Dewan Rakyat · 25 June 2012
15th Parliament, session 5, meeting 2 · 866 turns · 63,916 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tahap kemajuan pembinaan Unit Rawatan Kebakaran di Hospital Bintulu yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Tuan Yang di-Pertua, Unit Rawatan Kebakaran di Hospital Bintulu merupakan salah satu projek yang telah diluluskan dalam second rolling plan Rancangan Malaysia Ke-10. Skop projek ini mula dijalankan pada bulan November 2010 sebagai langkah proaktif Kementerian Kesihatan bagi menangani dan menyediakan rawatan bagi kes kebakaran memandangkan terdapatnya industri petroleum dan gas di Bintulu yang berisiko tinggi. Skop projek ini meliputi penyediaan kemudahan-kemudahan seperti burns bath tiga unit, unit rawatan, bilik rawatan, bilik pegawai, katil untuk pesakit termasuk untuk rawatan rapi dan isolasi 10 unit, kemudahan penginapan untuk penjaga, kemudahan rehabilitasi dan ruang penyimpan peralatan. Konsultan bagi projek ini telah dilantik pada bulan Disember 2011 dan kerja reka bentuk bermula pada awal bulan Januari dan siap pada bulan Mei 2012. Dokumen tender telah siap disediakan dan perlu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Seksyen Pengurusan Nilai untuk kelulusan dan dijangka tender dapat diiklankan selewat- lewatnya pada bulan September 2012. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan dapat dimulakan pada bulan Januari 2013 dengan tempoh pembinaan selama 15 bulan. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan diberi daripada kementerian. Saya mengucapkan terima kasihlah kepada kementerian atas perhatian dan tindakan untuk unit-unit kebakaran di Bintulu. Akan tetapi saya ada sedih sedikit. Masalah kita daripada mula kita berbincang daripada masyarakat dari Bintulu, kita duduk, kita ada meminta tiga tingkat unit kebakaran. Kita pun sudah setuju tapak di mana. Kita pun setuju kementerian buat bangunan kosong tiga tingkat. Kita akan minta swasta daripada syarikat petroleum membantu peralatan semua. Saya baru-baru ini masyarakat beritahu, pengarah daripada hospital ada persoalkan ini isu bantuan daripada swasta, kerajaan tidak berminat. Dia kata kementerian sendiri ada banyak wang, sendiri boleh bina ini unit kebakaran dan daripada tiga tingkat dia turunkan kepada satu tingkat. Paling susah hati daripada masyarakat, difahamkan akhir sekarang mahu tender itu bangunan jadi satu tingkat pun kosong juga tetapi tiada peralatan. Jadi, syarikat petroleum semua kata kalau satu tingkat, masuk lagi peralatan semua, berapa lagi bed boleh tinggal? Pasal baru-baru ini ada pakar-pakar petroleum ada explosion, bila hantar victim ini semua sampai hospital, semua kelam kabut. Tidak boleh cope itu victim daripada kebakaran sana. Jadi saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bolehkah kita hendak ikut balik janji dahulu? Kita mahu tiga tingkat itu unit kebakaran, kita dapat bantuan daripada swasta minta peralatan semua. Malah, tidak berapa sesuai itu tempat mereka bina, mereka bina di car park. Ini hospital sudah tidak cukup car park. Ini trafik polis sudah tiap-tiap hari masuk saman.
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.
Ini mahu bagi penjelasan sedikit pasal ini jadi satu isu ini. Sekarang, orang keliling sudah cerita. Ini satu lagi, car park lagi. Sekarang ini kita tidak bincang, nanti cerita lain. Akan tetapi kenapa itu tapak pun tukar pergi car park? Bukan Yang Berhormat Menteri itu sendiri sudah buat lawatan tapak sudah setuju tetapi akhir sekali tukar lagi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu kerana begitu prihatin dengan projek Burn Unit Hospital Bintulu dan memang saya amat setuju dengan usaha gigih Yang Berhormat Bintulu untuk mendapatkan sokongan syarikat-syarikat petroleum untuk menderma alat-alat dalam hospital tersebut sebagai satu projek CSR. Kita memang setuju dan saya harap dapat komitmen daripada mereka kerana Burn Unit yang kita sediakan ini memang memerlukan lebih banyak alat yang perlu dapatkan sokongan daripada syarikat-syarikat tersebut.
Selain daripada itu, berhubung dengan kenapa Burn Unit ini dibina di tempat car park yang sedia ada. Ini kerana menurut pakar surgeon tersebut, mereka perlu bangunan itu dekat dengan OT dan Burn Unit selalunya bina berdekatan dengan bilik operasi untuk memudahkan penyelenggaraan dan penjagaan rawatan pesakit-pesakit tersebut. Oleh itu, dianggarkan peruntukan yang diberi pada masa lawatan saya hanya RM6 juta memang tidak mencukupi dan kita telah tingkatkan kepada peruntukan sebanyak RM10 juta. Sekarang dengan peruntukan RM10 juta kita boleh bina 10 katil, 10 beds Burn Unit dengan bare alat-alat yang minima. Kita sekiranya hendak tukar balik dengan design tiga tingkat, memang peruntukannya tidak cukup dan juga ia memakan masa yang agak lama. Sekarang pun sudah memakan masa sudah. Saya sudah tengok Tuan Yang di- Pertua, projek ini pun sudah makan masa yang terlalu panjang. Saya perlu percepatkan kerana Hospital Bintulu memang amat memerlukan Burn Unitnya. Ini kerana buat masa ini pesakit yang mengalami kecederaan akibat kebakaran yang ringan dirawat di Hospital Bintulu, tetapi yang berat kena hantar ke Hospital Umum Sarawak. Oleh itu kita hendak mempercepatkan juga Burn Unit yang sedia ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah perancangan baru jangka pendek dan jangka panjang pembangunan wanita dan keluarga setelah kementerian ini diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota pada 27 Jun kerana pertanyaan ini menyentuh perkara yang berkaitan.
Baik Yang Berhormat.
Cabaran dunia digital dan modenisasi yang melanda masyarakat telah membawa impak yang besar kepada dimensi, sosial, ekonomi, budaya dan kehidupan masyarakat. Justeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa memberi tumpuan khusus dalam menangani masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Selaku peneraju Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat, saya meletakkan harapan yang tinggi bagi menentukan perjuangan untuk pembangunan sosial seharusnya seiring dan sejalan dengan pembangunan ekonomi dalam usaha kita mendapat pengiktirafan dan status sebagai negara maju yang holistik menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan hasrat ini, tumpuan dan komitmen kementerian melibatkan semua kumpulan sasar dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program sama ada dilaksanakan oleh kementerian sendiri mahupun menerusi agensi-agensinya.
Tuan Yang di-Pertua, susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, kerajaan sedang memastikan kumpulan wanita yang kompeten dapat diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat awam tersenarai. Dalam hal ini, kementerian telah melaksanakan inisiatif ‘Program Pengarah Wanita’ atau dengan izin, ‘Women Directors Programme’. Program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal wanita dalam melaksanakan peranan sebagai ahli lembaga pengarah menerusi kaedah latihan yang berstruktur mengambil kira kemahiran teknikal dan soft skills. Adalah disasarkan seramai 200 orang pengarah wanita akan dilatih menjelang bulan Disember 2012. Setakat ini seramai 20 orang pengarah wanita yang berkaliber telah dilatih pada bulan Februari dan siri selanjutnya akan diadakan pada bulan Julai ini. Selain itu, satu daftar ahli lembaga pengarah wanita juga telah mula beroperasi pada bulan April 2012 sebagai sumber calon wanita korporat yang kompeten dan sesuai dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu kementerian dan TalentCorp. sedang mengadakan program bagi mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai kepada wanita profesional. Antaranya membangunkan micro site bagi mewujudkan pangkalan data wanita profesional yang berhasrat kembali bekerja untuk dipadankan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai insentif dan kemudahan sokongan dengan izin, flexible working arrangement. Micro site ini akan dilancarkan pada bulan Julai 2012 ini. Selain itu, insentif potongan cukai berganda akan diberikan ke atas perbelanjaan latihan oleh syarikat-syarikat terbabit mulai tahun taksiran 2013. Tuan Yang di-Pertua, pepatah Melayu ada mengatakan “mana sungai tiada berhulu”, di mana institusi keluarga menjadi asas kehidupan semua manusia di muka bumi. Menyedari hakikat ini, kementerian amat menitikberatkan pengukuhan institusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara. Selaras dengan pelaksanaan Dasar Keluarga Negara, kerajaan telah melancarkan “Gerakan 1Malaysia, Family First” di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan pada 17 Jun 2012. Sehubungan ini, mulai tahun 2012 bulan November akan diisytiharkan sebagai bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara. Bagi syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebet atau potongan 100% dibenarkan bagi semua perbelanjaan keraian. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, susulan inisiatif bidang keberhasilan utama meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, ‘Program 1Azam’ telah dilaksanakan. Program ini menyediakan peluang menjana pendapatan kepada keluarga berpendapatan rendah dalam bentuk perniagaan dalam bidang perniagaan pertanian, perkhidmatan dan pekerjaan. Suka saya nyatakan di sini bahawa bagi tempoh 1 Januari 2011 hingga 30 April 2012, ‘Program 1Azam’ di bawah penyelarasan Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama lima agensi pelaksana iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan Amanah Ikhtiar Malaysia telah menampakkan keberkesanannya dengan penyertaan sejumlah 80,597 orang peserta khususnya daripada senarai e-Kasih dan penerima bantuan JKM meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Menjelang penghujung tahun 2012, ‘Program 1Azam’ dijangka mencapai sasaran 100,000 orang peserta. Tuan Yang di-Pertua, tidak syak lagi tanggungjawab memimpin Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat membolehkan saya melaksanakan lebih banyak inisiatif yang dapat memberikan faedah terus pada golongan yang memerlukan terutama sekali di peringkat akar umbi. Dalam hal ini, saya berharap agensi-agensi kerajaan yang lain dan juga pertubuhan bukan kerajaan sektor korporat, ahli akademik dan anggota masyarakat dapat berganding bahu bersama Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk meningkatkan kemajuan dan kesejahteraan sosial rakyat Malaysia keseluruhannya.
Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang hadir pada hari ini untuk menjawab soalan sendiri walaupun belum lagi berani menerima cabaran debat dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Eh! Janganlah, tidak ada kaitanlah. Siapa kata tidak berani, tidak ada keperluan.
[Dewan riuh]
Jadi saya sudah dengar pembentangan daripada Perdana Menteri, saya sudah dengar perancangan itu dan soalan saya Tuan Yang di-Pertua adalah bagaimana Perdana Menteri menjalankan tugas yang banyak selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pengerusi-pengerusi itu dan ini, menjelajah seluruh negara, janji ditepati hendak memikul jawatan Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat ini dengan janji-janji yang disebut tadi.
Sedangkan kita lihat banyak dasar-dasar wanita yang masih belum terlaksana. Saya di sini ada 20 list dasar-dasar wanita belum terlaksana, yang seolah-olah ‘hidup segan, mati tak mahu.’ Gadis Penan tidak lagi terurus.
[Dewan riuh]
Dasar Wanita Negara tidak terurus, gender budgeting tidak terurus, Global Gender Index tidak terurus, kesetaraan gaji tidak terurus. Mengarusperdanakan wanita pun tidak terurus. Seperti apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan tadi, Women Directors Programme yang diumumkan pada 20 Oktober 2010 dan juga 25 Oktober 2010 serta juga Rancangan Malaysia Kesepuluh, pembangunan masyarakat yang progresif 10 Jun 2010. Ini yang hendak memberdaya wanita, empower of women, 30% of the decision making process.
Tidak ada kerja lainkah? Buat fitnah sahaja.
Akan tetapi malangnya tidak mampu meletakkan seorang Menteri Wanita di kerusi itu. Sedangkan ramai wakil rakyat wanita di sini yang layak untuk menjadi Menteri.
[Dewan riuh]
Kalau inilah yang dikatakan gender sensitization, ini bukan gender sensitization, ini bukan mengarusperdanakan gender. Tidakkah ada wanita UMNO, 1.2 juta yang ada tidak mampu menjadi Menteri wanita.
Dia melalutlah Tuan Yang di- Pertua. Melalutlah. Tahan dia bercakaplah.
Tidakkah ini mempersendakan wanita?
[Dewan riuh]
Jadi saya juga cabar, kalau ini sebagai satu langkah sementara.
[Dewan riuh]
Beranikah Yang Amat Berhormat Pekan untuk mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari ini? Saya juga hendak bertanya pada Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat. Tidak. Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Bagaimana kita hendak – okey, ini soalan.
[Dewan riuh]
Soalan! Saya sebagai wanita di Malaysia ini, saya juga mewakili wanita seluruh Malaysia. Bagaimana kita hendak menghentikan senda-senda laman sosial yang “melipstickan” Perdana Menteri, yang “mengeyeshadowkan” Perdana Menteri, yang memakaikan pemerah pipi pada Perdana Menteri, pakai tudung, pakai baju kurung. [Dewan riuh] Bagaimana kita hendak menghentikannya?
Yang Berhormat.
Kita hendak tengok kalau Yang Amat Berhormat Pekan betul-betul hendak mendayakan wanita, Yang Amat Berhormat Pekan harus berani untuk melantik seorang Menteri wanita untuk duduk di kerusi itu. Sudahlah dua sahaja Menteri dalam Kabinet ini wanita, satu diambil balik, tinggal satu sahaja Menteri. Apa dasar 30%?
Yang Berhormat sudahlah. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Ampang.
Apa dasar 30%, sedangkan ini pun tidak mampu dilakukan?
Yang Berhormat Ampang.
Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
[Dewan riuh]
Saya dengar Perdana Menteri tadi menjawab dengan peradaban yang amat baik. [Tepuk] Jadi, sila Yang Amat Berhormat Menteri.
Betul Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita. [Tepuk]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Pun tidak mencerminkan.
Ya memang, mulut dia boleh tahan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tidak adakah wanita lain? [Ketawa] Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita itu. [Tepuk] Saya sudah kata Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya keberkesanan program kita. Kalau kita lihat kedudukan wanita di dalam negara kita ini, kemajuan wanita adalah sesuatu rekod pencapaian yang kita banggakan. [Tepuk] Tidak usahlah gusar, saya pegang sementara sahaja. Sampai pilihan raya, bila Barisan Nasional menang nanti, insya-Allah.
[Dewan riuh]
Kita serah kepada wanita ambil alih kementerian. Terima kasih.
Saya hendak dengar, berhenti dulu baru saya menjemput Yang Berhormat. Sebagaimana saya sebut tadi, Perdana Menteri cukup kesopanan. Sila Yang Berhormat Tenggara. [Dewan riuh]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya kesianlah dengan Yang Berhormat daripada kawasan Ampang ini. Kesian betullah. Hari ini datang ke Parlimen hendak bertanya soalan dengan Perdana Menteri sambil itu mencurah rasa penuh kekecewaan terhadap apa juga janji-janji kerajaan pembangkang yang tidak dapat ditunaikan.
[Dewan riuh]
Dekat Selangor tidak dapat ditunaikan, dekat negeri-negeri lain tidak dapat ditunaikan, jadi bawa bahana kekecewaan itu di Parlimen. Kesianlah, kesian. Akan tetapi tidak apalah, oleh kerana kesian, kita teruskan perjuangan untuk wanita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bagi pihak keseluruhan wanita Malaysia termasuklah Ampang, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pertama kali dalam sejarah, Perdana Menteri menjadi Menteri menjaga kepentingan wanita, menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pertama kalinya kerana meletakkan agenda wanita itu sebagai agenda negara dalam perancangan pembangunan negara. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita cakap serupa bikin bukan seperti mereka. Cakap berdegar-degar tetapi kosong. Jadi, soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita ucapkan terima kasih, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada kementerian yang sentiasa bekerja keras untuk menentukan supaya wanita ini sentiasa dimartabatkan. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah, apa agaknya – ini mulut baik, bukan mulut merapu. Mulut baik, bukan mulut merapu. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah agaknyalah apakah perancangan-perancangan, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menterjemahkan impian wanita. ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’ ini supaya pencapaian 30% wanita dalam pembuat keputusan. Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terangkan wanita dalam korporat dan sebagainya.
Soalan saya ialah kepada 30% wanita dalam pembuat keputusan untuk meletakkan suara wanita itu dengan lebih lantang lagi seperti di kerajaan-kerajaan tempatan, penambahan kerusi kepada Dewan Undangan Negeri, penambahan kerusi kepada Parlimen dan sebagainya. Jadi akhirnya esok, Parlimen ini akan dipenuhi oleh wanita sahaja kecuali jawatan Perdana Menteri untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Timbalan Perdana Menteri. Jadi, soalan saya...
Baik, baik Yang Berhormat.
Apa yang agaknya akan dilakukan...
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
...Oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebagai harapan wanita kerana kami perlukan lebih banyak lagi perjuangan yang perlu dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Terima kasih. Kita ambil alih termasuk kawasan Ampang juga.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya dari segi jawatan dalam sektor awam khususnya bagi jawatan utama sektor awam peringkat JUSA. Kita telah mencapai peningkatan yang begitu ketara yakni daripada 18.8% pada tahun 2004 kepada 31.7% pada tahun 2011 yang dianggotai oleh kaum wanita. [Tepuk] Dari segi hakim Mahkamah Sivil, daripada 22.3% pada tahun 2008, sekarang ini kepada 34.4% pada tahun 2011. Manakala peratusan ketua pengarah wanita di peringkat persekutuan meningkat daripada 11.8% pada tahun 2007 kepada 20.7% pada tahun 2011. Sektor yang masih kekurangan lagi ialah di peringkat sektor swasta termasuk oleh syarikat-syarikat PLC, Public Listed Companies dan sebab itulah program yang saya telah sebutkan tadi itu sebagai menyediakan sekumpulan wanita yang mempunyai kemahiran yang boleh meyakinkan pemilik-pemilik syarikat swasta melantik mereka sebagai anggota lembaga pengarah. Saya juga melihat Tuan Yang di-Pertua, sepertimana saranan Ahli Yang Berhormat tadi bahawa di peringkat pihak berkuasa tempatan perlu kita tambah lagi keanggotaan wanita. Kita akan membuat satu saranan kepada semua kerajaan-kerajaan negeri untuk menimbangkan tambahan wanita di peringkat kerajaan tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan ringkas.
Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat, saya mengucapkan tahniah kerana berani, sanggup memangku jawatan kementerian ini. Sebaik sahaja Yang Amat Berhormat memangku kementerian ini, nampak gayanya tugas pertama iaitu memperkasakan wanita sebagaimana diterangkan dua soalan tadi, saya nampak belanjawan tambahan pun tertinggal untuk memberi tumpuan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini. Tidak ada dalam belanjawan tambahan ini. Jadi saya hendak tanya, adakah perkara ini berlaku disengajakan ataupun Yang Amat Berhormat merasakan bahawa peruntukan yang lalu yang begitu banyak untuk kementerian ini tidak dapat dibelanjakan atau disalurkan sehingga tidak perlu kemukakan belanjawan tambahan? Ini semua diperhatikan, saya rasa majoriti Ahli Parlimen bercakap kenapa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, belanjawan tambahan dalam supplementary budget tidak dimasukkan. Adakah ini kerana tertinggal atau memikirkan ada satu perkara lain? Saya minta penjelasan. Terima kasih
Apa yang penting bukan peruntukan tambahan tetapi keberkesanan program. Program-program kita yang saya telah umumkan tadi memang akan memberi kesan kepada peningkatan penyertaan wanita. Saya sudah umumkan tadi tentang penyertaan sektor awam melebihi 30%. Saya percaya dalam masa tidak lama lagi kita akan lihat lebih ramai wanita sebagai lembaga pengarah dan juga di peringkat kerajaan tempatan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan selamat pagi. Sebelum saya mengemukakan soalan saya, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar daripada Universiti Kolej INTI Nilai dan juga daripada pelajar dari Sekolah Menengah Seri Jengka, Parlimen Maran. [Tepuk]
3. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana persijilan Halal Malaysia dapat diterima di peringkat antarabangsa.
Bismillaahir rahmaanir rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memulakan persijilan halal luar negara pada bulan November tahun 2009. Sehingga kini, Mei 2012 sebanyak 71 permohonan telah pun diberikan sijil halal merangkumi pelbagai kategori seperti mana makanan, produk kegunaan Islam dan kosmetik bagi permohonan luar negara dengan menggunakan logo halal Malaysia. Produk-produk di atas bukan sahaja memiliki sijil halal daripada badan- badan persijilan halal luar negara, bahkan mengambil inisiatif dengan memohon sijil halal Malaysia. Di samping itu, suka saya memaklumkan buat masa sekarang JAKIM telah mengiktiraf sebanyak 57 badan Islam luar negara yang berperanan sebagai badan yang mengeluarkan sijil halal di negara terbabit. Negara-negara berkenaan boleh disemak melalui sesawang dengan menggunakan portal rasmi halal JAKIM iaitu www.halal.gov.my. Pada masa sekarang, perkara-perkara yang membanggakan ialah Malaysia telah menjadi sumber rujukan kepada negara-negara seperti Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Brazil dalam menentukan standard halal negara masing-masing. Di samping yang sama, suka saya maklumkan bahawa negara-negara luar selalu menjemput bahkan menjadi pemain utama bagi membentangkan kertas kerja di luar negara, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan halal. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan tadi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa persijilan halal ataupun logo halal ini banyak terdapat di pasaran. Di mana banyak saya rasa pihak-pihak yang mengeluarkan sijil-sijil ini terutamanya daripada negara Islam ataupun daripada bukan negara Islam itu sendiri. Sepertimana yang kita tengok ada logo halal dari China, ada dari Thailand, ada dari Indonesia, ada dari Australia, ada dari New Zealand, daripada India dan banyak lagi dari negara-negara di seluruh dunia ada mengeluarkan persijilan halal ataupun logo halal dari negara mereka. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah agaknya kita membuat pemantauan supaya logo halal atau pensijilan halal daripada Malaysia ini ataupun daripada negara kita ini adalah merupakan satu pensijilan halal yang benar-benar halal, diyakini, dipercayai di peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sekali lagi saya suka mengambil kembali sejarah ataupun mengambil kembali tentang bagaimana pensijilan halal ini dikeluarkan. Kita telah sedia maklum bahawa melalui pendekatan APD 1972, Akta Perihal Dagangan 1972 yang lalu telah memberikan suatu kebenaran yang secara umum iaitu badan dan juga pensijilan halal yang tidak kiralah mewakili kerajaan ataupun swasta dan individu, boleh mengeluarkan sijil-sijil halal.
Akan tetapi bermula daripada tahun yang lalu, selepas daripada pindaan kepada Akta Perihal Dagangan 1972 kepada Akta Perihal Dagangan 2011 yang lepas dan ianya berkuat kuasa pada tahun ini bermula daripada 1 Januari 2012, maka badan-badan pensijilan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah badan yang dikaitkan dengan JAKIM iaitu Bahagian Halal dan majlis-majlis ataupun jabatan-jabatan agama Islam negeri semata- mata. Di samping yang sama untuk produk-produk ataupun bahan-bahan daripada luar negara ianya adalah merupakan mendapat sijil halal daripada negara masing-masing di mana JAKIM telah mengadakan kerjasama erat dengan mengiktiraf badan-badan Islam di negara masing-masing termasuklah sebagaimana Yang Berhormat Sekijang sebutkan tadi iaitu termasuk di antaranya China, India dan di seluruh dunia ada sebanyak 57 semuanya badan-badan tersebut. Jadi dalam keadaan yang seperti ini, kita melihat untuk tujuan dalam konteks negara, hanyalah JAKIM dan juga melalui badan halalnya, pensijilan halal dan juga jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri sahaja untuk produk di dalam negara Malaysia. Ada pun produk di luar negara, ia menggunakan dua pendekatan. Satu pendekatan iaitu ialah memohon pensijilan halal daripada agensi ataupun badan-badan yang dilantik oleh JAKIM dan diperakui oleh JAKIM, badan Islam yang mewakili kita di sana. Pendekatan yang kedua oleh luar negara untuk produk-produk mereka ialah dengan mereka memohon secara langsung kepada kerajaan melalui JAKIM untuk mengeluarkan sijil mereka. Untuk makluman, buat masa sekarang sebagaimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi, sebanyak 71 permohonan yang telah pun diluluskan daripada produk luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Cuma saya ingin mendapat sedikit penjelasan. Seperti mana yang kita sedia maklum, proses auditing untuk pensijilan halal dalam negara kita ini agak strict. Seperti mana yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan ini satu ketika dahulu, ada beberapa buah hotel contohnya, yang masih belum menerima pensijilan halal mereka kerana begitu halusnya penelitian dalam proses auditing dibuat. Sampai kepada peringkat pisau yang digunakan, pensel yang menjadi peralatan dalam hotel, dan sebagainya. Masalahnya adalah - saya ingin bertanya tentang tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang agen-agen yang dilantik di luar negeri yang kalau mereka minta terus daripada JAKIM mungkin JAKIM boleh menghantar team auditingnya untuk pergi seperti mana detailnya kita di Malaysia. Akan tetapi bagaimana pula dengan agen-agen yang dilantik yang mewakili badan-badan yang berbagai sepertimana yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Sekijang tadi. Proses auditing ini adakah juga sedetail dan sehalus sepertimana yang kita lakukan terhadap industri yang ada dalam negara kita. Ini kerana kalau dalam negara kita, kita detail tetapi yang di luar negara sana, khasnya yang dilakukan oleh ejen-ejen hanya lebih kurang. Saya rasa ini kita tidak menepati tahap piawaian halal yang ingin kita capai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Bachok yang telah menimbulkan persoalan tentang auditing ataupun berkenaan dengan pemeriksaan kepada bahan-bahan ataupun kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat pensijilan halal. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Bachok kerana telah menimbulkan perkara tersebut. Cumanya untuk lebih memberikan kefahaman kepada Dewan yang mulia pada pagi ini, suka saya menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa memang dalam pensijilan halal ini mungkin pada setengah golongan melihat ianya dalam konteks hanyalah ingredients ataupun bahan yang digunakan itu mestinya halal. Akan tetapi suka saya perjelaskan, sebenarnya dalam maksud yang terkandung di dalam sijil yang telah diberikan tersebut ada dua makna besar. Satu ialah bahan ataupun ingredients yang telah digunakan untuk melahirkan produk- produk tersebut, ianya dipastikan halal. Keduanya ialah di dalam perkataan sijil itu tersebut juga mengandungi pengertian ianya adalah dijamin daripada kebersihan termasuklah juga dalam konteks kesihatan dengan vitamin dan sebagainya yang mesti dipenuhi kriteria dan standardnya.
Jadi maknanya sijil tersebut tidak hanya semata-mata halal bahkan sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, mungkin selalu kita lihat bagaimana produk seperti mana belacan dan orang selalu menyebut belacan ini dia cara proses penyimpanan dan sebagainya adalah tidak begitu mengikuti peraturan kesihatan yang sebaik mungkin ataupun kebersihan. Akan tetapi apabila produk belacan itu mendapat sijil halal maknanya kita telah memantau, melihat daripada proses dia punya menyimpan, menjadikan belacan kawasan jemurannya, tempat penyimpanannya sehinggalah sampai dilahirkan ataupun disampai kepada peringkat untuk jualan dan sebagainya. Ini maksud yang terkandung di dalam Sijil Halal. Balik kepada persoalan tadi maka saya sebutkan memang betul banyak kita punya produk sijil-sijil halal yang kita keluarkan ini kita mempunyai pengawalan yang ketat terutamanya macam hari ini semakin dekat dengan bulan Ramadhan. Hotel-hotel banyak memohon untuk mendapat sijil-sijil halal dan penguatkuasaan kita perkemasan sehingga kalau dia menyebut perkataan bufet Ramadhan mungkin sekali imbas tidak ada kena- mengena dengan halal. Akan tetapi ianya membawa konotasi maksud ataupun perbahasaan ataupun bahasa yang kita gunakan sekarang ialah dengan perkataan perbahasaan ataupun pengungkapan halal. Walaupun dia tulis bufet Ramadhan. Ramadhan ertinya berbuka puasa. Jadi maknanya perbahasan itu menunjukkan kepada halal, maka itu juga mesti memiliki Sijil Halal. Oleh sebab itu juga kita perkemasan penguatkuasaan ini dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama juga kita dapati sepanjang penguatkuasaan ini dia mudah Tuan Yang di-Pertua bahawa bahan-bahan terutamanya DNA daripada yang tidak halal ini dia mudah menyerap masuk sehingga paling mudah saya katakan kalau ada orang yang pagi makan daripada daging binatang yang haram di dalam Islam dan dia bersin. Kalaulah dia bersin itu atas kuih pau, bila kita test kuih pau itu DNA tadi dia boleh bergerak melekat di situ. Jadi kita memahami dalam masa kita menguatkuasakan penguatkuasaan ini, perkara tersebut boleh berlaku. Balik kepada persoalan untuk di luar negara, adakah kita tidak di sini kita memperketat sebab di Malaysia ianya adalah begitu sensitif tentang halal ini maka di luar negara juga kita mengambil pendekatan yang sama. Selain daripada kita memeriksa badan-badan persijilan itu pada setiap masa dan dalam masa yang sama juga produk mereka juga kita teliti dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, itu jawapan saya dan cumanya saya memohon izin untuk kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua untuk saya mengucapkan terima kasih banyak kepada rakan-rakan daripada Parlimen dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengucapkan takziah kepada saya dan juga yang menziarahi ibu saya semasa kematian dan juga saya menyembah, menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana mengucap ucapan takziah dan lawatan Perdana Menteri pada hari pengebumian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Soalan No. 4 – Yang Berhormat Datuk Eric E. Majimbun (Sepanggar) tidak hadir]
5. Tuan Mohd Nizar Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) apakah bantuan-bantuan ekonomi yang telah disediakan setakat ini oleh kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli terutama di Perak Tengah; dan (b) sehingga kini, nyatakan projek pembangunan ladang yang diusahakan atau dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa sawit serta berapa keluasan hektar telah diusahakan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan pelbagai bantuan projek ekonomi kepada masyarakat Orang Asli di bawah program pembangunan ekonomi negeri sejak RMKe-8 sehingga hari ini.
Sehingga kini JAKOA telah membangunkan lima buah projek tanaman sawit secara komersial seluas 313.17 hektar di Perak Tengah yang diusahakan oleh RISDA iaitu salah satu daripada agensi di bawah kementerian. Selain itu bantuan ekonomi lain seperti projek tanaman pisang, sayuran, ternakan kambing, ikan puyu dan bangunan premis perniagaan dengan peruntukan sebanyak RM3.76 juta yang melibatkan seramai 234 ketua isi rumah Orang Asli turut diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini RISDA dan FELCRA Bhd telah membangunkan kawasan seluas 282,966.54 hektar di seluruh Semenanjung Malaysia yang merangkumi 122,851.22 hektar dengan tanaman getah dan 160,115.32 hektar dengan tanaman sawit. Daripada jumlah itu tadi seluar 25,710.39 hektar telah dibangunkan untuk JKOA iaitu seluas 17,894.39 hektar oleh RISDA dan 7,816 hektar oleh FELCRA Bhd. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya terus kepada soalan, apakah kementerian mempunyai agensi ataupun pusat latihan kemahiran dan keusahawanan untuk membuka cawangan di perkampungan Orang Asli untuk membolehkan lebih ramai belia dan anak- anak Orang Asli mendapat latihan kemahiran dan keusahawanan dalam usaha mendapatkan, meningkatkan pendapatan ekonomi masing-masing. Kedua saya hendak tahu, apakah peneroka Orang Asli yang mengusahakan ladang getah dan kelapa sawit ini mempunyai koperasi seperti mana FELDA? Setakat mana koperasi jika ada, telah membantu Orang Asli ini dalam meningkatkan pendapatan, membantu keluarga dan menyumbang kepada pembangunan sektor perladangan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat. Satu soalan yang menunjukkan keprihatinan beliau kepada hal-hal yang ada hubung kaitnya dengan masyarakat Orang Asli ini. Sebenarnya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar kita akui JAKOA ini ialah agensi kita. Jadi secara khusus untuk latihan-latihan ini sebenarnya bukan sahaja kementerian secara umumnya memang banyak pusat latihan sama ada di bawah MARA, di bawah RISDA dan lain-lain yang sudah ada mempunyai institusi-institusi memberikan latihan, menurunkan ilmu-ilmu kemahiran dan dijemput masyarakat Orang Asli ini. Begitu juga di JAKOA sendiri kita memberikan kepada syarikat-syarikat yang berkemampuan memberikan latihan. Misalnya baru-baru ini ada satu syarikat Heritage Training Centre yang melatih kursus anak-anak Orang Asli seluruh negara untuk bidang elektrik. Begitu juga ada satu syarikat lain, nama saya lupa yang melatih anak-anak masyarakat Orang Asli ini untuk tujuan hospitality, soal pelancongan, soal ticketing dan lain- lainnya. Jadi kebanyakan program yang kita buat ini kita serahkan kepada syarikat-syarikat yang ada kemahiran dalam bidang itu. Ini pada saya baik kerana ia mengurangkan kos. Maknanya tidak perlu kita buat pusat-pusat dan sebagainya kerana agensi-agensi lain sudah ada. Cuma kita serahkan kepada syarikat, dapatkan anak-anak Orang Asli itu mendapatkan kemahiran ini. Misalnya satu program, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), bukan sahaja dilatih anak-anak masyarakat Orang Asli ini tetapi selama enam bulan ada setengahnya satu tahun. Selepas daripada itu, mereka ini kita salurkan kepada beberapa syarikat yang telah pun mempunyai pekerjaan kepada mereka. Saya ambil contoh yang Heritage syarikat tadi. Saya pergi memberikan sijil kelulusan mereka ini dan saya difahamkan 80% daripada pelajar-pelajar tadi telah di agihkan kerja di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) tuan-tuan dan puan- puan. Jadi di dalam lain perkataan secara ringkasnya memang ada program itu, soal kemahiran, soal keusahawanan dan sebagainya. Insya-Allah kalau misalnya Yang Berhormat fikirkan ada boleh kita bantu, kita cuba bantukan. Saya tahu kawasan Yang Berhormat pun ada kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli.
Berkenaan dengan ladang-ladang tersebut, sebenarnya ladang getah, ladang sawit yang diusahakan oleh JAKOA pun diusahakan secara bersama dengan pihak JAKOA tetapi dengan RISDA, dengan FELCRA dan sebagainya. Agensi-agensi inilah yang menguruskan soal pengurusan program-program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, yang mana yang saya cukup gembira, kebanyakan ladang-ladang ini, pihak Orang Asli itu tadi menjadi kontraktor dalam soal persiapan tanah di peringkat awalnya, penanaman benih dan sebagainya sampailah ia membesar. Setakat ini sudah ada dua tiga buah koperasi yang telah diwujudkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli di Johor sebagai contoh yang juga bukan sahaja soal sawit dan juga getah ini tetapi juga lain-lain perniagaan. Alhamdulillah. Maknanya masyarakat Orang Asli pada hari ini tidak ketinggalan dalam sektor pengkoperasian ini. Insya-Allah kalau ada keperluan di tempat-tempat lain, ini pula akan kita usahakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma mahu bertanya, yang menjadi masalah terhadap pembangunan Orang Asli adalah pendekatan. Apabila Amerika Syarikat mengembalikan tanah-tanah kepada masyarakat peribumi, Australia mengembalikan tanah kepada aborigine, New Zealand mengembalikan tanah kepada Maori. Mengapa Malaysia ini tidak menghormati peribumi Orang Asli yang mana isu tanah yang menjadi isu pokok tidak dikembalikan tetapi kita mahu - Saya tidak ada mempertikaikan bantuan ekonomi, jadi pekerja, tetapi asas ini kembalikan, gazetkan tanah-tanah Orang Asli yang telah dirampas semasa Kerajaan Barisan Nasional.
[Dewan riuh]
Okey, Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya dari Batu Kawan. Terima kasihlah, nampaknya juga cukup prihatin kepada masyarakat Orang Asli ini. Cuma untuk diri saya pada hari ini, saya rasa saya tidak perlu hendak jawablah soalan itu kerana ia tidak ada hubung kaitnya dengan soalan asal daripada Yang Berhormat Parit, sebab Yang Berhormat Parit menumpukan pada soal pembangunan ekonomi secara khusus. Jadi yang disoal tadi ialah berkenaan dengan tanah. Isu tanah ini seingat saya sudah puluhan kali Yang Berhormat Menteri saya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sudah mengemukakan di Dewan ini beberapa penerangan berkenaan dengan isu tanah ini yang telah kita bincang dengan kerajaan negeri, buat laporan, kemungkinan esok dibawa ke dalam Majlis Tanah Negara sebagainya. Ini insya-Allah, semua penerangan ini cukup jelas telah diberikan. Jadi oleh kerana itu, pandangan daripada Yang Berhormat soal Australia, itu soal dialah. Soal yang pentingnya ini ialah soal kita.
Ini satu jawapan yang sempit.
Bukan soal sempit. [Disampuk] Kalau fikirkan ada hendak soalan – dia cakap soalan sempit, kalau fikirkan ada soalan yang longgar punya, kemukakan pada Dewan yang akan datang. Kita bersedia untuk menjawab. Untuk soalan tadi, saya minta maaf. Saya tidak boleh hendak jawab kerana tidak ada hubung kaitnya dengan soalan asal tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Bagaimana...
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan.
Tidak mengapalah. Nanti saya bincang dengan Menteri di luar. [Ketawa]
Soalan tambahan.
Yang Berhormat, saya tidak berilah lagi. Cukuplah itu Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri itu. Kita dalam Jawatankuasa nanti kalau ada perkara berbangkit, bangkitlah semasa Jawatankuasa kalau ada hubung kait dengan Jawatankuasa itu nanti.
6. Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) apakah usaha-usaha yang telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan bas henti-henti di Sungai Petani yang ditamatkan perkhidmatan kerana kononnya rugi oleh pengusaha bas; dan (b) adakah kerajaan bercadang supaya memberikan peluang kepada pemandu-pemandu atau orang perseorangan kendalikan bas-bas ini secara persendirian seperti dibenarkan kepada teksi- teksi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada bulan Disember 2011, kerajaan telah meluluskan bantuan dana sementara bas henti-henti sebanyak RM400 juta. Tujuan utama dana sementara berbentuk geran pemberian tersebut adalah untuk membantu syarikat pengendali bas henti-henti di seluruh negara yang mengalami kerugian dalam usaha memberikan perkhidmatan bas henti-henti kepada rakyat. Sehingga kini, 83 buah syarikat telah memohon kepada SPAD, 68 buah syarikat diluluskan dengan geran sebanyak RM16.56 juta. Untuk negeri kedah setakat ini sebanyak lima pengusaha bas henti-henti yang memohon bantuan dana tersebut dan kelima-lima pengusaha tersebut telah layak mendapat bantuan dana. Senarai lima pengendali bas henti-henti adalah seperti berikut yang mana dua antaranya adalah syarikat-syarikat yang beroperasi di Sungai Petani:- (i) Kenderaan Langkasuka Sdn. Bhd. - Sungai Petani; (ii) Kulim-Baling Road Transport Company Sdn. Bhd. - Sungai Petani; (iii) Kuala Kedah Transport Company Sdn. Bhd.; (iv) Jalan Langgak Transport Company Berhad; dan (v) Transwin Transport Sdn. Bhd. SPAD mengambil berat tentang kepentingan menyediakan perkhidmatan bas yang berkualiti kepada orang ramai di bandar mahupun di luar bandar. Dasar semasa SPAD menetapkan hanya syarikat sendirian berhad dan juga koperasi dibenarkan untuk memohon lesen dalam menjalankan sesuatu perkhidmatan bas. Ini adalah kerana mengambil kira proses-proses penguatkuasaan dan pemantauan terhadap perkhidmatan bas dapat dijalankan dengan lebih mudah dan lancar sekiranya perkhidmatan ini diuruskan oleh syarikat, jika dibandingkan sekiranya ia berada di bawah pengurusan individu. Seperkara lagi ialah untuk memastikan pengusaha boleh untung dengan mengawal persaingan jika dikendalikan secara persendirian. Alangkan syarikat besar pun mengalami kerugian di laluan sosial, khuatir jika dibuka secara luas, tiada siapa yang untung dalam industri perkhidmatan ini bagi menjamin kualiti dan keselamatan pengguna. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menggunakan ataupun memperuntukkan RM400 juta dana awam untuk membantu syarikat-syarikat bukan milik kerajaan pun. Apakah jaminannya? Tahun ini kita memberikan RM400 juta. Tiga bulan, lapan bulan, 11 bulan selepas ini, mereka rugi juga. Jadi, adakah kerajaan akan menggunakan juga dana awam untuk membantu syarikat-syarikat ini? Adakah kerajaan tidak terfikir bahawa daripada kita memberikan dana yang begitu besar kepada syarikat-syarikat ini yang kita belum tentu boleh kawal perbelanjaannya. Kita fikirkan bagaimana membantu mereka yang berhajat untuk operatekan bas-bas itu seperti juga kita berikan peluang kepada pemandu-pemandu teksi. Ini kerana saya dimaklumkan, syarikat-syarikat ini membuat keuntungan di tempat lain tetapi mereka tidak membantu di tempat-tempat jalan-jalan berhenti-henti ini, kononnya marginnya kecil. Oleh sebab itu mereka datang kepada kerajaan.
Jadi soalan saya ialah mengapa kerajaan tidak mempertimbangkan untuk memikirkan secara luas bagi memberikan peluang kepada pemandu-pemandu menjadi operator, waktu yang sama, mereka juga boleh memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kita tidak akan menggunakan dana awam secara pemberian itu sewenang-wenangnya. Daripada RM400 juta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan diletakkan di bawah SPAD, baru RM100 juta. Daripada RM100 juta itu, kita baru meluluskan RM16.56 juta. Tujuannya adalah untuk membantu syarikat-syarikat ini. Daripada syarikat-syarikat yang ada di seluruh negara Malaysia ini, jumlah bas ialah 7,206 buah bas. Kalau kita hendak berikan kepada individu, sebuah bas itu paling kurang bas mini, RM250,000 sebuah bas. Bas yang biasa itu, RM450,000 itu sebuah bas. Bagaimana seorang individu boleh melaksanakan perniagaan itu kalau kita tidak kawal, banyak lesen dikeluarkan, lantas persaingan berlaku individu-individu tidak ada sesiapa pun yang untung. Akhirnya pengguna juga yang akan menerima bala kepada polisi pada Yang Berhormat cadangkan itu. Kita telah mengkaji segala perkara ini, jangka pendek dan jangka panjang, apakah kesannya. Apa yang penting ialah sekarang ini, penggunaan bas henti-henti ini semakin tidak digunakan oleh rakyat. Ini suatu perkara yang merupakan suatu fakta. Rakyat sudah mulai senang. Mereka mempunyai kenderaan sendiri. Mereka paling kurang pun mempunyai motosikal dan mereka juga telah mempunyai kereta. Oleh kerana itu, usaha bas henti-henti ini semakin tidak popular.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sungguh terharu dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengumumkan bagi pihak Ahli-ahli dalam Dewan ini kehadiran belia daripada JC Malaysia daripada negeri Johor kawasan Pontian di atas sana. Tuan Yang di-Pertua, soalannya memang berkenaan dengan keadaan yang baru-baru ini. Kerajaan telah memberi begitu banyak bantuan kepada pemandu-pemandu teksi. Ini saya rasa amat disambut baik oleh pengusaha-pengusaha teksi. Terima kasih bagi pihak mereka. Inilah satu-satunya kerajaan yang prihatin apa jua jenis yang dilaksanakan oleh kerajaan itu memberi satu sentuhan hati kepada rakyat di tanah air kita. Jadi Yang Berhormat Menteri soal bas henti-henti ini bukan di Sungai Petani sahaja, soal bas henti-henti ini juga berlaku di Mambung. Kawasan Mambung, kawasan pedalaman Sabah, di Sarawak dan sebagainya. Saya rasa Yang Berhormat Sri Gading belum tahulah kalau ada bas henti-henti ini. Tidak tahu. Ada juga. [Ketawa] Jadi kalau cakap ini tidak lagi popular kepada rakyat ini saya rasa itu tidak begitu benarlah, tidak begitu betul kerana di Sabah ini di bahagian pedalaman ini masih lagi digunakan oleh orang-orang yang di kampung ini Yang Berhormat Menteri. Juga apa yang berlaku di Papar juga banyak kereta sapu kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi ini apakah usaha kerajaan? Kita sudah bantu pemandu-pemandu teksi tetapi bagaimana dengan kereta-kereta sapu? Ini rakyat kita yang memerlukan bantuan perhatian daripada kerajaan Yang Berhormat Menteri. Ini yang pemandu-pemandu kereta sapu ini mendengar saya Yang Berhormat Menteri. Apakah jika ada bagilah mereka peluang untuk disayangi oleh kerajaan?
[Ketawa] Ahli Yang Berhormat. Semalam kerajaan melancarkan TR1MA iaitu Teksi Rakyat 1Malaysia, 67,000 pemandu teksi, kereta sewa di seluruh negara gembira mulai semalam hingga bila-bila. Mereka mendapat 522 baucar, RM260 satu baucar. Baucar kedua RM260 untuk membeli tayar di Continental dan Goodyear yang ada 400 cawangan di seluruh negara. Mereka boleh mendaftar dalam masa dua bulan, kemudian baucar itu boleh digunakan sehingga 31 Januari 2013. Semalam juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan insurans berkelompok kepada semua 67 ribu pemandu teksi, kereta sewa, teksi bajet, teksi eksekutif dan juga teksi lapangan terbang.
Inilah membuktikan kerajaan yang amat prihatin kepada seluruh pengusaha- pengusaha public transport ini. Mengenai Sabah kita ada empat operator bas yang memohon dana, geran RM400 juta. Kita dalam usaha untuk meluluskan. Di Johor 15, Kedah lima, Kelantan satu, Melaka satu, Negeri Sembilan lima, Pahang tiga, Perak 14, Pulau Pinang satu, Sarawak betul ya ada tujuh, Selangor sembilan, Terengganu tiga. Sejumlah 68 yang memohon dana ini. Dana ini tujuannya ialah untuk membantu syarikat-syarikat yang mengalami kerugian yang melaksanakan bas henti-henti di kawasan sosial. Kawasan sosial ini maksudnya kawasan yang tidak untung dan kita akan meneruskan perkara ini dan SPAD dalam rangka menyediakan satu pelan jangka panjang termasuklah tentang kereta sapu. Perdana Menteri juga semalam ada mengingatkan kemungkinan besar akan memberikan lagi lesen-lesen yang tertentu, mudah-mudahan kereta-kereta sapu ini boleh - kemudiannya memohon lesen-lesen yang berkaitan itu. Terima kasih.
7. Datuk Haji Yusoff Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan bagi mengatasi kesesakan jalan raya di Labuan; dan (b) adakah terdapat perancangan membina jalan baru (coastal road) untuk masuk ke bandar Labuan sekali gus menyelesaikan masalah kesesakan sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu ini akhir tahun pun di Sarawak di Landas akan bermula.
Landas. Akhir tahun musim Landas. Jangan soalan terkandas Yang Berhormat. [Ketawa]
Ya, betul. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masalah kesesakan lalu-lintas di Wilayah Persekutuan Labuan adalah tertumpu di kawasan pusat bandar Labuan khususnya pada waktu puncak dan hari minggu. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan antara lain telah menggariskan beberapa tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Antara rancangan jangka pendek untuk mengurangkan masalah kesesakan tersebut ialah menerusi kajian semula sistem pengurusan aliran trafik di pusat bandar Labuan, seperti pelarasan semula tempoh masa lampu isyarat dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat terhadap kenderaan yang melanggar peraturan seperti meletakkan kenderaan di tepi jalan. Sehubungan itu, kementerian ini akan berbincang dengan agensi-agensi berkaitan iaitu Perbadanan Labuan (PL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak polis untuk mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan masalah kesesakan tersebut. Untuk tempoh jangka panjang pula, Kementerian Kerja Raya menerusi Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Lebuh Raya (HNDP) fasa dua telah mengenal pasti keperluan untuk membina jalan-jalan baru dan menaik taraf persimpangan-persimpangan utama di Labuan. Antara cadangan projek utama dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh ini ialah membina Jalan Pesisiran Pantai Labuan iaitu dari Tanjung Aru ke Kampung Nagalang sepanjang lima kilometer dan Jalan Pantai Lubok ke Tanjung Aru sepanjang 2.5 kilometer. Kedua-dua projek ini telah dipohon untuk dilaksanakan dalam tempoh Rolling Plan yang ketiga, Rancangan Malaysia yang Kesepuluh iaitu dalam tahun (2013-2014). Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Atas perancangan tersebut memang kita tahu, tetapi sampai saat ini seolah-olah tidak ada bentuk, tidak ada suasana pun yang kita lihat apakah yang dipohon itu akan wujud ataupun tidak. Sedangkan kalau kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri di Labuan, contohnya Jalan Simpang Tamu ke Pohon Batu, jalan ini pada asalnya dari Simpang Tamu hinggalah ke Pohon Batu tetapi sekerat jalan. Jalan ini telah pun dipendekkan hingga ke Simpang Lajau.
Soalan saya, apakah projek asal akan diteruskan dan apakah sebabnya walaupun sudah dikurangkan jaraknya tetapi tetap terlambat yang mana jarak sekarang kurang daripada 10 kilometer ataupun sudah pun hampir empat tahun belum siap-siap dan bilakah ia akan siap sepenuhnya? Sedangkan kalau kita lihat 10 kilometer lebih daripada empat tahun, saya rasa ini adalah pembinaan jalan yang paling lambat di Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Kebetulan saya akan melawat Labuan pada 5 Julai untuk melihat sendiri apa yang telah pun berlaku di Labuan. Sebenarnya kita ada membuat kajian dengan traffic volume di Labuan. Bilangan penduduk di Labuan memang dekat 70,000 atau 80,000 orang dan kenderaan yang didaftar di Labuan dekat 70,000 juga, iaitu bermakna seorang ada sebuah kereta. Kalau kita lihat traffic volume di jalan-jalan dekat bandar Labuan adalah Jalan Tun Mustafa setiap hari ada 38,000 kenderaan yang sememangnya adalah sesak. Tadi disebut Jalan Pohon Batu sehari ada 12,000 kenderaan dan ini pun dekat dengan bandar.
Saya akan pergi lihat bagaimana dengan adanya kita membina jalan persisiran pantai akan mengurangkan kesesakan trafik di sana. Saya menjemputlah Yang Berhormat Labuan berjumpa dengan saya pada 5 Julai tetapi jangan datang ke Kuala Lumpur pada sesi Parlimen, saya akan terus pergi ke sana berbincang dengan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Soalan No.8 - Y.B. Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) tidak hadir]
9. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan rancangan dan inisiatif menggunakan teknologi hijau untuk mewujudkan satu persekitaran yang mesra alam.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak penubuhan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan izin pada tahun 2009, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan penggunaan dan peluasan aplikasi teknologi hijau untuk mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Antara inisiatif utama dalam pembangunan dokumen Kerangka Bandar Rendah Karbon atau Low Carbon Cities Framework and Assessment System dengan izin, yang menyediakan garis panduan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pihak berkuasa tempatan dan pemaju perumahan dalam membangunkan perbandaran rendah karbon melalui strategi pengurangan pembebasan karbon. Pemakaian LCCF dijangka mampu membudayakan amalan hijau dalam masyarakat, selain mencipta pelbagai peluang perniagaan baru bagi menjana pelaburan asing ke dalam negara. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Induk Kecekapan Tenaga Negara yang mengandungi Dasar Kecekapan Tenaga dan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga sedang dibangunkan bagi meningkatkan pengurusan sumber tenaga dengan lebih cekap dan mampan. Pelan induk tersebut melibatkan pendekatan menyeluruh mengenai kecekapan tenaga di negara ini yang melibatkan lain-lain sektor industri, bangunan dan pengguna awam. Saya ingin memaklumkan juga bahawa kementerian ini telah melaksanakan projek Malaysian Industrial Energy Efficiency Improvement Project (MIEEIP) pada tahun 2000 bagi meningkatkan kecekapan tenaga dalam sektor industri, komersial dan bangunan. Aktiviti audit tenaga juga telah dijalankan di bangunan-bangunan kerajaan tertentu untuk menilai tahap penggunaan tenaga di bangunan kerajaan di mana hasil daripada audit tenaga ini, kerajaan boleh mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan tenaga ataupun energy efficiency dengan izin, di bangunan-bangunan miliknya.
Seterusnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat lagi, dalam bidang pengangkutan, kementerian ini dengan penglibatan pelbagai pihak sedang berusaha ke arah pelaksanaan dan penggunaan kenderaan elektrik atau Electric Vehicles (EV) dengan izin di negara Malaysia. Pada masa ini kerajaan telah membangunkan Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik. Fasa pertama roadmap tersebut memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur EV di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Program Fleet Test Vehicles (FTV) dengan izin, PROTON telah dilancarkan pada 14 September 2011 dan ia merupakan sebahagian daripada fasa kedua Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik. Melalui fasa kedua Projek Perintis EV atau Electric Vehicle dengan izin, dilaksanakan untuk memperkenalkan penggunaan EV kepada orang awam. Program FTV ini juga digunakan sebagai penandaarasan dalam membangunkan pelan strategik, kerangka kerja, mengenal pasti serta mengatasi isu berkaitannya bagi membolehkan industri dan orang awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan program berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat lagi, kerajaan turut mengadakan instrumen kewangan yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Teknologi Hijau atau Green Technology Financing Scheme (GTFS) kepada penggiat industri dalam bidang teknologi hijau. Malaysian Green Technology Corporation atau Green Tech Malaysia sebuah agensi di bawah kementerian ini telah diberi tanggungjawab sebagai agensi pelaksana kepada skim ini. Kementerian ini juga telah membangunkan Direktori Hijau Malaysia bagi mengumpulkan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan tenaga pakar dalam bidang teknologi hijau di dalam satu pangkalan data. Ia bertujuan untuk meningkatkan penyertaan sektor industri tempatan dalam penghasilan produk, perkhidmatan hijau serta meningkatkan kesedaran di kalangan pemain industri, penyedia perkhidmatan dan pengguna tentang penggunaan produk dan perkhidmatan hijau. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan pasaran produk dan perkhidmatan hijau di dalam dan luar negara. Kementerian ini juga sedang bekerjasama dengan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) dengan izin dan Construction Industry Development Board (CIDB) dengan izin, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Greentech Malaysia untuk membangunkan pelabelan hijau bagi produk tempatan untuk menggalakkan penawaran produk eko tempatan. Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga inisiatif lain yang telah dilaksanakan seperti Program Save yang menawarkan rebet harga untuk barangan elektrik yang cekap tenaga. Manakala International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference (IGEM) dengan izin, yang telah diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2010 untuk mewujudkan kesedaran di antara pengguna dengan pihak industri mengenai kepentingan dan aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu-isu perubahan iklim dan alam sekitar yang lestari. Satu lagi inisiatif adalah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini dan membolehkan penguatkuasaan Feed-In Tariffs (FiTs) dengan izin kepada penjana tenaga boleh baharu dan sasaran kerajaan untuk penjanaan tenaga dalam campuran bahan api pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat rendah karbon pula, kerajaan menggalakkan pembinaan bangunan bercirikan hijau dengan mewujudkan penarafan Green Building Index (GBI) dengan izin dengan insentif-insentif tertentu sebagai galakan ke arah persekitaran kehidupan yang lebih mampan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang mengambil berat tentang isu alam sekitar dan sentiasa melaksanakan segala aktiviti berlandaskan aplikasi teknologi hijau ke arah pembangunan yang lebih mampan untuk negara dan menjamin kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya bagi soalan ringkas Yang Berhormat dan minta Menteri juga tidak payahlah cerita panjang lebar sangat dan jawapan pada soalan. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, untuk melaksanakan Dasar Kecekapan Tenaga dan untuk menggalakkan penggunaan EV seperti mana yang disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita mahu mempromosikan teknologi hijau tetapi kita juga memerlukan industri yang menyokong teknologi hijau seperti kilang solar panel dan nadir bumi. Akan tetapi kita masih melihat ada percanggahan ataupun contradiction yang wujud di kalangan masyakat awam di mana di samping kita mahu mempromosikan teknologi hijau, tetapi kita membantah industri sokongannya.
Jadi soalan tambahan saya, adakah kementerian melihat ini sebagai satu rintangan ataupun halangan dan apakah rancangan kementerian untuk menyelesaikan dan menangani masalah ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sememangnya teknologi hijau merupakan satu bidang yang agak baru di negara kita Tuan Yang di-Pertua, namun saya kira ia merupakan satu bidang yang sangat-sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan dan di negara- negara lain yang lebih maju sudah pun lama membangunkan negara mereka melalui teknologi hijau ini.
Saya memang setuju benar Yang Berhormat, kerana antara dasar teknologi hijau negara, antaranya untuk kita melaksanakan dasar ini adalah melibatkan bidang ekonomi ataupun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi hijau ini termasuklah sebagaimana yang Yang Berhormat nyatakan tadi melalui pertumbuhan kilang-kilang solar misalnya dan juga kilang-kilang tenaga boleh baharu, penjanaan tenaga boleh baharu dan termasuklah yang hari ini menjadi isu yang agak kontroversi iaitu kilang Lynas. Ini pun hanya kerana dakyah daripada pihak pembangkang dan memutar belitkan rakyat. Rakyat sudah hendak mula faham, tiba-tiba apabila ada kenyataan-kenyataan yang mula merisaukan rakyat, maka ia sedikit membantutkan ataupun memperlahankan pembangunan ekonomi melalui pelaksanaan teknologi hijau seperti kilang Lynas ini. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian, pihak kerajaan tidak pernah mengalah. Kita tidak give up hanya kerana bantahan daripada segelintir pihak pembangkang. Saya kata segelintir kerana saya yakin sebahagian daripada pembangkang turut menyokong usaha-usaha ke arah pertumbuhan ekonomi melalui sektor ekonomi dan perkilangan yang menggunakan aplikasi teknologi hijau ini. Kita meneruskan program-program promosi dan kempen untuk menyedarkan orang awam Tuan Yang di-Pertua, termasuklah melalui event ataupun melalui program- program seperti karnival, seperti jelajah, seperti road show dan sebagainya. Termasuk juga melalui media seperti media elektronik, media cetak dan sebagainya dan termasuk juga melalui portal-portal ataupun website pihak kementerian dan juga pihak agensi yang boleh turut sama memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah Tuan Yang Terutama Dr. Marzuki Alie, Ketua Cawangan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPRRI) dan delegasi seramai 15 orang anggota. [Tepuk] Kepada Tuan Yang Terutama Dr. Marzuki Alie dan delegasi, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Dr. Marzuki Alie dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia yang telah sedia ada terjalin erat. Terima kasih. [Tepuk] Sila Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya mudah sahaja. Bolehkah pihak kementerian menyenaraikan semua aplikasi teknologi hijau dalam negara kita yang banyak itu dan dihebahkan kepada rakyat supaya rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya sedang menggunakan teknologi hijau selama ini dan rakyat boleh faham yang teknologi hijau tersebut boleh terus disuburkan dan ditingkatkan penggunaannya pada masa akan datang dan dimajukan seterusnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah Yang Berhormat, kerana itu adalah antara usaha berterusan pihak kementerian bersama-sama dengan agensi di bawahnya khususnya MGTC ataupun Green Tech Malaysia untuk memberi kesedaran kepada rakyat umum bahawa apakah jenis-jenis aplikasi teknologi hijau supaya kadang-kadang apa yang mereka gunakan untuk keperluan seharian itu sebenarnya sudah ada ciri-ciri teknologi hijau Tuan Yang di-Pertua, seperti barang-barang elektrik yang cekap tenaga dan sebagainya di dalam projek SAVE kita misalnya. Saya kira selama ini ataupun sehingga hari ini banyak juga yang telah kita lakukan kempen dan kesedaran kepada awam ini seperti yang saya katakan tadi sama ada media elektronik seperti di televisyen, di surat-surat khabar termasuk juga kepada program- program turun padang menemui rakyat di akar umbi sendiri melalui road show. Satu lagi, kita ada program baru iaitu Karnival 1Hijau 1Komuniti yang sudah diadakan di beberapa buah negeri termasuklah hari ini kita mempunyai sebuah bas Tuan Yang di-Pertua, daripada USM. Ia kerjasama dengan USM di mana bas ini akan menjelajah ke seluruh negara khasnya untuk mendekati pelajar-pelajar muda sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah supaya dapat mendidik. Ini kerana kadang-kadang didikan ini sangat-sangat penting bermula daripada usia yang rendah yang mana mungkin mereka akan lebih memahami tentang apa sebenarnya aplikasi teknologi hijau ini, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Kalau tidak salah dengar saya tadi, Yang Berhormat daripada Ledang bertanya apakah senarai teknologi yang kita gunakan tetapi Yang Berhormat memberitahu kesedaran yang kena beri kepada masyarakat. Akan tetapi tidak apalah Yang Berhormat.
10. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jenis-jenis makanan asas tani utama yang diimport dan jumlah nilai import makanan asas tani 10 tahun kebelakangan ini. Apakah strategi dan langkah-langkah kerajaan untuk memastikan negara akan mencapai tahap self-sufficient dan memastikan food security terjamin di masa depan.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, jumlah bahan makanan yang diimport bagi tempoh sepuluh tahun daripada tahun 2002 hingga 2011 adalah sebanyak RM221.81 bilion. Jumlah komoditi yang diimport kebanyakannya adalah komoditi yang tidak ekonomik untuk dihasilkan di dalam negara kerana kos pengeluaran yang tinggi dan faktor ketidaksuaian iklim kita. Antara kumpulan-kumpulan komoditi makanan utama yang diimport adalah seperti berikut: (i) Kopi, koko, teh dan rempah terutama biji koko, biji kopi dan penggantian serta cili kering; (ii) keluaran yang sediaan makanan yang diproses terutama bahan makanan bayi, makanan tambahan, rumusan ramuan, susu bayi dan susu isian; (iii) bahan makanan ternakan terutama hampas jagung, kacang soya dan gandum; (iv) bahan-bahan iaitu buah-buahan beriklim sederhana seperti epal, oren, limau mandarin, anggur dan lain-lain; (v) sayur-sayuran seperti bawang putih, ubi kentang, kubis dan salad; dan (vi) bijirin yang sediaannya seperti beras, gandum dan tepung gandum dan lain-lain lagi.
Pelbagai strategi dan langkah telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan jaminan bekalan makanan dalam negara terjamin. Ini termasuklah pelaksanaan projek berimpak besar iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur, Pusat Fidlot Nasional, ladang kontrak dan pembangunan usahawan asas tani serta entry point project di bawah NKEA pertanian untuk meningkatkan pengeluaran makanan. Selain daripada itu, tanah pertanian yang digunakan secara optimum di kawasan tanaman semula kelapa sawit akan dibangunkan dengan tanaman selingan singkat seperti pisang, nanas dan lain-lain lagi. Pendidikan dan pembangunan pula ditumpukan kepada R&D bagi meningkatkan pengeluaran hasil secara mampan. Antara bidang tumpuan R&D adalah pembangunan variety dan baka pengeluaran benih, pengeluaran makanan ternakan dan akuakultur, bioteknologi, pengeluaran di bawah modifikasi environment, kajian penyakit, piawaian dan gred serta pemulihan sumber dan teknologi hijau.
Kementerian juga akan terus membangunkan sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh dengan pelbagai penglibatan swasta dan serta petani, penternak dan nelayan bagi menghubungkan pengeluaran dengan permintaan pasaran, meningkatkan aktiviti nilai tambah dan serta mengurangkan risiko perniagaan. Selain daripada itu, usaha daripada pihak kerajaan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan di dalam negara memerlukan penglibatan aktif pihak swasta bagi menggalakkan pihak swasta untuk terus melabur. Dalam bidang ini, insentif fiskal termasuk pelaburan semula dan baru dicadang diperluaskan meliputi semua aktiviti pengeluaran dan pemprosesan. Pinjaman mudah yang mencukupi akan disediakan melalui Agrobank dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya, daripada senarai yang panjang yang diberi oleh Timbalan Menteri tadi, saya ingin tahu adakah kementerian meletakkan bahawa makanan-makanan tertentu kita perlu capai apa yang kita panggil ada jaminan makanannya. Sekiranya kita menentukan, saya hendak tahu berapa peratus hasil produk yang kita hasilkan daripada keseluruhan keperluan baru kita katakan kita sudah sampai kepada tahap jaminan makanan tersebut kerana senarai ini adalah panjang. Sebagai sebuah negara yang kita tahu sebahagian besar makanan kita diimport, tidakkan kita meletakkan satu sasaran bahawa jenis-jenis makanan tertentu dalam kumpulan-kumpulan tertentu misalnya dalam makanan asasi kita seperti nasi beras, berapa peratus yang perlu kita hasilkan daripada jumlah importnya? Begitu juga sayur-sayuran dan sebagainya. Ini kerana bila kita bercakap mengenai jaminan makanan maknanya sekiranya berlaku sesuatu perkara, kita sudah ada tahap minimum keperluan makanan kita itu. Mustahillah kita hendak menghasilkan kesemuanya, saya bersetuju tetapi kita ada tidak sasaran percentage yang perlu kita capai yang kita katakan yang kita sekarang ini agak selesa di dalam produktiviti makanan kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah Yang Berhormat, kita mempunyai perancangan yang teliti berkenaan dengan perkara ini di bawah Dasar Agro Makanan kita. Saya ambil contoh macam kita kata padilah, beras. Umpamanya sekarang ini di Kedah, kita unjuran kita memang kita ada tetapi untuk pengeluaran negara kita sekarang ini beras kita adalah 70% daripada keperluan kita. Kita hanya import 30% daripada pengeluaran kita. Namun demikian, kita menghadapi juga masalah-masalah lain kerana kadang- kadang kita punya planning itu betul, tetapi oleh kerana perubahan cuaca. Cuaca juga menentukan kita punya outcome dan selain daripada itu juga faktor-faktor seperti penyakit umpamanya pada tahun lepas di Kedah. Saya semalam di kawasan saya, saya sudah buat tinjauan hasil padi tahun ini telah turun sebanyak 20%. Ini adalah kerana cuaca, kerana penyakit dan sebagainya.
Sebenarnya memang kita ada perancangan, tetapi berkenaan dengan padi pun kita lebih daripada sekarang ini menumpukan kepada 30% sahaja. Kita akan eksport 70% pengeluaran kita dan 30% kita akan import. Ini kerana untuk menambah kita dasar kita menambah kawasan jelapang padi baru, memanglah kita kosnya amat tinggi iaitu penyediaan untuk pengairan dan sebagainya. Akan tetapi berkenaan dengan industri makanan ini memang masalah, umpamanya macam udang. Kalau kita hendak ternak udang sekarang ini kita tengok udang sekarang ini kita menghadapi masalah. Kalau ada penyakit umpamanya, kita ada penyakit sekarang ini dia panggil pelan-pelan mati menyebabkan kita punya produk udang kita telah menurun kerana penyakit ini. Namun demikian, kalau kita tengok dari segi perancangan kita, kita kalau kita ikut betul-betul memang kita self-efisien umpamanya macam feedlot national. Kita perancangan kita buat tetapi kita menghadapi masalah yang tertentu maka kita tidak dapat melaksanakannya. Namun demikian walaupun feedlot telah berlaku, NFC berlaku masalah tetapi usaha veterinary, Jabatan Veterinary kita akan terus usahakan satellite farm di mana baru-baru ini saya telah merasmikan satu satelite farm di kawasan saya sendiri yang ada di kawasan saya daripada 69 yang telah kita lancarkan, sekarang ini sudah ada hampir 50 beroperasi. Jadi semua ikut jaduallah. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada pagi ini. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menyampaikan usul. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2012) Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam dan sehingga selesai Ucapan- ucapan Penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 26 Jun 2012”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2012 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas masalah bahawa, “Rang Undang-undang Perbekalan (2012) 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Kepala Bekalan B.10 dan B.11 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Sri Gading.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Masih 10 minit Yang Berhormat.
10 minit?
Ya.
Allah. Kita sampai 9.30 malam Tuan Pengerusi.
Ya, saya faham Yang Berhormat. Kita ada banyak kementerian.
Terima kasih. Saya hendak ambil kesempatan menyokong dalam Kementerian Kewangan, Perbendaharaan dan Perkhidmatan Perbendaharaan yang jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan lebih daripada RM11 bilion. Tahniah, pasal pandai berbelanja. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana di bawah kepimpinannya alhamdulillah macam-macam bantuan kepada rakyat telah pun dihulurkan, yang sedang dihulurkan, yang akan dihulurkan. Saya cuma menyentuh sedikit. Rakyat berterima kasih soal BR1M ini, RM500. Adalah perkhidmatan ini semua yang kena beri, bacalah. Dia secara umum di sini, dia tidak detail. Terima kasih. Jadi rakyat mengharapkan ini diteruskan dan cadangan rakyat kalau boleh masukkan dalam Bajet nanti.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
BR1M tidak ada!
Saya bukan soal BR1M sahaja tetapi saya hendak cerita bantuan ini. Kalau boleh para isteri ini pun dibagi RM500. Bantuan persekolahan itu diteruskan, bantuan kepada mahasiswa RM200 itu diteruskan.
[Menyampuk]
Nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri jawablah. Apa benda Yang Berhormat Indera Mahkota pula? Semalam pula teksi. Ini semua yang akan memberikan kemudahan, kesenangan, keringanan kepada rakyat. Tahniah, terima kasih. Pembangkang memang takut benda-benda macam ini pasal
ini akan menyukakan rakyat dan dalam pilihan raya akan datang rakyat ini akan menyokong terus Barisan Nasional. Minta maaflah Yang Berhormat Permatang Pauh, tinggal mimpi sahajalah Yang Berhormat Permatang Pauh. Alahai, apa hendak buat sahabat kita ini? [Ketawa] Jadi, teruskan benda yang baik-baik ini. Sekali kita sudah mulakan, kita teruskan dan mereka mengharapkan supaya yang RM3,000 itu dinaikkan kepada RM4,000 ke bawah supaya lebih luas lagi, rakyat akan menerima bantuan ini kerana rakyat memang mengharapkan sangatlah. Kalau tidak kepada kerajaan hendak kepada siapa? Di mana kita hendak menumpang kasih kalau tidak kepada orang yang kasih. Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri memang orang yang pengasih dan rakyat berterima kasih kepada beliau dan mengharapkan supaya bantuan-bantuan ini diteruskan. Kedua, ini cadangan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Dalam bajet ini nanti kalau boleh, cukai korporat ini kalau boleh disemak balik supaya rakyat terasa sangat dapat pembelaan. Kita harap kerajaan ini akan berterusan, rakyat akan memberikan kepercayaan dan mudah-mudahan hubungan baik dan niat baik kerajaan yang telah menghulurkan bantuan ini akan dapat kita teruskan lagi pada masa-masa yang akan datang. Saya mendoakan mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan akan terus berhati mulia untuk memberikan bantuan-bantuan yang sangat diperlukan oleh rakyat dan banyak lagi agaknya jenis-jenis bantuan yang patut kita turunkan kepada rakyat dalam membantu kesusahan rakyat, yang ada kebanyakannya memang cukup-cukup makan dalam negara ini. Jadi, itulah golongan yang patut kita berikan bantuan dan tahniah, terima kasih kepada kerajaan.
Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan ringkas. Saya rujuk kepada Butiran 080000, di mana Lembaga Hasil Dalam Negeri ini memohon Dewan meluluskan RM300 juta untuk menampung kos operasi termasuk pembayaran imbuhan tahun 2011. Saya ingin memohon agar diberi makluman mengapakah memerlukan sejumlah yang begitu tinggi, RM300 juta dengan tiba-tiba pada pertengahan tahun ini dan saya juga berminat untuk mengetahui apakah ia juga merangkumi perbelanjaan untuk menjalankan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia ini? Tuan Pengerusi, saya membaca Hansard yang lalu di mana setakat Mac pihak kerajaan telah membelanjakan RM1.92 bilion bagi 3.8 juta isi rumah bagi Program Bantuan Rakyat 1Malaysia dan saya hendak tahu apakah peruntukan setakat bulan Jun ini dan bilakah keseluruhan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia ini akan dilengkapkan? Tuan Pengerusi, saya telah membaca seruan pihak-pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri menyeru agar Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diteruskan. Saya mengalu-alukan tetapi pada masa yang sama Tuan Pengerusi, saya mendapati bahawa lebih daripada 59% daripada isi rumah negara kita yang telah diluluskan Bantuan Rakyat 1Malaysia ini juga mencerminkan bahawa warga Malaysia ini hidup dalam serba kekurangan dan memerlukan bantuan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Apakah telah timbul masalah dalam perancangan atau dasar kerajaan di mana lebih daripada 59% isi rumah negara memerlukan bantuan ini? Saya rasa Tuan Pengerusi, kalau bukan kerana tahun pilihan raya semakin dekat orang ramai tidak akan mendapat faedah ini dan ini menimbulkan kerisauan saya Tuan Pengerusi. Kalau sudah lepas pilihan raya apa akan berlaku? Tuan Pengerusi, memberi wang sangat mudah. Sesiapa pun boleh memberi wang. Kalau hari ini Tuan Pengerusi mempunyai satu beg wang pergi ke jalan, senang untuk mengedarkan wang. Akan tetapi apa yang kita perlukan ialah satu perancangan jangka panjang untuk memastikan rakyat kita tidak dibebani dengan kehidupan yang sulit. Tuan Pengerusi, itulah sebab kita memerlukan pemimpin yang boleh merancang polisi yang baik. Jadi, saya hendak tahu sementara saya mengalu-alukan bantuan boleh diberi, bantuan BR1M kedua boleh diberi, tadi saya nyatakan yang paling penting adalah mengutamakan dasarnya, polisinya, perancangannya, pimpinannya. Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu sama ada satu keputusan telah dibuat untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia ini
dan saya harap mekanismenya akan diperbaiki jika Bantuan Rakyat 1Malaysia juga akan diteruskan. Seterusnya peruntukan. Tuan Pengerusi, ini meliputi B.11 jugakah?
Ya.
Saya ingin mengetahui berkenaan peruntukan RM100 juta di bawah B.11 di mana ia menyatakan penglibatan kakitangan kerajaan negeri bagi pelaksanaan projek persekutuan. Ini adalah untuk tujuan bayaran perkhidmatan. Saya ingin tahu apakah aktiviti yang mereka terlibat. Apakah jenis program projek persekutuan di mana kini Dewan diminta untuk meluluskan RM100 juta untuk bayaran perkhidmatan kakitangan kerajaan negeri ini. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Jempol.
Tuan Pengerusi, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana telah pun mengutip cukai yang begitu tinggi sehingga mendapat lonjakan hasil negara lebih daripada RM26 bilion tahun sudah. Maka sewajarnya keputusan kita untuk menyokong peruntukan ini untuk memberikan insentif, imbuhan, dorongan, motivasi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri khususnya kepada pegawai-pegawai yang sememangnya bertindak baik untuk mengutip hasil negara kita dengan baik dan seterusnya dapat menjana kekayaan negara kita dengan baik. Apa yang paling penting sekali ialah tepatnya dasar kerajaan kita iaitu menjana ekonomi. Apabila kita dapat menjana ekonomi bahawa ekonomi kita berkembang, hasil kita meningkat dan dasar kepimpinan kita yang bijak memulangkan semula kekayaan negara ini, hasil negara ini dalam bentuk banyak insentif yang diberikan kepada rakyat. Maka kita sudah sewajarnya amat berpuas hati terhadap sumbangan, dorongan, motivasi yang diberikan oleh kerajaan melalui peruntukan ini. Tuan Pengerusi, saya juga dapat melihat dalam B.11 ini, apabila kita ingin menambah peruntukan kita selain daripada kegunaan biasa ialah untuk menambah lagi subsidi minyak kita. Hari ini kita sudah berjaya sebenarnya menurunkan harga minyak cuma kerajaan menggunakan istilah subsidi, pembangkang menggunakan istilah menurunkan harga minyak. Sebagai contoh RON95, rakyat cuma membayar lebih kurang RM1.90. Harga dalam pasaran sebenarnya ialah RM3.18.
Ini bermakna kerajaan telah pun menurunkan RM1.28, harga minyak RON95 ini. Maka, ini sebenarnya istilah subsidi ini kadang-kadang tidak difahami oleh sesetengah rakyat, maka dieksploitasi oleh pembangkang kononnya kerajaan tidak menurunkan harga minyak. Sebenarnya kerajaan sudah menurunkan harga minyak. Maka, bertepatanlah cadangan daripada kementerian ini supaya menambah lagi peruntukan ini supaya dapat kita meringankan bebanan rakyat. Sudah tentulah dengan kos yang dibayar oleh rakyat yang murah, banyak kegiatan ekonomi yang dapat membantu meningkatkan kekayaan negara dan juga meningkatkan kekayaan rakyat dengan meringankan bebanan dan tanggungan yang diperlukan oleh rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mula dengan soalan bahawa baru-baru ini kita dapat laporan dari akhbar di luar negeri bahawa SP Setia dan Sime Darby tengah cuba untuk membuat satu bidding untuk membeli satu hartanah Battersea Power Station di London yang kita juga sedar bahawa projek ini mempunyai nilai yang begitu tinggi sekurang-kurangnya UK5.5 bilion. Saya ingin tahu, apakah strategi GLC seperti ini, SP Setia dan Sime Darby untuk pergi membeli hartanah di luar negeri dan sehingga kita sanggup outbid taikun dari Rusia, Roman Abramovich dan juga kita ingin tahu sama ada EPF atau KWSP terlibat dalam kes-kes seperti ini? Seterusnya, juga dalam keadaan yang sama kita dapati Khazanah Nasional sekarang banyak invest, telah cuba membeli hartanah-hartanah dari luar negara selain
daripada Parkway Health Care. Baru sahaja kita dapati dalam laporan, ada usaha untuk buat bidding membeli Algiers Global Limited. Sungguhpun ada penafian tetapi saya ingin mendapat penjelasan, apakah strategi Khazanah dengan menjual banyak stakes yang ada di dalam negeri dan membeli hartanah-hartanah dari luar negeri.
Yang Berhormat Indera Mahkota, ini termasukkah Yang Berhormat Indera Mahkota? Tidak masukkan?
Kita tahu sebenarnya Khazanah dibentuk bukan untuk tujuan mendapatkan hartanah dan juga buat keuntungan tetapi untuk memulihkan projek-projek yang...
Ini tidak termasuk.
...Lemah dan dipulihkan. Berkaitan dengan ini juga saya ingin menarik perhatian dan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Baru-baru sahaja pada Februari 26, 2012, satu laporan polis telah dibuat dan satu kes dalam mahkamah tengah dibicarakan. Seorang bernama En. Tan Teng Heng telah mendakwa bahawa isterinya yang telah bercerai, Sheng Lian, seorang remisier, telah membeli saham atas nama James Sheng. James Sheng adalah adik kepada Andrew Sheng Bin Tao iaitu salah seorang Pengarah dalam Khazanah Nasional. Dalam dakwaan ini menyatakan di antara 2007 hingga 2001 iaitu tempoh Andrew Sheng sebagai Pengarah dalam Khazanah, saham-saham yang berkaitan dengan Khazanah seperti TNB...
Yang Berhormat, saya hendak berhentikan Yang Berhormat. Tidak masuk Yang Berhormat.
Yealah, kita hendak mendapat penjelasan. Ini mengenai dengan...
Ini tidak sesuai pada ketika ini.
Bukan, saya ingin mendapat tahu sebab soalannya ialah sungguhpun dakwaan ini berlaku, Khazanah telah menyatakan...
Tiada kaitan, tidak ada soalan.
...Dalam pengurusannya ia tidak memerlukan ahli keluarga kepada pengarah untuk declare interest dan no disclosure required apabila ahli-ahli keluarga membeli saham dalam Khazanah. Itulah sebab saya rasa ini sesuatu yang perlu dijelaskan. Bukan isu kebijaksanaan membeli saham-saham ini atau siasatan tetapi adakah Khazanah tidak perlukan disclosure dari ahli-ahli keluarga Pengarahnya apabila bersangkut paut dengan kepentingan dalam pengurusan syarikat ini. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini confirm ada dalam. Soal subsidi, tadi Yang Berhormat Batu, rakan saya Yang Berhormat Sri Gading, macam out sedikitlah.
Apa pula out? Subsidi juga.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebetulnya bimbang juga dengan kedudukan negara kita yang selalu mengamalkan subsidi. Apabila tidak ada subsidi, bermakna mungkin rakyat negara ini akan tidak ada hala tuju sehingga ada sebilangan kecil rakyat kita macam tidak mahu melakukan apa-apa. Ini kerana bagi dia, kerajaan menyediakan subsidi. Apa subsidi tidak ada? Subsidi minyak, petrol ada, minyak diesel ada, minyak tanah ada, minyak makan ada. Kalau ada minyak dari langit pun mungkin kerajaan mahu subsidi minyak dari langit tetapi tidak ada. Akan tetapi pokoknya, cerita soal minyak, kalau ada orang minyak pun mungkin boleh disubsidi juga. Ini masalah, ini baru minyak. Persoalannya, sampai mana sasaran kita untuk memberi subsidi ini. Betul-betulkah yang memerlukan subsidi minyak ini sampai ke sasarannya ataupun minyak ini sampai ke Philipines, sampai ke Indonesia, sampai ke Thailand. Jadi, ini merupakan satu beban yang paling berat. Kerajaan berniat baik tetapi rupa-rupanya niat
baik itu tidak dapat diterima pakai sebab pelaksanaan dia tidak mengikut kaedah-kaedah yang kita perlukan. Jadi, akhirnya kita membazir macam mencurah air ke daun keladi, orang tidak akan berterima kasih. Jadi, ini subsidi baru minyak. Saya tidak tahu subsidi pertanian pun ada, baja ada, semua bibit ada, benih ada, semua ada, racun pun disubsidi sampai ramai orang bunuh diri makan racun, sebab racun percuma. Ini masalah. Akan tetapi peningkatan industri pertanian kita masih di tahap yang rendah. Jadi, tidak tahu hasil dia macam mana. Seharusnya kalau kita berbelanja berbilion-bilion Timbalan Menteri Kewangan, pulangan dia terjamin. Kalau saya merancang, apa saya belanja. Kalau saya belanja RM10 bilion, saya mahu in return RM15 bilion. Ini tidak ada. Saya tidak tahu di kementerian ini konon ramai pakar. Akan tetapi pakar apa? Mungkin pakar yang pakau ke, pakar yang tidak boleh membantu. Saya cukup Tuan Pengerusi, saya cukup bingung dan keliru dengan apa yang telah kita terjemahkan sehingga kepada akhir ini. Ini kerana tidak ada sesuatu pun yang kita lihat boleh ada impak yang besar untuk memberi harapan masa hadapan yang lebih cemerlang kepada rakyat negara ini dengan subsidi berbilion-bilion ini.
Akan tetapi sasaran yang sebenarnya tidak dapat kita ketahui sebab petrol contohnya orang yang jutawan pun boleh mengisi petrol dengan subsidi. Seharusnya kalau syarikat-syarikat sudah besar dengan kereta mewah, tidak perlulah subsidi tetapi tidak ada kawalan, tidak ada garis panduannya. Oleh sebab itu dahulu saya telah mencadangkan daripada kita membazir untuk memberi subsidi minyak yang dicairkan oleh mana-mana pihak, lebih baik kita beri cash flow kepada mereka yang tidak bernasib baik ini dan perlukan bantuan untuk mendapat subsidi daripada kerajaan. Saya bimbang nanti di masa akan datang kalau subsidi diteruskan, negara kita akan menjadi porak-peranda dan menjadi muflis pada satu ketika nanti. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja dan saya harap kementerian boleh berfikir lagi soal-soal subsidi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada satu perkara dalam B.21. Bukan satu tetapi dua perkara. Satu bersangkut paut dengan penanam-penanam sayur. [Disampuk] Saya under pertanian iaitu Kementerian Asas Tani...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Perbendaharaan B.10.
Ini out of order, B.21.
B.10 dan B.11 sahaja Yang Berhormat.
Maksud B.21 berkenaan dengan ya - Berkenaan dengan penanam-penanam sayur di Cameron Highlands dan juga di kawasan- kawasan lain. Peruntukan yang diberikan ini saya harap peruntukan RM11 bilion yang kita sedang debatkan ini di antaranya dapat disalurkan untuk pekebun-pekebun sayur di Cameron Highland dan di kawasan-kawasan lain supaya...
[Menyampuk]
Biar saya cakaplah. Saya bukan cerita mengenai RM3 bilion Yang Berhormat Permatang Pauh punya. [Ketawa] Ini orang cakap you tidak mahu kasi. Kalau mahu cerita mengenai Yang Berhormat Gombak bilion-bilion pun tidak mengapa.
Belum sampai lagi.
Jadi saya harap bahawa langkah- langkah yang sewajarnya diambil di mana - Ini baru dapat yang betul punya [Ketawa] di mana masalah yang dihadapi ialah oleh kerana tidak teratur, apabila harga sayur ini melambung tinggi, permit-permit dikeluarkan untuk mengimport sayur-sayur, maka apa
yang berlaku adalah mungkin kewangan yang dibelanjakan itu tidak dibelanjakan dengan betul oleh kementerian. Maka pekebun-pekebun sayur ini sudah tidak berminat untuk menanam sayur, khususnya saya bagi contoh harga sayur yang mencecah RM4 itu apabila harganya mencecah RM4, permit dikeluarkan maka permit yang mengimport sayur-sayur ini, mereka merendahkan harga di pasaran dan pekebun-pekebun mereka menghadapi masalah ini. Saya juga mohon kepada kerajaan agar diberi pertimbangan yang wajar dalam kita berbelanja hampir RM11 bilion ini. Saya harap peruntukan yang di antara peruntukan ini juga dirancang untuk penyaluran melalui kementerian untuk nelayan-nelayan di mana hari ini saya hendak bawa satu masalah di mana nelayan-nelayan di Batu Kawan lebih daripada 500 nelayan-nelayan ini, mereka hari ini mahu tutup kedai, mereka sudah tidak ada jalan untuk meneruskan kerana pukat-pukat Apollo yang datang tangkap ikan di persisiran Batu Kawan itu, mereka tangkap ikan lebih kurang satu depa dan seharusnya mereka ini tangkap ikan di persisiran yang tingginya lebih kurang mungkin 20 depa. Jadi ini didalangi oleh tauke-tauke haram yang diberi sokongan oleh beberapa pihak.
Minta laluan Yang Berhormat Padang Serai.
Kalau mahu tanya siapakah pihak itu adalah di antaranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Ini bukan isu politik. Saya mahu kerajaan yang membelanjakan begitu banyak duit ini juga memberi peruntukan kepada nelayan-nelayan ini di kawasan Batu Kawan yang hari ini sudah pun menubuhkan sukarelawan laut mereka yang pertama di negara ini dengan bantuan NGO saya, Perkemas, mereka membentuk satu petugas laut dan saya harap kementerian akan mempertimbangkan supaya membelikan satu bot ronda untuk menjaga pesisiran mereka, tukar kerajaan, hidup mereka sudah melarat hari ini. Saya bukan hendak katakan politik tetapi saya hendak katakan di sini Kerajaan Negeri Pulau Pinang mereka memberi kebebasan kepada beberapa individu yang saya harap Yang Berhormat Jelutong yang aktif di Penang ambil perhatian, Yang Berhormat as they are saying sebab apa yang berlaku...
Yang Berhormat Padang Serai, sedikit boleh? Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Padang Serai berhubung dengan masalah nelayan seperti Yang Berhormat Padang Serai bangkitkan tadi kerana kita lihat ada bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di seluruh negara perkara ini berlaku, di Parlimen Arau pun tetapi soal dasar yang dibuat. Ini bukan soal salah kerajaan tetapi dasar dan undang-undang yang telah berlaku untuk makluman Yang Berhormat Jelutong. Jelutong pun ramai nelayan sebab ikan segar banyak dari Jelutong. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Serai soal pengambilan pekerja-pekerja asing untuk sektor nelayan ini, pukat-pukat yang telah dikhaskan, boleh atau tidak kerajaan melonggarkan kerana kita lihat sekarang ini nelayan yang paling penting mereka kekurangan tenaga pekerja yang amat diperlukan dan amat mendesak sekarang ini. Pandangan Yang Berhormat Padang Serai.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Arau. Memang ini perlu tetapi masalah ini berbeza mengikut kawasan. Di Batu Kawan, masalahnya adalah masalah di mana mereka sudah tidak boleh mencari mata pencarian dan saya setuju dengan Yang Berhormat Arau, sekiranya kerajaan hari ini melonggarkan syarat-syarat memberi perhatian terhadap nelayan-nelayan ini maka perkara ini boleh diatasi. Saya hendak beritahu satu hal di mana di Batu Kawan ini apa yang berlaku apabila saya pergi, mula-mula mereka bukan datang minta saya untuk tubuh sukarelawan, mereka datang ke pejabat saya minta bantuan. Ini Yang Berhormat Jelutong ambil perhatian, Penang. Mereka minta bantuan supaya sukarelawan saya daripada Padang Serai boleh pergi bantu mereka lawan dengan gengster-gengster yang berkeliaran di Batu Kawan.
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Baru hari ini kasi peluang, hendak minta habis cepat.
10 minit seorang.
Jadi, apa yang berlaku...
Tidak hendak boleh sampai petang, tidak apa. Habiskan 10 minit.
Apa yang berlaku adalah apabila nelayan melihat bot pukat ‘apollo’, mereka akan telefon Maritim dan apabila Maritim ini dia dapat maklumat, Maritim tidak pergi tangkap. Akan tetapi bot pukat tunda punya gangster akan pergi cari nelayan yang telefon. Mereka akan dapat nombor telefon semuanya dan ini berlaku dan mereka diserang dalam rumah mereka. Ini adalah satu masalah yang begitu rumit sehinggakan saya hari ini meminta Jawatankuasa Sukarelawan itu seramai 40 orang datang ke Parlimen. Mereka ada di perkarangan Parlimen hari ini untuk bermesyuarat dengan Menteri Pertanian. Jadi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mesti memberi sokongan kepada nelayan-nelayan ini dalam mengatasi masalah ini kerana tauke-tauke ini yang datang daripada Sungai Udang juga diberi kebenaran untuk membela ikan dalam sangkar di kawasan-kawasan itu di mana sangkar-sangkar belaan ikan itu ditarik sehingga ke kawasan Batu Kawan dan tempat membiaknya lala ini menjadi masalah. Tindakan mesti diambil mengikut tempat sangkar itu iaitu TOL diberi oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri mesti mengadakan pengawasan dan penguatkuasaan terhadap mereka yang lari daripada kawasan-kawasan yang diberi.
Terima kasih Yang Berhormat.
Satu lagi. Dalam banyak-banyak perbelanjaan ini saya ingin merujuk B.20 Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Yang Berhormat, B.10, B.11 Yang Berhormat.
Okey, saya...
Kita dalam peringkat jawatankuasa.
Saya harap bahawa dimasukkan juga bantuan untuk pembinaan dewan di kawasan Paya Besar di Padang Serai di kawasan Naga Lilit, Padang Serai, di kawasan Merbau Pulas. Dewan-dewan boleh dibina dengan harga kurang daripada RM1 juta tetapi kemudahan dewan ini boleh memberi faedah kepada puluhan ribu yang duduk di kawasan yang sama. Jadi Tuan Pengerusi, saya tahu saya lari tajuk pun tetapi ini saya mahu Menteri dengar. Kadang-kadang Menteri terlalu sibuk sekarang sebab kerajaan begitu banyak membantu rakyat. Menteri kena jaga semua. BR1M, penuntut miskin. Semua. Masa Yang Berhormat Permatang Pauh jadi Menteri Kewangan habuk pun tidak ada. Hari ini negara kucar-kacir. Saya berharap selepas pilihan raya ini tidak ada masalah. Saya boleh balik seperti apa yang saya berulang alik ke Kulim seperti hari ini. Saya tidak mahu selepas pilihan raya, saya mahu balik orang tahan kereta saya dia kata, “Oh, India, you mahu lalu kawasan Melayu. Oh, India you mahu lalu kawasan Cina.” Saya tidak mahu itu sebab saya tahu angkara seperti ini boleh berlaku dan akan dilakukan dan akan diwujudkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Yang Berhormat cukuplah.
Saya harap Yang Berhormat Permatang Pauh jangan lakukan ini. Bawa perpaduan.
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat. Please.
Apa Tuan Pengerusi mahu sokong Yang Berhormat Permatang Pauhkah? Okey, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun rasa pening. Kita bincang pasal bab apa sekarang ini? Semua masuk, nelayan apa semua tetapi tidak apalah. Sebagai hiburan okey, tidak apa. Terima kasih. Di bawah B.10.
Yang Berhormat ‘Indera Wasih’, ‘Indera Wasih’. Indera Mahkota. Saya panggil you ‘Indera Wasih’ sahajalah.
B.10 - Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya difahamkan bahawa terdapatnya kutipan tambahan sebanyak RM20 bilion. Saya tidak ada masalah dan perkara ini perkara yang baik dan kita harus beri pujian kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana dalam keadaan negara kita berdepan dengan kehilangan sumber, kehilangan hasil dan sebagainya, mereka berjaya meningkatkan hasil kutipan sebanyak tambahan 20%. Tidak apa, terima kasih. Saya juga tidak ada masalah tambahan RM300 juta daripada belanjawan asal sebanyak RM904 juta. Cuma seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah, pertengahan tahun kita perlukan RM300 juta sebagai perbelanjaan untuk pengurusan. Ini menimbulkan persoalan dan saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri atau kementerian perlu memberi penjelasan adakah benar seperti mana yang diulas, perbelanjaan tambahan ini yang tidak diketahui tujuannya dahulu bukan dalam sektor perancangan mereka adalah kerana timbul keperluan mendesak persediaan untuk melaksanakan cukai baru GST. Ini sebagaimana yang disebut oleh beberapa pihak yang mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Kementerian Kewangan, kerajaan sedang membuat persiapan terakhir struktur dan juga infrastruktur untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri terlibat dalam pelaksanaan GST. Jadi RM300 juta tambahan ini, adakah benar akan digunakan untuk persediaan infrastruktur pelaksanaan cukai GST sebagaimana yang dijawab juga oleh Perdana Menteri, cukai baru ini akan dilaksanakan sepenuhnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Ini jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri dalam Persidangan Ketua-ketua CEO Forbes di Kuala Lumpur menjawab kepada wartawan asing yakni dipetik secara tepat oleh media. Saya juga hendak bertanya dalam jumlah RM300 juta yang diperuntukkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri timbul keperluan sepatutnya untuk mempertingkatkan lagi secara tradisinya apabila menjelang tempoh perakaunan kedua atau pun tempoh suku ketiga terakhir dalam satu tahun kalender kewangan. Biasanya Lembaga Hasil Dalam Negeri akan merancang berapakah jumlah di akhir tahun kewangan atau tahun asas sesuatu tahun percukaian itu untuk merancang berapakah jumlah yang bakal dikutip supaya selaras dengan tujuan atau pun matlamat hasil kutipan yang telah diberi oleh kerajaan selama hari ini.
[Bangun]
Ringkas.
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota sedikit penjelasan selaku orang yang punya pengalaman dan pernah berkhidmat di Lembaga Hasil. Yang Berhormat Indera Mahkota, saya melihat banyak dasar-dasar kerajaan yang baru di atas nama BR1M dan sebagainya mempunyai hubung kait dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri terutama sekali bagi tujuan kelayakan dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat Indera Mahkota saya melihat lebih daripada itu lagi, perkara tersebut ada menjadi beban kepada golongan-golongan bawahan terutama mereka di kampung. Di Balik Pulau sendiri saya tengok mereka kadang-kadang ada satu yang saya rasa ketidakfahaman mengenai tanggungjawab cukai ini sehinggakan perkara tersebut berlaku apabila mereka mula hendak mendaftar, hendak mendapatkan permohonan BR1M. Apa yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, di dalam kerajaan mengambil dasar kita panggil memungut cukai, pendekatan penguatkuasaan. Akan tetapi saya tengok di bawah aspek-aspek pendidikan, pemahaman rakyat terhadap apa itu kepentingan cukai terhadap pembangunan negara, saya rasa tidak berlaku. Sekurang- kurangnya saya tengok yang ada hanyalah papan tanda bayar cukai tetapi tidak dideploy pegawai-pegawai untuk melakukan pendidikan kepada rakyat. Apa itu peri pentingnya cukai dalam pembangunan negara?
Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau. Sebenarnya saya juga mengharapkan dalam peruntukan RM300 juta yang bakal di luluskan untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri memasukkan elemen memberi kesedaran dan juga educative value dalam permasalahan atau pun pemahaman cukai supaya rakyat boleh memahami asing atau mengasingkan di antara bentuk kerajaan, pemberian yang diwujudkan oleh kerajaan untuk tujuan apa dan percukaian yang sepatutnya masuk dalam kantung atau pun revenue kepada negara untuk tujuan membantu rakyat dalam frasa yang kedua. Ini perlu difahami dalam bentuk pendidikan yang asas. Saya juga hendak katakan dalam BR1M, dalam pemberian BR1M, dalam pembentangan belanjawan yang lalu, kerajaan memperuntukkan satu jumlah yang dimasukkan bersekali dengan subsidi. Ini disahkan oleh kementerian, Menteri dan juga Perdana Menteri. Perkara yang disebutkan bahawa peruntukan di RM20,500 itu diandaikan atau dimaksudkan sebagai subsidi kepada LPG, RON95 dan juga apa-apa yang terlibat dengan petroleum dan ia bersekali dengan bantuan tunai.
Pada kali ini, perkara 20500 juga menjadi perkara yang sama iaitu memasukkan jumlah RM7 bilion keseluruhan subsidi itu dimasukkan sekali dengan bantuan tunai. Dengan itu, kita hendak tahu dan hendak tanya penjelasan adakah BR1M ini diertikan sama pemberian kali kedua dalam Belanjawan Tambahan ini kerana bentuk bantuan tunai itu disekalikan juga dengan kelulusan sebanyak RM7.4 bilion? Saya hendak minta supaya kerajaan mempertimbangkan. Kita meletakkan beban tugas yang begitu besar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kita sendiri create ataupun hidupkan isu-isu yang pada bidang percukaian ini yang sebenarnya isu yang tidak konkrit, isu yang tidak revenue base. Media, UMNO, rakan-rakan kepimpinan dalam Barisan Nasional membawa isu tentang RM3 bilion kononnya dimiliki oleh Ketua Pembangkang, dua bulan lebih isu ini dibawa tetapi kita harus memikir ini beban kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mereka lebih profesional dan mereka melihat ada atau tidak kemunasabahan atas dakwaan yang dibuat oleh kerana kepentingan dalam politik. Mereka lebih profesional. Tidak cukup dengan dakwaan mengatakan tuduhan ada RM3 bilion, RM8 bilion, RM20 bilion, tidak cukup. Mereka melihat sama ada logik asas percukaian itu ada atau tidak. Saya percaya kalau benda itu ada asasnya, sudah lama sudah penyiasatan dilakukan dan ahli-ahli pentadbir yang terlibat dalam bidang penyiasatan cukai, mereka tidak akan terpedaya dengan cerita berkenaan dengan media politik ini. Kita tahu, kerajaan pun tahu dan berapa kali telah Ketua Pembangkang kata kalau sekiranya betul ada dokumen, kenapa tidak keluarkan dan kita bersedia kalau benar perkara itu boleh disiasat, siasatlah tetapi perkara ini tidak berlaku. Saya berharap Tuan Pengerusi, rakan-rakan Lembaga Hasil Dalam Negeri ada di dalam Dewan pada hari ini. Sekiranya benar kita hendak melihat adanya usaha membaiki kebocoran, ketirisan, pelarian cukai, pengelakan cukai yang begitu berleluasa, saya seru kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri jalankan segera siasatan dan jangan pilih siapa. Kita hendak kalau boleh isytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri semua Menteri-menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Ketua-ketua Kerajaan, Ketua-ketua GLC, CEO-CEO. Buat pengisytiharan terbuka, kita beri dia orang test, capital statement, hendak tengok betul atau tidak mereka berbelanja seimbang dengan pendapatan mereka. Sekiranya perkara ini tidak dibuat, jangan kita main politik mengatakan Ketua Pembangkang ada RM3 bilion, RM20 bilion, RM50 bilion, ini memberi beban tanggungjawab yang cukup berat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita membayangkan seolah-olah mereka tidak mahu mengambil tindakan dan membuat kerja. Saya rasa tidak adil, tidak adil kita mengeluarkan kenyataan begitu. Media- media membawa cerita seolah-olah Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak mengambil tindakan atas dakwaan tadi. Perkara ini tidak benar.
[Bangun]
Habis Yang Berhormat.
Sedikit, Tuan Pengerusi. Saya berminat kerana ini ada hubungan di antara politik dan kewangan iaitu antara isu yang paling saya rasa Dewan yang mulia ini patut beri penekanan dan saya rasa daripada sisi percukaian yang dicadangkan oleh kawan saya ini, rakan bijaksana Yang Berhormat Indera
Mahkota bahawa Menteri-menteri perlu mengisytiharkan daripada aspek percukaiannya kerana saya rasa perkara ini akan menjadi lebih telus. Kebetulan Yang Berhormat Indera Mahkota, kes RM3 bilion ini saya peguam kepada Datuk Murad. Saya boleh bercakap kalau saya hendak bercakap macam mana beliau disiasat di Bank Negara, bagaimana SD dibuat, bagaimana saya take over file daripada V.K. Lingam, di mana beliau dibawa ke Bukit Tunku, jumpa siapa, lepas itu bawa ke hotel mana.
Yang Berhormat, ia lawyer-client.
Tidak, saya tidak masuk detail, saya tidak cakap detail. Itu tanggungjawab saya sebagai peguam, saya tahu privilege communication tetapi kita bukan begitu. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan pendekatan Yang Berhormat Indera Mahkota, pendekatan yang boleh dilakukan dan lebih meyakinkan dan lebih bertanggungjawab ialah pendekatan cukai kerana jumlah RM3 bilion itu saya rasa boleh dijawab kalau sekiranya ada. Ianya lebih menunjukkan kerajaan hari ini melakukan pendekatan yang bertanggungjawab bukan fitnah.
Terima kasih, terima kasih. Saya gulung. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau, saya rasa saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang membawa isu RM3 bilion. Perkara ini telah boleh mendatangkan aspek menghidupkan suasana, peluang untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri melihat perspektif yang lebih besar. Dalam negara kita, orang-orang yang berbelanja luar daripada kemampuan sebenarnya terlalu ramai dan banyak. Tokoh-tokoh di luar sana seperti Yang Berhormat Kota Belud sebagai contohnya sudah tentu menyokong usaha untuk menjalankan pengisytiharan ini dengan bantuan Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam bentuk penyataan modal dan sebagainya ataupun dalam bentuk kaedah penyiasatan yang selalu kita ada prosedur dia. Kita boleh kenakan, boleh laksanakan dan Tuan Pengerusi, pagi tadi saya cukup hairan. Jawapan ini saya minta daripada rakan-rakan dan juga Timbalan Menteri. Perdana Menteri mengumumkan pagi tadi semasa menjawab jawapan lisan berkenaan Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat yang tidak ada nampaknya dalam Belanjawan Tambahan, tertinggal dan dijawab kata kerajaan mengumumkan rebat belanja 100% atas perbelanjaan yang dikeluarkan atas sambutan menganjurkan hari keluarga dan rebat ini diberikan 100% kepada syarikat ataupun korporat yang menganjurkan hari keluarga, diumumkan pagi tadi. Untuk tempoh bila dan apa kena mengena dengan atas sifat untuk melihat sektor cukai ini boleh diperbaharui dan kita menghadapi masalah kerana kehilangan hasil. Betul ada tambahan dalam pengutipan cukai tetapi Timbalan Menteri juga mengatakan bahawa dan bersetuju tambahan ini bukan cukai asas.
Yang Berhormat, habiskan.
Ini cukai yang terdahulu, outstanding tax. Kita lebih tekankan kepada efficiency ataupun efisiennya sistem semasa untuk mengutip dan saya sekali lagi merasakan beban ini telah diletak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atas pengumuman pagi tadi, kita tidak ada penjelasan yang tepat sama ada ini semata-mata hendak jelaskan untuk tujuan pilihan raya. Saya tidak rasa boleh dilaksanakan kerana perkara ini masih belum dibentangkan dalam Dewan, masih belum dilakukan pindaan dalam akta untuk membolehkan rebat 100% diberi kepada syarikat ataupun ahli korporat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Jadi saya minta perkara ini diperhatikan dan saya fikir kerajaan harus sambut cabaran untuk melakukan segera penyiasatan kepada mana-mana orang yang berbelanja melebihi kemampuan supaya kita mendapat keadilan untuk semua pihak. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat, kita akan habiskan perbahasan jam 1 tengah hari.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasih kerana memberi peluang untuk membahaskan peringkat jawatankuasa bagi maksud B.10 dan B.11. Saya menyokong peruntukan yang dibuat di sini sebanyak RM300 juta bagi menampung kos operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini memandangkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai tanggungjawab berat untuk menjalankan tugas dan peranan mereka mengutip hasil kerajaan demi untuk kepentingan negara dan rakyat kita. Kita telah melihat kejayaan mereka yang begitu bukan sahaja menggalakkan tetapi kejayaan yang cemerlang dan sebenarnya kita semua rakyat Malaysia patut berbangga kerana dengan pertambahan kutipan hasil ini bermaknanya kita mempunyai masa depan yang lebih baik sekiranya kutipan hasil yang berjumlah berbilion- bilion itu dimanfaatkan untuk program-program pembangunan demi kepentingan rakyat.
Memang sebagaimana yang kita lihat kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan program-program yang boleh memberikan faedah kepada rakyat. Mungkin ada sedikit sebanyak ketidaksempurnaan di sana sini. Itu tidak dapat dinafikan kerana tidak ada satu perjalanan pentadbiran dan pengurusan yang sempurna. Jadi dengan sebab itu, kita janganlah menggembar-gemburkan perkara yang sedikit sebanyak terdapat kelemahan. Itu yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Kita menghadapi masa depan dengan satu sasaran yang begitu mencabar kerana ingin mengangkat status negara kita dan rakyat kita kepada tahap yang begitu tinggi setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dengan sebab itu, perbelanjaan yang besar perlu kita punyai untuk melaksanakannya. Jadi RM300 juta untuk perbelanjaan operasi ini sepatutnya tidak menjadi perkara yang perlu dipertikaikan. Kita juga menyokong suara-suara supaya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan tugas mereka dengan secara profesional dan untuk memastikan keadilan kepada semua pihak. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada perkara berhubung dengan B.12 (1) di mana disebutkan subsidi barangan Petroleum. Di sini sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebentar tadi, kita berbelanja begitu banyak sekali bagi tujuan subsidi barangan petroleum ini secara across the board. Struktur subsidi across the board ini dengan tidak mengambil kira bahagian-bahagian masyarakat ataupun rakyat kita yang perlu diberi subsidi dan mereka yang berada dan mampu menyebabkan bahawa peruntukan subsidi itu menjadi satu perkara yang membebankan. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya melihat semula struktur subsidi yang diguna pakai oleh kerajaan pada hari ini supaya ianya adil, di mana yang memerlukan diberikan subsidi dan di mana yang tidak memerlukan tidak mendapat, tidak perlu diberikan subsidi. Dengan cara itu, kita boleh menjimatkan wang yang begitu banyak dan wang itu kita boleh gunakan untuk pembangunan rakyat untuk keperluan rakyat yang lebih memerlukan sama ada dalam bidang pendidikan, kesihatan, pembangunan luar bandar dan sebagainya. Mereka yang mampu umpamanya menggunakan kenderaan-kenderaan yang mewah mungkin tidak perlu mendapat subsidi fuel ataupun petroleum ini. Kalau dikira di Malaysia ini sudah ramai rakyat yang termasuk di dalam kategori ini dan berapa banyak wang subsidi yang mereka nikmati yang sebenarnya mereka pun tidak kisah sama sekali iaitu adanya subsidi itu. Dengan sebab itulah juga kadang-kadang kita berasa agak kesal kerana tidak adanya appreciation dengan izin. Orang kaya kalau RM1 nilainya kepada mereka seolah-olah sepuluh sen ataupun tidak ada value langsung apa yang kerajaan beri. Oleh sebab itulah hari ini, kita dapati orang-orang yang berada, orang-orang yang telah maju dan berjaya, mereka mendabik dada bahawa kerajaan tidak pun membantu mereka kerana mereka merasakan mereka sudah hebat dan tidak perlu kepada subsidi, tidak perlu pertolongan kerajaan. Jadi kalau begitu kenapa perlu kerajaan beri subsidi- subsidi ini? Lebih baik kita peruntukkan untuk rakyat jelata yang masih memerlukan. Masih ramai lagi di luar bandar dan juga di bandar-bandar masalah perumahan rakyat perlukan wang berbilion-bilion juga kalau kita hendak melihat semua rakyat mendapat kemudahan perumahan. Begitu juga di kampung-kampung, juga perumahan-perumahan rakyat banyak lagi yang perlu kita laksanakan. Begitu juga program kesihatan, kita melihat ramai lagi rakyat di luar bandar dan di bandar yang tidak mampu dan tidak dapat kemudahan perubatan yang bermutu walaupun
ada peluang ataupun kemudahan perubatan dari segi klinik yang kita wujudkan di seluruh negara. Akan tetapi, kualiti dan kemudahan perubatan ini perlu dipertingkatkan. Banyak klinik-klinik yang namanya sahaja ada klinik tetapi tenaga ataupun doktor-doktornya tidak ada dan juga pembantu kesihatannya pun kurang. Ubat-ubat yang dibekalkan di klinik-klinik tidak mencukupi. Dengan sebab itu, kalau kita pergi ke luar bandar kita lihat nampak sihat rakyat tetapi sebenarnya tahap kesihatan mereka itu perlu dipertingkatkan lagi. Jadi Tuan Pengerusi, saya rasa perlulah sampai masanya untuk distrukturkan semula subsidi ini untuk menjimatkan wang negara dan penjimatan itu boleh digunakan kepada sektor-sektor yang memerlukan. Selain daripada itu...
Alamak. Apa bendalah!
Ha?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, habiskan.
Macam mana? Apa? Anything? Sorry?
Yang Berhormat, tidak perlulah Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, anything wrong? Ya dengan izin, I stand to be corrected, no problem. Kalau ada salah silap, tolong betulkan. Tidak ada masalah. Kalau pihak pembangkang rasa hendak betulkan saya...
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Boleh tolong betulkan. No problem.
Yang Berhormat Pasir Salak. Boleh saya minta penjelasan, pandangan?
Ya.
Saya tertarik dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bahawa mungkin maksudnya adalah lebih baik supaya subsidi ini diberikan kepada kumpulan sasar yang tertentu supaya adanya nikmat dan faedah itu boleh dirasai. Satu masalah yang dihadapi ialah untuk menyediakan pangkalan data atau data base kepada kumpulan sasar ini. Adakah Yang Berhormat berpendapat mungkin setelah diwujudkan dan dilaksanakan Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia yang mana sudah pun wujudnya satu pangkalan data daripada isi rumah berpendapatan di bawah had yang munasabah dikirakan yang perlu bantuan bahawa pangkalan ini boleh dijadikan sebagai permulaan atau asas untuk dilaksanakan subsidi yang lebih tersasar kepada kumpulan yang memerlukan.
Terima kasih.
Yang Berhormat, boleh tambah sedikit?
Sebelum itu, Yang Berhormat. Tadi agaknya pasal hari ini saya bercakap slow sedikit, maka pembangkang rasa out of tune. [Ketawa] Something wrong with that. [Disampuk] Oh, suruh potong. Tuan Yang di- Pertua yang menentukan berapa minit. Maybe when I speak very slowly, then you feel it is too long but actually it is not long enough. Jadi hendak menjawab Yang Berhormat Johor Bharu tadi, saya bersetujulah bahawa kita telah pun mengenal pasti mereka-mereka yang memerlukan, yang berpendapatan RM3,000 ke bawah yang saya rasa – seramai berapa? Tiga jutakah?
Seramai 3.5 juta begitu, dan nama-nama ini sudah ada dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga dengan pihak kerajaan. Jadi mereka ini merupakan kumpulan sasar yang sudah ada yang perlu kita beri sokongan, bantuan, apa juga yang kita boleh supaya mereka ini dapat kita bantu dan kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik lagi dibandingkan keadaan yang ada sekarang. Yang Berhormat Bukit Gantang.
Ya, terima kasih.
Ini kawan-kawan nanti marah, ambil masa panjang. Okey, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak menyatakan bahawa ramai lagi orang yang masih memerlukan bantuan. Ia bukan hanya barangkali di Pasir Salak, tetapi bagi seluruh negeri Perak ataupun di Malaysia. Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat, pada 30 Mac yang baru lalu, Yang Berhormat telah pun menganugerahkan geran sejumlah hampir RM10,000 ataupun RM15,000 kepada 80 orang miskin di Pasir Salak di Dewan Millenium, Kampung Gajah dalam geran Azam Tani. Pada 4 April, seorang pengerusi JKKK Kampung Selat Pulau itu hantar surat kepada Yang Berhormat dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Asas Tani untuk menarik balik geran yang telah Yang Berhormat berikan kepada 80 orang itu. Akan tetapi oleh sebab tujuh daripada mereka disahkan tidak sebulu dengan UMNO Barisan Nasional, maka ketua kampung di situ bernama Mohd. Lebo, hantar surat kepada Yang Berhormat dan Yang Berhormat setuju menarik balik membatalkan geran itu kepada orang yang telah dibuktikan di pejabat penghulu mereka ini miskin dan layak mereka memerlukan bantuan. Geran telah diberi, Yang Berhormat bersetuju tarik balik geran tujuh orang yang tidak sebulu dengan Barisan Nasional. Minta penjelasan apa yang dibuat oleh Yang Berhormat di Kampung Gajah hari itu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, dengan izin, this is a typical Yang Berhormat Bukit Gantang. Dia buat satu kenyataan tanpa mendapatkan maklumat yang sebenar. Dalam hal ini, Yang Berhormat mengatakan saya bersetuju. Itu tidak betul. Saya tidak tahu menahu pun kes ini sebelum semalam. Semalam baru dibawa kepada saya perkara ini dan saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, saya akan mengambil tindakan untuk memastikan semua yang telah diluluskan itu kita beri, tidak kira PASkah, UMNOkah, apa masalahnya? [Tepuk]
Okey, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Okey? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Beberapa perkara yang saya ingin juga bangkitkan. Pertama, Maksud B.10, tambahan sebanyak RM300 juta itu Tuan Pengerusi, LHDN. Saya memerhatikan dalam anggaran tambahan belanjawan pada yang terakhir dibentangkan di atas juga Maksud B.10, ini kali yang terakhir sebelum daripada yang dibentangkan untuk tahun ini, dibuat tambahan sebanyak RM204 juta dan disebut secara terang bagi menampung kekurangan kos operasi serta membiayai kos pelaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia. Akan tetapi pada kali ini nampaknya tidak tersebut perkara itu seperti disebut dalam permohonan tambahan anggaran belanjawan yang lalu. Jadi tentunya perkara ini saya perhatikan ada hubung kaitnya dengan pemberian BR1M dan kononnya disebut-sebutkan bahawa BR1M akan diteruskan. Seperti mana kawan-kawan lain sebutkan lebih awal tadi, ia memerlukan, Tuan Pengerusi, perkara-perkara ini janganlah dibuat secara runcit-runcit begini kerana kita seperti ditegur oleh MIER, ditegur oleh ADAC, saya masih ingat Allahyarham Dr. Zainal Aznam dalam hari-hari akhir beliau, Allahyarham menyebutkan betapa kita memerlukan
satu fiscal management dan fiduciary responsibility, tanggungjawab kewangan yang cukup penting untuk disusun semua ini. Runcit-runcit macam ini berat Tuan Pengerusi. Saya teruskan sedikit menyebutkan juga dalam hal runcit-runcit ini jugalah dan juga apa yang dilihat di sini dalam maksud B.11. Kalau saya boleh...
Yang Berhormat, minta laluan sedikit.
Ya tidak mengapa, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Kita melihat pemberian BR1M ini, setelah 54 tahun kita merdeka, ini adalah kali pertama projek kerajaan untuk bantuan rakyat satu Malaysia dengan memberi RM500 kepada 3.8 juta rakyat Malaysia. Bermakna lebih kurang berapa sen sahaja satu hari, satu bulan Yang Berhormat. Jadi apa yang saya hendak minta pandangan Yang Berhormat ialah, sejauh manakah kita melihat daripada hasil kutipan cukai daripada poket-poket rakyat ini yang dibayar oleh rakyat yang betul-betul orang panggil dapat dimanfaatkan? Sebab kita dapat maklum banyak lagi cukai yang belum berbayar yang sepatutnya dibayar oleh korporat, orang-orang atasan, orang-orang besar tetapi masih tidak membayar cukai yang mana ini menjadi tanggungjawab mereka kepada negara. Minta pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sahabat saya Yang Berhormat Rantau Panjang, saya kira persoalan itu perlulah Yang Berhormat Menterilah yang jawab sebab sebelah sini belum jadi Menteri lagi, walaupun saya mengakui dan mengiktiraf peningkatan pungutan tahun lalu dan juga pada suku pertama tahun ini Tuan Pengerusi iaitu satu yang saya perlu ucapkan syabas kepada pihak LHDN. Keduanya, saya ingin sebutkan Tuan Pengerusi bersabit dengan Maksud B.11, Perkhidmatan dan Am Perbendaharaan, di mana saya perhatikan sebanyak RM3.288 bilion untuk menampung keperluan tambahan emolumen, selaras dengan kenaikan gaji di antara 7% hingga 13%. Perkara itu Tuan Pengerusi, jelasnya saya yakin adalah bersangkutan dengan perpindahan ataupun perubahan ataupun flip floplah bahasa mudahnya. Dahulunya SBPA yang memperuntukkan dalam Bajet 2012, pertama kali ia dibentangkan, sebanyak RM2.6 bilion. Ketika kerajaan dan khususnya Yang Berhormat Menteri Kewangan membatalkan SBPA dan kembali kepada SSM, ia melonjakkan keperluan peruntukan sebanyak RM6 bilion. Maka di sana defisitnya RM3.4 bilion. Saya pernah membangkitkan perkara ini dan sekarang ini jelas bahawa ia diminta di sini atas perbelanjaan di situ RM3.288 bilion bersekali dengan COLAnya itu, RM379 million. Inilah dia akibat daripada pengurusan yang tidak diatur baik, difikirkan secara think through, maka tengah-tengah ini macam-macamlah kita buat dalam bentuknya seperti apa yang kita saksikan di sini. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga menyebutkan seperti kawan-kawan yang lain, perlu kepada satu penstrukturan semula seperti Yang Berhormat Pasir Salak – sebab Yang Berhormat Pasir Salak menyebutkan ini, saya juga mahu menuruti apa yang beliau, to echo his exertion dengan izin, kerana jelasnya pada pemberian RM7.4 bilion tambahan peruntukan subsidi petroleum dan barang-barangan yang bersangkutan dengan itu, saya memerhatikan memang punya masalah Tuan Pengerusi. Sebab kalau tidak juga Yang Berhormat Menteri mahu menerima, saya ambil kenyataan yang dibuat sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian di mana Yang Berhormat Menteri Pertanian dalam waktu terdekat yang lalu menyebutkan bahawa kalau kita perhatikan dengan beras contohnya, pada beras ST.15, beliau menyebutkan dalam keperluan perkara ini, daripada 40,000 tan ST.15 yang benar-benar sampai ke sasaran kelompok miskin adalah hanya 6,000 tan.
Ini jelasnya adalah sebab mengapa persoalan subsidi ini memang kalau kita sebutkan kumpulan sasarannya orang miskin, tetapi pada penerimanya adalah siapa? Sama ada dalam hal ini food industries, restoran-restoran. Kesemua ini menunjukkan bahawa ketirisan dalam subsidi kita akhirnya ia meletakkan soal revenue, soal pendapatan, dan our fiscal policy sama ada taxation dan juga cukai dan juga pendapatannya itu, selama hari ini disebut-sebut sebagai permasalahan. Akan tetapi sehingga kini masih lagi tidak
dapat diselesaikan secara tuntas kerana inilah antara perkaranya. Itu tidak termasuk dengan perkara-perkara yang selalu kami bangkitkan di sini dalam persoalan apa yang dikatakan sebagai - pemberian geran itu juga adalah sebenarnya subsidi. Pemberian tax exemption, import duty dan sebagainya itu juga adalah subsidi. Subsidi kepada steel industries, Lion Group yang menerima sebahagian besar daripada habuan, itu pun juga subsidi. Akan tetapi yang dibangkitkan-bangkitkan adalah subsidi kepada rakyat yang dapat sekelumit seperti itu nisbah yang lain, tetapi itulah yang diancam-ancam supaya ditarik balik. Akan tetapi hujung-hujung ini Tuan Pengerusi, kerajaan sangat sayang kepada rakyat. Di hujung-hujung garis penamat ini sangat sayang Yang Berhormat Pasir Salak ya, hendak diberikan lagi BR1M 2.0 ini. Akan tetapi Tuan Pengerusi, persoalan besarnya adalah persoalan pendapatan rakyat. Jadi bila saya perhatikan pemberian-pemberian secara runcit ini sebenarnya perlu diatasi dengan meningkatkan pendapatan rakyat, real income dan disposable income, income boleh beri belanja rakyat. Bukan dengan cara runcit-runcit seperti ini kerana apa? Ini kerana kita mengekalkan mereka dalam kepompong kemiskinan. Cumanya kita bagi suntikan supaya lalikan dia sedikit supaya jangan dia bangun untuk menjatuhkan kerajaan...
Seminit Yang Berhormat, satu sahaja.
Boleh.
Minta maaf. Terima kasih. Kita melihat isu ketirisan dalam subsidi dan isu penyeludupan dalam pemberian subsidi ini sangat merugikan dan membazirkan wang negara. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat atas prinsip federalism yang ada dalam negara yang sepatutnya kerajaan melihat kepentingan negara dan kepentingan negeri-negeri yang memerlukan. Kita tengok di sini keperluan, kita tengok RM100 juta untuk menampung keperluan tuntutan bayaran perkhidmatan ke atas penglibatan kakitangan kerajaan negeri bagi melaksanakan projek Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi apa yang berlaku di Kelantan khususnya contoh, apabila Kerajaan Persekutuan menafikan hak royalti apabila lebuh raya tidak diberi kepada rakat Kelantan. Apakah ini di atas prinsip apa sebenarnya yang dipegang sedangkan rakyat Kelantan juga menyumbang cukai yang cukup besar pada kerajaan. Minta pandangan Yang Berhormat.
Boleh minta laluan Yang Berhormat sedikit?
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Tema yang konsisten datang daripada Yang Berhormat daripada awal lagi sampailah sekarang ialah dengan mengatakan bahawa subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar ini adalah merupakan agaknyalah, merupakan subsidi yang diberi kepada kroni. Saya sebagai seorang intelektual academician, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, tidakkah terlintas di pemikiran Yang Berhormat bahawa apabila kita memberi subsidi kepada syarikat-syarikat besar yang boleh menjana ekonomi aktiviti pekerjaan dan juga downstream ini, apakah ini tidak dapat dirasai oleh rakyat langsung? Sedangkan ini yang persoalannya. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud. Tuan Pengerusi, saya sambung sedikit sahaja lagi. Andainya keuntungan itu is past over dengan izin, andainya pekerja mendapat income ataupun diberikan imbuhan, diberikan gaji dan wages yang tinggi, andainya segala apa pemberian dalam bentuk tax exemption dengan juga apa pun sebagai geran dan sebagainya itu akhirnya boleh diturunkan trickle down effect, ia memberikan satu yang baik kepada rakyat seluruhnya. Saya tidak perlu sebut berapa peratus daripada pekerja kita di negara ini, sebanyak 30% almost berapa ya, berapa percent yang mendapat gaji kurang daripada RM700. That almost about 60% of our workforce dengan izin, pekerja kita dalam pasaran kerja mendapat imbuhan gaji...
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Ya, oleh kerana itu...
Saya bukan bincang pasal pekerjaan, pasal rakyat.
[Bangun]
Ya saya faham.
Ya bukan pekerja.
Boleh, boleh. Jadi persoalannya apabila kalau kita tengok industri apa, motility, IPP, toolsnya dan juga saya sebutkan the steel industriesnya dan yang paling malang kalau saya lihat, mungkin perkara yang agak lain sedikit daripada apa yang Yang Berhormat Kota Belud sebutkan. Kalau kita ambil sahaja tiga juta pekerja, tiga juga pekerja asing yang bekerja di negara kita ini. Differential gajinya adalah RM500 berbanding local workers. Kalau kita ambil hanya tiga juta pekerja dengan differential gaji RM500 sebulan, kalau ambil 12 bulan. Sebenarnya apa yang sepatutnya masuk kepada poket pendapatan pekerja kita, it is equivalent to RM18 billion a year. Akan tetapi bukan masuk kepada pendapatan pekerja in the workforce, tetapi untungnya adalah kepada pemilik atau the capitalist...
Ya habiskan Yang Berhormat.
Jadi ini yang jadi malang. Kalau benar- benar kita menggunakan workforce kita and not the foreign workforce for three millions and that RM500 differential pay yang sepatutnya kalau kita bekerja itu. Kalau mereka bekerja mereka mengurangkan gaji itu RM500 dan RM500lah itu kalau darab dengan tiga darab dengan dua belas is RM18 billion a year. Itu sahaja sepatutnya telah boleh meningkatkan sedikit pendapatan and we’ll be talking about middle-income trap. Akan tetapi middle- income trap is different issue. Jadi Tuan Pengerusi, sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam...
Habis masa Yang Berhormat.
Habiskan, last.
Sekejap sahaja, sedikit sahaja. Tuan Pengerusi saya rasa apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu mungkin perlukan respond yang mudahlah. Kalau kita ada seorang yang kroni yang mega jutawan ini, dia hendak bandingkan dengan adanya 1,000 orang yang mempunyai RM100,000, saya rasa perbelanjaan yang akan menjanakan ekonomi ini adalah lebih. Kalau ada 1,000 orang yang ada RM100,000 berbanding dengan seorang yang ada RM100 juta kerana yang seorang yang ada RM100 juta ini dia hendak makan pun makan berapa kali sehari, dia hendak beli, hendak buat rumah pun berapa banyak rumah yang dia boleh buat untuk diri dia. Lalu this is the question of dengan izin, the spending capability of the rakyat untuk menjana economic growth. Konsep trickle-down effect terbukti tidak berkesan. Apa yang terhasil adalah orang kaya yang lima, enam orang seperti Tan Sri Syed Mokhtar tetapi rakyat yang biasa ramai yang miskin, yang terkapai-kapai menghadapi keadaan ekonomi yang sangat-sangat mencabar.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Inilah falsafah yang tidak boleh diguna pakai.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Begini sahaja kalau boleh saya jawab Tuan Pengerusi, kalau sebagai landing sudah hendak habis sudah ini. Adalah kerana kalaulah is to do with purchasing power sebenarnya pada akhirnya. You allow, kita izinkan rakyat punya pendapatan dan punya pendapatan boleh berbelanja disposable income rather than kita secara runcit-runcit berikan BR1Mkah, berikan apa pun dalam bentuk-bentuknya, ianya tidak mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan itu. So we must have Tuan Pengerusi, kita perlu kepada satu pendekatan strategi, pendekatan kewangan termasuklah penstrukturan semula cukai dan sebagainya untuk kita benar-benar mengangkat pendapatan rakyat. Ini persoalannya, ini cabaran yang perlu - walaupun kita tahu pada hujung-hujung pilihan raya ini semua hendak jadi populis. Akan tetapi pada sebenarnya
Tuan Pengerusi, inilah perkara yang dikritik oleh economist termasuk yang saya sebutkan tadi daripada MIER, daripada NEAC, daripada dalam dan luar negara.
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Salak.
Pulau Pinang bagi RM100 itu buat apa? [Ketawa]
Tidak apa. Itu dalam bentuk-bentuk yang begitu tidak apa tetapi pada dasarnya...
Sebanyak RM100. RM500 tidak boleh, RM100 boleh. [Ketawa]
Saya pun tidak kata salah BR1M, jangan silap faham Tuan Pengerusi. Saya tidak kata salah, tetapi pada yang saya maksudkan adalah pada akhirnya in the final analyst kita perlu menggarap persoalan pendapatan rakyat yang dikatakan terperangkap dalam middle-income trap. Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih atas kesampaian ini.
Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kena bezalah peranan. Hendak selesaikan masalah ekonomi, biarlah Kerajaan Pusat.
Yang Berhormat Jasin, selepas itu Menteri menjawab ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak hormati masa. Saya tidak seperti orang sebelah tidak menghormati langsung masa, hanya ambil peluang untuk dia sahaja. Hanya saya sekarang ada satu perkara sahaja tentang B.10. Yang Berhormat Indera Mahkota tadi ada sebut tentang dia kata kita bagi RM300 juta ini untuk LHDN kononnya untuk membuat persediaan kepada GST. Kita jangan membuat andaian tanpa usul periksa, bahkan sebenarnya LHDN ini membawa, memberikan imbuhan. Pertamanya 60% ataupun 61% daripada jumlah yang dimohon, sebanyak RM184 juta adalah untuk imbuhan dan juga pembayaran bonus kepada staf. Selain daripadanya adalah untuk penyelenggaraan. Jadi janganlah hendak kita membuat andaian-andaian yang boleh mendatangkan banyak persepsi-persepsi yang lain. Hanya soalan saya yang kedua tentang kita mohon RM7.4 bilion ini untuk menampung pembayaran tambahan subsidi barangan petrol diesel ini. Ini untuk adalah salah satu bukti jelas bahawa kerajaan mahu meringankan bebanan rakyat. Akan tetapi soalan saya, semasa kita buat peruntukan tambahan ini ialah berdasarkan daripada harga petrol ataupun petrol di dunia sebanyak USD120 satu tong, sekarang harga telah turun kepada bawah USD100 satu tong. Adakah kerajaan mahu struktur semula ataupun memperbetulkan peruntukan tambahan ini? Juga soalan saya, adakah ianya meliputi insentif kepada IPP? Jangan kita merayau sana merayau sini cakap orang kata orang, tetapi kita terus kepada perkara sebenarnya. Kita hendak tahu IPP dapat tidak insentif dia? Ini kerana orang kumpulan inilah sebenarnya yang banyak menggunakan banyak daripada subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Keduanya yang seterusnya, kita mahu kalau boleh subsidi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu memang cukup tepat. Kita bukan hendak buang terus tetapi kita hendak rationalize balik supaya golongan sasar kita tidak akan terpinggir. Terakhir sekali, kita tengok daripada RM3.3 juta ini untuk bayaran kepada SSM, dahulu Yang Berhormat Kuala Selangor ada sebut sebagai SBPA. Sekurang-kurangnya ini membuktikan walaupun dalam keadaan yang cukup meruncing ini, tetapi kerajaan masih lagi berkeupayaan untuk berikan kenaikan gaji sebanyak 7% ke 13%. Ini berdasarkan kepada kemampuan kita, bukan seronok-seronok kata hendak pilihan raya. Ini kerana kerajaan kita kerajaan yang bertanggungjawab. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut di sini, selain daripada kita mesti meningkatkan produktiviti, anggota-anggota kerajaan kerana mereka dibayar kenaikan gaji 7% ke 13%. Akan tetapi kita hendak tahu, apakah effect
ataupun impaknya kepada inflasi kita. Ini kerana pada ketika ini 2.2%, ada tidak kenaikan? Saya hormati masa. Terima kasih, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan butiran B.10 dan B.11 di bawah Kementerian Kewangan. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyokong usaha kerajaan untuk meneruskan subsidi dan juga bantuan pelbagai jenis yang telah diberikan oleh kerajaan. Ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mencadangkan supaya dilihat dari segi penstrukturan semula subsidi ini supaya lebih menepati sasaran dan mengelakkan pembaziran dan ketirisan. Saya ingin menyatakan bahawa semua pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan kita mengambil maklum dan sesetengah cadangan walaupun di luar daripada butiran B.10 dan B.11 akan tetap diambil maklum seperti cadangan Yang Berhormat Batu Gajah supaya kadar cukai korporat dilihat semula umpamanya, dikaji. Namun dalam jawapan saya pada petang ini, saya akan menjuruskan kepada isu-isu yang terkandung dalam butiran B.10 dan B.11. Walaupun saya mengambil maklum apa yang telah diucap walaupun terkeluar daripada itu, tetapi jawapan saya lebih kepada yang terkandung dalam B.10 dan B.11. Pertamanya, soal jumlah subsidi RM7.5 bilion yang diperuntukkan di dalam Perbekalan Tambahan ini. Ingin saya nyatakan bahawa sama ada ini melibatkan BR1M atau tidak, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya tidak, RM7.5 bilion ini tidak termasuk BR1M. Ini adalah subsidi petroleum, diesel dan gas dan itu pun hanya kepada yang dikenakan kepada pengguna. Bermakna persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jasin sama ada ia juga meliputi subsidi gas kepada pihak IPP, tidak termasuk di sini, IPP tidak termasuk. Ketiganya, Yang Berhormat Jasin ada bertanya tentang apakah jumlah RM7.5 bilion ini mengambil kira harga minyak yang kelihatan agak menurun di bahagian kedua tahun ini berbanding dengan bahagian pertamanya. Memang harga minyak pada pertengahan pertama yang jumlah puratanya USD126 setong jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan ataupun yang diunjurkan sebelum ini USD110. Akan tetapi memandangkan bahawa harga minyak ini dijangka akan berkurangan di pertengahan kedua, maka jumlah RM7.5 bilion ini sudah memadai. Pada pertengahan pertama, jumlah ini adalah lebih besar iaitu sebanyak RM12 bilion...
Minta penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat kata harga minyak pada masa ‘dibajetkan’ pada tahun lalu adalah dijangka lebih kurang USD110 setong tetapi dalam pertengahan awal tahun ini, ia naik kepada puratanya USD126 setong. Oleh itu, kita hendak minta satu tambahan untuk subsidi-subsidi, tambahan dana untuk subsidi yang lebih kurang RM7.5 bilion. Soalan saya adalah kalau kita tengok peruntukan asal,
peruntukan asal untuk subsidi ini adalah RM17 bilion dan sekarang kita minta satu tambahan RM7 bilion. Kalau kita bandingkan di antara harga minyak yang di luar jangka, ia lebih kurang 10% atau 15% lebih daripada yang dijangkakan. Akan tetapi kenapa subsidi yang diminta sekarang adalah lebih daripada 30% ke 40% daripada yang originally, asalnya diperuntukkan. Bolehkah minta satu penjelasan di atas ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sebenarnya soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini telah pun ditimbulkan dan dijawab di peringkat dasar. Pertanyaan RM17 bilion itu sebenarnya pada masa itu merangkumi dua aspek. Satunya, subsidi minyak dan satu lagi adalah untuk BR1M, untuk bantuan rakyat yang diperuntukkan pada masa itu sebanyak RM5 bilion. Jadi sebenarnya RM12 bilion sahaja Yang Berhormat, saya sudah sebut dahulu. Oleh sebab itu, kalau dilihat RM12 bilion ini tidaklah merupakan penambahan yang begitu besar. Soal kedua yang ditimbulkan ialah LHDN yang peruntukan sebanyak RM300 juta yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah.
Minta penjelasan.
Yang Berhormat tidak ada tanya pun.
Tidak ada peluang tadi. Yang Berhormat Bandar Kuching pun tidak ada ucap tadi.
Ada, okeylah pendek ya Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak tanya sedikit. Saya rasa sekarang kita hendak minta subsidi untuk petroleum tetapi sebenarnya subsidi untuk bahan-bahan yang lain sebenarnya telah dikurangkan. Saya beri beberapa contoh seperti subsidi untuk baja padi. Pada tahun 2011, subsidinya ialah sebanyak RM756 juta tetapi pada tahun ini subsidi adalah sebanyak RM409 juta sahaja.
Satu contoh lagi adalah pada tahun 2011 kita ada Dasar Jaminan Bekalan Makanan dan subsidinya adalah sebanyak RM400 juta tetapi pada tahun ini kita langsung tidak ada subsidi ini. Jadi, saya hendak tanya sedikit sekiranya kita telah menjimatkan begitu banyak subsidi untuk bahan-bahan yang lain seperti subsidi baja padi, subsidi beras, Dasar Jaminan Bekalan Makanan, gula dan untuk banyak lagilah, kenapa sekarang kita perlulah tambah lagi subsidi. Kenapa kita tidak boleh guna itu subsidi untuk bahan-bahan tersebut untuk petroleum? Kedua saya hendak tanya di sini, harga jualan petroleum RON97 telah dikurangkan sebanyak 10 sen pada 7 Jun. Saya hendak tanya di sini sama ada kerajaan kita adalah berhasrat untuk juga turunkan harga jualan untuk RON95 kerana saya rasa pengguna petrol RON97 hanyalah lebih kurang 14% di negara kita. Maksudnya sebanyak 86% pengguna kenderaan tidak dapat menikmati manfaat ini melalui penurunan harga jualan untuk petrol RON97. Jadi, bolehkah Kerajaan Pusat bersedia untuk hendak turun sedikit harga RON95 juga? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Inilah soal yang ditimbulkan tadi dari segi subsidi perlu menepati sasaran. Jadi, kalau kita mengurangkan subsidi melalui pembebasan harga RON97 supaya tidak terikat dengan subsidi yang terlalu banyak. Ini kerana dijangka ia adalah digunakan oleh golongan-golongan yang mampu, kereta besar barangkali dia hendak minyak dia yang premium. Akan tetapi yang RON95 ini ditetapkan harganya. Bila ditetapkan harga, kita tidak boleh hendak adjust harga ini mengikut pasaran, yang kita adjustnya RON97. Jadi, kalau kita adjust semuanya nanti bila naik macam mana? Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengambil kesempatan bila harga turun kita hendak adjust semua, bila harga naik bagaimana. Keduanya ialah dari segi subsidi barangan-barangan lain. Kita bincang ini adalah peruntukan subsidi khusus untuk petroleum sahaja. Barangan lain itu ia termasuk dalam peruntukan lain. Kalau padi, beras ia pergi kepada peruntukan untuk Kementerian Pertanian. Ini bahkan peruntukan untuk subsidi lain gula, gandum, tol, ada item-item lain. Jadi, yang kita bincangkan subsidi RM7.5 bilion ini adalah khusus untuk minyak sahaja. Jadi, saya teruskan kepada isu kedua Yang Berhormat Batu Gajah RM300...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada sedikit terkeliru dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai bahawa itu peruntukan asalnya itu RM17 bilion adalah meliputi BR1M RM5 bilion juga. Maka, kalau begitu peruntukan asal untuk subsidi minyak adalah lebih kurang RM12 bilion. Kalau begitu, tambahan yang diminta untuk diluluskan dalam supplementary budget ini adalah RM7.4 bilion. Ini merupakan satu permintaan supplementary budget yang lebih lagi itu daripada percentage. It’s a RM7.5 bilion lebih daripada RM12 bilion yang asalnya untuk itu subsidi diesel. Ini merupakan satu pertambahan lebih daripada 50% tetapi harga minyak yang naik luar daripada jangka, itu yang dijangkakan oleh kementerian adalah lebih kurang 15% sahaja. Kenapa ini boleh terjadi sedangkan itu kenaikan harga minyak adalah 15% daripada yang dijangkakan. Akan tetapi subsidi yang dibayar untuk minyak adalah 50% lebih.
Okey, terima kasih. Sudah faham Yang Berhormat. Isu ini sudah saya jelaskan. Saya tidak tahu masa itu Yang Berhormat tidak ada di sinikah masa peringkat dasar. Jadi, kita tidak hendak peringkat dasar jadi ambil masa banyak. Apa yang penting, kita sudah ada peruntukan dan kita sudah buat unjuran. Kalau tidak cukup maka kita mintalah tambahan. Minta tambahan ini pun dijangka tidaklah begitu banyak. Kalau tidak habis, kalau harga minyak itu tidak seperti yang kita jangkakan, maka tidak apalah. Lagi bagus untuk kita selamatkan nanti supaya kita tidak berbelanja. Saya rasa tidak ada masalah sangat itu. Kalau kita rasa tidak cukup, kita minta. Kalau sudah diluluskan maka kita gunakanlah. Itu pun ia bergantung, subsidi ini semuanya bergantung kepada harga minyak. Ia tidak ada boleh kata kita gunanya yang lain-lain. Jadi, peruntukan itu khusus untuk harga minyak. Kalau harga minyak dia turun, tidak perlu belanja lagi bagus. Apa lagi - ada lagi?
Berkaitan harga jualan untuk RON95 dan RON97. Setakat pengetahuan saya, sekarang harga minyak untuk RON95 adalah seliter harga jualannya adalah sebanyak RM1.90 dan minyak ini ada terima subsidi yang sebanyak RM1.45. Jadi, sebenarnya harga asal yang tambah itu subsidi adalah sebanyak RM3.35. Akan tetapi sekarang RON97 kalau saya tidak silap dengar memang tidak terima apa-apa subsidi daripada Kerajaan Pusat. RON97 mutunya lebih tinggi tetapi harganya ikut harga pasaran antarabangsa, hanya merupakan RM2.80. Jadi, sini yang saya tidak faham kerana sepatutnya RON95 kualitinya bukan begitu, bukan setanding dengan RON97. Jadi, harga jualannya sepatutnya lebih rendah tetapi sekarangnya harga asasnya yang tanpa subsidi itu adalah lagi tinggi daripada RM2.80. Jadi, sini saya memang tidak faham dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tidak apa Yang Berhormat. Saya rasa nanti Yang Berhormat bila ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan itu minta. Mereka lebih fasih daripada saya. Saya hendak jaga subsidi peruntukan ini ya Yang Berhormat, terima kasih ya. Jadi, saya teruskan kepada peruntukan LHDN Yang Berhormat Batu Gajah ingin mengetahui pecahannya. Imbuhannya sebenarnya ialah sebanyak RM185 juta sahaja, yang selainnya perbelanjaan operasi RM115 juta. Ini sebenarnya melibatkan penggunaan office baru umpamanya Cyberjaya - HQ baru Cyberjaya. Jadi, bila office baru maka banyak perbelanjaan operasi penyelenggaraan. Banyak beberapa office baru seperti Cyberjaya, di Sandakan, di PJ, di Kuching. Jadi, ini peruntukan barulah bila ada maintenancenya, utilitinya. Apa yang penting tidak ada peruntukan di sini untuk perbelanjaan GST seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Tidak ada juga seperti mana Yang Berhormat Kuala Selangor ada sebut tadi peruntukan di sini untuk kegunaan perbelanjaan kutipan BR1M yang telah pun dimasukkan dalam peruntukan sebelumnya. Yang Berhormat Batu Gajah ada menyebut tentang RM100 juta bantuan kepada kerajaan negeri. Ini saya ingin memperjelaskan sedikit sebab mungkin ada kekeliruan kalau tidak ya. RM100 juta ini adalah bantuan ataupun pemberian Kerajaan Pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri. Kerana apa? Oleh kerana projek-projek Kerajaan Pusat di negeri- negeri ini kadang-kadang melibatkan kerja pegawai-pegawai negeri, macam-macamlah projek sekolah, hospital, masjid, jambatan, jalan raya, jadi pegawai-pegawai yang di bawah tanggungan kerajaan negeri pun terlibat dengan kerja-kerja projek ini. Jadi, dalam Majlis Kewangan Negara telah dibincangkan, telah dipersetujui supaya Kerajaan Pusat menanggung ataupun membayar balik kepada kerajaan negeri berdasarkan kepada kadar.
Umpamanya kalau projek itu melibatkan penyertaan pegawai-pegawai kerajaan negeri lebih daripada 50%. Ada yang penglibatan kerajaan negeri itu kecil, ada yang besar. Kalau yang kecil kurang daripada 50% maka kadar yang diberikan kepada negeri adalah dikira berdasarkan 5% daripada kos pembinaan, di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak dia naik 6%. Kita tambah 6% Sabah Sarawak mungkin sebab jauh. Akan tetapi kalau yang melibatkan penyertaan pegawai-pegawai kerajaan negeri lebih daripada 50% projek itu banyak bergantung kepada pegawai kerajaan negeri, kadang-kadang yang melibatkan PBT dan sebagainya maka kadarnya ialah 10% daripada pembinaan kos itu mestilah dibayar kepada kerajaan negeri. Di Sabah Sarawak 12%. Antara negeri-negeri yang dapat banyak faedah ini adalah, saya bagi contoh negeri Kedah tahun 2011 - RM60 juta; Kelantan – RM52 juta; Johor – RM60 juta; dan Sarawak saya rasa RM60 juta tadi. Saya tidak sempat hendak tengok. Jadi ini dia perbelanjaan dan ini telah pun diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara yang dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri. Jadi Tuan Pengerusi, inilah isu-isu yang telah ditimbulkan yang cuba saya cantumkan...
Boleh minta penjelasan?
Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya berbalik kepada jawapan perkara satu. Saya rasa pihak kementerian boleh memperbaiki pengurusan kewangan dan perancangannya. Saya rasa sangat aneh tiba-tiba Dewan pertengahan tahun diminta untuk meluluskan tambahan RM300 juta yang begitu tinggi. Salah satu item adalah kerana maintenance perpindahan pejabat. Saya rasa ini boleh dirancang lebih awal dimasukkan dalam bajet tahunan dan bukan pertengahan. Ini nampaknya ada kelemahan perancangan. Perkara kedua ialah bayaran perkhidmatan. Tadi Yang Berhormat kata yang telah mendapat kelulusan Majlis Kewangan Negeri. Saya hendak tahu dalam aspek apa perkhidmatan yang diberi? Apakah kerana mereka telah menyumbangkan masa atau kepakaran kakitangan kerajaan negeri sebab itu mereka dibayar elaun sedemikian atau aspek-aspek yang lain sehinggakan saya rasa angka ini agak tinggi RM100 juta. Terima kasih.
Sebenarnya ini penglibatan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Jadi diambil kira gajinya kerana kalau dikira gajinya ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Akan tetapi oleh kerana dia sebahagian masanya dia menyumbang untuk menguruskan projek-projek yang merupakan projek Kerajaan Pusat, maka kerajaan negeri meminta. Sebenarnya Yang Berhormat ini juga merupakan satu bentuk bantuan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Dalam Majlis Kewangan Negara, ini diminta oleh kerajaan negeri termasuklah semua negerilah. Tidak kata negeri di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, semua negeri. Saya pun bagi contoh tadi yang dapat banyak pun Kelantan, Kedah. Jadi jangan kita persoalkan sangat. Ini yang diminta oleh mereka, kita bersetuju kita bagilah. Kita bantu negeri...
Minta penjelasan.
Ini soal Federalism yang disebutkan, jadi kita bantu. Di mana ada peluang kita bantu negeri, kita bantu negeri.
Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah terima banyak aduan daripada pihak-pihak awam, orang ramai bahawa susulan daripada selepas pengumuman Yang Amat Berhormat hendak beri BR1M, RM500. Ada di antara mereka meneliti bahawa nampaknya ada satu peningkatan kegiatan daripada LHDN untuk menuntut cukai daripada peniaga-peniaga ini sehinggakan ramai peniaga diserbu oleh pegawai-pegawai LHDN. Selepas serbuan yang dilakukan,
pegawai LHDN hanya beri satu figure, satu angka yang begitu besar supaya mereka boleh tawar menawar. Selepas tawar menawar mungkin kurang 50% atau 30%, 40%. Adakah kerajaan sudah kekurangan dana sehinggakan untuk memberi BR1M supaya dapat pancing undi di dalam PRU-13. Mereka sekarang meningkatkan kegiatan menuntut cukai daripada peniaga-peniaga. Adakah ini satu perkara yang sekarang ini dilakukan?
Sebenarnya tidak. Memang kita di Kementerian Kewangan memang mengambil berat kerana ada aduan yang mengatakan mereka tidak mahu mengisi borang, memberi maklumat kalau-kalau diguna pakai oleh LHDN untuk tujuan mengutip cukai. Kita sebenarnya telah mengambil tindakan supaya LHDN tidak sekali-kali menggunakan maklumat ini. Saya tidak ada kedengaran apa-apa. Mungkinlah persepsikah ataupun bayangan yang dibuat oleh Yang Berhormat tetapi tidak ada kompelin yang kita terima bahawa mereka diambil tindakan selepas nama mereka termasuk dalam BR1M. Kalau melibatkan LHDN biasanya pergi mengutip cukai daripada syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat sebenarnya tidak terlibat dengan BR1M. Jadi kalau individu itu saya rasa jaranglah. Kalau ada boleh hantar surat kepada saya.
Saya rasa sebab terima aduan daripada syarikat-syarikat, peniaga. Mereka kata selepas ada BR1M, ramai daripada mereka telah diserbu oleh pegawai LHDN.
Tidak ada, tidak ada.
On one hand you collect, you increase the tax...
Tidak ada, tidak ada...
...On the other hand, you try to...
Tidak ada, tidak ada. Yang Berhormat, tidak ada Yang Berhormat.
Ada, ada memang ini aduan yang benar ini.
Menteri, Menteri...
Itu sangkaan jahat.
Ramai peniaga di Kuching yang kena.
Yang Berhormat, itu sangkaan jahat.
Menteri, penjelasan sikit.
LHDN...
Ini tidak adillah untuk peniaga- peniaga.
Tidak ada, tidak ada. Jadi Tuan Pengerusi, itulah sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM300,000,000 untuk Maksud B.10; dan RM11,232,000,000 untuk Maksud B.11 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM300,000,000 untuk Maksud B.10; dan RM11,232,000,000 untuk Maksud B.11 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya amat berminat untuk berbahas di bawah Maksud B.21 - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah mendapat bajet tambahan sekitar RM10 juta dan RM6 juta itu diperuntukkan untuk Taman Botani Negara, Shah Alam. Tuan Pengerusi, kita ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian tentang jumlah sebanyak RM6 juta ini. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, RM6 juta ini sangat sedikit. Apatah lagi apabila ia berada di bawah kepala pembangunan di bawah 010300. Ia tidak berada di bawah spesifik Taman Botani Negara, Shah Alam. Saya bimbang sebab peruntukan walaupun kecil sebanyak RM6 juta tetapi dia tidak dikhususkan di bawah Taman Botani Negara. Saya juga merujuk kepada Belanjawan 2012 yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada tahun lepas. Merujuk kepada perkara yang sama, untuk jumlah yang lebih kecil daripada RM6 juta diperuntukkan, ditulis, kalau ingin saya sebut beberapa contoh dalam bajet kita.
Sebagai contohnya ialah Projek Pertanian Bersepadu Kerian, Sungai Manik - RM 11 juta; IADA Pulau Pinang - RM3.2 juta; pengeluaran biri-biri dan baka lembu - RM1 juta; ditulis dengan jelas tetapi untuk peruntukan Taman Botani Negara ini, dimasukkan di bawah pembangunan secara umumnya di bawah ibu pejabat, di bawah kepala 01000. Di bawah peruntukan ibu pejabat. Ini ada kaitan dengan soal pengalaman saya sendiri yang pernah berada di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan saya terlibat secara langsung dalam membangunkan dahulunya dinamakan Taman Pertanian Cahaya Alam, Bukit Cerakah yang tidak ada peruntukan langsung. Oleh sebab itulah, bagaimana kita hendak menyelesaikan isu peruntukan yang RM6 juta ini pada saya masih lagi bersifat umum dan belum spesifik dan kita ragu-ragu tentang peruntukan ini. Mungkin sebagai satu justifikasi untuk meminta peruntukan tambahan sahaja tetapi bukan disalurkan kepada Taman Botani Negara sepertimana yang telah diperuntukkan. Tuan Pengerusi, dalam masa yang sama kita juga tidak ketahui konsep Taman Botani Negara yang hendak ditonjolkan oleh kementerian. Kalau kita ikut pengalaman dari negara Jepun, kita ada Japanese Garden dengan izin. Kalau di England, kita ada English Garden. Kalau di China, kita ada Chinese Garden. Akan tetapi di Malaysia ini tidak sebut pula Malay Garden ataupun Taman Malaysia atau sebagainya, menggunakan istilah-istilah yang lain dan kita dapati banyak tanaman-tanaman yang hampir pupus, tidak dijadikan aspek tumpuan untuk Taman Botani Negara ini. Banyak lagi tanaman-tanaman yang hampir pupus patutnya diberi keutamaan dalam projek Taman Botani Negara. Itu pun kalau kita bandingkan dengan taman-taman botani daripada luar negara, kita kalah dengan Taman Botani Bogor, Indonesia yang banyak aktiviti-aktiviti untuk menarik pelancongnya dengan Herba Riong, muzium, dia ada kebun percubaan, ada laboratorium kimia, ada perpustakaan di Bogor dan sehinggalah menarik pelancong dengan begitu ramai. Ini kerana matlamat yang utama daripada Taman Botani Negara ialah untuk industri agro-tourism. Jadi dalam masa yang sama kita ada juga beberapa taman-taman botani tetapi nampaknya Kementerian Pertanian fokuskan kepada di Shah Alam. Bagaimana dengan Taman Botani di Putrajaya yang kalau kita jadikan itu sebagai induk dan taman-taman lain hanyalah menjadi subsidiari kepada Taman Botani Negara.
Tuan Pengerusi, sebenarnya di antara isu yang berlegar di Taman Botani ini ialah apabila kerajaan negeri hendak ambil alih Taman Botani Negara ini. Pihak kementerian nampaknya melenting apabila ada permintaan daripada kerajaan negeri, maka dijadikan isu kerajaan negeri hendak menjual tanah seluas 100 ekar di kawasan U10. Walaupun saya cuba semak dengan maklumat-maklumat yang ada, dikatakan Taman Botani ini hampir gondol kerana banyak aktiviti-aktiviti pembangunan yang berada di sekitar itu. Akan tetapi pembangunan yang berlaku di sekitar Taman Botani ini telah diluluskan sejak tahun 2005 lagi, zaman Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri, pembangunan kawasan U10. Oleh kerana nampak Taman Botani ini seperti hidup segan, mati tidak mahu dan tanah ini tanah milik kerajaan negeri, jadi kerajaan negeri sekarang ini minta supaya Taman Botani ini diurus oleh kerajaan negeri. Akan tetapi apabila nampak macam kesungguhan kerajaan negeri mahu menjualkan tanah sekitar 100 ekar dengan pulangannya RM100 juta, hendak dimasukkan dalam Tabung Amanah Taman Botani, dengan pendapatan tahunannya sekitar RM10 juta yang hendak diberikan sebagai satu perbelanjaan untuk pengurusan dan sebagainya, nampaknya pihak kementerian baru hendak bagi sekarang ini dalam bajet tambahan sebanyak RM6 juta. Tuan Pengerusi, walaupun kerajaan negeri dahulunya ada MoU untuk menandatangani perjanjian leasehold ataupun pajak selama 60 tahun tetapi kerajaan negeri merasai bahawa perlu perbincangan susulan. Saya cuba merujuk kepada Exco berkenaan supaya ada pulangan timbal balik walaupun Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian beria-ia untuk mengambil ataupun mendesak kerajaan negeri memberikan pajakan selama 60 tahun. Akan tetapi Tuan Pengerusi, saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri berkaitan dengan peruntukan sebanyak RM116 juta yang diperuntukkan. Saya teliti bajet yang lalu dan saya dapati tidak ada. Jadi, mungkin ucapan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kita telah memberikan peruntukan RM116 juta itu sebagai reaksi kepada kenyataan kerajaan negeri untuk hendak mengambil alih Taman Botani Negara ini. Akhirnya kerana tidak ada peruntukan langsung, maka akhirnya Menteri membuat kenyataan bahawa ada peruntukan. Sekarang ini barulah saya dapati ada peruntukan sebanyak RM6 juta untuk Taman Botani Negara. Akan tetapi saya masih lagi ragu-ragu kerana perbelanjaan itu amat sedikit sekiranya dibandingkan dengan perbelanjaan untuk pengurusan dan sebagainya. Kalau dahulu ketika kami di MADA, ketika kami pergi, bukan digunakan peruntukan daripada Kementerian Pertanian, menggunakan peruntukan daripada agensi-agensi yang terlibat. Sama ada tuntutan, claim, pengurusan ataupun pembangunan mesti dikeluarkan daripada bajet-bajet daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian. Tuan Pengerusi, beberapa isu yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kementerian ialah berkaitan yang pertamanya tentang program agro-tourism yang sepatutnya lebih berdaya saing diberikan peruntukan yang lebih dan apakah langkah- langkah yang telah diambil oleh kerajaan. Adakah kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada program agro-tourism ini? Begitu juga dengan kalau dahulunya zaman Menteri Tan Sri Dato’ Sri Sanusi Junid, terkenal dengan Rumah Iklim Sederhana Empat Musim tetapi nampaknya sekarang ini semakin hambar dan tidak ada daya tarikan langsung untuk rumah empat musim dan tidak ada promosi. Mungkin kerana tidak ada bajet dan sebagainya ataupun tidak ada kemampuan. Itu yang kerajaan negeri cuba untuk hendak ambil alih tetapi bila kita cuba hendak ambil alih, minta sahaja cepat-cepat Kerajaan Persekutuan, kementerian memberikan peruntukan sebanyak RM6 juta. Isu yang berikutnya soal ancaman dan perubahan sistem ekologi yang ada di sekitar itu yang pembangunannya begitu pesat sehinggalah berlaku kemusnahan biodiversiti dan pencemaran, banjir dan sebagainya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian. Oleh sebab itu saya menyebutkan berulang kali bahawa peruntukan RM6 juta ini amat sedikit sekiranya hendak diberikan kepada Taman Botani Negara. Jadi Tuan Pengerusi, saya rasa setakat itu sahajalah yang saya ingin bagi tumpuan kepada isu Taman Botani Negara yang telah diperuntukkan di bawah perkara 010300 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja tentang B.21, RM4 juta ini yang saya kurang pasti kerana ia adalah untuk tujuan program latihan sijil pertanian.
Jadi saya hendak tanya siapa sebenarnya penganjur kepada Program Sijil Pertanian ini? Adakah pihak jabatan sendiri ataupun pihak swasta atau pihak NGO. Kalaulah ini di peringkat sijil, oleh kerana ini Sijil Pertanian, adakah ianya diiktiraf atau mendapat kelulusan MQA atau Majlis Akreditasi Malaysia? Saya juga ingin bertanya, adakah kursus yang berkaitan dengan sijil ini atau Program Latihan Sijil Pertanian ini boleh diolah begitu rupa supaya ia sesuai dengan keperluan semasa? Umpamanya petani sekarang masih lagi dengan trend lama menggunakan baja kimia, menggunakan racun serangga tetapi trend baru ini mereka sepatutnya sudah boleh berpindah kepada baja organik misalnya ataupun baja-baja lain misalnya EM dan sebagainya yang tidak merosakkan alam sekitar. Itu satu bab. Begitu juga racun serangga yang sewajarnya sudah lama kita mencari alternatif kepada racun serangga. Jadi cuma saya hendak tanya, adakah Kursus Sijil Pertanian itu boleh diolah begitu rupa supaya ianya dapat melatih petani-petani terutamanya petani di kawasan-kawasan kampung. Begitu juga kalau kita tengok ladang-ladang pertanian yang diusahakan oleh syarikat besar pun masih banyak menggunakan kaedah lama atau baja kimia dan sebagainya yang sudah tentu tidak sesuai dengan alam sekitar dan bertentangan dengan semangat teknologi hijau yang tadi disebut oleh Timbalan Menteri MOSTI. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
[Bangun]
Sila. Selepas itu Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada sedikit sahaja iaitu saya ingin mendapat penjelasan sebenar daripada kementerian mengenai isu yang dihadapi oleh KADA sekarang ini di Kelantan, iaitu perkara dilaporkan oleh Pengerusi KADA mengenai pengairan air kepada petani-petani yang terbengkalai sekarang di seluruh KADA termasuk Pasir Puteh. Ini kerana nampaknya pengerusi KADA lebih menyalahkan kemarau, lebih menyalahkan projek-projek mengorek pasir dalam sungai Kelantan menyebabkan air tidak dapat dialirkan kepada petani. Padahal Kelantan sekarang untuk pengetahuan semua bukan musim kemarau sebenarnya. Apa yang berlaku ialah program baik pulih pam di Kemubu itu ataupun hendak menanam cerucuk untuk menyekat air yang mengalir ke laut sudah terbengkalai lebih daripada dua tahun. Bajet sudah berbelas juta sudah dihabiskan yang menyebabkan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian kalau boleh kementerian mesti buat sesuatu yang segera. Kalau tidak ia akan merebakkan kawasan KADA lebih kepada 80,000 hektar tanah pertanian tidak dapat dialirkan sekarang seperti disebutkan oleh Pengerusi KADA lebih daripada RM150 juta kerugian dalam musim ini. Jadi kita bimbang juga oleh sebab Pengerusi KADA ini banyak bermain bola lebih daripada pertanian. Jadi kita harap kementerian beri perhatian dengan serius. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020100 berkenaan Pengurusan dan Regulatori. Saya ingin membawa satu isu yang pernah saya bangkitkan melalui pertanyaan saya yang berkaitan dengan pencemaran pembaikan lalat akibat daripada najis ayam yang telah mengganggu kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan saya. Saya ingin baca jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri yang berbunyi seperti berikut: “Beberapa kaedah penyelesaian untuk mengatasi masalah pencemaran pembiakan lalat akibat daripada najis ayam di ladang penternakan ayam telah diambil yang melibatkan pelbagai pihak iaitu di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, dan penternak ayam itu sendiri. Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan insentif kepada penternak ayam yang membuat pelaburan semula bagi menukarkan sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup di bawah Jadual A, Akta Cukai Pendapatan 1967 yang telah berakhir pada 31 Disember 2010. Sejak dilancarkan pada tahun 2003, jumlah pelaburan yang telah diluluskan Kementerian Kewangan terhadap pemberian insentif ini adalah sebanyak RM595 juta nilai pelaburan kepada 46 syarikat penternak ayam di seluruh negara. Hasilnya pencemaran pembiakan lalat di peringkat ladang ayam telah dapat dikurangkan dan aktiviti di persekutuan ladang penternakan ayam dapat berjalan tanpa gangguan pencemaran bau dan lalat. Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar terus memberikan khidmat nasihat dan menjalankan pemantauan terhadap aktiviti penternakan ayam. Masalah gangguan lalat di peringkat ladang boleh diatasi dengan kerjasama penternak di mana ladang-ladang ternakan digalakkan menjalankan amalan penternakan yang baik dan juga penggunaan EM yang berupaya mengurangkan pencemaran bau. Penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas oleh pihak berkuasa tempatan diteruskan bagi mengawal aktiviti penternakan dan pencemaran di ladang-ladang. Sehingga kini sembilan buah negeri telah menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas tersebut. Denda atau kompaun yang dikenakan oleh PBT terhadap pemilik ladang ternakan yang tercemar semakin berkurangan” Jadi saya ingin tahu, negeri manakah yang belum menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas ini dan adakah negeri Johor salah sebuah negeri daripada sembilan buah negeri ini? Ini kerana saya lihat masalah lalat yang berlaku di kawasan saya semakin berlarutan. Saya pernah ajukan masalah ini kepada Mesyuarat Tindakan Daerah dan juga majukan kepada jabatan-jabatan berkenaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, dan Veterinar. Akan tetapi masing-masing tidak ada penyelesaian yang berkesan. Jadi saya berharap kementerian dapat mengambil berat dan memberikan lebih fokus kepada masalah ini. Saya berharap masalah ini dapat dikawal dan dibasmi. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Pasir Salak dan selepas itu Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga merujuk kepada B.21 dan menyokong dari segi peruntukan untuk Jabatan Pertanian Malaysia sebanyak RM4 juta untuk melaksanakan Program Latihan Sijil Pertanian. Walau bagaimanapun, saya merasakan mungkin program latihan dengan belanja peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta ini kita tidak begitu pasti sama ada ianya dapat mencapai matlamat untuk menjadikan mereka-mereka yang berkenaan, maksud saya pegawai-pegawai pertanian ini menjadi tenaga pengurusan ataupun tenaga pekerja pertanian yang betul-betul mencapai harapan kita untuk melihat kawasan pertanian bertambah maju dan berjaya. Ini kerana pada pengamatan saya di kawasan pertanian di Pasir Salak, di Sungai Manik khususnya dan juga di Seberang Perak. Kita dapati pegawai- pegawai pertanian seolah-olah tidak cukup dengan kemahiran dan juga pengetahuan untuk menjadi pegawai-pegawai pertanian yang kalau hendak dikatakan profesional.
Akan tetapi sama ada profesional atau tidak profesional istilah yang hendak di pakai, kita amat memerlukan pegawai-pegawai pertanian dan pegawai-pegawai teknikal yang berhubung kait dengan kerja-kerja pertanian, sektor pertanian terdiri daripada mereka- mereka yang benar-benar dapat membantu meningkatkan produktiviti, hasil dan juga pendapatan petani. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, saya juga ingin sekali lagi merakamkan rasa sedikit tidak puas hati kepada Kementerian Pertanian yang mana saya telah berkali-kali cuba mendapatkan kerjasama yang baik iaitu bagi memastikan projek menaik taraf pengairan pertanian di kawasan saya khususnya di Sungai Manik itu satu projek yang telah diluluskan dan peruntukan juga telah diluluskan. Akan tetapi peruntukan itu hanya separuh sahaja yang dapat diguna pakai, digunakan. Projeknya dijalankan iaitu sebanyak RM70 juta. Manakala baki sebanyak RM60 juta lagi kita tidak tahu ke mana pergi peruntukan yang telah diluluskan itu. Ini menyebabkan projek menaik taraf pertanian Sungai Manik itu terjejas dan mungkin tidak dapat disiapkan dalam tempoh sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini membawa kesan kepada hasil pertanian petani-petani di kawasan tersebut. Saya telah dimaklumkan beberapa kali iaitu kementerian akan memohon bajet tambahan ataupun mendapatkan peruntukan semula bagi projek ini di waktu ini di masa bajet tambahan ini dibentangkan di Parlimen. Akan tetapi di sini saya tidak nampak butiran itu. Apakah alasannya untuk mengatakan bahawa projek ini walaupun telah diluluskan tetapi peruntukannya tidak dapat diperoleh? Oleh sebab itu tidak dapat diteruskan. Akan tetapi bagaimana pula dengan projek Taman Botani Negara ini? Taman Botani negara ini seolah-olahnya peruntukan ini untuk membiayai projek baru. Projek yang sudah lama tergantung tidak siap, tidak diberi peruntukan. Projek baru pula yang boleh diberi peruntukan. Jadi di sini saya rasa tidak begitu dapat menerima praktis belanjawan Kementerian Pertanian itu. Bagaimana mereka membuat perancangan belanjawan atau bajet kementerian? Saya juga diberitahu oleh kementerian sebelum ini bahawa mereka tidak berupaya untuk mendapatkan peruntukan ini sebab ditolak oleh Economic Planning Unit yang mengatakan tidak ada wang. Saya berasa hairan, adakah Economic Planning Unit satu badan yang sangat-sangat prihatin kepada perancang ekonomi boleh mengetepikan projek yang begitu penting kepada rakyat, petani-petani ekonomi rakyat. Kalau Economic Planning Unit yang bersikap begitu saya rasa tidak patut EPU bersikap begitu. Akan tetapi, saya tidak tahu sebenarnya di mana silapnya sama EPU ataupun Kementerian Pertanian itu sendiri. Saya ingin menyeru, saya tahu Menteri Pertanian seorang Menteri yang bekerja keras pergi ke seluruh negara kawasan pertanian untuk basuh petani. Akan tetapi pegawai kerajaan bagaimana? Saya dapati pegawai-pegawai ini yang tidak begitu prihatin, tidak begitu prihatin sangat kepada masalah petani. Banyak kerja yang dibuat melepaskan batuk di tangga. Saya kadang-kadang rasa fed-up juga dengan sikap yang negatif tidak begitu komited. Ini mengecewakan rancangan kerajaan termasuk juga cita-cita besar Menteri sendiri untuk membantu petani-petani. Saya percaya kerja merancang bajet belanjawan sama ada di peringkat awal ataupun di peringkat tambahan ini, pegawai-pegawailah yang bertanggungjawab dan memastikan projek yang telah pun diluluskan diutamakan. Bukan projek baru. Jangan diutamakan projek baru. Projek lama yang belum siap itulah yang diutamakan. Tidak akan EPU tidak faham dari segi itu. Impak, economic impact dan also impak dari segi politiknya, political impact juga penting. Ya, tidak akan boleh ditolak begitu sahaja dengan mudahnya. Saya sudah cakap berkali-kali perkara ini. Saya pun tidak faham hendak cakap di mana lagi. Cakap cara perlahan, cara lembut, cara merayu, cara bermacam-macam cara yang sudah cakap. Kalau permintaan daripada Ahli Parlimen kawasan sendiri, Ahli Parlimen kerajaan pun tidak diambil berat, tidak diambil serius, hendak ambil serius pandangan ataupun permintaan daripada wakil rakyat mana lagi? [Disampuk] Pembangkang lagi tidak dapat. Betul tidak?
[Dewan riuh]
Itu biasa. Itu biasa orang kata biasa. Pasal pembangkang. Ini kita di sebelah pihak kerajaan pun - macam mana macam ini?
Wakil rakyat Tuan Pengerusi, kita balik kampung tiap-tiap minggu, tiga, empat hari seminggu. Kadang-kadang tujuh hari seminggu. Betul tidak? Siang di Parlimen, malam di kawasan. Hari minggu patut ada masa dengan anak, bini, isteri, cucu kita tinggalkan kerana rakyat. Akan tetapi kita tidak boleh buat kerja kita tanpa sokongan daripada kakitangan kerajaan. Tolonglah! Saya berharap Menteri pun bertegas dengan pegawai kerajaan. Kita jadi Menteri kita bos. Kita yang menentukan. Betulkan? Ini kadang-kadang pegawai kerajaan pula yang menentukan. Yang memimpin kementerian ialah Menteri. Betul tidak? Bukannya, ya kita hormat juga pegawai kerajaan. [Disampuk] Jadi pembangkang lagi tidak dapat apa. [Ketawa] Jadi saya mohon macam mana hendak pinda atau tidak ini? Pinda ini minta tambah peruntukan. RM60 juta untuk menyiapkan projek pengairan petani Sungai Manik. Boleh pinda tidak ini? Ini RM6 juta sahaja, RM10 juta. RM6 juta untuk petani, RM4 juta untuk kursus. Tidak cukup. Kenapa tidak dibawa kali ini belanjawan tambahan ini saya pasti Parlimen ini boleh lulus. Betul atau tidak? Pembangkang pun sokong. Tidak sokong lagi mereka kata. Sokong.
Apa yang takutnya Kementerian Pertanian hendak bawa ini masuk ke dalam belanjawan tambahan ini? Tidak bolehkah? Daripada beberapa bilion ini – semua sekali ini berapa bilion?. [Disampuk] Ha, RM12 bilion, RM13 bilion. Tidak bolehkah masukkan sedikit lagi? Saya pun tidak tahu bagaimana bajet, you all buat bajet macam mana? Suka-suka sahajakah buat bajet? Bajet main-mainkah?
Jangan salahkan pegawai. Menteri.
Serupalah, dua-dua sekali. Faham-fahamlah. Janganlah hendak lebih-lebih sangat. Saya tidak boleh buat apa. Saya belum menjadi Menteri. [Ketawa] Perdana Menteri, saya rasakan menyerahkan kepada Menteri dan pegawai- pegawai kerajaan untuk melaksanakan segala perancangan beliau yang kita tahu Yang Amat Berhormat begitu gigih, begitu hebah, begitu bekerja keras. Akan tetapi kerja keras pun kalau tidak kita sokong dengan pelaksanaannya, macam mana dia hendak berjaya? Tolonglah. Saya dahulu Pengarah JPS, Bahagian Tali Air. Punyalah susah hendak berhubung. Berpuluh-puluh kali telefon tidak jawab. Kadang-kadang jawab pun, “Ha, ya, ya, ya”. Selepas itu, apapun tidak ada. Pengarah – Heh! Payah hendak ceritalah. Cerita banyak pun orang kata ibarat meludah ke langit. Cukuplah setakat itu Tuan Pengerusi. Terima kasihlah.
Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun sudah barang tentu menyokong bajet tambahan ini khususnya kita bercakap tentang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini. Saya menyokong, Tuan Pengerusi, menyokong sangat Tuan Pengerusi. Menyokong seratus peratus, Tuan Pengerusi. Saya bercakap tentang B.21 Butiran 01033 – Pembangunan, Tuan Pengerusi. Pada saya Tuan Pengerusi, Kementerian Pertanian saya ucapkan terima kasih, syabas. Alhamdulillah. Secara umum Tuan Pengerusi, alhamdulillah. Saya amat berterima kasih kepada kementerian, Menterinya sekali dan semua kakitangannya. Secara umum Tuan Pengerusi, secara umum. Memanglah Tuan Pengerusi, mana ada gading yang tidak retak... [Disampuk] [Ketawa] Yang Berhormat Pasir Salak tadi ada isu khusus, itu patut diberikan perhatianlah tetapi bagi saya, amat memuaskan. Cuma Tuan Pengerusi, sedikit pandangan saya.
Di pagi tadi kita mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri Pertanian. Pagi tadi Tuan Pengerusi, kalau tidak salah saya angka yang dikeluarkan apabila menjawab persoalan tentang import makanan, sepuluh tahun ini hampir RM200 bilion. Bukan satu angka yang kecil Tuan Pengerusi. Soalannya, apakah seterusnya kita berada dalam keadaan yang sebegini? Memang makanan keperluan asas, keperluan manusia. Memang tidak dapat hendak dielakkan kalau kita kekurangan. Kalau tidak ada makanan dari negara kita, kita perlu mengimport, hendak memenuhi apa yang dikehendaki oleh rakyat, okey. No problem. Akan tetapi soalnya Tuan Pengerusi, sampai bila? Apakah kementerian dan kerajaan tidak ada satu keberanian yang luar biasa, satu azam yang berbeza daripada yang kita amalkan pada hari ini? Apakah tidak boleh kita perkecilkan lagi angka import kita ini dengan kita sendiri mengeluarkan makanan-makanan yang boleh dikeluarkan oleh tanah air tercinta kita ini Tuan Pengerusi? Negara kita ialah negara pertanian. Tanah kita luas, subur yang boleh kalau kita ada keberanian dan azam yang tinggi, pengeluaran makanan yang kita import ini – ambil contoh, hai, lada kering kita pun import Tuan Pengerusi. Lada boleh hidup dalam negara kita ini. Bawang pun kita import dari India Tuan Pengerusi. Apakah bawang tidak boleh kita tanam dalam negara kita sendiri?
[Bangun]
Apakah beras masih kita bergantung pada beras import? Di Sarawak saya dengar sudah ada tanah-tanah yang sesuai untuk ditanam padi. Kalau di Sarawak negeri yang luas boleh mengeluarkan padi, ia boleh menampung keperluan negara. Mengapa tidak ada keberanian? Alasan.
Saya boleh mencelah Yang Berhormat? Ini ada jawapan kepada persoalan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih ayahanda Yang Berhormat Sri Gading. Tadi Yang Berhormat Sri Gading bertanyakan tentang masalah padi, bagaimana Sabah dan Sarawak dengan tanah yang begitu luas boleh membantu mengurangkan import bil kita yang berbilion-bilion tadi. Sebenarnya kerajaan telah ada satu pelan induk Yang Berhormat Sri Gading, untuk menukarkan tanah-tanah yang terbiar dan juga yang kurang produktif di Sabah dan Sarawak. Saya bercakap bagi pihak Kota Belud, kawasan jelapang padi yang terbesar di Sabah. Dibuat satu program yang cukup luas, yang cukup banyak, yang cukup tinggi kosnya untuk membina satu jelapang padi. Akan tetapi apa yang kita perlu ialah sebuah empangan. Akan tetapi apa yang berlaku di Kota Belud, Yang Berhormat Sri Gading ialah dalam masa yang sama pihak pembangkang pada tahun 2008 menuntut kerajaan untuk membuat jelapang padi baru dengan ada empangan apa semacam itu, tetapi apabila kita membuatnya, orang yang sama juga membantah urusan kerajaan untuk membina empangan itu. Akan tetapi alih-alih di Pulau Pinang, mereka juga yang mahukan empangan dan Kerajaan Persekutuan bagi empangan RM1.2 bilion. Ini hipokritkah atau tidak Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Jawapan kita sama tahu, pembangkang memang lebih kepala bapak hipokrit! [Disampuk] Paling hipokrit! Inilah kelakuan pembangkang yang malang bagi rakyat negara ini Tuan Pengerusi. Kita berpolitik tetapi pembangkang berpolitik yang hipokrit, yang memutarbelitkan fakta, berbohong dan sebagainya. Yang Berhormat Kota Belud, betul, kita ada pelan induk. Akan tetapi Tuan Pengerusi, kalau pelan induk hanya pelan induk, tidak dilaksanakan... [Disampuk] Ya?
Pasir Salak mencelah.
Tidak, tidak. Ini, ini, apa?
Tidak ada, dia mengacau saja.
Boleh? Kerajaan ada pelan induk banyak, itu saya kata bapak kepada pelan induk, boleh? [Ketawa]
Saya boleh jawab juga dengan lebih kasar Tuan Pengerusi. [Disampuk] Saya pasal hendak jawab Yang Berhormat Kota Belud tadi. Okey Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan kakanda – ayahanda itu tua sangat, kakanda Yang Berhormat Sri Gading. [Disampuk] Ninda pula sudah. Ya, saya setuju jugalah memang rakan-rakan kita kadang-kadang mereka berpolitik, tetapi biarkanlah pembangkang ini dengan cara mereka, kita sudah tahu. Akan tetapi yang pentingnya kita ini, kita ini yang hendak melakukannya, kita yang ada kuasa, kita yang merancang. Setuju tidak Yang Berhormat Sri Gading, kita persetankan sahaja apa orang lain cakap, yang penting kita lakukan. Jadi yang masalah sekarang ini, kita sendiri yang teragak-agak hendak melakukan. Pegawai-pegawai kerajaan, tadi saya cakap, di Sungai Manik, kalau Yang Berhormat Sri Gading kata hendak meningkatkan pertanian, petani-petani Sungai Manik bersedia untuk meningkatkan hasil padi di Sungai Manik, tetapi berikanlah sokongan. Inilah yang menjadi masalahnya. Setuju tidak Yang Berhormat Sri Gading bahawa kita mempunyai keupayaan untuk melakukannya tetapi bolehkah kita melakukannya?
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sebab saya kata hendak ada satu keberanian yang luar biasa, satu azam yang luar biasa. Kalau kita memang melihat bahawa import makanan ini sentiasa mengganggu kita saban tahun, kenapa tidak ada keberanian. Ambil contoh MARDI Tuan Pengerusi. MARDI boleh membuat penyelidikan, kajian dan sebagainya mencari jalan dan cara bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah- masalah yang dihadapi oleh kita semua. Kalau MARDI agaknya kekurangan tenaga pakar, apa tidak boleh MARDI mengimport tenaga pakar untuk membantu bagaimana kita hendak mencambahkan ekonomi makanan di negara kita. Boleh dan kerajaan juga harus berani mengeluarkan peruntukan yang lebih besar kepada MARDI, kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya tidak menyalahkan MARDI. Terima kasih kepada MARDI, tetapi kadang-kadang dengan peruntukan yang tidak mencukupi. Banyak, macam jelapang padi di Kuching dan di Sabah, terang sahaja tetapi alasan kita ialah lebih mahal kita menyediakan, lebih murah kita mengimport. Kalau itu jawapan yang kita pegang selama-lama, mengimport lebih murah daripada kita membuat sendiri sampai bila pun Tuan Pengerusi. Itu sebab hendak satu keberanian dan kerajaan juga harus menyalurkan peruntukan yang secukup-cukupnya. Kalau kata hendak buat empangan, buatlah empangan. Itu modal jangka panjang yang akhirnya menguntungkan kita. Tidak mengapalah bermodal besar. Kalau kita boleh buat highway, jejambat yang bilion-bilion, kenapa kita tidak berani membelanjakan berbilion-bilion buat empangan. Bagi peruntukan lebih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani buat makanan, yalah pertanian-pertanian yang boleh memberikan pulangan kepada rakyat, memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat, kita tidak bergantung dengan import barang makanan daripada luar. Kata di Kedah menurun sebab cuaca tetapi bukan di Kedah sahaja yang boleh tanam padi, bukan di Perak sahaja di Sungai Manik boleh tanam padi, banyak negara. Kita tingkatkanlah keberanian kita Tuan Pengerusi. Akan tetapi kerajaan juga harus ada keberanian untuk memberikan modal yang secukup-cukupnya, yang sebesar-besar yang perlu demi masa depan kita supaya akhirnya kita boleh berdikari atas hasil negara kita sendiri Tuan Pengerusi. Banyak, ambil contoh perniagaan orkid. Perniagaan orkid sebenarnya menguntungkan. Antara negara yang boleh mengeluarkan orkid yang berbagai- bagai jenama yang dikehendaki oleh orang-orang seluruh dunia, boleh tetapi kita tidak berani. Kita tidak Tuan Pengerusi, negara kita ini memang iklimnya iklim Khatulistiwa. Akan tetapi negara kita Tuan Pengerusi, ada tempat yang keadaan cuacanya sejuk. Di sana MARDI agaknya memikirkan apa tanaman yang sesuai.
Di negara kita Tuan Pengerusi, di Perlis boleh tanam tebu. Mungkin di Johor tidak boleh tetapi di Perlis boleh. Maknanya sumber untuk mendapat gula ini ada dalam negara kita. Kenapa tidak dibesarkan? Banyaklah contoh kalau hendak bercakap Tuan Pengerusi. Bagaimana seharusnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini diberikan perhatian yang luar biasa dengan keberanian yang luar biasa, dengan keazaman yang luar biasa supaya akhirnya entah tidak tahu bila - Kita tidak ada jangka panjang Tuan Pengerusi, tahun 2030 katalah kita bebas daripada import barang makanan yang mustahak, macam nelayan kita Tuan Pengerusi, kita asyik-asyik nelayan pantai. Bila masanya nelayan kita boleh menjadi nelayan laut dalam Tuan Pengerusi? Apa orang Taiwan sahaja boleh laut dalam? Apakah orang-orang Filipina sahaja laut dalam? Apakah orang Thailand sahaja laut dalam? Orang Melayu tidak boleh, orang Malaysia tidak boleh? Akan tetapi kenapa kita tidak menjurus dengan serius. Balik-balik nelayan pantai, ikan cencaru, ikan kembung, ikan selar. Bila Tuan Pengerusi, bila? Ini masalah kita. Masalah keberanian, azam yang tinggi melihat potensi negara kita yang kaya raya ini Tuan Pengerusi. Masya-Allah.
Boleh Yang Berhormat ayahanda. Pasal tadi laut dalam. Di kawasan Kota Belud Tuan Pengerusi, kita mendapati kadang- kadang kerajaan atau kementerian ada memberi kapal untuk dikongsi bersama oleh persatuan-persatuan nelayan. Akan tetapi di Kota Belud contohnya ada tiga buah perahu laut dalam yang apabila diberi kepada nelayan, tidak sampai sebulan pun perahu-perahu itu rosak, enjin rosak. Rupanya yang diberikan itu second hand. Menjadi masalah sekarang, ahli-ahli persatuan nelayan itu masih lagi terpaksa membayar hutang. Jadi mungkin di situ juga ada permasalahan. Bagaimana pendapat?
Pengkhianatan. Kalau diberi bot yang second hand, yang memang esok paginya bobrok Tuan Pengerusi. “Bobrok” Tuan Pengerusi faham? Bahasa Johor, akan rosaklah. Yalah sama juga dengar khabar dahulu bagi lembu, lembu subsidi ini import daripada Australia. Lembu yang esoknya orang Australia atau orang New Zealand hendak tembak Tuan Pengerusi, itu kita bagi nelayan. Memang ini soal dalaman yang memang disedari. Jadi kita kena perbetulkanlah benda seperti ini supaya hasrat kerajaan yang murni, cita-cita kerajaan yang baik Tuan Pengerusi, sampai kepada sasaran sebagai mana apa yang diharap-harapkan. Jadi Tuan Pengerusi, saya menyokong tambahan ini Tuan Pengerusi dan saya ucapkan terima kasih atas kesabaran Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Padang Terap, selepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ambil peluang untuk membahaskan maksud B.21 ini berkaitan dengan dua soalan. Pertama berkaitan dengan rancangan pengairan Bukit Sena yang dilaksanakan di Padang Terap untuk kemudahan petani-petani. Projek ini baik bagi saya kerana ia bernilai RM23 juta dan tujuannya adalah untuk menyalurkan air kepada petani-petani luar bandar iaitu untuk meningkatkan pendapatan padi yang sebelum ini agak sedikit berbanding dengan kawasan-kawasan yang diberi tumpuan oleh MADA. Di kawasan MADA yang satu ekar mendapat beberapa tan metrik, tidak silap saya empat tan metrik. Akan tetapi malangnya, projek ini yang sudah mula diserahkan kepada petani gagal menepati tujuan yang telah digariskan oleh pihak kementerian terutamanya di bawah MADA, diambil alih oleh MADA. Saya lihat banyak rungutan timbul daripada kalangan petani sendiri apabila enjin untuk mengepam air ke sawah-sawah padi, banyak paip air yang dipasang bocor. Ada kawasan-kawasan yang tidak mendapat air yang sepatutnya diperolehi daripada projek pengairan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian. Tambahan pula enjin yang telah dipasang, yang nilainya RM23 juta projek ini enam enjin yang dipasang, dua enjin tidak boleh dipakai, empat enjin tidak sampai ke paras air yang boleh mengepam air untuk sampai ke sawah-sawah padi milik petani-petani di kawasan Padang Terap. Jadi saya cukup dukacita apa yang berlaku. Saya minta supaya pihak kementerian melalui tambahan ataupun melalui tambahan bajet pada kali ini melihat perkara ini dengan serius.
Ramai pengerusi JKKP, pemimpin-pemimpin UMNO cawangan berjumpa dengan saya, meminta supaya saya membangkitkan di Parlimen kenapa berlaku sedemikian? Projek tersebut tidak sampai puluhan juta kalau dibuat dengan baik dan diuruskan dengan baik tetapi sayangnya ia tidak sampai kepada sasaran, tidak sampai kepada petani yang sepatutnya ribuan petani dan juga keluarga mereka boleh mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada projek yang bernilai puluhan juta ini, tidak dapat dimanfaatkan dan juga dinikmati. Saya memohon pihak kementerian untuk melihat, Yang Berhormat Menteri dari Kubang Pasu pun ada untuk melihat dan juga menyelesaikan segera masalah ini. Saya pun sudah membangkitkannya dalam soalan dan jawapan yang diterima bagi saya bukanlah suatu jawapan yang boleh menyelesaikan masalah di peringkat bawahan, bahkan minggu lepas selepas saya balik ada di kalangan petani-petani ini, Pengerusi JKKK ini menelefon saya menyuruh untuk membangkitkan di dalam Parlimen. “Yang Berhormat buatlah macam mana pun, kami sanggup masuk dalam Youtube dan sebagainya janji selesai.” Ini korek parit tetapi tidak ditimbus semula petani-petani hendak mendapatkan – hendak bekerja ataupun penoreh-penoreh getah susah hendak ke kebun. Kedua, satu projek di bawah e-Kasih, Pertubuhan Peladang kawasan di bawah Padang Terap. Saya ditemui oleh beberapa orang peserta, saya difahamkan di Padang Terap ada 100 orang peserta kepada projek e-Kasih ini yang dijanjikan kepada mereka satu bantuan berbentuk bulanan lebih kurang RM200 sebulan dengan tujuan untuk mengeluarkan mereka daripada tahap kemiskinan tegar. Ya, saya mengucapkan terima kasihlah, malangnya projek ini juga gagal, lapan bulan diberikan kepada peserta-peserta ini, lebih kurang 60 di sebelah Kuala Nerang dan 40 orang di sebelah Dewan Undangan Negeri Pedu gagal mencapai sasarannya, boleh ditamatkan lebih awal tidak sampai separuh jalan pun. Saya ditemui oleh peserta ini dan menunjukkan kepada saya bagaimana hendak membuka buku, dia kata, “Bagaimana Yang Berhormat, kami ini bekerja membuat perkara lain, hendak berniaga macam mana, kami minta projek ini ataupun tambahan kewangan untuk kami berniaga, tetapi diberikan kepada kami satu projek membuat jagung, pertanian jagung?” Tidak payah buat jagung, tidak payah pergi ‘menggala’, tidak payah pergi tanam jagung tetapi dibuat oleh pihak lain ataupun ada kontraktor yang tolong buat, kamu semua cuma tunggu dan dapat duit daripada projek ini selama 24 bulan. Akan tetapi malangnya sampai lapan bulan sudah tamat dan tidak sampai maksud yang dikehendaki oleh orang- orang miskin, orang-orang susah di kawasan saya. Saya ingat perkara ini ataupun projek ini berlaku di seluruh negara dan bukan sahaja di Padang Terap. Kalau ada 222 orang Ahli Parlimen, kemungkinan yang terlibat dalam projek pertanian ini silap-silap 100 Parlimen, darab dengan 100. Sudah berapa ramai mereka yang miskin tetapi tidak boleh keluar daripada tahap kemiskinan. Bantuan pula dihentikan, kemudian di dalam keadaan bantuan diberikan lapan bulan itu pun diberikan kepada mereka enjin. Enjin mungkin untuk dibuat pemotong rumput, lebih kurang begitu yang saya faham, kemudian ditolak pula daripada bantuan yang diberikan. Apa ini, saya pun tidak faham. Jadi, saya meminta supaya pihak kementerian melihat isu ini dengan serius. Tolong sambung baliklah kerana sememangnya mereka ini layak menerima dan saya mengakui mereka ini mereka layak menerima, mereka miskin tetapi dengan memberikan duit kepada mereka, katakan lapan bulan, yang saya faham dan saya tengok di dalam surat yang diberikan kepada saya ini lebih kurang lapan bulan. Kemudian bulan yang kesembilan itu bayar RM100 sahaja dan kemudian ditolak pula dengan harga mesin lebih kurang RM800 ataupun RM900, jadi tidak dapat apa-apa pun, saya tengok bakinya RM13. Projek apakah yang dibuat oleh kementerian ini? Bagi saya satu projek yang perlu dinilai semula dan saya anggap belanjawan tambahan yang dikemukakan, yang dibentangkan di dalam Dewan ini boleh sampai kepada sasaran, kepada petani, kepada rakyat miskin, kepada yang miskin tegar dan sebagainya. Saya ingat itu sahaja ucapan saya, terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Pengerusi, saya fokus kepada Maksud B.21 yang diberikan ‘pendetilannya’ di dalam dokumen ini iaitu tambahan RM10 juta ini adalah untuk pertama sekali RM6 juta dikehendaki untuk membiayai program aktiviti di bawah Pelan Induk Taman Botani Negara Shah Alam bagi tahun 2011. Sebanyak RM4 juta dikehendaki untuk menampung keperluan untuk melaksanakan Program Latihan Sijil Pertanian yang dikehendaki oleh Jabatan Pertanian Malaysia iaitu sebenarnya peruntukan ini di bawah Maksud B.21. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian Tuan Pengerusi, apakah sebenarnya peranan Taman Botani ini? Kita tidak hendak ia dijadikan seperti satu universiti yang memang indah, melahirkan golongan cerdik pandai tetapi ia tidak mendasari kehendak masyarakat ataupun menjadi satu tempat lawatan. Dalamnya mungkin ada pokok pauh yang berbuah lebat tetapi di kebun petani tidak ada spesies ataupun tidak ada pokok yang seperti itu. Jadi, saya ingin menyentuh kembali tentang dalam era Pak Lah dahulu, Tun yang menjadi PM dahulu, kita banyak bercakap tentang biotech, kita hendak menjadikan negara kita sebagai satu hab untuk negara melahirkan biotech pada waktu itu. Tidak silap saya, kita berbelanja hampir-hampir RM15 bilion pada waktu itu untuk memajukan biotech itu. Kita bercakap banyak tentang alternatif kepada bahan api pada hari ini, kita mengunjurkan sekiranya bahan api fosil tidak lagi terjamin pada masa akan datang. Kita juga pada waktu itu bercakap tentang bahan api alternatif dan kita bercakaplah tentang tanaman buah jarak ataupun nama saintifiknya jatropha curcas. Maknanya kita sudah bercakap dahulu pun. Jadi saya hendak tahu berapa puluh ekar sudah ada estet ke pokok jarak ini? Ini kerana kita sudah spent tidak silap saya dalam belanjawan sejak 2004, 2005 dan 2006 dalam era Pak Lah pada waktu itu, kita memperuntukkan sejumlah wang untuk teknologi ini. Jadi, saya hendak tahulah kalau ada jawapan pada hari ini, sudah ada estetkah? Apa nama estetnya dan sudah ada produk Malaysia tentang biodiesel ini yang dikatakan dan dalam penyelidikan itu disebut bahawa sekiranya kita berjaya untuk mengeluarkan biodiesel daripada buah jarak ini, 33% petroleum boleh dihasilkan, jangka hayatnya 45 tahun dan satu ekar boleh di taman 800 pokok jarak ini. Jadi, dari segi penyelidikannya nampak praktikal, nampaknya Malaysia memang boleh menjadi sebuah negara yang boleh mengeluarkan satu produk biodiesel berasaskan kepada ‘jatropha curcas’ ini. Sudah bercakap lama tentang perkara ini, jadi adakah kita telah mencapai matlamat itu? Demikian juga dengan kelapa sawit, kita yang sudah lama dikatakan boleh menghasilkan biodiesel, maka sudah adakah produk-produk kita? Jadi, saya tidak mahulah melihat Taman Botani ini tadi memanglah indah. Ada salji sedikit-sedikit dekat sana, dekat Bukit Cerakah dahulu, memang menghasilkan. Dalam bangunan itu terdapat pokok-pokok buah-buahan yang memang kita lihat cukup hebat menghasilkan tetapi tanah kita di kampung-kampung itu ia tidak menjadi satu realiti. Jadi, saya meminta penjelasan. Kemudian tentang melaksanakan Program Latihan Sijil Pertanian yang dikehendaki oleh Jabatan Pertanian Malaysia ini, saya hendak tahulah apakah jenis latihan- latihan yang diberikan. Adakah kursus-kursus yang ditawarkan untuk menghasilkan mungkin industri-industri hiliran yang baru, yang berasaskan kepada pertanian ini dan saya boleh menyokong, tidak ada masalah dari segi kita mahu melahirkan tenaga mungkin separa mahir dari segi membantu meningkatkan produktiviti dalam bidang industri pertanian ini. Saya bersetuju, tadi saya rasa Yang Berhormat Sri Gading ada pointnya di situ.
Walaupun dia marah-marah. Tidak apalah saya tidak mahu ambil yang marah itu, yang emosi itu kita letak tepi. Akan tetapi the other pointnya adalah sampai bila kita ini hendak bergantung dengan import? Adakah itu alasannya import lebih baik dan lebih murah? Dulu cakap pasal beras dahulu. Maknanya, kalau kita tanam ini kosnya lebih mahal. Import lebih murah. Akan tetapi sekarang orang dunia sudah bercakap tentang food security, Tuan Pengerusi. Dunia sudah bercakap tentang keselamatan bahan-bahan makanan ini. Adakah kita cukup? Rizab kita cukup atau tidak sekiranya berlaku perkara- perkara yang tidak kita ingini. Jadi, food security ini sudah jadi satu topik yang penting dalam seminar ataupun deklarasi mana-mana pertubuhan dunia yang semua negara hari ini
sedang mengambil kira tentang isu food security ini. Jadi, adakah negara kita telah benar- benar bersedia ke arah itu? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sila Yang Berhormat Langkawi. Kalau tidak ada minat lagi, Yang Berhormat Menteri sedia untuk jawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu perkara sahaja iaitu 010300 – Taman Botani. Saya kira ia perlu diadakan kerana negara kita walaupun dalam jangka kita melonjak ke hadapan tetapi hendaklah kita menoleh ke belakang sedikit. Walaupun di Shah Alam diadakan taman botani, saya minta kalau boleh diadakan di seluruh negeri. Setiap negeri ada satu kerana kita akan berhadapan dengan kepupusan. Bahan-bahan pertanian ini akan pupus satu hari nanti. Misalnya, kita hendaklah mengadakan satu taman di mana kita tanam pokok yang seperti pulasan, binjai, bacang, kuini, janggus ataupun tanaman lain yang kita jarang guna tetapi akan pupus kemudian hari. Contohnya, buah rumbia ataupun buah setoi, buah setai yang perlu kita jaga. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita hendaklah mengadakan arboretum yang seluruh negara kerana mungkin satu hari nanti kita perlukan dia punya genetik untuk menjadikan satu perkara yang lebih berguna kepada manusia. Tuan Pengerusi, itulah saya cadangkan kalau boleh di setiap negeri diadakan satu taman botani ataupun taman arboretum supaya menjadi satu pengajaran kepada kita dan anak cucu kita supaya mereka ini faham bahawasanya dalam Malaysia ini terdapat banyak perkara yang perlu kita belajar dan tidak akan pupus di satu hari nanti. Sekian, Tuan Pengerusi.
Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya menjurus kepada kepala kecilnya 020100 – Pengurusan dan Regulatori, khusus kepada peruntukan RM4 juta untuk program latihan sijil pertanian. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah apa yang dialami di bawah sana. Jabatan Pertanian baik MARDI atau segala agensi yang di bawahnya hanya menjuruskan ke arah tanam, bagaimana hendak menanam itu dan ini. Bagaimana hendak membiakkan ikan itu dan ini tetapi banyaknya di bawahnya gagal kerana komersial applicationnya tidak disentuh dalam program untuk kita membangunkan sesuatu jenis pertanian. Saya bagi contoh. Kita gagal – kalau kita tengok Thailand, bagaimana mereka memasarkan durian Thailand. Bagaimana mereka memasarkan rambutan yang begitu banyak yang hari ini pun melimpah sampai ke London. Kita pun boleh menanam rambutan. Banyak orang kampung menanam rambutan, banyak rambutan ada di sana sini tetapi komersial application itu tidak ada. Kenapa durian Thailand apabila kita pergi ke kedai ataupun gerai untuk membelinya, kalau kita buka hari ini kita hendak makan, tidak boleh makan sebab dia masih belum masak. Ini kerana di Thailand mereka memetik duriannya sebulan sebelum dia masak. Tempoh antara keluar bunga, keluar buah sampai boleh dipetik, ada tempoh masa dan tempoh masa sebulan dari tarikh di petik untuk terus ke pasar memakan masa sebulan sampai ke London, sampai ke Tokyo dan sebagainya. Akan tetapi kita di Malaysia, durian itu kita hanya luruh hari ini, kita jual hari ini. Dua hari kemudian sudah tidak laku. Inilah yang menjadi kegagalan industri pertanian kita kerana rangkaian antara production dengan commercialization itu tidak ada rangkaian. Jadi, saya hendak cadang secara pendek sahaja. Sijil pertanian ini haruslah digandingkan commercializationnya, skillnya, cara produktivitinya, cara commercialization, cara kita bukan sahaja menanam tetapi bagaimana hendaknya di bawa sampai terus ke pasar. Begitu juga buah-buah mempelamnya. Saya melihat baru-baru ini di Perlis bagaimana mempelamnya dapat dieksport ke Jepun. Berpuluh tahun kita menanam mempelam, baru hari ini kita memperkenalkan teknologi berkenaan dan teknologi ini kalau hendak diperbesarkan cara kita memasarkan, cara kita membiakkan dan membangunkan industri pertanian, harus dibiakkan di seluruh negara.
Alatnya di Selangor, buahnya di Perlis. Pengangkutannya sahaja menanggung kos. Kenapa tidak alat itu dibawa ke Perlis? Rupanya ada buah-buahan lain yang hendak digunakan di seluruh Malaysia. Alatnya tidak begitu mahal. RM4 juta hingga RM5 juta. Kenapa kita boleh membelanjakan berbilion-bilion untuk lain-lain tetapi alatnya tidak diperbanyakkan di seluruh negara untuk membolehkan buah-buahan kita dapat dirawat di tempatan dan boleh terus ke pasaran dunia? Ini pengalaman saya di Perlis yang kecil tetapi dengan pengalaman hal buah mempelam harum manis membuka mata kami di sana bahawa banyak yang tidak kena dengan cara kita mendekati isu pertanian. Jadi begitu juga yang lain-lain, Tuan Pengerusi. Saya minta itu sahaja untuk ucapan saya. Diharapkan ini sebagai gambaran untuk berterusan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan B.21 ini, ada tiga isu yang agak ringkas. Pertamanya, berkaitan dengan padi tidak sah. Kita dapat menerima rungutan daripada petani-petani ini, khususnya di kawasan Jerai yang mana hari ini kualiti benih padi itu perlu dikaji dan dipertahankan kerana sudah ada benih-benih padi yang tidak tumbuh. Kemudian kalau peringkat awal dulu ada jaminan ganti dari pihak penerbit ataupun syarikat tersebut tetapi hari ini sudah tidak lagi diberi jaminan untuk adakan gantian terhadap benih-benih yang bermasalah ini. Keduanya, berkaitan dengan packaging baja. Ini isu yang agak saya timbul di masyarakat petani kerana kualiti plastik itu agak rendah, khususnya plastik dalam. Beg plastik ada dua lapis. Sebelah dalam itu agak rendah menyebabkan ia keras dan lembik dan menyukarkan petani-petani untuk operasi penaburan baja tersebut. Kita harap pihak kementerian tolong pastikan syarikat-syarikat ini memberi kemudahan-kemudahan kepada petani-petani. Ketiganya, berkaitan dengan botol racun solitor. Apa yang ditulis pada botol itu 500ml tetapi ia dikenal pasti baru-baru ini oleh petani, hanya 280ml hingga 350ml. Jadi, menyebabkan petani terpaksa menampung kos untuk memastikan racun itu yang sepatutnya dengan kuantiti yang ada itu boleh menampung berapa keluasan sawah padi. Disebabkan kekurangan bekalan atau bahan dalam botol itu menyukarkan petani untuk melaksanakan tugasan. Kemudian saya hendak tanya ke mana hala tuju Majlis Pembangunan Petani Parlimen (MPPP) ini khususnya di Jerai dan lain-lain kawasan khususnya kawasan pembangkang ini.
Apakah projek yang telah dilaksanakan dan setakat mana kejayaannya dan apakah bentuk projek itu dikongsi dengan rakyat khususnya warga petani dan kemajuan- kemajuan dari semasa ke semasa kerana kita tidak diberi maklum. Apakah yang telah dilaksanakan dan hasil kejayaannya sudah pastilah kalau jayanya rakyat akan sama-sama meraikan dan kalau gagal rakyat akan menjadi mangsa kegagalan tersebut. Jadi minta perhatian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Silam.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan Butiran B.21 saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Pengurusan dan Regulatori. Saya melihat Yang Berhormat Tuan Pengerusi dari segi perkembangan industri pertanian di negeri Sabah khususnya kita dapati dari segi kesedaran pentingnya industri ataupun yang berasaskan pertanian ini memang sudah meluas dan dari segi kualiti aktiviti ataupun perniagaan yang dihasilkan daripada pertanian memang jelas meluas dan banyak mendatangkan kebaikan terutamanya kepada masyarakat yang berada di kawasan luar bandar. Di sini saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dari segi pengurusan. Kita dapati macam contohnya di kawasan Parlimen Silam di Daerah Lahad Datu ada beberapa
pengusaha terutamanya dalam pembikinan cili api dan beberapa proses makanan yang lain dari segi kualiti dan pembungkusan. Saya dapati mereka ini tidak ada macam awareness, dengan izin kesedaran untuk dari segi bagaimana untuk meningkatkan kualiti keluaran pertanian mereka. Di samping itu juga saya meminta penjelasan daripada pihak kementerian supaya Jabatan Pertanian ataupun FAMA lebih proaktif dan agresif dalam membantu masyarakat yang terlibat dalam bidang pertanian ini sebab kalau dari segi potensi peluang pekerjaan, kita tahu pertumbuhan ekonomi negara kita sekarang ini kalau macam misalnya untuk kita boleh mengembangkan aktiviti pertanian ini dengan baik dan sudah tentu peluang pekerjaan dan dari segi kita purchasing propriety terutama kuasa membeli itu kita dapat kembangkan sebab majoriti rakyat di negara kita ini bidang pekerjaan sebenarnya yang sangat dekat dengan mereka ialah bidang pertanian. Jadi dalam pengurusan dan regulatori ini saya berharap supaya pihak kementerian memikirkan satu kaedah ataupun dengan berusaha untuk mewujudkan R&D konsep kecil ataupun bidang-bidang yang ada hubung kait dengan kaji selidik yang bagaimana proses ini dapat kita pastikan supaya masyarakat dapat memikirkan bidang ini dan bidang pertanian ini yang sebenarnya kalau kita lihat perkembangan ekonomi di masa akan datang semuanya lebih menekankan kepada ekonomi yang berasaskan perkhidmatan dan sudah tentu perkara ini kita perlu didik di peringkat awal di peringkat sekarang ini. Kesedaran pengusaha-pengusaha yang terlibat secara 100% dalam bidang pertanian ini memberikan impak yang besar kepada mereka dari segi incomenya dan ini membolehkan sesuai dengan yang kita tahu polisi kerajaan kita yang menekankan bahawa bidang pertanian itu adalah bidang kerjaya ataupun bidang karier yang perlu diambil perhatian. Ini kerana, saya melihat sendiri contohnya dalam Pertubuhan Peladang daripada kawasan saya sendiri pernah dalam tahun lepas contohnya dia dapat anugerah daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Persekutuan sebagai role model kepada usahawan dalam bidang pertanian ini terutamanya dalam bidang penternakan dan perusahaan-perusahaan yang lain. Jadi saya minta supaya kementerian memberi penekanan khusus dalam perkara ini sebab dengan ini sahaja kita boleh dari segi sustainability activity economy di kawasan luar bandar ini dapat kita pertahankan dan sudah tentu ini akan mengawal dari segi mengawal kadar inflasi di negara kita. Kemudian pada masa yang sama juga dia boleh membantu untuk memastikan secara kalau barangkali kerajaan memang ada merancang untuk kalau kita dapati juga dalam pihak antarabangsa sekarang ini lebih menggalakkan bahawa setiap negara memikirkan tentang industri makanan ini perlu diambil berat bagi memastikan pertumbuhan itu dapat dikawal. Ini membentuk dari segi kestabilan ekonomi dalam sesebuah negara itu dan di masa akan datang juga kita dapat mengurangkan kebergantungan negara kita melalui import bahan-bahan makanan seperti terutamanya padi dan makanan-makanan lain sama ada buah-buahan. Ini kerana kita perlu kepada penekanan ini dan regulatori ini dapat dipertingkatkan di setiap agensi kerajaan di Jabatan Pertanian ini bagi memastikan perkara ini diambil berat dan menjadikan suatu fokus bagi membolehkan kesedaran masyarakat kita untuk menjadikan aktiviti pertanian ini sebagai suatu bidang kerjaya yang diminati terutamanya di kalangan generasi muda sebab secara peratusannya pun kalau kita rujuk nisbah memang aktiviti pertanian ini banyak bertumpu pada tenaga kerja di kalangan masyarakat yang sudah berumur. Jadi sudah tiba masanya juga pihak kementerian ini mungkin ada kolaborasi dengan kementerian lain terutamanya Kementerian Belia dari segi memberi latihan kepada generasi muda untuk membolehkan mereka meminati bidang pertanian ini sebagai satu karier di masa akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sila. Kalau Yang Berhormat Menteri yang berkenaan bersedia.
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah turut serta memberi pandangan dalam
perbekalan tambahan ini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pertama sekali ialah daripada Kuala Kedah tadi membangkitkan soal tentang perbelanjaan yang RM6 juta itu yang tidak spesifik. Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat, Yang Berhormat juga sebagai pegawai MADA tentu Yang Berhormat tahu bagaimana Taman Botani iaitu Taman Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah bagaimana dibangunkan pada tahun 1986 oleh Menteri Pertanian pada ketika itu melalui agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri di mana pegawai-pegawai datang pada hujung minggu untuk bekerja dan menjalankan aktiviti mengikut agensi-agensi masing-masing. Namun demikian, kita juga telah melibatkan peruntukan sampai ke hari ini sebenarnya telah menjangkau lebih daripada RM234 juta. Bukan kata benda ini satu kita belanja dahulu tidak ada perbelanjaan langsung tetapi sebenarnya perbelanjaan itu telah melebihi daripada tahun 1986 sehingga 2012 kita telah berbelanja lebih kurang RM234.3 juta. Jumlah keseluruhan pembangunan itu meliputi yang pertama iaitu pada pelan induknya sebanyak RM60 juta dan RM6 juta ini adalah sebahagian pembangunan yang telah kita laksanakan dahulu iaitu ialah untuk pembangunan taman-taman yang ada iaitu Taman Akuatik, Taman Orkid, Display Garden, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Rempah-ratus, Taman Kaktus dan sebagainya. Memang kita sudah ada dia punya kerja- kerja yang akan kita guna untuk duit yang telah kita mohon itu.
Minta penjelasan sedikit.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, yang saya persoalkan ialah dengan jumlah yang sebanyak itu mengapakah tidak diwujudkan satu terma yang lebih spesifik kepada Taman Botani Negara. Kalaulah yang lain-lain dengan jumlah yang lebih kecil boleh dimasukkan dalam bajet tetapi yang ini masuk dalam bajet 0310300 – Pembangunan. Terma yang terlampau umum, itu yang saya maksudkan. Jumlahnya banyak saya boleh bersetuju dan boleh tidak bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab tidak ada di sini saya sudah buka sudah.
Tidak ada Taman Botani Negara dengan peruntukan puluhan juta yang sepatutnya dimasukkan. Oleh sebab itu yang kita bimbang sebab pengalaman saya sendiri ketika berkhidmat di MADA kami terpaksa menggunakan peruntukan MADA. Saya setuju peringkat awal tetapi selepas sudah beberapa tahun sepatutnya pihak kementerian mewujudkan satu kepala yang bertajuk Taman Botani Negara kalau kerajaan serius untuk hendak melihat isu Taman Botani Negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya ingat benda itu tidak ada masalah kerana kita memang benda itu kita khaskan untuk perbelanjaan itu kerana sebenarnya berkenaan tadi ada Yang Berhormat bangkitkan berkenaan kenapa sedikit. Kenapa tidak akhir-akhir ini barulah kita kemukakan peruntukan untuk membangunkan taman ini setelah kerajaan negeri cuba mengambil alih. Sebenarnya memanglah kerana itulah di antara sebabnya adalah masalah tanah yang belum selesai. Oleh sebab itu mengikut peraturan kita, mengikut kehendak Kementerian Kewangan dan tanah itu mestilah kita selesaikan barulah kita dapat membangunkan kawasan itu. Jadi, sebab itu sehinggalah masalah tanah ini yang mana sedang ada perundingan di antara pihak kementerian dengan pihak kerajaan negeri dan apabila selesai berkenaan dengan tanah ini barulah kita akan mengemukakan pembangunan secara holistik mengenai semua projek yang akan kita laksanakan. Jadi, selain...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, selepas kerajaan negeri hendak meminang, hendak ambil itu barulah nampak kementerian serius hendak bagi peruntukan tambahan. Akan tetapi sebelum ini tidak ada pun. Kita sudah tengok tidak ada pun. Sekarang ini bila Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar hendak bagi RM10 juta setiap tahun untuk taman botani barulah Kerajaan Persekutuan lihat hendak bagi RM6 juta dan sebagainya. Ini yang kita pertikaikan.
Sebenarnya itu perkara yang saya sebut telah jelaskan tadi. Ini masalah status tanah kerana pajakan tanah itu belum selesai lagi sejak daripada dahulu lagi bukan kata apabila kerajaan negeri ambil alih. Sekarang ini Kerajaan Pakatan sebenarnya benda ini telah berlanjutan daripada sebelum Kerajaan Pakatan ambil alih lagi. Jadi, perkara berkenaan dengan isu tanah ini belum diwartakan, maka perbelanjaan itu terpaksa kita hadkan oleh kerana kita terpaksa menunggu keputusan tanah itu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saya pernah pergi melawat semasa belajar dulu. Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak tanya secara peribadilah Yang Berhormat. Projek ini baguskah? Sudah lama sangat masalah ada. Dari segi blueprint itu apa benda yang hendak dicapai itu sebab saya dengar ini banyak masalah sasaran itu ataupun dalam masa terdekat benda ini mungkin dalam dua tiga empat tahun ini, apa yang boleh jadi? Adakah di Dewan ini kita akan datang cerita masalah tanah lagi ataupun mungkin tiba masanya kementerian membuat keputusan mungkin projek ini diusulkan oleh Menteri dahulu tapi kita tengok dari segi impact assessment seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah mungkin cost benefit. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri satu garis panduan sedikit mengenai pemantauan projek ini.
Mengenai projek ini memang projek ini satu projek yang baik kerana asalnya kita hendak jadikan ini sebagai kalau kita tengok daripada dahulu apabila Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani membentangkan perkara ini ianya sebagai sebuah perpustakaan hidup. Maknanya, kalau anak-anak kita macam di Kuala Lumpur ini hendak kenal padi. Pada satu ketika dahulu kita ada MADA datang di taman pertanian ini menanam padi dan kita ada kilang padi iaitu bagaimana pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah di Kuala Lumpur pada ketika itu datang ke situ. Mereka diberi peluang untuk menanam dan ada juga pada ketika itu untuk membajak, ada juga yang mengerat padi dan sebagainya. Ini adalah di antara usaha yang hendak dibuat. Begitu juga dengan coklat. Bagaimana coklat dihasilkan, ditanam dan akhirnya diproses menjadi coklat dan sebagainya. Ini adalah tujuan asalnya dan sekarang ini masih lagi tujuan itu tidak lari tetapi oleh kerana ada sebab-sebab semasa pembangunan taman ini kita menghadapi pelbagai masalah dari segi peruntukan dan sebagainya. Itu menyebabkan ia agak lambat. Akan tetapi walau bagaimanapun, daripada apa yang saya lihat iaitu daripada tahun 2010 seramai 316,400 orang telah datang mengunjungi Taman Botani ini. Bagi tahun 2011 lebih daripada 400,000 telah datang melawat taman ini. Jadi, sekarang ini memang kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan mana-mana infrastruktur, membaiki apa yang ada di situ, menjadikan tempat ini sebagai destinasi pelancong seperti mana hasrat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa ia ditubuhkan pada ketika itu. Itu memang...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa masalahnya kalau kerajaan negeri hendak ambil alih Taman Botani ini dan jadikan projek kerajaan. Apa masalah kementerian?
Ini bukan masalah atau tidak. Saya ingat benda ini masih ada di perundingan. Saya rasa saya tidak boleh jawab di sinilah kerana perkara ini masih di peringkat perundingan antara dua pihak iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerajaan negeri. Jadi, saya ingat kita tunggulah bagaimana outcome selepas perundingan ini.
[Bangun]
Sila.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata bahawa ada tujuan asal daripada pewujudan penubuhan taman ini untuk hendak beri pengalaman baru kepada orang sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, mahasiswa, pelajar-pelajar untuk tengok macam mana cara orang hendak bercucuk tanam khususnya padi ini seperti menanam padi, mengerat padi, pukul padi. Jadi, matlamat itu tidak lari lagi sampai sekarang. Cuma saya hendak tanya bahawa adakah ini sahaja yang kita hendak sampaikan kepada masyarakat, kepada generasi muda bahawa ini cara menanam padi zaman dahulu. Adakah nanti 10 tahun akan datang kita akan tunjuk pula
cara menanam tidak macam dahulu sebab sekarang ini mana ada orang menanam sudah. Mana ada orang mengerat padi, mana ada orang memukul padi, pakai mesin. Jadi, tidak akanlah maknanya 10 tahun hingga 20 tahun akan datang ini kita hendak tunjuk kepada generasi selepas ini apa pula. Jadi, saya lihat bahawa kalau sekadar hendak tunjuk kepada satu generasi bahawa ini cara kita membangun, saya rasa tidak ada satu benda yang manfaat yang dia boleh ambil dari segi ilmu untuk dia pada waktu semasa itu. Jadi, saya hendak minta jelas supaya kalau kerajaan boleh bentang satu blueprint yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Satu blueprint yang jelas apa sebenarnya daripada hasil taman ini. Kalau sekadar hendak tunjuk macam itu, macam sekaranglah yang mereka hendak bawa beruang panda dua ekor. Tidak akan hendak bela beruang panda itu dua ekor di Wetland. Maknanya, tidak akan hendak bawa dua ekor beruang panda RM3.2 juta setahun. Lebih baik RM3.2 juta ini kita bantu selesai masalah janda daripada fikir masalah beruang panda. Janda dan ibu tunggal kita banyak masalah dari segi rumahnya, masalah anak-anak hendak belajar tetapi kerajaan tidak tahu fikir mana yang menjadi keperluan kepada rakyat antara beruang panda dengan janda. Jadi, macam itu juga dengan isu taman botani ini. Jadi, saya minta supaya kerajaan clear dari segi blueprint, apa sebenarnya yang kita hendak. Tidak akan kita sekadar hendak bawa macam beruang panda itu hendak bawa makanan dia. Hendak buat tempat tidur pun kena dengan aircond. Orang kampung tidak ada aircond apa pun. Dok kibas dengan kain tuala sahaja. [Ketawa] Kita inikan musim panas Tuan Pengerusi. Bawa pula makanan dia. Kalau setakat dia hendak menyusu tidak apa kita boleh ambil Ahli-ahli Parlimen mana suruh pergi menyusu. Ini kena bagi buluh. Bukan buluh yang bakar lemang tetapi buluh import. Jadi, saya harap...
Ya cukuplah, faham itu.
.Kerajaan mesti clear dari segi apa.
Saya faham Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat sebenarnya Taman Botani ini...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, biar saya mencelah sedikit. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, pembangkang ini apa pun yang kita buat semua salah. [Ketawa] Dia tidak tahu peranan dan tugas kerajaan pelbagai. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri waspada sedikit. Ini perangkap dia hendak main-mainkan Yang Berhormat. Jadi, tidak usah jawablah. Jawab yang lainlah.
Sebenarnya Yang Berhormat, berkenaan blueprint benda ini sudah selesai sudah. Benda ini sudah lama dibentang zaman Dato’ Seri Sanusi. Tahun 80-an lagi. Bukan kita hendak blueprint sekarang ini. Benda ini sudah lama. Semua sudah diketahui umum. Benda ini satu ketika dahulu taman botani ini, kita biasa buat Perhimpunan CHOGM di situ, macam-macam perhimpunan telah dibuat pada satu ketika. Memang taman botani itu begitu terkenal. Sudah capai matlamat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi akhir-akhir ini ada sedikit masalah apabila kerajaan negeri kita, tanah berkenaan dengan tanah kita tidak dapat majukan tempat ini. Oleh sebab itu sekarang ini sehingga tanah tidak dapat diselesaikan, maka peruntukan yang besar tidak dapat diluluskan. Berkenaan dengan tanah botani, memanglah Yang Berhormat Pokok Sena memang kenal padi, tetapi budak-budak di Kuala Lumpur tidak pernah tengok pokok padi. Kita jangan perkecilkan benda-benda ini, kerana ada di kalangan kita yang tidak pernah tengok pokok padi. Ada sesetengah tidak pernah pegang padi, ada sesetengah tidak pernah turun selut pun tidak pernah. Saya biasa buat program dengan BERNAS...
Saya pun tidak pernah tengok...
Di kawasan saya, budak-budak dari universiti dari UTM ada mereka yang tidak pernah tengok dalam bendang pun, tidak pernah turun selut, tidak pernah tengok selut, ini biasa. Jangan kita kata benda ini perkara yang tidak memberi erti kepada kita. Ini adalah satu pendidikan. Kadang-kadang kita tengok cara lama kita menguruskan bendang sawah pun ada kelebihannya. Anak-anak kita sekarang
tidak kenal lesung macam mana, jelapang padi. Apa dia jelapang padi, kita tahu jelapang padi. Apa itu jelapang? Jadi banyak benda-benda yang ada di Taman Botani. Apa yang saya sebut ini sebahagian daripadanya. Tadi Yang Berhormat Langkawi telah membangkitkan berkenaan dengan tanaman spesies-spesies yang khususnya macam buah mulu, mana ada orang tengok buah mulu. Yang Berhormat tengok buah mulu macam mana? Buah-buah ini muncak dan sebagainya, buah-buah ini atau buah ‘stak’ umpamanya.
[Dewan ketawa]
Jenis pokok-pokok ini ditanam di Taman Botani.
Orang Penang panggil pokok beras, Dewan ia tidak panggil pokok padi. Dia tidak pernah nampak padi. Pulau Pinang, bukan Penang, Pulau Pinang.
Saya ingat benda ini jelas. Tidak payah saya hendak cerita panjang. Sebagai peruntukan memang khas. Kita sediakan untuk membangunkan semula taman-taman yang telah mempunyai masalah sedikit sebanyak dari segi dia punya kerosakan dan sebagainya, hendak upgrade sedikit sahaja.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sebenarnya benda yang dibangkitkan benda yang sama sahaja, kalau hendak jawab itu sahaja. Bukan ada apa pun. [Dewan Ketawa] Yang Berhormat Pasir Puteh ini bangkitkan mengenai kadar. Kadar berkenaan dengan banjir. Saya sudah pergi melawat Kemubu itu, saya pergi melawat saya tengok Kemubu, memanglah masalah dia, Sungai Kelantan ini mempunyai sedimentation yang berat. Maknanya hakisan yang begitu jelas. Dua tahun lepas saya pergi melawat. Memanglah apabila waktu hujan pun kadang-kadang kita tidak mencukupi air untuk mengairkan kita punya sawah padi. Memang bukan kerana pembinaan sekarang ini, memang dari segi itu. Ada sesetengah tempat, saya sendiri tengok kita tidak boleh lalu, kita kena turun apabila kita menaiki sampan kita terpaksa turun di sesetengah tempat kerana hakisannya terlalu teruk. Jadi saya ingat ini tidak kena mengenai dengan soal bola Dato’ Seri Anwar. Tidak kena mengena. Ini memang masalah yang dihadapi dan kita ini bukan soal politik pun, ini memang soal hakikat yang sebenar mengenai sungai yang terlibat yang menjadi cetek kerana hakisan. Ini bukan soal politik, ini soal benda yang betul kenyataan. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat tengok, saya sendiri melawat saya tahu bahawasanya ia disebabkan oleh hakisan, kita tidak tahu sama ada pembalakan atau sebagainya – wallahu’alam. Akan tetapi yang nyatanya ialah kerana hakisan. Tadi Yang Berhormat Simpang Renggam juga membangkitkan mengenai ada isu pasal lalat. Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat di sini. Saya hanya akan beri jawapan secara bertulis. Ini spesifik sangat.
Minta laluan sedikit.
Duduk sekejap.
Berkenaan Kemubu.
Duduk sekejap. Bagi saya jawab. Yang Berhormat Pasir Salak ada membangkitkan berkenaan dengan Sungai Manik. Projek Sungai Manik itu sebenarnya menelan belanja RM130 juta. Kita sudah belanja RM70 juta. Sekarang ini bakinya RM60 juta telah dimasukkan ke dalam rolling plan ketiga. Kita berharap dalam rolling plan yang ketiga ini peruntukan sebanyak RM60 juta itu akan diluluskan dan apabila diluluskan ianya akan dapat dilaksanakan. Jadi bukanlah kita tidak hendak ambil hirau. Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat, kita di kementerian pun sentiasa mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali berkenaan dengan pertanian ini. kadang-kadang saya sendiri turun untuk melihat tempat-tempat yang berkaitan. Yang Berhormat Ledang membangkitkan berkenan sijil pertanian. Sebenarnya sijil ini siapakah penganjur? Penganjur swastakah? Sebenarnya sijil ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian dan sebenarnya kursus ini telah bermula sejak daripada dahulu lagi, sudah lama. Kita telah mula kursus Jabatan Pertanian ini sejak 40 tahun yang lalu. Setakat ini kita telah melatih lebih kurang seramai 9,630 orang. Setiap tahun kita melatih 300 sehingga 400
orang pelajar-pelajar yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kita sendiri dan mereka ini sudah dapat sijil dan sijil ini memang diiktiraf oleh kerajaan. Mengenai melatih petani-petani di kampung kita mempunyai kursus asing.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Sri Gading - Ya sila
Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan Sijil Pertanian ini. Saya ini adalah salah seorang yang mendapat Diploma Pertanian. Cumanya selepas beberapa tahun Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut soal 40 tahun. Saya setuju dengan pandangan rakan-rakan kita tadi soal syllabus itu yang agak terkini yang sepatutnya kita revise. Tidakkan kita hendak gunakan modul 40 tahun lalu. Seperti mana Yang Berhormat Pokok Sena sebut tidakkan kita hendak guna jenis menanam, kita kena guna teknologi yang terkini. Jadi syllabus untuk sijil pertanian ini yang terkini apa yang telah disusun oleh pihak kementerian.
Sebenarnya mengenai syllabus ini kita ada satu jabatan kita NATC yang khas berkenaan dengan latihan ini. Memang kita ada syllabus-syllabus yang baru. Kita ada banyak lagi mata-mata pelajaran baru berhubung dengan teknologi sekarang dan sebagainya dari segi pengurusan ladang, dari segi pemasaran dan sebagainya. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi bagaimana kita hendak masukkan syllabus kita berkenaan dengan pemasaran. Pemasaran juga penting. Akan tetapi kadang-kadang kita apabila kita melatih pelajar-pelajar ini juga kadang-kadang daripada NATC, begitu juga daripada universiti-universiti kita yang mempunyai kelulusan dalam bidang pertanian. Saya pada setiap tahun saya memberikan sijil kepada mereka-mereka yang telah menjadi graduan ini setelah kursus. Apabila ditanya kepada mereka sama ada mereka hendak pergi. Mereka kata mereka akan kerja di syarikat swasta dan sebagainya. Tidak ramai di kalangan mereka itu yang akan balik untuk menjadi petani, penternak dan juga nelayan. Oleh sebab itu Yang Berhormat Kuala Kedah tahu di kawasan MADA sendiri kalau kita tengok petani-petani di kawasan MADA itu seperti orang Kedah kata ranum makna sudah umur 60 tahun 70 tahun. Tidak ramai di kalangan belia-belia yang masuk untuk menjadi petani. Ini yang menjadi masalah kepada kita dan ini bukanlah satu usaha daripada Kementerian Pertanian, ini melibatkan semua. Semua orang harus bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita berminat untuk balik bekerja di ladang untuk menjadi petani dan sebagainya. Barulah seperti mana Yang Berhormat Sri Gading berkenaan dengan memperkasakan pertanian. Memang kita ada teknologi. Saya telah melawat Thailand pada tahun lepas melawat Rice Research Center di Prachinburi. Ini adalah tempat yang membuat penyelidikan berkenaan dengan padi, beras di Thailand. Jadi bersama-sama saya ialah Ketua Pengarah MARDI, Pegawai Pengurus Besar MADA dan sebagainya.
Kita dapati bahawa teknologi kita lebih baik daripada Thailand. Kita mempunyai teknologi yang lebih baik, kita mempunyai benih yang lebih baik tetapi Thailand ini oleh kerana mereka dapat eksport ini ialah oleh kerana kawasan tanaman padi mereka luas. Jadi dari segi input, dari segi keluaran padi, ia hanya 2.7 tan per hektar. Kita sudah 3.3 tan per hektar, kita lebih daripada mereka tetapi kawasan pedalaman kita adalah lebih kecil daripada mereka. Bukan kata kita tidak ada sampai ke tahap itu. Selain daripada itu juga, kita menghadapi masalah dalam bidang pertanian ini, kenapa kita import banyak. Kita tengok sekarang ini oleh kerana petani-petani kita ini tidak mempunyai petani-petani asal, bukan kata petani-petani moden sekarang ini yang mengamalkan good agricultural practice. Sekarang ini kita menghadapi masalah penyakit pisang yang begitu serius sekarang ini dan kita sekarang ini di pasaran, kita shortage pisang sampai pisang hendak buat cucur kodok pun kita terpaksa bawa dari Sarawak dan Sabah.
Minta pencelahan sedikit Menteri.
[Bangun]
Jadi ini kerana amalan pertanian baik tidak ada pada petani-petani kita umpamanya dahulu kita ada papaya eksotika, betik eksotika yang begitu terkenal tetapi telah musnah kerana diserang oleh penyakit kerana tidak ada amalan pertanian yang sihat oleh petani-petani kita yang kebanyakannya ialah petani-petani yang berumur dan lain-lain. Ini masalah yang dihadapi, bukanlah perlu saya katakan di sini Kementerian Pertanian saya memikirkan ini. Ini ialah masalah kita bersama di dalam Dewan ini untuk menyelesaikan masalah ini untuk kita menghadapi masalah- masalah di masa akan datang.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh mencelah.
Sila.
Sedikit, sedikit.
Yang Berhormat Balik Pulau.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan sedikit sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi dari segi faktanya pemuda tidak minat, masalahnya tinggal yang ranum-ranum tetapi sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang saya tengok di Balik Pulau antara salah satu tempat di Pulau yang masih lagi aktiviti pertanian dari segi nelayan juga hebat. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang mereka complaint dan ini serius Yang Berhormat Menteri di setiap kawasan nelayan saya boleh sebut di Kuala Sungai Pinang, di Telok Bahang, Gertak Sanggul semua itu memang Yang Berhormat Timbalan Menteri arif Sungai Batu semua itu terutama kawasan nelayan Cina dia complaint ialah disebabkan hasil tangkapan yang kurang sehingga dicadangkan tidak bolehkah Yang Berhormat beritahu Menteri baling tukun, buat benda bagi tambah hasil tangkapan. Selepas itu pula, dengan kemasukan pukat tunda yang haram ini, jadi banyak perkara yang sebenarnya menjadi orang muda kurang minat dan kebanyakan mereka sanggup pergi bekerja ke England, ke Jepun dan sebagainya tiga, empat tahun sehingga di peringkat kawasan-kawasan nelayan ini jadi masalah generasi gap dari segi peralihan untuk mengendalikan hal ehwal pertanian. Lebih daripada itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya sejauh mana latihan sijil pertanian ini mungkin meningkat dalam keadaan sekarang. Sekarang ini saya tengok, di Balik Pulau ini bagusnya ada perkara yang kerjasama daripada USM contohnya, dari segi biotechnya ada, hendak tanam pokok pisang daripada buah pisang, batang pisang, daun pisang semuanya hendak diambil sehinggakan program pertanian kelompok. Akan tetapi saya tengok benda ini akan jadi sekejap, selepas itu kalau bahasa kita hangat-hangat tahi ayam, tidak jadi. Beli mesin tidak jadi. Saya takut Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sijil ini bukan jawapan kerana Menteri bandingkan dengan Thailand tadi itu mungkin ada perkara-perkara lain yang bersifat keusahawanan dan bukan benda teknikal. Saya rasa sijil ini mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri gambaran sebenar sebab saya tengok di lapangan, bukan itu masalahnya. Ada minatlah tetapi dari segi lain sebenarnya.
Memanglah tidak dapat dinafikan Yang Berhormat apa pun dia bergantung kepada minat, hendak jadi ahli politik pun kena ada minat juga. Kalau tidak berminat bermaknanya kawasan itu akan kalah. Kalau yang berminat itu maknanya dia akan balik kawasan, dia akan berjumpa dengan orang, dengan susah dan payah, itu memang minatlah. Pertanian pun macam itu juga. Kalau tidak ada minat, maka tidak ada walau pun sijil ada. Sebenarnya kita telah usahakan macam-macam seperti nelayan, apa yang kita tidak bagi? Macam petani, satu hektar kita bagi RM2,300 untuk tanam. Itu subsidi yang kerajaan bagi. Selepas itu kadang-kadang rosak padi, tenggelam padi pun kita bayar, macam-macam. Ini memanglah masalah yang dihadapi oleh kita tetapi puncanya ialah saya kata tadi minat tidak ada kerana selama ini golongan muda menganggap bahawa pertanian ini ialah satu kerja orang miskinlah, pertanian ini miskin, pertanian ini kotor, itu yang menyebabkannya.
So sekarang ini mindset dan sebab itu kita di bawah kementerian kita telah menubuhkan baru-baru ini MyAgrosis iaitu kelab di kalangan pelajar-pelajar universiti untuk mengikuti kelab dan alhamdulillah daripada apa yang kita tengok projek-projek yang kita laksanakan di peringkat universiti ini telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar. Insya-Allah kita sama-sama dan kita haraplah pada Ahli-ahli Yang Berhormat dari seberang sana, daripada pembangkang pun harap dapat memberi sokonganlah kerana setiap projek yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian jangan duduk bangkang sahaja. Jadi kalau projek itu bagus, kita kena tolong tetapi kalau duduk bangkang sepanjang masa tidak bolehlah. Sila.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak, tadi Yang Berhormat kata soal minat. Saya akuilah maknanya memang sesuatu yang kita hendak buat itu kita kena ada minat, ada kemahuan tetapi kemahuan dan minat itu juga mesti didorong, dirangsang oleh suatu yang akan depa dapat, berbaloi, berpadanan dengan kerja kuat mereka dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita tengok khususnya dalam industri padi, Yang Berhormat duduk dalam kawasan padi dan sebagainya. Kita lihat bahawa hari ini kebanyakan Yang Berhormat sebut tadi bahawa tinggal orang lama yang ranum-ranum duduk buat kerja bendang, sebab dilihat anak-anak muda ini hasil pendapatan tidak lumayan, tidak berbaloi tambah pula dengan keadaan. Kalau Yang Berhormat tengok, harga padi di Kedah dengan harga padi di Tanjong Karang sangat berbeza, harganya sangat berbeza. Jadi seolah-olah macam orang Kedah kata depa kata, macam mana harga kami lebih rendah daripada harga di Tanjong Karang? Harga lantai padi ini pun masih rendah RM750 harga lantai, itu tidak termasuk dengan insentif dan sebagainya. Harga lantai masih rendah dan sepatutnya bagi saya bahawa harga lantai kita boleh bagi sampai RM1,100 satu tan. Subsidi harga padi sudah hampir dekat 20 tahun daripada tahun 1990 kita tidak pernah kaji balik untuk hendak diperbaharui subsidi harga padi masih lagi RM248 sekupang satu tan, dekat 22 tahun kita tidak pernah kaji. Jadi saya katakan bahawa berapa sangat hasil pendapatan yang mereka hendak dapat dengan harga lantainya rendah, harga padi tidak berbeza, kemudian subsidinya tidak seberapa. Jadi anak muda ini sudahlah dilihat ‘berlemuih’, berlemuih kerja itu berlemuih kemudian hendak dapat ini tidaklah setara mana. Jadi itu yang menyebabkan tidak ada satu rangsangan, dorongan, tolakan untuk mereka untuk turun ke bendang. Jadi, saya hendak minta supaya kerajaan sudah sampai masanya untuk kaji soal harga lantai padi ini supaya kita dapat membangunkan satu industri padi, inisiatif anak-anak muda lebih berminat untuk turun. Barulah dia ada diploma pertanian, ini dia diploma pertanian duduk fikir hendak jadi pegawai. Dia tidak mahu turun ke bendang, aku ada diploma pertanian, pak aku bolehlah pergi kerja turun bendang ‘berlumuih’, main dengan lintah, main dengan kerbau sebab bapak dia tidak ada diploma, dia ada diploma. Dia kata diploma mestilah jadi pegawai pertanian. Jadi lebih baik supaya selepas ini kita hendakkan supaya orang yang ada diploma pertanian dia turun bergelumang dalam selut kemudian membangunkan sawah padi kerana dia minat. Kalau dia jadi pegawai, pendapatan tidak tinggi tetapi jadi petani pendapatan dia lebih hebat. Jadi saya minta kerajaan supaya dapat mempertimbangkan ini tuntutan daripada petani-petani. Saya meluahkan supaya harga lantai padi ditingkatkan dan diselaraskan harga padi antara Kedah dengan Selangor dan kemudiannya harga subsidi harga padi itu mesti dikaji semula selepas 22 tahun sudah tidak dikaji tetapi jangan duduk ‘habaq’ kata tunggu selepas pilihan raya.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Jadi berkenaan dengan harga padi ini, harga padi selalu dibandingkan negeri Kedah dengan Selangor, Kedah dengan Tanjong Karang. Dia kata kawasan padi di kawasan Menteri harga padinya tinggi, kawasan Timbalan Menteri, saya Timbalan Menteri Kedah ini harga padi rendah. Inilah yang selalu melenting. Sebenarnya masa Dato' Sri Mustapa jadi Menteri Pertanian, harga padi di Kelantan tidak pernah lebih baik daripada harga di Selangor mahupun di Kedah.
Sebenarnya harga padi ini bergantung kepada kualiti padi. Kalau padi itu elok, padi bermutu tinggi maka mendapat hasil yang tinggi. Ada juga petani di Kedah yang dapat padi hasil bagus, hasil yang baik dan hasil yang baik ini ialah mereka yang rajin, yang turun hari-hari ke sawah. Semalam saya balik dari kawasan saya, saya tanya dua, tiga orang ada dua, tiga orang yang duduk bersembang di kedai kopi. Saya sampai pukul 7.30 di kedai kopi itu dia sudah ada, dia sudah ada duduk di kedai kopi bersembang di kedai kopi saya tanya berapa tan dia dapat? Dia kata padi dia tidak elok, padi dia kena penyakit dan sebagainya. Ada satu orang baru balik selepas pukul 10, lama saya sembang dengan dia pukul 10 ada seorang pakcik dia baru balik daripada bendang tabur baja. Saya tanya pak cik dapat berapa? Dia kata dia dapat 8 tan lebih. Pasal apa? Pasal hari-hari dia ke bendang. Jadi soal padi, soal harga, ini memang dia bergantung kepada kualiti padi.
Dia bukan bergantung pada kawasan padi di mana, padi di Kedah dan lain-lain, tidak. Dia bergantung pada kualiti. Saya ingat Yang Berhormat Kuala Kedah pun tahu, Yang Berhormat Kuala Kedah pegawai MADA.
Tidak, tidak, saya tidak persoalkan dari segi kualiti padi tetapi...
Jadi berkenaan dengan lantai, kita boleh bincang, kita boleh...
Harga ini, saya maksudkan harga padi yang elok. Harga padi yang elok antara Kedah dengan Tanjong Karang ia berbeza.
Tidak, tidak.
Saya bukan persoalkan harga di tempat Menteri lain, tempat Timbalan Menteri lain. Tidak. Memang harga padi yang elok, yang kualiti dia sama nilainya dengan Tanjong Karang ini harganya berbeza antara Kedah dengan Tanjong Karang. Saya bukan kata bahawa Tanjung Karang itu kerana kawasan Menteri, harga bagi lebih, tetapi sepatutnya kerajaan dapat menyelaraskan persoalan ini.
Dia sebenarnya, padi ini lain. Tengok bila masa musim dituai, bila tuai. Suasana bila dituai itu pun diambil kira juga. Saya tengok kawasan padi, saya ada melawat, saya ada pergi ke Sekinchan ambil padi, memang kualiti padi di Sekinchan memang kualitinya baik, memang padi elok. Akan tetapi walaupun bagaimanapun, untuk pengetahuan Yang Berhormat, dari segi pendapatan antara petani di kawasan MADA dan kawasan Sekinchan, dalam kajian kita, pendapatan kita lebih di Kedah walaupun padi dia kurang. Akan tetapi oleh kerana penggunaan baja yang lebih di Sekinchan, dia guna racun yang lebih, maknanya kosnya tinggi. Kosnya tinggi tetapi hasil dia memanglah harga dia mahal tetapi kosnya tinggi. Akan tetapi apabila dibandingkan harga petani di kawasan MADA itu, pendapatan dia lebih daripada kawasan di Sekinchan dari segi hektar. Ini kita sudah buat kajian oleh MADA. Kita sudah melihat perbandingan. Berkenaan dengan harga padi ini dia memang rumit. Ini benda yang Yang Berhormat pun tahu, saya pun tahu dan insya-Allah, kita pun tidak duduk diam, kita pun tahu, kita pun berjuang untuk rakyat. Bukan kata Yang Berhormat sahaja. Kita memang tahu dan kita memang lihat perkara ini seriously dan kita akan cuba membantu untuk menstabilkan harga padi ini kepada taraf yang lebih baik. Macam umpamanya macam kita tengok banjir yang lepas. Banjir yang lepas tahun 2011. Tahun 2011 dahulu kita bagi kalau padi tenggelam pada waktu satu hari hingga 40 hari, kita bagi RM576. Akan tetapi oleh kerana kerajaan bersimpati dengan rakyat kita yang menghadapi masalah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menambah RM300, kerana apa? Kerana kos padi meningkat dan sebagainya, kita tambah RM300 dan kerajaan sentiasa membantu. Soal harga padi ini insya-Allah kita tidak akan menganiayai kita punya petani, insya-Allah. Okey Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak kembali kepada soal pengairan di Kemubu tadi, di bawah KADA tadi. Kita akui memang ada penurunan paras air pada Sungai Kelantan tetapi bagi saya itu bukanlah masalah utama. Mungkin kita boleh
memberi amaran awal dan memperbaiki sistem kita. Ini kerana kita tahu ada binaan-binaan baru yang di buat di KADA yang menyebabkan benda ini berlaku. Benteng pasir yang lama dahulu pun tidak diselia dengan baik dan sekarang berlaku keruntuhan apa semua yang menyebabkan air tidak dapat masuk ke tempat pam. Satu lagi saya hendak beritahu...
Saya ingat tentang KADA itu tidak payahlah Yang Berhormat. Saya sudah ambil perhatian dan kita ambil...
Satu lagi Yang Berhormat Menteri...
Kita tidak payah bangkitkanlah itu pasal saya sudah melawat sendiri, saya sudah tengok sendiri. Jadi saya ingat saya tahu banyak daripada Yang Berhormat. Jadi, tidak payahlah.
Tidak, sebab begini. Ini kerana semalam saya didatangi oleh pesawah sebab sekarang dia sudah...
Tidak apa. Yang Berhormat sudah dan saya telah pergi tengok sendiri Yang Berhormat.
Jadi, apa tindakan kementerian untuk membantu petani yang rugi besar kerana tidak dapat mengusahakan sampai sekarang?
Berkenaan dengan petani-petani rugi besar ini kita sentiasa ambil berat. Jangan susah hati. Kena ulat pun kita bagi, banjir pun kita bagi. Yang Berhormat jangan susah hatilah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya harap dengan petani-petani di tempat saya.
Akan tetapi masalah dia kita harap kerajaan negeri kawal pembalakan itu. Jangan terlampau banyak tebang balak sangat dan sebagainya. Dari segi pembangunan kita kena awasi. Saya ingat Itu selesai.
Ini balak ini pun tidak ada lagi.
Bab Kementerian Pertanian insya-Allah kita ambil tahu. Don’t worry, itu kita punya kerja.
Sik, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sik.
Ini berbalik kepada tajuk sedikit iaitu perkara dua mengenai Sijil Pertanian. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Akhir-akhir ini memanglah kita ada lima pusat latihan pertanian dan di peringkat negeri ada lagilah. Cuma yang saya ternampak hari ini, pelajar-pelajar kita yang mendapat sijil ini kurang latihan praktikal. Kalau dahulu di Jabatan-jabatan Pertanian atau pun sekolah-sekolah pertanian daerah, dia ada latihan-latihan khas cara bertani dan lain-lain lagi. Akan tetapi satu perkara yang lebih besar yang saya hendak timbulkan ialah bila pelajar-pelajar ini mendapat sijil, kita tinggalkan dia begitu sahaja. Kita sedar atau pun adakah Yang Berhormat sedar bahawa hari ini tanah-tanah untuk tujuan pertanian selain daripada getah dan padi, untuk pertanian-pertanian lagi sebenarnya tidak ada tanah? Walaupun mereka dilatih di institut pertanian ini dengan berbagai-bagai tanaman tetapi apabila mereka ini balik ke kampung, mereka tidak ada tempat hendak usahakan. Kalau latihan lain, perniagaan selalunya kita ikut, kita bagi modal, kita bagi tempat untuk melaksanakan program ini. Akan tetapi peratus yang kita beri peluang untuk mengamalkan latihan pertanian ini amat sedikit. Di kampung-kampung pun agihan tanah atau milik tanah waris-waris pun kecil sangat. Ada yang memiliki tapak rumah sahaja. Jadi, walaupun anak dia mendapat latihan pertanian tetapi bila dia balik, tempat hendak latih itu tidak ada. Jadi saya cadangkanlah kalau boleh kementerian Yang Berhormat mencari jalan supaya disediakan tapak-tapak untuk mereka ini melaksanakan program pertanian selepas mereka membuat latihan. Itu sahajalah, terima kasih.
Benda ini, memanglah masalah tanah masalah yang sulit. Akan tetapi kita di bawah Kementerian Pertanian ini memang itu di luar bidang kemampuan kitalah, bagaimana untuk menyediakan tanah lot dan sebagainya. Ini kalau boleh dengan kerajaan negerilah minta. Cakap dengan Menteri Besar bagikan satu kawasan, satu kawasan tertentu, bolehlah kita buat. Jadi, kementerian kita tidak ada sampai ke tahap itulah. Saya ingat banyak sudah jawab ini...
Sudah habis Yang Berhormat.
Sudah merangkumi semua, sudah jawab tadi.
Sudah habis Yang Berhormat.
Satu lagi, tadi Yang Berhormat Kota Belud sudah bangkitkan berkenaan bot second hand. Saya minta kalau boleh beri laporan kepada saya, kalau ada betul-betul, berkenaan dengan bot yang diberi oleh pembekal. Kita boleh ambil tindakan segera. Jadi, lain-lain daripada itu saya ucap terima kasihlah kepada semua yang telah memberi pandangan dan juga teguran kepada kementerian dan insya-Allah kita akan ambil perhatian di atas apa juga perkara-perkara yang mungkin boleh kita gunakan pada masa- masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,000,000 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10,000,000 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala Bekalan B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas. Sebelum itu Yang Berhormat, saya hendak menjimatkan masa Yang Berhormat. Dalam kementerian ini hanya dua perkara Yang Berhormat. Satu, perlu untuk membiayai Program Modal Insan Masyarakat Luar Bandar dan kedua, untuk keperluan tambahan bagi penyelenggaraan dan operasi Jabatan Kemajuan Orang Asli. Sila Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Pengerusi, saya bangun untuk menyokong bekalan tambahan ini. Modal insan ini dia ada kaitan dengan keselesaan hidup, kemudahan hidup. Bagi pihak penduduk luar bandar, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar, sebuah kementerian yang mengambil berat tentang kehidupan rakyat luar bandar. Hari ini keadaan kehidupan penduduk luar bandar jauh berbeza dari segi keselesaan, dari segi kemudahan. Kementerian Luar Bandar yang menyediakan jalan, bekalan air, bekalan elektrik, rumah, benar-benar membantu kehidupan rakyat yang dahulunya tercicir, terpinggir, tertinggal, hari ini alhamdulillah. Budi ini tidak akan dapat dilupai. Saya bagi pihak penduduk luar bandar, kawasan saya juga separuh luar bandar, budi dan jasa ini tidak akan kami lupakan dan insya-Allah dengan Kementerian Luar Bandar, Menterinya, kakitangannya yang bersungguh-sungguh untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat ini, mudah-mudahan akan sampai ke tahap yang lebih baik.
Cuma dalam masa yang singkat ini saya hendak memberi cadangan. Ini juga pernah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan orang-orang luar bandar menunggu-nunggu sangat soal lampu jalan luar bandar. Kebanyakan kita dalam jalan-jalan luar bandar masih gelap gelita. Jadi kalau boleh, selain daripada membesarkan jalan daripada 11 kaki jadi 14 kaki kerana hari ini penduduk luar bandar mempunyai ekonomi yang tinggi – kereta sudah bukan Kancil lagi, sudah kereta yang besar-besar. Hendak berselisih pun susah.
Kalau boleh dilebarkan daripada 11 kaki menjadi 14 kaki. Memang ia memerlukan peruntukan, saya faham dan memerlukan kepakaran kejuruteraan yang lebih lagilah hendak menambah tetapi ini soal lampu jalan. Selama ini kita diberi, bukan tidak diberi, diberi tetapi tidak mencukupi. Satu kampung 10 batang lampu, kampung sayalah, di kawasan saya, 10 batang lampu. Kampung ini tiga batu panjangnya. Jadi, ketua kampung meletak depan masjid, depan persimpangan, depan sekolah. Jadi yang lain itu akan gelap gelitalah. Jadi sampai masanya agaknya kita fokuskan dan kita berikan keutamaan dan cari peruntukan. Saya menyokong sangat kalau peruntukan itu diminta di Dewan ini supaya Kementerian Kewangan atau Perbendaharaan memberi lebih peruntukan. Jadi beri keutamaan supaya penduduk-penduduk luar bandar ini dapatlah diterangi oleh cahaya-cahaya kerana ini juga mengelakkan daripada kecurian, mengelakkan daripada rasa seram, mengelakkan rasa takut dan juga ini memberikan keselamatan anak dara kita keluar mencari makan, pergi ke kilang-kilang balik di tengah malam. Daripada segi keselamatan juga diperlukan, jadi tambahlah dan tambahan ini saya rasa kena tambah sepuluh kali ganda lagi. Kalau misalan peruntukan itu hanya RM300 juta, bagi sampai RM3 bilion supaya biarlah dan agaknya TNB juga agaknya memberikan kerjasama yang erat. Selama ini pun memberikan kerjasama yang erat. Bagaimana agaknya supaya teranglah kampung-kampung. Tidaklah di bandar-bandar sahaja yang terang benderang tetapi di luar bandar juga. Penduduk di luar bandar akan menikmati hidup yang lebih selesa dengan terangnya kampung-kampung dan jalan-jalan mereka. Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Ya, sila Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyebut di bawah 110200 – Peluasan Program Sedia Ada. Saya hendak bangkitkan isu PPMS di kawasan saya di Sungai Siput. Ini satu projek yang masih tergendala. Lima tahun dahulu, 100 keluarga yang miskin di kawasan Sungai Siput ditempatkan di tempat pedalaman dengan janji rumah percuma dan juga tanah untuk pertanian. Akan tetapi masalahnya sampai lima tahun, tanah untuk projek pertanian itu masih belum diuruskan walaupun pembalakan telah dilakukan, tetapi projek pertanian belum dilakukan dan mereka terpaksa jalan balik ke kampung asal mereka untuk kerja. Ini satu projek yang baik, tetapi rakyat yang telah ambil bahagian dimiskinkan lagi bukan dibantu. So saya mahu tanya kepada kementerian, mengapa selama macam ini projek ini masih belum dilaksanakan dan bila ia akan dilaksanakan? Juga saya ada jumpa dengan peserta dalam projek ini, mereka tidak begitu mahu pihak ketiga ambil alih projek. Jika boleh mereka hendak uruskan projek mereka sendiri kerana mereka takut jika tengok di projek-projek lain macam di Perlop 1 di mana pihak ketiga macam RISDA mengambil alih projek untuk buat penanaman semula, tetapi peserta asal tidak dapat banyak dan kadang- kadang projek tergendala. So mereka harapkan mereka boleh teruskan projek sendiri dengan bantuan dengan kementerian. So inilah permohonan mereka di PPMS. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ambil bahagian untuk Maksud B.22 ini. Pertama, berkenaan dengan program modal insan masyarakat luar bandar. Saya dapati bahawa kumpulan yang memainkan peranan penting untuk meningkatkan modal insan ini ialah pengurusan KEMAS. Oleh yang demikian, kita dapati bahawa sama ada daripada segi tenaga pengajarnya, pihak KEMAS sendiri harus meningkatkan kualiti tenaga pengajar KEMAS dengan menyediakan program-program untuk mendapat kelulusan dan kemahiran. Keduanya, premis tempat anak-anak kita untuk belajar sama ada daripada segi sepenuh masa iaitu tadika ataupun kursus-kursus latihan untuk kemahiran. Saya dapati bahawa pusat pendidikan KEMAS ini kadang-kadang bersaing dengan program di bawah Kementerian Pelajaran iaitu program pra sekolahnya. Oleh yang demikian, kita minta supaya ada kesefahaman di antara sukatan pelajaran ataupun syllabus yang diajar di tadika KEMAS bersama dengan di pra pendidikan tersebut. Keduanya, saya minta juga supaya kebajikan guru-guru KEMAS ini dipertingkatkan supaya mereka boleh menjadi penjawat awam yang tetap dan berpencen dan bukanlah dengan taraf sementara ataupun secara kontrak. Tuan Pengerusi, kebajikan mereka ini harus diberi perhatian kerana mereka merupakan kumpulan yang banyak memainkan peranan untuk meningkatkan modal insan dan meningkatkan kemajuan sesebuah tempat. Kedua, saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan penyelenggaraan operasi Jabatan Kemajuan Orang Asli. Saya ingin bercakap khusus berkenaan dengan di kawasan saya iaitu penempatan Orang Asli di Sungai Berua. Saya dapati bahawa perkampungan ini boleh menjadi perkampungan yang tersusun sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh untuk menjadikan ianya tempat penempatan yang menarik. Pihak kerajaan negeri telah menyediakan tempat ataupun kawasan yang cukup baik dan saya dapati bahawa masalah yang dihadapi oleh perkampungan ini ataupun penempatan ini ialah kerana kekurangan bekalan air. Oleh yang demikian, kita minta supaya pihak kementerian menyediakan bekalan air yang secukupnya kepada penduduk-penduduk Orang Asli ini supaya mereka ini dapat memberi perhatian, tidak mengambil ataupun menggunakan air dari bukit yang mengganggu kesihatan mereka. Keduanya, masalah yang penting yang dihadapi oleh perkampungan ini ialah berkenaan dengan menjaga kebersihan. Kita dapati bahawa kalau ada program-program gotong-royong yang dilakukan oleh penduduk setempat, penglibatan Orang Asli ini agak berkurangan dan ini menyebabkan kebersihan kawasan mereka tidak terjaga. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian menyediakan satu peruntukan supaya kerja- kerja pengangkutan sisa pepejal dan kebersihan kampung ini diuruskan dengan baik termasuklah penyediaan longkang-longkang supaya kesihatan mereka ini akan lebih terjamin. Oleh yang demikian, sekiranya perkara-perkara ini dilakukan, insya-Allah taraf hidup dan kehidupan mereka akan menjadi lebih baik. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Putatan, lepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut berbahas bagi Maksud B.22 – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan seterusnya menyokong peruntukan yang diperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi membiayai program modal insan masyarakat luar bandar walaupun ianya sedikit. Kalau boleh Tuan Pengerusi, tambahlah mana yang boleh nanti sebab KEMAS di kampung saya Tuan Pengerusi, semua peruntukan Parlimen yang saya keluarkan dan menumpang di garaj saya. Jadi itu memanglah baru diwujudkan dan perlu perbelanjaan dan balik-balik jumpa dengan Ahli Parlimen minta kipaslah, minta itulah, minta ini. Jadi, bolehkah Menteri tambahlah sikit. Perbaikilah lantai-lantai ataupun peruntukan yang secukupnya supaya anak-anak itu, pelatih-pelatih itu selesa. Saya setuju dengan sahabat saya dari Hulu Terengganu. Pelatih-pelatih KEMAS ini harus dipertingkatkan dan tempat dia mengajar budak-budak kecil ini, dia mesti selesa.
Itu saya minta perhatian sendiri, personal attention kepada Yang Berhormat Menteri sendiri sebab kalau tidak dia balik lagi kepada Ahli Parlimen, minta lagi duit. So, saya minta tolonglah. Ini serius Yang Berhormat Menteri. Itu satu. Kalau saya membaca jawapan soalan saya ke-78 pagi tadi, walaupun ia tidak terjawab tetapi ada jawapan secara bertulis. Ekuiti bumiputera setakat ini pada penghujung tahun 2010 adalah 23.09%. Tahniah kerana naik kepada 1.9%. KPLB ini kementerian yang paling mustahak bagi meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk dari luar bandar terutama sekali kawasan Selangau, negeri Sabah, Serian, Mambong, Putatan, Santubong. Yang Berhormat Menteri, ini bukan main-main Yang Berhormat Menteri. Kawasan Pensiangan. Kita hanya tinggal lapan tahun sahaja menjelang tahun 2020, di mana negara kita menjadi negara yang berpendapatan tinggi dan negara yang maju. Apa jaminan pihak kementerian supaya 30% ini dapat dicapai? Yang Berhormat Hulu Terengganu setuju? Ini amat penting terutama sekali bumiputera di Sabah dan Sarawak. Saya mahu tanya pihak kementerian, berapakah bumiputera-bumiputera yang bukan Melayu? Berapa peratus ekuitinya dalam rekod kita? Minta jawapan dan berapa peratuskah keseluruhan bumiputera di Sabah dalam kandungan ekuiti 23.09% ini? Saya rasa bagi Sabah dan Sarawak ini kurang pasti kalau sampai 5%. Saya tidak tahu. Itulah saya minta jawapan dari pihak kementerian sebab ini amat penting sekali. Kita akan berjumpa dengan pengundi-pengundi kita pada pilihan raya ke-13 tidak lama lagi dan ini menjadi persoalan di mana-mana majlis pun. Ini telah pun telah dieksploitasi oleh pihak di sana. Yang Berhormat Sibu pun selalu mengeksploitasi dan juga Yang Berhormat Shah Alam apabila dia orang melawat ke Sabah. Ini dia putar belitkan. Jadi, saya minta pihak kementerian menjawab apa yang saya ketengahkan tadi. Itu sahaja Tuan Pengerusi, yang saya hendak dua perkara sahaja.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Satu, dua, tiga, empat – empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan untuk penambahan bajet di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini. Yang Berhormat Sri Gading menyentuh hal atau memohon supaya ditambah jumlah lampu di kampung-kampung. Sebenarnya Kabinet sudah meluluskan supaya dasar yang membekal hanya sepuluh buah lampu di setiap kampung ditambah. Saya lupa jumlah sebenarnya tetapi itulah, memang telah diluluskan. Saya percaya mulai dari tahun hadapan jumlah lampu di tempat-tempat yang kita luluskan akan ditambah. Cuma kalau tidak silap saya, masih ada ataupun banyak kampung yang memang belum lagi dibekalkan dengan lampu dan mudah-mudahan jangan yang belum dibekalkan ini dilupakan nanti. Jadi, kalau agak lambat kita membekalkan atau pun menambahkan lampu di kawasan yang telah ada lampu tolong faham kerana kita perlu membekalkan lampu kepada tempat yang belum dibekalkan. Yang Berhormat Sungai Siput menyentuh perkara yang agak spesifik di kawasan beliau sendiri.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang tadi dikatakan oleh Yang Berhormat mengenai lampu jalan kampung dan saya hendak mengucapkan terima kasih banyaklah mengenai keputusan untuk menambah jumlah lampu jalan kampung di kampung-kampung ini. Akan tetapi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat, adakah dasar ini terpakai untuk kampung induk sahaja ataupun termasuk kampung-kampung rangkaian sebab kalau kita berada di luar bandar kebanyakan kampung-kampung ini mempunyai kampung induk, kampung rangkaian. Kampung rangkaian pun bukannya pendek. Jadinya, saya hendak minta kepastian dan juga keputusan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih
Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, ini termasuk apa sahaja yang dinamakan kampung, ia ada namanya sendiri. Memang boleh kita bekalkan dengan lampu ini. Untuk menjawab soalan ataupun komen dari Yang Berhormat Sungai Siput supaya disalurkan bekalan air yang secukupnya di perkampungan Orang Asli di Sungai – di mana ini? Sungai mana Yang Berhormat Sungai Siput? Sungai Berua? [Disampuk] PPMS? Bukan, ini untuk Yang Berhormat Hulu Terengganu. Soalan itu agak spesifik tadi. Saya akan tengok dahulu apa yang betul-betul berlaku di kawasan pertanian yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Saya janji dalam dua atau tiga minggu ini, saya akan pergi ke sana dan menyiasat sendiri kenapa projek tersebut belum dapat dilaksanakan. Yang Berhormat Hulu Terengganu menyentuh tentang bekalan air untuk Orang Asli tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, ini berita baik, peruntukan untuk bekalan air tersebut sebanyak RM2 juta memang telah diluluskan dan kita harap bekalan air ini dapat dinikmati oleh Orang Asli secepat mungkin. Yang Berhormat juga memohon supaya menyediakan peruntukan menaik taraf kebersihan di perkampungan Orang Asli di Sungai Berua. Pihak kementerian mengambil perhatian ke atas isu-isu ini dan tentang apakah strategi kita sama ada mengambil sisa pejal yang dimaksudkan, nanti kita akan lihat apa strategi yang perlu untuk menambah kebersihan di kawasan tersebut. Berkenaan dengan kebajikan pegawai KEMAS. Pertamanya, kontrak ataupun tetap. Kemudahan-kemudahan yang diberi kepada pegawai-pegawai KEMAS sebenarnya hampir 100% sama dengan apa yang diberi kepada pegawai-pegawai tetap walaupun memanglah sebahagian besar ataupun hampir majoriti pegawai-pegawai kemas ini diiktiraf sebagai pegawai kontrak. Akan tetapi saya difahamkan dari segi berapa lama ataupun adakah mereka akan dikekalkan sebagai pegawai KEMAS, bekerja dengan KEMAS dan sebagainya. Selagi Barisan Nasional masih memerintah kita akan tunaikan janji yang pegawai KEMAS ini akan tetap diambil sebagai pegawai KEMAS. Cuma satu sahaja perbezaan dengan pegawai-pegawai kontrak.
Tuan Pengerusi, Sibuti.
Okey.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Apabila kita mengatakan pegawai KEMAS ini, kebanyakan pegawai KEMAS adalah guru tadika. Apabila mereka menjadi guru, adakah mereka diberikan latihan-latihan yang tertentu dan juga sejauh manakah peruntukan yang diberi kepada mereka untuk mereka membuka kelas-kelas tadika ini di rumah panjang dan di kampung- kampung? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi, pegawai-pegawai KEMAS ataupun guru-guru tabika KEMAS yang baru ini diberi latihan selama tiga bulan di Semenanjung. Dari Sarawak, kita bawa ke Semenanjung sini. Dari segi peruntukan, memang kita tahu kita ada kesuntukan ataupun kekangan sekarang sebab di bawah NKRA ini, kita diperlukan membuka kalau tidak silap saya sampai 1,000 tabika di seluruh negara ataupun lebih kurang jumlah itu. Oleh yang demikian, memang ada tempat yang kurang sesuai tetapi perlu juga kita buka asal sahaja mereka dapat mengikut garis panduan dari segi berapa ramainya murid yang dapat diambil untuk menuntut di tempat yang sedemikian dan tertakluk kepada kita dapat mencari guru yang sesuai di kawasan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, saya hendak ingat kembali tentang pegawai KEMAS tadi. Tadi Yang Berhormat Menteri menjawab selagi Kerajaan Barisan Nasional berkuasa, kita tidak akan aniayakan pegawai KEMAS ini. Akan tetapi yang kita harapkan pegawai KEMAS ini sudah cukup berjasa. Banyak memberi sumbangan dan perkhidmatan, mendidik dan memajukan masyarakat. Apa salahnya kalau mereka ini dikekalkan, tidak kiralah siapa yang berkuasa, mereka tetap sebagai pegawai kerajaan supaya mereka merasakan mereka terjamin dan bila mereka berhenti pun mereka akan mendapat pencen sebagaimana pegawai-pegawai yang lain. Macam mana komen Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Cuma itu sahaja perbezaan besar dia. Mereka yang menjadi pegawai kontrak ini dia tidak ada pencen. Akan tetapi mereka ada EPF yang lebih kurang sama jugalah dengan pencen ini. Cuma dia mesti pandai menjaga kebajikan kewangannya sendiri selepas bersara nanti. Akan tetapi seperti kita memang selalu tekankan, dari segi jaminan sama ada mereka akan tetap bekerja dengan kerajaan, selagi kita masih memerintah, orang pegawai-pegawai KEMAS tidak perlu risau. Memang mereka akan tetap menjadi pegawai-pegawai KEMAS di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Menyentuh kekurangan dari segi kemudahan tempat berkhidmat dan juga kemudahan-kemudahan tempat mereka mengajar. Itulah disebabkan secara agak mendadak kita diberi arahan supaya membuka banyak tempat di kawasan di seluruh Malaysia terutama sekali di Sabah dan di Sarawak. Itulah sebabnya kadang-kadang kita menggunakan ruang apa yang dipanggil ‘ruai’, common hall di Rumah Panjang dibuka menjadi kelas apabila dipersetujui oleh penduduk di rumah panjang itu. Akan tetapi kalau kita menunggu sehingga ada bajet ataupun peruntukan untuk menyediakan kemudahan yang selesa, saya ingat orang-orang yang di kawasan terpencil nanti akan tertinggal dari segi pendidikan anak-anak mereka. Jadi ini lebih baiklah dari mereka tertinggal, biarlah guru-guru ataupun pegawai-pegawai kita berkhidmat dengan keadaan yang kurang selesa. Kementerian KKLW akan berusaha di sesi bajet yang akan datang untuk membentangkan permohonan yang mencukupi. Ini buat masa ini kita memang bekerja kuat jugalah dan ada saya difahamkan masih ada peruntukan yang sedang dalam pertimbangan untuk disalurkan kepada hampir setiap tabika KEMAS yang baru di luar bandar. Komen tentang tabika KEMAS, misalnya kadangkala seolah-olah bersaing dengan jabatan pendidikan. KEMAS cuma menubuhkan tabika di kawasan luar bandar sahaja. Jabatan pendidikan kadang kala di kawasan yang terpencil di luar bandar, ia tidak ada tabika. Di mana ada tabika yang telah ditubuhkan di bawah jabatan pendidikan, kita tidak menubuhkan tabika KEMAS di sana. Kalau ada pun, barangkali untuk sementara waktu semasa kita menyelaraskan penubuhan tersebut di antara jabatan pendidikan dan kementerian KKLW ini. Yang Berhormat Putatan, lebih kurang menimbulkan isu yang sama tentang kebajikan KEMAS dan KEMAS memerlukan peruntukan yang lebih banyak. Terima kasih. Akan tetapi tentang ekuiti bumiputera saya rasa jabatan ataupun agensi ataupun kementerian yang lebih sesuai menjawab soalan ini adalah EPU ataupun Jabatan Perdana Menteri ataupun MOF, Kementerian Kewangan. Akan tetapi bagi kementerian kita, kita telah membuat persediaan ataupun perancangan iaitu supaya apabila negara kita sampai ke status negara berpendapatan tinggi, pendapatan orang luar bandar di target tidak kurang daripada 80% dari pendapatan orang di bandar. Ini maknanya, kalau 4,000 di bandar, kita punya target di luar bandar ialah 3,200. Saya sendiri Yang Berhormat, memang telah menyoal pegawai-pegawai saya, adakah kita ada perancangan terperinci dan mengira dari mana sumbernya supaya tercapai target 80% penempatan ini berbanding dengan penempatan orang di bandar. Saya lihat, saya yakin ini dapat dicapai.
Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan kerana untuk mempertingkatkan pendapatan penduduk-penduduk daripada luar bandar adalah tugas kementerian pembangunan luar bandar. Banyak agensi di bawah kementerian ini kalau saya mahu sebut satu per satu, saya fikir yang paling terbanyaklah jika dibandingkan dengan kementerian-kementerian yang lain. Jadi, itulah persoalan saya. Apa yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian ini yang boleh mendedahkan bahawa betul-betul kementerian ini telah pun sukses dalam satu landasan ke arah negara maju yang rakyat kita di luar bandar pun berpendapatan tinggi walaupun Yang Berhormat Menteri cakap itu amat cetek sekali. Jadi, kalau saya sebut satu per satu ini banyak Yang Berhormat Menteri. Boleh minta sedikit penjelasan?
Yang Berhormat, kita ada program yang terperinci untuk agensi RISDA, FELCRA. Kita tubuhkan satu syarikat Sinergy Perdana. Ada IPO yang baru ini di bawah FELDA. Semua ini adalah satu daripada banyak langkah atau perancangan kita untuk mencapai kawasan luar bandar menjadi kawasan juga yang kawasan berpendapatan tinggi. Akan tetapi dari segi ekuiti ini, ini yang saya maksudkan. Kita tidak boleh tetapkan dari kementerian ini berapa banyaknya dapat ekuiti ini diambil oleh penduduk-penduduk luar bandar. Kita cuma dapat meningkatkan pendapatan mereka dan target kita ialah 80% daripada pendapatan orang di bandar. Itu sahaja.
Sama ada mereka penduduk luar bandar nanti pandai atau tidak mengurus kewangan mereka, itu kemungkinanlah memerlukan program-program yang lain. Saya rasa yang betul-betul patut memberi satu perancangan ialah MOF ataupun EPU. Kita bantu dia dapat duit, program yang detail biarlah macam ASB, ini dari MOF dan sebagainya. Dari EPUkah, they must have a spesific program supaya orang-orang bumiputera ini pandai melabur, kalau Kementerian Luar Bandar ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Akan tetapi saya percaya, kalau betul-betul nanti nampak orang luar bandar ini kaya, I think they will reach there. They know how to handle their own money. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM6,000,000 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM6,000,000 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala Bekalan B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas. Jadi ini juga Yang Berhormat saya hendak refer Yang Berhormat kepada agenda yang sebenar. Sebanyak RM110,000,000 untuk menampung peruntukan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu tuntutan tanah Hak Ikut Adat Anak Negeri di Sabah, satu. Kedua RM6,000,000 lebih untuk menampung peruntukan penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2012 Yeosu Republik Korea. Jadi dua perkara sahaja Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Putatan.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Petaling Jaya ini tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan anak negeri. Ini Sabah punya isu. Saya ingin bagi Maksud B.23 Tuan Pengerusi. Saya ingin berterima kasih jugalah kepada Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini atas perjuangan Tan Sri Menteri juga dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, peruntukan sedemikian sudah lama ditunggu oleh penduduk-penduduk luar bandar negeri Sabah kerana masalah NCR.
Yang Berhormat Putatan tidak tanya kenapa dalam undang-undang dia kata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekeliling tetapi kenapa dalam kementerian ini alam sekitar. Hendak tanya juga itu.
Itu saya serahkan kepada Menteri menjawab Tuan Pengerusi sebab saya tiada hak untuk menjawab itu sebab Menteri yang boleh jawab. Saya boleh menjawab mungkin saya punya interpretasi itu agak berlainan sedikit. Jadi ini soal tanah anak negeri di Sabah. Terima kasihlah kepada Kerajaan Persekutuan, terima kasih kepada Menteri dan terima kasih kepada kementerian. Ini bagi pihak anak-anak negeri di Sabah kerana sampai masanya tanah-tanah NCR ini dapat diukur, dapat disukat. Ini mungkin sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah-masalah tanah-tanah NCR ataupun anak-anak negeri ini di Sabah. Saya ingin juga kalau boleh penyukatan tanah NCR di Sarawak pun harus diberi peruntukan seperti ini supaya dia berseimbang. Jadi ini saya menyokonglah penuh dan kalau boleh saya rasa kalau dalam RM10 juta itu tidak mencukupi Tan Sri Menteri. Ini kerana kalau kita kira penyukatan keluasan NCR tanah anak negeri Sabah itu amat rumit sekali kerana ini tidak mengikut sempadan yang seperti mana yang kita tentukan. Akan tetapi ini mengikut customer right ataupun hak asasi tanah itu. Tanah-tanah ini adalah jauh sekali di luar bandar ini memerlukan logistik yang begitu harganya begitu tinggi. Ini mungkin tidak dapat menyelesaikan hanya setakat RM10 juta kerana di pulau-pulau pun ada juga hak asasi, di Pulau Bangi juga ada hak asasi, di kawasan pedalaman dan kawasan-kawasan yang ada dispute dengan izin.
Ini kalau setakat menyukat ataupun mengukur komuniti title ini saya rasa itu amat senang sekali. Akan tetapi yang penting ialah pembahagian dalam komuniti title itu juga patut dilaksanakan. Ini memerlukan bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah termasuk tanah- tanah di Kota Belud yang Ahli Parlimen Kota Belud telah menyuarakan hak asasi di Kedamaian. Saya harap dia Yang Berhormat Kota Belud menyokong saya ini sebab banyak juga tanah-tanah NCR di Kedamaian yang perlu disukat melalui customer rights ini.
Boleh mencelah Yang Berhormat?
Saya sudah bantu, tidak perlulah mencelah.
Tidak, saya mencelah sedikit.
Saya sudah tolong engkau. Okey.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya Yang Berhormat salah tadi. Apabila Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan berdiri dan Yang Berhormat mengatakan bahawa Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan ataupun pihak pembangkang ataupun wakil rakyat daripada Semenanjung tiada kena- mengena dengan isu tanah adat negeri Sabah ini. Sebenarnya Yang Berhormat silap, dia orang pun ada kepentingan tetapi untuk menyelewengkan pandangan rakyat. Kalau diikut jadual ceramah mereka di negeri Sabah termasuk di kawasan saya hampir setiap kali, hampir semua di situ, yang semua Ahli-ahli Parlimen yang datangnya daripada Semenanjung ini, datang ke negeri Sabah inilah tajuk yang paling penting yang ada kepentingan kepada mereka tetapi kepentingan politik atas isu tanah adat. Walaupun tanah adat ini very complex semuanya kita tahu kompleks dan semua orang mahu menyelesaikan masalah. Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat salah, pembangkang juga ada kepentingan tetapi untuk menghuru- harakan keadaan. Itu Yang Berhormat.
Saya kalau Yang Berhormat Kota Belud menyatakan demikian saya setujulah. Saya setuju Yang Berhormat Petaling Jaya tidak tahu menahu mengenai customer rights di negeri Sabah. Apa yang dia tahu dia pergi sana kacau, menyeleweng, membohong, tidak tahu pun apa dia itu tanah adat. Kalau dia bilang kalau kita katakan ini show gate mana dia tahu mengenai show gate. Betul Tuan Pengerusi? Dia show gate tidak tahu apa dia tahu dia pergi sana. Hanya pergi setakat untuk berpolitik sahaja. Minta maaflah Yang Berhormat Pokok Sena, show gate pun Yang Berhormat Pokok Sena tidak tahu. Apa Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena tahu itu anak bukit boleh, itu sahaja dia tahu. Jadi di Sabah ini jangan cuba-cuba. Orang Sabah bukan macam dahulu. Orang Sabah ini Yang Berhormat Petaling Jaya jangan main-main. Kami sudah tahu hasrat kamu sana hanya minta undi, minta bingung itu orang. Tahu apa bingung? Jadi di Sabah ini jangan kejar, Kerajaan Pusat sudah pun membantu dengan peruntukan yang begitu banyak. Saya rasa Pakatan Rakyat tidak ada kemampuan macam seperti Kerajaan Barisan Nasional. Jadi itulah Menteri terima kasih kalau saya lanjutkan perkara ini, saya mintalah kalau boleh pada tahun depan kita masih memerintah beri lagi lebih peruntukan supaya masalah NCR ini selesai once and for all termasuk orang-orang Penan di negeri Sarawak, NCR-NCR di negeri Sarawak itu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sahaja perkataan saya.
Ya Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bukan hendak bahas tentang tanah hak ikut adat anak negeri Sabah. Akan tetapi semasa kita pergi ke negeri Sabah, banyak penduduk rakyat datang kompelin tentang masalah yang mereka hadapi. Bukan kita sengaja hendak cuba untuk highlight isu ini. Oleh kerana Ahli Parlimen Sabah, wakil rakyat Sabah tidak boleh selesai masalah ini mereka terpaksa jumpa kita untuk meluahkan masalah ini. Sebagai Ahli Parlimen walaupun di Semenanjung saya rasa kita tidak ada had batasan kita pun boleh datang. Kalau betul masalah ini wujud
kita boleh highlight di Parlimen tidak ada masalah. Walaupun Barisan Nasional telah memerintah Sabah sejak lama lagi dari dahulu lagi tetapi masalah tanah sampai sekarang tidak selesai. Kalau sudah selesai tidak wujud item ini bagi RM10 juta untuk menampung peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Terbukti ada masalah besar.
Saya hanya hendak sentuh isu Yeosu Expo di Korea. Saya hendak mendapat sedikit maklumat, adakah ini merupakan ekspo tahunan? Mengapa peruntukan ini tidak dimasukkan pada tahun lepas di mana mengapa kita hendak belanja sehingga lebih dari RM6 juta untuk menyertai ekspo Yeosu di Korea ini. Apakah kelebihan ekspo ini hendak guna RM6 juta. Apakah hasil yang diperoleh daripada ekspo ini? Saya dapat juga sedikit maklumat, ekspo ini main sponsornya AirAsia, co-sponsor Permodalan Nasional Berhad dan juga Sime Darby. Dengan ada sponsor-sponsor ini, mengapa kita perlu lagi membazir RM6 juta untuk menyertai setiap tahun. Saya rasa ini ekspo tahunan, kalau tahunan mengapa kita tidak letak dalam original bajet. Itu sahaja, sekian.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Belud, selepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tentang berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta, saya ingin juga mengalu- alukan keputusan kementerian untuk membelanjakan jumlah ini untuk menampung peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Saya tidak mempunyai data secara spesifik tentang bagaimana perbelanjaan ini dibuat dan untuk apa. Saya minta sedikit penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada mengukur tanah seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan tadi, bagaimanakah RM10 juta ini akan dibelanjakan, dalam bentuk apa dan dalam aspek apa. Sebenarnya isu tadi kita dengar Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan mengatakan kenapa sejak merdeka isu tanah di negeri Sabah ini tidak selesai-selesai. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelesaikan isu yang begitu dekat di hati rakyat berkenaan dengan isu tanah. Saya kira itu adalah satu pandangan yang terlampau simplistic, Yang Berhormat. Soal tanah ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi masih ada tanah, tanah kerajaan, ada yang menuntut dan sebagainya. Sebagai warganegara rakyat negeri Sabah, mereka berhak untuk meminta dan menuntut tanah-tanah yang mereka rasakan perlu dituntut atau diminta atau dimohon. Kalau itulah pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan pandangan pembangkang, saya kira di Kelantan sudah selesai masalah tanah. Di Pulau Pinang, masalah tanah selesai atau tidak? Di Kedah, apakah sudah selesai setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri atau di Selangor? Kita masih mendengar cerita-cerita, isu-isu yang dibawa oleh rakyat di kawasan tersebut, di negeri- negeri yang dipegang oleh kerajaan pembangkang, isu tanah. Di Kelantan kronik isu itu, dua puluh lebih tahun Kerajaan Kelantan itu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Jadi saya kira kalau tuduhan itu dibuat seolah-olah ini saya beritahu Tuan Pengerusi adalah satu isu yang saya tahu kenapa mereka selalu gunakan isu ini kerana isu tanah ini adalah isu yang sensitif yang ada kaitan dengan adat, ada kaitan dengan kaum, ada juga kaitan dengan agama sedikit, ada juga kaitan dengan tuntutan, maruah keluarga dan maruah bangsa. Maka kita dengar, setiap kali mereka turun isu ini dibangkitkan berkali-kali. Ini saya katakan adalah merupakan taktik pembangkang yang tidak bertanggungjawab, tidak gentlemen kerana mereka juga tahu isu tanah ini tidak akan selesai, ianya akan berterusan dan semua kerajaan mahu menyelesaikan termasuk juga Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang mereka tadbir. Saya beri kepada Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi sudah buat ruling tadi, selepas ini Menteri menjawab. Saya sebenarnya terpanggil untuk membahaskan juga tetapi saya melihat bahawa isu tanah di negeri Sabah sebenarnya telah pun mendapat langkah yang diambil oleh pihak kerajaan kita terutama daripada pihak
kerajaan negeri. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mewujudkan satu geran komunal, ini satu langkah yang saya lihat pada hari ini untuk bukan sahaja menguatkuasakan tetapi pada pandangan saya boleh memperkukuhkan adat istiadat. Seperti mana di kawasan saya, memang terdapat tuntutan-tuntutan kepada hak tanah- tanah adat dan terima kasih jugalah bila perbekalan tambahan ini Tuan Pengerusi, memperuntukkan RM10 juta. Saya sama dengan Yang Berhormat Kota Belud, juga untuk mendapat penjelasan bagaimana peruntukan ini, adakah peruntukan ini boleh membantu untuk menangani isu-isu tanah. Saya percaya di kawasan Timbalan Menteri kita pun mempunyai masalah di Pensiangan, di Kota Belud pun sama. Hari ini di tempat saya sebagai satu kes tuntutan kepada hak tanah adat di negeri Sabah. Di tempat saya, ada sekumpulan yang menuntut hak kawasan Imahit dan begitu juga hari ini beberapa kumpulan telah menuntut hak-hak tanah. Saya harap menerusi komitmen daripada Kerajaan Persekutuan, kita harap isu ini dapat ditangani yang saya kira hari ini langkah seterusnya selain perwujudan geran komunal, melalui geran komunal tadi akan digerakkan pembangunan tanah yang dikenali sebagai agropolitan yang saya lihat hari ini kalau di kawasan saya seluas 6,000 hektar. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kota Belud. Kita harap pihak kementerian benar-benar terutama daripada kerajaan kita, Kerajaan Persekutuan benar-benar membantu terutama bagi kita di negeri Sabah untuk menangani masalah-masalah berkaitan dengan tanah, hak ikut adat negeri. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tenom.
Penjelasan, sama masalah tanah.
Ya, sila Yang Berhormat Kota Bharu. Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud, terima kasih Tuan Pengerusi. Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008. Jadi tuduhan mengatakan bahawa Kelantan di bawah Pakatan Rakyat lebih daripada dua puluh tahun tidak betul. Yang Berhormat Kota Belud kena semak semula fakta. Malahan semasa ditubuhkan di Kelantan pada tahun 1990 selepas Pilihan Raya Umum 21 Oktober 1990, Yang Berhormat Mulia Ahli Parlimen Gua Musang masih bersama sehinggalah satu penggal pilihan raya dan selepas pilihan raya 1995. Keduanya, Kelantan tidak ada masalah tanah. Apa yang timbul menjelang Pilihan Raya Umum 2004 hanyalah berkisar di sekitar kerajaan cuba untuk menaikkan premium bayaran tanah dengan memberikan tanah-tanah, memberikan milik kepada syarikat-syarikat besar di bawah konsep ladang komersial. Apabila kesilapan itu disedari, Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar, selepas Pilihan Raya Umum 2004 mengeluarkan suatu kenyataan yang disiarkan secara muka depan di surat khabar mohon maaf kepada rakyat Kelantan mengenai dengan permasalahan yang berlaku. Selepas daripada itu, kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan hak milik kepada mana-mana syarikat di Kelantan. Apa yang dikeluarkan hak milik sekarang ini di atas tanah- tanah kerajaan yang masih ada hanyalah kepada Perbadanan Ladang Rakyat yang ditubuhkan melalui suatu enakmen di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 2006. Jadi sekarang ini sudah tidak ada, yang adanya hanyalah apa yang dibangkitkan oleh UMNO kononnya untuk membuat isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Mohon Yang Berhormat Kota Belud semak semula fakta itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Tenom, saya setuju isu di Sabah ini kompleks tetapi cuma untuk digeneralizekan secara am oleh pihak pembangkang yang bertubi-tubi datang di negeri kita, dipolitikkan. Saya akan masuk ke sana sekejap lagi. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Bharu, saya minta maaflah kalau Pakatan Rakyat, betullah juga Pakatan Rakyat wujud hanya pada 2008, bermakna yang saya maksudkan yang gagal untuk menyelesaikan itu ialah parti Yang Berhormat, parti PAS. Jadi saya ubah daripada Pakatan Rakyat kepada parti PAS.
Jadi dia tidak mahu menyalahkan yang lain. Saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Kota Bharu kerana mahu menerima kegagalan itu sebagai asas kepada partinya jadi parti PAS. Biarlah dalam rekod ini saya mengatakan bukan Pakatan Rakyat tetapi parti PAS. Soal tentang Yang Berhormat mengatakan tidak ada isu itu saya kira satu kenyataan yang cukup berani, yang cukup berani Yang Berhormat, yang mengatakan tidak ada isu tanah langsung di Kelantan. Itu saya kira cukup berani. Untuk makluman Yang Berhormat, saya pernah berinteraksi dengan beberapa aktivis-aktivis yang bukan UMNO, yang selalu menghentam UMNO pun di dalam twitter dan Facebook, yang menghentam UMNO confirm Bar Council, Datuk Ambiga dan macam- macam. Sampai pada satu ketika Datuk Ambiga mengatakan kepada saya di dalam satu forum bahawa beliau sanggup untuk mengadakan, membawa satu gelombang baru bantahan rakyat terhadap Kerajaan Kelantan. Jadi, kalaulah pada satu isu Ambiga itu dilihat sebagai seorang yang berautoriti terhadap isu-isu kemasyarakatan, kalau beliau bercakap begitu, saya kira Yang Berhormat kena check juga fakta Yang Berhormat itu sama ada Kelantan ini free daripada masalah tanah atau tidak. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tenom betul. Kita ada communal title, ini yang juga diperjuangkan oleh Tan Sri Timbalan Menteri. Communal title kita selesaikan. Kita bukan duduk diam-diam. kerajaan negeri Sabah proaktif, kita cari jalan. Communal title ini untuk mereka yang mungkin kurang pasti apa maksudnya communal title. Jangan anggap bahawa setiap orang yang berjumpa dengan pihak pembangkang itu mempunyai tuntutan yang berasas serta yang sah. Ini masalahnya. Apabila kita berjumpa dengan orang, dan orang mengatakan “Ini tanah saya”, kita kena siasat terutamanya tentang tuntutan tanah adat kerana ini adalah turun-temurun kadang-kadang tidak mempunyai geran. Hanya diucapkan daripada moyang kepada nenek, datuk kepada ibu bapa kita dan sebagainya. Sempadan pun kita tidak tahu. Kadang-kadang dikatakan daripada bukit sana sampai ke laut sini. Jadi, sungai itu sempadan. Kemudian, setelah 100 tahun sungai pun sudah mati, contoh. Jadi, sempadannya berubah. Jadi, apa yang saya katakan ialah kalaupun ada orang yang berjumpa dengan pembangkang seperti mana Petaling Jaya Selatan mengatakan tadi, jangan telan bulat- bulat. Di kawasan saya pun banyak. Ada juga broker tanah ini Yang Berhormat. Ada, yang broker tanah yang mana mereka mahu kalau contohnya kalau kerajaan mahu mengambil tanah itu untuk dibangunkan, dia akan instigate, dia akan instigate. Ini bukan unik kepada negeri Sabah. Saya percaya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah ini. Saya bersimpati kerana isu ini adalah universal dan bukan Kerajaan Negeri Sabah sahaja. Jadi, ada orang yang menuntut. Tidak semestinya betul. Kita perlu tengok dokumen, betulkah zaman British ada Kerajaan British berikan kepada mereka atau tidak? Kalau kita ikut tuntutan semua pihak ini, sudah tentu tidak ada lagi tanah kerajaan ataupun tanah yang bukan tanah adat. Semuanya diminta. Jadi, kita perlu berhati-hati. Oleh sebab itu, ada dalam isu-isu yang tertentu Tuan Pengerusi, kita buat communal title. What is a communal title dengan izin? Communal title ini adalah geran besar, 100 orang mempunyai geran yang sama, namanya disenaraikan. Jadi, sesiapa sahaja yang menuntut tanah ini, tanah adat mereka, boleh kita bagi communal title tetapi tidak boleh dijual. Kalaupun dijual, 100 nama itu mesti bersetuju bahagian itu dijual. Dengan ini kita dapat, kerajaan negeri Sabah dapat menyelesaikan isu diberi tanah kepada orang kampung dan orang kampung jual tanah tersebut. Maka, dengan itu anak-anak mereka juga mempunyai tanah, jadi dibahagi-bahagikan begitu. Jadi, kita selesaikan sedikit. Terima kasih.
Ya, baik Yang Berhormat.
Satu sahaja lagi Tuan Pengerusi ialah tentang ekspo. Saya bersama, ini saya setuju dengan Petaling Jaya Selatan. Kita hendak tahu apa dia kepentingan dan pulangan yang didapati daripada RM6 juta kerana saya sendiri kita tidak mendengar daripada surat khabar. Saya pun tidak tahu ini sudah dibuat atau tidak dan kalau pun ada, apa dia? Oleh kerana kita tidak dengar dan saya tidak pernah
terbaca pun, saya minta maaf Yang Berhormat Menteri. Tidak pernah terbaca pun tentang Expo 2012 di Yeosu, Republik Korea ini. Jadi, saya minta penerangan bagaimana wang RM6 juta ini dibelanjakan? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, saya ingin hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahas peruntukan tambahan di bawah B.23. Saya ingin terlebih dahulu menjawab pertanyaan termasuklah Yang Berhormat Tuan Pengerusi sebentar tadi berkaitan dengan mengapakah kementerian mengguna alam sekeliling dalam nama kementerian tetapi dalam Jadual disenaraikan sebagai alam sekitar? Untuk makluman, sebenarnya nama kementerian yang dinyatakan dalam Jadual adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah Menteri-Menteri Persekutuan 2008 atau dengan izin, The Ministerial Function Order 2008. Jadi, kita catat sejak daripada di situ. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Putatan sebentar tadi bertanya berkaitan dengan penyukatan tanah anak negeri atau NCER. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Putatan, sebenarnya kerajaan negeri telah memohon sejumlah RM25,703,600 untuk menangani tuntutan tanah hak adat negeri di Sabah. Seperti mana tersedia maklum dan ini juga diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan oleh Jemaah Menteri pada 1 Julai tahun 2011 dan pada 24 Ogos tahun 2011. Semasa kita bersidang dalam Parlimen yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan dan Parlimen ini telah meluluskan sejumlah RM5.7 juta untuk di belanja terlebih dahulu, untuk menemui sebahagian daripada RM25,703,600 itu. Pada kali ini, RM10 juta akan diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk meluluskan kerja-kerja untuk menyukat tanah hak adat negeri di Sabah. Ini bererti Ahli Yang Berhormat ialah Kerajaan Persekutuan apabila sejak kerajaan negeri mempunyai sedikit sebanyak masalah untuk mendapat kewangan untuk menyukat tanah communal title ini, maka Kerajaan Persekutuan sentiasa dengan izin come to the rescue to help the state government on this. Jadi dengan adanya peruntukan RM10 juta lagi ini, maka kita berharaplah sedikit sebanyak masalah yang kita hadapi untuk menyukat tanah adat anak negeri di Sabah ini akan dapat diatasi. Now, berkaitan dengan RM10 juta ini sebenarnya, RM10 juta ini akan diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Jadi, kita berasaskan daripada kelulusan Kerajaan Persekutuan yang saya sentuh sebentar tadi, iaitu berjumlah RM25,703,600 berasaskan daripada kelulusan itu, maka RM10 juta pada kali ini akan diberi kepada kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan.
Ini terserah kepada kerajaan negeri untuk menggunakan apa item yang akan mereka guna mengatasi masalah ini. Manakala bakinya pula iaitu sejumlah RM9,983,600 akan dipertimbangkan dalam bajet tahun 2013. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan menyentuh berkaitan dengan masalah yang juga kita hadapi berkaitan dengan penyukatan tanah communal title ini. Ini sebenarnya Ahli Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Selatan, okey...
Soalan saya ada juga berkaitan dengan tanah-tanah adat di negeri Sarawak. Adakah pihak kementerian bercadang untuk membantu Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelesaikan masalah tanah-tanah NCR di negeri Sarawak. Itu yang saya tadi yang belum dijawab.
Saya berpendapat Tuan Pengerusi ialah kita mempunyai isu di hadapan kita sekarang ini ialah berkaitan dengan peruntukan penyukatan tanah di negeri Sabah. Saya berpendapat biarlah Kerajaan Negeri Sarawak sendiri mengemukakan permohonan itu kepada Kerajaan Persekutuan bahawa sekiranya...
Sebenarnya Yang Berhormat ada tahun lepas kelulusan RM20 juta kalau tidak salah saya diberi kepada negeri Sarawak. Itu penyukatan tanah adat negeri Sarawak.
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sebentar tadi bertanya berkaitan dengan dan juga kalau saya tidak silap daripada Yang Berhormat Kota Belud meminta penjelasan berkaitan dengan peruntukan sejumlah RM6.028 juta diperlukan untuk Projek Yeosu. Untuk makluman kita, sebenarnya sejumlah perbelanjaan yang kita perlu itu untuk ekspo di Yeosu ialah RM17,028,000. Akan tetapi, kita mendapat sebanyak RM3.8 juta telah diperolehi daripada Kementerian Pelancongan dan sebanyak RM7.2 juta daripada Kementerian Kewangan. Bakinya yang kita bincang pada hari ini sebanyak RM6.028 juta dipohon untuk tujuan berikut; (i) menjelaskan pembayaran kemajuan kepada pihak kontraktor; (ii) membiayai perbelanjaan pentadbiran seperti utiliti, penyelenggaraan, promosi dan publisiti, penggajian pekerja- pekerja tempatan di Korea dan penyertaan petugas-petugas Pavilion ke mesyuarat dan program yang dianjurkan oleh penganjur ekspo; dan (iii) penyediaan kemudahan penginapan dan elaun, sara hidup, pengangkutan para petugas Pavilion. Itulah sebenarnya yang tujuan bagi kita untuk mendapat RM6 juta lebih itu. Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Selatan, kita mendapat banyak faedah daripada penyertaan kita ini iaitu; (i) untuk menarik pelancong ke negara kita terutama pelancong yang eco-conscious; (ii) untuk mempromosikan ekosistem marin negara yang unik dan terpelihara melalui Pavilion ini; dan (iii) Pavilion Malaysia merupakan platform untuk penyaluran maklumat kepada para pengunjung yang berminat untuk melancong ke Malaysia terutama di destinasi-destinasi di persisiran pantai seperti Taman Negara Pulau Tioman dan sebagainya; (iv) selain daripada itu penyertaan kita di ekspo ini merupakan peluang besar kepada negara kita untuk mengetengahkan kekayaan biodiversiti, budaya dan usaha negara dalam pemuliharaan dan pengurusan sumber asli negara kita; (v) penyertaan kita ini juga merupakan platform untuk mempromosikan research and development, teknologi dan the best practice yang diamalkan di Malaysia; (vi) memantapkan hubungan dua hala Malaysia dan Republik Korea dan menggalakkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang; dan (vii) mempertontonkan keunikan konsep 1Malaysia yang mana masyarakat Malaysia merupakan satu komposisi masyarakat majmuk dan kaya dengan tradisi dan budaya. Itulah selain daripada kita mendapat banyak faedah...
[Bangun]
Banyak faedah seperti mana saya huraikan sebentar tadi tentu sekali kita akan mendapat keuntungan kemudian dalam kita untuk menyertai ekspo ini.
Yang Berhormat Kota Belud sikit sini.
Sama...
Terima kasih Tan Sri. Yang Berhormat Kota Belud. Ini soalan saya kepada Yang Berhormat Batu tadi. Yang Berhormat Menteri objektif ekspo tadi itu bunyinya macam Kementerian Pelancongan. Semuanya yang disenaraikan itu adalah kebanyakannya objektif yang selalunya dikatakan di bawah Kementerian Pelancongan apabila mereka mengadakan ekspo. Soalan saya ialah apakah sekarang ini kementerian dibenarkan atau inikah kali pertama kementerian membuat ekspo sebegini dan kalau ini kali pertamanya, apakah kita akan mendapat fenomena kementerian secara bersendirian bukan lagi di bawah Kementerian Pelancongan yang selalunya mempromosikan Malaysia itu sudah menjadi dasar baru atau macam mana? When do you go alone or when do you allow Kementerian Pelancongan yang pergi? Terima kasih.
Soalan yang lebih kurang sama Tuan Pengerusi. Sama-sama. Soalan boleh jawab sekali. Pertama sekali ialah bila kerajaan terima jemputan untuk menyertai dan bila keputusan dibuat? Adakah baru sahaja dan sudah tentu pelantikan agen untuk menguruskan ekspo ini bila itu diputuskan? Kita dalam Parlimen ini ingin tahu kalau ini sesuatu yang sangat urgent, sesuatu yang akan mendatangkan faedah besar tetapi tidak dijangka itu kita boleh faham, tetapi kita ingin dapatkan tarikh bila ini dan bila agen-agen untuk vendor itu dilantik.
Terutamanya saya ingin menjawab terlebih dahulu soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud. Sebenarnya ini, penyertaan kita dalam ekspo pada kali ini bukanlah bererti bagi kementerian ini untuk mengambil alih daripada Kementerian Pelancongan. Akan tetapi pada kali ini Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa penyertaan kita di dalam ekspo ini akan dikendalikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan bekerja penuh, dengan bekerja rapat dengan Kementerian Pelancongan. Pada masa kita untuk melaksanakan ke semua ini, maka kita bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan dan agensi-agensi yang lain, yang kami fikir dapat menjayakan ekspo ini turut sama bagi kita untuk menyertai ekspo di Yeosu ini.
Minta penjelasan. Ekspo Yeosu. Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat membangkitkan bahawa Kabinet meminta kementerian ini untuk mengetuai ekspo ini di mana saya telah membuat sedikit carian maklumat. Apakah sebabnya bukannya Kementerian Pelancongan? Sebab tadi Yang Berhormat memberi jawapan bahawa Kementerian Pelancongan juga ada menyumbang kepada peruntukan untuk perbelanjaan penyertaan ekspo ini. Apakah sebab kerana Kementerian Pelancongan sebelum ini apabila menguruskan Shanghai World Expo pada tahun 2010 telah menimbulkan banyak masalah, sebab itu kementerian ini diminta untuk mengetuainya? Ini perkara pertama. Perkara kedua, saya hendak tahu kementerian ingin mempertunjukkan aspek apa dalam Malaysian Pavilion di dalam Ekspo Yeosu ini? Aspek apa yang dipertonjolkan? Perkara yang ketiga. Ekspo ini menekankan kepentingan penjagaan alam sekitar dan marine life dengan izin Tuan Pengerusi, tetapi isu baru-baru ini yang bangkit di mana orang ramai marah sangat ialah isu Lynas. Apakah ia ada menjejaskan... [Disampuk] Ya, apakah ia ada menyampaikan di mana kerajaan kita sebenarnya ada pada satu masa yang sama gagal untuk menangani kemarahan orang ramai di mana Kuantan kita ada pantai yang cantik. Pada masa yang sama kita hendak menunjukkan Malaysia ini memelihara alam sekitar, menjaga marine lifenya tetapi kita membenarkan industri Lynas ini untuk menjejaskan alam sekitar dan juga pantai-pantai kita.
[Dewan riuh]
Jadi, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Boleh saya – Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud? Sedikit lagi. Sementara Yang Berhormat mahu baca itu. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira ini peluang yang terbesar kepada Yang Berhormat untuk memberitahu satu dunia melalui ekspo ini bagaimana pembangkang ini cuba bohong tentang masalah Lynas. Saya kira ekspo ini yang ada kaitan dengan alam sekitar adalah platform yang terbaik kepada kerajaan untuk menunjukkan bahawa ada
orang-orang politik di Malaysia ini yang buta mata, buta hati, tidak tahu hendak baca tentang dokumen-dokumen yang ada kaitan dengan Lynas. Sengaja untuk menunjukkan...
Bagaimana menguruskan residu-residu Lynas?
Saya belum habis lagi. Jadi ekspo ini Tan Sri...
Waste management Lynas sehingga hari ini tidak ada jawapan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ekspo ini boleh digunakan oleh kerajaan menunjukkan betapa mereka ini cetek betul pemikiran. Ekspo ini, saya setuju dengan ini. Tambah lagi tahun depan kerana saya rasa RM6 juta itu tidak cukup. Beritahu kepada satu dunia bahawa kita mempunyai pandangan walaupun laporan yang dikeluarkan oleh agensi antarabangsa, scientist, nuclear physicist sama, kita hendak beritahu kepada orang luar bahawa kita amat kesal di Malaysia ini ada orang-orang yang mempolitikkan perkara-perkara yang pelik-pelik macam ini.
Terima kasih. Akan tetapi sebelum itu, Yang Berhormat Batu sebentar tadi bertanya berkaitan dengan siapakah kontraktor yang telah dilantik untuk melaksanakan projek yang kita adakan supaya kita dapat menyertai ekspo itu. Tuan Pengerusi, kontraktor itu ialah – projek melalui open tender dan kontraktor yang dilantik itu ialah Bangimas Sdn Bhd. Tuan Pengerusi, bagi menjawab Yang Berhormat Batu Gajah, sebenarnya tidak ada masalah yang timbul di antara kami dengan Kementerian Pelancongan seperti mana saya katakan awal-awal tadi bahawa kami bekerjasama, bekerja rapat. Sehinggalah hari ini dalam setiap hari pun kita menerima laporan daripada Yeosu berkaitan dengan perkembangan apa semua agensi-agensi kerajaan yang buat sekarang ini dan boleh dikatakan kita berjaya di dalam perkara ini. Dalam penyertaan kita di ekspo ini, kalau kita dengar tema yang kita guna, ia sesuai bagi kementerian ini untuk mengendalikan penganjuran ekspo di Yeosu ini. Tema yang kita guna ini ialah ‘The Living Ocean and Coast: Diversity of Resources and Sustainable Activities’. Ini ada hubung kait berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya percaya inilah asas-asas kenapa Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa adalah sesuai bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengendalikan pada kali ini. Masalah timbul berkaitan apa sebab, apakah masalah di antara kami dan kementerian lain ini, sama sekali tidak ada. So, sorry to say, tidak ada.
Itu Yang Berhormat Kota Belud, sebab saya tidak pertikaikan.
No.
Saya tidak pertikaikan. Saya hanya hendak tahu...
Yang Berhormat Batu Gajah sebentar tadi. Itu daripada Batu Gajah.
Soalan saya tidak dijawab. Bila kementerian terima – when do you receive the invitation? Supaya saya hendak justify kenapa ekspo ini biasanya dirancang lebih dari setahun. Kalau kita hendak tunjukkan kemampuan Malaysia ini, sudah tentu semua ini disediakan lebih daripada enam bulan. Kita hendak tahu kenapa dalam bajet tambahan dan bukan dalam perancangan bajet asal?
Terima kasihlah Ahli Yang Berhormat. Tempoh Ekspo Yeosu ini sebenarnya bermula daripada 12 Mei sehingga 12 Ogos. Ini sebenarnya tempoh dia bagi kita untuk menyertai ekspo ini iaitu daripada 12 Mei hingga 12 Ogos, dan sehingga sekarang ini kita amat berbangga oleh kerana lebih kurang 300 lebih orang yang telah visit, telah datang untuk melihat Pavilion Malaysia di Yeosu ini. Tuan Pengerusi, sebelum saya lupa, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sebentar tadi juga bertanya berkaitan dengan kenapa bajet ini tidak masuk sebagai acara tahunan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya Selatan, ekspo ini bukan
acara tahunan sebenarnya. Acara ini dianjurkan oleh International Exhibition Bureau. Sebagai contoh, world expo seperti Ekspo Shanghai 2010 dianjurkan setiap lima tahun. Sekali selama enam bulan dalam tempoh tersebut, mini world expo seperti Ekspo Yeosu turut dianjurkan yang berlangsung selama tiga bulan sahaja. Jadi apa yang saya katakan di sini ialah ini bukan acara tahunan. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga bertanya tentang berkaitan dengan kenapa perlu peruntukan walaupun ada sponsor daripada AirAsia. Ya, kami akui bahawa ada sponsor daripada AirAsia tetapi sumbangan dia itu bukanlah tentu masa dan hanya satu jawapannya ialah sumbangan itu tidak mencukupi. Jadi kalau kita datang untuk menyertai satu ekspo yang amat penting sekali tetapi kekurangan kewangan, apa makna dia sebenarnya? Yang Berhormat Kota Belud sebentar tadi, saya sudah jawab itu. Saya sudah jawab. Saya rasa, saya fikir itu sahaja. Jadi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Terima kasih Menteri, sudah banyak jawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,028,000 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM16,028,000 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi beri saya peluang untuk bincangkan Maksud B.24 yang memberikan sebanyak RM50 juta diperlukan untuk menampung keperluan Program Pembangunan Usahawan Automotif Bumiputera. Pertama yang saya telah difahamkan bahawa pihak kerajaan akan menghapuskan AP import kereta. Jika benar ianya berlaku, ianya akan menafikan hak bumiputera selaras dengan Perlembagaan Persekutuan fasal 153 di mana bumiputera diberikan hak keistimewaan. Jadi saya hendak tanya, apakah sebenarnya impaknya terhadap ekonomi bumiputera sekiranya perkara ini benar-benar berlaku? Keduanya, harga jualan kereta- kereta import di negara kita di bawah AP ini yang merangkumi sebenarnya duty excise, duty import dan juga cukai jualan adalah merupakan yang paling tertinggi sekali di rantau ini selain daripada Singapura. Jadi apabila AEC ataupun Asian Economic Community ini dikuatkuasakan nanti, maka kita tidak ada lagi unsur-unsur protectionism dan persaingan kita adalah amat sengit. Antaranya, kita akan dapat merasakan bahawa kutipan hasil kereta kita ataupun hasil untuk negara kita akan terjejas. Jadi soalan saya kepada Menteri, apakah sebenarnya langkah-langkah lain yang akan dijalankan oleh kerajaan bagi mengimbangi shortfall ini? Kedua, iaitu sebanyak RM10 juta untuk membiayai Projek Pembangunan Ekosistem Makanan Halal. Sebenarnya di dalam kawasan saya telah pun didirikan satu hab halal bagi menempatkan semua usahawan-usahawan yang mengeluarkan produk-produk halal. Negara kita Malaysia menjadi satu daripada destinasi di mana produk-produk halal dihasilkan untuk dipasarkan ke seluruh dunia-dunia Islam. Dalam masa yang sama logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi di negara- negara Islam. Maka soalan saya kepada kementerian, apakah sebenarnya langkah-langkah perlu yang dijalankan oleh pihak kementerian bagi memastikan supaya usahawan- usahawan yang mengeluarkan produk-produk halal ini diberikan bimbingan dan bantuan supaya selain daripada mereka dapat menghasilkan produk-produk yang mempunyai kualiti yang boleh dipasarkan ke dunia Islam mungkin dapat terus dibesarkan?
Keduanya, saya dapat melihat apa yang terjadi di halal hub di kalangan kawasan saya, Halal hab Serkam di mana SME Bank memang memberikan banyak pinjaman tetapi terlalu sukar untuk mereka mendapatkan pembiayaan. Jadi kita berharap supaya SME Bank dapat memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan supaya usahawan- usahawan yang mengeluarkan produk halal ini. Kita cakap hendak bimbing mereka, kita cakap hendak bantu mereka tetapi di kala mereka memerlukan bantuan untuk mendapatkan pinjaman, bukan sahaja pinjaman untuk membelikan mesin-mesin bahkan pinjaman untuk mereka menjalankan operasi harian tetapi selalu dilambat-lambatkan. Jadi menyebabkan banyak daripada usahawan-usahawan bumiputera yang menghasilkan produk-produk halal terpaksa tutup kedai. Jadi kita berharap supaya SME Bank ini, yang menjadi penyambung kepada usahawan-usahawan bumiputera di antara mereka dengan kerajaan dapat benar-benar memainkan peranan yang lebih aktif supaya kita dapat pastikan selain daripada mereka dapat meneruskan usahawan mengeluarkan produk halal, bahkan negara kita akan menjadi pusat pengeluaran produk halal ke seluruh dunia Islam. Saya menyokong Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut ingin menyentuh mengenai Maksud B.24 - RM50 juta untuk menampung keperluan Program Pembangunan Usahawan Automotif Bumiputera. Kita dimaklumkan beberapa ketika yang lalu bahawa antara perkara yang telah diputuskan ialah semua pemegang- pemegang permit import ataupun Approved Permit (AP) dikehendaki menyumbang sejumlah wang antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap AP kalau tidak silap saya kepada satu tabung untuk membantu usahawan-usahawan automotif ini apabila berhadapan nanti dengan tahun 2015 apabila kita akan menghapuskan pemberian AP ini. Saya ingin bertanya, berapakah setakat ini jumlah wang yang telah dikumpulkan oleh dana ini sejak ianya menjadi dasar bagi kerajaan dan apakah jumlah yang telah digunakan untuk membantu program seperti yang ada ini maka kita perlu pula lagi RM50 juta untuk membantunya? Itu soalan yang pertama. Keduanya saya ingin juga bertanya, berapa jumlah pemegang AP ini yang dikenal pasti tidak mempunyai perniagaan mereka sendiri dan tidak ada showroom mereka sendiri tetapi memberikan AP-AP ini kepada peniaga-peniaga automotif yang lain dan mereka hanya cuma meletakkan nama mereka pada satu kad tanda nama di premis-premis tersebut. Saya rasa ini perlu diberi perhatian kerana ianya seolah-olah mensabotaj program untuk membangunkan vendor-vendor atau peniaga-peniaga automotif bumiputera ini dengan hanya mengambil keuntungan daripada pemberian AP. Apa yang saya ingin tanya yang ketiga, pemberian AP ini selain daripada jumlah RM10,000 ataupun RM15,000 yang diambil daripada setiap AP ini, adakah dahulunya pemegang-pemegang AP ini menyumbang apa-apa jumlah bagi setiap AP yang mereka terima balik kepada kerajaan ataupun pada masa ini setelah ditolak RM15,000 masih juga ada satu harga yang mereka bayar bagi setiap AP yang telah diberikan. Tuan Pengerusi, itu sahaja pertanyaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 04000 bagi Maksud B.24 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini, kita lihat sebanyak RM50,000 diperlukan untuk menampung keperluan Program Pembangunan Usahawan Automotif Bumiputera. Jadi saya percaya program ini asalnya diletakkan di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan sebagainya. Jadi kita
melihat bidang pengkhususannya ialah pembangunan usahawan automotif. Apakah bentuk usahawan automotif yang hendak dibuat? Rakan-rakan saya bercakap tentang AP dan sebagainya tadi, tetapi bagi saya adakah ia berbentuk penjualan kereta, menjadi vendor ataupun mungkin ia juga dalam konteks bumiputera yang jadi mekanik yang membaiki kereta dan sebagainya.
Jadi, maknanya usahawan automotif itu luas. Jadi, kita memang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mengadakan, membuat kursus ataupun program dalam bidang ini. Akan tetapi apakah bentuknya? Saya lebih gembira kalau kita banyakkan bengkel-bengkel membaiki kereta itu sendiri. Makna usahawan ini kita latih untuk boleh membaiki kereta dan mereka juga boleh menjadi pembaik kereta yang bagus dan sebagainya. Akan tetapi bagaimanapun, apa yang saya harap melalui program ini dia bukan setakat memberi kursus dan sebagainya sahaja tetapi mesti ada selepas itu. Kadang- kadang kita pergi pancing Tuan Pengerusi tetapi kita tidak bagi umpannya. Jadi, dia ada mata pancing, dia ada kail akan tetapi dia tidak boleh selepas itu. Umpan tidak ada. Kadang-kadang kita bagi dia pancing, kail tetapi lubuk hendak memancing tidak ada. Kena memancing atas darat, atas padang. Mana ada dapat ikan. Jadi, sebab itulah saya berharap. Yang Berhormat Pokok Sena senyum sahaja nampak. Nampak gigi sahaja. Lain tidak nampak.
Macam beri tayar tidak ada kereta.
Ya?
Beri tayar bukan ada kereta semalam. Permit ada, kereta tidak ada, tayar ada. [Ketawa]
Sekurang-kurangnya dapat juga, tayar boleh golek-golek. Kalau langsung tidak ada tayar pun tidak ada, kereta pun tidak ada, lagi teruk. Jadi apa kita harap, maknanya melalui program ini bukan setakat terhenti di peringkat awal sahaja, latihan. Oleh kerana banyak saya tengok mereka yang keluar daripada pergi berkursus ini, latihan perniagaan dan sebagainya, lepas seminggu saya tanya apa program hendak buat? Sampai sekarang lepas setahun, ada yang setahun, dua tahun tidak ada apa-apa. habis begitu sahaja sebab tadi saya kata dia bagi pancing sahaja. Dia bagi pancing sahaja, umpannya tidak ada, lubuk untuk memancing pun tidak ditunjukkan. Jadi, kita berharap bagi program pembangunan usahawan automotif ini, ia tidak akan jadi begitu dan kita dapat melahirkan kalau 100 datang mungkin kita tidak dapat 100 orang. Kalau dapat 80 orang menjadi usahawan automotif, itu adalah yang paling baik. Selepas itu kita masuk kepada yang berikut ini, yang halal tadi. Sebanyak RM10 juta untuk membiayai projek pembangunan ekosistem makanan halal. Jadi, apa yang saya harap sebenarnya bagi saya pembentukan ataupun usahawan makanan halal dan sebagainya banyak di Malaysia ini. Mereka ini bagi saya sudah mantap dari segi itu. Akan tetapi masalah kita rasa saya pengiklanan, advertisement keluar negara. Orang tidak banyak mengenali. Apabila saya pergi keluar negara, apabila disebut makanan halal semua ini mereka teringat kepada Thailand. Sedangkan kita mempunyai satu industri halal. Jadi saya harap projek pembangunan halal ini, makanan halal ini bukan sahaja setakat kita mengadakan usahawannya, setakat kita memberi sijil halalnya dan sebagainya tetapi selepas itu iaitu pengiklanan atau advertisement kepada pengguna atau sebagai pembeli-pembeli dan sebagainya, bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara. Ini sangat mustahak sebab kita jarang dengar. Kita pergi. Saya percaya Timbalan Menteri Luar Negeri pun dia setuju dengan saya dalam konteks ini. Oleh sebab tidak ada pengiklanan sebenarnya. Ini yang sangat penting. Jadi, saya berharap program ini dia termasuk dengan iklankan sekali produk-produk halal dan dia mestilah berbentuk sejagat. Maknanya seluruh dunia kita iklankan. Memang ada orang hendak beli. Akan tetapi kalau tidak, kita akan berlawan dengan negara-negara lain yang kadang-kadang dia mengambil produk kita repack dan dia brand sahaja. Buat branding dan sebagainya. Jadi, dengan itu terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Indera Mahkota. Lepas itu Menteri boleh menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya untuk Maksud B.24 iaitu perkara yang pertama di bawah Butiran 040300 yang dikatakan sebagai khidmat industri. Dikatakan sebagai dasar baru. Barangkali dasar baru bermakna kementerian membuat permohonan RM50 juta ini untuk membuat sedikit pembaharuan tentang program pembiayaan sebab dikatakan sebagai untuk program pembangunan usahawan automotif bumiputera. Ini agak sedikit berbeza dengan belanjawan yang lalu yang ada di dalam buku belanjawan kita, di bawah perkara yang sama Butiran 040300 – Dasar Sektoral dan Khidmat Industri. Sama. Cuma yang sekarang ini kita minta diluluskan ini dikatakan sebagai dasar baru. Jadi, saya hendak tanya apakah maksud dasar baru? Apa berlainannya dengan peruntukan yang dulu? Kecil sangat, dulu RM7.26 juta sahaja. Maknanya peruntukan bawah Belanjawan 2012 ini untuk Butiran 040300 iaitu khidmat industri ini dulu sedikit sahaja. Setakat RM7.26 juta. Sekarang kita hendak luluskan RM50 juta tambahan. Dikatakan dasar baru. Saya hendak tanya apa maksud dasar baru? Pada hari Khamis minggu lepas Timbalan Menteri Kewangan semasa menjawab soalan lisan pagi berkenaan dengan Dasar Automotif Negara yang menyentuh tentang bagaimana Kementerian Kewangan dan juga Kementerian MITI mempunyai polisi atau merangka polisi di dalam dasar automotif ini yang dikatakan telah tidak mengambil kira kepentingan untuk melihat penglibatan daripada usahawan-usahawan automotif bumiputera untuk melihat perkembangan industri automotif ini untuk masa yang akan datang sekali gus meringankan beban yang ditanggung akibat ataupun related daripada industri ini. Timbalan Menteri Kewangan menjawab dia kata ini tidak ada kena mengena dengan kementerian dia. Dia minta saya dan Yang Berhormat Gombak ajukan kepada Kementerian MITI. Jadi, saya rasa peluang untuk bertanya ini sahaja. Kalau Parlimen dibubarkan dia tidak jawab sudah. Jadi, saya rasa hari ini adalah peluang sementara kementerian Yang Berhormat ada wakil di sini untuk memberi jawapan sekali gus saya rasa kenalah sangat sebab RM50 juta diminta untuk Dewan meluluskan untuk buat pembangunan usahawan automotif bumiputera. Jadi saya hendak tanya, kenapakah ataupun adakah Bank Negara diminta khidmat nasihat dia untuk melihat kegagalan ataupun masalah besar yang dihadapi oleh sektor pembangunan usahawan automotif bumiputera ini sehingga menyebabkan industri ini dikatakan hampir gagal terutama penyertaan usahawan bumiputera dalam bentuk keusahawanan automotif? Ini juga sekali gus meminta sama ada benar atau tidak Bank Negara tidak memberi apa-apa khidmat ataupun pihak kementerian tidak langsung melibatkan pihak nasihat atau meminta nasihat daripada pihak Bank Negara untuk tujuan pembangunan usahawan automotif bumiputera sekali gus ada kena mengenanya dengan sektor yang berkait dengan industri automotif? Lanjutan daripada itu, saya hendak tahu apakah isi kandungan yang paling mustahak dalam Dasar Automotif Negara sekiranya pembangunan usahawan automotif bumiputera yang dikatakan hari ini sebagai dasar baru, nampak gayanya tidak dimasukkan dalam dasar automotif itu. Saya membuat tekaan itu berdasarkan kepada dasar ini dianggap sebagai dasar baru yang tidak pernah dibawa sebelum daripada hari ini. Ditulis dengan jelas ini adalah dasar baru dalam buku tambahan belanjawan yang hendak kita luluskan hari ini. Walau bagaimanapun, saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri atas kedudukan ini. Berkenaan dengan Butiran 080000 iaitu kita memerlukan RM10 juta untuk membiayai projek pembangunan ekosistem makanan halal yang sebenarnya mengikut rekod adalah ditadbir oleh SME Corporation ataupun Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. SME Corp. Malaysia.
Rujukan saya menunjukkan bahawa tahun ini, tahun 2012, RM53 juta telah pun diperuntukkan. Sekarang kita minta RM10 juta tambahan. Ini bermakna dengan item yang tadi itu agak terbaliklah. Dahulu kita beri sedikit dan kita tambah. Ini dahulu kita beri banyak tetapi kita minta hanya RM10 juta. Persoalan yang saya hendak tanya penjelasannya, berapakah sebenarnya faedah yang didapati oleh usahawan-usahawan yang duduk di bawah naungan SME Corporations ini dalam menjana pendapatan atau keuntungan
daripada industri atau projek pembangunan ekosistem makanan halal. Ini juga ada kena- mengena dengan keseluruhan nilai transaksi industri halal. Pagi tadi pun ada soalan yang sama. Saya memetik satu laporan dalam majalah antarabangsa yang mengatakan bahawa keseluruhan nilai transaksi untuk industri makanan halal sahaja untuk tahun 2011 mencecah USD1 trilion. Saya hendak tahu, daripada jumlah ini usahawan-usahawan di Malaysia yang menceburkan diri dalam bidang makanan halal ini, berapa sebenarnya yang dapat dimanfaatkan atau direbut oleh mereka. Ini juga penting kerana kita telah membelanjakan RM53 juta untuk SME Corps, membantu usahawan-usahawan kecil ini dalam bidang makanan halal dan kita minta tambahan lagi RM10 juta. Justifikasi untuk meluluskan ataupun untuk melihat perkembangan manfaat yang dapat oleh ahli-ahli dalam small medium enterprises ini yang kita dapat setakat ini. Saya minta penjelasan ataupun penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, benar atau tidak, yang jangkaan kepada kedudukan industri makanan halal ini dijangka dalam masa lima tahun akan mengalami zaman penurunan. Ini berdasarkan jangkaan yang dibuat berdasarkan kepada industri yang dikatakan tercemar dengan adanya produk, adanya penyertaan yang sebenarnya tidak mendapat rating halal sebagaimana yang diperlukan. Akan tetapi telah pun dicemari dengan pelbagai aktiviti- aktiviti lain terutama berkenaan produk makanan halal menyebabkan industri ini dilihat terutama di dalam negara kita akan mengalami penurunan yang agak besar dalam masa lima tahun. Saya hendak tahu sedikit, adakah RM53 juta yang telah dibelanjakan dan RM10 juta yang diminta untuk tambahan ini ada kena-mengena sebagai persiapan kementerian untuk melihat berlakunya zaman kejatuhan ataupun penurunan dalam transaksi makanan halal terutama yang dianjurkan dalam industri SME di dalam negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Maksud B.24. Antara isu yang telah dibangkitkan tadi adalah berkenaan dengan dasar automotif bumiputera. Banyak soalan di bawah itu dan begitu juga di bawah PKS dan juga di bawah Skim Bijak Jaya Bumiputera dan juga dalam industri halal yang baru disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Untuk makluman Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jasin berkenaan dengan penghapusan AP dan juga impak daripada bumiputera. Dana ini bertujuan untuk usahawan bumiputera menceburkan diri ke dalam industri yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi seperti bidang pembuatan dan perkhidmatan berkaitan automotif. Ketika ini kebanyakan pemegang AP ini hanya terlibat dalam bidang pengedaran kenderaan sahaja. Yang Berhormat Jasin juga menyentuh tentang harga kereta tertinggi di ASEAN tetapi ASEAN economic community dan apakah langkah-langkah yang diambil supaya kita dapat mengatasi masalah ini? Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Malaysia Automotive Institute iaitu MAI, harga kereta adalah antara tinggi di ASEAN. Walau bagaimanapun, kos ini lebih sesuai diukur daripada segi sisi kos pemilikan kenderaan yang mana adalah bergantung pada skop yang lebih luas meliputi harga minyak, insurans, servis, perbankan, yang mana Malaysia adalah antara negara yang kompetitif di rantau ASEAN ini. Jadi bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai, juga menyentuh daripada segi tabung AP yang telah dikumpulkan. Jumlah kumpulan yang ada bagi dana ini. Begitu juga langkah mengawal penipuan AP. Ketiga tadi sumbangan pemegang AP kepada kerajaan selain daripada pembayaran RM10 juta itu. Caj yang dibenarkan setiap AP adalah RM10,000. Walau bagaimanapun, jumlah dan peruntukan dana ini adalah bergantung pada kelulusan MOF sebagai mana yang diumumkan dalam Belanjawan 2010 iaitu hanya sebahagian daripada caj ini akan disalurkan ke dalam dana ini.
Kedua, mekanisme audit secara berkala yang dilaksanakan MITI bersama juru perunding bebas bagi menentukan status operasi dan juga pematuhan syarikat terhadap garis panduan AP yang ditetapkan. Ketiga, sumbangan lain daripada elemen tenaga kerja yang di – I cannot read this thing. Susah hendak baca ini. [Ketawa] Biar saya lihat dahulu. Untuk tahun 2010 sahaja, duti eksais yang dipungut oleh kerajaan untuk sektor automotif dianggarkan RM7 bilion. Jadi, saya rasa ini satu kutipan yang cukup baik sekali, menyumbang pada tabung negara kita. Yang Berhormat Lipis...
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai yang pertama tadi bahawa sejumlah peratusan, kalau tidak silap saya 10% itu tadi, yang dikutip daripada hasil bayar balik RM10,000 bagi setiap AP yang diberikan kepada pengusaha, dibenarkan oleh Kementerian Kewangan untuk disalurkan ke dana Pembangunan Usahawan Automotif ini.
Jadi soalan saya tadi berapa jumlah yang telah disalurkan dan apakah kegunaan dana ini dalam ataupun wang ini dalam membantu usahawan bumiputera dalam bidang automatif ini. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah diberikan? Mengapa tidak cukup juga jumlah tersebut adakah terlalu kecil, maka kita memerlukan pertambahan RM50 juta yang ada di dalam permohonan belanjawan tambahan ini? Mungkin saya tersilap kemungkinan kegunaan-kegunaan yang berbeza daripada wang-wang ini dan saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Bagaimana sebenarnya kegunaan wang-wang ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan ini dari RM10,000 yang kita kutip daripada setiap pemegang AP ini kita telah mengutip mulai dari tahun 2010 hingga Mei 2012 ini berjumlah RM645,915,900 yang telah dikumpulkan tetapi semua kutipan tadi oleh kerana dengan arahan Ministry of Finance maka dia telah masuklah dalam consolidated fund kita. Jadi apabila kita memerlukan untuk membantu peniaga-peniaga dalam business automatif ini kita perlu lagi memohon daripada consolidated fund ini. Jadi dari itulah tadi kita memohon RM50 juta, kita berharap dapat kita memperolehi untuk membangunkan lagi usahawan- usahawan kita yang terlibat dalam industri automatif ini. Jadi tujuannya ialah kita untuk memberi lagi fasilitasi dan membantu pemegang AP yang terbuka ini supaya mereka dapat mengembangkan lagi dan mempelbagaikan lagi perniagaan mereka apabila dasar memusnahkan AP terbuka ini pada 31 Disember 2015 nanti. Jadi oleh sebab itu kita cuba bermula dengan – Kita memohon supaya soft loan akan diberikan kepada mereka yang ingin mempelbagaikan ataupun memperkembangkan business mereka dan soft loan ini ataupun untuk kegunaan dia ialah untuk modal perniagaan dan juga untuk mereka menggunakan dalam as working capital dan juga untuk mereka jika boleh, mereka juga boleh menubuhkan kilang pembuatan komponen- komponen yang sedia ada. Begitu juga dari segi geran juga akan diberi supaya program pembangunan insan ataupun human capital development akan diadakan dan ini akan diselaraskan. Jadi itulah cara kita menggunakan dana yang diminta ini sekarang supaya kita dapat terus bergerak dan melaksanakan usaha kita untuk menjanakan objektif kita dalam National Automotive Policy kita yang baru ini. Saya teruskan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lipis apakah bentuk usahawan automatif ini ingin dibangunkan? Jawapan dia dana ini akan dibangunkan sebagai pinjaman mudah seperti mana yang disebutkan tadi soft loan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segmen yang lebih bernilai tambah tinggi iaitu pembuatan komponen dan alat ganti automatif mendapat hak pengedaran atau francais untuk menjual kenderaan baru begitu juga dalam kenderaan terpakai sebagai geran untuk aktiviti bina upaya yang akan diteliti dan di lulus oleh jawatankuasa khususnya bagi memantau pelaksanaan program- program yang dijadualkan bagi mereka. Jadi itulah yang disebutkan tadi kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jasin juga sentuh berkenaan dengan projek pembangunan ekosistem makanan halal. Langkah yang dijalankan oleh kementerian untuk membantu industri halal ini. Kedua tadi sorry ada lagi soalan pinjaman SME Bank terlalu susah untuk di dapat dan begitu juga supaya untuk memohon oleh usahawan bumiputera kita. Untuk menjawab soalan yang pertama itu kementerian melalui SME Corp. Malaysia membantu usahawan kecil dan sederhana memperluaskan dana RM10 juta akan digunakan untuk membantu PKS untuk memperolehi persijilan halal, meningkatkan kualiti produk dan juga pembangunan dan label halalnya. Pinjaman tidak dapat diluluskan kerana daya maju projek yang tidak kukuh, pengusaha yang kadang-kadang ini dari segi SME Bank kadang-kadang usaha terlalu bergantung kepada satu pelanggan yang menyebabkan ia menggugat perniagaan. Juga pengkhususan tidak mempunyai modal yang cukup sebagai komitmen kepada perniagaan mereka. Jadi apa yang kita minta dalam bajet ini ialah untuk yang bertujuan ialah telah – oleh kerana kita ingin melaksanakan satu program yang disebutkan Program Skim Jejak Jaya Bumiputera ini di mana kalau kita lihat sekarang ini ramai pengusaha ekosistem makanan ini yang dijalankan oleh ramai peniaga. Jadi seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Indera Mahkota juga ramai yang tidak mempunyai sijil halal yang tertentu. Jadi oleh sebab itu Jawatankuasa Eksekutif Skim Jejak Jaya Bumiputera yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah menubuhkan satu telah mencadangkan supaya PKS dapat dibantu menerusi sektor industri ekosistem makanan halal negara. Jadi dengan adanya program yang seperti ini kerjasama di antara swasta dan kerajaan akan di wujud dan pembangunan industri EMH ataupun Ekosistem Makanan Halal dan PKS dapat dilaksanakan dan mencapai matlamat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi...
Menteri.
Itulah tujuan kita untuk meminta supaya RM10 juta itu dapat diluluskan dalam bajet tambahan yang kita minta sekarang. Okey Yang Berhormat.
Menteri, satu soalan yang pendek Tuan Pengerusi, satu soalan yang pendek. Di sini saya hendak tanya, adakah beberapa negeri berjaya dalam projek pembangunan ekosistem makanan halal, ada beberapa negeri dan saya hendak tahu ada berapa orang yang berjaya dalam projek pembangunan ekosistem makanan halal dan berapa gagal dalam projek ini. Saya hendak mendapatkan jawapan ini.
Terima kasih Yang Berhormat, mungkin saya tidak ada statistik untuk itu tetapi kita akan menjawab secara bertulis supaya dapat lebih jelas lagi detilnya. Namun apa yang kita ingin mulakan sekarang ialah supaya projek yang kita sebutkan, yang saya sebutkan tadi iaitu Skim Jejak Jaya Bumiputera ini dapat dilaksanakan dahulu mengikut Program Ekosistem Makanan Halal ini.
Yang Berhormat Menteri, agaknya berapa lama baru boleh mendapatkan jawapan ini, agak berapa lama di dalam sesi ini atau bila, esok?
Kita boleh beri mungkin esok, di dalam dua tiga hari inilah, kita mesti mengumpulkan maklumat itu terlebih dahulu. Kemudian beri kepada Yang Berhormat.
Sini Menteri satu permintaan lagi, bolehkah kita mengkategorikan pemakanan seperti keropok atau apa, kita hendak tahu, apa yang berjaya dan apa yang gagal di dalam bidang ini. Okey terima kasih.
Yang Berhormat, kalau kita lihat dari segi prestasi perniagaan kecil dan sederhana yang ada di kampung sekarang ada yang berjaya juga dari segi pembuatan kek, keropok lekor dan berbagai-bagai lagi produk makanan yang ada di seluruh negara dan juga di tiap-tiap negara. Juga di bawah SDSI, kita telah mempamerkan semua produk-produk ini supaya pengguna-pengguna kita dan juga dari segi pasarannya kita dapat memperluaskannya. Jadi masalahnya seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, terdapat juga produk-produk ini yang tidak diberikan sijil halal kerana mereka mempunyai keyakinan bahawa produk ini adalah halal. Jadi ini memberikan satu masalah
bagi kita, jadi oleh sebab itulah saya rasa kita cuba membuat satu standard dan dengan adanya RM10 juta ini nanti mungkin kita akan terus menjalankan Skim Jejak Jaya Bumiputera yang disebutkan tadi. Ini kerana kita ingin mengumpulkan semua produk- produk ini dan memprosesnya menerusi satu mekanisme yang lebih baik, dengan teknologi yang baru supaya standard yang dikeluarkan daripada Malaysia ini nanti akan menjadi satu produk yang mempunyai branding dan dari situlah kita boleh memasarkannya ke dalam negeri dan begitu juga ke luar negara. Saya teruskan Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Indera Mahkota juga telah menyentuh Kepala 40300 - Khidmat Industri, RM7.6 juta dasar sektorial, apakah dasar baru yang berbeza dengan Bekalan RM7.6 juta. Untuk menjawab perkara ini, ia bukan dasar baru namun hanya merujukkan kepada objektifnya iaitu objektif am yang baru. Untuk makluman Yang Berhormat, objektif am 7000 tiada di dalam peruntukan asal seperti mana yang telah diluluskan di dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Dewan yang mulia ini pada penghujung tahun lepas. Soalan yang kedua, Dasar MITI terhadap usahawan automatif bumiputera. Tadi saya rasa saya sudah menyentuh hal ini iaitu yang disoalkan oleh Yang Berhormat Jasin dan ketiga itu tadi adakah Bank Negara terlibat di dalam polisi usahawan automatif bumiputera ini. Dalam usaha kita untuk menggubal Dasar Automatif Bumiputera ini ataupun Dasar Automatif yang kita sebutkan tadi, ini memang terdapat di bawah satu committee, di bawah satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pihak Ministry of Finance then banyak juga kementerian-kementerian, wakil-wakil daripada kementerian lain yang dalam committee ini. Jadi mereka inilah yang duduk bersama membincangkan dan juga mempersetujui bagaimana cara polisi baru usahawan automatif bumiputera ini yang dapat dijalankan untuk membantu perniagaan bumiputera kita.
Terima kasih, saya hendak memberikan cadangan. Tuan Pengerusi, oleh kerana jumlah yang kita peruntukkan ini RM50 juta agak banyak kerana peruntukan yang lepas itu terhad kepada RM7 juta sahaja. Jadi RM50 juta diperuntukkan dan diluluskan sekejap lagi. Saya mencadangkan oleh sebab Dasar Automatif sah nampaknya tidak memasukkan perkara ini dan saya yakin semakan saya sebenarnya memang tidak ada sesi ataupun seksyen khas nasihat daripada Bank Negara untuk memasukkan polisi ataupun peraturan ataupun jadual khas berkenaan dengan Pembangunan Usahawan Automatif Bumiputera dalam Dasar Automotif Negara, sebenarnya tidak ada. Apa yang saya sebutkan ini ialah khidmat nasihat daripada Bank Negara, ini semakan saya tidak ada sebenarnya, sebenarnya memang tidak wujud. Jadi saya hendak memberikan cadangan, oleh sebab perkara ini ada peruntukan yang besar dalam program pembangunan sahaja, ini program pembangunan bukannya membantu dari segi modal dan sebagainya, ini program pembangunan usahawan sahaja. Maknanya dari segi konsultasi, dari segi khidmat nasihat, dari segi lawatan dan sebagainya. Jadi saya mencadangkan kalau boleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri menimbangkan supaya nasihat, pandangan ataupun khidmat nasihat daripada Bank Negara dilanjutkan secara khusus untuk program Pembangunan Usahawan Automotif Bumiputera, kalau bisa diatur itu saya berterima kasih ya, terima kasih. Sokong? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota di atas cadangan tersebut. Saya rasa kalau kita lihat dengan terperinci dalam dasar yang telah ditetapkan ini, saya rasa itu pun memang sumbangan memang sudah ada dalam itu Yang Berhormat. Jadi walaupun Yang Berhormat baru menyentuh perkara ini, saya rasa ini pun sudah termasuk di dalam dasar tersebut. Terima kasih kerana menyentuh perkara tersebut dalam perkara yang baru yang disentuh pada hari ini. Saya teruskan kepada soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota juga. Apakah faedah yang diperoleh oleh PKS dengan menyertai Ekosistem Makanan Halal ini, saya pun sudah menyentuh perkara ini. Melalui Program Ekosistem Makanan Halal tadi yang akan diperoleh oleh PKS adalah untuk meningkatkan lagi operasi networking mereka dan juga kepada R&D, meningkatkan kualiti produk, meningkatkan produktiviti, meningkatkan teknologi pemprosesan yang ada dan juga meningkatkan aktiviti mempromosi dan pemasaran produk tersebut. Kedua, beberapa usahawan yang akan mendapat faedah manfaat dari ekosistem makanan halal ini - mungkin ini juga disentuh dengan soalan yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Bakri tadi. Melalui ekosistem makanan halal ini sebanyak 10 PKS akan dibangunkan apabila peruntukan ini dapat diluluskan pada hari ini.
Jadi ini permulaannya tetapi tujuan kita yang perlu ini ialah mungkin sampai 50 nanti kita perlu membuat pada masa akan datang. Akan tetapi kita perlu tumpukan kepada sepuluh PKS sahaja sekarang. Satu lagi soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi iaitu masalah dalam usaha ataupun dalam industri ini. Kalau kita tidak buat akan terjatuh. Itu satu anggapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Kita rasa ini tidak benar. Kita harapkan ini tidak benar. Industri ini memang semakin kukuh hasil daripada program yang dijalankan oleh pihak kementerian dan agensinya termasuk juga program latihan dan juga program yang lebih ditumpukan kepada pembangunan industri halal di masa akan datang. Jadi program ini yang bukan hanya dari segi untuk mewujudkan kilang sahaja tetapi kita juga ingin melihat supaya teknologi yang digunakan dan kepakaran yang menjalankan industri ini pun boleh terus dikekalkan dan kita juga harus memberi program- program latihan dan juga bimbingan kepada pihak yang mengambil bahagian dalam industri ini. Satu lagi dari – ini pun saya sudah jawab. Jadi Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja jawapan yang saya boleh beri dalam jawapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada kali ini. Kita amat berterima kasih kepada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian memberi pandangan dan juga teguran kepada pihak kami dan kami amat berharap sekali dengan adanya pandangan yang baik yang seperti ini, kita harapkan terus meningkatkan lagi perkhidmatan kita kepada pihak usahawan dan juga begitu juga kepada pembangunan negara kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang berjumlah RM60,000,000 untuk Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Wang sejumlah RM60,000,000 untuk Maksud B.24 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh tentang subsidi sebanyak RM367 juta untuk menampung kekurangan peruntukan bagi subsidi gula pada tahun 2012. Saya hanya hendak tanya di sini, sebenarnya harga sugar telah jatuh dari USD24.52 per pound dari November tahun yang lalu kepada Mei tahun ini harganya adalah sebanyak USD20.25 per pound iaitu satu penurunan harga yang sebanyak lebih kurang 17.4%. Akan tetapi saya hendak tanya kenapa di sini kita perlu meminta satu bajet tambahan yang sebanyak RM367 juta untuk menampung kekurangan peruntukan untuk subsidi gula. Bukan itu sahaja, untuk Bajet 2012, sebenarnya kita telah membekalkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk subsidi gula. Sebenarnya untuk sepanjang tahun 2011, subsidi untuk gula adalah hanya RM262.4 juta. Jadi maksudnya dengan tambahan sebanyak RM367 juta dalam bajet tambahan ini, bajet untuk subsidi gula pada tahun 2012 telah mencapai RM567 juta. Ini adalah satu peningkatan sebanyak 216%. Jadi saya hendak tanya apa sebab di belakangnya yang menyebabkan bahawa bajet kita untuk subsidi gula meningkat secara begitu drastik pada
tahun ini? Walaupun bulan ini adalah sampai bulan Jun sahaja dan kita hendak meminta subsidi yang begitu banyak, satu peningkatan yang lebih daripada 200%. Jadi inilah perkara yang saya hendak minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja. Saya hendak tanya kementerian. Gula ini, perniagaan berbentuk monopoli. Dulu ada raja gula. Sekarang ada dua raja. Jadi kalau ini main raja-raja ini, susahlah kita. Habis itu, kerajaan kena subsidi lagi pula. Sudahlah subsidi minyak, subsidi gula lagi. Ini tepung lagi. Saya mahu tanya kementerian, siapa lagi Raja Tepung Raja yang samakah ataupun ada lagi Raja lain? Saya mahu nama dia. Siapa yang kontrol tepung ini? Kenapa kementerian membenarkan cuma segelintir pemain yang bermain? Apa salah bagi dengan peniaga-peniaga lain? Peniaga lain pun juga mahu kaya. Ini bagi Yang Berhormat Indera Mahkotakah? Mungkin boleh dapat.
Ya, ya, ya.
Tidak payah dia jadi wakil rakyat. Ini satu dua orang. Saya tidak berapa bersetujulah dengan kementerian...
Minta pencelahan.
Boleh, boleh, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan yang sangat prihatin tentang kita semua tidak mahu monopoli ini. Raja gula ini nanti kalau dia dapat juga konsesi untuk penswastaan pengimport, Pelabuhan Pulau Pinang, kalau dia dapat lagi, jadi dia akan jadi satu lagi Raja pelabuhan. Mungkin kita boleh cadangkan kalau seorang dia jadikan raja-raja kepada begitu banyak keuntungan, mungkin dia boleh dapatkan keuntungan-keuntungan dari pelabuhan Pulau Pinang itu subsidi kepada gula. Jadi kerajaan tidak payah bagi dia. Setuju tidak? Walaupun kita tidak setujulah, jangan pelabuhan Pulau Pinang swasta kepada dia. Swasta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Raja gula satu ketika kalau saya tidak silap Tan Sri Robert Kuok. Akan tetapi dia sudah dibagi kepada satu orang raja lagi. Saya tidak tahu raja mana satu ini.
Tan Sri Syed Mokhtar.
Tan Sri Syed Mokhtar. Dia pun sudah mahu menjadi raja pula. Jadi ini dua orang sahajakah mahu jadi raja? Saya pun mahu jadi raja juga. Yang Berhormat Sri Gading pun mahu. Ini perniagaan tidak menggunakan apa-apa. Dapat kelulusan, sepuluh bank, beratus bank tunggu bagi pembiayaan. Jadi kalau kementerian mungkin rasa hendak mencetuskan lagi anak raja, saya bersedialah dengan Yang Berhormat Sri Gading sebab banyak juga bank di belakang mahu bantu. Jangan kita build up seorang raja sahaja yang kontrol semua. Ini ada lagi hendak konon – saya tidak tahu ini pengimport dia lagi rajakah atau tidak. Saya tidak tahu. Jadi kementerian mungkin boleh perjelaskan. Akan tetapi kalau dia juga, saya tengok tidak sesuailah dengan keadaan pada hari ini. Soal subsidi juga. Kerajaan juga saya melihat ada pembaziran. Seluruh negara dalam dunia ini seperti Thailand, Indonesia dan macam-macam telah menghapuskan subsidi biodiesel iaitu setiap satu liter diesel, 5% sahaja bio diesel yang di subsidi sebanyak 26 sen sedangkan hari ini harga kelapa sawit lebih baik daripada harga kalau biodiesel itu kelapa sawit dijadikan minyak makan, harganya mahal daripada bio-diesel.
Jadi saya mahu minta kerajaan memberhentikan subsidi biodiesel ini. Sebab dia tidak lagi boleh membantu perkembangan ekonomi negara. Hari ini pun kita tengok berapa
orang sahaja yang tampil untuk menyambut seruan untuk perniagaan biodiesel Jadi kementerian, kerajaan menghabiskan duit untuk itu saya cadangkan supaya diberhentikan subsidi biodiesel ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih.
Ini Yang Berhormat Kuala Selangor semua kementerian dia bahaslah. [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya saya pun sambut apa Yang Berhormat Kinabatangan sebut. Saya mahu sokong dengan Yang Berhormat Kinabatangan Tuan Pengerusi kerana inilah dia antara perkara yang pagi tadi saya pun sudah bangkitkan perkara ini kerana kita sedar Tuan Pengerusi persoalan apa yang dikatakan sebagai monopoli ini. Monopoli inilah sebenar-benarnya yang menjadikan apa yang dikatakan sebagai pengherotan pasaran kita kerana hanya diberikan kepada sama ada pengimport ataupun pengilangnya itu kepada hanya beberapa peribadi yang dikatakan dinamakan sebagai kroni itu. Tuan Pengerusi, kalaulah kita boleh rungkaikan, tamatkan dan akhirkan rejim monopoli ini saya cukup yakin kita tidak perlu datang dengan subsidi, pemberian BR1M dan sebagainya. Apabila berlakunya pasaran itu, ia dapat dikawal dengan supply demand economynya maka ia akan dapat memberikan pasaran lebih efisien, lebih efektif. Akan tetapi kalau kroni bukan sahaja kroni sahaja yang dapat, tetapi kroni ini juga yang sebenarnya menjadi culprit meminjam daripada kewangan bank perbankan dan boleh disebutkan hari ini, nama yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Kalau dulu kita ada Tan Sri Halim Saad yang meminjam sampai ke peringkat RM20 bilion lebih, hari ini kroni ini meminjam daripada institusi perbankan sebanyak RM34.4 bilion. Jadi dia yang monopoli, dia juga yang meminjam dan dia juga yang mendapat pinjaman kerana yang hanya boleh pinjam daripada bank ini hanya orang kaya, billionaire ini. Jadi semua 20 billionaire yang kita ada ini yang mengongsi NTA sebanyak RM200 bilion ini, mereka inilah yang raja-rajanya. Raja segala Rajanya, Tuan Pengerusi ini bukan peringkat dasar tetapi inilah perkara yang cukup menyakitkan hati kami di sini dan juga kawan-kawan di sebelah sana. Di sini kami berpakat untuk menamatkan rejim monopoli, untuk menamatkan pengherotan pasaran kerana kalau inilah caranya sampai kiamat pun beginilah kita, yang kaya semakin kaya, yang miskin terus papa kedana. Terima kasih itu sahaja.
Yang Berhormat Bukit Mertajam, selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab.
Terima kasih. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan supaya kita mengurangkan pengambilan ataupun pemakanan gula ini kerana gula kalau kita makan terlalu banyak menjadi diabetes dan selepas diabetes dia menjadi sakit pinggang dan dia memerlukan rawatan memakan perbelanjaan yang besar. Jadi saya mencadangkan supaya kedua-dua kementerian ini bekerjasama supaya kita menjalankan kempen mengurangkan gula. Untuk mulanya, mungkin di dalam Parlimen, di kantin atau di kafe, sekiranya teh tarik itu dikurangkan gula ataupun jangan ‘taruk’kan gula ya. Sesiapa yang mahu makan gula dia campur sendiri dan di semua sekolah jangan ada minuman-minuman yang bergula.
Yang Berhormat saya dengan Tuan Speaker minum tiada gula. Nescafe ‘O’ kosong.
Ini baguslah. Panggillah ini kementerian Yang Berhormat Menteri memanggil Speaker dan Yang Berhormat Kinabatangan menjadi spokesperson minumlah tanpa gula. Saya rasa kita boleh jadikan kempen supaya kita kurangkan subsidi untuk gula dan juga kurangkan penyakit. Saya rasa ini adalah cadangan yang boleh dipakai. Saya harap Kerajaan Barisan Nasional boleh timbangkan. Terima kasih.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak tahu sama ada kementerian serius atau tidak untuk melihat tentang isu subsidi ini. Saya rasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak patut dilihat dan dilabelkan sebagai kementerian yang tugasnya bagi subsidi. Keseluruhan belanjawan kalau hendak kira tahun lepas, tahun ini 2012 yang asalnya dahulu sedikit sahaja RM313 untuk subsidi gula. Tambahan RM404, maknanya kalau alasan diberi Tuan Pengerusi perlunya hendak tambah subsidi ini untuk gula ya untuk gula sahaja tambahan RM367. Dahulu RM200 hendak tambah RM367 lebih besar daripada peruntukan asal. Alasannya dia kata, sebab kadar baru kontrak jangka panjang tahun 2012 hingga tahun 2014. Bajet yang kita buat untuk setahun, apa kena mengena kita hendak menjangka dua tahun, tiga tahun akan datang dan bagi peruntukan itu sekarang. Ini tidak betul. Macam mana kementerian, kementerian boleh membuat jangkaan, fokus untuk sehingga tahun 2014 menggunakan alasan ini dan bagi subsidi sekarang untuk berdasarkan pada masa sekarang. Saya yakin tahun depan, tahun depan insya-Allah perkara sama juga akan diguna. Diguna dikata untuk menampung subsidi akibat kenaikan gula yang tidak dapat dikenal pasti pada masa itu, ini masa sekarang ini tidak dapat kenal pasti. Tahun depan benda perkara yang sama akan berlaku. Jadi saya teringat dan saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Ini bukan soal subsidi kerana hendak maintain harga, bukan. Ini subsidi ini kerana subsidi ini diberikan kepada pengimport sama juga subsidi tepung. Pihak yang dapat subsidi ini adalah pengimport, pengilang subsidi tepung ini dan ini saya tidak lupa keikhlasan bekas Menteri Perdagangan yang dulu daripada Johor Bahru. Beliau mengakui dasar memberi subsidi kepada pengilang tepung, tepung putih dan sebagainya adalah tidak baik untuk industri itu sendiri. Sampai sekarang selepas pada beliau tidak ada Menteri atau Timbalan Menteri yang saya fikir, saya fikir memberikan buah fikiran yang boleh membantu, kedudukan harga untuk membantu kekangan hidup rakyat saya duduk rasa.
[Bangun]
20 saat.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat daripada Indera Mahkota. Tuan Pengerusi, statement yang terlahir itu saya setuju. Subsidi yang diberikan kepada pengilang dan sebagainya itu mungkin perlu difikirkan semula. Cuma saya minta komitmen dan jaminan daripada Yang Berhormat daripada Indera Mahkota kalau kita tarik subsidi ini dan subsequently dengan izin, harga pasaran naik. Apakah Yang Berhormat bersetuju bersama-sama dengan kerajaan untuk memberikan taklimat dan pemahaman kepada rakyat bahawa barang ini naik kerana subsidi ini telah dikurangkan. Jangan pula nanti, masalah kita Yang Berhormat ialah apabila ini berlaku itulah juga situasi yang akan disalahgunakan oleh rakan-rakan daripada pihak pembangkang yang menghentam kerajaan kerana tidak prihatin. Jadi saya minta jaminan itu daripada Yang Berhormat.
Sekarang pun boleh bagi taklimat. Tidak payah tunggu selepas ini.
It’s not happening in the last one notice years.
Saya hendak berkongsi bukan saya hendak beritahu dengan rakan-rakan terutama Yang Berhormat Kota Belud. Subsidi yang kita beri
saban tahun tidak pernah gagal, setiap tahun ditambah, setiap tahun ditambah sudah terbukti tidak membina, tidak orang kata tidak memberi pengajaran, tidak membantu rakyat kita. Subsidi yang diberi itu terutama dalam kes ini gula, memang tidak membantu dari segi manfaatnya ini disahkan. Pertama, yang mendapat subsidi ini ialah pengilang ataupun pengimport ataupun yang pemegang-pemegang lesen besar yang disebut sebagai monopoli. Ini sudah terbukti oleh kerana mereka yang mendapatkan subsidi ini, maka yang mengalir ataupun yang dirasai oleh pengguna itu dalam keadaan tidak langsung sahaja tetapi masih lagi the solid volume apa jumlah yang solid itu peruntukan itu khas kepada pengilang dan pengimport. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Bukankah Yang Berhormat mengatakan kalau kita kurangkan tarif subsidi itu harga akan maintain, atau naik?
Saya kata hendak beri taklimat ini nanti. Sekejap.
Sebab itu yang asas pertanyaan saya tadi.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat, sekarang ini ada satu perkara lain yang wajar kita tumpukan. Yang Berhormat Kota Belud, banyak kali kita ada teori ekonomi, memahami teori demand and supply dan sebagainya. Ini juga bersangkutan dengan demand and supply iaitu market forces. Sekarang kita tahu gula dalam negara kita seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam, terbukti mendatangkan kesan yang tidak baik. Apa kesan yang tidak baik? Seramai 2.8 juta rakyat Malaysia menghidap diabetic. Seramai 2.91 juta menghidap penyakit buah pinggang. Ini semua interrelated penyakit yang kronik yang Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebut. Semuanya berkenaan dengan gaya hidup, dan apa gaya hidup rakyat Malaysia? Ini Yang Berhormat Kota Belud harus tahu. Kerajaan dan kementerian, saya tidak tahu kementerian mana, tetapi yang berkenaan aspek food intake dalam negara kita, dua hari lepas dalam berita utama, berita prime di televisyen mengatakan kajian oleh satu institusi antarabangsa mengatakan kadar food intake untuk rakyat Malaysia, 50% dimakan, 50% dibuang. Maknanya kadar food intake amat rendah di negara kita, yang dibazirkan separuh daripada itu. Saya suka mengatakan bahawa banyak cadangan daripada kementerian mengatakan, kerana signifikannya makanan yang dibuang dalam negara kita ini, ia boleh ditukar diusahakan dalam bentuk tenaga baru iaitu boleh diproses untuk membentuk satu tenaga biomass or something lebih kurang macam itu. Sehingga diberi cadangan Kerajaan Malaysia patut mengusahakan untuk menghidupkan industri biomass kerana pembuangan makanan yang boleh di transfer atau dibentuk kepada tenaga ini terlalu banyak di Malaysia.
[Bangun]
Ini menunjukkan gaya hidup rakyat Malaysia yang terlalu mewah dengan makanan dan 38% dalam makanan itu adalah gula dan gula ini termasuk dengan penyediaan makanannya, penghasilan makanan dan sebagainya memang masyarakat Malaysia menggunakan perkara ini. Kalau begitu keadaannya Yang Berhormat Kota Belud, bermakna kita telah membazirkan 50% subsidi tadi sebab makanan kita buang.
Yang Berhormat, minta maaf Tuan Pengerusi. Yang Berhormat tidak menjawab persoalan saya. Saya faham apa Yang Berhormat katakan tadi. Menteri sudah mengatakan, Yang Berhormat Johor Bahru dahulu pun mengatakan, kita setuju. Apa yang menjadi permasalahannya ialah, yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat ialah, katalah kita tarik subsidi gula tersebut kerana faktor kesihatan, pembaziran dan sebagainya, saya setuju. Dalam rekod saya mengatakan saya setuju, tetapi bolehkah Yang Berhormat bagi jaminan kalau kita kurangkan subsidi ini dan akhirnya harga gula naik di pasaran, Yang Berhormat tidak menggunakan isu itu sebagai isu politik yang mana akan menjejaskan hasrat kerajaan untuk mengurangkan subsidi? Ingat Yang Berhormat, waktu kita mahu menstrukturkan subsidi...
Yang Berhormat juga menggunakan isu ini isu politik.
Sekejap, sekejap. Dua tiga tahun yang lepas sewaktu menstruktur subsidi, cukup baik pandangan kerajaan menstruktur subsidi, yang bising pihak sebelah sana juga. Jadi kalau betul-betul, ayuh kita bersama-sama...
Tuan Pengerusi, bagi 50 minit pada saya Tuan Pengerusi.
Sekejaplah. Yang Berhormat, kita bersama-sama...
Boleh habiskan.
Kita bersama-sama. Kalau Yang Berhormat setuju, kita di sini setuju, ayuh kita strukturkan subsidi kerana kita tahu subsidi di negara kita ini sudah terlalu besar yang akan memudaratkan ekonomi negara walau siapa pun menjadi kerajaan nanti.
Terima kasih. Sekarang ini saya minta kepada kementerian yang memikul tanggungjawab ini – kita setakat untuk membuat penjelasan sahaja, membuat kempen sahaja, ceramah-ceramah sahaja. Kita tidak ada venue selain daripada itu. Yang Berhormat pun tidak ada venue untuk bertindak bagi pihak kementerian. Sekarang ini kita bincang tentang meluluskan belanjawan tambahan untuk subsidi. Oleh sebab itu saya tujukan perkara ini kepada pihak kementerian. Kalau Pakatan Rakyat mengambil alih, kita tahulah macam mana hendak buat. Betul. Setakat ini saya kata kita beri pandangan...
Kalau!
Sekiranya, insya-Allah, itu pun kalau Yang Berhormat Kinabatangan sokong.
Kalau!
Saya kata sekarang ini terserah kepada kementerian setelah saban tahun, banyak tahun melihat isu subsidi ini bertambah, bertambah, bertambah, tidak pernah berkurang, dan impaknya rakyat menanggung sebab harga barang meningkat kerana harga gula ataupun barang-barang meningkat, subsidi juga ditambah. Penambahan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, akibatnya dirasai juga oleh rakyat pada akhirnya, bukan kerajaan sahaja, sebab kerajaan itu rakyat, rakyat itu kerajaan. Jadi setelah dilihat kesannya tidak seberapa dan ditambah dengan pandangan saya yang saya petik daripada kajian tadi, kadar intake makanan rakyat Malaysia terlalu rendah, maknanya separuh makan separuh buang. Kenapa tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan anjurkan kempen untuk menyekat tabiat pembaziran makanan, membuang makanan dan tidak menilai makanan ini? Itu sepatutnya. Kementerian ini kementerian kepenggunaan, bukan kementerian subsidi. Jadi cuba ambil pendekatan ini daripada ambil pendekatan cadang kepada Parlimen suruh tambah subsidi dengan alasan tidak mahu rakyat menanggung beban yang bertambah. Setiap kali tambah subsidi. Hakikatnya penambahan subsidi juga tidak meringankan beban rakyat. Jadi guna approach lain yang terbukti ada orang kata kita ini ada sebab lain. Jadi kenapa kementerian yang menjaga hal ehwal kepenggunaan tidak mahu ambil approach ini hendak tengok ada kesan atau tidak. Kalau kadar rakyat Malaysia ini makan dan tabiat buang ini menurun kerana kementerian bagi nasihat, buat kempen besar-besaran dan sebagainya, saya rasa kalau ada kesan, bermakna benda itu berjaya, dan secara langsung kita kurangkan subsidi dan kita tidak perlu subsidi.
Ya.
Ya, sebab itu saya kata dalam isu ini, setakat ini subsidi dimakan atau dimanfaatkan oleh sektor komersial, sektor korporat. Orangnya yang disebut FELDA juga menjadi agensi pengimport kepada gula. Bermakna dahulu gula rendah, sekarang makin tinggi. Pengimport sekarang tidak baiklah itu, tidak berapa baguslah agaknya pemegang AP atau pemegang lesen dia. [Disampuk] Ya, untung
besar. Sudah tentu untung besar. Sebab itu subsidi kali ini RM404 juta yang hendak diluluskan, saya fikir ini juga adalah subsidi yang dicabut keringat daripada rakyat jelata yang akan juga menanggung beban kerana kerajaan mengeluarkan beban tambahan untuk memberi subsidi kepada industri-industri tertentu. Saya juga minta penjelasan kenapa kita ambil kira kontrak jangka panjang untuk tempoh 2012 hingga 2014 untuk menentukan kadar subsidi atau harga subsidi yang hendak diberi sekarang? Itu saya hendak minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Ya, sudah tutup Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Kota Belud yang tidak sempat tetapi sebenarnya banyak memberi fakta iaitu Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Indera Mahkota dan banyak cadangan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Kota Belud. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Serdang telah mengatakan mengapa walaupun harga gula jatuh dan sebagainya tetapi kenapa masih sebegini banyak peruntukan yang dipohon. Saya ingin memaklumkan di sini kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa dari segi subsidi gula, harga long term contract (kontrak jangka panjang) bagi tempoh 2012 hingga 2014 telah dimuktamadkan lebih tinggi daripada LTC atau long term contract bagi tempoh 2009 hingga 2011 iaitu sebanyak 50%, disebabkan faktor kenaikan harga gula mentah dunia sebab kita bergantung kepada pasaran dunia.
Kadar baru LTC bagi gula mentah adalah pada harga purata USD0.26 satu paun, berbanding kadar bagi tahun 2009 hingga tahun 211 adalah pada paras harga USD17.5 sen sepaun. Dengan kadar baru tersebut, harga runcit gula putih bertapis adalah lebih tinggi dan melalui pengiraan yang dibuat berdasarkan kos gula mentah dan kos operasi pengilang gula, kadar subsidi gula bagi tahun 2012 adalah sebanyak 54 sen setiap kilogram. Ini yang dinikmati oleh pengguna. Yang Berhormat menikmati itu, saya menikmati itu. Ini yang kita subsidikan dan di mana kita dapat menetapkan harga pada harga RM2.30 sekilogram, kita dapat kekalkan Yang Berhormat. Ditanya kenapa perlu long term contract dan sebagainya Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat with due respect Yang Berhormat. Kita sepatutnya mengetahui demand and supply Yang Berhormat. Kalau kita tidak ikat kepada long term contract in the open market, saya rasa bukan harga ini. Okey ada masa dia turun. Akan tetapi bagaimana harga melambung tinggi? Yang Berhormat boleh buat jangkaan di dalam keadaan food security macam ini. Harga-harga itu, sebab itu kita perlukan long term contract dan Yang Berhormat untuk makluman, kita memang tetapkan satu dasar. 75% kita ikatkan dengan long term contract dan kita tinggal 25% open market. Jadi Yang Berhormat, kita fikir semua ini dan bukan hanya kementerian ini sahaja, kita ada satu jawatankuasa Yang Berhormat untuk kita memikirkan. Yang Berhormat ingat food security, kalau tidak ada makan, satu kali Yang Berhormat ingat tidak kita tidak cukup beras dalam negara. This is food security. Food security Yang Berhormat, kita tidak boleh hanya membincangkan dari segi nilai duit tetapi dari segi the supply di mana kita memerlukan untuk kita feed our nation. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya terkejut kalau Yang Berhormat membangkitkan soal food security yang kementerian juga tidak tahu sama ada berdaya atau ada perancangan atau tidak. Ini tidak patut sama sekali berlaku. Kita bercerita tentang Dasar Jaminan Makanan Negara yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberi jaminan pembentangan dasar jaminan makanan itu untuk membantu dan menentukan bahawa negara tidak akan berhadapan dengan masalah ini. Jadi kalau kata masalah food security ini satu masalah yang floating, yang tidak dapat diimbangi oleh kementerian, maknanya rakyat perlu tahu
kita semua dalam keadaan yang bahaya sekarang. Kementerian pun tidak dapat memberi jaminan. Saya rasa perjanjian masa hadapan ini sebenarnya antara pengimport dengan pengeluar di luar sana bukan dibuat oleh kerajaan Malaysia, dibuat oleh pemegang AP. Kenapa kerajaan diikat untuk sebagai third party di dalam perjanjian di antara pengimport tadi dengan negara pengeluar? Soal menjangkakan harga masa hadapan, ditanggung oleh pengeluar. Ini kerana kita beri dia kemudahan sebagai pemonopoli atau beberapa orang yang memegang kuasa memonopoli dalam negara kita, kalau tidak, tidak ada guna beri dia kausa monopoli. Baik kerajaan sendiri yang merundingkan, agensi kerajaan sendiri yang pergi rundingkan tentang harga untuk masa akan datang daripada memberi kepada pemegang-pemegang AP, yang pengimport ini untuk merundingkan harga pasaran hadapan, kemudian kerajaan terpaksa akur dan ikat atas kehendak mereka. Pemegang AP ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah tentu menjangkakan mereka tidak boleh rugi pada masa hadapan. Oleh kerana itu mereka memasukkan pelan jangka panjang ini supaya sekuriti itu kepada mereka bukan kepada pembayar, kepada kerajaan. Oleh sebab itu saya pertikaikan sekarang, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa pelan jangka panjang ini ataupun kontrak jangka panjang ini juga mengambil kira jangkaan masa hadapan harga itu mungkin naik atau mungkin turun dan untuk memberi liberty kepada pengimport yang memegang lesen ini, kita akur kepada kehendak mereka iaitu menentukan sekarang. Saya rasa ini tidak adil kepada rakyat. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya tidak habis lagi Yang Berhormat.
Mengapa beri saya...
Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat bahawa kontrak jangka panjang adalah di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta pengilang-pengilang. Kita muktamadkan pembelian gula mentah sebanyak 2.227 juta matriks tan. Memang ada volume dan sebagainya sebab kena bid Yang Berhormat. Yang Berhormat agaknya faham this is open market, kita kena bid dan oleh yang demikian saya ingin memaklumkan apabila dikatakan tadi monopoli, sebenarnya ada empat pengeluar gula di Malaysia. Monopoli bermakna hanya seorang. So ini adalah empat.
[Bangun]
Sekejap Yang Berhormat, biar saya habis. Empat pengeluar gula di Malaysia iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd - Yang Berhormat kena dengarlah dahulu.
Dengar.
Tadi Yang Berhormat - Yang Berhormat duduklah. Saya berdiri, Yang Berhormat duduk. Terima kasih. Ada aturan. Ada empat pengeluar gula di Malaysia iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd, Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd., Gula Padang Terap Sdn. Bhd. dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. Yang Berhormat, kita membuat long term contract tadi bersama dengan empat buah syarikat pula syarikat dunia iaitu pembekalnya adalah Cargill. Hong Kong Limited daripada Hong Kong, Queensland Sugar Limited Australia, Louis Dreyfus Commodities Asia Pte. Ltd. Singapura dan Subdon Asia Limited Hong Kong. Jadi ada empat dan diagih-agihkan berapa dari segi volume dan harganya adalah biding Yang Berhormat. Saya rasa Ahli Yang Berhormat, kalau kita cerita secara terperinci Yang Berhormat, memang bukan senang untuk kita mendapatkan even harga 26 sen itu pun memang bertekak, berapa panjang bertekak untuk mendapat...
Yang Berhormat...
Boleh saya, cukup...
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.
Because demand and supply di dalam dunia bukan hanya negara kita, ada beribu bidders.
Saya faham.
Jadi kalau kita dapat itu Yang Berhormat pun cukup alhamdulillahlah. Seperti Yang Berhormat katakan, kita tidak hendak menakutkan rakyat kita. Akan tetapi insya-Allah setakat ini memang mencukupi dari segi supply walaupun dari segi kesihatan nanti satu lagi bab saya akan masuk, dari segi hendak mengurangkan gula.
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Beri sedikit sahaja.
Selepas itu Kota Belud ya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Boleh, boleh. Boleh Yang Berhormat Kota Belud. [Ketawa]
Yang Berhormat dengar Menteri tetapi Speaker tidak dengar. Kalau Speaker suruh duduk...
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga saya cukup faham tentang apa yang sebenarnya berlaku di luar kawalan kita sebenarnya. Commodity market sebenarnya berperang dan bertarung bukan hanya dalam konteks region, tetapi it is a world market yang dikawal oleh cartel and that cartel is apa yang menjadi musuh dunia. Actually as can this put it here there is enough for every one’s need but not enough for everyone’s greed. Ini yang merupakan musuhnya dan kita berhadapan dengan ancaman itu. Ini kerana sebenar-benarnya yang dikatakan sebagai kekurangan itu adalah sebenarnya kerana di sana the greed of cartel yang merupakan mafia-mafia dunia yang membuat pakatan bukan Pakatan Rakyat, membuat pakatan seperti ini yang akhirnya mengherotkan pasaran itu. These are the people that dealing in futures market dan kita terpaksa berlawan dengan hedging yang dilakukan oleh kementerian adalah hedging sebenarnya to hedge the speculation and komoditi terdedah kepada speculation. Saya cukup faham perkara itu. Lalu bagaimana kita sebenarnya menangani bukan hanya dalam pendekatan yang dilakukan oleh kementerian. Sebenarnya there is pendekatan yang lebih preventive adalah untuk memastikan bahawa production of food. That is more fundamental approach rather than a reaction ataupun apa yang dilakukan hari ini adalah sebenarnya tindakan-tindakan reactionary sebenarnya.
Jadi kalau kita bercakap tentang food sovereignty dan food security, bukan hanya kita hedging seperti ini sahaja tetapi kita menggarap cabaran penanam ataupun pengeluaran yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading sebentar tadi, sampaikan cili, bawang pun kita hendak kena import and our food import bill has shot up two to three time about five years ago. Jadi perkara itu kalau saya hendak respons, sedikit lagi kalau boleh. Saya sedar tentang hanya ada empat atau lima pengimport dan juga pengilang tetapi dalam kita menangani, apa yang dikatakan sebagai di samping MITI, KPDNKK itu sendiri atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu sendiri pun, kita masih tertakluk kepada monopoli dan oligopoli. Memang tidak ada monopoli di sini tetapi the oligopoly itu pun satu masalah juga. Beberapa syarikat yang diberikan itu adalah oligopoli and that is also membawa ‘pengherotan’ if you release dan izinkan pasaran itu mengambil tempatnya, apa yang Adam Smith sebut sebagai the invisible hand itu, kalau boleh saya sebutkan. That is kuasa pasaran. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat.
Boleh saya mencelah sedikit? Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, ada dua pakar yang bercakap tadi di pihak pembangkang iaitu satu Yang Berhormat Indera Mahkota dan satu lagi sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor. Ini saya bagi pandangan sedikit Tuan Pengerusi.
Satu tadi apabila Menteri mengatakan bahawa ada basis untuk kita buat hedging dengan menggunakan forward buying. Yang Berhormat Indera Mahkota tukar goalpost pergi ke food security tetapi tidak mengapa. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan dan ini dan pandangan saya. Sebenarnya pembangkang ini faham tetapi again, ada political angle tetapi tidak mengapa. Saya bagi satu explanation. Saya mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Dalam isu monopoli atau oligopoli, tidak semestinya ia adalah satu perkara yang tidak baik terutamanya yang ada kaitan dengan food security. Saya bagi contoh. Ini minta pandangan Menteri, kenapa kerajaan memberi monopoli dan oligopoli ini, kenapa? Sebab pertama sekali ialah kita perlu menjamin bahawa contohnya beras itu dapat diperolehi. If you give the right to import to every Tom, Dick and Harry dengan izin, tidak ada pengeluar Kerajaan Vietnam, Thailand, Pakistan yang akan deal dengan semua yang kecil-kecil ini. Dia tidak akan mendapat satu economy of scale, satu lagi political backing daripada government. Oleh sebab itu dalam masa krisis, kita bercerita pasal worst case scenario Yang Berhormat, waktu zaman tidak ada masalah, itu kita ketawa semua tetapi zaman...
Ini Yang Berhormat Kota Belud boleh jadi Menteri saya tengok. [Ketawa]
Kita bercerita pasal kerajaan...
Semua pun boleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan pun boleh.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kerajaan memikirkan the worst case scenario not during the normal days. Worst case scenario, apa yang berlaku? Saya beritahu kepada Yang Berhormat, pada tahun 2008 apabila Yang Berhormat Kubang Kerian membuat satu usul tergempar di dalam Dewan ini, apa yang dia katakan? Dia minta supaya food security beras pada waktu itu, semua berdiri, empat jam kita bermesyuarat, kita berdebat. Akhirnya conclusionnya apa? Supaya minta kerajaan bangunkan jelapang padi at the end you all also complaint about hendak buat jelapang padi, hendak buat empangan tetapi tidak mengapa, that beside the point. Akan tetapi saya hendak bagi satu insiden pada tahun 2008 Yang Berhormat, kenapa saya tahu ini Tuan Pengerusi? Ini kerana saya adalah Ahli Lembaga Pengarah BERNAS – is monopoly and I am very proud of it. Saya beritahu you Yang Berhormat, monopoly is not even oligopoly. Sekejap Yang Berhormat.
You want to debate, kita boleh kalau diizinkan pengerusi.
Sorry, minta maaf. Okey, Tuan Pengerusi saya hendak beritahu...
Because there are always the other side of the coins.
Ya, I am sorry. I don’t want to make it – I don’t want to personalize my argument. Tuan Pengerusi, 2008 apa yang berlaku, apabila krisis beras berlaku, shipment beras yang sepatutnya diberi atau dihantar ke Malaysia pada waktu itu cuba untuk di hijack oleh negara lain kerana semua negara mempunyai masalah beras pada waktu itu. Akan tetapi oleh kerana BERNAS sebagai satu entiti yang boleh dealing dengan importer, exporter itu secara besar-besaran, di back pula oleh kerajaan, importer, exporter itu tidak bermain kayu tiga dengan orang lain. Dia bagi kepada BERNAS. Akan tetapi pada waktu itu bayangkan kalau syarikat Ali, syarikat Abu dapat konsesi, syarikat Ah Chong dapat konsesi, I tell you sir at that time, we will have the real food security and food crisis. Itu sebabnya saya rasa kerajaan meletakkan kenapa monopoli ini penting. Pertamanya, untuk memastikan dengan entiti yang besar ini maka mereka boleh mendapatkan bekalan, yang keduanya kerajaan dapat kontrol mereka. Ini amat penting, katalah harga beras naik satu entiti seperti BERNAS boleh diarah untuk absorb the cost dan mendapat kerugian. Yang Berhormat Menteri, ada tahun-tahun yang tertentu di mana BERNAS rugi kerana kerajaan minta mereka absorb the cost of price increase in rice and not pass it down to rakyat.
Ya, baik Yang Berhormat.
Itu sebabnya oligopoli ada kebaikannya dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kota Belud, Tuan Pengerusi, kalau saya minta Yang Berhormat Kota Belud sedikit. That is antitrust law…
Yang Berhormat, biarlah Menteri jawab Yang Berhormat. Menteri tidak jawab lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk Yang Berhormat.
Tidak mengapalah, lain kali. Baik.
Perkara yang sama, sedikit sahaja.
Cukup.
Yang Berhormat...
Monopoli...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi, saya rasa cukuplah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Itulah jawapan dalaman Yang Berhormat, sebab dia daripada Ahli Lembaga BERNAS, dia dapat menyuarakan sebab saya di dalam kementerian yang lain tetapi itulah sebenarnya dalaman yang ada. Kadang- kadang Yang Berhormat, kepada syarikat-syarikat ini – sebab itu kita ada CSR. Dalam masa mereka membuat keuntungan, kita kecamkan mereka, mengatakan inilah kaya, ‘raja gula’, ‘raja tepung’, macam-macam raja tetapi dalam masa mereka kerugian, tidak ada orang bersimpati dengan mereka.
Ringkas sahaja, soalan.
Akan tetapi ini adalah semua di absorb oleh syarikat-syarikat yang telah menjadi pengilang dan juga mereka yang telah diberi AP untuk membawa masuk komoditi-komoditi macam ini khasnya untuk mengurangkan beban rakyat.
Okey terima kasih, secara ringkasnya berbalik kepada isu yang pokok, kita hendak luluskan subsidi sekarang ini yang dahulu RM200 juta hendak tambah kepada RM367 juta. Pokok pangkalnya sekarang, saya hendak tanya kepada kementerian, banyak jawapan diberi. Maknanya kontrak ini kontrak barukah sebab belanjawan tahun 2012 ini sudah tentu mengambil kira satu tahun punya keperluan sebab kita sudah bagi peruntukan subsidi RM200 juta untuk gula ini. Sekarang kita minta RM367 juta seolah-olah kontrak ini baru dibuat. Kalau baru dibuat, sungguh pun baru dibuat, sepatutnya kementerian sudah mengambil kira keperluan masa hadapan untuk sekurang-kurangnya satu tahun. Saya nampak seolah-olah macam kontrak atau nilai ini bergantung kepada penentuan pasaran. Kerajaan tidak boleh bertindak atas keperluan pasaran, kita ada kuasa untuk menentukan.
Yang Berhormat, bab itu saya belum masuk lagi Yang Berhormat.
Bab kedua, sebab Timbalan Menteri menyebut tentang jawapan tadi kata pengilang terpaksa tanggung dan sebagainya. Saya tidak nafikan tetapi sedar atau tidak, kita semua ini, mana-mana pengilang, pembekal, pemborong ataupun perniagaan yang mengalami kerugian, mereka ini boleh minta absorb dalam bentuk pengecualian cukai Yang Berhormat. Jadi, tidak timbul soal mereka ini merana dan merasa masalah, tidak timbul. Mereka boleh carry forward mereka punya kerugian dan perkara ini sebenarnya menjadi satu isu yang agak besar yang sepatutnya kita cari forum lain untuk kita debate, its policy matter. Terima kasih.
Yang Berhormat, sepatutnya perkara itu Yang Berhormat bercakap di dalam peringkat dasar kepada Kementerian Kewangan. Okey, Yang Berhormat bertanya mengenai bezanya. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya memang dari mula peruntukan kewangan yang diperlukan bagi
tahun 2012 sebenarnya memang kita sudah pack, RM567 juta tetapi kepada kelulusan peruntukan di bawah Bajet 2012, kita hanya diagihkan RM200 juta. Meaning to say, the shortfall di bawah bajet ini adalah RM367 juta yang kita pohon hari ini Yang Berhormat.
Bermakna kita telah buat unjuran. Okey Yang Berhormat, saya masuk kepada tepung sebab bajet ini memohon di bawah gula dan tepung. Yang Berhormat tidak banyak pula cakap pasal tepung. Yalah ada tadi sebut tepung sedikit. Bagi tepung pula Yang Berhormat, kita ada shortfall sebab yang kita perlukan adalah RM150,092,000 tetapi at the beginning of the budget kita diberikan RM113 juta. So, shortfall yang kita mohon di dalam supplementary ini adalah RM37,092,000. Untuk makluman, bagi tepung lagi ramai players. Ada 11 Yang Berhormat. Saya maklumkan, ini record sebab elok kita mengadakan perbahasan macam ini sebab kita dapat memberi sebanyak maklumat Yang Berhormat, supaya ada satu kesefahaman yang baik. Sebab ini adalah sesuatu yang elok untuk tidak kira sebelah mana kita berada, semua kita makan gula dan tepung. Jadi, ada 11 kilang iaitu FFM Berhad, JB Flour Mills Sdn. Bhd. FFM Flour Mills Sarawak, Kuantan Flour Mills Sdn. Bhd, Prestasi Flour Mills Sdn Bhd, Sabah Flour and Feed Mills, Lahad Datu Flour Mills Sdn Bhd, Sarawak Flour Mills, Seberang Flour Mills, Malayan Flour Mills dan United Malayan Flour Mills, 11 kesemuanya. Jadi Yang Berhormat, semua ini dan dengan keadaan sebegini, kita telah dapat mengekalkan harga pada RM1.35 sen sekilogram untuk rakyat kita. Bagi Yang Berhormat daripada...
Jadi, dengan kata lain Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Ya.
There is a solution to monopoly right? Adalah penyelesaian kepada monopoli, seperti Yang Berhormat Kota Belud kata, there is only one player.
Tidak, ia...
The more the better. You have a number, you ada satu jumlah, yang mana Sabah yang memberikan competition itu berlaku.
Insya-Allah Yang Berhormat, insya- Allah.
Dengan persaingan itu kita akan dapat menurunkan harganya. That is what you got to think.
Buat masa ini empat pengilang ini, but insya-Allah Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi, kita ada jawatankuasa tadi yang saya bacakan. So, siapa-siapa yang hendak masuk join the bandwagon, in fact memang digalakkan Yang Berhormat. Akan tetapi setakat ini memang empat inilah. So, nanti kalau ada more, mungkin kuota untuk satu-satunya akan diturunkan. Tadi sebenarnya bila saya menjawab, saya telah merangkumi beberapa Ahli Yang Berhormat tetapi ini sedikit sahaja mengenai kesihatan. Memang Yang Berhormat, kami pun bila ditanya atau di bawah Program Rasionalisasi Subsidi ada masa-masa kita hendak mencari jalan, mana-mana subsidi yang patut kita kurangkan. Jadi, kerajaan melalui PEMANDU kita telah mengadakan Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk semua barangan dan mengumumkan pelarasan semula subsidi gula pada Julai tahun 2010. Di antara banyak-banyak yang dikawal di bawah kementerian kita, gulalah yang pertama menjadi target kami. Memang desakan daripada pertubuhan-pertubuhan dan pihak kesihatan dan macam Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi, memang kita menjaga kesihatan Yang Berhormat. So, satu daripadanya memang kita target kepada gula dan syukur alhamdulillah kita dapat menjalankannya. Mungkin satu lagi siri rasionalisasi gula boleh dijalankan sebab nampaknya sambutan positif. Akan tetapi kita membuatkannya tidak secara drastik tetapi sedikit demi sedikit, kita telah dapat menjalankannya begitu baik sekali. Jadi, Yang Berhormat saya rasa yang banyak yang lain...
Saya curious. Tadi katakan subsidi untuk gula ialah 0.54 sen satu kilogram. Jadi, semua orang dapat harga yang sama. Untuk mereka yang membuat minuman yang manis seperti Pepsi Cola, Coca Cola dan juga kuih- kuih yang memerlukan gula yang banyak dan untuk komersial, adakah mereka juga mendapat subsidi yang sama seperti kalau kita beli satu kilogram?
Yang Berhormat, okey minta maaf Yang Berhormat ya. Yang tadi 54 sen adalah untuk household consumers. Akan tetapi bagi mereka yang industry players, yang memerlukan 500 tan. More than 500 tan mereka membeli pada harga tanpa subsidi iaitu RM2.84. Jadi, kita yang household consumers RM2.30. So, memang ada beza. Selepas itu tadi Yang Berhormat, saya belum lagi bagi. AP-AP gula juga Yang Berhormat, diberikan kepada industri. Saya lupa tadi Yang Berhormat. Kepada industri iaitu yang membuat susu manis, Nestle dan sebagainya, ia mendapat AP masing-masing sebab volume yang mereka gunakan itu adalah besar. Mungkin Yang Berhormat hendak mengetahui industri yang diluluskan AP untuk mengimport gula. Ini adalah sharing information Yang Berhormat iaitu Able Dairies Sdn Bhd, ia diluluskan AP 10,000 metrik tan, Malaysia Milk Sdn Bhd - 900, F&B Nutrition Sdn Bhd - 500, Etika Dairies Sdn Bhd - 10,000 metrik tan, Permanis Sdn Bhd - 2,000 dan Dutch Lady Milk Industries - 1,500. So, meaning to say ini adalah industri.
Kalau saya boleh tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Proportion, nisbah domestik punya subsidi dengan industri, berapa jumlahnya? 10:90? 20:80? Soalan ini kerap ditanya tetapi selalu dielakkan oleh menteri-menteri untuk menjawab. Akhirnya, berapa jumlah perbezaan subsidi ke domestik household use, isi rumah dan juga pada industri. Kalau boleh jawab spontanlah, kalau tidak, bertulis pun tidak apa.
Seperti yang saya katakan tadi, kita menggunakan formula dari segi 75%:25%. Ya, because open market dengan yang kita telah ikat dengan long term contract. Ya saya rasa Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan I think perbincangan kita, insya-Allah saya berharap telah memberi satu kesefahaman yang baik sebab sama-sama kita hendak menjaga rakyat yang kita kasihi semua. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM404,092,000 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM404,092,000 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala Bekalan B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu ambil seminit untuk rebut Yang Berhormat Kuala Selangor sedikit tentang isu monopoli walaupun dia sudah meninggalkan Dewan. Akan tetapi tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Saya cuma ingin ambil seminit untuk rebut isu dia tadi. Satu dia katakan monopoli, dia samakan beras dengan tepung, beras dengan gula. Tuan Pengerusi, saya kira pandangan itu agak salah sedikit kerana beras ini adalah makanan ruji sebab itu kalau monopoli itu penting bagi menjaga...
[Menyampuk]
No, one minute. It’s okay, it’s okay. Baru tadi Tuan Pengerusi, kita adakan AGM Bernas. BERNAS, untung dia jatuh dan yang ketiga, BERNAS ini public listed. Kalau Yang Berhormat mengatakan...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sekejaplah. Saya akan masuk, don’t worry. Yang Berhormat Kuala Selangor...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sekejap Yang Berhormat, sekejap. Tidak apa, tidak apa, It’s okay, it’s okay. Sekejap, satu minit. Saya minta kebenaran satu minit sahaja tadi. Yang Berhormat, sekejap sahajalah Yang Berhormat...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
BERNAS adalah public listed. Saya jangkakan kalau Kuala Selangor, Indera Mahkota mengatakan BERNAS buat duit, pergi beli saham dan akan sama-sama untung.
Tuan Pengerusi, saya masuk kepada Maksud B.27 – Kementerian Kerja Raya. Saya mempunyai masalah sedikit dengan jumlah RM445,803,000 ini iaitu untuk diperlukan lagi untuk membiayai keperluan tambahan bayaran pampasan tol. Walaupun kerajaan berhasrat baik tetapi saya kira kerajaan juga kadang-kadang harus mempertimbangkan apa yang dihujahkan oleh pembangkang selalu kerana mengubah ataupun menghapuskan tol ataupun tambahan tol ini adalah tidak adil kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Pembangkang mengatakan hapuskan tol. Jadi kerajaan terpaksa memberi pampasan yang lebih kepada concessionaire mengikut undang-undang, mengikut perjanjian tetapi Tuan Pengerusi, RM445,803,000 ini bayangkan rakyat Sabah tidak ada kena-mengena dengan tol ini. Ini tidak adil kerana kerajaan membelanjakan sesuatu yang diminta oleh pembangkang, yang ditekan oleh pembangkang.
[Menyampuk]
Saya selalunyalah apabila saya mendengar hujah Buku Jingga mengatakan hendak memansuhkan tol, apa kena-mengena dengan rakyat daripada Sarawak dengan Sabah? Kenapa kita perlu korbankan RM445 juta ini sedangkan RM445 juta ini boleh kita beli, boleh kita bina sekolah menengah RM10 juta, 445 sekolah yang kita boleh letak di Beluran, Tuan Pengerusi. Di Kota Belud, di Kanowit, di Labuan, di Mambong, kenapa pembangkang mahukan perkara ini berlaku sedangkan saya kira kalau RM445 juta ini diberi kepada concessionaire tol ini kerana keperluan tambahan, ini tidak berlaku adil kepada orang lain. Di Sabah tidak ada tol. Kenapa kami di Sabah tidak deprive dengan izin, RM 445 juta? Saya kira tidak betul. Oleh sebab itu kerajaan harus menimbangkan. Saya faham maksud kerajaan tetapi semua ini saya kira bermula daripada tekanan yang bermotifkan politik semata-mata daripada pihak pembangkang. Mereka jajarkan Buku Jingga. Dalam Buku Jingga itu dikatakan tol dihapuskan tetapi kenapa kerajaan Pakatan Rakyat mahu bertindak zalim kepada rakyat Sabah dan Sarawak?
[Menyampuk]
Ya what? You hendak hapuskan tol. You hendak gunakan wang rakyat, wang kerajaan, bajet kerajaan dan you know that kita kena buat pampasan kepada tol concessionaires ini. Maknanya RM445 juta yang diminta sekarang ini adalah RM445 juta yang tidak dapat dibelanjakan untuk infrastruktur Sabah dan Sarawak. RM445 juta yang juga boleh digunakan untuk negeri Kelantan yang masih mundur lagi. Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Rakan saya Yang Berhormat Kota Belud, dia berhujah tentang konsesi tol tetapi dia tidak konsisten. Hujahnya kalau kita hendak buat, negara muflis, negara bankrap. Kita hendak
bagi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, RM5 bilion dia kata bankrap. Kita hendak bagi kenaikan 20% royalti petroleum, gaji lagi dia kata bankrap juga. Jadi come onlah Yang Berhormat Kota Belud, please be profesionallah. Jadi saya harap kita harus melihat itu pada skala yang besar dan janji yang kita janjikan bukan bulan dan bintang, itu praktikal. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kota Belud, boleh mencelah? You can jawab dua-dua. Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud buat hujah tadi, Yang Berhormat kata kita tidak adil kepada rakyat Sabah sebab duit ini boleh digunakan untuk rakyat Sabah tetapi tanggapan dalam hujah itu adalah berdasarkan kepada kontrak ini, kontrak kepada concession ini dan keperluan pampasan dibayar dan pampasan itu terus dibayar. Saya mahu minta penjelasan dan minta pandangan daripada Yang Berhormat Kota Belud, isu pampasan ini, itu yang jadi masalah bagi kita di Pakatan Rakyat sebab kontrak-kontrak yang telah dibuat di antara Kerajaan Barisan Nasional, UMNO Barisan Nasional dengan kroni-kroni mereka ini adalah kontrak ini juga. Kontrak ini berat sebelah kepada kroni-kroni ini. Ini yang punca masalah dia jadi sebab itu kalau Yang Berhormat Kota Belud telah baca belanjawan yang kita bentang, belanjawan daripada Pakatan Rakyat bukan daripada BN yang kita bentang, kita bawa di sini untuk dibahaskan tahun lepas, Yang Berhormat Kota Belud boleh perhatikan kita bercadang buat satu unfair contract term act dengan izin. Kita boleh kaji semula kalau kita dapati terma-terma kontrak-kontrak ini memang terlalu berat sebelah dan terlalu membebankan rakyat secara tidak adil, kita boleh kaji semula dan bagi kita tidak ada masalah dengan itu. Jadi isu pampasan ini memang kita akan tangani macam itu. Kita faham itu but the basic issue is kontrak-kontrak ini tidak boleh dibiarkan dan diteruskan membebankan rakyat secara keseluruhan termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak. Minta penjelasan.
Satu soalan tambahan juga.
I can’t resist a lady request. Silakan.
Terima kasih. Ringkas sahaja. Saya rasa Yang Berhormat Kota Belud tidak setuju dengan usaha Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tol ataupun memansuhkan tol kerana ini akan membebankan rakyat di Sabah. Jadi saya hendak tanya di sini. Pada 1 Mac, Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa dua tol di Lebuhraya Kajang-Cheras akan dimansuhkan dan oleh sebab itu kita perlu bayar RM120 juta sebagai pampasan. Jadi saya hendak tanya di sini, dalam pandangan Yang Berhormat, adakah pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri kita itu baik untuk rakyat di Sabah, itu adil untuk rakyat di Sabah atau tidak?
Terima kasih ketiga-tiga rakan saya daripada pembangkang. Cukup. Satu daripada PAS, satu daripada DAP, satu daripada PKR. Tuan Pengerusi, betullah apa Yang Berhormat Kubang Kerian kata tadi, mereka bukan menjanjikan bulan dan bintang. Mereka hanya menjanjikan galaksi cakerawala, milky way bukannya bulan dan bintang, jauh lebih besar daripada itu. Itu satu. Yang Berhormat Kubang Kerian, saya hendak bagi tahu, masalahnya Yang Berhormat Kubang Kerian, apabila pembangkang ini bercerita, dia selalu dalam isolation. Kalau cerita mengenai PTPTN, cerita mengenai PTPN. Dia tidak sentuh benda yang lain. Dia pergi ke Sabah, dia akan cerita pasal apa, dia akan cerita pasal 20% royalti minyak dan cerita pasal PTPN. Dia in compartmentalize. One day I wish, satu hari seorang mungkin perlu gunakan kalkulator tally down, tally up all the janji-janji daripada pihak pembangkang, saya bagi tahu. Jangan lupa Yang Berhormat menjanjikan minimum income for household RM4,000 sebulan, jangan lupa yang itu. Itu dekat RM40 bilion. Yang Berhormat hendak bagi wifi, itu pun berbilion. Banyak lagi Yang Berhormat. Saya sudah buat artikel tentang itu, baca blog saya baru Yang Berhormat mungkin boleh masuk UMNO selepas ini.
Ya tetapi Yang Berhormat Kota Belud kena faham betul-betul apa kita cakap dulu.
Sekejap, sekejap. I will answer you sir, I will answer you.
Okey, all right.
Now I go to Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Subang mengatakan ubah. Betul. Sekarang ini saya kira datang daripada seorang lawyer itu agak mengecewakan saya sebagai seorang peguam sebab sanctity of agreement is very important. Okey, loopholes terma-terma yang tidak adil you want to bring, fine. It’s your own interpretation, tetapi seperti mana yang kita selalu tahu, di Selangor juga benda yang telah lama berlaku. Di Selangor, ada syarikat-syarikat konsesi yang dikatakan kroni UMNO yang menyelenggarakan beberapa projek secara jangka panjang di negeri Selangor. Why isn’t there one single agreement ini Selangor rescinded by Pakatan Rakyat? Why? Not even one, not even one satu agreement atau perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional di Selangor yang sebelum ini dikatakan berat sebelahlah, concession dan sebagainya tidak diubah oleh Kerajaan Negeri Selangor. You know why Tuan Pengerusi? Ini kerana Tuan Pengerusi, mereka juga terpaksa akur kepada sanctity of agreement.
[Bangun]
Jadi saya kira akta yang akan dibawa oleh Yang Berhormat Subang itu fine, itu untuk future businesses, that’s fine.
Boleh saya mencelah?
Sekejap. Saya habiskan dulu. Kepada Yang Berhormat Serdang, saya jawab dulu Yang Berhormat Serdang.
Saya katakan saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma saya katakan ialah kerajaan harus hati-hati kerana pada saya, saya mewakili suara rakyat orang Sabah dan Kota Belud yang terpaksa deprive, yang telah being deprived dengan izin, of this RM445 million just because of konsesi tol yang ada di Lembah Klang ini diubah termanya. Saya cuma ingin memberitahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dengan RM445 juta ini yang boleh buat sekolah di Kinabatangan, di tempat saya, di Lubok Antu. Ini kekecewaan kita dan kalau kita boleh bantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu sebabnya Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Serdang pernah pergi ke Kota Belud. Yang Berhormat Serdang selalu berucap di Kota Belud kata kita sayang kepada rakyat Sabah tetapi dengan tuntutan Buku Jingga untuk menghapuskan tol ini, it will also menzalimi rakyat Kota Belud. Jadi it’s up to you.
Sudah habis masa Yang Berhormat.
Sudah habis? Saya sudah ambil masa Yang Berhormat. It’s okay. Jadi saya cuma ingin katakan kepada Yang Berhormat Menteri, ini saya kira satu masalah dan saya kira tidak mengapa kita luluskan kali ini tetapi pada masa-masa yang akan datang kena imbangi keperluan rakyat Sabah dan Sarawak juga dengan keperluan orang-orang penduduk di Lembah Klang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya mengambil bahagian di bawah Maksud B.27. Tuan Pengerusi, dalam Dewan yang mulia ini saya telah pun bertanya kementerian banyak kali. Saya rasa isu yang berbangkit Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah ini ya. Saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi tetapi seperti biasa dia tidak faham isu. Isu yang berbangkit adalah ini. Kita kalau boleh Tuan Pengerusi, kalau boleh kita pun tidak hendak bayar pampasan. Persoalan yang timbul adalah kenapa kita kena bayar pampasan sebegini? Siapa yang menyebabkan perlunya ada bayaran pampasan-pampasan ini? Siapakah yang telah menandatangani perjanjian- perjanjian di mana syarat-syarat perjanjian tersebut sangat berat sebelah sehingga orang
khususnya di kawasan Puchong dan banyak juga di kawasan lain di Selangor, memang pada hari-hari terasa akibat daripada menandatangani perjanjian tersebut. Jawapannya cukup jelas. Jawapannya kerajaan Barisan Nasional. You sign agreements like this yang menyebabkan rakyat tempatan mengalami tekanan, masalah. Selepas daripada itu apabila kita dalam Pakatan Rakyat kita meminta penjelasan, kita meminta kerajaan Barisan Nasional supaya ambil tanggungjawab, take responsibility for what you have done, signing contracts like this. Apabila kita minta apa yang kamu buat Barisan Nasional, Barisan Nasional kata okey, kita tidak akan meningkatkan jumlah tol, dengan itu kita kena bayar balik pampasan. Jadi pampasan itu timbul oleh kerana tindakan kecuaian pihak Barisan Nasional. So isunya cukup senang. Yang Berhormat Kota Belud, bukan soal berkenaan dengan sama ada ataupun tidak kita hendakkan. Kalau boleh kita pun tidak hendak pampasan. Kita pun tidak mahu bayar. Jadi isu yang berbangkit adalah cukup senang. Jadi di sini saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya memberi tahu apabila perjanjian-perjanjian sebegini ditandatangani, pada masa ianya ditandatangani memang kerajaan tahu permintaan daripada konsesi meminta. Okey kita sekarang sudah mengeluarkan wang sekian, sekian di mana modal dikeluarkan. Ini perjanjian di mana kita harap untuk kita dapat mengembalikan. Kita dapat kumpul balik wang yang kita keluarkan dari segi modal dan juga kita ada margin, dengan izin Tuan Pengerusi, margin for profit. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bila kita memasuki perjanjian seperti tersebut, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan apabila mengkaji perjanjian tersebut dari segi volume of traffic test. What is the volume of traffic? Adakah volum trafik tersebut dalam sepuluh tahun akan meningkat atau berganda sepuluh kali? Misalnya di Puchong. Saya sudah tanya beberapa kali Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta maaf tetapi sehingga bila? Apabila kita bina LDP di Puchong, kita tahu berapa kosnya. Kita tahu volume of traffic. Masa itu dalam tahun 1990, volume of traffic - low. Kita tahu kalau kita beri konsesi sehingga tahun 2030, volume of traffic got increase. Kalau volume of traffic increase dengan izin, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak mungkin harga tol juga akan increase. Itu apa yang berlaku. Daripada wang RM1 sekarang kita masuk sahaja RM1.60. Saya diberitahu sehingga RM3.20 tetapi oleh kerana kerajaan tidak mahu meningkatkan kepada RM3.20 ini ada perlunya untuk bayaran pampasan. That is how it works. So saya hendak tahu apakah tindakan? Perkara yang pertama Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kerajaan Barisan Nasional sedia menerima bahawa kesan kecuaian pada pihak Kerajaan Barisan Nasional dalam membenarkan perjanjian-perjanjian tersebut. Ini yang mengakibatkan kita perlu bayaran pampasan pada hari ini. Itu satu. Can we accept? That is because of the negligence on part dengan izin, of Barisan Nasional in the way in which these contracts are drafted that today people of Malaysia have to suffer, satu dan juga kerajaan perlu bayar pampasan. Itu satu. Keduanya, bagaimana, sehingga tahap mana, to what extent? Sehingga tahap bila? Setiap bajet kita ada, setengah bilion. This Tuan Pengerusi, also comes up dekat setengah bilion, RM400 over million. Setakat bila kita akan minta? Minta rakyat untuk bayar? Wang seharusnya digunakan untuk tujuan lain. Saya cukup setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Wang ini boleh digunakan untuk tujuan lain. Membina sekolah, membina hospital. Itu kita lihat tetapi apakah tindakan kerajaan Barisan Nasional untuk memperbetulkan kesalahan, kesilapan, kecuaian ini? Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi. Again we see general statement. Dia kata okey, Kerajaan Negeri Selangor selepas mengambil alih tidak mengambil sebarang tindakan pun untuk menidakkan ataupun mematahkan perjanjian yang berat sebelah. Itu salah. Kalau sesiapa pun tahu, we know. Isu Syabas, air Kerajaan Negeri Selangor itu lawan kerana isu berkenaan dengan perjanjian yang tidak betul. Itu satu. Keduanya, Alam Flora. Itu pun menjadi satu isu di mana tindakan diambil kerana kita rasa bahawa memang syarat-syarat perjanjian tersebut tidak ada. Itu dua sahaja saya sebutkan. Ada lagi tetapi kita tidak lihat inisiatif pada pihak Barisan Nasional. Every time saya bangun di sini, tanya soalan. Jawapan yang diberikan kita akan minum teh, makan nasi lemak, kita bincang. Tidak bolehlah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cukup gembira hendak berjumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Let me put this way. One of the best Timbalan Menteri yang saya pernah jumpa. Memang. I have the most
respect for you Dato’. You know that but I can’t tell my constituent that all the time. Kita hendak jawapan! Orang kawasan Puchong itu bukan orang kaya. Kita semua tahu Puchong itu sudah wujud sejak tahun 40-an, 50-an semua ada. Kalau kita pergi ke Sri Serdang, lihat berapa ramai orang miskin di situ. Orang Cina, Melayu, India semua miskin. Hendak masuk keluar sekali hendak bayar RM1.60, tidak boleh! Walhal di kawasan Putrajaya tepi situ. You go to Putrajaya semua bangunan tinggi-tinggi dan sebagainya. Lebuh raya besar tetapi tidak ada tol. So isunya ini. Kalau kerajaan Barisan Nasional ikhlas, betul-betul hendak selesaikan masalah ini, boleh. Kita boleh bina jalan raya di mana kita membenarkan ruang. At least provide alternative. Di Puchong tidak ada alternatif pun. Hendak masuk Subang Jaya, kena tol. Hendak masuk Sunway, kena tol. Hendak pergi Bukit Jalil, kena tol. Semua tempat pun kena tol macam satu kubu tol di situ. So kenapa rakyat Puchong dikenakan tindakan sedemikian. Saya tidak faham. So di sini kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak minta kepada kita sokong hendak luluskan bajet RM400 lebih juta untuk tujuan ini, memang kita tidak ada pilihan. Apakah pilihan lain Barisan Nasional berikan kepada rakyat? What are the alternatives apart from coming back here and continuously asking us to carry on approving this kind of budget. So di sini saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan saya satu jawapan. Apakah kerajaan Barisan Nasional akan mengambil tindakan untuk menghapuskan tol khususnya di kawasan Puchong memandangkan kawasan tersebut semua jalan masuk keluar kecuali dua ada tol dan setakat mana kalau pampasan ini dibayar, saya hendak tahu what is the breakdown? Dibayar untuk mana, untuk siapa dan untuk jangka masa sampai bila? These are the questions that I need answers too Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Saya terpanggil dan isu ini saya pun telah bahas sejak saya menjadi wakil rakyat tahun 1999 sampai keluar satu lagu, tol sana, tol sini. Semua pun dia pasang tol. Jadi akhirnya, saya tidak nampak jalan penyelesaian sebab kerajaan sebetulnya telah over look, melihat bagaimana contract of agreement itu boleh berlaku. Kalau dimansuhkan tol, perlu ada pampasan. Setahu saya, yang duduk Menteri Kewangan Ketika Itu Ketua Pembangkang. Jadi saya sebab ini memang sudah di situ. Jadi bermakna Yang Berhormat Permatang Pauh terlibat secara langsung untuk menjayakan tol ini. Jadi ini penjelasan sama saya. Walaupun saya sakit hati, sebab ini perkara Tuan Pengerusi, melibatkan di Semenanjung. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam masa yang sama, di Sabah juga, saya pun sudah cakap banyak kali. Ada dua konsesi lagi, pemegang konsesi naik taraf baik pulih jalan lebuh raya antara Kota Kinabalu dan Sandakan dan Sandakan dan Tawau. Malangnya dua-dua syarikat ini tidak perform well, tidak bertanggungjawab tetapi konsesi masih diteruskan. Apakah tidak boleh dipotong kelulusan itu sebab mereka tidak berprestasi untuk memberi jalan raya yang baik kepada pengguna. Ini kita guna pampasan RM400 juta lebih untuk bayar tol. Dalam masa yang sama kita kehilangan punca macam mana hendak memperbetulkan keadaan. Jadi saya minta kementerian ada beberapa sahaja, tetapi satu nama syarikat saya lupa, Syarikat Gemalai. Satu lagi syarikat untuk baik pulih jalan, apa ini? Lupa nama dia. Jalan PBT iaitu diberi nama syarikat Gemalai, satu lagi saya lupa nama. Akan tetapi saya ingat, Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu sebab saya sudah bangkitkan lama. Jadi kalau boleh saya minta kerajaan ambillah tindakan batal konsesi kontrak untuk Jalan Persekutuan di Sabah ini sebab terlalu menderita rakyat Sabah. Kereta baru beli sudah rosak, kemalangan banyak berlaku, maut banyak berlaku. Akan tetapi kalau di sini mungkin
sudah huru-hara. Oleh sebab ia di Sabah, maka tidak ada apa-apa respons diambil. Saya terus terang, saya mewakili rakyat Sabah dan Kinabatangan, saya mahu perkara ini diambil tindakan. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Bharu.
Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi membahaskan Maksud B.27, Kementerian Kerja Raya yang melibatkan tambahan sebanyak RM445.803 juta yang juga melibatkan pembiayaan keperluan tambahan, bayaran dan penyelenggaraan Jalan Persekutuan sebanyak RM20 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai dengan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Kedua yang menghubungi Kota Bharu dengan jajahan Tumpat. Ia telah diberikan kepada satu syarikat dengan nama I.S. Resources Sdn. Bhd., milik seorang pemimpin kanan Pemuda UMNO di negeri Kelantan. Ia mula dibina pada 7 Jun 2007 dan setelah lima tahun, jambatan itu masih belum dapat digunakan. Walaupun jangkaan awalnya sepatutnya siap dalam tempoh tidak sampai dua tahun setengah iaitu pada Disember 2009. Apabila pihak kontraktor memohon, maka tempoh lanjutan masa diberikan kepada Disember 2010. Apabila tidak siap, dia mohon lagi. Diberikan pula tempoh lanjutan kepada Ogos 2012. Di dalam soalan saya pada 13 Jun 2012 yang lalu dinyatakan oleh pihak kementerian bahawa jambatan ini belum juga siap dan tidak mungkin dapat disiapkan pada 30 Ogos 2012. Pihak JKR tidak dapat memastikan bila tarikh sebenar siap jambatan oleh sebab tempoh siap sebenar projek ini akan hanya dapat ditentukan setelah JKR meneliti cadangan penjadualan projek yang baru yang akan dipohon oleh pihak kontraktor. Jadi saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya menyatakan apabila dua, tiga kali tempoh EOT ini dilanjutkan tetapi belum juga siap dan pihak kementerian pernah menyatakan di dalam Dewan ini bahawa kalau tidak siap maka denda sebanyak RM26,000 satu hari akan dikenakan kepada pihak kontraktor tersebut setiap hari sehingga siapnya jambatan. Jadi, ini merupakan suatu bebanan kepada pengguna-pengguna jalan raya terutamanya yang berada di jajahan Tumpat, Pasir Mas, di seberang Sungai Kelantan. Kita akan menyambut Hari Raya Puasa pada 19 Ogos yang akan datang, insya-Allah. Ini sekali lagi akan berlaku suatu malapetaka yang cukup-cukup besar apabila jambatan yang digunakan sekarang yang hanya ada satu laluan ke seberang dan satu laluan ke Kota Bharu dibina oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1964 dahulu. Jadi sampai projek yang sepatutnya berharga RM150 juta tidak siap dalam tempoh lima tahun, jadi saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya meneliti dan oleh sebab panjang jambatan ini hanyalah 800 meter, jadi mohon kepada pihak-pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberi kepastian...
Mencelah sedikit.
Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat.
Ya, sila.
Saya dengar berita baru- baru ini, Yang Berhormat Menteri Besar Kelantan ada mengumumkan untuk pembinaan lebuh raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Tadi Yang Berhormat Puchong mengatakan bahawa agak malanglah untuk orang Puchong terpaksa menggunakan lebuh raya untuk keluar dan terpaksa membayar tol setiap hari. Jadi oleh sebab Kelantan berusaha membina lebuh raya dengan anggaran kutipan derma RM1 seorang, kita hendak tanya, bila jangkaan siap lebuh raya tersebut? Kita juga hendak tanya, kalau Kelantan boleh binakan satu lebuh raya dan kita selalu mengutuk mengatakan perjanjian konsesi berkenaan lebuh raya ini menguntungkan kepada pihak yang membina, apa salahnya kerajaan negeri Selangor sendiri mungkin boleh membina laluan alternatif kepada projek lebuh raya supaya rakyat Puchong tidak terpaksa
menggunakan tol. Sebab ini merupakan pilihan-pilihan yang boleh dibuat kerana kalau kita minta orang lain menyediakan lebuh raya, tentulah mereka hendak mengaut keuntungan sebagai satu perniagaan. Bagaimana dengan persoalan saya? Terima kasih.
Tuan Pengerusi, dengan izin pembinaan Lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai ini dibina dan sudah pun diberi jaminan tidak akan ada tol. Projek yang bernilai RM1.8 bilion ini akan dibayar kepada dua kontraktor yang bersetuju membinanya dalam tempoh 25 tahun, bayaran tertunggak 25 tahun. Maknanya dia buat dahulu, dia guna modal dia dahulu dan kerajaan akan membayar balik dalam tempoh 25 tahun. Kalau dikira RM1.8 bilion dalam tempoh lima tahun, kerajaan hanya kena bayar RM6 juta satu bulan sahaja. Keuntungan kepada rakyat. Negeri tidak ada untung, rakyat yang untung. Ini kerana perjalanan daripada Kuala Krai ke Kota Bharu itu pada setiap musim perayaan, sepatutnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu itu hanya memakan masa enam jam. Akan tetapi kadang-kadang anak-anak kita terpaksa menempuh perjalanan 14 jam, kadang-kadang 16 jam. Kadang-kadang yang lebih teruk lagi, kita yang hendak balik ke Kota Bharu ini terpaksa masuk ke Bandar Bentong, masuk ke Bandar Raub. Jadi tolong memakmurkan Bandar Bentong dan Bandar Raub di Pahang itu sebelum sampai ke Gua Musang.
Jadi insya-Allah lebuh raya yang akan dibina ini akan dibuat dengan kewangan kerajaan dan juga derma daripada rakyat Kelantan seluruhnya.
Bila bermula agaknya? Bila bermula?
Sudah pun bermula.
Sudah bermula.
Perkara-perkara yang bagi setengah pihak menakjubkan ini sebenarnya bukan perkara yang pelik. Buku Jingga itu sebenarnya tidak pelik. Kalau boleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Hulu Terengganu, kalau boleh esok apabila Yang Berhormat Mulia Gua Musang sampai tolong tanya Yang Berhormat Mulia Gua Musang. Bagaimana manifesto yang dibuat masa angkatan perpaduan ummah pada tahun 1990 dahulu, pendidikan percuma, perubatan percuma. Perubatan percuma ini saya pergi ke Sungai Golok ada keluarga yang masuk hospital, dia bayar RM4 sahaja 40 bath dan dia boleh dapat kemudahan semua sekali. Sahabat saya pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia minggu lepas untuk buat scan kepala MRI. Kena bayar dahulu sebelum buat sebanyak RM1,150. Bandingkan Hospital Universiti Sains Malaysia kita kena bayar RM1,150, di Sungai Golok Thailand RM4 sahaja. [Disampuk] Bukan inilah yang menyebabkan Thaksin Shinawatra popular sampai hari ini walaupun tidak ada dalam negeri. Ini juga akan berlaku kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, insya-Allah. Balik kepada persoalan Jambatan Sultan Yahya Kedua Tuan Pengerusi. Saya mohon kepada pihak kementerian supaya dapat memberikan suatu penilaian dan sebagai suatu rumusan supaya kami di Kelantan tidak menjadi mangsa kepada permainan setengah-setengah pihak yang mengambil keuntungan yang awal. Kemudian apabila tidak dapat melaksanakan maka melepaskannya kepada kontraktor-kontraktor yang baru, yang bertungkus-lumus untuk cuba menyiapkan. Satu orang sahabat saya daripada Kota Bharu buat satu posting dalam Facebook, mengenai dengan apa yang tiang yang dipasang di dalam sungai, di dalam air dalam sungai. Ada tiga tiang yang dibuat dalam gambar Facebook itu. Dua tiangnya bagus, satu tiangnya diistilahkan dengan bahasa Kelantan ‘kelok’. Kelok ini maknanya jatuh makna tidak seperti tiang yang dua jadi ini mungkin akan melambatkan lagi. Jadi saya tidak mahulah projek yang hanya bernilai RM150 juta berlarutan sekarang sudah pun lima tahun dan memalukan Yang Berhormat bekas Perdana Menteri yang hadir sendiri untuk meletakkan batu asas. Janganlah sampai 10 tahun baru dapat digunakan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sentuh juga tentang tol ini kerana berkaitan dengan jalan-jalan bertol. Jadi Tuan Pengerusi, saya berpendapat bahawa mungkin untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang cuba hendak kelirukan rakyat Malaysia dengan tokok tambah fakta dan sebagainya. Mungkin pihak kementerian sudah boleh membentangkan semua kos yang terbabit dengan pembinaan satu-satu lebuh raya. Ini kerana pada saya, kos membina sebuah lebuh raya bukan satu kos yang straight forward bukannya mudah, banyak melibatkan kewangan. Umpamanya kalau ianya melibatkan perjanjian yang berat sebelah. Mungkin juga perlu dilihat dari sudut kalau kita mahu supaya satu-satu perjanjian itu lebih memihak kepada kemahuan kita sebagai kerajaan. Apakah ada bank yang sanggup menajanya? Misalnya. Adakah ada bank yang sanggup menaja ini kerana melibatkan tempoh yang panjang kerana kosnya yang besar dan mengandungi banyak komponen misalnya kos bank, kos bahan, kos kenaikan harga barang, kos pengurusan, kos penyelenggaraan, kos nilai mata wang dan sebagainya, kos pelaburan dan juga melibatkan banyak investor dalam dan luar negeri. Pelabur juga bukan setakat pelabur individu ia melibatkan pelabur kita juga umpamanya EPF, PNB dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat Hulu Terengganu, saya fikir kita menyambut baiklah rancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besarnya untuk membina jalan lebuh raya daripada Kota Bharu ke Kuala Krai. Saya rasa itu tidak bolehlah kita pandang remeh, tidak boleh kita pandang sepi. Ini kerana itu adalah satu pendekatan yang baik, satu tujuan yang baiklah yang penting jadi jalan. Kalau dia kata 25 tahun, 25 tahunlahkan? Kalau ditakdirkan kita hidup lagi nanti, mungkin kita boleh saksikan jalan tersebut menjadi satu kenyataan dan tidak menimbulkan masalah kepada kewangan negeri berkenaan. Apa yang penting mereka buat, kita tidak pertikaikan. Akan tetapi saya hendak menjurus di sini lebih kepada kita mestilah rasional dalam bab ini. Kita jangan cuba keliru atas fakta-fakta yang sedia ada. Jadi saya mengesyorkan kepada pihak kementerian supaya dapat menyediakan satu laporan terperinci tentang kos- kos yang terlibat dalam semua yang melibatkan semua komponen, jadi rakyat tidak keliru. Saya yakin kalau pihak Kementerian Kerja Raya dapat memperhalusi perkara tersebut dan dibentangkan kepada rakyat, soal kekeliruan tidak timbul. Saya yakin juga pihak pembangkang akan bersetuju dengan pendekatan yang telah pun dibuat oleh kerajaan dahulu dan juga sekarang. Ini kerana pokoknya ialah mesti ada satu pernyataan dan semua pihak boleh berfikiran rasional. Seperti yang saya sebutkan tadi misalnya, pihak bank tidak mungkin menaja kalau sesuatu perjanjian itu tidak ada jaminan yang mereka yakin. Kalau misalnya perjanjian itu memang memihak kepada kerajaan, mungkin bank tidak menaja dan sebagainya. Ini perkara-perkara yang pokok yang pada saya perlu pihak kementerian jelaskan dan saya yakin ini akan akhirnya dipersetujui oleh semua pihak. Saya rasa Tuan Pengerusi, itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas. Saya ingin menyentuh isu di bawah kod nombor 050100. Walaupun Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia dalam tahun 1963, sebagai rakan setaraf dengan Semenanjung Malaysia tetapi Sabah dan Sarawak telah sepanjang masa ini diabaikan dan terpinggir dari arus pembangunan Kerajaan Persekutuan. Dari segi infrastruktur Sarawak adalah 20 tahun di belakang Semenanjung Malaysia. Walaupun Kerajaan Barisan Nasional cakap banyak tentang 1Malaysia yang kononnya kami di Sarawak adalah setaraf dengan Semenanjung Malaysia, namun kami di Sarawak tidak ada satu highway pun. Sekurangnya-kurangnya
keadaan Pan Borneo Highway walaupun namanya highway tetapi ia bukan satu highway harus dipertikaikan. Bolehkah saya diberitahu berapa jumlah telah diperuntukkan untuk menambahbaikkan Pan Borneo Highway dalam 10 tahun kebelakangan ini? Oleh kerana kejadian kemalangan yang sering berlaku di Trunk Road itu, orang ramai telah menggelarnya “Trunk Road to Hell” dengan izin. Di antara tahun 2008 hingga Mei 2012, sudah ada 10,402 - saya cuba lagi ya. Sebanyak 10,424 kemalangan telah berlaku di jalan ini, di antaranya 380 kes kemalangan maut. Ini isu serius dan statistik ini we cannot accept dengan izin. Saya berpendapat bahawa Sarawak tidak patut diabaikan sebegitu oleh Kerajaan Persekutuan.
Di kawasan saya di Sibu, salah satu Jalan Persekutuan adalah jalan dari Lapangan Terbang Sibu ke Bandar Sibu. Orang Sibu berasa malu semasa menyebut jalan itu. Ia amatlah tidak rata, sepanjang jalan itu dengan izin, undulating and uneven. Semasa hujan, terdapat banyak lopak-lopak air iaitu water puddle di tengah jalan. Saya sendiri telah menyaksikan kereta berpusing-pusing semasa terkena lopak-lopak air itu dan mengakibatkan kemalangan. Kenapa jalan itu tidak diberikan perhatian yang sewajarnya? Bolehkah Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa jalan tersebut akan diperbaiki dengan baiknya? Amatlah tertera bahawa kontraktor yang diwajibkan untuk menyelenggarakan jalan itu tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka harus digantikan dan disenaraihitamkan. Inilah akibat daripada memberi kontrak penyelenggaraan jalan kepada kroni-kroni Barisan Nasional dan bukannya kepada kontraktor-kontraktor yang berupaya. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan...
Kalau dapat Yang Berhormat, tumpukan perhatian kepada agenda yang dibangkitkan. Kita ada lagi banyak kementerian.
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tidak payahlah hendak rebut argument, itu tugas Menterilah.
Pertamanya berkenaan dengan pampasan tol. Khususnya kepada orang di Terengganu, kita tidak begitu mempersoalkan tentang bayaran tol Lebuhraya Pantai Timur tetapi yang kita persoalkan ialah mengapakah lebuh raya tersebut lambat disiapkan sebagaimana yang dijadualkan? Jadi kita harapkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan – mengikut pengalaman kita menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dari Terengganu sampai ke Kuala Lumpur, sepanjang masa bila kita gunakan, sentiasa berlaku pembaikan, penyelenggaraan lebuh raya tersebut. Jadi timbul persoalan kepada kita tentang mutu penggunaan bahan-bahan penyelenggaraan ini. Kemungkinan ada pihak-pihak kontraktor yang menggunakan bahan- bahan penyelenggaraan ini tidak mengikut spesifikasi sebagaimana yang kita harapkan yang ditetapkan dalam tender dan sebagainya. Kedua tentang penyelenggaraan yang diserahkan kepada Syarikat Roadcare yang sentiasa membuat penyelenggaraan untuk kerja-kerja pembaikan Jalan Persekutuan ini. Kita dapati bahawa ianya menimbulkan masalah kerana di samping mutu pembaikan yang dilakukan, tetapi kerja-kerja pelaksanaan tersebut mungkin kerana ia terpaksa melakukan secara berkala kerana terutamanya pada musim hujan, menyebabkan kelewatan untuk membaiki kerosakan jalan sehingga berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.
Kita merasa begitu sedih kerana bila laporan-laporan dibuat, proses penyelenggaraan dan pembaikan lambat dilakukan kerana walaupun ianya merupakan tanggungjawab syarikat tersebut tetapi biasanya terpaksa mencari kontraktor-kontraktor tempatan yang kadang- kadang tidak terikat dengan kehendak syarikat besar ini. Saya juga ingin menjelaskan bahawa kerosakan jalan yang teruk dan menyebabkan perbelanjaan yang besar yang berlaku di Jalan Persekutuan yang menghubungkan di antara Gua Musang dengan Kuala Berang iaitu laluan ke Pantai Timur di kawasan Kenyir kerana penggunaan kenderaan-kenderaan yang melebihi muatan yang sepatutnya. Kenderaan-kenderaan yang membawa bijih dari Gua Musang ke Kuantan yang melalui jalan ini menyebabkan kerosakan yang berlaku tetapi proses penyelenggaraan terpaksa memakan belanja yang besar dan ini tentulah akan merugikan. Kita harap bahawa pihak Kementerian Kerja Raya bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengangkutan supaya kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan kenderaan-kenderaan yang melebihi muatan ini dapat dikurangkan dan ianya akan tidak menyebabkan kerosakan yang menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk tempatan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang di sini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bila kerajaan akan menyelenggarakan Jalan Persekutuan dari Jalan Salleh ke Tol Pagoh? Kedua, bila kerajaan akan buat ini penyelenggaraan Jalan Persekutuan dari Jalan Bakri ke Bukit Naning? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, lepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya tentang butiran pampasan ini, RM425,403,000. Syarikat konsesi yang manakah dapat pampasan ini? Adakah ini termasuk New Pantai Express (NPE) Highway? Berkenaan dengan New Pantai Express (NPE) Highway, Plaza Tol PJS 2. Lebuh raya ini dibuka pada tahun 2004. Semasa pembukaan lebuh raya ini, penduduk di Taman Dato’ Harun datang berdemonstrasi menentang tol di mana jalan itu merupakan jalan yang sedia ada. Dulu dikenali sebagai Jalan Klang Lama, Old Klang Road, sekarang di upgrade ditambah kepada tiga lorong, buat satu tol di sana – Plaza Tol PJS 2. Pada setiap tahun, penduduk buat demonstrasi bantah suruh Kerajaan Pusat supaya mansuhkan tol ini. Baru-baru ini pada 9 Jun, satu demonstrasi telah dibuat lagi untuk menyuruh Kerajaan Pusat memansuhkan tol ini walaupun Kerajaan Pusat pada 2009 telah memansuhkan tol di sebelah daripada Subang Jaya ke arah Kuala Lumpur. So, RM1.60 dimansuhkan. Pada tahun 2010, kerajaan menurunkan kadar tol dari RM1.60 ke RM1. Ya, kita memang menyambut baik tetapi sekarang penduduk masih perlu bayar RM1. Masalah sekarang ini bukan sahaja setakat kerana bayaran tol, tetapi oleh kerana kenderaan hendak mengelakkan tol itu, mereka terpaksa masuk ke Taman Dato’ Harun dan Taman Medan menyebabkan kesesakan lalu lintas di taman dan mengganggu juga keselamatan penduduk terutama murid-murid di Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun dan Sekolah Kebangsaan Taman Medan. Setiap hari kita dengar masalah, setiap bulan kita dengar ada kemalangan jalan raya. Saya hendak minta Kerajaan Pusat supaya bagi keutamaan mansuhkan tol ini. Ini bukan setakat permintaan daripada kerajaan Pakatan Rakyat, bahkan orang UMNO minta supaya tol ini dimansuhkan serta-merta. Tentang pampasan ini, berapakah wang yang dibayar kepada NPE tentang pemansuhan sebelah tol daripada Subang Jaya ke Kuala Lumpur dan juga kadar penurunan RM1.60 ke RM1.00, berapakah pampasan yang dibayar?
Kedua tentang lebuh raya SPRINT Highway di sebelah Seksyen 17 di mana jalan ini merupakan jalan yang sedia ada, Jalan Damansara, yang juga kerana dilebarkan, upgrade, Tol Seksyen 17 didiri di sebelah Seksyen 17.
Di mana selepas plaza tol ini didirikan, keadaan lalu lintas sampai sekarang tidak ada penyelesaian. Setiap hari masalah kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Seksyen 17 dekat SPRINT Highway. Apakah penyelesaian Yang Berhormat Menteri? Sampai sekarang. Saya pun sudah suarakan empat tahun di Parlimen. Tidak ada satu cara penyelesaian. Kita minta satu solution. Bukan setakat kesesakan di Tol Plaza Seksyen 17, malah di taman Seksyen 17. Setiap hari pagi dan petang juga, penduduk mengalami masalah yang besar di mana kenderaan susah keluar masuk terutamanya pagi. Oleh kerana SRINT Highway sepatutnya mempunyai dua lorong sahaja, tetapi sebelah pagi kerana kenderaan bertambah, dia buka satu lorong di sebelah Seksyen 17. Selepas pembukaan lorong jalan ini, kereta yang masuk hendak keluar dari Seksyen 17 di Jalan 17/21, kenderaan sesak di sana. Tidak boleh bergerak kerana masalah SRINT Highway. Mereka buka satu lorong tambahan dan kenderaan di Seksyen 17 tidak boleh keluar langsung. Setiap pagi berlaku keadaan begini. So, saya minta Yang Berhormat Menteri bagi satu solution macam mana hendak selesaikan masalah ini. Ketiga tentang Jalan Persekutuan daripada Kuala Lumpur ke Klang, Federal Highway. Daripada pintu gerbang Selangor sampai ke Kelana Jaya, lebuh raya ini masalah sekarang teruk berlubang-lubang. Tidak ada maintenance. So saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah peruntukan RM20 juta ini adakah digunakan untuk membuat jalan ini? Kalau tidak, cepatkan usaha untuk dapatkan peruntukan dan buat jalan ini. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada sembilan orang Ahli Yang Berhormat berbincang dengan kita pasal peruntukan tambahan 2012 di bawah Kementerian Kerja Raya. Saya hendak bagi makluman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kita diperuntukkan sebanyak RM445.8 juta di bawah Maksud Belanja Mengurus B.27 di mana tambahan sebanyak RM425.8 juta diperlukan bagi membiayai keperluan tambahan bayaran pampasan tol dan sebanyak RM20 juta diperlukan bagi tujuan menyelenggarakan Jalan Persekutuan. Saya akan bagi di mana duit ini digunakan, di mana-mana highway yang diperlukan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi. Pertama, atas keprihatinan kita untuk meringankan beban para pengguna di jalan raya, kita memberikan pampasan untuk tol tidak dinaikkan dan peruntukan sebanyak RM20.6 juta bagi bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan kepada Konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH). Peruntukan sebanyak RM162.44 juta diperlukan bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 dan penstrukturan semula kadar tol kepada syarikat konsesi Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Peruntukan sebanyak RM4.3 juta diperlukan bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada konsesi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR). Peruntukan sebanyak RM12.74 juta diperlukan bagi tujuan bayaran pampasan untuk restrictive travel order dan bayaran pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB). Peruntukan sebanyak RM22.46 juta bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi SMART Tunnel.
Peruntukkan sebanyak RM40.26 juta diperlukan bagi tujuan bayaran pampasan pengurangan kadar tol PJS 2 (Arah Subang) dan bayaran pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Peruntukan sebanyak RM19.99 juta diperlukan bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK). Peruntukan sebanyak RM2.72 juta diperlukan bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Senai Desaru (SDE). Peruntukan sebanyak RM82.96 juta diperlukan bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Peruntukan sebanyak RM4.6 juta diperlukan bagi tujuan bayaran baki pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2011 dan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS). Peruntukan sebanyak RM450 ribu diperlukan bagi tujuan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Peruntukan sebanyak RM7.19 juta diperlukan bagi tujuan bayaran pendahuluan pampasan penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2012 kepada syarikat konsesi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Peruntukan sebanyak RM80 juta diperlukan bagi tujuan bayaran pampasan tidak mengenakan tol kepada syarikat konsesi Lebuhraya Penyuraian Timur Johor (EDL) dan peruntukan sebanyak RM66 juta diperlukan bagi tujuan bayaran tuntutan rebat tol kepada syarikat Touch & Go Sdn. Bhd. Bakinya RM20 juta memang untuk penyelenggaraan jalan. Saya akan cuba menjawab isu-isu yang ditimbulkan khususnya oleh Yang Berhormat Puchong, kawan baik saya. Kali ini saya tidak jemput untuk laksa lagi. Tidak apa, kita minum kopi O sahaja tanpa gula. Di bawah Dasar Transformasi, pampasan tol ini akan lanjut kalau kita tidak naikkan tol. Kita tangguhkan kenaikan tol. Memang tiap-tiap tahun kita perlu juga membayar pampasan mengikut perjanjian konsesinya itu, kita ada. Kita perlu juga buat peruntukkan tambahan kerana kita unjurkan tidak dapat bagi angka yang tetap. Kita mengasaskan apa yang telah pun dilakukan dan mereka akan tuntut dan kita akan bayar kepada syarikat-syarikat. Untuk makluman Yang Berhormat Puchong, di bawah Dasar Transformasi Negara, kita sentiasa mengkaji perjanjian-perjanjian konsesi yang sedia ada.
Kita ada kaji dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat. Itulah kita selalu tidak naikkan tol, tangguhkan kenaikan kadar tol dan juga kita mencari cara yang lain kerana kita terpaksa juga akur kepada perjanjian konsesi – yang ini tidak saya sign dan saya tidak tahu. Jangan marah.
Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Puchong, cakap jangan marah ya.
Ya, saya tidak akan marah. Minta maaf. Terima kasih, yang saya hormati Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita harus terima bahawa keadaan yang sedia ada itu sudah sedia ada tetapi isu yang berbangkit Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah ini, seperti mana yang disebutkan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Ledang tadi, mungkin kementerian boleh memberi huraian semua lebuh raya, kos pembinaan dan sebagainya, itu satu. Akan tetapi kepada saya, kalau kita boleh juga masukkan ke dalam cadangan yang dibuat, kalau kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita boleh dapat satu senarai yang menunjukkan jumlah-jumlah pampasan yang telah pun dibayar untuk semua konsesi-konsesi, semua tahun yang lepas. Saya faham apa yang kerajaan buat itu, memanglah perjanjian itu wujud, ada syarat dia, di mana dikatakan kalau tidak ditingkatkan jumlah tol maka perlu dibayar pampasan. Akan tetapi isu yang berbangkit adalah kalau kita terus membayar pampasan setiap tahun dan pampasan Tuan Pengerusi, bukan pampasan yang kecil seperti sekarang
kita minta half billion. Ini membawa kepada satu jumlah yang cukup tinggi, cukup tinggi! Konsesi ini Yang Berhormat, bukan untuk setahun dua, konsesi ini adalah untuk misalnya untuk LDP, konsesi dia ada lebih daripada 30 tahun. So, kalau kita akan bayar ataupun menanggung pampasan sebegini untuk jangka masa tersebut, wang-wang yang kita bayar half billion yang kita gunakan ini. Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk perkara lain tetapi apa yang saya bangkitkan bolehkah kerajaan mengkaji ya, seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi memang kita mengkaji, ya kita kaji. Akan tetapi kaji itu tidak cukup. Dalam empat tahun yang lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat tidak ada sebarang tindakan diambil untuk menurunkan harga tol di kawasan Puchong. Apa yang penduduk di Puchong hendak dengar ialah cara bagaimana tol ini dapat dikurangkan, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi juga saya juga setuju. Memang ada tol ini, lebuh raya telah pun dibina tetapi apa yang kita hendak lihat ialah usaha untuk mengurangkan tol ini dan kalau boleh jangka masa konsesi tersebut dipendekkan. Jadi, kalau kita di dalam kerajaan akan menggunakan setiap kali ada sesi Parlimen bentangkan bajet berlebihan di mana kita akan membayar pampasan, soalan saya adalah adakah kerajaan mengira jumlah pampasan yang dibayar dan sama ada kita boleh renegotiate kontrak tersebut. Di mana kita boleh kumpulkan maklumat kalau kita teruskan dengan bayaran pampasan untuk 30 tahun, jumlah yang kita bayar. Bolehkah kita sekarang membuat satu rumusan di mana cara yang dicari untuk kita, mungkin ada di renegotiation of contract, di mana jangka masa kontrak tersebut dapat dikurangkan. Harga tersebut dapat dikurangkan secara berperingkat supaya dalam masa terdekat kita dapat melihat beban ini dikurangkan untuk rakyat kawasan tersebut. Sila, minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong, ini adalah satu yang kita – sedang berjalan sekarang, di mana kita kaji perjanjian konsesi ini dan dengan tujuan untuk mengurangkan beban para pengguna. Kita akan restructure perjanjian konsesi dan ada juga kita akan berunding dengan pihak syarikat konsesi untuk kadar tol lebih rendah sebagai satu CSR mereka. Kita perlu faham juga banyak syarikat konsesi lebuh raya juga belum dapat mengaut keuntungan, maka mereka terpaksa menanggung kerugian. Ini kita perlu juga, dari segi satu perniagaan kita tidak boleh kata – dan kita akan kaji perjanjian konsesi dan bagaimana tol boleh dikurangkan lagi. Ini adalah satu cara kita untuk mengkaji kadar tol sedia ada juga sekarang berjalan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum ini saya pernah bangkitkan berkenaan di mana caj 50 sen dikenakan kepada pengguna kad Touch‘nGo. Tadi Yang Berhormat ada memberi jawapan sedang mengkaji mengurangkan bayaran pampasannya kepada syarikat tol. Akan tetapi sekarang kita timbul masalah syarikat Touch‘nGo. Di mana saya terima jawapannya pihak kementerian telah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat Touch‘nGo pada tahun 2009 di mana kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat Touch‘nGo ekoran daripada syarikat Touch‘nGo memberikan satu rebate 20% kepada pengguna Touch‘nGo yang menggunakan kad Touch‘nGo, 80 kali transaksinya dalam sebulan. Mengapa boleh kerajaan memasuki perjanjian sedemikian, di mana sepatutnya syarikat Touch‘nGo menjalankan rebate ini secara corporate social responsibility tetapi kerajaan memasuki satu perjanjian dengan syarikat Touch‘nGo membayar pampasan ekoran pemberian rebate ini. Jumlah yang saya perolehi daripada Yang Berhormat Menteri ialah RM120.7 juta sehingga 31 Mei. Ini saya rasa tidak wajar, kita sepatutnya keluar daripada kongkongan monopoli ini, di mana sepanjang masa kerajaan asyik membayar pampasan, yang itu wang rakyat juga. Pada satu tangan kata ini bagi rebate, galakkan gunakan bayaran secara elektronik. Akan tetapi sebelah tangan kerajaan bayar pampasan kepada syarikat Touch‘nGo. Saya pernah bangkitkan perkara ini caj 50 sen, syarikat Touch‘nGo kalau hendak guna kad kena bayar RM10 dulu satu, caj tambahan nilai 50 sen, dua. Selepas itu, kalau kad satu tahun tidak guna, hendak aktifkan dia potong RM5. Kalau kad 10 tahun tidak guna, dia kena tukar kad yang baru sebab tempoh hayatnya 10 tahun dan juga ada plaza-plaza
tol di Johor Bahru, di mana ramai pelancong dari Singapura mengadu mereka tidak ada pilihan kalau memandu memasuki Malaysia ada plaza-plaza tol tertentu diwajibkan menggunakan kad Touch‘nGo. Sudah beli tidak boleh pulangkan. Bukan macam kad Autopass di Hong Kong, sudah beli boleh pulangkan tetapi ini tidak boleh. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah janji dalam Dewan akan menasihati syarikat Touch‘nGo berkenaan caj-caj ini. Apa kedudukannya sekarang? Perjanjian dengan syarikat Touch‘nGo untuk membayar pampasan ekoran daripada rebate 20% ini. Ini perjanjian dalam tempoh berapa lama? Kalau boleh maklumkan, jadikan kenyataan umum. Apakah terma-termanya, selalu rakyat yang rugi? Mengapa sedemikian? [Disampuk] Apa masalah sana?
[Dewan riuh]
Ini semua wang rakyat tetapi kerajaan nampaknya untuk memperkayakan syarikat Touch‘nGo sahaja. Saya mohon penjelasan. [Disampuk] Apa masalah? Kalau tidak hendak berucap jangan buat bising sini? Kalau macam ini berterusan jadi pak turut, sebelah sana tentu akan tumbang dengan cepat. [Tepuk]
[Dewan riuh]
Bertenanglah Yang Berhormat Batu Gajah. Tidak apa. Sebenarnya apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi memang saya pernah bagikan jawapan, di mana kita telah pun mengarahkan pihak Touch‘nGo supaya menambahkan lebih banyak tempat, pusat-pusat, terminal-terminal untuk mereka menambah top-up ini, tidak tambah caj, sudah sampai 1,395 terminal ada, yang free punya itu.
Kita akan menambahkan lagi supaya kita pergi top up tidak payah bayar 50 sen. Kita tidak boleh ikut apa yang offer di Hong Kong buat. Ini dia punya tol pun tinggi sana. Tidak boleh ikut skalanya. Terima kasih. Yang Berhormat Puchong, saya memang menghargai apa yang...
Rebet 20% itu. Tempoh perjanjian rebet 20% kena bayar pampasan itu. Berapa lama tempoh perjanjian itu? Berapa lama untuk bayar pampasan sedemikian? Syarikat Touch‘nGo sepatutnya digalakkan untuk jalankan corporate social responsibility.
Ya, mereka ada jalankan corporate social responsibility. Apa yang sangat penting ini adalah diarah oleh kerajaan supaya kita berikan 20% rebet kepada pihak pengguna jalan raya 80 kali sebulan. Ini diarah oleh pihak kerajaan. Mereka ada jalankan CSR yang lain. Ini diarah oleh kerajaan supaya mengurangkan beban cardholder ini. Untuk Yang Berhormat Puchong, kita faham apa dilakukan pembangunan yang pesat di Puchong. Dahulu memang kecil dan masih ramai di sana bukan orang kaya, saya setuju dan kita cuba membangunkan jalan-jalan alternatif kepada mereka. Ini kita sedang berjalan cari alternatif di mana jalan-jalan boleh digunakan dan mereka tidak perlu terus pergi ke highway.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila menyebut berkenaan dengan pesatnya pembangunan di kawasan Puchong, itu betul. Apabila juga disebut tadi berkenaan dengan the restructuring of agreement dan saya terima dengan baik saranan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kajian memang dibuat. Satu daripada konsesi yang seharusnya diberi tumpuan. Saya setuju ada konsesi-konsesi di mana memang mereka tidak membuat, they do not make any profit oleh kerana volume traffic dan sebagainya sudah kurang. Akan tetapi saya telah pun bangkitkan di Dewan ini berkenaan dengan LDP. Saya rasa tidak boleh dinafikan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa LDP ini volumenya telah meningkatkan lebih daripada 10 kali ganda selepas LDP ini telah pun dibina. Jadi, dalam keadaan tersebut saya minta agar kalau boleh juga mengesyorkan dalam Dewan ini bahawa kalau kementerian akan membuat restructuring Yang Berhormat Timbalan Menteri, please concentrate on areas like this di mana penduduknya ramai dan volumenya memang sudah tinggi dalam tahun-tahun lepas. Saya cukup setuju dan gembira mendengar bahawa kementerian sedang mengkaji juga kebolehan untuk membina jalan- jalan yang lain yang tidak bertol. I don’t know where you are going to put it. Puchong memang tidak ada banyak tanah, there is not much land left tetapi saya harap bahawa fokus dapat diberikan kepada isu ini. Bila kita berjumpa lagi, at least when I ask I can get
some responds rather than usual, ‘we are looking into it, we are looking into it’. Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya ingat selepas menjawab Yang Berhormat Puchong, yang lain saya akan berikan jawapan secara bertulis sebab masa sudah sampai untuk kita menangguhkan. [Ketawa] Happylah. Saya akan bagi jawapan. Sebenarnya dalam kajian kita pun akan masukkan satu revenue sharing kalau volume traffic sudah naik tinggi berapa kali ganda. Kita akan buat profit sharing supaya kerajaan tidak perlu banyak berikan pampasan untuk tidak naikkan tol. Ini adalah satu juga cara yang boleh kita buat dalam kajian kita. Ahli Yang Berhormat, saya fikir ini sahaja yang saya akan jawab. Apa yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan cuba berikan jawapan bertulis kerana banyak juga seperti Yang Berhormat Kota Bharu, timbulkan masalah tidak ada dalam peruntukan tambahan. Itu jambatan kedua ini kita akan berikan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat satu perkara, toll agreement ini pada masa-masa yang akan datang kita kena kaji soalan peningkatan traffic volume itu difikirkan sebagai satu fakta yang membolehkan supaya tol tidak payah lagi dinaikkan nilai apabila ada kerajaan memendekkan penguatkuasaan tol di satu-satu tempat. Ini kerana kadang-kadang kalau traffic volume ini tidak diambil kira, dengan sendirinya ia sentiasa berlandaskan projection yang dibuat oleh syarikat itu sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM445,803,000 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM445,803,000 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala Bekalan B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya ruang untuk turut berbahas dalam Kementerian Pengangkutan. Saya sebenarnya ingin membawa satu isu yang agak serius yang berkait dengan keselamatan sistem radar yang digunakan untuk menyelaras semua penerbangan di seluruh Malaysia. Sebelumnya saya telah mendapat jawapan dalam kenyataan media dan juga surat rasmi. Saya bawakan kepada Kementerian Pengangkutan ini untuk menyatakan kos perbelanjaan dan status prestasi sistem kawalan udara yang menggunakan sistem baru yang dipanggil human machine interface. Jawapan yang saya dapat tidak memuaskan memandangkan dalam surat saya, saya telah menyatakan beberapa kecacatan yang bukan dikenal pasti oleh pihak luar tetapi sebenarnya dikenal pasti oleh pegawai-pegawai kawalan trafik sendiri yang menghantar sepucuk surat kepada Department of Civil Aviation, Jabatan Penerbangan Malaysia. Jadi, di sini saya merujuk terus kerana bila bercakap tentang keselamatan udara, yang disebut oleh kementerian bila saya tanyakan berapakah kos perbelanjaan dan kenapakah diberikan secara direct tender (rundingan terus) kepada Advance Air Traffic System Malaysia Sdn. Bhd. (AAT). Jawapan hanyalah sekadar dua para. Nilai yang disebut adalah sebanyak Euro26.05 juta bersamaan RM128.4 juta. Hanya dikatakan bahawa status prestasi sistem berada di tahap yang baik dan sehingga kini belum terdapat sebarang insiden yang disebabkan oleh sistem. Pertanyaan saya yang meminta juga sama ada ada satu audit yang dijalankan kepada International Civil Aviation Organization (ICAO), dijalankan oleh ICAO ini tidak dijawab. Hanya dikatakan…
Yang Berhormat...
Ya saya.
Satu sahajalah. Di bawah Kementerian Pengangkutan ini, RM2 juta adalah dikehendaki untuk menampung kos penyelenggaraan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor yang berusia melebihi 10 hingga 25 tahun. Jadi sebab saya sudah benarkan yang bercakap, tolong soal dengan ringkas sahaja supaya kita habiskan.
Baik, terima kasih Tuan Pengerusi kerana menunjukkan tumpuan. Saya bawakan ke peringkat jawatankuasa apabila bercakap tentang penyelenggaraan di Johor, sistem ini yang dipersoalkan mengambil kira semua sistem di seluruh Malaysia yang mempunyai kecacatan. Jadi ada juga dalam provision of defects kerana itu saya bawa kepada pengetahuan kementerian apabila kita membelanjakan di Johor pun Tuan Pengerusi, semua daripada di Pulau Pinang, di Kota Kinabalu senarai kecacatan itu diperincikan dan tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Kementerian Pengangkutan. Jadi saya tidak mahu apabila wujud perbelanjaan, tetapi persoalan asas, kalau sistem radar kita tidak berjalan dengan baik, bagaimana hendak pastikan penerbangan yang sampai di tanah air Malaysia ini selamat? Jadi pada saya Tuan Pengerusi, saya menghormati permohonan itu yang saya ingin tanyakan di sini, bagaimanakah kementerian menjawab sama ada kesemua defect ataupun kecacatan yang saya bawakan diperbaiki dan adakah kementerian bersedia untuk menerangkan, memberi satu tender evaluation report dan juga sistem tender untuk membuktikan kenapa syarikat AAT yang salah seorang pengarahnya merupakan keluarga bekas Menteri dan juga duta besar Malaysia di Amerika Syarikat diberikan secara tender terus Tuan Pengerusi. Jadi sekurang-kurangnya apabila ada perbelanjaan dalam isu penyelenggaraan itu kita rasa selesa, kita rasa yakin. Inilah perbelanjaan yang terbaik. Jadi saya minta kementerian menjawab kerana semua penjelasan tidak diberikan kepada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang. Di sini saya hendak bertanya satu soalan yang pendek. Sila mempercepatkan penyelenggaraan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Muar Johor yang terbakar. Saya harapkan kerajaan boleh ambil tindakan yang sewajarnya dengan segera.
Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk saya menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa. Peruntukan yang dipohon RM2 juta ini adalah bertujuan untuk memberikan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian penyelenggaraan dan pembaikan bangunan di JPJ di Johor khususnya di Ibu Pejabat Negeri Johor, Cawangan Pontian, Cawangan Kluang, Cawangan Muar dan juga Cawangan Segamat. Jadi mungkin jawapan ini saya telah berikan kepada Yang Berhormat Bakri dan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi tidak ada kena mengena dengan isu ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, sekurang- kurangnya boleh menjelaskan. Saya fikir Tuan Pengerusi, saya minta dengan baik untuk beri penjelasan, saya bawakan juga dokumentasi ini.
Kalau tidak ada boleh ada ruang ini di Parlimen, mana lagi boleh saya pergi? Saya bawa isu ini dengan pendek mengikut nasihat khidmat daripada Tuan Pengerusi. Jadi tidakkanlah jawapan sebegitu yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Langsung tidak boleh diterima pakai. Kalau benar-benar tidak ada apa yang salah, tidak ada salah jawab saya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jumpa Yang Berhormat Lembah Pantai selepas Dewan.
Tuan Pengerusi, seperti mana yang ingin saya jelaskan di sini bahawa setiap Peraturan Mesyuarat haruslah mematuhi peraturan- peraturan tertentu. Memang ini sudah tertera. Akan tetapi saya tidak boleh menyalahkan Yang Berhormat Lembah Pantai, sebab dia baru penggal pertama sebagai wakil rakyat. Jadi bagaimanapun kalau Yang Berhormat ingin mengetahui, Yang Berhormat boleh menulis surat kepada kita, kita akan jawab. Terima kasih.
Terima kasih, saya memang penggal pertama. Tulis surat pun sudah bagi dua minggu lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau betullah Yang Berhormat Timbalan Menteri buat kerja, boleh rujuk tidak payah hendak guna medan ini. Saya minta jawapan sekali lagi Tuan Pengerusi. Pendek pun tidak apa. Takkan ini caranya?
Yang Berhormat, dapat jawab pendek pun tidak apa kata Yang Berhormat Lembah Pantai. Ada jawapan Yang Berhormat? Ahli yang lain diam Yang Berhormat.
Kita akan beri jawapan bertulis, itu sahaja.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,000,000 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,000,000 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi daripada Jadual] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Fadillah binMotion
Yusof]: Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Kad Pengenalan untuk Cik Kamala Devi a/p ThanapalAdjournment
Terima kasih. Cik Kamala Devi telah dilahirkan di India pada tahun 1962 dan dibawa ke Malaysia pada tahun 1963 oleh ibunya Puan Kaveri Ammah a/p Kulantha Kounder bersama dengan abangnya. Nama-nama kedua-dua orang anak Puan Kaveri Ammah dimasukkan ke dalam permit masuknya. Selepas beberapa tahun Puan Kaveri Ammah telah memakai permit masuk ini bernombor 27828 dan mendapat kewarganegaraan. Apabila anak sulungnya Subramaniam a/l Thanapal mencecah umur 12 tahun, beliau juga memohon kad pengenalan dengan memakai permit masuk tersebut dan mendapat kad pengenalan merah. Akan tetapi apabila Puan Kamala Devi memohon kad pengenalan, Pejabat Pendaftaran memberitahu bahawa mereka tidak mendapat cari permit masuk yang telah diberikan kepada mereka semasa memohon kad pengenalan untuk abangnya Subramaniam. Walaupun keluarga Kamala Devi telah mencari hingga ke Pulau Pinang tempat masuk ke Malaysia dan Kuala Lumpur, pada masa itu tidak dapat jumpa. Encik Thanapal telah memohon bantuan MIC dan pernah mengambil peguam juga untuk mendapatkan kad pengenalan untuk anaknya. Akan tetapi semua usahanya gagal. Oleh kerana Kamala Devi tidak mempunyai dokumen yang sah, beliau terpaksa berhenti sekolah selepas setahun, keluarganya tidak berani untuk mengizinkannya untuk bekerja dan tidak berkahwin dan sekarang umurnya adalah 49 tahun. Masalah ketiadaan dokumentasi yang sah juga telah membawa kesan buruk yang lain. Selepas mencuba dengan pelbagai cara untuk mendapatkan kad pengenalan untuk Kamala Devi, Encik Thanapal telah membunuh diri pada tahun 1991. Kes ini telah sampai kepada saya pada tahun 2010 dan saya telah membawa Kamala Devi berjumpa dengan Timbalan Pengarah Pejabat Pendaftaran Negeri Perak. Kami menerangkan kepadanya bahawa permit masuk pernah wujud dahulu kerana ibu Kamala Devi dan abangnya telah dapat mendaftarkan diri dengan menggunakannya. Permit masuk telah dihilangkan oleh Pejabat Pendaftaran Sungai Siput. Ibu dan abang Kamala Devi telah menyumpah surat-surat akuan yang menyatakan bahawa Kamala Devi adalah anak kandung Puan Kaveri Ammah a/p Kulantha Kounder. Puan Fatimah, Timbalan Pengarah Pejabat Pendaftaran Negeri Perak bersimpati tetapi beliau mengatakan bahawa beliau tidak ada kuasa untuk meneruskan dengan permohonan Kamala Devi untuk kad pengenalan kerana permit masuk yang tercatat namanya tidak dikemukakan. Setelah itu saya telah menulis surat kepada Yang Berhormat Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kementerian dalam Negeri pada 14 November 2010 dan pohon dapat tarikh untuk membawa Kamala Devi untuk berjumpa dengannya.
Malangnya sampai sekarang kami tidak terima tarikh untuk berjumpa. Selepas itu pada Ogos 2011, saya telah menghubungi Datuk Sivasubramaniam, Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Orang India. Beliau telah menasihatkan keluarga Kamala Dewi menjalankan ujian DNA untuk membuktikan Kamala Dewi adalah anak kandung Puan Kaveri Ammah. Itu pun kami telah lakukan. Keputusan ujian DNA mengesahkan bahawa Kamala Dewi adalah anak kandung Puan Kaveri Ammah tetapi walaupun keputusan itu telah dipanjangkan kepada Datuk Sivasubramaniam dalam bulan Oktober 2011, beliau tidak dapat selesaikan kes Kamala Dewi. Syarat mengemukakan permit masuk asal adalah suatu yang dikenakan oleh manusia dan bukan daripada mana-mana al-kitab. Mengapa seorang yang berkuasa umpamanya Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri ataupun Menteri Dalam Negeri sendiri tidak rela campur tangan untuk selesaikan masalah yang telah berlarutan selama 30 tahun. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Sungai Siput atas ucapan penangguhannya. Semakan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput mengenai permohonan kad pengenalan bertaraf pemastautin tetap MyPR oleh Cik Kamala Dewi a/p Thanapal mendapati bahawa penama menyatakan telah lahir di India pada tahun 1962 dan masuk ke negara ini bersama ibunya Puan Kaveri Ammah a/p Kulantha Kounder dan abangnya yang bernama Subramanian a/l Thanapal pada 3 September 1963. Dinyatakan juga bahawa mereka menggunakan pasport dan permit masuk yang sama, ibu dan abangnya telah mendapat kad pengenalan bertaraf pemastautin tetap ketika itu berdasarkan pasport India nombor I122959 dan permit masuk 27828 yang sama. Walau bagaimanapun penama gagal untuk memohon kad pengenalan kerana tidak dapat mengemukakan permit masuk tersebut dan mendakwa ianya telah hilang ketika berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi urusan permohonan dan kad pengenalan, pemohon hanya perlu mengemukakan salinan fotostat dokumen asal bagi urusan proses permohonan dan JPN tidak memegang simpan dokumen asal pemohon. Permohonan penama untuk kad pengenalan tidak dapat dipertimbangkan kerana beliau gagal mengemukakan dan membuktikan pasport India nombor I122959 dan permit masuk nombor 27828 adalah miliknya. Beliau juga tidak dapat mengesan rekod permit masuk tersebut dengan mana-mana Jabatan Imigresen Malaysia yang mengeluarkannya. Mengikut Peruntukan Peraturan 24, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, beban bukti adalah terletak pada pemohon itu sendiri sekiranya beliau menyatakan beliau mempunyai dokumen sokongan untuk memohon kad pengenalan sebagai pemastautin tetap. Penama seharusnya memiliki satu dokumen perjalanan yang sah dari negara asalnya kerana penama dilahirkan di India dan bukan warganegara Malaysia. KDN sedia membantu penama sekiranya beliau dapat mengemukakan maklumat serta dokumen yang diperlukan. KDN juga tidak akan menafikan hak seseorang individu sekiranya beliau layak untuk dipertimbangkan mengikut undang-undang sedia ada yang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih. Masalah Lalu Lintas Di Kawasan Seri Kembangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan penangguhan saya. Pada mulanya saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya kerana selepas beberapa penangguhan, projek untuk menaiktarafkan persimpangan Jalan Serdang Raya/Jalan Puchong, Sungai Besi telah disiapkan pada akhirnya. Projek ini bermula pada 15 Disember 2006 dan sepatutnya siap pada 14 Disember 2008 tetapi oleh sebab ketidakberkesanan pihak JKR dan pelantikan kontraktor yang tidak berkemampuan, projek ini hanya disiapkan pada awal tahun ini. Projek naik taraf ini telah meringankan kesesakan jalan raya yang masuk ke Serdang Raya tetapi pada masa yang sama ia juga menyusahkan penduduk-penduduk Serdang Raya yang perlu belok-belok kanan dari jalan Serdang Raya untuk masuk ke taman perumahan mereka atau penduduk-penduduk yang perlu belok kanan ke jalan Serdang Jaya untuk keluar dari taman perumahan mereka kerana trafik jalan tersebut menjadi semakin pesat dan tinggi. Oleh yang demikian, sudah beberapa tahun penduduk-penduduk Serdang Raya meminta JKR supaya lampu isyarat boleh dipasang di jalan utama Serdang Raya tetapi permintaan ini jatuh pada telinga pekak sahaja. Bagi pihak penduduk-penduduk Serdang raya, saya minta jasa baik Kementerian Kerja Raya untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini secepat mungkin. Kos untuk memasang lampu isyarat pun
bukan begitu besar tetapi yang memang akan memudahkan mutu kehidupan penghuni- penghuni Serdang Raya. Setakat ini, banyak kemalangan jalan raya telah berlaku di persimpangan keluar masuk Serdang Raya 7 dan 8. Saya percaya dengan pemasangan lampu isyarat, kes-kes kemalangan jalan raya juga akan dikurangkan. Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya tentang perkembangan terbaru tentang pembinaan persimpangan bertingkat di Jalan Puchong-Seri Kembangan atau di Bandar Putra Permai untuk penduduk-penduduk Serdang yang sudi membayar tol, satu jalan alternatif untuk pergi ke Kuala Lumpur atau Putrajaya. Sekarang penduduk-penduduk Seri Kembangan hanya melihat orang lain menggunakan lebuh raya tersebut yang melalui kawasan Serdang tetapi mereka sendiri tidak diizinkan untuk menggunakan lebuh raya tersebut. Jalan besar (federal route) 3215 dengan izin merupakan jalan yang paling utama dan sibuk di pekan Seri Kembangan yang menyambung dengan Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP) di arah barat dan bersambung dengan Lebuh Raya Sungai Besi dari arah timur. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya Selangor untuk membuat kajian atas kesesakan trafik di jalan besar. Kajian tersebut telah dimulakan pada 29 Julai 2010 dan berakhir pada 11 Ogos 2010 yang melibatkan 26 persimpangan dan keluasan sebanyak 365 ekar di kawasan Pekan Seri Kembangan dan sebahagian kawasan Seri Serdang. Laporan kajian menunjukkan prestasi lalu lintas di kebanyakan persimpangan di sepanjang jalan besar berada di paras service yang dikategori sebagai E dan F. Oleh yang demikian, saya berharap kementerian boleh mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sudah lama menyusahkan penduduk-penduduk kawasan Parlimen Serdang. Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Serdang yang amat prihatin dan mengambil berat mengenai masalah lalu lintas di kawasan Seri Kembangan Selangor. Ahli Yang Berhormat Serdang telah membangkitkan tiga isu berkaitan dengan masalah lalu lintas di kawasan Seri Kembangan iaitu; (i) cadangan pemasangan lampu isyarat di jalan utama Serdang Raya; (ii) pembinaan persimpangan bertingkat baru ke dan dari Lebuh Raya Kuala Lumpur - Putrajaya atau MEX; dan (iii) cadangan projek menaik taraf jalan Persekutuan 3215, Seri Kembangan.
Justeru itu, saya akan menjawab dan memberikan penjelasan terhadap setiap isu yang dibangkitkan. Cadangan pemasangan lampu isyarat di jalan utama Serdang Raya, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum projek menaik taraf persimpangan jalan Serdang Raya / Jalan Puchong - Sungai Besi, Selangor telah siap dan dibuka kepada lalu lintas pada bulan November 2011 yang lalu. Projek dengan kos keseluruhan sebanyak RM16.75 juta itu melibatkan skop menaiktarafkan persimpangan dengan lampu isyarat tiga fasa kepada laluan aliran trafik berterusan atau free flowing traffic di mana antara lain melibatkan skop pembinaan sebuah persimpangan bertingkat yang baru. Berdasarkan maklum balas pengguna, projek ini telah memberikan manfaat yang besar kepada mereka di mana ia telah membantu kelancaran perjalanan khususnya pengguna dari arah Seri Kembangan, Serdang dan Lapangan Lumba Kuda ke Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Puchong.
Berbanding sebelum projek ini dilaksanakan, masalah kesesakan di laluan berkenaan amatlah ketara berikutan daripada pertambahan jumlah aliran trafik di laluan berkenaan iaitu sekitar 22,000 kenderaan sehari. Jalan utama Serdang Raya ini sebenarnya ialah jalan negeri. Walau bagaimanapun atas dasar keprihatinan bagi meringankan beban dan masalah rakyat, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menanggung kos bagi melaksanakan projek sepanjang 3 km berkenaan. Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum mengenai permohonan oleh penduduk di sekitar kawasan Serdang Raya supaya dipasang sistem lampu isyarat di laluan berkenaan iaitu persimpangan antara jalan utama dan jalan SR 6/1 ke Taman Serdang Raya dan Taman Perindustrian Bukit Serdang. Sehubungan itu, cadangan pemasangan lampu isyarat tersebut sedang dalam tindakan oleh JKR Daerah Petaling di mana proses sebut harga untuk pelantikan kontraktor dijangka akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2012. Mungkin ini bulan yang baik untuk Yang Berhormat Serdang. Anggaran kos projek ini ialah sebanyak RM200,000 dan ia menggunakan peruntukan Malaysia Road Record Information System atau MARRIS. Cadangan pembinaan persimpangan bertingkat baru ke/dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX). Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya amat prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan akses keluar masuk yang dialami oleh hampir 68,000 penduduk di Seri Kembangan, Selangor. Ini termasuklah cadangan untuk menghubungkan Jalan Putra Permai dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX). Oleh itu, Jemaah Menteri pada bulan April 2012 yang lalu telah bersetuju untuk membina sebuah persimpangan bertingkat yang baru bagi menghubungkan kawasan Seri Kembangan dengan Lebuhraya MEX. Anggaran keseluruhan kos projek ini ialah sebanyak RM90 juta termasuk RM20 juta kos untuk tujuan pengambilan balik tanah. Pada masa kini proses pengambilan tanah sedang dalam peringkat pewartaan. Berdasarkan perancangan, cadangan pembinaan persimpangan bertingkat yang baru ini dijangka akan dimulakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah tersebut diselesaikan iaitu selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2012. Pelaksanaan projek ini dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan. Cadangan projek naik taraf Jalan Persekutuan 3215, Seri Kembangan. Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum mengenai isu kesesakan trafik di Jalan Persekutuan 3215 iaitu merangkumi Jalan Putera Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan. Jalan tersebut menghubungkan Lebuhraya Sungai Besi ke susur keluar Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sepanjang 9.4 km. Pada masa kini jumlah trafik harian yang dicatatkan di laluan empat lorong dua hala tersebut ialah dianggarkan melebihi 30,000 kenderaan sehari. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah kesesakan trafik ini, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan projek naik taraf jalan berkenaan kepada reka bentuk piawaian JKR R5 sepanjang 3 km termasuk membina empat buah persimpangan bertingkat dengan anggaran kos RM60 juta. Projek untuk dilaksanakan dalam tempoh rolling plan yang Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh (2013 sehingga 2014). Walau bagaimanapun, pelaksanaannya tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada agensi pusat. Akhir sekali untuk makluman Dewan yang mulia ini, isu kesesakan lalu lintas di negara ini sebenarnya berkait rapat dengan kesan pembangunan pesat di sesuatu kawasan berikutan daripada penjanaan aktiviti ekonomi yang rancak. Oleh itu, sememangnya akan timbul masalah dan kesan sampingan. Antaranya ialah isu kesesakan lalu lintas seperti yang dialami di kawasan Seri Kembangan Selangor. Masalah kesesakan negara ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi pelaksanaan projek menaik taraf atau pun pembinaan jalan raya atau lebuh raya baru semata-mata. Sebaliknya, kerajaan melalui inisiatif bidang keberhasilan utama negara, bidang pengangkutan awam dan inisiatif Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan meningkatkan aspek sistem pengangkutan awam di negara ini. Inisiatif tersebut telah dan sedang dilaksanakan menerusi pelaksanaan projek-projek yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam darat iaitu melibatkan bas, teksi dan kereta api.
Tuan Pengerusi, sekianlah sahaja penjelasan kementerian ini atas ucapan penangguhan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang iaitu mengenai kesesakan lalu lintas di kawasan Seri Kembangan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 26 Jun 2012. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.58 malam]