Dewan Rakyat · 21 November 2012

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 1,412 turns · 61,579 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

1. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pertahanan menyatakan, berapakah jumlah terkini Kompeni Askar Wataniah Parlimen yang ditubuhkan serta apakah peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah dalam membangunkan modal insan Kompeni Askar Wataniah Parlimen tersebut.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Mersing

Wa’alaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini jumlah Kompeni Askar Wataniah Parlimen yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2000 adalah 222 buah kompeni di seluruh 222 kawasan Parlimen negara. Keanggotaan bagi satu Kompeni Askar Wataniah adalah lebih kurang 100 anggota, walaupun keseluruhan anggota wataniah adalah berjumlah 55,000. Mengenai JAKPAW iaitu Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah yang ditubuhkan mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera bilangan 1 tahun 1996, antara peranan dan juga piagam yang dimainkan oleh jawatankuasa tersebut adalah pertama menyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah penyertaan rakyat jelata dalam askar wataniah sebagai usaha mempercepatkan integrasi nasional, meningkatkan produktiviti perindustrian sambil mewujudkan masyarakat yang peka, waspada dan berkebolehan menimbang terhadap keselamatan negara. Kedua, menggalakkan masyarakat belia menceburi diri dalam askar Wataniah demi membina rakyat yang disiplin dan teratur. Ketiga adalah mengadakan pelbagai insentif untuk membina identiti, semangat setia kawan serta insentif-insentif lain serta pengiktirafan kepada mereka yang menyertai askar Wataniah. Keempat, menggunakan sumber-sumber penyebaran maklumat untuk menghebahkan kewujudan askar Wataniah dan kebaikannya kepada rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan senario global dan dasar pertahanan dunia, keperluan dan kepentingan askar wataniah sangat penting bagi sesebuah negara yang dianggap sebagai askar simpanan. Contoh di Singapura, di Israel, bagaimana negara ini telah mewujudkan sistem kerahan bagi remaja dan belia yang berumur 21 tahun selama dua tahun mesti mengikuti askar kerahan ini. Adakah kementerian mencadangkan supaya belia kita berumur 21 tahun ini diwajibkan mengikuti program askar kerahan ini agar negara kita sentiasa siap siaga di dalam menghadapi situasi yang meruncing? Bilakah pemakaian pangkat bagi Ahli-ahli Parlimen ini sekurang-kurangnya kolonel di askar Wataniah ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan yang amat baik daripada Kuala Krau. Kolonel Kerhormat Kuala Krau, kalau isi boranglah... [Ketawa]

Buat masa ini, kerajaan telah membuat pelbagai simulasi iaitu kajian mengenai keberkesanan kerahan wajib seperti negara Singapura dan juga Israel, bermakna negara- negara ini tiap-tiap rakyatnya adalah askar. Kita tidak bercadang untuk mengadakan pendekatan yang sebegini. Walau bagaimanapun, askar Wataniah yang ada yang diterapkan dalam polisi pertahanan menyeluruh sudah pun mengambil kira kepentingan-kepentingan keselamatan negara, di mana setiap askar Wataniah baik pegawai mahupun biasa mereka perlu menjalani minima 240 jam. Maknanya kalau kita ambil hari itu lebih kurang sepuluh hari ke 12 hari untuk satu hari itu sepuluh jam. Di mana mereka ini dilatih, diberi segala keperluan, taktik dan teknik peperangan combat. Maknanya kalaulah negara kita berhadapan dengan situasi-situasi darurat, mereka ini mempunyai kepakaran yang sama hebat dengan askar regular.

Tidak cukup dengan itu, kita juga selepas 240 jam, macam Yang Berhormat Rembau, dia sudah lepas 240 jam, selepas itu ada latihan tempatan yang dia perlu buat dan ada latihan tahunan. Maknanya, dua minggu itu kerahan dua minggu berterusan untuk combat troops ini. Kepakaran yang kita terapkan bukan hanya ability dan keupayaan untuk mereka berperang, taktik dan teknik combat tetapi mereka juga didedahkan dengan segala kepakaran secara horizontal dan juga dalaman, vertical, tentang aset-aset pertahanan negara. Umpamanya, mereka dalam artillery mereka boleh bawa Pendekar, boleh operate Pendekar walaupun mereka adalah askar wataniah. Jadi Yang Berhormat Kuala Krau, jangan bimbang. Kita akan lantiklah Kolonel Kuala Krau. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan yang dibagi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memang saya faham tetapi masalah yang saya dengar bahawa Ahli-ahli Parlimen ini Kolonel Kehormat kalau saya tidak salah, bukan? Kalau tidak salah Kolonel Kehormat. Akan tetapi, masalahnya Tuan Yang di-Pertua, ada yang bukan Ahli Parlimen seperti Dato’ Sri, Tan Sri, dia Brigadier Jeneral. Jadi, malulah saya. Kalau saya Ahli Parlimen, orang yang tidak ada apa-apa pun kerana dia kaya sahaja, saya mahu salute sama dia. Jadi, apa macam pertimbangan untuk dapat Brigadier Jeneral ini sebab ditawar ada, pakai kereta tentera. Jadi, kita pun fikir ini tentera daripada ini? Jadi persoalan saya, senangkah dapat Brigadier Jeneral ini kalau tidak ada apa-apa servis untuk dapat ini. Terima kasih.

Terima kasih soalan Yang Berhormat Kalabakan. Saya faham soalan yang ditujukan, kepada siapa yang ditujukan. Tidak perlu saya sebutkan dalam Dewan yang mulia. Akan tetapi untuk seseorang itu dilantik menjadi JAKPAW, dia mesti memenuhi beberapa kelayakan dan kriteria. Biasanya Pengerusi JAKPAW negeri adalah setiausaha kerajaan negeri. Selepas mendapat sokongan yang kuat daripada kerajaan negeri, maka permohonan itu akan dibentangkan di peringkat Majlis Angkatan Tentera. Di mana wakil Agong ada sekali dan sudah pasti kriteria-kriteria untuk kita melantik seseorang itu adalah sejajar dengan kehendak-kehendak profesionalisme institusi ketenteraan ini. Terima kasih.

Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHLumut · question

2. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan bersedia meluaskan skop siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pemberian warganegara kepada pendatang asing di Sabah kepada negeri-negeri di Semenanjung.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Kerajaan tidak bercadang untuk meluaskan skop siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja ataupun dikenali sebagai Royal Commission of Inquiry (RCI) mengenai allegation pemberian warganegara kepada pendatang asing di Sabah kepada negeri-negeri di Semenanjung.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Ini kerana tidak wujudnya permasalahan mengenai pemberian taraf warganegara kepada pendatang asing di Semenanjung Malaysia. Kerajaan sememangnya sentiasa komited dalam memastikan hak rakyat dan juga kedaulatan negara Malaysia dilindungi selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Short and sweet, dengan izin. Suruhanjaya ini telah diumumkan bulan Jun, kalau tidak silap, sudah hampir lima bulan. Nampaknya belum lagi bergerak dan belum lagi memanggil bersidang untuk disertai oleh ahli-ahli masyarakat untuk memberikan maklumat-maklumat. Di dalam Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya, perkara ini telah dibangkitkan. Ahli-ahli Jawatankuasa yang saya juga turut bersama telah meminta supaya siasatan ini dibuat juga ke negeri-negeri lain. Walaupun pihak kerajaan menyatakan masalah ini tidak wujud di negeri lain, kita telah mendengar dan melihat beberapa insiden dan juga episod di mana permohonan- permohonan untuk mendapatkan warganegara ini kelihatannya amat mudah dan segera diberikan. Ada bukti-bukti bahawa mereka yang diberikan itu tidak berada cukup lama di dalam negara kita untuk dianugerahkan warganegara. Kalau sesetengah negara meletakkan beberapa syarat seperti profesional dan sebagainya, kita ada yang tukang sapu pun boleh mendapat warganegara. Jadi, tentulah ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat, betapa mudahnya untuk orang menjadi warganegara. Jadi, saya masih menyatakan bahawa kita ada masalah di negeri-negeri lain di Semenanjung. Jadi saya hendak meminta dan bertanya kepada kerajaan sama ada akan menimbang untuk membuka ruang siasatan ini. Adakah Jawatankuasa Siasatan Diraja ini akan membenarkan affidavit ataupun kesaksian daripada pihak-pihak yang berada di Semenanjung. Bila Jawatankuasa ini akan mula melaksanakan tanggungjawab. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan daripada Yang Berhormat Kuala Krai yang menyatakan pihak Jawatankuasa RCI belum lagi bermula untuk menjalankan tugas-tugas mereka seperti yang diberikan di bawah pelantikan daripada kerajaan. Jadi, tuduhan itu amatlah tidak benar. Saya telah pun difahamkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa dan juga ahli-ahli mereka telah pun membuat kenyataan akhbar kalau saya tidak silap dalam sebulan dua yang lalu. Di mana mereka telah pun mengatakan bahawa tugas-tugasan mereka telah pun bermula. Mereka telah pun bermula untuk membuat prosedur meetinglah dan juga untuk mengesahkan siapa yang akan dipanggil sebagai saksi dalam inquiry ini. Jadi. mereka telah menjalankan tugasan mereka with earnest, sekiranya saya boleh gunakan, Tuan Yang di- Pertua. Kita kenalah beri masa kepada mereka untuk menentukan procedural point yang akan digunakan dalam inquiry itu termasuk juga sama ada mereka akan membenarkan pemberian keterangan melalui affidavit. Itu terpulang kepada inquiry untuk menentukan semua itu. Mengenai pemberian kewarganegaraan seperti Yang Berhormat sedia maklum, kita kenalah faham bahawa ada dua isu di sini. Pertama, memberi penduduk tetap kepada mereka yang memohon dan juga kewarganegaraan. Ini terpulang kepada kelayakan mereka apabila mereka membuat permohonan. Kerajaan sentiasa memberikan kelayakan mereka mengikut perundangan yang tertakluk dalam perlembagaan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Apa yang telah pun diuar-uarkan atau didengar oleh Yang Berhormat, sekiranya adanya bukti yang tertera di mana mengatakan ada orang yang memohon kewarganegaraan melalui prosedur yang tidak sah daripada segi undang-undang, saya harap Yang Berhormat bolehlah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak tugas ini sangat-sangat complicated dan rumit. Memang kita faham dan mustahil untuk siapkan dalam masa setahun, mungkin 10 tahun.

Ini satu kerja yang rumit sebab bukannya mudah hendak kita kaji setiap pendatang yang tersebut. Bukannya hendak tangkap anak kucing ya, kita faham itu. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk mengesyorkan kepada Suruhanjaya Diraja ini untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan PATI dan Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih menyeluruh supaya tidak lagi menjadi yang kita kejar tidak dapat dan yang kita kendong tercicir? Kita tidak perlulah terikut dengan rentak pihak pembangkang seolah-olah ini menjadi isu besar negara kita sedangkan kita sudah ada permulaan di situ. Sekian, terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang atas soalan tambahan ini. Saya gembira bahawa Yang Berhormat faham dengan situasi yang melanda kita di Sabah ini. Masalah ini, seperti Yang Berhormat katakan, memanglah rumit serta complicated, telah pun wujud bukan setahun atau dua tahun tetapi sejak empat dekad yang lalu bermula daripada tahun, kalau tidak silap daripada ingatan saya daripada 70-an lagi. Ini memerlukan masa untuk kita menyelesaikan semua syor-syor yang telah diberikan kepada pihak RCI ini. Saya yakin bahawa cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat boleh dipertimbangkan oleh pihak jawatankuasa kerana RCI ini ditubuhkan untuk satu matlamat iaitu menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin yang berada di negara kita ini terutamanya di negeri Sabah. Kita di Sabah ini sentiasa mengalami berbagai-bagai masalah yang telah pun ditimbulkan oleh kerana keadaan mereka di Sabah ini. Saya yakin ramai penduduk Sabah amat gembira apabila penubuhan RCI ini dibuat oleh kerajaan. Kami memberikan peluang dan juga harapan yang besar bahawa penubuhan ini akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang telah pun dihadapi oleh penduduk di negeri Sabah ini. Kita perlulah Tuan Yang di-Pertua, memberikan masa dan juga harapan kepada pihak jawatankuasa untuk menjalankan tugas-tugas mereka dan memberikan satu laporan dan juga rekomendasi atas syor-syor yang telah pun diberikan oleh kerajaan untuk mengatasi semua masalah itu. Sekian, terima kasih.

Teng Boon SoonMCA · BNTebrau · question

3. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kementerian sedar bahawa kebimbangan rakyat semakin meningkat tentang ancaman kegiatan jenayah adalah kerana cara melakukan jenayah yang semakin ganas, berani dan kejam di tempat-tempat awan dan kediaman. Apakah langkah diambil untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan PDRM melindungi rakyat daripada ancaman penjenayah.

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Kampar

Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau di atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan menyedari tentang kebimbangan rakyat tentang kejadian jenayah yang berlaku pada masa kini. Kejadian kes-kes jenayah, kekerasan atau violent crime seperti kes-kes bunuh, rogol, samun bersenjata, mencederakan dan sebagainya sedikit sebanyak telah mempengaruhi perasaan tidak selamat di kalangan rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang tulus dan bertanggungjawab, kerajaan tidak sesekali berpeluk tubuh berdiri kaku dan diam membisu membiarkan kejadian jenayah berlaku di negara ini. Kerajaan akan terus melipatgandakan komitmen dan usaha untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di negara ini. Namun, kita harus berpaksikan realiti dan menerima hakikat untuk menjadikan negara ini sifar jenayah adalah sesuatu yang hampir mustahil. Walaupun statistik-statistik jenayah jelas menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun dan situasi jenayah adalah terkawal, namun demikian, kerajaan akan sentiasa berusaha mempertingkatkan inisiatif-inisiatif sedia ada di samping memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru untuk mengurangkan kadar jenayah. Kementerian mengambil perhatian serius untuk mengurangkan lagi kejadian ini di mana pelbagai usaha dan tindakan diambil PDRM melalui inisiatif NKRA mengurangkan jenayah. Di antaranya adalah melaksanakan konsep omnipresent iaitu menjalankan aktiviti feet on street, stop and talk dan high profile policing.

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Kampar

Ketiga-tiga aktiviti ini adalah melibatkan kehadiran di mana-mana anggota beruniform terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia sebagai lead agency dengan disertai oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan yang menjalankan tugas rondaan khususnya di kawasan-kawasan hotspot dan kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat-pusat perniagaan, kawasan perhentian bas, teksi dan komuter, di pusat-pusat beli-belah, sekolah- sekolah dan di kawasan-kawasan perumahan melalui pelbagai jenis rondaan, sama ada rondaan berkereta, rondaan bermotosikal dan rondaan berjalan kaki. Bagi merapatkan perhubungan antara masyarakat dan polis, pihak PDRM melaksanakan program Community Policing. Melalui program ini, masyarakat dilibatkan secara langsung dalam menangani jenayah di samping memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa masyarakat juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam program ini seperti melalui program-program seperti Rakan COP, Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pendekatan-pendekatan yang telah diambil, pihak PDRM juga telah memperkenalkan beberapa projek perintis untuk mengurangkan jenayah dan memberi kemudahan kepada rakyat. Di antaranya adalah MyDistress yang diperkenalkan di kontinjen Selangor. Sistem ini adalah aplikasi menerusi telefon pintar yang membolehkan orang ramai menghantar isyarat kecemasan dengan menekan butang ikon pada telefon pintar terbabit. Isyarat tersebut akan terus dihantar ke bilik gerakan di ibu pejabat polis Selangor. MyDistress juga dilengkapi dengan sistem pengesan global atau GPS yang akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan. Sistem ini masih dalam peringkat kajian keberkesanan dan jika ianya dilihat berjaya, sistem ini akan diperluaskan ke seluruh negara. Berdasarkan kepada kejayaan cemerlang dalam usaha mengurangkan jenayah di bawah program GTP 1, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan program NKRA mengurangkan jenayah di GTP 2. Di samping mengekalkan strategi asal di bawah GTP 1, kerajaan juga telah menambah baik program di bawah GTP 2 dengan melibatkan masyarakat khususnya belia, wanita, kanak-kanak, komuniti perniagaan dan juga NGO-NGO untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah.

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Kampar

Sebagai kesimpulan, isu mengurangkan jenayah merupakan masalah sosial yang dihadapi bersama oleh semua rakyat di negara ini. Usaha mengurangkan jenayah ini harus ditangani secara holistik oleh semua lapisan masyarakat yang cintakan keamanan dan keselamatan hari ini dan tanggungjawab ini tidak harus diletakkan di bawah bahu pihak berkuasa sahaja. Justeru saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan jenayah dan anggaplah ini sebagai agenda nasional. Terima kasih.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam inisiatif- inisiatif yang dilaksanakan oleh PDRM, inisiatif omnipresence adalah paling dekat dengan rakyat dan inisiatif omnipresence anggota polis ini adalah merupakan satu pendekatan yang baik untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM. Akan tetapi pelaksanaan strategi omnipresence tidak begitu ketara dan berkesan kerana rakyat masih tidak terasa pergerakan anggota polis di tempat awam dan taman-taman kediaman. Apakah masalah ataupun kelemahan jika ada dihadapi dalam pelaksanaan strategi ini jika ada? Apakah langkah-langkah diambil ataupun akan diambil bukan dalam peringkat pengajian sahaja, akan diambil untuk mengatasi masalah-masalah ini. Adakah PDRM sanggup memaklumkan kepada rakyat apabila seseorang penjenayah yang ganas dan kejam berjaya ditangkap oleh PDRM, minta penjelasan.

Dato' Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang sedar bahawa trend jenayah sentiasa berubah. Justeru itu usaha-usaha bagi meningkatkan keyakinan rakyat tentang jaminan keselamatan mereka dan penambahbaikan sedang dan akan dibuat dari semasa ke semasa. Ini jelas dapat dilihat apabila kerajaan menambahbaikkan peruntukan bagi menangani masalah jenayah di dalam Bajet 2013 kepada hampir RM600 juta.

Dato' Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Bagi jenayah yang berlaku di kawasan perumahan dan kawasan awam ianya kini ditangani melalui memperluaskan omnipresence dan committee policing. Melalui Bajet 2013, peruntukan telah dibuat untuk menambahkan 1,000 unit motosikal untuk PDRM, menambah 10,000 anggota polis, volunteer reserve (VVR) dan menambah pengambilan anggota PDRM untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan perumahan. Bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah-sekolah, kerajaan juga telah memperkenalkan Program Blue dan Green iaitu polis dan anggota RELA yang juga bertujuan untuk meningkatkan pengawasan pihak berkuasa di kawasan-kawasan sekolah dan meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Untuk meningkatkan lagi rasa yakin masyarakat setempat terhadap keyakinan pihak berkuasa termasuk PDRM, kerajaan telah mengadakan Ops 1Malaysia di kawasan- kawasan hotspot yang tujuan membuat rondaan bersama di antara pihak penguat kuasa dengan masyarakat setempat di samping dapat meningkatkan tahap keselamatan, ia juga dapat mendekatkan masyarakat setempat dengan anggota-anggota penguat kuasa. Mengenai soal maklum balas kepada pengadu, dalam SOP pengendalian siasatan dan kes telah pun ditetapkan bahawa pengadu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang perkembangan siasatan. Sebagai penambahbaikan mulai tahun 2013 di bawah projek perintis yang akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, pengadu boleh membuat semakan ke atas status aduan mengenai laman web atau laman sesawang PDRM. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang panjang lebar terhadap soalan asal dan saya hargai kesungguhan pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia untuk memberikan keyakinan bagi menjalankan tugas melindungi rakyat. Soalan tambahan saya ialah di dada-dada media sudah kita ketahui, dilaporkan secara meluas berkenaan dengan beberapa kes salah laku di dalam pasukan polis dan itu bukan datang daripada orang biasa. Manakala, yang terbaru adalah daripada Datuk Ramli Yusuff ketika diraikan dalam majlis tamat tugasnya oleh Ketua Polis Negara. Terang-terang dia memberikan perincian dalam ucapan perpisahannya mengenai perbuatan atau penglibatan bekas Ketua Polis Negara terhadap beberapa insiden yang beliau lalui. Bertalu-talu surat daripada Datuk Mat Zain Ibrahim seorang bekas pegawai tinggi polis kepada Perdana Menteri kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan salah laku dan penyelewengan dalam pasukan ini. Di sana sini juga kita mendengar beberapa laporan yang saya percaya kes terpencil, isolated case kalau hendak dibanding dengan kesungguhan polis memperbaiki dan memberikan perkhidmatan profesional seperti insiden tahanan mati dalam lokap atau yang terbaru di Bukit Mertajam yang telah pun dimulakan proses pendakwaan ke atas tiga anggota polis. Jadi ini sebenarnya akan menjadi satu faktor yang sangat mencabar pasukan polis. Di satu sisi kesungguhan pihak pentadbiran polis untuk menjalankan tugas secara profesional kadang-kadang boleh sahaja dirosakkan oleh laporan-laporan seperti ini. Soalan saya ialah bagaimanakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi jaminan bahawa kes-kes seperti yang didedahkan oleh Datuk Mat Zain, yang disuarakan oleh Datuk Ramli dan mereka ini bukan orang sembarangan. Mereka ini pegawai-pegawai tinggi polis suatu masa dahulu. Bagaimana hendak seimbangkan balik antara pendedahan mereka dengan kesungguhan yang telah diterangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi?

Dato' Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan adalah perkara yang spesifik. Memang setiap pengaduan pihak polis pun akan ambil tindakan siasat kepada apa yang telah diadu. Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua boleh saya pohon satu soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat esok kita ada Kementerian Dalam Negeri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Tuan Haji Ahmad bin Kasim.

Ahmad bin KasimPKR · PRKuala Kedah · question

4. Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, sejak kementerian melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional. Salah satu elemen utama yang diperlukan ialah pengiktirafan pembelajaran bukan formal dan tidak formal melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL): (a) berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat manfaat dari APEL ini, mengikut bidang dan institusi yang memberi tauliah; dan (b) apakah bentuk kempen yang telah dijalankan untuk meningkatkan sasaran jumlah pelajar tahunan.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selaras dengan Teras Keenam, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau PSPTN, MQA yakni Agensi Kelayakan Malaysia telah diamanahkan untuk menerajui usaha mewujudkan laluan dan melaksanakan pengiktirafan pembelajaran serta pengalaman terdahulu melalui apa yang dipanggil sebagai Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau dengan izin, Accreditation of Prior Experiential Learning atau ringkasnya APEL dan saya berterima kasih kerana ini antara soalan pertama daripada Dewan ini tentang APEL. Maksud APEL ini ialah satu proses sistematik yang melibatkan identiti kasi, dokumentasi dan penilaian terhadap pemelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menentukan tahap seseorang individu mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan bagi mengakses sesuatu pengajian.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Temerloh

Maksudnya Tuan Yang di-Pertua ialah kita hendak menyediakan laluan dan peluang kedua kepada mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Misalnya dia tidak mempunyai keputusan sama ada STPM atau SPM dan setara tetapi telah bekerja dan pekerjaan mereka dan pengalaman itu harus dinilai dengan cara yang sistematik. Jadi, buat masa ini sejak APEL dilancarkan pada April 2012 sehingga Ogos 2012 seramai 48 orang telah memohon penilaian APEL dan dari itu 23 orang kepadanya telah lulus dan 8 daripadanya sekarang sudah pun diterima masuk ke IPT. Buat masa ini laluan APEL hanya dibuka untuk kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda sahaja. Bagi peringkat- peringkat lain yakni sijil, diploma, sarjana dan PHD, MQA sedang dalam proses menyediakan laluan tersebut dan ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Serentak dengan Majlis Pelancaran APEL pada bulan April itu MQA itu telah mengadakan sesi penerangan yang melibatkan sebanyak 500 buah IPT. Buku panduan dan flyer turut diedarkan kepada pelajar dan pensyarah IPT. Selain itu penerangan tentang APEL turut diberikan kepada pengunjung-pengunjung gerai pameran MQA yang disertai di dalam karnival-karnival utama negara, misalnya Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat dan sebagainya. Di samping itu maklumat mengenai APEL juga telah boleh dimuat naik di laman sesawang MQA boleh diakses pada bila-bila masa. Terima kasih.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa belum cukup kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang lebih baik, lebih tinggi. Walaupun kita dapati ada sedikit keghairahan di kalangan masyarakat Malaysia untuk kadang-kadang mendapat pengiktirafan akademik sehinggalah cuba untuk mendapat pendidikan secara palsu dengan meletakkan Doktor (Dr.) sebagai satu pengiktirafan akademik.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Cuma soalan saya ialah kita dapati ada orang yang betul-betul kompeten untuk dimiliki tetapi mereka ini tidak mendapat maklumat ada dua contoh, satunya orang yang terlibat dalam bidang kemahiran. Sebagai contohnya saya dalam bidang pertanian walaupun saya kelulusan dalam Universiti Pertanian tetapi ada petani-petani kita yang cemerlang sepatutnya mereka ini tidak tunggu permohonan daripada mereka. Biar kita yang mengiktiraf mereka sekurang-kurangnya di peringkat sijil ataupun diploma. Mereka mempunyai kelayakan yang cukup minima. Ada SPM tetapi pendidikan mereka setakat itu sahaja tetapi pengiktirafan kemahiran mereka jauh lebih baik daripada seorang yang mempunyai kelayakan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pertanian tetapi kita tidak proaktif di peringkat kementerian untuk memberi pengiktirafan kepada mereka. Contoh yang kedua ialah di kalangan ahli-ahli politik kita, Ahli-ahli Parlimen kita yang tidak mempunyai Ijazah Sarjana Muda tetapi pengalaman 10 tahun, 20 tahun dalam bidang politik sepatutnya mereka ini sudah masters ataupun sarjana dalam bidang politik. Contohnya siapa-siapalah, Yang Berhormat Sri Gading ataupun Yang Berhormat Tenggara, sepatutnya mereka ini diberi pengiktirafan. Maksudnya jangan tunggu mereka datang tetapi biar pihak MQA memberikan pengiktirafan kepada individu-individu tertentu sebagai satu galakan. Cuma, adakah peruntukan di dalam Bajet 2013 untuk APEL ini diberi kempen ataupun galakan untuk biasiswa dan sebagainya? Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita akan tingkatkan kempen dan majlis penerangan untuk menerangkan tentang soal ini. Saya faham maksud Yang Berhormat supaya kita memberikan pengiktirafan ini secara lebih meluas kepada semua pihak cuma ada juga beberapa proses yang harus kita ambil kira sebabnya kalau tidak ada proses yang jelas, kita bimbang nanti apabila MQA mengeluarkan sesuatu pengiktirafan dalam bentuk sijil, diploma dan sebagainya akan timbul persoalan- persoalan dari segi kualiti dan sebagainya. Untuk kita turun padang menerangkan saya fikir saya setuju, Tuan Yang di-Pertua tetapi untuk begitu mudah mungkin agak tidak bersesuaian sebab kita ada cara-cara tertentu. Dua perkara yang sangat mustahak ialah mereka yang ingin mendapatkan pensijilan APEL harus menyediakan portfolio pengalaman mereka itu dan ada perkara- perkara yang perlu diisi dan sebagainya. Kedua ialah mereka dimestikan untuk mengikut ujian aptitude jadi kalau Ahli Yang Berhormat pun dia kena juga, maknanya sediakan dia punya portfolio. Mula-mula isytihar harta mungkin... [Ketawa] Portfolio 20 tahun sebagai ahli politik agaknya. Kemudian ada ujian aptitude dan sebagainya, saya faham tentang keperluan itu namun juga ada keperluan untuk memastikan kualiti itu terjaga. Terima kasih.

Dato' Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan dengan mereka yang sudah bekerja. Apabila mereka ini ingin mengikuti program APEL, adakah ada hubungan dengan kementerian Yang Berhormat dengan majikan- majikan supaya mereka yang melanjutkan pelajaran ini akan terus kekal dari segi senioriti, gaji yang mereka peroleh. Kalau boleh apabila mereka keluar daripada pengajian ini biarlah ada peningkatan supaya mereka tidak kehilangan senioriti. Kedua, berkaitan dengan indicator. Apa kayu ukur kementerian gunakan untuk melayakkan seseorang yang telah pun mempunyai pengalaman ini diterima sebagai salah seorang mahasiswa untuk mengikut mana-mana pengajian yang mereka minat dan manakah universiti yang telah pun memulakan sistem APEL ini?

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau macam ini punya betul soalan ini mudah sedikit lulus APEL ini agaknyalah... [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Kedah tadi sudah keluar, macam mana saya hendak terangkan? Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, APEL ini dikeluarkan oleh MQA atas permohonan sesiapa sahaja yang ingin memasuki mana-mana IPT tetapi dia tidak ada kelulusan akademik yang lazim seperti SPM, STPM ataupun diploma. Sama ada selepas dia masuk universiti kemudian dia keluar, senioriti, gaji dan kedudukan mereka dalam agensi ataupun tempat mereka bekerja itu di luar daripada skop ataupun bidang kuasa APEL ini. Jadi APEL ini betul-betul istilah mudahnya Tuan Yang di-Pertua, ganti kepada SPM ataupun STPM bergantung kepada tahapnya. Bahagian kedua yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi, ada beberapa kompetensi pelajar ataupun permohonan itu yang akan dikira. Ada lapan perkara:

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

(i) dari segi pengetahuannya; (ii) kemahiran praktikal; (iii) kemahiran dan tanggungjawab sosial; (iv) nilai, sikap dan profesionalisme; (v) kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; (vi) kemahiran menyelesaikan masalah; (vii) kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan (viii) kemahiran mengurus dan keusahawanan. Berdasarkan kepada itu, untuk menilai lapan kompetensi itu mereka harus melakukan dua perkara iaitu pertama ialah menghantar portfolio tentang latar belakang mereka contohnya apa pekerjaan mereka sekarang dengan bukti-bukti. Perkara-perkara yang telah mereka lakukan selama ini misalnya rekod aktiviti di tempat kerja, nota, email, kertas kerja yang lengkap, perjanjian kerja, kontrak dan sebagainya ataupun dokumen yang boleh menunjukkan apa yang telah mereka capai dalam kehidupan ataupun pekerjaan mereka.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Misalnya laporan media, penganugerahan pingat kepujian, sokongan daripada majikan dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka harus mengikuti ujian aptitud. Dalam ujian aptitud ini, mereka akan diuji dari segi kebolehan berbahasa, kebolehan menulis, kebolehan matematik dan beberapa perkara yang lain. Saya ulang Tuan Yang di-Pertua, kebolehan Bahasa Melayu, kebolehan bahasa Inggeris, kebolehan matematik dan pengetahuan am serta pemikiran kritis. Jadi agak detil juga. Melalui penilaian portfolio dan ujian aptitud ini, kita percaya kita dapat menangkap lapan kompetensi itu. Misalnya kalau ada kes portfolionya tidak lengkap, jadi kita minta dia tolong tambah lagi dan sebagainya. Kalaupun mereka tidak lulus pada ujian aptitud yang pertama, mereka boleh mengulangnya. Jadi mereka ada banyak peluang untuk mendapatkan APEL ini. Namun demikian seperti yang saya sebutkan awal tadi, soal kualiti itu mesti dijaga dengan baik. Ini kerana tidak hendak nanti apabila seseorang itu mendapat sijil APEL, dia dipersoalkan dari segi kaedah, kualiti dan sebagainya. Terima kasih.

Mohd Nizar bin ZakariaUMNO · BNParit · question

5. Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, jumlah perpustakaan desa di seluruh negara dan setakat ini, berapa jumlah perpustakaan desa yang dilengkapi dengan WiFi bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Datuk Maglin Dennis D’CruzTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua. Sehingga Jun 2012, kerajaan telah membina sebanyak 1,095 buah perpustakaan desa di seluruh negara bagi memudahkan rakyat mendapat ilmu dan maklumat menerusi ketersediaan perkhidmatan perpustakaan di kawasan bandar, pedalaman. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 876 buah perpustakaan desa iaitu 80 peratus telah dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses maklumat secara atas talian menerusi projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dan Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekitarnya secara percuma. Kerajaan sedar ketersediaan kemudahan ini memberi faedah kepada rakyat dalam meningkatkan literasi maklumat kepada masyarakat luar bandar, meningkatkan celik komputer serta merapatkan jurang maklumat antara masyarakat bandar dan luar bandar. Maka dengan itu, kerajaan akan meneruskan inisiatif ini dalam usaha menyediakan capaian maklumat yang lebih meluas kepada rakyat menjelang 2020. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan.

Soalan susulan saya Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dakwaan kelajuan internet di beberapa kawasan perpustakaan desa yang tidak memuaskan. Apakah langkah- langkah kementerian dalam menangani isu ini dan setakat mana penggunaan serta promosi e-buku dilaksanakan oleh kakitangan perpustakaan bagi menarik minat pembaca untuk datang lebih kerap ke perpustakaan dan lebih ramai. Pohon penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, kementerian memang sedar mengenai perkara dan langkah-langkah telah dan sedang diambil untuk mengatasi kelemahan ini melalui program-program menaik taraf di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sebanyak RM450 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan kepastian backhaul, dengan izin, khasnya ke kawasan pedalaman. Peningkatan ini akan memastikan kelajuan perkhidmatan internet di perpustakaan desa dapat dipertingkatkan. Untuk mencapai matlamat ini, KPKK telah membelanjakan sejumlah RM175 juta pada tahun 2012 dan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta lagi untuk tahun 2013. Peruntukan ini adalah untuk semua perpustakaan desa termasuk perpustakaan desa di semua negeri di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, KPKK melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dan sentiasa memperbanyakkan aktiviti yang dapat memupuk minat membaca. Ini termasuk menyediakan bank book di empat stesen keretapi iaitu di Ipoh, KL Sentral, Bukit Mertajam dan Johor Bahru dan juga di jeti-jeti feri seperti di Langkawi dan Kuala Perlis. Tidak ketinggalan juga kempen membaca turut dijalankan di Pangkalan TLDM di Telok Sepanggar, Sabah. Program-program ini juga telah diperluaskan kebanyakan di kampung- kampung baru, di estet-estet dan jampung Orang Asli serta di wad-wad di hospital-hospital dan juga di kawasan-kawasan pedalaman. Sekian.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kementerian, tidakkah kementerian atau kerajaan merasa kesian kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya di luar bandar yang berharap akses kepada internet ini boleh dinikmati sebagai mana yang diuar-uarkan. Sekarang kita tahu di kebanyakan tempat di seluruh negara memang menghadapi maslah seperti yang disebut tadi iaitu lambat akses, perlahan dan setengahnya gagal langsung untuk menerima akses atau menggunakan internet ini. Sekarang ini ada pula satu kempen untuk menggalakkan penggunaan Unifi. Adakah kerajaan sedar bahawa penggunaan Unifi ini sebagai satu overlapping ataupun satu peringkat baru yang menggalakkan orang ramai dan sudah tentu kosnya amat tinggi. Seolah-olah penggunaan Streamyx yang lama langsung tidak boleh diguna pakai lagi. Jadi, adakah kerajaan menggalakkan ataupun kerajaan merancang perkara ini seolah-olah untuk menggalakkan orang ramai atau memaksa mereka berbelanja lebih untuk menikmati kemudahan internet dalam negara kita. Ini berlaku di kebanyakan tempat. Saya hendak tanya soalan tambahannya ialah adakah kerajaan merestui ada setengah kerajaan negeri yang menggunakan infrastruktur itu pada asalnya untuk kemudahan percuma, tetapi menubuhkan syarikat untuk tujuan mengutip bayaran daripada rakyat di kawasan tersebut. Sebagai contoh di negeri Pahang. Kerajaan negeri telah menubuhkan syarikat untuk mengutip yuran-yuran sebagai mana yang sepatutnya disediakan secara percuma. Perkara ini sedang dalam proses untuk dilaksanakan. Adakah kementerian merestui peringkat ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat mesti faham. Cuma yang menjaga bawah kementerian atau Perpustakaan Negara adalah perpustakaan desa 481 buah. Juga yang menjaga bawah negeri-negeri adalah 614. Kebanyakan perpustakaan dijaga bawah kementerian atau Perpustakaan Negara tidak ada masalah kerana ada negeri-negeri, peruntukan diberi daripada kementerian. Semasa kementerian diberi peruntukan kepada sesuatu negeri, kita dapat masalah kerana peruntukan itu diberi untuk sesuatu kerja. Tidak payah mereka gunakan untuk kerja-kerja lain.

Kadang-kadang kita hendak membeli bahan-bahan buku yang baru kepada perpustakaan tertentu. Akan tetapi mereka tidak gunakan kewangan itu untuk membeli buku-buku sebaliknya mereka gunakan kewangan itu untuk buat kerja-kerja yang lain.

Juga Yang Berhormat, kementerian khasnya Perpustakaan Negara Malaysia sentiasa bersikap proaktif dan terbuka untuk mendengar cadangan dan pendapat yang bernas bagi menaik taraf perkhidmatan perpustakaan di bandar mahupun di desa. Segala pendapat boleh disalurkan ke alamat sesawang www.pnm.gov.my. Sekian, terima kasih.

Yusmadi bin YusoffPKR · PRBalik Pulau · question

6. Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah milikan tanah oleh PERDA dan JKP di kawasan Parlimen Balik Pulau yang belum dibangunkan.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada kawan baik saya dari Balik Pulau. Tuan Yang di-Pertua, PERDA dan JKP memiliki sebanyak 547.35 ekar tanah di kawasan Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu 456.52 ekar adalah tanah milik PERDA dan bakinya berjumlah 90.83 ekar tanah dimiliki JKP. JKP maksudnya Jawatankuasa Pemandu. Sehingga kini PERDA dan JKP telah membangunkan tanah seluas 536.10 ekar bagi projek-projek perumahan dan komersial, penyediaan infrastruktur serta kemudahan- kemudahan asas yang lain untuk kesejahteraan penduduk di kawasan terlibat. Daripada jumlah tersebut, baki tanah yang masih belum dibangunkan adalah kira-kira 11.25 ekar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan saya tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bertanya soalan khusus ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri pun maklum hambatan pembangunan hari ini terutama daripada segi aspek perumahan, ia merupakan satu perkara yang ada di dalam kawalan kerajaan dan ada di luar kawalan kerajaan kerana berkaitan dengan ekonomi pasaran. Soalan saya bertanya khusus mengenai tanggungjawab agensi kerajaan. Dalam hal ini, saya memohon penjelasan khusus mengenai PERDA dan JKP. JKP dan PERDA diwujudkan khusus untuk agenda bumiputera, agenda orang Melayu terutama di Pulau Pinang. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah semenjak penubuhan agensi-agensi ini, PERDA mungkin seawal tahun 80-an dan JKP tahun 90-an. Saya melihat, hatta di dalam satu persidangan UMNO, wakil dari Pulau Pinang berbahas, saya ada di sini. “7,000 penduduk di Pulau Pinang berisiko diusir”, kata pembahas. Katanya lagi, perkara ini saya boleh baca, jika tidak lebih cepatlah dia kata di sini, “Kesimpulannya, perkara ini perlu diterima berpunca daripada kealpaan pemimpin dahulu”. Ini dalam persidangan UMNO ini cerita bahas isu agenda bumiputera dan sebagainya. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah masalahnya sekarang ini? Saya melihat JKP dan PERDA ada tanah. Sepatutnya dibuat untuk membangunkan untuk orang Melayu. Hampir 15 tahun, tahun 90-an, pemilikan tanah orang Melayu hari ini di peringkat kritikal. Ia diakui. Soalan saya ialah kenapa agenda-agenda yang ada hari ini tidak menjurus kepada tersebut, Perumahan 1Malaysia dan sebagainya itu tidak menjurus kepada isu yang sekritikal ini? Perbahasan ini dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 dan diakui kealpaan pemimpin dahulu. Saya melihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, di dalam Lembaga Pengarah PERDA dan Lembaga Pengarah JKP, semua ketua bahagian, Ketua Pemuda UMNO, semua ini. Soalan saya, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bersetuju dengan saya, permasalahannya perlu diadakan satu reformasi khusus terhadap isu kritikal ini agar ia dapat mencapai masalah kritikal yang dibangkitkan oleh pemimpin melalui ini? Saya sanggup bersama-sama jika ia dijayakan di Parlimen Balik Pulau.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, kalau soalannya berniat ikhlas, dijawab dengan balasan ikhlas. Akan tetapi kalau bibirnya disaluti dengan madu berpolitik, maka susahlah saya hendak jawab. Kalau ada pandangan seorang individu dalam perwakilan, ia tidak menggugat hala tuju PERDA dan JKP kerana tujuan JKP dan juga PERDA- PERDA ditubuhkan pada tahun 1983 dan JKP lima tahun yang lalu. Bukan sekarang. Semasa itu Yang Berhormat pun dalam UMNO. Maka...

JKP bukan lima tahun yang lalu. Tolong betulkan.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Nanti, nanti. Duduk, saya jawab. Maka PERDA ini bukan sahaja untuk perumahan. Ia melibatkan pendidikan, ia melibatkan sosial, ia melibatkan hartanah, kesejahteraan rakyat dan ekonomi. Ada tiga khususnya. So, agensi ini melihat seluruhnya. Kenapa tiba-tiba adanya JKP? Ini kerana dahulunya PERDA hanya menjaga kawasan luar bandar. Sekarang JKP melibatkan bandar kerana Pulau Pinang telah mengalami pembangunan pesat yang merangkumi seluruh. Kawasan luar bandarnya sudah kurang dan kawasan kosmopolitan dimasukkan kerana ia mesti dibangunkan. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang membuat di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat sekarang, membuat projek-projek perumahan yang begitu agresif. Adakah ini tanggungjawab kita sendiri? Tanggungjawab bersama Kerajaan Pulau Pinang. Kenapa ia hanya memberi tumpuan kepada perumahan-perumahan kos tinggi yang hanya akan dimiliki oleh golongan-golongan berada? Mana perginya tanggungjawab sosial kerajaan negeri dalam mensejahterakan keadaan ini. Maka saya tuntut balik kepada Yang Berhormat supaya melihat balik agenda pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, kita bukan sahaja ada PERDA. Kita ada banyak agensi lain sekarang yang tengah melihat di mana ada tanah untuk kita beri peluang kepada golongan yang kurang berada. Setakat ini, 2,922 unit sudah dibina. Kos paling rendah sampai kita boleh buat untuk miskin tegar, kosnya RM12,000 hingga RM18,000. Mana ada dalam satu dunia ini macam punya bantuan. Maka saya minta kerajaan ini, saya mencabar kerajaan negeri untuk membuat bantuan yang sama. Balik kepada Northern Corridor, Northern Corridor pun ada banyak peluang lagi di bawah Kerajaan Pusat. So, tolong balik lihat berapa agensi yang bantu. Jangan menanam tebu di bibir sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masih di bawah ruang lingkup PERDA dan JKP sebab isteri saya orang Pulau Pinang. Jangan bising-bising, ya... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, PERDA yang ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta 282. Saya melihat telah memainkan peranan yang cukup aktif walaupun tujuan asalnya dilihat untuk membangunkan pertanian di Pulau Pinang. Akan tetapi kita sekarang nampak dia diversify sedikit dengan izin apabila ia telah melibatkan dalam program keusahawanan, kesejahteraan rakyat, agroteknologi dan lain-lain termasuk untuk membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. Bukan setakat di Pulau Pinang kerana tanah di Balik Pulau pun saya tengok makin berkurangan. Akan tetapi kita lihat di sebelah Seberang Perai yang mana PERDA masih memiliki jumlah tanah yang besar. Contohnya di Simpang Tiga Tok Alang, Tasek Gelugor, ada lebih kurang 2,032 hektar yang sekarang ini dalam proses pembangunan rumah kos rendah, sederhana rendah dan ada diberi percuma. Saya difahamkan Yang Berhormat Datuk Azhar, Ketua Pembangkang Pulau Pinang, merangkap Pengerusi PERDA telah mengumumkan ada pemberian rumah percuma termasuk kerjasama yang dijalinkan dengan PR1MA iaitu Perumahan Rakyat 1Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, setakat ini, apakah bentuk kerjasama yang telah diberikan bukan setakat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bahkan Kerajaan Pusat dalam kita menangani masalah pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah di Pulau Pinang menerusi PERDA dan JKP? Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Arau. Kerajaan melihat perumahan ini sebagai satu yang kritikal di Pulau Pinang khususnya kerana kita takut bahawa golongan-golongan yang kurang berada akan ketinggalan. Maka Perdana Menteri baru-baru ini berniat untuk melihat di mana ada tanah- tanah kerajaan yang lain yang boleh dibangunkan untuk projek-projek perumahan khususnya kepada golongan yang kurang berada. Maka PERDA, JKP, PR1MA dan juga SPNB akan bekerjasama untuk mencari peluang ini. So saya mencabarlah pihak sebelah sana supaya terus mari bekerjasama untuk memastikan bahawa mensejahterakan rakyat harus diarusperdanakan. Tidak payah buat cerita perwakilan UMNO, tidak payahlah. Ini soal rakyat di dalam jiwa kita. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Abdul Ghapur bin SallehUMNO · BNKalabakan · question

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilakah pihak kementerian akan menghantar seorang doktor pakar jantung ke Hospital Tawau untuk menggantikan tempat doktor yang sudah hampir setahun bersara.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kalabakan di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia memang prihatin dan sentiasa berusaha serta mengambil pelbagai langkah untuk menambahkan lagi bilangan doktor dan doktor pakar dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat termasuklah di Hospital Tawau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Hospital Tawau merupakan hospital berkepakaran yang mempunyai kapasiti 401 katil dengan kadar penggunaan katil atau Bed Occupancy Rate (BOR) sebanyak 90.27 peratus dan secara purata kemasukan pesakit ke wad adalah seramai 80 orang sehari. Hospital tersebut menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang perubatan, pembedahan, anestesiologi, obstetrik dan ginekologi, oftalmologi, ortopedik, ENT, radiologi, pediatrik dan psikiatri. Tuan Yang di-Pertua, sehingga November 2012 terdapat seramai 77 orang pegawai perubatan termasuk 65 lantikan tetap dan 12 lantikan kontrak dan 19 orang pegawai perubatan pakar termasuk lapan orang pegawai perubatan pakar lantikan kontrak sedang berkhidmat di hospital tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, doktor yang bersara di Hospital Tawau yang dinyatakan tersebut bukanlah seorang pakar jantung, sebaliknya beliau adalah pakar perubatan dalaman yang turut memberikan perkhidmatan dalam bidang jantung. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini terdapat empat orang pakar perubatan dalaman ditempatkan di Hospital Tawau di mana mereka turut memberikan rawatan bagi pesakit jantung. Manakala bagi kes-kes yang kompleks, pesakit boleh dirujuk di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu atau Institut Jantung Negara (IJN) Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita memang sedar bahawa kerajaan bertanggungjawab tetapi ada insiden Tuan Yang di-Pertua, di mana seorang pakar perubatan termasuk pakar jantung yang banyak berkhidmat di Daerah Tawau- kerana Daerah Tawau ini Tuan Yang di-Pertua, meliputi bukan Tawau sahaja, dari Semporna, dari Kunak, dari Lahad Datu dan seluruh Pantai Timur pergi ke Hospital Tawau. Ini kerana di tempat-tempat yang kecil ini, Lahad Datu- mereka tidak cukup kakitangan dan tidak cukup doktor. Jadi, ada satu kes Tuan Yang di-Pertua, di mana seorang pakar tetapi mungkin bukan pakar jantung tetapi mahir dalam kerja-kerja ini, Dr. Nagapan dia habis kontrak, berumur 65 tahun, kita meminta supaya dia disambung semula. Kementerian menyokong dan kemudian apabila sampai JPA mengatakan ini dasar tidak boleh disambung. Sehinggakan saya menulis surat kepada KSN. Jadi Tuan Yang di-Pertua, orang yang berkhidmat begitu baik walaupun di tengah malam sekalipun apabila di telefon dia datang tetapi oleh sebab dasar, maka dasar ini saya fikir baik diubah kerana kita mahu orang yang berkhidmat mungkin dasar tidak prihatin terhadap perkara ini, maka saya mahu bertanya kalau boleh kementerian, walaupun mungkin sudah memberikan kelulusan tetapi dikongkong oleh peraturan-peraturan JPA. Jadi, kalau boleh kita minta, kalau sekiranya kementerian bersetuju, kalau diputuskan oleh Menteri Kesihatan, kita meminta apa juga dasar maka kita hormat keputusan daripada kementerian, kalau boleh minta jawapan.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan di atas cadangan dan saya berjanji akan membawa cadangan Yang Berhormat Kalabakan kepada peringkat kementerian untuk dibincangkan dan diperincikan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya bagi Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Malaysia di mana kita boleh membuat liver transplant dengan donor? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, liver transplant juga merupakan satu sub kepakaran yang hanya menetapkan beberapa lokasi termasuklah Hospital Kuala Lumpur di mana proses ataupun pembedahan ini dapat dilaksanakan Yang Berhormat dan untuk hospital-hospital yang juga mempunyai kepakaran, saya akan bekalkan Yang Berhormat dengan jawapan bertulis selepas ini, terima kasih.

Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal · question

8. Tuan Tan Tee Beng [Nibong Tebal] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, berapa jumlah unit geran hartanah strata di Semenanjung Malaysia yang masih lagi belum menerima geran hak milik strata tersebut. Apakah sebabnya mereka masih lagi belum menerima geran hak milik strata itu

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 15 Jun 2012 pentadbiran tanah negeri telah berjaya mendaftarkan sebanyak 967,647 hak milik strata di seluruh Semenanjung Malaysia. Berdasarkan perbandingan data daripada Laporan Suku Tahunan Tahun 2012, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dan rekod di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, sebanyak 226,279 unit kediaman harta tanah, harta strata masih belum menerima hak milik strata. Terdapat tiga masalah utama yang dikenal pasti sebagai punca kelewatan dan kegagalan pengeluaran hak milik strata itu. Pertama masalah tanah, contohnya di sini ialah masalah berkaitan dengan tanah adalah seperti hak milik tanah masih berstatus hak milik sementara, pembangunan yang bercanggah dengan syarat nyata tanah dan lain-lain lagi. Kedua, masalah bangunan contohnya ialah berkaitan masalah dengan tanah adalah seperti bangunan didirikan terkeluar daripada sempadan lot, bangunan dibina tidak mengikut pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan lain-lain. Ketiga ialah masalah pemilik tanah atau masalah pemaju. Contohnya ialah masalah berkaitan tanah adalah seperti syarikat pemilik tanah atau pemaju telah digulung, syarikat pemilik tanah atau pemaju mengalami masalah pengurusan dan kewangan yang serius dan pemilik tanah atau pemaju tidak dapat dikesan atau meninggal dunia. Maka, adalah jelas Tuan Yang di-Pertua, bahawa masalah-masalah yang dinyatakan seperti di atas, yang menyebabkan hak milik tidak dapat didaftarkan dan dikeluarkan kepada pembeli-pembeli. Bagi mengatasi masalah-masalah ini, pihak kementerian telah membentangkan suatu Rang Undang-Undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2012 yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada bulan September yang lalu. Rang undang- undang ini seterusnya dibentangkan di Dewan Negara pada bulan Disember 2012. Tujuan rang undang-undang ini ialah untuk memastikan bahawa masalah permohonan dan pendaftaran hak milik strata dikeluarkan serentak dengan pemilikan kosong atau dengan izin, vacant possession. Selain daripada itu, pihak kementerian juga dalam proses merangka mekanisme yang cukup sesuai bagi menyelesaikan kes-kes sedia ada berkaitan dengan pendaftaran hak milik tanah. Sekian.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Okey, masalah yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan ini kepada Timbalan Menteri ialah saya dapati dua isu ataupun dua kes yang lebih aneh daripada penjelasan ataupun punca masalah yang menyebabkan strata title ini tidak boleh dikeluarkan. Kes yang pertama adalah Sunrise Tower dekat Persiaran Gurney di Pulau Pinang. Bangunan ini telah didirikan atau dibina dan diduduki oleh penghuni-penghuni selama 40 tahun dan sampai sekarang belum dapat strata title dan pemaju masih sihat.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Pemaju tidak bankrap. Mereka menggunakan kesempatan untuk menyewakan ruang bangunan untuk iklan. Saya ingin dapatkan satu nasihat daripada Timbalan Menteri macam mana kementerian boleh menyelesaikan perkara seperti ini. Contoh yang kedua adalah Anson Apartmen di Jalan Anson Pulau Pinang juga. Pemaju sudah bankrap. Syarikat pemaju sudah bankrap, tetapi beliau masih berniaga di common area di bawah apartmen itu. Jadi, masalah ini telah timbul selama lebih 20 tahun dan tidak dapat diselesaikan. Masalah mungkin yang saya nampak di Pulau Pinang, yang kenakan rumah pangsapuri itu adalah kebanyakan JMB. Badan Pengurusan Sementara itu tidak faham kepentingan untuk memohon strata title dan juga yang mereka tidak tahu macam mana memohon. Saya faham bahawa baru-baru ini Dewan itu telah meluluskan akta tersebut tetapi ramai masih tidak faham dan pegawai kerajaan tempatan seperti Jabatan Penilaian di MPPP, MPSP pun kadangkala kekurangan pengalaman untuk membantu mereka yang menghadapi masalah tersebut. Jadi saya ingin dapatkan nasihat daripada Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama ialah berkaitan dengan masalah Sunrise sebentar tadi. Ada kemungkinan besar bangunan ini termasuk daripada kategori apa yang saya huraikan sebentar tadi ialah kemungkinan besar apabila bangunan itu didirikan ia mempunyai hanya title sementara apabila bangunan itu dibina. Apabila bangunan itu dibina seperti itu, ia tidak mengenal pasti dan tidak define the actual boundary on the ground. Apabila ini berlaku dan apabila strata title dipohon kepada kementerian kami, maka strata title tidak boleh dikeluarkan. Masalahnya kita boleh atasi seperti mana yang saya katakan...

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Menteri, Menteri, Sunrise ini tidak pernah memohon.

Oh! kalau tidak pernah memohon saya cukup hairan kenapa developer atau pembangun tanah ini tidak memohon strata title? Sepatutnya setiap developer ini yang membangunkan sesuatu bangunan ini bertujuan untuk mahu lease, mahu sewa atau menjual unit itu. Itu menjadi tanggungjawab dia. Kalau kita mengetahui ia berbuat demikian maka, undang-undang kita mengatakan ia boleh melakukan satu kesalahan dan ia boleh didenda. We will take note to this one dan selepas itu kita akan mengambil tindakan kalau dia tidak mahu menjaga kepentingan pembeli- pembeli. Keduanya ialah berkaitan dengan orang yang sudah bankrap dan begitu juga masalah dia. Dia tidak memohon. Ini mungkin dia sengaja tidak memohon oleh kerana ia hanya mengaut keuntungan. Saya memerlukan kerjasama daripada Ahli Yang Berhormat untuk memberi maklumat-maklumat yang tertentu supaya kami boleh mengambil tindakan terhadap pemaju yang berbuat sedemikian. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya sebelum itu hendak mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar kita dari UTM, Johor bersama dengan kita dalam Dewan ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, susulan kepada soalan Yang Berhormat Nibong Tebal ini, saya tengok masalah hak milik strata yang belum selesai ini besar. Kalau kita besarkan lagi ia hampir suku juta. Kalau ia kecil RM200,000 lebih. Di antara masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah masalah tanah, masalah bangunan, dan masalah pemaju. Saya lihat ada satu lagi masalah lain ialah di peringkat awal pelaksanaan projek- projek ini. Sebenarnya banyak peraturan dan syarat-syarat yang tidak dipatuhi yg sepatutnya dikenal pasti sebelum projek ini dilaksanakan dan ini menimbulkan masalah. Ini belum lagi timbul masalah kalau pemilik-pemilik ini meninggal dunia dan sebagainya, Menteri lagi timbul masalah besar. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, di samping masalah- maslah yang disebutkan tadi masalah kedegilan macam disebutkan oleh Yang Berhormat Nibong Tebal tadi. Hari ini kita akan bincangkan strata untuk pengemaskinian.

Setakat ini apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan dan kementerian kepada pemaju-pemaju khususnya pemajulah yang melanggar peraturan-peraturan yang ada sehingga menyebabkan sebegini besar hak-hak milik tidak boleh kita berikan kepada pemilik-pemilik. Jadi, berapakah tindakan yang dikenakan dan apakah bentuknya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Maran. Seperti mana yang saya katakan sebentar tadi sepatutnya ialah apabila satu syarikat pemaju mendirikan suatu bangunan itu ia bertujuan untuk menjualnya dan ia tidak boleh jual unit itu kalau sekiranya tidak ada title sebenarnya. Ini dari segi undang- undang. Jadi, kalau orang yang degil ini saya juga ada katakan tadi apabila saya menjawab Yang Berhormat daripada Nibong Tebal sebentar tadi, ada undang-undang kita yang mengatakan kita akan mencari orang ini. Kita akan mencari orang ini dan juga enforce the law dan ia mengatakan kalau dia sengaja tidak memohon- orang yang degil ini sengaja tidak memohon strata title untuk pembeli itu, maka undang-undang itu akan dikuatkuasakan dan under the law he commit a crime. Inilah tindakan yang kita ambil. He is committing a crime here.

Tuan Yang di-Pertua, itu kalau kita hendak tunggu pemaju datang, dia tidak akan datang. Akan tetapi tindakan proaktif kementerian untuk menyelesaikan masalah ini. Ini besar ini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita hendak tolong kerajaan kita Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Kalaulah boleh, ada satu badan tribunal yang menjaga kepentingan pembeli-pembeli rumah itu di mana mereka boleh membuat aduan dan kita boleh bekerjasama dengan suatu badan yang memberi makluman kepada kami supaya kami boleh mengambil tindakan. Tindakan proaktif ini sebenarnya kementerian kita ini cukup prihatin terhadap masalah ini dan kita akan mengambil tindakan- tindakan tertentu. Saya mengatakan di sini kalau Ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat-maklumat tertentu yang kami boleh ambil tindakan di bidang kuasa kami, maka kita alu-alukan maklumat itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya melihat bahawa Yang Berhormat Padang Besar tidak berada di Dewan untuk soalan nombor sembilan. [Soalan No. 9 – Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Azmi Khalid (Padang Besar) tidak hadir]

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah- sebab soalan yang berkaitan nombor sembilan ini cukup penting untuk rakyat Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Selanjutnya saya menjemput...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ianya berkaitan dengan pilihan raya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi, kalau ikut peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat mengangkat standing order...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Nombor 22, mengatakan bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Tidak payahlah Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Walaupun dia tidak ada tetapi kecuali jika pada pertimbangan Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan itu hendak disegerakan ada kena mengena dengan kepentingan orang ramai.

Taib Azamudden bin Md. TaibPAS · PRBaling · question

10. Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan: (a) apakah asas dan perkiraan penilaian yang diambil untuk mewajibkan Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) oleh Yayasan As- Sofa bagi pelajar yang menyambung pelajaran ke Mesir, sedangkan para pelajar tersebut telah diluluskan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan (b) senaraikan kelayakan dan pemeriksa kertas bagi peperiksaan Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan berapakah jumlah calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut sejak mula dilaksanakan hingga kini.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan yang mustahak juga. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sijil Tinggi Agama Malaysia masih diiktiraf untuk kemasukan ke tahun pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sungguhpun demikian, Ujian Imtihan Qabul diperkenalkan oleh Universiti Al-Azhar pada tahun 2009 bagi mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Arab para pelajar dari kaedah ujian dan temu duga. Yayasan Sofa hanya dilantik sebagai wakil bagi Universiti Al-Azhar untuk menjalankan Imtihan Qabul bermula tahun 2011. Kaedah pelaksanaan ujian, penyediaan kertas ujian dan pemarkahan semuanya diuruskan oleh Pusat Bahasa Arab Mesir sepenuhnya. Manakala Yayasan Sofa hanya diminta oleh Universiti Al-Azhar untuk menyediakan prasarana menguruskan Imtihan Qabul dan menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal kepada pensyarah-pensyarah daripada Mesir. Pemeriksa kertas juga adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang didatangkan khas daripada Mesir. Oleh itu kelayakan pensyarah juga ataupun pemeriksa juga ditentukan oleh universiti tersebut. Pada tahun 2012 yakni kali pertama peperiksaan ini ataupun ujian ini diadakan, seramai 591 orang pelajar telah mendudukinya. Daripada jumlah tersebut seramai 111 orang telah diterima masuk ke tahun pertama Universiti Al-Azhar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Kong Cho HaMCA · BNMenteri Pengangkutan · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan menjawab di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2013. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 22 November 2012.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas, bahawa, “Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Anggaran Pembangunan 2013 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa — Maksud B.28 [Jadual] - Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan 2013] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Dato’ Seri Kong Cho HaMCA · BNMenteri Pengangkutan · Lumut

Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih kepada 12 orang Ahli Yang Berhormat dan mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Pengangkutan dan empat orang lagi Ahli Yang Berhormat yang mencelah pada masa perbahasan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Untuk isu-isu yang dibangkit banyak adalah berkenaan dengan isu AES dan juga isu-isu yang lain. Saya akan menjawab isu-isu yang lain dahulu dan akan menjawab isu-isu AES sekali gus pada hujung penggulungan saya. Tuan Pengerusi...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, saya nampak...

...Yang Berhormat...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Dia hendak jawab AES last itu dia jawab sikit pun, dia hendak berhenti sudah.

Itu sangkaan jahat!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini jawapan bertulis ini... [Dewan riuh] Oleh sebab dia tahu kalau dia jawab AES dulu, kita boleh bangkit lagi dalam usul. You datang sekali-skala, you jawablah AES dulu supaya kita panjangkan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya, Tuan Pengerusi. Isu yang paling ramai orang bangkit patut dijawab dahulu. Diutamakan dahulu.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

AES ini adalah amat penting.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya minta, isu ini isu yang sangat penting, yang kontroversi.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, amat penting.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebelah sini pun ada yang tidak bersetuju. Sebelah sana Gerakan Pemuda UMNO.

Tuan Pengerusi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Juga Kerajaan Negeri Perlis pun tidak bersetuju.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang penting diutamakan isu AES.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, patut jawablah AES dulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dengar dulu Yang Berhormat. Dengar dulu Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Perhatian orang ramai tunggu-tunggu jawapan ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tunggu Menteri datang juga.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Orang tunggu jawapan Menteri ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Rakyat Malaysia pun tunggu. Nanti katakan masa tidak cukup. Secara bertulis lagi.

Terpulang kepada Menteri hendak jawab yang mana satu dahulu.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Pengerusi, Menteri jarang datang Parlimen.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tidak usahlah. Menteri sudah datang Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mukah, berkenaan dengan projek Lapangan Terbang Mukah. Projek Lapangan Terbang Mukah adalah projek di bawah Koridor Negeri Sarawak. Projek ini masih dalam peringkat kajian. Kemungkinan dan dijangka akan tamat pada April 2013. Lapangan terbang ini akan dibina sekiranya hasil kajian mendapati ianya viable untuk dilaksanakan. Ini termasuk mengambil kira bukan sahaja kepentingan ekonomi, malah kepentingan kepada pembangunan sosial negeri Sarawak. Yang Berhormat Bukit Bintang, yang membangkitkan di bawah NKRA berkenaan dengan pelaksanaan tempat parking yang tidak mencukupi di stesen-stesen LRT.

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, di bawah NKRA ada empat stesen LRT di Gombak. Sebanyak 1,160 buah tempat parking telah siap dan akan beroperasi pada bulan Disember 2012. Di stesen LRT Sungai Besi ada dibangunkan 214 lot parking dan akan siap pada suku tahun pertama tahun 2013. Untuk stesen LRT Bandar Tasik Selatan ada juga projek penambahan 1,024 lot parking yang akan siap pada suku tahun pertama tahun 2013. Projek parking untuk stesen LRT Ampang, sebanyak 1,140 lot parking sedang dibina yang akan siap pada hujung tahun 2013. Selain daripada itu, untuk tahun yang akan datang, di stesen LRT Bandar Tun Razak akan juga dibina 400 buah lagi tempat parking kereta yang baru. LRT Gombak, tambahan 1,060 buah lagi dan yang lain akan dibuat mengikut adakah tanah-tanah itu ada untuk membina tempat parking?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Belum habis Yang Berhormat. Biar dia habis satu cerita parking.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Ini parking punya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, belum habis. Tunggu habis dulu. Mungkin ada jawapan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Bukit Bintang telah pun membangkitkan berkenaan dengan penguatkuasaan teksi, bas dan sebagainya di perjalanan-perjalanan di bandar raya Kuala Lumpur.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Minta penjelasan. Parking, parking sahaja.

Ini semua adalah...

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Bolehkah minta penjelasan?

...Dipantau oleh pihak-pihak penguatkuasaan seperti PDRM, SPAD dan JPJ.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Parking, saya minta satu. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kelmarin saya ada mencadangkan bahawa parking di tempat yang strategik ialah di Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu. Dua tempat yang amat strategik di tempat LRT station.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Saya minta kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan, adakah cadangan untuk membina lebih parking bertingkat di dua-dua tempat iaitu Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah yang dua-dua stesen yang ada di tempat kosong khususnya di Pudu Jail di mana Stesen Hang Tuah diletakkan di tempat itu? Adakah kementerian bercadang untuk membina tempat parking bertingkat di tempat yang saya cadangkan? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sebenarnya kerajaan amat prihatin dan mengambil berat tentang kekurangan tempat parking di stesen-stesen LRT yang selama ini diminta oleh orang ramai. Akan tetapi, ada satu sekatan kepada kerajaan adalah availability tanah untuk buat parking ataupun parking bertingkat. Walau bagaimanapun, kita akan ambil kira dan juga akan kaji cara-cara yang terbaik untuk menambah bilangan parking di semua stesen, bukan sahaja di LRT tetapi di stesen-stesen komuter dan sebagainya. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ledang ada membangkitkan bahawa bangunan JPJ di Muar yang telah terbakar pada 30 November 2009 itu belum lagi diperbaiki. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR sebenarnya telah pun buat pemeriksaan dan satu reka bentuk untuk membaik pulih bangunan itu juga telah ada dan ia akan dilaksanakan sebaik sahaja kementerian memperoleh kewangan ataupun wang dari kerajaan atau dari Kementerian Kewangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, oleh kerana sebahagian bangunan yang terbakar itu adalah bangunan admin, ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan JPJ kepada orang ramai.

Yang Berhormat Kota Raja telah pun...

Yang Berhormat...

...Membangkitkan tentang stesen...

Tuan Pengerusi, sekejap. Tuan Pengerusi, minta maaf sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat apa pula ini?

Tentang...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ia mesti berhubung dengan apa yang dibangkit Yang Berhormat Menteri, ya.

Tentang bab yang saya bangkit. Tentang JPJ Muar itu, sebenarnya bukan blok pentadbiran sahaja tetapi blok yang mengandungi kaunter berurusan dengan orang ramai. Ia perlu disegerakan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan siasatlah berkenaan dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Kota Raja ada membangkitkan bahawa perhentian bas 1Malaysia iaitu bus stop yang dibina tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kota Raja, semua pembinaan bus stop diuruskan oleh PBT sendiri melalui peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. PBT berkenaan menentukan lokasi, menyediakan dokumen tender dan membuat penilaian tender dan juga menawarkan dan melantik kontraktor sendiri. Oleh itu, saya fikir bahawa dakwaan Yang Berhormat bahawa persetujuan PBT tidak diperoleh itu tidak timbul. Berkenaan dengan harga tambang teksi, piawaian, standard dan sebagainya, itu di bawah kawal seliaan SPAD lah. Saya tidak akan jawab soalan itu. Berkenaan dengan parking untuk kenderaan berat yang tidak sesuai di kawasan kediaman dan sebagainya, itu perlu dikuatkuasakan oleh pihak PBT sendirilah kerana syarat-syarat untuk permit kenderaan berat itu dikeluarkan oleh SPAD. Jadi SPAD bersama dengan PBT perlu menyelaraskan penguatkuasaan itu.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya nak soal benda ini? Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri. Saya sebenarnya sudah beberapa tahun mengikuti hal tentang parkir kenderaan berat di dalam taman-taman perumahan. Saya tidak tahulah sama ada pegawai-pegawai PBT temberang saya ataupun mereka sengaja tidak memberitahu saya perkara yang sebenarnya. Alasan mereka adalah walaupun permit-permit ini diberi bersama dengan, pada sedikit masa dulu oleh JPJ Bahagian Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan tetapi akhirnya penguatkuasaan di PBT hanya boleh kompaun. Hanya boleh kompaun. Jadi mereka tidak berdaya lagi untuk mengambil tindakan ke atas lori-lori dan sebagainya. Biasanya, yang parkir lori-lori dan kenderaan ini bukan daripada kawasan yang mereka yang luluskan permit. Misalnya dalam kawasan MPK Klang, yang datang parkir ini adalah daripada kawasan lain. Jadi mereka tidak ada kuasa untuk membatalkan permit kerana diberikan...

Yang Berhormat, saya ingat patut aduan itu boleh disampaikan kepada PBT dan juga SPAD untuk tindakan selanjutnya.

Akan tetapi sudah lama Menteri perkara ini.

Ini kerana kedua-dua agensi itu bukan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Sekejap ya Menteri. Kalau boleh Menteri faham ya, permit itu diberi oleh PBT mungkin Ampang, kemudiannya di parking di kawasan Klang. Jadi bagaimana nak batalkan permit itu? Tak boleh.

Permit itu di bawah kawal seliaan SPAD.

Jadi apa tindakan selanjutnya?

Saya ingat Yang Berhormat boleh rujuk kepada SPAD. Jadi berkenaan dengan Ahli Yang Berhormat Kota Raja lagi berkenaan dengan bahawa lampu isyarat dipasang di tempat yang tidak betul dan menghalang dan sebagainya, lampu isyarat dipasang oleh PBT atau JKR dan bukan oleh Kementerian Pengangkutan. Berkenaan dengan orang yang tidak cukup umur yang menunggang motosikal di kawasan luar bandar dan sebagainya, untuk makluman Yang Berhormat, penunggang motosikal yang tidak memiliki lesen memandu, lebih-lebih lagi di bawah umur 16 tahun tidak sepatutnya berada di atas jalan raya kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen Akta Pengangkutan Jalan.

Saya nak penjelasan sedikit di sini. Saya setuju Menteri bahawa yang di bawah umur tak sepatutnya ada di jalan tetapi inilah yang berlaku hakikatnya. Cuma saya ingin bertanya, tidakkah ada kita langkah- langkah untuk mendidik mereka daripada awal cara pemanduan yang betul? Soal mereka ada lesen atau tidak, adalah soal kedua. Saya bagi contohlah. Keluar sedikit contohnya. Kita bercakap sekarang mengenai apa yang sepatutnya tidak dilakukan oleh anak-anak muda tetapi apabila kita mendidik mereka, tidak semestinya mereka boleh lakukan. Akan tetapi sekurang-kurangnya mereka ada cara pemanduan yang betul, tahu undang-undang lalu lintas dan tahu bahawa bila mereka memandu itu mereka sudah tahu. Jadi tak bolehkah Kementerian Pengangkutan atau mana-mana untuk adakan kursus- kursus supaya mereka tahu tentang undang-undang jalan raya? Kemudian kalau nak denda mereka, nak tangkap mereka tak ada lesen, itu satu hal lain. Sekurang-kurangnya mereka memandu dengan cara yang betul.

Untuk makluman Yang Berhormat, kalau mereka tidak ada lesen itu adalah satu kesalahanlah di mana-mana mereka menunggang motosikal itu. Jadi walau bagaimanapun di bawah Kementerian Pengangkutan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya mulai dari tahun 2008 sudah ada kurikulum untuk keselamatan jalan raya dari sekolah rendah lagi sehingga sekarang dan pada tahun ini juga bermula di sekolah menengah. Untuk mereka yang tidak cukup umur mereka memang tidak boleh menunggang motosikal ataupun membawa kereta dan sebagainya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tajuk yang sama?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya tajuk yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita semua orang tahu kalau tidak ada lesen memandu, tidak ada lesen menunggang motosikal kita tidak boleh memandu atau menunggang motosikal di jalan raya. Itu kita semua orang tahu tidak payah Yang Berhormat Menteri berulang-ulang. Akan tetapi yang pentingnya yang kami mahu tahu daripada 6,000...

Saya bukan berulang-ulang tahu? Saya hendak jelaskan sahaja apa yang dibangkit...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Baik, baik, baik.

Itu you perlu faham.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Okey baik, baik.

Jangan kita kata kita tahu orang yang melanggar undang-undang dan kita menyebelahi orang yang melanggar undang-undang.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih mengingatkan bahawa kalau tidak ada lesen memandu, tidak ada lesen menunggang itu kita tidak boleh menunggangnya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi persoalan yang saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri adalah setiap tahun daripada 6,000 lebih kurang kes kematiannya di jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Sebanyak 6,000 itu maaf ya, daripada 6,000 kes kematian kemalangan jalan raya 4,000 lebih kurang 4,000 adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Ada satu laporan daripada Timbalan Ketua Pengarah JPJ melaporkan daripada jumlah tersebut kematian maut melibatkan pembonceng motosikal dan penunggang itu tiga kesalahan utama iaitu tiada lesen memandu, melanggar lampu isyarat dan menunggang laju secara melulu. Jadi apakah langkah yang ada di bawah kementerian, terima kasih menyasarkan kumpulan ini dan bukannya bersibuk-sibuk dengan memasang AES, sebab kematian di jalan raya 60 peratus...

Tuan Pengerusi, saya ingat dia sudah luar tajuk dari apa yang dibangkit ...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Adalah disebabkan penunggang dan pembonceng motosikal, itu hakikatnya statistiknya.

Itu luar tajuk ...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya, saya pohon penjelasan.

Saya boleh jawab secara ringkasnya adalah banyak kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan yang lain, yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Menteri, Menteri itu misalan Menteri ataupun ada laporan yang ada audit independent. Kalau hanya cakap kenderaan yang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Langgar.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Mengakibatkan kecederaan kemalangan kepada motosikal mana butir-butir? Siapa yang buat siasatan? Siapa yang buat laporan secara audit independent? Menteri kenalah cakap secara profesional Menteri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini Timbalan, Timbalan JPJ...

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak payahlah cakap macam itu Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

….Kata tiga sebab nahas motosikal penunggang pembonceng adalah tiada lesen memandu, melanggar lampu isyarat dan menunggang laju secara melulu. Dia tidak menyatakan disebabkan oleh dilanggar oleh kenderaan yang laju. Jadi jawapan Yang Berhormat Menteri bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJ. Jadi, siapa yang betul di sini? Yang Berhormat Menteri.

Semua betullah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau mahu pasang AES apa-apa alasan pun boleh diberi.

Semua betul, dia tidak ada salah semua betul.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi saya tidak akan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tunggu Yang Berhormat tunggu Yang Berhormat. Kita patuh dengan peraturan sedikit Yang Berhormat ya. Kalau Menteri masih berdiri macam itu api dia masih menyala itu makna dia tidak bagi laluan.

Akan tetapi dia sudah tutup sudah Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya belum habis cakap Yang Berhormat itu pun salah juga itu. Kalau Menteri sudah bagi laluan, bagi mana satu Menteri hendak bagi ini?

Saya tidak bagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak bagi Yang Berhormat dia tidak bagi Yang Berhormat.

Boleh bagi Yang Berhormat Tangga Batu?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja sedikit. Berhubung apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja.

Tiga pembangkang cakap bagi satu Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Khusus, khusus berhubung dengan Kota Raja saya hendak buat cadangan.

Tuan Pengerusi saya hendak bercakap...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya harap Menteri beri laluan sedikit.

Saya hendak tanya sedikit tentang sistem kurikulum jalan raya yang cukup baik tadi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Beri peluang sedikit sahajalah Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedikit sahaja sedikit. Saya hendak beri cadangan, saya hendak beri cadangan. Boleh beri cadangan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menteri tidak layan tidak payahlah paksa.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak paksa, merayu, merayu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang tidak sudi tidak perlulah merayu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Merayu sedikit, sedikit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tunggulah sampai giliran Yang Berhormat Shah Alam punya.

Tuan Pengerusi saya tidak beri laluan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedikit sahaja Menteri. Cadangan.

Tidak perlu, tidak perlu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat dia, duduk, duduk semua Yang Berhormat Menteri tidak bagilah Yang Berhormat. Bagi Menteri cakap dahulu kalau ada benda-benda yang betul-betul penting berhubung dengan perkara yang dibangkit oleh Menteri itu boleh bangunlah Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi untuk menjawab...

Menteri.

Soalan-soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat PJ Selatan..

Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran saya hendak...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ucapan bila Yang Berhormat. Yang Berhormat Maran duduk dahulu Yang Berhormat.

Berkenaan dengan KLIA2. Jadi status pembangunan KLIA2 setakat 1 November 2012 prestasi pembinaannya adalah 69.3 peratus iaitu mendahului jadual. Projek ini dijangka akan siap pada bulan April 2013. Berkenaan dengan apakah punca kenaikan kos KLIA2? Kos tambahan pembinaan KLIA2 adalah disebabkan peningkatan penambahan kepada skop dan peruntukan asal projek. Peningkatan skop ini antara lain adalah akibat peningkatan dalam permintaan dari syarikat-syarikat penerbangan. Sejajar dengan perkembangan modul perniagaan mereka serta unjuran trafik penumpang yang agresif yang meramalkan pencapaian sehingga 30 juta penumpang pada tahun 2016 dan 45 juta penumpang pada tahun 2020.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri boleh ini tentang KLIA2? Terima kasih. Tuan Pengerusi, KLIA2 ini saya dapat maklumatlah dibuat semata-mata kerana menampung keperluan AirAsia. Baru-baru ini AirAsia telah menyatakan bahawa dia tidak akan bertapak di KLIA2. Jadi apakah risiko yang ditanggung oleh kerajaan apabila AirAsia tidak berhasrat bertapak di KLIA2 apa opsyen lain? Adakah kita akan mengalami kerugian ataupun mungkin kita akan lebih baik? KLIA2 lebih baik daripada AirAsia beroperasi sebab AirAsia ini kita maklumlah Tony Fernandes ini penyangak besar dalam dunia ini. Semua perniagaan dia masuk dia mesti sure 100 peratus profit tetapi dia invest dalam sukan semua dia looserlah. Jadi apa langkah-langkah yang diambil pendekatan oleh kerajaan untuk memastikan KLIA2 boleh beroperasi dan mencapai tahap pencapaian yang dihasratkan kalaupun sekiranya AirAsia tidak lagi beroperasi di negara kita. Terima kasih.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Belum lagi Yang Berhormat tanya dahulu Yang Berhormat.

Untuk makluman...

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Sama tajuk juga.

Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan AirAsia tidak pernah secara rasmi kata bahawa mereka tidak akan pindah ke KLIA2. Pada masa sekarang AirAsia sedang bekerjasama dengan Malaysia Airport Holding Berhad seperti lihat dalam mesyuarat mingguan Projek KLIA2 dan menunjukkan persediaan berpindah ke KLIA2 apabila siap kelak. Baru-baru ini CEO baru AirAsia juga sendiri kata mereka akan bekerjasama dengan Malaysia Airport Holding Berhad.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Minta penjelasan. Ya, terima kasih...

Bukan.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Sama tajuk juga.

Berkenaan dengan apa?

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Berkenaan dengan LCCT Kota Kinabalu kerana...

Itu lain.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey KLIA2. Ini berhubung dengan KLIA2.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

KLIA2.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Betul Yang Berhormat, kalau mengikut syaratnya betul Yang Berhormat. Kalau berhubung dengan KLIA2 baru dia entertain.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Akan tetapi ini AirAsia terlibat juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Tawau, tunggu. Kalau ada tempat baru cakap hal itu.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Okey terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Menteri, KLIA2.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

KLIA2 Yang Berhormat Menteri. Berhubung perkara yang sama.

Semalam Yang Berhormat Shah Alam sudah berbahas.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tanya soalan.

Saya akan jawab apabila giliran sampai.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini mengenai KLIA2.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini sebab Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tidak ada hari ini, maka maklumat yang ada pada dia, sudah beritahu kepada saya. Soalan Yang Berhormat Menteri jawab untuk Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Shah Alam dan Petaling Jaya Selatan jiran... [Ketawa] Sebelah menyebelah sahaja. Bayar Tol Batu 3 sahaja masuk Shah Alam.

Tuan Pengerusi saya rasa itu bukan alasan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Betul Yang Berhormat Menteri.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Menteri semalam saya tidak ada peluang bahas...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Hendak tanya mengenai kos KLIA.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini mengenai KLIA2 berhubung perkara yang sama Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita hendak tahu dari segi kos pembinaannya. Berapakah kosnya sekarang nombor satu. Nombor dua, saya ada tanya berhubung dengan KLIA2 juga ialah tahap penggunaan KLIA.

Saya belum jawab, tahap sudah jawab tadi Tuan Pengerusi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Selepas ini Yang Berhormat Menteri jawab.

Tahap sudah jawab, berkenaan dengan tahap pembangunan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kos belum.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Belum jawab lagi.

Apa itu?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tahap penggunaan Terminal KLIA, berapa peratus dia punya return on investment (ROI).

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Semalam saya tanya, Yang Berhormat Menteri belum jawab. Lalu saya hendak tanya kenapa perlu bina KLIA2 dalam keadaan KLIA1 pun masih belum digunakan sepenuhnya?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

ROI belum masuklah Yang Berhormat Shah Alam. Sudah masuk operasi barulah ada ROI.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nombor dua dia punya return on investment Yang Berhormat belum jawab lagi. Nombor tiga, kalau kita bergantung kepada AirAsia business di KLIA2, apa akan berlaku sekiranya AirAsia selepas lima tahun dia buat keputusan dia tidak hendak. Mana komitmennya? Jangan sekadar kata, “Oh! Sekarang dia bekerjasama.” Kerjasama itu cerita lain. Soal commitment. Yang Berhormat Kinabatangan jangan masuk campur. Ini soal commitment yang dia hendak, diberi bahawa ia akan memanfaatkan KLIA2 itu untuk tempoh 20 tahun atau 30 tahun. Kalau kroni-kroni kita beri concession sampai 30 tahun. Kenapa dengan sampai soal AirAsia ini kita tidak boleh minta satu commitment daripada mereka untuk menggunakan KLIA2 paling kurang 25 tahun supaya berdasarkan pada itu ikut perkiraan itu, kita sudah dapat kita punya return on investment.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat. Saya hendak cakap sedikit Yang Berhormat. Walaupun isu yang kita bangkitkan itu penting tetapi peraturan Dewan itu kena akur juga. Kalau tidak kawan-kawan yang tengok kiri kanan itu fikir inilah corak Parlimen Malaysia Yang Berhormat. Jadi, sebenarnya corak ini tidak betul. Kalau yang bercakap tidak bagi Yang Berhormat memang tidak boleh bercakap. Peraturan satu lagi ialah kalau benda itu tidak dibangkitkan di dalam hujah yang awal, dia tidak boleh dibangkitkan pada ketika ini. Sila Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Kita hendak habis item satu ini, kalau dia tidak jawab yang dibangkitkan itu, boleh bangkit.

Tuan Pengerusi, sebenarnya lapangan terbang, lapangan terbang yang dibina ini bukan untuk mana-mana satu syarikat penerbangan menggunakannya. Ini untuk semua syarikat penerbangan menggunakan. Untuk KLIA, pada masa sekarang hampir 60 buah syarikat penerbangan yang menggunakan KLIA bukan sahaja untuk AirAsia dan untuk KLIA2 sama juga. Jadi, masalah yang dibangkitkan itu tidak timbul sekalipun.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya respons Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat tidak boleh respons, Yang Berhormat boleh duduk. Yang Berhormat tidak boleh respons kepada saya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekarang orang atas semua tengok, kata Yang Berhormat Menteri tidak beri kita peluang untuk berhujah. Pandangan orang terhadap Parlimen kita pun kurang baik... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat. Sebenarnya masa berhujah sudah habis Yang Berhormat. Semalam masa berhujah sudah habis. Pagi ini Yang Berhormat Menteri menjawab. Jadi sistemnya macam ini. Semasa Menteri menjawab, Menterilah punya floor melainkan Menteri beri laluan. Kalau Menteri beri laluan barulah yang lain boleh bercakap, yang bercakap tidak ada laluan kepada Yang Berhormat Menteri itu salah mengikut peraturan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Shah Alam tidak ada semalam, dia pergi ceramah ini luar.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya mohon laluan boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Macam Yang Berhormat Kinabatangan jugalah itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu fitnah. Saya ada di sini dan tanya soalan. Yang tidak adanya Yang Berhormat Kinabatangan. Itu sah. Yang Berhormat Menteri pun tahu saya tanya soalan dan dia belum jawab lagi soalan saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat, dua salah tidak membuktikan satu betul Yang Berhormat. Jadi, dua-dua salah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya minta tanya boleh?

Duduk. Tuan Pengerusi, saya akan beralih ke perkara lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan iaitu berkenaan dengan Double Track Project Ipoh-Padang Besar.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tanya boleh? Jiran saya suruh tanya.

Untuk projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar, pada masa sekarang statusnya adalah persiapan 88.12 peratus mengikut jadual dan akan dijangka siap pada 7 November 2014 dan tidak melibatkan cost overrun untuk...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan. Double track dari Ipoh ke Padang Besar. Boleh saya taya berkaitan dengan perkara itu? Sekarang ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh selalu lambat. Dahulu 2 jam 20 minit tetapi sekarang saya boleh guarantee tidak boleh sampai 2 jam 40 minit, 2 jam 50 minit atau tiga jam. Jadi saya khuatir yang ini kecil...

Tuan Pengerusi, itu sudah luar tajuk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mana luar tajuk? Dalam tajuk... [Dewan riuh]

Double tracking.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, this is directly involved ETS.

Itu servis. Itu bukan pembangunan double tracking.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, bukan. Bukankah ini ETS? Ini ETS atau tidak?

ETS, bukan pembangunan double tracking. Itu adalah operasi perkhidmatan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak boleh cakap diesel engine, tidak boleh cakap elektrik engine? Tidak ada kena mengena? If you don’t have the answer say it’s so.

Kalau semalam ada dibangkitkan boleh jawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, itu bukan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat jarang datang ke sini, kita selalu ada di sini. Berkaitan. You must be hands on. Bukan easy way to say, asking me to sit down. Tidak guna, semua orang hendak tahu. Ramai orang gunakan ETS, there is already a delay. Can you answer, adakah dari Padang Besar ke Ipoh ia akan lebih baik dari keadaan sekarang? Keadaan sekarang yang rumit dan menyusahkan semua passenger akan diatasi?

Perkhidmatan ETS hanya boleh dilaksanakan sebaik sahaja siapnya pembinaan landasan berkembar, electrified. Kalau landasan itu tidak di electrified kita tidak boleh memulakan perkhidmatan ETS kerana ETS adalah electric train yang memerlukan double tracking dan electric. Pada masa sekarang belum sampai...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dari Kuala Lumpur ke Ipoh tidak ada?

Ada.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi Yang Berhormat...

Soalan Yang Berhormat tadi adalah Ipoh-Padang Besar.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ia berkaitan, it is an experience, yang sedia ada.

You jangan putar belit, I know you are a lawyer.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, di sini kos overrun, lambat, tidak cukup coaches dan selalu lambat. Boleh tidak keadaan itu diatasi di sana? Kalau boleh kenapa sekarang, yang sedia ada tidak boleh? What is wrong with the existing one?

Kita juga dapat banyak feedback yang bagus berkenaan dengan servis ETS Ipoh-Kuala Lumpur.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat itu cakap tidak benar. Misleading the House, cakap bohong.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta laluan mengenai ETS.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jangan cakap macam itu Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Betul Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya duduk di sini Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya selalu menggunakan ETS. So, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tidak benar. Lain orang, saya dan Yang Berhormat Batu Gajah selalu menggunakan ETS.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya hanya minta perkataan unparliamentary tidak digunakan kepada Ahli Yang Berhormat. Itu sahaja. Soalan argument Yang Berhormat itu soal lain.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi apa yang dikatakannya adalah tidak benar, bohong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jangan guna perkataan itu Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan bohong, tidak betul.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lagi apa saya hendak kata? Yang Berhormat tidak waraslah, tidak cekap. Tidak betullah. Okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai tambang ETS.

Yang Berhormat, saya tidak bagi... [Ketawa]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh tanya sedikit mengenai ETS juga. Minta penjelasan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bagilah Yang Berhormat, bersedia mendengar pandangan.

Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan berkenaan dengan perkhidmatan kereta api di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan membantu dalam pembinaan landasan kereta api di Sabah, tetapi operasi perkhidmatan kereta api Sabah adalah di bawah Jabatan Kereta Api Sabah. Kita juga faham bahawa terdapat masalah dalam lintasan rata di sini. Kesemua masalah lintasan rata yang terlibat telah diselesaikan kecuali sebuah lintasan rata di Jalan Airport View sahaja. Jadi mungkin itu adalah satu cross crossing yang melibatkan masalah dan menimbulkan trafik jem.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menteri boleh minta penjelasan, ETS sedikit.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Apa ini? Kau Sabahkah? Duduklah dahulu, kacau. Ini soalan saya yang perlu diperjelaskan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Menteri, kita faham cara pengurusan itu di bawah Kereta Api Negeri Sabah tetapi projek itu di bawah butiran kementerian. Oleh sebab itulah saya tanya, bangkit yang dijanjikan oleh Menteri bahawa pelaksanaan JPS ini belum dilaksanakan, automated loceng itu belum dibuat tetapi pihak kontraktor atas arahan kementerian menutupkan semua akses-akses. Orang kampung marah pada wakil rakyat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ala, kasihan wakil rakyat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Kedua, jam di Putatan itu teruk sangat. Boleh Menteri lawat kawasan ini, boleh tidak? Itu saja permintaan saya, lawat masalah rakyat. Itu saja.

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya akan ambil kira apa yang dibangkitkan, akan buat siasatan lanjutan dan akan memberi satu jawapan yang memuaskan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan juga bangkit tentang masalah oleh kerana lampu runway Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang gagal pada 25 hingga 26 Oktober yang lepas. Jadi di sini saya bagi pihak Malaysia Airport Berhad, GCA dan kementerian ingin meminta maaf atas kejadian itu tetapi itu adalah satu kejadian yang tidak siapa pun minta ianya berlaku.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, ada jaminankah masa akan datang perkara ini tidak akan berlaku lagi sebab menyusahkan rakyat Malaysia di negeri Sabah termasuk diri saya. Ada jaminan? Ini kerana seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam alaf 21 ini. Seharusnya kontraktor harus melihat masalah- masalah ini. Ini tidak dilihat, tidak diganti baru. Seharusnya specs baru diganti. Jadi minta kementerian untuk mengambil tindakan tegas dan jangan melantik kontraktor yang ada track record yang tidak baik sebegini, jangan ada lagi masalah-masalah sebegini berlaku.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Yang Berhormat Menteri, tentang sama tajuk juga.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin di sini...

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Yang Berhormat Menteri, tajuk yang sama.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia tidak suka suara perempuanlah, wanita dia tidak suka... [Ketawa]

Saya ingin di sini menjelaskan bahawa berikutan dengan kejadian...

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Yang Berhormat Menteri, hanya Tuan Pengerusi boleh panggil saya duduk. Yang Berhormat Menteri pernah cakap di akhbar, kementerian akan keluarkan hasil siasatan tentang kegagalan lampu landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jadi kita ingin tahu dari rakyat Sabah, bilakah Menteri akan keluarkan hasil siasatan itu? Sekian, terima kasih.

Sebenarnya satu pasukan siasatan telah pun ditubuhkan. Pada peringkat awalnya kita juga telah pun pastikan apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu. Ini adalah kerana kabel kepada lampu the runway punya light tidak dipasang dengan baik oleh kerana sebelum kabel itu dipasang dengan baik, ada sebuah pesawat, cater flight hendak mendarat. Oleh kerana itu kerja itu tidak disempurnakan. Itu kita amat kecewalah tentang perkara itu. Untuk menjawab Yang Berhormat Kinabatangan, tidak siapa pun ingin lihat perkara ini berlaku mahupun berulang lagi. Saya juga telah pun memberi arahan dan juga teguran yang sekeras-kerasnya kepada semua pihak yang terlibat dan tindakan susulan mungkin kita akan ambillah. Jadi untuk buat masa sekarang, jadi apa yang...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Sama juga tentang siasatan, sedikit sahaja kalau boleh.

Tunggu, saya belum habis lagi.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Okey, lepas habis bagi saya sedikit... [Ketawa]

Pada masa sekarang, perkara ini juga diambil berat oleh Timbalan Menteri. Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri juga bercadang bahawa satu pasukan crisis management perlu ditubuhkan di semua sektor perkhidmatan kritikal termasuklah airport dan sebagainya untuk mengelakkan perkara-perkara seperti ini berulang ataupun berlaku. Crisis management team ini perlu ada SOP masing-masing dan mempunyai prosedur dan sebagainya dan letak. Jadi itu adalah apa yang tindakan yang telah diambil.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Soalan susulan Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya suka mendengar bahawa siasatan akan dijalankan berkait dengan KKIA. Saya juga ingin bertanya kerana pada 12 September 2012 selama dua jam sistem radar di Subang ATCC tidak berfungsi. Adakah Yang Berhormat Menteri juga akan menyiasat kejadian tersebut dan adakah crisis management unit ini akan meliputi bukan sahaja dari segi sistem penjagaan lampu tetapi juga radar system. Terima kasih.

Yang Berhormat Lembah Pantai, terima kasihlah atas soalan itu. Sebenarnya perkara yang berlaku pada masa itu yang melibatkan blackout kepada sistem radar lebih kurang dua jam ini adalah kerana failure itu, bukan failure bekalan elektrik tetapi failure tentang trip off tetapi dia punya backup system yang tidak keep in itu yang menyebabkan blackout itu. I mean the backup did not keep into overcome the situation immediately tetapi kita sedang mengambil tindakan untuk mengatasi masalah itu.

Satu laporan boleh diberi kepada Yang Berhormat Lembah Pantai berkenaan dengan masalah itu... [Disampuk] Belum lagi Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan sudah habis kan? KLIA first class punya check in.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ya, itu amat penting. Ini pembaziran, aduan yang saya terima di KLIA sendiri.

Sebenarnya, saya sendiri sedar tentang masalah itu kerana selalunya bila saya pergi ke KLIA, saya nampak kawasan itu kosong juga. Akan tetapi saya juga sudah beri arahan kepada MAS bagaimana boleh digunakan secara yang terbaik kawasan itu dan MAS sedang mengambil tindakan supaya semua pemegang kad Enrich pada satu ketika boleh pakai di kawasan itu walaupun mereka terbang dengan kelas ekonomi dan sebagainya. Pada bulan Februari yang akan datang, apabila MAS dilengkapi dengan Oneworld Alliance, jadi sebahagian daripada kawasan itu akan digunakan oleh service Oneworld.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya faham MAS ini memang hendak sebarkan, hendak menggambarkan bahawa ia adalah yang teratas dalam dunia ini. Akan tetapi masalahnya, penggunaan itu tidak memadai dengan kos, mungkin. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Menteri pernah soal MAS management ini, berapa yang dibelanjakan kerana ada atap, ada roof, dibuatnya roof yang lebih canggih lagi dalam bangunan sendiri? Adakah itu patut dan dilihat oleh rakyat kita yang miskin yang selalu travel dengan kelas ekonomi, melihat perkara ini sangat-sangat membazir duit rakyat. MAS ini kepunyaan rakyat, Yang Berhormat Menteri. Berapakah kos yang dibelanjakan oleh MAS?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya cuba jawab sahaja perkara-perkara yang berkenaan dengan operasi syarikat MAS. Ini kerana operasi syarikat MAS sepatutnya di bawah kawal seliaan Kementerian Kewangan ataupun di bawah Khazanah seperti jawapan yang diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan rebranding dan sebagainya, semuanya dijawab oleh Kementerian Kewangan, bukan? Jadi itulah masalah. Ada soalan-soalan yang mungkin tidak...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Management, I think perlu tanya Kementerian Kewangan.

Coming soon. Do not worry.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

That implementation is it?

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta izin untuk patah balik kepada jawapan Menteri tadi mengenai perhentian bas. Sampai sekarang saya baru...

Habis sudah.

Ya habis tetapi...

Sudah lepas, tidak boleh.

Jawapan Menteri mengelirukan. Saya cuma hendak sebut di sini bahawa projek-projek diberi melalui ICU, bukan melalui PBT. Kontraktor-kontraktor dipilih oleh ICU dan kontraktor-kontraktor ini tidak mematuhi di mana perhentian bas yang dikehendaki dibina, mereka tidak ikut, mereka buat ikut di mana mereka hendak buat. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil kebenaran daripada PBT. Itu sahaja. Saya tidak mahu guna peraturan ini tetapi hendak beritahu Menteri bahawa sebenarnya apa yang Menteri beritahu itu tidak benar sama sekali.

Akan tetapi ikut pelaksanaan di bawah NKRA, itulah laporan yang kita terima. Jadi saya akan beralih kepada Yang Berhormat Jasin. Banyak telah pun dijawab sebentar tadi berkenaan dengan KLIA2, berkenaan dengan AirAsia, mengapa tidak pakai aerobridge dan juga bahawa mereka enggan berpindah ke KLIA2 dan sebagainya. Itu semua saya telah pun jelaskan. Dalam hujah-hujah Yang Berhormat Jasin di mana Yang Berhormat Wangsa Maju mencelah dan mengatakan bahawa AirAsia telah pun mengubah operasinya ke Indonesia. Jadi pada masa sekarang kita tidak nampak AirAsia pindah ke Indonesia lagi walaupun mereka ada kata. Walau bagaimanapun, itu adalah keputusan perniagaan dan pengurusan mereka sendiri.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, semalam saya ada tanya. Selepas Yang Berhormat Putatan, giliran saya. Saya ada tanya tentang MAS. Nampak macam Yang Berhormat Menteri tidak mahu menjawab ataupun ...

Ada, ada. Sebab itu semua berkenaan dengan pengurusan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya faham tetapi walaupun pengurusan, takkan tidak ada jawapan.

Ada jawapan itu Kementerian Kewangan menjawab.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya Menteri tidak mahu jawablah. Menteri Pengangkutan tidak mahu jawab, okey. Berhubung dengan masalah lesen permit teksi, itu pun...

SPAD.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri Pengangkutan tidak mahu jawab juga, tidak boleh jawab juga?

Sebab tidak patut untuk saya jawab.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okeylah... [Disampuk]

Jadi untuk menjawab ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, saya ingat bagi pihak rakyat Malaysia, saya mengalu-alukan keputusan AirAsia untuk berambus dari negara ini.

[Ketawa] Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan mengapa seorang penjawat DCA menerbangkan A380 yang dimiliki oleh MAS terus ke Kuala Lumpur. Untuk menjawab Yang Berhormat, ini sebenarnya dibenarkan kerana Kapten Sumali ini, beliau adalah seorang yang mahir dengan semua jenis pesawat yang beliau akan menentukan kelayakan juruterbang dan sebagainya. So ini adalah within the permission untuk beliau membawa balik dan menerbangkan A380 untuk meletakkan tafsiran kepada lesen pilot beliau.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Kapten Sumali ini adalah seorang pegawai DCA. Tugasnya adalah untuk safety audit kapal terbang dan keselamatan yang lain. So itu bukan tugas dia. Persoalannya adalah itu bukan tugas dia. Dia bukan pilot. Saya tidak menyoal kelayakan dia.

Beliau juga seorang pilot dan juga perlu mematuhi untuk upgrade dan update tentang pesawat-pesawat yang baru dalam kerja beliau. Jadi beliau boleh lebih faham tentang perkara-perkara yang tertentu dan untuk mengiktiraf pilots yang lain.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya. Beliau bukan pilot MAS. Jadinya beliau tidak ada hak.

Ya, beliau memang bukan pilot MAS.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Beliau bekerja untuk DCA.

Beliau tidak dibayar oleh MAS juga.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, bukan dibayar. Masalahnya conflict of interest. Beliau untuk menjaga keselamatan kapal terbang, flight dan sebagainya. Beliau dari situ boleh ambil masa, time off kerja beliau dan pergi bawa kapal terbang. Ini sudah salah daripada segi abuse of dia posisi.

No, no. Tidak, tidak. Jadi, untuk itu...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itulah masalah Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan berkenaan dengan MAS?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, siasat dan ambil tindakan supaya pegawai DCA lain kali jangan berbuat demikian.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri.

Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan mengapa hak penerbangan diberi kepada AirAsia X ke Sydney. Jadi untuk menjawab Ahli Yang Berhormat, sebenarnya selepas CCF di antara MAS dan AirAsia, jadi AirAsia telah pun memberhentikan penerbangan ke London, Paris, Mumbai dan Delhi dan AirAsia X selepas itu meminta penerbangan ke Sydney. Penerbangan ke Sydney ini memangnya sebelum ini ada sekatan dan atas surat dari MAS yang bertarikh 10 Disember 2011 yang mengatakan MAS tiada bantahan terhadap permohonan syarikat penerbangan lain untuk membuat penerbangan laluan ke Sydney. Sehubungan itu, Jemaah Menteri juga dalam mesyuarat pada 14 Disember telah pun memberi kelulusan kepada AirAsia X untuk terbang ke Sydney...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri, boleh tak minta penjelasan berkenaan dengan MAS?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, tanya soalan.

Ini berkenaan dengan..

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Bagilah, bagi peluanglah. Orang sekampung ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, saya nak minta tanya Yang Berhormat Menteri. AirAsia X ini bukanlah satu pihak dalam CCF Yang Berhormat Menteri, so apa ceritanya?

Akan tetapi,walau bagaimanapun ....

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

AirAsia sahaja, bukan AirAsia X. AirAsia X ini syarikat swasta.

I kata berikutan dengan CCF, yang batal penerbangan itu juga AirAsia X juga.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, itu masalah mereka batal itu kerana mereka tak mampu...

Ya, ya. Itu masalah yang tidak timbul...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mereka tak mampu, tak mampu lagi menanggung kerugiannya yang besar.

Masalah pokoknya adalah tidak ada penyelewengan yang berlaku dan peraturan itu semua dipenuhi.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dan MAS sendiri menyerah route itu kepada AirAsia X?

No, kepada saya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oh, kepada Yang Berhormat Menteri?

Bahawa mereka tidak ada bantahan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, tak ada bantahan tak semestinya kita kena kasi kepada AirAsia X, kan? Oleh sebab itu syarikat swasta.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri. Saya cukup hairan. AirAsia ini cukup hebat. Dia hendak withdraw dia punya route boleh, dia hendak minta baru boleh, apa istimewa sangat sehingga kerajaan memberi apa yang dia hendak dan mengakibatkan MAS rugi. Bolehkah kementerian dan kerajaan lihat betul- betul? Jangan bagi keutamaan kepada AirAsia, AirAsia X kah untuk menuntut sesuatu yang mereka tidak mampu. Dia minta London, Paris kita bagi. Sekarang dia withdraw. Dia minta Sydney sekarang kita bagi. Ini masalah...

Ada kirakah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ada kirakah?

Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, sebagai regulator kita sebenarnya tidak menghalang mana-mana syarikat penerbangan untuk terbang ke mana-mana tempat pun. Akan tetapi, kalau mereka hendak memohon memberhentikan sesuatu penerbangan, kita juga tidak boleh menghalang. Kalau mereka kata kalau tidak mereka akan mengalami kerugian dan sebagainya. Jadi, siapa akan tanggung? So, itu adalah semua atas keputusan ...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Akan tetapi, AirAsia X tidak pernah memohon untuk berhenti, semuanya berhenti dengan serta-merta sahaja.

Tuan Pengerusi, saya akan berhenti di sini dan beralih kepada AES.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat, satu sahaja.

No more, no more already.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Sebelum ini, berkenaan dengan MAS. Setakat ini Menteri, MAS telah mengalami kerugian pada tahun ini RM2.5 bilion.

Saya ingat itu sudah luar tajuk. Yang Berhormat, saya tidak bagi kebenaranlah.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Pada tahun zaman Tajudin Ramli, dia rugi RM88.9 bilion. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, setakat ini betapa berkesannya turn around plan kerana ia syarikat penerbangan negara. Kerajaan memberikan suntikan modal menggunakan wang rakyat.

Itu adalah berkenaan dengan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Apakah keberkesanan turn around plan oleh MAS? Dia tidak berdaya saing tetapi apakah langkah yang diambil oleh kerajaan? Langkah proaktif? Orang sekampung, jawablah.

Minta MOF jawab. Tuan Pengerusi, saya akan beralih kepada AES. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai Ahli Yang Berhormat telah pun membangkitkan berkenaan dengan pelaksanaan AES. Saya juga dalam hujah-hujah dan perbahasan semalam nampak kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya tidak menentang tentang keberkesanan AES itu kecuali mungkin ada satu atau dua sahaja tetapi berkenaan dengan cara pelaksanaan dan menyoalkan dan ada yang mungkin salah faham dan sebagainya. Jadi, di sini saya ingin menjawab menyeluruh iaitu semenjak AES mula beroperasi, jadi tidak kuranglah reaksi yang diterima oleh rakyat, NGO’s dan pihak-pihak yang tertentu dan menentang pelaksanaannya. Meskipun banyak penjelasan telah pun diberi dalam Dewan yang mulia ini sejak tahun 2007 lagi sehingga sekarang berkenaan dengan perkara ini. Jadi, saya ingin mengatakan di sini bahawa sistem AES ini dilaksanakan oleh kerajaan dengan hanya satu niat murni iaitu menyelamatkan nyawa manusia di jalan raya. Jadi, Tuan Pengerusi, hampir setiap hari media massa melaporkan kejadian....

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Minta penjelasan.

....Kemalangan jalan raya sama ada melibatkan kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam atau...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Belum ada penjelasan yang perlu Yang Berhormat pada ketika ini Yang Berhormat. Dia baru kata sedikit sahaja. Peraturan 37 Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, minta tolong dahulu. Duduk Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 37, penjelasan Yang Berhormat. Kalau belum ada benda pun yang tak jelas dan perlu ditanya, memang tak bangkitlah Peraturan Mesyuarat 37 itu. Yang Berhormat Menteri belum menjawab lagi. Biar dia jawab cerita dahulu lepas itu betul-betul ada benda yang ambiguity yang tak jelas, itu dia Penjelasan 37. Kalau tidak, tidak ada hak untuk ganggu orang bercakap. Sila Yang Berhormat.

Jadi, hampir setiap hari media massa melaporkan kejadian kemalangan jalan raya sama ada melibatkan kenderaan sendiri mahupun kenderaan pengangkutan awam atau kenderaan perdagangan. Oleh kerana ia dilaporkan mengikut peristiwa kejadian, tidak ramai yang sedar bahawa sebenarnya setiap hari purata kematian disebabkan kemalangan di jalan raya adalah hampir 19 kematian manakala lebih lagi pula mengalami kecederaan parah. Pada tahun 2011 sahaja seramai...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

...Seramai 6,877 pengguna jalan raya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dalam tempoh 10 tahun yang lepas iaitu dari tahun 2002 sehingga tahun 2011, seramai 64,195 kematian dan lebih lagi kecederaan parah telah direkodkan. Mengikut analisa yang telah dijalankan oleh MIROS, pada tahun 2020 jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan unjuran, unjuran jumlah kematian akan meningkat melebihi 10,000 setahun. Pada tahun ini sahaja sehingga bulan September, statistik menunjukkan seramai 5,184 kematian telah direkodkan. Kepada keluarga mangsa kemalangan, mereka mungkin kehilangan tempat bergantung atau menjaga dan mengeluarkan tenaga dan wang yang banyak untuk menjaga mangsa yang mengalami kecederaan kekal sepanjang hayat.

Di pihak kerajaan pula, negara mengalami kerugian sebanyak RM8.3 bilion bagi tahun 2011 dan sebanyak RM6.2 bilion bagi tahun 2012 sehingga bulan September akibat kematian dan kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Hanya mangsa kemalangan yang merasai pahit getir meneruskan kehidupan apabila ahli keluarga mereka ditimpa kemalangan jalan raya. Sementara yang lain mungkin sekadar melahirkan rasa simpati sahaja sehingga diri mereka atau keluarga mereka sendiri terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam. Saya kena mempertahankan peraturan Yang Berhormat. Kalau saya panggil Yang Berhormat Shah Alam, faham Yang Berhormat Shah Alam boleh cakap kalau Yang Berhormat Menteri beri laluan.

Tidak, saya akan sambung. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa di bawah Perlembagaan Malaysia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga dan melindungi setiap nyawa rakyat Malaysia baik di mana sahaja mereka berada di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Bagi menjaga nyawa rakyat kita yang menggunakan jalan raya, Akta Pengangkutan Jalan...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini minta penjelasan Yang Berhormat Menteri...

...Raya tahun 1987 telah...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Sampai guna perlembagaan...

Telah diluluskan oleh...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Berapa banyak motorcyclist mati setiap tahun.

...Oleh Parlimen...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Saya hendak bertanya berapa orang cedera parah, berapa orang sudah jadi lumpuh? Kalau betul awak ikhlas kepada keselamatan...

Mana ada awak, mana ada awak.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

...Pergi ke Kabinet beritahu Perdana Menteri...

Jangan kurang ajar tahu, mana ada awak, awak...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

...Pergi beritahu rakan-rakan anda tunggulah cukai...

Mana boleh anda. Awak, anda, tidak pandaikah?

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

...Sebab cukai yang tinggi ini menyebabkan berapa ramai orang tidak boleh beli kereta yang selamat. Pergilah ke Kabinet beritahu kawan-kawan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mana ada bahasa awak, anda dalam Dewan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan sebelum Yang Berhormat lanjutkan. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Batu Gajah di sini.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi, saya tidak akan bagi laluan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi apa makna Yang Berhormat Menteri?... [Ketawa]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, bukan macam ini caranya.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

ana pegawai banyak pun Yang Berhormat Menteri takutkah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa makna Yang Berhormat Menteri? Kita mahu Yang Berhormat Menteri datang, perjelas. Kita minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tak kan dalam Dewan pun ada had laju.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya sudah baca daripada awal dah. Tuan Pengerusi, saya sudah buat...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, takkan dalam Dewan pun ada AES, ada had laju.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Ini adalah jalan untuk hendak lari.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Takkan standard Menteri MCA macam ini Tuan Pengerusi?

Jangan lari...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau tak nak jawab baik keluarlah... [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

AES dalam Dewankah?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

You bawa ramai pegawai dari semalam, dia tidak boleh jawab, dia tidak boleh argue dengan kita pada hari ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Takkan ada AES dalam Dewan?... [Dewan riuh] Ada had lajukah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini tunggu-tunggu AES Yang Berhormat Menteri datang. Takkan Menteri MCA macam ini? Pohonlah Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya sudah kata awal tadi bahawa dia hendak lari.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Baliklah, balik.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak tanyalah ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau sudah belanja berbilion-bilion...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Bagi jalan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Negara kita rugi berbilion-bilion setahun. Tadi Yang Berhormat Menteri cakap setiap kita rugi berbilion-bilion. Kalau sudah rugi berbilion-bilion kenapa kita tidak boleh keluarkan belanja itu sendiri. Kenapa kita kena swastakan?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, mengapa kena swasta kan?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Berbilion bilion setiap tahun. So, what is wrong, kita belanja RM100 juta setahun? Pasang kamera AES...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kenapa cakap tidak bagi laluan?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Mengapa hendak bagi...

Tuan Pengerusi saya akan jawab... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat ...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Why do you say you give the floor?

Saya akan jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat. Termasuk Yang Berhormat juga...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Untuk bagi laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dengar saya dahulu Yang Berhormat. Semua. Minta maaf. Tunggulah Yang Berhormat, tunggulah. Kalau hendak bercakap pun, kalau ramai-ramai bercakap siapa pun tidak boleh dengar Yang Berhormat. Kalau seorang-seorang bolehlah itu. Saya minta Yang Berhormat Menteri berilah laluan sedikit seorang-seorang.

Bagilah sedikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang mana satu Yang Berhormat?

Ya, ya saya akan sambung.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ha, you hendak sambung lagikah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri tidak bagi, dia mahu sambung. Apa mahu bising-bising?...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini Yang Berhormat Kinabatangan sudah tukarlah...

Kalau semua masuk itu...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini semua adalah kepentingan dalam you punya business. Ini semua ada kepentingan, ada share dalam syarikat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini sudah disenyapkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Sri Gading, Rembau. Semua telah disenyapkan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh bagi semualah satu demi satu.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tidak apa, boleh sambung petang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, kita sama-sama pergi Chile dahulu, boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita orang Perak, orang Perak.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita sama-sama pergi Chile dahulu, best friend. Bolehlah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Menteri di sini, Batu Gajah minta.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, boleh ya?

Tidak boleh.

Okey, Yang Berhormat Pokok Sena... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dia kata Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Seorang, seorang dia kasi. Selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Shah Alam. Selepas Shah Alam, Yang Berhormat Batu Gajah. Selepas Yang Berhormat Batu Gajah... [Ketawa] Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam duduk dahulu. Jangan jadi Menteri sebelum jadi Menteri Yang Berhormat... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang banyak dibela, dipertahankan oleh rakan-rakan. Yang bantah AES ini semua dihalang datang Dewan hari ini. Diarah halang. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri kita tidak menafikan bahawa kita perlu untuk menyelamatkan nyawa manusia, mengurangkan kadar kemalangan dan sebagainya. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Apa prove yang menunjukkan bahawa kamera boleh menyelesaikan...

[Bangun]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nanti dahulu. Saya belum tanya lagi.

Saya belum masuk tajuk itu lagi.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Betul, betul. Saya adalah argument ini. [Ketawa]

Saya belum masuk tajuk itu.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pertama, apa prove kamera boleh mengurangkan kadar kemalangan?

Yang Berhormat Pokok Sena belum masuk lagi. Sabarlah!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Polis sudah buat berpuluh-puluh tahun speed trap yang menggunakan kamera.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Pokok Sena mendahului zaman, belum masuk lagi.

Ini belum masuk lagi. Sabar... [Dewan riuh]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang kedua Tuan Pengerusi...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini ramai sangat tukang bela ini pasal apa?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya pun hairan macam mana syarikat-syarikat yang dapat ini ATES Sdn Bhd dan juga Beta Tegap. ATES Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari 2009.

Apa kepakaran dia ada?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa kepakaran dia ada? Akan tetapi dia sebut di sini nature of business dalam Pendaftar Syarikat. Concession guaranteed by the Government of Malaysia including in automatic traffic enforcement system. Dia sudah tahu dah. Dia daftar syarikat dia tahu dia akan dapat ini. Macam mana dia boleh daftar syarikat?

Macam mana?

Lebih awal.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sama macam Beta Tegap. Sama dengan Beta Tegap. Dia daftar Beta Tegap 2004. Tahun 2004 lagi dia sudah tahu dia akan dapat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Cukup aneh.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat lain biarlah Yang Berhormat Pokok Sena seorang sudah cukup Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam mana dia boleh daftar syarikat? Dia daftar syarikat kerana dia hendak dapat benda itu. Macam mana, boleh jawab pada saya?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi, itu adalah suatu hujah yang tidak benar. Macam mana 2004 pula?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Eh, ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Saya search dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Yang penting bilakah mereka mendapat perkhidmatan itu?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu yang kita hairan macam mana dia boleh daftar syarikat, dia boleh sebut dia kata dia sudah dapat guaranteed daripada kerajaan untuk ini projek.

Dia baru tubuhkan syarikat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia baru tubuhkan syarikat. Kalau dia tidak dapat guarantee daripada kerajaan takkan dia hendak tubuhkan syarikat. Saya minta jawapan. You kata ini tidak betul dan sebagainya. Ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia... [Dewan riuh]

Mana ada you. You, you tidak ada.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sibuk sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Boleh saya teruskan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Biar, biar...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak katakan bahawa ini menunjukkan bahawa ada perkara yang tidak betul yang tidak kena dalam pelaksanaan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ini..

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini bukan tujuan untuk hendak menyelamatkan nyawa manusia...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya. tidak apa. Duduk Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Ini untuk kayakan kroni, untuk merompak wang rakyat. Perompak jalanan... [Tepuk] Ini perompak jalanan.

Apa ini Yang Berhormat Pokok Sena?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak. Kamu hendak sokong, kamu boleh sokong. Bangun sokong.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kamu pun hendak jadi perompak. Boleh bangun jadi perompak.

Memang BN sokong, BN hendak buat yang baik, memang sokong BN hendak buat yang baik... [Dewan riuh] Kita buat untuk rakyat, kita buat baik untuk rakyat... [Dewan riuh] Apa sahaja yang baik untuk rakyat. Semua bukan untuk... [Dewan riuh]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada perkara yang tidak betul, ada perkara yang tidak kena.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Kuala Krau terus terang sokong AES.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam mana dia boleh daftar syarikat, dia sudah tahu dia akan dapat projek AES.

Ini peraturan mana cakap ini?... [Dewan riuh]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab kerajaan hanya menggunakan konon hendak menyelamatkan manusia. Bohong!

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini bukan menyelamatkan manusia, ini hendak menyelamatkan orang-orang kaya... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat, Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Bohong, putar belit.

Putar belit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang lain diam Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Penyokong ramai, penyokong AES.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab itu... [Dewan riuh]

Putar belit...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bandar raya Chicago. Kerana apa? Kerana ada unsur rasuah. Saya terima bahawa... Menggunakan syarikat dan juga merasuah pemimpin-pemimpin negara.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Sudah cukup Yang Berhormat, sudah cukup Yang Berhormat.

Cukuplah, cukuplah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya boleh cukup, tetapi saya hendak minta jawapan. Saya kata kenapa syarikat boleh beritahu kepada Pendaftar Syarikat dia dapat guarantee daripada kerajaan?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam mana dia boleh daftar? Dia boleh daftar sedangkan pengumuman tersebut oleh Yang Berhormat, oleh kerajaan 2006 kepada saya 2006 baru sembilan syarikat yang masuk. Sedangkan 2004 sudah pun dimaklumkan bahawa mereka daftar kerana mereka dapat guarantee daripada kerajaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya ada peraturan hendak perjelaskan juga Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang lain duduk Yang Berhormat ya. Yang lain itu sama ada di sinikah, di sanakah, minta tolong diamlah. Seorang bising cukup Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena itu, tak payah mic pun dia okey itu. Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat, saya bercakap. Sekarang Yang Berhormat Pokok Sena minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Peraturan dewan mengatakan kalau Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan, kita semak selepas itu Yang Berhormat. Sebenarnya tidak memanggil Yang Berhormat Menteri berbohong di sini. Kena check dahulu kenapa. Mesti ada ulasan-ulasan, penjelasan yang sebenar kenapa ia berlaku tahun 2004, nama ini dan diguna itu dan Yang Berhormat Menteri akan jawab. Kalau didapati Yang Berhormat Menteri punya penjelasan itu salah nanti, itu lain cerita Yang Berhormat ya. Akan tetapi tidak payah gaduh Yang Berhormat. Dewan bukan untuk gaduh. Kalau kita... [Disampuk] Saya hendak jelaskan dahulu konsep Dewan Yang Berhormat. Yang Berhormat tahu tak ukuran daripada kiri ke kanan ini ada sebab-sebabnya tertentu kenapa ukurannya jauh itu Yang Berhormat. Larang orang gaduh Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan bimbang, saya tak gaduh. Insya-Allah. Dia kawan baik saya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Pokok Sena ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya tahu.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi saya minta dia jawab bagi betul ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Termasuk Yang Berhormat Kinabatangan. Yang lain itu tolong dengar saya Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Pokok Sena ini memang kaki gaduh... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dengar saya juga Yang Berhormat.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Hei Yang Berhormat Shah Alam, hati-hati ya. Yang Berhormat Putatan di tepi sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dengar saya juga Yang Berhormat. Jadi, minta tolong kalau Yang Berhormat Menteri buat jawapan. Kalau yang tidak memuaskan hati, itu lain cerita Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Menteri buat penjelasan salah, itu lain cerita juga. Ada peraturan-peraturan itu mengisikan keperluan-keperluan Yang Berhormat. Jadi, bukan untuk kita gaduh ataupun apa perkataan Melayu ya? Menengking dan itu shouting and yelling itu, bukan corak dialah. Jadi Yang Berhormat Menteri, sila. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak ada jawapan daripadanya, bagi tahu dengan dia orang, nanti cari jawapan.

Sebenarnya itu adalah satu perkara yang saya baru dengar pada pagi ini sahaja. Jadi, memang saya belum ada lagi jawapan tentang yang kata-kata itu syarikat ditubuhkan tahun 2004 dan sebagainya.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Habis, bila saya boleh dapat jawapan itu Yang Berhormat Menteri?... [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Beri jawab selepas makan tengah hari Yang Berhormat Menteri.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pegawai banyak di belakang, pegawai banyak di belakang.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Kalau tidak tahu latar belakang syarikat, kenapa beri konsesi?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pegawai boleh bagi tahu kepada Yang Berhormat sebab jawapan Yang Berhormat pun dibekal oleh pegawai. Pegawai boleh bagi tahu kenapa boleh berlaku begini.

Tuan Haji Mohd. Nor OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Yang Berhormat Pokok Sena, yang ditulis itu oleh syarikat, bukan kerajaan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, adakah kita boleh mendapat penjelasan dalam...

Tuan Haji Mohd. Nor OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Belum tentu kerajaan yang suruh.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini saya hendak sebut bahawa Yang Berhormat kata kamera AES untuk mengurangkan rasuah... [Dewan riuh]

Ini tak setuju, ini tak setuju! Memang foul, pergi ke hadapan! Tidak boleh, tidak boleh macam itu, tak boleh!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat kata, Kerajaan Barisan Nasional kata kamera itu untuk menentang rasuah.

Tak boleh, cara tak betul itu!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Disyaki bahawa ada unsur rasuah...

Tak boleh, cara tak betul itu! Mana boleh dia tuduh kita!

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang duduk Yang Berhormat.

Ini tuduhan melulu ini! Ha, tuduhan melulu ini! Ini tak betul ini Yang Berhormat Pokok Sena!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini belum lagi BN pasang, sudah ada unsur rasuah!

Ini putar belit, putar alam! Pembohong!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada unsur penyalahgunaan rasuah!

Putar belit, putar alam, pembohong!... [Dewan riuh]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada syerkah? Ada syer.

Penipu rakyat!

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini syer ini. Ada syer, sokong ramai.

Penipu rakyat ini, pembohong!

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada syerkah, penyokong ramai ini?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tenggara ada syerkah?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dia sokong, ada syer, ada syer ini! Ada syer, sokong!

Kita buat yang baik, kita ada syer tetapi kita buat yang baik.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Macam mana depa ini sokong?... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, duduk Yang Berhormat Menteri. Dengar sahaja mereka gaduh.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini sokong kuat ini, sokong, kuat ini sokong.

Kita buat yang baik.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kuat sokong ini, kuat sokong ini... [Dewan riuh]

Mana ada syer, kita buat yang baik Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Kuala Krau yang kuat sokong.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Sudah disyaki rasuah di Chicago! Rasuah di Chicago!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya!

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat!... [Dewan riuh] Dua-dua pihaklah Yang Berhormat, Yang Berhormat, dua-dua pihaklah dengar. Yang Berhormat, dengar dua-dua pihak ya? Yang Berhormat Menteri boleh duduk terus keluar sahaja Yang Berhormat, tidak ada seorang pun boleh melarang Yang Berhormat. Jadi, kalau kita buat macam ini, kerja kita pun tak jadi. Jadi, fungsi kita dalam Dewan tidak menjadi. Jadi, kita jadi Ahli Parlimen hanya shouting and yelling, budak kecil pun boleh. Jadi, semualah. Jangan kata boleh, tak boleh itu.

Biar Yang Berhormat Menteri jawab betul-betullah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi, minta tolonglah. Betul, tak betul jawapan itu, Yang Berhormat Menteri punya Yang Berhormat. Kalau dia cakap salah, ada peraturan yang mengatakan tak boleh buat salah, ya Yang Berhormat. Ini cara dia. Akan tetapi kita first observe undang-undang itu sendiri, kalau hendak minta orang lain observe.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak apa Yang Berhormat, blood saya belum naik Yang Berhormat, blood pressure saya... [Ketawa]

Saya pun belum... [Ketawa]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak, tidak. Saya minta dengan jelas bahawa bila jawapan itu boleh kepada saya. Sebab saya tahu, saya dengar ucapan wawancara Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi...

Saya ingat, saya ingat, cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Dalam RTM. Tuan Pengerusi pun sendiri ada mempersoalkan AES ini. Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Pengerusi sebab Tuan Pengerusi sendiri mengatakan bahawa kadang-kadang laju itu ada nilai komersialnya yang terpaksa dia laju, nilai ekonominya, dia terpaksa laju. Kadang-kadang ada nilai sosialnya. Dari sudut kebajikannya orang hendak bersalin, hendak beranak kena laju.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, ya, tidak apa Yang Berhormat. Jangan...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, dalam jadual pelaksanaan ini ada kelajuan yang dikecualikan iaitu kenderaan yang membawa Yang di-Petuan Agong, Sultan, Raja, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, tetamu luar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Kemudian kenderaan yang mengiringi mereka. Adakah bermakna bahawa kerajaan bersetuju yang ini laju hendak mati terkangkang tengah jalan raya pun tidak apa... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maknanya, hujah Tuan Pengerusi itu ada relevannya... [Tepuk] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya cukup menghormati. Berpandangan jauh... [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Berpandangan jauh.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, daftar dalam kawasan saya, mengundi saya Yang Berhormat. Itu caranya. Akan tetapi jangan gunakan nama saya mempengaruhi Dewan ataupun Yang Berhormat Menteri untuk menjawab apa-apa... [Dewan riuh] [Ketawa]

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila, ini salah peraturan Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa pun bagi saya, Tuan Pengerusi berpandangan jauh berbanding dengan Ahli-ahli Parlimen BN ini... [Dewan riuh] [Ketawa]

Itu hulubalang-hulubalang yang tidak ada relevan.

Pengampu ini, pengampu ini, pengampu! Pengampulah!

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi...

Pengampulah!

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

...Saya nampak...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Jempol apa pula ini?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuduhan daripada Yang Berhormat Pokok Sena itu berat. Soal syer, soal rasuah. Saya yang minta penjelasan ini perkara yang dibangkitkan tadi tidak disebut dalam ucapan. Yang Berhormat Menteri tak boleh bagi penjelasan. Yang kedua... [Dewan riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini Menteri dari mana ini, hendak ajar Menteri?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Dengarlah! Tadi saya dengar!

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ini Menteri baru atau Speaker baru? Oh, nak bagi penjelasan... [Dewan riuh]

Itu cara bekas Speaker cakap.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Oh, nak bagi penjelasan. Menteri baru atau Speaker baru?

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, soal orang minta sokongan, soal orang tak sokong...

Kalau tak ada syer kenapa takut sangat?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri sarang angkut-angkut... [Ketawa]

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Ini biasa.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri barukah? Menteri Pengangkutan barukah atau Speaker baru.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Ini biasa. Hendak minta sokongan daripada pegawai, hendak minta sokongan daripada Yang Berhormat, hendak daftar syarikat, biasa! Akan tetapi soalnya, adakah dengan keputusan itu mempengaruhi keputusan untuk memberikan hak dia dapat tender? Itu sahaja. Ini soal biasa Yang Berhormat.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Mana ada tender?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudahlah. Cukup Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pasal dia sudah kata dia dapat gerenti daripada kerajaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Jempol, duduk Yang Berhormat.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Jadi, tidak payahlah tuduh kita orang...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia sudah habaq dia dapat gerenti daripada kerajaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jempol duduk Yang Berhormat.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

...Rasuah. Tuduh kita orang ini ada syer.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau Itu okey. Berani kementerian hendak saman syarikat ini. Kita tangguh pelaksanaan itself, saman syarikat ini! Kalau dia mendakwa, kerajaan telah gerenti kepada dia, dia akan dapat!

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Mana ada bukti kita orang ini rasuah?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia akan dapat! Berani, berani?

Yang Berhormat Pokok Sena buat apa risau? Seratus orang peguam dah disediakan. Apa risau Yang Berhormat Pokok Sena? Kalau betul PAS dah sediakan seratus orang peguam, apa risau?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tangguhkan pelaksanaan AES! Kerajaan atau Yang Berhormat Menteri, saman syarikat ini kerana mendakwa kerajaan sudah gerenti untuk beri projek kepada dia!

Apa risau Yang Berhormat Pokok Sena?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau berani!

Kalau betul PAS hendak sediakan 100 orang peguam, apa risau?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebenarnya, kalau siapa yang bercakap, seorang menentang buat macam ini, macam kita hendak cari gaduh Yang Berhormat. Kita memang sudah dalam mode gaduh ini. Mode gaduh. Belum sampai mode baling buku dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, tidak payahlah, tidak payah beri penjelasan. Biarlah Yang Berhormat Menteri handle perkara ini. Yang lain itu minta tolonglah. Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit tinggal lagi itu.

Tuan Pengerusi, nampaknya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak hendak dengar tentang jawapan-jawapan itu dan sahaja hendak berminat hendak memutar belitkan, hendak mengelirukan sahaja. Jadi, apa guna kita hendak jawab lagi?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini tuduhan jahat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita betul-betul mahu tahu, ini mahu tanya, mana ada mahu putar-putar.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat, kita hendak minta penjelasan. Kita awal-awal datang dalam Dewan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Putar-putar buat apa? Tak boleh kata macam itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita minta Menteri datang.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh sambung, sambung jawapan selepas makan tengah hari.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sambungkah?

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Sambung, sambung.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk, duduk Yang Berhormat. Hanya kita hendak pinda peraturan Yang Berhormat. Kalau kita pinda peraturan, saya boleh sambungkan sampai pukul 2.30 petang. Tidak payah berhenti tengah hari. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini. [Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, sila.

Dato' Seri Kong Cho HaMCA · BNMenteri Pengangkutan · Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung penggulungan berkenaan AES. Jadi memandangkan bahawa jika kerajaan tidak mengambil inisiatif dengan segera, dibimbangkan angka kemalangan dan angka kematian yang diakibatkan oleh kemalangan akan terus meningkat seiring dengan pertambahan bilangan kenderaan di negara kita ini. Dengan demikian, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pada tahun 2006 kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya atau Cabinet Committee on Road Safety, dengan izin. Sebelumnya pada tahun 2005, JKJR telah ditubuhkan bertujuan mengadakan program pendidikan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya. Pada tahun 2007, MIROS telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mendalam di dalam bidang keselamatan jalan raya negara. Pelan Keselamatan Jalan Raya bagi tempoh tahun 2011 sehingga 2020 telah dirangka dengan dipersetujui dengan menyasarkan hanya dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di Malaysia menjelang tahun 2020. Kadar pada masa sekarang ialah 3.21 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan iaitu ketika negara kita mencapai tahap negara maju. Pelan keselamatan ini menggunakan kaedah pendekatan yang merangkumi empat bidang utama yang lebih dikenali sebagai strategi 5E iaitu engineering, education, enforcement, environment and evaluation. Hal ini telah banyak kali dimaklumkan oleh kementerian saya ke Dewan yang mulia ini dan di bawah rangka enforcement inilah kerajaan bersetuju...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

...Pada tahun 2006 untuk melaksanakan penguatkuasaan yang mapan yang tidak hanya dilaksanakan secara selektif dan bermusim tetapi berterusan sepanjang masa.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan?

Kajian di luar negara membuktikan bahawa penguatkuasaan yang berkesan hendaklah mempunyai tiga unsur atau elemen iaitu sure, swift and severe atau dikenali sebagai 3S telah berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya kerana ia merupakan peningkatan keberkesanan penguatkuasaan melalui peningkatan POBC ataupun dengan izin, perception of being caught. Selepas membuat...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

...Kajian awal di luar negara..

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tentang...

...Pada tahun 2006, kerajaan...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dengar, Yang Berhormat Kota Melaka berdiri. Adakah Yang Berhormat Menteri bagi laluan untuk pencelahan? Kalau tidak, nyatakan pada saya.

Saya belum habis.

Tuan Pengerusi

Beri laluankah tidak?

Lepas saya habis ini.

Tuan Pengerusi

Okey, lepas dia habis.

Selepas membuat kajian awal di luar negara, jadi pada tahun 2006 kerajaan bersetuju melaksanakan sistem penguatkuasaan secara automatik yang dikenali sebagai AES yang pada masa sekarang sedang dilaksanakan, okey.

Tuan Pengerusi

Sila, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tentang penguatkuasaan. Kita sedia maklum bahawa penguatkuasaan AES sama juga satu penguatkuasaan melalui rakaman kamera. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri dan berikan penjelasan sebab kita pun sedia maklum bahawa pihak polis pun juga ada menjalankan penguatkuasaan melalui rakaman kamera. Ada di tangan saya juga, dalam notis bersama dengan gambar yang dirakam oleh kamera polis dan dengan amat jelas mereka katakan kompaun ini keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan juga ada catat tentang menggunakan Akta S79(2), APJ 1987 dan juga dengan had laju dan kelebihan dan juga ada pengadu iaitu ada polis yang menjalankan tugas sebagai pengadu. Jika kes ini dihadapkan ke mahkamah dengan izin Tuan Pengerusi, memang pegawai polis ini akan dipanggil sebagai saksi. Di tangan saya juga ada saman-saman yang dikeluarkan melalui JPJ iaitu AES. Nampaknya tiada pegawai pengadu dan hanya dikeluarkan oleh pegawai JPJ. Di tangan saya ada dua saman. Satu memang jelas memang kita nampak ada gambar, dan satu lagi gelap, langsung tidak nampak siapa yang memandu, sama ada pemandu itu orang kah, hantu kah? Kita pun tidak nampak. Dalam kes begini, jika dihadapkan ke mahkamah kerana yang terima enggan bayar saman dan terpaksa ke mahkamah, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, dalam kes sebegini siapa yang akan jadi saksi di mahkamah untuk gambar yang diambil? Ini kerana langsung kita tidak tahu syarikat mana yang ambil gambar ini, siapa sepatutnya? Adakah pegawai JPJ sahaja yang menjalankan tugas penguat kuasa itu yang akan jadi saksi? Itu satu kes.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Bersama dengan ini, bolehkah saya diberitahu badan mana yang pasti kamera- kamera ini dia punya fungsinya, yang pastikan fungsinya. Adakah mereka juga sebagai saksi kerana terdapat kedua perbezaan yang besar dalam rakaman foto ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya sambung sikit tentang penguat kuasa juga.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sebenarnya, dalam sistem AES ini, sistem ini telah pun melalui satu masa yang agak panjang untuk menentukan bahawa sistem ini mematuhi semua kehendak undang-undang dan juga proses-proses mahkamah. Jadi, dari masa itu, imej itu ditangkap, ia akan terus disalurkan kepada pusat kawalan. Dengan demikian, data-data itu juga terus kepada mahkamah di dalam database. Kalau kes ini dicabar di mahkamah, jadi mahkamah juga ada maklumat-maklumat yang tertentu berkenaan dengan tiap-tiap imej dan saman yang dikeluarkan. Jadi untuk saya, itu bukan menjadi satu masalah.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, ini kerana saya pernah baca kenyataan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan rakaman foto atau gambar itu pada mula mereka menghantar saman, mereka padamkan pemandu. Sampai mahkamah baru...

Bukan, bukan, bukan. Saya ingat saya boleh jelaskan. Bila saman itu dikeluarkan kepada pesalah, oleh kerana hendak melindungi privacy pesalah itu ataupun siapa yang memandu, jadi muka pemandu itu digelapkan. Jadi kalau diminta oleh tuan punya kereta, itu kita boleh bagi imej yang mempunyai gambar dan muka dan sebagainya.

Boleh, Yang Berhormat Menteri?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Akan tetapi tidak dilaksanakan. Yang Berhormat Menteri, tidak dilaksanakan seperti Yang Berhormat Menteri katakan.

Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, duduklah. Orang mahu bercakap. Dia sahaja hendak bercakap. Tuan Pengerusi, saya tidak ada saman di tangan saya tetapi menerima beberapa aduan. Apa pun saya berpegang kepada kaedah sistem ini, insya-Allah berupaya membentuk budaya pemanduan berhemah. Kita menggunakan sistem. Maknanya sudah habis cara lain, sistem ini insya-Allah boleh. Akan tetapi sedikit kelonggaran kepada pelaksanaan itu. Ini yang diadukan kepada saya. Kebanyakannya menerima bahawa sekurang-kurangnya hasrat itu baik tetapi pelaksanaan itu masih banyak ruang untuk diperbaiki, Yang Berhormat Menteri. Antaranya ialah kesalahan melanggar had laju, satu kilometer per hour lebih daripada had yang dibenarkan sama hukumannya dengan lebih 60 kilometer per hour. Jadi di sana, kelajuan kalau hadnya 110 kilometer per hour, yang kena itu 111 kilometer per hour dengan 180 kilometer per hour sama berat hukumannya. Jadi tidak ada ruang untuk mereka katakan kemaafan. Ada tolerance di sana. Apa komen Yang Berhormat Menteri kalau katakan hukuman itu dikurangkan sedikit untuk mereka yang kelajuannya hanya sedikit lebih daripada had laju yang dibenarkan? Jadi di sana kalau Yang Berhormat Menteri boleh bagi ruang, penerimaan itu ada di bawah sana. Kalau kerajaan boleh bagi ruang, ada penerimaan kerana kita percaya sistem pemanduan di Malaysia ini lebih kepada mengarahkan pemandu supaya berhati-hati tetapi kepatuhan kepada undang-undang itu, adherence kepada traffic ordinance itu menyebabkan mereka gagal. Sebenarnya memandu dengan hati bukan dengan berhati-hati. Itu sebab kita tengok di India, di Vietnam dan di Indonesia, mereka kurang kemalangan lebih-lebih lagi kemalangan maut daripada kita kerana kita ini mengarah memandu supaya berhati-hati tetapi mereka sebenarnya memandu dengan hati. Yang Berhormat Menteri, cuba komen tentang perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang hukuman itu tadi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Pada masa ini kita hanya ada satu kadar kompaun sahaja dan untuk mereka yang melebihi had kelajuan yang ditetapkan dan juga termasuk kelonggaran yang diberi, kalau melebihi kelajuan itu, jadi imej itu akan ditangkap dan saman akan dikeluarkan dan kadar adalah hanya satu sahaja. Jadi berkenaan dengan pematuhan peraturan-peraturan...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri.

...Jalan raya dan sebagainya, itu juga di antara satu tujuan supaya bila kita melaksanakan sistem-sistem dan program-program penguatkuasaan, pendidikan, kesedaran dan sebagainya, jadi kita harap jadi pengguna jalan raya akan lebih mematuhi peraturan-peraturan jalan raya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri.

Cukuplah, Yang Berhormat Pokok Sena. Dari semalam sampai pagi tadi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana cukup. Saya hendak tanya tentang kenyataan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Serdang, Serdang, Serdang.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenyataan Pengarah Penguatkuasa JPJ.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Serdang, Serdang.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dalam media saya hendak tanya. Macam cukup.

Saya tidak bagi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat, tentang itu penguat kuasa.

Saya tidak bagi laluan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenapa tidak bagi laluan?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tadi bagi Yang Berhormat Tangga Batu. Kenapa tidak bagi Yang Berhormat Serdang?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tentang penguat kuasa juga. Saya hendak bantu sikit.

Untuk...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dulu, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya minta laluan.

Tuan Pengerusi

Duduk dulu, Yang Berhormat. Beginilah Ahli Yang Berhormat. Kalau bertanya, jangan keterlaluan agresif. Ini kerana apabila berbuat begitu, Yang Berhormat Menteri juga mempunyai hak untuk tidak membenarkan. Buat secara baik. Merayu. Ini kerana apa yang dibuat ini adalah untuk kepentingan rakyat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Ini kerana dia pun berhak untuk buat begitu. Tidak beri laluan. Apabila tidak beri laluan, timbul kekecohan. Saya pun ada kuasa untuk memberhentikan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey.

Tuan Pengerusi

Begitu. Jadi jangan sampai saya yang memberhentikan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Setuju, setuju.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya mohon laluan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, saya memohon laluan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kinabatangan duduk dulu. Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dulu. Mana satu, Yang Berhormat Menteri, mana satu?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Serdang, Serdang.

Buat sementara waktu, saya tidak bagi laluan lagi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tentang penguat kuasa. Saya bantu sikit.

Saya hendak sambung jawapan saya.

Tuan Pengerusi

Dan perkara-perkara yang sudah juga disentuh, jangan disentuh berkali-kali.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak berkaitan dengan speeding dan juga penguat kuasa.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tidak, tidak, tidak. Isu baru, Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, bolehkah satu bagi cadangan?

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Be fair to the Minister kerana ada perkara-perkara yang umpamanya tidak dijawab seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka mengenai dengan prosecution Yang Berhormat Menteri mana ada description matter on that matters. Be fair.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh tentang penguat kuasa juga. Mintalah laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini perkara baik, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Mana satu? Mana satu, Yang Berhormat Menteri?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Sikit, sahaja.

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena, sejak tahun 2007 lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu jangan. Itu tidak perlu bagilah. Bagi sini boleh?

Soalan yang berulang-ulang, you yang ditanya, dijawab, sama juga. Akan tetapi sampai sekarang soalan yang sama juga.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tidak apalah. Bagi wanita, wanita.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh bagi, Yang Berhormat Menteri? Boleh bagikah?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Bagi wanitalah. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Bagi wanita. Bagi wanita.

Tuan Pengerusi

Okey, tidak apa, tidak apa, yang tiga. Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Serdang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh bagi?

Tuan Pengerusi

Selepas itu Yang Berhormat Menteri beralih kepada poin lain. Sila, Yang Berhormat Pokok Sena dahulu.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Okey, terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tahun 2007 ada AES?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, sebab tadi disebut bahawa rakaman gambar kelajuan dan sebagainya. Ini ada kenyataan daripada Pengarah Penguatkuasa JPJ, Dato’ Jaafar. Dia mengatakan bahawa kamera ini tidak merakam kelajuan motosikal. Ini disebut. Tidak merakam kelajuan motosikal, speedingnya. Maknanya dia boleh laju sedangkan kita katakan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan yang terlibat dalam kemalangan maut itu ialah motosikal di jalan raya. Jadi tidak selesailah isu laju. Kedua, isu laju tadi kenapa diberikan pengecualian kepada kereta-kereta yang saya sebutkan tadi dalam kaedah-kaedah penguatkuasaan. Kereta membawa pembesar negara dan sebagainya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isunya, Yang Berhormat sebut laju merupakan faktor menyebabkan kemalangan maut. Akhir sekali kenapa diberikan hak penguatkuasaan kepada syarikat? Ini gambar yang saya rakam, kereta penguatkuasaan Automatic Enforcement System untuk mobile. Kereta ini saya buat search dalam JPJ dan polis, kereta ini bukan milik JPJ, kereta ini milik syarikat tetapi warna dan juga lambangnya ialah lambang JPJ... [Dewan riuh] Ini kereta milik Beta Tegap, ini kereta milik ATES. Ini bukan pegawai JPJ, ini merupakan pegawai ATES. Ini salah seorang lagi ialah bukan pegawai JPJ, ini adalah pegawai Beta Tegap. Maknanya pelaksanaan undang-undang penguatkuasaan mesti dilakukan oleh JPJ, bukan oleh syarikat, bukan oleh kompeni... [Tepuk]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini sudah sampai ke peringkat penguatkuasaan undang-undang. Adakah selepas ini Kementerian Dalam Negeri hendak berikan penguatkuasaan undang-undang jenayah kepada syarikat swasta? Polis tidak boleh buat sudah.

Tuan Pengerusi

Okey, Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak minta penjelasan... [Disampuk] Tadi saya sudah sebut...

Tuan Pengerusi

Sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena, point sudah dibuat...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya balik ke pejabat tadi, ramai datang mengadu kepada saya, minta khidmat guaman percuma, terdiri daripada pemandu- pemandu jabatan dan agensi kerajaan.

Tuan Pengerusi

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Serdang, serdang.

Itu sebenarnya banyak diputarbelitkan. Sebenarnya penguatkuasaan AES juga termasuklah motosikal dan yang kedua… Duduk, duduk! Saya tidak bagi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, adakah Yang Berhormat setuju bahawa pengarah...

Saya tidak bagi…

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Penguat kuasa tidak betul... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, Menteri masih lagi menjawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Di sebut di sini untuk speeding tidak tetapi untuk langgar traffic light, ya. Untuk speeding dia tidak capture tetapi untuk traffic light ya.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, dia baru bercakap dua tiga patah, Ahli Yang Berhormat sudah berdiri, macam mana? Sila.

Jadi, untuk menjawab soalan dengan kenderaan itu diguna pakai. Jadi di bawah perjanjian, syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu perlu menyediakan kenderaan tetapi oleh kerana penguatkuasaan itu yang penting. Penguatkuasaan itu bukan dibuat oleh syarikat-syarikat. Penguatkuasaan masih dibuat oleh JPJ. Oleh kerana itu kita tidak boleh kata... “Oh! Kereta itu letak nama syarikat dan menjalankan penguatkuasaan,” bukan. Ini kerana penguatkuasaan itu bukan dijalankan oleh mereka tetapi oleh pegawai JPJ sahaja yang berkuasa untuk menyemak semua imej dan lepas kita puas hati dengan imej-imej itu betul dan sebagainya, baru pegawai JPJ, penguatkuasaan JPJ sahaja yang boleh mengeluarkan saman itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, boleh Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi

Silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Serdang, serdang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kinabatangan dahulu selepas itu baru beralih kepada point lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kinabatangan dahulu. Saya ada kemusykilan Tuan Pengerusi. Memang dari awal saya memang setuju sistem ini dilaksanakan sebab apabila 14 kamera dipasang, menampakkan pemandu rakyat Malaysia ini betul-betul tidak bertamadun, tidak beretika, melanggar undang-undang. Cuma saya ada kemusykilan. Di negara-negara maju seperti Australia, dia pun ada sistem seumpama ini tetapi dia ada kemudahan. Sistem cara pembayaran, di petrol station boleh bayar, 7-Eleven boleh bayar, online boleh bayar. Kita bolehkah sedia pakej seumpama ini? Ini kerana kalau hendak pergi police station, hendak pergi JPJ makan masa. Persepsi orang ramai pun berbeza. Jadi bolehkah disediakan pakej yang seumpama ini?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kedua, bagaimana pula kenderaan daripada luar negara seperti kereta dari Singapura dan Thailand? Adakah sistem kita ini juga mengekang? Kalau di Singapura, walaupun kereta dari Malaysia tetapi kalau dia kena denda di Singapura dan tidak bayar, dia tidak akan dapat masuk lagi. Di negara adakah sistem sama kita boleh adaptasikan untuk mengekang kenderaan seumpama ini? Adakah mungkin kita longgarkan sistem, sesiapa yang bayar dalam satu minggu, dua minggu ada diskaun. Dalam satu bulan, diskaunnya berapa sebab kita juga kena ada pendekatan yang sedemikian di samping kita memberi disiplin kepada pemandu-pemandu kita. Kita kena juga membuat satu dasar pendekatan iaitu mungkin siapa yang kena tangkap, dalam satu minggu dia bayar, ada certain amaun kekurangan. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, pada masa sekarang, kita tidak ada lagi sistem untuk memberi diskaun, tidak ada keputusan untuk memberi diskaun lagi untuk pesalah-pesalah yang kena sama di bawah AES dan…

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Adakah kementerian akan membuat kajian sebab perkara ini penting, melibatkan orang ramai juga.

Jadi, cadangan kita ambil untuk kajian. Akan tetapi berkenaan dengan cara pembayaran perlu dipermudahkan, itu saya setuju.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey.

Jadi pada masa sekarang, bayaran di JPJ dan saya difahamkan bahawa sistem ini juga akan diperluaskan kepada bayaran di pejabat pos, di MyEG dan akhirnya secara online juga. Berkenaan degan kenderaan dari negara luar tadi, di bawah perjanjian juga sistem untuk membangunkan AVSS untuk mengesan kenderaan-kenderaan dari negara luar supaya mereka juga perlu bayar saman-saman yang dikenakan. Jadi Tuan Pengerusi, saya akan beralih ke…

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Serdang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu Yang Berhormat Pokok Sena. Menteri, Menteri! Yang Berhormat Serdang last one, selepas itu baru Yang Berhormat beralih. Yang Berhormat Pokok Sena, kalau ada lagi hal-hal lain saya buat cadangan oleh kerana perkara kompleks, apa salahnya...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu kita minta tangguh...

Tuan Pengerusi

Tidak, tidak! Yang Berhormat Pokok Sena, beri saya habis bercakap dahulu. Apa salahnya kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai details perkara- perkara begini, mengenai AES ini. Jumpa Menteri dengan secara baik sama ada di luar sana, di pejabat dan sedemikiannya. Tidak semestinya semua itu dapat dijawab di sini. Sila Yang Berhormat Serdang. Selepas itu Menteri jawab, lepas itu beralih kepada point lain. Tolonglah Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik-baik. Oleh sebab itu kita minta ditangguhkan supaya dibawa kepada meja perundingan dengan semua pihak, sebab pelaksanaan ini, umpamanya sekarang ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini dia jadikan isu politik, bukan isu apa...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bila kereta syarikat diwarnakan, dia bertentang dengan Kanun Keseksaan 170 dan juga 171.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bertentangan dengan akta. Menyamar sebagai pegawai awam dan boleh berlaku, menyebabkan penyalahgunaan kuasa.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, saya mendengar hujah Yang Berhormat dan jawapan Menteri. Penyelidikan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat itu apabila saya dengar tidak semestinya bahawa apa yang diselidik itu betul kerana dia kata perjanjian bahawa syarikat mesti mengadakan kenderaan. Jadi, bermakna apabila saya dengar dapat ada jawapan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak minta satu Tuan Pengerusi, bolehkah Menteri kemukakan butiran perjanjian kepada kami semua. Butiran perjanjian detail, perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat ini, detail kepada kami semua, itu saya minta.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You have nothing to hide

Tuan Pengerusi

Okey, sila Yang Berhormat. Fair, fair! Duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Serdang, selepas itu beralih kepada point lain.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak bantu Menteri sedikit kerana tadi Menteri cakap bahawa sekarang di bawah AES hanya satu kompaun. Sebenarnya saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tangga Batu kerana bagi saya kalau sesebuah kenderaan yang memandu dengan kelajuan sebanyak 110 kilometer satu jam atau dengan 200 kilometer satu jam, itu banyak berbeza. Sebenarnya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah seksyen 42, kita ada satu seksyen yang menyatakan bahawa mereka yang memandu secara melulu atau merbahayakan boleh didakwa di mahkamah di bawah seksyen 42 ini yang menyatakan bahawa, “Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang berbahaya kepada orang awam boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun ataupun didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 dan lesen beliau juga akan digantung tidak kurang daripada dua tahun.” Sekarang saya hendak tanya kerana kamera...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat juga bising, soalan itu tidak dapat dikemukakan. Kalau lagi ada bising, saya kata berhentikan, saya arahkan Yang Berhormat untuk beralih kepada poin lain. Mana satu?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Jadi saya sambung.

Tuan Pengerusi

Soalan-soalan itu jangan memerlukan dijawab dua kali kerana saya dengar soalan Yang Berhormat Tangga Batu iaitu kelajuan yang berbeza, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang. Bermakna Menteri sudah jawab dia kata only one offence asal dia melebihi denda satu kompaun, sudah menjawab. Dibangkit balik mahu dijawab lagi, ada lagi Yang Berhormat balik, jawab-jawab lagi. Sampai bila kita duduk sini?

Maknanya Yang Berhormat Serdang tidak dengar apa saya cakap itu.

Tuan Pengerusi

Saya memerhatikan Ahli Yang Berhormat. Saya dengar.

Yang Berhormat Serdang tidak dengar.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Dia tidak dengar.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Saya dengar. Saya tadi hendak bantu...

Tuan Pengerusi

Okey, sila-sila teruskan persoalan itu. Yang Berhormat jawab dan kemudian kembali kepada point lain... [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mana boleh peruntukan terpilih. Tulis RM1 juta pun sama sahaja.

Tuan Pengerusi

Sila.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Saya hendak bantu Menteri kerana...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan, Ahli Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Duduklah saya tanya itu Menteri. Awak bukan Menteri bising apa!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Eh! Jangan bulilah. Do not bulilah... [Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Saya tanya Menteri!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa ini!

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apa you punya masalah?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Apa kesalahan?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apa you punya masalah?

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini mabuk kuasa ini... [Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apa you punya masalah?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Saya punya hendak membantu Menteri, tadi cakap keselamatan itu penting... [Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa ini!

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tuan Pengerusi, itu soalan saya sahaja. Orang yang memandu kereta Maserati...

Tuan Pengerusi

Bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Ditangkap dengan kelajuan sebanyak 256 kilometer sejam. Saya hendak tanya Menteri jawab itu sama ada betul atau tidak? Itu sahaja. Kenapa bising sangat?... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu. Ahli Yang Berhormat!

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Menteri jawapan bertulis sahaja.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya ingat Yang Berhormat Putatan ini dia makan ubat dos dia lebih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mujurlah pemandu-pemandu itu bukan semua macam Ahli-ahli Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Pengerusi

Kalau tidak AESkah, apa pun cara di situ tidak terkawallah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tuan Pengerusi, saya sambung. Jadi kerana kamera AES ini ada tangkap gambar dua kereta...

Tuan Pengerusi

Sudah, Yang Berhormat Serdang. Okey, sudah, sudah, sudah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Sebuah kereta Maserati, sebuah kereta Ferrari merah.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat..

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Kelajuannya melebihi 200 kilometer sejam. Jadi saya hendak tanya sama ada Menteri selain daripada mengguna itu syarikat untuk isu kompaun sama akan mendakwa kedua-dua pemandu ini di mahkamah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Ini kerana saya rasa untuk mereka yang mampu membeli Maserati ataupun Ferrari yang bernilai lebih daripada sejuta ringgit, kompaun yang sebanyak RM300 itu duit syiling untuk dia sahaja.

Tuan Pengerusi

Okey, okey. Terima kasih, terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Jadi mintalah pandangan daripada Menteri. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi

Sila. Respond to that than you move to another point. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya, pematuhan undang-undang itu adalah tanggungjawab kita semua. Jadi untuk semua pengguna jalan raya, kalau kita semua mematuhi apa yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan, semua apa-apa tindakan yang kita ambil mesti mematuhi peraturan-peraturan dan undang- undang yang ada di dalam Akta Pengangkutan Jalan. Jadi untuk menyambungkan jawapan saya, ada tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan menswastakan penguatkuasaan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu trafik. Jadi ini adalah tidak benar sama sekali pun kerana kedua-dua buah syarikat yang dilantik oleh kerajaan adalah merupakan penyedia perkhidmatan ataupun dengan izin service provider dan hanya bertanggungjawab membangun, menyelenggarakan dan mengoperasi sistem AES secara outsource. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, semua saman adalah dikeluarkan oleh pegawai JPJ yang ditempatkan di pusat kawalan AES. Di bawah perjanjian antara kerajaan dan pihak penyedia perkhidmatan, selepas lima tahun beroperasi, sistem ini akan diserahkan kepada kerajaan. Jadi sebenarnya pelaksanaan AES ini telah diberi pertimbangan sedalam- dalamnya oleh kerajaan. Sekiranya kerajaan tidak melantik pihak syarikat swasta secara kaedah outsource, ia terpaksa memberi pertimbangan kepada masalah penyelenggaraan, risiko vandalisme, kecurian peralatan dan teknologi yang berubah, alat ganti dan penyediaan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri...

Boleh buat penjelasan sedikit?

Kemahiran dan pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam beroperasi dan penyelenggaraan sistem ini. Jadi kerajaan mengambil kira...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tentang pelaksanaan Yang Berhormat Menteri.

Dari projek Integrated Transport Information System (ITIS) di mana meskipun sistem tersebut telah berupaya mencapai objektif di peringkat awal...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tentang pelaksanaan.

Namun selepas beberapa bulan beroperasi, ia menghadapi masalah seperti yang telah dinyatakan sehingga menjejaskan operasi dan prestasinya. Pelbagai model kewangan telah pun digunakan...

Cukuplah baca itu.

Dan dikaji di luar negara dalam melaksanakan sistem AES ini.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi selepas membuat pertimbangan, kerajaan bersetuju melaksanakan AES secara outsource dengan berpandukan prinsip-prinsip yang berikut.

Yang Berhormat Menteri bagi jalan.

Nombor satu adalah kerajaan tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk melaksanakan sistem ini.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri sikit sahaja.

Nombor dua, kerajaan tidak memberi sebarang jaminan kepada syarikat jika ia mengalami kerugian. Ketiga, kerajaan tidak memberi sebarang modal pendahuluan atau apa jua jaminan kredit kepada syarikat.

Yang Berhormat Menteri...

Kerajaan berhak mengambil alih projek jika mengalami kegagalan semasa pelaksanaan yang bukan disebabkan oleh pihak kerajaan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Minta laluan tentang pelaksanaan. Yang Berhormat Menteri.

Lihat sini.

Nombor lima, kerajaan menggunakan Internal Rate of Return Project (IRR) pada kadar tidak melebihi...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, sini tidak ada AESlah. Minta laluan sikit.

17 peratus berkadaran risiko yang tinggi yang ditanggung oleh pihak penyedia perkhidmatan sekiranya tiada saman dikeluarkan atau tiada saman yang dibayar. Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong di mana katanya kerajaan menjamin kepulangan IRR sebanyak 17 peratus itu adalah tidak benar sekali. Sebenarnya kerajaan mengehadkan IRR itu tidak melebihi 17 peratus, bukan menjamin...

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tentang pelaksanaan.

Ketujuh, pembayaran kepada penyedia perkhidmatan adalah berdasarkan kepada formula...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, bekalan lainlah tentang pelaksanaan.

...Yang juga banyak kali telah pun digerakkan di Dewan yang mulia ini. Kelapan, semua bayaran saman adalah dikutip dan dipungut oleh kerajaan dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan iaitu Consolidated Account sebagaimana hasil kerajaan yang lain...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, mengenai outsourcing.

Seperti bayaran cukai jalan, bayaran yang lain dan bukan dikutip oleh syarikat yang dilantik. Jadi...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tentang warta.

Kementerian Pengangkutan telah pun menjelaskan formula pembayaran kepada penyedia perkhidmatan kerana menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan secara ‘3K’ semasa menjawab soalan yang dibangkitkan dan juga pada masa....

Okey Yang Berhormat Menteri, satu soalan.

...Perbahasan peringkat Titah Ucapan Diraja di peringkat perbahasan bajet dan sebagainya. Formula ini telah dibangunkan oleh pakar rujuk dari universiti yang...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan tentang fakta dan lokasi kamera itu?

...Dilantik oleh kementerian. Ia direka bentuk untuk memastikan kelestarian projek. Ini termasuklah menentukan aliran tunai yang mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan untuk meneruskan operasi pulangan pelaburan sejajar dengan risiko yang dihadapi dan supaya...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, sebelum alih ke tajuk yang lain.

...Penyedia perkhidmatan tidak menghadapi masalah yang terdapat pinjaman pembayaran dari institusi kewangan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, hendak minta laluan, minta penjelasan tentang fakta dan lokasi pemasangan kamera itu.

...Dan membentangkan prinsip penjimatan kos. Formula ini telah dibentangkan kepada kerajaan sebanyak dua kali dan telah diluluskan oleh kerajaan pada 23 Disember 2009.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

...Perlukah kita wartakan?

Yang Berhormat Menteri, sekali Menteri. Selepas itu banyak lagi soalan.

Berdasarkan formula ini, adalah tidak benar...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya Yang Berhormat Menteri, sebelum beralih ke tajuk yang lain. Tentang...

Yang Berhormat Menteri, laju sudah ini. Nanti kena AES. Slow sedikit.

Untuk mengatakan bahawa lebih banyak saman dikeluarkan.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat.

Kerana kerajaan telah menyekat keuntungan berlebihan sekiranya ada melalui tiga peringkat ataupun kekangan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, hendak minta penjelasan. Tadi disebut bahawa sekiranya diswastakan oleh kerana masalah vandalisme dan masalah penyelenggaraan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam duduk dahulu. Yang Berhormat Kota Melaka dahulu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, dia benarkan saya.

Tuan Pengerusi

Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia benarkan saya Tuan Pengerusi. Dia benarkan... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Jangan bertekak dengan saya Yang Berhormat. Saya memerhati semua. Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia bagikan... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak payah saya ingatkan. Mencelah, yang mempunyai budi bicara, Ahli Yang Berhormat yang sedang bercakap. Bukan dia tidak dengar. Dia dengar Ahli-ahli Yang Berhormat kata tetapi masih lagi dia menjawab. Maknanya dia tidak mahu beri laluan. Jadi jangan ganggu kerana bila kamu sentiasa ganggu, bermakna saya akan ambil tindakan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya Tuan Pengerusi. Tadi apabila saya tanya, dia diam. Jadi dia tengah mendengar. Saya faham apabila dia diam, dia benarkan saya berucap, bererti dia benarkan saya bercakap, tidak?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam, saya duduk di sini Yang Berhormat. Saya perhatikan semua.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi dia diam. Dia berikan saya bercakap tadi Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri bolehkah tidak saya minta laluan. Boleh saya tanya?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam mahu diberi laluan atau tidak?

Tidak.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Sila teruskan... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi, kerajaan mengambil maklum bahawa terdapat dakwaan nilai kos sebenar bagi melaksanakan AES hanyalah berjumlah RM311 juta. Dakwaan ini juga mengelirukan kerana ia tidak benar dan kos untuk memberi perkhidmatan ini bukan sahaja kos untuk memperoleh kamera tetapi juga merangkumi kos- kos yang lain yang dikenakan oleh syarikat itu seperti kerja-kerja sivil, survey, pemasangan kamera, papan tanda, pengurusan trafik, tiang, infrastruktur bagi bekalan utiliti berasaskan komunikasi, pemasangan dan penguasaan lesen perisian, peralatan-peralatan yang khusus serta stok alat ganti kos rantaian logistik dan bekalan pengubahsuaian, back office infrastructure IT, mesin-mesin di pejabat, back office control centre dan sebagainya. Pembangunan dan pengintegrasian perisian dan penyelenggaraan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, boleh beri laluan? Penjelasan, penjelasan.

...Antara 10 hingga 15 depot dan pusat kawalan dan juga kenderaan-kenderaan untuk operasi kamera-kamera mudah alih. Penyelenggaraan dan juga termasuklah kos untuk penyampaian saman, register pos dan sebagainya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

Jadi berkenaan dengan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, minta budi bicara Yang Berhormat Menteri tentang kamera itu. Boleh saya tanya untuk minta sedikit penjelasan tentang kamera, boleh?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Penjelasan.

Kalau tidak mahu dengar jawapan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Pasal kita dengarlah kita tanya. Yang tidak dengar yang di sebelah sana itu, yang duduk diam sahaja.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

...Saya ikut jawapan

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang duduk diam itu tidak ada soalan. Pasal kita dengarlah kita tanya soalan.

Tuan Pengerusi, saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan.

Dengar tetapi tidak faham, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Kota Melaka pun sama, Yang Berhormat Pokok Sena pun sama.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Kota Melaka hendak bertanya sedikit tentang kamera dan lokasinya.

...Kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan supaya lebih jelas.

Kita faham. Itu sebab kita tidak bertanya. Kita faham, kita dengar, kita menghayati jawapan.

Jadi, atas kata-kata itu, saya sekali lagi...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang duduk diam tidak faham apa-apa.

Ingin mengucapkan terima kasih...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh] Berilah laluan. Biarlah kita bertanya.

...Kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Belum jawab lagi tentang perlukah kita wartakan lokasi yang sudah pasang kamera yang tetap punya itu?

...Dan untuk soalan-soalan yang saya tidak jawab dan juga tidak diberi kerjasama untuk menjawab, saya akan menjawab secara bertulis. Sekian terima kasih.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lain kali beri jawapan bertulis sahajalah Yang Berhormat Menteri. Kalau tidak boleh, tanya... [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Bukan cara begini.

Jumpa di mahkamahlah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sikap sebegini macam sikap AES.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kemukakan dalam sidang ini. Itu saya minta supaya kami semua dapat meneliti perjanjian tersebut. Tuan Pengerusi sendiri bersetuju dengan saya tadi bahawa apa yang saya argue tadi adalah fair. Bahawa perlu kerajaan mengemukakan perjanjian.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Declassified perjanjian dengan konsesi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kami hendak tahu. Sebab tadi ada perkara yang berbangkit itu tadi berkaitan dengan perjanjian.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena duduk, Yang Berhormat Ipoh Barat duduk, Yang Berhormat Batu Gajah duduk.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, bukankah peluang ini terbaik untuk Menteri memperjelaskan perkara yang dibangkitkan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah duduk.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bagi laluan apabila kita ada tanda tanya.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, kita bermesyuarat ini berpandukan kepada Peraturan Mesyuarat. Tidak boleh keluar daripada itu. Tidak boleh lebih daripada itu termasuk diri saya sendiri. Yang Berhormat yang berkenaan menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat waktu perbahasan. Akan tetapi ada lagi isu-isu lain yang Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan yang tidak kena mengena dengan jawapan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Itu berkaitan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu isu sama. Dalam perbahasan, kita sudah timbulkan.

Tuan Pengerusi

Nanti Yang Berhormat Shah Alam. Saya belum habis bercakap lagi. Belum lagi saya habis bercakap Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat, mencelah, apabila Yang Berhormat yang berkenaan Menteri memberi laluan, baru boleh. Kalau diasak, diasak juga, itu ertinya mengganggu. Saya ambil tindakan. Dalam hal ini, Menteri yang berkenaan telah duduk habis, sekian terima kasih. Apa lagi yang saya mahu buat. Sekarang ini terpaksa saya kemukakan kepada Majlis kerana sudah berbahas untuk ambil keputusan. Itu sahaja.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, saya hendak minta berkaitan dengan perjanjian tadi.

Tuan Pengerusi

Saya tidak boleh Yang Berhormat, menjamin sebagai Speaker apa yang telah saya sebut.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri boleh beri perjanjian kepada kami Yang Berhormat?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya dedahkan perjanjian declassified, perjanjian.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Semalam sudah minta.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekarang kemukakan masalah oleh sebab Yang Berhormat Menteri sudah habis menjawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dedahkan perjanjian, Tuan Pengerusi. Saya pohonlah.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,133,917,000 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Peraturan Mesyuarat 40... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Kira, kira. Ahli-ahli Yang Berhormat, bertenang. Saya nampak. Kira, menurut peraturan mesyuarat kita, kalau lebih daripada 15 orang, belah bahagian, saya boleh beri kebenaran... [Dewan riuh] Menurut Setiausaha, lebih daripada 15 orang yang berdiri untuk minta belah bahagian, atas sebab itu, saya mengarahkan Setiausaha tekan loceng selama dua minit.

Tuan Pengerusi

[Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik sebagai penghitung, sila berdiri di hadapan blok masing-masing dan sila jalankan penghitungan. [Pengundian dijalankan]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah belah bahagian dijalankan, maka inilah keputusan yang kita dapat daripada pengundian tadi iaitu Ahli-ahli yang bersetuju 78 undi... [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 49... [Tepuk] [Wang sebanyak RM1,133,917,000 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,478,022,100 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.

Tuan Pengerusi

Mahu belah bahagian lagikah ini?... [Dewan riuh] Mahu belah bahagi? Mahu belah bahagi lagi?... [Dewan riuh]

Dato' Devamany a/l S.KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Pengerusi, kerana dia hendak ambil gambar lagi.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato' Devamany a/l S.KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Dia hendak belah bahagi kerana hendak ambil gambar lagi.

Tuan Pengerusi

Seorang mesti mohon supaya belah bahagian dipohon.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya pohon.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya pohon Tuan Pengerusi untuk belah bahagi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Waste of time.

Saya sokong.

Peraturan Mesyuarat 46(3), saya memohon Dewan ini membuat belah bahagi Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila bunyi loceng dua minit. [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi belah bahagian adalah seperti berikut iaitu ahli-ahli yang tidak bersetuju 49, Ahli-ahli yang bersetuju 80... [Tepuk] [Wang sebanyak RM4,478,022,100 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa — Maksud B.49 [Jadual] – Maksud P.49 [Anggaran Pembangunan 2013] –Bill

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat bertenang. Kepala bekalan B.49 dan Kepala Pembangunan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana mengizinkan saya berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Di bawah Kepala B.49 Butiran 06200 izinkan saya menyentuh tentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Tuan Pengerusi, di bawah tajuk ini saya telah menerima banyak laporan berkaitan dengan kepentingan Universiti Pertahanan ini yang saya rasa roh ataupun semangat penubuhannya adalah untuk memperkasa dan melatih tenaga-tenaga pakar yang bakal dilahirkan untuk kepentingan nasional khususnya yang melibatkan pertahanan dan keselamatan dalam negara kita. Maka saya rasa walaupun Kementerian Pertahanan tidak bertanggungjawab ke atas apa yang maksud saya tentang urus tadbir, tentang universiti ini, tetapi Kementerian Pertahanan meletakkan visi dan misinya dalam perkongsian, dalam memastikan ianya mencapai objektif dan juga falsafah kepada penubuhan universiti ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, khususnya tentang perkara yang mutakhir berlaku di dalam urus tadbir universiti ini adalah tentang subjek-subjek teras universiti yang telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan semasa penubuhan telah digugurkan.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi dalam isu ini, banyak memorandum, banyak fakta-fakta dan maklumat yang saya terima. Yang mana subjek-subjek teras ini yang merupakan core subject dalam menentukan kelahiran pelajar-pelajar bagi penyumbang kepada sistem pertahanan dan keselamatan dalam negara kita dikhuatiri akan terjejas akibat daripada rombakan-rombakan yang semacam tidak bertanggungjawab dan menjejaskan tentang objektif sebenar universiti ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya ingin menyatakan di sini oleh sebab yang menjawab ini mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakan yang saya kenal, yang cukup terbuka dan rasional dan objektif dalam menilai sesuatu fakta. Saya rasa dalam kita memberikan perhatian terhadap Universiti Pertahanan ini, ia agak berbeza dengan universiti yang lain. Akademiknya, memang kita tidak boleh menafikan tentang fokus, integriti ataupun apa yang kita maksudkan tentang kecemerlangan dalam bidang akademik. Akan tetapi apabila kita bercakap tentang Universiti Pertahanan, warga universiti ini, khususnya mereka yang terdiri daripada bekas- bekas tentera yang, dengan izin, they were regimented. Mereka ini dari awal adalah merupakan anggota tentera yang menjadikan hutan itu sebagai universiti mereka. Universiti hutan itu adalah sebahagian daripada kerja buat yang mereka mahu kerajaan memberikan suatu pengiktirafan. Pengalaman dalam hutan, pengalaman berhadapan dengan ancaman-ancaman berhubung kait dengan keselamatan negara tidak boleh, mungkin tidak ada modul khusus yang boleh diajar. Mungkin yang lain boleh, dalam membina motivasi, kaunseling, kedoktoran, perundangan, itu ada modul khusus yang boleh kita belajar. Akan tetapi pengalaman yang ada di dalam diri seorang anggota tentera, yang mereka pada awal penubuhannya diterima sebagai pensyarah, sebagai tenaga pengajar, tiba-tiba dibuang. Saya diberitahu hampir 90 orang pensyarah yang mempunyai potensi yang telah mencurahkan khidmat bakti mereka dibuang, ditamatkan kontrak tanpa ada satu hujah yang munasabah. Ini perkara besar yang berlaku dalam Universiti Pertahanan yang harus saya minta penjelasan daripada pihak kementerian kenapa ini boleh terjadi. Mereka adalah bekas tentera, dengan alasan bahawa mereka ini tidak ada ijazah pertama, mereka cuma ada Advance Diploma. Yang seharusnya saya berfikir, kalau itulah hujahnya, kenapa pada hari pertama universiti ini dibuka mereka diambil? Mereka telah mengajar dan sebahagiannya adalah merupakan suatu disiplin ilmu yang saya rasa bukan sekadar bersandarkan kepada akademik semata-mata. Akan tetapi juga yang saya sebutkan tadi adalah universiti hutan yang mereka telah peroleh, yang mereka curahkan pengalaman mereka. Dari segi strateginya, dari segi pendekatannya yang ada pada diri mereka itu bila datang urus tadbir yang baru, mereka dinafikan sama sekali. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan, sehingga mereka mengatakan, dengan izin, old soldiers never die, they just fade away. Jadi, saya minta pada petang ini supaya kementerian melihat kenapa berlakunya rombakan besar-besaran ini. Sebagai contoh, struktur senat yang diguna pakai sejak penubuhan universiti ini telah dirombak dengan sekatan tertentu. Ahli yang tidak boleh mengundi dan ahli eksklusif yang boleh mengundi. Kemudian kita melihat apabila rombakan itu berlaku, kita melihat senat telah membuat keputusan bahawa subjek-subjek asas dan teras seperti Law of Arms Conflict contohnya, Military History, Introduction to Strategic Studies, The Military Law yang selama ini sejak penubuhannya menjadi subjek teras universiti, dimansuhkan. Jadi, saya juga ingin kementerian menyiasat tentang T&C ini. Adakah mereka yang terlibat ini ataupun individu yang terlibat ini benar-benar faham dengan matlamat dan falsafah penubuhan universiti pertahanan ini. Sekarang ini memang berlaku suatu perkara yang amat tidak disenangi, yang mereka tampil untuk memohon suatu keadilan kepada mereka kerana mereka ini benar-benar merupakan bekas-bekas tentera. Jadi, saya berharap kita harus- mereka yang telah berkhidmat dalam angkatan tentera, mereka yang mempunyai pengalaman, mereka yang mempunyai suatu kewibawaan dalam bidang yang tidak mungkin kita dapat cungkil, kita lahirkan pada modul- modul akademik iaitu tentang pengalaman mereka, tentang kepakaran mereka dalam bidang ketenteraan, tiba-tiba mereka disingkirkan hanya dengan satu alasan, mereka ini hanya ada Advance Diploma sahaja. Jadi, saya rasa Universiti Pertahanan ini mesti berbeza sedikit daripada universiti yang lain kerana ia adalah sebuah universiti yang bakal melahirkan tenaga pakar dalam bidang keselamatan dan pertahanan dalam negara kita. Kedua Tuan Pengerusi, saya juga ingin di bawah perkara yang melibatkan tentang dasar ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan juga kepada pihak kementerian. Ada ramai kakitangan awam yang telah berumur, mungkin mereka hampir pencen.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Akan tetapi di dalam diri mereka ada semangat untuk terus menjadikan ilmu itu satu disiplin yang mesti terus diterokai. Seharusnya tidak ada halangan umur ini untuk kakitangan awam ini untuk terus belajar, kita hormat mereka. Walaupun umur mereka hampir senja tetapi itu bukan alasannya. Cuba terokai Oxford, Harvard University yang terkenal ini. Mereka dan negara-negara yang memberikan mereka keizinan ini. Mereka akan menjadikan ilmu itu sebagai satu prioriti, sebagai asas dengan tidak mengira usia mereka. Akan tetapi di dalam negara kita, mereka yang telah ada Masters, pegawai- pegawai tinggi kerajaan, mereka ini kalau hendak sambung PhD., tidak diberikan keizinan. Saya harap ini juga harus mendapat satu perhatian daripada pihak kementerian sendiri supaya biarlah pegawai-pegawai kita ini memberikan contoh yang baik. Walaupun usia mereka itu telah hampir mencapai tahap mungkin persaraan tetapi mereka harus diberikan keutamaan. Inilah sahaja saya rasa satu pembudayaan ilmu yang harus kita galakkan. Jangan ada, kita tidak hendak dengar itu menjadi satu halangan bagi mereka untuk mereka meneruskan pengajian mereka, insya-Allah. Jadi, cukup sekadar itu Tuan Pengerusi, untuk saya berbahas tentang peringkat Jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Pertahanan, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Maksud B.49, Butiran 050000 - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh MQA ini yang memang sangat penting. Ini kerana ia bertanggungjawab kepada jaminan kepada institusi-institusi pengajian tinggi di negara kita yang memberikan impak secara langsung kepada banyak perkara. Seperti kualiti graduan tempatan mereka, pandangan masyarakat antarabangsa terhadap institusi pengajian tinggi kita dan sama ada objektif kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan serantau akan berjaya. Sudah tentunya MQA ini mempunyai kekuatan yang tertentu.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya saya difahamkan bahawa bentuk penilaian kelulusan oleh MQA ini adalah pelbagai. Jadinya ada penilaian akreditasi program dan ada juga pelaksanaan audit institusi. Jadinya saya hendak mintak penjelasan daripada pihak kementerian mengenai apakah sebenarnya core business MQA ini? Bagaimanakah MQA ini menjalankan audit institusi? Adakah audit ini dibuat secara on the spot ataupun institusi ini diberi notis awal mereka ini akan dibuat pemeriksaan oleh MQA? Apakah pula faktor-faktor yang diambil kira dalam audit ini dan bagaimanakah proses penilaian itu sendiri? Apakah sistem penarafan yang dinilai pakai, sama ada mungkin secara status lima bintang ataupun bagaimana? Saya juga hendak bawa satu kes sebagai contoh. Saya difahamkan bahawa ada terdapat beberapa program iaitu seperti Diploma Eksekutif yang dijalankan oleh Universiti Malaya di bawah UM Centre for Continuing Education yang tidak diiktiraf oleh MQA kerana tidak mencukupi credit hours yang ditetapkan yang menyebabkan program diploma ini yang dijalankan oleh satu agensi di bawah universiti terulung Malaysia tidak diiktiraf. Jadinya saya hendak tahu bagaimanakah sebenarnya proses penilaian untuk mendapat akreditasi program yang dianjurkan oleh IPTA ini? Ini kerana Tuan Pengerusi, apabila pelajar mendengar nama Universiti Malaya, pelajar akan tertarik untuk mendapat pendidikan di sana. Mereka sanggup untuk membelanjakan wang ringgit, masa dan tenaga untuk belajar dan mendapat kelulusan. Jadi apabila ianya tidak mendapat akreditasi, ianya akan memberikan impak negatif kepada pelajar-pelajar tersebut. Jadinya saya hendak minta penjelasan lebih lanjut daripada pihak kementerian. Keduanya pula saya hendak masuk kepada Butiran 060000 – Institusi Pengajian Tinggi Awam. Saya merujuk kepada 20 IPTA yang berada di bawah KPT dan saya maklum bahawa lima daripadanya adalah universiti penyelidikan iaitu UM, UKM, USM, UPM dan UTM.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana pencapaian setiap universiti penyelidikan di negara ini? Saya juga hendak minta supaya kementerian memberi maklum balas ataupun meminta penjelasan daripada pihak kementerian, bagaimanakah cara untuk memastikan sekurang-kurangnya satu universiti penyelidikan kita ini dapat berada di tahap 20 universiti teratas dunia dalam jangka masa yang tertentu? Jika kita bandingkan empat aspek yang diukur iaitu modal insan, penerbitan, paten dan juga IPR ataupun hak harta intelek serta penajaan pendapatan dengan pencapaian 20 universiti teratas ini, bolehkah dijelaskan di tahap manakah kedudukan kelima-lima universiti penyelidikan kita? Terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Machang.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya terus merujuk kepada ‘Butiran 11000 – Institusi Pengajian Tinggi’. Saya mohon kementerian untuk memberikan perangkaan terkini berdasarkan kepada kajian pengesanan graduan yang menganggur ini mengikut pecahan graduan IPTA, IPTS, politeknik dan Kolej Komuniti Awam. Serentak dengan itu, kita sedia maklum bahawa pada tanggal 24 Oktober 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah pun menubuhkan satu pasukan petugas khas menggerakkan satu program dengan sasaran memastikan 70 peratus daripada sejumlah 200,000 graduan setiap tahun mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Saya ingin tahu, apakah progress pelaksanaannya dari segi perancangan dan dari segi mekanismenya untuk memastikan peruntukkan sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan kepada kementerian yang akan digerakkan dengan kerjasama EPU ini dapat mencapai sasarannya? Di bawah butiran yang sama Tuan Pengerusi, saya menarik perhatian kepada pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang merujuk mengenai tajuk ranking universiti di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya di Melbourne beberapa hari lepas meletakkan sasaran dalam tempoh lima tahun dari sekarang akan ada universiti di negara kita yang akan tersenarai dalam ranking 100 terbaik di dunia. Kalau tengok dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Times Higher Education, universiti di rantau Asia yang tergolong dalam kategori terbaik ini termasuklah Universiti Hong Kong, Universiti Tokyo, dan National University of Singapore. National University of Singapore ini suatu ketika kita tahu, di situ jugalah terletaknya kampus pertama Universiti Malaya. Waktu itu Singapura berada bersama dengan kita. Kemudiannya Singapura berpisah dan kita ada kampus Universiti Malaya kita sendiri dan mereka teruskan dengan nama National University of Singapore. Bermula daripada perpisahan itu, kelihatannya National University of Singapore dapat mengekalkan reputasinya tetapi tidak kita. Universiti Malaya itu langsung tidak tersenarai dalam ranking. Suatu ketika dahulu, kita difahamkan bahawa kita berura-ura untuk mengadakan rating kita sendiri, kriteria penilaian kita sendiri sebab kita dikatakan tidak dapat menerima sepenuhnya penilaian berdasarkan kepada komponen-komponen yang dibuat oleh Times Higher Education ini. Akan tetapi kelihatannya itu juga tidak ke mana. Misalnya, suatu ketika dalam usaha untuk melonjakkan ranking universiti tempatan, kita pernah mengadakan APEX University, kita buka ruang kepada universiti tempatan bersaing. Akhirnya USM terpilih. Antara yang menjadi daya tarikan yang memberi kelebihan kepada USM adalah idea untuk mengadakan USM Science Park. Ideanya adalah untuk meletakkan di bawah satu bumbung kemudahan penyelidikan, pakar-pakar daripada segala bidang. Akan tetapi yang menjadi hambatannya, saya difahamkan oleh seorang teman yang kebetulan menjadi CEO kepada USM Science Park yang pertama, hambatannya adalah sering kali soal bajet dan perbelanjaan di mana mereka terpaksa bergelut dengan EPU. Walaupun mereka telah memenangi status APEX itu tetapi hambatan itu menyebabkan projek yang disebut USM Science Park itu tidak ke mana juga yang membawa kepada pegawai berkenaan itu kemudiannya membawa diri. Sekarang beliau berada di Iskandar Development pula sebagai naib presiden.

Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri mengikuti dengan dekat sebab di luar Dewan juga saya sering berbincang dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga telah turun melawat USM dan tahu berkenaan dengan kemelut ataupun masalah. Ini memberikan pentadbir universiti agak kecewa kerana setelah mereka tampilkan idea yang memberikan USM itu kelebihan dengan satu produk yang dianggap cukup menarik, tetapi akhirnya ia tidak kesampaian kerana hambatan- hambatan birokrasi dan red tape serta karenah pentadbiran yang lain dan ini menyebabkan kekecewaan kepada mereka. Tuan Pengerusi, kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya di Melbourne itu, kalau ada yang mengatakan bahawa – saya quote ya. Dia sebut, “Tidak betul kalau ada tanggapan yang mengatakan kita tidak bergerak di landasan yang betul.” Ini merujuk kepada hala tuju pendidikan tinggi negara. Saya sambung, “Ada tetapi terlalu perlahan”. Kalau saya faham daripada quotation ini, yang membawa kepada pergerakan untuk melonjakkan dan menaik taraf dan meningkatkan reputasi institusi pendidikan di negara kita adalah kerana pergerakannya yang terlalu perlahan. Ini dalam kes yang saya sebut tadi USM Science Park yang mendapat status USM itu sebagai Universiti APEX, inilah sebenarnya yang juga disedari oleh Timbalan Perdana Menteri.

Akan tetapi Timbalan Perdana Menteri tidak menunjukkan, tidak mencadangkan dalam ucapan itu jalan keluar. Cuma katanya kita mesti lebih pantas. Dia open ended di situ. Jadi barangkali rakan saya Timbalan Menteri boleh dalam penggulungan memberikan reaksi terhadap perkara ini. Tuan Pengerusi, perkara yang kedua dan yang terakhir ialah Butiran 010000 ini berkenaan dengan Pengurusan Kementerian. Telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi berkenaan dengan Malaysia akan ada satu lagi Malaysia Hall di Perth. Ini terpaparkan dalam media tempatan, yang disebut ialah kos sebanyak RM30 juta yang akan memberi kemudahan kepada lebih 3,000 pelajar dan masyarakat kita di Perth. Ini akan menjadikan Malaysia Hall yang ketiga selepas kita ada di Melbourne dan Sydney. Saya sempat kemudiannya menghantar email kepada City of Perth, City Hall bertanyakan tentang lokasi ini. Dijawab oleh sebab pihak berkuasa tempatannya ini agak telus, agak terbuka bila kita tanya. Sitenya betul. Map of properties site itu dia sebut Grand Central Backpackers. Kemudian dalam email jawapan dia sebut, “There are no plans for a Malaysian Hall at the grand packers in Perth.” Maksudnya barangkali permohonan untuk buat Malaysia Hall ini barangkali tidak sampai lagi kepada pihak berkuasa tempatan. Boleh jadi baru peringkat pengumuman. Kita tidak tahu. Jadi saya hendak tahu status sebenarnya. Apakah ia satu pengumuman sedangkan proses yang berkaitan dengan kelulusan dan pihak berkuasa tempatan City of Perth ini belum ada lagi. Oleh sebab dalam rekod yang kita semak dan dijawab segera, dia kata tidak ada. Akan tetapi kerana pengumuman itu yang diberi oleh Menteri tentulah benda itu sahih. Cuma saya hendak tahu kosnya itu apakah RM37 juta ataupun RM30 juta Aussie Dollar. Saya hendak tahu begitu. Kemudian syarikat mana yang dapat, dapat itu cara mana? Direct negotiation ataupun tender terbuka? Kemudian bila hendak mula dan bila jangka siap? Soalan terakhir tentangnya ialah apakah kita hendak bina rumah baru atau kita beli bangunan sedia ada dan kita renovate untuk jadi sebagai Malaysia Hall. Saya hendak tahu butiran ini dan berharap dapat jawapan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan pengerusi merujuk kepada Butiran 040000 - Pengajian Kolej Komuniti. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada anak-anak Malaysia bagi mengikuti satu program yang amat istimewa ini.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah kementerian bersedia mengadakan satu transformasi bagi menjadikan kolej komuniti ini sebagai sebuah universiti yang menawarkan kursus kemahiran? Hanya kursus kemahiran dan memberi peluang kepada mereka yang tidak beberapa baik dalam akademiknya tetapi mempunyai kepakaran luar biasa dalam mana-mana kemahiran yang mereka peroleh. Oleh yang demikian apakah kementerian bersedia untuk mengangkat kolej komuniti ini menjadi universiti kemahiran? Memberi peluang daripada sijil diangkat untuk memberi peluang untuk mengangkat diploma dengan kemahiran yang lebih meningkat, mereka boleh mendapat ijazah dan seterusnya dalam bidang yang mereka minat. Sehubungan dengan itu saya mencadangkan kepada kementerian supaya Kolej Komuniti Jempol ditambah bangunannya. Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini akan dapat disediakan untuk pengambilan balik tanah dan seterusnya membangunkan bangunan-bangunan sokongan bagi membolehkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang ada di persekitarannya yang dapat menggunakan kolej komuniti ini untuk menambah ilmu masing-masing. Kedua, saya ingin menyentuh Butiran 060000 - Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Saya hendak merakamkan ucapan tahniah kepada Universiti Utara Malaysia antara universiti yang sangat cergas mengambil ataupun memberi peluang kepada pelajar-pelajar kita yang berpengalaman panjang dalam bidang masing-masing untuk menyambung pelajaran walaupun tidak sepenuh masa tetapi diaturkan dengan penuh mesra, dengan penuh cara yang memudahkan walaupun mereka bekerja jauh daripada Universiti Utara tetapi membawa pensyarah mereka di negeri-negeri dan lokasi-lokasi tertentu. Sehubungan dengan itu bagi memudahkan lagi rakyat mendapat kemudahan daripada khidmat baik Universiti Utara Malaysia ini, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya bangunan Universiti Utara Malaysia di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang sudah uzur digantikan dengan kompleks yang lebih canggih. Tanah ini sangat baik, luas tetapi tidak sesuai untuk menampung keperluan pelajar yang semakin ramai. Oleh kerana lokasinya sangat baik dan strategik, saya berharap pembangunan bangunan kompleks baru ini dapat juga memberikan kemudahan bukan sahaja bilik-bilik kuliah dan tutorial kepada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang mengikuti program khas daripada universiti ini. Akan tetapi memberikan kemudahan kepada pensyarah, tenaga-tenaga sokongan daripada Universiti Utara Malaysia yang datang jauh daripada Kedah untuk tinggal di Kuala Lumpur. Saya mencadangkan sebahagian daripada kompleks ini dijadikan juga seperti hotel bagi memberikan kemudahan kepada pensyarah dan tenaga-tenaga pengajar serta tenaga sokongan kita. Di situ bilik kuliahnya, di situ bilik tutorialnya, di situ dia mengadakan program bersama pelajar dan di situ juga mereka boleh tinggal di bahagian atas bagi mengurangkan kesukaran yang ditanggung oleh sebahagian daripada pensyarah kita apabila mereka berulang alik daripada Universiti Utara Malaysia yang jauh dan berkampung di Kaula Lumpur, kemudian balik kembali ke Universiti Utara Malaysia. Sudah tentulah kita boleh memberikan khidmat yang baik. Saya kena percaya lebih ramai lagi anak-anak kita, pelajar-pelajar kita, pekerja- pekerja kita sama ada dalam sektor swasta ataupun dalam sektor awam boleh menyambung pelajaran mereka dengan skim yang disediakan oleh Universiti Utara Malaysia. Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya ingin bertanya sejauh mana kejayaan tentang Universiti Kebangsaan Malaysia mengantarabangsakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar? Kita semua sedar bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia lahir daripada semangat dan juga pejuang- pejuang bahasa dalam negara kita yang inginkan sebuah universiti menawarkan kursus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa pengantaraan dan juga bahasa yang boleh menjamin dalam apa juga bidang yang diajar kepada mereka. Sejauh mana kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menggunakan bahasa Melayu ini untuk mengantarabangsakan kejayaan pelajar-pelajar kita dalam bidang ini. Saya sempat meninjau tentang Universiti Kebangsaan Malaysia ini Yang Berhormat Menteri, saya pun terperanjat tempat letak kereta dia sangat teruk.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya tidak faham kenapa universiti yang terancang begitu rupa tetapi tempat letak keretanya sangat sukar dan keselamatannya baru-baru ini kita lihat bagaimana pokok yang banyak itu tidak selamat menimpa sebahagian daripada bangunan dan juga kereta-kereta yang ada di sana.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Ketiga Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan perancangan kita di universiti. Saya nak tahu transformasi pendidikan yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini, adakah di peringkat pendidikan awal ini kita selaraskan juga dengan peringkat universiti kita? Sudah tentulah rakyat tertunggu-tunggu bagaimana kita melahirkan graduan kita yang selari dengan keperluan guna tenaga negara kita. Kita tak mahu lagi berlaku lambakan daripada mana-mana kursus yang tidak perlu, kursus yang tidak penting. Kadang-kala bagi mengisi kuota kekosongan di mana-mana unit universiti, kita tawarkan pelajar yang pada asalnya bukanlah pelajar tersebut memohon kursus tersebut. Akan tetapi oleh kerana tak ada tawaran daripada mana-mana universiti, maka pelajar ini masuk ke universiti, bukan kursus pilihan mereka semata-mata nak memenuhi kuota dan akhirnya mereka belajar empat tahun, lima tahun tetapi mereka tidak dapat memenuhi keperluan guna tenaga yang sebenarnya diperlukan oleh negara. Saya menyentuh ini kerana misalnya sebagai contoh bidang jururawat. Sekarang ini begitu banyak sekali berlaku lambakan. Ini disokong pula dengan universiti-universiti swasta dalam negara kita yang berlumba-lumba bagi melahirkan kursus yang sama, melahirkan kursus jururawat ini padahal sudah penuh tetapi masih lagi dilahirkan. Jadi, ini sebagai contoh. Bagaimana? Adakah benar berlaku lambakan jururawat? Kalau berlaku berapa sebenarnya kita tidak dapat menempatkan mereka ataupun anak-anak kita yang telah pun dilatih melalui universiti awam dan universiti swasta dalam negara kita ini dalam mana-mana keperluan guna tenaga dalam negara kita? Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin melihat ataupun mendapat makluman daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana perubahan berlaku kepada pelajar siswa dan siswi kita apabila kerajaan merubah Akta Universiti dan Kolej? Apa yang sebenarnya berlaku di kampus kita sekarang? Adakah satu perubahan yang baik dari segi pengalaman mereka, kemahiran mereka, kebolehan mereka berinteraksi? Keberanian mereka untuk berhadapan dengan isu-isu tertentu? Sudut pidato Yang Berhormat tubuhkan di universiti, sekarang ini tak ada lagi orang berpidato. Kenapa terjadi demikian? Ini perkara-perkara yang baik Yang Berhormat tubuhkan tetapi sekarang ini tidak mendapat sambutan daripada pelajar kita. Sehubungan dengan itu, apa yang diberikan khidmat oleh Universiti Islam Antarabangsa kita sekarang ini sampai masa dan ketikanya melihat tentang permasalahan terkini rakyat dan masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara luar yang masuk tanpa sempadan dalam negara kita. Misalnya, sejauh mana kita dapat memberikan tenaga yang baik, ilmu yang baik, kefahaman yang baik kepada pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa berkaitan dengan kefahaman mereka tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan kepada kita di Malaysia kerana kalau ini tak dapat diberikan penerangan kepada tenaga modal insan yang menggerakkan masyarakat kita, ini akan menimbulkan masalah yang cukup besar. Cabaran-cabaran semasa tentang isu akidah yang ada hubung kaitnya dengan Perlembagaan negara, mentafsir al-Quran tak sama di Indonesia dengan di Malaysia kerana di Indonesia, perlembagaannya tidak meletakkan Melayu itu sebagai Islam. Akan tetapi di Malaysia diletakkan di dalam perlembagaan kita sebut Melayu, dia mesti Islam. Jadi berjuang dalam Melayu ini tak takut tentang soal assabiyah kerana dia itu Islam. Sudah sampai masanya soal ini, kebangkitan fahaman Melayu liberal sebagai contoh dimasukkan dalam sukatan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa yang menjadi harapan negara ini supaya modal insan yang kita lahirkan untuk berdakwah, untuk mengajar, mendidik dan membangunkan rakyat keseluruhannya mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan ancaman. Bukan sahaja ancaman negara, ancaman akidah dan juga ancaman keseluruhan kehidupan kita. Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi

Sila Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada sedikit persoalan sahaja. Pertama saya nak tanya dalam strategi kementerian, Teras 6, ia kata, “Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.” Saya hendak tahu apakah yang telah dibuat? Apakah program-program yang ada dalam pembelajaran sepanjang hayat ini? Sekiranya ada Ahli-ahli Parlimen yang ingin menyertai satu kursus umpamanya public administration, adakah mana-mana universiti ada kursus yang pendek ini? Kedua, saya difahamkan bahawa sekiranya siswazah sekarang, kalau mereka tak bayar yuran, jadi hutang mereka akan dikenakan interest, bunga 1 peratus setiap bulan. Adakah ini betul? Tuan Pengerusi, kita semua tahu di dalam semua IPTA, universiti-universiti kerajaan, di mana terdapat lebih ramai pelajar wanita kalau berbanding dengan pelajar lelaki. Trend ini bukan di universiti sahaja. Sekarang trend ini juga ada di kolej dan juga mereka yang berprestasi baik ini, academically di sekolah menengah juga lebih ramai wanita berbanding dengan pelajar lelaki. Jadi, saya ingin tahu sama ada universiti atau pihak kementerian ada buat kajian mengapa dulunya pelajar lelaki lebih ramai, mengapa sekarang ini pelajar perempuan lebih ramai dan juga dalam banyak prestasi ini? Saya juga minta supaya semua angka-angka umpamanya nombor pelajar ini, berapa orang pelajar angkanya dipecahkan mengikut gender supaya kita tahu universiti di Malaysia, berapa orang pelajar perempuan dan berapa orang pelajar lelaki. Mengikut kursus kerana kita semua tahu kursus sains dan teknikal lebih ramai lelaki berbanding dengan wanita. Saya rasa kita perlu melihat dari perspektif gender ini supaya kita boleh tahu mengapa dan apakah sebabnya sekarang lebih ramai pelajar wanita di dalam IPTA. Saya tidak tahu sama ada IPTS ada trend yang sama dan juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar negeri melalui biasiswa. Apakah bilangan lelaki dan wanitanya? Bolehkah saya dapat semua angka ini dan sama-sama kita analyze, adakah betul-betul kerana ramai yang risau juga kalau lebih ramai wanita yang lepasan universiti, bagaimana mereka akan kahwin pada masa depan, kahwin dengan lelaki yang bukan lepasan universiti, bolehkah? Jadi, saya minta supaya kita sama-sama buat analisa seperti ini. Saya juga minta supaya pada masa yang akan datang, mungkin pada tahun depan, di sini ada beberapa aktiviti umpamanya program kepimpinan yang dianjurkan AKEPT dalam bidang pendidikan kepimpinan dan inovasi serta pembelajaran dan pengajaran. Siapakah pesertanya? Berapa orang wanita dan berapa orang lelaki? Saya rasa gender analisis ini bukan susah sangat tetapi seolah-olah kementerian tidak dapat buat. Banyak kementerian tak dapat buat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Semalam juga dalam Kementerian Sumber Manusia, saya pun ingin tanya tetapi tidak ada sempat untuk membuat ucapan di sini. Ini kerana Kementerian Sumber Manusia memang ada seorang Timbalan Menteri wanita. Dia merupakan sebuah kementerian yang telah melaksanakan Projek Perintis Gender Analisis. Akhir sekali ialah saya ingin tahu sama ada kementerian telah mula untuk membuat, melaksanakan kerja supaya kita boleh mengiktiraf Unified Examination Certificate yang dilaksanakan oleh Thong Fah Chong. Ini kerana saya lihat dalam surat khabar bahawa kementerian sudah mula untuk membuat timbangan untuk menerimanya atau mengiktirafnya. Apakah status sekarang? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin merujuk kepada Butiran B.49, 020000 – Pengajian Tinggi muka surat 589. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya pihak kementerian mengenai dengan MUET ini. MUET ini adalah satu peperiksaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apakah pihak kementerian sedar masalah MUET ini telah menjadi masalah kepada graduasi pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi. Siapakah mengendalikan MUET ini? Apakah ianya diawasi, diselia oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia ataupun diswastakan kepada syarikat ataupun kumpulan tertentu untuk menjalankan peperiksaan MUET ini. Ianya menjadi masalah yang bercelaru di kalangan pelajar-pelajar mengenai dengan MUET. Ini kerana sebelum ini kita tahu di peringkat SPM, setiap pelajar mesti mendapat keputusan kredit dalam bahasa Inggeris untuk memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi, matrikulasi ataupun universiti. Apanya perlu lagi MUET ini? Kalau hendak tingkatkan tahap pelajaran bahasa Inggeris, boleh dibuat dengan cara yang lain. Saya hendak baca satu surat Tuan Pengerusi yang saya terima cukup menyayat hati yang dihantar kepada saya. Bekas pelajar, satu universiti USIM sesi 2008/2009 tidak dapat digraduasi pada November 2012 kerana mendapat band 2 di dalam peperiksaan MUET lebih kurang 700 orang. “Dukacita dimaklumkan saya mewakili ibu bapa dan rakan- rakan anak saya hampir 700 orang telah tidak layak untuk digraduasi yang dijangka akan diadakan pada November 2012. Saya hendak tahu kedudukan ini. Ini disebabkan anak saya dan rakan-rakan hanya mendapat Band 2 dalam peperiksaan MUET. “ Saya tahu ada sesetengah universiti ini hendak Band 3, Band 4, Band 2 bercelaru yang tidak diselaraskan mengikut kaedah dan kehendak universiti-universiti yang berasingan. “Untuk makluman Yang Berhormat Dato’, pelajar-pelajar datang daripada Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri yang serba kekurangan. Kebanyakan mengambil jurusan agama dan telah berusaha untuk mendapat sekurang-kurangnya band 3 tetapi tidak berjaya juga. Janganlah diambil perhatian yang terlalu berat kepada pelajar-pelajar ini di dalam peperiksaan MUET. Apa yang penting, pihak universiti mengambil langkah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian pelajar yang puratanya adalah sekolah agama, semuanya berbangsa Melayu dan mengambil jurusan agama di universiti ini. Dikatakan ianya dikuatkuasakan pada tahun 2012 ini pula nampaknya sangat hendak membuli pelajar aliran agama di negara ini khususnya di USIM. Kalau hendak dilaksanakan MUET, buatlah seperti di UM, UKM dan sebagainya. Itu pun hendak kena tengok dahulu tidak seperti universiti setahun jagung. Saya difahamkan Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain ini pun juga menimbulkan masalah di mana Universiti Kebangsaan Malaysia, pelajar-pelajar yang mendapat Band 1 akan digraduasi dan telah berjaya menjadi guru j- QAF. Di universiti UUM, tiada peperiksaan MUET. Mengapa pula di USIM ini, perkara ini menjadi sebahagian syarat lulus sekurang- kurangnya Band 3 untuk membolehkan pelajar digraduasi.” Panjanglah surat ini Tuan Pengerusi saya tidak tahulah. Cuma yang disebut di sini, jika pihak universiti terlalu menekan akan kelulusan MUET ini dan syarat untuk membolehkan pelajar mendapat graduasi yang datang daripada sekolah menengah agama rakyat, sekolah menengah agama negeri, dari sekolah yang serba kekurangan, sudah tentu akan menimbulkan pelbagai tanggapan dan pandangan negatif yang kerajaan menzalimi pelajar-pelajar yang datang daripada sekolah aliran agama. Perkara ini sepatutnya dielak dari awal oleh pihak universiti. Kasihanlah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri yang telah berusaha melakukan berbagai-bagai perkara untuk kemudahan rakyat jelata. Akan tetapi kerenah birokrasi ada juga yang menyusahkan rakyat khasnya menyebabkan pelajar-pelajar ini. Kalaulah perkara ini sampai ke pengetahuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, sudah tentu menyusahkan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri dan menjadi isu yang menghangatkan politik negara. Jadi Tuan Pengerusi, saya minta jawapan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 02100 – Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ini Tuan Pengerusi, pusat pengajian tinggi saya dahulu. Sekarang ini sudah menjadi universiti maya. Pertamanya saya hendak tanya pihak kementerian, mengenai jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ini yang disandang oleh sekarang ini Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Sudah hampir sepuluh tahun sudah Tuan Pengerusi, tidak ada orang lainkah? Dia pencen tahun bila ini? Dia ini dahulu bekas Ketua Pengarah Pendidikan, UiTM ini adalah institusi technocrat dan sudah ramai di kalangan graduate-graduate UiTM sendiri yang berjaya dalam bidang-bidang korporat dan menjadi technocrat. Kenapa kita lantik orang-orang ini? Kenapa letak sampai sekarang ini, tidak ada orang lainkah? Dia sememangnya tidak sesuai dengan UiTM sebenarnya dan banyak menimbul masalah dalaman yang saya dengar. Di antara kerenah-kerenah yang timbul sebab dia mungkin daripada aliran daripada pengalaman sebagai Ketua Pengarah Pendidikan, tetapi UiTM adalah sebuah universiti technocrat yang berbeza pemikirannya, hala tujunya. Jadi timbul masalah. Saya tahu ada maslah dalaman mengenai dengan kedudukan pengerusi ini. Jadi saya mintalah supaya mana-mana universiti pun, pengerusi ini janganlah sampai tujuh, lapan tahun, sembilan tahun. Tuan Pengerusi kita pun boleh jadi pengerusi. Bukan setakat jadi Tuan Pengerusi Dewan Rakyat, boleh juga menjadi pengerusi satu dua universiti. Gilir-gilirlah, sampai sepuluh tahun ini apa pasal? Apa pasal sepuluh tahun ini? Saya hendak tahu apa pasal? Jawab ini. Ini baru ini sudah habis, sambung lagi. Tidak boleh- pantang dilobi sambung, pantang dilobi sambung. Jadi fikirlah sedikit, peliharalah sedikit. Seterusnya UiTM. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Vice Chancellor UiTM sekarang ini, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid. Ini bekas graduate UiTM ini daripada Fakulti Kejuruteraan asalnya. Hari ini UiTM sudah dipimpin oleh graduatenya sendiri, alhamdulillah. Samalah juga kita harap Pengerusi Lembaga Pengarahnya jangan dok berlaga tidak tentu pasal nanti, yang kepalanya tidak sealiran. Dia telah membawa banyak kemajuan dan peningkatan sejak beliau mengambil alih VC setakat ini yang saya lihat. Ini kerana saya Tuan Pengerusi, saya cukup hands on dengan perkembangan UiTM daripada dalam, daripada luar, dengan pensyarah saya selalu contact. Ini kerana saya begitu bersentimental dengan UiTM ini. Patut saya kot jadi pengerusi lagi bagus, Pengerusi Lembaga UiTM ini. Lagi bagus.

[Bangun]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini Yang Berhormat Putatan ada dekat sini, Yang Berhormat Putatan pun asal daripada ITM ini. Apa hendak cakap? Sedikit, cepat ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mendengar sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Adakah Yang Berhormat atas pengurusan UiTM tidak senang hati dengan pemimpinnya sekarang?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Bagi saya, saya amat berpuas hati.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey. Tidak puas hati?

Puas hati.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Itu pandangan Yang Berhormat. Saya, saya punya pandangan. Saya hormat Yang Berhormat punya pandangan tetapi saya ada saya punya pandangan. Akan tetapi Yang Berhormat duduk Sabah, saya duduk Kuala Lumpur. Saya lebih dekat dengan Shah Alam itu.

Akan tetapi sana pun ada kampus juga.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sana kampus, tetapi yang induknya di Shah Alam. Yang Berhormat tidak fahamkah?

Ya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi sebab itu, pokok pangkalnya lama. Lama itu yang pentingnya, lama. Memang dia totally different brand of brain. Dia mesti selaras,Vice Chancellor dengan Pengerusi yang pemikirannya sama. Ini penting.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya harap ataupun Yang Berhormat Putatan, bekas graduate UiTM kah ini, lantik dia jadi Pengerusi UiTM, hendak? Saya sokong. Ini lantik tidak pasal-pasal sepuluh tahun sudah. Kemudian saya sebut tadi masalah saya hendak tanya sedikit lagi mengenai UiTM berhubung dengan kemajuan Fakulti Perubatan. Sejauh manakah tahap pencapaiannya setakat ini dan apakah program-program yang telah pun dilaksanakan di bawah Fakulti Perubatan? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Seterusnya saya ingin mencadangkan kepada pihak UiTM dan berharap mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi supaya UiTM diizinkan untuk mengendalikan Program Fakulti Penerbangan iaitu mengenai dengan aviation, Faculty of Aviation dan boleh ditempatkan fakultinya mungkin seperti di Pulau Langkawi contohnya ataupun di Sabah atau Sarawak supaya perlengkapkan lagi sebab bidang ini masih lagi tidak mencukupi dan kita tengok pasarannya semakin meningkat terutamanya kejuruteraan dalam bidang penerbangan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh teruskan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Selain daripada itu, saya juga hendak mencadangkan, dahulu ITM ini dikenali sebagai Institut Teknologi Mara. Kemudian ia naik status jadi universiti, UiTM. Saya hendak minta supaya kalau boleh fungsi dan peranan ITM dahulu juga dikekalkan iaitu mengendalikan kursus-kursus program di peringkat diploma seperti sebelum menjadi universiti iaitu seperti mana Kolej Tunku Abdul Rahman. Kolej Tunku Abdul Rahman baru-baru ini sudah dinaikkan ke taraf Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Kemudian sudah wujud Universiti Tunku Abdul Rahman. Kenapa tidak diseiringkan dan diseimbangkan daripada segi hendak merapatkan pendidikan antara bumiputera dan bukan bumiputera supaya diizinkan dihidupkan semula, diwujudkan Kolej Institut Teknologi MARA. Di samping itu, ia dipayungi oleh Universiti Teknologi Mara seperti Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Akhir sekali, saya hendak sebut Butiran 061900 - Universiti Malaysia Kelantan. Ini di negeri saya. Universiti ini sudah pun mula berfungsi dan saya dapati kolejnya, tempat belajarnya di Jeli dan katanya termasuk juga di Bachok. Jadi Jeli-Bachok, Jeli-Bachok. Kalau boleh pusinglah juga ke Pasir Mas ini dan kawasan-kawasan lain. Jangan ‘duk’ main pusing ‘tang tu’ sahaja supaya setiap daerah lain pun dapat menikmati pembangunan hasil limpahan kewujudan universiti ini daripada segi sosio-ekonomi setempat. Pasir Mas itu lagi cantik sebab ia dekat dengan sempadan Pasir Mas dengan Rantau Panjang dekat sempadan Thailand. Jadi, mungkin satu hari nanti pelajar-pelajar dari Thailand pun boleh belajar dan ini boleh membawa tambahan pendapatan aliran masuk ke negara kita. Saya harap kalau boleh dapat dipertimbangkan supaya penubuhan cawangan-cawangan kampus Universiti Kelantan ini diagihkan biar merata-rata. Biar nampaknya sayang itu merata-rata, benci itu jangan bertompok. Biar nampak di Pasir Mas, Fakulti Galian contohnya. Ada satu bangunan, nampaklah sedikit. Jangan ditompok di sesetengah tempat sahaja. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja. Sekian terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah.

Puan Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 040000 - Pengajian Kolej Komuniti. Tuan Pengerusi, memandangkan Parlimen Gelang Patah merupakan pusat bagi Iskandar Malaysia, sebuah Kolej Komuniti amat diperlukan untuk membangunkan insan disebabkan banyak IPTS telah wujud. Misalnya, Newcastle University Medicine Malaysia dan Marlborough College untuk pelajar asing.

Puan Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah

Oleh itu, naik taraf atau pembinaan sebuah kolej komuniti amat diperlukan untuk pelajar tempatan dalam jangka masa yang akan datang. Saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Perkara kedua, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu adakah subjek atau jurusan pengajian di politeknik atau kolej komuniti mempunyai sambutan di pasaran negara? Adakah pelajar mempunyai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian memandangkan persaingan yang kuat di universiti tempatan? Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan. Saya merujuk terus kepada Butiran 020100 - Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan. Saya mulakan dengan isu ranking Universiti Malaya 2012. Sudah tentu kita menyambut baik keputusan Universiti Malaya menduduki tangga ke-156, Tuan Pengerusi, berbanding kedudukan ke-167 pada tahun 2011 di dalam Top 200 untuk QS World University Rankings berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Akan tetapi tentunya kita masih lagi belum sampai ke tangga 100 ke atas dan untuk ranking QS ini malangnya tidak memberi kesan kepada The Times Higher Education Rankings 2012-2013. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada ucapan Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang pada ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pekan dan merupakan Timbalan Perdana Menteri, dalam sambutan 100 tahun Universiti Malaya pada tahun 2005 di mana beliau telah mencabar Universiti Malaya untuk melonjakkan kedudukan di antara 100 universiti terbaik dunia dalam ranking QS daripada tangga ke-89 pada tahun 2004 ke tangga ke-50 menjelang Tahun 2020. Malangnya pada tahun yang sama, Universiti Malaya menjunam dengan kedudukan tangga ke-169 dan tangga ke-192 untuk tahun 2006. Jadi, semua ini memang diperlihatkan dengan angka terbaru dalam Times Higher Education Rankings di mana Universiti Malaya dan universiti lain Malaysia tidak tersenarai, berlainan atau berbeza dengan Singapura dan negara ASEAN yang lain yang mencatatkan nama dalam Times Higher Education Rankings. Saya mengambil maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dengan objektif sekurang- kurangnya tiga buah universiti dari Malaysia berjaya memasuki ranking di antara 100 universiti terbaik di dunia. Tumpuan saya pada peluang yang diberikan ini adalah untuk memastikan, mengambil maklum faktor-faktor yang menyumbang kepada ranking antaranya adalah isu penerbitan jurnal dan saya fikir bab pengurusan amat penting diambil dengan serius oleh kementerian. Di sinilah kementerian perlu wajib memperbaiki track pengurusan dalam agensi-agensi yang berada di bawah seliaan KPT. Saya fikir pengurusan yang bobrok akan memberikan kesan yang maha negatif kepada ranking dan dengan izin, If you do not get your house in order, how do you expect everything else to proceed. Jadi, di sini saya mulakan dengan satu agensi iaitu tentunya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tuan Pengerusi. Ini amat penting sekali kerana dibangkitkan sebelum ini sehingga 31 Ogos 2012, PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada sejumlah 2.03 juta pelajar yang layak dengan komitmen sehingga pelajar tersebut tamat pengajian. Jumlahnya RM45.4 bilion. Saya bangkitkan persoalan ini dalam perbahasan pada 16 Oktober 2012.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya merujuk kepada Laporan Tahunan PTPTN Tahun 2010. Disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara bahawa perbelanjaan sebanyak RM24.42 bilion itu tidak dapat dijelaskan dalam pemindahan lejar am yang dibuat kepada Syarikat Prokhas muka surat 39, Laporan Tahun 2010, RM24.42 bilion tetapi Menteri menjawab sekadar masalah accounting bukan masalah besar.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Maklumat ini didapati daripada Ketua Audit dan pada 17 Oktober 2012, Pengerusi PTPTN mengelirukan lagi keadaan dengan menafikan perkara tersebut sedangkan dalam Dewan, Menteri akui memang masalah ‘accounting’. Jadi, terbaru laporan berita, menyatakan sebanyak RM45.41 bilion yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia tidak dapat dijejaki. Jadi, saya minta kerajaan ataupun kementerian harus membuat kaji selidik dengan menyeluruh. Kena pastikan agensi PTPTN memberikan penjelasan yang baik dalam hal ini. Silakan, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya tertarik tentang isu accounting yang dikatakan accounting, masalah perakaunan atau catatan yang diberi sebab musababnya dalam Dewan ini. Saya agak khuatir oleh kerana kita berdepan dengan masalah yang baru, yang sebelum hari ini tidak timbul, baru diketahui umum yang sebenarnya kita berhadapan dengan masalah catatan ataupun rekod ataupun penyenaraian orang ataupun peminjam-peminjam langsung kita berdepan dengan masalah pengutipan dan juga penguatkuasaan. Jadi, bagaimana Pengerusi PTPTN atau PTPTN itu boleh berani keluarkan satu peraturan baru mencadangkan dan Perdana Menteri membaca cadangan itu di dalam Dewan ini seolah-olah perkara itu telah pun muktamad dan mesti dibuat iaitu asas untuk memberi diskaun 20 peratus kepada yang membayar untuk satu tahun pembayaran penuh, 10 peratus untuk bayar dalam tempoh katanya secara konsisten. Ini angka, pengumuman ini sangat-sangat mengelirukan sedangkan orang kata, the skeleton in the closet itu lebih besar daripada yang diumumkan ini. Saya minta Yang Berhormat Lembah Pantai rumuskan perkara ini. Sebenarnya kerajaan cuba hendak buat apa sekarang ini dengan PTPTN ini. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, terima kasih juga Tuan Pengerusi. Saya menyokong penuh dan saya harap dapat dimasukkan persoalan Yang Berhormat Indera Mahkota bangkitkan kerana apa, kalau data itu tidak lengkap, dalam laporan Ketua Audit sebelum ini pun menyatakan banyak data, maklumat, fail pelajar koyak akibat kena hujan, basah, tidak disimpan dengan baik, tidak sempat dimasukkan dalam sistem pengkomputeran dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita mahu mengesan semula peminjam-peminjam dan mengenal pasti siapa yang berhak untuk mendapat diskaun dan sebagainya? Pada saya, semua ini harus diselesaikan terlebih dahulu dan kerana itu anjuran atau pun cadangan alternatif Pakatan Rakyat untuk to bail out, dengan izin, itu terbaik memandangkan sekarang ini apa pun yang dibuat, kadar kutipan hanyalah sekadar 49 peratus dan bukan semata-mata pelajar tidak mahu bayar Tuan Pengerusi, data pun entah ke mana. Data elektronik ini dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) ia berusia 10 tahun, digunakan semula setelah sistem Prokhas ditamatkan pada tahun 2010 ekoran masalah yang dibangkitkan tadi oleh Laporan Ketua Audit. Jadi, PTPTN menggunakan semula sistem Elmas dan perlu membayar pembangunan Elmas, Paradigm Systems sejumlah RM26 juta untuk perbaiki masalah yang telah mereka wujudkan sebelumnya. Jadi, pengurusan sebegini saya ulangi begitu bobrok. Saya minta menteri beri penjelasan sebaik mungkin dan langkah-langkah susulan yang rasional untuk perbaikinya. Laporan Ketua Audit Negara 2009 juga Tuan Pengerusi menegur pihak pengurusan PTPTN berkenaan dengan sistem fail yang tidak teratur di Pejabat Unit Perjanjian di ibu pejabat seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi, pada saya ini masalah yang sangat besar kerana kita berhadapan dengan hutang yang hampir mencecah RM50 bilion jikalau tidak ditangani dan akan bertambah dari tahun ke tahun kalau diambil kira kadar lebih 5 peratus ke atas pinjaman yang dibuat untuk menampung tabung PTPTN. Tuan Pengerusi, seterusnya saya pergi juga kepada agensi bawah seliaan KPT di bawah Butiran 060100 - Universiti Malaya. Kita juga mahu melihat bagaimanakah perjalanan program-program yang graduan- graduan yang sedang berlangsung di bawah Universiti Malaya. Saya rujuk kepada kes pembelaan dan siasatan projek ternakan ikan kelolaan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMA) nama pendeknya Universiti Malaya. Projek ini Tuan Pengerusi dilaksanakan selama dua tahun mula April 2009 hingga 19 Mei 2011 di bawah Syarikat Symbian Management Sendirian Berhad.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Seramai 20 graduan dipilih, mereka dilantik, disebut sebagai ‘acuas-prenuer’ dan kesemua peserta diwajibkan membayar wang kos sara hidup sebanyak RM13,000 seorang dan graduan melibatkan diri, malangnya projek ternakan ikan pula akhirnya gagal. Baik, jadi di sini graduan-graduan mendesak pihak kementerian dan Universiti Malaya campur tangan dalam menyelesaikan masalah secara bersama dan Syarikat Symbient Management mengembalikan wang sara diri mereka tambahan, ada conflict of interest sehingga perlu dilaksanakan siasatan terhadap PUSMA di bawah kelolaan Encik Abdul Azid bin Haji Che Ibrahim dan Syarikat Symbian Management. Saya minta makluman terbaru dalam kes ini kerana ia melibatkan pengurusan sekali lagi dan kalau pengurusan itu baik, akan membantu menaikkan nama universiti semula. Terakhir Tuan Pengerusi, saya pergi kepada satu lagi agensi bawah seliaan KPT yang sering kali dianaktirikan iaitu bawah Butiran 070100 - Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selalunya hospital ini Tuan Pengerusi di bawah Kementerian Kesihatan tetapi untuk hospital-hospital pengajar diletakkan bawah KPT. Masalahnya di sini bila diletakkan bawah KPT, isu kenaikan pangkat, isu kenaikan pangkat untuk tenaga pengajar, Ahli Parlimen Kalabakan dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian bangkitkan tadi itu selalu mereka ini tersisih. Saya fikir ini tidak adil kerana akhirnya merekalah yang menjadi penggerak untuk mengajar minda-minda graduan baru yang akan berkhidmat di bawah hospital masing- masing. Pertama, PPUM ini saya mahu tahu apakah langkah terbaru pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan apa yang berlaku pada awal November, salah sebuah sub station jana kuasa di PPUM itu mati, rosak selama lima jam generator tidak berfungsi dan hampir tiga hari semua pembedahan di University Hospital itu tergendala akibat tidak ada bekalan elektrik. Jadi, perkara ini kalau di mana-mana negara lain akan menjadi perkara yang besar, kontroversi yang besar. Jadi, kita minta, KPT perlu memaklumkan apakah langkah- langkah segera yang diambil untuk tidak mengulangi dan apakah tindakan yang diambil, tindakan tegas terhadap pengurusan PPUM supaya mereka mengambil serius tanggungjawab seperti ini. Seterusnya, yang terakhir Tuan Pengerusi, isu tentang tenaga pengajar. Saya bawa di sini kes Profesor Lim Chin Theam, profesor yang banyak berkhidmat untuk warga di Lembah Pantai termasuk juga dengan untuk sebagai doktor kepada anak-anak saya di PPUM? Saya melihat sejarah track record doktor tersebut yang sudah berkhidmat di bawah hospital kerajaan sejak tahun 1978. Sekarang masih lagi mengajar dan antara kebolehan ataupun achievement pencapaian beliau termasuklah menerbitkan lebih kurang 16 judul dalam buku-buku, jurnal dan mengemukakan lebih 60 kajian di sidang local dan antarabangsa presented over 60 papers in local and international conferences, dengan izin. Saya bawa di sini adalah bagaimana tenaga-tenaga pengajar seperti Profesor Lim Chin Theam ini terpaksa menunggu hampir 12 tahun, 12 tahun supaya ada satu wad bersalin dan pediatrik baru disiapkan di PPUM.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Jadi sementara itu, mereka membina Pusat Neonatal dan kesemua kebolehan, pusat-pusat termasuk untuk bayi-bayi yang kecil, tiny babies, bawah 1,000 gram. Jadi semua ini merupakan pencapaian yang amat baik dan saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian melihat pemilihan oleh semua tenaga pengajar dibuat dengan cara yang optimum oleh dekan kerana semua ini akhirnya kalau kita tidak jaga dengan baik, ramai tenaga pengajar yang profesional yang sudah menghabiskan khidmat umur mereka bertahun-tahun dipaksa meninggalkan jurusan kerana tidak mendapat sokongan. Jadi dengan itu Tuan Pengerusi, saya harap dapat dijawab oleh Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian membahaskan B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan memulakan ucapan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan yang memperuntukkan begitu besar sekali peruntukan kepada kementerian ini. Kalau kita lihat perbelanjaan pengurusan sahaja RM10.7 bilion dan untuk pembangunan RM2.9 bilion. Bermakna dengan jumlah besar sebanyak RM13.7 bilion. Ini bukanlah satu jumlah yang kecil dalam satu tahun. Saya rasa yakin dan percaya bahawa kerajaan sanggup memperuntukkan belanjawan yang begitu banyak ini di atas kesedaran dan keprihatinan kerajaan kepada masa depan generasi kita pewaris bangsa di masa yang akan datang mana mereka mestilah disediakan dengan cukup pengetahuan, kemahiran dan juga pendidikan yang boleh menjadikan mereka generasi akan datang yang menjadi peneraju kepada pembangunan negara dan rakyat seterusnya terutama sekali menerajui sebuah negara maju dan juga cemerlang bukan sahaja di peringkat rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kita berhadapan dengan masa depan dunia tanpa sempadan dan juga persaingan yang hebat dan getir sekali dalam semua aspek, ekonomi, politik, diplomasi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Kita akan bangun menjadi sebuah negara dan juga satu bangsa yang menang dalam persaingan ini sekiranya anak bangsa kita ini mendapat pendidikan yang terbaik. Baru-baru ini saya mendengar ucapan Presiden Amerika, Barack Obama dalam siri kempen beliau bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat, di mana di antara perkara penting yang ditekankan oleh Presiden Barack Obama sebagai satu daripada gagasan perjuangan beliau ialah pendidikan dan pelajaran. Sebuah negara yang begitu maju, boleh dikatakan termaju di dunia pun masih menekankan skim ataupun program education, latihan untuk anak-anak mereka. Ini Amerika Syarikat yang jauh lebih maju daripada negara dan bangsa kita. Namun begitu, saya sebut sekali lagi mereka menekankan. Presidennya menekankan, memberatkan soal education dengan izin. Beliau ingin melihat rakyat Amerika mendapat pendidikan yang terbaik. Jadi apatah lagi kita satu negara yang berada di belakang yang mahu mengejar negara yang maju dalam tempoh hanya beberapa tahun lagi. Maka sudah barang tentu pendidikan ini amat penting dan saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan di atas komitmen yang ditunjukkan daripada bajet yang dibuat pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya. Dalam pada itu Tuan Pengerusi, saya ingin juga memberi sedikit pandangan berhubung dengan belanjawan yang diperuntukkan ini. Kita melihat peruntukan begitu banyak sekali diberikan untuk pengurusan universiti-universiti kita. Umpamanya pengurusan Universiti Malaya RM500 juta lebih dan juga bagi Universiti Sains Malaysia juga begitu. Boleh dikatakan rata-rata IPTA mendapat peruntukan hampir ataupun mencecah setengah bilion ringgit. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian membuat kajian dari segi value for money yang pada masa ini amat-amat ditekankan oleh kerajaan. Setiap dolar yang dibelanjakan dikira dari segi value for money dan juga apa yang disebut popular sekarang, the outcome daripada wang yang begitu banyak. Saya ingin mencadangkan satu kaedah kepada kementerian untuk membuat kajian ini dengan melihat kepada universiti- universiti swasta, institusi-institusi pengajian di sektor swasta. Sebuah institusi pengajian tinggi ataupun universiti daripada sektor swasta yang mempunyai bilangan pelajar yang sama ramai dengan pelajar Universiti Malaya contohnya, adakah mereka membelanjakan wang sebegitu banyak? Sebanyak RM500 juta dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia dengan jumlah pelajar di UKM itu yang sama, merupakan sama populasi pelajarnya daripada University HUB atau Taylor University ataupun Sunway University. Banyak lagi universiti swasta. Berapa sebenarnya perbelanjaan mengurus bagi sebuah universiti seperti itu? Saya berasa yakin dan percaya bahawa mereka membelanjakan wang tidak sampai sejumlah yang dibelanjakan oleh IPTA-IPTA kita. Ini bermakna bahawa pengurusan IPTA kita tidak efisien dari segi kewangannya, financially is not efficient. Mungkin banyak pembaziran, mungkin banyak duplikasi, pertindihan dalam banyak perkara.

Jadi dengan sebab itu untuk kita bukannya hendak menyelamatkan atau menjimatkan wang ataupun kita ingin mencadangkan supaya kerajaan berbelanja kurang daripada apa yang diperuntukkan tetapi saya mahu melihat bahawa penjimatan yang boleh dibuat itu boleh kita gunakan untuk perbelanjaan yang lebih bernilai.

Umpamanya, untuk membuka beberapa institusi pengajian tinggi lagi ataupun mengembangkan universiti yang sedia ada. Supaya lebih ramai lagi anak bangsa kita di Malaysia ini dapat tempat belajar di peringkat tinggi. Perlu diingatkan bahawa sebenarnya kita menghadapi kekurangan tempat belajar. UiTM sendiri pun saya tahu beberapa tahun yang lalu telah diputuskan untuk menambah atau meningkatkan populasi pelajarnya kepada 200,000. Akan tetapi perancangan itu terpaksa dipotong separuh menjadi hanya 50,000 kerana kekangan kewangan. Kekangan kewangan menyebabkan program untuk menambah Kampus Cawangan UiTM untuk memberi tempat 200,000 tambahan terpaksa dikurangkan kepada 50,000. Ini maknanya, dilakukan disebabkan faktor kewangan. Kewangan ini adakah sebenarnya kita tidak ada wang ataupun wang yang kita peruntukkan itu sebenarnya berlebihan daripada yang sepatunya dan boleh dijimatkan. Penjimatan itu boleh digunakan untuk mewujudkan fasiliti kepada pembelajaran untuk diberi peluang kepada pelajar-pelajar yang lebih ramai, Tuan Pengerusi. Jadi, itu daripada segi kecekapan perbelanjaan. Saya ingin juga menyentuh di sini daripada segi kualiti. Kualiti pelajar-pelajar kita yang setiap tahun keluar daripada institusi pengajian tinggi, universiti-universiti. Saya mungkin salah tetapi pada pengamatan saya, saya berpendapat dan saya minta kalau boleh kementerian membuat kajian yang terperinci. Apakah kementerian berpuas hati dengan kualiti graduan-graduan kita. Satu kelemahan graduan kita yang saya dapati ialah dari segi komunikasi, communication skills. Tuan Pengerusi, saya minta sedikit masa kerana perkara ini penting. Iaitu communication skills is out. Kita temuduga, kita berbahasa Inggeris sedikit, sudah tak boleh. Pelajar-pelajar dari UKM, pelajar-pelajar dari Universiti Malaya sekarang ini pun sudah menurun. Communication in English is very important. Itu sebab ramai daripada pelajar kita tak dapat pekerjaan dalam sektor swasta, mengharapkan pekerjaan dalam sektor kerajaan. Kalau tidak ada peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan, mereka menganggur, duduk di rumah. Bergelar graduan, berijazah itu, berijazah ini tetapi mereka tidak boleh dapat pekerjaan kerana tidak mempunyai communication skills. Oleh sebab itu tidak diterima oleh syarikat-syarikat untuk dijadikan pengurus-pengurus. Ini kelemahan yang berlaku. Kedua, daripada segi kualiti daripada pengamatan saya, memang Bahasa Melayu itu penting, kita agungkan, kita utamakan. Akan tetapi kena realistik dalam keadaan employment opportunities. Peluang pekerjaan pada hari ini, suka tidak suka, kemahiran dalam berkomunikasi itu penting, whether you like it or not, dengan izin. Tahu dalam bahasa Inggeris disebut, take it or leave it. You don’t try to be so arrogant and stubborn sehingga tidak mahu mengaku kenyataan. Kita bangga dengan Bahasa Kebangsaan tetapi kita kena realistik dan praktikal daripada segi realiti kalau kita nak bekerja perlu ada communication skills in English. Itu yang saya nak tekankan. Lagi satu lagi kelemahan yang saya tengok ialah kebanyakan pelajar-pelajar, graduan kita belajar untuk mendapatkan pasport. Pasportnya iaitu degree, bukan belajar untuk menimba ilmu dan kemahiran. You are there to go and learn dan, dengan izin, to acquire the knowledge and the skills, not just to pass the examination and come out with a degree and then after that, you use that as a passport to get a job. You cannot get a job, you cannot berdikari, tak boleh nak bekerja, menganggur. Apa jadi ini? Bermaknanya, pembelajaran dan pengajaran di peringkat universiti itu tidak menjurus ke arah pengilmuan. Dia belajar untuk mendapat maklumat sahaja. So, this is something which I think kita kena melakukan transformasi dalam pengajaran. Transformasi daripada segi kaedah pembelajaran, approach pembelajaran. Profesor- profesor yang banyak-banyak itu kena tengok apakah kaedah mereka mengajar. Pensyarah-pensyarah di universiti itu mengajar bagaimana. Adakah mereka itu mengajar untuk mengilmukan pelajar-pelajar kita di universiti itu.

Dengan sebab itu pada hari ini Tuan Pengerusi, saya minta izin sekali lagi, graduan kita tidak kreatif, graduan kita tidak inovatif. Kita mahu menjadi satu bangsa masa depan sebagaimana Perdana Menteri sebut, kita nak inovatif dan kreatif. I challenge you do a study, how many percent of our graduates are creative and innovative, dengan izin, Tuan Pengerusi. Bukan saya nak memperkecil-kecilkan tetapi saya nak bercakap soal masa depan bangsa. Kita hendakkan bangsa yang berdaya maju- sikit lagi Tuan Pengerusi. Tidak adanya jati diri, semangat jati diri kurang, semangat keusahawanan kurang. What happened, apa yang terjadi di dalam sistem pembelajaran kita di peringkat universiti, kolej? Tidak mendidik dan mengasuh...

Yang Berhormat Pasir Salak, boleh saya mencelah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dah habis masa Yang Berhormat.

Sekejap sahaja. Nak habis masa dah, Tuan Pengerusi dah bagi signal dah.

Sikit sahaja, nak menyokong sebenarnya, saya nak menyokong sebenarnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja, selepas inilah Yang Berhormat Kota Raja.

Tuan Pengerusi tak benar. Sikit lagi Tuan Pengerusi. Keusahawanan tidak ada. Saya selalu bercakap di kawasan saya, banyak daripada graduates yang duduk di rumah tak ada pekerjaan, berkelulusan ekonomi. Apalah salahnya bukalah satu kedai jual nasi lemak pun. Boleh dapat pendapatan RM2,000, RM1,000 sebulan, rather than you go and work for somebody and earn one thousand or two thousands. Takkan buka kedai nasi lemak pun tak boleh, buka kedai makan pun tak boleh, jual kredit telefon pun tak boleh, jual komputer pun tak boleh. Beri pengangkutan, transportation pun tak boleh. You are a graduate of Economics, you are a graduate of Automotive Engineering, but you can’t even open up a small workshop. Why? Semua menunggu pekerjaan. Sebab apa? Sebab tidak ada keusahawanan, tidak ada jati diri. So, pada hari ini skim pengajaran dan pembelajaran mesti membina jati diri dan keusahawanan di kalangan graduan kalau kita hendak menjadi satu negara yang maju dan berjaya pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Beberapa perkara, Butiran 020200 – Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Saya rasa sekarang kita ada banyak institusi pengajian tinggi swasta di negara kita. Saya nak tanya apa kawalan terhadap institusi-institusi pengajian tinggi swasta ini untuk memastikan bahawa mereka ada dana yang cukup untuk membayar guru-guru atau lecturers dan juga memastikan bahawa pelajar-pelajar yang belajar di institusi pengajian tinggi swasta ini mereka boleh menyambung pelajaran mereka di kolej tersebut. Ini kerana di kawasan saya terdapat sebuah kolej yang bernama, dengan izin, International College of Health Science di Seri Kembangan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Pada bulan Mac ini, saya terima aduan bahawa seorang clinical instructor beliau tidak menerima bayaran gajinya sejak bulan Mac sampai sekarang. Peristiwa ini menjadi semakin teruk, kedudukan kewangan kolej ini menjadi semakin teruk sampailah pada bulan Julai pelajar-pelajar di kolej tersebut terpaksa berpindah ke kolej yang lain untuk sambung pelajaran mereka.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Saya rasa peristiwa macam ini berlaku kerana kolej tersebut mereka tidak ada satu dana kewangan yang mencukupi untuk memastikan bahawa semasa kolej ini berjalan mereka ada dana yang mencukupi untuk membayar gaji, untuk membekalkan facilities ini kepada pelajar-pelajar. Jadi saya hendak tanya tentang kes International College of Health Science ini apa penyelesaiannya dan apa langkah yang akan diambil oleh kerajaan, oleh kementerian ini untuk memastikan, untuk mengawal semua kolej swasta di negara kita? Isu kedua yang saya hendak bangkitkan di sini adalah saya rasa satu pindaan telah dibuat kepada AUKU untuk membenarkan mahasiswa kita untuk menyertai parti politik. Pindaan ini baru-baru sahaja. Akan tetapi saya rasa untuk mahasiswa, pelajar- pelajar yang mendapat biasiswa di bawah JPA atau pun mendapat pinjaman wang daripada PTPTN, terdapat satu klausa di dalam perjanjian yang menyatakan bahawa mereka tidak diizinkan untuk menyertai mana-mana parti politik. Jadi, saya hendak mintalah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap klausa tersebut? Ini kerana saya rasa sekiranya pendirian kerajaan kita adalah sekarang mahasiswa boleh menyertai parti-parti politik, jadi saya rasa klausa tersebut tidak sepatutnya wujud dalam perjanjian JPA atau pun perjanjian di bawah PTPTN. Saya haraplah bahawa kementerian ini kita memberi layanan yang sama, yang adil kepada semua mahasiswa mahasiswi di negara kita tidak kira mereka itu adalah yang mendapat biasiswa di bawah JPA atau pun di bawah PTPTN. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi Butiran 020000 – Pengajian Tinggi. Baru-baru ini dalam peringkat dasar saya mencadangkan supaya kementerian dapat memikirkan untuk mengkaji bagi mewujudkan industri pembangunan dan penyelidikan khususnya di negeri Sabah. Dalam Butiran ini juga saya berharap kalau misalnya kementerian mungkin dari segi kekangan untuk membuat kajian dan mewujudkan universiti penyelidikan dan pembangunan di peringkat awal, saya berharap supaya kementerian dapat memikirkan daripada cawangan Universiti Malaysia Sabah untuk diwujudkan fakulti pembangunan penyelidikan dan diletakkan di kawasan selain daripada kawasan kampus utamanya, mungkin di kawasan Pantai Timur. Saya mencadangkan supaya ianya dibina atau pun dibuka fakulti bahagian penyelidikan dan pembangunan ini di kawasan Tungku dalam Parlimen Silam sebab kita dapati kemudahan di situ ada. Sebagai contohnya Kolej KINI yang sekarang ini ada beroperasi di kawasan Sahabat 7 dalam Bandar Cenderawasih, saya dapati Kolej KINI tersebut under used, dengan izin, Tuan Pengerusi. Jadi saya mencadangkan supaya kementerian membuat kajian awal untuk mengambil kira cadangan saya bagi mewujudkan cadangan universiti penyelidikan dan pembangunan di negara kita dan dibina di negeri Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur. Seterusnya saya menyentuh Butiran 040000 – Pengajian Kolej Komuniti. Kita tahu kolej komuniti telah pun ditubuhkan melalui memorandum nombor 3982225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Saya dapati memorandum tersebut mengandungi penubuhan dan pelaksanaan satu kolej komuniti bagi setiap kawasan Parlimen. Saya sebenarnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian sebab mengambil inisiatif untuk mewujudkan kolej-kolej komuniti di seluruh negara. Setakat ini kita tahu sebanyak 80 buah kolej komuniti telah pun dibangunkan dan di Sabah sahaja kita ada empat buah. Saya sebenarnya ingin tahu memandangkan hasrat kementerian adalah untuk mewujudkan kolej komuniti bagi setiap Parlimen, saya pun pernah bertanya di Dewan yang mulia ini tentang Kolej Komuniti Lahad Datu iaitu sebenarnya salah satu bandar yang terdapat dalam Parlimen Silam.

Saya pernah mencadangkan dan meminta kepada kementerian supaya menukarkan Kolej Komuniti Lahad Datu tersebut kepada nama Kolej Komuniti Silam sebab dari segi maklumat mungkin kementerian sebelum ini belum mengetahui bahawa Lahad Datu itu adalah merupakan Dewan Undangan Negeri dan bukan kawasan Parlimen. Saya dapati sehingga sekarang ini kementerian belum lagi mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menukar nama kolej tersebut kepada kolej komuniti kawasan Silam. Saya berharap supaya pihak kementerian mengambil tindakan segera. Saya juga mencadangkan supaya kementerian dapat mengambil perhatian dari segi kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej komuniti di kawasan saya dalam keadaan dia dari segi tempat letak kereta dan kemudahan-kemudahan lain yang agak terhad di masa akan datang. Oleh sebab sambutan untuk kolej komuniti ini semakin bertambah baik dari semasa ke semasa, maka saya minta supaya kementerian dapat mengambil perhatian untuk mengenal pasti dari segi lokasi yang lebih baik. Walaupun sekarang ini barang kali ia bercampur dengan kawasan bandar dan kedai, namun dari segi keselesaan pelajar dan masyarakat itu agak kurang terutamanya dari segi kemudahan- kemudahan seperti riadah. Tuan Pengerusi, saya berharap supaya kementerian dapat mengambil perhatian serius dalam perkara ini terutamanya menukarkan nama Kolej Komuniti Lahad Datu itu kepada Kolej Komuniti Kawasan Parlimen Silam. Seterusnya Butiran terakhir yang saya ingin sentuh Tuan Pengerusi adalah Butiran 020300 – Pengurusan Kebajikan Pelajar. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia atau pun KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara. Sebenarnya inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan atau pun MPPK pada 21 November 2011 yang lalu. Melalui KADS1M ini, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk jugalah kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Soalan saya, apakah jaminan kerajaan bahawa setiap premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian dalam program ini seperti yang disenaraikan dalam laman web benar-benar menerima dan mengiktiraf penggunaan kad ini? Kita tidak mahu nanti mungkin untuk masa-masa tertentu sahaja kad ini boleh diterima pakai oleh agensi atau pun kedai- kedai yang sama-sama menunaikan tanggungjawab. Saya minta supaya konsep kad ini dapat diteruskan dan dikekalkan sebab nampaknya ia dapat memberi manfaat terutamanya kepada pelajar. Saya juga ingin tahu apakah tindakan kerajaan terhadap premis perniagaan yang enggan mengiktiraf penggunaan kad ini kerana kita tidak mahu sebab kita telah pun berjanji kepada para pelajar untuk memberikan diskaun yang sesuai yang telah ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan mungkin ianya bersifat sementara. Kita dapati juga ada di kalangan kedai dan juga pelanggan yang cuba kita sama-sama bagi mendapat kemudahan ini mungkin tidak dapat memberi kerjasama dan ini akan membebankan dan memberi kesulitan kepada pelajar terutamanya. Saya berharaplah supaya kementerian dapat memberikan satu garis panduan yang jelas dan tetap supaya dapat dipatuhi dan saya berharap juga supaya kad ini dapat diteruskan untuk kegunaannya bagi kemudahan para pelajar semua. Saya minta juga supaya kementerian ini dapat mengambil perhatian untuk pengurusan pelajar ini di masa akan datang supaya sentiasa dapat dipertingkatkan dan dikemaskan untuk membolehkan pelajar ini dapat mengikuti pengajian dalam apa juga pusat pengajian yang mereka sertai untuk kemudahan dan menjadi kemudahan serta membantu terutamanya pelajar-pelajar yang datang daripada kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Balik Pulau untuk berbahas dalam masa yang singkat ini mengenai 010000 – Pengurusan Kementerian. Yang Berhormat Menteri, untuk tujuan rekod pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya tidak terlibat langsung dalam Kementerian Pengajian Tinggi Yang Berhormat tetapi memberi peluang saya baru- baru ini saya ke luar negeri bersama-sama Yang Berhormat Menteri di JPA untuk berdialog secara langsung dengan pelajar-pelajar Malaysia di England. Saya rasa itu satu pengalaman yang baik kerana ke beberapa universiti daripada terutama di Daerah Selatan England daripada London, Nottingham, Swansea, Bristol dan juga hinggalah ke dialog- dialog dengan pimpinan di sana. Pengalaman ini Yang Berhormat Menteri saya katakan satu perkara yang baru juga kepada mereka kerana ia secara terbuka, ada Ahli Parlimen Pembangkang bersama dengan Yang Berhormat menteri dan juga pada masa yang sama dihadiri oleh Timbalan Menteri Sukan, Tuan Gan Ping Sieu. Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di sini satu perkara yang saya lihat di situ mengikut laporan, feedback saya dapat daripada pelajar, dia kata itu satu perkara yang baru dan dia kata perlu diteruskan. Akan tetapi saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri lah kerana ini bagi saya satu perkara yang dikatakan bagus oleh pelajar dan kebetulan kerana mereka mahu pandangan itu kerana soalan-soalan ditanya. Contohnya, apa pandangan Yang Berhormat menteri mengenai Bersih? Apa pandangan saya sebagai pembangkang? Langsung, apa pandangan mengenai hudud? Apa pandangan mengenai hak memilih pilihan raya yang akan datang untuk pelajar-pelajar? Jadi perkara itu langsung dan saya rasa itu juga aspek pendidikan yang Kementerian Pengajian Tinggi perlu lihat. Untuk itu saya membawa keresahan pelajar. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini pelajar kerana setiap tahun ada pertandingan tahunan pelajar-pelajar di United Kingdom sana. Baru-baru ini mereka semua berkumpul di Nottingham University ramai tetapi disebabkan peraturan Kerajaan UK di sana, mereka telah dikenakan saya rasa yuran yang agak tinggi untuk mengadakan pertandingan sukan tahunan. Ini kerana di sana dimaklumkan kepada saya Universiti Nottingham mengenakan caj yang agak tinggi juga sebab perlu disewa kemudahan-kemudahan sukan. Apa yang saya ingin timbulkan di sini ialah peraturan-peraturan ini akan saya rasa lebih membantu sekiranya ia dibantu secara langsung oleh Kementerian Pengajian tinggi kerana merujuk kepada aspek-aspek kewangan dan keduanya merujuk kepada aspek-aspek dasar. Contohnya macam peniaga-peniaga. Tahun ini pelajar hendak berniaga susah sebab dikenakan insurans. Insurans untuk penjaja-penjaja ataupun yang membuka kedai. Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di sini Yang Berhormat Menteri, aspek yang pelajar tunjukkan yang saya rasa perlu digalakkan ialah aspek keusahawanan yang diterapkan. Ada pelajar boleh buat nasi lemak untuk 1,000 orang lebih makan. Saya rasa itu satu perkara yang hebat. Mungkin Yang Berhormat Pasir Salak tidak tahu tadi. Dia kata pelajar tidak boleh buat nasi lemak. Saya kata dia boleh buat even di England. Akan tetapi yang penting kita perlu permudahkan kerana Yang Berhormat Menteri saya rasa aspek yang seterusnya ingin saya tekankan ialah aspek pertama sekali saya difahamkan bahawa kerajaan di dalam merangka dasar pendidikan, telah menggunakan khidmat para konsultan. Yang Berhormat Menteri, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskanlah di Dewan ini. Pertama kenapa perlu guna pakar-pakar konsultan terutama konsultan- konsultan luar ini, terutamanya management-management consultant ini? Ini kerana saya faham mereka ini yang mahal dan saya faham juga tidak banyak pun yang banyak kepakaran di dalam pendidikan ini. Mereka ini lebih kepada aspek-aspek korporat. Akan tetapi kalau ada mungkin perlu dijelaskan kepada Dewan. Kedua Yang Berhormat Menteri, saya bertanya di mana peranan institusi-institusi khusus ini? Saya difahamkan ada Majlis Profesor, majlis pelbagai dan saya rasa dari segi aspek bahasa dan sebagainya kita ada institusi-institusi berkanun, Dewan Bahasa.

Malah kita pun ada, kita panggil sasterawan-sasterawan negara kalau isunya isu kebudayaan, kalau isunya isu bahasa. Akan tetapi sejauh manakah mereka ini diguna pakai, dimanfaatkan? Ini kerana saya bimbang macam dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, bunyi hebat, perbelanjaan tinggi, mahal tetapi manfaatnya saya rasa tidak ‘semana’ ataupun mungkin manfaatnya boleh dioptimumkan dengan perbelanjaan yang lebih murah. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, atas tujuan itu Yang Berhormat Menteri saya ingin cadangkan satu pendekatan yang telah dibuat dan telah berhasil dan berjaya dan sehinggakan mengangkat nama universiti tersebut sehingga satu universiti yang, sebenarnya bukan Ivy League pun Yang Berhormat Menteri. akan tetapi sekarang ini setaraf hebat macam Ivy League. Pendekatan itu telah digunakan pada sekitar lebih kurang Oktober 1993 oleh seorang yang berlatarbelakangkan hanya Profesor Undang-undang tetapi diangkat sebagai Presiden universiti sekarang ini Presiden America Professor Gerhard Casper di Stanford University. Pada tahun 1993 apa yang dia buat selepas beliau diangkat menjadi presiden, beliau mengujudkan apa yang dipanggil sebagai dengan izin, Commission on Undergraduates Education iaitu satu suruhanjaya untuk mengkaji mengenai pendidikan undergraduates ini. Ini penting Yang Berhormat Menteri kerana sehebat-hebat universiti tersebut pun dikatakan, dilaporkan semenjak tahun 1968 perkara tersebut tidak pernah dibuat. Beliau melakukan selepas ia lama tidak dibuat dan yang menarik juga Yang Berhormat Menteri yang saya ingin katakan berbeza dengan pendekatan yang menggunakan konsultan-konsultan luar ini, beliau dilaporkan menggunakan dengan izin, fourteen faculty members di dalaman, two students dalaman, two alumni dalaman dan the vice provost secara kebetulan ketika itu dilantiknya Condoleezza Rice sebagai vice provost. Apa yang ingin saya menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, pada pandangan saya untuk keperluan satu institusi itu saya rasa orang dalam lebih tahu terutama mereka yang telah bertugas dengan lama. Pertama, itu saya rasa Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan. Pendekatan saya nampak berbeza dan belanjanya tinggi dan saya rasa kurang efektif. Kedua Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin bertanya penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai apa reaksi atau tindakan kementerian terutama apabila Bank Dunia, World Bank mengeluarkan laporan yang mengkritik hebat terutama sekali mengambil kira pendekatan pendidikan dalam kerangka kepelbagaian kaum yang ada aspek-aspek yang ditekankan membantut prestasi Kementerian Pengajian Tinggi. Yang Berhormat Menteri faham apa laporan yang saya maksudkan ya Yang Berhormat Menteri? Ketiga Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengatakan juga di sini ialah kementerian perlu menggarap kepakaran-kepakaran kita panggil Graduate Fellowship Program kerana perkara yang sama dibuat oleh presiden tersebut sehinggakan ia membantu universiti dalam dua aspek. Satu, dari segi dana dan kedua membantu untuk mewujudkan satu program-program fellowship yang mana boleh diguna pakai oleh pelajar- pelajar dan pensyarah-pensyarah yang hebat, yang bagus agar mereka ini tidak ke tempat lain. Perkara ini diwujudkan kerana pada pandangannya ialah recruitments and retention of exceptional faculty members yang berjaya ini amat penting dari segi aspek penyelidikan dan juga pengajaran. Excel both in research and teaching dan ini saya katakan ada sesetengah pensyarah dia ini pandai mengajar, sentiasa mendapat anugerah di dalam pengajaran. Akan tetapi dari segi aspek penyelidikan mungkin dia tidak rekod yang baik. Akan tetapi saya rasa kedua-duanya amat penting. Saya ingin menanya Yang Berhormat Menteri sejauh manakah institusi–institusi pengajian tinggi ataupun kementerian sendiri memberi galakan di dalam aspek yang mana mengangkat tenaga pengajar yang hebat dari segi penyelidikan dan hebat dari segi pengajaran. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, ini akan sekali lagi menyumbang ke arah pembentukan Yang Berhormat Menteri pun maklum iaitu dipanggil sebagai Research Grant dan juga Junior Faculty untuk mereka-mereka yang punya potensi.

Mungkin punya CGPA yang tinggi dan sebagainya melihat bahawa profesion pendidikan ataupun profesion sebagai pensyarah ini satu perkara yang hebat. Saya rasa perkara hebat ini mungkin boleh berlaku dalam dua aspek. Mungkin dari segi gaji yang sehebat mungkin. Kedua mungkin dari segi kondisi penyelidikan tersebut sentiasa punya skim galakan, research grant dan sebagainya yang menggalakkan. Saya rasa itu perlu kerana Graduate Fellowship Program ini telah berjaya membentuk keadaan sebegitu di universiti yang saya katakan tadi. seterusnya apa yang ditunjukkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut ialah Yang Berhormat Menteri, ia mengurangkan birokrasi. Mengurangkan birokrasi sehinggakan terbentuknya satu jawatan yang kecil. Satu birokrasi pendidikan. Ialah kita di sini macam-macam ada. Senat ada, macam-macam yang sehinggakan kadang-kadangnya benda itu tidak menyumbang ke arah pendidikan pun. Ia banyak menyumbang ke arah perbelanjaan pengurusan yang mana saya rasa pendidikan di sini ialah yang paling penting mengenai minda, hati dan juga tangan.

Maksud saya pendidikan hari ini sehinggakan kita melihat is this connect within brain, heart and hand? Sehinggakan hendak buat benda tertentu tidak boleh kerana memerlukan infrastruktur yang mahal dan sebagainya. Saya rasa birokrasi juga satu aspek yang Timbalan Menteri mungkin boleh jelaskan. Adakah birokrasi yang ada sekarang ini membantu terhadap kecemerlangan institusi ataupun sebenarnya kita perlu kurangkan kerana perbelanjaannya tinggi dan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, menjadi pengerusi sampai lebih lima tahun dan sebagainya tetapi prestasi tidak menunjukkan indicator yang sama. Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin menanyakan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan.

...Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh mana kementerian melihat fungsi alumni persatuan bekas-bekas pelajar ini terhadap membantu kementerian kerana saya melihat di dalam laporan suruhanjaya ini juga ia menunjukkan bahawa persatuan alumni ini membantu secara langsung terutama sekali di sini dikatakan Stanford Fund for Undergraduate, yang mana menunjukkan bahawa dana pendidikan terutama untuk pelajar-pelajar undergraduate ini dibantu langsung oleh pihak alumni. Saya yakin universiti-universiti di Malaysia ini, banyak universiti tua seperti Universiti Malaya dan sebagainya mempunyai rangkaian alumni-alumni atau bekas-bekas pelajar yang hebat. Akhir sekali untuk kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan di Dewan ini, setakat hari ini apa perkembangan ataupun apakah bantuan kerajaan, apakah status terakhir dengan izin, The First Asian Women Leadership University yang telah diputuskan sebagai satu projek ETP oleh Yang Berhormat Menteri Senator. Saya tidak ada peluang untuk bertanya beliau sebab dia tidak pernah datang ke Dewan untuk menjawab tetapi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri walaupun dikatakan projek ETP di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi saya rasa relevan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian untuk menjelaskan kerana pada pandangan saya mengikut website dan juga mengikut diskusi saya dengan peneraju universiti tersebut ia bukan sahaja akan memberi impak kepada Malaysia malah diandaikan ia akan melatih bakal pemimpin- pemimpin wanita di rantau seperti Timur Tengah, di Asia dan sebagainya. Saya rasa itu satu perkara yang menjawab dan boleh mengangkat martabat negara, sebuah negara yang progresif seperti mana yang dikhuatiri oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi ada isu-isu gender. Jadi, saya rasa kalau ini diangkat dan ianya berjaya saya rasa satu perkara yang baik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Akhir sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kawasan politeknik. Politeknik Balik Pulau sebab mengikut diskusi saya dengan seorang pegawai yang tidak perlu saya nyatakan namanya di sini, kebetulan pegawai khas yang menjaga hal ehwal politeknik ini.

Politeknik di Balik Pulau ini Yang Berhormat Timbalan Menteri bermula dengan agak tidak berapa menyenangkan seperti isu-isu pembangunan, isu-isu construction itu amat memalukan sehingga dipapar di media-media. Akan tetapi saya rasa belum terlambat Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membetulkan keadaan ini dan saya rasa ianya boleh dipercepatkan dan boleh diperbaiki. Cadangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, mungkin tiba masanya Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat politeknik, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya yang bersifat vokasional dan teknikal ini diintegrasikan kerana saya rasa banyak tetapi pencapaiannya itu kita perlu dengan izin ‘cutting edge or the cutting edge.’ Mungkin boleh jadikan satu politeknik yang istimewa dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu apatah lagi untuk keperluan inovasi dan ekonomi kreatif. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, kita sudah berbahas panjang selama dua jam dan 12 orang telah mengambil bahagian. Saya cuma akan memanggil Yang Berhormat Kanowit, selepas itu Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya satu minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Lepas itu saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya ada satu isu sahaja sebenarnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tumpang.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tumpang? Kalau tidak kena dengan tajuk hendak tumpang macam mana?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sudah mencelah pun sudah satu isu tadi PTPTN.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Satu ya, satu.

Tuan Pengerusi, saya akan terus kepada Maksud Pembangunan 49 iaitu Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Saya melihat untuk 2013 ini lebih kurang RM38 juta akan diperuntukkan untuk pembangunan kolej komuniti. Mengikut dasarnya kita telah difahamkan bahawa setiap kawasan Parlimen akan dibangunkan sekurang-kurangnya sebuah kolej komuniti. Oleh sebab itu saya ingin menanya kepada kementerian sama ada kawasan Parlimen Kanowit telah diberi keutamaan, satu daripadanya dalam Bajet 2013 ini. Saya juga ingin menanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, di seluruh negara ini, berapakah jumlah kolej komuniti yang telah dibina dan apakah kursus-kursus yang diberi keutamaan untuk diajar di dalam kolej-kolej ini? Keduanya, di kawasan saya di Parlimen Kanowit ini, kita mempunyai tiga buah sekolah menengah dan setiap tahun tidak kurang daripada 400 pelajar yang keluar daripada tingkatan lima dan enam dan tidak mungkin kesemua mereka ini akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ataupun kolej-kolej lain. Oleh sebab itu saya melihat kolej komuniti ini adalah amat penting bagi kawasan pedalaman terutama di Kanowit sebab di sekeliling kawasan Kanowit di bandar Sibu yang terbesar belum ada universiti di mana pelajar-pelajar ini dapat melanjutkan pelajaran mereka. Jadi sebab itu kalaulah 50 peratus mereka ini dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bermakna lebih kurang 200 lagi tertinggal di rumah-rumah panjang ataupun akan bekerja di kedai kopi yang tidak akan membawa makna kepada mereka dalam jangka panjang. Oleh sebab itu saya menyeru kepada kementerian untuk melihat kawasan Parlimen Kanowit at least dalam Bajet 2013 ini diberikan peruntukan supaya ianya dibina sebuah universiti. Dari segi tapaknya saya ingin memaklumkan kepada kementerian juga kita telah pun mempunyai satu tapak yang sedia ada. Tapak ini adalah bekas SMK Sendayan yang telah dipindahkan ke tapak yang baru dan sekarang ini pun sudah tidak digunakan lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, saya sudah pun membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk diberi pertimbangan dibina sebuah kolej komuniti di tempat ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Pengerusi, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan. Pertama, adakah kementerian menyediakan atau mengeluarkan blueprint dalam menggariskan dasar dan perjalanan universiti-universiti supaya bila berlaku pertukaran naib canselor, dasar dan perjalanan universiti-universiti tidak selalu berubah. Sebagai contoh sahaja, tawaran kursus-kursus profesional umpamanya UTM dahulu menumpukan kepada kejuruteraan, UUM menumpu kepada pengurusan, Universiti Teknikal kepada kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia sebagai universiti APEX dan lain- lain tetapi sekarang kebanyakan universiti ada menawarkan kursus-kursus perubatan dan kesihatan bersekutu sedangkan dalam bajet kementerian ada tiga hospital pengajar yang diberi peruntukan iaitu UM, UKM dan USM. Adakah hospital-hospital juga diberi peruntukan yang sama untuk latihan pelajar-pelajar universiti. Nampaknya tidak ada lagi kepakaran atau profesional masing-masing universiti. Berapa banyak IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus perubatan dan sains bersekutu? Memandangkan industri pertanian sekarang penting dalam memastikan pengeluaran makanan yang cukup maka kenapa Universiti Putra Malaysia tidak ditukar balik tumpuan penawaran kursusnya kepada pertanian, bioteknologi dan perubatan veterinar?

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 020300 – Pengurusan Kebajikan Pelajar. Pengalaman saya suatu masa dahulu, universiti-universiti umpamanya UM dan UKM yang memberi perhatian kepada latihan usahawan dengan menyediakan kiosk perniagaan bagi persatuan pelajar sebagai tempat melatih usahawan mereka. Kiosk ini kebanyakannya ditaja oleh pihak swasta seperti Nestle. Apa yang mendukacitakan sekarang, kenapa kiosk ini disewa kepada peniaga-peniaga luar? Kedua merujuk kepada latihan industri, adakah universiti-universiti mempunyai hubungan rapat dengan industri-industri selari dengan skop tujahan kepakaran ataupun profesional universiti-universiti berkenaan? Saya difahamkan pelajar-pelajar perlu mencari sendiri tempat latihan industri. Adakah universiti mempunyai hubungan dengan industri-industri yang dipilih dan dipantau oleh universiti? Dalam lain perkataan, adakah hasil kajian atau latihan mereka dapat dimanfaatkan oleh universiti- universiti berkenaan? Merujuk kepada Butiran 040000 – Pengajian Kolej Komuniti. Saya difahamkan kolej komuniti dibina di seluruh negara mengikut bidang-bidang profesional masing-masing. Selain dari pelajar-pelajar lulusan SPM yang dibenarkan masuk ke kolej komuniti, adakah pelajar-pelajar dewasa, ataupun bakal-bakal usahawan dibenarkan juga mengikuti kursus- kursus di kolej ini? Berapa banyakkah pelajar-pelajar yang mendaftar pada tahun 2012 ini dan jumlah pelajar dewasa yang mengambil kursus di kolej ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh? Boleh Yang Berhormat? Tumpang, tumpang. Ini berkenaan dengan kolej komuniti juga Yang Berhormat. Saya hendak ambil kesempatan ini kerana saya rasa kalau saya tanya di peringkat Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, rasanya tidak adil kerana maklumat tidak diberi terlebih dahulu berkenaan kolej komuniti. Berkenaan dengan cadangan membina dan menaikkan taraf penyewaan komputer berpusat untuk kesemua kolej komuniti dan juga politeknik. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri mendapat maklumat ini atau tidak kerana maklumat ini disampaikan oleh PTM iaitu Pegawai Teknologi Maklumat politeknik seluruh Malaysia dan juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat kolej-kolej komuniti seluruh Malaysia. Ini berkenaan dengan keputusan kementerian Yang Berhormat untuk membuat sewaan dan bukannya untuk membekal pembelian. Dia dalam bentuk sewaan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kesemua peralatan ICT dan juga pencetak untuk semua politeknik dan kolej komuniti seluruh negara, jumlah keseluruhannya ialah 12,339 unit yang mana ada laporan dikatakan laporan penyelewengan dan mereka telah pun mengemukakan aduan mereka kepada pihak SPRM. Mereka meminta saya untuk mengemukakan perkara ini di dalam Dewan untuk mengetahui status perkembangan tersebut. Adakah dakwaan mereka itu mempunyai jawapan ataupun mempunyai asas. Saya sebagai Ahli Parlimen yang juga kolej komuniti terdapat di kawasan saya di Indera Mahkota, saya juga rasa perlu mengetahui perkembangan ini kerana kedudukan ini secara jelas mengatakan asalnya kerajaan berhasrat untuk membeli peralatan ICT untuk kemudahan politeknik dan kolej komuniti tetapi akhirnya ditukar kepada status penyewaan. Saya ada semua maklumat dibekalkan kepada saya. Saya rasa tidak adil kalau saya bacakan perkara itu. Lebih baik saya hendak tanya klasifikasi daripada kementerian berkenaan kedudukan ini sebelum dikatakan ini sebagai satu penyelewengan. Saya tidak tahu. Mereka mengklasifikasikan sebagai satu penyelewengan. Akan tetapi saya rasa adalah lebih adil untuk kita mendengar penjelasan dahulu tentang perkara ini. Selanjutnya kalau dibenarkan, saya akan kemukakan apa-apa maklumat yang ada di dalam simpanan saya. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Pengerusi, saya harap ucapan Yang Berhormat Indera Mahkota ini dimasukkan dalam ucapan saya. Merujuk kepada soalan saya tadi, berapakah jumlah pelajar-pelajar kolej komuniti seluruh negara dan jumlah pelajar dewasa ataupun bakal-bakal usahawan yang mengambil bahagian, yang mengambil kursus-kursus di kolej ini dan bidang-bidang yang mereka minati. Adakah kolej komuniti ini juga menjadi tempat untuk orang-orang ataupun lulusan- lulusan universiti ataupun lulusan-lulusan kolej yang tidak berjaya mendapat kerja. Kemudian kolej komuniti juga memberi ruang kepada mereka untuk mereka mendapat kerja sebagaimana yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia. Merujuk kepada Butiran 061000 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya difahamkan universiti mengambil pelajar lulusan SPM untuk mengikuti kursus pendidikan. Kenapa pihak universiti tidak hanya mengambil siswazah lulusan daripada universiti- universiti lain untuk diberi latihan diploma pendidikan kerana saya kira dari segi kos perbelanjaan yang mungkin lebih murah daripada mengambil pelajar-pelajar lulusan SPM yang perlu diberi penekanan yang lebih. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi ll · Temerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya juga bagi pihak kementerian mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada peringkat Jawatankuasa yang berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Yang Berhormat Kubang Kerian telah bertanya tentang kes yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebenarnya memang berlaku sejumlah pensyarah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi. Akan tetapi mereka ini bukanlah ditamatkan perkhidmatan. Cuma mereka ini tidak disambung perkhidmatannya. Mereka dilantik pada peringkat awalnya dengan berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran mereka yang diperlukan oleh UPNM pada masa itu. Namun demikian Tuan Pengerusi, seperti mana mana-mana universiti yang lain, semakin mereka matang dan semakin mereka meningkatkan jumlah pelajar, semakin ramai juga mereka mempunyai pensyarah- pensyarah yang mereka ambil dan hantar ke luar negara untuk mendapat kelulusan PhD sebagai contohnya yang sudah kembali untuk mengisi tempat-tempat, jawatan-jawatan sebagai pensyarah dan sebagainya.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi ll · Temerloh

Oleh sebab itu yang tidak disambung, mereka itu dilantik secara kontrak dari awal lagi. Pada hemat saya, mereka semua faham tentang apa yang berada di hadapan mereka bahawa ini bukan suatu jawatan yang tetap tetapi adalah jawatan kontrak yang memang sangat diperlukan dan kita memang sangat-sangat berterima kasih kepada mereka. Namun demikian, saya memahami kerisauan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Saya akan siasat. Bimbanglah kalau berlaku penganiayaan tetapi setakat yang saya tahu, tidak berlaku penganiayaan kepada sesiapa. Ia hanya kes di mana kontrak mereka tidak disambung. Jumlahnya ialah seramai 90 orang. Seramai 90 orang pensyarah yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Saya tidak dapat sahkan 90 orang, 90 orang adalah angka yang Yang Berhormat sebutkan.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi ll · Temerloh

Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti itu dibuat oleh Universiti, KPT dan dipersetujui oleh JPA sebab akhirnya JPA yang istilah mudahnya jawatan itu, scheme of service, dengan izin, semua itu ditadbir uruskan oleh pihak JPA. Tuan Pengerusi...

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan? Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakan saya. Akan tetapi saya yakin dan percaya bahawa rakan saya ini, Timbalan Menteri boleh berfikir dalam kotak pemikiran yang lebih luas. Memanglah jawapannya kontrak tidak disambung itu, jawapan yang standard. Akan tetapi saya harap Timbalan Menteri, selaku mempunyai visi yang lebih luas saya rasa, isu ini saya sudah sebut tadi memang UPNM ini ialah sebuah universiti, ia berbeza dengan universiti yang lain. Kepakaran, pengalaman dalam bidang ketenteraan itu sangat penting. Kalau ada hujah yang mengatakan tadi mereka yang dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan PhD, kenapa tidak mereka yang telah ada ini, yang telah menjiwai, yang mereka telah memberikan khidmat, ditawarkan, bukan diberhentikan. 90 orang itu Yang Berhormat bukan angka yang kecil. Mereka bekas tentera. Mereka mungkin mempunyai suatu nilai yang sangat sentimental. Jadi, ditamatkan begitu sahaja. Saya rasa, tidak apalah. Mungkin saya faham apa yang menjadi halangan tetapi saya minta satu akujanji daripada Yang Berhormat supaya diadakan satu panel khas menyiasat, 90 itu bukan benda yang kecil. Mereka bekas tentera supaya mereka diberikan ruang untuk meneruskan khidmat mereka. Akan tetapi kalau alasan yang hanya mereka hanya ada advance diploma, saya rasa itu berlaku satu penganiayaan yang saya rasa perlu kerajaan fikir kerana mereka adalah bekas tentera yang mengajar di sebuah universiti yang mereka mahu- saya percaya terus memberikan sumbang bakti mereka. Terima kasih.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih sahabat Yang Berhormat Kubang Kerian. Akan tetapi dia ada bendanya ini Yang Berhormat. Dia visi, visi juga. Dia kotak, kotak juga. Ada benda boleh keluar kotak, ada benda dalam kotak. Ini soal skim. Ada dua perkara, satu ialah soal skim perkhidmatan. Kedua ialah realiti yang berlaku apabila sebuah universiti itu baru ditubuhkan dan universiti itu berkembang dengan begitu pesat. Memang ini antara perkara yang kita hadapi. Juga dengan satu dua universiti yang lain sebelum ini. Seperti yang saya katakan tadi Tuan Pengerusi, saya akan lihat tetapi tidaklah sampai panel khas dan sebagainya. Akan tetapi kita akan lihat untuk memastikan tidak berlaku penganiayaan. Tentang subjek-subjek teras. Saya difahamkan bahawa subjek-subjek teras yang bersangkutan dengan ketenteraan itu pada dasarnya masih merupakan nadi, masih merupakan subjek teras dalam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Akan tetapi mungkin ia tidak disenaraikan bagi setiap kursus. Ini bergantung, sebab Tuan Pengerusi, UPNM ia memang uniklah kerana 80 peratus daripada mahasiswanya adalah kadet, 20 peratus lagi adalah civilian. Jadi mungkin ada perbezaan pelajar yang bertaraf civilian mungkin tidak mengikuti subjek-subjek tertentu yang merupakan subjek-subjek teras dalam ilmu ketenteraan, sedangkan ia diikuti oleh pelajar-pelajar yang bertaraf kadet. Maknanya mereka memang sudah diiktiraf sebagai kadet. Jadi kalau ada perbezaan, memang perbezaan itu wujud kerana taraf pelajar itu yang tidak sama: 80 peratus adalah kadet dan 20 peratus lagi adalah civilian.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Perkara terakhir yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi ialah soal halangan umur untuk mendapatkan biasiswa PhD. Saya rasa ada dua perkara Yang Berhormat timbulkan. Satu ialah kalau dia kakitangan kerajaan, sebenarnya untuk mereka membuat PhD di universiti dan sebagainya tidak ada halangan. Soal biasiswa ini sekali lagi bergantung kepada penaja. Kalau penaja itu sebagai contohnya JPA, ia ada had umur tertentu dan sebagainya. Akan tetapi kalau dia seorang kakitangan kerajaan atau bekas kakitangan kerajaan yang bersara awal atau dia daripada industri yang umurnya mungkin 40-an belum 50-an, yang dia rasa dengan hendak dengan izin Tuan Pengerusi, give back to society, dan dia hendak masuk universiti untuk menjadi seorang tenaga akademik. Dia sudah mempunyai master tetapi dia perlu ada PhD untuk dilantik sebagai kakitangan akademik. Memang benar sekarang ini ada kekangan umur. Misalnya kalau saya tidak silap, dia mesti berumur di bawah 45 tahun untuk mendapat biasiswa JPA contohnya untuk dia membuat PHD. Akan tetapi ini persoalan yang saya kira kita boleh lihat, saya tahu ada universiti yang mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana mereka hendak mengambil kira pengalaman orang daripada industri ataupun daripada sektor awam dan sebagainya yang hendak dibawa masuk ke dalam universiti sebagai tenaga pekerja. Bagi kami di KPT, jalan kami mengatasinya ialah dengan kami mula pada tahun ini menawarkan apa yang kami sebut sebagai PhD Industri. Ada suatu pakej, ada suatu laluan yang agak istimewa yang membolehkan orang dalam industri untuk - sambil dia bekerja di industri mereka, sambil itu dia buat membuat PhD dengan universiti. Dengan harapan, suatu hari nanti mereka juga boleh menjadi tenaga pengajar di sana. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Sulong tadi ada bertanya tentang yang pertamanya ialah bentuk-bentuk akreditasi program ataupun audit institusi yang dilakukan oleh MQA. Sebenarnya MQA melakukan kedua-duanya. Pertama ialah menyediakan akreditasi kepada program-program yang ditawarkan oleh universiti-universiti dan yang kedua juga mengaudit institusi ataupun IPT. Misalnya yang baru sahaja diumumkan baru- baru ini oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi ialah tentang SETARA yakni Sistem Penarafan IPT Malaysia khusus tentang pengajaran dan pembelajaran pada peringkat ijazah pertama. Pengumuman SETARA yang pertama dibuat pada tahun 2009 dan yang baru diumumkan seminggu atau dua minggu yang lepas ialah SETARA untuk tahun 2011. Tujuannya ialah untuk menggalakkan universiti meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang disampaikan oleh para pensyarah, oleh pengajar- pengajar kepada mahasiswa Ijazah Pertama. Kita lihat bahawa banyak universiti yang secara volunteer mengambil bahagian dalam SETARA dan mereka mencapai Tier 5, Tier 4. Yakni kalau Tier 5 itu cemerlang, Tier 4 itu sangat baik dan sebagainya. Jelas ada peningkatan pencapaian dari tahun 2009 hingga 2011. Sebagai contohnya, dari tahun 2009, hanya 18 buah universiti yang mencapai Tier 5, yakni yang paling tinggi setakat ini. Akan tetapi pada tahun 2011, jumlah itu meningkat menjadi 35 daripada 20. Begitu juga pada Tier 4. Jadi Tuan Pengerusi, MQA memang menjalankan tugas mereka daripada segi memberikan akreditasi program dan juga audit institusi. Soal yang ditimbulkan secara khusus tadi oleh Yang Berhormat Parit Sulong yakni ada katanya satu diploma di Universiti Malaya yang tidak diiktiraf oleh MQA. Ini saya tidak ada maklumatnya. Saya akan jawab secara bertulis.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Soal pencapaian universiti-universiti penyelidikan. Sebenarnya universiti-universiti penyelidikan menunjukkan prestasi yang sangat baik daripada segi pengeluaran R&D mereka, pencapaian mereka daripada segi penulisan- penulisan jurnal dan sebagainya. Kalau hendak dilihat daripada segi ranking ini saya akan jawab kemudian.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Akan tetapi kita berpuas hati dengan pencapaian universiti-universiti pendidikan kita. Sama ada mereka ini sudah berada di top 20 dan sebagainya ini saya akan jawab bersama dengan Yang Berhormat Lembah Pantai sebentar lagi.

Yang Berhormat Menteri, mengenai akreditasi.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Ya.

Yang Berhormat Menteri, dari aspek akreditasi tadi kebetulan tadi ada lawatan pelajar saya terlupa sepatutnya perlu saya sudah berjanji. Mengenai USIP diwujudkan Fakulti Syariah dan Undang-undang dan mereka tadi risau dia kata sehingga hari ini pengiktirafan untuk menjadi peguam tidak dapatlah. Jadi, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah pendekatan untuk program-program sebegini buat dahulu, lepas itu baru hendak mencari pengiktirafan daripada Qualifying Board yang mana satu badan profesional yang lain pula. Ataupun sebenarnya badan akreditasi kementerian ini yang berurusan ataupun dengan secara proaktif bagaimana perkara-perkara yang diperlukan untuk memastikan pelajar-pelajar ini bukan guinea pig lah maksudnya pelajar ini yang lulus nanti layak. Akan tetapi, sekarang ini berlaku sebaliknya. Pengalaman ini Yang Berhormat Menteri, kebetulan saya ada pengalaman peribadi mengenai pelajar undang-undang di KUSZA dahulu kebetulan berurusan dengan Universiti Islam. Mereka juga melalui proses yang sama. Saya rasa pengajaran itu perlu diambil kerana kita tidak mahu pelajar yang belajar Fakulti Syariah dan Undang-undang ini mengandaikan mereka boleh menjadi peguam. Saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan adakah ianya dilakukan oleh badan akreditasi kementerian dengan professional body ini.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Sebenarnya soal akreditasi ini ada dua ya. Satu ialah akreditasi yang dikeluarkan oleh MQA untuk kursus-kursus yang ditawarkan tidak kiralah oleh IPTA ataupun IPTS. Bagi kursus-kursus yang memerlukan akreditasi profesional misalnya undang-undang yang disebutkan oleh Yang Berhormat atau perubatan atau accounting dan sebagainya,ini adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengusahakan sendiri untuk mendapatkan akreditasi itu. Dari segi MQA, prosesnya saya percaya Yang Berhormat pun sedia maklum. Ada yang terus mendapat akreditasi penuh, ada yang mendapat akreditasi bersyarat dan biasanya mereka dapat memenuhi akreditasi itu apabila kursus itu matang pada tahun ketiga, tahun keempat dan sebagainya. Ya.

Yang Berhormat Menteri sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya mengandaikan sebegini Yang Berhormat Menteri ya. Ini kerana program Fakulti Undang-undang ini bukan satu fakulti yang baru ya. Universiti Malaya yang terawal dan sehinggalah yang terakhir ini banyak universiti yang telah melakukan program ini. Saya rasa kita sudah boleh mengetahui seberapa banyak yang mungkin apakah yang menyebabkan sesuatu program itu tidak diiktiraf oleh contohnya Qualifying Board yang kebetulan bukan sahaja Bar Council, ada wakil Pejabat Peguam Negara dan sebagainya yang merupakan juga badan daripada kerajaan. Jadi, persoalan saya kenapa kita mengambil pendekatan buat dahulu, jadi universiti yang dapatkan pengiktirafan Jadi, saya rasa perkara tersebut yang mangsanya pelajar. Itu persoalan saya pelajar tidak tahu fasal urusan ini. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri mungkin mengambil pendekatan yang kerana kita bukan mahu memulakan satu program yang teramat baru contohnya macam astrofizik dan sebagainya. Ini adalah satu program yang telah dibuat dan ia telah bermula banyak tahun. Saya mohon Yang Berhormat Menteri mengambil pandangan ini agar tidak memberi kita panggil hilang motivasi kepada pelajar yang saya rasa, saya tengok tadi berdiskusi mereka mempunyai potensi untuk jadi peguam yang baik.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih, saya ambil maklum dan saya anggap itu satu cadangan yang cukup baik daripada sahabat seberang sana. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Machang. Kita memang ada Yang Berhormat traces tadi tentang sejauh mana graduan kita mendapat pekerjaan dan sebagainya. Sebagai contohnya, mengikut Sistem Kajian Pengesanan Graduan untuk dari segi status pekerjaan graduan pada tahun 2012, setakat ini 51.5 peratus daripada mereka itu sudah bekerja, 15.8 peratus- melanjutkan pelajaran, 1.5 peratus- sedang mengikuti kursus-kursus dan sebagainya untuk meningkatkan kemahiran, 5 peratus- sedang menunggu penempatan pekerjaan dan ada lebih kurang 26.2 peratus- yang belum mendapat pekerjaan.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Akan tetapi, data-data ini adalah sehingga 5 November 2012. Lazimnya data ini dia ada turun naik dia bergantung kepada masa dan sebagainya. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat tanyakan tadi juga ialah soal bagaimana dengan pasukan petugas khas yang ada peruntukan khusus diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam ucapan bajet. Saya, Tuan Pengerusi dengan izin, do not want to jump the gun sebab pada 4 Disember ini Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi akan mengumumkan pakej bagaimana kita akan melaksanakan tugas-tugas yang dimaksudkan dalam ucapan bajet itu. Memang ada yang secara detail akan diumumkan. Jadi, saya harap Yang Berhormat dapat kita sama-sama tunggu, tidak lama sudah. Kedua, ialah soal ranking universiti. Saya sudah sebut tadi soal setara. Soal itu adalah pengumuman yang disebutkan di Australia baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Itu pada saya adalah pengumuman yang sebenarnya mengulangi juga pengumuman-pengumuman yang telah dibuat sebelum ini. Dari segi rangking itu Tuan Pengerusi, saya tadi kata hendak tunggu masa hendak jawab Yang Berhormat Lembah Pantai tetapi tidak apalah sementara saya sudah menjawab tentang Yang Berhormat Machang ini. Okey, ranking sebagaimana kita tahu ada beberapa rangking yang dikeluarkan. Ada yang QS, ada yang test QS dan sebagainya. Memanglah kalau pada hari ini kita belum sampai ke tahap yang seperti yang kita pernah umumkan hendak tiga buah universiti, top 100 dan sebagainya. Akan tetapi, segala usaha sedang kita laksanakan untuk bukan memastikan tetapi untuk sekurang-kurangnya mencapai suatu matlamat yang kita semua idamkan. Sebagai contohnya, satu kita pilih satu daripada- okey mula-mula kita tubuhkan ataupun kita angkat status daripada 20 IPTA itu lima menjadi universiti penyelidikan. Kemudian, daripada lima universiti penyelidikan itu kita pilih satu daripadanya menjadi universiti Apex yakni USM. Selain daripada itu, usaha-usaha yang lain ialah untuk memastikan misalnya nisbah enrollment pelajar ijazah tinggi adalah 50 peratus daripada keseluruhan enrollment di research university. Memastikan IPTA mengamalkan pemberat yang lebih tinggi terhadap penerbitan berimpak tinggi atau dengan izin, high impact journals bagi tujuan kenaikan pangkat dan sebagainya, meningkatkan jaringan dan penerbitan bersama, meningkatkan strategi pemasaran, meningkatkan kualiti penerbitan jurnal dan termasuk juga geran R&D yang ditambah. Ini memang kita tambah dalam Bajet 2013. Misalnya kelima-lima research university itu mendapat RM100 juta untuk bajet mereka. Di samping itu, ada lagi RM100 juta tambahan kepada semua universiti terbuka kepada 15 IPTA yang lain untuk mereka memohon dari segi research grant dan sebagainya. Ini dengan izin, over and above FRGS dan sebagainya yang sudah sedia ada. Jadi, kita berusaha sedaya upaya untuk memberikan galakan memberikan motivasi kepada bukan sahaja research university tetapi juga kepada IPTA yang lain untuk sama-sama mereka meningkatkan kualiti mereka. Namun, seyogia juga saya nyatakan bahawa bukanlah menjadi kewajipan kepada semua IPTA untuk main rankinglah iaitu play the ranking game, dengan izin. Misalnya, ada universiti seperti Universiti Malaya yang memang betul-betul mengambil bahagian dalam rangking dan ada juga universiti yang ia adalah research university, universiti penyelidikan tetapi ia tidak mengambil bahagian dalam rangking tetapi mengenakan pendekatan-pendekatan yang lain. Dari segi USM Science Park yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Yang Berhormat mula-mula menimbulkan perkara ini ketika perbahasan beberapa tahun yang lalu. Saya kemudiannya turun padang dan melawatnya dan diikuti oleh Ketua Setiausaha untuk melawat. Memang benar masalah yang dihadapi oleh USM Science Park ketika itu ialah peruntukan yang sepatutnya sampai kepada mereka pada masa itu, pada masa itu, tidak sampai. Akan tetapi, suka saya laporkan di sini bahawa sebahagian besar kalau pun tidak 100 peratus daripada peruntukan itu sebenarnya telah diturunkan. Misalnya pada tahun 2009 hingga 2011 sebanyak RM124.5 juta sebanyak RM30 juta dan kemudiannya RM80 juta telah diturunkan.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Pada tahun 2011 isu ini Yang Berhormat timbulkan. Pada tahun 2012, RM80 juta lagi telah diturunkan dan untuk tahun 2013, sebanyak RM30 juta lagi akan diturunkan. Maksud saya Yang Berhormat ialah masalah kewangan itu sedikit sebanyak telah pun dapat kita selesaikan. Yang Berhormat juga menimbulkan tentang Malaysian Hall di Perth. Pertama sekali jumlah itu ialah RM30 juta. Kedua kita tidak akan membina bangunan baru tetapi penilaian sedang dibuat untuk membeli sebuah bangunan yang- tetapi sedang dinilai dan hanya akan dibereskan mungkin dalam masa enam bulan daripada sekarang. Apabila bangunan itu pertamanya dikenal pasti dan yang keduanya ya lah segala urusan tentang bangunan itu mungkin dalam tempoh enam bulan barulah ia dapat diselesaikan dan akan kita umumkan apabila ia telah digunakan atau bakal digunakan nanti. Insya-Allah. Yang Berhormat Jempol telah menimbulkan tentang kolej komuniti, apakah mungkin ia ditransformasikan menjadi universiti untuk bidang-bidang kemahiran. Ini satu cadangan yang baik, namun demikian Tuan Pengerusi sebenarnya kita sudah ada kita punya perancangan strategik jangka masa panjang. Kolej komuniti memang tugasnya sebagai kolej komuniti, politeknik sebagai politeknik dan universiti sebagai universiti. Khusus untuk bidang kemahiran kita ada universiti-universiti kemahiran yang bergabung ataupun yang kita selaraskan di bawah apa yang kita panggil MTUN dengan izin, Malaysian Technical University Network. Sebagai contohnya Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Melaka dan sebagainya. Namun demikian kita tidak ada rancangan untuk menjadikan kolej komuniti itu sebagai sebuah universiti. Sama ada kita hendak tambah bangunan atau tidak bagi Kolej Komuniti Jempol. Kolej Komuniti Jempol pada masa kini menawarkan kursus dalam empat bidang kepada pelajar-pelajar di sana dan kita tidak ada cadangan dalam masa terdekat untuk menambah bangunan buat masa ini. Saya berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Jempol kerana mengucapkan apresiasi yang tinggi kepada Universiti Utara Malaysia yang memberi peluang untuk pelajar- pelajar dewasa mengambil kursus secara separuh masa, contohnya ialah pada peringkat sarjana. Sebenarnya ada sebilangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini adalah pelajar-pelajar Masters di Universiti Utara Malaysia. Tentang cadangan beliau supaya bangunan UUM yang ada di Kuala Lumpur itu diganti dengan lebih canggih, buat masa ini kita tidak mempunyai peruntukan untuk melaksanakan perkara tersebut. Dari segi kedudukan UKM, dalam konteks perjuangan mengetengahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat antarabangsa, ini dilakukan dengan pelbagai cara, salah satu daripadanya ialah program-program terjemahan ilmu sama ada dalam bentuk buku ataupun jurnal, sama ada daripada Bahasa Melayu ke bahasa bangsa lain atau dari bahasa antarabangsa yang lain ke dalam Bahasa Melayu sentiasa dilaksanakan. Malahan ada jurnal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah sampai ke tahap antarabangsa yang setaraf dengan ISI, yang baru-baru ini kita sampaikan anugerah kepada mereka sebagai jurnal yang sudah mencapai taraf antarabangsa yang menggunakan Bahasa Melayu. Di samping itu sebenarnya, UKM juga sedang dalam usaha untuk menubuhkan dengan kerjasama ataupun bagi pihak KPT menubuhkan sebuah pusat pengajian Malaysia di salah sebuah universiti di Australia. Rundingan-rundingan awal sudah dilaksanakan. Di samping itu ada juga kerusi-kerusi pengajian Bahasa Melayu ataupun pengajian bahasa Malaysia yang ada di luar negara. Walaupun ini bukan universiti Kebangsaan Malaysia, ini projek KPT tetapi saya sekadar untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa usaha-usaha diteruskan untuk kita mengetengahkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Manakala, yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi tentang tempat parkir itu sebenarnya kira-kira seminggu yang lepas, ada sebaris susur gajah itu runtuh. Ini bencana alam Tuan Pengerusi, alhamdulillah tidak ada kecederaan. Mujurnya tidak ada orang yang cedera pada masa itu. Akan tetapi saya difahamkan UKM sedang memperbaiki keadaan tersebut.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Tentang penyelarasan di antara graduan dengan pasaran pekerjaan, kerisauan Yang Berhormat tentang berlakunya mismatch dan sebagainya, kita sentiasa membuat unjuran daripada semasa ke semasa berapa agaknya graduan yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan jenis bagaimana. Apabila kita mendapati atau kita ramalkan dalam setahun dua lagi misalnya sesuatu pasaran pekerjaan itu akan menjadi tepu, kita akan melaksanakan moratorium, contohnya ialah yang kita berikan- moratorium yang kita lakukan untuk kursus jururawat. Sejak dua tahun yang lalu kita tidak benarkan lagi kolej-kolej baru kalau mereka hendak menawarkan kursus diploma Kejururawatan kerana kita tahu bahawa pasaran pekerjaan itu sudah sampai ke tahap tepu. Apa yang berlaku selepas pindaan seksyen 15 Akta Universiti-universiti Kolej seperti yang pernah disebutkan dalam Dewan ini juga, tidak bermakna apabila dipinda sahaja AUKU itu maka sekonyong-konyongnya tiba-tiba sahaja berbaris mahasiswa akan menjadi ahli politik dan sebagainya. Jadi soal keaktifan mereka dan sebagainya ini banyak bergantung kepada masa. Tidak tahulah kalau dalam pilihan raya yang ke-13 nanti tiba-tiba ada mahasiswa bertanding dalam pilihan raya dan sebagainya ini kita sama-sama nantikan. Soal sudut pidato ini, permintaan daripada mereka, kita tidak menubuhkannya, kita hanya membenarkan semula sudut pidato diadakan. Ia bergantung pada universiti, bergantung kepada tempat. Ada yang bermusim, ada yang aktif, ada sebuah universiti itu, tempat yang rasmi yang disediakan oleh bahagian hal ehwal pelajar itu tidak begitu sesuai untuk pelajar, jadi dia buat di tempat yang lain. Namun HEP juga agak sporting juga, dia tidaklah menghalang pelajar untuk melakukannya. Tempat yang sebenarnya tidak disediakan oleh HEP, pelajar sendiri pilih tempat itu untuk mereka adakan sudut pidato. Yang Berhormat Bukit Mertajam bertanya tentang pertama sekali pembelajaran sepanjang hayat. Ini memang tugasan utama yang diberikan kepada kolej komuniti dan promosinya kita lakukan dengan pelbagai cara, ada seminar-seminar, ada majlis-majlis penerangan yang kita sampaikan dari semasa ke semasa. Soal gender di universiti, berapa ramai pelajar lelaki dan berapa ramai pelajar wanita. Sukacita saya sebutkan di sini data bagi tahun 2011 sehingga Disember 2011, sebab kemasukan baru ini baru masuk dan sebagainya. Di IPTA jumlah pelajar lelaki adalah sebanyak 201,733 orang dan jumlah pelajar perempuan 306,523 orang, ramai perempuan daripada lelaki. Di IPTS jumlah pelajar lelaki 209,817 orang, pelajar perempuan 219,156 orang. Ada atau tidak kajian yang dilakukan, kenapa ini berlaku. Tuan Pengerusi, kajian ini berjalan dari semasa ke semasa dan ada pensyarah yang memang mengkhusus kepada kajian gender yang melihat perkara ini. Secara perbandingan, universiti komprehensif kelihatannya begitu ramai sekali pelajar perempuan berbanding dengan pelajar lelaki. Akan tetapi universiti-universiti teknikal, dia agak balance, kalau pun lebih pelajar perempuannya, sedikit sahaja. Kalau di politeknik pula dia agak balance, jadi saya tidak mahu infer, dengan izin, saya tidak mahu infer mengatakan kursus tertentu nampaknya lebih ramai pelajar lelaki ataupun kursus tertentu lebih ramai pelajar wanita.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Akan tetapi itulah apa yang sedang berlaku. Mudah-mudahan nanti apabila ada kajian, sudah ada dapatan yang jelas, mungkin kita akan dapat berkongsi bersama. Begitu juga di luar neagara, saya tidak ada angka itu. Mungkin saya boleh berikan kemudian. Tadi Yang Berhormat ada menyebut, ada bertanya tentang statistik IPT di Malaysia dari segi gender dan kursus. Sebenarnya, kita ada buku statistik ini yang kita keluarkan dari semasa ke semasa. Kalau Yang Berhormat Kepong pun mahu, kita boleh kongsi. Saya juga akan sampaikan kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Untuk IPT, IPTS, politeknik dan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Ingat hendak buku, hendak bercakap pula.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, terima kasihlah. Saya pun hendak buku itu juga. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari segi ini memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, bilangan pensyarah atau profesor jika kita kira kedua-dua gender ini. Apakah apabila keluar daripada universiti, peluang untuk graduan perempuan di tempat bekerja dan sebagainya.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Nasib baik Yang Berhormat Kepong tidak berpantun. Saya tidak ada angka itu buat masa ini Tuan Pengerusi tetapi kita boleh cuba membekalkan kepada Yang Berhormat Kepong. Soalan tentang Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). Sebenarnya kursus ini dibuka kepada semua tenaga pengajar IPT, daripada naib canselor sampailah kepada pensyarah-pensyarahnya. Apabila sesuatu program itu dilaksanakan, ia terbuka kepada lelaki dan perempuan. Apatah lagi kerana CEO AKEPT pun seorang wanita yang sangat intelligent. Jadi. jangan risaulah. Tidak mungkin berlaku diskriminasi kepada mana-mana gender di situ. Tentang UEC, saya rasa ini kita telah laporkan dalam soalan beberapa bulan yang lepas. Ia di peringkat Jawatankuasa yang sedang mengkajinya. Yang Berhormat Pasir Mas. Sebenarnya MUET ini- umumnya, kebanyakan universiti meletakkan Band 3 sebagai syarat untuk kursus-kursus tertentu. Kecuali bagi kursus yang memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang lebih tinggi, misalnya undang- undang, ada yang meletakkan pada Band 4 dan sebagainya. Soalan penyeliaan dan pengurusannya adalah di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia. Bagi seorang pelajar di IPT kita, mereka boleh mengambil peperiksaan MUET ini sejak daripada mereka menjejakkan kaki di IPT. Dia boleh mengambil beberapa, berulang-ulang kali, misalnya dia mendapat Band 2 dia tidak puas hati, dia boleh ambil lagi sehinggalah dia mendapat Band 3 dan sebagainya. Jadi, tidak ada sesuatu masalah yang menyebabkan ya lah saya tahu ada pelajar yang mungkin tidak lulus. Akan tetapi pada saya, kita di KPT memberikan autonomi kepada IPT untuk menentukan syarat-syarat kelulusan graduan termasuk syarat Band berapa, MUET dan sebagainya. Dari segi Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, ini tanggungjawab UiTM lah. Jadi, saya tidak fikir saya dapat menjawabnya. Akan tetapi kita menerima pandangan daripada seorang Alumni UiTM ini. Soal yang lain-lain berkenaan dengan UiTM itu banyak yang mungkin yang saya hanya dapat jawab secara bertulis. Mengenai Universiti Malaysia Kelantan. Tuan Pengerusi, sekarang ini kampusnya di Jeli dan Bachok. Saya faham semua Ahli Parlimen mahu supaya ada kampus IPTA di tempat dia. Kesian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kerana di Temerloh pun tidak ada universiti. Jadi, kalau Yang Berhormat Pasir Mas hendak, saya pun kata saya hendak, nanti kita gaduh sahaja, tidak selesai masalah. Yang Berhormat Gelang Patah, sebenarnya pelajar-pelajar kolej komuniti ini sambutan di pasaran itu agak baik kerana mereka memang belajar kemahiran. Kita memberikan mereka Sijil Kemahiran Malaysia yang memang diiktiraf oleh pasaran pekerjaan. Jadi, tidak begitu timbul masalah dari segi pekerjaan bagi pelajar-pelajar dengan syarat mereka mengambil kursus yang betul-betul bersesuaian. Sebagai contoh, kalau kolej komuniti di Temerloh, tempat saya. Satu daripada kursus yang diajar ialah fesyen. Saya dapati mereka bukan sahaja mendapat pekerjaan selepas mereka keluar tetapi yang lebih pentingnya ramai di kalangan mereka menjadi usahawan dengan menggunakan pelajaran yang mereka dapati ataupun kemahiran yang mereka peroleh semasa di kolej komuniti. Yang Berhormat Lembah Pantai, saya mengucapkan banyak terima kasih kerana melihat secara begitu serius dan mendalam universiti tertua negara yang kebetulan berada dalam kawasan Parlimen Yang Berhormat. Mengenai ranking, saya telah jawab ketika menjawab soalan Yang Berhormat Machang. Memang benar, kita belum sampai ke tahap yang kita kehendaki tetapi saya yakin kepimpinan Universiti Malaya berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai ranking. Ini kerana mereka sendiri memang secara serius mengambil bahagian dalam ranking ini. Soal pengurusan PTPTN itu Tuan Pengerusi, bagi saya seminit untuk saya lihat. Sebenarnya, kalau kita lihat kepada Laporan Ketua Audit Negara bertarikh 10 Ogos 2012. Laporan Ketua Audit Negara telah memberikan istilahnya ‘sijil bersih’ kepada PTPTN. Ini adalah sebagai bukti bahawa masalah-masalah yang ditimbulkan dengan penuh prihatin oleh Yang Berhormat Lembah Pantai itu sebenarnya telah pun diatasi oleh PTPTN dengan baik.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Saya tidak fikir saya hendak jawab dengan begitu detail sekali tetapi itulah pokok pangkalnya. Ia telah pun disahkan melalui penerimaan sijil bersih daripada Ketua Audit Negara bertarikh 10 Ogos 2012. Seandainya masih ada perkara-perkara yang perlu diperbaiki, insya-Allah saya yakin pihak PTPTN sendiri pun bersedia untuk membantu Yang Berhormat menjawabnya dari semasa ke semasa. Tentang apa yang berlaku, mengenai isu generator di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sebenarnya, isu itu dilaporkan sebuah akhbar bahasa Inggeris lima atau enam hari selepas peristiwa itu berlaku. Saya sendiri pergi melawat dan bertemu dengan Ketua Pengarah, Profesor Dato’ Dr. Ikram Shah Ismail dan mendapatkan laporan daripada beliau. Sebenarnya, yang rosak itu ialah pencawang dan memang ada penangguhan sedikit kerja- kerja pada masa itu. Akan tetapi ketika peristiwa itu berlaku, ia berlaku pada hujung minggu Yang Berhormat. Jadi, memang tidak ada. OT memang untuk pembedahan pada masa itu tidak ini- nasib baiklah, alhamdulillah. Ia tidak berlaku pada waktu hari biasa. Gangguan itu telah diperbaiki dan bilik bedah tidak- itu saya katakan tidak berlaku failure. Ini kerana pada masa itu, kebetulannya kalau saya tidak silap ia berlaku pada hari Sabtu. Lanjutan daripada itu, pihak PPUM telah memohon sejumlah peruntukan daripada kami ataupun melalui kami, untuk memperbaiki pencawang yang rosak itu. Ya, silakan Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebenarnya bernasib baik jugalah kerana nenda saya dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada hari yang sama dan kerana itu kita tahu beberapa pembedahan yang ditunda sebenarnya. Walaupun berlangsung pada hari Isnin tetapi terpaksa juga ditunda untuk menyediakan operating theatre, dengan izin. Saya hanya minta di sini, kalau boleh dibekalkan. Pertama, laporan siasatan. Ini kerana Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa siasatan masih lagi beliau pinta untuk dibuat oleh pihak hospital. Laporan itu saya minta dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen. Kedua, tentang Laporan PTPTN, saya mengucapkan terima kasih. Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri meminta juga Pengerusi PTPTN untuk memberikan penjelasan, sekurang-kurangnya di media itu jelas. Ini kerana sekarang ini seperti ada kontradiksi di antara kenyataan Pengerusi PTPTN dan juga Menteri. Terima kasih.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya untuk laporan PTPTN, Yang Berhormat Kuala Krau bersedia untuk menyampaikannya untuk makluman kita semua dan juga laporan tentang apa yang berlaku di PPUM itu. Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak- sebenarnya Yang Berhormat Pasir Salak tadi bercakap seperti seorang profesor.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Maaf Yang Berhormat, jawapan tentang tenaga pengajar?

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Pengambilan tenaga pengajar?

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Ya, kalau boleh ya.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Ya. Tentang pengambilan tenaga pengajar Yang Berhormat, saya mungkin tidak tahu yang spesifik profesor yang namanya disebut oleh Yang Berhormat, tetapi umumnya pengambilan tenaga adalah berasaskan merit dan kalau ada kenaikan pangkat dan sebagainya, lazimnya ia melalui proses-proses yang biasa. Akan tetapi seandainya Yang Berhormat ada sesuatu kes yang khusus yang perlu kita ambil bahagian, saya mohon kalau boleh ia dikemukakan kepada pihak kami dan kita akan lihat dengan teliti. Yang Berhormat Pasir Salak tadi saya cuma boleh kata Tuan Pengerusi, kita bersetuju dengan kerisauan-kerisauan yang ditimbulkan oleh beliau dan saya beri jaminan bahawa pelbagai perkara kita cuba lakukan seperti tracers study.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Kita memperkenalkan Generic Student’s Attributes (GSA) untuk memastikan graduan kita mempunyai elemen-elemen, bukan sahaja elemen-elemen kebolehpasaran tetapi juga elemen-elemen menjadi seorang insan baik seperti yang beliau sebutkan. Begitu juga dengan program-program keusahawanan yang sudah kita laksanakan dan Yang Berhormat Menteri akhir-akhir ini selalu mengingatkan kami bahawa tidak cukup dengan apa yang telah diadakan selama ini. Beliau menggunakan istilah kita mesti mengarusperdanakan, maknanya melipat gandakan lagi keusahawanan menjadi program universiti kalau boleh, bukan hanya program fakulti dan sebagainya. Saya terlupa tadi Yang Berhormat Lembah Pantai tentang yang PUSMAL program keusahawanan itu. Sebenarnya, pihak Pusat Keusahawanan Universiti Malaya telah pun membayar ganti rugi kepada majoriti daripada pelajar yang terlibat itu. Kalau saya tidak silap cuma ada seorang dua sahaja yang masih belum mendapat ganti rugi itu. Yang Berhormat Serdang, soal pengurusan IPTS. Kawalan dilakukan oleh bahagian audit kita di Jabatan Pengajian Tinggi. Mereka turun padang membuat lawatan. Target kita ialah setiap tahun sekurang-kurangnya 150 IPTS akan dilawati. Di samping itu, kita sentiasa proaktif kepada aduan-aduan yang disampaikan oleh pelajar, ibu bapa, masyarakat Yang Berhormat juga dan sebagainya. Begitu juga kita meminta setiap IPTS menghantar laporan kewangan tahunan mereka kepada kita. Satu lagi perkara yang sedang kita usahakan dan ini melibatkan soal undang- undang dan kalau perlu, kita akan pinda Akta IPTS, ialah untuk mengenakan dengan izin assurances bond kepada IPTS. Maknanya kalau berlaku kes seperti yang disebutkan tadi, maka dia- sebab kalau denda, saya fikir ada setengah-setengah IPTS itu dia ingat denda itu dia boleh bayar, ya. Akan tetapi kalau assurances bond, itu lebih berat kepada dia. Juga baru-baru ini kita juga mendapat cadangan mungkin kompaun yang selama ini kita kenakan tidak lebih RM50,000 yang lazimnya kita kenakan RM10,000 itu mungkin kita kena tingkatkan sebab kita kena tunjukkan bahawa kita benar-benar serius dari segi itu. Soal pelajar ingin memenuhi hak mereka seperti yang dibenarkan oleh pindaan seksyen 15, AUKU tetapi tidak dibenarkan melalui perjanjian-perjanjian biasiswa dan sebagainya, ini kita sedang berbincang dengan penaja-penaja sebab saya sudah melihat banyak, kalau pun tidak semua daripada perjanjian-perjanjian biasiswa itu, itu adalah perjanjian-perjanjian biasiswa sebelum seksyen 15, AUKU itu dipinda. Jadi saya rasa adalah sesuai kalau kita sudah pinda seksyen 15, AUKU, maka perjanjian-perjanjian itu juga harus juga diselaraskan. Yang Berhormat Silam, buat masa ini kita tidak ada cadangan, ini saya mengulang jawapan saya dahulu ya, untuk menubuhkan cawangan Universiti Malaysia Sabah untuk penyelidikan dan pembangunan di tempat yang lain selain daripada yang sudah sedia ada itu walaupun kita faham tentang maksud Yang Berhormat Silam supaya ada IPT atau cawangan IPTA di sebelah Pantai Timur Sabah. Tentang tukar nama daripada Kolej Komuniti Lahad Datu kepada Silam, yang ini saya akan check dan saya akan beri jawapan bertulis. Kad diskaun mahasiswa ini terbuka kepada semua mahasiswa. Kita tidak ada- sebenarnya pengurusannya bukan di bawah KPT tetapi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, tetapi saya yakin kawan-kawan kami di sana mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa kalau sesuatu syarikat, kedai dan sebagainya kata dia iktiraf kad ini, maka ia akan pastikan bahawa kedai dan syarikat itu benar-benar mengiktirafnya. Yang Berhormat Balik Pulau, terima kasihlah kerana berterima kasih kerana ada Menteri yang mengajak Yang Berhormat melawat ke luar negara. Mudah-mudahan Yang Berhormat lebih akrab dengan kami dan lebih baik dengan kami. Yang Berhormat Machang senyum dekat saya apa fasal? Saya tidak kata yang lain, macam Yang Berhormat Machang kata dekat saya. Tentang bantuan kewangan untuk aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa kita di luar negara, sebenarnya ini bergantung. Dari semasa ke semasa KPT memang ada memberi bantuan kepada mereka. Ala kadarlah, setakat yang kita mampu. Soal menggunakan konsultasi luar negara, saya kira kita di KPT sangat, orang kata berhati-hati, sangat cemburulah. Bukan kita tidak guna langsung tetapi kita memberi peluang yang luas kepada profesor-profesor kita untuk menjadi konsultan.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Oleh sebab itu kita yang menubuhkan Majlis Profesor Negara dengan 14 cluster mereka dan mereka dari semasa ke semasa memang kita galakkan mereka menjadi konsultan. Ia bukan sahaja kepada KPT, tetapi kepada, boleh dikatakan semua agensi kerajaan. Manakala, yang terbaru misalnya ialah bantuan daripada cluster tertentu di bawah Majlis Profesor Negara membuat kajian tentang Lynas di Kuantan. Jadi ada masa kami pun serba salah juga Tuan Pengerusi. Apabila minta kami menggunakan Majlis Profesor Negara dan sebagainya membuat kajian, kami gunakan tetapi bila Majlis Profesor Negara buat kajian, kawan-kawan sebelah sana kata tidak saintifik dan tidak ada standard dan sebagainya. Jadi, tidak apalah, tetapi pokoknya kita senantiasa menggunakan kepakaran dalam negeri untuk mendapatkan konsultasi atau nasihat daripada mereka. Lain-lain itu soal alumni dan bantuan alumni kepada IPT, sebenarnya kita galakkan universiti untuk memulakan misalnya endowment mereka. Saya boleh sebut bagi contoh, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) agak ke hadapan dari segi memulakan endowment termasuk koleksi daripada alumni mereka. Soal mengangkat tenaga pengajar kita dari segi promotion dan motivasi, kita lakukan pelbagai perkara termasuk misalnya melalui anugerah-anugerah buku, anugerah inovasi selain daripada motivasi dari dalam IPT masing-masing. Yang Berhormat Kanowit, sama jugalah jawapannya, tidak ada cadangan buat masa ini untuk kita menambah jumlah kolej komuniti itu melainkan yang saya boleh umumkan Tuan Pengerusi ialah kolej komuniti yang baru yang dijangka beroperasi pada tahun 2013 ialah yang pertama di Beaufort, kedua di Tambunan, ketiga di Tuaran, keempat di Kota Marudu dan di Penampang. Yang Berhormat Hulu Langat bertanya tentang blueprint dan Dasar Pengajian Tinggi. Ini Sebenarnya kita ada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan persoalan sebenarnya ialah persoalan keseimbangan. Di satu pihak, kita di KPT kita ada PSPTN. Di satu pihak kita juga memberi autonomi kepada setiap IPT- maaf, bermula dengan lima buah research university itu dan akan dipanjangkan dan diluaskan lagi kepada semua IPTA. Di satu pihak kita ada unjuran tentang berapakah jumlah pekerjaan yang diperlukan untuk beberapa masa yang kita lakukan bersama dengan pihak industri.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Di satu pihak yang lain, universiti juga diberikan kebebasan untuk menentukan kebitaraan atau bidang tujahan mereka. Jadi kita sentiasa melihat keseimbangan ini dan dari semasa ke semasa macam saya sebut awal tadi jika berlaku mismatch, kita cuba atasi. Jika berlaku tepu kita adakan moratorium dan sebagainya. Ini saya katakan tadi setiap IPTA itu mereka memilih sendiri misalnya kita ada IPTA yang kita kenali sebagai universiti penyelidikan, ada yang kita kenali sebagai universiti yang khusus macam UPNM, ada universiti teknikal, ada universiti komprehensif dan sebagainya. Soal Universiti Putra Malaysia mereka tidaklah langsung tidak melakukan lagi apa-apa kerja pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan dari segi pertanian. Sebenarnya kampus UPM di Bintulu itu memang secara khusus untuk kerja-kerja pertanian. Namun yang di Serdang juga ada sejumlah profesor dan pensyarah yang masih terlibat dalam kerja-kerja terutamanya penyelidikan yang berkaitan dengan pertanian, haiwan, perikanan dan sebagainya. Kiosk-kiosk di IPT Tuan Pengerusi itu diuruskan...

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Ya.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Sikit tadi ada sedikit perubatan dan...

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Hospital bersekutu.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Perubatan bersekutu itu.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Ya, ya.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Minta jelaskan sikit.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Dari segi – Ini kursus-kursus yang baru misalnya perubatan bersekutu. Ini tidak banyak universiti yang menganjurkannya. Ada beberapa buah universiti IPTA dan IPTS mungkin lebih banyak di IPTS. Sebenarnya kalau kita lihat dalam dunia perubatan sekarang ini ada satu debat yang besar yang bergerak daripada paradigma kesihatan kepada paradigma kesejahteraan, daripada health kepada wellness. Di situ timbulnya permintaan tentang kursus-kursus yang baru itu kerana premisnya ataupun andaiannya Tuan Pengerusi ialah semakin rakyat sesuatu tempat itu menjadi semakin efluen maka permintaannya bukan hanya untuk jadi sihat tetapi untuk jadi sejahtera. Itu latar belakang kenapa timbul kursus-kursus yang sedemikian. Kiosk-kiosk di IPT khususnya di IPTA lazimnya diusahakan dalam dua bentuk sama ada oleh orang luar ataupun oleh mahasiswa. Kebanyakan IPT semakin hari semakin menggalakkan mahasiswa terlibat menguruskannya sebagai sebahagian daripada gelanggang mereka berlatih menjadi seorang ahli perniagaan ataupun sebagai seorang usahawan. Hubungan dengan industri, bagi universiti penyelidikan memang ada satu jawatan kursus yang dipanggil Timbalan Naib Canselor Hubungan Industri untuk merapatkan hubungan antara universiti dengan industri. Yang Berhormat Indera Mahkota tadi bertanya tentang soal penyewaan komputer itu saya mohon supaya ia dapat saya jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan pengerusi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sebelum itu, sebelum itu. Sikit sahaja.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak mahu confusekan Timbalan Menteri. Cuma saya kata di bawah P.49 ini Timbalan Menteri, perkara 00400 dan perkara 04800 di bawah dua-dua Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ini sebenarnya memang sudah ada untuk- saya sudah semak di bawah dua-dua kepala ini memang item dia ialah pembelian pembekalan dan pelengkapan untuk IT. Akan tetapi yang saya sebutkan tadi dia tukar kepada penyewaan. Itu masalah dia. Jadi, nampak gaya macam ada kekeliruan atau mungkin satu dasar yang dibuat yang baru walaupun ini disediakan untuk tujuan pembelian ditukar kepada sewaan. Akan tetapi tidak apalah. Saya setuju kalau kata hendak sediakan jawapan secara bertulis, okey. Terima kasih.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,744,605,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10,744,605,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,970,870,400 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,970,870,400 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa — Maksud B.60 [Jadual] – Maksud P.60 [Anggaran Pembangunan 2013] -Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.60 dan kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Machang.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh dua Butiran 08400 Perumahan Angkatan Tentera Malaysia, Butiran 010200 - Logistik. Tuan Pengerusi, antara hak-hak asas seorang anggota tentera ini ialah penginapan ataupun kuarters. Kebanyakan kem di negara kita ini, rumah yang wajar untuk didiami ataupun setengah rumah yang telah berada pada keadaan seperti mula dibina hampir 30 tahun hingga 40 tahun usianya. Sebagai contoh Kem 8 Briged Pangkalan Chepa, Kem Seberang Takir Kuala Terengganu, Kem Batu 10 Kuantan, Kem Rasah Seremban dan sebahagian besar kem-kem tentera yang terletak di Sabah dan Sarawak. Saya boleh katakan bahawa usia bangunan ataupun rumah penginapan yang berusia di antara 30 tahun ke 40 tahun itu berada di dalam keadaan yang agak daif. Kalau pun ada rumah yang baru dibina di bawah sepuluh tahun usianya Tuan pengerusi, ianya telah mengalami kerosakan yang agak teruk sehingga sesetengahnya berbahaya dan tidak selamat untuk didiami. Kerosakan utama adalah kerana berlaku keretakan kepada struktur asas bangunan. Sistem paip yang bocor akibat daripada keretakan struktur asas bangunan. Kadang-kadang sistem paip yang bocor itu juga berpunca daripada spesifikasi material paip yang murah dan tidak berkualiti yang digunakan bagi kemudahan perumahan itu. Kita dapati bahawa peruntukan perancangan pembinaan kuarters di kem-kem baru hanya cukup untuk menampung sebahagian daripada jumlah sebenar anggota. Sedangkan peruntukan dikeluarkan adalah untuk menapung semua anggota. Saya percaya ini berlaku kerana wujudnya ketirisan di pelbagai peringkat yang akhirnya anggota tentera menjadi mangsa ketidakcukupan kuarters sehingga anggota tentera ada yang terpaksa menyewa di luar dari kem yang jaraknya agak jauh dan ini merugikan masa, wang. Kuarters ini memerlukan penyelenggaraan dan selenggaraan kuarters anggota sepatutnya diuruskan oleh pihak kem. Namun berlaku sebaliknya kini apabila ada anggota yang terpaksa menyelenggarakan sendiri kerosakan ini. Ini sangat membebankan kerana tugasan mereka, tanggungjawab mereka sebagai anggota tentera yang sepatutnya disiapkan kemudahan penginapan yang lebih baik, namun penyelenggaraan yang tidak dilakukan mengikut jadual. Anggota tentera yang mendiami premis perumahan itu kadang-kadang terpaksa menyelenggarakan sendiri. Misalnya perabot yang tidak berkualiti ataupun apabila perabot itu rosak, penggantian yang memakan masa dan sebagainya. Satu lagi ialah apabila satu daripada tarikan ataupun kemudahan yang disiapkan oleh keluarga anggota tentera ialah perkhidmatan feri sekolah. Maklum sahaja kesibukan tugasan operasi latihan dan kursus menyebabkan keperluan untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh anggota tentera. Jadi tugasan tersebut sudah diambil alih oleh pihak kem dengan menyediakan perkhidmatan feri sekolah. Namun kebelakangan ini kita menerima laporan dan menawarkan kenderaan pengangkutan tersebut di setengah kem tidak dapat menyediakan perkhidmatan ini dengan sempurna akibat tidak kecukupan kenderaan bahawa untuk tugasan hakiki tentera.

Perkhidmatan feri sekolah ini sebenarnya trak tentera. Ia digunakan untuk tugas hakiki dan ia juga digunakan untuk tugasan sebagai feri sekolah. Di sesetengah kem perkhidmatan feri sekolah ini tak dapat diadakan.

Ini agak ironi sebab keistimewaan tersebut diiklankan oleh pihak ATM sebagai daya tarikan untuk mengajak orang ramai menyertai tentera. Dalam iklan dimasukkan semua itu antara kemudahan yang ada tetapi apabila anggota tentera dapat masuk tentera, kemudian perkhidmatan ini tidak dapat diadakan. Kenapa tidak dapat diadakan? Ini kerana tak cukup kenderaan. Satu lagi ialah kedai PERNAMA. Dulu kedai PERNAMA ini tersohor kerana barangannya murah tetapi hari ini kerana persaingan di luar dengan supermarket yang lebih besar dan hebat. Jadi, seluruh keperluan tentera kali ini tidak ada lagi perbezaan dari segi harga murah. Keperluan tentera dengan harga jualan pada kadar duty free yang sepatutnya menjadi imej kepada PERNAMA ini tak dapat dilaksanakan sudah agak lama. Ia sudah menjadi satu premis komersial awam yang tak ada kelebihan lagi antara PERNAMA dengan gedung-gedung membeli-belah yang lain. Satu ketika antara tarikan untuk kelebihan untuk menyertai tentera adalah mereka boleh mendapatkan keperluan barangan harian ataupun barangan elektrik daripada kedai PERNAMA. Sekarang tidak ada lagi kelebihan itu bahkan kalau berhutang kadar interest nya juga agak tinggi. Satu lagi yang berkaitan dengan aspek kebajikan ini Tuan Pengerusi ialah tuntutan ataupun claim rasmi. Keperluan tugasan luar bagi tujuan latihan, operasi, kursus, mesyuarat dan lain-lain lagi di atas perintah dan kewajipan rutin mereka. Kali ini yang berlaku adalah pemotongan separuh bahkan kadang-kadang tidak dibayar claim sehinggakan ada anggota yang terpaksa menggunakan wang sendiri pada perkara tugasan rasmi yang memakan belanja yang agak besar. Saya ingin penjelasan daripada kementerian, kenapakah hal ini sampai terjadi kerana kalaulah mereka melakukan tugasan luar iaitu sebagai rutin kewajipan mereka, sudah tentulah sepatutnya pihak kementerian yang membiayainya. Akan tetapi yang berlaku adalah pemotongan claim itu dibuat separuh daripada sepatutnya mereka dapat penuh atau kadang-kadang mereka tak dibayar langsung sedangkan mereka telah menyertai latihan operasi, kursus atau mesyuarat dan mereka terpaksa menggunakan belanja sendiri. Butiran 010200 – Logistik. Tuan Pengerusi, yang pertama berkaitan dengan uniform lengkap tentera. Uniform harian khususnya loreng dan baju kerja harian iaitu kemeja dan seluar hijau diberikan percuma tetapi tidak mencukupi sebagaimana dahulu yang sepatutnya diperuntukkan sehingga ia menjadi faktor tugasan latihan dan kerja menjaga keselamatan negara agak terjejas. Kesannya, anggota terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk membelinya seperti pakaian loreng dan kasut combat. Keperluan pakaian loreng yang sepatutnya diberikan percuma setahun dua pasang pada pasukan darat dan sangat kritikal kepada pasukan gerak khas atau komando kerana ia adalah pakaian harian yang mereka pakai 24 jam sehari. Isunya ialah kali ini dibekalkan secara tidak cukup. Senjata personel, senapang ringan tidak dilengkapkan dengan keperluan aksesori yang sepatutnya membolehkan ia berfungsi dengan maksimum. Sebagai contoh M-4 tiada telescopic serta kegagalan penggunaan lasak bagi senjata... Keperluan peralatan khusus untuk unit komando, ketiadaan peralatan yang mencukupi untuk pasukan khas beroperasi seperti CQB vehicle, bot tempur RIB manakala peralatan yang sedia ada usang dan tidak efektif untuk digunakan. Pembelian aset khas yang mahal daripada pembelian negara luar dan tidak mencapai spesifikasi sebenarnya juga berlaku dalam keperluan peralatan khusus unit komando yang saya mohon pihak kementerian memberikan reaksi atau maklum balas terhadap perkara spesifik yang saya bangkitkan. Pasukan patung terjun briged para telah berlaku banyak casualties kematian akibat daripada payung tidak kembang atau kembang tidak sempurna. Itu kerana payung terjun yang digunakan tidak mengikuti spesifikasi keselamatan sehingga menyebabkan angka kematian yang saya difahamkan ada sepuluh orang anggota paratrooper dan komando maut dalam nahas payung terjun. Kenderaan tentera, trak tiga tan dan land rover. Kenderaan tiga tan di setiap unit operasi tempur memiliki hanya di tahap 50 peratus pemilikan daripada jumlah keperluan sebenar. Seterusnya keadaan ini diparahkan lagi apabila kebolehgunaan hanya pada kadar separuh daripada pemilikan yang ada tersebut.

Sebagai contoh sebenar yang berlaku pada hari ini satu batalion infantri standard perlu ada sekurang-kurangnya 70 peratus kenderaan tempur yang serviceable, yang mampu diatur gerak pada sebilang masa bagi pelbagai tugasan operasi, latihan biasa, exercise besar dan peperangan. Jika kurang daripada jumlah tersebut Tuan Pengerusi, justifikasinya ialah negara kita berada pada tahap siap siaga yang mencemaskan untuk menghadapi ancaman perang. Isunya ialah keadaan tahap siap siaga trak tiga tan yang sebenarnya menjadi instrumen logistik yang penting dalam gerakan ketenteraan. Penyelenggaraan kenderaan tentera juga, kita difahamkan alat ganti yang tidak mencukupi serta harga yang dinaikkan secara luar biasa. Hal ini menyebabkan kos penyelenggaraan menjadi terlalu tinggi dan tidak munasabah. Seterusnya lambakan kenderaan tentera di workshop sehingga menambah parahkan lagi masalah pemilikan dan kebolehgunaan kenderaan tentera di unit-unit tempur. Tuan Pengerusi, kenderaan utiliti tentera atau kereta sedan jenis Proton Saga BLM sangat tidak sesuai dari sudut profesionalisme military. Ini didowngrade kan. Sebagai contoh, sarjan polis memiliki Proton Waja untuk penolong pegawai penyiasat. Akan tetapi pegawai-pegawai tentera leftenan kolonel, tugas staf, mejar, kapten dan leftenan hanya memiliki Proton Saga BLM yang jumlahnya pun tidak mencukupi bagi penggunaan secara perkongsian. Peruntukan kenderaan utiliti, kenderaan sedan di unit pasukan formasi telah dikurangkan. Tiada untuk penugasan administrasi sehingga terpaksa menggunakan kenderaan tempur land rover atau command rover sehingga kenderaan tersebut menjadi kurang efektif untuk digunakan bagi tujuan tempur, latihan, exercise kerana ia berkeadaan usang. Hal-hal yang saya bangkitkan secara spesifik ini Tuan Pengerusi adalah hasil daripada maklum balas apabila kita didatangi oleh anggota tentera kerana melihat dari aspek kebajikan, aspek perumahan dan keupayaan logistik yang membolehkan keadaan yang lebih kondusif untuk mereka menjadi anggota tentera yang berkesan dan berfungsi dengan baik. Tuan Pengerusi, itu bahagian saya dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi saya peluang. Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat saya Yang Berhormat Machang yang telah banyak bercakap tentang kebajikan tentera. Sekurang-kurangnya ini adalah satu pengiktirafan yang sepatutnya kita berikan kepujian. Jadi, tak payahlah saya cakap tentang kebajikan lagi. Saya teruskan kepada topik-topik yang lain. Pertama saya ingin bercakap tentang Butiran 020000 – Bantuan Bersama. Seterusnya Butiran 010000 – Pentadbiran Pertahanan, Butiran 040000 – Pertahanan Maritim dan juga pengurusan operasi maritim. Pertamanya, elemen militan masih lagi wujud dan bagaimanakah ATM pada ketika ini melalui risikannya dapat menangani? Pertamanya apakah bentuk kerjasama dan jaringan di antara ATM dengan PDRM supaya kita mampu menangani apa juga elemen- elemen militan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan terutamanya tentang perkongsian maklumat dalam bidang latihan dan juga kepakaran seperti komunikasi. Seterusnya, sejauh manakah pertukaran maklumat ataupun risikan ini di antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Negara-negara ASEAN dan juga negara-negara maju yang lain supaya kita ada mempunyai tumpuan untuk membanteras apa juga aktiviti-aktiviti militan dengan jaringan antarabangsa. Perkara ini sangat penting, tentang pergerakan- pergerakan yang mutakhir ini yang sangat membimbangkan kita. Keduanya, saya pergi kepada isu pembelian peralatan pertahanan negara. Kebelakangan ini, isu pembelian peralatan aset pertahanan menjadi tumpuan ahli-ahli politik di mana berbagai-bagai fakta telah didedahkan dan dijadikan sebagai isu politik yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya ingin membawa cerita semasa perang dunia kedua dulu, Jerman mempunyai kapal selam yang dipanggil U-Boat yang menjadi satu senjata yang cukup ampuh yang hampir-hampir mengalahkan tentera British dan juga menawan Pulau England. Akan tetapi, kerana kecekapan pada ketika tersebut, Tentera Bersekutu dapat mengalahkan Jerman, tetapi kita kena akui kerana aset ketenteraanlah yang telah menyebabkan mereka begitu ditakuti. Selepas itu kita balik tentang Perang Falkland Islands di antara tentera British dan juga tentera Argentina kerana kekuatan kapal selam tentera British yang telah dapat menenggelamkan kapal perang Argentina, maka kalahlah Argentina dan terpaksa menyerahkan Pulau Falkland. Ini kerana walaupun jaraknya dekat untuk membawa tentera-tentera ke Pulau Falkland tetapi kerana kapal perang telah karam, dikaramkan oleh kapal selam British, maka kita kalah. Jadi seharusnyalah janganlah hendaknya mana-mana pihak mempolitikkan pembelian aset tentera yang sebenarnya menjadi rahsia negara. Perbuatan mereka seolah- olahnya menghina keupayaan tentera kita yang sebenarnya telah menunjukkan satu keupayaan yang cukup tinggi sekali. Hendaknya kalau ada perkara-perkara yang kita dapati satu penyelewengan, laporkan kepada pihak berwajib. Janganlah kita menghebahkan dan menghebohkan perkara ini satu dunia. Pergi ke negara-negara lain, membocorkan ketidakupayaan tentera kita. Ini adalah satu perbuatan yang bagi saya sebenarnya adalah kita menghina negara sendiri. Seterusnya...

Mengkhianati.

Mengkhianati itu bukan saya sebut. Kawan saya daripada- termasuk dalam ucapan sayalah. Seterusnya saya pergi kepada perkara yang lain pula. Tentera kita telah membuktikan keupayaan kita dan menjadikan kita satu-satunya tentera yang cukup disegani apabila kita telah dijemput untuk berkhidmat sebagai tentera pengaman sejak tahun 60-an di Congo sehinggalah sekarang di seluruh dunia, kita ada tentera pengaman dan juga pemerhati. Jadi soalan saya, di manakah sebenarnya penempatan tentera kita pada ketika ini dan apakah peranan mereka? Keduanya, saya ingin bertanya Menteri setakat manakah tentera-tentera kita punya perbelanjaan ditanggung oleh PBB? Saya tahu perbelanjaannya besar. Jadi selain daripada peralatan, selain daripada aset ketenteraan, tentang emolumen dan yang lain-lain, siapakah yang menanggung perbelanjaan ini? Keduanya, kita hendak lihat apakah sebenarnya manfaat yang kita dapati setakat ini setelah kita berkhidmat sejak tahun 60-an kerana kita telah dianggap sebagai tentera yang cukup berkaliber bukan sahaja kita telah menyelamatkan nyawa-nyawa mereka yang terkorban, bahkan kita telah berjaya menyelamatkan tentera Amerika pada satu ketika. Seterusnya, kita juga telah menghantar tentera kita di Mindanao beberapa tahun yang lalu. Lama kita di sana sebagai pemerhati dan kita telah membuktikan keupayaan tentera Malaysia dengan termaktubnya perjanjian damai di antara MILF dengan kerajaan Filipina. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, setakat manakah peranan tentera kita pada ketika ini tentera pengaman kita di Mindanao? Adakah mereka akan terus berada di sana dan apakah sebenarnya kekangan yang kita hadapi? Seterusnya, saya ingin bertanya Menteri tentang penglibatan Angkatan Tentera kita di Teluk Aden untuk menangani masalah-masalah lanun. Adakah kita bercadang untuk terus mengembangkan peralatan kita di sana dengan kemaraan lanun-lanun yang sebenarnya mengancam laluan di Teluk Aden. Terakhirnya dan seterusnya, kita telah menempatkan tentera kita di beberapa pulau yang pertamanya di Pulau Perak atas daripada Langkawi. Selepas itu kita telah meletakkan tentera kita di Pulau Jarak di atas Lumut dan juga di Pulau Layang-layang. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, setakat ini yang kita telah belajar daripada kesilapan kita yang lalu apabila kita terpaksa hilang Pulau Putih kepada Singapura kerana mereka telah menempatkan ketenteraan dan peralatan mereka di sana. Jadi setakat manakah pengembangan penempatan tentera di ketiga-tiga pulau ini yang cukup strategik sekali dan adakah kita bercadang untuk terus mengembangkan penguasaan kita di pulau-pulau yang ada mempunyai kepentingan kepada negara dan perairan kita.

Seterusnya, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri apakah sebenarnya isu-isu yang bersangkutan dengan claim pertindihan tuntutan pertindihan daripada beberapa negara, kepulauan-kepulauan yang berhampiran dengan negara kita? Setakat manakah Malaysia yang dapat kita sama-sama mainkan untuk memastikan supaya tuntutan pertindihan ini tidak terus membawa kepada perkara yang tidak diingini misalnya peperangan. Seterusnya, saya pergi kepada perkara yang terakhir tentang lawatan kapal asing. Baru-baru ini sebuah kapal perang George Washington daripada Amerika telah datang melawat ke pelabuhan kita. Kapal ini selain daripada kapal aircraft carriers adalah kapal perang yang dikuasai ataupun nuclear powered. Jadi setakat manakah langkah-langkah keselamatan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi membuktikan keselamatan kita terjamin, tidak ada kebocoran, tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Keduanya, apakah manfaat yang kita dapati daripada lawatan kapal ini? Akan tetapi apa yang pasti, kita telah membuktikan bahawa Malaysia diiktiraf oleh negara-negara besar sebagai sebuah negara yang cukup selamat, negara yang aman dan dijadikan satu persinggahan oleh kapal-kapal perang tentera-tentera yang negeri maju. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil peluang untuk mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Pada tahun lalu, di bawah Butiran 060000 - Latihan Khidmat Negara, pihak Menteri telah membuat pengesahan bahawa 61 buah bas yang digunakan untuk mengangkut para pelatih adalah disewa secara jangka panjang untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam laporan belanjawan tahun lepas, 61 buah bas itu adalah untuk tujuan pembelian ataupun pemerolehan aset. Jadi pada kali ini saya dapati Tuan Pengerusi, tidak ada langsung berkenaan tanda-tanda yang Kementerian Pertahanan membeli ataupun membuat perolehan dalam bentuk 61 buah bas sebagaimana yang dikatakan. Jadi pada kali ini saya minta penjelasan mana satu yang betul, adakah PLKN mempunyai, memiliki bas tersebut kerana peruntukan pada tahun lepas untuk pembelian ataupun sebenarnya statusnya hanya sewaan jangka panjang. Ini saya minta sekali lagi kerana saya rasa agak besar juga kekeliruannya beza di antara sewa dan beli. Maksudnya beli itu punya, sewa itu adalah pinjamlah, begitu. Kedua, saya hendak tanya Tuan Pengerusi, kenapa di bawah one-off ada dua perkara berkenaan dengan lekapan maksudnya pembelian lekapan, meningkatkan lekapan dan kemudahan bantuan bersama di bawah Butiran 090200 dan juga Butiran 090500. Kelengkapan dan lekapan pertahanan ruang udara, kedua-duanya diletakkan di dalam one- off yang pada tahun lepas semakan saya juga diletakkan di bawah one-off tetapi tidak dipindahkan kepada P.60 untuk tujuan pembangunan. Saya faham kesemua pembelian alat-alat ataupun lekapan-lekapan ini didaftarkan atau diletakkan dalam unit ataupun bahagian pembangunan sebagaimana penjelasan awal berkenaan dengan kementerian ini di muka surat-muka surat yang awal daripada muka surat 595 sehinggalah kepada 605.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Cuma diperjelaskan bahawa antara aset-aset ataupun perolehan-perolehan ataupun pembelian-pembelian tersebut adalah untuk tujuan pembangunan. Jadi saya rasa ada satu penerangan yang hendak diberi oleh pihak kementerian. Barangkali tidak secara jelas atau tidak secara detail dalam ruangan ini. Akan tetapi oleh kerana saya berminat untuk tahu, saya rasa bolehlah saya bertanya secara langsung kepada pihak Timbalan Menteri yang ada di dalam Dewan pada hari untuk kita rungkaikan kemusykilan walaupun pada saya perkara ini tidaklah menjadi kerumitan yang besar. Akan tetapi untuk tujuan penerangan dan juga penjelasan kepada pihak yang memerlukan pemahaman ini. Saya rasa baik jika kita mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan perkara ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi B.60 dan P.60 ini iaitu Kementerian Pertahanan, saya bercadang untuk bercakap mengenai beberapa butiran. Jadi yang pertama sekali ialah Butiran 010100 - Pentadbiran dan Dasar Pertahanan. Jadi yang pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian dan pihak kerajaan kerana sangat prihatin dan sangat peka terhadap nasib bekas-bekas tentera atau veteran-veteran tentera yang berpencen dan juga yang tidak berpencen. Jadi untuk belanjawan pada tahun 2013 ini, kita dapati pihak kementerian dan kerajaan telah memberi sumbangan kepada bekas-bekas tentera atau veteran-veteran tentera yang tidak berpencen sebanyak RM1,000. Jadi, apabila saya turun ke bawah bertemu dengan ahli-ahli bekas tentera yang tidak berpencen ini, kerana baru-baru ini kita ada dua tiga program iaitu untuk latihan semula mereka. Mereka rata-rata sangat gembira dan mengucapkan terima kasih serta memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pertahanan dan juga kepada kerajaan mengenai perkara itu. Hanya harapan mereka, katanya, “Tidaklah dalam Belanjawan 2013 sahaja”. Kalau boleh, itu diteruskan. Saya rasa tidak banyak pemberian tersebut kalau kita kira daripada segi kewangan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menunjukkan tanda penghargaan kepada pahlawan- pahlawan negara kita ini yang telah berjuang bukan sahaja semasa darurat, konfrontasi darurat kedua dahulu dan juga terus berjuang untuk memastikan negara kita sentiasa aman, makmur dan tenteram. Saya rasa ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia kini. Keduanya ialah mengenai dengan FPDA iaiatu Five Power Defence Agreement. Saya rasa ini sejak lama dahulu iaitu dari zaman selepas kita merdeka yang mana rasa saya antara negaranya ialah Malaysia, Australia, New Zealand, UK, Brunei dan Singapore, rasa sayalah kalau tidak silap. Kalau silap, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan betulkan. Jadi sejak lama dahulu, tetapi oleh kerana sekarang keadaan keselamatan dunia, pertahanan dunia senarionya telah berubah. Kalau kita dahulu ada perang dingin. Sekarang perang dingin sudah tidak ada pula. Kalau kita lihat terdapat perang-perang yang terletak di beberapa region, di beberapa kawasan. Kalau kita lihat tumpuan. Peperangan sekarang adalah kepada beberapa kawasan dan juga terdapat perang-perang yang berkaitan dengan etnik, antara etnik dan mungkin juga akan berlaku perang antara agama dan sebagainya. Kita tadi tahu kerana proses perubahan dunia kini. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah FPDA ini masih relevan kini? Apakah langkah-langkah sekiranya ia sudah tidak relevan? Apakah langkah-langkah untuk membentuk semula pakatan- pakatan yang mungkin berbentuk lebih regional di antara negara-negara yang ada di dalam rantau kita. Ketiganya daripada segi kesiapsiagaan anggota. Kalau kita lihat anggota kita daripada segi ketenteraannya, saya rasa kita tidak mempertikaikan. Usaha kerajaan untuk menambah baik kesiapsiagaan anggota tentera ini memang daripada segi fizikalnya, rasa saya memang tidak ada. Saya berharap dia juga kita siapsiagakan daripada segi mental dan juga semangat patriotik terhadap negara. Ini kerana kita tidak mahu nanti ada di antara anggota tentera kita yang dengan sengaja membocorkan rahsia-rahsia sulit atau rahsia- rahsia besar yang boleh mengancam keselamatan negara. Kadang-kadang dalam era teknologi maklumat begini, kalau kita tidak jaga betul- betul, mudah untuk sesiapa sahaja mempunyai maklumat, membocorkan rahsia tersebut sehingga maklumat tersebut bukan sahaja didapati oleh mereka yang kadang-kadang sengaja hendak mengkhianati negara, rakyatnya sendiri tetapi juga mungkin boleh sampai kepada negara-negara luar yang memang juga mereka kadang-kadang ada kepentingannya dalam negara. Mereka juga banyak negara yang kadang-kadang bersifat cemburu dengan keamanan dan ketenteraman serta kemakmuran negara kita. Selain daripada itu, rasa saya anggota tentera ini juga perlu disiapkan daripada segi masa hadapan mereka, kerjaya mereka. Kalau kita melihat saya pernah bercakap tentang ini dahulu, kalau kita lihat banyak kemahiran banyak trait yang diperoleh oleh anggota tentera ini dan pegawai-pegawai tentera sejak daripada mula mereka masuk menjadi anggota tentera sehinggalah mereka pencen ataupun mereka berhenti tidak berpencen.

Contohnya, seorang pemandu trak tentera tiga tan atau lima dan sebagainya, mereka ini bukan sahaja ada kemahiran memandu, tetapi mereka sebenarnya ada kemahiran menyeluruh daripada segi penjagaan dan penyelenggaraan kereta. Saya rasa kalau tayar pancit pun mereka boleh buat sendiri tanpa perlu panggil tow truck dan sebagainya. Begitu juga kalau kita lihat kemahiran-kemahiran yang lain, yang ada. Contohnya, tukang masak dalam angkatan tentera. Rasa saya sepanjang hidup ini kalau mereka masuk dalam kor ini duduk di dapur memasak dan boleh membuat pelbagai resipi dan sebagainya. Begitu juga kalau saya kata daripada segi kejuruteraannya, daripada segi mungkin radio, semboyan dan sebagainya. Apa yang kita harapkan, maknanya mereka ini dipadankan dengan Sijil Kemahiran Malaysia itu sendiri daripada awal. Kita tidak hendak maknanya selepas mereka keluar, buat latihan peralihan di PERHEBAT, barulah mereka ini kelam kabut hendak mengiktiraf mana yang boleh dipadankan dan sebagainya. Sepatutnya ada kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi yang mana Sijil Kemahiran Malaysia memang sudah ada, sudah dipadamkan terus.

Apabila mereka keluar, mereka sudah tentu, sijil mereka itu selain daripada mereka mendapat mungkin sijil-sijil kerjaya dari segi ketenteraan contohnya latihan persenjataan. Kalau seorang anggota tentera ini pada prebet mungkin dia pergi ada kadar kos, kursus kadar, kursus persenjataan company, kursus kawad, jadi jurulatih kawad dan sebagainya. Akan tetapi, kadang-kadang trait mereka yang ada pada mereka ini memang di luar pula kadang-kadang tidak diiktiraf. Jadi, apabila tidak diiktiraf itu menyebabkan mereka kadang-kadang tercari-cari pekerjaan dan sebagainya dan akhirnya ada yang saya pernah melihat seorang sarjan mejar menjadi pengawal keselamatan. Terkejut saya apabila saya tengok rasa saya macam pernah kenal. Saya tanya dia, “Encik buat apa sini?” “Sudah tidak ada kerja lain dah, aku minta sajalah kerja menjaga sekolah ini dapat”. Dahulu pegawai waran 1 jadi pengawal keselamatan. Kalau dia jadi ketua pengawal pun tahan juga, ini pengawal biasa. Jadi, oleh kerana kita lihat trait yang ada pada itu tidak diiktiraf dan mungkin dalam trait itu bolehlah dibawa mungkin sampai ke ataslah boleh diploma dan sebagainya. Itu yang penting. Jadi apabila mereka keluar sebagai bekas tentera, mereka telah dibekalkan dengan satu kemahiran yang telah diiktiraf. Bayangkan yang TUDM senggaraan kapal terbang, airframe dan sebagainya bagi saya mungkin ini mungkinlah tidak ada masalah sangat dari segi hendak dapat kerja di luar tetapi kadang-kadang kalau tidak diiktiraf di luar, di peringkat civilian mungkin ada masalah. Selain daripada itu, saya hendak bertanya juga maknanya tentera ini gaji rasa saya tidaklah jadi masalah tetapi saya hendak melihat dari segi kemudahan yang diperoleh oleh anggota dan pegawai tentera ini yang equivalent ataupun yang setara dengan perkhidmatan awam. Sebagai contohnya seorang leftenan muda dan seorang leftenan, apakah gred yang setara dalam perkhidmatan awam? Ini kerana kemudahan-kemudahan ini juga kadang-kadang boleh memberi impak dari segi motivasi dan moral kepada anggota kerana saya diberitahu dahulu, sekarang saya tidak tahu. Itu sebab saya tanya balik. Dahulu dia kata kapten dengan mejar diletakkan setara dengan Gred 41. Selepas itu leftenan kolonel diletakkan setara dengan Gred 44. Selepas itu langkau. kolonel diletakkan dengan Gred 48 dan begitulah,dahulu ya. Sekarang ini saya tidak tahu, mungkin ada kesetaraan itu dari segi kemudahan. Contohnya apabila naik kapal terbang, mungkin kalau Gred 44, 41 ini duduk di kelas ekonomi saja. Bayangkan di dalam batalion mereka mengetuai atau command kalau leftenan kolonel, di antara 800 dalam batalion kah mungkin 1200 orang. Akan tetapi, apabila kemudahan mereka diberi kemudahan yang mungkin tidak setara dengan gred atau command mereka itu, itu sebab saya hendak melihat dan kalau boleh kita selaraskan perkara ini. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri lebih arif. Selaraskan perkara ini supaya persamaan itu lebih mencerminkan apakah tugas dan tanggungjawab mereka dan pandangan masyarakat terhadap mereka. Jadi, itu sangat penting.

Berikutnya ialah mengenai dengan askar Wataniah. Askar Wataniah ini bagi saya bagus dan ramai orang berminat, mungkin di Parlimen Kuala Krau pun hendak buka satu company tidak tahulah dan sebagainya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat.

Okey, last point. Jadi, saya berharap selain daripada mereka membuat latihan mingguan kah latihan bulanan, latihan ketenteraan. Kalau boleh mereka juga diberi kemahiran supaya mereka dapat membantu pula masyarakat di sekeliling mereka, mungkin buat gotong-royong untuk membina rumah, untuk membaik pulih rumah dan sebagainya. Akhirnya, saya hendak sebut dari segi Latihan Khidmat Negara ini. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Latihan Khidmat Negara ini kalau dahulu kita tengok diwajibkan kepada mereka yang terpilih. Maknanya siapa yang terpilih, dia wajib. Adakah sekarang ini diperluaskan kepada mereka yang berumur 18 tahun? Diperluaskan semua sekali? Semua sekali mesti hadir. Jadi, mesti mengikuti Latihan Khidmat Negara ini. Kalau masih lagi terpilih, adakah peluang dibuka kepada mereka secara sukarela kerana ramai juga kadang-kadang yang tidak dapat tetapi mereka berminat untuk menyertai Latihan Khidmat Negara ini. Jadi, adakah mereka dibuka dan sejauh manakah kempen-kempen diberi kepada orang ramai agar mereka berminat untuk menyertai Latihan Khidmat Negara dan bagaimanakah lagi satu status dalam latihan mereka dulu saya diberitahu bahawa akan ada latihan senjata dan sebagainya. Jadi, apakah status latihan tersebut kerana ada juga banyak orang bising tapi bagi saya itu merupakan satu langkah yang baik. Jadi, apakah status latihan tersebut, adakah diteruskan ataupun diberhentikan setakat itu. Jadi, setakat itu dulu Tuan Pengerusi. Terima kasih dan saya menyokong.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya diberi peluang untuk membahaskan dalam Butiran 010000 - Pentadbiran Pertahanan. Pertama sekali saya ingin maklum dan dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa dalam kertas siasatan Mahkamah Perancis dapati satu dokumen penilaian yang dibuat oleh Angkatan Tentera Laut Malaysia yang merupakan penilaian terhadap Scorpene yang bakal dibeli waktu itu, bakal dibeli oleh Kerajaan Malaysia. Dokumen itu telah diperolehi dengan cara yang kita tidak ketahui oleh sebuah syarikat yang berdaftar di Hong Kong iaitu Terasasi. Melalui Terasasi dengan bayaran EURO36 juta, dokumen itu telah beralih tangan kepada pihak DCN iaitu pembekal Scorpene. Ini merupakan satu tindakan yang sangat bukan sahaja tidak profesional tetapi adalah merupakan satu tindakan khianat kerana dokumen penilaian ini adalah merupakan dokumen sulit tentera dan dengan cara yang tidak diketahui, sebuah syarikat swasta yang memberi perkhidmatan konsultasi kepada pihak Perancis telah memperoleh dokumen ini dan beralih tangan. Pada masa yang sama, pemilik kepada Terasasi iaitu Razak Baginda dan bapanya yang telah mendaftarkan Terasasi di Hong Kong juga merupakan pemilik yang sama kepada Perimekar yang seterusnya apabila perjanjian untuk pembelian kapal selam ini telah ditandatangani juga memperoleh satu kontrak EURO114 juta untuk yang dinamakan untuk service koordinasi dan pembekalan support kepada pembelian kapal selam ini. Saya ingin tahu adakah dalam pandangan Yang Berhormat Menteri ini telah melanggar etika dan apakah tindakan Yang Berhormat Menteri untuk siasatan selanjutnya? Seterusnya, saya juga ingin tahu bahawa sama ada Yang Berhormat Menteri berminat apabila Peguam Perancis datang untuk memberi taklimat untuk datang juga mendengar penjelasan dan juga menawarkan pandangan dari pihak kerajaan yang membolehkan Ahli- ahli Parlimen mendapat satu gambaran yang lebih jelas. Dalam Butiran 040000 – Pertahanan Marin. Saya juga ingin dapat penjelasan, mutakhir ini banyak lawatan rasmi dari Tentera Laut Amerika Syarikat.

Baru-baru sahaja Oktober, aircraft carrier yang bernama USS George Washington atau mengikut kod Amerika Syarikat, CVN73 telah melawat dan berpangkalan di Port Klang. Pada masa yang sama, pada masa yang berdekatan, sebuah lagi air craft carrier yang juga dijana oleh nuklear, USS John C. Stennis juga melawat Sabah. Kedua-dua aircraft carrier ini disifatkan dalam strategi Amerika Syarikat sebagai central peace of American Military to protect American interest abroad. Saya ingin tahu sama ada kerajaan, apakah pandangan kerajaan tentang lawatan yang sangat frequent ini. Saya dapati dari Glenn Defense Maritime Report, sejak 2007 hingga 2012, hampir setiap tahun satu atau dua vessel kapal perang Amerika Syarikat telah datang ke Malaysia. Sebelum ini dari 1991 hingga 2006, lebih kurang hanya tiga kali sahaja ada lawatan. Saya tidak tahu maklumat saya betul atau tidak, saya ingin dapat satu penjelasan berapa kerap kedatangan kapal perang Amerika Syarikat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Penjelasan Yang Berhormat Batu, sedikit. Yang Berhormat Batu sedar atau tidak bahawa Malaysia ini adalah antara negara yang telah pun mengisytiharkan di bawah Bangkok Treaty sebagai zon bebas nuclear weapon. Jadi maknanya Amerika telah membawa masuk kapal yang mempunyai nuclear power itu adalah salah dari segi undang-undang. Jadi bolehkah kementerian memberi teguran itu. Terima kasih.

Ya, ini sebenarnya adalah point utama saya. Negara kita telah selama ini komited kepada satu zon nuklear dan berkecuali dengan mana-mana pihak yang menunjukkan kita memihak kepada mana-mana super power. Ini adalah satu ramalan yang lama tetapi malangnya kita tidak lagi memegang kepada prinsip non nuclear dan prinsip tidak membenarkan negara kita dijadikan medan untuk tindakan yang bersifat agresif terhadap negara-negara jiran. Saya ingin tahu sama ada kerajaan sedar bahawa USS George Washington ini sejak tahun 2000 adalah sebahagian daripada apa yang dianggap sebagai global war on terrorism. Juga aircraft carrier USS John C. Stennis yang mempunyai sejarah yang hebat dari tahun 1998 telah banyak kali hadir di ‘Teluk Persia’ dan juga sebahagian daripada taktik Amerika Syarikat untuk menekan Iran untuk tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat. Sehingga kehadiran ini diberi amaran oleh Jeneral Iran yang bernama Jeneral Ataollah Salehi yang telah memberi amaran, kalau sekali lagi mereka hadir di ‘Persian Gulf’, pihak Iran akan tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan retaliation atau balas dengan kekerasan. Saya ingin tahu kenapa kerajaan sebagai salah sebuah negara dalam OIC dan juga sebagai sebuah negara yang tegas di dalam isu menentang kehadiran Amerika Syarikat di kawasan Teluk dan Timur Tengah ini, bersekongkol dengan Amerika Syarikat dengan membenarkan kapal bersenjata dan penjana nuklear hadir di Malaysia. Akhir sekali saya juga ingin ingatkan, sebenarnya kapal yang dijana oleh nuklear ini memang tidak selamat. Pada 30 Mei 2008, satu kebakaran telah berlaku pada USS George Washington di mana 37 orang anak kapal telah maut dalam kebakaran itu. Pada tahun yang sama, 13 Julai 2008 semasa kapal aircraft carrier ini ingin mendarat di Jepun, 13,000 rakyat Jepun telah menentang kehadiran mereka dan menolak mereka dengan alasan bahawa tidak selamat. Siasatan oleh Amerika Syarikat menunjukkan kebakaran ini adalah sebagai satu kemalangan yang boleh dielakkan, it is a preventable incident. USS Stennis juga telah beberapa kali menghadapi kemalangan termasuk pada 30 November 1999, dua daripada nuklear reaktor itu terpaksa shut down kerana menghadapi masalah dan kos untuk membersihkan pencemaran telah mengambil kos USD2 juta. Ini perkara-perkara yang telah menjadikan kebanyakan negara di kawasan rantau ini tidak terima kedatangan mereka. Saya ingin tahu apakah jaminan yang diberi oleh Amerika Syarikat sebelum mereka boleh hadir di sini. Akhir sekali saya ingin tegaskan sekali lagi, gesaan daripada pihak kami, Pakatan Rakyat ialah semasa kita kutuk pihak berkuasa seperti Amerika Syarikat di Timur Tengah dan cara mereka melindungi Zionis, kita sepatutnya bukan sahaja meluluskan resolusi di Parlimen.

Kalau tidak pihak Zionis Israel, mereka gelak dan ketawa kepada kita, pada masa kita menunjukkan tindakan solidarity terhadap Palestin dan rakyat di Timur Tengah, kita menjadikan negara kita dan tanah bumi kita menjadi pangkalan bagi strategi Amerika Syarikat. Sudah sampai masa kita sebagai negara yang berdaulat yang memihak kepada dunia ketiga, sebahagian daripada pemimpin OIC mengambil pendirian tegas dan menolak kedatangan senjata-senjata dan kapal perang yang bersifat agresif terhadap negara-negara jiran dan negara-negara Islam yang lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Krau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Pertahanan Darat, Pertahanan Maritim dan juga Pertahanan Ruang Udara. Nampak macam Yang Berhormat Machang telah bercakap mengenai kebajikan termasuk Yang Berhormat Jasin dan juga Yang Berhormat Lipis yang mengutarakan tentang tangga gaji, keistimewaan dan kemudahan- kemudahan anggota tentera. Cuma saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, adakah kementerian ini berpuas hati dengan jumlah bilangan angkatan tentera kita sama ada di darat, di laut dan juga di udara. Berapakah jumlah yang terkini dan apakah usaha-usaha kementerian ini untuk mempelawa atau menarik minat pemuda-pemuda dan pemudi di dalam negara kita agar dapat menyertai angkatan tentera sama ada di darat, maritim dan juga di ruang udara. Berapakah jumlah sebenarnya yang dikatakan memadai, mencukupi untuk pasukan kita dalam keadaan siap siaga sama ada dari segi kelengkapan senjata dan juga jumlah ketumbukan anggota angkatan tentera di dalam negara kita.

Keduanya tentang askar Wataniah Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengumuman Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada tahun 2010 di hadapan pemimpin dan juga orang ramai di kawasan saya Parlimen Kuala Krau yang telah mengumumkan untuk membina kem askar Wataniah di Kuala Krau. Cuma saya ingin bertanya bilakah akan terlaksananya, akan dilaksanakan pembinaan kem askar Wataniah tersebut. Di dalam jawapan Yang Berhormat pagi tadi, dalam soalan jawab lisan saya mengatakan bahawa ada satu Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) yang bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting bagi menyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah penyertaan rakyat dalam askar Wataniah dan juga menggalakkan masyarakat pemuda-pemudi menceburi diri dalam askar Wataniah. Cuma saya ingin bertanya, siapakah yang menjadi anggota bagi pendukung askar Wataniah JAKPAW ini yang perlu turun padang setelah diisytiharkan 222 kawasan Parlimen akan diwujudkan kompeni bagi askar Wataniah. Ini kerana saya tak nampak lagi JAKPAW ini turun ke kawasan Parlimen-Parlimen untuk mewujudkan kompeni-kompeni askar Wataniah di dalam kawasan Parlimen–Parlimen di dalam negara kita. Seterusnya, saya juga ingin mengutarakan tentang Perumahan Angkatan Tentera Malaysia - Butiran 08400. Saya ingin bertanya mengenai peruntukan yang telah dipohon oleh kementerian ini untuk membaik pulih rumah anggota tentera yang uzur di lebih 100 buah kem tentera. Apakah jumlah RM500,000 ini mencukupi atau angka yang lebih besar diperlukan. Termasuk juga dengan program Army Care iaitu projek rehabilitasi kem-kem tentera darat yang perlu dibaik pulih, yang begitu usang dan daif ini dapat dilaksanakan dengan segera. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tan Sri kerana mengizinkan saya berbahas atas kementerian ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya juga mahu untuk membawa perhatian kementerian setelah kawan-kawan saya sebelah sini dan sebelah sana, khususnya Yang Berhormat Machang sebentar tadi membawa hujahannya selaku shadow Menteri yang cukup baik tentang pertahanan. Saya hanya ada beberapa perkara di bawah Butiran 08400 - Perumahan Angkatan Tentera Malaysia dan atas Butiran 080200 – Pertahanan Darat dan yang selainnya. Saya mulakan dengan menyebutkan betapa Yang Berhormat Jasin telah mengingatkan kita bahawa maklumat-maklumat seperti ini adalah maklumat-maklumat strategik dan tidak boleh dibicarakan ataupun tambah lagi untuk didedahkan. Ini Dewan yang mulia ini cukup memahami, namun sebagai legislator dan juga Ahli Dewan Rakyat ini Tuan Pengerusi, saya juga mahu sementara kita cukup memahami keseluruhan perkara tentang strategic confidentiality dan sebagainya itu, dengan izin, Kementerian Pertahanan ini menyebutkan tentang KPI kepada tahap 70 peratus tahap kesiapsiagaan yakni daripada segi pertahanan. Kesiapsiagaan atau pun defence readiness mesti juga difahami sekali gus dengan mission capable ataupun combat capable ataupun kesiapsiagaan peperangan. Di sini saya ingin bertanya kepada kementerian dan Menteri supaya memberikan jaminan dan memberikan sedikit maklumat tentang apakah tahap kesiapsiagaan. Bukan sahaja readiness untuk mobilize tetapi lebih penting daripada itu adalah readiness for combat. Saya tadi bila YB. Machang berucap cukup baik tadi saya ingin mencelah tetapi tak apalah sebab tak sempat. Maka, contohnya kalau kita ambil kapal perang kita ataupun aircraft kita, kita ada Sukhoi, kita ada Hawk. Kita ada Sukhoi, 18 buah dan kita tahu berapa harga Sukhoi ini. Akan tetapi pada waktu yang sama kita ingin tanya, berapa banyak daripada 18 buah itu mampu bukan sahaja terbang tetapi berperanan dan mampu beroperasi daripada sudut keupayaannya to be mission capable. Daripada sudut ini kalau ia dibeli dengan harga yang begitu mahal, apakah ia juga mampu to be combat capable. Sebagai contoh, apakah ia punya missile capability dan sebagainya. Kalau tidak, kita membeli satu aircraft yang cukup mahal tetapi beroperasi hanya sebagai- umpama kita beli Ferrari tetapi pada kapasitinya kita hanya mendapat satu Proton Saga. Jadi, di sini saya ingin bangkitkan juga, ingin bertanya kepada Menteri dan kementerian, apakah di sana wujud suatu audit mission capability. Ini kerana sebagai contoh, kita punya combatable ship, kita punya pelbagai. Kita punya frigate, kita punya covert, kita punya FAC atau fast attack craft dan sebagainya. Akan tetapi sebagai contoh, kita punya KD Kasturi duduk dalam dockyard ini sudah hampir tiga ke empat tahun atau mungkin lebih dalam Boustead Naval Dockyard. Refurbishment dan programnya itu sudah makan ratusan juta kalau tidak bilion. Jadi, kesemua ini meletakkan mission capable kita ataupun daripada sudut kesiapsiagaan perang kita itu mungkin perlu kepada satu auditing. Kita tidak tahu berapa lama dan when was the last time kementerian membuat satu audit yang menyeluruh untuk mengetahui tahap kesiapsiagaan perang kita. Daripada segi itu saya memerhatikan bahawa program seperti apa yang dikatakan sebentar tadi oleh kawan-kawan yang lain seperti 5 FPDA itu, Australia, UK, New Zealand, Malaysia dan juga Singapura akan memberikan kita satu keupayaan mengukur keupayaan. Di sini daripada segi itu walaupun kita dengar daripada sumber-sumber yang mungkin tidak dapat kita qualify dan verify tetapi kita tahu juga kesiapsiagaan perang kita daripada exercise seperti itu di samping satu exercise yang telah lama dibuat yang dikatakan pahlawan. Exercise itu yang sudah terlalu lama dulu. Jadi Tuan Pengerusi, saya mengangkat isu ini untuk menekankan tentang kesiapsiagaan perang, bukan sahaja kesiapsiagaan mobilisasi sahaja. Kalau Sukhoi terbang tetapi tidak boleh berperanan untuk shoot missile ataupun hanya sekadar boleh shoot missile from a smaller guns sahaja yang daripada 60 meter. Itu sebenarnya kapasiti yang dibeli Sukhoi itu ataupun mengapa ia dibeli. Begitulah juga hal-hal yang lain yang tidak perlu saya uraikan. Kita beli armored personal carrier kita pada harga yang cukup mahal. Kita beli pada harga RM30 juta hingga RM34 juta seunit sementara orang lain, UK contohnya, membeli main battle tank yang Abraham Plus itu pun pada harga lebih kurang daripada itu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Namun, kita tidak tahu, setelah kita membeli, procument kita memang di negara ini memang cukup besar allocationnya tetapi tahap combat capable kita itu sangat dipertikaikan. Kalau boleh saya guna bahasa yang agak lunak.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi akhir sekali Tuan Pengerusi, atau pun yang keduanya adalah perkara yang dibangkitkan oleh kawan-kawan yang lain, dan saya hanya ingin bertanya atas Butiran 08400. Telah kita dengar betapa dalam Laporan Audit Negara pembinaan kemudahan rumah tentera yang akhirnya telah menelan kos lebih RM3.2 bilion. Satu peningkatan kos berjumlah RM1.4 million daripada peruntukan asal, peruntukan syiling bagi projek tersebut. Ketika projek itu siap daripada RMKe-9 dan 37 projek yang siap dibawa ke RMKe-10, didapati ia mengalami kecacatan, kerosakan pembinaan, dan memerlukan pembaikan. Dan yang paling parah adalah projek di Lembah Klang atas syarikat usaha sama SPNB dan LTAT Sdn Bhd yang paling tinggi yang memerlukan penambahbaikan. Soalan saya Tuan Pengerusi, setelah ianya diaudit dan diberi peringatan oleh Laporan Ketua Audit Negara kurang lebih enam bulan yang lalu, saya ingin tahu apakah tahap kedudukannya sekarang? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk bahaskan bajet Kementerian Pertahanan ini. Saya ada beberapa perkara Tuan Pengerusi. Yang pertama ialah Butiran 010000 – Pentadbiran Pertahanan. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian kerana kita lihat pasukan tentera kita ini bukan sahaja mereka ini dapat dibina disiplin tetapi dalam masa yang sama, selepas mereka bersara kita lihat dari segi kekuatan fizikal ini masih ada kerana mereka dilatih disiplin itu. Suatu ketika dahulu Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, semangat pasukan tentera dan polis ini dianggap lain sedikit. Kalau dahulu apabila berjumpanya seorang polis dengan seorang tentera, kalau bertemu kalau tidak betul gaya, dia boleh berkelahi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana semangat berpasukan itu cukup kuat. Sepatutnya negara kita kena ada semangat itu walaupun kita pembangkang atau Barisan Nasional. Kita ada semangat itu untuk mempertahankan negara ini. Akan tetapi akhir-akhir ini kita cukup berbangga kerana di bawah kementerian hari ini kita ada blue ocean strategy, dengan izin, strategi lautan biru yang diadakan oleh kementerian sama ada melalui KDN dan juga Kementerian Pertahanan. Keadaan ini cukup positif pada saya kerana hari ini tentera kita boleh menjalani latihan di pusat latihan polis dan juga pasukan polis, anggota polis boleh juga mengadakan latihan di kem tentera. Ini satu petanda yang cukup baik yang memastikan supaya semangat ketenteraan, semangat berpasukan, semangat pertahanan negara itu dapat kita kuatkan dengan menggabungkan kekuatan keselamatan ini sama ada dalam negeri dan juga ketenteraan. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Saya rasa tidak memadai dengan kita mengadakan latihan di kem tentera bagi polis dan kita mengadakan latihan di pusat latihan polis bagi tentera hendak menggambarkan bahawa kita adanya strategi lautan biru ini. Akan tetapi saya hendak tahu apakah lagi program-program yang lebih komprehensif yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan terutamanya dalam mengeratkan lagi hubungan antara pasukan keselamatan ini, polis, tentera dan sebagainya? Jadi saya kira sudah tentulah ada strategi yang lebih berkesan dapat menggabungkan dan menguatkan lagi kekuatan ini. Dalam masa yang sama, saya kira program-program seperti ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan dalam kita menyara atau pun mengendalikan pasukan keselamatan dan polis kita. Tuan Pengerusi, yang kedua ialah saya hendak bertanya tentang Butiran 060000 – Latihan Khidmat Negara. Usaha ini amat baik kerana kita boleh melahirkan anak bangsa, anggota masyarakat kita yang mempunyai jati diri, yang berdisiplin dan cintakan negara. Kita sudah banyak PLKN. Mungkin saya hendak tanya terkini, hingga hari ini berapakah pusat Latihan Khidmat Negara yang telah pun kita bina dan masih beroperasi?

Ini kerana saya difahamkan dan mendapat maklumat, sebahagian daripada pusat- pusat latihan ini, perkhidmatannya tidak menggalakkan. Adanya berlaku kecuaian di dalam kem semasa memberikan latihan kepada anak-anak muda kita ini termasuklah dari segi kesihatannya, dari segi logistiknya, dari segi keselamatan dan sebagainya dan menyebabkan ada sebahagian daripada mereka mati dan sebagainya. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah sehingga hari ini pusat latihan ini atau pun kem khidmat negara ini yang betul-betul beroperasi dengan sepenuhnya? Berapa pula yang telah pun ditutup kerana kelemahan- kelemahan yang dilakukan tadi? Berapakah kes kecuaian yang dilakukan oleh pengendali- pengendali pusat Latihan Khidmat Negara ini seperti mana yang saya sebutkan tadi? Kalau hari ini kita boleh melatih beratus-ratus ribu, berpuluh-puluh ribu anak-anak muda sama ada yang menunggu keputusan peperiksaan dan sebagainya seperti mana yang disebutkan oleh..., apakah kita bercadang untuk memberikan peluang secara sukarela bagi mereka yang berminat untuk mengikuti latihan ini? Oleh kerana ada sebahagian daripada pusat latihan ini telah pun ditutup operasi mereka, apakah kementerian ini bercadang untuk menambahkan lagi pusat-pusat yang baru, pusat latihan, kem-kem yang baru bagi kita memastikan supaya sebahagian besar anak-anak muda kita yang layak diberikan latihan asas ini bukan sahaja dari segi pembinaan peribadi, jati diri, sahsiah dan sebagainya, tetapi termasuklah dari segi penggunaan senjata ini dapat kita tempatkan, berikan peluang kepada mereka. Tuan Pengerusi, yang akhir ialah saya kira Butiran 070000, saya ambil sebagai Program Khas iaitu berkenaan dengan bekas tentera yang ada dalam negara kita ini. Pada saya ada dua keadaan. Yang pertama ialah bekas tentera yang bersara dan yang kedua ialah bekas tentera yang tidak bersara, tidak berpencen. Maknanya mereka bersara, tetapi yang pertama ada pencen dan yang kedua tidak ada pencen. Kedua-dua mereka ini telah pun berkhidmat untuk negara. Walaupun mungkin tempoh perkhidmatan perbezaan tetapi mereka telah berjasa kepada negara kita. Saya hendak pergi kepada bekas tentera yang berpencen ini. Setakat ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa ramai yang ada dalam negara kita yang masih lagi hidup? Mereka ini apabila sampai masa bersara, kita ada program peralihan. Pasukan tentera ini apabila hendak bersara, ia akan melalui latihan di jabatan-jabatan kementerian dan sebagainya bagi menyesuaikan kebolehan mereka yang ada untuk mereka menerima alam baru untuk mencari pekerjaan baru yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka. Jadi, berapa ramaikah di antara mereka yang telah melalui transisi ini atau pun peralihan ini telah mendapat pekerjaan yang sesuai pada mereka? Kedua ialah bekas tentera yang tidak berpencen. Saya seperti mana Yang Berhormat Lipis sebut tadi, saya juga baru-baru ini mengadakan program Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan bekas tentera yang tidak berpencen ini. Saya tengok mereka masih lagi semangat menghargai jasa kerajaan walaupun mereka tidak dapat banyak habuan kerana tidak berpencen kepada kerajaan. Akan tetapi mereka masih lagi menghargai sumbangan kerajaan kepada mereka, kepada keluarga mereka, kepada anak- anak mereka dan mereka masih lagi mempunyai jiwa, jati diri yang cukup tinggi kerana perjuangan mereka selama ini mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara. Cuma saya hendak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa ramai? Saya dari kawasan saya, saya tahu lah ada 200, 300, 500 orang. Baru-baru ini kita mengadakan latihan perniagaan kepada mereka. Mereka menyuarakan kepada saya, apa salahnya kalau kerajaan boleh memikirkan kepada mereka sedikit habuan bulanan RM700 atau pun mungkin di atas pada paras kemiskinan. Hari ini Yang Berhormat Arau, paras kemiskinan berapa? RM720? Mungkin kita berikan kepada mereka RM800 atau pun kalau boleh Yang Berhormat Lipis sebutkan tadi RM1,000 seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2013 untuk tahun depan, RM1,000. Kalau kita boleh RM1,000, kita berikan kepada mereka RM1,000.

Saya hendak mencadangkan Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ambil umur yang agak tertentu. Mungkin 55 tahun ataupun 60 tahun sehinggalah akhir hayat mereka.

Saya ingat tak banyak kalau kita bandingkan jasa mereka sehingga hari ini. Kita boleh mengamankan negara. Kalau boleh sumbangan ini juga kita berikan kepada bukan sahaja bekas tentera itu yang tidak mempunyai tetapi balu-balu mereka. Ramai Yang Berhormat Timbalan Menteri, balu-balu yang saya rasa cukup komited, cukup menghargai jasa kerajaan. Apa salahnya. Ya?... [Disampuk] Ya,ya, ya. Jadi yang boleh kita bantu mereka. Jadi, saya rasa ini satu penghargaan yang cukup besar boleh kita berikan kepada bekas tentera kita yang tidak berpencen. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Telok intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh maksud Bekalan B.60 khususnya 080700 – Penambahan Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kita telah dengar beberapa Ahli Yang Berhormat menyentuh mengenai keadaan fizikal dan mental anggota Angkatan Tentera Malaysia. Akan tetapi saya terima sepucuk surat daripada seorang angkatan tentera Malaysia yang berbunyi begini: “Kami yang bernama seperti di atas adalah penjawat awam yang butir-butirnya jelas dinyatakan seperti di penyata gaji yang telah dilampirkan bersama-sama aduan ini. Tujuan kami membuat aduan ini adalah untuk Yang Berhormat dedahkan di Parlimen ke pengetahuan umum supaya mereka yang lain dapat berhati-hati apabila memohon pinjaman dari bank-bank swasta untuk mengelak dari masalah desakan hidup akibat masalah kewangan yang meruncing di mana akhirnya boleh membawa penderitaan kepada isteri, anak-anak dan seluruh negara. Jumlah pendapatan kami dalam sebulan ialah RM1,598.31 tetapi jumlah pendapatan bersih yang kami peroleh dalam sebulan hanyalah sebanyak RM158.09, sedangkan jumlah perbelanjaan kami adalah melebihi RM1,000 sebulan. Ia merangkumi perbelanjaan domestik, persekolahan dan pengangkutan. Persoalannya sebagai manusia biasa, bagaimana kami hendak menyara hidup memandangkan inflasi harga barangan keperluan sedang meningkat? Masalah kewangan yang sedemikian ini berpunca dari bank- bank swasta yang rela memberi pinjaman tanpa menjalankan soal selidik dengan lebih terperinci berkenaan keupayaan pembayaran balik penjawat awam yang memohon. Ini adalah kerana pihak bank merasakan senang dan mudah untuk memotong terus gaji penjawat awam melalui Angkasa tanpa penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan. Kami mengaku bahawasanya kami tidak akan membuat pinjaman jika kami tidak dipaksa oleh pihak bank apatah lagi kami sememangnya tidak mampu untuk menanggung pembayaran balik pinjaman tersebut. Jadi diibaratkan sebagai seorang yang sedang sakit perut yang kronik, pada ketika itu kami rela menelan apa sahaja ubat yang diberikan untuk melegakan kesakitan. Begitulah juga dengan kesempitan seperti ini. Jadi sekiranya kerajaan mengawal bank-bank swasta ini daripada menawarkan pinjaman kepada penjawat awam maka ia akan mencegah para penjawat awam dari masalah kewangan, masalah untuk membayar balik pinjaman dan sebagainya. Jadi kami cadangkan, kami percaya terdapat ramai lagi penjawat awam di luar sana yang berada dalam keadaan yang sama. Oleh itu slogan yang selalu dilaung-laungkan iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” mestilah dikotakan. Bank-bank swasta harus diawasi dan penguatkuasaan undang-undang terhadap masalah ini haruslah diwujudkan agar tidak ada lagi penjawat awam menderita seperti kami.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Akibat keadaan kesempitan kewangan apabila bank-bank swasta ini mempunyai kemudahan untuk membuat potongan gaji melalui Angkasa tanpa kawalan ketat dari kerajaan ia secara tidak langsung telah mewujudkan suasana yang selesa untuk mengambil rasuah di kalangan penjawat awam. Kami merayu kepada Yang Berhormat untuk membawa masalah ini ke Parlimen supaya kerajaan dapat mengambil tindakan tegas ke atas bank-bank swasta ini terutama sekali Bank Rakyat dan Ambank Group supaya penjawat awam seperti kami dapat diselamatkan. Sekian, terima kasih. Mahmud bin Salleh E 1085915, Kem Tapah Perak”. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Pertahanan, adakah Yang Berhormat menteri dan kementerian dan kerajaan betul-betul menjaga kepentingan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia? Akan tetapi sebab anggota-anggota angkatan tentera Malaysia termasuk angkatan TUDM, TLDM dan tentera TTDM adalah satu kategori yang istimewa, special. Mereka mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara kita. Jika anggota-anggota bawahan ini menghadapi masalah dan tekanan seperti ini, adakah mereka dalam masa-masa krisis boleh mempertahankan negara kita? Siapakah yang terlibat? Siapakah dalang yang mengurus pinjaman-pinjaman ini dengan bank-bank swasta? Ini kerana bank-bank swasta ini ia lebih rela memberi pinjaman ini kepada anggota-anggota sebab senang potong gaji melalui Angkasa. Jika, saya ingin baca sebab surat ini dilampirkan dengan lebih kurang 50 keping penyata gaji. Saya ingin membaca satu atau dua contoh untuk Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Sri Gading. Angkatan tentera Malaysia, Lans Koperal Mohd. Rasidi bin Mohd. Daud, KD Pelanduk, Pangkalan TLDM. Gaji pokok: RM1,589, Cola: RM125, Elaun Perkhidmatan Tentera RM115, Cola lagi satu 50 peratus: RM50. Jumlah pendapatan: RM1879.93. Potongan Koperasi Tentera: RM412.69, Insurans kelompok: RM12, Cola kadar 50 peratus potongan: RM374.80, Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT: RM159. PPK pertama potongan: RM776.17, Rangsum: RM58.50, Kelab Sukan ATM: RM2. Jumlah potongan: RM1,795.16. Gaji bersih, take home pay Tuan Pengerusi: RM84.77. Penyata gaji anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dengan RM84.77 sen gaji bersih, bagaimana beliau akan menampung hidup seisi keluarga? Saya percaya ramai angkatan tentera Malaysia kita, dia kahwin anak dua, tiga sekurang-kurangnya. Adakah ini punca rasuah? Adakah anggota-anggota ini terpaksa letak tangan di stor, ambil barang, jual barang di luar? Sama macam polis. PDRM pun saya akan dedahkan esok. Jadi apa kementerian buat untuk menjaga kepentingan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia? Sedangkan padahal kita banyak memberi pengesyoran, kita puja mereka, “Oh! Bagus mempertahankan negara”. Akan tetapi padahalnya adakah kita betul-betul jaga hal mereka? Saya percaya ini terlibat anggota-anggota atasan yang paksa mereka untuk mengambil pinjaman-pinjaman ini. Mereka mungkin bersubahat dengan bank-bank swasta sebab bank-bank swasta lebih berminat bagi pinjaman kepada mereka sebab senang potong gaji berbanding dengan pekerja awam di luar. Harus menjalankan proses undang-undang di mahkamah untuk ambil tindakan selanjutnya. Saya kesian kepada penjawat awam seperti ini. Apa mereka hendak buat? Terpaksa dan sebab mereka berdisiplin dalam angkatan tentera mereka senyap. Dia ikut arahan pegawai atasan. Sampai dia datang jumpa saya bagi surat ini. Jadi saya pohon kepada Yang Berhormat Menteri, buat satu penyiasatan dalaman, satu penyiasatan yang terperinci.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya rasa ini juga terpakai kepada penjawat-penjawat awam lain di negara kita. Saya hendak tahu bagaimana mereka dari segi fizikal dan mental boleh menjalankan tugas- tugas harian mereka di Angkatan Tentera Malaysia? Esok kalau ada orang serang negara kita, adakah anggota-anggota ini sedia untuk mempertahankan negara kita? Untuk kita, kita cakap senang sahaja. Ini amat serius. Saya ada 53 penyata gaji di sini. Take home pay RM125. Macam mana dia menyara keluarga dia? Saya tidak faham langsung Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?

Tuan Pengerusi, ada tempat saya bersetuju dengan Yang Berhormat ini mengenai isu yang dia bawa. Cuma satu sahaja saya tidak berapa setuju sebab saya bekas pegawai kerajaan. Saya bukan orang biasa. Tadi mengatakan mungkin ada orang atasan memaksa mereka ini membuat pinjaman. Itu saya tidak setuju. Yang Berhormat jangan buat tuduhan macam itu. Saya pernah bujang dan saya biasa berhutang. Tidak pernah bos saya mengarahkan saya buat pinjaman kerana ada kenal dengan pegawai bank supaya senang saya ambil tindakan. Saya ingat yang itu kena hati-hati. Terima kasih banyak.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya kata mungkin. Saya tanya soalan, adakah kemungkinan sebab ada orang tanya kalau you ambil loan pinjaman dari bank itu masalah kamu. Mengapa kamu ambil pinjaman dari bank lepas itu buat aduan macam ini tetapi saya percaya mungkin ada lain-lain faktor yang mendesak. Mungkin mereka dalam kesusahan, mereka pergi minta bantuan kewangan kepada pegawai. Pegawai itu kata you boleh ambil pinjaman dari bank. Mungkin begitu. Jadi kita kena ada satu penyelidikan, satu enquiry yang terperinci di Angkatan Tentera Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia. Bagaimana hal-hal boleh berlaku sampai RM84 take home pay?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sedikit sahaja. Saya celah point ini. Sedikit sahaja. Yang berkenaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Sudah habis?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah habis sudah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

One minute.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, tidak payah mencelah Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Sorry. Seterusnya satu lagi yang last sekali mengenai kenaikan pangkat dari Mejar ke Leftenan Kolonel, saya ingin tahu ada satu kategori di angkatan tentera. Dari Mejar pangkat yang atas adalah Leftenan Kolonel dan Kolonel. Dari Mejar dia ada satu kategori yang dikatakan fleksi atau flexi category, di mana gaji Leftenan Kolonel tetapi kuasanya masih kuasa Mejar. Beliau tidak boleh pimpin satu kontinjen atau batalion dan saya dapat tahu bahawa kebanyakan anggota pegawai di fleksi ini adalah bukan Melayu. Jadi dia cold storage. Adakah ini benar? Saya hendak tahu sahaja. Adakah ini benar sedangkan kita kata 1Malaysia. Dahulunya, Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia, saya rasa Tan Sri sekarang, Thanabalasingam. Kalau seorang India boleh jadi laksamana di navy apa sebab sekarang tidak boleh jadi Leftenan Kolonel? Orang-orang Melayu yang bawa aduan ini kepada saya, anggota Angkatan Tentera Malaysia. Kita bukan racist. Saya hendak tahu sahaja. Saya hendak Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Saya juga hendak tahu apa berlaku kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudah banyak sangat Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Satu sahaja. Fighter jet. Fighter jet yang ada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang tidak boleh terbang, not flyable condition. Apakah status pesawat-pesawat itu? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ambil peluang untuk bahas tiga minit sahaja Tuan Pengerusi.

Dua perkara iaitu Butiran 00900 – Pembinaan dan juga Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Sebelum itu saya ambil peluang untuk ucap setinggi-tinggi penghargaan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, untuk tahun ini sahaja tiga kali turun ke Parlimen Tangga Batu kerana di sana kita ada dua buah kem utama. Jadi yang pertama, saya hendak bertanya Yang Berhormat kalau boleh beri saya sedikit panduan apa akan jadi kepada Kem Komando di Sungai Udang, Gerak Khas. Saya dengar sebahagian besar daripada ahlinya telah pun dipindahkan ke Johor. Jadi, kalau ada rancangan atau rencana kerajaan untuk menjadikan Kem Komando di Sungai Udang ini sebagai cawangan UPNM, kami di Parlimen Tangga Batu mengalu-alukan cawangan Universiti Pertahanan Nasional berada di Parlimen Tangga Batu. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 00900, kebanyakan daripada bangunan yang terdapat di dalam kem ini adalah bangunan-bangunan pada zaman sebelum perang, pada zaman penjajah. Terdapat kaedah pembinaan baru ini apabila syarikat-syarikat diperkenalkan dalam kaedah penswastaan iaitu mereka ditawarkan untuk merobohkan bangunan-bangunan tanpa sebarang caj dikenakan. Bila bangunan dirobohkan sebagai ganjaran kepada syarikat yang merobohkan bangunan-bangunan sebelum perang ini mereka akan mengambil besi-besi di dalam bangunan tersebut dijual dan itulah menjadi hasil kepada syarikat-syarikat ini. Saya hendak tanya apakah prosedur Kementerian Pertahanan? Saya lihat ada tawaran-tawaran daripada syarikat yang menampakkan tidak ada satu prosedur kukuh yang boleh membayangkan ataupun beri satu impression ataupun perception yang tidak baik kepada kementerian kerana prosedur untuk merobohkan bangunan itu tertakluk di bawah peraturan JKR tetapi pada masa yang sama tentera juga diberi kuasa untuk memilih pihak- pihak yang terbabit secara langsung. Itu yang pertama. Manakala, yang terakhir Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana atas surat permohonan saya untuk memberikan satu gambaran baru cat kuarters tentera di luar kawasan kem tentera di Parlimen Tangga Batu ini di kawasan Bukit Salleh telah pun dilaksanakan dengan baik. Akan tetapi saya pohon suatu jadual berkala ke arah program selenggaraan dan kendalian kuarters tentera ini yang saya dengar sahabat-sahabat tadi berbahas bagaimana kita boleh mengekalkan ketinggian semangat mereka dalam agenda mempertahankan negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 060000 – Latihan Khidmat Negara. Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Laporan Audit tahun 2011 telah melaporkan beberapa perkara berkenaan pelaksanaan pengurusan PLKN, di mana setakat ini telah dibelanjakan dari tahun 2009 hingga 2011 membelanjakan RM1.98 bilion dalam tempoh tersebut. Audit ada membuat satu pandangan atau teguran di mana JLKN diminta untuk menjalankan satu kajian lanjutan berkenaan keberkesanan kos yang telah diperuntukkan dan dibelanjakan untuk pengurusan PLKN ini. Saya ambil maklum balas yang diberi oleh pihak kementerian bahawa kajian ini akan dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2013 dan satu memorandum telah ditandatangani. Akan tetapi persoalannya, saya rasa mungkin pihak kementerian kalau boleh mengambil pandangan agar satu kajian atau audit berkenaan cost benefit analysis ini boleh dijalankan oleh satu badan atau konsultan yang bebas untuk mendapatkan satu hasil kajian atau pengauditan? Apakah benar selepas membelanjakan RM1.98 bilion dalam tempoh tiga tahun tersebut 2009, 2010, 2011 ia memang benar telah membawa kesan di mana tiga objektif pertama tersebut telah dicapai. Ini perkara pertama. Perkara kedua adalah berkenaan penemuan audit juga, di mana Laporan Audit ada membuat teguran di mana pengauditan dalam tujuh kementerian, yang mana lebih kurang 35,000 pelatih telah ditawarkan untuk mengikuti PLKN.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi hanya 20,833 orang iaitu lebih kurang 58.9 peratus sahaja yang telah berjaya menamatkan latihan kerana ada yang ingkar menjalani latihan, ada yang telah dibenarkan penangguhan, pengecualian dan pelepasan awal. Jadi persoalan yang timbul adalah apabila kerajaan beria-ia hendak melaksanakan program ini, tetapi kita nampak sambutannya kurang daripada penemuan PLKN ini di mana yang ditawarkan hanya 58.9 peratus yang berjaya menamatkan latihan. Ini adalah pengauditan ke atas tujuh kem tersebut. Jadi saya hendak tahu daripada sejak pelaksanaan PLKN ini selepas akta diluluskan pada tahun 2003 tersebut, berapakah kes di mana tindakan telah diambil di bawah akta. Saya lebih berminat selepas pindaan akta tersebut yang memperuntukkan perintah khidmat masyarakat di mana mereka yang ingkar tanpa sebab, gagal hadir, boleh didakwa dan disabitkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat tersebut. Tuan Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa pendirian saya masih sama. Saya rasa PLKN ini, saya ingin mengulangi sebab saya konsisten perbelanjaan yang begitu banyak iaitu lebih kurang RM600 juta setiap tahun dan pada tahun 2011 mencecah RM752 juta. Ini sebenarnya adalah tidak wajar dan saya berpendapat PLKN yang dilaksanakan kononnya untuk memupuk semangat kecintaan negara, taat setia, memupuk sikap disiplin. Objektifnya baik tetapi adalah sukar untuk dicapai dalam tempoh tiga bulan tersebut. Saya juga ingin tahu apakah ada satu pengauditan yang dijalankan oleh badan yang bebas untuk memastikan bahawa kemudahannya yang disediakan oleh kem-kem tersebut seperti ada teguran dalam Laporan Audit ini di mana ada kem di mana kemudahan latihan untuk modul fizikal didapati tidak mematuhi SOC iaitu dia punya syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan peralatan atau kemudahan tersebut adalah selamat. Itu sedikit merempuh halangan. Menurut laporan jurulatih kata mesti ada sedikit merempuh halangan adalah 40 kaki tetapi laporan audit ada membuat penemuan bahawa ada di antara kem-kem yang menyediakan kemudahan ini adalah kurang daripada jarak tersebut. Ini adalah menimbulkan kerisauan apabila anak-anak kita yang telah dipilih menjalani latihan khidmat negara ini, keselamatan mereka akan terdedah kepada risiko. Jadi saya rasa perlu ada satu pengauditan ke atas segala kemudahan. Saya hendak tanya sama ada ada dijalankan sepanjang masa ini. Perkara yang saya rasa saya perlu tarik perhatian pihak kementerian adalah penemuan Laporan Audit, Tuan Pengerusi. Muka surat 786 di mana perkhidmatan kemudahan pengangkutan telah diberi kontrak kepada sebuah syarikat dalam satu tempoh di mana setiap kem kena ada lima buah bas, Tuan Pengerusi. Kalau dibekalkan lima buah bas yang berkapasiti 46 penumpang, dia perlu bayar RM17,000 bagi sebuah bas. Kalau bas yang boleh memuatkan 25 penumpang itu, perlu bekalkan lapan buah dan dibayar sebanyak RM10,634 untuk sebuah bas untuk sebulan. Laporan Audit Tuan Pengerusi, saya tengok angkanya saya amat terkejut Tuan Pengerusi di mana dalam pengauditan tujuh kem, didapati ada kem di mana hanya menggunakan di antara dalam tahun 2010 hingga 2011, ada dalam tahun 2010 hanya menggunakan lebih kurang dua hingga 15 kali sahaja dalam masa setahun. Tahun 2011, ada kem yang menggunakan satu hingga 18 kali sahaja dalam setahun. Berapa bayaran yang kita bayar Tuan Pengerusi? Kita bayar satu tahun untuk satu kem guna bas, walaupun guna sekali sahaja dalam setahun, boleh mencecah sebanyak RM765 juta. Ini saya rasa satu pembaziran Tuan Pengerusi. Laporan Audit ada menyatakan bahawa sebelum tahun 2009, kalau Jabatan Latihan Khidmat Negara mengambil perkhidmatan bas itu melalui sewa dan membayar mengikut berapa kali bas itu digunakan, ia boleh menjimatkan di mana boleh sampai untuk tujuh kem tersebut untuk satu tahun hanya RM1.3 bilion sahaja. Sekarang untuk tujuh kem, satu tahun bayar RM5.3 bilion Tuan Pengerusi. Jadi, ada maklum balas daripada JLKN yang menyatakan sebab ada bas yang dibekalkan kalau mengikut bilangan kegunaannya, ada bas yang dibekalkan adalah tidak selamat dan melebihi tempoh hayat yang ditetapkan. Saya rasa itu alasan yang sangat lemah. Mengapa kita kena membazirkan sejumlah wang yang begitu besar di mana perkhidmatan bas, kemudahan ini dibayar mengikut bilangan. Saya harap pihak kementerian boleh memberi maklum balas bagaimana untuk memperbaiki semula pengurusan kewangan yang diperuntukkan di bawah bajet ini dan tidak ada pembaziran yang berlanjutan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Silam. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 070000 – Program Khusus. Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang peranan dan penglibatan negara kita dalam misi antarabangsa yang telah lama bermula sejak tahun 1960 di Congo. Setakat hari ini kita tahu ATM telah pun terlibat lebih kurang dalam misi di sepuluh buah negara seperti di Lubnan, Afghanistan, Filipina dan Utopia. Apakah significant sebenarnya peranan ATM, kita masih lagi terlibat dalam kerjasama seumpama ini misalnya ia tidak begitu lebih menguntungkan kepada negara kita. Maka saya berharap supaya program-program seumpama ini baik kita tumpukan untuk keselamatan negara kita. Kenapa saya bangkitkan perkara ini? Kita dapati misalnya di negeri Sabah Tuan Pengerusi, dalam kejadian baru-baru ini iaitu kes penculikan, kita dapati bagaimana peranan PDRM barangkali terlalu terhad. Saya ketahui setakat ini belum lagi ada penyelesaian yang kita peroleh daripada kes yang terbaru ini. Kita mahu tahu juga daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang perancangan kementerian terutamanya untuk perairan di negeri Sabah supaya ATM ini dapat kalau boleh kita tambah dari segi bilangan mereka. Ini kerana kalau kita lihat di pantai, daripada kawasan Sandakan itu sampailah ke kawasan Parlimen Silam sahaja lebih kurang 2,700 kilometer panjangnya pantai. Memang suatu jarak yang terlalu panjang. Jadi saya berharap supaya kementerian dapat mengambil inisiatif untuk mengambil berat dari segi kajian kesesuaian.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Misalnya barangkali kita tahu kalau dahulu Ops Pasir, Ops Pasir barangkali di selatan Pantai Timur Negeri Sabah dekat Sandakan dengan Tawau. Saya dapati Ops Pasir ini pusatnya di Tawau dan dia menjaga sekitar sampai ke kawasan Semporna. Akan tetapi saya dapati mungkin di kawasan Parlimen Silam sampai ke Lahad Datu tidak mendapat ruang lingkup sebagai dikawal. Saya minta supaya Kementerian Pertahanan dapat mempertimbangkan untuk memperluaskan lagi operasi Ops Pasir ini sampai ke kawasan Parlimen Silam terutamanya di kawasan DUN Tungku dan sekitar DUN Lahad Datu yang memang sangat terdedah dengan negara jiran kita yang hampir dengan persekitaran. Ini disebabkan kalau kita katakan hantar kita punya tentera ini sejak terlibat dalam aktiviti di Congo ini, ada baiknya kita tumpukan supaya dia dibuat di negara kita sendiri. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 080000 – apakah pelan pembangunan yang sedang dilaksanakan dan dirancang dalam meningkatkan profesionalisme anggota tentera? Khususnya dalam melahirkan anggota tentera yang mahir dalam bidang-bidang strategik pertahanan dan memiliki tahap akademik yang lebih tinggi. Kita berharap supaya inisiatif ini dapat diperluaskan juga sampai ke Negeri Sabah. Kita mintalah supaya kementerian dapat memperuntukkan suatu dasar yang boleh mengangkat martabat profesion angkatan tentera itu sebagai suatu profesion yang diminati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita lihat juga supaya mungkin jika sekiranya profesion ketenteraan ini dapat dipertingkatkan mungkin dari pada segi kadar gaji dan sebagainya. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan lain supaya dapat sama dipertimbangkan untuk membolehkan mereka ini daripada segi terlibat dengan budaya yang tidak baik seperti rasuah dan sebagainya. Mungkin daripada segi komitmen, semangat juang untuk menjaga keamanan negara pun dapat sentiasa pada tahap yang tinggi sebab mereka mungkin tiada kekangan masalah daripada segi pendapatan yang agak lumayan. Kita mahu bahawa apabila mereka menjadi minat dalam bidang profesion ini, mereka akan memberikan yang terbaik kepada negara mereka. Memang sebagai anggota yang sangat kita harapkan bagi menjaga ketenteraman negara kita, maka sudah tiba masanya untuk kementerian ini mengambil perhatian yang berat dan serius dalam perkara ini. Kita tidak mahu bahawa orang yang terlibat dalam profesion ketenteraan ini sebagai pilihan yang terakhir ataupun golongan yang mereka ini mempunyai pendidikan yang tidak cukup tinggi.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Tuan Pengerusi, saya berharap juga supaya kementerian dapat berusaha untuk meningkatkan kemampuan misalnya kalau Butiran 090500 – Penyelenggaraan dan Kelengkapan Pertahanan Ruang Udara. Saya difahamkan bahawa perolehan pesawat helikopter yang akan diambil oleh pihak TUDM dan ingin tahu bilakah nanti TUDM akan mendapatkan perolehan pesawat ini? Ini disebabkan saya pun melihat pesawat Nuri telah pun digunakan sejak tahun 1968 dan keadaannya memang tidak sesuai kalau daripada segi persekitaran zaman sekarang ini. Barangkali memang kita nampak helikopter ini peranannya pun kalau nampak di negara Eropah memang sangat baik dan sesuai dengan tuntutan semasa. Kita berharaplah supaya terutamanya di kawasan perairan dan di kawasan di Negeri Sabah yang terutamanya berhampiran dengan negara-negara jiran, yang kita dapati daripada segi faktor keselamatan itu, memang dari semasa ke semasa boleh berlaku benda-benda yang kita tidak ingini. Memang baik kalau kita ada kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik daripada Nuri ini agar kita dapat memastikan kadar keselamatan itu berada pada tahap yang baik. Di samping memudahkan juga untuk menaikkan lagi semangat kita punya anggota ketenteraan. Ini disebabkan mungkin kemudahan yang mereka gunakan pun dalam keadaan yang jauh lebih baik. Kalau kita lihat pun insiden-insiden kemalangan yang berlaku yang melibatkan kapal terbang Nuri ini memang sudah kerap sangat berlaku. Jadi, memang saya berharaplah supaya ingin tahu daripada kementerian untuk bila nanti pesawat helikopter ini dapat diperoleh oleh anggota tentera kita terutamanya bahagian udara ini. Kita berharap supaya dalam bidang-bidang yang lain juga dapat dipertimbangkan dan diambil kira bagi memastikan segala kemudahan yang ada pada negara kita ini berada pada tahap yang baik dan mampu bersaing dengan kekuatan tentera lain. Walaupun barangkali daripada segi saiznya mungkin kita tidak boleh menyaingi beberapa buah negara jiran kita. Akan tetapi kita ada usaha untuk meningkatkan kualiti instrument, kelengkapan dan kita punya tentera memang sangat saya alu-alukan. Bagi saya Tuan Pengerusi, saya berharap akhirnya ingin mohon kepada pihak kementerian terutamanya dalam Ops Pasir dan pangkalan udara ini kalau boleh dipertimbangkan supaya di kawasan Parlimen Silam nanti insya-Allah, bila ada lapangan terbang baru, kita akan berharap supaya kementerian dapat mempertimbangkan juga untuk membuat pangkalan udara yang baru untuk zon Pantai Timur selain daripada di kawasan Tawau. Sebab ini penting bagi kalau dalam negara ASEAN ini akan berkembang di masa akan datang, Tuan Pengerusi. Jadi kalau kita daripada segi keselamatan kita terjamin dan keyakinan pelabur luar, keyakinan para pelancong untuk datang ke negara kita pun memang jauh lebih baik. Mereka ini akan berminat sebab faktor keselamatan. Sebagai contohnya bila pangkalan tentera laut di kawasan Parlimen Semporna yang ada sekarang ini. Ramai pelancong dari negara Jepun dan Korea, apabila mereka mengetahui bahawa di sana ada pangkalan tentera dan- ini menggambarkan bagaimana kualiti keselamatan itu memang diberi perhatian oleh kerajaan kita. Maka saya berharap supaya nanti pangkalan udara di masa akan datang dapat diberi perhatian dan ditambah lagi terutamanya di zon kawasan Pantai Timur. Akhirnya Tuan Pengerusi, supaya kemudahan-kemudahan markas, kem-kem tentera di kawasan seperti sahabat saya daripada Yang Berhormat Tangga Batu tadi maklumkan bahawa juga kebanyakan selepas perang dunia dan zaman penjajahan. Saya berharaplah supaya diambil kira, dapat dipertingkatkan dan diperbaiki dan dibina kem-kem yang lebih sofistikated. Kalau pun tidak terlampau sofistikated tetapi sekurang-kurangnya boleh menjamin anggota agar tentera kita itu tahap semangat mereka untuk menjaga keamanan dan ketenteraman negara kita itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Panjang sudah Yang Berhormat. Sudah berlebihan Yang Berhormat.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Itu yang terakhir. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini macam dasar punya ucapan. Sila Yang Berhormat Menteri. Relaks sahaja nampaknya.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Mersing

Tuan Pengerusi, terima kasih. Ada 12 orang Ahli Yang Berhormat- Yang Berhormat Machang; Yang Berhormat Jasin; Yang Berhormat Indera Mahkota; Yang Berhormat Lipis; Yang Berhormat Batu; Yang Berhormat Kuala Krau; Yang Berhormat Kuala Selangor; Yang Berhormat Maran; Yang Berhormat Telok Intan; Yang Berhormat Tangga Batu; Yang Berhormat Batu Gajah; dan akhir sekali Yang Berhormat Silam. Saya bagi pihak kementerian mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Kalau ikut standard Tuan Pengerusi, 12 ini below par lah. Biasanya 20 lebih. Jadi, saya ucapkan terima kasih kerana 12 orang Ahli Yang Berhormat ini mengambil peluang untuk memberi teguran, saranan, pendapat dan juga soalan yang berkait rapat dengan empat perkara asas iaitu perkhidmatan atau service, ketiga-tiga perkhidmatan, penyentuhan tentang aset, ketiga- mengenai hal veteran, keempat adalah tentang kebajikan. Saya juga ucap berbanyak-banyak terima kasih.

[Meninggalkan Dewan]

Saya juga ucap berbanyak-banyak terima kasih. Yang Berhormat Machang balik sudah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Janganlah. Jangan usik saya untuk jawab secara bertulis. Ada perkara yang saya... [Ketawa]

Biarlah, dia tidak berminat untuk dengar jawapan.

Tuan Pengerusi, saya hendak betulkan penipuan atau penyalahgunaan Dewan yang mulia ini untuk memberi fakta yang salah. Ini saya hendak betulkan, terutamanya daripada Yang Berhormat Batu. Jadi, saya sentuh Yang Berhormat Batu dahulu. Yang Berhormat Batu kata tadi pertama sekali kes kapal selam Scorpene adalah satu siasatan berlaku di Mahkamah Perancis. Ini tidak betul. Ini hendak cuba kelirukan Dewan. Bukan mahkamah pun. Ini adalah satu sejarah lama di mana zaman Bonaparte dahulu, Napoleon Bonaparte- dia menggunakan ketelusan perundangan di mana mana-mana orang boleh complaint. Jabatan Kehakiman perlu melantik seorang pegawai yang dipanggil investigating magistrate. Dia bukan magistrate pun, tetapi dia dipanggil investigating magistrate. Bukan magistrate di tempat kita ini. Kalau magistrate di tempat kita dia ada kuasa judicial, dia ada kuasa menghakimi. Yang ini hanya kuasa macam kuasa polislah. Jadi, kenapa hendak kelirukan dalam Dewan yang mulia ini? Itu satu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak tanya tentang siasatan di Perancis.

Tunggulah saya jawab. Saya tanya tentang...

Mahkamah Perancis, saya catat. Saya catat.

Itu saya tidak perlu...

Kalau saya salah, pegawai saya juga salah.

Saya tidak perlu... Saya tidak perlu Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan Mahkamah Perancis.

Yang Berhormat Batu, jangan putar belitlah Yang Berhormat Batu. You kata mahkamah tadi. Dalam Dewan pun hendak berbohong. Duduklah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat... Yang Berhormat...

Saya hendak tahu isu penjualan dengan sulit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Yang Berhormat kata tadi...

...Kerja pembohongan yang dibuat, mengelirukan Dewan, kena hadapkan ke jawatankuasa Dewan inilah. Di luar dia membohong, di dalam Dewan dia membuat pembohongan. Kita tidak boleh benarkan... seperti ini membuat sesuatu...

Yang Berhormat Batu ini memang pembohong.

Dia berniat jahat Tuan Pengerusi. Dia berniat jahat. Kita di kementerian telah mendapat explanation...

Tuan Pengerusi... Tuan Pengerusi...

...Dengan izin daripada Duta Perancis.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dengar dahulu Yang Berhormat. Seorang-seorang cakap Yang Berhormat.

...Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Batu hendak bohong lagi kah?

Okey, jadi kena betulkan ini. Tidak betul. Yang Berhormat kata ada perbicaraan di Mahkamah Perancis. Akan tetapi, sebenarnya adalah...

Tidak pernah sebut. Tuan Pengerusi...

Yang Berhormat sebut tadi. Boleh tengok Hansard nanti. Boleh tengok Hansard.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sebut. Dia sebut. Dia sebut. Dia sebut.

Boleh tengok Hansard nanti.

We go back to the Hansard. I tidak pernah sebut perbicaraan.

Kita dengar.

Mahkamah Perancis ada disebut, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat ada sebut Mahkamah Perancis, kita dengar.

Kalau tidak bersetuju dengan saya okey, tetapi tidak perlulah kata pembohongan.

Memang bohonglah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bohong, bohong!

Saya tidak pernah sebut perbicaraan.

Memang bohonglah. Bohonglah! Itu namanya bohong Benda yang tidak ada you adakan, bohonglah namanya.

Saya kata siasatan oleh Mahkamah Perancis. Boleh kita check Hansard?

Duduklah, this is my floor. Nanti saya beritahu Yang Berhormat. Saya beri peluang kepada Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, itu esok Yang Berhormat. Duduk dahulu.

Okey, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini sebab peraturan kita senang sahaja dalam Dewan. Kalau seorang bercakap, yang lain duduk. Semualah. Bukan hendak sokong, tidak sokong sama juga.. Tidak bolehlah cakap semua sekali.

Tuan Pengerusi, saya akan bagi dia peluang Yang Berhormat bercakap. Kita gentleman. Askar ada bullet proof. Akan tetapi, apabila Yang Berhormat kata ada enquiry di Mahkamah Perancis, itu tidak betullah. Jadi kalau dia hakim ini nama Roger Le Loire saya pun susah hendak sebut Perancis dialah. Dia ada dua orang dilantik. Tidak apa lah itu. Akan tetapi, dia adalah investigating magistrate di dalam Jabatan Kehakiman. Dia buatlah. Kalau ada apa-apa complain dia buatlah investigation dia. Complain ini adalah respons kepada dua peguam yang nama dia William Bourdon dan juga satu lagi Joseph Breham. Dia ada dua lawyer yang diguna pakai oleh SUARAM. Ternyata apa Yang Berhormat Batu cakap bagaimana rahsia keperluan kapal selam yang dibawa oleh satu syarikat yang berdaftar di Hong Kong yang bernama Terasasi- MINDEF tidak pernah ada apa-apa lantikan untuk lantik Terasasi ini sebagai wakil untuk document Scorpene. Tidak ada. Okey, kemudian...

Tunggu dahulu. Tunggu dahulu, duduk.

Duduklah!

Saya bagi peluang. Kemudian Yang Berhormat, kalau silap pendengaran saya Yang Berhormat hendak kaitkan Terasasi dengan Perimekar dan menyatakan Euro114 juta yang Perimekar sain kontrak dengan kerajaan untuk support servis itu adalah satu commission. Tidak betul Yang Berhormat. Tidak ada.

Semua ini, boleh saya mencelah sedikit?

Jadi, saya buat clarification di sini bahawa...

Saya boleh celah sedikit sebab Yang Berhormat Menteri tidak jawab...

...Nanti dahulu. Selepas ini, Yang Berhormat boleh cakap. Kita tidak pernah lantik mana-mana pihak ketiga dalam mana- mana procurement asset sama ada kapal selam kah, 8x8 kah, Sukhoikah. Semua sekali urusan G-to-G. Sila, Yang Berhormat Batu.

Saya harap esok kita boleh semak semula Hansard. Saya hendak terangkan sekali lagi. Saya tidak pernah kata Perancis ada perbicaraan. Saya hanya kata isu utama saya ialah ada satu dokumen yang didapati oleh penyiasat dari Mahkamah Perancis yang telah dijual oleh Terasasi yang berdaftar di Hong Kong kepada pihak DCN, okey. Itu fakta dalam dokumen Mahkamah. Terasasi tidak pernah, tidak pernah dapat apa-apa kontrak dari kerajaan. Itu saya mengakui, itu saya sebut dalam ucapan saya. Apa yang terima ialah Perimekar. Saya tanya soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Yang Berhormat Menteri pemilik Terasasi dengan pemilik Perimekar adalah sama. Saya ingin tanya sama ada ini ada conflict of interest sebab Terasasi dimiliki oleh Razak Baginda dan ayah dia dan sebaliknya Perimekar adalah milik Razak Baginda dan isterinya.

Jadi, dari segi servis Terasasi memberi maklumat kepada Perancis. Pada masa yang sama, orang yang sama memiliki syarikat yang berbeza telah memberi servis kepada kerajaan. Saya tidak pernah kata servis itu adalah commission. Saya hanya kata servis ini adakah ini menjadikan ia conflict of interest terutamanya dengan fakta menunjukkan ada dokumen dari pihak Tentera Laut Malaysia telah jatuh di tangan DCN pembekal Scorpene ini. Saya ingin jelaskan itu sahaja. Saya tidak berminat tentang perbicaraan kah dan siasatan di mahkamah. Hanya perkara ini saya kata apabila Perancis kata adakah kerajaan berminat untuk menjelaskan perkara ini bersama-sama dengan pihak peguam Perancis. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi, pertama sekali maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu mengatakan Terasasi dengan Perimekar adalah pemilik yang sama tidak benar. Perimekar adalah kombinasi antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan juga KS Ombak. KS Ombak ini sama ada nama Razak Baginda ada, itu saya tidak pasti. Akan tetapi isteri kepada saudara Razak Baginda ada dan Terasasi saya sudah check bukan pun anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera kerana kita tidak pernah pun berniaga atau lantik Terasasi sebagai ejen dan dalam sejarah kementerian tidak pernah kita lantik mana-mana ejen untuk procurement kita, okey itu satu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Jadi Yang Berhormat kata Terasasi dengan Perimekar adalah empunya yang sama tidak betul. Jadi kalau ini peguam mana? Kalau peguam, investigating majistret ini hendak datang tidak ada hal tapi dia tidak ada local standi Tuan Pengerusi. Kalau dia ada apa-apa dia hendak selidik, dia bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman kita. Jabatan Kehakiman kita boleh lantiklah polis. Mereka yang menjaga undang-undang untuk dapatkan maklumat. Kalau dua lawyer tadi itu yang mewakili SUARAM hendak jadi hero pula, hendak letakkan dia tinggi sangat pada Parlimen kita ini, kita merendahkan martabat kitalah.

Siapa mereka?

Siapa mereka? Kalau ini mestilah G-to- G. Kita berlapang dada, boleh dengar tapi bukan daripada lawyer SUARAM ini, William Bourdon, Joseph Brenham. Okey saya harap itu clear. Yang Berhormat Machang ini banyak yang disentuh. Yang Berhormat Machang, solat agaknya, nampak muka glowing. Banyak maklumat Yang Berhormat Machang dapat, lebih banyak daripada...

Yang Berhormat Menteri, sudah habis atau ini? Sedikit saja saya hendak ini, sedikit.

Sudah habislah.

Saya berterima kasihlah atas jawapan Menteri. Apa yang saya ingin dapat jelaskan ialah kalau peguam itu datang, adakah kerajaan mengambil sikap bahawa akan menyekat mereka untuk berhujah dan memberi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen dan adakah kerajaan juga ingin menyampaikan pendirian atau maklumat yang berbeza supaya kita boleh banding. Ini tidak isu G-to-G.

Siapa mereka itu?

Ini tidak wujud isu G-to-G K2K, hanya isu apabila kita supaya kita jangan dengar daripada sebelah saja. Jadi apabila mereka sampaikan pendirian mereka, pandangan mereka, adakah kerajaan ingin counter dengan informasi yang berbeza supaya kita boleh bandingkan.

Inilah Yang Berhormat Batu yang sentiasa berkiblatkan kepada orang luar.

Tuan Pengerusi, Perancis ini adalah sebuah negara yang sangat berintegriti. Apabila dua peguam ini dia release, dengan izin, mendedahkan pelbagai maklumat yang sepatutnya menjadi rahsia dalam penyiasatan.

Sebenarnya pihak syarikat-syarikat yang dituduh dan didakwa bersifat rasuah di CNN dengan ‘Thales’ telah hantar complaint sebenarnya kepada Jabatan Kehakiman. Dua lawyer ini pun bukan famous sangat, orang tidak kenal pun. Tidak tahu macam mana SUARAM boleh terpikat pula, itu satu. Dua, kalau dia hendak datang di sini, itu urusan imigresen. Kalau dia datang atas kebenaran untuk menerangkan, kita bagilah. Kalau dia hendak holiday apa semua, kemudian dia hendak ambil platform yang dibuat oleh SUARAM, buat makan, suruh pula dua lawyer ini yang tidak tahu apa-apa buat penerangan kepada orang yang tidak berapa faham, mengelirukan, sudah pastilah kerajaan yang bertanggungjawab akan memberhentikan, takkan bagi visa. Kalau kita pergi Perancis, kita hendak dedahkan benda-benda yang tidak patut kita dedahkan dan boleh menggugat keselamatan negara Perancis sudah pasti dekat airport itu sudah tolak. Jadi G-to-G kita kena percayalah dan saya pun maklum juga sebab Duta Besar Perancis sudah beri penerangan yang amat jelas kepada semua pegawai tertinggi kita tentang prosedur-prosedur kehakiman dan perundangan di Perancis. Cuma Yang Berhormat yang berkait rapat dengan SUARAM ini menggunakan satu Dewan ini, kedua, benda yang samar-samar diputar-belit. Sebenarnya investigating majistret dia kata hakim.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Tipu.

Penyiasatan dia kata perbicaraan.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Tipu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Jabatan Kehakiman is macam kita punya Jabatan Kehakimanlah, dia bukan mahkamah. Jadi janganlah dikelirukan. Kalau hendak datang, saya bukan Menteri Dalam Negeri. Kalau saya Menteri Dalam Negeri saya bagi, datanglah tapi kena bagilah alasan yang betul, datang sebagai jantanlah. Jangan datang, kemudian hendak datang pula datang Singapura. Hendak datang Singapura, hendak suruh kita semua datang Singapura, eh, apa halnya kita ini, tidak ada hal punya. Jelas benda ini diputar-belit untuk menggambarkan kaitan di antara Scorpene, kita tahu Razak Baginda, Altantuya dengan Yang Berhormat Pekan. Ini semua hendak tarnish nama Yang Berhormat Pekan. Fitnah semata-mata... [Tepuk]

Itu tidak tahulah, rakyat tidak tahulah semua itu.

Okey, Yang Berhormat Batu tadi saya tidak habis lagi Yang Berhormat Batu.

Okey.

Yang Berhormat Batu tanya pasal kita beri kebenaran kepada carrier USS George Washington, ada lagi beberapa carrier yang berkuasa nuklear. Dia ada dua perbezaan. Satu berkuasa nuklear, satu lagi bersenjata nuklear. Kita advocate dengan izin Tuan Pengerusi, kita advocate freedom of maritime yang kita tandatangani sejajar dengan kebesaran perairan dan kita juga kena pragmatik bahawa kita adalah negara yang berdagang dengan semua orang. Carrier George Washington ini bukan dia datang dekat Malaysia saja, dia datang dekat macam-macam tempat. Bangkok treaty ya, memang kita bersetuju tetapi yang ada bawa senjata nuklear itu yang kita larang, yang kita tidak bersetuju. Semua negara Asean sudah setuju sign tetapi kalau powered carrier, powered by nuclear carrier is okaylah, tidak ada hal sebab sebelum dia- Amerika tidak boleh sebarang-sebarang datang. Dia kena lalui semua SOP. Kita kena pastikan bahawa tidak ada leakages dari sudut nuklear, radiation kapal yang mereka gunakan itu. Hanya selepas prosedur-prosedur ini dipastikan, baru kita bagi dia green light untuk berlabuh, singgah. Mereka singgah ini biasalah. Kapal kalau ia hendak singgah- saya pernah makan malam dengan Secretary of Navy. Dia punya bajet Tuan Pengerusi, bajet dia untuk jaga lautan seluruh dunia ini USD50 bilion.

Jadi, kalau dia datang ke sini, kadang-kadang ada benda dia nak repair, ada dia nak bekalan air, kita bagilah. Itu dasar terbuka kita kepada semua orang tetapi jangan ingatlah bahawa Amerika besar, maka semua kita kena tunduk, tidak. Tidak tahulah kalau Yang Berhormat Permatang Pauh nanti jadi Perdana Menteri boleh ada wujud macam- macam kan? Akan tetapi kita berlapang dada sebab banyak keuntungan yang kita dapat. Kalau sekali dia datang tu, yang paling besar saya ingat tahun lepas lebih daripada 7,000 krew dalam itu. Malahan krew dalam itu pun tidak kenal antara satu sama lain, dia tidak pernah berjumpa pun sebab carrier itu terlalu besar, beribu orang.

Ada hendak cakap lagi?

Terima kasih. Saya hendak dapatkan maklumat berapa kerap kapal perang penjana nuklear dan tidak penjana nuklear telah melawat Malaysia dari tahun 2007 hingga 2012. Yang saya tanya itu, sebelum itu tahun 1999 hingga 2006, saya dimaklumkan tetapi tidak tahu betul atau tidak, hanya tiga kali sahaja. Akan tetapi selepas 2007 hingga 2012, hampir setiap tahun kapal perang Amerika Syarikat itu melawat Malaysia. Adakah ini benar?

Saya tidak dapat data pada hari ini, saya mohon notis. Akan tetapi kalau kerap pun apa halnya? Pulangan ekonominya baik, tidak ada hal dan ia perlu memenuhi semua kriteria yang telah kita tetapkan, itu tidak ada hal. Okey, jadi saya bagi notis.

Lanjutan saya ialah ini.

Duduklah.

Saya tidak rasa tidak ada hal sebab isu yang saya bangkitkan ialah tadi Timbalan Menteri sebut repair, hendak buat pembekalan semula dan lain-lain lagi. Tahukah Timbalan Menteri, kedua-dua aircraft carrier ini dalam strategi Amerika Syarikat merupakan striking force di Negara-negara Teluk semasa kehadiran mereka di Iran telah diberi amaran bahawa ini adalah tindakan provokatif.

Yang Berhormat, itu dengan Iran lainlah. Akan tetapi kita dengan Malaysia sahaja.

Saya hendak tahu pendirian kerajaan, sama ada kita membekal, membantu mereka dalam perkara-perkara ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat, kalau benda ini tidak dibangkit tadi tidak payah jawab.

Saya bangkit isu tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau dah bangkit, Yang Berhormat tidak payah tanya lagi.

Akan tetapi Timbalan Menteri tidak jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau tanya dua kali, itu repetitive Yang Berhormat.

Ya, tetapi Timbalan Menteri tidak jawab.

Kalau jawab pun, saya jawab bertulislah, cukuplah itu. Saya terus kepada Yang Berhormat Machang. Saya ucap tahniahlah, bukan sahaja Yang Berhormat Machang buat banyak homework, anak-anak buah saya pun percaya kepada Yang Berhormat Machang, dapat bagi maklumat kepada Yang Berhormat. Akan tetapi maklumat yang dibagi kepada Yang Berhormat Machang itu dah kira cheap matinee pada kami. Ini kerana Yang Berhormat pun tahu, Yang Berhormat dulu setiausaha politik kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Jadi, Yang Berhormat adalah keluarga kami. Kita tidak pernah tinggalkan Yang Berhormat, cuma Yang Berhormat saja tinggalkan kami.

Yang Berhormat cerita mengenai - kebetulan Yang Berhormat, keempat-empat kem Yang Berhormat ceritakan tadi itu, di Seberang Takir, di Kem Rasah, Briged 8 dan juga Batu 10, Kuantan, ini bawah Parlimen Pekan, semua itu saya dah lawat. Jadi, saya faham benar isi nurani pegawai-pegawai di situ termasuk juga lain-lain pangkat. Yang Berhormat punya makluman itu memang tepat, maknanya apa yang diberi pada kami dengan Yang Berhormat, sama. Cuma kami dapat awal, sebab itu kita dapat buat tindakan. Pertama sekali, kita memang jaga polisi perumahan anggota adalah bila ada kem, kita hendak mereka duduk dalam. A good soldier is a soldier who doesn’t worry about anything, he is ready for war. Jadi, kalau isteri dia, anak-anak dia dapat dijaga di dalam kem, dia tidak perlu bimbang untuk keperluan untuk berperang. Bagi Rancangan Malaysia Kesembilan, 25 projek di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semua ini dah siap kecuali dua sahaja, Kem Batu 10, Kuantan dan juga Perumahan Tentera Darat Kem Kinabatangan, Sandakan. Secara ringkasnya, yang telah disiapkan adalah Tentera Darat Ipoh, perumahan Lembah Klang termasuk kerjasama LTAT dan juga SPNB. Saya dengan Yang Berhormat Tangga Batu pergi melutut dengan Kementerian Kewangan untuk selesaikan ini supaya bangunan yang dah siap itu diperelok lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kecacatan ekoran daripada design dan juga construction. Walau bagaimanapun, perlu dimaklumkan bahawa penyediaan tender perumahan ini, skop dan juga spesifikasi perlu dipersetujui oleh Unit Standard dan Kos EPU. Kementerian melalui agensi pelaksana akan sentiasa memantau projek supaya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Jika gagal, kita lantik pihak ketiga. Yang Berhormat juga menyatakan bahawa kerosakan ini dikendalikan oleh anggota sendiri. Saya ingat itu sporadiclah kerana mungkin bocornya itu tiba-tiba, hendak tunggu kontraktor lantik mungkin lambat. Jadi, dia betulkan dulu tetapi pada dasarnya kerosakan dan pembaikan ini kita buat semuanya melalui peraturan kewangan dari segi Treasury instruction dan juga sebut harga. Perabot, detail Yang Berhormat Machang ini.

Sebelum itu, kalau boleh minta izin. Tuan Pengerusi, terima kasih, terima kasih Timbalan Menteri. Hal perumahan ini memang dalam Laporan Audit terbaru pun ditegur secara jelas. Projek perumahan yang menelan belanja berbilion ringgit tetapi perkara kerosakan dan kualiti pembinaan itu ditegur keras oleh Audit. Beribu-ribu aduan yang diadu terhadap syarikat yang terbabit, itu jelas. Saya hargai usaha berterusan kementerian untuk menambah baik spec perumahan anggota. Akan tetapi yang saya maksudkan tadi ialah sama ada kuarters lama yang berusia 30 hingga 40 tahun mahupun yang baru berusia kurang 10 tahun. Kerosakan itu sebenarnya apabila dibuat aduan, tindakannya lambat. Kalau kita tengok aturan kerjanya memang betul tetapi yang realiti di bawah. Saya ada Laporan Audit lengkap kemudahan kem seluruh negara. Jadi, sebab itu saya tahu angle mana Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bawa. Saya juga tahu berapa ramai jumlah anggota yang sepatutnya berada dalam kem kerana kemudahan perumahan disiapkan tetapi terpaksa berbelanja lebih sewa di luar. Itu juga kita tahu dan hal ini bukan berlaku setahun dua. Mereka terpaksa sewa bertahun- tahun. Saya terima soal penjelasan secara administratif, polisinya begitu, saya faham. Akan tetapi yang realiti sebenarnya Yang Berhormat, proses penambahbaikan itu amat perlahan. Moral anggota itu ketara sangat terjejas, sebab itu berulang kali, kalau saya berpeluang bercakap di bawah kementerian ini, saya bawa aspek ini.

Saya bawa aspek ini kerana seperti Yang Berhormat sedia maklum, pasukan tentera ini pasukan yang punya jasa yang sangat besar. Saya juga tak boleh terima kalau dikatakan bahawa kerajaan langsung tak ambil hirau. Ada, tetapi kecekapan daripada segi menambah baik keadaan ini pada tahap sekarang Yang Berhormat Menteri, masih lagi pada pendapat saya, memerlukan ikhtiar yang lebih kuat daripada keadaan yang sedia berjalan sekarang.

Betul, saya setuju dengan Yang Berhormat Machang, sebab kekangan dia adalah duit. Saya pergi sampai ke Pakit, Sri Aman, memang bocor sebab dah 40 tahun.

Dulu kem itu bangunan yang paling canggih dekat Sri Aman pada ketika dia dibina. Paling canggih, paling modenlah pada ketika itu. Akan tetapi bila saya pergi sendiri, saya pergi tengok, masuk bilik, saya sebenarnya menitiskan air mata. Itu pentingnya apabila Menteri atau Timbalan Menteri atau panglima turun, bukan turun padang, dia berada di padang. Jadi dia tahu. Jadi boleh buat keputusan dekat situ juga. Jadi, saya panggil panglima, luluskan RM2 juta. Tiga bulan, kita buatkan proses procument macam biasa apa semua, lantikan kontraktor. Alhamdulillah, datang balik enam bulan kemudian, dia orang terima kasih. Saya faham itu tapi kekangan kita adalah kewangan. Dengan adanya transformasi daripada sudut baik pulih kem termasuk juga pembinaan rumah anggota tentera dalam kem ini, kita buat sukuk dipelopori oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Islamik Sukuk. The rest about RM2 billion diluluskan oleh Kabinet, sekarang proses kita nak baik pulih lebih kurang 45 kem. Jadi, perlahan-perlahan Yang Berhormat, tak boleh nak selesaikan dalam satu masa. Kalau kita sewa pun, satu sen pun duit daripada anggota kita tidak guna. Dia akan dapat keselesaan di rumah. Macam dekat Johor Bahru, saya dengan Yang Berhormat Johor Bahru pergi penempatan rejimen yang ada- penempatan ranger. Kita sewa untuk mereka dan kita tempatkan mereka di satu tempat supaya logistiknya mudah. Kita panggil penyewaan secara berkelompok. Banyak juga Yang Berhormat beritahu tadi macam Saga BLM, sebenarnya itu hanya untuk kegunaan urusan pentadbiran, Yang Berhormat, bukan untuk operasi. Kita pun sedang dalam proses mempertingkatkan keupayaan, tiga tan dengan tujuh tan. Kita faham 70 percent itu mesti civil servant, jadi tahun ini kita ada sikit peruntukan, kita akan upgrade. Juga pada waktu yang sama, macam bas sekolah itu, dulu anak tentera naik trak itu adalah satu keistimewaan. Waktu saya kecil-kecil dahulu saya jealous sebab saya jalan kaki, dia orang naik trak tapi sekarang dia orang naik trak, orang lain naik bas yang lebih canggih, bas aircond walaupun bas kuning. Jadi keistimewaan 40 tahun dahulu itu dah tak jadi keistimewaan tapi jadi macam liabiliti pula, rasa rendah diri. Jadi, kita buat ikut kemampuan. Markas angkatan tentera mana-mana tempat itu kalau kita boleh beli bas, kita beli bas, bas angkatan tentera untuk ambil budak-budak. Pada waktu yang sama, kita sedang fikir cara yang bagaimana untuk bas tiga tanner ini jangan digunakan untuk angkat budak-budak sekolah. Tiga tanner ini patutnya untuk kesiapsiagaan. Jadi kita perlu cari business model yang boleh diterima supaya, macam PLKN, kita beli perkhidmatan untuk semua 87 kem tanpa kita mempunyai aset tapi kita untung daripada sudut kita tak perlu penyelenggaraan, kita tak perlu ada driver, tak perlu ada- kita tahu bila ada keperluan, kita dapat bas itu. Itu pun juga sedang difikirkan oleh Panglima Angkatan Tentera dan dibincangkan di JPP bagaimana nak tambah nilai kepada kebajikan anak-anak tentera nak ke sekolah ini. Tunggu masa Yang Berhormat, dah fikir pun itu. Mengenai payung tak kembang, ini kecil, sebenarnya payung ini ada banyak jenis Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tahu kan. Dia ada bergantung kepada keperluan skuad itu. Ada yang cepat terjun, ada juga yang lambat, ada juga yang kalau dia buka payung itu dia ada masa untuk landing di tempat musuh. Jadi jenis-jenis ini bukan sama Yang Berhormat. Saya dah terjun dua kali tapi belum dapat wing lagi... [Ketawa] Tak mintalah sebab saya terjun dulu masa dekat Kementerian Sumber Manusia, bukan dekat Kementerian Pertahanan. Takut Yang Berhormat nak terjun ini. Yang pentingnya boleh buka. Apa juga spesifikasi, sebab kita Yang Berhormat, kita bukan professional soldier. Jadi spesifikasi ini kita serah kepada ahli, orang yang nak gunakan senjata itu, orang yang nak guna alat-alat itu. Cuma, kita di MINDEF, kita nak tentukan daripada sudut harga. Spec itu kita tak pernah persoalkan. Keperluan mereka kita bagi. Cuma, kekangan kita adalah kewangan. Keperluan komando- saya ada 1,800 pengundi komando dekat kawasan Mersing. Di bawah Duli Tuanku, esok hari jadi dia, dia Colonel in Chief Commando, dia ambil tahu tentang semua sekali keperluan-keperluan ini. Jadi kalau tak keluar dalam Dewan ini, dia jerit dekat saya atau Yang Berhormat Menteri apa dia keperluan-keperluan- malah dia banyak bantu group Gerak Khas Kem Iskandar, free of charge. Bagi fast inspector boat, macam-macam lagilah. Saya ingat berjuta dia bagi kepada kegunaan komando. Sebelum saya berhajat Tuan Pengerusi, saya nak habis 9.30 malam boleh?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Boleh.

Jadi saya hendak ...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Telok Intan.

Ha, Yang Berhormat Telok Intan tadi. Saya nak address spesifik isu...

Sebelum itu Tuan Pengerusi, izinkan sekali lagi ya.

Saya sebut tadi secara khusus celoreng yang sepatutnya setahun dua pasang. Jadi selain daripada kemeja dan seluar, sekarang Yang Berhormat Menteri pun saya percaya tahu dibekalkan tak cukup dan anggota tentera terpaksa beli sendiri, bukan? Itu berlaku. Jadi saya minta janganlah Yang Berhormat Menteri sebut kata panglima pun sedang fikir nak cukupkan pakaian, janganlah, sebab setahun dua pasang itu pun tak dapat kita tunaikan. Jadi kalau mereka terpaksa berbelanja lebih untuk beli, jadi satu demi satu keistimewaan atau kebanggaan menjadi anggota tentera daripada aspek kebajikan ini nampak semacam sedikit terabai. Apa sebenarnya masalah? Apakah masalah bajet juga sampai tak boleh bekalkan pakaian celoreng dan pakaian tentera yang cukup seperti mana kebiasaan yang pernah kita buat?

Tidak Yang Berhormat, dia cukup semua bajet. Cuma dia kadang-kadang dia bergantung kepada kekerapan. Saya pun diberi, dibekalkan juga tapi saya tak dapatlah dua pasang setahun sebab saya jarang pakai. Yang saya dah pakai selama tiga tahun itu pun masih hebat lagi, masih cantik lagi. Saya suka pakai celoreng ini bila masuk hutan, nampak macam macho sikitlah. Dia tak ada kaitan dengan bajet.

Isu dia sekarang kita bekal. Pembekal dia ada komitmen untuk jahit sekali. Kita lantik empat pembekal. Sekarang ini kita buat design baru Yang Berhormat. Jadi kita juga prihatin kepada pembekal sebab bila dia order, kontrak itu dia ada time frame dia tiga tahun katakan. Kita ada buat design baru, digital. Jadi kalau kita buat design baru kita menganiaya dia. Jadi, kita masih ambil lagi dengan dia, keempat-empat pembekal ini masih ambil. Sampai satu ketika kita dapat design baru. Saya ingat bukan semua orang, yang dua uniform celoreng itu. Mungkin terlepas pandang tetapi dasarnya memang procurement itu kita teruskan bulan ke bulan sehingga kita dapat design baru. Boleh Yang Berhormat? Okey, ini tentang isu pinjaman bank yang ditulis oleh seorang angkatan tentera kepada Yang Berhormat Telok Intan. Surat itu Yang Berhormat baru dapat. Ya, Yang Berhormat Menteri dua minggu masuk kementerian sudah buat dah pelbagai pelan. Kita ada complete data Yang Berhormat. Berapa orang yang saya bagi contohlah Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada. Di Kolej Tentera Udara Pokok Sena kita ada 28 orang. Saya kenal tiap-tiap seorang yang take home pay dia kurang daripada RM300. Kurang daripada RM300 itu saya boleh kenal seorang-seorang. I know them sebab waktu kita masuk di kementerian Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri telah ambil satu pendekatan bukan hati-hati macam Yang Berhormat Tangga Batu bercakap, dengan hati. Maka sekarang ini kita ada complete data siapa dia tentera udara, tentera darat, tentera laut yang kurang take home pay dia dan kita sudah buat beberapa pendekatan. Pertama sekali kebanyakan anggota kita dia tidak ada ilmu pengurusan kewangan. Bila orang datang untuk buat pinjaman apa semua, ah long pun dia mudah sangat tergoda dan duduk dalam kem ini dia lain sedikit. Tengok orang pakai Proton Saga, yang ini pakai Kancil, dia pun hendak pakai BMW. Jadi yang ini tidak ada sebab itu kita minta KAGAT bersama dengan satu kumpulan chartered accountant daripada universiti dan juga konsultan untuk beri penerangan bagaimana hendak mengurus hal-hal gaji.

Pada waktu yang sama gaji ini diurus oleh satu dipanggil Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT), one star dia punya head department dan dia di bawah ‘ASPA’, itu staff general. Dahulu kalau hendak pinjam duit dia mesti melalui commander officer. Kapten kena luluskan sebab dahulu gaji bayar pakai cash. Kalau dalam hutan itu bagi cash. Yang Berhormat Lipis confirm. Itu yang dia betul-betul appreciate duit itu tetapi sekarang bila masuk potong gaji apa semua tanpa kawalan, maka perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan itu take home pay dia RM87 memang betul, memang betul dan kita sudah ambil tindakan sebab ini melibatkan aib, maruah. Jadi dalam satu batalion itu kalau orang lain dapat tahu take home pay dia RM87 dia pun malu. Malu dia, macam mana hendak makan. Sebenarnya dia adalah national trap. Nasib baik dia tidak jual M16, M4 kah, dia tidak jual. Dia mungkin disiplin tetapi hidup dia menguruskan kewangan itu dia kurang disiplin. Ini yang terjadi. Jadi, Yang Berhormat Menteri bagi saya peluang untuk saya urus. Sudah tiga tahun sejak bulan empat tahun 2009. Jadi yang itu kalau ada mungkin terlepas pandang Yang Berhormat. Akan tetapi kita sekarang sudah buat program dengan kementerian yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga kita buat Program AZAM sebab kita rasakan mereka ini adalah di bawah paras kemiskinan. Jadi AZAM itu “Aku Akhiri Zaman Miskin”. Kita buat tetapi kita buat itu pada isteri dia orang. Dia ada empat AZAM. AZAM Tani, AZAM Kerja, AZAM Usahawan dan satu lagi ...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Bukan Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh saya cadangkan kepada Yang Berhormat, cadang kepada kementerian. Bolehkah kita ada satu garis panduan bahawa anggota- anggota seperti ini tidak boleh mengambil pinjaman lebih dari 1/3 gaji pokok mereka dengan izin, one third. Jadi, kalau ada garis panduan yang boleh dikuatkuasakan, kita tidak akan adakan masalah macam ini. This is contemporenous document, dokumen semasa. Tarikh penyata gaji Jun 2012, present, semasa. Mereka jumpa saya Julai tahun ini. Jadi kalau kita ada satu garis panduan seperti itu, not more than two, third. Only one third you boleh ambil loan. Balance take home. Jadi kita save. Terima kasih.

Itu cadangan yang baik.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tidak apa masa Yang Berhormat.

Tidak apa ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak ada sebab kita tidak ada tetapkan masa hingga kementerian Yang Berhormat habis. Itu satu. Kedua saya hendak tanya juga Yang Berhormat, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan itu tidak adakah perundangan di bawah govern this tentera yang mana gaji-gaji anggota yang bawah itu ranging file itu tidak boleh dipotong, tidak boleh di assign, tidak boleh apa-apa. Tidak adakah peruntukan yang sedemikian? Sebagaimana dalam polis kita mempunyai peruntukan yang khusus yang mana gaji ranging file daripada sub inspektor ke bawah tidak boleh di assign, tidak boleh ditransfer, tidak boleh di apa-apa pun. Bahkan mahkamah pun tidak boleh bagi arahan gaji ini dipotong. Tidak boleh dibuat bankrupt pun. Jadi, saya dengar Yang Berhormat Telok Intan tadi. Kalau ini ada maknanya soalan potong gaji untuk dibayar kepada bank ini tidak boleh dibuat.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh saya beri. Oleh sebab itu saya timbulkan apabila Yang Berhormat Telok Intan timbulkan tadi. Soalannya ada tanggapan daripada Yang Berhormat Telok Intan bahawa pihak tentera ini, pegawai tertinggi dia seolah-olah macam memaksa pegawai tentera buat pinjaman, sebab itu saya tidak setuju. Nanti Tuan Pengerusi.

Saya hendak tanya sebenarnya kalau ikut peraturan tatatertib perkhidmatan awam, saya setuju dengan Tuan Pengerusi. Pegawai awam saya ingat fenomena ini berlaku dalam pegawai awam biasa, bukan sahaja angkatan tentera dan polis. Kita pun berlaku. Saya bekas pegawai awam. Maknanya kalau ikut dalam peraturan tatatertib itu setiap pegawai awam tidak boleh membuat pinjaman lebih daripada 60 peratus daripada pendapatannya. Kalau sudah tinggal RM80 Yang Berhormat Timbalan Menteri saya tidak tahulah sama ada hendak salahkan Kementerian Pertahanan, tentera atau pun pegawai sendiri. Oleh sebab itulah kedua-dua ini kena ini. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Tuan Pengerusi tadi. Saya rasa peraturan ada cuma sejauh mana implementasi, penguatkuasaan dilakukan oleh bahagian personel ini, bahagian human resource di kementerian. Jadi saya rasa kita hendakkan kesedaran seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi juga diberi kepada pegawai-pegawai kita. Bukan sahaja pegawai awam bahkan polis, tentera dan sebagainya. Terima kasih.

Saya tidak pasti sama ada dia ada dalam format. Jadi saya tidak boleh hendak berbohong Tuan Pengerusi.

Akan tetapi cadangan itu saya akan lihat balik. Akan tetapi di peringkat UGAT dan juga markas ATM telah pun mengambil banyak tindakan proaktif. Maknanya dia tidak boleh sebarang-sebarang pinjam melainkan dengan kelulusan pegawai atasan. Kalau ada pegawai atasan hendak paksa, saya ingat itu adalah sporadiclah. Banyaknya mereka ini tertipu. Saya bagi contoh, dia ada lobbyist yang datang. Dia kata ada skim perumahan dan dia tahu pula anggota ini hutang berapa. Boleh bayar hutang kereta, boleh settle rumah tetapi pinjaman dengan badan yang dicadangkan itu mesti maksimum umpamanya, kelayakan sarjan pinjam rumah katalah RM250,000. Rumah sebenar harganya hanya RM150,000 tetapi dia pinjam RM250,000. Jadi boleh bayar macam-macam dan tukang lobi ini pun dapat sedikit elaun dengar... [Ketawa] Jadi dia boleh selesaikan hutang dia. Hutang kereta, hutang apa, dia punyai rumah tetapi akhirnya rumah ini tak siap.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Jadi dia terpaksa membayar rumah yang dia tidak miliki, pada waktu yang sama dia kena bayar semua sekali ini. Ha! Ini yang jadi RM87. Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya sekarang ialah saya faham mungkin mereka lemah dalam pengurusan hal ehwal rumah tangga mereka. Akan tetapi itu masalah lain. Untuk kementerian dan kerajaan dan untuk Ahli-ahli Parlimen itu masalah lain. Kita amanahkan keselamatan negara kita kepada anggota-anggota seperti ini. Jadi kita tidak boleh semasa perang cakap... “Oh! Dia tak tahu urus dia punya rumah tangga.” Kita mesti mengambil tahu masalah ini dan macam mana kita boleh mengatasinya? Seperti pendekatan-pendekatan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, saya hendak tahu apakah langkah-langkah yang diambil, apakah pendekatan yang diambil sebab ini masalah semasa Jun 2012. Saya hendak tahu apakah langkah-langkah dengan terperinci yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah-masalah macam ini? Macam kalau saya ada anak yang dewasa, dia ada masalah disiplin. Saya tak boleh cakap dia memang anak mudalah, dia ada disiplin. Saya mesti ambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah itu dan ini serius. Saya sudah katakan tadi ini kategori yang istimewa, Angkatan Tentera Malaysia, tidak boleh main-main. Jadi kita lebih seriuslah, apakah langkah-langkah yang akan diambil? Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat baru tahu. Kita orang sudah tahu lama ya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya lah, satu kes.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa satu?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Bising sahaja, tak habis-habis bising. [Ketawa] Tak, kalau dia tak bising, dia bukan Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau dia senyap itu di luar tabii. Kalau dia bising itu normal. Oleh sebab saya kata tadi ia adalah melibatkan aib, maruah. Jadi kita tidak boleh announce benda itu dan pada waktu yang sama seperti yang saya kata, alhamdulillah setakat ini walaupun gaji mereka, take home RM87, dia belum lagi dapat kes-kes Yang Berhormat kata tadi berkaitan dengan rasuah untuk kakitangan lain sama ada berkaitan dengan disiplin, jual macam-macam. Setakat ini tak ada kajian yang kita hendak relate.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat, saya hendak tanya, adakah mereka dibenarkan kerja sambilan, part time work untuk ini?

Tak boleh.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tak boleh bukan? Jadi macam mana dengan RM80?

Oleh sebab itu, sebab itu, kita buat tadi AZAM tadi itu. Kita sudah kenal pasti mereka. Tidak ramai sebenarnya. Sedikit sahaja dalam angkatan tentera. Saya tak boleh bagi figure. Tak ramai tetapi kita buat man to man marking. Pada masa yang sama, kita juga memberi penerangan, pendidikan berterusan supaya jangan pula ada orang yang baik mengurus ini dia converted into this group. Jadi yang ini kita urus, yang ini kita cegah, okey? Yang Berhormat Jasin, elok saya sentuh pasal hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan. Umpamanya, Yang Berhormat Kuala Lipis tadi kata mejar ini sama dengan gred 44 atau 42. Tak boleh, tak boleh sama. Ikut pada perundangan negara, perkara 132, Perlembagaan Negara, perkhidmatan tentera kanan daripada polis dan kanan daripada perkhidmatan awam lain. Maknanya kita tak boleh sama the chain of command tadi sebelas untuk pegawai daripada leftenan muda, leftenan, kapten, mejar, half colonel, colonel, full colonel, one star general kepada four star general. Tak boleh sama dengan JUSA A atau 48. Dia tak boleh sama itu. Dengan polis pun tak boleh sama. Dia lain itu. Maknanya kalau lain pangkat itu, lans koperal, koperal sampai ke pegawai waran I, ada tujuh peringkat dia tak boleh sama dengan perkhidmatan awam lain. Justeru itu, bila tak sama sudah tentulah perk, benefit dan gaji dia berbeza dengan perkhidmatan awam. Tentera pula dia ada Band. Band ini kita punya, bukan JPA punya. Dia ada lima Band. Ini kepakaran-kepakaran masing-masing. Kalau navy dia sampai lima Band. Lima Band ini juga adalah kenaikan gaji. Kalau dia koperal tetapi Band 5, gaji dia sama dengan koperal Band 1. Jadi, ini adalah keistimewaan-keistimewaan yang ada tentera yang unik dan kita perlu pastikan dia di preserve. Aset yang dipolitikkan itu sudah selesai. Yang Berhormat Batu pun sudah surrender. Harap dia jangan lagi mengelirukan Dewan. Mengenai dengan penglibatan tentera kita di luar negara, mungkin saya sentuh daripada Congo sampai ke Ops Fajar, di Teluk Aden termasuk di Lebanon, di Afghanistan. Kita sentiasa diberi penghormatan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Cuma di IMT ini, di Mindanao seperti Yang Berhormat Jasin cakap, kita bukan tentera pengaman. Kita hanya monitoring. Kita head of the monitoring. Ada negara-negara lain yang menjadi anggota tetapi kita tidak ada tentera sebenarnya yang kita hantar untuk mengamankan itu. Tidak ada. Cuma peranan kita adalah peranan yang sungguh berkesan mulai tahun 2004 sampai tahun 2012 di bawah dua pemimpin baru. Satu, pemimpin Filipina, Presiden baru dan juga Perdana Menteri baru, ia dapat selesai. Ini adalah satu pendekatan yang sungguh pragmatik kerana cara kita mengurus dua-dua side ini the Government of Philippine dengan MILF.

Kita dapat mengimbangi dan dua-dua mereka ini percaya kepada kita kerana pegawai kita ada integriti, ada kredibiliti. Dia hormat, apa kita cakap depan dengan belakang sama. Ada orang depan lain, belakang lain, belakang lain, depan lain.

Jadi bila team yang mengendalikan itu adalah pegawai yang berintegriti, diberi kepercayaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maka proses perjalanan perdamaian itu berjalan lancar. Ini kerana susah Tuan Pengerusi, dia sudah 500 tahun biasa perang. Jadi hendak cerita pasal aman pada dia ini, dia tidak boleh appreciate.

Yang Berhormat Sri Aman sahaja boleh.

Sama juga dengan kita. Kita aman sahaja, kita hendak cerita pasal perang mungkin kita tidak berapa reti.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit. Tuan Pengerusi, hendak kongsi dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampak seronok bercerita. Saya pernah berada di Zamboanga dan dapat bersama-sama dengan kumpulan IMT kita di Zamboanga. Antara kekangan mereka ketika itu ialah mereka terpaksa memantau dua pihak MILF dan juga MNLF dan mereka tidak dibenarkan membawa senjata sebab pemantauan. Hendak cerita Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia ada lapan orang diketuai oleh seorang Leftenan Kolonel ketika itu. Lapan orang ini pula mempunyai kekangan iaitu berbeza tugasnya dengan kumpulan-kumpulan di negara-negara lain ialah mereka ini tidak dapat pulang dalam jangka masa yang sepatutnya mereka pulang, tetapi tidak dapat kerana jumlah ahli yang memantau itu hanya lapan orang. Saya ingat masalah ini sudah selesai sekarang ini. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh update Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya mohon bertulislah Yang Berhormat Tangga Batu. Akan tetapi saya ingat ini adalah satu pencapaian yang berlaku di waktu dalam negara kita mempunyai pemimpin yang berintegriti, maka pegawai yang menjalankan tugas itu juga berintegriti, lantas disahut oleh Presiden dan juga Pengerusi MILF, saudara Murad Ebrahim. Dia tidak kata dia Melayu, dia kata dia bangsa Moro. Cuma saya hendak kongsilah Tuan Pengerusi, kenapa dia jadi Moro itu sebab orang Sepanyol, dia dahulu ditawan oleh Moses of Arab masa Andalusia. Jadi bila sudah lama perang dia dapat tawan balik Andalusia, dia jumpa orang yang beragama Islam sama dengan orang Arab tetapi kulitnya sawo matang. Itu dia panggil Moro, Moses. Ini kerana beratus tahun Sepanyol tidak boleh tawan Mindanao sebab Raja terakhir di Pulau Luzon itu namanya Suleiman. Kuburnya ada di Masjid Beijing, namanya Suleiman. Lepas itu semua orang yang berkulit sawo matang cakap Tagalog itu jadi Kristian kecuali orang Mindanao sahaja. Jadi dia panggillah orang Moro, tidak panggil orang Melayu. Cakap Melayu pun tidak berapa faham tetapi orang Tagalog ini 100 perkataan dia, saya ingat 50 itu bahasa Sanskrit Melayu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Lama lagi Yang Berhormat?

Sudah. Saya kalau boleh..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Cerita Moro ini okeylah Yang Berhormat.

Itu sahajalah cukup. Lain saya ingat saya hendak jawab secara bertulis kalau mohon izin.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta kalau.

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya minta perkara yang saya bangkitkan. Saya tunggu hampir sejam. Tergendala program saya kerana menunggu. Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong jawab. Terima kasih... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apa ini? Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia jawab, bagi chancelah.

Yang Berhormat Kuala Selangor sebenarnya saya jawab. Yang Berhormat kata tadi pasal kuarters ATM di Lembah Klang, Sungai Besi itu saya sudah jawab tetapi perkara pokok Yang Berhormat Kuala Selangor maklumkan adalah sama ada cost effectiveness. Polisi kesiapsiagaan sama ada apa yang kita procure adalah seimbang dengan polisi dan juga is it money waste spent or not. Oleh sebab itu Yang Berhormat tanya pasal...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan itu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mission capability dia, combat preparedness dia itu. Ini kerana kita beli Ferrari tetapi jangan guna macam Proton Saga sahaja.

Sebenarnya kita beli Ferrari, Ferrarilah. Kita tidak beli Proton Saga. Kalau kita beli Ferrari, Ferrari. Kalau kita beli Proton Saga, Proton Saga sebab dalam mana-mana ketumbukan dan kekuatan sesuatu sistem pertahanan, dia ada dua. Satu tangible, satu lagi non-tangible. The tangible ini misalnya berapa banyak kapal, berapa banyak kapal selam. Itu the tangible. Kita sedang dalam peringkat memodenkan sistem kita untuk berhadapan dengan yang kita panggil follow dimension of mission. Akan tetapi pada waktu yang sama, ia ada komponen intangible iaitu sifat dalaman anggota tentera. Kalau sifat dalaman itu kosong umpamanya, the tangible itu sudah tidak ada makna, tidak ada makna. You have a good firing defence, macam-macam. Kalau kita tengok dua-dua media coverage, tengok rakyat Israel yang dekat border dengan rakyat Palestin di Gaza Street, bagaimana reaksi mereka bila dibom. Kita boleh lihat the intangible asset yang ada dalam rakyat Gaza itu, semangatnya begitu kuat, tinggi walhal di Israel itu dia ada dome yang boleh repeal, dengan izin, apa juga missile. Kita tengok juga betapa paniknya orang Israel waktu dia di jalan bila dia dengar siren. Kalau dekat Gaza itu dia relax sahaja. Kalau dengar bom itu...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya cukup memahami apa Yang Berhormat Timbalan Menteri cuba terangkan kepada saya mengenai tangible and intangible, value yang ada pada satu bangsa dan satu kekuatan jati diri bangsa itu. Cuma yang saya bangkitkan tadi more basic Yang Berhormat Timbalan Menteri. Spesifikasi. Contohnya Sukhoi. Kita ada 18 Sukhoi. Berapa yang boleh terbang, berapa yang ada missile capability. That is what yang saya maksudkan and I...

Saya tidak boleh. Nanti saya cakap dengan Yang Berhormat. Ada satu session dengan Ahli-ahli Parlimen, kita boleh tetapi janjilah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Janji jangan Yang Berhormat pergi kempen pula di luar bercakap macam-macam seperti Yang Berhormat Lembah Pantai.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya juga bangkitkan tentang audit tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ada benda yang kita ini, tidak bolehlah cakap.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya tahu. Oleh sebab itu saya mulakan dengan menyebutkan tentang apa Yang Berhormat Jasin sebutkan. Oleh sebab itu saya mulakan ucapan saya begitu sementara saya cukup memahami tentang keperluan untuk menjaga tetapi perlu juga pada waktu yang sama kesiapsiagaan itu jangan sampai the secrecy sebenarnya bukan untuk satu sebab shrouded in mystery tetapi sebenarnya capability kita itu dipertikaikan. Jadi itu yang saya maksudkan. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh sebut, kita sembang-sembang pun bagus juga. Terima kasih.

Boleh, boleh. Ya, Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beri jawapan bertulis kepada dua lagi isu yang saya bangkitkan iaitu Pesawat Pejuang F 5F – Tiger Jets. Statusnya sekarang dan kategori fleksi untuk diterbangkan, dari Mejar ke Leftenan Kolonel? Jawapan bertulis cukup. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya punya isu berkenaan PLKN?... [Disampuk]

Saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Batu Gajah pun saya ingat lagi saranan Yang Berhormat sama lantikan konsultan bebas.

Cuma saya hendak ingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan bertulis ini adalah perkara-perkara yang tidak mengandungi kerahsiaan tentera. Itu boleh. Kalau ada kerahsiaan tentera, tidak payah jawablah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pun hendak memperingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Ada benda-benda yang sensitif dalam soalan keselamatan ini yang sebenarnya bersurat pun tidak boleh, Yang Berhormat. Amalan Parlimen sebenarnya ada yang dikatakan executive immunity itu yang mana benda-benda yang menggugat keadaan keselamatan tidak boleh di reveal. Kalau kita naik kapal navy yang foreign itu, kita tanya berapa kekuatan senjata dia, dia tidak bagi langsung. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Last, Yang Berhormat Timbalan Menteri. KD Kasturi tadi. Boleh? Tolong tulis.

KD Kasturi ini dia dalam program...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bagi chancelah dengar jawapan itu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya banyak bertanya tadi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dalam tiga empat tahun.

KD Kasturi ini dia bawah upgrading. Dia panggil SLEP Program atau Shelf Life Extension Program. Kita buat itu kerana kita hendak panjangkan. Biasanya umur kapal ini 30 tahun. Komponen dalam itu dia ada OEM iaitu Original Equipment Manufacturing. Oleh sebab itu dia ambil masa lama sedikit untuk kita upgrade kerana syarikat yang mengeluarkan peralatan-peralatan itu sudah tutup. Jadi kita hendak upgrade, dia ambil masa sedikitlah. Itu yang lambat sedikit. Kita belanja untuk KD Kasturi dan satu lagi KD itu dekat RM700 juta untuk upgrade semua capability, pelayaran, kekuatannya di lautan, ia punya firing power dan macam-macam lagi. [Disampuk] Ya. Ini kerana empat tahun itu sudah dikira bagus. Sudah dikira bagus. Kalau kita bandingkan dengan- isunya bukan kita tidak ada upaya the shipyard hendak repair. Tidak ada, tetapi hendak cari satu kapal, Yang Berhormat, ada lebih kurang berapa puluh ribu komponen. Jadi kalau saya hendak terangkan komponen itu perlukan Yang Berhormat, boleh dapatkan satu lagi PhDlah. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan banyak- banyak terima kasih...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan bertulis bila boleh terima? Hari Isninkah?

Sibuklah, sibuklah.

Janganlah mempertikaikan KPI saya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Ketawa] Bukan pertikai tetapi saya hendak tahu.

Kalau pegawai sudah catat apa semua, tidak ada hal.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih. Hari Isnin bolehlah.

Terima kasih banyak-banyak. That is my prerogative, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Kementerian Pertahanan. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM11,970,462,000 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM11,970,462,000 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,280,807,300 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,280,807,300 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Belum lagi habis, Yang Berhormat. [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 22 November 2012. [Dewan ditangguhkan pada pukul 9.55 malam.]