia lebih cenderung, dia mahu nampaknyalah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Nampaknya mahu ada porak-peranda. Apakah itu maksudnya?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Batu Gajah takkan bagi orang Perak sahaja?... [Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi, saya rasa spekulasi telah sudah lama orang ramai buat spekulasi bahawa pilihan raya akan datang, Parlimen akan dibubarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bila-bila masa. Sebelum ini kita spekulasi mungkin sidang ini tidak akan berjalan tetapi nampaknya petunjuk-petunjuk telah menuju jelas bahawa pilihan raya nampaknya akan dalam masa tersingkat ini. Saya rasa amat baik kalau Yang Amat Berhormat menyatakan pendiriannya memberi satu aku janji, jaminan terbukanya bahawa beliau menyokong pilihan raya yang besar, tidak akan serah kuasa dengan aman. Kalau...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Kalau...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Batu Gajah, boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Kalau kami memperolehi majoriti dalam undi ini.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Batu Gajah, kita kalah dekat beberapa negeri, tidak ada pun rusuhan berlaku. Tidak ada pun kerajaan arahkan mana-mana rusuhan berlaku.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua tetapi baru-baru ini kita tengok negeri Perak, kita tengok negeri Perak.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Kita serah kepada Selangor...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Gunakan kuasa wang...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

...Kita serah pada Perak...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Gunakan kuasa wang...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Bukan serah – tewas... [Ketawa]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin EndutPAS · PRKuala Terengganu

Rompak royalti Terengganu, rompak royalti.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tengok, sejak kebelakangan...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tidak ada pun kita arahkan tentera buat rusuhan atau pun rakyat buat rusuhan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tengok sejak kebelakangan ini. Parti-parti politik pembangkang diganggu.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Jadi, jangan tuduh macam-macam.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi, cukuplah Sekijang. Kalau kita mahu satu pilihan raya yang betul-betul bersih, berjalan dengan aman...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Kedua itu andaian. Andaian mana boleh bincang dalam ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Yang Berhormat boleh sokong.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tidak boleh bincang andaian dalam ini Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Cukup! Cukup, cukup Sekijang. Nampak Sekijang tidak mahu sokong pilihan raya yang bersih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jempol tidak mahu sokong pilihan raya yang bersih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat... [Ketawa]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya harap Yang Amat Berhormat menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Jangan berlengah-lengah lagi. Ini harapan dari seorang ahli politik yang muda, pemimpin masa depan. Menyeru Yang Amat Berhormat buat satu kenyataan dan juga menasihati ahli-ahli UMNOnya, penyokong UMNOnya untuk hentikan semua tindakan keganasan ini. Ini tidak sihat. Kalau apa-apa berlaku, siapa yang susah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Seluruh negara yang akan menjadi porak- peranda Tuan Yang di-Pertua. Ini kerisauan. Kerisauan saya sebagai ahli politik yang muda ini Tuan Yang di-Pertua...

Muda perangai tidak elok.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Dan saya rasa Yang Amat Berhormat jangan berlengah lagi.

Masih mudakah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Buat satu kenyataan terbuka dan bagi jaminan akan serah kuasa dengan amannya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada perkara yang seterusnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ada bangkitkan perkara ini tetapi tidak ada peluang untuk minta soalan tambahan. Maaf ya, hari itu saya begitu bertegas juga membangkitkan soalan tambahan tetapi sebab saya merasai masalah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya meneliti masalah Bantuan Rakyat 1Malaysia. Yang Amat Berhormat kata pencapaiannya, penyampaiannya amat memuaskan hati tetapi yang amat mengecewakan apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendapat maklum balas yang benar. Sebab ramai orang kampung Tuan Yang di-Pertua, masih menunggu. Masih menunggu surat kelayakan yang menyatakan yang mereka telah lulus untuk bantuan tetapi tidak sampai-sampai. Apabila menghubungi lembaga, ini pengalaman saya membantu pengundi saya menghubungi lembaga. Lembaga kata apa, tahu tidak? Yang Berhormat Sri Gading, pegawai lembaga kata, “Oh, sudah lulus”. Saya tanya lulus bila? “Lulus bulan satu”. Lepas itu saya kata, “Tidak ada terima surat?”. Dia kata “Tidak apa, tunggu”. Saya kena tunggu berapa lama? Dia kata, “Tidak apa, saya bagi ini nombor telefon”. Dua nombor telefon. Apabila saya hubungi nombor telefon itu, ia adalah UMNO bahagian Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Lagi satu ialah UMNO, yang itu MCA Bahagian Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, saya ada senarai penyelaras, nama penyelaras nombor telefon bagi kawasan Parlimen Batu Gajah. UMNO bahagian Batu Gajah. Satu ialah MCA bahagian Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, yang amat mengejutkan ialah semua pemberian baucar dan juga baucar di mana pemohon yang tidak menerimanya, surat kelayakannya disimpan oleh MCA bahagian Batu Gajah atau UMNO bahagian Batu Gajah... [Dewan riuh] Saya tanya lembaga, Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya lembaga, apakah ada tempat lain selain pergi UMNO bahagian Batu Gajah atau MCA Batu Gajah untuk ambil? Ada tidak tempat lain boleh di mana pemohon ini masih tidak terima surat kelayakan pergi ambil baucar? Dia kata tidak ada, ini dua tempat sahaja. Tuan Yang di-Pertua, ini amat

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

mengecewakan. Ada satu kes di mana saya menghubungi MCA bahagian Batu Gajah. Saya tanya, ”Boleh buat semakan, ada nama?”. Dia kata, ”Ada, minta dia datang ambil”. Selepas itu, saya minta OKU, dia seorang OKU. Saya kata, ”Sudah jumpa, dia kata boleh pergi ambil. Tidak ada surat kelayakan pun tidak apa sebab mereka buat semakan ada, boleh pergi ambil”. Selepas itu mereka pergi, OKU ini pergi Tuan Yang di-Pertua, dia tanya apa? “Siapa tolong isi borang?”. Pemohon ini kata, “Ahli Parlimen Batu Gajah”.

DAP tolong.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dia kata, “Tidak ada baucar. Sudah habis baucar”. Tuan Yang di-Pertua, inikah layanan yang diberi kepada pemohon?

Bohonglah itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Selepas itu, saya ada pergi MCA bahagian Batu Gajah. Dalam kerjaya saya Tuan Yang di-Pertua, lebih 10 tahun. Pertama kali saya kena bawa pemohon saya pergi melangkah kaki masuk MCA bahagian Batu Gajah.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Masuk MCA.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya tanya, “Mengapa layanan sedemikian diberi kepada pemohon?”. Dia kata, “Ini baucar sudah habis. Ingat kita selalu ada baucarkah?”. Saya kata, “Tidak apa. Bila ada baucar?”. Dia kata, “Esok, pukul 10”. Esok OKU kena pergi. Pergi tiga kali, Tuan Yang di-Pertua.

Okeylah itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya, teruknya. Siapa yang kata macam itu, okey ya? Inikah yang diminta oleh Yang Amat Berhormat? Inikah pemberian, penyampaian sedemikian, Tuan Yang di-Pertua? Kalau benar-benar ingin membantu mereka yang miskin, pendapatan kurang RM3,000, bukan cara penyampaian sedemikian. Ini nampaknya agenda politik memancing undi lebih daripada membantu rakyat.

Ini kali tidak boleh sokong BN.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini sangat jelas. Saya ada tanya lembaga. Saya kata, “Mengapakah kami tidak diberi taklimat bagaimana untuk membantu pengundi- pengundi kawasan, untuk mengisi borang?”. Dia kata apa, “Oh, ini di bawah SUK”. Rupa-rupanya yang dipanggil ialah Jawatankuasa KKKK, UMNO bahagian, MCA bahagian, MIC bahagian dan kami sebagai wakil rakyat dikecualikan untuk membantu. Ini saya rasa tidak wajar dan haruslah dibezakan...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini adalah wang milik rakyat.

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukan MCA bahagian Batu Gajah.

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukan UMNO bahagian Batu Gajah.

Yang Berhormat sahabat saya Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya, Yang Berhormat Sri Gading. Cepat-cepat tanya... [Ketawa]

Tanya, mana boleh cepat-cepat.

BR1M ini Yang Berhormat Batu Gajah, BR1M ini sesuatu yang sangat baik bagi rakyat yang berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Apakah Yang Berhormat Batu Gajah tidak bersetuju yang telah kita lakukan kepada rakyat? Apakah Batu Gajah rasa takut BR1M ini akan menyebabkan rakyat menyokong kerajaan kerana keprihatinan, rasa tanggungjawab kerajaan membantu...

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Sri Gading. Yang Berhormat Sri Gading ini pandai putar belit.

Jadi, cerita Batu Gajah ini, tidak tahu sama ada betul atau tidak betul, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ucapan saya pada masa bajet...

Ramai telah terima, berjuta telah terima.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyatakan saya menyokong bantuan.

Takut dia punya cerita ini pun masih dipertikaikan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi cara penyampaiannya, Tuan Yang di-Pertua...

Apa ada masalah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Terima kasih Sri Gading, cukup. Cara penyampaiannya telah menyulitkan dan membebankan orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, apa tau. Tuan Yang di-Pertua, mereka itu hantar surat layak bagaimana? Kementerian Kewangan telah luluskan, dia hantar kepada pejabat tanah. Pejabat tanah selepas itu kumpulkan, baru hantar kepada pemohon. Selepas itu kumpulkan pemohon di dewan orang ramai... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, apa yang menyusahkan ialah pemohon kena ambil cuti. Dia gaji RM60 satu hari.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Dapat RM500.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dia kena ambil cuti, untuk pergi ambil. Mengapa kalau surat tidak layak boleh hantar terus kepada pemohon, mengapa surat kelayakan tidak boleh hantar terus kepada pemohon? Saya tanya lembaga, saya ada tanya pegawai lembaga, “Mengapakah cara penyampaian sedemikian?”. Saya diberitahu oleh pegawai lembaga kerana itu Datuklah. Ahli-ahli Parlimen kerajaanlah mahu naik pentas. Mahu naik pentas. Akhirnya, menyusahkan pemohon-pemohon ini. Saya harap ada banyak kes lagi di mana juga wujud kesilapan sebab kita boleh baca rayuan. 90% telah diluluskan selepas rayuan, mengapa? Sebab taklimat diberi dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mengakibatkan borang tersilap diisi. Jadi saya haraplah kalau kerajaan benar-benar ingin membantu orang miskin janganlah menggunakan wang rakyat untuk pancing undi sedemikian dan menyusahkan orang ramai.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin rujuk kepada perkara yang lain iaitu mengenai Peraturan 25(3), Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002. Kita dikejutkan dengan laporannya di mana Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Yang Amat Berhormat juga tempat mengundinya telah dipindah dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya tanpa pengetahuan dan tanpa kebenarannya. SPR telah mempertahankan tindakannya dengan memberi alasan bahawa ia dibenarkan di bawah seksyen 7, Akta Pilihan Raya dan di bawah Peraturan 25(3) Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya. Tuan Yang di-Pertua perkara ini telah banyak kali dan pernah saya berulang kali bangkit dalam Dewan yang mulia ini. Saya rasa SPR sering menggunakan Peraturan 25(3) atas alasannya membetulkan locality atau tersalah letak di mana pengundi-pengundi tidak dimaklumkan dan tidak diminta kebenaran dan telah memindahkan mereka untuk mengundi sama ada di kawasan pilihan raya yang lain atau di pusat mengundi yang lain. Malahan baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya turut menerima – setiap kali saya ada menerima sesalinan maklumat urusan belah bahagian, bahagian pilihan raya bagi kawasan saya dari SPR negeri Perak di mana jelas masih berjalan pemindahan pengundi- pengundi sama ada dari satu kawasan mengundi ke kawasan pilihan mengundi yang lain

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

atau dari satu pusat mengundi ke pusat mengundi yang lain tanpa meminta kebenaran pengundi dan juga tanpa memaklumkan pengundi. Ini ada diberi senarai Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi yang kesalnya SPR bukan sahaja tidak meminta kebenaran pengundi malahan meminta Ahli Parlimennya untuk memaklumkan pemilih-pemilih yang terlibat. Kesalnya Tuan Yang di-Pertua, ini semua maklumat ini tiada alamat penuh pengundi- pengundi. Saya rasa telah pernah saya bangkitkan di dalam Dewan di mana meminta agar SPR menghentikan tindakan sedemikian. Jangan menyalahgunakan Peraturan 25(3) untuk memindah pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain ataupun pusat mengundi yang lain. Jadi saya harap SPR menghentikan tindakan sedemikian. Saya rasa ini tidak adil. Oleh sebab maklumat-maklumat penuh di mana seorang pengundi mengundi sebagai contohnya pusat mengundinya tidak diketahui. Kalau kita buat semakan dalam laman web SPR, ia hanya memaklumkan localitynya, akan tetapi tidak memaklumkan di mana sekolah yang akan dia mengundi kecuali selepas Parlimen dibubarkan. Jadi saya rasa ini adalah tidak adil. Jadi saya harap SPR menghentikan tindakan yang sedemikian. Nama-nama mereka yang telah dipinda kalau boleh dimaklumkan kepada pengundi-pengundi ini di mana telah dipindah pusat mengundi atau kawasan pilihan rayanya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus kepada perkara seterusnya ialah Program Rumah Mesra Rakyat. Kita telah baca berkenaan Program Rumah Mesra Rakyat yang dilaung-laung pelaksanaannya. Akan tetapi kesalnya Tuan Yang di-Pertua, ini pengalaman saya juga. Di mana saya telah dihubungi oleh pengundi yang meminta borang permohonan Program Rumah Mesra Rakyat. Saya telah hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat untuk mendapatkan salinan borang. Akan tetapi kesalnya saya diberitahu untuk dapatkan sesalinan borang itu dari UMNO Bahagian Batu Gajah. Ini bagi bantuan Rumah Mesra Rakyat ini juga mengapa harus dikendalikan oleh parti-parti politik Barisan Nasional sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Apabila saya memohon dari jabatan sedemikian dengan menghantar sesalinan borang, saya dimaklumkan untuk dapatkan surat sokongan dahulu. Dapatkan borang sahaja saya diminta untuk dapatkan surat sokongan daripada UMNO Bahagian Batu Gajah, baru boleh bagi borang. Tuan Yang di-Pertua ini amat menyulitkan. Kalau ini semua kemudahan adalah diberi oleh kerajaan, bukan oleh parti-parti politik Barisan Nasional, Tuan Yang di-Pertua. Mesti dibezakan, mesti dibezakan, itu bukan harta benda!... [Dewan riuh] Wang itu bukan wang UMNO, bukan wang MCA. Itu adalah wang rakyat Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh dicampuradukkan. Tuan Yang di-Pertua, saya harap hentikan tindakan sedemikian. Saya rujuk kepada perkara Program Latihan Khidmat Negara. Kita membaca laporan seorang pelatih telah meninggal dunia di Terkok Kem PLKN, R. Vinoth, yang disyaki disebabkan oleh kencing tikus, rat’s urine poisoning, dengan izin. Pelatih yang sepatutnya tamat programnya dalam masa seminggu, saya pohon satu jawapan mengapa perkara sedemikian timbul. Ini kerana ada dakwaan yang menyatakan bahawa rawatan lewat diberi. Apakah pihak kementerian ataupun Jabatan Latihan Khidmat Negara ada memastikan kesesuaian kem tersebut dan kedudukan dan kebersihannya di sepanjang masa agar anak-anak kita yang dihantar mengikuti PLKN secara hidup bukannya apabila mereka tamat atau sebelum mereka tamat PLKN mayatnya yang dibawa keluar. Saya rasa terlalu banyak kes kematian pelatih-pelatih di kem. Saya rasa perkara ini harus diambil berat oleh kerajaan. Saya telah berulang kali meminta agar kem PLKN ini boleh dihentikan sementara untuk mengkaji keberkesanannya. Akan tetapi nampaknya kerajaan bertegas juga sebab saya telah banyak kali bangkit kalau hendak memupuk perpaduan, taat cinta dalam masa tiga bulan mana boleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin rujuk kepada perkara yang seterusnya, di mana kad peruntukan untuk kawasan Parlimen saya Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bangkitkan sebelum ini peruntukan kawasan Parlimen saya, jawapannya daripada Dewan yang mulia ini...

Minta kepada siapa itu?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Pada 18 Oktober tahun lalu...

Mahu minta pada siapa?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Menyatakan bahawa kawasan saya bagi tahun 2008 diperuntukkan RM1.5 juta. Ini adalah peruntukan pembangunan, peruntukan khas di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada tahun 2008 sebanyak RM1.5 juta, tahun 2009 - RM1.2 juta, tahun 2010 - RM1.5 juta, tahun 2011 – RM1.5 juta. Akan tetapi jawapan yang saya terima adalah bagi tahun 2009 jumlah yang dibelanjakan hanya RM500 ribu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2010 ialah RM295 ribu dan tahun 2011 hanya RM218 ribu sahaja. Saya hendak tahun di mana dan ke mana pergi baki wang peruntukan kawasan Parlimen saya tersebut? Saya rasa kalau kerajaan Yang Amat Berhormat telah begitu kuat melaung-laungkan transformasi politiknya, saya rasa adalah baik menunjukkan bahawa beliau benar-benar ikhlas dan benar-benar mahu melihat satu transformasi politik yang sihat, saya rasa tadi saya katakan adalah yang terbaik adalah tunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat mahukan satu pilihan raya yang bersih dan pemindahan kuasa yang secara aman sebelum... [Disampuk] Kalau Barisan Nasional gagal memperolehi undi majoritinya. Saya rasa setakat ini sahaja perkara yang saya bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sri Gading.

Assalamualaikum warahmaatullahi wabaraakatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdulillaahi rabbil 'alamin washolatu wasalamu 'ala asrafil ambia iwalmursalim, Wa'ala alihi washohbihi ajma'in. Salam Sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk bersama-sama menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah pun dilafazkan di Dewan yang mulia ini, pada 12 hari bulan minggu yang lalu. Satu ucapan yang lengkap, yang kalau kita dengar dan amati ia memberikan satu yang sangat baik kalau boleh diamalkan oleh seluruh rakyat negara yang tercinta ini Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Saya hendak ambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong kita ini luar biasa. Luar biasa Tuan Yang di-Pertua. Baginda Tuanku pernah menyandang Yang di-Pertuan Agong yang Kelima dalam tahun 1970 sehingga tahun 1975. Setelah 37 tahun yang lalu, hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bertakhta semula di kerusi Yang di-Pertuan Agong. Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong Tuanku dianugerahkan oleh Allah kesihatan yang baik, alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, kita rakyat Malaysia melahirkan rasa kesyukuran. Syukur alhamdulillah dan mudah-mudahan di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-13, Yang Kelima dan Yang Ke-13 - Tuanku yang sama Tuan Yang di-Pertua. Mudah-mudahan negara ini terus di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong makin maju, makin mantap, makin makmur, makin aman Tuan Yang di-Pertua. Makin maju, makin makmur dan insya-Allah ini bukan mustahil kita memandang ke hadapan dengan pandangan yang begitu ceria dan cerah. Satu yang membanggakan, patik semua hendak melahirkan rasa kesyukuran ini Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang Kelima dan yang Ke-13 orang yang sama, dia di bawah kerajaan yang sama. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Hebat Barisan Nasional ini sehingga dapat mengekalkan sistem Raja dalam negara ini berterusan dan insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, selagi Barisan Nasional menjadi kerajaan dalam negara ini sistem beraja ini akan dapat kita kekalkan dahulu, kini dan selamanya... [Ketawa]

Kalau orang lain enggak tahu Tuan Yang di-Pertua, tidak tahu minta maaf dengan izin. Kalau parti lain enggak tahu tetapi kalau Barisan Nasional menjadi tiang seri dan memerintah negara ini dulu, kini dan insya-Allah selamanya sistem beraja dalam negara ini akan dapat kita kekalkan. Itulah tengok.

Yang Berhormat Sri Gading hendak bertanya sedikit.

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sri Gading kenapa Yang Berhormat merasakan bahawa kalau sekiranya pihak lain memerintah kedudukan Raja mungkin tergugat? Adakah tanda-tanda, bukti-bukti menunjukkan ke arah itu?

Tuan Yang di-Pertua, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Semua orang tahu, antara bukti bahawa sistem beraja ini tidak dapat dijamin kalau bukan Barisan Nasional yang memerintah kerana sudah ada suara dengan lantang mengatakan kalau mereka berkuasa perlembagaan akan ditukar. Perjanjian-perjanjian yang lama akan dirombak. Sudah ada suara-suara ini. Jadi, rakyat di negara ini sebelum berlaku apa-apa, sebelum hujan sediakan payung. Pada Pilihan Raya Ke-13 ini tentukan Barisan Nasional akan memerintah... [Ketawa] Alhamdulillah, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita hari ini alhamdulillahlah. Waktu Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Yang Kelima tahun 1970, waktu itu negara menghadapi kemiskinan, membasmi buta huruf, membasmi penyakit-penyakit berjangkit, membasmi di hujung-hujung fahaman komunis dan subversif waktu itu. Alhamdulillah waktu itu juga masalah perpaduan dititik beratkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Itu menjadi keutamaan pada ketika itu, alhamdulillahlah selepas 37 tahun Tuanku bertakhta semula sebagai Yang di-Pertuan Agong, negara maju, negara hebat, rakyat hebat, kemodenan berlaku di mana-mana. Kita berubah daripada tahun 70-an sampai tahun 2012 ini Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab membawa dan menentukan perubahan dan kemajuan ini, alhamdulillah. Kalau cabaran tahun 70-an itu begitu rupa tetapi cabaran hari ini lebih hebat Tuan Yang di-Pertua. Cabarannya kepada orang Islam fahaman Syiah, kepada orang Islam fahaman-fahaman yang mengelirukan tentang agama untuk mengancam akidah orang Islam, hebat. Selepas itu masalah-masalah LGBT, Tuan Yang di-Pertua, orang sudah hendak menghalalkan hubungan sejenis, jantan dengan jantan boleh kahwin, betina dengan betina boleh kahwin. Ini cabaran hari ini. Orang sudah menyatakan bahawa undang-undang liwat sudah menjadi undang-undang lapuk. Ini sesuatu yang menjadi kepada rakyat kalau tidak dibendung dia akan merosakkan generasi yang akan datang Tuan Yang di-Pertua. Takut kita dengan ancaman-ancaman yang berlaku hari ini. Hari ini pula orang sudah hendak mempertahankan keselamatan orang Israel yang tidak pernah berlaku waktu dahulu bagaimana orang-orang di Palestin dianiaya oleh orang Israel. Ini Tuan Yang di-Pertua, cabaran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di- Pertuan Agong Yang Ke-13 Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim. Akan tetapi kita doakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kita doakan Barisan Nasional yang menjadi tonggak kepada kepentingan rakyat untuk menjaga keamanan, kesentosaan dan menjaga adab-adab istiadat, adab-adab kemanusiaan, adab-adab yang sesuai dengan semua agama. Kalau ada unsur-unsur yang menentang yang menjijikkan seperti ini dia akan merosakkan dan sebenarnya ditentang oleh semua agama. Ini cabaran. Hari ini Majlis Peguam pula sudah tidak dilihat macam peguam yang profesional, memihak kepada parti pembangkang. Pelik, mereka orang yang mahir dalam undang- undang tetapi undang-undang liwat yang terang-terang menyalahi undang-undang negara ini cuba juga hendak dihalalkan. Come on man, come on man Tuan Yang di-Pertua. Apa tak masa depan rakyat akan kelam, akan menjadi porak-peranda Tuan Yang di-Pertua, hancur-lebur Tuan Yang di-Pertua. Nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai agama yang murni, nilai-nilai sebagai manusia dengan hidup yang penuh tamadun Tuan Yang di-Pertua dirosakkan oleh fahaman-fahaman seperti ini. Marilah kita bersama-sama dengan pucuk pimpinan kita rakyat yang teramai, sedarlah bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, Yang Berhormat Pekan membuat kepimpinan untuk menentukan kesejahteraan, keamanan, maruah rakyat negara ini terjamin.

Maka itu sokong beliau dalam pilihan raya yang ke-13. Tidak ada pilihan yang lain melainkan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua sekali lagi Barisan Nasional, sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, Barisan Nasional... BERSIH Astaghfirullah al-azim, BERSIH apa Tuan Yang di-Pertua? Kalau memihak pada dia, betul. Kalau tidak memihak pada dia, tidak bersih. Astaghfirullah al-azim, apa sudah hilang akal Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di- Pertua..., Tuan Yang di-Pertua hendak pergi mana Tuan Yang di-Pertua?... [Ketawa] [Tuan Yang di-Pertua meninggalkan Kerusi Mesyuarat] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sabar mendengar saya. Diganti oleh Timbalan Yang di-Pertua yang tidak kurang hebatnya macam Tuan Yang di- Pertua. Mudah-mudahan semua ini memberikan kebaikan kepada Parlimen kita...

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Tambah 10 minit.

Jadi, tambahlah 15 minit lagi... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu tujuan sebenarnya Yang Berhormat.

Ini double standard.

Yang Berhormat Sri Gading.

Ya, saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak.

Sini, sini Yang Berhormat Pasir Salak.

Yang Berhormat Pasir Salak lagi, sila. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak hendak bangun sepuluh kali pun saya bagi laluan kepada dia.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apabila bercakap soal BERSIH ini, selalunya kita Barisan Nasional ini dianggap tidak bersih. Dituduh tidak bersih. Akan tetapi macam mana sebelah sana itu, bersih sangatkah? Cuba cerita sedikit. Saya rasa yang perlu dibersihkan, mereka sendiri yang perlu dibersihkan dengan hati yang busuk, suka buat fitnah, ini kotor. Satu sifat satu character yang kotor. Orang suka buat fitnah yang suka mengatakan orang, suka buat tohmah ini kotor. Ini macam mana kita hendak bersihkan hati-hati ini?

Menyelamatkan masa saya. Ucapan Yang Berhormat Pasir Salak sebahagian ucapan saya. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dalam perbahasan beliau pada tengah hari tadi, itu menunjukkan betapa kotornya mereka. Ini jelas. Tidak ada seorang pun berani menafikan fakta-fakta yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Rakyat pun hari ini bukan bodoh, tidak dapat hendak menilai yang mana intan yang mana permata yang mana kaca. Intan tetap intan.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Zaman sekarang pukul 3 pagi pun boleh kaunseling.

Kaca tetap kaca Tuan Yang di- Pertua. Kita amat terperanjat tiba-tiba Presiden PAS kata, boleh berkawan dengan Yahudi. Astaghfirullah al-azim, Lailahaillah Muhammadur Rasulullah...

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Hilang akalkah ini?

Lebih kuranglah. Saya hendak jelaskan waktu...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Nanti dahulu, biar saya jelaskan dahulu.

Saya akan bagi, jangan bimbang saya akan bagi. Saya bukan pengecut, bukan lari daripada perjuangan. Bagi saya perjuangan saya tadahkan dada saya untuk perjuangan. Rasulullah SAW di Madinah baik dengan Yahudi kerana konsep berjiran dengan Yahudi. Rasulullah adalah contoh terbaik sebagaimana contoh terbaik sebagai jiran, contoh terbaik sebagai suami, contoh terbaik sebagai bapa, contoh terbaik sebagai peniaga, contoh terbaik sebagai panglima perang, contoh terbaik sebagai pemerintah. Jangan salah anggap. Jangan jual nama Nabi sewenang-wenangnya itu prinsipnya. Kedua, Rasulullah menjadi pemerintah negeri waktu itu Madinah Munawwarah dalam Madinah Munawwarah ada Yahudi. Keadilan Rasulullah tetapi tidaklah macam kita hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong seolah-olah, janganlah kerana hendak amil hati Ketua Pembangkang, PAS terpaksa hulurkan hidung dia dicocok, ditarik untuk menyetujui perkara-perkara yang luar biasa yang PAS lakukan. Sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Kalau tidak betul-betul memahami apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Marang, jangan buat ulasan. Kalau tidak memahami betul- betul apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Marang. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermuamalat dengan ahlil kitab ketika Rasulullah SAW hidup lagi adalah satu yang dilakukan oleh Rasulullah SAW...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Hendak cakap, ambil masa cakap. Oleh kerana itu Yang Berhormat Sri Gading, dengar baik-baik, bezanya Yahudi dan Zionis diterangkan oleh Yang Berhormat Marang. Zionis...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Faham, faham.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Oleh kerana itu, beza yang disebutkan oleh Yang Berhormat Marang...

Faham, faham.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dengar dahulu, tidak faham pun lagi.

Faham, faham.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang mengulas, Yang Berhormat Marang pun tidak faham, yang saya mengulas pun tidak faham...

Ini floor saya. Saya bagi laluan, okey...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dengar saya cakap. Belum cakap apa- apa lagi...

Yalah, sudah fahamlah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Duduk dahulu. Biar saya cakap.

Maknanya hendak fahamkan apa yang diucapkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang disebutkan oleh Yang Berhormat Marang adalah bermuamalat dengan Yahudi berbeza dengan bermuamalat dengan satu rejim Zionis... [Disampuk] Bezakan entiti-entiti Yahudi dengan rejim Zionis.

Okey, okey. Biarlah saya jawab pula. Duduklah, duduklah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jangan buat implikasi begitu. Berdusta di Dewan yang mulia ini. Terang-terangan berdusta.

Okey, okey Yang Berhormat Kuala Selangor duduk.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Israel Yahudi kah?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh faham? Muamalat dengan Yahudi ini sudah diterangkan oleh Rasulullah SAW. Berbeza dengan bermuamalat dengan satu rejim Zionis. Ahlil kitab...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kitab...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ahlil kitab ini telah berdosa sejak berzaman tapi masih dipanggil Ahli Kitab oleh Allah.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ketua Pembangkang hendak mempertahankan keselamatan Zionis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

Duduklah, biarlah saya jawab pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah. Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Sri Gading, minta laluan sebentar. Dia yang tidak faham ini Yang Berhormat Kuala Selangor dia hendak putar cerita sahabat, cerita itu. Sekarang ini isunya, Ketua Pembangkang hendak pertahankan ialah keselamatan Israel. Israel itu Yahudikah atau Zionis? Kalau maksud Yang Berhormat Marang ini bahawa boleh berdagang boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi tidak boleh dengan Zionis, adakah dia bermaksud tidak boleh berdagang dengan Israel? Kalau tidak boleh berdagang dengan Israel, dia patut ambil tindakan suruh Yang Berhormat Permatang Pauh tarik balik... [Tepuk]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Soalan ini patut diucap oleh yang berucap sekarang...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan kata...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Sri Gading kerana Barisan Nasional ada prinsip two nation state. Ini adalah dasar Barisan Nasional untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu... [Dewan riuh]

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Sri Gading, itulah Yang Berhormat Sri Gading...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sudah tidak reti, out of topic.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dia panggil orang pelik, tetapi dia yang...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Balaci Singapura saya tidak hendak jawab. Yang Berhormat Sri Gading sebab itu kita kena faham sebab apa Dato’ Dr. Hassan Ali panggil Yang Berhormat Kuala Selangor ini parasit, kerana inilah, kerana ini... [Ketawa]

Terima kasih...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya hendak cabar Dato’ Dr. Hassan Ali...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor...

Nantilah, duduklah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini bukan parasit, ini pelesit.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Oleh sebab itu Dato’ Dr. Hassan Ali panggil dia parasit.

Yang Berhormat Kuala Selangor, sudahlah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Parasit itu yang kena buang.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Marang cakap itu pelesit. Yang Berhormat Kuala Kedah ini lagi seekor, lagi satu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, inilah pembangkang. Apabila kita hendak ulas apa yang diucapkan, kamu tidak faham maksud saya. Tidak faham apa? Itu cara dia hendak lari kamu tidak faham ucapan saya. Kamu telah...

Yang Berhormat Sri Gading...

Ini taktik pembangkang sindrom penafian.

Yang Berhormat Sri Gading...

Minta maaf. Nanti sekejap.

Faham tidak apa itu state solution?

Yang Berhormat Kuala Selangor...

[Menyampuk]

...Hendak muamalatkah hendak muamalahkah dengan Yahudi ini, dalam Al–Quran Al-Karim jelas menunjukkan bahawa Yahudi dan Nasrani itu musuh orang Islam.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Habis APCO sebagai penasihat itu apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah.

Jangan pusing sana, jangan pusing sini.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

APCO sebagai penasihat.

Kita sama-sama belajar agama.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sebanyak RM33 juta. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, shut up!

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

...Hang punya ketua kawan dengan Yahudi tahu!

Itulah pembangkang, dah dijawab oleh kerajaan. Tentang APCO ini dah dijawab oleh kerajaan.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ketua hang itu kawan dengan Yahudi tahu?

Tentang APCO ini dah dijawab tetapi dia putar balik, putar balik, putar balik, putar balik.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

RM70 juta bayar kepada APCO.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kasihan dekat Yahudi tahu?

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Sri Gading, APCO tolong jawab Yang Berhormat Sri Gading, APCO!

Sudah jawab, kerajaan sudah jawab. Apa yang tak faham?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ketua hang nak pertahankan Israel.

Memang ada mata buta, ada telinga pekak!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ketua hang itu nak pertahankan Israel tahu, bukan APCO lagi! Dia nak pertahankan negara Israel!

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

APCO, APCO, tolong jawab Yang Berhormat Sri Gading!

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Eh, ketua pembangkang nak pertahankan keselamatan Israel! Bukan APCO lagi! Eh, poodah, poocit, poodah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

Inilah ....

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Nak cakap pasal APCO ini parasit-parasit apa ini? Jual agama. Bagi kaunseling kat bini orang pukul tiga pagi!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah, duduk, duduk.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Siapa nak terima dia?

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ini nak pertahankan Islam? Poodah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baru.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Sri Gading, tolong bagi jawab APCO. Tolong jawab APCO! Yang Berhormat Sri Gading, tolong jawab APCO!

Inilah Tuan Yang di-Pertua, sikap pembangkang kita, sentiasa nak mengapikan.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tak payah APCOlah, ketua hang nak pertahankan Israel!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kalau kena batang hidung mereka, cepat-cepat nafikan lepas itu kata kami tak faham. Awak tak faham, awak tak faham. Tak faham apa?

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

PAS jadi peguam bela.

Duduk, duduk.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Sri Gading.

Yang Berhormat Kuala Selangor, jangan buang masa sayalah. Saya ada berapa masa lagi Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sepuluh minit Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading.

Dah, dah. Jangan buang masa saya lagi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau kakanda Sri Gading betul-betul ikhlas, bagi sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat Kuala Selangor.

Ikhlaslah saya. Itu sebab saya tegur Yang Berhormat Marang ini, jangan buat benda-benda kenyataan yang memalukan orang-orang Islam.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bila kita menyebutkan agama...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor, tak boleh menyampuk begitu Yang Berhormat.

Cukup-cukuplah PAS mengelirukan orang Islam daripada dulu, daripada dulu PAS mengelirukan orang Islam.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sebab dia sebut Yang Berhormat Marang, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Eh, kau Yang Berhormat Marang kah?... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

.....ini Yang Berhormat Marang tak ada di sini.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Biar Yang Berhormat Marang datang, jawab sendirilah!

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...presiden saya!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Sayangilah umat-umat Islam, jangan kelirukan kerana kepentingan politik!

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, dia memutar belit presiden saya. Tentu saya pertahankan sebab saya jelas apa yang....

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Biar Yang Berhormat Marang jawab sendirilah, Yang Berhormat Marang ada mulut, biar dia jawab sendiri.

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Propaganda Yahudi, Zionis.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Sri Gading, saya nak tanya satu soalan. Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Sri Gading. Macam Yang Berhormat Kuala Selangor ini yang dipanggil parasit oleh Hassan Ali ini. Mereka mengaku Islam, mereka pecat Hassan Ali, tak bagi peluang, tak bagi bela diri, tak beri apa pun! Islam kah itu, Islam kah itu?... [Dewan riuh]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sama dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, kena pecat tak bagi peluang kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah.

Itu sebab saya kata, dengarlah dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah, ikut peraturan. Tak boleh mencelah sedemikian.

Biarlah saya jawab. Nanti anda berucap bantailah Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, bantailah saya, saya tak kisah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sama, sama sahaja.

Akan tetapi bagi peluang...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tak setara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Inilah pembangkang. Mengelirukan, mengelirukan, mengelirukan. Pusing sana, pusing sini kerana matlamat Putrajaya. Soal agama sudah tidak menjadi keutamaan.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi jalan Yang Berhormat Sri Gading?

Ini, sebab itu Hassan Ali, Datuk Dr. Hassan Ali.

Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Dr. Hassan Ali memperjuangkan supaya jangan minum arak, pecat. Hassan Ali memperjuangkan supaya pelacuran tidak berleluasa di Selangor, pecat tanpa diberi peluang membela diri. Apakah ini tindak tanduk Islam? Islam bukan seperti itu, Islam bukan hodoh dibuat oleh pemimpin- pemimpin PAS. Lain, Islam maha suci, maha cantik, indah, molek, tinggi, sempurna, itu Islam. Bukan Islam ahli PAS...

Okey. Tuan Yang di-Pertua.

...Yang menyelewengkan segala apa yang dilakukan oleh orang Islam.

Yang Berhormat Sri Gading.

Ini Hassan Ali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, nak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Ampang.

Tak, tak. Saya tak ada masa.

Kenapa, takut dengan Yang Berhormat Ampang? Ini semua BN takut dengan...

Baru satu tajuk. Bagilah peluang saya. Mereka boleh bercakap. Kami di sini pun memang buka telinga, kami bukan kata orang menutup telinga, menutup minda. Kami bukan seperti pembangkang. Seolah- olah tak boleh nak kritik. Boleh, tapi tunggulah jawapan kami pula. Tuan Yang di-Pertua, jadi pergaduhan tadi tambah masa saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kadang- kadang bergaduh ini lepas keluar nanti dia orang berpeluk cium dekat luar. Yang susahnya Speaker.

Ya, terima kasih atas kesabaran Speaker. Jadi inilah, inilah perbezaan antara Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Yang Kelima, tahun 1970-1975 dengan Yang Dipertuan Agong yang Ketiga Belas tahun 2012 dan seterusnya, ini. Ancaman-ancaman sedang dihadapi oleh rakyat. Insya-Allah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, salah seorang yang gigih berjuang. Dia punya turun padang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dah tak ada padang lagi nak turun... [Ketawa] Tiap-tiap hari dia turun, dah tak ada padang lagi. Hebat Perdana Menteri. Allah, kita doakan Perdana Menteri kita sihat tubuh badan, panjang umur, kebijaksanaannya makin bertambah, alhamdulillah. Lepas itu dia bersifat dermawan. Mana

ada negara, mana ada negara Tuan Yang di-Pertua, kumpul-kumpul rakyat, kumpul-kumpul lepas itu bagi RM500. Mana ada negara, astaghfirullahalazim. Kalau ini juga pembangkang tak nampak kebaikan Perdana Menteri, saya tak faham tapi memang mereka jenis tak faham. Ini, buta mata dan buta telinga. Saya ramalkan Barisan Nasional sekurang-kurangnya menang 189 kerusi...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Luar biasa itu.

Ini bukan luar biasa. Barisan Nasional dengan sokongan rakyat kerana kepercayaan rakyat kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional dah meningkat ini. Oh, tak tahan. Ini ada yang lari malam ini esok, ada lari malam esok. Ini akan lari malam, kan? Dan kebanyakan mereka, insya-Allah inilah kali yang terakhir duduk di Parlimen, lepas itu lenyap-lenyaplah segala.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

...Jangan sombong dan bongkak Yang Berhormat Sri Gading.

Tak, saya ramalkan. Saya ramalkan kan?

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

...Belum tahu lagi siapa yang... [Ketawa]

Okey. Jadi, saya nak pindah pula. Saya nak pindah Datuk, saya nak pindah sahabat-sahabat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tolong sokong saya.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

...Okey.

Ini kerajaan nak membandarkan kampung menjadi bandar. Ini luar biasa.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

...Apa yang luar, apa yang biasa?

Luar biasa. Nak membandarkan luar bandar. Tak, pembangkang tak setuju kah ini? Kena sokong. Membandarkan luar bandar menjadi bandar. Saya cuma nak ambil dua perkara. Satu, tolong beri lampu jalan ke kampung-kampung... [Dewan riuh] Cakap Ahli Parlimen Barisan Nasional ini dia masin. Jadi, apabila kita kemukakan kehendak rakyat di Dewan yang mulia ini, insya-Allah ada kemampuan daripada satu masa ke satu masa, akhirnya luar bandar kita akan menjadi terang benderang termasuk di rumah parti pembangkang.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Selama ini buat apa?

Eh, dah ada cuma kita nak tambah, nak dilipat gandakan supaya terang benderanglah kampung kita. Ini agaknya disokong oleh semua Ahli Dewan dalam Dewan ini termasuk pembangkang cuma dia suka dalam hati sahajalah, nak menjawab setuju cara mulut, malu pula kan. Jadi setuju, satu. Secara beransur-ansurlah biar terangkan, itu satu. Yang kedua, jalan raya yang sebelas kaki ini tolong lebarkan jadi empat belas. Ini kerana kereta masuk ke kampung ini Tuan Yang di-Pertua...

...Pembangkang punya kereta banyak masuk.

Itu lagi besar-besar. Jadi, biar berselisih itu lebih eloklah. Jadi, dilebarkan jalan. Yang ketiga nak saya masuk ini, pendidikan khas. Ini Kementerian Pelajaran. Saya pergi merasmikan satu sukan anak-anak kita pendidikan khas. Guru-guru di situ memberitahu saya, boleh tak Kementerian Pelajaran pada masa akan datang kalau membina sekolah, tolong masukkan kepentingan kelas yang ada kelebihan-kelebihan untuk anak-anak yang terlibat dalam pendidikan khas. Ini kerana dalam latihan guru-guru ini dia patutnya begini, begini, begini tetapi apabila mereka keluar mengajar di sekolah-sekolah yang tertentu, apa yang disyarahkan, apa yang dipelajari oleh

mereka di maktab perguruan dia tak sama kelas itu. Banyak kekurangan dalam nak menentukan pembelajaran kepada anak-anak kita pendidikan khas ini dapat seperti mana yang diajar kepada mereka.

Jadi sesuailah. Jadi bilik yang lebih luas, kemudahan yang lebih sempurna, kemudahan yang ada kaitan dengan anak-anak pendidikan khas yang sebenarnya kurang upaya, cacat anggota. Jadi, haraplah Kementerian Pelajaran mengutamakan ini pasal jumlah anak-anak kita termasuk dalam pendidikan khas ini ia makin hari makin bertambah kerana bilangan penduduk pun sudah bertambah. Jadi tolonglah berikan keistimewaan supaya kelas-kelas bersesuaian dengan apa diajar kepada guru-guru pendidikan khas ini supaya mereka pergi ke sekolah-sekolah tersebut dapat diterapkan apa yang telah mereka pelajari. Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, sedikit sebanyak. Jadi saya dengan sukacitanya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Jelebu pada minggu yang lalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada cakapkan untuk memanggil Yang Berhormat Jerai.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih semua yang ada pada hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kekuatan kepada kita di Dewan Rakyat untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dan negara. Dalam kesempatan pada kali ini untuk Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, saya merakamkan ucapan terima kasih mewakili rakyat Jerai dan keseluruhannya merafak sembah Titah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada kali keempat belas. Sesungguhnya patik dan seluruh rakyat Jerai dan rakyat Kedah amat bangga dengan pelantikan tersebut. Mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dapat melaksanakan tugas sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat. Jadi Tuan Yang di- Pertua, pada hari ini merujuk Ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong, saya memberi kepada empat atau lima subjek utama. Pertamanya berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan yang mana rata-rata kita bahaskan dan kita melihat hari ini gejala sosial dan terutama berhadapan dengan 11 juta rakyat Malaysia di kalangan anak-anak muda dan belia. Jadi saya mohon Kementerian Belia dan Sukan terutamanya supaya menjelaskan kedudukan gabungan 12 buah kementerian bagi mengatasi isu belia dalam negara ini yang mana kita lihat pada hari ini, perjalanan Kementerian Belia dan Sukan ini berbeza-beza. Daripada kementerian berubah Menterinya, kemudian bertukar tangan sampailah ke hari ini dapat saya gariskan di antaranya di zaman bekas Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman banyak menumpukan kepada rakan muda pada tahun 2004. Kemudiannya Dato' Seri Hishammuddin, sukan ekstrem yang banyak membelanjakan, mengadakan pelbagai sukan-sukan yang bersifat begitu kemudian selepas itu senamrobik menjadi agenda dan mengeluarkan sijil-sijil untuk tenaga pengajar di seluruh negara. Kemudian bertukar tangan lebih menumpu kepada NGO dan diberi geran kepada belia-belia RM3,000 hingga RM5,000 dan selepas itu sekarang ini Yang Berhormat Menteri sekarang ini pula menumpukan pula kepada program grand yang lebih besar untuk sukan Olimpik, Komanwel dan sebagainya. Jadi saya melihat perjalanan Kementerian Belia dan Sukan ini seolah-olah berubah-ubah setelah mana berubahnya Menteri tersebut. Pihak yang menjadi mangsa adalah perjalanan ataupun anak muda di seluruh daerah dan kawasan-kawasan. Mereka sudah pasti akan terbiar dengan berlakunya pelbagai perubahan-perubahan yang dibuat oleh setiap Menteri itu sendiri. Jadi saya mohon supaya gabungan 12 buah kementerian ini dapat mengatasi masalah yang makin ketara di kalangan remaja-remaja dalam bandar ataupun luar bandar. Jadi saya mohon kementerian mesti ada cadangan. Apakah cadangan-cadangan telah pun, yang telah dilaksanakan atau yang akan dilaksanakan untuk

menghadapi isu anak muda yang ada pada hari ini. Ini kerana kita melihat 11 juta belia yang ada ini merupakan golongan yang penting dalam negara kita. Malangnya kita melihat mereka tidak diberi satu fokus kepimpinan yang baik kepada mereka untuk memastikan mereka golongan yang menyambung kepimpinan negara di masa akan datang. Kemudian kita melihat bagaimana pada hari ini, kementerian yang sama juga mesti memberi fokus kepada bola sepak tempatan yang telah dilanda dengan rasuah bola sepak yang kita lihat dalam media didedahkan penggantungan pemain, jurulatih, persatuan dan sebagainya. Apakah punca-punca yang sedang melanda ini yang mematikan terus minat dan anak-anak belia muda untuk beraksi dalam negara ini. Apakah persatuan tidak berkemampuan dan bagaimana penajaan-penajaan yang sering kali menjadi halangan. Saya sebut dalam Dewan ini pada tiga tahun yang lalu bagaimana sikap kementerian dalam bola sepak ini. Ada masa memberi izin beraksinya pemain import, ada masanya tidak izin. Ada masa referi sampai dua orang dalam satu padang. Kita melihat flip flop inilah menyebabkan mutu bola sepak negara makin hari makin merudum. Tanyalah kepada siapa pun, tiada anak muda mana pun, makin hari makin hilang disebabkan perjalanan kementerian itu tidak bersungguh-sungguh. Tahun ini beraksi semula pemain import. Jadi, kita melihat inilah sesuatu yang memberikan kerugian pada masa yang panjang, menghabiskan dana rakyat dan apa yang paling penting apabila anak muda terbiar dengan program-program yang tidak ada satu sistem yang boleh menghasilkan yang terbaik kepada golongan belia ini. Jadi saya lihat pada akhir-akhir ini pula, ada pula Kementerian Belia dan Sukan yang sama juga telah mencadangkan 2,000 program. Satu program itu difahamkan berjumlah RM1,500 bersama-sama dengan bakal-bakal calon daripada Barisan Nasional. Jadi kalau inilah Tuan Yang di-Pertua, ia telah membelanjakan juta ringgit sedangkan bagaimana peranan Majlis Sukan Daerah, Majlis Sukan Negeri yang sepatutnya merancang dan diberikan perancangan yang baik bagi menyusun atur semula golongan belia remaja, belia nelayan, belia kampung, pedalaman dan sebagainya untuk memastikan mereka ada jati diri, ada modul yang khas yang disusun cantik bagi mengurus kehidupan anak muda ini yang sudah pasti tidak terlibat dengan program-program yang boleh menyasarkan kehidupan mereka dengan terlibat program merempit dan sebagainya. Kita dapati ramai di kalangan anak-anak muda kita, anak-anak remaja kita yang berada di situasi yang cukup membimbangkan kita semua. Kemudian, saya merujuk kepada Kementerian Kesihatan. Pada ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong telah pun menggariskan beberapa perkara berkaitan kesihatan rakyat. Kesihatan rakyat sudah pasti menjadi agenda kita bersama. Apa yang menyedihkan kita, jawapan yang diberi kepada kita, kepada saya dan ramai rakan-rakan yang lain, kita melihat bagaimana penyakit rakyat pada hari ini agak membimbangkan kita. Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, asma dan kanser yang telah pun memberi satu jumlah peratusan yang cukup tinggi sehinggakan 2.6 juta rakyat terdedah kepada kencing manis. Kemudian hampir 15% terdedah kepada kanser dan lebih malang lagi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana 5.8 juta rakyat kita terdedah kepada darah tinggi. Apa yang menjadi isu kepada rakyat, rata-rata kita melihat hasil ziarah lawatan kita dengan rakyat, rakyat yang menanggung penyakit ini selepas dibekalkan ubat. Isunya ialah apabila ia mengekalkan rawatan ini, penyakit nanti yang akan datang sama ada kerosakan buah pinggang ataupun mata mereka menjadi rabun ataupun buta. Jadi saya minta Kementerian Kesihatan supaya kaji semula ubat yang dibekalkan kepada pesakit-pesakit khususnya rakyat kita ini. Apakah akhirnya empat, lima tahun daripada penyakit yang mereka warisi itu memberi kesan yang ketiga, penyakit baru iaitu strok kemudiannya rosak buah pinggang, kemudiannya mata mereka rosak, rabun dan akhirnya mereka buta berpunca daripada penyakit ini? Jadi kepada Kementerian Kesihatan, mesti mengkajilah setiap ubat yang dibekalkan. Kualiti ubat dan lebih malang lagi anak- anak muda sekarang ini telah pun berhadapan dengan penyakit kencing manis. Apakah makanan, minuman yang dibekalkan, gula peratus proteinnya langsung tidak dikaji baik oleh pihak Kementerian Kesihatan yang memberi kesan kepada rakyat kita sendiri? Ini perkara yang perlu diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan supaya rakyat dapat selesa dan makanan serta minuman jaminan daripada Kementerian Kesihatan.

Kemudian, isu yang melanda kita apabila setiap penyakit kronik pada hari ini, makmal dan hospital kita tidak mampu sebenarnya. Terpaksa kita diminta ke klinik swasta ataupun agensi swasta, kemudian dibawa ke Singapura. Saya ada maklumat dan bertulis bagaimana seorang rakyat kita terpaksa mendapatkan perkhidmatan swasta arahan hospital kerajaan. Kemudiannya dihantar ke Singaporea General Hospital untuk mendapatkan keputusan penyakit anak mereka.

Mereka kena bayar cash, perlu bayar tunai walaupun RM300 bukanlah banyak tetapi pada rakyat yang menerima Bantuan 1Malaysia ini tinggal lagi RM200 semata-mata untuk rawatan anak mereka. Apakah makmal tidak dapat kesan penyakit-penyakit rakyat Malaysia yang terpaksa tunduk ataupun terpaksa rujuk pakar-pakar yang ada di negara Singapura. Ini perlu diberi penjelasan kepada rakyat. Ada dokumen yang ada pada saya sampai RM1,800 kena bayar, antara RM500 hingga ke RM2,000 rakyat terpaksa bayar kepada syarikat swasta untuk mendapat keputusan penyakit dari darah yang dibekalkan setelah dua ataupun satu bulan. Rujuknya Hospital General Singapura. Ini memalukanlah. Kita 55 tahun kesihatan rakyat masih lagi menjadi tanda tanya. Di mana sebenarnya pakar- pakar kita dan kewangan dana rakyat yang diguna untuk membekalkan makmal kepada rakyat ini. Kemudian Kementerian Pelajaran juga menjadi isu khususnya disiplin pelajar. Ini rata-rata kita melihat pelajar kita hari ini seolah-olah bebas ataupun tidak ada kawalan selia yang boleh menjadikan mereka anak yang berdisiplin tinggi. Saya yakin kita semua pernah pergi ke sekolah rendah, menengah, universiti sudah tentu kita ada disiplin, peraturan- peraturan yang telah pun membentuk kita. Guru saya di sekolah rendah dahulu, hari ini guru dengan anak murid dalam Parlimen. Saya hendak sebutnya isu disiplin pelajar hari ini yang diberkas pada sekolah-sekolah. Banyak perkara yang tidak dapat guru tunaikan, antaranya: (i) berdiri lama tengah panas; (ii) lari keliling padang; (iii) ini tidak boleh ini berdiri lama dalam bilik darjah; (iv) memukul diri sendiri sesama sendiri, dendalah maksudnya; (v) berdiri atas meja atau atas kerusi; (vi) naik rambut ataupun telinga; (vii) belasah dengan alat tali pinggang dan pembaris; (ix) menjunjung kerusi ataupun buku; (x) cubit; (xi) ketuk ketampi; (xii) ketuk ataupun sekeh kepala; (xiii) rampas barang tanpa alasan; dan (xiv) jeling pun tidak boleh, jerkah pun tidak boleh dan kata kesat. Ini peraturan yang diberkas kementerian pada guru-guru, baguslah. Akan tetapi isunya kesan daripada itu cuba kementerian tanya guru. Kita ramai ahli keluarga kita guru, rakan kita guru. Mana ada guru yang hendak biar anak murid dia seorang murabbi hendak biar keadaan tidak terurus pada anak murid dia. Sekarang ini para pelajar masih beruniform, keluar sahaja pagar sekolah menghisap rokok dalam keadaan campur gaul, gengster dalam keadaan kadang-kadang bersifat lebih keras, sanggup bertindak luar batasan seorang pelajar. Apakah alternatif ataupun pandangan kementerian, bagaimana hendak mengawal disiplin pelajar ini? Kita tengok mereka bergerak balik sekolah dalam keadaan yang cukup membimbangkan kita. Walhal kita juga dahulunya adalah pelajar, kita juga pernah kena penampar, kita pernah berdiri luar kelas, kita pelbagai. Kenapa hasilnya baik untuk negara? Apakah selalu kita hendak manja anak-anak kita ini? Kalau ini tidak boleh tidak apa pada saya. Apa modul baru? Pendekatan baru yang boleh membantu ibu bapa. Disebabkan kesuntukan ekonomi,

kesempitan ekonomi ibu dan ayah bekerja, meletak harapan kepada guru. Guru pula dikekang dengan pelbagai peraturan, akhirnya guru tidak mampu membentuk pelajar ini kerana atas peraturan-peraturan disiplin yang digariskan oleh kementerian kepada guru. Jadi sudah tentulah kita perlu beri keyakinan, kepercayaan kepada guru dengan garis panduan baru supaya pelajar ini terbentuk disiplinnya, akhlaknya, kepujiannya dan menjadi aset penting kepada negara ini. Kita rasa malu apabila mana para pelajar kita terdedah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang tidak layak, tidak sepatutnya menjadi sebuah...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

Okey sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Jerai tadi soal kesan kepada sistem pendidikan dalam negara kita. Seingat saya, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Jerai kalau dahulunya kementerian yang terlibat ini namanya Kementerian Pendidikan. Akan tetapi oleh kerana dasar Kerajaan Barisan Nasional yang tidak faham kepada soal pendidikan ini mengubah menjadi Kementerian Pelajaran. Jadi ada beza di antara pendidikan dengan pelajaran. Jadi adakah dengan berubahnya nama Kementerian Pendidikan yang seharusnya difahami dalam konteks mendidik generasi muda pelajar berbanding dengan hanyalah memberikan ilmu, memberikan pelajaran tetapi bukan mendidik. Jadi perbezaan ini menyebabkan konotasi nama ini menyebabkan dasar itu berubah. Jadi tidak salahlah kalau seperti mana yang berlaku sekarang ini kerana dia bukan mendidik, guru-guru bukan mendidik, guru-guru hanya mengajar. Jadi guru-guru melepaskan tangan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Jerai? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedai. Saya yakin semua kita rasa resah dengan apa yang berlaku ini. Maka sebab itu kementerian perlu menjadikan Kementerian Pendidikan ini ataupun mendidik, guru sebagai murabbi yang terbaiklah. Produk yang terbaik untuk menghasilkan rakyat yang terbaik. Jadi ini keresahan Yang Berhormat Kuala Kedah dan semua kita. Saya minta kementerian tersebut, Kementerian Pelajaran ini perlu benar-benar menyusun. Saya yakin pihak guru seluruh negara mampu sebenarnya kalau tidak diberi penekanan pelbagai arahan yang kadang-kadang tidak logiklah. Kalau jeling pun tidak boleh masalahlah. Saya pernah jadi guru, guru disiplin. Kita ada cara kita hendak atasi pelajar ini. Melembutkan dia, tanam semangat rasa minat dia dengan pelajaran. Jadi ini semua adalah perkara yang perlu dikaji semula. Bukan menyeksa anak-anak pelajar supaya memberikan pendidikan kesan yang baik. Kita tidak mampu lagi hendak menanggung kalaulah berterusan keadaan ini kerana anak ini akan menjadi ayah, menjadi ibu, jadi pemimpin negara. Bayangkan kerosakan bermula di sekolah, dibiar terlalu manja, dibiar terlalu bebas akhirnya mereka menjadi luar biasa. Ini saya minta Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab dengan apa yang sedang berlaku ini supaya lebih tegas. Kita bukan hendak sebut peratus berapa pelajar ponteng dapat kita kesan, berapa pelajar yang kita ambil tindakan. Ini bukan satu jalan penyelesaian tetapi pendekatan yang baik perlu kita ketengahkan untuk kawalan sosial dan juga disiplin pelajar mesti tinggi. Sebab ini hasil yang baik yang perlu kita ukir dalam tempoh masa terdekat. Ini kerana peruntukan begitu banyak diberi kepada Kementerian Pelajaran ini. Kemudian Kementerian Pertanian. Tuan Yang di-Pertua yang mana kita melihat saya lihat sebagai kawasan peratus yang tinggi, kawasan petani kawasan sawah padi ini. Saya melihat ada beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh Kementerian Pertanian ini. Bukan sekadar mengekalkan ataupun menjadikan padi ‘jaksah’ sahaja sebagai pembekal benih padi tetapi mesti dilihat kepada kualiti baja subsidi. Kalau kerajaan buat kajian demi kajian, peningkatan demi peningkatan dari masa ke masa. Maka petani tidak perlu membelanjakan wang yang banyak, kos yang banyak untuk meningkatkan hasil tani. Dengan baja subsidi yang dibekalkan menjadikan petani tidak cukup, tidak boleh menampung untuk menjadikan hasil yang baik atau terpaksa menampung kos yang begitu tinggi. Dengan keadaan kos-kos yang lain serangga yang diserang menjadi satu serangan baru para petani.

Jadi kalaulah kementerian buat kajian betul-betul dengan beri dia peningkatan, kalau ada peratus yang kecil terpaksa petani beli racun, tonik untuk pembiakan penumbuhan tambah hasil petani. Akan tetapi kalaulah sekadar ada, sekadar beri sahaja tetapi tidak menambah hasil tani dan terpaksa membelanjakan lagi kos yang tinggi. Akhirnya petani menanggung kerugian yang tinggi. Dengan kos-kos traktor, dengan kos mesin padi, dengan upah yang makin tinggi, dalam keadaan ini maka kementerian perlu buat kajian. Bagi saya kualiti baja subsidi itu perlu ada kualiti yang tinggilah. Bukan sekadar bagi tanda penyerahan semata- mata, selepas itu berucap mengatakan inilah pemberian, keprihatinan. Betul bagi tetapi tanya petani, duduk dengan petani kita akan lihat petani terpaksa mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan mereka. Kos difahamkan hampir RM600 upah sahaja. Kos penambahan baja, kos penambahan tonik, kos traktor, kos upah sebagainya. Jadi kalaulah kementerian berjaya menghasilkan benih ataupun sumber ataupun kualiti baja itu sudah pastilah meringankan petani, petani tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menambah nilai hasil tani mereka.

Kemudian Kementerian Pertanian juga telah meluluskan kepada Ahli Parlimen BN lebih kurang RM50,000, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP), betul Yang Berhormat Sri Gading? Yang Berhormat Sri Gading pun dapat, insya-Allah. Cuma saya hendak bertanya bagaimana dengan saluran pejabat pertanian? Apakah peruntukan ini hanya diberi kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan tidak kepada kami. Katanya kepada ketua bahagian, tidak mengapalah. Cuma peranan pejabat pertanian, peranan PPK. PPK di tempat saya baru-baru ini, satu unit diminta sepuluh orang, dihantar untuk diberi kursus usahawan. Pergi program itu rupanya program politik. Jadi mereka mintalah. Kalau betul hendak usahawan berilah tiga atau empat hari pun tidak mengapa. Sanggup kita hantar wakil di kalangan rakyat hendak belajar untuk tambah usahawan tetapi jadi isu politik berlaku. Program ini adalah di Perlis. Jadi saya tidak payah sebutlah nama-nama. Cuma pada saya sampai bila peranan atau game ini hendak dimainkan? Apabila dekat pilihan raya semuanya jadi begitu. Jadi kami sebagai anak muda, kami melihat perjalanan kerajaan ini. Sampai bila kita hendak bercakap soal ini? Akhirnya balik kepada kursus, rakyat tidak mampu. Hendak mampu macam mana? Tidak ada kursus diberi untuk usahawan-usahawan ini. Rakyat balik macam itu juga, bersembang di masjid, kedai kopi – sama juga. Saya kata pergi kursus empat hari, apa idea tambah pendapatan. Dia kata mana ada Yang Berhormat ceramah politik sahaja. Jadi macam mana? Duit awam, duit rakyat. Ini program apa? Lebih baik buat program parti, senang. PAS panggil ahli dia, Pakatan Rakyat, Barisan Nasional panggil ceramah pada ahli dia. Tidak payah guna agensi kerajaan ini kerana menyusahkan kita sebab melibatkan duit awam, dana awam. Kita minta kementerian berhentilah sebelum rakyat buat keputusan. Kemudian saya tertarik dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ini isunya. Isunya kita tanya apa fungsinya setelah mana JPJ sudah ada, Puspakom sudah ada, Jabatan Alam Sekitar sudah ada, LPKP sudah ada, polis trafik sudah ada, semua berperanan sebenarnya. Akan tetapi kalau ada SPAD ini untuk menghalang aktiviti ekonomi, saya bimbang. Ini kerana pada saya, pada kita semua, kenderaan yang bergerak di bawah LPKP bermula teksi sehinggalah jentera berat. Sebenarnya kerajaan berkongsi separuh dengan mereka. Mereka bayar cukai. Mereka bayar pendapatan mereka untuk memastikan ekonomi itu bergerak. Jadi pada saya kalaulah kita kenakan pelbagai tindakan – sekarang ini Puspakom kita boleh call untuk buat tempahan VVIP dan sebagainya. Call untuk dapatkan lebih awal. Kita bimbang kalau hendak lebih awal lagi nanti diberi ruang untuk bayaran-bayaran yang tidak munasabah. Jadi pada kita semua, kita bimbang kerana kenderaan yang bergerak seperti pengangkutan berat, lori dan sebagainya, rata-rata memang ada kesilapan. Kita akui dan kita dengar pengakuan daripada pihak-pihak berkuasa ini iaitu lori empat tan. Body lori sudah dua tan. Barang apa yang boleh muat? Semestinya barang yang berat dua tan untuk memenuhi empat tan, berat dalam muatan, berat tanpa muatan. Letak barang tiga tan sudah jadi lima tan. Lima tan pastinya salah di segi undang-undang.

Jadi kadang-kadang barang itu panjang, tidak mampu dimuat lori yang kecil. Letak lori kecil, panjang itu salah di segi undang-undang. Maka polis trafik akan buat saman. Lori besar bawa barang panjang tidak muat untuk masuk mini tan yang mana Yang Berhormat Sri Gading minta tambah besarkan lagi mini tan itu. Jadi sekarang isunya pihak pengusaha kumpulan-kumpulan peniaga ini menjadi susah. Lori kecil bawa benda panjang, tidak boleh. Lori besar hendak masuk kampung tidak boleh. Jadi kadang-kadang Puspakom dan JPJ, berat, timbang. Kemudian isu lambat di Puspakom. Jem, LKP, Alam Sekitar. Lori yang berat akan mengeluarkan asap yang hitam kemudian saman. Kita tengok lima atau enam agensi ini semuanya boleh saman. Jadi kita minta beri satu mekanisme yang mudah untuk memastikan ahli perniagaan ini. Kita tidak kata tidak ada undang-undang – tidak. Undang- undang perlu ada tetapi bagaimana untuk memberi galakan kepada mereka. Akhirnya pengusaha-pengusaha di kalangan semua pengusaha di negara kita ini berjaya menguruskan perniagaan mereka dan akhirnya mereka mampu pula membayar cukai kepada kerajaan. Jadi kedua-dua pihak ada keuntungan. Saya mendapat satu maklumat daripada kawan saya seorang ahli perniagaan yang sekarang ini disebabkan banyak halangan-halangan perniagaan dia, cukai dia pun sudah turun separuh daripada asal. Maknanya kerajaan sudah rugi separuh, patut aktiviti diberi begitu mudah perjalanan perniagaan ini. Kerajaan hujung tahun ambil cukai. Dia boleh berniaga. Kalau dia tidak boleh berniaga kesannya dia terpaksa dibuang kerja. Yang hendak menanggungnya rakyat kena buang kerja. Banyak isu-isu yang kita hendak minta SPAD ini perlu meneliti dan beri penjelasan kepada kita semua supaya...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Jerai.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Menyebut tentang syarikat- syarikat yang mendapat kesan daripada ketidakprihatinan pemerintah yang dilihat sebagai satu anjuran kemerosotan dan juga gulung tikar daripada penyerahan anugerah syarikat- syarikat kontrak yang besar nilainya. Pagi tadi saya membicarakan soal bumiputera yang disasarkan 30% anjuran yang disasarkan dalam setiap kali rancangan Malaysia termasuk yang kesepuluh ini. Daripada apa yang dilihat satu laporan akhbar pada tarikh 6 Mac, tender dikuasai oleh syarikat Cina. Kesan daripada ini 80% syarikat bumiputera akan lingkup termasuk tempatan, Cina, India dan juga Melayu tetapi 80% itu bumiputera yang berurusan dalam segi syarikat komunikasi. Anugerah kepada syarikat Cina ini terkesannya ialah 80% usahawan bumiputera akan lingkup dan saya terkejut RM20 bilion ini dilaporkan diserahkan kepada syarikat luar negara. Apakah Yang Berhormat Jerai menganggap bahawa dasar yang diretorikkan kepada setiap kali langkah dasar itu dalam kerangka yang besar tetapi nilainya sebenar di bawah itu sebenarnya mengarut. Apakah cara begini tidak boleh dikatakan membantu pengusaha-pengusaha bumiputera yang terlibat secara langsung dalam komunikasi media yang dahulunya Telekom diserahkan kepada Celcom tetapi Celcom dan juga Khazanah Nasional yang saya tidak tahulah apa dia punya kepala otak fikir bagaimana untuk mengangkat martabat ekonomi bumiputera, tersekongkol! Yang Berhormat Sri Gading bersekongkol! Bersekongkol saya ulang lagi. Tidak usah cakap retorik 30% - tidak tercapai! Jauh di atas bukit Gunung Himalaya. Apa yang jelas itu sebagai retorik bicara di tepi pantai. Apa pandangan Yang Berhormat Jerai?

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya setujulah. Semua kita dengar dan semua tahu begitulah lakonan-lakonan yang setiap masa berlaku. Akhirnya rakyat menjadi mangsa. Baik. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat?

Boleh gulunglah. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat ini merupakan pandangan kami sebab kita melihat apa guna kami di sini kalau tidak memberi pandangan. Sama juga dengan Yang Berhormat Sri Gading tadi. Bantuan Rakyat Malaysia - 59% isi rumah separuh lebih pendapatan rakyat Malaysia bawah

RM3,000, hasil Barisan Nasional memerintah 55 tahun. Hendak bangga apa? Bagi saya kalau patutnya kecil jumlah itu maknanya pendapatan tinggi itu ada pada rakyat. Jadi bagi saya, RM500 itu ayah saya pun dapat, saya tahu tetapi 56% sahaja. Separuh lebih – maknanya 55 tahun gagal menambah pendapatan tinggi kepada rakyat. Ini kita kena faham di sebalik jawapan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari tersebut. Jadi sebagai penggulungannya saya mendapat banyak rungutan khususnya warga pendidik. Saya mohon sekali lagi Kementerian Pelajaran supaya merujuk semula sejauh mana 1Murid 1Sukan (1M1S) tidak membebankan guru dan menjadikan kealpaan murid di dalam akademik. Jadi 1Murid 1Sukan ini bagaimana pula? Datang Menteri baru, cadangan baru. Datang baru, cadangan baru. Jadi yang lama, akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita, di kalangan pelajar yang sudah pastilah memberi kesan yang panjang kepada dunia hidup mereka. Jadi saya ucapkan terima kasih dan menjunjung tinggi ucapan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini. Terima kasih.

Tuan Ding Kuong HiingSUPP · BNSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Malaysia bagi menyelesaikan beberapa isu tempatan kawasan saya. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama ialah menaiktarafkan jalan dari Sarikei ke Bandar Hab Halal Tanjong Manis. Penaiktarafan jalan ini telah berulang kali saya bentangkan dalam Dewan yang mulia ini namun tidak ada sebarang reaksi diambil oleh mana-mana pihak khasnya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan bahawa ianya akan dilaksanakan pada rolling plan kedua namun sepatutnya perlu diambil tindakan sekurang-kurangnya tinjauan pengukuran di padang sudah bermula. Sekali lagi saya diingatkan bahawa pembinaan dan penaiktarafan jalan ini akan meningkatkan ekonomi di Sarikei dan kawasan sekitarnya di mana hasil tanaman petani dan nelayan dapat dikomersialkan di kawasan perindustrian di Hub Halal Tanjong Manis dengan isi padu yang lebih besar. Dijangkakan jarak di antara bandar Sarikei ke Tanjong Manis hanya sejauh 15 kilometer. Jika dibandingkan hasil pertanian dan nilaian dari kawasan sekitar ke Tanjong Manis melalui jalan darat bandar Sibu adalah sepuluh kali ganda lebih jauh. Ini tidak menguntungkan penduduk Sarikei dan kawasan sekitarnya. Sarikei sebagai sebuah hab pertanian adalah cukup berpotensi bagi penduduknya mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat perindustrian seperti Tanjong Manis. Sebagai kerajaan berorientasikan rakyat didahulukan, maka rakyat di sekitar Sarikei dan kawasan sekitarnya juga perlu menikmati agenda negara ini. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah penukaran paip AC (asbestos cement) kepada HDPE di kawasan Sarikei. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini bahawa penukaran paip AC kepada HDPE di kawasan Sarikei sejumlah 200 lebih kilometer perlu diambil tindakan segera. Ini memandangkan bahawa tekanan saluran air ke kawasan tinggi khasnya di hulu kampung tidak kesampaian. Kebanyakan kawasan tinggi dan hulu kampung telah dipasangkan dengan paip oleh Jabatan Bekalan Air tetapi tidak ada bekalan air ke rumah penduduk. Memandangkan bekalan air adalah satu keperluan asas kepada penduduk, kerajaan khasnya dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu mengambil inisiatif bagi memastikan semua bekalan air adalah mencukupi kepada semua penduduk di negara ini. Oleh itu, penukaran paip asbestos cement kepada HDPE di kawasan Sarikei hanya sebahagian daripada penyelesaian untuk penduduk mendapatkan bekalan air yang berkualiti dan bersih. Sehubungan dengan itu, loji pembersihan air di Bayong juga perlu dibaik pulih memandangkan kepada kerosakan yang dialami. Baik enjin operasi mahupun kefungsian pintu rawatan di kawasan loji pembersihan tersebut. Saya berharap kerajaan segera menangani masalah saluran air khasnya penukaran paip dan loji rawatan pembersihan air. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir ialah bekalan elektrik luar bandar di bawah bidang keberhasilan bidang utama negara (NKRA). Melalui surat yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertarikh 16 Ogos 2010 bahawa peruntukan akan diberikan kepada 100 buah rumah panjang di kawasan Sarikei perlu disegerakan. Ini memandangkan ia adalah satu janji kerajaan kepada rakyat untuk menangani masalah sosial di negara ini. Ini adalah kerana kemudahan bekalan elektrik adalah kemudahan asas

Tuan Ding Kuong HiingSUPP · BNSarikei

bagi rakyat di negara ini. Seperti yang disenaraikan dalam surat adalah penduduk kawasan Sarikei yang masih tidak ada bekalan elektrik. Ada di antara pemohon yang telah memohon melebihi 20 tahun kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi satu isu politik menjelang pilihan raya umum ketiga belas. Saya berharap Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab perlu memantau tindakan ini daripada diputarbelitkan oleh pihak pembangkang. Sekian, terima kasih.

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan yang di-Pertua · Beluran

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk berbahas atas menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Mac 2012. Izinkan saya untuk memetik sedikit daripada lafaz Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah, “Dasar transformasi nasional yang merangkumi program transformasi kerajaan, program transformasi ekonomi, program transformasi politik dan program transformasi luar bandar telah mula membuahkan hasil untuk dinikmati oleh rakyat. Bagi memastikan pertumbuhan negara terus mampan, kerajaan Beta akan terus melaksanakan program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan memberi tumpuan kepada projek pembangunan berimpak tinggi dan bermanfaat kepada rakyat. Sesungguhnya usaha-usaha ini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun berkat usaha gigih kerajaan dan sokongan rakyat, negara kekal makmur walaupun dunia kini bergelut dengan krisis kewangan, kemelut politik dan ketidaktentuan persekitaran”. Memang ini adalah baik dan boleh disokong tetapi kerajaan mesti serius dalam ucapan-ucapan ini dan juga objektif-objektif transformasi ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Pertama, kita perlu lihat Kementerian Kewangan sendiri. Di Dewan yang mulia ini, kita masukkan soalan, sudah berbulan-bulan dan apabila sudah sampai masa untuk jawab pada hari itu, tidak dijawab dan saya perlu naik ke Urus setia minta dan minta sampai jam 5, barulah pegawai itu datang untuk memberikan jawapan. Inikah satu transformasi. Saya rasa ini bukan transformasi dan perkara ini saya bukan bangkitkan pertama kali di sini. Sudah berapa kali sudah masih sama, sudah jadi satu kanser dalam kementerian di mana mereka anggapkan Ahli Parlimen di sini adalah kita menjadi patung sahaja. Dimainkan oleh mereka dengan sukarela mereka. Jadi saya haraplah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tolonglah ambil tindakan terhadap pegawai-pegawai tertentu dan ubahsuai dalam tingkah laku dan ciri-ciri tidak apa dalam kementerian kewangan termasuk semua kementerian. Jangan kata kita masukkan soalan berbulan-bulan dan dapat jawapannya untuk hari itu sampai pukul 5, pukul 6, pukul 7 kadang-kadang belum dapat. Inikah kerajaan untuk transformasi? Kalau begini memang saya boleh menyatakan dengan jelas bahawa ini bukan transformasi. Ini boleh kata kita menuduh dan juga ini adalah satu kenyataan omong kosong sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas sekali di sini soalan saya pada 15 Mac 2012, saya bertanya soalan yang amat simple kepada Menteri Kewangan. Apa soalan itu, berapakah jumlah kos konsultan yang dibayar oleh Khazanah daripada Jun 2004 sehingga 29 Februari 2012 dan berapakah Khazanah membayar consultant fee kepada BinaFikir Sdn. Bhd. untuk melaksanakan Projek WAU..., WAU ini apa? Wide Separate Asset Unbundling dalam MAS yang gagal dan juga saya meminta senaraikan konsultan-konsultan yang dilantik oleh MAS termasuk syarikat Plane Consult Competency daripada 9 Ogos 2011, hingga 29 Februari 2012 dan fi konsultan-konsultan yang telah dibayar atau akan dibayar oleh MAS konsultan-konsultan tersebut dari tarikh yang sama. Jawapan daripada MFO yang dengan susah payah, kita kena minta di atas Ahli Parlimen perlu minta seperti kita minta sedekah dan dapat jawapan apa? Jawapan itu untuk semata-mata cover-up dengan soalan yang amat jelas tetapi jawapannya tiada jawapan mengenai konsultan fi kepada BinaFikir Sdn. Bhd. tidak dijawab. Dia jawab macam-macam, konsultan fi yang berjumlah tidak dijawab juga, dibayar oleh Khazanah kepada semua

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

konsultan daripada Jun 2004, kenapa? Mereka tidak berani jawab sebab pegawai di Khazanah MDnya Tan Sri Azman Mokhtar ini adalah amat hebat bermaharajalela sampai kerajaan pun takut kepada dia, sebab itulah tidak berani dan juga BinaFikir itu siapa yang dimiliki oleh siapa? BinaFikir ini yang pada masa itu ia ditubuhkan pada tahun 1 Januari 2002 oleh Tan Sri Azman Mokhtar juga dengan konco-konconya, Mohammed Rashdan Yusof sekarang ini jadi Deputy CEO MAS dan telah menimbulkan berbagai-bagai masalah dalam MAS sampai MAS jadi kucar-kacir dan MAS telah pun tumbang. Saya harap kerajaan boleh ataupun Kementerian Kewangan jangan lari pada masa jawapan penggulungan Menteri Kewangan jawab berapakah BinaFikir Sdn. Bhd. dibayar pada tahun 2002 oleh masa itu di bawah jagaan bekas Menteri Kewangan II, dimana? Oh! Tidak ada di sini. Yang Berhormat Tasik Gelugor Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop pada masa itu, tidak ada di sini. Mana dia tidak sampai di sini? Inilah yang champion pada masa itu, yang amat berkuasa dan yang inilah Tan Sri Azman Mokhtar adalah konco dia termasuk Rashdan ini, si jahat, si pengkhianat negara yang sekarang masih pada saat saya bercakap dalam Dewan ini masih menjalankan tugas-tugas untuk mengkhianati MAS, seorang pengkhianat negara, perompak negara di dalam MAS sekarang. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu tengok latar belakang BinaFikir Sdn. Bhd ini, tubuh pada 1 Januari 2002 dan selepas itu terus dilantik sebagai konsultan kepada MAS oleh siapa? Oleh yang sekarang jadi Pengerusi MAS Tan Sri Mohamad Nor Yusof Semasa itu beliau menjadi MD kepada MAS dan dilantik untuk buat satu Projek WAU untuk membaik pulih MAS. Kita setuju hendak baik pulih MAS dan projek ini habis dalam lapan bulan setengah habis pada lebih kurang Oktober atau November pada masa itu. Wah! Terus mereka lancarkan WAU ini. Tujuannya untuk make MAS, ”An asset light airline”, hendak ringankan MAS dari segi aset. Pintar menggunakan perkataan- perkataan konsultan ini, asset light airline. Apa asset light? Padahalnya mereka maksudkan asset sleeping, it is was about asset sleeping oleh puak-puak konsultan ini. Pengkhianat negara ini, Rashdan, termasuk Tan Sri Azman Mokhtar pada masa itu dan apa yang berlaku pada masa itu, bagaimana aset sleeping? Minta laporan itu..., WAU ini apa? Pertama mereka jual MAS Catering Sdn. Bhd. 70% saham di MAS Catering Sdn. Bhd jual kepada adik bekas Perdana Menteri Datuk Haji Ibrahim bin Ahmad Badawi tidak melalui apa-apa open tender. Katanya ketelusan, katanya semua hadhari, hadhari sini, hadhari sana.

Wasatiyyah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Assobiyyah saya tidak tahu. Pada masa itu, jual aset kepada dia. Selepas itu, MAS Catering 70% ini oleh syarikat adik kepada bekas Perdana Menteri. Dia jual berapa? Daripada 70% ini 51% jual kepada Tamadam Bonded Warehouse Berhad, satu syarikat public listed company. Dengan harga berapa? Saya percaya beratus juta ringgit dan selepas itu dia jual ini melalui share swap. Tidak tahulah share swap atau ‘suap’, share swap. Tiba-tiba akhirnya beliau jadi Pengerusi Tamadan Bonded Warehouse Berhad dan bakinya 49% ini dijual kepada siapa, Lufthansa anak syarikat Lufthansa Subsidiary LSG Sky Chefs...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kemudian tidak tahu berapa dijual. Saya harap MACC pun siasat perkara ini berapa dijual kepada Lufthansa dan, one minute please. Dan nama MAS Catering Sdn. Bhd pun telah ditukar kepada LSG Sky Chefs Brahim’s Sdn. Bhd. dan yang mustahilnya selepas penjualan ini semua MAS pula menandatangani dengan MAS Catering selama berapa lama? One sided agreement ini berapa lama untuk catering services dan services yang lain? Selama 25 tahun yang non negotiable. Harga oren jus yang sama di economy class katalah RM10 dihidang di business class jadi RM30, di dalam first class jadi RM50. Benda yang sama. Apa tindakan yang diambil? Tidak ada. Mereka lebih berminat untuk asset sleeping. Silakan Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saban tahun kita mendengar komen-komen daripada Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan Khazanah dan juga personaliti-personaliti yang terlibat dalam beberapa

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

perkara Yang Berhormat sebut tadi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat siapa memantau Khazanah ataupun perlukah kita memikirkan mekanisme yang terbaik untuk memantau GLC pula? Apakah cukup sekarang ini yang dibuat oleh Kementerian Kewangan ataupun daripada Jabatan Perdana Menteri untuk memantau GLC-GLC ini sebab seperti mana Yang Berhormat katakan tadi tugas mereka, dana rakyat itu begitu besar. Jadi apa pandangan, ada cadangan tidak daripada Yang Berhormat mengenai isu ini. Bagaimana memantau mereka supaya mereka lebih accountable.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Memang kita perlu memantau mereka. Yang pertama kita perlu buang Tan Sri Azman Mokhtar di sana dan saya mencadangkan untuk melantik Yang Berhormat Kota Belud sebagai pengerusi di sana... [Tepuk]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Soalan tadi itu bukan dibuat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dan yang lebih penting kita perlu ada satu jawatankuasa atau satu komiti untuk memutuskan apa-apa pelaburan, apa-apa investment yang berjuta-juta ringgit daripada Khazanah. Saya hendak teruskan. Bukannya jual MAS Catering sahaja. Tan Sri Mat Nor ini jual apa lagi? Kompleks MAS di Sepang yang mengandungi 32 bangunan MAS yang dibina oleh MAS pada tahun 1998 dengan beratus-ratus juta ringgit. Dijual untuk hendak jadikan MAS ini sebagai satu asset light airlines. Bagus tetapi akhirnya kemudian menandatangani pula untuk satu list agreement dengan satu syarikat yang bernama Asset Global Network Sdn. Bhd. Tidak apa. Okey, bagus. Untuk berapa lama? Selama 57 tahun, 57 years, dengan izin. Inilah yang sekarang sudah jadi Pengerusi MAS pula. Sudah naik standard. Dengan berapa sewaannya, dengan berapa sewaannya? RM78.8 juta pada masa sekarang setahun. Pada tahun yang akhir 2059 masa itu saya rasa Ahli Parlimen di sini pun sudah kemungkinan kita pun tidak ada dalam dunia ini. 2059 pada masa itu berapa, pada masa itu berapa? Jumlah RM125 juta setahun. Bagaimana MAS hendak boleh untung? Yang untung-untungnya semua bocor ke sini. Inilah kepintaran Bina Fikir ini yang di bawah Tan Sri Azman Mokhtar ini. Tidak apa. Yang dibuatkan semua ini, tidak apa. MAS ini memang sudah baik, sudah pulih. Selepas itu pada tahun 2008, semasa Tan Sri Azman Mokhtar di Khazanah Bina Fikir ini yang diwakili pada masa itu yang diketuai pada masa itu oleh Mohamad Rashdan bin Yusof ini dijual kepada salah satu GLC kerajaan Maybank Berhad dengan harga RM8 juta, RM8 juta. Bina Fikir sebuah consultancy firm. Daripada 2001 sehingga 2008 dalam lapan tahun, setahun dia boleh nilainya RM8 juta termasuklah jualan Rashdan pun kroni- kroni Tan Sri Azman itu masuk ke dalam Maybank tapi tidak berapa lama ditendang keluar Rasydan. Ke mana terus? Tendang keluar disambut dengan open arm oleh siapa? Tan Sri Azman Mokhtar dalam Khazanah sebagai Investment Director. Wah, pintar pula. Dalam dunia ini tidak ada sudah orang yang lebih baik yang lebih berwibawa dalam negara kita. Tidak adakah? Kena bawa konco dia masuk tetapi ada yang penting. Untuk apa, untuk apa? Untuk tujuan hendak bagaimana hendak cannibalize MAS. Hendak buat MAS pula sekali lagi untuk satu asset light airlines sekali lagi. Sebelum itu saya menyeru MACC dan semua agensi kerajaan untuk menyiasat transaksi terhadap MAS Katering dan penjualan kompleks MAS oleh Tan Sri Md Nor ini salah seorang pengkhianat negara juga ini. Memang betul pun dan selepas itu apa terjadi. Tiba-tiba kita semua dalam negara okey, MAS okey tetapi pada masa itu memang ada media kempen MAS ini dalam keadaan teruk, media kempen masuk dalam Star. Oh, MAS ini sudah hancur. Media kempen. News portal pun Malaysian Insider kempen terus terhadap MAS. Tidak apa, kita tidak nampak lagi agenda mereka. Tiba-tiba pada 6 Ogos satu breaking news daripada Malaysian Insider. Wah ini satu news portal yang amat hebat. Dia semua tahu. Makluman yang ditulis dalam 6 Ogos 2011 itu amatlah with clinical accuracy, dengan izin. Clinical accuracy. Bersatu demi saham, berapa saham Tony Fernandes dapat berapa saham, AirAsia dapat berapa saham, MAS, Khazanah dapat berapa saham? Dua saham MAS tukar kepada satu saham AirAsia dan Tengku Azmil pun akan dipecat dalam 24 jam dan lain-lain. Kita pun baca, kemungkinan ini satu benda yang palsu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tiba-tiba pada hari Isnin, 8 hari bulan, saham MAS dan saham AirAsia telah disuspend, digantung kerana ada announcement. Pada 9 Ogos, Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Md Nor, Rashdan datang sain agreement iaitu agreement MAS-AirAsia share swap – ‘S-U-A-P’ lah, saya nampak sekarang ini. Tan Sri Azman Mokhtar.... Wah! menguar- uarkan inilah terbaik untuk MAS, untuk hendak save MAS, untuk menyelamatkan MAS dan mereka menggunakan perkataan yang baru pula. Sekarang ini bukan MAS Airline. Sekarang ini jadi comprehensive corroborative framework. Fuh! Perkataan besar dan saya pun tidak berapa faham. Ini untuk consultant sahajalah menggunakan CCF perkataan pendek. Selepas itu apa berlaku? Apa yang terjadi kepada MAS? Bukannya untuk menyelamatkan MAS tetapi semata-mata untuk menyelamatkan AirAsia yang kita nampak. Pada 14 Ogos 2011 - sebelum itu Tony Fernandes telah membeli Queens Park Rangers Football Club (QPR) di London. Pada 14 Ogos 2011 – tujuh hari sahaja, konco Tan Sri Azman Mokhtar ini lari ke London. Untuk apa? Untuk membayar atau untuk menandatangani satu sponsorship agreement bernilai RM18 juta untuk home jersey QPR. Sedangkan Genting membayar kepada Aston Villa RM17 juta sahaja dalam masa yang sama untuk dua tahun. Home and away dan semua publicity tetapi MAS membayar RM18 juta dan yang dapat away advertisementnya, belakang dan depan... [Menunjuk belakang dan depan baju] Adalah AirAsia. Boleh dapat semua advertisement dan dibayar oleh MAS. MAS cuma di Loftus Road, dalam stadiumnya sahaja. Inikah untuk menjaga kepentingan MAS? Memang tidak. Pada masa itu MAS dalam keadaan bleeding, dengan izin. In a state of bleeding, sakit. Luka yang teruk, yang parah tetapi boleh menggunakan wang sebanyak itu. CCFlah.... CCF. Selepas itu benda ini sudah terbongkar dan Tan Sri Azman berkata dia sokong. Ini adalah pelaburan yang sangat baik, yang membawa nilai yang banyak. Pada masa itu QPR kena 4-0. Memalukan! Sekarang saya rasa QPR pun tidak lama jatuh ke division ten. Pada lima atau enam hari kemudian, di Hilton Hotel, kami bertemu dengan Tan Sri Azman Mokhtar. Dia di dalam keadaan yang teruk sebab mendapat tekanan, dihentam dalam blog dan sebagainya. Beliau berjumpa dengan bloggers termasuk saya, Rocky Brew, another big... outside the box, apa nama dan Malay Mail. Apa dia cakap bila kita tanya mengenai dengan share swap ini? Dia sendiri bercakap bahawa ini AirAsia X Sdn. Bhd. punya 10% option. Untuk membeli 10% AirAsia X Sdn. Bhd. ini adalah a dodgy deal. Baguslah kita dengar a dodgy deal ini. Memang, kalau a dodgy deal memang kita tidak akan beli tetapi beliau terus melantik consultant pula. Invest Stanley Morgan Investment Bank untuk menilai saham AirAsia X Sdn. Bhd. dan sekarang beli juga. Apa ini? Pada 24 Ogos 2011 apa MAS buat di bawah Rashdan, kroni kepada Tan Sri Azman ini? Apa dia buat? Sebelum itu dia terus terminate Firefly punya full load flight. Pada masa perayaan hari raya, beribu-ribu pelanggan jammed. Semua perlu ke AirAsia X. Bukankah ini menjejaskan pendapatan Firefly? Akhirnya kepada MAS. Tidak mengapa. Pada 24 Ogos 2011, Rashdan ini juga menamatkan routes daripada Johor Bahru ke Kuching dan ke Kota Kinabalu. Ini adalah route yang amat profitable sekali. Routes itu diberhentikan, kerana apa? Kerana route Firefly ini telah threaten the existence of AirAsia dan AirAsia X. Pada bulan September, satu pengumuman telah dibuat oleh Rashdan bahawa Firefly Jet Services perlu ditutup. Kenapa? Firefly ini telah untung banyak sehingga staf mereka telah mendapat lapan bulan bonus tetapi konco-konco ini boleh beritahu kepada PAC, Yang Berhormat Kota Belud ada, kata Firefly rugi RM89 juta. Saya harap kementerian juga siasat perkara ini. Buat satu audit sama ada benar atau tidak dan PAC tolong siasat dengan baik perkara ini. Pada Oktober 2011, timbul satu masalah yang amat besar untuk MAS di mana Rashdan pada masa itu melantik satu consultant firm yang bernama Plane Consult ini. Plane Consult ini juga konsultan kepada AirAsia dan juga AirAsia X. MD kepada Plane Consult ini siapa? Corner McCarthey. Dia menjadi Direktor dan co-founder of AirAsia. Sekarang menjadi konsultan dalam MAS. Oleh sebab itulah jadi huru-hara. Conflict of interest! Pelbagai conflict of interest. Nanti saya akan terangkan satu persatu. Pada 4 Januari 2012, pada Oktober itu untuk panggil dia review sahaja. Pada 4 Januari 2012, Plane Consult ini formerly dengan rasminya dilantik sebagai konsultan kepada MAS. Tempohnya sehingga 30 April 2012, tidak berapa lama lagi. The working

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

method adalah untuk “to identify individual to head division in MAS after MAS has been restructured”. Consultant feenya berapa? RM2.5 juta atau Euro 651. Ini tidak termasuk value added tax, tidak termasuk duty, tidak masuk hotel charges, makan dan salary pun tidak masuk lagi itu. Kontraknya saya ada. Kalau mereka berani nafi, semua dalam blog saya. Dia berani nafi, kita akan keluarkan semua perjanjian itu. Apa yang lebih aneh. Sebagai MD, dia punya CEO MAS boleh melantik direktor di dalam Plane Consult bernama Shane Nollan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebagai apa? Commercial Director of MAS. Acting Commercial Director of MAS. Berapa ratus ribu dibayar? Saya percaya sekurang-kurangnya RM50,000.00 hingga RM100,000.00 sebulan. Tidak termasuk dalam itu consultancy fees charge dan sejam consultancy fee chargenya, berapa, 500 Euro, untuk corner? ini dan pegawai seperti Shane Nolland ini termasuk seorang lagi Andy Holmes juga masuk dalam MAS. Dia hendak pulihkan okey kita kata baik tetapi nampaknya semua conflict of interest. Yang dia identify individu-individu dari mana? Daripada AirAsia semua. Yang pertama, mereka identify siapa? Norzalida Ahmad. Dia siapa? Niece of Datuk Kamarudin Melanun, ‘Meranun or Melanun’ tidak sure... [Disampuk] Melanun...? Okey, saya percaya Yang Berhormat Kota Belud, Melanun. Niece kepada dia, dan juga adik kepada siapa? Zaman Ahmad, sekarang ini Director of Passenger Experience and Technology. Dalam mana?... AirAsia, yang pertama. Yang kedua, pada akhir bulan Februari, lantik Plane Consult, was identified, siapa? Azhari Dallan sebagai ketua kepada MAS Engineering. Dari mana? AirAsia. Yang ketiga ini lebih penting. CFO satu jawatan yang amat penting dalam MAS. Boleh dikatakan The Heart of MAS, dengan izin. Lantik siapa? Rozman bin Omar sebagai CFO, dari mana? AirAsia juga. Saya dengar-dengar tidak lama lagi hendak masuk Kathleen Tan, hendak masuk semua kepada MAS. Inilah CCF dia orang. Jadi, saya sangat itu aneh dan saya amat khuatir kepada MAS sekarang dan apa terjadi? Tindakan yang hendak diambil sekarang untuk apa? Hendak restructure MAS hendak tubuhkan satu syarikat yang baru - MAS Sdn. Bhd. yang akan ditubuhkan pada - start operasinya 1 Mei 2012 tetapi sebelum itu baru-baru ini kita dapat khabar dalam surat khabar bahawa AAX Sdn. Bhd. telah terminate dia punya flight daripada London, Paris dan Mumbai kerana fuel cost tetapi dulu tidak complaint fuel sebab cost yang sama. Dapat untung banyak tinggi sekarang kerana fuel cost. Saya percaya dia sudah hendak lingkup sudah. So, 30,000 passenger ini diuplift oleh siapa, oleh MAS dan kita sudah tahu saya sudah ada bukti keluar dalam blog laporan polis sudah dibuat di Kampung Baru, Subang. Report number pun sudah ada 1080 pada 16 Mac 2012. Sehingga hari ini polis masih tertidur tidak ambil tindakan. Sampai statement saya pun tidak dirakam. Inilah bersekongkol.

Tuan Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat, masa.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Belum lagi Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat apa belum lagi. Apa yang tertulis di sini 4.58 petang mulai sekarang sudah 5.34 petang.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua saya untuk lima minit hendak gulung, gulung. Hendak gulung sekarang saya sudah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey saya bagi satu dua minit lagi.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey, okey itu panjang juga seperti Yang Berhormat Sri Gading itu. Tuan Yang di-Pertua, yang penting ini MAS uplift passengernya. AirAsia X punya passenger dengan zero fare, kosong fare. Berapa ribu? Ada 30,000. Sekarang Texas pula cancel berapa puluh ribu pula. Bukankah ini satu konspirasi terhadap MAS oleh konco-konco Azman Mokhtar, oleh Plane Consult Mat Saleh ini. Untuk menghancurkan MAS. Ahli-ahli Yang Berhormat fikir dengan baik ya. MAS ini adalah satu ikon negara kita. Satu national carrier kita. Jangan biarkan MAS kita dihancurkan oleh puak-puak ini termasuk Azman Mokhtar, Rashdan. Berhentikan semua kegiatan. Jangan tubuhkan new

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

co ini kenapa hendak tukarkan nama MAS dan gunakan MAS Sdn. Bhd. yang digelarkan oleh Rashdan, My Airline, My Set Up, you want to join me. Who is he? He is itu konco itu Azman Mokhtar and seorang pengkhianat negara, perompak negara. Saya harap MACC, MYCC, SC, Bursa Kuala Lumpur ambil tindakan dengan segera dan sampai hari ini SC, Bursa KL masih belum ambil apa-apa tindakan terhadap share swap ini di mana harga saham AirAsia itu naik melambung sebelum share swap itu pada 9hb Ogos dan selepas itu dia buka share itu jatuh harganya. Mesti ada insider trading dan Yang Berhormat Pasir Salak pun setuju, Yang Berhormat Kota Belud pun setuju dan Yang Berhormat Menteri kenapa sampai hari ini belum ada jawapan daripada SC. So, saya harap SC ambil tindakan terhadap ini dan saya merayu kepada Perdana Menteri beliau telah menyatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan untuk reverse. Memang baik kita semua setuju untuk menjaga kepentingan MAS. Jangan diberi perompak ini Rashdan, Tan Sri Md. Nor, Azman Mokhtar bukan perompak sahaja, pengkhianat negara. Hancurkan MAS. Now they are robbing and wrapping MAS. Wrapping MAS now dan saat yang kita bercakap di sini, saya bercakap di sini mereka gunakan kegiatan untuk hancurkan MAS, wrapping MAS sampai di Itali. Pekerja MAS telah protest terhadap tindakan mereka dan mereka telah ada satu sit ini daripada 13 Mac 2012 sampai ke hari ini dan mereka maklum kepada saya bahawa mereka will not give ini, they will not give in they will fight and they will exposed what this has been doing di Itali. Mereka telah tutup flight Itali juga. Untuk apa? Untuk hendak beri AirAsia pula. So, inilah satu perkara yang amat penting. Memang MAS ada masalah, ada masalah banyak masalah. Banyak kebocoran seperti MAS Catering seperti MAS Complex yang dijual 30 bangunan dijual dan dilist balik 25 tahun kontrak itu semua kebocoran. MAS tiap-tiap tahun dapat revenue RM18 bilion. Memang ada tetapi MAS masih rugi kerana apa? Kerana kebocoran kerana ada banyak ‘Panamera Dead Woods’ dalam itu. Wafi, itu AJ, Ahmad Jauhari sekarang, Rashdan, Mohd. Nor ini semua dahulu jadi Bina Fikir sekarang menjadi...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat yang tengok selalu sebelah situ sebab apa?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebab itu Yang Berhormat Pasir Salak selalu sahaja..

Tuan Yang di-Pertua

Sini, sini menghadap sini Yang Berhormat... [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta maaf, minta maaf Tuan Yang di- Pertua saya bukannya hendak...

Tuan Yang di-Pertua

Menghadap sini saya menentukan masa... [Ketawa] Okey seminit dua lagi sila gulung.

Macam kami ini ada share pula.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak amat handsome.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya pun tidak ada share dalam MAS.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dan juga Yang Berhormat Kota Belud. Tidak ada share memang. So, ini kita perlu ambil tindakan dengan segera. Saya merayu ini satu isu yang serius, satu isu negara. Kepentingan terlibat kepentingan negara. Kita perlu ambil tindakan dan kerajaan khasnya Perdana Menteri tolonglah ambil tindakan dengan segera. Berhentikan semua kegiatan untuk menghancurkan MAS. Berhentikan pelantikan Plane Consult ini yang penting sebab conflict interest ini penuh nampak dengan jelas kerana ia juga consultant kepada AirAsia dan pengarahnya juga kepada AirAsia jadi co-founder.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Wangsa Maju, boleh tanya?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

So, bagaimanakah satu Plane Consult ini, konsultan ini boleh beri sumbangan yang baik, cadangan yang baik, rekomendasi yang baik untuk membaik pulih MAS? Mereka akan hancurkan MAS.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh saya tanya, Yang Berhormat Wangsa Maju?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

So yang penting, Perdana Menteri perlu berhentikan Plane Consult ini dengan segera. Saat ini juga seboleh-bolehnya.

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun barangkali terpaksa berhentikan Yang Berhormat dengan segera... [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya. So saya harap...

Tuan Yang di-Pertua

Bagi laluan dulu sama Yang Berhormat Indera Mahkota, selepas itu jawab dan selepas itu Yang Berhormat gulunglah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey, okey. Dengan cepat. Okey silakan dahulu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey. Saya hendak tanya Yang Berhormat Wangsa Maju. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju ini bermaksud ada dua perkara besar? Pertama berkenaan dengan insider trading. Ini perkara besar. Bukan perkara yang main-main. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Wangsa Maju. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju tidak berpuas hati yang ada satu jabatan kerajaan tubuhkan. Kalau Yang Berhormat Wangsa Maju kata ada masalah kebocoran apa semua. Kalau diteliti, memang kerajaan tubuhkan satu jabatan, gabungkan pihak polis, SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam dan ada dua tiga agensi lain. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju tidak berpuas hati kerana kes ini tidak dimasukkan dalam siasatan ini ataupun maksud Yang Berhormat Wangsa Maju hendak minta bentuk macam mana untuk kendalikan kes ini?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih....

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Sahabat saya, Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa perkara ini memang saya setuju. Saya sedar perkara ini tetapi ada banyak pertubuhan sekarang yang ditubuhkan. Saya dengar juga ada satu special committee yang ditubuhkan dalam AG Chambers di mana menyiasat soal Money Laundering Act ini di mereka mengambil tindakan dengan arbiter action sahaja. Itu ada satu dan ini yang satu lagi. So yang mana saya tidak faham. Akan tetapi yang sebaik-baiknya kita ambil tindakan dengan segera berhentikan pelantikan Plane Consult ini dengan segera. Pada hari ini juga berhentikan. Itu satu conflict of interest yang amat jelas dan kemudian kita baik pulihkan MAS dan lantik orang yang berwibawa, yang penuh dengan experience dalam aviation industry. Bukannya tiap-tiap kali MAS ada masalah, kita bawa MD yang baru, Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala, aviation tidak ada, tidak ada experience, pandainya asset sleeping jual barang sini, jual barang sana...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang kedua, Datuk Kamarudin boleh tahan sikit. Dia orang dalaman...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, sikit sahaja. Injuring time sedikit saja.

Tuan Yang di-Pertua

Ini kalau sedikit, sedikit, sedikit, lama-lama jadi bukit. Gulung.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Masukkan... Tuan Yang di-Pertua, satu minit, hendak habis sudah. Gulung. Dan AJ masuk, sekarang Ahmad Jauhari masuk, sama juga. Jual aset. Bukannya mereka hendak baik pulihkan MAS tetapi hendak pecahkan MAS. Mereka sekarang ini hendak jual apa? MASKargo, MAS Engineering, kerana apa? Kerana Tan Sri Tony Fernandes hendak, AirAsia hendak. MAS Engineering untuk apa? Untuk hendak service airplane kepada pesawat AirAsia di mana biasanya MAS charge

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

kepada airline yang lain USD46 per hour. Untuk AirAsia, USD25 per hour, untuk aircraft maintenance, masa biasa untuk airline yang lain ialah 12 jam tetapi untuk AirAsia lapan jam. Kalau MAS tidak habis dalam lapan jam, AirAsia tidak perlu bayar service charge. Untuk aircraft due for ‘C’ check...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

‘C’ - ‘C’ check untuk hanger. Untuk charge. Untuk charge biasanya RM300,000....

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat! Panjang lagikah ini, Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Charge yang kepada AirAsia sebanyak RM80,000. Inilah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf sebab ini perkara yang penting. Thank you very much.

Tuan Yang di-Pertua

You see, Yang Berhormat. You are really putting me on the spot because as much as I would like to listen to what by you saying.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, I am helping you Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain pun mahu bercakap juga kecuali Yang Berhormat Petaling Jaya Utara setuju you panjang ataupun Yang Berhormat Kuala Selangor. Kalau Yang Berhormat Kuala Selangor mahu bercakap lima minit sahaja, boleh. I don’t have any problem on that but they are starting looking at me already. Yang Berhormat Gopeng sudah berdiri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas Yang Berhormat Kuala Selangor, maaf Yang Berhormat Hulu Selangor. Then Yang Berhormat Gopeng, selepas itu Yang Berhormat Lipis. So we will start from there first. So after that yang lain itu saya panggil. Sudah saya nampak semua, sila.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain itu keluar dulu minum teh tarik. Agak masa kalau sudah saya panggil. Then you come back.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan jauh-jauh.

...Kerana memberi ruang untuk saya menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan rasmi Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas. Sebelum meneruskan ucapan saya, saya ingin merafakkan sembah menjunjung duli ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas perkenan mencemar duli merasmikan persidangan Parlimen kita. Marilah kita melafazkan kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Pengasih yang telah melimpahkan rahmat dan kurnianya untuk membolehkan kita berjumpa sekali lagi di penggal baru Parlimen tahun ini. Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor, saya berbesar hati mendapat ruang perbahasan ini untuk mengutarakan pandangan serta mengetengahkan beberapa isu yang penting yang perlu diberi perhatian demi menjana kehidupan lebih berwibawa untuk rakyat memperkukuhkan perpaduan dan memberi sokongan kepada agenda pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan. Saya menyanjung tinggi serta berasa bangga dengan inti pati titah diraja yang merangkumi semua aspek penting kehidupan rakyat jelata secara komprehensif dan menyeluruh. Saya yakin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang bertungkus-lumus untuk memastikan aspirasi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk negara dan bangsa dapat ditunaikan dengan berjaya dan tanpa sebarang pengecualian. Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengambil langkah untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada semua pihak yang memainkan peranan penting bagi merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Ini juga telah terbukti bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong percaya bahawa rakyat jelata menyokong penuh inisiatif 1Malaysia. Ini adalah kerana Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Konsep ‘Rakyat Didahulukan’ merujuk kepada enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Saya juga ingin menekankan bahawa Gagasan 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Tambahan, Gagasan 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini, sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Dari segi kepimpinan pula, Gagasan 1Malaysia memerlukan pimpinan yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi serta perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Ini jelas terbukti dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang memenuhi segala ciri-ciri pimpinan, pemimpin yang tekun untuk memastikan negara terus berada di landasan yang kukuh ke arah mencapai status negara maju. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memuji keprihatinan kerajaan melaksanakan inisiatif dan agenda transformasi yang bertujuan menyediakan peluang kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Ini jelas terbukti apabila Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Izinkan saya menghargai beberapa inisiatif kerajaan yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012. Kerajaan tetap komited dengan Program Islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Dari segi pendidikan, pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. Bantuan persekolahan awal sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tahun 5 di seluruh negara membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak mereka masuk ke sekolah. Pemberian baucar sebanyak RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam merupakan inisiatif untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Tambahan, saya juga menyokong penuh keyakinan Kerajaan Barisan Nasional menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatat pertumbuhan pesat. Saya berpendapat bahawa orang kurang upaya yang berumur 60 tahun dan tidak mempunyai tanggungan perlu diambil kira sebagai individu yang layak memohon. Ini berikutan keluhan mereka apabila permohonan mereka tidak diluluskan kerana tidak mempunyai tanggungan dan masih belum berumur 60 tahun. Saya juga ingin mencadangkan bahawa penerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu diberi kelulusan secara automatik melalui data yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Baru-baru ini, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan pelaburan yang menjanjikan pulangan bersih yang menarik. Skim ini dapat memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan ilham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib atas keprihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan luar bandar dan bandar. Ini juga bertepatan dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya juga menanti detik Kedai Rakyat 1Malaysia yang bakal tersergam indah di bumi Hulu Selangor tidak lama lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili parti MIC ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada Perdana Menteri yang menyarankan mengadakan satu persidangan khas untuk membincangkan masa depan sekolah jenis kebangsaan Tamil bagi menghasilkan satu pelan induk. Persidangan yang bakal membabitkan warga pendidik sekolah Tamil, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan badan-badan bukan kerajaan merupakan satu platform yang berguna bagi membincangkan pelbagai aspek mengenai sekolah terbabit seperti masalah kekangan guru sekolah Tamil yang mempunyai kelulusan ijazah dan reka bentuk sekolah serta keperluan lain. Ini menunjukkan sifat terbukaan kerajaan untuk menerima pendapat pelbagai pihak untuk meningkatkan status sekolah Tamil di Malaysia. Tambahan, persidangan ini boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran untuk membangunkan sekolah jenis terbabit. Ini menunjukkan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha memajukan pendidikan sekolah Tamil serta sekolah lain. Saya percaya parti MIC di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ G. Palanivel akan terus memberi sokongan dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan hasrat murni ini. Selepas pelan induk untuk sekolah Tamil dihasilkan, saya mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau keefektifan pelan induk tersebut. Saya berharap jawatankuasa ini akan memainkan peranan untuk memperkasakan kurikulum sekolah Tamil. Saya percaya kurikulum merupakan satu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi dalam sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan hala tuju pendidikan serta aspirasi negara. Kelulusan pembinaan enam lagi sekolah Tamil di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor dan Johor membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting yang digerakkan oleh sekolah-sekolah Tamil dalam masyarakat India di negara ini. Saya percaya ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk masa depan sekolah Tamil dengan kerjasama erat antara kerajaan, Persatuan Guru-guru Sekolah Tamil, PIBG dan komuniti kaum India khususnya pelantikan Yang Berhormat Dato’ G. Palanivel sebagai menteri peneraju untuk memimpin usaha kerajaan bagi membangunkan taraf sosial ekonomi masyarakat India merupakan satu lagi pengiktirafan kepada parti MIC. Seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, masyarakat India harus membina satu visi dengan berpaksikan kepada, dengan izin, nambihe atau kepercayaan teguh di antara satu sama lain yang berpotensi untuk membawa perubahan ketara bagi masa depan masyarakat berkenaan. Saya yakin pelantikan ini akan membuahkan hasil yang amat membanggakan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Pengumuman peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi kerja menaik taraf dan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan fizikal sekolah-sekolah Tamil dalam Belanjawan 2012 disambut baik oleh masyarakat India. Saya juga berharap syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga harap dapat memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan negara termasuk untuk sekolah-sekolah Tamil. Peningkatan kuota untuk masyarakat India bagi mengikuti kursus di kolej matrikulasi milik kerajaan ditambah sebanyak 1,000 tempat lagi bermula sesi 2012/2013. Menunjukkan impian Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib yang mahu melihat lebih ramai India berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terutama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ini bermakna jumlah pelajar India di kolej matrikulasi milik kerajaan akan meningkat daripada 559 sekarang kepada 1,500 pada sesi 2012/2013. Cadangan ini diutarakan oleh Presiden MIC, Dato’ G. Palanivel pada Perhimpunan Agung MIC pada tahun lalu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran kerana bersetuju dengan penambahan tersebut. Saya juga harap daripada aspek pembiayaan JPA, satu modus yang baru diperkenalkan supaya bukan sahaja mengikut merit tetapi mengikut ras diberi secara saksama kepada mereka yang layak.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang tidak ternilai kepada Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia serta agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah berganding bahu menjayakan Karnival Perdana Komuniti 1Malaysia pada bulan Januari di Hulu Selangor. Komuniti 1Malaysia merupakan satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat Gagasan 1Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti 1Malaysia dapat memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum dalam komuniti serta agen perubahan dalam komuniti. Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperluaskan Gagasan 1Malaysia dengan melancarkan Komuniti 1Malaysia di sekolah-sekolah menengah serta IPTA. Pelaksanaan program komuniti berasaskan prinsip yang ditetapkan di bawah Gagasan 1Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan antara pelajar serta warga pendidik. Pada masa yang sama, saya juga harap Kementerian Penerangan akan memberi tumpuan khas kepada artis-artis berjadual yang bekerja bersama mereka. Saya diberi maklumat bahawa ada artis-artis berjadual ini tidak ada potongan EPF dan juga Perkeso. Kita haruslah mengamalkan budaya prihatin dan berharap mereka akan diberi bantuan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong, perkhidmatan awam memainkan peranan sebagai tonggak jentera kerajaan dalam mencari idea dan pendekatan baru yang lebih kreatif serta inovatif, cekap, integriti serta berfikiran terbuka. Pengumuman Perdana Menteri mengenai pemansuhan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan Skim Saraan Malaysia dikembalikan dengan penambahbaikan menunjukkan keberanian beliau membuat perubahan setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati. Beliau juga percaya dalam menjayakan segala perubahan dalam perjalanan menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya. Bagi memastikan keberkesanan sistem ini, satu KPI perlu diwujudkan. Semasa mengendalikan KPI tersebut, satu ganjaran yang lumayan perlu diberikan kepada penjawat awam yang memberi perkhidmatan yang cemerlang. Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu mengambil langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam yang kurang memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada maklumat tahap penembusan dasar inisiatif jalur lebar negara di seluruh negara telah mencapai 63% pada tahun 2011. Tahniah diucapkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang menerajui inisiatif berani ini dan usaha mereka untuk memastikan semua rakyat Malaysia sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar. Dasar ini akan memacu ekonomi negara dan keperluan itu meliputi seluruh negara termasuk kawasan- kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta kampung-kampung kecil di Semenanjung Malaysia. Apa yang penting, pelaksanaan tersebut mesti sejajar dengan konsep 1Malaysia. Apakah perancangan yang dibuat oleh kementerian untuk mencapai tahap penembusan dasar inisiatif jalur lebar negara di seluruh negara sebanyak 90%. Saya juga ingin mencadangkan kepada SKMM untuk memantau industri iklan Malaysia. Iklan adalah satu kaedah yang digunakan oleh penjual-penjual barangan dan perkhidmatan sama ada bagi tujuan menggalakkan, memujuk atau mempengaruhi tingkah laku pembeli. Sumbangan pengiklan dalam pembangunan industri tidak dapat dinafikan tetapi banyak syarikat pengiklanan menggunakan khidmat model asing bagi mempromosikan produk mereka. Akan tetapi keberkesanan penggunaan produknya menjadi tanda tanya. Tambahan, kandungan iklan tersebut juga tidak memuaskan dan memberi mesej yang salah kepada golongan yang menonton. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana kita mempunyai bakat tempatan serta kandungan yang baik. Ini dapat mengenal pasti keperluan yang berkaitan serta menunjukkan mesej terhadap segmen tertentu.

Penggunaan iklan asing boleh membawa unsur negatif dan secara tidak langsung akan mempengaruhi penonton. Saya berharap SKMM serta Lembaga Penapis Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri perlu membuat pemantauan terperinci supaya iklan yang disiarkan dapat memaparkan nilai-nilai murni serta mencapai objektif pemasaran. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersuka cita dengan pembangunan FELDA dan juga komitmen kerajaan terhadap meningkatkan kualiti kehidupan peneroka FELDA serta keluarga mereka terutamanya golongan generasi kedua dan ketiga peneroka. Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan setiap peneroka FELDA akan menerima durian runtuh yang jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings yang dicadangkan sebelum pertengahan 2012. Langkah ini diambil bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global dan beliau percaya penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap Bursa Saham Malaysia. Saya percaya penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings merupakan satu penghargaan tinggi yang diberikan oleh kerajaan kepada peneroka-peneroka FELDA yang telah membanting tulang untuk membangunkan FELDA. Saya juga ingin memuji kebijaksanaan FELDA melabur di Amerika Syarikat dan Kanada. Kilang di Boston tersebut merupakan perkongsian antara syarikat Malaysia dan Amerika Syarikat sudah pun membuat keuntungan sebanyak USD8 juta pada tahun 2011 sahaja. Ini berdasarkan unjuran yang dibuat hasil operasi yang berjalan sekarang ini dan permintaan tinggi di pasaran Amerika Syarikat. Tambahan, sebuah lagi minyak masak canola yang terletak di Becancour Canada dimiliki sepenuhnya oleh FELDA. Syarikat tersebut TRT ETGO Quebec In. Corp yang dikuasai menerusi cabang komersial FELDA, FELDA Global Ventures Holdings telah memberikan impak yang baik dalam industri canola di Kanada. Syarikat tersebut TRT ETGO di Quebec In. Corp yang dikuasai menerusi cabang komersial FELDA telah memberikan impak yang baik dalam industri minyak canola di Kanada. Syarikat itu merupakan peneraju dalam industri tersebut di Amerika Utara dan kejayaan ini adalah bukti daripada daya maju penerokaan komersial FELDA. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan sedang membangunkan satu kerangka pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional peringkat nasional serta hala tuju pelaksanaannya yang melibatkan sinergi antara jaringan Universiti Teknikal Malaysia, politeknik dan kolej komuniti sebagai usaha menambah bekalan modal insan kemahiran. Saya menyokong penuh kerangka pendidikan tersebut. Di Hulu Selangor sebuah kampus universiti UiTM hampir dibina. Akan tetapi disebabkan oleh kezaliman kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang tidak memberikan kepentingan kepada pembangunan pendidikan negeri menjadikan impian tersebut tinggal mimpi sahaja. Namun begitu satu kolej universiti bakal dibina di Serendah dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Saya berharap kerajaan akan menunjukkan keprihatinan dengan mengambil langkah dalam merealisasikan hasrat untuk membina kampus UiTM ataupun satu IPTA di bumi Hulu Selangor. Ini akan menjurus kepada impian saya sebagai Ahli Parlimen untuk menjadikan Hulu Selangor sebagai satu hab pendidikan. Saya harap pihak Kementerian Pelajaran akan membina satu sekolah vokasional di Hulu Selangor. Buat masa sekarang terdapat 18 buah sekolah menengah. Namun saya berpendapat penubuhan satu sekolah vokasional amat diperlukan. Dengan itu, negara mampu mengeluarkan beberapa pelajar dalam bidang kemahiran yang berpotensi tinggi. Tambahan sekolah vokasional bukan sahaja berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi semangat, malah pelajar-pelajar yang kurang minat belajar boleh fokus ke dalam bidang kemahiran dan akhirnya pekerja kemahiran tinggi. Saya berharap kementerian akan mempertimbangkan permohonan ini. Kebanyakan sekolah di Hulu Selangor sedang menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Penambahan bilangan pelajar menjurus kepada masalah ini. Saya percaya

salah satu ciri yang perlu diberi penekanan kepada pelajar sekolah ialah menyediakan suasana yang kondusif untuk mereka untuk belajar. Apakah cara-cara atau mekanisme yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menangani masalah begini. Apakah prosedur-prosedur yang perlu dituruti oleh pihak sekolah jika mereka memohon penambahan bilik darjah di sekolah. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mendengarkan isu berkenaan pelajar lepasan universiti yang telah memperolehi Ijazah Kelas Pertama. PTPTN telah mengumumkan bahawa pinjaman pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama ditukarkan kepada biasiswa. Ini merupakan satu penghargaan kepada graduan yang bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pelaksanaan dasar baru itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2010. Namun terdapat 831 graduan Ijazah Kelas Pertama tidak dapat menukar pinjaman mereka kepada biasiswa kerana mereka telah memulakan pengajian mereka dalam pengambilan Julai 2005, Disember 2005 dan Julai 2006. Saya juga faham dalam perjanjian mereka tidak tertera mengenai penukaran pinjaman kepada biasiswa berikutan peruntukan belanjawan yang tidak cukup. Ini menjurus kepada ketidakpuasan hati 831 graduan tersebut. Saya juga dimaklumkan bahawa PTPTN telah mengemukakan isu ini kepada Kementerian Kewangan. Saya berharap Kementerian Kewangan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada 831 pelajar yang tidak dapat menukar pinjaman mereka kepada biasiswa. Saya juga percaya ini akan dapat mengurangkan beban bayaran balik mereka kerana kebanyakan daripada mereka berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan segenap lapisan masyarakat meliputi wanita, warga emas, kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya dan sebagainya menjadi keutamaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah sebuah agensi barisan hadapan kerajaan yang dapat sentiasa membantu membangunkan masyarakat ke arah kesejahteraan, berdikari dan berbudaya penyayang sekali gus memastikan tiada kumpulan yang terpinggir daripada menikmati faedah kemakmuran negara. JKM membuat transformasi urusan perkhidmatan sosial dengan lebih kreatif dan inovatif ke arah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar jabatan. Sejajar dengan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pembayaran wang bantuan kebajikan pada 1 hari bulan bagi semua penerima bantuan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mulai Januari 2010. Dengan ini, satu daripada pencapaian yang telah ditetapkan oleh bidang NKRA, kementerian dari segi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dapat direalisasikan. Tambahan selepas meneliti Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tahun 2011, saya bangga dengan pencapaian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar. Namun saya ingin beri pandangan untuk mempertingkatkan lagi pencapaian piagam pelanggan. Saya dapati sebanyak 970 permohonan daripada 1,156 permohonan bantuan alat tiruan atau alat sokongan telah dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi dua bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima. Apakah cara-cara yang boleh diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi maklum balas kepada permohonan bantuan alat tiruan atau sokongan dalam tempoh masa 30 hari atau kurang. Ini adalah kerana kebanyakan pemohon memerlukan bantuan tersebut secara mendesak dan maklum balas yang lebih awal mungkin dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini. Saya juga ingin menambah mengenai jumlah bantuan yang diterima oleh penerima. Kebanyakan penduduk di Hulu Selangor masih menerima bantuan sebanyak RM100 sebulan untuk meneruskan kehidupan harian mereka. Saya percaya bantuan RM100 sebulan tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka sama sekali. Mereka masih dibelenggu dengan masalah kewangan. Sebagai wakil rakyat, saya dan juga tiga lagi rakan perjuangan di Dewan Undangan Negeri Batang Kali,

Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam sedang membantu penduduk yang menghadapi masalah sebegini setiap minggu. Saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat satu perancangan yang terperinci mengenai bantuan yang dihulurkan terutamanya kepada penduduk luar bandar. Dasar Perumahan Negara seperti disentuh oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dihasilkan untuk menjelaskan visi kerajaan mengenai dasar perumahan jangka panjang. Tujuan utama dasar adalah untuk memenuhi keperluan asas rakyat iaitu tempat tinggal yang selesa dan mampu milik bagi memperkasakan autonomi rakyat. Kesannya ialah kerajaan akan terus berjaya melahirkan masyarakat satu komuniti yang maju, progresif dan lestari. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, kerajaan komited dan akan terus memberi keutamaan dalam penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik atau disewa mengikut keperluan golongan tertentu.

Tidak dapat dinafikan sektor perumahan negara mempunyai peranan yang signifikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan ini hasrat kerajaan melalui Pelan Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Negara telah memberi tumpuan khas dalam meningkatkan keupayaan pemilikan perumahan golongan yang berpendapatan rendah. Tambahan pelaksanaan rumah pertama ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah terutama mereka yang di kawasan bandar. Skim Rumah Pertamaku akan memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri. Di samping itu skim ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap jati diri di kalangan anak muda. Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor antara isu yang perlu diatasi berhubungan dengan perumahan adalah penyelesaian lima projek terbengkalai. Pernah saya bangkitkan surat ini kepada kementerian. saya percaya kementerian sedang berusaha keras bagi mengatasi masalah projek perumahan di seluruh Malaysia. Saya berharap satu keputusan yang baik akan dicapai secepat mungkin supaya pembeli rumah tersebut dapat senyum lebar dengan inisiatif kerajaan menyelesaikan keluhan rakyat. Justeru itu saya mempelawa program perumahan rakyat untuk membaik pulihkan banyak projek yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Hulu Selangor. Dengan berbuat demikian bukan sahaja projek-projek ini akan kembali tetapi keperluan rumah kos rendah boleh juga dicapai. Selain itu kos membangunkan projek terbengkalai atau terbiar ini pasti murah daripada membina tapak permulaan. Saya menyokong penuh projek perumahan baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Akan tetapi ramai penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak dapat menikmati inisiatif perumahan sebegini. Ini adalah kerana Kementerian Kewangan telah mentakrifkan kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa sebagai kawasan senarai hitam. Pembekuan ini dibuat 15 tahun lalu. Ini berikutan kemerosotan ekonomi pada masa tersebut. Buat masa sekarang terdapat ramai penduduk ingin membeli rumah sendiri tetapi hasrat mereka tidak tercapai berikutan permohonan pinjaman perumahan mereka telah ditolak di atas alasan tersebut tadi. Terdapat banyak rumah kedai dan rumah telah dibina oleh pemaju tetapi tidak boleh dihuni berikutan pembekuan ini. Situasi ini menyukarkan pihak pemaju dan pihak pembeli. Saya memohon Kementerian Kewangan agar memberikan pertimbangan sewajarnya untuk mengeluarkan nama kedua-dua kawasan tersebut daripada senarai hitam. Saya sudi memberikan kerjasama dengan kementerian bagi mengatasi isu ini. Penyelesaian masalah ini akan membantu ramai penduduk memiliki rumah sendiri mereka berikutan pertambahan penduduk di kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Titah Yang di-Pertuan Agong mengenai penambahbaikan pengangkutan awam. Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka

panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. Saya mengalu-alukan peruntukan interim bagi memastikan perkhidmatan bas henti-henti terus dapat dinikmati oleh rakyat terutamanya di kawasan luar bandar. Hulu Selangor merupakan kawasan luar bandar. Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan daerah di negeri Selangor. Ia bersempadan dengan daerah negeri Perak di utara, Pahang di timur. Selain rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim terdapat rangkaian jalan negeri supaya Jalan Ulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tinggi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill. Semua ini merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang menjadi pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi. Namun perkhidmatan pengangkutan awam di Hulu Selangor masih perlu dipertingkatkan. Banyak pengusaha bas henti-henti dan pengusaha bas ekspres tidak dapat memberi perkhidmatan kepada kawasan-kawasan perumahan yang terletak jauh daripada perhentian bas. Kebanyakan penduduk di sana terpaksa berjalan jauh untuk dapatkan perkhidmatan bas. Saya memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk mempertimbangkan mewujudkan hab pengangkutan di kawasan Hulu Selangor. Dengan adanya hub pengangkutan ini penduduk setempat dapat menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi ke kawasan Kuala Selangor, Sabak Bernam yang terletak jauh dari kawasan Hulu Selangor. Tambahan perkhidmatan bas juga boleh dilanjutkan ke Bukit Fraser dan Genting Highlands yang menjadi tumpuan kepada pelancong. Mengenai perkhidmatan kereta api di Hulu Selangor, terdapat empat stesen kereta api, Serendah, Batang Kali, Rasah dan Kuala Kubu Baru yang juga digunakan oleh penduduk tempatan. Akan tetapi antara masalah yang dihadapi stesen kereta api tersebut ialah terletak jauh dari kawasan perumahan. Kebanyakan pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi dari stesen komuter ke kawasan perumahan. Ini meningkatkan perbelanjaan harian mereka. Memandangkan mereka merupakan masyarakat luar bandar. Saya mencadangkan agar Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan kemudahan bas feeder di empat stesen kereta api ini. Bas feeder ini boleh mengambil dan menghantar penumpang hingga ke kawasan perumahan. Ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam sekali gus mengurangkan beban kewangan penduduk yang terpaksa mengharapkan perkhidmatan teksi. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lebih kurang 46% penduduk di negara ini terdiri daripada golongan belia yang merupakan aset penting dan pewaris untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Pepatah Seri Paduka Baginda menggunakan, “Kalau tinggi di angkasa jadilah garuda, kalau jatuh di laut jadilah pulau,” yang digunakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencorakkan pengiktirafan kerajaan terhadap golongan belia untuk terus maju dan mengecapi kejayaan. Saya percaya Kementerian Belia dan Sukan akan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa dan negara selaras dengan Wawasan 2020. Dalam usaha membina generasi belia, Kementerian Belia dan Sukan juga menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain. Namun ada juga beberapa pertubuhan belia yang merungut berkenaan masalah dana untuk menganjurkan masalah sebegini. Saya percaya ada perbezaan dari segi program yang dianjurkan oleh belia bandar dan belia luar bandar. Perbezaan yang wujud mengikut persekitaran, kemudahan dan bilangan kumpulan sasar. Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan akan dapat menyalurkan peruntukan yang cukup untuk pertubuhan belia supaya mereka dapat menganjurkan program-program berfaedah. Ini juga dapat mengurangkan penglibatan belia dalam gejala sosial. Saya harap kementerian akan memperuntukkan dana khas untuk menaja beberapa pertubuhan belia yang aktif untuk mengikuti konvensyen atau latihan belia yang diadakan di luar negara. Ini dapat mempertingkatkan pengalaman mereka di samping memberikan pengiktirafan

mereka. Konsep wasatiyyah yang merupakan hasil pemikiran Perdana Menteri juga mendapat penerimaan masyarakat global...

Tuan Yang di-Pertua

Ada seminit dua lagi Yang Berhormat.

Sebentar lagi Tuan Yang di-Pertua. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong percaya konsep ini akan dapat menyumbang ke arah penyelesaian satu pertikaian dan membawa kepada keamanan global. Saya percaya pengenalan konsep ini akan menjadikan Malaysia antara negara layak untuk memperkenalkan kepada masyarakat dunia. Konsep wasatiyyah adalah kesederhanaan dalam kehidupan, tetapi di negara kita budaya ekstremis seperti pelampau politik, penyokong fanatik dan rasisme ketaksuban agama menjadi-jadi di negara kita. Saya juga percaya konsep ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seharian selaras dengan matlamat- matlamat konsep ini mewujudkan perpaduan serta keharmonian hidup ke arah menunjukkan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Akan tetapi apakah penubuhan Institut Wasatiyyah ini dapat mendidik kumpulan-kumpulan ini menjadi lebih sederhana? Jika, ya bagaimana konsep kesederhanaan ini boleh dikomersialkan untuk masyarakat pelbagai kaum. Kerjasama - saya ada dua, tiga perkara lagi, boleh Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerjasama kreatif di antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan tentera Malaysia menerima kepujian daripada Seri Paduka Baginda. memang tidak dapat dinafikan keberkesanan lautan strategi lautan berwarna biru kebangsaan mengurangkan indeks kadar jenayah dan memelihara ketenteraman awam tanpa melibatkan kos yang tinggi. Strategi lautan biru juga dapat mengurangkan kos pembinaan jalan di luar bandar di Sarawak kepada hanya RM50 juta dengan menggunakan kepakaran Angkatan tentera Malaysia berbanding dengan RM250 juta jika pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahukan strategi lautan biru diterapkan dengan lebih meluas di kalangan agensi kerajaan bagi mencapai objektif di dalam NKRA. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan kerjasama antara PDRM dengan Kementerian Pertahanan melalui strategi ini sebagai contoh pemikiran terbabit. Saya secara ikhlas mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri yang bertungkus-lumus dalam menjaga keamanan negara.

Ingin saya menyentuh mengenai keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional apabila Perdana Menteri menaikkan elaun tugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat. Pengumuman ini telah memberi senyuman kepada semua anggota RELA seluruh negara. Sebagai kerajaan yang prihatin, dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak. Penghargaan juga perlu ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri yang bersetuju untuk menaikkan elaun tersebut dengan kadar segera. Setakat ini berapa ramaikah ahli RELA yang aktif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dari jumlah ahli yang telah mencecah dua juta setakat 31 Julai ini. Saya percaya Kementerian Dalam Negeri harus mencari peluang-peluang yang lain untuk membantu ahli-ahli RELA berikutan kebanyakan ahli yang menyertai RELA berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau rendah. Insentif seperti ini dapat memberi mereka semangat serta keyakinan yang lebih supaya mereka dapat memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat dijaga. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong titah Baginda, dengan kata-kata itu saya ingin menyatakan yellam pugelum ireveneke ... [Bercakap dalam bahasa Tamil] yang bermaksud segala kepujian kepada Tuhan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasaan usul menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Sri Paduka Baginda. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkhidmatan kesihatan merupakan satu isu yang penting kerana ini melibatkan semua lapisan rakyat dan kita juga hadapi masalah berkenaan dengan kos yang melambung tinggi, eksploitasi rakyat yang kian meningkat dan keperluan untuk memberi perlindungan yang mencukupi kepada semua masyarakat. Memang kalau kita lihat apa yang berlaku di luar negara khususnya di Amerika Syarikat apabila Presiden Obama semasa kempen untuk presidency beliau, beliau berjanji reformasi sistem perkhidmatan perubatan di Amerika Syarikat sebagai antara empat perkara yang akan beliau lakukan. Memang beliau melakukan semasa tahun kedua penggal beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat walaupun beliau menang dalam kongres dalam Senate tetapi apabila Obama Care yang diluluskan itu dipengaruhi oleh industri-industri insurans dan MCO, memang rakyat tidak terima keputusan tersebut dan beliau parti demokratik Amerika Syarikat kalah dalam mid term election di Amerika Syarikat... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan isu Amerika ini sebab agak penting kerana kalau duta kepada Amerika tidak faham dengarlah, biar saya habiskan dahulu. Kerana kita tahu bahawa 1Care ini memang berasal daripada pakar-pakar yang dilantik di kalangan Bank Dunia yang bertapak di Amerika Syarikat. Kalau kita gunakan Amerika Syarikat sebagai contoh untuk perkhidmatan kesihatan, ini bukan satu contoh yang terbaik kerana kita tahu kos untuk membiayai perkhidmatan kesihatan di Amerika Syarikat adalah antara yang tertinggi di seluruh dunia 17% daripada keseluruhan KDNK. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa banyak perkara yang belum dimuktamadkan berkenaan dengan 1Care ini, tetapi saya ingin merujuk kepada beberapa dokumen khususnya dalam RMKe-10 muka surat 283 di bawah tajuk Mentransformasikan Sistem Penyampaian Penjagaan Kesihatan. Antara inisiatif utama dalam tempoh rancangan adalah memperkemaskan peranan pengawalseliaan dan penyediaan perkhidmatan. Khususnya merujuk kepada pengasingan fungsi pengawalseliaan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih jelas yang mana Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan terutamanya ke atas tadbir urus, pengawasan industri penjagaan kesihatan dan penguatkuasaan perundangan. Ini bermakna Kementerian Kesihatan akan mengurangkan peranan dalam penyampaian perkhidmatan dan memang antara yang disarankan dalam RMKe-10 adalah menyemak perundangan dan peraturan dalam aspek-aspek penguatkuasaan akreditasi, pentauliahan dan pemberian hak praktis dan mengkaji pilihan pembiayaan khususnya memperkenalkan kaedah perkongsian kos yang membolehkan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam memperoleh perkhidmatan kesihatan, keyword dengan izin, perkongsian kos. Jadi apabila 1Care ini memang dikemukakan sebagai sebahagian daripada GTP dan satu kertas konsep telah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan kepada Economic Council pada 11 Ogos 2009. Antara tujuan concept paper tersebut adalah untuk mengurangkan kos dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk semua atas semangat solidarity di mana yang sihat membantu yang sakit dan yang kaya membantu yang miskin. Jadi pelbagai technical working group telah ditubuhkan untuk mengkaji terperinci di peringkat pelaksanaan. Jadi konsep paper yang dikemukakan itu telah diterima pakai dan diguna sebagai panduan kepada technical working group. Malang sekali pakar-pakar yang di undang, pakar-pakar dari industri, pakar-pakar daripada kalangan doktor dan NGO yang di undang untuk menyertai technical working group tersebut semua dipaksa untuk menandatangani aku janji supaya kandungan eksklusif dan perbincangan tidak boleh diumumkan untuk semua. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri masih katakan tidak ada blue print, tidak ada keputusan, saya rasa memang tanggungjawab Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan keputusan ataupun cadangan-cadangan yang disarankan oleh technical working group berkenaan dengan aspek-aspek pembiayaan bagaimana kita hendak mengasingkan perkhidmatan dan sebagainya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Dari sedikit maklumat yang dapat kita terima daripada concept paper tersebut dan press statement oleh Yang Berhormat Menteri, kita boleh faham berkenaan dengan beberapa rangka dalam pelaksanaan 1Care ini, antaranya: (i) integrasi klinik swasta dan klinik kerajaan; (ii) bina kapasiti hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia; (iii) integrasi hospital-hospital swasta dan kerajaan di mana hospital- hospital kerajaan akan berfungsi lebih sebagai hospital swasta; (iv) menubuhkan sebuah badan yang dinamakan National Health Financing Authority; dan (v) seterusnya melaksanakan sosial health insurance ataupun insurans perubatan. Apabila integrasi klinik ini dilaksanakan setiap warga Malaysia akan diperuntukkan seorang doktor penjagaan premier yang akan jadi doktor keluarga, doktor tunggal dan gatekeeper ataupun penapis untuk rawatan di hospital. Doktor penjagaan premier akan dibayar suatu jumlah setiap tahun mengikut bilangan penduduk di bawah jagaan beliau, apa yang dikatakan capitation fees. Apabila integrasi hospital swasta dan hospital awam dilaksanakan, semua pesakit bebas untuk memilih jika perlu sama ada mereka menerima rawatan di hospital yang sebelum ini hospital kerajaan ataupun hospital swasta. Saya hendak petik satu jawapan yang saya dapati daripada seorang CEO satu rangkaian hospital swasta yang terbesar di negara ini berkenaan dengan apakah implikasi apabila pelaksanaan 1Care ini terhadap business hospital-hospital swasta tersebut.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Jawapan yang saya peroleh adalah pasti hospital-hospital swasta akan dapat pesakit yang jauh lebih banyak daripada yang ada sekarang dan ini akan menjadi lebih lumayan kepada rangkaian hospital-hospital swasta. Jadi, penubuhan National Health Financing Authority yang akan uruskan kutipan insurans kesihatan untuk seluruh rakyat serta menjadi agensi tunggal untuk bayaran. Jenis bayaran kepada doktor di hospital adalah berdasarkan sama ada fee for service ataupun apa yang dikatakan DRG iaitu Diagnostic Radiated Group seperti mana yang dilaksanakan sekarang di hospital swasta. Jadi, apabila semua ini dilaksanakan di bawah 1Care ini, sistem yang ada sekarang akan berubah. Sistem yang ada sekarang di mana pembekalan perkhidmatan kesihatan sama ada di klinik hospital kerajaan dan klinik hospital swasta ataupun rawatan di hospital kerajaan ataupun rawatan swasta akan hilang dan semua akan disatukan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nak rujuk kepada apa yang berlaku sekarang. Kalau kita lihat situasi 2009, apa yang sebenarnya berlaku. Kalau kita lihat daripada segi rawatan untuk perkhidmatan premier iaitu rawatan ke klinik-klinik pesakit luar. Untuk kemudahan Kementerian Kesihatan keseluruhannya 27 juta rawatan dan untuk klinik-klinik swasta, 47 juta rawatan. Ini bermakna walaupun dengan pembiayaan yang jauh lebih tinggi, 15 kali ganda atau 20 kali ganda yang diperlukan kalau dibandingkan dengan klinik di hospital kerajaan, masih ramai kebanyakan rakyat Malaysia pilih untuk menerima rawatan di klinik swasta. Kita lihat daripada segi kemasukan hospital (emissions) dalam 2009. Keseluruhan kemasukan hospital adalah 2.26 juta di hospital kerajaan dan kemasukan hospital di hospital swasta adalah 870,000 kemasukan. Ini bermakna walaupun kita tahu rawatan di hospital swasta jauh lebih tinggi daripada rawatan di hospital kerajaan, masih ada 28% rakyat Malaysia yang pilih untuk menerima rawatan di hospital swasta. Apa sudah terjadi? Why? Kenapa keadaan ini berlaku? Jelas ini menunjukkan ramai daripada antara rakyat Malaysia tidak yakin dengan mutu perkhidmatan yang ada sama ada betul atau tidak tetapi mereka tidak yakin dengan mutu perkhidmatan yang ada di hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik di bawah Kementerian Kesihatan. Kita lihat daripada segi perbelanjaan, kita tidak hairan mengapa perkara ini berlaku kerana kita tahu dalam 2009, perbelanjaan keseluruhan untuk penjagaan kesihatan di Malaysia adalah kadar 5.4%. Ini jauh lebih rendah daripada purata dunia iaitu 8.6% dan untuk dalam 5.4% itu, portion yang disumbang oleh kerajaan adalah sekadar lebih kurang 2% sahaja dan selebihnya disumbang oleh pihak swasta. Walaupun dalam rangka 1Care mengatakan

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

bahawa akan dibina kapasiti untuk hospital-hospital di Kementerian Kesihatan tetapi kita lihat kepada hakikatnya. Perbelanjaan pembangunan untuk di bawah Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan pembangunan dalam tiga tahun kebelakangan ini makin menurun dan tidak meningkat. Untuk 2010, RM3.78 bilion. Untuk 2011, RM2.216 bilion dan untuk tahun ini iaitu 2012, RM1.8 bilion. Jadi, jelas walaupun 1CARE ini dijanjikan untuk bina kapasiti tetapi pada hakikatnya ini tidak berlaku. Saya bimbang kerana apabila 1Care ini dilaksanakan ada beberapa masalah yang akan berlaku. Impak kepada doktor di bawah konsep 1Care ini, ia gunakan satu modal yang liberal, yang menggunakan ganjaran kewangan sebagai faktor utama untuk ubah suai tingkah laku dan pengaruhi keputusan klinikal. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dalam sumpah Hippocratic. Kod etika dan tahap profesionalisme yang tinggi untuk memberi perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira kepentingan peribadi seharusnya menjadi panduan utama untuk seseorang doktor. Apabila capitation ini dilakukan kepada klinik-klinik swasta, ini bermakna untuk doktor-doktor yang berkenaan, less care more income, dengan izin. Maksud saya, apabila mereka kurangkan rawatan kepada pesakit, mereka akan dapat keuntungan yang lebih tetapi untuk doktor-doktor di hospital, perkara yang berlainan pula berlaku. Apabila mereka dibayar mengikut apa yang dikatakan DRG ataupun fee for service, ini akan menggalakkan more care more income atau lebih rawatan, lebih pendapatan. Jadi, ini akan menyebabkan perubahan budaya dalam sistem pengamalan klinikal dan ini pasti akan membawa kesan yang negatif yang serius. Yang kedua, masalah yang mungkin dihadapi sebenarnya oleh semua rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini kerana dalam 1Care ini memang dalam concept paper dan dalam jawapan menteri memang dikatakan bahawa caruman insurans perubatan ini adalah ”no opting out”, dengan izin. Saya nak quote jawapan menteri itu, “no opting out”. Maksud itu, ini wajib untuk semua rakyat walaupun mungkin ada segolongan kecil tak sampai 7% daripada kesemua akan dikecualikan. Misalannya OKU, warga emas dan miskin tegar. Apabila kita kaji apa yang di dalam concept paper 1Care tersebut, kita mendapati bahawa setiap isi rumah dengan purata perlu menanggung lebih kurang 9.5% daripada purata pendapatan seisi keluarga. Walaupun sebahagian mungkin disubsidi oleh kerajaan tetapi dalam cadangan tersebut, sebanyak RM3,169 akan ditanggung sama ada oleh majikan ataupun pekerja. Jikalau kita lihat ini, 7.2% daripada 9.5% untuk caruman insurans perubatan ini campur dengan apa yang diperlukan oleh PERKESO, apa yang diperlukan untuk EPF, ini bermakna potongan gaji keseluruhannya adalah sehingga 31%. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk mereka yang berpendapatan tinggi mungkin ini tidak jadi masalah tetapi untuk mereka yang berpendapatan rendah, pasti ini akan membebankan. Bukan setakat itu, dalam pelaksanaan 1Care ini cuma doktor penjagaan premier ini ditetapkan. Sekiranya pesakit itu tidak puas hati dengan doktor tersebut dan ingin tukar doktor, beliau atau pesakit tersebut terpaksa bayar sendiri dan tidak dapat rawatan percuma mengikut 1Care program tersebut. Bukan setakat itu, memang juga dicadangkan ada co-payment yang akan dilaksanakan. Jadi, yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan 1Care ini saya rasa tidak akan mengurangkan kos keseluruhan tetapi akan meningkatkan kos keseluruhan penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan kerana kita tahu walaupun dalam concept paper dicadangkan bahawa kos pengurusan adalah sekadar 5% daripada keseluruhan caruman tersebut.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Akan tetapi saya hendak memperingatkan Dewan yang mulia ini, kita boleh merujuk kepada Laporan Tahunan PERKESO. Satu rancangan yang sama untuk tahun 2010. Caruman PERKESO RM2 bilion. Kos untuk mengurus, RM239 juta. Ini bermakna kos untuk mengurus PERKESO adalah 12% dan ini jauh lebih daripada apa yang diunjurkan oleh kertas konsep tersebut. Kedua, apabila integrasi hospital awam dan hospital swasta dilakukan, kos untuk rawatan di hospital pasti akan meningkat, pasti akan melambung tinggi dan khususnya apabila pada penghijrahan pesakit daripada hospital awam kepada hospital swasta. Ini akan menjadikan kos keseluruhan akan meningkat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ketiga, seperti mana yang saya katakan tadi, apabila fee for service ataupun diagnosis related group itu dilaksanakan, itu juga akan menggalakkan rawatan dan pembedahan prosedur yang tidak semestinya perlu dan kos ini akan meningkat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam isu ini adalah penting supaya Yang Berhormat Menteri memberi keterangan yang selanjutnya khususnya apa yang berlaku dalam technical working group dan supaya satu perbahasan yang sihat boleh berlaku agar input kita boleh dipertimbangkan. Apakah opsyen yang kita ada sekiranya kita tidak mahu, kita tolak 1K ini? Kita lihat perbelanjaan dari segi Kementerian Kesihatan memang sudah kurang kalau dibandingkan dengan perbelanjaan di pihak swasta. Trend ini berterusan dan membimbangkan. Untuk mengatasi masalah ini saya rasa yang penting sekali kita seharusnya tumpukan kepada bina kapasiti Kementerian Kesihatan Malaysia di mana kita harus meningkatkan perbelanjaan untuk Kementerian Kesihatan supaya mutu perkhidmatan di hospital-hospital kementerian setanding dengan hospital-hospital swasta. Kedua, terma perkhidmatan untuk kakitangan di bawah kementerian harus dikaji semula dengan mengambil kira kuasa pasaran supaya pakar-pakar akan tetap bertugas di bawah kementerian. Antaranya, saya cadangkan supaya tubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan Khas untuk doktor. Ketiga, penswastaan perkhidmatan harus dikaji semula khususnya pembekalan perubatan kepada Pharma Niaga dan perkhidmatan sokongan kepada Faber MediServe, ReadyCare, Pantai Medivest yang tidak menguntungkan kerajaan. Keempat, saya rasa budaya kerja dan kemudahan di kementerian perlu dipertingkatkan supaya menjadi lebih patient centric ataupun konsep pesakit didahulukan untuk menarik lebih pesakit ke hospital-hospital kerajaan. Seterusnya saya cadangkan juga iaitu kita tahu kos rawatan di hospital memang mahal. Kita harus kurangkan kos rawatan di hospital dan dengan cara menggalakkan day care dan mempertingkatkan perkhidmatan sokongan serta kemudahan untuk rawatan di luar hospital seperti day surgery, home care dan sebagainya. Jadi saya mohon supaya lebih dialog dan buat sementara waktu, kita tolak cadangan 1Care. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya beralih kepada tajuk yang berlainan. Ini berkenaan dengan TEMAN Gopeng. Apa yang dikatakan sudah tukar nama sebagai RTC. Ramai yang tidak tahu apa itu RTC? RTC ini bermakna Rural Transformation Centre. Istilah bahasa tidak digunakan tetapi gunakan istilah mat salih pula. Projek ini adalah di bawah FAMA, Kementerian Pertanian. RTC ini sebenarnya pada mulanya dibangunkan sebagai pusat strategik pengedaran bahan makanan keperluan harian. Ini bertujuan untuk pembaikan sistem pemborongan dan menjamin pengeluar mendapat pasaran hasil pertanian mereka pada harga yang menguntungkan manakala pengguna dijamin bekalan bahan makanan yang berterusan dengan mutu dan harga yang berpatutan. Jadi, TEMAN yang sebelum ini dipanggil TEMAN Gopeng bertujuan untuk menyediakan infrastruktur sistem pemborongan yang lebih teratur, telus dan terkawal seperti mana yang berlaku di negara-negara maju seperti Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Australia. Saya difahamkan sebelum projek ini dimulakan, memang pegawai-pegawai daripada FAMA pernah melawat di Australia, Korea selatan dan membuat kajian berkenaan dengan sistem tersebut. Kompleks TEMAN Gopeng ini telah dibangunkan di atas satu tapak seluas 50 ekar dengan kos RM116 juta dan mula beroperasi pada Januari 2011. Pembangunan kompleks tersebut merangkumi satu bangunan pejabat FAMA yang canggih yang besar di hadapan dan 227 lot untuk pemborong komuniti utama sayur, buah, barangan keperluan makanan utama, 40 lot untuk pemborong ikan, 20 lot pemborongan ayam dan daging. Dari segi rancangan memang bagus. Dari segi pelaksanaan, tidak ada. Masalah sekarang, dua per tiga daripada lot-lot tersebut masih kosong. Tidak ada pelanggan. Aktiviti-aktiviti pemborongan hampir tidak wujud langsung.Apa yang dijanjikan oleh FAMA sebagai menyediakan infrastruktur sistem pemborongan tidak terlaksana, tidak berlaku. Kita lihat FAMA walaupun tidak membantu dalam urusan pemborongan, FAMA terlibat secara langsung sebagai perniagaan runcit di kawasan tersebut dengan adanya pasar tani. Oleh sebab itu kebanyakan gerai sekarang diusahakan sebagai gerai runcit (retail centre) daripada pusat pemborongan. Apabila saya buat lawatan di situ, kita lihat apa yang dijanjikan forklift untuk membawa sayur-sayuran dan sebagainya, tidak satu pun

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

kelihatan. WiFi memang ada, tetapi tidak ada website yang membantu pemasaran. Gerai tersebut terlalu kecil untuk dijadikan sebagai pusat pemborong. Bangunan FAMA yang canggih, yang besar di hadapan kawasan tersebut menghalang pandangan daripada luar dan apabila kita melalui kawasan tersebut, kita tidak pasti sama ada kawasan ini adalah satu pejabat kerajaan ataupun satu pusat pemborongan ataupun pusat penjualan sayur- sayuran dan sebagainya. Booth keselamatan di pintu masuk tidak menggalakkan kunjungan orang ramai. Kita tahu nama asal ini memang TEMAN Gopeng, Terminal Makanan Negara Gopeng. Selepas itu ditukar kepada Terminal Agrobusiness Negara. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat kawasan tersebut bulan yang lepas dan merasmikan nama yang baru yang dikatakan RTC, Pusat Transformasi Luar Bandar. Saya hairan kenapa tidak gunakan PTL tetapi gunakan RTC. Ramai pengusaha di situ yang mengatakan mereka pun tidak faham apa itu RTC. Adakah RTC itu “ready to close”?... [Ketawa] Jadi jelas, walaupun berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi apabila saya melawat minggu lepas, keadaan di RTC seperti biasa. Tidak hairan gelaran “ready to close” ini menjadi satu gelaran yang biasa. Jelas ini satu projek gajah putih yang gagal. Jadi, saya hendak tanya di sini, untuk Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Kita juga tahu bahawa pasar utama ini akan diubahsuai menjadi agro mall dan seterusnya ada khabar angin yang mengatakan bahawa Mydin akan masuk dan mengambil alih tapak utama di kawasan tersebut. Peniaga-peniaga yang menjadi perintis akan diketepikan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Apabila Mydin ambil alih peniaga yang sedia ada terpaksa sewa tapak tersebut daripada Mydin. Di samping menghadapi persaingan daripada Mydin dalam business mereka pasti mereka rasa bimbang. Jadi pertanyaan saya, apakah keadaan kewangan projek tersebut? Apakah peranan Mydin dalam projek tersebut? Kenapa apabila projek ini dilaksanakan tidak ada penglibatan input daripada peniaga-peniaga yang melibatkan dalam business pemborongan di sekitar Ipoh dan di kawasan Gopeng? Saya harap perkara- perkara ini dapat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk membahas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong buat Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Patik juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dan telah berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima ini pada 12 Mac 2012. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama yang hendak saya bahaskan di sini ialah perumahan rakyat berkualiti. Pertama saya hendak sentuh ialah soal penyediaan kediaman. Dalam pengurusan mana-mana negara pun tempat tinggal atau kediaman adalah perkara- perkara paling penting yang perlu disediakan kepada rakyat. Saya dimaklumkan contoh terbaik ialah kita lihat negara Libya sendiri sewaktu pemerintahan arwah Muammar Gaddafi. Setiap bayi yang dilahirkan iaitu warganegara Libya sahaja diberikan sebuah rumah secara percuma. Rumah itu kemudian disewakan terlebih dahulu sehingga bayi itu mencapai umur 21 tahun barulah diserahkan semula kepada bayi tersebut yang telah besar berumur 21 tahun. Malahan perolehan duit sewa rumah itu diberikan kepada keluarga bayi yang lahir itu. Akan tetapi malangnya Muammar Gaddafi sudah menjadi arwah kesan daripada Arab Spring. Jadi ada orang sini berminat juga dengan Arab Spring itu saya pun tidak faham supaya kita jadi macam huru-hara macam itu agaknya...

Yang Berhormat Lipis.

Boleh celah?

Tunggulah dahulu belum habis baru mula hendak...

Yalah sebab...

Duduk dahulu duduk. Jangan gigit telinga saya cukup ya... [Ketawa] Ini menunjukkan dasar perumahan di negara Libya mengikut konsep kesejahteraan ekonomi. Tidak terkecuali dari kita Malaysia juga menjadi keperluan perumahan untuk rakyat. Melalui Dasar Perumahan Negara kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program dan pakej seperti Program Perumahan Rakyat, Program Perumahan Awam, Program Bantuan Rumah serta Program Rumah Mesra Rakyat. Pelaksanaan ini semuanya saya melihat ada mempunyai konsep kesejahteraan ekonomi. Kerajaan terus prihatin dalam kemudahan rakyat untuk memiliki kediaman. Apa yang menjadi perhatian saya ialah mengenai Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada Mac 2011 lalu. Ini yang mana isi rumah boleh menikmati pinjaman bagi harga rumah berharga RM400,000 berbanding RM200,000 sebelum ini. Bagi merancakkan industri kediaman kerajaan menerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia ataupun PR1MA membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan menengah rendah yang berpeluang memiliki kediaman di kawasan bandar seperti Putrajaya, Seremban, Putra Heights, Damansara dan Bandar Tun Razak. Saya amat berharap usaha murni kerajaan akan dilaksanakan secepat mungkin. Cuma apa yang saya hendak bangkitkan di sini adalah masalah atau realiti yang sedang dan masih berlaku dalam industri kediaman. Isu pertama kegiatan pemborong rumah oleh agen hartanah. Seperti kita sedia maklum sebelum perumahan atau kondominium dilancarkan secara rasmi kebanyakan unit terjual sehingga 90% pada hari pelancaran. Unit terjual ini merupakan unit yang di borong oleh agen hartanah yang mengaut keuntungan atas angin sebenarnya. Dengan adanya kegiatan pemborong hartanah ini harga rumah meningkat antara 60% hingga melebihi 100% dan ini telah menidakkan hak rakyat biasa untuk mendapatkan rumah pada harga berpatutan. Saya mencadangkan supaya kerajaan memantau kegiatan pemborong hartanah yang nyata mengaut keuntungan atas angin. Lesen agen hartanah patut ditarik atau dibekukan jika ada agen tersebut menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Malahan saya mencadangkan adanya sekatan terhadap agen-agen hartanah dengan tidak membenarkan untuk memborong rumah secara pukal. Saya juga mendapat maklum bahawa ada pemaju perumahan yang turut bersubahat. Isu kedua pula adalah taktik menyimpan unit rumah sebelum projek perumahan dilancarkan secara rasmi. Taktik ini dilakukan oleh speculator dan kontraktor terbabit. Dengan cara ini rumah dapat dijual dengan harga yang lebih mahal dan pembeli terpaksa akur dengan harga tersebut. Saya mencadangkan pemantauan penjualan awam patut dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Setiap penjualan rumah di perumahan baru patut dipantau oleh Jabatan Perumahan Negara. Isu ketiga ialah unit bumiputera dibuka secara berleluasa walaupun tempoh penjualan masih berlangsung. Saya sering mendengar rungutan pembeli bumiputera di mana syarikat pemaju sengaja menyimpan unit-unit bumiputera dengan harapan unit ini akan meningkat harganya dalam jangka masa tertentu. Unit ini dibuka secara berleluasa pada bukan bumiputera walaupun terdapat ramai bumiputera yang minat untuk membelinya. Isu keempat ialah harga siling rumah patut ditetapkan oleh kerajaan agar pihak pemaju tidak menetapkan harga sesuka hati dengan mengambil untung melampau ke atas pembeli. Sekarang rata-rata rumah teres 20x70 kaki persegi mencecah RM400,000 hingga RM500,000 ke atas di sekitar Lembah Klang. Sepatutnya harga tersebut berada sekitar RM200,000 atau RM250,000 sahaja. Pemantauan harga patut dilaksanakan untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah

dengan harga berpatutan. Saya mencadangkan harga siling rumah patut ditetapkan berdasarkan gred rumah yang dibina. Malah pelaksanaan juga patut dipantau agar syarikat pemaju tidak mengaut keuntungan berlebihan daripada rakyat. Isu kelima ialah pemantauan ke atas pemilikan rumah oleh rakyat asing. Sekarang ini terlalu banyak rumah dijual walaupun kerajaan membenarkannya tetapi perlu adanya pengawasan supaya kelak nanti tidak berlaku penjualan yang sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan harga rumah melambung tinggi terutamanya di kawasan bandar raya. Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan caj Internet. Jadi saya hendak menyentuh mengenai perluasan jalur lebar. Saya mendapat maklum kira-kira sebanyak 1,500 kampung telah dilengkapi dengan infrastruktur komunikasi di bawah inisiatif kampung tanpa wayar di seluruh negara. Kita memahami inisiatif kementerian adalah usaha berterusan kerajaan bagi mempercepatkan perluasan liputan jalur lebar yang akan menjadi nukleus ke arah pembangunan daerah digital.

Kalau di Lipis di kawasan Parlimen saya setakat ini terdapat lima kampung WiFi daripada jumlah keseluruhan lebih kurang 80 buah kampung. Ini masih di tahap rendah lagi tetapi saya hendak mencadangkan supaya caj internet hendaklah diturunkan sebanyak 40%. Ini kerana perkhidmatan jalur lebar masih belum memuaskan malahan bandar Lipis ada beberapa kawasan ataupun tempat yang masih tidak mendapat liputan internet dengan baik. Ini belum kira di kawasan luar bandar di bandar Lipis. Tidak adil bagi pengguna internet luar bandar yang menikmati caj yang sama bagi pengguna internet di bandar. Jadi saya pohon kementerian berbincang dengan telco berkenaan bagi menangani isu masalah liputan dan perkhidmatan internet ini. Malahan saya juga kadang kala terfikir apakah lokasi menara yang dibina tidak strategik bagi menyokong perkhidmatan jalur lebar ini ataupun frekuensi yang disediakan agak kecil atau sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Yang Berhormat Timbalan Menterinya pun sudah masuk. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang hendak saya sentuh ialah mengenai isu pendidikan. Jadi dalam ucapan Tuanku ada menyebut mengenai langkah penambahbaikan yang dilaksanakan di sekolah seperti transformasi ko-kurikulum dan pentaksiran bagi melahirkan modal insan yang seimbang, berilmu pengetahuan, berkemahiran, kreatif, inovatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Saya juga baru-baru ini terbaca di dalam surat khabar mengenai dengan penambahbaikan ataupun transformasi kepada keseluruhan Dasar Pendidikan itu dan saya menyokong penuh perkara ini. Saya juga mengalu-alukan langkah Yang Berhormat Menteri Pelajaran minggu lalu yang mana kerajaan akan membuat perancangan dan penilaian teliti serta komprehensif, sebelum pelan pembangunan pendidikan dan perancangan strategik sistem pendidikan negara dibentuk untuk memenuhi keperluan global dan cabaran masa depan. Ini satu dasar yang amat besar kerana ia melibatkan rombakan menyeluruh pendidikan teras iaitu sekolah rendah dan menengah termasuk melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, sekolah Orang Asli, pendidikan khas dan sekolah teknikal serta juga sekolah vokasional. Kita tidak mahu terjadi seperti pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik. Jadi pandangan akar umbi kena diambil kira. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Persatuan-persatuan Pengetua, Persatuan Ibu bapa dan Guru, guru kanan, begitu juga dengan pandangan Ahli-ahli Parlimen perlu diambil kira dan mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk satu dasar pendidikan yang baru ini. Yang penting ialah jangan jadikan ibu bapa dan pelajar sebagai mangsa atau bahan uji kaji. Setiap kali satu dasar diperkenalkan, perlu diingatkan kos, masa, kewangan, tenaga dan modal insan memang dipertaruhkan dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana cadangan dan pelaksanaan untuk rombakan peperiksaan STPM, ia satu langkah yang baik kerana rombakan tersebut pernah disuarakan sejak lebih lima tahun lalu. Sudah tiba masanya perubahan dilakukan bagi peningkatan kualiti perkara tersebut. Sekurang-kurangnya langkah rombakan itu akan dapat menarik lebih ramai lepasan SPM memilih Tingkatan 6 untuk pengajian pra-universitinya. Sekarang ini agak kurang para pelajar yang berminat untuk memasuki program pra-

universiti atau Tingkatan 6 ini kerana banyak peluang yang diperoleh di IPTA dan sebagainya. Saya melihat ini bersesuaian dengan arus pendidikan sekarang dan ia memberi imej baru kepada pengajian Tingkatan 6. Dalam masa yang sama saya berpendapat kemudahan di dalam sekolah perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi visi utama sistem ini. Saya mengesyorkan Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat mengenai tugas guru yang mana perlu ada guru pengkhususan untuk Tingkatan 6. Jangan campur adukkan guru yang mengajar di Tingkatan 5, 6 dan sebagainya. Suasana di universiti itu perlu ada supaya pelajar yang membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Tingkatan 6 akan berasa seronok mengikut sistem universiti sedia ada dan pelajar di Tingkatan 6 tidak dilihat sebagai pelajar sekolah atau pelajar yang tercicir daripada sistem yang masuk ke universiti dan IPTA. Jadi yang tercicir sahaja yang masuk ke Tingkatan 6 ini. Saya mencadangkan semua pelajar pra-universiti ini mempunyai pakaian seragam yang berlainan dan kalau ada di sesuatu daerah itu kita khususkan sekolah yang mempunyai atau sekolah untuk Tingkatan 6 sahaja agar membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 ini memainkan peranan yang lebih aktif dan sebagainya di sekolah. Jadi saya berharap dengan adanya pelan perubahan itu nanti, kita dapat melihat satu era baru dalam konsep pembelajaran di Tingkatan 6 Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh tentang kokurikulum. Dalam proses perubahan atau transformasi pendidikan ini kokurikulum sebagai pencetus modal insan berakhlak mulia. Awal tadi saya ada menyebut soal modal insan yang berketerampilan dan berakhlak mulia dan ini boleh dilaksanakan melalui kokurikulum terutamanya badan-badan beruniform. Sebagai contohnya ialah pengakap. Ia adalah salah satu pakej yang menyediakan modal insan yang berketerampilan dan berakhlak mulia. Dalam kurikulumnya dia dilatih sebagai sebuah organisasi pendidikan. Pelajaran yang dibuat adalah berlandaskan kepada non-formal education dan apa yang dibuat adalah secara praktikal. Jadi banyak nilai-nilai yang baik yang dimasukkan ke dalam sistem atau modul pembelajaran pengakap ini dan mereka meningkat kerjayanya daripada pengakap lebah iaitu mula prasekolah kepada Pengakap Kanak-kanak. Di Tahun 4 hingga 6 - Pengakap Muda. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 - Pengakap Remaja. Tingkatan 4 dan 5 – Pengakap Kelana. Kita di pengakap remaja, selalunya bagi mereka yang meneruskan kerjaya mereka boleh dianugerahkan jika mereka layak sebagai Pengakap Raja. Jadi ini meliputi keseluruhan modul pembelajaran bagi seseorang ahli pengakap. Kita memang tahu bahawa kewujudan pengakap telah seratus tahun di negara ini. Ini telah membuktikan betapa ramai ahli pengakap sekarang ini telah berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Saya percaya dalam Dewan Rakyat ini pun ramai di antara kita yang pernah mengatakan bahawa mereka adalah pengakap. Saya juga tahu pegawai- pegawai di peringkat kementerian dan sebagainya, mereka juga mengatakan mereka pernah menjadi Pengakap Raja dan sebagainya. Saya mengesyorkan pihak sekolah di peringkat rendah dan menengah lebih aktif melaksanakan program atau aktiviti ko-kurikulum beruniform ini terutamanya kepada mereka yang sebenarnya dari Tahun 1 lagi boleh diadakan. Sekarang ini Tahun 1 hingga Tahun 3 – lompong, tidak ada apa-apa yang diberi dari segi badan beruniform dan sebagainya. Ia hanya dibuat mulai Tahun 4 sahaja. Walaupun kita ada bee scout atau pengakap lebah di peringkat pra-sekolah tetapi selepas itu mereka terputus dan Tahap 2 sahaja baru diadakan. Saya mencadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan dalam strategi Blue Ocean menyediakan lebih peruntukan kepada sekolah- sekolah bagi membolehkan para pelajar membuka mata bahawa menyertai ko-kurikulum unit beruniform ini bukan sekadar melengkapkan kurikulum sahaja tetapi unit beruniform adalah satu bentuk gerak kerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

Jadi, menerusi kokurikulum ini ia dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka. Jadi, harapan saya benar-benarlah kepada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi malah Kementerian Dalam Negeri juga yang mempunyai aspek-aspek kesukarelaan di dalam tanggungjawab kementerian tersebut boleh bersatu memikirkan apakah yang terbaik untuk menyemaikan nilai-nilai murni ini dan nilai-nilai kepimpinan kepada anak-anak muda kita. Ini kerana anak-anak muda kita merupakan permata yang berharga yang satu masa nanti akan menggantikan kita dalam menerajui kepimpinan negara. Yang berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap tentang guru Bahasa Inggeris. Saya juga hendak bangkitkan mengenai kedatangan guru-guru Bahasa Inggeris dari negara Amerika Syarikat menerusi program English Teaching Assistant (ETA) sejak tahun lalu. Saya mengalu-alukan kedatangan dan bantuan dari Kerajaan Amerika Syarikat ini bagi membolehkan pelajar kita berasa yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Walau bahasa Inggeris Amerika ini tidak berapa sama dengan bahasa Inggeris daripada British tetapi kita terima kerana di Malaysia ini berbahasa Inggeris ala Amerika dan berbahasa Inggeris ala British kita terima. Berbahasa Inggeris ala India pun kita terima, Singapura mungkin bahasa Inggeris ala Australia pun ada juga saya tengok di sini dan sebagainya. Cuma saya mendapat maklum guru-guru ini yang datang tidak dilatih untuk mengajar iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang menjadi ETA ini tetapi mereka ini mempunyai latar belakang berlainan seperti belajar di kolej dengan jurusan yang lain seperti jurusan ekonomi, pentadbiran, perakaunan, kejuruteraan dan sebagainya dan sekadar dapat membantu pelajar kita dari aspek pertuturan dan pergaulan. Hanya saya bimbang jangan ada budaya Amerika pula dibawa ke sini itu kita risau juga. Sebab kalau budaya Amerika itu yang dibawa terutama yang lain itu risau. Yang liberal itu, saya rasa Yang Berhormat Kuala Langat pun tidak bersetuju agaknya. Jadi, saya hendak tahu apakah benar dakwaan sedemikian rupa. Apa respons yang diterima sejak kehadiran mereka di sini lebih-lebih lagi kepada pelajar luar bandar. Saya juga hendak tahu bagaimana pula dengan pelajar kita yang belajar TESL dan TESOL dalam negara dan luar negara. Berapa jumlah pelajar kita yang belajar TESL dan TESOL sama ada di universiti IPT awam atau IPT swasta. Mereka ini pada fahaman saya dilatih sebagai guru bahasa Inggeris dan apabila mereka mengambil jurusan ini sama ada di IPTA atau IPTS sudah pastilah hasrat mereka untuk menjadi guru bahasa Inggeris ataupun pensyarah dalam bahasa Inggeris. Jadi, apakah bilangan guru tempatan bahasa Inggeris kita tidak mencukupi buat masa ini. Saya berharap program untuk guru bahasa Inggeris ini dapat perbanyakkan lagi agar kita dapat memenuhi keperluan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak bercakap tentang MRT ini. Jadi, Mass Rapid Transit bagi laluan Sungai Buloh hingga ke Kajang yang bernilai RM1.74 bilion. Saya hendak tahu status pemberian tender kepada syarikat-syarikat yang berjaya untuk projek ini...

Sampai Lipis?

Saya harap dia sampai ke Lipis lalu bawah bukit itu. Itu kena tanya Pengerusi SPAD yang ada dalam Dewan tetapi KL – Kuala Lumpur, KL juga ‘Kuala Lipis’, KL juga ‘Kuala Langat’, KB bukan KL. Sekarang ini pun sudah memasuki suku pertama tahun 2012. Apakah perkara yang telah dibangkitkan dalam public hearing, dengan izin, telah diambil kira di kalangan orang awam termasuk soal pengurusan alam sekitar, trafik, kesihatan serta keselamatan. Ini kerana masalah lalu lintas semakin teruk kalau kita lihat di Kuala Lumpur ini apatah lagi apabila Smart Tunnel ditutup bagi pengurusan penyelesaian banjir di Lembah Klang. Jadi, saya berpendapat supaya Projek MRT ini disegerakan untuk memastikan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang menjadi pilihan utama warga Lembah Klang. Mulakan dahulu tempat-tempat yang tidak ada masalah sangat. Yang bermasalah itu kita kemudiankan sedikit. Jadi, dengan itu kita dapat segerakan perkara ini. Jadi, dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Keadaan di Sabah tidak bertambah baik seperti dijanjikan oleh kerajaan. Sabah kekal sebagai negeri yang termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber semula jadi yang banyak seperti minyak dan gas, perladangan, tanah dan hutan yang besar. Mengapa terjadi begitu? Hanya satu penjelasan atas kesemua ini iaitu Sabah tidak mempunyai pengurusan ekonomi yang baik. Ini telah ditunjukkan oleh bilangan permohonan yang tinggi untuk menerima wang BR1M. Ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan amat tinggi dan ini adalah benar kerana mengikut rekod menunjukkan bahawa 40% daripada orang miskin di Malaysia adalah di Sabah. Sebenarnya dengan kekayaan sumber semula jadi, Sabah sepatutnya boleh menikmati faedah kemakmuran dan keselesaan. Rakyat di Sabah berhijrah keluar negeri adalah satu lagi bukti. Tambahan pula sebilangan besar golongan pemuda-pemudi pergi ke negeri lain untuk mencari kerja. Pertumbuhan ekonomi di Sabah adalah terkebelakang dengan aktiviti pembangunan yang sangat sedikit baik di dalam industri infrastruktur, pertanian atau sektor pelancongan. Kerajaan telah membuat pengumuman besar dan rancangan besar tetapi adakah itu berlaku. Sebenarnya Sabah terkebelakang sekurang- kurangnya 15 tahun dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kita begitu mundur sehingga pelabur-pelabur tidak mahu datang ke Sabah. Sabah kaya dengan bahan mentah. Pulau Pinang mempunyai sedikit sahaja. Kenapa Pulau Pinang boleh mencapai pelaburan yang tinggi?...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Kita tidak mempunyai pertumbuhan ekonomi yang cepat tetapi kita mempunyai peningkatan di kalangan penduduk yang paling cepat apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain kita adalah lima kali lebih cepat. Orang-orang yang datang dari...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tajuk kemiskinan.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Panjang, panjang ini. Minta maaf, minta maaf ya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak, tidak tajuk kemiskinan Yang Berhormat suka ini. Dua point sahaja Yang Berhormat.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Sorry, sorry. Panjang ini, panjang.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Only two points sahaja. Banyak accusation tadi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dia tidak bagi laluan Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Bagi saya satu minit sahaja. Terima kasih. Fasal tadi allegation banyak itu, fasal kemiskinan.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Mengapa boleh menjadi rakyat Malaysia dengan begitu mudah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat?

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Seruan yang mengatakan RCI untuk memeriksa atas pertumbuhan penduduk adalah bukti kukuh bahawa Sabahan mahu tahu apa yang telah berlaku tetapi sedihnya walaupun ada RCI, orang ini bolehkah dikurangkan atau di control, dengan izin.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh sudah?

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, atas isu NFC, baguslah kita...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sebelum Yang Berhormat masuk pergi...

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Ini sampai Kota Belud ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sebelum NFC. Jangan takut Yang Berhormat. We have a lot of time, tidak ada masalah, tidak ada orang kacau. Kota Belud mahu tanya Yang Berhormat. Mana boleh Yang Berhormat, Yang Berhormat cakap macam patung. Yang Berhormat menuduh banyak itu.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Baguslah jika RM250 juta digunakan di Sabah seperti di Kota Belud di mana terdapat tanah yang luas untuk memelihara lembu. Sekarang sekurang-kurangnya setiap keluarga di Kota Belud boleh dapat dua ekor lembu. Ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya dan Sabah boleh menjadi negeri pengeluar daging pada masa hadapan. Jaminan makanan di Malaysia akan dapat dicapai di Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, Kota Belud. Yang Berhormat, boleh? Yang Berhormat saya berdiri di sini Yang Berhormat, tanya. Boleh bagi laluan?

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Akan tetapi agak menyedihkan melihat hingga hari ini pengeluaran beras di Sabah masih tidak ada peningkatan yang ketara. Apa yang telah terjadi? Kita masih tidak dapat melihat apa-apa kesan walaupun berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan untuk membangunkan dan meningkatkan pengeluaran beras sebagai yang dikatakan...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, boleh?

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Di dalam program kerajaan akan memberi bantuan tumpuan baru dan mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit dan getah untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Point of order Tuan Yang di-Pertua. Duduk dahululah sekejap Yang Berhormat Kota Kinabalu. Point of Order 36(6), banyak sangkaan jahat itu. Saya boleh explain. Hello uncle...

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Ini tidak akan berfungsi jika kerajaan tidak commit sepenuhnya. Kami mempunyai banyak tanah yang sesuai. Ini hanya memerlukan bantuan wang untuk menjalankan projek-projek. Wang ini sepatutnya telah sudah lama hantar kepada Sabah dan menggunakan secara luas di Sabah supaya orang Sabah dapat manfaat darinya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya hendak cabar Yang Berhormat bagi ruang. Kata hendak debat. Yang Berhormat, hello...

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Atas perusahaan peningkatan keperluan perumahan di Sabah tujuan dasar perumahan negara ialah untuk menjadikan perumahan yang mencukupi, selesa dan mampu dipunyai masih belum menunjukkan apa-apa kesan tetapi di Sabah terdapat beribu-ribu SPNB rumah menghadapi masalah dalam aspek kewangan dan lain-lain.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya hendak bagi pandangan. Yang Berhormat, hello good morning uncle. Ini betul-betullah, this is the standard of pembangkang di Sabah ini tetapi di luar kata cabar saya hendak berdebat. Hari ini saya hendak berdebat dengan Yang Berhormat, tidak bagi.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Projek-projek SPNB di Sabah telah menghadapi masalah disebabkan oleh kerajaan kelewatan dan kerja berhenti-henti. Bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan dengan lancar? Kita mahu melihat tindakan diambil dengan segera untuk mempercepatkan pelbagai projek di Sabah untuk

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan bukan memberi mereka dengan masalah yang lain.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat beri tidak beri ini? Penat saya berdiri.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Pembangunan modal insan di Sabah masih dalam kekurangan seperti apa yang didapati di kebanyakan Sabahan yang tidak terlatih terutamanya dari luar bandar (pemuda-pemudi dari kawasan luar bandar perlu diberi latihan teknikal dan vokasional. Mereka akan menjadi penyumbang tenaga kerja kami. Tanpa latihan ini, pemuda-pemudi di Sabah dan Tawau kini menjadi buruh am di Semenanjung terutama di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan orang ini diangkakan kira- kira lebih daripada 200,000.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, minggu lepas Yang Berhormat cabar saya untuk berdebat. Di Sabah minta saya berdebat fasal Kota Belud. Saya berdiri hari ini, minta laluan untuk berdebat dengan Yang Berhormat, bolehkah? Yang Berhormat, memang orang kuat lembu.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Kita tidak boleh biarkan perkara ini diteruskan. Di Sabah ramai orang asing sudah mengambil tempat kerja mereka.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Penakut DAP, penakut.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Kerajaan telah mengumumkan tentang penjagaan kesihatan yang berkualiti tetapi apa yang berlaku di sektor Sabah. Mengapa kita masih mempunyai kekurangan doktor, peralatan, ambulans dan hospital. Banyak isu yang telah dibangkitkan dan perlu diambil tindakan. Kerajaan boleh menunggu tetapi pesakit tidak boleh tunggu dan terdapat bukti bahawa banyak nyawa telah hilang kerana ini. Kecuaian di hospital-hospital di Sabah telah berkali-kali dilaporkan. Adakah ini disebabkan ketiadaan kelengkapan atau standard perubatan kami telah menurun di Sabah 30% ambulan berada di ICU atau workshop. Mengapa kadar kerosakan ambulan begitu tinggi? Mengapa kita tidak boleh dapatkan lebih banyak ambulans yang baik di Sabah sebab menyelamatkan nyawa adalah lebih penting. Di Labuan, hospital memerlukan peralatan baru seperti CT-Scan dan peralatan baru untuk menyokong kerja-kerja doktor pakar dan tanpanya mereka tidak mampu membuat apa-apa apabila pesakit masuk ke hospital. Bilakah masa tapak letak kereta di Queen Elizabeth Hospital I diselesaikan dan bilakah rancangan untuk bangunan tapak letak kereta akan dibina? Cadangan untuk mengutip bayaran tempat letak kereta di hospital itu adalah tidak boleh diterima buat masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, membasmi rasuah adalah salah satu tindakan yang harus dijalankan dan kita dapat melihat rasuah di Sabah dan di Malaysia sedang berkembang tinggi mengikut indeks rasuah antarabangsa. Kami mahu semua kerja dan projek-projek kerajaan di tender secara terbuka supaya mengadakan persaingan yang adil di kalangan kontraktor yang layak dan bukan diberikan kepada syarikat-syarikat kroni. Banyak kerja telah gagal kerana kontraktor yang tidak berkelayakan terutama jenis ali baba. Ini telah merosakkan negara kita. Mengapa kita perlu membiayai harga yang tinggi untuk sesuatu projek yang dijalankan. Terdapat banyak rasuah berlaku di pejabat, di lebuh raya dan di mana-mana sahaja. Apakah kita mahu tabiat ini menjadi amalan biasa atau budaya? Ada satu perkataan I help you, you help me dengan izin. Infrastruktur di Sabah dikenali adalah yang paling teruk sekali. Di Kota Kinabalu banyak simpang jalan perlukan fly over, dengan izin dan lampu isyarat tetapi ia menanti kerajaan lima tahun untuk membina satu fly over di Tanjung Aru manakala di Semenanjung, fly over dibina di tempat yang tiada jalan kiri dan kanan dan di tempat yang tidak digunakan hingga tahun 2040. Banyak jalan raya di Sabah hanya sesuai untuk lembu sahaja di mana super highway dijanjikan. Kita di Sabah sudah tetap tidak mempunyai jalan raya yang baik, dari Kota Kinabalu dan Kudat itu memang betul-betul teruk. Penduduk luar bandar marah betul apabila gunakan jalan-jalan yang rosak dan teruk. Sekali lagi saya meminta kerajaan untuk berikan perhatian kepada Sabah dan Sarawak. Jika tidak simpanan tetap, fix deposit akan hilang. Sekian terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lawas.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut menyokong Ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini pada 12 Mac 2012 sempena Mesyuarat Pertama, ‘Sesi’ Kelima, Parlimen Kedua Belas.

Tuan Yang di-Pertua, selaku wakil rakyat Lawas, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang baru dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilal Shah mantan Yang di- Pertuan Agong. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia di atas usaha gigih dan komitmen beliau dan Kerajaan Barisan Nasional untuk membawa perubahan, pembangunan dan kemajuan kepada rakyat jelata dengan tidak mengira bangsa, agama, latar belakang di kota mahupun di desa. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada permasalahan yang dihadapi rakyat. Pertama saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan kerana melaksana dan menyiapkan sebatang jalan berkonsepkan pro-based di bawah Projek Jiwa Murni dari Long Luping ke Ba'kelalan. Saya difahamkan kos pelaksanaan projek tersebut oleh pihak tentera jauh berkurangan berbanding dengan kos asal atau jika ianya dilaksanakan secara kontrak ataupun tender. Kini pengguna-pengguna jalan raya tersebut boleh berulang-alik ke Lawas dalam masa hanya empat jam berbanding sebelum adanya jalan, penduduk-penduduk di sana terpaksa berjalan kaki selama satu minggu dan setelah jalan balak dibina di kawasan itu perjalanan dipendekkan selama sekitar 10 jam bergantung dengan keadaan jalan semasa. Tuan Yang di-Pertua, rakyat memerlukan penyambungan jalan tersebut dari Ba'kelalan ke Bario, dari Ba'kelalan ke sempadan Indonesia di Kalimantan Timur dan dari Bario ke Pa Dalih. Jumlah jarak jalan yang dipohonkan sekitar 50 kilometer. Jika terlaksananya jalan dari Bario ke Pa Dalih nanti, maka terjawablah janji kerajaan kepada penduduk-penduduk di Pa Dalih di mana peruntukan sebanyak RM8 juta yang telah diluluskan kerajaan bagi pembesaran Lapangan Terbang Pa Dalih tiga tahun dahulu ditarik balik atau dibatalkan atas sebab pengguna lapangan terbang tidak ramai dan sebagai ganti dijanjikan jalan menghubungi Pa Dalih dengan Bario. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, bahagian bawah jalan yang sama dari Long Luping ke Long Sukang dan dari Long Reminang ke Lawas yang kini diselenggarakan oleh syarikat balak perlu dinaik taraf agar memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna jalan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sementara kerajaan menggalakkan rakyat untuk meningkatkan hasil pendapatan, pekebun-pekebun kecil sawit khasnya di Sarawak mengeluh kerana syarat-syarat bagi mendapatkan perkhidmatan bagi pekerja-pekerja daripada luar atau Indonesia tidak memihak kepada mereka. Contoh di Sarawak pekebun- pekebun kecil menanam sawit atas tanah NCR yang tidak mempunyai geran tanah dan mereka juga tidak mempunyai lesen seperti dikehendaki oleh Kementerian Sumber Manusia. Saya mencadangkan agar syarat pengambilan pekerja daripada luar oleh pekebun-pekebun kecil dilonggarkan. Misalnya pihak kementerian boleh beralaskan kepada bukti kukuh mungkin dengan melawat ke ladang para pemohon untuk mendapat pengesahan bahawa pemohon adalah benar-benar memerlukan pekerja-pekerja daripada Indonesia untuk membantu mereka di ladang. Saya menyeru agar kementerian mengambil perhatian terhadap perkara ini dan melakukan satu perubahan ke atas peraturan yang telah ditetapkan agar memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kedudukan geografi Lawas yang unik terletak ataupun tersepit antara negara Brunei Darussalam, Kalimantan, Indonesia dan negeri Sabah masalah hubungan langsung ke Lawas daripada lain-lain tempat di Malaysia mahupun Sarawak sendiri menjadi rumit. Perhubungan udara hanyalah bergantung dengan perkhidmatan penerbangan Twin Otters yang tidak menentu sementara perhubungan darat dari luar harus melalui Brunei dan negeri Sabah. Semasa hari-hari perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas dan lain- lain hari kebesaran ramai pengunjung termasuk penduduk-penduduk Lawas yang balik kampung untuk bersama-sama dengan keluarga mereka merasa gelisah apabila ada di antara mereka terpaksa bermalam di dalam kenderaan yang mereka pakai di luar pagar keselamatan pihak berkuasa negara Brunei Darussalam di Temburung. Kuala Luruh dan juga di ferry point Pandaruan. Ini disebabkan queue yang sentiasa panjang menunggu giliran mendapat immigration clearance di check-check point dan apabila tiba jam 10 malam waktu yang ditetapkan pihak berkuasa, pintu ataupun gate akan ditutup dan inilah saat yang sangat merunsingkan pengguna-pengguna jalan. Saya mencadangkan kepada kedua-dua pihak berkuasa Imigresen Brunei dan Malaysia jika terdapat queue harus diselesaikan semua pelanggan yang berbaris sebelum menutup gate masuk keselamatan supaya tidak menyusahkan pengguna-pengguna jalan. Saya menyeru kepada Kementerian Luar Negeri untuk mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya terhadap perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Lawas sangat memerlukan sebuah sekolah teknik atau vokasional untuk menampung pelajar lepasan SPM di utara Sarawak. Sekarang pelajar-pelajar dari kawasan ini terpaksa pergi ke Kuching, Sibu, Miri dan lain-lain tempat yang agak jauh untuk melanjutkan pelajaran mereka dan ini melibatkan kos yang tinggi kepada para ibu bapa. Untuk tujuan ini saya mencadangkan kepada kementerian supaya menggunakan SMK Trusan yang lama yang tidak lagi dipakai sejak siapnya SMK Trusan yang baru pada Januari lepas 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulang rayuan rakyat khususnya penduduk- penduduk Lawas agar kerajaan memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya ke atas cadangan pembinaan lapangan terbang baru Lawas untuk menggantikan lapangan terbang sedia ada yang kian terhakis dan dibanjiri oleh Sungai Lawas yang berdekatan. Selain itu lapangan terbang sekarang tidak dapat diperbesarkan kerana tidak mempunyai kawasan tanah untuk tujuan tersebut. Saya mohon dan merayu agar projek ini dipertimbangkan di bawah rolling plan akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya bersimpati dengan wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan yang menjaga atau bertanggungjawab ke atas kawasan yang lebih besar walaupun penduduk kurang ramai tetapi kawasan luas dan menyulitkan mereka menjalankan tugas selain kurang berkesan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri mempunyai pengalaman semasa saya menjaga Parlimen Bukit Mas selama dua penggal. Jika saya hendak melawat ke Bario dari Lawas memerlukan sekurang-kurangnya empat hari. Ke Ulu Limbang dan Ulu Trusan tiga hari dan lain-lain kawasan satu hari ke dua hari dengan menggunakan jalan balak, bot dan pesawat Twin Otters. Sehubungan dengan itu, saya menyokong cadangan atau permintaan rakyat di kawasan yang besar seperti ini supaya kawasan DUN mereka dibahagikan dua seperti DUN Telang Usan, Kapit dan lain-lain yang diperlukan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya dasar transformasi yang dibawa oleh pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional, peluang untuk rakyat meningkat maju adalah cerah dan kawasan-kawasan yang mundur dapat dibangunkan dengan lebih cepat. Sudah tiba masanya untuk kerajaan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang ketinggalan berbanding dengan kawasan bandar supaya dapat mengimbangi keadaan yang tidak sama rata dari segi infrastruktur asas di antara bandar dan luar bandar. Sehubungan itu saya mencadangkan agar kerajaan melalui kementerian dan agensi yang berkenaan mengenal pasti dan membangunkan pusat luar bandar dengan segala kemudahan yang diperlukan serta melibatkan penduduk-penduduk tempatan dalam proses pembangunan yang dijalankan. Sekian, terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tahniah, tahniah!

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okay, thank you. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak fokus kepada tiga isu sahaja. Pertama ialah berkaitan dengan slogan yang sering dilaung-laungkan oleh kawan- kawan kita daripada Barisan Nasional iaitu ‘Rakyat Didahulukan’. Minggu lalu pada hari Rabu, ada satu kumpulan seramai 25 orang daripada Cameron Highlands yang datang ke Parlimen untuk memberi satu surat kepada Perdana Menteri. Mereka mewakili tiga kumpulan di Cameron Highlands: (i) peneroka bandar ataupun setinggan yang menduduki tanah kerajaan yang menghadapi masalah di usir; (ii) pekebun-pekebun kecil yang juga mengusahakan tanah kerajaan selama 30 hingga 40 tahun tetapi mereka tidak dapat geran sampai sekarang; dan (iii) peniaga di gerai-gerai kecil di Kea Farm yang juga sedang menghadapi masalah pengusiran. Izinkan saya beri satu contoh yang lebih spesifik. Encik Illumalay a/l Saminathan adalah seorang contoh. Bapanya telah membina satu rumah di Ringlet, di tanah kerajaan pada tahun 1970 dan bapanya telah memohon untuk TOL pada masa itu. Walaupun memohon beberapa kali dan Encik Illumalay pun beberapa kali memohon pada tahun 1990 sampai sekarang, dia tidak dapat TOL ataupun geran untuk tanah itu. Akan tetapi pada tahun 2005, tanah itu telah dipajak kepada seorang ahli perniagaan di Ringlet. Seorang tauke yang kaya yang ada kedai-kedai dan dua hingga tiga buah rumah tetapi dia juga dapat tanah ini dan dia sedang membangunkan tanah ini dan dia mahu mengusir Encik Illumalay. Itu satu contoh. Seorang lagi ialah Mariayee a/p Govandasamy, seorang pekebun kecil yang sejak tahun 1970 sedang mengusahakan dua ekar tanah kerajaan di mana dia memohon untuk geran tetapi sampai sekarang, sudah 40 tahun belum dapat TOL pun. Kes ketiga, Kea Farm di mana gerai yang telah wujud di situ selama 17 tahun sekarang telah diberi kepada seorang pemaju iaitu Signature Landmark. Ini satu kawasan yang sekarang terkenal sebagai pusat membeli barang iaitu beli sayur dan beli bunga- bunga. Kena usaha ini gerai-gerai tetapi sekarang selepas jadi famous macam itu, diberi kepada company yang lain. So kumpulan-kumpulan ini telah cuba membawa masalah mereka ke pejabat tanah dan ke majlis daerah di Cameron Highlands tetapi tidak dilayan. Mereka telah menulis 12 surat kepada Menteri Besar Pahang sejak Mac 2010 dan mereka pernah pergi ke Kuantan sebanyak dua kali. Kali pertama dalam April 2010 dan kali kedua pada September tahun lalu mereka pergi ke Kuantan untuk cuba berjumpa dengan Menteri Besar tetapi sampai sekarang problem mereka masih belum ditangani. Mereka masih menghadapi masalah pengusiran. Ini ada tiga sektor, Tuan Yang di-Pertua. Satu ialah sektor peneroka bandar iaitu rumah mereka. Yang kedua ialah gerai dan yang ketiga ialah pekebun kecil dan ketiga-tiga ini menghadapi masalah pengusiran. Jadi bila kita katakan rakyat didahulukan tetapi pengalaman orang-orang di Cameron Highlands, pengalaman di akar umbi ialah kaum korporat didahulukan. Elit dan kaya didahulukan tetapi orang yang biasa itu walaupun mereka mencuba banyak kali, masalah mereka tidak ditangani. Jadi saya mahu bertanya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Apakah dasar kerajaan kita terhadap pekebun-pekebun kecil kerana pada masa ini lebih daripada setengah daripada pekebun Cina yang mengeluarkan sayur-sayuran untuk Malaysia, mereka mengusahakan tanah kerajaan. Ada ramai di antara mereka yang telah memohon untuk geran, untuk lease tetapi mereka tidak dapat. Mereka dalam istilah di pejabat tanah ialah setinggan iaitu orang yang haram. Akan tetapi mereka di situ sudah 30 tahun hingga 40 tahun macam seorang ini di Cameron Highlands juga.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jadi apakah dasar, apakah polisi, apakah pelan induk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Adakah mereka sedar dan adakah mereka recognize ini kumpulan besar wujud dan apakah pelan untuk mereka? Saya harap dalam jawapan menteri pada minggu depan kita dapat satu explanation, satu dasar. Saya juga mahu bertanya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan apakah dasar kementerian terhadap peneroka bandar kerana masih ada ramai orang miskin yang duduk di pinggir-pinggir bandar, atas tanah kerajaan tetapi masih tidak ada geran. Apa yang kita tengok macam di Selangor. Apabila mereka semua diusir dan ditempatkan dalam flat, flat itu menjadi macam slum. Urban slum dengan condition yang begitu teruk. Jadi saya harap kedua-dua Menteri ini dapat memberi satu jawapan dan juga saya mahu tahu adakah Menteri-menteri ini memberi panduan dan nasihat kepada daerah- daerah macam Cameron Highlands yang ada masalah macam ini. Mereka sudah bawa ke Parlimen dan mereka sudah mengadu. Adakah Menteri-menteri pun sudah bagi nasihat dan panduan kepada pegawai-pegawai di Cameron Highlands untuk kendalikan masalah ini. Saya juga berharap Perdana Menteri pun boleh menjelaskan. Memang ini isu tempatan tetapi bila sudah sampai ke tahapnya, mereka sudah pergi ke Pejabat Perdana Menteri untuk memberi aduan dan rayuan mereka, apakah cara dan kaedah dia akan jaga ini. Adakah Perdana Menteri akan contact Cameron Highlands dan check apa yang berlaku? Saya harap dapat mendengar semua jawapan ini. Itu isu pertama. Isu kedua yang saya hendak bawa ke sini ialah isu Lincoln University College. LUC ini baru dapat izin untuk mengadakan off campus program di Ukraine. Lincoln University College ini ada program perubatan di Malaysia tetapi baru tahun lalu dia dapat izin buat satu off campus program dengan tiga universiti di Ukraine. Nama universiti itu ialah Ternopil State Medical University, Danylo Halytsky Lviv National Medical University dan Ivano- Frankivsk. Ini bukan twinning. Bila ada twinning macam IMU, mereka belajar dua tahun atau tiga tahun di sini, mereka pergi ke lain tempat untuk membuat praktikal. Itu twinning. Akan tetapi ini untuk enam tahun mereka pergi terus ke Ukraine dan dia buat program di situ. Ini dipanggil off campus program dan kerajaan kita, Kementerian Kesihatan, MMC telah beri Lincoln University College izin untuk memasukkan seramai 300 orang pelajar setiap tahun. Ada 300 orang setiap tahun masuk ke Ukraine. Tidak perlu masuk sini. Terus ke Ukraine. Apa yang pelik ialah sampai sekarang ketiga-tiga universiti di Ukraine ini tidak diiktiraf oleh MMC. Mereka bukan yang recognize. Jadi pada masa ini ada 300 orang Malaysia yang telah belajar di situ, telah graduate tetapi mereka kena balik sini dan ambil examination. Mereka panggil the examination Malay Medical Qualification Examination (MQE). Hanya jika mereka pass itu mereka boleh kerja di Malaysia.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

So, ada 300 ya. Akan tetapi sampai sekarang masih tidak diiktiraf. Akan tetapi untuk 300 pelajar itu yang masuk melalui Lincoln, mereka tidak perlu ambil MQE. Mereka akan dapat degree daripada Lincoln. Walaupun mereka belajar di Ukraine, dia dapat degree Lincoln. Ini apa yang saya dengar. Saya mahu Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk beritahu ini betul atau tidak dan apakah situasi yang sebetulnya. Lagi satu isu yang menarik, isunya ialah untuk tiga universiti di Ukraine ini. Yuran untuk lima tahun belajar di situ hanya RM130,000 jika pergi terus ke sana. Akan tetapi sekarang jika kita pergi melalui Lincoln, jadi RM200,000 tambah RM70,000. Akan tetapi selepas itu, belajar di situ, you boleh terus dapat degree yang diiktiraf oleh Malaysia, kerana dapat degree Lincoln. Jadi, Lincoln sudah dapat komisen RM70,000 setahun hanya untuk arrange sahaja. Pergi sana belajar kursus yang sama tetapi kena bayar lebih. Akan tetapi kalau melalui Lincoln you dapat degree. Jika kita darab 300 pelajar RM70,000 seorang, setiap tahun RM21 juta hanya untuk jual nama. Jadi, ini saya ingat satu isu di mana saya harap Yang Berhormat Menteri akan beritahu adakah semua ini betul, adakah ini telah berlaku. Akan tetapi saya sudah tengok dokumen dan nampaknya telah berlaku. Jadi, isu ini ialah isu sistem kawalan. Apakah sistem kawalan kita terhadap kolej-kolej perubatan, kolej-kolej kejururawatan. Nampaknya ada kelemahan yang ketara dalam sistem kawalan kita. Kita ada pegawai-pegawai kerajaan tinggi yang mengizinkan licence, yang izinkan kursus semua. Akan tetapi gaji dia berapa? Mungkin RM15 ribu sebulan, RM20,000 sebulan. Itu gaji dia. Akan tetapi dia kawal satu kumpulan korporat macam Lincoln ini. Jika mengizinkan

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

itu, kumpulan korporat itu dapat RM21 juta. Ini macam budak Standard One jadi monitor untuk Form Six punya kelas. Lebih kurang macam itu. Dia punya gaji kecil tetapi dia handle golongan korporat yang ada program yang boleh dapat begitu banyak punya keuntungan. Jadi, apakah kepastian kita sistem yang ada sekarang untuk kawal kolej-kolej swasta ini, gergasi-gergasi ini, apakah sistem yang kita ada ini apakah cukup kuat? Adakah ia boleh mengawal dan apakah check and balance yang kita adakan untuk memastikan kawalan itu berlangsung secara betul. Pada kefahaman saya, saya dengar eksekutif kanan di Lincoln sekarang adalah seorang pegawai tinggi dahulu, Ketua Jururawat Negara di Kementerian Kesihatan. Selepas dia bersara, dia menjadi pegawai eksekutif tinggi di Lincoln. Macam Tan Sri Ismail Merican, dahulu dia Pengarah Kesihatan Malaysia. Sekarang dia menjadi Pro-Chancellor Mahsa Universiti. Jadi, ini ketara. Ramai orang pegawai kanan kita, pegawai tinggi kita di Kementerian Kesihatan mengambil post-post yang tinggi, executive post, chairmanship post dalam kolej-kolej swasta ini. Selepas itu dia datang balik ke kementerian minta untuk license, minta untuk izin semua daripada junior dia yang sekarang ini sudah jadi boss di kementerian, mereka dapat. So, sistem kawalan kita, is it working? Adakah body yang harus regulasikan sektor swasta, kolej swasta, universiti swasta, adakah ia cukup kuat? Saya rasa ini adalah satu problem yang generic, bukan sahaja Lincoln. Lincoln ini satu kes saya harap dapat jawapan. Selain daripada Lincoln, the whole issue of kawalan of the private colleges. Saya harap ini kita dapat bincang minggu hadapan. Last sekali, isu ketiga yang saya ingin utarakan adalah isu yang berkaitan dengan Lynas. Okey, di Lynas tahun lalu kita telah menjemput IAEA iaitu International Atomic Energy Agency untuk datang sini membuat satu kajian untuk mengatakan adakah Lynas ini selamat atau tidak. Saya rasa kesilapan kita ialah kita anggap IAEA ini satu body yang teknikal, yang neutral, yang tidak berat sebelah. Actually kebetulannya, IAEA ini ditubuhkan untuk menggalakkan penjanaan elektrik melalui nuklear. Itulah untuk memakai nuklear secara untuk perkara yang bukan untuk senjata. IAEA ini dipertanggungjawabkan untuk galakkan nuklear reactor, itulah IAEA. So, memang kita jemput mereka datang ke sini, tanya Lynas ini selamat atau tidak. Dia kata, ya memang selamat. Jika Lynas dibandingkan dengan nuklear reactor, memang jauh lebih selamat dari nuklear reactor. Akan tetapi IAEA mengatakan nuclear reactor pun boleh. Akan tetapi masalahnya ialah IAEA ada beberapa standard, ia ada jangkaan. Jika ada nuklear reactor, apakah radiation yang keluar dan apakah risiko kepada masyarakat. Saya mahu tanya kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga, adakah mereka sedar bahawa kadar leukemia di kawasan lima kilometer radius di reactor-reactor nuklear di German adalah dua kali lebih tinggi daripada kadar yang dijangka daripada standard yang ada di IAEA. Jika kita ambil seperti di England, di Sellafield. Kadar leukemia terhadap kanak- kanak di kawasan itu, lima kilometer radius. Adalah tiga kali lebih daripada apa yang dijangka oleh IAEA. Jadi, oleh kerana ini Kerajaan Britain telah menubuhkan satu committee untuk buat satu kajian mengapakah kadar kanser jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangka mengikut norma-norma IAEA. So, mereka ada committee dipanggil Cherie Committee. Committee ini telah mengeluarkan satu laporan di mana mereka keluarkan satu hypothesis internal emitter. Ertinya, kadar IAEA ini berdasarkan kepada punca sinaran x-ray itu daripada luar. Akan tetapi katakan itu menjadi macam debu, punca dari debu. Apabila kita bernafas termasuk ke dalam paru-paru ataupun termakan dalam makanan kita. Sinaran radiation ini ada tiga jenis. Beta, alfa dan gamma. Jika di luar badan, hanya gamma boleh kena kita. Alfa dan beta, ia boleh dihentikan angin sekalipun. Jika termakan di dalam paru- paru, alfa pun boleh terkena sel kita kerana ia berhampiran dengan sel. Kuasa alfa lebih kuat. So, inilah hypothesis, bukan saya yang cakap ini. Cherie Committee kata, adakah ini kemungkinannya mengapa kadar kanser di kalangan orang-orang yang terlibat di dalam industri ini jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangka oleh IAEA. Inilah Cherie Report. Saya hendak tanya Menteri Kesihatan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, adakah kita tahu, adakah kita sedar terdapat Cherie Committee, ada Cherie Report, ada hypothesis internal emitter. Adakah kita sedar semua ini? Saya mahu tanya. Saya actually khuatir, saya dapat satu paper cutting, keratan akhbar. The Star 10.2.2012. Katanya, “Lynas: Residue from rare earth plant will be safe”. Managing director, Datuk Mashal Ahmad berkata, “the firm had succeeded in lowering the radiation level of its residue to below 1 Becquerel per gramme (Bq/g)...”. So, dia katakan, “Therefore, it (the residue) can be used for commercial application.” Boleh dipakai, will be safe to be used to make roads.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey, masalahnya macam ini. Ikut IAEA, apa-apa benda yang ada radiation lebih daripada 1 Becquerel per gramme, ditafsir sebagai radioaktif.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ini buangan yang pepejal, solid waste daripada Lynas ini ada keluaran, ada radiation 6.4 becquerel segram. Jadi enam kali lebih daripada paraslah tetapi jika you ambil 1kg pepejal ini campur dengan 10kg simen, you dapat kuranglah, itu jadi 0.6. Jika ini 0.6, ertinya dia tak radioaktif lagi kerana dia di bawah paras 1 becquerels. So boleh buat rumah kita dengan itu. Betul, ini yang dikatakan. So dikatakan jika ia tak radioaktif, tidak perlu kita ada long term storage. Ini boleh pakai sebagai bahan pembinaan, bahan buat jalan.

...Jual pada dia orang.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jual pada siap, BN?... [Ketawa] Saya mengesyorkan kepada Yang Berhormat BN buat rumah dengan simen yang special ini. So inilah masalah dia, di Australia, Lynas pun ada pernah mohon untuk buat factory di Australia. Syarat di Australia ialah you boleh buat tetapi lepas itu sisa itu kena bawa balik ke lombong itu simpan balik di lombong. Itu dia punya syarat di Australia. Jika syarat Australia macam itu, kenapa kita ini mahu kurangkan kita punya standard? Adakah orang Malaysia lebih kuat daripada orang Australia? Malaysia Boleh, kita kuat. Kita boleh tahan, orang Australia semua sissy sahaja, mereka tidak boleh tahan tetapi kita boleh, you know. Come onlah, ini bahaya. Inilah isu-isu yang kita harus kita jawab. Jika Australia kata mesti hantar itu sisa balik ke lombong, simpan dalam bumi itu, itu dia punya syarat. Ini dia kata boleh buat road, boleh buat building, boleh buat simen. I think something is wrong herelah, dengan izin, you know. So saya harap isu-isu ini...

Penjelasan. Yang Berhormat Sungai Siput, sorry. Saya hendak mencelah sedikit. Ini tidak ada kena mengena dengan politiklah. Perkara yang saya faham, sisa atau residual daripada contohnya Lynas, thorium dan sebagainya memang betul dia ada kesan radiasi tetapi sekiranya di explore, yang saya dah baca di banyak kes, selagi residual itu tidak di explore, dia masih dalam bentuk tepu, dia tidak ada kesan radiasi lagi cuma kalau di explore ataupun kita proses, dia akan mewujudkan kesan radiasi 37 kali ganda daripada operasi Lynas. So dalam hal ini boleh tidak Yang Berhormat Sungai Siput terangkan kemungkinan ada salah faham daripada residual yang diproses dengan yang tidak diproses. So dalam konteks ini kita terima maklum bahawa residual itu tidak diproses. Misalnya thorium dia tidak diproses. Kekal sebagai bahan thorium yang tidak beradioaktif kerana tidak diproses.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya ingat jika ia diproses atau tidak proses pun, itu memang radioaktif dan dia akan pecah, ansur-ansur dia pecah. Kita tidak boleh jangka bila atom itu akan pecah tetapi dalam katakan ada 1000 atom, satu mesti pecah. Jadi kita sentuh diakah tidak sentuh dia memang dia pecah dan antara bahan yang keluar bila dia pecah itu adalah radon. Radon itu adalah satu gas. So bila dia pecah menjadi radon, dia boleh keluar daripada tempat itu juga dan katakan kita bernafas dan gas itu masuk then your hard luck lah. Akan tetapi dia tak pecah banyaklah, dia pecah sikit-sikit kerana dia punya half life saya ingat 12 bilion tahun, longlah. Terlalu lama dia punya half life, so bukan sekali dia semua pecah, bukan dia akan explode tetapi katakan you the unlucky fellow yang ternafas radon yang keluar itu then hard luck lah. Saya punya satu isu lagi ialah jika Australia kenakan syarat-syarat tertentu terhadap Lynas then apakah sebabnya kita sedia menurunkan syarat itu untuk orang Malaysia? Itu saya ingat satu yang paling pentinglah you know dan juga saya pun mahu tanya Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa, apakah halangan kita untuk hentikan projek ini? Jika rakyat sudah begitu takut, sudah khuatir, apakah halangan kita?

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. YusofPKR · PRBalik Pulau

Yang Berhormat Sungai Siput, boleh yang saya bertanya penjelasan? Australia menandakan satu tahap piawaian yang mengikut Australia cuma soalan saya kalau Yang Berhormat Sungai Siput boleh jelaskan di mana kerajaan Australia ini mendapat tahap piawaian tersebut? Adakah satu tahap piawaian yang bersifat universal? Ini kerana pada pandangan saya, asas Australia untuk menetapkan satu tahap mesti berasaskan kepada satu tahap yang lain.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. YusofPKR · PRBalik Pulau

Adakah ianya berbeza-beza mengikut negeri-negeri ataupun dalam menguruskan hal ehwal nuklear ini, tahap-tahap yang diguna pakai terutama Australia apatah lagi negara maju ialah satu tahap yang bagi saya tahap yang tinggi tahapnya itu. Jadi untuk Malaysia untuk mengurangkan tahap itu, saya rasa itu perlu diperjelaskan terutama sekali apabila kita membuat rakyat mengambil risiko. Jadi saya mohon penjelasan tahap Australia itu daripada mana?

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada empat minit Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Sorry? Empat minit, okey. Saya pun tak pasti mana tahap itu datang tetapi saya tahu macam di Australia dia ada beberapa syarat. Kilang ini mesti diadakan di tempat desert di mana paras surface water, air-air dalam bumi itu sepuluh kaki di bawah paras tanah di mana hujan kurang daripada beberapa, jauh daripada sungai. Jadi ikut itu pun, penempatan dia di Gebeng itu, peat soil. Itu tidak di tempat yang betullah so saya khuatir. Memang rare earth yang mereka keluarkan begitu berhargalah, bernilailah tetapi is it something yang kita mahu gadai kesihatan orang kita di Pahang? Bukan sahaja itulah, ada kemungkinan jika Gebeng itu mula di situ, pelancongan di Pahang, orang pun takut hendak beli tangkapan ikan daripada Pahang, orang tidak mahu beli, sayur-sayur di Pahang orang takut hendak makan. So saya rasa ada banyak kesan. Walaupun kita dapat 300 peluang pekerjaan dan mungkin kita dapat foreign exchange tetapi ada kemungkinan kerugian kita daripada segi ekonomi pun lebih tinggi daripada apa yang kita dapat daripada ini dan saya mahu tanya Perdana Menteri, apakah halangan? Adakah kita sudah buat satu kontrak, jika kontrak itu berdasarkan pada fakta yang salah, jika pihak Lynas menipu kita mengatakan ini tidak radioaktif semua, dia tipu. Jadi kontrak yang kita buat dengan dia tidak perlu kita hormati. Kita katakan you tipu kita buat kontrak ini jadi sekarang kita buang you sahaja, tidak perlu kita bayar apa-apa pampasan ataupun boleh bayar pampasan sikitlah, okeylah sebagai sagu hati. Apakah halangannya? Kenapa kita mesti teruskan? Adakah tidak ada kilang lainkah, industri lainkah? Kita mahu tanya kenapa kerajaan tidak mahu tolak ansur ini, rakyat takut, if demokrasi tetapi rakyat takut, hentikan. Bukan sahaja orang di Pahang sahaja, orang di Ipoh juga dulu di Bukit Merah, factory yang sama. Berapa orang sana lawan, lawan. Mereka tidak suka itu, sampai sekarang mereka kata, mereka mengadu, ada lebih kanser di kawasan Bukit Merah itu, di Kampung Baru, Bukit Merah daripada lain tempat di Perak. Sampai sekarang mereka tidak suka itu. So saya tidak tahulah kenapa kita tidak boleh tolak sahaja ini. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut bersama mengucapkan berbanyak-banyak kesyukuran dan Menjunjung Kasih ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen yang Kedua Belas pada 12 Mac, minggu yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan mengangkat kemuliaan untuk memberi penghormatan dan penghargaan penuh takzim di atas jasa kebaktian Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah pun menamatkan pemerintahan Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong yang ketiga belas selama lima tahun memayungi takhta Kerajaan Persekutuan dengan makmur dan jayanya.

Atas berkat inilah negara terus memacu pembangunan yang lebih holistik dan dinamik walaupun berhadapan dengan pelbagai challenge bukan sahaja dalam sosial tetapi

dalam bidang politik yang telah dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui dengan mencuba untuk mengacau keamanan negara. Nombor dua saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib. Walaupun pentadbiran beliau baru sahaja beberapa tahun tetapi kita sudah melihat buktinya melalui program-program transformasi yang diilhamkan oleh beliau dan mengurus semua hal-hal ehwal kesejahteraan rakyat terutamanya pemberian BR1M dan banyak lagi bantuan khusus untuk kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi. Walaupun juga perkara-perkara program yang murni oleh kerajaan, namun di bantah ataupun dicaci oleh pihak-pihak pembangkang program-program yang murni untuk kesejahteraan keharmonian rakyat. Akan tetapi ini hanya tugas pembangkang setakat membangkang... [Disampuk] [Ketawa] Betul itu Yang Berhormat Pokok Sena. Nama pun pembangkang. Terutama sekali... [Disampuk] Ya Yang Berhormat Kubang Kerian apa dia? Majlis Peguam Negara yang juga diperalatkan, minta maaf. Diperalatkan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk membantu, untuk mengacau keamanan negara kita, mengacau ketenteraman awam melalui dengan demonstrasi-demonstrasi jalan yang tidak mendapat sambutan langsung oleh rakyat. Saya tidak faham. Maaf saya dengan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang ini. Rang undang-undang buat demonstrasi jalan. Malulah kita dilihat oleh mata dunia. Jadi ini berbaju kuninglah, bermacam-macam pakaian. Ini sengaja untuk mengacau bilau ketenteraman awam. Jadi itu satu cabaranlah. Akan tetapi ini saya memberi kepujian kepada pihak PDRM untuk mengatasi semua cabaran yang dipermain-mainkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Kes Majlis Peguam Negara ini juga, peguam, peguam, peguam, majlis peguam. Tak tahulah mana yang betul. Menyokong pula kes liwat ini? Undang-undang liwat. Homoseksual, lesbian, apa sudah jadi mereka ini? Dia patut kita negara ini sebagai negara yang paling aman.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Siapa yang sokong itu?

Yang paling kita percaya semua agama kita. Kita di Malaysia ini beragama, berbagai-bagai agama dan entiti keagamaan itu masih lagi kita pegang dengan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Bukan kahwin perempuan sama perempuan dan bukan kahwin antara laki-laki dan laki-laki. My God, apa sudah jadi? Jadi ini mungkin ada kemurkaan daripada pihak atas. Jadi pihak di sana yang berpegang agama dengan kuat terutama sekali Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kubang Kerian, jaga-jagalah kenyataan orang-orang yang segolongan dengan kamu. Jagalah diri.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Putatan, hendak sokong boleh? Hendak sokong boleh?

Minta maaf, saya hormati Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sokong. Walaupun tidak bercanggah..

Tidak bercantum mukadimah. Bermukadimah. Suruhlah duduk. Duduklah, nanti saya bagi semula.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya hendak sokong pun tidak boleh?

[Ketawa] Duduklah dahulu Yang Berhormat Kuala Kedah. Ya, jadi kes-kes inilah satu cabaran yang telah dipertahankan, diurus oleh pihak kerajaan. Saya berbalik kepada peranan PDRM. PDRM telah melaksanakan tugasnya dengan amat baik sekali dengan bantuan masyarakat melalui badan RELA. Kita sudah memerhati peranan RELA untuk membantu keselamatan bukan sahaja di pihak perkampungan tetapi di pihak-pihak di mana pun, kita kelihatan anggota- anggota RELA kita yang beruniform ini membantu keselamatan negara kita. Baru-baru ini kita juga telah menjemput, kerajaan telah menjemput pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu penjagaan keselamatan, ketenteraman negara

kita. Walau bagaimanapun di Sabah masih lagi banyak perkara yang perlu ditangani dan saya yakin dan percaya Kerajaan Pusat akan membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani masalah-masalah sosial terutama sekali kehadiran orang-orang yang dikatakan pendatang tanpa izin yang telah merosakkan alam sekitar kita terutama sekali dalam perairan laut, mengebom ikan, kes-kes kecurian, kes-kes dadah, kes-kes meragut dan sebagainya. Banyak masalah sosial yang disebabkan oleh kehadiran orang-orang yang tidak sepatutnya berada di negara kita. Bukan sahaja di Sabah, ini sudah menular kepada Johor Yang Berhormat Kubang Kerian. Kita ada perkampungan yang dikatakan rakyat Sabah yang membunuh seorang anak perempuan yang berumur empat tahun yang dinamakan Dirang di Johor Bahru. Inilah orang-orangnya yang kita ada kemusykilan. Adakah orang- orang ini betul-betul berasal daripada Sabah? Ini menjadi pertanyaan daripada rakyat jelata di negeri Sabah...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Saya rasa you mahu keluar atau mahu duduk? Pendatang tanpa izin ini, Yang Berhormat Pokok Sena bukan sahaja di Sabah. Di Selangor pun ramai. Jadi kerajaan telah pun membuat beberapa program yang PPPP program itu telah pun sedang dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan. Okey Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam itulah kawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan membangkitkan isu ini kerana ini merupakan masalah besar kepada negara bilangan jumlah yang ramai. Isu sekarang yang dibangkitkan khususnya di negeri Sabah sehingga membawa kepada PAC berkaitan dengan pilihan raya ini mencadangkan supaya ada satu Royal Commission berkaitan dengan taraf kerakyatan kewarganegaraan asing yang telah diberikan taraf kerakyatan di negara kita sehingga mereka boleh menjadi pengundi. Malah perkara tersebut bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga berlaku di Semenanjung.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi sehingga hari ini kita tidak dengar Royal Commission yang disebut- sebut akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu lawatan ke Sabah tidak pun disebut. Jadi bermakna bahawa kita begitu meragui bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Ini merupakan satu yang saya rasa bahawa kebimbangan masyarakat hari ini terhadap kesungguhan kerajaan seolah-olah macam kerajaan sendiri yang menjadikan sindiket kepada pemberian taraf kewarganegaraan itu untuk kepentingan pilihan raya umum akan datang. Ini menyebabkan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir pun meninggalkan UMNO, Barisan Nasional. Tinggal UMNO, Barisan Nasional tidak mahu sudah.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Pokok Sena terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena. Itu tuduhan yang saya rasa tidak berasas yang menuduh kerajaan yang bertanggungjawab atas memberi kerakyatan kepada orang-orang yang dianggap sebagai PTI ini. Sebab itulah kita tidak boleh menuduh sesiapa kecuali kalau ada penyiasatan-penyiasatan yang tertentu. Jadi soal RCI ini bukan sahaja dalam semua barisan komponen di negeri Sabah bersetuju untuk diadakan RCI ini. Namun juga Perdana Menteri sendiri saya rasa merasa yang perlu sebab ini keluhan rakyat bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara. Jadi saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat sesuatu pengumuman tarikh-tarikh yang tertentu. Ini mungkin ada beberapa isu yang harus ditangani sebelum ini didapati diumumkan. Saya yakin.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh Yang Berhormat saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Memadailah itu.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa RCI perlu di tubuh dan diberi tanggungjawab menyelesaikan semua masalah yang berkaitan itu sebelum dipanggil pilihan raya umum. Itu yang penting.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Itu tidak perlu.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini untuk membersihkan supaya negara kita, hala tuju negara kita ini ditentukan oleh orang-orang yang betul-betul daripada

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

warganegara Malaysia. Bukan daripada orang asing yang diberikan taraf kerakyatan kepada mereka.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Pokok Sena ini satu tuduhan yang kita belum dapat kepastian. Ini hanya tanggapan daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Sangkaan jahat. Sebab itu saya katakan tadi terms of reference ini harus diperhalusi apa yang patut disiasat yang tidak akan membangkit perkara-perkara yang menjadi ketidakbaikan kepada nama negara kita. Jadi soal election ini tidak timbul sama sekali. Ini akan mengambil masa yang panjang. Bukan setakat menyiasat hari ini esok dia bagi laporan, tidak. Tidak ada kerajaan yang boleh buat sedemikian kecuali kalau Yang Berhormat Pokok Sena yang beria-ia dan golongan ia untuk menubuhkan kerajaan. Tidak boleh, kamu pun tidak boleh laksanakan ini dalam masa yang terdekat. Pilihan raya mungkin dipanggil esok, mana boleh kita panggil... [Disampuk] Itu satu juga tanggapan. Tidak ada penyiasatan yang tertentu. Kita tidak boleh pastikan yang undi itu. Kalau begitulah tanggapan Yang Berhormat Pokok Sena saya pun dianggap sebagai orang asing, tidak boleh begitu. Orang Sabah marah nanti, tidak boleh. Bukan sahaja itu, saya baru-baru ini memasuki satu kawasan semak di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua. Maka inilah satu perkara yang betul-betul menyinggung perasaan saya melihat budak- budak yang terbiar sedang melakukan dengan tangan dua plastik menghidu gam. Saya lihat muka-muka budak-budak ini, saya tidak pasti kalau mereka ini budak tempatan. Inilah yang dipanggil state kid yang masuk ke tempat-tempat semak. Sukar kita dapat memantau pergerakan mereka sebab ini dilakukan jauh daripada masyarakat. Dia masuk ke kawasan-kawasan hutan, semak dan sebagainya. Inilah isu-isu yang mungkin juga dilihat oleh rakyat kita di negeri Sabah supaya ini dapat juga ditangani oleh pihak kerajaan. Saya beralih kepada alam sekitar Tuan Yang di-Pertua. Ia juga termasuk dalam usul saya yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Soal alam sekitar ini Timbalan Menteri Alam Sekitar berada di dalam Dewan ini, saya mengharap supaya tindakan- tindakan atau pengurusan pemulihan sungai-sungai yang tercemar harus diperketatkan. Terutama sekali memulihara sungai-sungai yang banyak menjadi cetek, banyak sungai yang di tebing-tebing sungai itu, tumbuhkan buluh, tidak dibersihkan, kayu semua masuk ke dalam sungai. That is no more navigable, dengan izin. Ini satu sungai yang saya hadiri program oleh CLEAR di kawasan saya, berdekatan kawasan saya. Dahulu sungai ini semasa saya kecil apabila kita pakai enjin motorboat ataupun oak boat dengan izin. Kita selalu pakai bot ke hulu ke hilir, ke hulu ke hilir. Sekarang jalan kaki kita jalan melalui sungai, begitu cetek sekali dan begitu tercemar sekali. Plastik, botol macam-macam. Plastik ini, plastik itu semua yang terapung-apung dalam mata air sungai, kotor dan sebagainya. Saya berharap kementerian perlu menyediakan peruntukan yang secukupnya supaya perparitan-perparitan itu dapat dibersihkan dan kontraktor-kontraktor yang memulihara ataupun membersih, sebenarnya membersihkan perparitan sungai-sungai kecil dapat dibersihkan bukan setakat potong rumput di tebing-tebing sungai kerana apa yang dipotong itu masuk ke dalam sungai akan menyebabkan blockage di culvert di dalam sungai itu dan menyebabkan banjir kilat apabila hujan lebat. Katakan hujan selama setengah jam berlakulah banjir-banjir di kawasan Putatan. Ini menyebabkan wakil rakyat menjadi sasaran oleh rakyat. Wakil rakyat menjadi satu tumpuan dipanggil untuk mengatasi. Saya mengharap pihak kerajaan membantu pihak wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat yang mengakibatkan banyak kerugian dalam segi harta benda. Ini saya telah timbulkan beberapa kali dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Alam Sekitar kerana banyak sudah projek-projek pemulihan sungai ini dilaksanakan di kawasan saya. Saya rasa yang paling banyaklah jika dibandingkan dengan Pokok Sena. Banyak sungai telah pun diperbaiki, dipercantikkan. Tuan Yang di-Pertua saya memang merekodkan ucap terima kasih kepada pihak kementerian dan kerajaan...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Pokok Sena sungainya masih kotor?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak saya masalah kekotoran itu pencemaran saya itu UMNO yang mencemarkan alam sekitar di Pokok Sena itu, itu yang problem dia itu.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Ketawa] Saya rasa Yang Berhormat Pokok Sena ini masalah mental sedikit.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

UMNO ini dia menyebarkan radioaktif. Dia bukan setakat jadi torium sahaja, jadi ‘toria’, sudah.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Ketawa] Ini satu penyakit. Ini satu penyakit Yang Berhormat Pokok Sena. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Soal BERNAS yang ditimbulkan beberapa Ahli Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan lagi panjang?

Ada beberapa perkaralah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sambung esoklah Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya akan sambung esok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Belum, belum habis lagi Yang Berhormat, belum habis lagi Yang Berhormat belum lagi. Yang Berhormat Putatan duduk dahulu. Ya terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin memaklumkan bahawa pada esok hari Selasa, 20 Mac 2012 selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, perbahasan akan dimulakan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 81(1). Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dan selepas itu akan diikuti dengan menyambung semula perbahasan atas Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh hingga pukul 10 pagi hari Selasa, 20 Mac 2012. Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam.