Dewan Rakyat · 17 April 2012

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 1,757 turns · 65,017 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

(Pembukaan)

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi. Peraturan Mesyuarat 19.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Boleh nanti saya ambil Yang Berhormat punya point of order selepas itu?

(Pembukaan)

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG RUKUN TETANGGA 2012 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk membuat peruntukan yang berhubungan dengan Rukun Tetangga dan skim rondaan sukarela dan bagi perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan tugas dan kuasa Pasukan Sukarelawan Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 18 April 2012.”

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

Saya mohon menyokong.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Saya baru mendapat surat tolak dalam Peraturan Mesyuarat 19. Akan tetapi saya memang tidak berpuas hati sebab...

[Dewan riuh]

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

saya membuat Peraturan Mesyuarat 19, terdapat seramai 3,612 orang penduduk yang menyokong...

Yang Berhormat Bakri buat Parlimen sendirilah.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Dalam Peraturan Mesyuarat 19. Ini disebabkan penduduk di sana memang tidak menyokong projek petrokimia di Pengerang sebab rayuan oleh penduduk-penduduk di kawasan Pengerang mengisytiharkan bahawa mereka mengambil berat mengenai projek pembangunan bersatu penapisan dan petrokimia...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri ada baca surat saya dan alasan-alasan yang saya berikan kepada Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Ya. Saya baru mendapat surat ini tetapi saya rasa seperti Timbalan Menteri cakap, dia akan bincang dengan penduduk tetapi penduduk sampai hari ini tidak dapat berjumpa lagi. Saya harapkan – sebab ini permintaan daripada penduduk.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bakri. Duduk dahulu Yang Berhormat Bakri. Ahli Yang Berhormat Bakri, setiap apa pun yang kita bincang dalam Mesyuarat Dewan mesti mengikuti peraturan-peraturan Mesyuarat yang sedia ada. Dalam hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri iaitu di bawah Peraturan Mesyuarat 19(1)(a) iaitu mengenai dengan rayuan petisyen. Jarang- jarang dibuat di mana-mana Parlimen pun, apalagi di Parlimen Malaysia. Jadi, satu daripada kriteria yang perlu dipenuhi; pertama, rayuan itu hendaklah ditujukan kepada Parlimen Malaysia, Dewan Rakyat Malaysia. Akan tetapi rayuan Yang Berhormat Bakri ialah ditujukan kepada House of Commons. Saya tidak tahu House of Commons mana, Englandkah, New Zealandkah, Australiakah? Itu satu. Kedua, dalam peraturan mesyuarat kita, setiap rayuan mesti ditandatangani oleh perayu. Akan tetapi apabila saya baca rayuan yang begitu tebal daripada Yang Berhormat Bakri, kebanyakan nama-nama itu cuma ditulis oleh seorang. Daripada saya tengok pun saya tidak puas hati, saya syak-wasangka. Jadi, atas sebab itu, saya menulis surat kepada Yang Berhormat Bakri menolak rayuan tersebut. Kalau Yang Berhormat Bakri tidak puas hati, perbaiki kesilapan apa yang saya sebutkan dalam Mesyuarat itu, selepas itu kemukakan balik. Terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Yang di-Pertua, adakah saya boleh buat dalam Peraturan Mesyuarat 18?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat semua faham peraturan mesyuarat itu ada tiga kriteria yang penting. Pertama spesifik, kedua kepentingan orang ramai, ketiga perlu disegerakan. Ahli-ahli Yang Berhormat faham sudah itu sekarang, mungkin spesifik, mungkin kepentingan orang ramai tetapi tidak perlu disegerakan oleh sebab ia satu perkara yang berterusan. Kadang-kadang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah pun dijawab menteri-menteri. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan point of order selalu itu maksudnya ia mengganggu juga kadang-kadang peraturan mesyuarat. Jadi sebelum membangkitkan peraturan mesyuarat, fikir baik-baik sama ada peraturan mesyuarat itu valid atau tidak. Saya tidak menolak apa-apa kalau ia menurut peraturan mesyuarat sudah betul. Sila Setiausaha.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dibacakan kali yang kedua sekarang”. [16 April 2012]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, point of order, semalam kita merujuk Ahli Parlimen Subang membawa isu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2), Tuan Yang di-Pertua kata selepas debate, selepas dasar barulah usul ini boleh dikemukakan. Saya ingin tahu pada titik mana usul ini harus dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Selepas Menteri jawab, dalam Menteri menjawab itu pun ada pencelahan-pencelahan. Selepas Menteri menjawab dan semuanya selesai, apabila saya mahu mengemukakan bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ada suatu ketika nanti saya memanggil Yang Berhormat Subang untuk mengemukakan usul.

Tuan Yang di-Pertua

Biar Menteri menjawab dahulu, silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan perdana Menteri · Padang Rengas

Yang Berhormat Batu fahamkah? Macam tidak faham.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, yang bentang baru-baru ini Perdana Menteri. Adakah...

[Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dak, cuma saya...

Kalau hendak menjatuhkan maruah orang Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Cuma saya hendakkan kepastian.

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Yang Berhormat Pokok Sena ini tahu tapi buat-buat tidak tahu.

Yang Berhormat Pokok Sena ini hendak buang masa sahaja.

Saja hendak mengalang kepala... Yang Berhormat Pokok Sena ini, dia tahu tetapi buat-buat tidak tahu, ini masalah Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Padang Rengas ini pemangku Perdana Menterikah?

[Bangun]

Ini batu api, lagi jahat naib presiden...

Ini standard naib presiden? Naib presiden PIBG.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kadang-kadang saya faham Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berdiri, perkara itu mustahak tetapi kalau perkara-perkara yang remeh, yang mengganggu sahaja janganlah buat selalu, kita menghabiskan masa. Silakan Yang Berhormat Menteri teruskan.

Tidak apa, tidak apa Tuan Yang di- Pertua. Kita kena maafkan Yang Berhormat Pokok Sena sebab dia daripada Kedah – Kedah ini ada penyakit hendak merebut Menteri Besar itu... [Ketawa] Jadi virus itu terbawa- bawa dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

... Yang Amat Berhormat...

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Khususnya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, sebab saya tengok agak sukar semalam untuk dia berbahas kerana daripada body languagenya saya nampak dia menyokong sebenarnya tetapi maklumlah sebagai Ketua Pembangkang, peraturannya kena bangun dan berucap first speaker. Terima kasih Yang Berhormat dan hari ini pun hadir pada pagi ini untuk mendengar jawapan-jawapan yang diberikan tentang hujah perkara-perkara yang dibangkitkan semalam, 10 jam semalam daripada pukul 10 pagi sehingga pukul 9.30 malam dan nampak kesungguhan Yang Berhormat dalam isu ini kerana dia tampil pada pagi ini untuk mendengar jawapan daripada pihak kerajaan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang, semalam pun berucap, saya nampak semuanya mengungkapkan tentang sejarah. Saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tumpat itu adalah betul, ibaratkan sejarah ini sebagai cermin untuk tengok belakang supaya jangan kita berlanggar di hadapan ataupun hendak memotong nanti. Memang betul sejarah itu penting supaya kita mempelajari daripada apa yang telah berlaku pada masa yang lepas dan juga jangan diulangi lagi pada masa yang akan datang. Juga terima kasih kepada pihak backbenchers yang telah berucap begitu baik sekali. Sebenarnya..., Yang Berhormat Seputeh pun hendak bertelurkah?.. [Ketawa] Tidak, ayam kalau hendak bertelur bunyi macam itulah. Saya hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada backbenchers, sebenarnya semalam daripada perbahasan dan penjelasan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya, saya merasakan semuanya telah pun dijawab. Sepatutnya pada hari ini saya tidak perlu memberikan apa-apa jawapan tetapi kita tidak boleh melanggar prosedur, prosedurnya ialah Menteri menggulung, jadi saya sekali lagilah menggulung untuk memberikan kesempatan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mendapat penjelasan yang lebih daripada apa yang telah disebutkan oleh rakan-rakan saya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dia sibuk, dia bukan macam..., oh ya, ya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik yang mengatakan Perdana Menteri kita sibuk tetapi Perdana Menteri sepatutnya sudah tahu jadual dia, hari apa bentang dan hari apa gulung. Selepas itu bolehlah spend masa, kan Perdana Menteri kata bahawa mansuhkan ISA ini kerana

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

masyarakat kita makin matang. Jadi sepatutnya Perdana Menteri pun seharusnya dengan kematangannya datang untuk debate, kalau tidak berani debate di luar pun debatelah di dalam Dewan yang mulia ini, itu barulah menunjukkan sifat kematangan. Jadi nampak bila bentang Perdana Menteri...

Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Bila gulung, kaki pukul.

...Jangan ambil, bagi peluang, menghina. Perdana Menteri dia berani - depan, luar, dalam Dewan dia berani berbahas.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri teruskan.

Janganlah menghina Perdana Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, bila bentang Perdana Menteri, bila gulung kaki pukul, jadi... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan.

Tidak apalah, bagi...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri, kenapakah selepas rang undang-undang ini diluluskan di Dewan ia akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri, tengok Menteri Kementerian Dalam Negeri semalam kebanyakan masa tidak ada, tidak mendengar keluhan daripada pihak di sebelah sini dan juga macam mana dia boleh melaksanakan apa yang dicadangkan oleh Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seputeh, saya ini Menteri yang menjaga Parlimen ya dan ditambah juga dikatakan sebagai de facto Menteri undang-undang. Ini ada kaitan dengan Parlimen dan ada kaitan dengan undang-undang, jadi suka hati sayalah... [Ketawa]

Suka hati sayalah, kalau saya...

Yang Berhormat Menteri ...

...Kalau saya hendak, saya boleh menjawab bagi mana-mana pihak oleh sebab saya dalam keadaan yang emergency kalau sekiranya ada orang yang tidak dapat hadir, tidak melanggar apa-apa peraturan untuk saya menjawab bagi pihak mana-mana kementerian. Ya, Yang Berhormat Batu.

Saya menghargai Yang Berhormat Menteri tekun untuk menjawab. Masalah ini undang-undang ini akan dilaksanakan selepas Parlimen ini meluluskannya, yang saya khuatir Yang Berhormat Menteri sudah menawarkan diri supaya tidak bertanding, masalah ini kalau undang-undang dilaksanakan, Menteri lain pula kata ini bukan jawapan yang diberikan dan tidak mahu bertanggungjawab di atas kata- kata ini, itu yang kita khuatir.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat hendak menjadi speaker selepas ini.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Jangan layan...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia hendak duduk Kerusi Speaker sebab itu dia tidak hendak bertanding.

Lebih sesuailah.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Jangan layan isu-isu bodoh ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

...Terus berkhidmat sebagai Menteri.

Tidak apalah jangan marah Yang Berhormat Batu.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh selesai dalam setengah jam Yang Berhormat Menteri?

Boleh, boleh selesai.

Tuan Yang di-Pertua

Sebab apa yang saya nampak ini tidak ada pun isu yang ditimbulkan cuma kelakar politik semata-mata, silakan.

Namun seperti mana Yang Berhormat Rembau telah kuliah kan semalam, kita jangan marah dengan mereka kerana mereka tidak faham collective responsibility, mereka tidak faham. Kementerian tidak akan hilang, individu akan datang dan pergi dan kita terikat dengan apa juga keputusan yang telah dibuat oleh Menteri-menteri yang terlebih awal, ini bagi kuliah sedikitlah ya. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012, merupakan undang-undang yang menentang keganasan, oleh yang demikian rang undang-undang ini adalah berbeza dan tidak bolehlah disamakan dengan undang-undang jenayah yang biasa.

Oleh sebab itu dia punya tajuk pun – Yang Berhormat Kubang Kerian jangan cakap telefon, Yang Berhormat Kubang Kerian saya tengah menggulung... [Ketawa] Sebab itulah rang undang-undang ini disebut Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan dan dalam kurungan disebut (Langkah-Langkah Khas). Maknanya out of the ordinary sebab kita hendak menentang keganasan. Jadi, rang undang-undang ini berbeza dengan rang undang-undang jenayah yang biasa. Kalau Yang Berhormat berbahas kah jangan melihat dalam keadaan yang biasa. Dia dalam keadaan kita melawan keganasan dan memerlukan perkara-perkara yang dalam keadaan biasa kita tidak boleh beri. Akan tetapi dalam keadaan luar biasa lawan pengganas, kita berikan kelonggaran. Itulah disebut sebagai langkah-langkah khas...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bertujuan untuk melindungi Malaysia - Malaysia, ini termasuk pembangkang-pembangkang semua ini. Ini Malaysia ya? Bukan Singapura, Malaysia semua. Yang Berhormat sabar dahulu, Yang Berhormat orang saya, orang Perak. Saya akan bagi.

Duduklah.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya hendak tanya tentang kes-kes luar biasa. ISA pun luar biasa.

Sabar-sabar. Tunggu, sabarlah. Tidak sabar... [Ketawa] Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bertujuan untuk melindungi Malaysia daripada terdedah kepada ancaman pengganas. Kita tidak mampu dengan izin, we cannot afford untuk menunggu sehingga sesuatu perkara berlaku kepada negara kita. Sebagai contoh, takkan hendak tunggu Menara Berkembar Petronas diletupkan kemudian keesokan harinya kita panggil Parlimen barulah Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) ini digubal. Kalau bangunan sudah runtuh, orang pun sudah ramai sudah mati macam Amerikalah. Bila sudah kena twin tower dia, sana ramai mati, 600 lebih mati selepas itu baru hendak memikirkan tentang sesuatu undang-undang. Kita harus belajar daripada pengalaman Amerika Syarikat kerana mereka hanya menggubal undang-undang yang tegas selepas tragedi 11 September 2001. Kira- kira 11 tahun dahululah. Malaysia tidak harus berlengah dan membiarkan terdapat kelompangan dalam undang-undang kita ke arah menentang keganasan. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah mempersoalkan kewujudan undang-undang ini di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan. Bertanya siapakah kumpulan orang itu? Yang ini Yang Berhormat hendak bukan? Termasuklah Yang Berhormat, bukan? Serta apakah tindakan yang telah diambil oleh mereka?

Saya telah mendengar hujah-hujah ini yang telah dibangkit khususnya tentang perkara ini dan saya telah berunding dengan Ketua Special Branch seperti Yang Berhormat Permatang Pauh kata Special Branch kita ini bagus. Jadi, saya berunding dengan Special Branch supaya mendapat keizinan untuk menerangkan di sini peristiwa-peristiwa itu kerana ini merupakan rahsia yang besar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau yang mengatakan iaitu bahawa era di mana kita mengambil tindakan dan kita tidak menceritakan, tidak telus tentang apa yang telah berlaku itu telah pun lepas. Yang Berhormat Balik Pulau tidak ada sini. Jadi, urutan ucapan saya ini akan menyebut perkara-perkara yang telah lepas, yang telah memerlukan kita untuk mengadakan undang-undang ini. Pada pagi ini Dewan yang mulia ini izinkan saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini siapakah mereka itu dan tindakan yang telah diambil setakat ini. Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Pokok Sena membangkit dalam mukadimah rang undang-undang ini, siapakah kumpulan besar itu dan apakah tindakan yang telah diambil. Kumpulan-kumpulan keganasan yang dimaksudkan ialah kumpulan-kumpulan militan atau individu yang bertindak secara sewenang-wenangnya, mendatangkan ancaman terhadap nyawa dan harta benda kepada mana-mana individu atau lokasi sasarannya. Kumpulan- kumpulan keganasan yang dimaksudkan ialah kumpulan-kumpulan yang mempunyai objektif dan agendanya sendiri mendatangkan ancaman keselamatan tidak kira apa asas perjuangannya. Sebagai contoh Jemaah Islamiah dan al-Qaeda yang telah jelas mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dunia. Sepanjang tempoh penguatkuasaan ISA selama 52 tahun, iaitu semenjak tahun 1960 hingga April 2012, seramai 10,883 orang telah ditahan di bawah seksyen 8(1) ISA manakala 4,461 orang telah dikenakan perintah tahanan. Tangkapan dan tahanan di bawah ISA meliputi kumpulan yang terlibat dalam kegiatan yang berikut: (i) pelampau agama, contoh al-Arqam 1994; (ii) kumpulan militan, contoh al-Ma'unah, Kumpulan Militan Malaysia; (KMM), Jemaah Islamiah (JI) dan Daulah Islamiah (DI); (iii) pemalsuan dokumen perjalanan pasport; (iv) penyeludupan migran; dan (v) pemalsuan wang syiling. Buat masa ini militan yang dikenakan perintah tahanan ialah seramai 14 orang. Yang dikenakan perintah pula ialah lapan orang. Manakala yang digantung perintah tahanan pula ialah seramai dua orang dan setakat ini 22 orang militan sememangnya telah dikenal pasti oleh pihak polis manakala lebih ramai lagi yang berada di luar sana yang berada di bawah radar pihak polis. Sekumpulan orang tersebut merujuk kepada bukan sahaja pengganas yang telah dikenal pasti ini tetapi juga mereka yang berada di seluruh dunia kerana dunia kini tanpa sempadan dan pihak pengganas bergerak melalui pusat operasi mereka seluruh dunia. Masalah ini ialah masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia dan bukan hanya Malaysia. Saya hendak...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab perkara yang saya bangkit. Betul Yang Berhormat kata bahawa kumpulan-kumpulan pengganas dan sebagainya yang akan ditahan dan telah pun ditahan di bawah ISA kemudian dalam undang-undang ini, ini punlah yang akan diguna pakai. Akan tetapi Yang Berhormat tidak sebut pun sejarah penahanan di bawah ISA sebelum itu, orang politik macam kami yang tidak terlibat dengan apa-apa bentuk keganasan. Itu proof, saya katakan semalam bahawa yang terlibat ialah Yang Berhormat Pekan. Tidak, ini saya – ini sejarah yang tidak boleh dinafikan, yang terlibat adalah Yang Berhormat Pekan pada waktu itu dan sebahagian daripada bekas-bekas Ahli Parlimen dan bekas-bekas Menteri dan juga bekas Menteri Besar yang ada dalam negara kita daripada UMNO dan BN. Itu proof yang menunjukkan bahawa saya tidak terlibat dengan satu suasana politik yang menjadi isu gawat pada waktu itu, pertembungan antara kaum Melayu dan Cina. Yang Berhormat daripada Pekan iaitu Perdana Menteri sekarang ini diberikan cuti selama dua bulan ke Australia oleh bekas Perdana Menteri.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya berani mengesahkan bahawa itu satu pembohongan.

Salah, itu fakta.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Perdana Menteri diberi cuti selama dua bulan, itu satu pembohongan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat hendak kata salah. Akan tetapi saya mengalami...

[Dewan riuh]

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Pada ketika itu saya Setiausaha Sulit beliau.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini isu.

Rujuk Yang Berhormat Permatang Pauh, fakta salah.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Ini satu penipuan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini isu yang telah berlaku.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Memesongkan Dewan.

No, fakta salah. Yang Berhormat Permatang Pauh boleh perbetulkan. Tidak betul.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Tidak pernah Yang Berhormat Perdana Menteri diberi cuti pada waktu itu.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Ini satu pembohongan Tuan Yang di-Pertua. Dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, dia bercuti ke Australia selama dua bulan...

[Dewan riuh]

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang berdiri, sila duduk... [Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak sebut bahawa saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat, mengatakan ada kumpulan pengganas yang ditangkap...

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus

Kena tarik balik. Yang Berhormat Pokok Sena tarik balik...

[Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Operasi Lalang itu jelas menunjukkan bagaimana kami menjadi mangsa kambing hitam kepada... Akan tetapi akhirnya yang menjadi mangsa, sebahagian besarnya ialah orang politik.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak betulkan kenyataan, memang benar bahawa Yang Berhormat Pekan tidak diberi cuti rasmi ke Australia...

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi, kita kena faham konteks yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, beliau seperti juga Yang Berhormat Pasir Salak dan lain-lain tepat kalau dianggap dizalimi kerana tidak terlibat secara langsung dari sudut pertembungan antara kaum yang melibatkan Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Itu fakta yang jangan sesiapa nafikan. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena sementara fakta tentang cuti itu hanya melibatkan Ketua Pemuda MCA tetapi memang Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu diberi teguran tetapi tidak diambil tindakan. Jadi kalau mereka mengeluh sekarang untuk membetulkan fakta, saya fikir kita jangan nafikan. Fakta itu betul bahawa yang ditangkap tidak terlibat dalam mencetuskan

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

keadaan tegang di antara kaum Melayu, Cina pada ketika itu. Jadi saudara kalau sudah jadi mangsa maka saudara meluahkan perasaan begini kita harus faham kerana sikap Yang Berhormat Pokok Sena seperti banyak juga yang lain dan ini diakui oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi bahawa ini pengalaman secara pahit yang tidak harus diulangi. Jadi ini ketegasan beliau berulang kali setelah Perdana Menteri pada ketika itu Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri tatkala menggulung juga memberi jaminan yang sama. Saya hendak sambung tentang apa yang disebut tentang militan. Saya tidak pertikai malah saya tidak mahu ada anggapan daripada menteri ataupun daripada pasukan polis bahawa kita agak soft on terrorism or serious crime. Ini bukan isu parti, ini isu negara. Kita tahu tentang kegiatan terrorism ini yang telah mencetuskan banyak huru-hara malah mencemarkan imej kumpulan Islam itu sendiri kerana dikaitkan dengan Islam Terrorism. Jadi saya tidak langsung ada hasrat dalam semangat perbincangan perbahasan semalam dan hari ini mempertikaikan itu. Yang kita pertikaikan ialah kerana pengalaman pahit kita. Yang Berhormat Menteri menyebut umpamanya kumpulan militan dimasukkan sekali Al-Ma’unah, JI, Al-Arqam. Al-Arqam itu tidak tergolong dalam militan. Saya tahu, kalau Yang Berhormat sekarang bincang dengan ketua Special Branch, ketua special branch itu juga melapor kepada saya dan dua, tiga kali kita tanya mengapa harus dikenakan tahanan ISA. Beliau kata untuk memudahkan sergahan itu sahaja dan tidak ada umpamanya jaminan bahawa tanpa ISA mengenakan undang-undang sekatan yang lain tidak mungkin kita menyekat apa yang kita anggap gerombolan yang pelampau. Jadi yang jadi isu ini ialah tindakan militan daripada komunis militan atau pengganas daripada mana-mana kaum atau agama. Jadi ini yang menimbulkan kebimbangan. Masalahnya ialah beberapa peruntukan Yang Berhormat Menteri sedia maklum itu memungkinkan tindakan yang sama. Sebab itu kita minta umpamanya beberapa peruntukan itu tidak perlu memandangkan peruntukan yang sedia ada dalam undang-undang lain yang telah disebut semalam. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, sikit Yang Berhormat. Yang Berhormat sikit.

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Perkara yang sama ada kaitan sahaja sikit sahaja.

Saya hendak tentang Al-Ma’unah Yang Berhormat. Al-Ma’unah ini walaupun dia tidak...

Al-Arqam, Al-Arqam.

Al-Arqam, Al-Arqam. Saya tahulah berapa orang yang bekerja dengan Yang Berhormat dalam A-Arqam ini kawan saya juga. Walaupun dia bukan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Mike, mike.

Ini siapa yang sabotaj ini. Okey, Al- Arqam ini walaupun dia bukan satu badan yang pada ketika itu menggunakan keganasan tetapi perjuangan ialah untuk akhirnya nanti menjadi kerajaan di Malaysia ini. Akan tetapi, kita tidak lihat pun dia bertanding di dalam pilihan raya ataupun meletakkan calon-calon ada dia punya political will dia kah untuk bertanding di dalam pilihan raya? Jadi cara apakah yang dia hendak memerintah negara Malaysia ini kalau tidak dia melakukan perkara-perkara yang luar daripada kehendak Parliamentary Democracy kita. Jadi ini kebimbangan kita sebab itu kita harus memantau mereka kerana kita lihat juga bahawa dia telah berkembang begitu luas dan akhirnya boleh menjejaskan keselamatan negara kerana dia berhajat untuk menentang negara tetapi tidak pun mengambil bahagian di dalam sistem pilihan raya kita. Itu menyebabkan mengapa mereka ditahan dan dikawal di bawah ISA. Pada tahun 1987, Yang Berhormat bangkit tadi...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Saya telah menyebut tadi iaitu peristiwa- peristiwa yang telah bangkit oleh bukan sahaja di sebelah sana tetapi di sebelah sini pun itu akan merupakan perkara-perkara yang kita tidak akan ulangkan lagi. Tidak mahu kita lihat diulangi. Jadi saya sebut di sini dalam konteks kita melihat ke depan bukan menidakkan di masa yang lepas. Ada berlaku penyelewengan daripada segi pelaksanaan ISA pada ketika itu. Jadi saya punya ucapan menyebut perkara ini ingin mempertahankan rang undang- undang ini dengan langkah-langkah khas kerana membangkit perkara yang masa lepas yang telah berlaku yang dianggap pengganas, keganasan. Sila Yang Berhormat Pasir Mas dulu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada persoalan yang berbangkit oleh kerana ada pihak yang mengatakan mereka tidak terlibat dengan sesuatu peristiwa tetapi akhirnya ditangkap di bawah ISA. Persoalan Yang Berhormat ini di sini yang saya katakan ada timbulnya misconception, misconception iaitu undang-undang ISA adalah undang-undang preventive law iaitu undang-undang pencegahan. Jadi apabila timbul sesuatu suasana yang tegang tidak bererti orang terlibat itu sahaja ditangkap. Orang yang berpotensi untuk melakukan huru-hara juga akan turut ditangkap bagi tujuan untuk menentukan keadaannya selamat. Negara tidak tergugat, negara selamat ini dikatakan preventive law ini. Masalahnya ada pihak ini mengaji tidak habis. Sekolah pun tidak tinggi hendak bercakap perkara-perkara yang mengandungi undang-undang, baca betul-betul. Kita kena faham ISA itu untuk preventive law. Contohnya macam saya, tahun 1987 Yang Berhormat Operasi Lalang. Saya pun tidak bercakap dan saya pun tidak terlibat. Tiba-tiba saya kena tangkap, yang terlibat Yang Berhormat Pasir Salak. Dia berucap. Duduk dulu Yang Berhormat Pasir Salak. Kemudian, Dato’ Fahmi Ibrahim contohnya di kalangan UMNO. Saya tidak terlibat tetapi saya ditangkap. Sebagai orang yang pernah berpengalaman kena ISA kali pertama saya boleh terima. Sebab apabila Yang Berhormat Pasir Salak kena tangkap, saya duduk di luar saya sudah mula hendak merancang macam mana hendak bebas Yang Berhormat Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman. Yang Berhormat Pasir Salak hendak buat huru-hara ini, hendak keluarkan kamu daripada lokap ini...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi tentu akan menimbulkan huru-hara maka saya pun ditangkap. Faham tidak? Untuk tujuan hendak meredakan keadaan dan saya nanti dulu Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak kompelin, saya tidak merungut ISA sini sana zalim sebab saya pejuang. Orang yang penakut dan penyangak sahaja yang takut dengan ISA ini. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Tepuk]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Minta Yang Berhormat Menteri...

Boleh saya berjalan satu dua muka itu pusing balik.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tadi ini yang tadi. Tidak, tidak saya hendak ucap terima kasih.

Tidak payahlah. Tidak payah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak ucap terima kasih apabila saya bangkit itu Yang Berhormat mengaku bahawa kesilapan-kesilapan masa lalu...

Saya hendak bagi tahu. Tidak, saya tidak perlu berterima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak mengapa. Saya hendak ucap terima kasihlah apabila saya bangkit maknanya Yang Berhormat mengakui walaupun tidak sebut benda itu tetapi beri jaminan perkara-perkara yang berlaku suatu ketika dulu itu tidak akan berulang. Maknanya Yang Berhormat setuju bahawa sepatutnya Yang Amat Berhormat Pekan patut ditangkap pada waktu itu.

Tidak betullah. Saya hendak sebut di sini...

Yang Berhormat Menteri...

Nanti sekejap. Saya banyak dalam kalangan kita yang telah berhujah dan banyak telah membangkit berkenaan dengan waktu pembentangan ISA pada tahun 1960 dahulu di mana ada satu jaminan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Jangan lupa tahu.

Yang merupakan bapa kepada Perdana Menteri sekarang yang telah menyatakan bahawa ianya tidak akan digunakan untuk tujuan menyekat mereka yang mempunyai pandangan politik yang berbeza daripada pihak kerajaan. Itu jaminan yang telah diberi. Namun, apabila zaman telah berlalu, maka ada perkara-perkara yang dijamin dahulu tidak berlaku. Jadi kita..., dan ini memang betul, ini ada berlaku. Malah untuk pengetahuan Ketua Pembangkanglah, Aziz Haq itu nama dia Abdul Aziz, dia bukan bapa saya tetapi dia abang saudara saya. Aziz Haq orang Taiping – abang Aziz. Jadi dia ditahan. Itu hakikat sejarah tidak boleh dinafikan. Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang tidak cukup untuk kita mengulangi jaminan dalam Dewan ini lagi kerana jaminan yang diberi kira-kira 52 tahun dahulu telah dilanggar begitu. Oleh sebab itu sekarang Yang Berhormat, kalau kita baca muka surat tujuh, kuasa penangkapan dan penahanan, 4(3). Ini bukan jaminan sahaja. Ini merupakan satu perkara yang ditulis di dalam, di codifykan, “Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”...

[Bangun]

Jadi ini bukan lagi kata jaminan daripada Perdana Menteri atau jaminan daripada saya, tetapi telah di codify. It is codified now. Ia sudah di dalam akta ini sendiri. Jadi ini menunjukkan bahawa kita juga sedar iaitu bahawa ada orang-orang yang telah ditangkap kerana fahaman politik mereka dan kita juga percaya iaitu bahawa jaminan kalau kita buat di Dewan ini pun mungkin ianya tidak akan dipercayai kerana jaminan dahulu telah dibuat dan dilanggar. Oleh sebab itu kita masuk dalam akta. Kita codified untuk menunjukkan iaitu ini bukan lagi janji. Ini satu perkara yang tidak boleh berlaku di bawah akta ini.

[Bangun]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri. Tuan Yang di-Pertua...

Tidak, nanti-nanti. Saya hendak Yang Berhormat Kuala Selangor sebab kalau saya tidak bagi nanti beliau maki saya nanti... [Ketawa]

Pasir Salak ini tidak nampakkah? Yang Berhormat Menteri.

Duduk dahulu Yang Berhormat Pokok Sena. Kita bagi dekat Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri...

Ini kerana kalau saya tidak bagi, nanti beliau maki saya, beliau marah saya. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor, sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Ketawa]

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak apa, tidak apa.

Hari itu beliau maki saya.

Yang Berhormat Menteri, tidak nampak ini Pasir Salak ini?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, itu pre-emptive attack namanya itu.

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

Kacau sahajalah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terpanggil untuk... [Ketawa] Marah Yang Berhormat Pasir Salak ini. Nanti beliau marah ini, jangan beliau maki sudah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya rasa terpanggil untuk juga merakamkan ketika saya mencelah Yang Berhormat Pokok Sena berbahas semalam bahawa atas sebab jaminan itu jugalah Allahyarham Yang Berhormat Bachok, Profesor Dato’ Zulkifli Muhammad menyokong atas Rang Undang-undang ISA ketika itu kerana jaminannya telah diberikan dalam bentuk seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Itu satu sejarah yang perlu dirakamkan juga betapa PAS menyokong atas perhitungan keselamatan negara dan sebagainya. Baik. Persoalan yang saya bangkitkan di sini Yang Berhormat Menteri kalau boleh saya tanya. Yang Berhormat Menteri tidak menjawab penggunaan the invocation of pada awal-awal lagi yang dikatakan sebagai Perkara 149 yang menjadi asas kepada keseluruhan rang undang-undang ini yang ternyata dan tertera di situ adalah perkara yang bahawasanya tindakan telah diambil, there must be action already done seperti apa pun tindakan yang boleh diambil setelah perkara itu berlaku dan kita tahu bahawa ini adalah special powers yang digunakan atas permission peruntukan Perkara 149 dan 150. Akan tetapi hari ini, Yang Berhormat Menteri pun masih mengakui bahawa detention, penangkapan dengan yang disebutkan di sini bahawa tangkapan yang dibuat it is still detention. It is still detention dengan apa pun yang dikatakan sebagai sebab. Orang yang ditangkap dan ditahan atas mempunyai sebab untuk dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. It is still pre-emptive detention Yang Berhormat Menteri. Therefore, perkara ini memanglah menjadi asas penentangan kita pada awal-awal menyatakan penggunaan Perkara 149 dan 150 itu adalah special powers. Jadi perkara itu juga perlu disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebagai penerangan bahawa perkara ini adalah penentangan kami dalam penggunaan Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, lain kali Yang Berhormat, saya start pukul 10 pagi. saya sudah jawab benda itu, datang awallah lain kali. I have already replied. You came late. Jadi saya menyatakan ini, kita hendak lawan dengan pengganas so it is not an ordinary akta seperti jenayah biasa. Nama pun disebut langkah- langkah khas. Jadi, Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sudah jauh pergi. Saya tadi hendak respond, dapat penjelasan daripada pernyataan Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Menteri kata ini kesilapan dahulu kita hendak betul. Tidak ada kesilapan. Perdana Menteri. masa itu Ketua Pemuda UMNO, tidak melakukan sesuatu yang berupa mewujudkan pergaduhan kaum. Tidak ada. Tuduhan daripada Yang Berhormat Pokok Sena yang mengatakan Pemuda UMNO pergi ke seluruh negara menghasut pemuda-pemuda UMNO dan membangkitkan semangat permusuhan kaum, ketegangan kaum, itu tidak betul. Yang Berhormat Menteri jangan diiktiraf, jangan diterima ini. Ini tidak betul. Apatah lagi menuduh Perdana Menteri yang itu Ketua Pemuda UMNO, sedemikian. Tidak betul tuduhan itu dan Yang Berhormat Permatang Pauh tahu benda ini. Apabila kita Pemuda UMNO membuat perhimpunan di TPCA, kita tidak berarak tepi jalan. Kita tidak berarak buat demonstrasi, reformasi jalanan. Kita berhimpun di stadium secara terkawal, aman menyatakan pendirian kita bahawa kita tidak mahu ada mana-mana pihak yang cuba

untuk mencabar Perlembagaan Malaysia yang kita persetujui bersama iaitu kedudukan Raja-Raja, kedudukan Perdana Menteri dan sebagainya. Ini pendirian kita. Apakah salah kita hendak mempertahankan perlembagaan?

Tidak salah. Tidak salah.

Ini sudah diputar belitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Sekejap lagi Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak minta Yang Berhormat Pasir Salak esok baca Hansard. Jangan duduk tuduh Menteri kata Menteri bersetuju dengan apa yang dituduh oleh Yang Berhormat Pokok Sena.

Saya tarik balik.

Baca Hansard balik. Baca Hansard.

Saya tarik baliklah kalau silap. Saya tarik balik. Boleh saya sambung?

Jangan ingat beliau sahaja pahlawan Melayu.

[Ketawa]

Saya tidak pernah membuat pengakuan iaitu bahawa Perdana Menteri bersalah dalam perkara ini.

Minta maaf.

Jadi itu perlu tarik balik lah.

Saya tarik balik. Saya sambung sedikit lagi. Mungkin tadi apabila Yang Berhormat Pokok Sena berkata begitu, kita hendak lupakan perkara yang lepas. Tidak apalah itu saya tarik baliklah. After all kita kawan, apa masalah? Ini Yang Berhormat Permatang Pauh...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini betul-betul Yang Berhormat Padang Rengas telah menjatuhkan pahlawan Melayu jadi pahlawan kontot ini.

... Buai laju-laju, Sampai Pokok Sena, Muka tidak pemalu, Perangai pun tidak senonoh... [Ketawa] Habis cerita....

[Dewan riuh]

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, macam Yang Berhormat Kepong punya pantun Tuan Yang di-Pertua. Macam Yang Berhormat Kepong punya pantun.

Menteri, bagi sedikit lagi. Sedikit Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya pantun tadi, yang akhir itu, “perangai pun tidak kena”... [Ketawa]

Okey. Sedikit lagi ini. Sedikit, sedikit. Saya tidak habis ayat tadi iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri menyokong kita buat perhimpunan di TPCA. Jangan kata kita tidak sokong. Jangan kata itu satu perhimpunan yang wujudkan ketegangan kaum. Tidak betul itu dan akhir sekali Menteri. Pemimpin politik; “Oh, mereka bebas. Buat apa pun tidak mengancam keselamatan negara”. DAP tahun 1969 yang menimbulkan pergaduhan kaum siapa? DAP! Mana dia, mana ini, Yang Berhormat Ipoh Timur mana? Lari sudah, tidak boleh jawab. Ini yang menjawab ini tidak ada tahun 1969 tidak wujud lagi, Yang Berhormat Telok Intan duduklah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Akan tetapi setahu saya UMNO yang munculkan.

Tidak payahlah jawab.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

UMNO is the cause of 1969 riots... [Dewan riuh]

Ah, cukup.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur masa itu.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

UMNO. Bukan DAP.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu hari sudah jelaskan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

It was UMNO. UMNO is the caused of all the problems.

Okeylah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Menteri. Pendek sahaja Menteri.

Ah, ya, ya. Sila, sila. Saya menghormati protokol Parlimen, Ketua Pembangkang. Sila.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, terima kasih. Sebab, sebab Yang Berhormat Pasir Salak menyebut. Saya hendak rekod fakta, saya tidak mahu berbalah soal ini. Memang ada provokasi daripada Ketua Pemuda MCA yang pada hemat kami adalah melampau. Ketua Pemuda MCA bukan sahaja menyelar kedudukan Raja-Raja tetapi juga kedudukan dan martabat bahasa pada ketika itu. Maka Pemuda UMNO mohon supaya mengadakan perhimpunan di TPCA. Itu memang dimaklumkan Perdana Menteri dan juga kami tahu. Soalnya ialah apa yang berlaku di TPCA, beberapa ucapan, tindakan yang pada ketika itu di tafsir termasuk oleh Perdana Menteri sebagai keterlaluan dan melampau, menghasut supaya reaksi kepada kenyataan Ketua Pemuda MCA itu boleh menimbulkan ketegangan kaum. Itu pada ketika itu. Jadi maknanya pada sebab itu, Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, Dato’ Seri Najib ditegur keras oleh Perdana Menteri dan Ketua Pemuda MCA cuti dua bulan di Australia. Soalnya sekarang dibahaskan, ini fakta jangan nafi, iaitu yang tindakan melampau oleh Pemuda MCA disahut oleh Pemuda UMNO secara keterlaluan, yang dihukum orang lain. Itu isu dia.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat. Bukan ucapan. Saya bangkit bukan hanya ucapan di TPCA sahaja tetapi ucapan di negeri-negeri. Ada pemimpin-pemimpin UMNO pada waktu itu, turun ke negeri-negeri untuk mengadakan perhimpunan di peringkat negeri supaya orang hadir ke Kuala Lumpur. Ini yang saya masih ingat bahawa saya masih dengar ucapan-ucapan bekas-bekas pemimpin UMNO yang tidak ada dalam Dewan ini, sekarang ini. Ya, ini kenyataan menghasut orang Melayu pada waktu itu. Saya dengan orang Melayu sudah naik marah, ada pergi ambil ilmu kebal. Ini hendak basahkan darah orang Cina di Kuala Lumpur ini pada waktu itu dihasut untuk keluar bawa besi tajam, bawa mancis api hendak bakar rumah orang Cina pada waktu itu.

Okey. Okey?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Jadi, boleh ya? Ini saya punya floor ini. We will never forget. We will never forget this. Ini menunjukkan bahawa kerajaan ini tegas. Walaupun yang terlibat itu pemuda UMNO, kalau sudah melanggar ISA kita tangkap juga. Kita tidak peduli ya. Kita tidak peduli. Jadi, ini menunjukkan kita tidak peduli siapa. Tidak peduli siapa ya, yang kena tangkap sini, Pasir Mas, Marudu, Pasir Salak, semua kena tangkap. Tidak kiralah tetapi waktu mereka bercuti, saya di luar negara ketika itu. Nasib baik tidak balik. Kalau tidak kena tangkap juga. Nasib saya baik.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, balik ke isu ini. Boleh satu minit? Setengah minit?

Nanti baca kronologi ini, lepas itu mari balik.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya hendak betulkan fakta sedikit Yang Berhormat.

Jadi, kronologi perancangan ya, serangan oleh kumpulan. Saya hendak...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Berkaitan jaminan, jaminan.

...Bahawa kita perlu ada undang-undang ini ya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri boleh tentang jaminan. Tuan Yang di- Pertua,...

Satu kumpulan militan Malaysia. Selepas ini I bagi pada you.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua.

Berat tidak apa. KMM...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukit Gelugor...

Batu Gajah pun sat lagi saya bagi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukit Gelugor.

Ah, tidak apa, tidak apa. Okey. Jemaah Islamiah, Darul Islam dan Al-Qaeda di Malaysia. Ini saya hendak cerita apa yang telah berlaku di negara kita. 31 Disember 1999, rancangan serangan bom iaitu enam bom jenis paip diletakkan di kawasan Jalan Telawi 3, Bangsar. Kumpulan terlibat, Jemaah Islamiah. Bom tidak meletup kerana adunannya basah. Tujuan serangan mendatangkan bencana kepada pengunjung-pengunjung Barat di pusat-pusat hiburan di kawasan Bangsar. Kita masih ingat pada ketika itu, Bangsar memang satu tempat yang dalam istilah orang muda sekarang “happening”, Tuan Yang di-Pertua...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Apa pasal ini?... Lembah Pantai senyum. Faham? Tahun 2000, rancangan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) untuk menyerang kapal perang USA yang berlabuh di Pelabuhan Klang. Tujuan serangan bagi mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Singapura. Barang rampasan termasuk ammonia nitrat bagi tujuan serangan tersebut. Tahun 2000, cubaan serangan ke atas pusat pemeriksaan kastam dan imigresen di Woodlands oleh Jemaah Islamiah. Tahun 2001, rompakan ke atas Hong Leong Bank dan Southern Bank oleh KMM di Petaling Jaya. Tahun 2001, pembunuhan ADUN Lunas, Dr. Joe Fernandez oleh KMM. Suspek utama, Zulkifli Abdul Khir @ Marwan masih bersembunyi di luar negara. Masih hidup lagi ya. Ini yang Dr. Fernandez yang berlaku 15 tahun dahulu – 11 tahun dahulu. Tahun 2006, rancangan membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah oleh Kumpulan Darul Islam. Tahun 2006 juga, ahli-ahli Darul Islam di Tawau dan Sandakan membantu penyeludupan elemen-elemen militan dari Rantau Asia Tenggara ke selatan Filipina bagi tujuan menjalani latihan ala ketenteraan dan penyeludupan senjata api serta bahan letupan. Ini turut berlaku pada tahun 2011 di Tawau ya. Tahun 2007, cubaan serangan ke atas KLA Bukit Aman, rangkaian Restoran KFC dan McDonalds oleh JI casing. Dengan izin, casing bermakna tinjauan telah dibuat namun perancangan dapat dielakkan setelah tangkapan di bawah ISA. 31 Januari 2008, dua elemen utama Jemaah Islamiah Indonesia berjaya menyusup ke Malaysia menggunakan pasport palsu dan membuat casing ke atas KLCC dengan tujuan melancarkan serangan ke atasnya. Sekali lagi saya hendak sebut, casing ini bermakna tinjauan, dia meninjau. Kedua- dua mereka ditangkap dan diusir ke Indonesia kini menjalani hukuman penjara di Indonesia.

Tahun 2008, empat elemen Jemaah Islamiah yang direkrut di Malaysia telah ditangkap di Thailand setelah terlibat dalam aktiviti keselamatan di Selatan Thailand. Dua daripada mereka yang berusia 28 tahun telah dikenakan hukuman penjara selama 28 tahun. Manakala dua lagi dibebaskan dan diusir ke Malaysia. Seorang dari mereka hanya berusia 17 tahun ketika ditangkap. Mereka telah direkrut untuk melancarkan serangan jihad di Selatan Thailand. Tahun 2009, rompakan sebuah kedai serbaneka dan kedai emas di Kepong oleh Jemaah Islamiah bagi menampung tabung perjuangan Jemaah Islamiah. Januari 2010, satu set Al-Qaeda dikesan beroperasi di kawasan Gombak. Mereka merekrut ahli-ahli baru untuk menyertai Al-Qaeda terutamanya penyerang berani mati dan merancang melancarkan serangan di lokasi-lokasi ibadat seperti kuil di Batu Caves dan lain-lain. Ini bagi menjawab Kuala Selangor iaitu Kuala Selangor bertanya di bawah Artikel 149, sesuatu itu perlu berlaku, baru kita boleh ambil tindakan. Jadi, sepertimana disebut oleh lawyer Pasir Mas tadi, dia daripada Holiday Inn kot. Dia kata akta ini preventive. Preventive dan pre-emptive. Jadi, sebab itulah sebelumnya perkara itu berlaku, kita dapat menangkap mereka membuat casing ini semua, jadi dia berbentuk preventive. Kita tangkap dia, itulah setakat hari ini, beberapa peristiwa yang telah dapat dihalang daripada berlaku, disabitkan oleh kerana adanya pre-emptive dan preventive element di dalam Akta ISA itu...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit sahaja Menteri. Sedikit sahaja. Kalau begitu peruntukan di bawah CPC dan Kanun Keseksaan sudah cukup Menteri.

Tidak, tidak, tidak. Tidak ada cukup. Itu kita boleh bahas sampai. We can debate until the cows come home, but...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Betul.

...Bagi kita dalam kerajaan sekarang, tidak mencukupi. Tidak mencukupi sebab itu kita terpaksa masuk perkara-perkara baru seperti espionage untuk dijadikan sebagai kesalahan keselamatan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan boleh dipinda kah?

Dalam CPC, dia tidak preventive punya elemen.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Betul tetapi tidak boleh dipinda di situkah Menteri?

Ya?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak boleh dipinda dalam CPC itu sendiri? The substantive law itu sendiri boleh dipinda...

Tidak. Tidak, cukup. Tidak, cukup.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak cukup? Tidak apa.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Mana boleh berdebat macam ini Tuan Yang di- Pertua.

Oleh sebab pengalaman kita..

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Laluan.

...Apabila kita memikir untuk memerangi terrorist ini, kita punya Special Branch, kita punya polis juga berhubung dengan Amerika Syarikat, berhubung dengan militan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Interpol.

Semuanya juga mempunyai mereka punya PC mereka sendiri. Maknanya penal code mereka sendiri. Mereka juga berpendapat tidak cukup. Oleh sebab itu mereka ada patriot, mereka ada Anti Terrorist Act, di Australia semua ya. Ini satu pertemuan pendapat yang kita buat bersama-sama dengan negara- negara yang dianggap sebagai negara sasaran ya. Dia ada target actually. For them also they believe that it is not enough. Even in US semalam Yang Berhormat Kota Belud ada menyebut beberapa akta.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Rembau ada sebut.

...Draconian lagi. Tentera boleh tangkap civilians.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

But Menteri itu it’s not on human right?

But inilah. Ya lah. Ini yang kita buat ini cukup rendah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey, okey.

Ratio kita very low. Kita punya dibandingkan dengan negara-negara lain.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey, terima kasih Menteri.

Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Nanti kita differ.

Nanti saya. Yang Berhormat Beruas, lepas Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Okey, sikit Yang Berhormat Padang Rengas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Menteri menjawab bahawa jaminan bahawa tidak ada sesiapa yang akan ditahan kerana fahaman politik ataupun aktiviti politik beliau. Akan tetapi bagi saya ini jaminan kosong dan tidak bermakna. Ini kerana kalau kita membaca akta ini, seseorang itu boleh ditangkap dan ditahan 28 hari kemudian didakwa di mahkamah. Semasa di dakwa di mahkamah tidak ada jaminan ataupun bill boleh diberikan. Kalau dibicarakan di Mahkamah Tinggi, dilepaskan. Kalau diminta oleh pihak pendakwa raya, dia akan terus ditahan sungguh pun diputuskan oleh mahkamah dia tidak bersalah. Kemudian, seksyen 30 kalau ada rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, dia masih akan ditahan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Proses ini akan memakan kalau secara biasa sekurang-kurangnya dua tahun hingga tiga tahun. Jadi maksudnya kalau pun seseorang itu ditahan kerana aktiviti politiknya, dia tidak ada kita kata redress. Jadi ini jaminan kosong kerana seperti yang diberikan di bawah ISA, ini tertulis di sana tetapi selepas 35 tahun baru dibebaskan dan didapati ditangkap kerana aktiviti politik ataupun fahaman politik. Jadi sebagai Menteri..

[Bangun]

Yang melakukan kesalahan di sini ialah pengganas. Bukan ahli politik.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi maksud salah guna?

Tidak boleh. Ahli politik tidak boleh. Memang tidak boleh.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi, boleh...

Akan tetapi kalau you sudah ambil senjata walaupun katalah Ahli Parlimen Beruas, ambil senjata, masuk dalam Dewan hendak tembak Tuan Yang di-Pertua, siap lah you.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan, maksud saya..

Itu kenalah.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Salah guna. Salah guna akta ini...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu murder. That is not terrorism.

Itulah terrorism. That is terrorism but as politician you are free.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebagai seorang Menteri...

Dalam blog hendak bantai saya, bantailah tidak ada masalah.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri undang-undang, kenapa mahkamah...

Yang Berhormat Shah Alam berdiri hendak bantai saya. Okey no problem.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kenapa kerajaan tidak ada keyakinan kepada mahkamah?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Fasal example tidak betul. Tuan Yang di- Pertua dah risau la itu.

Bukan, bukan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau mahkamah mendapati dia tidak bersalah...

Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Kenapa tidak bebaskan?

Tidak betul. You do not understand. Pada mula saya bercakap tadi akta ini pun ini untuk terrorism.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan kita takut salah guna kuasa.

Tidak, tidak. Tidak ada salah guna. Dia macam ini, salah guna apa? Kita tidak salah guna. Kalau orang didakwa di bawah ini bermakna he is a danger to the society.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

But the court has said that he is not dangerous. Dia tidak terlibat.

But you know Yang Berhormat...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau mahkamah mengatakan dia tidak terlibat, mengapa masih di tahan lagi? Itu soalan saya.

Akan tetapi you kena faham, sistem negara kita, sistem undang-undang negara kita, kita ada appeal. High Court to Appeal Court, Appeal Court to Federal Court. Jadi ini proses perundangan kita. Bermakna walaupun diambil keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi, ada ruang untuk merayu. Bukan sahaja kepada prosecutor tetapi juga kepada dia. Jadi ini satu proses mahkamah yang tidak boleh kita ketepikan. Bayangkan seorang terrorist walaupun satu hari kita lepaskan dia katalah bila kita bagi intention we are going to appeal. The appeal will take sometimes. Akan tetapi hendak buat macam mana? Ini adalah proses perundangan kita. Kalau kita lepas dia satu hari dia pengganas, bayangkan dia akan hilangkan diri dia.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya bukan katakan bebaskan pengganas, mahkamah sudah katakan dia bukan pengganas.

Ya betul. But there is an appeal.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kenapa bagi tahan?

Dia ada ruang untuk merayu. dia bukan muktamad.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau dia sudah dibuktikan tidak bersalah...

Ya. saya hendak beritahu kepada saudara, even dalam kes jenayah biasa pun, murder case, do you allow a murderer katalah seorang yang...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

After all dia sudah dibebaskan

...Seorang yang didakwa membunuh. Di peringkat mahkamah tinggi dia terlepas. Kita merayu. Saya hendak tanya, kita lepas dia kah? Kita tidak lepas dia. Dia ada judicial detention. Itu berbeza.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Memang di baca kalau di dapati bersalah, dibebaskan mengikut undang-undang.

Bukan lagi police detention. Macam Yang Berhormat Kuala Selangor sebut tadi, dia kata, “It is still detention”. But this is remand to investigate. Remand.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Mahkamah akan menyiasat...

Menteri.

Remand untuk menyiasat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dia akan dilepaskan tetapi biasanya kerajaan salah guna lain-lain undang-undang untuk menahan lagi...

[Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

[Bangun]

Oleh sebab, sebab..., dengarlah ini...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Under murderer law boleh dibebaskan, hendaklah dilepaskan.

. Oleh sebab Yang Berhormat kata salah guna sebab kita tidak mahu dianggap salah guna, sebab itu kita adakan sistem ini supaya kia terus berdiri kata kita hendak appeal, kita tahanlah sebab tidak mahu salah guna Yang Berhormat sebut tadi. Kalau buat cara lama disebut salah guna. Hendak suruh buat cara lama juga?

Menteri.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi maksudnya Yang Berhormat percayalah.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Apa terjadi jikalau...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

...Kes Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya hendak tanya tadi, tajuk itu sudah lepas. Akan tetapi tidak apa. Sebelum Operasi Lalang dalam tahun 1987, ada satu perhimpunan di TPCA. Di sana Ketua Pemuda UMNO, Perdana Menteri yang kita sekarang ada menyatakan dengan terus terang iaitu selepas dia mengeluarkan dia punya keris; “This Keris must taste Chinese blood”. Kenapa Ketua Pemuda UMNO pada masa itu tidak ditahan bawah ISA? Saya hendak tahu penjelasan daripada Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kita jangan marah dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor sebab semalam dia hendak mengambil bahagian tetapi dia tidak dapat mengambil bahagian. Bagi dia menyuarakan pendapat dia. Sebenarnya Yang Berhormat tidak ada, “Keris ini akan makan darah Cina”. Tidak ada. Saya berada di situ dan saya tahu apa yang diucapkan. Itu tidak berlaku. Kenyataan yang mengatakan akan makan darah Cina. Tidak. Jadi tidak apa, itu dia hendak bertanya. Jangan marah kerana Yang Berhormat...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penjelasan, penjelasan.

Ya.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini ada didokumenkan. Ada direkodkan.

Tidak. Rakam.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ada bukti.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tidak ada. Saya ada Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dekat padang itu.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ada bukti bahawa..

Saya ada di situ.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Dengar sendiri Perdana Menteri cakap.

Saya ada di situ.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tidak ada.

Saya ada di situ. Pada ketika itu Menteri Malaysia. Malaysia ini ada Melayu, ada Cina, ada India. Gila apa hendak cakap hendak bunuh Cina ini. Tidak ada, tidak ada. Tidak betul.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Itu fitnah.

Tapi kalau Yang Berhormat ada nampak dokumen, tunjuk pada saya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Habis fasal apa Perdana Menteri bagi warning keras kepada Ketua Pemuda UMNO?

Apa dia?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenapa Perdana Menteri, Yang Berhormat kata Perdana Menteri bagi warning yang keras kepada Ketua Pemuda UMNO?

Pada tahun 1987 dulu, semasa tahun 1987 Ops Lalang, mereka ditangkap bagi membendung takut berlaku racial conflict. So sebagaimana...

Tuan Khalid Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dimulakan oleh UMNO.

...Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Kebanyakannya yang ditangkap itu daripada pelbagai golongan seperti orang politik, profesional dan akademik. Angkut semua sekali. mereka telah mencetus perasaan kebencian antara kaum sehingga menyebabkan keadaan ketegangan antara kaum yang boleh mengancam ketenteraman awam. Oleh sebab itu saya kata kita tidak kira. Dia UMNO kah. dia PAS kah, dia PKR kah. Siapa buat, kita tangkap. Tidak boleh gaduh. Tidak boleh buat hasutan. Kita tidak peduli ya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kita tangkap juga. Akan tetapi orang tidak buat kenyataan itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Cuti. Cuti Australia.

Dia tidak buat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri, Menteri.

Dia tidak buat macam itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya sudah berdiri sudah Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat kata dia tidak buat seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Akan tetapi tadi Yang Berhormat kata Ketua pemuda UMNO pada waktu itu diberi amaran keras oleh Perdana Menteri.

Itu Yang Berhormat Permatang Pauh yang cakap.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya. Ketua Pembangkang cakap.

Tanya dia lah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Diberikan amaran keras? Bermakna bahawa...

Amaran keras sebab...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Ada perkara yang dilakukan...

Ya, amaran keras...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Perkara-perkara yang tidak baik kepada perhubungan kaum yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu.

Itu cerita Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada amaran keras.

Ya, itu Yang Berhormat Permatang Pauh yang cakap. Akan tetapi tidak apalah, ini biar Yang Berhormat Permatang Pauh dia cakap, dia bertanggungjawab atas apa yang dia cakap. Okey.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, maknanya betullah?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri...

Jadi, kesemua ancaman tersebut Yang Berhormat Batu, saya akan beri kemudian, jangan bimbang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Shah Alam...

[Dewan riuh]

Kesemua ancaman tersebut telah dapat ditangani dan dipatahkan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Shah Alam, Menteri...

[Dewan riuh]

Dengan tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia. Kita sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan elemen-elemen militan dari kumpulan-kumpulan di atas bukan sahaja merupakan elemen-elemen yang berjuang berdasarkan kepada pemikiran ideologi mereka, malahan sanggup mati dalam memperjuangkan perjuangan mereka. Dalam penyiasatan dan pemantauan kita sejumlah 64 elemen militan Jemaah Islamiah Malaysia menerima latihan ketenteraan di Selatan Filipina manakala 38 elemen militan menerima latihan ketenteraan di Afghanistan. Semua perancangan ini...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri...

Tidak didedahkan kepada umum sebelum ini oleh kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai lebih- lebih lagi kesejahteraan pembangunan ekonomi negara. Kita hendaklah sentiasa berjaga- jaga like the saying goes, the militants be need to be luckily only once but we need to be lucky all the time. So, kita tidak boleh leave it to luck, kita kena ambil tindakan-tindakan preventif... [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

[Bangun]

...Supaya apa yang tidak diingini itu tidak akan berlaku di negara kita. Pihak pembangkang sering bertanya kepada saya bilakah ISA akan dimansuhkan. Soalan ini sering ditanya dalam soalan-soalan Parlimen. Kini kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan ISA tetapi masih memastikan keselamatan negara yang kita cintai ini tidak tergadai dengan pemansuhannya. Kita tidak mahu para pengganas bertepuk sorak...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri...

Dengan terkuburnya ISA. Ini juga saya hendak sebut...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri...

Ada orang bangkit iaitu mengatakan tergesa-gesalah, macam-macam. Dia tidak tergesa-gesa. Sebenarnya pada tahun 2009, Perdana Menteri telah pun membuat ucapannya mengatakan bahawa kita akan melihat semula ISA ini. Jadi, perkara itu telah berjalan semenjak tahun 2009. Di dalam soalan- soalan dalam Parlimen pun ditanya kepada saya, bila lagi? Sudah umum tiga tahun dahulu. Jadi ini menunjukkan bahawa apa yang kita buat ini tidak tergesa-gesa. Akan tetapi mengikut masa yang dibolehkan, diupayakan kepada kita untuk membolehkan perkara ini dilakukan. I think three years is a reasonable time. Ia tidak tergesa-gesa.

Menteri, penjelasan.

Ahli Yang Berhormat juga membangkit...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri, Shah Alam Menteri...

Tentang lawatan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Takkan tidak kenal sudah, berilah laluan...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah membangkitkan Tun Abdul Razak telah memberi jaminan dalam Parlimen ketika membentangkan ISA dahulu – ini saya sudah jawab, ya. Sebab itu kita sekarang masuk dalam kita qualifiedkan dalam rang undang-undang kita.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Minta penjelasan sedikit, Menteri.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Kerajaan yang diterajui oleh anakanda kepada Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih – Yang Berhormat Shah Alam relaks, relaks. Saya akan bagi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tengah relakslah ini.

Duduk sudah, tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, duduk dahulu Yang Berhormat.

Saya tengah berucap kena duduk. You kena duduk, ikut peraturan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya lebih relaks kalau berdiri, duduk, berdiri, duduk...

[Dewan riuh]

Bukan ikut suka hati you. Ikut peraturan, ya...

[Dewan riuh]

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

[Bangun]

Ini apa benda ini? Duduk. Nantilah...

...Hendak bertanyalah itu.

Nantilah.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Hendak minta laluan sedikit.

Yang Berhormat Shah Alam, Lailahaillallah, saya baru suruh duduk, duduk.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Minta laluan sedikit sahaja. Satu minit sahaja.

Nanti saya bagi. Hendak laluan saya bagi nanti. Biar saya habis muka surat ini Yang Berhormat. Saya habis ini saya bagi. Kerajaan yang diterajui oleh anakanda kepada Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani pada tahun 2012 ini kerana jaminan tersebut termaktub dalam subseksyen 4(3), kekal di dalam akta dan bukannya ucapan politik. Akan tetapi suatu jaminan ikhlas oleh kerajaan yang ikhlas. Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah membangkitkan tentang ketelanjuran yang mungkin berlaku. Ini telanjur Yang Berhormat. Jadi baik buruknya akta ini kelak bergantung kepada Ketua Eksekutif itu. Dengan izin, actually you cannot really qualified a guarantee that ketelanjuran ini tidak akan berlaku. You cannot qualify because it depends a lot on the Chief Executive. Kalau dia tidak hormat walaupun undang-undang cukup bagus, katanya daripada segi mata kita tidak boleh berlaku ketelanjuran. Akan tetapi dia banyak bergantung kepada Chief Executive Yang Berhormat, Perdana Menteri itu. Kalau beliau tidak mahu endah undang-undang, beliau tidak endah pun. So, actually we cannot qualify sesuatu yang boleh kita anggap boleh mengelak sesuatu ketelanjuran itu daripada berlaku. We cannot qualify that. That is why the most that we can do masuk dalam akta ini, penyataan bahawa di bawah akta ini tidak siapa yang boleh ditangkap berdasarkan kepada fahaman politiknya. Yang Berhormat Batu.

Terima kasih...

Nanti saya habiskan sekejap. Sikit sahaja. Baik buruknya akta ini kelak bergantung kepada Ketua Eksekutif sesebuah negara. Walau bagaimanapun, baik pun akta yang digubal ia tidak boleh menahan ketelanjuran jika pihak eksekutifnya tidak berhati suci. Safeguard untuk membendungnya ada melalui kuasa semakan kehakiman oleh mahkamah yang tersedia dari awal seseorang itu ditahan di bawah Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Writ of habeas corpus boleh difailkan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tahanan itu dari segi sebab substantif penahanan itu mahupun dari sudut tatacara tahanannya. Tidak ada ouster clause seperti dalam ISA. Orang yang ditahan juga mempunyai hak untuk memaklumi waris kadim dengan segera dan berunding dengan peguamnya. Ini akhir sekali untuk ini ya. Akhir sekali, rakyatlah penentu sebenarnya. Kalau you terlanjur you buat lebih-lebih, jangan man-main. Sebab akhir sekali rakyatlah penentu sebenarnya dalam sebarang ketelanjuran yang dilakukan. Jika mereka merasakan kerajaan telah menyalahgunakan kuasa di bawah akta ini rakyat berkuasa membuang kerajaan dari peti undi setiap lima tahun. Yang Berhormat Batu.

Menteri, saya berterima kasih atas pengakuan Menteri ini. Safeguard ini tidak boleh bergantung kepada – tidak boleh di qualified. Ia bergantung kepada Ketua Eksekutif Negara. Isu pokok yang dibahaskan ialah undang-undang yang dulu juga sebenarnya tidak cukup dengan qualification dan guarantee di Parlimen. Sebab apa yang kita ada dengan jaminan no ideology atau political believe should be persecuted memang dalam ISA pun bukan begitu. ISA bukan persecution of another ideology. Apa yang dia prosecute adalah preventive action. Apa yang saya lihat ialah tadi kita sebut mahkamah menjadi safeguard, akan tetapi dalam undang-undang ini yang kita sebut bukan kita tolak semua. Undang-undang ini telah memberi electronic surveillance. So, kenapa bila seseorang itu dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, selepas itu Mahkamah Tinggi selepas itu Mahkamah Rayuan, mereka tidak boleh dibebaskan dan dikenakan dengan surveillance. Itu yang menafikan hak mahkamah untuk membebaskan seseorang. Saya ingin tegaskan sekali lagi bila kita kata counter terrorism, bukan undang-undang sahaja yang boleh digunakan. Bukan action yang tegas ini yang boleh hapuskan terrorism. Bezanya

yang kita sentiasa tegaskan ialah sistem kita yang demokratik dengan musuh yang kita lawan, yang menentang demokrasi ini, kita harus berbeza kerana kita rela mengambil risiko untuk mempertahankan nilai kita iaitu memberi kebebasan kepada seseorang warganegara supaya mereka tidak dinafikan hak. Itu sebab saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Rasa apa yang kita sebut di sini bukan kita tolak semua. Hanya harus bagi masa...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Untuk meneliti beberapa klausa yang mungkin dalam masa yang akan datang, bukan sepuluh tahun yang akan datang, mungkin 50 tahun malahan 100 tahun yang akan datang Ketua Eksekutif ini tidak dibenarkan untuk abuse of power yang kita telah berpengalaman dalam ISA ini.

Saya telah...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat, sambung Yang Berhormat.

Saya telah memberi jawapan terhadap...

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat singkat sahaja, isu yang sama.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat Menteri kalau boleh sambung, sedikit sama.

Apa yang telah dibangkitkan oleh beliau. Akan tetapi saya dan berjanji dengan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasalah apa yang telah dijanjikan oleh pihak Barisan Nasional ialah untuk hendak memansuhkan ISA. Hanya mungkin dia tidak faham bantahan terhadap ISA ini ialah kerana proses perundangan ISA itu tidak menjamin keadilan. Ianya tidak menjamin keadilan kerana ianya diasaskan dan dikeluarkan atas peruntukan Perkara 149 yang sudah daripada awal pun memberikan kuasa untuk menafikan hak-hak yang telah dijamin di dalam perlembagaan. Maka apabila dilakukan perundangan yang baru ini iaitu perundangan kesalahan keselamatan, pada hakikatnya ianya pun berlandaskan kepada Perkara 149. Ianya juga mengakui bahawa ianya menafikan hak-hak asasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan. Maka, pada hakikatnya ISA itu tidak dimansuhkan. Apa yang telah berlaku ialah ianya diganti dengan suatu perundangan yang sama dengan ISA tetapi diberikan jenama yang baru. Ini menunjukkan kepada kita bahawa ianya hanya merupakan satu tindakan yang bermotif politik. Yang terpenting bila kita membantah ISA ialah bahawa orang yang ditahan tidak diberi satu fair and free trial. Satu perbicaraan yang adil. Ini berdasarkan kepada apa yang disebutkan di sini dan alasan-alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri ianya sama sahaja iaitu memang kita tidak berikan satu perbicaraan yang adil oleh kerana ini adalah pengganas. Akan tetapi persoalannya macam mana kita sudah jatuhkan hukuman bahawa mereka adalah pengganas sedangkan kita tidak bicarakan mereka lagi dan kita sudah jatuhkan hukuman. Yang Berhormat Menteri kata kalau pengganas kalau kita lepaskan dia walaupun satu hari maka apa yang akan berlaku sedangkan mahkamah mendapati mereka tidak bersalah dan telah dibebaskan daripada segala tuduhan. Maka, bererti bahawa soal proses pengadilan dan perbicaraan yang adil telah dinafikan termasuklah dengan pindaan-pindaan yang telah dibuat kepada rang undang-undang yang lain yang menyebabkan bahawa mahkamah terpaksa menerima quality of evidence yang jauh lebih rendah. So...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

So, pandangan saya. My closing statement ISA tidak dimansuhkan. Ianya hanya telah diubahsuai tetapi pada hakikatnya undang-undang yang diluluskan atau pun yang ingin diluluskan sekarang ini tetap menafikan hak asasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan dan itulah sebabnya ianya bertolak daripada Perkara 149.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Luncai dia hendak tenggelam dengan labunya lantak dia lah apa dia fikir sebab apa yang kita buat kita tahu kita bertanggungjawab.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat ...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat, sedikit sahaja.

Saya telah pun membuat penjelasan daripada pagi tadi. Datang lambat. Inilah sebabnya, mari lambat selepas itu hendak kita ulang-ulang balik. Saya juga telah sebut sebentar tadi bahawa kalau dalam kes pembunuhan pun, kalau mahkamah tinggi mendapati dia tidak bersalah, dia tidak dilepaskan begitu kalau ada rayuan. Dia kena ditahan judicial punya detention. Itu dibolehkan. Inikan pula pengganas. Apabila orang itu dituduh membunuh, kita bukan kata dia pembunuh. Dia dituduh membunuh. Begitulah juga kalau orang itu dituduh sebagai pengganas, dia bukan pengganas. Dia telah mengambil tindakan yang boleh kita anggap sebagai keganasan. Jadi, Yang Berhormat kena...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi dengan hujah Yang Berhormat Menteri sendiri ...

Saya pun tidak hairan juga dengan dia ini. Dia dahulu ...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri menafikan perlunya satu pindaan tambahan.

Dengan Menteri Besar dia pun dia tidak setuju. Dengan Selangor punya PAS dahulu pun dia tidak setuju.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerana kalau di CPC dalam kes murder boleh dilakukan begitu kenapa tidak...

Dengan semua orang dia tidak setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukup lah.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat boleh Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Dia seorang sahaja yang cerdik. Patut lah saya pun tidak faham lah.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat Menteri bagi Lembah Pantai sedikit boleh Yang Berhormat.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, just ...

Nanti saya hendak jawab dahulu sedikit. Beri jalan. Pasal ini ada 45 muka surat lagi. Saya rasa pukul 12 saya kena berhenti pasal banyak lagi rang undang-undang lagi.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat satu minit sahaja, satu minit.

Walau apapun saya akan bagi kepada Yang Berhormat, jangan bimbang.

Balik Pulau sedikit.

Takkanlah Yang Berhormat balik Pulau hendak mengatasi Yang Berhormat Lembah Pantai?

Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai.

Yang Berhormat Permatang Pauh ada depan ini tahu?

Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai.

Tidak, Yang Berhormat Permatang Pauh ada depan. Bagilah Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu.

Tidak ada masalah, tidak ada masalah.

Itu yang kita hendak dengar. Okey, okey itu yang saya hendak dengar. Saya hendak selamatkan Yang Berhormat Balik Pulau sahaja, takut tidak naik nama nanti. Kena ada love and affection tahu dalam parti ini. Baik, ramai juga yang menyebut berkenaan mukadimah yang sama di bawah akta ini dan ISA. Kerajaan menggunakan kuasa yang diberikan di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan untuk menggubalnya. Tentu sahaja mukadimahnya akan menyerupai ISA kerana setiap akta yang digubal di bawah Perkara 149 hendaklah diperincikan tindakan yang telah diambil itu. Akta ini adalah untuk membendung keganasan dan memerlukan kuasa Perkara 149. Ini boleh Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi meneliti rentetan kronologi tentang ancaman yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri yang menunjukkan atau pun rasional kerajaan bahawa sebuah yang diperlukan untuk menggantikan ISA. Sememangnya akta ini membenarkan perbicaraan yang tempang tetapi yang saya hendak sebut di sini adalah tentang isu khidmat risikan kerana mana-mana negara pun keutuhan, kekuatan risikan kita itu merupakan benteng yang terbaik. Bukan sahaja dengan undang-undang tetapi juga bab risikan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Bila kita ada undang-undang yang mahu menyebabkan atau memberikan pembabitan yang begitu mudah jadi burden approve is lowed dengan izin. Jadi, apakah impaknya kepada khidmat risikan kita. Saya bagi contoh kerana banyak disebut negara UK, negara Amerika Syarikat dan undang-undang di sana untuk mengekang gerakan terrorist. Di UK misalannya untuk memperbaiki khidmat risikan kerana di sini pesuruh jaya polis ada kuasa hendak panjangkan 28 hari termasuk pihak polis atasan. Di sana mereka pecahkan satu disebut Dedicated Counter Terrorism Command di mana dimasukkan Special Branch nya bersama dengan sebuah lagi jabatan anti keganasan. Mereka inilah yang bergiat aktif mengekang, mengutip maklumat risikan. Saya hendak tanya tidak cukup dengan rang undang-undang apa yang sedang kerajaan buat untuk perbaiki khidmat risikan kita? Ini kerana kita sekarang bergantung 100% tangkapannya daripada polis. Kalau polis kata ada bukti, di mahkamah pula dibawa kesaksian tidak tahu identiti saksi itu, terpaksa terima. Ini penting Yang Berhormat kerana bila kita ambil model di negara-negara luar dengan undang-undang yang begitu berkuasa tetapi tidak gandingkan bagaimana hendak perkasakan Special Branch misalannya. Ini bahaya. Tambahan pula pada tahun 2011, ini point terakhir. Ini penting saya fikir telah diperkenalkan sebuah Police Reform and Social Responsibility Act 2011. Sampaikan pesuruhjaya polis di England pun boleh dipilih melalui satu sistem undian. Jadi, barulah adil. Saya rasa kita memang mahu mengekang kemaraan terrorist tetapi di Amerika Syarikat pun terbukti tanpa khidmat kutipan risikan yang credible, yang benar-benar terhasil tidak mungkin kita boleh teruskan dan hentikan kesemua keganasan ini. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri hari ini dengan kuasa yang besar. Yang Berhormat Menteri kata Yang Berhormat mewakili Menteri Dalam Negeri dan semuanya saya mintalah benarkanlah kewujudan satu Select Committee, satu jawatankuasa pilihan khas. Kita bincangkan bab ini. Bab-bab khusus untuk perbaiki khidmat risikan.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya sendiri bila saya bersama masuk dalam gerakan reformasi ini pun dengan tahanan politik ISA. Keluarga mereka yang ditahan tanpa adil. Bukan sahaja Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi ramai lagi. Saya pinta di sini kita hendak selamatkan Malaysia bersama, sekurang-kurangnya hendak perbaiki khidmat risikan. Ini sesuatu yang penting Yang Berhormat. Tolonglah, saya fikir tidak ada langsung dimasukkan dalam akta. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri tadi janji Yang Berhormat Menteri. Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri.

Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai Yang Berhormat Menteri.

Ya, memang anak bapalah. Pusing- pusing-pusing dia hendak pergi yang enam bulan juga. Saya ingat enam bulan Yang Berhormat ...

Yang Berhormat Menteri ...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri ...

Masalahnya pasal kita punya pembangkang ini kuat sandiwara. Kalau kita izinkan enam bulan untuk kita ada satu PSC, kita pun tahu dia orang bukan minat dengan PSC ini pun. Hari itu hendak buat Lynas tidak setuju. Selepas itu bila electoral reform pura-pura setuju, selepas itu tidak setuju. Yang ini hendak setuju? Susahlah Yang Berhormat. You sekali boleh, tipu dua kali, tipu tiga kali susahlah. Kita tidak akan mewujudkan PSC dan menunda ini enam bulan sebab kita jangka dalam pemikiran pembangkang pun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat.

Jadi kalau kita luluskan ini, maka satu bahan kempen pilihan raya dia orang akan hilanglah. Jadi saya nampak itu. Jadi saya - Yang Berhormat, saya minta maaflah iaitu permintaan untuk enam bulan itu diberikan untuk PSC dan bagi enam bulan itu tidak akan ditunaikan oleh kerajaan. Kita tidak akan berikan.

Yang Berhormat Menteri tadi janji untuk Yang Berhormat Balik Pulau selepas Yang Berhormat Lembah Pantai.

Nantilah.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat, satu minit sahaja. Satu minit.

Nanti, nanti. Ini photographer belum lagi saya beri peluang. Nanti. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kata apa, jambu, jambu ya? Tidak ada. Beliau bukan jambu, beliau jejaka. Handsome boy, handsome boy. Saya akan bagi handsome boy, saya akan bagi. Saya akan bagi. Bagi saya jalan sedikit dan...

Yang Berhormat Menteri.

Saya akan bagi, ya.

Yang Berhormat Menteri kena steady sedikit.

Sudah, memanglah steady.

Macam tidak steady sahaja. Bagi saya jawab soalan.

Steady. Nanti saya bagi jalan sedikit lagi. Bab 6(A) di bawah Kanun...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Boleh Yang Berhormat? Tidak sebut tentang isu risikan Yang Berhormat. Sedikit sahaja.

Ya?

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Isu risikan bagaimana? Kalau PSC sudah bagi keputusan, kita pun kecewa tetapi sekurang-kurangnya isu risikan. This is a valid issue. Bagaimana hendak perkasakan, hendak perbaiki?

Kalau benda pun risikan, rahsia. Cannot discuss openly here.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tidak. Maksud saya langkah- langkah. Tidak akan tidak umumkan langkah-langkah hendak perbaiki khidmat risikan kita.

Tidak apa. Kita luluskan ini dahulu, kita bincang risikan lepas ini.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Susah cakap begitu Yang Berhormat.

Okey. Bab VIA di bawah Kanun Keseksaan mempunyai 19 kesalahan berkenaan dengan keganasan, manakala Bab VI pula mempunyai 28 kesalahan terhadap negara. Ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyebut mengenai Akta Mengehadkan Kebebasan Rakyat. Isu pokoknya di sini ialah keselamatan negara dan ketenteraman awam. Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan keselamatan negara terjamin. Tempoh 28 hari yang dibangkitkan bukanlah tahanan tanpa bicara. Ia hanya tahanan untuk tujuan penyiasatan reman, untuk penyiasatan sebagaimana tempoh 14 hari di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Akta ini hanya memberi kelebihan selama 14 hari sahaja daripada biasa dan tempoh ini mempunyai sunset clausenya. Tuan Yang di-Pertua, terdapat enam isu dasar yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh telah bertanya, ini dia mari sudah jawapan - telah bertanya mengenai Unit Khas mengenai counter terrorisme. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, unit khas bagi menangani ancaman keganasan..., Yang Berhormat Lembah Pantai, saya ingat ini mungkin menjawab juga ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Permatang Pauh yang bangkit. Unit Khas bagi menangani ancaman keganasan telah pun diwujudkan. Sejak 1 Mac 2009, satu jabatan baru telah diwujudkan iaitu Pasukan Petugas Khas Operasi dan Counter Terrorisme yang diwujudkan khusus dalam PDRM bagi menangani ancaman terrorism, penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, terrorism financing. Jabatan ini telah sekian lama beroperasi dan kini sedang giat menjalankan penyiasatan dan pemantauan terhadap aktiviti militan di negara ini. Ini ada jawapan untuk Yang Berhormat Lembah Pantai, memperbaiki khidmat risikan. Kena pakai cermin mata. Tidak nampaklah.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Sudah ada cucu sudah pun... [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat, tiga lelaki. PDRM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu risikan. Di antara mekanisme yang efektif ialah kerjasama yang dijalin di antara agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat Rantau Asia dan antarabangsa. Bidang kerjasama termasuk pertukaran maklumat, latihan dan perkongsian kepakaran. Kita juga mempunyai cukup jabatan-jabatan yang terlibat dalam tugas-tugas memperoleh risikan. Namun, butir-butir lanjut perlu dirahsiakan demi kerahsiaan risikan itu sendiri. Macam jawapan saya tadilah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mengenai risikan ini.

You tidak handsome, saya bagi Yang Berhormat Balik Pulau... [Ketawa]

Jangan cakap macam itu. Akta pun belum lulus, sudah hendak buat keganasan. Yang Berhormat Menteri, mengenai Yang Berhormat Menteri katakan tadi dengan izin, judicial detention. Yang Berhormat Menteri memberi justifikasi judicial detention itu juga diperlukan kononnya untuk siasatan juga. Ini menggambarkan seolah-olah pendakwaan dilakukan, yang kita difahamkan berdasarkan keterangan. Apabila kes dibawa ke mahkamah pun, ditakdirkan yang tersangka itu menang, hatta di tahap itu pun pendakwaan mendapat dengan izin, second bike of the cherry, dia kena kononnya ditahan semula untuk disiasat lagi. Yang Berhormat Menteri, kalau macam itu, akta yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini bukan sahaja

lebih banyak mengambil hak-hak yang dikatakan fundamental liberties itu seperti mana yang telah diambil oleh ISA. Seolah-olah di sini dia ambil lagi ke tahap yang lebih tinggi, yang pertama. Kedua Yang Berhormat Menteri, lanjutan daripada isu perisikan tadi. Ini kerana kita mengetahui, saya boleh terima bahawa ini adalah satu undang-undang di dalam kerangka preventive and pre-emptive. Akan tetapi persoalannya di sini Yang Berhormat Menteri, selain daripada maklumat risikan itu, apakah pendekatan kalau saya hendak pakai pendekatan di sini dipanggil dalam bahasa dia ialah between clinical versus statistical prediction. Juga terbukti bahawa di Amerika pun tidak berkesan. Kes contoh yang boleh saya tunjuk kepada Yang Berhormat Menteri ketika mana kes Al-Ma’unah didakwa, saya ingat Yang Berhormat Bukit Gelugor pun ada sebagai peguam utama ketika itu. Laporan pada mulanya Kumpulan Mujahidin Malaysia, lepas itu Utusan main Kumpulan Militan. Selepas itu dikatakan hendak pergi bom Batu Caves, hendak pergi bom semua keluar di dalam public domain. Jadi, kita lihat di situ yang tersangka itu dia kena dua kali ketidakadilannya itu. Pada hal keterangan-keterangan tersebut tidak timbul langsung pun dalam mahkamah. Jadi saya rasa mungkin di peringkat itu, apakah cadangan Yang Berhormat Menteri agar orang yang disangka sebagai pengganas yang Yang Berhormat Menteri kata, tidak semestinya pengganas sehingga ianya dapat membuktikan dirinya. Akan tetapi kebanyakan yang ditunjukkan sebelum ini memang satu dunia akan mengatakan mereka ini pengganas. Pada hal fakta-fakta itu tidak timbul pun di dalam perbicaraan. Jadi dua benda. Satu ialah Yang Berhormat Menteri, adakah akta ini membenarkan pendakwaan bukan sahaja mendakwa dengan izin, shoddy evidences lepas itu dapat peluang lagi walaupun sudah kalah. Saya rasa itu mengatakan di dalam Perlembagaan yang kita panggil double jeopardy itu akan wujud. Double jeopardy akan wujud kepada yang tersangka itu dan saya rasa itu dihalang oleh Perlembagaan. Mohon penjelasan.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, related point. Related point.

Yang Berhormat, saya pun kadang- kadang tidak tahu Yang Berhormat Balik Pulau ini beliau fahamkah apa yang beliau cakap itu... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah kata judicial detention untuk penyiasatan. Ini kerana di peringkat High Court, apabila katalah yang tersangka itu dilepaskan, maka prosecution akan bangun dan memberitahu bahawa mereka ada niat untuk merayu. Jadi kalau dia ditahan selepas itu, judicial detention itu bukan untuk hendak menyiasat dia lagi. Tidak. Ini kesalahan keselamatan, bahayanya kalau dia dilepas. Katalah rayuan memakan masa dan kita lepas dia dan dia didakwa di bawah akta ini, dangerouslah. Jadi kalau kita lepas dia, dia boleh menghilangkan diri dia atau pun dia akan melakukan perkara yang lebih berbahaya. Kita tidak boleh ambil risiko ini kerana akhirnya kalau sesuatu itu berlaku, katalah waktu dia dilepaskan sementara menunggu rayuan, kita lepaskan dia. Pada ketika itu dia melakukan sesuatu, akhirnya tanggungjawab itu bukan kepada pembangkang. Tanggungjawab itu ialah kepada kerajaan. Sudah tahu seseorang ini didakwa di bawah akta ini, dilepas buat apa? Jadi sebab itu it is paramount. Apabila berbangkit soal...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Menteri satu...

Keselamatan negara.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kenapa mahkamah lepaskan dia sebab dia bersalah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

Keselamatan negara dan juga soal public order, ketenteraman awam. Itu tanggungjawabnya kepada kerajaan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, Menteri.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

Menteri, boleh?

Oleh kerana itu kita memerlukan kepada akta ini untuk membantukan kita mengawal keselamatan negara untuk kepentingan rakyat yang ramai sebab tanggungjawab ini tanggungjawab kita, kerajaan. Lepas ini kalau sesuatu berlaku, kita tak boleh kata, eh saya dah jangka, tak boleh. Sebab kalau sudah berlaku kebakaran, bom bangunan, berpuluh orang mati, apa juga selepas ini kita nak bagi sebagai alasan, orang tak akan terima. You’ll never bring back those who are dead. Sebab itulah kita perlu kepada akta ini...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, Menteri.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Menteri, Yang Berhormat Menteri.

...Dan juga section-section yang diberikan oleh akta ini, kita perlu ini.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

You already presuming that he is guilty.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, pasal risikan tadi Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, itu saya dah jawab mengenai unit khas ini.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebut pasal benda ini, judicial detention.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu Yang Berhormat.

Ancaman keganasan bukan undang- undang baru, namun bentuk ancamannya kini berbeza dan kian bertambah kompleks dengan wujudnya teknologi moden. Kumpulan-kumpulan militan yang muncul di negara ini dan rantau Asia Tenggara seperti Jemaah Islamiah, Darul Islam yang merupakan kumpulan gabungan Al-Qaeda yang sedia menyahut jihad sedunia, a global jihadinisme, dengan izin, iaitu sedia memperjuangkan nasib yang menimpa umat-umat Islam yang ditindas di negara- negara tertentu.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Elemen-elemen kumpulan ini direkrut dan dilatih untuk melaksanakan tuntutan ini dan sanggup mengorbankan diri dalam operasi- operasi yang dilancarkan. Di Malaysia sendiri, beberapa rancangan serangan telah berjaya dipatahkan setelah tangkapan-tangkapan pencegahan dilaksanakan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat.

Turut dirampas semasa operasi dilancarkan oleh pihak berkuasa, termasuk senjata api, alat-alat letupan, peluru dan nota- nota membuat bom. Sehingga kini kita meneruskan penyiasatan dan pemantauan kita terhadap aktiviti militan dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga di atas ancaman keselamatan ini. Seterusnya, Yang Berhormat Permatang Pauh meminta penerangan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

...Mengenai isu-isu pokok yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam dalam perundingan dengan Jabatan Peguam Negara telah diambil kira.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebelum tukar tajuk, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Antara isu-isu pokok yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam dalam perundingan dengan Jabatan Peguam Negara adalah seperti berikut:

|Bil. | Isu | Respons Peguam Negara | |-----|--------------------------------------------------------------------------------|--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------| |(i) |Majlis Peguam bersetuju dan mengiktiraf kedudukan 24 jam kepada 28 hari. |Mengambil kira perundingan pada tahun 2009 dengan kementerian dan agensi. | |(ii) |Mu kadimah yang menggunakan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. |Perkara ini merupakan perkara yang dirujuk kepada kerajaan. Kerajaan telah mengehendaki rang undang-undang ini digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan| |(iii)|Ta rikh Mahkamah Sesyen dalam seksyen-seksyen tertentu dalam rang undang-undang.|Untuk peranti pengawasan elektronik, Mahkamah Sesyen akan mempunyai bidang kuasa tetapi bagi perbicaraan, Mahkamah Tinggi akan mempunyai bidang kuasa. |<END_TABLE_MARKER>

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

... [Menyambung] |Bil.| Isu | Respons Peguam Negara | |----|----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------| |(iv)|Ru jukan kepada Perkara 5 dan 9 Perlembagaan. Majlis Peguam mencadangkan rang undang-undang ini sebagai undang-undang biasa. |Sememangnya rang undang-undang ini dihasratkan untuk digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan. | |(v) |Ma kluman kepada waris kadim, next of kin dan perundingan dengan pengamal undang-undang, fasal 5(1)(a), untuk terus masukkan alasan penahanan.|Peguam Negara memberi jaminan bahawa tiada masalah akan timbul apabila makluman ingin dibuat kepada waris kadim. Seksyen 4(2) rang undang-undang ini telah memasukkan peruntukan mengenai seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen 1 hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh alasan dia ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu.|<END_TABLE_MARKER>

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri...

... [Menyambung] |Bil.| Isu | Respons Peguam Negara | |----|-------------------------------------|--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------| |(vi)|Ta tacara mengenai maklumat sensitif.|Seksyen 8 memperuntukkan mengenai maklumat sensitif. Sekiranya tiada pengecualian kepada Peguam Negara, ini akan menjejaskan keselamatan negara. Majlis Peguam mengiktiraf|<END_TABLE_MARKER>

|Bil. | Isu | Respons Peguam Negara | |-----|--------|------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------| | | |peruntukan mengenai maklumat sensitif malah merasa bangga kerana kepercayaan diberikan kepada peguam bela untuk melihat maklumat sensitif.| |(vii)|Ja minan|Untuk terrorism Bab 6A, Kanun Keseksaan, jaminan tidak akan diberikan. |<END_TABLE_MARKER> Sebagai kesimpulan, Jabatan Peguam Negara telah menimbangkan dan mengambil kira perkara-perkara yang dibangkit semasa perundingan antara Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara. Seterusnya Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gombak meminta penerangan mengenai perundingan dengan Majlis Peguam Malaysia dan badan yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Pada tahun 2009, KDN telah mengadakan enam sesi pertemuan awam dalam proses penambahbaikan dan pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Jabatan Peguam Negara merupakan ahli tetap dalam setiap sesi pertemuan awam tersebut. Pelbagai pihak antara lainnya termasuklah pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik, parti politik dan persatuan agama telah terlibat serta memberi pandangan dan buah fikiran. Hasil daripada itu,...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kami tak terlibat, kalau nak bagi sekarang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...Lima isu pokok telah dikenal pasti iaitu; (i) kuasa-kuasa Menteri; (ii) tempoh tahanan; (iii) hak dan layanan terhadap orang tahanan;...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, nak bagi laluan ataupun tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu Yang Berhormat Shah Alam.

Tak bagilah tu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagilah Yang Berhormat, bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Kenapa? Tak sabar nak keluar placard kah? Nak keluar placard?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak sabar, tak sabar, tak sabar.

Nak keluar placard dah?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ha, lebih kurang.

Tunggulah. You have a chance to bring out your placard, no problem.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

No, I want to speak first. Nak cakap dulu.

I have given you a chance, saya dah bagi peluang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekali sahaja, baru. Itu pun tak habis point lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Ini ruang saya untuk menjawab, ini saya punya ruang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

But, just last point, last opportunity.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu Yang Berhormat.

Sebab pandangan daripada kerajaan mesti disampaikan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Peluang terakhir, peluang terakhir Yang Berhormat Menteri.

Dia tak bagi jalanlah tu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya tahulah. Saya nak mintalah.

Dia tak bagi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia belum kata dia tak bagi lagi.

Hasil susulan daripada itu, lima kumpulan fokus atau focus group telah ditubuhkan yang dianggotai oleh agensi kerajaan, pihak swasta, parti politik, NGO dan institusi pengajian tinggi...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, ini Perdana Menteri dah sampai, tunjuklah keberanian untuk berhujah.

...Untuk memperhalusi isu-isu berbangkit daripada setiap isu pokok yang dikenal pasti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu Yang Berhormat Shah Alam.

Nak keluar placard sekarang pun boleh, keluar placard, no problem.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Tunjuklah, Perdana Menteri dah sampai, tunjuklah berani berhujah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Kelima-lima kumpulan fokus telah mengadakan lima sesi perbincangan di KDN pada tarikh yang berikut: (i) 18 November 2009 bagi membincang isu hak-hak dan layanan terhadap orang tahanan; (ii) 19 November 2009 bagi membincangkan isu tempoh tahanan; (iii) 23 November 2009 sesi pagi bagi membincangkan isu kuasa- kuasa Menteri; (iv) 23 November 2009 sesi petang bagi membincangkan isu penahanan tanpa bicara; dan (v) 25 November 2009 bagi membincangkan isu persepsi umum pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 untuk tujuan politik. Selepas pengumuman Perdana Menteri pada 15 September 2011, kumpulan kerja yang ditubuhkan di Jabatan Peguam Negara telah mengkaji dan mengambil kira semua isu pokok yang telah diketengahkan dan juga cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Penggubalan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 telah mengambil kira lima isu pokok yang telah dikenal pasti oleh kementerian sebagaimana yang dinyatakan di bawah. Pertama, kuasa-kuasa Menteri. Kuasa-kuasa Menteri kini hanya terhad kepada pengeluaran sijil dalam kes di mana maklumat sensitif tidak boleh didedahkan langsung

atau alasan akan menjejaskan keselamatan atau kepentingan negara dan kuasa membuat peraturan. Kedua, tempoh tahanan. Tempoh tahanan polis kini hanyalah selama 28 hari untuk tujuan penyiasatan. Ketiga, hak-hak dan layanan terhadap orang tahanan. Waris kadim akan dimaklumkan segera dan orang tahanan juga berhak menghubungi dan berunding dengan peguam pilihannya serta hak untuk berunding tersebut hanya boleh ditangguhkan selama 48 jam sahaja. Keempat, persepsi umum pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 untuk tujuan politik. Rang undang-undang baru ini jelas memperuntukkan bahawa tiada orang akan ditahan kerana fahaman politiknya. Fahaman politik juga ditakrifkan dalam rang undang-undang ini dan ini akan menangkis persepsi umum bahawa rang undang-undang ini akan digunakan untuk tujuan politik. Rang undang-undang ini juga hanya merupakan undang-undang berkenaan tatacara yang mana kesalahan substantifnya akan terkandung dalam Kanun Keseksaan. Seseorang perlulah melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan terlebih dahulu sebelum penyiasatan boleh dibuat di bawah rang undang- undang ini. Kelima, penahanan tanpa bicara. Rang undang-undang ini tidak memperuntukkan tahanan tanpa bicara. Sekiranya tahanan tidak didakwa selepas tamat tempoh tahanan, beliau akan dibebaskan.

Rundingan dengan Badan Peguam Malaysia telah diadakan pada 6 dan 8 April 2012, manakala rundingan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah dibuat pada 8 April 2012. Sehubungan dengan itu, kerajaan berpandangan bahawa tiada keperluan mengadakan sesi rundingan awam dengan mana-mana pihak lagi kerana kesemua isu pokok yang menjadi duri kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 telah ditangani. Tambahan pula ketika proses penggubalan rang undang-undang ini dijalankan, kerajaan telah pun mengambil kira kuasa-kuasa menteri yang kini hanya terhad kepada pengeluaran sijil dalam kes di mana maklumat sensitif tidak boleh didedahkan langsung atas alasan akan menjejaskan keselamatan atau kepentingan negara dan kuasa membuat peraturan. Hasil daripada analisa yang mendalam yang telah dijalankan, maka rang undang-undang ini telah digubal dan semua isu berkaitan undang-undang pencegahan yang sering ditimbulkan sebelum ini telah pun dipertimbangkan dalam penggubalan. Tuan Yang di-Pertua, saya ada lagi 30 muka. Jadi saya kira saya akan memberi jawapan bertulis.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh bagi laluan?

Saya akan mengakhiri ucapan saya dan saya minta untuk diundi.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, boleh bagi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya baik Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, jawapan bertulis itu kepada siapa? Kepada semua Ahli Parlimen kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bangkitkan isu ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, after that.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

No, ini yang saya sudah jelaskan dengan Tuan Yang di-Pertua semalam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sekarang ini, saya jemput Yang Berhormat sekarang ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya sorry, minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

A bit ke depan sedikit. Sila Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih beri saya bentangkan usul yang telah saya kemukakan pada hari Jumaat kepada Pejabat Tuan Yang di-Pertua. Usul ini berbunyi seperti berikut iaitu, “Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua enam bulan dari tarikh ini selepas dirujuk kepada satu jawatankuasa pilihan yang akan mengkaji semula keseluruhan rang tersebut untuk pastikan tujuan untuk menjamin keselamatan negara dicapai dan khususnya langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah dan menangani keganasan atau terrorism dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan hak-hak asasi dan kebebasan yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.” Usul ini saya kemukakan. Tujuan usul ini adalah supaya Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan dengan bidang kuasa untuk mengkaji semula bukan sahaja perincian rang undang-undang ini tetapi juga dasar dan meritnya. Cadangan ini dibuat sebab kita dapati dan ini berdasarkan daripada hujah-hujah yang telah dikemukakan semalam dan hari ini juga oleh ramai anggota Parlimen daripada Pakatan Rakyat bahawa terdapat banyak aspek rang undang-undang ini yang melanggar hak-hak asasi di bawah perlembagaan. Kegunaan Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan adalah punca masalah ini. Bagi Pakatan Rakyat, pendekatan yang lebih sesuai adalah untuk menggunakan undang-undang biasa, undang- undang yang sedia ada dan berbincang macam mana kalau ada kelemahan dalam undang- undang sedia ada, itu boleh diperbaiki. Akan tetapi kegunaan Perkara 149 dalam hal ini adalah satu langkah yang ke belakang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta untuk membaca cadangan pindaan itu sahaja dan tidak dibahas.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Usul saya sudah baca. Usul ini Tuan Yang di-Pertua, bukan usul di bawah 55(2), ini adalah 55(1). Boleh saya baca. Ada dua jenis Jawatankuasa Pilihan yang boleh ditubuhkan, satu jenis adalah di bawah 55(1). Saya baca dengan izin; “Any Committee to which a Bill is committed before its second reading, may discuss the details of the Bill as well as its merits and principles’. Jenis yang kedua adalah di bawah (2); “Any other Committee to which a Bill is committed after its second reading shall not debate the principle of the Bill but only its details”. Yang saya cadangkan ialah jawatankuasa pilihan yang jenis pertama, 55(1). Kalau saya berbalik kepada Peraturan Mesyuarat 54 di mana ini juga disebut, 54(1) berbunyi dengan izin saya baca; “A Bill may be committed to a Select Committee before its second reading”. Inilah jenis Jawatankuasa Pilihan yang dimaksudkan dalam usul saya. Ada jenis kedua yang disebut di bawah 54(2) juga, itu yang diusulkan dan diputuskan oleh Dewan ini tanpa bahas. Itu yang dulu kita ada buat beberapa kali tetapi yang saya usulkan sekarang adalah di bawah Peraturan 54(1) dan jenisnya ialah 55(1) supaya bidang kuasa Jawatankuasa Pilihan itu tidak terhad kepada perincian rang undang-undang sahaja. Mereka ada ruang yang lebih luas untuk membahas semula dasar rang undang-undang ini dan membuat apa-apa perubahan kepada rang undang-undang itu. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, hak membahas usul ini memang ada sebab ini bukan jawatankuasa pilihan yang kita tubuhkan untuk gantikan jawatankuasa of the House, ini berbeza. This is not the replacement of the jawatankuasa of the House. Jadi kita ada hak untuk membahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, usul Yang Berhormat dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 53(4) tetapi dalam konteks perbincangan sekarang ini, Yang Berhormat harus dilihat dalam Peraturan 54(2). P.M.54(2) tidak membenarkan perkara itu untuk dibahas selain daripada mengemukakan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Jadi saya melihat sekarang ini, Yang Berhormat berdiri dalam konteks Peraturan Mesyuarat 54(2).

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara yang telah saya jelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kecuali satu jawatankuasa telah dibentuk mengikut 55(1), sekarang ini 54(2). Peraturan 54(2) jelas bahawa Yang Berhormat boleh mengemukakan cadangan pindaan terhadap rang undang-undang itu tetapi ianya tidak boleh dipinda atau dibahas, it’s clear there.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, 54(2) memang berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan untuk ganti jawatankuasa of the House di mana disebut saya baca dengan izin, “Such motion shall not require notice, must be made immediately after the Bill is read a second time”. This is after the second reading and may be proposed by any Member and so on.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

That’s what you did now, itu yang kita lakukan sekarang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini saya sudah jelaskan dan dapat pengesahan dari Tuan Yang di-Pertua pagi semalam. Saya bangun pada pukul 10 pagi untuk dapat penjelasan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, inilah sekarang ini selepas bacaan kedua tadi kita membenarkan Yang Berhormat membuat usul di bawah perkara 54(2).

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Betul tetapi usul untuk apa Tuan Yang di-Pertua, usulnya berbeza. Ada dua jenis jawatankuasa pilihan, satu adalah yang disebut di bawah 54(2) dan itulah jenis di bawah 55(2) juga; “Any other Committee to which a Bill is committed after its second reading shall not debate the principle of the Bill but only its details”. Itu kita tidak perlu bahas, memang. Kita bangun usul dan kita akan buat keputusan, itu saya terima. Ini bukan jenis itu, jenis ini adalah 54(1); “A Bill may be committed to a Select Committee before its second reading”. Jadi sebab itu saya bangun untuk usulkan pagi semalam pada jam 10 pagi semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bermula, saya bangun untuk bangkitkan isu itu untuk dapat pengesahan daripada Tuan Yang di- Pertua sama ada saya patut usulkan pada masa itu. Tuan Yang di-Pertua kata tidak apa, ini berdasarkan pada tafsiran second reading. Saya kata okey, dia bagi jaminan saya boleh bangkitkan isu ini sebelum kita akhiri second reading...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Maksudnya adalah Peraturan Mesyuarat 54(2)...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini bukan Peraturan Mesyuarat 54(2) lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu yang dimaksudkan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan Mesyuarat 54(1) is what I...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah, Yang Berhormat bacakan itu, pindaan Yang Berhormat itu, selepas itu kita putuskan. Pindaan rang undang-undang seperti yang...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Usul sudah dibaca, sekarang saya bahaskan usul itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya bahaskan usul itu, saya gunakan hujah saya sekarang untuk usul itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tuan Yang di-Pertua memberikan kebenaran kepada Yang Berhormat semalam berdasarkan Peraturan 54(2), itu Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya jelas dengan beliau...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya juga mendapat nota dan arahan Tan Sri bahawa ianya harus dibaca dalam Peraturan Mesyuarat 54(2). Jadi maknanya, keputusan semalam itu adalah 54(2).

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya baca balik...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apa Yang Berhormat, Yang Berhormat baca cadangan pindaan Yang Berhormat itu, selepas itu kita putuskan sahaja Yang Berhormat. Saya tidak dibenarkan ianya dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2)...

[Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya baca balik surat saya yang saya tulis kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya baca balik sebab usul ini keluar, surat saya jelas dengan apa yang saya akan usulkan pada semalam dan saya diminta oleh Tuan Yang di-Pertua dan saya setuju tangguh pada peringkat ini. Ini yang saya baca itu, “Dengan segala hormatnya, saya memberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat 53 dan 54 dan mengemukakan usul- usul di bawah untuk mencadangkan pindaan kepada usul asal berkenaan rang-rang tersebut di atas yang saya akan mengusulkan untuk keputusan Dewan pada hari Isnin 16 April 2012 sebelum bacaan kedua, rang-rang tersebut... “ Itu perkataan yang penting, sebelum bacaan kedua. Apa maksud dia? Ini jelas disebut dalam Peraturan Mesyuarat 54(1) saya baca, “A bill maybe committed to a Select Committee before its second reading...” Jadi jelas, clear.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tahu Yang Berhormat, saya pun jelas perkara ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan 54(2) is after the second reading.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita jelas, itu surat Yang Berhormat dan diputuskan oleh Speaker semalam mengikut nota yang ada pada saya sekarang ini. Usul Yang Berhormat itu untuk membentuk agar undang-undang itu diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa sesebuah Majlis, itu juga diserah kepada sesebuah Jawatankuasa sesebuah Majlis. Maknanya, Tuan Yang di-Pertua semalam memutuskan bahawa usul Yang Berhormat itu adalah dalam lingkungan Peraturan 54(2), that’s it. Jadi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, saya faham prosedur Peraturan Mesyuarat 54(2)...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya faham Yang Berhormat, Yang Berhormat mesti faham betul-betul. Diputuskan usul Yang Berhormat dalam lingkungan Peraturan Mesyuarat 54(2), maknanya dibaca sebelum mengikut Peraturan 54(3).

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, surat saya mengatakan dengan jelas sebelum bacaan kedua...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu surat Yang Berhormat, keputusan Speaker, usul itu dalam lingkungan 54(2), that it.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Akan tetapi, hak saya sebagai anggota Dewan ini untuk mengusulkan jelas di bawah Peraturan Mesyuarat 54(1), hak itu ada, “A bill maybe committed to a Select Committee before...”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jelas surat Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 53, 54, Speaker membuat keputusan usul Yang Berhormat itu dirujuk kepada Peraturan 54(2), itu. Oleh sebab itu kita...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan 50(2), berkaitan dengan usul yang dibuat selepas second reading. Saya dengan jelas sudah sebut dengan surat saya dan Peraturan Mesyuarat 54(1) jelas, “A bill maybe committed to a Select Committee before it’s second reading.” Itu yang saya maksudkan. Saya sebut dengan surat saya dengan jelas, before it’s second reading. Bila saya bangun semalam, pada pukul 10 pagi, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekarang ini pun sebelum baca kali yang kedua, sebelum. Tadi saya dah baca tadi, dengar saya baca tadi “Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” Kita

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

belum habis di sana lagi itu, sebab itu saya panggil Yang Berhormat untuk membaca usul itu, sebelum bacaan kali kedua. Sebelum Setiausaha saya membaca untuk kali yang kedua.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, kita belum habis bacaan kedua, itu jelas. Sekarang isunya sama ada saya ada hak sebagai anggota Dewan ini untuk mengusulkan dan membahas usul itu, itu isu dia sekarang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, you must understand, keputusan Speaker adalah merujuk usul Yang Berhormat itu di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2). Peraturan Mesyuarat 54(2) tidak dibenarkan untuk dibahas. That is it.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya faham itu tetapi point saya...

[Dewan riuh]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Yang Berhormat Subang, dah faham duduklah!

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan Mesyuarat 54(2) adalah berkaitan dengan usul selepas bacaan kedua, when a bill has been read a second time. Itu different type of rujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak berbangkit Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.

Tidak faham-fahamlah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan Mesyuarat 54(2) menyebut “When a bill has been read a second time...” Selepas bacaan kedua. Jenis Jawatankuasa adalah Peraturan Mesyuarat 55(2) di mana jawatankuasa hanya membahas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ini bukan kali pertama kita buat begini. Yang Berhormat Ipoh Barat pernah melakukan dalam Dewan ini, Yang Berhormat Batu Gajah juga pernah melakukan, prosedur yang sama kita lakukan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat cukuplah Yang Berhormat, pergi demonstrasilah, BERSIH sana.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dahulu kita ada lakukan selepas bacaan kedua Tuan Yang di-Pertua, kita rujuk...

Kita beri khemahlah, suruh berkhemah di Dataran Merdeka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sudah bentang tadi, saya menganggap Yang Berhormat dah bentang. Cuma Yang Berhormat tidak membahas. Sekarang ini saya katakan bahawa Yang Berhormat telah membentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2).Tidak bahas Yang Berhormat, masalahnya tadi bahas sahaja. Yang Berhormat sudah bentang pun cadangan Yang Berhormat, masalahnya sekarang tidak di bahas kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) tidak perlu dibahas. Cukuplah, setakat itu sahaja Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Apa yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat 54(2), yang tidak perlu dibahas adalah usul untuk rujuk rang undang-undang selepas bacaan kedua pada Jawatankuasa Pilihan yang tidak boleh membahaskan lagi dasar rang undang-undang, hanya membincangkan keperincian. Itu saya setuju, tetapi itu bukan keadaan ini. Surat saya jelas mengatakan rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan sebelum bacaan kedua...

[Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Semalam Tuan Yang di-Pertua kata tafsiran bila...

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Surat tidak boleh mengatasi ruling Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat telah pun membentangkan usul, usul telah pun di bentang. Kita tidak bahas sahaja, itu keputusan kerana Yang Berhormat Speaker melihat usul Yang Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2), that it. Itu keputusan Speaker Yang Berhormat, you don’t like it, boleh

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

buat dalam usul, itu keputusan dia. Sudah bentang tadi, sekarang saya minta seorang untuk menyokong.

Saya menyokong.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat berdiri, sama- sama kuning, keluarlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habis. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis usul Yang Berhormat Subang seperti yang dikemukakan tadi untuk diputuskan mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda ataupun dibahas.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 hingga 2 –Bill

Tuan Pengerusi, fasal-fasal 1 hingga 2. Saya hendak mulakan dengan mukadimahnya yang mana berbunyi bahawasanya tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia. Satu, untuk menyebabkan keganasan terancam terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu. Kedua, untuk membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Ketiga, yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

Keempat untuk mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya telah membangkitkan dan membandingkan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam apabila membentangkan rang undang-undang ini dengan ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam tahun 1960 yang mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak Hussein. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dalam tahun 1960, beliau dengan khusus dengan spesifik menyebut Tuan Pengerusi, dalam bahasa Inggeris dan juga dalam ucapan yang sama diulangi dalam bahasa Malaysia atau bahasa Melayu mungkin ketika itu yang mana dalam bahasa Inggeris saya telah sebutkan semalam dalam Bahasa Melayu pula beliau telah menyebutkan dan memberikan perincian tentang jumlah orang-orang yang dianggap dengan menggunakan Perkara 149, Perlembagaan untuk membentangkan rang undang-undang lebih kurang 52 tahun yang lalu yang mana Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak telah menyebut dalam versi Melayu dalam ucapan beliau pula sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi mustahaklah kita mengadakan satu undang-undang

supaya dapat kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera dan seterusnya. Tuan Pengerusi, saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri menyebutkan tentng Al-Qaeda dan sebagainya yang sepatutnya disebutkan dengan lebih terperinci oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan semalam. Oleh itu saya ingin menggunakan ayat-ayat dalam rang undang-undang ini bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu pertama, siapakah dan berapakah jumlah orang-orang yang dituduh telah mengambil tindakan dan akan mengambil tindakan iaitu kumpulan pertama berapa orang kah dan apakah nama kumpulan untuk menyebabkan keganasan terancam terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu. Apakah nama kumpulan itu dan berapakah orang itu? Kedua, apakah nama dan apakah kumpulan dan berapakah jumlah orang yang telah mengambil tindakan dan akan mengancam mengambil tindakan selanjutnya untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Tuan Yang di-Pertuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Ketiga, apakah nama kumpulan dan berapakah jumlah orang-orang yang telah mengambil tindakan dan mengancam akan terus mengambil tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi Yang Berhormat.

Dia sebut Al-Qaeda itu. Ianya ada spesifik sebab mukadimah ini khusus berbanding dengan rang undang-undang tahun 1960 tidak begitu khusus, mukadimah hanya satu ayat merujuk kepada Perkara 149. Terima kasih Tuan Pengerusi. Keempat, apakah nama kumpulan yang telah mengambil tindakan yang mengancam untuk mengambil tindakan untuk mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang-undang-undang?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Telok Intan. Perkara fasal 1 dan 2 sahaja Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ya, perenggan 1 dan perenggan 2 termasuk mukadimah. Saya ingin merujuk kepada versi bahasa Inggeris sebab pada kebiasaannya kita gunakan versi bahasa Inggeris di mahkamah. Saya rasa ini ada beberapa kesilapan iaitu yang pertama versi bahasa Inggeris mukadimah, “whereas action has been taken and further actionist threaten by a sustains body of person boat in side and outside Malaysia. (i) to cause of to causes substantial numbers of citizens to fear, organized violence against person of properties” saya rasa ini tidak tepat. Ini menunjukkan akta ini adalah untuk menyebabkan substantial numbers of person or citizens to fear tidak begitu betul atau tepat. Versi Bahasa Malaysia lebih tepat. Ini mesti diperbetulkan “(ii) to excite disaffection against Yang di-Pertuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.“ Yang Berhormat menteri, kita tidak pernah ada perkataan to excite disaffection, macam mana boleh excite create excitement. Perkataan ataupun, “incite disaffection against Yang di-Pertuan Agong.” Jadi saya rasa rang undang- undang ini dibuat tergesa-gesa untuk meluluskan sahaja sebelum satu tarikh yang tertentu. Saya rasa lebih baik go back to the clause man, do it properly. Don’t rush this kind of act because you cause embarrassment seperti Yang Berhormat Menteri kata tadi tanggungjawab adalah kerajaan. Kerajaan harus jawab dan tanggungjawab untuk meluluskan rang undang-undang seperti ini sebagai akta akan tercemar nama baik atau saya tidak tahu ada pula nama baik kerajaan atau tidak tetapi lebih baik you make the amendment and sent it back to the clause man. Mungkin enam bulan itu adalah sesuai seperti dicadangkan oleh rakan-rakan saya. So, don’t do think like this in a haze Yang Berhormat Menteri. It causes harassment. Thank you.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya merujuk kepada Jadual Pertama iaitu perkara 23 terutamanya untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Tuan Yang di-Pertuan Agong. Ini terlalu umum sebenarnya ataupun sepatutnya bagi membolehkan hakim dalam meneliti kes-kes yang dibawa ke mahkamah supaya ianya lebih spesifik kerana seperti mana dalam perbahasan di peringkat dasar Tuan Pengerusi, saya bimbang mengenai dengan bahan bukti kerana di mahkamah memegang prinsip beyond doubt, maknanya tanpa ragu. Jadi sewajarnya kalau disebut untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong seperti dalam tulisan, dalam ucapan ataupun dalam majlis-majlis istiadat, mempersendakan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi jelas di mana kalau ada bukti dalam bentuk tulisan melalui blog ataupun dalam Facebook atau pun Twitter yang main-main, yang mempersendakan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, itu boleh diambil tindakan dan itulah buktinya. Termasuk perangai yang tidak senonoh, perilaku yang tidak baik yang ditunjukkan seperti yang berlaku di Istana Negara baru-baru ini. Jadi baru jelas, kalau tidak bagaimana hakim hendak tafsirkan dari segi bukti bagaimana hakim hendak merujuk kepada bukti dari segi pendakwaan Tuan Pengerusi.

Point of order Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, point of order apa Yang Berhormat?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi ....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order, sebentar Yang Berhormat Pasir Mas.

Point of order 36(6) itu dan saya sebenarnya bangkit...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada sebut nama pun tadi Yang Berhormat.

Semalam kita bangkit isu 80(A) di mana perkara ini Tuan Pengerusi kata di luar bidang Parlimen. Itulah sebab ...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, hari ini kita tiada sebut nama sesiapa pun. Tidak payahlah Yang Berhormat.

Tidak, isunya Yang Berhormat Pasir Mas sebut seolah-olah itu fakta.

Peraturan Mesyuarat 36(6) itu Yang Berhormat Batu tidak sebut pun.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Baik, tidak mengapalah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah buat ...

So, saya agak kalau isu ini belum dibuktikan, bolehkah kita tegur mana-mana Yang Berhormat yang membawa isu ini sebab ia tidak ....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Peraturan 36(6) saya hari ini memutuskan bahawa Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada menyebut nama sesiapapun hari ini. Semalam itu semalamlah. Semalam itu disebut nama dan selepas itu Tuan Pengerusi katakan perkara di luar tidak elok dibawa dalam Dewan, tidak mengapa tetapi hari ini dia tidak sebut nama apa pun. Tidak ada satu nama pun disebut, tidak payahlah.

Fakta itu tidak boleh. Itu bukan lagi jadi fakta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapa. Keputusan saya Yang Berhormat tidak ada pelanggaran terhadap perkara 36(6). Sudah selesai?

Saya rasa Yang Berhormat Pasir Mas tidak bersalah. Dia menceritakan peristiwa seolah-olah berlaku penghinaan kepada Raja-Raja Melayu waktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Yang

Berhormat Pasir Mas menceritakan seolah-olah ada berlaku satu tindakan menghina Raja- Raja Melayu dalam Majlis itu. Dia tidak tuduh sesiapa Yang Berhormat Pasir Mas.

Tohmahan itu tidak benar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Pasir Mas, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Pembangkang rasa takut pasal apa? Dia buatkah?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, saya tidak sebut nama, tetapi ada berita keluar. Jadi dalam perbahasan Tuan Pengerusi...

Sekarang Tuan Pengerusi...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini yang makan cili rasa pedas ini apa hal?

Beliau sudah melintasi apa yang telah disebut tadi.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apa hal?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, 36(6) tidak berkaitan. Tidak apalah.

Bukan. Kalau macam ini, then itulah sebab kita kata...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

On the 80(A), Dewan ini bentukkan satu jawatankuasa...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Saya katakan, you are so sensitive about standing order, you must respect the standing rule that says once I made the keputusan, keputusan yang muktamad. Sudah cukuplah.

But, he continue to says fiction...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya katakan bahawa 36(6) tidak ada perlanggaran yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Cukuplah. Yang Berhormat Pasir Mas, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, itu yang saya katakan tadi kena jelas supaya senang dari segi proses perbicaraan nanti. Saya bimbang sebab kalau tidak ada disebut dengan jelas, bila pergi ke mahkamah timbul masalah teknikal. Ada yang tidak mengaku, kata ini saya tidak kata sebab dia kata. Macam-macam. Kalau mengata orang dalam Dewan ini, dia tuduh orang macam-macam boleh. Bila kita sentuh sedikit sudah melenting. Cuma Tuan Pengerusi, saya bercakap ini sebab saya tahu saya Ahli Parlimen, saya bersih. Saya tidak pernah gigit pun telinga orang... [Ketawa] Saya tidak sebut nama siapa-siapa. Saya sebut saya tidak pernah gigit telinga orang. Saya tidak pernah dibawa ke mahkamah. Saya tidak pernah dihukum di mahkamah. Cuma saya kena ISA dua kali pun saya tidak complain sebab saya pejuang tulen. Saya bukan penakut hendak gunakan alasan itu alasan ini. Kalau takut, jangan berjuang. Kalau takut rumah dilambung ombak, jangan buat rumah di tepi pantai. Kita pejuang kena berani, berani buat berani tanggung. Kalau hendak sedap pun tanggung. Masing-masinglah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi Tuan Pengerusi, perkara yang ketiga saya hendak sebut ini memudaratkan ketenteraman awam dalam persekutuan entah aman-mana bahagian ini. Ini pun kalau boleh dimasukkan juga biar lebih jelas iaitu perkara-perkara yang membabitkan Perkara 153. Perkara 153 adalah asas Perlembagaan. Ini kita tidak boleh

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

pertikaikan lagi. Semua pihak setuju dan kalau setuju patut masuk. Jangan mempersoalkan, memperhinakan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu masuk. Siapa sentuh Perkara 153, ini boleh ditakrifkan sebagai boleh mengancam keselamatan negara. Jelas, senang perbicaraan nanti. Baru boleh tangani sebab melalui SKMM undang-undang yang ada susah...

[Bangun]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pasir Mas sebut jangan persoalkan Perkara 153 bahasa Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan sebagainya. Boleh Yang Berhormat juga tegaskan di sini juga jangan persoalkan hak-hak orang kaum yang lain walau orang Cina, India bukan. Bukankah begitu? Setuju bukan?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang saya hendak sebut cuma Yang Berhormat sudah bangun saya bagi jalan. Setujulah itu... [Ketawa] Ini kerana semalam pun saya sudah sebut maknanya hak keistimewaan orang Melayu, hak kerakyatan kaum lain, kita pun hendak jaga juga hak kaum-kaum lain, kita pun hormat. Bukan kita tidak hormat. Kita terima semua rakyat. Tidak pernah kita racist pun. Sudah 54 tahun.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, kena jelas supaya tidak timbul kekeliruan dari segi penghinaan terhadap Islam. Sama juga saya tidak ada dalam Dewan semalam, saya dengar Yang Berhormat Tumpat sebut kepala babi kononnya dibuat dan dilemparkan oleh Barisan Nasional. Saya hendak bagi tahu kepada Tuan Pengerusi, semua masjid yang dilempar babi saya semua hadir. Saya pergi solat hajat, saya jumpa dengan kariah masjid, sudah ada satu pun sudah diambil tindakan. Saya tidak hendak sebut bangsa ini yang buat, cuma benda ini tidak terdedah. Saya percaya keselamatan control, kerana kalau terdedah boleh jadi permusuhan antara kaum. Oleh sebab tu dipendam. Jadi jangan tuduh sembarangan. Kalau PAS tidak berani hendak bela babi dilempar dalam masjid, biar kita yang bela. Jangan hendak tuduh orang lain... [Tepuk] Saya mesti jawab sebab saya tidak hendak perkara ini masuk dalam Hansard tidak dijawab dan kotor. Jadi saya hendak minta dengan Yang Berhormat Menteri, kalau boleh diambil kira pandangan ini sebab waktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentang rang undang-undang ini pun ada disebut. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Satu dan dua sahaja Yang Berhormat. Sudah panjang kita berbahas. Saya bagi Yang Berhormat Beruas, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan mukadimah ini. Memandangkan di bawah ISA, kumpulan Al-Kitab perjanjian baru iaitu New Testament Bible yang telah diperintahkan di bawah ISA, perintah bertarikh 4 Mei 1983 dan juga perintah di bawah ISA 1981 dan 1982 menganggap Al-Kitab sebagai satu dokumen prejudicial to national interest and security of the Federation. Juga di bawah warta 16 Februari 2009 PUA 62 nombor 20, Perundangan A, Tambahan dikatakan perkataan “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat”, dan lain-lain tidak boleh digunakan melainkan ada dicetak di muka surat Al-Kitab untuk agama Kristian sahaja. Maksud saya, adakah mukadimah ini melibatkan semua Kristian yang menggunakan perkataan seperti Allah yang banyak di Sabah dan Sarawak memandangkan Al-Kitab mereka ini dikatakan satu dokumen prejudicial to national interest. Bolehkah semua Kristian yang menggunakan Al-Kitab ini juga dirangkumi di bawah mukadimah ini dan kerana dikatakan prejudicial to national interest and security. Adakah mereka boleh ditangkap di bawah akta ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Saya ucapkan banyak terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian. Pertamanya Yang Berhormat Tumpat, saya sudah jawab. Saya sudah jawab di peringkat awal tadi. Cuma mana-mana kumpulan yang kemungkinan tindakan atau pun nama-nama ahli itu dan jumlahnya saya tidak jawab, Yang Berhormat boleh tanya pada saya, saya akan dapatkan maklumat daripada kementerian. Mana yang saya sudah jawab, saya biar. Saya perlu notis yang itu. Keduanya Yang Berhormat Telok Intan. Mana Yang Berhormat Telok Intan?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Mana Yang Berhormat Telok Intan? Yang Berhormat Telok Intan mana? Yang Berhormat Telok Intan sebenarnya beliau tidak ada berlaku apa-apa kesalahan daripada penggunaan bahasa kerana perkara-perkara yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Telok Intan itu merupakan direct reprint apa yang ada dalam Perlembagaan Malaysia. Saya baca dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikaikan (a). Ini dalam Perlembagaan;“(a) - to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property,” dengan izin and then, “or (b) - to excite disaffection against Yang di-Pertuan Agong or any Government in the Federation.” Jadi ini merupakan penggunaan bahasa Inggeris di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi ia tidak ada penyalahgunaan daripada segi bahasa. Jadi tidak betul seperti mana Yang Berhormat Telok Intan sebut. Tidak ada sebab untuk kita hendak merasa malu. Yang Berhormat Telok Intan, this is direct print from the constitution dengan izin, in English, dalam bahasa Inggeris. Jadi kita copy straight daripada Perlembagaan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

No, you cannot simply copy. If this wrong, it is wrong.

Memang sebab, bukan soal simply copy.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

There is no excitement. That is incitement.

No, no it is excite.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

It is wrong.

It is okay. That your opinion because I think Perlembagaan ini telah dibentuk dan saya percaya yang menggubalnya termasuklah orang-orang Inggeris. Kalau kita mahu Perkara 149, mengguna hak di bawah Perkara 149, kita tidak boleh pusing-pusing apa yang ada dalam Perlembagaan ini. Kita kena copy exactly kerana itulah yang ada dalam Perlembagaan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Kemudian, mukadimah ini bertujuan untuk mewujudkan – Yang Berhormat Tumpat kata mukadimah ini bertujuan untuk mewujudkan Akta Kesalahan Substantif dalam Kanun Keseksaan. Ia bukan mukadimah bil. Ia mukadimah ini ialah untuk mewujudkan akta kesalahan itu.

That’s why we put it that way. Ada juga yang berbahas berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Jadi saya hendak menyebutkan di sini iaitu sebarang cadangan berkenaan peruntukkan kesalahan substantif, kita bahaskan dalam ketika pindaan kepada Kanun Keseksaan yang dibentangkan nanti, selepas ini. Cuma saya hendak sebut di sini mungkin untuk makluman Yang Berhormat Tumpat. Sejak tahun 2001, seramai 219 anggota pengganas yang telah ditangkap iaitu seperti berikut:

| Persatuan Pengganas |Ditangkap (bil./orang)| |---------------------------------------|---------------------:| | | | |Jemaah Islamiah (JI) | 133| |Darul Islam (DI) | 29| |Al-Qaeda | 21| |Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)| 7| |ASG | 7| |Lain-lain | 22| |JUMLAH | 219|<END_TABLE_MARKER> Selain itu, terdapat lebih daripada 100 orang yang mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah dan Darul Islam yang masih belum ditangkap dan masih dipantau. Perlu diingatkan, bentuk ancaman keganasan bergantung kepada niat dan keupayaan pengganas tersebut melancarkan serangan dan bukannya sekadar bilangan ahli.

Tuan Pengerusi, penjelasan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah habis, Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Belum jawab soalan saya tadi, Yang Berhormat Menteri. Boleh jawab satu soalan saya tadi?

Minta maaf, saya balik. Minta maaf, minta maaf. Yang Berhormat, Islam, merupakan perkara di bawah negeri, State List. Di negeri- negeri, mereka mempunyai enakmen agama Islam di mana enakmen itu ada menyebutkan bahawa perkataan-perkataan Yang Berhormat sebut itu tidak boleh digunakan di semua negeri di Malaysia melainkan Sabah, Sarawak dan juga tidak silap saya di Wilayah Persekutuan dan juga di Pulau Pinang. Jadi kalau sekiranya ia digunakan juga, bermakna kesalahan itu ialah kesalahan kepada enakmen. Bukan di bawah Akta.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Soalan saya ialah kerana pihak kerajaan telah mengisytiharkan kitab ini, Bible dalam Bahasa Melayu yang digunakan oleh orang-orang Kristian sebagai a document prejudicial the national interest and security of the Federation. Sebab itu soalan saya ialah kalau seseorang Kristian itu membaca kitab ini mengikut daripada Bible dalam Bahasa Melayu, adakah mereka tergolong sebagai terrorist di bawah akta ini yang boleh undang-undang ini digunakan terhadap mereka kerana kerajaan yang mentakrif mereka sebagai prejudicial to the national interest and the security...

Saya sudah jawab. Saya sudah jawab.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

So, bolehkah beri jaminan kepada penganut agama Kristian ini?

Saya kata kalau sekiranya, kalau sekiranya ia digunakan, maka kesalahan itu ialah kesalahan kepada enakmen itu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi mengelaklah ini dari soalan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, tadi nampak jelas banyak salah tafsir.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah habis, Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Pasir Mas dia sebut semua persoalan-persoalan ini. Semua dia hendak gunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas).

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini menunjukkan betapa ia boleh disalah tafsirkan. Tidak akanlah kes buang, baling kepala babi itu terus dianggap sebagai pengganas.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini yang perlu diberikan penjelasan. Ini yang menunjukkan kekurangan di dalam akta ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah habis ya.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

[Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Fasal 3 hingga 4Cadangan Pindaan YB Sungai Siput] - Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Okey, saya telah mengemukakan beberapa pindaan kepada akta ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Fasal 3 dan 4 dulu, Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Sebelum saya pergi kepada fasal 3, saya hendak mengatakan sebabnya ialah untuk memperbaiki akta yang ini. Okey, itulah tujuan. Bukan untuk kacau kerajaan daripada luluskan satu akta. Fasal 3 memberi tafsiran. Untuk tafsiran kedua itu, maklumat sensitif yang diberi dalam akta ini adalah terlalu longgar kerana dikatakan maklumat sensitif ertinya apa-apa dokumen atau maklumat bahan dan di bawah itu, sama ada atau tidak dikelaskan sebagai rahsia besar atau rahsia sulit. Jadi walaupun tidak dikelaskan sebagai rahsia ataupun sulit, ia boleh dijadikan maklumat sensitif. Di bawah itu, dan jika dikelaskan juga oleh mana-mana pegawai awam pun boleh kelaskannya. Jadi saya ingat ini terlalu longgar dan harus diperketat. Berkenaan dengan tafsiran kesalahan keselamatan, saya tarik balik itu. Saya pergi ke fasal 4(5). Akta yang kita sekarang bahas di Parlimen ini nampaknya diasaskan kepada Akta Pengganas (Terrorist Act) di United Kingdom di mana akta itu pun mereka boleh reman orang yang suspek itu selama 28 hari. Akan tetapi akta di United Kingdom, di England itu, mereka perlu pergi ke mahkamah dan dapat judicial oversight. Dia kena bawa ke mahkamah katakan ini kita sangka ini seorang pengganas. Kita minta 28 hari. Di United Kingdom itu, kita ada judicial oversight. Saya rasa untuk satu akta yang begitu kuat dalam kuasanya, perlu kita mengadakan check and balance, semak dan timbang. Kena ada check and balance supaya kuasa eksekutif boleh ditimbang oleh satu pihak yang bebas daripada eksekutif. Inilah prinsip pengasingan kuasa dalam sesuatu demokrasi. So saya rasa jika kita perlu tahan, detain seseorang itu untuk siasatan, perlu kita ada check and balance. So pada masa itu, judiciary yang boleh beri check and balance dan ini diperuntukkan dalam 117 Kanun Tatacara Jenayah so, saya rasa kaedah itu harus dipakai di sini. Ini untuk..., saya rasa Yang Berhormat Menteri, kita ini memang mahu selamatkan Malaysia daripada pengganas. Saya ingat semua di sini pun setuju. Akan tetapi pun kita mesti menjamin ada

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

perlindungan untuk rakyat yang mungkin jadi suspek. So saya ingat ini prinsip kita adakan check and balance ini begitu perlu. So saya rasa seksyen 4 kena diganti tempoh tahanan melebihi 24 jam boleh dilanjutkan oleh hakim Mahkamah Sesyen untuk tempoh selama 14 hari seperti peruntukan di bawah seksyen 117, Kanun Tatacara Jenayah. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah. Cukuplah, Yang Berhormat.

Tidak perlukah seorang menyokong?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah pindaan seperti mana yang tertera dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Ada secondnya, siapa secondnya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kenapa begini? Ada skrip, Yang Berhormat. Terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih. Minta maaf, Tuan Pengerusi. Ganggu tadi sebelum masa yang tepat itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Soalnya, Yang Berhormat. Soalnya Yang Berhormat tidak percaya dengan Speaker di atas ini. Tidak yakin, tidak percaya bahawa saya akan membelakangkan standing orders. Tidak perlu macam itu, okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Baik, saya teruskan. Terima kasih. Tuan Pengerusi, seksyen 3 ini memang mengandungi masalah dari segi definisi-definisi yang sangat longgar. Sangat luas dan inilah antara sebab-sebab Pakatan Rakyat tidak dapat setuju dengan banyak peruntukkan dalam rang undang-undang ini dan inilah sebagai satu contoh. Definisi kesalahan keselamatan ini merujuk kepada jadual pertama dan itu merujuk balik kepada Kanun Keseksaan di mana kita dapati dan ini sedia ada dalam undang-undang di Kanun Keseksaan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Seksyen 130B(3)(j) di mana antara kesalahan-kesalahan keselamatan dan istilah terrorism digunakan untuk menggelar jenis-jenisnya. Inilah ayat ataupun perkataan yang digunakan. Mana-mana tindakan yang jejaskan keselamatan negara atau awam. Ini yang kita sudah hujah tadi. Terlalu luas, terlalu longgar dan boleh ditafsirkan dengan mana- mana cara dan untuk mengatakan inilah satu kesalahan keselamatan. Tindakan yang menjejaskan keselamatan negara atau awam. Oleh sebab itu tafsiran macam ini perlu diketatkan dan sebab itu kita sudah cadangkan tadi perkara macam ini perlu di bincang dan ambil masa yang sesuai, jangan buat tergesa-gesa dan rujuk kepada jawatankuasa, perhalusi ini. Ini masih belum dibuat. Keduanya adalah isu berkaitan dan tafsiran maklumat sensitif ini. Satu saya ingin sebutkan di sini, konsep maklumat sensitif ini kita nampak tidak ada equivalent dengan izin, di undang-undang negara lain yang berkaitan dengan keganasan atau terrorism dibangkit di sini. Dibangkit di sini juga dengan satu definisi yang juga terlalu longgar. Saya baca versi Inggeris dengan izin; “ ‘sensitive information’ means any document, information and material – (a) relating to the Cabinet, Cabinet committees and State Executive Council.” Itu mungkin boleh dipertimbangkan sebab ada di antara dokumentasi macam itu yang boleh di klasifikasi rahsia. Akan tetapi apabila kita lihat ke bab kedua, or, dia ada or; dan (b) that concerns sovereignty, national security, defence, public order, and international relations. Apa maksud ini? Ini bermaksud mana-mana esei yang ditulis oleh seorang university student berkaitan dengan public order atau sovereignty ada di dalam kategori ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Separuh dokumentasi esei yang ditulis di universiti, di macam-macam tempat, di banyak institusi, document information and material, concerning defends, concerning pandangan mereka, semua ini dirangkumi dalam definisi ini, tafsiran ini. Sebab inilah yang jadi masalah dengan kegunaan bahasa macam ini. Sebab perkataan ‘or’ kalau kita maksudkan satu dokumen atau informasi, berkaitan dengan defense yang di klasifikasi rahsia, itu lain cerita. Itu secara logik boleh diterima, boleh dianggap munasabah - the officially classified documents as secret. Akan tetapi di sini is ‘or’. So, separuh esei yang ditulis di universiti sekarang terangkum di sini. Tidak boleh diterima di mahkamah sebab boleh dianggap sebagai maklumat sensitif. Oleh sebab itu kita sudah cadangkan peruntukan ini tidak sesuai dan tidak boleh dipakai. Satu lagi saya pergi sekarang kepada seksyen 4 Tuan Pengerusi berkaitan dengan tempoh dan kuasa menahan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Siput, kenapa kita tidak ikut nasihat daripada SUHAKAM sendiri. SUHAKAM ditubuhkan oleh kerajaan untuk menasihatkan kerajaan atas isu hak asasi. SUHAKAM sendiri sudah cadangkan dalam tahun 2003, kalau ada undang-undang khusus untuk menangani keganasan, tangkap tempoh penyiasatan pada awalnya perlu dipantau oleh hakim dan bukan oleh pihak polis yang melakukan tangkapan itu. Cadangan mereka adalah dirujuk kepada hakim selepas tangkapan 24 jam. Selepas seminggu kalau dilanjutkan rujuk balik kepada hakim untuk tempoh 28 hari. Dengan itu Tuan Pengerusi, kalau kita telah ikut cadangan daripada SUHAKAM, kita tidak perlu rujuk kepada Perkara 149. Kita boleh buat undang-undang biasa sebab itu tidak melanggar dengan perlindungan yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat, habiskan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dan sebab itu pada masa awal kita sudah bantah kegunaan Perkara 149 oleh kerajaan dan buat mukadimah menyebut fakta yang tidak wujud langsung. A substantial body of person itu langsung tak wujud, dalam imaginasi kerajaan sahaja. Ini yang akan...

[Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Disampuk] This is not real. So kita luluskan satu mukadimah yang tidak wujud secara realiti. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, mengenai fasal 3 maklumat sensitif. Memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat Subang tadi yang menyebutkan begitu penting kita meneliti maklumat sensitif ini. Misalnya Yang Berhormat Menteri Padang Rengas, kalau IGP sekarang ia tulis satu surat. Misalnya jawapan kepada Ketua Eksekutif NFC tentang sesuatu perkara. Surat ini ada di tangan saya. Adakah ini dianggap kesalahan yang menjejaskan keselamatan negara? Adakah ini kerana...

Mohon penjelasan Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong, tidakkah Yang Berhormat Kepong terasa bimbang sebabnya tafsiran, takrif maklumat sensitif sebagaimana Yang Berhormat Kepong beri contoh tadi ialah apa-apa dokumen. Kalau mesyuarat daripada setiausaha kerajaan negeri menyatakan bahawa Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Johor ditangguhkan pada lusa. Kertas itu pun dokumen yang sensitif kerana ia adalah berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Begitu juga yang lebih saya hendak tanya Yang Berhormat Kepong, itu bukan sahaja, sama ada atau tidak dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”. Maknanya tidak ada kelas apa-apa pun adalah maklumat sensitif. Maknanya kalau kata Mesyuarat Exco esok tidak dapat diadakan kerana kita semua hendak sambut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tiba di Batu Pahat untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional, itu pun maklumat sulit dan rahsia dan akan menjadikan kita ini boleh ditahan oleh seorang pegawai polis...

[Dewan riuh]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, tidak payah bising macam itu. Kalau ada benda yang hendak cakap, bangunlah untuk berbahas. Kita ini di dalam satu perkara yang sangat sensitif, yang sangat penting kerana Yang Berhormat Menteri Padang Rengas pun dia bingung juga.

Bingung?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bingung macam tak tahu apa hendak buat. hanya baca nota daripada pembantu sahaja, itu sahaja... [Ketawa] Inilah, saya berharaplah oleh sebab itu kita mesti rujuk kepada satu jawatankuasa dengan cepat. Kita meneliti macam mana kita mahu elakkan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi itu, perkara ini dari berlaku. Mana kita boleh tahu Yang Berhormat Padang Rengas dia waras, wibawa. Dia bukan hendak benci orang dan sebagainya. Macam mana tahu? Kalau tukar orang yang lain? Itulah masalah kita manusia yang ada cacat cela, bukan Tuhan itu... [Disampuk] Don’t know itulah..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, ada satu lagi. Oleh sebab itulah mengenai tafsiran itu yang penting di dalam undang-undang. Undang-undang ini yang salah satu yang terpenting iaitu tafsiran. Walaupun Yang Berhormat pada awal tadi itu ada sebutkan fasal 4(3), iaitu tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata- mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya. Ini terserah kepada orang-orang yang bertanggungjawab. Tafsirannya, “Oh, ini kerana Yang Berhormat Tumpat ada dokumen rahsia”. Ini bukan politik. Dia ada dokumen rahsia. Oleh sebab itulah ditangkap di bawah akta ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, ini terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, sebelum itu Yang Berhormat Menteri saya ingin mengumumkan pengumuman baru.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Pengerusi, saya ada satu seksyen 3.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Apa habis, ada kuotakah Tuan Pengerusi?...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya buat keputusan tadi selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

I am trying to give an important input. Why they rush?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Banyak seksyen lagi.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tidak apa but why is the rush? It is an important bill. I got an important bill to make.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Berapa orang sudah berucap? Yang Berhormat, tidak perlu dipertikaikan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Jadi tidak perlu lain kali bagi tahu dua orang atau tiga orang...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Seksyen 1 tadi saya bagi Yang Berhormat berucap at the expends of the other Members.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Seksyen 3 I ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu pertikaikan Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ataupun buatlah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, pengumuman Yang Berhormat. Saya mengalu-alukan kehadiran His Excellency Dr. Ali Abbaspour Tehrani Fard, perutusan khas daripada His Excellency Speaker of the Islamic Parliament of Iran dan delegasi ke Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Semoga dengan kehadiran His Excellency Dr. Ali Abbaspour Tehrani Fard pada hari akan mengukuhkan lagi

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

persahabatan yang telah sedia terjalin erat antara institusi Parlimen kedua-dua buah negara. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Saya kira perbendaannya ialah waktu dan masa. Yang Berhormat kata kalau kita ikut macam di United Kingdom. Maknanya sebelum kita tahan 28 hari, kita pergi terlebih dahulu kepada mahkamah. Jadi ini bermakna ada safeguard mahkamah. Bagi kita pula, keadaannya sama juga. Cuma kita teruskan dahulu atas keputusan seorang Superintendent Polis merasakan bahawa perlu dipanjangkan dan safeguard nya itu juga diberi kerana dalam masa ianya ditahan, within 48 hours dia boleh diberikan seorang peguam. Kalau peguam itu merasakan bahawa mahu digunakan judicial process, maka boleh dikeluarkan writ of habeas corpus ataupun minta judicial review. Jadi sama juga safeguard nya ada. Sebab apa yang berlaku ialah ada kelompangan di antara 24 jam kita menahan dan dengan permintaan untuk 28 hari itu, kalau tidak dibenarkan untuk merekomenkan superintenden 28 hari, dia ada kelompangan daripada 24 jam sehingga tarikh kita hendak berjumpa dengan seorang pergi ke mahkamah. Dia ada dua tiga hari mungkin berlalu. Pada ketika itu ditahan boleh dianggap sebagai extra three days, kita tahan dia sebab kita hendak pergi ke mahkamah dahulu. Jadi sebab itu safeguardnya itu adalah lebih baik kalau peguam beliau mengambil keputusan untuk membuat writ of habeas corpus ataupun minta kepada judicial review. Safeguards nya sama sahaja. Satu minta sebelum, yang kedua diberikan pada bila-bila masa dalam 28 hari itu. Jadi perbendaannya hari, masa sahaja. Kita hendak menjaga kelompangan, beberapa hari di antara the first 24 hours dengan izin, dengan tarikh hendak pergi ke mahkamah untuk mendapat kelulusan mahkamah. Tuan Pengerusi, beberapa ahli Yang Berhormat telah membangkitkan berkenaan dengan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sedikit?

Tidak, tidak. Berkenaan dengan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Berkenaan dengan lompang ini, hendak tanya lompang.

Maklumat sensitif. Satu perkara kita kena ingat. Iaitu kita menahan seorang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan. Ini merupakan satu kesalahan yang cukup membahayakan. Lebih bahaya daripada ordinary criminal offences, dengan izin. Oleh sebab itu dan mereka bukan – kalau criminal offence, kalau seorang murderer mungkin dia seorang. Akan tetapi kalau dia penjenayah, dia networking. Dia ada bukan sahaja di Malaysia, di Indonesia, di merata dunia ada dia punya networking. Jadi itu amat membahayakan jika sekiranya ada perkara-perkara di dalam dokumen itu menampakkan adalah sebagai contoh menunjukkan iaitu bahawa ada whistleblower yang beritahu tentang perkara yang berlaku. Akan tetapi whistleblower ini takkanlah dia masuk dalam dokumen-dokumen terhad seperti minit-minit mesyuarat Jemaah Mesyuarat, minit-minit mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Siapa bincang tentang si Abu ini yang merupakan whistleblower? Akan tetapi kalau ada dokumen yang menunjukkan bahawa Abu ini whistleblower, itu bahaya kalau terlepas pada orang yang akan menggunakan maklumat itu untuk mengambil tindakan balas terhadap Abu. Jadi, ini perkara-perkara yang wujud di mana dokumen- dokumen itu walaupun bukan rahsia besar tetapi daripada segi hendak mendakwa dan menyabitkan kesalahan. Dia tidak boleh menzahirkan kepada orang. Akan tetapi ia cuma satu maklumat biasa yang mengenal pasti Abu sebagai seorang whistleblower tetapi membahayakan Abu sekiranya dizahirkan. Jadi these are the possibilities yang mungkin berlaku, yang tidak mungkin untuk kita boleh cap rahsia. Yang itu yang tidak boleh dizahirkan. Akan tetapi ada dokumen-dokumen yang lain yang boleh membahayakan whistleblower dan lain-lain yang terlibat dalam kes ini. Jadi sebab itu kita...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Minta penjelasan ada satu contoh tentang sensitif maklumat ini.

Tuan Khalid Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri...

Mengadakan, kita terpaksa demi keselamatan negara...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Information about informers...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Disclosed by Peguam Negara.

Kita terpaksa untuk memastikan supaya ia terhad...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang menjejaskan nyawa...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam itu Yang Berhormat, tidak boleh. Menteri tidak bagi jalan ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini contoh.

Iaitu maklumat sensitif kepada perkara- perkara yang diklasifikasikan sebagai rahsia sahaja. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peguam Negara sendiri mendedahkan.

Oleh kerana itu kita setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Tidak jelaskan begitu, takrif itu umum.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita ada contoh Pegawai BPR mendedahkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. Masalah dikemukakan kepada Majlis bagi diputuskan. [Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan] [Fasal 3 dan 4 jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNFasal 5 hingga 12 – Tuan Pengerusi · Beluran

Yang Berhormat Telok Intan, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai fasal 12 yang mengatakan semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Akan tetapi kalau kita bandingkan fasal 12 dengan fasal 3 yang baru telah diumumkan yang terkandung sebagai akta selepas ini, ia mengatakan bahawa kesalahan taksiran mahkamah adalah Mahkamah Sesyen. Jadi, saya rasa ini ada satu percanggahan sebab mengikut schedule kepada akta ini, schedule itu Kanun Keseksaan yang mengandungi kesalahan-kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Seksyen ataupun mahkamah Majistret ataupun mungkin Mahkamah tinggi. Akan tetapi taksiran diberi adalah court means Session Court. Tuan Pengerusi, fasal 12 mengatakan kesemua kesalahan harus dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Pengerusi, dalam proses menangkap, dalam proses orang yang ditahan di bawah rang undang-undang ini ada perkara-perkara yang keperluannya hanya perlu kepada Session Court sahaja untuk memberi kelulusan. Akan tetapi di sini jelas menyatakan

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

bahawa apabila datang perbicaraan, the trial, that must be in High Court. Akan tetapi dalam hal-hal lain. Seperti session macam menggunakan peranti yang untuk ankle untuk pengawasan elektronik. Itu cuma mungkin Session Court sahaja tetapi trial atau perbicaraan mesti di Mahkamah Tinggi. Menunjukkan betapa serius dan kesalahan ini dan betapanya memerlukan kepada kepakaran di kalangan Hakim dan pengalaman. Oleh sebab itu kalau perbicaraan di High Court. Akan tetapi perkara-perkara seperti minta kebenaran untuk peranti pengawasan elektronik, itu Mahkamah Sesyen.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal-fasal 5 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi. Bilangan kuorum sangat tidak mencukupi. Barisan Nasional tinggal Menteri dan Timbalan Menteri sahaja. Peraturan mesyuarat, kuorum tidak mencukupi. [Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira: 36 Ahli hadir]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Silakan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal 13 ini adalah berkaitan dengan bail atau jaminan kepada orang yang dituduh, atas sesuatu kesalahan keselamatan. Apa yang diberikan di dalam akta ini ialah kuasa untuk membuat keputusan, bolehkah orang itu diberikan jaminan, bukan pada hakim. Ini dikatakan tidak boleh diberikan untuk beberapa kumpulan tertentu di bawah 18 tahun seorang perempuan, pendakwa raya boleh syorkan. Akan tetapi apa yang kita perlu ambil kira ialah di dalam Bab VI dan Bab VIA ini, kesalahan-kesalahan yang dikumpulkan di bawah kesalahan keselamatan, ada juga kesalahan seperti katakan 130M, “Omission to give information relating to Terrorist Acts”. 130N pula “Collecting property for Terrorist Acts”, ada juga yang menyewa bangunan, memberikan ruang, harboring persons committing Terrorist Acts. Jadi bukan semuanya adalah orang yang membawa senapang dan menembak. Bukan semuanya orang yang membawa bom dan meletupkannya. Mungkin untuk orang yang bawa bom dan buat letupan, mereka ini tidak hendak diberikan jaminan, okey. Akan tetapi untuk orang yang katakan, “The owner occupier, liaison or person in charge in any building premises that permits of meeting the person is to be held”. Macam itu, orang itu pun

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

sekarang yang merangkumi di dalam fasal 13. Sekali dia disabitkan dengan charge itu, ia dikatakan satu kesalahan keselamatan. So kita telah mengambil kuasa untuk mempertimbangkan isu itu daripada hakim dalam akta ini dan beri - tidak ada sesiapa. Sekiranya dia di charge, tidak ada jaminan. So, ini satu yang heavy handed, dengan izin. It ties the hands, ini ikat tangan hakim. Jadi apa yang disyorkan ialah fasal 13 digantikan dengan perkataan seperti berikut, “Jaminan boleh diberikan kepada seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan keselamatan jika hakim berpuas hati risiko keganasan terhadap orang atau harta dapat dikawal oleh sekatan terhadap orang yang dituduh seperti peranti pengawasan elektronik, perampasan pasport, pendeposit wang jamin dan kewajipan melaporkan diri dengan pihak polis secara berkala hingga kes terhadapnya diputuskan”. So, jadi ini boleh memberi satu kuasa kepada hakim untuk membuat keputusan itu, the judicial review again. I think it is good for the acts. I hope you consider it. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana tertera dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas... [Disampuk] Tidak ada perbahasan Yang Berhormat Menteri, sila.

Tuan Pengerusi, saya amat memahami apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat daripada Sungai Siput tetapi daripada awal lagi saya sudah mengatakan iaitu bahawa mereka yang dituduh di atas kesalahan di bawah rang undang-undang yang sedang kita bahaskan ini, ia merupakan kesalahan keselamatan yang cukup serius. Jadi ia tidak boleh dilihat daripada segi keadaan biasa. Saya sebutkan sebentar tadi iaitu dalam keadaan biasa, criminal offences dibolehkan tetapi ini kesalahan keselamatan, very serious. Walau sekalipun kita boleh mengenakan bail, satu juta, dua juta katalah, tetapi dalam masa dia berada di dalam bail, dia boleh menghilangkan diri dia atau pun dia boleh di luar menghapuskan segala apa juga keterangan yang mungkin ada atau pun dalam ketika dia di bail itu kerana dia merupakan pengganas yang komited dengan apa yang difikirkan perjuangannya itu betul. Dia akan melakukan lagi perkara yang mungkin mendatangkan satu perkara yang lebih besar seperti pembunuhan lagi ke atau pun letupan dan macam-macam. Kita tidak boleh mengambil risiko ini. Kita boleh menggeleng kepala Yang Berhormat, kalau sekiranya bukan keluarga kita yang terlibat dalam menjadi mangsa dan apa-apa perkara yang dilakukan oleh pengganas. Akan tetapi jika sudah berlaku sesuatu seperti kehilangan nyawa dan selepas itu barulah kita hendak memperketat lagi undang-undang, orang akan marah kepada kita. Ini kerana seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, undang-undang ini merupakan juga preventive, menghalang daripada satu perkara yang kemungkinannya besar boleh berlaku daripada berlaku. Oleh sebab itu saya ingin menyatakan di sini iaitu kita mahu supaya fasal 13 dikekalkan seperti sedia ada dan kita tidak bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memperingatkanlah yang bersetuju itu, bersetuju dengan pindaan Yang Berhormat. Siapa yang tidak setuju itu tidak setuju dengan pindaan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan tidak disetujukan] [Fasal-fasal 13 hingga 17 jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Fasal 18Cadangan Pindaan Y.B. Sungai Siput] - Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi, adalah sedih kita melihat Parlimen ini menjadi rubber stamp pula di mana...

[Dewan riuh]

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Memang, di mana...

[Dewan riuh]

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Tidak, tidak. Bukan rubber stamp ya? Sangkaan jahat. Okey. Kita pergi kepada fasal 18. Sekarang fasal 18 ini mengatakan mana-mana orang pernyataan yang dibuat sama ada secara lisan atau pun bertulis oleh mana-mana orang yang sudah mati atau pun tidak ditemui hendaklah diterima oleh mahkamah. Ini memberikan satu kebebasan, satu ruang yang begitu luas, begitu longgar untuk pihak yang menuduh. Katakan pada masa hadapan, you know ada satu Menteri daripada pihak ini yang tidak happy dengan Menteri kerana selalu tolak kita punya pindaan and they set you up. Dikatakan seorang ini dia memberikan maklumat, siapa orang itu, dia sudah menghilangkan diri. Apa nama dia? Tidak boleh beritahu, sensitive information. Dikatakan ini Yang Berhormat Padang Rengas, beliau memanggil saya membawa masuk senjata, membawa masuk bom untuk membantu beliau membuat sesuatu, boleh direka kerana tidak perlu membawanya ke hadapan. Katakan beliau kata macam itu dan ia boleh direka itu. Oleh sebab ini satu information yang sensitif, maklumat sensitif yang mengatakan dia ada geng, dia boleh you know..., so ini boleh dipakai untuk set-up so ini adalah satu kelonggaran. Saya ingat di sini kita merampas kuasa Hakim untuk mempertimbangkan, dia harus di dalam perkataan ini, mana-mana orang yang tidak dapat ditemui sekarang tetapi pernyataannya hendaklah diterima, draconian. Itu sebabnya ini harus digugurkan. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Minta penjelasan Yang Berhormat Sungai Siput sebelum – Subang. Tadi Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan kemungkinan keterangan direka untuk membawa tuduhan yang palsu terhadap mana-mana pihak dan inilah bahayanya apabila kita melonggarkan peraturan membawa masuk keterangan. Saya ingin menyebut satu contoh yang spesifik dan meminta pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Siput iaitu pada April 2001, beberapa aktivis boleh dikatakan termasuk Yang Berhormat Batu yang anggota di sini, ADUN Bukit Antarabangsa kalau saya tidak silap, Saari Sungip dan lapan aktivis lain ditangkap di bawah ISA atas tuduhan yang dibuat dalam kenyataan bertulis, kenyataan umum oleh mantan Ketua Polis Negara pada masa itu Tan Sri Norian Mai yang menuduh mereka ini adalah pengganas dan mereka ini telah membuat tindakan atau aktiviti mengumpul granite launchers dengan izin Tuan Pengerusi, dan juga molotov cocktails. Ini bukan sekadar cakap, ini ditulis di dalam kertas siasatan bertulis oleh pegawai tertinggi PDRM pada masa itu dan dikeluarkan secara umum, memfitnahkan mereka. So, ada di antara mereka yang ditahan 60 hari di bawah ISA, seksyen 73 pada mulanya dan selepas itu ditahan dua tahun di Kamunting di atas tuduhan itu. Bukti granite launchers sampai sekarang tidak dapat dilihat, masih di dalam imaginasi Tan Sri Norian Mai pada masa itu mungkin sehinggalah sekarang. Kes di mahkamah dibuat oleh mereka yang ditangkap, minta bukti ini sehingga sekarang tidak dikeluarkan. So, ini satu kes yang spesifik. Jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi, ini bukan satu tuduhan dan ini memang sudah berlaku. So, inilah bahaya yang kita sudah nampak dan sebab ini kita meminta kita tidak boleh melonggarkan ruang untuk membawa keterangan daripada macam-macam punca. Oleh sebab itu kita mesti ada safeguard, dengan izin dan minta penjelasan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat, saya minta izin. Saya memahami pandangan Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Siput, tetapi seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri berulang kali pada hari ini iaitu ini merupakan satu rang undang-undang yang istimewa, langkah-langkah khas yang sebenarnya peruntukan undang-undang ini agak berbeza daripada undang-undang yang lain yang bersabit dengan kesalahan jenayah. Sekiranya Yang Berhormat membangkitkan soal sangkaan jahat terhadap kerajaan, sampai bila kita tidak akan bersetuju dengan rang undang-undang ini. Akan tetapi, apa yang dimaksudkan di sini yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Menteri beberapa kali adalah bahawa buat kali pertama kita telah mengkanunkan atau pun codify bahawa legitimate political deceit, dengan izin Tuan Pengerusi, tidak akan disalahkan atau pun tidak boleh diambil tindakan di bawah rang undang-undang ini.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Peruntukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi memang betul luar biasa, extraordinary dalam kebiasaan jurisprudence. Akan tetapi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat, dalam kes-kes tertentu, when we are talking about terrorism, apabila kita cakap soal keganasan dan terrorism, ada kemungkinan besar bahawa maklumat itu datangnya daripada seorang yang completely disappear, yang tidak dapat kita jumpa lagi ataupun dalam the course of the terrorist activities, mereka hilang ataupun mereka terus mati. Kita hanya memberi peruntukan dalam rang undang-undang ini supaya keterangan itu admissible as evident. Itu sahaja, dan terpulang kepada hakim untuk nilai samada keterangan itu ada nilainya, ada kesahihannya ataupun tidak, itu sahaja. We are not taking keterangan itu sebagai the truth, just admissible as evident. Kita kena akui bahawa dalam banyak instance dalam kes terrorism ini, kita akui bahawa susah hendak cari saksi ataupun susah hendak dapat saksi itu datang ke mahkamah, mereka terus hilang. Jadi saya minta pandangan Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput yang saya kenal sebagai seorang yang bijak, bahawa dalam kes-kes tertentu, not politically motivated case but real cases of terrorism, macam mana kita hendak tangani kes-kes macam ini kalau tidak ada peruntukan macam ini? Terima kasih.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Subang. Okey, saya rasa untuk jawab soalan ini, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau, yes memang. Akan tetapi bila kita tengok dalam Bab VI dan VIA, bukan semua kesalahan keselamatan adalah orang yang letup bom atau orang yang tembak. Ada juga orang yang membenarkan ofis dia dipakai sebagai tempat mesyuarat, ada orang membantu secara kewangan atau mungkin dia tidak tahu. Akan tetapi, not all of them are gun carrying terrorist. So itu satu yang kita kena..., akan tetapi ini akta yang kita luluskan hari ini, it covers the whole thing, all of them, termasuk ada lebih kurang 25 isu dalam ini Bab VI dan VIA, ada juga kes-kes macam itu. Orang yang tahu berkenaan seorang pengganas tetapi tidak beritahu kepada authorities. Itu pun satu kesalahan keselamatan dalam Bab VI dan VIA. So, akankah kita kenakan syarat-syarat yang begitu keras, yang begitu ketat terhadap mereka semua?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jika katakan ada satu isu pengganas yang...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, saya sudah banyak itulah, Yang Berhormat. Sebenarnya masa pembentangan ini tidak ada intervention Yang Berhormat. Bentang macam Menteri bentang jugalah. Kalau hendak berucap selepas itu, berucaplah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ada masa untuk berucap? Okey, kalau ada masa, saya...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

So, saya habiskan dahulu saya punya ini. Okey. Seksyen 18 ini saya ingat harus diperbaiki. Jika kita mahu memakai satu pernyataan daripada seorang yang tidak ada masa itu, mungkin mesti ada syarat lain yang mengatakan orang itu kena bawa di hadapan majistret kah di bawah Session Court Judgekah untuk merakamkan apa yang dikatakan. So kita boleh tengok kesahihan apa yang dikata. Akan tetapi di sini hanya katakan seorang polis boleh tuliskan ini dan katakan ini yang apa. Sekarang Tuan Pengerusi, apa yang sedang kita buat ialah kita hendak tukar satu undang-undang. ISA kita hendak ganti dengan undang-undang ini. Kita mahu satu undang- undang yang lebih progresif, yang lebih adil, di mana ada balance of power, di mana ia ada check and balance, di mana pihak judiciary (kehakiman) boleh juga bantu dalam buka proses untuk pastikan ya, memang kita katakan ini orang politik, you know, legitimate political deceit. Masalahnya ialah absolute power corrupt absolutely. Jadi kita bagi terlalu banyak power kepada pihak eksekutif ini boleh membawa kepada salah guna kuasa. Jadi bila kita buat undang-undang kita ini, kita harus buat undang-undang yang cukup ketat tetapi juga yang ada ruang yang check and balance oleh pihak judiciary. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagai mana yang tertera dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat berhubung dengan perbahasan dalam pindaan. Memang khusus dengan pindaan itu sahaja daripada dasar ataupun perkataan dan sebagainya. Bukan dasar ataupun mengasaskan semua undang-undang itu. Perbahasan soal undang-undang sudah terlepas tadi Yang Berhormat. Ini pasal ini sahaja yang dipinda ini. Ya, sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya membahas sedikit cadangan pindaan ini daripada Yang Berhormat Sungai Siput. Saya menyokong cadangan pindaan ini sebab inilah satu contoh kelonggaran peraturan- peraturan keterangan yang sudah di masuk dalam rang undang-undang ini selain daripada beberapa peruntukan-peruntukan lain. Tadi kita telah dengar hujah juga daripada Yang Berhormat Rembau bahawa inilah satu undang-undang istimewa untuk menangani kesalahan yang istimewa dalam bentuk terrorism. Bagi saya hujah itu mungkin kita boleh pertimbangkan kalau ini kali pertama dan hari ini kita membahas isu kesalahan keganasan pada kali pertama. Kita masuk bentuk- bentuk kesalahan baru dalam pindaan Kanun Keseksaan dan sebagainya. Akan tetapi itu bukan keadaan sekarang. Kesalahan terrorism secara terperinci telah dimasukkan dalam Kanun Keseksaan kita oleh Dewan yang mulia ini dengan pindaan Kanun Keseksaan. Kita sudah ada. Pada masa itu kerajaan sudah buat pindaan dan khususnya Bab VIA di masuk secara penuhnya. Bab VI juga ada dengan beberapa kesalahan-kesalahan dengan berciri terrorism keganasan, semua ada. Jadi pada masa itu kerajaan sudah faham kesalahan baru ini semua dilengkapkan dalam Kanun Keseksaan dengan tujuan ini digunakan untuk menangani masalah keganasan...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jelas pada masa itu kesalahan ini mesti ditangani melalui Kanun Tatacara Jenayah. Tangkapan, siasatan, semua. Jadi masa itu semua ini dianggap sesuai.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Penjelasan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jadi apakah masalah yang telah mengalami dalam lima tahun kebelakangan ini yang mengakibatkan ini? Setakat ini saya belum dengar manakah contoh-contoh statistik jumlah kes-kes yang dibawa ke mahkamah yang gagal sebab peraturan ini tidak ada untuk membantu pendakwaan. Di mana kes gagal sebab orang yang mati, ada keterangan yang penting tetapi tidak bawa dia ke mahkamah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Penjelasan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak ada. Kita tidak dengar. Sila.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

I just finish my point. Baru...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Oh, Yang Berhormat Telok Intan minta juga. Just let me finish, baru seminit sahaja. So inilah yang kerajaan telah buat. Jadi hari ini bila kita kata inilah undang-undang baru untuk satu kedudukan baru, keadaan baru, itu tidak masuk akal sekarang. It doesn’t make sense. Ini sudah jadi macam after thought argument dengan izin. Ini kerana kerajaan dahulu sudah merangka, telah menggubal pindaan, sudah memasukkan kesalahan-kesalahan baru ini dalam undang-undang yang sedia ada. Manakah buktinya bahawa sistem yang sedia ada itu tidak cukup? Dalam ucapan daripada Yang Berhormat Machang, kita dengar Israel ada undang-undang dia tahan maksimum lapan hari. Dia gunakan sebagai anti-terrorism law mereka dan cukup.

Israel bunuh orang itu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Isu undang-undang. Sekarang kita bincang undang- undang, kita tidak bincang apa. So dia boleh kawal keadaan dia yang jauh lebih teruk daripada ini dengan undang-undang yang benarkan lapan hari sahaja. Selepas itu dia masuk ke mahkamah yang biasa. Dia boleh buat. Kita Tuan Pengerusi, Kanun Tatacara

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jenayah yang sedia ada membenarkan 15 hari tahanan. Sekarang, undang-undang yang sedia ada pada masa tahun 2007 apabila kita buat pindaan kepada Kanun Keseksaan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jadi, semua ada pada masa itu. Peraturan, undang- undang yang cukup kuat, dengan kuasa yang cukup kuat pada pihak polis, pada pihak penyiasat, Peguam Negara dan sebagainya. Ada lima tahun kebelakangan ini kita ada track record, history dan sejarah itu. Jadi, di sini saya tidak nampak. Apabila kita buat ini, ini saya nampak apabila masuk seksyen macam seksyen 18 tadi itu untuk membenarkan keterangan daripada orang yang tidak ada, yang sudah mati, ini membangkitkan persoalan besar. Kenapa kita menafikan hak untuk satu perbicaraan yang fair, a fair trial, dengan izin, yang dijamin di bawah perlembagaan. Pada masa tahun 2007 kita sudah mula perbincangan tentang terrorism of offenses. Ini bukan sekarang, so apabila kita bangkitkan sekarang nampak macam kita cuba dapat justifikasi baru untuk undang-undang ini. Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Selepas Yang Berhormat Telok Intan, saya ya, Yang Berhormat Subang.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah Yang Berhormat Subang setuju, apa salah kalau kita biarkan sahaja Akta Keterangan 1950 sahaja menentukan jika adakah sesuatu keterangan ataupun kenyataan oleh orang telah mati diguna pakai oleh hakim bicara di mahkamah. Seperti seksyen 132, Akta Keterangan ini. Akta Keterangan ini ada cukup time tested, dengan izin, time tested digunakan di mahkamah kita sejak tahun 50-an. Apa sebabnya kita tidak boleh terus mengguna pakai walaupun Akta Keselamatan ini adalah satu akta yang extraordinary tetapi Akta Keterangan itu adalah time tested dan klausa 18 ini ada ruang untuk pihak-pihak yang tertentu untuk salah guna kuasa. Itu keprihatinan kita terhadap klausa ini. Apa pendapat Yang Berhormat Subang? Bolehkah Akta Keterangan terus diguna pakai. Nombor dua, klausa ini menunjukkan kita kurang yakin dengan hakim bicara sebab itu klausa ini mengatakan, “Giving evidence under this clause shall be admissible as evidence”. Perkataan “shall be” itu mandatori, maka ini bermaksud hakim bicara tidak ada budi bicara untuk meneliti, memahami dan mengambil kira semua aspek keterangan seseorang saksi atau kenyataan seseorang yang telah mati diwajibkan menerima sebagai keterangan mandatori. Jadi, ini boleh disalah guna oleh pihak-pihak tertentu dan saya rasa...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat bertanya macam berucap Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

...Mungkin ini adalah boleh dipinda. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Saya masukkan itu sebagai sebahagian ucapan saya. Saya setuju sebab peraturan-peraturan macam inilah, 18 dan lain-lain itu menukar proses pengadilan itu daripada satu proses yang cukup nampak fair di bawah sistem pengadilan sekarang kepada satu perbicaraan yang tidak adil lagi. Ini satu isu yang cukup serius sebab ini ada impak kepada keseluruhan rakyat. Bukan sahaja orang yang dibawa kepada mahkamah sebab ini adalah satu reflection, dengan izin, terhadap kita semua. Saya sebut sekali lagi, tahun 2007 kerajaan sudah buat pindaan dengan tanggapan orang-orang yang buat kesalahan terrorism akan dihadapkan ke mahkamah didakwa menggunakan sistem sedia ada iaitu Kanun Tatacara Jenayah dengan Akta Keterangan yang sedia ada dan inilah yang telah berlaku lima tahun. Jadi, manakah bukti kegagalan sistem itu, itu yang kita hendak dengar tetapi setakat ini saya tidak dengar sekali pun mana kes yang gagal sebab tidak ada peraturan-peraturan ini. Ini yang poin saya yang saya tidak nampak. So, justifikasi ini masih tidak nampak. Yang Berhormat Rembau, you still want the floor? Tidak mahu lagi. Baik, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Baik, itu sahaja saya ingin sebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya minta tidak mencelah tadi sebab hendak bahas. Dua minit sahaja Tuan Pengerusi kalau boleh. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ambil sedikit sahaja masa untuk bahas pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Subang kerana menggunakan negara Israel sebagai penanda aras peringkat antarabangsa.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sayang sangat kepada Israel, tahniahlah ya.

Baguslah sangat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak jawab secara terus kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dan disokong oleh Yang Berhormat Subang tadi. Wujudnya kesalahan ini, kesalahan keganasan ataupun terrorism ini dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, tidak bermakna bahawa ianya cukup untuk menangani keganasan. Bahawa walaupun kesalahan ini ada dalam Kanun Keseksaan, dalam Kanun Tatacara Jenayah, tidak bermakna bahawa peruntukan yang ada dalam kanun-kanun itu, dalam undang-undang itu, mencukupi untuk menangani kes-kes tertentu yang berhubung kait dengan keganasan ataupun terrorism. Sebab itu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang, dia minta contoh, apakah contoh kes-kes yang dibawa ke mahkamah di bawah Kanun Keseksaan, di bawah Kanun Tatacara Jenayah yang tidak berjaya. Oleh sebab itu perlu kita ada rang undang-undang ini. Soalan ini saya rasa senang dijawab, lima tahun sudah, kita sudah pinda Kanun Keseksaan, kita masuk peruntukkan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah. Soalan daripada Yang Berhormat Subang tadi proof that it is not enough. Akan tetapi yang saya hendak bangkitkan di sini, kalau saya semak dengan teliti, mungkin tidak pernah ada kes dibawa ke mahkamah sebab memang sudah wujud ISA dan wujud Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh sebab itu tidak payah dibawa di bawah Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah. Soalan itu akademik, dengan izin. Saya ambil contoh, sekejap Yang Berhormat Subang, saya ambil contoh ya. Kalau kita ambil daripada tahun 2009, saya ambil detention order, perintah penahanan yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri dalam tempoh masa tersebut di bawah seksyen 8, ISA, tahun 2009 - Mas Selamat Kastari iaitu Ketua Militan Jemaah Islamiah Singapura ditahan di bawah ISA dan bukannya di bawah peruntukan lain. Mungkin kerana threshold, mungkin kerana maklumat yang kita ada tidak boleh didedahkan di mahkamah. Sebab itu kita buat di bawah ISA tetapi di bawah rang undang-undang baru ini kita boleh bawa ataupun kita boleh tangkap dan tahan beliau atas siasatan dan kemukakan di mahkamah kerana maklumat sensitif itu dilindungi. Tahun 2010, Mohammad Fadzlullah Abdul Razak disyaki menyertai Jemaah Islamiah, ditahan juga. Azhari Murad pada tahun 2010 disyaki mempunyai kaitan dengan Gerakan Wahabi. Dalam semua kes ini, ini menjawab soalan Yang Berhormat Subang tadi. Tidak perlu, tidak boleh kita bawa di bawah Kanun Keseksaan atas sebab-sebab tertentu. Sebab itulah kita perlu rang undang-undang pada hari. Itulah contention kita bahawa kita bukan hanya cadang untuk mansuh ISA, kita ganti dengan satu rang undang-undang yang boleh tangani kes-kes tersebut. We are not weak on security like you are, that’s the point. Yang Berhormat Kota Belud dahulu, selepas itu saya bagi Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Pertamanya ialah tentang contoh yang diberi berkenaan dengan Israel. Saya setuju, saya kira satu masalah pembangkang ialah mereka memikirkan 28 hari itu sebagai satu angka yang terpencil. Sedangkan dahulu 60 hari, kita kurangkan 28 hari. Itu adalah satu pembaharuan, itu tidak disentuh. Keduanya, kalau disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi, lapan hari di Israel. Apa bezanya lapan hari dengan 28 hari kalau

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

dari segi hendak pukul, hendak seksa saksi, apa bezanya? Satu hari pun boleh dipenggal kepalanya, so jangan gunakan Israel. Saya tahulah sekarang ini zaman Israel dipuji di negara ini tetapi pada saya menganggap bahawa lapan hari di Israel itu, sebuah negara yang kita tahu memang kejam, zalim, ganas, for you to even you use that reason in these..., dalam Dewan yang mulia ini, satu penghinaan kepada kita.

Kalau Israel kejam jadi dia punya ikutan, fahamlah kita siapa pembangkang ini.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi, apa bezanya lapan hari dengan 28 hari Yang Berhormat, itu soalan saya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

[Menyampuk]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ketiga, soalan saya yang terakhir. Soalan yang terakhir.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau saya sudah bagi.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini the longest one minute Yang Berhormat saya bagi ini.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terakhir Yang Berhormat Rembau. Saya hendak tanya, ini soalan saya. Saya tengok yang berdiri daripada pihak pembangkang yang cuba untuk mempersoalkan akta ini adalah terdiri daripada peguam- peguam.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Peguam-peguam ini yang masih lagi practicing. They are practicing. Outside Parliament ini mereka menjadi peguam. Memanglah naluri peguam bela ini ialah untuk mempersoalkan kuasa-kuasa kerajaan bukan sahaja di dalam Dewan tetapi di dalam mahkamah. Itu sebabnya mereka terlalu obsess dengan state authority ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh Yang Berhormat Rembau, saya sambung then you can jawab?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya rasa Yang Berhormat Subang boleh mencelah masa Yang Berhormat Menteri jawab.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak boleh, dia tidak akan bagi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Masa Menteri jawab, saya rasa Menteri akan bagi laluan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dia tidak akan bagi. Bagi saya jawablah.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bagi saya jawab...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bagi saya jawablah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini memang taktik yang...

Tuan Pengerusi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

...Tidak eloklah.

Tuan Pengerusi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Not gentlemanlah.

Tuan Pengerusi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

You give the floor, let me answer him.

Tuan Pengerusi, saya punya floor.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

No, tidak apa. Ini comment kepada Yang Berhormat Rembau sahaja, bukan kepada Yang Berhormat Menteri. Ini comment kepada Yang Berhormat Rembau.

Ya, saya punya floor.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pergi duduk Israel.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sudah janji tidak tepati.

Yang Berhormat Subang ini...

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Bayar APCO, bayar semua dekat Israel, siapa dia?

Yang Berhormat Subang ini memberi alasan Israel sebagai hendak mengukuhkan hujah dia.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Regime kejam boleh bagi lapan hari.

Sahlah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Regime kejam, apa Malaysia buat?

Sahlah, apa wawancara Ketua Pembangkang hendak menjaga keselamatan negara Israel itu adalah benarlah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Israel kejam, betul.

Adalah benar.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Regime yang zalim.

Adalah benar.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dia bagi lapan hari.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita hendak bagi 26 hari.

Ya, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya..

Apabila Yang Berhormat Subang memberikan alasan Israel untuk mengukuhkan hujah dia, sahlah wawancara Ketua Pembangkang di Mumbai yang menjaga keselamatan Israel...

[Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu hujah karut. Ini hujah memang karut.

Tuan Pengerusi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

It’s a nonsense arguments. Come on. Let’s have a more intelligent argument than that.

[Ketawa] Tuan Pengerusi, ini saya ingin menyatakan di sini iaitu apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Rembau bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, itu semuanya tepat dan betul jawapannya dan itu juga merupakan jawapan saya. Jadi, saya

ambil apa yang diucap itu sebagai sebahagian jawapan saya, cuma hendak tambah sedikit sahaja. Tambah sedikit ini saya hendak beritahu, ini cuma admissibility. Akhirnya nanti, apabila perbicaraan itu berjalan, maka hakim tetap akan menjalankan perbicaraan dengan memberikan weight di atas evidence yang telah dibenarkan untuk diterima sebagai keterangan. The burden of proof, dengan izin, pihak pendakwa masih lagi beyond reasonable doubt. Bermakna, dia mesti proof beyond reasonable, dengan izin, despite of the admissibility of the evidence. The burden of proof is still beyond reasonable doubt dan ini kepada hakim dan will be a good practice juga kalau hakim caution diri dia bahawa keterangan ini, evidence ini adalah evidence yang diterima berdasarkan ianya merupakan keterangan daripada orang telah mati ataupun hilang. Jadi, ini semua tidak betullah kalau Yang Berhormat Teluk Intan kata kuasa hakim itu dirampas kerana akhirnya nanti hakim akan mendengar perbicaraan ini. Saya sebut burden of proof masih lagi beyond reasonable doubt. Tidak mudah untuk hakim sampai kepada sesuatu keputusan dengan the balance of probability sahaja daripada pihak pendakwaan. Jadi, sebab itu, ia ada ia punya safeguard ia.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Maka, oleh kerana itu saya hendak menyatakan iaitu bahawa untuk rakan–rakan, kita tidak terima cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Siput. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah habis Yang Berhormat, jawapan? Ya, sebab itulah saya tidak mahu tegur secara khusus, saya sebutkan jangan menghina Dewan Parlimen. Sama ada kita berfikir ia rubber stamping atau tidak, itu atas kita sendiri Yang Berhormat, sebab kalau baca literature undang-undang sejarah berlaku di Dewan-dewan lain pun sama juga. Biasanya the majority rules. Jadi, soalan conscience itu sendiri punya fasal Yang Berhormat. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadang oleh Yang Berhormat Sungai Siput dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan] [Fasal 18 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Fasal 30Cadangan Pindaan Y.B. Sungai Siput] - Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Okey, ini Fasal 30 ada isunyalah. Ini Tuan Pengerusi, saya bawakan ini semua bukan kerana saya hendak kacau proses tetapi pada saya inilah isu-isu yang penting kita bahas di sini sebelum kita luluskan. Fasal 30 ini berkaitan dengan memberi jaminan pada orang yang telah dituduh, telah di bicara di mahkamah dan mahkamah telah membebaskannya. Katakan di Mahkamah Sesyen, dia dibebaskan tetapi selepas itu pendakwa hendak rayu kepada Mahkamah Tinggi. So, dalam seksyen 31 dikatakan mahkamah perbicaraan membebaskan tertuduh bagi kesalahan keselamatan. Pendakwa raya boleh memohon secara lisan kepada mahkamah bahawa tertuduh direman dalam penjara sementara tunggu notis rayuan. Seksyen 32 mengatakan jika permohonan daripada pendakwa raya dibuat, mahkamah hendaklah memerintah tertuduh ini direman. Jadi, judicial oversight, judicial untuk check and balance judiciary di rampas. Selepas itu, 30(3) mengatakan selepas dia failkan rayuan terhadap pembebasan, orang tertuduh itu telah dibebaskan oleh mahkamah, dirayu oleh pendakwa raya sambil tunggu untuk perbicaraan kedua itu pendakwa raya boleh pohon jaminan dia terus direman.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Mahkamah hendaklah penjarakan tertuduh itu. Tidak ada apa-apa pertimbangan. He ties the hands of the judge. Katakan di Mahkamah Tinggi pun dia dibebaskan, pendakwaraya hendak bawa dia ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Pada masa itu pun pendakwaraya boleh katakan, jangan bagi dia jamin. Okey? So, ini ertinya kuasa untuk mempertimbangkan isu ini, ruang untuk hakim mengatakan ”Okey”. Jadi, saya rasa perkataan seperti ini diganti dengan ini, “Atas permohonan oleh pendakwa raya di mana di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan tertuduh itu di reman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan. Sekiranya mahkamah puas, risiko keganasan terhadap orang atau harta tidak dapat dikawal oleh sekatan-sekatan terhadap orang yang dituduh seperti peranti pengawasan elektronik, perampasan passport, pendepositan wang jamin dan sekatan melaporkan diri dengan pihak polis secara berkala”. Satu peruntukan seperti ini memberi sedikit ruang pada hakim untuk mempertimbangkan kes itu dan katakan, “Okey, reman”. Jika ada apa-apa risiko ini akan bawa kepada keganasan, yes reman tetapi beri ruangan itulah. Kita ada check and balance dalam proses, okey? Terima kasih. Itulah point saya.

Saya ingin bangun untuk menyokong pindaan ini, bukan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tunggu dahulu Yang Berhormat. Saya pun...

Okey, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas Yang Berhormat Sungai Siput yang telah dibentang sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ringkas sahaja Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Soalan yang bertanya itu Yang Berhormat.

Saya hanya bawa dari perspektif penyiasat. Isu sekarang ini kalau kita lihat satu kes, kalau terrorist yang lebih complicated daripada yang kita rancangkan. Kalau kita sudah peruntukkan dalam Bahagian III(7)(1) “Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan elektronik.” Kalau kita rasa mereka mungkin terlibat lagi dengan aktiviti terrorism, kita bagi ruang penyiasat supaya mereka boleh bebaskan orang ini untuk dapatkan siapa contact dia. Kalau kita terus hanya wajibkan hakim untuk tahankan semula, mungkin kita tahan seorang tetapi kita tidak dapat ruang untuk menyiasat dengan lebih teliti. Selain daripada bagi ruang kepada hakim tetapi kita juga beri ruang kepada penyiasat supaya mereka boleh teruskan siasatan. Itulah sebab saya rasa pindaan ini boleh memberi, menjadikan perkara ini lebih fleksibel.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau kita teliti perbandingan antara bidang kuasa untuk menentukan tahanan dalam ISA dengan undang-undang baru ini, saya dapati tidak ada banyak perbezaan kerana kalau dalam ISA itu kuasa mutlak untuk menentukan tahanan itu ditahan dalam tempoh yang tertentu adalah Menteri Dalam Negeri. Sekarang ini kuasa itu dipindahkan kepada mahkamah dengan tidak memberikan ruang kepada hakim untuk mempertimbangkan satu keputusan lain. Bermakna apa sahaja yang dicadangkan secara lisan oleh pendakwa raya, hakim mesti menerima. Oleh sebab itu saya menyokong cadangan pindaan oleh Yang Berhormat Sungai Siput ini supaya undang-undang ini dilihat lebih adil dan undang-undang ini boleh dilihat lebih rasional untuk pihak mahkamah membuat keputusan. Akan tetapi apabila pihak mahkamah tidak diberi ruang langsung untuk membuat keputusan sebaliknya ataupun untuk menerima apa-apa cadangan supaya hakim itu membuat pertimbangan sekadar untuk menerima satu permohonan lisan daripada pendakwa raya. Hakim mesti menerima cadangan tersebut. Ini saya nampak tidak ada banyak perbezaan dengan ISA. Oleh sebab itulah, maka kita mesti menyokong usul pindaan daripada Yang Berhormat Sungai Siput ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi. Boleh saya dapat satu peluang? Tuan Pengerusi, adakah Menteri mendengar, faham? Ada seksyen 56A kepada The Courts of Judicature Act 1964. Di mana jika seorang ada dilepaskan dan dibebaskan oleh satu Mahkamah Tinggi, apa yang harus kita buat adalah untuk mendapatkan satu pinta daripada Mahkamah Rayuan jika ada rayuan untuk remand seseorang. Dalam fikiran saya, peruntukan fasal 30 dalam rang undang-undang ini bertentang dengan The Courts of Judicature Act. Dalam negara ini melainkan, the Federal Constitution, the Courts of Judicature Act is the second highest law in the country. Oleh itu apa yang harus dipertimbangkan adalah ini. Jika sekiranya fasal 30 bertentangan dengan peruntukan 56A Courts of Judicature Act. Itu bermakna fasa 30 ini adalah bantal, yang ineffective. Bolehkah saya mendapat penjelasan?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat.

Pertama, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu iaitu di peringkat terpakainya seksyen 30 ini, ini adalah peringkat sudah dibicarakan. Iaitu di peringkat mahkamah – bukan Mahkamah Sesyen ya Yang Berhormat Sungai Siput, Mahkamah Tinggi. Ia sudah dibicarakan. Jadi penahanan ini lagi reman untuk menyiasat. Penahanan ini dia menyentuh mengenai peruntukan penahanan sementara penunggu proses, undang-undang habis. Fasal 30(2) menyentuh mengenai perintah reman terhadap tertuduh di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan. Peruntukan ini adalah amat mustahak kerana tertuduh yang dilepaskan oleh mahkamah setelah perbicaraan berlangsung itu, masih merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Jadi, kalau seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat iaitu kita letak peranti dan kemudahan kita bail ataupun kita suruh dia laporkan kepada police station tiap-tiap hari. Hari pertama kita lepaskan dia, dia cabut lari, ini semua tidak boleh pakai sudah. Dia merupakan ancaman dan pembebasan oleh mahkamah, tidak – bila kita bebas daripada mahkamah dalam tuduhan ini, ia tidak boleh dianggap ancaman terhadap keselamatan negara telah terhenti. Peruntukkan ini mempunyai konsep yang sama seperti mana Yang Berhormat kita Bukit Gelugor sebut sebentar tadi iaitu seksyen 56A, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan juga seksyen 315, Kanun Tatacara Jenayah. Jadi kita, sedar tentang kehadiran kedua-dua peruntukan ini. Jika kita memenuhi peruntukan seksyen 56A, Courts of Judicature Act, terlalu lewat kerana tertuduh apabila diputuskan tidak bersalah akan melompat lari keluar tidak. Dari mahkamah dia boleh keluar sudah. Kita terlalu banyak kejadian yang telah berlaku, yang memecahkan, keluar tingkap mahkamah untuk melepaskan diri, ini semua sudah berlaku. Apatah lagi seorang pengganas. Jadi Yang Berhormat, kita sedar bahawa dia adalah bertentangan, maka oleh kerana itu, oleh kerana seperti saya sebut daripada awal lagi, ini merupakan kesalahan keselamatan yang tidak boleh disamakan dengan ordinary criminal offences, dengan izin. Maka oleh kerana itu kita perlu kepada seksyen 30 ini sebagai untuk menyatakan bahawa ia boleh dilakukan. Jadi, walaupun dia bertentangan tetapi saya kira, di sini kita yang buat undang-undang. This is legislative assembly. Kita boleh mengadakan undang-undang dan mahkamah hanya dia interpret sahaja. Di sini kita masukkan kerana untuk menyatakan bahawa ia boleh dilakukan in spite of seksyen 56A yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan] [Fasal-fasal 30 hingga 32 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua langkah pertama reformasi perundangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaksanakan apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing telah meluluskan resolusi untuk mengungkai tiga Proklamasi Darurat pada 24 November 2011 dan 20 Disember 2011. Langkah kedua reformasi perundangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sedang dilaksanakan dengan pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) di dalam Dewan yang mulia ini. Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) hanya memperuntukkan langkah-langkah khas untuk menangani kesalahan keselamatan. Rang undang-undang tersebut tidak membuat peruntukan mengenai jenis kesalahan yang menjadi kesalahan keselamatan. Untuk mengelakkan berlakunya kelompangan dari segi jenis kesalahan, kanun keseksaan telah dipinda bagi mewujudkan kesalahan baru bagi menangani ancaman pengganas, sabotaj, pengintipan dan aktiviti yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen. Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 ini akan melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Di samping itu Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 ini juga akan mewujudkan suatu bab baru berkenaan dengan jenayah terancang bagi menangani kesan pengungkaian Proklamasi Darurat 1969 iaitu apabila luputnya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awan dan Mencegah Jenayah 1969) yang diguna pakai untuk menangani jenayah terancang. Oleh yang demikian bagi maksud melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan lebih efektif Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 memperuntukkan secara amnya tiga kategori kesalahan substantif iaitu: (i) tiga belas kesalahan baru di bawah Bab IV (Kesalahan terhadap Negara); (ii) suatu kesalahan baru iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas diwujudkan di bawah Bab IVB iaitu (Kesalahan yang berhubungan dengan keganasan) dan; (iii) dua kesalahan baru di bawah Bab baru IVB mengenai jenayah terancang. Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan pindaan bagi memasukan 13 kesalahan baru di bawah Bab IV Kanun Keseksaan perlu saya jelaskan bahawa pindaan ini merupakan pindaan selari dengan izin, parallel amendment yang dibuat ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Enam daripada kesalahan ini diambil daripada Akta keselamatan Dalam Negeri 1960 dengan ubahsuaian yang sewajarnya iaitu kesalahan berhubung dengan: (i) pencetakan, penjualan dokumen dan penerbitan yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen;

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

(ii) pemilikan dokumen dan penerbitan yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen; (iii) pengimportan dokumen dan penerbitan yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen; (iv) pengeksportan pelekat; (v) penyebaran laporan palsu; (vi) penerimaan dokumen dan penerbitan yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen. Selain enam kesalahan tersebut, tujuh kesalahan lain dalam Bab VI adalah kesalahan baru iaitu: (i) aktiviti yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen; (ii) percubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen; (iii) penyebaran maklumat; (iv) sabotaj; (v) percubaan untuk melakukan satu sabotaj; (vi) pengintipan; (vii) percubaan untuk melakukan pengintipan. Sehubungan dengan kesalahan-kesalahan yang dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan, beberapa tarif penting juga telah dimasukkan untuk menjelaskan kesalahan- kesalahan tersebut. Antaranya ialah tarif, “Aktiviti yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen”, “Dokumen dan penerbitan yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen”, “Pengintipan”, “Perkhidmatan Perlu”, “Penerbitan”, “Sabotaj” dan “Maklumat Sensitif”. Tuan Yang di-Pertua, jika diperhatikan kesalahan di bawah Bab IV menyentuh kesalahan yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Ungkapan demokrasi berparlimen atau dengan izin, Parliamentary Democracy telah pun diguna pakai dalam undang-undang United Kingdom (UK) iaitu Security Service Act 1989. Subseksyen 1(2) Security Service Act 1989 di United Kingdom memperuntukkan dengan izin, “The function of the service shall be the protection of national security, and in particular it’s protection against threads from espionage, terrorism and sabotage from the activities of agents of foreign powers and from action intended to overthrow or undermine Parliamentary Democracy by political, industrial or violence means”. Oleh yang demikian, ungkapan detrimental to Parliamentary Democracy bukan merupakan satu ungkapan yang digunakan bagi menghukum kesalahan politik. Sebaliknya ungkapan tersebut telah dipilih kerana ia merupakan ungkapan tersebut ialah ungkapan yang amat menyeluruh yang merangkumi semua aspek demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen mempunyai maksud yang luas. Perkataan demokrasi itu sendiri membawa maksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya. Manakala Demokrasi Berparlimen merupakan pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang berada di dalam Dewan inilah yang memberi roh dan nafas kepada demokrasi berparlimen di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menjalankan kewajipan mereka sebagai warganegara telah mengundi Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk mengambil tempat dalam Dewan yang mulia ini. Jika Demokrasi Berparlimen digulingkan atau dilemahkan dengan cara yang ganas atau tidak berlandaskan perlembagaan, kerajaan akan dibentuk tidak lagi merupakan kerajaan yang dipilih melalui peti undi.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kesalahan baru iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas yang diwujudkan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan ini ialah pemenjaraan seumur hidup dan boleh dikenakan denda. Berkenaan dengan dua kesalahan baru di bawah bab baru VIB mengenai jenayah terancang,

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

kesalahan tersebut ialah kesalahan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang dan juga kesalahan membantu kumpulan jenayah terancang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kesalahan jenayah terancang tidak terjumlah dalam suatu kesalahan keselamatan. Dengan itu, langkah-langkah khas di bawah Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 tidak akan terpakai baginya. Dengan adanya peruntukan khusus mengenai kesalahan jenayah terancang, terdapat beberapa peruntukan lain dalam Kanun Keseksaan yang turut diperketat bagi tidak membuka ruang kelompongan undang-undang kelak. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 terdiri daripada sembilan fasal seperti yang berikut. Fasal 1 rang undang-undang mengandungi tajuk ringkas dan memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta melalui pemberitahuan dalam warta. Fasal 2 rang undang-undang bertujuan untuk meminda seksyen 4 bagi memasukkan Bab VIB yang baru sebagai kesalahan luar wilayah. Fasal 3bertujuan untuk meminda seksyen 107 dengan memasukkan perenggan baru (aa) iaitu memerintahkan dengan izin, commands mana-mana orang untuk membuat sesuatu. Fasal 4 bertujuan untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai seksyen 120A mengenai tarif komplot jenayah. Fasal 5 memasukkan subseksyen baru kepada seksyen 120B mengenai hukuman komplot jenayah. Fasal 6 memasukkan kesalahan-kesalahan baru ke dalam Bab VI (Kesalahan terhadap Negara). Fasal 7 memasukkan takrif baru ke dalam Bab VI bagi kesalahan baru di bawah fasal 6. Fasal 8 memasukkan sesuatu kesalahan baru iaitu kesalahan menjadi anggota kumpulan pengganas ke dalam Bab VIA. Fasal 9 memasukkan Bab baru VIB mengenai jenayah terancang. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Kanun Keseksaan adalah berasaskan kepada keperluan dan kehendak semasa. Penggubalan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 ini mempunyai dua tujuan utama iaitu sebagai pindaan selari ekoran daripada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 serta untuk mewujudkan kesalahan baru berkenaan dengan jenayah terancang yang dahulunya ditangani melalui Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang akan terhenti berkuat kuasa pada 21 Jun 2012 ekoran Pengungkaian Proklamasi Darurat 1968. Rang undang-undang ini akan dapat membantu mencapai matlamat untuk pelaksanaan dan pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil di samping memelihara kebebasan hak asasi individu sebagai mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, pindaan ini dilihat dapat memastikan bahawa keselamatan negara serta ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara terus dikekalkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada yang menyokong?

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 iaitu berselari dengan pindaan atau pun pengenalan kepada Kanun Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan. Pertama sekali saya ingin menjelaskan bahawa sepanjang perbahasan kita sebelum daripada ini pun yang panas dan debat yang cukup..., bukan sekadar panas akan tetapi sehingga menjadi hangit. Sebenarnya perlu difahami bahawa segala perbahasan itu bukanlah untuk kita mengandaikan atau pun mengiakan bahawa kita rela negara ini dihancurkan oleh kegiatan- kegiatan terrorist dan sebagainya. Saya rasa tidak ada siapa di dalam Dewan ini yang waras berbincang hingga ke saat ini, memberi isyarat atau pun mengiakan bahawa segala perbahasan itu kita memberi ruang kepada tindakan keganasan atau apa sahaja yang boleh merosakkan keutuhan negara ini. Namun demikian, kesedaran dan kebertanggungjawaban kita untuk memelihara keutuhan negara ini bukan bermakna kita memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk membuat undang-undang yang sifatnya terlalu longgar, yang terlalu umum sehingga seperti mana yang telah kita bahaskan sebelum ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, pencabulan dan juga penyelewengan serta salah guna akta-akta tersebut sehingga penyelewengan itu membuatkan kemarahan rakyat, lalu bangkit untuk menentang. Contoh paling ketara ialah Akta ISA. Sekarang ini kami dibentangkan dengan satu lagi rang undang-undang pindaan tentang Kanun Keseksaan yang juga bagi hemat kami melihat bahawa kesalahan yang ditakrifkan dalam undang-undang ini adalah sesuatu yang dianggap sebagai longgar serta pendefinisian yang dianggap sebagai terlalu umum. To vast a definition, to void, to vast, to broad sehingga open ended definition of detrimental to Parliamentary Democracy boleh membawa kepada pelbagai takrifan dan boleh digunakan secara blank check oleh pihak- pihak tertentu. Bukan untuk menyelamatkan atau memelihara negara, tetapi berkemungkinan potensi dengan satu takrif yang umum ini, untuk menyelamatkan pihak tertentu supaya terus berkuasa. Di sini kita mempertikaikan, kita mahu membicarakan apakah yang disebut. Walaupun tadi Menteri ada menyebut pentakrifan itu yang diambil daripada Security Act daripada Security Service Act 1989 daripada UK. Namun, ini tidak langsung memberi apa-apa keyakinan bahawa pentakrifan detrimental to Parliamentary democracy itu adalah satu yang terlalu luas sifatnya. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita berbicara tentang penggubalan undang- undang di sini, maka adalah lebih bijak untuk kita benar-benar meneliti sebelum kita dapat membuat keputusan kerana ia akan dipakai dan digunakan seperti mana juga dalam ISA. Apabila ia dibentangkan pada tahun 1960 untuk digubal, satu amaran telah dibuat lebih awal memandangkan kepada rasa bimbang bahawa akta itu disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kebimbangan itu kini diulangi kerana kami melihat bahawa tidak ada bezanya yang itu dengan yang ini. Membuat sesuatu atau pun menghapuskan sesuatu dengan menggantikan sesuatu tidak bermakna ianya baik. Apa yang penting ialah kita mahu melihat apakah isi kandungannya. Ini kerana persoalan yang kita bicarakan di sini ialah persoalan substance yang melibatkan soal prinsip-prinsip hukum yang kemudian akan dipakaikan ke atas orang yang tertuduh. Saya juga ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini bahawa pentakrifan dan pendefinisian seharusnya, pada pandangan kami, lebih spesifik berbanding dengan hukuman berat yang dikenakan. Kita bercakap tentang hukuman yang disebut di sini 20 tahun maksimum dan ada hukuman yang disebut sebagai life sentence ataupun hukuman seumur hidup. Jadi, berbanding dengan hukuman yang begitu berat dengan pendefinisian yang begitu longgar, ia tidak menggambarkan satu kesungguhan untuk kita benar-benar melihat bahawa apa yang kita gubalkan ini mestilah di atas kesedaran dan tanggungjawab memelihara prinsip-prinsip hukum yang kita diberi tugas di sini untuk memelihara prinsip-prinsip tersebut.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya memberi satu contoh definisi kesalahan keselamatan oleh UN dalam dengan izin, Convention for the Suppression of the Financing of Terrorism. Ia lebih spesifik Tuan Yang di-Pertua berbanding dengan detrimental to parliamentary democracy yang terlalu broad, terlalu umum, yang terlalu besar. Kalau boleh saya petik di sini untuk memberi kita petunjuk bahawa ini lebih bersifat khusus supaya hukuman yang dikenakan itu berbaloi dengan tindakan yang khusus ini. Dengan izin, “Any act intended to cause death or serious bodily injury to a civilian, or to any other person not taking an active part in the hostilities in the situation of armed conflict, when the purpose of such act, by its nature or context, is to intimidate a population, or to compel a government or an international organization to do or abstain from doing an act”. Itu lebih spesifik, itu lebih khusus dan kita mengharapkan contoh yang sedemikian rupa supaya pendefinisian dan pentakrifan detrimental to Parliamentary Democracy itu tidak berpotensi untuk disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan dirinya tergugat dengan kebangkitan rakyat contohnya. Jadi di sini saya ingin minta penjelasan Yang Berhormat Menteri dan mungkin akan diperjelaskan lagi oleh rakan-rakan yang akan membahaskan, baik dari sebelah sini mahupun di sebelah sana, iaitu pentakrifan yang disebut terlalu umum ini Tuan Yang di-Pertua, boleh menimbulkan berbagai-bagai persoalan yang dikatakan Parliamentary Democracy. Pertama, apa yang dimaksudkan dengan detrimental atau pun bahaya atau pun menggugat? The word ‘detrimental’ itu sendiri apa dia? Itu satu. Kedua, yang dikatakan Parliamentary Democracy, apa yang kita maksudkan? Apakah ada satu kebangkitan daripada rakyat untuk menyuburkan lagi demokrasi, untuk membetulkan, menyegarkan lagi demokrasi boleh dianggap sebagai tindakan yang menggugat Parliamentary Democracy yang ada hari ini? Apakah ada pihak-pihak tertentu yang lompat parti contohnya, daripada satu parti, tiba-tiba dia jadi BEBAS, apa yang bebasnya kita pun tidak tahu, tiba-tiba ia telah menjejaskan Parliamentary Democracy yang mana tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kita berada di sini kerana rakyat yang telah meletakkan kita di sini, tiba-tiba ada tindakan yang mencabuli hak rakyat yang telah meletakkan dia di dalam Parlimen atau DUN, tiba-tiba dia mengkhianati dengan mengisytiharkan dirinya tidak ada kena mengena lagi dengan parti yang dia menang kerananya, Apakah ini juga dianggap sebagai satu detrimental to Parliamentary Democracy? Apa yang berlaku di Perak contohnya. Bukankah ini menjejaskan, undermine Parliamentary Democracy contohnya? Jadi kita tidak mahu. Contoh lagi kalau kita kata civil disobedience. Contohnya ada keputusan dan rang undang-undang yang dibuat di dalam Dewan ini, tiba-tiba tidak dipersetujui oleh rakyat di bawah sana di atas sebab-sebab yang kita tahu majoriti yang ada di sini walaupun undang-undang itu tidak cocok dengan kehendak demokrasi tetapi diluluskan juga. Maka ketika rakyat bangkit menentang keputusan itu, adakah itu juga dianggap sebagai detrimental to Parliamentary Democracy? Ini persoalan-persoalan yang harus dijawab sebelum kita meluluskan kerana sebagaimana yang saya kata, pentakrifan yang longgar tidak boleh kita kenakan hukuman yang berat kerana itu akan membebankan kepada orang yang nanti dituduh sebagai menjejas dan menggugat. Begitu juga dengan kita panggil democratic dissent contohnya. Kita berpandangan beza dalam soal tertentu dalam dasar-dasar kerajaan. Apakah apabila kita mengambil tindakan, contohnya Yang Berhormat Pokok Sena dia kata kita mahu Suruhanjaya Diraja dibuat untuk siasatan warga asing yang diberikan IC untuk mengundi, apakah itu dianggap sebagai detrimental to Parliamentary Democracy? Ada banyak lagi persoalan-persoalan yang bagi saya dengan izin, the issue bottom line ialah ia terlalu longgar. Kelonggaran ini boleh mendedahkan akta ini kepada berbagai-bagai salah guna dan penyelewengan. Ya, silakan Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan. Saya tertarik dengan hujah rakan saya dari Parit Buntar tentang pentakrifan yang dilihat longgar ke atas maksud detrimental to Parliamentary Democracy. Saya fikir asasnya itu ada kerana kalau kita melihat kepada perjalanan Akta ISA yang sekian lama, bila saya teliti senarai yang ditangkap pada waktu itu, kerana waktu itu ISA dikatakan hujahnya adalah bagi melindungi keselamatan negara. Ianya satu undang-undang yang dianggap preventive detention. Ia juga dianggap sebagai satu penahanan perlindungan. Dianggap extraordinary dan segala macam lah istilah yang muluk-muluk.

Akan tetapi bila sepanjang pelaksanaannya, apakah Yang Berhormat Parit Buntar sedar di sana ada pernah ditahan seorang Pengarah Bank yang didakwa melakukan pecah amanah. Ini saya rujuk dalam buku Dato’ Rais Yatim, Yang Berhormat Menteri sekarang ini dalam bukunya di muka surat 285 dalam kes Tan Sri Raja Khalid bin Raja Harun 1988, Malaysian Law Journal. Dia didakwa kerana bertanggungjawab merugikan bank yang di dalam kawalannya. Jadi, apa dia kaitannya dengan ISA? Dibimbangi anggota-anggota tentera boleh menyebabkan askar-askar yang marah akan mengadakan tindakan ganas yang terancang. Di situ kaitan dengan bank rugi itu dengan askar marah. Dia duduk tang itu. Itu satu sebagai contoh. Jadi kalau pecah amanah, takkan tidak ada akta lain yang boleh selesaikan bab pecah amanah? Itu satu. Kedua, ahli politik yang mengkritik dasar kerajaan memberi kontrak dalam Projek Lebuhraya Utara-Selatan pun kena ISA. Ini kerana tafsiran yang luas keselamatan negara. Sekarang detrimental to parliamentary democracy. Itu yang kita tengok aktivis alam sekitar yang menentang kerja-kerja pembalakan di Sarawak, bila Kerajaan Negeri Sarawak bagi kawasan pembalakan, kemudian menyebabkan lahirnya tentangan aktivis alam sekitar, pun kena ISA. Jadi, saya agak bersependapat dengan Yang Berhormat Parit Buntar kerana dalam kes ini kelihatannya tafsiran yang begitu luas ia akan mengundang atau menggamit kepada perlakuan penyalahgunaan kuasa. Itu kebimbangan. Ingin minta pendapat.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya bersetuju. Lagipun kalau kita tengok kesalahan-kesalahan yang dibuat di bawah Akta ISA – walaupun semalam ada rakan-rakan kita menyatakan kita ini masih nostalgia ISA, kita sudah move daripada ISA, kita sudah masuk pada akta baru. Malangnya mereka gagal memahami bahawa mesej yang kita sampaikan dalam kita berbahas semalam adalah sebagai memberi isyarat. Supaya perkara yang sama tidak berulang di sini dalam konteks the abuse, dalam konteks penyalahgunaan. Itu maksudnya, bukan maksud kita bernostalgia dengan ISA. Kedua, ISA kesalahan yang dikatakan itu pun tidak terbukti kerana tidak pernah dibawa ke dalam mahkamah yang menjadi tafsiran yang direka-reka untuk mencapai satu matlamat yang tidak ada kena mengena dengan security pun, yang tidak ada kena mengena dengan keselamatan. Seperti yang diberi contoh, yang lain saya tidak tahu, ini yang diberi contoh oleh Yang Berhormat Machang tadi. Jadi, saya teruskan di sini, ada sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang apa undang-undang sekalipun, kalau kita bicara tentang mengugut atau menggugat Parliamentary Democracy, dengan izin. Perlulah ada satu suasana, satu keadaan yang mana demokrasi itu betul-betul subur, betul-betul hidup, barulah demokrasi itu wajar dipelihara. Akan tetapi dalam keadaan hari ini, berbagai persoalan, democratic process, democratic system yang berlaku dalam negara kita ini, mengundang pelbagai persoalan tentang demokrasi itu sendiri. Sebab itu saya bertanya kita ini hendak memelihara demokrasi apa? Kita hendak memelihara demokrasi kepada pemerintah yang ada hari inikah? Atau kita hendak memelihara benar-benar demokrasi yang betul-betul wajib kita pelihara sebagai sesuatu yang merupakan asas dan tunggak terbinanya sebuah negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Itu persoalan yang perlu kita bincang di sini sebelum kita membuat satu akta dengan menyatakan detrimental to Parliamentary Democracy. Sebab pentakrifan yang umum dan tidak ada suasana demokrasi yang benar-benar kita rasa kalau demokrasi yang benar-benar ada ini tergugat. Maka, ia akan menggugatkan negara, tidak ada. Bila tidak ada, kita hendak mempertahankan demokrasi apa? Sebab itu bagi saya Kanun Keseksaan yang dipinda ini untuk dibawa selari dengan pindaan sebelumnya adalah terlalu longgar dan tidak boleh kita jadikan sebagai alasan untuk dikenakan hukuman. Terhadap mereka yang telah menyalahi ataupun dikatakan detrimental. Begitu juga dengan soal kebebasan media. Di mana kebebasan media? Di mana kebebasan maklumat? Di mana kebebasan politik? Contohnya. Pilihan raya yang adil, yang hari ini walaupun sudah ada jawatankuasa dibentangkan. Minority report yang jelas

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

menunjukkan bahawa sistem pilihan raya masih pincang tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba kita bercakap perlu memelihara demokrasi. Demokrasi apa ini? Itu persoalannya Tuan Yang di-Pertua, yang harus diambil kira oleh semua pihak di sini dengan mengambil kira bahawa apa yang kita bahaskan dan kita bincangkan di sini. Tidak berniat untuk memberi ruang kepada keganasan, tidak berniat untuk memberi ruang kepada berlakunya kerosakan. Akan tetapi apa yang kita bincang di sini ialah memelihara prinsip-prinsip hukum, prinsip-prinsip keadilan. Lebih penting daripada itu, memberi amaran kepada mereka yang hari ini berkuasa membuat undang-undang ini supaya tidak menyalahgunakan. Di atas sebab kelonggaran pendefinisian dan takrifan yang dibuat di dalam akta dan undang-undang ini. Dengan itu saya minta penjelasan pada Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud... [Mikrofon Yang Berhormat Kota Belud tidak berfungsi]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Hendak pinjam saya punya?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ini aktiviti detrimentallah ini.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau butang tercabut tu, ini betul- betul ganas ini. Ini betul ganas-ganas Ahli Parlimen ini.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ini sabotaj, ini sabotaj. Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dok saja-saja, dia dok ‘kobek’, main butang itu. Itu keganasan... [Ketawa]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Boleh ditafsirkanlah sebagai aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy... [Ketawa]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak apalah, kalau diizinkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk membahaskan rang undang-undang ini. Sebelum saya ingin meneruskan ucapan saya, saya ingin memberi sedikit respons kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Walaupun rang undang-undang ini adalah untuk meminda Kanun Keseksaan tetapi ialah perbahasan itu sudah jauh. Akan tetapi ada beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin bawa ke sini. Pertamanya ialah mereka selalu ingin membawa hujah berkenaan dengan Kerajaan Negeri Perak. Kononnya Kerajaan Negeri Perak itu telah dirampas dan itu adalah melanggar semangat Parliamentary Democracy. Akan tetapi mereka juga lupa bahawa dua bulan sebelum itu Yang Berhormat Adun Bota pindah melompat ke pihak mereka tetapi mereka sambut dengan tangan yang terbuka. Apa jenis itu Yang Berhormat Jempol?

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Antara yang paling besar menyarankan isu pindah ataupun lompat ini ialah gerakan untuk merampas kuasa daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Apabila Pilihan Raya 2008 dahulu. Iaitu dia hendak ke Putrajaya, kononnya ada 31 Ahli daripada Barisan Nasional hendak melompat menyokong dia. Pada waktu itu nampaknya semacam halal. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Belud?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat mempunyai perkataan yang cukup baik, ”merampas kuasa”. Kalau saya gunakan tafsiran saya, ”ingin menggulingkan kerajaan” tetapi tidak disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Ini yang menjadi permasalahan saya, Yang Berhormat mendengar hujah tadi. Ini pada saya adalah satu juga masalah yang besar. Melompat, mencari, membeli. Kita tahu ini taktik biasa rakan-rakan kita tetapi tidak apalah. Kita di Barisan Nasional pada waktu ini kita sentiasa ingat kepada kewajipan yang diberikan oleh rakyat. Taktik ini juga digunakan semasa Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu berada dalam kerajaan. Akan tetapi tidak apalah itu sudah jauh. Jadi, lain kali tolonglah jangan gunakan insiden peralihan kuasa daripada Pakatan kepada Barisan Nasional. Ini kerana kalau tidak, ‘meludah ke atas langit, terkena muka sendiri’, malu. Itu satu. Keduanya, Yang Berhormat Parit Buntar mengatakan tadi tentang jenis apakah Parliamentary Democracy ini? Saya hendak bagi tahu kepada Tuan Yang di-Pertua, rakyat dan juga Ahli-ahli Barisan Nasional, kalau kita memperincikan tafsiran detrimental kepada

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Parliamentary Democracy ini ialah apa-apa percubaan untuk mengubah negara ini kepada satu negara sosialis. Ada yang ingin cuba-cuba untuk bermain dengan idea tersebut ataupun republik. Itu kita akan tentang. Ada usaha setengah-setengah pihak yang cuba Tuan Yang di-Pertua, mempengaruhi rakyat untuk menukar status kerajaan ataupun kenegaraan kita ini daripada Parliamentary Democracy kepada republik.

Republik...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu sebabnya saya mengatakan...

Republik bukan Parlimen demokrasi?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya mengatakan bahawa, saya mengatakan ini contoh-contoh utama yang saya ingin hendak katakan kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kemudian...

Yang Berhormat Kota Belud, boleh celah sedikit?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya bagi 30 saat Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bahaslah, bahaslah Yang Berhormat Kota Belud, jangan cakap seorang.

Pertama sekali, saya ingin tahu tafsiran Parlimen demokrasi ini. Republik itu bukan Parlimen demokrasikah? Tadi kita telah luluskan satu undang-undang yang menjamin whatever political believe, ideology, bebas untuk disebar, yang dianggap sebagai undang-undang, yang menjaminkan kebebasan kepercayaan dan ideologi politik. Sekarang Yang Berhormat Kota Belud kata, kita akan tentang idea republican, with idea macam-macam. Adakah ini bercanggah dengan semangat yang telah kita baru luluskan? Siapa-siapa pun, apa-apa kepercayaan politik itu harus dijamin supaya mereka berhak untuk bersuara.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memuji Yang Berhormat Batu kerana hari ini memakai tie berwarna kuning supaya Tuanku-Tuanku mungkin dapat lihat kasih sayang Yang Berhormat Batu kepada Tuanku Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong. Kuning sangat tadi itu sampai susah saya nak melihat. Saya nak jawab Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Kuning bersih.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya nak jawab. Kalaulah katakan Yang Berhormat Batu, Tuan Yang di-Pertua, hari ini mahu jadikan negara ini sebagai negara komunis, contoh. Bawa kepada rakyat cara berhemah, bawa. Bawa dalam manifesto, undi. No, ini maksudnya Parliamentary Democracy. Kalau mahu mengubah bentuk negara ini secara demokrasi, Parliamentary Democracy tadi yang dikatakan, ubah. Masuk dalam manifesto Pakatan Rakyat yang negara ini akan ditukar menjadi negara komunis, boleh. Biar rakyat menentukan. Yang kita tidak mahu ialah satu percubaan secara ganas. Itu yang dimaksudkan dalam tafsiran ini. Saya tahu Yang Berhormat cuba untuk mengelirukan rakyat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Kita setuju dalam perkara ini. Saya nak cadangkan kita setuju dalam perkara ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak, saya sudah katakan, dalam mana-mana pun dalam dunia ini tidak ada yang permanent. Kalau rakyat mahukan itu, maka itulah yang dimahukan. Cuma saya katakan, apa yang dikatakan oleh kerajaan ialah gunakan saluran yang betul. Jadi, hari ini katalah Yang Berhormat Batu mahu menjadikan negara ini negara komunis, boleh. Letak dalam manifesto pakatan dan biar rakyat yang menentukan. Yang Berhormat Jempol.

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Kota Belud, sebenarnya Yang Berhormat Batu mengelirukan Dewan. Walaupun kita baru meluluskan undang-undang sebentar tadi tetapi kita telah pun memilih sistem demokrasi Raja Berperlembagaan dan telah pun diletakkan dalam perlembagaan negara kita. Kalau tindakan keputusan yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu bertentangan dengan perlembagaan negara dan juga undang-undang negara, memang sudah tentu tidak boleh diterima melalui apa juga pindaan yang kita buat. Itu maksud daripada pindaan yang kita buat, Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Kota Belud, 30 saat boleh?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya bagi Yang Berhormat Kuala Selangor dulu, baru Yang Berhormat Rembau.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Eh, nak kah tak nak?... [Ketawa]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Lepas Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, saya bagi Yang Berhormat Subang dulu, baru Yang Berhormat Rembau.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey, Subang dulu? Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun] .

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Which one are you? Ini macam mana nak jadi kerajaan, sekejap berdiri, sekejap duduk?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ha itu Yang Berhormat Rembau juga berdiri. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Nak siapa dulu? Yang Berhormat Kuala Selangor dulu kemudian Yang Berhormat Rembau.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud. Apabila Yang Berhormat Kota Belud membahaskan tadi Tuan Yang di-Pertua, saya pun agak cemas juga apabila beliau membuat apa dia sebenarnya the defining criteria yang dikatakan Parliamentary Democracy. Akan tetapi tatkala menjawab soalan perbahasan daripada Yang Berhormat Batu, beliau kembali kepada asas dan paksi yang sebenarnya. Apabila beliau menyebutkan socialist state, communist state atau apa jua ideologi conviction oleh Yang Berhormat Kota Belud, selama ianya dibawa dalam pentas dan gelanggangnya, the democratic process through the ballot box’s within the limits of democracy, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, maka itulah yang dikatakan dalam nafasnya Parliamentary democracy.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Are you lecturing or are you asking question Yang Berhormat?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, jadi oleh kerana itu, bila Yang Berhormat Kota Belud menyebutkan socialist state ataupun republic dan sebagainya, itu adalah dinamika democratic process yang akhirnya adalah milik rakyat untuk menentukan. Jadi, oleh kerana itu Yang Berhormat Kota Belud, harapnya dapat diperjelaskan. Jangan mengelirukan Dewan juga.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya ingat nak bahas tadi tetapi saya rasa cukuplah untuk pencelahan, mungkin. Saya dapati bahawa perbahasan daripada pihak pembangkang bukan mengelirukan tetapi amat lemah sekali sebab tidak mengkaji ataupun sengaja tidak mengakui bahawa sebenarnya apa yang dipinda ini tidaklah terlalu umum, tidaklah terlalu general, tidaklah terlalu longgar dan tidaklah satu peruntukan yang boleh ditafsirkan mengikut sesuka hati siapa-siapa pun. Kalau kita tengok tadi perbahasan daripada Yang Berhormat Parit Buntar, disebut Parliamentary Democracy, juga tadi daripada Yang Berhormat Batu dan sebagainya tetapi kalau kita teliti pindaan kepada seksyen 130A, “(a) - activity detrimental to ‘Parliamentary democracy’…”, kalau berhenti di situ mungkin kita sendiri ada masalah sebab tidak diberi tafsiran. Akan tetapi disebut, “...means and activity carried out by a person or group of

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

persons designed to overthrow or undermine Parliamentary Democracy by violent or unconstitutional means.” Peruntukan ini dapat semangatnya daripada seksyen 2385, US Criminal Code, advocating overthrow of government by force or violent, dan dia teruskan, or by assassination of any officer or any such government. Jadi, di sini jelas bahawa apa yang dimaksudkan adalah apa sahaja aktiviti kegiatan detrimental to Parliamentary Democracy, yang melanggar undang-undang kita ataupun dibuat secara ganas, violence. Itu yang dimaksudkan di sini, bukan legitimate political descend tetapi masalah di sini adalah pembangkang buat-buat tak tahu bahawa legitimate political descend, perhimpunan aman ataupun wakil rakyat yang tukar parti itu, sengaja ditakrifkan ataupun disoalkan sebagai detrimental to Parliamentary Democracy. Sehingga perkara itu tidak unconstitutional, tidak violence, kerana ada siapa-siapa nak pindah parti, nak lompat parti, as long as not unconstitutional, not violence, it is not detrimental to Parliamentary Democracy. Kalau nak buat perhimpunan aman atau bersih pun, itu tidak detrimental to Parliamentary Democracy. Itu yang mereka tak faham. Sudah cukup khusus daripada segi definisi yang diberi. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi yang mana celahan dibuat oleh Yang Berhormat Batu, saya terkejut dengan kualiti perbahasan daripada Yang Berhormat Batu yang amat rendah sekali. Bahawasanya apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, bukannya kita tidak benarkan idea republicanism. Contohnya, diutarakan sebagai mengikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, dinamika demokrasi pada hari ini. Akan tetapi kalau sekiranya republicanism itu di bawa secara overthrow of the present government dengan cara yang tidak constitutional, dengan cara yang violent, itu yang dimaksudkan. Not your...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Through ballot boxlah Yang Berhormat Rembau. I mention that, through ballot box.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dinamika or whatever it is you mention tadi ya? So please, tolonglah kita hadkan perbincangan ini kepada the letter and the spirit of the law. Memang jelas bahawa apa yang tersurat dalam undang-undang ini menyebut definisi dengan jelas. Yang Berhormat Kota Belud, minta pandangan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Kota Belud, boleh saya sambung dan you boleh jawab semua.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk] .

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap dahulu, sekejap dahulu Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bagilah peluang untuk saya, then you can jawablah, you ada floor after that, you jawab semua. Boleh? Dua minit sahaja, saya ambil masa macam Yang Berhormat Rembau. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Mula-mula Yang Berhormat Kota Belud, saya nak tanyalah. Biasanya dalam pengalaman saya bila seorang pengucap kata hujah saya lebih bijak, awak punya hujah kurang bijak, bodoh, biasanya sebaliknya, biasanya. Orang yang cakap macam itu nampaknya nak menunjukkan insecurity mereka, biasanya. So, tak payah macam selalu ulang, saya yang bijak, saya yang boleh berhujah, awak tak boleh hujah, awak tak tahu hujah. Biasanya, sebaliknya, ya dan itu pun tidak mencerminkan pendidikan yang baik walaupun saya tahu universiti yang dia pergi. Akan tetapi sebaliknya mencerminkan satu tahap keyakinan yang cukup kurang.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau itu hujahnya terima kasihlah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, balik kepada poin sekarang. Now, let me go back to the point. That is why I want to stop this kind of repetition.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

I give you 30 seconds, 30 saat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Kota Belud, you are fine, sana sahaja.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

30 saat, 30 saat. This is my floor ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Let us go to the point now. Sebab kita dengar itu beberapa kali. Now the point is, overthrow of government, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, itu bukan isu. Itu ditakrifkan dengan jelas kegunaan kekerasan, force or violent or assassination, memang itu. Di sana Yang Berhormat Kota Belud, kita setuju, that is the issue. Masalahnya, apabila kita mula, kita tambah dengan perkataan, “undermine Parliamentary Democracy”. Itu jadi bermasalah. That is where kita dapat kelonggaran yang luas dan bila kita gunakan perkataan macam “unconstitutional”.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita selalu pergi ke mahkamah. Satu pihak menyebut “unconstitutional”, satu pihak akan sebut “constitutional” sampai ke Mahkamah Persekutuan baru settle.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

We always have two views ya?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no your point. Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Point is that. It’s basically, kalau kita...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, salah satu cara – tidak apa Yang Berhormat, saya faham. You have repeated this throughout the day and yesterday, we have heard you.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, jangan kita tukar. What we are saying, we are saying we agree on the force and aspect but we are saying is perkataan di sini perlu ditambah “undermined Parliamentary Democracy” tidak perlu. Itu yang jadi longgar sangat, itu yang akan disalahgunakan. Minta penjelasan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya dah katakan tadi, semalam pun saya berhujah tentang isu ini. Ini saya ulang sekali sebab Yang Berhormat berkali-kali mengatakan tentang isu ini, saya terpaksa jawab berkali-kali. Di Amerika Syarikat, negara yang amat menghargai freedom and liberty, freedom, individualism. Hari ini, baru sahaja dua bulan yang lepas mewujudkan satu undang-undang yang amat draconian. Kenapa rakyat Amerika yang amat-amat menghargai kebebasan individu itu sanggup untuk berkompromi? Sanggup untuk memberi kuasa yang cukup besar kepada Presiden Amerika itu? Jangan cakap fasal Parliamentary Democracy. Di Amerika ini, the National Defense Authorization Act ini memberi kuasa kepada Presiden Amerika untuk mengatakan, okey, orang ini dianggap oleh beliau sebagai yang boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

That is why the powers given to the President, not a police officer.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi sebab itu – that is what I am saying.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

It is given to the President only, not a police officer.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Soalnya sekarang ini adalah rakyat, penerimaan rakyat, konsep. Akhirnya nanti undang-undang ini perlu diterima oleh rakyat. Saya hendak mengatakan di sini bahawa di Amerika Syarikat, negara yang begitu mengagungkan, mereka sanggup kerana mereka juga berhadapan dengan masalah- masalah yang tertentu. Jadi sebab itu saya katakan dalam zaman sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh terlalu memikirkan tentang soal kebebasan individu dan sebagainya. Saya memahami apa yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang tetapi zaman, masa dan ketika ini kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita memerlukan satu undang-undang yang dapat mengimbangi. Itu saya hendak katakan keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan. Walaupun saya menghargai pandangan Yang Berhormat tetapi rakyat akan menghukum kerajaan ini, buat masa ini kerajaan Barisan Nasional berkenaan dengan isu- isu keselamatan. Jadi sebab itu, walaupun Yang Berhormat parti-parti pembangkang

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

memekik, melalak sejak pilihan raya yang lepas, rakyat masih menyokong kita kerana kita menyokong ISA. Sekarang ini mereka mahukan kelainan tetapi itu hujah saya dulu, saya harap Yang Berhormat faham. Seterusnya saya hendak katakan tentang...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, boleh sedikit? Saya hendak tanya Yang Berhormat, rang undang-undang yang berada di depan kita ini adalah untuk menangani persoalan keselamatan negara, sebahagian daripada rang undang-undang ini. Apakah Yang Berhormat mempunyai pandangan dalam hal-hal undang-undang jenayah, operasi keselamatan negara tidak menjamin kerahsiaan operasi sulit yang dijalankan ke atas sasaran. Maksudnya sebelum jenayah berlaku, ada operasi. Jadi apakah undang- undang keseksaaan yang ada di depan kita ini boleh menangani isu keselamatan terutama berkaitan dengan operasi sulit yang dijalankan oleh pihak keselamatan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya berkongsi kebimbangan Yang Berhormat, sebab itu ada peruntukan-peruntukan seperti special offenses ataupun kesalahan khas ini dan langkah-langkah menanganinya itu. Saya rasa itu satu kebimbangan yang perlu dihargai oleh kita semua di sini. Yang saya takut ialah pihak pembangkang, rakan-rakan dari pembangkang terlalu memberi keistimewaan ataupun penumpuan terhadap kebebasan dan kebebasan individu. Konsepnya tidak salah tetapi masalah kita di sini ialah yang memerintah, yang menjalankan tugas ialah kerajaan dan kita memahami. Dalam masa yang sama, kita memahami permohonan ataupun pandangan daripada pihak pembangkang dari dulu sampai sekarang mengenai dengan ISA, akses to peguam, kita bagi, bukannya kita tidak bagi. Dalam peruntukan yang ada sekarang ini, kita bagi, we have met some of the demands. Waris kadim, next of kin diberitahu ada yang mengatakan di sini dahulu bahawa kalau ditangkap di bawah ISA, anaknya meraung, isterinya jadi gila tidak tahu di mana pesalah. Sekarang boleh dapat akses kepada pesalah. Kemudian tidak boleh lagi ditahan 60 hari. I mean for heaven sake, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menunjukkan satu iltizam untuk memenuhi sebahagian besar dan perkara pokok yang diminta oleh rakyat dan parti pembangkang.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

[Bangun]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap, saya hendak cerita sikit tentang sabotaj ini. Saya sudah bagi banyak kali, saya beri pada sahabat saya Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Rakan saya Yang Berhormat dari Kota Belud, apabila kami mengemukakan reservation dengan izin, bila cakap soal alasan keselamatan negara tentulah kita ada asas hujah kita. Sebagai seorang Muslim, kita juga ada panduannya. Ada dua perkara panduan yang saya hendak bangkitkan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud bahawa isu keselamatan negara kalau tidak dijaga, ia boleh mendatangkan satu mudarat. Ertinya ancaman kepada keselamatan negara adalah satu kemudaratan, itu kita tidak dispute, tidak beza pendapat. Isunya ialah bolehkah suatu kemudaratan itu diatasi dengan melakukan satu mudarat yang lain, itu isu pokoknya. Panduan saya jelas, panduan saya bukannya panduan kosong, panduan saya ialah prinsip keadilan dalam Islam ialah kemudaratan tidak dihilangkan dengan suatu kemudaratan. Apa dia kemudaratan? Ancaman terhadap keselamatan negara tetapi ia tidak boleh dihilangkan dengan melakukan satu kemudaratan yang lain. Apa mudarat yang lain itu? Mudarat yang lain itu ialah bila kita memperlakukan seorang manusia dengan prinsip yang menjaga dia ialah dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Akan tetapi bila kita tahan dan tangkap dia, dedah dalam media, kurung 28 hari untuk apa pun tujuan, itu melakukan satu mudarat. Prinsip yang saya hendak bawa ialah kemudaratan tidak hilang dengan kemudaratan, itu yang pertama. Kedua, kaedah yang kedua ialah apa yang terbukti dengan yakin tidak terhapus dengan syak. Apa yang yakin di sini? Seorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah melalui proses keadilan, itu yakin. Saya yakin, Yang Berhormat Kota Belud juga yakin. Lahirnya kita di muka bumi ini, kita adalah dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan kita bersalah melalui satu proses. Itu yakin. Apa yang syak? Syak adalah polis

ada sebab untuk percaya, Menteri berpuas hati, kerajaan ada alasan yang kuat, itu suatu yang syak. Jadi prinsip keadilan Islam di sini adalah, ayat akhir saya, apa yang terbukti dengan yakin tidak terhapus dengan syak. Ini alasan apabila kita mengemukakan reservation terhadap tafsiran yang longgar mengenai detrimental to Parliamentary Democracy atau keselamatan negara atau penahanan perlindungan. Itu asas hujah kita, terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Hujah yang baik Yang Berhormat tetapi asasnya ini ialah prasangka ini, sangkaan buruk. Kemudaratan yang kedua tadi yang disebut oleh Yang Berhormat itu, hasil lahir daripada prasangka buruk Yang Berhormat terhadap usaha kerajaan dalam menangani isu keganasan. Kalau dikatakan 28 hari dipukul, diketuk apa semua itu, kalau sangkaan kita itu sudah salah, betullah kemudaratan yang kedua itu, yang disebut oleh Yang Berhormat. Akan tetapi kalau kita berlaku adil kepada kerajaan, kerajaan itu adalah kerajaan yang dipertanggungjawabkan. Apa lagi akses kita? Takkan kita hendak interrogate ataupun menyoal terrorist hanya untuk enam jam atau seminggu. Mungkin komplikasinya lebih besar, 28 hari adalah maksimum, mungkin tiga hari, mungkin empat hari. Akan tetapi kalau Yang Berhormat dengan rakan-rakan Yang Berhormat sudah mempunyai satu pandangan yang serong, apa jua yang dibuat oleh kerajaan akan dianggap sebagai satu kemudaratan. Jadi, kita kena berlapang dada. Pada saya ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan kemudaratan yang pertama itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Saya hendak beralih kepada soal tentang sabotaj Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri, soal tentang sabotaj ini saya kira juga mengambil kira tentang keselamatan makanan. Saya menjadi satu perkara yang amat berat kepada saya, kadang-kadang apabila saya mendengar Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kota Kinabalu, kadang-kadang saya dengar Yang Berhormat entah di mana yang lain-lain itu datang ke kawasan saya yang juga sebenarnya tempat yang Tuan Yang di-Pertua dengan mengatakan bahawa kita akan – baru-baru ini Yang Berhormat Gombak berbohong lagi di kawasan saya. Dia katakan tentang soal pembinaan empangan. Saya hendak beritahu sikit Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2008, pada bulan Julai di sini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua telah meluluskan satu usul untuk dibahaskan. Usul ini dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian pada waktu itu, menangani isu itu tentang masalah bekalan beras di negara kita yang harga melambung naik. Maka Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan kita di sini untuk...

Yang Berhormat Kota Belud..

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Berbahas berjam-jam. Pada waktu itu juga Tuan Yang di-Pertua, ramai daripada kalangan rakan-rakan kita daripada pembangkang berdiri mengkritik kerajaan, mereka katakan ini isu keselamatan negara apabila bekalan beras di negara kita ini berkurangan termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Pokok Sena, semua berdiri. Maka pada waktu itu, Perdana Menteri membuat keputusan untuk membuka jelapang padi baru dan menambahkan lagi keupayaan jelapang padi yang ada sekarang ini termasuk di Kota Belud, jelapang padi yang underutilized dengan izin, maka diberilah peruntukan yang banyak, dibuat lagi saliran, mencari sumber air yang baru sebab itu empangan dibuat hasil daripada desakan Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat rakan-rakan daripada pembangkang. Selepas itu kita buat satu keputusan atau cadangan untuk membina empangan tersebut. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama orang-orang inilah juga yang datang ke kawasan saya menghasut rakyat di kawasan yang tertentu itu untuk menolak empangan tersebut. Ini kerana tanpa empangan ini, bagaimana kita boleh mengairi 10 ribu hektar tanah di Kota Belud. Takkan kita hendak gunakan air hujan Tuan Yang di-Pertua? Akan tetapi, soal tentang mempertahankan tentang empangan ini, ini tidak betul apa semua itu, kita dengar juga, tetapi jangan hasut orang kampung, itu satu. Keduanya yang menjadi permasalahan kepada hujah mereka ini, pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, orang seperti Yang Berhormat Ipoh Timur ini dan Yang Berhormat Bagan ini pula, setuju supaya satu empangan yang besar dibuat di Pulau Pinang

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mengkuang yang berharga RM1.2 bilion. Kalau ditanya kepada Yang Amat Berhormat Bagan, kenapa perlu ada empangan di sini? Jawabnya apa Tuan Yang di-Pertua, “Oh ini adalah untuk bekalan air minum dan untuk pertanian di Pulau Pinang, takkan kita hendak orang Pulau Pinang mati kebulur”, lebih kurang begitulah bunyinya. Sedangkan inilah juga hujah yang kita gunakan di Kota Belud, ya betul ada pemindahan sebab itu saya hendak katakan di sini for the record, dalam hujah Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam Ucapan Titah Menjunjung Kasih, Titah Diraja, Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan dia setuju, dia kata buat, asalkan pampasan yang diberi itu baik. Seperti itu juga Yang Berhormat Tawau sendiri dalam ucapan Yang Berhormat Tawau berdiri minta dan bertanya bila lagi empangan hendak dibuat di Tawau, apa double standard? Kenapa di Tawau hendak, di Pulau Pinang hendak, di Kota Belud yang didesak oleh rakan-rakan sendiri, apakah itu tidak boleh? Pada saya itu hipokrasi tahap maksimum.

Yang Berhormat Kota Belud, minta penjelasan sikit.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap, sekejap. Kenapa saya bawa dalam perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, kerana saya ingin hendak tanya sama ada ini adalah kelakuan sabotaj atau tidak? Pada saya, tanpa ada empangan tersebut, walaupun saya bukan hendak menenggelamkan, bukan ada satu wakil rakyat yang hendak menenggelamkan rakyatnya, tidak ada, nobody, don’t ever say that. Yang Berhormat Gombak masuk ke Kota Belud kata Ahli Parlimen sanggup hendak tenggelamkan kampung, this is most ridiculous...

Yang Berhormat Kota Belud, tanya sikit...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Ridiculous allegation. Orang bodoh sahaja hendak katakan begitu...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit sahaja Yang Berhormat Kota Belud...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

... Duduklah dahulu, duduk...

Kanun Keseksaan kat mana ini?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jangan gunakan hanya kerana untuk mendapat undi, turun ke kawasan orang, hendak mengatakan Ahli Parlimen ini hendak menenggelamkan orang. Bodoh punya hujah. Itu saya katakan, selepas itu katakan sembilan buah kampung, ini pun sabotaj juga. Sembilan buah kampung, saya dah katakan hanya sebuah kampung, dia kata sembilan buah kampung, mana dia dapat ni? This is unbelievable. Saya dah katakan dengan dia, don’t you want to talk about dasar? Fine, tetapi hendak kata kita sanggup hendak bunuh rakyat kita sendiri, tenggelamkan bagi mereka lemas, buat macam-macam, walaupun menyakitkan hati tetapi kadang-kadang tahap perbahasannya itu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit sahaja Yang Berhormat Kota Belud...

Yang Berhormat Kota Belud...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itulah legitimate decent.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya bagi kepada 30 saat kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu Yang Berhormat Kota Belud, I can understand your feeling, I come from the same area tetapi jangan terlampau jauh daripada main road iaitu rang undang-undang ya?

Nanti tenggelam.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Kota Belud, hendak tanya soalan, apa relevan dengan Kanun Keseksaan? Akan tetapi soalan sebenarnya hendak tanya Yang Berhormat Kota Belud iaitu dalam Kanun Keseksaan, antara inti pati utama yang hendak dimasukkan ialah satu perkara besar iaitu Parliamentary Democracy. Soalan saya, Yang Berhormat Kota Belud bahaskan tadi beza pandangan, Yang Berhormat Kota Belud pandangan macam ini, Pakatan macam ini. Saya rasa tidak tahulah, cuba tengok...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, sudah, cukup, cukup. No, no. You want to ask question. Kalau hendak dengar, tadi Yang Berhormat Parit Buntar macam-macam, bulan, bintang semua ada dalam itu...

Kalau Yang Berhormat cakap tadi, itu authoritarian, dia bukan demokrasi...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...It’s okay. Saya dah katakan Tuan Yang di-Pertua, saya bawa usul - Yang Berhormat kena faham, ini Yang Berhormat Subang kata tadi, yang kata hujah orang jahat, hujah orang lain tidak betul, hujah Yang Berhormat sahaja betul. Yang Berhormat Subang tolong ingatkan dia, apa Yang Berhormat Subang katakan pada saya tadi itu, terpakai kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh bagi laluan sikit?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi kenapa saya bawa isu empangan ini kerana pada saya ini adalah sabotaj ekonomi, kita mahu supaya negara kita ini mendapat bekalan beras, itu juga yang diminta oleh semua orang...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Isu empangan, isu empangan, Yang Berhormat Kota Belud, isu empangan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kejap, kejap. Sebab itu..., tidak apa Yang Berhormat, sekejap.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sebelum pindah ke isu yang lain, isu empangan ini.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak ramai hari ini, banyak lagi masa. Saya hendak bawa satu point lagi Tuan Yang di-Pertua, lebih besar daripada empangan ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua..., sekejap... [Disampuk]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

...Memang akan tenggelamkan orang, di Kedah kita ada Empangan Beris, kita pindahkan orang sebab kawasan itu kita hendak tenggelamkan untuk buat Empangan Beris. Memang perlu tenggelam...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey sudah jawab pasal Beris? Saya beritahu mengenai Empangan Beris...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

...Yang Berhormat Kota Belud, kena pindahkan orang...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu Yang Berhormat daripada Kuala Kedah. Saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua, saya sendiri melawat bersama dengan Adun kami, daripada kawasan Kota Belud, Datuk Musbah, Datuk Japlin, Datuk Herbert dan beberapa lagi pegawai lain turun ke Beris. Kita jumpa seorang ketua kampung, ketua kampung itu kata Tuan Yang di-Pertua, dahulu saya adalah kaki gengster di sini, empangan ini sayalah yang tentang, dia kata Dr. Mahathir sendiri pun, Yang Amat Berbahgia Tun Dr. Mahathir dia tentang. Setiap kali Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir turun ke Kedah pada waktu itu akan ditentang, dibuat demonstrasi tapi akhirnya dia kata apabila saya melihat pembangunan yang ada sekarang ini, pekan baru, bangunan baru, sekolah baru, rumah pampasan yang cantik, banglo, rumah banglo Tuan Yang di-Pertua, banglo diberi. Kita minta supaya kerajaan buat benda yang sama di Beris, ketua kampung ini sendiri kata, kalau Yang Berhormat tidak boleh meyakinkan orang kampung, biar saya turun ke Sabah untuk meyakinkan orang di kampung tersebut. Ini di Beris Yang Berhormat, saya boleh bagi nama dan IC dia nanti...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sebab itu kalau Yang Berhormat Gombak kata akan tenggelam, betullah...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Soalnya ialah ada sembilan kampung atau tidak? Itu pointnya Yang Berhormat, hari ini battery you all ini teruk-teruklah, radar itu sudah lari.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Menyampuk] Yang Berhormat Kota Belud, senang sahaja, you panggil Yang Berhormat Gombak buat satu debate di sana, senang and settle it. Invite Yang Berhormat Gombak to debate in Kota Belud...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang last. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan saya soal tentang sama ada detrimental to Parliamentary Democracy ataupun tidak?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini saya hendak tanya kepada Menteri, apakah tindakan beberapa pemimpin- pemimpin pembangkang yang terlalu mengapi-apikan dalam masa berkempen, dalam berceramah, terlalu mengapi-apikan semangat kenegerian ini terutamanya di Sabah dan Sarawak. Saya orang Sabah dan Tuan Yang di-Pertua pun orang Sabah. Kita tidak akan lari untuk memperjuangkan kepentingan orang Sabah. Akan tetapi kalau kita berkempen dengan mengapi-apikan semangat kenegerian yang melampau... [Disampuk] Tengok Youtube you tahulah. Hendak bukti, tengok Youtube. Kalau semangat kenegerian itu sampai ke tahap untuk bermain dengan kata-kata bahawa kita mahu keluar daripada Malaysia, apakah pemimpin-pemimpin pembangkang seperti itu termaktub di dalam, terpakai dalam perkataan sabotaj ini? Ini satu perkataan, satu pendekatan yang amat berbahaya Tuan Yang di-Pertua, apabila cuba untuk memberi satu gambaran bahawa negeri Sabah, negeri Sarawak ini harus keluar daripada Persekutuan Malaysia. Kalau kita mahu mempertikaikan dasar kerajaan, tidak ada masalah. Dasar kerajaan, salah guna kuasa, tidak ada masalah. Selama ini pun kita telah mendengar dan kita berhujah dalam Parlimen tetapi Yang Berhormat...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Saya cabar Yang Berhormat Kota Belud sebut guna undang-undang ini untuk tekan sesiapa di Sabah ini yang bercadang untuk keluarkan Sabah dari Malaysia. Pakai undang-undang ini untuk tangkap mereka.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat jangan. Tidak mengapa, you duduk. Panas telinga Yang Berhormat. Saya akan...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

I think you do not understand, Yang Berhormat Kota Belud...

Yang Berhormat setuju atau tidak undang-undang ini akan digunakan untuk sesiapa yang akan mencadangkan negeri Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia? Pakai undang-undang-undang ini. Setuju?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no. Duduk dahulu. I am not answering you. You sit down. Do you understand?

Setuju atau tidak Yang Berhormat Kota Belud, pakai undang-undang ini untuk tangkap sesiapa yang ini...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud, takutkah?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tolonglah. You do not say.

I want you...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Duduk dahulu then I will answer you. You’re asking a question, you ask me to answer. You have to sit down first.... ‘I-D-I-O’... Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi bukan dia mencadangkan ...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita tunggu jawapan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya katakan memberi satu gambaran bahawa untuk mendapatkan semua ini dan segalanya itu, lebih baik keluar daripada Malaysia.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak payah Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk dahulu.

Kalau dia cakap macam ini, bolehkah kita guna undang-undang ini untuk mengambil tindakan terhadap golongan seperti ini?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya sudah katakan Yang Berhormat, saya sudah katakan awal-awal...

Saya hendak tahu pandangan Yang Berhormat sama ada setuju atau tidak undang-undang ini, kita ambil untuk bertindak terhadap golongan yang memberi gambaran seperti ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

You berucaplah, saya balik. Hey, this is my floorlah, not your floor. You duduk dahulu. My goodness. Dalam ucapan saya Yang Berhormat Batu – itu sebabnya kalau Yang Berhormat Silam kata tadi kalau kepala batu itu, Yang Berhormat marah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Oleh sebab di Sabah ini, kalau kita kepala – ada lagi satu. Ada ‘B’ juga. Susah kalau saya cakap nanti, saya kena ini. Akan tetapi Yang Berhormat, kalau saya katakan tadi. Saya sudah katakan saya bertanya kepada Menteri. Tidak mengapalah, beri Menteri jawab. Saya katakan, apakah perkara begini boleh termaktub atau terguna pakai dalam kategori sabotaj atau pun detrimental to Parliamentary Democracy. Faham sedikit.

[Menyampuk]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no. Saya tanya Menteri tadi, you bukan Menteri lagi. No. Saya tanya kepada Menteri, biar Menteri jawablah. Yang Berhormat jangan terlalu anggap terlampau pintar. Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya saya katakan tadi banyak perkara yang termasuk, termaktub dalam peruntukan ini yang harus kerajaan lihat. Saya kira yang macam semangat kenegerian ini, ini bukan permainan, bukan untuk kita sahaja. Nanti Yang Berhormat jadi Menteri dan juga kerajaan pun, benda yang sama akan berlaku. Do not... Bila if, if...

If tidak ada.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Masalah ini juga akan berdepan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat. Do not create a monster that you cannot handle, do not for the benefit of the Federation, dengan izin. Jangan gunakan semangat kenegerian melampau.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd YusoffPKR · PRBalik Pulau

Yang Berhormat Kota Belud, soalan tambahan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

UMNO monster, macam UMNOlah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jangan, sebab we are tested it even - you lihat kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, antara salah satu sebab kenapa Dato’ Dr. Jeffrey Kitingan dikeluarkan daripada kepimpinan Pakatan Rakyat di Sabah ialah kerana beliau dianggap oleh Yang Berhormat Permatang Pauh terlalu kenegerian, terlalu anti itu dan anti ini. Kita semua tahu dan itu sebabnya beliau dibuang. Yang Berhormat Machang itu tersenyum-senyum kambing, beliau tahu sesuatu.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd YusoffPKR · PRBalik Pulau

Penjelasan.

That is why....

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Kota Belud not relevan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ada sesuatu daripada Dato’ Dr. Jeffrey Kitingan itu, party staff... Duduklah dahulu!

Itulah sebab...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud, I think you...

Itu point kita.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Dissent lah. Itu hak beliau untuk advocate apa pun.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no, no. Duduk dahulu Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Within the ambit of democracy, dia berhak.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat duduk dahulu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

You may much as you dislike.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, steady. Saya hendak katakan sebab Pakatan Rakyat ini, Keadilan terutamanya. Sebenarnya Keadilan di Sabah sekarang ini sudah menurun dan yang naik sekarang ini, sedikitlah naik Yang Berhormat Sri Gading, parti Star. Ini PKR saya kira jalan. Kalau SAPP itu mungkinlah sedikit. Yang Berhormat Tawau mungkinlah tetapi kita will give a fight of her life nanti.

Di Pasir Salak ada 10 orang sahaja... [Ketawa] PKR datang menyalak, 10 orang sahaja.

Yang Berhormat Kota Belud.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

PAS.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini Yang Berhormat Kuala Selangor, kalau PAS di Sabah bertanding, semua hilang deposit.

Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd YusoffPKR · PRBalik Pulau

Dia pun bertanding pun kalah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Sri Gading, PAS kalau bertanding di Sabah, hilang deposit bukan kalah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu menunjukkan kami demokrat. Yang Berhormat Kota Belud ...

Itu sejarah dia.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu sejarahnya, kita kena faham.

Dahulu, kini dan selamanya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tu dia. Di Sabah dia kalah bukan kalah, tetapi kalah dengan hilang semua undi. Tidak ada yang lebih memalukan kepada sebuah parti yang demokrat dalam negara ini kalau...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu menunjukkan kami demokrat. Kalah pun kami still bertanding. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat kalah bertanding...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalah dengan hilang deposit. Ini hakikat Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

It’s okay.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Belud, perbahasan ini rang undang-undang untuk meminda satu akta. Bukan pasal politik. Kalau politik, keluarlah Ahli- ahli Yang Berhormat, di luar sana bincang.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ada kaitannya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta maaf, saya hanya berpolitik jika Yang Berhormat Kuala Selangor berpolitik. Ini kenakan. Saya sudah katakan, you have no business in Sabah Yang Berhormat, you know.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

You mean, tengok kenegerian. Baru tadi dia sebut Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang itulah kenegerian, sombong. Sabah itu Malaysia.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita tidak boleh kenegerian, the ultimate of kenegerian.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan mesyuarat...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila bertenang, bertenang. Sila berbahas dengan baik.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua. Kalau pun beliau kenegerian, saya masih menerima because that is the legitimate dissent. I may be disagree with you but I will defend your right to say.

Saya ingat Yang Berhormat Kota Belud perlu rehatlah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua dahulu pernah menjadi presiden...

Yang Berhormat perlu rehat, suruh beliau minum luar.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua dahulu pernah jadi Presiden Akar, sebuah parti yang begitu ternama pada waktu itu. Zaman itu Tuan Yang di-Pertua begitulah mengangkat parti Akar menjadi parti yang kuat di negeri Sabah, bekerja. Akan tetapi kalau parti PAS ini, sebuah parti yang mengatakan dia kuat, hilang deposit ini, malulah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud, celah.

Tinggal tunggul.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itulah demokrasi Yang Berhormat Kota Belud, kalah pun kita bertanding, kita bertahan. It is democracy.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, itu menunjukkan kami democracy. Kita rela, we show that we ...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Rakyat Sabah tolak.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Hilang deposit bukan satu tempat tetapi banyak tempat dan banyak kali.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalah menang bukan isunya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

...Apa you buat?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Hilang deposit malu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh saya celah?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Let me speak.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Democracy.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini yang saya katakan tadi, berkokok kuat di sini. Kalau di Sabah ini...

Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud, celah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Last.

Yang Berhormat Kota Belud, boleh? Saya hendak tanya satu andaian.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud sini. Telok Intan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya cuma last Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan.

Yang Berhormat Kota Belud, kawan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud, hoi sibuk. Shut up lah you. You UMNO lapdog.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Israel ini janganlah. Yang Berhormat Pokok Sena, hilang depositlah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Come on, kita kawan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Hilang deposit Yang Berhormat Pokok Sena. Saya bagi kepada Yang Berhormat Pokok Senalah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Shut-up lah, get out. You UMNO lapdog, you are dog... [Bercakap dalam bahasa Tamil]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Kota Belud yang petang-petang ini menghiburkan kita semua. Saya gembira melihat Yang Berhormat Kota Belud menjadi penglipur lara pada petang ini. Maknanya ini satu perkembangan. Memang banyak artis baru yang muncul daripada Sabah dan Sarawak termasuklah penglipur lara yang baru.

Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Hulu Selangor membangkitkan peraturan mesyuarat. Sila.

Tuan Yang di- Pertua, 36(6).

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Hulu Selangor, duduklah.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat mana Yang Berhormat, saya kurang dengar tadi.

Peraturan 36(6).

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 36(6), sila.

Yang Berhormat Telok Intan menggunakan nama “lapdog” terhadap saya. Saya mohon beliau tarik balik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

“Hot dog”. Saya dengar “hot dog” Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

You matter…

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Pokok Sena, cukuplah. Saya tarik balik, saya tarik balik.

Itu Parliamentarian.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Soalan, soalan. Tuan Yang di- Pertua, petang-petang ini kadang-kadang dengar lain sudah.

”Lapdog”, itu sangat sopan sekali.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Kota Belud, tadi Yang Berhormat sebut bahawa kononnya apakah perlu diambil tindakan melalui undang-undang ini kepada orang yang menimbulkan semangat kenegerian seolah- olahnya macam Barisan Nasional ini tidak menimbulkan ini. Saya hendak tanya, kalaulah betul kita tidak menimbulkan semangat kenegerian, kenapa bila kita hendak masuk Sabah dan Sarawak ini hendak kena check imigresen? Sepatutnya bahawa kalau kita ini Malaysia...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sudahlah, sudahlah. Tuan Yang di- Pertua...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Tidak perlulah menunjukkan bahawa bagaimana semangat kenegerian yang begitu mendalam...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, okey, okey.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sehingga kadang-kadang menyekat kemasukan sesetengah pihak daripada Semenanjung.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ranau, bantu saya menjawab ini boleh Yang Berhormat Ranau? Saya bagi ruang.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi apa...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Pokok Sena tanya kenapa di Sabah kita mewajibkan Yang Berhormat Pokok Sena pakai IC atau pasport masuk ke Sabah. Ada pandangan Yang Berhormat? Kalau tidak...

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya mahu.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bagi pada Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih. Terima kasih kerana bagi peluang untuk saya sekurang-kurangnya berdiri juga saya petang ini, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena, percaya tidak kalau Malaysia ini kita tubuhkan, masa itu Sabah dan Sarawak yang membantu penubuhan Malaysia ini dan ini yang perlu kita hormati di mana kita telah berjanji ada 20 point agreement itu? Kita hormati yang itu cukuplah...

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kalau tidak setuju itu, susahlah.

Kita setuju.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jangan mengaku hendak jadi Malaysian macam itu.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jangan kacau dialah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Setujulah menghormati itu.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okey, terima kasih.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu menunjukkan bahawa perlunya juga kepada semangat kenegerian.

Belajar sejarah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Batang Sadong, saya hendak tanya Yang Berhormat...

Buta sejarah, macam mana hendak bagi cerita?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi tidak perlu hendak bangkitkan kata ada orang yang membangkitkan semangat kenegerian dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

Maksudnya kenegerian itu bukan satu jenayah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya setuju bahawa perlu, maknanya menunjukkan bahawa tidak berbangkit...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Batang Sadong...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Persoalan orang hendak menaikkan semangat kenegerian.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Hei, bukan pasarlah! Ini bukan pasarlah Yang Berhormat, tolonglah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong...

Yang kutuk semangat kenegerian ini Yang Berhormat Kota Belud, bukan dari sini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya Allah! Yang Berhormat Batu, duduk dahulu. Yang Berhormat Batang Sadong, satu point yang cukup bagus tapi Yang Berhormat sedarkah, dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya baru-baru ini, saya membaca prosiding-prosiding mesyuarat dan sebagainya, apabila bab yang hendak memberikan 34% minimum kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak, saya baca saya terasa macam seolah-olah rakan-rakan parti pembangkang itu tidak begitu bersetuju. Dia bukannya membantah tapi dalam bab yang itu dia tidak macam, “Oh, ya betul. Saya sokong Sabah dan Sarawak mesti dapat.” Saya baca, saya baca Hansard. Yang Berhormat tidak baca? Laporan Prosiding Mesyuarat. Waktu itu apabila disentuh tentang undi pos, wah, macam-macam. Banyak bising dalam mesyuarat itu. Akan tetapi apabila bab yang hendak memberi keistimewaan mengikut semangat Malaysia Agreement itu Yang Berhormat Sri Gading, untuk bagi 34% supaya rakan-rakan kita daripada semenanjung, macam diam sedikitlah, dia tidak setuju. Kenapa Yang Berhormat Batang Sadong? Itu macam seolah-olah...

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Hendak mencelah lagi?

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Boleh, terima kasih. Saya hendak membawa Dewan yang mulia ini kepada sejarah penubuhan Malaysia di mana saya teringat apabila saya terbaca mengenai sistem majoriti mudah di mana sebelum itu dibawa perbincangan ke arah penubuhan Malaysia di mana ada Laporan Lord Reid nya, semuanya membawa kepada equality system dengan izin. Jadi di situ kalau boleh kita cadangkan di sini, rakan-rakan kita untuk menghormati sejarah penubuhan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak memainkan peranan yang begitu penting sekali. Jadi di situ Cobbold Commission semua itu kena baca. Kalau saya hendak cerita di sini, jadi ahli sejarah di sini pun tidak baik juga. Saya tidak hendak ambil floor. Terima kasih.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Batang Sadong, Cobbold Commission itu Yang Berhormat Pokok Sena ingat ‘koboi’. Dia ingatkan ‘koboi’. Yang Berhormat Pokok Sena ingatkan itu ‘koboi report’. Mana ‘koboi report’. Sebenarnya Cobbold. Yang Berhormat Pokok Sena, baca. Bukan ‘koboi’. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, last, last.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini betul-betul koboi Kota Belud ini... [Ketawa]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dia ingatkan ‘Cobbold’ itu ‘koboi’. Masya-Allah, masya-Allah. Saya hendak beritahu dua perkaralah. Satu, tolong jangan gunakan Israel sebagai perbandingan. Tolong, jangan. Nanti Yang Berhormat Sri Gading marah. Walau sebagai benchmark, itu tidak betul. Nanti akan memarahkan rakyat. Itu satu. Yang keduanya, lagi cepat Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang melihat pindaan ini dan juga SOMSA itu iaitu Special Officer and Special Measure Act itu dengan

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

izin, lebih cepat mereka menghargai ataupun mengakui bahawa undang-undang ini bukan untuk menyekat mereka, bukannya berbentuk politik, saya rasa lebih cepat kita boleh menyaksikan keamanan dan keganasan di negara kita ini dapat dikawal dengan sebaiknya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

I got to go by convention, seniority yang duduk depan. Because kalau saya semua pun sama juga. Sila Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, memang saya akui pada mulanya persiapan saya itu agak sedikit sangat, tapi mendengar ucapan Yang Berhormat Kota Belud memberikan saya idea terutama bercakap tentang...

Tuan Yang di-Pertua

Jangan terlampau lari daripada main road ya, Yang Berhormat.

...Terutama bercakap tentang sabotaj ekonomi, apakah ia termasuk dalam perkara yang boleh dikenakan tindakan mengikut Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya terbaca komen yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir berkenaan dengan penjualan sebuah Lebuhraya MEX, yang dibuat oleh Tan Sri Abu Shahir di mana bekas Perdana Menteri, Tun meminta supaya Tan Sri Abu Shahir sendiri memberikan penjelasan kepada public kerana kata Tun, kalau dia hendak jual milik dia sendiri okey, tapi kalau dia jual satu aset yang kerajaan bagi bantuan kepada dia semasa hendak buat lebuh raya itu – aset lebih RM900 juta dan dia telah jual dan dia mendapat keuntungan atas angin. Jadi tindakan ketika membiayai sebuah projek prasarana seperti itu dengan menggunakan dana awam ini yang kemudiannya setelah pemegang konsesi itu melakukan operasinya selama lima enam tahun, dia jual dan dia dapat keuntungan mudah, apakah ini juga termasuk dalam takrif sabotaj ekonomi macam menentang kes empangan di Kota Belud tadi? Itu idea pertama. Saya baru terlintas. Idea kedua saya terlintas adalah kerana ini kes mahkamah dan Tuan Yang di- Pertua akan menyekat saya, tapi saya cuma hendak menyebut satu projek yang kita memberi dana kerajaan sebanyak RM250 juta untuk satu tujuan, dan ketika saya mendedahkannya di dalam Parlimen, berbahas dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian waktu itu, dipertahankan oleh beberapa orang rakan Yang Berhormat. Akan tetapi kemudiannya saya difahamkan melalui maklumat yang ada di tangan saya sekarang, rupanya yang kuat mempertahankan itu pun terbabit. Sebab lembu ini dia ada kulit, Tuan Yang di-Pertua. Kulit lembu ini sebenarnya boleh memberikan satu peluang perniagaan yang lumayan. Patutlah kita bersungguh sangat pertahankan, tapi sampai masa nanti insya-Allah kita akan maklumkan. Tuan Yang di-Pertua, dalam Kanun Keseksaan ini tertera di sana satu fasal berkenaan dengan memiliki dokumen, surat dan segala macam yang dianggap sebagai boleh, dengan izin, possession of document and publication detrimental to Parliamentary Democracy. Kemudian, printing, sell, etc., of documents and publication detrimental to Parliamentary Democracy. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, katakanlah saya mendapat akses kepada satu surat daripada seorang peguam yang bertindak bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia. Kemudian menulis surat dia ini kepada Ketua Hakim Negara, menulis surat dia kepada Presiden Mahkamah Rayuan.

Dia tulis surat kepada Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Dia minta untuk semua kes yang dikendalikan daripada sekian tarikh ke sekian tarikh di mahkamah, dia mohon ditangguhkan. Itu perkara biasa. Seorang peguam memohon penangguhan. Itu kes biasa. Baik. Akan tetapi alasan penangguhan itu agak menarik. Saya baca, dengan izin, we write to Yang Amat Arif. Yang Amat Arif on the above matter as we seek to appraise your Lordship of a specific development whereby (peguam berkenaan disebut) has been

appointed on behalf of Government of Malaysia in particular by Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (disebut nama) and Datin Paduka (isteri kepada Perdana Menteri). Yang saya hendak timbulkan ialah sejak bila takrifan Government of Malaysia ini termasuk ‘Perdana Menteri dan isteri’. Yang itu saya timbul keraguan sedikit. Kekeliruan saya. Itu tidak apa. Fasal pertama, memaklumkan kepada hakim berkenaan dia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia. Kata peguam ini, Kerajaan Malaysia itu adalah ‘Perdana Menteri dan isteri’. Disebut di sini bahawa, ‘The nature of this legal assignment is confidential at present’. Buat masa ini sulit, but, if required, this lawyer kata, dia boleh hadir secara peribadi untuk berjumpa Yang Arif Hakim. Yang Arif Hakim menerangkan apa dia sensitif itu, confidentnya apa dia. Sebagai akibat daripada pelantikan dia sebagai hakim, maka dia akan travel ke New York, London, Dubai, Paris untuk tempoh tiga minggu. Kemudian dia kata lagi, dia perlukan ini semuanya mestilah diselesaikan sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, seorang peguam tulis kepada Ketua Hakim Negara, beritahu dia dilantik oleh kerajaan yakni Perdana Menteri dan isteri, kemudian dia perlu travel ke beberapa bandar raya besar seperti New York, London, Dubai dan Paris. Kita tahu. Paris hujung bulan ini memang ada perbicaraan di mahkamah Paris oleh dua investigative judges terhadap skandal pembelian Scorpene yang katanya mengaitkan tokoh politik kita. Saya tidak sentuh. Akan tetapi kalau memohon penangguhan dengan memberikan alasan sebegitu. Kemudian surat itu Yang Berhormat, disebut dengan terang di sini, dia mesti selesaikan sebelum pilihan raya. Dengan terang dia minta. Ini semua dia kena selesaikan semuanya sebelum pilihan raya. Disebut, ya. Disebut...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

...”To undertake a sensitive legal assignment overseas that must be completed before the general election (which is rumored to be very soon).” Surat kepada Ketua Hakim Negara, CC kepada Perdana Menteri, CC kepada isteri Perdana Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta laluan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang cukup serius di mana seorang peguam boleh menyatakan beliau dilantik oleh kerajaan. Saya hendak minta sahabat saya daripada Machang. Adakah sahabat saya tahu bahawa kerajaan biasanya diwakili oleh Peguam Negara dan juga Peguam Negara ini dipisahkan. Jabatan Peguam Negara dipisahkan kepada dua bahagian. Satu, untuk kes jenayah di mana memang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya dan lagi satu di bahagian Federal Council. Peguam Kanan Persekutuan atau Peguam Persekutuan yang mengendalikan perkara-perkara sivil. Jadi, soalan kepada Yang Berhormat Machang. Adakah surat yang dibacakan itu menyatakan bagaimana beliau ini dapat dilantik? Saya hendak tanya terus terang kepada Yang Berhormat Machang. Siapakah peguam ini? Adakah dia adalah Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Puchong, Tuan Yang di-Pertua. Saya timbulkan perkara ini kerana rang undang-undang yang sedang kita bahaskan ini memanglah ia menyebut kalau kita ada dalam possession kita, dokumen yang dianggap detrimental to Parliamentary Democracy. Apa dia kaitan dengan Parliamentary Democracy? Cabang kehakiman, cabang eksekutif. Yang Berhormat Puchong bangkitkan kepada saya, apakah ini satu amalan biasa? Yang faham kita, kes-kes yang membabitkan Kerajaan Malaysia, memang itulah peranan Peguam Negara. Misalnya, dalam kes yang disebut oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff dalam kesnya membanteras gejala kongsi gelap di Johor, yang membawa kepada penangkapan seorang suspek. Kemudian dibuang ke Jeli. Siapa yang membuat afidavit bagi membebaskan suspek ini? Datuk Ramli kata, sepatutnya Peguam Negara membantu dia bagi pihak polis. Akan tetapi tidak. Yang membuat afidavit bagi pihak suspek ini ialah Peguam Negara. Peguam Negara membuat afidavit ke atas suspek kongsi gelap dan akhirnya bebas. Lawannya siapa? Lawannya Datuk Ramli yang terpaksa hire peguam lain. Ini sudah ‘kongkalikong’. Sudah tunggang langgang. Jadi, kalau itu boleh berlaku, sahabat saya

daripada Puchong, bukanlah sesuatu yang aneh untuk kes ini, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ini, menyebut dengan jelas bahawa dia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia in particular. Nama Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, assignment luar negara, New York, Paris, kemudian mesti selesai sebelum pilihan raya dan senaraikan a blanket postponement. Dia minta suatu penangguhan secara blanket ke atas kes-kesnya. Rakan-rakan saya di sini dan di sana ramai yang menjadi peguam.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Hendak dapat penangguhan, tulis kepada hakim itu perkara biasa. Rakan saya dari Selayang, seorang peguam, pernah cerita. Hendak dapat penangguhan daripada hakim, tidak mudah juga hakim bagi. Kadang- kadang hakim tidak bagi. Ada peguam yang terpaksa berhujah dalam mahkamah sampai rebah kerana tidak sihat. Hakim suruh jalan juga. Yang ini, hakim juga manusia biasa. Saya tidak mahu bersangka buruk kepada hakim. Akan tetapi kalau sudah surat menyebut Perdana Menteri lantik, isteri Perdana Menteri lantik, CC pula surat itu kepada Perdana Menteri dan juga isteri. Dalam kes yang sensitif, sensitif itu pula, peguam ini kata, dia boleh berjumpa dengan Peguam Negara secara sulit, hendak jadi apa kita ini?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta laluan. Puchong sekali lagi. Terima kasih rakan saya daripada Machang dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk rekod, peguam yang sama ini telah pun mewakili satu daripada suspek di dalam kes Altantuya pada permulaannya. Juga hasil daripada itu, terdapat kebongkaran beberapa SMS di antara peguam tersebut dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Soalan yang saya hendak tanya kepada sahabat saya daripada Machang, kebiasaannya seseorang itu tulis surat kepada hakim, Tuan Yang di-Pertua, kita minta penangguhan. Biasanya alasan tersebut ditulis di dalam surat tersebut secara jelas dan surat itu disalinkan kepada pihak yang berlainan supaya sekiranya terdapat sebarang bantahan, maka memang boleh bantahan tersebut diambil setelah diketahui Tuan Yang di-Pertua, apakah alasan tersebut? Jarang Tuan Yang di-Pertua, kita ada keadaan di mana kita minta supaya kita dapat hadir untuk memberikan Ketua Hakim Negara satu briefing berkenaan dengan perkara-perkara sensitif. Adakah itu berlaku dalam surat tersebut? Saya belum lihat surat tersebut, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi ini memang satu keadaan di mana kita sebagai peguam yang amalkan guaman, we want to know. Adakah surat tersebut meminta untuk satu confidential meeting. Satu. Keduanya, adakah ia disalinkan kepada pihak bersebelahan? Yang Berhormat Machang, boleh saya dapat satu penjelasan? Terima kasih.

Yang Berhormat Machang, sikit sahaja, Yang Berhormat Machang. Lanjutan atas isu yang sama. Sikit sahaja, Balik Pulau. Yang Berhormat Machang, saya rasa perkara ini bukan perkara yang perlu dipandang ringan kerana individu tersebut, peguam yang sama ialah yang dilantik oleh kerajaan. Satu ketika di SUHAKAM untuk menjadi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Dilantik seterusnya mewakili negara ke, dengan izin, ASEAN Intergovernmental Commissions on Human Rights. Saya rasa ini satu perkara yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan satu individu yang mewakili nama baik kerajaan. Saya pohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya dari Puchong bertanyakan apakah kandungan surat itu, meminta pertemuan peribadi tertutup. Dalam perenggan ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang berbahas membawa satu surat yang surat ini kesahihannya masih lagi, kalau saya, saya tidak tahu sama ada autentik atau tidak, begitu. Jadi saya cuma ingatkan Yang Berhormat Machang, hati-hati membawa perkara ini kerana ini melibatkan seorang yang tidak berada dalam Dewan Mesyuarat yang dapat mempertahankan diri dan sedemikiannya. Itu cuma caution saya, hati-hati.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Tuan Yang di-Pertua hendak ingatkan saya sebab melibatkan Ketua Hakim

Negara ataupun – tetapi seorang peguam biasa. Dia juga seorang rakyat biasa yang apabila dia melakukan satu perkara akan ada timbal balas reaksi. Oleh sebab itu saya kaitkan tadi, apakah dengan saya memiliki dokumen seperti ini nanti, apabila Kanun Keseksaan berkuat kuasa, saya akan terdedah kepada tindakan walhal Tuan Yang di- Pertua bangkitkan soal authenticity of the letter. Saya sempat melakukan risikan saya bahkan kes-kes yang dimohon penangguhan sudah pun sah ditangguhkan. Adakah ia disalin kepada peguam lawan? Menjawab soalan Yang Berhormat Puchong, dalam surat ini tidak ada salinan kepada peguam lawan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hormati teguran Tuan Yang di-Pertua, saya harus berhati-hati. Akan tetapi sebagai seorang yang mengambil interest public at last sebagai keutamaan, inilah platform terbaik untuk saya meminta penjelasan daripada pihak kerajaan. Pertama, sila sahkan apakah kebenaran tentang proses mendapatkan penangguhan dengan cara ini dan tempek pula dengan nama. Kalau benda ini tak betul, sedangkan nama Yang Amat Berhormat Pekan dan juga nama isteri dibabitkan itu jauh lebih serius. Padahal tidak ada kena mengena pun, tidak perlu pergi New York pun, tidak perlu pergi Paris pun, tidak perlu pergi London seperti mana surat. Akan tetapi salinan kepada kepada Yang Amat Berhormat perdana Menteri dan sebagainya dan keadaan Yang Berhormat Perdana Menteri tidak lantik dia, tidak tahu menahu. Ini lebih serius. Oleh sebab itu, yang saya soalkan ialah proses untuk kita meluluskan dan kemudiannya rang undang- undang yang tertera di sini berkenaan memiliki dokumen yang dianggap sebagai boleh menjejaskan amalan perjalanan Demokrasi Berparlimen dan sebagainya. Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua yang saya sifatkan sebagai platform terbaik untuk pihak eksekutif memberikan penjelasan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Machang, minta mencelah. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang, apa yang disebut tadi oleh surat ini cukup menarik. Saya pun ingin berkongsi di sini maklumat yang saya ada tentang surat itu sebab peguam-peguam yang menerima salinan surat itu telah mengesahkan kesahihan surat itu kepada saya. Termasuk peguam yang mewakili Majlis Peguam sebab Majlis Peguam terlibat dalam salah satu kes yang telah disenaraikan dalam senarai kes yang dilampirkan pada surat tersebut. Pengesahan bagi saya, kesahihan surat itu Tuan Yang di-Pertua bukan isulah di sini. Isunya yang saya nampak Yang Berhormat Machang bawa dan ini pun saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Machang, apakah implikasi kandungan surat ini? Sebab di sini ia didedahkan. Satu isu ialah sama ada Kerajaan Malaysia ini boleh disamakan dengan Perdana Menteri dan isterinya. Itu satu isu. Akan tetapi juga yang isu lebih besar adalah yang didedahkan dalam permintaan penangguhan kes itu iaitu dia mengendalikan satu sensitive mission. Apa sensitive mission ini yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya dan melibatkan kes-kes mahkamah di empat bandar raya di dunia ini. Secara terperinci disebut tugasnya adalah pergi ke tempat-tempat ini, menemu duga saksi- saksi, mengambil statement, membuat claims dan sebagainya. Ini sudah jadi satu isu kepentingan awam dengan pendedahan ini dan banyak soalan timbul sekarang. Apakah isu ini yang akan dibawa oleh peguam ini yang berkaitan. Because ini bukan isu peribadi lagi sebab dikaitkan dengan masa, tempoh, timing dengan izin pilihan raya. So is no more a private matter. What is this about? Apakah implikasinya semua ini perlu dijawab oleh kerajaan. Berbalik kepada hubungan dengan rang undang-undang ini. Ini yang maksud kita dengan definisi atau takrifan yang cukup longgar, espionage dengan izin Tuan Yang di- Pertua, disebut di sini saya baca dengan izin; “means an activity to obtain sensitive...”

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang. When you are debating, you mesti ingat bahawa ini floor Machang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Betul, I am to go back to him.

Tuan Yang di-Pertua

So you...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, definisi ini sebagai contoh. So, bagi saya, saya ingin minta pendapat daripada Yang Berhormat Machang. Definisi “espionage” di sini, dengan izin, an activity to obtain sensitive information by ulterior or illegal means for the purpose that is prejudicial to the security or interest of Malaysia. Bukan macam sekarang dituduh melakukan espionaj sebab memiliki dokumen dan ada juga kesalahan lain lagi. This

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

is what we mean Tuan Yang di-Pertua. Itulah isunya yang saya hendak bangkitkan daripada Yang Berhormat Machang dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Machang.

Terima kasih rakan saya dari Subang Tuan Yang di-Pertua. Itulah isu yang saya tadi berpendapat. Maksud yang saya ingin sampaikan, dan saya mohon ia dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya kerana apakala proses meluluskan rang undang-undang ini selesai sampai ke Dewan Negara, kemudian diwartakan Tuan Yang di-Pertua, apa jadi apabila kita mengambil peranan untuk mendedahkan atau menghebahkan perlakuan yang seperti ini. Apakah di sana kita tertakluk kepada perkara yang dianggap sebagai memiliki dokumen yang mengancam, menjejaskan perjalanan demokrasi? Sedangkan seperti disebut oleh Yang Berhormat Subang, seperti disebut oleh rakan-rakan saya dari Balik Pulau dan juga Puchong, ini sudah melibatkan isu kepentingan awam kerana surat yang memberikan perincian ini. Seorang hakim juga seorang manusia biasa. Walau sebagaimanapun, kita hendak menghormati prinsip pengasingan kuasa, apabila tertera nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, dan itu terbukti bila kita melakukan semakan terhadap kes-kes, di tangguh sungguh. Jadi ada kesan terhadap permohonan ini kepada perjalanan kes. Barangkali kalau ikut hari bulan sekarang Tuan Yang di-Pertua, peguam ini sudah berada di luar negara sebab dia hendak kena interviu saksi, hendak kena prepare affidavit, hendak kena negotiate dengan pelbagai pihak, hendak kena draf claim, affidavit, interviewed witnesses who are in New York, London, Paris, Bessel or segala macam. Jadi saya tinggalkan ini Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Menteri yang akan menggulung dan menjawab kerana saya ambil ini seperti rakan-rakan yang lain, kita anggap ini sebagai satu isu yang serius terutama ketika memohon penangguhan secara blanket terhadap puluhan kes, yang pertama. Kedua, apakah benar itu membabitkan Kerajaan Malaysia yang melantik? “I have been appointed on behalf of the Government of Malaysia in particular Yang Amat Berhormat Perdana Menteri and isteri Perdana Menteri,” jelas...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Machang minta penjelasan isu yang sama. Sorry Yang Berhormat Batu. Just a very short. Di sini Yang Berhormat Machang, saya juga hendak tanya kemungkinan boleh dimasukkan juga persoalan Tuan Yang di-Pertua, kalau lantikan ini daripada kerajaan, saya hendak tahu siapa yang bayar kos guaman dan juga siapa yang bayar tanggung segala kos untuk peguam ini pergi ke merata tempat di dunia untuk mengambil arahan dan sebagainya. Itu adalah satu perkara yang saya rasa is in interest of public kerana kalau dilantik oleh kerajaan, adakah kerajaan bayar untuk semua ini, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Machang, sedikit sahaja. Saya ingat kita bangkitkan isu ini, berkenaan dengan undang-undang ini yang kita ingin tunjukkan berapa problematic kalau kita luluskan undang-undang ini. Tuan Yang di- Pertua, tadi sebut sama ada dokumen ini autentik atau tidak. Masalah sekarang kalau undang-undang diluluskan, kalau ini tidak autentik, kita hendak tahu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Kalau tidak autentik, 124(I), dissemination of false reports, kena pula kepada Yang Berhormat Machang. Kalau ia authentic, kepentingan negara, Yang Berhormat Machang juga kena espionaj, imprisonment for life.

So, ini yang jadi masalah dan kita harus jelaskan. Kalau undang-undang ini jangan keterlaluan sampai whistleblower tidak berani dedahkan dokumen. So, itu tadi kita sebut kepentingan awam. Akan tetapi rang undang-undang ini sebut kepentingan negara. Jadi apa yang kita harus jelaskan ialah perbezaan di antara kepentingan awam dan kepentingan negara. Kita harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Machang. Sebab saya mengingatkan Yang Berhormat Machang ialah menurut peraturan mesyuarat kita setiap apa dokumen yang dikemukakan oleh seorang Ahli Yang Berhormat waktu berhujah sama ada ia keratan-keratan akhbar seperti begini, Yang Berhormat yang membawa itu bertanggungjawab kepada kesahihan. Itu sebab saya mengingatkan. Apabila Yang

Tuan Yang di-Pertua

Berhormat itu sudah ingat, sedar itu terpulang kepada dia untuk risiko-risiko yang seterusnya. Kerana ada Ahli Yang Berhormat terdahulu macam mendiang Datuk Mark Koding yang membuat hujah, selepas itu diambil tindakan oleh polis kerana menghasut. Soal-soal yang lain itu Yang Berhormat saya tidak ambil kira kerana tugas saya mempengerusikan mesyuarat. Bagi peguam-peguam pula yang tahu ini, macam Yang Berhormat Subang, macam Yang Berhormat Puchong mengesahkan maybe they are within the privy of that thing because they have got a copy. I have not got anything. Itu sebab. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan rakan saya Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Puchong. Kalau yang menjadi peguam bagi pihak Perdana Menteri dan bagi pihak negara Malaysia iaitu Peguam Negara, segala perbelanjaan penerbangan, penginapan, makan minum dan entertainment dan sebagainya kita faham. Itu sememangnya entitle untuk dia. Akan tetapi apakala kita melantik seorang peguam dan pengamal undang-undang persendirian bagi pihak kerajaan Malaysia tentulah soal pembiayaan kos ini harus ada pertanggungjawaban. Saya anggap itu persoalan yang sangat kuat. Yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Batu soal authenticity yang Tuan Yang di-Pertua ingatkan saya dan saya hormati. Pihak kami juga telah melakukan siasatan yang rapi. Saya tengok begini. Sewaktu kita meluluskan Undang-undang Kesalahan Keselamatan Tuan Yang di-Pertua, kalau di pihak kerajaan penyataan daripada orang yang sudah mati pun boleh pakai. Tidak mengemukakan exhibit pun boleh. Kemudian sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak pun tidak apa. Maknanya begitu sekali kelonggaran yang diberikan kalau hendak sabitkan seorang yang disyaki sebagai menjejaskan keselamatan negara. Akan tetapi di dalam kes macam ini, we have to go through process keaslian surat, kesahihannya, apakah betul proses lantikan dibuat. Walhal musibah kepada hal ini membabitkan institusi kehakiman, eksekutif dan ini saya anggap sebagai asas utama di dalam semangat kita mengambil bahagian berbahas dan kita nyatakan ini Tuan Yang di- Pertua dengan sikap dan perasaan penuh tanggungjawab, insya-Allah.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ada hendak tanya Yang Berhormat Kota Belud?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya, betul. Baik, kita juga Tuan Yang di-Pertua, melalui semakan kita juga Tuan Yang di-Pertua di pihak Presiden, Majlis Peguam sendiri mengesahkan bahkan rakan saya Yang Berhormat Seputeh, dia adalah di antara kes yang dimohon penangguhan oleh peguam berkenaan sebab peguam berkenaan mewakili Utusan Malaysia versus Yang Berhormat Seputeh dalam kes fitnah. Soal azan masjid, segala macam itu. Itu pun jadi kes. Oleh kerana kita access kepada rangkaian seperti ini Tuan Yang di-Pertua, memang mengesahkan ada kes ditangguhkan, ada peguam menegaskan dapat salinan. Sedangkan alasan penangguhan itu Tuan Yang di- Pertua semacam ada satu keistimewaan kepada manusia peguam ini. Kita berharap pertemuan sulit yang diminta oleh peguam itu harap-harap tidak terjadi sebab kalau sudah jumpa, pertemuan sulit, beritahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah lantik saya untuk kes..., ini sulit, sulit. Beritahu dengan Ketua Hakim Negara, beritahu dengan Presiden Mahkamah Rayuan. Yang ini saya anggap sebagai suatu amalan yang dilihat boleh mencetuskan keraguan, salah faham dan sebagainya. Jadi yang inilah Tuan Yang di-Pertua, saya anggap sebagai sebahagian daripada butiran perbahasaan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim bin AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan rang undang-undang ini adalah kesinambungan daripada Rang Undang- undang Kesalahan Keselamatan iaitu Rang Undang-undang Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, apabila rang undang-undang ini dibentangkan, kita masih lagi berlegar, berbahas mengenai dengan demokrasi hak asasi dan sekarang apa yang

Dato' Ibrahim bin AliPAS · PRPasir Mas

dikatakan detrimental to Parliamentary Democracy dan juga bagaimana kaitannya dengan keselamatan negara. Jadi Tuan Yang di-Pertua, macam-macam tafsiran dibuat ada yang saya dengar perbahasan yang ada substance, ada fakta, ada yang merapu, ada yang tidak faham. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam soal Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan ini untuk menangani masalah keselamatan negara, pertama, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab iaitu dalam kes keselamatan negara antara perkara yang penting ialah hendak menjamin kerahsiaan operasi sulit yang dijalankan ke atas sasaran. Kedua, saya juga ingin mengetahui bagaimanakah rang undang-undang ini dapat menentukan bagi mengelakkan identiti sumber dari terdedah kepada pengetahuan umum. Ketiga, bagaimana ianya boleh mengelak perasaan cemas orang awam, public panic dan masyarakat antarabangsa berkaitan situasi keselamatan negara yang boleh menjejas keyakinan mereka terhadap situasi keselamatan dan ekonomi negara. Kita tahu perancangan awal tanpa persiapan fizikal tidak dapat dibuktikan di mahkamah terbuka. Contoh, Yazid Sufaat seorang anasir JI dan pakar biokimia yang hanya menjalani latihan ketenteraman dan membuat bom di Afganistan sukar didakwa di bawah undang-undang terbuka di negara ini. Jadi, bagaimana kita hendak menangani keselamatan negara apabila semua perkara di bawa ke mahkamah. Oleh sebab tu daripada awal lagi saya masih bercakap soal ada baiknya Akta Keselamatan Dalam Negeri dikecuali, diberi tambah baik tetapi kita sudah melangkah ke hadapan. Saya hendak mengulangi balik Tuan Yang di-Pertua, selepas insiden 9 September di Amerika, banyak negara yang menghadapi masalah untuk menangani ancaman pengganas ataupun tindakan-tindakan pihak-pihak tertentu yang boleh menghuru-harakan negara masing-masing. Ada pihak berkuasa negara-negara tertentu didapati telah mengkaji keperluan untuk menggubal undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman pengganas secara efektif dan pantas. Dalam konteks ini, Amerika Syarikat saya sudah sebut di waktu perbahasan akta yang terdahulu iaitu the Patriot 2001 tadi pun ditambah akta yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud. United Kingdom, Anti Terrorism, Crime and Security Act 2001, di Canada Anti Terrorism 2001 dan Australia Anti Terrorism Act 2005. Manakala Kesatuan Eropah pula memperkenalkan Anti Terrorism Measure 2002. Di Indonesia misalnya, undang-undang Kasus Tindak Pidana Terrorism 2002. Ini semuanya untuk memperuntukkan kuasa penahanan pencegahan seperti dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dato' Ibrahim bin AliPAS · PRPasir Mas

Itu sudah tidak ada lagi di negara kita. Oleh tu sungguhpun pasukan keselamatan di sesetengah negara, Tuan Yang di-Pertua mengetahui akan ancaman awal bahawa akan berlaku serangan pengganas di negara mereka tetapi mereka menghadapi masalah untuk mengambil tindakan pencegahan awal kerana tidak ada undang-undang khusus untuk menanganinya. Saya mengulangi membangkitkan perkara ini sebab ini yang penting asasnya dalam mempertahankan keselamatan negara. Insiden yang pernah berlaku di Bali, Indonesia pada bulan Oktober 2002 dan pengeboman Hotel JW Marriot Jakarta pada bulan Ogos 2003, Kedutaan Australia di Jakarta pada bulan September 2004 dan pengeboman Bali kedua pada bulan Oktober 2005 dan diikuti beberapa insiden lain seperti Madrid, Sepanyol pada bulan Mac 2004 dan London pada bulan Julai 2005 boleh dielakkan sekiranya tindakan pencegahan awal dibuat secara berkesan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Lain-lain contoh yang boleh dijadikan pengajaran Tuan Yang di-Pertua, adalah insiden-insiden ajaran sesat seperti Jim Jones di Guyana pada 1978 di mana 900 orang pengikutnya membunuh diri, insiden ajaran sesat di Waco, Texas pada 1993 yang mana 86 orang pengikut David Koresh telah membunuh diri dan serangan gas sarin di Tokyo pada bulan Mac 1995 oleh kumpulan Aum Shinrikyo yang dipimpin oleh Shoko Asahara. Dalam

Dato' Ibrahim bin AliPAS · PRPasir Mas

kesemua insiden ini, pihak berkuasa mempunyai maklumat awal tentang kegiatan mereka tetapi tidak boleh bertindak kerana undang-undang pencegahan tidak ada. Jadi, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, mengambil kira semua perkara ini dengan pemansuhan ISA termasuklah akta baru ini yang kita bahaskan sekarang ini. Apakah pada pandangan kerajaan belum memberikan keyakinan jika berlaku perkara-perkara seumpamanya di negara kita, pihak keselamatan boleh dan berkesan daripada segi mengambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, secara umumnya saya ingin mengulangi lagi apabila dilihat pada rang undang-undang ini, ia perkara-perkara yang boleh disabitkan kesalahan, tidak dijelaskan dengan secara terperinci. Maka saya hendak mengulangi cadangan saya supaya perkara yang berkaitan dengan fasal 153 sewajarnya dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan ini iaitu “Mana-mana pihak yang mempertikai, mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan 153, mesti dimasukkan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan”. Ini kerana Perkara 153 ini boleh mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan negara kalau ia tidak diambil tindakan. Ini kerana undang-undang sebelum ini agak umum dan sukar untuk diambil tindakan terutama lagi dalam dunia media baru sekarang ini yang kita tahu apa yang ditulis dalam blog, apa yang keluar dalam website, apa yang dimuat turun dalam Facebook, Twitter, YouTube, macam-macam. Terutama kalau daripada segi Perkara 153, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Penghinaannya amat dahsyat sekali. Ada gambar lucah diletakkan di atas Kaabah, ada gambar-gambar lucah diletakkan dalam buku Yassin. Kemudian, ada lagi perkara-perkara lain yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Cuma sekarang ini nasib baik umat Islam di negara ini adalah umat Islam yang bertolak-ansur, yang bersabar, yang tidak mudah bertindak dengan emosi. Akan tetapi lama-kelamaan kalau perkara ini dibiarkan tanpa kawalan, nanti macam-macam perkara boleh berlaku. Rumah-rumah ibadat dihina dengan balingan kepala babi yang saya sebutkan sebelum ini, ada surau dibaling dengan botol arak, ada yang mempertikaikan dan mempersoalkan itu dan ini, menghina kedudukan Islam dan macam-macam perkara lagi yang mereka lakukan yang tidak perlu saya hendak huraikan satu-persatu. Cukup saya menyatakan di sini, memang sebagai umat Islam, kita cukup rasa terhiris, dukacita yang amat sangat, marah memendam rasa apabila kedudukan Islam dan agama Islam yang maha suci ini dicemuh sebegitu rupa, dihina sebegitu rupa. Pihak-pihak yang melakukan ini ibarat baling batu sembunyi tangan. Undang-undang yang ada tidak dapat hendak menangani dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Begitu juga hal-hal perkara lain. Saya hendak merujuk Tuan Yang di-Pertua, pada 24 Disember tahun 2011, seorang Ketua Paderi, Dr. Eu Hong Eng dari Gereja National Evangelical Christian Fellowship di Subang Jaya, sewaktu menyambut perayaan Krismas pada 24 Disember, meminta supaya perkara 153 dikaji dengan secara terbuka. Yang hadir pada majlis tersebut, selain daripada Ketua Pembangkang dan isteri, termasuk juga saya diberitahu, saya bacalah, betul atau tidak, itu terserah kepada pihak Perkasa untuk siasat dan tentukan, termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator, Wakil Rakyat Batu tidak silap saya turut hadir dan keluar dalam blog, keluar dalam pelbagai media, dipertikaikan dan dijadikan perdebatan dan ia begitu sensitif. Tidak ada apa-apa tindakan diambil. Hebatnya Dr. Eu Hong Eng ini, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua kumpulan agama di dalam negara kita ini tidak ada salahnya dan langkah yang bijak dan baik yang dibuat oleh Perdana Menteri. Akan tetapi saya melihat gambar, Dr. Eu Hong Eng ini ada bersama. Jadi, ini yang menjadi perbualan dan percakapan dalam kalangan rakyat. Ini saya menyebut contoh mengapa perlunya diperjelaskan dalam Kanun Keseksaan ini betapa Perkara 153 patut dimasukkan dengan jelas perkara-perkara ini tidak boleh disentuh. Begitu juga dengan hal-hal lain yang berkaitan dengan Perkara 153 terutamanya perkara mengenai dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu yang disebutkan dalam Perkara 153. Ada parti politik yang melangsungkan konvensyen mendesak hak keistimewaan orang Melayu ini ditarik balik, kuota dihapuskan. Ini keluar dalam akhbar dan dibincangkan dalam konvensyen secara terbuka dengan begitu sombong dan angkuh mencabar. Walhal kita tahu perkara ini termaktub dalam Perkara 153. Jadi, tidak ada apa-

Dato' Ibrahim bin AliPAS · PRPasir Mas

apa tindakan yang diambil dan memang sukar kalau hendak diambil tindakan, kalau tidak diperincikan dengan jelas dalam rang undang-undang ini iaitu Kanun Keseksaan ini. Perkara 153 ini yang saya sebut berulang kali, begitu konsisten, begitu fokus, begitu bersungguhnya sebab saya yakin perkara ini ia ibarat ‘api dalam sekam’. ‘Api dalam sekam’ ertinya perkara itu berlaku kita rasa tidak ada apa-apa. Terus berlaku, kita rasa tidak ada apa-apa. Akan tetapi ada pihak mula bertindak dan mengambil tindakan, ia akan membara dan negara kita akan meletup. Berlaku lagilah mungkin peristiwa 13 Mei yang kita semua hendak elak dan kita doa jangan berlaku lagi. Kita sayangkan negara kita yang begini baik, begini makmur, demokrasi berjalan dengan lancar. Kalau ada perbezaan pun, perbezaan pendapat dan negara kita masih selamat. Alhamdulillah, di tangga ke-19 dalam kalangan negara dunia, kita yang paling selamat. Saya cukup berbangga Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya Pasir Mas bersempadan dengan Thailand. Di seberang Thailand, sungainya tidak besar, kecil sahaja: beberapa depa sahaja. Ada kala air itu tidak ada. Boleh seberang jalannya. Kita dapati di sana bom meletup sepanjang masa. Di kedai, di warung, di mana-mana sahaja. Tidak sampai pun dua batu, sebatu dengan Pekan Rantau Panjang tetapi di negara kita, di sebelah Rantau Panjang terus ke Kelantan dan seluruh negara, kita selamat. Rakyat boleh berjalan ke sana dan ke mari tidak mengira kaum, seolah-olah Negara Malaysia ini 24 jam cerah. Kita lihat kereta di jalan-jalan raya...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh mencelah sekejap? Minta maaf Tuan Yang di-Pertua kerana mikrofon ini saya pinjam Yang Berhormat Silam kerana mikrofon saya rosak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, silakan Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tadi pun macam ini. Kota Belud di sebelah sini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, saya ada membangkitkan ini tetapi Menteri tidak menjawabnya. Ini soal tentang kita mendengar kadang-kadang pembangkang dan beberapa pihak mengatakan bahawa mana-mana kerajaan pun boleh memberikan keamanan kepada rakyatnya. Akan tetapi macam mana Yang Berhormat katakan tadi di Selatan Thailand di mana kerajaannya juga demokratik yang dipimpin oleh kerajaan – beberapa batu, beberapa kilometer daripada sempadan kita mereka mempunyai masalah, tetapi di negara kita selamat. Sudah tentu ada sesuatu yang kita buat, formula yang betul, yang telah Kerajaan Barisan Nasional buat, yang mana polis dengan 200 tahun sejarahnya itu ada sesuatu, mesti ada sesuatu. Itu yang kita minta pengiktirafan daripada pihak pembangkang yang kita tidak dapat. Pandangan Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu memang tepat dan betul. Cuma sudah menjadi kebiasaanlah kalau pembangkang, dia kena bangkanglah. Walau betul atau tidak betul kerja kena bangkang. Jadi sebab itu kalau hendak membangkang, sudah tidak ada perkara hendak bangkang, maka terpaksa bangkang juga, sebab itu ucapan jadi merapu. Jadi itu pandangan sayalah, sampai tidak faham, mental itu Parliamentary Democracy, dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena. Itu hakikatnya, kita tentu berasa bangga Tuan Yang di-Pertua, masyarakat negara kita yang berbilang kaum, negara masih muda baru 54 tahun, tetapi telah menuju ke tahap negara maju jika dibandingkan dengan negara lain. Ini semua kerana keamanan. Kalau tidak ada keamanan, negara kita tidak akan maju. Cuba kita lihat di Timur Tengah, negara satu bangsa. Cuba kita lihat di Pakistan, saya kerap ke Pakistan dahulu Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah berada di Lahore dahulu. Saya pernah tinggal bersama dengan Allahyarham Abul A’la Maududi, lebih kurang satu bulan di rumahnya. Beliau mengizinkan saya duduk di rumahnya. Saya bertemu dengan Maryam Jamilah seorang perempuan Yahudi dahulu yang memeluk Agama Islam yang menjadi penulis yang terkemuka dan berkahwin dengan pemilik Asyraf Publication dan banyak kali saya telah ke Pakistan. Hampir 100% umat Islam, begitu banyak pertubuhan

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Islam dan cendekiawan intelektual Islam tetapi mereka bertembung sesama sendiri, malu kita sebagai orang Islam. Mereka bergaduh sesama sendiri dan kita di sini negara majmuk. Kita lihat negara-negara lain lagi. Lihat. Bukan main lagi atas nama demokrasi, berlaku huru-hara di Timur Tengah, berapa ribu nyawa tergadai. Oleh kerana demokrasi, beribu-ribu nyawa tergadai. Saya Tuan Yang di-Pertua, mudahlah. Saya pun orang demokrasi juga, democrats juga tetapi kalau demokrasi membunuh rakyat yang tidak berdosa, pergi mampuslah dengan demokrasi ini. Kalau orang yang tidak berdosa, kanak- kanak yang tidak berdosa atas nama demokrasi, atas nama hak manusia, hak asasi manusia, pergi mampuslah. Pada saya demokrasikah, hak asasikah, Parliamentary Democracykah, apa-apa pun ini konsep boleh dibahas. Bertahun masa tidak akan habis, ada betul dan ada yang tidak betul. Tinggal lagi pada kita di sini, kita korbankan sedikit tetapi kita untung banyak di sini, bertolak ansur. Oleh sebab itu demokrasi kita subur. Alhamdulillah masyarakat majmuk, tidak boleh orang hendak bandingkan dengan negara Malaysia ini. Lihat Singapura...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh saya sedikit lagi Yang Berhormat Pasir Mas?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, sebagai Pengerusi Perkasa, kadang-kadang ada kenyataan-kenyataan dibuat oleh Yang Berhormat sendiri itu mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak dan mereka cuba untuk menutup satu pandangan yang berbeza daripada mereka itu dengan alasan itu kononnya satu pandangan yang membahayakan. Akan tetapi, apakah Yang Berhormat membuat ungkapan atau pun ucapan-ucapan tersebut untuk exercise constitutional right Yang Berhormat untuk memberi pandangan yang berbeza. Saya tengok Perkasa tidaklah mengangkat senjata dan sebagainya untuk menghuru-harakan negara.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Rupa- rupanya Yang Berhormat Kota Belud ini very intelligent. Saya mengucapkan tahniah sebab betul, banyak diputar belitkan. Selama ini pun kenyataan-kenyataan saya, saya tidak pernah pun mempertikaikan hak kaum lain. Saya hanya mempertahankan asas Perlembagaan negara, tetapi diputarbelitkan. Apabila kita pertahankan 153, dia kata kita rasis. Apabila saya mengatakan hak istimewa Melayu mesti dipertahankan kerana 153 itu rasis, bertentangan dengan 1Malaysia sebab mereka ini menterjemahkan 1Malaysia ini sudah sama dengan Malaysia-Malaysia. Itu yang jadinya sebenar. Itulah mula-mula puncanya. Saya sudah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1986. Pernah juga duduk dalam kerajaan sekejap, mana saya rasis. Tidak ada pun kita rasis. Kita berkawan dengan semua kaum, India, Cina semua kawan kita. Akan tetapi kalau mereka menimbulkan kenyataan-kenyataan yang tidak baik, saya pun perbetulkanlah, saya lawan. Ucapan-ucapan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud hal Perkasa, cuba lihat ucapan dasar saya yang keluar dalam Akhbar Utusan Malaysia, jelas. You take me quite painful to prepare, fikir malam. Saya bukan bercakap dengan otak yang kosong. Kita bukanlah hendak tunjuk pandai sangat, tetapi everything is fact. Semuanya ada substance, ada rekod. Jadi berbalik kepada keamanan negara kita Tuan Yang di-Pertua, memang kita cukup-cukup bersyukur sebab berbilang kaum lagi. Selepas itu masing-masing bebas pula, ada dasar-dasar kebangsaan, tidak diikut pun ada. Lihat Singapura, semua orang tahu dasar pendidikannya menggunakan bahasa Inggeris, sekolah ibunda, bahasa ibunda pun tidak ada. Kita di sini ada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan selepas itu kita membenarkan pula sekolah vernakular berjalan, dibantu pula oleh kerajaan. Tidak ada sesiapa yang mempertikaikannya walaupun memendam rasa kerana kita bertolak ansur. Oleh sebab apa? Oleh sebab kita meletakkan kepentingan keamanan, keselamatan negara lebih daripada segala-galanya. Kalau tidak kerana keamanan, takkanlah pilihan raya pada tahun 2008 selepas dahulu Peristiwa 13 Mei, tetapi selepas 2008 kita tengok Alhamdulillah ada beberapa negeri dapat kepada pembangkang, tidak berlaku apa-apa huru-hara. Transaction berlaku dengan baik dan sekarang ini pun 2/3 majoriti sudah hilang. Kita lihat drama dalam Dewan Rakyat ini, bercakap soal katanya tidak ada kebebasan. Akan tetapi di dalam dunia media-media, buletin mingguan saya lihat akhbar aliran perdana ada juga berita-berita pembangkang, surat khabar parti pembangkang langsung tidak ada berita-berita kerajaan. Saya

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

mengambil perbandingan, saya lihat Harakah, lihat Suara Keadilan, saya lihat Roket, saya ambil Utusan Malaysia, saya ambil Berita Harian dan saya compare. That is a fact. Selepas itu sekarang ini hendak TV pula. Apa lagi hendak TV, You tube sudah ada, letaklah depan muka 24 jam... [Ketawa] Apa hendak lagi? Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini saya sebut. Selain daripada itu, hal-hal yang berkaitan yang boleh mengancam keselamatan negara disebutkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sebelum ini mengenai dengan bantuan dana asing melalui institusi tertentu seperti Yayasan Konrad Adenauer ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sebelum ini. Saya pun ada kenyataan ini dan diminta bertindak atas IAIS kerana menerbitkan buku yang berkaitan dengan pluralisme. Ini pun penting sebab apabila Menteri menjawab sebelum ini, ini masalah samar-samar. Boleh atau tidak parti-parti politik menerima dana daripada pihak luar atau pihak asing, daripada institusi asing untuk membiayai program parti, melatih parti-parti politik tertentu yang saya kira ini juga boleh mengancam keselamatan negara yang...

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang patut masuk di dalam Kanun Keseksaan ini.

Yang Berhormat Pasir Mas, sedikit penjelasan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, ya, sila.

Yang Berhormat Pasir Mas, saya tertarik terutama sekali Yang Berhormat membangkitkan isu program pluralisme yang dianjurkan oleh Institute of Advanced Islamic Studies tersebut. Cuma yang melatari sejarah penubuhan institusi tersebut saya difahamkan ialah melatari agenda dasar utama kerajaan terdahulu iaitu yang juga mendukung agenda Islam Hadhari. Saya tahu Yang Berhormat Kepala Batas sendiri pun menghadiri program-program tersebut. Malah, tokoh-tokoh yang disebut sebelum ini pun, Profesor Emeritus Osman Bakar, seorang tokoh yang saya tahu dalam ABIM, profesor emeritus dapat dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia dari Universiti Malaya dan juga menjadi Profesor di Georgetown di Talal Alwaleed, Centre for Muslim- Christian Understanding. Juga Profesor Hashim Kamali di Universiti Islam yang kebetulan profesor saya dan juga tokoh-tokoh yang lain seperti yang disebutkan tadi terutama Seyyed Hossein Nasr. Ini bukan satu tokoh kecil. Ini tokoh kalau kita pergi ke Kinokuniya itu, panjang dia punya penulisannya. Jadi persoalan saya di sini, saya yakin mungkin boleh check di Kementerian Kewangan, ada atau tidak sebelum ini institusi ini juga dibiayai oleh kerajaan? Itu soalan pertama. Yang kedua, bagi saya apabila agenda ini diangkat, adakah diskusinya ini merupakan satu diskusi yang salah di dalam kerangka Parliamentary Democracy yang cuba hendak di bawa oleh Yang Berhormat Pekan, ataupun kita perlu tutup terus? Kalau tutup terus nanti akan jadi authoritarian government. Itu soalan saya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun disebut nama-nama tokoh-tokoh itu penting, tetapi tidak semua tokoh ini pun betul. Ada nama-nama ini yang hebat tapi tidak bererti semua itu betul. Ada juga tokoh-tokoh macam Salman Rushdie, hebat, seorang penulis. Hebat dia, tokoh. Akan tetapi dia menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tengok apa yang dia tulis. Jadi dari segi melingkari institusi kajian dasar ini, saya pun...

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas, saya hendak bagi pandangan sedikit.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sila.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya yang bangkitkan isu berkaitan dengan AIAS ini. Memang betul IAIS ini adalah satu badan yang awal pada peringkat penubuhan ada naungan di bawah Yang Berhormat Kepala Batas masa itu adalah Perdana Menteri, dengan tujuan supaya kita lebih terbuka dengan konsep Islam Hadhari yang dibawa. Akan tetapi kebaikan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas diambil kesempatan dan di hijack. Sebagaimana sekarang Bar Council dihijack oleh kumpulan hak asasi ini, begitulah IAIS ini dihijack oleh golongan

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

pluralisme. Contohnya nama yang disebut, Syed Muhammad Naseer. Syed Muhammad Naseer ini semua orang tahu Bapa Pluralis. Betul dia tokoh tapi tokoh Bapa Pluralis dengan agenda halus untuk merosakkan akidah umat Islam. Sebab itu saya dedahkan bagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau sendiri tentang Konrad Adenauer juga menaja parti GERAKAN, parti lain, parti itu, parti ini. Betul. Itu sebab ada ayat al-Quran... [Membaca sepotong ayat] Mereka buat cara supaya semua orang nampak macam dia bagus. Di sebalik itulah tersirat agenda besar regime change. Sebab itu mereka terbitkan buku seperti kahwin campur yang saya dedahkan. Cuba memesongkan fahaman umat Islam bahawa Islam itu hanya konsep. Siapa juga yang mempertuhankan sesuatu itu namanya juga Islam. Maka wanita Islam boleh kahwin dengan Hindu, dengan Kristian, dengan Yahudi. Itu agenda yang dibawa. Sebab itu disedari oleh kerajaan UAE dan kerajaan Mesir yang mana akhirnya kedua-dua kerajaan ini menghalau keluar Konrad Adenauer. Jadi sebab itulah dalam ucapan itu saya desak kerajaan supaya siasat Konrad Adenauer ini dan siasat IAIS ini yang pada awal peringkat penubuhannya adalah bersifat baik tetapi akhirnya dihijack oleh kumpulan seperti ini. Itulah maksud saya minta supaya ianya disiasat. Apa pandangan?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu pandangan dan saya terima baik itu satu penjelasan untuk kita berkongsi ilmu. Balik kepada apa yang dibangkitkan tadi, disebut nama Profesor Emeritus Osman Bakar, beliau ini pun sekarang ini saya tidak tahu pendirian terakhir terkini saya rasa sudah lain. Saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Balik Pulaulah, saya hendak beritahu terus terang. Salah seorang sahabat saya yang juga sahabat Ketua Pembangkang, namanya Tuan Haji Ismail Mina. Kami berkawan lama semenjak lagi di Yayasan Anda di Kampung Baru. Ringkaskan cerita Tuan Yang di-Pertua, bila timbul pertembungan politik, dia ke sana, saya ke sini, hal masing-masing. Tuan Haji Ismail Mina sekarang ini dia Pengerusi Pertubuhan Muafakat. Dia selalu datang ke rumah saya. Beberapa bulan dahulu boleh dikatakan, selang hari, pagi-pagi dia minum pagi di rumah saya berjubah dengan serban bawa dua atau tiga orang kawan. Kami selalu bersembang, bercakap nostalgia lama, mengungkit hal-hal nostalgia Ketua Pembangkang dan dia juga selalu menasihatkan saya bagaimana kita mencari jalan untuk kita kembali semula seperti dahulu berjuang bersama dan saya dengar. Saya pun beri pandangan dan masa berjalan dan sampai ke peringkat baru-baru ini dia datang ke rumah saya beberapa bulan dahulu, dia kata, “Sekarang ini ana sudah reda. Kalau anta hendak lawan Ketua Pembangkang habis-habisan pun anta lawanlah.” Dia beritahu di rumah saya kepada saya, Tuan Haji Ismail Mina ini. Saya tanya, ”Kenapa Tuan Haji?” Ini dia tunjuk kepada saya. “Ini apa ini?” Dia pun timbullah cerita pluralisme dan banyak kenyataan dia keluar dalam Utusan Malaysia. Dia menganjurkan persidangan, bercakap, dan dia tidak boleh terima soal konsep pluralisme ini. Bila saya tanya rakan-rakan yang lain, dia kata sama juga, dia sebut Profesor Osman Bakar. Ini kawan-kawan ini semua saya kenal ini. Geng-geng dahululah dalam ABIM dahulu, cuma saya ini pengikut di belakang. Akan tetapi memang rapat dengan mereka. Jadi sebab itu saya menyebut hal pluralisme ini satu perkara yang serius.

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini mereka-mereka ini sendiri yang ungkit sebab Tuan Haji Ismail Mina ini Tuan Yang di-Pertua, saya kira orang yang paling kebal yang begitu sayang kepada Ketua Pembangkang. Dia cukup kasih tetapi dia sudah redha sekarang ini tentang apa perlakuan hal pluralisme dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketua Pembangkang. Kita selalu bincang. Jadi itu untuk makluman.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau bangun Yang Berhormat.

Sedikit sahaja penjelasan lanjut.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, terima kasih. Sila.

Soalan saya tadi sebenarnya dengan satu andaian bahawa kerana nama-nama yang kita sebut tadi dengan izin ,Profesor Emeritus Osman Bakar terutamanya, Seyyed Hossein Nasr, seorang yang dari George

Washington University. Kita tahu dia di luar institusi yang dikaitkan juga satu institusi di dalam negara tidak jauh daripada Universiti Malaya di Jalan Ilmu tersebut. Yang saya timbulkan di sini kerana diskusi kita dalam kerangka Parliamentary Democracy yang juga ada satu jalur yang dipanggil sebagai perbezaan pandangan terutama di dalam ruang intelektualisme lah kerana ini merujuk kepada tokoh-tokoh ilmuwan. Jadi saya mengatakan di sini, di dalam kita mengangkat negara sebagai negara yang progresif, Parliamentary Democracy, bagaimana keadaan, mungkin cadangan, kita hendak mengendalikan, okey ada yang tidak bersetuju dengan pluralisme, mungkin, itu satu pandangan, kerana diskusi pluralisme ini kalau hendak sebut bapa pluralisme ini ramai lagi, Hang Kong, ramai lagi. Kita boleh sebut macam-macam diskusi tersebut. Akan tetapi yang lebih menguntungkan negara ialah saya ingin bertanya Yang Berhormat Pasir Mas selaku orang yang berpengalaman, saya tidak maksudkan Ismail Mina dan sebagainya di tahap ini kerana saya merujuk kepada mereka yang menulis dalam jurnal mewakili negara ke peringkat-peringkat antarabangsa terutama Profesor Osman Bakar itu dan saya mahu menyelamatkan nama baik beliau ini. Setuju dengan saya bahawa memandangkan ia merujuk kepada diskusi ilmu yang saya rasa agak tinggi, saya sendiri mengaku tidak arif dengan sebaik mungkin, mungkin dibawa mereka itu datang ke Parlimen jelaskan kepada Ahli Parlimen apa sebenarnya ini Profesor Osman Bakar yang PhDnya, yang sehingga diangkat mewakili negara ke universiti-universiti ternama dunia sehingga sebegini sikap dan pandangan beliau. Ya, kalau betul Ismail Mina punya pandangan, ayuh kita mahu mendengar. Saya yakin ramai Ahli-ahli Parlimen di sini terutama pak-pak menteri yang membuat keputusan dasar perlu lebih jelas dalam isu ini. Yang saya cadangkan adabul ikhtilaf, adab berbeza pandangan terutama dalam ruang.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas boleh gulung.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, saya gulung. Terima kasih Yang Berhormat. Saya begini. Saya orang Islam.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas, saya hendak sedikit sahaja. Saya hendak satu sahaja. Sebab mereka ini cakap kadang- kadang kelentong dia itu kalau tidak diperbetulkan..., Yang Berhormat Balik Pulau ini cakap..., Profesor Osman Bakar buat satu wacana di rumah dia hendak bincang fasal pluralisme, panggil Ketua Pembangkang, jemput Ustaz Ismail Mina. Ustaz Ismail Mina pergi hendak berbahas, tup, tup tutup, tidak boleh cakap langsung.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tidak betul, tidak betul. Saya ada, saya ada dokumen....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah, tidak boleh menyampuk Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ustaz sendiri sebut secara terbuka...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya jumpa sendiri dengan Profesor Osman Bakar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah duduk, tidak boleh menyampuk. Orang sedang mencelah sekarang.

Duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Hendak sebut tentang pluralisme, langsung tidak dibenarkan bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah duduk.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Pasir Mas, baru beberapa minggu lepas Ustaz Ismail Mina yang kita semua kenal dia, rapat dengan Ketua Pembangkang sampai dia marah kita dulu. Baru-baru ini dalam ucapan dia menyatakan bahawa dengan fahaman yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, sudah punya ciri-ciri murtad. Sama nada dengan Tan Sri Harun Sani Zakaria, yang Yang Berhormat Pasir Mas sendiri dedahkan dalam Parlimen baru ini yang menyatakan bahawa ada ciri-ciri murtad bagi mereka yang berfahaman pluralisme. Jadi, tidak timbul soal hendak berdiskusi dalam hal berkaitan dengan hukum. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Pasir Mas, bagi saya sikit. Bagi saya beri penjelasan.

Masya-Allah. Jelas.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kawan saya Profesor Osman Bakar, saya berjumpa Tuan Yang di-Pertua, untuk menjelaskan tentang – saya berjumpa dia secara personal. Saya tanya kepada dia, apa makna yang dia faham tentang pluralisme. Pluralisme yang difahamkan, yang disebut oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang. Dia menjelaskan kepada saya, tidak ada khilafnya, tidak ada salahnya kerana banyak cabang. Ini dia sendiri beri penjelasan kepada saya. Habis itu, saya tanya diskusi yang berlaku di rumahnya, inilah kerana berdiskusi dengan orang-orang yang tidak faham tentang ilmu tersebut. Sebab itu dia kata, kena tahu perbezaan antara pluralisme dengan plurality. Akan tetapi oleh kerana tidak faham tentang plurality, akhirnya digabung sekali tentang pluralisme. Oleh sebab itu minta panggil Osman Bakar untuk menjelaskan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tidak payahlah panggil Osman Bakar. Plurality... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

[Bangun]

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Mereka agama mereka, kita agama kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Membaca sepotong ayat Al- Quran] Surah Al-Ahzab, tak kan tak faham?

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua, ini agama Islam ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan macam itu ya. Kita berbincang dalam peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

Sebab Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tulis banyak buku, sembang dekat luar pandai.

Tuan Yang di-Pertua, ini semua kena selesaikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Seorang, seorang.

Tangga Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Tangga Batu. Yang lain duduk ya.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu banyak tulis jurnal, banyak tulis buku...

Ini Tuan Yang di-Pertua, ini tempat bukan kita hendak menjelaskan suatu yang kusut. Saya percaya perkara ini semua boleh kita selesaikan. Bil-hikmah, walmau’izzatihassanah, itu dia, Tuan Yang di- Pertua...

Izzatulhassanah... Tidak betul, I betulkan...

Kau dengar lain. Itulah telinga kau dengar lain. Kita kata ‘orchary’, kau kata ‘orcharei’.

Sebutlah lagi sekali. Lagi sekali, lagi sekali...

Tuan Yang di-Pertua, yalah yang belah sana memanglah kata sana betul. Saya cakap, saya tahulah apa saya cakap. Esok tengok Hansard. Kita cakap apa pun dia kata kita tidak betul. Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat, apa Yang Berhormat tahu ini Yang Berhormat kongsi bersama kita. Mereka pun ada bersama mereka. Memang tidak akan ada satu titik di mana kita boleh bertemu dan bersama dalam urusan ini kerana apa pun kita kata mereka akan beranggapan selainnya. Jadi, apa yang mereka bangun hendak cuba perjelaskan, saya tetap menganggap itu adalah suatu cuba untuk menyelewengkan pemikiran yang memang ada pada sesiapa yang mendengarnya. Yang Berhormat teruskan cerita itu, saya seronok dengar tadi. Jangan layan ini, saya tahu apabila dia bangun sahaja, dia cuba hendak menyelewengkan supaya Yang Berhormat tidak fokus, tertumpu. Jadi, saya hendak Yang Berhormat selesaikan cerita itu, tidak habis lagi. Ini macam tidak toslah Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey.

Yang Berhormat bagi juga.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya sekadar mahu menjelaskan dalam perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tadi, saya hadir dalam majlis itu. Saya hadir dalam majlis yang dijemput oleh Profesor Osman Bakar. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu adalah segala-galanya tidak benar kerana Ustaz Ismail Mina membuat penjelasan dengan panjang lebar tentang pluralisme. Untuk Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mengatakan bahawa dia disekat untuk bercakap, itu tidak benar sama sekali... [Tepuk] Dewan yang mulia ini merakamkan perkara ini kerana saya hadir dan saya pun diberikan peluang...

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Semasa Osman Bakar membuat penerangan mengenai perkara ini, dirakamkan.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak bagi tahu, Ustaz Ismail Mina dalam ucapan terbuka. Bukan di luar, di dalam ucapan terbuka...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya hadir dan saya tahu, jangan. Saya tahu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

...Menyatakan bahawa dia disekat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dia tidak hadir, dia tidak tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya hadir dan saya pun diberi ruang untuk bercakap sebab saya menulis tentang pluralisme dan plurality.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas, balik kepada rang undang-undang Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya cuma hendak beri penjelasan kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Ustaz Ismail Mina sendiri dalam ucapan terbuka, dalam akhbar, menyatakan bahawa dia tidak diberikan ruang.

Bermakna dia menipulah!

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang kuat menipunya engkau orang!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Sampai gadai anak bini, engkau orang, bukan orang lain...

[Dewan riuh]

Wei! Siapa gadai anak bini, siapa ini? Eh! Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu!

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat.

Puki! Siapa gadai anak bini, siapa?

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ketua Pembangkang hanglah!

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua.

Jangan kurang ajar!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat...

[Dewan riuh]

Ini apa ini? Cerita anak bini ini apa ini Tuan Yang di-Pertua? Tidak faham-faham, cerita anak bini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau.

Betul, pengakuan, bai’ah! Kalau keluar parti.

[Dewan riuh]

Eh! Eh! Apa, apa?...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau. Duduk Yang Berhormat duduk.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Tuan Yang di-Pertua.

Tidak, kalau dia hendak gadai anak bini dia sendiri, memang dia sanggup buat!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Kita di Parlimen, anak bini ini, kita tidak cakap di sini. Kalau pakai kopiah, cakap agama Islam, cerita pasal gadai anak bini, apa benda ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya bagi tahu Tuan Yang di-Pertua...

Ini apa benda ini!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sebentar Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.

Orang duduk bahas pasal ilmu, dia duk cerita gadai anak bini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau. Duduk Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua tolong uruskanlah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya sebut gadai anak bini...

Itu kalau tidak kena penampar. Kena penampar sekejap nanti. Hendak kena penamparkah ini!

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Permatang Pauh ajar bini membohong!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat Balik Pulau.

Saya hendak penampar ini!

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Permatang Pauh ajar bini dia suruh bohong pasal jam omega, itu namanya memperkudakan anak bini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk dulu.

Suruh dia tarik balik. Kalau dia tidak tarik balik, nanti kena penampar!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau, tarik balik pun dengan peraturan mesyuarat!

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Peraturan 36(6) Tuan Yang di-Pertua....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah bangun peraturan mesyuarat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Selangor angkat sumpah talak tiga bini dia.

Nak kena penampar, tunggu!

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan-peraturan mesyuarat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ahli Yang Berhormat lain duduk Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua, 36(6) buruk sangka...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentarlah, diam dulu, yang lain diam dulu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Cukup, cukup, cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas, sebentar Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua, nampak ucapan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ini sudah melampau...

Melampaui batas.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Melampaui batas dengan menyebut soal menggadai anak isteri dan walaupun dia tidak sebut Ketua Pembangkang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, siapa yang melampaui batas? Tidak tengok Yang Berhormat Gombak berucap macam mana?

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Kemudian dia menyebut soal...

Yang Berhormat Permatang Pauh berucap macam mana? Melampaui batas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Duduk, duduk Yang Berhormat Tangga Batu.

Oh! Apabila kena dekat dia macam-macam. Apabila kita kena kita diam.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sebab itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tangga Batu. Duduk Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sebab itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah mendengar, saya sudah mendengar Yang Berhormat, cukup. Duduklah Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Apabila dia sebut tadi soal penipuan, dia merujuk kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menipu. Jadi, penipuan ini yang disebut oleh Ismail Mina, sama ada Ismail Mina menipu ataupun dia menipu.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Dia sebut siapa, dia sebut siapa? Hai! Yang 16 September itu bukan penipukah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu!

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

16 September semua ini penipu!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of Order 36(6) mengatakan Yang Berhormat ada mengungkap ungkapan sedemikian. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sekarang.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya sebut, ini masalah dia Tuan Yang di-Pertua, bahasa Melayu. Saya kata gadai anak bini, contoh macam Yang Berhormat Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Macam..., sorry, minta maaf. Saya tarik balik..

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya belum habis cakap lagi, bagilah saya cakap. Saya bagi tahu Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Hendak makan penampar, cakap lagi sekali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, are you going to allow this jambu to say that? Dia jambu, Yang Berhormat Balik Pulau. You heard what he said?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Everybody heard about it. Tidak mengapalah Yang Berhormat ya.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

So, saya hendak bagi tahu, gadai anak bini contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah merujuk kepada siapa-siapa Yang Berhormat. Standing order Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tengok Yang Berhormat Kuala Selangor hendak bangun, itu saya sebut Yang Berhormat Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order Yang Berhormat, tidak boleh merujuk kepada siapa-siapa Ahli.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak bagi tahu, saya tidak kata siapa-siapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya baik.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya cuma kata, ada yang gadai anak bini. Saya ada sebut siapa-siapakah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapa Yang Berhormat. General statement, okey.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tidak sebut nama siapa-siapa, yang terasa pasal apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ini yang jambu ini, beria-ria sangat pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua.

Ini jambukah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tidak sebut pun siapa jambu, dia bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dalam konteks.., Yang Berhormat, baik.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sebut pun siapa jambu dalam ini, dia hendak bangun pasal apa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tidak sebut pun siapa jambu dalam ini. Yang dia hendak bangun fasal apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Yang itu yang hendak bahas?...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas. Teruskan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, yang itu sahaja, itu sahaja?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau, tidak boleh macam ini Yang Berhormat Balik Pulau.

Macam harami, I tell you lah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, cukup, cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, tidak boleh berbahas.

Dapat jadi Ahli Parlimen pakai tiket orang lain pun ucap terima kasihlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Tidak payah bawa isu-isu yang begitu dalam Dewan, Yang Berhormat. Ia terlalu personal, antara dua Yang Berhormat ini personal.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Setiap kali berbahas akan bergaduh macam ini.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Pasir Mas, oleh kerana isu Yang Berhormat bangkitkan ini memang ada hubung kaitnya soal keselamatan negara, yang paling pentingnya ialah soal akidah. Oleh yang demikian, Yang Berhormat Pasir Mas, kita mesti menuntut betul-betul supaya isu pluralisme ini yang dikatakan menjejaskan soal akidah umat Islam perlu ditangani betul-betul dan kalau boleh undang-undang yang kita bahas pada hari ini membenarkan sebahagian peruntukan undang-undang ini supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap perkara yang sangat penting iaitu melibatkan soal akidah umat Islam.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan lah Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Jempol tadi betullah. Itu yang saya hendak jawab tadi Yang Berhormat Bayan Baharu. Soal Parliamentary Democracy satu hal, kita orang Islam, kita ada akidah. Perkara-perkara yang jelas dari segi hukum kita tidak boleh hendak bahas. Ini yang pentingnya kita kena faham ini. Jangan kerana parliamentary democracy orang bukan Islam tidak tutup aurat pun kita izin masuk bercakap dalam masjid. Inikah yang dikatakan Parliamentary Democracy? Parliamentary Democracy satu hal, akidah satu hal. Jadi jangan kita campur aduk. Oleh sebab itu kita kena faham betul-betul. Jadi kalau hendak cakap politik, hendak cari political mileage itu soal lain lah. Akan tetapi balik pada soal Ismail Mina yang terbaru baca artikel dia dalam Utusan Malaysia. Jelas pendirian dia yang dia hurai dengan begitu details sekali dan dia menyebut nama Ketua Pembangkang. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian beberapa perkara yang saya bangkit tadi, harap mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan supaya perkara-perkara yang saya bangkit tadi kalau boleh diperincikan dalam Akta Kanun

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Keseksaan ini kerana apabila terlalu umum saya percaya ianya sukar dijadikan satu instrumen untuk pihak polis bertindak, mahkamah mengambil tindakan-tindakan dalam membuat keputusan yang boleh menjamin keselamatan negara. Sekian, terima kasih saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya juga berbahas tentang rang undang-undang meminda Kanun Keseksaan dan saya tidak akan mengambil masa yang panjang untuk membahas rang undang-undang ini. Saya rasa apa yang telah pun diperbahaskan oleh rakan-rakan cukup menarik dan secara tersirat ataupun tersurat ia adalah merupakan perkaitan daripada Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang baru sahaja diluluskan kerana rang undang-undang ini lebih bersifat substantive kepada rang undang-undang yang telah pun dibahaskan sebelum daripada ini. Sebagaimana rakan-rakan lain, saya juga ingin menyatakan bahawa dengan mengemukakan rang undang-undang ini ia bermakna kita fokus kepada apa yang disebut tadi tentang detrimental to Parliamentary Democracy yang menjadi asas kepada rang undang-undang ini. Melalui perbahasan daripada beberapa rakan-rakan tadi terutama Yang Berhormat Kota Belud – sudah pun keluar, beliau banyak menimbulkan perkara-perkara baru yang saya rasa harus kita jawab dan juga seharusnya menjadi perhatian kita terhadap perbahasan rang undang-undang ini. Saya ingin mungkin bermula daripada melihat perbahasan detrimental to the Parliamentary Democracy Tuan Yang di-Pertua kepada skala yang lebih besar yang saya rasa apabila bercakap tentang detrimental to the parliamentary ini, kita tidak boleh terpisah daripada melihat kepada isu-isu yang berlegar daripada perlembagaan negara itu sendiri. Perbahasan dan perbincangan tentang perlembagaan itu yang melahirkan pindaan-pindaan dan kemudian setelah daripada itu juga melahirkan banyak akta-akta termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah pun dimansuhkan melalui Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 itu adalah sangat menarik. Tidak timbul isu yang mengatakan bahawa kita tidak menghormati sejarah, kita tidak mahu apa yang dikatakan berbeza pandangan dan kita rasa mungkin terhiris ataupun terkilan dengan teguran-teguran yang sering kali pergi dan datang daripada Dewan ini sendiri. Saya ingin mungkin bermula kepada sejarah perlembagaan itu sendiri di mana kita melihat ia bermula dengan satu suruhanjaya yang dikenali dengan Suruhanjaya Reid yang dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, B. Malik daripada India iaitu bekas hakim Allahabad, Sir William Mckell dari Australia, bekas Gabenor Jeneral dan juga Hakim Abdul Hamid daripada Pakistan. Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang mana telah diamanahkan untuk memberikan cadangan-cadangan kepada Perlembagaan Negara kita dan apabila suruhanjaya ini menyempurnakan tugas mereka, maka apa yang menariknya ialah ia mendapat bantahan daripada banyak pihak dan di samping cadangan-cadangan ke arah penambahbaikan. Antaranya daripada UMNO sendiri, Raja-Raja Melayu, PAS dan Parti Rakyat yang pada waktu itu bangkit untuk sama ada mengkritik, memberikan pandangan-pandangan ke arah pembaikan suruhanjaya itu. Saya sengaja membawa perbahasan ini supaya kita melihat kepada latar belakang ataupun backdrop of the history supaya tidak timbullah masalahnya bila kita memberikan kritikan kepada mana-mana pindaan kepada perlembagaan hatta pindaan kepada perlembagaan itu sendiri sebagai suatu yang asing, suatu yang pelik kerana sejak awal lagi apabila perlembagaan ini digubal, cadangan perlembagaan itu digubal oleh Suruhanjaya Reid itu, maka ianya mendapat kritikan. Lahir pandangan-pandangan untuk ke arah memperkasa penambahbaikan suruhanjaya itu sendiri sehinggalah akhirnya diterima sebagai Perlembagaan Negara ini. Sejarah ini penting kerana kalau ada sindiran daripada rakan-rakan di sebelah sana apabila kita membahaskan rang undang-undang ini ataupun yang sebelum daripada ini seolah-olahnya kita hanya memandang sejarah, memandang ke belakang, tidak memandang ke hadapan kepada rang undang-undang ini. Di sini saya ingin menyatakan bahawa sejarah ini penting sehingga ada sarjana yang mengatakan history is the mother of

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

all knowledge dengan izin. Ia ibu kepada segala pengetahuan supaya kita dapat melihat dengan tepat dan paling tidak pun tentang kejelasan tentang satu-satu fakta itu. Di sini juga saya ingin mengungkapkan bahawa setelah perlembagaan itu digubal sehingga pada hari ini, dua tokoh ataupun pakar undang-undang seperti Profesor Salim Syed Faruqi dan juga Profesor Aziz Bahri yang memperjelaskan bahawa jumlah keseluruhan Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 200 peruntukan. Ini semua dibahagikan kepada 16 bahagian dan daripada itu perlembagaan turut dilengkapi dengan 13 Jadual yang memperincikan sebahagian daripada 200 peruntukan tadi. Dalam sejarahnya juga kita melihat perlembagaan negara itu sendiri telah 42 kali dipinda dan dari segi aktanya sampai ke hari ini adalah lebih kurang 650 pindaan dibuat terhadap akta-akta yang telah pun diluluskan dalam Parlimen ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi, ini semua bagi saya adalah merupakan suatu perkara yang menarik dan apabila kita menyentuh tentang satu-satu isu sebagai contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi tentang artikel 20. Tentang isu adakah relevan lagi atau tidak kita menggunakan kad pengenalan dan seumpamanya. Bukan dengan niat tadi untuk memperlekeh tentang peruntukan itu tetapi dalam hujah untuk mematahkan hujah Yang Berhormat Kota Belud yang kadang-kadang bersifat kenegerian. Itu hujahnya tadi tetapi saya sering mengatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa sama ada Perlembagaan khususnya dan akta-akta yang digubal, ia bukan bersifat membeku. Ia adalah dinamik. Siapa tahu lima tahun akan datang ataupun 10 tahun akan datang, artikel ataupun perkara 20 itu tidak lagi relevan. Sebagaimana yang kita lihat, saya sebutkan tadi bahawa dalam sejarah Perlembagaan itu sendiri yang telah dianggap sempurna pada waktu itu, maka dalam sejarah ini juga telah 42 kali dipinda dalam Dewan yang mulia ini. Ini membuktikan bahawa apa pun kepentingan pada waktu itu ataupun keperluan pada waktu itu, ia bersifat perlembagaan. Ia bersifat pada waktu itu sangat diperlukan tetapi ia tidak memastikan dalam mana-mana perlembagaan di dunia ini pun, ia tidak boleh berubah, ia tidak boleh dipinda, ia adalah satu yang dinamik yang bersesuaian dengan perkembangan ketamadunan dan perkembangan negara itu sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kuala Kedah, Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat Kubang Kerian bercakap soal sejarah dahulu ketika merangka rang undang-undang. Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah sepertimana ucapan Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika menggubal Rang Undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau menyebutkan bahawa akta ini hanya diguna semata-mata untuk melawan komunis. Tidak digunakan untuk menahan orang-orang yang berbeza ideologi politik khususnya. Akan tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, yang menjadi kebimbangan kita ialah jaminan Perdana Menteri ketika menggubal rang undang-undang hari ini, begitu juga. Akan tetapi apa akan jadi kepada generasi akan datang sekiranya mereka boleh menggunakan klausa-klausa yang begitu luas untuk menggunakan budi bicara mereka untuk menahan golongan-golongan yang menentang mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian? Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya daripada Kuala Kedah yang saya rasa keprihatinan beliau tentang beberapa klausa yang kita anggap sebagai terlalu umum ataupun open-ended yang saya rasa itu yang menjadi asas kepada kritikan dan pandangan kita pada hari ini. Maka dengan sebab itulah banyak janji-janji yang dilafazkan pada waktu itu yang kelihatan bersesuaian pada waktu itu. Akan tetapi kadang-kadang bila sampai kepada zaman ataupun era pada hari ini, ia tidak lagi dipraktikkan dalam konteks menepati janji-janji ataupun dalam konteks kita melihat tentang konsep ataupun pendekatan terhadap perlembagaan itu sendiri ataupun akta itu sendiri pada hari ini. Demikian juga kalau kita melihat Akta 144. Kalau kita tanya saksi hidup yang masih ada seperti Profesor Diraja Ungku Aziz, Yang Berhormat Mulia... yang selalu saya baca dalam satu memoir Tun Suffian juga tokoh- tokoh yang lain yang saya masih ingat. Waktu itu yang sering kali bersarapan di Seri Taman untuk membina akta itu. Memang jelas membuktikan bahawa iltizam kerajaan pusat untuk

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

membantu negeri-negeri yang bakal mengeluarkan hasil petroleum. Kalau Almarhum masih hidup, mungkin dia ada lagi dalam Dewan ini. Mungkin 144 itu mungkin diaplikasikan dalam keadaan yang tidaklah seperti pada hari ini. Itu contoh bagaimana kita melihat iltizam ataupun kata-kata yang dilakukan oleh pemimpin pada waktu itu yang kadang-kadang bila sampai kepada tahap yang ada pada hari ini, ia tidak dapat dipraktikkan dalam konteks Perlembagaan itu sendiri. Jadi dalam konteks itu, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah yang memberikan kita suatu peringatan dan janganlah dianggap peringatan seperti itu untuk kita sentiasa melihatkan sikap tidak bersetuju. Itu bukan rohnya. Itu bukan spirit dengan izin. Itu bukan semangat yang cuba untuk kita tunjukkan. Apa yang paling menarik kalau kita melihat kepada Perlembagaan itu sendiri, yang 42 kali telah dipinda. Saya menggunakan istilah ”menarik” Tuan Yang di-Pertua. Bukan saya menggunakan istilah orang kata suatu yang tidak baik ataupun seumpamanya. Apa yang paling menarik sebagai contoh pindaan kekebalan Raja-raja Melayu 1993 yang pada waktu itu 98 orang Ahli Parlimen dalam Dewan ini mengambil bahagian sama ada mendengar, membahas, membentang, menyokong dan menentang pindaan itu. Itu yang paling menarik. Jadi, kalaulah daripada meminda perkara yang melibatkan tentang institusi, Jabatan Perkhidmatan Awam, meminda tentang isu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, itu semua memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, sampai kepada tahap meminda tentang kekebalan Raja-raja Melayu pun bawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, kalau kita ingin melihat kepada apa yang disebut tadi tentang Parliamentary Democracy, maka saya rasa tidak ada masalah untuk kita sama ada kita memberi teguran, sama ada kita memberikan pandangan kita ataupun kita memberikan apa yang dikatakan cadangan terbaik kita pada waktu itu, itu adalah merupakan suatu yang diterima pakai dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, janganlah saya rasa kita menganggap sesuatu itu akan tercatat selama- lamanya tanpa ada pindaan sedangkan Perlembagaan itu sendiri memperlihatkan bahawa ia boleh dipinda. Apatah lagi akta-akta yang bersangkutan dengan muamalah kita yang ada pada hari ini, yang berkaitan dengan penahanan tanpa bicara ISA yang kejayaan yang boleh kita sifatkan pada hari ini adalah saya rasa daripada hasil perjuangan civil society dan kita semua yang ada dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, saya melihat tidak ada masalah untuk kita membahaskan apa-apa isu, apa-apa pindaan ataupun apa-apa cadangan selagi mana kita hormati framework Constitution yang mengizinkan kita berlegar di dalamnya. Oleh itu, saya juga suka untuk menambah satu fakta lagi iaitu yang paling menarik adalah apabila pindaan terhadap Perlembagaan itu berjalan dan telah pun menjadi satu sejarah, maka bila kita membahaskan tentang akta yang sedang kita bahaskan ini, ia adalah merupakan suatu yang kita anggap sebagai satu yang sihat. Apabila kita menyatakan dengan fakta-fakta ataupun kita memperjelaskannya dengan apa yang dikatakan satu discuss yang memberikan manfaat kepada kita semua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin terus kepada apa yang disentuh oleh rakan- rakan saya sebentar tadi, yang membandingkan tentang keselamatan negara kita dengan negara-negara yang lain. Saya rasa kalau kita hendak berhujah tentang comparison ataupun perbandingan, orange dengan orange lah. Tidak boleh kita compare apple to orange, dengan izin. Kita mesti mengambil satu contoh ataupun kalau kita hendak compete, compete dengan negara yang lebih sihat. Kenapa kita harus mengambil negara yang huru- hara? Mengatakan kita hendak compare dengan negara kita. Kenapa kita tidak compare dari segi yang baik, yang positif. Saya tidak mengatakan yang negatif. Apa yang positif sebagaimana yang diiktiraf oleh UNDP dari segi kebebasan media yang adil, dari segi sivik minded. Apa yang positif sahaja. Apa yang tidak baik itu jangan kita ambil. Macam Sweden, Norway dan Finland sebagai contoh dan Denmark itu sendiri kita ambil sebagai contoh. Yang tidak baik, jangan ambil. Yang baik, yang positif, boleh kita ambil. Jadi kalau kita melihat, kalau kita hendak compare kita dengan Thailand dengan Indonesia ataupun dengan yang disebut oleh Mesir tentang huru-hara dan seumpamanya yang menguncup ekonominya.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kalau kita perhatikan negara-negara ini adalah negara-negara yang tidak ada ruang demokrasi. Yang berlaku di Tunisia, yang berlaku di Syria yang ada pada hari ini. Kebetulan ada suatu buku baru iaitu Cairo, My City Our Revolution yang mengisahkan apa

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

yang berlaku di Tahrir Square. Daripada mula sejarah latar belakangnya dan juga apa yang berlaku selepas daripada itu. Saya rasa tidak perlu kita perkenalkan siapa dia Hosni Mubarak, harta dia. Tidak perlu kita kenalkan siapa dia Zainal Abidin dan keluarganya dan jongkong emasnya yang berada di Europe. Demokrasi yang bolehkah kita katakan wujud dalam negara-negara yang saya sebutkan tadi. Jadi kalau itu berlaku kepada negara-negara yang kita anggap tidak punya ruang demokrasi. Jadi apa yang kita hendak bawa pada hari ini sama ada rang undang-undang yang sebelum daripada itu dan rang undang-undang yang ada pada hari ini adalah merupakan suatu yang kita harus memperkasakan, yang harus kita berikan ruang yang kita rasakan penting.

Jambu sudah masuk.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Menteri berkenaan dengan jangan renung-renung saya begitu. Harassment... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting di sini saya rasa adalah apabila kita membicarakan sesungguhnya tentang rang undang-undang ini, saya rasa kalau semua kita hendak menjadi demokrat, tunjukkan bahawa kita betul-betul demokrat. Jangan dalam masa yang sama kita boleh menunjukkan jiwa besar kita bila kita memberikan pandangan-pandangan konstruktif kita terhadap apa yang berlaku, terhadap undang-undang yang sebelum daripada ini. Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih rakan Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya ingin sikit mendapat penjelasan kalau boleh sebab Yang Berhormat Kubang Kerian bermula dengan menjelaskan senario secara keseluruhan, keperluan untuk membawa pindaan kepada akta ataupun Kanun Keseksaan. Saya kebetulan baru membaca dan nampak gaya pindaan ini untuk melengkapkan akta yang sebelum kita buat iaitu Akta Kesalahan Keselamatan yang dikatakan langkah-langkah khas. Saya cuba meneliti beberapa perkara yang pada pandangan saya menarik sangat perhatian saya kerana di dalam pindaan Kanun Keseksaan ini ada dimasukkan perkara- perkara baru dia kata seperti pengintipan, cubaan pengintipan, jenayah terancang. Ada yang disebut itu sehingga memasukan perkara mempamerkan kad-kad ataupun placard yang bermotifkan memberi andaian atau memberi gambaran tentang sesuatu perkara juga dianggap sebagai kesalahan yang membawa kepada hukuman sehingga lima tahun. Ada juga disebut sebagai keanggotaan. Mungkin boleh dikenakan tindakan sehingga lima tahun. Membantu kepada kumpulan itu, lima tahun. Jadi perkara-perkara ini semua ini seolah-olah macam kepada kefahaman saya untuk mendatangkan elemen dengan segeranya. Untuk mengambil tindakan selepas pagi tadi kita luluskan satu akta baru dan pelengkapnya kita masukan terus. Adakah perkara ini juga dilihat sebahagian daripada usaha terakhir sebelum Dewan ini berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum untuk memastikan perkara ini boleh memberi impak positif kepada kerajaan? Saya hendak tanya Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya daripada Indera Mahkota. Saya rasa itu juga yang akan saya nyatakan kepada Yang Berhormat Menteri yang cermin matanya macam David Letterman. Tentang pengintipan, tentang organize crime dan yang penting sekali adakah itu akan memberikan impak positif terhadap Barisan Nasional yang bakal mengubar Parlimen pada bulan Jun ini? Dikatakan. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu saya rasa akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dan saya mungkin dalam point yang terakhir ingin menyatakan bahawa apa pun yang terkandung dalam pindaan rang undang-undang ini kita mengharapkan kepada suatu bentuk keadilan. Cuma soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, apa masalahnya seorang yang dalam mahkamah itu yang disabitkan dengan pengintipan, sama ada dengan organize crime, pengintipan yang terancang ataupun yang memerlukan kepada dokumen-dokumen yang dianggap rahsia itu? Apa masalahnya untuk didedahkan dalam mahkamah? Sedangkan yang dituduh itu dikatakan mengancam keselamatan negara. Pihak berkuasa ada bukti-bukti. Ada apa yang dikatakan dokumen yang boleh mensabitkan mereka. Tidak boleh dedah dalam mahkamah di atas sebab tidak boleh didedahkan kerana ia rahsia besar ataupun ia adalah sulit dan seumpamanya.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi saya harap untuk mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Puchong, lepas itu Yang Berhormat Telok Intan. Lepas itu Menteri menjawab.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan mengambil masa yang panjang hanya beberapa aspek yang saya hendak pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kepada pindaan yang dibuat kepada Kanun Keseksaan. Adalah jelas bahawa apa yang berlaku adalah kita membawa masuk kepada Bab IVA beberapa kesalahan yang baru. Isu yang dibangkit adalah ini, kesemua kesalahan yang disenaraikan dalam akta ataupun kanun keseksaan itu memang boleh dibicarakan menggunakan CPC dan Akta Keterangan. Dulunya Tuan Yang di-Pertua apa yang berlaku, kita ada the provision of ESCA. Akan tetapi dalam the provision of ESCA tersebut, peguam negara boleh membuat keputusan sama ada satu perbicaraan akan menggunakan peruntukan ESCA ataupun tidak. Sekiranya tidak, ia akan kembali kepada undang-undang yang sedia ada. So, saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri sama ada di dalam kes-kes di bawah seksyen baru iaitu Bab IVA, keadaan ia juga sama ataupun ia terikat dengan Seksyen 4 akta yang baru di mana ia dikatakan it is mandatory, the provision on aspect of these new offences. Itu satu. Kedua saya hendak bertanya berkenaan dengan Tuan Yang di-Pertua, di dalam Kanun Keseksaan juga diwujudkan beberapa pembelaan. These are known as the rights of certain private defenses and so fourth. Ia disenaraikan khususnya di antara seksyen 78 sehingga kalau tidak silap Tuan Yang di-Pertua seksyen 86 di mana satu di antaranya sebagai contoh adalah bila seseorang itu dikatakan bahawa beliau memang tidak berniat untuk melakukan satu kesalahan tersebut. So, saya hendak tanya sama ada pembelaan- pembelaan wujud di dalam Akta Kanun Keseksaan ini akan juga terpakai kepada kesalahan-kesalahan baru ini di bawah Bab IV dab IVA, itu isu yang kedua. Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua seperti mana yang saya dibenarkan, saya hendak bawa perhatian Yang Berhormat Menteri kepada seksyen 124K dan juga satu seksyen 124M Apa yang kita dapat lihat Tuan Yang di-Pertua di dalam kedua-dua seksyen ini adalah peruntukan satu hukuman yang cukup serius iaitu hukuman imprisonment for life. Imprisonment for life ini bukan 20 tahun seperti mana ditakrifkan dalam Kanun Tatacara Jenayah, Criminal Procedure Code. Ianya, it is defined under (f) dengan izin Tuan Yang di- Pertua, to “…mean imprisonment until the death of the person on whom the sentence is imposed”. In addition to this Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat bahawa VI dan VIA ini juga mengandungi kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman mandatori, hukuman mati.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi, isu yang berbangkit adalah ini. Saya hendak tahu daripada kementerian, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan hukuman-hukuman yang seberat ini? Kalau kita lihat Yang Berhormat Menteri, kepada kesalahan especially sabotaj and espionage. Penterjemahannya or takrifannya cukup luas. So, it would naturally dengan izin Tuan Yang di-Pertua, include a variety of sentences with different degrees. So, persoalan dia ialah mengapa perlu untuk kita walaupun terdapat tahap yang berbeza, different varieties. Mengapakah perlu kita menetapkan satu hukuman mandatori yang membawa hukuman yang begitu berat? Itu isu yang pertama. Isu yang kedua itu kita lihat baru-baru ini bahawa terdapat banyak khususnya NGO yang membangkitkan isu berkenaan dengan kesahihan hukuman mati. Adalah menjadi satu daripada hujahan yang dibangkitkan bahawa sekiranya sesuatu kesalahan tersebut membawa hukuman yang mandatori iaitu hukuman gantung sehingga mati atau pun hukuman dengan izin, imprisonment for life, adakah ianya akan bertindak sebagai satu

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

deterrent kepada seorang Hakim apabila beliau dihadapi dengan satu kes di mana as I said earlier degrees, di mana faktanya menunjukkan bahawa kesalahan itu memang wujud. Akan tetapi kalau disabitkan, maka seseorang tersebut itu akan dihukum dengan keras sangat iaitu death or imprisonment for life. Ini kerana kajian yang telah pun dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia menunjukkan bahawa sekiranya Hakim itu tidak dibenarkan atau diberikan satu ruang dalam bahasa Inggeris discretion untuk isu hukuman, ia telah pun dilihat sebagai satu perkara yang telah pun menyebabkan sesetengah Hakim tersebut tidak hendak menyabitkan seseorang pesalah tersebut dengan kesalahan di mana difikirkan walaupun kesalahan tersebut wujud, tetapi ianya tidak seberat yang mengundangkan hukuman yang seberat itu. Itu isu yang kedua. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kalau juga boleh pertanyaan ini dimajukan kepada Yang Berhormat Menteri. Isu yang sama berkenaan dengan death penalty. Saya rujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sendiri pada satu seminar atau satu event baru-baru ini di mana dinyatakan bahawa kerajaan juga sedar bahawa terdapat permintaan untuk death penalty ini supaya ianya dimansuhkan. Akan tetapi, kerajaan sekarang menilai dan menunggu untuk melihat sama ada terdapat permintaan daripada orang ramai. So dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the approach by Minister is that we need the public to rise and to demand for the death penalty to be revoked dengan izin, dan segala hormatnya kepada Yang Berhormat Menteri. I am not sure if that is the correct approach. Oleh kerana kita sebagai Ahli Parlimen, kalau kita tahu bahawa satu perkara tersebut itu tidak betul dan seharusnya dikaji semula, kita seharusnya tidak tunggu untuk orang ramai membawa perkara tersebut. Cukup sekiranya badan-badan tertentu seperti NGO-NGO berkaitan, Bar Council dan sebagainya membawa kepada perhatian kita bahawa sudah tiba masa untuk kita kaji semula kewujudan dan betapa efektifnya peruntukan undang-undang tersebut. So, we should take the lead if we fell that the law dengan izin, is obsolete. Then it will be our duty to act rather than to wait for people to complaint before action is taken. So, saya hendak tahu setakat mana pendirian kerajaan berkenaan dengan aspek hukuman ini yang saya rasa cukup penting. Ini kerana kalau kita hendak meluluskan rang undang-undang ini, maka ianya juga akan dilihat sebagai satu tindakan di mana kita menyokong hukuman-hukuman sebegini which is death and also imprisonment for life yang kalau kita lihat di merata tempat dunia lain the approach is different in fact most country death penalty act has actually been revoked. So, saya minta penjelasan berkenaan dengan perkara itu. Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah dengar banyak hujah oleh rakan-rakan di Dewan yang mulia ini. Saya ingin menyentuh tentang aspek rang undang-undang ini yang sangat dihujah iaitu Parliamentary Democracy. Apakah Parliamentary Democracy ini dan apakah jenis-jenis Parliamentary Democracy yang kita ada? Bertentangan dengan Parliamentary Democracy Tuan Yang di-Pertua, adalah parliamentary republic. Di Malaysia di negara kita, kita amalkan Parliamentary Democracy dan khususnya constitutional monarchy system. Saya ingin baca tentang tafsiran atau pun definisi Parliamentary Democracy untuk lebih penjelasan iaitu demokratik dengan izin, “Parliamentary Democracy is democratic form of government in which the party or collation of parties with the grates representative in Parliament that is the legislator forms the government. It is leader being a Prime Minister. Executive functions are exercised by Members of Parliament appointed by the Prime Minister to the Kabinet. The parties in the minority served in the opposition to the majority and have a duty...” Saya ingin menekankan di sini ‘have a duty’ sebab kadang-kadang di sebelah sana tidak faham tanggungjawab pembangkang. “...Have a duty to challenge it regularly.” Challenge it bermaksud di sini challenge the majority regularly. “The Prime Minister may be removed from power whenever he looses the confident of majority of the ruling party or of Parliament.” Itulah Parliamentary Democracy yang diamalkan di negara kita yang dibawa pada mula-mulanya oleh United

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Kingdom dan saya percaya juga Sweden dan lain-lain negara adalah lain seperti France mengikut corak republik. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan di sini. Di rang undang-undang ini telah membangkitkan banyak kegelisahan sebab open ended saya rasa ini adalah dengan izin, casting the fishing net very wide dan juga dengan izin, opening the plant gates untuk pelbagai keadaan di mana sekali lagi saya ingin menekankan di sini kita akhirnya walaupun ada definisi, tetapi membaca rang undang-undang ini kita tidak tahu apakah keadaan- keadaan yang akan membawa satu situasi yang akan menjejaskan Parliamentary Democracy di negara kita ini. Ini kerana saya lihat banyak klausa-klausa di sini tertumpu kepada menjejaskan Parliamentary Democracy, tetapi apakah keadaan-keadaan sebenarnya kita tidak tahu. Siapa yang akan membuat tafsiran itu? Mesti saya rasa pihak kerajaan dan siapa dari kerajaan yang akan membuat tafsiran itu? Saya rasa Peguam Negara. Selepas pihak polis telah membuat siasatan, fail itu akan dihantar ke pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan. Di negara kita mengikut fasal 145 Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di- Pertua, Peguam Negara ada kuasa yang tidak terbatas, yang tidak terhad untuk memulakan dan meneruskan atau memberhentikan sesuatu pertuduhan di mahkamah di mana baru-baru ini kita saksikan tanpa memberi alasan. Ini menjadi satu lagi amalan di negara kita. Peguam Negara tiba-tiba akan menghantar Timbalan Peguam Negara kepada timbalan kepada mahkamah (DPP) untuk tarik balik kes-kes tanpa apa-apa alasan. Tidak perlu memberi alasan kepada mahkamah atau pun keluarga mangsa. Tidak perlu bagi alasan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Baru-baru ini pun satu kes yang melibatkan seorang bekas menteri, sahaja datang ke mahkamah tarik balik kes. Rakyat pun tidak tahu, pihak di sana pun tidak tahu apa sebab kes ditarik balik. Begitu kuasa yang amat besar diberikan kepada Peguam Negara di negara kita. Seterusnya apakah keadaan-keadaan yang kita ingin tengok. Adakah ia satu keadaan di mana Parliamentary Democracy akan terjejas apabila seorang mengumumkan Putrajaya boleh dibela, akan dibela walaupun tumpah darah? Ini akan membawa kesengsaraan ataupun tidak berpuas hati di kalangan orang ramai dan rakyat Malaysia. Adakah itu satu keadaannya? Ataupun adakah keadaan di mana Parliamentary Democracy tidak diikuti di mana Ahli-ahli Parlimen di Parlimen kita sendiri tidak diberi layanan peruntukan kewangan yang sama, yang tidak adil, yang Tuan Yang di-Pertua pun memang tahu tetapi tidak buat apa-apa? Jadi inikah Parliamentary Democracy yang kita amalkan? Saya hendak tahu apakah keadaan-keadaannya. Siapa yang tentukannya? Ataupun pada 28 hari bulan April yang akan datang ini di Dataran Merdeka perhimpunan oleh Bersih, adakah itu akan menggugat keadaan dan terjejas Parliamentary Democracy di negara kita? Saya harap Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan tiba-tiba membuat kerja-kerja pengubahsuaian di Dataran Merdeka pada hari itu. Ataupun kerja-kerja repairlah macam seperti dahulu selalunya dibuat. Saya harap kali ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi kerjasama dengan memberi minuman percuma kepada semua orang yang berkumpul di Dataran Merdeka pada 28 hari bulan nanti untuk menegakkan demokrasi di negara kita. Ataupun adakah baru-baru ini Parliamentary Democracy itu dipinggirkan bila mana saya telah hadir di Sekolah Tamil di Midland di Shah Alam pada hari Ahad lalu di mana satu sekolah dibina dan dibuka oleh Kerajaan Negeri Selangor yang tidak pernah ada Sekolah Tamil di negara kita seumpama itu atau serupa itu. Adakah 55 tahun yang lalu dipinggirkan sekolah-sekolah Tamil ini boleh dianggap sebagai Parliamentary Democracy terjejaskan? Sebab saya katakan begitu Tuan Yang di-Pertua, kerana mengikut klausa 12 Perlembagaan Persekutuan, rights in respect of education. Setiap rakyat Malaysia mesti diberi peluang untuk diberi pendidikan yang sama without prejudice. Dengan izin saya baca, Without prejudice with the generality of article 8(2), “...there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent or place of birth…”. Jadi mengapa sekolah-sekolah Tamil dianak tirikan selama ini sampai Kerajaan Negeri Selangor kena bina satu sekolah baru dengan facility-facility seperti padang, science lab, perpustakaan? Apa sebab dahulu tidak ada macam ini? Jadi adakah itu satu keadaan di mana 55 tahun, klausa artikel 12 itu tidak diikuti oleh kerajaan? Saya ingin tahu. Tiba-tiba

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

kita mementingkan Parliamentary Democracy sedangkan peruntukan-peruntukan di Perlembagaan Persekutuan juga tidak diikuti. Kita selalu tengok Perlembagaan Persekutuan tidak diikuti di klausa ataupun Artikel 5 khususnya, liberty of the person. Liberty of the person amat penting sekali. Saya setuju dalam kes-kes terrorism kita perlu ambil tindakan. Akan tetapi liberty of the person itu terkandung di Perlembagaan Persekutuan kita ini sehingga klausa-klausa ataupun artikel atau fasal 12, fasal 13 yang penting sekali going into the fundamental rule of our democratic principle. Apabila perlembagaan ini dibuat pada masa kita mencapai kemerdekaan, ini dibuat sebab untuk menjamin kebebasan seseorang individu itu. Kita kena tengok kebebasan seseorang individu itu berbanding dengan kepentingan masyarakat umum. Itu Parliamentary Democracy. Kedua-dua pihak harus diberi pertimbangan yang sama. Ataupun adakah ia seperti apa yang saya baru nampak di kes PKFZ yang mana ramai orang yang terlibat tetapi bukan semua dituduh di mahkamah. Mengapa? Adakah ini satu usaha untuk melindungi beberapa pihak yang tertentu oleh kerajaan? Kita mesti adil, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa konsep prinsip keadilan ini pun masih terpendam di hati semua rakyat Malaysia, terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat, terutamanya Tuan Yang di- Pertua. Jadi mengapa kes-kes seperti PKFZ dan juga NFC Corporation yang mana ada orang yang belum dituduh di mahkamah, hanya ada seorang sahaja yang dituduh. Jadi apa itu Parliamentary Democracy? Parliamentary Democracy itu asalkan kepada keadilan, the rights of the majority of the people. Ataupun pada tahun 2005 saya masih ingat, Crimea State University. Pada tahun 2005, Crimea State University, tiba-tiba Ijazah Perubatan dibatalkan oleh kerajaan. Apa sebab? Sebab kebanyakan murid dari Crimea University adalah penuntut dari masyarakat India. Tiba-tiba dibatalkan sedangkan penuntut-penuntut kita dari Malaysia dihantar ke Turki, di Eygpt, Jordan sama juga standard dia. Apa sebabnya? Jadi saya menumpukan perhatian saya kepada keadilan, sama rata, semua rakyat Malaysia mesti diberi pertimbangan, peluang dengan izin space, ruang, untuk mencapai matlamat mereka sebagai rakyat Malaysia. Apa sebab kita ada rang undang-undang ini? Saya rasa untuk khususnya melindungi sesuatu pihak. Lebih baik cakap tidak untuk menjejaskan kerajaan. Apa itu Parliamentary Democracy? So wide. Better, dengan izin mengatakan to look after the interest of the government. That’s all. Jadi saya rasa Menteri bagi jawapanlah mengapa rang undang-undang ini digubal seperti ini as it is done this week. Tadi rang undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah pun di lulus di Dewan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia dengan izin, celebrating ISA had been abolished. There is merry making in town. ISA had been abolished, so call merry making lah. Saya rasa pakej dengan rang undang-undang ini dan kemudian ini CPC (Kanun Acara Jenayah) dan juga Akta Keterangan, semua ini adalah satu pakej untuk mengadakan satu situasi di mana ISA dimansuhkan tetapi ada satu akta baru di mana it is actually old wine in a new bottle, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya tidak berpuas hati dengan rang undang-undang ini. Cara ia digubalkan tergesa-gesa. All done in a hurry for some purposes. Saya ingin penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Eh! Tuan Yang di-Pertua minta...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah lama buat keputusan sudah tadi Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita keluar sekejap sahaja minum teh sudah hilang hak untuk berucap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan buat macam itu, Yang Berhormat tiada dalam Dewan, tidak ada orang bangun.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita ada tadi dan bangun tetapi ...

Untuk mengucapkan banyak terima kasihlah kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hak, Yang Berhormat. Keadilan bukan di tangan Yang Berhormat seorang.

...Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Selalu blame dengan Tuan Yang di-Pertua di dalam keadaan ini.

...Di dalam perbahasan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membangkit isu ini iaitu berkenaan dengan aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy. Cuma di peringkat awal saya ingin menyebut iaitu aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy means an activity carry out by a person or a group of person design to overthrow or undermine Parliamentary Democracy by violent or unconstitutional means. Jadi kalau setakat dalam Dewan macam Yang Berhormat dari Kubang Kerian yang pakai tai berberi pada hari ini ya, dia mengutuk kerajaan, dia hentam kerajaan itu biasa sebab ianya bukan mengikut violent or unconstitutional means.

Jadi, takkanlah kita nak mengatakan dia telah melakukan satu kesalahan. Ayat yang penting di sini must be, dengan izin, by violent or unconstitutional means. Itu yang penting dan hal yang lain buatlah. Kalau bercakap, menjerit kah, apa kah atau di luar nanti marah saya sebagai Menteri. Macam-macam dia cakap, cakaplah tetapi itu bukan by violent or unconstitutional means. Jadi, berkenaan dengan detrimental to Parliamentary Democracy. Ungkapan detrimental to Parliamentary Democracy bukan merupakan satu ungkapan yang digunakan bagi menghukum kesalahan politik, tidak. Sebaliknya, ungkapan tersebut telah dipilih kerana ia merupakan ungkapan yang amat menyeluruh, yang merangkumi semua aspek Demokrasi Berparlimen. Demokrasi Berparlimen mempunyai maksud yang luas. Perkataan demokrasi itu sendiri membawa maksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya, manakala demokrasi berparlimen merupakan pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Jika Demokrasi Berparlimen digulingkan atau dilemahkan dengan cara yang ganas atau tidak berlandaskan perlembagaan, kerajaan yang akan dibentuk tidak lagi merupakan kerajaan yang dipilih melalui peti undi. Kerajaan kita kena ingat juga dalam konteks bukan sahaja di peringkat Persekutuan tetapi kerajaan juga di peringkat negeri-negeri. Tidak silap saya, ada empat ke lima negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang juga akan dilindungi oleh akta ini. Itu kita kena ingat sebab pembangkang pun ada kerajaan juga. Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang. Ini juga kerajaan, ia tidak terhad kepada kerajaan di peringkat Persekutuan. Jadi, perlindungan ini kita beri kepada semua asalkan ia merupakan tidak digulingkan atau tidak detrimental mengikut by violent and unconstitutional means.

Saya habis sekejap, boleh? Jika Demokrasi Berparlimen digulingkan atau aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy telah ditakrifkan sebagai an activity carried out by a person or a group of persons designed to overthrow or undermine Parliamentary Democracy by violent or unconstitutional means. Kalau overthrow ini macam kudeta lah dan kita semua tahu kudeta tidak boleh dibenarkan. Overthrow atau undermine Parliamentary Democracy membawa maksud menggulingkan atau melemahkan Demokrasi Berparlimen. Menggulingkan seperti yang kita kenal, selalu disebut sebagai kudeta. Yang ini yang kita tak benarkan macam- kalau ia berlaku, bukan sahaja dalam negara akan bising tetapi dunia juga akan bising. Macam di Mali baru-baru ini, kemudian di Maldives pun juga. Jadi, kita melihat suasana seperti yang saya sebut macam di Mali, kudetalah. Sila.

Menteri, saya dengar dengan tekun dan saya setuju kalau kita hadkan detrimental to Parliamentary Democracy ini kepada

penggunaan keganasan. Akan tetapi bila kita baca 124C dan 124D, yang disebut di sini, ‘attempt to commit activity deterrent to Parliamentary Democracy’. Ia bukan sahaja keganasan dilakukan tetapi cubaan untuk undermine Parliamentary democracy ini juga dianggap sebagai kesalahan atau printing sales of document or publication detrimental to Parliamentary Democracy. Saya ingin mendapat penjelasan, sungguhpun saya percaya kalau Menteri jelaskan pun tetapi kita masih bagi ruang kepada kerajaan yang akan datang untuk abuse. Akan tetapi saya ingin dapatkan penjelasan dengan satu contoh. Katakan satu kumpulan yang memegang pegangan kepada satu kepercayaan politik bahawa sistem demokrasi ini yang dipilih melalui manusia ini tidak perfect. Kita mahu mendirikan sebuah negara yang Parlimennya terdiri daripada ahli-ahli falsafah atau ahli-ahli ulama yang tidak semestinya datang daripada wakil yang mewakili rakyat. Dia tidak menggunakan keganasan tetapi mereka mencetak, mengedarkan dokumen yang kata kita tidak setuju dengan golongan ini atau kita ambil satu contoh lagi atau ada golongan kita menganggap ini negaranya, sepatutnya kedaulatan harus di tangan kaum bumiputera. Tidak kira baik pun Parlimennya pilih majoriti yang bukan bumiputera, mereka tidak setuju. Dengan katakan Parlimen ini kecenderungan untuk memilih golongan yang bukan bumiputera, mereka kata kita akan berikrar akan buat demonstrasi besar-besaran sehingga Perdana Menteri letak jawatan atau parti yang memerintah letak jawatan. Saya ingin dapatkan penjelasan sama ada tindakan seperti itu boleh ditafsir sebagai detrimental to the democracy. Itu bersangkut dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi. Dia sebut kalau sifat kenegerian ini terlalu melampau, akan menjejaskan kepentingan nasional. Saya bagi satu contoh, katalah satu parti yang memerintah di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan berucap Yang Berhormat.

Bukan, saya nak dapatkan soalan. Ini adalah real example. Katalah Sabah, satu parti yang sangat bersifat kenegerian yang menang dalam pilihan raya dan mereka juga ugut kalau 20% minyak tak bagi, kita akan apply membership kepada United Nations. Katalah Ketua Menteri baru sebut perkara macam ini, adakah undang-undang ini boleh diguna pakai untuk sesiapa yang keluarkan hujah seperti ini. Terima kasih.

Menteri, Kota Raja. Sikit sahaja, perkara yang sama.

Biar saya jawab Yang Berhormat Batu dulu.

Okey.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nampak jambu sahaja. Jambu tua, dia lain... [Ketawa] .

Jambu tua keras. Tuan Yang di-Pertua, kita kena ingat ya. Akta yang kita sedang bincang ini ialah berlanjutan daripada akta yang awal iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang merupakan preventif dalam maksudnya, ia preventif, untuk mengelak. Jadi, an attempt ini, kita kena juga menjadikan ia sebagai satu kesalahan sebab attempt itu merupakan usaha. Kalau kita ambil tindakan terhadap attempt bermaksud ia preventif. Satu tindakan preventif dan juga pre-emptive diambil untuk memastikan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini itu akan berlaku di negara kita. Jadi, sebab itu untuk sesuai dengan akta yang asal tadi, maka attempt juga adalah merupakan satu perkara yang tidak dibenarkan, that’s why, attempt. Kemudian, terima kasihlah Yang Berhormat yakin dengan saya tetapi Yang Berhormat kata kerajaan akan datang itu saya dengar selalu kerajaan akan datang ini Yang Berhormat punya kerajaan. Adakah tak yakin dengan diri sendiri? Akan menyalahgunakan?

Jadi saya ingat, saya rasa macam ini Yang Berhormat, yang penting yang kita kena sebut juga seperti mana yang telah saya sebut sebentar tadi ia mesti diikuti dengan violent and unconstitutional means. Activity detrimental to Parliamentary Democracy kena baca sekali dengan by violent or unconstitutional means.

Just ”or”, kalau use “and”?

Saya faham, nanti saya habiskan dulu. Saya tidak habis lagi apabila saya hendak menjelaskan apa dimaksudkan dengan, overthrow or undermine Parliamentary Democracy by violent means, itu saya hendak sebut, Yang Berhormat cepat sikit. So if you had allowed me to reply, then saya akan sampai kepada mengapa kita pakai “or”. Jadi kita hendak sebut cara yang unconstitutional ini. Unconstitutional means adalah cara yang tidak berlandaskan dengan perlembagaan pula ialah sekiranya sebagai contoh because you want to know what is meant by unconstitutional means. For example, contohnya seorang telah melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri sedangkan menurut perenggan 2(2)(a) perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, lantikan tersebut hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Itu dia tadi what is meant by unconstitutional means? Bermakna perkara yang boleh berlaku hanya dibenarkan dalam perlembagaan itu sahaja yang boleh berlaku. Akan tetapi kalau kita melakukan perkara yang tidak dibenarkan oleh constitution, it means unconstitutional lah. Macam saya kata, saya Perdana Menteri, it’s not constitutional. Ataupun contoh yang lain pula ialah sekiranya suatu akta dibuat tanpa melalui Parlimen kerana perkara 44 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kalau ada satu kumpulan buat law nya sendiri, tidak bolehlah itu, that’s unconstitutional. Jadi unconstitutional means maknanya apa yang tidak dibenarkan oleh Perlembagaan, itulah cara yang tidak dibenarkan. Jadi anything, any activity detrimental to Parliamentary Democracy by means of unconstitutional means tidak bolehlah, itu contoh yang saya beri. Maknanya Yang Berhormat hanya perlu melihat apakah perkara yang boleh berlaku mengikut perlembagaan. Jadi kalau ianya berlaku tidak mengikut perlembagaan, maka itu juga dianggap sebagai detrimental to Parliamentary Democracy. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, selepas Yang Berhormat Pokok Sena, boleh sedikit?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri jambu tua, jambu masak. Baik tadi saya dengar penjelasan yang dibuat bahawa perkara-perkara yang bertentangan dengan Parliamentary Democracy bertentangan dengan perlembagaan. Saya hendak dapatkan penjelasan, bagaimana perkara yang sedang berlaku, yang telah saya sebut dalam perbahasan akta sebelum ini iaitu ada gerakan yang berlaku di sebelah Yang Berhormat membawa warga asing, diberikan taraf kerakyatan secara yang begitu meluas, borong. Maknanya sedangkan kita katakan bahawa ini satu yang sangat bertentangan dan sangat berbahaya kepada sistem Perlembagaan dalam negara kita, Raja Perlembagaan sebab orang Nepal mana ada Raja, mereka gulingkan Raja-Raja mereka. Indonesia umpamanya, Filipina, Myanmar dan sebagainya. Jadi saya hendak kata bahawa adakah gerakan ini merupakan satu kesalahan dan dia boleh didakwa. Saya kata macam ini, ada report polis yang telah dibuat oleh satu pihak di Sungai Pelong, Petaling Jaya, Sg. Pelong 00464/11 sudah dibuat, ada gambar pada saya. Polis tahan tetapi tidak ada kes diambil daripada bulan 11 tahun sudah. Kemudian ada lagi kes di Sepang umpamanya. Apa yang saya dedahkan baru-baru ini menunjukkan bahawa bagaimana satu gerakan yang dilakukan untuk membawa warga asing dan diberikan taraf kerakyatan sehingga membawa kepada mereka untuk mengundi. Betullah dari segi sah itu sahlah, maknanya dia dapat kerakyatan, dia boleh mengundi tetapi maknanya ini akan mendatangkan satu bahaya yang sangat besar. Maknanya hendak menang pilihan raya, hendak dapat kerajaan, sanggup bawa warga asing untuk menentukan kemenangan. Adakah ini juga merupakan terkandung sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan Parliamentary Democracy.

Pertamanya saya tidak tahu tentang kesahihan tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat itu. Bunyinya berpuluh-puluh ribu, betulkah? Jadi kalau macam police report itu, kita hendak tahu juga berapa orang? Jadi biar kesahihan perkara itu ditentukan terlebih dahulu. Saya tidak boleh menjawab perkara ini sebab kesahihannya belum dapat ditentukan sama ada benar ataupun tidak.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu kita tuntut Suruhanjaya Diraja. Kita tuntut Suruhanjaya Diraja, dia yang harus mengendalikan urusan ini dan saya kata saya bersedia menyerahkan semua dokumen-dokumen itu kepada Suruhanjaya Diraja. Adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja?

Ini kali pertama saya dengar satu usaha untuk membawa orang luar, Nepal, yang kata UMNO tadi Myanmar dan Nepal. Saya ingat ini tidak betul dan kalau sekiranya ia berlaku dan mengatakan ada satu gerakan, tidak betul iaitu bahawa ada satu gerakan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu saya kata bahawa dalam penghujahan saya, dalam akta sebelum ini saya kata Suruhanjaya Diraja sangat penting sebab dalam interim report kalau tidak silap saya PAC mencadangkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengendalikan kes yang seumpama ini di Sabah. Akan tetapi dalam perbahasan saya katakan ini sudah menjadi kes nasional. Sepatutnya suruhanjaya itu bersifat nasional dan dikatakan Perdana Menteri hendak tubuh Suruhanjaya Diraja bagi kes Sabah. Akan tetapi sehingga hari ini, tidak ditubuhkan. Sepatutnya bagi saya bahawa Suruhanjaya Diraja itulah yang akan dapat memberikan pengesahan sama ada apa yang saya sebut itu betul atau tidak sebab kalau saya tanya Yang Berhormat Menteri, sudah tentulah akan nafi.

Akan tetapi sehingga hari ini kita belum dapat menentukan kesahihan tentang perkara itu untuk memerlukan kepada perwujudan untuk satu Suruhanjaya Diraja bagi seluruh negara Malaysia. Jadi belum ada ketentuan lagi tentang kesahihan itu. Jadi kalau kita hendak berhujah, sampai pagi esok pun saya dengan pendirian saya, Yang Berhormat dengan pendirian...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya kata kalau ada perkara tersebut, adakah ia boleh disabitkan kesalahan itu berasaskan kepada akta, undang- undang kesalahan yang kita bincang tadi ini. Adakah ia boleh disabitkan bahawa ini satu perkara yang sangat bertentangan dengan Parliamentary Democracy, bertentangan dengan perlembagaan. Kalau betul, kalau betul.

Yalah, ia mesti by unconstitutional dan violent means. Jadi itu biarlah kita pulangkan kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan sama ada it is by unconstitutional means untuk hendak menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini. Perkara yang dalam bidang Peguam Negara, kita serahkan kepada dia.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan hendak menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, kerajaan sekarang hendak pertahankan kerajaan yang dah buat. Macam mana itu?

Benda itu belum berlaku lagi ataupun kesahihan belum ditentukan lagi. Saya tidak berhajat untuk...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya rasa tidak sepatutnya kerajaan membuat satu penafian begitu tanpa menunjukkan keseriusan untuk mengatasi isu ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Kita tunggulah, kita pun tidak tahu lagi apa keputusan yang akan diambil oleh kerajaan. Jadi setakat ini belum ada apa lagi. Jadi untuk kita hendak bahas, ini perlu dibincangkan oleh Jemaah Menteri dulu, hendak buat suruhanjaya atau tidak buat suruhanjaya, saya tidak boleh jawab di sini. Ia merupakan satu perkara yang boleh dianggapkan sebagai spekulasi. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Gambar boleh percaya? Video pun tidak percaya, takkan gambar boleh percaya?

Kalau ditahan itu kita tidak tahu sama ada dia telah diberikan kewarganegaraan atau pun tidak. Kita tidak tahu, kita tengoklah. Biar polis siasat dahulu kesahihan sebab saya tidak boleh mengesah, Yang Berhormat pun tidak boleh mengesah, jadi tidak pergi ke mana kita malam ini. Janji hendak pukul 9.30 nanti, pukul 9.30 pun tidak cukup. Jadi...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Lepas Yang Berhormat Kota Raja.

Ladies first lah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sedap mendengar tadi apabila Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy by violent or unconstitutional means tetapi perkataan keyword, perkataan asas violent and unconstitutional means ini tidak ada dalam 124B ini, mungkin saya dah pergi ke peringkat ini tetapi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sangat penting, tetapi dia tidak ada dalam ini. Inilah yang menyebabkan timbulnya persoalan sama ada detrimental to Parliamentary Democracy ini mungkin ditafsirkan tidak violent dan tidak unconstitutional tetapi menggugat mana-mana kerajaan yang sedia ada pada hari ini, maka that is the problem. Kalau boleh jelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, ia ada dalam dictionary Oxford iaitu aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy, itu dimaksudkan by violent and unconstitutional means itu dalam dictionary yang digunakan oleh semua, kita tidak boleh lari daripada itu. Saya harap Yang Berhormat boleh tengok. Bila dimaksudkan aktiviti detrimental dan juga dia ada ditakrifkan di bawah seksyen 130A, muka surat 8 pun ada. Lebih daripada itu, dalam dictionary pun dimaksudkan begitu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sambung daripada contoh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Tahun 2000, ini semua disahkan dalam penghakiman yang diberi dalam kes petition Pilihanraya Likas oleh hakim Mahkamah Tinggi. Di mana dia mengesahkan dalam penghakiman, selepas perbicaraan kes itu disahkan hampir 5,000 pengundi kalau tidak silap, 5,000 pengundi telah dimasukkan dalam daftar undi Likas secara tipu. Mereka yang tidak berhak untuk didaftarkan sebagai pengundi, didaftarkan dan ini telah dibawa ke pengetahuan SPR negeri dan juga kepada SPR pusat tetapi tidak ada apa-apa usaha untuk menyiasat dan mengeluarkan nama itu. Apa yang hakim itu perhatikan ialah badan yang sepatutnya menjadi custodian dengan izin, of the rule macam terlibat dengan konspirasi untuk memastikan penipuan ini berlaku dan dijalankan. Sambungan daripada cerita itu, adakah tindakan macam itu boleh didakwa, adakah itu tantamount dengan izin kepada satu offence aktiviti detrimental to Parliamentary Democracyby unconstitutional means dan boleh didakwa dan dipenjarakan selama 20 tahun. Adakah kerajaan beri jaminan, selepas undang-undang ini diluluskan, kita akan siasat dan dakwa semua pihak yang terlibat, pegawai dalam SPR negeri, SPR pusat pada masa itu sebab dalam kesalahan jenayah tidak ada limitation, adakah itu dibuat? Saya gunakan contoh itu dan ringkas sahaja untuk menunjukkan bahawa inilah maksudnya unconstitutional itu sangat wide, setiap hari dalam mahkamah, kita buat kes-kes sivil di mana istilah itu disebut orang dipukul dalam lokap, itulah unconstitutional, orang dipecat daripada pekerjaan, itulah unconstitutional. Maksud perkataan ini terlalu luas dan inilah masalah ia apabila dimasukkan dalam definisi satu kesalahan berat yang boleh dihukum selama 20 tahun. Satu lagi saya hendak tanya sebelum saya berhenti, tadi dalam ucapan permulaan Yang Berhormat Menteri berkata contoh kesalahan ini diambil daripada the Security Service Act at UK 1989. Saya ada salinan akta itu di hadapan saya tetapi saya perhatikan gambaran yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu UK ada kesalahan yang sama, memang tidak tepat. United Kingdom tidak ada kesalahan mana-mana pun yang merupakan kesalahan yang kita sekarang peruntuk dalam undang-undang baru ini, yang boleh menghukum 20

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

tahun penjara. Hanya apa yang mereka ada dalam betuk Security Service Act ini ialah satu akta untuk menubuhkan security service, seolah-olah macam kita buat di sini, pihak polis ya. Kita buat satu undang-undang untuk meletakkan mereka statutory basis ataupun special branch, kita hendak letakkan satu agensi baru, kita buat satu undang-undang baru supaya ada pertubuhan baru untuk perkhidmatan keselamatan dan sebagainya. Itulah maksud Security Service Act dan tujuannya didefinisikan perenggan satu, “the function of the services shall be the protection of National Security and in particulars of its protection against threats of espionage terrorism and sabotage from the activity of agent of foreign powers and from action intended to overthrow or undermined Parliamentary Democracy by political, industrial or violent means.” Maksudnya jelas, this is very broad, this is overall function dengan izin, of the security service at UK. Ini tidak membentuk mana-mana kesalahan yang kita buat sekarang. Jadi, kita tidak boleh gunakan contoh ini, ambil perkataan ini dan sebut “oh! Ada contoh di negara-negara lain.” Contoh yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau Akta 2385 itu jauh lebih berbeza, dia fokus kepada keganasan atau violent and assassination, very clear. Minat penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab yang akhir tadi takut dia lupa, saya tidak pernah kata bahawa di bawah – Yang Berhormat sebut iaitu Security Service Act 1999. Saya tidak kata kita ambil itu sebagai kesalahan, kesalahan yang ada dalam Security Service Act 1999. Saya kata ungkapan detrimental to Parliamentary Democracy. Saya tidak kata, “oleh yang demikian, kesalahan detrimental...” Saya tidak kata kesalahan, saya kata ungkapan itu diguna, itu bezanya Yang Berhormat ya? Jadi tidak betul Yang Berhormat kata, saya cakap bahawa di bawah Security Act, itu merupakan kesalahan. Saya cuma kata ungkapan sebab kita hendak menggantikan subversif, subversif ini ia punya stigma sama dengan ISA, jadi dia stigma. Sebut subversif, rakyat zaman sekarang tidak boleh terima itu sebagai satu alasan untuk kita mengadakan satu kesalahan kerana subversif elemen. Orang dah tidak mahu dengar itu. Jadi ungkapan detrimental to Parliamentary Democracy itu lebih boleh diterima, itu sebab kita guna ungkapan detrimental to Parliamentary Democracy, saya tidak kata petik sebagai kesalahan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Yang Berhormat bangkitkan mengenai Likas. Jadi, saya hendak sebutkan di sini iaitu bahawa kita belum ada lagi kesahihan tentang niat untuk melakukan perkara bagi kewarganegaraan kepada orang luar, lepas itu daftarkan sebagai pengundi, tidak ada kesahihan lagi, satu gerakan. Oleh sebab itu saya dah sebut awal tadi, saya tidak mahu bincang tentang perkara yang masih lagi merupakan kemungkinan. Kita hendak bercakap tentang perkara yang sudah berlaku, ada keputusan, itu kita boleh bahaskan di sini...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi Yang Berhormat...

Kerana sama ada ianya akan merupakan by – dianggap sebagai unconstitutional means, kita kena serahkan kepada mahkamah, bukan kepada saya. Saya bukan mahkamah dan sama ada ia merupakan kesalahan, itu terpulang kepada Peguam Negara. Jadi jawapannya sama juga kepada Yang Berhormat iaitu perkara ini sama ada ia merupakan kesalahan disabitkan oleh kerana violent or unconstitutional means, itu terpulanglah kepada warganegara untuk membentuk pendakwaannya dan sama ada dia itu apa yang disebut perkara ini adalah by unconstitutional means, itu terpulanglah kepada mahkamah, bukan saya yang boleh tentukan, beri jawapan di sini ya atau pun tidak. Saya tidak boleh mendahului mahkamah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi dalam kes Likas Yang Berhormat, Hakim Dato’ Kamil Awang sudah pun memutuskan warga asing itu adalah dalam senarai daftar pemilih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini selepas siasatan dalam mahkamah, prosiding mahkamah.

Ya betul.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, prosiding mahkamah, kita boleh buktikan oleh Dato’ Kamil Awang, dia masih hidup lagi.

Betul, pada ketika itu tidak ada pun rang undang-undang ini. Jadi kita kalau sekiranya itu hendak dianggap sama ada unconstitutional means, maka apa dianggap salah di bawah akta ini, terpulanglah kepada....

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menunjukkan bahawa gerakan itu sudah pun wujud sejak daripada dahulu.

Itu terpulanglah kepada pihak pendakwa raya mahu membuat satu caj terhadap mereka, itu terpulanglah. Bukan kepada saya sebagai menteri untuk menentukan sama ada pendakwaan itu patut dibuat atau pun tidak dan kemudian bukan hak saya juga hendak menentukan sama ada ia atau pun tidak kerana itu hak mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, cara yang ganas tersebut...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak tahu macam mana kalau dia dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri, parti memerintah hendak caj macam mana?

Tidak, macam mana sekalipun, kita boleh bangkit satu pertanyaan di mahkamah, buatlah untuk ditentukan sama ada ini unconstitutional atau pun tidak dan saya rasa ianya tidak akan termasuk dalam ini kerajaan pada hari itu ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jadi macam mana pula dia membuat satu perkara yang boleh menjatuhkan diri dia? Tidak ada.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan hendak menjatuhkan diri sendiri tetapi mempertahankan kemenangan.

Tuan Yang di-Pertua, cara yang ganas tersebut, tadi kita bercakap tentang unconstitutional dan sekarang ganas. Cara yang ganas tersebut mungkin melalui pelbagai cara yang tidak dibutirkan di sini. Ia mungkin merangkumi pembunuhan atau assassination ketua negara, rampasan kuasa berdarah oleh pihak-pihak yang ingin menubuhkan kerajaan seperti kumpulan Al-Ma’unah ini memang kenalah, pemberontakan bersenjata, perang gerila, guerrilla warfare dengan izin, keganasan atau kerosakan harta benda. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kumpulan Al-Ma’unah bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan bersenjata. Bagi tujuan tersebut mereka telah merompak senjata api di Kem Tentera Grik. Semua ini kita rangkumkan dan kita tengok inilah dimaksudkan dengan violent means tetapi apa yang kalau Yang Berhormat mengkritik kerajaan dalam Parlimen, itu bukan violent. Jadi jangan bimbanglah, tidak kena dalam akta ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas bertanya berikutan pemansuhan ISA, apakah pandangan kerajaan berkeyakinan segala ancaman-ancaman keganasan dapat ditapis secara berkesan. Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, satu undang-undang Kesalahan Keselamatan dan Langkah-langkah Khas 2012 telah digubal bagi mengatasi ancaman-ancaman keganasan. Oleh itu kerajaan berkeyakinan dan positif bahawa undang-undang baru ini dapat mengatasi ancaman-ancaman keganasan secara berkesan. Yang Berhormat Machang bangkitkan kenapa undang-undang ini keterlaluan sehingga penalti meliputi imprisonment for life. Ini adalah kerana kesalahan di bawah rang undang-undang ini adalah kesalahan yang sering dan boleh mengancam keselamatan negara. Yang Berhormat Kota Belud, adakah sabotaj ekonomi termasuk dalam tafsiran sabotaj dalam panel kod? Seksyen 130A(h) Kanun Keseksaan mentafsirkan sabotaj dengan izin; (a) “an act or omission intending to cause harm - (i) for the interests of foreign powers or foreign organizations,

(ii) to premises or utilities used for national defence or for war; or (iii) to the maintenance of essential services; or (b) knowingly...” Itu sahaja. Di mana essential services ditakrifkan dalam seksyen 130A(d) termasuk water services, electricity services, public health services, banking, financial services, prison services, fire services. Oleh itu jika sesuatu perbuatan sabotaj termasuk dalam tafsiran ini, maka ianya satu kesalahan di bawah kanun keseksaan.

Yang Berhormat Menteri.

Ya Yang Berhormat Batu.

Saya sekali lagi hendak bawa balik Menteri tidak jawab isu edaran dokumen yang detrimental to Parliamentary Democracy. Kalau diedar buku yang mengatakan kita tidak sokong sistem pilihan raya, adakah ini detrimental kalau seseorang itu pakai baju atau edar buku yang ditulis oleh Osama bin Laden for example, adakah ini juga melanggar undang-undang ini dan kita move ke isu committed sabotage. Saya ingin tahu sebab ini sangat luas sekali. Kalau satu kumpulan indigenous people katakan orang asal di Sarawak kerana tidak puas hati dengan tanahnya diambil. Mereka ambil satu tindakan untuk potong power supply kepada syarikat itu. Itu dalam taksiran dalam undang-undang ini, dia mengganggu supply of electricity kepada satu kawasan. Itu juga boleh ditafsirkan sebagai sabotaj dan espionage kalau negara lain bermaksud kalau you curi, bukan sahaja curi tetapi kena jual kepada negara lain tetapi sekarang di sini, ia hanya memperoleh dengan cara yang dianggap sebagai illegal means, itu juga life imprisonment. Itu yang kita rasa khuatir. Sekali lagi saya bukan rujuk kepada Raja yang sedia ada atau Kerajaan Pakatan Rakyat. Undang-undang ini adalah menjauhi daripada kerajaan yang sedia ada atau kerajaan parti-parti yang ada? You come to a day, kerajaan akan gunakan untuk kepentingan mereka.

Tuan Pengerusi, saya sebut tadi. Jadi kalau sekiranya sama ada satu pendakwaan akan dibuat dalam perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi biar saya jawab yang pegawai bagi. Sekiranya ungkapan detrimental to Parliamentary Democracy wujud dalam mana-mana seksyen, ia akan tertakluk kepada takrif aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy seperti dalam seksyen 124D, 124E, 124F, 124J, semuanya tertakluk. Itu, mana dia? Hilang? Sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan ini berkaitan dengan again I did not wish to labor the point but the soalan berkenaan dengan aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy. Tadi diberikan satu contoh Yang Berhormat Menteri itu berkaitan dengan kumpulan Al- Ma’unah dan tindakan yang diambil di mana ada keganasan yang dipakai. Isu yang berbangkit dalam ini Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah seksyen ini yang menyatakan berkenaan dengan aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy kalaulah ianya juga keadaan yang disebut tadi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalaulah ianya juga melibatkan keadaan yang disebutkan tadi, how does it differ from the original section 121B. I am not sure you may not have it if I can just read it to you. This is the point of important to me Tuan Yang di-Pertua kerana the two offences bring the other same but they bring about different penalty. So, this is where I think we have to look into a bit more detail. If I can just read, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua baca seksyen 121B. Mungkin pegawai di belakang boleh bantu. “Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State…” That is separate, this is important. “…or the a overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State...” So, it comes back to the same thing tetapi di bawah seksyen 121B itu it is mandatory in imprisonment for life. Akan tetapi untuk perkara yang sama di

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

bawah seksyen yang baru ini, it is discretionary period of imprisonment also. So, where is the distinction between this two sections Yang Berhormat Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Yang Berhormat Puchong sendiri mengatakan he needs further study, jadi saya tidak mahu bagi jawapan yang... [Ketawa] I need to - saya perlu kerana apa yang saya sebut di sini akan dijadikan sebagai satu perkara yang kenyataan. Jadi saya minta notis dalam perkara ini. Ini serius. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan supaya perkara- perkara di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dijadikan kesalahan keselamatan. Kerajaan akan mengambil maklum berkenaan dengan cadangan ini. Yang Berhormat Parit Buntar, takrifan aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy terlalu luas. Sepatutnya kita ambil definisi dalam artikel 2(1)(b) International Convention for the Suppression of the Financing of Terrorism. Konvensyen tersebut adalah berkenaan dengan keganasan dan sebagai negara pihak, Malaysia telah mengguna pakai definisi dalam artikel 2(1)(b) konvensyen tersebut ke dalam takrif Terrorist Act di bawah seksyen 130B. Jadi Bab VIA kesalahan yang berhubungan dengan kanun keseksaan, kita guna. Definisi dalam konvensyen tersebut tidak sesuai digunakan bagi takrif aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy kerana konvensyen tersebut menyentuh perkara keganasan dan bukannya melibat aktiviti demokrasi berparlimen. That is why not using it. Isu Peguam Datuk Seri Shafee iaitu Yang Berhormat Machang telah bangkit dengan begitu panjang sekali memberi hujah-hujahnya sama ada Perdana Menteri melantik peguam, Datuk Seri Shafee dalam prosiding di mahkamah itu kerana on behalf of the government kerana dia Perdana Menteri. Jawapannya, Peguam Datuk Seri Shafee dilantik secara peribadi bagi mewakili Perdana Menteri dan isteri beliau dalam kes-kes yang melibatkan isu peribadi dan bukan kes-kes rasmi kerajaan. Jadi sekali gus maknanya perbelanjaan beliau itu tidak ditanggung oleh kerajaan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, minta penjelasan sedikit. Sedikit sahaja on that issue.

Ya, nanti sekejap. Kerajaan melantik Datuk Seri Shafee sebagai wakil misi human rights di peringkat antarabangsa. Pelantikan tersebut dibuat berdasarkan budi bicara kerajaan di mana urusan atau misi beliau bukan bersifat rasmi atau antara kerajaan dengan kerajaan. Tidak ya. Sebelum saya bagi Yang Berhormat Subang - Okey sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan bahawa pelantikan peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah ini adalah secara peribadi. Akan tetapi surat yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Machang tadi, saya ada salinan di sini dan saya ingin baca supaya inilah apa yang disebut secara bertulis dalam surat dengan izin, “we write to Yang Amat Arif-Yang Amat Arif”. Oleh sebab itu surat ini dialamatkan kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Jadi ia bermula, “We write to Yang Amat Arif-Yang Amat Arif on the above matter as we seek to appraise your Lordship of specific development whereby Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah has been appointed on behalf of the Government of Malaysia.” Itu perkataannya. Peguam ini yang tulis. Peguam harusnya tahu siapa yang melantik beliau, kapasiti apa, untuk buat apa. Inilah perkataan yang digunakan oleh peguam dan disambung. “...in particular by Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak and Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor...” and so on. Jadi ini bercanggah dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Saya terima penjelasan. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa inilah ayat yang sebenarnya yang ditulis dalam surat. Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan itu kena tanya kepada lawyer itu sendiri. Daripada segi kita, kita tidak pernah lantik beliau dan kalau Yang Berhormat lihat ayat itu sendiri pun menyebut dengan isteri. The wife is not the Prime Minister. Dia tidak boleh. Memang surat itu tidak betullah. Jadi kalau di hendak tulis, itu kena tanya kepada beliau. Kepada saya, ayat surat itu sahaja mengatakan Perdana Menteri and wife itu sudah jelas menunjukkan bukan pelantikan kerajaan kerana kerajaan tidak

boleh melantik peguam untuk mewakili isteri Perdana Menteri. Tidak boleh. So, from that alone, my understanding is that I am right. Saya betul. Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Peguam itu tidak betullah?

Ya, memang tidak betullah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Memang tidak betullah Shafee itu?

Maknanya kalau beliau kata beliau dilantik...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maknanya Perdana Menteri lantik peguam yang tidak betullah secara peribadi.

Bukan. Tidak. Bukan itu. Bukan Yang Berhormat, bukan. Tidak apa. Kita cakap benda serius ya, kita benda serius iaitu dalam soal peribadi Perdana Menteri lantik beliau, tetapi bukan Kerajaan Malaysia yang melantik beliau untuk mewakili kita. Tidak ya.

Yang Berhormat Menteri, maksudnya kalau seseorang peguam tulis surat seperti ini, beliau misrepresent the country. Maksudnya beliau tidak mewakili kerajaan, tetapi surat beliau kata saya mewakili kerajaan. Adakah ini boleh diambil tindakan sebab beliau juga undermine our Parliament Democracy sebab yang dipilih itu tidak boleh seorang peguam...

Not violent means, not violent means. It is just a letter.

Yalah tetapi adakah ini melanggari apa-apa undang-undang?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Surat itu...

Jadi kalau beliau melanggari apa-apa undang-undang, itu terpulang kepada Bar Council untuk mengambil tindakan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, surat itu...

Untuk mengambil tindakan, it is up to you.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Surat itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang boleh melakukan keganasan.

Tidak. Tidak ada. Tidak ada marah pun. Sebenarnya kalau hendak marah, bukan sebelah sana. Hendak marah sebelah sini sebab menggunakan nama Perdana Menteri.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi kerajaan ini tidak marahlah walaupun peguam menyalahgunakan nama kerajaan, memburukkan nama kerajaan. Tidak marahlah. Okeylah.

Jadi kita tidak marah kalau beliau merupakan satu kesalahan. Jadi itu terpulanglah kepada Bar Council untuk mengambil tindakan terhadap peguam berkenaan. Can I move on? Can I move on?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sedikit sahaja sebab representasi ini bahawa appointed, pelantikan ini adalah bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau claim. Beliau claim, hendak buat macam mana? Banyak orang claim.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Betul. Saya faham. Beliau claim. Ini serius sebab beliau tulis sini kepada Ketua Hakim, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar bukan kepada pihak biasa Tuan Yang di-Pertua.

Ya, tahulah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu sebabnya ini penting.

Dalam negara sekarang, macam-macam boleh berlaku. Orang yang tidak ada hak pun mengaku dia ada hak.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jadi...

Yang tidak dapat hendak tubuh kerajaan pun dia hendak tubuh kerajaan macam September 16. Macam-macam berlaku.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat setuju tidak supaya cadang kepada Perdana Menteri...

Mengaku Sultan pun ada dalam negara ini. Macam-macamlah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cadang kepada Perdana Menteri pecat beliau, gugur beliau sebab beliau telah memburukkan nama baik Perdana Menteri.

Akan tetapi saya tidak jangka Yang Berhormat Pokok Sena begitu hendak mengambil berat kalau nama Perdana Menteri ini dikotorkan. Beliau kutuk ada lagi ya. Dalam Dewan jangan sandiwaralah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jadi Yang Berhormat Menteri, bila peguam Perdana Menteri menulis kepada Ketua Hakim Negara dan kata saya dilantik bagi pihak Kerajaan Malaysia...

Peguam Dato' Sri Mohd. Najib. Peguam peribadi.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak, tidak. Akan tetapi bila peguam Perdana Menteri menulis secara rasmi kepada Ketua Hakim Negara berkata saya dilantik bagi pihak Kerajaan Malaysia, adakah itu satu unconstitutional act? Boleh ditafsirkan sebagai unconstitutional? Mungkin boleh, bukan?

Dia mungkin satu penyelewengan tetapi tidak semesti unconstitutional kerana atas peribadi. Atas peribadinya, Perdana Menteri melantiknya. Jadi dia bukan unconstitutional. Dia mungkin satu penyelewengan. Jadi kita ada akta-akta yang...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, ini penyelewengan bukan unconstitutional sekarang. Ini yang maksud kita tadi.

Yang Berhormat...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Perkataan unconstitutionally ada maksud yang luas.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Menteri, saya rasa kalau boleh surat itu diperakui dulu.

Kita bincang ini, Yang Berhormat. Itu langsung tidak ada kena mengena hendak overthrow or undermine Parliamentary Democracy by violent or unconstitutional means. Langsung tidak adalah. Tolonglah Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Cantiklah. Cantiklah petang ini. Cantiklah argument petang ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah. Yang Berhormat Menteri boleh handle kepada Yang Berhormat.

Setakat ini sahaja jawapan yang diberikan kepada saya dan kalau ada perkara tidak dijawab, saya akan beri jawapan bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Yang Berhormat Subang. Usul.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ulang sekali lagi usul saya untuk merujuk...

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tidak apa, Yang Berhormat. Ini adalah satu mekanisme yang dibuat oleh... Yang Berhormat Subang duduk dahulu. Mekanisme yang dibuat oleh peraturan. Jadi kita tidak payahlah buat bising dekat belakang itu. Ikut sahaja, Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Subang, yang ini tidak dibahas, Yang Berhormat ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Betul. Saya akan baca usul sahaja. Saya akan ikut keputusan tadi. Usul yang saya ingin bangkitkan adalah berbunyi berikut iaitu: “Rang undang-undang untuk meminda Kanun Keseksaan (D.R. 18/2012) dibacakan kali yang kedua enam bulan daripada tarikh ini selepas dirujuk kepada satu jawatankuasa pilihan yang akan mengkaji semula keseluruhan rang undang-undang tersebut untuk memastikan tujuan untuk menjamin keselamatan negara dicapai dan khususnya langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah dan menangani keganasan (terrorism) dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan hak-hak asasi dan kebebasan yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.” Inilah usul yang saya ingin utarakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ada yang menyokong?

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan kepada Majlis usul Yang Berhormat Subang seperti yang dikemukakan tadi untuk diputuskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda ataupun dibahas. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Latihan jadi pembangkanglah itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan semula masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 7 [Pindaan] –Bill

Tuan Pengerusi, fasal 7 rang undang- undang ini dipinda dalam takrif ‘document or publication detrimental to Parliamentary Democracy’ yang dicadangkan: (a) dalam perenggan (b) dengan memasukkan selepas perkataan ‘counseling’, perkataan ‘violent’; dan (b) dalam perenggan (c) dengan memasukkan selepas perkataan ‘council’ dengan perkataan ‘violent’. Pindaan kepada fasal 7 bertujuan untuk memasukkan perkataan ‘violent’ di dalam perenggan (b) dan (c) dalam takrif ‘document or publication detrimental to Parliamentary Democracy’ yang dicadangkan bagi maksud keselarasan dengan seksyen 124G dan 124H yang dicadangkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagai yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 7 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 8 dan 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO.2) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui perutusan khas Hari Malaysia pada 15 September 2011 telah mengumumkan beberapa perubahan akan dilakukan oleh kerajaan yang membawa kesan positif kepada negara yang menyentuh pentadbiran, keadilan dan kedaulatan undang-undang negara. Antara reformasi perundangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah mengungkaikan tiga Proklamasi Darurat dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Langkah pertama reformasi perundangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaksanakan apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing telah

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

meluluskan resolusi untuk merungkaikan tiga Proklamasi Darurat pada 24 November 2011 dan 20 Disember 2011.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Langkah kedua, reformasi perundangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1990 sedang dilaksanakan dengan penggubalan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 yang telah dibentangkan di hadapan Dewan yang mulia ini. Selaras dengan penggubalan kedua-dua rang undang-undang tersebut, didapati pindaan perlu dibuat juga kepada Kanun Tatacara Jenayah. Pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 ini bermaksud untuk melengkapi, dengan izin compliment kedua-dua rang undang-undang yang telah dinyatakan tadi bagi memastikan tiada kelompongan undang-undang berlaku dalam menangani penyiasatan dan pendakwaan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan untuk memperkukuh dan menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada. Secara amnya, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 ini adalah untuk tiga tujuan, iaitu untuk: (i) menangani kelompongan undang-undang dalam menghadapi persekitaran siber; (ii) untuk mengadakan peruntukan mengenai pertambahan kuasa penyiasatan; dan (iii) mengadakan peruntukan mengenai peranti pengawasan elektronik. Ketiga-tiga tujuan ini diperincikan seperti yang berikut: (i) menangani kelompongan undang-undang dalam menghadapi persekitaran siber. Perkembangan yang pantas dalam penggunaan internet dan teknologi maklumat pada masa kini telah membawa kepada berleluasanya aktiviti jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet. Untuk mengatasi masalah dan kelemahan yang wujud akibat kelompongan undang-undang berkaitan dengan aktiviti jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet, Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda bagi menangani isu pengumpulan data dan maklumat serta pembuktiannya di mahkamah. Rang undang-undang ini akan memasukkan peruntukan untuk memberi polis kuasa untuk mengakses data berkomputer dan kuasa untuk memintas komunikasi. Pada masa ini kuasa polis atau pegawai penguat kuasa untuk mengakses data berkomputer semasa menjalankan siasatan hanya terdapat dalam undang-undang spesifik seperti Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi dan Multimedia dan akta-akta spesifik yang lain. Oleh yang demikian, kuasa untuk mengakses data berkomputer patut juga diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah untuk membolehkan polis dan agensi penguatkuasaan yang lain mengakses data berkomputer semasa menjalankan siasatan yang melibatkan kesalahan-kesalahan umum yang bukan di bawah akta-kata spesifik. Kuasa untuk memintas komunikasi pula yang pada masa ini diperuntukkan dalam seksyen 106C, Kanun Tatacara Jenayah hanya terhad kepada siasatan kes-kes yang melibatkan kesalahan keganasan. Oleh yang demikian, perlu bagi kuasa untuk memintas komunikasi diperluas kepada siasatan kesalahan-kesalahan lain terutamanya kes-kes yang melibatkan jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Walau bagaimanapun, polis tidak boleh memintas komunikasi dengan sewenang-wenangnya kerana sebelum pemintasan komunikasi dibuat, polis hendaklah mendapatkan kelulusan pendakwa raya. Kuasa untuk mengakses data berkomputer dan kuasa untuk memintas komunikasi adalah amat perlu untuk membantu penyiasatan dan pendakwaan kes-kes jenayah siber dan kes-kes jenayah yang dilakukan melalui internet yang semakin meningkat dan melibatkan teknologi yang semakin kompleks. Kesukaran lain yang dialami dalam penyiasatan dan pendakwaan kesalahan jenayah siber dan aktiviti jenayah yang dilakukan melalui internet adalah untuk menentukan tempat perlakuan kesalahan itu dilakukan. Sehubungan dengan itu, pindaan dicadangkan kepada seksyen 153, Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 153, Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa setiap pertuduhan hendaklah mengandungi butiran mengenai masa dan tempat kesalahan dilakukan dan orang atau benda yang terhadapnya kesalahan dilakukan. Pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk menetapkan bahawa tempat penyiaran dalam pertuduhan bagi kesalahan yang melibatkan penyiaran secara elektronik ialah tempat penyiaran itu dilihat, didengar atau dibaca oleh seseorang; (ii) pertambahan kuasa penyiasatan. Kuasa untuk menggeledah dan menyita tanpa waran perlu diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan polis segera bertindak jika terdapat bukti wujudnya perlakuan kesalahan keselamatan dan jenayah terancang; (iii) mengadakan peruntukan mengenai peranti pengawasan elektronik. Bagi meneruskan reformasi perundangan yang dihasratkan oleh kerajaan, pindaan juga dibuat untuk membolehkan penggunaan peranti pengawasan elektronik dalam sistem pentadbiran keadilan. Penggunaan peranti pengawasan elektronik akan dilaksanakan sebagai ganti kepada bayaran bon semasa tertuduh diberikan jaminan sementara menunggu perbicaraan dan juga sementara menunggu rayuan diputuskan. Dengan peruntukan yang dicadangkan, tertuduh yang tidak mampu untuk membayar bon jaminan boleh dipertimbangkan oleh mahkamah untuk diawasi secara elektronik dan tidak perlu ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan. Kaedah pengawasan secara elektronik telah lama digunakan di negara- negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kaedah ini amat berkesan bagi mengurangkan kesesakan di penjara dan memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah pada tarikh perbicaraan kerana dengan pengawasan secara elektronik, tertuduh tidak dapat melarikan diri. Pada masa yang sama pesalah atau tertuduh akan mendapat manfaat kerana boleh terus bekerja dan dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa di luar penjara atau tempat tahanan. Ini adalah satu langkah penambahbaikan dalam sistem pentadbiran keadaan negara kerana pada masa ini tertuduh yang tidak dapat membayar jaminan terpaksa direman dalam penjara. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 memperuntukkan seperti berikut.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Fasal 2 rang undang-undang bertujuan untuk meminda seksyen 2, Kanun Tatacara Jenayah untuk memasukkan takrif communication dan, dengan izin, communication service provider yang relevan bagi pentafsiran seksyen baru 116C. Fasal 5 rang undang-undang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 116A, 116B dan 116C. Seksyen baru 116A bertujuan untuk membolehkan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor untuk menjalankan kuasa menggeledah dan merampas bahan bukti tanpa waran jika dipercayai wujud keterangan berkenaan dengan perlakuan kesalahan keselamatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Rang Undang- undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan kesalahan yang berkaitan dengan jenayah terancang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan. Seksyen 116B bertujuan untuk membolehkan polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor untuk mengakses data berkomputer dan data yang diperoleh daripada akses tersebut boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah. Seksyen 116C bertujuan untuk memberi polis dan penyedia perkhidmatan komunikasi untuk memintas komunikasi jika dipercayai bahawa komunikasi tersebut mengandungi maklumat berkenaan dengan perlakuan sesuatu kesalahan. Pemintasan tersebut mestilah mendapat kebenaran pendakwa raya dan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada pemintasan itu boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah. Fasal 6 rang undang-undang bertujuan untuk meminda seksyen 127A Kanun Tatacara Jenayah berikutan pindaan kepada Kanun Keseksaan yang memasukkan Bab baru VIB berkenaan dengan jenayah terancang. Pindaan yang dicadangkan kepada seksyen 127A bertujuan untuk memasukkan kesalahan di bawah Bab baru VIB, Kanun Keseksaan sebagai kesalahan luar wilayah. Fasal 7 rang undang-undang bertujuan untuk meminda seksyen 153, Kanun Tatacara Jenayah untuk memperuntukkan bahawa butiran tentang tempat dalam kertas pertuduhan apabila seseorang dipertuduh atas kesalahan yang berhubungan dengan penyiaran secara elektronik ialah tempat penyiaran itu dilihat, dibaca atau didengar oleh seseorang. Fasal 8 rang undang-undang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 388A bagi membolehkan peranti pengawasan elektronik digunakan terhadap tertuduh. Seksyen baru 388A ini memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah untuk membuat perintah supaya tertuduh yang telah dibenarkan jaminan dipakaikan peranti pengawasan elektronik sebagai ganti kepada bayaran bon.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Sebelum membuat perintah tersebut, mahkamah hendaklah memberikan peluang kepada pendakwa raya untuk didengar. Mahkamah tidak boleh membuat perintah jika sekiranya terdapat pihak lain yang tanpa kerjasamanya peranti pengawasan elektronik tidak dapat dipakaikan kepada tertuduh. Pendakwa raya juga dibenarkan untuk memohon kepada mahkamah supaya seseorang tertuduh yang akan dibebaskan dengan jaminan dipakaikan peranti pengawasan elektronik dan mahkamah hendaklah memerintah supaya tertuduh itu dipakaikan peranti pengawasan elektronik sebagai ganti bayaran bon. Fasal 9 rang undang-undang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 390A, 390B dan 390C. Seksyen baru 390A memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah menjelaskan kepada tertuduh akibat jika tertuduh gagal mematuhi kehendak pengawasan elektronik dan syarat-syarat lain yang dikenakan oleh mahkamah termasuk bayaran bagi penyelenggaraan peranti pengawasan elektronik serta tempoh masa tertuduh berada di bawah pengawasan elektronik. Sekiranya tertuduh tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan, jaminannya akan dibatalkan. Juga menjadi satu kesalahan jika tertuduh merosakkan atau memusnahkan peranti pengawasan elektronik yang dipakai. Seksyen baru 390B memperuntukkan obligasi ke atas mahkamah untuk menghendaki tertuduh diperintahkan di pakai peranti pengawasan elektronik bekerjasama dengan apa-apa perkiraan yang ditetapkan bagi membolehkan tertuduh diawasi secara elektronik. Seksyen baru 390C menyenaraikan peranti pengawasan elektronik yang boleh digunakan bagi tujuan pengawasan secara elektronik iaitu peranti yang dipakaikan kepada seseorang, peranti mudah alih dan peranti yang pasang di tempat pengawasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Fasal 10 rang undang-undang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 445 bagi membolehkan penggunaan peranti pengawasan elektronik terhadap tertuduh yang telah disabitkan kesalahan atau yang telah dibebaskan sementara menunggu rayuan tertuduh atau rayuan pendakwa raya selesai. Jika tertuduh yang telah berada di bawah pengawasan secara elektronik disabitkan dengan kesalahan dan tertuduh itu memutuskan untuk merayu, tertuduh itu boleh memohon kepada mahkamah supaya tempoh pengawasan secara elektronik dipanjangkan sehingga proses rayuannya selesai. Sebaliknya jika tertuduh dibebaskan dan pendakwa raya memutuskan untuk merayu terhadap pembebasan itu, pendakwa raya boleh memohon supaya tempoh pengawasan secara elektronik terhadap tertuduh dipanjangkan sehingga proses rayuan selesai. Bagi tertuduh yang tidak berada di bawah pengawasan secara elektronik, jika tertuduh itu disabitkan kesalahan dan berhasrat untuk merayu terhadap sabitan itu, tertuduh itu boleh memohon supaya kehendak pengawasan secara elektronik dikenakan ke atasnya sehingga rayuannya selesai. Sebaliknya jika tertuduh itu dibebaskan, pendakwa raya boleh memohon kepada mahkamah supaya tertuduh yang dibebaskan itu dikenakan pengawasan secara elektronik sehingga proses rayuan selesai; Fasal 3 dan 4 rang undang-undang memperuntukkan pindaan kepada seksyen 106A dan pemotongan seksyen 106C yang merupakan pindaan kecil dan berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kanan Tatacara Jenayah (Pindaan)(No. 2) 2012 ini diperlukan sebagai salah satu langkah untuk memperkukuhkan lagi peruntukan undang-undang sedia ada bagi menangani persekitaran siber yang semakin mencabar dan kompleks. Selanjutnya dengan penggubalan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pindaan kepada Kanun Keseksaan bagi memasukkan kesalahan jenayah terancang. Pindaan berbangkit yang sewajarnya perlu dibuat kepada Kanun Tatacara Jenayah. Akhirnya pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah adalah perlu untuk mengadakan peruntukan undang-undang tentang pemakaian peranti pengawasan elektronik terhadap tertuduh yg selanjutnya dapat menambah baik sistem pentadbiran keadilan di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada siapa yang menyokong?

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Seremban.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini yang D.R. 17/2012. Rang undang-undang ini ialah consequential daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keselamatan Negara. Sebelum saya bagi ucapan, saya suka maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini dari pihak Pakatan Rakyat tidak beri sokongan kepada apa-apa terrorist activity yang diambil oleh mana-mana pihak. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat DAP, PKR dan PAS ialah satu registered organization mengikut undang-undang. Oleh sebab itu kita sokong rule of law dan kita tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti yang illegal. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah membuat semakan pindaan di sini dan sebelum saya datang dan menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua kepada rang undang-undang saya akan cakap sedikit di atas hukuman mati. Dalam satu function Yang Berhormat Menteri yang berkenaan ada memberi ucapan. Daripada ucapan itu kita dapat indication kerajaan akan hapuskan hukuman mati. Yang Berhormat Menteri yang berkenaan mengatakan beliau akan tunggu feedback daripada orang awam. Akan tetapi kita di sini mengikut apa yang saya ketahui, majoriti Ahli- ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat sokong satu pindaan untuk bawa dalam Dewan yang mulia ini untuk membuat pindaan di mana kita akan hapuskan hukuman mati. Ini sebab jikalau kita tengok keadaan di negara luar daripada Malaysia, banyak negara

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

sudah hapuskan hukuman mati. Saya harap dalam masa akan datang kerajaan kita boleh introduce satu bill untuk hapuskan hukuman mati. Saya sudah semak, pindaan-pindaan di sini dan saya suka menarik perhatian, saya tidak sokong ada dua tiga pindaan. Sebab saya suka baca iaitu Artikel 5, Perlembagaan Malaysia iaitu dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Artikel 5; “No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law”. Pandangan saya adalah ada sedikit pindaan di sini, melanggar Article 5, Federal Constitution kita. Pertama satu pindaan yang saya tidak boleh faham dan tidak boleh masuk akal ialah seksyen 445 iaitu kita bacakan di sini saya suka baca pindaan yang last iaitu clause 10, katakan satu seksyen yang baru dan seksyen yang baru ialah 445 isu baru. Electronic monitoring ialah satu perkara yang baru. Saya tahu ini digunakan di Amerika. Selain daripada Amerika saya tidak tahu. Banyak orang pada masa ini tidak tahu berkenaan dengan electronic monitoring sebab ini satu device yang baru digunakan dalam mahkamah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Seremban untuk masukkan sekali pertanyaan ini berkenaan peranti tadi yang disebut electronic monitoring device. Saya hendak tanya adakah ini satu perbelanjaan yang baru oleh kerana ada terang mengatakan bil ini melibatkan perbelanjaan kewangan yang baru. Barangkali untuk tujuan pembelian peralatan. Kalau boleh, kita hendak tahu sedikit skala pembelian ini dan juga dari sumber manakah peralatan peranti ini yang akan bakal digunakan. Sebab ada beberapa negara yang menggunakan perkara ini. Peralatan yang sama dan ada sesetengahnya berkata peralatan ini buatannya daripada negara Israel. Apakah benar? Apa pendapat Yang Berhormat Seremban mengenai perkara ini? Terima kasih.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan perbelanjaan, saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada perenggan yang last dalam muka surat 11 yang mengatakan “The bill will involve the government extra financial expenditure the amount of which cannot at present be ascertained.” Apa yang dikatakan dalam clause ini ialah belanja untuk amendment ini atau pun device yang baru tidak disebutkan dalam perenggan ini. Oleh sebab itu saya ingat Yang Berhormat Menteri boleh jawab soalan ini. Tadi Tuan Yang di-Pertua, saya ada menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada seksyen yang baru 445 perenggan 10, satu pindaan yang baru iaitu electronic monitoring requirement on acquittal. Jikalau kita ada electronic monitoring, bila dia dapat jaminan daripada mahkamah saya reserve saya punya pandangan di atas itu. Akan tetapi apa yang saya hairan ialah di bawah seksyen 445 ialah satu situasi di mana bicara sudah habis dan kalau kita bacakan 445, perkataan yang sangat penting ialah acquittal. This is against a provision of section 5 of the Federal Constitution mengikut pandangan saya iaitu jikalau kes sudah dibuang daripada mahkamah dan dia akan dilepaskan oleh mahkamah. Saya tidak faham mengapa seorang dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah yang mulia selepas satu bicara yang penuh mahu dapatkan electronic monitoring ini. Saya bantah seksyen ini sebab not only it is against Artikel 5, Perlembagaan Malaysia tetapi this provision of law is also against dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the Human Rights Provision. Berkenaan dengan seksyen-seksyen yang lain iaitu jikalau kita baca pindaan yang lain di bawah paragraph 5 iaitu di bawah seksyen 116A, 116B dan 116C. Saya akan cakap sedikit dalam seksyen 116A. Tiap-tiap kali kita datang ke Dewan yang mulia, kita beri lebih kuasa kepada pihak polis. Jikalau kita tengok keadaan sebelum pindaan di bawah seksyen 11A semasa ini sebelum pihak polis masuk dalam satu rumah atau satu bangunan mesti mendapatkan satu waran. Ada exception tetapi dia mesti dapatkan satu waran. Akan tetapi selepas pindaan ini mengikut seksyen 116A, polis boleh masuk dalam mana-mana bangunan atau mana-mana rumah tanpa satu waran. Ini ialah satu blank cheque diberikan kepada pihak polis.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya akan sebutkan satu dua isu sahaja. Seksyen 116C ada sedikit perbezaan daripada undang-undang yang kita ada semasa ini. Di bawah seksyen 116C biasanya selepas pihak polis sudah dapat semua keterangan- keterangan, statements, belanja kasar, gambar-gambar dan keterangan-keterangan lain, baru tuduh seseorang kepada mahkamah. Akan tetapi, di atas itu dapat keterangan- keterangan daripada semua pihak sebelum OKT dituduh dalam mahkamah. Saya sokong yang itu. Akan tetapi di sini, what is seldom in this situation ialah di mana selepas orang yang dituduh, pihak polis boleh tambah dia punya keterangan. Pergi cari saksi lagi, keterangan lagi, dokumen lagi dan bagi keterangan yang baru dalam mahkamah. Apa yang saya katakan di sini biasanya pindaan ini tidak berapa baik sebab kita tidak beri kuasa kepada pihak polis, di mana dia boleh ambil keterangan sebelum seseorang kena tuduh dalam mahkamah secara installment. Bila seorang IO sudah buka satu fail selepas kumpulkan semua keterangan baru kita tuduh OKT dalam court. Akan tetapi kalau kita beri dia lebih masa biasanya kita tidak beri peluang kepada pihak polis untuk ambil keterangan daripada pihak-pihak yang lain melalui installment. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu atau dua point sahaja iaitu ini seperti yang saya katakan tadi electronic monitoring device ialah satu perkara yang baru dan saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, macam mana kita akan gunakan dan juga perbelanjaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Berapa juta ringgit dikenakan untuk kita introduce electronic monitoring seluruh Malaysia. Berapa juta ringgi? What is the cost? How many billion dollars? Saya suka hendak tahu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Saya tidak ada apa-apa yang lain. Thank you.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya Terima kasih Tuan Yang di-Pertua tetapi saya terpaksa pakai Yang Berhormat Silam punya mikrofon. Saya cuma hendak tanya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Menteri iaitu seksyen baru 445 ini iaitu seksyen 10 ini. Saya agak confused sebab rakan-rakan daripada pihak pembangkang dalam hujah mereka mengatakan bahawa setelah yang tertuduh itu dibebaskan dan katakan DPP atau pendakwa raya bangun untuk minta supaya – dia akan appeal maka si pesalah ataupun yang dituduh itu walaupun dibebaskan oleh mahkamah akan terus di bawa ke penjara atau ditahan. Akan tetapi dalam seksyen ini mengatakan pula bahawa mereka boleh mempunyai pilihan sama ada diberi peranti that we call electronic monitoring device ini dengan izin. Apakah itu adalah pilihan yang boleh dibuat oleh yang tertuduh dan kalau boleh, saya minta Yang Berhormat Menteri agak-agak senaraikan lebih kurang, supaya kita boleh faham mana satu kesalahan-kesalahan pertuduhan yang dirasakan oleh kerajaan tidak akan berkompromi, dimasukkan semula ke dalam penjara sebagai tahanan ataupun yang boleh diberi pertimbangan untuk menggunakan peranti electronic monitoring device in dengan izin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sangkut paut dengan seksyen baru 116A, 116B dan 116C. Di mana search and seize here seizure without warrant itu di mana kita perlu ada satu pengawasan yang lebih baik terhadap pegawai-pegawai yang menjalankan kerja-kerja ini juga. Saya ada satu contoh di mana seorang pegawai imigresen di Wilayah Persekutuan yang bernama Arshad. Beliau telah menahan seorang warga asing yang ada pasport yang sah pada 7 atau 8 April yang lalu. Apabila keluarga orang yang ditahan ini telah pergi berjumpa dengan pegawai- pegawai Imigresen. Arshad ini telah pun menghantar orang untuk pergi berjumpa dengan ipar orang yang ditahan ini dan meminta supaya diberi ganjaran untuk membebaskan

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

beliau. Akan tetapi apabila keluarga itu menghubungi saya, saya telah mengatakan jangan sangkut paut dengan rasuah. Apabila pada 8 hari bulan saya telah memberitahu jangan terlibat dengan rasuah. Pegawai ini telah pun tahan pasport dia dan sehingga hari ini lebih kurang 10 hari orang yang datang ke negara ini dengan pasport yang sah ditahan di kem tahanan di Semenyih. Pada hal pasportnya ditahan oleh pegawai bernama Arshad ini dan beliau tidak mahu membebaskan orang yang ditahan yang bernama Shahul Hamid ini. Jadi ini adalah sesuatu di mana kalau tanpa seksyen baru ini boleh dilakukan oleh pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab dan juga mereka walaupun seorang Ahli Parlimen turut menghubungi pegawai itu sendiri mengatakan tetapi secara salah masih lagi mereka degil. Ini bermakna dengan seksyen baru ini mereka akan lebih berkuasa dan maka seksyen ini mengundang untuk mereka melakukan kesalahan yang lebihlah. Jadi apabila kita kenakan seksyen yang baru kita bawa undang-undang yang baru maka kita juga perlu mantapkan monitoring terhadap pegawai-pegawai ini. Jadi saya sarankan penggunaan the requirement for electronic monitoring itu juga digunakan terhadap pegawai-pegawai yang membuat kerja-kerja penting seperti ini melibatkan nyawa orang-orang dan juga nyawa pegawai-pegawai itu. Jadi electronic monitoring system ini bukan sahaja perlu untuk mereka-mereka yang mungkin melakukan kesalahan ataupun ditahan ataupun mesti ada pengawalan. Akan tetapi pegawai-pegawai seperti Arshad, Pegawai Imigresen Wilayah Persekutuan mereka juga perlu. Sebab kita perlu tahu pergerakan mereka. Mereka melalukan kesalahan terhadap orang-orang yang datang ke negara ini dan kesalahan-kesalahan ini bertimbun-timbun. Ini bukan pertama kali di pejabat ini malah dua tiga bulan lalu saya juga dapat tahu perkara yang sama mereka lakukan. Kezaliman yang dilakukan terhadap mereka-mereka yang ditahan itu sia-sia sahaja tanpa pembelaan apa-apa. Ini kerana mereka-mereka yang datang ke ...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa Yang Berhormat Batu mahu cakap?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mereka yang datang ini mereka tidak dapat pembelaan yang sewajarnya. Ramai kawan-kawan Yang Berhormat Batu pun mungkin kena macam ini sebab itu Yang Berhormat Batu cuba-cuba sudah bangun tetapi tidak apalah. Jadi saya harap bahawa seksyen baru yang diperkenalkan ini tidak disalah guna. Tidak ada seksyen ini pun terlalu banyak, bukan ramai ataupun bukan semua pegawai. Satu dua pegawai-pegawai ini kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi inilah saya sarankan supaya kita ada pengawasan dan pengawalan terhadap pegawai-pegawai juga. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jeraikan? Yang Berhormat Sik.

Tuan Yang di-Pertua saya cuma hendak timbul satu perkara sahaja sebenarnya yang lain-lain saya ingat biarlah rakan-rakan lain timbulkan. Saya melihat bahawa akta ini dibentangkan dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan akta ini cuma tajuk-tajuk dia sahaja dalam Bahasa Melayu. Jadi kalaulah begini kalau pergi ke mahkamah bagaimana mahkamah hendak melaksanakan akta ini dalam bahasa kebangsaan? Kita sudah 54 tahun merdeka saya rasanya Jabatan Peguam Negara patut mengambil iktibar dan cuba memastikan bahawa walaupun Akta Ibu dalam bahasa Inggeris dia patut diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Ini kerana kalaulah akta-akta ini dalam bahasa Inggeris ini menunjukkan dengan jelas bahawa sampai bila pun bahasa kebangsaan bahasa Melayu, tidak dapat hendak dilaksanakan di mahkamah sepenuhnya. Saya mintalah dan saya merayu supaya benda- benda seperti ini dapat diberi perhatian pada masa akan datang. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Sik boleh mencelah point yang sama celah sedikit sebelum dia berhenti.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Sik. Point yang dibuat tadi penting sebab dua-dua akta ini iaitu Akta Kanun Keseksaan dan juga Kanun Tatacara Jenayah memang ada versi Bahasa Melayu. Saya pernah nampak versi Bahasa Melayu itu yang digunakan oleh peguam-peguam. Jadi saya pun perhatikan pada tadi bila kita nampak rang undang-undang untuk meminda Kanun Keseksaan pun kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris pindaan-pindaan. Dia tidak buat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Itulah saya minta penjelasan daripada, minta pandangan daripada Yang Berhormat Sik.

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Oleh kerana ucapan saya pun pendek saya masukkan ucapan Yang Berhormat Subang ke dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kepong ini hendak bercakapkah ataupun hendak check orang bercakap. Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Point saya satu tetapi saya agak sangat penting kerana saya ingin tegaskan sekali lagi kita sokong usaha untuk kita memerangi terrorism. Kita juga memberi kuasa yang lebih kerana kita memandang perkara ini serius. Itulah sebab bila kita ambil kaedah untuk menangani terrorism kita beri kuasa yang lebih dan juga lebih yang ada kala bertentangan dengan hak asasi manusia. Perkara yang kita pinda 116C. Ini sebenarnya kalau kita kembali kepada Akta Ibu iaitu Criminal Proceeding Code yang kita dapati ayat-ayat yang sama pada sebelum pindaan ada didapati di bawah Chapter VIIA Iaitu satu chapter yang berkenaan dengan terrorism. Itulah sebab pada undang-undang, kanun tatacara tersebut adalah dalam 106C. Perkara 106C dia spesifik untuk...

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Yang Berhormat Batu saya minta penjelasan.

Belum belum saya hendak habiskan ulasan saya. Perkara 106C itu adalah spesifik untuk terrorism offences. Sekarang ini dipindakan kepada 116C iaitu menjadi umum. Bila umum saya rasa khuatir kerana kuasa untuk intercept untuk dapatkan maklumat postal service hendak monitor surat orang, e-mel orang ini digunakan secara umum.

Ini saya ingin tahu macam mana kalau perkara ini berlaku, bagaimana kita boleh melindungi privasi seseorang individu. Saya agak ini adalah satu perkara yang sangat serius. Kita membenarkan kalau anggota polis atau penyiasat ada satu bukti atau satu kaedah yang mereka syak terrorism berlaku, mereka gunakan kuasa ini untuk mencerobohi kebebasan dan juga privasi seseorang individu. Akan tetapi apabila kita pinda untuk secara umum, semua orang dan kita khuatir individu-individu, privasi dia boleh digunakan untuk perkara yang bukan bersifat terrorism. Itulah sebab saya rasa pindaan ini agak bermasalah dan kita terasa ingin dapat penjelasan daripada...

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

[Bangun]

Oh, sorry. Yang Berhormat Seremban bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Orang bertanya ini Yang Berhormat, kena tanya. Semua banyak soalan, beliau bagi tahu Menteri juga jawab nanti.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Bolehkah saya minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Boleh Yang Berhormat, boleh.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih. Saya suka menarik perhatian Yang Berhormat Batu kepada muka surat 9 iaitu seksyen baru kepada seksyen 445. Saya hairan di atas pindaan ini sebab this is against article 5 of this Federal Constitution dan di bawah seksyen 445, it is a clear infringement dengan izin of human right. Ini kerana apa yang berbeza di bawah seksyen ini ialah ini selepas acquittal dalam mahkamah. Kalau katakan jikalau katakan satu OKT disabitkan salah dan bila mahu masuk electronic monitoring, itu saya boleh sokong. Akan tetapi apa yang saya hairan di bawah 445, selepas seorang yang dibebaskan, dilepaskan oleh mahkamah, dia akan masuk electronic monitoring. Saya tidak boleh faham. Adakah Yang Berhormat Batu boleh sokong ini seksyen atau apa pandangan?

Dalam perkara ini saya boleh kata saya sokong sedikit yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi iaitu kita harus senaraikan apakah kesalahan yang patut digunakan sebab it is exceptional power. So sebab seseorang itu dibebaskan mahkamah, dia ada hak untuk kebebasan. Kalau untuk emergency, ada perkara yang tertentu dia hanya senaraikan. Jangan kita nanti secara terlalu rambang, bila seseorang itu dibebaskan tetapi masih kena dimonitor melalui peralatan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Subang.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya pun tidak tahu Yang Berhormat Kepong ini hendak bercakap kerana lihat Yang Berhormat Subang bercakap. Sila Yang Berhormat Subang.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih. Saya tidak akan ambil masa yang panjang, just beberapa poin untuk kemukakan. Satu adalah poin yang umum sedikit tentang hukuman dalam sistem pengadilan jenayah kita iaitu khususnya pada hukuman mati dan saya minta kepada kerajaan dan khususnya Menteri yang bertanggungjawab, apakah usaha atau langkah yang akan dilaksanakan untuk mengkaji semula kegunaan hukuman mati ini. Dalam satu seminar yang saya hadir di mana Yang Berhormat Menteri Padang Rengas hadir, beliau memberi gambaran bahawa kerajaan adalah di peringkat sedia untuk mengkaji semula kegunaan hukuman mati. Saya ingin syorkan kepada kerajaan bahawa langkah pertama yang mungkin boleh dipertimbangkan dan dilaksanakan adalah melakukan satu moratorium dengan izin atas kegunaan hukuman mati dan selepasnya memulakan usaha untuk memastikan bahawa kegunaan hukuman mati ini dikurangkan dan akhirnya diberhentikan. Saya sebut ini sebab pengalaman dunia sekarang telah bergerak kepada satu muafakat atau consensus dengan izin, hukuman mati ini tidak membawa satu hasil yang berkesan atau that is not give dengan izin an effective result. Dia tidak berfungsi sebagai satu dengan izin, effective deterrent. Ini telah dibuktikan di beberapa negara-negara lain dan saya yakin itulah hakikat di negara kita juga. Walau bagaimanapun, memang saya faham hukuman mati itu ada sejarah tersendiri. Akan tetapi kita pun perlu bergerak selaras dengan perkembangan di dunia dan bagi saya, akhirnya kita harus bertindak sebagai satu masyarakat yang bertamadun, masyarakat yang melaksanakan prinsip-prinsip keadilan. Hukuman mati ini masalah yang terbesar dengan dia ialah kesilapan. Kita adalah manusia, manusia tidak sempurna macam Tuhan. Sistem keadilan kita tidak boleh sempurna, mestilah ada kesilapan. Kalau kesilapan itu mengakibatkan bahawa nyawa seorang dihapuskan tanpa justifikasi atau pun berdasarkan satu pendapat mahkamah yang silap, itulah yang kita tidak boleh perbaiki lepas itu. Jadi, itulah satu yang saya minta kerajaan menjelaskan. Berdasarkan kepada ucapan yang saya dengar dalam seminar itu daripada Yang Berhormat Padang Rengas, apakah langkah-langkah yang telah dibuat selepas itu? Balik kepada rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, saya nampak di sini kita memberi lebih kuasa kepada pihak polis. Kita memperluaskan kuasa melalui 116B, kita memperluaskan kuasa mereka untuk memintas komunikasi dan maklumat dan sebagainya di bawah 116C. Seperti yang diperhatikan oleh Yang Berhormat Batu, ini mula-mulanya di bahagian di bawah terrorism dan sekarang diangkat daripada itu dan untuk kegunaan umum, untuk siasatan atas semua kesalahan. Jadi di sini saya ingin cadangkan dan inilah satu permintaan daripada Pakatan Rakyat beberapa tahun ini bahawa kerajaan mesti

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

mengambil berat dan mempertimbangkan penubuhan IPCMC atau pun satu institusi bebas daripada pihak polis yang boleh menerima, menyiasat dan buat keputusan tentang tuduhan atau aduan salah guna kuasa oleh pihak polis. Kita beri kuasa pada polis, memang ada aspek-aspek yang perlu. Saya tidak mahu mempertikaikan semua aspek itu, tetapi kita mesti juga pastikan ada second balance dengan izin, langkah-langkah untuk mengimbangkan kuasa itu dan memastikan bahawa orang-orang yang mengalami pengalaman-pengalaman salah guna kuasa dalam beberapa aspek, mungkin ada hak privasi mereka dilanggar tanpa asas. Ada antara mereka ditahan, dipukul dan macam-macamlah tuduhan. Kita perlu satu badan yang bebas. Saya ambil contoh daripada Security Service Act 1989 di United Kingdom yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi. Beliau gunakan akta ini sebagai contoh di mana ungkapan atau istilah undermine Parliamentary Democracy itu dipetik dan dimasukkan dalam undang- undang kita. Seperti saya sudah jelaskan tadi dalam penjelasan saya kepada beliau, saya sebut bahawa Security Service Act ini dibuat di United Kingdom untuk menubuhkan atau pun meletakkan agensi risik mereka atau special branch mereka yang sekarang dikatakan security service dengan bagi dia satu landasan undang-undang dan kuasa. Saya perhatikan apabila mereka menubuhkan satu agensi ini dan beri kuasa untuk kutip maklumat, buat risikan, basically a surveillance agency dengan izin. Mereka faham kuasa ini besar dan kuasa ini boleh disalahgunakan dan dalam undang-undang yang sama, saya perhatikan mereka menubuhkan satu tribunal.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

Satu tribunal yang khusus untuk menerima aduan daripada orang biasa tentang apa-apa kejadian salah guna kuasa oleh agensi ini. Mereka faham itu. Jadi pada masa mereka beri kuasa yang mereka nampak perlu untuk agensi ini, mereka pun faham mesti ada, kita manusia, mesti ada kes-kes salah guna kuasa dan mereka juga tubuhkan mekanisme yang berkesan untuk menerima, menyiasat dan menentukan sama ada aduan ini berasas atau tidak. Jadi kita pun mesti ada semangat yang sama, pendekatan yang sama. Pada masa kita meminda Kanun Tatacara Jenayah untuk memberi kuasa lebih besar kepada pihak polis dan bawa teknologi baru dan sebagainya, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti juga pastikan hak orang biasa yang terlibat dalam proses siasatan jenayah ini ataupun proses siasatan ini ada perlindungan juga. Apa yang terbaik untuk memastikan perlindungan ini adalah satu institusi bebas yang dulu telah dicadangkan oleh suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri pada tahun 2005 kalau tidak silap saya, yang dipengerusikan oleh Tun Zaidin pada masa itu. Suruhanjaya ini dalam laporan mereka telah turunkan seratus lebih syor-syor termasuk satu syor yang cukup penting iaitu masa sudah sampai untuk negara ini untuk menubuhkan satu institusi bebas untuk menerima, menyiasat dan menentukan aduan-aduan salah guna kuasa oleh PDRM. Akan tetapi malangnya, sampai sekarang, tujuh tahun selepasnya, kerajaan masih buat ini. Jadi pada masa kita ingin beri kuasa lebih besar kepada pihak polis untuk memastikan mereka boleh menjalankan fungsi mereka yang lebih berkesan, saya ingin syorkan sekali lagi kerajaan mesti serius dengan isu IPCMC ini dan melaksanakan IPCMC dengan serta-merta. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan consequential yang juga begitu penting ini, saya memanglah setuju dengan Yang Berhormat Subang kerana lindung jamin yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah dikotakan. Kalau kita hendak kotakan, kita perlu seperti satu tribunal ataupun satu kaedah yang lain yang cukup untuk melindung. Saya sebutkan hal ini kerana saya meneliti pindaan ini dan didapati kuasa yang diberi kepada polis begitu besar walaupun di sini disebut, “Whenever it appears to any police officer not below the rank of Inspector that there is reasonable cause to suspect that there is concealed or deposited in any place any evidence of the commission of a security offence or any offence relating to an

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

organized crime and such police officer has reasonable grounds for believing that, by reason of delay in obtaining a search warrant, the object of the search is likely to be frustrated and so forth.” Ini kuasa yang sangat besar, sangat besar. Yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, yang termasuk di dalam – Kanun Keseksaan kita baru sahaja lulus. Ia macam ini. Bukan sahaja ia termasuk dalam terma-terma yang disebutkan di dalam Kanun Keseksaan dalam pindaan ini, bahkan juga melibatkan kesalahan siber, cybercrimes. Kita boleh tengok kalau menurut Wikipedia, “Cybercrimes are defined as offences that are committed against individuals or groups of individuals with a criminal motive to intentionally harm the reputation of the victim or cause physical or mental harm to the victim directly or indirectly using modern telecommunication networks such as internet (chat rooms, e-mails, notice board and groups) and mobile phone and so forth”. Ini ada juga melibatkan pelbagai kesalahan termasuklah sabotaj, espionage dan sebagainya. Ini bukan sahaja untuk kesalahan keselamatan tetapi merangkumi semua. Kuasa yang begitu besar yang boleh menyiasat merangkumi semua. Jadi saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat menerangkan kepada kita apakah kuasa ini yang diberikan dengan begitu besar dan bagaimana kita dapat mengawal selia, melindung jaminkan semua ini tidak boleh disalahgunakan? Siapa yang akan memantaunya? Ini memang penting, memang penting. Di sini pun juga kita ada mengenai definisi, takrifan communication. “Communication, means a communication received or transmitted by post or a telegraphic, telephonic or other communication received or transmitted by electricity, magnetism or other means. Communications service provider means a person who provides services for the transmission or reception of communications.” Adakah ini merangkumi semua jenis siber? Saya hendak Yang Berhormat Menteri dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini. Di sini yang pentingnya, sebab itulah kita mempertikaikan tafsiran semasa kita membincangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan itu. Misalnya dimasukkan di dalam Kanun Keseksaan tadinya, misalnya fasal 2 itu. Saya ulangi, ”Bertujuan untuk meminda seksyen 4 tentang perluasan Kanun kepada kesalahan luar wilayah...” dan juga yang penting sekali kesalahan terhadap Demokrasi Berparlimen. Jadi sebab itu kita hendak pihak kerajaan menerangkan dengan teliti. Saya faham kalau saya tidak setuju dengan orang yang hendak menjejaskan, merosakkan Demokrasi Berparlimen kita, kita setuju semua tetapi bagaimana kita dapat memastikan hanya orang yang berdosa yang dikenakan tindakan? Misalnya Yang Berhormat Sri Gading, saya percaya beliau adalah orang yang mempercayai di bawah Demokrasi Berparlimen dan tidak akan merosakkannya, tetapi...

Saya belanja Yang Berhormat teh tarik di luar.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak apa, teh tarik pun, apa tarik pun boleh. Cuma, Yang Berhormat Sri Gading mesti fikir sedalam-dalamnya, bertafahus dengan sedalam-dalamnya.

Bertafakur kah?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan tafakur, tafahus.

Tafahus tidak faham saya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ia bahasa Arab.

[Bercakap dalam bahasa Arab]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tafahus itu menyelidiki, mendalami dengan teliti.

[Bercakap dalam bahasa Arab] [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, tafahus. Bukan membahaskan perkataan bahasa, itu bukan. Jadi, yang penting kita tafahus... [Ketawa] Misalnya Yang Berhormat Sri Gading, walaupun perkara itu bolehlah kita mempelbagaikan pandangan kita, kalau pandang ke satu arah sahaja, itu membosankan. Apa peraturannya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dah habis Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dia tidak ikut peraturan. Saya nak sebutkan di sini, misalnya Yang Berhormat Sri Gading. Walaupun dia percaya kepada institusi Parlimen, kadangkala ada orang atasan yang tidak suka dengan dia, ada dendam dengan dia dan hendak balas dendam, itu termasuk dalam ini. Ini kerana dia melanggar demokrasi berparlimen dan ditahan. Itulah yang saya takut, siapa yang memberhentikan dia dan kata ada melalui mahkamah dan sebagainya. Semua ini, kalau orang yang menguatkuasakan tidak berwibawa, tidak begitu adil, kita boleh melihat kesalahan akan berlaku. Terutamanya dengan adanya rang undang-undang consequential ini, kuasa yang begitu luas. Ini bukan sahaja kerana kesalahan keselamatan sahaja, semua jenis aktiviti sivil. Misalnya kalau 116A dipinda, ‘enter any premises and there search for, seize and take possession of any book, document, record, account or data, or other article’. Dia boleh masuk dengan begitu sahaja. ‘inspect, make copies of or take extracts from any book, document, records, account or data, search any person who is in or on such premises and for the purpose of such search, detain such person and remove him to such place as may be necessary to facilitate such search, and seize and detain such article, container or receptacle’. Tengok perkataan undang-undang begitu merangkumi semuanya, ‘break open, examine, and search any article, container or receptacle or stop search, and seize any conveyance’ dan sebagainya. Dalam undang-undang ini memang merangkumi semua, dengan perkataan- perkataan yang begitu banyak. Jadi, orang yang orang ditahan itu tidak boleh hendak larikan diri, sebab ia merangkumi semua. Sebab itulah saya sebutkan di sini sekali lagi, pihak kerajaan mestilah meneliti semua ini dan saya ulangi, tafahus.

...Tafahus itu apa?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kalau tidak faham, jangan sebut apa-apa pun. Jadi, kita membuat kajian yang teliti supaya tidak boleh berlaku kesalahan ataupun menghadapkan orang yang tidak berdosa di bawah undang-undang yang kita luluskan di sini. Sebab itulah saya sekali lagi mengulangi, kita mesti ada kaedah, termasuk kalau boleh, kita ada tribunal untuk memastikan tidak berlakunya orang yang tidak berdosa dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedemikian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Selepas Yang Berhormat Telok Intan, Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bersependapat dengan rakan-rakan saya di sini bahawa rang undang-undang ini telah memberi kuasa kepada polis. Kita beri kuasa kepada polis adalah untuk mereka menjalankan tugas mereka. Akan tetapi apa yang kita tengok, pada masa ini di negara kita, keyakinan terhadap pihak polis, terhadap pendakwaraya dan juga Peguam Negara, terhadap SPR, institusi badan kehakiman dan lain-lain lagi amat rendah. Jadi, keyakinan itu belum kita dapat balik dari kalangan rakyat terhadap institusi-institusi ini. Dalam pada itu, jika kita beri kuasa yang tidak terhad seperti yang terkandung dalam rang undang-undang ini, for example, dengan izin, seperti 116C, ‘notwithstanding any written law to the contrary, the Public Prosecutor, if he considers that it is likely to contain any information relating to the commission of an offence, may authorize a police officer’ dan yang amat membimbangkan adalah (c) itu, ‘to intercept, listen to or record any conversation by telecommunication’. Ini satu kuasa yang luas.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Saya menarik perhatian Yang Berhormat Telok Intan. Selain daripada 116C, iaitu ”to intercept”. Saya suka tanya, penjelasan di atas (b), ”to intercept any message transmitted or received by any telecommunication”, iaitu

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

jikalau pindaan ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, bolehkah pihak polis ganggu kita punya SMS ataupun kita punya e-mel? Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya rasa SMS termasuk dalam (b), ”to intercept any message transmitted or received by any telecommunication”. Ini bermakna, ia termasuk SMS. Jadi, apa yang perlu di 116C adalah untuk Pendakwa Raya, jika dia percaya, “considers likely to contain any information relating to the commission of an offence”. ini cukup. Dia boleh beri arahan ataupun kuasa kepada pegawai polis untuk berbuat apa yang terkandung dari (a), (b) dan (c). Kuasa polis ini harus kita pantau seperti saya boleh katakan apa yang berlaku pada kes Kugan. Apa yang berlaku sehingga hari ini, kes masih berjalan tetapi kita tidak tahu. 11 orang disyaki terlibat tetapi hanya seorang didakwa di mahkamah, apa berlaku kepada 10 orang lagi, kita tidak tahu. Kita tidak boleh salahkan orang ramai di luar sana jika mereka fikir ini adalah satu cover-up di pihak polis bagi 10 orang lagi. Cuma bait seorang sahaja, dengan membawa pendakwaan terhadapnya. Apa lagi kepada kes yang berlaku pada tahun 2001 di Kampung Medan, Tuan Yang di-Pertua. Diberi keterangan oleh polis secara rasmi, 2,053 anggota polis di satu kawasan lima meter persegi. Tidak dapat kawal kawasan itu di Kampung Medan, sehingga 100 orang dicederakan, enam orang terbunuh. Polis, 9 kilometer persegi. Pihak polis tidak ada apa-apa jawapan sehingga hari ini. Mereka tidak dapat jawab bagaimana di kawasan seluas itu, 2,053 orang anggota polis termasuk FRU, water-cannon dan sebagainya, dengan roadblock 24 jam, berpuluh-puluh orang boleh berkeliaran, enam orang terbunuh, 100 lebih cedera parah. Siapa boleh kawal polis di dalam keadaan ini?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Jika ada IPCMC, kita boleh bawa kes ini kepada mereka. Di sini saya ingin menegaskan SUHAKAM pun gagal apabila kita pergi ke SUHAKAM, SUHAKAM kata don't rock the boat. Pada masa itu Commissioner KC Wora di SUHAKAM. Dia beritahu don't rock the boat, apa maksud dia? Jadi ada udang di sebalik batu, I think they want to cover up, Tuan Yang di-Pertua. Jadi orang ramai tidak dapat keadilan. Jadi kuasa polis kita harus berjaga-jaga di sini. Saya ingin teruskan dengan seksyen 390A Tuan Yang di-Pertua. 390A kita harus tengok the consequences which may follow any failure by the person to comply with the electronic monitoring requirement iaitu peranti pengawasan elektronik ini, bagaimana ia berfungsi? Siapa yang melakukan maintenance terhadap ini? Jadi kita nampak rang undang-undang ini jika device, alat itu tidak berfungsi, orang yang memasang alat itu boleh didapati bersalah, boleh dihukum, boleh didenda. Jadi siapa yang mengawasi iaitu alat yang dipasang itu betul-betul berfungsi dengan baik. Lagi satu yang membimbangkan any other conditions as may be imposed by the Court which includes the payment for the maintenance of the device and the time period for the person to be monitored electronically. Siapa yang membuat bayaran itu, ia tidak jelas di sini. Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tentang ini. Seterusnya saya pergi ke pergi kepada 445, ya kita dari sini rang undang-undang ini ada selepas seseorang tertuduh itu dilepaskan tetapi saya rasa ini adalah sehingga rayuan dibuat di mahkamah sehingga itu peranti pengawasan elektronik itu akan dipasang. Saya walau bagaimana pun percaya ia tidak perlu sebab jika seseorang itu boleh berada di Malaysia untuk membawa kes atau pun lawan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan, mereka tidak akan lari tetapi apakah keperluan yang sebenarnya Yang Berhormat Menteri untuk terus memasang alat itu kepada tertuduh sehingga rayuannya habis. Itu saya tidak faham dan saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tentang apakah skop peranti pengawasan elektronik itu, apakah skopnya dan apakah tanggungjawab seseorang yang dipasang sistem itu atau alat itu untuk menjaganya dan siapakah pemilik sebenarnya. Adakah Kerajaan Malaysia atau apa akan berlaku kepada alat-alat ini selepas digunakan dan saya tidak mahu terus pergi kepada kos alat-alat itu sebab rang undang-undang ini mengatakan ia terlibat kos tetapi kita tidak tahu macam mana kos seunit peranti pengawasan elektronik ini. Apakah mekanisme pemantauan jika seseorang pihak polis ingin pasang alat ini kepada mana-mana orang yang disyaki atas arahan pendakwaraya, apakah pemantau? Kita tidak boleh membenarkan pihak polis dengan sewenang-wenangnya ikut semua hal- hal private individual case atas alasan disyaki sahaja. Jadi apakah mekanisme yang ada

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

atau pun yang akan diamalkan untuk memantau pegawai-pegawai polis agar tidak akan salah gunakan kuasa. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi buat kali ketiga pada hari ini ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Jadi yang pertamanya Yang Berhormat Seremban membangkitkan berkenaan pemakaian peranti pengawasan elektronik. Kaedah pengawasan elektronik merupakan satu kaedah yang telah lama digunakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom dan pakar psikologi Amerika dari Harvard, Dr. Robert Schweitzgebel pada tahun 1960-an telah mencipta konsep pengawasan elektronik. Pada masa itu perantinya menggunakan bateri pack. Masa 20 tahun selepas itu, program pengawasan elektronik telah diperkenalkan di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan negara lain secara meluas untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara mereka dan sudah tentu memberi pilihan yang lebih baik kepada mereka yang dikenakan arahan ini kerana daripada duduk di dalam jel, lebih baik dipasangkan peranti ini dan memberikan mereka bebas untuk balik ke rumah masing-masing. Pada masa ini peranti pengawasan elektronik yang digunakan adalah dengan izin signaling devices yang mempunyai tiga komponen iaitu transmitter, receiver dan central computer. Transmitter akan dipasang atau dipakai pada pergelangan tangan atau kaki pesalah. Receiver akan menerima signal daripada transmitter itu dan melaporkan ke central computer. Pada masa ini GPS atau Global Positioning System yang canggih digunakan. Alat yang dipakaikan pada pergelangan tangan atau kaki pesalah, ankle wristlet adalah dalam bentuk seakan-akan jam tangan dan ianya adalah ringan. Negara yang menggunakan peranti pengawasan elektronik Scotland, United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand dan Bermuda. Ia bukan Bbahasa Malaysia, hendak jadi muda - adalah negara yang ada menggunakan peranti pengawasan elektronik. Di Bermuda terdapat apa yang dikatakan Electronic Monitoring Act 2011. Di Scotland terdapat Criminal Just di bawah Criminal Justice Act, di United Kingdom terdapat Criminal Justice Act 2003 dan Bail Act 1976. Akta ini juga terpakai bagi Wheals. Di New Zealand terdapat Bail Act tahun 2000, di Australia terdapat Sentence Administration Act 1995, bagi Western Australia dan Queensland, Corrective Services Act 2000 bagi Queensland. Di Canada Saskatchewan, British Columbia, Newfoundland menggunakan peranti pengawasan elektronik. Di Amerika Syarikat perundangan persekutuan dan negeri telah memperuntukkan bagi penggunaan peranti pengawasan elektronik. Beberapa negerinya seperi Michigan, Florida, Alabama, California dan Alaska menggunakan peranti pengawasan elektronik di bawah undang-undang negerinya. Sementara di bawah undang- undang persekutuannya, US Federal Code juga memperuntukkan penggunaan peranti pengawasan elektronik. Semenjak tahun 1999, 225,000 orang di England dan Wales telah dipakaikan peranti pengawasan elektronik. Sementara itu sehingga penghujung September 2005, 10,900 orang sedang diawasi dengan menggunakan peranti ini. Di Amerika Syarikat pula mulai tahun 2000, lebih daripada 30,000 penjenayah yang tinggal di United States Amerika Syarikat telah diawasi melalui pengawasan elektronik. Yang Berhormat Seremban juga bertanya mengenai penjelasan mengenai dengan kepentingan peranti pengawasan elektronik. Kaedah ini amat berkesan bagi mengurangkan kesesakan di penjara. Ini juga bagi menjawab Yang Berhormat Telok Intan tadi dan bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah pada tarikh perbicaraan kerana dengan pengawasan secara elektronik, tertuduh tidak dapat melarikan diri. Pada masa yang sama, tertuduh akan mendapat manfaat kerana boleh terus bekerja dan dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa di luar penjara atau tempat tahanan. Hubungan keluarga antara tertuduh dan keluarganya juga tidak terputus kerana tertuduh masih boleh tinggal bersama keluarganya dan rumahnya sendiri dan tidak dikurung dalam penjara.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Ini adalah satu langkah penambahbaikan dalam sistem pentadbiran keadilan negara kerana pada masa ini tertuduh yang tidak dapat membayar jaminan terpaksa di reman di dalam penjara. Untuk jawapan belanja kos, kita belum dapat menentukannya tetapi di Amerika Syarikat, kajian yang dibuat telah menunjukkan kosnya lebih rendah daripada kos penyaraan pesalah itu di dalam penjara. Yang Berhormat seremban juga bertanya perkara lima. No person shall be deprived of his liberty dan seksyen baru 445 yang memperuntukkan peranti pengawasan elektronik selepas kebebasan. Jika dibaca dan difahami pendakwa raya hanya boleh memohon terpulanglah kepada budi bicara memohon untuk membenarkannya. Seksyen tersebut tidak menyatakan bahawa mahkamah mesti meluluskan permohonan pendakwaraya. Dalam hal ini pendakwaraya akan membuat hujah dan memberikan sebab- sebab mengapa ia mahukan EMD ini diberikan iaitu peranti inilah. Mahkamah akan mendengar kedua-dua pihak dan membuat keputusan. Seksyen ini tidak memaksa mahkamah akur dengan permohonan pendakwaraya. Jika mahkamah tidak bersetuju, permohonan pendakwaraya tidak akan diluluskan. Keadaan yang dipertimbangkan bagi konteks ini sebagai contoh ialah apabila terdapat maklumat bahawa orang tersebut akan lari ke luar negara. Yang Berhormat Padang Serai, mana dia Yang Berhormat Padang Serai? Okey. Adakah pesalah boleh menolak? Apakah kesalahan yang terpakai baginya? Itu soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat silam dan juga Yang Berhormat Padang Serai. Peranti ini adalah pada budi bicara mahkamah kecuali jika diminta oleh pendakwaraya. Mahkamah akan bertanyakan kepada pesalah sama ada dia ingin dipakai peranti. Jika pesalah itu tidak mahu menggunakan peranti maka terpulanglah kepada pesalah itu. Tiada paksaan dalam konteks ini. Dalam keadaan pendakwaraya meminta supaya pesalah dipakaikan dengan peranti mahkamah tidak ada pilihan. Walau bagaimanapun, dalam konteks ini permohonan pendakwa raya tidak dibuat sewenang-wenangnya ataupun dalam semua keadaan. Pendakwaraya hanya akan membuat permohonan jika terdapat keterangan bahawa pesalah itu akan lari. Peranti boleh digunakan bagi apa-apa kesalahan kecuali kesalahan keselamatan. Yang Berhormat Padang Serai bertanya adakah boleh digunakan bagi pegawai Imigresen. Peranti digunakan sebagai ganti bon semasa peringkat jaminan selepas seseorang dituduh di mahkamah kerana melakukan kesalahan. Ia tidak terpakai bagi konteks lain. Yang Berhormat Subang bertanya mengapa rang undang-undang tidak diadakan dalam Bahasa Malaysia. Yang Berhormat tolong pakai bahasa Malaysia. Walaupun saya tahu dalam itu bahasa Melayu tetapi kita selalu gunakan bahasa Malaysia, lagi baiklah. Kalau bolehlah ya.

Yang Berhormat Menteri, itu soalan Sik tadi.

Oh! Yang Berhormat Sik. Minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sik yang bertanya Yang Berhormat.

Oh, Yang Berhormat Sik yang bertanya. Saya minat sangat Yang Berhormat Subang sebab dia tanya cara sopan. Jadi saya seronok. Jadi walaupun bukan dia yang bertanya saya sebut juga nama dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Akan tetapi Yang Berhormat Subang pun menyokong juga apa yang dikatakan Yang Berhormat Sik tadi.

Menyokong juga? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini ialah kerana Kanun Tatacara Jenayah ialah undang-undang pra 1997. Pada masa itu undang-undang hanya dibuat dalam bahasa Inggeris. Dengan itu teks sahih Kanun Tatacara Jenayah ialah teks bahasa Inggeris. Buat masa ini Kanun Tatacara Jenayah tidak mempunyai teks bahasa kebangsaan. Tadi Yang Berhormat Teluk Intan pun ada sebut dalam mahkamah banyak penggunaan bahasa Inggeris. Undang-undang ibu ialah teks bahasa Inggeris Kanun Tatacara Jenayah dan dengan itu apabila undang-undang ibu dipinda hanya teks bahasa Inggeris sahaja boleh dibuat. Itu sahaja. Bukan ada langsung niat untuk hendak menghinakan Bahasa Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu ini pun okey. Dia bertanya berkenaan dengan interception of communication. Mengapa terpakai bagi kesalahan umum sekarang dan bukan kesalahan keganasan. Peruntukan itu amat diperlukan untuk memudahkan pengumpulan keterangan. Dengan evolusi teknologi maklumat media sosial dan penjenayah semakin licik. Kaedah penyiasatan biasa tidak lagi mencukupi untuk menangani penjenayah alaf baru ini. Sebab itu kita gunakan bagi kesalahan umum.

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Boleh.

Boleh saya dapat penjelasan sama ada privasi seseorang suspek ini dijamin di bawah ini sebab kita tidak mahu satu hari nanti e-mel kita di intercept hanya kerana suspek atau kita tidak mahu anggota polis kita ada senarai atau SMS-SMS di antara Menteri dengan girlfriend dia atau keluarga Menteri yang melibatkan isu yang tidak ada kena-mengena dengan jenayah tetapi mungkin dari segi moral atau privasi dia diceroboh. Itu yang saya tanya sama ada kuasa ini harus dibagi kepada polis dalam isu suspeknya tidak terlibat dalam keganasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa privasi itu sudah tentu akan terjamin kerana dalam keadaan yang sama banyak kuasa yang telah pun ada juga telah ditarik daripada polis. Kita berupaya untuk melakukan reformasi undang- undang ini dengan syarat mesti ada modern policing iaitu kaedah-kaedah lama, amalan lama dahulu yang dilakukan oleh pihak polis. Sekarang ini tidak boleh lagi dilakukan. Jadi polis juga akan ditambah baik policing method nya dan kita mahu memperbaharui dan modenisasi cara-cara policing. Tidak silap saya nanti, saya hendak kena check dengan pegawai saya. Dia cuma boleh dilakukan oleh pendakwaraya?... Pendakwaraya Yang Berhormat, bukan polis. Maknanya untuk intercept yang boleh melakukannya itu ialah pendakwaraya yang meluluskan. Jadi pendakwaraya ini kalau dia meluluskan sudah tentu dalam konteks keperluan untuk kesnya. Jadi saya percaya pendakwaraya boleh diberikan tanggungjawab...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Pendakwaraya beri kuasa kepada polis.

Apa dia?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

11.

Kalau dari segi praktisnya pendakwa raya akan authorize the polis untuk melakukan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Authorize the police.

Yalah tetapi mesti dapat keizinan daripada pendakwa raya dahulu. Kalau pendakwaraya tidak lulus inspektor polis itu tidak boleh buat apa. Okey?

Betul. Saya hanya sedikit sahaja. Saya hanya khuatir kalau katalah saya Menteri, andai kata saya Menteri saya hendak monitor seseorang itu, Menteri atau sesiapa yang berkuasa mula monitor dan intercept semua e-mel, SMS yang akan didedah kepada pegawai polis atau orang-orang yang tidak berkenaan. Kalau klausa ini mempunyai kos pelupusan data itu. Katalah tidak digunakan dalam mahkamah, tidak ada kaitan dengan jenayah, ia harus dihapuskan dan tidak boleh diguna pakai. Itu akan lebih menjamin. Akan tetapi dari segi dalam undang-undang existence dalam letter of the word, dia tidak ada klausa yang melindungi perkara-perkara ini supaya data ini tidak boleh di abuse.

Saya rasa concern Yang Berhormat itu adalah valid. Mungkin Yang Berhormat pun takut kalau SMS pada girlfriend akan disalahgunakan. Valid lah. Betul its valid. Garis panduan akan dikeluarkan oleh PP. Dia mesti ada garis panduan. You are right. There is concern apabila dibenarkan oleh pendakwaraya untuk intercept dan sebagainya, bimbang dan takut polis itu akan membocorkan SMS itu. Jadi garis panduan akan dikeluarkan dan keterangan yang diterima itu tidak boleh digunakan bagi hal lain dan garis panduan akan dimasukkan aspek kerahsiaan. Memang betul kita akan ada kerahsiaan. Saya faham sangat Yang Berhormat cukup bimbang tentang SMS.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, jam sudah pukul 9.30 malam. Satu minit lebih. Kalau Yang Berhormat boleh habis dalam masa itu, saya ingat banyak Yang Berhormat hendak bertanya lagi jadi kita sambung besoklah.

Boleh sambung besok?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya amat menghargai cara kita berdebat petang ini di bawah rang undang-undang ini. Betul-betul to the point, tidak ada politik dan persoalannya semua mengkhususkan kepada rang undang-undang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 hari Rabu 18 April 2012.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.32 malam]