Dewan Rakyat · 19 November 2012

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 776 turns · 62,436 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Baharum bin MohamedUMNO · BNSekijang · question

1. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, berapakah bilangan syarikat franchise dari Malaysia yang telah dapat menembusi pasaran antarabangsa dan senaraikan syarikat-syarikat tersebut.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, terdapat 46 syarikat francaisor tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa di 50 buah negara dan senarai 46 syarikat francaisor adalah seperti berikut. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk membaca 46 syarikat ini. (1) Ani Sup Utara; (2) Beaubelle World Wide, atau Beaubelle; (3) Borneo Oil Berhad iaitu SugarBun; (4) Cambridge English for Life (5) CV Franchising iaitu untuk Bonia, Carlo Rino; (6) Clara Network, atau CLARA; (7) Classic Bonita, atau Bonita; (8) Coffee Scene, atau Bangi Kopitiam; (9) Daily Fresh; (10) D’Tandoor; (11) D'Navechee; (12) England Optical Group; (13) Focus Point; (14) Focus Seraya Mama Chops Papa Grills; (15) Getaway Option, atau Go Broadband; (16) Global Top Technologies, atau GTC; (17) Harian Shoes, atau Jukebox (18) Hobi Auto; (19) Hot & Roll; (20) Ideal Malaysian Support; (21) Jun as Garment Eco-park (22) Kenny Roger’s Roasters; (23) Kopitiam Asia Pasifik atau Old Town; (24) Little Taiwan;

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

(25) Marrybrown Fried Chicken atau Marrybrown; (26) Matrix Valley atau RUA; (27) MS Read; (28) Nelson’s Franchise atau Nelson’s; (29) 1901; (30) Pusat Tuisyen Mawar; (31) Q-dees World Wide EDU System, atau Q-dees (32) Rangkaian Hotel Sri Malaysia; (33) Ria Tour Sdn Bhd., atau RONA; (34) Royal Selangor; (35) Saba Islamic Media; (36) Secret Recipe (37) Senheng (38) Sigma Francais (39) Smart Reader (40) Snips Saloon (41) Sports Planet (42) Station Leisure Cafe; (43) Sun Rider; (44) Tomei Diamond (45) Vitaliste (46) World of Feng Shui Jadi ini adalah senarai 46 syarikat francaisor tempatan yang berjaya di 50 buah negara di dalam dunia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Daripada soalan asal, tidak ada benda lagi yang hendak ditanya. Senarai telah diberikan. Yang Berhormat Sekijang, sila.

Ada Tuan Yang di-Pertua, sedikit tambahan sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar. Cuma pertamanya saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah membawa 46 syarikat francais kita ke 50 negara dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Keduanya saya juga hendak tahu apakah bentuk ataupun jenis-jenis promosi yang telah dibuat oleh kementerian di luar negara untuk lebih meyakinkan pengguna-pengguna ataupun negara-negara yang kita bawa masuk kita punya francais tadi supaya lebih berkesan lagi. Saya juga ingin tahu, terutamanya negara-negara tumpuan yang pernah diberikan priority kementerian ini iaitu tiga buah negara, tiga tempat iaitu di China, Indonesia dan Asia Barat dan apakah bentuk-bentuk promosi yang dibuat dan adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan kepada francaisor ataupun syarikat francais daripada Malaysia ini terutama yang berkaitan dengan makanan ini mewajibkan ada tanda halal ataupun halal? Jadi apabila tanda halal ada di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya minta diringkaskan Yang Berhormat.

...Sudah hujung Tuan Yang di-Pertua. Apabila ada tanda halal ini daripada Malaysia ini, jadi maknanya kita apabila bawa bersekali dengan tanda halal kita akan dapat lebih meyakinkan di peringkat antarabangsa untuk penggunaan barang-barang daripada Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang begitu baik sekali. Yang Berhormat, kalau saya baca tadi 46, saya ranking kan semula kepada top ten Yang Berhormat, Nelson’s ada 675 outlet, Daily Fresh ada 481 outlet, Secret Recipe, England Optical, Old Town White Coffee, World of Feng Shui, Smart Reader, Royal Selangor, Ideal Malaysian Support dan Marrybrown yang begitu menyerlah sekali di negara-negara ini dan kebanyakan negaranya adalah kita di Arab Saudi, kita menembusi banyak di Arab Saudi, UAE, Turki, China, Indonesia, Afrika Selatan, Singapura, Bahrain, Filipina dan juga di Oman.

Yang Berhormat, kita memang sentiasa mengikuti ekspo-ekspo di mana-mana di luar negara, dan baru-baru ini kita telah mengikuti satu ekspo iaitu di Dubai iaitu Fifth World Halal Expo di Dubai di mana di situ memang berkehendakkan supaya francaisor itu adalah francaisor yang membawakan label halal. Jadi memang jenis-jenisnya dan walau demikian, kita juga sering memastikan bahawa francaisor-francaisor kita juga melabelkan yang sepatutnya, sebab baru-baru ini semasa di Dubai, permintaan dari negara-negara memohon supaya Malaysia memainkan peranan terpenting iaitu untuk membekalkan segala barangan halal khasnya daging dan juga ayam termasuklah yang dimohon kepada kita. Jadi Yang Berhormat, memang kita sentiasa aktif mengikuti dan kita menggalakkan francaisor-francaisor untuk mengikuti mana-mana ekspo yang dikendalikan bukan sahaja oleh kementerian ini yang membawa tetapi juga kementerian-kementerian dan juga agensi yang lain supaya mereka mendapat pendedahan yang secukupnya. Juga pada masa yang sama, sebenarnya nama-nama francais kita sudah termasyhur juga di negara-negara di mana kita telah dapat menembusi 50 buah negara tersebut. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari 46 francais Malaysia yang telah menembusi pasaran dunia, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan berapa yang dimiliki oleh usahawan bumiputera dan berapa pula yang bukan bumiputera? Kalau 46 francais kita berjaya menembusi pasaran dunia, berapa pula francais dari luar negara yang sekarang ini beroperasi ataupun melebarkan sayapnya di dalam negara kita? Serta ukuran tentang perkembangan industri ataupun perniagaan francais di negara kita ini, boleh kita ukur, dari segi jumlah jualan runcit tahunan yang disumbangkan oleh outlet francais, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan perangkaan terkini dalam peratus jualan runcit tahunan di negara kita yang disumbangkan daripada industri francais ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, daripada 46 francais Malaysia di 50 buah negara tadi, ada 1,413 outlet ya daripada 46 ini, dan daripada itu sembilan adalah bumiputera iaitu 20 peratus dan 37 adalah bukan bumiputera iaitu 80 peratus. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, kita memang sentiasa menggalakkan supaya lebih banyak lagi syarikat-syarikat, dan sekarang ini kita menggalakkan supaya perniagaan konvensional juga boleh diconvertkan kepada perniagaan francais dan insya-Allah, PNS akan sentiasa membantu dan memberi pembiayaan. PNS ini adalah Perbadanan Nasional Berhad. Jadi Yang Berhormat, memang ini adalah satu juga yang kita jadi keseluruhannya juga, Yang Berhormat. Tadi itu yang menembusi di 50 buah negara, tetapi keseluruhannya jumlah perniagaan francais berdaftar di Malaysia adalah 631 perniagaan francais. Jadi 631 ini kita pecahkan iaitu francais tempatan sebanyak 435 iaitu 69 peratus. Kita pecahkan lagi daripada 435 itu, 143 adalah bumiputera iaitu 33 peratus dan bukan bumiputera adalah 292 atau 67 peratus. Pemegang kepada francais asing, bermakna kita membawa masuk francais asing ada 61. Sebenarnya kita combine 196 iaitu mereka adalah master franchisee. Jadi yang ini Yang Berhormat, kita memang masih menggalakkan dan kalau mengikut ekuiti milikan, jumlah perniagaan francais mengikut ekuiti milikan, bumiputera sebayak 183 atau 39 peratus dan bukan bumiputera adalah 448 atau 71 peratus.

Akan tetapi ini yang kita giat buatkan dan sebab itu kita mengadakan road show Yang Berhormat di merata tempat di seluruh Malaysia yang kita namakan micro franchising sebab kita mengetahui bahawa jikalau kita hendak mendekati kumpulan sasar kita iaitu yang berpendapatan rendah dan sederhana, kita sengaja memilihkan francais yang bernilai RM50,000 ke bawah sebab kita hendak mengenalkan perniagaan melalui francais dan menukarkan mindset yang mengatakan bahawa francais ini untuk perniagaan yang berjuta- juta dan sebagainya, tidak. Kita memang ada micro franchising yang nilainya RM50,000 ke bawah dan ada juga ada RM16,000 sahaja untuk mendapat satu francais. Jadi ini yang kami sangat galakkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jikalau kita lihat satu soalan 16 minit Yang Berhormat, ini prestasi yang memang tidak baiklah.

Ahmad bin KasimPKR · PRKuala Kedah · question

2. Tuan Ahmad Kasim [Kula Kedah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, mengenai prosedur pemberian lesen memandu kepada pekerja warga asing (yang mempunyai permit kerja) dan penduduk tetap serta pelajar warga asing yang menuntut di Malaysia. Berapakah jumlah permohonan serta status kelulusan dari kategori ini serta apakah caj tambahan dikenakan kepada mereka.

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNTimbalan Menteri Pengangkutan II · Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Selaras dengan perundangan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, beberapa syarat telah ditetapkan kepada pemohon sama ada warganegara atau bukan warganegara bagi mendapatkan lesen memandu di Malaysia seperti berikut: (i) umur minimum iaitu 16 tahun untuk motosikal dan 17 tahun untuk motokar; (ii) tahap kesihatan yang memuaskan; (iii) kompeten dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris; dan (iv) melalui keperluan modul latihan dan menduduki serta lulus elemen-elemen ujian memandu yang disyaratkan iaitu melibatkan Ujian Memandu Bahagian I, Bahagian II, dan Bahagian III. Walau bagaimanapun, warganegara asing atau warganegara yang telah memiliki lesen memandu asing, mereka hanya perlu membuat pertukaran lesen kepada lesen memandu Malaysia di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan selaras dengan Convention on Road Motor Transport Geneva 1949, dan 1968, dengan izin. Di bawah convention ini di mana negara ahli saling mengiktiraf lesen memandu negara masing-masing. Bagi maksud pertukaran ini, pemohon akan dikenakan fee lesen memandu sebanyak RM30 setahun dan yuran proses sebanyak RM20. Mengikut rekod JPJ, bilangan permohonan pertukaran lesen memandu asing kepada lesen memandu Malaysia bagi kes di atas yang diproses melalui ibu pejabat JPJ bagi tempoh 2010 sehingga 30 Oktober 2012 adalah seperti berikut: Jumlah Jumlah permohonan | Tahun 2010 |diterima 4,591|permohonan diluluskan 3,138| |---------------------------|-------------:|--------------------------:| | 2011| 4650| 2969| |2012 (sehingga 30 Oktober)| 4011| 2362| |Jumlah | 13252| 8469|<END_TABLE_MARKER>

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan tambahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kita dapati bahawa banyak warga asing yang begitu mudah, difahamkan ada yang mendapat lesen tetapi kurang mahir dengan undang-undang dalam negara Malaysia dan kita dapati juga di kalangan mereka ini berlaku kemalangan-kemalangan dan juga ada tempat-tempat tertentu khususnya dalam kawasan airport di KLIA dan LCCT yang sepatutnya mereka mempunyai Kelas D untuk memandu tetapi difahamkan mereka diberi kelulusan oleh pihak syarikat yang mengendalikan airport. Begitu juga dengan sebahagian daripada syarikat-syarikat teksi yang memberikan kepada warga asing sebagai pemandu. Adakah perkara ini diteliti oleh pihak Kementerian? Soalan tambahan saya, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang jumlah kemalangan yang melibatkan warga asing yang mempunyai lesen dan juga tidak mempunyai lesen dan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga menyebutkan tentang apakah sebab-sebab lesen memandu antarabangsa yang tidak diluluskan. Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka memohon, mereka tidak mendapat kelulusan seperti mana jumlah yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Satu soalan sahaja Yang Berhormat, ini bertalian soalan Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih.

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNSaratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Pertama sekali pemandu teksi memang sejak tahun 2008 dahulu memang tidak ataupun pemandu kereta perniagaan memang telah tidak dibenarkan. Kalau ada dijumpai dalam masa enforcement mereka merupakan melanggar undang-undang. Jadi jumlah accident ataupun kemalangan yang disebabkan oleh pemandu-pemandu asing Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada figure di sini tetapi kita akan dapatkan daripada rekod- rekod sama ada daripada Jabatan Polis ataupun JPJ dan sesetengah daripada pemandu asing tadi yang tidak dibenarkan ataupun tidak lulus dalam permintaan oleh kerana dia tidak mematuhi sebab-sebab yang tertentu ataupun syarat-syarat yang tertentu yang ditetapkan JPJ. Di antara syarat-syarat misalnya MyKad, Pasport mesti ada visa tempoh sah tidak kurang dari tiga bulan, lesen memandu asing yang sah, surat terjemahan lesen memandu sekiranya lesen memandu asing bukan dalam bahasa Inggeris. Pengesahan lesen memandu dari kedutaan negara pengeluar lesen atau pengesahan dari pihak penguasa pengeluar lesen berkenaan. Gambar berwarna 25mm dan 35mm, borang JPJL-1 yang lengkap diisi. Dokumen tambahan hendaklah dikemukakan sekiranya perlu. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan awal tadi, ada dua jenis yang boleh meminta penukaran lesen ke Malaysian driving license, dengan izin, iaitu pertama sekali 32 negara yang ada perjanjian dua hala dengan kita, kita terus secara automatic dia dapat menukar lesen dan tertakluk kepada lengkapnya semua borang ataupun keperluan yang kita hendak dan satu jenis lagi mereka yang tidak diberi automatik di bawah Geneva Convention tahun 1989, antara itu adalah 115 negara dan mereka kena buat permintaan kepada Pengarah JPJ dan ada didapati bahawa mereka tidak memenuhi syarat-syarat jadi dia tidak boleh dibagi lesen memandu dan mereka selalu juga meminta kali yang kedua tetapi syarat-syaratnya berlainan ke atas conditions yang tertentu. Sekian, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Arau, minta tolong soalan Yang Berhormat.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya akur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran pimpinan masyarakat Kota Melaka, masyarakat Cina daripada Kota Melaka yang diketuai oleh Encik Wong Nai Chee, Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selamat Datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya bertanya Yang Berhormat iaitu apabila kita memberi kelonggaran kepada warga asing yang bekerja di negara kita mengambil lesen-lesen yang mereka boleh gunakan untuk memandu di jalan raya.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat, sejauh ini mereka ini banyak terlibat kesalahan trafik yang cukup besar terutamanya kereta-kereta daripada Thailand dan juga daripada Singapura. Jadi memandangkan sekarang ini tidak ada tindakan menyeluruh yang boleh menyebabkan kita mengutip saman-saman tersebut. Apakah langkah-langkah yang lebih constructive yang boleh dibuat oleh pihak Kementerian dalam memastikan bahawa kutipan saman ini dibuat dengan segera iaitu di pintu keluar imigresen sama ada di Singapura atau pun di sebelah Thailand. Jadi ini merupakan perkara-perkara yang harus diambil tindakan segera oleh kerajaan supaya memastikan mereka tidak melanggar kesalahan trafik di negara kita. Terima kasih.

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNSaratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Dari segi rekod, kita tiada rekod yang membuat kesalahan tetapi memanglah kita ucapkan terima kasih kepada Arau kerana yang berdekatan sekali dengan Thailand dan banyak kesalahan yang dibuat daripada situ dan saya rasa Kerajaan Malaysia dan juga JPJ kita di Malaysia sini dengan bersungguh-sungguh membuat enforcement ataupun kepada kereta-kereta asing ini secara road block dan sebagainya tetapi mungkin terlalu ramai yang buat kesalahan jadi tidak semuanya kena tangkap. Jadi kita akan bawa ini kepada mesyuarat kementerian dan kita akan berusaha dengan lebih lagi untuk kutip saman-saman yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

3. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah usaha kementerian untuk memantau kualiti kerja penyelenggaraan jalan raya yang telah diswastakan di negeri Sarawak walaupun difahamkan bahawa piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya telah dicapai tetapi sehingga kini masalah kerosakan dan kualiti jalan raya yang telah diselenggara masih amat tidak memuaskan sehingga menggugat keselamatan pengguna jalan raya.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suara ada lain sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada batuk Yang Berhormat. Mesti singkatkan jawapan sahaja.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah melantik tiga syarikat konsesi untuk menyelenggara jalan persekutuan di negeri Sarawak iaitu untuk tempoh kontrak selama 15 tahun, 2003 hingga 2018. Berdasarkan kontrak penswastaan tersebut, syarikat-syarikat konsesi yang dilantik itu perlu mematuhi piawaian prestasi kerja sebagaimana telah ditetapkan oleh kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara skop konsesi penswastaan ini ialah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin berkala dan kecemasan di sepanjang jalan Persekutuan. Berdasarkan kepada perjanjian konsesi, syarikat konsesi bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin iaitu kerja-kerja menampal lubang jalan ataupun potholes. Meratakan bahu jalan 10 peratus daripada keseluruhan panjang jalan yang diselenggara, memotong rumput sebulan sekali, mencuci perabot jalan dua kali setahun, mencuci pembetung dan jambatan dua kali setahun, mencuci longkang dua kali setahun, pemeriksaan berjadual di sepanjang jalan terlibat dua kali seminggu. Manakala kerja-kerja untuk penyelenggaraan berkala pula seperti penurapan semula jalan dan kerja-kerja kecemasan, pelaksanaan kerja-kerja ini tertakluk kepada arahan kerja yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya daripada masa ke semasa. Sehubungan itu, antara langkah kementerian untuk memantau prestasi syarikat-syarikat konsesi berkenaan adalah menerusi pelaksanaan Audit Kualiti Penyelenggaran yang diadakan setiap bulan. Ini untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan rutin yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat sentiasa mematuhi terma-terma yang telah ditetapkan oleh perjanjian konsesi. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan, amaran dalam bentuk Laporan Ketidakpatuhan atau non conformance report dan kadar pemotongan harga dikenakan terhadap syarikat konsesi berkenaan. Untuk tempoh tiga tahun terakhir ini, 2009 hingga Oktober 2012 sebanyak 257 NCR atau non-conformance report telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan di negeri Sarawak.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Di samping itu, kementerian ini juga sentiasa menilai prestasi kontraktor penswastaan berkenaan untuk tempoh setiap lima tahun sehingga tempoh sebenar konsesi itu tamat. Sebagai contoh Kerajaan melalui tahun ini telah memutuskan supaya kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi jalan Persekutuan yang baru ditawarkan secara tender terbuka kepada syarikat-syarikat kontraktor lain yang berminat untuk mengambil bahagian.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Ini melibatkan Jalan-jalan Persekutuan baru dan sambungan yang telah disiapkan tetapi belum diserahkan kepada syarikat konsesi dan juga jalan yang berstatus jalan negeri sebelum ini tetapi belum diwartakan sebagai Jalan Persekutuan. Manakala Jalan Persekutuan yang telah sedia diselenggarakan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi sebelum tahun 2012, akan terus dikekalkan sehingga tamat tempoh konsesi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih, jawapan atas memang kita banyak syok dengar. Memanglah kita jawab atas kertas kualiti memang terbaik dalam dunia ini. Akan tetapi, masalah di bawah pelaksanaan macam mana? Contoh macam di jalan Bintulu-Miri ataupun jalan Bintulu-Sibu. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak percaya, marilah kita bersama- sama turun padang, saya bawa lalu itu jalan tengok macam mana. Masalahnya memang perjanjian dalam kontrak memang macam-macam kita ada janji. Akan tetapi, bila pelaksanaan siapa akan buat pemantauan ataupun supervision, siapa? Bila dia menjalankan tugas menyelenggarakan jalan raya, saya tidak nampak siapa-siapa engineer daripada JKRkah ataupun konsultan ataupun sesiapa sahaja monitor kualiti tersebut. Kita dia buat gila-gila punya dia sendiri. Kadang-kadang equipment pun tiada. Dia tampal sahaja suka hati. Sudah tampal tidak sampai sebulan, berlubang-lubang lagi. Jadi, inilah Kementerian Kerja Raya sedar atau tidak? Kita pun rugi juga. Banyak kali sudah saya beritahu, tetapi akhir sekali macam masih sama lagi. Soalan saya, saya mahu tanya perkara begini macam mana Kementerian Kerja Raya boleh menjamin atau atas penyelenggaraan kualiti bila dalam penyelenggaraan? Saya minta penjelasan tetapi harap jangan cakap kita syok sama-sama sahaja. Sekian, terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak kali ini nombor satu, dua, tiga soalan semua dijawab oleh orang Sarawak. Tuan Yang di-Pertua pun Sarawak. Sebenarnya Yang Berhormat Bintulu, saya faham apa yang dilakukan kerana kita ada pemantauan dari pihak jurutera bahagian, divisional engineer. Dia akan turunkan kuasa kepada jurutera daerah untuk membuat pemantauan. Kita ada cara lain juga di mana kalau kita ada aduan, bagilah kepada JKR di Sarawak di bahagian, kerana dalam KPI kita, kita telah pun menentukan kalau ada aduan datang dari mana-mana khususnya di penyelenggaraan jalan, kita akan buat kerja susulan dalam tiga hari. Saya janji, kita akan buat ini. Akan tetapi, kalau ada aduan, kalau ada aduan. Tidak ada aduan, kita cakap sini pun tidak boleh syok sendirilah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, aduan banyak. Mari kita janji satu hari, kita sama-sama turun. Kita bawa spare tyre dua biji, kita turun pergi jalan itu.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Boleh. Terima kasih, saya terima jemputan ini sebab selalu saya guna jalan Pan Borneo juga. Akan tetapi, bukan sebelah utara, setengah. Saya di Selatan, pergi Betong, Sri Aman. Akan tetapi, yang ini juga kita akan pergi. Kita akan pergi selepas Parlimenlah.

Okey.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Okey, ya. Itu adalah cara yang kita hendak buat bersama-sama kita memantau dan lihat bagaimana kita akan memperbaiki keadaan. Sekian, terima kasih.

Tan Kok WaiDAP · PHCheras · question

4. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kerajaan bercadang menubuhkan skim pampasan kepada pesakit tercedera atas sebab vaksinasi, contohnya pesakit autism. Apakah kedudukan sebenar penyakit autism di Malaysia dan program kerajaan mencegah penyakit ini.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai prosedur bagi membayar pampasan kepada pesakit tercedera atas sebab vaksinasi. Bagi mengenal pasti kecederaan akibat vaksin atau vaksinasi, Kementerian Kesihatan Malaysia memantau semua laporan kejadian kesan sampingan selepas vaksinasi melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Kes kesan sampingan selepas vaksinasi yang serius tetapi tidak dinyatakan oleh pembuat vaksin akan disiasat oleh Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi punca kejadian. Pemantauan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mendapati kadar kejadian kesan sampingan yang serius bagi semua jenis vaksin selepas vaksinasi adalah rendah. Daripada 17,894,949 dos vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak pada tahun 2010 dan 2011, hanya 14 kes ataupun 0.000078 peratus kesan sampingan selepas vaksinasi diberikan. Semenjak lima tahun lalu, hanya terdapat satu kes kecederaan akibat vaksinasi dilaporkan. Bagi kes tersebut, pegawai yang terlibat telah dikenakan tindakan dan dihantar semula untuk latihan teknik pemberian vaksin. Sekiranya kesan sampingan serius selepas vaksinasi disebabkan oleh vaksin yang disuntik, syarikat pembekal boleh dikenakan tindakan regulatory seperti penggantungan pendaftaran produk, panggil balik produk atau pembatalan pendaftaran produk. Tuan Yang di-Pertua, kajian yang mengaitkan vaksin measles, mumps, rubella (MMR) dengan autisme telah menyebabkan penurunan dalam liputan vaksinasi dan telah menyebabkan berlakunya wabak di Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada di kalangan kumpulan yang tidak divaksinasi. Kajian tersebut telah dibuktikan tidak benar dan telah dibatalkan pada tahun 2010 oleh Journal Lansard. Adalah penting bagi memastikan semua kanak-kanak menerima vaksinasi menurut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya wabak. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia dianggarkan dua per seribu kanak-kanak mengalami autism mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2006. Sehingga kini, pakar seluruh dunia belum dapat mengenal pasti penyebab autism dan belum ada rawatan bagi menyembuhkan autism. Walau bagaimanapun, sekiranya masalah ini dapat dikesan awal, intervensi awal dapat dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak meningkatkan kefungsian. Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan pengesanan awal autism di kalangan kanak-kanak, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperluaskan program saringan bagi autisme menggunakan senarai semak dengan izin, Modified Checklist for Autism in Toddlers (M-CHAT) pada tahun 2012. Senarai semak ini adalah sebahagian daripada kandungan buku rekod kesihatan kanak-kanak kosong hingga enam tahun di mana semua kanak-kanak yang hadir di klinik kesihatan akan disaring bagi tanda-tanda autisme pada umur 18 bulan sehingga 36 bulan. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan manual pengendalian kanak-kanak berkeperluan khas yang mengandungi kaedah intervensi. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas termasuklah kes autism, seramai 3,944 anggota kesihatan di klinik kesihatan telah menjalani latihan tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan 54 jurupulih cara kerja di klinik kesihatan bagi meningkatkan program intervensi di klinik kesihatan. Bagi memastikan kanak-kanak autism mendapat intervensi yang sewajarnya, semua pihak perlu memainkan peranan terutama sekali ibu bapa kerana kanak-kanak ini memerlukan intervensi berterusan supaya dapat di integrasi dalam masyarakat. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan skim pampasan ini ada diwujudkan tetapi sejauh manakah skim ini sehingga kini telah membantu pesakit-pesakit autism atau jangkitan ibu bapa mereka?

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Memandangkan juga skim pampasan ini diwujudkan disebabkan salah satu punca yang menyebabkan penyakit autisme ini adalah suntikan vaksin, maka saya ingin tanya Yang Berhormat sehingga kini berapakah tuntutan terhadap syarikat-syarikat ubat-ubatan antarabangsa yang didakwa kerana kanak-kanak selepas kelahiran yang diberikan suntikan vaksin menjadi mangsa menghidap penyakit autisme atas disebabkan kecuaian mana- mana pihak termasuk syarikat perubatan. Adakah penyelidikan dan kajian menyeluruh diadakan untuk mengesan penyumbang kepada penyakit ini dan jika tidak ada, mengapa. Ini penting Tuan Yang di- Pertua dalam usaha mengurangkan atau membasmi penyakit ini, penyelidikan di kalangan kanak-kanak yang menghidap penyakit adalah penting. Berapakah bilangan tuntutan dikemukakan oleh ibu bapa kanak-kanak autisme yang dibawa kepada perhatian MMC dan juga dakwaan dibuat dalam mahkamah. Akhirnya saya ingin tanya, memandangkan ada banyak jenis vaksin berada di dalam pasaran...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Apa banyak sangat soalan Yang Berhormat?

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

...Dan banyak suntikan diambil oleh seseorang individu sepanjang hayatnya. Saya ingin tanya mana-mana jenis vaksinasi yang benar- benar diperlukan dan diwajibkan untuk suntik dan mana-mana yang digalakkan tetapi tak sememangnya perlu jika seseorang individu tidak memerlukannya. Apakah juga perbezaan suntikan-suntikan dalam bilangan suntikan berbeza di antara lelaki dan wanita mengenai vaksinasi ini?

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mencatatkan ada lapan soalan tambahan yang telah dikemukakan. Akan tetapi saya rangkumkan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya memperingatkan peraturan kita. Kita tak boleh buang dalam tong sampah peraturan kita ini. Jadi saya duduk sini rasa pun terkilan juga. Peraturan kita, soalan tambahan satu sahaja Yang Berhormat. Ini jelas sangat. Tujuannya ialah supaya kita dapat cover banyak lagi soalan-soalan lain. Sila Yang Berhormat.

Saya ingin terus kepada beberapa perkara Yang Berhormat. Pertamanya saya ingin menjawab bahawa Kementerian Kesihatan mempunyai prosedur dari segi pembayaran pampasan kepada pesakit yang tercedera disebabkan vaksinasi. Ini bukan skim tetapi satu prosedur yang perlu diikuti oleh yang terlibat. Yang Berhormat juga mengemukakan soalan mengenai kes-kes dan tuntutan ataupun kes-kes yang menyebabkan kecuaian, yang menyebabkan autisme di kalangan dan berapakah jumlah tuntutan yang dikemukakan oleh ibu bapa. Seperti yang saya jawab semasa soalan asal Yang Berhormat, sehingga kini pakar seluruh dunia belum dapat mengenal pasti penyebab autisme dan belum lagi ada rawatan untuk menyembuhkan autisme. Yang Berhormat, itu bagi menjawab persoalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat. Bagi soalan yang menjurus kepada sama ada kaitan di antara pemberian vaksin dengan penyebab kepada penyakit autisme, saya ingin menjawab bahawa tidak ada kajian yang menunjuk ke arah itu Yang Berhormat. Tidak ada kajian yang mengaitkan vaksin iaitu terutama sekali measles, mumps and rubella (MMR) ini dengan penyakit autisme Yang Berhormat seperti yang saya jawab dengan panjang tadi. Terakhir Yang Berhormat, mengenai soalan berapakah vaksin yang diwajibkan ataupun diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia. Untuk menjawab persoalan ini, vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia adalah dijamin selamat, pertamanya. Sebelum vaksin dicadangkan Yang Berhormat, selalunya Jawatankuasa Dasar dan Amalan Vaksin Kebangsaan akan mengkaji bagi memastikan vaksin yang diberikan adalah selamat digunakan.

Bagi kanak-kanak berusia lima tahun di Malaysia yang diberikan imunisasi adalah untuk mencegah sepuluh jenis penyakit Yang Berhormat termasuklah TB, Hepatitis B, difteria, pertussis iaitu batuk kokol, haemophilus influenzae type B, tetanus iaitu kancing gigi, polio, measles, mumps dan rubella, Yang Berhormat ya. Suntikan ini diberikan tidak ada perbezaan dari segi pemberian suntikan diberikan sama ada kepada kanak-kanak lelaki ataupun perempuan. Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan jika sekiranya macam kes berlaku lebih menyeluruh ataupun adverse event dalam kesan sampingan kepada penyakit autisme ini dalam jangka masa panjang dan saya mohon penjelasan dan pandangan daripada kementerian. Terima kasih. Mohon jawapan.

Okey terima kasih Yang Berhormat Silam di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tindakan ataupun sekiranya berlaku Adverse Events Following Immunization ataupun lebih dikenali sebagai AEFI. Apabila semua laporan AEFI diterima oleh pusat pemonitoran kesan adverse ubat kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), semuanya akan didokumentasikan. Manakala kes-kes serius yang melibatkan AEFI, akan disiasat dengan segera untuk mengenal pasti punca kejadian kesan adverse yang berkaitan dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ini seterusnya akan membuat siasatan lanjut dari aspek kualiti produk dan tindakan regulatori akan diambil Yang Berhormat mengikut keputusan siasatan. Jenis tindakan regulatori yang boleh diambil antaranya adalah penggantungan pendaftaran produk, panggil balik produk atau pembatalan pendaftaran produk Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi menjawab sebahagian pertanyaan Yang Berhormat Cheras tadi, jumlah dos vaksin yang digunakan bagi kanak-kanak pada tahun 2010 dan 2011 adalah sebanyak 17,894,949 dos iaitu 9,340,537 dos pada tahun 2010 dan 8,554,412 dos diberikan pada tahun 2011. Hasil siasatan kes serius AEFI ini yang dilaporkan pada tahun 2010 dan 2011 Yang Berhormat, mendapati bahawa tiada isu keselamatan luar biasa dan tiada bukti untuk dikaitkan dengan kualiti vaksin dan dengan itu tiada tindakan regulatori diambil. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Juslie bin AjirolUMNO · BNLibaran · question

5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan, usaha melaksanakan langkah konkrit bagi membendung tekanan inflasi negara dan sejauh manakah keberkesanan kerajaan yang telah memperkenalkan NKRA Menangani Kos Sara Hidup bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam menangani kenaikan kos makanan dan barangan.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Libaran. Tuan Yang di-Pertua, Berbanding dengan banyak negara yang lain peningkatan harga barangan di Malaysia adalah sederhana rendah di mana Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) adalah di lingkungan 2 peratus hingga 3 peratus setahun sahaja. Ini adalah kerana kerajaan selama ini sememangnya sangat prihatin dan telah lama mengawal dengan rapi harga pelbagai barangan keperluan asas serta memberi pelbagai subsidi oleh beberapa kementerian dan agensi supaya meredakan beban tekanan inflasi terhadap rakyat. Beberapa inisiatif baru telah juga diperkenalkan di bawah Gagasan 1Malaysia sejak tahun 2009 apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Skim Kawalan Harga Musim Perayaan telah dilaksanakan sejak tahun 2000 untuk enam perayaan utama termasuk Pesta Keamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Di samping itu kerajaan telah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Tahun 2011 bagi mengawal dan mencegah amalan pencatutan oleh para peniaga supaya melindungi para pengguna. Program penyeragaman harga telah dilaksanakan untuk membantu masyarakat di kawasan luar bandar dan pendalaman khasnya di Sabah dan Sarawak supaya dapat membeli barangan keperluan bersubsidi pada harga yang munasabah dengan mengurangkan kos pengangkutan barangan.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Di bawah bajet tahun 2013, sebanyak RM386 juta diperuntukkan bagi program ini yang juga merangkumi penubuhan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Subsidi sebanyak 19.5 bilion diberi untuk mengurangkan dan mengekalkan harga petrol RON 95 pada RM1.90 setiap liter dan harga setiap tong 14 kilogram gas masak pada RM26.60, berbanding dengan harga pasaran dunia yang jauh lebih tinggi. Subsidi berjumlah 2.4 bilion untuk beras, gula, minyak masak, tepung gandum dapat membantu meringankan beban kos makanan bagi rakyat jelata. Di samping itu program biasiswa dan pinjaman institusi pengajian tinggi dan berbagai-bagai bantuan pelajar sekolah berjumlah RM7 bilion. Pelbagai jenis bantuan kebajikan bagi keluarga miskin, OKU, warga emas dan sebagainya termasuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) pula berjumlah RM2 bilion. Kerajaan juga telah memperkenalkan Klinik 1Malaysia di mana bayaran rawatan hanya RM1. Kedai Rakyat 1Malaysia dengan harga barangan yang rendah, menu harga 1Malaysia dengan harga makanan yang murah serta Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bersama dengan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Skim Rumah Pertamaku untuk membekalkan lebih banyak rumah mampu beli bagi isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana. Di bawah NKRA menangani kos sara hidup dan melalui Bajet 2013, bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) di samping pemberian RM5,000 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan diperluaskan untuk pemberian RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 setahun. BR1M 2.0 ini dijangka akan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Maka, bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan terus diberikan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah serta pemberian baucar buku bernilai RM250 kepada 1.3 juta pelajar warga negara di semua institusi pengajian tinggi. Adalah nyata bahawa Kerajaan Malaysia memang sangat peka dan komited dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu rakyat jelata supaya dapat menghadapi dan menangani tekanan kenaikan kos sara hidup. Terima kasih.

Datuk Juslie AjirolUMNO · BNLibaran

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan Menteri. Saya rasa kita sangat kagum dengan usaha kerajaan seperti mana disebut oleh Menteri tadi walaupun ekonomi dunia agak merudum. Soalan saya pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua. Adakah benar kos sara hidup di Sabah lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia? Saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha kerajaan dalam menangani masalah sara hidup yang lebih tinggi di Sabah dan Sarawak sama ada jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Terima kasih.

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat khasnya di negeri Sabah. Sememangnya kerajaan juga mengambil berat terhadap isu ini dan telah mengadakan satu makmal khas untuk mengkaji kos sara hidup di Sabah, Sarawak dan Labuan yang baru sahaja berlangsung dan tamat pada bulan Oktober ini. Satu penemuan daripada makmal ini memang didapati bahawa kos barangan dan makanan di beberapa tempat di Sabah dan Sarawak memang agak lebih tinggi. Akan tetapi ini bergantung kepada jenis barangan dan makanan. Misalnya makanan atau bahan makanan mentah dan makanan yang diproses dari segi harga tidak begitu berbeza daripada yang terdapat di Semenanjung. Akan tetapi makanan yang dimasak pula jauh lebih tinggi melebihi 10 peratus secara perbandingan. Ini mungkin kerana kos kakitangan, kos overhead dan sebagainya. Lokasi juga berbeza. Misalnya untuk negeri Sarawak, Bintulu dan Miri jauh lebih mahal daripada bandar-bandar yang lain kerana begitu pesat membangun dengan industri gas dan petroleum. Bilangan penduduk telah bertambah dan banyak pelawat pula dari Brunei khasnya yang mampu membeli banyak jenis barangan. Maka ini telah menyebabkan permintaan atau demand telah meningkat.

Walau bagaimanapun, kalau harga atau kos adalah tidak begitu berbeza atau tinggi lebih kurang dalam lingkungan 10 peratus tetapi paras pendapatan purata rakyat di Sabah dan Sarawak memang adalah lebih rendah berbanding dengan Semenanjung. Oleh sebab itu mereka memang terasa beban tekanan kos sara hidup. Ini yang penting sekali. Maka satu faktor utama ialah kos pengangkutan yang menyebabkan kos sara hidup barangan dan makanan yang begitu tinggi. Maka dalam perkara ini, kerajaan telah membuat komitmen untuk memberi peruntukan sebanyak RM386 juta di dalam bajet tahun 2013 untuk menampung dan mengurangkan kos pengangkutan ini khasnya daripada bandar utama Kuching dan Kota Kinabalu ke kawasan pendalaman, di mana tumpuan diberi kepada Sabah dan Sarawak iaitu lebih daripada 480 lokasi di Sabah dan hampir 500 lokasi di Sarawak berbanding dengan hanya 84 lokasi di Semenanjung. Ini adalah untuk barangan keperluan asas termasuk petroleum, gas, gas masak, beras, gula, tepung dan sebagainya. Di samping itu memang RM87 juta diperuntukkan untuk membina 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Ini adalah langkah jangka pendek. Akan tetapi langkah masa panjang termasuk kajian terhadap dasar pengangkutan kabotaj dan juga ekonomi pengangkutan pada umumnya dan juga usaha untuk meningkatkan paras pendapatan rakyat di Sabah dan Sarawak dan juga di kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman di seluruh negara, maka ini merupakan komitmen Kerajaan Barisan Nasional.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya jawapan tadi itu berpanjangan bagai agam. Selain daripada lebih dari RM3 bilion sebagai subsidi itu untuk mencegah inflasi ini, apakah sebenarnya jumlah subsidi dan apakah pandangan Yang Berhormat terhadap tekanan daripada Eropah, Amerika Syarikat terutamanya selepas badai atau hurricane Sandy?

Tuan Yang di-Pertua, saya kurang memahami soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kepong ini [Ketawa] Apakah subsidi yang bersangkut paut dengan tekanan daripada Eropah dan juga Sandy dan sebagainya maka saya tidak lihat apakah kaitannya dari segi ekonomi secara langsung. Memang ekonomi kita ekonomi yang terbuka, apa yang berlaku di negara lain memang ada kesannya tetapi kesannya terhadap kos hidup ini tidak akan dirasai dengan sekelip mata. Akan tetapi, mempunyai mungkin kesan yang lebih mengambil masa tetapi saya memang tidak begitu memahami subsidi dan ekonomi dari segi tekanan ekonomi Eropah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Soalan outside.

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Apa Yang Berhormat, apa penjelasan Yang Berhormat? Menteri tanya itu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya hendak menjelaskan tadi, memang penjelasan secara pendeklah itu. Tuan Yang di-Pertua, itu memang usaha diambil oleh Yang Berhormat di dalam Jabatan Perdana Menteri dan juga memang sudah adakan subsidi yang banyak. Subsidi untuk mencegah inflasi ini dan saya hendak tahu jumlah subsidi sekarang dari segi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini soalan baru Yang Berhormat. Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang tidak faham tadi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Outside, outside.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu bukan. Ini bukan outside.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Outside, outside.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu bukan outside, ini memang. Memang di dalamnya, subsidi ini untuk mencegah inflasi, apakah jumlahnya?

Jumlahnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi telah memberi angka utama untuk subsidi RM9.5 bilion untuk pelbagai jenis bahan petrol RON95 dan RM2.4 bilion untuk gula, minyak masak sawit, tepung dan sebagainya. Subsidi dan bantuan kebajikan sebanyak RM2 bilion, mungkin Ahli Yang Berhormat dari Kepong tidak tahu mengira dengan- saya ingat bolehlah saya memberi jumlah itu, lebih daripada RM24 bilion untuk rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya. Tidak mengapa, tidak mengapa Yang Berhormat.

Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional.

[Ketawa] [Soalan No.6 - Y.B. Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) tidak hadir]

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

7. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan pelaksanaan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020 untuk mencapai sasaran sektor bagi meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 41 peratus daripada 32 peratus pada masa kini.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020, adalah merupakan game changer dengan izin dalam mempercepatkan pertumbuhan PKS bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pelan induk tersebut merupakan pelan sepanjang hayat yang merentasi semua sektor industri, gender, geografi dan latar belakang etnik. Pelan induk ini menetapkan pencapaian empat matlamat iaitu: (i) meningkatkan penubuhan perniagaan; (ii) meningkatkan bilangan syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan inovatif; (iii) meningkatkan produktiviti PKS; dan (iv) mempergiatkan usaha pemformalan perniagaan ataupun formalization, dengan izin. Dalam menyokong matlamat tersebut, terdapat sejumlah 32 inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan di dalam pelan ini termasuk enam Program Berimpak Tinggi (HIP). Enam HIP tersebut yang akan diketuai oleh agensi peneraju masing-masing adalah seperti berikut: (i) integrasi pendaftaran dan pelesenan perniagaan yang bertujuan mewujudkan satu titik pendaftaran tunggal dengan menyepadukan sistem pendaftaran perniagaan negara iaitu My Corporate Identity atau MyCoID. Dengan sistem pelesenan perniagaan negara iaitu Sistem Sokongan Elektronik Lesen Perniagaan (BLESS); (ii) platform pengkormersialan teknologi bagi menggalakkan inovasi dari peringkat bukti konsep atau proof of concept ke peringkat pengkormersialan; (iii) program pelaburan PKS bagi menyediakan pembiayaan kewangan peringkat permulaan dengan membangunkan syarikat pelaburan yang akan melabur dalam PKS berpotensi dalam bentuk hutang, ekuiti atau hibrid kedua-duanya;

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

(iv) Program Going Eksport (Go Eks) yang akan diterajui oleh Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk mempercepatkan pengantarabangsaan PKS serta penawaran bantuan khusus kepada pengeksport baru PKS yang menceburi pasaran baru; (v) program pemangkin untuk mempromosikan pengusaha tempatan yang berjaya menerusi pendekatan tersasar dengan sokongan dalam bidang pembiayaan akses kepada pasaran dan pembangunan modal insan; dan (vi) keterangkuman inovasi bagi memperkasakan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah agar menggunakan inovasi untuk menggalakkan transformasi masyarakat termasuk perusahaan mikro di kawasan luar bandar menerusi bimbingan serta sokongan pembiayaan teknikal dan pengurusan. Bagi mencapai matlamat pelan induk tersebut, SME Corp. Malaysia sebagai agensi penyelaras pusat PKS bagi pembangunan PKS di Malaysia merangkap peneraju pelan ini akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan atau stakeholders dengan izin, menerusi perkongsian awam, swasta dan pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan. Pelaksanaan setiap pelan tindakan akan diselaraskan atau dipantau secara berkala oleh SME Corp. Malaysia. Peranan kesatuan industri dewan perniagaan dan organisasi bukan kerajaan juga akan terus dipertingkatkan bagi membantu memperluaskan pencapaian program kepada lebih banyak PKS di negara ini sama ada di peringkat daerah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan. Inisiatif yang digariskan dijangka akan meningkatkan sumbangan KDNK daripada 32 peratus kepada tahun 2010 kepada 41 peratus menjelang tahun 2020. Pelan induk ini akan diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Namun, visi, matlamat dan strategi keseluruhan tidak berubah.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terus kepada soalan tambahan. Apakah program-program khusus yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu IKS dan apa keberkesanannya setakat ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar di atas soalan tambahan tersebut. Memang kita adakan beberapa program-program khusus bertujuan untuk membantu PKS ini meningkatkan lagi pencapaiannya termasuklah juga meningkatkan keupayaan mereka untuk eksport antara lain ialah pameran tahunan SMIDEC ataupun lebih dikenali sebagai SMIDEC showcase di mana ianya berfungsi sebagai satu platform di mana PKS tempatan ini dapat mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran dan juga ada pembeli-pembeli yang datang daripada dalam dan luar negara terutamanya dari kalangan syarikat-syarikat besar dan multinasional.

Selain daripada itu, kita juga ada Industrial Linkage Programme ataupun Program Rantaian Industri yang mana kita padankan syarikat-syarikat PKS ini yang mampu untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kepada syarikat GLC dan multinasional. Setakat ini, beberapa program seperti ini telah dianjurkan. Sehingga bulan April 2012, sebanyak 1,902 PKS telah menikmati proses pemadanan ini dan ia melibatkan nilai potensi jualan berjumlah RM1.4 bilion. Setakat ini, maklum balas yang kita dapat daripada syarikat- syarikat tersebut, nilai sebenar jualan pada tahun lepas ialah RM124.32 juta. Selain daripada itu, kita ada juga satu program untuk membantu PKS dalam soal penjenamaan. Untuk tujuan ini, kita adakan satu program yang diberi nama National Mark of Malaysian Brand yang mana kita mengiktiraf produk PKS supaya penerimaan mereka di peringkat antarabangsa itu pada tahap yang tinggi. Setakat ini, 47 buah syarikat telah mendapat pengiktirafan tersebut. Kita juga mempunyai 1-InnoCERT ataupun program Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation, dengan izin. 1-InnoCERT ini adalah khusus untuk syarikat-syarikat PKS yang berinovasi dan berdaya maju dan juga bertaraf global.

Program pensijilan ini adalah terbuka kepada semua saiz syarikat sebenarnya, tetapi banyak juga syarikat-syarikat mikro, sederhana, dan kecil yang berjaya mendapat sijil ini. Setakat ini sehingga dari tahun 2010 sehingga tahun ini, sejumlah 114 buah syarikat telah diiktiraf di bawah 1-InnoCERT ini. Kita juga ada program peningkatan kemahiran PKS iaitu latihan berbentuk teknikal dan juga secara praktikal untuk membantu syarikat-syarikat PKS meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Kursus dalam soft skills contohnya seperti pengurusan kewangan dan perniagaan, keusahawanan, pemasaran, business coaching serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kita melatih lebih 50,000 peserta dan setakat ini itu juga mendapat sambutan yang begitu baik sekali. Kita juga mempunyai satu program internship PKS dan pelajar-pelajar universiti yang mana pelajar universiti ini dapat bekerja dalam satu tempoh yang sementara dan memikirkan apa jenis masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut dan juga mencadangkan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh PKS yang mereka menjalankan internship tersebut. Setakat ini sehingga bulan Jun 2012, sejumlah 112 syarikat PKS melibatkan 552 pelajar dalam program internship ini telah berjaya kita laksanakan. Kita juga ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Berapa banyak tindakan-tindakan...

Banyak sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kalau banyak Yang Berhormat, saya ingat jawab secara bertulislah benda macam itu.

Saya pendekkanlah kalau begitu. Suka saya nyatakan kerana hendak menjawab soalan mengenai keberkesanan tadi. Pada tahun 2010, sumbangan pertumbuhan PKS pada KDNK adalah sebanyak 8.4 peratus iaitu lebih tinggi daripada ekonomi kita secara keseluruhan dan ini satu petanda yang baik. Selain daripada itu, kalau dahulunya 99.2 peratus daripada syarikat yang berdaftar adalah daripada syarikat PKS, kini peratusan tersebut telah menurun kepada 97.3 peratus membuktikan bahawa ada peningkatan daripada IKS ini kepada syarikat yang lebih besar dan sebilangan daripada mereka juga telah tersenarai dalam Bursa Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah Yang Berhormat sedar terbantutnya sesetengah Perusahaan Kecil dan Sederhana ini ialah kerana produk yang mereka hasilkan terbantut daripada segi pasaran? Mereka sukar menembusi pasaran secara menyeluruh termasuk dalam negara kita sendiri yang mana syarikat hypermarket ataupun pasar raya-pasar raya besar memberikan keutamaan kepada produk-produk yang diimport daripada produk-produk yang dihasilkan oleh IKS dalam negara kita. Untuk itu, saya ingin memberikan cadangan apakah boleh diterima? Kerajaan telah membelanjakan duit sebegitu banyak seperti sumbangan BR1M dan sebagainya. Mengapa tidak, oleh kerana yang pentingnya untuk memastikan rakyat mendapat harga makanan yang murah, jadi ditukar sumbangan ini kepada bentuk barangan yang mana barangan ini boleh didapati daripada syarikat-syarikat IKS. Jadi syarikat-syarikat IKS dijamin mendapat pasaran produknya dan rakyat pula mendapat bekalan makanan yang percuma. Ini kerana pemberian wang tunai ini walaupun bagus tetapi kita tahu ada sesetengah buat beli rokok, beli prepaid dan seumpamanya. Malah buku-buku sekolah pun, budak-budak dia dapat baucar buku sekolah pun, dia pergi kedai dia tukar baucar buku ini ambil duit RM100, buku pun tidak ambil. Jadi, tuan kedai untung RM150 dengan tidak ada memberikan apa-apa buku, beri wang tunai sahaja.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi, syarikat IKS yang juga terlibat dalam penerbitan buku-buku ini juga boleh menggunakan konsep yang saya cadangkan tadi. Ini maknanya satu win-win situation untuk semua pihak dan kita tidak membazir. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas di atas soalan tambahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya satu cadangan yang begitu baik sekali. Malah kerajaan sedang pun melaksanakannya dalam pelbagai bentuk antara lain ialah dengan adanya Kedai Rakyat 1Malaysia yang meletakkan produk-produk buatan IKS tempatan khususnya pada kadar harga yang sewajarnya, yang mampu dibeli oleh pengguna-pengguna khususnya daripada kalangan yang berpendapatan rendah. Ini membantu syarikat-syarikat PKS ini untuk membekalkan produk-produk mereka kepada pasaran menggunakan satu kaedah yang mana Kedai Rakyat 1Malaysia ini memberikan ruang kepada produk-produk ini dijual kepada masyarakat setempat. Jadi, saya difahamkan maklum balas yang begitu positif sekali daripada kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan PKS. Selain daripada itu, ada satu NGO yang mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga korporat iaitu MyKasih yang saya difahamkan memberi sumbangan ataupun menyalurkan sumbangan daripada individu-individu tertentu dan juga korporat supaya keluarga-keluarga yang tidak mampu untuk membeli barang-barang asas mendapat kredit melalui MyKadnya di mana mereka menggunakan MyKad tersebut untuk ditukarkan dengan barang-barang asas di kedai-kedai runcit tertentu. Jadi, ini adalah caranya untuk kita pastikan bahawa sumbangan yang diberikan itu digunakan secara langsung untuk tujuan asalnya dan tidak disalahgunakan untuk top-up telefon dan sebagainya dan memastikan bahawa produk-produk buatan IKS ini juga disalurkan kepada pihak-pihak yang amat memerlukan bantuan tersebut. Jadi saya merasakan bahawa program sebaik ini akan diteruskan lagi dan mendapat sokongan yang sewajarnya daripada pelbagai pihak. Walaupun begitu, kita akan terus berusaha untuk memadankan bukan hanya antara IKS dengan GLC dan multinasional, tetapi juga antara IKS dengan pelanggan. Saya memang faham apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi, antara masalah yang dihadapi oleh IKS ialah akses kepada pasaran. Ini perlu kita selesaikan sebaik yang mungkin dengan memberikan peluang kepada mereka melalui kedai-kedai runcit dan sebagainya. Kita juga berurusan dengan hypermarket Yang Berhormat, yang mana hypermarket yang besar-besar ini seperti Giant, Mydin, Tesco, AEON dan sebagainya, memang digalakkan untuk meletakkan produk-produk buatan IKS tempatan kita.

Kalau kita tengok caranya berbeza-beza. Ada kadang-kadang hypermart yang mengekhaskan beberapa row produk semuanya buatan IKS tempatan, ada juga yang dicampuradukkan dengan produk-produk yang diimport dan ini pendekatan-pendekatan yang membantu IKS tempatan kita. Terima kasih. [Soalan No. 8 – YB Dato’ Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu) tidak hadir]

Lilah bin YasinUMNO · BNJempol · question

9. Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) adakah FELCRA bercadang untuk mewujudkan Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah kepada peneroka-peneroka FELCRA; dan (b) apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh FELCRA bagi menyelesaikan isu perumahan generasi kedua FELCRA di Jempol.

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ll · Selangau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, FELCRA Berhad belum bercadang untuk mewujudkan Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah kepada peserta-peserta FELCRA Berhad. Pinjaman perumahan yang dilaksanakan buat masa ini tertakluk kepada kadar faedah pinjaman 4 peratus setahun kerana FELCRA Berhad memperoleh sumber pembiayaan ini juga secara pinjaman daripada Kementerian Kewangan.

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ll · Selangau

FELCRA Berhad hanya bertindak sebagai agensi pelaksana sahaja. FELCRA Berhad sedang merangka cadangan Projek Pembinaan Perumahan Generasi Kedua di FELCRA Berhad Lakai, Daerah Jempol Negeri Sembilan melalui Program Transformasi FELCRA Berhad. Pihak pengurusan FELCRA Berhad kini dalam usaha mengenal pasti tapak yang sesuai untuk dijadikan lot-lot perumahan tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah syarat-syarat yang dikenakan untuk melayakkan satu Skim Perumahan Generasi Kedua FELCRA ini dapat dibangunkan? Saya minta supaya kementerian Yang Berhormat mengkaji semula, kalau boleh Skim Pinjaman Perumahan Generasi Kedua ini dapat dibuat bagi membolehkan generasi kedua FELCRA ini mengatasi masalah perumahan yang kian meruncing. Ini kerana aktiviti ekonomi peserta- peserta ataupun anak peneroka ini sebenarnya berlangsung di skim di mana tempat mereka tinggal.

Tuan Yang di-Pertua, tentang syarat-syarat yang diperlukan, ia memanglah bertumpu kepada orang yang terutama sekali berpendapatan rendah. Setakat ini, sampai tahun ini, belum ada fokus untuk membina rumah untuk generasi kedua FELCRA. Akan tetapi mulai tahun depan, memang sudah dalam perancangan kita. Kita betul-betul hendak memfokuskan kepada perumahan orang generasi kedua FELCRA ini. Usaha sedang dijalankan untuk membina 100 unit untuk permulaannya. Kita sedang cuba mengenal pasti tapak yang sesuai untuk projek ini. Sekian.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya berkaitan dengan perumahan FELCRA. Dalam maklumat yang saya ada, ada lebih kurang 45,000 ekar tanah FELCRA yang tidak mempunyai peserta ataupun tidak mempunyai peneroka. Di Kedah sahaja terdapat lebih kurang 5,000 ekar ataupun 3,000 hektar tanah-tanah yang dibangunkan oleh FELCRA tanpa mempunyai peneroka. Tidakkah FELCRA mempunyai komitmen untuk membina ataupun untuk membuat rumah-rumah kepada peserta-peserta FELCRA ini? Adakah saya boleh mendapat jawapan secara bertulis berapa banyakkah audited account ataupun akaun yang sudah diaudit yang menunjukkan wang yang diperoleh ataupun yang disimpan oleh FELCRA daripada tanah-tanah yang dibangunkan daripada tanah-tanah FELCRA tanpa peneroka ini secara bertulis. Soalan yang pertama tadi saya terus mahukan jawapan. Terima kasih.

Seperti yang saya katakan tadi dalam jawapan untuk soalan tambahan yang pertama tadi, usaha pertama kita adalah tertumpu kepada 100 unit yang sedang kita usahakan dan untuk tempat-tempat yang lain, akan kita rancang selepas usaha ini nanti. Soalan yang kedua, saya janji saya akan bagi secara bertulis kemudian.

Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh · question

10. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah kerajaan yang diambil bagi mengelakkan terjejasnya harga pasaran hartanah dan lebihan hartanah yang tidak dijual dengan pengumuman projek KLIDB dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) memandangkan KLCC masih lagi mengalami 17 peratus kekosongan hartanah.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Lembah Pantai. Tun Razak Exchange (TRX) tidak akan menjejaskan harga prasarana hartanah kerana TRX akan dibina mengikut fasa berlainan dalam jangka masa yang panjang iaitu 10 hingga 20 tahun. Setiap pembinaan akan mengambil kira keadaan permintaan dan penawaran pasaran semasa. Selain itu, TRX tidak boleh dibandingkan dengan tahap tawaran pasaran secara amnya bagi ruang pejabat di Bandaraya Kuala Lumpur. TRX adalah pembinaan kelas ‘A’ gred dunia dan bagi ruang pejabat gred ‘A’ di Bandaraya Kuala Lumpur, tahap occupancy adalah jauh lebih tinggi. Tambahan pula, ruang pejabat yang benar-benar bertaraf dunia masih berkurangan di Kuala Lumpur.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

TRX merupakan pembangunan yang melangkaui pembangunan hartanah. Ia merupakan projek pembangunan strategik untuk membangunkan sektor kewangan Malaysia setaraf dengan pusat kewangan terunggul dunia. Sektor perkhidmatan kewangan merupakan salah satu sektor perkembangan paling pesat di Malaysia. Justeru, sektor perkhidmatan kewangan merupakan salah satu key economic area (NKEA) yang akan memacu pembangunan ekonomi dan membantu negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang dibentangkan dalam Program Transformasi Ekonomi Negara ataupun Economic Transformation Program (ETP) yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan per kapita negara sebanyak dua kali ganda sebelum 2020. Melalui, dengan izin, clustering effect, TRX dilihat bakal menjadi daya penarik untuk menarik bakat terbaik di dunia dan untuk graduan terbaik Malaysia kekal di tanah air. TRX juga menyasarkan untuk menarik syarikat-syarikat terkenal antarabangsa ke Kuala Lumpur merangkumi beberapa sektor seperti perkhidmatan, perbankan dan juga kewangan. Ini sekali gus akan mencetus aktiviti ekonomi baru, inovasi terbaru dan membuka peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia dari setiap strata ekonomi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar dengan tekun jawapan yang diberikan dan disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa objektifnya ada dua. Satu, dari segi menyediakan bangunan yang bernilai hartanah tinggi tetapi juga untuk mewujudkan satu lagi pusat kewangan. Pada saya semua insentif yang diberikan termasuk pengecualian cukai semuanya menjurus kepada meningkatkan nilai hartanah kawasan tersebut. Akan tetapi seperti soalan asal, pertama, saya katakan bagaimana dengan penyediaan kerajaan untuk memastikan ianya tidak mengalami peratus kekosongan memandangkan di KLCC sudah ada 17 peratus peratus kekosongan hartanah. Keduanya, insentif-insentif yang diperkenalkan itu tidak memuatkan atau menepati objektif untuk mewujudkan satu sistem kewangan antarabangsa. Saya bawa isu ini kerana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat. Masa kita, Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Baik, terima kasih. Yang terakhir, kerana apa? Bio Valley dan Multimedia Super Corridor, bila insentif itu tidak menepati objektif, Tuan Yang di-Pertua, akan pasti menemui kegagalan. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan penyediaan tersebut. Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kerana kerelevanan soalan yang diajukan.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Pertama, konsep pembangunan TRX jauh berbeza dengan konsep pembangunan lain. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan TRX adalah di antara 10 hingga 20 tahun dan ia, dengan izin, demand based bukan berdasarkan kita bangun dahulu baru kita sewakan. Ia akan membuat pelan induk yang komprehensif dan lepas itu ditawarkan kepada syarikat-syarikat MNC dan ia akan dibangunkan mengikut fasa demi fasa. Sekarang setakat ini fasa untuk menyelesaikan isu tanah dan isu peniaga-peniaga tengah dibuat. Akan tetapi mulai daripada tahun 2013 maka kita akan buat pelbagai fasa untuk menarik pelabur-pelabur ke dalamnya. Untuk makluman Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, tadi Yang Berhormat kata bahawa 17 peratus KLCC. Saya rasa itu satu angka yang tidak tepat. Mengikut kajian yang kita buat daripada soalan yang diajukan memang dengan izin, KLCC has got over 90 peratus occupancy. Maka ini adalah bangunan gred ‘A’. Maka saya rasa tidak ada masalah isu occupancy. Untuk mengukuhkan jawapan ini saya hendak beritahu bahawa dengan izin grade A office occupancy in KL city is 93 peratus. Grade ‘A’ 93 peratus verses 80.5 peratus for KL city overall office space. Largely due to limited existing, supply of good grade office space. Ini bukan saya punya. Ini daripada Night Frank RE Highlight 2012. Maka mengikut kajian kita gred ‘A’ ini memang banyak dan permintaannya masih tinggi lagi. Yang kedua, Islamic finance hampir 250 syarikat akan ditarik untuk ini dan potensinya USD400 bilion. Maka dengan adanya permintaan sukuk dan juga takaful saya rasa kita boleh berjaya mengekalkan occupancy. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi bagi jawab lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 20 November 2012.”

Dato' Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas, bahawa, “Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Anggaran Pembangunan 2013 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua belas]

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Minta penjelasan kerana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat. Sila.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dalam media semalam saya diberitahu pihak kerajaan akan mengemukakan usul tentang Gaza dan disebut dengan jelas ada usul tergempar. Boleh saya dapatkan makluman bila usul itu akan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, ya. Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. Kita sebenarnya masih - pemberitahu akan diedarkan pada hari ini dan Usul ini akan dibawa ke esok Yang Berhormat. Ya, terima kasih. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa — Maksud B.43 [Jadual] - Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan 2013] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat daripada Hulu Selangor.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada butiran. Ada tiga hingga empat butiran. Butiran pertama 040000 – Perumahan Negara. Menurut pembentangan bajet, 32 projek perumahan swasta yang terbengkalai telah pun dipulihkan. Tahniah saya ucapkan kepada kementerian kerana begitu prihatin untuk memastikan pembeli-pembeli ini yang telah memberi rumah dapat terus menikmati pembelian mereka. Soalan saya berapakah projek daripada projek terbengkalai yang telah dipulihkan berapakah projek di Hulu Selangor yang telah dan akan dipulihkan dalam perancangan kementerian. Pada masa yang sama apakah tindakan yang akan dan telah diambil terhadap pemaju-pemaju yang gagal menyiapkan projek, terbiar dan terbengkalai kerana kita tidak boleh melepaskan mereka begitu mudah. Mungkin ada syarikat itu dibankrapkan ataupun pemaju-pemaju atau pengarah-pengarah mereka yang terlibat dalam projek-projek ini harus juga diambil tindakan yang sewajarnya. Dalam butiran yang sama, bolehkah kementerian memastikan pemaju-pemaju yang akan membina rumah pada masa-masa yang akan datang memastikan bahawa mereka menyiapkan segala infrastruktur yang telah dijanjikan kepada pembeli-pembeli mereka. Contoh, sekiranya mereka mengatakan mereka akan membina satu interchange maka mereka harus memastikan ia dibina. Bukan seperti apa yang telah berlaku di Bandar Sungai Buaya dahulu pemaju janji hendak buat interchange tapi akhirnya kerajaan prihatin Kerajaan Barisan Nasional yang melaksanakan janji yang dibuat oleh orang lain. Seterusnya... [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Bangun]

Dipersilakan.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Selangor, ada kena-mengena dengan satu pembangunan di kawasan Yang Berhormat iaitu di Bandar Alam Perdana di mana ada lebih kurang 1,200 unit rumah dibina rumah mampu milik yang berhadapan dengan krisis pentadbiran di peringkat pihak berkuasa tempatan. Apabila pihak pemaju ingin memohon supaya sijil layak menduduki diperolehi tetapi terdapat kekangan apabila ada campur tangan politik di peringkat kerajaan negeri. Apa komen Yang Berhormat tentang perkara ini yang cuba menjejaskan kualiti perkhidmatan di peringkat penghujung suatu proses itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya setuju benar kerana perkara ini berleluasa khasnya di negeri Selangor malah semasa lawatan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Selangor di beberapa kawasan Hulu Selangor beliau juga berjanji kepada penduduk-penduduk bahawa beliau akan memberikan CF tetapi ini semata-mata budaya politik mereka. Janji ini tidak ditepati oleh mereka. Saya harap ucapan itu dimasukkan ke dalam ucapan saya dan jawapan dapat diberi oleh kementerian. Butiran yang seterusnya Butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia. Spesifik 080300 – Pembangunan. Satu tapak balai bomba telah pun disediakan di kawasan Bukit Sentosa tetapi sehingga kini tidak nampak apa-apa pembangunan. Saya merayu kepada kementerian supaya dapat mempertimbangkan keperluan satu balai bomba di kawasan tersebut memandangkan kerana di kawasan perindustrian Bukit Beruntung sekarang padat dan memang tidak dapat dinafikan juga ada dua lagi balai bomba yang besar satu di Rawang dan satu lagi di Kuala Kubu Baharu tetapi ia akan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke lokasi sekiranya berlaku kebakaran dan ini telah pun berlaku dan mereka mengambil masa yang lama. Saya harap kementerian akan membuat satu perancangan untuk mengadakan satu balai bomba yang dapat digunakan sebagai salah satu cadangan bagaimana lebih ramai syarikat akan melabur kerana mereka memerlukan dan pengusaha-pengusaha syarikat yang besar di sana juga memerlukan kawasan khas untuk bomba. Seterusnya Butiran 081000 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada kementerian kerana ada satu akademi bomba yang begitu tersergam indah dan mempunyai segala fasiliti di kawasan Kuala Kubu Baharu. Soalan saya apakah perancangan menambah baik mutu-mutu dan juga sama ada bagaimana merancang untuk menambah baik akademi tersebut kerana saya nampak kegiatan dan juga aktiviti yang dijalankan di akademi bomba tersebut sangat baik.

Mereka mesra dengan penduduk-penduduk di kawasan sana. Ia digunakan oleh badan-badan NGO untuk aktiviti-aktiviti mereka. Saya ucap terima kasih kepada Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu yang memberi kerjasama sepenuhnya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga bomba dan penyelamat Malaysia kerana sering membantu rakyat yang kesusahan semasa banjir kerana tanpa mereka, agak sukar untuk kita mengatasi masalah itu secara tersendiri. Saya harap kementerian ada perancangan untuk memastikan mereka ini dijaga baik hal ehwal kebajikan mereka dan keperluan mereka juga. Seterusnya Butiran 090000 – Pengurusan Sisa Pepejal. Status penggunaan sisa pepejal di Bukit Tagar. Saya difahamkan bahawa perkhidmatan sisa pepejal di Bukit Tagar merupakan di antara yang terbaik di negara ini. Bagaimanakah penggunaannya? Berapa banyak pihak berkuasa tempatan yang menggunakannya? Di Selangor, berapa banyak pihak berkuasa di negeri Selangor yang menggunakan ini? Ini saya ingin tahu kerana saya sendiri sedar dan membuat lawatan ke sana, memang ia satu pusat sisa pepejal yang begitu baik terurus di sana. Seterusnya butiran terakhir Butiran 140700 – Solid Waste Management (Public Awareness Campaigning) dengan izin. Apakah perancangan kementerian untuk mempromosikan penggunaan sisa-sisa pepejal ini? Perancangannya, apakah tindakannya? Bagaimanakah ia dapat dikuatkuasakan supaya kita dapat memberi penerangan terperinci kepada rakyat dan juga syarikat-syarikat dan juga semua badan supaya dapat menggunakan solid waste management?

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Hulu Selangor, boleh minta penjelasan sikit?

Okey, terima kasih.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya duduk di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, dalam kawasan Ahli Parlimen Hulu Selangorlah. Saya dapati banyak juga kawasan- kawasan dan jalan-jalan yang sepatutnya di selenggara oleh pihak pusat tetapi tidak diselenggarakan. Banyak jalan yang berlubang dan sebagainya. Cuma saya hendak minta penjelasan, kebetulan Yang Berhormat Hulu Selangor pernah berada dalam sebagai Ahli Majlis MPS suatu ketika. Sebagai Ahli Majlis MPS ini, dia mempunyai kuasa besar untuk meluluskan sesuatu projek. Jadi saya minta penjelasan sebab Yang Berhormat Hulu Selangor pernah terlibat dalam kelulusan untuk projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves ini, tetapi tiba-tiba hari ini dengan menggunakan taktik politik seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Tangga Batu tadi, hendak minta supaya dibatalkan pula. Jadi di manakah kedudukan dan situasi pada ketika Yang Berhormat berada sebagai ahli majlis dalam kerajaan tempatan mempunyai kuasa pada ketika itu meluluskan dan sekarang minta supaya perkara itu dibatalkan? Pohon penjelasan.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari ini diberi peluang untuk memberi jawapan. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat, saya tamat tempoh Ahli Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 2006 dan tahun 2007 saya tidak ada pun dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang. Saya sudah mula proses saman Yang Berhormat Ronnie Liew dan saya harap Yang Berhormat janganlah termasukkan diri Yang Berhormat dalam lampiran tersebut.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

Saya tidak beri laluan Tuan Pengerusi.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Akan tetapi parti Yang Berhormat, parti Yang Berhormat terlibat.

Seterusnya Tuan Pengerusi, untuk makluman Tuan Pengerusi, jalan-jalan yang berlubang itu di bawah selenggaraan Majlis Daerah Hulu Selangor. Penduduk-penduduk telah pun memberi maklumat ini kepada Majlis tetapi Majlis kata Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi peruntukan untuk membetulkan jalan sedangkan Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan MARRIS hanya 58 peratus sahaja yang digunakan oleh kerajaan negeri... [Dewan riuh] Saya tidak tahu dari mana- saya ucapkan terima kasihlah kerana duduk di Bukit Beruntung. Tolonglah bantu saya untuk memberitahu kepada kerajaan negeri untuk tambahkan peruntukan untuk Majlis Daerah Hulu Selangor untuk membetulkan jalan-jalan tersebut. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Pembangunan dan Pelaksanaan Projek. Saya ingin kepastian dan minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai pelaksanaan projek-projek perumahan di dalam kawasan tanah gambut. Sebahagian besar projek-projek perumahan di kawasan saya adalah di atas tanah-tanah gambut di sepanjang Jalan KESAS itu. Setelah beberapa tahun projek perumahan didirikan, maka kebelakangan ini kita mempunyai banyak aduan daripada pembeli-pembeli rumah tentang keadaan rumah yang mereka beli beberapa tahun dahulu yang semakin mendap sehinggakan bila berlaku sedikit hujan, maka air daripada lubang-lubang najis juga turut naik dan parit-parit dan sebagainya, strukturnya sudah pecah dan sebagainya.

Jadi saya melihat bahawa mungkin tanah pembinaan di segi structural engineeringnya di kawasan-kawasan tanah gambut adalah sepatutnya berlainan daripada di kawasan-kawasan tanah bukit. Saya biasa melihat rumah-rumah di mana porch dia itu ataupun beranda di depan porch itu mendap dan pagarnya pun akan tumbang. Bila ditanya pihak pemaju, maka mereka kata mereka hanya melakukan piling dan sebagainya untuk hanya di bahagian induk rumah itu sahaja dan tidak di bahagian aksesori di tepi. Jadi saya ingin supaya kementerian melihat kepada perkara ini dan insya-Allah saya akan membawa satu kes di Bandar Puteri di mana sebahagian daripada rumah-rumah yang dibina di sana sudah mula mendap dan memang senget rumahnya. Ada pintu yang tidak boleh ditutup. Pembeli-pembeli rumah terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk menaikkan lantai rumah dan kemudian akhirnya mencacatkan rumah kerana lantai tinggi, siling masih tidak berubah, maka keluasan rumah itu juga sudah berbeza. Saya ingin bertanya, apakah pemaju masih bertanggungjawab selepas mungkin satu dekad mereka membina rumah di kawasan itu? Bagi saya, saya merasakan ini adalah kecuaian di pihak pemaju yang tidak mungkin membuat kajian tanah yang terperinci dan juga saya melihat bahawa ini adalah mungkin hendak saya katakan kecuaian saya tidak berani menuduh, tetapi mungkin tidak ada kepakaran di segi pihak perancang, pihak bangunan di dalam KPKT kita yang meluluskan pelan-pelan tersebut. Jadi saya ingin penjelasan ini sebab saya lihat banyak lagi perumahan-perumahan baru yang sedang tumbuh sekarang seperti tumbuhnya kulat selepas hujan yang saya bimbang masalah yang akan dihadapi dalam masa beberapa tahun lagi. memang pembeli rumah sangat menderitalah. Beli rumah, satu-satu rumah, mungkin satu rumah satu umur hidup mereka dan mereka terpaksa lagi menanggung kos-kos pembaikan kerana selepas waktu tuntutan tribunal itu, kebanyakan pemaju melepaskan tanggungjawab itu mengatakan bahawa ia sudah mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran. Ada pula pemaju yang hanya akan berurusan dengan pembeli-pembeli rumah tertentu dan sanggup membeli balik rumah itu dengan perjanjian jangan duduk di kawasan itu, keluar dari kawasan itu dan jangan buat bising. Sekarang ini pihak penduduk bertanya kepada saya sama ada mereka boleh buat kempen untuk jangan beli rumah-rumah di kawasan tertentu kerana mereka rasa yang mereka telah dianiayai dan pihak pemaju seolah-olah lepas tangan. Mereka telah mengadu kepada, in particular, pihak-pihak Bandar Puteri, mereka telah mengadu kepada pihak media dan sebagainya dan akhirnya pihak media tidak mahu menyiarkan berita ini dan mereka mensyaki bahawa ada lah kepentingan-kepentingan tertentu di mana pemaju terbesarnya di situ ialah IOI yang mempunyai projek yang successful, yang berjaya di Puchong tetapi ada masalah di kawasan Klang. Itu adalah perkara pertama. Butiran kedua saya hendak sebut ialah Butiran 050100 – Kerajaan Tempatan. Setelah empat hendak masuk lima tahun ini Yang Berhormat Menteri, saya melihat bahawa ada perkara yang perlu kita betulkan di dalam kerajaan tempatan terutamanya dalam pengambilan kakitangan. Kita semua tahu bahawa pengambilan kakitangan di dalam kerajaan tempatan is a closed system, yang itu tertutup. Terkecuali mungkin YDPnya ataupun Datuk Bandarnya sahaja yang datang daripada PTD. Akan tetapi ketua-ketua jabatan, pekerja-pekerjanya semuanya adalah tertutup.

Bila tertutup begitu mereka ini tidak boleh ditukarkan di antara satu majlis bandaran ke majlis bandaran yang lain. Saya rasa bila ini berlaku maka kecekapan mereka di dalam jangka masa panjang adalah kurang baik kerana mereka tahu bahawa mereka tidak boleh ke mana. Dari segi kenaikan pangkat pun kalau dia jadi Ketua Jabatan misalnya Ketua Jabatan Alam Sekitar, Ketua Jabatan Pelesenan, Ketua Jabatan Kejuruteraan, mereka sudah tidak boleh ke mana. Selagi Ketua Jabatan tidak meletakkan jawatan ataupun tidak kembali ke rahmatullah makanya orang di bawahnya tidak boleh naik, tidak boleh naik. Apa yang berlaku apabila terlalu lama bekerja di satu tempat mereka memang cekap dan tahu tentang semua perkara, perancangannya, pelesenannya. Sehinggakan ahli-ahli majlis baru yang baru masuk termasuklah kita Yang Berhormat-Yang Berhormat yang baru ini yang baru hendak belajar tentang kawasan senang digoreng oleh mereka.

Ini adalah di antara perkara yang saya lihat dan saya ingat kita perlu betul. Kalau kita hendak bahawa kakitangan kita ini ada peluang untuk naik pangkat, ada peluang untuk meluaskan lagi orang kata pengalaman kerja yang baik, boleh berkongsi dengan majlis- majlis bandaran yang lain dan sebagainya. Maka kita perlu ubah sistem, cara kita mengambil pekerja di PBT-PBT ini. Tentulah apabila sudah lama di dalam satu-satu jabatan maka kita tahu kemungkinan, kebarangkalian untuk korupsi itu lebih tinggi daripada kalau boleh ditukarkan daripada satu masa ke satu masa yang lain. Seterusnya saya ingin bertanya mengenai 090000 – pengurusan sisa pepejal negara. Saya rasa kempen yang kita lakukan untuk mengasingkan sampah masih lagi di peringkat yang sangat bagi saya sangat mengecewakanlah. Ini kerana masih lagi ramai rakyat yang tidak faham kepentingan mengasingkan sampah, jenis-jenis sampah dan mana yang boleh kita kitar semula dan sebagainya. Saya mengharapkan bahawa kempen ini diperhebatkan dan kita perlu memberi satu tarikh sasaran, satu dateline bila kita hendak melaksanakan dengan penguatkuasaannya sekali, bila kita hendak laksanakan? Saya merasakan bahawa saya tidak tahu macam mana bahawa harga plastik mungkin terlampau murah di negara kita. Di pasar malam kalau kita beli ikan ataupun udangkah apakah, tiga plastik sekurang-kurangnya diguna untuk membungkus bahan-bahan belian kita ini dan terlampau mudah digunakan. Saya tidak tahu mungkin adakah perlu kita meningkatkan cukai di situkah atau memahalkan sedikit harga plastik dan sebagainya. Ini kerana kita tengok bahawa budaya membawa beg ataupun beg pakai kitar balik ini tidak ada dalam masyarakat kita. Bila kita melihat tempat-tempat pembuangan sampah, pelupusan sampah semakin hari semakin kekurangan maka saya fikir di sini kita perlu ada satu tarikh di mana kita akan kuatkuasakan, rakyat diberitahu awal. Pendidikan perlu bermula daripada sekolah, daripada sekolah rendah dan daripada anak-anak lagi. Sekiranya ini tidak disepakati oleh kerajaan melalui menyelarasnya di semua kementerian, maka pendidikan mengenai sisa-sisa pepejal ini tidak mungkin dihayati oleh rakyat. Saya hendak balik semula kepada kerajaan tempatan Timbalan Menteri sebab saya lupa mengenai penguatkuasaan parkir-parkir lori-lori dan bas-bas di dalam kawasan perumahan. Saya biasa bawa perkara ini, pada ketika itu saya diberitahu bahawa penguat kuasa-penguat kuasa majlis bandaran hanya boleh menyaman sahaja dan tidak ada kuasa untuk mengunci tayar dan sebagainya. Biasanya penduduk sangat frustrated, kecewalah bila aduan dibuat berkali-kali dan pihak berkuasa tempatan hanya berjaya untuk beri saman. Cukup tiga kali mereka sepatutnya menulis surat kepada pihak yang memberi lesen atau permit. Makna sekarang kalau dahulu daripada sekarang kepada SPAD tetapi tindakan ini sangat lambat dan penduduk tidak berani hendak buat bantahan berkali-kali kerana takut dengan pemandu-pemandu lori dan juga pemunya-pemunya bas-bas sekolah, bas-bas persiaran dan sebagainya yang duduk di taman itu. Jadi, tidakkah kementerian berhajat untuk menyemak, mengkaji semula kuasa yang diberi kepada majlis bandaran tempatan supaya mereka dilihat sebagai ada kuku dan ada taring. Sekarang ini saman tiga kali kemudian semuanya adalah birokrasi yang akhirnya yang lambat kita tahu mengambil masa untuk bertindak. Kita tahu bahawa mereka ini boleh rayu dan merayu kerana apa? Kerana mereka ada lebih kuasa untuk ada means cara untuk merayu. Dilihat bahawa undang-undang lebih menyebelahi kepada pengusaha- pengusaha daripada menyebelahi rakyat. Jadi saya minta supaya perkara ini dikaji, PBT diberi lebih kuasa untuk mengambil tindakan ke atas lori-lori, pemandu-pemandu bas dan kenderaan berat yang menyalahgunakan jalan-jalan dan kawasan-kawasan di dalam taman-taman perumahan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tidak banyak cuma dua butiran iaitu 04000 – Perumahan dan juga 090000 – Sisa Pepejal. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh satu perkara dan saya harap dapat pembelaan yang sewajarnya iaitu berhubung dengan perumahan kondominium Mas Kiara Kondominium iaitu di antara Pinggiran Kiara Sdn. Bhd. dengan Encik Ahmad bin Bachok.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Di mana syarikat perumahan ini pada peringkat awalnya yang diberi kebenaran untuk membangun perumahan ini tetapi oleh kerana masalah dan tergendala. Apabila tergendala sedangkan melibatkan 100 hingga 150 orang telah membayar lebih kurang RM45,000 satu orang. Dalam masa yang sama, kerajaan juga kementerian telah meluluskan penyambungan semula kepada syarikat lain. Seharusnya pendeposit pertama diberi keutamaan tetapi apabila sudah ada pemaju yang kedua mereka telah tidak diambil kira dan rumah-rumah ini telah dijual kepada pembeli-pembeli baru dan mereka kehilangan RM45,000 satu orang. Mereka juga maklumkan bahawa kementerian lepas tangan dalam soal ini. Jadi saya bagi pihak mereka, saya ditemui oleh mereka-mereka ini untuk mendapat pembelaan dan mendapat sekurang-kurangnya penjelasan yang jelas daripada kementerian. Kenapa pembeli yang mula-mula ini tidak diberi keutamaan sedangkan mereka telah mendeposit awal-awal kepada syarikat ini. Kedua, bagaimana pengurusan sisa pepejal ataupun pengurusan kementerian ke arah melihat mesra alam. Saya melihat negara kita ini menuju negara maju tetapi apabila menjaga alam sekitar, kita ketinggalan. Saya sudah mengulangi hujah yang seumpama ini iaitu kalau boleh kementerian mengetatkan penggunaan beg plastik yang tidak mudah lupus. Sedangkan kita lihat negara-negara yang seperti Bangladesh negara miskin, mereka membuat satu undang-undang, akta iaitu setiap kedai-kedai hypermarket, supermarket kena menyediakan beg plastik yang bio, mesra alam yang mudah lupus punya. Akan tetapi kita tidak ada, yang ada kita impose saya tengok yang mencari keuntungan supermarket, hypermarket. Hari Sabtu, hari Ahad no plastic bag tetapi boleh guna dua puluh sen. Apa ini twenty cent? Menguntungkan mereka. Jadi tidakkah kementerian melihat bahawa isu ini sebagai satu isu untuk membawa negara kita pergi negara maju kita juga negara maju ini kita kena selamat. Kalau kita punya alam sekitar sudah tidak selamat, macam mana kita hendak hidup dalam negara maju yang diidam-idamkan?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan. Sedikit sahaja hendak tanya. Adakah Yang Berhormat tahu bahawa wang yang dikutip oleh supermarket 20 sen itu, semuanya dikutip dan selepas itu didermakan kepada persatuan-persatuan kebajikan dan berpuluh-puluh juta ringgit telah pun didermakan sejak dasar ini dilaksanakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tahu cuma kita tidak tahu sebab dia tidak diaudit. Mungkin dia boleh declare RM100,000 sedangkan dia kutip berjuta- juta. Itu yang menjadi persoalan. Jadi apa yang kita mahu setiap perkara sebegini melibatkan duit ini walaupun 20 sen tetapi seluruh negara bermakna dia kutip berjuta-juta. Siapa yang audit duit ini? Adakah audit yang dilantik oleh kerajaan ataupun suka-suka pihak swasta untuk declare kepada kerajaan dan kementerian. Itu yang perlu diperjelaskan sebetulnya. Jadi saya minta kementerian bertegas dalam soal-soal ini sebab ianya melibatkan keharmonian negara kehidupan masa hadapan generasi insan kita tidak akan terjamin kalau negara kita ini diseliputi oleh keadaan-keadaan yang tidak selamat. Air sudah tercemar, macam-macam tercemar, yang orang suka jet ski pun tidak boleh ain sebab terlampau banyak plastik di permukaan air kita. Jadi perketatkanlah kalau boleh kita menggubal satu undang-undang iaitu mengkhususkan beg-beg plastik ini mestilah yang mesra alam, yang mudah lupus untuk diguna pakai. Kalau di Eropah di Amerika mereka tidak menggunakan beg plastik mereka menggunakan beg kertas yang cepat lupus, tetapi kita tidak ada pilihan. Kalau di supermarket kita semua barang plastik yang tidak mesra alam. Jadi, ini yang mungkin harus diberi perhatian oleh pihak kementerian untuk menuju negara maju nanti. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada 040000 - Perumahan Negara, Landskap Negara 060000, dan kawal selia kementerian. Tuan Pengerusi, nombor satu mengenai perumahan negara. Saya hendak tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan mampu milik dan sebagainya selepas satu masa ia akan dijual kepada penduduk di sana dan berkaitan dengan ini baru-baru ini lebih kurang sebulan dahulu, KSU kementerian telah datang ke Waller Court Ipoh dan Waller Court Ipoh dan masa itu saya ada di sana, walaupun saya tidak dijemput, saya pergi ke sana. Saya difahamkan kerajaan akan menyalurkan beberapa dana wang untuk membina balik. Apakah status terkini mengenai perkara tersebut? Adakah pemilik-pemilik atau penduduk di sana yang telah duduk lebih dari 60 tahun, 70 tahun akan diberi rumah- rumah? Apakah dasar dan apakah proaktif Malaysia oleh kerajaan supaya pihak-pihak yang berpendapatan kurang ini yang miskin dapat rumah atau sekurang-lurangnya dapat rumah mampu milik dan juga jalan Sungai Parit di Ipoh ada beratus-ratus rumah yang telah dibina oleh Kementerian Perumahan. Adakah rumah-rumah itu pada dasarnya akan dijual kepada pihak-pihak yang duduk di sana seperti lain-lain negara seperti di UK dan sebagainya, di mana pada satu masa selepas mereka telah milik duduk lima tahun dan sebagainya rumah itu dijual dengan harga yang murah. Kalau boleh tanpa faedah dan ini akan lagi empower pihak-pihak yang berpendapatan kurang. Satu lagi adalah landskap negara. Berkaitan dengan landskap saya hendak tanya, pada tahun 2004, 2005 satu dasar telah dilancarkan oleh kementerian dengan Dewan Bandaraya Ipoh untuk menaik taraf sungai-sungai terutamanya Sungai Kinta dan Sungai Pari di Ipoh. Dalam proses tersebut Tuan Pengerusi, banyak tempat yang sedia ada perniagaan itu telah dialihkan dan dikatakan monorail akan dibina, titi-titi yang baru akan dibina, ini sudah lebih sepuluh tahun. Saya telah bertanya satu soalan mengenai perkara ini lebih dari sepuluh tahun lalu, kerajaan kata ya pada dasarnya kita setuju Kerajaan Persekutuan kata ya, setuju kita akan melancarkan dan mengimplementasikannya. Akan tetapi setakat ini tidak ada usaha untuk menolong hal ini. Dalam keadaan ini kerana kekurangan parking bay di mana tempat itu telah diambil untuk membina perniagaan baru, maka old town is slowly dying oleh kerana dasar yang dilancarkan dan diimplementasikan oleh kementerian. Apakah kawal selia kerajaan dalam kerajaan tempatan berkaitan dengan pembinaan dua kondominium di kuil Batu Caves? Yang Berhormat sendiri telah mengulas sendiri beberapa kali, jangan kita mengambil siapa yang patut disalahkan dalam perkara ini, tetapi kita tahu bawah ahli majlis Barisan Nasional yang telah meluluskan projek tersebut termasuk kawan kita Senator Kohilan Piilay dan kemungkinan lain-lain Ahli Parlimen juga terlibat dalam perkara ini, semasa itu mereka menjadi ahli majlis dalam mesyuarat dan sehingga sekarang walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa jika Kerajaan Selangor mengalih balik kepada Barisan Nasional, projek ini akan dibatalkan. Don’t give all these false sweeteners. Apa tindakan yang telah diambil terhadap kaunselor-kaunselor tersebut? Adakah mereka telah disingkirkan atau satu pelajaran yang telah mereka belajar supaya kita telah dapat semua ahli majlis ini bahawa apa yang telah dibuat semasa menjalankan tugas adalah public duty- don’t shrink in this public duty. Adakah ia telah dibuat? Tidak. Sehingga sekarang Tuan Pengerusi, mereka tidak meminta maaf, mereka menjadi bermaharajalela, nothing to worry about. Buat apa yang dia suka dan Menteri berkenaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bermain politik menyalahkan kerajaan sekarang menyatakan bahawa patut ia boleh dibatalkan tetapi its mislead the public. Perkara yang kita mesti tahu bottom line itu diluluskan, pada tahun 2007 itu diluluskan oleh Ahli-ahli Majlis Barisan Nasional. Selepas itu they become unwanted baby with Kerajaan Pakatan tetapi kita telah pun menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara tersebut.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi pada hakikatnya saya hendak tahu apakah mesej yang dihantar oleh kementerian Yang Berhormat kepada semua majlis tempatan di negara ini? Apa yang telah kita pelajari dari satu keadaan yang patut tidak berlaku? Adakah semua ahli jawatankuasa yang lain, jawatankuasa atau ahli majlis dipanggil tunjuk ajar, diberitahu panduan dan sebagainya supaya mereka tidak lagi menjadi satu burden, lalai dalam kerja mereka. Akan tetapi sehingga sekarang tidak ada, satu ahli pun yang menjadi ahli jawatankuasa dan ahli majlis di sini, belum lagi tindakan diambil, belum minta maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan dan tidak ada tindakan disiplin dalam parti. Ini menunjukkan Yang Berhormat Menteri saya selalu berkata tetapi saya kurang faham, you in government but not in power... [Bercakap menggunakan bahasa Mandarin] You are in government but without power, dengan izin Yang Berhormat merupakan seorang Menteri perumahan but actually no power dalam perumahan. Majlis Tempatan tidak ada kuasa, no power. MCA inilah keadaannya sebenarnya walaupun tidak ada kuasa perlu beritahu apakah tindakan susulan yang boleh diambil. Itu yang mustahak Tuan Pengerusi. Kalau tidak ia memberi satu mesej bahawa semua ahli majlis dan semua pegawai boleh suka buat apa sahaja. Saya lagi ingat lima tahun dahulu saya ada bawa satu perkara dan pada masa itu Setiausaha Parlimen Yang Berhormat Segamat di mana beliau telah pergi ke Shah Alam untuk memberhentikan satu perobohan kuil. Ahli-ahli Majlis dan kakitangan berkata, ”You tidak ada kuasa, jangan datang ke sini, jangan kacau, pergi”. Itu menunjukkan kurang ajar punya attitude, tidak ada kuasa Yang Berhormat. Saya kasihan kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat pun seorang peguam tetapi tidak arif dalam kekurangan dan kehakisan kuasa-kuasa yang tidak ada yang menunjukkan bahawa Yang Berhormat tidak boleh berusaha untuk menyelesaikan perkara ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu sebab dari dulu sampai sekarang, dari tahun 1966 penubuhan parti DAP, kita katakan there must be local elections supaya semua ahli majlis dipilih oleh orang ramai di sana. Adakah kerajaan setuju bahawa oleh kerana kesalahan-kesalahan, kelalaian- kelalaian ini kerajaan sudi bahawa mengimplementasikan pemilihan semua Ahli Majlis Negara ini. Kalau tidak, kenapa tidak kerana ini ada satu perkara fundamental yang rate payers, tax payers perlu ada satu say, perlu ada satu di mana mereka dapat membuat pandangan mereka, memberi pandangan mereka, boleh memberitahu kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya ikut apa kehendak di satu-satu kawasan. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sri Gading.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh dua perkara, dua butiran 050100 dan juga 090000 - Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Sisa Pepejal. Dikatakan Tuan Pengerusi, 60 peratus penduduk negara ini duduk di dalam bandar, pekan sama ada majlis daerah, majlis perbandaran, majlis bandar raya. Pendek kata 60 peratus. Pengalaman yang pahit yang baru saya lalui bersama dengan rakyat di kawasan saya, ini bercakap tentang kerajaan tempatan. Rumah-rumah mereka rumah-rumah yang di bawah Tuan Pengerusi dan apabila hujan yang berterusan beberapa hari, maka rumah mereka terendam dan sebab rumah mereka terendam kerana perparitan di dalam bandaran ini tidak diuruskan dengan betul. Mengikut kata pihak pegawai kebajikan masyarakat bahawa seseorang yang rumahnya, dapurnya terendam dan tandasnya tidak boleh berfungsi lagi kerana terendam walaupun air itu sedalam satu jengkal Tuan Pengerusi, maka mereka yang dalam kategori ini layaklah berpindah dan dalam erti kata yang lain mereka menjadi mangsa ataupun menjadi orang yang akan duduk di tempat-tempat yang ditentukan sementara air menggenangi atau menenggelami dapur mereka dan juga tandas mereka. Jadi mereka ialah mangsa banjir.

Jadi saya berharap jadikanlah pengajaran di mana-mana juga majlis perbandaran, majlis daerah mengambil tahu dan ambil tindakan kalau perparitan yang cetek, perparitan yang tidak dijaga, yang tidak membolehkan air mengalir dengan pantas yang akan menyebabkan banjir supaya perkara seperti ini tidak berulang Tuan Pengerusi. Jadi saya haraplah pihak yang berkaitan dengan majlis ataupun pihak kerajaan tempatan ini mengambil benar-benar satu penyeksaan yang sangat pedih Tuan Pengerusi. Sepupu saya di Segamat Tuan Pengerusi ambil contoh dua tiga jam air tidak dapat lalu, rosak carpet dia, berpindah randah dia dan perkara ini berlaku tujuh lapan kali setahun Tuan Pengerusi. Bayangkan Tuan Pengerusi, dahulu anak-anak bujang dia ada dan hari ini dia tinggal berdua suami isteri, sudah berumur, menjadi satu ketakutan dia apabila hari hujan. Jadi tolonglah pegawai-pegawai kita yang ada di kerajaan tempatan, yang ada di majlis daerah, majlis perbandaran, majlis bandar raya tolong ambil perkara ini supaya perkara-perkara yang boleh kita elak daripada menyeksa rakyat ini boleh dapat kita atasi. Tidak mengapalah belanja sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Ipoh Barat dia main politik, jangan dengar cakap dia, you jawab nanti kita kerajaan yang bertanggungjawab. Pembangkang dia tahu hentam tidak tentu pasal saja, dendam kesumat dia.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa main politik Yang Berhormat, boleh dapat? Kami cakap yang benar, siapa yang makan cabai dia yang rasa pedas Tuan Pengerusi.

Akan tetapi kadang-kadang dia cakap andaian. Jadi andaian ini kadang-kadang lebih banyak bohong daripada yang betul. Jadi inilah Yang Berhormat Menteri minta tolonglah perhatikan. Kedua Tuan Pengerusi, saya diminta oleh rakyat di kawasan saya Tuan Pengerusi berkaitan dengan ura-ura untuk menjadikan sebuah kawasan dinamakan Bukit Payong tetapi ini dalam kawasan Parlimen Parit Sulong bukan dalam Parlimen Sri Gading untuk dijadikan tempat memproses sampah dengan kaedah yang terbaru, teknologi yang terkini. Orang-orang di kawasan saya yang bersebelahan, Yang Berhormat Parit Sulong ada di sini, mereka rasa takut Tuan Pengerusi kerana takut bau, tempat memproses sampah-sampah ini dan memproses sampah ini Tuan Pengerusi memang sudah menjadi satu perkara yang diperlukan sangat. Cara-cara yang lama tidak boleh lagi dipakai kerana ia mengakibatkan bau, mengakibatkan air licik yang akan mengalir ke kampung- kampung yang berhampiran. Jadi saya difahamkan bahawa pemprosesan ini nanti menggunakan teknologi tinggi. Saya ucap tahniah dan ini satu keperluan dan kalau benar-benarlah menggunakan teknologi yang tinggi seperti yang ada di tengah-tengah bandar Singapura, yang berada di tengah-tengah bandar Tokyo, maknanya tidak ada kebimbangan penduduk di sekitarnya. Cuma saya harap pihak swasta yang mengendalikan pengurusan sisa pepejal atau sampah-sampah ini haruslah diberikan satu syarat yang paling ketat dan syarat-syarat ini mesti diterima pakai, dipatuhi dengan sepenuhnya yang tidak boleh sekali-kali mereka mencuaikan apa syarat yang dikenakan oleh kerajaan tempatan kepada mereka. Kalau contoh-contoh yang terbaik yang ada di luar negara dalam memproses sampah-sampah ini ataupun sisa pepejal ini dapat kita laksanakan, perkara inilah yang akan memberikan suatu kenikmatan kepada rakyat di bandar-bandar. Di bandar saya Tuan Pengerusi, Bandar Batu Pahat sampai sampah ini jadi masalah besar dan saya amat bersimpati dengan mereka pergi ke sana ditolak orang, pergi ke sini ditolak orang tetapi sampah tetap akan dibuang oleh penduduk-penduduk dan kita kena ambil sampah-sampah ini. Mereka pun bayar cukai. Jadi saya haraplah, saya menyokong teknologi yang tinggi dari segi pemprosesan sampah ini dan haraplah kementerian mengambil berat tentang perkara ini dan supaya pihak swasta yang mengendalikan pemprosesan sampah ini benar-benar mematuhi syarat-syarat yang ketat yang dikenakan kepada mereka agar bau dan segala macam yang berkaitan dengan sampah ini tidak mengganggu kehidupan rakyat. Tuan Pengerusi saya menyokong.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan berkenaan dengan perkara P.43 iaitu berkenaan dengan perumahan negara. Semakan saya di muka surat 498 ini mendapati bahawa yang paling tinggi diperuntukkan dalam P.43 untuk perumahan negara adalah untuk tujuan Program Perumahan Rakyat disewa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tahu daripada kementerian, adakah kementerian mempunyai satu dasar yang khusus dalam Dasar Perumahan Negara ini untuk memperbanyakkan pembinaan rumah untuk tujuan diberi sewa bukan seperti yang diumumkan dalam motif kenapa kementerian mempunyai satu dasar yang baru berkenaan perumahan negara iaitu menyediakan perumahan yang mencukupi untuk rakyat di seluruh negara. Sekiranya berpandukan kepada peruntukan ini Tuan Pengerusi, jelas menunjukkan bahawa peruntukan di bawah P.43 ini memang semata-mata untuk tujuan menyediakan perumahan bagi status atau bertujuan untuk disewa oleh rakyat dan saya menegaskan penjelasan saya ini kerana di bawah sub kepala 01604 kementerian juga menyediakan RM132,000,000.00 untuk tujuan pemulihan dan penyelenggaraan. Daripada semakan saya, ini adalah tujuan untuk menyenggara rumah-rumah yang disewakan kepada sebahagian besar daripada tumpuan atau golongan tumpuan tadi. Dalam masa yang sama saya agak keliru kerana Program Perumahan Rakyat dimiliki di bawah 01513 itu, pada kali ini Tuan Pengerusi hanya menyediakan peruntukan tidak sampai RM1,000,000.00. Hanya RM500,000.00 sahaja. Adakah pada tahun hadapan sebenarnya program tumpuan Kementerian Perumahan ini kementerian ini tidak lagi menumpukan untuk membina rumah-rumah mampu milik sebagaimana yang terkandung dalam ucapan Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan dan jumlah ataupun bilangan rumah yang dikatakan menjadi motif utama kepada kerajaan untuk penyediaan segera 44,000 buah rumah yang dikatakan untuk mampu milik. Setelah juga mengambil kira kerana terlalu tinggi permintaan ataupun sambutan yang diterima daripada rakyat yang memerlukan rumah di bawah Skim Perumahan Pertama. Nampak gayanya telah habis ditempah ataupun telah habis dikatakan dibeli oleh golongan-golongan yang sepatutnya dilihat oleh pihak kementerian. Jadi bawah peruntukan P.43 ini, saya tidak tahu sekiranya ada penjelasan yang selain daripada itu memandangkan kepada jumlah peruntukan yang tersedia atau yang akan diluluskan untuk tujuan pembinaan rumah, jelas sekali sebenarnya tidak ada kerana di bawah P.43 ini bertujuan untuk pembangunan iaitu membina secara fizikal perumahan. Lanjutan daripada itu Tuan Pengerusi, saya hendak tahu benar atau tidak tindakan telah diambil untuk memberi penjelasan kepada kekeliruan berkenaan dengan pengumuman kerajaan untuk memberi faedah dan juga memberi kelebihan sedikit kepada pembeli-pembeli rumah yang telah pun melalui satu proses setahun yang lalu di mana janji kerajaan pengumuman dalam belanjawan tahun lepas juga memberi pertimbangan kepada mana-mana pembeli rumah yang terhad dalam lingkungan jumlah harga rumah. Secara jelasnya, secara spesifiknya Tuan Pengerusi saya hendak sebutkan bahawa kerajaan berjanji untuk mengecualikan beberapa faedah pengecualian seperti pengecualian duti surat cara pembelian rumah yang mana kita kata dalam lingkungan harga RM350,000.00 sehingga RM400,000.00 harga rumah tersebut, maka kerajaan bercadang supaya untuk mengecualikan 50 peratus pengecualian duti setem surat cara kepada pembelian rumah tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada harga rumah di kawasan bandar terutamanya memang melepasi tangga harga RM400,000.00 dan kekeliruan telah berlaku di mana surat-surat cara ini telah disediakan oleh syarikat guaman yang membantu kepada bakal-bakal pembeli rumah tadi telah terkeliru kerana mereka menyedari bahawa tawaran yang diberi atau pengumuman telah diberi oleh kerajaan untuk mengecualikan duti surat cara perjanjian pembelian perumahan itu sehingga RM350,000.00 sahaja sedangkan harga rumah telah pun melepasi paras RM400,000.00 di sebahagian kawasan bandar dan perkara ini berterusan sehinggalah kepada pembentangan belanjawan yang terbaru iaitu pada beberapa bulan yang lalu di mana berlaku pembetulan ataupun berlaku tambahan kepada pengecualian itu di mana diangkat kepada RM400,000.00.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya juga hendak tanya pada ketika pengumuman baru dibuat mengambil kira harga rumah melepasi paras RM400,000.00 diambil kira untuk pengecualian duti setem untuk surat cara, kedudukan semasa harga rumah yang telah ditempah setahun yang lalu telah pun melepasi satu kadar baru iaitu melepasi RM450,000.00 di kebanyakan bandar. Maka kita ada pengalaman dan kita ada teladan di sini bahawa semasa kita membuat kajian tersebut telah berlaku satu anjakan baru kepada nilai perumahan yang kita tawarkan untuk pengecualian duti surat cara. Di sini saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi, pengumuman tersebut sebenarnya tidak memanfaatkan pembeli rumah terutama golongan yang mengimpikan untuk memiliki rumah pertama kerana mereka terpaksa membuat pinjaman dan pinjaman yang mereka buat itu yang berkaitan dengan beban duti surat cara ini tidak terkecuali sebagaimana yang kita janjikan dan ini berlaku kekeliruan. Saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil peluang untuk memberi penjelasan tentang perkara ini sekiranya kita benar untuk membantu melihat golongan yang benar-benar terdesak untuk memiliki rumah. Saya hairan kalau betul itu matlamat kita kenapa di bawah P.43 itu perbelanjaan pembangunan tidak memperuntukkan jumlah yang munasabah untuk kita sahkan yang kita hendak buat program pembinaan rumah untuk sasaran rumah mampu milik ini, jelas berkenaan dengan jumlah peruntukan yang kita beri nampak terlalu sedikit. Lanjutan daripada itu juga Tuan Pengerusi, saya ingat dalam peringkat dasar pihak Yang Berhormat Menteri sendiri pernah menyebut dan mengatakan beliau akan mengusulkan satu perkara sekiranya berpeluang iaitu melihat cadangan juga yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan semasa pembentangan belanjawan untuk melihat sudut meringankan beban kepada pembeli rumah dan juga kepada pemaju perumahan yang terlibat dalam isu atau kes rumah terbengkalai. Isu rumah terbengkalai ini isu yang besar kerana saya katakan sebahagian besar penganiayaan yang dirasai oleh penduduk atau rakyat Malaysia berkenaan pembelian rumah atau pembelian premis atau kediaman adalah kerana terlibat dengan isu projek perumahan terbengkalai dan Yang Berhormat Menteri sendiri mengaku perkara ini dan saya menyanjungi kejujuran Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu masalah yang besar adalah kekangan yang besar dalam penyediaan rumah adalah disebabkan oleh kes pembinaan rumah yang berstatus terbengkalai. Memang betul ini tidak dapat dinafikan sebab itu timbul banyak polemik mengatakan kerajaan negeri pun banyak terbengkalai, kerajaan di bawah Pakatan pun ada tohmahan dan sebagainya. Itu saya rasa patut diketepikan kerana sekarang ialah betul atau tidak kita hendak membuat cadangan untuk memperbaiki pengumuman yang jelas sebenarnya tidak banyak membantu meringankan beban ini. Sebagai contoh yang saya katakan secara spesifik pihak Yang Berhormat Menteri mengaku perkara ini dan bercadang untuk memanjangkan perkara ini untuk mendapat kelulusan iaitu saya ulang sekali lagi iaitu berkenaan dengan pengecualian kos faedah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli ataupun pemaju. Berdasarkan kepada semakan saya Tuan Pengerusi, setakat ini yang diberi faedah pengecualian kos faedah pinjaman bank hanya diberi kepada pemaju, sedangkan pembeli terpaksa juga menanggung kos faedah atas pinjaman perumahan sedangkan rumah pun tidak ada, yang ada semak sahaja, yang ada pokok, yang ada semak-samun sahaja. Tidak usah kata rumah, tiang rumah pun tidak nampak tetapi mereka terpaksa menanggung tanggungan kos faedah yang dikenakan oleh pihak institusi kewangan dalam pembiayaan pembelian rumahnya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sebaik sahaja mereka menandatangani perjanjian, pengurusannya membayar duti setem, membayar surat cara, perjanjian dan sebagainya, mereka terus terikat kepada kos ataupun caj kadar faedah. Ini dijanjikan, saya tidak mahu menggunakan perkataan janji, disebut sebagai akan diteliti. Sekiranya berpeluang, saya hendak menyokong Menteri yang menjaga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini, bukan sokong kerana hendak menyokong beliau tetapi hendak menyokong kalau beliau hendak mencadangkan kepada kementerian atau kerajaan segera batalkan caj kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli rumah sedangkan rumah itu terbengkalai dan rumah tidak boleh diduduki mereka. Kita mesti membuat keputusan segera, batalkan segera caj kadar faedah kerana ini bukan sahaja pendapatan yang boleh dimiliki atau diraih oleh institusi perbankan secara tidak sah atau tidak halal atau saya katakan secara zalim.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Oleh sebab tidak munasabah sama sekali kalau pembeli rumah, rumahnya tidak ada, tidak siap, tidak boleh nampak secara feasible, mereka terpaksa membayar kos kadar faedah pinjaman mereka, tidak logik. Saya bukan hendak mengusulkan untuk kata membatalkan pinjaman itu tetapi sekurang-kurangnya berbelas-belas tahun prosedur ini kita lalui dan kita teruskan juga dan inilah antara perkara yang sangat jelas menindas, menyebabkan pendapatan boleh guna sesuatu rumah tangga itu makin susut, makin menjerut. Ini disahkan dan semakan saya atas beberapa kes yang simple sahaja, memang benar. Pembeli rumah teraniaya kerana mereka terpaksa menanggung kos faedah yang mereka sebenarnya tidak dapat faedah walau sekelumit pun, langsung tidak ada...

Tuan Pengerusi

Masa Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Seminit boleh? Saya bendar-benar merayu kalau ada kesempatan kita gulung nanti, kita isytiharkanlah kerajaan bersetuju ataupun kalau tidak bersetuju kita hendak mendesak kerajaan supaya bersetuju atas polisi yang sangat menganiaya pembeli rumah ini. Perkara yang terakhir secara ringkas ini saya hendak menyebut berkenaan dengan B.43 iaitu Butiran 120300 – Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Saya langsung tidak faham, semakan saya buat dalam website, dalam keterangan pada muka surat 10, sebelum itu juga tidak ada keterangan, apakah maksud Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Jumlah kita memperuntukkan RM267 juta, tahun lepas RM248 dan diletakkan di bawah program khusus. Semakan saya di sini Tuan Pengerusi, bertugas luar negara, emolumen kakitangan kontrak sedikit sahaja, RM240,000 tetapi keseluruhannya ditumpukan kepada Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Saya tidak faham langsung, minta Menteri memberikan penjelasan dan jika diizinkan boleh ditanya sedikit sebanyak. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Silam.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya telah turut sama membahaskan beberapa butiran. Pertama, Butiran 020000 – Dasar dan Pembangunan, Butiran 020100 – Pembangunan dan Pelaksanaan Projek. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dari segi dasar dan pembangunan ini, hubungannya dengan Kerajaan Negeri Sabah. Ini kerana saya mendapati daripada segi pelaksanaan pembangunan, kita memang berterima kasih kepada kementerian yang banyak memberikan peruntukan khas terutamanya kepada pihak-pihak berkuasa tempatan di negeri Sabah dan kebanyakan pembangunan itu dibuat untuk pembinaan prasarana di tempat-tempat kerajaan tempatan. Saya memohon supaya kementerian dari segi jumlah kasar untuk peruntukan bagi negeri Sabah saya berharap supaya ia dapat ditambah dan diperluaskan dan dibesarkan kerana memandangkan pihak-pihak berkuasa tempatan di negeri Sabah Tuan Pengerusi, dari segi kadar untuk mereka memperoleh dana itu terlalu terhad. Jadi, kebergantungan kepada kerajaan persekutuan bagi mendapatkan peruntukan ini, saya meminta supaya kementerian dapat memberikan penjelasan dan penerangan tentang jumlah sebenar peruntukan bagi negeri Sabah. Seterusnya Butiran 040000 – Perumahan Negara. Ada beberapa projek perumahan negara di kawasan negeri Sabah terutamanya di kawasan Parlimen Silam yang telah lama terbengkalai dari segi pelaksanaannya. Saya ingin tahu apakah inisiatif yang telah dibuat oleh kementerian terutamanya dalam perumahan negara ini terutamanya di Bandar Lahad Datu, Bandar Gemilang dan di kawasan DUN Kunak berdekatan dengan Kampung Kadazan yang agak lama terbengkalai. Setakat ini apa nama syarikat yang telah mengambil alih untuk menyambung pelaksanaan pembinaan perumahan tersebut?

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Ini kerana saya mendapati beberapa orang pemohon yang telah pun memohon pembinaan perumahan negara terutamanya di Bandar Seri Gemilang, mereka telah membayar selama lebih kurang lebih daripada dua tahun tetapi perumahan belum lagi siap sehingga sekarang. Saya meminta setakat ini perkembangannya sudah berapa peratus perumahan negara tersebut telah dibuat oleh kerajaan untuk membinanya dan dijangka siap sepenuhnya dalam berapa tahun? Jadi saya berharap supaya kementerian mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah pembinaan perumahan di kawasan Bandar Seri Gemilang dalam kawasan Bandar Lahad Datu yang telah dibina sejak tiga tahun yang lalu tetapi belum lagi siap sehingga ke hari ini. Seterusnya Butiran 050000 – Kerajaan Tempatan, Butiran 050200 – Kemajuan Perkampungan. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian terutamanya pihak pengurusan sistem perparitan di kawasan-kawasan perkampungan dan di kawasan-kawasan taman-taman perumahan dalam pihak berkuasa tempatan. Setakat ini saya mendapati sudah agak lama sistem perparitan sekitar bandar-bandar, bukan hanya di kawasan saya di Parlimen Silam tetapi juga di kawasan-kawasan bandar lain di negeri Sabah, yang mana sistem perparitan ataupun alam sekitarnya tidak diambil kira dan diambil berat dan kalau misalnya berlaku banjir kilat, walaupun barangkali kadar masa hujan turun hanya setengah jam tetapi ia boleh menyebabkan banjir kilat. Saya berharap kementerian mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi sistem kemajuan perkampungan dan sekitar bandar-bandar utama di negeri Sabah terutamanya di tempat-tempat yang mana dari segi sistem susun aturnya sudah agak tidak teratur dan perlu diambil perhatian dan kalau boleh saya mencadangkan kepada kerajaan supaya blueprint secara menyeluruh dibuat untuk kemajuan perkampungan di seluruh Malaysia terutamanya bagi kawasan negeri Sabah. Seterusnya Butiran 060000 – Landskap Negara. Tuan Pengerusi, dua tahun yang lepas saya mengemukakan cadangan untuk permohonan pembangunan landskap di kawasan DUN Kunak tetapi sehingga sekarang ini, saya masih belum mendapat berita tentang peruntukan yang saya pohon untuk majlis daerah di kedua-dua tempat di kawasan saya iaitu di Majlis Daerah Lahad Datu dan Majlis Daerah Kunak. Saya berharap Jabatan Landskap Negara dapat memaklumkan kepada saya tentang status permohonan saya setakat ini untuk program landskap negara di kawasan DUN Kunak terutamanya yang kita dapati belum ada inisiatif yang boleh dilihat, yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Saya berharap supaya kementerian dapat memastikan dan sesungguhnya peruntukan landskap negara ini Tuan Pengerusi, kita minta supaya kementerian dapat memikirkannya. Ini kerana ia penting bagi perkembangan dan keceriaan sesebuah kawasan itu. Saya juga berharap peruntukan kali ini dapat diperbanyakkan terutamanya dalam landskap ini dan ditumpukan kepada kawasan-kawasan majlis daerah di kawasan parlimen- parlimen luar bandar untuk membolehkan, mungkin juga kalau keindahan bandar ini dapat ditingkatkan terutamanya dari segi landskap, sudah tentu ini juga boleh menjadi produk pelancongan bagi sesebuah kawasan itu.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan sebab saya telah pun mengemukakan permohonan dalam beberapa tahun yang lepas untuk membina balai bomba dan penyelamat yang baru bagi balai bomba di Daerah Lahad Datu. Mungkin Yang Berhormat Menteri pun sudah maklum bahawa sebenarnya kita telah mengemukakan cadangan untuk membina sebab keadaan dia sekarang ini terlalu uzur. Kakitangan bomba penyelamat pun sudah tidak tinggal di sana dan kalau misalnya bangunan itu memang sudah tidak selamat, ada baiknya supaya dapat dirobohkan sebab ia betul-betul berdekatan dengan lokasi bandar. Jadi memang keadaan yang tidak baik dan kita tidak mahulah pihak tertentu akan cuba memanipulasi isu tentang keadaan bomba dan penyelamat ini. Setakat ini pun kita punya kakitangan kementerian terutamanya bahagian bomba dan penyelamat di Daerah Lahad Datu, mereka ini tinggal berselerak di kawasan Bandar Lahad Datu.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Jadi kalau ada berlaku kebakaran ataupun bencana menimpa, mereka ini terpaksa- memang agak lambat untuk sampai ke satu tempat kejadian itu Tuan Pengerusi. Jadi saya mendesak di sini sebab keperluan Lahad Datu ini dari segi populasinya pun 110,000 orang Tuan Pengerusi. Jadi kalau bomba– inilah satu-satunya bomba penyelamat yang ada untuk kawasan DUN Lahad Datu dan Tungku. Jadi saya rasa pihak kementerian dapat mengambil tindakan sewajarnya sebab antara jarak Tawau dengan Sandakan terlalu jauh dengan Bandar Lahad Datu, Tuan Pengerusi. Jadi, supaya kementerian dapat mengambil perhatian atas desakan dan permintaan saya ini sebab ini ada untuk kemudahan masyarakat dan penduduk di kawasan saya di Bandar Lahad Datu terutamanya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin membahas mengenai Butiran 070000 iaitu bawah tajuk Perancangan Bandar dan Desa. Tumpuan khusus saya ialah mengenai Butiran 070300. Yang Berhormat Menteri, saya mohon perhatian khusus Yang Berhormat Menteri di dalam membelanjakan Belanjawan 2013 ini terutamanya dari segi aspek isu yang mendesak dan isu yang berada di lapangan. Saya secara khusus menggesa kementerian mengadakan satu pindaan undang- undang terhadap peruntukan National Land Code ataupun Kanun Tanah Negara. Yang Berhormat Menteri faham apa yang saya maksudkan itu ialah pertama sekali, saya mahu Kerajaan Malaysia pada hari ini mengusulkan bahawa prinsip ‘adverse possession’. Yang Berhormat Menteri maklum, ‘adverse possession’. Bahasa Melayu saya tidak pasti. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, kenapa perlu adverse possession di dalam undang-undang tanah kita? Di lapangan Yang Berhormat Menteri, saya memberi beberapa alasan. Pertama sekali kalau adverse possession ini Yang Berhormat Menteri kita tidak adakan, Yang Berhormat Menteri pun tahu. Rakyat Malaysia terutama di desa atau di kampung secara tradisi tinggal di tempat-tempat tertentu, dengan pendekatan-pendekatan tertentu, ada yang bersifat tradisi dan ada yang bersifat kita panggil yang difahami oleh kitalah, apa yang tidak diiktiraf di bawah Torrens System. Torrens System yang dibawa oleh kerajaan yang telah merombak undang-undang tanah negara iaitu hanya mengiktiraf hak- hak yang berdaftar di bawah tanah. Apa yang berlaku kalau perkara ini tidak dibuat secara mendesak, Yang Berhormat Menteri pun tahu berapa banyak kampung telah kita panggil kilang, di atas sebab apa Yang Berhormat Menteri? Ia bukan di atas sebab apa tetapi atas sebab undang-undang dan undang-undang itu kita pinda di Dewan ini. Dengan izin, kampung hilang because our own act, our own judgment, our own decision. Maksud saya Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita hendak mempertahankan beberapa kampung tradisi kalau undang-undang yang kita sama-sama luluskan di Dewan ini yang pertama ialah tidak mengiktiraf. Contohnya peninggalan jiran kita, rakan taulan kita satu kampung secara perundangannya boleh menjadi penceroboh. Maksud saya Yang Berhormat Menteri, secara kes khusus saya merujuk, di Parlimen Balik Pulau saya mengatakan dengan penuh yakin dan penuh tegas di sini, hampir kurang-kurang suku kampung akan hilang. Ini kerana apa? Ini kerana secara sejarahnya ialah mereka tinggal di situ di atas pendekatan-pendekatan tradisi, bukan pendekatan-pendekatan tidak perundangan. Perundangan secara tradisi contohnya. Dia sewa kepada jiran, sewa tapak. Dalam bahasa kampung dia panggil apa Yang Berhormat Menteri? Kalau orang Penang dia panggil “patei” Kamu mahu sewa “patei”. “Patei” - sewa tapak, tetapi sewa tapak ini dekat Pejabat Tanah dia tidak iktiraf. Akan tetapi orang kampung dia bayar sewa. Kedua Yang Berhormat Menteri, Torrens System ini dia cerita undang-undang Australia. Undang-undang Australia ini tidak semestinya sama dengan tradisi kita di sini yang mana ada sifat tolak ansurnya, ada sifat pemahaman kita. Yang Berhormat Menteri, saya ingin katakan Yang Berhormat Menteri, saya sebutkan secara khusus, Kampung Binjai akan hilang kalau adverse possession ini tidak dibawa atau dibincangkan di dalam tajuk Butiran 070330, pendidikan ini perlu dibuat. Kampung Kuala Jalan Baru, kampung tradisi nelayan Cina akan hilang 32 buah rumah. Hari lepas Kampung Buah Pala sudah hilang. Itu pun tindakan saya yang tegas walaupun yang lain bahas ini mereka tidak terlibat pun.

Saya dekat Mahkamah Tinggi terlibat, Mahkamah Rayuan terlibat. Mereka yang bahas di sini tidak terlibat langsung pun. Tadi yang saya tengok secara yang terdekat pula Kampung Railway. Kampung ini dekat stesen kereta api. Batu, hilang pula. Akan tetapi yang saya rasa terkilan di sini kita boleh kata, “Ya lah, pergilah ke mahkamah, carilah peguam” Yang Berhormat Menteri, peguam pun tidak boleh lawan kes itu kalau undang- undang tidak memihak kepada orang kampung. Undang-undang hari ini hanya memihak kepada pemaju. Yang Berhormat Menteri, tidak salah pemaju bagi saya, saya bukan anti pemaju, buatlah pembangunan tetapi tidak boleh di atas nama pembangunan menindas kemanusiaan. Kenapa saya cakap begitu Yang Berhormat Menteri? Isu yang di bahas hanyalah isu contohnya, ada dokumen, ada nama berdaftar dekat pejabat tanah. Mana hendak ada benda itu? Kadang-kadang ada kes tertentu ialah, ada Yang Berhormat Menteri tulis atas buku tiga lima (buku 555) sahaja. Itu pun yang perlu kita iktiraf ialah ada effort daripada masyarakat untuk menjaga hak mereka. Oleh sebab itu saya bahas Yang Berhormat Menteri banyak kali, Yang Berhormat Menteri pun tahu inilah isu saya. Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia ini tidak melakukan perkara ini, saya mengatakan agenda Pekan akan gagal. Agenda dengan kata hak hartanah itu. Saya bangga juga kita bahas di sini banyak perumahan 1Malaysia walaupun di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah kementerian Yang Berhormat. Agenda perumahan rakyat ada, tetapi pendekatan dia ialah membina. Akan tetapi yang saya membawa pendekatan di sini ialah mengiktiraf, to recognize the existing residence. Yang Berhormat Menteri, saya berbahas hari itu Yang Berhormat Menteri pun beri komitmen tetapi belum buat lagilah. Saya kata kena rectified, kena tandatangan peruntukan, protokol, konvensyen, economic social culture right yang memperuntukkan dengan izin, housing right iaitu hak perumahan. Itu perlu ditandatangani kerana hanya dengan tandatangan itu sahaja, barulah hak-hak mereka di desa, di kampung di bawah ini akan dipertahankan. Kita kalau ke mahkamah, kita boleh bahas bahawa hak yang dikatakan you and habit itu, housing right itu, yang dikatakan educate human right itu boleh dipertahankan. Hari ini tidak boleh. Hari ini dia pergi Yang Berhormat Menteri di bawah seksyen 340, National Land Code, dua sahaja. Hak tidak berdaftar, tidak ada hak. Hak berdaftar hanya akan terbatal kalau ada elemen penipuan. Menteri tahu benda itu. Yang Berhormat Menteri, yang berlaku di lapangan ini bukan isu penipuan. Isunya kegagalan kita menyediakan dengan izin, regime perundangan yang memenuhi keadaan kita di Malaysia ini. Tibalah masanya Yang Berhormat Menteri, National Land Code ataupun Kanun Tanah Negara yang kita sama-sama gubal itu perlu menyantuni keperluan di lapangan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Balik Pulau.

Ya, okey.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Boleh? Sedikit.

Tuan Pengerusi

Sila.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Pengerusi dan sahabat saya Yang Berhormat Balik Pulau. Saya teruja dengan hujah tentang National Land Code yang dalam nafas yang sama saya telah memberikan hujah semasa membahaskan bajet yang lepas di peringkat dasar tentang keperluan kerajaan menubuhkan suatu suruhanjaya yang kita cadangkan, Law Reform Commission untuk kita mengkaji mana-mana akta yang bersifat purba ini ataupun archaic law ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ini kerana saya setuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau tadi bahawa setiap akta yang digubal dalam Parlimen ini kadang-kadang terdapat dengan izin, lacuna ya- kelemahan, kelompangan yang terjadi akibat daripada proses pembangunan ataupun berlakunya kawasan industri yang hendak dibangunkan. Jadi, adakah Yang Berhormat Balik Pulau bersetuju supaya National Land Code ini juga mesti mengalami land reform supaya kampung-kampung tradisi, heritage ini dapat diselamatkan dan bukan hanya berhujah atas nama pembangunan. Apa pandangan Yang Berhormat Balik Pulau?

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Satu cadangan yang baik. Yang Berhormat Menteri, kita ada dua cabaran di hadapan kita. Satu, ekonomi pasaran. Kita selalu bahas bagaimana isu harga kita tidak boleh kawal kerana kerajaan hari ini mahu mengatakan kita sebuah kerajaan yang pro-market. Ya, tidak salah itu. Saya pun boleh bersetuju dalam banyak perkara. Akan tetapi, yang kita tidak bersetuju ialah market access- apabila pasaran menjadi beban kepada mereka yang kurang mampu. Itu kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab perlu mengadakan satu dasar. Yang Berhormat Menteri, kalau itu pun kita tidak boleh buat, kita perlu ketatkan undang-undang kita terutama untuk mempertahankan mereka yang kita panggil tidak mampu. Undang-undang perlu mempertahankan mereka yang tidak mampu. Pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri, kerajaan ada dasar warisan sehinggakan satu akta telah dibentangkan di Dewan ini. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini saya didatangi oleh mereka yang saya rasa masih tidak puas hati mengenai contohnya mengenai isu Kampung Tanjung Tok Kong. Yang Berhormat Menteri arif dengan Pulau Pinang, saya tahu. Kampung Tanjung Tok Kong ini mungkin saya boleh katakan antara satu-satunya kampung Melayu di Georgetown lah ya Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, bayangkan mereka hari ini pasrah kerana tanah itu tanah UDA. UDA kata UDA dapat tanah itu, padahal UDA dapat pun kerajaan bagi. Dapat reclaim land, dapat banyak duit buat untung, tetapi tidak fikir pun masalah mereka yang kurang mampu. Bayangkan kalau hari ini Yang Berhormat Menteri cadangkan Dewan ini adverse possession. Yang Berhormat Menteri, adverse possession yang saya cadangkan ini bukan satu membabi buta. Adverse possession bersyarat. Ia boleh didokong dengan Yang Berhormat Menteri tahu Limitation Act. Ia boleh di dokong dengan Land Registration Act. Ini bermaksud ada syarat-syarat tertentu maksudnya mereka yang tinggal sekurang-kurang pun Tuan Pengerusi, sekurang-kurang kalau macam di England itu dia kata lebih 12 tahun, ataupun di New York itu dia kata melebihi sekian-sekian tahun, di India melebihi sekian- sekian tahun. Tidak bolehlah duduk tiga tahun hendak claim hak. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri perlu melihat perkara ini dengan serius Yang Berhormat Menteri kerana ada orang ada tanah tetapi tidak jaga. Kenapa? Ini kerana tok yang jaga. Cucu dia datang, dia hendak jual sahaja. Itu yang berlaku sekarang. Banyak kes di Parlimen Balik Pulau Yang Berhormat Menteri, ketika mana hayat hidupnya arwah berurusan dengan penduduk-penduduk secara sah, bayar sewa tapak. Yalah, ada yang sebulan RM10 pun ada, yang setahun RM10 pun ada. Akan tetapi, isunya di sini Yang Berhormat Menteri, ada niat di kalangan rakyat Malaysia walaupun tidak berpendidikan tinggi untuk memastikan hak mereka terjaga dan juga untuk memastikan tuan tanah yang mereka dapat ihsan tinggal itu, dapat sedikitlah peruntukan. Jadi, ada pertimbangan-pertimbangan daripada mereka yang orang kata di kampung. Akan tetapi, kalau kita hari ini selaku kerajaan yang hebat hari ini, kononnya kata mahu memperkasakan hak hartanah, tetapi kita pasrah dengan undang-undang pada hari ini yang mana hari ini Yang Berhormat Menteri minta pegawai check. Saya boleh katakan secara yakin kebanyakan kes, hampir kesemua kes yang ke mahkamah hari ini, yang menang ialah pemaju. Akan tetapi, kita patut ingat Yang Berhormat Menteri ada pemaju- pemaju yang bertanggungjawab dan ada pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan perlu juga mengadakan selain daripada saya katakan tadi adverse possession itu, satu dasar yang jelas tidak akan berlaku satu pembangunan perumahan kalau mereka- mereka yang tinggal ini tidak diuruskan dengan baik. Yang Berhormat Menteri, saya berhujah secara tegas ini berulang kali dan saya rasa Yang Berhormat Menteri tahu apa maksud saya ini. Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju dengan saya bahawa the challenge attorney in 21st century is no more civil-political right. It’s property right. Hak hartanah dan juga saya katakan di sini Yang Berhormat Menteri ialah perancangan bandar. Oleh sebab itu saya berbahas di bawah perancangan bandar dan desa hari ini. Kalau kita gagal menguruskan perancangan bandar dan desa yang mana kita masih lagi terperangkap dengan pemikiran modernity ataupun pemikiran yang dahulu city is everything. Jadi, orang kampung dilihat sebagai satu bahan pelengkap sahaja, bukan bahan utama- saya rasa hari ini kita akan gagal dalam perancangan pembangunan bandar dan desa.

Akhir sekali yang saya ingin katakan Yang Berhormat Menteri, tolong pertimbangkan kalau boleh apa yang saya katakan sebagai localism act. Di England, Localism Act 2011 telah dibentangkan di Dewan dan lulus. David Cameron sudah meluluskan sehinggakan diwujudkan all parties groups namanya Rural Services Group yang bermaksud sekumpulan Ahli-ahli Parlimen berbincang bagaimana hendak memperkasakan perkhidmatan-perkhidmatan di desa. Localism Act Yang Berhormat Menteri tahu secara inti patinya apa dia? Ia memberi kekuatan kepada penduduk setempat untuk menentukan apa yang perlu untuk mereka dari segi perancangan bandar, dari segi kuasa perbandaran dan sebagainya. Walaupun jawapan Yang Berhormat Menteri secara bertulis kepada saya itu hari, kita mempunyai regime kerangka pandangan yang berbeza, tetapi atas kedudukan Yang Berhormat Menteri yang saya katakan dengan izin, untuk mengurus masyarakat hari ini, pendekatan top-down sahaja tidak cukup. Ia mesti pendekatan bottom-up juga. Dalam Yang Berhormat Menteri dalam erti kata masyarakat yang hari ini telah 50 tahun saiz masyarakat pertengahan- middle class telah besar di Malaysia ini. Mereka mahu membuat keputusan sendiri, saya rasa Yang Berhormat Menteri tolong pertimbangkan Localism Act untuk kita sama-sama bahas di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Kapit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud B.43, Butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya mohon penjelasan tentang projek pembinaan balai bomba dan penyelamat di daerah Song di kawasan Parlimen saya di Kapit ya. Nampaknya projek ini adalah terbengkalai sebab saya baru balik dari kawasan dua hari selepas melawat tapak itu dan apakah langkah daripada yang diambil setakat ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk meneruskan pembinaan projek yang amat berguna ini. Yang Berhormat Menteri, sila jelaskan nanti ya. Sekarang, saya beralih kepada Butiran 060000 – Landskap Negara. Saya ingin penjelasan berapa banyak diperuntukkan untuk tujuan landskap di Majlis Daerah Kapit? Saya minta Yang Berhormat Menteri namakan projek-projek landskap kalau ada yang akan dilaksanakan di Majlis Daerah Kapit dalam tahun 2013 yang akan datang. Kalau tiada, mengapa? Adakah itu oleh kerana tiada permohonan untuk projek landskap dari Majlis Daerah Kapit? Itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Ampang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan isu mengenai Butiran 130000 - Dasar Baru yang melibatkan tentang permasalahan asrama di kawasan-kawasan perbandaran tempatan. Kita dapati bahawa tidak ada undang-undang spesifik yang ada dalam KPKT yang untuk menguruskan permasalahan asrama-asrama di kawasan-kawasan perumahan dan kawasan perkampungan ataupun di mana-manalah. Saya membabitkan ini dalam kes di Ampang yang mana rumah kedai telah digunakan oleh syarikat pengurusan pekerja iaitu hostel management yang menggunakan rumah kedai ini untuk menempatkan pekerja-pekerja kilang. Jadi, ianya telah menjadi satu ancaman kepada penduduk tempatan yang mana pekerja kilang ini datang daripada warga asing yang kurang menghayati cara hidup orang Malaysia, cara hidup kita dalam persekitaran dan dalam menjaga kebersihan dan sebagainya. Jadi, akta yang ada sekarang dalam KPKT adalah undang-undang yang disamakan undang-undang perhotelan dengan juga ‘pengasramaan’. Jadi, hotel dua perkara yang berbeza. Hotel adalah satu komersial business yang mana satu penempatan berjangka pendek, yang asrama adalah satu penempatan berjangka panjang. Jadi, mesti ada satu undang-undang khas harus digubal oleh pihak KPKT agar memastikan bahawa pemilik-pemilik syarikat pekerja-pekerja ini diberikan garis panduan yang lain, digubal agar kedudukan mereka tidak sama dengan kedudukan hotel dalam pentadbiran.

Pihak local government, pihak PBT bila kita mengangkatkan kes ini dan membawa pihak-pihak yang terlibat, mereka berselindung dalam dengan undang-undang perumahan, residential yang mana kadang-kadang pemilik-pemilik syarikat hostel ini mereka menggunakan undang-undang bahawa enam orang boleh tinggal dalam satu rumah. Jadi, bila kita buat satu pemeriksaan, mereka akan meletakkan enam orang dan mengikut undang-undang perumahan. Kes ini memang terang-terangan dilakukan di Ampang. Jadi, saya membawa kes ini iaitu kes di antara Sunrise Apartment di Bandar Baru Ampang di mana penduduknya telah membuat banyak aduan. Empat kali saya bawa dalam Dewan ini tetapi tidak ada lagi usaha dari KPKT untuk sedikit merancang untuk berbincang, menggubal undang-undang khusus untuk pengendalian asrama dalam kawasan PBT. Jadi, saya minta kali ini pihak kementerian lebih bersungguh-sungguh kerana ianya akan melibatkan keadaan sosial di setempat itu dan social structure kita akan rosak dan persekitaran kita juga akan rosak dan ini akan membuat penduduk-penduduk dalam kawasan saya khususnya di Ampang dan juga di tempat lain rasa tidak selesa. Saya betul mintalah kepada pihak Menteri untuk melihatkan serius perkara ini dan menggubal satu undang-undang dan panduan khusus untuk asrama-asrama untuk pekerja kilang ataupun sekolah, pelajar-pelajar dalam kementerian. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih. [Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat? Ya.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Peraturan Mesyuarat 13. Ahli dalam Dewan ini sangat sedikit, hanya ada enam orang. Tujuh orang. Baru masuk Yang Berhormat Hulu Selangor. Jadi kalau 20 orang itu kita bolehlah consider sikit, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Bunyikan loceng untuk dua minit. [Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira – lebih 26 Ahli hadir]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, kuorum sudah cukup, kita boleh mulakan mesyuarat. Yang Berhormat PJ Selatan. Selepas itu Yang Berhormat Bakri. Kemudian Menteri menjawab.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa Butiran 020100 – Pembangunan dan Pelaksanaan Projek. Di sini saya nak bangkitkan satu perkara berkenaan dengan Seri Angsana Hilir Condominium di Pandan atau Ampang, di mana saya nak bawa tentang blok C Seri Angsana Hilir Condominium di mana kondominium ini walaupun telah diberi CF iaitu sijil untuk kelayakan menduduki sementara pada tahun 2000, tetapi sekarang di blok ini penduduk masih enggan untuk pindah masuk kerana pada masa itu walaupun CF telah dikeluarkan tetapi terdapat banyak masalah pada blok itu di mana lif-lif tidak berfungsi, dan walaupun ada elektrik tetapi tak ada air dibekalkan. So penduduk enggan untuk pindah masuk ke kondominium tersebut.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Walaupun kondominium blok A dan blok B telah diduduki dan dapat CF tetapi blok C banyak masalah. Sampai sekarang tidak dapat selesai. Blok D juga masih projek terbengkalai. So, saya hendak tanya Menteri berkenaan dengan blok C. Bagaimana pihak kerajaan untuk bantu penghuni di blok C ini di mana projek ini telah pun dimulakan pada 1993. Akan tetapi sampai tahun 2001 baru dapat CF. Itu pun CF sementara waktu untuk enam bulan. Akan tetapi selepas- anehnya penduduk dapat kunci masuk pada tahun 1998. CF keluar pada tahun 2001 tetapi kunci dapat tahun 1998. So, dua tahun lebih awal. Jadi, saya walaupun banyak dulu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Murugiah sudah pun janji hendak selesaikan masalah ini dalam masa tiga minggu tetapi masalah sampai sekarang. Walaupun kes ini di mana pihak bank sebelum itu sudah bawa kes ini ke mahkamah untuk sue penghuni kerana tidak bayar faedah bank tetapi penghuni merasa mereka tidak patut bayar kerana mereka tidak menduduki bangunan tersebut kerana bangunan ini tidak dapat diduduki kerana tidak ada air. Akan tetapi dapat CF. Jadi, saya hendak minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bantu penghuni tersebut kerana pemaju sudah bankrap, sudah lari. Sekarang ini saya rasa hanya pihak kementerian boleh dapat bantu penduduk Sri Angsana Hilir Kondominium. Kes mahkamah sudah selesai. Penduduk kalah kerana undang-undang yang tidak memihak kepada penghuni. Rang undang-undang sedia ada, hanya memihak kepada bank. Jadi, saya harap- saya rasa Yang Berhormat Menteri sudah pun turun padang. Akan tetapi masalah ini masih tidak selesai. Kedua berkenaan projek kondominium dekat Batu Caves. Saya sangat hairan tadi ada Yang Berhormat Hulu Selangor bangkit pada masa itu beliau bukan menjadi Ahli Majlis pada tahun 2006. Akan tetapi projek ini diluluskan pada tahun 2007 di Mesyuarat OSC (one-stop centre) di mana ada tiga Ahli Majlis MIC yang menduduki OSC itu. Tambah pula satu Gerakan Yang Berhormat Senator Timbalan Menteri Luar Negara. Dia juga menduduki OSC. Projek ini telah diluluskan semasa projek OSC. Pada tahun 2008 walaupun Pakatan Rakyat menang pilihan raya pada 8 Mac tetapi projek ini diluluskan pada 31 Mei. Akan tetapi Ahli Majlis Pakatan Rakyat hanya angkat sumpah pada 31 Julai. Jadi, kalau mengatakan Pakatan Rakyat meluluskan projek ini, tidak benar. Jadi, saya rasa MIC buat tunjuk perasaan besar-besar di Batu Caves kononnya kata Pakatan Rakyat meluluskan projek ini. Tidak benar.

Yang Berhormat sikit penjelasan mengenai Batu Caves. Pandangan saya, ini isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Petaling Jaya dibangkitkan baru sekarang yang diluluskan boleh pemimpin-pemimpin dulu Ahli Majlis Tahun 2007. Akan tetapi dituduh Pakatan Rakyat, kita meluluskan. Ini tidak benar. Lagi satu Pengerusi kuil Batu Caves telah hantar satu surat peguam, lawyer kepada saya baru-baru ini yang di mana dia hendak saman saya. Saya tidak takut, tidak gentar. Dia mahu saman, samanlah. Biar dia saman. Ini katakan hendak dirikan satu kondominium, 29 tingkat. Memandangkan pada tahun yang lalu, Perdana Menteri pergi ke Batu Caves dalam satu perjanjian hendak bina satu kabel car di kawasan itu. Tidak akan itu patung Murugan itu akan runtuh? Isu ini dimainkan oleh MIC. Dimainkan oleh parti MIC sengaja kerana pilihan raya sudah dekat. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya rasa tuduhan yang mengatakan Pakatan Rakyat meluluskan projek ini memang tidak benar. Langsung tidak benar. Yang Berhormat Menteri ada mengatakan kata pihak Majlis Pembandaran Selayang yang meluluskan pelan, peta yang terbaru saya rasa itu pun tidak benar. Kita perlu lihat balik siapa yang meluluskan projek itu. Bukan tuduhan yang setakat tuduh Pakatan Rakyat untuk meluluskan projek ini tidak benar. Pihak kerajaan negeri ada perkara yang sudah pun menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula sama ada projek ini akan diteruskan. Pada pandangan saya, saya dengan Yang Berhormat Kapar kita tidak setuju projek ini. Kita minta pihak kerajaan negeri supaya kaji teliti dan batalkan projek ini. Akan tetapi kita mesti juga ambil kira tentang pampasan kerana kesilapan Kerajaan Barisan Nasional dulu, sekarang kerajaan Pakatan Rakyat perlu bagi pampasan kepada pemaju.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Jadi saya rasa ini tidak adil untuk Pakatan Rakyat. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan tentang isu ini. Saya hendak balik kepada masalah di tempat saya merujuk kepada Butiran 040000 Perumahan Negara. Saya hendak merujuk kepada Pangsapuri Taman Medan Cahaya di PJS 2C/2 di mana masalah ada lapan blok yang dibangunkan oleh SPNB. Masalah sekarang ini maintenance. Keadaan lif yang sangat daif dan juga penduduk enggan bayar maintenance dan juga masalah parking. Sampai sekarang pihak SPNB belum serah kepada MPPJ tentang masalah lampu di dalam masalah jalan. Sampai MPPJ tidak boleh masuk untuk bantu Pangsapuri Taman Medan Cahaya ini kerana sampai sekarang walaupun sudah menduduki hampir 10 tahun tetapi tidak ada serahan langsung. Akan tetapi keadaan maintenance JMB pun susah diuruskan. Juga berkenaan dengan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Okey. Butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tentang pili bomba di taman Dato’ Harun. Walaupun saya sudah berkali-kali untuk bangkitkan dalam Dewan ini tentang pili bomba dekat Taman Dato Harun ini di mana dalam keadaan amat teruk. Tidak nampak pun pili bomba itu. Ada lubang tetapi tidak ada pili bomba. Jadi, dimaklumkan ini perumahan di Taman Dato’ Harun ini sangat rapat. Perumahan dulu di mana kalau berlaku kebakaran ini, kalau tidak ada pili bomba, susah hendak untuk menyelamatkan rumah-rumah di sekitar. Di mana ada berlaku dua kali kebakaran di mana bomba terpaksa guna air di sebelah longkang untuk menyelamat rumah-rumah sekitar. Jadi, saya rasa ini bukan keadaan yang baik. Saya harap kementerian boleh bagi perhatian untuk membaiki semua pili bomba di Taman Dato’ Harun. Sekian sahaja.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi beri saya peluang. Saya merujuk Maksud B.43, Butiran 050100 - Kerajaan Tempatan. Saya memohon penjelasan Kementerian berhubung prosedur untuk memastikan lokasi sesuatu tanah perkuburan yang ingin dibina itu sesuai. Jika sesuatu tapak perkuburan hendak dipindahkan, apakah prosedur yang terlibat? Berapakah tempoh masa untuk pemberitahuan kepada waris? Sekiranya terdapat bantahan, adakah kementerian akan menarik balik rancangan pembinaan tersebut. Berapakah jumlah tapak perkuburan yang telah dan akan dipindahkan mengikut jenis perkuburan negeri dan sebab ia dipindahkan serta contoh-contoh.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Merujuk Butiran 050200 – Kemajuan Perkampungan berhubung masalah banjir kilat yang dihadapi di Bukit Naning, Mukim Air Hitam Bakri minggu lepas. Saya mohon agar KPKT, PBT, JPS dan Jabatan Kaji Cuaca bekerjasama erat bagi mengelakkan bencana ini berulang di kawasan ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan apakah bentuk bantuan yang dihulurkan kementerian kepada mangsa banjir di Bukit Naning, Mukim Air Hitam Bakri tersebut. Saya dimaklumkan bahawa sering kali terjadi masalah ketiadaan peruntukan bagi KPKT untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sistem longkang di Muar sehinggakan kadangkala pihak KPKT terpaksa menggunakan peruntukan JPS atau JKR bagi menjalankan kerja-kerja tersebut. Saya mohon penjelasan kementerian berhubung perkara ini. Saya merujuk Butiran 070200 – Rancangan Pemajuan. Apakah perancangan kementerian mengenai projek-projek pembangunan bersaiz besar, sederhana dan kecil yang akan dijalankan di daerah Muar? Bilakah kolam renang Muar akan di baik pulih? Saya mohon penjelasan kementerian untuk memberikan senarai projek-projek di daerah Muar yang telah ditangguhkan dan alasan mengapa ia ditangguhkan. Saya juga mohon penjelasan kementerian adakah terdapat rancangan untuk membina lorong motosikal di sepanjang jalan dari Muar ke Pagoh dan dari Muar ke Parit Sulong.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Seterusnya Butiran 020100- Pembangunan dan Pelaksanaan Projek berhubung pembinaan bumbung Uptown Muar. Pembinaan cerucuk yang terlalu hampir dengan bangunan-bangunan kedai lama yang berusia puluhan tahun telah menyebabkan kesan kepada struktur bangunan lama tersebut selain mempunyai tiang kabel elektrik, kabel telefon dan juga di bawahnya merupakan laluan paip air. Adakah pihak kementerian tidak mengkaji kesesuaian tapak sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan? Selain itu juga, pembinaan bumbung Uptown Muar ini telah menyebabkan pekedai-pekedai sedia ada di sepanjang jalan terpaksa menanggung kerugian sehingga ada yang terpaksa berpindah ke lokasi lain ekoran daripada bimbang akan keselamatan mereka ekoran terjejasnya struktur bangunan lama kedai mereka dan kurangnya jumlah pelanggan sejak pembinaan ini dimulakan. Seharusnya, pembinaan bumbung ini untuk kemudahan penjaja malam tidak memberikan kesan yang teruk kepada pekedai-pekedai sedia ada tersebut. Saya memohon penjelasan pihak kementerian berhubung perkara ini. Saya ingin memohon penjelasan, adakah kementerian meluluskan pembinaan menara 4G di sekolah? Mengapakah pihak kementerian tidak memberikan maklumat kepada guru-guru, ibu bapa, pelajar dan penduduk-penduduk sekitar mengenai perancangan pembinaan menara 4G ini dan hanya sekadar menunggu sekiranya terdapat bantahan barulah pihak kementerian tampil membuat penjelasan. Saya telah menemui surat Arahan Penangguhan Sementara oleh Jabatan Pelajaran Johor di laman web Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Johor atas alasan keselamatan dan radiasi. Apakah tindakan kementerian berhubung perkara ini? Seterusnya saya hendak tahu, bila akan menjalankan membaiki tebing Tanjong Mas Muar yang runtuh. Lagi satu saya hendak tanya adakah tapak pelupusan sampah Pagoh akan disiapkan pada tahun 2014? Jika tidak boleh siap, apa tindakan kementerian akan diambilkan? Adakah kementerian akan membina bomba baru di kawasan Bakri? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat petang dan selamat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 12 orang Ahli Yang Berhormat yang terdiri dari Hulu Selangor, Kota Raja, Kinabatangan, Ipoh Barat, Sri Gading, Indera Mahkota, Silam, Balik Pulau, Kapit, Ampang, Petaling Jaya Selatan dan Bakri yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam isu-isu dan hal-hal bajet untuk tahun depan. Saya hendak mencuba untuk menjawab dengan sedaya upaya supaya soalan-soalan yang diminta dapat dijawab oleh saya sendiri dan kalau saya tidak dapat jawab mungkin saya akan memberi notis dan menjawab secara bertulis. Baiklah Tuan Pengerusi, pertama sekali Yang Berhormat Hulu Selangor telah semasa ucapan beliau telah pun bertanya beberapa perkara di mana saya ingin memberitahu yang pertama bila kita sentuh tentang projek-projek perumahan terbengkalai pada tahun lepas 2011, walaupun kerajaan mempunyai target iaitu target untuk membaik pulih 30 buah projek perumahan terbengkalai, kementerian saya telah berjaya untuk menyiapkan 32. Dari segi suntikan dana oleh Kerajaan Persekutuan, saya anggap dalam 32 projek ini kita hanya suntik sebanyak RM14.5 juta sahaja. Didapati banyak projek terbengkalai yang disiapkan memang tidak mempunyai sebarang penyuntikan dana oleh Kerajaan Pusat. Soalan yang kedua ialah berapa projek yang terbengkalai di Hulu Selangor saya ingin memberitahu buat masa ini tiga projek swasta terbengkalai di Hulu Selangor. Satu yang pertama ialah Desa Beruntung Ulu Yam di mana pemaju sedang dalam proses untuk memulangkan deposit kepada semua pembeli dan kementerian sedang mengambil langkah untuk memantau keadaan ini supaya kita melihat semua pembeli-pembeli mendapat bali deposit yang dibayar.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Projek kedua yang terbengkalai adalah Lembah Beringin di mana pemaju penyelamat baru telah pun dilantik oleh pelikuidasi dan saya mempunyai penuh keyakinan bahawa dalam enam bulan pemaju penyelamat akan mula kerja untuk menyiapkan projek perumahan ini. Projek yang ketiga adalah Taman Malim Mas di mana kontraktor penyelamat telah pun dilantik pada 12 November 2012 dan kerajaan telah pun bersetuju untuk menyuntik RM5.1 juta untuk menyiapkan projek yang terbengkalai ini. Projek ini dijangka siap pada bulan November tahun depan.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Tuan Pengerusi, daripada segi tindakan terhadap pemaju-pemaju yang telah membiarkan supaya projek perumahan yang dimajukan oleh mereka terbengkalai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara telah pun menyenaraihitamkan nama-nama bukan sahaja syarikat malahan semua ahli lembaga pengarah. Selagi nama mereka ini dalam senarai ini, mereka ini tidak diberikan lesen sama sekali untuk menjalankan perniagaan sebagai pemaju. Selain daripada ini, kita juga mengadakan kompaun terhadap mereka dan dalam pindaan terbaru dalam Akta Pemajuan Tanah yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun lepas, semua ahli pengarah dan jika didapati mereka ini sengaja membiarkan projek terbengkalai, mereka ini akan dihadapkan ke mahkamah. Daripada segi skim projek perumahan Alam Perdana, daripada segi permohonan CFO, kita telah pun bantu dan SPNB sebagai pemaju penyelamat telah pun menyiapkan rumah. Daripada segi permintaan OC kita telah pun memajukan kepada Majlis dan pada 22 November ini, satu mesyuarat one- stop centre (OSC) akan diadakan untuk membincangkan supaya OC dikeluarkan. Tuan Pengerusi, mengenai soalan tapak Balai Bomba Bukit Sentosa, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat sebab beliau begitu prihatin terhadap tugas-tugas Jabatan Bomba. Kita sedang membuat kajian di tapak berkenaan dan kita akan masukkan dalam perancangan yang akan datang. Akan tetapi buat masa ini Rawang mempunyai balai bomba hanya 15 kilometer dari tempat ini sahaja, Bukit Sentosa. Kita akan cubalah supaya apabila ada kecemasan, mengikut rekod, jentera bomba dari Rawang dapat sampai ke tempat ini tidak melebihi daripada 15 minit. Buat masa ini permintaan dari negeri Sabah dan Sarawak lebih mendesak dan kerajaan pun sentiasa memberi keprihatinan terhadap permintaan di Sabah dan Sarawak dahulu sebab di Semenanjung Malaysia kita rasa kita masih dapat mengawal keadaan. Mengenai isu Akademi Bomba di Kuala Kubu Bharu, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita mempunyai lima buah akademi di seluruh negeri, yang mana yang terbesar adalah di Wakaf Tapai, Terengganu dan akademi yang berada sekarang ini di Kuala Kubu Bharu adalah merupakan akademi yang kedua terbesar dalam negara ini. Kita sentiasa menjalankan latihan-latihan bukan sahaja untuk anggota bomba malahan untuk orang awam pun kita menjalankan kursus. Jika mereka berminat, mereka ini boleh menyertai pasukan bomba supaya kesedaran melawan kebakaran sentiasa wujud dalam kalangan rakyat kita. Tuan Pengerusi, mengenai isu pengurusan sisa pepejal di Bukit Tagar, ingin saya memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang menghantar segala sisa-sisa pepejal dan sampah-sarap ke Bukit Tagar untuk dilupuskan. Lain-lain PBT menghantar ke tapak pelupusan Jeram dan Tanjung 12. Bagi kawasan Hulu Selangor, mereka ini menghantar ke tapak pelupusan Bukit Beruntung. Daripada segi kempen-kempen sisa-sisa pepejal, kementerian saya melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal sentiasa menjalankan kempen-kempen termasuk melibatkan juga sekolah-sekolah, pihak swasta termasuk juga agensi-agensi kerajaan...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Di mana kita tidak berhenti pun daripada segi kempen sebab kita hendak meneruskan dengan kempen ini untuk mendidik supaya rakyat kita ini mempunyai satu kesedaran yang cukup tinggi apabila kita menyebut tentang pengurusan sisa pepejal dengan cara yang baik, dengan pengasingan sampah sarap dari rumah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kita baru sahaja pada dua hari yang lepas menganjurkan satu larian kitar semula sampah-sarap pada 17 November yang lalu, yang baru lepas, yang mana 25,000 rakyat kita mengambil bahagian dalam kempen larian kitar semula yang diadakan serentak di seluruh negara kita.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Pohon penjelasan.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya amat bersetuju dengan cadangan kempen pihak kementerian. Saya tidak ada bantahan langsung tetapi yang ingin saya pohon penjelasan ialah ada unsur-unsur sabotaj daripada pihak-pihak tertentu tentang kempen ataupun ke arah gaya hidup sihat, kita menghilangkan ataupun kita melupuskan sisa pepejal ini. Saya rasa kawasan Yang Berhormat Menteri, begitu juga kawasan saya di Kuala Kedah, berlaku kebakaran pada tong sampah yang dibuat daripada plastik. Perkara itu berlaku dalam satu malam, jumlahnya lebih daripada 100 tong sampah plastik dibakar dengan menggunakan petrol. Perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan juga dilaporkan kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, selama ini kempen yang kita uar-uarkan tetapi nampaknya ada unsur-unsur sabotaj. Saya rasa ini berlaku kepada kerajaan negeri dan saya difahamkan oleh pihak swasta bahawa satu-satunya yang berlaku ialah kawasan Bandar raya Alor Setar, kawasan Yang Berhormat Menteri juga termasuk dalam kawasan Kuala Kedah. Jadi, pohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita berusaha untuk melahirkan sebuah bandar yang bersih tetapi ada unsur- unsur sabotaj? Apakah tindakan yang seterusnya? Pohon penjelasan. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Ini adalah salah satu masalah yang kita kurang memahami. Walaupun kita cuba hendak buat baik, tidak kira sama ada Yang Berhormat walaupun daripada pembangkang tetapi sentiasa prihatin terhadap tahap kebersihan Kuala Kedah termasuk juga di kawasan saya, tetapi masih berlaku lagi anasir-anasir penjenayah seumpama ini. Kes-kes pembakaran tong-tong sampah yang dibekalkan oleh syarikat E-Idaman, kerajaan telah pun bersama-sama dengan syarikat E-Idaman membuat laporan polis supaya polis dapat mengadakan satu siasatan yang rapi. Saya setakat ini tidak faham sebab apa ada anasir-anasir yang tidak bersetuju dengan usaha kita sama ada usaha kita tidak baik atau macam mana, kita tidak faham. Akan tetapi, tong sampah kalau dibakar memang merupakan satu kerja sabotajlah. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat dan kita harap kita dapat mengawal keadaan ini. Ini disebabkan apabila kita sebut tentang pembersihan, kebersihan persekitaran, pengasingan sampah, isu sampah, kita tidak membeza-bezakan. Kita semua ini mempunyai satu matlamat yang sama. Kita harap kerja-kerja penjenayah ataupun anasir-anasir yang membakar tong sampah ini akan berhenti dan sudah berhenti seminggu. Setakat ini kita tidak dengarlah. So, kita memang sentiasa memantau dan kalau ia masih berlaku, maka kita perlu mencari satu pendekatan yang lebih tegas terhadap mereka. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, mengenai pertanyaan Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja tidak ada di sini. Beliau seorang Ahli Parlimen yang amat prihatin terhadap bidang tugas kementerian saya. Beliau dan Yang Berhormat Sri Gading memang bertanya mengenai masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah-rumah di skim perumahan yang dibina atas tanah gambut. Selepas 10 tahun atau 20 tahun, rumah itu mendap. Apakah masalah seumpama ini? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin memberitahu bahawa segala pelan-pelan pembinaan, ia seharusnya dibuat permohonan kepada majlis dan majlis perbandaran, majlis daerah mempunyai pakar-pakar teknikal.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Jika semuanya adalah tidak bermasalah, maka kebenaran merancang akan dibenarkan kepada pemaju ataupun pemohon. Akan tetapi kita kadang-kadang tidak boleh menyalahkan pihak pemaju juga. Kalau mengikut pakar-pakar mereka, mengikut civil engineer, mengikut arkitek, apa yang dirancang memang menepati segala syarat dan selepas sepuluh tahun, ia menjadi satu masalah yang lain, rumah mendap. Maksudnya kita tidak dapat menyalahkan pihak pemaju sebab mengikut peraturan yang ada pada kita sekarang ini, pemaju hanya bertanggungjawab dua tahun selepas pengeluaran CFO ataupun CCC oleh consultant.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Akan tetapi saya ingin memperingati Dewan yang mulia ini bahawa jika masalah pemendapan ataupun masalah-masalah yang berlaku oleh kerana structural defects dengan izin, maka pakar-pakar ataupun expert ataupun consulting engineer berkenaan akan dipertanggungjawabkan. Satu misalan adalah seperti Highland Towers. Highland Towers kita tahu selepas beberapa tahun, blok kondominium itu dia masih mempunyai masalah sehingga ia tumbang. Consulting engineer berkenaan telah pun dikenakan penalti. Sama juga dengan ini jika ada structural defects, maka consulting engineer, pakar-pakar berkenaan akan bertanggungjawab. Tuan Pengerusi, dari segi skim penambahbaikan pekerja-pekerja kerajaan tempatan. Saya setuju dengan Yang Berhormat dari Kota Raja, kita juga semua kesian tentang kebajikan pekerja-pekerja. Selain daripada YDP, hanya YDP yang menjadi pegawai di bawah skim Kerajaan Pusat tetapi bagi pekerja-pekerja yang lain, memang ini merupakan close service di mana semua ini adalah di bawah kerajaan negeri. Namun, kita sedang mengadakan satu cadangan yang sedang dibuat oleh Jabatan Kerajaan Tempatan supaya kita dapat memberi satu penambahbaikan kepada pekerja-pekerja yang bekerja di PBT-PBT di seluruh negara. Tidak lama lagi kita akan bincang mengenai cadangan- cadangan di mana pekerja-pekerja dalam satu keadaan kemungkinan besar akan mendapat penambahbaikan dari segi gaji dan lain-lain elaun. Mengenai pelupusan sampah, pengasingan sampah, kempen. Tadi saya sudah jawab, diperhebat. Kita akan buat, kita akan mengadakan lebih banyak kempen lagi dari semasa ke semasa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, memang kita mempunyai peruntukan yang khusus di mana rakyat kita harus mengamalkan pengasingan sampah dekat sumber kita. Dekat sumber itu bermaksud di rumah kita. Sebelum pembuangan sampah dilakukan, kita harus membuat pengasingan dahulu. Akan tetapi saya sentiasa ditanya sebab apa kita macam tadi, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Sri Gading kata sebab apa kita tidak mempunyai kuasa untuk memaksa rakyat kita untuk melakukan sedemikian. Memang kita mempunyai hak, memang kita mempunyai kuasa tetapi buat masa ini kita hendak menjalankan lebih banyak kempen, bimbingan dan pendidikan, barulah kita ambil tindakan. Kita bukan macam ada sesetengah negara di mana seperti di Singapura, mereka ini kerajaan bagi amaran sekali dua. Selepas itu mengadakan undang-undang dan terus menguatkuasakan undang- undang. Di negara ini memang susah. Kita hendak bagi lebih banyak masa dahulu untuk rakyat kita menyesuaikan diri. Isu seperti AES pun menjadi satu isu yang begitu besar sekali. So kita tidak mahu tambah lagi. Baru-baru ini saya pun memberitahu melalui surat khabar bahawa rakyat kita kalau dari segi pembuangan (litter) dengan sewenang-wenangnya, kita boleh- Majlis-majlis PBT boleh mengenakan penalti sebanyak RM1,000 setiap kali. Bila keluar dalam surat khabar, ramai rakyat sudah kacau kata sebab apa kita hendak fine orang sekarang, hendak denda orang sekarang pula. Ini adalah cara hidup rakyat Malaysia di negara ini. Kita harus memberi masa yang lebih dan mencukupi supaya mereka ini barulah boleh mengikut amalan-amalan yang baik. Tuan Pengerusi, mengenai tempat parkir lori dan kenderaan berat di taman-taman, saya setuju. Di negara ini memang tidak mempunyai satu garis panduan yang khusus di mana kenderaan-kenderaan berat harus diletak di tempat-tempat atau lokasi-lokasi yang bersesuaian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu garis panduan baru diluluskan oleh Kabinet yang dikemukakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di mana Kabinet bersetuju supaya semua kenderaan-kenderaan berat dan lori-lori yang tidak boleh lain kali diletakkan sewenang-wenangnya di taman-taman dan lokasi-lokasi yang tidak sesuai. Melalui garis panduan ini, kita juga menggalakkan supaya pihak swasta akan menjadi pengusaha-pengusaha menyediakan tempat-tempat di mana kenderaan-kenderaan berat dapat diletakkan. Jika tidak digunakan, kalau tidak ada depot sendiri, maka ada tempat awam dibangunkan supaya kenderaan-kenderaan ini dapat diletakkan.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Padang Besar minta laluan boleh?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Boleh. Nanti sekejap. Kabinet meluluskan garis panduan ini pada 9 November dan sekarang kita akan mengemukakan kepada Majlis Negara Kerajaan Tempatan untuk diluluskan sebelum ia dijadikan garis panduan yang sah. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang undang-undang ataupun syarat hendak diberikan kepada pemilik-pemilik dan syarikat yang mempunyai kenderaan berat. Cuma mungkin Yang Berhormat Menteri dapat melihat dan meninjau sedikit mendalam bahawa mungkin syarikat itu berada di Kuala Lumpur, mungkin syarikat itu berada di bandar. Akan tetapi yang membawa lori, dia balik dan singgah di kampung di rumahnya untuk esok dia mulakan balik. Jadi dia singgah di tempat-tempat di mana kalau rumahnya itu depan jalan, dia letak tepi jalan. Jadi di manakah undang-undangnya supaya mereka ini tidak sewenang-wenang meletak di mana-mana sahaja. Satu lagi mungkin Yang Berhormat Menteri dapat melihat semula iaitu walaupun mereka park di tepi jalan, banyaknya tidak mempunyai lampu merah. Kalau ada lampu pun, dia sudah terpadam dengan lumpur dan sebagainya. Ini membahayakan. Saya percaya semua kita di sini berpengalaman dalam perkara ini khusus pada waktu malam dan hujan dan inilah yang membawa bahaya kepada pemandu lain. Cuma pada awal saya sebut tadi, minta ditambahkan sedikit apa-apa undang- undang ataupun peraturan supaya drivers ini apabila balik ke kampung, yang membawa lori simen, yang membawa lori-lori besar, yang membawa bas-bas private pun, dia park di mana sahaja dan mereka tidur pada malam itu. Tidak ada tempat. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Memang saya setujulah sebab di kawasan I pun, saya sentiasa melihat driver-driver kenderaan-kenderaan berat itu, bila dia balik, dia singgah dekat rumah sendiri. Dia tidur satu malam, selepas itu dia park kenderaan dia yang berat-berat itu dekat rumahlah. Dia park sewenang-wenang dekat mana dia parklah. Akan tetapi memang sudah ada undang- undang kecil mengenai parkir tetapi malangnya dalam kawasan-kawasan kecil macam Padang Besar, macam Alor Setar, kalau driver kenderaan berat itu dia kena dengan penguatkuasa majlis-majlis, PBT-PBT, PBT-PBT sentiasa bagi chance. Itu masalah itu. So ini menjadi satu masalah.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Oleh kerana ada sebab macam itu, kita menggalakkan supaya pengusaha- pengusaha swasta contohnya kalau katalah saya mempunyai satu tapak yang besar buat masa ini saya tidak mempunyai rancangan apa-apa di Alor Setar saya minta kebenaran, minta permit daripada Majlis Bandaraya Alor Setar lepas itu saya bangunkan tempat itu supaya semua kenderaan berat dapat disimpan dengan selamat di situ. Memanglah saya mempunyai hak untuk mencajkan yuran sewa. Kita harap ini mula dengan itu dahulu dan buat sementara kita akan memperingatkan supaya PBT-PBT jangan lupa jika terdapat kes- kes seumpama ini janganlah segan hendak mengeluarkan kompaun. Sekurang-kurangnya ada kompaun, ada denda orang lebih menghormati undang-undang kecil. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kinabatangan bertanya mengenai Kondominium Mas Kiara. Kondominium Mas Kiara memang adalah satu pembangunan kondominium dekat dengan Taman Tun dan saya pernah pergi melihat bila saya terima laporan daripada pembeli-pembeli yang tidak puas hati dan apabila saya sampai di situ saya memahami selepas pemaju asal tidak mampu lagi untuk membina siap kondominium di Kondominium Mas Kiara maka sebuah syarikat pemaju penyelamat telah pun digantikan untuk menyiapkan projek itu. Dalam satu kisah di mana 50 lebih orang pembeli tidak bersetuju dengan pemaju penyelamat pada akhirnya sudah sampai ke mahkamah di mana mahkamah telah membuat satu keputusan pembeli-pembeli pertama tidak mempunyai hak untuk mendakwa pemaju penyelamat dan Mahkamah Tinggi sudah buat keputusan. Saya percaya agensi kerajaan harus akur terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan saya difahamkan sekarang projek itu sudah siap dan semua pembeli dan ada juga yang baru telah pindah masuk ke dalam Kondominium Mas Kiara. Mengenai Campaign No Plastic ianya di...

Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, dalam tajuk yang sama berkaitan dengan pemaju-pemaju yang gagal menyiapkan projek-projek perumahan yang menjadi sesuatu yang mengerikan kepada pembeli-pembeli rumah pertama khususnya. Tuan Pengerusi, adakah pihak Yang Berhormat telah mengeluarkan beberapa kenyataan di akhbar yang memberikan harapan baru kepada mangsa-mangsa projek perumahan terbengkalai? Tuan Pengerusi, saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Menteri selaku Menteri bertanggungjawab akan meneruskan hasrat Yang Berhormat untuk memperkenalkan jumlah wang deposit yang tinggi kepada pemaju-pemaju supaya mereka tidak akan meninggalkan projek walaupun pada dasarnya mereka boleh meraih keuntungan pada tahap 75 peratus kesempurnaan projek perumahan. Adakah Yang Berhormat akan meneruskan hasrat Yang Berhormat untuk memperkenalkan jumlah wang cagaran yang tinggi kepada pihak pemaju-pemaju perumahan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat masih ingat pada tahun lepas bulan Disember tapi sebelum itu saya sudah beritahu sudah kepada umum, kepada orang awam bahawa kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas dan kita akan memastikan bahawa mulai pada tahun lepas kita tidak hendak melihat projek-projek perumahan swasta sentiasa menjadi terbengkalai. Pada bulan Disember saya telah pun menukarkan pindaan-pindaan kepada Akta Pemajuan Hartanah 1966 dan kalau Yang Berhormat masih ingat Dewan ini membahaskan isu tentang cengkeram yang lebih tinggi dikenakan kepada pihak pemaju sebelum sesuatu permit diberikan oleh kementerian. Betul tidak? Selepas perbahasan yang hangat diadakan pada akhirnya Parlimen telah pun meluluskan segala pindaan yang dicadangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana pemaju-pemaju baru selepas penguatkuasaan undang-undang akta tersebut maka semua pemaju harus memberikan satu jumlah deposit atau cengkeram 3 peratus jumlah kos pembinaan di setiap skim perumahan yang ingin dibangunkan. Ini memang saya amat percaya akan menjadi satu langkah yang cukup berkesan di mana hanya pemaju-pemaju yang mempunyai standing, pemaju-pemaju yang mempunyai rekod yang baik barulah berani menjadi pemaju. Buat masa ini oleh kerana undang-undang tidak dikuatkuasakan lagi siapa hendak jadi pemaju kalau memberikan jumlah RM200,000 sebagai deposit boleh jadi pemaju. Lepas itu dia buat dia punya. Sekarang kita akan jadi lebih tegas. Bila dikuatkuasakan 3 percent of the total development cost. Ini saya percaya akan bantu kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga sejak tahun 2009 sampai sekarang ini tidak sentiasa kita dengar skim-skim perumahan swasta yang terbengkalai. Tidak. Ini jelas menunjukkan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh kementerian saya memang amat berkesan sekali. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Barat pula bertanya mengenai pembangunan Waller Court. Yang Berhormat Ipoh Barat pun tidak ada di sini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Waller Court ini memang telah pun dibina saya percaya tidak kurang daripada 40 tahun lepas dan Waller Court ini dipunyai oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Walaupun Majlis Bandaraya Ipoh telah pun memohon peruntukan dari kementerian saya untuk membangunkan semula Waller Court sebab terlalu lama dan dalam keadaan yang tidak begitu baik tetapi malangnya KPKT, kementerian saya tidak mempunyai peruntukan tahun ini untuk membantu Majlis Bandar raya Ipoh. Oleh yang demikian, Majlis Bandar raya Ipoh telah pun mengambil inisiatif sendiri untuk membangunkan Waller Court secara Private and Public Partnership (PPP) di bawah kaedah ini dan saya difahamkan pihak UKAS, Jabatan Perdana Menteri telah pun bersetuju supaya kaedah PPP boleh dijalankan untuk membangunkan semula Waller Court dan saya difahamkan iklan tender kepada pemaju-pemaju yang berminat telah dikeluarkan dua minggu yang lepas. Selain daripada ini Tuan Pengerusi, saya ingin memberi penjelasan mengenai kondominium 29 tingkat yang diberikan kebenaran untuk dibangunkan oleh Dolomite Development Sdn. Bhd. dan Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah cakap hutang banyak. Inilah masalah dengan Ahli Yang Berhormat kita ini, kebanyakannya daripada pembangkang.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kalau kita not sure of the facts, kalau kita tak pasti apakah fakta-fakta, jangan tujukan, jangan lempar dakwaan yang tak guna. Betul tak? You buat syok saja, you cakap kuat-kuat, tetapi bila orang kata you tak betul ini, bila kita mempunyai bukti yang kukuh, nanti you rasa malu pula. Yang pertama, bila kontroversi ini bermula? Siapa memberi kebenaran? Masa Barisankah? Masa Pakatankah? Tiba-tiba Yang di-Pertua berkenaan, Yang di-Pertua majlis berkenaan ditransfered. Betul tak? Selepas itu pula, pihak pembangkang kata ini memang kerja Barisan Nasionallah sebab mereka tak suka Yang di-Pertua itu, sebab Yang di-Pertua sudah keluarkan begitu banyak kenyataan, maka Kerajaan BN paksa dia dipindah, ditransfer ke tempat lain. Dua hari yang lepas, surat khabar telah menyiarkan berita sebenarnya di mana pihak KSN, Ketua Setiausaha Negara telah sebut dengan begitu clear sekali bahawa transfer ini diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor. So, sekarang siapa rasa malu? Ini pertama. Yang kedua, saya hendak memberi penjelasan sepenuhnya. Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat kata macam-macam. Dia kata skim kondominium 29 tingkat ini diluluskan semasa BN, sekarang BN tidak bertanggungjawab, macam-macam. Saya sekarang mempunyai satu bukti yang kukuh. Ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang. Takkan Majlis Perbandaran Selayang mahu bagi fakta yang salah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Memasuki Dewan]

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ha, Yang Berhormat masuk. Bagus! Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat itu. Sebab Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada briefing di ataslah.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ha, bagus, bagus! At least you are herelah. Kalau tidak, nanti you keluar, you pun tak tahu apa you cakap silap pun you tak tahu. Okey. Pada 27 September 2007, sebelum itulah saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat, pada tahun 2006, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa menerima teguran permintaan dari pemaju-pemaju dan pelabur-pelabur luar yang mengatakan kalau hendak dapat permit pembinaan, kalau hendak mula dengan pembinaan bangunan, begitu lama, begitu susah sekali. So, apa boleh dilakukan untuk membantu? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas beberapa kali mesyuarat, kita telah pun menubuhkan satu sistem yang dikenali sebagai Jawatankuasa OSC, one-stop centre, di mana semua PBT yang mempunyai pakar-pakar teknikal sendiri termasuk tiga ataupun empat orang Ahli-ahli Majlis dalam Jawatankuasa itu boleh meluluskan segala permintaan kebenaran merancang dan juga permohonan pelan bangunan. Boleh. So, dalam kes ini, Batu Caves- Yang Berhormat Ipoh Barat, you dengar baik-baik ya? Dolomite Development Sdn. Bhd...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Cakap betul-betul.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Ingin membangunkan di atas sekeping tanah dekat Batu Caves. Pembangunan ini adalah mix development, bercampur-campur. Ada rumah kediaman, kondominium, apartment, ada rumah-rumah kedai dan lain-lain. Pemaju Dolomite mengemukakan permohonan pertama untuk kebenaran merancang sahaja. Okey? Development order only. Kemudian pada 27 September, Jawatankuasa OSC, semua pakar-pakar teknikal dan empat orang Ahli Majlis menduduki jawatankuasa ini telah memberi kebenaran dan tak payah tanyalah pasal tahun 2007 memanglah semasa Barisan Nasional.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat, penjelasan..

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No, no, wait first, sit down first, sit down first.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengenai approval. Saya hendak kata, masa itu saya difahamkan, tolonglah correct me if I am wrong, ada satu report di mana report Geosains yang kata it is not safe untuk membina kondominium. Adakah itu betul?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Betul.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Betul?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Akan tetapi OSC meluluskan dengan syarat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

They override, they override that, right?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No, no, dengan syarat, dengan syarat dia boleh. OSC boleh meluluskan permohonan kebenaran merancang dengan syarat that you have to make good. Okay, that is the first date. Akan tetapi kalau OSC dia ada setuju, dia lulus, tidak semesti Majlis sudah lulus tahu? Dia kena pergi dekat Majlis penuh. Majlis penuh bersidang pada 29 November 2007. Majlis penuh ini memanglah pada masa itu tahun 2007, sebelum pilihan raya. I know what are you trying to drive at. So tak payah kita nafikan. Betul, Majlis penuh, semua jawatankuasa Ahli Majlis ada meluluskan ini. By that already made...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, apa report yang tidak diiluluskan? Ada teguran yang dibuat menyatakan bahawa projek ini patut tidak dilaksanakan. Ada satu report bukan?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak, tidak. Saya tidak mempunyai itu. I am giving you the chronology.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no, chronology is one thing. Actually, bila saya membangkitkan perkara itu. saya bukan hendak katakan Yang Berhormat itu salah atau benar atau tidak. Saya katakan apakah pandangan atau apakah guidelines you can give to a councillors of the country. Jadi bila Yang Berhormat pergi ke micro of this event, saya hendak tahu- you are avoiding an issue.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You are avoiding. You are avoiding mengatakan bahawa that is satu report yang katakan, they got wills of many agencies.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya, ya, ya. I tahu, I tahu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada satu report. Yang Berhormat ada report tersebut?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak, ini yang diadakan macam ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, you have any..

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Whatever the issue..

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Or you tidak ada?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Whatever issues is only sorted out at the level of OSC...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

OSC.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

And the full council.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, bukan, bukan. Saya tahulah. Ada satu report.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak apalah. Apa report pun tak penting.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada satu report mengatakan cannot do it. Adakah tidak?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

That one tak penting. Ada reportkah tak ada report...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tak penting itu cerita lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

The report memang ada. Semua ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat!

Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Is there? Isn’t there?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Semua ada. Better I finish first.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada bukan? Ada report yang mengatakan you cannot build the condominium.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

See, you are very political. If you go political, I want to take you out.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sini bukan mahkamah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan Tuan Pengerusi, very simple...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat, tunggu saya habis dahulu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada bukan?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Wait till I finish first, and then you can ask.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no, no. While the time you finish, you will finish and run away.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tahun 2007...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Khusus ada satu report...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Just be honest Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Just be honest with me.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Is there a report yang katakan tak boleh bina kondominium?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

You can ask me afterwardslah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

I won’t be running away.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I can ask you afterwards. Since I ask now, you can answer now.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No, I won’t, I cannot answer you...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Why cannot answer?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Unless I tell you the story. I will tell you the whole story first.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Oh, whole story? Whole story will take the whole year.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No, no, no...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We are very clear. You are trying to cover the whole story for other. Cakap yang benar, shame the devil. Call a spade a spade.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Eh Yang Berhormat, steadylah sikit. Jangan buat macam mafia outsidelah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan buat Dewan macam ini Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

You know, tadi you sudah cakap. Bagilah chance untuk orang balas balik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, cakap yang benar Yang Berhormat .

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Haiya!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We go to chronological event. One of the chronology event of the OSC adalah satu report tersebut. Yang Berhormat is hiding the report.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No, no such thing as hiding.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

They hide, you are helping to hide.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

How can I hide? Because it was during 2007, during your time also. Why should I hide?

That is not truelah. Yang Berhormat Menteri...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tahun 2007 Yang Berhormat, tahun 2007.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tahun 2007, November, full Council meluluskan, okey? Selepas itu pilihan raya jatuh pada 8 Mac 2008. Betul tak?

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Klang, duduk dahulu Yang Berhormat. Habiskan penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pilihan raya jatuh pada 8 Mac 2008. Selepas itu Syarikat Dolomite membuat permohonan untuk yang kedua iaitu bagi mendapat kelulusan permohonan pelan bangunan, okey? Dengan syarat. So, OSC kali ini juga bersidang. Akan tetapi OSC bersidang kali ini sebab 24 Mac hanya dua minggu selepas...

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak, nanti, nanti. Wait till I finish first. Please don’t confuse the issue.

I am not confusing, I want to clarify the issue.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pada 24 Mac 2008, OSC juga bagi kelulusan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

We have been here in Parliament very long, how can we confuse you?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You are confusing us and misleading us.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang Berhormat Menteri, actually you are quite confused.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, you tahu semua ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, he just now pakai- itu Senator ‘McDonald’ pergi sana luar cakap cerita yang lain. Ini McDonald, Donald semua cerita cakap yang tak benar.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No standardlah you. So untuk...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

If I no standard I wouldn’t be here.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk menjawab dengan baik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I’m standardize to ask you question and you answer... [Ketawa]

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pada 24 Mac 2008 OAC meluluskan pelan bangunan tetapi tidak ada ahli majlis sebab masa itu transition okey, dua minggu selepas pilihan raya umum. Akan tetapi OAC berhak untuk bersidang sebab mempunyai kuorum, okey. Selepas itu apa pula, selepas itu oleh kerana Majlis Perbandaran Selayang tidak mempunyai sebarang majlis penuh untuk lima bulan. Permohonan walaupun diluluskan oleh OAC harus dibawa kepada majlis penuh untuk diluluskan. Majlis penuh diluluskan pada bulan Julai 2008, okey. Pada masa itu ahli-ahli majlis yang dilantik oleh Kerajaan Selangor masa itu sudah tukar kerajaan semua ahli majlis berada di full council itu. Jadi, kalau Yang Berhormat Ipoh Barat kata masih ahli council BN yang beri kelulusan tidak boleh kata 100 peratus tidak salah. Saya, I have to be very straight forward sebab they approved kebenaran merancang. Akan tetapi dengan kebenaran merancang you tidak boleh bina sebab tidak ada housing plan. Housing plan tidak diluluskan, siapa luluskan housing plan? Housing plan itu diluluskan semasa Pakatan menjadi kerajaan, semua ahli majlis...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat belum jawab soalan yang saya tanya Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Wait, wait I’ll come to that.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

When you coming?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ahli-ahli majlis ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You going round with all bush and not coming to the point.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ahli-ahli majlis yang dilantik dalam semasa...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat you try to skip point.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Itu adalah ahli-ahli majlis...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat report, report tersebut.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

What we call pembangkang Pakatan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Macam mana mahu duduk bila Yang Berhormat Menteri tidak cakap sekarang....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak bagi jalan, kita tidak bagi dia jalanlah.

Yang Berhormat Menteri I think you very carelesslah Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Very simple. Yang Berhormat ....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak boleh biarkan Yang Berhormat macam itu Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Have some standardlah, you can say what you want to say, have some standard. Sit down when I finish you can talk to your heart content, no problem.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya Yang Berhormat I ask you a question very simple under OAC first level.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

We not finish yet ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

What is the report? Apa report tersebut? Why are you hiding? Please tell the people.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Very simple things.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yes.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Geosains what do you say? They said condominium cannot be built there. But as far as we are concern Tuan Pengerusi di atas mana pun kondominium bangunan boleh dibangunkan jika mempunyai engineering solution. Okey di sini Department of Environment.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

So the Geosains report must overall?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Geosains not overall.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Not overall without OAC...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Shut uplah! You sit down first and listen to me!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

What this apa masalah Yang Berhormat ini? Yang Berhormat Ipoh Barat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

I don’t want talk to you anymorelah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak ikut peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Because you such...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

If you don’t want talk to me, is none of my business but Yang Berhormat membohong di Dewan ini, you are running away.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You not answering question very pertinent.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Mengenai sisa pepejal ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Okeylah good thank you.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita membuang sampah mengenai pembuangan sampah kita sedar...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan ini satu pengesahan telah dibuat bahawa Menteri seperti local counselor menjadi satu.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no you mislead the house...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No you not answering you see. You said end of time you want answer, you are not answering. When you answer now I said very specific the Geosains did not approved, that means the OAC over ridden very simple.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No I didn’t say yes.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Correct, isn’t it?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

No, who said yes you said yes. I said Geosains said that they had an objection on that.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

They objection...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

After that Department of Environment said no they can build and then Geosains got no objection. Okay that’s all.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini pusing-pusing macam ini.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pusing-pusing apa?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat pusing-pusing Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

That why you did not finished ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat I don’t understand.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...You fahamlah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Okey you give explanation.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pada mulanya Geosains berpendapat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Bahawa there is no good lokasi to build, okey. Akan tetapi bila pemaju menunjuk bahawa kemampuan pemaju untuk membina di situ dan mempunyai engineering solution dan selepas Department of Environment mereka ini buat certification kata okey kelulusan diberikan. Geosains selepas itu tidak ada halangan, that’s all. I’m not say that because the council ketepikan what the stated by Geosains. Tidak ada, Geosains ada.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat sebentar.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri saya confused sedikit dengan prosedur itu. Macam mana Department of Environment sudah boleh beri kelulusan lepas itu baru Geosains kata tidak apa?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidakkah sepatutnya apabila Geosains dah mengatakan bahawa ada masalah maka pihak pemaju bersama dengan consultantnya mengemukakan satu engineering solution pada Geosains. Geosains kata okey barulah Department of Environment kata okey. Bila Department of Environment sudah kata okey baru Geosains hendak kata okey ini nampak macam...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Isu ini ..

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia sudah go over, they gone over the head of the Geosains.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Isu ini bukan kata bukan engineering solution sahaja.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Putting the cart before the horse. Sepatutnya let me finish my argument.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yes, I know I know you mean.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sepatutnya you settle the Geosains punya objection first, Geosains kata okey barulah you bawa pada Department of Environment and Department of Environment kata okey. Ini bila Department of Environment kata okey Geosains hendak kata apa?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey bila objection dari Geosains itu bukan sahaja on the land dia melibatkan semua. Bila dia melibatkan semua, Department of Environment mempunyai hak untuk masuk untuk memberi komen. Selepas cadangan baru dengan segala langkah-langkah yang diambil oleh pemaju dimasukkan, Geosains itu tidak ada halangan sudah selepas itu. Okey if you ask melah sebab kita ini semua gentleman. If you ask me kalaulah you kata sepatutnya tidak boleh okey, tidak bolehlah. Akan tetapi dalam rekod ini majlis penuh meluluskan pada 2008 Jun sorry Julai, betul tidak? Kalau katalah tidak boleh majlis ataupun ahli-ahli majlis rasa Geosains ini dia punya bantahan kukuh tidak bagi. Jadi janganlah buat meluluskan building plan, faham tidak? Because with the kebenaran merancang without the building plan we cannot build, you kena ada dua.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Jadi, 2008 masa itu semua ahli majlis telah dilantik dan ahli majlis semua ini setuju juga dengan majlis untuk pembangunan dijalankan that is the thing. So I’m not saying that is during whose time? BN pun ada Pakatan pun adakan. So that’s why Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata tidak kiralah siapa pun kita patut stop. Akan tetapi kalau kerajaan negeri tidak mahu stop lain kali kalau BN menang balik BN will stoplah, same thing... [Tepuk] Bukan kata you salah you tidak salah. So sama ada you hendak stop or you don’t want stop that’s all. Habis cerita.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi saya ada bangkitkan berkaitan dengan perkara ini.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat Sri Gading bertanya mengenai Bukit Payung.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat bukan no very simple you plays politik running away.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dari segi pengurusan sisa pepejal.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat you must be gentleman.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Loji berteknologi tinggi akan diberikan akan dibina di Bukit Payung...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap councillor-councillor yang lain yang terlibat? Will they apologize or not?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk merawat sisa pepejal penjanaan di negeri Johor.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lebih baik tidak perlu jawablah.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ini adalah rawatan penuh.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Running away, running away not answering the question.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita akan tengok...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tengok apa?

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita akan gunakan teknologi yang paling tinggi..

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You tidak mahu jawab soalan ini.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak akan mengandungi apa-apa pencemaran...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi ini adalah standard MCA he is a minister without portfolio, got no governance, no standard government...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kepada alam. Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya mengenai...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Standing here, mislead, unfit, incapable, you should not be seating here.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Rakyat dimiliki Pahang ....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat duduklah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

He should shut up his mouth and get out!

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kerajaan memang rumah mampu milik- very happy? Mampu milik PR1MA, SPNB lepas itu ..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita akan bantulah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat!

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dari segi pembeli-pembeli yang telah menjadi mangsa lima projek-projek terbengkalai...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

You know the peraturan mesyuarat on this please sit down ya.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Buat masa ini kita ini hanya memberi keistimewaan kepada pemaju ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Are you happy my friend?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat Indera Mahkota juga tanya apakah RM132 juta untuk pemulihan penyelenggaraan bagi PPR 2013, saya ingin bagi tahu bahawa agihan peruntukan RM132 juta adalah seperti berikut...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat..

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

RM100 juta bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai dan RM30 juta bagi penyelenggaraan bagi rumah berstatus kos rendah awam di Malaysia dan ini adalah khas rumah awam kos rendah kerajaan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Penjelasan, penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Penjelasan. Saya dengar-dengar hujung tadi tetapi tidak berapa faham.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak apa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Berkenaan jawapan Yang Berhormat Menteri berkata tidak boleh dipertimbangkan berkenaan dengan kos faedah yang dikenakan pada pembeli rumah. Saya faham ada beberapa dialog dalam rancangan televisyen yang dipaparkan pada umum yang bukan sahaja mencadangkan, tetapi seolah- olah memberi keyakinan kepada pengguna atau pembeli rumah yang telah pun tertipu atau menjadi mangsa dan kerajaan seolah-olah memberi harapan kepada mereka sekurang- kurangnya kita atau kerajaan akan sediakan waiver untuk kos faedah tadi. Akan tetapi baru sekejap saya dengar, saya tidak pasti, saya dengar katanya kerajaan tidak boleh pertimbangkan kedudukan itu. Adakah betul?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat hendak tanya isu sama kah?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lebih kurang sama. Akan tetapi ini yang berkaitan dengan Batu Caves. Pasal kebenaran merancang...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Nanti, nanti. Yang Berhormat terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Selepas itu building plan. Setahu saya apabila...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Kebenaran merancang telah diluluskan, building plan ini tidak dibawa ke full board. That will be between the developer dan the PBT. Tidak akanlah ahli majlis hendak menengok dia punya building plan. Apabila kebenaran merancang setelah diluluskan then the detail dari segi design bangunan semuanya itu, itu di antara pemaju dan pihak PBT. Bukan lagi dengan full council. Inilah masalah dia.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Orang yang baru jadi ahli majlis, pada satu bulan dia hendak buat satu keputusan berhubung dengan perkara itu apabila kelulusan merancang telah pun diperoleh tanpa dia sendiri mendapat segala maklumat yang geotechnical punya report dan sebagainya, I think its not fair. So saya rasa di sini Yang Berhormat Menteri you are actually evading the real issue and you are trying to put the blame on the people who are actually blameless. Apabila kelulusan merancang telah diperoleh, building plan bukan ahli majlis yang check. There is up to the PBT. Dia ada dia punya engineering department, di ada dia punya architectural punya department, ahli majlis mana hendak pantau. Dia kelulusan merancang itu yang terpenting.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Have you finish?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yes, now I finish.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Just to let you know, all the process in the PBT have to go through the full council before its come. This termasuk building plans to be approve by the full council diperakukan oleh majlis penuh.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Not necessarily. Itu tidak betul.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak apalah you want to argue this one, there is no way to argue. So, you just sit down and let me answer Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pihak PBT ini pun dia ada dia punya kepakaran jabatan-jabatan yang tertentu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

All approved in 2007. Take responsibility and minta maaf, cukup. Take necessary action.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

It’s almost impossible bila ahli majlis nak kaji design bangunan itu. Apabila sudah dapat dia punya kelulusan merancang memang pembinaan itu ada dia punya guideline yang diikuti.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat you please go and check with them, its good enough ready. You don’t have to go and see me. What for?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, alright.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Apa yang susah. You have your connection, you check. Kalau saya hendak tipu Yang Berhormat dalam Dewan buat apa?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sudah checklah, sebab itu kita cakap ini.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Anyway Yang Berhormat terima kasih. Tidak apalah, terima kasih banyak.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Anyway Yang Berhormat Indera Mahkota, untuk makluman, dalam bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang oleh kerana kita hendak menggalakkan supaya kontraktor-kontraktor ataupun pemaju-pemaju penyelamat masuk memberi sumbangan untuk menyiapkan skim-skim projek perumahan terbengkalai swasta maka kerajaan telah pun bersetuju untuk memberi keistimewaan dari segi potongan faedah pinjaman oleh pemaju penyelamat dan juga kepada bank yang ingin memberi pinjaman kepada pemaju penyelamat. Ini tidak ada masalah. Dari segi pembeli pula saya faham betapa pahitnya bagi seorang pembeli yang membeli rumah di Skim Projek Terbengkalai. Itu saya setuju. Oleh sebab itulah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun pada dua tahun yang lepas ini apabila kita terima permintaan rayuan dari pembeli-pembeli kita telah mula dengan Bank Negara Malaysia untuk membincang dengan ban-bank yang memberikan pinjaman. Bagi peminjam kerajaan, tidak payah bayar lima tahun. Lima tahun interest tidak payah bayar langsung. Kerajaan bagi secara free kepada pembeli. Kepada bank-bank institusi kewangan oleh kerana mereka ini merupakan institusi private, maka ada sedikit masalah supaya kita hendak panggil mereka ini jangan charge interest macam-macam. Namun kita masih berurusan dengan mereka ini macam mana kita boleh membantu meringankan tanggungan pembeli-pembeli peminjam dan mereka ini telah pun bantu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sedikit sahaja. Pertama kenapa saya bangkitkan perkara ini sebab nampak gayanya pengguna rugi dua kali, pihak institusi kewangan untung dua kali. Ada perbezaannya. Kenapa saya kata dua kali? Pertama institusi kewangan diberi pengecualian atau waiver atas faedah, atau charge faedah, satu pengecualian kepada mereka untuk tujuan memberi pembiayaan. Kerajaan umumkan manfaat untuk kepada pemaju dan juga pihak bank yang participate dalam projek terbengkalai. Satu mereka dikecualikan, yang kedua dia tidak oleh kerana pembeli tidak dikecualikan, maka pendapatan faedah atas pinjaman pembeli masih berkuat kuasa. Maka bank pihak institusi kewangan atau pemaju untung dua kali. Satu sudah dikecualikan berkenaan faedah atas pinjaman yang mereka buat, mereka juga masih lagi untung atas kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli rumah, dua kali. Kepada pengguna, dia rugi dua kali. Yang pertama dia rugi kerana dia terpaksa continue membayar kadar faedah atas pinjaman perumahan yang tidak wujud. Nombor dua oleh kerana pihak bank dan pemaju telah mendapat manfaat atas pengecualian tadi. Pengecualian tadi dilihat seolah-olah mereka dibantu oleh pihak institusi. Ini dua kali rugi. Sebab itu permintaan yang saya bawa itu sebenarnya simple sahaja. Kalau boleh diumumkan kepada pembeli rumah yang terbengkalai, yang maksudnya telah pun menjadi mangsa dan telah pun dikenal pasti daripada kita dikecualikan lima tahun pembayaran pertama maksudnya installment lima tahun, lebih baik kita isytiharkan kaedah faedah itu dikecualikan. Lebih baik kerana dia memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Pihak pemaju, perbankan dan juga pembeli rumah. Saya rasa ini lebih adil dan lebih melihat tujuan dan motif kita mengemukakan cadangan untuk waiver atas faedah tadi. Saya rasa itulah matlamat saya membangkitkan isu ini. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi permintaan Yang Berhormat ini buat masa ini saya tidak dapat menunaikan lagi. Saya akan cuba tetapi bukan senang juga. Bank-bank semua ini adalah private bank. So kita kena...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hormati gentleman Yang Berhormat Menteri, tetapi saya hendak katakan ini adalah perkara yang pahit untuk diketahui oleh masyarakat di luar. Sebab pada fahaman mereka, janji ini kerana tunaikan tetapi hari ini nampak gaya ada pengesahan sebenarnya itu tidak akan dibuat pada masa ini.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Akan tetapi saya ingat kerajaan tidak pernah memberi janji bahawa akan mansuhkan segala interest. Tidak ada. Kerajaan tidak hendak cakap dahulu kalau dia tidak boleh buat.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

So sama juga, walaupun ini satu cadangan yang baik, saya rasa juga, macam mana kita boleh bantu membeli tetapi kita kena mengambil sedikit masa melalui Bank Negara sebab sudah banyak kita buat melalui Bank Negara supaya bank-bank itu buat sementara you hold on first. Bagi dia boleh bernafas dahulu tahu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Mungkin saya tidak betul tetapi kesimpulan yang saya hendak tanya untuk peringkat ini, buat masa ini maknanya kerajaan telah membuat keputusan pemaju dan juga institusi kewangan yang melibatkan diri dalam projek terbengkalai ini untuk tujuan pemulihan.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Bukan membantu institusi kewangan sebab apa kita hendak buat macam itu? Kita hendak menggalak supaya lebih banyak kontraktor penyelamat datang. Kalau tidak, sebab apa kita hendak bantu kontraktor penyelamat kalau kontraktor penyelamat dilantik selepas tender itu. Dilantik kontraktor itu tidak akan dibayar satu sen pun kecuali apabila you menyiapkan semua 100 peratus dan OC keluar, barulah kalau kerajaan setuju hendak suntik dana, baru suntik masa itu hendak bayar. You faham tak?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

So, dia terpaksa pergi mencari pinjaman loan dahulu. Pinjaman loan untuk menjalankan kerja-kerja menyiapkan projek.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey, kesimpulannya begini. Kalau saya tidak betul, tolong perbetulkan. Kesimpulannya, pengumuman yang dibuat dalam Dasar Perumahan Negara yang sebelum ini belum ada. Baru diadakan, baru dibentangkan dan disebut sebagai dasar baru dalam perumahan untuk tujuan membantu beberapa golongan masyarakat yang sama ada tidak ada rumah dan sebagainya, itu dasar. Dalam dasar ini ada beberapa perkara yang istimewa dan yang paling istimewa pada baru ini ialah untuk tujuan menyelesaikan masalah penganiayaan kepada pengguna iaitu pembeli rumah. Apa penganiayaannya? Mereka terpaksa membayar dan rumah tidak ada. Dalam pembayaran itu, kalau tidak boleh hendak dikecualikan, memang susah. Sekurang-kurangnya kadar faedah itu yang dibangkitkan. Kadar faedah sebab pengguna kena dua kali dan saya rasa sudah tentu sebagai kerajaan apabila tengok pengguna kena dua kali, memang sudah jadi tanggungjawab kerajaan untuk meminimumkan kena, kena sudah sekali cukuplah.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Macam mana kena sekali, kena dua kali?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Satu kena bayar rumah tidak ada.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kos faedah pun kena bayar lagi. Dua kalilah itu.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dia kena bayar faedah?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kadar faedah satu, pinjaman pun kena bayar juga, dua kali. Oleh sebab itu saya kata, paling mudah kita selesaikan satu perkara sudahlah iaitu kalaulah tidak boleh berhentikan mereka punya pembayaran...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey, kos faedahlah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Faedahlah sebab dia bayar bukan pinjam RM1,000 bayar RM1,000. Pinjam RM1,000 kena bayar RM1,500 barangkali or mungkin lebih. Jadi, saya menjangka atas pengumuman kerajaan sekiranya benar hendak bantu, yang hendak dibantu ialah pembeli rumah yang jadi mangsa, itu rakyat Malaysia. Ini yang kita hendak bantu tetapi kalau Menteri mengatakan hari ini kesimpulannya kerajaan masih lagi tidak membuat keputusan dan tidak boleh mengambil keputusan sebagaimana yang kita cadangkan bermakna keadaan berbalik kepada sedia ada cuma yang mendapat manfaat hari ini ialah pemaju perumahan untuk projek itu dan institusi kewangan. Saya katakan kesimpulannya masih lagi keadaan pemaju dan perbankan untung dua kali rakyat rugi dua kali. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey, terima kasih banyak. Saya akan tengok macam mana kita dapat membantu as far as this is concern, okay. Tuan Pengerusi...

Menteri, saya ringkas sedikit Menteri, ringkas sahaja.

Tentang permit pembinaan adalah satu prasyarat dan keperluan sebelum pemaju dapat meneruskan pembangunan ini tetapi apakah tindakan kerajaan kepada pemaju- pemaju yang telah mengiklankan pembangunan mereka sebelum mendapat permit pembinaan ini? Apakah tindakan yang kita buat? Itu yang pertama. Keduanya, kawasan saya di Pekan Merlimau 2 telah pun dibangunkan pusat komersial yang cantik dengan bangunan kedai yang tersergam tetapi masih lagi tidak mempunyai terminal pengangkutan bas yang telah dijanjikan oleh kerajaan sebanyak RM3.5 juta. Itu sahaja saya tanya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat terima kasih. Baiklah Yang Berhormat tanya itu, saya pun sudah lupa. Saya sebenarnya hendak jawab. Pemaju- pemaju sebelum boleh membuat iklan di surat-surat khabar, mengiklankan skim perumahan yang ingin dijual oleh mereka harus mendapat segala permit. Permit iklan dan permit penjualan daripada kementerian dahulu dan saya pernah sekali dua apabila saya baca surat khabar saya dapati ada pemaju-pemaju yang tidak dapat permit sudah buat iklan di surat khabar. Saya ingin memberitahu bahawa selepas kita mengetahui tentang ada berlaku kes-kes seumpama ini kita akan terus-menerus hantar surat, notis kepada pemaju panggil mereka ini datang. Kalau mereka tidak datang, kalau mereka datang pun, kalau tidak ada alasan yang kukuh dan tidak ada lesen, kita berhak untuk mendakwa mereka ke mahkamah. Ini...

Tahniah Menteri. Apa yang saya hendak sebut di sini terutamanya syarikat-syarikat yang disenaraikan di bursa saham. Ini ada hubung kait dengan naik turun pasaran kerana apabila ia telah diiklankan, dia sebenarnya mengakibatkan kenaikan dan penurunan saham mereka.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Oleh sebab itulah, oleh kerana ia begitu serius, kementerian tidak mempunyai hak kuasa untuk mendedahkannya, cuma satu sahaja iaitu bawa dia pergi mahkamah itu selepas itu mahkamah buat keputusan. Itulah keseriusan kesalahan ini. Mengenai pusat perhentian bas itu saya ingat ini isu yang lainlah. Saya tidak dapat jawab sekarang ini. Baiklah Tuan Pengerusi, pertanyaan Yang Berhormat Silam mengenai Bajet 2013 yang diluluskan bagi negeri Sabah. Terdapat 19 projek telah diluluskan di bawah Bajet 2013 di Sabah, 17 projek yang sedia ada, dua projek baru 2013 dan dua projek baru ini adalah Taman Awam Batu 2/5, Sandakan Sabah, di mana peruntukan RM500,000 akan diberikan. Satu lagi adalah bina baru balai bomba, kuarters Beluran Sabah yang akan menelan kos RM3 juta. Bajet 2013 yang diluluskan untuk Sabah di bawah kementerian saya ialah RM147,886,900 ataupun 12.68 peratus daripada keseluruhan bajet saya. Tuan Pengerusi, mengenai landskap negara di DUN Kunak. Saya minta maaf 2013 tidak ada peruntukan kepada DUN Kunak dan jika minat, majlis harus membuat permohonanlah kepada kita dan kita akan cari tengok kalau ada. Kalau tidak ada pun saya tidak boleh buat apa sebab Jabatan Landskap Negara hanya diberikan peruntukan menyiapkan empat projek dan tidak melebihi RM20 juta sahaja. Mengenai balai bomba dan penyelamat di Lahad Datu, ia akan dinaik taraf dalam 2014 iaitu mengguna geran balai baru di tapak yang sama tetapi buat masa ini ada lima pasukan bomba sukarela yang aktif, yang mana jumlah anggotanya ialah 229 anggota bomba sukarela. Balai-balai berdekatan dengan Lahat Datu ini adalah Sandakan dan Tawau. Tuan Pengerusi, mengenai pertanyaan Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Balik Pulau ini dia sebagai seorang lawyer ini, dia suka bincang mengenai isu undang-undang walaupun di negara kita ini khususnya Kanun Tanah Negara, National Land Code memang tidak ada sebarang peruntukan mengenai adverse possession, dengan izin, seperti yang diadakan di negara United Kingdom dan lain-lain negara. Akan tetapi pro and contra itu saya tidak hendak bincang di sini sebab kalau hendak buat pindaan kepada Kanun Tanah Negara maka kita harus pergilah untuk bincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. As far as Localism Act is concern, kita masih dalam peringkat perbincangan sama ada ianya mempunyai faedah kepada kita atau tidak.

Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, pasal adverse possession Yang Berhormat Menteri. Saya boleh terima penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai bidang kuasa kementerian tetapi yang ingin saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri ialah isu di lapangan. Isu di lapangan ada kaitan dengan Dasar Perumahan Kerajaan. Kerajaan mengambil keputusan dengan agenda-agenda perumahan yang amat baik Perumahan 1Malaysia dan sebagainya tetapi pendekatan itu membina. Akan tetapi pada masa yang sama, akibat dasar itulah sebenarnya kerancakan memberi kebenaran membina insentif, peruntukan dan sebagainya ia memangsakan penempatan yang sedia ada. Itu perumahan juga melainkan Yang Berhormat Menteri mengatakan itu bukan bidang kuasa Yang Berhormat Menteri. Tujuan saya berkata begitu begini Yang Berhormat Menteri, saya mengandaikan bahawa dalam Dasar Perumahan Baru seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, mesti ada perkara-perkara yang bersifat safety net, safeguards bukan sahaja perkara yang membina benda yang baru. Ini kerana pada pandangan saya, di dalam memberi galakan memiliki rumah, ada pendekatan yang sebenarnya boleh memberi impak langsung kepada KDNK dalam mengiktiraf pendudukan sekarang. Ini kerana saya berkata begitu Yang Berhormat Menteri, kalau tidak perkara ini tidak dibuat sekarang, hampir banyak kampung akan lupus kerana disebabkan kedudukan ini. Jadi saya mengandaikan isu ini dibangkitkan sekarang dan isu ini kritikal kerana isu ini mendesak di lapangan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin boleh dalam pendekatan memastikan dasar yang ada sekarang ini boleh response kepada isu-isu yang mendesak di lapangan. Itulah soalan saya tetapi saya ucapkan terima kasih kerana mengiktiraf bahawa isu itu adalah isu yang perlu diperbincangkan. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Ini kerana dalam Torrens System yang diamalkan oleh kita sekarang ini kita ikut Australia dan dia ini hanya menekankan tentang indefeasibility of title dan sifat-sifat yang lain seperti di UK, seperti yang mana yang diamalkan di negara ini di mana orang-orang kampung ini kadang-kadang tinggal di suatu tempat sudah melebihi 30 tahun. Tidak ada orang claim, tanah kerajaan, mungkin tanah orang swasta tetapi mereka ini tidak dapat title. Maksudnya oleh kerananya dia tidak ada adverse possession punya peruntukan. So, tidak apalah Yang Berhormat. Ini bukan satu saya boleh lihat ini dari sudut perumahan tetapi lebih sesuai kalau dibincang di peringkat perkampungan. So, saya rasa kalau kita hendak bincang itu bukan sahaja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, malahan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar termasuk juga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga harus...

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja point terakhir atas isu ini. Saya tidak akan bangkitkan lagi.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya.

Yang Berhormat Menteri, saya mengandaikan pada peringkat ini mungkin dari segi aspek dasar boleh dibuat. Saya bagi contoh, Yang Berhormat Menteri boleh membuat dasar contohnya tadi deposit tinggi, dasar insentif kepada pemaju-pemaju yang membantu tetapi pada masa yang sama, perkara untuk mereka-mereka yang menghadapi bebanan ini contoh, saya mengandaikan bahawa dasar daripada bersifat federal kepada negeri bahawa pembangunan tidak akan boleh dibuat sekiranya mereka tidak mengurus pendapatan mereka yang sedia ada. Oleh kerana itu sekarang ini dibuat dalam keadaan bersifat political will. Ada perkara itu dibuat contoh di Balik Pulau di Pulau Pinang. Kita memberi arahan, kalau tidak menguruskan- saya tidak mahu panggil supporterslah mereka penduduk-penduduk asal ini. Pelan kita tidak akan senang-senang meluluskan, tetapi dia merujuk ke political will. Alangkah lebih baik sekiranya dia bersifat satu dasar dan ianya dengan ada elemen penguatkuasaan. Kadang-kadang Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di lapangan kalau rumah-rumah kena roboh ini, pemaju akan kata saya ada perintah mahkamah. Dia akan- sebab itu ada admission order itu dia akan terus lulus. Dalam keadaan tertentu Yang Berhormat Menteri dia bawa gangster kadang-kadang dan semua.

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini perlu sebuah kerajaan mengambil sikap campur tangan dan ianya boleh diwujudkan dalam bentuk dasar ataupun rules. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey Yang Berhormat. Memanglah kalau kita hanya mempunyai peruntukan undang-undang, we do not have the softer side, the softer facelah pun menjadi masalah juga. Kadang-kadang kita harus juga kasihan orang-orang kampung yang tinggal di situ berpuluh-puluh tahun. Pada akhirnya pemaju datang dengan perintah mahkamah, dia tolak. Saya faham ini. Saya akan tengok macam mana kita boleh mengadakan lebih banyak perbincangan mengenai isu ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kapit sudah bertanya dan saya ingin beritahu proses tender semula bagi balai bomba yang terbengkalai telah diadakan dan jangka iklan akan dikeluarkan supaya kontraktor penyelamat dapat masuk membina, membantu pada 17 Disember 2012. Kalau ianya kita berjaya dapat mengenal pasti kontraktor baru, maka tapak akan siap dalam satu tahun, balai bomba di Losong itu. Ini kerana apa kontraktor sekarang ini dia tidak dapat ini, sebab kontraktor ini tidak cukup berwibawalah dan kementerian telah pun mengambil tindakan untuk menamatkan pembinaan pada bulan Julai tahun ini. Mengenai Landskap Negara pula, Majlis Daerah Kapit malang sekali saya tidak dapat memberikan peruntukan untuk Daerah Kapit tahun hadapan. Akan tetapi kita akan mengambil perhatian terhadap ini dan kita akan minta pada tahun hadapan lebih banyak semasa sebelum kita membuat bajet, finalized budget, kita minta untuk lebih kepada Jabatan Landskap Negara. Yang Berhormat Ampang ini, dia semasa perbahasan, Yang Berhormat Ampang membangkit masalah rumah kedai yang jadi asrama dan digunakan tempat tinggal pekerja- pekerja asing. Saya setuju ini memang tidak menepati undang-undang kecil sebab kalau rumah kedai maksud rumah kedailah, tidak boleh guna untuk kediaman. Akan tetapi segala penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa PBT dan tidak boleh kata KPKT tidak menjalankan tugas. Ini kerana ini adalah salah satu bidang kuasa PBT di mana majlis PBT- PBT jika didapati ada sesiapa yang melakukan kesalahan, bercanggah dengan undang- undang kecil seperti seksyen 80 [Akta 171], ada kacau ganggu maka mereka ini boleh didakwa di mahkamah dan denda akan dikenakan. Jika ada juga kegunaan harta yang tidak menepati syarat-syarat pihak-pihak yang melakukan kesalahan, patut didakwa di mahkamah. Tidak payah kita mengadakan undang- undang barulah. Pada pendapat saya, undang-undang yang ada sekarang ini memang mencukupi.

Mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya.

Saya rasa tidak cukup. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tidak cukup kerana undang-undang hotel yang diselaraskan sama dengan penempatan di bawah Undang-undang Kecil Hotel, sedang asrama dan hotel adalah dua jenis tempat dan penempatan yang berbeza. Jadi mereka abuse atau menyalahgunakan undang-undang yang ada untuk mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan sebagai tempat pekerja-pekerja mereka tinggal di situ. Jadi memang betullah PBT tidak ada undang-undang dengan jelas antara undang- undang kecil hotel dengan asrama. Jadi mereka menggunakan antara itu ialah undang- undang residential, maknanya kalau perumahan itu bukan sahaja rumah kedai, malah di flat, di kondo-kondo di convert apartment to become their workers dwelling. Jadi bila these workers become their worker dwelling, bila kita hendak check dia akan gunakan undang- undang residential di mana one house mesti ada enam orang. So when come to checking itu dia kata 6 orang sahaja yang tinggal tetapi but in fact memang this pekerja-pekerja kilang ini tinggal di situ dan bila saya bawa kepada PBT, memang mereka suruh saya bawa ke Dewan ini untuk membincangkan agar pihak kementerian mengkaji, menggubal satu undang-undang khusus untuk penyelenggaraan asrama dalam kawasan-kawasan.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey Yang Berhormat, itulah saya kata kalau PBT-PBT berkenaan, kalau lebih proaktif untuk menjalankan penguatkuasaan.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Lama-kelamaan mereka ini akan takut dan mereka ini kalau didakwa di mahkamah dan mereka ini, jangan katalah. Mengikut peruntukan Akta 171, setiap hari kena RM100, kalau 100 hari, saya ingat lama-kelamaan dia pun lari. So, saya lebih suka kalau PBT sentiasa pergi secara mengejut, pergi dan mereka ini akan takut. Akan tetapi walau bagaimanapun, kalau Yang Berhormat berminat, Yang Berhormat boleh menulis kepada saya apakah selain daripada Akta 171, apa boleh kita buat untuk mencegah aktiviti seumpama ini. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bertanya mengenai isu Kondominium Angsana Hilir. Mengikut jawapan di sini, pemaju asal ialah Kabra Holdings Sdn. Bhd. dan telah digulung pada 3 Mac 2000 dan seorang pelikudasi Dr. Lee Ling Chai telah dilantik dan buat masa ini pelikudasi dalam proses mendapatkan kelulusan mahkamah untuk memulakan kerja-kerja pemulihan dan bagi Blok C, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah dimaklumkan bahawa pembeli-pembeli unit di Blok C telah mendakwa PBT dan perunding projek di mahkamah. Tindakan susulan akan diambil selepas mendapat arahan keputusan mahkamah. So, ini menjadi satu pertikaian pembeli dan juga PBT-PBT dan nampaknya pembeli telah pun mengambil tindakan terhadap PBT ini. Pada keseluruhannya lain-lain blok di situ, maka kita kena tunggu pelikudasi menerangkan...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Setahu saya Blok C ini, kes mahkamah telah selesai. Dua bulan yang lalu telah selesai dan di mana penghuninya kalah, ini realiti. Akan tetapi masalahnya sekarang ini kondominium ini dikuasai oleh pendatang asing. Penghuni sebenarnya tidak berani duduk di dalam kondominium, tidak ada air tetapi dikuasai oleh pendatang asing. So, saya berharap kementerian boleh mencari penyelesaian untuk membantu penghuni-penghuni, membantu mereka macam mana hendak mendapatkan air semula, untuk menghidupkan semula lif supaya mereka memiliki rumah tersebut, terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya cari tengok macam mana, sebab saya tidak mendapat maklumat yang penuh di sini. Saya cuma diberitahu kita mesti mendapatkan keputusan daripada mahkamah apa yang patut dilakukan. Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Bakri mengenai kolam renang di Muar. KPKT tidak menyediakan peruntukan untuk memperbaiki kolam. Ini mungkin kena tunggu sampai majlis-majlis berkenaanlah dan ada juga beberapa perkara seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga yang bertanya mengenai pili bomba di kawasan Taman Datuk Harun. Saya ingin memberitahu jumlah peruntukan pili bomba di negeri Selangor bagi tahun 2012, tahun ini adalah RM767,250. Mana-mana pili bomba yang rosak akan diperbaiki segala oleh pihak bomba dan telah dimasukkan dalam perancangan pembaikan. Walau bagaimanapun, Taman Datuk Harun ini, saya akan mengarahkan supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat mempercepatkan di dalam kerja- kerja untuk membaiki pili bomba Taman Datuk Harun ini. Yang Berhormat Bakri bertanya tidak tentu arah. Ada sesetengahnya tidak ada berkaitan dengan kementerian saya seperti membuat kerja-kerja di sungai dan alur. Ini adalah di bawah JPS dan lorong motosikal di jalan ke Pagoh, ini juga bukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengenai pili bomba betullah. Pada masa ini Balai Bomba Muar agak 10 kilometer daripada tempat ini boleh sampai dalam 10 minit, KPKT akan mengkaji mengikut tahap risiko kebakaran di kawasan Bakri. Sebab sekarang kita di Muar, sudah ada satu balai bomba, Bakri pun sentiasa dianggap sebagai satu bahagian bandar Muar dan disebabkan itulah pada masa ini kita tidak mempunyai peruntukan untuk membuat, membina balai bomba di Bakri. Selain daripada itu, apabila kita menyebut tentang tempat-tempat, tapak pengurusan sisa pepejal, saya tahu Yang Berhormat cukup prihatin terhadap masalah itu. Saya juga sentiasa bertanya-tanya macam mana kita boleh dengan secepat mungkin membuka tapak-tapak pelupusan yang lain supaya kita dapat menampung keperluan Bakri yang sudah lama di situ. So, Yang Berhormat memang, sentiasa bertanya, saya tahu.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Mengenai tapak perkuburan. Kita juga harus melihat tentang kajian yang menyeluruh mengenai seluruh negara dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diberikan tanggungjawab untuk merancang tanah-tanah perkuburan di negara ini. Ini termasuk juga membina krematorium dan kalau Yang Berhormat berminat, saya akan memberitahu mengenai butir-butir terperinci mengenai tanah-tanah perkuburan yang diminta dan kalau perlu, kita tengok macam mana kita membantu Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya percaya ini adalah...

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, di sini saya hendak tahu bila boleh mendapatkan senarai perkuburan seperti beberapa perkuburan dipindahkan dan di mana akan dibuat perkuburan? Bila boleh dapat jawapan ini.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat, saya tidak ada jawapan tetapi saya memberikan jaminan saya akan bagi segala tempat-tempat perkuburan di Johor, di Johor cukuplah dan kalau di mana ada tambahan baru atau di mana akan dibina, di tempat mana di Johor, saya akan beritahu.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri minta maaf. Tadi saya tidak sempat mengambil bahagian kerana...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

...Taklimat SPR. Bukan Yang Berhormat Menteri ada memberikan peluang? Saya tanya satu sahaja, bolehkah Tuan Pengerusi? Hendak meminta Yang Berhormat Menteri tentang peringkat pembinaan pusat pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang di negeri Melaka. Bolehkah, saya diberitahu peringkat, sampai peringkat atau tahap pembinaan bagaimana, bilakah ia beroperasi atau siap dibina keseluruhannya. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tuan Pengerusi, untuk menjawab Yang Berhormat Kota Melaka. Sungai Udang ini memang telah pun dikenal pasti satu tapak pelupusan yang akan dibuat di situ dan semua ini adalah sanitari yang mempunyai piawaian dan bukan sahaja itu, memang tapak pelupusan akan dibina dahulu dan kemungkinan besar latu loji rawatan sisa pepejal akan diadakan di situ juga. Akan tetapi itu dua, tiga tahun laguilah, perancangan dua tiga tahun. Akan tetapi tapak pelupusan yang dahulu dan kalau tidak silap saya, hujung tahun depan ataupun 2014 yang paling lambat akan dibina tapak pelupusan di Sungai Udang di Melaka. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,971,907,000 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,971,907,000 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,166,493,400 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,166,493,400 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa — Maksud B.45 [Jadual] - Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2013]Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan, terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan soal jurulatih yang telah pun kita peruntukan begitu banyak sekali peruntukan. Dalam belanjawan ini saya ingin minta penjelasan berapa banyak pula kementerian memperuntukkan untuk melatih lebih ramai lagi jurulatih untuk memajukan sukan dalam negara kita? Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta penjelasan, berapa ramai dengan peruntukan yang sudah kita belanjakan, kita telah pun melahirkan jurulatih-jurulatih yang mana kita mempunyai potensi untuk mendapat pingat dalam kejohanan-kejohanan yang lebih besar? Misalnya acara memanah, acara ‘petanque’, acara badminton dan juga beberapa acara-acara lain. Saya juga ingin minta penjelasan sama ada jurulatih ini ditempatkan di daerah- daerah? Saya dapat melihat bahawa begitu ramai sekali bakat-bakat yang kita tinjau ataupun kita latih ataupun dapat kita perolehi di kawasan luar bandar di daerah-daerah tetapi apabila kita ingin mendapat khidmat jurulatih berprestasi tinggi untuk melonjakkan pencapaian bakat-bakat, tunas-tunas baru yang kita peroleh ini, tidak mencapai satu tahap yang kita inginkan kerana ketiadaan jurulatih untuk melatih mereka. Yang Berhormat mesti sedar kerana bakat ini kita tinjau ataupun kita cungkil dalam peringkat usia yang terlalu muda. Sebahagiannya bersekolah, sebahagiannya juga duduk dengan ibu bapa mereka dan amat sukar untuk kita tempatkan di pusat-pusat di ibu negeri untuk mendapatkan khidmat jurulatih yang berkualiti. Oleh yang demikian, sampai masa dan ketikanya, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa ramai di kalangan jurulatih-jurulatih ini yang dapat kita tempatkan di Daerah Jempol? Saya dapat melihat acara ‘petanque’ juga mendapat sambutan yang sangat baik kepada peminat-peminat sukan di Daerah Jempol. Akan tetapi masalah yang sama apabila kita ingin melihat satu lonjakan, satu pencapaian berprestasi tinggi untuk mendapat pingat yang lebih baik dalam acara ini, sekali lagi Daerah Jempol memalami masalah tidak ada jurulatih yang baik untuk memberikan khidmat melonjakkan prestasi ahli-ahli sukan di Daerah Jempol. Tuan Pengerusi, saya melihat di Malaysia, bakat-bakat ahli sukan kita tidak dilahirkan oleh kementerian, tidak dilahirkan oleh pegawai-pegawai kita dan tidak juga dilahirkan oleh persatuan-persatuan sukan, tetapi kebanyakan bakat ini dilahirkan oleh ibu bapa mereka yang minat. Ibu bapa yang rela mengorbankan wang ringgit, masa mereka untuk memberikan dorongan kepada anak-anak mereka dan daripada situlah lahirnya mereka yang berbakat untuk mewakili negara. Lihat sahaja bagaimana kemampuan Dato’ Sidek melahirkan anaknya yang begitu ramai dalam bidang badminton. Begitu juga dengan bakat-bakat yang ternama sekarang termasuk dengan Nicol David. Kita dapat melihat bagaimana peranan ibunya dan bapanya yang mendorong ke arah kejayaan Datuk Nicol David. Oleh yang demikian Yang Berhormat Menteri, saya fikir sampai masanya kementerian ini menawarkan satu hadiah yang lumayan ataupun tawaran yang lumayan kepada mana-mana ibu bapa di Malaysia ini yang dapat melahirkan bakat-bakat sukan dalam apa juga sukan yang anak-anak mereka minat yang sampai ke peringkat antarabangsa ataupun peringkat kebangsaan diberikan satu tawaran yang lumayan bagi membolehkan lebih ramai lagi ibu bapa yang rela berkorban, rela melatih anak-anak mereka, rela menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu pengetahuan skill dan kemahiran dalam mana-mana sukan yang mereka minat supaya lebih ramai dapat kita lahirkan benih-benih dan bakat sukan pada masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, saya amat minat kepada Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei adalah merupakan satu contoh kepada kita yang boleh kita jadikan contoh teladan. Bagaimana pengorbanannya, bagaimana keazamannya dan saya dapat melihat dia mengasah bakat kebolehannya yang amat luar biasa.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, setelah tewasnya Datuk Lee Chong Wei dalam mendapat pingat emas yang dahulu, adakah kementerian membuat kajian kenapa kekalahan ini berlaku kepada Datuk Lee Chong Wei? Padahal, kalau kita buat perbandingan di antara Lin Dan dengan Datuk Lee Chong Wei, dari segi skillnya, jauh lebih baik kebolehan, kemampuan Datuk Lee Chong Wei untuk bermain. Dalam set akhir itu juga kita dapat melihat bagaimana Datuk Lee Chong Wei boleh mendahului Lin Dan dalam acara badminton untuk kita mendapat pingat emas dalam Sukan Olimpik yang dahulu tetapi akhirnya kita dapati Datuk Lee Chong Wei kalah juga. Apakah ada sesuatu yang Malaysia ini ketinggalan daripada negara-negara lain? Apakah ketahanan mental pemain-pemain kita tidak dibangunkan sama dengan ketahanan fizikal mereka, kemampuan pemakanan mereka ataupun skill dan kemahiran yang kita terapkan kepada mereka? Oleh yang demikian, saya berharap dalam bidang ketahanan mental ini dibuat kajian sungguh-sungguh dan kita juga berharap supaya lebih ramai pakar dapat kita lahirkan bagi membimbing segala mereka yang telah pun layak sampai tahap bertaraf dunia ini supaya mereka boleh bertahan dari segi ketahanan mental. Tuan Pengerusi, di Malaysia, peminat bola sepak kita memang bertahan walaupun pasukan bola sepak kita ini memang ada pasang ada surutnya. Akan tetapi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah tidak ada usaha di kalangan kementerian sendiri? Jangan hanya bergantung harap kepada persatuan- persatuan bola sepak tetapi kita mahu- apakah tidak ada usaha daripada pihak kementerian sendiri untuk membawa bakat-bakat di kalangan pemain-pemain bola sepak yang memang ada potensi dapat kita gilap di peringkat yang lebih tinggi? Saya sendiri dapat melihat sebahagian daripada pemain-pemain yang berkualiti ini dipinggirkan ataupun terpinggir. Mungkin mereka ini tidak masuk dalam sebagai pemain buah hati kepada jurulatih, maka, walaupun kualiti dan skill dia bagus, kadangkala mereka ini dipinggirkan. Ini amat merugikan negara Yang Berhormat Menteri. Saya mahu supaya kalau boleh kementerian kita menggalas tanggungjawab ini supaya bola sepak negara kita ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, sehubungan dengan Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Yang Berhormat Menteri, saya juga dapat melihat bagaimana kementerian mengabaikan tanggungjawab besar kita supaya memastikan persatuan-persatuan belia di kampung- kampung dan kawasan luar bandar ini terus dapat kita hidupkan.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Dewan yang mulia ini, berapa banyak di kalangan persatuan-persatuan belia kita yang dapat kita daftarkan? Belia di kalangan orang Melayu, belia dari kalangan masyarakat Cina, belia di kalangan masyarakat India. Saya juga mahu mendapat penjelasan di kalangan persatuan-persatuan belia ini, berapa ramai keahliannya? Saya dapat melihat bagaimana persatuan-persatuan belia di kawasan luar bandar ini lumpuh kerana dia tidak mempunyai kepimpinan yang berterusan. Kadangkala apabila pengerusinya dapat kerja, meninggalkan kampung, persatuan belianya juga terbengkalai. Oleh yang demikian, apakah tidak ada rancangan di kalangan kementerian supaya terus melahirkan pemimpin-pemimpin belia dengan mengadakan kursus secara berterusan, melatih barisan pelapis belia supaya kepimpinan ini tidak pupus, kepimpinan belia ini akan berterusan ada terutama sekali di luar bandar yang memang kita harap supaya mereka ini dapat memimpin belia kita. Jangan hanya fokus satu agenda besar, tetapi agenda-agenda kecil seumpama persatuan belia di kawasan luar bandar kita abaikan sehingga menimbulkan masalah yang lain berkaitan dengan belia Malaysia. Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh kepada Butiran 020200 - Pembangunan Sukan. Saya ingin tahu dari kementerian, apakah langkah-langkah atau cara-cara yang kementerian akan adakan untuk pembangunan sukan khususnya sukan-sukan di mana pada satu masa Malaysia telah menjadi juara serantau seperti bola sepak, athletics dan sebagainya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Di dalam pembangunan sukan ini, adakah persatuan-persatuan yang menjadi pimpinan kepada pembangunan sukan itu dianggotai oleh para atlet atau para atlet yang memang berlatar belakang sukan tanpa apa-apa penglibatan ahli-ahli politik. Ini kerana saya rasa pembangunan sukan ini dihalang oleh sebab pimpinan persatuan-persatuan sukan ini dipimpin oleh ahli-ahli politik yang tidak begitu fasih dalam ciri-ciri kesukanan yang mereka terlibat itu, seumpamanya Persatuan Bola Sepak Malaysia. Berapakah dari anggota Persatuan Bola Sepak Malaysia betul-betul dan benar-benar adalah bekas pemain bola sepak di negara kita ini dan telah untuk beberapa tahun menceburkan diri sebagai pemain bola sepak di negara yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan sukan bola sepak berbanding dengan ahli-ahli yang tidak ada kena-mengena dengan sukan, tetapi mereka duduk di kerusi dalam persatuan itu oleh sebab perkaitan mereka melalui politik. Saya terus pergi kepada Butiran 050400 iaitu Majlis Sukan Negara. Saya ingin tahu berapakah anggota Majlis Sukan Negara ini dan berapakah dari anggota-anggota ini terdiri daripada orang yang ada pengalaman dalam sukan sebagai pemain ataupun pegawai daripada kementerian ataupun persatuan-persatuan sukan. Majlis Sukan Negara ini merupakan satu majlis yang amat penting untuk pembangunan sukan di negara kita. Berapakah kuasa yang mereka ada untuk memberi peruntukan atau sumbangan wang kepada atlet-atlet. Baru-baru ini saya telah menghadiri satu majlis di Selangor. Apabila saya datang di sana, saya juga dapat jumpa anggota-anggota ataupun atlet dari arena sukan Karatedo yang pernah mewakili negara kita sampai ke tahap ASIAN games dan ada di antara mereka telah menang dan menerima pingat gangsa dan perak. Akan tetapi mereka memberitahu saya elaun bulanan pun tidak sampai kepada mereka, kadang-kadang tiga bulan ataupun empat bulan lewat. Bagaimana kita hargai sumbangan atlet-atlet ini pada negara. Sejumlah RM300 elaun pun MSN tidak dapat memberi kepada mereka dalam tempoh masa tiap-tiap bulan. Mungkin ini adalah satu kekurangan dari pentadbiran dari aspek kementerian tetapi mereka tidak dapat galakan dan dorongan daripada kementerian untuk terus mencapai tahap yang lebih tinggi. Ada dari kalangan mereka yang boleh dapat pingat emas di ASEAN Games dengan izin, tetapi mereka tidak begitu minat sebab mereka tidak dapat sokongan kewangan ataupun sokongan moral daripada kementerian. Cuma saya rasa mereka terus berjuang atas sebab sokongan dari persatuan mereka dan juga keluarga dan kawan- kawan. Saya ingin tahu juga dari kementerian, apakah anggota MSN ini terdiri dari semua kaum. Apa yang saya perhatian pada satu masa Malaysia telah ada ramai atlet dan ahli sukan dari masyarakat India yang telah menjadi cemerlang dalam bidang mereka seperti karatedo, taekwando dan seumpamanya bola sepak termasuk athletic. Akan tetapi sekarang saya nampak mereka tidak mengambil bahagian. Adakah ini disebabkan oleh di peringkat pemilihan atlet mereka dipinggirkan. Ini kerana saya dapat tahu daripada persatuan-persatuan, mereka tidak diberi peluang, kadang-kadang dipinggirkan, kadang- kadang oleh sebab pegawai-pegawai itu pilih kasih. Mereka pilih siapa yang mereka tahu, tidak berpandu kepada kelebihan atau kebolehan para atlet. Saya ingin tahu dari kementerian, apakah kriteria atau standard untuk pemilihan yang dibuat oleh badan-badan yang membuat pemilihan atlet-atlet untuk mewakili negara kita pada peringkat negeri dan juga serantau. Seterusnya saya ingin sentuh kepada Butiran 020500 - Pembangunan Ekonomi Belia. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk pembangunan ekonomi belia khususnya adakah pembangunan ekonomi belia ini meliputi atau mengandungi program-program yang termasuk pemberian kewangan atau bantuan kewangan kepada belia untuk belia menceburi diri mereka dalam bidang pengurusan perniagaan dan sebagainya ataupun pembangunan ekonomi belia itu cuma adalah untuk pesta-pesta seperti Pesta Belia Putrajaya dan sebagainya di mana belia-belia diberi peluang untuk mengambil bahagian. Akan tetapi adakah pembangunan ekonomi belia ini satu program untuk jangka masa panjang, di mana belia boleh mengambil bahagian dan menjadi usahawan kemudian. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020100 - Belia dan Sukan, Butiran 020200 - Pembangunan Sukan, Butiran 020300 - Pembangunan Belia. Saya melihat Tuan Pengerusi bahawa sukan dalam negara kita ini sudah begitu merosot. Saya ingin berbicara dalam konteks bola sepak. Kita lihat bagaimana organisasi seperti APM. Pada hari ini satu ketika, sukan bola kita boleh senang mengalahkan Jepun, boleh senang mengalahkan Korea tetapi hari ini untuk bertemu dua pasukan tersebut, jauh panggang dari api. Dengan pasukan-pasukan negara dalam kemelut, dalam peperangan pun kita boleh kalah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak tahu apa untung nasib pasukan bola kita dalam Piala Suzuki tidak lama lagi. Saya melihat FAM sudah hilang arah tuju di mana anggota dalam FAM sendiri tidak boleh menegur kepimpinannya. Tegur sedikit bola sepak, sudah digantung. Timbalan Presiden Tan Sri Annuar Musa menegur untuk kepentingan bola sepak, digantung. Apa ini? Saya meminta kementerian mengkaji undang-undang yang sedia ada. Mana-mana pasukan, mana-mana persatuan, sama ada bola sepakkah, badmintonkah, olahragakah, kalau kepimpinannya sudah tidak begitu baik, campur tangan. Ini dibiar. Undang-undang FAM ini undang-undang lapuk, undang-undang zaman batu. Di mana dalam FAM sendiri tidak ada siapa menegur, untouchable. Tidak boleh disentuh. Akhirnya, hancur. Saya memintalah kalau begini semua FAM itu berhentilah, letak jawatan serta-merta. Bagi laluan kepada muka-muka baru. Jangan mengakibatkan- Oleh sebab bola sepak ini di mana-mana. Rakyat memang suka melihat permainan bola sepak lebih-lebih lagi mendatangkan banyak hasil yang lumayan. Ini saya lihat yang memegang tampuk bola sepak ini tidak profesional. Dalam Liga M, Liga Malaysia contohnya ada perpindahan pemain, disekat pula. Biarlah dia berpindah. Dia hendak berhijrah, kemudian kelab itu mendapat kewangan, biarlah. Ini saya betul-betul kecewalah dengan apa yang berlaku dalam negara kita seolah-olah pembangunan sukan kita kecewa, pembangunan belia pun kita kecewa. Kita tidak ada hala tuju belia kita. Saya pun tidak tahu apa yang dibuat oleh kementerian ini untuk mengatasi masalah-masalah yang sedia ada. Dalam badminton, Olimpik baru-baru ini, kita harap-harap dapat satu pingat tetapi Lee Chong Wei- tahniahlah baru kahwin. Apa yang kita dapat hampir-hampir sama sahaja lah, tidak ada yang boleh upset untuk kita rayakan. Oleh sebab, saya melihat bahawa pemain kita ini tidak ada kekuatan dalamannya. Jumpa Lin Dan, Chong Wei habis. Memang tidak bolehlah lawan lah. Bukan, no match orang bilang. Ini sebab permainan itu ada tetapi hilang dia punya gah, hilang dia punya kekuatan. Oleh kerana itu, bagaimana persatuan badminton ini pula harus mengurus pemain-pemain? Harus melihat dengan lebih baik, dengan lebih dekat bagaimana penterjemahan pemain itu sendiri. Kalau pemain ini berbakat, maka serlahkan bakat dia. Jangan kita kawal pergerakan dia! Pemilihan jurulatih pun kita harus tekankan dengan lebih baik. Ini tidak. Kebanyakan kesatuan ini tukar ganti. KOAM contohnya lepas satu presiden, presiden baru masuk. Akan tetapi, akhirnya kita punya atlet yang menjadi mangsa. Ada yang tidak tahu hala tuju dia sedangkan kita mengharapkan butiran kilauan- kilauan emas daripada mereka ini. Akan tetapi, apa yang diperoleh kekecewaan. Ini disebabkan pentadbiran. Manakala Majlis Sukan Negara dan juga Kementerian Belia dan Sukan seolah-olah lepas tangan, hilang taring. Menterinya tidak ada kuasa langsung, tidak ada say untuk menentukan kemenangan mana-mana pihak. Dari segi belia pula, kita sudah hilang arah. Belia kita tidak tahu letak di mana. Peruntukan untuk belia begitu kecil sedangkan kita mana-mana negara menuju negara maju, peraturan utamanya iaitu mengembangkan belia itu sendiri. Ini sebab belia hari ini merupakan pemimpin pewaris masa depan, mengisi kekuatan negara itu sendiri. Akan tetapi, kalau belia kita sudah tidak tentu arah, contohnya saya ingin menyentuh bagaimana belia-belia kita, pelajar-pelajar kita merayakan ulang tahun kemerdekaan negara disambut dengan merayakan hari bersih konon dengan membuka punggung, pasang gambar pemimpin di belakang, memijak gambar pemimpin.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inikah kemajuan belia yang kita ada? Kalau inilah kemajuan yang kita ada, akhirnya rasa saya kita akan menjurus ke zaman kehancuran Tuan Pengerusi. Saya sedih baru-baru ini di Muktamar PAS, satu lagi trend baru iaitu di mana menjadi ikutan belia-belia kita di luar pula mendoakan kehancuran orang lain. Ini menjadi trend sebab dia kata kalau guru kencing berdiri, anak buah sudah tentu kencing berlari. Kenapa PAS boleh mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional? Kenapa kami di luar tidak boleh mendoakan kehancuran rakan-rakan kami yang lain? Dalam bentuk sukankah, dalam bentuk apa-apa. Oleh sebab dia kata ini sudah dibolehkan oleh ulama PAS. Inikah yang menjadi trend kepada kita iaitu mengizinkan perkara yang tidak boleh? Saya Tuan Pengerusi bukanlah arif ataupun pakar dalam agama, tetapi saya melihat perbuatan ini terlalu salah dan sumbang di mata dan moral sebagai seorang Islam. Saya kecewa Tuan Pengerusi apa yang berlaku seolah-olah kementerian gagal, mengawal, mengekang masalah-masalah yang berlaku. Kita juga harus melihat bahawa kegiatan gejala sosial rempit pun masih berleluasa. Tidak boleh kita kekang. Ini merupakan satu kegagalan. Belia kita hari ini tidak ada tempat riadah yang ditentukan oleh kerajaan. Kebanyakan mereka gagal dalam peperiksaan, gagal dalam Tingkatan 5, gagal dengan Tingkatan 6. Apabila gagal, mereka tidak ada hala tuju seolah-olah hidup mereka sudah musnah. Tidak ada apa-apa yang mereka boleh peroleh dan mereka akan pergi ke gejala- gejala yang negatif, yang tidak boleh menguntungkan. Jadi, ini seharusnya menjadi fokus kementerian untuk menentukan masa depan sukan kita maju, belia juga kita maju sebab dua-dua ini penting. Justeru itu, saya cadangkan kepada kerajaan pisahkan di antara dua entiti dalam kementerian ini...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Biar belia itu diteraju oleh kementerian belia dan sukan di teraju oleh kementerian sukan itu sendiri seperti di beberapa negara Eropah, ia tidak cantumkan. Oleh sebab ini akan memastikan kegagalan yang tidak dapat dipastikan. Ya, Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat sahabat saya dari Kinabatangan soal pembangunan belia ini. Saya baru-baru juga merasmikan Majlis Penutupan Kelab Jambori Pengakap. Yang Berhormat menyentuh belia diasingkan dengan sukan. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya belia-belia NGO dalam beruniform ini diperkasakan, diberikan perhatian, diberikan tumpuan supaya pembangunan belia ini ke arah kepimpinan belia itu diperkasakan, diperkuatkan, diperhebatkan. Ini saya setuju dengan sahabat Yang Berhormat Kinabatangan jika pembangunan belia ini dialihkan dengan sukan dan belia. Jadi, saya melihat walaupun dalam belanjawan ini, tidak ada pun langsung peruntukan yang diberi kepada khusus pembangunan kepada belia. Apabila pengakap-pengakap ini lepas daripada sekolah, dia jadi belia. Dia mencari kerja, dia mencari kemahiran. Walaupun ada latihan dan adventure macam-macam dalam kepengakapan, dan bukan sahaja kepengakapan, Tuan Pengerusi juga seorang pemimpin pengakap yang terulung di negara ini. Jadi, saya sebagai pengikut pengakap ini amat khuatir jika pihak kementerian tidak memberi perhatian khusus kepada kepimpinan belia ini. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Putatan. Seharusnya kementerian pun memberi ruang lingkup yang lebih baik kepada NGO-NGO belia ini seperti pengakap dan lain-lain. Oleh sebab mereka ini merupakan satu entiti yang sudah wujud, sudah lama. Rata-rata yang menganggotai NGO seperti pengakap ini berdisiplin tinggi. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan membawa kebaikan untuk negara. Jadi, ini seharusnya menjadi perhatian dan jangan pandang sebelah mata sebab ini akan merugikan bangsa dan negara kita kalau kita tidak lihat kewujudan NGO seumpama ini. Tuan Pengerusi, sebagai yang terakhir saya juga ingin meminta dan ingin menyarankan kepada kementerian supaya kalau boleh mewujudkan yayasan bekas atlet negara, bekas ahli-ahli sukan negara. Oleh sebab rata-rata ada yang satu ketika dahulu dia ahli sukan yang begitu hebat tetapi hari ini merempat. Tidak ada kerja, sudahlah sakit, tidak ada pembelaan. Ini pada saya, saya amat rimas melihat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada satu jaminan untuk masa depan atlet negara kita kecuali Datuk Lee Chong Wei. Saya rasa terjaminlah masa depan dia sebab syarikat pun dua, tiga mendapat projek yang mega. Saya nampak memang terjaminlah. Kalau yang lain-lain tidak ada jaminan Tuan Pengerusi. Saya pun hairan macam mana seorang pemain badminton boleh mengaut projek berjuta-juta. Saya sendiri pun tidak tahu macam mana. Memang terjaminlah masa depan dia. Untuk perkahwinan pun beratus-ratus juta dibelanjakan tetapi untuk yang lain-lain saya tidak nampak ada masa depan mereka kalau kerajaan tidak mewujudkan satu yayasan untuk ahli-ahli sukan negara. Saya tidak nampak terbela masa depan mereka dan ini sekurang-kurangnya dapatlah kita membantu merayakan masa depan bekas ahli sukan kita ini apabila kerajaan mungkin mewujudkan yayasan untuk ahli-ahli sukan negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Jerai.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi yang telah memberi keizinan ruang masa untuk saya berbahas Maksud B.45 Kementerian Belia dan Sukan. Merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan, saya harap kementerian mesti lebih serius daripada apa yang telah pun dilakukan kerana pertama sekali sebelum jadi Menteri sehingga jadi Menteri dan sebelum jadi Ahli Parlimen, belia ini dikejutkan dengan pelbagai isu. Antara lain, isu yang berkaitan dengan mat rempit contohnya. Tak selesai sampai hari ini. Isu dengan jenayah pecah rumah, isu moral, isu buang anak, isu lepak. Kalaulah ia masih berterusan, ia akan menjadi isu perbahasan yang berpanjangan dalam Parlimen ini. Maka itu isu yang hampir dan paling rapat dengan anak muda berbilang kaum yang ada dalam negara ini. Maka sebab itu pandangan saya supaya kementerian mesti memberi satu jaminan yang terbaik kepada anak muda khususnya belia iaitu antaranya ialah untuk memberi fitrah, kembali kepada fitrah asal kedudukan manusia ini khususnya saya sebut awalnya adalah umat Islam dulu, keyakinan terhadap hidup berasaskan takwa. Ini perlu diberi penekanan, bukan sekadar di fasa persekolahan rendah, menengah dan universiti tetapi kehidupan anak muda yang rata-rata liar. Banyak peruntukan yang telah dibelanjakan tetapi kita melihat situasinya, keadaannya masih seolah-olah tidak ada apa-apa yang diberi kepada golongan muda ini. Asas ketakwaan itu mesti diberi penekanan yang sungguh-sungguh agar anak muda dan belia hari ini boleh beri harapan kepada belia yang akan datang, rakyat yang akan datang. Maka sebab itu unsur-unsur ini perlu diberi pendedahannya dan sebab itu saya minta Kementerian Belia dan Sukan, berapa ramai tenaga pengajar, guru-guru agama ini yang turun ke akar umbi, ambil tahu dan buat majlis-majlis program? Terima kasih kepada ASTRO, media baru ini yang telah membenarkan Ustaz Azhar Idrus dalam kuliah beliau yang saya yakin menarik ramai golongan belia. Hari ini anak muda sudah boleh mampu memahami serba sedikit isu fiqah untuk hidup. Ilmu-ilmu fiqah jadi amalan. Ini perkara yang mesti menjadi- kementerian mesti lahirkan ramai lagi ustaz-ustaz yang macam ini untuk membimbing golongan belia. Kemudian keduanya, Islam sebagai cara hidup bagi golongan belia Islam. Kenapa kerajaan, kementerian malu untuk membawa isu, memberi pendedahan ilmu dan naikkan semangat pemahaman terhadap keyakinan bersyariah dalam kehidupan anak muda pada hari ini? Kemudian yang ketiganya, kembalikan hak anak muda yang hari ini makin hari makin terhapus. Anak muda dan golongan belia tidak faham apa hak dia yang sebenarnya yang menjadikan pelbagai isu yang melanda anak muda pada hari ini. Maka sebab itu saya sarankan supaya kementerian perjelaskan satu demi satu apa hak anak muda dan ia boleh melakukan perkara-perkara tersebut, antara lain hak memiliki rumah. Ini belia. Hak pekerjaan, hak kesihatan, pengajian percuma. Ini sepatutnya menjadi perkara yang utama pada anak muda. Barulah anak muda Malaysia, belia Malaysia rasa selamat daripada jenayah yang berlaku pada hari ini.

Saya ingin tanya keberkesanan Dasar Pembangunan Belia Negara. Pertama, pembangunan ilmu. Saya difahamkan diberikan kepada agensi swasta dan awam. Bagi yang swasta itu siapa yang dapat dan apa agendanya? Ilmu yang mana diterap kepada generasi muda pada hari ini? Kemudian, pembentukan sikap. Kita lihat hari ini bagaimana anak muda yang dilatih, yang dibentuk di sekolah bila remaja, cakapnya, kelakuannya, gerak-gerinya kurang sopan dengan orang tua. Ini yang kita saksikan pada hari ini. Kadang- kadang menambahkan lagi drama TV, drama filem. Tambah lagi sikap-sikap- sepatutnya kementerian mesti buat teguran kerana ia memberi kesan yang buruk kepada golongan muda. Cakap diri, cakap sombong dengan kalimah-kalimah yang tak sepatutnya dilafazkan oleh anak muda. Kemudian pembangunan kemahiran dan keusahawanan. Bagaimana dan setakat mana kejayaannya? Permukaan gaya hidup sihat, kemudahan interaksi sosial, perkongsian dalam pembangunan, jaringan hubungan antarabangsa. Kalau ini dapat diterap dan dijadikan sebagai model kepada generasi muda, kita yakin anak muda kita tidak mewarisi sepertimana yang kita hadapi pada hari ini. Hari-hari kita mendengar isu-isu yang melibatkan golongan muda dan golongan belia hampir 12 juta orang dalam negara ini. Ia memberi kesan yang baik kalau ia dibentuk dengan baik dan ia akan menjadi kerosakan berpanjangan sekira mana ia dibiarkan dan tidak ditangani dengan serius hal-hal berkaitan dengan pemahaman agama, kehidupan sosial antara kaum, pergaduhan kaum sudah bermula apabila kita mulakan bibit-bibit perpecahan ini. Kemudian saya ingin tahu berapa banyak golongan NGO yang dipanggil untuk bekerja bersama-sama dengan pembangunan sosial, pembangunan belia ini dari sudut kerohaniannya, dari sudut memberi bimbingan dan banyak mana pula NGO-NGO yang terlibat dalam pemulihan akhlak yang diusahakan oleh rakan-rakan kita yang bersendirian dan banyak mana pula peruntukan yang boleh diberi kepada NGO ini? Rumah-rumah yang memberi bimbingan kepada golongan remaja yang rosak, yang tak berjaya di pusat serenti, yang tidak berjaya di PEMADAM nya, terpaksa dibawa kepada pengurusan-pengurusan persendirian, pondok-pondok, pengajian dan sebagainya. Kemudian yang terakhirnya Tuan Pengerusi iaitu Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan tadi, berkaitan dengan bola sepak. Hari ini anak muda sudah jarang kita jumpa bagi jersey kebangsaan ini sebab tercorot sebab permainannya. FAM ni dia flip-flop, dia tak bersungguh. Dalam Dewan yang sama saya minta supaya kekalkan pemain import, Menteri jawab tak perlu sebab kita nak anak tempatan beraksi lebih baik. Akhirnya 2012, 2011 balik kepada sistem itu. Itu saya kata ini menyebabkan mati hilang sokongan padu daripada rakyat untuk menyokong, melihat kerenah dan reaksi Persatuan Bola Sepak Malaysia ini. Minta Menteri, ada dua Timbalan Menteri, tolong bawa usul ini dan cadang supaya jangan lagi begini menyebabkan Persatuan Bola Sepak Negeri juga akan menjadi. Bagaimana skim gaji siling. Pernah dulu habis tinggi RM6,000 sekarang mencecah puluhan ribu. Kita terima dan kita menyokong tetapi akan memberi kesan yang buruk kepada negeri-negeri, persatuan lain yang tidak mampu dan era profesional ini baik tetapi penyokongnya belum sapai tahap pemahaman profesionalisme dari sudut boleh sepak tempatan ini. Maka sebab itu saya melihat dan kementerian mesti memperbanyakkan jurulatih-jurulatih terutama di pusat-pusat komuniti yang kita bina. Apakah ia sebagai bangunan yang begitu indah, tidak ada jurulatih untuk mengajar. Akhirnya terbiar, hilang rasa minat anak-anak muda belia untuk pergi pusat-pusat komuniti yang dibina begitu canggih, begitu hebat yang ada pada hari ini. Oleh sebab itu saya menyarankan pembangunan belia mesti diatur semula dan diberi kesungguhan yang bersungguh- sungguh. Pertama sekali, kembalikan fitrah akhlak anak-anak muda yang makin menyimpang jauh, terutama pembangunan sosial, pembangunan media baru yang terperangkap di situ kerana anak muda belum bersedia. Akhirnya mereka lebih suka berada di cafe, melayari internet yang tidak memberi pembangunan insan kepada diri mereka.

Ini memberi kerugian kepada negara kalau kementerian tidak bersungguh- sungguh membimbing dan membina kehidupan sosial ini kepada golongan belia dalam negara kita.

Jadi Tuan pengerusi, saya harap Butiran 020700 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Ini satu lagi jangka masa panjang yang makin hari makin terhakis. Kita perbanyakan futsal di semua daerah. Di kawasan Parlimen Jerai ada empat, lima gelanggang futsal tetapi bagai pembangunan yang kita hendak beri. Itu dari segi permainan. Apakah cukup sekadar kita beri kursus kepada anak-anak muda belia, kemudian kita tidak follow up dengan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. IKBN, apakah ia sesuai, kursus-kursus yang ditawarkan sesuai dengan teknologi yang ada pada hari ini? Mereka mekanik, mereka sesuai hadapi dengan kereta yang sudah canggih yang belum lagi bukan lagi kata zaman 80-an, zaman 2012. Bagaimana persiapan ilmu teknologi yang ada pada IKBN, anak-anak kita yang mempelajari sekian masa tiga, empat tahun. Harap akademi dapat memberi bimbingan kepada anak-anak nelayan, petani, buruh. Bukan sekadar memberi penumpuan kepada anak-anak muda atau belia yang berada di universiti. Saya ingat tahun 2009 dijawab 200,000 lebih belia yang terlibat dengan Rakan Muda. Bila kita soal siapa? Anak-anak mahasiswa-mahasiswi. Akan tetapi di kampung, pedalaman, anak nelayan siapa hendak peduli? Bimbingan agama ada tidak Kementerian Belia dan Sukan mengambil tanggungjawab memastikan setiap daerah ada guru agama yang mengajar. Bagaimana kementerian pastikan anak muda hadir ke majlis-majlis ilmu agama supaya mereka mengenal kehidupan ini untuk apa dan memastikan mereka tidak terjebak di dalam kerja-kerja songsang, kerja-kerja maksiat yang boleh meruntuhkan masa depan negara apabila runtuhnya anak muda yang ada pada hari ini. Maka saya harap Butiran 020700 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia ini perlu diberi penumpuan sepenuhnya dan mahu tahu berapa tenaga-tenaga pengajar, penambahan yang diambil dalam belanjawan ini untuk mengukuhkan kedudukan anak muda khususnya Melayu, India dan Cina yang kita dapat bersefahaman dari sudut bangsa ini tadi ini. Ini menjadi isu yang besar sebenarnya. Kita tahu Kementerian Belia sudah sedia maklum bagaimana berlakunya selisih faham antara kaum di peringkat sekolah menengah, dari peringkat luaran, dari peringkat kebebasan. Ini kita sedia maklum bagaimana Kementerian Belia dan Sukan menangani isu ini. Beri fahaman yang sungguh-sungguh agar Malaysia sebuah negara yang berdaulat, yang melahirkan anak muda belia dan ahli sukan yang bermaruah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Tanjong Piai.

Datuk Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh P.45, Butiran 02400 - Gelanggang Sukan. Tuan Pengerusi, penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan futsal adalah sangat menggalakkan. Berkenaan Kementerian Belia dan Sukan membina gelanggang-gelanggang futsal terbuka di seluruh kawasan Parlimen adalah bertepatan dengan kehendak remaja dan para belia hari ini. Parlimen Tanjong Piai telah mendapat lima gelanggang futsal pertama dalam program berkenaan. Tuan Pengerusi, hampir kesemua gelanggang tersebut aktif digunakan sehingga kini. Seperti mana yang sedia maklum, setiap gelanggang ditadbir urus oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan belia sendiri untuk menguruskan penggunaan gelanggang dan memastikan gelanggang sentiasa selamat dan baik untuk digunakan. Oleh kerana matlamat menggunakan gelanggang ini adalah memastikan para belia melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat seperti sukan futsal dan bukan berorientasikan keuntungan, maka bayaran yang dikenakan kepada pengguna gelanggang adalah sangat minimum. Walau bagaimanapun, untuk kerosakan-kerosakan kecil seperti lampu dan tiang terbakar atau pagar yang terkoyak sedikit adalah masih mampu dibiayai oleh jawatankuasa berkenaan. Tuan Pengerusi, seperti yang kita maklum oleh kerana gelanggang futsal ini adalah gelanggang terbuka dan tidak berbumbung, maka kesan cuaca telah menyebabkan kerosakan pada pagar, tiang dan gelanggang itu sendiri.

Datuk Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Kebanyakan pagar dan tiang mula berkarat dan gelanggang juga telah banyak pecah dan rosak. Kerosakan sebegini memerlukan kos yang tinggi dan maklum balas yang saya terima daripada jawatankuasa pengurusan di mana mereka menghadapi kekangan untuk menyediakan dana bagi memperbaiki kerosakan tersebut. Justeru, saya memohon supaya Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan sejumlah wang tertentu bagi kerja-kerja mengecat, membaiki pagar dan gelanggang yang terlibat sebelum kerosakan menjadi lebih besar dan akan menelan belanja yang lebih tinggi yang mungkin menyebabkan gelanggang tersebut diberhentikan untuk kegunaan bagi satu tempoh masa pembaikan yang agak panjang. Selain daripada itu, saya juga ingin tahu adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membina gelanggang futsal berbumbung pada masa akan datang? Oleh kerana saya percaya ini adalah pelaburan kerajaan yang berbaloi kerana adanya gelanggang futsal khasnya di kampung-kampung luar bandar menjadikan golongan belia mempunyai aktiviti yang mengekang mereka daripada terjebak dalam perlakuan yang tidak berfaedah dan akhirnya menjadi masalah kepada negara. Jadi saya memohon Kementerian Belia dan Sukan mempertimbangkan cadangan- cadangan tersebut agar fungsi gelanggang futsal tersebut akan dikekalkan selama-lamanya tanpa terbengkalai akibat kerosakan yang mungkin bertambah serius pada masa yang akan datang. Itu sahaja. Sekian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada berkenaan B.020100, B.020200, B.020300. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana dapat menghasilkan banyak pingat di sekolah Olimpik selain daripada badminton. Kita tidak boleh bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei seorang sahaja. Apa Pandelela mencapai adalah satu break through, dengan izin, untuk negara kita. Tidak hanya Pandelela menjadi wanita pertama untuk memenangi pingat Olimpik untuk Malaysia, dia juga orang pertama bukan Melayu bumiputera untuk mencapainya. Pandelela mengingatkan kita bahawa diberi peluang bumiputera bukan Melayu juga ada kebolehan dan mempunyai banyak untuk ditawarkan untuk negara kita. Walaupun ini adalah perkembangan yang bagus untuk sukan Malaysia, ini juga memaparkan dua kelemahan yang besar sukan di Malaysia. Masalah pertama ialah bahawa budaya sukan untuk wanita Malaysia jauh lebih lemah berbanding lelaki. Walaupun sukan kita telah menghasilkan keputusan cemerlang dalam skuasy melalui Datuk Nicol David dan sudah tentu wanita kita mencapai yang baik dalam boling tetapi secara umumnya dalam sektor sukan Malaysia, lelaki adalah jauh lebih maju daripada wanita. Prestasi Piala Sudirman kami adalah petunjuk jelas perbezaan dalam pembangunan sukan antara lelaki dan wanita. Tahun depan adalah Piala Sudirman akan diadakan di Malaysia. Pasukan badminton kami bersedia untuk membuat satu kejayaan kali ini. Menteri boleh menerangkan langkah-langkah tambahan yang akan diambil untuk mengangkat wanita dalam sukan sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Masalah kedua ialah kekurangan peluang dalam sukan untuk orang asal dan orang India di negara kita. Bagi seorang untuk mencapai sesuatu dalam sukan mereka perlu pada umur yang muda. Akan tetapi sekolah kaum India dan orang asal tidak mempunyai kemudahan dan pelatih untuk memberi mereka satu permulaan yang baik. Berapa orang Pandelela kita telah hilang kerana kita tidak memberi peluang untuk mencapai potensi mereka. Bolehkah Menteri menjelaskan bagaimana kementerian boleh meningkatkan peluang untuk sukan untuk kaum India dan orang asal di negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Kementerian Belia dan Sukan ini, saya akan berbahas mengenai Butiran 020300 - Pembangunan Belia yang saya sekalikan dengan Butiran 04005 - Program Kepimpinan Belia Negara.

Jadi kalau kita melihat pembangunan belia sentiasa mendapat tempat dalam agenda negara kita dan kita kalau lihat belia juga tonggak masa depan, masa kini dan juga pada masa depan negara. Jadi menerusi kelompok belia negara sentiasa teguh dengan idea dan pandangan belia dalam menghala tujukan negara terutama menjelang tahun 2020 sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, saya mendapat maklum bahawa Parlimen Belia dijangka akan bersidang untuk kali pertama pada pertengahan April tahun 2013 depan ini insya-Allah. Jadi di sini saya hendak tahu di manakah Parlimen Belia itu diadakan kelak dan apakah sistem Ahli-ahli Parlimen Belia itu telah dipilih? Saya juga hendak tahu apakah Ahli- ahli Parlimen Belia ini seramai mungkin 222 orang atau lebih dan sebagainya mengikut kawasan Parlimen masing-masing ataupun berdasarkan kepada pencalonan secara talian mengikut syarat-syarat tertentu. Persoalannya sekarang ialah apakah penubuhan Parlimen Belia ini telah mendapat restu kerjasama dengan Parlimen Malaysia sedia ada. Apakah adanya nanti soalan-soalan seperti mana dalam Aturan Mesyuarat serta perbahasan melibatkan rang undang-undang dan sebagainya? Perkara ini penting bagi memastikan kelancaran Parlimen Belia tidak dipolitikkan kelak oleh pihak-pihak tertentu. Jadi kita hendak tahu apakah ia selaras dengan kehendak Perlembagaan Negara ataupun adanya pindaan tertentu dalam undang-undang Akta Pertubuhan Belia dan Akta Pembangunan Belia atau bagaimana. Jadi saya hendak tahu apakah Ahli-ahli Parlimen Belia ini mendapat elaun tertentu seperti Ahli-ahli Parlimen yang sedia ada sekarang. Saya juga hendak tahu apakah mereka ini terikat dengan agenda eksekutif ataupun mempunyai majlis tertentu dalam menentukan hala tuju Ahli-ahli Parlimen Belia ini dan bebas, telus, integriti dan ada akauntabilitinya. Apa yang penting saya hendak tengok ialah Ahli-ahli Parlimen Belia itu nanti hanya perlu bersama visi dan misi negara iaitu mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju di dunia menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, mengenai belia juga oleh pembangunan belia juga, kita dulu ada telah meluluskan Akta Pembangunan Belia. Jadi kesan daripada akta ini jikalau kita tengok Kementerian Belia dan Sukan telah mengecilkan skopnya hanya memfokuskan kepada persatuan-persatuan belia yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Belia sahaja. Jadi kesannya banyak badan-badan sukarela yang lain yang selama itu mendapat juga bantuan dan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan ini telah nampaknya diabaikan. Jadi antara pertubuhan-pertubuhan ini kalau kita lihat seperti Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan Persekutuan Pengakap Malaysia sendiri dan lain-lain rasa saya kalau dulu mereka mendapat peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan juga tetapi kini peruntukan itu kalau saya difahamkan pengakap memang tidak ada sudah, tidak diberi. Kita jangan lupa bahawa dalam badan-badan sukarela ini seperti pandu puteri dan pengakap, mereka ini merentasi umur iaitu daripada sekolah rendah yang kita panggil kalau contoh pengakap, pengakap kanak-kanak, kita ada Pengakap Muda, Pengakap Remaja yang umurnya ialah 15 tahun dan ke atas yang termasuk juga di dalam Akta Pembangunan Belia itu dan juga Pengakap Kelana yang umurnya di antara 18 hingga 26 tahun mengikut pada Akta Belia di peringkat antarabangsa dan juga daripada 26 ke 40 tahun dan seterusnya seumur hiduplah sampai pencen jadi pengakap. Jadi kumpulan yang daripada 18 atau 16 ke 40 tahun ini sebenarnya ramai lebih kurang 40 peratus daripada ahli-ahli yang kita panggil Pengakap Kelana yang terdiri daripada dalam ukuran umur belia. Jadi apabila mereka ini diabaikan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, cuba menjelaskan sedikit istilah pencen itu. Pencen apa itu? Pencen kerjakah, pencen masuk dalam bawah itu?

Pencen kerja tidak masuk makna kalau kita lihat bila sebut berpencen ini dia pencen kerja tetapi dari segi kerja-kerja kesukarelaan dia memang tidak ada erti kata pencen. Ada seorang rakan saya, seorang ahli pengakap dia meninggal dunia dalam perjalanan hendak pergi ke mesyuarat latihan pengakap. Jadi yang itu yang tualah tetapi yang penting bagi saya adalah yang dalam lingkungan umur belia ini yang sepatutnya kita masukkan ke dalam Akta Belia sekarang ini mereka seolah-olah tiada tuan dia. Kementerian Belia tidak mengaku dia kerana kata dia di bawah Akta Pembangunan Belia ini mereka hanya dalam yang berdaftar sahaja yang lain tidak. Jadi tidak tahu ke mana siapa yang kita hendak jadi tauke ini pun susah juga. Saya bimbang jadi hantu raya tidak bertuan nanti pun susah juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Putatan okey terima kasih sila. Tetapi sekejap ya saya masa singkat ini.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak berapa setuju dengan kawan saya daripada Lipis berpencen. Pengakap, “once a scout always a scout.” Scout, pengakap ini memang golongan beruniform belia walaupun dia umur sudah lebih daripada 41 tahun termasuk macam sayalah. Saya masih belia jadi saya minta daripada Yang Berhormat tanya jika bersetuju jika kementerian ini yang menjaga pembangunan belia ini supaya disediakan satu butiran bagi pengakap. Ini kerana yang lebih umur itu masih juga hati belia, budaya belia, gerak geri belia dan kita boleh menjadi pemimpin kepada belia. Ini memerlukan lanjutan untuk kepimpinan belia walaupun kita umur sudah meningkat tidak tualah. Saya harap kalau boleh bersetuju seorang ketua pesuruhjaya negara boleh memohon kepada pihak kementerian dan pihak kementerian harap mengambil iktibar ini bahawa ini satu-satunya persatuan belia yang terunggul di negara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan sebenarnya dalam pengakap ini dia tidak ada erti kata pencen. Jadi saya kata begitu juga dengan bagi saya Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance kita tengok mereka ini memang tidak ada tetapi apa yang penting bagi saya ialah di samping kita menggalakkan belia-belia yang berpersatuan ini tetapi bagi mereka yang bergerak dalam badan-badan kesukarelaan yang lain ini pun perlu diberi perhatian. Saya hendak mencadangkan di sini sebenarnya kalau boleh Kementerian Belia dan Sukan ini di pecah dua. Kementerian Belia satu, sukan kita fokus yang lain tetapi Kementerian Belia ini menjadi Kementerian Belia dan Kesukarelaan. Mana badan-badan sukarela yang ada kaitan dengan belia yang secara menyeluruh diletakkan di bawah kementerian ini. Rasa saya lebih sesuailah kerana kadang-kadang belia dan sukan ini dia macam tidak tally pula kadang ada masanya. Jadi di samping itu saya hendak pergi kepada Butiran 040300...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis.

Yang ini sahaja ada sikit. Dari segi Festival Belia Putrajaya. Saya berharaplah selain daripada Putrajaya, kita bawa jugalah makna kita sokong di Putrajaya terima bagus banyak kali sudah saya menyertainya walaupun sudah melebihi umur belia tetapi bagus tetapi kalau boleh dibawa ke peringkat negeri dan juga daerah kerana tidak ramai orang Malaysia dapat pergi ke Putrajaya. Akan tetapi, kalau ada di peringkat daerah, di peringkat negeri mungkin lebih ramai lagi penglibatannya. Sikit sahaja ini pasal hal Lipis ini. Dari segi gelanggang sukanlah saya minta supaya tadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tanjong Piai supaya ada butiran penyenggaraanlah padang futsal ini. Ini kerana setakat ini tidak ada penyelenggaraan. Susah ya. Akhirnya wakil rakyat terpaksa menanggung penyelenggaraan ini kalau ada keperluan.

Kemudian, Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti, saya mintalah supaya dibina sebuah di dalam kawasan Parlimen Lipis kerana janji pada tahun 2004, saya ingat lagi apabila saya mula-mula menjadi wakil rakyat, Menteri pada masa itu berjanji akan membina sebuah kompleks sukan komuniti dalam Parlimen Lipis tetapi sehingga tahun 2012 belum ada lagi. Di Parlimen Lipis ini saya tengok daripada segi gelanggang sukannya agak ketinggalanlah yang bertaraf antarabangsa dan sebagainya. Jadi setakat itu dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan pohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Memang masa pun sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya, tadi ada Yang Berhormat mengatakan bahawa prestasi ahli sukan wanita adalah jauh terkebelakang daripada ahli sukan lelaki. Kementerian ini perlu ada gender perspektif. Jadi saya lihat di dalam buku ini, Kementerian Belia dan Sukan, ia ada prestasi aktiviti under Aktiviti 2 – Pembangunan Sukan. Ia kata peserta program pembangunan sukan, ia ada satu angkalah, 30,311 untuk tahun 2011. Akan tetapi ia tidak beri ada berapa orang adalah lelaki, ada berapa orang adalah wanita. Saya rasa ini merupakan satu angka yang senang dipisahkan. Saya harap kementerian ini kalau boleh menunjukkan bahawa peserta ini berapa orang wanita, berapa orang lelaki supaya sumber-sumber ini ia diberikan mengikut keperluan pemuda dan pemudi. Ini kerana pemuda dan pemudi, saya rasa minat mereka tidak sama. Umpamanya futsal. Futsal sudah banyak dipromotekan. Sukan bola sepak pun banyak dipromotekan tetapi ini semuanya untuk lelaki. Untuk wanita, untuk pemudi, apakah yang kita promote untuk mereka? Saya rasa tidak ada ya? Saya kagum dengan prestasi Shila, penyanyi kita yang sudah memenangi Asian Wave itu. Champion tahu? Di seluruh Asia, di Shanghai. Beliau menyanyikan lagu English, lagu Melayu dan lagu Mandarin. Saya begitu kagum dan proud dengan prestasi beliau. Juga ada beberapa orang pemudi, pemuda kita yang sudah menyertai pertandingan nyanyian di Taiwan, mereka juga prestasinya sangat hebat dan membuat negara kita bangga. Akan tetapi, saya rasa Kementerian Belia dan Sukan tidak ada Rakan Muda menyanyi, tidak ada. Akan tetapi mereka ada prestasi. Kita pun ada atau tidak ada, saya tidak tahulah, sama ada Rakan Muda hip hop dance, adakah? Saya pun tidak tahu tetapi ramai pemuda dan pemudi mereka suka hip hop dancing atau street dancing kerana ini merupakan trend dunia sekarang. Ramai. Ia banyak menggunakan tenaga, bukan senang. Saya rasa kalau ramai pemuda-pemudi kalau mereka minatnya ialah untuk hip hop dancing atau street dancing, saya rasa tidak ada obesiti lagi. Tidak boleh jadi obesiti kerana itu memerlukan banyak tenaga. Saya rasa itu merupakan satu sport yang baik. Adakah kita memberikan apa-apa program yang mana kita berikan tempat-tempat untuk aktiviti-aktiviti seperti ini? Juga di Butiran 020200 – Pembangunan Belia. Belia yang mengikuti kursus dan Program Pembangunan Kompetensi Kepimpinan Belia pada tahun 2011 ada 6,900 orang. Sekali lagi, ia tidak ada angka berapa orang adalah pemudi dan berapa orang adalah pemuda. Saya tidak tahu sama ada mereka memang ada data seperti ini tetapi tidak dibekalkan kepada kami. Saya harap pada tahun hadapan, semua ini ada segregation data supaya kita tahu berapa peratus wang di dalam kementerian ini dibelanjakan untuk pemuda dan berapa yang dibelanjakan untuk pemudi dan apakah aktiviti yang target nya ialah pemuda dan apakah aktiviti yang target nya ialah pemudi. Sama jugalah kerana ada banyak data yang tidak ada segregation umpamanya di Aktiviti 4 – Program Rakan Muda yang diadakan di peringkat, ada berapa orang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya harap semua ini, pentadbiran latihan umpamanya dalam Program 3 – Pembangunan Sumber Manusia, permohonan ke Institut Kemahiran Belia Negara ada 43,452 orang, berapa orangkah daripadanya adalah wanita dan berapa orangkah daripadanya adalah lelaki dan apakah kursusnya? Latihan apakah yang diberi? Sama ada latihan ini sesuai untuk pemudi atau pemuda? Saya rasa kita mesti fikir kerana minat mereka adalah tidak sama dan pekerjaan pun tidak sama. Jadi, latihan yang diperlukan adalah tidak sama. Juga Butiran 030200 – Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara. Belia yang dilantik dalam bidang teknikal dan vokasional, berapa orangkah daripadanya adalah pemudi dan berapa orangkah daripadanya adalah pemuda? Saya rasa kita perlu ya. Akhirnya saya hendak minta penjelasan kerana tempoh hari kita ada bahas sama ada atlet OKU dan atlet biasa, ganjaran yang diberikan adalah tidak sama, prize money adalah tidak sama. Saya hendak tanya, adakah ini kebiasaannya ataupun hanya bidang- bidang yang tertentu? Umpamanya saya ingin tahu, iaitu ganjaran untuk competition marathon, sama ada prize money untuk lelaki dan untuk perempuan atau wanita sama ada berbeza ataupun sama? Sekiranya ia berbeza, apakah sebabnya? Ini kerana saya tidak tahu apakah sebabnya, jadi saya tanya. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya ingin merujuk pada butiran berikut dalam satu kumpulan di sini, iaitu Butiran 020100 – Belia dan Sukan, Butiran 020200 – Pembangunan Sukan dan Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Di sini Tuan Pengerusi, saya hendak menyuarakan hasrat hati kita di kawasan luar bandar. Saya rasa sering kali kita membawa perkara ini. Jadi saya mengharapkan kali ini ia didengari dan juga bukan sahaja didengar dan diambil tindakan oleh pihak kementerian. Saya amat prihatin terhadap perkembangan sukan dalam kalangan belia di luar bandar. Saya rasa di sinilah kita dapat mencari ikon belia, mencari ikon sukan yang betul- betul berkemahiran. Kita mengambil contoh seperti Pandalela. Pandalela adalah dari kawasan luar bandar. Kalau kita di Malaysia ini, kalau kita menggunakan peluang ataupun menggunakan cara yang terbaik untuk mencari mereka yang boleh mewakili Malaysia, kita harus pergi ke seluruh pelosok kawasan-kawasan di negara ini. Janganlah ketinggalan bagi kawasan luar bandar.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya teringat Yang Berhormat Rembau dan rakan-rakannya dahulu pernah menganjurkan program bola sepak, mencari bakat di kawasan-kawasan termasuk di kawasan luar bandar. Jadi ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka dari luar bandar menunjukkan bakat mereka. Akan tetapi malangnya, ianya saya nampak macam satu program one-off sahaja. Jadi apakah perancangan ataupun tindakan kementerian untuk meneruskan program seperti mana yang telah dianjurkan oleh Yang Berhormat Rembau dahulu? Macam mana mereka dapat meneruskan supaya kita dapat mencungkil bakat- bakat mereka yang berada di kawasan luar bandar? Tadi rakan kita dari sebelah sana pernah menyentuh mengenai Pandelela dan saya juga melihat ramai lagi mereka yang berbakat di kawasan-kawasan di luar bandar. Akan tetapi mereka ini macam mana hendak diterokai kalau mereka ini tidak diberi kesempatan. Selain dari itu juga, untuk membangunkan mereka ini, mereka tidak mempunyai kemudahan yang ada. Kemudahan yang bersesuaian untuk mereka mengasah kemahiran mereka. Jadi saya mengharapkan pihak kementerian untuk melihat kepada perkara ini dengan serius sekali. Bagaimanakah kementerian boleh mempengaruhi kami sebagai pemimpin di kawasan-kawasan masing-masing ini untuk mengusahakan agenda sukan ini di kalangan belia di kawasan-kawasan kami. Seterusnya saya hendak merujuk kepada Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Kita perhatikan ramai di kalangan remaja sekarang amat kreatif sekali.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Mempunyai idea yang baik dan kalau kita perhatikan juga, kerajaan telah memberi galakan melalui bajet untuk menggalakkan inovasi dan juga kreativiti di kalangan pelajar dan juga di kalangan belia. Jadi macam manakah kementerian mencantumkan idea ini melalui bajetnya? Saya merasakan juga saya tahu beberapa mereka yang terlibat dalam sukan dan juga seni tetapi melalui kemahiran itu, mereka juga terlibat dalam perniagaan. Jadi macam mana pihak kementerian boleh menggunakan mereka ini sebagai ikon untuk memberi ceramah ataupun menggunakan mereka ini sebagai trainer mereka, memberi idea kepada belia-belia yang sudah terlibat dalam sukan untuk meneruskan agenda mereka selain daripada bersukan juga dalam bidang ekonomi supaya ia menjadi satu agenda yang boleh diteruskan bukan sahaja melalui kemahiran bersukan tetapi juga dalam bidang perniagaan. Butiran seterusnya ialah 050100 – Program Pembangunan Belia. Bagaimanakah kementerian mencorakkan pembangunan belia melalui program-program yang mereka lakukan? Ini kerana saya perhatikan program-program yang diadakan kebanyakannya lebih bertumpu kepada kawasan-kawasan bandar. Jadi di luar bandar, mereka tidak melihat potensi yang ada pada diri mereka melalui program-program pembangunan belia ini. Kita banyak membantu mereka di bandar. Itu pun tidak secara sistematik. Jadi saya hendak mendengar apakah jawapan dari Yang Berhormat Menteri untuk membantu belia-belia dalam pembangunan mereka melalui aktiviti yang mereka ada yang disusun atur oleh kementerian untuk membantu belia di kawasan luar bandar? Seterusnya 02007 – Kompleks Sukan Komuniti, 00402 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD). Saya cantumkan semua sekali sebab ia berkisar kepada perkara yang sama iaitu kompleks sukan sama ada ia komuniti belia dan sukan mahupun kompleks Rakan Muda. Apa yang penting ialah kami memerlukan kompleks sukan, Tuan Pengerusi sebab kawasan kami memang tidak ada. Saya telah memohon. Jadi saya mengharapkan sekurang-kurangnya sedikit demik sedikit diberilah...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Di mana, Yang Berhormat? Di Simunjan?

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Di kawasan Batang Sadong. Di Simunjan tidak ada, di Sadong Jaya tidak ada. Jadi kami terpaksa menumpang di tempat lain. Ini telah diajukan kepada saya sudah hampir satu penggal saya habis ini. Sebelum ini pun ia menjadi satu isu. Jadi saya memohon agar diambil perhatian dan diambil tindakan. Saya merayu di sini. Saya tidak tahu sama ada haruskah saya merayu tetapi kali ini saya hendak merayu supaya ia diambil tindakan untuk memberi ruang kepada penduduk di sana mempunyai satu kompleks sukan dan sekurang-kurangnya tidak menumpang di kawasan orang lain. Jadi ini yang menjadi isu yang sering kali dikemukakan kepada saya terutama sekali apabila menjalankan pertandingan untuk mereka di kawasan parlimen-parlimen hendak bertanding. Tidak ada tempat, Tuan Pengerusi. Jadi saya rasa ini adalah kali terakhir sebelum kita menghadapi pilihan raya. Jadi mungkin nasib kami lebih baik kali ini, di ambil kira permohonan ini supaya ia menjadi kenyataan untuk orang di kawasan saya. Saya mohon menyokong. Terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan dan butiran di bawahnya sekali gus. Tuan Pengerusi, saya juga berpendapat mengenai dengan kemajuan sukan dan pembangunan belia ini. Nampaknya tidak menjadi dan tidak menggalakkan. Kalau hendak berleter, memang panjang. Ini kerana saya mengatakan demikian kerana mungkin berpunca daripada perancangan yang tidak betul dan penggunaan duit yang tidak fokus dan tidak kena pada sasaran. Kalau tengok kepada belanja ini tidak sedikit akan tetapi tidak menjadi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Maka saya hendak mencadangkan supaya pihak Kementerian Belia dan Sukan merangka strategi pembangunan sukan sehingga tahun 2020 dan juga strategi pembangunan belia seperti mana kerangka strategi pembangunan pendidikan yang sedang disiapkan sekarang ini. Dengan mendapat pandangan-pandangan umum, pandangan-pandangan daripada NGO-NGO, golongan-golongan yang berkepentingan, saya percaya sudah sampai masanya. Ini kerana kalau kita lihat kepada kedudukan sukan negara kita ini, ia memang amat-amat mengecewakan. Sememanglah baru-baru ini dapat pingat perak oleh Dato’ Lee Chong Wei dan pingat gangsa oleh Pandelela, memanglah riuh rendah kita arak ke sana ke sini berseronoknya. Akan tetapi baru perak. Baru setakat itu sahaja, Yang Berhormat Sri Gading. Tentu ada yang tidak kena. Belanjanya banyak. Sebenarnya Tuan Pengerusi, kita negara Malaysia ini negara makmur. Makmur maknanya kalau miskin pun makan itu lebih. Makan lebih. Daripada awal lagi pemakanan kita tidak betul. Maka sebab itu kita lahir, anak-anak yang lahir pun kita tengok ibu bapa tidak jaga dari segi pemakanan. Dengan junk foodnya, dengan macam-macam. Gemuklah, pendeklah. Termasuk kita semualah. Jadi sebab itu kita tidak berjaya. Macam mana hendak berjaya, sebab itu kena rangka balik. Sama juga belia. Tengok, macam-macam program. Akan tetapi dalam pusat serenti tidak berkurang. Baik dadah, baik jenayah, baik mat rempit. Maknanya tidak berjaya. Tidak berjayalah, tidak berjaya. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan, dengan macam-macam program. Sampai kepada program kepimpinan belia ini RM4 juta. Latih 20,30 orangkah atau 40,50 orangkah, 200 orangkah setahun, belanja habis RM2 juta. Buat perhimpunan sana perhimpunan sini, hendak belia berakhlak tetapi pada masa yang sama panggil orang bernyanyi yang tidak tutup aurat. Benda ini, semuanya kontradiksi. Mungkin sesetengah duit ini saya tidak tahulah. Bila dia buat program-program ini banyak hendak cari untung penganjur-penganjur ini. Bannernya lebih, benderanya lebih, topinya lebih, t-shirtnya lebih, managementnya lebih tetapi kepada sasaran tidak sampai.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

So, in between there are people who are going to make money, that’s all dengan izin. Jadi apa lagi hendak cakap? Saya rasa ini yang boleh belajar dari segi sukan, dari segi bola sepak. Ini negeri saya Yang Berhormat Sri Gading, Kelantan. Saya hendak ucap tahniah kepada pemain-pemain Kelantan kerana dahulu Kelantan cukup menurun di peringkat bola. Tidak menang-menang dan kedudukan KAFA pun hutangnya banyak. Ditadbir oleh siapa? Oleh pimpinan negeri. Exco Kerajaan Negeri. Hutang bukan main banyak. Saya hendak ucap tahniah kepada Tan Sri Dato’ Anuar Musa sebab kejayaan Kelantan tidak boleh dipisahkan dengan kepimpinannya dan boleh belajar pengalaman daripadanya tetapi bila dia menegur, dia pula digantung. Saya sempat bersembang dengan dia saya tanya macam mana sebab melalui kepimpinannya dia boleh pulih KAFA dan tahun ini sahaja triple champion. Piala FA, Piala Liga dan Piala Malaysia. Dahulu tidak masuk akal. Jadi banyak kena belajar. Kita tengok Skuad Harimau di bawah Raja Gopal, saya dengar gaji RM75,000 sebulan dan sudah ada perlawanan persahabatan saya tengok tidak berapa menjadi. Jadi dia kata, jangan bimbang sebab dahulu pun begitu. Jadi cara bercakap ini betul-betul harap pada nasib. Saya tengok manusia bercakap ini from the body language, from what he said dengan izin. Jadi kita tidak boleh. Sebab mereka yang berjaya ialah kerana perancangan. Tengok di Afrika. Di Afrika itu Yang Berhormat Sri Gading makan tidak cukup. Air pun tidak ada, kulit pun gelap tapi kita tengok berapa ramai yang muncul juara-juara dunia. Jadi apa yang kita boleh belajar ialah daripada semangat jati diri itu kena lebih daripada ganjaran itulah, ganjaran inilah, arak sana, arak sini. Belum bertanding macam- macam publisiti. Komen sana, komen sini, macam-macamlah sehingga golongan yang terlibat ini pemain-pemain ini jadi tertekan. Psikologi pressure sebab pengharapan begitu tinggi. Akan tetapi kita tengok sesetengah negara yang saya sebutkan tadi tidak adalah gila-gila sangat publisiti macam kita ini. Tidak usahlah hendak banding dengan Liga FA, England dan sebagainya. Itu mereka meniaga. Itu professional and business oriented tetapi kita tengok negara-negara Afrika yang miskin boleh berjaya sebab kerana kes makan tidak cukup mereka lebih panjang umur daripada kita. Kerana kes makan tidak cukup kurangnya penyakit diabetes di Afrika.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita di sini tidak puas hati itu, tidak puas hati ini. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati, gaji tidak cukup, macam-macam tapi umur 45 tahun sudah diabetes, sudah macam- macam penyakit. Jadi ini ada kena-mengena sebab itu kena tengok balik secara holistik pihak Kementerian Belia dan Sukan. Janganlah membazir duit lagi. Membazir duit ini saya tengok semualah bukan sahaja Kementerian Belia dan Sukan, lain-lain kementerian pun. Kementerian Pelancongan kah, itu ini semuanya karnival, karnival. Karnival sana, karnival sini, himpun sana, himpun sini. Betul sudah tetapi biarlah bermanfaat jangan membazir membabi buta jemput kumpulan untuk tunjuk macam-macam show ini saya dengar ratus ribu kosnya. Ini apa ini? Jadi kena bertanggungjawab. Oleh sebab itu saya cadangkan rangka strategi pembangunan sukan dan minta pendapat-pendapat daripada akar umbi. Jemput golongan-golongan berkepentingan ini, memberi pandangan dan tengok macam mana pengurusan sukan, NGO- NGO,pembangunan belia. Ini belia-belia ada sesetengah persatuan belia yang tidak sekuat mana pun, ahli tidak berapa kerat pun tapi dapat bantuan. Ada bantuan yang lebih-lebih, ada belia-belia dan NGO-NGO yang aktif tapi tidak dapat sokongan sebab di peringkat bawah pegawai-pegawai pula ada tengok mana kumpulan yang ada kabel dengan dia.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya suka dengar ucapan Yang Berhormat itu tapi masa satu minit lagi.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, sedikit lagi saya hendak gulung. Jadi di peringkat-peringkat bawah dia bagilah. Kalau dia kenal kawan dia, rapat “Okey you hendak I bagi”. Orang lain minta tidak dapat. So, tidak telus, ada ketirisan. Tidak sampai kepada sasaran yang sebenarnya. Orang yang memerlukannya untuk memimpin belia ini. Jadi Tuan Pengerusi minta maaf, saya lebih sedikit tadi. Saya memang ada lagi tapi masa tidak cukup apa boleh buat tapi itulah pandangan saya yang ikhlas. Saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin teruskan kepada Butiran 020100 – Belia dan Sukan, 020200 – Pembangunan Sukan. Seperti mana dengan rakan-rakan yang lain saya juga bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas iaitu dalam keadaan kita ingin mencapai kecemerlangan dalam sukan negara tumpuan ataupun fokus kepada sukan- sukan utama yang mana beberapa kali Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri- Timbalan Menteri menjawab di Dewan yang mulia ini bahawa kita insya-Allah dengan program gemilang, pelbagai program yang telah kita buat kita akan mendapat kejayaan tetapi ada sedikit-sebanyak kecacatan yang berlaku. Di samping itu seperti mana Yang Berhormat Pasir Mas katakan tadi kita terlalu memberi tekanan iaitu publisiti yang keterlaluan yang kita telah berikan dan kita letakkan untuk terpikul di bahu seseorang atlet. Jelas kerana itu maka kita lihat beberapa atlet seperti acara berbasikal kita di Sukan Olimpik London baru-baru ini dan acara-acara archery iaitu menanah dan sebagainya, kita lihat mereka walaupun menampakkan sedikit peningkatan mencatatkan rekod dan layak ke peringkat akhir dan sebagainya tetapi mereka gagal mendapat pingat seperti mana yang menjadi sasaran ataupun target kita pada masa- masa yang lalu. Berbalik kepada sukan utama negara sukan bola sepak yang dibahaskan oleh ramai rakan sama ada rakan di pihak kerajaan ataupun pembangkang. Sukan utama negara ini, saya tidak hendak mempertikaikan struktur organisasi pentadbiran FAM. Pada saya program yang dibuat memang dirancang, diteliti, dikaji oleh pucuk pimpinan FAM yang diterajui Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan Timbalannya Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Mahkota Pahang. Kita tidak nafikan program itu baik, program yang dirancangkan teliti tapi cuma kita katakan kita lihat contohnya di saat-saat kita membuat persiapan untuk menghadapi Piala Suzuki baru-baru ini.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya bersetuju dengan rakan-rakan bahawa hanya mengharapkan tuah dengan membuat perbandingan rekod-rekod terdahulu untuk memberi kesedapan kepada diri kita. Saya juga tidak mempertikaikan kenyataan pengurus pasukan Dato’ Subhan rakan karib saya, mengatakan bahawa kita akan- tapi ada beberapa pemain-pemain yang lebih layak. Misalnya bermain di Liga Portugal misalnya. Walaupun beliau berusia 18 tahun tetapi kenapa dia dipilih oleh kelab di Portugal walaupun berlatih dengan skuad pelapis di peringkat kelab tetapi insya-Allah akan diserapkan sebagai pemain utama. Pendek kata dia ada kebolehan, ada teknik yang advance ataupun ke hadapan kalau dibandingkan dengan pemain-pemain yang lain. Jadi perkara-perkara ini kita tidak boleh bagi kuasa penuh kepada ketua jurulatih yang dibayar gaji mahal dan sebagainya kerana bukan saya tidak yakin dengan kebolehan yang ada pada jurulatih tempatan tetapi dalam masa yang sama kita harus mempunyai panel jurulatih yang harus juga mempunyai idea terkini yang menerapkan teknik-teknik terkini dalam permainan bola sepak. Bukan saya mengatakan bahawa jurulatih yang ada di negara kita ini tidak update kepada knowledge ataupun perkembangan bola sepak dunia ataupun moden yang terkini tetapi kita perlu mencampurkan dengan jurulatih-jurulatih daripada luar. Dengan jumlah yang dibayar saya rasa kita tidak ragu-ragu untuk kita mendapat khidmat jurulatih daripada luar negara. Berbalik kepada soal liga kita. Kita telah memasuki liga profesional, semi pro agak lama. Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan kita di Jepun, di Korea, dan yang terbaru di China kita lihat walaupun mereka baru dalam arena profesional mereka telah melonjak jauh ke hadapan. Malah kalau kita hendak melihat ranking pun macam tadi Yang Berhormat Sri Gading bagi tahu ranking 154 bukan boleh dibanggakan. Tidak ada apa yang dibanggakan di Dewan yang mulia ini dengan curahan peruntukan besar yang kita berikan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Pernah kita mencadangkan kita import dua, tiga orang pemain bagi taraf kerakyatan. Tak mengapa, Yang Berhormat Menteri jawab, kita boleh terima. Kita mahu bentuk jati diri kita sendiri, mempunyai pemain negara rakyat kita. Kita bangga dengan rakyat kita. Itu kita akui. Akan tetapi kita lihat Jepun, Korea dan negara-negara yang maju dalam bola sepak seperti Sepanyol, juara dunia, juara Eropah, dua kali berturut-turut juga telah mengambil pemain daripada Brazil dengan memberi kerakyatan kepada mereka. Menunjukkan kata mereka tahu bahawa percampuran pemain dan pelbagai teknik dari pelbagai negara akan menghasilkan satu ramuan ataupun keputusan yang memuaskan. Oleh sebab itu teknik permainan Sepanyol sekarang cukup hebat malah mengalahkan Amerika Latin. Percampuran di antara teknik Eropah dan teknik Amerika Latin. Perkara-perkara ini kita pernah mencadangkan. Apa salahnya? Kita pernah berbuat demikian. Kita pernah bagi kerakyatan kepada atlet terjun, atlet renang dan sebagainya. Kenapa kita tidak boleh beri kerakyatan kepada atlet bola sepak? Hanya untuk tiga posisi sahaja. Di pertahanan, midfield dan juga di peringkat penyerang. Kenapa ini tidak dibuat? Kita banyak curahkan peruntukan tetapi ini sebagai bimbingan ataupun langkah utama untuk kita majukan sukan bola sepak negara kerana liga kita ini sudah lama tetapi tenggelam timbul. Sekejap ada pemain import macam kawan-kawan kata, sekejap lagi tak ada. Selepas itu kita terus tamatkan, kemudian kita adakan balik. Tidak konsisten dasar- dasar yang kita buat sekarang ini. Jepun dan Korea baru tetapi liga profesional mereka mantap. Daripada umur 12 tahun sampai 19 tahun mereka telah hantar berlatih di Amerika Latin pemain-pemain ini balik menjadi pemain yang mantap di peringkat kelab mereka dan kita lihat di peringkat Olimpik mereka berada di kedudukan tiga dan empat di peringkat dunia. Itu sesuatu yang cukup membanggakan bagi kelab-kelab Asia yang satu masa dahulu sebenarnya adalah setaraf ataupun boleh dikatakan kita pernah mengalahkan mereka pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dan sebagainya. Jadi, sebab itu saya mohon pihak kementerian, acara-acara sukan lain sekalipun yang kita anggap yang tidak melibatkan soal fizikal yang seperti saya katakan tadi perlu kita bagi fokus supaya Rio nanti kita masih lagi tidak kempunan untuk membawa kilauan emas kembali ke negara kita. Jadi, di samping fokus yang kita buat dan dalam liga bola sepak kita, kita harus juga saya cadangkan kepada kerajaan, harus promosi lebih hebat untuk meyakinkan syarikat-syarikat GLC, syarikat-syarikat korporat supaya membuat tajaan seperti mana Jepun. Samsung, ia ada satu pasukannya. Di Korea, ada Samsung yang menjuarai Piala Asia baru-baru ini. Ditaja sepenuhnya oleh syarikat korporat.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Akan tetapi di negara kita, syarikat-syarikat korporat tidak begitu berkeyakinan untuk mereka membuat pelaburan dalam sukan bola sepak kerana mungkin mereka melihat pelbagai kerenah birokrasi yang berlaku, yang harus diperbetulkan.

[Bangun]

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Mungkin dasar kita buat memberi tumpuan kepada peserta sukan untuk mengendalikan dalam menaikkan mutu sukan negara tetapi perkara- perkara ini sepatutnya harus dikaji semula oleh pihak kementerian supaya kita akan dapat menempah nama di peringkat antarabangsa nanti. Silakan Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Menyebut tentang bola sepak negara. Dalam perbualan saya dengan beberapa rakan, yang salah ini ialah jurulatih. Taraf jurulatih kita itu sebenarnya di mana, taraf dia? Soal-soal berkaitan dengan skil, berkaitan dengan ketahanan fizikal, berkaitan dengan taktik-taktik serangan, taktik-taktik pertahanan, ini mesti dikuasai oleh seseorang jurulatih. Jurulatih yang berkesan, dia boleh membentuk pasukan dan pasukan yang dibentuk oleh jurulatih yang benar-benar berpengalaman, dia tidak bergantung pada nasib. Dia boleh faham di mana tahap kecergasan, kepintaran, kemahiran. Ini saya tengok pemain-pemain, ada sesetengah itu. Saya pun dulu jurulatih sepak takraw bersama-sama dengan jurulatih-jurulatih berkursus di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras dengan mendiang siapa ini? Rakan kita daripada- soal jurulatih itu. Itu yang saya tidak hendak mempertikaikan Datuk K. Rajagopal ini. Akan tetapi saya tidak nampak dia boleh membawa pasukan. Tiga kali dalam pertandingan. Jadi, ini pendapat sayalah Tuan Pengerusi.

Ya, ringkaskan Yang Berhormat. Sudah tiga minit.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya, terima kasih. Saya akan ringkaskan. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya bersetuju sebenarnya. Kadang-kadang kita nampak mutu permainan. Soal hantaran, accuracy dalam membuat hantaran kadang- kadang kita rasa cukup malu. Macam permainan budak-budak di peringkat bawah 16 tahun atau 18 tahun. Kalau ini menggambarkan kita sudah mencapai satu tahap yang advance ke hadapan, ia tidak akan berlaku kalau taraf ataupun skilful yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi. Saya amat bersetuju Yang Berhormat Sri Gading. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Saya berharap, walaupun saya sedar bahawa perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat belia sekarang ini adalah perubahan yang disebabkan oleh faktor masa di mana berlaku dunia global, dunia internet, dunia maya yang menyebabkan belia sekarang kurang mendampingi persatuan ataupun organisasi. Apakah langkah-langkah yang boleh dibuat untuk mendekatkan belia supaya kembali berpersatuan sepertimana berlaku di satu masa dahulu dengan kaedah ataupun cara yang lebih berkesan, yang boleh dibuat oleh pihak kementerian kerana kita tidak menyalahkan. Ini adalah faktor masa yang sebenarnya menyebabkan belia lebih suka hidup bersendiri dan tidak suka bercampur. Sepertimana yang kita katakan tadi, mereka mungkin mengambil tindakan- tindakan bersendiri yang membelakangkan latar belakang sosial dan melakukan perkara- perkara unethical dalam kehidupan mereka. Jadi, mereka sebagai pewaris kepada generasi dan kepimpinan negara di masa akan datang sudah tentu kementerian mempunyai perancangan dan dasar yang jelas dalam menangani masalah ini. Saya akur kepada masa Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau dapat, cuba bunyi macam perbincangan dalam Jawatankuasalah Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah perkara B.45, Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Saya hendak tanya lanjutan daripada pernah satu masa, disebut berkenaan cadangan kerajaan untuk mewujudkan Bank Belia ataupun Youth Bank. Pernah satu masa dahulu dalam beberapa seminar disebut kerana kepentingan untuk menguruskan dana yang ditujukan khas atau yang diperuntukkan khas untuk tujuan pembangunan ekonomi belia terutamanya. Di bawah kepala ini saya hendak tanya sebab peruntukan yang sedia ada tahun lepas dan tahun ini tidak munasabah langsunglah, ada RM1.6 juta sahaja untuk setahun. Jadi tidak nampak ada munasabahnya di bawah Pembangunan Ekonomi Belia untuk menghidupkan, kemungkinan menjayakan aktiviti-aktiviti seperti ini. Saya juga hendak tanya, tidakkah kementerian melihat pentingnya untuk diselaraskan, diletakkan di bawah satu bumbung barangkali. Banyak skim amanah yang ditujukan kepada tujuan membangkitkan kekuatan ekonomi di kalangan para belia seperti amanah saham belia, unit trust yang ditujukan kepada para belia dan juga kalau dilihat secara teliti, peruntukan-peruntukan di bawah pembiayaan pelajaran juga boleh digunakan di bawah satu bumbung yang khas ditujukan dan boleh diuruskan dalam satu institusi kewangan. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hadir dalam Dewan hari ini pernah menjelaskan bahawa antara core business, dengan izin, Kementerian Belia dan Sukan tidak menumpukan kepada kegiatan ekonomi tetapi 10 tahun dahulu tidak sama dengan sekarang. Keperluan untuk belia diuruskan dengan baik terutama daripada kekuatan ekonomi basic mereka ini telah pun sangat mendesak. Jadi, saya harap alasan untuk mengatakan core business Kementerian Belia dan Sukan ini tidak kepada- menjurus kepada memperkuatkan ekonomi di kalangan belia itu sepatutnya dipertimbangkan semula.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya rasa desakan ini agak munasabah kerana pengurusan terhadap belia itu, hal ehwal belia tu memang tertumpu di bawah kementerian Yang Berhormat. Saya nampak walaupun peruntukan amat sedikit, tetapi saya tidak tahulah apa pandangan berkenaan aspek ekonomi belia yang saya sebutkan tadi. Begitu juga Tuan Pengerusi, berkenaan dengan institusi yang melatih para belia seperti Institut Kemahiran Belia Negara. Di bawah Perkara 030200 – Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Peruntukan memang ada, melebihi RM150 juta setiap tahun. Akan tetapi dilihat kurang promosi sehingga mengatakan IKBN ini tidak ada standard, tidak ada tahap yang orang kata boleh dibanggakan dari segi kelulusannya, akreditasinya dan sebagainya. Walhal antara isi kandungan latihan ini ada setengahnya lebih baik jauh daripada institusi pendidikan swasta yang bertaraf IPTS. Jauh lebih baik dari segi isi kandungannya, tetapi kita tidak mengetengahkan kualiti ini menjadikan lepasan ataupun belia yang mengikuti latihan di institut ini dilihat sebagai tidak berapa kualiti dan tidak dipandang. Dia dilihat lebih kepada untuk latihan jangka pendek, untuk urusan mengelak dari belia membuang masa semata-mata. Jadi saya rasa agak kerugian kita kalau berterusan dengan kaedah ini, lepasan daripada IKBN tidak dipandang dan mereka tidak pun boleh mampu untuk mengambil tempat menggantikan pekerja-pekerja asing yang boleh datang dalam negara kita yang sama-sama merebut peluang. Mereka dilihat selalunya diketepikan atau secara automatik tewas dengan pertandingan merebut pekerjaan di banyak lapangan walaupun peringkat yang tidak memerlukan skill ataupun kemahiran yang begitu tinggi. Ini kerana saya fikir IKBN tidak memainkan peranan yang begitu fokus, sekurang-kurangnya ikhtiar untuk menewaskan pertandingan untuk merebut pekerjaan di peringkat yang rendah yang sekarang ini masih lagi dimonopoli oleh pekerja asing yang datang dalam negara kita. Tuan Pengerusi, perkara di bawah Butiran 050500 – Akademi Kemahiran Belia Golf. Ada RM1 juta diperuntukkan. Saya hendak tanya kepada kementerian, walaupun tumpuan diberi kata untuk meningkatkan sukan golf dalam negara kita, setakat ini kita tidak ada- seperti rakan-rakan yang lain, tidak ada apa yang perlu kita yang boleh kita banggakan setakat ini. Sukan golf lebih dilihat kepada sukan untuk golongan elit yang tidak menjadi kata membolehkan kita mendapat kebanggaan dari segi prestasi sukan negara. Saya tidak membantah perkara ini tetapi saya hendak tanya pihak kementerian, sudah dua tahun perkara ini ditumpu dan begitu penting Tuan Pengerusi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan secara tiba-tiba pernah mengumumkan bahawa kerajaan hendak menggalakkan sukan golf ini, dengan tiba-tiba boleh mengumumkan pengecualian cukai penuh kepada duti import kereta buggy, kereta golf itu, pengecualian penuh. Maknanya kereta buggy yang dahulu harganya RM50,000, sekarang boleh dibeli dengan harga cuma RM20,000 kerana duti import telah pun dikecualikan. Jadi, apakah manfaat kepada sukan golf setelah pengecualian duti import kepada pembelian atau mengimportnya kereta-kereta buggy ini. Ada tidak berlakunya, membawa orang kata kebaikan kepada sukan golf yang kita katakan menjadi tumpuan kepada negara. Adakah pencapaiannya ataupun setakat mengumumkan pengecualian itu kerana tumpuan kepada golongan elit, sukan elit semata-mata. Saya pun tidak faham apa maksud pengecualian kepada kereta-kereta buggy ini, untuk tujuan apa? Setakat ini, apakah respons kementerian Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan kepada keputusan kerajaan memansuhkan duti import untuk kereta buggy. Saya langsung tidak faham apakah kaitannya? Apakah manfaatnya kepada pembangunan sukan golf? Terutama adakah ia boleh membantu sama ada syarikat, pusat-pusat latihan golf atau sebagainya, sekarang ini agak sepi selepas pengumuman itu dibuat. Siapakah sebenarnya yang dapat manfaat? Saya ada sedikit maklumat tetapi saya hendak tengok kredibiliti maklumat tentang kebaikan pemansuhan duti import berkenaan dengan kereta-kereta buggy ini. Begitu juga Tuan Pengerusi, Perkara 060300 – Penganjuran dan Penyertaan Sukan. Kerajaan umumkan beberapa hari lalu untuk menjadikan Malaysia sebagai hab sukan permotoran. Pengumuman hab sukan permotoran ini satu perkara yang besar. Dia ibarat satu dasar baru kepada kementerian Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan. Jadi apa persediaan dia untuk kata pengumuman kepada hab? Macam pengumuman kita kepada hab halal, kita memerlukan satu penyediaan infrastruktur yang besar. Ini kerana pengumuman tidak membawa maksud apa-apa kalau tidak disusuli dengan kejayaan. Hab sukan permotoran ini sekali lagi kepada pandangan kebanyakan orang, lebih kepada untuk melihat sukan yang dimonopoli oleh golongan elit tertentu tetapi tidak ada kebaikan kepada generasi ataupun kepada pembangunan belia ataupun sukan itu sendiri. Adalah satu nama Azizul, saya tidak minat pasal sukan ini tetapi saya bimbang kalau tidak ada penyediaan yang rapi, dia mungkin dilihat sebagai kita penggalakan kepada sukan bermotor, menggalakkan naik motor jadi mat rempit sahaja. Saya pun tidak tahu tetapi diumumkan kata hab sukan permotoran dan sudah tentu dalam hab sukan permotoran seperti negara lain Tuan Pengerusi, ada kaitannya itu komponen-komponen motor berkuasa tinggi ini akan harganya mungkin turun, kaedah pemasangannya, latihan pemasangan, untuk maintenance dan sebagainya. Adakah kementerian tumpukan aspek ini, setakat ini saya tidak tahu. Akan tetapi saya minta sekiranya ada, tolong beri pembentangan itu supaya ini boleh menarik minat para belia untuk menumpukan kepada satu bentuk tumpuan baru. Dahulu kita juga umumkan kata untuk hab sukan air daripada mantan Perdana Menteri dahulu, masa zaman dia pengumuman itu dibuat tetapi sekarang langsung tidak ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Oh okey, seminit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terhad kepada sukan kata Monsun Cup sahaja dilakukan yang lainnya tidak tahu, berkubur begitu sahaja. Saya minta dan saya harap oleh kerana kerajaan juga akan tumpukan kepada pemberian RM500 kepada belia yang bujang, jumlahnya dikata 40.7 juta orang. Saya minta tolong kepada Kementerian Belia dan Sukan, tolong kemukakan cadangan kerana jumlah yang kita belanjakan untuk belia bujang RM500 seorang ini banyak Tuan Pengerusi, banyak. Kalau boleh Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah untuk menyediakan pelan cadangan dia. Memberi itu untuk tujuan dimanfaatkan untuk apa. Saya tengok beri helmet setiap orang satu helmet itu okeylah, tidak menjadi masalah tetapi jangan nanti beri helmet, dia gunakan helmet lantun sesama sendiri untuk bergaduh sahaja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini kerana pemberian itu sepatutnya ada satu dasar atau kerangka yang betul, cara kaedah penggunaan. Bukan tujuan kita bagi helmet untuk dipakai sahaja, mesti ada lanjutannya. Saya tidak mahu mengkritik tetapi saya tengok ada lompang di situ yang perlu kita isi untuk beri penerangan, untuk menambah baik kaedah kita melayan atau menguruskan pembangunan belia terutamanya apabila kita memberi sesuatu untuk kepentingan, kebaikan secara am atas generasi belia. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Silam. Saya ingat Yang Berhormat, tidakkan tiap-tiap kementerian semua kena mesti cakap tiap-tiap kementerian. Saya ingat, saya baca semua orang bercakap di sini, tidak nampak ada yang kita aturkan supaya seorang itu cakap di sini, seorang itu bercakap itu. Sila Yang Berhormat Silam.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ringkaslah Yang Berhormat kalau dapat.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Insya-Allah, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kita lihat, kita terkebelakang sudah ini kementerian kita.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk turut sama membahas bagi Maksud B.45. Pertama Butiran 020000 - Pembangunan Belia dan Sukan. Tuan Pengerusi, saya selalu menekankan tentang pentingnya kita membuat R&D dalam kajian dan pembentukan dasar negara kita. Saya minta Kementerian Belia dan Sukan dalam perancangan untuk pembangunan belia ini dalam masa akan datang supaya ditekankan bukan hanya kepada konsep untuk kita membuat sesuatu keputusan yang sebenarnya repetition every year bajet yang kita buat untuk pembangunan belia ini.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Alangkah baiknya saya mencadangkan di sini supaya kementerian menekankan kepada R&D dan dari situlah kita mengetahui semua aspek kelemahan dan kekurangan. Barangkali kalau dari segi misalnya perkembangan bola sepak kita boleh mengenali kekuatan mungkin saiz rakyat Malaysia ini kalau hitung panjangnya lima kaki, tiga inci Tuan Pengerusi. Jadi kita melihat mungkin secara umumnya dari segi pemakanan dan sebagainya penting di sini supaya dalam pembangunan belia ini saya minta kementerian pada masa akan datang dapat memberikan pertimbangan untuk memberi penekanan kepada R&D. Seterusnya Butiran 00100 – IKBN iaitu Institut Kemahiran Belia Negara. Suatu ketika dahulu, kita tahu institut ini boleh memainkan peranan dan diminati oleh para belia. Sebab mereka bercita-cita untuk pergi ke IKBN untuk belajar sesuatu ilmu. Akan tetapi kita dapati sejak akhir-akhir ini sudahlah dapat banyak saingan daripada pelbagai latihan agensi yang lain. Saya ingin mencadangkan dan adakah kementerian juga memikirkan untuk menjadikan Institut Kemahiran Belia Negara ini pada masa akan datang sebagai universiti belia diwujudkan sebab kita merangkumi barangkali diangkat institut ini menjadi satu lebih yang tinggi peranannya. Memandangkan peranan belia dalam pembangunan negara sangat kita perlukan dan memang asasnya negara kita ini ke mana pun hala tuju di masa akan datang dia akan banyak bergantung kepada pertumbuhan penduduk itu sendiri terutamanya peranan generasi muda. Ketika itulah barangkali apabila universiti belia wujud satu masa nanti, maka kerajaan dapat merancang sesuatu yang terbaik sebab kita ada hubung kait dengan pembangunan belia dengan institut kemahiran ini. Kalau boleh biar dia selaras dan ada keseragamannya dan kita tahu pendekatan apabila ada keseragaman ini sudah tentu tidak ada bertindih dari segi program yang akan dibuat oleh kementerian. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 02400 - Gelanggang Sukan dan Butiran 02007 - Kompleks Sukan Komuniti.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Saya pernah membahaskan dan minta kepada kementerian untuk mewujudkan kompleks sukan di kawasan Parlimen Silam. Setakat ini belum ada tindakan yang sewajarnya telah dibuat walaupun sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan peringkat negeri Sabah telah meluluskan untuk pembinaan gelanggang sukan di kawasan bandar Lahad Datu. Akan tetapi sehingga ke hari ini tidak ada satu tanda yang akan wujudkan gelanggang sukan ataupun kompleks sukan di kawasan Parlimen Silam. Saya berharap sebab saya bersetuju rakan-rakan lain Tuan Pengerusi pun menegaskan repetition juga. Cuma saya mahu terlibat membahaskan perkara ini pentingnya kementerian ini mengambil kira barangkali database ini jangan hanya setiap kali kita mahu bahas. Sebenarnya kalau benda ini kita sudah bahas, tidak perlu sebenarnya kementerian ini mengambil tindakan untuk membuat ground work untuk memastikan bahawa mana kawasan yang belum lagi mendapat gelanggang sukan atau kemudahan sukan. Sebagai contoh, kalau dari segi populasi antara Parlimen Beluran yang mendapat kompleks sukan baru-baru ini berbanding dengan kawasan Parlimen Silam, Lahad Datu sahaja sudah mengalahkan penduduk Beluran. Akan tetapi keutamaan itu nampak macam tidak ada tinjauan yang dibuat oleh kementerian. Saya minta dalam perancangan dalam masa terdekat dalam RMK seterusnya supaya kementerian mengambil perhatian berat untuk membina kompleks sukan di kawasan Parlimen Silam. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 04005 - Program Kepimpinan Belia Negara. Saya minta rancangan kerajaan terutamanya bagi negeri Sabah bagi pembangunan belia di kawasan luar bandar. Sebab saya dapati tidak ada satu pun hasrat kementerian ini untuk mewujudkan satu kompleks latihan untuk belia-belia di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Sabah. Saya dapati banyak tertumpu di kawasan Kota Kinabalu dan tiba masanya sebenarnya kita cuba melihat sebab dari segi kebolehan keupayaan belia-belia di kawasan luar bandar barangkali dari segi pendedahannya pun belum lagi terdedah dengan pengaruh-pengaruh budaya-budaya yang tidak sahaja ada baiknya supaya kementerian memberikan tumpuan untuk melatih generasi muda di kawasan luar bandar ini menjadi pemimpin yang baik, yang berwibawa, yang boleh kita gilap bagi menjadi harapan bagi menjadi pemimpin pada masa akan datang. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050500 - Akademik Kemahiran Belia Golf. Saya sebenarnya menyokong tindakan kerajaan untuk memberikan tumpuan dalam bidang ini. Mungkin sebab sebagai contohnya Tiger Woods pun pernah bertanding di sini dalam CIMB tournament baru-baru ini. Kemudian di negara Turki contohnya mereka mengambil inisiatif yang sama dan saya berharap supaya akademi ini bukan semata-mata untuk sekadar kita mahu memberi latihan ataupun pendidikan basic golf kepada anak-anak generasi muda tetapi kita mahu supaya pada masa akan datang walaupun barangkali sukan golf ini bukan sukan tradisi seperti badminton, squash, bola sepak ataupun sepak takraw yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Akan tetapi kita perlu memberi tumpuan untuk menjadi satu bidang sukan yang boleh menjadi kekuatan kepada kita sebab saya nampak bagaimana negara Korea, Taiwan yang sebenarnya kiat dapati dari segi saiz bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk bersaing untuk menjadi pemain terbaik di dunia. Jadi saya minta supaya dalam akademi-akademi seumpama ini kementerian mengambil perhatian yang berat dan memberikan peruntukan yang lebih untuk melahirkan supaya generasi muda di negara kita ini dapat mengambil perhatian untuk menjadikan sukan-sukan yang kurang diminati di negara kita ini menjadi tumpuan untuk kita menjadi global player dalam industri sukan pada masa akan datang sebab kita tahu bidang sukan ini Tuan Pengerusi dia akan banyak berpotensi untuk menjadi carrier bagi setiap individu ataupun generasi muda untuk peluang-peluang pekerjaan pada masa-masa akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Belia dan Sukan. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 dan 020300 - Pembangunan Belia dan Sukan. Tuan Pengerusi, pada 28 September tahun ini bagi kita kehilangan seorang tokoh pemain bola sepak iaitu Raja Bola Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat iaitu salah seorang yang menjuarai Piala Merdeka pada tahun 1998. Saya anggap bahawa mungkin Yang Berhormat Arau pun tahu, pada tahun awal 60’an adalah memang standard tahap pasukan bola sepak di negara kita memang boleh dikatakan di rantau Asia kita memang boleh katakan satu pasukan telah direcognize satu pasukan yang kuat. Akan tetapi mungkin ramai di antara kita sudah lupa siapa yang sama-sama dengan Raja Bola Sepak, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat pada masa itu. Baru-baru ini saya baca satu laporan media Metro, Robert Choo penyerang skuad Malaya pada tahun 1958 bersama dengan Raja Bola. Saya amat sedih dan kesal selepas saya baca dengan izin Tuan Pengerusi, “When in the limelight, we are hailed, sought after and feted. But once our prowess and name fades, all is forgotten by our so called guardians of the beautiful game of football.” Tuan Pengerusi Robert Choo ini bermula dari umur 18 tahun sudah menjadi salah seorang pemain negara dalam pasukan bola sepak Malaya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sehingga tahun 1976, beliau mewakili pasukan bola sepak negeri Melaka dan juga sebagai seorang pemain negara dengan rekod yang amat cemerlang di mana pada tahun 1958/1959 jadi juara Merdeka Tournament; tahun 1960 johan bersama dengan Korea; tahun 1959 pemenang pingat perak SEAP Games; dan tahun 1961/1962 memenangi pingat emas dan gangsa di Asian Games. Beliau seorang pemain yang begitu cemerlang dan berbakat. Dalam laporan media itu, saya amat kesal bahawa dikatakan dengan izin Tuan Pengerusi... [Membaca petikan] “During my playing tenure for the country, my no-pay leave came up to some 108 months for which time no EPF contributions were made. So there was a substantial lost of my money in this respect. At the height of my national football career, we did not receive monetary perks or incentives unlike the present set of players receive when in training or playing duty. At that time we played for the country with pride and honor plus the sheer love and passion for the game.” Tuan Pengerusi, Encik Choe atau Robert Choe yang lebih dikenali sekarang sudah berumur 76 tahun dan mengalami sejenis penyakit iaitu Alzheimer disease yang sering kali attack ahli sukan. Beliau telah tulis surat kepada FAM minta bantuan medical help tetapi sampai hari ini FAM langsung tidak beri sebarang bantuan. Sekretariat hanya acknowledge received letter sahaja. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri harap dapat memberitahu Dewan yang mulia ini, apakah bantuan baik dari segi kewangan atau lain-lain boleh diberi kepada bekas ahli sukan negara ini? Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan iaitu kita perlu adakan satu yayasan untuk bekas ahli sukan negara bukan hanya bekas pemain-pemain bola sepak tetapi ada juga lain-lain bekas ahli sukan negara yang memang membawa banyak honor to our country. Perkara kedua yang ingin saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita sedia maklum bahawa selain dari latihan, pertandingan-pertandingan amat penting untuk kita meningkatkan tahap ataupun standard untuk setiap jenis sukan. Bola sepak memang diminati oleh ramai warga Malaysia. Saya ingin tanya kementerian, menerusi FAM atau Malaysia Super League untuk tahun ini, berapa pertandingan yang dianjurkan atau secara sumbangan di peringkat kebangsaan? Ya, sila.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Kota Melaka, bersetuju ataupun tidak Yang Berhormat apabila Yang Berhormat membangkitkan soal mutu permainan masa dulu dan masa sekarang, saya ingin nyatakan di sini Yang Berhormat, pada masa 1970-an atau awal 1980-an, apa-apa acara dan termasuk bola sepak sekalipun merupakan sukan utama Malaysia. Pemain-pemain yang mewakili negara, mereka lebih pada main survival dengan izin dan for the sake of the country.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mereka tidak ada di dalam otak mereka elemen-elemen kewangan yang menjadi agenda utama mereka memasuki dalam bidang sukan. Jadi sebab itu negara menempa nama dengan begitu cemerlang. Adakah masa kini semangat seperti itu berkurangan yang menyebabkan kejatuhan dan kemerosotan berlaku dalam sukan negara? Bersetuju atau tidak Yang Berhormat Kota Melaka?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, memang saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Arau. Memang kita jarang nampak pemain-pemain kita bertanding untuk pride and honor for the country tetapi hanya kepada individu, kepada persendirian. Oleh sebab itu memang ini satu perkara yang kementerian perlu ambil perhatian bagaimana dapat membina, build back atau mengembalikan pride and honor for the country yang begitu penting. Tadi saya tanya tentang berapa sumbangan atau berapa jenis permainan dan pertandingan terutama dalam bola sepak yang melibatkan belia-belia dan berapa dalam tahun ini dan jumlah peruntukan yang telah disumbangkan. Saya juga ingin tanya adakah MCFA Cup iaitu mereka anjurkan untuk umur bawah 21 tahun untuk bola sepak yang telah buat permohonan dari FAM atau Malaysia Super League dan berapa peruntukan telah disalurkan kepada pertandingan ini? Ini kerana mereka diminta juga ambil bahagian dalam league-league yang dianjurkan oleh FAM dan Malaysia Super League dan oleh sebab itu mereka perlu mengadakan pertandingan inter-state. Dengan itu saya ucap terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Terap dan selepas itu Menteri menjawab.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sebut berkaitan dengan Butiran 020100 ataupun umumnya Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang hala tuju belia dalam negara kita. Sebenarnya berapakah perangkaan belia-belia yang ada dalam negara kita? Kalau boleh kita dapat secara spesifik daripada pihak kementerian kerana apabila kita berada di kawasan pedalaman, macam kawasan saya di Padang Terap, kita bergaul dengan belia, saya pernah duduk di bandar dan saya juga berada di Padang Terap, saya bergaul dengan belia dan saya lihat belia-belia di bawah ini tidak merasai dasar-dasar yang dibuat oleh pihak kementerian. Sebagai contohnya, apabila kita menyebut tentang sukan dan juga termasuk pembangunan belia, belia-belia di kampung ini dia tidak faham pun. Dia tidak faham dan dia tidak merasai limpahan yang dibuat oleh pihak kementerian termasuklah kalau kita sebut berkaitan dengan pembangunan sukan, gelanggang-gelanggang ataupun padang-padang bola sendiri tidak wujud di kampung-kampung. Di antara isu yang selalu dibangkitkan apabila kita bersama dengan belia ini ialah kami tidak ada padang bola. Saya beri contoh. Ada kawasan kampung-kampung yang apabila kita berjumpa belia-belia ini, mereka bermain bola di dalam sawah padi. Itu pun kalau sawah padi itu kering pada musim kemarau. Dipacaknya tiang gol dan mereka menyepak di dalam sawah padi. Ada yang tiang buluh, tiang batang pinang. Ada yang bermain di kawasan rizab sungai, itu pun kalau sungai tidak banjir. Ada yang bermain di tanah-tanah persendirian. Jadi tempat-tempat seperti ini tidak diluluskan peruntukan daripada kementerian. Mereka berjumpa dengan wakil rakyat, mereka minta jaring, mereka minta tiang gol, mereka minta apa yang sepatutnya, kalau yang becak minta supaya dikorek parit dan sebagainya. Ini berlaku di kampung-kampung. Saya boleh sebut nama-nama kampung ini. Di Kampung Barukas, di Kampung Bukit Nyamuk. Ini rizab sungai. Kemudian ada yang bermain di atas tanah rizab kubur. Jadi, dia tidak merasai sebenarnya apa yang dibuat di peringkat kementerian dengan peruntukan ratusan juta, tidak turun ke bawah. Mungkin adalah dalam bentuk gelanggang-gelanggang futsal tetapi ia hanya fokus ke tempat-tempat tertentu, tidak sampai kepada kampung saya.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya bayangkan di kawasan saya ada lebih kurang ada 120 kampung. Tidak akan kita mampu hendak buat semua sekali tetapi apakah inisiatif pihak kementerian untuk kampung-kampung yang tidak ada gelanggang-gelanggang sukan seperti ini. Mungkin diberikan peruntukan untuk buat gelanggang badminton dan sebagainya jadi perlu difikirkan oleh pihak kementerian untuk kesejahteraan ataupun untuk pembangunan belia dan juga sukan di peringkat kampung-kampung. Kedua saya hendak sebut juga tentang Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Setakat ini berapa ramai pemimpin-pemimpin belia yang pernah mengikuti program- program melalui akademi yang diwujudkan oleh pihak kementerian ini? Pengalaman saya berada di peringkat bawahan, peringkat daerah ini, Majlis Belia Daerah dan juga persatuan- persatuan belia, persatuan kepimpinan belia, ada persatuan-persatuan ini memang wujud, betul. Ada minit mesyuaratnya, dibuat minit mesyuarat tetapi mesyuarat tidak pernah berlaku. Malah telah disebut untuk meluluskan ataupun untuk mengekalkan status persatuan-persatuan ini mereka terpaksa menipu bahawa mereka buat mesyuarat. Pelantikan terhadap ahli jawatankuasa juga selain daripada kadang-kadangnya dipengaruhi unsur-unsur politiking yang tidak sihat kerana hendak mengambil tempat supaya ada dalam parti-parti politik tertentu. Akan tetapi pada masa yang sama kita lihat mesyuarat-mesyuarat tidak dijalankan. Ini satu perkara yang cukup menyedihkan. Saya minta pihak kementerian, pihak Menteri untuk turun peringkat grass root ini. Majlis-majlis Belia Daerah kemudian persatuan- persatuan belia, kepimpinan belia di peringkat kawasan-kawasan, sedangkan saya lihat apa yang pernah dilakukan oleh pihak kementerian sebelum ini, yang sekarang sudah menjadi pemimpin di peringkat kawasan, di peringkat daerah. Mereka terdiri daripada Persatuan Belia 4B yang lahir di peringkat kawasan-kawasan ini. Saya ucap tahniahlah. Akan tetapi pada masa yang sama Belia 4B di kawasan Padang Terap rasanya sudah mati, mampus. Jadi saya cukup sedihlah, saya cukup sedih bila cakap tentang belia ini dekat dengan hati saya sebagai seorang ahli wakil rakyat yang masih lagi tergolong di dalam golongan usia belia 15 hingga 40 tahun seperti mana yang digariskan oleh pihak kementerian. Jadi yang kedua saya ingin bangkitkan berkaitan dengan 020200. Saya dapat satu laporan berkaitan dengan prestasi kontinjen olahraga melalui kursusnya terhadap Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Masih lagi saya ingat Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Belum ya, sudah bukan ya. Ini fasal Presiden KOAM. Disebut di sini tentang KOAM. Satu memorandum yang dibuat terhadap keluhan dan juga jurulatih yang mengendalikan latihan-latihan. Saya tengok prestasi yang pertamanya Sukan SEA yang juga dikepilkan di dalam ini. Pada 1997 di Jakarta - 16 pingat emas, di Brunei - 12 pingat emas, 2001 di Kuala Lumpur - emas 8, Vietnam - 8, Manila - 8, di Korat - 7, di Laos - 6, di Palembang - 5. Ini setakat 2011. Maksudnya prestasi ini semakin menurun. Cukup mengejutkan kita. Tambah- tambah lagi apabila saya mendapat, saya pun tidak pasti siapa yang hantar kepada saya satu surat rasmi yang bertarikh 8 Februari 2012 dan memorandum ini bertarikh 13 Februari 2012 kepada Presiden Persatuan Olahraga Malaysia beralamat di Bukit Jalil. Berkaitan dengan usul untuk menyingkirkan Datuk Karim Ibrahim iaitu Timbalan Presiden dan bekas Kejurulatihan Datuk Karim Ibrahim. Sebenarnya apa isu sebenarnya yang berlaku? Saya dapat ini surat rasmi dan ditandatangani oleh atlet-atlet kita termasuk juga ditandatangani oleh jurulatih-jurulatih kita yang di dalam ini terdapat dakwaan-dakwaan yang cukup mengejutkan dan cukup merisaukan kita. Termasuklah dakwaan bahawa Timbalan Presiden ini bertindak untuk menghalang atlet-atlet daripada menghadiri ujian doping, ujian kesihatan dan sebagainya dan ada atlet-atlet yang mempunyai kelayakan yang bertaraf A tetapi tidak dibenarkan untuk menyertai sukan di beberapa tempat termasuklah di Bulgaria. Ini semua, jadi saya ingin bertanya penjelasan daripada kementerian apa yang berlaku sebenarnya dan ada di kalangan atlet-atlet ini terpaksa membuat bayaran secara peribadi, RM3,000 diarahkan. Kemudian prestasi-prestasi dan ada di kalangan pegawai- pegawai kesihatan diambil daripada negara luar yang saya cukup keliru dengan apa yang berlaku ini.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Adakah ini di antara perkara yang menyumbang kepada kejatuhan prestasi atlet- atlet kita di sukan-sukan SEA, Komanwel dan sebagainya? Malah disertakan di sini Kejohanan Olahraga Asia, kemudian Sukan Asia, Sukan Komanwel semuanya prestasinya cukup mengecewakan kita. Tadi kita bercakap tentang bola sepak 154 tangga kalau ikut di dunia. Akan tetapi sekarang kita bercakap tentang olahraga. Ke mana kita pergi sebenarnya? Jadi prestasi- prestasi ini bagi saya cukup mengecewakan dan cukup mengejutkan. Kalau benarlah memorandum ini saya minta supaya kementerian memberikan satu jawapan yang telus. Apakah yang berlaku hanky-panky di antara pemimpin-pemimpin persatuan ataupun berlaku di antara berlaku pergaduhan ataupun apa yang berlaku sebenarnya di antara jurulatih, di antara ketua jurulatih dan sebagainya, di antara atlet sehinggakan membawa kepada atlet-atlet ini telah menulis memorandum dan sanggup tandatangan ini. Adakah tandatangan ini original ataupun satu tandatangan palsu yang diedarkan bukan saya kepada saya, banyak yang menerima dokumen-dokumen ini. Saya ingat dalam sepuluh ataupun 12 helai muka surat yang agak terperinci cerita-cerita yang disebut oleh atlet-atlet ini. Jadi saya pohon kementerian. Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan persoalan 02301 iaitu berkaitan dengan Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri, yang ini telah dibangkitkan oleh Menteri baru-baru ini dan saya telah respons satu dakwaan yang beliau sebut berkaitan dengan Pusat Akuatik di Negeri Kedah yang dibuat untuk tujuan SUKMA satu ketika dahulu 2007 ataupun 2008 dan Menteri sebut tentang ini pengurusan Pakatan Rakyat dan sebagainya. Saya bukan isu itu. Saya hendak bangkitkan ialah Pusat Akuatik ini masih belum dapat digunakan sepenuhnya. Belum disiapkan sepenuhnya. Jadi melalui peruntukan yang sedia ada pada 02301 ini saya ingin lihat lapang sasar yang terdapat di Pokok Sena. Saya ingin lihat Pusat Akuatik di Gunung Keriang tidak silap saya disiapkan oleh pihak kementerian. Jangan pihak Menteri sebut kemudian hendak buat politiking isu ini tetapi pada masa yang sama peruntukan tidak sampai yang menyebabkan kompleks-kompleks sukan yang dibina dengan puluhan juta ini akhirnya tidak mampu dimanfaatkan oleh rakyat dan juga oleh belia. Saya harap ada satu tindakan yang baik dibuat oleh pihak kementerian untuk melibatkan akhir sebagai penggulungan untuk melibatkan belia-belia yang berada di kampung-kampung ini. Dalam program-program pemulihan sukan, dalam program-program pemilihan di dalam sukan-sukan tertentu minta supaya pihak-pihak kementerian turun sama. Jangan terlampau eksklusif ambil yang sudah hebat, yang sudah terkenal meninggalkan mereka yang terpinggir di kawasan-kawasan pedalaman, yang mereka ini juga mempunyai bakat semula jadi yang cukup baik untuk diketengahkan di peringkat nasional dan juga internasional. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tuan Pengerusi, saya sudah berdiri semenjak tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah cukuplah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Satu perkara sahaja, satu perkara sahaja Kurang daripada lima minit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya soalnya Yang Berhormat katakan yang berdiri tadi tidak ada orang bangun pun tadi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Ada, ada, ada saya sejak tadi sudah berdiri, memang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak. Soalnya jangan pertikaikan bahawa Speaker tidak melihat. Kalau minta untuk berucap saya boleh bagi. Akan tetapi jangan sampai pertikaikan, jangan perlihatkan bahawa Speaker duduk tidak nampak Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tidak, tidak, tidak saya hanya minta lima minit. Satu perkara sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat Serdang selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu perkara sahaja dan saya sangat cepat. Itu di bawah Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Sebenarnya saya amat bersetuju dengan ucapan tadi Ahli Parlimen Kinabatangan bahawa kita mestilah menjaga masa depan atlet-atlet negara kita. Jadi saya hendak tanya sebenarnya lepas itu penerjun negara, Pandalela beliau mendapat pingat gangsa di Olimpik, sudah ada satu janji bahawa beliau diberi biasiswa untuk pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajaran beliau.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Akan tetapi mengikut maklumat yang saya dapat, beliau sekarang melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Malaya. Saya bukan hendak cakap bahawa Universiti Malaya itu tidak cukup baik tetapi saya hendak tanya, apa yang telah terjadi kepada perjanjian untuk memberikan satu biasiswa penuh kepada beliau supaya boleh melanjutkan pelajaran di Australia. Kerana saya rasa itu bukan hasrat beliau sendiri sahaja tetapi juga itu merupakan hasrat ibu bapa beliau. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Gan Ping SieuTimbalan Menteri Belia dan Sukan II

Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di atas pandangan, komen, pertanyaan, cadangan yang begitu baik yang penuh dengan kejujuran yang telah dikemukakan terhadap Kementerian Belia dan Sukan semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di peringkat Jawatankuasa ini. Tuan Pengerusi, sukacita saya hendak memaklumkan terlebih dahulu adanya pertindihan daripada Yang Berhormat yang mengemukakan soalan-soalan atau pandangan-pandangan tetapi secara keseluruhannya, saya ingin memaklumkan bahawa peranan daripada Kementerian Belia dan Sukan dengan agensi-agensi berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan, ia ada core business tertentu. Misalannya di bawah jabatan- jabatan belia dan sukan, kementerian menumpukan tiga core business. Pertama ialah berkaitan dengan pembangunan dan latihan kepimpinan, yang kedua dalam konteks kesukarelaan, voluntarism dan yang ketiga dalam bidang kemahiran. Di bawah sukan pula adanya sukan berprestasi tinggi dan khasnya sukan teras di bawah bimbingan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara. Di bawah Kementerian Belia dan Sukan pula menumpukan lebih kepada sukan untuk semua, sepenuh masa dan juga baru-baru ini kami telah menubuhkan satu bahagian baru iaitu Bahagian Industri Sukan. Begitu juga perkara berkaitan dengan infrastruktur sukan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Inilah semuanya berkaitan dengan pembangunan sukan dan juga budaya sukan, budaya belia yang kian berubah khasnya dengan belia-belia dengan apa yang dikatakan budaya belia yang datang daripada latar belakang Generasi Y. Ahli Yang Berhormat juga membangkitkan masalah berkaitan dengan equilibrium ataupun masalah-masalah yang dihadapi oleh organisasi-organisasi badan sukan kebangsaan. Sebab itu saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih. Inilah semuanya isu-isu yang dibangkitkan dan ini menunjukkan Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dari parti pentadbir ataupun daripada pembangkang, begitu jujur dalam pandangan tanpa berunsur politik. Izinkan saya memberikan jawapan dan ulasan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan, pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol.

Tuan Gan Ping SieuTimbalan Menteri Belia dan Sukan II

Yang Berhormat Jempol telah membangkitkan perkara yang berkaitan dengan jurulatih dan acara-acara yang berpotensi pingat, masalah jurulatih dan juga berkaitan dengan bakat-bakat atlet kita sama ada ia dihasilkan oleh usaha kerajaan, masyarakat, jurulatih-jurulatih ataupun sekadar dilahirkan oleh ibu bapa sahaja. Yang Berhormat Jempol juga membangkitkan prestasi Datuk Lee Chong Wei misalannya. Tuan Pengerusi, sebenarnya izinkan saya memberikan balasan jawapan saya secara amnya. Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin dari segi data-data dan statistik secara spesifik saya tidak dapat sampaikan serta-merta. Walau bagaimanapun kementerian saya akan sampaikan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya tidak dapat memberikan jawapan secara spesifik. Langkah-langkah dan program yang telah dijalankan ataupun dirancang di bawah kementerian untuk melahirkan golongan pemimpin di kalangan belia di negara ini termasuklah beberapa program khas khususnya, termasuk Parlimen Belia Malaysia, Perdana Leader Fellowship, Forum Generasi Muda, Konvensyen Pemimpin Bertaraf Global, Program Kepimpinan Kompetensi. Selain daripada itu program-program yang telah dijalankan di bawah Program Rakan Muda dan Rakan Muda Waja Diri, Rakan Muda Kesenian, Masyarakat, Inovasi, Pencinta Alam, Remaja Siber, kecergasan dan sebagainya. Mengenai jurulatih di peringkat daerah, pihak kementerian sedang giat menganjurkan kursus-kursus kejurulatihan di seluruh negeri. Guru-guru sekolah juga sedang dinaiktarafkan dengan mengikuti Program Skim Kejurulatihan Kebangsaan. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Jempol berkenaan dengan tawaran hadiah kepada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk melahirkan atlet untuk negara akan diperhalusi dan mengalu-alukan cadangan itu. Walau bagaimanapun beberapa cadangan juga telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini iaitu termasuk juga apa dia sama ada rebat ataupun relief daripada segi cukai dapat ditawarkan kepada ibu bapa yang menghantar, misalannya menghantar anak-anak mereka untuk menjalani program-program latihan sukan di akademi, di sekolah-sekolah sukan ataupun di bawah jurulatih-jurulatih yang bertauliah dan itulah di antara pendekatan yang terbaru yang telah disarankan kepada Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun setakat ini masih di dalam peringkat pertimbangan daripada Kementerian Kewangan. Berkaitan dengan soal sama ada Datuk Lee Chong Wei, mengapa dia selalu kalah kepada Lin Dan. Sama ada dia bermasalah tentang tekanan mental ataupun ada yang mengatakan sama ada terdapat masalah-masalah lain. Sukacita saya hendak memaklumkan sebenarnya Datuk Lee Chong Wei ini merupakan seorang atlet peringkat antarabangsa, saya selalu kata sekiranya ada satu tournament badminton yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sama ada Japan Open, Hong Kong Open, Indonesian Open, France Open dan apa juga, jika tanpa beliau penyertaan daripada Lin Dan serta Datuk Lee Chong Wei, prestasinya bolehlah dikatakan seolah-olah tidak tinggi. Sebenarnya Datuk Lee Chong Wei bukan tidak pernah menewaskan Lin Dan, mungkin dalam peratusan 70 peratus hingga 75 peratus yang dimenangi oleh Lin Dan. Walau bagaimanapun untuk membantu lagi olahragawan kebangsaan kita ini, Datuk Lee Chong Wei dan juga kepada misalannya Datuk Nicol David dan sebagainya, Institut Sukan Negara telah menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan The High Performance Team yang diadaptasi daripada model-model daripada negara-negara yang telah berjaya dan pasukan berprestasi tinggi ini, high performance team ini terdiri daripada pegawai pemakanan sukan, psikologi sukan, perubatan sukan, kecerdasan atau sains fizikal, pegawai fisiologi senam, pegawai bio-mekanik dan juga pegawai analisa prestasi performance analysis dan conditioning.

Tuan Gan Ping SieuTimbalan Menteri Belia dan Sukan II

Ini bertujuan, objektif pasukan khas ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu atlet-atlet negara kita termasuk Datuk Lee Chong Wei dalam segi mental, fizikal, praktikal dan juga teknikal. Inilah di antara usaha yang telah dijalankan oleh Majlis Sukan Negara dan juga daripada Institut Sukan Negara.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, beri laluan sedikit Yang Berhormat tentang Datuk Lee Chong Wei.

Ya, Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat sebenarnya. Akan tetapi saya tidak nafikan semangat juang Datuk Lee Chong Wei adalah begitu hebat dan tahap yang dipamerkan dan mutu permainan, skill yang ada pada beliau adalah boleh dikatakan yang tertinggi dan pernah kita lahirkan oleh negara kita. Cuma saya hendak kata Yang Berhormat, apabila kita letakkan tekanan kepada beliau, sudah dua kali Sukan Olimpik Beijing dan juga London. Dua mata, semuanya berakhir dengan dua mata yang menentukan kemenangan. Di situ Datuk Lee Chong Wei mudah menyerah dan kalah. Bermakna kata di sini dia terlalu berhati-hati dari segi keadaan psikologinya. Kenapa seolah-olah kita tidak perbetulkan kesalahan itu? Kita tidak mahu di Rio ini perkara yang sama insya-Allah, dengan izin Allah mungkin dia akan bertemu Lin Dan dalam pertandingan akhir. Akan tetapi dua mata juga akan menyebabkan kita kehilangan kilauan emas yang kita nanti-nantikan untuk negara yang kita cintai. Itu yang perlu kita ambil iktibar, dari sudut mana nilaian asas yang akan dibuat bahawa Lin Dan yang lebih opportunist di saat akhir tetapi Datuk Lee Chong Wei lebih defensif yang menyebabkan dua mata itu kita hilang kilauan emas pada dua Sukan Olimpik.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sebenarnya, saya pun berpeluang untuk menonton sendiri di World Badminton Championship. Itu pun kalah dua, tiga mata. Dia menang dua mata lepas itu kalah dua mata, menang satu mata lepas itu kalah tiga mata. Lebih kurang macam itu. Itu menunjukkan bahawa pertandingan itu begitu kompetitif. Saya tidak pertikai bahawa strategi daripada kita Lin Dan ini, kadangkala dia pun ada caranya. Misalnya saya dapat lihat dengan sendiri-sendiri. Bukan saya hendak salahkan. That is sport, itulah sukan. Dia kadangkala ada keluar minum air. Dia ada cara- cara untuk membatalkan rhythm, rentak daripada Datuk Lee Chong Wei.

Yang Berhormat Menteri.

Itulah antara salah satu strategi daripada sukan juga. Ini tidak boleh disalahkan. Dia ada strategi tertentu.

Lenggong, Yang Berhormat Menteri.

Sebentar ya. Akan tetapi dari segi prestasi kali ini, Sukan Olimpik ini, kita sedia maklum sebenarnya Datuk Lee Chong Wei belum sembuh sepenuhnya. Sebelum pertandingan beliau masih menerima rawatan khas, terpaksa ambil pain killer sebab masalah dan persiapan penyediaan untuk tournament itu cuma tidak melebihi enam minggu. Kalau dibandingkan dengan Lin Dan ataupun atlet-atlet peringkat antarabangsa ini, biasanya latihan khas untuk satu tournament sebesar itu biasanya makan masa lebih panjang. Itulah kita dapat lihat, walaupun kita rasa begitu kecewa, kita tidak dapat rampas pingat emas dan saya rasa semuanya bersetuju bahawa Datuk Lee Chong Wei has done his best dalam keadaan yang sedemikian.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memang bersetuju Datuk Lee Chong Wei hebat, mampu menaikkan nama negara. Soalnya Yang Berhormat, sampai bila kita hendak bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei? Apa usaha kementerian untuk melahirkan lebih ramai Datuk Lee Chong Wei? Apakah kementerian tidak khuatir, bila tidak ada Datuk Lee Chong Wei, nama Malaysia di arena antarabangsa dalam soal badminton hilang terus kalau pun kita boleh mengharapkan Datuk Lee Chong Wei dapat melahirkan anak yang hebat macam dia. Apa usaha kementerian? Hendak bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei 100 peratus? Dia memang hebat tetapi bagaimana kita hendak melahirkan lebih ramai Datuk Lee Chong Wei? Ini soalnya Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Itulah satu soalan saya rasa dikongsi sama oleh semua pihak, khasnya keseluruhan rakyat negara kita, sama ada kita ada satu Datuk Lee Chong Wei number two ataupun Nicole David number two? Akan tetapi sukacita saya hendak maklumkan, prestasi atlet kebangsaan, the second liner telah menunjuk bakat dan competitiveness ini misalannya di bidang badminton, Daren Liew, Zulfadli masih muda. Inilah dia antara atlet-atlet yang telah menunjuk bakat. Cuma mereka seharusnya diberi bantuan, sokongan daripada jurulatih-jurulatih kita, sokongan daripada sains sukan, sokongan daripada rakyat kita semua dan mendedahkan mereka dalam tournament.

Oleh sebab itu, Majlis Sukan Negara dengan bantuan daripada BAM telah hantar bakat-bakat ataupun pelapis-pelapis atlet kebangsaan kita untuk mendedahkan diri dalam tournament di antara peringkat antarabangsa. Okey, berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Jempol sebentar tadi, berkaitan dengan bola sepak iaitu sama ada adanya atlet- atlet pemain-pemain bola sepak dipinggirkan ataupun terpinggir. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua ini bergantung kepada profesionalisme jurulatih-jurulatih dan ahli-ahli dalam jawatankuasa teknikal untuk melantik atlet-atlet negara kita. Suka saya hendak sampaikan satu insiden yang saya mengalami diri sendiri. Pada seketika dahulu, ada seorang belia umur 16 tahun. Ayah dia datang jumpa saya. dia kata dia buat rayuan anak dia hendak masuk kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil, sport school sebab anak dia menunjukkan bakat dalam bidang pingpong. Dia telah rampas pingat gangsa kalau tidak silap saya di bawah 16 years old. Saya kata, “Eh! Inilah yang menunjukkan seorang atlet pelapis baru yang menunjukkan bakat” Dengar-dengarnya macam itu. Jadi, saya sampaikan hasrat ini kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bukit Jalil kata senang sahaja Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat dapatkan sokongan daripada Persatuan Pingpong, tidak semestinya kebangsaan. Kalau datang dari persatuan negeri pun boleh, yang katakan inilah seorang belia yang berbakat dan kami akan sedia menerima. Semasa saya menghubungi Pengerusi Persatuan Pingpong, dia kata, “Yang Berhormat, saya pun pemain pingpong. Budak ini memang mahir dan budak ini memang baik tetapi jurulatih dan jawatankuasa teknikal kata cara dia main pingpong itu tidak ada harapan”. Okey, inilah profesionalisme kami. Bagi saya, kalau saya hendak popular senang sahaja. Saya kata beri saya satu surat sokong, lepas saya masukkan dalam sekolah sukan. Akan tetapi inilah, yang mana di dalam bidang sukan ini sekiranya kita beri harapan yang bukan-bukan kepada para atlet pelapis kita dan dengan pandangan nasihat bertentangan dengan pandangan ataupun nasihat daripada jurulatih ataupun technical committee. Itu pun sesuatu yang saya rasa tidak berapa betul juga. Oleh sebab itu, kementerian amat bergantung sangat kepada profesionalisme daripada badan sukan kebangsaan, khasnya technical committee mereka yang melantik atlet-atlet pelapis yang baik.

Dari segi Kementerian Belia dan Sukan, objektif satu sahaja, we want the best. Asalkan badan sukan kebangsaan dapat menghasilkan dalam program pembangunan sukan dalam bidang masing-masing, dapat menghasilkan, dapat memilih atlet-atlet sukan, pelapis-pelapis sukan yang dapat menunjukkan bakatnya, Majlis Sukan Negara akan memberi sokongan sepenuhnya. Itulah pendirian daripada Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, adalah mustahak saya hendak tekankan bahawa sama ada seseorang belia itu atau pelapis itu berbakat atau tidak, tengoklah prestasi dia dalam pertandingan. Kami mendapati bahawa adanya yang menunjukkan bakat pada umur 15, 18 tetapi mungkin dia ada prioriti ataupun keutamaan yang lain selepas itu. Mungkin dia hendak tumpu prioritinya lebih kepada melanjutkan pelajarannya ataupun ada sebab-sebab tertentu. Tumpuan perhatiannya tidak semestinya dalam bidang sukan. Begitu juga sama ada seseorang pelapis ataupun atlet pelapis kita menerima sokongan, sokongan daripada ibu bapa mereka. Ya, betul juga the Sidek’s family, Dato’ Lee Chong Wei, Nicol David – itulah semua begitu juga Pandelela. Seseorang atlet yang dapat mencapai prestasi sebegitu biasanya mestinya mendapat sokongan daripada ahli keluarga itu. Itu yang mustahak juga. Oleh sebab itu, pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan ialah untuk melahirkan, menghasilkan seorang atlet berprestasi antarabangsa, bukan sahaja daripada usaha daripada badan sukan kebangsaan, bukan sekadar bergantung kepada cikgu-cikgu sekolah, ibu bapa, masyarakat, individu, itu semuanya memainkan peranan. Oleh sebab itu, dari segi bola sepak begitu juga. Sebentar tadi ada Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan masalah bola sepak. Itu kita tetap sedar bahawa bola sepak ini salah satu permainan ataupun sukan yang digemari ramai. Akan tetapi, kita pun sedar bahawa juga masalah bola sepak di negara kita ini seketika dahulu khasnya tahun 90-an, kita ada satu gap yang begitu besar di mana lebih kurang 200 orang kalau tidak silap saya, 156 atau 165 orang telah digantung sepanjang umur untuk bertanding berdasarkan sebab mereka terlibat dalam match fixing. Itulah.

Kami sedia maklum juga bahawa untuk melahirkan seorang atlet yang berprestasi jitu peringkat antarabangsa ataupun serantau, sekurang-kurangnya memerlukan masa sekurang-kurangnya lapan ke sepuluh tahun. Oleh sebab itu masalah prestasi bola sepak negara kita ini runtuh, jatuh begitu hebat, begitu teruk pada suatu ketika dahulu adalah sebab football match fixing. Saya rasa FAM juga telah ambil langkah-langkah yang baik, yang betul. We must put our own house in order. Jadi oleh sebab itu pada masa itu, pelapis utama, atlet pemain kebangsaan kita semua digantung- digantung sepanjang umur. Itulah satu disiplin yang mustahak. Selepas itu Football Association Malaysia (FAM) telah berusaha begitu gigih, barulah kita dapat menghasilkan, misalnya kita menang dalam Suzuki Cup. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kalau kita sebut Asian Games or SEA Games, apa jua pertandingan menang pingat emas, mustahaklah. Pentinglah sebab you maybe the overall winner dalam sukan SEA. Akan tetapi kalau you kalah dalam pertandingan bola sepak, that is the mother of the whole tournament. Jadi itulah sebab walaupun kita bertanding, pemain kita bertanding di Indonesia, masih kita dapat tewaskan. Saya haraplah pada Suzuki Cup yang akan bermula dalam minggu depan ini, haraplah Ahli-ahli Yang Berhormat berilah sokongan sepenuhnya kepada pemain-pemain negara kita. Berkaitan dengan pembangunan belia pula, sehingga 16 November, sebanyak 8,188 buah persatuan belia telah didaftar di bawah Akta 668 iaitu di bawah ROY. Secara pecahannya, persatuan belia yang berlatar belakang komuniti Melayu - 7,044, belia Cina - 585 dan belia India - 559. Jumlah yang menjadi ahli persatuan belia selepas mengambil kira pertindihan dan sebagainya, lebih kurang 2.5 juta orang. Walau bagaimanapun, angka-angka keahlian ini tidak semestinya, kami mengakui bahawa dia tidak semestinya menunjukkan bahawa persatuan-persatuan belia ini begitu aktif dan sebagainya. Jadi, tidak semestinya. Itu bergantung kepada budaya sesuatu tempat dan juga sama ada adanya persatuan belia itu masih meneruskan program-program mereka. Walau bagaimanapun, ROY akan terus- pendaftar belia akan terus memantau dan memberi nasihat kepada pertubuhan-pertubuhan belia ini supaya mereka dapat mengadakan aktiviti-aktiviti. Selain daripada itu, kementerian juga menyedari bahawa sebab budaya generasi Y ini tidak semestinya lebih cenderung kepada berpersatuan. Belia tanpa berpersatuan juga merupakan kumpulan sasaran daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu mereka dalam program-program. Oleh sebab itu pada hujung tahun 2010, dengan endorsement daripada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia, satu makmal transformasi belia telah diadakan dengan melibatkan stakeholders daripada golongan belia dan academician, pemimpin-pemimpin belia telah brainstorm selama enam minggu dan menghasilkan satu laporan di mana apa dia program-program, inisiatif-inisiatif ataupun intervensi dasar seharusnya diadakan, diubahkan oleh kementerian untuk membangunkan dan mengerakkan golongan belia kita. Di antaranya sebentar tadi ada disebut juga berkaitan dengan Parlimen Belia daripada Yang Berhormat Lipis. Parlimen Belia ini tidak lama lagi akan dilancarkan. Yang Berhormat dari Bukit Mertajam pun tanya sama ada gender perspective akan diambil kira. Sukacita saya hendak maklumkan bahawa Parlimen Belia ini dalam fasa terakhir untuk pemilihan ahli Parlimen Belia kita dan juga dalam bentuk modal apa kita mengadakan Parlimen Belia. Saya hendak menjelaskan bahawa Parlimen Belia ini ia tidaklah berbentuk Parlimen ini. Ini kerana Parlimen ini ia datang ada parti pembangkang, parti pemerintah dan sebagainya.

Di Parlimen Belia ini, kami telah ambil contoh daripada negara yang lain. Misalannya di UK, Australia dan sebagainya, Kementerian Belia dan Sukan bertujuan mengadakan Parlimen Belia ini dalam bentuk lebih kepada rundingan dan enam buah jawatankuasa tetap (permanent committee) akan ditubuhkan untuk mereka yang jadi Ahli Parlimen ini, merekalah yang berbincang di antara mereka untuk apa resolusi, apa topik, apa usul yang mereka hendak bawa sama ada mungkin berkaitan dengan pencinta alam, keselamatan, public safety misalannya ataupun pendidikan, pekerjaan ataupun human rights (hak asasi manusia) dan apa jua.

Akan tetapi ini semua akan di bawah jawatankuasa dan bentuk jawatankuasa ini sepanjang tenure dua tahun itu, mereka pemimpin Ahli Parlimen Belia yang bertanggungjawab dalam permanent committee ini akan ambil pendekatan engagement dengan belia-belia di seluruh negara. Bentuk perbincangan itu, bukan perbahasan tak semestinya ia tidak akan berbentuk seperti Parlimen ini. Ia lebih berbentuk kepada perbincangan yang lebih rasional. Issue based, isu misalannya pencinta alam, apakah hasrat dan pandangan Ahli-ahli Parlimen Belia kita. Apa yang menjadi satu cabaran yang begitu besar untuk...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Laluan sedikit pasal belia. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak mengatakan kita gagal Yang Berhormat. Kita masih dalam peringkat pembentukan. Akan tetapi Yang Berhormat sedar ataupun tidak, saya tidak mengatakan Akta Belia itu merupakan satu kegagalan yang kita buat. Saya penuh menyokong bahawa belia harus dipimpin oleh golongan belia. Akan tetapi Yang Berhormat sedarkah apabila Akta Belia dibubarkan, kita lihat Persatuan Belia yang selama ini dipimpin oleh orang yang mempunyai kemampuan kewangan di kalangan pimpinan dan sebagainya, mereka mempunyai keadaan yang lebih matang yang menyebabkan Persatuan Belia itu terus hidup seperti Padang Terap bangkitkan. Kita lihat sekarang ini bukan kata belia tidak ada kemampuan kepimpinan tetapi mereka tidak ada kemampuan kewangan untuk mereka melaksanakan dasar yang dirancang oleh pihak kementerian. Kemudian dalam mewujudkan semangat kesukarelaan, voluntary spirit, dengan izin Tuan Pengerusi, saya nak beritahu Yang Berhormat, tak payah kita nak bandingkan dengan negara barat. Saya pernah tengok di satu international forum World Water Solution, satu bulan dibuat di Paris. Saya bertanya dengan voluntaries yang bertugas hampir 15,000 orang. Adakah mereka dibayar ketika mereka menolong mengendalikan delegasi yang berjumlah 30,000 orang? Mereka tidak, kami berebut-rebut. Dari peringkat high school, dari peringkat universiti. Mereka dari generasi Y, dari negara maju berebut-rebut hanya dapat makan dan T-shirt tetapi bagaimana mereka berusaha untuk menolong menjaga, memajukan negara mereka, menjaga semua partisipasi-partisipasi. Participations ini terjaga, tahu tempat mesyuarat, tahu dewan forum, tahu dewan seminar. Mereka tak perlu dibayar. Begitu juga di negara asing yang lain. Walau mereka berbeza daripada kita dari segi sosial, ekonomi dan sebagainya. Di Indonesia, voluntary spirit mereka sangat tinggi. Kenapa perkara ini tidak wujud dan berlaku di negara kita? Itu persoalan pokok yang saya nak kementerian bagi fokus. Kita juga ada generasi Y, mereka ada generasi Y, Korea ada generasi Y malah mewujudkan satu budaya yang diterima di seluruh dunia. Kenapa perkara ini kita tidak dapat laksanakan di negara yang kita cintai ini?

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Itulah salah satu contoh yang terbaik di mana voluntarism ini, kita bayar bagi elaun, bagi T-shirt, bagi makanan, bagi tambang, bagi bantuan kewangan dalam bentuk-bentuk penginapan yang mewah. Itulah semua defeat the purpose. Itulah sesuatu kementerian berpegang dengan seriusnya bahawa prinsipnya voluntarism ini sepatutnya bukannya untuk begitu mudah sangat sehingga memanjakan belia-belia kita. Dalam konteks yang sama misalannya Parlimen Belia yang saya sebut sebentar tadi, Ahli Parlimen Belia ini tidak akan bagi elaun pun. Mungkin makan minum dan penginapan, itu sahaja. Kita nak memupuk nilai ini bahawa voluntarism ini 1M4U dan sebagainya yang digerakkan baru-baru ini. Itu semua satu nilai yang baik di mana kesukarelaan ini dapat digerakkan tanpa fikir untuk dapatkan upah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita terpaksa sedar juga bahawa kalau berbanding dengan negara Jepun misalannya, berbanding dengan UK, Amerika dan sebagainya, mereka ini negara maju. Mungkin belia mereka ini datang dari latar belakang yang lebih middle-class and above, datang dari latar belakang yang kaya-raya. Mereka menerima pendidikan yang begitu baik. Negara kita adalah sebuah negara yang masih membangun. Namun begitu, kami dapat lihat belia kita yang sedia dan mampu melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan ini sebenarnya banyak. Cuma yang setakat ini kita tidak ada satu data yang begitu baik yang menunjukkan berapa volunteer yang ada di negara kita. Saya suka hendak katakan sama ada rakyat kita, pemimpin-pemimpin setempat kita yang melibatkan diri dalam jawatankuasa rewang ataupun di surau dan masjid, di tokong dan gereja ataupun dalam kumpulan NGO-NGO, ini semua volunteer.

Oleh sebab itu dari segi pembangunan yang lebih holistik dan lebih tersusun, Kementerian Belia dan Sukan telah memulakan satu website iaitu iVolunteer. Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh online untuk buat semakan sendiri dan kita menyasarkan menjelang 2013...

...Dapat mendatangkan sekurang-kurangnya sejuta volunteer.

Yang Berhormat.

Maklumat-maklumat berkaitan dengan program-program yang ada di negara kita...

Lenggong Yang Berhormat. Lenggong.

...Mana-mana tempat pun, maklumat akan disebarkan kepada volunteer kita.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya melihat semangat kementerian, kerajaan untuk mewujudkan semangat sukarela di kalangan generasi muda cukup baik dan begitu bersungguh-sungguh tetapi hakikatnya kita sendiri mengetahui keadaannya bagaimana. Cuma saya nak merujuk apabila Yang Berhormat sebut tadi berkaitan dengan Akta Pembangunan Belia, saya terlibat secara langsung dalam penggubalan akta ini dan kita nampak berlaku kekosongan apabila ramai pemimpin yang lalu meninggalkannya. Cuba Yang Berhormat, saya perasan di sini banyak semangat, banyak perkara yang terkandung dalam Akta Pertubuhan Belia itu, saya fikir ia tidak benar-benar dilaksanakan dengan begitu bersungguh-sungguh. Tumpuan kementerian hanya lebih kepada ROY. Akan tetapi saya nak tanya kementerian, setakat mana ROY ini? Masih lagi pegawai kementerian yang dipinjam untuk ke jabatan berkenaan? Apakah sudah ada satu usaha yang bersungguh-sungguh supaya standard ROY ini juga macam ROS? Kalau kita nak lahirkan pemimpin semangat sukarela dan sebagainya, saya percaya jika kita penuhi dan laksanakan iltizam bersungguh-sungguh melalui ini, saya percaya banyak perkara boleh kita lakukan termasuklah daya kepimpinan latihan dan sebagainya. Semua ini dan dalam pertimbangan saya ialah juga bagaimana usaha kita nak buat untuk mengantarabangsakan belia Malaysia ini. Sejarahnya daripada dulu lagi bahawa orang Malaysialah menjadi pemimpin di pertubuhan belia di peringkat antarabangsa. Bagaimanakah keadaan ini? Apakah kita boleh lagi bertahan atau kita akan hilang banyak orang yang terserlah, pemimpin yang sedia ada macam Yang Berhormat Tangga Batu dan sebagainya. Kalau tidak ada, bagaimana keadaannya? Ini yang saya nak cuba minta pandangan kementerian.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sebenarnya cabaran daripada ROY ini dia cabaran struktur, structural problem, di mana sebelum Akta Pembangunan Belia ini diluluskan pada tahun 2007 atau 2008, pada masa itu persatuan- persatuan belia biasanya dipimpin oleh tokoh-tokoh ataupun pemimpin-pemimpin belia adanya dalam umur 50 tahun, 60 tahun pun ada. Oleh sebab itu wujudnya satu jurang, a big gap semasa akta ini diimplementasikan. Setakat krisis tetapi adjustment terpaksa dibuat di mana diambil masa setahun dua untuk pemimpin-pemimpin sedia ada untuk diletakkan jawatan dan pemimpin-pemimpin baru ambil alih. Itulah, sampai setakat kementerian sedar bahawa kadangkala kami rasa mungkin kami pun serba salah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Bolehkah saya habis jawab dahulu Yang Berhormat? Kami pun serba salah. Ia sudah sampai satu budaya di mana sekiranya Kementerian Belia dan Sukan ataupun kementerian ataupun wakil-wakil rakyat tidak memberi bantuan kewangan kepada badan-badan belia ini termasuk persatuan belia di peringkat akar umbi di daerah ataupun negeri, tidak ada program yang dapat dijalankan.

Itu satu budaya yang kami serba salah di mana kalau kita tidak beri peruntukan, tidak dapat jalankan program. Itu pun bermasalah juga. Kalau dibandingkan dengan lima, enam tahun dahulu, semasa itu mungkin pemimpin-pemimpin belia dalam umur 55 tahun ke 60 tahun, mereka mungkin sudah berumah tangga, ada business ataupun sudah lama, orang lama, ada jawatan tertentu dalam politik dan sebagainya, mereka dapat bantu. Akan tetapi inilah sesuatu masalah struktur di mana ia diteruskan begitu sampai satu tahap di mana pemimpin-pemimpin belia baru tidak dapat menjamin kesinambungan dalam pergerakan atau pembangunan belia. Oleh sebab itu baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan telah mengkaji balik semula iaitu lebih elok kita beri bantuan kewangan kepada NGO-NGO belia ini mungkin as a seed money, 25 peratus, 35 peratus. Apa jua program hendak dianjurkan, mereka buatkan kertas kerja, we set the criteria. Apa dia kriteria? Core business khasnya dalam core business asal dia adalah ikut core business daripada Kementerian Belia dan Sukan dan tidak dalam jenis pembaziran seperti makan, minum, five star hotel dan sebagainya. Kementerian Belia dan Sukan beberapa tahun dahulu telah wujudkan dua jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan dan juga di bawah KSU bergantung kepada amaun yang dipohon. Itulah kriteria-kriteria baru yang kita akan wujudkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di sini pun orang lama, pemimpin dahulu- ada juga. Betul. Bolehlah dikatakan mungkin 20 tahun dahulu, Ahli-ahli Yang Berhormat semasa menyandang jawatan di dalam NGO belia, mana ada kerajaan bagi sepenuhnya upah ataupun bantuan kewangan untuk NGO-NGO belia ini untuk menjalankan program-program. Kalau sekiranya kita beri bantuan kewangan sepenuhnya, itu bermaksud Kementerian Belia dan Sukan mengupah NGO belia sebagai agensi implementasi untuk program-program. Jadi itu saya rasa satu pendekatan dan hala tuju yang tidak begitu baik. Oleh sebab itu kita sedang buat adjustment dan mengharapkan pemimpin-pemimpin kita dapat faham tujuan kita adalah untuk- bagi saya, seorang pemimpin belia, fund raising dapat kumpul dana pun sudah salah satu latihan yang mustahak juga.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Sikit.

Okey, Lipis?

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi berkaitan dengan Akta Pembangunan Belia tadi dan kalau kita lihat fokus yang banyak dia buat ialah ROY iaitu Register of Youth dan sebagainya. Jadi di sini seperti yang saya katakan tadi, kesan daripada wujudnya Akta Pembangunan Belia ini ialah kepada badan-badan yang di bawah Akta Parlimen. Dulu ada berapa badan yang memang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, contohnya Pandu Puteri, saya ingat St. John dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Pengakap sendiri ada Akta Parlimennya iaitu Akta Persekutuan Pengakap 1968 yang rasanya dia buat pindaan pada tahun 1974. Jadi sekarang ini mereka ini semacam terpinggir daripada Kementerian Belia. Kalau dulu memang kita jelas mereka ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Belia, tetapi kini dia semacam terpinggir sedikit. Jadi apakah status badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen ini, kedudukannya dalam konteks Kementerian Belia dan Sukan ini? Mohon penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Lipis yang memang merupakan pemimpin utama untuk pergerakan Pengakap di negara kita. Saya ucapkan terima kasih atas usaha Yang Berhormat. Bagi Kementerian Belia dan Sukan, boleh dikatakan keutamaan sememangnya telah disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah ROY. Akan tetapi, itu tidak semestinya bermaksud kita menghalang untuk mengadakan kursus- kursus bersama dengan pasukan-pasukan beruniform termasuk dengan Pengakap, Girl Guides, St John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.

Misalannya juga sayap-sayap belia di bawah pertubuhan-pertubuhan NGO, misalannya sayap di bawah komuniti Cina khasnya, sayap-sayap belia, mereka pun tidak daftar di bawah ROY. Itu atas struktur organisasi masing-masing. Akan tetapi yang mustahaknya adalah pendekatan daripada kementerian ialah kita lihat apa dia program yang disarankan, program based. Kita tengok program, kalau program itu selaras dengan dasar Kementerian Belia dan Sukan, kita akan sedia bantu. Cuma dari segi permohonan walaupun bukan di bawah ROY, tetapi masih boleh membuat permohonan. Misalnya masa Hari Belia Negara bulan Mei sebelum ini, pihak Pengakap dan banyak lagi pasukan-pasukan beruniform telah mengambil bahagian dan saya difahamkan sebahagian daripada peruntukan juga telah disalurkan. Bukannya semua, sebahagian. Itu juga disalurkan kepada kumpulan-kumpulan yang beruniform ini supaya mereka ini turut dapat melibatkan diri dalam program-program Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit. Boleh?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Pengerusi, terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri sebut tentang belia-belia ini perlu berdikari, kita jangan suap, jangan bagi duit sangat. Mungkin idea yang dibawa oleh Timbalan Menteri ini sesuai sekiranya kita mempraktikkan di peringkat bandar besar. Belia- belia yang terlibat di dalam persatuan, mereka mempunyai kemampuan untuk buat fund raising sendiri. Mereka ada kehendak, mereka ada kemampuan dan mereka mempunyai kepakaran. Mungkin mereka sebelum ini pun pernah terlibat dalam persatuan-persatuan di universiti dan sebagainya. Akan tetapi belia-belia di kampung, saya lihat mereka tidak ada kemampuan begitu. Jadi menjadi tugas dan tanggungjawab kepada kementerian untuk mendidik mereka, mengajar mereka, menyantuni mereka dan memandu mereka bagaimana mengendalikan mesyuarat kerana kebanyakan mereka adalah belia-belia yang tercicir. Saya ingat ini realiti. Mereka mempunyai main power yang ramai, ramai yang ingin terlibat dalam program-program tapi program yang dianjurkan kadang-kadang lawatan ke Putrajaya, itu sahaja.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Kemudian lawatan pergi mandi sungai. Kemudian buat makan-makan habis RM10,000, RM15,000. Saya cabar Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri cek lagi apa yang berlaku di Majlis Belia Daerah Padang Terap sebagai misalnya. Berapa program yang mereka anjurkan? Kami tidak tahu, saya sendiri tidak tahu. Yalah kalau pun saya inilah adalah Ahli Parlimen daripada Parti Pakatan Rakyat tetapi sekurang-kurangnya kita boleh nampak apa sebenarnya program di bawah. Apabila kita tanya kepada pemimpin-pemimpin belia yang berada di Majlis Belia Daerah, mereka hanya menjawab, “Oh! kita tidak ada peruntukan, kita tidak ada peruntukan”. Ini kerana mereka mengharapkan peruntukan-peruntukan itu sekiranya mereka terlibat dalam belia-belia di peringkat kawasan-kawasan pedalaman. Tanyalah kawan- kawasan Sabah Sarawak, tanyalah kawan-kawan di Pahang, di Johor ataupun di Kedah, di Baling, di Sik. Mereka punya ramai yang tercicir gagal menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi mereka tidak diberikan latihan yang sesuai untuk mereka berkhidmat dan memberikan suatu perkhidmatan kepada rakyat boleh terlibat dan menyantuni masyarakat, ini bagi saya. Masuklah juga tadi saya bincang dengan seorang Ahli Parlimen kawan kita daripada Barisan Nasional dia sebut, dia kata kalau belia masjid itu, rakan masjid itu buat program buka puasa sahaja. Habis RM15,000 dengan satu program. Apa inikan? Buat program RM15,000 kemudian habis. Kita ada laporan, kita ada program satu kali setahun bulan puasa. Wallahualam.

Terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Padang Terap. Kami sedar bahawa program-program yang dianjurkan di kawasan bandar memang berlainan dengan, ataupun keperluan program di kawasan bandar memang berlainan dengan kawasan luar bandar. Itu satu realitinya.

Oleh sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini telah ubah pendekatan sekali lagi di mana untuk menurunkan sumber kewangan kepada peringkat negeri dan peringkat daerah itu termasuk juga Majlis Belia Daerah. Pada tahun ini kita telah tambahkan peruntukan kewangan dua kali ganda. Itulah walaupun amaun RM50,000 untuk Majlis Belia Daerah satu daerah kalau yang besar sangat pun RM50,000 pun tidak banyak juga. Akan tetapi, itulah bergantung pada kemampuan daripada kementerian. Saya rasa sebagaimana saya sebutkan sebentar tadi bahawa ada mustahaknya kalau pemimpin-pemimpin seperti Yang Berhormat daripada Padang Terap sepatutnya mendidik belia-belia kita ataupun seandainya kalau ada program yang dianjurkan oleh pejabat belia dan sukan di peringkat daerah telah menunjukkan sekiranya ada pembaziran misalannya bolehlah bagi nasihat atau teguran. Kami sedia menerima.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Okey.

Apa yang mustahaknya ialah kami seharusnya memberi pendidikan kepada belia-belia walaupun di kawasan luar bandar. Tidak semestinya 100 peratus berdikari tetapi sekurang-kurangnya ambillah janganlah duduk tunggu peruntukan untuk menjalankan aktiviti. Saya memang faham mungkin kawasan-kawasan kampung mana hendak pergi cari adanya orang business, korporat untuk membantu itu saya faham. Akan tetapi, saya rasanya dari kampung itu pun ada orang berjaya walaupun dia tidak bermastautin dan tidak duduk di dalam kampung itu lagi. Mungkin orang-orang dewasa dia tinggal dengan bapa saudara dan sebagainya bekerja ataupun menjalankan business di kawasan bandar.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Okey, okey sikit.

Mereka orang lama pun boleh bantu juga.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingat ucapan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Saya tidak pernah dipanggil sekali pun untuk terlibat di dalam program-program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah. Bahkan saya tidak tahu apa yang berlaku dan ini saya kata tadi berlaku politiking mungkin daripada kementerian itu ada ideanya turun ke peringkat belia daerah mereka politiking, sebab apa? Saya daripada Pakatan Rakyat. Jadi sampai bila belia kita akan terbiar, akan terpinggir, bila sampai dalam pelaksanaan kita tidak pernah dipanggil. Kemudian macam mana kita hendak bagi nasihat, kita hendak bagi pandangan, satu. Kedua, walaupun ada program-program katakanlah Kementerian Belia dan Sukan ada buat futsal. Gelanggang futsal yang dibuat di atas tanah kerajaan negeri tetapi kami yang daripada kerajaan negeri pun tidak pernah dijemput. Itu saya kata politiking. Dia kata kalau kita masih lagi mengadakan politiking ataupun melaksana politiking seperti ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Sampai bila kita bercakap, saya ingat retoriklah. Minta maaflah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Bangun]

[Bangun]

Okey kita hendak sambung sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya tuduhan Yang Berhormat Padang Terap itu tidak betul.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Boleh hendak jawab? Boleh hendak jawabkah? Tidak betul.

Kita beritahu yang tidak betul, yang tidak betul itu kita beri tidak betullah. Tidak semua kita dipanggil. Kita sendiri pun kadang-kadang belia ini pun bagi peluang kepada mereka untuk berbincang sendiri dan kita pun kadang-kadang tidak dipanggil, Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Jadi kalau macam itu macam mana kita hendak bagi pandangan? Kita boleh bagi pandangan kalau diakui oleh pemimpin.

Jadi kalau tuduh itu tidak adalah. Tidak usah begitu. Tidak benda yang tidak betul itu tidak usah buat. Itu sahaja.

Lenggong, Lenggong. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Lenggong, Lenggong.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Kalau betul mesti saya dipanggil itu sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap di atas kayangan. Bercakap di atas kayangan.

Tidak apalah Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Kalau saya dipanggil mesti saya ada rekod. Itu sahaja yang saya boleh jawab.

Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya tidak pernah dipanggil.

Yang Berhormat...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bahkan diperli pula dalam mesyuarat. Allah!.

Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Macam itulah.

Jangan merajuk Yang Berhormat Padang Terap. Saya melihat tadi tentang usaha kementerian lagi berkaitan bagaimana kita hendak mengaktifkan belia. Kalau kita tumpu kepada pertubuhan belia maknanya servis kementerian hanya pada 2.5 juta sahajalah. Sedangkan generasi muda adalah lebih daripada sebelas juta. Saya percaya kalaulah kementerian mana-mana berusaha bersungguh-sungguh untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam aktiviti belia, perkara ini sebenarnya begitu lama sudah kita bercakap. Bolehkah tidak kita buat bersungguh-sungguh pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang menyumbang kepada aktiviti belia mesti dibuat misalnya. Dengan cara ini, kebergantungan pertubuhan belia mungkin kurang sedikit kepada kementerian kerana dia boleh membuat pungutan kewangan daripada sumber-sumber ini. Satu lagi Yang Berhormat, kita dengar hari ini kita tengok bagaimana kejayaan Yang Amat Berhormat Menteri buat Program Blue Ocean Strategy melalui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ini apakah boleh tidak kita bincangkan supaya banyak khusus kemahiran melalui Kementerian Pertanian, melalui GiatMARA dan sebagainya kadang- kadang peserta pun tidak ada. Bagaimana, cukup susah kita hendak dapat peserta. Ini belia-belia yang tercicir ini. Jadi apa salahnya kita buat program-program sebegini supaya mungkin kementerian tidak mengeluarkan belanja tetapi kerjasama kementerian supaya aktiviti-aktiviti diperbanyakkan. Memanglah kalau kita tumpukan kepada satu aspek sahaja pertubuhan belia sahaja kita akan tinggalkan yang lain. Oleh sebab itu saya sokong bila kementerian Perdana Menteri lancarkan I Am For You (iM4U). Maknanya kita kena ingat bahawa memang setengah orang muda dia tidak berminat dengan pertubuhan belia tetapi dia juga dalam organisasi, kelab memancing dia, kelab basikal dia. Dia berorganisasi juga. Akan tetapi bukan dalam pertubuhan belia dalam organisasi yang mengikut cara dan minat dia. Kumpulan ini pun kita kena dekati juga sebab itu saya hendak cadangkan kepada kementerian supaya fikirkan mekanisme supaya memudahkan pemimpin belia yang ada sekarang ini kalau boleh untuk dapatkan sumber kewangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong pendekkan.

Itu sahaja.

Okey, terima kasihlah pandangan. Akan tetapi, cuma satu sahajalah saya hendak tekankan bahawa saya bersetuju sangat bahawa jangan politikkan pembangunan belia dan pembangunan sukan. Kalau Yang Berhormat dari mana-mana pun yang buat dakwaan bahawa pegawai-pegawai saya di kementerian mempolitikkan aktiviti- aktiviti saya rasa itu tidak adillah.

Mereka cuma menjalankan program khasnya pendekatan daripada Kementerian Belia dan Sukan sekarang ini ialah we do want to do a top down job. Kita yang anjurkan minta NGO belia tempatan untuk sebagai agen implementasi lebih eloknya kumpulan- kumpulan belia di tempatan itu atas nasihat daripada pegawai-pegawai saya dari Pejabat Belia dan Sukan peringkat daerah, mereka yang anjurkan apa program-program yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak belia-belia tempatan. Kita dapat bagi ialah kaunseling bagi nasihat. Itulah sahaja saya hendak jawab untuk dalam perkara ini. Suka saya hendak jawab berkaitan dengan gender perspektif yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Dakwaannya bahawa setengah misalannya futsal lebih kepada lelaki dan antara perempuan yang melibatkan diri dalam program ini ataupun sukan masa ini sebenarnya dakwaan itu tidak semestinya betul. Saya dapat lihat dengan sendirinya ialah bahawa futsal ini juga dilibatkan ramai pemain perempuan juga ambil bahagian.

Cuma sesetengah- satu realiti ialah bahawa sesetengah keluarga sebab main futsal ini di bawah under hot sun ataupun sebelah malam. Sesetengah ibu bapa, keluarga tidak bersetuju sangat anak mereka untuk melibatkan diri dalam permainan-permainan seperti futsal yang lebih intensif yang begitu intense dan mungkin adanya cara yang lebih kompetitif kadangkala ada kecederaan yang sedikit sini sedikit sana. Itulah mungkin satu acara yang tidak semestinya digemari oleh wanita atau perempuan tetapi masih ada penglibatan mereka. Apa yang saya dapat tekankan ialah...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Sebenarnya Gelanggang Futsal 1Malaysia ini ataupun gelanggang serba guna. Sebenarnya gelanggang futsal walaupun namanya Gelanggang Futsal 1Malaysia, ia bukan sekadar untuk digunakan untuk futsal sahaja. Ia boleh digunakan untuk- pada pagi saya difahamkan satu-satu tapak itu digunakan untuk orang bertaici di sana, aerobik di sana juga ada, main bola jaring pun ada, bola keranjang. Itulah tengoklah spesifikasi apa gelanggang ini. Dalam konteks ini- minta maaf ya. Sekejap Yang Berhormat. Dalam konteks ini, ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sama ada futsal ini tanpa berbumbung, sama ada gelanggang futsal tanpa berbumbung dan adanya masalah maintenances dan sebagainya. Ini suatu yang memang telah berlaku. Yang kos maintenance untuk tahun akan datang, Bajet 2013, adalah dalam lingkungan RM5 juta. Akan tetapi di seluruh negara ini yang telah dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan, gelanggang ini lebih kurang 2,000 buah. Itu tidak masuk lagi yang dibina oleh pemaju, pihak berkuasa tempatan ataupun pihak kementerian-kementerian lain. Jadi, daripada segi maintenances itu kalau yang biasa itulah tanggungjawab daripada Kementerian Belia dan Sukan. Kalau ‘went tare’ yang kecil itu biasanya jawatankuasa gelanggang futsal itu sepatutnya sebab mereka ada kutip...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan ya. Sebelum pergi jauh.

Our committee. Saya akan balik sekejap ya. Dia ada kutip wang sedikit yuran untuk main di kawasan tapak gelanggang futsal itu. Jadi untuk maintenance yang, kerosakan yang lebih serius, itulah yang bergantung kepada Kementerian Belia dan Sukan, itu kementerian faham. Oleh sebab itu daripada segi reka bentuk gelanggang futsal yang baru-baru ini, kementerian mendapati bahawa sesetengah tandas yang telah dibina di sebelah gelanggang futsal itu telah di vandalisme kan, masalah vandalisme. Disebabkan itu pada gelanggang futsal yang akan dibina atau sedang dibina, semuanya tanpa tandas dan wang dijimatkan itu akan kita bina lebih banyak lagi gelanggang futsal. Dalam konteks ini, ada beberapa orang Yang Berhormat telah membangkitkan bahawa sama ada kompleks sukan komuniti seharusnya dibina, itu semuanya bergantung kepada dana kewangan yang kementerian ada untuk membina. Akan tetapi prioriti dan keutamaan buat pada masa sekarang ini adalah untuk membina lebih banyak lagi gelanggang futsal khasnya di kawasan luar bandar. Kalau di kawasan bandar...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sebelum pergi ke situ Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini kerana isu saya bukan tentang futsal.

Saya jawab secara amnya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya kerana isu saya ialah saya beri satu contoh bahawa futsal dan sukan football memang lebih dimainkan oleh kaum lelaki, pemuda lelaki. Jadi soalan saya ialah sama ada adakah sukan yang disasarkan untuk di main oleh wanita. Itu maksudnya perspektif gender dan saya minta sama ada semua statistik data mengenai berapa orang pesertakah dan lain-lain, berapa orang sudah dilatih itu sama ada dia dipecahkan mengikut gender, berapa orang pemudi wanita telah dilatih, berapa pemudi wanita telah menjadi peserta? Itu maksudnya. Bukan saya hendak bantah dan bukan saya mengatakan...

Itu saya faham Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Bahawa futsal ini hanya untuk lelaki.

Yang Berhormat, itu saya faham. Saya belum sampai hendak jawab soalan tadi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi memang sudah faham bahawa futsal ini memang ramai di main oleh lelaki. Apakah aktiviti atau sukan yang dimain oleh wanita? Itu yang saya tanya.

Baik, terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat, saya belum sampai hendak jawab soalan spesifik daripada Yang Berhormat. Cuma Yang Berhormat mungkin tidak sabar, tidak cukup sabar. Okey sebenarnya, cuba tengok kejohanan-kejohanan, pertandingan-pertandingan sukan yang sedia ada, ramai penglibatannya daripada golongan wanita juga. Kita ada pemain ataupun atlet kebangsaan daripada golongan wanita. Itu menunjukkan memang adanya penglibatan, barulah kita dapat bacakan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya bukan cakap tidak ada. Saya minta beri nombor, jumlah, bilangan, compare, perbandingan ya.

Sabar, sabar. Saya akan berikan maklumat berkaitan itu. Okey, berkaitan dengan data untuk gender perspective, termasuk juga sama ada di IKBN misalannya. Di IKBN, Yang Berhormat ada menyebut berkaitan dengan Institut Kemahiran Belia Negara dalam bidang kemahiran sama ada kursus-kursus tertentu adanya penglibatan daripada perempuan, wanita dan sebagainya, memang ada. Secara keseluruhannya bagi kursus-kursus yang disediakan oleh IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan, lebih kurang 70 peratus adalah lelaki dan 30 peratus adalah perempuan. Itu pun bergantung pada sesetengah kursus, kursus-kursus yang teknikal, mekanikal, automotif dan sebagainya, civil engineering, pembinaan, biasanya dalam bidang ini lebih digemari oleh, diceburi lebih ramai daripada lelaki. Misalannya hospitaliti and beauty courses dan sebagainya, biasanya lebih kepada perempuan. Begitu juga saya rasa di dalam IPT dan IPTS, nampak juga sebab ramai yang masuk IPT dan IPTS itu, perempuan jauh lebih daripada lelaki.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

So, dalam bidang kemahiran ini, di bawah kementerian saya, lebih kurang 70 peratus dengan 30 peratus.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, itulah yang saya minta. Bolehkah beri kursus-kursus yang spesifik. Kursus kalau kata repair automobile, berapa orang wanita, berapa orang lelaki. Saya minta statistik ini sahaja. Saya bukan tegur apa-apa. Saya hanya hendak tahu sama ada kementerian sedar ada perbezaan di antara pemudi dan pemuda. Minat mereka tidak sama dan mereka mungkin akan menyertai aktiviti yang tidak sama. Saya ingin mendapatkan statistik itu sahaja.

Jangan risau Yang Berhormat. Statistik ataupun data secara terperinci, saya boleh hantar selepas ini. Itu sebabnya kalau mengikut kursus-kursus - saya pun bukan komputer boleh mengingati semua. Akan tetapi secara keseluruhan, 70 peratus dan 30 peratus. Begitu juga kalau Yang Berhormat sudah minta, saya sudah catatkan bahawa berkaitan dalam bidang sukan-sukan. Kebanyakan sukan-sukan kalau sukan massa, ia dianjurkan oleh persatuan sukan tempatan ataupun negeri. Itu semua NGO, NGO sukan.

Mereka yang anjurkan sama ada statistik itu setakat mana, saya akan cuba dapatkan statistik itu. Akan tetapi kalau program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, itu data memang ada. Saya akan beri selepas ini. Janganlah risau Yang Berhormat, Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan adalah seorang wanita. TKB pun ramai daripada wanita. Mereka tetap faham apakah kehendak dan keperluan daripada golongan wanita... [Disampuk] Okey, berkaitan dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam yang menyebut berkaitan dengan atlet OKU dan paralimpik, itu telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri saya dalam peringkat Dasar berkaitan dengan perbezaan di antara SHAKAM, prize money dan sebagainya. Akan tetapi untuk lelaki dan perempuan, gender perspective biasanya tidak ada perbezaan tetapi itu pun bergantung pada prestasi sesuatu kejohanan. Kadangkala sesuatu misalannya futsal, kalau seperti kata ramai lelaki yang melibatkan pasukan untuk perempuan ini kurang. Katakan enam pasukan dan ada 60 pasukan daripada lelaki. Jadi biasanya prize money itu mungkin ada perbezaan. Itu pun bergantung tengok prestasi sesuatu kejohanan itu. Akan tetapi untuk kejohanan antarabangsa dan sebagainya, biasanya tidak ada perbezaan. Dia beri prize money yang sama.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, sedikit pasal atlet Paralimpik. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya difahamkan dalam jawapan dasar yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri bahawa mungkin tidak ada pencen kepada atlet Paralimpik yang telah membawa pulang satu perak dan satu gangsa ke negara kita, sama dengan atlet normal. Jadi, memandangkan saya tidak mahu katakan dasar dibuat oleh kita, lelaki ataupun insan normal. Mereka Orang Kurang Upaya (OKU). [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Akan tetapi saya rasa untuk mereka mendapatkan pingat perak dan gangsa di peringkat Olimpik, mereka juga memerlukan kesungguhan dalam latihan dan mengorbankan masa dan tenaga. Mereka juga telah mengharumkan nama negara. Walaupun Yang Berhormat Menteri telah memberikan alasan dari segi disiplin yang berbeza, yang melibatkan soal mutu sesuatu event itu susah untuk kita pertikai tetapi tidak boleh dipertimbangkan sedikit pencen seumur hidup sekurang-kurangnya untuk Saudara Hasihin dan pemegang pingat gangsa, saya terlupa namanya siapa- dalam curve archery ini supaya sekurang-kurangnya walaupun tidak sama dengan Dato’ Lee Chong Wei tetapi separuh ataupun satu pertiga atau satu perempat. Kenapa tidak boleh dicadangkan kepada Kabinet untuk melihat nasib atlet OKU turut mendapat pembelaan yang setimpal dan seadilnya daripada pihak kerajaan.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Perkara ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dan kami masih membuat kajian dan hendak dengar daripada pemikir-pemikir dan pakar-pakar dalam bidang sukan ini sama ada hendak bagi ganjaran saksama yang dikatakan. Walaupun kejohanan ini dan kehebatan sesuatu kejohanan ini tidak semestinya sama. Terima kasih atas pandangan itu. Perkara ini masih dalam kajian dan selepas kajian diteruskan dan akan diumumkan selepas ini. Saya cuma hendak tekankan sebab kategori di antara Paralimpik dengan sukan Olimpik ini sebenarnya kategorinya tidak sama. Kategori untuk Olimpik, 28 jenis sukan tetapi bagi Paralimpik cuma 20 jenis sukan. Pingat yang disediakan untuk Olimpik ialah 302 dan untuk Paralimpik sebanyak 503. Beberapa jenis sukan misalannya olahraga, renang dan pingpong, pingat untuk Paralimpik empat kali ganda lebih daripada pingat untuk Olimpik. Jadi ia dari segi kategori, dari segi kelayakan, qualifying round dan sebagainya, kehebatannya, persediaan latihan dan pencapaian antarabangsa dan konsistensi dalam Paralimpik masih ada ruangan untuk ditingkatkan lagi. Jadi, there is still a room for improvement. Jadi masih belum ada suatu ketetapan. Mungkin pada suatu hari dia akan sampai bukan setakat Paralimpik, dia disambut di Paralimpik bukan sahaja di antarabangsa tetapi mungkin di peringkat serantau ataupun di peringkat SUKMA dan sebagainya dapat disambut begitu hebat oleh semua rakyat kita.

Mungkin sudah sampai setakat itu. Mungkin adalah lebih sesuai untuk mendapatkan ganjaran yang saksama. Walau bagaimanapun, ini masih dalam proses kajian. Terima kasih. Berkaitan dengan....

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Sekejap, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekejap. Saya kurang berpuas hati dengan jawapan Yang Berhormat. Ini kerana saya minta, bukan kita tidak perlu. Kita pertimbangkan. Ganjaran sudah diberi tetapi saya minta pemberian pencen. Pencen! Makna kata ini untuk seumur hidup atas jasa mereka. Bukan jumlah yang sama dengan atlet normal tetapi sekurang-kurangnya mereka ini kita faham untuk meneruskan kehidupan, mereka menghadapi kesukaran yang cukup. Boleh atau tidak kerajaan mencadangkan. Saya ingat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup prihatin tentang perkara ini. Bukan 30 orang tetapi dua orang. Dua orang sahaja yang telah menempa nama negara di peringkat antarabangsa. Kalau 30 orang kita tidak pertikai. Dua orang sahaja. Mereka adalah terlalu istimewa untuk negara.

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak sokong cadangan Yang Berhormat Arau.

Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini kerana saya rasa negara kita sudah cukup kaya untuk memelihara orang seperti ini yang telah mengharumkan nama negara.

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Arau dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Memandangkan bilangan yang tidak ramai dan dia simbolik, Paralimpik antarabangsa dia simbolik, kementerian saya bersetuju untuk mengkaji balik. Cuma atas kejohanan apa yang seharusnya kita bagi. Akan tetapi dalam konteks ini, izinkan saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebentar tadi ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara yang berkaitan dengan kebajikan. Wang pencen, ada yang atlet kebangsaan kita satu ketika dahulu merampas pingat emas kah, pingat gangsa dan sebagainya, selepas itu mungkin dia terperangkap dalam kemiskinan ataupun bermasalah kesihatan dan sebagainya selepas itu. Apa yang mustahak ialah satu badan YAKEB iaitu yayasan untuk atlet-atlet kebangsaan kita telah ditubuhkan. Setakat ini lebih kurang 1,700 orang ahli telah menyertai yayasan YAKEB dan yayasan ini telah mengadakan beberapa program dan juga kaedah kebajikan termasuk diskaun dan special treatment khasnya untuk atlet-atlet kebangsaan kita. Selain daripada itu, bagi Kementerian Belia dan Sukan, kami menyedari bahawa ini kalau kita memandang pencen ataupun kebajikan atlet kebangsaan kita sebagai satu tanggungjawab yang utama, iaitu kebajikan. Saya rasa kebajikan itu bukan sahaja untuk atlet kebangsaan. Saya rasa belia-belia ataupun rakyat negara kita dalam bidang-bidang masing-masing pun ada yang seketika dahulu mengharumkan nama negara kita dan YAKEB sudah ditubuhkan. Akan tetapi yang lebih mustahak baru-baru ini, kementerian melalui Majlis Sukan Negara khasnya telah mengkaji semula apa dia yang kita boleh bantu atlet kebangsaan kita semasa mereka masih menjadi atlet kebangsaan, masih bertanding di antarabangsa ini dan apa dia laluan kerjaya bagi mereka. Oleh sebab itu baru-baru ini selain daripada yang saya sebut SHAKAM, kebajikan itu, itu salah satu. Apa yang mustahaknya, satu bahagian kaunseling dan bahagian nasihat telah ditubuhkan oleh Majlis Sukan Negara untuk membantu dan memberi kaunseling kepada atlet-atlet kebangsaan semasa mereka masih aktif mewakili negara kita bertanding. Oleh sebab itu, sama ada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, di bawah Kementerian Belia dan Sukan ataupun dengan usaha MSN dengan IPT, ramai daripada atlet kebangsaan kita yang masih cenderung ataupun academically incline dengan izin. Mereka diberi fleksibiliti untuk melanjutkan pelajaran mereka di IPTA ataupun IPTS. IPTS yang ditawarkan kepada atlet kebangsaan kita untuk belajar di IPTS ataupun di IPTA, kalau tidak silap saya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sahaja, sebanyak RM20 juta telah disediakan untuk biasiswa.

Selain daripada itu, pada petang esok, sukacita saya hendak maklumkan pada petang esok Yang Berhormat Menteri akan mewakili kementerian untuk menandatangani suatu perjanjian MoU dengan sembilan buah IPTS dan kolej-kolej di mana mereka tawarkan dalam lingkungan melebihi RM6 juta dalam amaun biasiswa kepada atlet kebangsaan kita, sama ada mereka yang menceburi di dalam sukan teras ataupun prestasi tinggi ataupun sukan lain. Sukan yang masih tidak tergolong dalam sukan teras.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Jadi kami akan berhubung dengan Badan Sukan Kebangsaan supaya mereka boleh recommend atau cadangkan siapa-siapa yang sesuai. Kita akan cadangkan kepada IPTS-IPTS, mereka yang menjalankan CSR untuk membantu, dengan tujuan membantu atlet kebangsaan kita supaya mereka beri suatu alternatif sebelum mereka mengundur diri daripada masih aktif dalam bidang sukan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa projek ini ataupun rancangan ini harus dipanjangkan kepada seek players di peringkat primary school dan juga secondary school. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada baca surat khabar, akan tahu bahawa seorang badminton player di bawah 12 tahun yang mempunyai potential yang begitu besar di Bukit Mertajam sudah dioffer Asian Scholarship oleh Singapura supaya menarik beliau pergi ke Singapura. Saya rasa kita harus identify semua bakat yang kita ada sekarang, ketika masih kecil lagi supaya kita berikan juga scholarship dan lain-lain offer supaya mereka akan terus belajar di dalam negara kita dan menjadi atlet yang pada masa akan datang menjadi top atlet mewakili negara kita. Jadi saya harap projek dan rancangan ini dipanjangkan ke primary school dan juga ke secondary school. Terima kasih.

Terima kasih atas cadangan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Cuma saya difahamkan bahawa atlet yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah seorang yang berumur 12 tahun, dia telah diberi Asian Scholarship. Dia mengambil biasiswa Asian ini sebab dia mungkin bukan sahaja memang mahir dalam sukan tetapi dalam academic study dia memang hebat jugalah saya difahamkan. Itu biasanya. Jadi itu juga salah satu hakikat dan realiti yang kita terpaksa hadapi bahawa ibu bapa dan belia-belia kita dia ada pilihan. Mungkin ada belia-belia kita yang dijemput oleh negara-negara lain selain daripada Singapura tetapi walau bagaimanapun ini satu cadangan yang baik. Terima kasih. Yang Berhormat Telok Intan menyebut perkara masalah bola sepak seperti yang saya sebut tadi olahraga dan sebagainya. Itu berkaitan dengan peranan Persatuan Sukan Kebangsaan. Ada juga mengatakan dipimpin oleh ahli-ahli politik atau tokoh-tokoh politik, tidak sesuai. Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan cadangan itu. itu semua bergantung kepada sama ada seorang pemimpin ahli-ahli politik from both political divide sama ada dia menyalahgunakan platform yang dia ditawarkan untuk memimpin persatuan atau badan sukan kebangsaan ini ataupun peringkat negeri. Saya rasa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini sebelum ini pernah menyandang jawatan. Sekiranya kita tidak campur tangan sangat dalam jawatankuasa teknikal, kita tidak pilih kasih. Kalau platform menyandang sebagai pengerusi badan sukan kebangsaan ataupun peringkat negeri, tujuan untuk bantu mengumpul dana ataupun untuk memastikan pelantikan pilihan atlet program pembangunan sukan itu adalah tersusun, itulah tujuan itu sudah tercapai. Itulah lebih mustahak. Jangan sekadar kita anggap kalau dia seorang tokoh politik, dia anggap diri sebagai seorang pentadbir sahaja dan bukan campur tangan sangat. Kita sepatutnya jangan salahkan seorang ahli politik. Mungkin ahli politik itu sebelum ini dia seorang atlet ataupun memang berminat dalam sukan-sukan tertentu. Kalau dia minat misalannya, sukacitanya saya hendak maklumkan bahawa satu ketika saya pernah dijemput untuk mempengerusikan Persatuan Tekwando Johor. Saya memaklumkan kepada pemimpin-pemimpin dalam persatuan, saya kata saya tidak reti langsung tekwando tetapi dia kata tujuan saya jemput ialah tolong bantu dalam pentadbiran, tolong bantu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan tujuan-tujuan tertentu. Saya anggap satu prinsip itulah yang mustahak, saya tidak campur tangan langsung atas teknikal kejurulatihan, pilih atlet ataupun pelapis. Saya langsung tidak tanya pun. Saya kata saya serah kepada jawatankuasa.

Lagipun dari segi kementerian Ahli Yang Berhormat bahawa budaya dan struktur sukan di negara kita ini mungkin berlainan kalau berbanding dengan negara-negara sosialis. Di negara kita ini mempunyai lebih daripada 50 buah badan sukan kebangsaan. Mereka ini bersejarah, mereka ini ahli-ahlinya terdiri daripada atlet-atlet ataupun peminat yang kebiasaannya dalam bidang yang tertentu misalnya bola sepak, hoki ataupun apa jua olah raga dan sebagainya. Kami memahami dan menyedari bahawa kadangkala ada berlakunya penyelewengan di sesetengah badan NGO sukan termasuklah baru-baru ini dukacita saya hendak maklumkan berkaitan dengan Majlis Paralimpik Malaysia. Ada dakwaan pemimpinnya di bawah siasatan daripada SPRM. Itulah di antara yang berlaku yang tidak diingini tetapi berlaku. Akan tetapi pendirian daripada kementerian ialah sepatutnya kerajaan tidak campur sangat dalam pentadbiran organisasi sesebuah badan sukan kebangsaan. Mereka adanya perlembagaan sendiri. Itulah dari segi undang-undang, kita terpaksa akur bahawa dia ada undang-undang yang untuk memilih pemimpin-pemimpin. Saya bersetuju juga ada sebahagian kecil daripada badan sukan kebangsaan memang bermasalah. Itulah di bawah Suruhanjaya Pesuruhjaya Sukan telah ambil tindakan ataupun bagi nasihat campur tangan sangat daripada kerajaan ataupun daripada tokoh politik untuk badan sukan kebangsaan ini, ia akan membawa masalah lain. Jadi oleh sebab itu itulah pendirian secara prinsipnya kita tidak campur tangan sangat melainkan adanya penyelewengan atau tidak mematuhi Akta Pembangunan Sukan dan sebagainya. Berkaitan dengan anggota Majlis Sukan Negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan, saya rasa data statistik yang terperinci saya boleh hantar selepas ini. Berkaitan dengan dakwaan bahawa kekurangan jurulatih khasnya di bola sepak, sebenarnya FAM dan juga kementerian telah mengadakan kursus-kursus kejurulatihan di seluruh negeri dan skim kejurulatihan kebangsaan juga diadakan. Di bidang bola sepak sahaja, kementerian sedang mengadakan Program MyKids Soccer, bola sepak di seluruh negara melibatkan seramai 1,400 pemain berumur di antara lapan sehingga 12 tahun. Sebanyak 14 buah pusat latihan di seluruh negara telah ditubuhkan, mempunyai seramai 14 ketua jurulatih remaja negeri dan 98 orang jurulatih sambilan. Inilah di antara usaha dan pendekatan baru yang telah diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menggerakkan lagi program-program berkaitan dengan bola sepak. Selain daripada itu, Institut Sukan Negara juga telah mewujudkan pusat-pusat satelit di mana Program Talent Identification (TIP) juga telah diadakan. Lebih kurang semua negeri melainkan negeri Perlis masih belum ada lagi. Semua negeri telah ada dan misalannya di Sarawak sudah ada dua buah pusat satelit di mana program-program yang teratur dan bergantung juga kepada perjawatan baru untuk menempatkan pegawai-pegawai baru yang mahir dalam sains sukan dan sebagainya untuk mencungkil bakat dari peringkat akar umbi dan biasanya melibatkan belia-belia kita ataupun kanak-kanak kita di peringkat sekolah rendah.

Mungkin satu perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Jerai berkaitan dengan gejala sosial, saya hendak mengucapkan terima kasih atas keprihatinan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat berkaitan dengan masalah gejala sosial. Akan tetapi gejala sosial ini bukan katanya Kementerian Belia dan Sukan lepas tangan, bukan itu. Sebenarnya agensi-agensi kerajaan yang ada berkaitan dengan belia-belia ini sekurang- kurangnya 12 kementerian. Itu termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia, KPT, Kementerian Sumber Manusia di bawah Yang Berhormat Datuk Dr. S. Subramaniam dan sebagainya, banyak agensi. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya semua terlibat. Cuma dari gejala sosial ini, apa peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Belia dan Sukan kami lebih kepada pembangunan sukan untuk semua. Kita hendak buatkan belia-belia kita penuh dengan tenaga, penuh dengan masa, biarlah mereka lebih occupied dalam bidang sukan. Oleh sebab itulah Kementerian Belia dan Sukan telah menerima sambutan dan cadangan yang begitu baik dalam pembinaan gelanggang futsal 1Malaysia dan juga beberapa negeri telah dan ramai juga Ahli Yang Berhormat memohon tambahan gelanggang futsal di kawasan masing-masing. Itu salah satu pendekatan yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membanteras masalah gejala sosial. Sebab biasanya kalau mat rempit itu berlaku atau pun ada perkara-perkara lain gejala sosial ini ia melibatkan kelemahan ramai pihak.

Sebenarnya gejala sosial ini seharusnya dianggap sebagai satu tanggungjawab bersama bukan sahaja agensi kerajaan, sekolah, ibu bapa, pemimpin-pemimpin setempat dan sebagainya. Begitu juga Yang Berhormat Jerai menyebut berkaitan dengan lebih ramai lagi guru-guru agama, lahirkan lebih ramai ustaz dan pendidikan agama. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya memainkan peranan. Memang adanya kursus-kursus dalam program-program yang berunsurkan keagamaan, itu memang diteruskan. Akan tetapi Kementerian Belia dan Sukan bukanlah hanya salah satu daripada agensi kerajaan untuk mengadakan program-program ini dan bukannya 100 peratus bergantung kepada kita. Ini juga saya rasa mustahaknya bukan sahaja Kerajaan Pusat, perkara berkaitan dengan keagamaan khasnya Islam itu pun juga merupakan perkara yang mustahak untuk kerajaan negeri. Jadi kerajaan-kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan masing-masing untuk mengadakan program-program dalam bentuk pembaikan akhlak dan sebagainya. Berkaitan dengan Yang Berhormat Jerai sebut berkaitan dengan FAM dan saya rasa Yang Berhormat Arau pun ada sebut sama ada kekurangan konsistensi berkaitan dengan pemain import khasnya pemain bola sepak. Itulah sebagaimana yang saya sebut sebentar tadi iaitu kementerian tidak campur tangan sangat tetapi apa prinsip daripada pendekatan dan prinsip yang dipegang oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah, we want the best players. Jadi Majlis Sukan Negara khasnya, ia ada jawatankuasa-jawatankuasa teknikal, pemantauan dan sebagainya sentiasa bermesyuarat dengan badan sukan kebangsaan misalnya FAM, BAM, Olahraga dan sebagainya untuk mesyuarat koordinasi. Tengoklah apa dia program-program yang disediakan dan dirancang oleh badan sukan kebangsaan ini. Dengan itu Kementerian Belia dan Sukan khasnya melalui Majlis Sukan Negara menyalurkan apa bentuk bantuan kewangan yang kita mampu untuk membantu badan-badan sukan kebangsaan ini.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat sikit, pasal tajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. saya ingin bertanya Yang Berhormat, kalau dahulu semenjak kita menandatangani protokol di mana Dunhill, syarikat- syarikat rokok tidak lagi dapat menaja dalam Liga Malaysia. Kita lihat selepas itu berlaku kemurungan dalam Liga Malaysia waktu penurunan mutu permainan selain kita ditimpa mala petaka rasuah di kalangan para pemain suatu ketika yang menghancurkan terus zaman kegemilangan bola sepak negara selepas zaman Hasan Sani, James Wong, selepas itu tidak ada lagi nama-nama yang gah yang boleh kita banggakan sebagai ikon bola sepak negara. Akan tetapi sekarang ini penajaan kita walaupun ada TM dan sebagainya, tidak lagi mempunyai sumber kewangan sebagaimana sejumlah yang pernah ditaja oleh Dunhill satu masa dahulu. Jadi bagaimana kerajaan atau pihak kementerian boleh menggerakkan supaya terbuka hati syarikat-syarikat besar dan gergasi di negara kita ini, kadang-kadang dia menaja permainan-permainan yang saya bukan tidak menafikan sukan permotoran itu adalah sukan juga menarik minat ramai. Akan tetapi golongannya kecil, tidak sama dengan bola sepak. Ia boleh mengetepikan soal-soal politik, soal-soal perkauman. Semua orang minat kerana ini adalah satu sukan untuk menyatupadukan rakyat dan merupakan sukan yang gah dan terkenal di peringkat antarabangsa. Kenapa kita tidak dapat memberi dorongan kepada syarikat-syarikat korporat ternama di negara kita yang lebih berminat untuk membeli Syarikat Cardiff di EPL, yang lebih berminat untuk membeli syarikat-syarikat di La Liga atau rundingan sekarang dijalankan. Kemudian Bundesliga di Germany. Kenapa mereka tidak berminat untuk menaja kelab-kelab di dalam negara kita? Sekarang ini berlaku satu lagi fenomena baru untuk perhatian Yang Berhormat negeri yang kaya. Sekarang macam Johor, negeri Yang Berhormat. Negeri kaya, dia boleh beli bekas pemain La Liga daripada Sepanyol, daripada Liga Itali. Akan tetapi negeri yang miskin akan merudum, jatuh dan jatuh dan terus jatuh, macam mana dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Apa pandangan Yang Berhormat? Kita mahu dasar ini diperjelaskan oleh pihak kementerian supaya kita dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sebenarnya dalam bidang sukan, kalau boleh, katakan kita bahagikan kepada dua kategori. Yang pertama, competitive sport, sukan kompetitif di mana ia bernilai komersial.

Maksudnya misalannya competitive sport misalannya bola sepak, bola keranjang. Golf mungkin ragbi, hoki, badminton iaitu kategori pertama di mana mereka dapat menerima lebih tajaan daripada syarikat-syarikat sebab fans, peminatnya ramai. Mungkin mereka lebih cenderung kepada sports sebegitu. Jadi ada sukan-sukan lain misalannya olah raga. Saya bukan katakan olah raga tidak mustahak, mustahak. Ada sukan-sukan tertentu misalannya berenang, mungkin something very interesting, very good tetapi kalau kita tengok menonton televisyen, apa dia yang you boleh lama tengok itu melainkan you pakar dalam bidang itu. Mungkin dalam sukan silat, tekwando. Itulah biasanya ia bukan spectator audience friendly dengan izin, non spectators friendly game. Jadi dalam bidang ini, di kategori yang kedua ini, biasanya menghadapi masalah yang lebih besar untuk mendapatkan tajaan. Oleh sebab itu kementerian telah...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, saya tidak nafikan. Tidak apa, saya setuju dengan kenyataan Yang Berhormat. Akan tetapi kenapa perlawanan akhir Piala FA dalam Malaysia, 80,000 kita dapat panggil penonton di stadium, 100,000. Golf berapa orang sahaja? Tidak sampai 10,000 yang menonton. Cuma golongan-golongan high class, high level sahaja. kenapa mendapat tajaan yang begitu besar? Kenapa bola sepak ini yang kalau CIMB taja, kenapa yang melabur, yang rakyat marhaen juga ada simpanan dalam CIMB. Melibatkan 80,000 orang, disiarkan secara langsung malah mengatasi rating siaran- siaran Bicara Rakyat, bicara apa. Rakyat lebih berminat kepada bola sepak. Kalau Yang Berhormat katakan lebih hebat daripada rancangan hiburan yang disiarkan oleh TV secara langsung.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi kita dapat memanggil. Kalau permainannya bermutu, pengadilannya bermutu, kelab yang diurus tadbir dengan baik, ada kemungkinan pun kita dapat memanggil audience yang begitu ramai. Sebab itu Didier Drogba apabila Johor menawarkan dia bermain dengan Johor, soalan pertamanya dia bertanya, ”Berapa audience yang ada di Stadium Johor?” Itu soalan pertama. Dia tidak tanya berapa kontrak yang akan ditandatangani. Ini kita kena lihat sudut negotiation dan pelbagai sudut yang harus menjadi pertimbangan sebelum kita membuat satu dasar, Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya bersetuju bahawa di negara kita ini, masyarakat kita ini fans based masih tidak cukup besar selain daripada mungkin bola sepak dan sebahagian daripada badminton. Sukan yang lain saya rasa, misalannya SUKMA ataupun Badminton Terbuka Kebangsaan dianjurkan di mana-mana negeri, biasanya pun tidak ramai sangat. Ia sampai setakat pemain-pemain dalam bidang itu, itu pun tidak pergi sana menonton. Itulah kekurangan budaya sukan di negara kita. Oleh sebab itu kementerian telah ambil pendekatan baru untuk membangunkan budaya sukan. Di antara itu, seharusnya kita anggap selain daripada gaya hidup kita dalam bidang sukan untuk supaya badan tidak berat sangat ataupun obese, itulah semua tanggungjawab bersama saya sebut sebentar tadi. Utamanya ialah kementerian dalam membangunkan industri sukan, kita tengah buatkan konvensyen, seminar, menganjurkan program-program dan mengadakan dialog-dialog dengan stakeholders, industri sukan ini, apa yang kita boleh bantu. Sebentar tadi Yang Berhormat dari Indera Mahkota bertanya berkaitan dengan buggy. Apanya tujuan kita bagi duti import pengecualian bagi buggy misalannya. Sebab kita anggap buggy ini peralatan sukan. Peralatan sukan di negara kita ini boleh dikatakan semuanya dikecualikan daripada import duti. So buggy itu dia sebahagian daripada satu sukan iaitu sukan golf. Sukan golf ini walaupun ia mungkin untuk upper class, upper middle class yang minat dalam bidang ini, penglibatannya mungkin tidak ramai sangat tetapi nilai komersial dia tinggi. CIMB dapat tajaan yang begitu tinggi sebab dia siaran di antarabangsa. Jadi kita seharusnya anggap dan lihat sukan bukan sahaja daripada untuk rekreasi, untuk sukan semua. Itu mustahak sebab itu satu based yang besar di mana budaya sukan dapat dibangunkan. Apa yang mustahaknya elit sport yang ketiga ialah industri sukan. Kita seharusnya menganggap sukan ini salah satu sumber yang kita dapat menjana ekonomi kita. Dia adalah satu spinner reform, multiplayer effect yang dapat secara keseluruhannya ia akan membangunkan industri sukan kita.

Banyak lagi perkara yang telah dibangkitkan sebentar tadi. Mungkin izinkan saya jawab berkaitan dengan IKBN sedikit. Sebenarnya kalau katakan IKBN – Yang Berhormat Indera Mahkota sebut IKBN kurangnya promosi, tiada tahap yang membanggakan. Mungkin ini satu... [Disampuk] Yang Berhormat tidak ada tetapi tidak kisah. Itu satu dakwaan saya rasa bukan gambaran yang betul. Sebenarnya IKBN walaupun promosi yang dikatakan tidak begitu hebat, IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan menerima permohonan pemohon lima kali ganda lebih yang kita boleh menerima. Setiap tahun IKBN di 20 pusat IKBN yang di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita menerima enroll lebih kurang 8,000 ke 11,000 atau 12,000 pelajar baru. Pemohon untuk masuk IKBN melebihi daripada 40,000 setiap tahun. Graduan ataupun lepasan daripada IKBN ini, mereka disambut begitu baik oleh industri-industri khasnya. Dalam tempoh enam bulan, lebih daripada 65 peratus daripada lepasan daripada IKBN kita telah bekerja. Dalam tempoh setahun, 84 peratus ataupun 86 peratus telah sama ada bekerja ataupun melanjutkan pelajarannya. Apa yang mungkin jadi suatu kelemahan struktur yang di mana di bawah Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Sumber Manusia yang saya difahamkan khasnya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran telah merancangkan suatu master plan yang lebih mustahak di mana kita dapat mengadakan program-program IKBN ini bukan sahaja sampai tahap SKM1, SKM2, SKM3, SKM4 sampai SKM5. Tahap lima itu iaitu advance diploma. Sepatutnya tidak semestinya universiti kemahiran ataupun universiti belia dalam bidang kemahiran tetapinya adanya kursus-kursus di mana sesiapa yang ambil aliran kemahiran dapat melanjutkan pelajaran mereka di tahap degree, master dan post graduatelah sampai PhD. Itulah suatu modul yang begitu baik yang telah diadakan di negara-negara maju misalannya Australia, di Germany, France dan sebagainya, begitu juga di Jepun dan Korea. Itulah satu modul yang blueprint, new master plan telah diadakan dan ini mungkin di antara pendekatan yang baru yang telah diadakan. Berkaitan dengan hab sukan permotoran, sebenarnya negara kita adalah- Litar Sepang, Cub Prix dan sebagainya merupakan sukan permotoran yang baru yang digemari ramai juga. Itu sahaja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Selain daripada itu saya masih ada banyak lagi soalan. Memandangkan setengah Ahli-ahli Yang Berhormat tidak ada berada dalam Dewan ini, saya memendekkan...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang ada ini?

Jawapan saya dan yang selain itu saya akan menyediakan jawapan secara bertulis.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Timbalan Menteri, yang ada ini saya hendak tanya.

Okey, okey, baik.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tidak boleh jawab ya? Saya hendak bangkitkan, terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Timbalan Menteri kata dia hendak pendekkan jawapan tetapi jawapan ini saya dok tunggu dari tadi tentang Kesatuan Olahraga Malaysia yang saya dibangkitkan tadi belum dijawab oleh Timbalan Menteri. Daripada tadi saya tunggu ini. Tadi Timbalan Menteri kata yang sudah balik itu tidak apalahkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Berkaitan dengan pembinaan infrastruktur sukan luar bandar khasnya. Oleh sebab itu prioriti yang sekarang yang sedia ada ialah dengan adanya dana yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan, prioriti sekarang ini adalah dalam pembinaan gelanggang futsal. Saya bersetuju kalau hendak membangunkan budaya sukan yang lebih baik sama ada di kawasan bandar atau di kawasan luar bandar, ia termasuk jugalah facility infrastruktur seharusnya disediakan. Akan tetapi saya rasa selain daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga memainkan peranan juga. Saya bersetuju sangat cadangan daripada Yang Berhormat bahawa seharusnya kita lebih banyak lagi dana khasnya di kawasan luar bandar.

Kawasan bandar pada pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan, sesetengah infrastruktur sukan, misalannya pembinaan gelanggang badminton yang indoor badminton ataupun boling misalannya, squashy, ataupun bola sepak dalam itu kalau di kawasan bandar, mustahaknya kita dapat bantuan atau kita menggalakkan korporat- korporat ataupun pihak swasta untuk melibatkan diri dalam business dan membina kapasiti baru. Oleh sebab itu baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan telah menyarankan kepada Kementerian Kewangan di mana kami sudah cadangkan bahawa mana-mana pihak yang bina, khasnya di kawasan bandar dahulu ya, yang bina kapasiti bangunan, pusat sukan, sport center dan sebagainya, infrastruktur itu seharusnya diberi tax incentive, insentif cukai seperti mana insentif cukai yang telah disediakan oleh sekolah rendah dan sekolah menengah swasta, 70 peratus tax incentive.

Itulah satu saranan yang baru yang telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan. Saya difahamkan Kementerian Kewangan menyambut baik perkara tersebut. Cuma tengah mengkaji apakah implikasi kewangannya. Akan tetapi di kawasan luar bandar saya bersetuju, di kawasan luar bandar ini dari segi feasibility economy itu biasanya pihak swasta tidak akan membina di kawasan luar bandar. Jadi saya bersetuju bahawa itulah tanggungjawab kepada kerajaan sama ada Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri ataupun Kerajaan Tempatan untuk membantu membina infrastruktur di kawasan luar bandar ini. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap, bahawa prestasi sukan telah jatuh dan sebagainya, ini sebenarnya yes or no. Kalau kita tengok pencapaian prestasi untuk tahun 2011 dan 2012 tahun ini merupakan our best year. Kita dapat merampas sama ada di Commonwealth Game, di ASEAN Game, Suzuki Cup, SEA Game, dan di Olimpik dan sebagainya kita telah merampas pingat yang begitu hebat dan kalau dibandingkan dengan dahulu dan acara itu telah menambah. Adanya sesetengah sukan masih tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik. Itu kita mengakui kita masih memerlukan lebih lagi usaha untuk membangunkan. Ya Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Pengerusi, saya hendak membangkitkan tentang olahraga. Perbahasan saya tadi mengenai olahraga. Saya sebut satu persatu, prestasinya semakin menurun, contohnya SEA Game 16, 12, 8, 8, 7, 6, 5. Ini pingat-pingat emas mengikut Sukan SEA dari Jakarta sampai ke Palembang. Jadi saya hendak tanya tadi ialah adakah prestasi ini berkaitan dengan masalah yang berlaku di dalam Persatuan Olahraga Malaysia termasuklah isu berkaitan dengan Timbalan Presiden dan isu ini cukup besar apabila ada dakwaan memorandum yang melibatkan dadah dan sebagainya. Mengelakkan daripada ujian doping yang itu. Yang lain tidak apalah, saya minta jawapan rasmi dalam malam ini. Manakala yang lain tidak apalah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Perkara ini berkaitan dengan Persatuan Olahraga Malaysia. Ini suatu perkara yang semua orang sudah tahu. Di antaranya Majlis Sukan Negara Ketua Pengarah saya pun sudah bengang dan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Persatuan Olahraga Malaysia seharusnya saya tidak berani kata hendak ubah sebab kita tidak boleh campur tangan sangat dalam pemilihan organisasi dan cuma boleh bagi nasihat dan oleh sebab itu kita dapat lihat bahawa ada perubahan baru-baru ini dan mudah-mudahan ada perubahan baru dan ada juga program-program pembangunan atlet dalam olah raga ini kita dapat mencapai prestasi yang lebih baik. Saya hendak ucapkan terima kasih atas pandangan.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terakhir saya hendak tanya Tuan Pengerusi. Maksudnya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengaku bahawa memang berlaku masalah penggunaan dadah dan sebagainya. Adakah benar ia berlaku seperti mana dakwaan, seperti mana...

Dakwaan apa?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya ada sebut tadi. Dalam memorandum yang dibuat oleh atlet dan juga oleh jurulatih terhadap Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Malaysia dan disebut namanya pada Februari, Datuk Karim Ibrahim adakah siasatan dibuat dalam kesatuan ini dalam pemilihan atlet dalam penggunaan barang-barang terlarang dan adakah ia termasuk di dalam pakej yang menyebabkan prestasi olahraga kita jatuh begitu teruk. Itu sahaja saya hendak tanya.

Yang Berhormat, saya rasa demi keadilan. Bukanlah saya di dalam Dewan yang mulia ini sebab siasatan tengah dijalankan. Masalah doping itu siasatan tengah dijalankan. Saya rasa tidak adil untuk saya mengatakan bahawa siapa yang bersalah siapa yang betul. Biarlah proses ini dijalankan dengan sepenuhnya dahulu dan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan isu sukan negara itu juga kita ambil berat perkara ini. Ini menjejas nama bak juga. Akan tetapi apa jua tuduhan dakwaan, kita ini bukan platform untuk perbicaraan. Saya rasa saya tidak adil kepada pihak-pihak tokoh-tokoh terlibat tetapi pemantauan dan follow up tindakan susulan tetap akan diambil. Dengan itu, saya ada satu perkara lagi. Okey, sudah cukup. Saya minta maaf, masih ada perkara yang tidak dapat saya jawab. Kelemahan yang belum disampaikan itu, kementerian saya, pegawai saya akan menyampaikan secara bertulis. Lastly cuma satu perkara sahaja, saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga di kalangan rakyat kita, tengoklah mana-mana syarikat dalam bidang sukan khasnya mana-mana syarikat, mana-mana korporat, pihak swasta yang menaja dan yang bagi sokongan dan sponsorship yang banyak kepada bidang sukan masing-masing. Kalau dia ada produk, ada perkhidmatan. Kalau ada pilihan pilihlah syarikat-syarikat ini yang menjalankan corporate social responsibility ini dalam bidang sukan. Itulah satu-satunya yang saya hendak menyeru kepada semua pihak. Dengan itu, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM500,351,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM500,351,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM237,969,500 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM237,969,500 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa — Maksud B.46 [Jadual] - Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan 2013]Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Timbalan Perdana Menteri, saya ingin mengambil bahagian beberapa perkara yang mustahak. Di antaranya adalah Maksud 030000 iaitu Keharmonian Perhubungan Perusahaan berkaitan dengan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Perusahaan, Butiran 040000 - Keselamatan Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerjaan dan juga Perbadanan Tabungan Pembangunan Kemahiran - Butiran 060000 dan yang mustahak sekali 06400 - Naik Taraf Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Pulau Pinang. Saya percaya itu adalah NTS Arumugam Pillai di Nibong Tebal. Tuan Pengerusi saya mula dengan SOCSO. Tuan Pengerusi, saya dapat aduan daripada ramai di antara yang menghadiri di hadapan mahkamah appellate dan sebagainya, di mana saya difahamkan blue file yang diwajibkan dari segi undang-undang, rules and regulations yang patut diberi sepuluh hari sebelum perbicaraan. Akan tetapi sejak kebelakangan ini, ramai di antara yang merayu hanya mendapat nota dan sebagainya dan blue file itu pada hari perbicaraan. Ini sangat menyulitkan perayu dan ini menyebabkan kecacatan yang tertentu dan menyusahkan perayu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkaitan dengan hal ini saya juga difahamkan banyak kes yang dibuat di hadapan Appellate Board tidak berharmoni, nothing very conclusive kerana banyak fakta berkaitan kes itu hanya dapat disedari pada semasa perbicaraan. Maka patut diberi arahan, saya difahamkan arahan pun telah diberi oleh pengerusi Mahkamah Perusahaan kepada pihak- pihak yang berkaitan. Akan tetapi nampaknya mereka tidak menghiraukan perkara ini dan mereka tidak mengikut KPI, perlu mengisi atau to attain KPI mengatakan saya telah kehendak itu saya sudah capai.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi ini adalah perkara yang perlu diingati. Saya banyak kali sudah kata mengenai perkara ini di masa Public Accounts Committee semasa saya menjadi seorang anggota saya ada bagi pandangan dan beritahu bahawa pengetahuan saya semasa saya belajar undang-undang di UK di mana saya membuat berkaitan dengan employment issue di mana di sana, SOCSO di Malaysia perlu memberitahu kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa mereka ada hak walaupun telah bersara, kemungkinan besar ada kesakitan-kesakitan yang mula di kilang-kilang yang mereka hanya tahu 10 tahun selepas itu kanser dan sebagainya, SOCSO perlu memberitahu kepada pihak-pihak pekerja-pekerja ini kerana mereka adalah dalam keadaan daif, mereka tidak tahu mereka ada hak dan sebagainya. Saya harap walaupun perkara ini telah saya bangkitkan lebih kurang lima tahun dahulu tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan susulan diambil untuk menolong pekerja-pekerja ini. Juga berkaitan dengan rayuan-rayuan yang dibuat, kerap kali rayuan dibuat kepada apply board semata-mata rayuan dibuat, not based on merits. Saya sendiri ada kemukakan beberapa kes di mana rayuan dibuat, SOCSO patut menolong pekerja menjadi satu badan menyeksa pekerja dan ini kita perlu satu pemikiran yang jauh, pemikiran yang baru di mana khususnya SOCSO adalah untuk menolong pekerja-pekerja apa yang boleh dibuat secara telus buat, tolong pekerja, primary itu benchmark yang perlu dibuat dan juga perlu reach out kepada pekerja-pekerja. Saya rasa ini adalah walaupun saya perlu mengakui bahawa kebanyakan pegawai-pegawai di SOCSO adalah par excellence complementary very good tetapi mungkin kementerian boleh membuat usaha yang lebih supaya kita mendekati masalah yang perlu dicari jalan. Tuan Pengerusi, selain dari itu adalah mengenai syarikat General Aluminum Works di Taiping yang akan mengadakan satu protes yang besar esok. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Yang Berhormat semasa ucapan dasar bahawa perlu pendekatan yang tertentu iaitu di mana recognition of unions menjadi satu masalah yang sangat rumit dan undang-undang yang kita ada, regulation tidak membawa pendekatan yang tertentu kepada pekerja-pekerja tetapi memberi lebih ruangan, lebih advantage kepada majikan. Perkara ini adalah perkara biasa di mana majikan kerap kali macam di kes ini General Aluminum Works dari Taiping yang akan mengadakan piket esok di mana surat telah dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya sendiri menulis surat tersebut untuk union tersebut tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan susulan yang diambil Yang Berhormat Menteri atau pegawai-pegawai. Saya harap perhatian diberi. Satu di antara aduan yang dibuat very simple aduan, salah satu yang tidak patut berlaku adalah di mana pekerja asing ada overtime, pekerja rakyat Malaysia tidak ada overtime dan pekerja rakyat negara ini hanya diberi jadual masa yang tertentu, tidak ada overtime, gaji mereka di lingkungan di antara RM500 ke RM600, if they are not daif situation, what is this dan kerajaan tahu mengenai perkara tersebut, Jabatan Tenaga tahu mengenai perkara tersebut dan satu penyiasatan mengejut telah dibuat satu, dua bulan dulu di mana apabila mereka pergi tidak memberitahu, tidak ada perbincangan dengan union maka mereka pergi tengok majikan everything is clear, mereka bawa balik dan selepas itu perbincangan dengan union dia kata ya may be dalam bulan Disember. Now you must take them by surprised, not by going welcome with it and on red carpet you go to the factory dan katakan I want to menyiasat, I want to look at your record, no. The element of surprise must be there, you must catch them with the pants down, itu yang perlu. Kerap kali saya kata, saya ada beritahu Yang Berhormat Menteri sebelum ini di Kampar pun keadaan yang sama.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sekarang kilang yang tertentu masalah yang rumit yang dihadapi lebih dari dekat 200 pekerja anak Malaysia yang menghadapi masalah ini dan ini adalah perkara bukan satu yang berkonsentrasi kepada satu factory sahaja tetapi banyak factory yang lain dan keadaan yang sama di mana galakan diberi kepada pekerja-pekerja asing. Kita mahu, jangan lupa kita mahu pekerja-pekerja asing yang ada kepakaran yang tertentu, not on gaji dengan RM500, RM600 yes ramai di antara majikan suka mereka. Yang Berhormat Menteri perlu tahu, you may be have to set a squad, a special squad under you go to investigate the kind of this matter on the spot take action and must bagi publisiti seberapa banyak yang boleh walaupun saya pun mengaku bahawa banyak dibuat oleh Yang Berhormat Menteri kementerian good welcome tetapi kita perlu lagi usaha untuk mengatasi mereka, pekerja-pekerja kita, anak-anak kita hanya mendapat RM500, RM600. May be Minister boleh pergi ke Taiping esok, boleh tahu keadaan, perkara itu. Surat telah dihantar lebih dari seminggu kepada pejabat tetapi tidak ada tindakan susulan diambil dan kalau kita tidak memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja kita, apa gunanya kita ada Menteri Sumber Manusia. We must have Minister of Labor, not minister of anti labor. Itu yang perlu the bottom line dan kita perlu usaha untuk mencari jalan untuk seberapa yang boleh untuk menolong memberi that protection. Itu sebab kerap kali Ahli Parlimen-Ahli Parlimen kata kita tidak perlu sekurang-kurangnya kurangkan kurangkan pekerja asing di negara ini kerana majikan menggunakan loop hole tertentu menyeksa and take advantage of local workers. Saya harap tindakan segera yang diambil hari ini supaya esok apabila Yang Berhormat Menteri jawab semua keadaan telah selesai. Tuan Pengerusi, selain daripada itu adalah mengenai Mahkamah Persekutuan. Saya ada bangkitkan perkara ini banyak kali dan saya rasa ada kekosongan yang tertentu, sekarang lagi belum diisi. Yang Berhormat Menteri walaupun sangat berusaha untuk merujuk kes-kes ke Mahkamah Perusahaan, saya difahamkan ada ribuan kes depan Yang Berhormat dan difahamkan dan saya baru cakap dengan beberapa unionizes di mana mereka kata mereka rasa ini adalah satu kes administratif di mana Yang Berhormat sebelum ini telah pun memberi jawapan di Dewan yang mulia ini mengatakan bahawa kemungkinan besar kerajaan akan berusaha untuk membawa pemindaan undang-undang- undang. Jadi saya hendak tanya, apakah pendekatan mengenai perkara tersebut, bilakah perubahan itu berlaku dan apakah komposisi atau faktor yang akan diambil kira supaya lebih Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai berusaha untuk menyelesaikan perkara-perkara ini dan sekarang yang kita ada kalau ada kes-kes direfer, you become judge, jury and prosecutor. Itu yang saya rasa tidak boleh, that’s wrong dan saya harap seberapa terdekat ini satu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. Kalau kita tengok Tuan Pengerusi, di NTS Arumugam Pillai, Yang Berhormat pada tahun 1999 memberi aku janji kepada saya, semasa itu saya berlawan dengan kerajaan katakan tanah heritage India yang diambil oleh kerajaan kerana ada banyak opposition, ada banyak protes di seluruh negara maka kerajaan kata mereka akan bina satu institusi di sana untuk menolong masyarakat India, most welcome. Akan tetapi nombor satu saya difahamkan certificate itu tidak ada nama NTS Arumugam Pillai. Nombor dua, kerajaan telah memberi aku janji bahawa lebih anak-anak dari masyarakat golongan India kerana ini adalah harta warisan masyarakat India, lebih majoriti adalah patut dari masyarakat India, hingga hari ini sudah 10 tahun kita ada satu menteri India, Tamil lagi tidak boleh mencapai masalah tersebut. If you cannot, who else can? Why you cannot do it? Kita perlu dalam administrative staff, hingga sekarang masalah yang sama demikian. We have majorities on it, kita bukan cakap pada institusi lain. Okey ini adalah harta warisan masyarakat India, this belongs to us, you and I. We are the sentence of south Indians.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Maka itu adalah harta kepunyaan- ini kerajaan ambil, you are not keeping that kind of, satu janji yang ditepati, yang mana Yang Berhormat Perdana Menteri mengatakan pada Hari Kemerdekaan yang ke-55, janji telah ditepati, betulkah? Tidaklah. This is one clear issue. Sepuluh tahun, 12, 13 tahun dahulu, Yang Berhormat Menteri mungkin boleh buang semua kerja, tolong pergi duduk di NTS Arumugam Pillai Institute dan buat usaha sendiri, get down on the ground untuk mencari masalah bagi menyelesaikan perkara ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau tidak boleh saya rasa ini sangat merugikan kepada semua termasuk Yang Berhormat Menteri, yang ada kebolehan yang unik dalam hal ini. You could do it, boleh. If there is a will there is a way- dan ada undang-undang yang tertentu, ada ruang untuk Yang Berhormat Menteri berusaha untuk mencari jalan. Jadi, akhir sekali Tuan Pengerusi adalah mengenai training kemahiran. Saya difahamkan, saya ada bawa beberapa dalam kawasan saya sendiri di mana kilang-kilang tersalah menuliskan bahawa mereka sudi menyumbang wang kepada untuk kemahiran pekerja-pekerja mereka. Selepas itu mereka realize bahawa tersilap bahawa pekerja- pekerja asing dan pekerja-pekerja Malaysia termasuk dengan satu kuota telah diberitahu. Selepas itu bila mereka kata hendak menarik diri, kementerian kata tidak boleh, once in never out but never in must be out. It doesn’t make sense, either way kepada kementerian win-win to make money whatever it is but I think we must look at the whole workers, bahawa kilang-kilang ini hanya kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang... [Bercakap dalam bahasa Tamil] [Ketawa] Jadi, Yang Berhormat Menteri ini kita berdua...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kalau tidak kais tidak makan... [Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini kilang-kilang yang kecil. Saya khuatir, hari itu seorang tauke jumpa saya di pejabat peguam saya dan saya tengok surat-surat tersebut, saya kasihan kerana he is not doing well, not meeting target. Dia kata macam mana you force me to contribute? Can you speak to the Minister but Minister is above everybody, macam mana kita boleh cakap tetapi mungkin perkara ini boleh diambil kira. Cari jalan macam mana kita boleh usaha untuk menyelesaikan. How can we find it? It cannot be sangat ketat hingga there is no breathing space untuk pemilik-pemilik kilang supaya yang most important pemilik-pemilik kilang kita pun perlukan mereka. Orang-orang ini yang menjadi usahawan, the small and medium skill industry. Kita perlukan mereka, if we want them there must be a win-win situation. Pegawai-pegawai perlu mengambil kira. Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat malam.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan. Butiran 010500 – Dasar Sumber Manusia, Butiran 010600 – Dasar Perburuhan dan Butiran 010700 – Hal Ehwal Antarabangsa. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri kerana dalam keadaan sekarang kita melihat satu pasaran buruh yang dinamik, yang memerlukan satu kajian terperinci dan saya yakin penuh bahawa Datuk Seri telah pun melaksanakan beberapa perubahan di peringkat kementerian untuk kita melaksanakan satu strategi pasaran buruh yang boleh memberi fokus kepada rakyat tempatan. Ini telah ditekankan oleh Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini kita telah menjalinkan beberapa kerjasama iaitu G2G atau Government to Government basis dengan izin, dengan beberapa sumber dan juga dengan negara Bangladesh dan lain-lain untuk kita melihat keperluan apa-apa saranan pekerjaan yang ada. Dakwaan-dakwaan mengatakan bahawa kalau kita tidak mengambil pekerja asing atau kita tamatkan pekerja asing, keseluruhan negara kita akan berlaku kelumpuhan dalam beberapa sektor di negara kita. Jadi adakah kenyataan ini benar walaupun kita tahu kita menghadapi keadaan kritikal terutamanya apabila melibatkan 3D iaitu dirty, dangerous and difficulty yang menjadi asas kepada kita mengambil pekerja asing satu ketika dahulu tetapi kita juga menghadapi masalah-masalah terbaru. Walaupun untuk makluman Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri, kita not to interfere with the sovereignty of any others nation, dengan izin. Kita tidak mengambil pendirian untuk campur tangan kepada kedaulatan sesuatu negara. Akan tetapi apa yang berlaku, apabila berlaku masalah dalaman walaupun kes itu sebenarnya dengan kehadiran ramai pendatang asing. Kita tidak dapat memberi jaminan untuk membendung bahawa tidak akan berlaku apa-apa yang melibatkan soal jenayah, soal-soal keselamatan mereka walaupun jaminan kita buat dengan negara-negara tertentu.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Seperti Indonesia misalnya, baru-baru ini kita telah menandatangani, Yang Berhormat pun telah menjalinkan beberapa siri rundingan termasuk bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Bali kalau tidak silap saya. Beberapa kali perbincangan telah diadakan tetapi apabila berlaku dakwaan mengatakan kita masih lagi di peringkat pertuduhan, kita tidak mengatakan ianya betul ataupun tidak betul apabila tiga orang polis telah merogol seorang warga Indonesia. Kerajaan Indonesia telah mengambil keputusan untuk memberhentikan serta-merta pembekalan buruh Indonesia ke negara kita. Ini merupakan satu perkara yang cukup serius tetapi seperti saya katakan tadi, kita masih mengambil dasar not to interfere walaupun dalam masa yang sama ada satu kes yang berlaku di Jeddah, di Makkah, di Jeddah di Arab Saudi. Seorang pekerja Indonesia wanita dituduh melakukan ilmu hitam terhadap satu keluarga di Jeddah kemudian telah dituduh di mahkamah dan dituduh membunuh dan kalau didapati bersalah, mungkin akan dikenakan hukuman pancung sampai mati mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh negara Arab Saudi. Akan tetapi kes itu tidak mencetuskan satu dasar yang menyebabkan Kerajaan Indonesia perlu memberhentikan serta-merta tetapi berbalik dengan kita, seolah-olah ada satu perkara sensitif yang setiap kali berlaku dengan kebanjiran 1.8 juta, itu rekod yang direkodkan oleh KDN. Tuan Pengerusi, satu jumlah yang cukup besar. Kita tidak dapat menjamin bahawa tidak akan berlaku kes-kes tertentu tetapi mengikut ratio dengan kehadiran, kebanjiran dengan ramainya mereka yang bekerja di pelbagai sektor, maka kita tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya bahawa zero case yang akan ditanggung oleh kerajaan. Jadi, bagaimana pihak kementerian boleh memainkan peranan? Kita mungkin mengambil masa, Yang Berhormat Menteri pun mungkin sudah penat memikirkan perkara ini tetapi apa yang boleh kita buat, yang menjadi masalah keperluan rakyat Malaysia itu pembantu rumah asing. Yang Berhormat Menteri, saya menerima banyak rungutan daripada keluarga terutama kakitangan kerajaan yang mengatakan kos sekarang telah meningkat hampir RM11,000. Ada yang sampai RM12,000 untuk mengambil seorang pekerja Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah selain daripada tidak membayar tiga bulan gaji, gaji RM600 sebulan dan sebagainya yang perlu dibayar. Maka mereka merasakan satu bebanan kepada mereka yang cukup besar sedangkan dalam masa yang sama juga itu merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh mereka. Kakitangan kerajaan RM11,000 setahun, kalau pembantu rumah tidak mahu menyambung tugas dan khidmat ataupun lari ketika menjalankan maka RM11,000 itu tidak dapat dituntut daripada ejen-ejen sama ada ejen Indonesia ataupun ejen daripada Malaysia sendiri yang mengendalikan urusan ini. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian boleh memainkan peranan yang lebih baik untuk kita menangani masalah ini dengan kita tidak menanggung bebanan kepada rakyat kita yang bukan semuanya berkemampuan untuk mengambil pembantu rumah tetapi mereka terpaksa. Bilangan anak yang ramai yang memerlukan jagaan, kedua suami isteri terpaksa bekerja. Saya tahu di kalangan pegawai kerajaan di sini pun mereka menghadapi masalah yang sama. Bagaimana peranan yang boleh kita mainkan sama ada kita membuat urusan langsung dengan pihak agensi, kalau andai kata kenaikan harga yang luar biasa berlaku dan bagaimana kerajaan menangani masalah ini sebaik mungkin. Apa sahaja perniagaan kita faham, mesti ada kos mesti ada keuntungan tetapi biarlah tidak keterlaluan yang boleh membebankan rakyat negara kita, yang amat memerlukan urusan-urusan terutamanya dalam urusan mengambil pembantu asing dan juga yang terlibat dalam pelbagai sektor di negara kita. Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Arau dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Arau. Dalam kes pengambilan pekerja asing ini, do they need us atau we need them more dengan izin. Bagi saya, kita yang memerlukan mereka seperti hujah Yang Berhormat Arau buat tadi. Indonesia mempunyai population seramai 280 juta orang. Sepuluh kali ganda daripada kita dan yang datang ke Malaysia seramai 1.8 juta orang.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya yakin migrasi di kalangan penduduk Indonesia ke sini, intra Indonesia jauh lebih besar daripada 1.8 juta orang ini. Ertinya daripada pesisir mereka datang ke Jawa, mungkin sepuluh juta orang. Jadi yang datang ke Malaysia ini sebenarnya bagi ratio di Indonesia itu kecil 1.8 juta orang itu. Akan tetapi bagi kita 1.8 juta orang ini menjadi sangat penting. Jadi trade-offnya saya rasa dengan izin, kita di Malaysia harus mengambil sikap yang lebih lunak kepada pihak Indonesia. Ertinya kita harus sedikit menurunkan sentimen supaya kita dapat berurusan dengan rakyat dan Kerajaan Indonesia ini dengan mewujudkan satu bentuk hubungan dengan tidak meletakkan kita ini seperti superior, terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa sangsi rakan-rakan kita di Indonesia. Apakah itu boleh diterima?

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya, terima kasih sahabat saya daripada Kuala Krai dan saya sangat bersetuju sebenarnya. Bagaimana kita hendak menjernihkan kembali keadaan ini dan kita seperti mana Yang Berhormat Kuala Krai katakan tadi kita sebenarnya perlu melihat kuasa pasaran buruh mereka adalah terlalu besar dan keperluan sektor-sektor di negara kita seperti pembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran ini amat memerlukan pekerja daripada Indonesia yang ramai, yang terdekat dan memahami adat dan kebudayaan kita dan boleh berkomunikasi. Itu yang paling penting. Bukan kata kita tidak boleh mengambil daripada India, daripada Bangladesh, Vietnam, Cambodia, Laos dan sebagainya tetapi ia tidak seperti pekerja Indonesia yang merupakan satu keperluan besar. Saya tidak nafikan Indonesia mempunyai penerbangan daripada hujung ke hujung hampir lapan jam. Negara yang besar, penduduknya yang ramai dan memiliki segala- galanya. Mungkin akan menjadi negara yang lebih hebat daripada kita satu hari nanti. Jadi dalam hal ini, bagaimana hendak menjernihkan balik tanggapan-tanggapan yang tidak baik dan negatif kepada kerajaan kita andai kata sesuatu yang berlaku sedangkan perkara itu sebenarnya kalau ditangani dengan baik, urusan diplomatik misalnya, Yang Amat Berhormat harus lebih berhati-hati dan kita perlu membuat penjelasan dengan jelas kerana Indonesia mereka mempunyai kebebasan mutlak dalam media massa dan sebagainya termasuk boleh mengkritik tanpa had yang menyebabkan kerajaan sendiri tidak dapat mengawal kebangkitan rakyat terutamanya mereka mempunyai kumpulan-kumpulan yang besar. Kalau kumpulan Islam seperti Nahdatul Ulama Muhammadiyah mempunyai 89 juta orang pengikut. Bukan lapan juta orang. Mereka boleh sepatah perkataan ketuanya, dia boleh mengubah suasana dan senario yang menyebabkan kita perlu berhati-hati dalam menangani masalah ini. Jadi saya mohon di sini supaya kita dapat menangani sebaik mungkin. Selain daripada itu, saya minta apakah yang dibuat oleh kerajaan dalam melihat dari segi jangka masa panjang untuk kita mengurangkan perlahan-perlahan perkara ini supaya kita pastikan bahawa dari segi tukaran mata wang antarabangsa semuanya kita dapat menjimatkan ekonomi negara. Terakhir sekali Tuan Pengerusi, 010800 – Institute of Labour Market Information and Analysis (ILMIA) yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyediakan maklumat semasa dan komprehensif iaitu sebagai panduan penting dalam perancangan keperluan tenaga manusia dan penggunaan kemahiran dalam industri kita yang melibatkan soal-soal National Key Economy Area, status and sectors. Jadi saya mohon bertanya, setakat ini apakah contribution yang telah dibuat oleh ILMIA dalam memenuhi perancangan sumber manusia dan pembangunan sumber perburuhan negara selari dengan keperluan negara supaya kita dapat pastikan perancangan jangka pendek dan jangka panjang ini memerlukan satu statistik dan perangkaan yang sebenarnya dan dirancang oleh pihak-pihak yang mempunyai kepakaran seperti mana yang telah dibuat oleh pihak kementerian setakat ini. Bagaimanakah kerajaan dapat memenuhi supply and demand, dasar perburuhan negara ini dari segi jangka masa pendek dan jangka masa panjang supaya ia selari dengan keperluan negara di masa yang akan datang. Terima kasih dan saya mohon menyokong, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ya, sila. Ya, ya Yang Berhormat Kuala Langat.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Bukankah ini your favourite subject?

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi yang sungguh budiman memilih Kuala Langat untuk meneruskan perbahasan di peringkat Jawatankuasa sungguh pada sasarannya iaitu Butiran 030100 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja yang kita telah pun dilaporkan konsep ataupun rujukan yang diberikan kepada belanjawan untuk hal ehwal Kesatuan Sekerja ini hasilnya apa? Kita dimaklumkan kesatuan yang ada dalam peringkat dalam negara ini yang dilaporkan yang bergabung dengan MTUC hanya 8 peratus, yang tidak bergabung saya kira tidak melebihi 4 peratus. Mana lagi mereka-mereka yang sepatutnya diberi ruang untuk memastikan mereka ini juga mendapat hak untuk berpersatuan ataupun diberikan hak untuk diberikan kebebasan untuk mereka meneruskan hak mereka dalam pekerjaan? Saya juga ingin mendapat maklumat daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan satu kes yang telah pun dianggap sebagai memohon pendaftaran seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Salah satu kes yang menjadi rujukan saya ialah kes Electronic Union yang telah pun memohon pendaftaran namun yang jelas sampai ke hari ini tidak dapat disegerakan. Mengikut khabarnya, majikan telah mengusulkan kes ini ke mahkamah tinggi. Mahkamah tinggi kata tidak ada kes, tidak mahu dengar kes dan dia buat kes ini ke mahkamah rayuan. Yang Berhormat Menteri masih lagi belum meneruskan siasatan ataupun aplikasi daripada seksyen 9 iaitu diberikan hak mereka sama ada untuk verification ataupun secret ballot, dengan izin. Namun yang jelas, kementerian terpaksa dikatakan menunggu atas arahan mahkamah rayuan yang belum tentu lagi hasilnya. Saya memohon supaya kalau itu yang berlaku, ada sedikit keberanian Kementerian Sumber Manusia mengembalikan balik hak yang sudah lama ditunggu sehinggakan presiden mereka dibuang kerja kerana semata-mata untuk menubuhkan kesatuan. Mohon kementerian segerakan pengiktirafan itu. Ketepikan dulu menuju ke mahkamah rayuan, yang jelas, seksyen 9 itu diapply kerana mahkamah tinggi mengatakan bahawa tidak ada kes untuk didengar. Mohon Yang Berhormat Menteri segerakan sama ada verification ataupun secret ballot dengan izin supaya mereka tidak menderita dan sengsara kerana lama menunggu. Keduanya, isu pengiktirafan ini amat banyak mengetatkan. Saya pohon kementerian supaya mengkaji semula seperti mana satu contoh. Kalau tarikh permohonan itu dilakukan, Tuan Pengerusi, orang yang masa itu dikira sebagai mereka-mereka yang layak, kalau mereka mati dalam masa dua tahun kemudian, mereka juga dikira sebagai pengundi. Itu namanya pengundi hantu. Jadi Yang Berhormat Menteri, pastikan kaji semula akta ini supaya Akta Kesatuan Pekerjaan ini diberikan pengembalian hak mereka dan keadilan dalam pembentukan untuk mendapatkan lebihan 51 peratus dalam secret ballot dan sebagainya kerana akta ini yang dirangkumi dalam isinya yang mengatakan bahawa orang mati pun kena mengundi datang balik, ini luar biasa. Undang-undang ini harus segera dikaji semula dan dihapuskan. Keduanya, butiran 030200 – Perhubungan Perusahaan. Soalan saya, tugas merujuk ke mahkamah adalah baik iaitu dengan tidak mendapat penyelesaian, Yang Berhormat Menteri akan menggunakan kuasa 20.3 sama ada rujuk atau tidak rujuk. Saya ingin mencadangkan supaya kongsi perhubungan perusahaan ini diberikan lebihan supaya pegawai-pegawai itu boleh buat mediation. Boleh memberikan sedikit kuasa mereka untuk mengenal pasti kes itu relevan atau tidak relevan dan memberikan mereka kuasa untuk menentukan hak itu dikembalikan atau tidak. Ini kerana kalau hendak menunggu sampai kepada tarikh perbicaraannya, sudah melepasi 24 bulan dan ini juga akan menjadi satu igauan buruk kerana mengikut seksyen 30, Akta Perusahaan 1967, dia hanya memperuntukkan 24 bulan sahaja, Yang Berhormat Menteri dan ini akan menakutkan setiap kesatuan-kesatuan sekerja ini yang akan ditonjolkan ataupun diunjurkan sebagai pemimpin suluhan dan ini adalah satu benda yang perlu dikaji semula supaya tugasan pegawai-pegawai ini diberikan sedikit mandat lebih untuk membuatkan keputusan dan boleh mengugut majikan yang dikatakan keparat ini.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Seterusnya rujukan kepada Butiran 030300 tadi sudah sebut tadi, rujukan kepada Butiran 070200. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri emolumen kakitangan kontrak ini yang RM2 juta lebih yang telah diperuntukkan saya agak keliru. Kontrak ini yang dimaksudkan kontrak macam mana? Apakah keperluan mereka ini berkekalan?

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Kalau keperluan ini berkekalan Yang Berhormat Menteri saya minta mereka diconfirmkan. Tidak perlu bagi kontrak-kontrak. Kontrak-kontrak ini aniaya orang. Jadi saya minta yang RM2.534 juta itu kalau boleh tidak ada pekerja kontrak. Sebab apa keperluannya? Kalaulah Parlimen pun ada pekerja kontrak, kalaulah kementerian pun ada pekerja kontrak habis semua pekerja kontrak maka budak-budak kita semua jadi pekerja kontrak dan dikontrakkan. Saya tidak mahu mereka menjadi hamba kepada sistem yang tidak munasabah ini. Begitu juga dengan rujukan kepada Butiran 030300. Saya mendapat maklumat daripada petisyen yang dibawa oleh beberapa mereka yang telah bersara di atas sifat sebagai mereka yang telah pun mendapat award daripada Harun J di waktu itu yang dikatakan sebagai EPF, retirement ex employees ini. Saya hendak tahu adakah boleh ianya diberikan sedikit ruang untuk dimediation ataupun dirujuk kembali kerana Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa union tidak ada locus standi. Mereka harus diberikan kepada individu. Saya percaya kalau pergi individu, Mahkamah Tinggi belanjanya tinggi. Apakah kementerian ada berkesudian untuk campur tangan dalam kes ini yang melebarkan kesukaran mereka kerana mereka ini hak mereka telah pun diapungkan dan mahkamah mengatakan bahawa union tidak ada locus standi. Jadi pada union EPF sebab mereka ini Yang Berhormat Menteri di bawah GLC pinggiran. GLC pinggiran ini dia serabut sebab kena pergi Mahkamah Perusahaan, kena pergi Mahkamah Tinggi. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya melihat kes ini dengan berasingan supaya mereka ini ada ruang. Sebab mereka ini sudah berusia, 87 tahun, 80 tahun dan hampir 90 tahun pun ada dan mereka ini masih lagi dilihat sebagai bertenaga dan hak mereka juga perlu diberikan yang dikatakan sebagai gratuiti yang telah pun dianugerahkan oleh Harun J di waktu itu. Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri melihat kes ini dalam pembentukan berasingan supaya mereka ini yang dikatakan sebagai pesara EPF ini dapat diberikan hak mereka yang sudah pun melepasi berpuluh tahun hak mereka itu telah diapungkan di Mahkamah Tinggi dan sekarang ini mereka menuntut dan memberikan saya ihsan untuk Yang Berhormat Menteri supaya sedikit renung, sedikit renung mereka ini diberikan peluang. Akhir sekali Tuan Pengerusi yang cukup budiman pada malam ini, senyumannya sungguh menawan iaitu Butiran 040000 – SOCSO. Saya bersetuju dengan pandangan sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri RM11.3 juta ini hampir enam juta pekerja yang ada keperluan dalam EPF ini tidak tahu hak mereka. Tidak tahu. Jadi bagaimanakah kita hendak memastikan bahawa peruntukan belanjawan kita bagi kepada SOCSO tiap-tiap tahun tetapi fungsinya apa. Rakyat tidak tahu hak mereka dan undang-undang yang ada sebagai contoh seksyen 24 laluan utama itu boleh menutupkan hak, sudah lapuk. Sudah tidak pakai. Mahkamah Tinggi pun kata tidak laku. Jadi gunakan itu sebagai mengkaji semula pindaan yang boleh dibuat. Kalau tidak boleh buat tidak apa, PRU-13 esok saya buat tapi yang penting ianya perlu dibuat segera. Begitu juga dengan klausa 102 tempoh setahun. Bila tempoh setahun, lebih setahun dia koma tidak ada hak mereka. Jadi benda-benda yang sebegini dalam peruntukan klausa-klausa dalam akta SOCSO ini perlu dikaji semula semoga mereka ini tidak dianiaya. Kedua, maklumat itu kena beritahu secara berterusan supaya pekerja ini tidak terlindung dengan kebodohan dan tidak tahu. Saya merayu kepada kementerian gunakan sedikit belanjawan yang ada ini supaya rakyat pekerja tahu hak mereka dan akta SOCSO ini yang kita rangkumkan sebagai agak mengetatkan ini perlu dikaji semula supaya ianya manfaat kepada seluruh kaum pekerja. Seluruh, bukan separuh tapi seluruh dan seluruh ini berulang kali seluruhnya mesti diberikan maklumat supaya mereka tahu hak mereka. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang. Saya ringkas sahaja. Yang pertamanya tentang Butiran 030100 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Yang keduanya Butiran 030000 – Keharmonian Pembangunan Perusahaan. Menurut laporan MTUC hanya 9 peratus sahaja daripada jumlah 11.5 juta pekerja kita yang menganggotai dalam kesatuan sekerja dan jumlah ini sebenarnya adalah amat jauh berbanding dengan negara-negara maju. Misalnya di Singapura sahaja kita ada 18 peratus yang menganggotai kesatuan sekerja. Sementara di Jepun sebanyak 21 peratus dan di United Kingdom sebanyak 29 peratus yang menganggotai kesatuan sekerja. Saya ingin tahu apakah pekerja-pekerja kita kurang pendedahan ataupun kurang pengetahuan tentang peri pentingnya kesatuan sekerja yang sebenarnya boleh mewakili dan berusaha untuk mendapatkan kebajikan kepada mereka ataupun ada halangan daripada pihak majikan. Seterusnya soalan saya adakah kerajaan lebih berminat selain daripada kesatuan sekerja supaya kita menubuhkan in house union. Selain daripada ianya satu jaringan di antara pekerja dan majikan mungkin in house union ini adalah lebih bertepatan bukan sahaja untuk menjaga kepentingan pekerja bahkan dalam masa yang sama dapat memastikan supaya majikan sentiasa diberikan peluang untuk meningkatkan produktiviti mereka. Keduanya soalan saya apakah cabaran yang dihadapi untuk menubuhkan kesatuan sekerja berbanding dengan kebanyakan negara lain seperti yang kita sebutkan tadi kerana daripada rekod kita masih jauh lagi ketinggalan dan adakah kerajaan bercadang untuk membuat promosi bagi menjelaskan kepada pekerja peri pentingnya mereka mesti menganggotai sebagai kesatuan sekerja. Seterusnya, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk mengubah mentaliti majikan yang beranggapan bahawa kesatuan sekerja ini hanya memberi masalah kepada pengurusan sesebuah syarikat. Seterusnya adakah kerajaan akan sentiasa memantau tentang operasi dan aktiviti-aktiviti kesatuan termasuk kita mewajibkan mereka untuk meminitkan apa juga mesyuarat dan salinannya dihantar kepada pihak kementerian kerana ini penting supaya kita dapat memantau tentang pergerakan-pergerakan persatuan. Kita mahu melihat supaya kesatuan sekerja benar-benar memberikan perkhidmatan kebajikan kepada pekerja. Dalam masa yang sama dapat menjaga kepentingan majikan dan juga kerajaan dapat sentiasa memantau tidak ada anasir-anasir yang tidak diingini meresap dalam kesatuan sekerja yang boleh mengancam keselamatan dan juga keamanan serta ekonomi negara. Kita tahu sesebuah kesatuan itu hanya gah daripada jumlah keahlian sahaja tetapi aktiviti dan keberkesanannya tidak begitu berkesan kerana majikan selalunya banyak campur tangan dengan meletakkan orang-orang dalam menerajui kesatuan ini. Seterusnya saya pergi kepada Butiran 86000 – Inisiatif Pembaharuan Strategik Strategic Reform Initiative (SRI). Bagaimana kerajaan melihat tentang pencapaian inisiatif pembaharuan strategik ini untuk kita meningkatkan modal insan dan seterusnya untuk mengimplementasikan gaji minimum. Apa yang kita lihat pada ketika ini 70 peratus daripada 11.5 juta pekerja adalah tenaga kerja bukan kemahiran. Jadi apakah bentuk latihan yang akan kita berikan pendedahan kepada pekerja supaya dalam masa yang sama kita dapat melahirkan satu tenaga pekerja yang benar-benar berkemampuan. Seterusnya saya pergi kepada gaji minimum. Setakat ini kita dapat lihat bahawa kurang pendedahan ataupun penerangan diberikan kepada pihak majikan kerana banyak kecelaruan berlaku pada ketika ini tentang aspek sebenar gaji minimum ini. Adakah ianya hanya diklasifikasikan sebagai minimum wage itu adalah basic wage sahaja ataupun termasuk daripada elaun-elaun yang lain dan adakah majikan-majikan diberikan kelonggaran untuk memasukkan elaun-elaun lain ini sebagai minimum wage kerana kalau ini berlaku kemungkinan kita tidak membebankan para majikan. Seterusnya apakah implikasi yang akan berlaku terutamanya dalam bidang perindustrian ataupun pembuatan dan juga perladangan apabila gaji minimum ini akan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun hadapan.

Dalam masa enam bulan kita dapat lihat bahawa majikan pada ketika ini menghadapi satu masalah untuk menyesuaikan diri bagi memulakan gaji minimum ini. Kita yakin banyak daripada makluman yang kita dapati daripada majikan-majikan yang telah pun membuat beberapa permohonan supaya dapat dilambatkan dalam masa enam bulan. Apakah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya majikan-majikan boleh membuat permohonan supaya dapat melambatkan permulaan gaji minimum ini. Seterusnya apakah implikasi yang akan berlaku kalau sekiranya cost of production meningkat apabila gaji pekerja dinaikkan dan adakah cost of production ini akan juga dikenakan kepada pihak pengguna. Seterusnya soalan saya setakat ini berapa banyakkah sebenarnya majikan yang telah bersedia untuk memulakan gaji minimum ini dan apakah implikasi yang akan berlaku kepada SME misalannya kerana kalau gaji minimum akan berkuat kuasa pada 1 Januari pada tahun 2013 nanti apa akan jadi kepada mereka pekerja- pekerja yang telah pun mendapat gaji yang setara dengan gaji minimum iaitu RM900. Adakah mereka juga akan dinaikkan gaji? Kalau ini berlaku kemungkinan berlaku banyak cost of production. Ini yang saya sebut tadi. Seterusnya saya pergi kepada perkara yang terakhir iaitu tentang Butiran 010800 - Institute of Labor Market Information and Analysis (ILMIA). Memandangkan Malaysia pada ketika ini sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan kepada produktiviti di mana pekerja-pekerja kita dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang mereka lakukan. Bagaimanakah kerajaan melihat tentang pengumuman gaji minimum dan penubuhan ILMIA ini mampu untuk melonjakkan Malaysia sebagai di antara hab pekerja asing yang berpengalaman dan berstatus ekspatriat di rantau ini. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 20 November 2012. Terima kasih. [Dewan ditangguhkan pada pukul 9.33 malam.]