Dewan Rakyat · 11 June 2012

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 666 turns · 42,255 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:- 1. Akta Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012; 2. Akta Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012; 3. Akta Perbekalan Tambahan (2011)2012; 4. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012; 5. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012; 6. Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012; 7. Akta Pengantaraan 2012; 8. Akta Laut Wilayah 2012; 9. Akta Rukun Tetangga 2012; 10. Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012; 11. Akta Laporan Kewangan (Pindaan) 2012; 12. Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2012; 13. Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012; 14. Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012; 15. Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012; 16. Akta Keterangan (Pindaan) (N0.2) 2012; 17. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012; 18. Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012; 19. Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012; dan 20. Akta Mesin cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] “10 Mei 2012 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan: 1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012; 2. Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012; 3. Rang Undang-undang Pengantaraan 2012; 4. Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012; 5. Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012; 6. Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012; 7. Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012; 8. Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012; 9. Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012; 10. Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012; 11. Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (N0.2) 2012; 12. Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012; 13. Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012; 14. Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012; 15. Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012; 16. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012; 17. Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012; 18. Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012; 19. Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012; 20. Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012; dan 21. Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012. Yang ikhlas Yang Di-Pertua Dewan Negara.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, sedikit penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di atas Peraturan Mesyuarat 14. Tuan Yang di- Pertua, pada sesi yang dahulu...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

14.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

14 Tuan Yang di-Pertua, sebelum sesi yang dahulu Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Beri spesifik Yang Berhormat, peraturan mesyuarat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Akta...

Tuan Yang di-Pertua

...Mana satu?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Di mana perutusan telah diberikan oleh Yang Berhormat Speaker mengatakan bahawa Dewan Negara telah dimaklumkan beberapa rang undang-undang telah diluluskan, di mana yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas telah di present di Dewan Negara. Ada satu rang undang- undang di mana kami telah mengambil bahagian iaitu Rang Undang-undang Mengenai Kesalahan Pilihan Raya, di mana telah diluluskan. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua, apakah – saya baca di dalam surat khabar ramai di antara Ahli Parlimen dimaklumkan bahawa ia telah ditarik balik oleh Yang Berhormat Menteri di Senate, apakah alasannya kerana kita telah membuang banyak masa untuk mendebatkan perkara tersebut, akan tetapi tiba-tiba selepas ia diluluskan oleh Dewan Rakyat ia telah ditarik balik, adakah Yang Berhormat telah dimaklumkan tentang alasan-alasan tersebut.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apakah kita telah pelajari daripada perkara tersebut dengan membawa rang undang-undang dengan tergesa-gesa di Dewan Rakyat, selepas itu mengambil masa dan selepas itu tidak diserahkan kepada Senate dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kami tidak dimaklumkan pada hari ini mengapa ia telah terjadi mengenai perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya tidak boleh memberikan jawapan bagi pihak kerajaan. Yang saya dapat ialah surat daripada Yang di-Pertua Dewan Negara. Oleh kerana Menteri ada di sini, sila beri penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat Dewan Rakyat, kita telah membuat tiga pindaan pada rang undang-undang itu. Kemudian, apabila ia dibahaskan di Dewan Negara, maka Dewan Negara berhasrat untuk membuat dua lagi pindaan yang menjadikannya semua lima pindaan. Kalau kelima-lima pindaan ini dibuat, bermakna rang undang-undang itu sebenarnya sudah tidak bermakna. Oleh sebab itu kita telah berunding bersama dengan Ketua Pembangkang dan juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendapatkan suatu persetujuan supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana ia sudah becoming meaningless, dengan izin, kalau dibenarkan pindaan dua dilakukan di peringkat Senate. Keduanya saya hendak maklumkan, ia bukan tergesa-gesa. Ini rang undang- undang adalah rang undang-undang daripada Election Commission. Cara urusan kita ialah apabila Election Commission mencadangkan apa-apa pindaan terhadap mana- mana undang-undang yang ada kaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, kita di peringkat Jemaah Menteri tidak membuat apa-apa pindaan ataupun kajian untuk menjaga kebebasan Election Commission. Oleh sebab itu apabila cadangan itu datang daripada Election Commission kepada Kabinet, kita meluluskan tanpa apa-apa pindaan yang dibuat oleh pihak kita di Jemaah Menteri kerana kita tidak berhak untuk berbuat demikian melainkan untuk facilitate rang undang-undang itu untuk dibawa ke Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Maka oleh kerana itu, apabila sampai di Dewan Rakyat, maka perbahasan telah dijalankan, dan apabila dijalankan didapati ada perkara-perkara yang perlu dibuat pindaan, sebab itu kita buat pindaan di peringkat Dewan Rakyat. Jadi, untuk hendak

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

mengatakan bahawa kita telah tergesa-gesa, itu bukan tergesa-gesa. Itu adalah di atas kehendak daripada Election Commission. Kalau sekiranya ada apa-apa perasaan tidak puas hati, maka itu harus dihalakan kepada Election Commission kerana kita hanya facilitate sahaja, sebab di peringkat Kabinet kita tidak boleh melakukan apa-apa pindaan kerana cadangan-cadangan pindaan itu datang daripada Election Commission. Itu jawapan saya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Apa yang kita boleh faham daripada jawapan Yang Berhormat Menteri adalah senang sahaja, kurang konsultasi di antara kami di sebelah sini dengan kerajaan. Kalau ada konsultasi mengenai perkara tersebut, discussion mengenai tersebut, perkara ini dapat dielakkan, nombor satu. Nombor dua, there must be scrutiny of semua undang-undang sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat. Tergesa-gesa itu...

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mencampuri urusan Election Commission.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No. We are Parliament. We are Dewan Rakyat.

Tidak boleh, tidak boleh sebab...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, you cannot take a stand of...

Kebebasan bukan sahaja daripada eksekutif tetapi juga daripada legaslatif.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No. There must be consultation, is it wrong?

Consultation berlaku apabila ada perbahasan di Dewan Rakyat, apabila kita membentangkan rang undang-undang itu, barulah kita bahas.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, that is afterthought...

Itu pandangan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no. Bukan, kerana selepas itu Yang Berhormat...

Tak, tak, itu pandangan Yang Berhormat. Kalau sekiranya – saya sudah sebutkan sebentar tadi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You brought an excuse to talk to the opposition.

Iaitu kalau sekiranya ada apa-apa rasa tidak puas hati, sekiranya ada perkara-perkara yang dicadangkan itu tidak diadakan consultation oleh Election Commission, itu harus dihalakan kepada Election Commission, sebab kalau Yang Berhormat kata hendak dibincangkan terlebih dahulu di antara...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya.

...Kerajaan dan pembangkang, tidak mungkin boleh berlaku sebab itu cadangan daripada Election Commission dan kita mesti bertanggungjawab untuk facilitate...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan. Kami wakil rakyat, Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat tidak faham.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kami wakil rakyat. Dahulu ada consultation.

Yang Berhormat tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat...

The first instance kita boleh melihat rang undang-undang ini ialah apabila ia dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat. Oleh sebab itu, tidak ada masa untuk diadakan consultation antara kerajaan dengan pembangkang kerana ini special case. Ini rang undang-undang Election Commission.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, saya rasa...

Tidak ada. Bukan no, ini caranya.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

Bukan soal no.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada ‘class’ lah Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

There must be some – bukan.

Tidak ada.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada sedikit memberikan penghormatan dan...

Bukan tidak ada penghormatan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no.

Yang Berhormat perlu ingat, ini Election Commission punya cadangan. Ia bebas.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no. They are not above the law.

They’re not above the law. Nobody is above the law.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

They’re not above the law.

Dia cadang, dia cadang. Dia mencadangkan pindaan dan kita mesti menghormati kebebasannya. Kalau kita tidak bersetuju, berlaku tidak persetujuan, itu dalam Dewanlah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau sedemikian...

Sebab itu pindaan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We are rubber stamp lah. We are rubber stamp.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Bukan rubber stamp. Mana ada rubber stamp.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Irrelevant. Parliament becomes irrelevant.

Nanti, nanti Yang Berhormat. Tidak ada rubber stamp sebab kita tolak. So, we are not rubber stamp.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya kata untuk mengelakkan...

You are wrong. Kita tolak.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Perkara tersebut...

Kalau kita terima dan kita tidak tolak, mungkin dia kata rubber stamp.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan ditolak di sini.

Kita buat pindaan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Selepas. This is afterthought.

No, no. It is not afterthought.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

There must be an apology by the government.

Tidak ada. There is no apology. That one you have to talk to the Election Commission.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

There must be an apology by the government.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta maaf, katakan kita telah buat salah.

Nothing to do with the government.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu satu. Nombor dua, tidak hormat Speaker langsung.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kehormatan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, there is no respect to Tuan Yang di-Pertua at all.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Mengapa?

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, duduk dahulu Menteri.

Ini siapa Ketua Pembangkang ini? Are you leader of opposition?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Wakil rakyat lah my friend.

No, I spoke to your Leader of Opposition.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You spoke to him after...

You tidak hormat dia bukan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, jangan confuse the issue.

No, no. I spoke to him.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Selepas ia diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat...

No, I spoke to him

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Betul. Kita baca di surat khabar, that is after.

Ya, sebab Parlimen tidak bersidang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Selepas kejadian tersebut.

Parlimen tidak bersidang pada ketika itu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Not before that.

No. Parlimen tidak bersidang. Perkara ini dilakukan pada hari Dewan Negara bersidang dan saya perlu hubungi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no, that is in hurry. Semua ini afterthought, hurry.

Tak kan saya hendak hubungi semua wakil rakyat, hendak bertanya?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, tidak perlu Yang Berhormat.

Saya panggil Ketua Pembangkang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengaku, meminta maaf, everything is over.

Tidak ada minta maaf.

[Dewan riuh]

Tidak ada minta maaf di sini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Because we did not do the... We must be gentleman.

Tidak ada minta maaf.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We must be gentleman, we must be gentleman.

Tidak ada minta maaf. You bukan Ketua Pembangkang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You must ask an apology for a mistake.

You bukan Ketua Pembangkang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no.

You are not leader of opposition. You speak to him.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat cannot cover...

I do not speak to you. You speak to him.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no Yang Berhormat. Kita ada Ketua Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

‘Depa’ gaduh, ‘depa’ gaduh.

Ketua Pembangkang, tolong cakap dengan Yang Berhormat Ipoh Barat, dia tidak faham.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Faham. Yang Berhormat tak mengaku salah.

Tidak ada mengaku salah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Membuang masa Dewan Rakyat.

Tidak ada mengaku salah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengaku sahajalah.

You bincang dengan Ketua Pembangkang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jangan lari daripada tanggungjawab.

You are not Leader of Opposition.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It not need be an Opposition Leader.

You are not the Leader of Opposition...

[Dewan riuh]

I do not speak to you, I speak to Ketua Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, you do not know your function lah.

No, no. I know my function. You do not have to teach me.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You do not know your work.

Tidak perlu mengajar saya. Awak tidak faham awak punya peranan sebagai Ahli Parlimen. Saya telah bercakap Ketua Pembangkang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat tahu you punya function, you will not make this serious mistake.

Saya bercakap dengan Ketua Pembangkang, bukan dengan awak.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Selepas itu...

Tidak selepas.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Selepas. Saya bersetuju.

Tanya dia.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Selepas.

Tanya Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, ya. Saya tahu dengan ...

Tanya Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita baca di surat khabar.

You siapa?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We read the newspaper selepas kejadian.

Perak punya DAP pun tidak setuju sama you. Mahu kena buang selepas ini...

[Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, duduk Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya rasa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu begitu penting sekali.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Gajah, duduk dahulu Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, benarkan saya seminit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada 19 April kita berbahas berapa bill, rang undang-undang? Kita berbahas lapan rang undang-undang dan pada masa itu saya masih ingat ramai ahli dihadkan masa dan tidak dibenarkan untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, duduk dahulu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa sudah sampai masa kita adakan Select Committee untuk menggubal undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, duduk dahulu. Boleh saya bercakap dahulu Yang Berhormat? Duduk dahulu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, duduk dahulu Yang Berhormat. Boleh saya respons? Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada awal lagi telah kita tetapkan dan bersetuju bahawa Peraturan Mesyuarat cuma boleh ditimbulkan selepas sesi soal jawab. Itu semua sudah kita terima. Saya benarkan Yang Berhormat Ipoh Barat bangkit oleh kerana selepas saya memasyhurkan, tidak mengapa dia minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Menteri buat penjelasan, ada penjelasan. Mesej sudah saya terima. Yang Berhormat Ipoh Barat punya mesej sudah diterima. Semua kita sudah dengar. Berhentilah di situ! Apabila Yang Berhormat bercakap mengenai perbahasan, kita pun terlibat duduk di sini, bukan kamu sahaja sampai jam 3 pagi. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Itu sudah jelas. Mesej sudah disampai. Jelas, jadi kita proceed dengan agenda seterusnya. Sila.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

1. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) jumlah Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang telah siap dibina di seluruh negara terutamanya di negeri Sarawak sejak skim ini diperkenalkan; dan (b) apakah Kementerian dapat mengkaji untuk memasukkan kos penambakan tanah dan kos cerucuk (piling) dalam usaha meringankan beban kewangan para pemohon RMR.

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad HanadzlahUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mei 2012, SPNB telah menyiapkan sebanyak 474 unit Rumah Mesra Rakyat di negeri Sarawak dan sedang membina 110 lagi. Manakala bagi pelaksanaan di seluruh negara, SPNB telah menyiapkan 17,790 unit Rumah Mesra Rakyat. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat memasukkan kos penambakan tanah dan cerucuk, pada masa ini kerajaan negeri Sarawak membantu pemohon dengan menyediakan peruntukan bagi penyediaan tapak binaan. Manakala SPNB memberikan bantuan subsidi sebanyak RM20,000 hingga RM27,000 daripada kos pembinaan Rumah Mesra Rakyat. SPNB juga membiayai kos yuran guaman sebanyak RM30 dan dengan izin, Mortgage Reducing Term Assurance yang ditanggung oleh SPNB sebanyak RM2,000 berdasarkan had umur pemohon. Cadangan Yang Berhormat tersebut akan dikaji berasaskan dasar dan kewangan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas jawapan yang diberi tadi. Sesungguhnya berbagai-bagai usaha transformasi yang dijalankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membantu rakyat berbagai-bagai lapisan masyarakat bagi memiliki rumah. Tuan Yang di-Pertua, kos untuk penyambungan bekalan air dan elektrik bagi Rumah Mesra Rakyat yang menelan beberapa ribu adalah beban yang berat bagi golongan yang miskin. Contoh, macam daripada service lain tiang elektrik, bekalan elektrik kepada Rumah Mesra Rakyat mungkin RM4,000 ke RM5,000. Bekalan air pun sama juga RM1,000 ke RM2,000. Jadi, kos yang cukup tinggi. Saya di sini mahu meminta soalan tambahan. Bolehkah kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan kos penyambungan air dan elektrik ini dalam kos pembinaan? Sekian terima kasih.

Sepertimana saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara ini sedang dalam pertimbangan pihak SPNB.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya ialah agenda perumahan rakyat ialah satu agenda yang bukan agenda baru dan di Parlimen Balik Pulau saya boleh beri contoh sekurang-kurangnya dua projek yang bermula di atas nama perumahan rakyat di Kampung Kuala Jalan Baru secara spesifik di Telok Kumbar. Tapak itu, digunakan sebagai alasan agar tanah-tanah contohnya ketika- saya ingat saya mewarisi masalah ini iaitu tanah-tanah pertanian ditukar atas nama untuk pembangunan, perumahan rakyat. Akan tetapi rata-rata projek ini telah gagal sehingga membebankan rakyat dan ada kes tanah-tanah tersebut telah terlelong disebabkan kegagalan pemaju-pemaju yang sepatutnya di atas nama joint venture dan sebagainya. Mungkin atas nama projek perumahan rakyat. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila berlaku kes sebegitu, nasib mereka-mereka yang menduduki tanah-tanah tersebut sekarang ini bergantung kepada d atas nama ekonomi pasaran iaitu yang membeli tanah tersebut dengan harga yang mahal, mengambil keputusan mengusir mereka ini tanpa belas kasihan. Saya mahu menanyakan penjelasan Menteri ialah apakah perancangan Menteri Kewangan apabila berdepan dengan permasalahan sebegini. Adakah kita pasrah kepada ekonomi pasaran sehinggakan nasib-nasib mereka ini tidak terbela? Apa penjelasan Menteri di dalam pemeriksaan sebegini?

Tuan Yang di-Pertua, isu ini melibatkan berbagai-bagai agensi dari segi rumah terbengkalai itu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala dari segi SPNB ada rumah-rumah terbengkalai yang diserahkan kepada SPNB. Untuk makluman sebanyak

85 rumah projek-projek tersebut telah disiapkan dan 15 lagi dalam proses untuk penyiapan. Di samping itu, kita sekarang sedang melihat dalam konteks pembeli yang terpaksa membayar bayaran balik end financing, ini sedang dalam perbincangan dengan pihak Bank Negara.

Anwar bin IbrahimPKR · PHTambun · question

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk mengesan, menyiasat, dan mendakwa anggota-anggota polis yang bertindak ganas terhadap wartawan-wartawan dan peserta-peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 serta maklum balas kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia mengenai keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH tersebut.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasihlah kepada Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengemukakan pertanyaan ini. Tuan Yang di-Pertua, hasil penelitian melalui rakaman video yang telah dikumpulkan dan siasatan yang telah dijalankan, dua orang anggota polis telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012 atas pertuduhan di bawah seksyen 352, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan terhadap seorang jurugambar Guang Ming Daily. Kesalahan oleh kedua-dua tertuduh didakwa dilakukan pada 28 April 2012 dan kes tersebut akan disebut semula pada 18 Jun 2012. Jabatan Peguam Negara juga masih terus meneliti rakaman-rakaman video yang dikumpulkan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat anggota-anggota polis lain yang melakukan kekerasan semasa perhimpunan tersebut. Arahan juga telah dikeluarkan kepada pihak polis supaya mengesan dan mendapatkan rakaman-rakaman video mengenai kekerasan polis yang dimuat naik dengan izin, upload dalam laman- laman sesawang dan blog bagi tujuan penelitian. Sekiranya siasatan menunjukkan adanya keterangan yang kukuh mengenai kekerasan yang dilakukan oleh mana-mana anggota polis, Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan pertuduhan di mahkamah dan tidak akan melindungi mana-mana pihak daripada dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas penjelasan dan juga jaminan untuk tindakan diambil berikutnya. Cuma sepertimana yang kita tahu Tuan Yang di-Pertua, peristiwa itu telah menggemparkan kerana jumlah yang cedera termasuk cedera parah itu terlalu besar jumlahnya. Pasti...

[Dewan Riuh]

Sendiri cari penyakit.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebab itu jawapan Menteri itu lebih sopan daripada reaksi penyokong-penyokong...

[Dewan riuh]

Orang yang buat program itu tidak sopan!

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Oleh sebab itu saya katakan bahawa tindakan itu harus setimpal dengan permasalahan yang dibangkit. Dalam cadangan Majlis Peguam kerana Majlis Peguam telah mengadakan 78 pemerhati dan pemantau, dahulu mengikut Legal Profession Act (LPA) dalam BERSIH 2.0, maka polis mengizinkan peguam menjadi pemantau tetapi tidak kali ini. Walau bagaimanapun, saya percaya maklumat yang disampaikan oleh Majlis Peguam dengan laporan terperinci itu harus diambil kira. Saya setuju dengan andaian bahawa kita tidak boleh mendakwa melainkan kita dapat pengesahan secara sahih siapa yang bertanggungjawab. Akan tetapi untuk hanya mendakwa dua konstabel peringkat bawahan dan melepaskan orang-orang yang lebih tinggi bertanggungjawab, itu bukanlah suatu hal yang munasabah. Sebab itu kita masih berpendapat dalam mempertahankan kewibawaan dan meningkat integriti pihak polis, kita masih minta supaya kerajaan mengkaji semula kedudukan IPCMC dan juga suruhanjaya yang lebih bebas tidak hanya panel kerana tidak ada keupayaan untuk mengadakan siasatan yang lebih telus dan bebas. Ini kerana ini telah menjejaskan imej bukan sahaja polis tetapi juga negara.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Peguam, kita telah membentuk panel penyiasat dan itu terpulanglah kepada panel penyiasat sama ada mahu menerima atau memanggil Majlis Peguam untuk mereka memberikan penyataan ataupun menyerahkan laporan mereka. Keduanya, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula tentang pembentukan IPCMC kerana kita sudah pun ada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di mana apa juga aduan yang hendak dibuat oleh rakyat terhadap tindakan yang telah diambil oleh mana-mana agensi penguat kuasa termasuk polis boleh dihalakan kepada mereka.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Asasnya Tuan Yang di-Pertua, asasnya perhimpunan BERSIH 3.0 ini ialah perhimpunan kotor dan jijik. Melanggar undang- undang. Dia bukan bersih tetapi kotor! Polis sedikit pun tidak menghalang. Daripada malam 27 April sudah berhimpun. Tidak menghalang. Akan tetapi apabila – ini berpunca daripada Yang Berhormat Permatang Pauh pada pukul 3 petang, 28 April signal Yang Berhormat Gombak suruh ceroboh Dataran Merdeka. Orang langgar dan perusuh ini maki polis seperti anjing, babi, kurang ajar. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya polis, sebagai manusia pun terasa, Tuan Yang di-Pertua. Janganlah nafikan. Ini yang berlaku. Dia maki polis ini. Polis Diraja Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebagai rakyat Malaysia, “Diraja” ini jangan dibuat sebarang-sebarang. Ini masalahnya. Majlis Peguam, apa guna Majlis Peguam bila peguam ialah alat parti pembangkang. Dia alat semata-mata. Kita rasa terhina, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, Yang Berhormat.

Majlis Peguam yang sepatutnya bertindak profesional tetapi alat pembangkang menyalak suara pembangkang. Apa hendak dengar?

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Soalan saya, Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh harus bertanggungjawab. Yang Berhormat Permatang Pauh harus bertanggungjawab. Saya lihat Yang Berhormat Permatang Pauh hendakkan pertumpahan darah supaya ada kematian, supaya rusuhan akan berlaku seperti di negara-negara...

[Dewan riuh]

Nolah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Yang Berhormat Permatang Pauh selepas signal, lari. Dia tidak tunggu. Yang menjadi mangsa ialah kuda-kuda belang yang tidak tahu dia diperalatkan oleh parti pembangkang. Jadi saya mengharap Yang Berhormat Menteri dan kerajaan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan, soalan?

Apa tindakan yang boleh diambil kepada mereka yang bertanggungjawab, satu. Yang kedua, apa jaminan kerajaan supaya rakyat yang majoriti yang hendakkan keamanan ini dapat terus menerima keamanan dan keselamatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah kepada Yang Berhormat Sri Gading. Pihak polis amat menghargai sokongan daripada Yang Berhormat. Saya hendak maklumkan di sini iaitu bahawa kita di Pejabat Peguam Negara memberi jaminan iaitu kita akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan kita color blind. Kita tidak kira sesiapa yang melanggar undang-undang kita akan tetap mengambil tindakan. Kalau sekiranya ada bukti kukuh, kita akan hadapkan Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gombak ke mahkamah. [Tepuk]

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

3. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Perdana Menteri menyatakan, faktor-faktor yang membolehkan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai penjana keuntungan kumpulan syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana apabila disenaraikan di Bursa Malaysia dan apakah status terkini mengenai firma global yang bakal menjadi rakan niaga strategik antarabangsa FGVH.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan lisan Yang Berhormat Paya Besar bersekali dengan Ahli Yang Berhormat Setiu pada 11 Jun, Yang Berhormat Kuala Krau pada 12 Jun, Yang Berhormat Tanah Merah pada 14 Jun, Yang Berhormat Sungai Petani pada 18 Jun, Yang Berhormat Kuala Krai pada 19 Jun, Yang Berhormat Tanjong Malim pada 20 Jun, Yang Berhormat Tenggara pada 20 Jun, Yang Berhormat Jempol pada 26 Jun serta Yang Berhormat Seremban pada 28 Jun kerana soalan ini adalah saling berkaitan. Terlebih dahulu minta maaf kerana agak panjang sikit kerana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) adalah usaha berkongsi kemakmuran FELDA kepada rakyat Malaysia di mana lebih kurang RM2.19 bilion saham telah ditawarkan kepada pelabur tempatan dan institusi termasuk pelabur bumiputera yang diuruskan oleh MITI serta pelabur-pelabur runcit. FGV adalah syarikat ketiga perladangan sawit terbesar dalam dunia dan pemilik saham pengeluar minyak sawit terbesar di dunia serta pengeluar gula terbesar di Malaysia. Daripada jumlah RM2.19 bilion yang ditawarkan, 19.8% telah ditawarkan kepada pelabur-pelabur institusi jangka panjang, 12% ditawarkan kepada kerajaan-kerajaan negeri, 11.5% ditawarkan kepada pelabur institusi dan bumiputera menerusi MITI, 11% ditawarkan kepada pelabur- pelabur institusi dan komersial melalui binaan bida, 7.5% kepada peneroka, para pekerja FELDA serta pelabur runcit tempatan dan 2.5% telah diperuntukkan kepada Louis Dreyfus Commodities Asia, rakan kongsi strategik yang telah dicadangkan untuk meningkatkan keupayaan hiliran FGV. Dari 19.8% yang telah ditawarkan kepada pelabur institusi jangka panjang, empat peruntukan terbesar atau bersamaan dengan 16.1% adalah kepada pelabur institusi tempatan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). Oleh kerana penglibatan kerajaan-kerajaan negeri dan pelabur-pelabur institusi dalam penyenaraian FGV, secara tidak langsung faedah atau keuntungan yang diperoleh daripada FGV juga boleh dinikmati oleh orang ramai. Menurut data terkini, PNB dan Tabung Haji masing-masing mempunyai seramai 10.85 juta dan 7 juta pencarum, manakala KWSP mempunyai seramai 13.15 juta pencarum dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan seramai 140,000 orang ahli. Ini bermaksud berkongsi dividen kemakmuran FELDA kepada rakyat terbanyak. Tidak pernah saham yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dibahagikan kepada sebegitu ramai rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kepentingan para peneroka masih terjamin dan manfaat yang diberikan selama ini tidak akan terhakis kerana FELDA masih lagi memegang 17% saham FGV dan pegangan saham terbesar sebenarnya dimiliki oleh para peneroka sebanyak 22.5% iaitu 20% untuk Tabung Amanah Peneroka dan 2.5% pegangan secara runcit peneroka. Peneroka mendapat unit saham yang lebih kecil berbanding petugas FELDA kerana jumlah mereka yang ramai iaitu 112,635 orang berbanding petugas kira-kira seramai 23,000 orang. Malahan mereka akan mendapat dividen tahunan seumur hidup daripada pegangan ekuiti 20% tabung amanah tersebut. Peneroka mendapat durian runtuh, memiliki kebun dan tapak rumah dan lain-lain yang mana petugas FELDA tidak mendapat faedah tersebut sedangkan tanah yang terlibat iaitu 355,000 hektar atau 880,000 ekar bukan diurus oleh peneroka tetapi diurus oleh petugas yang memastikan FGV akan untung kerana mereka yang menguruskan pentadbiran harian. Tambahan pula penyenaraian ini dibuat tanpa menyentuh tanah yang dimiliki oleh para peneroka dan FELDA hanya menyewakan jangka panjang tanah itu kepada FGV untuk mengusahakannya. Bayaran sewaan tanah dari FGV juga akan disalurkan kepada FELDA dan akhirnya untuk dinikmati oleh para peneroka. Perkongsian kemakmuran dengan seluruh rakyat Malaysia walaupun mereka tiada kaitan langsung dengan FELDA adalah paling unik yang dilakukan kepada rakyat Malaysia melalui penyenaraian FGV ini. Sehingga Jun 2012, penyenaraian ini merupakan yang terbesar di Rantau Asia pada tahun ini di mana modal pasaran FGV dianggarkan melebihi RM16 bilion berdasarkan

harga runcit RM4.55 sesaham, FELDA dan FGV dijangka bakal meraih dana sebanyak RM10.5 bilion. Sebahagian daripada dana tawaran awam permulaan IPO ini akan digunakan untuk pembelian aset ladang, peluasan aktiviti hiliran, perbelanjaan modal untuk meningkatkan kecekapan serta keupayaan dan keperluan modal kerja yang lain. Di antara inisiatif strategik untuk meningkatkan kecekapan termasuk peningkatan program tanaman semula kelapa sawit, menambah bank tanah dan meluaskan keupayaan hiliran bagi meningkatkan nilai produk-produk huluan.

Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan hiliran, FGV menubuhkan satu perkongsian usaha niaga strategik dengan syarikat gergasi komoditi iaitu Louis Dreyfus Commodities (LDC). Pada 14 Mei 2012, FGV telah memeterai satu memorandum persefahaman dengan LDC dengan tujuan usaha sama perdagangan dan pemasaran. Ini termasuk perjanjian komersial bagi mewujudkan rangka kerja yang menjadi asas kerjasama antara FGV dan LDC untuk meneroka peluang-peluang pelaburan dalam kegiatan hiliran berhubung dengan minyak sawit dengan tumpuan khusus kepada negara China dan India. Keputusan yang dibuat untuk menawar LDC sebagai rakan kongsi strategik dibuat setelah penyempurnaan kajian teliti yang mengambil kira semua faktor keupayaan komersial dan sosial. Dari aspek keupayaan komersial, LDC adalah peneraju dalam pemprosesan produk pertanian dan perdagangan pelbagai jenis produk komoditi dunia termasuk benih dan produk-produk sampingan minyak. Daripada segi faktor sosial, LDC sering berurusan dengan negara-negara yang majoriti penduduknya adalah umat Islam. Hari ini 30% daripada pasaran beras di Afrika dan 10% keperluan bijirin minyak di Asia Barat dan Afrika dibekalkan oleh LDC dan ini menunjukkan perkongsian terbuka dengan kedua-dua negara Islam dan bukan Islam. LDC sekarang diterajui oleh Margarita Louis Dreyfus, isteri bekas pengerusi LDC yang berketurunan Rusia. Beliau adalah pengerusi LDC dan merupakan pemegang saham terbesar LDC dengan kepentingan sebanyak 65% saham syarikat. Operasi harian LDC dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Serge Schoen seorang berketurunan Jerman. Entiti global ini diasaskan di Eropah dan mempunyai operasi- operasi serantau yang kukuh di Amerika Utara, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika, Asia termasuk beberapa negara OIC seperti Indonesia, Mesir, Cameroon, Ivory Coast dan United Arab Emirate. Tuan Yang di-Pertua, menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif strategik tersebut, FGV dijangka akan menjana keuntungan yang lebih tinggi dan stabil serta mampu untuk memberi pulangan yang sewajarnya kepada semua pemegang saham FGV selepas penyenaraiannya. Di dalam perkembangan berkaitan, terdapat beberapa penganalisis dari bank- bank pelaburan utama menganggarkan nilai pasaran FGV boleh mencecah sehingga RM20 bilion. Ini membuktikan bahawa sentimen pasaran adalah menggalakkan dan FGV akan menjadi faktor penarik di kalangan komuniti pelabur-pelabur dalam dan luar negara apabila disenaraikan pada 28 Jun ini. Terima kasih.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah saya ucapkan di atas kejayaan luar biasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional kerana telah memulakan... [Tepuk] tawaran awam permulaan IPO Felda Global Ventures Holdings yang dijangka disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun yang akan datang ini dan pasti akan melakar sejarah sebagai IPO kedua terbesar di dunia bagi 2012 setakat ini selepas Facebook dan terbesar di Asia, dan ini juga melenyapkan terus fitnah yang menuduh kononnya FELDA bankrap. Soalan tambahan saya, bolehkah disenaraikan faedah-faedah kepada peneroka daripada penyenaraian FGV ini daripada pelbagai sudut dan bolehkah dijelaskan kenapa peneroka dapat satu lot 800 unit sedangkan staf dan pegawai FELDA dapat satu lot 1,000 unit. Terima kasih.

Terima kasih. Sebahagian daripada apa yang dah saya jawab tadi ditanyakan sekali lagi oleh Yang Berhormat Paya Besar tetapi saya ingin menyenaraikan apakah faedah-faedah yang diperoleh oleh peneroka. Pertama, durian runtuh, RM5000 kepada peneroka, RM5000 kepada penerokawati iaitu isteri peneroka selepas 7 Julai, Hari Peneroka. Ketika kita hendak merasmikan bangunan FELDA yang sudah siap di hadapan KLCC. Ketiga, RM5000 lagi kita akan bahagikan kepada anak-anak peneroka. Kalau anaknya lima orang,

RM1,000 seorang. Kalau anak lima belas itu tak dayalah, dapatlah seorang sikit. Itu yang pertama. Kedua, 800 unit saham. Itu sebagaimana yang disebut tadi, 800 unit saham ini kenapa kita bagi kurang daripada petugas FELDA, saya dah nyatakan. Pertama, kita ada 112,635 peneroka seluruh Malaysia ini. Petugas FELDA cuma 23,000. Sebanyak 3% bahagi 23,000 dibandingkan 2.5% dibahagi kepada 112,635, tentunya nilainya adalah rendah iaitu 800, namun faedah yang seterusnya yang saya ingin nyatakan di sini akan dinikmati oleh peneroka yang tidak akan dinikmati oleh petugas ialah pegangan 20% Tabung Amanah dalam FELDA itu. Tabung Amanah itu ialah tabung amanah untuk peneroka. Kita tak akan jual 20% itu, 2.5% yang dimiliki oleh peneroka mungkin dijual kalau harganya bagus dan kita menjangkakan harganya bagus, pastinya insya-Allah dan 20% itu akan ada dividen tahunan dan dividen tahunan ribuan ringgit itu akan dinikmati oleh peneroka sepanjang hidup, insya-Allah. Ini tidak dinikmati oleh petugas FELDA. Oleh kerana itu, lebihlah kita beri kepada petugas dibandingkan kita bagi kepada peneroka. Seterusnya apa lagi faedah yang akan dinikmati oleh peneroka, setakat ini FGV ada di 12 buah negara. Apabila kita bersama dengan Louis Dreyfus Commodities yang ada jangkauan begitu hebat, mungkin selepas ini kita boleh memasarkan produk yang dibuat oleh peneroka di kawasan rancangan sebanyak 317 itu kepada 30 buah, 40 buah negara dalam dunia, itu dia jangkaan pasaran terhadap produk yang boleh dieksport oleh peneroka. Seterusnya, anak-anak peneroka yang berjuta orang itu, satu juta lebih. Anak dan cucu peneroka boleh berkhidmat dengan FGV ini. Bukan hanya berkhidmat di Malaysia, bukan hanya berkhidmat di 317 kawasan rancangan tetapi berkhidmat di seluruh dunia. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Macam bersyarah pula... [Ketawa] Macam bersyarah, Ahli-ahli Yang Berhormat. Macam ceramah politik. Ahli-ahli Yang Berhormat, semua untung akibat daripada penyenaraian ini. Peneroka untung, anak peneroka untung, petugas FELDA untung, Kerajaan Malaysia untung, pemilik saham Tabung Haji untung, KWSP, semua kita ini pencarum KWSP untung, satu sahaja yang rugi iaitu kawasan kawan-kawan di sana, pembangkang yang rugi...

Pembangkang.

Pembangkang yang rugi ‘tuan-tuan’.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tergadai tak cerita, tergadai?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Tan Sri, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mulanya tertanya-tanya juga kenapa dalam jawapan itu ditekankan yang tuan punya Louis Dreyfus ini, Margarita ini Rusia, CEOnya Jerman. Rupanya saya baca ini, suami Margarita ini pernah berperang Arab-Israel dalam perang enam hari, itu tak disebut oleh Timbalan Menteri... [Ketawa] Tak apa, itu bukan isunya. Kalau sebut, sebut habislah. Betul tak? Baik, itu bukan isunya. Timbalan Menteri, saya baca prospektus 139,000 hektar Felda Plantation ini dileased, dipajak kepada FGV ini dalam pajakan jangka panjang, 139,000. Yang menarik perhatian saya ini dua perkara. Pertama, 42,646 hektar atau lebih kurang 100,000 ekar adalah kategori Tanah Rizab Melayu. Undang-undang yang mengawal tanah rizab Melayu ini dia tak boleh lepaskan kepada pegangan bukan bumiputera. Daripada pecahan pegangan saham yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi kebanyakan pegangan institusi dalam dan luar negara manakala pegangan peneroka dan juga kakitangan peneroka kalau kita andaikan semuanya Melayulah, itu sekitar 5.5%. Baik, persoalannya ialah bagaimanakah kerajaan dalam keghairahan penyenaraian ini melindungi dan memelihara 100,000 Tanah Rizab Melayu yang undang-undang sebut kalau ambil, mesti ganti. Gantinya di mana? Persoalan yang berkait isu yang sama juga adalah dalam prospektus itu disebut “That land which has not been granted to stateless for agriculture or for residential purposes is also included”. Maknanya tanah yang tak termasuk untuk peneroka usahakan dalam bidang pertanian dan juga untuk tempat kediaman.

Maknanya, sekolah, balai raya, rumah kedai, padang dan kemudahan lain. Setakat mana Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri jaminan, FGV bila disenaraikan nanti dengan segala macam pegangan institusi dan pegangan asing itu boleh memberi jaminan bahawa tanah-tanah ini tidak digunakan untuk tujuan lain. Dua perkara khusus yang saya minta penerangan. Terima kasih.

Yang Berhormat Machang, bunyinya macam hebat sangatlah bukan? Angka-angka yang dikeluarkan, macam betul sahaja apa yang disebutkan itu. Ini prospektus tebal bukan main, seribu lebih muka surat. Saya pun tidak tahu mana satu yang dibaca yang 139,000 hektar itu. Salah baca itu Yang Berhormat Machang. Lepas ini kita jumpa di luar, saya tunjukkan satu persatu kepada Yang Berhormat ya. Tanah yang disewa jangka panjang itu bukan 139,000 hektar tetapi 355,000 hektar ataupun 880,00 ekar. Yang Berhormat Machang, lain kali baca betul-betul. Kemudian apa yang disebut tanah rizab Melayu seluas 34,968 hektar. Kita telah merujuk kepada peguam-peguam kita tentang hal itu. Bukan kita buat semberono. Kita telah rujuk kepada peguam-peguam kita. Satu perkara yang cukup penting kenapa penyenaraian FELDA ini gagal pada tahun 2002, 2003 dan 2004. Kita sudah cuba hendak senaraikan tetapi gagal kerana pada ketika itu kita tidak berjumpa formula long term lease ataupun sewa jangka panjang. Tanah itu tidak hilang Yang Berhormat. Sewa Yang Berhormat, sewa. Yang Berhormat tahu perkataan sewa itu? [Ketawa] Sewa jangka panjang. Oleh kerana itu, apa yang disebut kerisauan oleh Yang Berhormat tentang sewa dan sebagainya itu adalah satu kerisauan yang tidak berasas dan tanah- tanah yang digazet untuk kemudahan awam kita confirm tidak akan sentuh apa-apa. Terima kasih.

Abdul Hadi bin AwangPAS · PNMarang · question

4. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, terdapat empat pertanyaan yang menyentuh tentang beban tugas guru oleh Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Keningau pada hari ini dan Yang Berhormat Taiping pada 14 Jun, 2012. Oleh sebab perkara yang dibangkitkan saling berkaitan, izinkan saya menjawab secara serentak Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Khas menangani isu beban tugas guru pada Mac 2010. Jawatankuasa Khas ini telah menjalankan kajian yang menyeluruh dengan mengadakan sesi perbincangan mulai Mac hingga Mei 2010 dengan pihak berkepentingan seperti Kesatuan Guru, Pentadbir Sekolah dan guru dengan berpandukan kepada Laporan Tugas dan Tanggungjawab Guru Tahun 2006, pandangan dan syor Kesatuan Guru dan laporan Jawatankuasa Khas iaitu Laporan Rahman Arshad (1996). Hasil perbincangan tersebut satu laporan telah dikeluarkan dan didapati terdapat 14 isu sebagai penyumbang kepada beban tugas guru. Jawatankuasa ini telah memperakukan 28 perakuan untuk dilaksanakan bagi menangani isu beban tugas guru. Daripada 28 perakuan tersebut, 18 perakuan telah diambil tindakan termasuklah: (i) perancangan aktiviti hari Sabtu secara berjadual supaya tidak melebihi dua kali sebulan; (ii) penglibatan jurulatih luar ko-kurikulum atau sukan secara bertauliah bagi sekolah yang berkemampuan; (iii) penyelarasan bilangan pertandingan di peringkat zon, daerah dan negeri; (iv) kajian kebolehlaksanaan sebelum satu mata pelajaran baru diperkenalkan atau dilaksanakan; dan (v) penempatan perjawatan baru sekiranya diluluskan oleh JPA seperti pembantu bengkel, warden asrama dan jurulatih utama ko-kurikulum.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Selain itu, Kementerian Pelajaran juga masih menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu Tadbir (N17) sehingga Jun 2012 untuk melihat impak penempatan pembantu tadbir secara lebih spesifik. Dapatan awal kajian menunjukkan impak yang signifikan dalam mengurangkan beban tugas perkeranian seperti memasukkan data dalam sistem, penyediaan surat-surat dan perisian borang-borang, membantu penganjuran program di sekolah, membantu tugas di pusat sumber sekolah dan lain-lain tugas perkeranian. Di samping itu, Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem pengurusan sekolah yang tunggal kemasukan data bagi menambah baik sistem sedia ada pada masa ini yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data mulai tahun 2013. Kementerian juga sedang melaksanakan program rintis simulasi penggabungan jawatankuasa di sekolah. Program rintis tersebut dilaksanakan di 40 buah sekolah bermula 2 Mei hinggalah 30 Jun, 2012. Mengenai kekerapan guru keluar berkursus atau bermesyuarat, Kementerian Pelajaran telah menyediakan draf surat siaran dan garis panduan pelaksanaan latihan secara school based dan ianya akan dimuktamadkan di dalam tempoh terdekat. Dalam usaha mengurangkan bilangan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan oleh sekolah, surat siaran telah disediakan dan akan diedarkan kepada semua sekolah apabila mendapat kelulusan pengurusan tertinggi pihak Kementerian Pelajaran. Dengan usaha-usaha yang telah dilakukan ini, kementerian berkeyakinan isu berkaitan dengan beban tugas guru dapat diatasi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Adakah dan sejauh mana para guru diberi keutamaan sama melibatkan diri dengan menangani gejala-gejala negatif yang boleh melibatkan pelajar? Penglibatan mereka adalah lebih penting dalam menangani gejala ini yang diketahui oleh umum.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Marang. Sebenarnya sebagai seorang pendidik, merupakan salah satu tanggungjawabnya untuk mendidik anak-anak ataupun pelajar dari segi kemenjadian manusia. Maka, dalam sistem pendidikan kita, kemenjadian manusia ini sebahagian daripada komponen penting dalam sistem pendidikan dan kita juga melibatkan guru tetapi tidak membebankan guru sehinggalah mereka terpaksa pergi ke sekolah setiap Sabtu. Oleh sebab itulah kita ada garis panduan untuk kita mengadakan program bersama dengan PIBG dan dengan mana-mana NGO luar dan ini adalah satu garis panduan yang patut dipatuhi. Kita tidak mahu guru dibebankan setiap minggu kena balik ataupun setiap hari kenalah melanjutkan waktu bekerja. Jadi, dari soal ini kita melibatkan kadangkala dalam sistem kita sudah ada tetapi mungkin hendak memperlengkapkan lagi, mungkin ada program bersama dengan PIBG atau NGO. Kita akan melihat kewajarannya dan kita akan beri kelulusan. Jika tidak membebankan guru barulah kita mengizinkan program tersebut untuk diadakan. Saya bersetuju bahawa untuk menangani masalah sosial ini tidak kita melihat dari sudut sekolah sahaja dan kena melibatkan masyarakat termasuk juga ibu bapa. Terima kasih.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri memandangkan bukan setakat beban tugas perkeranian guru seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi sebagai supporting kepada tugas dan tanggungjawab yang begitu berat. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa akan ada di masa depan syarat wajib guru- guru yang mengajar terdiri daripada mereka yang bergraduan. Jadi, sudah tentu tuntutan itu akan lebih mencabar. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat iaitu kepada kakitangan ataupun guru-guru yang mungkin year of service, dengan izin, mereka terlalu pendek untuk mereka melanjutkan pelajaran sementelah mereka kesuntukan masa. Jadi, tidak boleh kita pertimbangkan seperti mana yang berlaku dalam ‘close service’, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Yang lain, yang dipertimbangkan kenaikan pangkat mereka daripada skim terakhir yang bukan graduan ini kepada DG41 dengan melalui kadar pemeriksaan tertentu seperti mana yang dibuat dalam sistem perkhidmatan tertutup yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Di sini ada dua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pertamanya, dari segi skim yang diberikan kepada guru siswazah dan guru bukan siswazah. Pertama, kita akan melihat dari segi peluang melanjutkan pendidikan. Adalah menjadi dasar kita untuk kita

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

mensiswazahkan guru kita. Jadi, sasaran kita melebihi separuh menjelang tahun 2015. Itu yang pertama.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya untuk sekolah menengah kita telah mencapai lebih daripada 90% adalah guru yang berijazah dan di sekolah rendah pula sekarang hampir 40%. Kita berkeyakinan bahawa dengan adanya program pensiswazahan di mana guru bertugas di sekolah pada waktu yang sama mereka juga telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran secara separuh masa iaitu masa cuti sahaja mereka ke IPGM untuk mendapatkan ijazah. Ini adalah untuk mempertingkatkan gred mereka daripada bukan siswazah kepada siswazah, itu yang pertama. Bagi mereka yang memilih oleh kerana faktor keluarga mereka tidak mampu lagi ke universiti maka skim yang diperbaiki yang ditambah baik baru-baru ini. Sebenarnya kalau kita lihat DGA29 sampailah DGA38 di mana kalau kita lihat setiap gred tangga gaji itu ada yang lebih daripada yang diterima dalam DG41. Di mana seniority kekananan itu yang diambil kira apabila seorang itu menjadi guru walaupun dalam peringkat lulusan diploma sahaja. Jadi saya rasa dengan adanya skim gaji yang telah ditambah baik ianya sedikit sebanyak telah meredakan keadaan kalau bandingkan dengan dahulu. Bagi mereka yang ada kesanggupan untuk melanjutkan pelajaran mereka juga diberi ganjaran yang lebih. Di mana peluang untuk meningkatkan kerjaya lebih besar sampailah ke DG54 di mana gaji jauh lebih tinggi. Kalaulah mereka rela melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA. Terima kasih.

Mohamad bin AzizUMNO · BNSri Gading · question

5. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah kayu ukur kejayaan ‘Himpunan Jutaan Belia’ dalam sambutan Hari Belia Negara pada bulan Mei yang lalu serta sejauh mana ia menjadi pemangkin hala tuju golongan belia dalam cabaran terkini dan masa depan.

Dato' Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Kemaman

Tuan Yang di- Pertua, pertamanya izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sri Gading bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krau bertarikh 21 Jun kerana menyentuh isu yang sama mengenai Himpunan Jutaan Belia tahun 2012. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ramai Ahli- Ahli Parlimen yang turut hadir untuk bersama dengan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan pada tanggal 23 Mei sehingga 27 Mei yang lalu. Malah saya turut berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Langat. Walaupun daripada pembangkang tetapi turut bersama dengan program untuk bersama dengan belia pada kali ini. Bagi kami beberapa aspek yang penting dalam pelaksanaan program ini ialah bagi mematuhi berapa konsep asas dalam mendekati belia. Pertama berkaitan dengan soal engagement iaitu mendekati. Keduanya ialah dari segi participation ataupun penglibatan. Ketiga dari segi empowerment ataupun memperkasakan golongan belia itu sendiri. Dalam program ini ialah bagaimana kita mendekati golongan belia dengan begitu besar sekali. Di mana penglibatan yang melibatkan saya kira jutaan belia melalui lebih daripada 530 acara telah diadakan berdasarkan kepada 38 segmen. Segmen itu berdasarkan pelbagai seperti modal insan, kerohanian, soal pekerjaan, soal yang berkaitan dengan sukan dan pelbagai lagi. Paling penting sekali ialah empowerment iaitu memperkasakan belia. Di mana kita kira tidak ada negara dalam dunia yang sanggup memberikan kota pentadbiran mereka dalam konteks negara kita kota pentadbiran kita ialah Putrajaya. Untuk mengizinkan golongan belianya menggunakan beberapa hari setahun untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan sesuai dalam suasana yang sebolehnya terkawal. Untuk menunjukkan kreativiti mereka, tenaga mereka, kebijaksanaan mereka dan mereka dapat menyampaikan dengan cara yang begitu baik sekali. Dalam konteks ini tidak sebagaimana yang selalu dibuat ialah untuk mendekati belia ialah mengumpulkan belia dan mendengar ceramah orang-orang yang tua. Dalam hal ini mereka datang kalau ada pemimpin-pemimpin datang kita mendengar, melihat dan mereka dapat menunjukkan dengan cara yang begitu baik sekali. Kalau dilihat dari segi mengukur kejayaan dari segi kehadiran, pihak kami berpuas hati berapa cara untuk mengukur ramai yang datang Yang Berhormat. Dari segi jumlah kenderaan lebih daripada 296,000 kenderaan yang telah dikira. Kalau bas

Dato' Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Kemaman

40 orang, kalau motosikal mungkin seorang dua orang. Kalau ambil pukul rata lima orang pun lebih kurang 1.5 juta tetapi dari segi segmen-segmennya kalau diukur segmennya berapa, berapa, berapa sebagainya boleh melangkaui 2.4 juta. Tahun lepas telah dibuat perkiraan dari segi penjanaan ekonomi, dari segi perbelanjaan dan sebagainya mungkin lebih daripada RM100 juta dikatakan merupakan kesan gandaan. Kalau tahun lepas seorang diandaikan berbelanja RM100 kalau dua juta bermakna lebih daripada RM200 juta yang akhirnya kepada rakyat juga. Apa yang besar sekali kita rasakan bahawa ia telah membuka mata dunia kerana pada hari itu ramai peserta-peserta daripada tempat lain, negara lain ramai diplomat yang datang, ramai peserta daripada luar negeri yang datang dan merasakan bahawa mereka dapat melihat impak yang besar belia kita bersih, boleh berkumpul secara aman menunjukkan kreativiti, tidak kasar, tidak merosakkan tempat dan sebagainya. Kita rasa bangga sekali bahawa belia Malaysia begitu baik sekali. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada kata secantik bahasa. Hendak dihuraikan rasa bangga, rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, kementerian telah pun berjaya dan sudah ada barang tentu kejayaan ini berpunca daripada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. [Tepuk] Menarik lebih daripada dua juta belia, saya ulangi lima hari lebih daripada dua juta belia. Perhimpunan yang terbesar bagi negara ini dan mungkin terbesar perhimpunan belia di peringkat dunia. Tahniah Yang Berhormat Menteri, kementerian tahniah, tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jelas, jelas, jelas. Ini soal perasaan. Orang rasa mereka terpanggil kerana kepimpinan yang berwibawa. Ini dalam dunia punya sejarah. Jadi tahniah dan kita harap akan dibuat lagi pada tahun depan dan mungkin. Cuma dari pandangan beberapa belia mereka menyatakan, ini sebagai pandangan, cadangan. Boleh tidak dibuat dekat negeri-negeri dahulu and then di peringkat pusatnya sebagai kemuncak di peringkat kebangsaan. Apakah ada kemungkinan itu boleh dipenuhi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak ada masalah dengan cadangan memangnya sudah pun diadakan. Ini kerana sambutan Hari Belia yang kita sambut setiap tahun ialah pada tanggal 15 Mei kita buat pelancaran ringkas dan kemudiannya kita meminta supaya peringkat negeri masing-masing mengadakan perhimpunan. Di Johor saya difahamkan ada empat tempat dibuat dan yang terbesar di Johor Bahru terdapat saya kira lebih daripada 100,000 yang hadir di Johor begitu juga di tempat-tempat lain. Sebenarnya belia kita ini kalau diajak buat yang baik-baik ini dia datang. Adalah yang tidak berapa baik itu dia pergi juga tempat- tempat yang boleh mengotorkan tempat dan sebagainya. Saya rasa tidak ada masalah dan insya-Allah kita akan besarkan lagi ini di masa yang akan datang.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada kejadian ngeri sewaktu Himpunan Jutaan Belia walaupun kita terima baik ada unsur-unsur positif tetapi tidak dapat dinafikan bahawa 17 penonton telah tercedera dalam satu acara lumba track di Lebuh Raya Wadi Ehsan. Saya sendiri sempat melawat dan saya tahu Yang Berhormat Menteri juga melawat empat orang yang cedera serius salah seorang dengan limpanya pecah sepenuhnya.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya mahu bertanya kepada kementerian, daripada kenyataan Menteri ada disebut ada kemungkinan penganjur tidak mengamalkan elemen-elemen keselamatan dalam perlumbaan sebegitu. Daripada pengakuan penonton, hanya pasu-pasu besar diletakkan memisahkan antara penonton dan juga perlumbaan drag tersebut. Jadi, persoalan saya, adakah kementerian akan mengambil langkah-langkah susulan selepas kejadian ini? Kita pun tidak ingini berulang kerana saya dimaklumkan juga pertama, tidak ada badan pemantau untuk menyelia segala pertandingan. Apakah tindakan susulan oleh kementerian dan keduanya adakah kementerian bersedia untuk memohon maaf? Ini kerana saya nampak tidak ada langsung kenyataan jelas, sekurang-kurangnya beri mesej. Ada mesej serius daripada kerajaan, kementerian untuk mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai kerana turut prihatin. Kalau Yang Berhormat pun turut prihatin polis yang dipukul semasa BERSIH pun bagus juga.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya pergi. Yang Berhormat, saya pergi. Maaf, jangan buat cerita ya.

Okey. Yang kedua saya berterima kasih kerana juga memberikan pandangan yang positif tentang perkara ini. Isu minta maaf dan sebagainya tidak timbul. Saya sendiri sudah membuat kenyataan terbuka tentang perkara ini, tentang beberapa perkara. Pertama kita mesti melihat dalam konteks yang luas Tuan Yang di-Pertua. Program yang diadakan, Himpunan Jutaan Belia melibatkan lebih 500 program, 500 acara, bukan 500 aktiviti tetapi 500 acara, 500 event. Setiap event itu ada acara-acara yang tersendiri dan ia melibatkan ramai. Misalnya salah satu daripada yang dikatakan ialah segmen yang melibatkan extreme sport. Terdapat empat extreme sport di sana. Motocross, drift, drags dan seperti four wheel drive challenge dan sebagainya. Salah satu daripada acara yang disebutkan iaitu drags ialah dianjurkan oleh pihak yang sememangnya telah menganjurkan banyak program-program yang sama kerana ini salah satu cara untuk mengelakkan lumba haram, mat rempit dan sebagainya. Mereka diadakan di kawasan yang sepatutnya sudah terkawal jauh daripada laluan utama di Putrajaya dan pada malam itu melibatkan ramai. Acara itu sahaja saya difahamkan melibatkan lebih daripada 10,000 orang datang. Saya sendiri tidak senang apabila mendapat tahu tentang kemalangan berlaku. Saya minta ia dihentikan, minta supaya ditubuhkan penyiasat. Walau bagaimanapun, saya mengambil tanggungjawab, semua mereka yang terlibat dihantar ke hospital. Alhamdulillah, ambulans sampai tidak lebih daripada satu setengah minit daripada kejadian itu berlaku. Bukan ertinya mereka terbiar begitu sahaja. Dan mereka yang dikatakan cedera parah semuanya sudah keluar daripada ICU. Kita akan terus memantau apakah bantuan-bantuan lain dan sebagainya. Walaupun ada pihak cuba mempolitikkan, minta supaya di saman kerajaan tetapi alhamdulillah, keluarga mereka tahu. Dia kata anak mereka tidak datang sini pun dia pergi tempat lain juga dan dia menerima keadaan ini dan kita sedia berhadapan dengan apa sahaja. Begitu juga dengan beberapa perkara yang lain, misalnya ada yang timbul, ada beberapa hiburan yang dikatakan tidak begitu sesuai. Misalnya ada saya baca dalam banyak blog orang PAS timbulkan pasal ada K-pop. Sekarang ini tidak timbullah kerana baru-baru ini heboh ditimbulkan. K-pop tidak salah. Yang salahnya sekiranya ada unsur-unsur yang menjolok mata dan sebagainya. Saya membuat kenyataan terbuka, ada perkara saya pun tidak tengok perkara itu dan saya buat kenyataan, saya minta maaf. Perkara ini kita akan perbaiki lagi di masa-masa yang akan datang. Kemudian saya pun tengok ada program yang PKR buat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat boleh tengok dalam Youtube, Bertam Nite, wah, lebih dahsyat lagi dari segi menjolok matanya. Akan tetapi daripada 530 program, ada satu dua perkara itu saya rasa kita kena faham tetapi Bertam Nite hanya ada berapa program tetapi salah satu daripadanya - mereka tidak mengaku pun. Mengaku salah sahaja lah, minta maaf terbuka juga lah dalam soal ini. Pada masa yang sama, pada 26 Mei misalnya, di Shah Alam pun cuba dibuat satu himpunan belia yang dirasakan besar di Shah Alam tetapi saya difahamkan hanya hadir 150 orang sahaja. Jadi, mungkinlah sebab itu Yang Berhormat Shah Alam agak marah jugalah dalam soal ini. Terima kasih.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw, Kepong.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana melibatkan rakyat jelata Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta soalan pasal drags race itu ditambah. Boleh Tuan Yang di-Pertua, minta tambahan pasal drags race itu?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong, sila Yang Berhormat Kepong.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong, saya sudah panggil Yang Berhormat Kepong. Bermakna Yang Berhormat Shah Alam tidak saya panggil. Sila kemukakan soalan.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

6. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Perdana Menteri menyatakan, sejak 2008, berapakah projek transformasi yang dianggap berjaya dan berapakah yang disangka kurang berjaya. Apakah faktor-faktornya?

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, Program Transformasi Kerajaan atau GTP yang dilaksanakan di bawah Gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah bertujuan untuk menjadikan penyampaian perkhidmatan awam lebih berkesan lagi melalui program-program yang konkrit untuk menghasilkan impak atau outcome yang berfaedah dan bermakna bagi semua rakyat Malaysia dalam bentuk tujuh National Key Result Area atau NKRA. Dilaksanakan sejak bulan Januari tahun 2010, GTP telah menunjukkan hasil yang jelas dan menggalakkan seperti yang diterbitkan dalam laporan tahunan bagi tahun 2010 dan 2011 masing-masing dengan angka-angka yang disahkan oleh PriceWaterhouseCoopers dan International Review Panel. Secara ringkasnya, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pelaksanaan NKRA infrastruktur asas luar bandar telah memanfaatkan 3.2 juta orang penduduk luar bandar melalui pembinaan jalan-jalan baru sebanyak 1,780 kilometer, penyambungan bekalan air bersih kepada hampir 110,000 isi rumah dan bekalan elektrik kepada lebih daripada 54,000 buah rumah serta membina atau membaik pulih lebih daripada 31,000 rumah kos rendah. NKRA isi rumah berpendapatan rendah telah melihat hampir 59,000 isi rumah menyertai Program 1Azam yang merangkumi Azam Tani, Azam Niaga, Azam Kerja dan Azam Khidmat yang dapat menambahkan pendapatan mereka untuk keluar daripada perangkap golongan miskin. Di bawah NKRA kos sara hidup, kerajaan telah memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M sebanyak RM500 setiap satu untuk meringankan beban ekonomi bagi 4.7 juta isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. NKRA pengangkutan awam bandar bagi memanfaatkan orang awam telah melihat peningkatan sebanyak 36% bagi penumpang kereta api dan LRT serta peningkatan sebanyak 22% bagi bas ekspres transit dalam Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Sebanyak 17 buah train six-car-set KTM yang baru telah beroperasi sejak dilancarkan pada bulan Mac tahun ini dan akan mencapai 38 tren baru bagi bulan September. NKRA pendidikan telah melihat lebih 77,000 kanak-kanak yang mendapat faedah dari penambahan hampir 3,100 kelas pra sekolah yang baru. NKRA jenayah telah melihat penurunan dalam indeks jenayah dan jenayah jalanan sebanyak 26% dan hampir 40% masing-masing pada akhir tahun 2011 berbanding dengan tahun 2009.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Pencapaian NKRA membanteras rasuah merangkumi antara lain penubuhan 14 buah Mahkamah Khas Rasuah yang dapat memproses 249 kes rasuah sejak awal tahun lepas. Pelaksanaan portal MyPROCUREMENT yang telah memuat naik lebih daripada 5,100 kontrak tender terbuka secara atas talian atau online. Penandatanganan lebih 130,000 integrity pack antara syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek-projek swasta dan perolehan kerajaan. Pelaksanaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM tahun 2009 telah melihat penubuhan dan perjalanan urusan dengan giatnya, lima jawatankuasa pemantau terutamanya Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah atau JKMR di bawah Parlimen, di mana Ahli Yang Berhormat dari Kepong juga menjadi salah seorang ahli yang dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan SPRM. Secara keseluruhan, GTP telah berjaya mencapai 121% dan 131% daripada sasaran-sasaran bagi enam NKRA yang ditetapkan untuk tahun 2010 dan 2011 masing-masing. Selain daripada kesan secara langsung terhadap taraf dan kualiti hidup rakyat, pelaksanaan GTP telah menghasilkan budaya kerja perkhidmatan awam yang lebih cekap dan telus lagi. GTP bersama dengan Economic Transformation Plan (ETP) telah juga dapat memulihkan keyakinan para pelabur dan peniaga pada amnya yang menghasilkan pelaburan yang lebih banyak dan tahap daya saing negara yang lebih tinggi. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dengan fakta yang disebutkan tadi itu, berapa peruntukan yang digunakan untuk

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

mencapai tahap 7 NKRA ini dan dengan wang yang berbilion ringgit yang diperuntukkan, yang digunakan. Setakat mana selain daripada jawatankuasa- jawatankuasa yang disebutkan itu, kejayaan misalnya untuk mencegah rasuah di negara ini dan misalnya saya bagi satu contoh sebab saya sebagai ahli, saya berpendapat jawatankuasa kita, SPRM kita mesti mempunyai lebih 2,000 kakitangan lagi kerana memang tidak cukup. Bagaimana SPRM boleh bekerja seperti badan yang sama seperti di Hong Kong, Australia dan sebagainya kalau kakitangan tidak cukup? Bolehkah Yang Berhormat sebutkan daripada 14 buah mahkamah itu yang disebutkan akibat NKRA ini, apakah keberkesanan untuk menghadapkan kes-kes rasuah kepada mahkamah?

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, peruntukan untuk tujuh NKRA bagi tahun 2011 adalah berjumlah RM9.6 bilion di mana RM8.1 bilion adalah untuk tujuan pembangunan iaitu development budget. Di mana RM6.5 bilion adalah untuk infrastruktur asas luar bandar, pembinaan jalan, bekalan elektrik air dan sebagainya dan untuk Urban Public Transport atau pengangkutan awam bandar adalah hampir RM1.4 bilion. Kebanyakan perbelanjaan ini telah dibelanjakan dengan sepenuhnya dan telah mencapai sasaran masing-masing. Untuk isu mencegah rasuah, sememangnya SPRM memerlukan lebih ramai lagi kakitangan, maka proses untuk menambahkan lagi bilangan kakitangan sedang diuruskan dengan sokongan penuh daripada pihak kerajaan. Sememangnya SPRM atau MACC, Malaysia adalah dianggap sebagai satu badan yang lebih berkesan daripada BPR dahulu dan telah mencontohi dan mempelajari amalan-amalan yang baik atau best practises dari ICAC Hong Kong, badan-badan yang seumpamanya dari negara-negara yang maju. Oleh itu dengan diberi tenaga yang lebih cukup dan dengan adanya lima jawatankuasa pemantau seperti yang telah saya sebut maka kerajaan penuh keyakinan bahawa SPRM akan menjadi lebih berkesan lagi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat telah menggariskan mengenai dengan kejayaan-kejayaan dicapai di bawah GTP terutamanya di bawah bidang tujuh NKRA yang telah dimasukkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah pihak kerajaan telah membuat kajian yang holistik sesusah GTP ini dilaksanakan? Apakah ianya sudah mengubati hati rakyat yang luka semenjak pilihan raya 2008 kerana walaupun pencapaian yang dibuktikan melalui statistik ada naik ada turun tetapi membaiki jalan, menambah kemudahan pengangkutan dan lain-lain tidak semestinya mengubati hati yang luka di kalangan rakyat. Maka sebab itu perubahan ataupun transformasi yang dibuat bukan semata- mata untuk tunjuk ada perubahan tetapi perubahan itu mestilah mampu mengubati hati rakyat yang luka, itu nombor satu. Nombor dua, saya hendak tanya Yang Berhormat, transformasi yang disebut tadi antaranya peranan Badan Pencegah Rasuah tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat pun sedar ada banyak kes yang membabitkan mungkin ada di kalangan pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang. Kes-kes yang membabitkan rasuah, yang dilaporkan, yang masih lagi banyak dimuat turun melalui Internet belum lagi ditangani dan belum lagi diambil tindakan. Kalau hendak ukur dari segi NKRA, SPRM. Akhirnya saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, transformasi yang disebut secara keseluruhan Government Transformation Program (GTP) seperti pemansuhan ISA. Pemansuhan ISA pada hemat saya, saya hendak tanya Yang Berhormat setuju atau tidak, peningkatan emosi rakyat sehingga ada di kalangan mereka berani memukul polis, membalik kereta polis, semua ini kerana mereka sedar bahawa ISA tidak lagi wujud dan mereka mampu dan berani mengambil tindakan sebab mereka tahu, apa tindakan yang melalui proses mahkamah dan ini akan mengambil masa dan mereka boleh melakukan huru-hara. Sekian, terima kasih.

Terima kasih saya ucapkan Yang Berhormat daripada Pasir Mas. Yang pertamanya, sememangnya GTP dengan adanya enam NKRA yang ditambah satu lagi untuk kos sara hidup adalah berdasarkan kepada pandangan rakyat yang diperolehi daripada soal selidik kajian opinion poll dan juga maklum balas daripada media massa dan termasuk juga maklum balas daripada pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat, di mana tujuh bidang ini dianggap sebagai yang penting oleh rakyat.

Maka kita telah menumpukan perhatian untuk mendatangkan hasil yang bermakna dan berkesan di dalam tujuh bidang keberhasilan ini. Maka boleh dikatakan

bahawa khasnya untuk kawasan luar bandar misalnya, maka banyak masalah yang berkaitan dengan prasarana atau infrastruktur telah dapat diatasi dan usaha untuk membasmi kemiskinan memang sudah menghasilkan prestasi yang menggalakkan. Keduanya mengenai SPRM, sememangnya di dalam sistem kehakiman kita, kita memerlukan siasatan yang teliti supaya kita dapat membuktikan kes-kes yang dibawa ke mahkamah supaya berasas dan dapat dibuktikan beyond reasonable doubt. Oleh itu, ianya kadangkala mengambil masa yang agak panjang, oleh itu kerajaan telah menubuhkan 14 buah mahkamah khas rasuah untuk mempercepatkan lagi proses kehakiman ini supaya memendekkan masa untuk kes-kes ini, menetapi KPI supaya dapat diselesaikan dalam tempoh setahun dan bukan bertahun-tahun seperti yang dahulunya. Ketiganya, GTP memang telah membawa kepada Program Transformasi Politik (PTP) yang merangkumi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, tetapi kita telah menggantikannya dengan satu akta yang baru yang telah di bahas dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini untuk menangani kes-kes keganasan atau terrorism yang mengancam keselamatan negara. Ingin saya merujuk kepada keadaan bukan sahaja dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, tetapi semasa tahun 1998, apabila berlakunya apa yang dikenali sebagai Pergerakan Reformasi pada waktu itu, berlaku banyak kes-kes keganasan yang lebih teruk, lebih dahsyat daripada apa yang disaksikan semasa setahun dua kebelakangan ini. Ini bukanlah kerana dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, tetapi sikap dan gaya mereka yang telah membuat tunjuk perasaan pada waktu itu, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli yang berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada usul saya yang ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua pada hari ini yang membawa Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), supaya Dewan membahaskan dan memberi ruang kepada Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan menjelaskan secara terperinci tentang isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit Tentera Laut Diraja Malaysia dalam kes pembelian kapal selam Scorpene. Pendedahan ini Tuan Yang di-Pertua sebenarnya amat penting kerana melibatkan dokumen yang merupakan penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan dengan bayaran komisen sebanyak 36 juta Euro dan pada saya ini didedahkan di peringkat dunia, Parlimen di Malta pun membincangkan perkara ini, melibatkan nama baik Malaysia. Dokumen ini yang diguna pakai diambil sebagai contoh oleh SUARAM, sebuah Badan Hak Asasi Manusia dalam meminta mahkamah Perancis menyiasat, adalah merupakan dokumen siasatan yang dirampas oleh polis Perancis...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya hendak jawab balik kerana yang ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua menerusi Peraturan Mesyuarat 23(1)(h), jadi pada saya yang membimbangkan, ianya bukan semata-mata menanyakan soalan ataupun membuat andaian, tetapi sebenarnya berdasarkan dokumen bukti dan pada saya bila ada terkait dengan nama Perdana Menteri, dan kesediaan daripada Menteri Pertahanan, Ahli Parlimen Bagan Datoh, beliau menyatakan Tuan Yang di-Pertua, “Bagaimanapun memang ada dikesan maklumat itu keluar dari Malaysia, namun kita sedang memantau perkembangannya”. Jadi saya fikir memang usul ini tidak boleh ditolak menggunakan alasan tersebut Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon, saya mohon sangat-sangat, kerana ini bukan perkara yang kecil. Kalau dulu semasa kita bincangkan tahap keupayaan kapal selam yang tidak boleh menyelam pun, kita dilabelkan difitnah sebagai pengkhianat. Ini dokumen maklumat rahsia, memang bukan andaian, memang bukan dakwaan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mohon sangat-sangat kesediaan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, saya faham setiap Ahli Yang Berhormat, apabila mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) sememangnya Ahli Yang Berhormat yang berkenaan menganggap isu-isu yang dibangkitkan itu penting. Saya bersetuju, setiap isu yang dibangkitkan adalah penting bagi Yang Berhormat dan kadang-kadang saya memikirkan juga begitu. Akan tetapi Ahli Yang Berhormat, bukan semua isu yang dibangkitkan itu boleh saya pertimbangkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), kerana Peraturan Mesyuarat 18(1) ini adalah soalan-soalan yang khas, yang ada kriteria tertentu yang Yang

Tuan Yang di-Pertua

Berhormat sedia maklum. Umpamanya usul yang dibangkitkan oleh wakil rakyat dengan isu LGBT, saya tolak, sehingga saya dikecam bahawa saya disuruh letak jawatan. Kalau nanti Ahli-ahli Yang Berhormat ada membangkitkan usul mengenai dengan soal akaun RM3 bilion, saya akan tolak kerana ia tidak termasuk di dalam usul Peraturan Mesyuarat 18(1). Ini sebabnya Yang Berhormat, iaitu perkara yang dibangkitkan dalam usul ini ialah andaian dan bukan perkara tertentu kerana hal perkara yang dibangkitkan tentang transaksi penjualan dokumen rahsia rasmi itu tidak jelas. Saya telah pohon adakah dokumen itu? Tidak ada, ada ke daripada SUARAM? Tidak ada, ia merupakan masih lagi allegation, perkara ini tidak melibatkan...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kalau boleh...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat duduk sekejap? Saya akan beri penjelasan, yang disebut itu adalah perkara yang disebut oleh peguam SUARAM, tidak ada pun apa-apa dokumen yang saya terima bahawa ada sepina, ada perkara tertentu. Macam mana saya boleh bertindak dengan perkara andaian semata, bagi saya. Jadi kalau lah setiap apa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat fikir mustahak, apalah guna Peraturan Mesyuarat 18(1) dan apalah guna tugas saya untuk menilai perkara seperti itu. Jangan ambil tugas saya untuk membuat tafsiran kepada perkara begini. Disebut bahawa ada satu dokumen rahsia, saya minta, mana dokumen itu? Tidak ada. Macam mana saya buat perbandingan? Tidak ada perbandingan. Macam mana Kementerian Pertahanan mengatakan isu itu adalah daripada kementerian, tidak ada dokumen yang berkenaan. Macam mana boleh membahaskan perkara sebegini yang masih tergantung. Jadi kalau Yang Berhormat memikirkan perkara ini betul ada berlaku, bahawa usul yang ada notis, sama ada dibahas atau tidak, itu prosedur. Kalau Yang Berhormat mahu juga kementerian berkenaan menjawab bawa isu itu di dalam Ucapan Penangguhan. Kita ada prosedur di mana ada perkara-perkara yang kita boleh bahas perkara yang umpamanya tidak dimasukkan di dalam Peraturan Mesyuarat 18(1). Ucapan Penangguhan Yang Berhormat boleh buat, Menteri boleh jawab, sesiapa yang bertanggungjawab akan jawab. Jadi kalau di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), tidak boleh Yang Berhormat buat. Oleh kerana saya rasa ini adalah isu yang bukan tergolong dalam Peraturan Mesyuarat 18(1), terima kasih.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PELINDUNG (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelindung 2006; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya cadangan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 ini yang akan saya rujuk sebagai Akta 166 merangkumi dua hal perkara. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Satu adalah untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan di semenanjung Malaysia dan selainnya ialah cadangan pindaan yang dibuat berdasarkan laporan dan syor yang telah dikemukakan oleh satu Jawatankuasa Ad Hoc yang ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam implikasi pindaan kepada Akta 16 melalui Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2006 Akta A 1269 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Julai 2006 dan oleh Dewan Negara pada 26 Julai 2006. Sebagai makluman, Jawatankuasa Ad Hoc tersebut ditubuhkan melalui satu usul yang diluluskan dalam satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia pada 18 Ogos 2006. Jawatankuasa Ad Hoc yang ditubuhkan dianggotai oleh tujuh orang peguam berpengalaman seperti yang berikut:- (i) Dato’ VC George; (ii) Dato' Dr. Peter Mooney; (iii) Dato’ Param Cumaraswamy; (iv) Datuk Haji Kuthubul Zaman Bukhari; (v) Haji Vazeer Alam Mydin Meera; (vi) Puan Lalitha Menon; dan (vii) GK Ganesan. Jawatankuasa tersebut telah menerima dan meneliti pelbagai representasi dan berikutan daripada itu jawatankuasa telah mengemukakan laporan dan syor kepada Majlis Peguam supaya Akta Profesion Undang-undang dipinda selanjutnya. Majlis Peguam telah mengemukakan memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan pindaan lanjut kepada Akta 166 kepada Jabatan Peguam Negara. Sementara itu, asas bagi cadangan pindaan untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan di Semenanjung Malaysia pula adalah berlandaskan kepada keputusan jemaah Menteri pada 14 November 2008 supaya kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah seliaan masing-masing bagi memperkukuh perdagangan dan meningkatkan pengaliran pelaburan ke dalam negara. Sesungguhnya perdagangan perkhidmatan merupakan komponen yang penting dalam perdagangan antarabangsa bagi negara maju dan juga negara yang membangun. Sektor perkhidmatan dijangka akan memberi lebih peluang pekerjaan kepada pekerja mahir dan berpendidikan yang semakin meningkat. Sektor ini juga berpotensi untuk menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Pada masa ini liberalisasi dalam sektor perkhidmatan di Malaysia sedang dirundingkan di peringkat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) iaitu di bawah General Agreement on Trade in Services

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

(GATS) Asian iaitu di bawah ASEAN Framework Agreement on Services (AFAS) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Sebagai mana yang disebut tadi pada 14 November 2008 jemaah Menteri telah membuat keputusan yang kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan tertentu akan diliberalisasikan bagi memperkukuh perdagangan dan meningkatkan pengaliran pelaburan ke dalam negara. Selaras dengan keputusan yang dibuat itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pada 22 April 2009 mengumumkan keputusan kerajaan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan dengan membenarkan 100% ekuiti yang asing dengan serta-merta. Ini termasuklah sektor perkhidmatan perundangan bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah hab Kewangan Islam Antarabangsa atau International Islamic Financial Hub. Sehubungan dengan itu, profesion undang-undang di Malaysia akan diliberalisasikan bagi membolehkan lima firma guaman antarabangsa terulung yang mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan Islam antarabangsa menjalankan amalan mereka di Malaysia. Akan tetapi firma-firma tersebut hanya akan dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan perundangan dalam bidang kewangan Islam antarabangsa. Pada 24 September 2010 mesyuarat pasukan petugas khas pemudah cara perniagaan atau PEMUDAH telah bersetuju supaya kerajaan meneruskan usaha- usaha supaya subsektor perkhidmatan lain segera diliberalisasikan secara autonomous bagi mencapai objektif Model Ekonomi Baru yang boleh menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan maju. Justeru pada 16 November 2010 satu kumpulan kerja di bawah PEMUDAH yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan ahli-ahlinya yang terdiri daripada ketua-ketua setiausaha dan wakil-wakil PEMUDAH telah diwujudkan bagi mengenal pasti rangka kerja dan juga hala tuju liberalisasi bagi sektor perkhidmatan. Pada 9 Jun 2011 mesyuarat kumpulan kerja ini telah bersetuju untuk memperakui 17 subsektor perkhidmatan sebagai pakej liberalisasi baru sektor perkhidmatan dan pengumuman telah dibuat melalui ucapan Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011. Pemilihan 17 subsektor perkhidmatan ini adalah kerana subsektor-subsektor ini berpotensi memberi impak yang tinggi kepada ekonomi di samping menyokong dasar semasa kerajaan terutamanya Program Transformasi Ekonomi. Salah satu subsektor perkhidmatan yang dicadangkan untuk diliberalisasikan ialah subsektor perkhidmatan perundangan di mana syarat yang akan dikenakan adalah melalui had kekangan ekuiti, bidang amalan yang dibenarkan ataupun dengan izin permitted practice areas dan syarat local presence dengan izin. Dalam hal ini tahap pegangan ekuiti asing yang dibenarkan akan ditentukan mengikut pelan hala tuju yang telah ditetapkan oleh Majlis Peguam Malaysia (MPM) dalam bentuk perkongsian antarabangsa antara firma guaman asing dan firma guaman tempatan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan di Malaysia adalah tertakluk kepada tiga akta yang berbeza iaitu:- (i) Akta Profesion Undang-undang 1976, yang terpakai bagi peguam-peguam yang diterima masuk di Semenanjung Malaysia; (ii) Advocates Ordinance Sabah 1953 – Sabah Cap. 2 yang terpakai bagi peguam-peguam yang diterima masuk di Sabah; dan (iii) Advocates Ordinance Sarawak 1953 ataupun Sarawak Cap. 110 yang terpakai bagi peguam- peguam yang diterima masuk di Sarawak. Namun bagi tujuan liberalisasi ini kemasukan firma-firma guaman asing dan peguam-peguam asing hanya melibatkan amalan di Semenanjung Malaysia yang tertakluk di bawah Akta 166. Akta ini akan dipinda sejajar dengan kesediaan MPM iaitu Majlis Peguam Malaysia untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan secara progresif. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini penerimaan masuk peguam-peguam asing melalui perintah mahkamah dan dengan kebenaran

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

peguam negara melalui sijil penerimaan masuk khas dilihat sebagai terhad dan tidak akan dapat membantu kerajaan dalam mencapai objektif untuk mengembangkan sektor perundangan di negara ini.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Dengan itu, pindaan kepada Akta 19 kepada Akta 166 adalah wajar dan kena pada masanya bagi membolehkan proses liberalisasi dapat dijalankan melalui kemasukan peguam-peguam asing dan firma-firma guaman asing ke Malaysia. Cadangan pindaan yang dinyatakan di sini yang iaitu memasukan bahagian baru, (IV)(a) antara lain menggariskan rancangan untuk membuka sektor perkhidmatan perundangan kepada perkhidmatan asing secara berperingkat melalui kekangan seperti berikut: (i) Pegangan ekuiti. Jawatankuasa pemilihan atau selection committee akan menentukan jumlah sebenar pegangan ekuiti; (ii) Bidang amalan. Bidang amalan yang diamalkan atau permitted practice areas adalah kerja yang dikawal di bawah undang-undang Malaysia dan sekurang-kurangnya satu undang-undang negara lain atau dikawal oleh mana-mana undang-undang selain daripada undang-undang Malaysia semata-mata. Namun begitu, bidang amalan yang dibenarkan ini boleh dipinda dari semasa ke semasa dengan persetujuan Peguam Negara agar ia sentiasa relevan dan kompetitif; dan (iii) Local presence. Syarat ini dikenakan bagi memastikan yang kemasukan peguam asing adalah bagi menjana ekonomi negara. Walau bagaimanapun, jumlah peguam asing yang menetap di Malaysia bagi memenuhi syarat ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Bahagian baru IVA yang diterangkan ini menggariskan secara terperinci tentang tatacara proses kemasukan firma-firma guaman asing dan juga pendaftaran peguam-peguam asing yang mahu mengamal undang-undang di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, liberalisasi sektor perundangan di Semenanjung Malaysia dijangka akan memberi pelbagai manfaat kepada negara. Antara lainnya seperti berikut: (i) penambahan kepakaran dalam bidang amalan undang- undang yang dibenarkan terutama dalam bidang kewangan Islam atau hutang antarabangsa dan pasaran kapital ekuiti, aset ekuiti, produk-produk berstruktur dan juga berbentuk terbitan dan perbankan dan juga transaksi korporat; (ii) perpindahan teknologi antara peguam asing dan peguam tempatan melalui kerjasama dan pentadbiran bersama di bawah perkongsian antarabangsa. Kaedah ini dapat membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi; dan (iii) penjenamaan firma-firma guaman tempatan yang mendapat pemindahan melalui kerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai reputasi yang lebih tinggi dan dikenali di arena antarabangsa. Usaha ini dapat menarik pelanggan asing di rantau ini bagi mendapatkan perkhidmatan perundangan yang ditawarkan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan mahu proses liberalisasi ini berjaya namun kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kepentingan negara. Kerajaan telah merangka dan menggubal pindaan terhadap Akta 166 hanya setelah mengambil kira pandangan Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan. Bukan setakat itu sahaja, konsultansi juga telah diadakan dengan antara lain the Australian Bar Association dan the Law Society of England and Wales bagi memastikan liberalisasi ini dapat menarik minat ahli-ahli daripada persatuan undang-undang di sana untuk beramal di Malaysia.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Rentetan daripada ini kerajaan sentiasa memastikan yang kepentingan negara dan peguam-peguam tempatan adalah terpelihara. Firma-firma guaman asing yang mahu beramal di Malaysia perlu mendapatkan lesen dan didaftarkan sebelum menjalankan amalan undang-undang di Malaysia. Mempunyai kelayakan yang setaraf dengan peguam-peguam tempatan dan mempunyai kepakaran yang relevan dengan keperluan negara. Selain itu, selaras dengan objektif bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran peguam-peguam tempatan adalah juga disarankan supaya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan ataupun government-linked companies, dengan izin, dan badan berkanun menggunakan atau mengutamakan khidmat firma guaman tempatan sebelum mendapatkan khidmat peguam asing. Dalam hal ini khidmat peguam asing digunakan di mana tidak ada kepakaran tertentu di kalangan peguam tertentu di kalangan peguam tempatan. Tuan Yang di-Pertua, melalui pindaan ini peguam-peguam asing hanya boleh menjalankan amalan di Malaysia melalui tiga kaedah sahaja. Iaitu melalui suatu perkongsian antarabangsa ataupun international partnership. Firma guaman asing berkelayakan ataupun qualified foreign law firms, dengan izin, ataupun digunakan khidmat untuk menjalankan amalan di bawah firma guaman tempatan. Ketiga-tiga kaedah ini diperuntukkan dalam fasal 4, rang undang-undang ini yang memasukkan seksyen baru 40F, 40G dan juga 40H. Dengan kata lain, peguam asing yang menjalan amalan secara, dengan izin, fly in and fly out tanpa melalui tiga kaedah yang tersebut tadi adalah tidak dibenarkan. Badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lesen untuk firma-firma guaman asing dan juga mendaftarkan peguam-peguam asing adalah Majlis Peguam Malaysia yang akan mengambil kira syor yang diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara dan juga Presiden Majlis Peguam Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian baru IVA yang dicadangkan ini akan memasukkan seksyen baru 40A hingga 40O. Seksyen baru 40A memperuntukkan tentang takrif perkataan tertentu yang digunakan dalam Bahagian baru IVA ini. Seksyen baru 40B pula memperuntukkan tentang kehendak untuk suatu firma guaman asing dilesenkan mengikut peruntukan di bawah Bahagian baru IVA jika ingin menjalankan amalan di Malaysia. Selanjutnya, seksyen baru 40C, 40D dan 40E memperkatakan tentang Jawatankuasa Pemilihan. Seksyen baru 40C menubuhkan suatu jawatankuasa pemilihan bagi menimbangkan permohonan perkongsian antarabangsa firma guaman asing berkelayakan dan peguam asing untuk menjalankan bidang amalan yang dibenarkan di Malaysia. Selain itu, seksyen baru 40C juga memperuntukkan bahawa Peguam Negara Malaysia dan Presiden Bar Malaysia akan mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan secara bersama. Jawatankuasa pemilihan tersebut nanti akan dianggotai oleh Peguam Negara, Presiden Bar Malaysia, seorang pegawai daripada sektor awam yang dilantik oleh Peguam Negara dan dua orang anggota Bar Malaysia yang menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan yang dilantik oleh Majlis Peguam. Untuk makluman, pelantikan pegawai daripada sektor awam yang dilantik oleh Peguam Negara dan dua orang anggota Bar Malaysia tersebut adalah secara ad hoc berdasarkan bidang kepakaran yang dimiliki dan relevan kepada permohonan yang dikemukakan. Seksyen baru 40D pula memperuntukkan tentang pelantikan seseorang sebagai anggota silih ganti untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa sebagai ganti kepada anggota yang tidak dapat hadir ke mesyuarat jawatankuasa pemilihan atas apa-apa sebab. Tatacara tentang Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan pula diperuntukkan oleh seksyen baru 40E. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian baru IVA yang dicadangkan ini selanjutnya mengandungi seksyen baru 40F, 40G, 40H, 40I, 40J dan 40K yang memperkatakan tentang kaedah bagaimana firma guaman asing serta peguam asing boleh memasuki Malaysia untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan dan juga memperuntukkan kuasa Majlis Peguam untuk menggantung atau membatalkan lesen yang telah diberikan kepada firma guaman asing yang berkenaan dan juga untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran peguam asing atas alasan-alasan yang dinyatakan dalam seksyen yang berkenaan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Seksyen baru 40L, memperuntukkan bahawa perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan peguam asing yang berdaftar hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang terpakai kepada peguam bela dan peguam cara di bawah Akta 166 yang berkaitan dengan kelakuan dan etika profesional. Manakala seksyen baru 40M memperuntukkan bahawa peguam asing yang berdaftar adalah tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib bagi maksud tindakan tatatertib. Untuk makluman seksyen baru 40N pula memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk meminta perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman tempatan atau firma asing untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang tertentu dalam memastikan pemantauan kepada bahagian baru IVA tersebut. Peruntukan yang terakhir dalam bahagian baru 4A ialah seksyen baru 40O yang memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk membuat kaedah-kaedah yang berkaitan di bawah Akta 166. Tuan Yang di-Pertua, berbangkit daripada cadangan kemasukan bahagian baru IVA ini juga, timbul keperluan untuk meminda seksyen 37 Akta 166 untuk menjelaskan kepada peguam asing apa yang boleh atau tidak boleh mereka lakukan. Ini diperuntukkan di fasal 3 rang undang-undang ini. Secara amnya pindaan yang dicadangkan di seksyen 37, Akta 166 bertujuan untuk memperuntukkan kesalahan bagi seseorang peguam asing yang tidak bermaksud untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia tetapi telah terbang masuk dan keluar negara dan secara langsung atau tidak langsung melakukan atau memujuk rayu hak untuk melakukan apa-apa perbuatan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab seseorang peguam bela dan peguam cara termasuklah tetapi tidak terhad kepada memberi nasihat tentang undang-undang sama ada undang-undang Malaysia atau selainnya. Lanjutan daripada cadangan peruntukan-peruntukan yang disebut tadi, suatu kaedah-kaedah di bawah Akta 166 juga akan digubal bagi memperhalusi tatacara dan prosedur kemasukan firma-firma guaman asing dan pendaftaran peguam-peguam asing dengan lebih terperinci. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang disebut pada awal pembentangan ini, selain pindaan-pindaan berkaitan dengan liberalisasi sektor perkhidmatan perundangan, pindaan seksyen 13, di fasal 2, dan pindaan seksyen 80, di fasal 6, pindaan lain yang dicadangkan kepada Akta 166 melalui rang undang-undang ini telah digubal berdasarkan laporan dan syor yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Ad Hoc yang ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam implikasi pindaan kepada Akta 166 melalui Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2006, Akta A1269 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Julai 2006 dan oleh Dewan Negara pada 26 Julai 2006. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan wakil-wakil Majlis Peguam, Lembaga Tatatertib Peguam-peguam, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pihak-pihak lain yang berkaitan dan draf rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh semua pihak. Untuk makluman, fasal 1 rang undang-undang mengadakan peruntukan bagi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 rang undang-undang ini pula memperuntukkan pindaan kepada Seksyen 13 Akta 166 yang bertujuan untuk memotong subseksyen 13(5). Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, seksyen 13 akta, memperuntukkan tentang pengecualian daripada tempoh latihan dan kelayakan untuk menjalani latihan. subseksyen 13(5) kini dicadangkan dipotong kerana ia tidak lagi relevan. Ini kerana tempoh masa seseorang pegawai perlu berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan untuk dikecualikan daripada menjalani apa-apa tempoh latihan bagi maksud diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara telah dikurangkan kepada satu tahun. Selanjutnya, pindaan dicadangkan kepada seksyen 76 akta, yang bertujuan untuk menggantikan perkataan “secrecy” dengan perkataan, “confidentiality” dan perkataan “proceeding of matters” dengan perkataan, “deliberations” yang lebih sesuai

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

untuk menunjukkan ketelusan dalam keputusan yang diambil oleh lembaga, Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri, Lembaga Kelayakan dan Jawatankuasa Tatatertib. Di samping itu, pindaan kepada subseksyen 76(3) bertujuan untuk memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan penzahiran kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan keputusan yang dibuat jika mahkamah fikirkan perlu demi kepentingan keadilan. Fasal 6 rang undang-undang pula memperuntukkan pindaan kepada subseksyen 80(8A), Akta 166. Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan bunga, dividen dan juga pertambahan modal lain yang berbangkit daripada kumpulan wang pampasan untuk disalurkan kepada suatu kumpulan wang yang ditubuhkan bagi maksud memberikan bantuan guaman. Tuan Yang di-Pertua, berbangkit daripada kemasukan bahagian baru IVA, fasal 7 rang undang-undang bertujuan memasukkan seksyen baru 92A yang memperuntukkan bahawa peguam asing yang berdaftar di bawah bahagian baru 4A adalah juga tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib bagi maksud tindakan tatatertib di bawah Bahagian VII akta. Selanjutnya, fasal 8 rang undang-undang memperuntukkan tentang pindaan kepada seksyen 93. Pindaan ini bertujuan untuk mengehadkan tempoh Pengerusi Lembaga Tatatertib memegang jawatan kepada maksimum tiga penggal atau enam tahun sahaja. Manakala bagi ahli lembaga pula, kepada maksimum dua penggal atau empat tahun. Selanjutnya, pengerusi lembaga pula hendaklah hanya dilantik daripada kalangan hakim yang telah bersara. Bagi ahli lembaga pula, hendaklah dilantik daripada kalangan peguam yang telah menjalankan amalan sekurang-kurangnya selama sepuluh tahun dan bukan lagi 15 tahun. Ini adalah bagi tujuan keselesaan dengan kehendak pelantikan bagi pengerusi. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 94, di fasal 9 pula, bertujuan untuk menetapkan kadar maksimum yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib adalah sebanyak RM50,000. Ia juga bertujuan supaya seksyen 94 terpakai juga kepada pelatih. Diperuntukkan juga bahawa pelatih termasuklah pelatih yang telah menamatkan tempoh latihan dalam kamar tetapi belum lagi diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara. Berkenaan dengan pindaan di subseksyen 94(5) yang memperjelaskan bahawa mana-mana pelatih yang melakukan apa-apa salah laku boleh dihalang daripada meneruskan dengan apa-apa petisyen untuk diterima masuk bagi suatu tempoh tertentu. Selain itu, subseksyen baru (4A) juga dimaksudkan yang memperuntukkan bahawa seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah bahagian baru 4A adalah juga tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib. Oleh itu, mana-mana peguam asing yang bersalah atas apa-apa salah laku boleh digantung bagi satu tempoh tidak melebihi lima tahun atau pendaftarannya dibatalkan atau ditegur atau dicelah atau diperintahkan untuk membayar denda mengikut mana-mana yang berkenaan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 99, di fasal 10, rang undang- undang ini pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengehadkan enam tahun untuk sesuatu aduan boleh dibuat terhadap peguam kecuali dalam hal fraud. Selanjutnya melalui fasal 11, rang undang-undang ini, seksyen 100, Akta 166 telah digubal semula. Secara amnya ia bertujuan untuk menambah baik dan memperjelas peruntukan tentang prosedur sesuatu aduan atau permohonan yang dibuat kepada Lembaga Tatatertib. Aduan dan permohonan boleh diuruskan secara ringkas oleh lembaga jika peguam yang berkenaan bersetuju. Lembaga juga boleh membuat perintah restitusi di bawah subseksyen ini. Pindaan kepada seksyen 103, di fasal 12 pula bertujuan untuk memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memanjangkan masa bagi pembayaran denda dan restitusi, dan bayaran hendaklah dibuat kepada Bar Malaysia dan bukan lagi kepada Lembaga Tatatertib. Sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi mengenai tujuan pindaan kepada seksyen 100, pindaan kepada seksyen 103A, 103B dan 103C yang terdapat di fasal- fasal 13, 14 dan 15 juga bertujuan untuk menambah baik dan memperjelas peruntukan berkenaan Jawatankuasa Tatatertib dan siasatan yang dijalankannya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Selanjutnya pindaan kepada seksyen 103D, di fasal 16 bertujuan untuk menambah baik peruntukan sedia dengan memasukkan peruntukan supaya Lembaga Tatatertib hendaklah merekodkan alasan jika menolak dapatan atau syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib. Peruntukan juga dibuat supaya Lembaga Tatatertib boleh mengenakan penalti yang lebih ringan daripada yang disyorkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga di fasal 17 membuat pindaan kepada seksyen 103E. Ia bertujuan untuk membenarkan rayuan dibuat terhadap perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen 94(4). Peruntukan yang tidak membenarkan semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib dipotong. Selanjutnya fasal 18 rang undang-undang ini memasukkan seksyen baru, 103EA. Ia bertujuan untuk membuat peruntukan tentang cabaran dalam sesuatu prosiding tatatertib supaya sesuatu siasatan dapat diselesaikan dengan segera. Seksyen baru 103EB pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kos yang boleh diperintahkan oleh mahkamah jika Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa sesuatu aduan atau permohonan adalah remeh dan menyusahkan. Ini adalah untuk menghalang mana-mana pihak daripada membuat aduan yang tidak berasas atau tanpa alasan yang menyebabkan kesusahan dan keaiban yang tidak perlu kepada anggota profesion undang-undang. Fasal 20 pula bertujuan untuk meminda seksyen 107, Akta 166 untuk memperuntukkan bahawa pendengaran di hadapan Mahkamah Tinggi hendaklah di hadapan seorang hakim dan untuk meminda subseksyen (5) untuk menjadikan selaras dengan perkataan dalam subseksyen 103E(5). Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, fasal 21 mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan kepada tempoh jawatan Pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik sebelum permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan ini. Fasal ini juga memperuntukkan bagi peruntukan peralihan prosiding tatatertib yang belum selesai di hadapan Lembaga Tatatertib dan rayuan tatatertib menurut seksyen 103E, sebelum permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan fakta-fakta yang saya telah kemukakan tadi, adalah jelas bahawa pindaan Akta Profesion Undang-undang (Akta 166) adalah satu keputusan yang wajar dan sejajar dengan peredaran dan juga keperluan masa kini. Pindaan ini khususnya yang berkaitan dengan liberalisasi sektor perundangan adalah perlu bagi Malaysia kerana ia akan memberikan pulangan yang lumayan sama ada dari segi kewangan, reputasi dan juga prestij di mata dunia. Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa meski pun dengan adanya pindaan ini yang membolehkan kemasukan firma-firma guaman asing dan peguam-peguam asing beramal dalam amalan yang dibenarkan sahaja, tetapi kita masih memerlukan khidmat peguam- peguam tempatan yang akan menerajui perkhidmatan perlindungan di sini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminta Akta Profesion Undang-undang 1976 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dalam rang undang-undang ini yang bercadang untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976. Seperti mana yang nyata dalam rang undang-undang ini, tujuannya ialah untuk memulakan proses meliberalisasikan profesion undang-undang di Malaysia secara berperingkat. Dari segi itu, itu bukan merupakan satu masalah dan saya perhatikan bahawa Majlis Peguam sendiri Tuan Yang di-Pertua, menyokong peruntukan-peruntukan ini dalam rang undang-undang ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Isu membuka profesion undang-undang di negara ini adalah satu perbincangan yang sudah berlangsung bertahun-tahun di kalangan peguam-peguam. Sudah 20 atau 30 tahun perbincangan ini sudah berlalu. Bagi saya pun sudah sampai masa untuk bermula proses ini dan kita nampak perlunya juga proses ini bermula secara berhemah dan wajar dibuat berperingkat. Perbincangan ini bermula apabila isu expertise dengan izin, dalam isu perundangan antarabangsa berkaitan dengan kewangan Islam, dengan izin, Islamic finance bermula dan kita mengiktiraf bahawa perlunya kepakaran ini dibawa ke dalam negara kita dan kita nampak rang undang- undang ini adalah untuk mencapai matlamat itu. Saya ingin membuat beberapa pemerhatian sahaja. Pertamanya adalah berkaitan dengan, tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan realitinya bahawa ada kalanya di mana peguam-peguam daripada luar negara ataupun daripada negara ini sendiri akan diminta khidmat mereka untuk jangka masa pendek sahaja sebagai contoh. Inilah dari tadi saya dengar istilah, “the fly-in and out lawyers”. Saya nampak aspek ini tidak ditangani dengan secara serius dalam rang undang-undang ini dan saya ingin minta pihak kerajaan memberi pertimbangan yang lebih serius kepada aspek amalan guaman ini, sebab ini adalah suatu realiti bagi profesion undang-undang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bukan semua pelantikan peguam dalam semua kes-kes di mana nasihat mereka atau khidmat mereka dibuat di atas pelantikan jangka masa panjang. So, kita mesti ada ruang dalam skop baru ini yang kita tubuhkan melalui rang undang-undang ini untuk membenarkan aspek itu – banyak contoh yang boleh disebutkan. Di mana khidmat seorang pakar undang-undang daripada luar negara perlu tetapi untuk jangka masa pendek sahaja, sebagai contoh untuk memberikan nasihat dan sebagainya dan kita harus konsisten dengan layanan yang diberikan kepada perkhidmatan ini juga. Saya meminta pihak kerajaan agar merundingkan juga perkara ini dengan Majlis Peguam, macam mana ini akan dibenarkan, apakah syarat-syarat mereka dengan izin, how this is to be regulated sebab memang perlu dikawal dan dibenarkan dalam syarat- syarat yang teratur. Saya ambil di sini sebagai contoh, ini adalah berkaitan dengan satu isu yang telah dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Machang apabila beliau membaca satu surat pelantikan peguam bernama Datuk Shafee Abdullah yang mana melalui surat beliau bertarikh 23 Mac 2012 yang dialamatkan kepada Ketua Hakim Negara, kepada Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Tajuk surat itu adalah untuk memohon penangguhan kes- kes itu bukan aspek yang saya anggap sebagai relevan tetapi apa yang relevan di sini adalah dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertama, adalah kenyataan beliau bahawa beliau dilantik oleh Kerajaan Malaysia, selepas itu disebut in particular that – saya baca dengan izin, by Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansur dengan izin, “to undertake sensitive legal assignment overseas that must be completed before the general election which is rumor to be very soon, the nature of this legal assignment is confidential at present but if required Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah can be present personally to see Yang Amat Arif for an explanation of nature of this legal assignment…” Perenggan yang seterusnya, saya ingin baca dengan izin, “as a result of the appointment this would entail Datuk Seri to travel to three cities, New York, London and Dubai possibly Paris for a ‘spent’ of at least three weeks and over this course of time Datuk Seri will be involve in intensive legal preparations such as negotiating with parties and their witness, drafting claims and affidavit and interviewing witness who are in New York, London, Paris or Basil (Switzerland)...” Saya menyebutkan hal ini sebagai satu contoh di mana khidmat seorang peguam diperlukan untuk tujuan tertentu tetapi dengan jangka masa yang agak pendek, hanya ini ialah peguam Malaysia yang akan pergi ke negara lain untuk memberikan khidmat beliau di tempat-tempat lain, bukan yang kita bincang dengan izin, the oversea lawyer datang ke Malaysia tetapi isunya ialah saya tidak ada apa-apa masalah dengan pelantikan yang disebutkan di sini sebab ini telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas yang telah memberikan penjelasan bahawa pelantikan ini bukan oleh Kerajaan Malaysia tetapi pelantikan ini adalah di atas dasar peribadi, itu sudah dijelaskan. Akan tetapi pada masa yang sama, ada dua orang peguam Perancis, peguam daripada negara asing yang bernama

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

William Bourdon yang telah yang telah membuat perjalanan ke negara kita tetapi dihalang daripada masuk ke dalam negara kita. Jadi, saya ingin meminta penjelasan daripada pihak kerajaan, di manakah consistency kita, Perdana Menteri telah melantik seorang peguam untuk berhijrah atau pergi ke New York, London, Paris dan Basel in Switzerland untuk melakukan khidmat guaman bagi pihak beliau. Akan tetapi peguam daripada Perancis yang dilantik oleh sebuah NGO bernama SUARAM di Malaysia, ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia serta mengamalkan aktiviti mereka di Malaysia, peguam mereka dihalang daripada masuk ke dalam negara kita dan ini berlaku pada tahun lepas pada bulan September, kalau tidak silap saya. Sekali lagi berlaku pada bulan lepas apabila Encik William Bourdon ini dan juga rakan beliau bernama Encik Joseph Breham memohon untuk masuk ke negara kita untuk memberikan khidmat guaman kepada anak guam mereka iaitu NGO SUARAM di Malaysia, di manakah consistency? Saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. So, apabila kita berbincang hal liberalisasi, profesion undang-undang dan itu satu perkara yang baik, saya tidak menolaknya in principal kita bersetuju tetapi we must be consistent dengan amalan kita, dengan pendekatan kita. Alasan yang diberikan Tuan Yang di-Pertua pada masa Encik William Bourdon dihalang daripada masuk KLIA, dia tiba di KLIA selepas itu ditahan, tidak dibenarkan masuk dan dihantar balik serta- merta, deported dengan izin. Itu pun sudah menjadi satu insiden besar yang telah mencemarkan imej negara kita di seluruh Eropah dan di seluruh dunia saya rasa sebab Encik William Bourdon ini bukan seorang peguam yang biasa di Perancis. Dia adalah peguam yang cukup terkenal, yang telah membawa kes-kes besar termasuk kes-kes di peringkat antarabangsa yang melibatkan personaliti-personaliti besar di dunia. Jadi, efek kejadian itu telah memberikan satu imej yang tidak baik kepada negara kita dan walaupun hari ini kita berbincang macam mana kita akan membuka profesion undang- undang kita secara lebih luas, memberi ruang kepakaran daripada luar untuk masuk ke dalam negara kita itu satu perkara yang baik, kenapa peguam-peguam sebagai contoh William Bourdon dan Joseph Breham tidak dibenarkan masuk. Baru-baru ini mereka memohon untuk datang semula pada bulan lepas untuk – dan mereka memohon secara rasmi untuk kelulusan bagi mendapat apa-apa permit yang perlu. Mereka meminta kelulusan itu untuk datang dan datang bertujuan untuk memberikan khidmat guaman dan bukan untuk membuat kacau-bilau atau apa-apa perkara lain, datang sebagai peguam untuk berjumpa untuk anak guam tetapi masih dihalang. Oleh sebab itu anak guam mereka iaitu badan NGO iaitu SUARAM tidak dapat berjumpa mereka di dalam negara ini dan bagi saya ini merupakan satu percanggahan yang besar. Saya meminta daripada pihak kerajaan – kita memerlukan satu penjelasan yang jelas dan ini tidak memberikan gambaran yang baik sebab sektor antarabangsa melihat perkara seperti ini dan mereka juga mengenali peguam seperti Wiliam Bourdon dan apabila kita melakukan ini kepada mereka, ini akan memberikan signal yang salah kepada dunia dan sektor antarabangsa di dalam profesion undang- undang. Silakan Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Yang Berhormat Subang, saya juga berkenaan dengan perkara ini. Dalam kenyataan media oleh Joseph Breham iaitu peguam yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, menyatakan untuk melanjutkan siasatan ini selain daripada bantuan peguam juga kerjasama daripada pihak pelaksanaan undang-undang law enforcing agency Pejabat Peguam Negara dalam siasatan ini.

Jika ada sepina yang dikeluarkan oleh hakim di Perancis, Kerajaan Malaysia dan juga institusi-institusi perundangan berkenaan harus bekerjasama untuk membawa saksi-saksi di hadapan hakim Perancis. Setakat ini, sungguhpun kerajaan meluluskan undang-undang ini, kali ini kita tidak dapat balasan yang positif padahal Menteri-menteri menjawab dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap hakim di Perancis ini. Apakah komen Yang Berhormat Subang?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Batu atas komen yang diberikan tadi. Maksud Yang Berhormat Batu tadi adalah berkaitan dengan jawapan kalau saya tidak silap, jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan menjawab bahawa pihak kerajaan tidak akan memberikan kerjasama dan tidak akan menghantar saksi atau dia sendiri tidak akan pergi membantu siasatan di peringkat Perancis. Akan tetapi jawapan ini pun bercanggah dengan jawapan yang diberikan satu tahun atau dua tahun dahulu apabila jawapan yang berlainan diberikan, yang mana jaminan diberikan bahawa Kerajaan Malaysia tidak ada apa-apa untuk melindung

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

dalam hal pembelian kapal Scorpene dari Perancis, daripada syarikat DCNS dan mereka sanggup pergi ke apa-apa siasatan di Perancis dan memberikan apa-apa fakta atau keterangan tetapi tiba-tiba pendirian ini telah ditukar. Sekarang kerajaan kata tidak mahu memberikan kerjasama. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Batu, saya yakin di sini Kerajaan Malaysia patut menggaji peguam dari Perancis untuk menasihatkan kerajaan tentang implikasi proses di Perancis. Di sini pun rang undang-undang yang kita buat ini memang wajarlah dalam masa-masa – adalah cukup tepat untuk ruang besar yang kita, ruang baru yang kita buat dengan rang undang-undang ini. Ini disebabkan proses siasatan di Perancis yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu tadi, adalah proses jenayah, dengan izin, it is a criminal investigation. Kita tahu seperti proses di negara kita, apabila dalam satu proses jenayah, perbicaraan jenayah, saman dikeluarkan terhadap saksi dan saksi enggan datang mahkamah untuk membantu mahkamah dengan memberikan keterangan, itu merupakan satu kesalahan jenayah, menghalang atau mengganggu proses mahkamah. Itulah undang-undang di negara kita dan itulah kedudukan di negara Perancis juga. Akan tetapi ini lebih baik ini disahkan oleh kepakaran ataupun dari negara Perancis sendiri bukan daripada saya tetapi itulah kedudukan dia. So, untuk menjawab Yang Berhormat Batu...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Inilah khidmat guaman yang diperlukan oleh Menteri Pertahanan. Beliau perlu faham bahawa kalau tidak menjawab saman itu, proses undang-undang di negara Perancis itu akan menyusul dan waran tangkap...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Mungkin boleh dikeluarkan dan macam-macam tindakan susulan mengikut peraturan mereka dan peraturan undang-undang antarabangsa pun akan dikenakan. Di sini...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya juga rasa tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat kemukakan sebentar tadi. Namun malangnya semua cases itu berlaku mendahului pindaan rang undang-undang ini. Walaupun saya memerhatikan dalam peruntukan cara bagaimana sama ada firma mahupun orang perseorangan peguam itu mungkin boleh dilibatkan atau engage, dengan izin. Maka sama ada dalam bentuknya perkongsian antarabangsa. Keduanya firma guaman asing berkelayakan yang juga boleh dilibatkan ataupun yang ketiganya, penggunaan peguam asing oleh firma guaman Malaysia. Lalu ini memerlukan retrospektif aplikasinya. Namun, jelas dalam apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya merasakan pindaan rang undang-undang ini amat bertepatan walaupun tujuan pindaan ini khasnya adalah untuk menggarap keperluan expertise yang tertentu yang disebutkan adalah khususnya daripada sudut Islamic finance. Itu kita boleh faham kerana di sana dalam dunia yang serba global ini, kalau kita mahu contohnya menerbitkan dengan izin, foreign currency denominated bonds and sukuk yang menggunakan undang-undang UK tetapi asetnya di Malaysia maka ia memerlukan joint ventures dan kerjasama seperti itu. Namun dalam perkara yang saya perhatikan, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang sebentar tadi, ia adalah perkara criminal yang tidak termasuk, yang tidak disinggung daripada perbahasan oleh Timbalan Menteri tadi. Akan tetapi nampaknya, dalam dunia yang juga sifatnya criminal dan jenayah itu juga adalah globalise dan wired, mungkin itu juga merupakan satu keperluan Tuan Yang di-Pertua. Maka cadangan Yang Berhormat sebentar tadi supaya Kerajaan Malaysia engage, dengan izin, guaman ataupun sama ada firma guaman mahupun peguam-peguam yang tarafnya seperti William Bourdon sebentar tadi adalah amat mustahak. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya bersetuju dengan komen tadi dan itu boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Akan tetapi secara dasarnya kita melihat walaupun inisiatif ini untuk meliberalisasikan sektor amalan guaman di Malaysia bermula daripada aspek Islamic finance, dengan izin. Kita nampak dalam rang undang-undang ini, memang apa

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

skop yang dibayangkan adalah jauh lebih luas. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri juga jawatankuasa yang ditubuhkan akan menggariskan secara berperingkat, dengan izin, permitted practice areas. Saya yakin ini akan melibatkan bidang-bidang yang penting termasuk bidang undang-undang jenayah sebab seperti yang disebutkan tadi, dunia sekarang is an interconnected world, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan ini mesti diambil kira dalam permitted practice areas yang akan disebutkan oleh jawatankuasa di bawah undang-undang baru ini. Akan tetapi...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Laluan, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya pun tertarik dengan perbahasan berhubung dengan rang undang- undang ini. Saya hanya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Subang. Adakah dengan meluluskan rang undang-undang ini ia akan mengelak daripada berulangnya peristiwa peguam-peguam yang datang seperti mana yang disebutkan tadi, yang tidak akan dibenarkan masuk. Adakah peristiwa di mana mereka tidak dibenarkan masuk itu oleh kerana mereka ini tidak didaftarkan dan tidak ada lesen untuk mengamalkan perundangan dan Malaysia ataupun oleh kerana sebab-sebab dan faktor-faktor yang lain? Saya pun tertariklah bagaimana orang-orang yang kita lihat sebagai orang yang ada social standing sebagai peguam antarabangsa, diiktiraf dan sebagainya boleh dihalang daripada masuk ke negara Malaysia. Saya sudah pasti ia bukan oleh kerana rang undang-undang ini, ia belum diluluskan tetapi adakah apabila rang undang-undang yang seperti ini diluluskan, perkara yang seperti itu tidak akan berulang ataupun ia berlaku oleh kerana ada faktor- faktor yang lain yang selain daripada persoalan rang undang-undang yang sedang dibahaskan. Walaupun kita cakaplah tentang soal globalisasi, liberalisasi dan sebagainya, keterbukaan dan sebagainya. Akan tetapi tindakan menghalang dua orang peguam yang terkemuka yang ada reputasinya daripada memasuki negara Malaysia itu adalah menzahirkan satu sikap yang terlalu kolot dan terlalu tertutup. Apakah pandangan Yang Berhormat Subang berhubung dengan persoalan ini? Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam atas pandangan tadi. Saya rasa pihak yang wajar untuk menjawab soalan Yang Berhormat Shah Alam ini adalah kerajaan sendiri mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab apabila menggulung sama ada kejadian yang berlaku pada tahun selepas dan halangan untuk mereka yang masih ada untuk kedua-dua peguam ini akan diulang, dikekalkan, kita tunggu untuk jawapan daripada pihak kerajaan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Akan tetapi saya sebut contoh tadi yang pelantikan Datuk Shafee Abdullah oleh Perdana Menteri sendiri. Ini kita kena perhatikan apa tugas dia di tempat lain? Dia pergi ke London, New York, Paris dan Basil untuk buat apa? Dia akan buat perundingan dengan pihak-pihak dan saksi mereka. Dia akan buat drafting claims dan affidavits dengan izin. dia akan interview witnesses dengan izin. Ini semua dia buat, dia dibenarkan buat di sana. Ia tidak ada masalah dengan daftar di syarikat peguamkah dan macam-macam halangan tidak ada. Dia boleh buat. Itu yang poin saya. Bila dia boleh buat, kenapa dua peguam Perancis ini tidak dibenarkan buat serupanya di Malaysia? Ini saya nampak memang bercanggah, ya. So itu satu. Kedua yang saya ingin disebut Tuan Yang di-Pertua, ini saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Pelantikan ini untuk apa? Dengan izin saya baca sekali lagi. To undertake a sensitive legal assignment overseas that must be completed before the general election which is rumored to be very soon? Ini Tuan Yang di-Pertua, bukan lagi satu hal peribadi sebab surat ini sudah jadi pengetahuan awam, ya. This is become public knowledge dengan izin. Kalau surat ini tidak keluar bagi saya tidak ada masalah. Itu hal peribadi di antara Perdana Menteri dan peguam dia. Itu tidak ada masalah. Akan tetapi sekarang semua. Seluruh Malaysia tahu dan seluruh dunia tahu. Saya rasa bila Perdana Menteri sendiri, ini bukan orang biasa atau rakyat biasa, ini Perdana Menteri Malaysia. Dia mesti jelaskan. Dia bertanggungjawab sekarang untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia, apakah dengan izin sensitive legal assignment ini yang mesti dikekalkan confidential? What is this? Ini kerana kalau perkara macam itu mesti menyentuh the public affairs of Malaysia dengan izin. Itu kita tidak boleh dijadikan satu perkara confidential lagi. Jadi inilah bagi saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua saya minta pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri sebab mungkin pihak lain tidak boleh menjelaskan bagi pihak dia. Perdana Menteri sendiri mesti menjelaskan kepada rakyat

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Malaysia apakah assignment ini yang telah melantik peguam Datuk Shafee Abdullah untuk melakukan apa yang mesti disiapkan sebelum pilihan raya sebab ini kita tidak boleh kata ini hal peribadi lagi. Ia sudah terbuka, terbongkar, terdedah kepada semua dan rakyat Malaysia berhak tahu apakah ia, sebab inilah tanggungjawab pada semua yang menduduki jawatan-jawatan awam yang tinggi. Apakah jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan Perdana Menteri sendiri? Jadi, kita harap saya mintalah perdana Menteri datang ke Parlimen dan beri penjelasan ini. Saya rujuk balik pada rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua sebab ini adalah berkaitan dengan perjalanan Majlis Peguam dan profesion undang- undang di Malaysia. Kita tahu profesion undang-undang sebagai satu golongan yang patut dihormati. Ia mesti dijamin kebebasan mereka dengan izin the independence of the bar. It is cannot be compromised. Ini pun telah disebut dengan jelas, diperuntukkan dalam akta ibu seksyen 42 disebut dengan jelas bahawa itulah satu aspek yang sangat penting bagi profesion peguam di Malaysia. Apa yang saya ingin sebut sekarang ialah selepas 11 Mei 2012 Tuan Yang di- Pertua baru ini, Badan Peguam Malaysia atau pun The Malaysian Bar telah menjalankan satu Mesyuarat Agung Khas di mana jumlah lebih seribu peguam hadir dan meluluskan usul berkaitan dengan perjalanan perhimpunan Bersih pada 28 April. Usul itu fokusnya adalah berkaitan dengan tindakan kejam atau pun tindakan agresif di aspek keganasan yang dilakukan oleh beberapa anggota polis terhadap perhimpunan itu dan itulah tajuk utama dalam resolusi itu. Apa yang saya ingin sebut di sini adalah reaksi atau jawab balas daripada pihak kerajaan khususnya melalui Yang Berhormat Menteri Padang Rengas di mana dengan serta-merta pada 15 Mei, beliau telah memberi kenyataan atau komen, beliau telah cadangkan penubuhan sebuah Akademi Undang-undang untuk menggantikan tempat Majlis Peguam Malaysia menguruskan hal ehwal para peguam...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

...Di Malaysia.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh minta jalan?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Oh! Boleh, sila.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih. Saya hendak tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat ada menyatakan bahawa “Independence of the bar cannot be compromise” Maknanya kebebasan Majlis Peguam tidak boleh dipersoalkan. Saya setuju. Saya hendak tanya Yang Berhormat, kita ini semua manusia. Bar Council ini pun pemimpinnya pun manusia, ini bukan God. Mereka pun tidak semestinya betul seratus peratus. Maknanya, apabila kita kata dia independent itu, independent macam mana? Persepsi dia tidak semestinya betul. Jadi, dalam hal Yang Berhormat menyentuh soal Bersih tadi, tiba-tiba pihak peguam telah melantik kononnya pemantau dan pemantau tiba-tiba telah mengemukakan hasil siasatannya. Yang Berhormat harus tahu, hal keselamatan ini yang tahunya ialah polis. Bar Council tidak tahu hal keselamatan dan bagaimana hendak jaga keselamatan. Memang Bar Council mungkin fasih dalam soal perundangan tetapi ianya mesti diterjemahkan dalam mahkamah. Akan tetapi bukan bertindak mengambil pendirian yang kita lihat konsisten kononnya tidak ada perkara yang betul. Jadi saya minta Yang Berhormat just to be fair supaya ia benar-benar melihat kebebasan yang saya maksudkan tadi. Sekian, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas pandangan yang diberikan tadi. Saya ingin betulkan. Mungkin ayat yang pertama itu apabila Yang Berhormat Pasir Mas kata Majlis peguam ini tidak boleh disoalkan. Itu bukan maksud saya, ya. Kita boleh soalkan mereka. Itu hak pihak kerajaan, pihak NGO, dan mana-mana pihak. Kita boleh ada pendapat yang berbeza dengan mereka. Itu bukan masalah. Apa isu yang saya tegaskan adalah kebebasan. Independence mereka itu tidak boleh dijejaskan. Itu penting. Kita tidak boleh ugut mereka macam Padang Rengas buat. Yang Berhormat Padang Rengas kata empat hari selepas Mesyuarat Agung Khas mereka, kita akan tubuhkan satu Akademi Undang-undang. Kita akan batalkan atau mansuhkan Majlis Peguam, kita buat satu badan baru. Itu maksud saya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dengan cara itu, itulah ugutan yang nyata di mana kita hendak macam menakutkan mereka dan ini maksud saya. Kita tidak boleh buat itu. Majlis Peguam...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, sedikit lagi.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak apa.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya sudah faham.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh, sedikit sahaja.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sedikit ya?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, sedikit. Saya hendak minta penjelasan sedikit sahaja. Yang Berhormat kata tidak boleh buat salah. Itu menampakkan soal ugutan. Akan tetapi Majlis Peguam pun banyak kali buat kenyataan-kenyataan yang merupakan ugutan kepada kerajaan. It is a politician. Yang Berhormat pun buat kenyataan yang sama. Sekian, terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey. Mungkin pada Yang Berhormat Pasir Mas kita kena faham apa maksud kenyataan perkataan ugutan ini. kalau saya buat kenyataan, itu pendapat saya. Itu bukan ugutan, ya. Katakan saya kerajaan dan saya kata kepada Majlis Peguam, “Kita akan mansuhkan anda dan kita akan buat badan baru” Itu jauh beza, ya. Itulah ugutan, ya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, pendapat tidak ada masalah, ya. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sedikit.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin untuk menanyakan Yang Berhormat Subang. Apabila saya juga mengikuti perkembangan itu dan ketika Menteri mencadangkan perkara tersebut.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Untuk dalam segala keadilannya, saya boleh faham. Tentang penubuhan dikatakan sebagai Law Academy itu, dengan izin. Ini saya perhatikan telah pun dua kali diutarakan oleh pihak kerajaan. Tidak silap saya pada tahun 1996 dan juga tahun 2002 and this is the third attempt, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kalaulah Legal Academy itu, ia bersangkutan dengan perkara yang menyinggung persoalan interpretation of law dan juga mungkin akan dianggotai oleh professors of law dan sebagainya or the great legal minds, itu munasabah. Namun, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas, yang seingat saya, ia sekali gus merupakan satu, dengan izin, subversion. Satu yang sabotaj. Apa yang sudah pun diperuntukkan dalam Legal Profession Act dan ini sekali gus menunjukkan satu langkah yang paling tidak bijak. Membayangkan satu politik dendam kesumat. Satu politik cold war yang saya kira amat tidak berwajaran dengan politik kematangan yang sedang kita mahu angkat dan mahu budayakan dan dayakan di negara kita ini. Jadi, itu sangat tidak wajar kerana ia sekali gus – kalau kita kembali kepada akta ibu, seksyen 42(1)(a) dan sebagainya, peruntukan bidang kuasa dan segala-galanya, Majlis Peguam itu adalah segala-galanya yang akan menyusun atur dan menyelia segala perkara tentang urusan the legal practice ahli Malaysian Bar. Akan tetapi tiba-tiba Yang Berhormat Padang Rengas mencadangkan ini yang sangat mengejutkan dan sangat mengecewakan banyak pemerhati di dalam atau di luar negara. Terima kasih. Komen sikit.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya minta mencelah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Silakan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Subjek yang sama. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Subang. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas. Akan tetapi saya minta penjelasan. Mungkin sebab Ahli Parlimen Subang misrepresent ataupun memberi gambaran yang salah mengenai apa yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

dimaksudkan bukannya satu ugutan bahawa Law Academy ini akan menggantikan Malaysian Bar ataupun badan guaman Malaysia tetapi sebenarnya untuk mewakili mereka yang ada kelulusan undang-undang, contohnya mereka yang terlibat dalam sektor perbankan ataupun terlibat sebagai law professor dalam jurusan ataupun dalam bidang-bidang yang lain tetapi tidak di represent, diwakili melalui satu badan. Mungkin ini adalah satu langkah untuk memberi platform kepada mereka untuk menyatakan pandangan mereka sebagai individu yang terlatih dalam undang- undang, dalam isu-isu yang berkenaan isu-isu semasa. Contohnya, perhimpunan BERSIH dan sebagainya. Akan tetapi saya rasa tidak adil untuk Yang Berhormat Subang mengatakan bahawa itu adalah satu ugutan untuk mengambil alih tugas yang termaktub dalam Legal Profession Act dan sebagainya. Memang tidak pernah disebut bahawa Law Academy akan menggantikan Malaysian Bar. Jadi, saya rasa itu tidak adil.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Rembau atas komen tadi. Saya boleh bagi jaminanlah apa yang saya sebut tadi bukan satu misrepresentation, dengan izin, sebab itulah pendirian awal Yang Berhormat Padang Rengas. Memang dia sudah tukar selepas itu. Selepas response yang tegas daripada Majlis Peguam dan banyak perkara lagi, dia ubah pendirian. Akan tetapi pendirian yang awal, daripada kenyataan yang awal dan you boleh – Tuan Yang di-Pertua, kita boleh rujuk. Saya boleh rujuk Yang Berhormat Rembau kepada Malaysian Bar website sendiri. Boleh baca di bawah tajuk “Nazri: Proposed Law Academy Can Replace Bar”, dengan izin. That is the title. It’s quite clear.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, ya, ya. Saya rujuk kepada perkara yang sama. Disebut walaupun the headline is like that, Yang Berhormat Subang. Walaupun the headline is like that, kalau kita baca, “The proposed academy can represent a broad spectrum of law graduates, which are currently not members of the Bar.” Maksudnya, dalam kenyataan tersebut, disebut bahawa ‘which are currently not members of the Bar’. So, if you are going to replace, why do you need to say that? The headline, you are right. Saya minta izin Tuan Yang di-Pertua. Kalau tengok dari segi headline, “Nazri: Proposed Law Academy Can Replace Bar”. Itu headline.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Alright.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi dari segi kenyataan...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

“The proposed academy can represent a broader spectrum of law graduates, which are currently not members of the Bar.” Maksudnya, tidak mahu digantikan dengan Law Academy.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Rembau, okay, thank you. Bagi saya pendirian – we can go and check every statement. Kita boleh teliti setiap statement. Apa yang berlaku adalah macam ini. Pada awalnya, kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Rengas jelas untuk mengganti. Badan baru akan mengganti dan mengambil alih kuasa atau tugas-tugas sekarang yang dibuat oleh Majlis Peguam. Itu jelas dengan maksudnya. Selepas itu dia retreat sedikit. Dia ubah kenyataan pendirian itu sebab dia tahu kenyataan itu memang tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Jelas menjejaskan dan mengancam kebebasan Peguam Malaysia atau the Malaysian Bar. Yang Berhormat Batu, I habiskan point ini dulu. Ada juga maksudnya yang semua akan diubah. Sabah Law Association dan juga Sarawak Law Association. So, itu jelas dan sejarah ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor pun jelas. Ini bukan kali pertama. Law Academy ini sudah disebut beberapa kali. Apabila Majlis Peguam tegas dengan pendirian mereka atas isu-isu penting dan kenyataan macam ini akan dikeluarkan. Bukan sahaja oleh Yang Berhormat Padang Rengas, oleh Menteri-menteri yang dulu yang bertanggungjawab untuk aspek undang-undang. Ini bukan perkara baru. Saya sebut ini sebab kita mahu ingatkan kepada pihak kerajaan. Kita mesti menjaga kebebasan Majlis Peguam. Saya hendak jawab kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas memberi pandangan. Ini berkaitan dengan isu keselamatan dan keselamatan kita kena serah kepada pihak polis. Dengan komen itu, saya nampak Yang Berhormat Pasir Mas tidak faham isu pokoknya. Apakah isu pokoknya? Majlis Peguam telah membuat pemerhatian perhimpunan besar bukan sekali sahaja tetapi beberapa kali. Ini bukan kali keempat atau kelima. Mereka ada pengalaman itu dan mereka membuat pemerhatian itu untuk memastikan isu hak asasi yang disebut dalam

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

akta ibu. Itulah tanggungjawabnya. Hak asasi pun disebut. Itulah dalam mandat Majlis Peguam. Mereka menyusun satu team pasukan besar pemerhati untuk hadir hari itu dalam perhimpunan BERSIH untuk melihat, memandang dan buat pemerhatian mereka dan menulis satu report atau laporan. Itu yang dibuat. Jadi, itu Yang Berhormat Pasir Mas kena fahamlah dan itu bukan di luar bidang kuasanya dan itu bukan satu perkara yang kita serah kepada pihak polis. Silakan, Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Subang dan juga sebenarnya Menteri sendiri yang menyatakan sama ada kenyataan ini berunsur ugutan atau tidak apabila seorang Menteri menyatakan atau menuduh badan peguam, Bar Council, dengan izin: “It is very partisan in its accusations and so, I do not think it should be given – it maksudnya badan peguam ini, should be given the monopoly (to represent the legal community)”. Ini juga bermaksud Menteri sendiri tidak faham kenapa badan peguam ini diberikan kuasa sebagai badan tunggal di negara ini adalah bermaksud untuk menjamin bukan dalam isu politik tetapi menjamin kualiti perkhidmatan peguam. Akan tetapi sekarang apa yang disebut seolah-olah, saya bagi tafsiran Yang Berhormat Subang, adakah ini sebagai ugutan kerana dia hendak break that monopoly dan dia terus sebut bahawa: “there was an urgent need to establish the academy in view of the recent incidents during the Bersih 3.0 rally and also what transpired during the Bar’s extraordinary general meeting (EGM) last Friday”. Maksudnya, ada unsur-unsur tidak senang hati dengan keputusan atau kenyataan dan penubuhan akademi ini sebagai balasan kepada keputusan atau resolusi oleh EGM. Adakah ini boleh ditafsirkan sebagai campur tangan atau tidak menghormati kebebasan badan peguam.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya setuju, Yang Berhormat Batu dan minta komen-komen tadi dan ulasan tadi dimasukkan ke dalam ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat. Kalau belum habis, boleh sambung.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya sambung. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat sesi pagi ditangguhkan dahulu dan persidangan akan dimulakan lagi pada 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Subang untuk meneruskan perbahasan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya sambung ucapan saya yang ditangguhkan tadi untuk makan tengah hari. Sebelum sidang ditangguhkan Tuan Yang di-Pertua, saya telah sentuh isu kemerdekaan atau kebebasan profesion undang-undang dan saya sebut itu sebab pada masa kita menghargai usaha kerajaan untuk menaik taraf perjalanan profesion undang-undang dengan rang undang-undang ini, usaha ini tidak akan ada makna kalau pada masa yang sama pihak kerajaan atau wakil kerajaan membuat ugutan seperti yang saya telah sebut tadi untuk yang boleh menjejaskan kemerdekaan atau kebebasan badan peguam. Kemerdekaan badan peguam Tuan Yang di-Pertua, ada kaitan yang rapat dengan kebebasan badan kehakiman juga. Kita tidak boleh asing kedua-dua konsep ini, kedua-dua prinsip ini. Di sini, peranan peguam adalah sangat penting dalam perjalanan sistem pentadbiran keadilan ataupun dengan izin, the administration of justice.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Apabila kita nampak kewibawaan institusi kehakiman dicemari dengan ada kes-kes tertentu, kita nampak peranan peguam pun ada. Pencemaran atau kecacatan dalam imej atau integriti badan kehakiman boleh berlaku dalam dua cara. Satu, dengan amalan rasuah dengan bayaran duit, to put it directly, dengan izin. Yang kedua, adalah apabila ada tekanan politik daripada pihak-pihak yang berkuasa. Inilah dua cara dan cara yang pertama itu peranan peguam pun ada dan di sini saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah yang kerajaan akan buat dengan hasil siasatan atau siasatan lengkap yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat video klip V.K Linggam itu di mana laporan suruhanjaya itu adalah amat jelas. Beberapa pihak dinamakan bertanggungjawab dalam amalan rasuah serta di dalam amalan tindakan-tindakan tertentu untuk mempengaruhi pelantikan hakim dan syor yang jelas telah dibuat oleh anggota suruhanjaya itu. Beberapa tahun sudah berlangsung. Adakah keputusan atau syor daripada suruhanjaya itu tidak akan dipedulikan? Apakah mesej yang kita ingin hantar tentang peranan peguam-peguam yang dikenal pasti dalam laporan itu. Ini sangat penting sebab pelantikan hakim ini adalah isu yang cukup sensitif, cukup penting. Sekarang kita sudah gubal undang-undang untuk satu badan untuk pelantikan hakim, dengan izin, we have satu commission spesifik sekarang untuk pelantikan hakim tetapi isu itu memang sensitif dan suruhanjaya yang kerajaan sudah tubuhkan dahulu sudah kenal pasti salah laku oleh peguam-peguam itu, Datuk V.K Linggam dan juga beberapa pihak lain termasuk hakim-hakim sendiri. Adalah penting bahawa untuk rakyat Malaysia tahu selain daripada kita buat rang pindaan macam ini untuk membantu profesion undang- undang, apakah tindakan spesifik untuk memastikan bahawa peguam-peguam yang akan melakukan salah laku untuk mempengaruhi pelantikan hakim ini akan diambil tindakan sama ada tindakan disiplin ataupun tindakan di bawah sistem keadilan yang sedia ada. Tadi saya sudah sebut contoh surat yang ditulis oleh Datuk Shafie Abdullah dan saya, Tuan Yang di-Pertua, saya telah dapat satu dokumen yang saya pegang di sini, dokumen ini adalah mengikut muka depan dia adalah Curriculum Vitae and Profil Datuk Mohd Shafie Abdullah, tarikh tahun 2008. Ini dokumen yang panjang, hampir 40 muka surat dan saya tidak mahu baca itu atau bosankan Dewan yang mulia ini dengan kandungannya tetapi ada satu perenggan di muka surat 28 yang sangat menarik dan juga mengejutkan bagi saya untuk membacanya sebab ini adalah dokumen mengikut muka depannya, inilah dokumen yang akan diedarkan oleh peguam bernama Datuk Mohd. Shafie Abdullah kepada sebagai contoh anak guam bayangan dia atau klien- klien, bakal klien dia atau orang yang ingin tahu profil dia. Ini yang dia sebut tentang peranan dia sebagai penasihat undang-undang. Dia sebut beberapa personaliti besar di mana dia sudah bertindak sebagai penasihat kepada mereka termasuk Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan sebagainya termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamed tetapi perenggan yang berkaitan dengan tajuk saya, berkaitan dengan peranan peguam dan pelantikan hakim ini adalah ini Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin baca dengan izin, “2003 until present – Legal advisor to current Honorable Prime Minister of Malaysia, YAB Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badwi on ad hoc basis”. Ayat itu setakat itu tidak ada masalah sebab ini peguam, Perdana Menteri berhak melantik mana-mana peguam untuk menjadi penasihat kepada beliau, tidak ada isu tetapi selepas itu ada perkataan yang memberi gambaran yang sangat bermasalah dan ada implikasi yang cukup serius. Saya teruskan, so dia kata legal advisor to the current Honorable Prime Minister of Malaysia, Datuk Abdullah Ahmad Badwi on ad hoc basis and particularly in relation to the appointment of judges. Peguam ini berani tulis ini dalam CV beliau untuk edarkan kepada dunia.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini yang sangat mengejutkan. Saya anggap dokumen ini betul sehingga dokumen ini dibuktikan memang ini tidak betul. Akan tetapi implikasinya, peguam ini berani cakap dia menasihatkan Perdana Menteri atas tajuk, ”Pelantikan Hakim”. Kita tahu pelantikan hakim ini, saya sebut tadi, satu pelantikan yang cukup serius. Siapa patut terlibat? Memang badan-badan atau individu yang diamanahkan di bawah Perlembagaan. Badan dari segi peguam yang terlibat adalah Majlis Peguam. Katakan pun Perdana Menteri hendak ambil, hendak dapat nasihat secara peribadi, privately ya, secara informal, okey, mungkin ada ruang sedikit. Akan tetapi ini, setakat peguam ini berani umumkan dia adalah penasihat kepada Perdana Menteri.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, ini akan memberi gambaran yang cukup negatif kepada dunia, kepada rakyat Malaysia tentang kedudukan institusi yang sangat penting iaitu kewibawaan, kemerdekaan atau kebebasan badan kehakiman dan peranan peguam. Ini kerana peguam pun boleh merosakkan institusi ini. Ini yang saya ingin tarik perhatian Dewan yang mulia ini dan bertanya juga kepada pihak kerajaan, apakah tindakan yang kerajaan akan ambil untuk membetulkan keadaan ini? Macam mana kita boleh ada keadaan di mana seorang peguam, kita tidak kesah berapa kanan dia, berapa tahun dia sudah amal, itu bukan isu. Dia berani umumkan, “Saya menasihatkan tentang pelantikan peguam”, sebab itu bagi satu gambaran yang cukup negatif dan oleh sebab itu kita perhatikan Tuan Yang di-Pertua, imej Malaysia dalam isu kebebasan kehakiman ini masih tidak baik. Dalam ratings yang dibuat oleh beberapa badan, kita melihat dari aspek kebebasan kehakiman negara kita masih di tahap yang rendah. Inilah salah satu daripada punca di mana seorang peguam berani menyebut secara terbuka ayat seperti itu di dalam profil peribadi beliau. Saya sebut tadi kepentingan kebebasan badan peguam yang berkait rapat dengan kebebasan atau kewibawaan badan kehakiman. Berkait juga Tuan Yang di- Pertua adalah kewibawaan Institusi Peguam Negara. Ketiga-tiga ini adalah penting. Mereka patut dilihat dari segi perception, dengan izin, orang awam, public, ketiga-tiga badan ini nampak sebagai boleh bertindak secara bebas dan tanpa tekanan atau pengaruh daripada pihak lain khususnya dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan awam. Di sini...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Silakan.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tadi Yang Berhormat Subang berhujah tentang adalah terlalu penting dalam profesion guaman ini dan menyentuh tentang pelantikan sama ada Peguam Kanan Negara, Peguam Negara ataupun kehakiman ini supaya ia tidak dilihat ada unsur atau pun kelihatan campur tangan politik yang terlampau yang boleh menjejaskan integriti badan kehakiman itu sendiri. Saya ingin merujuk kepada sebuah tulisan oleh Profesor Dr. L.A. Sheridan, pengasas dan dekan pertama Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dalam artikelnya bertajuk, “The Constitution of Malaysia” dan juga Lord Hailsham, bekas Lord Chancellor di United Kingdom. Juga di dalam kedua-dua karya ini saya rasa telah berhujah tentang betapa pentingnya pelantikan hakim dan juga peguam negara dan juga pemegang-pemegang jawatan yang orang kata high profile ini. Jadi untuk itu bolehkan kita berkongsi pengalaman ini, contohnya paling tidak pun dalam pengalaman Amerika Syarikat yang panjang dan juga di United Kingdom walaupun pada awalnya juga memperlihatkan ada kelemahan tetapi akhirnya mereka dapat paling tidak pun membuktikan dan menjadi rujukan kita semua. Di Amerika sebagai contoh, ketua hakim ditapis oleh senat dan di United Kingdom sendiri kita melihat House of Commons itu juga memberikan suatu perbahasan yang penting untuk menapis atau pun memilih tokoh-tokoh ini. Adakah Yang Berhormat Subang bersetuju supaya amalan-amalan seperti ini dapat kita mempraktikkan dalam negara kita supaya apa yang dikatakan tadi bahawa dari kaca mata dunia persepsi awam supaya kita dapat untuk memperbaiki sistem yang ada pada hari ini, so apa pandangan Yang Berhormat Subang?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian atas pandangan tadi. Saya setuju sistem kita masih ada ruang yang besar untuk diperbaiki lagi dari segi pelantikan hakim. Kita sudah buat satu langkah ke hadapan dengan penubuhan suruhanjaya untuk pelantikan hakim tetapi prosesnya masih satu proses yang tertutup, yang sulit dan tidak diperhatikan oleh umum. Ini masih merupakan satu masalah. Kita harus terbuka untuk memperbaiki lagi sistem ini. Satu cara adalah seperti yang dibuat di Amerika Syarikat iaitu sistem yang lebih telus, diperhatikan oleh umum dan dilakukan dalam Dewan perundangan mereka. Saya tidak bercadang bahawa kita mesti ikut setiap aspek sistem mereka, itu bukan cadangan saya tetapi kita mesti terbuka kepada satu sistem yang lebih telus daripada apa yang ada sekarang. Itu akan membantu dari segi perjalanan sistem pengadilan kita. Jadi saya ingin ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, usaha kita hari ini dengan rang undang-undang ini memang baik. Kita hendak menambah baik perjalanan profesion undang-undang tetapi pada masa yang sama kita kena ingat peranan peguam tidak boleh diasingkan daripada peranan kehakiman, peranan kehakiman tidak

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

boleh diasingkan daripada peranan Peguam Negara. Semua institusi ini penting. Kita mesti juga selalu berfikir macam mana kita akan menyelesaikan masalah yang berlangsung sekarang tentang institusi-institusi ini khususnya kehakiman dan Peguam Negara. Tentang Peguam Negara, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebut tiga contoh sahaja. Saya boleh sebut dengan ringkas dan minta jawapan daripada pihak kerajaan apakah pandangan dari pihak kerajaan tentang kedudukan ini dan apakah tindakan yang mereka akan buat. Contoh yang pertama. Kes ini sudah menerima publisiti yang meluas tetapi kita masih belum melihat tindakan yang berkesan daripada pihak kerajaan. Inilah tuduhan dan saya tegaskan, itu tuduhan atau dakwaan, belum dibuktikan di mahkamah. Akan tetapi walaupun dakwaan atau tuduhan, ada keterangan yang credible dan mesti disiasat tetapi kita masih belum melihat siasatan. Apa kes yang saya maksudkan? Kes di mana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dituduh campur tangan dan salah gunakan kuasa beliau dalam kes berkaitan dengan ketua kongsi gelap Johor bernama Goh Cheng Poh ataupun ada nama gelaran Tengku Goh. Kes ini didedahkan oleh pegawai polis yang kanan, bukan konstabel atau sarjan ya, bekas mantan pengarah di peringkat Bukit Aman. Butiran terperinci diberi macam mana beliau telah campur tangan dalam kes ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan masa itu BPR, sekarang ini SPRM untuk akses fail yang cukup sulit. Fail yang digelar dengan nama “Cicero”, iaitu diberi kerahsiaan pada tahap yang tertinggi di mana akses kepada fail itu tidak dibenarkan kepada mana-mana pihak pun kecuali pegawai penyiasat yang menjalankan fail itu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ketua Polis Negara atau Peguam Negara tidak boleh akses fail sebab hanya dengan proses itu di peringkat siasatan polis, dia boleh jamin keselamatan pemberi maklumat kepada pihak polis. Khususnya dalam kes-kes yang melibatkan kongsi gelap sebab kalau maklumat itu diberikan didedahkan dan kedudukan mereka dijejaskan, nyawa atau keluarga mereka diancam. Akan tetapi ini yang berlaku di dalam kes ini dan jari – menuduh kepada Peguam Negara sendiri yang mengarahkan fail itu dihantar, diberi kepada pihak Badan Pencegah Rasuah. Kesannya dilihat secara terus di mana pemberi maklumat ini telah dikunjungi oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah dan menerima ugutan. Itu kes yang pertama. Apakah kerajaan akan buat pada kes itu? Kes yang kedua adalah tuduhan berkaitan dengan siasatan rasuah oleh Tan Sri Tajuddin Ramli berkaitan dengan pengurusan MAS. Tuduhan ini dibuat bukan oleh seorang individu dibuat oleh pengurusan MAS sendiri, the management of the company, dengan izin. Mereka buat laporan polis pada 2009, menuduh bahawa dalam siasatan isu rasuah dalam pengurusan MAS, Pejabat Peguam Negara sendiri terlibat dalam menutup kes itu. Tuduhan itu cukup serius dan dibuat oleh pengurusan MAS sendiri. Jadi, apakah yang dibuat oleh pihak kerajaan selepas menerima laporan itu. Ketiga ini adalah cerita yang bukan baru tetapi publisiti di dunia telah bermula. Ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya baca daripada surat khabar di Switzerland bernama Sonntagszeitung Laporan ini bertarikh 5 Jun dan berkaitan dengan siasatan terhadap isu money laundering dengan izin, yang melibatkan tokoh politik daripada Malaysia sebab itu saya sebut contoh itu. Nama yang disebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Apa yang disebut di sini boleh saya baca dengan izin, “The Swiss Attorney General has given legal assistant to Hong Kong authorities in the money laundering investigation against Malaysian top politician Musa Aman and Swiss Banking Gent UBS. UBS is accused of laundering USD19 million of kick back paid by loggers for cutting down the Borneo rainforest.” Apa yang berkaitan dengan Peguam Negara adalah – saya pergi terus kepada ayat itu dan saya baca. “According to Sarawak report, Malaysian prosecutors refuse to cooperate to Hong Kong in the matter because Attorney General Tan Sri Abdul Gani Patail is relative and enclose political ally of Musa Aman.” Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita nampak dalam siasatan money laundering ini Peguam Negara daripada Switzerland telah memberi bantuan kepada pihak berkuasa di Hong Kong untuk siasat kes ini. Akan tetapi ini bukan duit rakyat Swiss, ini bukan duit rakyat Hong Kong inilah duit rakyat Malaysia yang dirasuahkan. Inilah balak kita yang dirasuahkan. Saya ingin tanya kepada pihak kerajaan, apakah bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan kepada pihak berkuasa di Hong Kong untuk membantu siasatan ini? Untuk menentukan apakah kebenaran, adakah tuduhan ini benar, adakah benar Ketua

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Menteri ini sudah ambil duit ini dan masukkan ia dalam bank akaun di UBS dan beberapa bank-bank yang lain atau tempat lain? Dia dituduh di sini menggunakan beberapa pihak pengantara atau intermediary third party companies dan sebagainya. Dua nama disebut sini satu nama ialah Richard Barnes satu nama lagi adalah Michael Chia. Adakah ini semua benar? So, isu yang saya ingin minta penjelasan dan pengesahan daripada pihak kerajaan adalah apakah bantuan? Apakah peranan Peguam Negara sebab dia dituduh di sini menghalang siasatan ini? Jadi tiga kes Tuan Yang di-Pertua. Seperti saya sebut tadi kita hendak perbaiki keadaan, kita hendak menambah baik institusi kita. Hari ini kita buat untuk peguam, itu baik. Kita buat undang-undang yang baru, kita pinda untuk memastikan perjalanan profesion undang-undang yang lebih baik. Akan tetapi apakah yang kita akan buat dengan institusi Peguam Negara sendiri sebab kita tidak boleh asingkan ini. These three institutions, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua are interconnected. So, itulah penjelasan yang saya minta daripada pihak kerajaan dan kita harap dapat satu penjelasan yang tepat ya. Saya ingin rujuk balik kepada pindaan, di mana beberapa peruntukan baru dimasukkan dan untuk membenarkan peguam-peguam daripada negara asing untuk datang ke negara kita mendaftarkan beberapa prosedur, ada kaedah yang berlainan dan membenarkan mereka ruang untuk beramal di sini sebagai peguam. Pada masa yang sama saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan Malaysia pun harus memastikan bahawa peguam-peguam Malaysia tidak diketepikan dalam isu, dalam bidang pengamalan undang-undang daripada negara asing ataupun foreign law dengan izin, the practice of foreign law sebab kita pun ada peguam tempatan yang tahu tentang undang-undang di negara lain. Kita tidak perlu panggil untuk setiap kes dan setiap isu peguam daripada luar untuk memberi nasihat. Jadi, cadangan saya kepada pihak kerajaan, apakah kita kena buat untuk pastikan bahawa sokongan yang sewajarnya diberikan kepada peguam-peguam tempatan juga? Ini harus diingati. Cadangan saya kepada kerajaan adalah untuk menimbangkan bahawa kalau katakan kita ada di bawah kerajaan di peringkat persekutuan juga di peringkat negeri kita ada banyak syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan, GLC. Kita harus ada satu dasar di mana sebelum kita melantik peguam daripada luar negara kita harus ada dasar yang mana, we have Malaysian lawyer first policy, dengan izin. Itu harus dijadikan amalan kita. Hanya di dalam keadaan di mana kita tidak ada expertise itu atau kepakaran itu dalam negara kita baru adalah wajar dan sesuai kita cari kepakaran itu atau kemahiran itu daripada tempat lain di negara lain. Khususnya kerajaan harus tunjuk ini dengan amalan kita di GLC di bawah kerajaan. Itu harus selalu diingati dan dipraktikkan supaya peguam-peguam di sini dapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya. Saya melihat juga kita ada beberapa peruntukan menaik taraf atau mempertingkatkan perjalanan proses disiplin untuk peguam-peguam dan itu memang dialu-alukan. Di sini saya ada satu soalan kepada pihak kerajaan untuk menjawab dan saya ingin rujuk balik kepada surat yang ditulis oleh peguam Datuk Shafee Abdullah bertarikh 23 Mac 2012 kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar untuk memohon satu penangguhan. Dalam surat ini Tuan Yang di-Pertua, saya sudah baca ayat itu di mana peguam ini berkata, saya baca dengan izin, “We write to Yang Amat Arif on the above matter as we seek to appraise your lordship of specific development whereby Datuk Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah has been appointed on behalf of the government of Malaysia.” Dengan niat, dengan jelas dia sebut saya dilantik oleh Kerajaan Malaysia.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Selepas ini didedahkan oleh rakan saya daripada Machang. Menteri Padang Rengas sudah bangun dan menjawab, itu tidak benar. Pelantikan ini adalah pelantikan peribadi. Baik, kedudukan sebenar telah dijelaskan oleh menteri tetapi itu belum menangani isu yang timbul sekarang iaitu peguam ini telah membuat satu kenyataan palsu dalam surat rasmi kepada ketua-ketua hakim di mana he is holding himself out, dengan izin, as appointed by the Government of Malaysia, manakala itu tidak benar. It’s a fault statement. Kalau saya buat kenyataan macam itu, memang saya telah melakukan satu tindakan salah laku. It is clear misconduct, dengan izin. Jadi, siapa ialah a grief party dalam kes ini ialah Kerajaan Malaysia sebab nama Kerajaan Malaysia telah disalahgunakan. Sebab gambaran diberi kepada tiga hakim ini. Hakim kanan, this is the top of judiciary iaitu peguam ini bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia, padahal itu bukan benar. Dia hanya bertindak dalam kapasiti peribadi untuk Perdana Menteri dan isteri. Itu kita terima, tidak ada masalah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Akan tetapi bagi saya, pada hemat saya apakah patut atau wajar Kerajaan Malaysia membuat aduan kepada Lembaga Disiplin sebagai lembaga yang diberi kuasa, badan yang diberi kuasa di bawah undang-undang Akta Profesion Undang- undang ini untuk mengambil tindakan. Kalau kerajaan tidak membuat apa-apa tindakan, ini memberi gambaran bahawa peguam ini atau individu-individu boleh membuat kenyataan palsu macam ini dan tidak ada apa-apa tindakan. Ini bukan satu perkara yang ringan Tuan Yang di-Pertua sebab it is a false representation, dengan izin, about who we represent. Bagi peguam ini, ini bukan perkara yang ringan. Jadi, saya minta satu penjelasan daripada pihak menteri sebab sekarang kita sudah jelaskan perkara sebenarnya...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Apakah tindakannya?... Yes.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau bangun.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Subang. Saya cuma hendak tanya soalan sebab saya tidak berapa arif dalam sektor guaman ini. Ahli Parlimen Subang adalah seorang lawyer. Saya cuma hendak tanya kalau sekiranya mahu dibuat aduan kepada Lembaga Disiplin Badan Peguam Malaysia, perlukah aduan itu dibuat oleh aggrieved party atau pun bolehkah aduan itu dibuat oleh mana-mana pihak. Contohnya, dalam kes yang disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi, Yang Berhormat Subang sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia melihat kerajaannya, kerajaannya sebagai seorang rakyat Malaysia, kerajaannya di misrepresent oleh Datuk Shafie Abdullah. Kenapa pula Yang Berhormat Subang tidak membuat aduan kepada Lembaga Disiplin, Badan Peguam? Saya hendak minta penjelasan sama ada boleh kah tidak, why just aggrieved party or is it anybody? Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Rembau atas soalan. I think jawapannya adalah dalam keadaan macam ini aggrieved party yang patut buat laporan. Ini bukan isu jenayah tetapi kita boleh bezakan. Mungkin Yang Berhormat Rembau keliru tentang keadaan jenayah. Jenayah itu lain sedikit. Jenayah adalah keadaan di mana pihak polis tidak perlu aduan untuk bertindak. Bila dia dengar, dia boleh bertindak. Beberapa pihak boleh buat. Ini adalah isu disiplin. The aggrieved party has to do it. Ini saya timbulkan, kalau aggrieved party tidak buat dan aggrieved party ini bukan pihak biasa, bukan individu, bukan NGO. Kerajaan Malaysia sendiri. So, ini pendapat saya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi Subang tidak disebut dalam LPA bahawa aggrieved party sahaja perlu buat. Sekiranya Yang Berhormat Subang sebagai rakyat Malaysia merasakan bahawa kewibawaan kerajaan dan juga profesion guaman itu tergugat dengan kes tersebut, saya rasa Yang Berhormat Subang sendiri boleh buat aduan...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi, ini bukan soal masalah tolak kepada kerajaan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Baik, saya beri penjelasan. Mula-mula tadi Yang Berhormat Rembau mulakan dengan mengelirukan dua badan yang berbeza. Lembaga Disiplin dan Majlis Peguam. Ini dua-dua yang berlainan. Majlis Peguam tidak ada kena mengena dengan disiplin. Disiplin dikendalikan oleh Lembaga Disiplin. Kita buat aduan kepada Lembaga Disiplin. Bagi saya, kalau saya buat kepada lembaga disiplin saya boleh dianggap sebagai seorang busybody. Saya tidak ada locus standi. Tidak apa, saya rasa lebih baik menteri ada, dia tahu fakta, dia tahu apa yang benar, dia sudah jelaskan kepada Dewan, dia boleh nasihatkan. Point saya di sini adalah Kerajaan Malaysia adalah aggrieved party. Kerajaan Malaysia patut dilihat ambil tindakan. Kalau tidak ambil tindakan, kita restui peguam kanan boleh buat kenyataan palsu kepada hakim secara bertulis dan tidak ada apa-apa.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Subang restui juga kalau Yang Berhormat Subang tidak buat aduan. Kalau aggrieved party tidak hendak buat aduan, Yang Berhormat Subang juga tidak hendak buat aduan, you a also complicit, you also allowing...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak apa, saya sudah buat tugas. You boleh buat, it’s okay.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Subang juga merestui. Jadi, kalau isu ini...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

It’s my floor Yang Berhormat Rembau. I’m not giving you the floor.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

If you are talking about the credibility of the legal profession, Yang Berhormat Subang sendiri yang patut membuat aduan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bagi saya, saya sudah buat tugas. Kalau Yang Berhormat Rembau anggap saya tidak membuat tugas biarlah, itu saya serahkan kepada Yang Berhormat Rembau. Saya sudah buat tugas saya. Sekarang saya minta Kerajaan UMNO, Barisan Nasional buat tugas. Buat laporan itu, buat aduan itu. Jangan nampak macam merestui tindakan macam ini yang sudah diketahui umum. Jadi, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin membawa dalam perbahasan rang undang-undang pindaan ini. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut ingin membahaskan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 atau pun Legal Profession Act yang mana seperti mana yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri tadi tujuan utama pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang ini adalah untuk membenarkan proses liberalization of the legal services dengan izin, dengan membenarkan masuknya firma guaman asing untuk menjalankan amalan guaman di Malaysia melalui lesen perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan dan juga firma guaman tempatan juga akan dibenarkan untuk mengguna khidmat peguam asing tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Saya mengalu-alukan pindaan ini sebagai satu langkah yang konsisten dengan usaha Perdana Menteri kita untuk membuka dengan lebih luas lagi ekonomi kita melalui satu Program Liberalization yang boleh meningkatkan pelaburan dan juga memberikan tumpuan kepada negara kita dari segi kepakaran antarabangsa, bukan hanya dalam bidang pelaburan yang seperti mana yang kita melaksanakan sebelum ini tetapi juga dalam perkhidmatan. Kita mengambil model pembangunan ekonomi di mana kita telah jauh lebih dahulu membuka ekonomi kita dalam bentuk perdagangan dan juga pelaburan. Jadi, dengan izin, in terms of trade and investment kita sudah lama terbuka, we have been in open economy. Jumlah perdagangan kita contohnya adalah lebih daripada 110% atau pun 120% daripada KDNK kita. Akan tetapi sekarang ini apabila kita masuk dalam fasa yang baru, dalam kita liberalisasi kan ekonomi kita, kita hendak melihat bahawa keterbukaan ini tidak hanya terbatas kepada pelaburan, tidak hanya terbatas kepada perdagangan tetapi juga masuk dalam bidang-bidang yang baru iaitu perkhidmatan, services dan sebagainya. Sebab itu kita telah mengumumkan melalui kementerian, kerajaan telah mengumumkan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa beberapa sub sektor perkhidmatan akan dibuka, akan di liberalize dan Perdana Menteri juga telah mengumumkan baru-baru ini bahawa akan ada lebih banyak lagi sub sektor akan dibuka untuk diberi persaingan secara antarabangsa secara terbuka. Antaranya ialah sektor guaman atau pun legal professional services. Saya rasa langkah ini adalah tepat pada waktu dan masanya sebab apabila kita melihat di rantau ini salah satu daripada sektor yang memerlukan kepada rangsangan, persaingan dan juga tumpuan diberi oleh kerajaan kita dan juga ekonomi kita adalah dalam sektor perkhidmatan. Kalau kita mengambil benchmark, penanda aras Malaysia dengan negara-negara jiran kita, penanda aras kita sebenarnya bukanlah negara-negara yang lebih mundur daripada kita. Kita jangan hanya buat perbandingan dengan jiran-jiran kita yang mungkin dari segi ekonominya tidak semantap kita. Kita sepatutnya meletakkan penanda aras kita atau pun benchmark kita negara-negara yang mempunyai tahap fasa pembangunan ekonomi yang lebih ke hadapan daripada kita dan kita letakkan itu sebagai sasaran kita dan kita kejar mereka.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dalam itu kita melihat kepada jiran kita di Selatan iaitu Singapura sebagai satu ekonomi yang jauh ke hadapan apabila kita cakap soal perkhidmatan, services.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kalau kita tengok di Singapura, kehadiran perbankan, syarikat-syarikat perbankan antarabangsa sama ada commercial bank, investment bank dan sebagainya amat ketara sekali dari segi bilangannya, dari segi pekerjanya, dari segi kemampuannya dan Singapura bukan hanya diguna untuk mengendalikan urus niaga dan juga deals yang berpangkalan di Singapura tetapi sebenarnya syarikat-syarikat perbankan antarabangsa dan juga law firms, international law firms, syarikat-syarikat perbankan investment bank antarabangsa seperti “GomentSax”, Marilyn, Morgan Stanley dan sebagainya semua kendalikan urus niaga mereka dan meletakkan pegawai-pegawai kanan mereka di Singapura. Sama juga dengan syarikat-syarikat guaman antarabangsa seperti Freshfields dan sebagainya. Mereka semua berpangkalan di Singapura dan ini memberi nilai tambah kepada mereka sebab bukan hanya Singapura sahaja yang dapat faedah daripada liberalization ini tetapi ia juga menjadi satu pusat rantau Asia Tenggara untuk professional services itu dikendalikan bukan hanya di Singapura tetapi setiap negara di rantau Asia Tenggara. Oleh sebab itu saya rasa amat berpatutan kita melihat kepada usaha untuk liberalize kita punya legal sector dengan pindaan yang dibentangkan pada hari ini dan kalau kita melihat contoh kesan sampingan, faedah sampingan yang boleh didapati daripada usaha untuk kita liberalize ataupun membuka ekonomi kita dan juga sektor guaman. Saya ambil contoh sekali lagi Singapura bukan hanya diguna untuk corporate law work ataupun amalan guaman dalam bidang korporat dan sebagainya. Akan tetapi Singapura pada hari ini telah menjadi satu pusat keempat yang terbesar di dunia untuk international arbitration. International arbitration sebagai contoh adalah bidang guaman yang paling pesat pertumbuhannya, the fastest going legal work is in international arbitration dan Singapura dilihat sebagai satu pusat international arbitration oleh kerana keterbukaannya kepada pakar undang-undang antarabangsa. Pertama, komitmen mereka kepada rule of law dan sebagainya dan ini membawa satu imej yang baik kepada mereka bahawa sekiranya ada syarikat-syarikat antarabangsa yang ada masalah, yang perlu kepada arbitration yang tidak mahu pergi ke mahkamah dan sebagainya mereka bawa ke Singapura. Selain daripada Geneva dan sebagainya mereka pergi ke Singapura dan ini adalah kesan sampingan apabila kita ada expertise yang boleh masuk keluar ke negara kita dengan tanpa bermasalah bila syarikat-syarikat antarabangsa guaman berpangkalan di Malaysia, kita ada expertise tersebut dan mereka lebih yakin dengan ekonomi kita apabila kita melihat syarikat antarabangsa sudah berpangkalan di Malaysia maknanya rule of law commitment, predictability of policy dan sebagainya, semuanya ada. Jadi tidak ada masalah dan saya melihat bahawa ini adalah satu-satunya langkah yang baik untuk memberi satu signal, isyarat kepada pelabur antarabangsa bahawa kita sudah terbuka dan kita sudah bersedia untuk menghadapi persaingan. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan apabila kita membaca...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Klang bangun.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yes...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada isu pokok yang dibahas oleh Yang Berhormat Rembau dan juga isu yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Menteri dalam mukadimah beliau pagi tadi iaitu mengenai liberalisasi profesion undang-undang. Tadi Rembau telah membangkitkan dua isu. Satu isu mengenai liberalisasi, kebaikan bukan, untuk membuka pasaran ataupun liberalisasi untuk profesion undang-undang, dan kedua mengenai Singapore sebagai centre of arbitration. Soalan saya dan saya juga minta Yang Berhormat Rembau untuk memberi ulasan dan pandangan dan kalau tidak boleh minta Yang Berhormat Menteri menjawab soalan itu. Di mana-mana negara kita dapati liberalisasi sebenarnya adalah bergantung kepada strength iaitu kekuatan sesuatu industri dalam negara itu untuk bersaing dengan negara-negara lain. So, the basis of liberalization is strength. Soalan kepada kita ialah, adakah legal profesion kita satu industri ataupun satu profesion yang boleh dikatakan adalah sedia untuk berperang dengan negara-negara lain. Itu soalan dia dan ini kita tidak boleh jawab tanpa kita adakan satu cost benefit analysis. Satu

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

cost benefit analysis yang harus dibuat oleh pihak kerajaan untuk legitimize ataupun untuk meyakinkan ataupun justify pembukaan pasaran untuk legal profesion. Itu pertama saya minta satu jawapan ataupun satu pandangan daripada Yang Berhormat Rembau dan juga Yang Berhormat Menteri kalau boleh. Isu kedua berkait dengan arbitration di Singapura. Tadi Yang Berhormat Rembau telah mengatakan bahawa Singapura merupakan regional centre for international arbitration dan saya, I think it’s right, beside ICSID di Amerika Syarikat dan juga di Geneva dan sebagainya dan juga Yang Berhormat Rembau telah menyatakan bahawa centre of arbitration ada ciri-ciri dia. Satu, transparency, kedua good governance, ketiga berkait dengan sistem hakiman yang adil dan sebagainya. Soalan kepada saya adalah adakah negara pada masa kini boleh dikatakan undang-undang Malaysia dan sistem kehakiman negara kita adalah sesuatu sistem yang boleh memberikan keadilan kepada rakyat sendiri sebelum membuat arbitration. Kedua adakah kita diguna pakai ciri-ciri good governance dan juga mengenai transparency? So, saya fikir sebenarnya pada pandangan saya kerajaan mesti ulang kaji, mesti ulang kaji dan juga debate issue ini bukan sahaja dengan Bar Council tetapi juga dengan pakar-pakar lain mengenai the logic of liberalization dengan fakta-fakta yang mengatakan bahawa memang benar bahawa justify that we indeed are compatitive with the other nation therefore we can open up. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Klang, saya selalu membaca tulisan Ahli Yang Berhormat liberalization soal pakai tidak boleh pakai itu soal kedualah tetapi saya baca juga, saya baca juga dan saya teliti about liberalization dan kesediaan kita dan sebagainya. Saya setuju mengenai kerisauan secara umum Ahli Yang Berhormat daripada Klang, mengenai kesediaan kita selalunya soalan are we ready to open up? Are we ready to compete? Adakah kita bersedia untuk bersaing dan sebagainya, saya akan ulas nanti dalam ucapan saya cuma saya difahamkan bahawa rang undang-undang ini adalah hasil daripada perbincangan antara kerajaan, antara kamar Peguam Negara dan juga antara badan what is it, Malaysian Bar, Badan Peguam Malaysia yang mewakili semua legal profesion yang mengatakan bahawa they are ready sudah pastinya kalau mereka sendiri kata mereka tidak bersedia mereka tidak akan sign off ataupun bersetuju dengan rang undang-undang yang seperti mana yang dicadangkan. Saya rujuk kepada laman web Malaysian Bar dan perbincangan mengenai pembukaan liberalization legal services ini telah dibincang sejak dua, tiga tahun yang dulu. Akan tetapi hendak jawab dengan sedikit teliti lagi sewaktu soalan Yang Berhormat Klang tadi. Dalam mana-mana industri apabila kita liberalize ataupun buka industri tersebut kepada persaingan asing sudah pasti akan ada mereka yang boleh bersaing dan mereka yang tidak boleh bersaing. There will be those who strong ready to compete, dengan izin dan mereka yang masih lagi tidak lagi boleh bersaing. Soalnya sebagai sebuah negara apabila kita menggubal dasar ekonomi sama ada kita hendak tunggu sehingga semua daripada syarikat kita adalah sampai ke tahap competitive advantage di peringkat antarabangsa ataupun tidak. Sudah pastinya mustahil sebab tidak semua syarikat dalam negara kita akan ada competency ataupun kekuatan dan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Akan tetapi kalau kita lihat kepada the best in the class ataupun yang terbaik dalam sektor guaman contohnya, kita tengok syarikat-syarikat guaman seperti Wong & Partners. Wong & Partners sudah lama dikenali sebagai syarikat guaman di Malaysia yang mewakili Baker McKenzie walau pun mereka tidak ada pelaburan secara rasmi, kerana tidak dibenarkan oleh Legal Profesion Act tetapi ada partnership di peringkat antarabangsa dan mereka yang mahukan perkhidmatan daripada Baker McKenzie akan pergi kepada Wong & Partners. Sama juga dengan Allen & Gledhill pergi melalui Rahmat Lim & Partners ataupun syarikat Singapura Rajah & Tann ada melalui Kamilah & Chong. Kalau kita tengok syarikat yang terbesar di Malaysia iaitu Zaid Ibrahim & Co. ataupun ZICO mereka bukan hanya merupakan syarikat yang terbesar di Malaysia tetapi merupakan syarikat ada pejabatnya di Jakarta, di Bangkok, di Ho Chi Minh City, di Dubai, di Sydney dan di Melbourne menandakan bahawa mereka sudah bersedia untuk bersaing. Maksudnya bukan semua syarikat kita tidak bersedia dan bukan semua syarikat kita sudah bersedia contoh yang saya akan rujuk kemudian apabila saya sebut soal process of liberalization itu sequencing yang betul itu kita bincang soal bagaimana kita hendak sampai ke arah keterbukaan yang lebih luas lagi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya berbalik kepada apa yang saya hendak sebut, sebab ia berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Rembau, boleh bagi ruang?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tadi dah cakap banyak dah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okeylah, okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau belum jawab soalan yang pertama daripada Yang Berhormat Klang tadi tentang kenapa Singapura telah menjadi satu pusat untuk penimbang tara atau arbitration. Adakah Yang Berhormat Rembau sedar - memang saya pun setuju, ini realitinya, dengan izin. Singapura merupakan pusat penimbang tara ataupun arbitration yang terkenal di rantau ini tetapi kita kena faham juga kenapa ia terjadi? Adakah Yang Berhormat Rembau sedar atau boleh bersetuju bahawa ini sudah jadi sebab apa yang berlaku kepada institusi kehakiman dalam negara kita dan proses ini sudah mula pada tahun 1988. Pada masa itu Yang Berhormat Rembau mungkin masih di sekolah lagi, saya baru mula buat amalan guaman dan proses itu berterusan, bukan berhenti pada masa itu, bermula. Tahun 1998, sebab apa yang jadi dengan pendakwaan Yang Berhormat Permatang Pauh dan keputusan dalam kes-kes itu, imej dan reputasi institusi kehakiman negara Malaysia teruk. Orang nampak mereka tidak boleh, pihak komersial juga, mereka nampak cerita, tuduhan, dakwaan, kadang-kadang berasas, kadang-kadang tidak, tentang amalan rasuah dalam institusi kehakiman Malaysia ini memang merebak, it was really wide spread. Oleh kerana itu mereka memang sanggup datang ke negara ini melabur, masuk dalam kontrak komersial dengan pihak sini tetapi mereka selalu tegaskan, untuk pertikaian mereka tidak sedia untuk masuk bawa pertikaian itu ke mahkamah sini dan selalu menegaskan, kita pergi untuk penimbang tara di Hong Kong, di Singapura number one, kadang Hong Kong, kadang-kadang Geneva. Itulah punca dia. So, adakah Yang Berhormat Rembau boleh bersetuju, kita perlu menangani isu yang pokok, we go to the root problem. Kita tidak mahu sentuh itu, kita sentuh hakikat Singapura tetapi kita tidak mahu sentuh dan bincang kenapa dan apa masalah di sini. Apakah kerajaan boleh buat atau Yang Berhormat Rembau sendiri boleh cadangkan untuk mengatasi masalah ini, sila beri penjelasan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Subang yang telah memberi satu syarahan kepada saya yang pada waktu itu masih lagi di sekolah. Apabila tahun 1988 yang disebut oleh Yang Berhormat Subang, saya masih lagi di bangku sekolah, waktu badan kehakiman kita mengalami krisis. Pada waktu itu juga, bos kepada Yang Berhormat Subang iaitu Ketua Pembangkang adalah Menteri Kanan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam kerajaan. Secara langsung juga bertanggungjawab atas apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi. Kalau sekiranya di situlah bermulanya krisis badan kehakiman, maka beliau juga adalah terlibat dalam krisis tersebut. Akan tetapi kita melihat pada hari ini, banyak perkara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita termasuk penggubalan Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang memberi kuasa kepada suruhanjaya tersebut untuk memberi cadangan kepada Perdana Menteri. Eksekutif kita untuk pelantikan hakim, malah keputusan mahkamah yang boleh dikatakan dalam kes-kes sensitif politik juga telah membuktikan bahawa undang-undang kita ataupun badan kehakiman kita, courts kita, mempunyai satu kebebasan yang tidak boleh diragui. Kalau sekiranya ada pandangan yang selektif, contohnya dalam kes-kes tertentu yang pada pandangan Yang Berhormat Subang mengatakan bahawa, oh, inilah bukti bahawa mahkamah kita tidak bebas, mahkamah kita tidak adil dan sebagainya, maka kita juga boleh merujuk kepada beberapa kes yang melibatkan ahli- ahli politik daripada Pembangkang yang membuktikan bahawa mahkamah kita bebas dan adil. Jadi, soal yang saya sebutkan di sini adalah bahawa saya yakin dengan transformasi yang dibawa dan saya yakin bahawa pembukaan sektor guaman kita melalui liberalization dan sebagainya akan lebih lagi memberi impak kepada negara kita untuk dirujuk sebagai satu pusat yang pertamanya, menghormati rule of law dan keduanya, mempunyai kecekapan, efficiency dari segi judicial efficiency. Itulah bagi saya menjadi kriteria yang utama apabila dilihat Singapura sudah menjadi satu pusat

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

adjudikasi ataupun penimbang tara. Mereka melihat bahawa Singapura ada kecekapan dari segi judicial efficiency, ada rule of law, ada independence of the judiciary. Saya percaya itulah perkara yang kita telah perkukuhkan pada hari ini di Malaysia, sebab itu kita melihat pada hari ini apabila, contohnya keputusan mahkamah yang melibatkan kes Ketua Pembangkang. Itu adalah satu isyarat yang diterima oleh masyarakat antarabangsa bahawa mahkamah di Malaysia adalah mahkamah yang adil dan bebas. Tidak di bawah telunjuk Eksekutif ataupun telunjuk kuasa Eksekutif tetapi itu tidak disebut langsung oleh pembangkang sebagai satu contoh bagaimana mahkamah kita ataupun sistem kehakiman kita sekarang ini dilihat sebagai sistem kehakiman yang adil dan bebas. Sila Yang Berhormat Kota Belud.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ingin memberi pandangan terhadap hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Klang tadi yang mengatakan bahawa kalau dibandingkan dengan Singapura, kenapa di Singapura, syarikat-syarikat besar, pelabur-pelabur akan meminta, mewajibkan supaya proses timbang tara ataupun arbitration itu dibuat di Singapura. Mereka menuduh kerana antara lainnya ialah sistem kehakiman kita di sini tidak mantap, rasuah dan bermacam lagi tuduhan melulu yang dibuat oleh Yang Berhormat Subang. Saya kira salah satu sebab kenapa Singapura dan juga pusat-pusat dagangan yang terbesar di dunia yang sudah establish, dengan izin, yang begitu lama seperti di London, New York dan bermacam-macam pusat perdagangan ini, antara lainnya ialah kerana kekuatan peruntukan undang-undangnya. Di negara kita masih lagi membangun, contohnya kalau ada arbitration terhadap undang-undang maritim contohnya. Selalunya ia dibuat di Singapura kerana di situ ataupun di London kerana di situ adalah pusat maritim. Bukan kerana di negara kita ini hakimnya tidak betul, ataupun sistem kehakimannya pincang tetapi peruntukan undang-undang itu lebih ketat ataupun lebih menyeluruh di pusat-pusat bandar yang saya sebutkan tadi. Jadi, saya rasa agak kurang tepat dan agak keterlaluan untuk Yang Berhormat Subang mengatakan bahawa kehakiman, punca arbitration itu dibuat di negara luar adalah kerana kepincangan kehakiman. Itu adalah satu tuduhan politik dan ini harus diperbaiki. Itu sebabnya kita minta peguam-peguam luar negara ini datang sebab kualiti peguam-peguam kita di Malaysia ini, termasuklah yang menjadi pemimpin-pemimpin pembangkang, practicing lawyers cum Opposition Leaders, inilah tahapnya. Pandangan Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Entah apa-apa ini. Come on lah, you can do better than that.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Soal liberalization ini Tuan Yang di-Pertua, saya baca huraian yang diberi dalam rang undang-undang ini, pindaan. Disebut bahawa secara amnya tujuan liberalisasi ini adalah untuk memajukan Malaysia menjadi hab kewangan Islam antarabangsa dan untuk mengembangkan kerja kepakaran dan pengkhususan profesion undang-undang di Malaysia. Itu diberi sebagai tujuan liberalisasi dan juga pindaan melalui bahagian baru IVA yang dicadangkan di Dewan ini. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk semula kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi. Pada tahun 2009, Perdana Menteri kita telah umumkan bahawa lima lesen baru akan diberi kepada syarikat guaman antarabangsa yang khusus untuk mengendalikan kes-kes ataupun urus niaga yang melibatkan Islamic finance, kewangan Islam. Soalan saya kepada kerajaan adalah, mengapa tempoh waktu yang diperlukan apabila Perdana Menteri umumkan pada tahun 2009, hanya pada hari ini, tiga tahun selepas pengumuman tersebut, barulah kita menggubal, pindaan kepada Legal Profesion Act ini untuk membenarkan syarikat-syarikat antarabangsa ini berpangkalan di Malaysia. Sedangkan perkara ini diumumkan pada tahun 2009 sebagai salah satu insentif ataupun program transformasi dalam ekonomi kita. Sama ada cadangan tersebut, pengumuman tersebut telah mendapat bantahan daripada syarikat- syarikat tempatan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini maksudnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang dan lebih umum daripada itu Tuan Yang di-Pertua, apakah model liberalization yang akan dipraktikkan untuk sektor guaman ini? Saya bangkitkan perkara ini sebagai perkara yang penting Tuan Yang di-Pertua sebab banyak syarat untuk sektor guaman diberi kepada majlis ataupun Badan Peguam Malaysia ataupun Majlis Peguam (Malaysian Bar) untuk kawal selia. Ia tidak dikawal selia oleh statutory body ataupun agensi kerajaan tetapi oleh

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

industrinya sendiri. Ini jauh lebih berbeza daripada contohnya sektor kewangan. Kalau financial sector kawal selianya adalah di bawah Bank Negara, adalah di bawah government agency. Maksudnya kita tahu sequencing of liberalization. Kita tahu apabila diumumkan bahawa kita akan memberi lesen kepada syarikat perbankan antarabangsa, ia mengikuti satu jadual yang telah ditetapkan dalam financial sector master plan yang telah ditulis beberapa tahun dahulu yg disediakan oleh Bank Negara dan secara telus dikatakan bahawa ada beberapa fasa kepada liberalisasi kepada kewangan. Fasa pertama, fasa kedua, fasa ketiga barulah kita melihat itulah satu liberalisasi yang tersusun yang ada satu sequencing yang cantik seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi ada satu sequencing yang jelas, ada satu prioritization yang jelas. Keutamaannya, aulawiyat itu jelas dari segi prioriti apa yang dia hendak buat dahulu, dia hendak mengukuhkan dahulu sektor perbankan syarikat-syarikat perbankan tempatan barulah dia bagi satu dua lesen dan sebagainya. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, kita rujuk kepada financial sector master plan yang disediakan oleh Bank Negara. Ini pada tahun 2009. Dengan izn, issue an of new license in conventional and Islamic finance sector: (i) up to two new Islamic banking licenses we offered in 2009 to foreign players to establish new Islamic banks with paid-up capital with at least USD1 billion; (ii) up to two commercial banking license will offered in 2009 to foreign players that will bring specialize expertise to address gaps in the financial sector; (iii) up to three new commercial bank licenses will be offered in 2011 to world class banks that can offer significant value proposition to Malaysia; and (iv) up to two new family Takaful licenses with granted in 2009 to players that can offer significant value proposition to Malaysia. Maksudnya dalam kes sektor kewangan is very clear that this is the sequencing of liberalization. Kita hendak buka tetapi setiap tahun ataupun setiap dua tahun disebut bahawa berapa banyak lesen akan diberi dan sebagainya tetapi kalau kita buat perbandingan dengan legal sector dia cuma sebut undang-undang tetapi saya belum jumpa lagilah. Correct me if I’m wrong Yang Berhormat Menteri dalam jawapan nanti. Saya belum jumpa lagi master plan. Berapa banyak syarikat akan diberi dan apabila kita tengok huraian menjalankan amalan di Malaysia dalam bidang amalan yang dibenarkan, within certain practice areas. Kita pun tidak tahu apakah practice areas tersebut. Tidak disebut dengan jelas practice areas disebut. Disebut tadi bahawa kita akan memberi keutamaan kepada kewangan Islam antarabangsa. Saya rasa tidak ada banyak syarikat world class legal firm will be bother to open just an office in Malaysia hanya kalau sekiranya amalan mereka terbatas kepada amalan untuk kewangan Islam sahaja. If they are only restricted to Islamic financial deals dengan izin saya rasa mereka tidak akan datang ke sini. Jadi sudah pastinya apabila mereka datang ke sini dan badan peguam Malaysia hendak bagi lesen kepada syarikat antarabangsa ini bidang amalan ini mestilah diperluaskan. Jadi kita hendak tanya apakah sebenarnya master plan tersebut. Di sini mungkin kita boleh mempertikaikan tahap kesediaan, tahap profesionalisme Badan Peguam Malaysia itu sendiri. Kalau sekiranya Bank Negara Malaysia ada financial sector master plan sebelum diumumkan liberalization tetapi dalam legal sector the Malaysian Bar, the Bar Council doesn’t even provide master plan for the legal sector, dengan izin. Tidak ada master plan untuk legal sector bagaimana hendak sequence liberalization? Dia sibuk cakap pasal benda-benda yang lain...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sibuk buat monitoring untuk BERSIH dan macam-macam, tapi the big issue of liberalization disuruh, diminta supaya Ahli-ahli Parlimen kita bentangkan mengenai liberalization ini tetapi tidak disebut, berapa banyak lesen akan dikeluarkan, dalam bidang apa? Tidak disebut bidang apa, Bar Council Malaysia tidak bagi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen. Okey, kita sebagai badan yang akan kawal selia akan...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kejap, kejap.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Are you serious that saying Bar Council can regulate themselves...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak, tidak ini dalam...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

I think capable of reason.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

I don’t know, that’s what I’m asking. Ya Yang Berhormat Teluk Intan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sila Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ingin bagi pandangan saya ataupun satu correction Yang Berhormat Rembau. Tadi Yang Berhormat Rembau kata Bar Council, the Malaysian Bar or the Bar Council. Di sini kita harus mengambil perhatian bahawa Malaysian Bar itu lain, Bar Council itu lain. Jadi kita tidak boleh kata Malaysian Bar atau Bar Council. Malaysian Bar itu adalah terdiri practicing lawyers yang telah dikeluarkan sijil oleh Mahkamah Tinggi Malaya. Bar Council is the controlling administrative body comprising of 36 members, dengan izin. So, I’m just trying to help you Yang Berhormat Rembau. Thank you.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Senang cerita saya kata “Bar” sahajalah. Susah sangat. The Bar. Jadi..., okey di sini “Majlis Peguam” ya. Dalam rang undang-undang ini disebut “Majlis Peguam” tetapi itu soal nomenclature. It’s very superficial point. I’m sorry if I get the nomenclature wrong tetapi the point is, perkara pokok...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Rembau. It is not a nomenclature. You must understand. The Malaysian Bar comprice of our 15,000 members.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya faham, saya faham.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tidak faham. I think you don’t understand what nomenclature you talking about. The Malaysian Bar Council is different. That is the 36 elected representatives…

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yes, yes but...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

The 36 representative represent the Malaysian Bar of 15,000 members.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yes, correct.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

It is not nomenclature.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Correct, you know correct. Duduk, duduk.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat, sometimes you must learn to admit mistakeslah.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sit down, sit down.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

What is all these Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Kalau salah terima sahaja. I’m said politely, I’m helping you.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, saya kata...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ini masalah dengan orang UMNO ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Let me correct you Yang Berhormat Teluk Intan. Actually I was listening. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dia cakap “Malaysian Bar” than “Bar Council”. Bukan “Malaysian Bar Council”. Apalah lu!

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Malaysian Bar, Bar Council.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya rasa mungkin Yang Berhormat Teluk Intan jauh sedikit jadi tidak dengar. Saya kata Malaysian Bar dan Bar Council. Dia dua entiti yang berbeza tetapi oleh kerana Majlis Peguam...

[Dewan gamat]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak, dengar sekejap, dengar sekejap. Akan tetapi oleh kerana Majlis Peguam, Bar Council represent the Malaysian Bar saya sebut dua-dualah, maksudnya neither the Bar Council dengan izin, or the Malaysian Bar who have entrusted the Bar Council in representing them have not come out with the master plan. Itu yang saya hendak sampaikan. Maksudnya kalau kita hendak bincang soal liberalisasi pada hari ini tetapi tidak ada satu blueprint, tidak ada satu rancangan yang jelas mengenai pembukaan syarikat-syarikat ataupun industri guaman ini seperti mana dalam sektor kewangan maksudnya kita...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Perlulah mempertikaikan kompetensi profesionalisme dan juga komitmen Majlis Peguam, Bar Council dalam menyediakan proses liberalization ini. Sila Yang Berhormat Batu.

Bukan saya hendak mempertikaikan definisi ini tetapi ia bukan kerja Malaysian Bar untuk keluarkan master plan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bar Council.

...Ya, atau Bar Council untuk keluarkan master plan dalam program liberalisasi. Itu satu badan profesion. Kita tidak pernah tuntut Medical Association untuk come out with the liberalization plan, Banker Association untuk come out liberalization plan, event accountant, banyak lagi profesional organized body, ia hanya jaga kualiti setiap ahli yang menyertai profesion itu dan arah tuju. Bagaimana kita hendak liberalize atau hendak regulate sektor itu bukan kerja profesional body, itu kerja pentadbir, itu kerja kerajaan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya kurang setuju dengan Yang Berhormat Batu sebab kalau kita baca rang undang-undang ini dengan teliti semuanya diberi kuasa kepada Majlis Peguam.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Contohnya 40F(1), “Suatu firma guaman asing dan firma guaman Malaysia boleh memohon secara bersama kepada Majlis Peguam untuk suatu lesen perkongsian antarabangsa jika memenuhi...”

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dengar dahulu, sit down. “Jika memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.” Yang kedua, 40G(1), “Suatu firma guaman asing boleh memohon untuk suatu lesen firma guaman asing berkelayakan jika ia memenuhi syarat-syarat yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.” Yang saya hendak bangkitkan di sini...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sekejaplah Yang Berhormat Batu. Sit down. I know what you are going to say, oh, it is just licensing. But the point is, it is not just licensing. Ini self-regulation. Dalam industri guaman, ia mempraktikkan kawal selia yang dibuat sendiri, bukan hanya keluarkan license. You determine who can get a legal license, which foreign firm can get legal license. Majlis Peguam, the Bar Council dengan izin, determines what area of business the foreign firms are allowed to take part in Malaysia. Sebab itu disebut dalam huraian tersebut bidang amalan yang dibenarkan melalui lesen perkongsian yang ditentukan oleh Majlis Peguam. Jadi when you give such powers to the Bar Council to give out licenses to foreign firms untuk memberi lesen kepada syarikat guaman antarabangsa, sudah pasti Majlis Peguam yang sama, kalau sekiranya tadi dibangkitkan bahawa its not responsibility, bukan tanggungjawab Majlis Peguam, buatlah sekali dengan kamar Peguam Negara ataupun dengan kerajaan satu blueprint, tetapi langsung tidak ada. Saya cari dalam website badan Peguam Malaysia, Malaysian Bar to be precise.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dia ada perbincangan yang dibuat oleh kamar Peguam Negara dan juga Malaysian Bar atau Bar Council, tetapi tidak ada satu dokumen yang memberitahu kepada kita apakah masa hadapan, apakah blueprint yang disediakan oleh the industry themselves. Jadi bagi saya bukan saya hendak kata this is the dereliction of duty dengan izin, tetapi nampak gaya bahawa persediaan yang dibuat oleh Majlis Peguam amat-amat tidak baik sekali untuk kita berhadapan dengan liberalization. Ya Yang Berhormat Batu.

Saya hanya, sekali lagi saya tegaskan bahawa itu bukan kerja Majlis Peguam. Saya juga tidak pernah dengar sama ada pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang tuntut supaya kesatuan sekerja harus menyediakan kertas liberalization. Kesatuan-kesatuan ini termasuk Bar Council, kerja dia untuk menjamin kualiti profesion itu dan juga memberi pelindungan dan hak kepada ahli-ahli dia. Untuk masa hadapan bagaimana industri ini harus maju, itu memang bukan kerja kesatuan-kesatuan atau badan-badan seperti ini. I think it is a wrong expectation untuk sesuatu pertubuhan yang mewakili kepentingan ahli-ahlinya untuk keluarkan kertas kerja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tetapi masalahnya Yang Berhormat Batu, dalam rang undang-undang ini Bar Council has power to grant license for international participation and qualify foreign law firms...

Ya, to regulate the quality.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

No, no, no. You have the power to give the license...

Bukan dia yang decide…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dia ada kuasa untuk memberi lesen, dan apabila ada kuasa, saya pun keliru kenapa dia defense sangat Bar Council ini.

To demand...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

My point...

You demand the union to accept liberalization.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Why? It is just suggestion.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

First of all, jangan buat perbandingan apple dengan rambutan. This is not union, it is different. The union doesn’t give license like the Bar Council give license. Bar Council can give license for foreign firm.

Ya, accountant association...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

It is difference.

Malaysian Association of Chartered Accountant…

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dia bukan hanya association lawyer, dia ada regulation, dia ada tanggungjawab sebagai regulator juga. Dia ada tanggungjawab untuk memberi lesen. So they are hibrid organization, bukan hanya mewakili kebajikan profesional.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat dua tiga orang ahli pembangkang ini terlalu... [Disampuk] Tidak, dia bukan tidak faham. Dia terlalu defensive kepada Bar Council ini, Majlis Peguam ini. Kita tahulah...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Kota Belud, do you have practicing certificate?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita tahulah Majlis Peguam ini telah di infiltrated oleh pembangkang. Ini saya hendak bagi tahu. Masalahnya sekarang ini apabila kita berkata apakah tidak, Yang Berhormat Rembau ada mencadangkan tadi, kenapa tidak Majlis Peguam memberi cadangan, memberi pandangan apa masalahnya? Kerajaan waktu kita membuat pindaan kepada beberapa rang undang-undang yang ada kaitan dengan undang-undang di negara kita ini, ISA contohnya, we ask them to come forward untuk memberi pandangan. Apa masalahnya

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

kalau kita minta cadangan daripada Majlis Peguam supaya ada satu pandangan bagaimana hendak menguruskan liberalisasi perundangan pekerjaan perguaman di negara kita? Why are you so defensive? Why? I cannot understand. You are wasting half an hour on over a matter whether or not Bar Council ini boleh diberi. Come on.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita cuma bangkitkan perkara ini sebab kita diminta untuk lulus pindaan ini. Tetapi kita pun tidak tahu apakah perancangan untuk sektor guaman – berapa banyak syarikat, bidang tugas dan sebagainya. Jadi kita hendak tahu juga. Apabila kita membahas soal liberalisasi sektor perbankan, jelas, dalam financial sector master plan, tetapi tidak ada. Jadi saya minta pandangan daripada pihak Timbalan Menteri...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Rembau, just satu soalan sahaja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

You already said I am wasting time, now you are wasting time.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Short question.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

If you think my hujah is not good, not worth for your intellectual level, then sit down lah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

It is okay. One soalan sahaja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak apa, bagilah saya cakap.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

One soalan sahaja, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Just now you mentioned, tadi disebut Bank Negara punya financial plan. Itu bagus, that’s a good example. Kita boleh gunakan contoh itu untuk faham masalah yang kita bincang. Bank Negara boleh buat satu plan, tetapi tadi you are expecting a plan from Majlis Peguam. I think this is the differences you got to understand. Bank Negara boleh buat satu master plan untuk financial sector. Bank-bank adalah bertindak dalam financial sector. Mereka ada satu gabungan, ada satu persatuan. Adakah persatuan buat satu master plan? Tidak. Kita pergi ke Bank Negara yang diwakili oleh pihak kerajaan. I think lets try to get something...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okey Yang Berhormat Subang. Tetapi kalau hendak guna analogi yang sama, saya pun tidak pernah tengok cadangan, forget about blueprint lah, you want to use analogy, saya pun tidak pernah tengok satu polisi recommendation daripada Bar Council yang akan dapat menangani proses liberalization yang dicadangkan pada hari ini. Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang is worried, I am also worried. Kita nak cakap soal liberalization, we need the input from lawyers, from legal firms in Malaysia. Tetapi badan yang mewakili legal firms ataupun lawyers, peguam- peguam di Malaysia ini langsung tidak melihat satu proses liberalisasi yang tersusun seperti mana yang kita minta. Sebab itu saya bangkitkan apabila kita beri kuasa kepada Majlis Peguam untuk memberi lesen tersebut, kita hendak tahu juga apakah pandangan daripada Majlis Peguam yang mewakili seluruh peguam di Malaysia ini mengenai proses liberalisasi tersebut, but they are not doing their work. They are doing work of Bersihlah, apa bendalah tetapi soal the real bread and butter of looking after the lawyers in Malaysia, mana dia suara Majlis Peguam? Itu yang saya hendak sampaikan. Itu sahaja. Banyak betul soalan Yang Berhormat Subang, cukuplah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh saya bantu dengan jawapan. Kita ada jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Boleh? Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dia tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Lets get the fact...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okeylah, okeylah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mini bajet second stimulus package, 10th Mac 2009. Dia yang sebut

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

apa yang Yang Berhormat Rembau minta. Dia sebut ini, saya quote daripada ucapan beliau dan ini saya dapat daripada Majlis Peguam. Prime Minister kata, dia announce, “Malaysia will allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia. These firms will only be allowed to offer legal services in international legal Islamic financing.” Itu permulaan. So ini bukan keputusan Majlis Peguam, it is come from the government. Mereka menentukan. Selepas itu, saya sambung. Selepas itu Bank Negara mencelah, “Bank Negara requested the Malaysian Bar to consider allowing these firms to also practice the entire spectrum of foreign law.” Bukan sahaja terhad kepada Islamic finance. Then Majlis Peguam setuju. And finally Bank Negara kata they are looking at only three top international law firms. Point saya adalah, semua jumlah angka ini bukan ditentukan oleh Majlis Peguam, ditentukan oleh pembuat dasar, kerajaan. Bank Negara, PM Department dan sebagainya. So it has to get it right.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dalam perkara ini memang betul kita harus juga dapat pandangan daripada pembuat dasar, tetapi it has done on ad hoc basis. Jadi, sebab itu saya bangkitkan juga, teguran ini bukan hanya kepada Majlis Peguam.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

That is the Prime Minister lah, buka ad hoc basis.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak, tidak, bukan. Teguran ini dibuat kepada kedua-dua, kepada kerajaan dan juga kepada Majlis Peguam. You didn’t listen earlier.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Apa yang saya bangkitkan tadi adalah pengumuman ini dibuat pada tahun 2009, kenapa tidak dilaksanakan. Adakah kerana bantahan daripada sektor guaman, itu pertama. Kedua, apakah pandangan Majlis Peguam dalam perkara ini sebab dibangkitkan oleh Perdana Menteri lima firma tetapi tidak dilaksanakan. Jadi saya bangkitkan, tadi mungkin Yang Berhormat Subang tidak dengar, saya tanya soalan pertama tadi. Why is it taking three years sebelum kita isu lesen yang baru tetapi hari ini soal lain, hari ini 2012. Kita hendak beri blanket approval kepada Majlis Peguam untuk memberi lesen untuk syarikat-syarikat guaman antarabangsa. Itu lain daripada pengumuman. Hari ini kita pinda undang-undang, tidak ada dalam undang-undang ini, tidak ada batas dalam undang-undang ini berapa banyak syarikat guaman antarabangsa akan dapat lesen dan sebagainya. Itu yang saya maksudkan tetapi langsung tidak ada suara yang jelas daripada Majlis Peguam yang memberitahu apakah framework, apakah batasan, apakah had yang akan diberi untuk lesen-lesen tersebut. Apa yang kita dengar adalah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi tetapi kurang jelas bahawa tiga lagi bidang-bidang tertentu dan sebagainya. Jadi sebab itu saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ini secara jelas. Berapa banyak lesen yang akan dikeluarkan untuk pemerguaman antarabangsa? Apakah ini dapat persetujuan dan pandangan daripada Majlis Peguam sebab saya nampak tidak ada langsung suara yang jelas untuk mewakili badan guaman di Malaysia daripada Majlis Peguam dalam perkara ini. Ketiga, adalah kita sudah tahu bahawa dalam Islamic finance, international arbitration, kemungkinan besar kita akan membenarkan syarikat guaman antarabangsa ini untuk membuat amalan mereka tetapi adakah sama juga untuk areas of corporate practice, general corporate practice, court litigation, criminal work, convincing dan sebagainya, probate. Adakah itu juga terbuka kepada syarikat-syarikat guaman antarabangsa. Yang ini kita hendak tahu. Jadi, kerajaan beri penjelasan kepada kita dan juga kerajaan maklum kepada Dewan ini persediaan industri itu. Persediaan industri itu sebenarnya datang daripada rumusan daripada Majlis Peguam cuma perkara yang saya bangkitkan di sini adalah suara Majlis Peguam dalam isu penting iaitu liberalisasi sektor guaman itu tidak kedengaran, seolah-olah mereka tidak dapat menyampaikan pandangan kepada umum bahawa apakah blueprint atau apakah framework liberalization yang dituntut oleh syarikat guaman tempatan. Ya, Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya memang terima pandangan Yang Berhormat Rembau mengenai apa yang ditanya kepada Menteri mengenai beberapa lesen akan diberikan. Adakah ini juga berkait dengan corporate practice dan sebagainya. Kalau saya boleh cadangkan

kepada Yang Berhormat Rembau supaya minta Menteri jawab. Selalunya, saya tidak begitu arif ataupun tidak begitu pandai dalam isu berkait dengan Islamic finance tetapi kita dapati bahawa dalam negara-negara lain, kita dapati bahawa banking and finance selalu ada berkait dengan hedge funds dan juga others speculative instrument. Adakah itu pun akan diallow ataupun akan diapprove oleh Kerajaan Malaysia dan specialization ini seperti hedge funds dan other speculative instrument ini akan dibawa oleh anak- anak ataupun company guaman antarabangsa. Will this also be allowed?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya membenarkan soalan itu tumpang atas ucapan saya. Kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai struktur perkongsian antarabangsa. Saya faham mengenai firma guaman asing berkelayakan, saya faham. Jadi, soalan saya adalah berapa banyak lesen dan apakah bidang amalan yang dibenarkan secara spesifik untuk dijawab oleh Menteri. Berikutnya, adalah dalam struktur perkongsian antarabangsa. Dalam struktur perkongsian antarabangsa ataupun international joint venture, saya hendak tahu apakah syarat pegangan ekuiti dalam kes perkongsian antarabangsa. Apakah diperlukan dalam kes perkongsian antarabangsa ini, syarikat guaman tempatan memegang ekuiti majoriti ataupun apakah kita membenarkan syarikat guaman antarabangsa itu memegang ekuiti majoriti, yang pertama. Yang kedua, untuk syarikat guaman antarabangsa itu layak mendapat ataupun membuat perkongsian antarabangsa, joint venture dengan syarikat guaman tempatan, selain daripada ekuiti, apakah syarat tambahan yang kita letakkan kepada mereka? Contohnya di negara-negara tertentu, kalau dia hendak buat international joint venture partnership, for instance in the legal sector dalam syarikat-syarikat ataupun dalam negara jiran kita. There is a regulatory insistence dengan izin bahawa mereka mesti menempatkan senior partner ataupun full partner sekurang-kurangnya dua ataupun tiga orang full partner di peringkat antarabangsa di negara tersebut. Maksudnya kalau kita buat international joint venture partnership, syarikat daripada Malaysia dengan syarikat antarabangsa, kita mesti wajibkan mereka meletakkan partner level, dua ataupun tiga partner level di Malaysia sebelum joint venture partnership itu dibenarkan. Kalau tidak saya risau Tuan Yang di-Pertua, dia buat joint venture dengan syarikat guaman tempatan, dia hanya hantar junior lawyers di sini, letak nama di sini tetapi semua kerja-kerjanya akan dihantar ke luar. Maksudnya dihantar ke London, dihantar ke Singapura, dihantar ke Hong Kong dan sebagainya dan tidak ada knowledge transfer di sini sebab partners nya semua duduk di luar, dia hanya bagi nama, this firm is represented here. Contohnya Syarikat Rahman Dahlan & Co. sebagai contoh, dia tie-up with Fresh Hills tetapi Fresh Hills tidak letak senior partner di sini, dia hanya letak junior lawyer di sini dan semua kerja-kerjanya dihantar ke Singapura atau ke Hong Kong semata-mata hendak dapat beberapa insentif yang kita bagi untuk mereka yang berpangkalan di sini. Jadi, saya hendak tahu apakah syarat yang diletakkan selain daripada ekuiti, the level of commitment that they have to keep, that they have to base their partner level, lawyers here in Malaysia dan sekurang-kurangnya berapa bilangan partners yang ada di sini sebelum mereka layak untuk mendapat persetujuan daripada Majlis Peguam untuk mengendalikan perkongsian antarabangsa bersama dengan firma guaman Malaysia. Itu yang saya hendak bangkitkan mengenai liberalisasi sektor guaman Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu isu lagi iaitu satu isu yang menjadi isu semasa iaitu cadangan penubuhan Academy of Law ataupun Law Academy. Perkara ini walaupun tidak secara langsung menyentuh mengenai pindaan yang kita bentangkan pada hari ini tetapi oleh kerana kita bahas di peringkat dasar. Saya ingin bangkitkan perkara ini iaitu baru-baru ini, Yang Berhormat Padang Rengas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menghidupkan semula cadangan untuk ditubuhkan sebuah Academy of Law seperti mana yang ada di Singapura. Academy of Law ini bukan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang tadi yang cuba mengelirukan Dewan, yang mengatakan bahawa idea ini adalah untuk menggantikan Malaysian Bar ataupun Badan Peguam Malaysia. Akan tetapi sebenarnya adalah untuk memberi platform kepada mereka yang berkelayakan dalam undang-undang tetapi tidak ada apa-apa persatuan untuk mewakili mereka. Di Singapura kita lihat bahawa Singapore Academy of Law coexist dengan Law Society of Singapura di mana Law Society of Singapura masih lagi kekal sebagai

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

badan mutlak yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia profesion dan amalan guaman di sana. Akan tetapi Singapore Academy of Law ini ditubuhkan untuk memberi suara kepada mereka yang berkelayakan akademik dalam bidang undang-undang supaya suara mereka yang ada qualification in law ini tidak dimonopoli oleh Malaysian Bar dan juga Bar Council yang menjadi wakil kepada mereka. Saya rasa perkara ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau disebut bahawa kenapa perlu kita ada banyak sangat persatuan, kita dah ada Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Katolik, Persatuan Peguam Syarie dan sebagainya. Ini satu lagi yang boleh memberi suara mereka yang layak dan pakar dalam bidang undang-undang dalam kes-kes tertentu sebab saya tidak tahulah pihak sana tetapi saya percaya di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, kita cukup risau dan bimbang dengan kebebasan Majlis Peguam.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tadi disebut soal kebebasan profesion guaman dan sebagainya. Yang Berhormat Subang kata cadangan daripada Yang Berhormat Padang Rengas adalah satu serangan terhadap kebebasan legal profession. Akan tetapi kita juga risau dengan kebebasan legal profession di bawah Majlis Peguam. Seolah-olah pandangan yang selalu diutarakan itu memang jelas berat sebelah dalam beberapa isu. Kita melihat bahawa tidak ada satu badan yang boleh mewakili mereka yang pakar dalam undang- undang sama ada mereka yang amalkan undang-undang sebagai practicing lawyers ataupun mereka yang hanya berkelayakan undang-undang itu. Maka kita dapat satu pandangan yang bagi sayalah tidak menggambarkan pandangan sebenar majoriti mereka yang ada kelayakan dalam bidang undang-undang. Oleh sebab itu saya minta pandangan dan juga jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status cadangan Yang Berhormat Menteri untuk menubuhkan Academy of Law ini memandangkan saya rasa perkara ini amat serius sekali dan amat urgent sekali, perlu disegerakan. Memandangkan satu mesyuarat agung khas (AGM) yang dipanggil oleh Malaysian Bar baru-baru ini yang telah meluluskan satu usul, satu resolusi yang bagi saya amat-amat berat sebelah sekali. Apabila kita melihat kepada kecaman, kutukan yang dibuat terhadap polis jauh lebih berat daripada teguran. Sedikit teguran yang diberi kepada mereka yang sebenarnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada 28 April, iaitu pada Himpunan BERSIH 2.0. Kalau kita tengok, the Malaysian Bar views with grave concern and condemns. (a) the excessive, indiscriminate and wrongful use of water cannons and tear gas by the police on the participants of the assembly; (b) the action of the police in not allowing the crowd sufficient time to disperse in an orderly and safe manner, and instead chasing the participants and attacking them by persistently shooting water canon and tear gas on them; (c) the tactics of the police in trapping and attacking the participants with water cannon and tear gas instead of permitting them to disperse - Itu sama dengan (b) tetapi diulang; dan (d) the random, widespread and wanton physical assault and brutality by the police on members of the public and media professionals. Jadi kalau kita tengok di sini, dia langsung tidak sebut bahawa itu sebenarnya adalah tindakan terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Kalau dia sebut soal merempuh dan melanggar perintah mahkamah, dia sebut tetapi teguran dia amat sikit sekali, amat sikit sekali. The Malaysian Bar is equally concerned by reports that certain persons had crossed through the police perimeter barriers at the relevant location when the said organizer had at about 2.35 p.m. called for the a dispersal of the assembly. Itu sahaja. The Malaysian Bar is equally concern by report that certain person - Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Gombak, had instructed them to crossed through the police perimeter barriers. Itu bukan teguran. Itu, we are concern. Akan tetapi soal police condemn, condemns, excessive, indiscriminate, wrongful use of water cannon. Kita semua tahu.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Perkara ini ada documented evidence dalam Youtube bahawa ada allegation, arahan, jelas daripada pihak-pihak tertentu untuk merempuh garisan polis yang juga menandakan garisan perintah mahkamah supaya tidak di breach police line. Arahan itu diberi tetapi di dalam laporan ini, sebab ini kita sebut bahawa Malaysian Bar today, kalau disebut Bar Council today. Disebut Yang Berhormat Subang kata membuat tuduhan terhadap Yang Berhormat Padang Rengas, kata ini adalah serangan terhadap kebebasan Bar Council dan Malaysian Bar but I doubt, I seriously doubt the independents and the impartiality of the Bar Council today, dengan izin. Kalau kita tengok dari segi laporan yang diberi, teguran mengenai mereka yang telah merempuh halangan polis, perintah mahkamah itu adalah satu teguran yang amat-amat ringan sekali berbanding dengan ancaman dan kutukan dan condemnation yang diberi kepada polis yang hanya bertindak apabila garisan polis itu dirempuh. Yang Berhormat Kota Belud.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Rembau itu memang betul. Apa orang kata, sudah terang lagi bersuluh bahawa Majlis Peguam ini adalah satu lagi cawangan Pakatan Rakyat yang tertubuh di jalan benteng. Akan tetapi tidak mengapa. Satu lagi perkara yang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Rembau, kenapa pada waktu itu, Majlis Peguam tidak mahu menunggu sampai siasatan dibuat bukan sahaja oleh pihak kerajaan, panel kerajaan tetapi oleh Suhakam barulah mereka membuat satu laporan yang dapat dilihat, melihat kepada kedua-dua pihak. Apa yang berlaku Yang Berhormat Rembau ialah Majlis Peguam mungkin atas arahan beberapa pihaklah, mahu wujudkan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan laporan interim repot mereka yang nampak sangat berat sebelah. Orang buta sahaja yang tidak nampak itu berat sebelah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Orang buta pun nampak.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, orang buta pun nampak Yang Berhormat Pasir Mas kata. Ini kalau orang buta pun nampak, saya tak tahu lagi orang yang tidak boleh baca. Ini yang saya katakan tadi, masalah saya dengan Majlis Peguam ini. Mereka terhegeh-hegeh buat, selepas sahaja buat demonstrasi dalam masa seminggu, dalam masa beberapa hari, kena buat. Kita kata tunggulah dahulu. Tunggu, lihat, tengok video, tengok laporan daripada Suhakam kalau Suhakam hendak buat penyiasatan, pihak polis hendak buat penyiasatan. Panel Suruhanjaya Bebas hendak buat semua. Akan tetapi kenapa tidak mahu tunggu? Ini nampak jelas dan terang Majlis Peguam adalah satu pertubuhan yang berat sebelah yang tidak dapat menepati kewujudan mereka. Ini yang menyebabkan yang kita khuatir kerana kalau kumpulan ini yang diketuai oleh pengerusi ataupun Presiden Majlis Peguam ini dibiarkan berterusan, saya kira kerajaan mesti mengambil satu tindakan yang kuat dan berat. Saya tidak tahulah apa tindakan yang boleh dibuat. Betul ada orang mengatakan ia dilantik secara demokrasi. Sejumlah 12,000 ahli peguam yang menjadi ahli kepada Malaysian Bar, mempunyai kuasa untuk menentukan presiden tetapi itu tidak menunjukkan bahawa tindakan mereka itu boleh dianggap sebagai adil. Nampak sangat. Oleh sebab itu kalau mereka betul-betul orang yang mahu menegakkan kebenaran, tunggu. Selepas itu mereka apa? Mereka gunakan laporan daripada monitor mereka sendiri. Ha, ini lagi hendak beritahu kepada Yang Berhormat Rembau. Mereka menggunakan monitor mereka sendiri. Letak satu di Jalan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman. Satu lagi letak dekat Dataran Merdeka. Satu lagi letak di situ, satu lagi letak di sana. Dengan laporan yang tergesa-gesa ini, ahli-ahli peguam yang masih muda ini yang terhegeh-hegeh hendak membuat laporan ini. Dengan laporan itulah Tuan Yang di-Pertua, mereka mengeluarkan satu laporan yang kononnya dikatakan lengkap. Saya sudah mengkritik laporan mereka dalam BERSIH 2.0. Ini laporan BERSIH 3.0, lagilah amat-amat mengecewakan dan satu penipuan yang cukup terang. Itulah sebabnya Majlis Peguam mesti mengambil keputusan sama ada mereka adalah satu profesion yang adil dan saksama ataupun adalah satu cabang baru Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di Jalan Benteng.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ingin membetulkan sedikit fakta. Yang Berhormat Rembau telah sebut

tadi protestor telah merempuh di garis larangan yang court order. Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat Rembau tidak ada di dalam perhimpunan BERSIH ini. Garis yang di pagar oleh wayar berduri ini bukan pada court order. Apa yang telah diputuskan oleh mahkamah adalah Dataran Merdeka dan jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka. Tempat yang telah ditembus itu belum lagi sampai court order. Kalau pihak polis hanya mempertahankan larangan oleh mahkamah, okey dia tidak akan tembak air di luar kawasan larangan itu. Isu sekarang ini ialah excessive oleh sebab yang mempertahankan bukan court order. Apa yang polis lakukan ialah lebih daripada batasan yang dibenarkan oleh perintah mahkamah.

Saya agak itu isunya kita dan saya tidak mahu menyertai perbahasan tentang sama ada Yang Berhormat Rembau atau Yang Berhormat Kota Belud rasa Majlis Peguam ini bias, berat sebelah atau tidak, you are entitle with your opinion. Akan tetapi untuk menuduh bahawa Majlis Peguam ini adalah komponen kepada Pakatan Rakyat, itu satu tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab. Baru sahaja kita membaca undang-undang ini memberi hak regulatory, statutory kepada satu badan di mana Yang Berhormat Kota Belud sendiri tidak yakin, kata dia adalah komponen Pakatan Rakyat. Buat apa kita dengan ini kalau kitalah kerajaan yakin bahawa Bar Council ini tidak lagi adil dan bertindak secara profesional kita buangkan undang-undang ini. Kita hentikan perbahasan sebab kita –Saya kalau betul Majlis Peguam ini ada komponen Pakatan Rakyat, saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat saya akan menentang dan mengatakan tidak wajar bagi satu badan yang bersifat politik untuk menentukan kuasa-kuasa ini. Kalau begitu tidak akanlah kita menyokong pindaan undang-undang ini, kita bagi Bar Council lebih banyak kuasa padahal kita tidak percaya dengan mengatakan Bar Council ini pro pakatan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Rembau sebelum Yang Berhormat Rembau menjawab, terima kasih. You rehat dahulu sudah panjang sangat ucapan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat Rembau menjawab saya ingin meminta pandangan Yang Berhormat Rembau kalau boleh saya ingin memberikan pandangan terhadap apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu mengatakan bahawa tidak salah untuk mengubah pagar besi tersebut kerana itu...

Saya tidak sebut...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

.....Sabar, sabar dahulu...

Jangan put in words into my mouth...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

..Saya ulang dahulu. You sit down dahulu. Saya habiskan ayat saya.

...Saya tidak kata...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Nanti - Kalau ayat saya...

...Itu bukan mempertahankan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat duduk dahulu.

...Perintah mahkamah.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mempertahankan tindakan...

... Hanya itu. Sama ada betul atau tidak itu...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Saya habiskan nanti Yang Berhormat boleh mencelah...

You entitle your opinion, saya tidak...

[Menyampuk]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

... Yang Berhormat boleh mencelah. Yang Berhormat Batu kata tadi tidak salah untuk mengubah pagar tersebut...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah kata tidak salah, saya hanya menyebut itu pandangan you, dia tidak melanggar perintah...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

...Mahkamah, itu sahaja apa Yang Berhormat Rembau melanggar perintah mahkamah...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi Yang Berhormat...

...Jadi, to correct it, tidak langgar...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Saya katakan tadi...

...Saya tidak kata salah atau tidak salah...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

... Yang Berhormat Batu duduk dahulu sekejap, ini floor saya. Yang Berhormat Batu kata tadi, saya hendak cari ayat ini supaya dia tidak bangun lagi. Dia mengatakan bahawa meminda pagar itu bukanlah satu sebab untuk polis membuat tindakan susulan, okey boleh Yang Berhormat Batu?

[Mengangguk]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Memang batu. Akan tetapi pada saya Tuan Yang di-Pertua, tindakan polis pada waktu itu bukan sahaja atas alasan bahawa pengadang itu diubah, mengubah penghalang itu mungkin satu perkara lagi tetapi apa yang berlaku selepas itu Yang Berhormat Batu ialah apabila satu serangan cubaan merempuh polis, berlari menuju kepada polis, masuk ke dalam kawasan itu pada saya sebab kenapa polis membuat keputusan untuk mengawal keadaan. Ini Yang Berhormat Batu jangan cari alasan, Yang Berhormat Batu kita dalam video nampak Yang Berhormat Batu memang suka kalau rakyat caj polis, merusuh itu adalah kepakaran Yang Berhormat Batu, saya ucapkan tahniah bukan ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat yang boleh menjadi batu api seperti Yang Berhormat meminta rakyat, menghina polis dan juga melanggar polis dan membuat kekacauan. Itu saya tabik terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Itu yang pertama. Jadi pada saya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau persoalannya tadi itu ialah bukan sahaja menghalang pengadang ini, ialah setelah pengadang itu diubah maka rempuhan ini yang beribu orang maka polis terpaksa membuat keputusan. Ini analisa Yang Berhormat Batu ini tidak boleh pakai, dia cuma ingin keluar daripada satu kedudukan yang mana rakyat mengetahui bahawa Pakatan Rakyat mendalangi perhimpunan haram Bersih 3.0 ini, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Mungkin apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu itu secara teknikal bahawa mana penghalang polis itu diadakan mungkin itu tidak masuk dalam perintah mahkamah. Akan tetapi bagi pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, you don’t need to imagine what would happen once they cross the police line, apabila dia sudah cross police line sudah pasti dia akan pergi ke Dataran Merdeka, dia hendak cross police line buat apa? Dia hendak cross police line hendak duduk bantah di Dataran Merdeka, itu tujuan Bersih 3.0. Jadi apa yang hendak disampaikan oleh saya kalau secara teknikal betul apa yang disebutkan, kalaulah betul pun apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu mereka merempuh garisan polis itu dengan satu tujuan untuk pergi ke Dataran Merdeka yang ada perintah mahkamah untuk menghalang mereka masuk ke Dataran Merdeka. Jadi kalau teknikal, kalaupun betul tetapi tujuan mereka hendak masuk itu adalah satu tujuan untuk melanggar perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah itu yang dimaksudkan oleh kita dan yang saya maksudkan tadi apabila saya telah membangkitkan perkara ini seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud bahawa tanggungjawab ini causation nya bermula daripada orang-orang tertentu. Bermulanya dengan jelas daripada isyarat yang dikeluarkan oleh salah seorang

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

daripada Ahli Dewan ini kepada seorang lagi Ahli Dewan ini yang telah menyebabkan rempuhan itu berlaku, itu yang dimaksudkan di sini. Akan tetapi di dalam laporan daripada majlis peguam Bar Council tidak disebut, tetapi yang anehnya Tuan Yang di-Pertua dalam pre-amble dalam mukadimah resolusi tersebut disebut; “The police were initially restrained” dia mengaku bahawa polis awalnya, asalnya tidak bertindak terhadap protestors ataupun mereka yang telah merempuh garisan tersebut. “However this change that the proximately 3.00pm when there was reported breach of perimeter barrier set up at the junction of Jalan Tun Perak and Jalan Raja”, disebut inilah puncanya. Akan tetapi dalam resolusi itu preamble, Tuan Yang di-Pertua itu mukadimah dia tetapi dalam resolusi, dalam ketetapan tidak disebut soal tanggungjawab mereka yang telah yang merempuh garisan polis, hanya kecaman terhadap polis, hanya condemnation terhadap polis tetapi di dalam preamble when you identified the cause and effect and you ignore the cause itu yang menyebabkan saya mempersoalkan kewibawaan dan kebebasan Bar Council pada hari ini. If in your own preamble dengan izin you have identified punca, cause and effect tetapi dalam rumusan, dalam resolusi tidak langsung disebut bahawa mereka sebenarnya yang telah memulakan ini juga bertanggungjawab, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Gombak yang telah memulakan rempuhan garisan polis itu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindak balas yang telah diberikan oleh polis langsung tidak disebut dalam rumusan, that is why dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya sebut bahawa The Malaysian Bar not impartial. dalam perkara tersebut dan kita bawa kepada isu yang...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Apa lagi Yang Berhormat Batu?

Tidak mempertikaikan Yang Berhormat Rembau ada hak untuk menganggap Bar Council ini berat sebelah. Saya hanya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat Rembau share the sentimen dengan Yang Berhormat Kota Belud bahawa Bar Council ini sebahagian daripada pembangkang dan sehingga bukan satu badan yang profesional dan kalau begitu saya ingin mendapat penjelasan sama ada kita bersetuju lagi memberi kuasa kepada Bar Council untuk membuat kuasa yang begitu besar untuk regulate dalam isu kemasukan pakar asing ini untuk berkhidmat dalam bidang undang-undang.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya rasa inilah tujuan perbahasan pada hari ini, tujuan perbahasan hari ini ialah kita hendak bercakap soal persediaan Majlis Peguam sama ada dalam isu liberalization, dalam isu impartiality mereka sebab itu kita hendak mendapatkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu saya sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional saya membentangkan dalam fasa pertama, bahagian pertama perbahasan saya dalam isu liberalisasi tidak ada kesungguhan daripada Majlis Peguam untuk menyediakan roadmap, blueprint ataupun cadangan melalui liberalisasi tersebut. Tidak ada.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi dalam isu BERSIH 3.0 seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud, terburu-buru sebelum adanya panel bebas, sebelum adanya laporan daripada SUHAKAM, sudah buat AGM berdasarkan kepada apa yang mereka lihat. Akan tetapi tidak berdasarkan kepada apa yang telah ditubuhkan sama ada panel bebas yang pembangkang langsung tidak percaya even SUHAKAM. Akan tetapi satu tindakan yang prejudicial yang telah pre-empt apa sahaja keterangan yang bakal dibuat mengenai apa yang berlaku pada 28 April. Jadi, dalam perkara ini yang pertamanya soal liberalisasi, not ready dan tidak melaksanakan tugas dengan baik. Kedua, soal kebebasan yang disebut oleh Yang Berhormat Subang bahawa cadangan ditubuhkan law academy adalah an attack of the independence of the Malaysian Bar and the Bar Council. I think that the Malaysian Bar, the Bar Council, Majlis Peguam has shown a complete lack of impartiality dalam kes BERSIH 3.0 dan buktinya adalah resolusi mereka. Oleh sebab itu saya bangkitkan isu yang pokok yang kedua tadi adalah penubuhan law academy seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri bukanlah untuk menggantikan Majlis Peguam. I think we have to live with Majlis Peguam. But, it does not stop us, dengan izin, from questioning the impartiality, the credibility, the profesionalisme of the Bar Council. Itu menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Itu tidak menghentikan kita daripada membangkitkan soal kewibawaan, kebebasan, ketelusan Majlis Peguam Malaysia. Saya harap Menteri dan Timbalan Menteri nanti boleh jawab sama ada law academy ini, cadangan ini akan menjadi kenyataan. Apakah cara bagaimana kita hendak memberikan suara kepada mereka yang ada kelayakan undang-undang, ada kepakaran tetapi tidak diwakili melalui Majlis Peguam Malaysia. Itu sahaja perbahasan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta Profesion Undang-undang 1976, saya ingin mengambil bahagian perbahasan mengenai dengan pindaan Akta Profesion ini dan telah mendengar pandangan daripada Yang Berhormat Subang, daripada Yang Berhormat Rembau. Tuan Yang di- Pertua, sebagaimana biasa, saya tidak akan bersifat apologetik. Saya ingin memberikan pandangan yang saya kira wajar dan sepatutnya. Tuan Yang di-Pertua, pindaan pada Akta Profesion Undang-undang ini semua kita sedia maklum adalah untuk membolehkan peguam-peguam asing untuk mengamalkan profesion mereka ini di negara kita bagi tujuan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan di peringkat antarabangsa. Niatnya baik, tujuannya baik. Cuma apa yang saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, kalau mengikut undang-undang di Malaysia, apabila seseorang itu dipanggil ke Bar untuk mengamalkan profesion undang-undang di negara kita ini, mereka mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Jadi, apabila peguam-peguam asing dibenarkan nanti bagaimana tentang kedudukan penguasaan Bahasa Malaysia kepada peguam-peguam asing ini? Saya hanya bertanya sahaja sebab saya takut bercanggah. Nanti sebab itu ditentukan mesti lulus Bahasa Malaysia peringkat SPM. Itu perkara yang pertama. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang daripada segi persediaan kerana ini untuk hendak mengangkat Malaysia menjadi hab kewangan antarabangsa, maka kita perlu pada kepakaran dan ini juga membantu daripada segi persaingan. Harapannya juga nanti ia juga boleh membantu firma-firma tempatan daripada segi pengalaman, ilmu dan sebagainya. Dalam aspek-aspek lain sebelum ini, kita lihat Tuan Yang di-Pertua, yang mana kerajaan sudah pun melaksanakan liberalisasi dan melantik banyak syarikat asing menjalankan tugas mereka, peranan mereka di negara ini dalam aspek kita katakan technology transfer, akhir sekali habuk pun tidak ada. Banyak kritikan kita lihat walaupun niatnya baik tetapi mereka hanya datang untuk buat duit sahaja. Saya tidak panjang yang saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua. Contohnya saya hendak sebut, esok-esok, apabila ada peluang, maka atas dasar kononnya persaingan, peguam tertentu masuk ke negara ini. Betullah mereka ada rakan kongsi tempatan. Macam-macam syarat boleh diletakkan. Kononnya dipilih secara telus tetapi tentu ada pihak yang tidak akan puas hati. Pihak yang tidak berpuas hati inilah nanti akan bawa isu, akan spin, “Hah tengok! Kerajaan Malaysia. Segala peluang diberikan kepada pihak asing”. Peguam-peguam tempatan, tidak diberikan peluang. Ini kronilah. Macam mana biasa dan ini akan berlaku. Saya yakin akan berlaku. Saya yakin akan berlaku sebab dalam dunia politik, dunia demokrasi untuk mencari political mileage, apa-apa pun mereka akan guna sebagaimana yang berlaku sekarang ini. Tentu akan ada tuduhan dan serangan selepas ini. Kroni itulah, kroni inilah, pilih kasihlah dan tempatan tidak diberikan peluang sebagaimana kita dengar dakwaan sebelum ini, ada juga projek-projek besar diberikan kepada pihak asing apatah lagi sekarang ini sudah liberalisasi. Tidak ada lagi syarat, kuota penyertaan ekuiti bumiputera umpamanya. Segala-galanya bebas, segala- galanya perlu bersaing di medan yang terbuka, di langit yang terbuka. Jadi, apa yang akan terjadi nanti. Kita bercakap mudah tetapi kesannya nanti akan dipikul oleh pihak kerajaan kalau ia tidak ditentukan betul-betul. Betullah, ada syarat-syarat yang akan ditentukan nanti. Berapa ekuitinya, apakah syaratnya. Ini tidak jelas. Ini terserah kepada jawatankuasa, dengan izin, we does not know what is going to be the condition. Ini serah kepada jawatankuasa nanti daripada segi penyertaan ekuiti antara pengamal undang-undang tempatan, firma guaman tempatan dengan pihak asing. Tuan Yang di-Pertua, ini perkara-perkara yang saya hendak ingatkan dari

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

awal. Tentu akan menjadi isu nanti. Tentu pihak-pihak yang tertentu akan spin nanti mengenai dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Elok apabila rang undang- undang ini dibentangkan Tuan Yang di-Pertua, dua wakil sudah berbahas dan mula menjurus pada soal peranan Majlis Peguam Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah lama berpandangan Majlis Peguam ini memang tidak boleh pakai. Memang tidak guna punya. Tidak perlu berbahas dengan pihak-pihak tertentu termasuk wakil-wakil yang kita tahu, tidak pernah pun hendak menghormati undang-undang. Hendak bertengkar buat apa. Hendak berbahas buat apa. Kalau mereka sendiri tidak faham, tidak tahu dan tidak mahu menghormati undang-undang, sebagai pembuat undang-undang di Dewan Rakyat ini pun mereka tidak faham untuk menghormati undang-undang yang mereka sama-sama turut meluluskan secara majoriti, mereka tidak juga hormati, buat apa kita hendak layan semua ini. Oleh sebab itu saya tidak apologetik, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kerajaan hendak menubuhkan akademi undang-undang satu lagi, hendak menggantikan Malaysia Bar Council, Yang Berhormat Rembau, saya sokong. I am not apologetic. Saya sokong 100% sebab memang mereka ini bukan impartial. Sudah jelas dari dahulu lagi, bukan sekarang. Sudah ada dah wakil ahli peguam, ahli Majlis Peguam Malaysia sudah dibawa ke mahkamah. Hendak impeach Majlis Peguam. Nama dia Mohd Azam. Saya mengucapkan tahniah. Walaupun dia seorang, ada juga peguam yang gigih yang tahu dan sedar tanggungjawabnya. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau ini kerana kegigihannya. Sebab kita tahu dan kita nampak sangat Majlis Peguam ini hendak jadi Kerajaan Malaysia. Majlis Peguam ini hendak mentadbir negara. Kita tahu. Sebab itu saya langsung tidak ada hormat dah. I have no respect at all. Not even 5%. Betul. Why not? Saya tidak hendak berpura-pura. Memang tidak boleh pakai. Memang Majlis Peguam tidak boleh pakai sebab peranan mereka dan mereka bercakap soal demokrasi, mereka bercakap hak asasi. Saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat Kota Belud tadi dia sebut mereka mendakwa kononnya mereka dipilih secara demokrasi. Seramai 12,000 peguam pilih Presiden Bar Council itu tidak betul. Tidak betul Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tahu dulu sebab saya pernah jadi Timbalan Menteri jaga bahagian undang-undang. Saya pernah juga dulu. Tuan Yang di-Pertua, dia pilih – Tuan Yang di- Pertua pun seorang peguam sepatutnya tahu. Dia pilih ahli Jawatankuasa sejumlah yang dikehendaki oleh Perlembagaan, kemudian Ahli Jawatankuasa ini memilih siapa jadi presiden. It is not the direct election by the twelve thousand members. Peguam lebih kurang sekarang ini 15,000. Patut lama dah mereka meminda peraturan ini supaya Presiden Majlis Peguam dipilih oleh 15,000 ahli secara langsung. Ia bukan memilih Ahli Jawatankuasa di peringkat Majlis Peguam kemudian baru memilih Presiden. Nanti Yang Berhormat Batu, duduk dahulu. Saya tidak mahu bahas dengan Yang Berhormat Batu. Kepala pun batu. Duduklah!

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang tidak faham undang-undang, tidak tahu hormat undang-undang...

Beri laluanlah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak payah berbahas.

Satu minit sahaja.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak payah, duduk Yang Berhormat. Hendak bercakap dan bantah saya selepas ini Yang Berhormat bercakap.

Saya tidak bantah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apa benda? Bukan takut. Saya tidak mahu waste times.

Saya hendak dapat pandangan dari Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey. Duduk. Bolehlah! Berilah!

Saya hendak dapat pandangan dari Yang Berhormat Pasir Mas dalam pindaan ini, kita ada Jawatankuasa

Pemilih di mana Jawatankuasa Pemilih hendak terdiri daripada anggota berikut. Dalam (b) itu Yang di-Pertua Bar Malaysia. Kedua itu adalah (d) itu dua orang Ahli Bar Malaysia yang menjalankan amalan dalam bidang amalan. Adakah memandang kepada pandangan Yang Berhormat Pasir Mas kalau Bar Council ini tidak demokratik dan tidak berwibawa sama ada kita patut setuju dengan pindaan atau kita pindah kata jangan berilah Bar Council duduk dalam Jawatankuasa yang sangat berkuasa? Nanti mereka akan mendiskriminasikan anak tempatan, orang Melayu, peguam-peguam Melayu. Mereka akan disekat sebab kuasa ini besar. Adakah ini kita harus buangkan supaya kita tidak beri kuasa lagi kepada Bar Council yang tidak berwibawa, tidak imposture, dan tidak profesion?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, cukup. Terima kasih. Nasib baik Perdana Menteri ini baik Tuan Yang di-Pertua, Barisan Nasional ini prihatin. Kalau tanya saya memang saya tidak setuju pun. Saya tidak setuju! Saya orang BEBAS, saya kata saya tidak setuju. Saya bercakap tadi soal pemilihan Presiden Malaysia Bar Council, Majlis Peguam yang saya kata tidak demokratis. Saya tidak rujuk lagi pada akta ini.

Ya, kalau mereka tidak demokratik dan kita beri kuasa untuk pemilihan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya!

Orang yang tidak demokratik akan pilih orang yang lagi tidak demokratik.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, faham. Sebab itu saya kata tadi. Ini rang undang-undang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan yang beri peluang. Saya kata pandangan peribadi saya sebagai BEBAS, kalau saya jadi Perdana Menteri, mampus saya tidak beri pun. Pergi mampuslah kamu! Hendak cakap apa lebih? Orang macam ini tidak payah kita hormat, tidak boleh kita layan. Cumanya inilah lebihnya Kerajaan Barisan Nasional. Saya ucap tahniahlah! Makna bukan perangai macam buat- buat ini, kurang-kurangnya ada juga.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dia macam ini Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Samalah juga dengan jawatan Ketua Pembangkang ini. Saya tidak percaya dengan orang Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia menipu dan banyak pembohongan yang dibuat. Akan tetapi apa hendak buat? Jawatan Ketua Pembangkang itu wujud, maka kita terpaksa mengiktiraf jawatan tersebut. Kalau nanti Law Academy ini wujud, hah! Ini kita boleh beritahu kepada Yang Berhormat Batu, kita mahu akademi ini yang menjalankan tugas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Hah! Betul.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekarang ini tidak ada pilihan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang saya terima baik pandangan Yang Berhormat Kota Belud. Tahniahlah, very intelligent.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

You are not insulting my intelligent too. Thank you. Ini bukan macam Yang Berhormat Batu. Bagus! Saya harap kalau boleh diwujudkan Akademi Undang-undang nanti beri Akademi Undang-undang ini peranan. Bukan kepada Malaysia Bar Council. Cukup sibuk Malaysia Bar Council ini. Apa hal tentang politik cukup sibuk. Bukan hendak mengurus pentadbiran Malaysia Bar Council supaya jadi lebih cekap, lebih teratur, lebih dihormati, dan lebih disiplin, menentukan peguam-peguam, menjalankan kes-kes di mahkamah mengikut masa yang ditetapkan oleh hakim-hakim, bukan selalu hendak tangguh sana dan tanggung sini. Ini tugasnya. Ini paling sibuk bila Bersih. Dah! Mula-mula lagi hantar pemantaulah, itulah, dan inilah. Macam-macam kerja. Ini tidak ada kena mengena. Tidak mengapalah. Memang kita demokrasi. Semua pihak boleh beri pandangan. Sampai kepada hendak pertahankan soal garisan sempadan. Polis pun tadi dipertikaikan kononnya belum lagi. Sampaikan Dataran Merdeka. Ini sebab pihak polis menahan atau pun menolak perusuh-perusuh ini, memanglah kita tahu ke mana mereka hendak pergi, memang hendak pergi ke Dataran Merdeka. [Ketawa] Ya, betul Yang Berhormat. Ini betul. Memang dia hendak pergi ke situ pun. Nasib baik Yang Berhormat Batu ini betul-betul

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

nasib baiklah. Kalau saya jadi polis saya tidak tahulah dia hidup atau tidak hidup ini. [Ketawa] Memang saya tidak pakai air lagi dah, saya pakai benda lain. Hah!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dia suka sangat. Mana ada perhimpunan adalah dia. Baring atas jalan, gigit telinga polis. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Semua orang tahu. Jadi tidak usahlah menegak benang yang basah. Benda yang baik-baiklah. Saya cakap terang-terang supaya semua faham. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita tengok hal perhimpunan Bersih baru-baru ini. Malaysia Bar Council ini, Majlis Peguam ini. Bawa usul, hantar notis buat usul, dan lulus usul. Semuanya tujuan kerajaan hendak discredit polis. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua. Masalah keselamatan ini. Saya ulang banyak kali dah Dewan Rakyat ini. Masalah keselamatan ini, ia mesti diurus oleh pihak polis. Polis tahulah hendak buat kerja. Tidak ada siapa yang tahu hal keselamatan. Rahsia-rahsia ini mana tahu? Sama ada di Amerika pun Tuan Yang di-Pertua setahu saya, tidak semua Central Intelligent Agency (CIA) atau pun KGB dirahsiakan. Dia lapor semua pada Presiden Amerika, dia lapor Presiden Rusia. Dia tidak beritahu. Ada perkara- perkara rahsia yang bila seseorang Perdana Menteri memegang tampuk pemerintahan, Presidenkah, ada benda yang dia simpan sebab jika ia terbongkar, jika ia diketahui, dia bukan lagi menjadi satu orang kata, a strategy untuk hendak mengawal keselamatan negara. Ini yang sebenarnya. Jadi soal masalah keselamatan biar polis. Kemudian kalau tidak puas hati bawa pergi ke mahkamah. Ini belum apa-apa lagi mereka sudah jadi hakim. Mereka sendiri pantau, mereka jadi hakim, mereka tunjuk perasaan dan selepas itu mereka kata mereka tidak salah. Bodoh punyalah!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang betul begitu!

Memang betul.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang saya tahu sebab saya memang pantau. Saya pun ada sekitar itu juga. Saya berpusing duduk tengok. Saya tahu. Jadi perkara inilah kita mesti educated. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kita sendirilah kena educated rakyat sebab sekarang ini malangnya dengan dedahan media baru ini banyak dah perkara-perkara persepsi yang tidak betul yang rakyat terima bulat-bulat dia duduk anggap betul. Dari segi laporan-laporan akhbar. Tengok ada yang bukan main lagi perhimpunan. 100,000, 300,000 walaupun 30,000 gambar-gambar cap Anwar diambil. Jadi cerita pula Bersih. Ada kata 300,000, ada kata 40,000, ada kata 30,000. Jadi masing-masing ini hendak berniaga atas angin pun boleh. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Berniaga tanpa modal, very cheap punya business. Ini semuanya hendak cuba pengaruhi rakyat oh! Sekarang ini parti kita kuat. Parti kita akan memerintah. Kita akan tawan Putrajaya. Jadi ini semua ini yang membuatkan rakyat jadi pening, rakyat keliru, dan mereka pun naik ghairah. Mereka naik ghairah pun kerana inilah. Saya menyebut perkara ini Tuan Yang di-Pertua memang dah sampai masanya something have to be done mengenai dengan Malaysia Bar Council, Majlis Peguam Malaysia ini, Mesti! Saya hendak beri sokongan kepada kerajaan. Kerajaan pun jangan teragak-agaklah. Ini saya hendak beritahu pada kerajaan. Walaupun saya tahu Dewan ini Pilihan raya 2008 berlaku tsunami. Hilang dua pertiga majoriti, jangan takut. Jangan rasa waswas. Jangan rasa hendak bertindak atau tak nak bertindak takut ini keputusan tidak popular. Kita hendak layan semua pihak. Kita hendak beri peluang semua pihak. Akan tetapi pada saya lagi banyak bertolak ansur macam-macam lagilah berlaku. Saya tahu rakyat Malaysia dengan rakyat negara lain. Saya pun cukup yakin rakyat Malaysia lagi kuat dan tegas kerajaan bertindak lagi banyak sokongan rakyat kepada kerajaan. I believe it that. Pengalaman-pengalaman dulu telah terbukti.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Akan tetapi kalau kita terus bertolak ansur, takut-takut, waswas kerana keadaan politik semasa, saya percaya lambat laun rakyat sendiri akan hilang keyakinan. That we cannot take position. We cannot take position through the country to safeguard the country, nyawa rakyat, keselamatan harta benda rakyat. Ini yang dikehendaki oleh rakyat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Maka sebab itu, sesuatu tindakan mesti diambil terhadap Malaysian Bar Council ini. Mereka tidak demokratik, mereka memang parti politik dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pun sudah buat cadangan supaya Malaysian Bar Council yang ada sekarang ini tukarlah jadi parti politik, bertandinglah dalam pilihan raya, lebih baik. Dan kerajaan teruskanlah tubuh akademi undang-undang. Tidak ada rasa segan silu, just say that they are wrong. So that the rakyat lebih mudah hendak faham. Jangan kita meniti, terumbang ambing yang rakyat keliru sebab kita ini jelas tidak jelas, hendak tidak hendak, waswas. Just act clearly supaya rakyat dapat lihat this is the way forward untuk masa depan negara. Saya berpendapat begitu, Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana saya katakan tadi memang sudah cukup melampau sudah Malaysian Bar Council atau Majlis Peguam ini. Sudah jauh sangat sudah mereka menyimpang. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Subang bila dia bahas rang undang-undang ini, bukan main lagi dia sebut dua tiga isu. Dia sentuh mengenai dengan pembelian Scorpene 1. Kemudian dia sebut mengenai dengan Ketua Menteri Sabah. Selepas itu dia sebut apa lagi tadi? [Disampuk] Ha, surat Shafie. Jadi sudah macam-macam. Maknanya semua ini hendak cari kreditlah bahawa kerajaan tidak betul dan tidak telus. Ini semualah. Cuma satu sahaja yang Yang Berhormat Subang ini dia tidak konsisten. Hal-hal pembangkang dia tidak sebut. Dia tidak sebut. Tuan Yang di-Pertua, Datuk Abdul Murad Khalid.

Tidak betul. Tipu!

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Diamlah! Datuk Abdul Murad Khalid, seorang bekas Penolong Gabenor Bank Negara. Dia bukan calang-calang orang. Penolong Gabenor Bank Negara buat statutory declaration, sumpah berkanun. Dia mendakwa Ketua Pembangkang dahulu ada menyimpan, ada 20 master account melibatkan RM3 bilion. Pada masa yang sama, bila kena dekat muka itu, ‘woo, woo’. [Ketawa] Low class. Dia sendiri mengaku dalam kenyataan bersumpahnya, dia mengatakan dia sendiri menguruskan RM120 juta kepada kroni, kepada akaun organisasi dan kepada orang-orang tertentu sebanyak RM120 juta. Dia buat statutory declaration dan dia buat PC and it is a public knowledge after 13 years. Nothing said, nothing done. Senyap sampai sekarang, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi sepatutnya... [Disampuk] Yalah, saya hendak sebutlah ini. Saya sudah tidak sebut yang lain-lain dah sebab pembangkang sudah sebut. Saya hanya hendak sebut yang pembangkang tidak sebut. [Ketawa] Mana-mana yang pembangkang tertinggal, saya hendak sebut. Mana yang disebut oleh Yang Berhormat Subang, sebutlah. Saya hendak sebut yang tertinggal, yang mereka tidak sebut. Mana dia? Jadi saya hendak cadangkan di sini, Tuan Yang di-Pertua, ini kerajaan jangan melindungi termasuk Datuk Abdul Murad Khalid sekalipun. Dia tidak boleh buat alasan bahawasanya dia jalankan kerja ini waktu itu Ketua Pembangkang ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dia kata dia takut, dia terima arahan. Itu bukan bererti satu favor yang dia tidak patut diambil tindakan. Datuk Abdul Murad Khalid ini pun mesti diambil tindakan sebab dia tahu peraturan kerajaan. Dia boleh lapor kepada superior. Dia boleh mengadu di mana tempat, dia tidak perlu takut dan dia kena dedahkan. Saya melalui Dewan yang mulia ini hendak menyeru di mana – saya tidak kenal Datuk Abdul Murad Khalid ini, di mana dia berada. Saya hendak menyeru kepada Datuk Murad Khalid ini, kalau dia betul-betul bertanggungjawab, dia buat statuary declaration, dia sahaja yang tahu, tolong dedah senarai nama-nama penerima kroni- kroni, organisasi dan individu-individu daripada RM120 juta yang disebut ini. [Tepuk] Kalau tidak, saya menganggap Datuk Abdul Murad Khalid ini buat fitnah dan dia cuba hendak merosakkan nama Ketua Pembangkang. Kalau dia sudah buat statutory declaration bahawa itulah hakikatnya...

Ya, setuju.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

...Maka dia kena dedahkan. Dia kena dedahkan perkara ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh? Boleh, Yang Berhormat?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya. Sila.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini cerita tentang hipokrasi pihak pembangkang ini yang Yang Berhormat sentuh tadi, Tuan Yang di-Pertua. Saya masih teringat apabila isu ini ditimbulkan pada waktu itu, orang yang pertama membidas Yang Berhormat Permatang Pauh pada waktu itu ialah Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bukit Gelugor yang masih lagi menjadi Ahli Parlimen sampai sekarang ini. Mereka memberi satu pandangan bahawa tohmahan itu betul, bahawa tindakan yang dibuat oleh Datuk Murad itu adalah satu perkara yang perlu disiasat dan mereka memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh pada waktu itu memang mempunyai berbilion-bilion ringgit. Sekarang apa sudah jadi, Yang Berhormat Pasir Mas? Yang Berhormat Ipoh Timur sudah jadi tikus mengenai isu ini. Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah jadi tikus apabila isu ini ditimbulkan dua atau tiga hari yang lepas. Mereka pula mengatakan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri mesti keluarkan juga senarai akaunnya. Ini hipokrasi tahap apa ini, Yang Berhormat Pasir Mas? Ini pada saya – itu sebabnya saya katakan Yang Berhormat Ipoh Timur ini bukan lagi seorang pemimpin DAP yang betul- betul menjiwai perjuangan DAP. Saya dahulu sebelum saya masuk dalam Dewan Rakyat ini, antara orang lain yang paling saya suka dengar hujahnya ialah Yang Berhormat Ipoh Timur. Akan tetapi sekarang ini dia seperti lalang. Kalau ada political mileage, persetankan semua pendiriannya. Ini masalah besar. Sebab itu seperti mana tadi Bar Council kita patut buang presidennya itu, saya kira Yang Berhormat Kepong mesti mengambil alih parti ini sebab saya rasa Yang Berhormat Kepong sahaja yang bisa.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Setuju. Kalau Yang Berhormat Kepong ambil alih, semua dunia aman. Dia orang baik. Dia orang Kelantan ini, orang Tumpat. Ramai orang tidak tahu ini. Dia surat khabar Jawi pun dia boleh baca. Saya cukup sokong Yang Berhormat Kepong ini. Tuan Yang di-Pertua, bila disebut Yang Berhormat Ipoh Timur oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi pun saya setuju, memang tidak konsisten. Kadang-kadang hipokrit. Jauh beza dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor saya hormat, quite konsisten dalam pendiriannya. Itu saya tahu. Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur kita tahu, menikus betul sudah. Tidak konsisten. Persoalannya masalah tidak konsisten. Jadi bila kita lakukan kesalahan, defendnya mudah, “Ah, orang lain pun buat sama, orang lain pun ada akaun sama, kenapa tidak ambil tindakan?” Itu bab lain. Kalau kita ada commit offence, kita commit offence lah, kita mengakulah. Simple as that. Saya bukan peguam, macam yang dulu-dulu peguam ini. Saya bukan peguam tetapi saya pun faham undang-undang. Setakat yang saya belajarlah, bukan temple inlah, Yang Berhormat Kota Belud. Saya belajar dekat Holiday Inn, Jalan... Setakat itu sahajalah saya belajar. Setakat Holiday Inn. Walaupun Holiday Inn, ten time better than temple inn. Ini kerana yang pentingnya konsisten. Kalau kita pandai undang-undang tetapi berbelit sana, berbelit sini, hendak guna ilmu undang-undang kita untuk belit dan mengelirukan orang, tidak guna. Tidak guna langsung. Jadi kita kena telus, kita kena adil, kita kena ikhlas. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maka sebab itu saya mengatakan tadi, sekali lagi saya ulang, kerajaan mesti fikir cari jalan bagaimana hendak betulkan Majlis Peguam Malaysia ini. Kalau tidak boleh, saya minta, saya desak dan saya cadang tubuhkan cepat Akademi Undang-undang ini. Ini yang penting sekali. Jadi Malaysia Bar Council jadi bilik pembangkang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud, jalan apa tadi?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jalan benteng.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jalan benteng. Itu Majlis Peguam Malaysia milik pembangkang. Tubuh Akademi Undang-undang Malaysia, itu milik Barisan Nasional. No problem. Apa jadi masalahnya? Tidak payah sebab kita sekarang ini hendak berdolak-dalik. Rakyat faham. Kita tidak payah seperti yang saya kata tadi. Cara terang-terang. Milik Barisan Nasional itu milik kerajaan supaya konsisten sebab kerajaan of the day dia kena jalankan kerja. Dipilih dalam pilihan raya tubuh kerajaan, maka dia kena melaksanakan tugasnya. Jadi kalau tugasnya diganggu gugat sana sini, susah hendak jalankan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Selepas empat tahun, lima tahun ada pilihan raya, rakyat nak periksa performance tetapi bagaimana pemerintah nak perform kalau banyak gangguan semasa empat tahun? As simple as that. Macam mana pelabur nak datang? Macam

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

mana nak wujud peluang pekerjaan? Macam mana nak tentukan negara jadi aman? Sekarang ini di tangga ke-19 negara Malaysia paling aman. Bagaimana nak naik nombor 10 tetapi kalau BERSIH 4.0, BERSIH 5.0 datang lagi, makin turunlah. Jadi gangguan banyak. Jadi, kalau gangguan banyak, macam mana nak perform? Mereka ini pula kalau Barisan Nasional perform, lagi mereka takut sebab mereka nak kuasa, mereka hendakkan Putrajaya. Jadi, mereka kena spin isu-isu yang boleh menguntungkan mereka, cuma saya tengok masalah kerajaannya, kerajaan kadang- kadang defensive, saya punya pandangan. Tidak berapa nak menyerang sebagaimana pembangkang menyerang kerajaan. Tadi Tuan Yang di-Pertua, saya nak berkongsilah. Saya bersembang dengan Yang Berhormat Kota Belud masa minum tadi. Saya tengok malam-malam ceramah banyak. Kecik, besar. PKR, PAS, DAP tiap-tiap malam. Rajin betul mereka berceramah. Musim bola Euro 2012 ini rehatlah tengok bola, pun berceramah juga dan yang ceramah ini siapa? Semuanya heavyweight pembangkang, di peringkat tinggi- tinggi. Kerajaan pula saya tengok kalau ceramah malam-malam itu JASA, pegawai BTN, ustaz. Saya tak tahulah apa dia sampai mesej, setakat mana kemampuannya. Jadi, saya nak cadangkan kepada pihak kerajaan terutamanya Menteri-menteri Kabinet, Timbalan Menteri, termasuklah rakan saya, Ketua Pemuda dari Rembau. Sekarang ini saya minta turun, buat ceramah menerangkan dasar-dasar kerajaan, jawab isu-isu ini. Bagus Yang Berhormat Rembau cakap tadi tetapi rakyat di bawah tak tahu. Rakyat bawah dikelirukan. Jadi, sekarang ini ceramah-ceramah diharap kepada pegawai-pegawai. Saya nak minta Menteri, selain daripada urusan terima cek, sampai cek, kerja-kerja rasmi kementerian di Mid Valleykah, di Sunway Lagoonkah. Ini kerja- kerja rasmi inilah, rasmi seminar sana, rasmi seminar sini, tak boleh nak cakap politik. Nak serang orang pun tak boleh, nak beri penjelasan pun tak boleh. Saya cadang malam buang baju kot, buang tie, lupa Menteri sekejap, turun di desa-desa, turun di kawasan-kawasan di seluruh negara tempat mereka ini berceramah. Beri penjelasan, jawab isu-isu yang memang saya tahu banyak tak betul bagi rakyat memberi semula sokongan kepada kerajaan. Saya tak kisah siapa pun memerintah asalkan rakyat makmur, rakyat senang, negara selamat. Itu sahaja. Tak ada siapa yang tongkat langit. Kita hidup ini bukan lama sangat pun. Tuan Yang di-Pertua, jadi itu sahaja pandangan saya. Jadi, minta tolonglah ambil tindakan kepada Malaysia Bar Council ini. Ini Majlis Peguam yang dah lama kena kencing manis, dah sakit lama. Nak ubat pun tak boleh dah.

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi, kalau tegur macam mana pun mereka tidak akan berubah. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya..., minta laluan atau nak berhujah? Saya nak bagi terus ini...

Beri laluan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Beri laluan? Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya dengar dengan cukup khusyuk sekali kerana Yang Berhormat Pasir Mas ini orang yang cukup berpengalaman apatah lagi beliau adalah bekas Timbalan Menteri yang bertanggungjawab tentang perundangan. Apa yang saya nak sebut di sini, sekarang kita sedang membincangkan tentang Rang Undang-undang Profesion Undang-undang. Peguam-peguam adalah mereka-mereka yang dalam kumpulan high integrity. Orang yang sentiasa dihormati dalam masyarakat. Orang yang kalau cakapnya lurus, tak ada bohong punya, tak tipu. Akan tetapi akhir-akhir ini banyak persepsi daripada masyarakat rupa-rupanya orang yang kita harapkan untuk membela kita daripada segi keadilan rupanya kadang-kadang menyalahgunakan kuasa mereka, bukan sahaja menipu, membunuh bahkan ada kalangan mereka juga terlibat dengan penyalahgunaan wang. Apa yang saya nak sebut di sini Yang Berhormat, tentang ada kalangan peguam-peguam kita yang terlibat dengan politik. Seharusnya kedua-dua profesion ini adalah berlainan dan tidak boleh disatukan. Apabila kita seorang peguam yang sebenarnya praktis, dalam masa yang sama kita menjadi ahli politik yang aktif juga tetapi kita tidak dapat sebenarnya

menjadikan ataupun membela ataupun bercakap perkara yang benar. Selalunya kita dapat lihat apa yang berlaku. Sebelum ini kita dapat lihat macam Yang Berhormat Bukit Gelugor, macam Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Barat, satu ketika dahulu bantai Ketua Pembangkang habis-habisan semasa Ketua Pembangkang berkuasa tetapi sekarang membela Ketua Pembangkang walaupun mereka tahu perkara yang sebenarnya sedangkan mereka juga adalah peguam yang praktis dan menjadi ahli politik sepenuh masa. Jadi, bolehkah saya nak minta pandangan daripada Ahli Yang Berhormat sebagai orang yang cukup berpengalaman tentang kedudukan kedua-dua ini? Profesion seorang peguam dan juga dalam masa yang sama seorang ahli politik. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Betullah itu Yang Berhormat, pandangan Yang Berhormat itu. Oleh sebab itu adakala saya berfikir tetapi nanti orang kata saya tidak demokratik. Dulu waktu kita bahas Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya, Jawatankuasa Pilihan Khas, saya teragak-agak nak buat cadangan tetapi memang tak boleh sebab undemocratic pula, itu hak rakyat. Saya nak kata ini kalau nak jadi peguam, jadi peguam. Kalau nak bertanding pilihan raya, tidak payah jadi peguam. Pilih antara satu. Kalau tidak inilah jadi ini. Jadi betullah Yang Berhormat punya pandangan itu. Saya terima Tuan Yang di-Pertua. Jadi, selain daripada itu saya dah sebut tadi hal Majlis Peguam, saya nak gulung dah ini dan satu lagi saya nak sebut sekali lagi, saya menggesa, mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja ataupun menyediakan kertas putih supaya rakyat nak tahu dakwaan Datuk Murad Khalid ini betul ataupun tak betul. Kalau betul, mesti diambil tindakan!... [Tepuk] Kalau betul, mesti didedahkan and please for God sake, saya merayu kepada kerajaan don’t be apologetic. Jangan takut walaupun hilang 2/3 majoriti sebab tindakan yang tegas nantilah yang akan mengembalikan kuasa 2/3 masyarakat kepada kerajaan Barisan Nasional. Ini pandangan saya sebab saya orang kampung, saya menjelajah seluruh negara, saya bercakap di warung, di kedai kopi, di surau, di masjid saya bercakap dan inilah finding yang saya dapat. Rakyat hendak kerajaan tegas, rakyat hendak kerajaan lakukan sesuatu yang mereka boleh yakinkan. Jadi kes ini kes besar. Tuan Yang di-Pertua, atas masa yang diberikan kepada saya, saya ucap berbanyak-banyak terima kasih, jutaan terima kasih. Saya menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Seremban.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk ambil bahagian dalam rang undang-undang ini. Saya suka cakap Tuan Yang di-Pertua, saya akan bangkitkan dua atau tiga isu sahaja secara ringkas. Sebenarnya apa yang kita ada di hadapan Dewan yang mulia ini iaitu rang undang-undang ini ialah dengan izin, ironical sebab melalui rang undang-undang ini kita akan alu-alukan peguam-peguam datang kepada Malaysia daripada negara-negara yang lain untuk praktis dalam Malaysia tetapi saya dapat tahu baru-baru ini dua peguam yang datang dari France iaitu seorang nama Joseph Breham dan lagi seorang lagi bernama William tidak dapat masuk dalam negara kita. Bila dia datang, dia ada buat permohonan untuk masuk dalam negara kita untuk bagi servis kepada satu NGO seperti SUARAM. Saya tidak tahu kenapa dua orang peguam ini tidak diberi peluang untuk masuk ke negara kita untuk beri servis dan saya ingat ini satu isu yang penting di mana Menteri yang berkenaan mesti akan berikan penjelasan dalam isu ini. Saya sokong secara principle Tuan Yang di-Pertua, saya sokong bill ini tetapi principle saya ada sedikit reservations di antara seksyen-seksyen yang ada dalam rang undang-undang ini. Pindaan yang pertama dalam rang undang-undang ini ialah di atas seksyen 13 dan jikalau kita bacakan akta ibu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seksyen yang dalam akta ibu di bawah seksyen 13(5), katakan, “The Bar Council may in its sole discretion upon application made to it supported by satisfactory evidence in writing given by the Attorney General exempt a qualified person who serve in the judicial or legal service…” selama tiga tahun.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Ini berkenaan dengan admission to the Bar. Saya sokong pindaan ini sebab di seksyen 13(5) sebab tiga tahun sebagai hakim atau majistret atau di atas legal dan juridical service cukup untuk menjadi seorang peguam untuk praktis dalam negara kita. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya akan menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua. Kita akan berhati-hati di atas pindaan ini sebab ini boleh dengan izin, open the flood gates untuk peguam-peguam daripada negara-negara lain masuk dan membuat praktis di dalam negara kita tetapi kita mesti menjaga kepentingan hak-hak peguam tempatan iaitu local lawyers yang ada praktis. Kadang-kadang ada orang- orang yang kita katakan dalam legal profesion, one man show atau satu syarikat ada dua atau tiga orang peguam. Akan tetapi apabila kita mahu compete with the giant daripada negara-negara yang lain ini ada sedikit masalah. Saya alu-alukan satu seksyen dalam rang undang-undang ini kita ada satu selection committee di bawah seksyen 40. Jikalau kita baca seksyen 40, iaitu seksyen 40C(2) di muka surat 4 dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “The Selection Committee shall consist of the Attorney General, the President of the Malaysian Bar, a person to be appointed by the Attorney General from the public sector; and two members of the Malaysian Bar”. Jikalau kita kira apa yang dikatakan di bawah seksyen 40 ini, jumlah ialah lima. Izinkan saya mencadangkan untuk ditambah enam ahli lagi dalam seksyen ini iaitu tiga daripada pihak kerajaan dan tiga daripada parti pembangkang. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada seksyen 40C(2) iaitu the President of the Malaysian Bar. Ramai Ahli Yang Berhormat serang Bar Council tetapi saya ucapkan syabas kepada kerajaan sebab jikalau dia baca seksyen ini kita boleh tahu kerajaan akan hormat Malaysian Bar yang diwakili oleh Bar Council, mewakili 13,000 peguam dalam Malaysia. Point yang lain ialah peguam-peguam yang datang daripada negara ialah syarikat-syarikat international law firms dan sangat besar punya legal firm. Biasanya bil dihantarkan kepada rakyat kita di Malaysia. Kadang-kadang satu simple case tidak kurang daripada RM100,000 atau RM200,000. Kadang-kadang bil itu boleh menjadi setengah juta atau satu juta. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua dalam seksyen ini yang dikatakan denda iaitu seksyen 40B(2) dan seksyen 40H. Dalam kedua-dua seksyen ini dendanya ialah RM100,000 sahaja. This is my personal opinion Tuan Yang di-Pertua. This is a very small amount jikalau kita bandingkan dengan bil-bil yang dihantar oleh peguam-peguam daripada negara lain. Oleh sebab itu saya merayu kepada Menteri yang berkenaan untuk menyemak semula seksyen ini. Menurut pandangan saya, the fine should be minimum RM200,000 sehingga RM1 juta. That is my personal opinion sahaja. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bil yang dikemukakan pada hari ini, di sesi ini memang satu bil yang seharusnya menarik perhatian yang lebih mendalam oleh pihak kerajaan. Seperti mana yang dihujahkan dan dibahaskan dengan panjang lebar tadi, saya cukup setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau berkenaan dengan hal ini. Kita lihat bahawa bil ini membenarkan syarikat-syarikat besar datang ke Malaysia dan menubuhkan amalan guaman atau praktis. Akan tetapi apabila kita lihat berkenaan apakah sebenarnya yang diperlukan sebagai kriteria memang tidak ada disebut secara detail, apakah kriteria yang akan diambil kira sebelum sesuatu syarikat tersebut atau satu amalan guaman tersebut dapat dikatakan dengan izin, comes within the requirement of the section. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat kepada bil ini kita lihat bahawa kuasa diberikan kepada Bar Council dan juga yang arif apa yang penting tidak disebutkan secara mendalam tadi adalah bukan sahaja Bar Council tetapi apa yang perlu juga adalah approval of the Attorney General, dengan izin, untuk make rules to provide for various section of sub-sectors seperti mana kita lihat dalam seksyen 40O. Tuan Yang di-Pertua, masalah yang kita lihat adalah ini. Apabila kita lihat kepada bil ataupun undang-undang yang telah pun ditetapkan atau digariskan, kita

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

tidak dapat sebarang penyertaan. Yang Berhormat Menteri ada di sini, saya hormat itu. We have to be specific. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, kita lihat banyak bil yang dikemukakan di mana apa yang dinyatakan adalah cukup general atau umum. Ini apa yang dikehendaki tetapi rules akan dibuat oleh pihak-pihak yang tertentu. Persoalannya adakah itu betul dan memadai di mana sepatutnya kita sebagai badan yang menggubal undang-undang seharusnya diberitahu apakah rules atau kriteria dan kita yang seharusnya membahaskan kriteria-kriteria tersebut. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seremban tadi juga kita boleh faham. Sebagai seorang pengamal undang- undang, saya pun tertanya-tanya what happens to the smaller practices? Bagaimanakah undang-undang ini akan membantu mereka. Siapa yang akan membuatnya atau who will speak for them, dengan izin. Itu satu perkara yang kita perlu lihat. Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu zaman sekarang, globalization dan sebagainya memang banyak firma-firma antarabangsa yang menunjukkan bahawa mereka juga hendak datang ke Malaysia dan beramal. Akan tetapi kita di Malaysia sendiri ada masalah, Yang Berhormat Menteri sendiri tahu. Kita sekarang ini mengalu- alukan peguam daripada antarabangsa. We expect them to come here and even perhaps to practice, dengan izin. Akan tetapi walhal di Malaysia pula kita lihat bahawa peguam-peguam daripada East Malaysia are not allowed to practice in West Malaysia as of right. It’s the other way round. The West Malaysia is not allowed to practice in East Malaysia. Thank you. Persoalannya apakah yang berlaku di sini? Peguam-peguam daripada Malaysia tidak dibenarkan untuk beramal di Sabah dan Sarawak tetapi kita menggubal satu bil di sini di mana kita menyatakan kita biarkan peguam daripada merata dunia datang ke Malaysia dan beramal di East Malaysia dan West Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Bagi cadanganlah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya akan majukan di situ. Saya hendak tanya. We can’t do hot and cold Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini bukan perkara baru. Ini perkara yang telah pun dibangkitkan sekian lama. Saya faham bahawa yang membawa bantahan kepada peguam-peguam daripada West Malaysia praktis di East Malaysia adalah the local law societies of Sabah and Sarawak. Jadi persoalannya adakah local law of societies tersebut telah pun diberi peluang untuk memberi pandangan mereka apabila rang undang-undang ini digubal? Because it will be completely, it will quite embarrassing, honestly Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau kita mengadakan satu keadaan di mana orang asing firma antarabangsa boleh praktis as of right di Sabah Sarawak tetapi firma-firma daripada West Malaysia tidak dibenarkan untuk beramal di situ. So apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dalam perkara ini? Perhaps you could consider widening up the term foreign law firms to include law firms from West Malaysia to go also to Sabah dan Sarawak. That will be a simple way out but it is totally embarrassing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ataupun sebaliknya Yang Berhormat ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Atau sebaliknya, ya saya baru hendak cakap baru hendak dicadangkan. It will be embarrassing so ini kita berbalik kepada isu pokok yang saya bincangkan tadi. Kalau kita ada kriteria Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ditunjukkan apakah sekarang dalam minda AG Chambers dalam hal bagaimana kita hendak tubuhkan satu kriteria. Maka kalau kita lihat kepada kriteria tersebut saya rasa perkara ini dapat kita selesaikan. Kita dapat juga pendapat daripada law society Sabah, law society Sarawak. Kita minta bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini but of course I will leave it to Menteri to answer and from there of course I will raise a certain question. Berkenaan dengan isu kedua yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di- Pertua adalah isu seksyen 40O juga. Di mana kita menyatakan bahawa apa-apa sebarang peraturan yang dibuat, rules that are made has to be with the approval of the Attorney General. Persoalan yang dibangkitkan adalah ini, kita sebagai negara yang mengamalkan satu sistem demokrasi persoalan adalah sama ada kita seharusnya membenarkan Peguam Negara juga campur tangan dalam hal membuat peraturan- peraturan untuk mengkaji ataupun untuk melihat kriteria dalam soal sama ada atau tidak satu firma antarabangsa boleh beramal di Malaysia. Saya juga akan mengulangi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

We have to look back at our Attorney General. Soal yang dibangkitkan oleh pihak sana tadi yang kita dengar daripada Yang Berhormat Kota Belud, kita dengar daripada Yang Berhormat Rembau. Semua kritik Bar Council. Kritik Bar Council kerana Bar Council kononnya berat sebelah dan sebagainya. Saya tidak faham apa masalah dia kalau Bar Council tersebut keluar satu report berkenaan dengan apa yang beliau atau apa yang mereka lihat semasa perarakan Bersih. Bukankah mereka berhak untuk keluarkan satu laporan sendiri yang digubal oleh orang-orang mereka yang telah pun melihat. Itu soal lain tetapi persoalan yang dibangkit dalam ini kenapa tidak juga dikritik tindakan Peguam Negara? Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini kita lihat banyak kes yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Subang cukup jelas berkaitan dengan isu Scorpene. Bila kita hendak minta siasatan dibuat dalam statutory declaration Datuk Murad Khalid. Persoalan yang timbul ialah kenapa kita tidak juga minta untuk siasatan dibuat ke dalam isu-isu berbangkit dalam kes Scorpene dan sebagainya, di mana dikatakan bahawa Perdana Menteri kita juga kemungkinan ada kaitan dengan apa yang berlaku. Itu lebih serius, lebih serius Tuan Yang di-Pertua. Kita ada satu keadaan di mana negara kita Malaysia isu berkenaan dengan negara kita, isu berkenaan dengan Kementerian Pertahanan, isu berkenaan dan mengaitkan Perdana Menteri ini dibincangkan di Paris. Akan tetapi kita lihat bahawa Malaysia langsung tidak mengambil berat, langsung tidak hendak mengambil tahu, langsung tidak hendak menjawab kepada perkara-perkara yang berbangkit. Isu itu berbangkit berkenaan dengan Peguam Negara. Adakah Peguam Negara Tuan Yang di-Pertua satu orang ataupun satu pihak yang boleh kita katakan pihak yang bebas. Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini juga ada satu hal yang berbangkit dan ini juga melibatkan isu kebebasan Peguam Negara dalam mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tertentu. Tuan Yang di-Pertua, pada 6 Mei tahun ini seorang nasional atlet Malaysia iaitu seorang peninju seorang boxer bernama Mohd Farkhan Mohd Haron. Beliau telah pun memenangi the gold medal in the Sea Games dalam tahun 2009. Beliau dipukul dan dibelasah sehingga hampir mati Tuan Yang di- Pertua. Satu laporan polis telah pun dibuat. Kalau kita baca laporan polis tersebut kita boleh lihat the details bagaimana beliau dipukul. Beliau juga menyatakan di dalam laporan polis tersebut bahawa beliau dipukul oleh seorang yang mengatakan bahawa beliau adalah daripada kerabat Diraja Johor. Soal yang bangkit ialah kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan yang diambil? Tuan Yang di-Pertua beliau dipukul berkali-kali untuk jangka empat jam. It started about four o’clock in the morning of the 6 of May 2012 di mana beliau diminta untuk pergi ke satu rumah. Di mana beliau diserang oleh beberapa orang termasuk seorang yang mempunyai gelaran tengku. Bukan cukup dibelasah muka beliau face cheekbones was broken dipukul sehingga mata dan eye socket dislodge. Selepas itu dibawa digunakan parang ditunjuk bom, ditunjuk pistol, gambar diambil. Tidak cukup dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dibelasah lagi beliau cuba lari. Apabila beliau cuba lari beliau di – he was chased ditangkap semula selepas ditangkap semula di jalan raya. So daripada rumah lari kepada jalan raya di depan semua orang, di depan khalayak orang ramai dipukul lagi, dibogelkan selepas itu diikat Tuan Yang di- Pertua dimasukkan ke dalam satu kereta dalam keadaan berdarah teruk. Bibir pecah mulut koyak, tidak bermaya lagi. Ini laporan polis saya ada saya bacakan. Ini berlaku in broad day light pada pukul 7.30 pagi di hadapan kelihatan semua orang tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini. Persoalan yang saya hendak tanyakan kepada Dewan yang mulia ini, apakah tindakan yang diambil oleh Peguam Negara? Kenapa Peguam Negara tidak berani ambil tindakan? Tuan Yang di-Pertua hal sebegini kita tahu, kita tahu hal sebegini memang selepas berapa lama kita tidak akan dengar disebut lagi. Akan tetapi Peguam Negara dalam negara ini telah pun menunjukkan sikap yang cukup menyesalkan. The Attorney General of this country has shown that he is ineffective and not fit to be Attorney General, dengan jelas. Kalau seseorang itu boleh menjadi juara negara Tuan Yang di-Pertua, a national boxer who is supposed now to take part in the Olympic. Didatangi orang yang bergelaran Tengku dan sebagainya diambil tindakan dibelasah sebegini di Johor. Members of Parliament of Johor also here kenapa tidak ada sebarang tindakan? Kenapa tidak ada seorang pun yang hendak bantu seorang sebegitu? Kenapa pihak Peguam Negara kita diberi kebebasan sebegitu? Ini menjadi isu-isu. Saya hendak jawapan, saya hendak jawapan daripada pihak Perdana Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya hendak jawapan daripada pihak Timbalan Menteri. Ini menjadi Dewan kita kena menunjukkan kita hendak meluluskan bills di mana kita hendak membawa orang-orang daripada luar negara. Kita hendak berikan kepada mereka pandangan bahawa Malaysia ini satu negara demokratik bebas di mana Peguam Negara bebas. Akan tetapi kita lihat kes-kes sebegini tidak ada tindakan. Bagaimana kita hendak jawab soalan ini? How do we explain? Tuan Yang di-Pertua, bapa kepada peninju ini the father of the boxer came to see me with the complaint two weeks ago. Beliau kesal tidak ada tindakan diambil. Beliau minta pertolongan, he was under stress and last Sunday he pass away as well umur dia 50 tahun. Now this is what happen in this country Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada sebarang sebutan after this Timbalan Menteri bila jawab soalan saya dia tidak akan sebut dia tidak akan kata anything about it. Nobody will take about anything and the individual Malaysian citizen is left to sit down and just ask himself. Why is it there’s no action taken? Everybody here will remain totally silent including Members of Parliament from Johor. None of them will do anything Tuan Yang di-Pertua. Jadi soalan yang berbangkit adalah kewibawaan Peguam Negara. Tidak guna kita sebut dalam seksyen 40O kita biar Peguam Negara yang buat keputusan. Di mana kita semua tahu bahawa Peguam Negara tidak bebas, tidak adil dan memang tidak melaksanakan tugas beliau sebagai Peguam Negara. This is not fit as I said earlier.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Berbalik kepada isu yang akhir. Tadi, apa yang dikatakan oleh rakan saya daripada Pasir Mas. Beliau mengatakan bahawa sebenarnya Bar Council itu tidak boleh pakai, tidak guna. Menggunakan perkataan “pergi mampus”, dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, ini menjadi standard Parlimen kita hari ini. This is what we do. Saya tidak menyokong Bar Council. Saya pun boleh menyatakan dua, tiga keadaan di mana Bar Council tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap beberapa peguam. Kita ada kes V.K. Lingam. Kenapa sampai sekarang tidak ada tindakan yang dibuat? Kes yang melibatkan Datuk Shafie seperti mana yang dinyatakan, kenapa tidak ada tindakan? I don’t support them tetapi persoalan yang kita bangkitkan as Members of Parliament, bukankah tugas kita untuk mendengar, kita melihat. Kalau hendak bertanya berkenaan dengan panel, Bar Council menyatakan kita menubuhkan, mendirikan panel kita sendiri. Kita ada saksi-saksi yang menyiasat, mereka beri laporan. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri ada melihat, ada nampak, ada berjumpa dua, tiga peguam yang dibelasah oleh pihak polis, tidak ada sebab langsung. Saya menimbulkan kes Mohd Haijan Omar. Mohd Haijan Omar is my Legal Assistant. Apakah yang berlaku kepada dia? Pada pukul 7 petang Tuan Yang di- Pertua, selepas semua sudah habis, beliau pergi minum kopi di satu warung, beliau sedang jalan balik ke kereta. He was going back. Tidak ada orang Tuan Yang di- Pertua. Beliau jalan, tiba-tiba wujud satu kereta dengan pegawai polis. Mereka keluar dan tanya dia, ”You siapa?” Dia kata, “Saya peguam.” “Mengambil bahagian dalam perhimpunan tadi?”. Dia kata, ”Saya peguam. I’m an observer”. No questions asked after that, belasah. Pecah bibir, all blood everywhere, tendang. Beritahu peguam kena tendang lebih. So, kita fahamlah. If you have your own panel yang akan buat siasatan, biar mereka yang buat siasatan tetapi jangan kritik Bar Council kerana Bar Council membuat siasatan sendiri. Jangan kritik Bar Council kerana mengambil inisiatif untuk membuat satu siasatan. Kita ada panel yang dikatakan panel bebas Tuan Yang di-Pertua. Siapa yang menjadi ketua panel tersebut? Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Orang yang sama ini dua minggu sebelum daripada itu mengatakan bahawa apa yang digunakan, taktik yang digunakan oleh orang-orang yang menganjur BERSIH tersebut adalah ala komunis. This is a man who has already made a stand, a public stand tetapi Perdana Menteri kita, dia ini as usual, will keep quiet dan saya setuju. I think Ahli Parlimen Pasir Mas completely right. The problem with our Prime Minister is that he is weak. He cannot made decisions. Dia hanya mendengar, but the end of the day, he is a coward, coward. I use the word coward. Let me ask you this. Apa yang berlaku kepada Datuk Ambiga, Tuan Yang di-Pertua. Di rumah beliau, itu boleh berlaku kepada kita. Yang Berhormat Kota Belud, it can happen to you.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sit down.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

I will give you, I will give you.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tadi, sebelum masuk pergi sana. Saya hendak cerita sedikit pasal...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You don’t even understand.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bukan sekejap. Saya kata saya akan bagi masa.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sebelum masuk ke point yang lain.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya kata saya akan bagi masa bukan. Do you want a chance to speak? Then sit down, sit down. Please, I’m asking you properly. I know it is embarrassing.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

But, don’t say. I sit downlah. I am not a dog.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Please, please, sila duduk. You want me to speak in Punjabi to you? You don’t understand English or Malay. Alright, I’m sorry for that, but I will give you a chance. You know I always give you a chance. Boleh berlaku kepada seorang bekas ketua Bar, seorang yang telah menerima anugerah daripada pelbagai negara antarabangsa. Whether you like it or not, is not the point. The fact remains that she has been given certain recognitions. Yang hendak cakap, bangunlah cakap...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You waitlah. Yang lain yang hendak bangun, beritahulah siapa. I will give you a chance kerana kalau dia tidak betul, kita akan cakaplah. No problem. Persoalan yang berbangkit adalah ini Tuan Yang di- Pertua, adakah kita selamat? Are we safe?Bila kita berbuat sesuatu yang tidak diterima atau tidak di sukai oleh pihak bersebelahan. Likewise, you and us, are same. Bolehkah kita balik ke rumah dengan selamat, dengan tidak ada orang yang berkumpul di situ, boleh?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Boleh.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, ada sekumpulan orang yang datang ke rumah, bukan sahaja orang yang biasa. Ketua Menteri Pulau Pinang dan mereka membuat... [Disampuk] Itulah saya katakan coward, bukan sahaja PM. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pun kalau hendak cakap...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkataan coward itu adalah unparliamentarily kepada seorang Ahli Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat. Saya diam ini.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Unparliamentary. Dia pun coward jugak.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya kira itu unparliamentarily word. Saya minta ditarik balik.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Tarik balik itu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya tidak akan tarik. Saya minta Perdana Menteri jawab kepada saya. Bila seseorang Ketua Menteri Pulau Pinang, bukan sahaja Pulau Pinang, anywhere else Tuan Yang di-Pertua. If it is offensive, I’m sorry. The point is this, kalau seorang Ketua Menteri boleh dilayan sebegitu di mana orang boleh di luar rumah dia, at the gate of his house, conduct his funeral rites. Tuan Yang di-Pertua, semasa itu Ketua Menteri tidak ada di rumah. Siapa di rumah..., family, anak? Berapa umur anak dia? Antara 7, 8 years old. Apa salah anaknya? Seorang duduk dalam rumah lihat keadaan sedemikian. Can we imagine if your children will put through it? I mean surely, isu sebegini. They are MP’s, so they can… Is it? Boleh berlaku, kamu layak. Tidak apa, esok kita pergi rumah kamu, buat sedemikian, boleh?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau berlaku kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional, I will stand up and say it is wrong. Tidak boleh, saya akan minta pihak kerajaan, saya akan minta Peguam Negara menjawab kenapa tidak ada tindakan diambil. Memang itu boleh berlaku kepada kita. So, ini menjadi isu yang dibangkitkan. Yang Berhormat Kota Belud, silakan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya ialah laporan daripada Majlis Peguam. Soal mewujudkan laporan, itu tidak menjadi masalah. Saya kira kalau mereka mahu membuat laporan, itu hak mereka untuk membuat laporan tentang apa yang berlaku semasa Bersih 3.0. Yang dipertikaikan oleh rakyat dan ramai pihak ialah ketidakseimbangan laporan tersebut. Ini bukan soal untuk menidakkan mereka mengeluarkan satu laporan terhadap apa yang mereka rasakan they feel very strongly about, dengan izin. Ini ialah berkenaan dengan ketidakseimbangan. Ini masalahnya. Keduanya ialah saya kira Yang Berhormat mengatakan tadi tentang Tun Hanif yang tidak layak untuk menjadi ketua kepada panel bebas ini. Saya beg to differ, dengan izin. Sebab pertamanya ialah saya kira penyiasatan ini akan dibuat secara terbuka. Semua orang boleh memantau perjalanan, penyiasatan tersebut. Akhirnya nanti kita akan mengkritik kalau berlaku penyelewengan ataupun pilih kasih dan tidak adil dalam laporan yang dibuat oleh panel ini. Saya kira Yang Berhormat boleh berdiri di dalam Dewan ini dan mengkritik. Akan tetapi sekarang ini walaupun Tun Hanif adalah bekas IGP dan mempunyai pandangan terhadap beberapa isu, saya kira kita bagi peluang kepada beliau dan beliau tidak boleh lari daripada public scrutiny, dengan izin, apabila membuat dan menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pengerusi panel bebas ini. Ini pada saya walaupun mungkin betul Tun Hanif itu seorang yang mungkin dari segi pemikirannya lebih mirip kepada polis tetapi saya kira untuk jawatan ini ianya harus dijudge, dihakimi melalui proses perjalanan penyiasatan suruhanjaya ini. Saya cuma ingin bagi sedikit pandangan. Satu lagi Yang Berhormat tentang apa yang berlaku di hadapan rumah Datuk Ambiga. Saya bersetuju, sepatutnya pada pandangan saya dan saya tweet perkara ini. Saya kira kalau ada orang yang ingin membuat bantahan terhadap Datuk Ambiga, patut buat di Jalan Bukit Bintang. Ada 100 orang, 200 orang, hari-hari jamkan Kuala Lumpur ini. Ini yang patut dibuat oleh mereka yang membuat demonstrasi di hadapan Datuk Ambiga. Cuma saya ingin minta pandangan Yang Berhormat. Apabila ia ada kaitan dengan Bersih ini, kita kan selalu apabila kita demonstrasi, kita mesti berada dalam satu ruang lingkup yang ada kaitan dengan organisasi atau individu yang kita mahu buat demonstrasi. Bersih, di mana kita mahu buat demonstrasi. Saya bukan mempertahan orang ini tetapi saya cuma ingin menyelami pemikiran mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, ringkaskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Oh, minta maaf. Okey Yang Berhormat. Tidak apalah, you have one more minute. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada ucapan penangguhan Yang Berhormat. Kena jawab esoklah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya gulung. Saya hendak gulung. Saya hendak gulung, just one minute kalau boleh Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya terima kasih kepada pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi tetapi this is what I’m saying, bagi dia peluang, Bar Council has their opportunities let them investigate, let them say what they want. Kalau you hendak kritik, kritik tetapi jangan datang ke Dewan mengatakan dia tidak ada hak. Mengapa dia buat secepat, mengapa dia didalangi Pakatan Rakyat, all this nonsense. The usual nonsense that you speak in this Dewan and I know, I’m really strict that is why I get up for object. The second aspect is berkenaan dengan apa yang kamu katakan orang yang hendak berdemonstrasi di hadapan di rumah Ambiga sepatutnya pergi ke Jalan Bukit Bintang, I don’t agree, I don’t think that is what they have supposed to do. Kalau

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

mereka hendak berdemonstrasi, go and demonstrate where they do not what you call commit or put her and her family lives in danger. That is what I’m saying.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

But on the floor kalau Jalan Bukit Bintang pun tidak boleh? Kalau dia berdemonstrasi di Jalan Bukit Bintang pun tidak boleh?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya tidak boleh bersetuju kalau I do not know what Jalan Bukit Bintang you are talking about but the point...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no, no tidak akan tidak boleh...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

But the point is you do not understand what I’m saying, don’t do it in front of her house.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no, no I’m agree.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You agree so sudahlah.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sepatutnya mereka ini pergi ke Jalan Bukit Bintang, setiap hari, setiap hari orang-orang Kuala Lumpur tahu bahawa demonstrasi ini baik untuk mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You agree is it? You agree.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau dia setuju maka itu saya rasa menjadi yang saya rasa kita hendak bersatu. We have to together say at Attorney General should have taken action. They shouldn’t stop this. This kind of culture can’t be allowed to remain dan ini menjadi..

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Let see again the coward culture, coward culture from Barisan Nasional is very-very clear tetapi tidak bermasalah. Tuan Yang di-Pertua saya dengan ini mengakhiri ucapan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat, saya ingat tidak begitu teruk sangatlah tetapi saya masih memperingatkan perkataan yang kurang elok itu jangan pakailah Yang Berhormat. Jadi kedua-dua belah ada gunakan perkataan itu jadi saya tidak hendak sebutlah. Sebelah sini pun sebut macam umpama sabotaj satu-satu isu dan selepas itu ada juga disebut macam-macamlah. Jadi saya ingat yang eloknya kembalilah kepada prinsip asal, jalan asal, kita gunakan perkataan yang elok-elok, baik-baik. Kita akan deliver exactly the same message juga Yang Berhormat dengan perkataan yang manis- manis itu. Bersopan-santun, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri ucapan penangguhan.

Usul — Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3)Motion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) Majlis Mesyuarat pada hari ini akan ditangguhkan sekarang.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Ucapan-Ucapan Penangguhan — Restoran Imbi Palace Diroboh Tanpa NotisAdjournment

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua iaitu pada 14 April 2012, jam 8.00 pagi sebuah restoran terkenal lama bernama Restoran Imbi Palace terletak di Jalan Barat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur telah dirobohkan oleh penceroboh seramai 70 orang tanpa kemahuan pemilik restoran dan mengejut ramai orang. Sewaktu dirobohkan para pekerja restoran sedang bekerja di dalam restoran yang dijadikan kesukaan banyak keluarga menikmati hidangan makanan tradisional Cina telah tersembam di bumi. Tuan Yang di-Pertua, restoran ini beroperasi secara sah dan berlesen selama 9 tahun. Tapaknya adalah milik Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan yang disewa secara kontrak. Oleh kerana tanah seluas 75 ekar di kawasan Imbi telah diambil oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi projek Kuala Lumpur International Financial District termasuk tapak Restoran Imbi Palace. Maka penghuni di situ tiada pilihan lain kecuali terpaksa berpindah. Biasanya penghuni-penghuni akan dinotiskan terlebih awal supaya sama ada dibayar sagu hati tetapi berlainan pula layanan yang diterima oleh pengusaha dan pekerja di Restoran Imbi Palace tanpa sebarang notis maka pada 14 April lalu, sekumpulan penceroboh telah merobohkan bangunan Restoran Imbi Palace tanpa mengambil kira pekerja- pekerja sedang dalam bangunan. Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja pengusaha hilang sumber pendapatan perniagaan tambahan malah para pekerja menghadapi kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba. Sewaktu kerja meroboh berlangsung, pengusaha restoran menelefon polis dan mereka berkejar datang tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan tindakan meroboh. Tuan Yang di-Pertua apabila diajukan pertanyaan pihak 1Malaysia Development Berhad menafikan bahawa tindakan merobohkan restoran itu atas arahan. Berikutan itu laporan polis telah dibuat oleh peguam pengusaha dan sehingga sekarang setelah sebulan berlalu tidak ada tindakan susulan dan siasatan oleh pihak polis. Agak pelik juga tanah yang sudah dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad tetapi tidak diketahui dan menafikan bahawa tindakan merobohkan restoran itu adalah di bawah arahannya. Jika begitu arahan siapa dan atas maksud apa dilakukan. Pihak polis seharusnya menyiasat siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab atas kerja- kerja meroboh bangunan itu. Pihak 1Malaysia Development Berhad sebagai pemilik baru tanah tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk bayar ganti rugi dan remedy kepada pengusaha Restoran Imbi Palace, jika tidak kepada siapa tuntutan patut dikemukakan. Kedua, pihak polis Kuala Lumpur hendaklah menyegerakan siasatan dan bukan lepas tangan untuk menjejaki penceroboh bertindak seumpama itu. Kumpulan samseng memusnahkan harta restoran tidak sewajarnya kejadian seumpama ini berlaku dan mencemari imej Kuala Lumpur International Financial District yang sedang dibangunkan oleh 1 Malaysia Development Berhad. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Devamany a/l S.KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, tapak tanah Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) adalah hak milik kerajaan dan telah dipindah milik kepada 1MDB sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk tujuan pembangunan strategik negara. Insiden di Restoran Imbi Plaza yang terletak di atas tapak tanah KLIFD telah disebabkan oleh pertelingkahan antara penyewa induk ataupun main lessee dan pihak- pihak yang menyewa daripadanya iaitu sub lessee. Mengenai perkara berkaitan pengosongan premis saya rasa ini Yang Berhormat Bukit Bintang amat tahu kerana kita telah mengadakan pelbagai perbincangan bersama untuk mencari penyelesaian yang baik antara semua pihak. 1MDB yang tidak terlibat sama sekali dengan kejadian itu

Dato' Devamany a/l S.KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

walau bagaimanapun terpaksa menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian yang boleh dipersetujui oleh semua pihak seperti mana yang dilaporkan oleh media massa iaitu pada tanggal 21 April 2012. 1MDB telah memainkan peranan sebagai orang tengah ataupun mediator dengan berkesan dan berjaya menyelesaikan pertelingkahan melibatkan premis tersebut. Tuan Yang di-Pertua, tuduhan Yang Berhormat Bukit Bintang bahawa tiada notis dikeluarkan adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah cara Yang Berhormat memutarbelitkan untuk tujuan political mileage. Maka ini adalah tindakan yang saya rasa tidak begitu baik demi kesejahteraan semua. Kali pertama notis pengeluaran pengosongan dikeluarkan adalah pada 6 Disember 2010 kepada main lesse dan sub lesse. Diikuti dengan beberapa notis seterusnya sehinggalah ke tarikh penyerahan tanah yang sepatutnya berlaku 30 Mac 2012. 1MDB telah membuktikan komitmennya dalam memastikan proses penempatan semula di tapak tanah KLIFD dilaksanakan dengan adil dan saksama terhadap semua pihak yang terlibat.

Dato' Devamany a/l S.KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Lebih 90% pemindahan yang melibatkan perniagaan penduduk serta warga asing bertaraf pelarian telah berjaya diselesaikan dengan baik, dengan kerjasama DBKL, UNHCR dan pihak-pihak politik. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, pada mulanya tanah itu disewa oleh Pasar Rakyat. Chinese Hawker Center seramai 150 orang yang meniaga, sudah diselesaikan dengan rundingan pada September 2011. Lepas itu hawker-hawker stall yang lain, dengan restoran-restoran, dengan kedai-kedai yang ada, melalui koperasi 30 orang, sudah pun diselesaikan pada Julai 2011. Selepas itu production house yang sewa itu, sudah diselesaikan pada Januari 2012. Chong Fatt Seafood Restaurant yang sewa di sana, Ogos 2011 sudah pun selesai. Restoran Myanmar punya refugee, semua sudah selesai. Ada 13 orang yang duduk sana, itu pun sudah selesai pada Mac 2012. Tinggal Imbi Plaza, Taylor Restaurant, dan ini pula ia sewa daripada main pemilik, dia sublet, sublet dan masalah yang berlaku ialah antara main lesse dengan sub lesse, bukan 1MDB. Saya rasa Yang Berhormat Bukit Bintang tahu mengenai hal ini, betul-betul tahu dan masalahnya kita tahu. Maka saya minta supaya kalau tindakan perlu diambil seterusnya melalui polis, tolong pursue proses itu. Akan tetapi janganlah menyalahkan 1MDB kerana kesabaran dua tahun untuk selesaikan kerana yang meniaga adalah rakyat jelata yang perlu dijaga. Kita bukan kejam, Yang Berhormat. Dahulu semasa di Dewan Negara pun saya sudah jawab, kali ini pun saya jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penubuhan Satu Alternatif Bagi Menyaingi Persatuan Peguam Malaysia Adalah Langkah Berbahaya

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, gagasan kerajaan untuk menubuhkan satu alternatif bagi menanding dan menyaingi Majlis Peguam (Bar Council) adalah satu langkah yang berbahaya yang menimbulkan kepincangan besar bahawa negara kita kini terdapat dua ataupun pelbagai sistem dan piawaian dalam pengamalan guaman secara kolektif, satu, sebagai badan induk bagi memupuk dan memelihara keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka, dan satu lagi sebagai satu rekaan dan peralatan untuk memberi suara kepada pengamal-pengamal guaman yang pro kerajaan semasa. Ini bermaksud bidang guaman bagai satu cabang perundangan dalam konvensyen pemisahan kuasa, the separation of powers, kini boleh dikotak-katikkan dalam mainan politik yang ditentukan oleh pihak yang memerintah. Ada suara kerajaan yang mendakwa Majlis Peguam kini tidak berwibawa kerana Mesyuarat Umum Luar Biasa yang dianjurkan untuk membincangkan keganasan polis semasa Bersih 3.0 hanya dihadiri oleh sebilangan kecil perwakilan meskipun ia cukup syarat dalam mana sebanyak 939 peguam membuang undi menyokong usul pro Bersih sementara 16 yang menentang.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Namun, the silent majority may not agree, kata Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh. Kenapa pula perwakilan yang lain yang tidak hadir dalam EGM layak dianggap sebagai silent majority, sedangkan mereka tidak terasa terpanggil untuk hadir dan membahas satu perkara mustahak tentang kejadian-kejadian pencabulan hak asasi manusia khususnya dan salah laku polis amnya. Bukankah Parlimen ini telah meluluskan dan Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan kepada Akta Profesion Guaman 1976 yang mensyaratkan penubuhan dan kewibawaan Majlis Peguam. Apakah para Ahli Parlimen kini diajak, diumpan, dipaksa untuk memberontak terhadap proses penggubalan undang-undang yang dianggap sebagai satu tanggungjawab yang tidak boleh dilentur? Jika kerajaan semasa tidak sekata dengan Majlis Peguam dan kerajaan tidak berupaya menerima sebarang saranan yang bercanggah dengan arus minda kerajaan, maka satu alternatif harus ditubuhkan. Maka, jika kerajaan tidak sehala dengan pendirian Suhakam, maka satu alternatif harus dicari untuk menggantikannya. Adakah itu salah satu sebab kenapa Suhakam tidak dijemput untuk menjalankan siasatan berkecuali terhadap dakwaan keganasan polis ke atas orang awam semasa Bersih 3.0 dan peranan tersebut diberikan kepada seorang bekas ketua polis yang sudah pun mengambil pendirian peribadi yang dirinya pro polis dan anti Bersih. Saya merayu supaya kerajaan gugurkan sahaja gagasan penubuhan Law Academy ataupun penubuhan satu alternatif bagi menyaingi Majlis Peguam. Gagasan itu bukan sahaja berbahaya malah ia akan menyegerakan keruntuhan sistem guaman dalam negara ini, di mana hanya yang condong dan selari dengan minda kerajaan yang dianggap sah dan kuasa eksekutif menjadi jauh lebih besar daripada kuasa legislative dan perundangan. Sekian.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu dan kecemerlangan dalam bidang undang-undang. Sehubungan itu, pada tahun 2002, kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu Akademi Undang-undang Malaysia melalui penggubalan Rang Undang-undang Akademi Undang-undang Malaysia. Cadangan penubuhan Akademi Undang-undang Malaysia ini bukanlah satu alternatif kerajaan bagi menyaingi dan menandingi peranan dan fungsi Majlis Peguam Malaysia. Penubuhan Majlis Peguam Malaysia adalah mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976 dan kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkannya atau meminda mana-mana peruntukan di dalamnya. Majlis Peguam Malaysia masih boleh berfungsi seperti yang ada sekarang. Penubuhan akademi ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah badan yang bukan sekadar dianggotai oleh pengamal undang-undang tetapi dapat mewakili anggota profesion undang-undang secara lebih menyeluruh, melibatkan pelbagai golongan seperti anggota kehakiman, ahli akademik, pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara, bekas hakim, penasihat undang-undang syarikat swasta dan sebagainya. Kerajaan tetap percaya bahawa keahlian yang bersifat terbuka akan menarik lebih ramai pengamal undang-undang, pegawai perundangan dan kehakiman, ilmuwan, individu yang terlibat dengan undang-undang serta individu lain yang mempunyai latar belakang undang-undang supaya menyertai dan memberikan sumbangan terhadap kemajuan perundangan negara melalui akademi ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum, setakat ini terdapat kelompangan institusi kerana individu yang berlatar belakang undang-undang tidak mempunyai badan tunggal sebagai naungan mereka. Tidak dapat dinafikan golongan profesional ini kini sangat memerlukan ataupun dengan izin, in their dire need of sebuah badan sebagai lambang muafakat individu yang berkelayakan undang-undang. Harapan kerajaan untuk menubuhkan sebuah akademi undang-undang Malaysia bertujuan untuk menyediakan badan yang tersusun bagi menyatukan individu pelbagai cabangan, berasaskan faktor ataupun penyebut sepunya ataupun common denominator dengan izin, yang dikongsi bersama yakni kelayakan undang-undang. Berdasarkan faktor sepunya itu, dipercayai akan terhasil penggemblengan sinergi individu yang berkelayakan undang-undang yang mampu memperkakaskan kerangka perundangan Malaysia. Oleh yang demikian, cadangan penubuhan akademi ini yang mempunyai keahlian yang bersifat terbuka sesuai dengan desakan dan juga tuntutan sekarang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, antara cadangan fungsi Akademi Undang-undang Malaysia ini adalah: (i) Untuk menggalakkan dan mengekalkan standard yang tinggi dalam perlakuan dan juga pengetahuan anggota profesion undang-undang di Malaysia; (ii) menggalakkan peningkatan dan juga penyebaran pengetahuan undang-undang; (iii) mengadakan pendidikan undang-undang yang berterusan bagi anggotanya; dan (iv) menjadi medium bagi individu yang mempunyai pengetahuan undang-undang tetapi tidak menjadi pengamal undang-undang untuk turut memberi pandangan serta berkongsi kepakaran dalam isu-isu berkaitan undang- undang di mana ini secara tidak langsung akan menjadikan sumber rujukan undang-undang lebih luas berbanding sebelum ini. Penubuhan akademi ini akan dilaksanakan melalui cadangan Rang Undang- undang Akademi Undang-undang Malaysia. Cadangan penubuhan Akademi Undang- undang Malaysia ini juga bukanlah suatu tindak balas kerajaan terhadap Majlis Peguam Malaysia. Ini kerana cadangan penubuhan akademi ini telah dipersetujui lebih 10 tahun yang lalu oleh Majlis Peguam Malaysia pada masa itu. Namun begitu, pelaksanaan akademi ini tertangguh disebabkan oleh faktor kesesuaian masa. Sesungguhnya penubuhan Akademi Undang-undang Malaysia akan melengkapi dan mengembangkan lagi kemajuan perundangan di Malaysia serta bergerak seiring serta melengkapi Majlis Peguam Malaysia yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Selasa, 12 Jun 2012.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.52 petang]