Dewan Rakyat · 22 March 2012
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 621 turns · 41,100 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang mengurangkan kadar faedah bank dan kadar pinjaman semalaman (OPR) bagi merangsang ekonomi domestik bagi menghadapi kemelesetan ekonomi global.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang keputusan mengenai kadar dasar semalaman atau overnight policy rate (OPR) akan dibuat berdasarkan penilaian ke atas prospek jangka sederhana bagi inflasi dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Selalunya dalam jangka masa dua hingga tiga tahun. Sehubungan itu, keputusan untuk menaik atau mengurangkan OPR adalah bertujuan untuk memastikan dasar monetary yang terus menyokong aktiviti ekonomi, mengurangkan sebarang risiko terhadap inflasi yang tinggi serta memastikan kestabilan sistem kewangan yang berterusan. Langkah ini juga bagi memastikan kemakmuran ekonomi dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang. Manakala kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan pula ditentukan oleh keadaan pasaran dan biasanya berubah sejajar dengan perubahan OPR. Dengan mengambil kira prospek jangka sederhana bagi inflasi dan pertumbuhan ekonomi semasa, Jawatankuasa Dasar Monetari dalam mesyuaratnya pada 9 Mac 2012 telah memutuskan bahawa OPR pada paras 3% adalah berpatutan dan berada pada tahap yang wajar. Pada paras 3% tersebut, keadaan monetary dan kos peminjaman secara amnya akan terus menyokong aktiviti ekonomi. Buat masa ini pembiayaan bersih kepada ekonomi kekal kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.5% pada bulan Januari 2012. Tuan Yang di-Pertua, sama ada OPR akan dinaikkan atau diturunkan pada masa akan datang bergantung sepenuhnya kepada penilaian Jawatankuasa Dasar Monetari terhadap keadaan makro ekonomi dan apa yang diperlukan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan harga yang stabil. Jawatankuasa ini bermesyuarat dua bulan sekali biasanya atau enam kali setahun. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah pun menyatakan tadi dengan menurunkan kadar-kadar faedah ini memang kita sedia maklum bahawa ia akan dapat merangsang dan juga merancakkan aktiviti ekonomi. Dalam pada yang sama juga, ia juga akan secara tidak langsung dan secara tetap ia akan melonjakkan kadar inflasi yang rakyat memang tidak mahu sama sekali. Jadi soalan saya, kepada pernyataan-pernyataan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, bagaimana agaknya kerajaan dapat mengimbangkan dua situasi yang dinyatakan tadi secara bijaksana dalam kita melangsungkan demi rakyat didahulukan secara realitinya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Itulah cabaran dalam pengurusan dasar monetary ini supaya satu keseimbangan dapat ditentukan yang tidak membebankan rakyat, pada masa yang sama tidak melemahkan ekonomi negara. Jadi, penilaian ini dibuat dengan mengambil kira semua fakta-fakta dan faktor yang wujud, bukan sahaja dalam negara kita tetapi juga dalam persekitaran antarabangsa. Kalau kita lihat hari ini dari segi OPR yang dikenakan pada tahap 3% di Malaysia ini boleh dikatakan selari dan sealiran dengan kadar OPR yang dikenakan di peringkat serantau. Umpamanya Thailand juga buat masa ini 3%, Korea 3.25%, Filipina 4%, Indonesia 5.75% dan China 6.56%. Barangkali di China, OPR nya tinggi kerana tekanan inflasi juga adalah lebih tinggi. Jadi, kalau dilihat maka keadaan di negara kita ini memang agak sederhana dan dalam keadaan yang wajar kalau dibandingkan dengan negara-negara lain. Perlu juga diingatkan dalam pengendalian dasar monetary ini, kadang kala dalam keadaan ekonomi dunia yang lembap, sekiranya kita terlalu menurunkan kadar faedah pun, ianya tidak semestinya menjana kegiatan ekonomi kerana dalam pengurusan dasar monetary ini kadang kala kita ada apa yang dinamakan oleh ahli ekonomi, liquidity trap. Bermakna kadar faedah hanya berkesan sebagai instrumen pada satu tahap yang rendah dan di bawah tahap tersebut, instrumen kadar faedah ini tidak akan berkesan lagi. Jadi ini semua perlu diambil kira. Kalau kita lihat apa yang dilakukan di Malaysia ini amat-amatlah wajar pada masa ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat semalam berkait juga dengan keadaan persekitaran kesihatan ekonomi di Malaysia. Menteri mengatakan pinjaman domestik kita tinggi di kadar 53%, 2% sebelum melanggar had siling. Namun pinjaman luar negeri tidak seberapa, tidak membimbangkan. Di kala yang sama, saya mendengar juga alasan bahawa rizab simpanan dalam negara amat tinggi di kadar RM426 bilion sekitar Februari tahun ini. Akan tetapi ini tidak membantu dalam usaha mengurangkan pinjaman domestik atau ringgit denominated dalam ringgit Malaysia yang ditanggung oleh kerajaan. Hanya membantu dari segi import bulanan ataupun pinjaman luar jangka pendek dan pinjaman dalam mata wang asing. Soalan saya sedang kerajaan menyatakan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan dengan kadar 53% hutang daripada KDNK ini, boleh tidak Menteri menyatakan jumlah kontinjen liabilities ataupun off balance loans. Maksudnya hutang- hutang oleh agensi-agensi kerajaan yang dijamin oleh kerajaan pusat akan dibayar oleh kerajaan pusat. Berapakah jumlah hutang yang terdedah kepada kerajaan jika kesemua agensi ini gagal melunaskan pinjaman? Terima kasih.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, soalan ini memang boleh dan wajar dijawab cuma pada pagi ini ia agak lari daripada soalan asal OPR. Jadi kalau diizinkan mungkin pada peringkat penggulungan soalan ini boleh dijawab lebih baik daripada, lari daripada soalan asal pada hari ini.
Boleh ada soalan tambahan untuk masuk balik jangan lari.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan soalan.
Pada hari ini Yang Berhormat saya tidak begitu generous.
Ya kah? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mudah-mudah lebih generous lain kali.
2. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJK(T) bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap sekolah-sekolah di bawah kelolaan kerajaan sama ada sekolah kerajaan SK ataupun sekolah bantuan kerajaan SBK.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 1 Januari 2012 terdapat 370 buah sekolah SJK(T) yang bertaraf SBK di negara ini. Kementerian Pelajaran tidak boleh mendesak pertukaran status sekolah kerana ia bergantung kepada pilihan pihak sekolah sendiri. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran tidak menghalang mana-mana SJK(T) yang ingin bertukar status dari SBK kepada SK asalkan sekolah memohon untuk pertukaran tersebut dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagai sekolah kerajaan. Permohonan pertukaran status sekolah boleh dibuat oleh Lembaga Pengelola Sekolah (Lepas) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak yang berkepentingan ke atas sekolah berkenaan. Bagi sekolah yang berada di atas tanah hak milik kerajaan negeri, KPTG ataupun milik persendirian, maka pihak pemohon iaitu pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan untuk menjadikan tanah berkenaan milik kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pertukaran status kepada sekolah kerajaan. Semua kes penukaran status sekolah perlu mendapat persetujuan jawatankuasa pelaksanaan, pembukaan, penutupan, perpindahan, penukaran status dan pengredan sekolah JKPS di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran serta mendapat keputusan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan pendidikan yang berkaitan.
Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang selalu kita dengar daripada pihak kerajaan adalah ini kali pertama saya mendengar bahawa Lembaga Sekolah perlu memohon untuk menjadi, menukarkan sekolah yang SBK kepada SK. Saya cuba memahami masalah sekolah Tamil yang selalu dibangkitkan. Dalam kajian saya, saya telah membaca beberapa laporan. Laporan Razak 1996, Laporan Rahman Talib, Laporan Mahathir dan juga cuba memahami Akta Pendidikan 1996. Apa yang saya dapati adalah bahawa tidak ada satu klausa pun atau tidak ada satu peraturan pun yang mengatakan bahawa sekolah-sekolah bantuan kerajaan ini, sekolah- sekolah SJK(T) ini tidak boleh diberi bantuan penuh sekiranya mereka berada di atas tanah-tanah persendirian. Saya kira selama, kita sudah mengetahui bahawa sebahagian besar 371 buah sekolah ini bukan baru duduk di atas tanah persendirian. Ia sudah hampir 50 tahun lebih kerana dari asal kita ada daripada kita merdeka, 888 buah sekolah Tamil. Tahun 2012 kita tinggal 523 buah. Ada 371 buah lagi sekolah yang duduk di atas tanah-tanah persendirian. Jadi ini menunjukkan bahawa usaha untuk kalau diberi alasan, antara alasannya tidak memenuhi syarat, duduk di atas tanah bukan persendirian, tanah kerajaan ataupun yang dipunyai oleh sekolah. Selama 50 tahun ini apakah usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu kesemua sekolah Tamil ini untuk mendapatkan tanah sekolah. Kalau itu menjadi salah-satu syarat, mengubah taraf sekolah ini kepada SBK kepada SK. Sekian, Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi hujah ataupun keadaan sebenar apa yang berlaku. Yang Berhormat telah pun membuat andaian sekiranya kalau sekolah bantuan kerajaan itu kononnya ada sekatan untuk kita hendak membangunkan SBK. Itu adalah hipotesis atau andaian yang tidak tepat. Saya ingin memberi gambaran kepada Yang Berhormat. Sebenarnya di bawah Akta Pendidikan 1996, kita ada dua jenis ataupun kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan. Baik untuk SJK(C), SJK(T) termasuk sekolah mubaligh yang sekolah kebangsaan pun ada jenis ini. Jadi ia merentasi agama dan juga aliran, pertama. Kedua, kalau Yang Berhormat sedar dalam Dewan yang mulia ini kalau saya hendak jumlahkan peruntukan yang diberi, andaian yang dibuat oleh pihak pembangkang ataupun Yang Berhormat sendiri mengatakan kononnya ada sekatan dan banyak yang kita tidak lakukan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat ini bukan soal kita hendak paksa. Kita beri pilihan sama ada mereka hendak ataupun tidak. Saya memberi satu contoh yang sangat jelas. Kalau di Jalan Ampang, sebuah sekolah yang namanya SJK(C) Lai Meng. Di tidak serahkan kepada kami. Tidak ada masalah. Baru-baru mereka ada perjanjian dengan tenaga pemaju LPS itu jual tanah
kepada pemaju dan mereka mendapat RM150 juta. Kita pun tidak merasa cemburu kerana itu tanah LPS. Itu pilihan mereka. Mereka hendak berpindah, mereka juga mendapat kelulusan daripada kami. Jadi tidak ada sekatan untuk dia hendak pindah ke mana-mana selagi mereka memenuhi syarat dan juga memohon. Itu pertama. Kedua, bukan tidak ada precedent. Kita tukar status. Apa yang berlaku pada sekolah Tamil sekarang saya ingin memberi gambaran kepada Yang Berhormat ada 16 buah sekolah yang mana jumlah pelajarnya tidak lebih daripada sepuluh orang malahan guru lebih ramai daripada pelajar. Jadi ini satu cabaran. Ini bukan soal status sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan. Jadi saya hendak memperjelaskan di sini kalau kita membuat satu analisa sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih tapuk kepimpinan negara dan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran sendiri menerajui Kementerian Pelajaran, sudah diperuntukkan empat kali peruntukkan yang cukup besar kepada SJK(T) status sekolah bantuan kerajaan. PRE pertama RM50 juta, PRE kedua RM50 juta. Itu telah dibelanjakan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, First Rolling Plan kita bagi RM70 juta sebahagian telah digunakan untuk tahun lalu. Tahun ini masih ada baki. Tidak setakat itu pada tahun ini diberikan RM100 juta. Ini bermakna 270 juta...
Dapat undi India.
Untuk 370 SJK(T) yang statusnya SJK. Kalau kita membuat kiraan, kalau kita darab dan bahagi kesemuanya, setiap 380 buah sekolah secara puratanya mendapat RM729,000 untuk pembangunan sahaja. Ini yang saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat. Pertama, itu daripada segi pembangunan infrastruktur. Bagaimana dengan kalau kita bahagi anggaran setiap kali kita anggaran belanja mengurus, apakah yang kita berikan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dengan SJK(T) adalah sama. Saya beri contoh, kepada per kapita geran, kepada semua sekolah. Kita tidak mengabaikan - saya nampak ada hujah pihak pembangkang kononnya ada perbezaan. Tidak ada! Saya boleh berikan jaminan setakat ini tidak ada diskriminasi itu. Jadi saya hendak memperjelaskan kepada Yang Berhormat, sebenarnya dakwaan ataupun mungkin andaian itu tidak benar. Biarlah saya membetulkan persepsi itu. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberikan satu penjelasan yang begitu terperinci. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran kerana telah mengagihkan peruntukan. Saya rasa tahun lalu dan tahun ini lebih kurang RM287 juta dan peruntukan tambahan RM100 juta dalam Belanjawan 2012. Saya mengucapkan terima kasih. Saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah pun bercadang untuk mewujudkan atau mengarahkan perwujudan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan memberikan cadangan satu pelan induk jangka panjang untuk menaiktarafkan sekolah-sekolah Tamil. Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk membantu sekolah. Saya tidak menafikan bahawa segala bantuan ini...
Kerana pilihan raya.
...Diberikan kepada sekolah-sekolah bantuan penuh tetapi saya rasa sekolah-sekolah bantuan modal juga perlu perhatian yang secukupnya. Saya tidak menafikan ada bantuan-bantuan disalurkan, tetapi ada masanya ia tidak mencukupi. Mungkin status tanah itu perkara yang kedua. Perkara yang lebih penting ialah contoh, kekurangan kerusi dan meja, kekurangan bilik darjah. Di kawasan saya sendiri, ada sebuah sekolah Tamil yang mana jumlah pelajarnya meningkat...
Saya harap kerajaan telah pun menerima permohonan contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batang Kali, ada kekurangan. Saya harap kerajaan akan memberikan perhatian pada kekurangan- kekurangan seperti ini supaya anak murid dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan cara yang lebih selesa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya rasa apa yang penting ialah Kementerian Pelajaran, kita melihat SJK(T) ini sama ada SBK atau SK, sama sahaja. Pertama, tadi Yang Berhormat mengatakan RM270 juta untuk SBK. Ini kita tidak mengambil kira SJK(T) status sekolah kerajaan yang mana dibina oleh JKR dan berjuta-juta ringgit juga dibelanjakan untuk sebuah sekolah. Itu adalah hakikat yang saya rasa terpanggil untuk menerangkannya. Apa Yang Berhormat kata itu benar yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memang prihatin soal sekolah Tamil. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran juga melantik Yang Berhormat Batu Pahat iaitu Timbalan Menteri Pelajaran II untuk mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai isu kekurangan guru di SJK(T). Ini secara mikro kita juga melihat perkara ini juga diteliti oleh pucuk pimpinan negara. Apa Yang Berhormat bangkitkan tadi tentang kerusi dan meja. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, tahniah kepada pucuk pimpinan MIC selama ini yang sentiasa berbincang dengan Kementerian Pelajaran. Kalau ianya dapat dimasukkan dalam RM100 juta peruntukan untuk tahun ini, saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana apa yang kita hendak agihkan dijangkakan pada...
[Bangun]
...Awal bulan April ini kita akan berdasarkan pada senarai Yang Berhormat juga dan saya rasa ia dapat dipantau dengan baik kerana apabila kita berikan peruntukan baik pulih termasuk juga kalau ada keperluan untuk perabot, ia boleh diambil kira. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua. saya memberikan jaminan bahawa parti MIC...
[Bangun]
...Di bawah pimpinan Datuk Sri Palanivel akan memberikan kerjasama sepenuhnya... [Dewan riuh]
...Kerusi dan meja tidak ada.
Duduk, duduk, Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat. I will allow because this is an issue of education.
Yes.
And I know the Minister can answer. But I warn you before hand, no political question... [Ketawa].
Absolutely, Tuan Yang di-Pertua.
If you had political question I will stop you and I will ask Minister to answer.... [Dewan riuh] Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada sesi yang dahulu apabila saya bertanya apakah alasan kerajaan tidak mengambil alih 370 buah sekolah ini untuk membuat bantuan sekolah penuh kerana kerajaan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, mungkin Yang Berhormat pada masa itu mendengar. Beliau telah mengatakan bahawa kerajaan tidak cukup duit dan dasar mereka adalah untuk mengambil semua sekolah sebagai bantuan penuh. Itu satu. Pada hari ini, alasan yang lain kerana election sudah dekat... [Dewan riuh] Itu alasannya. Akan tetapi yang mustahak...
Now, now. Yang Berhormat, Yang Berhormat, I already warned you..
No, no.
Kalau pun mengatakan...
Terus kepada sekolah.
...Ini benda bermakna tidak dibuat, jangan lah cakap because of political. Because you are assuming the reason. How can you assuming a reason?
Tuan Yang di-Pertua, saya khusus.
Please!
Tuan Yang di-Pertua, masalah yang sama...
You see, you people do not like it...
Boleh saya dapatkan...
Kalau saya gunakan Peraturan Mesyuarat dengan strict, tidak ada sesiapa yang senang hati. Akan tetapi apabila saya biarkan sewenang- wenangnya, datanglah perkara sebegini... [Dewan riuh]
Boleh saya dapatkan satu jawapan yang berkaitan dengan Akta 1996 yang mana apakah perbezaan antara sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan...
Modal.
Modal, okey. Apa yang mustahak, isu yang penting sekali yang dihadapi oleh sekolah Cina dan sekolah Tamil di negara sekarang adalah kekurangan guru. Ini untuk memberikan satu jawapan dengan mengatakan ada perbincangan untuk mencari jalan bagi menyelesaikan perkara itu, itu adalah satu ‘kemaluan’... [Dewan riuh] Pendirian yang tidak boleh diterima langsung. We cannot be expecting...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...
Sudah...
Ahli Yang Berhormat...
Sudah...
Boleh, boleh.
Tuan Yang di-Pertua, sudah empat bulan sekolah bersesi. Ada demonstrasi lebih kurang enam tahun dahulu di Ipoh. Pada hari Ahad ini ada satu lagi demonstrasi yang besar di Kajang dari masyarakat Cina dan India mengatakan antara satu perkara adalah kekurangan guru di sekolah Cina dan Tamil. Apakah ini terjadi. Ini bukan tidak ada malu langsung kah?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bermurah hati untuk memberikan Yang Berhormat Ipoh Barat bertanya. Akan tetapi Yang Berhormat, sebagai orang politik, kita perlu bertanggungjawab terhadap apa yang kita katakan.
Betul.
Begitu juga Kementerian Pelajaran. Apa yang telah diberitahu kepada Dewan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ialah, kalau sekali harung kita ambil 370 juta, kita perlu menyemak status tanah itu. Kalau status tanah itu ada hutang, kita perlu berhati-hati. Sekarang, apa yang digunakan, pendekatan yang digunakan oleh kerajaan yang memerintah sekarang ialah bukan sahaja sekolah kerajaan - macam tahun ini, baik pulih. Untuk sekolah kerajaan, RM500 juta kerana jumlahnya terlalu besar. Hampir 8,000 buah sekolah. Pada waktu yang sama, 370 buah sekolah SJK(T) statusnya SBK, kita beri RM100 juta. Kalau kita buat perbandingan macam itu, nampaknya kita tidak menganaktirikan SJK(T). Itu daripada segi logiknya, Yang Berhormat. Saya memberikan jaminan apa yang penting ialah tidak kira sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan, yang penting mesti
ada peruntukan yang cukup, menjaga sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan, tidak kira ia status SJK(T), SJK(C) ataupun sekolah mubaligh. Itu pertama. Kedua, Akta Pendidikan 1996. Apakah perbezaannya? Selepas kita memberikan peruntukan yang begitu banyak sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengambil alih pucuk pimpinan, ada satu trend baru yang mereka katakan kalau boleh dikeluarkan daripada sekolah kerajaan, “Saya hendak jadi status sekolah bantuan kerajaan”. Saya bertanya mengapa, ”Kerana peruntukan yang cukup banyak” - untuk kita berikan, kita serahkan kepada sekolah untuk dibuat penambahbaikan terhadap struktur bangunan”. Itu adalah satu realiti dan kita perlu mengimbangi peruntukan yang kita berikan tidak kira sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Jadi, Yang Berhormat mengatakan isu kekurangan guru. Itu saya telah jawab tadi satu jawatankuasa. Saya boleh beritahu kepada Yang Berhormat, SJK(T), 106 orang sahaja guru yang tidak mencukupi. Tidak mengapa. Walaupun sekecil 106 orang, ada satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri. Ini menunjukkan komitmen kita hendak menyelesaikan masalah daripada kita hanya mengeluarkan kenyataan, marah kerajaan, maki-hamun kerajaan, masalah itu tidak selesai. Kalau Yang Berhormat baca semua surat khabar hari ini, saya telah - bagi pihak Kementerian Pelajaran telah mengumumkan lapan strategi untuk kita selesaikan masalah. Itu berdasarkan pada laporan interim jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya khusus mengenai masalah kekurangan guru di SJK(C), kita serahkan perakuan itu kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ia telah dibuat satu keputusan dan kita telah maklumkan. Kalau boleh Yang Berhormat ada masa, bacalah apa yang telah diumumkan. Terima kasih.
Isunya Tuan Yang di-Pertua adalah distribution.
[Menyampuk]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat, mahu lagi kah lagi saya panjang lebar dengan peraturan mesyuarat?
Tuan Yang di-Pertua, isunya distribution...
Ahli Yang Berhormat, isu tidak pandai selesai Yang Berhormat. Selepas isu ini ada lagi isu esok. Kesimpulannya adalah sama ada kita menerima apa yang di hujah oleh orang lain. Itu isunya. Isunya Yang Berhormat, apabila saya ada budi bicara untuk generous, budi bicara saya itu, generous saya itu diabuse, diperkosa, didera. Sebagai contoh, pada mula kita bermesyuarat hari kedua, saya generous, saya give third question daripada Yang Berhormat Pokok Sena, tetapi sehingga timbul kekecohan. Jadi untuk mengelakkan kekecohan lain kali, I stick to peraturan mesyuarat, saya tidak lagi guna discretion saya. Jadi jangan marah saya. Kalau tidak marah pun ikutlah arahan Speaker. Kadang-kadang kalau saya beri keras suara, saya dimarah, “Kenapa shouting to me?” Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang shouting. You can’t even heard what I have said. Kadang-kadang saya tutup mikrofon, itu pun saya kena marah juga. Kalau saya ada peraturan mesyuarat yang membolehkan saya beri kuasa untuk tunjuk siapa ganti saya dalam 15 minit sahaja, nanti saya check dulu peraturan mesyuarat. Saya akan tunjuk sewaktu kekecohan saya panggil di antara Yang Berhormat duduk sini. Jadi baru kamu semua mungkin boleh rasa.
3. Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani masalah golongan homoseksual dan lesbian yang semakin berleluasa di kalangan umat Islam di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan secara berterusan menangani pelbagai masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menular di kalangan masyarakat terutama masyarakat Islam. Ini kerana gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender mendedahkan kepada masalah sosial yang seterusnya seperti pelacuran, dadah, risiko HIV AIDS, kecelaruan psikologi dan juga mental. Bagi menanganinya, kerajaan mengambil dua pendekatan iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang. Dalam aspek pencegahan, pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan kerjasama kementerian dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan. Antaranya: (i) menyokong dan menyebar luaskan Deklarasi Kaherah mengenai hak asasi manusia dalam Islam yang jelas menentang LGBT; (ii) memberi penjelasan mengenai fatwa berkaitan LGBT melalui media, seminar, forum dan juga fikrah serta menerbitkan risalah- risalah tentang isu LGBT; (iii) menyediakan dan menggubal modul LGBT mak nyah yang mengandungi pengisian kepada golongan ini termasuk makluman berkaitan kesihatan; (iv) melaksanakan latihan kesukarelaan yang akan melaksanakan program dan membantu berperanan mendekati golongan ini; (v) mengadakan Program Mukhaiyam yang mana telah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2011 dengan mengumpulkan 74 orang peserta daripada golongan mak nyah kawasan berdekatan dan memberi pengisian kepada mereka merangkumi pengisian fizikal, rohani dan juga menyediakan peluang pekerjaan dengan kerjasama NGO; (vi) memberi penjelasan dan pendedahan kepada NGO agar sama- sama menggiatkan usaha pelaksanaan kempen menangani isu ini; (vii) penjelasan dan kefahaman kepada pemimpin masyarakat agar dapat memainkan peranan penting; (viii) menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk memberi pendedahan dan juga penjelasan. Dalam aspek penguatkuasaan pula, undang-undang telah pun memperuntukkan secara jelas dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja. Antara peruntukan ini adalah seperti: (i) seksyen 21 iaitu kesalahan pelacuran; (ii) seksyen 22 iaitu kesalahan muncikari ataupun ibu ayam dan bapa ayam; (iii) seksyen 25 berkaitan peruntukkan kesalahan liwat; (iv) seksyen 26 berkaitan dengan musahaqah ataupun lesbian; (v) seksyen 29 berkaitan perbuatan tidak sopan di tempat awam di mana perkataan tidak sopan ini membawa maksud mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak; dan (vi) seksyen 28 iaitu lelaki yang berlagak seperti perempuan. Sehubungan itu, kerajaan dengan kerjasama Pihak-pihak Berkuasa Agama Negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri. Selain daripada itu, tiada peruntukan undang-undang malah mana-mana agama di negara ini yang membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan juga perkahwinan sejenis.
Segala usaha ini tidak akan bermakna jika tidak di dokong oleh semua kementerian, jabatan, agensi dan juga NGO bagi memastikan usaha ini dapat impak yang maksimum. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih. Sebelum saya panggil Yang Berhormat Parit, ada satu peraturan mesyuarat di sini yang saya ingin kongsikan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat, iaitu Peraturan Mesyuarat 7(3), dengar baik-baik. “Pada bila-bila masa mesyuarat bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang Ahli mempengerusikan mesyuarat itu bagi sementara dengan tidak payah diberitahu Majlis Mesyuarat dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan ini tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan mesyuarat.” Bermakna saya ada kuasa. Saya akan gunakan kuasa ini dalam waktu kekecohan...
[Ketawa] [Menyampuk]
Panggil orang yang menimbulkan kekecohan itu untuk mempengerusikan mesyuarat.
Boleh buat pertanyaankah? Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya sikit tentang peraturan itu?
Boleh.
Apabila ditunjuk, mesti terima ya Tuan Yang di-Pertua?
Mesti terima. Apabila saya tunjuk mesti terima kerana itu adalah arahan saya.
[Menyampuk]
Sila Yang Berhormat Parit.
Cuba sekali Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...
Perkara 7 itu, benar, benarlah. Akan tetapi saya berharap kemuliaan Dewan ini terletak kepada Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat, saya faham. Saya faham Yang Berhormat Sri Gading. Duduk Yang Berhormat Sri Gading.
Jadi tidak perlulah Tuan Yang di-Pertua gunakan kuasa itu kerana kemuliaan ini terletak pada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, terima kasih.
Kami yakin keadilan Tuan Yang di-Pertua selama... Jadi, tidak payahlah.
Saya berterima kasih Yang Berhormat Sri Gading dengan pandangan itu. Kalau umpamanya tidak ada kebijaksanaan untuk membubuh Peraturan Mesyuarat ini, tidak payahlah dibubuh oleh mereka yang telah menggubal. Apabila disebut itu, ada lah kebijaksanaan dia. Antara lain adalah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading. Bermakna, untuk menjaga integriti Parlimen, bukan Speaker sahaja, semua kita jaga supaya saya tidak terpaksa menggunakan Peraturan Mesyuarat itu. Saya cuma mengajukan pandangan itu kerana saya berkuasa kerana mungkin ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai habitual, bermakna sudah menjadi budaya dia untuk mengganggu persidangan, untuk merasa macam mana rasa sewaktu mempengerusikan Dewan dalam keadaan begitu.
Ini kerana kadang-kadang, kalau kita lihat sahaja memang tidak berat, tetapi apabila sudah itu berat disimpan di bahu yang memikul, baru rasa. Apabila menghentam kawan, seronok. Apabila dibalas sama panasnya, melenting. Jadi terimalah macam boxing. You like to jab, you bound to be jab. Kalau you hit under the bell, orang pun hit under the bell. Kalau jatuh kena jab, bangunlah cepat-cepat sebelum knock out.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua...
Kalau Menteri tidak dapat menjawab dengan baik, orang boleh menilai sama ada kualiti Menteri itu is doing his job or not.
[Bangun]
Akan tetapi, kalau pula pihak-pihak pembangkang mengajukan perkara semua tuduhan, selepas itu dijawab dengan fakta, terimalah dengan senyuman.
Senyum Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua...
Sila Yang Berhormat Parit.
Oh! Yang Berhormat Parit pula.
Hak Yang Berhormat Parit sebab...
Saya ingat saya berdiri di atas peraturan yang dibawa oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak bagi tahu cuma...
Yang Berhormat Parit duduk dulu Yang Berhormat Parit. Sila, sila. Peraturan mesyuarat.
Atas peraturan yang dibawa oleh Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Speaker itu adalah institusi, bukan peribadi Tuan Yang di-Pertua. Jadi jangan serah-serah, Tuan Yang di-Pertua. You have been performing very well so far. Congratulation, tahniah dan syabas.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalaulah pandangan-pandangan Ahli Yang Berhormat semua begitu, bahagialah saya.
[Ketawa]
Bermakna yang saya duduk di sini bukan personal institusi, maka hormatlah kepada institusi ini. Sila Yang Berhormat Parit.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Yang Berhormat Tangga Batu dengan sepenuhnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih. Akan tetapi institusi ini kadang-kadang selalu dihina, didera perasaannya, tidak didengar saranannya. Nasib juga institusi tidak pandai merajuk. Sila Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jangan merajuk Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam kita bergelut menghadapi pelbagai permasalahan yang melanda umat Islam sama ada dari sudut kesatuan dan perpaduan, keruntuhan akhlak dan kelunturan iman dan kegoyahan keperibadian. Umat Islam juga berdepan dengan pemikiran baru yang memuja
segala bentuk kebebasan melampau hatta dalam budaya atau orientasi seks pun tidak mahu terikat dengan tabii manusia. Soalan tambahan saya, apakah punca yang mendorong atau menyebabkan seseorang itu menjadi kepada golongan sedemikian, LGBT dan adakah persekitaran dan gerakan sedemikian di peringkat dunia? Apakah pandangan kerajaan, ada sesetengah orang mengatakan undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Kita membincangkan tentang punca berlakunya masalah-masalah ini. Yang Berhormat, masalah yang dibincangkan ini adalah masalah sosial yang dikira tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi merupakan proses yang memakan masa. Kalau Yang Berhormat bertanyakan tentang punca, saya dapat katakan bahawa ada puncanya yang memang punca yang genuine atau pun tulen dan benar, ada juga yang tidak benar. Punca yang genuine ialah seperti mereka yang memang dilahirkan dengan dua alat kelamin dan perlu memilih antara salah satunya. Punca yang mungkin timbul daripada masalah mental atau pun bayangan itu sendiri seperti mereka yang dilahirkan dengan fizikalnya itu lelaki tetapi terperangkap dalam jiwa wanita atau pun sebaliknya yang dilahirkan dengan fizikalnya daripada wanita terperangkap di dalam jiwa lelaki atau pun mereka yang memang dilahirkan fizikal dan jiwanya itu lelaki tetapi sangat cenderung juga kepada sejenisnya dan begitu juga dengan sebaliknya. Jadi puncanya kalau dilihat, antara lain yang menyumbang kepada berlakunya hal ini adalah hasil daripada kekeluargaan sendiri. Tidak juga kurang daripada punca pendidikan di mana dalam soal pendidikan di sama ratakan antara lelaki dan perempuan sehingga timbul kecelaruan dan adanya istilah seperti unisex di mana semuanya disamakan. Lelaki dan perempuan disamakan dari segi pakaian, lelaki dan perempuan disamakan dari segi perhiasan, lelaki dan perempuan disamakan dari segi fesyen rambut dan sebagainya. Jadi hal ini juga turut menyumbang. Ketiganya Yang Berhormat ialah masalah kita katakan mental disorder atau pun bayangan pemikiran seseorang sendiri yang merasakan bahawa ini adalah satu perkara yang perlu diperjuangkan. Bagi pihak kerajaan, kerajaan berpandangan dan mengikuti kepada apa yang telah dinyatakan oleh Laporan OIC dalam satu majlis hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dilaksanakan di Geneva, Switzerland pada 27 Februari yang lalu, kerajaan menyokong pandangan untuk tidak menyokong perlakuan LGBT ini kerana ia adalah sesuatu yang bertentangan bukan sahaja dari segi budaya, agama bahkan kelakuan-kelakuan ini akan merosakkan institusi keluarga dan menggalakkan kelakuan- kelakuan sumbang dan songsang. Sekian.
Sila Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini sekumpulan mak nyah daripada Kuantan datang berjumpa dan berbincang tentang masalah mereka. Sebenarnya ada lagi satu punca yang tidak disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu punca daripada masyarakat serta keluarga yang sebenarnya menolak mereka lebih jauh. Jiwa wanita terperangkap di dalam tubuh lelaki, itu definisi yang tepat untuk kita berikan kepada transvestite atau pun maknyah ini. Transvestite itu perkataan dari sudut psikologinya. Dalam perbincangan itu, mereka mulanya mengadu berkenaan dengan mereka selalu dipukul, diragut dan sebagainya. Sebanyak 90% daripada mak nyah masih di lorong, 90%. Akan tetapi di akhir perjumpaan tersebut, saya berbincang berkenaan dengan career change. Satu program career change untuk mak nyah dan bagaimana kita hendak buat pilot projek serta juga memberikan peluang untuk mereka melalui career change ini. Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri akan membantu, kami wakil-wakil rakyat pembangkang ini dalam memberikan bajet? Ini kerana kita dinafikan bajet selama ini, peruntukan untuk membuat apa-apa sahaja program. Kalau dalam program begini, adakah kementerian Yang Berhormat Menteri akan membantu sekiranya kita laksanakan program-program begini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Punca- punca yang saya sebut tadi adalah sebahagiannya sahaja. Tidak menafikan bahawa
banyaknya golongan ini adalah kerana ada permintaan terhadap golongan-golongan ini daripada pihak-pihak tertentu sama ada dalam atau pun luar negara. Bagi pihak kerajaan, sentiasa menyokong perkara yang membawa kepada kebaikan dan setakat ini. Kalau Yang Berhormat bercakap tentang mak nyah, kita telah pun melaksanakan program tersebut. Saya hendak mencadangkan, kalau kita telah pun melaksanakan program ini, kita mengajak Yang Berhormat untuk bersama-sama dengan program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
4. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pengurusan berkesan pangsapuri-pangsapuri di seluruh negara dan apakah bilangan Joint Management Corporation (JMC) yang berjaya dan gagal.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan pangsapuri di seluruh negara. Antaranya: (i) mengadakan seminar di peringkat JMB yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memberikan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata di kalangan JMC dan MC. Pada tahun 2011, sebanyak 34 seminar telah berjaya diadakan dan 34 PBT di seluruh negara; (ii) memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai terutamanya yang terlibat dengan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata. Bahagian penyelarasan dan pesuruhjaya bangunan, JPN, KPKT dan juga Unit Pesuruhjaya Bangunan PBT juga main peranan sebagai mediator untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara pihak yang terlibat; dan (iii) memantau kualiti pengurusan JMC dan JMB di semua kawasan pemajuan dengan mengadakan soal selidik, star rating untuk memastikan kualiti pengurusan JMB dan JMC sentiasa di tahap yang memuaskan dan kurang menerima aduan daripada pihak pemilik bangunan. Bahagian COB JPN, KPKT dengan kerjasama Unit COB PBT juga sentiasa memantau penubuhan JMB dan JMC dengan mengambil kira aspek melalui kualiti pengurusan semua kawasan kemajuan. Sehingga Disember tahun 2011, sebanyak 14,946 kawasan pemajuan telah dikenal pasti dan sebanyak 7,656 atau 51% daripadanya telah menubuhkan JMB dan JMC. Untuk menilai prestasi JMB dan JMC di seluruh negara, penilaian star rating telah dibuat di mana pihak PBT telah mengenal pasti sebanyak 2,546 responden. Hasilnya 1,042 atau 40.92% telah berjaya mendapat tiga hingga lima bintang dan 1,504 atau 59.8% mendapat satu hingga dua bintang sahaja. Penilaian star rating ini telah dibuat oleh COB PBT pada tahun 2011. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Dari segi seminar dan star rating dan sebagainya memang pada teorinya memang seronok kita dengar, apakah tindakan yang diambil ke atas yang gagal sama sekali misalnya JMC di Bandar Manjalara di Kepong itu? Ada ahli-ahli JMC itu dia sibuk.
Oleh kerana dia sibuk dia melantik orang-orang yang menjadi kakitangan dalam JMC itu dan ada yang melesapkan wang dan sebagainya sehingga kadangkala RM100,000 hilang dan sebagainya. Apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah- masalah seumpama ini selain daripada ahli-ahli yang tidak bayar dan sebagainya dan adakah pihak kementerian hendak meminda akta-akta yang ada supaya semuanya dapat diurus dengan berkesan?
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya tindakan yang peruntukan dibuat ialah mereka yang terlibat dalam kawasan JMC ataupun JMB dan kalau berlaku tidak ada tindakan yang – langkah-langkah mereka itu
tidak memuaskan maka mereka akan membuat aduan kepada COB di PBT yang berkenaan yang bertanggungjawab. Keduanya seperti didakwa oleh Yang Berhormat ada yang melesapkan wang sehingga ratusan ribu saya setakat ini tidak mendapat apa-apa laporan tetapi kalau itulah yang berlaku maka pihak yang berkenaan khususnya mereka yang terlibat dalam JMC atau JMB perlu melaporkan kepada pihak polis. Itu patut langkah yang pertama dibuat. Seterusnya bagi saranan Yang Berhormat mengenai dengan kita akan merangka dan membuat beberapa perubahan dari segi undang-undang Akta 663 dan telah pun diluluskan dalam surat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang Ke-65 pada hari semalam di mana kita pun meluluskan dan ianya akan dibentangkan dalam Parlimen dalam masa terdekat dalam sesi tahun 2012. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat dari segi Joint Management Corporation ini, JMC kalau di peringkat pangsapuri mewah ataupun sederhana mewah ianya tidak ada masalah sebab kemampuan membayar yuran pengurusan ini mampu dilaksanakan oleh pemilik. Akan tetapi di peringkat sederhana rendah kita lihat kos untuk membayar balik kemampuan di kalangan pemilik-pemilik adalah begitu berkurangan. Ini adalah alasan yang diambil oleh pemaju yang mempunyai kuasa dalam menguruskan bangunan seperti yang termaktub dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama ini untuk mereka tidak menyelenggara sepenuhnya atau memberikan fokus dalam maintenance and service. Jadi berlakulah bangunan dalam keadaan lif yang tidak dibaik pulih, tidak ada kawalan keselamatan disediakan dan termasuk urusan penyelenggaraan sampah dan sebagainya. Jadi berada dalam keadaan daif dan dari segi kesihatan pun menyebabkan berlaku penyakit-penyakit yang tertentu kepada pemilik-pemilik apartmen berkenaan. Jadi di sini saya mohon pihak kementerian apakah tindakan yang boleh diambil dalam menyelesaikan semua masalah ini terutama yang melibatkan pangsapuri kos rendah dan sederhana.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Pertamanya kita mahu supaya pihak JMC yang telah ditubuhkan di sesebuah pangsapuri ataupun kos sederhana rendah ataupun kos rendah, untuk mengambil langkah- langkah yang terbaik kerana mereka dipertanggungjawabkan. Keduanya kita juga ada memikir ada beberapa syor daripada pihak-pihak yang terlibat supaya kerajaan memikirkan bagaimana untuk membantu mereka yang dikategorikan sebagai kos sederhana rendah dan juga rendah. Oleh kerana pada pandangan mereka orang-orang yang tinggal di situ adalah orang-orang yang kita tempatkan daripada kawasan setinggan berlaku juga dan orang-orang yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini pun mungkin akan difikirkan oleh kerajaan pada masa akan datang. Inilah mungkin akan dimasukkan dalam akta baru untuk penambahbaikan dalam Strata Titles Act [663] yang akan dibentangkan di Parlimen dalam sesi Parlimen yang akan datang tahun ini juga.
5. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah terdapat sebarang perancangan untuk mewujudkan dan membina lebih banyak gelanggang tertutup serba guna/ futsal terutama di kawasan kampung dan pedalaman bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berkebolehan terutama di kalangan wanita.
Tuan Yang di- Pertua, kerajaan sedar dalam program pembinaan gelanggang-gelanggang futsal di seluruh negara adalah sebaik-baiknya disediakan gelanggang yang berbumbung kerana ia sudah tentu dapat digunakan dalam keadaan cuaca yang berbeza-beza. Namun dalam kajian yang dibuat menambah bumbung dalam setiap gelanggang futsal yang panggil gelanggang futsal 1Malaysia yang ada sekarang ini ia melibatkan kos tambahan antara RM80,000 hingga RM120,000 bagi setiap gelanggang yang berkenaan bergantung kepada keadaan dan bahan yang digunakan. Ini bermakna satu gelanggang yang berbumbung hampir sama dengan membina dua gelanggang yang tidak berbumbung. Oleh kerana buat masa sekarang ini permintaan supaya diadakan gelanggang- gelanggang ini banyak kalau boleh setiap kampung ada satu gelanggang ataupun setiap mukim ada satu gelanggang yang kesemuanya kita masih memerlukan tambahan kepada
pembinaan kira-kira 1,019 buah gelanggang maka buat masa sekarang ini keutamaan yang diberikan ialah menggunakan peruntukan dan bajet yang ada untuk memperbanyakkan gelanggang itu terlebih dahulu daripada kita melengkapkan satu gelanggang itu dengan segala-segala kemudahan termasuk bumbung sebagai mana yang diminta.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya soalan saya ini lebih kepada untuk menekankan kepentingan adanya terdapat perancangan untuk mewujudkan membina mungkin tidak semua tetapi dalam tempat-tempat tertentu mengambil kira di kawasan pedalaman, untuk melahirkan ramai atlet yang berkebolehan terutama sekali daripada golongan wanita, perlu kita mengambil kira perlunya satu fasiliti yang lebih selamat dalam isu menutup aurat bagi wanita pandangan orang luar. Jadi saya menerimalah jawapan Yang Berhormat Menteri dari segi kos, tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa kalau kita tengok dalam negara kita antara yang memberikan kejayaan yang begitu besar dalam mana-mana pertandingan antarabangsa tidak boleh dinafikan partisipasi kaum hawa jugalah dalam bukan sahaja sukan prestasi tinggi, tetapi juga sukan Massa. Jadi soalan saya seterusnya mengambil kira isu kos yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi soalan saya seterusnya ialah apakah dasar-dasar kementerian dalam menjamin mungkin dalam isu hendak mewujudkan yang berbumbung ini dan berdinding ini mahal, tetapi apakah dasar-dasar kementerian dalam menjamin galakan- galakan partisipasi wanita dalam sukan Massa khasnya di peringkat luar bandar untuk mengambil kira isu-isu yang mereka akan berhadapan dalam kawasan luar bandar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang di atas soalan asal dan soalan tambahan yang diberikan. Kita sedar bahawa mewujudkan atlet sama ada atlet lelaki dan atlet wanita itu adalah merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk menjadikan lebih ramai rakyat negara kita terlibat dalam sukan dan juga melahirkan atlet-atlet yang berprestasi tinggi. Namun begitu program pembinaan gelanggang futsal seperti yang disebutkan ia lebih daripada menyediakan kemudahan ataupun prasarana asas yang dianggap mudah, murah dan juga bertahan lama. Itu untuk kegunaan ramai orang. Sedangkan kita ada program-program seperti mengenal pasti ataupun program mengenal bakat di peringkat sekolah supaya mereka ini boleh dibawa ke sekolah sukan ataupun dilatih di peringkat yang lebih tinggi. Itu adalah merupakan program yang berbeza dengan program yang satu program yang bersifat untuk membolehkan partisipasi orang ramai untuk bersukan. Sekarang ini kita sedar bahawa setiap anak muda dia hendak bersukan, dia hendak padang bola, menyediakan sebuah padang bola ia melibatkan kos antara RM400,000 hingga RM500,000. Kita tahu bahawa dalam negara kita yang cuacanya yang sebegini rupa padang-padang bola ini hanya boleh bertahan dua atau tiga tahun. Selepas itu ia rosak dan memerlukan kos tambahan yang lain untuk membaikinya.
Sebab itulah apabila kerajaan memutuskan untuk menyediakan gelanggang futsal menggunakan konkrit, disediakan pagar, ada kemudahan tandas dan sebagainya dan ada disediakan lampu supaya mereka boleh bermain di waktu malam. Sekurang-kurangnya ia dapat memberi jawapan yang segera kepada masalah perlunya kemudahan-kemudahan seperti ini. Jadi, saya kira ini adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya atlet hendak ada bumbung, kalau tidak nampak perempuan, kalau tidak suruh orang lain, tidak mahu dilihat oleh orang lain, kena ada dinding pula. Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi. Pada buat masa sekarang, kita dapati bahawa banyak gelanggang-gelanggang futsal yang sudah dibina iaitu sebanyak kira-kira 1,700 yang telah dibina di seluruh negara digunakan oleh semua pihak termasuk lelaki, wanita, pelbagai kaum yang kita kirakan bahawa yang ada sekarang tidak menghalang sekiranya wanita untuk berpartisipati. Ini kerana kalau kita katakan kalau mereka ingin melibatkan diri dengan sukan, perlu ada bumbung dan ada dinding untuk melahirkan atlet wanita yang lebih tinggi, apakah bila mereka menyertai sukan yang lebih besar, Sukan SEA, Sukan ASEAN, Sukan Olimpik misalnya, mereka akan berhadapan dengan keadaan di mana ia akan dilindungi supaya
tidak ditonton oleh orang ramai. Jadi, saya kira ini bukanlah suatu perkara yang menjadi halangan kepada golongan wanita untuk melibatkan diri mereka dalam bidang sukan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah? Soalan saya, tidak bolehkah Menteri mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan bahawa kebanyakan padang-padang bola yang ada di sekolah itu dikekalkan kerana hari ini saya tengok kebanyakan padang- padang bola di sekolah kalau dulunya memang sekolah semua ada padang, telah digunakan untuk membina bangunan. Jadi, kalau kita boleh kekalkan padang-padang bola di sekolah ini adalah baik. Akan tetapi ini memerlukan kerjasama dengan Kementerian Pelajaranlah. Terima kasih.
Saya kira bagi pihak kami, memang sebaik- baiknya semua padang bola yang ada dikekalkan dan sekolah yang tidak berpadang mesti dipadangkan. Akan tetapi banyak sekolah terutama sekali di kawasan bandar misalnya, mereka berhadapan dengan masalah tanah. Misalnya, ada sekolah di kawasan Segambut yang tidak ada padang langsung kerana kos untuk membeli tanah seluas padang bola itu mungkin melibatkan jumlah wang yang berjuta-juta. Jadi, saya rasa saya setuju sebaik- baiknya setiap sekolah kena ada padang tetapi dalam masa yang sama kita berhadapan dengan satu keadaan di mana kawasan yang besar, melibatkan kos yang besar dan bila bertambahnya jumlah pelajar di sekolah yang berkenaan, memerlukan kelas-kelas tambahan yang sebahagiannya diminta oleh ibu bapa di sekolah berkenaan sendiri. Ibu bapa sendiri yang mengatakan bahawa dalam konteks memerlukan jumlah kelas tambahan yang lebih besar, maka ada kalanya terpaksa dikorbankan sebahagian daripada padang- padang permainan yang ada sekarang. Ini adalah antara keadaan yang berlaku.
6. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) cara gula mentah diperoleh oleh kerajaan dan pengiraan subsidi gula yang diberikan kepada syarikat penapisan gula; dan (b) sebab kerajaan membeli gula mentah dengan harga US$0.26 setiap paun walaupun harga pasaran dunia tidak melebihi US$0.24.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli- ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia bukanlah negara pengeluar gula mentah. Oleh yang demikian, keperluan gula mentah negara perlu diimport daripada negara-negara pengeluar gula dunia seperti Brazil, Australia, Thailand, Guatemala dan Afrika Selatan berdasarkan kualiti tinggi gula mentah daripada negara-negara tersebut. Bagi memastikan harga dan bekalan gula bertapis terkawal dan sentiasa mencukupi di dalam negara. Pengilang-pengilang gula tempatan membeli sebahagian gula mentah melalui kontrak jangka panjang atau long-term contract (LTC), dengan izin. Pada masa ini harga gula mentah dunia sukar diramal dan dijangka terus meningkat pada masa hadapan. Komoditi gula mentah dunia didagangkan di Bursa Komoditi New York atau NYCE dan harga ditentukan oleh kuasa pasaran. Harga gula mentah LTC adalah berdasarkan harga pasaran hadapan atau futures, dengan izin, di NYCE yang dipengaruhi faktor-faktor seperti peningkatan kos pengeluaran gula mentah, cuaca tidak menentu di negara-negara Pengeluar. Aktiviti hedging, dengan izin, dipasarkan berhadapan komoditi. Penggunaan gula mentah bagi penghasilan ethanol dan ketidaktentuan polisi eksport gula mentah negara-negara pengeluar. Dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut, pembelian gula mentah pada harta purata US$0.26 setiap paun dianggap bersesuaian dan berpatutan berdasarkan: (i) peningkatan kos pengeluaran gula mentah di negara-negara pengeluar kepada sekitar US$0.22 hingga US$0.23 setiap paun, berbanding US$0.17 hingga US$0.18 setiap paun pada masa lalu dan kos ini dijangka terus meningkat pada masa hadapan; (ii) selain itu, harga purata bagi pasaran hadapan untuk bekalan 2012 hingga 2014 pada masa rundingan harga di buat adalah
US$0.24 sepaun, tidak termasuk kos pengangkutan yang dianggarkan sekitar US$0.02 hingga US$0.03 setiap paun; (iii) dari pengalaman bagi LTC 2009 hingga 2011 yang lalu, harga semasa pasaran gula mentah dunia pada peringkat awal LTC adalah lebih murah berbanding pada peringkat akhir LTC apabila harga pasaran meningkat lebih tinggi. Oleh kerana pembelian melalui LTC dibuat pada harga yang tetap atau fixed price, dengan izin, bagi tempoh tiga tahun, ini telah menyumbang penjimatan kira-kira RM2 bilion berbanding dengan pembelian terus daripada pasaran bebas; dan (iv) pembelian perlu dilihat dari aspek jaminan bekalan gula bertapis agar tidak terjejas bagi tahun 2012 hingga 2014. Tuan Yang di-Pertua, bagi pengiraan subsidi gula pula, kerajaan mengambil kira banyak faktor seperti yield the loss, dengan izin, kos penapisan, kos jualan dan kos pengedaran pengilang di samping margin keuntungan pengilang, pemborong dan peruncit. Berdasarkan kos-kos ini, harga runcit gula bertapis adalah RM2.84 sekilo dan kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak 54 sen sekilo bagi mengekalkan harga gula bertapis di pasaran pada RM2.30 sekilo.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan sahaja. Nombor satu, apa sebabnya walaupun harga pasaran pada bulan Disember adalah lebih kurang US$0.23 setiap paun, kita menetapkan harga untuk membeli gula pada US$0.26. Ini adalah di New York Comodities Exchange (NYCE). Nombor dua, apa sebabnya bagi sektor gula, kerajaan yang menentukan kontrak- kontrak, long-term contract ini dan bukannya pengilang-pengilang yang ada di negara kita sekarang iaitu Malaysia Sugar Manufacturers dan juga Tradewinds Berhad yang sendiri membuat pembelian bagi gula. Mereka mengambil risiko sama ada harga gula naik ataupun turun sebab buat masa ini kalau kerajaan yang membuat penetapan mengenai harga gula, apa yang akan berlaku adalah syarikat-syarikat ini akan memperalatkan keadaan ini untuk membuat trading sendiri terutamanya jika harga gula akan meningkat ataupun menurun pada masa depan. Mereka boleh membeli call option, put option untuk mendapatkan keuntungan tambahan dan ini tidak berlaku di sektor lain seperti sektor tepung di mana kilang-kilang membuat pembelian wheat sendiri dan bukannya melalui kerajaan. So, saya rasa sistem subsidi ataupun pembelian gula di Malaysia buat masa ini agak aneh kerana Malaysia yang membeli. Kerajaan yang membeli gula dan selepas itu pengilang tidak mengambil sebarang risiko.
Akhir sekali dalam laporan Bloomberg bulan Februari yang lalu, laporan tersebut berkata bahawa harga gula akan menurun pada tahun ini dan mungkin pada tahun yang akan datang atas sebab surplus supply yang akan masuk ke dalam industri dan harga mungkin menurun sehingga 18 sen setiap tong. So, apakah sebabnya kerajaan rasa harga akan meningkat di mana pakar-pakar dalam industri berkata bahawa surplus akan meningkat dan harga akan menurun, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara di atas soalan tambahan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang pertama iaitu apakah sebabnya kita menetapkan harga 26 sen Amerika Syarikat se pound, walhal harga di New York Commodities Exchange pada bulan Disember adalah 23 sen. Kita mendapati daripada pengalaman-pengalaman kita sebelum ini bahawa harga ini turun naiknya tidak ketentuan dan walaupun dahulunya ada beberapa perkara asas yang akan menjadi faktor kenapa harga gula ini turun dan naik tetapi kebelakangan ini sejak ianya didagang melalui New York Commodities Exchange ini, banyak lagi perkara- perkara lain yang luar kawalan, yang berkait dengan futures trading dan sebagainya yang menyebabkan harga ini tidak dapat dianggarkan oleh pakar-pakar. Malah sekarang ini banyak juga kenyataan di kalangan pakar-pakar harga komoditi termasuk komoditi gula ini yang menyatakan bahawa kini dengan ketidaktentuan ini mereka sendiri tidak dapat hendak meramalkan ke mana harga gula ini akan pergi selepas ini. Oleh sebab itu dan juga berdasarkan daripada pengalaman kita dalam LTC 2009 hingga 2011 bahawa walaupun spot rate nya kadang-kadang itu turun pada kadar
yang lebih murah daripada harga LTC tetapi dalam jangka masa panjangnya iaitu tempoh tiga tahun, kita sebenarnya membuat penjimatan seperti yang saya nyatakan tadi. Dalam kes LTC 2009-2011, penjimatannya berjumlah lebih kurang RM2 bilion. Jadi anggaran kita ialah walaupun di peringkat awal LTC 2012 ini, harga spot rate nya sedikit murah daripada harga LTC tetapi akhirnya ia akan meningkat. Ingin saya jelaskan di sini bahawa harga yang kita lihat di New York Commodities Exchange itu adalah harga FOB. Ianya tidak termasuk harga pengangkutan ke destinasi seperti Malaysia. Biasanya harga pengangkutan ini akan menambah lagi lebih kurang dua hingga tiga sen. Jadi kalaupun harga pada bulan Disember tahun lepas adalah 23 sen Amerika Syarikat bagi setiap pound, kalau ditambah 3 sen lagi akhirnya sama juga harga kita dengan LTC iaitu 26 sen. Melompat kepada soalan yang ketiga kemudian saya pulang semula kepada soalan kedua iaitu kenapa kalau kita lihat laporan analyse daripada Bloomberg yang menyatakan bahawa harga gula ini akan menurun, itu satu perkara yang kita akan perhatikan dan suka saya nyatakan berkait juga dengan soalan yang kedua Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tanyakan tadi iaitu LTC ini tidaklah untuk pembekalan 100% ataupun keperluan 100% pengilang-pengilang gula di dalam negara. Mereka juga mempunyai ruang untuk membeli daripada pasaran terbuka sekiranya harga pasaran terbuka itu begitu rendah, mereka berpeluang tidak menggunakan harga LTC dan membeli secara terus daripada pembekal antarabangsa dan ini...
Tetapi subsidi...
...Membantu...
...Subsidi dikekalkan ataupun akan diturunkan kalau mereka beli dengan harga...
LTC itu kekal, LTC ini kekal maksud saya ialah...
Subsidi?
...Subsidi itu kekal, apa ini kita...
So kalau macam itu mereka untung daripada subsidi kerajaan lah?
Kita sudah menetapkan bahawa subsidi ini adalah untuk manfaat rakyat. Jadi kita faham bahawa kadang-kadang harga gula yang meningkat dengan begitu mendadak sekali sejak 10 tahun kebelakangan ini akan membebankan pengguna dalam negara kita ini. Oleh sebab itu, amalan subsidi kita diteruskan. Jadi kalaulah pada masa hadapan kita membuat keputusan untuk menghapuskan subsidi, itu untuk kerajaan menentukan ataupun menetapkan dalam masa- masa hadapan ini. Akan tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa LTC ini tidaklah merupakan 100% keperluan pengilang-pengilang tempatan. Maksudnya mereka masih ada ruang untuk membeli daripada pasaran terbuka pada kadar harga yang lebih murah daripada harga yang diimport sebelum diberi subsidi. Mereka masih berpeluang untuk mengawal keadaan dari segi harga bagi keperluan mereka sendiri. Kerajaan menetapkan kilang-kilang ini kerana kita mendapati apabila kita berunding secara pukal, bekalannya lebih terjamin dari segi deliverynya dan juga dari segi jaminan jumlah pembekalannya. Jadi ini pun dua perkara yang kita anggap penting bukan hanya dari segi harga sahaja. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, semua pihak mendapat subsidi gula ini dan ianya tidak sedikit dari segi peruntukan yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan. Saya ingin bertanya apakah kerajaan bercadang untuk menarik balik subsidi gula ini khususnya yang dinikmati bersama oleh syarikat-syarikat pengeluar contohnya syarikat pengeluar coklat, hotel-hotel dan sebagainya di mana subsidi gula ini sepatutnya dinikmati oleh isi rumah secara langsung bukan syarikat-syarikat besar seperti yang saya sebutkan tadi.
Kalaulah mereka tidak menikmati subsidi, maka harga-harga contohnya coklat yang dibuat hasil daripada penggunaan gula yang begitu banyak, mereka terpaksa menaikkan harga. Dengan kenaikan harga jadi kurang sedikit orang yang makan coklat. Apabila kurang makan coklat kuranglah kencing manis macam peningkatan harga rokok. Jadi cara-cara seumpama ini patut difikirkan oleh kerajaan kerana saya lihat yang menikmati subsidi gula ini ialah syarikat-syarikat pembuatan di mana kalau dikira daripada segi penggunaan oleh rakyat sendiri tidak begitu banyak. Jadi sudah sampai masanya subsidi yang disebutkan oleh kerajaan sebelum ini hanya patut dinikmati oleh rakyat yang berpendapatan rendah bukannya oleh syarikat-syarikat seperti yang saya sebutkan tadi, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas di atas soalan tambahan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, suka saya mengumumkan di sini bahawa jemaah Menteri pada 5 Januari 2011 telah memutuskan 13 syarikat dalam industri makanan dan minuman berskala besar tidak lagi layak untuk mendapatkan bekalan gula bertapis daripada pengilang-pengilang tempatan pada harga bersubsidi mulai Januari 2011. Ada 13 syarikat kesemuanya dan semuanya mempunyai purata penggunaan sebulan dalam metrik tan yang begitu tinggi sekali. Pada waktu yang sama, mereka dibenarkan untuk membeli secara terus daripada pembekal-pembekal gula bertapis antarabangsa sekiranya harga yang mereka dapatkan itu lebih murah daripada harga LTC sebelum disubsidi kan.
Isu gula mustahak, ada lagi yang mahu bercakap? Saya nampak Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Sri Gading berdiri.
[Bangun]
Isu gula Yang Berhormat.
Saya...
Ini penting.
Ya, saya jenis patuh kepada Tuan Yang di-Pertua. Ada pelawaan untuk menyoal, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gula ini macam madu dan racun Tuan Yang di-Pertua. Macam lagu madu dan racun, lebih ambil berbahaya, tidak ambil tidak boleh. Jadi saya pergi kepada soalan terus Tuan Yang di-Pertua.
Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, untuk mengimport gula ini hanya terbuka kepada beberapa syarikat sahaja, AP. Kenapa tidak boleh buka kepada orang-orang yang berminat dan memang ada pengalaman dalam perniagaan gula? Ini tidak, hanya dimonopoli. Saya tidak tahu apa sebab musabab. Begitu juga tentang subsidi ini, syarikat- syarikat yang berkenaan juga yang dapat, kenapa tidak yang lain-lain? Jadi itu pertanyaan saya Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak menjawab, silalah. Saya bertanya dua perkara itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya pun hendak tahu juga lagu apa yang lagu madu dan racun, setahu saya lagu P. Ramlee tidak ada pula lagu macam itu. Soalannya ialah kenapa hanya syarikat-syarikat tertentu sahaja yang dibenarkan mengimport. Kita sebenarnya telah membuat keputusan bahawa syarikat yang hanya berdagang ataupun trading tidak lagi dibenarkan untuk mengimport gula ini kerana kita hendak pastikan gula pada kadar harga yang telah ditetapkan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengilang yang menapis gula untuk tujuan perbekalan kepada pengguna di dalam negara. Selain itu, syarikat-syarikat pengilang industri makanan dan minuman juga seperti yang saya nyatakan sebelum ini dibenarkan untuk mengimport secara terus. Pada November tahun 1990, Jemaah Menteri telah bersetuju agar lesen pengilang ini dibekukan bagi aktiviti pengilangan gula di Semenanjung dan hanya satu syarikat sahaja diluluskan untuk Sabah dan Sarawak. Akan tetapi pada 23 Disember 2009, Jemaah Menteri bersetuju supaya lesen pengilangan ini diluluskan bagi satu syarikat di Sabah dan satu lagi syarikat di Sarawak. Sejak itu sekarang ini enam syarikat telah dilesenkan untuk tujuan pembekalan gula bertapis. Selain itu seperti yang saya nyatakan tadi ada beberapa syarikat lain yang merupakan syarikat pembuatan ataupun pengilang makanan dan
minuman yang dibenarkan mengimport. Jadi tujuannya ialah untuk mengawal kadar harganya supaya tidak membebankan pengguna. Terima kasih.
7. Tuan Masir Kujat [Sri Aman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah usaha kementerian dalam mengatasi masalah segelintir rakyat luar bandar yang begitu sukar untuk memperoleh dokumen pendaftaran lewat atau sijil kelahiran di kawasan Sri Aman.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, kebanyakan kes yang sukar membuat pendaftaran lewat sijil kelahiran adalah dari kawasan pedalaman dan penempatan terpencil yang sukar dihubungi disebabkan faktor geografi, keadaan muka bumi dan perhubungannya hanya melalui udara dan sungai. Sehubungan dengan kawasan Sri Aman, didapati bahawa pendaftaran lewat sijil kelahiran dan lain-lain dokumen pengenalan diri berlaku di kawasan-kawasan yang penempatannya bertaburan dan juga di kawasan-kawasan terpencil yang sukar bagi penduduk menghadiri diri untuk membuat pendaftaran. Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Pendaftaran Negara telah melaksanakan program out reach atau turun padang melalui Unit Khas Bergerak atau UKB bagi membantu kesulitan pendaftaran lewat sijil kelahiran dan juga pendaftaran dokumen-dokumen pengenalan diri yang lain seperti MyKad, sijil perkahwinan dan permohonan warganegara dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah ini, sebanyak 62 program telah dilaksanakan di seluruh negeri Sarawak pada tahun 2010 dan 108 program pada tahun 2011. Merujuk kepada kawasan Sri Aman, Unit Khas Bergerak telah melaksanakan sebanyak dua program operasi bergerak pada tahun 2010 dengan 76 permohonan diproses dan dua program operasi bergerak pada tahun 2011 dengan 172 permohonan diproses. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kementerian juga ingin memohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, pemimpin-pemimpin dan ketua- ketua masyarakat tempatan bagi memberi maklumat kepada penduduk yang masih belum mempunyai sijil kelahiran dan lain-lain dokumen pengenalan diri seperti MyKad, sijil perkahwinan, permohonan warganegara dan sebagainya supaya langkah-langkah sewajarnya dapat diambil oleh kementerian ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Mengikut jawapan yang diberi tadi, pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing telah diadakan dua outreach program setahun. Saya percaya banyak lagi kes-kes pendaftaran lewat kelahiran yang masih belum didaftarkan dan adakah pihak JPN mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk menghebatkan lagi program-program seperti ini untuk dilaksanakan di kawasan saya memandangkan kes berkaitan banyak lagi belum selesai. Seterusnya, mengapa banyak dokumen sokongan lain yang perlu sebagai bukti kelahiran dan juga sijil perkahwinan ibu bapa diperlukan semasa permohonan ini dikemukakan yang mana dokumen-dokumen ini amat sukar diperolehi kerana perkahwinan berlaku mengikut adat resam Iban dan sebagainya. Untuk kelahiran pula, kadang kala diuruskan oleh bidan-bidan kampung. Jadi saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan operasi outreach yang dilaksanakan oleh JPN melalui unit UKB, JPN di mana apa yang telah dirancang pada waktu ini bagi tahun 2012. Sebanyak lima program telah dirancang dan di antara lima program itu, dua telah dilaksanakan di kawasan Sri Aman. Dalam pelaksanaan itu, telah didapati di mana sebanyak beberapa kes telah dapat diterima permohonan-permohonannya itu. Buat masa ini, permohonan-permohonan yang diterima semasa pelancaran program outreach bagi tahun ini masih dalam mengenal pasti untuk membolehkan sijil-sijil lewat kelahiran itu dapat dikeluarkan. Sehubungan dengan keperluan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti kad klinik rawatan ibu mengandung atau kad klinik bayi semasa dilahirkan dan juga
sijil perkahwinan ibu bapa semasa membuat pendaftaran lewat adalah kerana dokumen- dokumen ini penting sebagai bukti bagi meyakinkan pihak kementerian bahawa permohonan berkaitan benar-benar layak diproses dan kelak akan menentukan taraf kewarganegaraan permohonan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan perkara ini bukan sahaja di kawasan Sri Aman bahkan di Kuala Selangor sendiri, dalam operasi ataupun kempen My Daftar, saya mendapati khususnya kaum India di estet-estet yang tidak kurang dari 200 anak-anak yang masih dalam kategori itu, yang masih tidak mempunyai sijil kelahiran, birth certificate dan tentunya perkara-perkara yang bersangkutan dengan kerakyatan, masih lagi terdapat. Selepas kempen itu, perkara ini tidak selesai. Apakah sebenar-benarnya kalau diambil segala perhitungan kekangan itu, apakah ada lagi penyelesaian dan apakah yang diperlukan untuk menyelesaikan perkara ini. Oleh kerana perkara ini tetap menjadi satu yang mengkhuatirkan ibu bapa yang jelasnya salah seorang mereka itu ada kerakyatan Malaysia tetapi anak-anaknya tidak ada sijil kelahiran seperti ini. Saya minta perkara ini dijawab secara konkrit, apakah lagi yang boleh kami lakukan untuk membantu golongan kategori seperti ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian sedar bahawa bukan sahaja di Sabah atau Sarawak bahawa kes-kes seperti ini berlaku, bahkan di Semenanjung juga banyak kes-kes seperti ini berlaku sebagaimana yang Yang Berhormat nyatakan tadi berkaitan dengan masyarakat orang India pun terdapat di mana memerlukan pendaftaran lewat kelahiran ini. Banyak program yang telah kita laksanakan di mana pemimpin-pemimpin masyarakat daripada kaum India memaklumkan kepada kita dan selain daripada program-program outreach yang kita kenal pasti untuk melakukan program- program ini yang telah kita buat dan banyak juga pendaftaran yang telah dibuat kerana kita sedar bahawa mendaftar sijil lahir ini adalah penting terutama dalam untuk membuat permohonan warganegara pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Bacaan Radiasi di Tapak Kilang Asian Rare Earth Bukit Merah dan Tapak Pelupusan Sisa Tercemar Bukit KledangUrgent matter
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kelmarin saya telah mengemukakan notis untuk membentangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang berbunyi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pada 20 Mac tahun ini, satu lagi laporan media menyatakan bahawa kumpulan Anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas yang melawat tapak kilang Asian Rare Earths Bukit Merah, Lahat, Perak dan tapak pelupusan sisa tercemar di Bukit Kledang mendapati bacaan radiasi di persekitaran lokasi tersebut menunjukkan keputusan yang membimbangkan. Akan tetapi sebelum ini pada 8 Mac, dilaporkan satu kenyataan dibuat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) bahawa tapak pelupusan sisa tercemar tersebut adalah selamat dan pemantauan kadar radiasi di kawasan tersebut sehingga 10 kilometer radius mendapati radiasinya dengan izin, well below the limit for members of public. Malahan, LPTA turut dilaporkan menyatakan bahawa tempat tersebut boleh dijadikan taman rekreasi jika kerja-kerja perawatan dan pelupusan siap pada tahun depan. Sementara itu pada 21 Jun 2011, satu jawapan bertulis kepada pertanyaan berkenaan perkembangan kerja-kerja pembubaran dan pelupusan sisa bahan yang mengandungi radioaktif di situ oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyatakan bahawa tapak tersebut, yang dirujuk adalah tapak kilang ya, diisytiharkan bebas dari
pencemaran sisa bahan radioaktif oleh LPTA dan selamat pada tahun 2006. Tambahan kerja-kerja perawatan dan pelupusan yang sedang dijalankan di Bukit Kledang sentiasa dipantau radiologi alam sekitarnya. Persoalan yang timbul ialah apakah kedudukan sebenar keselamatan penduduk- penduduk di Papan, Lahat, Menglembu, Pusing dan khasnya di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat yang menetap berhampiran dengan tapak kilang Asian Rare Earth dan tapak pelupusan tersebut? Apakah nyawa dan kesihatan penduduk-penduduk yang berhampiran ini terdedah kepada kadar radiasi yang membimbangkan? Apakah tindakan yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk-penduduk adalah terjamin sepanjang masa ini memandangkan kerja-kerja perawatan dan pelupusan bahan sisa tercemar masih dijalankan. Laporan yang berbeza berkenaan keputusan bacaan radiasi ini di lokasi tersebut telah menimbulkan kerisauan kepada penduduk-penduduk. Oleh itu, Majlis ini harus ditangguhkan untuk merunding perkara ini yang merupakan satu perkara tertentu, kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan. Ia melibatkan keselamatan dan kesihatan tidak kurang daripada 10,000 orang yang menetap di persekitaran terdekat. Itu sahaja usul saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Batu Gajah pada hari Rabu, 21 Mac 2012. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh
(i) perkara itu tertentu; (ii) berkepentingan orang ramai; dan (iii) berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu. Sama ada ini untuk kepentingan orang ramai, saya dapati itu juga adalah bagi kepentingan orang ramai. Berkenaan dengan isu sama ada ianya perlu disegerakan untuk dibahas, saya berpendapat setelah menyelidiki respons daripada pihak-pihak yang berwajib, bahawa perkara ini perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3)(b), usul ini hendaklah ditempohkan sehingga pukul 4.30 petang ini dan hendaklah ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan membenarkan pihak pencadang membahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan menjawab 30 minit. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini sebagai ingatan sekali lagi, untuk Peraturan Mesyuarat 18, apabila saya membenarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 ini, bermakna kesan sampingannya ialah agenda kerajaan yang telah disusun atur di bawah Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini terpaksa dikesampingkan ataupun dikompromi selama satu jam iaitu daripada jam 4.30 petang sehingga jam 5. Jadi ini bermaksud bahawa peluang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membahaskan ucapan Menjunjung Kasih terhadap Titah Ucapan Diraja akan terjejas. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin tambah kerana selama ini apabila saya menolak sesuatu usul di bawah 18(1), sering kali dipertikaikan. Kali ini saya tidak pertikaikan oleh kerana saya berpuas hati di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) walaupun kementerian berkenaan telah menghantar surat justifikasi kepada saya lima pages dan pada perenggan terakhir, kementerian yang berkenaan mengatakan bahawa ada sudah kajian-kajian yang dibuat sebelum ini tetapi mereka mengatakan bahawa oleh kerana perkara ini tidak boleh dibahas oleh kerana tidak perlu disegerakan. Apabila saya timbang itu dan saya berhadapan dengan isu di mana ada keraguan sama ada radiasi itu betul atau tidak, jadi saya tidak mahu berkompromi dengan kesihatan orang ramai. Saya tidak boleh menentukan bagi pihak kementerian siapa yang benar atau tidak dan saya tidak boleh pula bertanggungjawab memberi penerangan kepada Ahli Yang Berhormat berkenaan bahawa saya berpuas hati. Jadi dalam hal ini, saya berpuas hati isu itu adalah isu yang penting, baru timbul pada 20 hari bulan dan ada bukti baru. Sama ada betul atau tidak, wallahu ‘alam, semua kita tidak tahu dalam dewan ini.
Maka itulah saya puas hati, mesti dibahas, dirunding secara berhemah dan saya ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat, jangan politikkan isu kesihatan rakyat. Berbahas secara berhemah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ya, sudah saya sebutkan tadi bahawa tempoh bahas ialah di antara 4.30 sampai 5.30 dan bagi pihak yang mencadangkan tadi setengah jam dan yang menjawab dari pihak kementerian setengah jam. Jadi kalau boleh, oleh kerana isu ini spesifik dan jelas, tidak payahlah yang lain ikut campur. Untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih ini sehingga 4.30 sahaja seperti yang saya sebutkan tadi bahawa kesan sampingan usul di bawah 18(1) ini ialah terpaksa mengkompromikan agenda yang telah dibuat sebelum ini. Jadi untuk bahas Ucapan Menjunjung Kasih cuma sampai jam 4.30 petang kerana pada hari ini Dewan habis bersidang menurut peraturan mesyuarat pada jam 5.30. Akan tetapi oleh kerana tidak ada usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1) maka kita berhenti pada jam 5.30 petang jelas.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Bukankah mengikut peraturan mesyuarat selepas usul 18(1) bahawa Dewan yang mulia ini sambung satu jam lagi.
Oh! Ya sambung ya sambung.
Sampai 6.30.
Sambung, sambung cuma sampai 5.30 tidak 6.30.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mengambil bahagian dalam cadangan ini? Oleh kerana usul ini adalah melibatkan kepentingan rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional pun mesti mengutamakan keselamatan rakyat. Maka saya mencadangkan kalau Tuan Yang di-Pertua bersetuju, oleh kerana ianya melibatkan pakar- pakar iaitu mereka yang benar-benar pakar dalam soal menentukan kadar radiasinya, soal kesihatannya, soal alam sekitarnya. Usul ini disebut berdasarkan rombongan Lynas iaitu...
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Jempol..
Sekejap Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Jempol perkara ini nanti akan dibincang pada pukul 4.30 sampai 5.30. Terpulang pada siapa yang duduk nanti sini siapa yang dia panggil dan berapa lama.
Bila Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling nanti saya tidak boleh lagi hujah Tuan Yang di-Pertua. Saya minta izin sebelum Tuan Yang di- Pertua buat ruling.
Jadi bermakna kuasa Timbalan Yang di-Pertua pada 4.30 pun terpaksa saya pikul juga sekarang?
Begini Tuan Yang di-Pertua, sebab usul ini sangat baik saya hendak cadangkan Tuan Yang di-Pertua menimbangkan supaya DAP masuk dalam Jawatankuasa Lynas. Kemudian... [Disampuk] Dengarlah dahulu, kemudian kita bincang bersekali. Bincang bersekali kerana apabila...
Okey Yang Berhormat. Hasrat Yang Berhormat saya akan beritahu nanti siapa sahaja Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusikannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan tempoh masa sebab ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen yang belum berucap lagi. Sudi apalah kiranya Tuan Yang di-Pertua untuk minggu depan hari Isnin satu hari lagi.
Yang Berhormat untuk minggu depan telah pun kita khaskan untuk Menteri-Menteri menjawab. Itulah sebab saya beri lagi keterangan sekarang
ini sudah pun dia terang lagi bersuluh kerana saya kata Peraturan Mesyuarat 18(1) apabila diminta terpaksa kita kompromi agenda yang tersedia. Inilah ini. Jadi apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat minta itu supaya hari Isnin dan akan datang terpaksa juga mahu diubah balik. Sedangkan itu sudah pun diatur lebih awal waktu Menteri-Menteri menjawab. Nampak sudah macam mana masalah orang duduk sini?
Okey.
Itu sebab kenapa Peraturan Mesyuarat 7(3) itu juga saya bangkit.
Okey Menteri boleh kemukakan usul untuk tambah sampai pukul 7.30.
Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menjadi budaya Parlimen ini pada hari Khamis Ahli-Ahli Yang Berhormat terpaksa semua turun padang. Jadi kalau tidak ada usul yang saya terima di bawah 12(1) maka tidak adalah yang saya timbang, terpaksa saya ikut peraturan mesyuarat. Setiausaha.
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal
Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Padang Terap berucap dan belum siap. Selepas Yang Berhormat Padang Terap saya jemput Yang Berhormat Rembau.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyambung perbahasan Titah Diraja, perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan. Malam tadi saya telah menyebut bahawa kadar jenayah, rogol, zina, curi, rompak, samun, bakar dan sebagainya hanya boleh diselesaikan dengan undang-undang yang bersifat holistik yang saya sebutkan malam tadi. Adalah merupakan undang-undang yang dibawa oleh Allah SWT oleh Tuhan bukannya undang-undang yang dicipta oleh manusia. Apa yang objektifnya undang-undang ini termasuklah untuk melindungi masyarakat, untuk mencegah jenayah, memberi balasan yang setimpal kepada si penjenayah, untuk memulihkan si penjenayah, untuk mendidik masyarakat. Matlamat akhirnya adalah untuk mengamankan dunia dan juga untuk akhirat. Bukan hanya sekadar untuk menghukum dan juga untuk mendenda sahaja. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Saya ingin bawa dalam perbahasan ini berkaitan dengan kementerian- kementerian di mana yang dihasratkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyebut untuk kita sama-sama membina negara ini negara yang sejahtera. Berkaitan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dalam pembangunan sektor tenaga pada masa yang akan datang. Adakah pihak kerajaan akan meneruskan model business, model perniagaan yang sedia ada iaitulah penjanaan tenaga melalui IPP iaitu mengekalkan penswastaan konsep penjanaan tenaga ini ataupun sebaliknya? Terkini kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga mewartakan tender terbuka penjanaan tenaga juga melalui konsep IPP yang berkapasiti antara 1,000 sehingga 1,400 megawatt yang akan menggunakan sumber kuasa gas. Saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian merujuk kepada tender terbuka tersebut, bagaimanakah kerajaan boleh memastikan terma yang ada seperti harga gas? Adakah ia masih lagi mendapat harga subsidi daripada Petronas? Adakah konsep 100% pass through mechanism masih digunakan untuk TNB menyerap risiko tenaga harga gas tersebut? Kementerian Pengajian Tinggi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tiga perkara. Pertama saya ingin membangkitkan tentang persoalan PTPTN. Sahabat saya daripada Kuala Krau saya tidak pasti ada ataupun tidak. Berkaitan dengan pinjaman PTPTN yang mestilah pihak mahasiswa menyelesaikan dahulu bayaran kursus yang dibuat sebelumnya sebelum mendapat peluang untuk menyambung kursus yang baru. Ada pelajar-pelajar yang tidak mampu hendak bawa kursus yang diikuti maka dia terpaksa melompat ataupun memilih kursus yang baru. Akan tetapi ada polisi daripada PTPTN yang tidak membenarkan pinjaman PTPTN baru sehinggalah diselesaikan kursus yang lama yang belum dihabiskan. Jadi saya pohon kepada pihak kementerian untuk memberi peluang kerana masih lagi pelajar-pelajar ini belum menghabiskan pelajaran mereka, pengajian mereka. Bagaimana mereka boleh mencari wang untuk membayar pinjaman yang lama? Kedua berkaitan dengan sistem e-voting yang dijalankan dalam pilihan raya kampus yang ditimbulkan oleh kawan-kawan ataupun adik-adik di kampus. Berkaitan dengan e-pencalonan, e-bantahan, e-rayuan, e-undi dan sebagainya. Ia tidak menggambarkan praktis ataupun pelaksanaan pilihan raya di luar. Tidak ada peluang bagi mereka untuk membuat bantahan kecuali bantahan dan juga rayuan kecuali membayar dengan sekian-sekian duit. Jadi bagaimanakah mereka yang berada di kampus ini mampu untuk mencari duit yang banyak untuk buat bantahan? Tidak ada satu sistem penjumlahan undi seperti mana yang diamalkan dalam praktis kita di luar ataupun dalam demokrasi di Malaysia. Seterusnya saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa di UM dan juga UPM yang dibubarkan tanpa pengetahuan daripada mahasiswa dan juga daripada perwakilan pelajar sendiri. Tidak ada perbincangan bahawa dan juga tidak ada dalam pengetahuan Majlis Perwakilan Mahasiswa bahawa mereka telah digantikan dengan satu badan eksekutif yang akhirnya telah menyebabkan PRK (Pilihan Raya Kampus) ditangguhkan selama enam bulan. Saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, dalam pengumuman yang dibuat baru- baru ini oleh pihak TPM saya menyambut baik. TPM telah menyebut bahawa akan ada satu kajian akan dibuat dan akan buat rombakan baru terhadap kementerian. Saya ingin cadangkan kepada kementerian untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas pendidikan perguruan. Kita telah melihat bagaimana sebahagia besar hampir separuh daripada jumlah kakitangan awam diwakili oleh pegawai-pegawai pelajaran. Jadi saya mengharapkan supaya satu suruhanjaya ditubuhkan dan dibawa diberi peluang kuasa autonomi kepada suruhanjaya ini. Ini yang melibatkan pegawai-pegawai pelajaran sendiri yang berada dalam suruhanjaya tersebut untuk menggubal dan juga untuk menentukan hala tuju, dasar dan sebagainya bagi pendidikan ataupun perkhidmatan perguruan. Jadi ada beberapa persoalan apabila kita melihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini yang kadang-kadangnya ada pertikaian daripada kalangan pegawai-pegawai pelajaran yang mungkin kurang faham. Termasuklah dalam pasal peluang kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai pelajaran.
Begitu juga kadang-kadangnya peluang-peluang ini selalunya direbut oleh kakitangan daripada JPA dan juga daripada PTD. Saya mendapat maklumat bahawa sejak daripada tahun 2004 dan tahun 2005, sudah begitu ramai pegawai PTD yang diserap masuk untuk berada di dalam Kementerian Pelajaran hampir 4,000 atau 5,000 orang. Jadi saya juga mencadangkan kalau melihat daripada struktur PTD di Kementerian Pelajaran itu sendiri, kita melihat bagaimana Ketua Pengarah Pelajaran itu sendiri hanya berada di tempat yang keempat di bawah Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Kementerian. Jadi peluang-peluang kenaikan pangkat bagi guru biasanya lambat disebabkan perlu mengikuti syarat yang telah dikenakan oleh JPA dan juga PTD. Seterusnya saya ingin membangkitkan juga tentang persoalan berkaitan dengan sekolah rendah agama yang berjumlah 1,132 buah sekolah melibatkan 208,000 orang murid dan juga sekolah menengah agama yang melibatkan 161 buah dan melibatkan lebih kurang 20,000 pelajar dan juga guru yang berjumlah hampir 10,000 bagi kedua-dua jenis sekolah ini. Jadi saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian memasukkan sekali di dalam suku baru yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya juga ingin membangkitkan tentang bantuan persekolahan one-off yang disebutkan RM100 kepada pelajar. Saya cukup sedih apabila 29 buah sekolah, iaitu kalau di Kedah sendiri yang melibatkan 5,000 orang pelajar masih lagi belum menerima sampai setakat ini bantuan RM100 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini. Ia juga melibatkan Sekolah Maktab Mahmud yang jumlah pelajarnya seramai 5,582 orang pelajar yang melibatkan 12 buah Sekolah Maktab Mahmud yang juga terlibat dan juga didaftarkan. Kalau alasannya tidak didaftarkan, sekolah-sekolah ini didaftarkan tetapi masih lagi belum mendapat durian runtuh ataupun mendapat bantuan yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tentang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan harga makanan. Harga makanan termasuklah harga ikan. Kita dapat maklumat bahawa harga ikan termasuk contohnya harga ikan kembung yang sekarang ini sudah menjangkau RM20 sekilo. Di Jengka, di Pahang, RM20 sekilo sedangkan kita lihat harga borong yang sampai ketika ikan didaratkan hanyalah berharga lebih kurang RM3 sahaja. Bagaimanakah di tengah-tengah ini? Daripada jeti hendak sampai kepada pengguna, hendak sampai kepada rakyat, kita telah melihat peningkatan yang cukup dahsyat, sampai RM17, sampai RM15. Ini suatu perkara yang saya rasa patut diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Adakah berlaku monopoli dalam sistem borong ataupun dalam rantaian perniagaan yang ada dalam negara kita? Ayam sebagai misalnya, harga ladang baru RM3.80 sen, di ladang. Akan tetapi sampai kepada market, sampai kepada pasar sudah hampir RM8 ataupun RM7.50. Jadi saya juga ingin membangkitkan tentang apa fungsi sekarang termasuklah anak syarikat kepada LKIM iaitu Majuikan Sdn Bhd yang saya difahamkan akan beroperasi ataupun gaji yang akan dibayar kepada pekerja-pekerja di Majuikan Sdn Bhd ini sampai bulan ini sahaja. Dikatakan Majuikan Sdn. Bhd sudah menanggung hutang sudah RM60 juta sekarang. Jadi saya ingin bertanya, apa jadi sebenarnya kepada anak syarikat LKIM ini? Ia tidak lagi berperanan bagi saya untuk menurunkan harga ikan di pasaran. Kita faham bahawa harga ataupun pasaran ikan yang kita dapat daripada pembekalan daripada nelayan-nelayan tempatan hanya meliputi 60% daripada ikan dalam negara kita. Sejumlah 40% lagi kita dapat daripada luar negara iaitu diimport. Jadi saya ingin tanyalah, kalau harga import ini lebih murah sebenarnya lebih kurang 30 sen. Saya difahamkan hanya 30 sen harga di luar sana. Tuan Yang di-Pertua, tentang Kementerian Dalam Negeri, saya ingin membangkitkan sedikit tentang Kementerian Dalam Negeri. Saya difahamkan, saya ada aduan daripada pegawai-pegawai keselamatan, PDRM misalnya yang dibuang kerja atas kes-kes disiplin. Jadi saya ingin bertanyalah, walaupun kes-kes itu dikatakan sangat kecil, kadang-kadang pakai stoking. Silap sedikit sahaja tetapi dibuang. Persoalan saya, apabila dibuang daripada perkhidmatan, benarkah mereka ini tidak mendapat apa-apa pampasan daripada kementerian, daripada kerajaan? Saya difahamkan apabila mereka dibuang, tidak ada sagu hati, tidak ada pampasan, tidak ada pembelaan daripada pihak kementerian. Saya pohon daripada pihak kerajaan untuk menimbang supaya ada kerana mereka ini ada jasa. Mungkin sedikit sebanyak salah itu, mungkin kita boleh betulkan ataupun kalau memang itulah peraturan
yang ada di dalam perkhidmatan keselamatan kita, dalam PDRM sebagai misalnya, apakah salah kiranya kita untuk membincangkan apa pampasan-pampasan yang sepatutnya kerana mereka terpaksa menanggung keluarga yang ramai dan mereka hilang segala hak seperti mana yang saya dapat maklumat aduan daripada kawan-kawan daripada bekas- bekas PDRM. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya hendak sebut berkaitan dengan Padang Terap. Saya ingin pohon daripada pihak kementerian untuk melihat pintu masuk kedua Malaysia – Thailand di Kedah yang terdapat di Kedah iaitu di Kota Putera. Kita lihat pembangunan yang agak perlahan. Bagaimana di sebelah sana, di sebelah Thailand saya lihat pembangunan, bangunan didirikan cukup pesat membangun walaupun kita telah siap terlebih awal daripada di sebelah Thailand. Jadi saya pohon kerana ia boleh memacu pembangunan di daerah Padang Terap, di Kedah dan juga di Malaysia ini sendiri dan saya lihat sudah ada pergerakan yang begitu banyak di antara Malaysia dan juga Thailand yang membuat perdagangan dan sebagainya. Saya juga pohon supaya ada menara telekomunikasi di kawasan Kota Putera tersebut untuk memudahkan perhubungan di antara masyarakat. Sekarang masih belum ada dan kadang-kadang kita terpaksa buat roaming untuk dapat siaran atau pun dapat talian untuk kita telefon. Ini menimbulkan masalah yang agak besar bagi pegawai-pegawai yang berkhidmat di sana. Begitu juga saya mendapat maklumat bahawa masalah air juga masih berlaku di sana di mana kuarters kakitangan kerajaan yang terpaksa berkongsi. Mereka terpaksa jadi bujang. Duduk lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan. Tidak boleh bawa keluarga di sana. Jadi saya harap, ia juga boleh diselesaikan dan juga ada peruntukan daripada kerajaan. Seterusnya juga saya ingin membangkitkan berkaitan dengan Padang Terap ini berkaitan dengan liputan WiFi, 3G dan juga telefon bimbit. Kita masih ada masalah walaupun pihak kerajaan sudah menyediakan menara-menara di mana dalam jawapan yang diberikan kepada saya di Parlimen Padang Terap, 24 buah kampung terpilih di bawah Projek Kampung Tanpa Wayar ataupun WiFi. Merangkumi 16 buah kampung di Kuala Nerang, lapan buah kampung di Pedu. Saya ucapkan terima kasih kepada SKMM yang menyediakan. Cuma saya perlukan pemantauan daripada SKMM kerana liputan tidak ada. Tidak ada liputan, yang ada hanya menara sahaja. Menara itu ada tetapi tidak boleh guna - 3G masalah, kemudian WiFi masalah dan saya dapat aduan yang cukup banyak walaupun pihak SKMM telah menyediakan nombor telefon tetapi saya masih belum lagi berpuas hati apabila liputan in tidak dapat dengan begitu baik di kawasan-kawasan tersebut. Saya tidak kiralah, mungkin kawasan yang belum ada menara ini kita boleh kompromi. Akan tetapi kawasan yang ada menara, di bawah menara pun tidak dapat. Jadi saya rasa ini satu projek mungkin yang gagal ataupun yang boleh dilihat semula oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya ialah sikit tentang FELCRA, tentang ayahanda saya ini.
Ini kali yang ketiga yang terakhir, Yang Berhormat... [Ketawa]
Yang ini ketiga yang terakhir. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja. FELCRA, tentang FELCRA. Saya hendak membangkitkan ada kawan-kawan daripada FELCRA yang membangkitkan berkaitan dengan projek lembu di FELCRA. Projek lembu ini saya hendak tanya, gagalkah, berjayakah?... [Ketawa] Kadang- kadang tengok daripada kenyataan, daripada Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi FELCRA merangkap ayahanda saya di Pasir Salak, dia menyebut bahawa melalui program ini peserta FELCRA diharap dapat menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. Ke mana lembu-lembu ini? Saya lihat ada juga lembu diperuntukkan untuk Raya Haji bagi dekat kawan-kawan. Bagi dekat siapa? Saya boleh baca di sini. Saya hendak tanyalah, Puan Nancy Shukri - Yang Berhormat Batang Sadong, Puan Marlia Latiff, Ketua Wanita UMNO Padang Serai merangkap Exco Wanita UMNO Malaysia. Kemudian Parlimen Pasir Salak, 30 ekor. Kemudian Lenggong pun dapat juga lima ekor... [Dewan riuh] Tengok Padang Terap tidak ada, tengok Pendang tidak ada, tengok Seremban tidak ada, tengok Jerai tidak ada. Jadi saya hendak tanyalah, duit ini saya faham, lembu ini adalah lembu yang milik peneroka-peneroka FELCRA. Akan tetapi ada jawapan di sini, dia kata di bawah peruntukan yang diberikan kepada Pengerusi FELCRA. Akan tetapi saya haraplah, pihak Kementerian MOA...
Jadi, kita dengar jawapankah macam mana? Nak bagi chance kah nak dengar jawapan kementerian?
Boleh Yang Berhormat?
Habis dah. Tuan Yang di-Pertua marah, dia tak bagi. Saya nak minta supaya kementerian jawab. Kementerian atau menteri jawab, tengok betul kah tidak apa yang diamalkan ini dan ada dengan surat-surat sekali. Jadi, saya harap kementerian tolong jawablah supaya kalau nak bagi, bagi semua kita ini, 222 Ahli Parlimen ini dapat seorang lima ekor. Janganlah lima ekor untuk Yang Berhormat Lenggong, 30 ekor dekat dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Kami pun, tempat saya pun ada FELCRA juga.
Boleh bagi penjelasan sekarang, boleh?
Jadi, saya ingat itulah ucapan saya Tuan Yang di-Pertua.
Ha, tak berani ya?
Sat lagi ambil masa kawan- kawan pula.
Buat tuduhan tetapi tak berani nak dengar jawapan. Ini yang payah.
Mana boleh, saya minta kementerian jawab. Kementerian yang jawab. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Itu keluar dalam Harakah, Harakah mana boleh pakai, Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Kalau kita melihat daripada yang berdiri dalam Dewan sekarang Yang Berhormat, minta tolong saya baca berapa yang bangun. Tengok berapa orang dulu Yang Berhormat ya, 19 orang yang bangun termasuk Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jadi, kalau saya bagi 30 minit Yang Berhormat, kita hanya dapat enam orang. Kalau saya bagi 15 minit, dapat 12 orang. Kalau saya bagi 10 minit, dapat 18 orang, hampir semua dapat. Tiga jam lagi daripada sekarang, 10 minit cukup kah Yang Berhormat?
Masa 10 minit jadi, boleh Tuan Yang di-Pertua.
Boleh Yang Berhormat?
Boleh, boleh. Kita tak cerita hal lembu, tak apa.
Masa 10 minit.
Takat lembu lima, enam ekor orang sumbang pun nak kira.
Terima kasih Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau, 10 minit ya.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahas dan
menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perasmian Penggal Kelima Parlimen pada 12 Mac yang lalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya pergi terus kepada lima atau enam perkara. Sebelum itu, saya bagi pihak Yang Berhormat Ahli Parlimen Parit mengalu-alukan kehadiran rombongan Ketua-ketua Platun RELA Parlimen Parit seramai 40 orang yang bersama dengan kita pada hari ini. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana ini merupakan satu inisiatif yang cukup baik untuk kita memberi sedikit income support ataupun bantuan pendapatan kepada mereka yang layak menerima. Dengan ini, saya ingin menyambut apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari iaitu BR1M kalau sekiranya pengurusan kewangan ada kelebihan, surplus dan sebagainya, untuk tahun-tahun akan datang BR1M ini akan diteruskan sebagai satu program tambahan kepada bantuan kebajikan yang diberi oleh kerajaan setiap bulan. Di sini saya ingin mencadangkan dua perkara. Yang pertamanya adalah bagaimana BR1M ini dapat diperbaiki lagi. Satu, ada beberapa kes yang walaupun terpencil dan tidak banyak tetapi memerlukan perhatian dan tindakan kerajaan. Ini kes-kes mereka yang tak dapat. Kes pertama adalah kumpulan yang hidup sebatang kara dan pendapatan mereka kurang daripada RM3,000 tetapi belum mencecah umur 60 tahun. Yang ini melibatkan ramai juga yang tidak berkahwin, yang tidak ada tanggungan tetapi pendapatan mereka tidak sampai dan saya masih lagi ingat bahawa saya telah cadangkan kepada Kementerian Kewangan bahawa apalah kiranya untuk memberi pertimbangan kepada kumpulan tersebut terutamanya mereka yang muda yang pendapatan mereka ini masih lagi pada tahap yang di bawah RM3,000 untuk ditambah ataupun dimasukkan mereka dalam senarai penerima BR1M ataupun kelayakan pada tahun-tahun yang akan datang. Kes kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah kelompok orang kurang upaya kerana ramai di kalangan mereka ini adalah belum mencecah umur 60 tahun tetapi tidak berkahwin, tidak ada tanggungan, ada juga yang tidak ada siapa-siapa yang jaga mereka. Kes begini tidak dapat diproses kerana tidak termasuk dalam mana-mana kategori kelayakan sungguhpun mereka adalah OKU. Jadi, saya pohon agar kes ini dimasukkan dan diberi pengecualian. Kes ketiga adalah bagi penerima bantuan kebajikan masyarakat yang mana terbukti sebagai memerlukan tetapi tidak layak memohon di bawah skim BR1M, contohnya OKU tadi tetapi ada juga kes-kes lain di mana mereka tidak termasuk atau tergolong dalam mana-mana kategori tetapi tidak layak untuk menerima bantuan BR1M tersebut. Saya harap kes-kes ini dapat dimasukkan dalam senarai kelayakan supaya BR1M ataupun bantuan BR1M ini dapat lebih menyeluruh daripada segi kesan dan juga daripada segi impaknya. Yang kedua mengenai BR1M Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai konsep itu sendiri. Saya berpendapat dan saya dapati bahawa setelah saya memantau dan juga membantu untuk pelaksanaan penyampaian BR1M kepada masyarakat yang layak menerima di Parlimen Rembau bahawa bantuan sebegini iaitu bantuan secara langsung sebenarnya membawa kesan yang begitu besar jika dibandingkan dengan bantuan kerajaan yang diberi melalui subsidi. Ini kerana yang pertamanya, yang terima adalah mereka yang layak menerima. Kita ambil satu statistik iaitu BR1M ini hanya menelan belanja sebanyak RM2.5 bilion hingga RM3 bilion sahaja berbandingkan dengan subsidi. Semua subsidilah termasuk subsidi minyak, subsidi tepung, subsidi gula, subsidi gas, semuanya yang menelan perbelanjaan tahun ini sahaja sebanyak RM20 bilion hingga RM23 bilion dan impak yang kita dapat daripada BR1M ini, satu ialah secara langsung. Yang kedua, BR1M ini diberi kepada mereka yang layak terima walhal kita semua tahu bahawa subsidi ini bukan progresif sebab subsidi ini bukan means tested ataupun bukan berdasarkan kepada kelayakan kemampuan di mana BR1M ini sudah jadi satu pangkalan data, pangkalan maklumat di mana kita mempunyai satu database mereka yang sudah dibuat satu kajian means testing melalui semakan sendiri dan kita dapat sampaikan kepada mereka. Jadi, saya harap apabila kerajaan bersedia untuk menstrukturkan semula skim ataupun rejim subsidi yang sedia ada, kita migrate ataupun kita berhijrah daripada satu skim di mana kita bagi pukul rata kepada semua tanpa elemen progressiveness. Maksudnya, kita bagi subsidi petrol kepada semua. Tidak kiralah mereka itu kaya, pendapatan tinggi, pendapatan sederhana, pendapatan rendah kepada satu skim yang lebih means tested seperti mana BR1M.
Ataupun kita bagi terus kepada mereka yang pendapatan RM3,000 ke bawah ataupun RM6,000 ke bawah, kita bagi terus cash handout ataupun top up supaya kita dapat kurangkan subsidi yang bagi saya dan bagi saya rasa ramai yang ada di sini pembaziran kerana yang menerima itu bukanlah yang layak menerima. Bukannya orang miskin, pendapatan rendah dan sebagainya dan saya harap penstrukturan subsidi yang bakal dibuat oleh PEMANDU dan juga kerajaan boleh mengguna prinsip means testing atau prinsip keadilan yang saya rasa ada pada BR1M ini. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua adalah soal pusat penjagaan kanak-kanak. Isu ini telah pun dibangkitkan di pelbagai sesi Parlimen oleh saya tetapi isu ini menjadi isu yang hangat oleh kerana kes-kes kecuaian yang berlaku mutakhir ini dan juga kes-kes yang melibatkan pembantu rumah yang mana Menteri Sumber Manusia telah memberi kenyataan semalam bahawa kita perlu berhadapan dengan masa depan di mana pembantu rumah ini akan berkurangan dan kita terpaksa membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya sendiri ataupun cari alternatif yang lain. Satu alternatif yang ada Tuan Yang di-Pertua adalah pusat penjagaan kanak- kanak yang saya rasa masih lagi tidak diperluaskan dengan sepenuhnya dan ini bukan hanya soal penjagaan kanak-kanak untuk memastikan bahawa kita dalam senario di mana kita tidak ada penjaga rumah, pembantu rumah dan sebagainya, kita ada tempat untuk meletakkan kanak-kanak kita. Akan tetapi ini juga untuk memastikan bahawa golongan wanita dapat menyertai work force ataupun dapat menyertai tenaga kerja sepenuhnya tanpa mereka berhenti, tanpa mereka terpaksa bersara dan sebagainya. Sebab itu saya menyambut baik keputusan yang dibuat dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan semalam di mana satu pusat one stop centre ditubuhkan di peringkat PBT untuk memberi kelulusan kepada pusat jagaan kanak-kanak ini tetapi di sini saya ingin bangkitkan bahawa satu perkara yang penting adalah kualiti pusat jagaan kanak-kanak tersebut. Kadangkalanya mereka memenuhi syarat-syarat yang diletakkan oleh PBT tetapi akhirnya apa yang kita ada adalah pusat jagaan kanak-kanak yang mengambil pekerja-pekerja yang tidak terlatih yang akhirnya terlibat dalam kes-kes kecuaian dan sebagainya ataupun kita ada kes-kes di mana ibu bapa tidak langsung menghantar anak-anak kepada pusat jagaan tersebut tetapi hantar kepada pusat asuhan swasta ataupun pusat asuhan yang ada di sekitar kawasan perumahan mereka. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah pelesenan, masalah kelulusan bagi pusat asuhan dan juga pusat jagaan kanak-kanak ini, saya cadangkan agar selain daripada insentif fiskal ataupun insentif cukai yang telah pun kita sediakan untuk syarikat-syarikat swasta supaya dapat dibina ataupun disediakan nurseri dan sebagainya dalam bangunan mereka sendiri, bahawa kerajaan memainkan peranan untuk menubuhkan nurseri ataupun pusat jagaan kanak-kanak kecil di lebih banyak lagi jabatan-jabatan kerajaan, di bangunan awam dan juga di bangunan strategik di kawasan-kawasan bandar dan juga pinggiran bandar. Sebab bagi saya ini adalah satu-satunya...
Ada dua minit lagi Yang Berhormat.
Ya, satu dasar yang amat penting untuk kita memastikan bahawa kanak-kanak kita dapat dijaga dengan baik dan lebih penting daripada itu golongan wanita dapat menyertai tenaga kerja dengan efektif. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya faham ada kekangan masa, adalah mengenai sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak sebab perkara ini baru berlaku. Saya ingin soal mengenai satu sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai National Urgent Response Alert ataupun NUR Alert yang dilancarkan pada Januari 2011. Fungsi NUR Alert ini adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang yang berumur di bawah 12 tahun yang tidak melibatkan kes tebusan, ugutan ataupun ancaman bunuh. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, kalau saya melihat kepada statistik, NUR Alert ini hanya digunakan untuk lima kes dari tahun 2010 hingga tahun 2012. Seramai 54 kanak-kanak dilaporkan hilang pada tahun 2010 tetapi NUR Alert ini hanya digunakan dua kali. Itu contoh bagi satu tahun bagaimana kegagalan NUR Alert ini. Saya bagi contoh di mana kes Dass Robert tahun 2011. NUR Alert hanya dikeluarkan lapan hari selepas dia
hilang dan Dass dijumpai 24 jam selepas NUR Alert dikeluarkan. Jadi di sini kita nampak bahawa tunggu sampai lapan hari apabila adik Dass Robert itu diculik atau pun hilang barulah NUR Alert itu digunakan. Di sini kepincangan NUR Alert saya ingin menyoalkan kepada kerajaan dan kementerian yang berkenaan kenapa gagal dilaksanakan. Kenapa hanya lima kali digunakan walaupun kes kehilangan kanak-kanak pada waktu yang sama begitu ramai. Tidak ada standard operating procedure (SOP) diguna pakai dari mula laporan dibuat oleh ibu bapa kepada cara informasi dihebahkan, pemantauan berapa lama NUR Alert itu disebarkan juga tidak dilakukan dan tidak ada koordinasi antara pihak yang terlibat. Contohnya koordinasi antara pegawai penyiasat dan pasukan NUR Alert yang ada di Bukit Aman. Tiada seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan sama ada alert ini patut digunakan ataupun tidak. Jadi dalam kes-kes yang berlaku pada hari ini di mana terlalu banyak kes di mana ada kehilangan kanak-kanak hampir setiap minggu. Saya harap kita dapat pertingkatkan lagi keberkesanan NUR Alert ini dan cadangan saya adalah untuk SOP NUR Alert ini digubal semula supaya dapat dibuat dengan lebih cepat lagi. Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua..
Baik Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat ambil satu minit maknanya seorang kurang satu minit Yang Berhormat bila masa yang singkat ini.
Satu minit ya Tuan Yang di-Pertua. Yang terakhir sekali adalah mengenai masalah kad kredit dan perkara ini saya ajukan kepada Kementerian Kewangan untuk perhatian Bank Negara Malaysia. Pada hari ini kita melihat bahawa masalah kad kredit bukannya masalah NPL, bukannya masalah satu pinjaman yang berisiko tinggi kepada bank dan sebagainya, bukannya masalah terlalu banyak hutang kad kredit tetapi masalah kad kredit pada hari ini adalah masalah keuntungan yang terlalu besar didapati oleh pihak perbankan. Kita ada Anti Profiteering Act tetapi malangnya kita tidak dapat menggunakan Anti Profiteering Act ini kepada bank-bank yang mengeluarkan kad kredit memandangkan ada badan kawal selia atau regulator yang membenarkan kadar faedah kepada kad kredit hampir tiga atau empat kali ganda kadar faedah pinjaman biasa. Jadi saya minta kepada Kementerian Kewangan untuk perhatian Bank Negara Malaysia supaya kita dapat kaji semula kadar faedah yang memberi keuntungan yang luar biasa kepada pihak bank yang keluarkan kad kredit ini yang sebenarnya tidak ada risiko tinggi kalau kita melihat kepada NPL, kalau kita melihat kepada kadar pembayaran semula kad kredit ini tidaklah setinggi pinjaman kereta, tidaklah setinggi pinjaman rumah dan sebagainya. Saya pohon kepada Kementerian Kewangan kerana ini telah mewujudkan satu ketidakseimbangan dari segi kuasa di antara bank dan mereka yang memiliki kad kredit.
Baik Yang Berhormat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Saya menyokong Titah Ucapan Baginda. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini politik di Malaysia adalah menjadi semakin kasar dan kesat termasuk di dalam Dewan yang mulia ini di mana fitnah dan dusta disebarkan tanpa conscience and compunction. Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, dusta dan fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya. Menuduh saya sebagai pencetus peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan, kita tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969. Akan tetapi tiba-tiba sahaja ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan 13 Mei dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang
mencetuskan rusuhan 13 Mei menerusi slogan-slogan paling racist di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Hasilnya semua dusta dan kepalsuan bahawa saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan Cyber Trooper UMNO. Pada hakikatnya saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Semasa itu saya bertanding di Bandar Melaka dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu keputusan dan hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11 Mei 1969. Pada hari Isnin seterusnya iaitu 12 Mei, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan, berterima kasih kepada pengundi-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum, berterima kasih kepada pengundi pada malamnya. Kedua-dua acara telah berlangsung secara aman. Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum serta berterima kasih kepada pengundi- pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13 Mei untuk membantu dalam kempen pilihan raya calon- calon bebas di situ. Ini kerana pada masa itu hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung. Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru-hara 13 Mei telah berlaku di Kuala Lumpur. Menuduh saya sebagai menghasut dan mencetus rusuhan 13 Mei menerusi ungkapan- ungkapan perkauman yang kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah dan dusta belaka yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali. Sebenarnya dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan dari tahanan ISA pertama saya, serta setelah Parlimen dipulihkan semasa membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahlian termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing untuk antara lain mengenal pasti punca rusuhan 13 Mei. Saya membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan 13 Mei di masa hadapan dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia. Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa menjawab membalas penahanan saya di bawah ISA dan saya pasti rekod ini masih disimpan di dalam archive Kementerian Dalam Negeri. Saya petik, "My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer. I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences. I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political, economic, social and cultural development of the country, where no group feels that it is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.” Ini merupakan kenyataan saya, sayang, love, setia, komitmen, nasionalisme, patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini sampai sekarang... [Tepuk] Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.
Pilihan raya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia. Menguji sama ada kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa. Di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi. Saya menjemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriotik Malaysia yang berupaya bekerjasama dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bersama untuk memastikan bahawa PRU-13 ini akan merupakan pilihan raya yang paling bersih, bebas dan adil di
sejarah Malaysia ini. Sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik yang biasa. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memohon maaf oleh kerana kesilapan-kesilapan Barisan Nasional di masa lampau. Akan tetapi sampai sekarang tidak tahulah apa kesilapan-kesilapan yang beliau minta maaf dan tidak boleh dipertikaikan bahawa beliau semasa 35 bulan sebagai Perdana Menteri ada membuat banyak kesilapan. Antaranya ialah bahawa kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi- institusi utama negara sama ada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya. Keengganan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan satu judicial tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tertinggi termasuk bekas pengarah CCID, Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversion of the rule of law, perversion of the court of justice semua tuduhannya sangat serius yang ditujukan kepada Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sampai kepada pemalsuan publication of evidence dalam insiden mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Usaha menyelamatkan Tajuddin Ramli dari MAS serta maklumat terkini mengenai kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai-pegawai paling berkuasa di negara ini Peguam Negara serta seorang ketua penjenayah yang mengaitkan juga Timbalan Menteri masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus mengelakkan dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi the chief legal and police officer of the land iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara masa itu merupakan penjenayah, the Chief Legal Officer of the land, the chief Police Officer of the land were criminals of the country, were themselves criminals, merupakan penjenayah? Hanya baru-baru ini dan Peguam Negara yang sama masih berada di jawatannya dan saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan datang untuk menjawab tuduhan yang begitu serius yang memberi kesan yang tidak baik untuk imej negara ini. Ini yang mustahak kalau kita mahu mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lampau kita perlulah memulakan dengan bab yang baru. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa bertuah kerana sekali lagi diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam Ucapan Titah Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sudah tentu saya bagi pihak rakyat di kawasan Parlimen Lenggong ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang saya lihat menyentuh pelbagai perkara dan isu semasa yang sebenarnya perlu diberi perhatian serius sama ada oleh rakan-rakan di pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memuji langkah kerajaan memperkenalkan dasar Transformasi Nasional yang merangkumi transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan program transformasi luar bandar. Dasar ini yang menaungi program transformasi sudah tentu dan berupaya untuk mencapai ke arah cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang tahun 2020 dan saya yakin dengan komitmen kerajaan hari ini apa yang sedang dan akan dilaksanakan ini mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Dasar ini yang saya yakin bakal menjana keutuhan asas ekonomi negara berserta langkah rangsangan yang saya berkeyakinan ianya mampu untuk mencapai yang dicita-
citakan oleh kerajaan iaitu pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus bagi tahun ini. Dasar ini sebenarnya adalah bukti usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi kekal di landasan yang betul walaupun dalam keadaan ekonomi yang ketidaktentuan dengan cabaran-cabaran ekonomi global pada hari ini. Saya yakin dan harapan saya ialah, walau dalam apa keadaan sekalipun, usaha kerajaan mesti diteruskan iaitu dengan memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk membela golongan berpendapatan rendah, pertengahan terutama sekali dalam keadaan beban ekonomi yang semakin mencabar pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Yang di-Pertuan Agong memuji kemajuan yang dicapai oleh kerajaan dalam sektor pelancongan sebagai penyumbang terbesar negara dalam bidang ini saya yakin usaha yang berterusan mestilah dilakukan untuk memperbanyakkan lagi produk-produk pelancongan yang ada di negara ini terutama sekali membangunkan produk pelancongan di peringkat kampung, negeri dan juga sedia ada sekarang. Sebab itu saya yakin perkara-perkara yang penting terutama sekali kehadiran pelancong di negara ini mestilah dilakukan bersungguh-sungguh kerana sebagaimana yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Bukit Katil beberapa hari lalu, aduan-aduan daripada pelancong terutama sekali cerita-cerita yang mereka bawa mestilah dianalisis oleh pihak kementerian supaya berita dan cerita-cerita di negara ini yang baik-baik sahaja mereka bawa kembali ke negara masing-masing. Oleh kerana ia penting supaya pelancong yang datang ke sini tidak menggambarkan sesuatu yang tidak baik kepada masyarakat antarabangsa apatah lagi dalam keadaan dunia yang semakin terbuka luas sekarang. Kebimbangan kita ialah apabila berita yang tidak baik digambarkan dalam media-media alternatif, internet, Facebook dan sebagainya, ia akan menjejaskan usaha untuk membawa lebih banyak pelancong ke negara ini. Dalam pada itu juga saya mengambil kesempatan untuk meminta pihak Kementerian Pelancongan dan juga kementerian-kementerian berkaitan untuk memberi fokus ke kawasan Parlimen saya yang mana tidak lama lagi jika tidak ada aral melintang akan diisytiharkan sebagai Lembah Warisan Dunia oleh UNESCO. Sudah tentu dengan pengisytiharan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia ini ia akan memberi impak besar kepada industri pelancongan di negeri dan juga negara ini. Sebab itu persediaan- persediaan awal mestilah dilakukan. Di kesempatan ini saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pelancongan sendiri dan juga Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan apakah persediaan yang dibuat oleh pihak kementerian bagi persediaan ke arah pengisytiharan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia menggesa agar jaminan makanan (food security) ini diberi penekanan utama dalam dunia global hari ini bagi menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan. Saya menyokong saranan ini kerana sebahagian besar daripada bahan makanan untuk keperluan negara adalah diimport. Jumlah import bahan makanan negara pada tahun 2009 misalnya mencecah RM26.7 bilion. Ini menyebabkan sebarang keadaan yang berlaku di peringkat global; sama ada berkaitan dengan masalah cuaca atau masalah-masalah lain tentu memberi kesan kepada bekalan makanan dalam negara ini. Krisis makanan tahun 2008 misalnya adalah perlu diambil ingatan supaya ianya tidak berlaku lagi kepada negara kita dan sudah tentulah saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah usaha-usaha yang dibuat sekarang khususnya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat persediaan jangkaan kepada apa yang berlaku hari ini terutama dengan perubahan cuaca yang berlaku pada hari ini. Apakah persediaan-persediaan yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini tidak menjejaskan kepada bekalan makanan dalam negara ini?
Dalam pada itu juga, saya berharap pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan projek Lenggong Agro Valley yang pihak kementerian juga telah memainkan peranan dalam projek ini supaya Lenggong sendiri dapat dijadikan sebagai tempat untuk pengeluaran makanan negara dalam aspek ternakan, perikanan, pertanian dan aspek-aspek lain terutama sekali
dalam aspek agro pelancongan. Oleh sebab itu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh soal isu FELDA. Keprihatinan baginda kepada generasi kedua dan ketiga FELDA amat menarik perhatian saya dan saya menjunjung kasih atas perhatian baginda Tuanku dalam isu ini. Sudah tentulah saya yakin usaha-usaha yang berterusan sedang dilakukan oleh FELDA untuk memberi perhatian kepada pembelaan generasi kedua dan ketiga ini. Saya juga berharap langkah FELDA untuk menyenaraikan Felda Global Venture Holding ini ke bursa saham dilakukan juga walaupun menghadapi halangan-halangan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesempatan ini juga saya ambil untuk meminta Menteri berkaitan untuk membuat penjelasan di dalam Dewan ini berkaitan dengan perumahan generasi kedua FELDA yang telah pun diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan apakah kemajuan berkaitan dengan projek ini. Saya yakin dengan pembinaan perumahan generasi kedua FELDA di kawasan Parlimen Lenggong, ia akan membantu untuk memberi peluang terutama sekali perumahan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA di kawasan saya. Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Duli Tuanku juga memuji kerajaan di atas inisiatif memajukan pendidikan secara percuma untuk membolehkan setiap rakyat menikmatinya tanpa mengira latar belakang dan juga asal usul mereka. Kita sedang berusaha untuk ke arah negara maju. Sudah tentu perkara-perkara kecil berkaitan dengan peluang pendidikan ini mesti dibereskan. Oleh sebab itu saya menyanjung tinggi apabila usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat termasuklah pemberian wang RM100. Saya yakin jika kita bersama-sama berganding bahu dan menyokong kerajaan yang ada dan melakukan pelbagai usaha gigih, saya yakin langkah dan pemberian ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan sudah tentu akan ditambah dan tentunya akan memberi kebaikan kepada rakyat. Oleh sebab itu juga, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian khusus kepada beberapa projek pembangunan pendidikan di kawasan saya di Lenggong. Saya ada sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sri Budiman di Grik...
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Yang saya yakin mempunyai kemudahan fasiliti yang cukup baik. Saya mohon pihak kementerian untuk mengkaji bagi membolehkan sekolah ini diangkat kedudukannya bagi menjadi sekolah pilihan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang terbaik di daerah berkenaan dan juga di negeri berkenaan supaya satu hari nanti akan wujud sekolah berasrama penuh di kawasan Parlimen saya. Saya juga berharap kementerian menjawab kerana baru-baru ini berlaku masalah banjir di Sekolah Kebangsaan Kenayat, di Sekolah Kenering juga banjir. Saya juga minta supaya kerajaan menyegerakan projek pembinaan padang di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah. Saya juga ingin mendapat penjelasan kenapa dewan-dewan di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah 2, Grik, dan Sekolah Menengah Dato’ Ahmad lewat daripada jadual sepatutnya. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga soal belia, Tuanku juga...
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Saya ingin menutup Tuan Yang di- Pertua berkenaan dengan belia...
Saya sudah beritahu Yang Berhormat, kalau tiap-tiap orang satu minit lebih Yang Berhormat, satu orang tidak boleh bercakap.
Bagi pihak rakyat di Parlimen Lenggong, dengan ini ingin Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya menyokong titah tersebut. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuanku, patik juga turut menjunjung kasih ke atas ucapan Tuanku Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Parlimen penggal terakhir kedua belas ini. Sebagai Ahli Parlimen dari Kedah, patik amat berbangga dengan pelantikan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda untuk kali kedua bersemayam bagi memerintah negara tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua, pada 14 Mac 2012, Ahli Parlimen Libaran mengemukakan soalan kepada Menteri Luar Negeri yang berbunyi, “Meminta Menteri Luar Negeri menyatakan sumbangan-sumbangan yang telah diusahakan selama ini oleh kerajaan Malaysia terhadap negara Palestin”. Soalan yang amat straight forward. Teks ucapan dan jawapan Menteri ada di tangan saya, semuanya ada 12 perenggan. Cuma, saya hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada lima perenggan sahaja. Perenggan keempat jawapannya berbunyi, “Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel”. Di perenggan kelima, “Malaysia menyokong sepenuhnya segala usaha yang dijalinkan oleh masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel. Ini termasuk komitmen Malaysia dalam penyelesaian dua negara atau two state solutions.” Di perenggan kelapan, Menteri menjawab, “Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan. Dengan hubungan itu, Malaysia telah menggesa supaya semua pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan saksama berdasarkan kepada roadmap yang diusahakan oleh Kuartet Damai Timur Tengah, Inisiatif Damai Arab dan resolusi-resolusi majlis PBB yang berkaitan”. Tuan Yang di-Pertua, di perenggan kesepuluh, Menteri telah menunjukkan dirinya yang sebenar. Dia mempunyai sangkaan jahat dan telah mengelirukan Dewan yang mulia ini. Saya baca perenggan kesepuluh ini. “Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kenyataan sensasi Ketua Pembangkang dalam Wall Street Journal pada 26 Januari 2012 di mana beliau menegaskan, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” dengan izin.” Menteri berhenti dekat situ dan kemudian dia sambung, “Kenyataan tersebut secara jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.” Menteri seterusnya menyatakan, “Kenyataan tersebut juga secara terang-terang menunjukkan bahawa beliau merestui perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin”. Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dan dilaporkan oleh Asian Wall Street Journal, saya baca, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel. A step which he said, remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinians”. Saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu, Tuan Yang di-Pertua. ”Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel. Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.” Tuan Yang di-Pertua, yang tidak dibaca oleh Menteri adalah dari ayat remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinias. Kata kunci di sini ialah, “contingent”. Saya merujuk kepada kamus Oxford Dictionary, 7th Edition, 1994 mengenai apa maksud “contingent”. Spellingnya, “C-O-N-T-I-N-G-E-N-T”, maksud “contingent” mengikut Oxford Dictionary 7th Edition ialah – “condition, conditional dependent or that may or may not occur.” Dengan Bahasa Melayunya, “...dengan syarat, tertakluk, boleh berlaku, boleh tidak berlaku.” Tuan Yang di-Pertua, pendirian Ketua Pembangkang adalah menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin. Saya quote apa kata dia. “If Israel withdraws to the 1967 borders, then we will establish a peace in stages. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people what Hamas founder Sheikh Ahmed Yassin called a
long-term truce if Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then, we are ready to recognise them”.
Tuan Yang di-Pertua, ini juga sama pandangan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir yang telah menulis surat pada 21 Disember 1993 kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. Apa kata Mantan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu? Saya quote “Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah”. Saya ambil surat ini, atau petikan surat ini daripada Bernama. Bukan saya ambil ataupun reka-reka daripada blog. Dalam tulisan tangan, Mantan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir juga menyebut “Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel”. Saya ulang “saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel”. Pada 14 Mac 1997, Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir sekali lagi menulis surat kepada Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan saya quote apa kata dia, “Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana Tuan belum mematuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan Tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap”. Satu lagi surat yang telah ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir pada 8 Jun 1999 kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Saya quote “Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel”. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kenyataan Menteri Luar pada 14 Mac yang lalu yang dengan jelas menyatakan komitmen Malaysia terhadap penyelesaian dua negara atau two state solution ini terjelma setelah melihat betapa saban hari keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.
Satu minit lagi, Yang Berhormat.
Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh dari isi rumah hanya makan sehari sekali dan 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan. Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti pendirian kerajaan hari ini terhadap konflik Palestin – Israel yang mahukan penyelesaian, setelah melihat pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang juga mahukan penyelesaian dan setelah melihat pandangan dan harapan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga mahukan penyelesaian, selari dengan hasrat rakyat Palestin. Jadi apa masalahnya? Apa masalahnya yang kononnya Ketua Pembangkang mahu jalinkan hubungan dengan Israel dan mahu berikan protection kepada Israel. Masalahnya ialah kerana ia disebut oleh Ketua Pembangkang yang namanya Anwar bin Ibrahim. Sebab itu...
Yang Berhormat, masa, Yang Berhormat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya harap kerajaan berlapang dada...
Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani, minta laluan.
...Dan lihatlah. Membaca segala apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang sepenuhnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Payah juga hendak pilih. Tiga orang, ya... [Ketawa] Bagi Yang Berhormat Araulah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Menjunjung Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Tengku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas pada 12 Mac 2012 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana rakan-rakan lain, kita menyedari bahawa dalam keadaan sekarang, dunia menghadapi satu keadaan ataupun cuaca yang tidak menentu iaitu berlaku global warming yang boleh dikatakan menjadi perkara ataupun agenda penting pada setiap persidangan-persidangan yang berkaitan di seluruh dunia. Jadi apa yang ingin saya bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa berlaku pada tahun 2007 hingga 2008 iaitu krisis makanan, instability of food prices iaitu dengan izin satu keadaan yang menyebabkan harga makanan menjadi tidak menentu. Pengeluaran makanan menjadi terhad akibat cuaca dan juga keadaan-keadaan geophysical yang berlaku di pelbagai negara. Jadi menyedari hakikat ini, walaupun kerajaan telah melancarkan cabaran food security ataupun bekalan makanan negara menerusi beberapa dasar termasuk dalam dasar artistik dan juga MBE ataupun Model Ekonomi Baru. Kita berpendapat bahawa usaha yang lebih menyeluruh terutamanya perlindungan dari segi aspek-aspek keselamatan dan juga keseriusan pihak kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa perkara-perkara ini kita perlu beri penekanan disebabkan beberapa keadaan yang wujud untuk kita melihat dari segi kesan ataupun coverage dengan izin dari segi jangka masa panjang. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, usaha dalam skala yang lebih besar adalah amat diperlukan kerana bila kita lihat sekarang pengecilan saiz kawasan pertanian akibat berlaku pembangunan sama ada terancang ataupun tidak terancang, bandar dan di luar bandar telah menyebabkan kawasan-kawasan pertanian berada dalam keadaan saiz yang kecil dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan bahawa makanan yang ada di dalam negara terpaksa berkurangan dan kita seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Lenggong tadi iaitu food import bill kita telah meningkat lebih daripada RM26 bilion pada setiap tahun. Justeru, menyedari hakikat ini bahawa trend-trend pembangunan kawasan pertanian sedia ada dan termasuk penerokaan kawasan baru perlu dipergiatkan. Pada hari juga kita – adakah pihak kementerian membuat persediaan yang begitu rapi iaitu untuk melihat dari segi kemampuan kerajaan dari segi kemampuan kewangan dan termasuk juga penglibatan sektor-sektor swasta yang begitu serius untuk terlibat dalam industri makanan. Apakah komitmen yang dapat diberikan oleh pihak kementerian? Komitmen bukan sahaja dari segi urus tadbir global baru dalam bidang pertanian ini tetapi kita mahu melihat accessibility dan juga stability yang perlu dikekalkan oleh pihak kementerian iaitu merupakan di antara asas terutamanya dalam pengurusan tanah, kerjasama yang erat di antara semua Persatuan Peladang, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan-pertubuhan Peladang Kawasan bagi memastikan bahawa pengeluaran makanan berada dalam tahap yang begitu membimbangkan. Kita bimbang pada tahun 2012 ini, ada ramalan-ramalan cuaca misalnya yang tidak menentu dan kemungkinan akan berlaku perkara-perkara yang boleh menyebabkan pada masa berkenaan negara hanya meletakkan kebergantungan kepada negara luar seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 2008. Kita terpaksa membuat pembelian beras dengan harga yang cukup mahal dengan Kerajaan Thailand ketika itu kerana kita kekurangan beras di dalam negara. Kita juga tidak boleh bergantung kepada just in time stock. Stok yang hanya sedia ada dalam shopping complex, stok-stok makanan yang ada dalam urusan transaksi perniagaan kerana ini semua berada dalam keadaan yang bersifat sementara. Jadi apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan termasuk penglibatan pihak swasta yang harus digembleng bersama dalam memastikan bahawa untuk kita membuat satu innovative financing dengan izin supaya kita dapat seimbangkan pengeluaran makanan dan juga penghasilan komoditi negara. Di antara dua perkara.
Satu boleh menjanakan kemampuan kewangan negara dan satu lagi adalah untuk keperluan makanan seharian.
Saya beralih kepada perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membangun kita tidak dapat lari daripada melihat bahawa kita harus menyimpan sejarah ataupun heritage bagi tatapan generasi akan datang. Ini adalah satu perkara yang penting kerana kecenderungan kita sekarang dalam sektor pembangunan misalnya kita melihat banyak perkara yang bangunan-bangunan ataupun hasil artifak lama yang kurang pun dipelihara dan kurang diberi perhatian. Begitu juga kita lihat perkara-perkara ini menjadi sebahagian daripada cadangan, usul, ucapan dan pandangan bahawa perkara-perkara sejarah ini perlu dipertahankan bagi menjadi tatapan generasi muda bahawa berlaku satu nation state, satu negara bangsa yang mereka harus memikirkan bahawa begini wujudnya negara, begini sejarah dan begini tamadunnya. Perkara-perkara ini saya cadangkan di peringkat awalnya misalnya, di rancangan televisyen yang dimiliki oleh kerajaan RTM misalnya mereka boleh mengadakan satu siri klasik yang memaparkan cerita-cerita sejarah lama walaupun nampak di peringkat awal tidak bersifat komersial tetapi kalau bukan bangsawan seperti mana yang – ini kita lihat pernah dibuat di TV-TV Barat sekarang mereka ada satu siri klasik TV hitam putih yang memaparkan sejarah perjuangan. Misalnya kita melihat sejarah perjuangan Tunisia, bagaimana Allahyarham Ali Al-Fonte dibunuh dengan begitu kejam dibom dalam bangunan yang dibuat oleh tentera Perancis pada masa itu. Jadi apabila generasi akan datang melihat sejarah mereka sekurang-kurangnya sedari bahawa asal-usul mereka dan mereka akan memiliki jati diri yang kukuh dan sudah tentu keterlibatan mereka dalam perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka hilang pertimbangan diri mereka akan dapat dikawal oleh kerajaan. Ini merupakan di antara langkah-langkah awal selain daripada langkah-langkah susulan yang akan difikirkan oleh kerajaan secara berpanjangan bagi kita menjuruskan perkara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat keseimbangan di antara pembangunan bandar dan luar bandar. Kita dalam hal ini bandar dan luar bandar sekarang walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan termasuklah dalam beberapa program transformasi yang telah dibuat dan juga program pembangunan koridor dan wilayah, tetapi dalam keadaan sekarang kita lihat dari segi geografinya saya rasa mungkin di Sabah dan Sarawak ketidakseimbangan. Akan tetapi di Semenanjung misalnya juga berlaku ketidakseimbangan walaupun sekarang ini kita lihat ada sedikit perubahan positif. Jadi langkah-langkah yang lebih giat supaya kita lihat di peringkat wilayah dalam menarik modal asing, memastikan bahawa modal asing dapat – penubuhan kilang-kilang dan juga industri yang membolehkan pekerja-pekerja di peringkat luar bandar akan dapat pekerjaan dan meningkatkan pendapatan sosioekonomi mereka. Kemudian saya ingin menarik perhatian tentang penggunaan FID. Kita lihat pelabuhan kita sekarang Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan sebagainya, kenaikan pengendalian kargo adalah begitu pesat hampir setiap hari. Kita lihat di sini berlaku kekurangan pendapatan ataupun cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan akibat kita tidak menggunakan teknologi yang lebih elok, yang lebih padu supaya kita pastikan bahawa semua urusan pengendalian kargo di pelabuhan yang saya maksudkan tadi mendapat perhatian yang sepenuhnya, supaya kita dapat membuat kawalan iaitu kontena yang keluar masuk menerusi kapal-kapal yang berlabuh di dalam negara. Sebab itu Kementerian Pengangkutan harus bertegas dalam perkara ini. Saya ingin juga meminta penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan berhubung dengan pencapaian yang kita capai hasil daripada pelancaran AES iaitu Automated Enforcement System yang telah dibuat setakat ini dan bagaimana kejayaan dicapai. Apakah syarikat yang telah ditawarkan untuk mengendalikan AES ini dapat menjalankan fungsi dan peranan mereka dengan lebih berkesan. Ini kerana kita hendak lihat sekarang perkara-perkara ini supaya ianya bukan sahaja dari segi enforcement dan begitu juga...
Yang Berhormat satu minit.
...Kepada rakyat supaya mendapat pembelaan yang - seminit terima kasih saya akan patuh arahan Tuan Yang di-Pertua. Kemudian untuk perhatian MATRADE. Bagaimana kita untuk terlibat secara langsung dengan pembangunan Sungai Mekong. Kalau kita lihat Sungai Mekong sekarang dari segi ekonomi mereka telah lakukan lonjakan hasil daripada dasar terbuka yang telah
dibuat oleh kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam pembangunan Lembah Mekong ini. Apakah peranan Malaysia bagi kita terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bukan setakat ASEAN Charter dan sebagainya tetapi kemampuan kita untuk kita menjadi sekurang-kurangnya bukan sahaja terlibat menjadi tulang belakang utama dalam pembangunan Mekong Development. Ini kerana kita lihat untuk kita mencapai satu rantaian ekonomi yang lebih kukuh, pelaburan yang lebih berkekalan, kita harus menjalinkan kerjasama dan melihat pasaran-pasaran baru yang lebih berdaya saing supaya kita tidak ketinggalan. Kita juga harus menjadi pemain utama bukan sahaja dalam pembangunan Lembah Mekong termasuk juga kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN. Terima kasih. Satu lagi yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya minta bajet yang masukkan kepada sekolah-sekolah SRJK(C) supaya terus dimasukkan ke dalam akaun PIBG yang dikawal selia oleh kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bagi itu Yang Berhormat, untuk mengadili semua bercakap ini, saya ada giliran dekat sini. Tadi kita lihat Yang Berhormat daripada DAP - Ipoh Timur, selepas itu Sungai Petani - PKR. Selepas itu saya kena jemput daripada PAS Yang Berhormat supaya giliran itu, lepas-lepas ini balik baru pergi DAP. Jadi...
BEBAS tidak ada?...
Yang Berhormat Shah Alam. Ada Yang Berhormat ada. Saya sebut yang ini Yang Berhormat dengar cakap saya. I am very precise in the..., dengan cakap saya Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak libatkan diri dalam perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong dengan pada mulanya memberikan respons sedikitlah kepada beberapa ucapan daripada Ahli Parlimen ataupun Yang Berhormat Barisan Nasional khususnya yang melibatkan negeri Selangor di antaranya Yang Berhormat Kinabatangan telah mengeluarkan tuduhan bahawa kontrak angkat sampah yang telah berlaku di MBSA telah dilakukan dengan cara yang tidak telus dan mengamalkan kronisme dan sebagainya. Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Kinabatangan, semua kontrak itu telah diserahkan melalui proses tender yang terbuka dan dengan izin the result speak for itself iaitu natijah yang telah tercapai pihak MBSA telah dapat mencapai penjimatan sebanyak RM15 juta setahun hasil daripada pemberhentian kontrak Alam Flora dan pemberian kontrak melalui tender-tender yang terbuka. Ini merupakan catu pencapaian yang boleh dibanggakan dan insya-Allah selepas kontraktor-kontraktor yang baru ini mendapat sedikit masa untuk menstabilkan operasi mereka kita akan dapat melihat perkhidmatan yang semakin baik. Begitu juga dalam soal isu pasir, telah ditimbulkan bermacam-macam-macam tuduhan adanya penyelewengan dan sebagainya tetapi sekali lagi saya rasa natijah itu adalah bukti dengan sendirinya akan kebaikan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor di mana pendapatan daripada royalti pasir pada zaman Barisan Nasional adalah hanya sebanyak RM4 juta setahun tetapi di bawah Pakatan Rakyat tahun lepas kerajaan telah menerima royalti sebanyak RM16 juta dan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Semesta Sdn. Bhd. telah mencatat keuntungan sebanyak RM26 juta. RM16juta campur dengan RM26 juta bermakna RM42 juta berbanding dengan hanya RM4 juta yang telah tercapai semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional. Ini adalah bukti tidak payahlah hendak buat tuduhan-tuduhan dan sebagainya. Ini mungkin adalah sebahagian daripada keadaan yang begitu mendesak bagi Barisan Nasional kerana mereka tidak mempunyai satu isu untuk hendak menyerang Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Maka kita melihat keadaan yang begitu desperate cuba menjualkan konsep bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang reda dan sokong pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Ini merupakan satu tuduhan yang amat melulu dan ianya akan ditolak oleh rakyat jelata. Kalau dalam bahasa Inggeris dengan izin, it’s an overkilled. Barisan Nasional ini dia masih tidak pandai-pandai lagilah belajar daripada pengalaman lama. Don’t over do it, it is
an overkilled bila kita membuat satu dakwaan yang langsung tidak boleh diterima akal ianya akan backfire. Begitu juga dengan soal hendak tubuhkan PSC untuk Lynas, kita semua tahu bahawa ianya merupakan satu strategi untuk melengah-lengahkan masa yang mana bila berlakunya pilihan raya dalam keadaan PSC ini masih menjalankan tugasnya pihak Barisan Nasional akan mengatakan isu Lynas ini bukan satu isu, kita sedang tanganinya. Maka biarlah rakyat jelata dapat lihat kita hendak buat sesuatu sedangkan kilang Lynas itu telah pun mendapat TOL. Inilah sebabnya kita tidak mahu bersubahat dengan strategi yang sebegitu rupa.
Yang Berhormat, kena berhenti Yang Berhormat ada enam minit lagi petang nanti.
Okey, baik-baik. Boleh saya teruskan tiga minit sahaja Tuan Yang di-Pertua, sebab saya kena meninggalkan Dewan oleh kerana saya kena pergi. Tiga minit sahaja. Saya hendak tegaskan dalam soal isu keselamatan indeks keselamatan. Saya ucap tahniahlah kerana dapat indeks yang nampaknya baik tetapi ini tidak menafikan seperti mana Yang Berhormat Rembau tiap-tiap hari ada kanak-kanak yang kena curi. Lalu saya pun tidak fahamlah apa yang dimasukkan di dalam indeks dan apa yang berlaku di dalam dunia yang nyata. Kes Nurin, kes Sharlini dan lain-lain yang terbaru iaitu Nurul Nadirah ataupun Dirang yang mana dijumpai sudah dibunuh dan dibakar dan apa yang pihak berkuasa mampu buat ialah tangkap ayah, bapa kandung Dirang untuk di hantar balik ke Filipina. Itu sahaja yang mampu dilakukan. Ini amat menyedihkan seolah-olah tidak ada perikemanusiaan. Begitu juga dengan kes penculikan di Shah Alam Seksyen 8, Nazatul Fardhiana telah dijumpai di Bangkok dua bulan selepas itu yang mana dia dapat lepaskan diri daripada orang-orang yang menculiknya, kena tangkap, balik dipukul, selepas itu dia lepaskan diri. Sekali lagi kena tangkap, sekali lagi dipukul sekali lagi. Selepas itu berjaya melepaskan diri dan bertemu dengan polis di Bangkok dan alhamdulillah sekarang ini sedang berada di Shah Alam. Akan tetapi malangnya hari kita terima berita dia pulang ke Shah Alam, hari itu juga kita dapat berita tentang kes Siti Nor Fatihah iaitu seorang gadis 15 tahun di Kuantan diculik pada 3 petang di kawasan kedai, ya. Inilah indeks keselamatan yang ada di negara Malaysia yang amat malang walaupun kita mungkin kita boleh hantarlah potongan laporan pihak yang membuat kajian itu kepada ibu bapa mereka-mereka yang telah diculik, yang telah hilang dan sebagainya. Masa ada dua minit lagi Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat.
Dakwaan Datuk Ramli Yusof. Minta 1.03 minit saya berhenti.
Sebenarnya Yang Berhormat peringkat ini saya tidak ada kuasa sambung sebenarnya.
Seminit sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya minta tolong sebab saya kena tinggal saya kena pergi ke Kota Bharu. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua boleh benarkan lanjutan tiga minit.
Yang Berhormat tiga minit itu untuk 5.30 petang Yang Berhormat.
Ya?
15 minit itu pukul 5.30 petang sekarang tidak boleh.
Ya. okey, okey. Saya hendak cakap fasal MAS. Hendak minta supaya CCF ini ditamatkan kerana ianya merugikan MAS dan kakitangannya dan juga dengan itu merugikan negara. Apa yang berlaku MAS hendak distrukturkan kembali syarikat jarak jauh dan syarikat jarak dekat dan kakitangan MAS diminta semua letak jawatan dan selepas itu memohon bekerja balik dengan syarikat baru. Ia tanpa jaminan bahawa ianya mereka akan diterima. Begitu juga anak-anak syarikat MAS ini iaitu MAS Aero Engineering, MAS Pilot Training Academy, MAS Ground Services, MAS
KARGO semuanya akan diagih-agihkan di kalangan pihak-pihak yang berkepentingan. Ketidakadilan penstrukturan kembali MAS iaitu kes MAS Pilot Training Academy. MAS mempunyai sembilan flight simulator, AirAsia dan CAE hanya tiga. Akan tetapi bila dicantumkan balik MAS hanya dapat 10% sedangkan mereka ada sembilan dan AirAsia dan CEA hanya ada tiga tetapi macam mana MAS dapat hanya 10%. Ini tidak adil. Lalu CCF ini mesti dihentikan dan apa yang usaha untuk memecahkan MAS ini perlu dihentikan dan MAS perlu diselamatkan. Kita pada suatu ketika dahulu begitu bangga dengan adanya Syarikat Malaysia Airline System yang mana telah membawa bendera negara kita dengan begitu megah dan saya harap bahawa pihak kementerian akan mengambil kira perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat tidak sambung lagi petang ini Yang Berhormat.
Saya tidak ada petang ini.
Baik Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan jemput Yang Berhormat Limbanglah Yang Berhormat tengah hari ini... [Ketawa] Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, ada pakai cermin matakah Tuan Yang di-Pertua?
Ya, baik duduk Yang Berhormat. Habislah Yang Berhormat masa.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak ada kuasa untuk sambung pada waktu jam 1 Yang Berhormat. Yang saya ada kuasa jam 5.30 petang 15 minit. Duduk petang itu biarlah Tuan Yang di-Pertua yang petang nanti akan memutuskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh buat giliran supaya kita tahu bila akan bercakap.
[Ketawa] Baik Yang Berhormat terima kasih. Duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat persidangan Dewan pada sesi pagi ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk turut serta membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Permaisuri Agong di Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang Parlimen Ke-12 ini. Kita berdoa agar Duli Tuanku berdua akan senantiasa dirahmati Allah dalam memayungi negara Malaysia yang tercinta ini. Duli Tuanku Seri Paduka Baginda telah bertitah menyentuh berbagai perkara dan masalah demi untuk memastikan rakyat Negara Malaysia yang tercinta ini akan terus hidup bersatu padu, bekerjasama di antara semua kaum dan agama dengan kerajaan supaya negara ini terus maju, aman dan harmoni. Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dan sedang melaksanakan berbagai transformasi untuk menuju kerajaan ke arah itu. Kita selaku rakyat yang berlangitkan dan berpijak di bumi
Malaysia ini, semuanya mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk bersama-sama menjayakan transformasi ini di mana manfaatnya dan hasilnya juga akan dinikmati dan dirasai oleh rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berpuas hati di bawah program-program transformasi ini, banyak perubahan dan pembangunan dalam kawasan Parlimen Limbang telah dan sedang berlaku. Pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan, raya, bekalan air, bekalan elektrik di luar bandar rancak dilaksanakan. Program-program untuk membantu menaik taraf ekonomi khususnya bantuan pertanian, bantuan pembangunan ladang-ladang sawit dan getah sedang rancak berlaku di Parlimen Limbang. Premis-premis perniagaan banyak diadakan oleh pihak swasta dan agensi kerajaan seperti MARA. Tuan Yang di-Pertua, ungkapan seperti baru semalam merdeka sudah tidak benar lagi di kawasan saya. Banyak lagi sedang dalam perancangan, insya-Allah akan dilaksanakan, dengan izin, dalam Second Rolling Plan dan seterusnya disambung dalam Third Rolling plan yang akan bermula dalam tahun 2013 nanti. Bagi kami rakyat Malaysia di Limbang, kami dahagakan semua ini dan akan mendukung dan menyokong Kerajaan Barisan Nasional ini untuk kesinambungan program transformasi pembangunan di Parlimen Limbang. Tuan Yang di-Pertua, kami di Parlimen Limbang ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas segala bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang layak dan memerlukan seperti Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan sebanyak RM100, bantuan baucar buku untuk penuntut- penuntut IPTA, subsidi-subsidi penyeragaman harga barangan keperluan di luar bandar, sara hidup nelayan dan banyak lagi. Semuanya ini sungguh dan amat bermakna kepada rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, namun kita sedar kerja membangun, memajukan negara, menyediakan segalanya dan kerja-kerja membela rakyat ini tiada titik noktahnya. Selagi ada langit dan bumi, malam dan siang, bulan dan matahari, rakyat makin bertambah. Semakin banyak mulut hendak disuap makan, semakin banyak rumah untuk diterangi. Air sungai semakin banyak tercemar dan banyak air terawat yang diperlukan. Penempatan semakin luas, banyak jalan raya diperlukan. Selagi itulah keperluan rakyat itu akan cuba dipenuhi dengan tadbir urus yang sistematik, berinovasi, cekap, amanah dan jujur. Itulah usaha yang sedang kita lihat, yang sedang dibuat oleh kerajaan pada hari ini. Kekurangan dan kelemahan akan, sedang dan cuba diperbaiki. Walaupun pada masa yang sama, perkara-perkara negatif akan dan sedang menyaingi segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini. Semua tanggungjawab, usaha dan kerja-kerja ini tidak akan berhenti dan mesti dibuat sehinggalah tiba masanya apabila bumi ini digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya serta bumi mengeluarkan segala isinya dan manusia akan bertanya, apa sudah terjadi pada bumi kita ini. Gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dipusar berterbangan. Begitulah hendaknya hakikat selagi nafas masih keluar masuk, kerja mentadbir negara dan rakyat ini akan diteruskan dengan cabaran- cabaran semasanya. Kehendak dan keperluan akan tetap dikumandangkan tidak mengira bila. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya beralih kepada keperluan dan kerja-kerja yang diperlukan di kawasan Parlimen Limbang. Pertamanya ialah tentang jalan raya. Saya meminta agar kerajaan membina dan menaik taraf jalan Persekutuan daripada Tedungan bersempadan dengan negara jiran Brunei hinggalah ke Merapuk di sempadan Sabah dan terus ke Sipitang dinaiktarafkan kepada dual carriageway. Dengan siapnya jambatan di Sungai Pandaruan nanti, influks mobiliti dari selatan Sarawak dan dari negara jiran Brunei akan melonjak. Jalan ini adalah jalan utama penyambung kedua negeri Sarawak dan Sabah. Saya menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya baru- baru ini untuk menaik taraf jalan dari Sipitang hinggalah ke Limbang. Keduanya, saya minta juga kepada kerajaan untuk menaik taraf jalan daripada Kampung Liang Datu, Kampung Meruyu dan Rumah Sing yang disambung terus daripada Jalan Kuala Mendalam iaitu Projek Jiwa Murni yang telah pun siap. Saya mengambil kesempatan juga untuk memohon kepada kerajaan untuk memastikan kontraktor yang membina Projek Jiwa Murni ini akan senantiasa menyelenggarakan jalan Projek Jiwa Murni tersebut selama tiga tahun. Saya juga meminta agar kerajaan akan terus membina dan menaik taraf jalan daripada Bawang Obor-Medamit yang sedang dibina terus ke Mentawai.
Saya juga meminta agar kerajaan akan membina dan menaik taraf Jalan Ipai-Pendam yang bersempadan dengan negara jiran. Saya meminta agar kerajaan akan meneruskan pembinaan jalan Meritam, Telahak, Bong Abai, Pangkalan Raja, fasa ke-3. Kami di Limbang tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pembinaan jalan fasa 1 dan 2 yang sedang dilaksanakan walaupun terlewat jadual sedikit. Keduanya ialah tentang bekalan air. Projek bekalan air pada masa ini sedang rancak dijalankan dan diharapkan akan terus dilaksanakan ke sekolah menengah kerajaan Nanga Medamit dan kawasan Ulu Medamit. Saya memohon kepada kerajaan untuk memasukkan kos penyambungan, dengan izin, communication pipe daripada main pipe ke rumah, dimasukkan di dalam kos projek. Kosnya nanti akan dibayar secara ansuran melalui bil bulanan. Pada masa ini banyak paip air sudah menjalar di luar bandar tetapi penyambungan ke rumah-rumah adalah sangat berkurangan kerana rakyat di luar bandar tidak mampu untuk menyambung kerana kosnya antara RM900 hingga RM 1,600. Mereka hanya melihat paip air bersih ini melintasi di hadapan rumah mereka, matlamat dan objektif asal tidak akan tercapai untuk membekalkan air terawat kepada luar bandar.
Ketiga ialah tentang kesihatan, seperti di dalam persidangan sebelum ini, saya meminta kerajaan membina klinik kesihatan Kampung Long Napir di kawasan pergunungan luar pedalaman Limbang, Klinik Kesihatan 1Malaysia di Nanga Medamit dan juga klinik pakar asas yang masih saya pohon untuk Pekan Limbang. Dari segi pendidikan pula, saya ingin menyentuh iaitu tentang SK Tanjung. Saya memohon kepada kerajaan agar membina SK Tanjung yang baru dengan kadar segera kerana hakisan tebing semakin dekat dengan sekolah yang ada sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa isu, pertama sekali ialah tentang Kedai 1Malaysia, saya difahamkan di Limbang pada masa ini ia akan dikendalikan oleh Koperasi dan saya juga difahamkan bahawa distributornya akan ditempatkan di Miri dan mereka akan menghantarnya ke Limbang. Persoalan saya ialah bagaimana, sebagaimana yang kami alami di Limbang. Pengalaman kami, bahawa apa-apa juga yang melibatkan transportation ini melalui negara jiran, kos yang akan sampai ke Limbang tetap akan tinggi. Jadi saya minta kepada kerajaan apa-apa pun caranya untuk memastikan Kedai 1Malaysia di Limbang ini akan sama seperti di tempat yang lain, harga yang sama dan bagaimana cara untuk mengatasi hal transportation apa ini. Saya berharap pihak FELDA akan melihat perkara ini. Kedua ialah saya ingin menyentuh tentang pengangkutan, pada masa ini di Jalan Nanga Medamit, Limbang dan juga bersambung dengan jalan persekutuan yang menuju ke Brunei, banyak lori-lori batu dan balak yang lebih muatan, yang menambahkan lagi kerosakan jalan yang ada. Jadi pada masa ini, pihak kerajaan khususnya JPJ hanya menggunakan mobile weighbridge, dengan izin. Jadi saya memohon kepada kerajaan untuk menempatkan weighbridge yang permanent di sepanjang Jalan Madamit supaya masalah ini, pemantauan tentang lebih muatan ini akan dapat dikendalikan setiap hari sebab kos untuk memperbaiki jalan adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan hanya membina sebuah weighbridge. Satu lagi ialah tentang penguatkuasaan LPKP Sarawak, saya selaku Pengerusi LPKP Sarawak, saya memohon kepada kerajaan untuk menambahkan jumlah pegawai dari pelbagai bidang scale untuk menambahkan pegawai penguat kuasa untuk menguatkuasakan dan untuk memastikan penguatkuasaan efisien dan berkesan di Negeri Sarawak. Satu perkara lagi yang saya hendak bangkitkan ialah tentang judi siber. Judi siber berleluasa di Limbang, pekan kecil, saya difahamkan pada masa ini mempunyai 16 buah, bermula pada hujung tahun lepas sehinggalah pada hari ini. Jadi saya meminta, memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membantu agensi-agensi penguat kuasa di Limbang untuk membanteras untuk menghapuskan gejala ini daripada semakin menular. Saya sudah mendapatkan banyak aduan dan rungutan daripada rakyat mengenai masalah ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin bertanya juga kepada kerajaan, bilakah agaknya kolej komuniti akan dilaksanakan di Limbang sebagaimana yang telah dijanjikan dan apakah kerajaan juga akan menimbang untuk menubuhkan bomba air untuk menangani kebakaran kampung di sepanjang sungai sebagaimana yang dipersetujui secara prinsipal oleh kementerian. Juga persoalan saya apakah permohonan saya pada tempoh hari kepada Kementerian Wanita iaitu untuk membina PDK baru di Limbang kerana yang sedia ada pada masa ini sudah terlalu sempit dan terhad. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk mengakhiri ucapan saya, saya mendoakan agar kerajaan pada hari ini akan terus mentadbirkan negara ini demi untuk kesinambungan transformasi memajukan, membela rakyat dan membangunkan negara Malaysia, sekian saya menjunjung Titah Duli Tuanku. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama dalam membahaskan Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan kita menjunjung kasih titah Tuanku yang antaranya menekankan perihal pentingnya pendidikan, pelajaran dan masa hadapan belia serta generasi yang akan datang. Bagi maksud itu Tuan Yang di-Pertua, Konsensus BEBAS mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Penilaian Pembangunan Strategi dan Hala Tuju Pendidikan Negara dengan pendekatan Dialog Pendidikan Kebangsaan dengan dua fasa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 15 Mac 2012. Cuma bagi maksud penambahbaikan jawatankuasa tersebut, Konsensus BEBAS Tuan Yang di-Pertua, mencadangkan supaya jawatankuasa tersebut ditambah baik dengan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa yang credible untuk merangka pelan strategi masa depan pendidikan negara yang melihat daripada kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk melahirkan marketable student. Namun Konsensus BEBAS berpendapat bahawa tidak cukup melahirkan marketable student tanpa diperlengkap dengan jati diri, kefahaman spiritual, agama, moral dan akhlak supaya bersesuaian dengan Dasar Modal Pembangunan Insan yang telah dilancarkan. Daripada senarai jawatankuasa yang disebutkan seramai tujuh orang, kami berpendapat bahawa nama-nama seperti - kita menghormati pelantikan Tan Sri Profesor Zulkifli Razak dan Datuk Rahim Selamat sebagai tokoh-tokoh pendidikan. Akan tetapi kita tidak nampak rasional pelantikan orang seperti Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi SC sekarang, Tan Sri Azman Mokhtar, Tan Sri Tony Fernandes, Tan Sri Jeffery Cheah yang pada kami mereka ini tidaklah menepati ciri-ciri untuk diletakkan dalam jawatankuasa untuk menentukan hala tuju pendidikan negara. Malahan rakan saya Yang Berhormat Wangsa Maju menyebut dalam Dewan yang mulia ini di antara nama-nama yang disebutkan tadi, yang juga diletakkan dalam jawatankuasa ini adalah mereka yang terlibat dalam beberapa isu sensitif termasuk deal MAS - AirAsia dan lain-lain. Malahan rakan saya Yang Berhormat Wangsa Maju sehingga menyebut mereka ini adalah penyangak negara, sampai keluar perkataan pengkhianat negara daripada beliau. Jadi kami tidak nampak rasional pelantikan penama-penama tersebut dan kami mencadangkan supaya tokoh-tokoh lain menggantikan penama yang saya sebutkan tadi. Antara nama-nama yang dicadangkan ialah Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Kamal Hassan, Tan Sri Harussani Zakaria, Tan Sri Khoo Kay Kim, Datuk Dr. Sidek Baba, Profesor Dr. Othman Muhammaddy, Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi dan lain-lain tokoh-tokoh pendidikan negara. Kami mencadangkan supaya diadakan juga Kongres Pendidikan Nasional merangkumkan semua tokoh-tokoh pendidikan dan lain-lain untuk membincangkan rumusan yang dicapai oleh jawatankuasa tersebut. Ini kerana kami khuatir tokoh-tokoh yang dinamakan seperti Tan Sri Zarinah Anwar, Tan Sri Azman Mokhtar, Tan Sri Tony Fernandes, Jeffery Cheah; mereka ini adalah golongan yang dikenal pasti berfahaman agak liberal. Kita tidak mahu kerana kita khuatir dengan penularan fahaman liberal dan pluralisme serta agama baru hak asasi manusia dan kebebasan tanpa batasan menular dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana kita tengok baru-baru ini beberapa
fakta yang didedahkan seperti meningkatnya amalan ataupun fahaman gay di kalangan pelajar kita sehingga jumlah yang diberikan ialah 30%, kita tidak mahu amalan seperti seks bebas, LBGT dan lain-lain menular ke sistem pendidikan negara.
Saya tidak tuduh bahawa mereka ini pembawa fahaman tersebut. Akan tetapi kita tidak nampak rasional mereka ini hendak dilantik ke jawatankuasa yang akan menentukan hala tuju masa depan pendidikan negara kerana kami di Konsensus BEBAS sangat khuatir dengan penularan fahaman liberalisme, pluralisme dan lain-lain. Contoh yang saya boleh bawa Tuan Yang di-Pertua, penyebaran fahaman baru ini, contoh buku bertajuk ‘Kahwin Campur’ antara Muslim dan non Muslim. Buku ini keluaran daripada Middle Eastern Graduate Center, sebuah badan pemikir serpihan daripada Institut Kajian Dasar di mana Yang Berhormat Permatang Pauh adalah pemegang amanahnya. Ianya ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation - Stiftung sekarang ini yang jelas daripada buku ini. Kita tidak ada masalah Tuan Yang di-Pertua, NGO-NGO membantu parti-parti politik dan lain-lain tetapi Konrad Adenauer ini mempunyai satu agenda, mempunyai satu matlamat yang jelas yang disebut di dalam website nya sendiri. Jadi kita tidak mahu ada unsur-unsur luar yang cuba mempengaruhi pendidikan negara tambah lagi pelajar-pelajar kita dengan fahaman baru. Contohnya dalam buku ini, saya agak terkejut bila hujah dikemukakan oleh Middle Eastern Graduate Centre ini, pecahan daripada IKD di mana Yang Berhormat Permatang Pauh adalah pemegang amanahnya, cuba mentafsir semula perkataan Islam. Cuba mentafsir semula agama Islam untuk menghalalkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki non Muslim. Contoh, saya baca di rumusannya muka surat 47, dirasionalkan pendapat tersebut dengan menyatakan bahawa perkahwinan dengan ahli kitab dibenarkan. Di sini ahli kitab disebut dalam pengertian yang luas meliputi semua penganut agama yang mempunyai kitab suci. Disebut di sini di perenggan empat, “...mempertimbangkan erti Islam sebagai penyerahan diri kepada Tuhan dan Muslim ialah orang yang menyerah diri kepada Tuhan...”. Apa yang cuba disampaikan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah perkataan Islam itu diperluaskan kepada sesiapa juga, agama mana juga yang ada Tuhan dan orang menyembahnya itu dianggap Islam dalam konteks maksud yang luas. Dalam konteks itu, dihalalkan perkahwinan wanita Islam dengan non Muslim. Jadi ini adalah satu fahaman yang sangat berbahaya kerana cuba mentafsir semula agama dalam konteks perjuangan mereka liberalisme dan pluralisme. Saya khuatir dengan penularan ini kerana kita lihat bukan satu atau dua bahan tetapi saya bawa di sini. Contoh satu lagi buku yang ditaja oleh Konrad Adenauer, Islam dan Pluralisme yang cuba membawa satu gagasan baru, fahaman Islam yang bebas bahawa semua agama sama, Tuhan sama, menuju Tuhan yang sama, tidak ada agama yang boleh menyatakan ia lebih tinggi daripada orang lain. Kita tengok contoh buku tulisan seorang, sekarang dah jadi aktivis pembangkang, Dr. Abdul Aziz Bari yang mencetuskan isu berkenaan dengan Sultan Selangor baru-baru ini. Dia menulis sebuah buku, dia mengaku sebagai pejuang Islam tetapi bukunya juga ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation. Kita tengok buku “Hukuman Barat juga Islam”, juga tulisan badan yang sama, ditaja juga oleh Konrad Adenauer. Kita nampak seolah-olah ada satu gerakan yang halus cuba menyusup masuk ke dalam negara ini untuk mengubah, cuba mengubah aliran pemikiran rakyat termasuk umat Islam terutamanya generasi muda yang mana Tuanku telah menitahkan supaya mereka ini dijaga. Yang kita khuatir, saya dah sebut banyak kali di dalam Dewan ini tentang penularan fahaman pluralisme yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam ucapannya di London School of Economics pada 18 Mac. Dia menyebut jelas yang kemudiannya telah dikupas oleh ramai tokoh-tokoh, ramai ulama membawanya dalam wacana, simposium, seminar dan lain-lain. Fahaman pluralisme menyamakan semua agama. Saya cuma hendak petik satu sahaja, kenyataan daripada Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Dr. Harussani Zakaria yang mengupas tentang buku tersebut dan kenyataan tersebut. Ini yang disebut, saya cuma hendak quote sahaja kenyataan yang agak keras menyatakan, “Itulah masalahnya, Anwar (Yang Berhormat Permatang Pauh) tidak pernah menzahirkannya sebelum ini, sekarang baru dia zahirkan fahaman pluralisme ini. Kalau dulu dia kata, dulu lagi saya dah kata dia murtad.”
Tuan Yang di-Pertua, cuba bayang, ini Mufti negeri Perak yang telah membaca kenyataan ucapan di London School of Economics tersebut dan buat kenyataan macam ini. Kalau dulu lagi Anwar kata macam ini dia kata, dulu lagi saya dah kata dia murtad. Orang yang kata semua agama adalah sama adalah murtad. Jadi ini adalah satu fahaman yang sangat berbahaya yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan gagasan yang didukung oleh badan-badan asing seperti Konrad Adenauer dan lain-lain. Kita tidak ada masalah dengan NGO luar, siapa sahaja yang hendak membantu. Akan tetapi kita kena hati-hati kerana mereka ini punya agenda masing-masing. Kita tengoklah sendiri Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri masa terlibat dengan Pakatan, saya tidak nafikan memang Konrad Adenauer ada datang buat latihan ditaja beberapa program. Saya pernah pergi ke luar negara pun. Dihantar belajar macam mana buat demonstrasi, diajar macam mana nak hadapi pilihanraya, saya belajar semua itu. Jadi masalahnya penularan fahaman, fikrah, ini yang berbahaya. Kalau Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita tengok slogan baru PKR bila hendak pergi ke PRU-13 ini, mereka memakai slogan ‘Demi Rakyat’, saya tidak ada masalah yang itu. Akan tetapi cuba tengok lambang yang dipakai, lambang tangan banyak, lambang yang sama dengan badan-badan NGO luar yang membawa gagasan pemikiran bebas liberal dan lain-lain. Contohnya macam ini, siapa-siapa tengok lambang ini pun tahu, ini adalah lambang seks bebas di Israel... [Menunjukkan lambang dengan tangan] Ini adalah lambang Amnesty International, ini adalah lambang mereka yang bergerak dengan agama baru, kebebasan mutlak dan fahaman tanpa batasan. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak punya masa yang banyak. Cuma saya hendak sentuh bahayanya perkara ini sudah menular. Contohnya di dalam badan NGO yang dibiayai oleh kerajaan, IAIS yang mana mereka ini akan mengadakan, bercadang mengadakan satu seminar fahaman pluralisme di Kuala Lumpur pada bulan Mei nanti. Saya minta supaya kerajaan memerhati badan-badan seperti ini kerana ini ditaja oleh kerajaan. Kita juga lihat contohnya seperti Open Society, bawa sebuah badan NGO kepunyaan atau yang dikuasai oleh George Soros, penyangak mata wang yang cuba menjahanamkan negara kita. Dia bantu secara open sekarang ini, contohnya dalam kempen mengadakan perhimpunan haram 9 Julai, Open Society bantu. Maurice, pengarahnya datang ke sini, saya pernah jumpa Maurice, kita tahu agendanya, agendanya hendak menjahanamkan kita menggunakan mereka ini, menggunakan wakil-wakil mereka yang ada di sini. Jadi saya khuatir sebab saya pernah tengok perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak tutup di sini. Saya teringat di sekitar bulan September atau Oktober 2004 selepas Permatang Pauh dibebaskan daripada hukuman penjara. Saya bersama dengan Yang Berhormat Permatang Pauh di Munich, ceritanya hendak pergi bedah tulang belakang. Saya tengok sendiri bagaimana Paul Wolfowitz masa itu Setiausaha Pertahanan Amerika, Menteri Pertahanan Amerika, all the way datang dengan private jet ke Munich, ke Arabella Hotel. Saya duduk dalam bilik masa itu. Saya tengok sendiri, masa itu saya tidak faham tetapi saya tengok kemesraan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan Paul masa itu, saya tanya dia, ”Rapat betul you dengan dia”’. ”Kita kira adik-beradik”, katanya. Masa itu saya tidak faham, bila kita tengok balik ke belakang sekarang ini baru kita perasan ada agenda yang halus sedang berjalan dalam negara kita ini. Jadi saya harap perkara ini akan di...
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, boleh minta sedikit?
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Sedikit sahaja. Hendak tanya sedikit sahaja, boleh?
Sekejap sahaja.
Okey. Saya begitu tertarik dengan apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Jadi selama ini pakatan pembangkang menuduh Kerajaan Barisan Nasional bekerjasama dengan Yahudi tetapi apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu itu tadi daripada dia dalam Pakatan Rakyat sampailah pada hari ini, nampaknya sudah terbalik. Dia
bekerjasama dengan cara yang lebih halus lagi, yang orang ramai tidak ketahui. Betul tidak, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu?
Macam makhluk halus kah?
Saya setuju. Saya tahu, memang kita ada kerjasama, cuma kita tidak perasan dahulu ada agenda besar. Kita tidak perasan, cuma sekarang seperti kata Tan Sri Harussani tadi, beliau sebut jelas, “Itulah masalahnya. Anwar dahulu tidak menzahirkan...” Tan Sri Harussani Tuan Yang di-Pertua, penyokong kuat Yang Berhormat Permatang Pauh, macam saya dahululah dan dia kata sendiri itulah masalahnya. Dia kata Anwar ini tidak pernah menzahirkan sebelum ini, orang tidak tahu, tidak nampak. Sekarang baru dia zahirkan. Jadi ini bahayanya Yang Berhormat Permatang Pauh ini Tuan Yang di-Pertua, sehingga Yang Berhormat Marang pun jadi confuse. Boleh dengan Yahudi tetapi dengan Zionis tidak boleh. Itu bukan isunya. Isunya ialah Yang Berhormat Permatang Pauh buat kenyataan hendak mempertahankan keselamatan Israel. Saya hendak tanya Yang Berhormat Marang, dia iktiraf Israel sebagai Yahudi atau dia iktiraf Israel sebagai Zionis? Kalau dia iktiraf sebagai Israel, tidak usahlah memekak dengan FELDA atau FELCRA apa ini konon berdagang dengan Israel. Akan tetapi kalau dia iktiraf Israel sebagai Zionis, dia kena tegur Yang Berhormat Permatang Pauh, sebab Majlis Syura PAS, parti Yang Berhormat Marang sendiri, beri kata dua, bukan bagi nasihat tetapi bagi amaran kata dua iaitu tarik balik atau saman. Dua-dua dia tidak buat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta dalam tempoh yang terdekat ini supaya satu, kerajaan menukar dan merombak balik Jawatankuasa Penilaian Hala Tuju Pendidikan Negara ini iaitu janganlah masukkan tokoh-tokoh liberal ini tetapi masukanlah tokoh-tokoh yang ada kewibawaan dalam hendak menentukan hala tuju pendidikan negara. Kedua, supaya kerajaan menyiasat badan seperti IAIS, badan seperti Konrad Adenauer, badan seperti Open Society dan lain-lain yang nampak gaya daripada apa yang kita sebut, bukti- bukti dokumen yang kita ada, jelas membuktikan... [membaca Surah Al-Baqarah:120] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat, memang tidak sempat panggil semua. Kita akan berhenti 4.30 petang untuk usul 18(1). Selepas itu 5.30 petang habis. Siapa yang berpeluang itu terima kasih, dan yang tidak berpeluang itu jangan sakit hati. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Janganlah sakit hati. Terima kasih kerana memberikan saya ruang dalam membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Patik juga mengucapkan tahniah kepada Tuanku bagi lantikan Agong kali yang kedua dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima bagi Parlimen Ke-12 ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Tuanku ada menyebut mengenai ekonomi Malaysia yang telah mencapai dan berkembang sebanyak 5.1% bagi keseluruhan tahun 2011. Saya membayangkan unjuran ekonomi pada tahun ini pastinya berkembang pesat antara sekitar 5.2% hingga 5.6% yang pastinya disokong perbelanjaan sektor awam dan swasta yang akan membantu pertumbuhan tersebut walaupun persekitaran luar yang amat mencabar. Dalam laporan Bank Negara, ekonomi Malaysia dijangka terus pesat yang mana penggunaan sektor swasta meningkat sebanyak 7.1% disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan, manakala penggunaan awam berkembang sebanyak 23.6% berikutan perbelanjaan ke atas emolumen serta bekalan dan perkhidmatan yang lebih tinggi. Saya percaya Kerajaan Pusat sentiasa berusaha terus memastikan pembangunan ekonomi pesat membangun serta berusaha mencipta dan menjana peluang pelaburan dan pekerjaan menerusi Dasar Transformasi Negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin ianya juga akan membawa Sabah menjadi sebahagian antara negeri maju di Malaysia. Mengapa saya berkata demikian? Pertamanya, Sabah adalah sebuah negeri yang aman dan stabil di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Hubungan etnik yang baik adalah kekuatan kepada Malaysia untuk terus pesat membangun, hidup rukun dan bersedia bersama menghadapi cabaran. Nilai permuafakatan, keharmonian, integrasi dan perpaduan yang jelas dari rundingan dahulu hingga kini memaparkan ketinggian nilai kompromi dan pengorbanan berpusatkan kepada kejujuran dalam kalangan rakyat terutama di negeri Sabah demi mempertahankan perlembagaan dan Rukun Negara. Kalau dilihat sekarang ini, Gagasan 1Malaysia adalah kesinambungan gagasan kepimpinan lalu dan hari ini ianya diperkukuhkan lagi oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak yang bersedia untuk menjana transformasi seiring dengan posisi sebagai pelengkap kepada Wawasan 2020 dan gagasan lain yang pernah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Atas semua faktor itu, kestabilan keselamatan terpelihara di Sabah khususnya, cukup harmonis. Cuma, mungkin ada pihak- pihak lain terutama pembangkang yang datang ke kawasan Sabah terutama di kawasan saya, cuba mengadu domba ke arah itu dan inilah juga masalah yang timbul sedikit. Tuan Yang di-Pertua, Sabah akan maju kerana mempunyai nilai-nilai keselamatan, keyakinan yang tinggi atau comfort confident dengan izin seperti mana yang saya sebutkan dalam perkara pertama awal tadi. Maka setiap pelaksanaan dan tanggungjawab dapat berjalan dengan baik berikutan adanya faktor-faktor kestabilan dan aman. Ini akan mewujudkan pengurusan yang cekap dan sistematik. Di Sabah, di mana kerajaan negeri Barisan Nasional di bawah kepimpinan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman, menggariskan tiga tumpuan hala tujunya. Pertama, tumpuan di Pantai Barat. Tumpuan di Pantai Barat adalah lebih ke arah perindustrian dan perkhidmatan. Sebagi contohnya, kita mempunyai Terminal Gas dan Minyak Sabah (SOGT) di Kimanis. Jadi kepakaran-kepakaran dan modal insan dalam bidang ini amat diperlukan ramai kerana permintaan dan keperluannya tinggi. Hari ini pun di bawah Kerajaan Barisan Nasional, kita sudah mewujudkan Universiti Malaysia Sabah dalam ke arah ini dan juga banyak kolej-kolej yang telah diadakan. Malahan, kewujudan SOGT telah membuka ruang dan peluang pekerjaan yang begitu banyak. Ia bukan setakat industri itu sahaja tetapi di persekitaran Kimanis sudah tentu melimpah ruah semua peluang yang ada...
Yang Berhormat.
Sedikit kah banyak?
Jual belilah 30 saat.
Sila.
Terima kasih. Yang Berhormat, saya cuma mahu tanya, Parti STAR yang diketuai oleh Dato’ Dr. Jeffrey Kitingan, kawan lama Yang Berhormat Permatang Pauh, menjanjikan 70% royalti minyak untuk negeri Sabah berbanding 20% yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Saya hendak tahu, apakah Yang Berhormat merasakan pembangkang akan menyokong 70% royalti yang akan diberikan oleh STAR kepada negeri Sabah, dan kalau mereka bersetuju, boleh tak mereka beritahu dalam Dewan yang mulia ini bahawa mereka bersetuju? Ini kerana, tanpa persetujuan daripada Pakatan Rakyat, STAR tidak akan dapat 70% dan kalau diberi 70%, sudah tentu Selangor, Johor, Pahang, negeri-negeri yang tidak mengeluarkan minyak ini tidak ada duit.
Saya sebut tadi inilah masalahnya. Pembangkang menjanjikan yang tidak masuk akal keseluruhannya. Kalau kita lihat di Sabah walaupun kita menikmati 20% tetapi pembangunan, nanti saya sebut, pembangunan dari dahulu hingga hari ini mungkin melebihi daripada jumlah keseluruhannya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan, Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang bernilai RM4 bilion yang dijangka siap pada tahun 2015 juga bakal menjadi satu tanda mercu kepada pembangunan ekonomi di Sabah. Bahagian tengah pendalaman, di sini banyak ditumpukan kepada aktiviti industri pelancongan dan juga kraf tangan. Kalau kita lihat dalam industri pelancongan di Sabah, ia adalah satu sektor membangun dengan pesat dan berpotensi besar untuk dimajukan lagi. Menjadi salah satu sumber perolehan
utama pertukaran mata wang asing sudah tentu di samping membanyakkan peluang pekerjaan kepada negeri Sabah. Jumlah kehadiran pelancong contohnya meningkat dari tahun ke tahun iaitu pada tahun 2004 kedatangan seramai 1.7 juta orang. Pada tahun 2004 seramai 1.82 juta orang dan tahun 2005 ke tahun 2007, sorry seramai 2.7 juta dan pada akhir Disember 2011 seramai 3.4 juta orang. Ini semua keadaan berdasarkan keamanan dan keyakinan terhadap kerajaan ataupun pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Di Sabah kerajaan negeri juga turut membelanjakan lebih kurang RM10 juta setiap tahun untuk mengambil bahagian. Dalam pelbagai acara seperti pameran serta pembabitan dalam acara-acara berhubung promosi perdagangan berkaitan dengan pelancongan. Saya percaya menerusi industri pelancongan Sabah akan dikenali ramai di peringkat dunia serta menjadi destinasi yang terkemuka. Jadi saya berharap Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan membantu kami. Industri pelancongan perlu memperakui bahawa aspek latihan adalah penting untuk membaiki lagi standard perkhidmatan dalam usaha mencapai produktiviti yang amat tinggi. Di samping itu bagi keperluan kraf tangan tradisi etnik Sabah juga dilihat sebagai kegiatan utama ekonomi luar bandar. Kraf tangan tradisi diberikan penekanan sebagai projek penting membangun ekonomi luar bandar. Berdasarkan potensi komersial yang ada pada produk berkenaan untuk memasuki pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Saya melihat produk kraf tangan Sabah ini mempunyai kualiti yang tinggi dan saya syorkan penggunaan label mungkin khasnya pada produk buatan Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kita telah pun mempunyai pusat utama pengeluaran kraf tangan dikenali sebagai Kampung Kraf Tangan menerusi daya usaha Yayasan Sabah. Sebagai pusat memulihara kraf tangan etnik negeri Sabah yang dilengkapi dengan kemudahan penyelidikan dokumentasi di Keningau. Pusat ini juga dijadikan ruang pameran produk kraf tangan etnik Sabah dan demonstrasi pembuatan kraf tangan. Bagi memperkenalkan lagi pelbagai produk kraf tangan yang dihasilkan oleh etnik dari negeri Sabah. Pada masa ini terdapat lebih kurang 2,500 usahawan kraf tangan yang didaftarkan di seluruh Sabah. Saya yakin mereka akan menikmati pulangan ekonomi lebih baik terutama apabila pelbagai projek SDC digerakkan kelak. Di samping itu juga jajaran jalan raya yang menghubungkan antara Kota Kinabalu menerusi Kimanis ke Keningau. Baru-baru ini diumumkan oleh Menteri Kerja raya menaik taraf dua hala daripada Tamparuli sampai ke Ranau. Ini juga menjadi satu sumber kepada kedatangan pelancong. Tuan Yang di-Pertua, pantai timur Sabah melibatkan kawasan saya dan juga Tuan Yang di-Pertua. Kawasan ini banyak ditumpukan soal industri perladangan, perikanan, pertanian dan juga pelancongan potensi yang cukup pesat dan semakin menjadi tumpuan utama. Sebagai contohnya di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, cukup kawasan yang luas menyediakan kawasan ladang kelapa sawit yang cukup dikenali. Malahan di Lahad Datu dan juga Sandakan dilaksanakan kelompok industri kelapa sawit atau POIC. Ini meliputi pelabuhan kemudahan infrastruktur, pusat simpanan industri hiliran sawit, biojisim dan kilang memproses baja. Kalau kita lihat pembangunan POIC ini ia bertujuan meningkatkan kemajuan industri hiliran sawit. Jadi ia akan menarik minat pelabur tempatan dan luar negara dan seterusnya merangsang pembangunan ekonomi setempat. Jadi ini membuktikan...
Habiskan Yang Berhormat.
Ada masa lagi?
Habis Yang Berhormat.
Boleh sedikit lagi? Ya saya teruskan. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana banyak membangun kawasan di Sabah termasuk kawasan saya. Seperti elektrik di luar bandar kalau di kawasan saya lebih kurang 95% sudah kampung-kampungnya dijana dengan elektrik. Akan tetapi saya mohon kepada Kementerian Luar Bandar supaya memasukkan juga kawasan beberapa buah kampung. Antaranya Pemaguan dan juga saya lupalah kampung-kampung yang lainnya, nanti saya tulis surat kepada kementerian, sorry. Begitu juga jalan-jalan kampung rasanya lebih kurang 60% tetapi saya memohon kepada Kementerian Luar Bandar supaya menaik taraf jalan daripada Sungai Batang terus ke Lalasan, daripada SPS III sampai ke Semawang dan Sungai Tiram sampai ke Batu 32. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya juga seperti mana Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain turut ingin mengambil bahagian membahaskan Titah Ucapan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Dengan tumpuan saya adalah kepada aspek yang telah disentuh oleh Tuanku yang menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan orang muda, golongan belia. Apabila kita sebut orang muda dan golongan belia bagi saya aspek utama yang perlu diberikan tumpuan kepada hal yang berkaitan dengan orang muda ini adalah hal yang berkaitan dengan pendidikan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan, sedarkah Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan bahawa kita sudah pun berada di bulan April sekarang ini. Akan tetapi masih terdapat sekolah-sekolah untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, yang tidak cukup bekalan gurunya. Masih ada contohnya sekolah dalam kawasan yang saya duduk Sekolah Menengah Seri Putera yang guru terpaksa mengajar sehingga 30 waktu dalam satu minggu, 30 jam dalam satu minggu. Maklumat terkini yang saya dapat baru saya check sebentar tadi sekarang ini setelah diagih-agihkan guru yang ada itu sudah turun kepada 27 jam hingga ke 28 jam satu minggu. Ini bagi saya adalah merupakan bebanan yang cukup berat bagi golongan guru. Ditambah pula lagi mengakibatkan opsyen-opsyen yang dikuasai oleh guru-guru berkenaan itu tidak dapat dihayati sepenuhnya. Guru seni mengajar sejarah, guru sejarah mengajar matematik, guru matematik mengajar bahasa Melayu dan sebagainya. Akan memberikan kesan bagi saya kepada performance penyampaian guru tersebut dan juga penerimaan anak-anak murid ini nanti.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Betul saya tidak menafikan, tahniah juga perlu diucap di atas penubuhan Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan berbagai-bagai usaha yang telah dibuat. Akan tetapi kekurangan guru di sekolah ini bagi saya adalah merupakan satu isu yang kritikal dan perlu ditangani dengan segera. Walaupun kita mungkin boleh berbangga dengan keputusan SPM baru-baru ini dikatakan terbaik performancenya dalam tempoh 5 tahun hingga 10 tahun tetapi bagi saya kita tidak boleh menilai performance itu hanya dengan melihat jumlah berapa ramai yang mendapat 10A, 11A ataupun 12A. Itu isu pertama yang ingin saya bangkitkan. Keduanya, adalah saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun jawapan ringkas telah diberikan baru-baru ini ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Marang tentang penubuhan Institusi Wasatiyyah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya hadir dalam Majlis Global Movement of Moderate (GMM) yang saya turut dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam perhimpunannya baru-baru ini. Di dalam majlis itulah telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang penubuhan Institusi Wasatiyyah ini di bawah JPM. Saya ingin tahu sehingga ke hari ini kita masih belum dapat melihat dan mendengar apakah yang hendak ditubuhkan ataupun apakah bentuk institusi ini dan apakah fungsinya. Bagaimana pula nanti, adakah ia akan overlap dengan GMM yang sebentar tadi saya baru sahaja habis majlis jemputan menghadiri ucapan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di mana sekali lagi GMM ini telah disebut beberapa kali oleh Pengerusi GMM dan sebagainya. Saya ingin tahu bagaimanakah peranan GMM ini nanti dan juga peranan Institusi Wasatiyyah ini di campur pula dengan satu kerusi khas yang akan diletakan di Universiti Malaya untuk menguar-uarkan dan juga memperkembangkan kefahaman wasatiyyah dalam aspek-aspek yang telah disentuh oleh kerajaan melalui ucapan-ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua ialah pernah dicadangkan di dalam Dewan ini, pernah saya sebut kepada beberapa orang pimpinan negara. Pernah saya sebut kepada Yang Berhormat Padang Rengas selaku Menteri yang menjaga urusan hal ehwal Parlimen ini tentang keperluan sekarang ini untuk kita segera mewujudkan Kokus Parlimen dalam isu Palestin. Ketika rombongan Ahli-ahli Parlimen melawat Parlimen kita satu ketika dahulu, saya dijemput oleh Tuan Yang di-Pertua untuk menterjemahkan rombongan tersebut ketika mengadakan lawatan di bilik speaker.
Salah satu perkara yang telah dipersetujui di dalam pertemuan itu yang saya sebut, yang Ahli-ahli Parlimen daripada Palestin sebut yang dipersetujui juga oleh Tuan Yang di-Pertua adalah iaitu penubuhan Kokus Ahli-ahli Parlimen Malaysia ini bagi isu-isu Palestin. Ini kerana saya rasa daripada banyak kita bercakap tentang hal-hal yang kontroversi, daripada banyak kita berdebat dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu Palestin, isu Yahudi dan sebagainya, lebih baik kita sebagai Ahli Parlimen ini pergi melangkah kepada perkara yang bersifat konkrit, yang bersifat praktikal, yang saya rasa boleh kita berikan satu sumbangan yang lebih bermakna kepada isu Palestin ini kerana isu ini tidak akan habis. Bagi kita orang Islam ia adalah isu yang berkaitan dengan akidah. Sumbangan rakyat Malaysia amat dihargai. Sumbangan rakyat Malaysia ini kali terakhir saya mengadakan pertemuan, saya dijemput di Kuwait lebih kurang sebulan lepas dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin, Al-Ustaz Ismail Haniyeh di Kuwait baru-baru ini. Beliau menegaskan sekali lagi tentang sumbangan yang telah diberikan oleh Malaysia, kerajaannya, NGOnya parti politiknya, individunya, organisasinya, memang amat dihargai. Cuma bagi saya kita tambah satu lagi setelah saya rasa dalam konteks Malaysia ini kita tidak dapat nafikan berbagai-bagai organisasi sedang bergerak dan mengusahakan apa sahaja sumbangan dalam bentuk yang boleh kita sampaikan. Penubuhan beberapa buah institusi yang menggabung both side of the House. Pimpinan-pimpinan daripada sebelah sana ataupun sebelah sini. Contohnya baru-baru ini kita sudah pun menerima pengesahan pendaftaran Yayasan Al-Quds cawangan Malaysia. Yayasan Al-Quds sini, ibu pejabatnya adalah di Beirut. Kita baru sahaja diberikan pengesahan Yayasan Al-Quds itu yang dipengerusikan majlis amanahnya oleh Yang Berhormat Jerlun dan saya menjadi pengerusi majlis pengurusan yayasan ini yang akan kita usahakan sebagai sedikit sumbangan kita rakyat Malaysia tanpa mengira agama, keturunan apatah lagi parti politik untuk kita turut memberi sumbangan kepada isu yang cukup besar maknanya bagi politik ataupun dalam konteks agamanya. Ia juga ada kaitan dengan agama. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan sebab daripada pihak kerajaan, apa pendirian kerajaan sebab saya lihat belum ada semacam satu kenyataan yang jelas tentang apa yang sedang berlaku di Syria. Apa peranan kita dalam OIC? Negara-negara Teluk sudah pun mengeluarkan kedutaannya daripada kedutaan mereka, daripada Dimashq. Kita baru sahaja beberapa hari lepas mendengar saranan daripada pihak kedutaan kita di Dimashq di Damascus minta supaya rakyat Malaysia jangan lagi ke Damascus, ke sana ataupun rakyat Malaysia yang ada beberapa ratus orang yang berdaftar dengan kedutaan kita diminta untuk menjaga keselamatan mereka dan sebagainya. Kalaulah negara-negara Teluk seperti Qatar, Kuwait, Emirate dan sebagainya sudah pun mengeluarkan kedutaan mereka daripada Dimashq dan keadaan sekarang ini semakin kritikal, bagaimana kedudukan rakyat kita yang saya rasa maklumat yang saya perolehlah, rakyat kita lebih kurang 400 orang di sana, studentnya dan sebagainya. Akan tetapi yang berdaftar dengan kedutaan itu jumlahnya tidak seramai itu. Apakah yang hendak kita buat kepada mereka ini? Itu satu. Keduanya, apakah pendirian kita atau apakah pendirian kerajaan terhadap apa yang sedang berlaku di Homs, Hama di Dimashq itu sendiri, di Daraa dan sebagainya, pembunuhan yang berlaku secara terang oleh rejim yang ada sekarang ini terhadap rakyat yang tidak berdosa, ditembak, dibom, dibedil dan sebagainya. Kenapa sampai hari ini kita masih belum ada satu pendirian yang rasmi, yang kalau perlu keras, keras dan sebagainya. Apa yang ada sekarang ini baru tindakan daripada rakyat. Kelmarin hari Jumaat minggu lepas, ada satu demonstrasi aman yang diadakan di hadapan Kedutaan Syria di Kuala Lumpur yang menggabungkan NGO-NGO yang menyatakan protes rakyat Malaysia, suara rakyat Malaysia kepada apa yang sedang berlaku Damascus ataupun di Dimashq ataupun di Syria secara keseluruhan. Apa peranan kita dalam OIC? Saya kebetulan baru juga balik daripada Timur Tengah mengenai satu persidangan. Ramai yang bertanya di manakah Malaysia dalam konteks pendiriannya yang dahulu satu ketika dahulu Malaysia cukup menjuarai kedudukan kita. Ketika kita mempengerusikan OIC, kita banyak menjuarai isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia, yang melibatkan pencerobohan terhadap kedaulatan sebuah negara ataupun sebagainya. Akan tetapi akhir-akhir ini dalam hal yang berkaitan dengan perkembangan di Timur Tengah itu seolah-olah kelihatannya Malaysia tidak punya pendirian yang jelas terhadap
isu-isu yang berkenaan khasnya isu Syria. Saya minta penjelasan nanti khasnya daripada Yang Berhormat Menteri Luar tentang peranan Malaysia dalam menangani isu tersebut. Banyak telah disentuh dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja ini Tuan Yang di- Pertua tentang MAS, AirAsia dan sebagainya. Saya rasa kita semua dalam Dewan ini selalu terbang. Kalau kita pergi atas urusan rasmi, sudah tentulah tiket yang diberikan kepada kita tiket MAS. Kita bangga. Walaupun saya sudah mula semacam hendak mempertikaikan. Banyak kita tengok iklan dalam majalah dan sebagainya, sudah berapa tahun berulang-ulang kita menerima Best Cabin Award. Siapa yang bagi? Atas dasar apa yang dia bagi? Bolehkah kita dapat mengekalkan Best Cabin Award ini untuk masa akan datang? Dari segi services yang diberikan oleh kakitangan MAS, pramugarinya, pramugaranya, kaptennya. Bagi saya sesuatu yang tidak dapat kita nafikan kalau kita naik, kita akan rasa kita dihargai. Sebagai orang Malaysia apatah lagi kalau mereka kenali pula kita itu sebagai Ahli Parlimen, mereka tengok selalu gambar kita dalam surat khabar dan sebagainya. Mereka menghormati kita.
Bukanlah minta dihormati ataupun sebagainya tetapi daripada segi services yang diberikan oleh kakitangan MAS itu sesuatu yang perlu kita hargai tetapi services yang terdapat dalam perkhidmatan, kita travel dari KL-London, naik direct flight dari KL-London yang memakan masa 13 jam setengah kalau kita bandingan dengan perkhidmatan penerbangan yang lain, kita ambillah syarikat penerbangan. Betul mungkin perbandingan ini tidak tepat kerana mereka punya banyak duit. Kalau kita bandingkan perkhidmatan yang terdapat dalam MAS dengan perkhidmatan yang terdapat dalam Emirates, jauh bandingannya daripada segi services, facilities yang disediakan kepada kita. Bayangkan kami baru pergi ke London bersama dengan Timbalan Yang di-Pertua pun naik MAS Business Class tetapi seatnya tak boleh recline. Selama 13 jam kena duduk tegak, naik Business Class. Bayangkan mereka yang duduk di ekonomi. Services itu sedang melanda syarikat penerbangan yang kita sama-sama berbangga dengan ianya satu ketika dahulu tetapi hari ini punya isu yang cukup banyak. Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada menteri, apa justifikasi penamatan perkhidmatan kepada route yang saya lihat penting, yang saya tahu route ini popular, yang saya tahu routes yang dibatalkan perkhidmatannya ini route yang banyak langganan daripada pelanggannya. Perjalanan KL-Bandung contohnya, KL-Surabaya, KL-Dubai. Yang Dubai ini yang saya paling tak faham. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita naik Emirates sekarang ini, kalau tak silap saya, mereka ada tiga penerbangan sehari. Dubai-KL- Melbourne, Dubai-KL-ada satu lagi tempat. Kalau kita naik Qatar Airways, Doha-KL- Pattaya. Naiklah first class kah, naiklah business class kah, apatah lagi economy classnya sentiasa penuh. Bila sentiasa penuh, saya ingin tahu kenapakah route yang sebegini penting dibatalkan perkhidmatannya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya adalah tadi saya tertarik mendengar ucapan Setiausaha PBB, Ban Ki-moon di Wisma Putra lama dulu itu. Saya sebenarnya nak bertanya dan saya lemparkan soalan itu kepada Dewan ini. Setakat ini di United Nations hanya ada tiga rakyat Malaysia yang menduduki kerusi yang cukup tinggilah. Assistant Secretary General, kita ada Profesor Jomo dalam bidang ekonomi, kita ada Jenny Chua dalam bidang peace keeping dan kita ada Dr. Mazlan dalam bidang space. Apa program kita Tuan Yang di-Pertua, untuk membanyakkan rakyat Malaysia menduduki kerusi-kerusi di peringkat antarabangsa ini? Kita ada Deputy Director General IEA yang nuklear itu, rakyat Malaysia iaitu Datuk Dr. Daud. Sejauh mana kita nak sampai kepada kerusi-kerusi yang utama dalam institusi- institusi antarabangsa ini bagi menunjukkan keupayaan rakyat Malaysia memberikan service bukan hanya kepada negaranya tetapi juga kepada dunia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya. Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam ucapan
menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Oleh kerana banyak isu yang telah pun dibawa oleh semua sahabat saya Tuan Yang di-Pertua, saya akan fokuskan kepada isu-isu dalam kawasan saya terutama kepada kepentingan 36,000 pengundi dalam kawasan Parlimen Tenggara. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kelangsungan keprihatinan kerajaan dan rakyat dalam kawasan saya. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat daripada FELDA Bukit Kuantan... [Tepuk] Daripada Parlimen Paya Besar dan semua anak-anak kita, adik-adik kita yang dapat bersama pada hari ini. Saya mewakili rakyat pengundi dalam kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih, penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kelangsungan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan kemudahan dan juga pembelaan kepada rakyat yang pendapatan isi rumahnya bawah RM3,000. Pemberian BR1M, dalam kawasan Parlimen Tenggara Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang 11,000 daripada jumlah rakyat pengundi dalam kawasan saya menerima bantuan BR1M. Semua rakyat yang menerima bantuan BR1M mengucapkan terima kasih, penghargaan kepada Perdana Menteri... [Tepuk] Dan Kerajaan Barisan Nasional dan mengharapkan supaya keprihatinan ini, durian runtuh ini akan diberi dan diteruskan, tak payah tunggu ucapan bajet tiap-tiap tahun. Jadi, kita doa mudah-mudahan dan mereka juga berdoa mudah-mudahan ekonomi negara akan bertambah baik, hasil negara, hasil halal negara akan bertambah baik, maka duit ini dapat diturunkan kepada rakyat yang ada dengan lebih mewah lagi pada masa akan datang, mungkin dengan jumlah lebih daripada RM500...
Yang Berhormat Tenggara.
Dan saya...
Yang Berhormat Tenggara, boleh bagi saya mencelah sikit?
Mana?
Sini, sini, Batang Sadong. Sikit sahaja.
Jemput Yang Berhormat.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini sekejap. Pagi tadi saya dengar ada juga komen mengatakan Parlimen Batang Sadong ada menerima lima ekor lembu. Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Tenggara, tadi Yang Berhormat Tenggara ada menyentuh mengenai BR1M yang diberikan oleh kerajaan kita. Salah kah kalau Parlimen Batang Sadong meminta dari FELCRA untuk menjalankan SCRnya untuk mendermakan lembu untuk orang kawasan kita tetapi niat ini, terutama sekali ini dari parti PAS. Saya mohon maaf, saya tahu, saya hormat. Selalu saya tak menyentuh mengenai politik ini tetapi kalau hari ini, kalau perkara ini disentuh tak menyebutkan mendapatkan lima ekor lembu untuk korban, bukan untuk peribadi. Saya nak ini dijelaskan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Tenggara? Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Terap ini bercakap tak ada usul periksa ini, ini Yang Berhormat Padang Teraplah ini. Ini kerja pembangkang, Yang Berhormat dari Batang Sadong. Ini kerja pembangkang. Apa yang kita nak pedulikan dengan tafsiran yang dibuat oleh pembangkang ini... [Tepuk] Tidak pernah sama sekali menyokong apapun usaha baik yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyatnya. Samalah isu Yang Berhormat Padang Terap bangkitkan tentang Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Lenggong ini tadi. Lembu yang diberi oleh FELCRA tadi lembu korban, lembu untuk dibuat korban, bukannya untuk dimakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong dan keluarga Yang Berhormat Batang Sadong. Untuk dijadikan lembu korban yang dipulangkan balik kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Salahkah, salahkah untuk memberi yang ada, memberi yang lebih kepada rakyat yang memerlukan, salahkah?... [Dewan riuh] Menteri Besar Selangor itu bagi berapa banyak lembu kepada suku sakat yang ada daripada pembangkang ini, berapa ramai?
Bukan salah, dengki.
Bagilah lembu kepada semua. Minta National Fidlot Corporation.
Duduk, duduk. Saya tak ada bagi laluan. Duduk, duduk. Jadi Yang Berhormat Batang Sadong, jangan pedulikan. Teruskan sahaja kerja yang baik dan saya menyokong segala usaha yang dibuat oleh Pengerusi FELCRA itu. Teruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Minta NFC boleh dapat lembu!
Yang Berhormat Tanah Merah pun ada demand untuk lembu korban itu.
Duduk, duduk. Jangan cerita lebih. Duduk! Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Kenapa Yang Berhormat Tanah Merah tak dapat?
Duduk, duduk. This is not your floor, duduk. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rembau dalam ucapannya pagi tadi. Saya harap mudah-mudahan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rembau ini akan diambil berat oleh pihak kerajaan. Cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rembau ini ialah untuk menambahbaikkan lagi proses pemberian keprihatinan kerajaan kepada rakyat terutama daripada segi konsep BR1M yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara yang berkaitan dengan program Transformasi Luar Bandar ataupun RTP yang kata kerajaan merupakan pelengkap Program Transformasi menyeluruh yang berkaitan dengan negara. RTP mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelabur swasta, sediakan peluang-peluang pekerjaan, kegiatan ekonomi yang paling penting untuk meningkatkan kualiti rakyat jelata yang ada di kawasan luar bandar. Maka, dengan itu saya mohonlah kepada Kementerian KKLW ini, kepada Menteri.
Saya lihat kepada perancangan untuk negeri Johor. Yang dimasukkan ialah kawasan Pekan Nanas. Pekan Nanas Daerah Pontian dimasukkan dalam perancangan RTC pada masa akan datang bagi negeri Johor. Saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri KKLW, masukkanlah kawasan Bandar Tenggara yang mempunyai bilangan penduduk yang cukup luas dengan mendapat sokongan dari tujuh rancangan FELDA dan banyak projek-projek perumahan baru yang didirikan. Kalau Johor kita pilih Pekan Nanas dan apa salahnya ditambahkan satu lagi di kawasan Bandar Tenggara di dalam kawasan Parlimen Tenggara. Ini kerana kebetulan Lembah Bio-Tek Johor berada dalam kawasan Tenggara berhampiran dengan kawasan Bandar Tenggara yang selalu dikacau oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Dua tempat ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan infrastruktur.
[Bangun]
[Bangun]
Duduk, duduk. Yang berkaitan dengan infrastruktur dan juga kawasan pekan-pekan pusat pertumbuhan baru dalam kawasan rancangan FELDA.
Dia sebut nama saya Yang Berhormat.
Saya tidak bagi peluang. Duduk Yang Berhormat Pokok Sena. Mengganggu, kacau ganggu. Tidak habis-habis dengan perbuatan merosakkan keyakinan rakyat.
Memang rakyat tidak yakin pun! Memang rakyat tidak yakin. Rakyat tidak bersalah pun!
Ini sudah merosakkan pemikiran rakyat. Nanti saya hendak cakap putar belitkan fakta. Duduk Yang Berhormat Pokok Sena! Duduk!
Dia bercakap berbuih mulut pun saya tidak percaya.
Tidak habis-habis memutar belitkan fakta. Duduk! Duduk! Jangan buang masa.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, bagi kawasan rancangan FELDA.
Saya minta laluan.
Saya telah membangkitkan tentang soal-soal pusat...
Macam dia sudah sebut jadi saya hendak beri kepercayaan kepada dia. [Ketawa]
...Perancangan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan baru di kawasan-kawasan pekan koboi FELDA ini. Saya hendak bertanya juga dengan Yang Berhormat Menteri KKLW. RTC ini tidak bolehkah dimasukkan ke kawasan rancangan FELDA? Masukkanlah. Ambillah kawasan rancangan FELDA masukkan dalam rancangan pembangunan RTC ini. Ini kerana kalau kita hendak tunggu pelan lengkap dari FELDA Tuan Yang di- Pertua, untuk bangunkan pusat-pusat pertumbuhan baru di kawasan-kawasan pekan koboi yang ada di FELDA-FELDA ini mungkin mengambil masa. Jadi berikan peluang kesempatan RTC. Bangunkan kawasan-kawasan pekan yang perlukan pembelaan dengan segera selain daripada nikmat hidup yang telah pun diberikan kepada peneroka-peneroka yang ada di Malaysia ini. Selain daripada itu untuk FELDA, saya perhatikan Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya. Saya kasihan dengan Pengurus Besar FELDA Wilayah Johor Bahru, saudara Hanafi. Saya kasihan kerana tiap kali bila berlaku masalah dalam kawasan rancangan FELDA terutama tebing-tebing, cerun-cerun, tanah-tanah runtuh, apabila kita suarakan supaya FELDA beri pembelaan untuk kita baik pulih tanah-tanah yang runtuh dan sebagainya, kadang-kadang kata pengurus besar inilah siling peruntukan yang mereka dapat. Saya harap supaya selain daripada merencanakan pembangunan luar biasa dan hebat dengan Felda Global Ventures dan sebagainya, maka soal-soal yang berkaitan dengan kualiti hidup peneroka ini perlu juga diberikan tumpuan. Selesaikanlah segera dengan kemudahan- kemudahan infra ini supaya nikmat hidup yang berkualiti akan dapat dinikmati oleh peneroka-peneroka di kawasan rancangan FELDA terutamanya di kawasan saya di tujuh rancangan FELDA yang ada. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan - Tahniah. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dengan peruntukan RM1 bilion. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Rakyat saya sebelum dapat telah pun dan mahu merakamkan ucapan terima kasih. Saya bangkitkan sekali lagi tentang soal pembinaan SJK(T) Jalan Tajul dalam kawasan Parlimen Tenggara. Perlukan sekolah baru, tanah sudah ada. Kita perlukan peruntukan lebih kurang RM17 juta untuk bina sekolah baru di tapak tanah sedia ada. Jadi saya harap mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran masukkan SJK(T) Jalan Tajul ini dalam perancangan tabung RM1 bilion yang diperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada sekolah-sekolah Tamil untuk pembinaan sekolah baru. Selain daripada itu saya juga memohon kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran supaya SJK(C) Yu Hwa, Taman Sri Saujana, kita perlukan bangunan tambahan, 18 lagi bilik darjah. Pihak pengurusan sudah kutip RM200,000. Tolong Yang Amat Berhormat, belalah nasib pengundi-pengundi Tionghoa dalam kawasan saya dengan membina 18 buah bilik darjah untuk SJK(C) Yu Hwa di Taman Sri Saujana. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
Ini apa masalah?
Ini ikut acuan Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah.
Umur 54 tahun. Saya pun kasihan.
Apa masalah? Saya sebut tentang SJK(T). Saya sebut fasal SJK(C), apa masalah ini?
Baru tahu ada sekolah Tamil kah? Dah 50 tahun tidak tahu..., baru tahu ya?
Kita ini Barisan Nasional hendak bela semua kepentingan rakyat. Duduk Yang Berhormat.
Masa sudah habis Yang Berhormat Tenggara. Masa sudah habis!
Sebab hendak undi orang India, baru tahu?
Masa sepuluh minit sahaja. Kasihan orang lain. Orang lain kasihan juga.
Duduk Yang Berhormat, duduk! [Dewan Riuh]
Baguslah macam ini. Ikut budaya baru Pakatan Rakyat. Ikut acuan Pakatan Rakyat. Terima kasihlah.
Awak pun sama. Duduk, duduk!
Itu kena ajar. Bukan hendak menunggu masa untuk berbahas.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pokok Sena hendak jadi guru besar!
Gagasan 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua, menekankan keadilan kepada semua rakyat.
Waktu sudah habis sepuluh minit Yang Berhormat Tenggara! Sepuluh minit! Adil! Adil!
Hendak dengar saya bercakap atau tidak? Diam! Cuba senyap sedikit. Hormat sedikit. Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia menekankan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, etnik dan kaum. Begitu juga kepada masyarakat Orang Asli. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana baru-baru ini tambahkan lagi RM30 juta peruntukan untuk pembangunan masa depan masyarakat Orang Asli walaupun sebenarnya RM30 juta itu tidak cukup. Tambahkanlah lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya banyak lagi rumah PPRT dapat dibina. Supaya banyak lagi penyelenggaraan rumah-rumah PPRT dan juga peluang-peluang perniagaan seperti gerai-gerai perniagaan dapat dibangunkan terutamanya di tiga kawasan kampung Orang Asli saya iaitu Kampung Sayung Pinang, Kampung Kempas Menang dan juga Kampung Pasir Intan. Sedikit yang terakhir Tuan Yang di-Pertua. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, selagi Kementerian Pengajian Tinggi ada, selagi itulah isu ini tidak akan berhenti. Saya minta kepada Menteri Pengajian Tinggi. Ini soal tanah yang 500 ekar yang sepatutnya dibina UiTM dahulu. Sudah tidak jadi kerana kampus Wilayah Selatan UiTM telah pun dipindahkan.
Pindah ke mana?
Adalah tempat yang telah diputuskan. Sekarang ini saya minta kepada Yang Berhormat Menteri oleh kerana tanah ialah di bawah KPTG, kegunaan KPT. Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri tidak
payah tunggu lagilah UiTM ini mari ke Tenggara. Entah bila akan mari lagi. Masukkanlah mana-mana cawangan pembinaan bagi IPTA, kerajaan ke atas tanah 500 ekar ini. Ganti rugi kepada saya ke atas pengumuman Kampus Wilayah Selatan UiTM yang telah pun dipindahkan dengan meletakkan cawangan IPTA yang lain untuk menggantikan kehilangan yang telah berlaku. Selain daripada itu, saya juga minta kolej komuniti.
[Bangun]
Masa sudah tidak ada! Ini untuk kolej komuniti. Kawasan saya ini masih lagi menyewa di rumah-rumah kedai. Tolong! Tanah sudah ada. Kerajaan negeri bagi 50 ekar. Apa lagi hendak? Turunkan sahaja duit. Bina sahajalah bangunan baru supaya Kolej Komuniti Parlimen Tenggara ini akan dapat dibangunkan untuk memberikan peluang-peluang kedua kepada anak-anak muda dalam kawasan Parlimen Tenggara. Saya ucapkan terima kasih kepada Pengerusi SPNB kerana telah membantu, menolong, membina 498 unit rumah SPNB kepada 498 generasi kedua yang ada dalam kawasan saya. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak Yang Berhormat Tangga Batu dan saya harapkan mudah-mudahan pelaksanaan projek itu akan dapat dilaksanakan dengan segera. Kalau boleh, bukan boleh, pastinya sebelum pilihan raya.
Terima kasih.
Maka dengan itu Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan saya ingin menyeru kepada semua rakan-rakan. Pedulikan yang ada ini. Kita teruskan kerja kuat untuk meyakinkan kepada rakyat kerana Pilihanraya Umum Ke-13 adalah hak kita! Pilihanraya Umum Ke-13 termasuk Putrajaya adalah Barisan Nasional.
Yang Berhormat Pokok Sena, kita melawat Yang Berhormat Tenggara nanti Yang Berhormat Pokok Sena!
Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ini kali terakhir Barisan Nasional jadi kerajaan.
Yang Berhormat.
Padang Serai.
Saya bagi wanita di Barisan Nasional, kita bagi wanita dekat sini Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Yang di-Pertua, BEBAS macam mana?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga turut ingin mengambil bahagian mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin menumpu kepada beberapa perkara yang membabitkan kawasan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon supaya Menteri Pelajaran meluluskan permohonan pembinaan sekolah menengah baru di Kota Kemuning, Shah Alam. Penduduk kawasan ini ada 120,000 orang. Hanya satu sekolah sahaja dalam kawasan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning. Secara fizikalnya sekolah ini dibina untuk 1,800 orang murid tetapi kini menampung 2,500 orang murid. Kesesakan murid menyebabkan suasana yang tidak selesa kepada murid dan guru dan tidak ada sekolah menengah dalam lingkungan lima kilometer daripada sekolah menengah kebangsaan yang sedia ada sekarang. Tapak untuk sekolah ini sudah pun ada jadi saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri Pelajaran dapat meluluskan pembinaan sekolah baru ini secara fast track.
Permohonan juga telah dikemukakan oleh pihak PIBG dan persatuan penduduk melalui Pejabat Pendidikan Daerah dan sebagainya. Kedua, saya ingin bertanya mengenai satu projek naik taraf yang telah diluluskan dan bajetnya pun sudah ada tetapi telah ditunda daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi jalan ini amat teruk sekali. Selalu berlaku kemalangan dan menjadi punca banjir- banjir kilat. Saya minta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan bilakah naik taraf Jalan Bukit Kemuning dan Jalan Kebun yang akan dilaksanakan. Satu perkara yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan saya ialah mengenai Rang Undang-undang Akta Bekalan Elektrik 1990. Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kelemahan di dalam rang undang-undang ini, kita dapati bahawa projek-projek ataupun pembinaan-pembinaan premis haram mendapat bekalan-bekalan elektrik. Saya ada satu kawasan di dalam kawasan saya Johan Setia namanya. Kilang-kilang didirikan tanpa kebenaran merancang dan tanpa kelulusan pihak PBT. Perkara ini boleh berlaku bukan sahaja kilang. Apa-apa premis seperti kedai, premis perniagaan, penjaja, rumah dan sebagainya disebabkan ada kelemahan di dalam Rang Undang-undang Akta Bekalan Elektrik ini yang sebenarnya mewajibkan mereka untuk membekalkan elektrik kepada pihak-pihak yang memohon. Jadi oleh kerana adanya kelemahan ini saya minta dan sebenarnya saya telah berutus e-mel dengan pegawai-pegawai di bahagian bekalan elektrik Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan mereka mengatakan bahawa seksyen 241 Akta Bekalan Elektrik 1990 Akta 447 memperuntukkan bahawa pemegang lesen iaitu TNB perlu memberikan bekalan elektrik kepada pemunya atau pemilik mana-mana premis yang memohon. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas maksud dan kategori premis itu sendiri di bawah Akta 447 tersebut. Oleh yang demikian, tafsiran bahawa pemegang lesen wajib memberi bekalan elektrik kepada premis yang menjalankan aktiviti haram juga adalah terpakai. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua ini bermaksud bahawa sebarang premis yang memohon bekalan elektrik menjadi satu obligasi kepada TNB atau sesiapa sahaja yang memegang lesen bekalan elektrik. Oleh sebab itu, kita dapati ada satu masalah kronik mungkin di seluruh negara apabila premis-premis haram dibina tanpa kebenaran merancang oleh pihak PBT atau pihak majlis termasuklah projek-projek perumahan yang tidak mendapat kelulusan. Jadi apabila premis-premis ini didirikan ia mengambil masa dua tahun sebelum pihak PBT dapat perintah kerajaan atau perintah mahkamah untuk membolehkan mereka merobohkan premis haram ini. Jadi, apabila pihak PBT mendapati ada premis haram, kilangkah, kedaikah, rumahkah maka mereka tidak boleh terus meroboh kerana mengikut peraturan notis-notis perlu diberi sehingga secukupnya mengikut peraturan dan mungkin dalam masa dua tahun barulah ada perintah mahkamah untuk meroboh. Akan tetapi pada ketika itu pihak pemunya premis ini akan membuat rayuan-rayuan kepada pihak-pihak berkuasa termasuklah kerajaan negeri mungkin untuk membenarkan supaya berlaku pemutihan kilang-kilang mereka. Mereka juga sering merayu bahawa sekarang kilang ini sudah berfungsi, ada pekerja, begini dan begitu dan minta supaya ditangguhkan. Inilah di antara sebab kenapa satu perancangan sepatutnya mengikut pelan perancangan sesuatu kawasan PBT itu kadang-kadang terganggu dan penguatkuasaannya amat susah sekali. Begitu juga dengan premis-premis haram ataupun premis-premis lesen cyber cafe. Apabila mereka menjalankan perniagaan, mereka melakukan aktiviti haram seperti perjudian dan PBT boleh menyerbu, merampas komputer dan sebagainya tetapi dua tiga hari kemudian mereka mendapat bekalan elektrik semula. Jadi dengan itu mereka beroperasi semula. Walaupun ada sebahagian peruntukan di dalam RUU ini bahawa ada subseksyen 38(1A) dan sekiranya ada permohonan daripada pihak PBT kepada pihak polis maka polis boleh mengeluarkan arahan supaya bekalan elektrik tidak disambung semula. Soalan saya kenapa kita perlu membuat kerja yang merugikan kita. Sepatutnya kita pinda sahaja RUU bekalan elektrik ini supaya ditambahkan satu bahagian ataupun satu klausa di mana pihak pemegang lesen bekalan elektrik tidak boleh untuk membekalkan elektrik ataupun air sekiranya tidak mendapat kebenaran PBT. Dengan itu kilang, premis, kedai ataupun rumah di dalam kawasan PBT sekiranya tidak mendapat kebenaran merancang tidak boleh dibina. Kalau mereka bina pun mereka tidak boleh menjalankan aktiviti sebab tidak ada elektrik dan tidak ada air. Jadi inilah satu
perkara yang dalam jangka masa panjang sebenarnya membebankan PBT kerana penguatkuasaan kita lemah dan saya mohon Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya melihat semula kepada rang undang-undang ini. Seterusnya saya ingin menyebut sekali lagi apa yang disebut hari itu oleh Yang Berhormat Kinabatangan mengenai sampah di Selangor dan menuduh bahawa satu kontrak telah diberi kepada satu syarikat Hebat Abadi. Katanya syarikat ini syarikat kroni. Saya ingin mengatakan bahawa Hebat Abadi ialah syarikat kepada Konsortium Darul Ehsan Berhad iaitu satu syarikat 100% milik Kerajaan Negeri Selangor. Di akhir tahun 2011 kebanyakan kontraktor sudah tamat kontrak dengan pengangkutan sampah di PBT-PBT Selangor dan negeri Selangor telah membuat satu polisi baru supaya semuanya dilakukan melalui sebut harga. Jadi apabila kontraktor- kontraktor ini enggan membantu Kerajaan Negeri Selangor kerana mereka meminta supaya kontrak mereka ini dipanjangkan enam bulan sedangkan kerajaan hendak melakukan sebut harga pada bulan Mac. Mereka hendak kontrak mereka dipanjangkan hingga bulan enam. Jadi mereka enggan menerima pelawaan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyambung kerja-kerja mengangkut sampah. Jadi pada ketika itu MBSA telah meminta bantuan daripada KDEB melalui anak syarikatnya Hebat Abadi untuk menjadi kontraktor sementara sehingga bulan Mac baru-baru ini untuk mengutip sampah di kawasan MBSA. Jadi itulah antara perkara. Saya juga ingin bertanya dua perkara lagi iaitu apakah status Hospital Shah Alam sekarang kepada Menteri Kesihatan dan juga kita ingin bertanya mengenai sekolah di U10 yang sedang dibina. Apakah statusnya? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua soalan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa yang ada agak singkat saya terus kepada beberapa perkara sahaja yang ingin saya sentuh dalam ucapan saya ini.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang penyenaraian, the listing of Felda Global Ventures Holdings. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyenaraikan FGVH di bursa saham dan penyenaraian ini mungkin mendapatkan pulangan kepada peneroka. Pengerusi kumpulan FELDA telah memberi jaminan bahawa peneroka akan kekal dengan hak milik mereka selepas penyenaraian. Walau bagaimanapun, ada kekhuatiran di kalangan peneroka bahawa apabila FGVH ini disenaraikan, tanah mereka akan terdedah kepada pasaran terbuka saham kerana sesiapa pun boleh membeli saham tersebut. Turun naik pasaran saham juga akan mengakibatkan nilai tanah mereka secara langsung. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kawasan FELDA di Sabah. Kawasan FELDA di Sabah ialah seluas 250,000 ekar. FELDA telah menjanjikan kepada Kerajaan Negeri Sabah dahulu bahawa peneroka akan diberi geran tanah setelah kos pembangunan sudah habis dibayar. FELDA telah meneroka kawasan di Sabah sejak tahun 1986 iaitu kira- kira 27 tahun yang lalu. Sehingga hari ini geran tanah belum lagi dikeluarkan kepada para peneroka. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah kawasan FELDA di Sabah ini juga terlibat dalam penyenaraian? Saya minta kerajaan khasnya kepada FELDA supaya menunaikan janji untuk memberikan geran tanah kepada peneroka-peneroka seperti yang telah dijanjikan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara khusus di Sabah iaitu mengenai dengan nasib sekelompok rakyat Malaysia di Sabah yang berketurunan Sino- Kadazan ataupun Sino-Dusun. Mungkin rakan-rakan di Semenanjung tidak begitu fasih tentang perkara ini, tetapi saya ingin sentuh tentang perkara ini untuk perhatian Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, mereka ini adalah anak keturunan dari perkahwinan campuran antara kaum Kadazan atau Dusun dengan orang Cina dahulu. Semasa pemerintahan penjajah British, mereka ini diiktiraf sebagai antara satu kaum native atau Orang Asli di Sabah. Dalam surat kelahiran mereka, suku mereka ini dicatat sebagai Sino-
Kadazan atau Sino-Dusun. Sekarang ini anak-anak kahwin campuran ini dimestikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk mencatat suku anak mereka sama ada Cina atau Kadazan atau Dusun. Yang menjadi masalah ialah mereka ini tidak lagi dianggap sebagai native atau bumiputera oleh kerajaan dan oleh itu mereka tidak lagi menikmati kemudahan kerajaan yang diberi kepada bumiputera termasuklah perkara-perkara seperti memasuki UiTM, melabur dalam ASB dan sebagainya. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua ialah, kenapa pengiktirafan kerajaan penjajah dahulu tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan sendiri? Semasa menuntut kemerdekaan dahulu, orang-orang Sabah diberi jaminan bahawa semua hak mereka ini dijamin dan dilindungi. Kenapa ini berlaku sekarang? Oleh yang demikian, saya memohonlah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menangani dan memberi perhatian kepada permasalahan ini, kerana ini banyak masalah, Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh di sini ialah apa yang dikenal dengan the mother of problem di Sabah iaitu mengenai dengan masalah pendatang tanpa izin. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan permohonan rakyat Sabah agar masalah pendatang tanpa izin di Sabah ini ditangani secara mutlak. Kita dapat maklumat bahawa Kabinet telah pun meluluskan penubuhan Royal Commission of Inquiry atau Commission Inquiry seperti yang dikatakan oleh Attorney General pada 8 Februari tahun ini. Akan tetapi sehingga hari ini tidak ada pengumuman rasmi dari kerajaan khasnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selain daripada kenyataan akhbar daripada dua menteri dari Sabah dan rakyat Sabah sangat mengharapkan Perdana Menteri membuat pengumuman semasa beliau melawat Sabah baru-baru ini.
Yang Berhormat.
Dengan ketiadaan pengumuman ini...
Yang Berhormat Tuaran.
Pendekkan? Saya tidak ada masa.
Sedikit sahaja. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Tuaran, apakah sebab-sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak umum penubuhan RCI terhadap PTI itu, apakah Yang Berhormat Tuaran akan buat kalau RCI tidak diwujudkan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya pun mahu tanya juga dalam ucapan saya tadi dan saya tidak boleh jawablah pertanyaan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya faham dan sedari bahawa isu PTI ini sudah berkali-kali dan sekian lama dibawa dalam Dewan ini. Tidak perlu ditekankan lagi betapa seriusnya perkara ini dan rakyat mahu kerajaan menangani masalah ini secara mutlak. Oleh kerana tiada tindakan yang diambil untuk menangani masalah ini selama ini, maka kita tidak tahu bilangan mereka sebenarnya di Sabah. Selain daripada itu, gejala PTI menyebabkan pelbagai masalah bagi rakyat di Sabah dan menjadi bebanan berat kepada kerajaan dalam banyak bidang seperti keselamatan, perubatan, pendidikan, ekonomi, jenayah, dadah dan sebagainya. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menyatakan bahawa pada tahun 2010, penduduk Sabah ialah 3.2 juta dan daripada itu, 27% adalah orang asing iaitu sebanyak 889,779. Kehadiran begitu banyak sepatutnya menjadi satu kerisauan kepada kita semua, Kerajaan dan rakyat. Sepatutnya tindakan untuk menanganinya sudah diambil beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana mereka ini sudah berada di Sabah sekian lama, mereka sudah meresap ke dalam fabrik masyarakat dan pentadbiran kerajaan. Kehadiran pendatang asing begitu ramai ini menyebabkan Sabah menjadi negeri yang termiskin dalam negara meskipun dengan ada sumber asli yang banyak. Mereka ini juga menjadi bebanan kepada kerajaan dalam pemberian perkhidmatan. Contohnya baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan menyatakan bahawa RM21 juta bil hospital yang tertunggak adalah daripada pendatang-pendatang asing. Tuan Yang di-Pertua, ada juga di antara mereka ini yang sudah menjadi pegawai kerajaan walaupun mereka ini memegang kad pengenalan palsu. Saya ambil contoh, saya terbaca seorang pegawai memegang jawatan sebagai Penolong Kanan di SMK Balong
dengan pelantikan DG 44 dengan gaji RM5,000 lebih. Beliau memegang kad pengenalan yang bernombor H0740273. Sebenarnya kad pengenalan ini dimiliki oleh seorang anak tempatan iaitu bernama Encik Milip Ramli ataupun Ramli bin Rasyim, seorang penduduk asal Sabah berketurunan Bajau dari Kuala Abai, Usukan, Kota Belud dan MyKad beliau adalah 7007-12-5439 dan kad pengenalan lama juga sama iaitu H0740273 yang dipegang oleh pegawai kerajaan ini. Persoalannya ialah bagaimana orang ini masuk ke dalam perkhidmatan kerajaan sedangkan beliau ini memegang kad pengenalan palsu yang nombornya dipunyai oleh orang lain? Saya percaya ini adalah satu contoh daripada banyak keadaan yang banyak iaitu the tip of the iceberg.
Masa, Yang Berhormat.
Satu perenggan, pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Satu minit, makna yang lain-lain ini kurang satu minit Yang Berhormat. Bukan masa saya sebenarnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi. Saya berterima kasih dan ucapkan tahniah kepada Bum Bum dan Semporna kerana mendapat peruntukan sebanyak RM430 juta untuk membina jambatan. Saya juga telah menyampaikan permohonan saya untuk membina jambatan di Tuaran. Hanya setakat RM18 juta satu batang jambatan dan saya haraplah apa yang diberikan kepada Semporna juga dapat limpahan sedikit kepada Daerah Tuaran. Kalau dikira dari segi penduduk, Bum Bum seramai 30,000, Tuaran seramai 120,000. Jadi saya harap ini dapat perhatian. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
[Bangun]
Payah juga hendak pilih Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga berterima kasih kerana dapat menyertai perbahasan ini. Saya ingin menjunjung kasih kepada Tuanku Baginda atas ingatan bahawa tanggungjawab pentadbir adalah menjamin kesejahteraan rakyat dan meningkatkan imej negara. Saya amat mengalu-alukan seruan Baginda agar keseluruhan rakyat jelata bersatu-padu berganding bahu dan bekerjasama.
Masyarakat yang menuju ke demokrasi yang matang sepatutnya didorong oleh proses muafakat atau dengan izin, consensus building pemimpin-pemimpin parti-parti politik pemerintah dan juga bukan pemerintah. Gagasan 1Malaysia apabila dicadangkan, rakyat meletakkan harapan bahawa ini mungkin dijadikan sebahagian daripada proses membina muafakat di negara di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan haluan politik. Akan tetapi setelah pelaksanaan hampir tiga tahun, Gagasan 1Malaysia telah ditransformasikan menjadi satu jenama yang dengan izin beyond recognition daripada inti asalnya. Sekarang kita lihat pelbagai cogan kata seperti Perumahan 1Malaysia, Restoran 1Malaysia, Kedai Runcit 1Malaysia, Kedai Cuci Kereta 1Malaysia, Salon 1Malaysia sehingga baru-baru ini ada Silinder Gas 1Malaysia. Saya ingin tahu adakah kerajaan ingin mentransformasikan supaya pasaran kita, dataran yang seimbang untuk semua persaingan bebas atau kita pilih kasih memberi satu gambaran seolah-olah kerajaan mengendors satu jenama yang ada cap 1Malaysia. Inilah bagi saya ia telah menyimpang daripada matlamat yang telah dinyatakan dalam Program Transformasi ini. Dalam aspek ini, dari ibu kepada semua jenama 1Malaysia itu ialah 1Malaysia Development Berhad. Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa 1MDB membeli Tanjung Energy Holding Sdn. Bhd. (IPP) dengan harga RM8.5 bilion. Ini merupakan nilai urus niaga yang tertinggi
dalam sektor IPP. Pada mulanya kita dengar, kita ada kerajaan yang berniat untuk struktur semula supaya sektor tenaga kita tidak banyak bergantung kepada IPP kerana IPP telah memakan banyak subsidi yang sepatutnya boleh digunakan secara direct untuk membantu golongan yang terpinggir dan miskin. Akan tetapi nampaknya dengan cop nama 1Malaysia, sesetengah syarikat dapat kelebihan atau kemudahan untuk memonopoli subsidi negara. Saya ingin tahu apa fungsi khususnya 1MDB ini? Apa statusnya sebagai satu agensi GLC di kalangan semua agensi yang ada? Saya juga ingin mengambil perhatian seolah-olah kita dalam program transformasi ini, rakyat Malaysia – dasar luar negara kita juga ditransformasikan daripada rangka yang ada dulu. Sejak dulu, sejak kemerdekaan kita tahu di mana di bawah Perdana Menteri yang dulu, negara kita, dasar kita adalah berlandaskan kepada Dunia Ketiga. Kita adalah negara yang berkecuali, non-aligned. Kita menentang dominasi kuasa-kuasa besar dunia ini. Kita lihat Perdana Menteri dahulu, Tun Dr. Mahathir dulu menganjurkan perbahasan di kalangan PAS dengan UMNO untuk mencapai muafakat dalam isu dasar luar. Perdana Menteri sebelum ini, Yang Berhormat Kepala Batas mengusulkan Parlimen supaya kedua-dua pihak menunjukkan pendirian yang bersatu untuk menentang keganasan yang dilakukan oleh Zionis – Israel. Kita pernah berarak bersama dengan UMNO, dengan Gerakan dan dengan MCA untuk mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh Zionis. Akan tetapi sekarang ini nampaknya kita telah mengeksploitasikan isu antarabangsa untuk konsumsi tempatan. Plot mudah ini bertujuan untuk memenangi undi tetapi hakikatnya mengelirukan rakyat dan negara-negara lain. Akibatnya ia melemahkan kuasa-kuasa negara Islam dan dunia ketiga dalam pentas dunia. Yang saya khuatir, kita lihat perbezaan dari dasar ini juga dicerminkan dalam dasar perdagangan kita. Saya dapat maklumat bahawa Malaysia telah menghentikan eksport kita yang berjumlah 28,000 tan ke Iran. Eksport minyak masa ke Iran oleh kerana tekanan oleh Amerika Syarikat. Saya anggap ini satu pendirian yang kita perlu penjelasan daripada Menteri sama ada kerajaan kita yang berdaulat tunduk kepada tekanan kuasa- kuasa barat dan tidak berperdagangan dengan negara Iran, sebuah negara yang berdaulat. Kita lihat negara jiran kita. Indonesia cuba menggunakan barter trade untuk mengatasi masalah. Singapura pun sebuah negara yang kecil mempunyai trade volume yang lebih besar daripada Malaysia dari segi jumlah perdagangan dengan Iran. Ini saya tidak mahu memanjangkan polemik dalam isu Israel ini tetapi saya lihat kenapa kita ambil double standard. Dalam isu Israel, kerajaan kata kita terpaksa terus berdagang dengan Israel kerana permintaan dari syarikat-syarikat besar. Saya nampak tidak munasabah Kabinet boleh luluskan permintaan dari syarikat-syarikat besar untuk membenarkan eksport ke Israel pada tahun 1996. Saya ingin mendapatkan penjelasan di mana Kabinet Papernya dan kenapa ini diluluskan? Baiklah. Ini melampau. Saya ingin mendapatkan satu permintaan daripada pihak kerajaan supaya kita cari satu jalan penyelesaian...
Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu, lima belas saat, Yang Berhormat Batu.
Saya rasa ini amat memalukan di mana...
Yang Berhormat Batu, saya meminta penjelasan Yang Berhormat Batu. Selain daripada urusan perdagangan, urusan pentadbiran politik negara iaitu Parti Hamas menang di Palestin tetapi tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sedangkan mereka mengiktiraf perwakilan daripada Fatah yang kalah di dalam pilihan raya. Apa pandangan Yang Berhormat?
Itulah sebab saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada kita telah menyimpang daripada pendirian yang dulu di mana kita negara yang berpihak kepada negara-negara dunia ketiga dan kini kita tunduk kepada tekanan Barat. Saya anggap kita boleh cari jalan penyelesaian kalau perdagangan kita remain dalam 15 terbesar dengan Israel dan dengan Tehran makin berkurangan. Kita harus mencari satu muafakat di mana pembangkang dan kerajaan bersama-sama mengatasi masalah ini. Ini satu perkara yang menjejaskan imej negara dan memalukan kita sebagai sebuah Negara NAM dan sebuah Negara OIC. Bagi saya, saya anggap ini satu perkara yang sekali lagi perlu penekanan oleh dua pihak dan bukan menggunakan polemik ini untuk mendapatkan undi murahan.
Seterusnya saya ingin beralih kepada isu dalaman negara. Saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada kebelakangan ini peningkatan profesionalisme pihak PDRM dalam menangani perhimpunan aman. Baru-baru ini kita lihat tanpa campur tangan dengan cara kekerasan. Perhimpunan dijalankan dengan baik. Baik pun Perhimpunan Hijau Anti-Lynas atau Wanita Suara Perubahan atau himpunan di depan mahkamah semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman dan kita harap kalau ada BERSIH lagi, kita dapat menikmati profesionalisme yang sama. Akan tetapi pada masa yang sama, saya juga merayu kepada Menteri untuk mengambil perhatian. Kebelakangan ini isu disiplin polis di IPD Sentul makin kritikal. Pada tahun 2011, empat orang anggota polis telah ditangkap. Di kalangan mereka, dua orang berpangkat inspektor iaitu Tuan Shukri dan Tuan Ramlan dari Balai Wangsa Maju terlibat dalam kes peras ugut dan mempunyai rekod disiplin yang teruk. Akan tetapi sehingga hari ini mereka masih bertugas di IPD Sentul dan tidak ada apa-apa tindakan disiplin diambil sungguhpun laporan surat khabar telah melaporkan. Dengan cepat, saya seterusnya juga dalam isu perumahan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada menteri. Apa terjadi dengan janji Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terhadap rumah kos rendah kepada Kampung Railway dan kita dapati bahawa 200 unit yang disediakan telah dialihkan melalui parti politik tetapi tidak diberi kepada penduduk asal. Dengan itu saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberi. Saya pohon menyokong.
Yang Berhormat Sri Aman... Minta maaf Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang untuk turut...
Sri Aman atau Maran.
...Membahas Usul Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Baginda merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa agak singkat saya akan terus kepada isu- isu yang berkaitan di Parlimen saya di Sri Aman. Saya ingin menyentuh mengenai isu jalan raya Pan Borneo yang dapat menghubungi Sabah dan Sarawak. Pada masa ini ianya adalah jalan dua lorong sahaja dari pekan Serian sehingga ke Lawas melalui Brunei terus ke Sabah. Keadaannya memang tidak selesa dilalui tahun demi tahun, banyak kemalangan juga telah berlaku pertama sekali musim perayaan. Baru-baru ini kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM7 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan tersebut kepada empat lorong tetapi saya telah difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menolak hal ini kerana kosnya amat tinggi walaupun saya difahami mungkin kita akan mengambil masa bukan sekali gus untuk pembinaannya. Saya juga diberi tahu bahawa Kerajaan Pusat mungkin akan meluluskan pembinaan lorong-lorong memotong sahaja di beberapa lokasi yang berbahaya di sepanjang Pan Borneo ini. Dengan peluang ini juga saya merayu kepada Kerajaan Pusat dan Kementerian Kerja Raya untuk meneliti perkara ini semula...
Peraturan perlembagaan.
Atau sekurang-kurangnya...
Peraturan perlembagaan.
Mesyuarat.
Mesyuarat, mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Peraturan Mesyuarat 35(1), dan saya daripada Konsensus BEBAS. Semenjak pagi tadi saya melihat bahawa we have been, kita sudah di bypass oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga Speaker sebelum Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya harap bahawa perkiraan dan percaturan ahli-ahli yang berbahas itu dilakukan itu secara adil dan seadilnya. Saya melihat bahawa dari pihak Barisan Nasional beberapa orang telah pun berhujah dan juga daripada pihak pembangkang ramai yang sudah hujah. Akan tetapi daripada konsensus BEBAS kami ini, khususnya saya. Saya berdiri setiap kali tetapi tidak mendapat. Tuan Yang di-Pertua, pun dari pagi tadi sudah beredar pergi makan dan selepas itu sudah kembali bertugas semula tetapi pandangan Tuan Yang di-Pertua tidak jatuh kepada saya. Walaupun saya directly mungkin saya minta petugas Parlimen lebihkan lampu di atas ini supaya Tuan Yang di-Pertua boleh nampak terang ataupun Tuan Yang di- Pertua...
Baik Yang Berhormat. Masa kita pun habis untuk ini Yang Berhormat. Saya boleh jawab itu Yang Berhormat.
No I just for due constitution given itu sahaja.
Yang Berhormat, saya pun ada penjelasan Yang Berhormat. Ya saya minta maaflah membuang masa lah kita ini. Akan tetapi kita kena jelas juga. Yang Berhormat Sri Aman duduk dahulu. Di Barisan Nasional kita mempunyai kalau tidak salah saya, saya sudah tidak tahu fakta yang sebenarnya ini ada 70 lebih Ahli-ahli backbencher tetapi hanya 31 yang boleh berucap sehingga 63 tadi. Jadi BEBAS hanya ada tujuh orang kalau tidak salah saya. Akan tetapi enam orang sudah berucap. Kalau kita lihat daripada nisbah Yang Berhormat, BEBASlah yang amat ramai sekali berucap daripada pihak-pihak lain. Jadi Yang Berhormat saya bukan menggunakan hujah-hujah itu Yang Berhormat. Saya ada fakta.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Speaker-speaker sebelum ini di mana mereka mengatakan dua orang di Barisan Nasional berucap, dua orang dari pembangkang berucap dan seorang BEBAS akan diberi. Saya andaikan itu adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak Speaker sendiri. Ini beberapa kali diulang tadi Speaker sebelum Tuan Yang di-Pertua, pun memang..., walaupun saya bagi notis beliau telah mengatakan sedemikian. Itu sahaja. Saya ikut apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua sahaja.
Ya, sila Yang Berhormat Sri Aman.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, tidak ikut aturan yang diberitahu Speaker sebelumkah bahawa dua dari Barisan Nasional, dua daripada pembangkang dan selepas itu seorang BEBAS?
Membuang masa saya ini.
Tidak ada ikut peraturan itukah Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat saya sudah tunjuk bahawa kita memberi keadilan kepada pihak BEBAS juga Yang Berhormat. Saya sudah tunjuk enam orang daripada tujuh berucap. Barisan Nasional hanya boleh dapat sampai 50%, tiap-tiap Ahli di sini pun hampir-hampir itu sahajalah. Sama ada PKR, DAP ataupun...
Saya hanya patuh kepada janji Speaker sahaja. Speaker janji.
Yang Berhormat saya tidak ada berjanji Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Aman sila Yang Berhormat.
Saya dengar janji Speaker sahaja. Terima kasih kerana tidak ikut janji sendiri Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak pernah janji Yang Berhormat. Tunjuk Hansard yang saya janji.
Dengan peluang ini saya merayu kepada Kerajaan Pusat dan Kementerian Kerja Raya untuk meneliti semula atau sekurang-kurangnya...
Speaker sebelum ini memang janji begitu. Mesti ada persefahaman di antara Speaker-speaker. Bukan saya sahaja mahu cakap Tuan Yang di-Pertua.
Apa ini Yang Berhormat?
Saya bukan sengaja mahu cakap Tuan Yang di-Pertua. Ini saya merujuk kepada janji Speaker sahaja.
Saya sudah tunjuk keadilan yang dibuat di sini Yang Berhormat. Saya sudah tunjuk keadilan. Kalau saya sudah tunjuk keadilan macam ini janganlah dipersoalkan lagi.
Jadi janji Speaker sebelum ini, Speaker sekarang mahu tukar bolehkah?
Kalau dua-dua orang tiap-tiap dua orang Ahli Barisan dan dua orang Ahli-ahli PR berucap dan seorang daripada BEBAS berapa orang ada dalam BEBAS. Kita tengok kepada nisbahlah.
Saya turut janji Speaker sahaja. Janji Speaker sebelum ini, memang Speaker dahulu pun memang menjanjikan.
Yang Berhormat.
Seharusnya ada lebih profesionalismelah.
Yang Berhormat sudah Yang Berhormat.
Keluar, keluar, keluar.
Yang Berhormat Sri Aman. Minta maaflah Yang Berhormat Sri Aman ini. Kawasan di luar bandar dibagi habis dengan tiga minit lagi tinggal Yang Berhormat.
Ya, okey,okey. Membina secara berperingkat setiap pakej. Misalnya membina 100 kilometer jalan empat lorong pada tiap-tiap tahun untuk mengurangkan kos yang tinggi supaya pada akhirnya jalan yang kita impikan dapat direalisasikan oleh semua rakyat jelata di Sarawak dan juga di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini juga saya ingin memohon dengan Kementerian Kerja Raya pusat untuk membina jalan kepada empat lorong dari Simpang Temuduk ke bandar Sri Aman sepanjang enam kilometer. Jalan empat lorong ini amat diperlukan kerana Sri Aman semakin hari semakin membangun dan bilangan kenderaan setiap hari pun semakin meningkat. Jadi ini tidak panjang hanya enam kilometer jadi sekarang hanya dua lorong dan semasa peak hours dengan izin memang sesak sangat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membincangkan isu yang paling hangat pada masa kini di Sri Aman iaitu mengenai dengan pembinaan hospital baru di Sri Aman. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta pada bulan April 2011 semasa berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak yang lepas. Sekarang sudah hampir setahun selepas pengumuman tersebut dibuat tetapi didapati belum ada tanda-tanda kerja pembinaan akan bermula. Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri Kesihatan bilakah pembinaan hospital baru Sri Aman ini akan dijalankan. Walaupun saya sudah melintas lalu di kawasan tersebut
sudah ada tanda-tanda mungkin akan bermula penambakan tanah yang akan diadakan tidak lama lagi.
Yang Berhormat Sri Aman boleh mencelah?
Ya.
Saya sokong Yang Berhormat pembinaan hospital baru ini. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat masukkan sekali cadangan saya itu dan saya ucapkan terima kasih kepada Menteri kerana telah meluluskan hospital baru Maran dan saya juga hendak bertanya bila hospital ini akan dibina? Terima kasih minta masuk sekali dalam ucapan.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Maran saya akan masukkan atau mohon masukkan dalam ucapan saya. Jadi usaha tersebut sudah begitu lama dan saya harap kerja-kerja mendirikan bangunan akan dilakukan tidak lama lagi. Saya juga ingin bertanya kepada Menteri Kesihatan, untuk makluman Menteri Kesihatan perkara ini telah dibangkitkan baru-baru ini oleh pihak pembangkang dan kita di akar umbi pun tidak mahu hal ini berlarutan sehingga PRU Ke-13. Saya harap kerajaan akan mempercepatkan proses yang berkaitan dengan tender ataupun pelaksanaan supaya projek ini akan berjalan dengan lebih lancar dan saya harap dalam masa terdekat satu program pecah tanah akan diadakan.
Itu sahaja Yang Berhormat. Sepuluh second sahaja, lima second Yang Berhormat, empat second Yang Berhormat.
[Ketawa] ...Jadi, dengan ini kerana masa tidak mengizinkan, saya mengucapkan banyak terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan menyokong usul Titah Diraja seperti yang dirasmikan pada minggu lepas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Orang Sri Aman kena jaga peraturan sebab benak besar. Kena balun benak nanti. Tidal bore. Sekarang kita usul Yang Berhormat Batu Gajah. Jadi, tadi telah diputuskan 30 minit untuk pencadang dan 30 minit untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan berucap...
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Ada perbahasan tidak,... Kota Belud selepas isu..., ada perbahasan?
Saya akan... Sila Yang Berhormat.
Selepas saya, Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Kuala Selangor akan menyokong usul saya. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kilang Asian Rare Earth ini telah berhenti operasi pada tahun 1993 selepas tentangan orang ramai, kilang ini telah dirobohkan. Menerusi jawapan kementerian kepada pertanyaan saya pada 21 Jun 2011, menyatakan bahawa tapak kilang telah dinyahcemarkan, diisytiharkan bebas daripada bahan sisa pencemaran, disahkan selamat. Penduduk-penduduk di persekitaran tapak kilang masih hidup tidak tenteram kerana lebih kurang tiga kilometer daripada tapak kilang tersebut adalah terletaknya satu tapak pelupusan sisa bahan tercemar Asia Rare Earth ini di mana kerja-kerja perawatan...
Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ada kesilapan sedikit ini. Saya buat kesilapan. Perbahasan usul tadi Yang Berhormat, 18. Ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun pukul 4.30 petang dan menurut keputusan yang telah dibuat pada pagi tadi. Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk membahas petang ini, saya sekarang memulakan perbahasan usul ini. Pihak pencadang ada 30 minit dan pihak kerajaan ada 30 minit. Yang Berhormat Batu
Gajah, sebenarnya ini cara grammatical Yang Berhormat. Apa yang saya buat tadi, betul sama dengan ini, hanya tidak grammar sahaja. Sila Yang Berhormat.
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Bacaan Radiasi di Tapak Kilang Asian Rare Earth, Bukit Merah dan di Tapak Pelupusan Sisa Tercemar Bukit KledangUrgent matter
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan usul saya. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kilang Asian Rare Earth ini telah berhenti operasi pada tahun 1993 selepas tekanan orang ramai, kilangnya telah dirobohkan. Menerusi jawapan kementerian kepada pertanyaan saya pada 21 Jun 2011, menyatakan bahawa tapak kilang telah dinyah cemarkan, diisytiharkan bebas daripada bahan sisa pencemaran, disahkan selamat. Penduduk-penduduk di persekitaran masih hidup tidak tenteram kerana lebih kurang tiga kilometer daripada tapak kilang tersebut adalah terletaknya satu tapak pelupusan sisa bahan tercemar Asian Rare Earth ini di mana kerja-kerja perawatan pelupusan sisa ini masih dijalankan walaupun operasi kilang telah berhenti selama 18 tahun. Menurut satu laporan, tapak pelupusan sisa bahan tercemar Asian Rare Earth ini di Bukit Keledang adalah tempat simpanan 80,000 tong bahan sisa tercemar. Apakah benar? Persoalan yang timbul, yang penting kini seperti yang diusulkan oleh saya di bawah usul ini adalah berkenaan satu, tapak kilang. Jawapan Menteri kepada Parlimen pada 21 Jun 2011 mengatakan tapak kilang adalah telah disahkan selamat tetapi menurut satu laporan media, lawatan oleh kumpulan anti-Lynas ‘Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas’, yang terdapat kilang Asian Rare Earth, Bukit Merah, baru-baru ini mendapati bacaan radiasi di persekitaran lokasi tersebut menunjukkan keputusan yang membimbangkan. Berkenaan tapak pelupusan di Bukit Keledang. Tapak pelupusan mengikut Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dilaporkan pada 8 Mac 2012 menyatakan bahawa tapak pelupusan sisa tercemar tersebut adalah selamat dari radiasinya, dengan izin, well below the limit for members of public. Malahan tapak tersebut telah boleh dijadikan tapak rekreasi pada tahun depan, menurut Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Kumpulan Anti-Lynas - ‘Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas’ yang ke tapak pelupusan tersebut di Bukit Keledang mendapati bacaan radiasi di persekitaran lokasinya juga menunjukkan keputusan yang membimbangkan. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian dan wakil Kumpulan Anti-Lynas - ’Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas’, boleh turun padang bersama-sama untuk melawat tapak-tapak tersebut untuk memastikan tahap keselamatan penduduk-penduduk yang menetap berhampiran tapak-tapak tersebut. Kedua, mengarahkan Hospital Ipoh untuk merekodkan, memberikan rekod jika ada atau merekod latar belakang pesakit kansernya bagi mengenal pasti apakah kadar pesakit kanser yang berasal dari tempat tinggal berhampiran dengan tapak-tapak ini adalah lebih tinggi daripada tempat-tempat yang lain. Ini membolehkan kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah kejadian yang tidak diingini. Ketiga, menurut laporan media pada ketika Asian Rare Earth tiada tapak pelupusan, kontraktor yang dilantik oleh Asian Rare Earth untuk mengangkut, membuang bahan sisa tercemar Asian Rare Earth ini ada menyatakan bahawa bahan sisa tercemar ada dibuang atau ditanam di tapak lapang berhampiran Mengelembu dan Lahad. Saya cadangkan agar kementerian dapat mengumpulkan maklumat-maklumat ini dan mengambil tindakan mencari lokasi tempat pembuangan tersebut agar orang ramai tidak terdedah kepada risiko radiasi. Keempat, adalah kurang dapat meyakinkan orang ramai jika kementerian atau Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sekadar menyatakan bahawa tapak adalah selamat. Saya cadangkan agar ada satu alat pengesan atau pembaca radiasi dipasang di tempat berhampiran tapak agar radiasi di kawasan persekitarannya dapat dipantau bersama-sama sepanjang masa.
Kelima, saya dimaklumkan bahawa ada satu perjanjian di antara pihak kerajaan dengan Asian Rare Earth berkenaan kerja-kerja perawatan dan pelupusan bahan sisa tercemar ini. Apakah akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan selepas kerja-kerja perawatan dan pelupusan ini selesai dan tapak pelupusan diserahkan kepada kerajaan. Saya ingin juga tahu berapakah perbelanjaan dijangka terlibat untuk mengendali, memantau, menjaga tapak pelupusan tersebut selepas tapak pelupusan ini diserahkan kepada kerajaan. Bersediakah kementerian mendedahkan, make it public, perjanjian tersebut agar orang ramai dapat memantau bersama kerja-kerja yang terlibat. Keenam, pekerja-pekerja di tapak pelupusan yang saya ingin ketahui ialah apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, pada 1983 pimpinan kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad pada ketika itu Perdana Menteri, telah membenarkan loji Asian Rare Earth beroperasi dan menyatakan ia adalah selamat dan langkah-langkah keselamatan telah diambil. Keengganan untuk mendengar suara bantahan dan protes penduduk sehinggakan penduduk-penduduk perlu membawa kes ke mahkamah untuk menghentikan operasi kilang tersebut telah mengakibatkan kesannya masih dirasai dan ditanggung oleh penduduk- penduduk berhampiran. Ada di kalangan mereka masih merindui orang kesayangan mereka yang meninggal dunia pada umur yang muda. Anak yang dilahirkan dijangkiti leukemia dan ada anak kelahiran kurang sempurna yang masih di bawah jagaan. Tambahan, mereka masih penduduk-penduduk berhampiran tapak kilang dan tapak pelupusan ini terdedah kepada risiko bahan sisa radioaktif. Bukan generasi sebelum ini tetapi Tuan Yang di-Pertua, generasi kini dan juga generasi yang akan datang. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini merayu agar kerajaan tidak ulangi episod yang sedih ini yang berlaku di Kampung Baru, Bukit Merah ini tidak mengambil langkah untuk menghentikan operasi Lynas di Gebeng. Jangan biarkan episod sedih yang berlaku di Bukit Merah, diulangi di Gebeng, Kuantan ini. Diharap pihak kementerian memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kesihatan penduduk-penduduk di kawasan ini dan mengambil tindakan yang dicadangkan dan tindakan tambahan yang sewajarnya. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Okey, sila Yang Berhormat Gopeng. Ya, ya. 30 minit Yang Berhormat. Sebelah sini 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya...
You kena jaga masa Yang Berhormat ya, kalau bercakap you tengok.
Ya, untuk turut menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Berdasarkan laporan yang didedahkan baru-baru ini di dalam media berkenaan dengan radioaktif, aktiviti yang luar biasa 0.19 microsievert sejam di tapak kilang Asia Rare Earth dan 2.2 microsievert sejam di tapak pelupusan adalah bersamaan dengan 1.75 microsievert setahun iaitu 75% lebih tinggi daripada tahap yang dikirakan selamat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Ini bersamaan 60 kali melakukan X-ray chest. Jadi saya hendak bertanya di sini dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat ini, sama ada sesiapa yang sanggup untuk membuat chest X-ray 40 kali setahun, inilah tahapnya. Malangnya kita lihat sudah 30 tahun, Asia Rare Earth ini bermula operasi sudah 18 tahun dan berhenti beroperasi kita masih menghadapi masalah untuk menguruskan tong sampah yang terbesar di dunia. Sudah pasti masalah ini tidak akan terhenti pada hari ini dan tidak akan berhenti 10 tahun, 100 tahun, 1,000 tahun, 1,000,000 tahun yang akan datang kerana sisa-sisa radioaktif ini akan berlarutan sehingga bilion tahun. Jadi kita tahu sememangnya radiasi memang merupakan satu agen yang non-karsinogen benda yang boleh menyebabkan kanser khususnya leukemia dan masalah-masalah berkenaan dengan bone marrow, kanser yang lain seperti kanser paru-paru, kanser kulit, kanser tiroid, kanser breast dan stomach cancer. Kita tahu dari segi saintifik data yang kita ada, setiap
millisievert yang kita dedahkan kepada radiasi bersamaan dengan 60 kes kanser setiap juta pesakit. Jadi sekiranya kita melihat apa yang berlaku di Bukit Merah ini dengan penambahan 0.5 millisievert setahun, ini bermakna untuk life time risk untuk seseorang ini adalah 3,150 risk setiap juta penduduk di situ. Ini satu angka yang agak signifikan. Kita juga tahu bahawa radiasi juga menyebabkan kecacatan sekiranya ibu yang mengandung terdedah kepada radiasi dan risiko tersebut adalah sekadar 20 sejuta setiap millisievert pendedahan. Kita tahu perintis radioaktif Marie Curie, walaupun beliau memang pakar dalam radioaktif dan akibatnya pendedahan kepada radioaktif menyebabkan beliau mati kerana aplastic anemia iaitu satu penyakit yang jelas akibat daripada radiasi. Kita juga tahu terdapat laporan-laporan yang mengatakan sekitar Bukit Merah sekurang-kurangnya tiga pekerja yang mengangkut sisa-sisa radioaktif tersebut telah mati awal dan lapan kes leukemia dan ada kes kecacatan sejak lahir yang kini sedang memerlukan rawatan seumur hidup. Malangnya Kementerian Kesihatan setakat ini tidak ada data-data berkenaan dengan kes-kes tersebut. Kita boleh lihat di negara-negara luar khususnya di Mongolia, di Baotou di mana memang ada kilang rare earth ini. Kajian telah menunjukkan bahawa hasil pertanian dan kesihatan menghadapi kerosakan dan ada penduduk di situ mengalami gigi tercabut, rambut putih dan beruban di awal usia 20-an. Kajian di Kolej Perubatan Jiangxi di Negara China juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di persekitaran rare earth plant tersebut juga menghadapi IQ yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang jauh daripada kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sememangnya tapak untuk pelupusan tersebut di Asian Rare Earth di Bukit Keledang tersebut memang akan boleh tahan 300 tahun dengan kos keseluruhan RM300 juta. Persoalan saya cuma, kita tahu bahawa sisa-sisa radioaktif itu dengan half-life yang begitu lama, berbilion-bilion tahun tetapi tapak tersebut dijamin 300 tahun dan selepas itu siapakah yang akan menjamin keselamatan penduduk-penduduk di persekitaran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Batu Gajah dalam usaha-usaha kita menjamin keselamatan rakyat di situ dan juga generasi yang akan datang. Saya menyeru supaya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom mengkaji secara teliti laporan tersebut dan mengkaji punca kenaikan radioaktif dan mencari penyelesaian dan kalau boleh bekerjasama lah NGO-NGO yang berkenaan. Kedua, saya juga mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan membuat kajian yang terperinci berkenaan dengan kecacatan kelahiran, insiden leukemia, insiden kanser di persekitaran kilang dan tapak pelupusan tersebut, bukan setakat kita hendak tahu adakah kenaikan insiden itu betul, jika tidak kita juga memerlukan satu baseline supaya kita boleh memantau apa yang boleh berlaku mungkin 10 tahun yang akan datang, 50 tahun yang akan datang sama ada terdapat kenaikan kanser dan sebagainya. Kerana kita tahu kesan radioaktif ini tidak ada safe limit untuk radioaktif di mana setiap pendedahan ada kesannya dan kesan itu adalah kumulatif dan berlarutan selama-lamanya. Dengan itu, dengan pengalaman yang kita ada di Bukit Merah saya rasa adalah wajar kita jangan sekali lagi mewujudkan satu lagi tong sampah di Gebeng, biar kita hentikan kilang Lynas di Gebeng. Sekian, terima kasih.
Ya Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan pertama-tamanya merakamkan akan peri pentingnya kita sebagai Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini melihatkan apa juga perkara-perkara yang khususnya menyinggung persoalan kesihatan, kepentingan dan masa depan bukan sahaja kita tetapi juga generasi yang akan datang, mengambil pendekatan dan mengambil rasa penuh tanggungjawab untuk membicarakan perkara ini. Daripada perspektif itu, saya memulakan perbahasan saya ini dengan memerhatikan bahawa apa yang dilakukan dengan kajian yang dibuat oleh satu NGO, Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia yang mendapati dapatan mereka tentang bacaan pada dapatan ujian mereka itu paras bacaan 0.26 microsievert sejam yang bolehlah
dikatakan melebihi apa yang disebutkan di sana, persamaan unit yang digunakan 1.7 becquerel per gram setahun ataupun lebih kurang 0.7 becquerel gram berbanding ke tahap selamatnya.
Tuan Yang di-Pertua, apa pun dapatan bacaan seperti ini, saya dengan rasa rendah hati menyebutkan daripada disiplinnya toksikologi dan khususnya medical toksikologi, bacaan-bacaan dan measurement dan quatification saintifik seperti ini pada akhirnya mesti disandarkan dan dikolaborasi kan evidence ini lebih mustahaknya dengan ‘klinikal sains dan simptom’. Itu adalah satu kaedah yang digunakan secara profesional dan objektif kerana bacaan-bacaan measurement ini dalam pendekatan perubatan dan khususnya klinikal toksikologi tidak boleh diambil secara terpisah. Dirumuskan, it cannot be concluded conclusively tanpa di sana dikolaborasikan dengan medical dan clinical evidence. Justeru, ini satu prinsip yang pada pengamal- pengamal perubatan dan juga bidangnya medical atau clinical toksikologi adalah cukup penting. Maka sebab itu saya mencadangkan pendekatannya tidak boleh hanya berpandukan level dan measurement. Kalau kita memahami kepentingan perkara ini, ia mesti didekati dan diamati dalam bentuk dan pendekatan yang multi approach, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, ketika kalau saya mengimbau kembali pembinaan Asian Rare Earth pada mulanya pengoperasian ini pada Julai 1982, meskipun unsur nadir bumi berbeza dan sumber rare earth juga berbeza, namun apa yang lebih penting di situ dikesani selepas beberapa tahun sahaja permulaan operasinya Asian Rare Earth ini, penduduk di kawasan kampung itu mula mendapati physical defects dengan izin, ‘Within a few years, the villagers begin noticing physical defects in their newborns and at least eight leukemia cases were confirmed’. Medical examination on children in the area found that nearly 40% of them suffered from lymph node diseases, turbinate congestion and recurrent rhinitis, seven of the leukemia victims had died since”. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya dan pengamal-pengamal medical dan clinical toksikologi, evidence klinikal - meskipun bersifat laporan atau dikatakan sebagai clinical cases, ia mesti diambil perhatian. Kalau diperhatikan Tuan Yang di-Pertua, didapati bahawa over and above what is based-line dan background, yang merupakan kajian dasar daripada apa yang lazimnya berlaku menuntut disiplin epidemiologi, yang saya pernah sebutkan, kajian berdasarkan kekerapan dan kadar tercetusnya penyakit dan hubungannya dengan sebab penyakit. Lalu kalau diambil disiplin epidemiologi, maka di kawasan Bukit Merah ini, leukemia tidak boleh berlaku lebih daripada-disebutkan oleh seorang pakar epidemiologi, “Two leukemia cases setahun dalam kawasan itu.” Namun dalam apa yang dikesani pada kadar occurrence nya, kekerapannya ia berlaku tentunya di sana punya causation ataupun causative relationship ataupun hubung kaitnya persoalan Asian Rare Earth operasi yang menghasilkan pada akhirnya torium dan sebagainya disimpulkan sebagai sebab musababnya segala apa yang dikatakan tadi sebagai sama ada leukemia dan pulmonary diseases dan lymph node diseases dan segala yang lain yang menjadikan ia satu yang tidak boleh disangkal sama sekali. Lalu saya ingin juga menyebutkan betapa dalam hal perkara yang disebutkan sebagai internal emitters. Oleh sebab itu saya tidak berapa senang dengan hanya measurement semata-mata kerana exposure itu bukan hanya daripada sesuatu sumber semata-mata bahkan kalau hari ini sudah jelas bagaimana apa yang dikatakan sebagai biological magnification ataupun dalam food chain itu, bio magnification itu bukan hanya pendedahan dari sudut udara sahaja tetapi dari rantaian pemakanan dan sebagainya. Di sinilah letaknya bahawa final exposure itu bukan hanya dari satu-satu sudut yang merupakan measurement, 0.269 microsievert. itu sahaja tetapi mesti dilihat keseluruhannya. Lalu dengan itu kalau boleh saya simpulkan, satu kajian yang dibuat oleh sebuah Committee of Examining Radiation Risk from Internal Emitters yang dengan ringkas namanya CERRIE di United Kingdom hari ini merumuskan bahawa dengan izin, low level radiation on long term chronic exposure adalah satu perkara yang hari ini dianggap oleh sains perubatan sebagai punya risiko dan health hazards yang cukup besar. Akhirnya kalau boleh saya sebutkan, ada lagi masa Tuan Yang di-Pertua? Tiga minit lagi, oh terima kasih, banyak lagi masa.
Seterusnya saya menyebutkan bahawa dalam apa yang sahabat saya Yang Berhormat Gopeng sebutkan sebentar tadi. Apabila kita berbicara tentang barah ataupun mekanisme barah atau dalam bahasa yang lebih canggihnya, karsinogenesis ataupun mekanisme proses barah berlaku dan khususnya daripada sumber radio aktiviti hampir di sana berlaku perpecahan pandangan yang mana hari ini dan mutakhir ini apa yang dianggap sebagai ‘satu safe level’ itu sudah tidak lagi mampu dipertahankan oleh sains perubatan.
[Bangun]
Saya akan ...
Pendek, pendek soalan saya Yang Berhormat Kuala Selangor. Jadi dalam keadaan, saya hendak bertanya berkenaan dengan Lynas di Gebeng. Dalam keadaan ianya terlalu dekat dengan penduduk dan dekat dengan sungai dan laut dan di atas tanah gambut juga, adakah the precautionary principle apply di sini?
Tuan Yang di-Pertua, cukup baik soalan ini. Persoalannya begini, persoalannya dalam toksikologi juga. Apa yang dikatakan sebagai safety adalah sebenarnya konsep statistik, atau kebarangkalian, safety is the statistical probability of not inducing health hazard. Maksudnya dengan kata lain, sesuatu bahan itu selamat dari sudut beberapa parameter yang perlu diambil kira. Persoalan cara, persoalan dos, persoalan kepada the right victim atau patients. Jadi kesemua ini dan setting di Gebeng itu, berhampiran dengan sumber air, penduduk dan sebagainya itu meletakkan ia sudah lagi tidak dalam ‘safe’ tetapi a ‘health hazard’. Akhir sekali hendak saya sebutkan tadi, balik kembali kepada point saya yang terakhir. Ketika kita berbicara tentang radio aktiviti seperti ini yang sudah jelasnya human carcinogens, maka a safe level sudah hampir tidak boleh dipertahankan kerana ‘dose response relationship’, kalau boleh saya sebutkan itu, satu principal yang very important dalam toksikologi, pada human carcinogens khususnya radioactive carcinogens adalah hampir tidak lagi boleh dianggap selamat. Lalu di situ saya merakamkan betapa mustahaknya untuk perkara yang dibangkitkan oleh usul ini untuk betul-betul ditanggapi dengan rasa tanggungjawab bukan kerana politik, bukan kerana apa-apa pun kepentingan tetapi untuk kepentingan seluruhnya rakyat dan negara. Di sini, saya yakin kita mampu membuat satu judgment call yang baik insya-Allah, atas persoalan, atas prinsip pertanggungjawaban. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan usul ini. Pertama sekali saya agak kecewa sebab kita mendengar tiga orang daripada rakan-rakan pembangkang yang mana masa mereka selama sejam setengah ini sebenarnya boleh digunakan untuk kawan-kawan yang lain untuk berhujah tentang masa depan dalam Titah Diraja tetapi Tuan Yang di- Pertua telah menunjukkan bahawa walaupun usul ini nampaknya tidak begitu kuat hujahnya tetapi Tuan Yang di-Pertua benarkan juga. Jadi saya ucapkan tahniah kerana ini menunjukkan ini bahawa Tuan Yang di- Pertua bersama rakan-rakan yang lain sanggup untuk mendengar hujah-hujah ini. Kita mendengar tiga hujah tadi daripada kawan-kawan daripada pihak pembangkang. Satu kita dengar daripada yang membawa usul iaitu Yang Berhormat Batu Gajah. Hujahnya berterabur, hujahnya tidak berdasarkan fakta, rujukan tidak dibuat secara betul dan saya akan buktikan kenapa hujah-hujah beliau itu tidak boleh diambil serius oleh Dewan yang mulia ini. Kemudian kita dengar pula Yang Berhormat Gopeng yang mengatakan bahawa perlu ada baseline untuk menunjukkan bahawa kes-kes kanser di Bukit Merah itu harus dibuat tetapi tidak pula mahu supaya dibuat satu baseline dalam perkiraan yang dibuat oleh Tan Boon Teet ini yang mana laporan yang diasaskan kepada usul ini oleh Yang Berhormat Batu Gajah.
Kemudian rakan saya Yang Berhormat Kuala Selangor pula saya tengok tadi waktu Yang Berhormat berucap, Yang Berhormat Kota Melaka geleng kepala, tidak faham sebab medical lecture nya dia tidak faham. Yang Berhormat Pokok Sena pun kata yellek, tidak tahu, tapi tidak mengapa.
Yang Berhormat Kota Belud, jangan putar belit. Saya pusing kepala kerana saya berasa kesal kenapa masih benarkan kilang Lynas.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya tidak kacau...
Yang Berhormat Kota Belud sebenarnya dia malu hendak beritahu kata dia yang tidak faham... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, jangan macam ini Yang Berhormat.
Dia malu, jadi siapa-siapa pun dia anggap tidak faham. Jadi dia pun tidak faham...
Yang Berhormat, tadi dia orang...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey Yang Berhormat Kota Belud, teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bermula dengan laporan akhbar yang dibuat oleh saudara Tan Boon Teet. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua sebagai mukadimah kepada hujah saya. Dalam Facebook Tan Boon Teet ini yang dikatakan NGO ini, bertopengkan NGO tetapi sebenarnya pendokong kepada pembangkang, dalam ini dia kata dia hendakkan 1 juta Malaysian vote against BN for giving temporary license to Lynas. You want to become NGO, you jangan buat politiclah. Hendak gunakan slogan ‘Save ‘alaysia', hendak gunakan...
Minta penjelasan boleh?
Sekejap Yang Berhormat Balik Pulau. Bagilah peluang, tadi tiga orang bercakap saya tidak kacau.
Yang Berhormat, dia tidak bagi peluang Yang Berhormat. Yang Berhormat, tadi usul dibuat, di sini tidak seorang pun bangun ganggu Yang Berhormat. Kita bersifat adil.
Tidak boleh?
Tadi saya tidak kacau langsung. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan, saya akan bagi kepada hujah-hujah nanti.
Okey Yang Berhormat, Yang Berhormat dekat sana pun jangan bising sangat.
Tuan Yang di-Pertua, NGO ini menggunakan slogan yang sama dengan pembangkang, ‘Save ’alaysia'. ‘Save ’alaysia' ini sama dengan slogan pembangkang.
So if we against the government is political kah? Apa ini?
Originallah sedikit. Ini masalahnya NGO. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada hujah yang lebih berat. Tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah banyak disebut tentang Tan Boon Teet..., Tan Bon Teet kah? Atau ‘Tan Bon Tit’, saya tidak tahu, Tan Boon Teet ini, dia katakan apa? Dia buat bacaan di tapak tetapi pernah tidak Yang Berhormat Batu Gajah tanya alat itu dibuat kalibrasi atau tidak?... [Disampuk] No, dalam perundangan kita ada. Di dalam peraturan yang telah diterima, calibration of the equipment - you must do it dalam menggunakan kelas ‘H’. Saya hendak beritahu...
Mohon respons.
Sekejap, saya tidak ada masa. Saya hendak beritahu, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apakah jumlah ataupun bacaan yang dibuat daripada alat yang digunakan oleh NGO/pembangkang ini dikaliberasi atau tidak? Ada Yang Berhormat Batu Gajah tanya atau tidak sama ada equipment itu telah diberi lesen kelas ‘H’ ini, ada tidak? Itu satu. Kedua, saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat Batu Gajah mengatakan dia hendak minta kerajaan supaya mengadakan satu cara untuk membaca bacaan ini secara berterusan. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu Gajah, ini masalahnya tidak buat kerja rumah. Sekarang ini, AELB atau Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sudah mempunyai alat yang membaca meter reading di kawasan yang disebut itu 24 jam. Malah saya hendak beritahu kepada rakan pembangkang, you can even see on website online untuk makluman Yang Berhormat.
Minta penjelasan.
Jadi saya hendak beritahu bacaan terkini Yang Berhormat...
Yang Berhormat Kota Belud.
Saya katakan dipasang di tapak pelupusan dan tapak kilang agar ia dapat dipantau oleh orang ramai. Itu persoalannya.Untuk meyakinkan bahawa bacaan yang dilaporkan oleh AELB adalah betul, adalah tepat.
Online Yang Berhormat, buka website. Bacaan itu boleh dibaca secara online melalui website AELB. Ini jangan putar belit. Ini masalahnya.
Yang Berhormat Kota Belud.
Yang Berhormat Simpang Renggam hendak berucap atau intervene?
Mencelah boleh?
You berucap selepas ini Yang Berhormat. Tadi pun kita sudah cakap. Okey, kemudian saya hendak beritahu tentang masalah apa yang dikatakan baseline tadi. Ini nanti saya minta Yang Berhormat Simpang Renggam sentuh isu ini sebab kita bincang tadi. Sama ada bacaan ini adalah bacaan iaitu menggunakan baseline ataupun satu bacaan yang lari daripada baseline, kita hendak tahu. Ketiganya ialah tentang apa yang saya katakan lawatan. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah kata dia hendak minta buat lawatan, saya setuju ini. Once and for all, saya minta pihak kerajaan bawa kawan-kawan kita daripada pembangkang ini dengan alat yang sudah dikalibrasikan pergi ke Bukit Merah dan bawa di sana, tengok sama-sama dan sama- sama pegang equipment... [Disampuk] Kita tidak takut. Jangan takutkan rakyat Yang Berhormat, tidak ada masalah. Saya kira itu yang paling bagus. Buat satu lawatan Yang Berhormat Menteri, bawa Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Kuala Selangor supaya mereka faham. Jangan sampai sini mengatakan hazardous, memberi kesan keselamatan. Ini kita kena bertanggungjawab Yang Berhormat. Yang Berhormat juga walaupun pembangkang tetapi adalah pemimpin. Kita pemimpin, kita tidak boleh menakutkan rakyat atas dasar dan fakta hanya kerana dasar fakta yang tidak ada asas. Ini penting. Ada masa untuk kita berpolitik Yang Berhormat, ada masa untuk kita menjaga negara kita ini secara bersama. Ini sebabnya saya katakan lawatan itu saya setuju, buat. Saya kira Menteri bersetuju. [Disampuk] Ya, kita desak Menteri. BNBBC juga desak Menteri, bawa mereka ke sana tetapi calibratelah dahulu equipment ini supaya kita sama- sama mendapat bacaan yang betul. Tuan Yang di-Pertua, saya banyak hendak cakap tetapi tidak mengapalah.
Yang Berhormat Kota Belud, 30 minit itu bukan untuk Yang Berhormat.
Saya tahu, baru lapan minit Tuan Yang di-Pertua. Okey, itu sebabnya saya katakan NGO itu tadi ini, ini masalahnya. Saya
tengok tadi sebahagian besar daripada ucapan Yang Berhormat pun tidak ada kena mengena dengan ini. Dia masuk pergi Lynas, dia melencong ke Lynas. Kita pun fahamlah konsisten ini. Dia hendak tunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sahaja yang memperjuangkan Lynas ini... [Disampuk] Saya dengar ini, Yang Berhormat Sri Gading. Saya telah mendapat satu maklumat tetapi tidak tahulah betul atau tidak maklumat ini. Di kawasan Lynas sekarang ini, orang-orang Melayu telah menjual tanah mereka kerana ketakutan. Siapa yang beli? Orang yang ada duit, pihak-pihak yang ada duit, orang luar. Jadi ini harus kita khuatir. Yang menakutkan ini yang menyebabkan nilai tanah ini jatuh – saya ada seminit lagi, saya faham Tuan Yang di-Pertua. Yang menakutkan ini yang menurunkan nilai tanah di Lynas ini. Bukan kita, bukan Lynas tetapi kebimbangan, fitnah itu – pembangkanglah. Sekarang nilai tanah jatuh, orang Melayu menjual tanah mereka di situ kerana ketakutan dan orang yang ada duit, orang luar, pihak lain – tahniahlah kepada Yang Berhormat Kuantan.
Lepas itu Tuan Yang di-Pertua, semua Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Kementerian Kesihatan, Jabatan Hal Ehwal DOE, MOSTI, KPPT, PBT, semuanya anak- anak Malaysia yang mempunyai kemahiran, semua tidak dipakai pandangan, semua dibuang. Jadi saya kira Tuan Yang di-Pertua, usul ini berasaskan kepada perasaan yang kebimbangan yang tidak berasas dan saya minta supaya Yang Berhormat Menteri menjawab soalan mereka ini dan minta mereka supaya menerima jawapan ini dengan hati yang terbuka.
Arah Menteri pula.
Demi kepentingan rakyat dan negara ini. Jangan sekali-kali kalau kita katakan ini macam kontroversi tadi. dua-dua Yang Berhormat mengatakan tentang kanser.
Bagi peluang kawan lagi Yang Berhormat.
Ya ya. Saya gulung 30 saat, 30 saat saya akan berhenti Tuan Yang di-Pertua. Tentang tadi kanser disentuh oleh rakan daripada pihak pembangkang. Saya hendak Tanya, betulkah statistik Yang Berhormat, ada tidak statistik? Kalau ada statistik bagi bahawa yang mengatakan bahawa insiden kanser, leukemia dan deformities of birth ini lebih tinggi peratusannya di kawasan itu daripada kawasan tempat lain. Saya kira sampai sekarang kita menunggu. Kita sudah tunggu dekat sepuluh tahun daripada dahulu sampai sekarang statistik yang diberi. Kalau Rafizi boleh cari semua data-data dekat Hilton, dekat Shangri La, ini saya rasa tidak ada masalah untuk Rafizi cari statistik untuk Yang Berhormat...
Sebab itu saya cadangkan supaya Kementerian Kesihatan buat penyelidikan.
Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang. Saya sebenarnya tidak menyokong dan menolak usul ini tetapi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana keprihatinan Tuan Yang di- Pertua usul ini juga dijelaskan dan dibawa untuk diperbincangkan. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya akan bagi sampai pukul 5.20 petang lepas itu Menteri menjawab. Ya, kalau Yang Berhormat Simpang Renggam pakai tiga minit saya boleh bagi Yang Berhormat Maran lagi ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Dua point sahaja. Saya dengar hujah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Satu, ini hearsay sebab dia mengikut laporan media.
Dua, kalau kita dengar ucapan Yang Berhormat Batu Gajah tadi, tidak menyebut berapakah nilai radiasi, berapakah nilai patut dikira berbahaya? Apakah nilai background reading - bacaan latar belakang di Perak, di seluruh negara? Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Boleh saya celah, boleh saya celah?... Background radiation 0.05 millisievert per year, background radiation.
Yang Berhormat Batu Gajah membentangkan. I’m referring to her, her hujah, faham?... [Berkata kepada YB Gopeng] Yang Berhormat Batu Gajah membentangkan usul ini jelas mengatakan bahawa ia ada sangkut paut dengan Lynas. Ini adalah satu lagi sandiwara politik yang hendak dilakukan oleh pihak pembangkang. Saya lihat sebenarnya pihak pembangkang tidak layak mengambil bahagian dalam perbahasan ini, mengapa? Bagi mewakili rakyat Malaysia kerana mereka sudah boikot, tidak mahu ikut sama dalam Jawatankuasa Parlimen, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Jadi mereka sering kata hendak, mahu bipartisan, bipartisan tetapi apa yang mereka lakukan, cakap tidak serupa bikin. Kalau mahu, kita betul-betul mengusahakan bipartisan...
Penjelasan sedikit Yang Berhormat Simpang Renggam, penjelasan sedikit boleh?
Seharusnya duduk sekali membincangkan isu secara minda terbuka, secara adil, secara rasional dan janganlah main politik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat perkara Lynas ataupun Bukit Merah ini pandangan adalah dwi polar, dua polar. Mana pihak saintis kata selamat, pihak pembangkang pula kata tidak. Walaupun Yang Berhormat Hulu Langat yang barisan sama dengan mereka pula kata selamat. Juga saya patut menyoal orang yang mengetuai anti Lynas Tan Boon Teet, apakah background dia? Adakah beliau merupakan seorang pakar nuklear? Kalau banding dengan Yang Berhormat Hulu Langat? Kalau kita dengar Yang Berhormat Batu Gajah, hujah dia tidak berasaskan saintifik Tuan Yang di-Pertua. Bila kita kata saintifik bukan sekadar kita ambil radiation detector pergi sana sini buat ukuran lepas itu ambil bacaan, lepas itu kata ini bahaya. Jadi kalau kita lihat bacaan latar belakang radiasi di seluruh negeri Perak dan mengikut data yang diberikan oleh AELB. Ia sebenarnya berubah daripada 1.6 millisievert setahun ke 6 millisievert setahun. Bacaan yang diambil oleh kumpulan...
Saya mohon ...
Diambil oleh kumpulan ...
Buktikan data tersebut, buktikan data tersebut.
Di kilang lama ...
Data itu salah..
Bacaan yang diambil...
Saya tetap katakan data itu salah.
Siapa kata salah?
Bacaan yang diambil oleh Kumpulan Anti Lynas di kilang lama dan juga di tapak penyimpanan sisa adalah 1.6 millisievert setahun kalau kita convert. Makna kalau kita mengikut peraturan AELB patut angka ini kita hendak tolak background reading dia. Bermakna 1.6 millisievert setahun kita tolak 1.6 millisievert setahun makna kita dapat 0, sifar. Mengikut peraturan kalau lebih daripada 1 millisievert setahun ...
Mohon penjelasan, mohon penjelasan.
Barulah AELB hendak masuk ...
Back ground radiation 0.05 millisievert setahun. Kalau tidak faham check AELB website.
Itu Malaysia.
Sebanyak 0.05 millisievert setahun.
No, no, no tidak betul Yang Berhormat. Yang Berhormat ambil statistik terpilih.
Itu tahap.
Yang Berhormat ambil statistik terpilih. Kita cerita fasal statistik back ground.
Tuan Yang di-Pertua itulah masalah dia pembangkang ini tidak mahu duduk sekali dengan AELB, tidak mahu masuk jawatankuasa, inilah yang mereka lakukan ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya setiap hari kita semua terdedah kepada radiasi semula jadi. Tidak kira di mana pun walaupun di dalam Dewan yang mulia ini juga. Jadi pernah saya sekali saya minta AELB mengambil bacaan radiasi yang ada di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat boleh kita cadangkan dekat dengan Kuantan saya rasa belah sana tinggi sedikit radiasi.
Di depan rumah Yang Berhormat Kuantan berapakah bacaan radiasi yang ada? Jadi...
Boleh saya bagi tahu Yang Berhormat Simpang Renggam. Di Pantai Teluk Cempedak 0.06 millisievert per year.
[Menyampuk]
Masuk jawatankuasa, masuk jawatankuasa. Kenapa tidak masuk jawatankuasa Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan ini saya difahamkan oleh rakan seperjuangan saya Ketua Pemuda Gerakan Negeri Kedah. Beliau pernah jemput Yang Berhormat Kuantan sama-sama membahaskan isu Lynas...
Sila tanya dia, expertkah dia?
Akan tetapi apabila syarat yang ditetapkan oleh moderator dia hendak membawa seorang pakar beliau tarik diri.
Yang Berhormat Simpang Renggam kami buat bicara rakyat...
Beliau tarik diri.
Kami buat bicara rakyat dengan Pengarah AELB tetapi RTM takut hendak siarkan pada malam esok. Itu saya hendak bagi tahu bersama dengan Ketua Gerakan, Ketua Pemuda Gerakan Kedah. Itu saya hendak bagi tahu sebab they fail miserably and make a fool of himself.
Macam itukah?
Ini bukan soal keselamatan kesihatan main politik, politik kotor.
Tuan Yang di-Pertua kalau mengikut pengetahuan saya, radiasi ini sepatutnya ia akan kurang daripada 2.5 millisievert setahun. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Simpang Renggam sudah habis masa.
Habis masa. Jadi saya berharaplah dan juga, saya merasakan bahawa Tuan Yang di-Pertua. Janganlah kita main politik. Kita lihat perkara ini secara minda yang terbuka, rasional dan adil dan saya mohon menolak usul ini. Sekian, terima kasih.
Saya minta semua pihaklah Yang Berhormat ya? Yang Berhormat Menteri menjawab. Minta tolong kita dengar kerana jawapan itu masuk dalam Hansard. Kalau kita buat bising,
Hansard tidak masuk betul-betul, makna kita yang tidak hendak rekod ini dimasuk dalam Hansard. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan terus kepada isi kandungan usul daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Sebelum itu terima kasih kepada mereka yang telah pun membahaskan iaitu Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Simpang Renggam. Sebenarnya saya tidak payah lagi mahu cakap banyak kerana rakan-rakan di sebelah sini begitu pakar sekali untuk menjawabnya. First, bacaan tersebut tidak mengambil kira bacaan latar belakang. This is international procedure that we do, okey? And just to say kepada NGO, kita terima teguran- teguran yang positif tetapi mestilah bertindak dengan profesional juga. Bersama-sama dengan saya is a radiation monitoring gadget. Untuk ini sebenarnya, untuk membuat reading dan menginterpretasikan you perlu lesen ‘H’ di bawah akta 304. If you want to interpret the data, and become quotable in Parliament or quotable by profesional medical profesion. I took a reading, in a main centre.
Parlimen punya, Parlimen punya reading berapa Yang Berhormat Menteri?
No, no, no, this one... reading. Di luar 0.20 microsievert per hour. Di sini 0.10. Saya kalau siap check kerusi-kerusi Yang Berhormat, tidak tahulah... [Ketawa] Barangkali ada yang lebih tinggi daripada yang di situ.
Boleh dapat reading dekat Kuantan punya itu, juga tinggi tidak?
Dengan itu dia tidak sepatutnya membuat perbandingan dengan purata paras bacaan latar belakang Malaysia iaitu 0.05 seperti Yang Berhormat Gopeng sentuhkan tadi, microsievert satu jam. Sebab this is the average untuk national figure. Kalau kita ambil di peringkat negeri, berbeza-beza locality dan bacaannya berasas kepada what is in the background. So in Perak for instance, 0.48 milisievert satu tahun. In Sabah pun 0.32. So almost paling tinggi ini ialah Wilayah Persekutuan lastly because of the mining and industrial effect and begitu semua. So these are all the figures saya boleh bekalkan, diperakui melalui ALB dan juga agensi-agensi sains kita. Maka dengan itu, bagi di Perak ia punya in terms of microsievert actually per hour is 0.2 to 0.75 microsievert per hour. It’s not just 0.2 but the range point 0.2 sampai 0.7, okey? Bacaan ini lebih tinggi actually berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia seperti mana saya katakan tadi kerana kawasan ini lebih bekas perlombongan, bijih timah dan seterusnya. Ketiga, pihak NGO mendakwa bacaan 0.19 microsievert per jam di lokasi berhampiran bekas tapak kilang Bukit Merah dan 0.2 di microsievert per jam di lokasi. I just want to remind. Tadi saya di luar sana and I will share this machine dengan mereka yang ingin, minat, 0.2 di hadapan screening machine di situ, okey? They got the same reading 0.2 microsievert per jam di lokasi berhampiran tapak di situ, okey? Bacaan ini adalah rendah berbanding dengan bacaan latar belakang lokasi iaitu 0.2 until 0.75 seperti mana yang saya katakan tadi. Dakwaan pihak NGO bahawa bacaan yang direkodkan adalah melebihi satu tahap, 1 milisievert satu tahun yang selamat bagi orang awam dari segi undang-undang tidak benar because the conversion tidak mengambil kira bacaan latar belakang. Actually the 1 milisievert per year is on top of what is in the environment. Okey, and I say, and sievert, kalah India 20 milisievert per year, okay? In Ramsar Iran, 132 milisievert per year in the environment and you are allowed once more milisievert for the fourth year. That is how the world buat judgement on this matter. Untuk Malaysia, kalau dia pekerja is allowed to tolerate 20, okey milisievert per year untuk tujuan tersebut. Just want to say, kalau satu chest X-ray is 100 ya doktor, microsievert one shot, kalau city scan 20 milisievert one shot which is about 20,000 micro sievert per one shot. So these are the facts. When you take this out dari segi environment yang di back ground and the reading they had, actually there
is a 0 reading that mean we have successfully actually manage and reduce the level of radiation in the area...
Yang Berhormat Menteri boleh sedikit? Nevertheless kita sedang memantau secara luas, setiap 5 kilometer ada recording oleh mesin-mesin environmental radiation monitoring system kita. Kita ada data-data daripada lima sampai dua kilometer.
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Lima kilometer sampai 10 kilometer. Jadi berasaskan itu bahawa apa khususnya dari segi...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri..
Isi kandungannya itu amatlah sedih dan perlu perhatian yang lebih tentative daripada tuduhan.
Sikit Yang Berhormat Menteri, sikit Yang Berhormat Menteri.
Nanti saya beri, ada masa sedikit.
Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harap-harap nya tadi sebentar tadi Yang Berhormat Menteri pun mendengar penghujahan saya. Saya berhujah pada awal-awal tadi bukan hanya berpandukan measurement dan quantification saya sebutkan tadi. Akan tetapi lebih penting bagi pengamal sains perubatan dan pengamal medical practitioner, mengkolaborasikan scientific findings with clinical ‘signs and symptoms’. Saya telah tegaskan perkara itu dan apabila kita memandang kepada apa yang akhirnya akan dihasilkan khususnya di Gebeng nanti, the level especially daripada product water purification itu ia menghasilkan dos ke paras 62 backerel per gram. Jadi oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, please give some due consideration into clinical signs and simptom dan saya berhujah...
Terima kasih.
Dengan over and above background bagaimana leukemia berlaku di Bukit Merah dan kita tidak mahu ia berlaku di Gebeng. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Okey terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya memohon perhatian kepada perkara hanya mengatakan bahawa memang kita tidak...
Minta penjelasan.
Tunggu dahulu, saya hendak selesaikan satu minit ini. Kita belajar banyak daripada sejarah daripada projek ini. Apabila Akta ALB mula dikuatkuasakan pada tahun 1984, perubahan demi perubahan dari segi pemantauan dan seterusnya. Dari segi medical, pihak Kementerian Kesihatan duduk di dalam Lembaga ALB di situ sebagai ahli. Saya telah diberi jaminan bahawa mereka akan meneliti rekod-rekod yang ada di hospital di situ. Akan tetapi setakat ini mengatakan bahawa tiada trend apa-apa selepas tahun 1984 apabila ia dikuatkuasakan dan khususnya pemulihan mulai pada tahun 1996. Akan tetapi saya ambil perhatian kepada perkara tersebut dan inilah antara barangkali yang kita boleh gunakan sebagai pelajaran daripada sejarah. Dari segi pemantauan sekarang zero reading membuktikan bahawa dari segi apa yang ada di situ, tidak ada yang perlu mana- mana pihak berasa ketakutan and we must stop this habit, crossing public fear dan seterusnya. Satu minit barang kali Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Kota Belud juga bersetuju dengan pendapat saya. Apakah pihak Yang Berhormat Menteri atau boleh wakilnya bersedia untuk turun padang bagi meyakinkan orang ramai bahawa laporan kedudukan sebenar tahap keselamatan di kawasan tapak-
tapak tersebut? Dan bersediakah kerajaan dan kementerian memberi maklumat-maklumat yang saya pohon sebelum ini dalam usul yang telah saya cadangkan?
Okey, saya terima cadangan-cadangan tersebut.
[Bangun]
Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pegawai. Saya bercadang melawat tapak itu selepas selesai PAC transformasi Parlimen ini supaya kerja sudah habis. Kalau pihak di sana kerjasama and I’ll bring the gadget. The NGO hendak ikut sama saya pun, bisa termasuk Yang Berhormat daripada Batu Gajah.
Mohon penjelasan, one more, one more penjelasan.
Yang Berhormat Menteri sudah habis Yang Berhormat. Sudah selesai Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri sudah habis ya? Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup dalam perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini dan yang demikian saya tutupkan perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 26 Mac 2012. [Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]