Dewan Rakyat · 17 July 2013

15th Parliament, session 1, meeting 1 · 2,488 turns · 78,098 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun NarrashidUMNO · BNKota Tinggi · question

1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan mengenai isu kanak- kanak yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dan dijadikan peminta sedekah. Apakah tindakan kementerian bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sesungguhnya memandang serius kes-kes yang melibatkan eksploitasi kanak-kanak dalam aktiviti mengutip dan ataupun meminta sedekah. Justeru itu, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjalankan operasi bersepadu menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi mengutip dana ataupun meminta sedekah di tempat awam dari semasa ke semasa di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Dalam hal ini JKM bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kemajuan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi membanteras masalah ini. Bagi tahun 2008 hingga 2012, seramai 232 orang kanak-kanak telah berjaya diselamatkan kerana meminta dana ataupun meminta sedekah di seluruh negara di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi mengutip dana akan diselamatkan berdasarkan kepada perenggan 17(1)(k) Akta Kanak-kanak 2001 dan ditempatkan di tempat yang selamat. Manakala mereka yang didapati mengeksploitasi kanak-kanak tersebut akan ditahan dan disiasat oleh pihak PDRM sebelum didakwa di bawah seksyen 32 akta yang sama. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi ibu bapa pula atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan, mereka perlu menyempurnakan bon dengan perintah mahkamah bagi kanak-kanak di bawah perenggan 30(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi memastikan mereka benar-benar melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya terhadap anak mereka. Di samping itu kementerian melalui JKM turut bekerjasama dengan projek Lebuhraya Utara Selatan - PLUS Berhad dalam usaha mencegah aktiviti eksploitasi terhadap kanak-kanak yang mengutip dana atau derma di hentian Rehat dan Rawat (R&R)

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

di bawah syarikat tersebut. Dalam hal ini pihak PLUS telah bersetuju untuk membantu JKM menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan mengasingkan kanak-kanak berkenaan sementara menunggu ketibaan pelindung iaitu Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diwartakan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, melindungi kanak-kanak tidak seharusnya terbatas kepada hanya mengukuhkan pengiktirafan terhadap hak dan kepentingan. Malah, ia juga perlu meliputi meningkatkan tahap perlindungan dan keselamatan mereka melalui penguatkuasaan dan sistem perundangan yang lebih tegar. Keperluan tersebut akan melengkapkan sistem sosial dan berupaya membentuk modal insan negara yang baik dan bertamadun. Sering kali permasalahan ini dirujuk kepada JKM dan nampaknya tindakan rutin yang berulang-ulang ini masih kita harap dapat memberikan kesan yang lebih ketara. Berdasarkan pengamatan gerak kerja pengurusan kanak-kanak ini, berkemungkinan besar ianya berstruktur berorganisasi. Dalam erti kata lain ianya kegiatan terancang yang didalangi oleh sindiket-sindiket tertentu. Rela hati atau dipaksa, pada pendapat saya perbuatan memanipulasi kanak-kanak adalah satu unsur jenayah yang perlu dilihat dari segi sudut yang serius. Melindungi kanak-kanak mengemis ini adalah suatu tanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalan Yang Berhormat.

Menghukum sindiket dalang pula adalah melaksanakan tanggungjawab. Soalan, sekejap. Anak jiran anak kita; Tengok-tengokkan; Itu tanggungjawab kita semua; Jangan biarkan berkeliaran berkelana; Apatah lagi dimanipulasi diperguna; Kelak runtuh kepercayaan; Masa depan binasa; Akhirat nanti kita semua pasti akan ditanya. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, adakah kerajaan bercadang mengklasifikasikan perbuatan sindiket pengemis kanak-kanak ini sebagai jenayah awam dan sekiranya ada, apakah perlu dipertingkatkan lagi hukuman? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi di atas soalan tambahan dan pantunnya itu. Memanglah kerajaan amat prihatin seperti yang saya sebut tadi berkaitan dengan perkara di mana kanak-kanak kita disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tidak kira siapa mereka. Ibu bapa ataupun sekolah, apatah lagi kalau ia melibatkan sindiket. Yang Berhormat, kalaulah Yang Berhormat mengetahui ada kanak-kanak yang disalahgunakan oleh sindiket-sindiket tertentu, adalah disarankan supaya laporan dibuat kepada pihak polis. Memang ada pun akta di bawah Akta Antipemerdagangan Orang. Jika sekiranya didapati setelah laporan diberi kepada pihak polis dan siasatan menunjukkan bahawa sindiket terlibat, maka mereka yang terlibat itu boleh diambil tindakan di bawah ‘Akta Pemerdagangan Kanak-kanak’ dan hukuman tersedia di bawah akta tersebut Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Dengan penuh takzim terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, Nayati Shamelin Azam Shah adalah antara kanak-kanak yang hilang. Baru-baru ini Chinese News Asia telah

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

menyiarkan satu siri laporan mengenai kanak-kanak, ‘The Missing Children in Malaysia’ dan telah pun dilaporkan lebih daripada 1,000 kanak-kanak hilang di tanah air kita sendiri, saban tahun. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk mencegah kehilangan anak- anak khususnya untuk menangani sindiket menculik kanak-kanak? Apakah tindakan dan pencegahan, pelan pencegahan yang diambil ke atas sindiket sedemikian sekiranya ada dan apakah langkah-langkah untuk mencegah kanak-kanak kita daripada hilang? Soalan kedua saya adalah berkenaan dengan child labour. Di tanah air kita ini oleh kerana kekusutan ekonomi ramai kanak-kanak dikehendaki bekerja untuk membantu isi rumah dan lain-lain. Apakah langkah kementerian untuk mencegah child labour khususnya mereka yang baru berumur setahun jagung daripada bekerja dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, soalan ini sudah tidak kena-mengena dengan pengemis... [Ketawa] Walaupun memanglah kita simpati dengan kes-kes...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tidak tahu jawab, cakap tidak tahu jawablah.

Kanak-kanak yang hilang. Bukan tidak tahu jawab...

Tidak perlu jawab, tidak perlu jawab.

Sebab tidak ada kena-mengena dengan soalan yang pertama Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

[Bangun]

Kita simpati tetapi ini tidak ada kena-mengena dengan soalan tadi, pengemis. Lain kali boleh...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ada kanak-kanak yang diculik kemudian dijadikan pengemis. Apakah rancangan kementerian untuk mengatasi masalah ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Bila pengemis tadi sudah dimaklumkan, kalau sindiket, kalau Yang Berhormat atau sesiapa sahaja yang mengetahui, buat laporan kepada pihak polis. Maka tindakan akan dibuat setelah disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Pemerdagangan Manusia.

Sivarasa a/l K. RasiahPKR · PHSungai Buloh · question

2. Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kerajaan akan menambah jumlah anggota polis di semua balai polis di kawasan Parlimen Subang sehingga nisbah 1 anggota ke 250 penduduk tercapai.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, nisbah 1 anggota polis kepada 250 orang penduduk tidak lagi dijadikan asas sebagai pengukuran utama mulai tahun 2010. Memandangkan nisbah yang dikeluarkan oleh Interpol tidak keseluruhannya diguna pakai oleh semua negara, ia bersesuaian bagi sesebuah negara tertentu sahaja mungkin. Negara ini pihak jabatan perkhidmatan awam melihat dan mengambil kira aspek complexity berpandukan kepada tujuh pengukuran ataupun skor yang telah disediakan iaitu: (i) keluasan kawasan Pantai Barat ibu pejabat polis, balai polis; (ii) jumlah penduduk;

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

(iii) jumlah keseluruhan laporan polis dalam masa tiga tahun; (iv) jumlah kejadian jenayah indeks dan bukan indeks dalam masa tiga tahun; (v) kes-kes narkotik dalam masa tiga tahun; (vi) kes-kes kemalangan jalan raya dalam masa tiga tahun; dan (vii) kawasan komersial perniagaan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta pembangunan dalam masa 10 ke 20 tahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat empat buah balai polis di Parlimen Subang iaitu Balai Polis Kampung Baru, Subang iaitu terletak di bawah IPD Petaling Jaya, Balai Polis Sungai Buloh terletak di bawah IPD Sungai Buloh, Balai Polis Long terletak di bawah IPD Sungai Buloh dan Balai Polis Kota Damansara di IPD Petaling Jaya dengan kekuatan seramai 440 orang pegawai polis. Pada tahun 2007, Polis Diraja Malaysia telah meluluskan sebanyak 110 buah balai polis untuk dinaik taraf daripada 693 buah balai polis secara berperingkat-peringkat termasuk balai polis dalam kawasan Parlimen Subang seperti Balai Polis Kampung Baru, Subang telah dinaikkan tahap kategori A dan Balai Polis Kota Damansara juga dinaikkan tahap ke kategori A daripada kategori B. Pihak JPA, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM akan membuat semakan struktur melaksanakan pengukuhan ke atas semua balai polis dalam PDRM dari semasa ke semasa mengikut keutamaan dan keperluan penguasaan semasa. Sekian, terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dan maklumat yang telah diberikan tadi. Saya tidak mahu macam masuk dalam satu debat tentang relevan atau kegunaan nisbah yang 1 anggota polis kepada 250 orang yang disyorkan oleh Interpol, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak digunakan lagi sebagai mungkin satu KPI yang nombor satu. Akan tetapi, apa yang saya ingin sebutkan di sini, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk kawasan Subang ada 440 anggota polis tetapi jumlah penduduk secara keseluruhan lebih daripada setengah juta orang. Nisbahnya sudah sampai ke hampir 1,500 mungkin 2,000 - satu anggota polis menjaga 1,500. Inilah masalahnya apabila saya bertanya kepada OCS balai di Kota Damansara sebagai contoh, dia hanya ada 66 anggota yang menjaga kawasan 150,000. Jadi apabila saya lihat secara keseluruhan atas PDRM, kita melihat anggota yang terlibat dalam pengurusan, 40.7%. Yang terlibat sahaja dalam keselamatan dalam negeri, internal security, dengan izin, 17.2%. Pasukan Gerakan Am 13.7% tetapi apabila kita melihat pada Jabatan Siasatan Jenayah, hanya 9%. So, maksud saya, soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah PDRM yang bertanggungjawab untuk pengurusan PDRM dan termasuk Kementerian Dalam Negeri, mesti ambil berat dengan hakikat ini. Kita mesti redeploy, dengan izin dan hampir 50% tidak terlibat dalam essential policing, dengan izin iaitu terlibat dalam active policing untuk mencegah crime.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, soalan Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, soalan saya adalah apakah langkah-langkah dan ini mesti ditangani, apakah langkah-langkah spesifik yang mungkin dirancang oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan lebih anggota PDRM yang di redeploy, dengan izin daripada pengurusan, daripada unit-unit keselamatan dalam negeri, daripada unit Pasukan Gerakan Am kepada Jabatan Siasatan Jenayah dan unit lain untuk mencegah jenayah secara terus? Itu soalan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, pada minggu yang kedua saya menduduki sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya telah meminta pihak polis membuat dua kajian yang terperinci Yang Berhormat. Satu daripadanya ialah untuk mengkaji semula score point yang dibuat oleh

pihak JPA ini, yang mungkin saya sendiri menilai daripada sudut pentadbiran polis, daripada sudut keupayaan polis dan kemampuan balai raya yang menjaga sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi. Jumlahnya sebegitu rupa untuk menjaga kawasan yang sebegitu besar, luas dan populasinya yang begitu banyak. Jadi saya telah meminta pihak polis dan Pengarah Ketua Jenayah PDRM untuk membuat kajian dan membuat laporan kepada saya. Kajian ini nanti insya-Allah kalau siap, akan kita sarankan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan. Itu saranan yang pertama. Saranan yang kedua, saya juga melihat dari sudut ratio. Walaupun kerajaan sebagai hakikatnya tidak menggunakan ratio ini sebagai garis panduan hakiki, lagipun kita telah banyak berhubung dengan pihak Interpol bertanya dengan pihak Interpol untuk pengesahan sama ada 250 ini adalah satu garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Interpol.

Akan tetapi sehingga sekarang ini Yang Berhormat, saya rasa sedih kerana Interpol tidak adapun memberikan jawapan untuk mengesahkan inilah garis panduan ataupun yardstick diguna pakai oleh Interpol. Jadi di dalam keadaan sedemikian, saya melihat polis ini di dalam tiga sudut. Satu group polis yang non crime prevention umpamanya PGA, Marin, FRU, Special Branch dan Air Wings ini Non Crime Prevention. Satu sudut lagi, The Crime Prevention ada yang memakai uniform dan Special Crime Branch dan itu juga dibahagi dua saya lihat. Saya sudah brief Ketua Polis Negara dan juga kepada Pengarah CID berhubung perkara ini dan saya juga meminta laporan khusus untuk menilai kebolehan polis. Ini kerana saya kaitkan kebolehan seseorang penyelidik iaitu investigating officer, kebolehannya dengan apa yang berlaku di dalam cara mereka dan perasaan mereka, subconsciousness mereka dalam menjalankan tugas mereka. Akhirnya mengeluarkan IP ataupun investigation paper yang high quality yang membolehkan mereka menangkap pihak yang ditangkap dan boleh menuduh orang yang disuspek dalam mahkamah dan mendapat conviction selepas itu. Jadi di dalam keadaan sedemikian dua kertas kerja telah saya minta dan Yang Berhormat terpaksa bersama saya menunggu sehingga kertas kerja ini siap dan selepas itu nanti kita bawa kepada kerajaan untuk mengisi apa yang perlu diisi. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tahu sejauh manakah pelaburan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan tentang meletakkan CCTV dalam tempat-tempat strategik di bandar raya, di seluruh negara yang mana CCTV ini dapat mengurangkan kadar jenayah ataupun menyelesaikan kes-kes jenayah yang dalam penyiasatan pihak polis. Adakah kajian telah dilakukan oleh kementerian akan keberkesanan CCTV ini dalam proses menyelesaikan kes-kes jenayah yang telah disiasat?

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjawab ini dengan membawa Yang Berhormat ke New York. Jauh Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jauh itu Yang Berhormat.

...Jauh. Pada era sebelum 9/11 Yang Berhormat, di seluruh bandar metropolitan tidak ada dipasang sangat banyak CCTV dan selepas Rudy Giuliani mengambil alih sebagai mayor dan selepas 9/11, tiap-tiap sudut, tempat, lorong dan sebagainya dipasang dengan CCTV. Kalau hendak baca di Emperor of the City Yang Berhormat. Dipasang dengan CCTV dan akhirnya – Saya berpengalaman pergi ke New York sebelum era ini dan selepas era ini. Dimaklumkan oleh pihak ambassador kita di sana Malaysian Representative di New York mengatakan New York sekarang is no longer than New York after early 1990. Semua tempat boleh kita pergi kerana keberkesanan CCTV ini punya program di New York. Jadi Yang Berhormat, Malaysia juga telah mengkaji bukan di New York sahaja Yang Berhormat, banyak tempat. Bahawa keberkesanan menggunakan CCTV ini. Akan tetapi sekarang yalah CCTV sudah dipasang, apa yang tinggal the response time kita, police response time kepada call of distract daripada pihak-pihak awam. Jadi banyak polis

district khususnya macam di Johor umpamanya telah membuat linkage kepada –Bahkan 1,400 teksi telah dihubungkan terus dengan pusat operation room Johor dan begitulah ini akan diperluaskan kepada semua pihak, ketua-ketua masyarakat tidak kira mengira bangsa, agama dan politik asalkan boleh memberi maklumat kepada polis. Manakala yang tinggal adalah response time police itulah kenapa polis mesti dilengkapkan dengan alat-alat seperti kereta, motosikal dan sebagainya. Ini juga telah dalam proses di perlengkapan oleh pihak kerajaan. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang, kalau semua program ini terlaksana nanti, kita akan melihat kesan positif bagaimana kita lihat di New York City itu sendiri. Terima kasih.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

3. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan semangat persaingan yang positif serta mempunyai sifat jati diri yang mantap di kalangan belia.

Datuk Saravanan a/l MuruganMIC · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan in, sejauh manakah peningkatan dari segi aktiviti-aktiviti belia apabila kita melihat Program Hari Belia Negara yang telah dimulakan pada tahun 2010 dengan jumlah penyertaan 500,000 orang. Hari ini ataupun tahun ini telah meningkat lebih daripada satu juta belia. Ini cukup jelas dari segi kejayaan ataupun peningkatan program-program belia. Akan tetapi walau bagaimanapun Kementerian Belia dan Sukan telah mengatur pelbagai program untuk memastikan kita berjaya dari skop ini, di mana kementerian sentiasa memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan belia yang menjurus ke arah kesedaran, pemupukan, pembinaan kemahiran dan pengetahuan bagi menyediakan golongan belia yang berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap. Program-program yang dilaksanakan ini juga merangkumi aspek kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan dan kecergasan. Program-program pengiktirafan sebagai Program Remaja Perdana dan Anugerah Perdana Belia Negara yang dilaksanakan setiap tahun ternyata telah membentuk persaingan positif di kalangan belia dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memberikan manfaat kepada masyarakat serta menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Manakala Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dan Program 3K Belia Bestari pula telah memberikan impak terhadap peningkatan ciri-ciri kepimpinan, keusahawanan, kesukarelaan dan kerohanian yang menjadi teras kepada pembentukan jati diri unggul di kalangan belia. Begitu juga dengan Program MyCorps yang memfokuskan kepada program latihan kepimpinan dan kemahiran sukarelawan belia yang bertujuan untuk mewujudkan kepimpinan sukarelawan yang berkaliber dengan menumpukan kepada khidmat komuniti dan misi kemanusiaan. Gerak kerja MyCorps turut melibatkan tugas kesukarelaan di peringkat domestik dan antarabangsa. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Statistik negara menunjukkan negara mempunyai 13 juta orang belia. Sebanyak 3.4 juta daripadanya berada dalam daerah luar bandar, 4.5 juta pula berada di dalam lingkungan umur 15 ke 25 tahun atau 25% daripada jumlah belia berada dalam kategori masalah dan terpinggir. Ramai belia dalam kategori ini berhadapan dengan pelbagai masalah seperti terlibat dengan aktiviti jenayah, seks bebas, tidak tamat sekolah, kemiskinan bandar dan luar bandar serta beban kos sara hidup yang tinggi yang menjerumuskan mereka kepada masalah hutang yang tinggi sehingga menyebabkan muflis. Dianggarkan seramai 120,000 belia dijangka menjadi muflis menjelang tahun 2020. Manakala menurut laporan kaji selidik Tenaga Buruh 2007-2012 oleh Jabatan Perangkaan, pengangguran belia berada dalam trend yang meningkat iaitu daripada 10.9% ke 11.3%, antara 2008 -2011. Impaknya amat buruk sekali kepada negara. Soalan saya, apakah pelan strategik kerajaan untuk mengatasi masalah sosial dan kadar pengangguran di kalangan belia yang dilihat pada tahap yang membimbangkan serta apakah langkah-langkah kerajaan untuk memperkasakan pejabat-pejabat belia daerah

sekali gus akan dapat memberikan nafas baru kepada persatuan ataupun pertubuhan- pertubuhan belia yang kelihatan lesu ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Fakta-fakta yang telah dihujah oleh Yang Berhormat telah membuktikan bahawa satu kajian secara mendalam harus dibuat bagi memastikan belia-belia hari ini tidak tercicir daripada arus pembangunan negara. Kita lihat satu fakta ataupun suasana di mana golongan belia akan menentukan masa depan negara ini menjelang tahun 2020 dan hala tuju negara ini akan ditentukan oleh golongan belia. Kita lihat keadaan hari ini di mana penglibatan belia dalam gejala-gejala sosial dan aktiviti-aktiviti lain, semuanya akan punca ke kedudukan ekonomi belia. Apabila kedudukan ekonomi belia terjejas, maka masa depan mereka tidak akan terjamin di negara ini. Maka, sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengaturkan program-program transformasi, bukan reformasi, program-program transformasi supaya golongan belia ini tidak tercicir daripada arus pembangunan. Hari ini kita lihat suasana di negara kita ada dua jenis golongan belia. Pertama, berpendidikan tinggi. Mereka akan berjaya dari segi kedudukan ekonomi mereka. Akan tetapi golongan yang kurang berpendidikan, khususnya daripada luar bandar. Sebelum ini mereka boleh berjaya kerana ada kerja-kerja di peringkat bawahan. Boleh kerja di sektor perladangan, boleh kerja di sektor servis industri dan sebagainya. Akan tetapi hari ini dengan kedatangan pekerja-pekerja asing berjuta-juta ke Malaysia, maka golongan belia yang tidak berpendidikan akan tercicir dan tiada pilihan lain daripada melibatkan diri dengan gejala-gejala sosial. Maka, kerajaan prihatin telah mengaturkan pelbagai program transformasi untuk memastikan golongan belia ini tidak tercicir. Apa yang penting kerajaan harus dan akan memastikan memperkasakan ekonomi golongan belia menjelang tahun 2020 apabila negara kita menjadi negara bertaraf antarabangsa ataupun negara maju. Sekian, terima kasih.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya melihat dalam isu ini perkara pokok ialah apakah sebenarnya hala tuju belia dalam negara kita. Kalau dilihat kepada Kementerian Belia dan Sukan, pada hari ini saya melihat penganalisa secara cynicalnya menyebut bahawa kementerian ini banyak lebih menumpukan kepada aspek sukan sehingga ada menyebut ini adalah kementerian bola sepak, bukan Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, saya melihat apakah sebenarnya hala tuju belia? Ini kerana kalau kita lihat kepentingannya sebagaimana disebut oleh para hukamah, [Berucap dalam bahasa Arab] , ‘Kalau kamu nak tengok kemuliaan kepada satu bangsa yang akan datang, kamu kena tengok pada aktiviti belia pada hari ini’. Jadi, saya sebelum mengemukakan soalan ini, saya membawa satu kajian yang telah dibuat oleh bekas Rektor UIA iaitu Dato’ Seri Prof. Syed Arabi Aidit. Di mana dia menyebut bahawa lebih kurang 6,000 pertubuhan belia yang telah berdaftar di Malaysia dan lebih kurang 2,445 sahaja yang aktif dan 1,532 daripadanya telah dibatalkan. Satu lagi kajian daripada Institut Penyelidikan Belia Malaysia mendapati 65% daripada program yang dianjurkan oleh persatuan belia ini tidak menarik. Jadi, persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah kementerian sebenarnya telah melakukan satu kajian yang mendalam dan juga terperinci mengenai kecenderungan generasi Y dan juga generasi Z yang ada pada hari ini? Jika ada, bagaimanakah sebenarnya hasil kajian itu? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya tidak pasti Ahli Yang Berhormat melihat Kementerian Belia dan Sukan daripada sudut mana, terpulanglah. Dari sudut mana kita lihat, itu yang kita akan nampak. Kementerian Belia dan Sukan bukan sebuah kementerian hanya untuk sukan sahaja. Pembangunan modal insan yang berkualiti ataupun pembangunan belia juga turut diutamakan. Sehingga hari ini kita lihat– yang kedua apa yang disarankan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, katakan program-program belia tidak berjaya atau tidak

menerima sokongan daripada golongan belia, sama sekali dari segi fakta adalah tidak benar. Saya anggap itu sebagai fitnahlah. Di bulan puasa, bulan yang mulia, fitnah lebih teruk daripada membunuh orang.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Ini bukan fitnah. Saya menyebut hasil kajian. Jadi, hasil kajian itu dirujuk.

Yang Berhormat kata hasil kajian. Saya anggap itu sebagai fitnah sebab saya lihat daripada tahun 2010 dengan 500,000 penyertaan belia untuk Hari Belia Negara sehingga telah ditransformasikan menjadi Karnival Festival Belia Negara yang disertai oleh lebih kurang 1.3 juta orang. Maka, kenyataan Yang Berhormat tidak terima sambutan, sama sekali tidak benar. Saya anggap sebagai satu fitnahlah. Kedua, kita lihat dari segi melahirkan modal insan yang berkualiti yang boleh menerajui negara ini pada masa akan datang. Jelas bukti sehingga hari ini seramai 50,190 orang telah menyertai program latihan IKBN dan menjadi belia yang berkualiti untuk negara. Dari segi 6,000 persatuan belia, saya sama sekali setuju dengan Yang Berhormat. Ada yang saya setuju, ada yang saya tidak boleh setuju. Setuju itu yang 6,000 persatuan belia, ada juga persatuan-persatuan hanya ditubuhkan semata-mata untuk menerima peruntukan sahaja dan ada pertubuhan ditubuhkan hanya untuk menjalankan reformasi di jalan raya. Ini tujuan, kita sama-sama ada peranan. Jangan tubuhkan persatuan belia semata-mata nak adakan reformasi jalanan dan sebagainya. Kita sama-sama ada tanggungjawab untuk memastikan seperti mana Yang Berhormat sebut tadi sekiranya kita- [Disampuk] Jangan malukan pengundi. Pengundi melihat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ingat Timbalan Menteri jangan menaburkan fitnah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam. Tak boleh bangun Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu kenyataan yang tidak berdasarkan apa-apa kajian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Menteri jangan menaburkan fitnah. Jangan menaburkan fitnah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Shah Alam, duduk Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hanya pertuduhan yang liar. Tak ada apa-apa kajian...

Bagikan satu organisasi yang mengatakan tubuh untuk reformasi jalanan?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak boleh. Yang Berhormat pun tak boleh bangun macam ini. Tak boleh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua. Tak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Melanggar peraturan Yang Berhormat.

Yang Berhormat, ini hal belia.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Menteri jawab dengan class lah. Jangan jawab no class.

Yang Berhormat, ini isu belia. Yang Berhormat sudah melepasi tahap belia lama sudah. Tuan Yang di-Pertua, yang penting hari ini, sebagai sebuah kerajaan prihatin harus memastikan dan memperkasakan ekonomi belia. Itu punca. Itulah punca segala-galanya. Hari ini kita lihat sukan bukan macam dulu. Ada

course untuk menjadi seorang atlet. Maka, yang penting soalan pokok hari ini kerajaan harus memastikan dan memperkasakan ekonomi belia. Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja menumpukan sukan sahaja seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kementerian Belia dan Sukan mengaturkan pelbagai program supaya memastikan belia hari ini tidak tercicir daripada arus pembangunan negara menjelang tahun 2020. Kedua, dari segi pertubuhan-pertubuhan belia, saya setuju Yang Berhormat. Ada juga pertubuhan-pertubuhan belia yang ditubuhkan untuk kepentingan diri sendiri ataupun kepentingan individu. Hari ini apabila Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan mengambil alih pucuk pimpinan Kementerian Belia dan Sukan, beliau telah mengarahkan kepada pegawai-pegawai kanan kementerian supaya mengenal pasti pertubuhan-pertubuhan yang tidak berfungsi ataupun tidak berfungsi mengikut keperluan dan kehendak belia. Ini akan diadakan secara teratur dalam masa yang terdekat supaya kita menamatkan ataupun mengambil tindakan terhadap persatuan-persatuan belia. Ketiga, hari ini ada juga persatuan-persatuan ditubuhkan untuk semata-mata kepentingan ahli keluarga. Ada juga satu keluarga menubuhkan tiga atau empat pertubuhan belia. Sekarang kita dalam proses mengenal pasti persatuan-persatuan ini, mengambil tindakan dan meneruskan matlamat kita dengan persatuan-persatuan belia yang aktif. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kejayaan belia setaraf dengan belia-belia di seluruh antarabangsa. Sekian, terima kasih.

Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara · question

4. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Kerjaya Raya menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan Parlimen Puchong, khususnya di kawasan tol LDP di Sunway dan sama ada kerajaan bersedia untuk melantik pakar bebas untuk mengenal pasti masalahnya dan langkah yang perlu untuk mengatasinya.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Puchong di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) telah mencatatkan peningkatan aliran trafik yang tinggi iaitu purata 450,000 kenderaan sehari berbanding 180,000 kenderaan sehari pada tahun ia dibuka iaitu pada tahun 1999. Jumlah komposisi aliran trafik harian untuk laluan bertol dan juga laluan tidak bertol di LDP sebenarnya jauh lebih tinggi iaitu hampir mencecah 1 juta kenderaan sehari iaitu melibatkan kawasan berkepadatan tinggi seperti di Petaling Jaya dan Bandar Sunway.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Kementerian Kerja Raya telah menjalankan kajian dan dapati punca kesesakan di LDP ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (i) pembangunan yang begitu pesat di sepanjang koridor lebuh raya khususnya di kawasan Puchong dan Bandar Sunway; (ii) kekurangan rangkaian jalan utama arah Utara-Selatan kawasan Lembah Klang di mana ia telah memberi kesan terhadap peningkatan aliran trafik di LDP; (iii) masalah traffic weaving dengan izin, akibat terlalu banyak simpang keluar masuk di sepanjang laluan LDP; (iv) kesan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan 2; (v) tumpuan trafik yang tinggi di LDP secara serentak pada waktu puncak; dan (vi) ketiadaan sistem pengangkutan awam alternatif yang efisien di kawasan Puchong.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dengan kerjasama syarikat konsesi berkenaan iaitu LITRAK telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna. Antaranya ialah menerusi pelaksanaan sistem contra flow dengan izin, pada waktu puncak yang diperkenalkan sejak bulan Mac 2010. Kaedah ini telah membantu untuk mengurangkan kaedah kesesakan di LDP khususnya dari plaza tol Petaling Jaya Selatan sehingga ke Pusat Bandar Puchong. Di samping itu, syarikat konsesi juga telah membelanjakan hampir RM900 juta setakat ini untuk menaik taraf lebuh raya tersebut iaitu melibatkan persimpangan bertingkat Puchong Intan ke persimpangan bertingkat Kampung Baharu, persimpangan TTDI dan persimpangan Surian dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masalah kesesakan di kawasan Puchong dan LDP ini memerlukan tindakan penyelesaian yang komprehensif dan bersepadu melibatkan pelbagai pihak termasuklah juga Kerajaan Negeri Selangor. Di samping itu, Kerajaan Pusat telah menjalankan kajian menerusi inisiatif Greater Kuala Lumpur, Klang Valley dengan izin, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Hasil kajian tersebut antara lain telah mencadangkan aspek pengangkutan awam dipertingkatkan di kawasan tersebut di mana ia kini sedang giat dilaksanakan menerusi projek sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan jajaran rel yang melalui kawasan Puchong. Berdasarkan perancangan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), projek sambungan LRT itu dijangka akan siap pada tahun 2015. Projek ini dijangka akan memberi alternatif dan keselesaan kepada pengguna khususnya di Puchong pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri jawab soalan itu dengan memberi anggaran trafik tahun 1999 sehingga sekarang. Kita lihat berbeza, itu satu perkara yang cukup jelas kepada semua yang duduk di kawasan Puchong. Tahun 1999 101,000, sekarang mencecah lebih kurang 500,000. Kita sedar bahawa dalam masa akan datang jumlah ini akan berganda pula, it is going to go up Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan yang saya bangkitkan, isu ini adalah isu yang memang mendadak orang yang pergi keluar masuk Puchong hari-hari. Start in jammed for two three hours Tuan Yang di-Pertua. I think Tuan Yang di-Pertua also know, two three hours just to go in and come out kerana ada hanya satu jalan masuk, jalan keluar. LDP the main one. Persoalan yang saya bangkitkan kepada Timbalan Menteri dan saya minta bantuan daripada Timbalan Menteri, adakah kerajaan sanggup untuk mendapat pakar bebas, independent. This question is very clear. - Untuk kita bersama-sama cari jalan bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini. Kalau ikut kepada jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi and I understand because it is something which is obvious. Masalah ini tidak akan diselesaikan, masalah ini akan menjadi lagi teruk. Jadi kita sebagai kerajaan, bila kita bagi konsesi kepada masa dahulu, tidakkah dalam perjanjian tersebut itu kita menentukan bahawa syarikat konsesi harus mengambil tanggungjawab untuk isu-isu sebegini, isu trafik misalnya. Takkan kita hendak bagi konsesi tol di mana mereka dibenarkan untuk mengutip tol, banyak wang mereka kutip, kita bayar tol, tetapi apa yang kita ada? Trafik?

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itu soalan saya, soalan saya. Tunggu la apa ini. Hendak tanya soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, boleh masuk soalan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Boleh saya tanya soalan? Ada sesiapa hendak kacau? Apa ini. Soalan cukup jelas and this is for all of us. Saya minta bantuan daripada kerajaan. Kita telah menandatangani perjanjian, adakah perjanjian tersebut mengenakan sebarang tanggungjawab kepada konsesi untuk memastikan bahawa isu-isu trafik ini di selesaikan oleh syarikat konsesi? Adakah perjanjian tersebut itu ada peruntukkan supaya syarikat konsesi mengutip wang daripada rakyat kawasan Puchong dipertanggungjawabkan untuk mendapat pakar bebas untuk selesaikan masalah ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sekiranya tidak, bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan untuk kita bersama-sama dapat menyelesaikan masalah ini? Ini kerana kita semua tahu masalah ini Timbalan Menteri tidak akan, it will not go away, it is going to get worst. Sila beri jawapan kepada saya Timbalan Menteri. Apa ini semua, celaka. Kacau sahaja. Yang Berhormat Lenggong, apa hendak kacau? Sila. Terima kasih Timbalan Menteri.

Lenggong pula salah?

Terima kasih Yang Berhormat Puchong yang telah membangkitkan soalan tambahan. Dalam rekod kami Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan persoalan ini lebih sepuluh kali. Sudah tentu Yang Berhormat Puchong sangat mengetahui masalah-masalah yang dihadapi dan saya juga difahamkan Yang Berhormat Puchong telah mendapat taklimat bukan saja daripada pihak LLM tetapi juga pihak syarikat konsesi beberapa kali. Mereka juga telah menerangkan permasalahan yang telah saya sebutkan tadi kepada Yang Berhormat untuk Yang Berhormat fahami dan seterusnya menjelaskan kepada rakyat. Untuk menjawab kepada persoalan ini, sebenarnya syarikat konsesi Yang Berhormat, sebelum saya melihat kepada peranan syarikat konsesi, ingin saya juga berkongsi di sini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Puchong serta rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Kita harus sebenarnya menerima hakikat inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk pembangunan yang berterusan. Seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya semasa sesi penggulungan perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa dalam keadaan ini Puchong telah mencapai satu keadaan yang maksimum. Kalau dibesarkan jalan, kita akan terpaksa mengambil alih tanah atau pun kedai dan sebagainya. Itu akan melibatkan kos yang berlainan Yang Berhormat. Menyentuh mengenai syarikat konsesi, sebenarnya syarikat konsesi telah melaksanakan pelbagai inisiatif selain daripada yang saya sebutkan tadi membelanjakan hampir RM900 juta untuk menaik taraf lebuh raya. Mereka juga telah menjalankan usaha- usaha sampingan seperti menambah bilangan pondok kutipan tol di lorong-lorong tunai secara berlapis. Selain daripada itu, mereka juga membina plaza tol tambahan secara staged, menambah lorong kutipan tol elektronik Touch ‘n Go dan Smart Tag serta melaksanakan promosi bagi menggalakkan penggunaan lebuh raya membuat pembayaran tol secara elektronik menggunakan Touch ‘n Go dan juga Smart Tag supaya dapat mengelakkan kesesakan. Itu antara tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pihak konsesi. Selain daripada itu Yang Berhormat, kerajaan juga telah membina persimpangan bertingkat Kinrara Utara di Lebuhraya Shah Alam atau lebih dikenali sebagai KESAS dan ia telah dibuka kepada lalu lintas sejak November 2010 sebagai sebahagian usaha kita untuk mengurangkan kesesakan di Puchong. Laluan ini juga merupakan laluan alternatif kepada pengguna daripada Puchong ke Subang Jaya serta Jalan Klang Lama dan sebaliknya. Selain daripada itu, kerajaan juga merancang kepada pelaksanaan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP). Dengan itu, pembinaan lebuh raya ini dijangka akan mampu mengurangkan kesesakan. Itu antara perkara-perkara yang dilaksanakan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Berkenaan pakar-pakar tersebut, kalau boleh.

Merujuk kepada soalan mengenai pakar bebas, kerajaan tidak bercadang untuk melantik pakar bebas pada saat ini Yang Berhormat, sekiranya pakar bebas itu hanya untuk mengkaji mengenai langkah-langkah.

Ini kerana seperti yang saya jawab semasa soalan awal tadi, antara langkah- langkah kita sebenarnya yang kita boleh berikan tumpuan adalah dengan memperbaiki tahap perkhidmatan pengangkutan awam melalui bidang keberhasilan utama yang saya sebutkan tadi. Begitu juga Program Transformasi Kerajaan, khususnya melalui Projek Sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), kelibat jajaran rel daripada Sri Petaling ke Kelana Jaya melalui bandar Puchong.

Berdasarkan seperti yang saya maklumkan tadi, perancangan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), projek ini akan dijangkakan siap pada 2015. Ini adalah antara langkah-langkah selain daripada yang saya sebutkan lebih awal tadi Yang Berhormat. Ini kerana kita tidak mahu dilihat, kerajaan ini menggunakan dana rakyat untuk sesuatu yang sudah kita ketahui. Kita faham masalah yang berlaku di Puchong. Yang Berhormat, pada saya penyelesaian ini adalah melibatkan semua pihak termasuk juga kerajaan negeri seperti yang saya nyatakan awal tadi dan juga Yang Berhormat selaku Ahli Parlimen. Sekiranya apa yang telah saya nyatakan tadi iaitu antara langkah-langkah ini tidak menjawab kepada persoalan yang sering dibangkitkan oleh Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat mempunyai cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk kita perinci dan seterusnya laksana sekiranya ia mampu untuk membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Cadangan saya bawa pakarlah yang saya sebutkan tadi. Kalau boleh kita bincang kemudianlah. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak boleh Yang Berhormat.

Seperti yang kita ketahui Yang Berhormat, yang saya nyatakan lebih awal tadi perkara ini telah bangkitkan dan telah dinyatakan secara terperinci semasa taklimat yang bukan sekali yang dilakukan untuk Yang Berhormat akan tetapi beberapa kali. Kita sudah nyatakan antara langkah-langkah yang boleh menyelesaikan permasalahan itu dan ianya telah juga dinyatakan beberapa kali Yang Berhormat. Oleh itu, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya melihat Ahli-ahli Yang Berhormat faham peraturan mesyuarat untuk mengemukakan soalan pendek dan sebagainya. Sering kali apabila ahli daripada sebelah sini [Merujuk kepada blok kerajaan] lambat mengemukakan soalan dan soalan yang panjang lebar, ahli daripada sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] menegur dan bising. Begitu juga sebaliknya apabila sebelah sini lambat mengemukakan soalan, sebelah sini bising. Akan tetapi masalahnya sering kali ianya tidak dipraktikkan. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin tahu daripada pihak Kementerian Kerja Raya, walaupun tadi jawapan soalan tambahan daripada Yang Berhormat Puchong sebagai yang berlatarbelakangkan peguam, banyak melihat daripada sudut perundangan. Saya berlatarbelakangkan town planning. Saya hendak tengok daripada satu sudut yang berbeza. Ini kerana saya percaya masalah yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu tadi tidak mungkin dapat menyelesaikan segala apa yang wujud secara piecemeal kerana soal pengangkutan itu adalah satu soal yang berkait dengan keseluruhan pembangunan. Jadi saya ingin bertanya di Kementerian Kerja Raya, berapa ramai transport planner atau highway planner yang ada bagi memantau dan mengawal segala perancangan tentang pengangkutan terutamanya dalam kawasan-kawasan bandar. Saya juga ingin bertanya bagaimana Kementerian Kerja Raya bekerjasama dengan terutamanya penguasa-penguasa tempatan kerana masalah congestion ini berlaku kerana lemahnya kawalan-kawalan pembangunan dari segi land use, dari segi densiti dari segi plot ratio yang sentiasa berasaskan kepada keuntungan para pemaju yang menyebabkan jumlah trafik sentiasa berlaku secara luar jangka. Bagaimana kementerian mengawal faktor-faktor tersebut?

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh di atas persoalan yang dibangkitkan seperti yang telah saya nyatakan kepada Yang Berhormat Puchong tadi. Dalam soal ini Yang Berhormat, sebelum itu izinkan saya untuk menjawab persoalan yang pertama.

Mengenai pengawalan trafik di kawasan-kawasan bandar terutama sekali merujuk kepada transport planner. Sebenarnya autoriti ataupun agensi di bawah kementerian yang terlibat adalah LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia). Di LLM ini untuk jumlah saya akan berikan jawapan secara bertulis. Akan tetapi kita mempunyai pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk membincangkan perkara ini di peringkat Majlis Tempatan. Seperti yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, bagaimana kita melaksanakan penguasaan ini adalah melalui perbincangan. Perbincangan ini sering dilakukan di peringkat PBT dan sudah tentu pada masa yang sama Yang Berhormat dalam soal yang melibatkan pembangunan, kerajaan negeri juga memainkan peranan yang cukup penting di dalam perancangan pembangunan, supaya ianya dapat diseimbangkan dengan kapasiti infrastruktur agar permasalahan kepadatan dan juga tertumpunya aliran trafik di satu-satu kawasan itu dapat dikawal. Jadi jawapan saya kepada persoalan Yang Berhormat ini adalah persoalan yang memainkan peranan semua pihak termasuklah pihak kementerian melalui agensi kita iaitu LLM. Terima kasih Yang Berhormat.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

5. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan: (a) kaedah yang digunakan untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan harian; dan (b) mungkinkah kenaikan harga barang sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada Yang Berhormat Lenggong minta Menteri menyatakan kaedah yang digunakan untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan harian. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memastikan peningkatan harga barang keperluan harian rakyat adalah terkawal dan antara kaedah yang digunakan untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan harian adalah: (i) Mengambil tindakan di bawah akta sedia ada seperti mewartakan harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Perihal Dagangan dan juga Akta Kawalan Bekalan; (ii) program pemantauan harga oleh 1,314 pegawai pemantau harga di seluruh negara. Pemantauan dilakukan secara harian; (iii) mewujudkan price watch dengan izin, di dalam Portal 1Malaysia, pengguna bijak sebagai akses poin pengguna untuk membuat perbandingan harga; (iv) menjalankan pemeriksaan premis perniagaan secara berkala serta mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah undang- undang yang sedia ada; (v) menguatkuasakan kawalan harga bagi barangan terpilih melalui skim kawalan harga musim perayaan; (vi) kerajaan juga dari semasa ke semasa mengadakan sesi perundingan dengan industri-industri terlibat supaya tidak menaikkan harga produk keluaran mereka secara drastik; (vii) mengadakan program-program untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna agar mereka menjadi pengguna yang

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

bijak, mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna serta menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka; dan (viii) kerajaan juga menjalankan program-program yang bertujuan membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup seperti penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), mengadakan kempen penurunan harga jualan terus dari kilang dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu bekalan barang-barang keperluan harian juga sentiasa dipantau oleh kerajaan supaya sentiasa ada dan mudah diperoleh. Pemantauan harga dilaksanakan oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang diwujudkan di kementerian dan beroperasi di seluruh negara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Memang begitu banyak program dibuat dalam usaha untuk mengawal kenaikan harga barang. Akan tetapi, hakikatnya barang naik juga. Ini hakikatnya.

[Dewan riuh]

Tentu ia berlaku atas beberapa faktor. Kalau hendak salahkan kerajaan semata- mata tidak betul juga kerana ia melibatkan pengeluar, pembekal, pemborong dan pengimport sendiri. Antara kaedah yang dibuat ketika ini ialah Ops Harga 2013 yang telah dilancarkan baru-baru ini. Saya hendak tanya keberkesanan kepada program ini. Kemudian saya difahamkan juga kaunter khidmat pengguna hendak alat timbang juga dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk melakukan usaha bagi membendung kenaikan harga-harga barang. Perayaan sudah dekat, apakah hasilnya? Saya berharap supaya kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengawal kerana ia memberi kesan besar kepada pengguna. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Jawapan kepada soalan tambahan Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua fenomena ini memang sentiasa berlaku apabila musim-musim perayaan tiba. Kerajaan sentiasa melihat bahawa tugas dan tanggungjawab untuk memastikan supaya harga barangan keperluan harian ini sentiasa dilihat dan juga berada di paras yang ditentukan. Oleh itu Yang Berhormat bagi segi kerajaan, kita telah menubuhkan seperti apa Yang Berhormat sebut tadi Ops Sikap ataupun Operasi – sebentar Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ops Harga yang kita bincang.

Ops Harga yang dilancarkan baru-baru ini. Ops Harga ini Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua..

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, dia boleh jawab bertulis. Kesian dia. Pegawai lambat sangat.

Ada, ada, ada. Sebentar. Tuan Yang di-Pertua apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggong tadi Ops ini kita telah lancarkan...

[Dewan riuh]

Kita telah lancarkan pada 6 Julai. Ops Harga 2013 bermula daripada 6 Julai 2013 hingga 16 Julai 2013. Tindakan pemeriksaan dan penguat kuasa adalah seperti berikut Tuan Yang di- Pertua. Sebanyak 51,588 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara di atas semua peringkat perniagaan. Untuk jawapan juga daripada Yang Berhormat Lenggong, kita telah mengadakan pertemuan dengan industri-industri pengeluaran dan pengguna. Perjumpaan ini kita telah adakan pada 16 Julai yang lalu dan perjumpaan juga dengan persatuan- persatuan penternak kita adakan pada 17 Julai iaitu semalam Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, dalam pertemuan ini komitmen daripada pengusaha-pengusaha dan juga persatuan penternak ini akan bersama-sama dengan kerajaan untuk memastikan agar kenaikan harga barang-barang yang sekarang ini menjadi satu isu di bawah. Insya-Allah kita percaya dengan penglibatan daripada persatuan pengusaha dan juga penternak ayam di seluruh negara akan membantu kerajaan. Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Bangun]

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bangun]

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ramai bangun.

[Dewan riuh]

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Ayam, ayam, ayam. [Ketawa]

Tuan Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya senator. Orang kampung. Saya bagi maaflah sebab dia orang baru masuk Parlimen. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi, Yang Berhormat Tenggara boleh tengok sahaja, duduk nganga tidak bantu.

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Apa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalan, soalan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, orang lama sahaja. Ini macam mak tiri pula sudah.

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu bukan soalan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak. Patutnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak berkaitan dengan soalan asal.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Bantulah orang baru masuk Parlimen.

Dia hendak masuk TV itu. Publisiti masuk TV.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia duduk nganga macam itu. Mana boleh. [Ketawa] [Menyampuk] Baik Tuan Yang di-Pertua, saya dengar penjelasan Yang Berhormat disediakan oleh pegawai di pihak kementerian. Saya lihat bahawa isu kenaikan harga barang ini khususnya barang-barang keperluan harian ini di musim perayaan ini berlaku tiap-tiap tahun. Tiap-tiap tahun berlaku. Ya, jadi takkanlah kerajaan tidak boleh lihat apa masalah tahun sudah macam mana. Jadi, untuk mengatur strategi bagaimana hendak cari, hendak elak daripada berlaku kenaikan pada tahun akan datang. Tiba-tiba bila berlaku pula pada tahun ini baru hendak mesyuarat. Berjumpa lagi. Jadi tindakan-tindakan, tindakan yang sama sehingga hendak tentukan harga siling ayam hendak tunggu hujung bulan puasa. Hujung bulan puasa baru hendak tunggu, hendak tetapkan harga siling ayam.

Ceramah, ceramahkah ini?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi harga sudah naik sampai RM9.

Ini ceramah ini. [Dewan riuh] Soalan, soalan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak. Kenapa ini? Setuju harga ayam naik ini?

[Dewan riuh]

Ceramah pula sudah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini payah masalah Ahli Parlimen Barisan Nasional ini. Bila kita bercakap hendak bela rakyat, mereka asyik bising. Ini soal rakyat.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Soal rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalan Yang Berhormat. Soalan.

Dia SMS tadi suruh orang kampung tengok TV.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Bintulu tidak apalah dia ada ayam banyak.

Tadi dia SMS suruh orang kampung tengok TV. Itu pasal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena. Sudah habis Yang Berhormat?

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Orang Pokok Sena tengok TV.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Belum, belum lagi. Jadi saya hendak minta penjelasan..

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Okey, bagilah soalan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Takkanlah hendak letakkan satu harga siling ayam itu hendak tunggu hujung bulan puasa. Ini harga ayam sudah naik sampai RM9 hingga RM10. Jadi sebab itu saya hendak minta penjelasan daripada oleh kerajaan tidak bolehkah supaya harga siling itu ditentukan lebih awal? Di awal Ramadan. Sudah tahu sudah maknanya bila timbul bulan perayaan, bulan puasa harga akan naik seperti mana berlaku pada musim-musim yang lalu. Keduanya, ialah tempoh harga siling itu berapa lama? Kalau dulunya harga siling RM6.80 yang ditentukan oleh kementerian pada satu ketika dulu RM6.80. Tiba-tiba sekarang ini sudah naik sampai RM9, sampai RM10. Takkan satu tindakan tidak boleh diambil. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tenggara kena tolong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan asyik duduk menganga sahaja ini.

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat dari Pokok Sena. Mengenai dengan harga Barang Skim Kawalan Bermusim, kita memang memahami apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Ia berlaku pada tiap-tiap kali musim perayaan. Jadi bila musim perayaan, pada tiap-tiap tahun berlaku. Memang kita akui apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Sudah berapa lama kita menyambut perayaan. Sama ada perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Jadi apa yang kita ambil ialah untuk kita melihat supaya apa juga harga yang akan ditetapkan oleh kerajaan dalam Skim Kawalan Harga Bermusim ini mestilah win-win

situation, dengan izin Yang Berhormat. Oleh kerana kita hendak supaya pengeluar juga mesti mendapat keuntungan dan juga pemborong dan juga peruncit. Jadi, sebab itu Yang Berhormat...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pengguna yang kalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Pengguna pun kita kawal. Oleh sebab itu kawalan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula Yang Berhormat Pokok Sena seperti yang disebut tadi tempoh Perayaan Tahun Baru Cina 12 hari, Pesta Keamatan 7 hari. Hari Gawai 7 hari, Hari Raya Puasa 15 hari, panjang sedikit daripada apa Yang Berhormat minta daripada awal bulan Ramadan tetapi kita telah meletakkan lebih kurang 15 hari. Deepavali 10 hari dan Krismas 5 hari. Pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Jadi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kita pastikan bahawa tiap-tiap kali perayaan ini walaupun kita tahu perayaan ini sudah pun berlaku begitu lama. Akan tetapi kita tidak mengadakan Skim Kawalan Harga Musim ini daripada awal kerana kita merasakan kita perlu melihat daripada awal sambutan bulan Ramadan dan sebab itulah pertengahan bulan Ramadan ini akan kita tentukan harga kawalan tersebut.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi permintaan tersebut awal Ogos baru hendak tentu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat..

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenyataan hari ini yang dibuat oleh pengarah kementerian Yang Berhormat, daripada Alor Setar.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Awal Ogos baru akan ditentukan harga siling.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat Menteri?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mungkin kalau tak sampai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat. Ya, sudah habiskah Yang Berhormat Menteri?

Jadi, untuk itu Tuan Yang di- Pertua, kita begitu memahami kerana keperluan ayam di dalam negara. Oleh itu pada bulan Ramadan ini kita sudah menentukan dan juga kita dimaklumkan bahawa harga yang berada di pasaran sekarang ini contohnya, di kawasan Kedah, kita tahu ada setengah tempat RM7.20 dan ada setengah tempat sampai RM9. Jadi sebab itu kita akan pastikan bahawa Skim Kawalan Harga ini akan kita lakukan dalam tempoh yang terdekat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, laluan. Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, tolong satu lagi soalan. Penting ini, ayam punya pasal. Yang Berhormat, saya hendak bagi cadangan boleh? Saya tak ganas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah, cukup dah Yang Berhormat.

Ala! Saya bukan macam Mahfuz, bukan Yang Berhormat Pokok Sena. [Ketawa]

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Saya bersetuju kalau peluang diberikan kepada Yang Berhormat di situ.

Tan Kok WaiDAP · PHCheras · question

6. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan perbezaan pendapatan dalam negara, bagaimanakah merapatkan jurang pendapatan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin dan bagaimanakah Malaysia boleh menjadi negara berpendapatan tinggi di mana golongan berpendapatan rendah semakin mengecil pada tahun 2020.

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kedudukan perbezaan pendapatan dalam sesebuah negara diukur melalui Pekali Gini yang mencatatkan Pekali Gini bagi negara kita Malaysia pada 0.431 bagi tahun 2012 berbanding 0.462 pada tahun 2004. Dalam masa yang sama terdapat juga beberapa indikator lain yang boleh digunakan sebagai mengukur jurang ketidaksamaan pendapatan ini iaitu: (i) nisbah pendapatan isi rumah 40% terendah berbanding is rumah 20% tertinggi yang mencatatkan 1 berbanding 7.58 pada tahun 2004 manakala pada tahun 2012 mencatatkan 1 berbanding 6.58; (ii) nisbah pendapatan antara luar bandar berbanding bandar yang mencatatkan 1 berbanding 2.10 pada tahun 2004 dan 1 berbanding 1.86 pada tahun 2012; dan (iii) saiz golongan berpendapatan rendah dalam negara kita sebanyak 20% pada tahun 2004 berbanding 19% pada tahun 2012. Melalui indikator ini bolehlah digambarkan bahawa jurang pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin dalam negara telah pun berkurangan. Namun begitu, kerajaan sentiasa berusaha mencari langkah-langkah perlu yang lebih berkesan bagi mengurangkan perbezaan pendapatan di kalangan rakyat selaras dengan matlamat negara maju berpendapatan tinggi. Antara inisiatif yang diambil ialah: (i) pelaksanaan Model Baru Ekonomi; (ii) melaksanakan Inisiatif Pembaharuan Strategik, (iii) pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi; (iv) pelaksanaan Dasar Gaji Minimum; (v) mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing; (vi) menyediakan peluang ekonomi baru; dan (vii) latihan, pendidikan, kemahiran di kalangan rakyat. Manakala bagi menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2002, pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai kerangka Model Baru Ekonomi adalah amat mustahak bagi menjamin kejayaannya. Usaha mengukuh keupayaan isi rumah golongan berpendapatan 40% terendah dengan menyediakan peluang yang lebih saksama bagi golongan ini meningkatkan potensi mereka menjana pendapatan yang lebih

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

tinggi akan diberi tumpuan selain merancakkan persekitaran pertumbuhan aktiviti ekonomi yang mampan. Dengan ini hasrat untuk mengecilkan saiz golongan berpendapatan rendah insya-Allah akan tercapai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Cheras. Boleh pendek soalan Yang Berhormat?

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kurang yakin dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang mengatakan jurang atau perbezaan pendapatan telah berkurangan. Saya ingin bercakap fakta di sini dengan perangkaan yang benar iaitu adalah benar bahawa seramai 60% keluarga di negara ini dan 80% individu yang memperoleh pendapatan bulanan di bawah RM3,000 sebulan. Ini adalah membuktikan kemiskinan masyarakat masih tinggi dan kekayaan dinikmati oleh golongan atau segmen masyarakat yang kecil. Ramai rakyat kini masih mengalami penderitaan akibat kemiskinan. Ini adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, macam mana kemiskinan dapat dikurangkan dan jurang pendapatan dapat di perkecilkan jikalau kerajaan dapat mewujudkan satu suasana yang dapat ataupun usaha yang dapat memperkembangkan sektor-sektor yang dijangka boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi. Yang kedua ialah macam mana kerajaan boleh mengurangkan pergantungan negara ke atas buruh asing yang murah?

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Akhirnya, macam mana kerajaan dapat menjelmakan industri perkilangan kos rendah ke industri inovasi dan knowledge base. Ini kerana kesemua ini adalah merupakan industri-industri dan usaha-usaha yang telah terbukti di negara maju yang dapat menghasilkan pendapatan tinggi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya tidak pasti mana Yang Berhormat dapat statistik 60% keluarga, 80% individu yang berpendapatan RM3,000 sebulan, saya minta pegawai...

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Jabatan Perangkaan.

Tak apalah, saya minta pegawai beritahu yang itu. Cumanya kita cerita RM3,000 ini tidak melambangkan apa-apa, sama ada garis kemiskinan, pendapatan rendah. Tidak! Itu bukan prasyarat pengiraan. Oleh sebab itu ramai yang mempersoalkan negara maju tahun 2020 berpendapatan tinggi, sasaran kerajaan untuk mencapai USD15,000. Ada di kalangan pihak Yang Berhormat tidak setuju. Kita pakai satu sasaran yang diberikan oleh Bank Dunia. Yang Berhormat mungkin pakai IMF, saya tak tahu. Jadi, dari segi yang jawapan saya tadi, kita bagi ikut indikator yang digunakan, standard yang digunakan di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, trend dunia hari ini memang jurang pendapatan kaya miskin semakin melebar. Tetapi Malaysia masih dapat mengawal kerana Yang Berhormat cakap tadilah, kita menyediakan lebih kurang 149 projek baru di bawah ETP yang dapat menjana pelaburan sebanyak RM211 bilion komitmen yang akan memberi penambahan sebanyak RM136 bilion GNI yang dapat memberi peluang pekerjaan sebanyak 400,000. Ini antara perkara yang saya kata ada dalam GTP yang saya tidak sebut secara detail sebab sudah diumumkan banyak kali. Tetapi hendak beritahu bahawa perkara-perkara ini sedang dilakukan oleh kerajaan yang paling penting Yang Berhormat sebut, bagaimana kita hendak kurangkan kebergantungan. Rakyat kena bagi bantuan seluruh pimpinan dalam negara kena bagi bantuan untuk beralih daripada pengilangan kepada knowledge based. Kita program kemahiran dan juga pendidikan, semua kena tolong. Kalau kita buat perkara ini, tapi tidak ada sahutan di kalangan human resource dan juga modal insan, maka tidak boleh kita lahirkan apa yang sedang dijalankan di bawah MAEPS, di bawah MOSTI. Mencari inovasi-inovasi baru yang sebenarnya salah satu perkara menjadikan sesebuah negara itu maju seperti di tempat lain sedang dilaksanakan. Akhir sekali Malaysia memberi komitmen. Kerajaan Barisan Nasional membuat sasaran dan membentang kepada rakyat setiap tahun, yang dibuat oleh Perdana Menteri dari segi

pencapaian tahunan kita menjurus kepada tahun 2020 negara maju, Malaysia berpendapatan tinggi. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawa golongan bumiputera masih lagi ketinggalan di sektor ekonomi dan juga hasil pendapatan berbanding kaum yang lain. Sila nyatakan, apakah saranan daripada kerajaan bagi membela nasib bumiputera seperti mana kita kata “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya cuba mengelakkan daripada cuba bercakap tentang jurang pendapatan berbanding kaum. Kalau kita ikut statistik sebenarnya memang ada jurang pendapatan dalam dapatan kita di Sabah, Sarawak, Semenanjung, luar bandar, bandar. Tetapi sebenarnya Yang Berhormat, kalau kita betul-betul ikhlas untuk merapatkan jurang ini, antara kaum Cina yang kaya dengan kaum Cina yang miskin ada statistiknya. Melayu dengan Melayu ada. India dengan India ada. Bumiputera dengan bumiputera ada. Kalau dibandingkan di antara Cina dengan bumiputera, sebenarnya jurang itu lebih melebar. Jadi kalau kita betul-betul ikhlas untuk menjadikan satu jurang yang lebih mengecil supaya kualiti hidup, cost of living dan juga apa yang kita sasarkan itu dapat dicapai, maka kita kena bersama-sama untuk merapatkan jurang tersebut dari segi pemilikan pendapatan dalam negara. Jadi kepada Yang Berhormat sebenarnya kerajaan bertungkus-lumus untuk memastikan jurang di antara bumiputera dan bukan bumiputera tidak terus melebar dengan menubuhkan Majlis Tindakan Agenda Ekonomi Bumiputera dan juga yang diurusetiakan oleh TERAJU seperti yang saya nyatakan sebelum ini bagi memastikan pemilikan itu dapat dilakukan dengan segera dan juga lebarnya jurang pendapatan di antara kaum itu tidak terus berlaku sehingga boleh mewujudkan rasa kurang senang dan keresahan dalam negara jika kita tengok dari segi kaum itu tadi. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

[Soalan No.7 - Y.B. Tuan Khoo Soo Seang (Tebrau) tidak hadir]

Lee Boon ChyePKR · PHGopeng · question

8. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan penjanakuasa persendirian (IPP) serta tempoh kontrak untuk membekalkan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketika ini terdapat sebanyak 14 Independent Power Producers, dengan izin (IPPs) di Semenanjung yang beroperasi sepenuhnya. Tarikh tamat power purchase agreement (PPA) bagi kesemua IPP ini adalah seperti berikut: (i) YTL Power - September 2015; (ii) Segari Energy Venture - Jun 2017; (iii) Genting Sanyen Power - Februari 2016; (iv) PD Power - Januari 2016; (v) Powertec - Januari 2016; (vi) Pahlawan - Ogos 2020; (vii) Panglima - Februari 2023; (viii) JB3 - Disember 2022; (ix) TTPC - Mac 2024;

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

(x) Prai - Jun 2024; (xi) Kapar Energy Ventures -Julai 2029; (xii) Janamanjung - Ogos 2030; (xiii) Tanjung Bin - September 2031; dan (xiv) Jimah Power - Disember 2033. Bagi semua 14 ini, kecuali Kapar Energy Ventures dan Janamanjung, Tanjung Bin dan Jimah Power, tempoh PPA adalah 21 tahun manakala empat yang saya sebut tadi itu adalah bagi 25 tahun. Terima kasih.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih ke atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tarik perhatian kepada dua IPP khususnya Powertec yang dipunyai oleh Tanjung Energy dan juga Genting Sanyen yang sebelum ini dipunyai oleh Genting dan seterusnya kedua- dua diambil alih oleh 1MDB. Kedua-dua IPP ini kebetulan tamat PPA dia pada Februari 2016 dan kita lihat sebaik sahaja pengambilan oleh 1MDB, dia telah umumkan bahawa PPA itu untuk Genting Sanyen dimajukan dan kedudukan Powertech saya kurang pasti sama ada telah dilanjutkan. Cuma soalan saya, apakah kriteria untuk kementerian untuk memutuskan pelanjutan PPA ini sebab kita lihat apabila ada penglibatan 1MDB dengan harga yang begitu tinggi sekali bila ambil alih IPP tersebut, PPA itu dilanjutkan. Ini macam ada sesuatu yang di sebalik batu yang memastikan bahawa yang pertama harga IPP itu dapat di preserved, dengan izin dan kedua memastikan apabila 1MDB itu ambil alih, 1MDB dapat keuntungan yang berterusan. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng atas soalan tersebut. Pertamanya saya ingin tekankan bahawa dalam soal pemprosesan penyambungan IPP ini semuanya adalah dengan cara yang telus, dengan cara yang terbuka kerana dia adalah melalui proses competitive biding dan daripada yang telah pun ataupun akan selesai pada tahun 2016. Mereka telah pun dipelawa untuk memohon secara competitive biding dengan izin saya katakan tadi dan setelah melalui proses tersebut yang begitu ketat sekali, Genting Sanyen dan Segari Energy adalah dua yang telah pun di putuskan untuk diberi extension. Dari segi asas-asas tersebut, memang dia mempunyai asas-asas yang kukuh. Satunya kadar kapasiti payment dengan izin yang merangkumi fixed operating rate (FOR) dan capacity rate financial (CRF) perlu diturunkan sekurang-kurangnya RM6 bagi setiap kelewatan bagi satu bulan. Kedua, bagi tempoh pengurangan pembayaran kapasiti itu hendaklah bermula 48 bulan sebelum tamat tempoh PPA dan ini memang akan memang menjimatkan kewangan kepada kerajaan. Ketiga, IPP perlu menandatangani PPA yang baru yang menggunakan format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Keempat, tempoh penyambungan PPA hanya dihadkan kepada maksimum sepuluh tahun daripada tempoh tamatnya perjanjian pembelian kuasa sedia ada PPA itu bergantung kepada kadar pengurangan dan keperluan kapasiti tersebut. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada kaedah kos terendah, risk cost kepada sistem bagi setiap pembidaan. Maka dalam hal ini, seperti mana saya katakan tadi ia dibuat secara competitive bidding. Ada tiga jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pakar-pakar daripada segi teknikal, daripada segi financial dengan izin, daripada segi legal dan selepas itu baru diangkat kepada ST, lembaga dan baru dibawa kepada kementerian. Mengenai dengan peranan MDB, itu adalah semua sekali antara business entiti yang sedia ada dalam gabungan sebagai corporate strategy mereka dan dalam pandangan kementerian, kita tidak terlibat dalam apa-apa untuk memberi kelebihan penelitian hanya kerana dia 1MDB. Seperti mana yang saya kata tadi, sistem yang terbuka, competitive bidding dan seperti mana syarat-syarat yang saya telah sentuhkan tadi.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan untuk pagi ini. Peraturan Mesyuarat 12(1), saya jemput Yang Berhormat Menteri. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran kementerian-kementerian menjawab di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 dan diputuskan usul- usul berkaitan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 18 Julai 2013.”

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa usul yang berikut ini rujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih lagi mempunyai 17 buah kementerian yang akan dibahas untuk Perbekalan Tambahan yang sedang kita bincangkan ini. Jika setengah jam diambil untuk satu kementerian, kita akan berhenti lebih kurang jam 12.30 malam dan jika satu jam diambil untuk satu kementerian, tentulah melebihi daripada 12.30 malam. Itu sebagai panduan kita bersama. Jadi, saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyambung penggulungan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.4, B.6, B.7 [Jadual] – Maksud P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] -Bill

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sekali lagi saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2012) 2013 dan usul perbelanjaan dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Sebelum itu, di bawah Jawatankuasa ini saya ingin betulkan pada hari jawapan penggulungan tempoh hari, ada soal jawab Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Subang berhubung dengan keputusan Pilihan Raya Likas. Jadi bila saya jawab itu, saya tidak ada keputusan Pilihan Raya Likas. Jadi sekarang ini saya dah tengok keputusan dan juga perkara-perkara yang dihubung kait dengan 9A Akta Suruhanjaya Pilihan Raya. Jadi, keputusan Pilihan Raya Likas itu memang diputuskan pada tahun 2001 kemudian seksyen 9A ini digubal pada tahun 2002. Tujuan utama digubal, kita sedia maklum bahawa daftar pemilih yang telah pun disahkan yang telah disemak, yang telah dipamer, yang telah diprotes dan sebagainya kalau sekiranya kita membenarkan data pemilih itu terus diprotes tanpa hadnya, kita tak mungkin boleh buat pilihan raya. Akan tetapi dalam pindaan yang dibuat itu di bawah seksyen 9A, kita dibenarkan untuk hanya mengubah untuk mereka yang meninggal dunia ataupun mereka yang hilang hak kewarganegaraan. Jadi, 9A ini Yang Berhormat Permatang Pauh, insya-Allah hari ini kita akan berbuka puasa. Kalau Yang Berhormat nak menaja bersama pun tidak ada masalah. Kita boleh berkenduri bersama, esok hari terakhir jadi kita boleh balik terus ke tempat masing- masing tetapi dosa hablul minannas itu tak lepas, jadi kena bagi buat buka puasa ya.

Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang bangun.

Ini pasal 9A?

Ya, sebab saya pun ada berucap dalam itu. Menteri, 9A itu hanya menyatakan bahawa kalau sekiranya sesuatu data pemilih

telah pun diwartakan, maka dia tidak lagi boleh dicabar di mahkamah, direviewkah, diamend dan sebagainya. Jadi, apa yang berlaku dalam kes Likas itu ialah apabila bantahan dibuat mengenai wujudnya pengundi-pengundi yang diragui dan pihak SPR telah gagal membuat enquiry atas alasan dia hanya boleh dalam kes tersebut dan dalam surat yang SPR bagi kepada pihak yang membantah itu, pihak SPR hanya boleh mengadakan enquiry kalau sekiranya melibatkan kes kematian ataupun orang yang tidak lagi layak mengundi. Akan tetapi tidak layak mengundi itu menurut hakim Kamil Awang, tidak ditafsirkan apa dia. Jadi bagi pengertian perlembagaan, tak layak mengundi itu juga termasuklah orang-orang yang bukan warganegara. Jadi kalau sekiranya ada mereka-mereka yang kita rasakan bukan warganegara, pihak SPR seharusnya mengadakan enquiry. Oleh sebab itu dalam kes itu, petisyen dibenarkan. Ini sebab apa, SPR telah gagal mengadakan enquiry atas status kewarganegaraan seseorang itu.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, ringkaskan.

Sekejap, sekejap Tuan Pengerusi. Tetapi malangnya apabila keputusan itu dibuat, maka untuk jalan short cut daripada perkara-perkara itu dibangkitkan lagi, maka diadakan seksyen 9A. Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang tidak betul. Sebab apa, kita telah menutup pintu mahkamah daripada campur tangan apabila daftar pemilih itu diragui. Ini tidak boleh berlaku, kita tidak boleh tutup pintu mahkamah. Mahkamah ini sebagai check and balance. Jadi kalau sekiranya kita tutup pintu mahkamah, maka kita akan membiarkan data pemilih yang mungkin ada keraguan di dalamnya tidak boleh dicabar di mana-mana dan ini yang kita rasa tidak betul, tidak demokratik.

Okey, kita akan bagi tahu semasa menjawab.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Seksyen 9A, 9A sikit Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Permatang Pauh bangun.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi yang soal hablul minanas buka puasa itu, Tok Guru Hadi pun ada. Dia patut mencakupi, Yang Berhormat pun ada tapi kebetulan saya insya-Allah ke umrah malam ini. Saya nak sebut 9A ini Yang Berhormat, rasional dia apa? Rasionalnya ialah setelah tewas di Likas dengan bukti adanya kehadiran empat ribu lebih pengundi yang tidak sah. Jadi 9A itu diadakan untuk menafikan hak mempertikai senarai. Soalnya sekarang sementara undang-undang itu ada kemunasabahannya untuk melarang percubaan untuk secara semberono membantah tetapi kalau ada basis bahawa bukan warganegara dimasukkan, kita tidak boleh gunakan 9A untuk membatalkan hak orang mempersoalkan. Tujuannya itu untuk mengesahkan senarai yang tertipu yang sebelumnya, ini yang kita bangkitkan 9A.

Yang Berhormat Sekijang, tak ada ya?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Menteri.

Tuan Pengerusi, kita kena ingat bahawa, saya dah jawab panjang hari itukan, dah jawab panjang, Tuan Pengerusi masa penggulungan tempoh hari bahawa tidak ada bukan warganegara yang boleh mengundi, itu confirm tak ada.

Kalau ada kita kena buat report, petisyen, itu yang penting. Kita main tuduh semberono itu tidak bisa pak, kita kena bagi tahu bahawa sebenarnya ada bukan

warganegara boleh mengundi, tidak boleh. Itu sebab peraturannya mengatakan bahawa orang mati dan orang yang telah dilucutkan warganegara. Makna kata, kalau dia bukan warganegara ataupun apa pun, tiba-tiba dia tidak jadi warganegara, dilucutkan dan dia tidak boleh masuk dalam daftar pemilih. Daftar pemilih ini tujuannya untuk membolehkan tempoh tertentu bagi kerajaan mengadakan pilihan raya. Akan tetapi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya masih boleh keluarkan nama dan juga keluarkan orang yang bukan warganegara sebelum pembubaran Parlimen. Itulah yang demokratik Yang Berhormat Subang. You lawyer, ramai lawyer ini yang jadi kelam kabut ini. Jadi, lawyer tetapi you tidak faham undang-undang.

Bukan tidak faham, Menteri yang tidak faham. Saya rasa Menteri tidak baca undang-undang, itu masalah Menteri tidak faham.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, sekejap.

Tidak, dia macam ini. Sekarang ini kalau bukan warganegara, dibenarkan sebelum Parlimen dibubarkan, dibenarkan untuk kita keluarkan.

Minta laluan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Menteri, Yang Berhormat Sepang minta laluan ini. Boleh bagi jalan?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang minta laluan, boleh bagi jalan?

Nanti sat, saya jawab tidak habis lagi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila duduk Yang Berhormat Sepang.

Faham undang-undang tetapi kita tidak mahu undang-undang itu digunakan untuk membelit. Akan tetapi untuk tujuan yang disebut ikhlas, adil. Apa yang disebutkan adil itu ialah memberi hak kepada orang yang berhak. Akan tetapi kerajaan sekarang adil tetapi kerajaan yang disebut adil dan ada ihsan ialah - dia macam yang disebut ihsan ini, contohnya Yang Berhormat semua - Yang Berhormat Temerloh faham. Apa yang disebutkan ihsan ini ialah..., lain-lain fahamlah, Yang Berhormat Pasir Puteh lagi faham sebab dia dengar ceramah semalam.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Apa yang disebutkan ihsan itu ialah contoh macam isteri kita, nafkahnya ialah ini dia. Kalau sekiranya...

Apa kaitan ihsan dengan borang 14A ini?

Itu ialah adil ini, hendak bagi contoh adil ya. Akan tetapi kalau satu hari isteri kita minta untuk makan dekat Keyaki Restoran, kita kata tidak boleh. Mengikut keadilannya, ini dia sahaja tetapi kalau kita ada ihsan kita bagi. Jadi, kerajaan sekarang bukan sahaja adil tetapi ada ihsan. BR1M RM500 itu ihsan, ihsan daripada Perdana Menteri yang ikhlas. Kemudian ini, UNHCR ini PATI. Walaupun kita bukan anggota kepada perlindungan pelarian tetapi kita masih bagi perlindungan kepada PATI. Itu menunjukkan bahawa ihsan kerajaan...

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Menteri.

Jadi, macam Pilihan Raya Ke-13, kita bagi ruang seluas-luasnya untuk orang membuat cadangan penambahbaikan pilihan raya. Itu ihsan, adil dan ihsan. Macam Yang Berhormat Pandan, dia pandai tetapi kalau wanita tidak boleh bersama dengannya, mulutnya manis tetapi bukan kenyataan.

Menteri bagi sedikit ruang kepada saya.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang mana? Yang Berhormat Sepang, ya sila Yang Berhormat Sepang.

Menteri, pertamanya ihsan itu...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sekejap, sekejap Menteri. Menteri, sebenarnya ihsan itu pun ada terjemahan, ada dia punya tafsiran dalam hadis. Ihsan itu ialah [Membaca sepotong hadis] Itu definisi ihsan dalam hadis. Maknanya, kamu beribadat seolah-olah Allah nampak kamu, kalau kamu tidak nampak Allah pun Allah nampak kamu. Maknanya, kalau kita buat sesuatu perkara, kalau ihsan ini kita jangan menipu. Walaupun manusia tidak nampak, Allah nampak.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Betullah yang Menteri cakap itu.

Jangan main-main. Jadi, persoalannya tentang...

Tuan Pengerusi, saya hendak minta satu contoh yang bukan warganegara Bangladesh kah mana-mana...

Sekejap dahulu.

...Yang mengundi. Bagi satu.

Tidak, masalahnya...

Bila Yang Berhormat tuduh menipu, itu sudah termasuk konsep ‘dhan’. ‘Dhan’ ni buruk sangka.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sekejap Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Sepang, duduk sekejap. Tadi Tuan Pengerusi sebelum ini sudah ingatkan masa dan saya harap kedua-dua belah pihak sama ada Menteri dan juga pencelah untuk mendapatkan penjelasan, dapat ringkaskan dan tumpukan kepada perbahasan.

Macam ini, biar saya baca dahulu jawapan...

Tadi punya komen.

Sebab saya ada empat kementerian, dapat dua jam, empat jabatan.

Menteri ini macam hendak jaga bahagian agama sahaja. Jaga bahagian agamalah ganti...

Saya dengan Menteri ini kalau sekiranya...

Yang Berhormat Menteri.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tidak, saya cakap fasal agama, awak kata belit, awak tanggung dosa.

Tidak ada masalah. Tidak, cakap tidak betul, makna tidak betullah itu.

Mana tidak betul, saya sebut ihsan. Ihsan ini ialah makam terpuji ke tahap itu. Ini kami sudah, kerajaan sekarang kerajaan yang sampai ke tahap makam terpuji...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat.

Tidak, Yang Berhormat Marang pun dia tahu, itu konsep ihsan itu. Kita seolah-olahnya nampak Allah.

Yang Berhormat Menteri, bagi Yang Berhormat Lenggonglah pula.

Bagi belah nun pula ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Belah mana, siapa?... Yang Berhormat Lenggong? Sila Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pada pandangan sayalah, walaupun boleh dibuat penambahbaikan dan kerajaan pun hendak buat penambahbaikan apabila menubuhkan jawatankuasa di peringkat Parlimen. Proses pilihan raya kita ini sebenarnya telah pun berjalan dengan baik walaupun ada sedikit-sedikit sebenarnya boleh diperbaiki. Kalau waktu menentukan senarai daftar pemilih kita diberi peluang untuk membuat semakan dalam masa dua minggu misalnya. Mungkin cadangan, adakah kerajaan mungkin menambah waktu. Akan tetapi kalau tambah lama sangat dia susah juga, nanti hendak gazet lambat. Akan tetapi boleh ditambah untuk memudahkan. Kita tolaklah kalau ada betul-betul Bangla dan sebagainya ini. Keduanya, waktu mengundi kita ada polling counting dan sebagainya. Jadi, saya ingat proses ini sudah begitu baik. Saya tidak faham bagaimana mereka tidak, kawan- kawan di sebelah sana tidak ambil peluang dalam soal ini. Cuma Yang Berhormat, saya hendak tanya ini. Satu lagi ialah kita diberi peluang untuk membuat bantahan petisyen pilihan raya. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam dan sebagainya, soal Bangladesh dan apa semua ini, adakah dalam bantahan yang mereka buat itu, mereka bantah tidak senarai Bangladesh? Bantah tidak fasal blackout dan sebagainya? Saya minta jawapan daripada Menteri.

Yang Berhormat Lenggong cakap itu tepat sekali. Kalau dibenarkan masuk dalam jawapan saya, itulah sebahagian daripada jawapan saya. Yang Berhormat...

Menteri jawab apalah, apa standard Menteri ini.

Tuan Pengerusi, minta saya baca dahulu sebab saya hendak jawab Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia hendak pergi buat umrah petang ini dan dia akan mendoakan saya dan semua orang Barisan Nasional sini samalah ya, kesejahteraan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Doa yang baik ya.

Ya, berdoalah, dia tidak salah. Kalau Yang Berhormat pergi datang kembali kami akan berdoa. Mengenai bekalan elektrik terputus di Beaufort, Sabah selama 45 minit dan juga bekalan elektrik terputus di Baram, Sarawak oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat petisyen di kawasan yang dimaksudkan dan perkara ini akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi, tidak payah panjang-panjang sudah. Ini sebab kita kadang-kadang kita menganggap ini mahkamah. Ini bukan mahkamah, ini tempat kita berbahas dan keputusannya akan dibuat oleh mahkamah.

Berhubung dengan kakitangan majlis daerah mengeluarkan peralatan pilihan raya daripada lokap polis bukan pada masa yang ditetapkan, juga daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan perkara ini Suruhanjaya Pilihan Raya memerlukan maklumat lengkap bagi menyiasat perkara ini. Yang Berhormat bagi maklumat lengkap, sekarang ini Yang Berhormat cerita secara umum di sini. Saya harap ianya tidak menimbulkan persepsi rakyat. Kalau menimbulkan persepsi dan ianya menambah fitnah, maka dosalah kepada kita yang membawa persepsi yang sedemikian rupa. Tuan Pengerusi, hal yang sama dalam isu bilangan kertas undi yang terdapat dalam peti undi lebih banyak daripada kertas undi yang dikeluarkan, yang disampaikan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan perkara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya memohon agar diberikan maklumat lengkap mengenainya untuk siasatan seterusnya. Isu mengenai kertas undi Pulai yang berada di Mahkota dan Selayang.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi...

Dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan, Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa perkara ini telah dipetisyenkan dan keputusan akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi... Siapa bangun?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Singkat sahaja tentang jawapan yang didraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu, yang dibaca. Petisyen Balik Pulau, lampu blackout di Beaufort itu dalam laporan teliti. Angka di Balik Pulau, jangan kata hendak kaji, itu yang digazet oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya gazet jumlah itu, itu yang jadi basis kita bawa petisyen. Jadi, untuk kata baru hendak teliti, tidak benarlah. Jawab kata, ada dan kita ambil perhatian tidak apa. Jawapan itu mestilah..., jangan, selari. Ini dok kias Ramadan, Ramadan, Ramadan, jawapan ini tidak betul.

Tuan Pengerusi, sekiranya ada petisyen, kita tunggu mahkamah buat keputusan, itu point besar tadi.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi jangan kata jawapan tidak ada keterangan kerana yang keterangan Yang Berhormat Balik Pulau itu yang digazet oleh SPR. Bukan keterangan yang dibawa di dalam petisyen.

Menteri ini tidak buat homework.

Di mana, di mana Yang Berhormat? Saya sebut tadi. Tidak, saya berdasarkan jawapan saya. Saya cakap fasal Yang Berhormat Beaufort dan juga pasal Yang Berhormat Baram. Jangan gelak-gelak, saya dengan dia cukup. Saya tidak pernah ganggu orang, nanti mula saya ganggu jangan main-main. Okey Yang Berhormat, ini adalah Yang Berhormat Baram dan Yang Berhormat Beaufort. Saya tidak sebut Yang Berhormat Balik Pulau Yang Berhormat. Jadi saya tidak sebut Yang Berhormat Balik Pulau Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat mungkin teringat-ingat yang lain.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya ada baca tadi Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang Berhormat Balik Pulau tidak.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ada Hansard boleh check, saya dengar.

Ya, tidak baca Yang Berhormat Balik Pulau.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey tidak apa.

Wallahi saya tidak baca Yang Berhormat Balik Pulau.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Alright, saya terima baik.

Okey, tetapi kalau sebut Yang Berhormat Balik Pulau saya akan tengok keputusan Balik Pulau, saya hanya baca ini. Saya baca Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak apa, kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Teruskan.

Okey dalam isu mengenai kertas undi Pulai yang berada di Mahkota dan Selayang, saya sebutkan tadi Tuan Pengerusi mengenai cadangan agar SPR memansuhkan bayaran bagi membuat bantahan keputusan pilihan raya memandangkan peruntukan yang besar telah diberikan Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk makluman Yang Berhormat, sub kaedah 12(2) - Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 menghendaki deposit RM10,000 bagi pembayaran semua kos caj dan belanja yang kena bayar oleh pempetisyen, cadangan Yang Berhormat Baram ingin dimansuhkan merupakan dasar yang perlu diteliti. Berhubung dengan cadangan agar pembubaran Parlimen bagi tempoh...

Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Menteri belum habis.

Menteri tersilap itu, sekejap.

Tidak apa, perkara yang RM10,000 itu dasar.

Ia dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, bukan RM10,000. RM10,000 itu tentang deposit hendak membayar petisyen. Ini pasal bantahan untuk daftar pemilih. Kalau ada pengundi yang masuk, ada RM10 dikenakan. So salah itu. Orang bangkit lain, jawab lain.

RM10 sekejap lagi saya sampailah.

Sampai apa, itu sudah pergi deposit yang orang tidak tanya, yang orang tidak bangkitkan...

Ini Yang Berhormat..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, sekejap. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sekejap. Yang Berhormat Sepang, bukan caranya hendak berdialog.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dengar cakap Tuan Pengerusi dulu, bukan caranya hendak berdialog. Minta kebenaran untuk mencelah. Kalau Yang Berhormat Menteri izinkan, baru boleh mencelah. Ini kalau berjawab macam ini, sampai dua jam tidak habis kita ini.

Yang Berhormat...

Bagi dia rehatlah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia ingat ini pasarkah? Ini bukan pasar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri bagi jalan tidak kepada Yang Berhormat Sepang?

Tidak bagi. Sekejap lagilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi? Tidak bagi.

Saya cakap fasal Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Pengerusi, Menteri jawab benda yang tidak dibangkit. Kita tidak mahu bazir masa dalam perkara yang kita tidak bangkit.

Yang Berhormat Batu, saya cakap fasal Yang Berhormat Pokok Sena. Saya tidak cakap yalah, saya kata Yang Berhormat Pokok Sena, yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, buah keriang. Berhubung dengan cadangan agar - Ini Yang Berhormat Sepang, lawyer kena faham undang-undang.

Okay, thank you.

Berhubung dengan cadangan agar pembubaran Parlimen dilakukan bagi tempoh satu tahun terakhir dan tempoh Parlimen minimum adalah empat tahun tetapi tarikh pembubaran Parlimen atas dasar budi bicara Perdana Menteri. Cadangan lanjut adalah agar budi bicara tersebut diikat dengan suatu yang bersifat perundangan agar tidak berlaku kelewatan pilihan raya di masa akan datang. Yang Berhormat Pokok Sena yang banyak bercakap fasal buah keriang. Untuk cadangan Yang Berhormat, cadangan ini memerlukan kajian yang lebih mendalam kerana ia melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan juga pindaan undang- undang. Berhubung dengan cadangan Ahli Yang Berhormat agar petisyen pilihan raya tidak perlu diserahkan kepada yang dipetisyenkan. Ini kerana mengikut pandangan Ahli Yang Berhormat berkenaan, jika individu tersebut menghilangkan diri, petisyen tersebut tidak dapat disempurnakan. Jadi kita ada 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 yang membenarkan petisyen itu diserahkan dengan cara-cara yang saya baca agak panjang. Jadi contohnya ialah dibuat melalui pos, buat notis di Mahkamah Tinggi, di mahkamah dan juga di pelbagai tempat.

Menteri, sekejap. Tuan Pengerusi, Menteri tadi Menteri bukan 15 kaedah, Kaedah 15.

Kaedah 15.

Jangan cakap 15 kaedah. Kaedah 15. Belajar cara hendak sebut undang-undang yang betul.

Terima kasih. Kaedah 15. Saya hendak tengok dia pandai atau tidak. Cerdik sedikit. Kalau tidak, cara dia tanya soalan tidak tepat. Kaedah 15 Kaedah-kaedah. Tuan Pengerusi, saya buli orang lain boleh, not me please. Mengenai dakwaan sogokan wang untuk membeli undi, ‘You help me, I help you’ dengan izin. Yang Berhormat Bayan Baru. Untuk maklumat Yang Berhormat, perkara ini telah dijawab berulang kali di Dewan yang mulia ini. Kelmarin pun saya ulang tetapi hari ini saya ulang sekali lagi iaitu Bahagian 3, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] memperuntukkan kesalahan akibat perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas sesuatu pilihan raya, boleh. Oleh yang demikian, sama ada sogokan atau pemberian atau kelulusan segera sewaktu berkempen pilihan raya dianggap membeli undi dan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah persoalan fakta. Jika terdapat apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang, fakta ini akan disiasat oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan perlu dibuktikan di mahkamah oleh pihak-pihak yang mendakwanya.

Tidak jawab lagi. Tidak jawab fasal yang...

Kita yang ini, makna kata kalau kita ada bukti, kita buat laporan sebagaimana yang dalam peruntukan undang-undang. Apa yang Perdana Menteri sebut itu ialah perkara-perkara yang sudah ada dalam bajet. Perkara-perkara lain yang saya sebut itu adalah merupakan ihsannya, sayangnya kepada orang Kelantan, sayangnya kepada orang-orang Cina di Sibu.

Menteri, boleh?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Jadi itulah ihsan seorang Perdana Menteri. Takkan kita hendak kata ini janji pilihan raya, tidak. Perdana Menteri pada bila-bila masa, di mana-mana dia berada, dia akan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dua orang yang bangun.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiga yang bangun.

Ini puak-puak ini tidak bangun?

[Ketawa] Tidak faham undang- undang.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Jika sayang kepada Kelantan, mengapa royalti tidak bayar? Royalti minyak tidak bayar, mana ada ihsan?

Jangan tanya, jangan tanya soalan. Bagi dapat kebenaran Tuan Pengerusi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Taiping pun tidak ikut peraturan ini. Yang Berhormat Bayan Baru atau Yang Berhormat Sepang? Mana satu?

Sepang ya.

Yang Berhormat Sepanglah, dia rajin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey. Yang Berhormat Bayan Baru duduk. Ya sila.

Menteri, tadi Menteri hanya menyatakan tentang yang kes di Nusajaya itu, makna kertas undi ada di tempat lain. Menteri hanya sebut itu sahaja, saya hendak tahu jawapannya apa? Kenapa jadi begitu? Macam mana kertas undi DUN Nusajaya boleh berada di DUN Mahkota ketika hari pengiraan. Bagaimana boleh ada di situ? Tidak masuk akal ini, tolong terangkan kenapa berlaku begitu.

Hantu itu daripada Barisan Nasionallah.

Akal yang masuk. Saya sudah sebut berulang- ulang kali. Semua perkara ini kalau sekiranya tidak ada dalam petisyen, kita akan diam Tuan Pengerusi. Kita akan siasat tetapi bagi maklumat terperinci. Saya sudah jawab tadi bahawa SPR akan menyiasat, tetapi kalau bawa petisyen kita akan jawab ada petisyen. Ini Yang Berhormat jadi favorite seluruh Yang Berhormat pembangkang seluruh negara iaitu berhubung dengan dakwat kekal. Jadi pertamanya jawapan yang bertulis, selepas itu kita lisan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, sebelum masuk dakwat kekal, boleh saya tanya sedikit? Tentang isu di Sibu, ‘You help me, I help you’. Ini adalah isu blatant corruption election semasa pilihan raya. Kalau katakan ihsan, umumlah awal-awal. Jangan sampai masa pilihan raya baru cakap, ‘You help me, I help you’. Itu kempen, kempen tidak boleh buat macam ini. Akta Kesalahan Pilihan Raya 10A itu jelas. It’s against a law, sudah boleh consider as a case corruption.

Yang Berhormat...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Lagi, apabila kita melaporkan lucky bonus di Pulau Pinang, yang blatant corruption tetapi sekarang MACC kata no case, tutup kes.

Ini Yang Berhormat punya kes telah dijawab oleh Menteri tempoh hari. Sudah jawab sudah.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Betul, itu sebab orang marah. Orang kata blatant, any international standard. Katakan Malaysia punya standard pun, ini adalah satu corruption.

Okey, Tuan Pengerusi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bayan Baru duduk.

Tuan Pengerusi, ada satu kesalahan di pihak pembangkang ini. Setiap kali dia sebut, dia sebut rakyat. Adakah mereka mewakili semua rakyat?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak.

Tidak. Sekarang ini majoriti 133.

Tidak, hanya 51% sahaja.

Kami mewakili rakyat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kami wakil 51%. Barisan Nasional wakil berapa banyak?

Bangun, bangun. Ini perempuan.

Menteri ...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, berapa kali saya hendak tegur Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu Gajah, duduk. Ya, saya hendak tanya - Sila. Yang lain duduk.

Jangan bagi pendapat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya rasa keputusan PRU ke-13 menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat kita mampu untuk mewakili 51% undian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong duduk dulu.

Menteri...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak tanya Menteri, berapa banyak Barisan Nasional boleh mewakili rakyat di negara ini?

Yang Berhormat Menteri, Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong bangun.

Yang Berhormat, saya sudah terangkan dengan panjang sistem popular vote dan juga sistem elektoral yang kita ada. Kita sudah beritahu bahawa even di Amerika..

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

[Bangun]

Dengar, dengar! Duduk, duduk please. Very good. Walau pun di Amerika akhirnya dia terpaksa kembali kepada - walau pun popular vote, bila timbul masalah dia kembali kepada sistem elektoral juga. Dia berdasarkan jumlah Kerusi.

Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

You pembangkang, dengarlah madam. Orang hendak bercakap tadi tanya soalan. Saya tidak bagi dia tanya soalan... [Disampuk] Ini jantan! Mana boleh takut sama you!

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hodohlah kalau orang tua merajuk.

Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hodohlah! Orang tua-tua merajuk ni hodoh!

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat, kalau saya tidak kawal, saya dianggap tidak berjaya mengawal Dewan. Kesianlah sama saya, Speaker. Sudahlah Speaker baru, KPI hendak capai [Ketawa] Jadi dalam masa yang sama Peraturan Mesyuarat 41(e) itu kena baca. Teliti balik Peraturan Mesyuarat 41(e) ya. Hendak bagi yang mana satu? Yang Berhormat Kalabakan atau...

Saya hendak beri Yang Berhormat Kalabakan tetapi sekejap lagi saya beritahu ya. Hendak jawab adik ini. Dengar ini. Tengok sama saya. You menang popular vote lima negeri. Kami menang sembilan negeri. Lima dengan sembilan siapa kuat? Kalau hendak popular lima negeri, perintah lima negerilah.

Tuan Pengerusi, kena kawal Yang Berhormat Menteri sedikitlah. Jawab pun tidak betul.

Ini sembilan negeri. Kami menang 133 Kerusi.

Federal kita menang. Persekutuan kita menang. Federal kita menang.

Che puan menang 89 Kerusi! Kalau 89 dengan 133 siapa banyak?... Yang Berhormat Kalabakan.

Federal kita menang. Jangan lupa.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya perkataan yang dilemparkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “You help me, I help you”. Di Kalabakan pun saya kata begitu, “You help me, I help you”. Saya menang, saya jaga kawasan, ertinya begitu. Jadi Yang Berhormat Menteri, ini janji-janji yang dikemukakan oleh pembangkang pun begitu juga. Kalau Pakatan Rakyat memang mahu bagi 20% minyak royalti! Itu pun, “You help me, I help you” juga.

Tuan Pengerusi, terima kasih tolong memperingatkan saya. Yang Berhormat Pandan berjanji lagi banyak.

[Bangun]

Sekarang kita hendak tahu dalam kumpulan ini siapa jurucakap perkara ini.

Bagilah saya mencelah.

Saya mengiktiraf PAS sebab apa depa lembut sedikit.

Saya manis, boleh jawab? Sekejap sahaja.

PKR berjanji. Dia pun berjanji. Ketua strategi berjanji, Ketua Pembangkang berjanji. Semua berjanji.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh.

Yang Berhormat Gombak tidak pasti. Jadi semua pakat berjanji. Agaknya kalau campur janji PKR, kalau campur dengan yang bersyarah di kampung itu, kalau campur janji itu tidak ada apa lagi yang tinggal di negara. Ini di kampung tidak kira lagi. Berjanji. Lembu pun hendak berjanji. Datang pasar bagi lembu.

Bagilah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, yang mana satu?

Bagi ini dahulu dan selepas itu Yang Berhormat Pandan. Nanti saya cari nama.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan dan selepas itu Yang Berhormat Pandan. Sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Saya tertarik sebab dalam pilihan raya ini manifesto itu merupakan ikatan atau janji. Lain cerita di Selangor. Menteri Besarnya kata manifesto bukan janji, tidak perlu ditepati. Itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar dia cakap. Akan tetapi kita Barisan Nasional memanglah kita pun bersetuju dengan Yang Berhormat Kalabakan. Kita rakyat, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ini bermakna rakyat yang menyokong kerajaan harus kita jaga, kita pelihara. Sama juga dengan Yang Berhormat Pandan pun janji. Kalau menang, PTPTN dihapuskan. Kereta turun. Itu apa? “You help me, I help you!” Kalau boyfriend sama girlfriend dia, you hug me, I hug you! [Ketawa] Apa masalah? Itulah ceritanya. Jadi apa yang Yang Berhormat Bayan Baru hendak cerita? Ini bukan soal rasuah. Ini manifesto kita untuk memastikan rakyat sokong kita. Minta penjelasan. Betul atau tidak?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Nampaknya Yang Berhormat Menteri...

Saya jawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, nampaknya semua wakil rakyat memilih untuk kita berdialog dan juga berbahas secara panjang. Jadi terpulanglah kepada Yang Berhormat sehingga jauh malam.

Tidak, sebab perbincangan utama di Dewan ini ialah mereka hendak tahu sama ada PRU Ke-13 ini adakah sah atau pun tidak. Sekarang ini saya hendak beritahu bahawa PRU Ke-13 adalah sah. Dakwat kekal apa semua itu, dakwat kekal setengah ada yang kekal, setengah tidak kekal. Ini 10 hari. Sudah 10 hari. Saya tonyoh dengan segala dunia tidak dapat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Sudah cerita.

Ini menjawab mengenai Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Pandan.

Yang Berhormat Kinabatangan dahulu. Menjawab Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi kita kena ingat bahawa Menteri Besar Selangor itu dia buat manifesto tetapi dia tidak tunai. Saya ingat dia sudah tidak layak menjadi Menteri Besar. Beri Yang Berhormat Gombak jadi Menteri Besar. [Ketawa] Yang Berhormat Gombak paling layak tetapi malangnya Ketua Pembangkang tidak beri kepada Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak is the most senior, dengan izin. Timbalan? Kami ini...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bulan Ramadhan tidak usah bergaduh. Fitnah orang itu tidak baik. Ini bulan Ramadan. [Ketawa]

Apa yang terkeluar dalam diri dengan penuh ikhlas dan ihsan bahawa dia paling layak.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Bukan fitnah tetapi cadangan.

Dia orang muda dan dia cakap cantik. Dahulu semasa dia menjadi setiausaha sulit, dia tidak pandai bercakap.

Pandan lama tunggu ni.

Sekarang sudah pandai.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kita patut cari jalan bagaimana Yang Berhormat Arau balik sebagai Menteri Besar di Perlis.

Timbalannya kita beri pada Yang Berhormat Gombak.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini kerana saya tahu Yang Berhormat Arau hendak jadi Menteri Besar Perlis. Baliklah. [Ketawa]

Wait, wait Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Permatang Pauh hambat saya balik. Sampai hati ya.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Yang Berhormat Permatang Pauh jadi Perdana Menteri.

Saya tidak pernah kata apa Yang Berhormat.

Jangan merajuk.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya di dalam Dewan selalu dituduh banyak berjanji tetapi paling kurang yang saya janji untuk dedah nama pembekal dakwat, saya sudah dedahkan. Yang Berhormat Menteri janji jawab tetapi Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi. Jawab sahkan betul atau tidak yang kita dedahkan semalam. Cuma saya juga kena tegur Yang Berhormat Menteri, apabila Yang Berhormat Menteri sebut tentang Barisan Nasional menang di sembilan negeri dan Pakatan menang di lima negeri seolah-olah Yang Berhormat Menteri mengatakan rakyat yang duduk di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan ini tarafnya lebih rendah daripada rakyat yang duduk di negeri- negeri lain. Kami bayar cukai yang sama. Kami rakyat Malaysia yang sama.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Itu andaian Yang Berhormat Pandan.

Kami perlulah dilayan sama macam negeri-negeri lain. Jumlah 51% lagi banyak dari 47% negeri.

Yang Berhormat Pandan, walau pun...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang betul Yang Berhormat Pandan ini Yang Berhormat Menteri, memang trumpet blower betul-betul. Dia pusing lain pula.

Walaupun dia pandai tetapi dia layak jadi Timbalan Menteri Besar sahaja. Menteri Besar Yang Berhormat Gombak, you timbalan. [Ketawa]

Sekarang ini kita bawa perubahan besar. Barisan Nasional akan seronok tengok bila Keadilan memerintah dengan adil dan saksama dan tidak berbelit-belit. Manifesto dia kata bukan janji, tidak boleh. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Gombak dia pasti sudah. Manifesto dia akan ikut. Bagus. Jadi sila balik, angkat sumpah di Selangor ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang bangun.

Berhubung dengan..

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Subang minta..

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Subang bangun.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sedikit sahaja.

Saya tidak pernah lari daripada perjuangan. Dicabar saya akan pasti. Di mana-mana sahaja. Saya akan jawab sekejap lagi, jangan bimbang. Mengernai dakwat kekal dan juga pembekal-pembekal tetapi apabila saya memberi jawapan, bukan tujuan untuk kita belitkan. Tujuannya adalah untuk maklumat supaya kita puas hati dan kita boleh terangkan kepada orang ramai sebenarnya proses- proses, prosedur kewangan telah diikuti. Dia bukan beri macam itu sahaja. Tidak ya. Tidak sampai. Kita kena ingat dalam SPR, dalam beribu kakitangannya ada sebahagiannya beri maklumat kepada Yang Berhormat Pandan, saya tahu. Akan tetapi dia tidak dapat maklumat penuh. Cara SPR jaga kerahsiaan cukup luar biasa sampai pegawai-pegawai kanan tidak tahu apa yang berlaku di peringkat ini untuk menjaga kerahsiaan. Kalau kita benarkan dakwat kekal, kita Yang Berhormat boleh pergi kedai beli dakwat kekal. Saya rasa orang PKR akan beramai-ramai beli dan celup tangan dan kita akan bergaduh di Besut nanti.

Cuba tengok, kami sudah ada dakwat dengan itu...

Tuan Pengerusi...

Nama pembekal, Yang Berhormat Menteri, nama pembekal.

Saya akan jawab sekejap lagi ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey, sampai pegawai SPR tidak tahu...

Sekarang ini...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, sedikit boleh? Sedikit.

Yang Berhormat Subang...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Subang.

Sibuti, Sibuti.

You hendak tengok jari saya? Sekejap lagi.

Sibuti, Sibuti, Sibuti.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh mencelah sedikit?

Sibuti, Sibuti belakang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Minta...

Oh, Yang Berhormat Sibuti. Bagi puak-puak dahulu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, selepas dia.

Okey, no problem.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey, thank you.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sibuti.

Yang Berhormat Sekijangkah Yang Berhormat Sibuti?

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya ini. Kita sudah dua hari bercakap dakwat kekal, dakwat kekal. Berapa harikah diperlukan dakwat kekal itu dikekalkan? Berapa hari yang diperlukan dakwat kekal itu kekal sebab saya sendiri Yang Berhormat Menteri, hari mengundi itu dakwat kekal itu ada dalam tangan saya tiga hari. Berapa lama kah dakwat kekal itu perlu ada di tangan kita?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Very good. Ini soalan yang paling tepat dalam dunia. Kita perlu dakwat kekal sehingga tempoh mengundi, sampai pukul lima. Kalau selepas itu ia hendak hilangkah, orang hendak tonyohkah terpulang. Akan tetapi, kita sudah usaha. Ini di antara dakwat kekal yang melekat di tangan selepas expired ini, tempoh hayatnya sudah habis tetapi masih kekal. Jadi, kita hendak bagi kekal sampai berapa hari? Ini betul, kita hendak bagi kekal sampai tempoh tamat mengundi. Akan tetapi, kita ingat dakwat kekal bukan segala- galanya. Tolonglah semua ini fikir, orang cerdik-cerdik belaka. Lawyer, ulama-ulama besar yang boleh faham bahawa tuduhan menipu kepada SPR itu tidak betul. Saya sokong dengan Yang Berhormat Marang. Yang Berhormat Marang ini berjiwa besar. Dia kata hendak suruh berhenti buat apa? Nanti tidak dapat pencen. Bagus, itulah seorang yang jiwa besar. [Ketawa] Orang yang tidak mahu melihat orang yang tidak bersalah dihukum. Kita main peringkat SPR. Sampai budak-budak SPR malu hendak panggung muka sebab mereka dihentam kiri kanan. Padahal itu bukan mereka buat, bukan mereka buat. Kita main pukul rata satu jabatan. Contohnya Yang Berhormat Subang kita pergi pejabat tanah, ada office boy duduk depan pejabat tanah. Bila dia jawab satu soalan kepada orang kampung, orang kampung ini balik beritahu menyombongnya pejabat tanah. Padahal yang jawab office boy itu. Dia bukan jumpa DO lagi. Jadi, kita main pakat hentam. Kalau macam Yang Berhormat Permatang Pauh, Pengerusi SPR dia kata bagus tetapi timbalan itu tidak bagus. Itu persepsi tetapi bila dia saman, dia saman semua. Saman seorang sahajalah. Jadi, Yang Berhormat main pukul rata macam itu. Tidak boleh.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sedikit?

Yang penghabisan ya. Lepas itu bagi peluang saya jawab. Kalau tidak nanti...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Pakatan Rakyat hentam berterusan bukan kakitangan biasa, itu bukan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita hentam Pengerusi, Timbalan Pengerusi khususnya dan anggota Suruhanjaya SPR. SPR, bukan kakitangan biasa. Kita tahu mereka ikut arahan sahaja. Arahan datang daripada atas. Pengerusi, timbalan dan sebagainya dan dia terima arahan mungkin daripada Barisan Nasional. Itu yang masalahnya. Itu kena jelas.

Okey, Yang Berhormat Subang sudah jelas. Thank you, okey saya jawab ini, saya jawab ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

So, boleh saya... tapi dua minit sahaja.

Sekejap, sekejap saya jawab dahulu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey.

Okey. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Subang masalahnya Yang Berhormat Subang bercakap macam itu, berjiwa besar juga macam Yang Berhormat Marang dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Akan tetapi, bagaimana yang berjiwa kecil di Besut sana. Mereka kata SPR! Semua SPR! Penceramah- pencemaran SPR! Yang Berhormat Pandan pun kadang-kadang SPR! Kesian budak-budak SPR ini.

[Bangun]

Kita hendak kata kepada suruhanjaya tetapi pegawai dan kakitangan SPR hendak datang buka puasa kelmarin malu. Saya kata tidak apa, dia orang ini baik-baik belaka. Yang tidak datang itu wallahualam.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi- (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Saya ingat macam ini lah Tuan Pengerusi,boleh saya jawab dahulu tidak?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh. Terpulang pada Menteri sama ada Menteri sama ada Menteri hendak benarkan celahan atau tidak.

Tidak, sebab saya ini ada ihsan. Itu sebab saya bagi tetapi dia salah gunakan ihsan itu.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau banyak ihsan lagi banyak masa kita.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, di belakang sekali.

Okey, boleh tidak saya matikan cerita silver nitrate ini? Saya ulang sekali lagi...

Satu lagi.

...Supaya Yang Berhormat pulang balik kampung ingat silver nitrate 1%. Pewarna organik 60%, 29% pelembap, 10% pelarut. Apa dia kandungan pelarut dan semua itu tidak payah ceritalah nanti panjang sangat tetapi boleh cerita lah. Akan tetapi, kalau cerita sudah pasti dimanipulasi. Dia tetap akan cadang supaya buah keriang menjadi salah satu daripada dakwat kekal. [Ketawa] Yang Berhormat, supaya Yang Berhormat ada telefon kan. Cuba ambil kalkulator kira 11.4 juta orang yang mengundi, RM7.1 juta kita belanja untuk dakwat. Jadi, satu orang berapa jumlahnya? Akan tetapi, kalau yang kelmarin ada soalan bahawa dia punya dakwat RM13 boleh pakai 500 orang itu tidak benar, tidak benar. Akan tetapi, tidak apalah kot dia ambil dakwat parker kah apa kah, mana tahu. [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Akan tetapi kalau ambil dakwat parker pun, tidak mungkin boleh pakai 500 orang. Saya ingat 50 orang pun sudah habis kering dakwat. Jadi, saya pun peminat dakwat juga. Ia tidak betul mengeluarkan kenyataan yang kita sendiri beri cabaran. Kalau saya boleh supply, saya hanya belanja RM350,000 untuk buat pilihan raya tidak tepat Yang Berhormat. Jadi, tidak seronok cabar-mencabar demikian rupa. Akan tetapi, kita kena ingat bahawa suruhanjaya bukan buat peraturan yang

memandai-mandai. Mereka melalui proses. Okey tender, tender ya. Yang Berhormat Pandan hendak tengok tender ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang lain duduk ya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi sebut kata buah keriang apa itu...

Buah keriang sekejap lagi. Oleh sebab saya kena jilat lidah.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sajalah joke. Kita hendak tahu, tengok sendiri. [Ketawa]

Batallah puasa.

Yang Berhormat, katalah orang yang bubuh dakwat itu kebanyakan wanita. Yang mari mengundi itu lelaki.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, lepas berbuka puasa Yang Berhormat Pokok Sena. Sila duduk.

Bayangkan jarak lelaki dan wanita untuk melihat jelir lidah itu cuma enam inci. Tidak bahaya Yang Berhormat? Tidak elok.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apa, pakai taut begitu sahaja.

Lelaki wanita berlawan jelir lidah.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia pakai taut begitu sahaja. Dia bukan sua dengan jari-jari pun. Jari nanti bertokak pula.

Tidak. Yang Berhormat...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Taruh situ sebiji, kulum lah.

Tidak. Cuba Yang Berhormat jelir lidah, tengok macam mana agaknya. Jadi, saya hendak tengok...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, bagi tidak?

Tidak. Buah keriang tidak boleh. Confirm.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya Yang Berhormat Mersing.

Okey. Yang Berhormat Mersing?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Oh, Yang Berhormat Mersing, kenal lama apa khabar?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Daripada 25 sampai sekarang cerita pasal dakwat tidak habis. Sebenarnya saya dapat maklum guna dakwat ini banyak dilakukan di banyak negara. Tidak ada masalah pun. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kita ini jadi kecoh kerana guna dakwat kerana parti DAP, parti Pas dan PKR tidak ada dekat negeri dia orang? Jadi, tidak kecoh. Setuju atau tidak setuju?

Yang Berhormat, yang cadang gunakan dakwat ini Yang Berhormat Gombak yang ada dalam jawatankuasa itu. Yang cadang dakwat ini mereka. Kita ini ikut, kita hendak kira orang marah ini. Orang kampung saya marah. Dia kata kenapa dengar cakap pembangkang sangat. So, hendak suruh guna dakwat, guna.

Walhal SPR mencadangkan biometrik supaya cap jari tidak boleh lari dah. Kalau ada orang kerat jari orang mati tidak tahulah. Akan tetapi, tidak boleh lari dah cap jari, biometrik. Akan tetapi, sekarang ini mereka cadangkan dakwat. Tentulah ada kompelin. Kalau hendak kira tiap-tiap kali pilihan raya kalau ada kompelin macam ini, terus buat pilihan raya lain. 1,000 tahun tidak mungkin kita boleh selesaikan pilihan raya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, saya ulang sekali lagi. Pengundi kita 13,268,147 orang atau 84.8%. Orang yang complaint 1,469 atau pun sebanyak 0.00013%. Jadi, itu yang complaint. Dia complaint buat report dan sebagainya termasuk petisyen pilihan raya. Jadi, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya tetapi dia tidak boleh mencacatkan pilihan raya itu sendiri. Tidak boleh. Yang Berhormat tahu peraturan Yang Berhormat Lenggong sebutkan tadi. Peraturan pilihan raya, daftar pemilih, malah daftar pemilih orang yang paling banyak pergi menonton daftar pemilih ialah PAS, PKR dan juga DAP.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

DAP kalau kawasan DAP, dia dengan satu angkatan bukan tentera merah, tentera lain pula pergi ramai-ramai tengok daftar pemilih. Padahal puak-puak Barisan Nasional ini jarang pergi, tidak pergi pun kadang-kadang sesetengah itu. Jadi, saya pun tanya... Jadi, daftar pemilih...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan complaint itu

...Daftar pemilih clear. Kemudian, kita buat bantahan. Lepas itu dipamerkan sekali lagi. Lepas itu kita buat pilihan raya.

Proses pilihan raya pada hari tersebut tidak ada sesuatu yang boleh mencacatkan pilihan raya. Saya ingat saya kata mencacatkan pilihan raya maksudnya secara keseluruhan. Yang Berhormat Permatang Pauh please lah. Kita terima pilihan raya, lepas ini kita lawan pula 2014. Kita boleh buat awalkan lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Arau ...

Minta maaf. Pilihan raya ke-14 kita boleh awalkan ...

Berkenaan dengan complaint.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Arau, Shah Alam.

Lewat sedikit kah kita boleh bincang elok-elok ya.

Dungun, Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi, membincangkan tajuk ini sampai tidak ada penghujungnya saya ingat tidak tepat. Kita hendak bina negara. Kalau boleh kita pergi Chow Kit, kita pergi supermarket kita hendak tengok lah ada orang Malaysia yang berniaga. Yang Berhormat pergilah KLIA. Yang Berhormat kalau boleh jumpa seorang orang kita yang berniaga, kira situ macam bahasa mudahnya seronok lah.

Yang Berhormat Menteri.

Masuk bilik air, kita tahu siapa jaga bilik air. Dia pun sudah specialize. Dahulu Bangla ini dekat KLIA sahaja. Sekarang sudah pergi sampai ke highway. Semua jaga bilik air.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri.

Jadi, yang ini patut jadi perbincangan kita. Bagaimana kita hendak memastikan orang-orang tempatan dapat bekerja, wakil rakyat pun kena buat kerja sama. Cuci bilik air bukan susah sangat.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Pada siapa ini?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Shah Alam. Baik terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi persoalan tentang dakwat kekal sampai bila hendak habis bincang, masalahnya fasal tidak hendak mengaku.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Cubalah mengaku betul dakwat kekal itu tidak kekal, ada masalah dan ianya tidak sepatutnya begitu. Kami tersilap beli.

Bodoh punya MP! [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Selesailah masalah tetapi bila tidak hendak mengaku, hendak mempertahankan, hendak tegakkan benang yang basah, maka tidak selesai-selesailah.

Bodoh punya...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dalam soal daftar pemilih Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Isu yang kedua, isu yang kedua. Tentang soal daftar pemilih, isu kedua.

Tidak boleh. Biar saya jawab dahulu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekejap sahaja lagi. Negeri Selangor melalui kerajaannya telah pun membuat satu kajian dengan menggunakan segala jentera kerajaan negeri untuk mengenal pasti orang-orang dalam daftar pemilih yang tidak dapat dikesan dan telah pun diserahkan senarai sebanyak 137,000 pengundi di keseluruhan negeri Selangor yang tidak dapat dikesan. Ketua kampung pergi cari tidak jumpa, ahli majlis pergi cari tidak jumpa, datuk bandar pergi cari tidak jumpa. Bila diserahkan nama-nama ini kepada SPR, apa jawab SPR? Apa jawab SPR? Ini bukan kerja kerajaan negeri. [Disampuk] Maknanya SPR tidak berminat untuk hendak tentukan bahawa daftar pemilih itu bersih. Sudah cuba cari pengundi tidak jumpa. Diiklankan dalam surat khabar, siap iklan nama-nama dengan IC, dalam surat khabar, orang-orang yang nama yang disenaraikan sila datang. Kalau datang akan diberikan hadiah. Tidak muncul. Inilah masalahnya apabila...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat.

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Tidak habis lagi. Biarlah saya habiskan soalannya.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Orang Selangor bagi sogokan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Masalahnya bila...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Selangor bagi sogokan.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Bila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh keluarkan IC kepada orang-orang yang kita tidak tahu betul ataupun tidak betul wujud dan digunakan oleh orang-orang yang tertentu. Memanglah yang mengundi itu bukan orang Bangladesh kerana bila dia datang, dia mengundi, dia pakai kad pengenalan.

Okey, okey. Cukuplah, cukup.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah yang kita hendak tentukan tidak berlaku.

Ini bukan soalan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dan di sinilah...

Tuan Pengerusi, ini bukan soalan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak tanyalah soalannya.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Habiskan Yang Berhormat Shah Alam.

Cukup. Yang Berhormat, kalau hendak tanya panjang-panjang...

[Bangun]

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Langkawi, Langkawi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Lenggong. Mana satu?

Lepas ini sudah pasti Yang Berhormat Ketereh. Lepas itu kita jawablah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ketereh sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan tahniah Yang Berhormat Menteri kerana begitu liberal sekali dalam melayani pencelahan-pencelahan. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawasanya isu dan polemik tentang dakwat kekal ini berpanjangan kerana pihak yang tidak menang dalam pilihan raya terpaksa mencari sesuatu alasan tentang kekalahan mereka. [Tepuk] Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar dalam negara kita ini pihak Kerajaan Barisan Nasional telah berpuluh-puluh tahun dan berkali-kali berhadapan dengan pembangkang dan selagi kita buat kerja dengan baik kita akan terus menang. Tidak perlu ada rasa curiga dan takut dengan pembangkang ini. Oleh sebab itu isu dakwat kekal ini Yang Berhormat Menteri, kalau sekiranya berterusan sebab rasa tidak puas hati ini akan terus dibangkitkan dan dibangkitkan selagi ada sikap yang sedemikian, tidak mahu menerima kekalahan. Kalau sistem biometrik itu sebagai satu alternatif, tidakkah kerajaan bercadang untuk menghapuskan sama sekali sistem menggunakan dakwat ini. Sudah banyak negara tidak pakai sudah sistem calit di jari pada masa ini. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar, di setengah-setengah negara mereka tidak pun mempunyai sistem pendaftaran yang ‘sekomprehensif’ kita. Sistem pendaftaran dalam negara kita berasaskan kepada kad pengenalan yang sudah sememangnya mempunyai kawalan yang begitu ketat dan kemas. Kemudian apabila mendaftar ada tempoh pamer dan sebagainya dan hendak mengeluarkan daripada senarai itu juga telah ada dalam peraturan dan peruntukan undang-undang. Sekarang ini kita campur semua. Kita sudah ada sistem yang cukup bagus tetapi kita melayani dengan soal dakwat. Bila kita buat dakwat timbul pula. Mungkin kalau terlalu kekal saya percaya ada

orang bangun kata dia waswas pula air sembahyang dia sahkah tidak hendak sembahyang. Lagi kacau. Jadi Yang Berhormat Menteri, persoalan saya ialah apakah kerajaan mungkin mengkaji supaya tidak menggunakan langsung sistem dakwat kekal dan menukar kepada biometrik. Saya percaya lagi telus pilihan raya kita, lagi mudah Barisan Nasional mengalahkan pembangkang. [Tepuk]

Yang Berhormat Menteri.

Saya akan bercakap tunduk ke bawah supaya saya tidak nampak orang bangun ya. [Ketawa] Jadi, yang pertamanya saya bagi ruang untuk mereka bertanya tentang dakwat kekal ini supaya kita berhenti setakat itu sahaja.

Yang Berhormat Menteri.

Ini dekat Terengganu pun kempen tidak habis lagi. Pertama, dakwat kekal. Dakwat itu memang kekal sehingga dia telah dibuat kajian dan telah dibuat perbincangan dan telah dibuat sample botol. Botol itu dibuat demikian rupa supaya pelembap dakwat itu dan bancuhannya itu sesuai. Ini baru dibuat bukan dibuat di Switzerland atau di mana-mana. Akan tetapi dibuat di negara yang kita anggap benda itu telah diterima oleh JAKIM sebagai halal dan sebagainya.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi, dakwat kekal ini kita dapati bahawa ianya telah memenuhi kehendak PRU-13...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri.

...Dan kita dapati Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentuk oleh Parlimen ini telah berjaya memperkenalkan satu sistem tetapi akhirnya sistem itu kita mempertikaikan sesama sendiri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Saya mengesyorkan supaya Jawatankuasa Pembaikan Pilihan Raya, insya-Allah esok kita akan tubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa. Bentuk jawatankuasa buat mesyuarat serta-merta dan bagi tahu jawatankuasa itu cadangan penambahbaikan dan serah kepada SPR supaya mungkin oleh kerana dakwat kekal ini bukan kita mempertikai, majoriti rakyat tidak mempertikai. Sekumpulan orang mempertikai, kita boleh bincangkan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Kemudian undi tidak dapat dikesan. Undi tidak dapat dikesan ini, semua kawasan. Kawasan Yang Berhormat Tuan Pengerusi pun ada. Betul tidak? Undi tidak dapat dikesan. Akan tetapi macam kawasan saya, mula-mula undi tidak dapat dikesan sampai 3,000. Saya buat kerja bertahun-tahun akhirnya kita tinggal 95 orang. Masih ada sebab kita kena sedia maklum bahawa dalam daftar pemilih kita tidak boleh pergi beritahu SPR, “Ini orang boleh, ini orang tidak boleh.” Dia boleh buat pendaftaran dan orang yang berada di kawasan berkenaan boleh mengundi. Ini semua kita tahu undang-undang.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Dan kita tahu bahawa yang tanya soalan ini banyak asalnya orang UMNO...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Speaker, Speaker. Yang Berhormat Menteri. Saya ingin dapat kepastian panjang lagi kah?

Saya baru masuk SPR.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Berapa isu?

Saya ada empat jabatan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Eloklah beralih ke tajuk yang lain.

Okey, undi tidak dapat dikesan. Kemudian cadangan daripada Yang Berhormat Ketereh, itu cadangan yang terbaik dan kita akan pastikan supaya benda ini dibincangkan. Pembekal. Pembekal yang pertama sekali...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, duduk.

...Kes ini oleh kerana telah dirujuk kepada SPRM biar SPRM yang menguruskan. Kemudian fasal syarikat yang membekalkan itu. Sekali lagi saya beritahu saya dimaklumkan bahawa kalau kita beritahu bahawa ini dia kedainya saya rasa sudah pasti orang akan buat manipulasi macam-macam dan orang akan pergi beli dakwat dan akan celup. Kita bukan tahu. Pilihan raya Terengganu ini warna apa kita tidak tahu dan warna itu dirahsiakan. Pegawai dan kakitangan SPR tidak tahu cuma pihak Suruhanjaya sahaja tahu warna apa yang mereka akan pakai tetapi pasti sudah bukan buah keriang. Syarikat itu yang membekalkannya saya serahkan kepada SPRM untuk mereka melihat bagaimana mereka boleh menceritakan kepada umum inilah syarikatnya. Selepas itu sudah pasti syarikat ini tidak akan diberi tender lagi kerana bila orang tahu bahawa ini syarikatnya dan semua orang ramai akan berpusu-pusu dia tidak boleh lagi. Kena ambil orang lain pula yang supply dakwat supaya dakwat ini menjadi rahsia kepada SPR untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak manipulasi.

[Bangun]

Berhubung dengan topi. Ini saya hendak jawablah Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan, topi. Syarikat bukan satu dan bukan disupply oleh syarikat dakwat. Syarikat lain. Saya tahu. Kelmarin Yang Berhormat sebut nama satu syarikat, itu bukan yang supply dakwat.

Dikawal oleh orang yang sama Yang Berhormat Menteri, walaupun syarikat yang berlainan.

[Dewan riuh]

Masya-Allah. Eh!

Tiga syarikat berlainan dikawal oleh orang yang sama.

Kalau dikawal oleh orang yang sama, Yang Berhormat kena buktikan bahawa syarikat – topi. Topi di supply oleh Nash Venture Sdn. Bhd. sebanyak 100,000 unit, Ayumi Resources Sdn. Bhd. sebanyak 100,000 unit topi. Bumi Textile Sdn. Bhd. Yang Berhormat tengok benda-benda ini. Ini mereka masukkan dalam Hansard. Tengok siapa director, siapa lembaga pengarah dan bawa ke dalam Dewan ini. Akan tetapi Yang Berhormat kata dikawal. Mereka seronok kerana Yang Berhormat petah berbicara. Macam budak-budak kecil petah berbicara. Petah berbicara sampai orang percaya bahawa kompeni ini kontrol semua tetapi nama lain. Saya tidak tahu lembaga pengarah tetapi saya beritahu nama kompeni...

Nash Venture dikawal oleh orang yang sama.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

T-shirt disupply oleh Seriamas Bintang, Shiplock. Semua 60,000 dan 60,000. Perigi Jernih, Wawasan Local, Paksi Realiti. Ini adalah yang supply t-shirt.

Adakah...

Yang mana Yang Berhormat tidak bertanya saya berapakah jumlahnya, saya pun tidak mahu jawab.

Isu rundingan terus? Adakah ini direct nego?

Semuanya telah dibuat mengikut prosedur, Yang Berhormat Batu.

Adakah ini dilakukan melalui direct nego?

Direct nego dibuat mengikut prosedur kewangan. Kalau dia tidak ikut prosedur, sudah pasti dia akan ditangkap. Semua kita tahu bahawa pegawai kerajaan faham tentang prosedur. Tidak ada sesiapa yang berani. Sekarang ini siapa yang berani ambil kontrak kerajaan secara runding terus?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Dungun bangun.

Saya tahu perkara ini akan diceritakan kepada umum terus.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Prosedur memang membolehkan direct nego tetapi direct nego memerlukan pengecualian... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Yang Berhormat, kalau kita panggil tender topi selama tiga bulan atau empat bulan, kita tidak tahu bila pilihan raya. Direct nego ini didasarkan kepada prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Macam Yang Berhormat Gombak, dia jadi setiausaha sulit kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu dan dia tahu prosedur kewangannya. Ini kena diikuti. Okey. Sekarang kita pergi ke tajuk lain pula.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Dungun bangun.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri, ada tiga...

Boleh kita berhenti?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh.

Ini kerana sudah habis tentang SPR itu.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

SPR satu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Termasuk Yang Berhormat Bakri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, perkara berkait dengan daftar pemilih induk ini mesti dibersihkan kerana hasil daripada pilihan raya baru-baru ini, apabila tiga orang daripada Ladang Tebak dalam Parlimen Kemaman hadir untuk mengundi dalam DUN Sura dan juga dalam Parlimen Dungun. Tiba-tiba telah didapati pada jarinya ada dua calit dakwat. Maka diperhatikan oleh petugas dan akhirnya ditahan dan diserahkan kepada polis. Maka kita buat siasatan. Nama-nama yang ada ini tidak pernah berada dalam kawasan mengundi yang dia disyaratkan menjadi pemilih dalam kawasan itu iaitu bermastautin di tempat tersebut. Akan tetapi diberikan nombor rumah untuk dia jadi pemilih dalam kawasan tersebut. Kita ambil alamatnya dan kita buat search di Jabatan Pendaftaran Negara dan didapati alamat sekarang pun masih di Kemaman. Sehingga dia bawa surat pengesahan bekerja di Padang Kubu Kemaman oleh pengerusi JKKK Padang Kubu Kemaman. Ini maksud saya ialah supaya...

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan jawab secara bertulis.

Daftar pemilih mesti dibersihkan kerana dalam DUN Sura tidak ada ladang.

Bagaimana boleh dimasukkan orang yang tidak bermastautin sedangkan syarat untuk menjadi pemilih dalam kawasan berkenaan mesti bermastautin di situ.

Okey. Yang Berhormat...

Saya pohon supaya pengesyoran daftar pemilih induk mesti dibersihkan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Dia tidak faham.

Bodoh betul. Bermastautin!

Setuju. Saya beritahu Yang Berhormat. Mungkin pengundi itu hendak undi PAS.

Kita belum tahu kita hendak undi siapa. Undi rahsia.

Ini bukan soal undi PAS.

Ini hendak beritahu Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun. Tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

Jawapan Yang Berhormat akan saya jawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, jawapan bertulis.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, jawapan bertulis. Jawapan bertulis.

Pernah satu kes - jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey.

Dia tanya kes spesifik macam mana hendak jawab walaupun pandai macam Yang Berhormat Pandan pun tidak boleh jawab punya. Ini bukan soal goreng tetapi ini soal hendak jawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang. Kawan lama, Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Saya hendak beritahu pernah di kawasan saya, ada satu rumah penyokong pembangkang, 18 alamat.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Akan tetapi saya tidak mahu berbincang di sini. Sebab itulah kita bersihkan dan sekarang jadi bersih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pendang.

Last one, last one.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, last sekali bagi Bakri.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya.

Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, saya hairan jadi wakil rakyat macam ini. Ini wakil rakyat standardnya? Bukan mesti orang itu bermastautin satu tempat itu menjadi pengundi di situ. Bukan syarat. Kalau macam ini standard wakil rakyat, balik kampunglah. Dia boleh daftar di mana-mana sahaja.

Syarat. Saya bacakan syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Duduk, duduk, duduk. Duduk dulu. Duduk dulu. Duduk. No standard! Duduk dulu. Standard, duduk, duduk, duduk.

Tuan Pengerusi, saya bacakan syarat. Saya bacakan syarat

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pendang dengan Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Dungun, saya hendak nasihatkan Yang Berhormat Dungun, Peraturan Mesyuarat 37(1)(b), Yang Berhormat Dungun. Ini floor Yang Berhormat Menteri.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang! Semasa Speaker bercakap, Yang Berhormat minta berdiam diri. Saya hendak beritahu, ini masa Yang Berhormat Menteri. Celahan dibenarkan kepada Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Dungun tidak dibenarkan mencelah bila untuk Yang Berhormat Pendang.

Saya faham.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak boleh, tidak boleh. Peraturan. Yang Berhormat Dungun, tidak boleh! Ya, peraturan mesyuarat. Ringkaskan Yang Berhormat Pendang...

[Dewan riuh]

Peraturan pilihan raya bukan mesti bermastautin. Itu sudah tepat. Kampung saya pun saya tidak tahu orang duduk di mana tetapi dia balik mengundi. Dia tidak bermastautin di kampung saya. Akan tetapi dia balik

mengundi di tempat saya. Apa punya pendapat hendak suruh kalau orang tidak di kawasan itu, mesti dibuang. Kuasa siapa?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, sila bagi Yang Berhormat Bakri satu. Dari Yang Berhormat Bakri.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Isu yang saya bangkitkan belum jawab.

Semua sekali Tuan Pengerusi...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri.

Semua jawapan lain, biarlah saya jawab secara bertulis.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini khusus, ini khusus.

Saya hendak terang tentang dakwat kekal. Semuanya clear, boleh terima. Yang Berhormat Batu terima, semua terima. Orang PAS semua terima. Alhamdulillah.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta maaf. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya baca ini. Yang Berhormat Menteri, pohon penjelasan.

Yang Berhormat Marang terima, Yang Berhormat Dungun pun terima.

Saya pohon penjelasan. Yang pertama, syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih. Ini saya hendak baca.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun. Bukan soalnya hendak...

[Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun.

Supaya ditarik balik.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun. Duduk sekejap, duduk sekejap. Ini bukan soalnya hendak bagi penjelasan. Soalnya mencelah mestilah dibenarkan oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri benarkan mencelah dan bertanya, baru boleh bangun dan bercakap. Yang Berhormat Menteri, beri celahan atau tidak kepada Yang Berhormat Dungun? Sila terus.

Yang Berhormat Menteri. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, tidak bagi. Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

Tuduhan terhadap saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun! Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Dungun...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Menteri, saya pohon Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun, peraturan mesyuarat!

Saya pohon. Peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi.

Peraturan berapa?

Sebab tuduhan Yang Berhormat Pendang kepada saya...

Tidak, peraturan berapa itu?

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat- Yang Berhormat, diam semua! Yang Berhormat Dungun, peraturan mesyuarat berapa?

Peraturan Mesyuarat 36(6).

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peraturan Mesyuarat 36(6). Tentang apa?

Yang Berhormat Pendang menuduh saya standard sebagai seorang Ahli Dewan. Akan tetapi saya hendak bangkitkan syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak, tidak, tidak. Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun. Peraturan Mesyuarat 36(6) okey peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Dungun tidak boleh menggunakan peraturan mesyuarat untuk berbahas dan hendak menjelaskan... [Dewan riuh] Yang Berhormat Dungun, duduk dulu, Yang Berhormat Dungun. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri, ada soalan khusus.

Ruling Tuan Pengerusi. ruling Tuan Pengerusi.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang belum jawab. SPR, SPR.

Belum jawab ruling lagi. Tuan Pengerusi, ruling.

Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 36(6). Tuduhan bahawa...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuduhan Yang Berhormat Pendang.

Standard saya kerana saya masuk sebagai Ahli Dewan tidak faham tentang pendaftar pemilih. Saya hendak bacakan syarat yang dikeluarkan oleh SPR sendiri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak payah baca, tidak payah baca, tidak payah baca!

[Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak payah baca!

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, dua-dua duduk! Dua, dua duduk! Kalau Yang Berhormat Dungun berdegil-degil, saya akan gunakan kuasa saya!

Yang ketiga...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sekali lagi saya ulang. Kalau Yang Berhormat Dungun berdegil-degil, saya akan gunakan kuasa saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sekali lagi Yang Berhormat Dungun bercakap. Sekali lagi! Ya, duduk. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Dungun minta ruling, tidak buat keputusan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Dungun minta ruling.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya berpendapat tidak ada sangkaan jahat. Okey, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri, soal SPR, soal SPR.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Subang duduk dulu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan mesyuarat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Soal SPR.

Semua duduk dulu, semua duduk sekejap.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Peraturan mesyuarat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang patut faham peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Subang, peraturan mesyuarat, sila. Yang lain duduk.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Dungun sudah bangkitkan peraturan mesyuarat, dia bantah kepada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pendang yang melanggar P.M.36(4) bahasa yang menghina, bahasa yang kurang sopan yang tidak patut digunakan, itu bantahannya. Saya minta Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey Yang Berhormat Subang, saya faham. Yang Berhormat Pendang, apa maksud Yang Berhormat, sila bagi penjelasan.

Saya kata tidak ada standard punya, itu sahaja. Takkan itu pun...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu salahlah!

[Ketawa]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tidak hormati Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Eloklah Yang Berhormat-Yang Berhormat, dah berapa kali Tuan Pengerusi beritahu tolong gunakan bahasa yang bersopan, beradab. Saya nasihatkan Yang Berhormat Pendang, lain kali jangan gunakan perkataan yang begitu.

Saya akur Tuan Pengerusi. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Pendang dah tarik balik. Okey Yang Berhormat Dungun.

Apa dia? Steadylah, lawanlah.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tuan Pengerusi, SPR, berkenaan SPR.

Tuan Pengerusi, semua jawapan lain kerana ia ada hubung kait benda-benda yang berbentuk teknikal. Kalau saya jawab pun akan mengambil masa lagi, saya akan jawab secara bertulis.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Singkat sahaja, soalan saya semalam itu, tiga pemegang jawatan UMNO...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini satu lagi Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Ya Yang Berhormat Menteri, sila.

Untuk penghabisannya mengenai SPR ini ialah saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Gopeng bahawa pegawai pilihan raya di kalangan mereka yang aktif politik. SPR memang menetapkan syarat tidak membenarkan mereka yang aktif dalam politik sebagai petugas pilihan raya. Jika terbukti mana-mana petugas pilihan raya yang dilantik itu melanggar syarat ini, SPR akan menamatkan pelantikan mereka. Ramai juga orang PAS, ada yang memegang jawatan tetapi jawatan-jawatan ini, bila mereka dapat jawatan SPR, mereka dah tidak aktif. Saya boleh tunjuk bahawa majoriti orang yang jaga di bahagian Arau ialah PAS. Mereka ada jawatan, ranting dan berbagai- bagai lagi tetapi bila mereka pegang SPR, mereka jadi pegawai SPR. Muka serius, garang, berjanggut.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

PAS tidak ada rantinglah, PAS tidak ada ranting. Yang Berhormat minta maaflah ya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri.

Okey, habis ya, yang lain jawab bertulis.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini cakap kosong, bercanggah dengan peraturan sebab apa yang dijanjikan, apa yang dikatakan sebagai kriteria tidak dihormati. Tiga nama dengan I/C saya telah serahkan, takkan tidak boleh buat siasatan sama ada orang-orang yang saya serahkan itu...

Bila? Baru serah kelmarin.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

...Memegang jawatan dalam UMNO.

Bila serah?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Semalam, semalam.

Kelmarin, kita kena buat siasatan, ambil masa. Kita kena hantar buat siasatan, kita kena adil. Kami Barisan Nasional adil, kita Barisan Nasional ...

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Batu.

Menteri tadi jawab kata kebanyakan pegawai SPR adalah orang PAS di Arau. Ini satu tuduhan yang liar yang kita tidak tahu benar atau tidak dan Menteri jawab dalam Dewan yang mulia ini...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, faham, faham. Yang Berhormat Batu, saya faham. Yang Berhormat Menteri.

Mereka, okeylah bagi bahasa yang mudah, aktivis.

Selain daripada Menteri ada bukti yang hendak tunjuk kepada Dewan ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu, ya, ya.

Aktivis parti, contohnya macam Pengarah Pilihan Raya Parlimen Arau, adik kepada Husam, itu contoh.

Contoh atau betul?

Aktivis, contoh, saya kata aktivis, saya tidak sebut nama. Bapa saya tidak sebut nama, saya kata sebahagian besarnya penyokong, aktivis PAS tetapi DAP tidak ada, confirm sebab DAP tidak bertanding.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita orang baik.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Saya bukan hendak dapat penjelasan macam ini, saya hendak Menteri ada bukti bawa ke Dewan yang mulia ini. Ini mengelirukan Dewan dan perkara ini sebenarnya tidak dibahaskan, kita dalam peringkat Jawatankuasa. Menteri yang jawab banyak isu dasar, isu bajet tidak dijawab, isu spesifik tentang pegawai tidak dijawab.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Batu, saya faham Yang Berhormat Batu.

Di antara gangguan yang paling hebat...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Gopeng, duduk dulu.

...Gangguan yang paling hebat dari belah sana, kalau tidak ganggu saya boleh jawab dengan tertib.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri.

Bila saya baca, orang perli pula, dia kata “Allah, baca tulisan SPR”. Tidak, saya baca yang saya buat. Jadi kalau hendak kata tiga orang ini pemegang jawatan, ini aktivis. Kalau mungkin aktivis tidak sesuai, kita gunakan balik mungkin penyokong ataupun hendak kata mereka ini tidak sokong apa, mereka hanya sokong tembok dinding, okeylah, tidak apa, kalau susah sangat saya hendak bagi tetapi yang maksudnya mereka tidak sokong Barisan. Saya tahu sebab di antaranya pemerhati pilihan raya, confirm yang pemerhati belah PAS itu tidak sokong kami.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah habis Yang Berhormat Menteri.

Berdasarkan harian-hariannya, saya dapati bahawa mereka itu ialah aktivis tetapi bila mereka pegang jawatan SPR, mereka menjadi orang yang adil dan saksama. Is it okay?

[Bangun]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

No, it is not okay.

Yang Berhormat Batu, tidak puas hati lagi?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bantu menteri sedikit.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gombak bangun.

Saya hendak ceritakan bahawa orang yang dipilih ...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Peringatan, nama-nama yang saya sebutkan semalam itu.

Mereka yang dipilih untuk jadi petugas SPR itu ada penyokong PAS, ada penyokong Barisan, ada DAP.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Akan tetapi tidak boleh pegang jawatan dalam UMNO itu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

You, you, saya tidak bagi Yang Berhormat Gopeng, saya tidak beri you cakap.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sudah. Saya ingat eloklah kita beralih ke tajuk yang lain.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya ada nama, ada I/C, tidak berani hendak jawab sama ada mereka pemegang jawatan UMNO atau tidak, tidak berani hendak jawab?

Saya kata kita akan siasat. Hei! Tidak fahamkah? Ini tidak faham, saya kata kita akan siasat, tidak faham ini. Awak bagi nama kelmarin, hari ini kita akan siasat. Semalam sembahyang terawih pukul 12 habis, mana sempat pergi siasat lagi. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gombak. Sudah habiskah Menteri?

Yang Berhormat Gombak.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan kerana saya belum lagi mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang peruntukan yang begitu besar diberikan kepada SPR untuk tahun 2012. Mengapa Yang Berhormat Menteri mengelak daripada memberikan perincian terhadap sejumlah peruntukan yang terlalu besar, 933% peningkatannya. Belanjawan anggaran yang kita luluskan di Dewan ini untuk 2012 bagi SPR hanya RM45 juta. Kemudian seperti yang saya bangkitkan dalam perbahasan, Dewan ini meluluskan perbekalan tambahan kali pertama pada 2012 untuk SPR sebanyak RM360 juta. Mungkin pada ketika itu SPR menjangkakan Pilihan Raya Umum Ketiga Belas akan berlangsung pada tahun 2012 tetapi tidak berlaku. Namun hari ini Dewan diminta meluluskan lagi RM60 juta. Ini bermakna RM360 juta yang diluluskan sebelum itu untuk kali pertama ditambah dengan RM45 juta anggaran asal telah habis tahun 2012. Jadi kami hendak tahu apa perinciannya yang dibelanjakan oleh SPR melebihi RM400 juta pada tahun 2012 belum lagi berlangsung pilihan raya. Ada kemungkinan dalam belanjawan yang akan datang, Dewan ini diminta untuk tambah lagi kepada SPR untuk PRU Ke-13. Jadi saya kira ini satu perkara yang serius yang memerlukan penjelasan daripada menteri tentang perincian bagaimana sejumlah peruntukan yang begitu besar dibelanjakan pada tahun 2012 sedangkan tidak berlangsung pilihan raya pada tahun itu.

Tidak ada masalah Yang Berhormat, kita hendak kecoh buat apa. Benda yang berlaku, berlaku. Yang Berhormat kena ingat permohonan peruntukan RM60 juta itu, ia bukan RM60 juta, 2012 itu ia minta RM400 juta dan treasury bagi RM400 juta tetapi tiba-tiba pilihan raya tidak diadakan, ia hanya pakai RM60 juta dan RM340 juta dikembalikan. Sekarang ini 2013, diminta peruntukan yang 2012 dipakai untuk pilihan raya. Akan tetapi yang RM60 juta itu telah dipakai– sudah ada perinciannya.

[Bangun]

Penjelasan, Menteri.

Ia termasuklah kursus dan sebagainya.

Yang Berhormat Menteri.

Menteri.

Kalau benar Treasury telah memberi kelulusan RM400 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Maknanya, SPR telah dapat RM400 juta tahun 2012. Kemudian, dia hendak guna RM60 juta. Hendak minta apa sudah ada RM400 juta?

Yang Berhormat...

Ini tidak logik Yang Berhormat Menteri. Kemudian, Yang Berhormat Menteri mendakwa lebihannya dikembalikan. Bila dikembalikan? Tidak ada. Hendak kembali apa kalau SPR perlukan RM60 juta.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gombak. Sila.

Jadi, jawapan Yang Berhormat Menteri kena tepat. Ini Dewan yang mulia.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya...

Yang Berhormat, ini peruntukan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ada faktakah atau tidak ada fakta? Kalau tidak ada fakta boleh jawapan bertulis.

Okey, tetapi saya sudah hafal kerana saya tahu soalan ini akan datang. Saya sudah dapat pandang Yang Berhormat Gombak, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar akan tanya soalan yang sama. Okey, peruntukan...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seremban dan Yang Berhormat Gombak, duduk.

...RM400 juta ini ceiling dan boleh dibelanjakan. Jadi, RM60 juta telah dibelanjakan untuk persediaan pilihan raya. Seolah- olahnya pilihan raya mungkin tahun 2012, tidak jadi. Jadi, peruntukan itu dibelanjakan setakat RM60 juta. [Disampuk] Jadi, tahun 2012 dan 2013 ceiling yang diberi ialah RM400 juta. Daripada RM340 juta yang telah diberi pada tahun ini, sekarang ini telah dibelanjakan RM200 juta lebih untuk hendak bayar berbagai. Ini baru dua bulan dan hendak bayar pelbagai tuntutan elaun dan sebagainya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Menteri, peruntukan RM360 juta itu diluluskan bagi tahun 2012, bukan tahun 2013.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seremban, duduk Yang Berhormat Seremban.

Itu fakta yang pertama.

Akan tetapi itu RM60 juta...

Nanti, nanti. Yang Berhormat Menteri dengar dahulu. Ini bukan dialog, ini perbahasan. Ya.

Hendak dengarlah ini. Hendak jawab pun tidak faham ini.

Diluluskan pada tahun 2012. Dengar dahulu. Ia diluluskan. Ini bukan fakta yang boleh kita nafikan. Dewan ini meluluskan RM360 juta tambahan daripada RM45 juta yang telah diluluskan. Kemudian tambahan yang pertama dibawa dalam Dewan ini, maknanya SPR perlukan tambahan RM360 juta. Maknanya, telah digunakan. Sekarang tambah lagi RM60 juta. Jadi, untuk Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa peruntukan RM400 juta yang diluluskan oleh Treasury itu adalah hanya ceiling dan masih ada dan hanya hendak digunakan RM60 juta. Lebihannya RM340 juta akan dipulangkan. Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab ke atas kenyataan itu. Sebab Dewan ini hendak tahu bila SPR pulangkan balik RM340 juta kepada...

Tidak perlu gempak saya. Don’t worry so much.

Bukan gempak. Saya hendak penjelasan yang tepat.

Dengar ini. Ini saya nak bagi tahu. Ini yang tahun 2012, RM400 juta tetapi dibelanjakan RM60 juta. Selepas itu duit yang tahun 2012 itu dia minta pada tahun 2013 untuk pilihan raya. Sekarang ini kita belanja RM60 juta itu ialah duit di bawah ceiling RM400 juta itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira ini satu perkara yang serius.

Ya, serius. It is very serious.

Sebab Yang Berhormat Menteri kena buktikan SPR telah pulangkan balik RM340 juta.

Ya, Allah...

Saya minta...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gombak dengan Yang Berhormat Batu, duduk sekejap. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Batu, duduk sekejap. Yang Berhormat Menteri, sekejap. Menteri, saya hendak bantu Menteri ini. Menteri, kalau ada fakta, tolong Menteri baca fakta itu elok-elok. Selepas itu, Yang Berhormat Gombak, kalau tidak berpuas hati bukan menjadi tanggungjawab untuk Menteri memberikan jawapan secara berpuas hati kepada Yang Berhormat. Jadi, terpulang kepada Yang Berhormat hendak membuat usul dan sebagainya. [Disampuk] Sekejap, sekejap.

Kalau Yang Berhormat Menteri mendakwa ada fakta saya setuju dengan Tuan Pengerusi, baca fakta itu.

Ini bacalah ini.

Hah! Baca, baca. Saya hendak dengar.

RM60 juta dibelanja...

Itu bukan baca.

Sudah ini... Eh! Kehebatan seseorang bila boleh menguasai angka-angka.

[Dewan riuh]

Okey.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gombak, dengar sekali lagi penjelasan Yang Berhormat Menteri. Ya, sekali lagi. Ya, sila.

Dia kena ingat bahawa kita menganggap bahawa pilihan raya berlaku pada tahun 2012. Jadi, dibelanjakan RM60 juta. Sekarang ini bila masuk tahun 2013, duit itu tidak dibelanjakan. Makna kata, duit itu tidak dibelanjakan,

yang RM400 juta yang dijanjikan pada tahun 2012. Sekarang ini pada tahun 2013, Treasury dia beri ceiling RM400 juta.

Teruk betul, masya-Allah.

One-off kepada SPR untuk dibelanjakan bagi Pilihan Raya 2013. Tahun 2013 confirm pilihan raya.

Kalau belum dibelanjakan, masih ada RM400 juta, mengapa Dewan ini hendak minta tambahan RM60 juta?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa, Yang Berhormat Gombak. Sudah, sudah. Menteri, Menteri. Saya ingat Menteri sudah tiga atau empat kali ulang perkataan yang sama. Saya ingat Yang Berhormat Gombak... [Disampuk]

Betul, baik.

[Dewan riuh]

Tahun 2012 kita belanja RM60 juta. Tahun 2012, Treasury walaupun SPR beritahu bahawa perbelanjaannya ialah di antara RM340 juta ke RM400 juta, Treasury benarkan one-off RM400 juta. Itu kenyataan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Oleh kerana kenyataan ini akan masuk dalam Hansard esok, silalah baca dan balik baca elok-elok supaya kita boleh faham dan mata kita tidak berpinar-pinar duduk cerita kosong di mana-mana.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, balik...

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat- Yang Berhormat, saya kira cukuplah isu ini. Terpulang kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak menerima atau tidak ya. Ya, sila Menteri beralih kepada tajuk yang lain.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah, sudah. Saya tidak benarkan, saya tidak benarkan. Cukuplah, cukup.

Minta panduan sedikit. Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak, saya tidak benarkan celahan. Sit down.

Okey, sekarang ini oleh kerana saya bercakap tadi, dengan izin...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Menyatakan semua perbelanjaan itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Mereka hendak cara terperinci, sekarang saya baca, okey. Supaya puas hati, ya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah menerima peruntukan sebanyak RM60 juta melalui waran pendahuluan Kumpulan Luar Jangka bertarikh 10 April 2012. Faham? Faham atau tidak?

Baca dahulu, baca dahulu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima peruntukan sebanyak RM60 juta melalui waran pendahuluan Kumpulan Luar Jangka bertarikh 10 April 2012.

[Bangun]

[Bangun]

Peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta kepada SPR diperlukan bagi maksud persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ketiga Belas berdasarkan anggaran seperti berikut: (i) RM44,068,000 untuk melaksanakan program taklimat dan latihan kepada petugas-petugas pilihan raya yang meliputi perkara-perkara seperti berikut: (a) Elaun lebih masa kepada kakitangan SPRM sebanyak RM450,000, tuntutan perjalanan petugas, waran udara sebanyak RM23,237,351; (b) Pembayaran bil-bil utiliti sebanyak RM26,400; (c) Sewaan dewan, peralatan siaraya sebanyak RM3,316,236; (d) Perolehan barang-barang makanan kering dan minuman sebanyak RM5,000; dan (e) Penyediaan makan dan minum, pakej penginapan dan percetakan bahan-bahan latihan sebanyak RM13,033,000; Sebanyak RM15,931,984 pula adalah bagi membiayai kos perolehan peralatan dan kelengkapan untuk diagihkan kepada 222 bahagian Pilihan Raya Parlimen seluruh negara seperti berikut: (i) Kos pengangkutan sebanyak RM120,000; (ii) Kos petrol dan diesel sebanyak RM63,200; (iii) Kos perolehan peralatan pilihan raya, sebagai contoh peti undi, t-shirt, topi petugas, alat tulis dan sebagainya sebanyak 15,748,784. akan tetapi kos untuk t-shirt dengan topi tidak ditanya, tidak perlu dijawab; (iv) Peruntukan sebanyak RM60 juta yang diterima oleh SPR dalam tahun 2012 ini merupakan suatu inisiatif yang dilaksanakan oleh SPR sebagai persediaan awal menghadapi PRU-13 yang mana ianya tertakluk kepada pembubaran Parlimen dan Dewan Negeri yang akan berlaku pada bila-bila masa pada waktu tersebut dan peruntukan tersebut dikira sebagai Perbelanjaan Mengurus 2012; dan (v) Manakala RM 400 juta yang diterima oleh SPR pada tahun 2013 merupakan peruntukan one–off, dengan izin, bagi maksud menjalankan pilihan raya yang dijangka berlaku dalam tahun tersebut dan peruntukan tersebut dikira perbelanjaan one-off 2013. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa peruntukan sebanyak RM 400 juta ini merupakan anggaran perbelanjaan dan bukan perbelanjaan sebenar di mana SPR sedang giat melaksanakan proses pembayaran berkaitan. Jadi, pada tahun 2012 kalau sekiranya pilihan raya berlaku, RM400 juta ini akan dipakai. Akan tetapi oleh kerana pilihan raya tidak berlaku, hanya dipakai RM60 juta. Wallahualam, cukup. Saya harap sudah fahamlah, sudah mengaji sekolah elok itu, boleh fahamlah, ya.

Yang Berhormat Menteri.

Sekarang saya pergi kepada...

Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan. Boleh saya tahu tarikh bila SPR mendapat RM60 juta untuk perbelanjaan luar jangka yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Tarikhnya.

Saya sudah sebut Yang Berhormat tadi.

Tidak mengapa, minta penjelasan sekali lagi.

Saya segan hendak baca sekali lagi. Cukup sudah. Saya sudah baca tadi.

Ada tarikh atau tidak tadi?

Tarikhnya 10 April 2012.

10 April 2012?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Gombak.

Akan tetapi sebelum itu Yang Berhormat Menteri, sudah ada peruntukan asal RM45 juta dan pertambahan pertama RM360 juta. Di mana wang itu?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gombak.

Di mana kedudukan wang tersebut hampir RM400 juta?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Okey, saya hendak tanya Yang Berhormat. RM45 juta itu bila tarikhnya?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Menteri, sekarang saya tidak ada kuasa. Yang Berhormat Menteri saya tidak ada kuasa untuk lanjutkan masa. Sekarang sudah pukul 1 tengah hari.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jadi kita- Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dalam belanjawan yang menunjukkan tarikh itu tahun 2011 di Dewan ini.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gombak.

Kalau hendak tarikh beri saya tempoh jumpa Menteri Kewangan, boleh dapat penjelasan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah, sudah. Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Gombak!

Eh! Yang Berhormat, RM45 juta itu kelulusan yang dahulu dalam bajet itu. Ia kelulusan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Gombak. Saya tidak ada kuasa hendak lanjutkan sampai

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

pukul 1 lebih, sekarang sudah pukul 1 tengah hari. Kita kena berhenti rehat. Tenangkan fikiran, bersabar, sembahyang Zohor dan kita bersabar, kita sambung balik jam 2.30 petang. Jadi, Jawatankuasa bersidang dalam Majlis.

Maklumat tidak betul Tuan Pengerusi, sebab ia bercanggah itu.

Yang Berhormat Gombak, RM45 juta... [Dewan riuh] RM45 juta belanjawan. RM400 juta total.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sidang ditangguhkan sehingga 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Sebelum saya menjemput Menteri dari Jabatan Perdana Menteri untuk berhujah lebih lanjut, saya ingin ingatkan kita ada 17 lagi kementerian. Jadi kalau tidak ada yang perlu-perlu sangat itu, Menteri ini terlampau baik orangnya. Jangan ambil kesempatan. Nanti saya tidak benarkan untuk mencelah. Sebanyak 17 lagi kementerian, kita hanya malam ini sampai esok. Esok agenda lain lagi. Kalau boleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir itu, biar secara bertulis sahaja nanti. Saya nasihatkan kalau ada sisa-sisa hujah itu, bawa pergi tempat cakaran yang ada orang sibuk-sibuk, di Kuala Besut. Bawa di situ. [Ketawa] Yang Berhormat Pokok Sena. Biar panjang lebarkan cerita di situ, bukan di sini. Sila, sila Menteri.

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi yang dikasihi bahawa apabila saya menjawab tadi, saya berdasarkan fakta. Cuma, kadang-kadang orang hairan bagaimana saya menjawab tidak merujuk kepada kertas. Akan tetapi benda itu merupakan angka-angka yang telah dihafal sebab saya diajar untuk menghafal. Jadi, itu sebab saya hafal. Saya insya-Allah, tidak berbuat silap tentang perkara itu. Jadi, saya tidak perlu berdialog dengan mana-mana pihak termasuklah daripada Yang Berhormat Gombak. Saya minta kebenaran Tuan Pengerusi untuk saya menjawab semua tiga-tiga jabatan ini sebab saya kena jaga...

[Bangun]

Menteri-menteri lain sedang marah kepada saya kerana saya jawab terlampau panjang. Akan tetapi saya hendak matikan isu dakwat ini supaya rakyat boleh mengetahui bahawa isu dakwat bukan segala-galanya sehingga kita boleh kritik seolah-olah pilihan raya itu tidak sah. Awal itu, yang awal yang mana yang dibawa oleh Ketua Pembangkang bahawa isu 40,000 orang Bangla itu yang harus kita bincangkan supaya kalau kita 40,000 orang Bangla tidak ada, maka pilihan raya sah. Maka saya akan menjawab yang penghabisan sekali yang telah ditimbulkan.

Tuan Pengerusi, sebelum kita tangguh waktu rehat tadi, Yang Berhormat Menteri bersetuju untuk mendengar satu lagi yang kita pohon penjelasan.

Tidak, saya akan jawab ini Tuan Pengerusi sebab dalam perjanjian saya tidak boleh benarkan. Jadi, dengar saya baca dahulu baru cakap kemudian. Do not worry.

Tidak. Ini isu belanjawan tadi.

Ya, isu belanjawan. Do not worry. Saya tidak akan lari punya. Ini anak jantan dari kecil.

Pada tahun 2012, SPR telah menerima peruntukan sebanyak RM45.34 juta. Itu ialah peruntukan belanjawan mengurus yang semua jabatan ada, bukan SPR sahaja bagi maksud Belanja Mengurus tahunan tersebut. Dalam tahun tersebut juga, SPR telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta pada bulan April 2012 melalui pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka. Rujuk Kertas Perintah 17A tahun 2013, Lampiran A muka surat 2 dan RM360 juta pada bulan Ogos 2012 melalui tambahan secara langsung yang diluluskan oleh Parlimen melalui Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2012 kerana berkemungkinan PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun 2013. Dalam hal ini, SPR hanya membelanjakan pendahuluan sebanyak RM60 juta sahaja sebagai persediaan awal PRU Ke-13 seperti mengadakan taklimat, latihan kepada petugas-petugas pilihan raya serta pembelian beberapa jenis peralatan kelengkapan pilihan raya. Apa yang saya hendak beritahu, yang peruntukan lain RM60 juta kenapa kita minta tambahan. Itu ialah peruntukan daripada luar jangka, yang tidak dibawa ke Parlimen dan sekarang dibawa kepada Parlimen untuk mendapat kelulusan. Menteri Kewangan akan menjawab sekejap lagi.

[Bangun]

Saya hanya bertugas untuk menjaga SPR dan apa yang kita belanjakan, sudah pasti akan dimaklumkan dan akan diaudit. Kita akan baca laporan audit. Kemudian akhir sekali...

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat.

Saya berterima kasih, sebentar lagi saya akan jawab. Keduanya ialah pasal JPA...

Ini soal belanjawan Yang Berhormat Menteri.

Sebanyak enam isu berkaitan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Lenggong. Jadi, janganlah mana-mana pihak mengganggu Yang Berhormat ini untuk mendapat makluman tentang apa yang mereka tanya. Jadi Yang Berhormat bertanya lain itu, akan saya jawab setelah saya habis membahaskan tentang JPA, SPA dan juga PR1MA.

Sebelum Yang Berhormat pergi ke JPA.

Sebanyak enam isu berkaitan Jabatan Perkhidmatan Awam telah dibangkitkan semasa sesi...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat, Yang Berhormat janji tadi.

Penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat...

Yang Berhormat janji hendak beri ruang tadi.

Jabatan Perdana Menteri.

Saya sudah menghidu sudah, ini taktik Yang Berhormat Menteri Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, hendak suruh saya baca dahulu atau hendak beri mereka jawab dahulu?

Tidak. Ini sudah masuk JPA.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Gombak duduk Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat, kalau ada yang mencelah, kalau Yang Berhormat mahu beri laluan jadi boleh.

Ya, biar saya baca JPA.

Tuan Pengerusi

Kalau tidak mahu beri laluan pun boleh.

Ya, saya tidak beri laluan sehingga saya habis. Ini kerana saya lihat laporan TV streamyx ini dia...

Topik berbeza. Yang Berhormat Menteri hendak bincang soal JPA. Sekarang ini soal SPR.

SPR, sekejap lagi saya jawab. Saya tahu apa hendak tanya, saya tahu sudah. Sudah termaktub dalam kepala.

Sekaranglah sebelum pergi JPA.

Tidak apa. Selepas ini...

Yang Berhormat Menteri, dalam penjelasan tadi...

Sekejap lagi...

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri janji.

Sekejap ini. Saya dengar ‘Zuraida’ kata bohong. Tarik balik!

Eh! Tidak boleh kata nama.

Yang Berhormat Ampang.

Saya khuatir Tuan Pengerusi fasal you sudah pergi tajuk lain. Sekarang kita masih hendak balik kepada tajuk SPR. Tidak akan hendak balik kepada SPR.

Tarik balik bohong dahulu.

Saya kata jangan bohong. Nanti sudah cover JPA, mungkin tidak balik semula ke SPR. Jangan bohong, balik kepada SPR.

Ya, tidak bohong.

Akan tetapi jangan tuduh saya bohong.

So, janji ya.

Saya tidak pernah bohong.

Tidak, tidak. Yang Berhormat Menteri tidak bohong.

Saya bersyarah, saya berdasarkan fakta tetapi kita lihat ..

Okey, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Pihak pembangkang sering kali tanpa fakta telah bersyarah.

Kita minta selepas Menteri jawab JPA, balik kepada SPR.

Tuan Pengerusi

Okey, okey. Sudahlah itu, sudahlah itu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, jika tidak begitu...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang sudahlah. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak...

You, tok guru sama dengan saya.

Terima kasih, terima kasih.

Alhamdulillah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Ini tok guru dia Abdullah Yasin. [Merujuk kepada Yang Berhormat Gombak] Ini Dr. Asri. [Merujuk kepada Yang Berhormat Ampang] Jadi kita sama tok guru. Duduk sekejap. Nanti saya beritahu. [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak, perlu lagi minta penjelasan itu?

Ya, perlu.

Yang Berhormat Gombak, saya akan beri kepuasan kepada Yang Berhormat. Sekejap lagi saya pasti akan patah balik.

Tidak, tidak. Ini SPR.

Tidak boleh sebab Menteri lain sudah queue. Sekarang queue panjang...

Kalau kemudian pun sama juga. Baik sekarang topiknya Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, sebanyak enam isu berkaitan Jabatan Perkhidmatan Awam...

Mungkin dia sudah lama tidak masuk Parlimen, dia kurang faham.

Telah dibangkitkan semasa sesi...

Yang Berhormat Menteri.

Penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat Jabatan Perdana Menteri...

Larilah itu. Dia tidak beranilah itu.

Mengenai senarai - Wallahi. Saya tidak akan lari, hantar orang hebat melawan saya pun, saya tunggu lawan, insya-Allah, Allah bagi kemenangan. [Berucap dalam bahasa Arab]

Tuan Pengerusi

Sila, sila teruskan.

Tuan Pengerusi

Sila.

Saya minta-minta jangan diganggu, saya tengah baik ini. Jangan ganggu. Jangan sorak-sorak apa, dok senyap-senyap bertenang, walaupun saya Gabenor Parlimen nanti puak-puak itu marah saya. Dok senyap ya, dok diam.

[Menyampuk]

Yang Berhormat Batu shut up, dok diam lah. Mengenai senarai negara dan bidang yang ditawarkan penajaan mengikut keutamaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPA menawarkan beberapa bidang utama berdasarkan keperluan strategik guna tenaga negara iaitu bidang kejuruteraan, perubatan, pergigian, farmasi, ekonomi dan sains sosial ke beberapa buah negara seperti Jepun,

Korea, Perancis, Jerman, Australia, India, Jordan, UK, Mesir, New Zealand dan juga Amerika Syarikat tempat kesayangan Yang Berhormat Gombak. Berhubung dengan penempatan 18,000 orang pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA. Pemilihan pelajar-pelajar ke IPTA adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Manakala JPA akan menaja pelajar-pelajar di IPTA setelah pelajar mendapat tempat di IPTA dalam negara dan tertakluk kepada pelajar memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Bagi 18,000 orang pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dikasihi dan penuh ihsan melalui laman sosial Twitter nya memaklumkan bahawa isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat yang akan datang. Demikianlah seorang Perdana Menteri yang ada ihsan. Mengenai permohonan supaya ditambah dan dikaji peningkatan peruntukan biasiswa untuk menampung pelajar ke luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat, penajaan pelajar Jabatan Perkhidmatan Awam di dalam dan luar negara adalah berasaskan kepada unjuran keperluan guna tenaga dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Di samping itu, penajaan biasiswa JPA tiap tahun adalah tertakluk kepada tempat yang boleh ditawarkan setelah mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan pada tahun berkenaan. Perubahan dasar kerajaan dari semasa ke semasa turut mempengaruhi penentuan bilangan penajaan dan bidang yang ditawarkan. Walau bagaimanapun JPA bukanlah satu-satunya agensi penaja bagi pengajian tinggi. Kerajaan melalui pelbagai agensi lain turut menyediakan program tajaan sama ada dalam bentuk biasiswa ataupun pinjaman pelajaran seperti MARA, yayasan-yayasan negeri dan sebagainya. Mengenai isu keciciran nama penerima biasiswa. Pada masa ini semua urusan permohonan dan keputusan tawaran biasiswa dibuat secara dalam talian online melalui http://esilav2.jpa.gov.my. Perkara ini dimaklumkan kepada pelajar melalui laman sesawang tersebut, adalah menjadi tanggungjawab pelajar yang memohon untuk menyemak keputusan tawaran biasiswa melalui laman sesawang JPA. Sudah tua-tua tidak minat dah, orang-orang muda minat yang itu ya. Bagi kes-kes tertentu seperti rayuan, JPA akan menghubungi pelajar yang berjaya dalam rayuan untuk memaklumkan keputusan tawaran biasiswa. Berhubung dengan penjelasan berkaitan dengan garis panduan kriteria, syarat tertentu untuk keputusan biasiswa baru bursary. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bursary adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti dalam ataupun luar negara. Program ini bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada tahun semasa dengan mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan oleh bursary secara automatik oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang. Puas hati ya? Berhubung dengan saranan JPA mempertimbangkan supaya sistem pemilihan pelajar dibuat secara telus kerana ada pelajar cemerlang tidak dapat mendapat tempat di universiti. Seperti mana yang telah dijelaskan tadi, penempatan dan pemilihan pelajar- pelajar ke IPTA adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Manakala JPA akan menaja pelajar-pelajar di IPTA setelah pelajar mendapat tempat di IPTA dalam negara dan tertakluk kepada pelajar melalui syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bagi menangani isu pemberian biasiswa JPA yang berbangkit setiap tahun. JPA sentiasa mengkaji semula dan menambah baik dasar sedia ada untuk pelaksanaan pada tahun akan datang. Antara usaha penambahbaikan yang telah diambil untuk mengutamakan keadilan, ketelusan aduan-aduan yang diterima daripada orang awam berhubung perkara tersebut adalah seperti berikut: (i) sesi temu duga yang dijalankan adalah membariskan ahli-ahli panel yang terdiri daripada pegawai kerajaan dari pelbagai kaum dan skim perkhidmatan;

(ii) urusan temu duga telah dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan bukan kritikal; (iii) pemilihan calon penerima biasiswa ditentukan oleh jawatankuasa induk biasiswa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (iv) urusan temu duga diselaraskan oleh jawatankuasa temu duga yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan (v) aduan-aduan dipantau oleh sistem dan garis panduan pengurusan aduan yang berkuat kuasa. Terima kasih kerana tidak ada yang bangun. Kemudian PR1MA...

Boleh..., sekarang boleh?

Sekejap lagi. Kita berjanji habis ya. Duduklah kamu sebelum kamu didudukkan. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan...

Ini kang dia duduk, dia lari lah itu.

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan – teringin nak mai sini kah? Tidak boleh, lambat lagi. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan- sejauh mana kejayaan PR1MA permohonan dan kelulusan yang telah ada? PR1MA telah mengenal pasti projek inventori hingga 80,000 unit di seluruh negara dan mesyuarat pada hari Isnin ini akan menentukan usaha-usaha yang telah dibuat selama ini. Kita juga sedang membuat kerjasama dengan kerajaan negeri, pemaju untuk membangunkan tapak strategik di bandar dan juga pinggir bandar. Kita juga mendapat sambutan daripada rakyat, setakat ini sehingga 27 Jun 2013 seramai 234,175 permohonan telah diterima dan didaftarkan. Demikianlah hebatnya Kerajaan Barisan Nasional. Kemudian Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga bertanya masalah yang dihadapi oleh PR1MA. Pertama ialah tentang sukar kita mendapatkan tanah yang strategik dan harganya juga mahal, rumah mahal tanah juga akan menjadi mahal dan end financing juga lebih sukar untuk mendapatkan end financing daripada bank yang ada, mungkin kerana blacklist dan sebagainya. Untuk menyelesaikan perkara ini, tanah, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan juga pemaju swasta untuk mengenal pasti tapak-tapak yang strategik. Harga rumah kita akan buat melalui kerjasama dengan kerajaan negeri dan pemaju swasta, harga rumah dapat diturunkan. Kemudian end financing, PR1MA akan memperkenalkan skim untuk bantu end financing akan diumumkan kelak, sabar. Akan tetapi kita tidak akan mengumumkan di Besut ya. Belum tahu lagi insya-Allah. Tengoklah di mana-mana tempat kita akan umumkan nanti. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga telah menimbulkan tentang kenapa PR1MA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bukan KPKT. Keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai orang yang ihsan, ikhlas dan adil untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh golongan berpendapatan sederhana di bandar, maka PR1MA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kerjasama dengan bank, PR1MA masih di dalam peringkat perbincangan dengan pihak bank dan akhir sekali tetapi tanpa menyebut saya melarikan diri ataupun apa, saya akan bagi peluang untuk bangun.

Penjelasan.

Sekejap lagi. Tidak sabar sangat Yang Berhormat Gombak ini. Akan tetapi Yang Berhormat Gombak rumah dekat, dia tidak gaduh hendak balik sahur, kita yang teruk.

Tuan Pengerusi, ini ICU. Saya mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu yang berkaitan dengan ICU JPM iaitu Yang Berhormat Maran, Gombak, Tenom dan Pulai. Yang Berhormat Gombak telah membangkitkan semasa perbahasan di peringkat dasar berkenaan dengan pemberian kontrak oleh ICU yang didakwa tidak melalui open tender. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian kontrak oleh kerajaan adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di mana projek yang bernilai RM20,000 ke bawah dilaksanakan secara lantikan terus dan RM20,000 ke atas dibuat kaedah sebut harga ataupun tender. Yang Berhormat Tuaran telah membangkitkan semasa di peringkat dasar berkenaan dengan projek sakit, lewat jadual di Sabah dan langkah-langkah untuk menanganinya. Sukacita dimaklumkan bahawa sehingga 16 Julai 2013 terdapat 14 projek ataupun 3.1% berstatus lewat jadual daripada 447 projek di bawah rolling plan ke-3, Rancangan Yang Kesepuluh di Sabah. Manakala untuk tempoh yang sama sebanyak lima projek berstatus sakit, kelewatan prestasi fizikal melebihi 20% terdapat juga di Sabah. Untuk menangani isu pelaksanaan projek-projek pembangunan, pembentangan prestasi kemajuan fizikal projek khususnya yang berstatus lewat jadual ataupun sakit dijadikan agenda tetap dalam mesyuarat majlis tindakan negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ketua Menteri, dahulunya kerja saya mempengerusikannya dan kita akan monitor projek itu dari semasa ke semasa. Manakala di peringkat kementerian, isu ini ditangani oleh Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian dan Jawatankuasa Projek Sakit yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Yang Berhormat Tenom membangkitkan tentang pelaksanaan Program Penyelarasan Infrastruktur Awam (PIAS) dan Projek Infrastruktur Asas (PIA) di Sabah.

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat, negeri Sabah menerima peruntukan PIA dan PIAS yang paling tinggi, bukan di dunia, di Malaysia, di antara semua negeri iaitu sebanyak RM122.87 juta dari keseluruhan peruntukan sebanyak RM500 juta. Pertambahan peruntukan ini adalah bergantung kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan. Untuk tahun ini, sebanyak 1,673 projek telah diluluskan untuk dilaksanakan di Sabah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 972 projek bernilai RM62.36 juta telah disiapkan iaitu 51% daripada jumlah projek yang diluluskan. Untuk kawasan Parlimen Tenom, sebanyak 113 projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan yang bernilai RM5.51 juta. Eh, banyaknya ya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 projek telah siap bernilai RM2.05 juta. Projek yang selebihnya masih dalam pelaksanaan dan akan disiapkan sebelum akhir tahun ini. Yang Berhormat Kulai telah membangkitkan berkenaan dengan pembinaan pondok polis dan dua buah kuarters bernilai RM1.4 juta yang mengambil masa hampir tiga tahun untuk siap dan masih tidak dapat digunakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek tersebut tidak disenaraikan menggunakan peruntukan ICU JPM. Projek kecil oleh ICU JPM lazimnya bernilai tidak lebih daripada RM500,000 dan mesti disiapkan. Sebagaimana janji saya tidak mahu bohong dan saya akan hanya mengambil masa 10 minit saya benarkan dua soalan tambahan. Satu daripada ini dan satu daripada Yang Berhormat Ketereh ataupun Yang Berhormat Sekijang. [Ketawa]

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak, secara serius dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong saya. We will not have time, believing me. Jadi, kalau Ahli Yang Berhormat tidak beri saya kerjasama, saya akan gunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 37(2), tidak membenarkan pencelahan. Jadi, Yang Berhormat Gombak, singkatkan sesingkat-singkat dan jawapan Yang Berhormat Menteri begitu juga. Tolong singkatkan sesingkat-singkat.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya mendengar penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri

berhubung peruntukan yang telah disalurkan kepada SPR di mana pada tahun 2012 belanja mengurus sejumlah RM45 juta. Kemudian pada April 2012, diberikan tambahan atas sifat perbelanjaan luar jangka berjumlah RM60 juta dan seterusnya tambahan secara langsung pada Ogos 2012 berjumlah RM360 juta. Maka persoalan saya Yang Berhormat Menteri, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa ketiga-tiga peruntukan yang telah disalurkan kepada SPR ini telah habis dibelanjakan sehingga menyebabkan pada hari ini SPR tampil semula ke Dewan Rakyat untuk memohon tambahan sebanyak RM60 juta sebagai tambahan. Setuju atau tidak?

Sudah saya jawab, jangan tanya lagi sudah seumur hidup. Saya jawab Yang Berhormat ini sebagai pegawai kerajaan, Ahli Parlimen Yang Berhormat. Kita kena ingat wang ini kita dapat daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan, yang ini diambil daripada yang diluluskan oleh Parlimen. RM360 juta itu dikeluarkan dalam bulan Ogos 2012 setelah diluluskan oleh Parlimen. RM60 juta itu ialah wang luar jangka di bawah Kementerian Kewangan yang mana Yang Berhormat pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan. Itu wang di luar jangka dan ini akan dijawab oleh Menteri Kewangan sekejap lagi. Jadi, RM60 juta itu ialah wang di luar jangka yang sekarang ini kita datang ke Parlimen. Wang RM360 juta tak minta sebab apa, sudah masuk di bawah belanjawan.

Baik.

Jadi, Yang Berhormat faham ini wang di luar jangka dan jawapan itu sudah tepat dan tidak ada jawapan paling tepat. Itu lah jawapannya.

Susulannya Yang Berhormat Menteri sebut pada pagi tadi sejumlah RM360 juta itu telah dipulangkan semula. Boleh Yang Berhormat Menteri beri penjelasan berhubung jawapan itu?

Jawapannya ya.

Ya? Terima kasih.

Okey. Terima kasih.

Soalan yang terakhir...

Cukup, cukup Yang Berhormat. Tidak boleh sudah.

Tidak, tidak. Kalau begitu Tuan Pengerusi, usul yang kita bahaskan ini terbatal kerana di dalam usul ini pada Lampiran B, muka surat satu dengan jelas dinyatakan anggaran asal – RM45 juta, peruntukan tambahan dalam jadual – RM360 juta, peruntukan tambahan untuk sesi ini – RM60 juta. Jadi, kalau Yang Berhormat Menteri mengiakan jawapan pada pagi tadi bahawa RM360 juta telah dipulangkan, mengapa dalam jadual ini RM360 juta masih tertera? Ini misleading Tuan Pengerusi Dewan yang mulia ini. Oleh sebab itu saya mengesyorkan tadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa RM45 juta anggaran asal dan RM360 juta peruntukan tambahan telah habis dibelanjakan, maka hari ini kementerian tampil semula untuk memohon RM60 juta. Kalau jawapannya RM360 juta itu telah dipulangkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan, mengapa dalam jadual ini jumlah itu masih tertera? Ini mengelirukan Dewan dan saya...

Yang Berhormat, okey.

Pohon penjelasan Tuan Pengerusi.

Benda seperti ini Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, thank you. RM360 juta tidak dibelanja pada tahun 2012 tetapi dibelanja untuk PRU pada tahun 2013.

Akan tetapi dalam jadual ini 2012.

Itu biar Menteri Kewangan yang menjawab. Saya nak beritahu yang saya jaga. SPR tak belanja... Yang RM45 juta...

Akan tetapi, bagaimana kita membahaskan satu jadual yang salah Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi, RM45 juta ini ialah belanja mengurus.

Betul. Saya tidak mempertikaikan RM45 juta.

Kemudian dia dapat - saya cakap elok-elok ya supaya kita tidak payah timbul masalah. Okey Yang Berhormat duduk sekejap boleh tidak? Okey. RM60 juta diberi dalam bulan April. Okey. Daripada wang luar jangka Kementerian Kewangan. Kemudian dalam bulan Ogos Parlimen ini telah luluskan RM360 juta tetapi wang itu tidak dibelanja. Dia hanya belanja wang pendahuluan RM60 juta dan sekarang ini Menteri Kewangan akan menjawab kenapa dibawa ke Parlimen dan sebagainya. Akan tetapi, RM360 juta tidak dibelanja dalam tahun 2012. Dibelanja untuk pilihan raya ke-13 pada tahun ini. Yang Berhormat tidak boleh kata apa lagi. Itu sudah kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri yang berwibawa. Cukuplah.

Kalau Yang Berhormat Menteri mempertahankan jawapan tersebut bahawa RM360 juta tidak dibelanjakan pada tahun 2012 dan hanya dibelanjakan pada tahun 2013, mengapa di dalam jadual yang baru dibentangkan minggu lepas, jumlah RM360 juta masih lagi tertera? Ini khusus untuk 2012. Tajuknya Ringkasan Peruntukan Asal dan Peruntukan Tambahan Kedua bagi Tahun 2012. Jadi, Yang Berhormat Menteri kena jelas dalam memberikan jawapan.

Ya, jelas. Jangan perlekehkan Yang Berhormat Menteri. Saya Menteri.

Tidak, saya tanya.

Tanya. Sudah jawab itu. Sudah jawab bahawa RM360 juta tidak dibelanja pada tahun 2012.

Tidak jawab soalan. Mengapa masuk dalam jadual?

Menteri Kewangan akan jawab sekejap lagi. Ini Menteri SPR kata tidak...

Akan tetapi, ini peruntukan SPR.

Ya, tetapi Menteri Kewangan akan jawab tentang soal dibelanja atau tidak dibelanja tetapi as far as SPR concern, kita hanya belanja wang pendahuluan RM60 juta dan RM360 juta kita tak belanja dan kita diberi peruntukan baru pada tahun 2013.

Tuan Pengerusi

Okey.

Akan tetapi duit itu tidak dibelanja.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat.

Saya menjawab, saya bertanggungjawab ini yang telah dimaklumkan secara rasmi dan ini saya akan simpan.

Tuan Pengerusi, tidak semestinya saya bersetuju tetapi saya nak dapat nasihat dan panduan daripada Tuan Pengerusi. Peraturan mesyuarat ini terpakai untuk Ahli Dewan Rakyat keseluruhannya termasuk Yang Berhormat Menteri atau hanya Ahli Dewan Rakyat biasa sahaja? Semua?

Semua, semua.

Semua?

Semua. Macam... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

Saya tanya Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Boleh, boleh...

Tidak, saya jawab macam itu. Saya jawab bahawa kita tidak belanja RM360 juta. RM360 juta itu diberi setelah diluluskan oleh Parlimen.

Tuan Pengerusi

Begini Ahli Yang Berhormat. Begini. Begini Ahli Yang Berhormat. Boleh, boleh...

Ini peraturan mesyuarat...

Okey, tidak apa. Biar Menteri Kewangan akan perjelaskan. Tidak belanja. Kita diberi peruntukan – bila tak belanja...

Tuan Pengerusi, saya bawa peraturan mesyuarat.

...Kita telah diberi peruntukan baru pada tahun 2013 untuk 2012.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Orang tanya lain, jawab lain.

Tuan Pengerusi

Ya, ya.

Tuan Pengerusi, saya nak minta nasihat Tuan Pengerusi...

Tidak, saya beritahu...

...Tentang peraturan mesyuarat...

Tidak, bukan.

...Tidak, tidak. Bila peraturan mesyuarat kena duduk.

Tidak, tetapi kena beritahu peraturan mesyuarat berapa.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

36(12)

36(12), boleh duduk.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin memohon panduan daripada Tuan Pengerusi, apakah Yang Berhormat daripada Arau ini boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menurut 36(12), mana- mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan kebebasan bagi kesalahan tersebut. Apakah Yang Berhormat Arau...

Boleh, saya bersedia dirujukkan dan saya akan rujuk satu-satu pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bohong. Dia kata seluruh Malaysia dan juga di Dewan ini.

Saya tanya Tuan Pengerusi. Saya tanya Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tidak, sekarang hendak cakap macam mana, bahawa duit itu tidak dibelanjakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi lah, biar Tuan Pengerusi.

Habis cerita...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, duduk Menteri. Duduk dulu Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Gombak, duduk dahulu Yang Berhormat Gombak. Ahli Yang Berhormat sebagai respons kepada Peraturan Mesyuarat 36(12), 36(12) ini tujuannya apabila merujuk seseorang tidak... termasuk Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, itu hal berat. Bermakna kita mahu Jawatankuasa itu menyiasat, perkara- perkara yang perlu lagi kita mahu tahu. Sekarang ini pun saya sudah dengar argument on both side, tidak payah dirujuk tetapi harus kita ambil kira juga perkara-perkara yang telah disebut tadi. Saya tidak boleh katakan bahawa Yang Berhormat salah kerana dalam peraturan mesyuarat apabila seseorang Ahli sedang bercakap we must take whatever he says as the truth. Jadi, itu adalah informasi daripada Menteri. Kita dengar, saya mahu dengar lagi nanti apa penjelasan Menteri Kewangan. Selepas itu Peraturan Mesyuarat 99A mengatakan bahawa kalaupun ada kepincangan di mana-mana Mesyuarat kita, berkenaan point of order atau apa-apa. Tidak bermakna bahawa Mesyuarat itu tidak sah, ada perkara-perkara betul. Ini saya nampak 17 lagi kementerian mengambil masa, sudah saya minta berkali-kali selepas daripada Menteri ini menjawab saya serius, saya tidak akan benarkan lagi pencelahan dari wakil rakyat. Termasuk jawapan Menteri-menteri mesti singkat, saya mahu Mesyuarat ini selesai.

Tuan Pengerusi, peraturan tadi, boleh saya bercakap?

Tuan Pengerusi

Kalau peraturan mesyuarat Yang Berhormat, saya akan bagi.

Sekarang ini... Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Duduk dulu Menteri, duduk dulu Menteri.

Saya rasa apabila Tuan Pengerusi kata tadi Peraturan Mesyuarat 36(12) itu adalah sesuatu yang berat. Saya setuju tetapi sebelum kita pergi yang berat itu, Tuan Pengerusi perlu dulu menjelaskan adakah kenyataan itu mengelirukan? Apabila Yang Berhormat Gombak membangkitkan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Kadang-kadang Ahli Yang Berhormat tidak dengar, mungkin tidak faham cakap saya kerana loghat Sabah. Saya kata saya belum dapat buat keputusan kerana saya mahu dengar dulu penjelasan daripada Menteri yang berkenaan. Apa yang difikirkan oleh Menteri sekarang ini ialah informasi dia benar, untuk bawa Ahli-ahli Yang Berhormat kepada jawatankuasa ada tiga perkara yang perlu dipenuhi. Pertama, kenyataan itu tidak betul. Kedua, apabila dia sedar tidak betul, dia tidak perbaiki. Ketiga, dia ada niat untuk mengelirukan. Jadi, firasat saya tidak adalah Menteri ini punyai niat untuk mengelirukan, ada? Ada? Tolonglah.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi kena sebut yang mengelirukan itu.

Tuan Pengerusi

Jangan habiskan masa.

Tuan Pengerusi, masalah besar bila saya bentang itu bukan semua orang ada dalam Dewan ini. Tadi saya bagi tahu RM60 juta itu telah dibelanjakan untuk apa? Saya baca tadi, saya baca satu persatu tadi, yang ditimbulkan saya rasa Yang Berhormat Shah Alam di sini. Tolong cakap benda yang benar, tiada lain melainkan benar. Cakap saya sudah baca belanja RM60 juta untuk apa? Kemudian jadual ini, kita minta jadual yang hari ini, jadual yang lepas RM360 juta yang kita telah keluarkan dalam bulan Ogos 2012. Di sini disebut jadual yang lepas, yang ini kita hendak bincang yang RM60 juta jadual yang ini. [Merujuk lampiran di tangan] Cuba baca

dan tengok Yang Berhormat. Tengok sekali lagi supaya Yang Berhormat faham, pakai specs empat lapis.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat saya tidak dibenarkan lagi perkara ini berlanjutan. This, disputed facts yang nanti ada penjelasan, pernah berlaku dalam Dewan ini pada Parlimen Kedua Belas.

Tuan Pengerusi, saya...

Tuan Pengerusi

Di mana disebut bahawa berapa bilion duit hilang, lepas itu ada penjelasan daripada Kementerian Kewangan.

Akan tetapi yang ini Yang Berhormat Menteri suruh saya pakai specs empat lapis, itu penghinaan Tuan Pengerusi.

Dua lapis cukup. [Ketawa]

Okey, cuma Yang Berhormat Menteri kena bezakan perbelanjaan tambahan dengan peruntukan tambahan. RM360 juta adalah peruntukan tambahan. Saya bersetuju.

Akan tetapi tidak dibelanjakan.

Tidak dibelanjakan.

Kalau...

Ini sekejap lagi, bila Menteri... Duit dipulangkan.

Saya tahu.

Ini Tuan Pengerusi, no, no, no. Nanti sekejap.

Nanti dulu, peruntukan tambahan, bila diluluskan, dia masih kekal di kementerian. Dia tidak disburse atau dia tidak salurkan pada SPR sehinggalah ia digunakan. Saya setuju, saya faham mekanisme itu tetapi kalau ada keperluan, maknanya Menteri jawab sudah belanja RM60 juta, mengapa tidak gunakan syiling yang telah diluluskan itu, RM360 juta. Ambil yang RM60 juta daripada RM360 juta.

Ini Tuan Pengerusi...

Ya, sebab allocation itu untuk SPR.

Ini dia hendak mengajar cara belanja. Ajar Menteri Kewangan sekejap lagi sebab saya hendak kena habis yang saya ini. Menteri Kewangan akan memberitahu cara belanja tetapi inilah cara belanjanya. Kita dapat duit dalam bulan Ogos 2012, saya tidak ada di sini lagi tahun 2012. Ada tetapi tidak pernah baca buku. Ini sebab...

Tuan Pengerusi

Tidak apa Yang Berhormat Menteri, boleh beredar kepada topik lain, biar nanti Menteri yang berkenaan memperjelaskan lagi.

Jadi, Tuan pengerusi peruntukan yang lepas disebut itu jadual yang lepas RM360 juta. Kita bagi dalam bulan Ogos tetapi tidak dibelanjakan oleh SPR, kita belanja dalam tahun 2013 yang mana telah dimasuk dalam belanjawan. Dimasukkan bahawa SPR diberi RM400 juta, belanjawan! Kita release kan duit bulan Januari, itu untuk tahun 2013. Jadi, itu dia punya pergerakan duit yang berlaku. Kalau Yang Berhormat hendak supaya dia belanja cara Yang Berhormat, saya ingat kurang tepat, ini cara yang telah termaktub. Silakan Yang Berhormat Ketereh. [Disampuk] Tidak tanya soalan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri yang ‘keloloh’ lah ini.

[Dewan riuh]

Dia hendak dapat sokongan lah itu.

Saya nampak Yang Berhormat Ketereh berdiri, sebab itu. Saya tidak keloloh, Yang Berhormat lah yang ‘keloloh’. Yang Berhormat terkenal dengan buah keriangnya. Jadi yang pertama sekali, saya hendak ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Eloklah, Menteri buah keriang.

Untuk membincangkan... Jelir lidah Yang Berhormat nampak hitam. [Ketawa] Tuan Pengerusi...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Tuan Pengerusi, betul- betul lah, lihat perangai Menteri macam ini. [Ketawa]

Saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan mengenai Jabatan Perdana Menteri dan marilah kita mengambil iktibar daripada perbahasan-perbahasan yang dibuat. Kami daripada pihak kerajaan cuba sedaya upaya untuk menerangkan sesuatu yang benar melainkan benar, tidak ada niat untuk berbohong dan sebagainya. Kepada semua Ahli Yang Berhormat, saya ucapkan selamat berpuasa, jadi esok kita akan berjumpa lagi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan pengerusi, saya hendak tanya tentang usul yang dibentangkan oleh saya semalam berkenaan dengan merujuk Yang Berhormat Kinabatangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(12).

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Peraturan Mesyuarat 80 dan 81. Saya telah pun hantar surat semalam.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ini masalah kita, apabila ada peraturan mesyuarat walaupun kita tidak ada masa untuk bahas yang telah kita line-up untuk berbahas terpaksa untuk saya respons. Jadi, ini satu masa yang membazir, terpaksa saya respons. Saya telah dengar, saya baca selepas itu saya ambil feedback. Sekarang ini, kalau boleh saya minta Yang Berhormat Kinabatangan berdiri perjelaskan diri dengan ringkas selepas itu saya akan buat ruling. Sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mengenai apa itu Tuan Pengerusi? Isu apa?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kinabatangan, mengenai dengan perkataan- perkataan kafir laknat. Melalui perkataan-perkataan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada. Tidak ada masuk itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang kafir, laknat itu Tuan Pengerusi, itu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Yang mana dia terpaksa...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu check Hansard lah. Check Hansard, ada Hansard kita.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terpaksa tinggalkan Dewan, dia minta saya wakil diri dia untuk bawa usul ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada wakil-wakil. Yang Berhormat Seputeh, apa Yang Berhormat Seputeh punya usul? Saya mahu dengar.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Menteri, yang semalam Yang Berhormat Kinabatangan pada sesi pagi berkata yang DAP menaja blogger seks itu, yang mengarahkan mereka buat semua itu. Ini memang tidak benar, ini fitnah. Jadi, ini adalah memesongkan Dewan dan ini bercanggah dengan 36...

Tuan Pengerusi

Ya, saya faham Yang Berhormat, saya sudah baca Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta maaf sahaja.

Tuan Pengerusi

Duduk Yang Berhormat, yang saya sebut tadi bahawa untuk merujuk seseorang itu di bawah 36(12), kriteria penghabisan mesti ada niat. Nanti dulu, nanti dulu! Jadi, apabila saya baca semua dan cara Yang Berhormat Kinabatangan berhujah itu dia tidak ada niat. Akan tetapi kalau tiada niat juga Yang Berhormat Kinabatangan, kalau tidak ada benar-benar niat bulan puasa ini, tarik sahaja, minta maaf apa salahnya. Inikan bulan puasa. [Disampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, ini bukan soal tarik tidak tarik ataupun hulur tidak hulur. Akan tetapi ini soal apa yang saya bicarakan, saya memang tidak ada niat. Saya berdiri di sini saya katakan kemungkinan, kemungkinan ada, kemungkinan tidak ada. Kalau tidak ada kenapa DAP terasa. Kalau ada bermakna dia kena bertanggungjawablah.

Tuan Speaker...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu yang saya kata.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Boleh duduk dulu Yang Berhormat, saya belum selesai lagi sama Yang Berhormat Kinabatangan. Duduk. Itu sebab Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila berhujah kalau kadang-kadang tidak ada niat main-main pun, apabila berhujah begitu, laporan press lain. Jadi Yang Berhormat Kinabatangan, saya nasihatkan kalau niat tidak ada saya sendiri yang mahu supaya Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik. [Disampuk] Jadi supaya... Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kalau saya cakap begitu janganlah bersorak. Ini kerana untuk semua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Tidak ada siapa, tidak ada yang menang dalam soal ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, sebetulnya kelmarin bukan saya sahaja, Yang Berhormat Bandar Kuching pun tuduh saya macam- macam. Kalau dia boleh tarik, saya tarik balik. Saya tidak kisah, kalau dia tidak tarik...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tarik balik, tarik balik!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You tarik dulu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Gentleman, saya tarik baliklah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tarik dulu!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Apa yang saya tuduh you, saya tarik baliklah! You tidak tarik balikkah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tariklah, okeylah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Jangan buang masa lah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okeylah.

Tuan Pengerusi

Okey.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You tarik, saya tarik, okeylah.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

It’s like small world talking.

Tuan Pengerusi

Okey, terima kasih. [Ketawa] Yang Berhormat Seputeh isu selesai ya? [Tepuk] Ya isu selesai?... Peraturan mesyuarat lagi? Okey.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ya, peraturan mesyuarat Tuan Pengerusi. Itu satu peraturan mesyuarat yang lain. Saya merujuk kepada Perkara 67, peraturan membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dan Menimbangkan Anggaran-anggaran Pembangunan Tambahan. Perkara 67(6), dan 67(7). “67(7)(a) Hendaklah diuntukkan selebih-lebihnya tiga hari bagi membincangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan serta Anggaran Pembangunan Tambahan di peringkat Jawatankuasa...”

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya hendak meminta Tuan Pengerusi untuk memberikan sedikit respons dan supaya ini tidak dijadikan satu precedent. Sebab Peringkat Jawatankuasa ini saya nampak kalau penggal lepas kita diperuntukkan dua atau tiga hari kalau peruntukan tambahan. Akan tetapi untuk kali ini hanya diperuntukkan satu hari. Kalau semalam start baru satu hari dalam satu, dua jam. Saya rasa dalam bulan Ramadan ini adalah tidak adil kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang beragama Islam. Selepas berbuka puasa mereka kena pergi tarawih. Malam ini kena mungkin sampai larut malam kita bersidang.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya lihat takwim untuk tahun ini Tuan Pengerusi, hari persidangan kita hanya dalam 50 hari sahaja, ini berkurangan daripada tahun-tahun yang lepas. Jadi saya minta Tuan Pengerusi supaya buat satu ruling supaya tidak dipendekkan hari persidangan. Ini sebab saya rasa tidak adil kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berhujah dan membawa isu-isu ke dalam Parlimen dan kena berbahas 17 kementerian dalam satu hari. Saya minta Tuan Pengerusi pertimbangkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Kenapa Yang Berhormat bangkitkan itu ialah mengenai dengan satu hal, masa. Masa ini kalau kita layan perasaan kita masing-masing setahun kita bersidang pun tidak habis, tidak selesai. Itu sebab kenapa saya minta kadang-kadang kalau perlu mencelah, celah, kalau tidak, tidak apa. Jangan bertengkar dengan soal-soal remeh. Ahli-ahli Yang Berhormat sudah tahu bahawa beberapa hari yang lalu kita hampir terpaksa berhentikan clock. Mengenai dengan soal kita pendekkan ataupun kita panjangkan bukan itu soal penting umpamanya. Untuk hari ini kita fikir bahawa tidak ada perkara seperti begini. Itu sebab jawapan Menteri Peringkat Dasar kita kasi empat hari. Mula-mula kita jangka tiga hari, itu pun empat hari hampir tidak selesai. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang adjust diri masing-masing. Di mana-mana democratic world pun bukan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat bercakap. Itu sebab saya mahu shadow Cabinet. Harus faham dengan itu. Jadi sekarang ini Jabatan Perdana Menteri belum siap, saya jemput Yang Berhormat Jerai...

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Pengerusi, saya mohon respons berhubung dengan usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kota Bharu, Peraturan Mesyuarat 36(4)

[Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini berhubung dengan penggunaan perkataan “kafir laknat” oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tahu Yang Berhormat Kota Bharu tidak ada, akan tetapi dia minta saya untuk bertanya kepada Tuan Pengerusi boleh tidak?

Tuan Pengerusi

Okey Yang Berhormat, saya ada terima nota. Mengenai dengan soal usul-usul ini, itu sebab kita perlu notis dan begitu juga peraturan mesyuarat kita, kalau pun kita umpamanya Yang Berhormat berbahas pagi, selepas itu saya janji tengah hari boleh sambung. Apabila Yang Berhormat tidak datang pada waktu yang ditetapkan, selepas itu ada orang sudah dipanggil untuk berbahas, Yang Berhormat tidak akan dapat balik kepada saya, “Eh, saya punya belum selesai, saya sambung the promise”. Itu peraturan mesyuarat. Habis. Ini bermakna apabila dia tidak ada, habis di situ sahaja, tidak boleh ditransfer... [Ketawa]

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, baik terima kasih Tuan Pengerusi. Namun demikian saya rasa perkataan kafir laknat itu memang satu perkataan yang unparliamentary dan saya mintalah jasa baik Tuan Pengerusi, walaupun tidak ada usul yang secara khusus oleh Yang Berhormat Kota Bharu untuk membawa, saya minta Tuan Pengerusi untuk menasihati Yang Berhormat Kinabatangan supaya jangan lagi mengulangi kenyataan-kenyataan yang sebegitu. Kalau boleh minta dia minta maaf. Lagi baik.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, saya ingin menyokong usul itu sebab saya rasa pandangan itu

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa perkataan itu agak terlalu keras kerana dari segi Islam pun ia tidak sesuai.

Bila ada usul? Usul tidak ada.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih. Jangan lagi... Terima kasih. Jangan lagi dipanjangkan. Yang Berhormat Kinabatangan, Speaker sendiri yang minta bulan Ramadan ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, tadi sudah. Sebetulnya benda itu tidak berlaku. Saya cakap check dengan Hansard. Kalau ada Hansard, Tuan Yang di-Pertua ada hak minta saya. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi

Ada sama tidak ada bulan Ramadan ini kalau umpamanya menyakiti hati kawan-kawan, tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bulan Ramadan memang maaf memaafkan. Saya maafkan siapa yang salah dengan saya. [Ketawa] Saya tidak ada rasa marah pun dengan siapa-siapa. Biarpun Yang Berhormat Shah Alam ini terlampau jahat, akan tetapi saya maafkan dia.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab bulan Ramadan Tuan Pengerusi.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan sekadar bermaaf-maafan di bulan Ramadan, kita pun jangan buat jahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak buat jahat.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini Yang Berhormat Kinabatangan buat jahat, semalam Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Shah Alam selalu jahat.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia cakap perkataan “kafir laknat”, jelas semua dengar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada, siapa semua dengar, Tuan Speaker tidak dengar ketika itu.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya duduk di hujung ini pun mendengarnya Tuan Speaker.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kinabatangan, jangan libatkan sama ada dengar atau tidak. Cakap sahaja sama Yang Berhormat Shah Alam, tengok mata dia dengan di sini Yang Berhormat Parit Buntar kata...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya dengar, saya yang di hujung sini pun mendengarnya.

Tuan Pengerusi

Sudahlah, tarik balik saya minta maaf kalau ada.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya sudah, saya sudah maafkan Yang Berhormat Shah Alam Tuan Pengerusi, tidak ada apa-apa masalah.

Tuan Pengerusi

Sama Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak, tidak.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu pun saya maafkan juga.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bukan! Saya tidak minta maaf [Ketawa] Saya minta...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya maafkan semua.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Kinabatangan, minta maaf pada semua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya terbuka, tidak ada apa-apa terguris di hati. [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Ini faham. Faham Ahli-ahli Yang Berhormat. Kadang-kadang personaliti ada cara tersendiri. Dalam hati dia memang suruh minta maaflah itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita faham, mungkin dia malu, dia sudah kena minta maaf dua kali, dia tidak sanggup.

Tuan Pengerusi

Sila, sila Yang Berhormat Jerai.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini lagi sangkaan jahat Tuan Pengerusi, tengok baru minta maaf sudah buat begini pula.

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Seremban apa lagi?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Pengerusi, saya minta tadi point yang saya bangkitkan tadi, saya harap Tuan Pengerusi boleh mengambil pertimbangan.

Tuan Pengerusi

Ya, ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terutamanya untuk sesi belanjawan akhir tahun ini, supaya panjangkan hari persidangan. Saya harap ini dapat dipastikan. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu saya sokong Tuan Pengerusi, sebab saya pun masa.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan ambil kira. Saya akan ambil kira oleh kerana kita juga harus ambil kira bahawa December and January itu adalah cuti sekolah. Ada juga pegawai-pegawai kerajaan yang terpaksa bawa anak untuk cuti. Jadi Ahli Parlimen ini cuma 222 orang. Manusia yang terlibat berpuluh ribu. Jadi jangan keselesaan Yang Berhormat sahaja. Adjust timing sendiri. Kalau mahu bercakap setengah jam, bercakap 10 minit, boleh kita atur, boleh. Pada ketika ini pula pilihan raya kita lambat. Biasanya kita bersidang awal, April. Itu sebab. Sila Yang Berhormat Menteri. Saya harap jangan ada gangguan lagi. Yang lain secara bertulis sahaja. Setuju.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Parit Sulong yang menyentuh perkara-perkara berkaitan TV AlHijrah dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2012 (2013) di Peringkat Jawatankuasa ini. Tuan Pengerusi, penjelasan saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut. Apakah status sebenar TV AlHijrah? Adakah ia sebuah syarikat swasta ataupun ia ditadbir oleh satu lembaga. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memenuhi tanggungjawab terhadap umat Islam yang merupakan 63% penduduk di negara ini untuk memenuhi permintaan masyarakat terhadap rancangan-rancangan keagamaan, maka lahirlah sebuah TV Islam pertama yang bersiaran secara percuma, free to air, dengan izin, di negara ini. Selain daripada itu, semasa Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada 21 Mei 2008, Baginda Tuanku Yang di- Pertuan Agong melahirkan hasrat ingin melihat penubuhan sebuah saluran TV Islam di negara ini.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Berikutan itu penubuhan saluran TV Islam telah diumumkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ataupun ringkasnya MKI Ke-49 pada 19 Jun 2009 dengan menyebut nama TV JAKIM yang kemudiannya dikenali dengan TV AlHijrah dan telah menjadi sebuah agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. TV AlHijrah diurus tadbir oleh AlHijrah Media Corporation sebuah syarikat berhad menurut jaminan ataupun public company limited by guarantee, dengan izin yang tiada pemegang saham. Kedua, berapakah pulangan yang dapat daripada segi pengiklanan yang dibuat oleh TV AlHijrah? Oleh kerana TV AlHijarah hanya menerima sejumlah peruntukan yang terhad daripada kerajaan setiap tahun, maka sumber pendapatan dari iklan adalah perlu bagi menampung perbelanjaan operasinya. Setakat ini TV AlHijrah telah memperoleh pendapatan daripada sumber iklan sebanyak RM14.6 juta iaitu RM4.4 juta pada tahun 2011, RM4.2 juta pada tahun 2012 dan RM6 juta pada tahun 2013 sehingga Jun yang ada sekarang. Seterusnya yang ketiga, siapakah yang berada di dalam pengurusan TV AlHijrah? Apakah mereka terdiri daripada orang yang profesional dan mempunyai latar belakang dalam bidang media elektronik? TV AlHijrah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Tuan Haji Bukhari Che Muda yang berpengalaman luas di bidang media dan penyiaran. Seterusnya, apakah perbezaan konsep antara TV AlHijrah dengan TV yang ada sekarang? Bagaimana pendekatan TV AlHijrah? TV AlHijrah menjadi stesen TV berkonsepkan Islam sepenuhnya yang pertama dan bersiaran secara percuma di Malaysia yang menyiarkan kandungan yang berkualiti dan kreatif serta mengajak masyarakat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan. Misi ini dapat dicapai melalui penyiaran kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama animasi kanak-kanak, berita hal ehwal semasa, hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam. Kandungan juga dipastikan menarik, bermaklumat serta sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimana dengan sambutan daripada kalangan penonton? Apakah rating TV AlHijrah? Sehingga hari ini TV AlHijrah jumlah tontonan harian ialah sebanyak 1.4 juta penonton. Seterusnya, adakah boleh ditonton oleh rakyat di seluruh Malaysia? Sehingga hari ini TV AlHijrah mempunyai sepuluh buah pemancar yang terletak di kawasan-kawasan seluruh Malaysia bagi memberikan ruang untuk dapat penyiaran, untuk dapat diterima di seluruh Malaysia yang diluluskan oleh SKMM. Selain daripada itu TV AlHijrah dapat ditonton melalui saluran 114 Astro, HyppTV, NJOI dan 1Malaysia TV. Seterusnya, nyatakan peratusan rancangan-rancangan yang disiarkan dalam TV Al-Hijrah bidang agama, forum, hiburan dan lain-lain. Oleh kerana rancangan yang bersiaran tertakluk kepada perubahan dan pindaan daripada semasa ke semasa maka anggaran peratusan program yang disiarkan dalam tempoh seminggu adalah seperti berikut: | Program |Peratusan| |----------------|---------| |Kuliah Agama |22% | |Bual Bicara |7% | |Berita |7% | |Majalah |11% | |Dokumentari |9% | |Drama dan nasyid|15% |<END_TABLE_MARKER>

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

| Animasi Kanak-kanak |11% | |---------------------------------------------|----| |Kapsul (commercial break), azan dan lain-lain|18% | |Jumlah |100%|<END_TABLE_MARKER> Tuan Pengerusi, saya rasa itulah sahaja perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi yang berkaitan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah mengambil bahagian dengan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan SPAD semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2012 (2013) di peringkat Jawatankuasa semalam. Jadi saya hanya ada dua isu Tuan Pengerusi. Pertama iaitu mengenai permit teksi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Pokok Sena di mana Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Pokok Sena inginkan maklumat mengenai jumlah permit teksi individu dan juga syarikat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini sehingga 30 Jun 2013, jumlah keseluruhan permit teksi yang telah dikeluarkan di seluruh Semenanjung Malaysia ialah 82,179. Jumlah ini merangkumi permit teksi bagi kategori- kategori kereta sewa, kereta sewa pandu pelancongan dan kereta sewa pandu, teksi bajet, teksi eksekutif, teksi lapangan terbang dan teksi mewah ataupun limousin. Untuk nisbahnya pula yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu, nisbahnya ialah 40.43% permit dimiliki individu dan 59.57% permit yang dimiliki oleh syarikat. Ini adalah kerana kita mengambil kira kereta sewa pandu pelancongan ataupun kereta sewa pandu. Seterusnya permit teksi individu yang membebankan pemohon kerana terpaksa membeli kereta proton Exora melalui SPAD. Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Ingin saya nyatakan di sini Yang Berhormat Pokok Sena yang telah mendakwa bahawa pemberian permit teksi individu baru yang diumumkan adalah membebankan pemohon kerana terpaksa membeli kenderaan kereta proton Exora melalui SPAD. Beliau juga telah mengatakan bahawa proses ini adalah sama seperti yang diamalkan oleh syarikat-syarikat teksi sedia ada. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga para pemandu teksi di luar sana bahawa anggapan ini adalah salah. Saya harap Yang Berhormat Pokok Sena ambil kira isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena ini merujuk kepada pemberian permit teksi individu di bawah program Teksi 1Malaysia ataupun TEKS1M yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Mac yang lepas iaitu semasa beliau mengumumkan mengenai TEKS1M ini. Untuk Program TEKS1M tersebut sebanyak 1,000 permit teksi individu telah diperuntukkan untuk diagihkan kepada individu. Daripada jumlah tersebut setakat ini sebanyak 500 permit telah diberikan. Jadi melalui Skim TEKS1M ini, pengendali teksi individu sebenarnya berpeluang untuk memiliki teksi proton Exora tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang pendahuluan. Itu Yang Berhormat Pokok Sena. Mereka hanya perlu membayar bayaran balik pinjaman kenderaan serendah RM1,080 sebulan iaitu bersamaan dengan RM36 sehari untuk tempoh pinjaman selama lima tahun atau RM780 sebulan bersamaan dengan RM26 sehari untuk tempoh pinjaman selama tujuh tahun.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Pembayaran balik pinjaman adalah termasuk kos insurans, kenderaan komprehensif untuk tahun pertama dan perlindungan insurans kemalangan diri bagi pemandu. Selain itu pakej penyelenggaraan kenderaan yang berpatutan turut disediakan kepada pemandu yang berminat sebagai pilihan. Jika dibandingkan dengan Skim Sewa Beli dan syarikat teksi sedia ada, pemandu teksi perlu mengeluarkan wang pendahuluan sekitar RM5,000 untuk memiliki teksi Saga BLM ataupun 70% pemandu teksi menggunakan kenderaan ini kerana harga yang rendah. Selain itu mereka dikenakan bayaran sekitar RM1,350 sebulan bersamaan dengan RM45 sehari selama lima tahun untuk menjalankan perkhidmatan teksi tersebut. Melalui Skim Sewa Beli yang disediakan, teksi ini hanya dilindungi oleh perlindungan insurans pihak ketiga sahaja. Setelah tamat tempoh kontrak pemandu akan memiliki kenderaan terbabit manakala lesen teksi akan tetap dimiliki oleh syarikat teksi. Selain daripada itu 1,000 penerima lesen individu TEKS1M akan menerima geran sebanyak RM5,000 daripada Yayasan Rakyat 1Malaysia untuk digunakan sebagai wang pendahuluan kenderaan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Jadi, ini bukan membebankan, malah membantu lagi pemandu teksi tersebut. Jadi, penerima permit ini juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan skim pembiayaan teksi ini iaitu skim pembiayaan khas dengan BSN dan skim pinjaman sewa beli biasa dengan mana- mana institusi kewangan yang sedia ada. Melalui skim pembiayaan khas dengan BSN ini pemilik teksi akan dapat memperoleh manfaat-manfaat seperti berikut iaitu kadar faedah tetap sebanyak 2% setahun dan tempoh pinjaman maksimum sehingga tujuh tahun dan pembayaran balik boleh dilakukan dalam bentuk bulanan ataupun mingguan. Jadi, banyak lagi syarat-syarat permit teksi ini yang boleh membantu kerana soalan ini begitu ringkas. Jadi, itulah jawapan saya, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM60,000,000 untuk Maksud B.4; RM366,948,598 untuk Maksud B.6; dan RM150,000,000 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM60,000,000 untuk Maksud B.4; RM366,948,598 untuk Maksud B.6; dan RM150,000,000 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.11, B.12 [Jadual] – Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh tentang P.10, Butiran 09000 di mana RM298 juta adalah diberi kepada KTM. Saya rasa Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Pekan telah berjanji untuk menjalankan sistem

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

tender terbuka dalam semua perolehan kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan rasuah. Akan tetapi kebelakangan ini, rasanya kerajaan kita berniat untuk memberi satu kontrak untuk membina sistem rel yang baru di Iskandar Malaysia yang melingkungi 20 stesen kepada sebuah syarikat yang bernama Steel Manufacturer Malaysia Steel Works (KL) Bhd. (Mansteel) tanpa tender terbuka. Kontrak ini rasanya akan ditawarkan kepada mereka, sekali lagi melalui rundingan terus. Kontrak ini bernilai RM1 bilion dan kerajaan kita akan memberi satu pinjaman wang sebanyak RM700 juta. Jadi, di sini saya hendak tanya dua soalan. Satu adalah kenapa kontrak untuk sistem rel yang baru di Iskandar Malaysia ini tidaklah diberikan secara tender terbuka. Kedua, sekiranya kerajaan kita berniat untuk membekalkan satu modal sebanyak RM700 juta, buat apa kita menswastakan projek ini lagi? Lebih baik kerajaan sendiri yang buat projek ini. Kalau ikut kandungan untuk perjanjian konsesi ini, tempoh konsesi ini adalah sepanjang 37 tahun tetapi syarikat ini akan break even, dengan izin, dalam tempoh masa 12 tahun. Saya percaya bahawa sekiranya kita menawarkan kontrak ini melalui tender terbuka, ada kemungkinan yang besar bahawa tempoh konsesi ini akan dipendekkan. Tidak perlulah 37 tahun. Mungkin 27 tahun ataupun 25 tahun sudah mencukupi. Jadi, saya mintalah satu penjelasan kerajaan kerana saya rasa kontrak ini belum ditandatangani lagi. Jadi, masih ada ruang untuk kita memberikan kontrak ini melalui tender terbuka. Yang kedua, saya juga hendak sentuh tentang Maksud B.11 iaitu peruntukan sebanyak RM3 bilion telah dikeluarkan untuk menampung bayaran subsidi barangan petroleum. Saya rasa saya tidak ada halangan untuk memberi subsidi untuk barangan petroleum. Akan tetapi di kawasan Kulai apabila sampai hujung bulan, tiap-tiap bulan kita menghadapi bahawa masalah kesuntukan diesel di kawasan Kulai. Jadi, ini telah amatlah menyusahkan mereka yang menggunakan kenderaan yang pakai diesel terutamanya mereka yang pakai lori ataupun pekebun-pekebun yang perlu diesel ini untuk perniagaan mereka. Jadi, di sini saya juga hendak minta perhatian Yang Berhormat Menteri dan juga supaya bolehlah kita mencari satu penyelesaian untuk masalah kesuntukan diesel pada hujung bulan di kawasan Kulai. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin berbahas merujuk kepada Maksud B.11 tentang bayaran subsidi barangan petroleum tahun 2012. Yang Berhormat Menteri, saya dapat jawapan dari Dewan iaitu tentang kekurangan diesel ini. Jawapan yang saya terima ini dikatakan memang tidak ada kekurangan diesel. Akan tetapi saya sependapat dengan Yang Berhormat Kulai. Memang ini berlaku terutamanya di negeri Melaka dan Johor. Kita sedia maklum bahawa kekurangan diesel amat ketara terutama semasa hujung bulan. Hampir tiap-tiap stesen atau petrol kiosk yang kita pergi pun nampak katakan diesel sudah habis. Sebab itu saya ingin tanya...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tambah bahawa tentang masalah ini bukan hanya di Melaka dan di Johor. Saya rasa di banyak tempat pun berlaku, di Seremban pun berlaku. Minta supaya diambil pertimbangan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan. Ia berlaku di Sarawak juga. Di Sarawak, semua bandar Kuching, Serian, Bintulu, Sibu, Miri, semua tempat pun berlaku, khususnya pada hujung bulan. Hujung bulan lebih, tiap-tiap hujung bulan tak ada diesel.

Serius lagi, setengah bulan sudah habis.

Di Sabah pun.

Yang long queue mahu satu hari baru boleh satu pengangkutan baru boleh isi RM20 sahaja. Jadi, semua yang pengangkutan pun sudah mahu collapse sudah itu industri, Tuan Pengerusi. Jadi, sila ambil perhatian ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Pengerusi, saya ingat semua ini masuk dalam ucapan saya supaya dapat dijawab sekali gus oleh Yang Berhormat Menteri. Dalam jawapan katakan tidak kekurangan dan kita sedia maklum memang ada sindiket yang ambil kesempatan ini. Mungkin dengan kerjasama mana-mana pihak termasuk pihak dengan pengusaha kiosk petrol. Ini kerana kita sentiasa diberitahu ada lori-lori yang ada tangki tambahan untuk mereka boleh isikan diesel ini dan untuk kegunaan yang lain-lain. Jadi, saya minta satu jawapan dari kementerian tentang penguatkuasaan dan kawalan, bagaimana mengawal dan memantau tentang kegunaan diesel ini. Kita tidak mahu yang perlu guna punya tidak dapat diesel. Yang diesel ini sudah disalahgunakan oleh pihak tertentu. Saya minta satu jawapan yang lebih detil. Bukan hanya katakan kita ada beberapa langkah untuk kita pantau tetapi kalau cara pantau ini boleh berkesan, kita tidak akan menghadapi kekurangan diesel. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Mokhtar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya pun sedikit sahaja Tuan Pengerusi iaitu berhubung dengan seperti yang dibangkit oleh rakan-rakan. Di Sandakan pun berlaku begini Tuan Pengerusi. Ini rasa saya disebabkan kekurangannya pemantauan daripada penguat kuasa dan ini ekoran daripada tidak adanya marker yang dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Pengguna dengan Kementerian Kewangan, maka berlakulah penyelewengan diesel berleluasa sebegini sehingga kita jam, queue sampai lima batu Tuan Pengerusi di Sandakan. Sebab satu minggu satu kali berlaku, jadi ini menggerunkan pengguna-pengguna diesel khususnya. Kadang-kadang petrol pun begitu. Boleh isi RM20. RM20 tak sampai pergi kampung sahaja Tuan Pengerusi. Orang Sabah cakap ‘ampai-ampai’ kita tengah jalan. Jadi, ini harus diambil kira oleh kementerian supaya mengambil langkah yang drastik untuk menentukan bahawa segala diesel subsidi yang diberi oleh kerajaan ini dapat kita pantau, dapat kita manfaat untuk kepentingan rakyat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu perkara yang hendak saya bangkitkan iaitu berkenaan dengan Maksud B.11 untuk menampung bayaran subsidi barangan petroleum. Tuan Pengerusi, di kawasan Manjung negeri Perak, paip besar untuk bekalan gas telah siap lebih 10 tahun tetapi sampai hari ini tidak ada bekalan gas ke tempat kawasan perindustrian di Manjung dan banyak industri yang hendak dibina ataupun dimajukan di tempat tersebut tidak dapat di jalankan kerana masih menunggu bekalan gas. Ingin tahu daripada pihak kerajaan, bilakah gas akan sampai di kawasan Manjung yang paipnya sudah siap disediakan.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Sandakan

Tuan Pengerusi, saya ada telah sampai soalan tentang perkara ini. Ini isu kurang diesel tetapi Menteri berkenaan dia tidak jawab, sebenarnya kita yang pergilah. Mungkin ini satu sebab ini adalah syarikat- syarikat yang beri kuota untuk menghantar komuniti dumping punya ada jadi masalah. Kita mahu tahu sebagai macam Sandakan kita tahu ada lapan syarikat yang ada kuota ini. Jadi kita pun tanya, ini berapa kuota yang telah diberi setiap syarikat ini tetapi kita tidak dapat jawapan. Ini kerana pada masa yang kurang diesel, orang awam tidak dapat tetapi ini dumping punya syarikat, dia sentiasa boleh dapat diesel itu. Dia beli dalam ini angkat diesel

seramai-ramainya. Ini kita hairan. Ini kita harap Menteri berkenaan boleh memberi penjelasan bagaimana ini syarikat dumping ini boleh dapat minyak ini.

Tuan Pengerusi

Kalau tiada lagi, Menteri sila.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Sandakan, tetapi sebelum saya memberi jawapan, izinkan saya ingin memaklumkan mengapakah berlaku permohonan tambahan RM3.3485 bilion ini. Ini adalah mengenai bayaran subsidi gas cecair, LPG, diesel, petrol. Saya ingin menjelaskan bahawa pada tahun 2012 semasa kita mengunjurkan bajet sebulan penggunaan petrol RON95 ialah 1.052 bilion liter. Tadi ditanyakan tentang diesel tetapi yang sebenarnya petrol RON95 digunakan sebulan, yang sebenar 1.267 bilion liter sebulan. Anggaran kita 1.052 tetapi yang sebenar 1.267 bilion liter sebulan. Itu RON95 sebab ada subsidi dan kereta pun semakin banyak menggunakan subsidi ini. Diesel yang ditanyakan oleh Ahli-ahli Parlimen empat kawasan, Ahli-ahli Yang Berhormat empat kawasan, anggaran kita 791 juta liter sebulan tetapi penggunaan 875 juta liter sebulan. Jadi ini di antara punca kenapa selain daripada penguatkuasaan, kerana pertambahan penggunaan diesel. Itu di antara punca mengapa diesel kurang di tempat- tempat yang tertentu yang dimaklumkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Kulai, Kota Melaka, Kinabatangan, Beruas dan juga Sandakan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh minta sikit penjelasan tentang kegunaan. Ini ada komersial dan kenderaan awam semua termasuk. Industrial result.

Ini semua masuk. Semua sekali. Angka yang saya bagi ini semua sekali, seluruh dan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Adakah agihan tentang peratusan dia atau berapa kepada komersial dan berapa ke kegunaan awam. Oleh sebab itu, adakah dia punya peratusan, berapa yang sepatut untuk permintaan dari kegunaan komersial dan berapa untuk kegunaan awam.

Ya Yang Berhormat Kota Melaka. Hal tentang penguatkuasaan diesel ini, peratusan itu saya akan bagi kemudian secara bertulis. Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang akan memantau dan sedang memantau mengenai yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Saya telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan tentang maksud diesel dan juga petrol bagaimana cara mengurangkan dari segi subsidi dan sebagainya. Maka, Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan memanggil satu mesyuarat dengan agensi- agensi yang berkaitan seperti KPDNHEP, kastam dan juga pihak-pihak yang terbabit, pihak industri untuk mengatasi masalah ini. Perkara ini memang dalam pengetahuan kami. Sila Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, penjelasan. Yang Berhormat, saya pernah mengalami masalah kekurangan diesel dan sebagainya dalam 2-3 tahun ini. Apakah untuk pihak kementerian dapat menyelaraskan keadaan seumpama ini memandangkan kita pun pengeluar minyak yang banyak dan kita beli minyak yang kurang kualiti pun banyak juga. Mengapa hal ini boleh berlaku berbulan-bulan?

Ya negara kita, saya ingin maklumkan di sini tadi disebut tentang mengeluarkan minyak dan sebagainya. Banyak soalan-soalan diberikan sebelum ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengapa kita negara pengeluar minyak dan harga minyak kita bagaimana. Saya ingin memaklumkan bahawa harga minyak di Malaysia ini, harga petrol di Malaysia ini. Malaysia adalah negara nombor lapan petrol paling murah dalam dunia. Nombor lapan paling murah. Negara yang paling murah Venezuela, lepas itu Saudi Arabia, Kuwait, Egypt, United Emirates, Iran, Nigeria, yang kelapan Malaysia daripada seluruh 227 buah negara dalam dunia, Malaysia nombor lapan paling murah. Kenapa paling murah? Ini kerana kita bagi subsidi. Berapakah subsidi yang

kita bagi, diesel sebab kita bincang fasal diesel, 1 liter 90.4 sen. Rakyat membeli RM1.80 seliter. Sepatutnya rakyat bayar RM1.80 + 90.4 sen seliter diesel. Sepatutnya rakyat bayar RM2.74 sen tetapi oleh sebab Kerajaan Barisan Nasional baik dengan rakyat, kita jual cuma RM1.80 sen. Itu menyebabkan harga kita nombor lapan paling murah dalam dunia. Jadi, jumlah subsidi ini begitu besar jumlahnya dan akibat daripada perbezaan harga yang berlaku, contohnya harga minyak mentah. Anggaran bajet 2012, USD110 setong...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Akan tetapi apa yang berlaku pada tahun 2012, yang sebenar USD118.65 setong. Oleh itu anggaran kita lari daripada unjuran bajet. Oleh sebab itu kita perlu bajet tambahan. Saya kira itu - Ya, Silakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sikit. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun harga diesel itu sangat kurang, itu adalah bagus untuk rakyat kita tetapi dengan sekali gus sedemikian, banyak penyeludupan juga jadi di mana diesel diseludup ke negara-negara jiran kita. Apakah, betulkah anggaran sebanyak lebih daripada RM500 juta dibazir setiap tahun dengan penyeludupan diesel-diesel ke Thailand, ke negara-negara rantau di sini.

Tuan Pengerusi, siapa sangka keluar soalan- soalan sebegitu rupa dan saya tidak mahu menjadi expert dalam perkara yang saya bukan. Akan tetapi percayalah bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga Kastam akan menguatkuasakan segala perkara tentang penyeludupan ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh.

Kenapa berlaku penyeludupan kerana negara lain tidak ada subsidi, negara kita ada subsidi. Oleh kerana itu negara kita mudah maka diseludup ke Singapura, diseludup ke Thailand menggunakan segala tangki umpamanya dua tangki dan sebagainya yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Silakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh? Sikit sahaja. Saya difahamkan bahawa KPDNKK telah mengemukakan satu cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk ditimbang. Ini untuk diguna pakai bagi memastikan subsidi yang dibiayai oleh kerajaan ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya tetapi tindakan daripada Kementerian Kewangan terlalu lambat. Yang Berhormat kata tadi baru nak mesyuarat tetapi ianya memakan waktu yang lama dan sepatutnya kerajaan bertambah rugi dan rugi dalam subsidi ini. Jadi apakah Yang Berhormat mengambil langkah yang tertentu meminta kementerian supaya mengambil tindakan yang segera dalam memutuskan perkara-perkara penting yang melibatkan rakyat dan negara. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kita telah pun meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk menyegerakan mesyuarat yang berkaitan. Sedikit lagi, RON95, saya nak kongsikan tentang subsidi, alang-alang kita dah menyebut tentang subsidi ini. Sekarang harga RON95 ialah RM1.50, sepatutnya rakyat membayar RM2.80 tetapi oleh kerana kerajaan bagi 90 sen satu liter subsidi, maka rakyat hanya membayar RM1.90. Satu lagi yang menarik ialah LPG iaitu gas memasak. Sepatutnya rakyat membayar RM47.46 untuk 14 kilogram LPG yang tong warna hijau, biru, kuning itu tetapi rakyat cuma membayar RM26.60 satu tong 14 kilo kerana kerajaan memberi subsidi RM20.86 14 kilo yang mana kita guna untuk memasak di rumah-rumah. Itu menunjukkan bahawa RON95, diesel dan LPG adalah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Saya rasa tidak ada apa-apa lagi perkara yang dibangkitkan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Gas-gas ke Manjung. Paip sudah ada lebih 10 tahun.

Paip pasang untuk gas kepada kawasan industri di Manjung.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sudah disiapsediakan. Setiap tahun saya tanya dikatakan tak ada bekalan lagi, tak ada bekalan lagi. Perak kemunduran kerana kerajaan tak bertindak. Jadi saya mahu tahu kenapa. Bila bekalan gas ini akan sampai.

Ya, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih, itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,348,503,400 untuk Maksud B.11; dan RM2,375,673,200 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,348,503,400 untuk Maksud B.11; dan RM2,375,673,200 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM298,600,980 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM298,600,980 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Kementerian Luar Negeri, Kepala Bekalan B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan di bawah Maksud B.13 ini kenapakah anggaran asal untuk Forum Ekonomi Islam Sedunia Kelapan ini hanya dianggarkan RM450,000 sahaja tetapi tambahan yang diperlukan ialah RM9,047,400. Kenapa jauh berbeza daripada anggaran asal. Kenapakah jumlah sebegitu banyak diperlukan sekarang sungguhpun tidak dianggarkan pada asalnya.

Tuan Pengerusi

Sila.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya melihat kepada perkara ini iaitu tambahan RM9 juta untuk menganjurkan Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-8. Kalau kita lihat dalam statistik yang ada, Malaysia telah menganjurkan empat kali forum ini. Tahun 2005 di Kuala Lumpur, tahun 2007 di Kuala Lumpur, tahun 2010 di Kuala Lumpur dan tahun 2012 di Johor Bahru dan forum ini ditubuhkan ekoran daripada Forum Perniagaan OIC kali pertama dan kali kedua pada 2003 dan 2004. Isu yang berbangkit ialah kalau dilihat kepada resolusi persidangan yang pertama, yang kedua, yang ketiga dan yang keempat yang diadakan di Malaysia, saya mahu bertanya tentang hasil. Kalau dilihat kepada persidangan yang pertama, persidangan itu adalah bertujuan untuk mewujudkan Islamic free trade agreement yang akan membawa kepada mewujudkan Islamic common market.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Jadi apakah hasil cadangan itu. Termasuk juga untuk menubuhkan Forum Ekonomi Islam Sedunia UiTM International Centre yang ditempatkan di UiTM MARA, kemudian yang ketiga ialah mengadakan economic summit untuk fokus langkah-langkah praktikal di kalangan negara-negara umat Islam untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara umat Islam. Baik, itu daripada sudut objektif ataupun resolusi yang telah dicapai dalam persidangan sebelum. Jadi apakah hasilnya daripada keseluruhan persidangan itu dan apa pula natijah keuntungan yang diperolehi dari negara-negara umat Islam yang saya lihat rata-rata masih lagi berada dalam kelompok negara dunia ketiga termasuklah nasib negara dan umat Islam di seluruh dunia yang berada dalam konflik dan juga krisis yang berpanjangan sekarang ini seperti di Palestin, di Rohingya, Syria dan terbaru negara yang sedang mengalami pergolakan iaitu Mesir, itu yang pertama. Yang kedua, perbelanjaan sebanyak RM9 juta bagi penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia kali ke-8 ini, keputusannya ialah dalam persidangan kali ketujuh di Astana di Kazakhstan pada tahun 2011 seperti mana yang biasalah dipraktis dalam persidangan sebelum, di akhirnya resolusi untuk mengadakan persidangan berikut. Sepatutnya Malaysia telah mempunyai anggaran awam tentang kos yang membabitkan penganjuran termasuklah logistik dan sebagainya tapi kenapa Kementerian Luar Negeri memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM9 juta bagi penganjuran ini sedangkan anggaran asalnya ialah RM450,000. Jadi ini satu jurang yang sangat jauh dan sangat ketara perbedaannya. Malah setiap kali penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia ini, memang terdapat konglomerat-konglomerat yang menajanya contohnya di Malaysia, penglibatan beberapa syarikat yang berkaitan. Kalau kita lihat Iskandar Malaysia, Sime Darby, Bank Islam, Maybank, Johor Corporation dan juga UEM Berhad, sama ada mereka ini akan menjadi rakan strategik ataupun pembiaya di peringkat platinum, emas ataupun perak, mereka juga adalah yang terlibat untuk menaja secara keseluruhan forum ini. Lebih ironisnya lagi, apakah justifikasi The Coca Cola Company sebagai rakan strategik dan pembiaya dalam hampir setiap ataupun semua persidangan yang dilakukan itu. Perkara ketiga yang saya nak bangkitkan di sini ialah berkait dengan justifikasi penganjuran Program Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-8 ini di bawah Kementerian Luar Negeri kerana memandangkan sudah lapan kali penganjuran dan kira-kira 90% daripada agenda persidangan ini berkisar kepada aspek perniagaan dan juga pelaburan negara- negara umat Islam. Jadi mengapa penganjuran program ini berada di bawah Kementerian Luar Negeri tetapi tidak dirujuk ataupun tidak berada di bawah Kementerian Kewangan ataupun Jabatan Perdana Menteri. Walhal kalau kita lihat kepada tujuh objektif dasar luar negara Malaysia, antara perkara yang penting adalah untuk menggalakkan soal keamanan, kestabilan di rantau ini dengan mengambil pendekatan penyelesaian konflik dan juga membanteras kezaliman yang berlaku serta menjunjung undang-undang antarabangsa. Namun apakah langkah drastik kerajaan dalam isu-isu yang melibatkan nyawa, melibatkan kedaulatan negara umat Islam yang lain seperti saya rujuk tadi Palestin, Mesir, Syria, Iraq dan juga umat Islam di Rohingya.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Ini kerana saya melihat Parlimen kita tidak ada usul yang khas untuk mengutuk sebagai contoh rampasan kuasa tentera yang terbaru yang berlaku di Mesir yang mencabar sistem demokrasi. Sementara negara kita adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Saya sebetulnya telah mengemukakan ataupun menulis untuk mencadangkan satu usul kepada Parlimen ini supaya kita membahaskan isu ini. Akan tetapi, malangnya usul saya ditolak oleh pihak Tuan Yang di-Pertua. Jadi tidak ada perbahasan berkait dengan perkara ini sedangkan ia adalah melibatkan kedudukan negara umat Islam, rakyat di Mesir dan sekali gus melihat bagaimana pencabulan demokrasi. Malaysia sebagai sebuah anggota negara OIC juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Mesir, jadi saya kira sewajarnyalah Malaysia mempunyai satu sikap dalam perkara ini. Baik yang terakhir meskipun kita melihat prinsip dasar luar Malaysia memanglah tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam negara-negara luar. Akan tetapi, sekurang-

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

kurangnya apakah tindakan yang telah dilakukan? Sebagai contoh bawa usul ke peringkat OIC dan juga seumpamanya termasuklah isu Rohingya, Myanmar. Apakah tindakan yang telah dilakukan termasuk melalui ASEAN sebagai contoh boleh dilakukan oleh negara kita? Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh Maksud B.13 – Kementerian Luar yang melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak lebih daripada RM9 juta. Pertama saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kepercayaan sekali lagi untuk penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia ini yang saya difahamkan berakhir dilaksanakan di Johor dengan melibatkan penyertaan sekitar 2,100 orang peserta dan melibatkan 86 buah negara. Cuma saya mahu melihat bahawa apa hasilnya bukan hanya kepada Malaysia tetapi kepada negara-negara Islam di seluruh dunia yang terlibat dengan forum yang telah berapa kali dilaksanakan ini. Dari segi itu juga, saya mahu mendapat maklumat daripada pihak kementerian. Kalau ada peluang-peluang perniagaan misalnya melalui forum ini berapakah penjanaan pendapatan negara melalui perniagaan yang melibatkan negara-negara peserta kepada forum ini? Selain daripada itu yang terakhirnya ialah dari segi penglibatan. Oleh kerana kita juga mahu melihat penglibatan kepada generasi muda dalam forum-forum seumpama ini daripada jumlah peserta yang terlibat dalam forum ini, berapakah yang melibatkan peserta- peserta daripada generasi muda dalam negara ini dan juga melibatkan negara luar? Kalau tidak ada jawapan lisan mungkin boleh bagi bertulis kepada saya dalam soal ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Parit Buntar selepas itu Yang Berhormat Ipoh Barat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ingin memberi beberapa pandangan terhadap tajuk ini B.13 - Kementerian Luar Negeri. Pertama ialah saya ingin bertanya kepada forum ini yang belanjanya amat besar sekali. Sejauh manakah inovasi ekonomi baru yang dicadangkan dalam konteks kita mahu melihat forum ini dapat menghasilkan satu inovasi ekonomi. Saya bagi satu contoh pernah dibahaskan dan dibincangkan panjang lebar dan di antara yang banyak menyokong konsep ini ialah daripada PAS sendiri iaitu penggunaan dinar emas. Ini yang mana penggunaan dinar emas ini boleh dengan kata lain membantu ekonomi itu berjalan tanpa kita ditekan dengan mata wang. Saya tidak tahu apa halangan dia. Adakah dalam forum ini telah dibincangkan begitu detail sehingga dibawa kepada sistem menggantikan sistem yang ada ini iaitu sistem memakai mata wang ini? Ini akan banyak dilihat sebagai pencapaian. Jadi, saya ingat RM9 juta yang kita belanja ini perlu ada satu hasil yang Malaysia boleh jadi forerunner. Orang yang bawa benda ini dan berjuang untuk mendapatkan dinar emas ini sebagai satu wahana ekonomi yang boleh mengekalkan dan dapat lawan dengan masalah mata wang yang ditekan dengan bukan harga emas sebenarnya tetapi dengan spekulasi dan sebagainya. Seterusnya ialah cadangan saya adakah forum ekonomi ini juga selain daripada bertindak untuk menggabungkan networking dengan izin negara-negara Islam, apakah forum ini juga dengan perbelanjaan yang besar ini boleh dijadikan sebagai satu forum untuk memberi tekanan-tekanan terhadap perkembangan dunia yang berlaku? Contohnya kalau kita tengok apa yang berlaku di Myanmar for example. Kita sedar bahawa tidak ada mana- mana negara yang bertamadun boleh menerima satu penindasan terhadap etnik Rohingya yang berkebetulan daripada umat Islam. Ini bukan sahaja soal orang Islam tetapi dari segi kemanusiaan pun tidak mengikut standardnya.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi, persoalan saya adakah dengan perbelanjaan yang besar ini juga dijadikan forum ini sebagai satu tekanan bahawa negara-negara Islam yang ada kepentingan di Burma, di Myanmar yang ada pelaburan di Myanmar ditekan supaya menarik pelaburan mereka. Ini supaya memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar bahawa tindakan mereka terhadap etnik Rohingya ini adalah satu yang tidak bertamadun. Kita mempunyai satu stand yang bukan sekadar stand. Saya tahu Yang Berhormat Menteri akan jawab, saya sudah boleh tahu sudah, kita tidak akan campur tangan. Itu standard answerlah tetapi... [Ketawa] Ya, saya hanya menjangkakan sahaja mungkin tidak begitu. Mungkin kita ubah taktik, kita ubah taktik jangan sekadar kata kita tidak campur tangan tetapi kita menggunakan Forum Ekonomi Islam ini untuk memberi satu new pressure, dengan izin tekanan baru terhadap tindakan yang berlaku ke atas umat Islam di sana. Begitu juga dengan soal Syria. Saya tidak tahu sejauh mana Forum Ekonomi Islam ini boleh bertindak selaku pressure group terhadap Syria yang jelas bukan soal dia ini Sunni atau Syiah, tetapi dia lebih melibatkan soal kezaliman, satu rejim yang membunuh dan menindas rakyatnya. Begitu juga saya menyokong daripada Yang Berhormat Temerloh isu di Mesir. Isu di Mesir saya difahamkan dari insinuasi kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara, seolah-olah macam seronok Morsi jatuh ini. Saya kata ini sahaja insinuation sahaja bukan stand ya. Walhal, kalau kita melihat isu Mesir tanpa melihat Morsi atau siapa sahajalah. Ia adalah merupakan pencabulan kepada proses demokrasi. Malaysia adalah satu negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Jadi, apabila demokrasi dan prosesnya itu tercalar, seharusnya di atas nama demokrasi kita tidak boleh menerima tanpa kita melihat sama ada Morsi kah ataupun siapakah. Jadi itu saya rasa Malaysia sudah agak tidak lagi terkenal dengan dia punya sengat dia itu, sengat negara Islam. Saya harus memberi rakaman di sini terhadap kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Walaupun beliau satu ketika dahulu dilihat berbagai-bagai masalah dalaman negeri, tetapi di luar negara dia dilihat sebagai The Champion of Islamic Nation. We did not see that here now, dengan izin. Oleh sebab itu saya minta kepada kerajaan hari ini lead. Lead bukan makna kita lead kita hendak lead dengan cara yang tidak betul tetapi lead dengan kita punya pressure, dengan kita punya strength, dengan kita punya networking. Kalau belanja RM9 juta tetapi Malaysia masih lagi dianggap terkebelakang dalam konteks memperjuangkan suara umat Islam maka saya rasa ini juga adalah satu yang agak mengecewakan. Ini kerana Malaysia satu masa dahulu terkenal sebagai negara Islam yang bukan sekadar maju dari segi ekonomi tetapi mempunyai suara yang agak disegani di mata dunia. Jadi, saya harap dengan RM9 juta yang dibelanjakan berbaloilah semua yang kita harapkan daripada peranan kementerian. Akhirnya ialah saya lihat bagaimanakah Halal Industri yang akan kita bincangkan nanti dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa boleh kita masukkan sekali dalam Islamic Economy Forum ini kerana Halal Industri ini adalah satu market yang besar iaitu kira-kira about dua bilion pengguna yang akan terkesan dengan Halal Industri. Jadi, saya harap RM9 juta ini peruntukan yang asal RM450,000 kepada RM9 juta ini betul-betul berbaloi, value for money terhadap Kementerian Luar Negeri. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Barat. Selepas Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Bukit Katil.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi dalam forum ini yang telah diadakan pada tahun dahulu, dua tiga hari lebih 2,100 delegate yang telah datang ke Johor. Satu di antaranya adalah orang yang paling tidak disukai oleh ramai human rights workers dalam mana-mana negara.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia adalah Presiden Rajapaksa dari Sri Lanka, yang mana dia pun telah diajak untuk datang ke forum ini tetapi selepas dibongkar bahawa dia terlibat dalam crime against humanity, ethnic cleansing di negara dia dalam Civil War dan beratus-ratus orang Muslim yang telah dibunuh di sana. Akibat dari itu, dia telah tidak dipelawa datang ke negara ini. Selepas itu Presiden yang sebelum itu, Presiden Chandrika pula dipelawa datang untuk mesyuarat ini dan dia juga yang terlibat dalam ethnic cleansing dan sebagainya – maka selepas bantahan-bantahan. Soalan saya adalah senang saja, bukankah semua ini diketahui oleh kerajaan dan lagi pada 1 Julai 2013 Tuan Pengerusi, saya baca dengan izin, from The Time magazine, July first issue. “This year in Sri Lanka Buddhist Nationalist Groups with politician in high ranking officialdom position have gained prominence with monks helping orchestrate the destruction of Muslim and Christian property and 100 were injured. Perkara ini bukan luar biasa. Ini selalu terjadi di Sri Lanka, yang mana minoriti Tamil lebih daripada 150,000 orang telah dibunuh pada tahun 2009 dan kita juga terlibat dalam Human Rights Council. Soalan yang kedua saya adalah memandangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan yang telah berlaku di Sri Lanka, adakah kerajaan boleh membuat satu pendirian untuk tidak menghadiri CHOGM yang akan dianjurkan di sana di antara 15 November hingga 17 November ini kerana Malaysia di dua mesyuarat, di Human Rights Council di mana kita menjadi anggota telah tidak menyokong Sri Lanka. Telah memberi sokongan kepada negara-negara yang condemn apa yang terjadi di Sri Lanka. Perbuatan yang berlaku dan berlarutan di Sri Lanka adalah sesuatu yang kita tidak boleh kata cannot be interfered kerana ada ratusan ribu juga pelarian di seluruh dunia termasuk Malaysia, lebih daripada 50,000. Akhir sekali, dengan apa yang terjadi di Sri Lanka yang berkaitan dengan kita, apakah tindakan atau apakah yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk menolong proses orang-orang Muslim di Sri Lanka dan juga orang-orang Tamil yang terlibat dalam perbuatan ini? Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai B.13. Seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Ahli-ahli Parlimen sebentar tadi bahawa peruntukan asal ini adalah sebanyak RM450,000 dan untuk meminta peruntukan tambahan sebanyak RM9 juta pada pandangan kita dan juga Dewan adalah sangat tidak munasabah kerana itu berlaku peningkatan sebanyak 20 kali ganda. Tentunya Dewan ini ingin diberi maklum apakah perincian ataupun tujuan sebenar perbelanjaan tambahan ini kerana ia lebih sebanyak 20 kali ganda. Ini tentulah bercanggah dengan mesej wasatiyyah yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan kerana perbelanjaan yang banyak ini tentunya mencerminkan bagaimana kemungkinan berlakunya pembaziran. Persidangan Ekonomi Islam yang ke-9 ini akan berlangsung di London kalau tidak silap saya pada 29 Oktober hingga 31 Oktober. Dimaklumkan kalau ikut maklum balas persidangan yang kelapan ini, sejumlah RM28 bilion kontrak telah berjaya ditandatangani. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah ini benar sebab kalau kontrak RM28 bilion itu berjaya ditandatangani dalam Economic Forum atau Islamic Economic Forum ini, apa kewajarannya untuk kerajaan minta tambahan atau perbelanjaan tambahan sebanyak RM9 juta? Ini kerana ia seharusnya menjadi satu Economic Forum ataupun Islamic Economic Forum yang mandiri, yang boleh berdiri sendiri dan tentunya ini memberikan kekuatan kepada kita. Saya bimbang ia menjadi satu outfit, PR exercise untuk Perdana Menteri dan juga kerajaan dan ini tentunya tidak memberikan pulangan ataupun mesej yang baik kepada negara kita. Saya juga teliti kalau misal kata kerajaan ingin kembangkan melalui Islamic

Economic Forum ini soal mempromosikan sektor kewangan Islam, itu saya setuju kerana sektor kewangan Islam kalau ikut laporan Ernst & Young, Islamic finance sektor dengan izin Tuan Pengerusi. Unjurannya ialah £1.2 trilion dan kalau ini berlaku sehingga 2015, sektor kewangan Islam ini akan diunjurkan meningkat sehingga £1.6 trilion. So, tentunya ini kekuatan baru dari segi ekonomi kalau kita berjaya kembangkan World Islamic Economic Forum dalam bentuk kerangka yang betul sebab pada pandangan saya...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Temerloh berdiri.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Setuju kah Yang Berhormat bahawa kita tetap melalui Dewan ini ingin satu penjelasan berkait dengan pertambahan ataupun jumlah tambahan yang begitu tinggi ke angka RM9 juta daripada angka asal peruntukan RM450,000 akan mencetuskan kebimbangan rakyat jika sekiranya tidak diberikan penjelasan. Justeru, kalau dilihat kepada struktur tertinggi kepada World Islamic Economic Forum ini ialah patron nya Dato’ Sri Mohd. Najib, patron pengasas ialah Tun Abdullah dan ahli-ahli patron, pengerusinya ialah Tun Musa Hitam. Jadi, saya bimbang nanti akan menjadi fitnah kepada masyarakat. Justeru itu perlu diberikan penjelasan, setuju atau tidak?

Saya setuju dengan pandangan itu dan saya jadikannya sebahagian daripada ucapan saya, cuma saya hendak balik tentang soal apakah niat sebenar kerajaan dalam mempromosikan World Islamic Economic Forum ini? Ini kerana pada saya ia harus dilakukan dengan jujur dan benar. Kalau katakan forum ini bertujuan untuk kemukakan pelaburan yang nampak, yang memberikan manfaat kepada ekonomi maka sewajarnya dilakukan dengan sifat mandiri tadi. Ini kerana kalau RM28 bilion boleh ditandatangani, apa perlunya perbelanjaan tambahan? Baik yang terakhirnya Tuan Pengerusi, tentunya apabila jumlah yang banyak ini dikeluarkan, Ahli Dewan perlu ketahui apakah ia memberikan manfaat kepada mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia? Apakah ada pekerjaan-pekerjaan baru dapat dijana daripada World Islamic Economic Forum ini? Apakah selepas ini akan ada satu pandangan- pandangan yang lebih progresif misalnya, kita memperkasa semula sistem institusi zakat dalam kerangka ekonomi itu. Ini tentunya akan memberikan manfaat yang baik kepada rakyat dan sewajarnyalah RM9 juta itu diberikan penjelasan yang detail dan teliti agar ia tidak membebankan anggaran belanjawan negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Kawan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menambah kepada point yang telah dihighlight oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Saya tidak tahu kalau Menteri tahu pada tahun 1976 negara Malaysia telah menarik diri dari Miss World Pageant bersama dengan lapan negara yang lain menentang sistem aparteid di South Africa, yang mana di negara South Africa telah menghantar seorang pageant yang berkulit hitam dan seorang pageant berkulit putih, itu tahun 1976. Dewasa ini kita nampak terang-terang di negara Sri Lanka kegiatan dengan izin, crime against humanity, bukan sahaja menentang kaum ‘Tamilians’ di Sri Lanka malah kaum yang beragama Islam, Kristian juga kini menjadi target rejim di Sri Lanka. Baru-baru ini dengan mengulas apa Yang Berhormat Ipoh Barat kata, pada masa rusuhan menentang warga yang beragama Islam di Sri Lanka dengan izin, there was ruling to close down all the shop that have the Logo Halal on it. So, negara Malaysia dalam OIC mesti mengambil pendirian yang tegas...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Diamlah.

Apa masalahnya sekarang?

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 41. Kalau Ahli Yang Berhormat sedang berhujah, jangan diganggu. Sila.

Kami mohon. Saya anak bangsa Malaysia bersama dengan rakan-rakan saya di Pakatan Rakyat mohon agar Kementerian Luar Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil satu pendirian yang tegas menentang Crime Against Humanity di Sri Lanka dan memboikot Persidangan Komanwel tahun ini bersama-sama dengan Perdana Menteri dari Kanada yang juga memboikot persidangan ini. Sebagai sebahagian daripada negara dalam OIC, dengan izin, we must show our stand because not only a 10 million Christians affected in Sri Lanka, but our Muslim brothers and sisters as well. Terima kasih. Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Kangsar penghabisan. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Maksud B.13 tentang Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-8. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah mungkin forum ini menjadi platform ataupun pencetus kepada pelancongan di kalangan negara-negara Islam di mana Malaysia kita tahu telah menjadi hab yang terulung di kalangan negara-negara Islam dan memberi hasil pulangan kepada negara kita dan rakyat kita khususnya para peniaga di Malaysia ini. Keduanya, saya ingin menyatakan tentang anggaran kos. Berapakah kos sebenarnya penganjuran-penganjuran terdahulu dan juga anggaran kos yang dibajetkan untuk penganjuran World Islamic Economic Forum Ke-9 yang bakal mendatang ini walaupun bukannya di negara kita? Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Tuan Pengerusi, saya ingin jelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan sebentar tadi. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Pertamanya, tentang peruntukan yang bermula daripada RM450,000 anggaran perbelanjaan sehingga mencapai satu angka yang besar sebanyak RM9 juta. Saya hendak jelaskan di sini, objektif kita menganjurkan World Islamic Economic Forum atau Forum Ekonomi Islam Sedunia ini adalah bagi menyediakan satu platform untuk mengeratkan usaha sama perniagaan di kalangan ahli-ahli korporat Islam di seluruh dunia termasuklah yang beroperasi di barat. Itu objektif pertamanya harus kita tahu dahulu sebelum kita bangkitkan tentang isu-isu seperti isu humanitarian, isu-isu yang dibangkitkan seperti resolusi yang sepatutnya kita buat dalam forum ini untuk menentang masalah-masalah yang timbul di Mesir, Myanmar dan banyak negara-negara yang menyentuh tentang humanitarian yang ada. Jadi objektif forum ini tidak sama sekali untuk membangkitkan isu-isu yang berlaku di negara-negara tersebut. Itu pertama yang harus kita sedar kerana dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat tadi ianya kita bawa dalam forum-forum lain yang melibatkan seluruh dunia atau pun regional basis yang melalui ASEAN sebagai contoh. Kalau di peringkat dunia melalui PBB atau pun OIC kalau kita menekankan dari segi isu yang dibawa oleh semua Ahli Yang Berhormat tadi. Saya hendak jelaskan angka RM9 juta ini...

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terjadinya sebegitu rupa adalah kerana memang betul seperti Yang Berhormat Bukit Katil kata. Sepatutnya anjuran ini kita sudah ada satu yayasan yang sebenarnya telah minta dari kita sejak awal lagi. Anggaran permintaan ketika

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

itu hanyalah RM450,000 sahaja dan kita masukkan dalam perbelanjaan di situ. Akan tetapi apabila ia melibatkan ramai jemputan termasuklah ketua-ketua negara dan sebagainya, maka perbelanjaan itu melibatkan satu angka yang besar juga. Jadi terpaksalah mereka minta untuk menambah dan penambahan itu telah diluluskan oleh Kabinet pada..., saya lupa tetapi ketika tahun lepas sebelum kita menganjurkan itu, dalam bulan Oktober tahun lepas. Itu menyebabkan tertangguhnya perbelanjaan yang terpaksa kita gunakan perbelanjaan dari kementerian sendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh sebab itu kita terpaksa menggunakan duit ini dan kita minta untuk mendapatkan kelulusan pada hari ini.

Minta penjelasan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri butir-butir atau tidak kerana RM10 juta untuk satu forum memang mahal.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Kita boleh berikan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sama ada membazir atau pun ada yang tidak betul dalam penganjuran ini.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, saya akan memberikan secara detail kepada semua yang mempersoalkan ini. Nanti kita akan berikan secara detail RM9 juta yang dibelanjakan ini dan akan berikan. Itu akan saya buat secara bertulis kerana saya tidak ingat, dia merupakan satu item yang begitu panjang sekali. Saya tidak bawa pada hari ini. Saya minta maaf. Walau bagaimanapun saya akan jawab secara bertulis. Tentang justifikasi untuk menganjurkan sama ada ia memberikan satu hasil yang baik atau pun tidak. Saya hairan kerana yang membangkitkan dan mempersoalkan isu-isu ini mereka sudah pun tahu bahawa banyak perjanjian telah pun kita buat. Contohnya, ketika kita menganjurkan di Johor pada bulan Disember 2012. Kita telah pun menandatangani perjanjian yang berjumlah RM28 bilion. Itu merupakan satu perjanjian yang agak besar yang memberikan projek-projek baru, kebanyakannya dalam negara kita. Ini menunjukkan bahawa forum ini adalah merupakan satu investment untuk kita memanggil dan menjemput beberapa ramai tokoh korporat daripada luar negara untuk hadir di sini dan melihat peluang-peluang yang ada yang akhirnya mereka dapat menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat dalam negara kita. Keuntungan itu apabila mereka nanti membuat untung dan membayar tax kepada kerajaan. Itulah investment yang kerajaan buat sebenarnya. Bukan kita minta mereka bayar dahulu kemudian belanja lagi dan akhirnya kita terima lagi. Itu tidak adil.

Mohon penjelasan.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Maka oleh sebab itu apa yang kita buat hari ini, forum seperti ini adalah sebagai investment untuk melihat bahawa sebagai contoh, saya hendak beritahu dalam bengkel-bengkel yang kita anjurkan ini kita ada bengkel mengenai inovasi baru, bengkel industri halal dan kreatif, halal dan banyak lagi yang kita buat untuk melihat bahawa di Malaysia ini kita telah merancang agenda untuk melihat bahawa dari segi ekonomi negara kita ini ada perubahan, ada transformasi yang benar-benar boleh memberikan peluang dari segi ekonomi untuk mereka yang boleh melabur dalam negara kita. Silakan Yang Berhormat Bukit Katil.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu maksud saya tadi apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan bahawa format ini satu yayasan. Kalau kontrak atau pun unjuran kepada pulangan kepada negara itu RM28 bilion, apakah tidak boleh kita selamatkan RM9 juta wang rakyat ini dan kita manfaatkan terus daripada potensi pelaburan yang ada? Daripada objektif tadi saya nampak seolah-olah World Islamic Economic Forum ini dia jadi World Economic Forum di Davos. World Economic Forum di Davos ini kita tahu adalah satu forum yang cukup berprestij dan tentunya memberikan pulangan yang baik kepada negara.

Saya tidak ada masalah di situ. Cuma masalah saya ialah kalau ianya menyaksikan kontrak yang banyak, apakah tidak boleh ia mandiri dan boleh selamatkan RM9 juta wang rakyat? Terima kasih.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih. Seperti yang saya katakan tadi bahawa ini merupakan investment kerajaan dan foundation ini juga bukan langsung tidak mengeluarkan sesuatu jumlah yang besar. Saya hendak beritahu saya difahamkan bahawa jumlah yang besar juga foundation laburkan dalam forum ini. Cuma saya tidak angkanya hari ini. Saya tidak boleh berikan jawapan kepada Yang Berhormat Bukit Katil.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Itulah, yang sebenarnya keuntungan itu bukan RM28 bilion tetapi perjanjian itu RM28 bilion. Perjanjian itu adalah sesuatu yang boleh melabur dalam negara kita berjumlah RM28 bilion. Kalaulah RM28 bilion ini menjadi kenyataan dan akhirnya mereka membuat keuntungan, cuba kita perhatikan RM9 juta itu adalah merupakan sesuatu jumlah investment yang begitu kecil dibandingkan dengan pelaburan yang kita bawa masuk. Itu yang sebenarnya yang saya hendak jelaskan tadi. Tentang apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh. Resolusi- resolusi yang telah pun saya keluarkan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan, penjelasan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

...Daripada awal trade agreement UiTM, saya akan jawab secara bertulis kerana saya tidak ada fakta mengenai apa perkembangan tentang kedudukan resolusi yang telah pun diluluskan dalam WIEF yang awal. Jadi, saya minta untuk menjawab secara bertulis. Tentang...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tentang isu humanitarian dari segi campur tangan kita terhadap Rohingya semua itu saya sudah jawab pada yang lepas bahawa ini adalah sesuatu isu yang tidak ada kena mengena dengan World Islamic Economic Forum. Jadi, sebab itu jawapan kita adalah berbeza dari segi RM9 juta yang kita belanjakan semata- mata objektifnya seperti yang saya katakan tadi juga. Tentang apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong hasil...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

...Kepada negara-negara Islam, saya ucapkan terima kasih dan tahniah bahawa sebenarnya hasilnya adalah untuk kita melihat bahawa daripada ahli-ahli korporat, negara-negara Islam yang lain dapat belajar dengan kita bagaimana untuk kita mengembangkan lagi dari segi kaedah-kaedah yang kita buat. Contohnya dari segi Islamic financing yang kita buat dalam negara kita. Semua ini kita panggil dan ada bengkel-bengkel untuk mereka mengetahui dengan lebih mendalam. Itu yang mereka belajar. Cuma, dari segi kedudukan untuk kita gabungkan di antara ahli-ahli korporat di luar sana dengan ahli-ahli korporat di sini dia memberikan lebih keuntungan. Ada yang mereka belajar daripada kita, ada mereka melabur di sini. Itulah yang kita buat selama ini. Yang Berhormat Ipoh Barat, silakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, terima kasih. Saya hendak tanya, susulan dari jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana sangat gembira dengan pelaburan yang tercapai dengan RM28 bilion dengan forum ini. Adakah itu pendirian kerajaan bahawa oleh kerana kita telah giat mendapat RM28 bilion, bermakna kita tidak perlu langsung mengetahui atau ambil tahu adakah tidak apa-apa terjadi kepada hakisan human right value dalam beberapa negara dan seperti di Sri Lanka yang saya katakan. Di mana mempelawa presiden itu datang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu soalan saya. Adakah itu pendirian kerajaan?

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Barat, saya sudah cakap banyak kali dah tadi. Awal-awal tadi sudah saya katakan ini World Islamic Economic Forum. We want to talk about Islamic Economic Forum. It is got nothing to do about Sri Lanka in humanitarian ground which is not even mentioned in that forum. If you want me to answer in English, I will answer it in English.

[Bangun]

[Dewan riuh]

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Jadi,...

Yang Berhormat Menteri, maybe it’s time you in cooperating in your forum.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Saya...

Yang Berhormat Menteri, maybe it’s time in cooperating in the forum.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Alright. Itu cadangan.

Cadangan. Yes, I agree. Maybe in this time.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, ini cadangan. Cadangan macam itu macam Yang Berhormat Batu Kawan buat kalau Yang Berhormat Ipoh Barat ikut kan mudah. Ini cakap benda yang saya sudah cakap awal lagi. Sepatutnya bila saya sudah cakap awal, bangun. Kalau begitu sepatutnya kalau saya menjadi Ahli Parlimen Ipoh Barat saya jawab kalau macam itulah Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak mencadangkan dalam forum yang akan datang di London ini boleh tidak masukkan isu ini. Sebagai contoh seperti Ahli-ahli Parlimen yang Barisan Nasional selalu buat kerana mereka faham dan tahu di mana letaknya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu skrip saya. Sepatutnya saya yang cakap itu. [Ketawa]

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Okey.

Tuan Pengerusi

Akan tetapi saya tidak mengganggu perbahasan. [Ketawa] Sila, sila.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Bagi laluan kepada Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Mohon penjelasan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih. Saya kadang-kadang...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Yang Berhormat...

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Bukan saya hendak ambil alih Tuan Pengerusi tetapi bila saya lihat bahawa mereka kurang faham, kadang-kadang saya terpaksa, saya minta maaf.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita faham, Yang Berhormat tidak faham.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Okey.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Yang Berhormat, Yang Berhormat mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Temerloh berdiri.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Okey.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih. Merujuk kepada objektif Forum Ekonomi Islam Sedunia ini, kalau kita lihat kepada objektifnya yang pertama adalah untuk mempertingkatkan ekonomi negara-negara umat Islam yang menjadi negara anggota

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

kepada forum. Kemudian, antaranya ialah untuk mengukuhkan kerjasama dan juga hubungan strategi, hubungan ekonomi antara negara-negara anggota. Oleh sebab itu saya timbulkan apakah daripada forum ini, untuk membantu negara-negara umat Islam yang tertindas yang memerlukan kewangan. Mungkin bukan persenjataan, bukan kuasa tetapi kewangan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Mungkin saya kurang faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh awal-awal tadi. Nanti saya check balik dalam Hansard. Persoalan yang kedua dengan pertama ada perbezaan atau tidak? Soalan yang kedua ini mudah sahaja. Memang itu yang kita buat. Selama ini pun kita telah pun membantu banyak daripada apa sahaja bantuan yang diinginkan sama ada dari segi bencana, humanitarian ground. Itu semua memang kita buat selama ini dan saya tidak tahu jumlahnya tetapi dia memakan berjutaan ringgit yang telah pun kita berikan sebagai bantuan kepada mereka yang menerima masalah di luar sana. Itu memang kita buat.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Boleh saya mohon jawapan bertulis tentang angka-angka tersebut?

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Angkanya insya-Allah akan saya berikan kemudian okey. Macam itukan baik Yang Berhormat Temerloh. Terima kasih. Yang Berhormat Parit Buntar ada bertanyakan tentang kedudukan sistem mata wang yang boleh kita bawakan dalam forum ini. Insya-Allah saya ingat ini satu cadangan yang mungkin kita gunakan untuk kita melihat apakah sistem yang ada sekarang ini boleh ditukarkan bagi kegunaan sistem mata wang menggunakan dinar emas sama ada dalam masyarakat dunia Islam sahaja atau pun keseluruhan di muka bumi ini. Insya-Allah, itu akan kita berikan satu cadangan yang baik. Insya-Allah Yang Berhormat Parit Buntar. Kemudian tentang Yang Berhormat Ipoh Barat. Sambil tadi saya sudah jawab. Cuma, sama ada kita hadir atau pun tidak dalam Mesyuarat CHOGM ini, saya tidak membuat keputusannya tetapi ini adalah mungkin cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Your proposal or you want or you stress upon...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini pendirian NGO-NGO, banyak NGO di negara ini. Jadi, saya salurkan perkara ini kerana apa yang terjadi di Sri Lanka hasrat adalah negara kita bermakna our united human rights council pun kita terlibat. Kita perlu ambil satu pendirian yang tegas dalam perkara ini.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Okey.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini apa? Tuan Pengerusi, apa ini mabuk.

Yang Berhormat Bintulu hendak komen apa-apa tentang Rohingya kalau bukan Sri Lanka?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini orang mabuk ini.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat jangan ganggu Ahli Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bintulu, Bintulu, Bintulu...

Saya cakap mengenai isu yang sama. Ini ...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bintulu tidak puasa. Pergi luar minum...

Ini apa menyerang orang Sri Lanka sahaja. Tidak ada kerja lain.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Halau Yang Berhormat Bintulu.

Habis itu orang Rohingya yang beragama Islam ditindas.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Peraturan mesyuarat Tuan Pengerusi.

Tidak ada orang buka mulut.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi,...

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Peraturan Mesyuarat 41. Yang Berhormat Bintulu setiap kali kita bercakap dia sentuh tentang Sri Lanka. Dia komen di belakang dan mengganggu ahli-ahli. Saya minta satu ruling.

Apa ganggu pula?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Pengerusi...

Dia ganggu.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Pengerusi, saya sokong Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bertenang Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat tahu peraturan mesyuarat. Biasa pun ada gangguan begitu tetapi tolong pada kali ini.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bintulu.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tuan Pengerusi, saya rasa Yang Berhormat Bintulu dia lupa makan ubatlah. [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya ingat dia ada kepentingan diri di Sri Lanka. [Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, dia ada kepentingan tertentu. We all know you got business in that place.

Tuan Pengerusi

Sudah, sudah Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri teruskan sila, sila. Teruskan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan?

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya minta penjelasan sedikit.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, cuma saya hendak jelaskan dalam forum saya...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Ipoh Barat lagi teruk, dia ada kepentingan hendak jadi Ketua Menteri di ‘tangga’ punya kawasan.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Apa ini?

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Sila teruskan, sila.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Saya hendak jelaskan di sini bila saya tengok ada Ahli-ahli Yang Berhormat bangun, tekan keluar lampu, saya tahu mereka bangun dan saya masih teruskan dan kalau saya kata tunggu, tunggu.

Tuan Pengerusi

Sila.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Apabila saya dengar-dengar suara, kalau saya masih teruskan maknanya tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak. Jadi, saya boleh teruskan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh melalui ucapan Yang Berhormat Bukit Katil tentang fitnah ini. Saya hendak jelaskan di sini, fitnah ini apabila satu kumpulan yang buat cerita bukan-bukan seperti pembangkang mengata macam-macam, seolah-olah apa yang kita bawa, angka yang kita berikan semua tidak betul. Daripada pagi tadi, daripada semalam sebagai contoh. Itu adalah merupakan fitnah. Akan tetapi kalau kita bercakap dengan tegas bahawa apa yang kita buat ialah merupakan satu perbelanjaan yang saya jawab secara terbuka. Ia merupakan satu investment daripada kerajaan kepada apa yang kita hendak buat dalam agenda yang lebih besar. Itu bukan fitnah. Hanya kalau Yang Berhormat Temerloh buat cerita di luar sana mengatakan itu adalah merupakan fitnah, baru dia jadi fitnah. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Temerloh melalui Yang Berhormat Bukit Katil tadi Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Batu Kawan, macam yang saya kata, insya-Allah kita akan bawa dalam satu cadangan yang baik untuk kita buat salah satu forum, tajuknya humanitarian. Supaya sama ada boleh mengganggu sesuatu perkembangan ekonomi sesebuah negara ataupun tidak. Itu satu topik, insya-Allah akan saya bawa untuk mencadangkan dalam forum yang akan datang. Yang Berhormat Lenggong ada bertanyakan tentang belanjawan yang akan kita buat apabila kita anjurkan di London nanti. Saya hendak jelaskan bahawa perbelanjaannya mungkin kerajaan memerlukan pada tahun ini sebanyak RM14 juta yang akan kita minta untuk menganjurkan perbelanjaan kita di London. Ada pertambahannya apabila kita menganjurkan di sebuah bandar yang agak besar seperti London. Itu yang akan kita bawa nanti, insya-Allah. Itulah jawapan saya. Terima kasih banyak, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM9,047,400 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM9,047,400 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.21 [Jadual] – Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas bagi Maksud B.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi 12800 – Kemudahan Sistem Pengairan Padi dan 16700 – Rancangan-rancangan Saliran Sabah. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah perkembangan terkini tentang sistem pengairan padi di Kota Belud yang dijadikan sebagai jelapang padi di negeri Sabah. Adakah kerana Kota Belud sudah dijadikan sebagai jelapang padi, kawasan-kawasan sawah ataupun daerah-daerah lain yang mempunyai sawah kini tidak lagi diberi keutamaan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa di kawasan Parlimen Tuaran, tempat-tempat seperti Tenghilan di padi kawasan Tuaran dan juga di beberapa tempat Topokon dan sebagainya, kita berpotensi untuk pengeluaran padi sebenarnya. Akan tetapi oleh kerana dari segi sistem pengairan tidak berubah sejak tahun 1985. Sistem pengairan di Tuaran yang melibatkan lebih kurang 971 hektar sawah padi masih lagi menggunakan water pump. Dua water pump yang digunakan sejak tahun 1985 dan ini sebenarnya menyebabkan pengairan yang tidak konsisten. Di mana apabila musim kemarau, ia tohor, water pump tidak mendapat air. Oleh sebab itu kita tidak mendapat air untuk pengairan sawah dan apabila banjir terlalu besar ia tidak dapat mengepam air dan sebagainya. Oleh sebab itu memerlukan satu pengairan baru yang tidak semestinya menggunakan empangan dan sebagainya. Akan tetapi kita boleh menggunakan water pump yang jauh lebih besar daripada apa yang ada sekarang ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, semasa saya berada di Dewan yang mulia ini satu ketika dahulu saya telah menghantar satu cadangan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu dan telah bersetuju malah sudah pun diluluskan peruntukan lebih kurang RM12 juta dan sebagainya. Akan tetapi oleh kerana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diganti lagi, Menteri baru mengambil alih dan lepas itu projek itu tidak dilaksanakan. Saya ingin bertanya dan sebenarnya meminta supaya kerajaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meneruskan projek itu. Ini kerana kalau tidak saya risau Tuan Pengerusi, Tuaran ini tidak lama lagi akan menjadi tempat perumahan dan kedai- kedai yang tumbuh dan akhirnya tidak ada lagi sawah padi. Saya mohon supaya dipertingkatkan sistem pengairan padi di kawasan Tuaran. Bagi kawasan Tenghilan dan kawasan Topokon, saya difahamkan ada projek untuk dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini tetapi saya mohon dipercepatkan. Ini kerana dengan hujan yang dua jam, tidak sampai tiga jam pun sudah ada masalah banjir. Di kawasan Topokon, penduduk terpaksa menggunakan perahu-perahu untuk jadi pengangkutan walaupun hujan baru dua jam. Saya juga mohon supaya pihak kerajaan mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara ini sebab sebelum ada masalah kemalangan berlaku. Saya juga ingin meneruskan pada B.21 iaitu berkenaan dengan LKIM. Setakat ini Tuan Pengerusi, di Tuaran ini kita mempunyai lebih kurang 800 orang Ahli Persatuan Nelayan. Daripada 800 ahli ini saya nampak bahawa masih banyak lagi masalah nelayan yang perlu kita atasi. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan saraan lebih kurang RM200 setiap bulan kepada nelayan. Akan tetapi saya mohon supaya program-program untuk memperkasakan dan mempertingkatkan lagi pertolongan untuk nelayan ini dapat ditambah. Ini kerana yang RM800 ini setakat ini tidak dapat menampung. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih. Saya ada dua perkara yang hendak diajukan kepada perbahasan B.21, khususnya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Tentang projek khas perumahan nelayan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah syarat untuk mendapat kelayakan projek ini. Kemudian saya juga mahu mengetahui apakah atau bagaimanakah proses perjanjian itu dibuat dengan nelayan. Ini berpandukan kepada aduan-aduan yang saya terima sama ada dalam

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

kawasan saya Parit Buntar yang ramai nelayan ataupun daripada negeri-negeri lain yang turut mengadu tentang proses perjanjian itu yang dianggap agak berat sebelah kepada nelayan. Contohnya, mereka dijanjikan dengan rumah yang dibaik pulih itu nilai RM10,000, contoh. Mereka diminta untuk menandatangani satu perjanjian aku janji bahawa nelayan yang terima ini tidak boleh hendak soal kosnya dan sebagainya. Sehingga akhirnya, yang berlaku dalam masalah ini ialah asal yang RM10,000 itu akhirnya rumah itu disiapkan dengan nilai hanya RM2,000 ataupun tiga hingga empat ribu sahaja. So, ini saya mahu mengetahui, adakah ini juga berlaku kerana ini akan melibatkan soal duit yang kita luluskan di sini. Sedangkan cara pengendalian itu tidak mengikut kehendak dan ini amat membebankan kepada nelayan-nelayan yang mendapat projek ini.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi saya minta kepada Menteri supaya memantau kontraktor-kontraktor yang membekalkan rumah-rumah ini tidak mengambil kesempatan. Ini kerana akhirnya yang sepatutnya mendapat faedah itu adalah nelayan, tetapi yang untungnya adalah kontraktor- kontraktor. Jadi saya mahu satu ketegasan daripada kementerian supaya menjalankan proses membaik pulih itu dengan satu, yang telus. Kalau janji RM10,000, maka mesti ditetapkan RM10,000. Saya minta supaya ada pemantauan yang lebih tegas kerana ini aduan-aduan yang kita terima khususnya di kawasan saya yang banyak sekali menerima projek khas ini, termasuklah isu-isu yang berulang kali diulang di sini iaitu kriteria pemilihan nelayan yang layak mendapat. Kriterianya kita tahu dia mesti menjadi ahli persatuan dan sebagainya, tetapi kadangkala timbul soal politik iaitu kadangkala dia tidak layak dapat. Rumahnya sudah elok tetapi oleh kerana ada kecenderungan sokongan politik tertentu, maka dia diberi sesuatu yang dia tidak perlu. Maka kesannya ialah nelayan yang layak mendapat tetapi oleh kerana kecenderungan politik tertentu, maka dia tidak mendapat. So ini akan timbul ketidakpuasan hati kepada mereka yang merasakan diri mereka tidak dapat. Walaupun saya faham bahawa kementerian tidaklah mempunyai kemewahan untuk beri kepada semua nelayan. Saya faham. Oleh sebab itu ada kriteria. Cuma kriteria itu perlu kepada keadilan in terms of need, dengan izin, bukan in terms of political inclination. Ini kerana kalau itu berlaku, saya rasa ini amat mengecewakan. Nelayan tetap nelayan sama ada apa juga kecenderungan politik mereka. Mereka tetap susah dan kita harus membantu mereka atas kesedaran itu. Seterusnya ialah yang berkaitan dengan masalah nelayan yang banyak sekali mengadu hal kepada saya dan sudah berapa kali saya mengajukan nama-nama mereka yang lewat mendapat bantuan insentif mahupun yang sara hidup sebanyak RM200 itu. Ini juga menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada nelayan. Jadi saya harap ke depan ini, jikalau mana-mana daripada ahli wakil rakyat di kawasan tersebut yang ada masalah ini dan diajukan kepada kementerian, saya harap kementerian dapat bertindak dengan memberi maklum balas sekurang-kurangnya kepada aduan-aduan yang dibuat oleh wakil- wakil rakyat. Saya juga merayu kepada kementerian supaya kami wakil-wakil rakyat, semualah tidak kira daripada pembangkang ataupun kerajaan supaya dimaklumkan bagaimana kami boleh memudahkan urusan itu dengan bertemu LKIM, siapa yang layak dapat kami boleh bawa. Ini kerana kadang-kadang kita tidak tahu segala peruntukan itu, tahu-tahu dibagi-bagi tetapi kita tidak tahu sejauh mana di kawasan kita itu orang yang layak dapat dengan orang yang tidak layak dapat tetapi dapat, sedangkan kami wakil rakyat harus membela semua mereka itu selagi mana ia diluluskan di Dewan ini. Kami berhak mengetahuinya kerana kami juga sebahagian daripada mereka yang meluluskan walaupun banyak mengkritik dari sudut membinanya. Insya-Allah. Jadi sekian dahulu, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato' Noraini bin AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Parit dengan parit. Tidak apalah tetapi saya tetap juga Parit Sulong. Saya hendak merujuk kepada Maksud B.21 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi Butiran 090000 – LKIM. Saya tengok ada pertambahan sebanyak RM6 juta. Jadi saya hendak menyokong Tuan Pengerusi sebab ini adalah untuk menampung keperluan peruntukan projek khas perumahan nelayan. Walau bagaimanapun, daripada apa yang Yang Berhormat Parit Buntar kata tadi, saya pun terkejut apabila adanya aku janji yang dikatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Sekarang ini setahu saya, kalau bawah projek PKPN ini, semuanya boleh dapat asalkan dia nelayan yang syarat kelayakannya untuk kelulusan ialah nelayan berdaftar di bawah elaun sara hidup dan juga ada lesen vessel di bawah Jabatan Perikanan dan juga ada kad lesen. Jadinya, saya kira aku janji itu tidak pernah pun saya dengar. Saya hendak minta juga penjelasan daripada pihak kementerian sebab di Parlimen Parit Sulong saya tengok tidak ada pula aku janji dan kita serahkan kepada persatuan nelayan itu untuk menentukan bagaimana ia hendak dilaksanakan. Saya percaya ia banyak bagi manfaat kepada nelayan terutamanya kerana mereka ini adalah golongan yang memerlukan. Bagaimanapun, saya hendak minta sedikit maklumat daripada pihak kementerian. Saya cuma hendak tahu jumlah nelayan yang mendapat bantuan di bawah PKPN ini mengikut negeri. Daripada banyak-banyak permohonan, daripada jumlah permohonan yang telah dikemukakan, ada atau tidak yang telah ditolak oleh kementerian. Sekiranya ia ditolak, kerana apa? Bagi Parlimen Parit Sulong pula, saya hendak dapatkan maklumat bilakah kementerian bercadang untuk melaksanakan projek khas ini bagi fasa yang seterusnya sebab saya dimaklumkan ada juga kelulusan tetapi belum dilaksanakan. Jadi saya hendak tahu bila ia akan dilaksanakan. Selain daripada itu, apabila kita bercakap mengenai nelayan, sudah semestinya kita bercakap mengenai pendapatan mereka. Jadi saya hendak tahu sama ada LKIM ataupun kementerian ada atau tidak membuat satu kajian mengenai pendapatan per kapita nelayan ini dan apakah ada perancangan untuk meningkatkan pendapatan per kapita nelayan ini di masa hadapan. Bagaimanakah caranya? Adakah kementerian ada memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi terkini dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi nelayan-nelayan ini. Sekiranya ada diberi pendedahan, saya cuma hendak memberi cadangan kepada kementerian supaya membuat pendedahan ini di kawasan Parlimen Parit Sulong. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh B.21, butiran 090000. Saya hendak merujuk kepada satu keputusan yang dibuat oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 8 Julai. Menurut satu posting di Facebook mereka, lima jenis ikan iaitu kembong, pelaling, cencaru, selayang dan sera adalah dilarang eksport ke negara lain termasuklah Singapura dan peraturan ini berkuat kuasa sejak 10 Julai sampai 10 September. Saya rasa ini adalah kali pertama kita membawa ataupun ada peraturan sebegini. Peraturan sebegini, larangan sebegini amatlah mempengaruhi penjual ikan dan pemborong ikan di negeri Johor. Sekurang-kurangnya 20% hingga 80% penjual ikan dan pemborong ikan, sekarang rezeki mereka menjadi semakin kurang. Selain daripada itu, 30% hingga 40% syarikat logistik ataupun pengusaha logistik, rezeki mereka juga dipengaruhi kerana sekarang, lori mereka tidak boleh bawa ikan-ikan tersebut ke Singapura. Selain daripada itu, oleh sebab sekarang kita ada lebihan bekalan di dalam pasaran kita, jadi harga untuk kelima-lima jenis ikan tersebut juga turun sebanyak 20% hingga 30%.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini tidak ada dalam butiranlah Tuan Pengerusi. Sudah terkeluar.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya sudah sebut tadi ini adalah butiran di bawah 090000. Ini adalah tentang isu nelayan. Saya rasa kalau Tuan Pengerusi pun tidak ada halangan, yang duduk di sana hormati masa saya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulai, jangan respond kepada yang di belakang itu Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Okey, saya hormati keputusan Tuan Pengerusi dan saya juga harap-harap rakan saya di sebelah sana juga tunjuklah penghormatan kepada Tuan Pengerusi kita.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak habiskan isu ini. Saya rasa sekarang harga ataupun ikan-ikan tersebut sekarang terpaksa dijual dengan lebih murah iaitu sebanyak RM2 lebih rendah daripada harga pasaran. Jadi saya ingin Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kita boleh meneliti dan juga mengkaji keputusan ini untuk menghalang kelima-lima jenis ikan ini dieksport ke negara lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Bukit Gantang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Straight to the point.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya memang ikut peraturan Tuan Pengerusi. Bukan macam...

Tuan Pengerusi

Butiran. Ikut butiran.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada butiran ikan pun, dia cakap soal ikan, mana ngam.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ini isu nelayan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, isu nelayan.

Tuan Pengerusi

Teruskan, teruskan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya merujuk kepada peruntukan perumahan nelayan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Eh, mana ada perumahan

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Seputeh mahu pakai empat lapis.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat masa, masa! Yang Berhormat Kinabatangan teruskan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya tidak mahu terganggu oleh Yang Berhormat Seputeh, dia punya mata sudah rabun mungkin [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Pengerusi tengok dia cakap, yang sini hanya ada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sahaja. Jadi Yang Berhormat Kulai tadi cakap ikan itu betullah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baca butiran.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Tidak pandai baca kah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya meminta kementerian kalau boleh memperuntukkan lebih banyak untuk perumahan-perumahan nelayan ini, projek khas perumahan nelayan sebab ini perlu di kawasan saya di Kinabatangan sebab pengairan di sisir pantai ini, memang inilah usaha mereka. Kita maklum bahawa kalau rumah itu di atas air, sudah tentu ianya memang mudah rosak. Jangan begitu Yang Berhormat Ipoh Barat, di Kinabatangan ada juga ikan [Ketawa] Jadi oleh kerana itu, saya tidak mahu panjang Tuan Pengerusi. Kalau boleh pihak kementerian memperuntukkan peruntukan dan saya ingin bertanya sebetulnya tahun lalu kita sudah hantar beberapa permohonan kepada kementerian ini dan saya ingin bertanya sejauh mana perkembangannya. Sudah ada peruntukan atau belum, kalau ada, bila kita mahu laksana? Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan tabung khas, peruntukan RM6 juta kepada perumahan nelayan. Saya hendak menyambung sedikit apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Kalau boleh perumahan untuk nelayan ini biarlah jelas dari segi penyerahan dan hak milik mereka. Kita tidak mahu mereka itu hanyalah dijadikan sebagai rumah transit dan tidak boleh diwarisi oleh anak-anak mereka yang lain, itu satu. Kedua dari segi kualiti perumahan yang dibina, biarlah baik kerana kita tidak mahu kemiskinan nelayan ini berlanjutan, tidak habis-habis kerana memandangkan kemiskinan itu diwarisi dan akhirnya mereka inilah juga mendatangkan permasalahan sosial di dalam masyarakat. Kebetulan di kawasan Parlimen Bukit Gantang terdapat di Trong dan juga di Kuala Sepetang. Ketiganya berkenaan dengan soal peningkatan hasil nelayan. Kita harapkan LKIM, ini selalu disuarakan, banyak kali sangat kerana sepatutnya LKIM ditubuhkan pada tahun 1971, 1 November yang tujuannya ialah untuk membantu sektor perikanan dan juga membangunkan masyarakat nelayan. Maka saya lihat nelayan kita ini bukan malas tetapi permasalahan yang berlaku ialah hasil pendapatan mereka ini dikaut oleh orang-orang tengah. Justeru itu LKIM dan juga agensi-agensi yang melibatkan dengan pembangunan nelayan ini perlu dimainkan peranan supaya taraf hidup sosial masyarakat nelayan ini dapat dipertingkatkan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut membahas anggaran tambahan bagi Maksud B.21 iaitu bagi Butiran 090000 - LKIM. Seterusnya akan membahas perbelanjaan pembangunan 03700 dan 10820. Tuan Pengerusi, saya menyokong saranan daripada sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan soal perumahan nelayan. Kawasan saya ada pulau, ada juga di tepi-tepi pantai, rumah-rumah nelayan di atas paras air, jadi banyaklah. Baru-baru ini mengalami kerosakan rumah akibat ribut kencang di Kota Kinabalu, semalam dan kelmarin. Jadi ini melibatkan banyak kewangan oleh kerana rumah-rumahnya tidak begitu kuat dan apabila angin kuat, begitulah keadaannya, kasihan nelayan. Tuan Pengerusi pun tahu keadaan di Pulau Gaya, keadaan di Kota Belud pun ada juga, di Sibulan, Tanjung Aru. Saya mohon peruntukan tambahan ini memang tidak cukup. Satu lagi saranan yang dikemukakan kepada saya apabila saya berjumpa dengan para nelayan di kawasan saya iaitu penyediaan depot diesel.

[Bangun]

Di Sabah saya tidak tahu sama ada ataupun tidak ada. Nelayan ini terpaksa ke darat, mereka ini hanya menggunakan bot, bot itu tidak ada roda. Jadi pemberian, ya ini soal bot yang tiada tayar ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Putatan. Tadi saya mahu tanya bukan fasal bot, saya mahu tanya peruntukan untuk perumahan nelayan. Tadi ada Yang Berhormat kata mahu minta lebih peruntukan untuk membaik pulih atau membantu nelayan-nelayan membina rumah ataupun membaik pulih rumah. Yang Berhormat Putatan setuju atau tidak, sepatutnya kita cadangkan juga kementerian mesti bersedia peruntukan juga untuk kecemasan bila rumah kena ribut tetapi wakil rakyat kelam kabut mencari peruntukan membantu nelayan. Setuju atau tidak setuju?

Memang setuju seribu kali setuju. Masuk dalam ucapan saya Tuan Pengerusi. Kementerian mesti menjawab apa yang dibangkitkan.

Yang Berhormat Sibuti, sedikit sahaja, tambah sedikit.

Yang Berhormat Sibuti lagi, ada nelayan di Sibuti?

Ada, ada.

Okey.

Saya minta tolong Yang Berhormat Putatan kerana perumahan nelayan ini kita hanya melihat kepada nelayan pantai, sedangkan nelayan sungai pendapatan mereka lebih rendah, hanya menjala ikan. Kalau buaya ada, mereka tidak mendapat apa-apa. Jadi sebab itulah kalau boleh Yang Berhormat Menteri memberi peruntukan juga kerana kita menyokong peruntukan ini. Bolehkah Yang Berhormat Putatan bersetuju?

Setuju seribu kali setuju, masukkan dalam ucapan saya. Tuan Pengerusi, ini soal depot diesel ini, satu masalah besar bagi para nelayan di negeri Sabah. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat Pokok Sena punya nelayan itu ada atau tidak, mungkin dia ada atas pokok sahaja. Memang di Semenanjung pun kekurangan depot-depot ini Tuan Pengerusi. Jadi apakah LKIM tidak melihat permasalahan nelayan ini. Sepatutnya disediakan depot-depot di mana menyenangkan para nelayan mengambil minyak petrol ataupun diesel untuk perahu-perahu ke laut. Jadi daripada menyuruh nelayan-nelayan pergi ke darat, pergi ke depot-depot minyak, terpaksa naik basikal, ada yang naik bas, angkat tong, Tuan Pengerusi nampak ini nelayan-nelayan angkat tong, kasihan. Jadi saya harap LKIM dapat melihat penyediaan depot-depot supaya bot itu terus masuk bergilir-gilir dapat minyak dengan senang. Itu satu Tuan Pengerusi, saya harap kementerian dapat menjawab dengan jawapan yang jelas dan kalau boleh laksanakanlah. Satu lagi Tuan Pengerusi soal, tadi Butiran 03700 – Pengawalan Pusat Tanaman Pertanian yang banyak dipersoalkan tentang pencemaran perparitan kita dan juga mengakibatkan penyakit-penyakit akuatik. Penyakit-penyakit akuatik ini termasuklah udang, benih-benih ikan yang di parit-parit kita dan juga alam sekitar pun saya harap dapat melihat supaya dapat bekerjasama dengan Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian dan Perikanan.

Jadi, adakah pihak Kementerian Pengajian Tinggi kita, sekarang Kementerian Pendidikan ya, dapat membuat satu pembangunan makmal? Ia bukan sahaja makmal pertanian tetapi juga makmal-makmal perikanan yang harusnya dipelajari oleh penuntut- penuntut kita supaya kita dapat melahirkan pakar-pakar kita dalam bentuk mengawal penyakit-penyakit ataupun disease-disease di dalam perairan kita termasuklah kolam-kolam ikan ini yang banyak dibawa oleh pihak penternak ikan ini yang tidak dapat dikesan oleh pegawai-pegawai kita. Kita memerlukan pakar-pakar untuk mengawal penyakit-penyakit

akuatik termasuklah akuatik rumput rampai. Kalau boleh Tuan Pengerusi. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nampak di peruntukan kepada pertanian adalah RM3.74 bilion tahun lepas. Saya mahu cadangkan apabila kita memperkembangkan ataupun memajukan pertanian Malaysia sini, kita juga tidak boleh mengabaikan keselamatan. Di Sarawak terutamanya, Pan Borneo Trans Road merupakan satu jalan utama untuk pengangkutan hasil-hasil pertanian. Akan tetapi, Pan Borneo Trans Road merupakan satu jalan raya yang merbahaya. Jalan raya yang sempit dan selalunya berlaku kemalangan.

[Dewan riuh]

Di sini saya mahu menunjukkan bahawa pada 10 Julai ini baru berlakunya satu kemalangan besar yang melibatkan kenderaan besar yang menghantar hasil-hasil pertanian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini salah tempat Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Seputeh tidak ajar dialah.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Sibu, duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang lama berkhidmat itu simpati. Ahli Yang Berhormat Sibu, dalam peringkat Jawatankuasa yang dibahas adalah perkara-perkara yang spesifik di bawah. Itulah sebab apabila dengar di bawah kepala dan sedemikiannya itu, yang itu Yang Berhormat Sibu perlu bangkitkan sewaktu peringkat dasar bukan pada peringkat sekarang.

Ya, ini melibatkan pertanian.

Tuan Pengerusi

Ya, saya tahu.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Jadi, saya harap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya supaya mempercepatkan projek naik taraf Pan Borneo Trans Road dengan cepat.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sila, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa perkara butiran 09000 iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Jadi, saya pada masa ini saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah pun banyak membuat pembaikan rumah-rumah nelayan dan juga jeti-jeti nelayan. Akan tetapi, saya juga ingin mengingatkan bahawa dan memohon kepada pihak kementerian supaya pembinaan baru untuk rumah-rumah nelayan ini akan diteruskan. Saya difahamkan oleh LKIM dan Persatuan Nelayan di Limbang bahawa mereka telah pun mengemukakan permohonan-permohonan tersebut. Satu perkara lagi ialah tentang pernah di penggal lepas kita menyuarakan tentang iaitu projek pemasaran dan mini kilang ais Persatuan Nelayan kawasan Limbang. Jadi, tapak dan juga kertas kerja telah pun dimajukan kepada pihak kementerian dan saya difahamkan in principal, dengan izin telah pun diluluskan. Di samping itu juga, saya ingin hendak mengingatkan kepada pihak kementerian, LKIM khususnya pada tahun lepas ada lagi 100 lebih nelayan di mana telah pun mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen di mana semuanya telah pun diluluskan oleh pihak fisheries. Bot-bot mereka telah pun disukat dan siasatan semuanya – hanya untuk menunggu pengeluaran lesen ini dan saya telah pun menghantar kepada Lembaga LKIM, pengerusi dia tahun lepas ya. Yang Berhormat Setiu yang lepas. Jadi, saya ingatkan kepada kementerianlah supaya jangan lupa tentang perkara ini sebab nelayan kita sedang menunggulah dilema. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Bangun]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Okey, sila Yang Berhormat Kuala Nerus.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan perbahasan projek khas perumahan nelayan ini, cuma saya hendak memberikan sedikit pandangan tentang cara rumah itu dibina terutamanya berkaitan dengan keluasan rumah yang kadang-kadang walaupun dengan harga yang kita rasa kalau RM40,000 yang dibuat sebelum ini dengan harga di kampung sebenarnya dapat rumah yang agak luas. Akan tetapi, saya bimbang di sana kurangnya ketelusan pada kontraktor yang ada menyebabkan rumah itu tidak seluas yang sepatut mereka peroleh. Ini kerana kalau kita lihat dalam keadaan Islam pun menekankan tentang [Bercakap dalam bahasa Arab] bermaksud “Rumah yang luas”. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang pelan yang disediakan. Apakah keluasan rumah yang disediakan untuk penempatan Projek Khas Perumahan Nelayan, itu yang pertama. Kedua, bila bincang tentang tambahan kos tadi atau peruntukan tambahan RM6 juta, tetapi apa yang berlaku sekarang di Kuala Besut sebagai contoh, empat hari yang lalu satu projek pangsapuri yang diletakkan batu asas oleh TPM dengan kos RM10 juta di kawasan Tok Saboh yang juga kawasan nelayan. Jadi, kalau kita tidak balance, semalam – empat hari lepas diumumkan hendak beri RM10 juta, hari ini pula minta RM6 juta. Jadi, RM6 juta itu seolah-olah hendak diadvancekan dan diambil awal buat pengisytiharan awal untuk mungkin di kementerian yang lain. Saya pun tidak pasti macam mana. Akan tetapi, kita lihat di sini tidak ada satu keselarasan. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bayan Baru, selepas Yang Berhormat Bayan Baru Menteri menjawab.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk hak Maksud B.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkenaan dengan LKIM. LKIM ada satu projek Malaysia International Tuna Port di Pulau Pinang di Batu Maung. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, berapa wang yang telah dibayar oleh kerajaan kepada Malaysia International Tuna Port (MITP) dan sekarang berapa yang telah dibayar? Ini kerana total projek adalah RM240 juta. Berapa yang telah kerajaan bayar dan berapa yang kita boleh dapat balik daripada MITP? Ini kerana sekarang projek obviously, sudah failed dan kita kena dapatkan balik claim back duit tersebut. Berapa yang kita berjaya dapat balik daripada MITP? Saya juga difahamkan bahawa tanah yang sepatutnya dibuat Malaysia International Tuna Port, tanah tersebut sekarang – walaupun dibina dengan sedikit satu Kompleks Malaysia International Tuna Port tetapi sekarang kurang penggunaan sebab projek Malaysia International Tuna Port tidak jadi. Jadi, local fisherman menggunakan kompleks tersebut. Saya difahamkan ada perancangan daripada LKIM ingin menggunakan sebahagian atau seluruh bahagian tanah tersebut untuk projek pembangunan rumah pangsa. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberi detail tentang projek tersebut. Terima kasih.

Tuan Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

[Bangun]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Terima kasih, sila. Penghabisan sekali.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Mahu juga yang belakang sana itu?

Tuan Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ya.

Tuan Pengerusi

Okey, sila, sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 09000 – Lembaga Kemajuan Ikan. Tentang jeti di Sungai Baru Selinsing yang sangat uzur dan antik kerana tiang-tiangnya yang retak dan juga bumbungnya yang bocor yang saya kira dalam lawatan saya sangat membahayakan untuk nelayan-nelayan di kawasan itu dan juga tentang jeti di Sungai Protan, Selinsing yang mana sungainya adalah dikira cetek. Nelayan-nelayan yang pulang terpaksa menunggu begitu lama sehingga air pasang untuk pulang. Jadi, ini juga mengganggu aktiviti nelayan di kawasan itu. Jadi, minta kementerian memberi perhatian dan membuat pembaikan yang perlu untuk jeti di Sungai Baru Selinsing dan juga di Sungai Protan yang cetek untuk Parlimen Bagan Serai. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Menteri. Bolehlah Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan pertanyaan- pertanyaan sebentar tadi. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Tuaran yang membangkitkan perkara berhubung dengan jelapang padi Kota Belud yang dicadangkan oleh kerajaan itu, yang ingin tahu setakat mana pelaksanaan sistem pengairan di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, pada masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun memulakan kerja-kerja menyiapkan pusat pentadbiran untuk pelaksanaan projek ini.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

[Bangun]

Selepas ini, seterusnya tindakan akan diambil untuk melaksanakan sistem pengairan yang didapati sesuai dan berpatutan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini perlu dikaji dengan teliti kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi. Boleh bagi masa? Nanti boleh mencelah lagi. Jadi, begitu juga di kawasan Tuaran yang disebutkan oleh Yang Berhormat, menghadapi masalah pengairan ini yang mana pada masa ini menggunakan water pump. Penggunaan water pump pada masa ini memberikan masalah kepada petani-petani kerana di waktu hujan pun bermasalah dan di waktu kemarau pun bermasalah. Yang Berhormat mencadangkan supaya digunakan pump yang lebih besar untuk tujuan mengatasi masalah ini. Jadi dalam hal ini, saya kira tidak menjadi masalah kepada kementerian untuk melihat penggunaan water pump yang lebih besar ini. Walau bagaimanapun untuk.... [Disampuk] sekejap sahaja lagi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tuaran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang melihat kepada kaedah dan teknologi baru untuk diguna pakai bagi menyelesaikan masalah pengairan dan saliran di kawasan-kawasan pertanian padi kerana kita dapati bahawa kos pengairan begitu tinggi. Kalau sekiranya dikira daripada segi economics nya, tidak begitu economics berbanding dengan hasil dan pelaburan yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan. Dengan sebab itu kaedah baru dan teknologi baru sedang dikaji oleh pihak MARDI untuk menyelesaikan masalah ini. Satu daripada kaedah atau teknologi yang sedang dilihat mempunyai potensi untuk mengatasi masalah ini ialah pertanian padi menggunakan teknologi aerob ataupun kaedah aerob. Kaedah aerob ini iaitu satu kaedah yang mana ia menggunakan sprinkler atau semburan. Jadi dengan menggunakan semburan ini, maka kita tidak perlu membina empangan ataupun canal perparitan yang begitu mahal kosnya. Penggunaan sistem aerob

ini dalam proses ujian oleh Jabatan Pertanian. Sudah ada pilot project yang dibuat yang menunjukkan potensi yang begitu baik sekali. Ada hendak?

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya membangkitkan perkara tadi bahawa peningkatan teknologi yang saya cadangkan, water pump yang lebih besar, sebenarnya suatu ketika dahulu sudah pun diluluskan oleh Menteri sewaktu Menterinya Dato’ Mohd Effendi Norwawi dahulu. Akan tetapi ia gagal dilaksanakan. Sebenarnya, apabila sistem pengairan yang ada sekarang ia lambat dilaksanakan dan saya mengatakan tadi bahawa semakin luas tanah sawah di Tuaran itu sudah tumbuh bukan padi tetapi rumah. Saya takut kalau teknologi yang dikaji ini lambat dan lambat pula dilaksanakan, diperkenalkan di lapangan, saya khuatir habis nanti sawah kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh biar Yang Berhormat mengkaji, turun ke lapangan dan lihat sama ada yang 900 lebih hektar di Tuaran itu masih diterokai ataupun tidak sebab masalah bekalan air. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya rasa tidak ada masalah bagi Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian...

[Bangun]

Khususnya pegawai-pegawai yang berkenaan untuk turun padang ke kawasan Tuaran untuk melihat apa yang boleh kita bantu menyelesaikan masalah ini sementara mendapat satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk jangka panjang. Yang Berhormat, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja. Di Mersing pun ada jelapang padi. Ia sempadan Rompin. Rompin baru-baru ini diumumkan jelapang padi baru. Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak cadangan untuk menggunakan sistem baru dalam segregasi jelapang padi ini boleh di cuba Endau Mersing. Ia border sahaja sebab pegawai yang mengurus padi semua ini, BERNAS datang juga ke Endau. Yang mengusahakan ini semua orang Kedah tetapi mereka ini semua birulah, bukan hijau. Terima kasih.

Insya-Allah Yang Berhormat. Saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, yang membangkitkan apakah projek khas rumah nelayan, mengenai dengan kriteria... [Menoleh ke tempat duduk YB Parit Buntar] Mana Yang Berhormat Parit Buntar? Ada lagi?... Sudah balik? Oh! Ada lagi. Mengenai kriteria-kriteria bagi nelayan untuk mendapatkan bantuan, ia mudah sahaja. Pertamanya mestilah warganegara Malaysia dan keduanya berdaftar dengan Pertubuhan Nelayan. Saya kira itu sahajalah. Tidak ada pertimbangan politik, tidak ada. Sama ada untuk mendapat bantuan baik pulih rumah ataupun bina rumah baru ataupun sara hidup, tidak ada kriteria politik yang diambil kira.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Anda begitu sopan hari ini. Saya hendak tambah lagi satu. Masalahnya begini, saya faham Menteri, dasarnya itu jelas. Saya tahu, memang tetapi apa yang saya jelaskan di sini ialah daripada segi praktis. Siapa yang menentukan dia layak dapat? Itu soalannya. Kadang-kadang orang yang menentukan itu yang kadang-kadang bersifat yang disebutkan tidak betul tadi. Dasar saya setuju, memang begitulah saban kali jawapan yang diberikan. Cuma satu lagi saya minta jangan lupa jelaskan tentang penyelewengan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Parit Sulong yang bertanya, dia tidak tahu kata adanya kena akujanji. Sebenarnya saya dapat laporan ini daripada nelayan ini daripada nelayan-nelayan di Johor. Secara khusus, di Mersing seramai 100 orang nelayan telah membuat aduan pada bulan November 2012 tentang wujudnya satu akujanji bahawa mereka tidak boleh mempertikaikan. Itu sahaja untuk makluman daripada mana sumber saya bawa tadi. Daripada Mersing.

Terima kasih. Sekali lagi saya tegaskan Yang Berhormat Parit Buntar, tidak ada kriteria politik atau pertimbangan politik. Ditegaskan juga di sini tidak ada Aku Janji, that is, dengan izin, the truth about it. Orang hendak cerita macam-macam mereka boleh ceritalah tetapi tidak ada.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab sebut Mersing tadi.

Ya.

Sebab sebut Mersing tadi. Saya pantang disebutkan Sri Mersing ini. Yang Berhormat Parit Buntar ini, maklumat saya hendak beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, maklumat yang dibuat oleh sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar itu bukan tidak benar tetapi tidak berapa tepat. Saya yang menjadi Pengerusi MP3 agihan rumah-rumah untuk kita agihkan kepada nelayan ini. Saya mendapat maklum, saya bukan memandai apatah lagi pandai-pandai. Saya mendapat maklum Dato Seri KSU kementerian hendak datang melawat, hendak lihat bagaimana contoh yang terbaik dan paling cepat menguruskan bantuan rumah nelayan seluruh Malaya, paling best sekali dekat Mersing. Jadi kalau ada laporan yang mengatakan ada bentuk penyelewengan, tidak betullah itu. Parit Buntar jauh dengan Mersing jika Yang Berhormat Rompin complain itu barulah boleh dipercayai.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi.

Biar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawablah.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bukan. Saya bukan apa, tadi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Buntar...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebab tadi seolah-olah saya ini...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Buntar hendak mencelah ini kena minta keizinan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri benarkan?

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak, hendak sedikit penjelasan sebab maklumat tadi itu...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bukan saya tidak. Jadi boleh rujuk kepada pusat aduan rakyat yang mereka menerima nelayan seramai satu, hah itu saya. Saya tidak ada menuduh siapa-siapa, kelemahan. Tidak kerana sebut Yang Berhormat Mersing mesti melenting tidak begitu. Kalau tidak ada, tidak adalah. Bermakna yang bawa laporan ini tidak betullah, itu saja.

[Dewan riuh]

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Buntar. Begitu juga dengan kontraktor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Kita ingin memberikan pengakuan di sini bahawa Kementerian Pertanian memang memberikan perhatian yang serius dan mengambil berat agar pihak- pihak kontraktor tidak mengambil kesempatan berlebihan dalam melaksanakan projek perumahan nelayan ini. Kita memilih kontraktor-kontraktor yang kita boleh anggap bertanggungjawab kerana ini adalah satu projek sosial dan bukan projek di mana kontraktor sepatutnya mengambil keuntungan yang berlebihan. Akan tetapi kalau ada terjadi satu, dua kes umpamanya kerja yang dibuat itu tidak memuaskan ataupun kualitinya tidak begitu memuaskan ataupun barang-barang yang

digunakan tidak begitu sedikit nilai yang tinggalnya, boleh membuat laporan kepada kementerian dan kita boleh periksa dan perbaiki untuk mengatasi masalah tersebut. Yang Berhormat Parit Sulong, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong kerana menyokong penuh projek khas dengan sokongan bersyarat, dia meminta tambahan supaya nelayan-nelayan yang masih mungkin tertinggal dalam program ini dapat kita juga berikan bantuan dalam fasa yang akan datang.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Boleh saya?

Boleh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih banyak Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak mengucapkan terima kasih banyak di atas apa Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi mengenai bukan ketinggalan tetapi ada lebih kurang 78 lagi rumah yang perlu sama ada di baik pulih ataupun dibina baru yang belum dilaksanakan di kawasan Parlimen Parit Sulong. Itu tadi pertanyaan saya, lebih kuranglah saya..., jumlah yang sebenarnya saya tidak berapa pasti, saya tidak berapa ingat off hands sekarang. Jadinya saya cuma hendak mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut dan saya berharap ia akan dapat dilaksanakan dengan seberapa segera dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada tim daripada kementerian pertanian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri sekali dalam hal baik pulih rumah ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih banyak. Yang Berhormat Parit Sulong saya memang amat prihatin tentang masalah perumahan ini. Dahulu semasa saya di FELCRA pun, saya melaksanakan baik pulih 5,000 buah rumah sebelum pilihan raya [Ketawa] Untuk membantu orang-orang miskin di mana rumahnya di dalam keadaan yang sangat uzur. Jadi kali ini di dalam MOA, pun rupa-rupanya ada juga skim baik pulih rumah ini. Ia amat sesuai dengan perjuangan saya. Jadi insya-Allah permintaan itu kita akan lihat, kalau sekiranya ada kemampuan di pihak kerajaan dengan kewangannya, kita akan cuba membantu seberapa yang boleh. Satu perkara yang penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong ini ialah berkenaan dengan bagaimana hendak meningkatkan pendapatan nelayan. This is a very serious issue Tuan Pengerusi. Ini kerana kalau kita memberikan bantuan baik pulih rumah sahaja, bagi sara hidup sahaja, ia tidak akan menyelesaikan masalah jangka panjang bagi komuniti nelayan. Jadi dengan sebab itu, pihak kementerian di bawah kepimpinan yang baru, diterajui oleh Menteri yang baru amat serius memikirkan permasalahan ini. Satu daripada tindakan yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian seterusnya LKIM ialah kita hendak menghapuskan orang tengah sebagaimana yang disebutkan oleh salah seorang daripada Yang Berhormat tadi. Iaitu yang mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh nelayan ini ialah orang tengah. Jadi kita akan memperjuangkan bagaimana caranya kita hendak menghapuskan orang tengah ini supaya nelayan mendapat bahagian yang lebih daripada industri perikanan. Salah satu daripada tindakan yang diambil pada masa ini ialah menubuhkan pasar ikan nelayan di tempat-tempat di mana ikan-ikan ini dinaikkan. Di situ nelayan boleh menjual hasil tangkapan mereka terus kepada pengguna-pengguna. Di sini sebenarnya kita mendapat dua objektif iaitu pertama nelayan akan mendapat harga yang lebih baik dengan menjual sendiri dan di satu pihak lagi pengguna juga boleh mendapat harga yang berpatutan daripada ikan yang dibeli oleh mereka berbanding jika membeli melalui orang tengah di pasar-pasar tertentu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah bangun.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh saya tambah sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tambah sedikit komen tentang masalah nelayan tadi, kerana satu fenomena yang berlaku setiap tahun di Kuala Kedah dan kawasan sekitarnya ialah ada ketikanya ikan terlampau banyak, ikan-ikan

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

tertentu, ikan kembung yang biasanya terjadi sehingga harganya jatuh sampai kurang daripada lima sen seekor, 20 ekor lebih seringgit.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ini menyebabkan nelayan kerugian banyak. Banyak yang tak mahu pergi dan ikan- ikan itu sesetengahnya rosak. Jadi saya rasa kalau masalah ini dapat diselesaikan oleh kementerian, membantu dengan apa-apa cara pun, itu akan dapat membantu banyak supaya nelayan tetap dapat pendapatan dan satu benda yang diberikan oleh Allah SWT tak kita bazirkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar ya? Mana?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Kuala Kedah.

Kuala Kedah ya. Sorry. Terima kasih di atas pandangan itu dan kita akan ambil perhatian. Tadi saya ingin menyambung sedikit lagi berhubung dengan bagaimana kita nak membantu nelayan dari segi ekonomi mereka. Selain daripada pasar nelayan, kerajaan ataupun FAMA menubuhkan pasar tani. Dulu saya bangkitkan pasar tani pada rakan kita. Eh? Nanti, belum habis lagi. Sekejap.

Tuan Pengerusi, boleh sahabat saya di Dewan ini tekan minyak sedikit. Terlalu slow.

[Ketawa] Puasa, puasa. Ini sudah dekat waktu berbuka ini. Bateri sudah kurang. FAMA kita membuka banyak pasar tani dengan tujuan untuk memberikan tempat di mana nelayan-nelayan dan petani menjual hasil produk mereka. Di sini mereka dapat menjual dengan harga yang lebih baik daripada menjual kepada pemborong di tempat mereka menaikkan ikan-ikan tersebut. Saya nak ambil kesempatan ini nak membetulkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang tempoh hari. Dia kata di Pendang tidak ada pasar tani. Tak betul. Pada waktu itu saya tak ada maklumat tetapi hari ini saya ada maklumat iaitu di Pendang pun ada pasar tani. Boleh dikatakan setiap daerah, setiap kawasan ada pasar tani. Jadi ada lagi beberapa jenis pasar seperti pasar komuniti yang mana memberikan peluang kepada nelayan dan petani untuk menjual hasil mereka terus ke pasaran. Ada yang sekarang kita menggunakan apa yang disebut from farm to table. Maknanya daripada petani, daripada ladang terus kepada pasaran. Ini yang kita galakkan. Akan tetapi untuk menjayakan kaedah ini, saya telah sebut di Besut baru-baru ini, kepada nelayan di Besut. Saya kata petani perlu berubah sikap. Nelayan jangan balik daripada laut, dua tiga minggu dia di laut sampai dia tidak sabar lagi terus mahu balik ke rumah sebab dia memikirkan hal orang rumah dahulu. Saya bilang sama dia, saya cakap: “Sabar, tidak hilang gunung dikejar. Tidak lari gunung dikejar”. Ha, begitu. Jadi kalau boleh nelayan-nelayan mengubah sikap bahawa setelah menangkap ikan, mereka bawa ikan, teruskan usaha untuk menjual ikan mereka sama ada di pasar nelayan mahupun di pasar tani ataupun di pasar karavan, pasar komuniti yang dibina oleh pihak FAMA dengan begitu banyak sekali di setiap daerah. Lebih penting daripada itu juga kita nak menggalakkan nelayan supaya melibatkan diri mereka dalam aktiviti mengeluarkan produk berdasarkan ikan. Fish based product. Jangan jual ikan sahaja daripada zaman tok kaduk sampai sekarang. Dia jual ikan sahaja. Kita mahu jual mungkin fishball. Fishball, nanti menggunakan elementary word pula. Fishball, bukan ball lain ya. Jadi ini pun satu usaha yang penting juga boleh melibatkan diri bagi pihak nelayan. Jadi ada berbagai-bagai tindakan yang kita ambil oleh pihak kementerian, LKIM dan FAMA untuk mengatasi, untuk melihat nelayan kita dibela ekonomi mereka untuk masa-masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, Kulai ada membangkitkan lima jenis ikan dilarang eksport. Payah. Kita nak tolong orang tempatan dapat harga yang berpatutan. Bukan kita nak tolong orang di luar sana dulu. Rakyat dululah. Rakyat kita supaya dapat bekalan cukup dan pada harga yang...

…Kalau boleh murah. Kalau tak murah pun, mampu dibeli oleh nelayan. Ini eksport kira nak untung, untung, untung sahaja. Ini pengeksport yang untung, pemborong nak untung.

Marah nampak.

Bagaimana dengan rakyat? Jadi yang kita sekat eksport ini pada waktu-waktu tertentu ataupun pada masa-masa tertentu terutamanya waktu musim perayaan ini. Inilah langkahnya untuk kita membela ataupun membantu pengguna-pengguna. Saya percaya pihak pembangkang tentu tidak membantah perkara ini untuk membantu pembeli, rakyat ataupun pembangkang. Kulai jadi pembela kepada pengeksport, tauke-tauke besar. Begitu? Ada mahu tanya?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh saya Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Kulai. Kulai bangun.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya rasa tadi tuduhan daripada Timbalan Menteri itu kurang tepat. Saya rasa sekarang nelayan memang rakyat jelata Malaysia. Begitu juga pemborong, penjual ikan dan pengusaha logistik, mereka juga rakyat Malaysia. Kita haruslah mempertimbangkan situasi mereka juga. Jadi saya rasa sebelum kita membuat larangan untuk eksport, saya nak tahu sama ada pihak kementerian memang sudah buat satu kajian dan menunjukkan bahawa kelima-lima jenis ikan tersebut sekarang dalam pasaran kita memang tidak mencukupi. Akan tetapi sebenarnya selepas larangan ini dilaksanakan, harga untuk ikan ini sudah turun. Ini saya rasa bukan satu hakikat yang baik untuk nelayan juga kerana mereka sekarang terpaksa untuk menjual ikan tersebut dengan harga yang lebih murah kepada pemborong dan juga penjual ikan. Jadi maksudnya rezeki mereka juga terjejas. Jadi saya nak tanyalah, memang tak sebelum larangan ini dilaksanakan, memang tak dalam pasaran kita kelima-lima jenis ikan tersebut adalah kesuntukan? Terima kasih.

Terima kasih. Harga turun itulah yang rakyat nak. Tadi Yang Berhormat kata sekarang ikan itu harganya sudah turun. That’s very good.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Rezeki nelayan?

Yalah, rezeki nelayan tidak terjejas.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Rezeki pengusaha logistik?

Dengarlah dulu.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Mereka bukan rakyat Malaysia?

Dengarlah dulu. Ini kerana pada nelayan, dia dapat harga yang tidak terjejas. Pihak yang terjejas ini ialah pemborong. Pemborong ini terdiri daripada tauke-tauke besar dan logistik, transport ini tauke-tauke besar. Untung beratus ribu, berjuta-juta. Kita mahu bagi ini orang kampung yang hanya pendapatannya tak sampai pun RM1,000 sebulan. Tauke besar untung sebulan RM100,000, RM1 juta, RM2 juta.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini tauke besar kita jangan pedulilah.

This - Rakyat betul. Betul rakyat tetapi ada dua, rakyat yang perlu bantuan dan rakyat yang tidak perlu bantuan. Dia boleh hidup sendiri. Kalau terjejas pun pendapatan dia, dia tidak jadi susah. Akan tetapi nelayan kalau terjejas, dia makan pun tak ada. Yang Berhormat kena belajar bab ini kalau nak mendapat sokongan daripada rakyat kampung. Rakyat bandar bolehlah.

Tuan Pengerusi, Menteri dia punya bateri sudah cas. [Ketawa]

Barang mahal marah, barang – tetapi walau bagaimanapun...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

Panjang.

Ada sedikit sahaja lagi. Apa nama tadi – Ini ganggu, ganggu. Ya, walaupun begitu, saya ingin untuk bagi Yang Berhormat Kulai ini selesa sedikitlah dengan izin, this is temporary during this festive season.

After festive season, kalau keadaan tidak memerlukan, tidak menuntut, kita benarkanlah eksport. So, kita akan memantau keadaan. Bolehlah itu, senyap dah. [Ketawa] Okey, yang satu lagi ini Yang Berhormat Kinabatangan, sahabat saya. Dia kata, minta peruntukan lebih banyak, kawasan Kinabatangan banyak nelayan. Sudah hantar permohonan. Yang Berhormat, we can assure you, dengan izin, you get all the support from the Ministry, okay? Thank you. Berapa banyak, belum tahu lagilah. [Ketawa] We will do our best Tuan pengerusi. Lu tolong gua, gua tolong lu. [Ketawa] Tidak boleh ini, Yang Berhormat Seputeh ini nanti tidak bersetuju ataupun tadi ada bincang. Apa? Hendak bantah? Ada pula yang hendak membantah. Tidak payahlah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tidak. You tolong I, I tolong you. Ini macam perli Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja.

[Ketawa] Tidak ada pun. Betul. Yang Berhormat Bukit Gantang, jangan jadikan rumah transit dan pastikan kualiti yang baik kerana kesian kepada kaum nelayan yang miskin terus miskin dan nelayan dicengkam oleh orang tengah, setuju! Nelayan kita pada hari ini sungguh bernasib tidak baik kerana mereka dicengkam oleh orang tengah. Jadi, saya dan juga Menteri serta pegawai-pegawai pertanian, kementerian, kita telah mulakan satu agenda baru. Kita hendak hapuskan orang tengah mencengkam petani-petani dan nelayan-nelayan kita. Kita sudah tubuh TEKUN, kita ada Agrobank. Agrobank dan TEKUN mesti membantu kaum nelayan dan petani dalam masalah kredit. Kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan mereka. Kalau mereka boleh bayar kepada orang tengah, yang setengahnya terlibat dengan ah long pada kadar yang begitu tinggi, kenapa pihak bank, Agrobank dan juga TEKUN tidak boleh bagi? Selama ini kita sudah bagi, mungkin tidak cukup. Untuk mengubah landskap, hendak mengubah keadaan ini, transformasi dalam erti kata yang sebenarnya, perubahan yang nyata di mana nelayan dan petani keadaan sosioekonomi mereka berubah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi suatu hari nanti. Kita kena bantu dengan apa yang kita buat sekarang, kita perhebatkan lagi. Jadi, masalah orang tengah ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gantang. Tolonglah Yang Berhormat Bukit Gantang sokong agenda kita ini, bersyarahlah di kampung-kampung di kalangan nelayan, kurangkan ucapan-ucapan mengutuk Barisan Nasional itu. [Ketawa] Lebihkan kepada memberikan motivasi, memberikan kesedaran kepada rakyat untuk bangun berubah menjadi rakyat yang bersedia untuk bekerja keras dan juga berdisiplin, bertanggungjawab pada diri sendiri dan juga keluarga mereka kalau kita hendak melihat perubahan terhadap nasib mereka.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Minta sedikit lagi.

Ya, Yang Berhormat Parit Buntar ini fasal banyak sangat ceramah politik, tidak habis-habis di kampung.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu yang saya hendak beritahu itu. Masalah dia sekarang, yang memilih kriteria untuk dapat semua ini bukan kami wakil rakyat. Jadi, macam mana kita hendak syarah kepada mereka. Yang pilih itu ketua

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

bahagian UMNO, apa ini? Bahagian apa? Jadi, macam mana kami hendak syarah? Itu kena ambil kira juga itu. Kalau tidak mahu syarah macam itu, bagi wakil-wakil rakyat akses untuk membantu rakyat, mendapat semua dasar-dasar bantuan yang diberikan. Itu kena faham itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang memilih tidak apa. Biarlah kita pilih, yang dapat rakyat di bawah.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, betul. Saya bercakap dengan Menteri, saya cakap dengan Menteri. Saya minta Menteri jawab. Maksud saya, kena bagi ruang kepada kami untuk dapat akses. Kami boleh cakap kepada rakyat. Sekarang masalah dia, yang tentukan ketua bahagian, bukan wakil rakyat.

Sudah faham sudah.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu kena check itu, jangan terus melulu kata kami menuduh begitu, tidak betul itu.

Yang Berhormat Parit Buntar, terima kasih. Saya pun tidak ada terlibat dengan apa yang Kementerian Kewangan, kementerian itu, kementerian ini pilih berhubung dengan kata...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Parit hendak bertanya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Nanti saya jawab yang ini dahulu. Sekejap lagi, kita bagi lepas ini. Bukan bermakna setiap kali, maka kita hendak bersyarah, kita hendak terlibat. Jika kita tidak terlibat, maka kita hendak bercakap soal itu. Soal ekonomi, saya tidak terlibat berhubung dengan pelantikan kontraktor kah, pelantikan hendak memilih syarikat mana, syarikat mana, untuk melihat syarikat-syarikat ini mendapat peluang untuk berniaga dan sebagainya. Akan tetapi apabila saya pergi ke kampung, saya menggalakkan mereka untuk berniaga menjadi usahawan. Memberitahu kepada mereka iaitu kalau hendak mengubah nasib perlulah menjadi usahawan. Saya tidak terlibat pun. Dalam proses untuk memilih usahawan atau kontraktor. Begitu juga dalam kes ini. Kalau Yang Berhormat ikhlas, tidak perlu terlibat untuk memilih si anu, si anu yang dapat rumah. Pergi berkempen secara umum, kata bahawa nelayan perlu berubah sikap, petani perlu berubah sikap. Apa ada masalahnya? Yang Berhormat Parit, sahabat saya daripada Parit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Menteri bercakap mengenai meninggi, meningkatkan pendapatan nelayan. Apa pula tindakan kerajaan bagi nelayan sungai? Apakah tindakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan mereka, kehidupan mereka. Terima kasih.

Ini saya pun dulu sebelum saya masuk dalam kementerian ini, di kawasan saya pun ramai juga nelayan sungai ini. Buat masa ini, duduk di sini pun, masih mahu jugalah kalau boleh di bantu nelayan sungai ini. Akan tetapi kita ini kalau duduk di satu tempat, kita nampak begitulah. Bila kita ubah kita punya position, kita tengok eh! Lain pula rupanya. Jadi, macam pembangkang, selalu tengok satu sudut sahaja. Cuba dia duduk sebelah sini, baru dia tahu macam mana susahnya kita hendak buat kerja ini. Dia belah sana tahu bantai sahajakan? Kerana dia nampak sempit, lubang yang sempit sahaja. Dia tidak nampak secara luas. Jadi, sekarang sudah duduk dalam kementerian ini, ada perkara- perkara berhubungan dengan nelayan darat ini. Umpamanya, nelayan darat ini dia bukannya semualah. Saya tidak kata semua, ramai daripada mereka bukanlah nelayan sepenuhnya. Mereka ada kerja lain, sambil-sambil sahaja jadi nelayan. Jadi, tidak boleh disamakan mereka ini sebagai nelayan yang turun ke laut. Jadi, kita kena kaji bagaimana. Kalau tidak nanti nelayan laut akan merasa bahawa kenapa pula ada perbezaan dari segi syarat-syarat atau kriteria yang kita kenakan.

Namun begitu, kita bersimpati kepada nelayan-nelayan kerana ikan yang kita makan ini sama sahaja sama ada di laut atau di darat. Kita perlukan ikan yang dibekalkan oleh nelayan-nelayan ini. Insya-Allah nanti kita bincang lagilah dengan pihak kementerian. Kalau ada ruang dan peluang untuk kita membantu mereka. Akan tetapi dari segi bantuan baik pulih rumah? Baik pulih rumah? Mereka dapat bantuan. Saya rasa di tempat saya pun ada dapat tetapi bukan sebab saya duduk di sini mereka dapat. Jangan salah faham pula, salah guna kuasa pula kononnya. Ini dapat ini sebelum saya dapat di kementerian. Itu orang kata, pilihan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan, e-Kasih la, kementerian yang memilih. Kriterianya bukan atas perkara yang lain. Yang Berhormat Sungai Petani, sudah dekat hendak berbuka puasa ini.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Dekat hendak berbuka hendak tanya ini, fasal suruh laju sedikit.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, 15 minit lagi.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi, hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini berhubung dengan anak-anak Melayu, khususnya anak-anak Melayu yang menjadi nelayan laut?

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Di kawasan saya, ramai anak-anak Melayu yang pergi ke laut tetapi balik tidak menerima upah dalam bentuk tunai, tetapi mereka ini menerima upah dalam bentuk dadah. Jadi, ada kes-kes yang berat yang telah pun dilaporkan. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tidak LKIM bekerja rapat dengan pihak-pihak tertentu khususnya polis supaya membanteras kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan anak-anak nelayan secara serius khususnya yang melibatkan anak Melayu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, itu cadangan yang baik, mungkin kita boleh cuba usahakanlah. Itu tidak ada masalah. Yang Berhormat Putatan ada membangkitkan soal rumah nelayan jadi mangsa ribut dan perlu bantuan bencana alam. Ini ada skim insuranskah? Kalau tidak silap saya tengok tadi ada. Sekejap ya, boleh? Ada ini. Bagi nelayan pantai... Ini Yang Berhormat Putatanlah. Kita bagi jawapan bertulislah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Masa sudah lewat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah, habis Yang Berhormat?

Ini hendak habiskan ini iaitu berhubung dengan depot diesel ini, small matterlah, dengan izin. We look into that yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat berhubung dengan membina depot diesel yang dibangkitkan. Semua kebanyakannya berkenaan dengan rumah nelayan Tuan Pengerusi. Jeti di Selinsing ini pun kita akan tengoklah. Cuma ada satu tadi berkenaan dengan Tuna Port, Tuna Port yang dibangkitkan. So, masalahnya...

Tuan Pengerusi, satu soalan yang saya minta penjelasan tentang kedudukan pengeluaran pakar-pakar saintis akuatik yang ada permasalahan dengan penternak-penternak ikan. Kalau boleh minta penjelasan jika ada satu dekan yang khas untuk memberi ruang kepada penuntut-penuntut kita untuk pengajian akuatik, Sains Akuatik.

Okey, insya-Allah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawapan bertulis.

Last sekali mengenai ini Tuna Port, projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru ini. Just ringkas sahaja saya hendak maklumkan. Memang projek ini projek yang tidak berjaya setakat ini. Pihak LKIM dan juga kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk memulihkan projek ini. Buat sementara ini memanglah digunakan oleh bot-bot kecil, nelayan-nelayan kecil sahaja, but this is going to be temporary, dengan izin. Jadi saya ucap banyak terima kasih...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya berapa kerajaan telah bayar, telah biayai projek ini. Berapa yang kita akan ambil balik sebab MITP sudah fail, sudah lingkup. Berapa kerajaan akan dapat balik daripada seperti NFC. Kerajaan dapat lebih kurang RM80 juta. Kita hendak tahu kerajaan dapat balik daripada MITP, berapa juta yang dapat balik. Soalan ketiga saya adalah saya difahamkan semua tanah atau sebahagian tanah Tuna Port yang sekarang akan dibina pangsapuri untuk dijual supaya boleh dapat duit untuk cover loses. Inilah yang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh jawab dalam jawapan bertulis. Boleh? Tiga soalan.

Sekarang boleh jawab.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Boleh?... Boleh lagi bagus.

Ini apa ada masalah [Ketawa] Tuan Pengerusi, wang yang digunakan untuk port ini adalah wang daripada pinjaman bank, daripada pihak institusi kewangan, bukan daripada kerajaan yang dibiayai. Pihak syarikat pemajunya mengeluarkan bon dan berdasarkan bon ini, OSK telah mengeluarkan pinjaman kepada syarikat ini. Disbursement belum pun kesemua daripada kemudahan pinjaman yang diluluskan oleh pihak OSK itu. Sebahagian sahaja. Saya tidak ingat lebih kurang RM80 jutakah apa, tetapi this is subject to verificationlah but just to answer you, dengan izin, lebih kurang RM80 juta mungkin. Masalah berhubung dengan bayaran balik, bukan bayaran balik kepada kerajaan. Bukan kerajaan yang mengeluarkan pinjaman itu, pihak swasta. So, the bank or the financial institution yang menuntut bayaran. Jadi apa yang berlaku ialah pemaju ini, syarikat ini, LKIM dia bukan merupakan majoriti shareholders. Majoriti shareholder ini pihak syarikat private company, private limited company. LKIM cuma ada, saya kira ada 30% ataupun 40% - 30% dalam syarikat ini. So there is no serious liability on the part of LKIM to the financial institution. The company, the majority shareholders yang ada masalah besar. Okey, that’s to answer you, the first question, I think. The second question, Yang Berhormat bertanya sama ada kita LKIM hendak guna tanah LKIM ini untuk bina rumah? Kalau ada tanah bagus bina, apa salah. Any wrong with that? This is economics. Tidak tahulah Yang Berhormat. I do not know your background. What is your train in what, economic senses...?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Ya, tidak. Kalau boleh tanah itu ada development potential, why not. Takkan hendak letak ikan sahaja di situ. Sampai bila hendak letak ikan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah confirm bahawa ada perancangan...

No.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Untuk buat rumah pangsa. Betul atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Ini bukannya dalam mahkamah, you hendak, suruh saya jawab macam itu. Saya kata...

Kita hendak soalan...

Duduklah dulu.

Tuan Pengerusi...

No, I want to answer his question. You sit down.

My same question.

No, no you don’t disturb me, please.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak dibenarkan.

I speak better in English. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi dengan izin, if there is potential for development, there are so many land now changes from agriculture to development to industrial because of the potential. You do not keep agriculture land for donkey years as an agriculture land. Same thing goes to LKIM. They have got the land. Maybe many passes of the land…

If their land is more, can give them better...

Beri laluan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Beri laluan sedikit sahaja.

Apa.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Peraturan mesyuarat, cakap Melayu ya.

Tidak apalah.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kalau hendak cakap bahasa Inggeris, dengan izin.

Bagi dia faham Yang Berhormat Bayan Baru ini. Dia pun bercakap tidak fasih bahasa Melayu.

Boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Jadi maknanya, saya tidak kata kita hendak mengesahkan bahawa sudah ada projek membina pangsapuri di situ. Saya kata kalau, kalau tanah itu mempunyai potensi untuk development dan tidak menjejaskan perusahaan perikanan LKIM di situ, apa salahnya.

Tuan Pengerusi, saya hendak Tuan Pengerusi ingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini Jawatankuasa, bukan andaian.

Okey, I will give you.

Saya hendak dapatkan, okey, okey.

Boleh, boleh tidak masalah.

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang kita dalam peringkat Jawatankuasa. Kita tidak mahu andaian.

Secara prinsipnya, kalau tanah agriculture kita hendak convert jadi tanah komersial, itu biasa. Akan tetapi kita secara spesifik, pelaburan yang digunakan untuk Tuna Port ini bukan status perikanan, bukan status agriculture. Statusnya adalah pelabuhan, adalah satu projek spesifik untuk tuna.

Sekarang kalau penggunaan tanah ini ditukar jadi pembinaan - construction rumah pangsapuri maksudnya Yang Berhormat Menteri, kena beritahu Dewan ini. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ringkaskan.

Kita tidak mahu question the merit of the thing, dengan izin.

Yang Berhormat Batu, jangan duduk dekat Batu sahaja. Pergilah tengok dunia ini. Tengok dunia. Go around the world and learn something. Mana ada port tidak ada pembinaan. Macam-macam ada. Apartmen, pangsapuri, pejabat pun ada. There are so many things. You do not keep the land, the port itu untuk simpan ikan sahaja. Ia buat bangunan pejabat. Buat bangunan perumahan untuk pekerja-pekerja, buat untuk keperluan penginapan. Apa salahnya. Saya tidak tahu berapa ratus ekar tanah itu. Kalau tanah itu luas...

Checklah dulu. Checklah dengan pegawai.

No, saya cakap secara prinsip. The principle.

Kita dalam peringkat Jawatankuasa, tidak ada minat kita hendak tahu tentang prinsip. Kita tidak mahu tahu dasar.

Prinsip tidak pakai?

Kita di peringkat Jawatankuasa.

Ini orang yang tidak berprinsip, inilah payahnya.

Kita hendak information.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Prinsip-prinsip ini peringkat dasar Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tidak usah pakai prinsiplah? Itu sebab Pakatan, mana ada prinsip.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Boleh ubah. Macam-macam boleh ubah.

Ini bukan lagi bincang pasal prinsip.

They keep on changing the rules.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

We are not changing the rules. This is dasar kuasa.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu dengan Yang Berhormat Bayan Baru.

Sudah, sudah. Cukuplah, cukup. Duduk.

We just want to know whether the project exist atau tidak.

Saya hendak tamatkanlah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri tolong jawab, adakah perancangan projek pangsapuri di kawasan Tuna Port atau tidak ada? Itu sahaja. Ya atau tidak? Terima kasih.

Ini Yang Berhormat Bayan Baru ini belajar daripada mana? Itu Pengerusi DAP itu kawasan mana?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa Yang Berhormat. Tidak apa.

Yang Berhormat Menteri, kita tidak kata baik atau tidak. Kita hanya hendak mendapatkan pengesahan. Mungkin ada Yang Berhormat-Yang Berhormat hendak beli rumah dekat sana. Kita tidak tahu, kita tidak tolak. Kita hanya hendak tahu ada atau tidak?

I still keep to my answer. If there is a potential, why not. I am not committing myself. Okay. Thank you. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM6,000,000 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM6,000,000 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM48,000,080 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM48,000,080 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.22 -Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] - Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.22 di bawah kementerian Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk di bahas. Tidak ada? Okey. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM6,690,040 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM6,690,040 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.23Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] - Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Oleh sebab P.23 hanya token sahaja. Ia tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.24 [Jadual ] - Maksud P.24 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] -Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kepala Bekalan B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk di bahas. Oleh sebab P.24 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

B.24 boleh bahas.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak bahas B.24.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Cepat saja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hendak buka puasa cepat. [Ketawa]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sudah hendak dekat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya. Kita tumpu kepada B.24.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya. B.24 bukan token. Ada RM7.98 juta..

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, B.24.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih. Saya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. yang diberikan tambahan RM7.98 juta. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kalau kita ke pasar-pasar raya dan melihat sebahagian daripada label-label pada bahan-bahan yang ada di shelves ataupun di rak kebanyakan makanan yang dibuat di dalam negara ini mempunyai tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Sudah tentu ini meyakinkan kita. Akan tetapi di setengah rak-rak ini ada makanan- makanan yang saya rasa diimport daripada negara-negara lain seperti Thailand, Australia

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

atau negara-negara daripada Euro Zone. Mereka mempunyai tanda halal juga. Akan tetapi tanda-tanda halal ini, tanda halal yang saya rasa diterima di negara-negara berkenaan bukan di Malaysia. Jadi, apakah kita di Malaysia mengiktiraf tanda-tanda halal yang disediakan di negara-negara seperti Thailand kerana banyak produk-produk makanan kita dalam botol atau dalam tin datang daripada Thailand. Bagi setengah umat Islam, asal ada tanda halal ini dianggap sebagai sahih, halal dan menggunakannya. Begitu juga daripada Australia, bahan-bahan daripada Australia ada jawatankuasa mungkin di Australia yang memberikan pengiktirafan kepada sebahagian daripada makanan-makanan dengan meluluskan tanda halal mereka. Jadi soalan saya, adakah negara kita mengiktiraf tanda-tanda halal ini? Kalau ya, adakah kita telah menjalankan pemeriksaan yang sewajarnya di negara-negara berkenaan untuk memastikan barangan-barangan tersebut datang daripada pemprosesan yang benar- benar halal. Kalau tidak, kenapa bahan-bahan ini dibenarkan berada di rak-rak kita dengan satu tanda halal yang tidak diiktiraf. Itu soalan pertama saya. Kedua Tuan Pengerusi, sebahagian daripada industri- industri khususnya pembuatan makanan, penyediaan makanan yang bukan dikendalikan atau dipunyai oleh orang Islam berminat untuk menjadikan industri mereka halal. Akan tetapi sebahagian daripada mereka tidak mempunyai satu panduan ataupun seorang pakar di industri mereka di dalam kilang mereka untuk membantu memberikan bantuan-bantuan supaya proses-proses di dalam penyediaan makanan tersebut berkeadaan halal termasuk sumber bahannya, campuran-campuran bahan pengawet, bahan perasa, bahan pewarnanya. Jadi ada kes di mana seorang yang beragama Islam berada di syarikat tersebut yang bukan pun pakar dalam bab-bab mensahihkan sumber-sumber ini halal ataupun tidak tetapi oleh kerana dialah di antara prominent yang sikit-sikit dalam syarikat tersebut digunakan sebagai orang yang membantu memproses atau menghantar borang untuk sijil halal ini. Jadi bagaimana peranan daripada Halal Industry Development Corporation (HIDC) ini membantu industri-industri sedemikian untuk menyediakan kepakaran ataupun meminjamkan pegawai untuk memastikan proses mendapatkan sijil halal ini benar-benar mengikut peraturan. Itu soalan yang kedua. Ketiga Tuan Pengerusi, sudah timbul sekarang ini keraguan di kalangan pengguna-pengguna di kalangan umat Islam mengenai kehalalan vaksin-vaksin yang ada di pasaran kita.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ringkaskan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ini penting Tuan Pengerusi. 10 minit itu boleh cover.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Vaksin ini sekarang ini digunakan semakin meluas. Sebahagian vaksin di dalam bidang perubatan hepatitis ‘B’, triple vaccine, BCG, memang kita telah melalui proses yang cukup detail untuk mengatakan ianya harus digunakan. Akan tetapi, kini timbul isu mengenai penggunaan pneumococcal vaccine, yang dikatakan berpunca daripada sumber yang tidak dipastikan. Jadi, bagaimana boleh kita meyakinkan masyarakat umat Islam mengenai kepentingan dan juga yang halal tidaknya vaksin ini kerana dalam konteks kesihatan, saya rasa kita harus meyakinkan rakyat kita supaya tidak ada di antara mereka yang menolak vaksin ini hanya kerana waswas mengenai kehalalan. Jadi, di mana peranan halal industri ini dalam meyakinkan masyarakat dengan memberikan jaminan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah halal? Jadi, Tuan Pengerusi itu adalah pertanyaan-pertanyaan saya.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

[Bangun]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Nibong Tebal. Kalau boleh lima minit ya.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Ini pendek sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini bukan soalan, perbincangan saya ringkas sahaja Tuan Pengerusi berkenaan dengan Halal Industrial Development Corporation (HIDC). Dalam pengamatan saya, saya dapati aktiviti-aktiviti perniagaan halal yang diterajui oleh HIDC ini saya nampak kurang agresif kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain terutamanya dengan Thailand. Thailand umpamanya cukup berani umpamanya masa di Anuga umpamanya dan world fair boleh isytihar, “Thailand, Kitchen of The World”, dengan izin, dan di Bangkok baru-baru ini, dia lagi berani isytihar, Halal Kitchen of The World, dengan izin. Akan tetapi kita di Malaysia, di negara kita satu usaha sahaja yang orang berebut-rebut datang ke sini untuk mendapat pensijilan. Memang betul pensijilan halal di Malaysia direbut-rebut orang hendakkan sijil penghalalan Malaysia sebab diakui, diiktiraf di seluruh dunia. Soalan saya Tuan Pengerusi ialah dalam hal ini, untuk mengembangkan industri halal ini, ini adalah satu industri yang cukup besar, trillion dollar business, dengan izin. Akan tetapi, penyertaan orang Muslim sendiri di Malaysia ini pun tidak seberapa. Jadi, saya ingin tahu berapa peratus pengusaha-pengusaha Muslim yang terlibat as a major player dalam industri halal ini? Itu yang pertama. Keduanya, kita dapati di Thailand, saya petikkan Thailand sekali lagi. Di Universiti Chulalongkorn umpamanya, ia ada satu department yang cukup terkenal dengan R&D nya. Sampai ke satu tahap, ia boleh menghasilkan beberapa produk halal untuk dipasarkan. Saya dapati yang menakjubkan saya ialah sampai dia boleh hasilkan produk air samak dibuat daripada tanah liat. So, itu negara yang bukan Islam. Ini kita claim kata kita ini negara Islam, tetapi hal-hal penghasilan produk-produk Muslim untuk dipasarkan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya. Jadi, saya ingin minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri supaya di samping menganjurkan ekspo-ekspo produk-produk halal yang dianjurkan MIHAS, adakah usaha yang cukup serius dilakukan untuk bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan ataupun pakar-pakar daripada luar untuk menghasilkan produk-produk halal untuk dipasarkan seterusnya? Sekian dulu, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan yang perbelanjaan. Ini untuk HDC. Sebenarnya semasa saya jadi Exco Pelaburan di negeri Selangor, saya selalu mendapat kompelin daripada peniaga dan juga pelabur asing berkenaan betapa susahnya bagi mereka untuk mendapat pelesenan untuk produk halal. Saya masih ingat ada seorang pelabur dari Belgium yang keluarkan produk macam minyak. Dia proses minyak kelapa sawit dan jadikan satu bahan untuk dieksport ke luar negara dan dia beritahu saya, dia tunggu sampai sembilan bulan baru dapat itu certification. Walaupun sebelum itu dia ada satu produk yang agaknya sama dengan itu tetapi dia kena tunggu begitu lama. Sebagai seorang pelabur asing, dia rasa yang kita punya jabatan kerajaan amat kurang efisien. Ini adalah satu suara hati daripada seorang pelabur asing. Sebagai kerajaan negeri, ini di bawah Kerajaan Pusat. Certification ini, pelesenan ini di bawah Kerajaan Pusat. Kita tak boleh buat apa-apa tentang untuk membantu mereka.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, saya ingin bertanya tentang HDC. Kita semua ini yang ingin berucap itu semua tahulah kita harus mempromosi produk halal dan sebagainya. Akan tetapi, kalau kerajaan masih bergantung pada orang yang sedia ada, masih tidak menambahbaikkan tentang proses kelulusan pensijilan itu, kita tidak akan pergi jauh dan kita akan masih berada dengan keadaan yang sekarang. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan dan juga kementerian walaupun pensijilan ini bukan di bawah kementerian juga tetapi kerana kita hendak mempromosikan produk halal ini? Saya rasa mesti ada satu cara untuk mempercepatkan pensijilan yang akan dikeluarkan khususnya bagi produk yang tidak perlu prosedur yang begitu rumit. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, selepas ini Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sungai Petani Yang Berhormat Ipoh Timor. Yang Berhormat Temerloh hendak berucap kah? Ya, Yang Berhormat Temerloh. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Dua minit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. HDC telah ditubuhkan pada September 2006 dengan mempunyai tujuan-tujuan yang khusus tentang industri halal iaitu: (i) piawaian; (ii) kapasiti pengeluaran; (iii) menyokong pelaburan; dan (iv) bertanggungjawab memperkenalkan promosi jenama halal mengikut laporan ekonomi 2007/2008. Soalan saya ialah sejauh manakah tanggungjawab itu telah dijalankan oleh HDC? Yang kedua ialah makanan halal atau apa sahaja industri halal termasuklah medical dan sebagainya. Ia bukan sekadar fahaman bahawa ianya halal, tidak ada unsur-unsur yang kita kata haram. Akan tetapi, lebih utama ialah konsep yang bersih sekitarannya, sumbernya yang bersih. Contohnya kalau ladang itu dia hendak proses secara halal, maka dia juga mesti mengajikan pekerja dia dengan cara yang betul dan tidak berlaku penindasan. Itu konsep ‘halalan toyyiban’ yang disarankan oleh Islam. Saya kira jika dapat disatukan konsep itu dengan betul, maka pelaksanaan untuk kita melaksanakan industri halal ini juga perlu betul dalam konteks pengurusan seperti memberi insentif potongan cukai untuk mereka yang pertama kali mendapat pensijilan contohnya. Yang kedua ialah mungkin taraf perintis yang kita galakkan untuk mereka melibatkan diri. Yang paling utama ialah bagaimana Malaysia boleh menjadi negara yang memimpin industri halal ini di peringkat global kerana Malaysia terkenal di antara yang awal memperkenalkan e-Halal ini sejak daripada awal tahun 90-an lagi. Jadi kerana itu saya minta kepada HDC khususnya supaya lebih giat untuk memberi insentif-insentif kepada pengusaha-pengusaha halal ini supaya mereka dapat bersaing dengan saya difahamkan nilai pasaran ialah 7.4 trilion seluruh dunia dan kita tidak mahu kita ketinggalan dalam hal ini sedangkan kita yang merintis tetapi akhirnya kita gagal. Kedua, saya ingin minta supaya pada waktu yang sama, janganlah kerana kita mahu mempromosikan, menggalakkan tetapi kita menggadaikan pula prinsip halal itu. Itulah kesukarannya tetapi itulah niche dia. Itulah niche market halal yang kita hendak kuasai. Saya harap HDC terus berusaha dan lebih penting daripada itu penyelarasan dengan JAKIM kerana JAKIM mengeluarkan lesen. HDC menguruskan. Kalau boleh biarlah JAKIM dengan HDC ini dapat selesaikan masalah pengeluaran lesen termasuklah penguatkuasaan. Saya difahamkan JAKIM tidak ada tenaga yang kuat untuk memastikan pelaksanaan halal ini betul-betul dapat dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hendak membangkitkan cuma dua, tiga perkara. Pertama sekali ialah seperti Yang Berhormat Parit Buntar sebut tadi bahawa dunia luar memang memandang tinggi terhadap kehebatan kita khususnya dalam hal-hal yang pengeluaran sijil.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi saya hendak tanya, oleh kerana pandangan orang luar tinggi terhadap kita, berkemungkinankah kita eksport pengetahuan kita ini? Bukan saja buat di Malaysia tetapi pengetahuan ini hendaklah di eksport ke luar supaya akhirnya dunia Islam yang luar juga mendapat manfaat daripada ilmu yang kita ada. Itu yang pertama. Yang kedua, saya lihat ada juga kompelin-kompelin seperti yang dikatakan oleh teman-teman, Yang Berhormat Seputeh contohnya katakan, memang lambat. Saya lihat produk-produk yang kita rasa tidak begitu kompleks, contohnya mengeluarkan gula-gula, coklat, kenapa tunggu begitu lama? Adakah berkemungkinan HDC mungkin boleh outsource separuh daripada kerja-kerja yang dianggap tidak rumit? Kalau boleh outsource kerja-kerja yang dianggap tidak rumit ini, saya kira proses untuk keluarkan sijil itu lebih cepat kerana inilah yang menjadi kerumitan ataupun kompelin terhadap orang yang memohon sijil. Yang ketiga tentang kos, Tuan Pengerusi. Saya kira ada orang kompelin juga bahawa kos terlalu mahal. Jadi kalau HDC boleh melihat bagaimanakah ini boleh dikurangkan dan akhirnya akan ramai orang yang berminat untuk memohon pensijilan dan insya-Allah saya kira dan dunia juga akan melihat kita sebagai negara yang boleh mereka terima barang-barang dari Malaysia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri atas Maksud B.24, Butiran 010200 - Khidmat Pengurusan. Tuan Pengerusi, pengurusan MITI pada hari ini bukan sahaja memainkan peranan untuk perdagangan antarabangsa dan industri, ia juga perlu menjaga kedaulatan negara terutama dari segi hak kebebasan dan kekebalan undang-undang negeri sendiri. Dalam bidang TPPTA yang sedang dirundingkan di Sutera Harbour sekarang, saya memang sedar bahawa MITI ada mengatakan cabaran yang hebat sekarang tentang perundingan TPPTA ini. Akan tetapi saya hendak bangkitkan dari segi bidang intelectual property right yang amat penting.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tumpukan kepada HDC.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ya, memanglah Tuan Pengerusi. Ada beberapa area seperti intelectual property rights ini dalam segi perubatan, semua ini perlu dipertimbangkan sebelum kami menandatangani perjanjian tersebut. Jadi hendak tahu apakah jaminan Kementerian MITI ini akan beri kepada rakyat Malaysia bahawa dalam kita mengejar untuk menandatangani TPPTA ini, hak-hak tersebut, negara kita ini tidak terjejas? Ini adalah sangat penting dari segi perundingan yang sedang berlaku di Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Jadi saya hendak tanya kementerian, adakah kita akan mengambil kesempatan peluang ini untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebelum TPP ini ditandatangani atau dipersetujui? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Temerloh. Selepas itu Menteri jawab.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak kementerian berhubung dengan operasi HDC yang menjadi tonggak penganjuran hab halal sedunia. Saya mohon pihak kerajaan mendedahkan berapakah sebenarnya jumlah kos pengurusan penganjuran setiap tiga tahun kebelakangan ini. Selain itu, berapakah pula jumlah pelaburan yang telah berjaya ditandatangani dalam memastikan Malaysia menjadi hab halal sedunia? Seterusnya, HDC telah menyasarkan potensi jualan sebanyak RM350 juta menerusi Program Pembangunan Vendor Halal. Saya ingin mendapatkan statistik berhubung dengan senarai pembekal-pembekal yang telah dilantik untuk membekal produk halal di beberapa buah pasar raya yang telah diluluskan di sepanjang tahun 2012. HDC juga difahamkan telah membuat beberapa halal standard seperti halal food, halal pharmacy dan juga lainnya. Begitu juga dengan pihak JAKIM, juga telah menggubal halal standard iaitu Standard Malaysia berkenaan dengan makanan halal. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah standard-standard yang dihasilkan ini selari antara satu sama lain ataupun ia berbeza? Akhirnya, saya juga ingin mencadangkan supaya standard-standard halal yang telah digubal dapat di terjemah di pelbagai peringkat dengan menawarkan kursus-kursus jangka pendek di peringkat institusi pengajian tinggi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, jemput Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tujuh Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang produk halal walaupun sebahagiannya bukan di bawah MITI kerana banyak menyentuh tentang JAKIM. Walau bagaimanapun, saya akan menjawab beberapa persoalan yang penting yang berkaitan dengan MITI. Cuma, sebelum saya jawab saya hendak sebut satu perkara dahulu. Ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat supaya tidak keliru ya tentang HDC. Pertama saya hendak maklumkan iaitu HDC ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah Akta Syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Kemudian pada tahun 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa HDC hendaklah ataupun akan diperbadankan. Maka diletakkan di bawah MITI. Jadi fungsinya berubah. Daripada mengeluarkan sijil yang dahulunya banyak dibuat ataupun keseluruhannya dibuat oleh pihak JAKIM tetapi berubah kepada membangunkan industri ataupun produk halal. Jadi bermula daripada tahun 2009, operasi persijilan halal diletakkan kembali sepenuhnya di bawah JAKIM. Sementara HDC hanya menumpukan perhatian kepada pembangunan dan mempromosi industri halal. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat. Tentang Yang Berhormat Kuala Krai, sebahagiannya saya sudah jawab tadi secara umum. Walau bagaimanapun, untuk membantu industri halal supaya...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Mohon laluan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Kejap, kejap ya. Kejap. Supaya terus subur. Inilah sebenarnya sebahagian ataupun tugas besar yang sedang dipikul oleh HDC.

Saya hendak bagi tahu bahawa, dan menjawab sekali pertanyaan daripada Yang Berhormat Nibong Tebal tadi, eksport produk halal negara kita pada tahun lepas sahaja ialah RM32.8 bilion ataupun 4.7% daripada keseluruhan eksport negara Malaysia. Dan bukannya setakat produk halal makanan sahaja tetapi kita menumpukan kepada empat produk halal. Bukan makanan. Kita tidak boleh banding dengan Thailand. Thailand lebih tertumpu kepada makanan tetapi kita empat produk halal iaitu pertamanya, makanan sudah tentu; nombor duanya, farmaseutikal; ketiga, kosmetik; dan keempat, ingredient. Ingredient ini adalah bahan-bahan yang diletakkan dalam makanan dan sebagainya. Jumlahnya hampir RM33 bilion. Satu jumlah yang banyak. Maknanya kita boleh dikatakan telah berjaya membangunkan industri halal secara keseluruhannya kerana telah menyumbang hampir 5% daripada eksport negara Malaysia pada tahun lepas. Jadi... Okey, Yang Berhormat Temerloh tadi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih. Oleh kerana apa yang saya kemukakan tadi banyak melibatkan soal statistik dan ianya sangat penting angka- angka itu kepada kami, jadi tidak mengapa kalau tidak dijawab sekarang tetapi saya mengharapkan agar pihak kementerian dapat menghantar jawapan bertulis, insya-Allah.

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Memang itu pun yang kami akan buat. Yang Berhormat Seputeh, saya rasa saya tak perlu jawab kerana lebih menjurus kepada JAKIM, begitu juga...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada kaitanlah...

Berurusan dengan JAKIM.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seputeh duduk mana? Salah bangkulah.

Yang Berhormat Parit Buntar, saya ucapkan tahniah kerana mempunyai visi yang sama dengan kerajaan dan isu-isu untuk kita memimpin. Seboleh-bolehnya kalau boleh kita memimpin tentang produk halal di seluruh dunia dan untuk makluman Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya kerajaan dalam dunia yang campur tangan ataupun dalam erti kata lain yang menguruskan tentang persijilan halal berbanding dengan negara-negara lain. Umpamanya Indonesia, bukan kerajaan yang menguruskan sijil halal tetapi lebih kepada persatuan-persatuan yang berkaitan dengan komuniti Islam. Begitu juga dengan Australia, walaupun mereka bukan negara Islam tetapi diserahkan kepada persatuan-persatuan Islam yang tertentu. Begitu juga di negara-negara lain. Dalam erti kata lain, hanya negara Malaysia sahajalah di mana kerajaannya yang campur tangan secara terus di dalam mengeluarkan persijilan produk halal.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Buntar bangun, sila.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya lama dah simpan ini. Bila saya buat taklimat-taklimat tentang Trans-Pacific Agreement ini, ada yang dinamakan trade barriers di mana dalam perjanjian itu boleh sahaja contohnya negara luar yang datang hendak berniaga dalam pasaran kita ini, oleh kerana di lihat itu satu trade barriers maka dia boleh saman dan sebagainya, salah satu saya tidak tahu betul atau tidak tanggapan saya ini. Saya minta menteri buat penjelasanlah dan pencerahan adakah halal itu sendiri, cap sijil halal itu dianggap sebagai trade barriers sehingga mereka mungkin akan cuba untuk memastikan tidak ada such trade barriers as halal untuk depa nak masuk dalam pasaran ataupun saman kita dan sebagainya. Itu kalau dapat pencerahan, saya lega sikit. Kalau ia bukan satu masalah dalam perjanjian Trans-Pacific ini.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bimbang sangat tentang TPPA sebab perbincangan sedang pun dilakukan dan sekarang pun sedang berlaku di Kota Kinabalu. Maknanya bukannya hanya proses menandatangani, lebih kepada perjanjian dan sudah tentulah perkara IPR ini menjadi satu perkara pokok yang penting yang dibincangkan di antara negara-negara dan sudah tentulah negara Malaysia tidak akan terjebak untuk menjual maruah negara kita dan sebenarnya pandangan ataupun pendapat negara Malaysia ini dikongsi bersama oleh semua negara lain.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Timbalan Menteri, nak minta penjelasan.

Kejap, kejap. Semua negara lain dalam keanggotaan TPPA sama ada dalam perubatan, kesihatan, medicine, dengan izin, juga dalam produk-produk lain. Jadi Tuan Pengerusi, TPPA ini di luar daripada HDC. Kalau boleh saya tidak menjawabnya kerana masih dalam proses perbincangan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sekejap Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Menteri pukul 7.00 boleh habis?

Saya habiskan tak sampai pun sepuluh minit.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Singkat sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kami memang sedar kerajaan selalu mengatakan jangan takut kami beri jaminan kedaulatan tidak akan terjejas tapi kami nak tahu di sini apa komitmen yang akan dilakukan oleh kerajaan. Ini adalah sangat penting terutamanya di IPR dan dalam segi IPR di mana perubatan mungkin ubat-ubat halal akan dikeluarkan. Copyright license itu sangat penting, jadi jangan hanya kata kita ada jaminan, kita tidak akan menjejaskan dan mempertaruhkan kedaulatan negara tapi kita nak tahu komitmen yang penting sekarang, itu yang penting sekarang. Sekarang rundingan sedang berlaku di Kota Kinabalu, apakah pandangan menteri dalam segi komitmen ini, kami nak tahu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Timur, sebenarnya seperti yang saya katakan tadi dan kerap kali yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa prinsipnya ialah perbincangan sedang dilakukan. Maknanya belum ada kata putus, tidak ada kata putus lagi dan sudah tentulah Malaysia tetap akan mempertahankan haknya dan tidak akan menggadaikan bukan sahaja maruah malahan kualiti hidup ataupun hak rakyat negara Malaysia. Jadi, dalam proses perbincangan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, balik kepada HDC.

Cuma Tuan Pengerusi, ini berkaitan dengan HDC ini saya kalau boleh tidak mahulah dan tidak akan menjawab bab-bab lain selain daripada HDC, saya jawab TPPA sedikit tadi kerana ada kaitan sedikit dengan HDC.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Habis.., habis dah, sudah habis?...

Saya fikir tadi ada yang ingin bertanya, tak ada ya?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi nampak bangun tadi.

Tuan Pengerusi, saya ingat tadi pasal TPPA, saya ingat saya fokus balik kepada HDC. Cuma nak bagi tahu sedikit Tuan Pengerusi, saya kebetulan di Dubai pergi satu syarikat multinasional besar, ada lab RM40 juta, dia punya certification is JAKIM dan dicertified oleh pegawai JAKIM. Jadi saya ucap tahniah kepada HDC dan juga badan-badan yang terlibat yang

mengembangkan nama Malaysia di peringkat dunia dan halal JAKIM diterima di peringkat dunia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Nibong Tebal.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon Menteri untuk memberi jawapan bertulislah kepada saya tentang dua soalan spesifik yang saya kemukakan tadi. Saya mula sekali ucap tahniah yang memang eksport besar juga RM32 bilion ataupun hampir RM33 bilion eksport produk halal. Boleh Menteri detailkan kepada kita nombor satu, pecahannya itu makanan dan juga bukan makanan, itu satu. Keduanya penyertaan bumiputera Muslim dalam industri ini dan yang ketiganya yang saya tanya tadi ialah sejauh manakah status ataupun kemajuan R&D dalam bidang R&D untuk menghasilkan produk-produk halal ini dan kerjasama universiti-universiti tempatan menghasilkan R&D ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Nampaknya Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat minta jawapan bertulis sahajalah.

Sedikit sahaja, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Itulah realitinya dan terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal. Jawapan terperinci akan kita jawab secara bertulis dan jangan bimbang, semuanya dalam bahasa Inggeris dengan izin, in order. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM7,980,000 untuk Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM7,980,000 untuk Maksud B.24 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.25Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] - Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Oleh sebab P.25 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.27Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] - Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Satu, dua. Dua orang sahaja, sila di belakang. Ya, sila.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Stampin.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya?... Sila. Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri. Soalan saya pendek sahaja. Adakah peruntukan ini termasuk peruntukan bagi Sarawak?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Jika boleh memohon jawapan bertulis bagi kawasan Kuching jumlah peruntukan bagi semua majlis perbandaran iaitu MPP, MPKS dan DBKU. Juga minta jadual penggunaan peruntukan ini bagi setiap majlis perbandaran yang disebutkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Bandar Kuching, Butiran berapa ya?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Di bawah Maksud B.27 P.27 Butiran 61000 - Naik Taraf Jalan-Jalan (Projek Baru). Tuan Pengerusi saya ingin menarik perhatian Dewan ini atas satu salah sebut tentang projek yang dirujukkan dalam butiran ini. Ini yang dikatakan ini pelaksanaan projek naik taraf Lebuh Raya Pan Borneo. Tuan Pengerusi, itu Pan Borneo Highway bukan satu lebuh raya. Sampai hari ini masih satu trans road di mana single carriage way tidak ada dual carriage way. Ia bukan satu lebuh raya di mana ada tarafkan sebagai R5 setinggi- tingginya mungkin R3 atau R4. Oleh itu kita di Sarawak dan Sabah juga telah lama menunggu satu Pan Borneo Trans Road ini di naik taraf hingga ke Pan Borneo Highway yang tulen yang betul-betul highway. Dahulu pada masa Menteri Kerja Raya masih bekas Yang Berhormat Samy Vellu di Dewan ini saya ada sebut ini bukan highway ini adalah trans road dia pun setuju. Akan tetapi saya tengok hari ini masih merujuk kepadanya sebagai Lebuh Raya Pan Borneo. Oleh itu saya ingin memperbetulkan perkara ini. Saya ingin juga hendak menarik perhatian Dewan ini kepada apa yang telah dikatakan oleh seorang Menteri Negeri Sarawak mengenai attitude Federal Government, Kerajaan Persekutuan terhadap projek-projek jalan raya khususnya Pan Borneo Highway di Sarawak. Ini adalah apa yang dikatakan verbal approval worthless, dengan izin: “The Federal Government must put in writing approval of projects for the state instead of announcing them verbally as has been the case of several Federal projects yet to be implemented in the state. Minister of Infrastructure Development and Communications, Dato Sri Michael Manyin said the state could not implement any of the projects announced verbally as it was impossible to proceed without any written approval. Therefore, when any project is approved, we expect it to be in black and white. We want it to be put in writing so that we can call for tender and start implementing the project immediately”.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini menunjukkan satu frustration yang dirasakan oleh bukan kita sahaja tetapi Menteri daripada Barisan Nasional di peringkat negeri. Saya ingin tahu apa yang telah dijangka atau dipelan oleh Kerajaan Pusat terhadap seruan kita untuk meningkatkan menaiktarafkan Pan Borneo Highway yang bukan highway itu sepanjang jalannya hingga tahap dual carriage way. Tuan Pengerusi tidak ada orang lain hendak...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Menteri hendak jawab.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Belum habis. Biarlah saya put in record.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu pun juga satu mangsa..

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa, tidak apa.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mangsa Pan Borneo Highway. Tiap-tiap minggu ramai...

Helo! Yang Berhormat Bandar Kuching pergi tengok, kita ada naik taraf atau tidak di Bintulu. You jangan cakap sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu pun ketinggalan lama sudah.

You jangan ingat Yang Berhormat Bintulu ketinggalan, Yang Berhormat Bintulu punya kawasan di mana you cakap sama saya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Adakah setuju...

Jangan cakap sahaja hebat, pung pang pung pang sini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Dengar saya Yang Berhormat Bintulu. Ia telah disebut sebagai satu, a road to hell, highway to hell. Ini kerana tiap-tiap minggu ada orang mati.

Yang Berhormat Bandar Kuching itu highway to hell, you create it during the election.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Highway to hell, highway to hell.

Dalam masa pilihan raya, you create the one.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

What I created, what?

Buat you punya kempen, cakap, “Go to hell.”

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

This is the voice of the people, ini suara rakyat. Rakyat negara, ia sebagai, highway to hell.

Dia sini ada buktikan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey Yang Berhormat Bandar Kuching.

Newspaper menunjukkan ia ialah satu highway to hell.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kenderaan pemandu hendak memotong jalan kena kemalangan dua, tiga orang mati. Tiap-tiap minggu ada orang mati sampai...

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Paling mustahak kita mesti mahu mendidik orang bawa kereta.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kita hendak tunggu berapa orang mati barulah Kerajaan Persekutuan ...

Itu paling mustahak. Kalau tidak mendidik dia orang bawa kereta...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat, dua-dua Yang Berhormat, peraturan mana ini?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey satu minit, satu minit.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Pengerusi biarlah walaupun Sarawak adalah fixed deposit state untuk Barisan Nasional, janganlah Kerajaan Barisan Nasional...

Yang Berhormat Sibu sini mahu mencelah, Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Menganaktirikan negeri Sarawak.

Yang Berhormat Sibu mahu mencelah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apalah cukuplah, cukuplah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sedikit, sedikit sahajalah.

Sedikit masa sahaja. Saya merujuk statistik yang berlaku pada bulan Julai ini. Pada 2 Julai satu kemalangan tiga mati di Pan Borneo Trans Road. Pada 3 Julai enam kematian di satu kemalangan, pada 8 Julai ini satu kematian, pada 10 Julai empat kematian, pada 13 Julai dua kematian. Jadi ada 16 kematian dalam dua minggu ini. Inilah sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Inilah hakikat, inilah hakikat tetapi Yang Berhormat dari Bintulu tidak simpati atas kemalangan-kemalangan ini. [Disampuk]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri jawab.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil peluang untuk menyatakan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Kementerian Kerja Raya. Tuan Pengerusi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat projek naik taraf jalan raya Pan Borneo telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pada awal tahun 2012 dalam isu mengenai keadaan jalan Persekutuan di negeri Sabah dan negeri Sarawak yang berkeadaan daif telah dibawa ke perhatian kerajaan. Seterusnya kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM423 juta supaya jalan raya Pan Borneo dapat dinaik taraf pada tahun 2012 sehinggalah 2015...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan.

Baru mula ini Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya itu angka-angka yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dalam pelan RMKe-10 ada rancangan untuk naik taraf Pan Borneo Highway itu. Angka yang diberi...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini highwaykah jalan raya?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Pan Borneo Trunk Road. Okey. Angka yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah RM423 juta. Saya dimaklumkan oleh bekas Timbalan Menteri Kerja Raya bahawa untuk meningkatkan, menaik tarafkan sepanjang jalan Pan Borneo Highway ini perlu RM22 bilion. Kalau itu adalah satu angka untuk seluruh Pan Borneo Trans Road, maka dalam RMKe-10 hanya RM400 juta diluluskan. Sampai bilakah jalan itu Pan Borneo Trans Road akan dijadikan Pan Borneo Highway, or are we going to wait for another 50 years?

Yang Berhormat Bandar Kuching, itulah saya katakan, biar orang habis jawab dulu, jangan emosional. Saya adalah...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri...

...Seorang Timbalan Menteri berasal daripada Sabah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri, jawapan bertulis boleh?

Ya, seperti juga Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya pun hendak melihat supaya Projek Trans Borneo ini berjaya. Akan tetapi Yang Berhormat Bandar Kuching, saya nyatakan jumlah tadi itu, RM423 juta hanya untuk tempoh 2013 hingga 2015.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Itu angka RMKe-10.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bandar Kuching tidak berminat. Ini Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bandar Kuching tidak berminat hendak dengar, jawapan bertulis.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Jangan macam ini Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, siapa kata saya...

Tuan Pengerusi, kalau semua dipolitikkan, inilah jadinya. Kita tidak habis jawab lagi.

Timbalan Menteri, boleh bagi laluan tak?

Silakan Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu ucap terima kasihlah, memang Kementerian Kerja Raya sudah bagi peruntukan menaikkan taraf Pan Borneo trunk road. Kita naik taraf satu hal. Yang Berhormat Timbalan Menteri setujukah atau tidak, kita sekarang mesti mahu jalankan satu rancangan macam mana kita hendak mendidik pemandu-pemandu semua, the driver dengan izin. Kalau kita lagi highway lagi lurus, dia serupa macam kapal terbang, lagi nyawa terbang lagi cepat, satu. Dua ini, saya mahu minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh minta kementerian kaji, bukan sahaja hari ini kaji. Kita mesti mahu lihat Pan Borneo trunk road banyak sharp corner. Kita mesti mahu kasi lurus sedikit, ada untuk kebaikan pemandu membawa kereta, setujukah tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Memandangkan Yang Berhormat Bintulu lebih berhemah, saya memang bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bintulu. [Tepuk] Tuan Pengerusi, saya memohon untuk menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Stampin tadi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Stampin...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan. Saya hendak satu pengesahan, di bawah RMKe-10 hanya RM400...

Saya tidak bagi ruang, this is my floor.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Menteri tidak bagi peluang.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ada, ada.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi peluang, tidak bagi. Tidak benarkan. Ya.

Tuan Pengerusi, seperti yang telah saya nyatakan tadi, kerana soalan adalah mengenai peruntukan yang diagihkan untuk negeri Sarawak. Untuk jumlah RM423 juta tadi Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan bahawa peruntukan tersebut akan dibahagi sama rata di antara negeri Sabah dan juga negeri Sarawak. Setiap negeri akan mendapat RM211.5 juta untuk jumlah tersebut sahaja Yang Berhormat. Ini tidak termasuk untuk perancangan yang akan datang yang melibatkan Projek Trans Borneo. Tuan Pengerusi, peruntukan yang saya nyatakan tadi adalah untuk melaksanakan program naik taraf jalan raya Pan Borneo di mana sebanyak 109 projek telah dikenal pasti untuk pelaksanaan iaitu terbahagi kepada 86 projek di negeri Sabah dan 23 projek di negeri Sarawak.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Minta laluan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Stampin bangun.

Ya, Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat. Jadi, saya minta nanti jawapan bertulis, jadual peruntukan bagi semua majlis perbandaran, terima kasih.

Yang Berhormat, peruntukan ini tidak termasuk peruntukan mengenai majlis perbandaran. Ia adalah di bawah kementerian yang lain.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih, habis? Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM100,000,060 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM100,000,060 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.28Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] – Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan. Oleh sebab P.28 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.29 [Jadual ] – Maksud P.29 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kepala Bekalan P.29 dan di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air terbuka untuk dibahas. Oleh sebab P.29 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas. B.29 ya, sila. Berapa orang? Satu, dua, tiga dan empat. Yang Berhormat Ketereh.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada perkara B.29 dan B.070000. Dicatatkan di sini bahawasanya peruntukan tambahan ini antara lain adalah bagi membiayai pelaksanaan pelan komunikasi bagi pengurusan perkhidmatan bekalan air negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada kementerian yang berkenaan. Di mana pelan komunikasi yang dimaksudkan itu adakah merupakan satu pelan komunikasi yang disediakan secara komprehensif ataupun satu pelan yang bersifat ad hoc. Memandangkan ia menuntut kepada sedikit perbelanjaan tambahan. Perbelanjaan ini sebenarnya kalau bagi communication plan yang komprehensif, saya nampak jumlah belanjawan tambahan ini tidaklah begitu besar. Keduanya, saya ingin dapatkan penjelasan apakah sasaran utama dalam kementerian menjalankan pelan komunikasi. Terutamanya bagi tujuan untuk mengadakan program pendidikan pengguna utiliti menerusi media elektronik dan media cetak. Apakah termasuk dalam rancangan kementerian, misalnya aspek-aspek bagi membantu sesetengah negeri yang mengalami masalah-masalah bekalan air. Termasuklah masalah- masalah yang terwujud daripada ataupun terwujud dalam bentuk non-revenue water ataupun air yang tidak membawa hasil akibat daripada keadaan bekalan paip dan sebagainya yang tidak sempurna. Dalam hubungan ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Dalam konteks keadaan bekalan air di negeri Kelantan. Seperti mana yang kita tahu Tuan Pengerusi, liputan bekalan air terawat di negeri Kelantan berada pada tahap bukan saja paling rendah dalam negara kita tapi jurangnya terlalu jauh. Berbanding dengan negeri- negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang kesemuanya boleh dikatakan liputan bekalan air terawat telah pun mencecah lebih daripada 90%. Malah negeri-negeri seperti Melaka telah pun mencecah hampir 100%. Berbanding dengan keadaan di negeri Kelantan, liputan bekalan air terawat hanya melebihi 50% sahaja, kira-kira 58%. Jadi, dalam sementara kita mewujudkan kempen untuk meningkatkan kesedaran utiliti ini, ia menjadi tidak bermakna kalau sekiranya liputan itu sendiri pun belum sampai

kepada satu tahap yang boleh kita terima. Jadi, apakah Kerajaan Pusat, langkah-langkah yang perlu diambil supaya liputan bekalan air terawat di negeri Kelantan ini diperluaskan. Saya memahami bahawasanya Kerajaan Pusat telah memberikan pinjaman yang besar bagi membantu masalah air di Kelantan tetapi saya berharap usaha ini akan dapat dilipat gandakan lagi. Saya juga ingin mendapatkan keterangan lanjut daripada kementerian berhubung dengan masalah kesedaran rakyat. Melalui kempen-kempen kesedaran ini apakah juga disasarkan kepada permasalahan sumber air untuk jangka yang panjang. Ini kerana pada masa ini seperti mana yang kita sedia maklum, sebagai sebuah negara yang tidak terlalu besar, kerajaan telah pun mengambil usaha agar bekalan air ini diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sejauh manakah kerjasama dan juga perkembangan dari segi persetujuan negeri- negeri kerana kita tahu bekalan air ini juga adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri lebih-lebih lagi dalam konteks di negeri Kelantan. Dalam hubungan ini saya ingin bertanya, sumber bekalan air di Kelantan masih lagi menggunakan bekalan air bawah tanah. Pada masa yang sama, masalah alam sekitar yang tidak terkawal daripada penebangan balak dan sebagainya akan menjejaskan sumber air di masa akan datang. Public awareness dalam soal ini adalah sangat penting. Jadi, apakah dalam usaha-usaha meningkatkan kefahaman rakyat tentang utiliti ini dapat dibuat dalam bentuk yang lebih komprehensif untuk membangkitkan kesedaran rakyat untuk menjaga sumber-sumber air sebagai satu khazanah negara bagi jangka masa yang panjang. Akhir sekali, saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada kementerian dalam usaha untuk mengadakan kesedaran ini. Kita juga berasa perlu ditingkatkan kesedaran tentang mutu air yang perlu dipertingkatkan. Saya difahamkan mutu air terawat di Kelantan bukan sahaja tidak cukup dari segi kuantiti, tetapi daripada segi kualitinya adalah paling rendah dalam negara di mana lima indicator yang digunakan untuk menyukat kualiti air terawat bagi negeri Kelantan kelima-limanya dikatakan gagal. Jadi, kesan ini boleh membawa kepada masalah-masalah tertentu kepada pengguna. Jadi sejauh manakah dalam pelan komunikasi ini, kesedaran menggunakan air pada kualiti itu diwujudkan melalui kempen-kempen kesedaran dalam pelan komunikasi yang hendak dijalankan oleh kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Di sini saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, saya telah membangkitkan masalah bekalan di kawasan Bakri, Bukit Naning dalam perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan Negara 2012. Yang Berhormat Menteri ketika itu menyatakan bahawa isu ini merupakan isu operasi yang berdepan dengan peminta bekalan yang melebihi daripada biasa. Isu ini terus berlaku dan menyulitkan kehidupan penduduk Bukit Naning, kawasan Bakri dalam menghadapi musim perayaan. Saya minta kementerian dan agensi terlibat untuk segera membantu menyelesaikan isu ini. Adakah kementerian berhasrat untuk melaksanakan tindakan segera bagi menyelesaikan perkara ini? Jika ada, apakah rancangan tindakan itu dan bila akan diselesaikan? Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Ya, habis?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu.

Saya mengikuti perbahasan dalam Maksud 070500 - Program Pendidikan Penggunaan Utiliti Menerusi Media Elektronik dan Media Cetak. Di sini disebutkan sebanyak RM3,710,000 telah didahulukan untuk komunikasi dan saya setuju dengan sahabat kita dari Ketereh bahawa ini adalah satu jumlah yang kecil. Akan tetapi walaupun jumlahnya kecil, kita ingin tahu sama ada perbelanjaan ini digunakan dengan secara efektif atau tidak? Ini kerana kita mengambil iktibar daripada satu lagi projek yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini dalam isu feed-in tariff di mana online application untuk solar energy ini didapati mudah disalahgunakan sehingga beberapa syarikat sahaja yang memonopoli permohonan untuk mendapatkan lesen ini. Berkaitan dengan ini, saya juga ingin tahu apakah status feed-in tariff sekarang sama ada masalah komputer dan online permohonan ini telah dibetulkan atau tidak? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Kita sambung selepas pukul 8.30 malam. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa Dewan akan ditempohkan pada pukul 7.15 malam sehingga pukul 8.30 malam bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat berbuka puasa. Dewan akan disambung semula pada pukul 8.30 malam. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 7.15 malam]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 8.30 malam]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Eh! Yang Berhormat Kulai ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B.29 Butiran 070000 tentang pengurusan perkhidmatan bekalan air negara. Saya rasa apabila kita bincang tentang pengurusan perkhidmatan bekalan air, satu isu yang penting iaitu tentang harga ataupun tarif bekalan air kita. Saya sekarang menjadi Ahli Parlimen dari negeri Johor saya inginlah buat satu rayuan bagi pihak penduduk-penduduk negeri Johor. Haraplah bahawa tarif air di negeri Johor bolehlah diturunkan. Ini kerana saya rasa kalau kita buat perbandingan di antara tarif negeri Johor dengan negeri Selangor untuk 20 meter padu airnya di negeri Johor harganya adalah sebanyak 60 sen untuk satu meter padu. Akan tetapi di negeri Selangor untuk 20 meter padu pertama, air ini adalah percuma. Untuk 21 sampailah 35 meter padu harga tarif di Johor adalah RM1.65 untuk satu meter padu. Akan tetapi di negeri Selangor harganya hanya RM1.03 sahaja. Untuk 40 meter padu harga di negeri Johor adalah RM2.96 tetapi di negeri Selangor hanyalah RM2.00 sahaja.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya rasa perbandingan di antara Johor dan negeri Selangor ini menunjukkan bahawa tarif air di negeri Johor memanglah begitu tinggi. Kalau kita banding tarif air di negeri Johor dengan tarif air di Pulau Pinang untuk 35,000 liter, harga di negeri Pulau Pinang hanyalah 31 sen satu liter. Akan tetapi di negeri Johor kosnya adalah setinggi RM1.05 untuk satu liter. Jadi ini menunjukkan satu perbezaan yang cukup besar. Oleh sebab itu saya rasa memang tarif air di negeri Johor adalah yang paling tinggi di seluruh Malaysia. Jadi saya harap bahawa apabila kita bincang tentang pengurusan bekalan air, saya haraplah bahawa kementerian ini bolehlah cari penyelesaian supaya kita boleh menurunkan tarif air di negeri Johor. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Pengerusi dan selamat beribadah puasa pada saudara-saudara sekalian Muslimin dan Muslimat. Saya bagi pihak kementerian mengalu- alukan empat Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbincangan di peringkat jawatankuasa mengenai kepala di bawah kementerian ini bagi Maksud B.29 yang fokus kepada program pendidikan pengguna utiliti menerusi media elektronik dan media cetak. Bagi Yang Berhormat Ketereh, bagi Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kulai. Sebahagian besar apa yang disentuh adalah sebenarnya di luar tajuk apa dimaksudkan di bawah Kepala B.29 ini, yang mana menekankan pembiayaan berhubung berkaitan dengan program kesedaran dari segi penggunaan air dan juga untuk menghayati pentingnya sumber air ini. Penekanan yang kita laksanakan di peringkat kementerian ialah water is life, bahawa air itu adalah hidup ataupun keperluan asas kehidupan. Dengan itu pihak masyarakat, pihak rakyat mahu pun di peringkat akar umbi ataupun di peringkat industri ataupun di peringkat rumah tangga seharusnya memperakui betapa pentingnya memelihara sumber-sumber air ini dan juga dari segi penggunaan supaya tidak boros dan menggunakan sumber ini sepenuhnya. Kami percaya bahawa satu cara untuk bagi tersebut ialah bagi kita untuk melakukan program di peringkat komuniti, di peringkat sekolah, di peringkat awam. Dengan itu peranan media amatlah penting sekali. Yang Berhormat Ketereh telah mengatakan sekadar RM3.7 juta nampaknya begitu kecil dan kami setuju. Ini sekadar untuk tambahan kepada program sebenarnya bagi awal tahun ini. Jika kita hendak melancar secara holistik untuk mendedahkan kepada masyarakat kita betapa pentingnya kita menjaga sumber air, menghayati penggunaan air dan seterusnya maka peruntukan seperti sebelum ini memanglah tidak mencukupi. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini dari segi domestic consumption per capita per day bagi tahun 2011 dan tahun 2012 misalnya. Malaysia purata penggunaan per day, per capita - 210 liter. | Negeri |Penggunaan Per Day, Per Capita (Liter)| |------------|-------------------------------------:| | | | |Pulau Pinang| 285| |Perak | 238| |Perlis | 241| |Selangor | 235| |Johor | 221| |Kelantan | 136| |Sabah | 115| |Sarawak | 175|<END_TABLE_MARKER>

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Di tempat-tempat yang boleh dikatakan negeri-negeri yang maju ini nampaknya begitu tinggi penggunaan.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Kalau mengikut kadar purata di negara-negara yang maju, ini adalah begitu tinggi sekali. Kalau di Melbourne Australia, pada masa kemarau dan water rationing takes places often 30 liter saja diberi untuk setiap orang, 30 botol mineral yang tinggi pada masa water rationing. Kita berpendapat bahawa ruang masih besar, luas untuk mengurangkan pemborosan penggunaan air yang mana saya katakan tadi nampaknya daripada ia menurun kalau bandingkan dengan tahun 2011, ia meningkat dari segi purata penggunaan di seluruh negara kita. Jadinya tujuan program-program ini dan saya rasa kita perlu dalam pandangan kementerian membuat satu program yang lebih holistik dan untuk memastikan supaya program itu meliputi semua golongan masyarakat serta juga negeri-negeri di seluruh negara. Pada tumpuan yang pertama ini adalah telah digunakan untuk kawasan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, di Putrajaya dan juga di Selangor. Untuk terus fokus kepada perkara Kelantan yang disentuh oleh Yang Berhormat Ketereh yang begitu prihatin sekali kepada perihal di Kelantan ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, setakat ini bagi negeri-negeri yang sudah pun migrate pentadbiran air di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air [Akta 665] Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Penang dan Perak telah pun migrate, dengan izin, ataupun di bawah khusus pentadbiran di bawah akta yang baru. Yang belum lagi ini adalah dalam perjalanan ialah Perlis, Pahang, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Labuan yang mana belum lagi sepenuhnya migrate. Dengan itu ia masih lagi di bawah pentadbiran negeri. Bagi negeri Kelantan khususnya, perbincangan sedang dijalankan di dalam berkaitan dengan banyak perkara dan untuk Kelantan khususnya jumlah pengguna di situ adalah 208,187 dan jumlah loji 32 buah. Purata pengeluaran adalah 406 mililiter per day dan purata penggunaan 188 mL/d. Ertinya, sebenarnya masih ada margin yang sedia ada walaupun beberapa daerah menghadapi masalah dari segi margin yang mencukupi. NRW adalah antara yang tertinggi iaitu none revenue water dalam figure yang 53.9%. Perkaranya di sini adalah tergendala tapi kita berharap bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat kerana perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kelantan sedang berjalan. Namun, syarat-syarat yang telah mereka cadangkan begitu sukar sekali tapi saya difahamkan terbaru mereka telah ingin menetapkan satu tarikh untuk perbincangan susulan. Antaranya ialah mereka inginkan supaya hapus kira pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi projek bekalan air luar bandar, mereka ingin menangguhkan bayaran sewa pajak untuk tempoh antara tiga tahun sehingga lima tahun dan inginkan supaya PAAB ambil alih pinjaman Maybank yang baru diperoleh oleh AKSB sebanyak RM40 juta dan pembiayaan secara geran bagi pembangunan sumber air sebanyak RM1.2 bilion. So, nampaknya malangnya negeri Kelantan ini di bawah pentadbiran golongan Pakatan Rakyat namun demi kerana keperluan rakyat, pihak Kerajaan Pusat sedia juga untuk berbincang untuk mencari penyelesaian demi masyarakat kita di Kelantan dan mudah-mudahan jika sikap terbuka untuk berbincang secara rasional dan moderate, saya cukup yakin bahawa negeri Kelantan boleh migrate fully under the akta. Maka, dengan itu perancangan-perancangan yang lebih terbuka dan juga lebih boleh dimuktamadkan dapat dicapai. Satu tawaran baru akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Kelantan mengenai dengan perkara-perkara yang saya telah sentuh ini dan rundingan seterusnya akan kita usahakan. Okey setakat bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Batu sesat jalan. Ini hal mengenai dengan air dan promosi kesedaran penggunaan tidak ada kena- mengena dengan FIT. Jadi, nanti pasanglah soalan pada masa akan datang nanti. Untuk makluman Yang Berhormat Batu ini kadang-kadang kepala batu tapi hati yang baguslah, hati yang tidak seperti batu tapi kadang-kadang kepala keras, tidak apa. Untuk Yang Berhormat Bakri yang begitu spesifik kepada kawasan beliau. Saya mohon maaf tidak ada data-data yang terdekat yang kita dapat peroleh namun saya rasa

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Yang Berhormat Bakri ini selalu rela berbincang di dalam dan di luar Dewan. Nanti duduk sama sayalah, dan kita teliti apa keperluan di sana khususnya data-data permintaan dan data-data pengeluaran dan seterusnya kerana begitu spesifik. Saya memohon maaf. Yang Berhormat Kulai menyentuh harga air di Johor Bahru berbanding dengan kadar di Kelantan, air di Selangor dan juga di Pulau Pinang. Saya hanya mengatakan di sini bahawa dari segi migration kepada akta sememangnya Johor antara yang sudah pun begitu awal untuk migrate dan soal tarif itu ditentukan berasaskan kepada banyak faktor. Satu sememangnya adalah kos pengeluaran dan memanglah kemampuan penduduk itu perlu diambil kira. Akan tetapi, sebelum ini Johor ini disebut antara negeri yang sudah maju dan kerana sumber air yang ada di situ sebenarnya adalah mencukupi untuk keperluan di situ tetapi cost of treatment dan seterusnya adalah lebih tinggi daripada di negeri-negeri yang lain. Jadi, soal kadar ataupun tarif air itu adalah satu perkara yang dibincangkan bersama dengan pihak SPAN dan kerajaan negeri. Jika begitu laporan itu bahawa tarif yang sedia ada itu adalah lebih tinggi ataupun di luar kemampuan khususnya bagi mereka yang berpendapatan tinggi, pihak SPAN sebenarnya mengawal kadar yang telah pun ditetapkan ataupun ditetapkan oleh kerajaan negeri. Jadi, saya ambil perhatian kepada itu tapi saya katakan is at the moment, dengan izin, reflective of the cost of the production and their ability to pay. Okay, so this no excess profit seperti apa barangkali yang disalah sangka kerana semuanya ini dijalankan oleh perundingan dan SPAN mempunyai kuasa untuk menentukan jika kadar-kadar itu adalah di luar daripada apa yang berasas. Jadi...

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Langkawi bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Langkawi cukup air.

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

[Ketawa] Saya mohon mencelah. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan masalah-masalah bekalan air di kawasan- kawasan tertentu. Jadi, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa saya mewakili Pulau Langkawi juga mempunyai masalah tentang bekalan air.

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

Baru-baru ini berlaku banjir yang besar di Pulau Langkawi menyebabkan rumah pam di dua tempat ditenggelami air dan akibatnya semua pam-pam ini dimasuki air dan terpaksa dihantar ke Pulau Pinang untuk dibaiki dan juga di...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak masuk butiran itu Yang Berhormat.

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

Tidak boleh mencelah begitu? Minta maaf. Orang baru Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Mencelah makin jauh.

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

Akan tetapi boleh saya sambung sedikit lagi ya? Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri beri perhatian kepada masalah bekalan air di Langkawi kerana security of water untuk Pulau Langkawi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulai bangun Yang Berhormat.

Terima kasih. Pihak kementerian sedia maklum mengenai tiga pam yang ditenggelami air itu. Usaha telah dilakukan oleh SPAN untuk mempercepatkan pembaikannya dan saya rasa dalam tempoh empat hari itu telah pun selesai, built up pressurenya bukan menggunakan masa yang begitu lama. Akan tetapi sudah pulih kembali. Saya difahamkan oleh pegawai pada tiga hari yang lalu. Okey, Yang Berhormat Kulai, last.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya hendak minta sedikit penjelasan. Saya rasa kalau kos tarif itu seimbang dengan kos production, saya rasa itu cukup adil. Akan tetapi masalahnya di sini negeri Johor kita menjual air ke Singapura. Sepatutnya kita boleh mendapat keuntungan daripada jualan air ke Singapura dan bukan itu sahaja. Kalau tidak silap saya negeri Johor juga mengeksport air ke negeri Melaka. Akan tetapi tarif air di negeri Melaka adalah lebih rendah daripada tarif air di negeri Johor. Jadi itu sebab yang saya tidak faham. Saya rasa tadi Yang Berhormat Menteri sudah sebut sumber air mencukupi, tiada masalah tetapi kenapa kos production di negeri Johor adalah jauh lebih tinggi kalau dibandingkan dengan negeri Selangor dan Pulau Pinang? Buat apa, kalau negeri Johor mampu jual air ke Singapura dan Melaka. Kita sepatutnya mendapat keuntungan daripada penjualan itu dan orang di negeri Johor boleh menikmati air dengan satu tarif yang lebih rendah. Jadi, minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Yang Berhormat Kulai, saya telah pun menyentuh tadi bahawa dari segi pengurusan air bagi negeri-negeri yang telah migrate di bawah akta kita, ditentukan harganya di peringkat negeri. SPAN hanya mengawasi supaya rate atau tarif itu adalah munasabah dari segi tingginya. Namun pihak kementerian juga berpendapat bahawa perlu satu penetapan harga air yang boleh dikatakan barangkali lebih telus dan lebih terbuka. Sememangnya kos production itu berbeza di antara negeri-negeri. Antaranya, kenapa di Johor tanahnya lebih mahal dan seterusnya. Jika ada pembukaan loji yang baru sememangnya kos lebih tinggi kerana ia declared as a developed state. Kos tanah dan sewaan itu sememangnya lebih tinggi. Negeri Johor mendapat income daripada air yang disalurkan dan dijual kepada negeri lain dan juga ke Singapura. Itulah antaranya, dari segi pembangunan infrastruktur air sebenarnya di Johor saya boleh katakan bahawa di antara yang bukan sahaja termoden tetapi antara yang terurus but these things are not free, you see, dengan izin. That is why the... Kita akan review sesuai dengan negeri-negeri yang telah migrate kerana sebahagian daripada mereka yang migrate itu masih lagi berhutang dengan Kerajaan Pusat. Saya rasa Tuan Pengerusi, setakat ini ulasan saya kepada mereka. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang menyentuh perihal KeTHHA khususnya mengenai perihal air. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,710,000 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,710,000 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.30 [Jadual ] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.30, dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk di bahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud B.31Jadual] – Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.31 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan terbuka untuk di bahas. Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang, sebentar. Saya dimaklumkan bahawa had masa tidak melebihi lima minit seorang ya.

Cukup. Memang cukup. Butiran 03100 - RM5,450,000. Soalannya kecil. Di dalam memorandum ini mengatakan menampung sebahagian kos daripada program itu. Jadi pertamanya, saya hendak bertanya berapa kos sebenar? Ini kerana RM5.4 juta ini untuk menampung sebahagian daripada kos untuk mempromosikan golf ke Malaysia. Keduanya, saya hendak bertanya mengapa kita hanya hendak mempromosikan golf datang ke negara kita? Kita mempunyai banyak lagi produk-produk pelancongan yang harus kita promosikan kepada masyarakat luar negara ke negara kita secara integrasi, secara bersepadu supaya lebih ramai pelancong akan datang ke negara kita. Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan bahawa kedatangan pelancong telah mula merosot, datang ke Malaysia ini. Jadi, kita hendak tahu sebab mengapa kedatangan ini merosot akhir-akhir ini sedangkan kita mempromosikan negara kita dan kita ada banyak produk yang baik, yang menarik perhatian yang boleh kita ketengahkan. Tuan Pengerusi, itu sahaja pertanyaan saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil bahagian dalam membahaskan B.31 ini. Di dalam kertas dasar Transformasi Ekonomi Malaysia dalam bab memperkasakan industri pelancongan, sasaran Kementerian Pelancongan dahulunya adalah untuk menjadikan Malaysia pada tahun 2020 menerima 36 juta pelancong dan juga akan mendapat pulangan RM168 bilion hasil daripada industri ini. Cuma di dalam kertas dasar itu dinyatakan 12 inisiatif kerajaan. Di dalam 12 inisiatif ataupun entry point projects yang akan dilaksanakan, saya fikir yang agak relevan adalah entry point yang kesembilan iaitu meluaskan tawaran pelancongan sukan di Malaysia tanpa hanya terbatas kepada penganjuran acara, bagi maksud mempromosikan pelancongan.

Cuma, di dalam kertas dasar itu juga dinyatakan secara terperinci kos bagi promosi pelancongan golf ini yang diunjurkan oleh kerajaan pada waktu itu adalah RM1.4 juta dinyatakan secara detail. Cuma, di dalam kertas atau pun permintaan untuk pertambahan belanjawan ini, Kementerian Pelancongan meminta sebanyak RM5,450,000 yang jelas lebih daripada unjuran kerajaan sebanyak RM1.4 juta. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan kenapakah wang rakyat sebegitu banyak dibelanjakan, lebih daripada unjuran asal dan kenapa promosi pelancongan golf ini diberikan keutamaan walaupun dalam senarai 12 entries point project ini dia jatuh nombor yang kesembilan dari segi keutamaan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerlun.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya turut hendak berbahas sedikit berkaitan dengan B.31. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Malaysia yang telah berjaya menganjurkan Maybank Malaysia Open contohnya dapat menarik pemain-pemain tersohor dunia termasuk Tiger Woods dan juga Sime Darby PGA Ladies Open yang juga telah berjaya menarik nama-nama besar seperi Michelle Wie, Ya Ni Tseng, Na Yeon Choi dan sebagainya. Cuma, soalan saya di sini adakah apabila pemain-pemain tersohor ini datang ke Malaysia, kita kena bayar appearance fees ataupun mereka hanya datang kerana merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan. Kita juga tahu bahawa sukan golf ini merupakan salah satu lagi event yang boleh menarik pelancong kerana apabila mereka datang, tokoh-tokoh besar dalam golf ini turun ke Malaysia, maka ramai peminat-peminat mereka akan turun sama ada dari segi regional di sini atau pun mungkin juga di serata dunia turut ingin melihat prestasi pemain yang mereka sokong. Lagi satu, saya ingin merujuk juga kepada acara World Amateur Inter- Team yang memang dipelopori dan didukung oleh Tourism Malaysia selama ini. Sejauh manakah acara World Amateur Inter-Team ini berjaya menarik pelancong-pelancong luar selain daripada pemain-pemain tempatan yang turut menjayakan acara ini yang telah berjalan yang saya kira sudah lama, masuk berbelas tahun. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri dengan perbelanjaan sebanyak RM5,450,000 ini yang ditujukan terus kepada mempromosikan pelancongan golf ke Malaysia. Soalan saya ialah berapa pulangan yang kita dapat? Jika dibandingkan dengan peruntukan sebesar ini kita tujukan kepada hal-hal yang lebih ketara mendesak. Contohnya kalau kita

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

pergi melawat portal-portal dan juga komen-komen daripada pelancong-pelancong kita ke luar negara yang melawat negara kita, kebanyakan mengatakan bahawa kita mempunyai sebuah negara yang indah. Segala-galanya ada di sini. Malaysia is Truly Asia tetapi tahap kebersihannya amat-amat mengecewakan. Di tempat-tempat yang cantik tetapi tidak dijaga dengan baik. Saya kira itu ialah lebih mendesak dan kita mempromosikan golf ini yang saya rasa khusus kepada berapa orang yang terkenal dengan kita membayar appearance fee dan sebagainya. Akan tetapi kita meninggalkan perkara-perkara yang lebih mendesak iaitu seperti kebersihan dan juga menjaga tempat-tempat yang cantik. Saya kira kita meninggalkan banyak kawasan- kawasan yang boleh kita promosikan. Hampir semua negeri mempunyai produk-produk yang baik tetapi saya kira promosinya kalau dibandingkan amat sedikit sekali kalau dibandingkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Aman.

Tuan Masir KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran B.31 mengenai Promosi Pelancongan Golf di Malaysia. Saya juga setuju dengan Yang Berhormat Jerlun tadi yang mengatakan pernah diadakan Maybank Open dan sebagainya di mana golf terbuka dunia pun hadir seperti Tiger Woods seperti yang dikatakan tadi. Jadi, soalan dan cadangan saya kepada kementerian sama ada mempromosikan golf ke Sabah atau Sarawak kerana kita pun juga mempunyai padang golf yang cukup besar untuk tournament yang serupa ini. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ini orang yang sama bangun. Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan B.31 - Kementerian Pelancongan. Tambahan sebanyak RM5.45 juta yang dipohon untuk kos mempromosikan pelancongan golf ke Malaysia. Saya juga difahamkan bahawa jumlah ini telah dikeluarkan dari kumpulan wang luar jangka dan saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri iaitu perbelanjaan untuk mempromosikan pelancongan golf adalah satu jumlah yang begitu besar. Saya ingin tanya bolehkah bagi lebih detail tentang kos-kosnya? Adakah ini untuk menganjurkan pertandingan antarabangsa atau untuk menaiktarafkan padang-padang golf atau mana-mana yang secara langsung dan tidak langsung mengenai dengan pelancongan golf iaitu sukan golf. Saya ingin tanya adakah ini berlainan atau sebagai tambahan dia punya program atau dia punya pertandingan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas? Bolehkah berikan angka yang menunjukkan untuk satu tahun, dua tahun sebelum ini berapakah perbelanjaan kita atau kos yang melibatkan dengan penganjuran ini? Apakah kajian oleh pihak kementerian bahawa dengan tambahan ini kita boleh menarik lebih pelancong ke negara kita? Saya juga ingin tanya Yang Berhormat Menteri, pada tahun depan Visit Malaysia Year, adakah dalam sektor ini pelancongan golf ini adakah kita akan tambah lagi? Adakah pertandingan yang akan dianjurkan antarabangsa yang akan dicadangkan? Akhir, jika peruntukan ini adalah perlu untuk menaikkan tarafkan padang golf atau pun menganjurkan pertandingan, adakah di negeri Melaka? Melaka pun ada beberapa padang golf yang amat terkenal oleh pemain golf antarabangsa. Adakah kementerian ini juga ada bercadang untuk menganjurkan di negeri Melaka? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh, selepas itu Yang Berhormat Kulai. Selepas Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Menteri menjawab. Minta maaflah yang lain ya.

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat keterangan lebih lanjut daripada Kementerian Pelancongan tentang bagaimana kaedahnya kementerian membuat pertimbangan kepada permohonan-permohonan untuk mendapatkan tajaan bagi segmen Sport Tourism ini? Ini kerana seperti mana yang kita tahu sememanglah sukan merupakan satu daripada cabang yang cukup berkesan dalam menggalakkan pelancongan bukan sahaja dengan kedatangan para peserta dalam event yang berkenaan, tetapi kerana broadcasting coverage yang cukup meluas dan merupakan satu langkah yang paling cepat untuk kita mempromosikan negara sebagai satu destinasi pelancongan. Namun begitu, oleh kerana dalam bidang sukan ini, terdapat berbagai-bagai jenis kejohanan antarabangsa dan juga international conference yang masing-masing mempunyai tarikan-tarikan yang berbeza.

Jadi saya ingin bertanya adakah kementerian sedar misalnya pada tahun hadapan pada tahun 2014 satu conference yang agak besar yang melibatkan Kesatuan Bola Sepak Asia (AFC) dan UEFA yang buat pertama kalinya bergabung untuk mengadakan satu pertemuan pemimpin-pemimpin sukan mungkin antara yang terbesar pernah dianjurkan di mana AFC/UEFA akan mengadakan satu conference bersama dengan pameran industri yang berkaitan dengan bola sepak. Yang mana pada masa ini negara China sedang cuba membida daripada AFC sedangkan AFC beribu pejabat dalam negara kita sudah begitu sekian lama dan apakah kementerian seharusnya melihat ini sebagai satu prospek supaya persidangan AFC/UEFA ini yang akan membawa tokoh-tokoh pimpinan bola sepak daripada dua region yang terbesar di dunia ini dapat diadakan di Malaysia dan juga kerana stakeholders dalam bidang penajaan bola sepak termasuk penajaan World Cup dan juga penajaan liga yang berlaku di UEFA dan AFC akan terlibat secara langsung. Pada masa yang sama juga saya difahamkan akan ada perlawanan pasukan jemputan Europe di bawah Michel Platini dengan pasukan pilihan negara Asia di negara di mana conference yang besar ini akan diadakan. Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan ini sebagai satu daripada event untuk Visit Malaysia Year ataupun tahun bagi mempromosikan negara kita melalui sports tourism. Jadi minta Yang Berhormat Menteri beri sedikit penjelasan tentang bagaimana proses ini. Adakah mereka membuat bidaan dengan kementerian ataupun kementerian mengenal pasti event dalam sektor sport tourism ini untuk membolehkan kita secara proaktif membuat bidaan bagi events yang mempunyai yang tinggi bagi pelancongan negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu isu. Untuk perkara ini saya rasa saya sokong segala usaha kementerian untuk mempromosikan pelancongan golf ke Malaysia. Akan tetapi saya rasa selain daripada padang golf yang juga sama penting adalah kita perlulah menyediakan tempat penginapan yang cukup sesuai, selesa untuk pelancong-pelancong kita. Jadi sebab itu pada tahun 2008 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf bangunan The Gap yang dijalankan secara konservasi. Kerja-kerja tersebut termasuklah membaiki keseluruhan luar bangunan The Gap dan tingkat bawah bangunan. Akan tetapi kerja-kerja tersebut telah siap pada tahun 2010 dan pihak Majlis Hulu Selangor masih lagi sedang di dalam proses untuk mendapatkan peruntukan fasa kedua yang dianggarkan lebih kurang RM1,000,000 untuk kerja-kerja tambahan. Akan tetapi sejak tahun 2011 sampai sekarang kita tidak terima apa-apa

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

peruntukan fasa kedua dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Sekarang kementerian ini ada seorang menteri yang baru. Jadi kita harap bahawa peruntukan ini bolehlah diturunkan secepat mungkin supaya dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor dan juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kita boleh sama-sama mempromosikan pelancongan golf ke Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Pengerusi, boleh sedikit tidak Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah tutup Yang Berhormat. Sedikit ini pun tidak boleh, sudah tutuplah.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri Pelancongan · Padang Rengas

Tuan Pengerusi, pertamanya saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa ini. Sebenarnya banyak daripada rakan-rakan yang telah berucap tadi telah pun memberi jawapan bagi pihak saya iaitu berkenaan macam golf tadi Yang Berhormat Ketereh dengan jelas sebut dengan betul iaitu kalau kita tengok daripada segi sport tourism ini apa yang kita belanja itu tetapi dapatan kita daripada broadcasting ke seluruh dunia daripada segi pengiklanan negara kita itu saya rasa jumlahnya bermilion-milion daripada apa yang kita belanjakan di sini. Jadi sebab itu kalau di mana-mana negara sekalipun sport tourism ini sudah menjadi satu produk yang dilaksanakan oleh hampir semua negara. Kalau kita tengok football (bola sepak) sahaja iaitu apabila musim panas apabila liga tidak berjalan maka negara-negara di sebelah Asia berebut-rebut untuk memanggil pasukan-pasukan daripada Eropah untuk datang melawat kerana hasil daripada kehadiran kelab-kelab ini ke negara itu menyebabkan banyak keuntungan yang diperoleh oleh kita. Jadi sebagai permulaan saya hendak sebut sport tourism sememangnya satu perkara yang dianggap sebagai kontemporari yang sememangnya boleh membantu negara untuk melonjakkan lagi jumlah pelancongan daripada segi kehadiran dan juga reseat untuk negara berkenaan. Itu sebagai permulaan. Jadi untuk soalan berkenaan dengan golf ini Yang Berhormat Pendang. Pertama saya tidak tahu, mana Yang Berhormat Pendang. Macam mana Yang Berhormat Pendang boleh dapat statistik yang mengatakan iaitu orang sudah kurang datang ke Malaysia. Sebenarnya tidak betul Yang Berhormat. Saya boleh sebut di sini iaitu kalau kita lihat Malaysia Tourist Arrival by County of Nationality kita cuma lihat iaitu bagi bulan Januari-Mac tahun 2012 kehadiran ialah 5,562,538. Bagi tahun 2013 Januari-Mac jumlahnya ialah 6,449,398. Bermakna ada peningkatan 15.9%. Jadi orang mari Yang Berhormat ya. Orang mari. Mungkin orang tidak pergi Kedah daripada Selatan Thai, tidak mari?

Specific dengan izin, saya hendak maksudkan tadi ialah pelancong-pelancong dari negara Arab yang saya dapat maklumat memang agak kurang sekarang ini kerana kerenah pemandu-pemandu teksi yang menyakitkan hati mereka. Itu be specific, yang itulah yang tepatnya saya hendak sebutkan tadi. Terima kasih.

Saya pun tidak ada detil berkenaan dengan itu tetapi sememangnya kita semua tahulah iaitu di antara perkara-perkara yang menyebabkan orang kalau kita tanya pelancong-pelancong apa yang menyebabkan mereka tidak suka sangat kalau datang ke Malaysia pertama sekali memanglah pemandu teksi dan kompelin. Keduanya kalau orang Eropah dia kata toilet yang kotor. Jadi dua perkara ini kita mesti perbetulkanlah. Namun Yang Berhormat saya tidak ada detil berkenaan dengan Arab ini. Mungkin mereka tidak mari pun bulan puasa dia duduk di rumah sekarang ini. Boleh jadi juga dia hendak puasa di sana. [Disampuk] Ya. Jadi mungkin itu di antara sebabnya.

Saya cuba jawab berkenaan dengan golf tadi. Banyak soalan bertanya tentang golf. Ini banyak Yang Berhormat Bukit Katil. Pertama sekali Yang Berhormat Bukit Katil saya nak sebut daripada segi aturan nombor-nombor itu bukan keutamaan. Dia kebetulan satu, dua, tiga, empat, lima, enam begitu sahaja. Macam kita kadang-kadang nama kita keluar, kalau nombor kita nombor lima bukan keutamaan sebenarnya kebetulan. Nombor satu, nombor dua, tiga, empat, lima. Jadi yang tadi bukan kita mengatakan bahawa golf ini keutamaannya nombor sembilan. Tidak. Kebetulan nombor dia nombor sembilan. Ini penting kerana nanti Yang Berhormat fikirkan kalau keutamaan nombor sembilan kita belanja lebih kenapa. Jadi ia bukan keutamaan. Pelancongan golf telah dikenal pasti sebagai salah satu aktiviti promosi yang telah dikenal pasti sebagai Program EPP9. Yang Berhormat betul cakap. Yang boleh menjana pendapatan melebihi kepada orang yang suka golf.

Ini kerana sukan golf merupakan aktiviti yang diceburi oleh golongan yang berpendapatan tinggi. Jadi, apabila kita– pelancong-pelancong yang datang ini pun merupakan pelancong-pelancong yang boleh belanja. Oleh sebab golf ini selalunya permainan orang yang berpendapatan tinggi. Jadi, apa yang kita dapat ialah yang datang ke negara kita ini adalah orang kata higher-end punya tourist. Maknanya, tourist yang ada wang untuk belanja. Jadi, banyak lagi ini. Jadi, sebab itu kita hendak sebut kita belanja. Kita belanja sebagai pelaburan sebenarnya. Kalau kita bubuh RM5 juta, sebenarnya pulangannya lebih daripada itu. Lebih, bukan RM10 juta atau RM20 juta tetapi lebih daripada itu kerana nama- nama pemain-pemain golf yang datang ke negara kita ini adalah nama-nama yang terkenal dan orang minat. Betul macam mana Yang Berhormat Jerlun cakap tadi. Sama ada regional ataupun international punya tourist, dia akan datang ke negara kita semata-mata untuk melihat permainan golf ini. Jadi, penganjuran sukan golf memberi pendedahan kepada Malaysia. Macam Yang Berhormat Ketereh sebut tadi. Malaysia akan terkenal daripada broadcasting yang dibuat dan ia mampu menganjurkan acara bertaraf dunia. Ia mendedahkan Malaysia sebagai destinasi sukan dan ia juga menarik pelancongan ke Malaysia berbanding negara- negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Golf di Malaysia ini juga sudah menjadi tempat di mana ada akademi. Di mana orang kata mereka yang hendak belajar bermain golf, seperti yang disebut, Michael Wee ini semua dulu. Semasa mereka kecil dahulu, mereka datang berlatih di Malaysia kerana Malaysia boleh main golf selama setahun. Ini kerana di Korea kalau sudah datang winter, dia kena tutup golf coursenya. Akan tetapi di Malaysia all year round. Jadi, Malaysia secara tidak langsung mungkin kita tidak tahu, sudah merupakan satu tempat di mana negara-negara luar, terutamanya Korea, menghantar anak-anak kecil untuk datang ke Malaysia bermain golf sehingga mereka akan menjadi profesional. Sebab itu golf ini cukup popular di Malaysia. Yang Berhormat Pendang. Tidak betul juga kata Arab tidak mari. Arab mari. Ya, Saudia Arabia pada tahun 2012, kehadiran seramai 20,585 orang iaitu first quarter. Bagi 2013, first quarter seramai 22,275 orang iaitu peningkatan 8.2%. Meleset lagi, Yang Berhormat. Try lagi next time. Semenjak golf ini diperkenalkan, WEITGC ini yang kita anjurkan, sebanyak 60,000 orang pemain golf telah menyertai acara ini. Pendedahan ini bukan sahaja untuk pemain tetapi juga untuk ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Sudah ada peningkatan bilangan pemain seramai 60,000 orang semenjak WEITGC ini diperkenalkan. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, bertanya berkenaan dengan golf. Ini satu peningkatan yang baik. Bukan Jonker Walk sudah ya. Sekarang sudah meningkat kepada golf. Di Malaysia, kita mengadakan Maybank Malaysia Open (MMO), kemudian kita ada Ladies Golf Tournament (LPGA), kemudian kita ada CIMB Golf Classic, kemudian kita juga ada Iskandar Open di Johor. Empat acara ini sebagai acara tahunan yang dilaksanakan di Malaysia.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Berdiri ya? Hendak tanya apa lagi? Sudah jawab sudah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Minta penjelasan. Jika ini sebagai pertandingan tahunan, mengapa kita masih kekurangan dalam bajet kita. Untuk apa meminta peruntukan? Peruntukan ini sebagai luar jangka atau sebagai tambahan. Sebab itu tadi saya minta jika kita boleh banding dengan tahun-tahun yang lepas. Ini kerana katakan pertandingan tahunan, sebab itu perbelanjaannya memang telah diambil kira semasa membuat bajet untuk Kementerian Pelancongan.

Tuan Pengerusi, Kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bukan main sponsor. Yang sponsor ini adalah orang lain. Akan tetapi apabila mereka mengadakan open ini, jadi apabila ada perbelanjaan yang mereka perlu luar jangkaan, kita bagi duit. Bukan kita yang pada tiap- tiap tahun, bukan kita– kerajaan yang menganjur. Yang menganjur tadi macam CIMB, Maybank dan Iskandar. Mereka yang menganjurkan. Kalau kita yang menganjurkan, kita tahu berapa kita hendak belanja. Akan tetapi ini bukan kita yang menganjurkan. Mereka yang menganjurkan. Akan tetapi apabila mereka yang menganjurkan, kadang-kadang ada untuk mencukupkan dia punya perbelanjaan, dia minta kepada kita. Kita kena bantulah. Sebab itu kita tidak akan dapat tahu berapa yang kita boleh minta untuk empat program ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Adakah ini bermakna bahawa sponsorship atau penganjur mereka sudah kurang untuk sponsor. Mungkin dia sudah kurang untuk tahun lepas.

Mungkin, mungkin. Selalunya program yang dilakukan ini kadang-kadang dia boleh dapat keuntungan. Akan tetapi kadangkala dia tidak dapat keuntungan. Jadi, macam kata kita boleh bayar appearance fee kah. Tidak semestinya kalau macam kita bantu, mungkin daripada segi appearance fee, mungkin daripada segi perbelanjaan pengangkutan. Begitu. Jadi, sebab itu kita tidak dapat hendak tahu. Kita tidak dapat hendak tahu kerana setiap penganjuran itu tidak semestinya dia untung. Bukan setiap kali kita ada event, kita buat event, bukan bermakna orang yang membuat event itu akan mendapat keuntungan. Tidak semestinya. Kadang-kadang dia ada shortfall. Akan tetapi oleh kerana...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Keuntungan ini dengan cara yang lainlah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Ya?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Keuntungan dengan cara yang lainlah iaitu jangka panjang atau untuk lama.

Tidak, bagi kita program itu berjaya kerana dapat membroadcastkan Malaysia ke seluruh dunia.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, saya faham. Terima kasih.

Jadi, shortfall itu kita kena bantulah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Baik.

Sebab apa yang dia buat itu membantu kita sebenarnya. Okey?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Okey. Terima kasih.

Jadi Tuan Pengerusi, ini yang Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Kulai mana?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Formally Serdang.

Bila jadi Ahli Parlimen Hulu Selangor ini?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Bekas, bekas.

Dulu Yang Berhormat Hulu Selangor ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Serdang.

Tidak. Ini kerana tanya tentang Hulu Selangor. Majlis Daerah Hulu Selangor. Wakil?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ini permintaan daripada...

Saya pun confuse. Saya boleh jawab. Tidak ada masalah. Bukan tidak ada ‘tidak apa, tidak apa’. Saya hendak tahu kerana selalu cakap pasal orang Johor. Tiba-tiba Hulu Selangor. Jadi, saya pun hairan. Ada orang mohon bantulah? Okey, okey, okey. Peruntukan Rumah Gap bagi fasa dua. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memperuntukkan RM500,000 bagi Rumah Gap pada tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Kementerian Pelancongan telah menyerahkan projek siap ini kepada Majlis Daerah Hulu Selangor pada tahun 2010. Walau bagaimanapun sehingga kini Majlis Daerah Hulu Selangor masih gagal untuk melaksanakan operasi Rumah Gap ini. Sehubungan itu, kementerian tidak dapat mempertimbangkan permohonan tambahan bagi fasa dua. Yang Berhormat sudah pergi Rumah Gap? Saya baru pergi Fraser’s Hill. Rumah Gap itu memang abandon lagi. Tidak ada apa-apa yang dilakukan. So, we cannot give anymore money selagi yang fasa pertama tidak siap. Kita tidak boleh bagi. Okey. Yang Berhormat Kota Melaka, peruntukan yang diperuntukkan kepada kementerian hanya untuk mempromosikan dan bukan menganjur. Untuk mempromosi sahaja.

Sebelum ini bantuan kepada acara golf adalah menggunakan peruntukan sedia ada melalui penjimatan dalaman. Hanya tahun lepas tidak cukup, sebab itulah peningkatan kos operasi. Saya hendak sebut di sini, revenue income yang dijana oleh golf, target kita pada tahun 2012, target kita last year ialah RM290 juta. Kita dapat achieved RM296 milion. Jadi kalau kita minta RM5 juta, kira okeylah. Kita dapat RM296 milion. Tahap kebersihan. Saya setuju Yang Berhormat Sungai Petani. Akan tetapi saya hendak sebut di sini, walaupun kita belanja RM5 juta untuk minta golf, kita tidak mengetepikan kepentingan macam Yang Berhormat sebut, toilet. Yang Berhormat dan saya kita biasa pergi Selatan Thai bukan, selalu, Hatyai, border. Ini serius. Kalau kita pergi ke Selatan Thai, lihat toiletnya, walaupun di daerah yang pedalaman, bersih, betul Yang Berhormat?

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Termasuk di Indonesia, bersih sungguh.

Indonesia mana, Medan? Saya tidak pernah pergi Medan. Saya setuju dengan Yang Berhormat iaitu bahawa memang kita mesti memberikan penekanan kepada kebersihan. Saya sudah sebut tadi iaitu di antara perkara yang banyak dikompelin oleh pelancong ialah teksi dan dirty toilet. Jadi berkenaan dengan tahap kebersihan di Malaysia ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melancarkan kempen ‘1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ pada tahun 2009. Kempen ini menekankan pemuliharaan alam sekitar dan pembersihan di kawasan-kawasan pelancongan. Sehingga kini, sebanyak 178 program telah dilaksanakan di seluruh Malaysia. Kempen ini juga telah dimantapkan lagi dengan Program Volunteerism di mana kini seramai hampir 18,000 sukarelawan turut serta di dalam aktiviti penjagaan kebersihan dan kelestarian negara kita. Walau bagaimanapun, usaha untuk menjamin tahap kebersihan dan kehijauan Malaysia memerlukan komitmen serta mindset change oleh semua pihak iaitu sektor awam, sektor swasta, NGO serta masyarakat Malaysia keseluruhannya bagi menjamin keberkesanannya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, celah sedikit.

Jadi Yang Berhormat, memang kita tidak mengetepikan kepentingan untuk menjaga kebersihan. Jadi Yang Berhormat Bukit Katil, yang kenapa lebih daripada unjuran itu saya sudah sebut jawapan tadi. Ia terlebih sebab kita bukan sponsor, kita hanya promosi. Jadi kadangkala apabila yang penganjur itu buat, jadi apabila ada short fall maka kerajaan terpaksa membantu kerana program itu sebenarnya telah banyak juga menguntungkan kita daripada segi mempromosi negara Malaysia. Kemudian Yang Berhormat Jerlun tanya tadi iaitu sama ada kita buat bayaran appearance fee atau apa. Kita sudah sebut tadi iaitu bahawa kita hanya daripada segi mempromosi, kita tidak menganjur program-program ini. Yang Berhormat Sungai Petani, pulangan sudah dapat dari golf ini. Saya telah sebut pulangannya RM296 milion. Kebersihan saya sudah sentuh. Yang Berhormat Sri Aman, promosi golf di Sabah dan Sarawak. Saya ingat itu tidak ada masalah. Cuma apabila kita hendak mengadakan program, ia mesti mengikut piawaian international standard. Kita memang ada golf course tetapi kadangkala untuk kita hendak menganjurkan program golf ini, piawaian antarabangsa itu mesti dipenuhi oleh kita. Jadi saya percaya kalau ada padang-padang golf di sana yang menepati piawaian antarabangsa, saya percaya kita boleh bawa mempromosikan golf di Sabah dan juga Sarawak...

Tuan Masir KujatPRS · BNSri Aman

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Aman bangun.

Yang Berhormat Kota Melaka, golf saya sudah jawab, angka-angka pun sudah jawab, tahun hadapan saya sudah sebut. Yang Berhormat Ketereh, saya hendak minta Yang Berhormat ...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

Kita ada ...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Kota Melaka.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Kita ada MyCEB iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau. Jadi dalam apa-apa conference international, maka kalau sekiranya kalau macam Asian Football Confederation (AFC) dengan UEFA, kalau FAM merasakan iaitu bahawa mereka mahu supaya conference ini diadakan di Kuala Lumpur. Kita di dalam kementerian menerusi MyCEB sedia memberi bantuan kepada Yang Berhormat, FAM untuk membida. Itu memang kerja Malaysia Convention and Exhibition Bureau. Kerja kita membantu mana-mana badan di negara kita ini yang mahu membida apa-apa conference, seminar, international conference untuk dibawa ke Malaysia. Jadi dalam hal ini kalau FAM rasakan mereka berminat, saya percaya MyCEB akan membantu FAM untuk mendapat membida conference ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma sedikit untuk makluman bahawasanya penganjuran ini tidak melalui FAM, ia secara langsung oleh AFC. Tinggal lagi AFC barangkali akan bekerjasama dengan negara tuan rumah ataupun event organizer daripada negara-negara tuan rumah.

Ya. Jadi badan yang bertanggungjawab itulah, kalau kata tuan rumah, katalah AFC, kalau kita boleh mendapat AFC bekerjasama dengan kita betul-betul hendak dilakukan di sini, saya sudah sebut iaitu MyCEB kita memang bersedia untuk membantu institusi yang berkenaan untuk membawa conference itu ke Kuala Lumpur. Saya rasa itu sememangnya satu perkara yang dimahukan oleh kita tetapi yang kena trigger the process mestilah daripada institusi yang ada kaitan dengan game itu. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,450,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM5,450,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.32 [Jadual] - Maksud P.32 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.32 dan Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Oleh sebab kedua-dua B.32 dan P.32 hanya token, ianya tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud B.41Jadual] - Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.41 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masa lima minit Yang Berhormat.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Saya ingin berbahas bagi Maksud B.41 Kementerian Pelajaran, Butiran 030300 melibatkan tambahan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta. Pada peringkat dasar Tuan Pengerusi, saya telah membangkitkan isu mengenai rungutan guru-guru daripada Sabah yang bertugas di Semenanjung Malaysia yang merasakan mereka ini pihak kerajaan tidak berlaku adil pada mereka dalam hal pemberian elaun perumahan wilayah yang tidak diberikan kepada guru-guru Sabah yang ditukarkan ke Semenanjung.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Mereka mengatakan yang kita sebagai wakil rakyat tidak membela mereka, tidak memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai ketidakadilan terhadap mereka. Pertamanya rungutan mereka, mereka mengatakan bahawa yang guru-guru Sabah yang ditukar ke Semenanjung dibezakan pertamanya dari segi, pertamanya, satu, yang mereka diberikan bukan elaun perumahan wilayah tetapi yang dinamakan sebagai imbuhan tetap perumahan. Manakala yang dari Semenanjung ke Sabah, dia diberi apa yang dipanggil elaun perumahan wilayah. Yang keduanya dari segi kadar. Perbezaan dari segi kadar. Kalau guru-guru daripada Sabah yang ditukar ke Semenanjung, kalau bukan siswazah dan dia dalam DG32, elaunnya hanya RM180. Bagi yang siswazah hanyalah RM250. Tidak kira di bandar atau di luar bandar, kadarnya sama. Bagi yang gred DG44 ke atas, RM400. Berbanding dengan guru-guru Semenanjung yang ditukar untuk berkhidmat ke negeri Sabah, kalau yang bukan siswazah, kadarnya ialah RM830 kalau dalam bandar dan kalau di luar bandar RM730. Bagi siswazah pula, kalau dia di bandar, kadarnya ialah RM930 dan bagi di luar bandar RM850. Sebenarnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran pada ketika itu pada Jumaat, 27 April 2012 dalam satu ramah mesra dengan guru-guru di negeri Sabah telah berdialog, telah menerima pelbagai rungutan ini dan sebenarnya telah membuat satu perakuan. Beliau menyatakan bahawa beliau akan mengkaji perkara ini dan dengan niat untuk menyelaraskan supaya tidak ada lagi rungutan dan beliau menyatakan bahawa beliau akan nanti memberi penjelasan. Sehingga pada hari ini, belum ada penjelasan tetapi baru-baru ini dalam perbahasan Usul Titah Diraja, Menteri Pendidikan II telah membuat kenyataan dalam Dewan yang mulia ini menyatakan bahawa lulus dalam beberapa perkara pokok, bukannya yang ini. Yang itu yang berkenaan dengan kuasa-kuasa guru besar dan pengetua dalam hal perolehan. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya kita sebagai wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional kelihatan mentransformasikan keadaan. Seperti mana yang saya nyatakan dalam peringkat dasar bahawa soal pemberian kadar yang berlainan ini sebenarnya ada sejarah. Guru-guru dari Semenanjung diberi insentif jika berkhidmat di Sabah sebab pada ketika itu kekurangan guru di negeri Sabah. Sebab itu diberi ada rasional dan justifikasi untuk memberi kadar yang lebih tinggi. Akan tetapi pada hari ini guru-guru bukan lagi satu masalah seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tempoh hari. Oleh sebab itu saya minta supaya perkara ini diselesaikan biar sama rata supaya tiada lagi perasaan guru-guru dari negeri Sabah yang merasakan mereka ini dianaktirikan. Yang keduanya bagi guru-guru Sabah di Semenanjung, apabila dibayar imbuhan perumahan ini berlainan dia dibayar pada masa yang berlainan. Berbeza negeri. Kalau di Johor, negeri Selangor atau di negeri Kelantan, guru-guru ini dibayar pada masa yang berlainan dan ini juga dipersoalkan oleh guru-guru. Kenapa ini? Kenapa pegawai-pegawai pelajaran daerah ataupun pengarah-pengarah pelajaran di berlainan negeri dan di Semenanjung pada masa yang berbeza dan juga dipersoalkan. Ada yang mengatakan bahawa dari segi kadar sewa rumah di mana dia menetap tinggal. Sepatutnya ia tidak timbul sebab yang hakiki itu tetap hakiki. Kalau diberi RM180, bermakna RM180 lah. Akan tetapi yang jelasnya itu memang tidak cukup. Jadi, itu dan yang...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Okey, yang terakhir. Yang terakhirnya dalam soal kuasa guru-guru besar dan pengetua dalam soal perolehan. Dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja tempoh hari, Yang Berhormat Menteri Pendidikan II telah pun bersetuju...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, butiran cuma melibatkan gaji dan emolumen.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Ya, gaji. Yang ini soal gaji guru besar dan juga pengetua. Jadi guru-guru besar hari ini pun merungut juga. Kenapa mereka terpaksa menerima perolehan-perolehan ataupun peralatan-peralatan yang dibekalkan, dia di Tuaran, tapi pembekal dari perak. Pembekal dari Terengganu. Kenapa susah sangat? Soal melantik operator kantin, soal melantik tukang potong rumput dan juga yang pembersih di sekolah. Soal melantik pegawai keselamatan di sekolah. Jadi kenapa yang dilantik ini daripada Perlis atau Terengganu? Ini kuasa guru besar. Ini perkara kecil. Jadi saya minta supaya perkara ini jangan dipersoalkan. Kita bagi kuasa. Kita bagi kuasa kepada guru besar dan beri kuasa kepada pengetua dan PPD boleh menyelesaikannya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong tidak bangun, separuh bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih...

Yang Berhormat Kulai, bagilah Yang Berhormat Kepong senior itu.

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya ringkas sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Kementerian Pelajaran saya hanya ada satu isu iaitu pembayaran gaji graduan pendidikan yang dilantik sebagai guru interim pada tahun 2012. Akan tetapi di sini saya hendak membangkitkan satu isu yang dihadapi oleh lebih kurang 460 orang graduan ataupun pemegang Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) yang menggantikan KPLI ini. Saya rasa 460 graduan ini selepas belajar di institut perguruan mereka selama satu tahun setengah, tetapi sekarang mereka masih tidak layak untuk menjadi seorang guru kerana institut perguruan mereka tidak membekalkan kursus Program Transformasi Minda (PTM). Dahulunya kursus ini dikenali sebagai KSSM dan kursus ini akan dibekalkan, ditawarkan oleh institut perguruan. Akan tetapi sekarang institut perguruan ini tidak membekalkan program ini lagi, kursus ini lagi atas sebab tiada peruntukan daripada kementerian. Ini telah mengakibatkan banyak kesulitan kepada graduan-graduan seperti 460,000 orang itu kerana selepas habis pelajaran mereka, sampai sekarang mereka tiada satu jawatan ataupun pekerjaan yang tetap. Mereka hendak pergi sektor swasta pun susah kerana orang tahu ataupun majikan mereka pun tahu tak tahu bila, secara tiba-tibanya mereka akan lagi hantar ke sekolah rendah. Jadi mereka memang menghadapi satu isu yang serius kerana rezeki. Mereka sampai sekarang banyak daripada mereka dan tidak ada apa-apa pekerjaan lagi. Jadi saya mintalah perhatian daripada Timbalan Menteri terhadap isu ini dan haraplah kita boleh sama-sama membantu graduan ataupun pemegang DPLI ini. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibuti. Selepas itu Yang Berhormat Kepong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan 030300 – pendidikan rendah. Guru-guru di kawasan saya Yang Berhormat, adalah di antara guru-guru sekolah kurang murid, sekolah banyak murid. Apabila seseorang guru dilantik menjadi guru besar, pindah daripada sekolah banyak murid. Katakan murid 1,000 pindah ke sekolah rendah murid hanya 26 orang. Dahulu merasakan tanggungjawabnya besar dan elaun guru besar hanya RM100. Elaun sahaja. Bila dia pindah ke sekolah kurang murid 26 orang murid, elaunnya juga RM100. Dia pun terkejut. Mengapa di sekolah ramai, murid 1,000 elaunnya RM100. Mengapa pergi ke 26 murid, sekolah kurang murid, elaunnya pun RM100, sedangkan guru-guru di bawah

jagaannya yang bergaji sama, yang mempunyai elaun, misalannya elaun Matematik, elaun Bahasa Inggeris, semua itu besar daripada elaun guru besar.

Malah Tuan Pengerusi, guru-guru ini mengatakan lebih baik saya jadi guru, murid 26 orang, sembilan guru, daripada saya menjaga murid 1,000 orang lebih kurang mempunyai 80 orang guru. Tidak memeningkan kepala saya jika saya selalu ditempatkan di sekolah rendah kurang murid. Elaun mereka itu yang mereka selalu tanya kepada saya, Yang Berhormat tidak kah dapat Yang Berhormat mengatakan kepada Yang Berhormat Menteri mengapakah elaun kami hanya RM100? Tidak dapat dinaikkan sedikit kalau murid itu bertambah? RM300 lain elaun, RM600 elaun, RM1,000 elaun-elaun, lebih kurang begitulah soalan-soalannya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, B.41 yang 33 itu. Yang pertama saya hendak mencatatkan di sini bahawa pada tahun 80-an itu, tidak ada orang yang hendak bahas mengenai bekalan tambahan. Cuma satu, dua orang saja waktu itu.

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak apalah, sini situ pun...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong, dia pandangan pelbagai.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Pandangan pelbagai-bagai ya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Pelbagai-bagai, kita mesti itu.

Yang Berhormat Kepong, cepatlah Yang Berhormat Kepong. Hendak sahur sudah Yang Berhormat Kepong. Cepat sikit hendak sahur sudah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Hendak sahur sudah? Jadi, sekarang sudah ada perubahan yang besar sehingga kita berbahas sampai larut malam. Sebelum ini satu dua orang sahaja. Jadi, keadaan di Dewan pun sudah berubah dengan banyak Tuan Pengerusi. Ketiga ini mengenai pembayaran gaji graduan pendidik yang dilantik sebagai guru interim. Di sini Tuan Pengerusi yang penting, saya ada menerima aduan mengenai standard dan kualiti guru interim. Bolehkah pihak kementerian memastikan guru-guru interim ini mencapai satu tahap kualiti yang lebih baik sebelum mereka dilantik sebagai guru interim? Seolah-olah mereka tidak layak pun dilantik sebagai guru interim dan ini tidak baiklah untuk sekolah kita dan sebab itu dengan ada gaji dan sebagainya kita mesti sekali lagi memastikan mereka yang dilantik itu mempunyai standard yang tertentu. Sekian, terima kasih.

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Oh, tadi dua orang. Saya tidak bolehlah panggil semua Yang Berhormat. Minta maaf banyak. Saya panggil Yang Berhormat Kapar, lepas itu Yang Berhormat Tebrau kemudian Yang Berhormat Menteri boleh lah menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga soalan. Yang pertama ialah, kita mengakui bahawa kini tugas seorang guru dan beban guru semakin meningkat. So, adakah kenaikan gaji ini selaras dengan tugas dan beban guru sedangkan ramai guru masih mengadu bahawa beban mereka adalah berat terutamanya dengan kerja-kerja perkeranian dan pemfailan? Saya juga cadangkan

bukankah lebih baik wang ini digunakan juga untuk mengambil lebih ramai kerani untuk meringankan beban kerja guru supaya guru dapat fokus dalam sudut pengajaran dan pendidikan. Ini yang pertama. Yang kedua adalah, saya menerima baik tempoh hari bahawa syarat untuk memohon menjadi guru akan dinaikkan menjadi 7A. Sesiapa yang mendapat 7A dan ke atas boleh memohon jadi seorang guru, bagus, itu saya terima. Akan tetapi pada waktu yang sama jangan kenaikan ini akan mengakibatkan penawaran guru berkurangan, the supply dengan izin, supply guru menjadi terhad pula. Jika demikian berlakunya kekurangan nanti, apakah kerajaan bersedia dengan langkah-langkah supaya isu kekurangan ini dapat diatasi dalam masa yang akan datang dan adakah Yang Berhormat Menteri Pelajaran bersedia menstrukturkan sistem pengambilan guru dan menyelesaikan isu kekurangan guru yang sebelum pun sudah berlaku? Saya harap dengan kenaikan syarat ini pun akan kita nampak benda macam ini, so adakah apa-apa secara terperinci struktur yang telah disediakan untuk menangani masalah ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tebrau ya.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada satu ketika gaji yang rendah disebut sebagai salah satu sebab tidak ramai orang, pemuda yang hendak jadi cikgu. Akan tetapi sekarang saya dapati bahawa gaji guru sudah setanding dengan sektor swasta. Jadi, saya hendak tahu apakah kedudukan terkini pembekalan guru di semua aliran sekolah rendah. Adakah masih kurang ataupun hanya aliran yang tertentu sahaja. Kalau ada kekurangan, apakah sebab-sebabnya? Begitu lama masih tidak dapat diatasi dan apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi kekurangan guru? Satu lagi ialah kenapa pengambilan guru pelatih bagi program SPM dan UEC yang sepatutnya 20 orang masing-masing digabungkan dan dikurangkan dan menjadi hanya 10 orang, apakah sebabnya? Saya juga hendak tahu apakah sambutan pengambilan guru pelatih berkelayakan UEC sejak program itu dimulakan dan apakah sebab-sebabnya sambutan yang kurang memuaskan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Walaupun isu ini sudah pun dibangkitkan beberapa kali dan memang ada dalam pengetahuan kementerian, tetapi saya hendak supaya ianya direkodkan walaupun sebelum ini ada dibangkitkan dalam dialog iaitu dalam kaitan tentang soal prestasi guru- guru dan yang berkaitan dengan soal gaji dan pendapatan yang secara langsung berkaitan dengan soal kebajikan mereka dan saya percaya profesion perguruan akan menjadi lebih baik lagi kalau segala aspek kebajikan itu dapat diberikan perhatian. Walaupun saya akui profesion perguruan telah mendapat layanan yang sangat baik daripada kerajaan terutama sekali dengan pengawalan sistem kenaikan pangkat secara time based dan sebagainya. Yang saya hendak buat rayuan di sini hanya satu aspek sahaja iaitu guru-guru yang berkahwin tetapi bertugas berjauhan dan terlalu lama berjauhan dengan pasangan mereka masing-masing. Saya faham masalah di kementerian, permintaan untuk tukar itu memang begitu ramai. Kita sangat-sangat memahami dan kita tahu memang tidaklah mudah untuk hendak menempatkan rayuan-rayuan yang saya difahamkan dalam senarai menunggu itu begitu banyak terutama sekali negeri yang banyak melahirkan guru dengan sekolah yang terhad seperti Kelantan bagi guru-guru mata pelajaran-mata pelajaran tertentu. Akan tetapi saya hendak merayu sekali lagi pada kementerian untuk mencari satu kaedah bagi, sebab saya terjumpa terlalu banyak kes di mana suami mengajar di Kelantan, isteri mengajar di Sabah atau Sarawak, terlalu banyak kes yang sedemikian.

Peringkat awal perkahwinan mereka alhamdulillah. Lepas sekejap mereka mengandung. Ramai guru-guru mengandung berada jauh daripada suami di Sabah dan Sarawak ataupun negeri-negeri yang lain. Mungkin kaedah-kaedah yang boleh dicari supaya mereka ditukarkan ke negeri-negeri yang berdekatan supaya setidak-tidaknya mereka boleh balik hujung minggu dulu peringkat awalan kalaupun tidak boleh terus bersama dengan suami. Saya harap dapat dicari satu mekanisme atas asas kemanusiaan. Saya fikir ianya bukan satu hanya soal kemanusiaan tetapi ia ada kaitan dengan soal prestasi. Bayangkan bagaimana guru yang mengandung atau ada yang jatuh uzur tetapi berjauhan dengan keluarga, berjauhan dengan suami atau isteri, saya percaya ia akan menjejaskan prestasi guru berkenaan. Saya faham juga kalau macam dalam kes di Kelantan kerana guru rata-rata yang mengajar di Kelantan tidak mahu lagi keluar daripada Kelantan. Barangkali kementerian juga terpaksa fikirkan supaya ada sedikit element of rotation ataupun pergerakan guru-guru yang berkhidmat di Kelantan dengan kriteria-kriteria tertentu supaya membuka sedikit ruang bagi membolehkan perkara ini dilaksanakan.

Kalau pun kementerian belum dapat nak melaksanakan melayani permohonan- permohonan pertukaran biasa, saya merayu kepada kementerian untuk setidak-tidaknya pada peringkat permulaan ini melihat kepada suami isteri yang bekerja sebagai guru, yang dipisahkan. Ini supaya mereka dapat dibawa balik ataupun macam saya kata tadi, kalau pun tidak di negeri yang sama, sekurang-kurangnya mereka boleh bertemu pada hujung- hujung minggu setidak-tidaknya. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah, lepas itu Menteri jawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh tentang B.41 pecahan yang ketiga, berkaitan dengan pembayaran gaji graduan pendidikan yang dilantik sebagai guru interim. Memang isu guru interim ini adalah satu isu yang perlu kita bincangkan secara detail. Bila kita nak bayar untuk guru- guru interim ini, kita juga kena tahu apakah masa depan untuk guru-guru interim ini. Mereka jadi guru interim, mereka bekerja untuk setahun, dua tahun, ada yang bekerja lima tahun sampai sepuluh tahun sebagai guru interim. Mereka ini adalah sebagai guru kontrak sahaja, mereka tidak mempunyai apa-apa masa hadapan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ada lebih kurang 200 orang guru interim dari sekolah Tamil yang masih tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka, mengikuti program ataupun kursus perguruan. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah pihak kementerian hanya hendak menggunakan khidmat mereka untuk tempoh tertentu dan akhirnya mereka dibuang begitu sahaja tanpa memberi apa-apa masa depan kepada mereka. Ada tidak pihak kementerian menyediakan satu peruntukan khas untuk memberikan kepada mereka supaya mereka juga diberi peluang untuk menjadi guru penuh selepas menjalani satu latihan. Ini adalah satu perkara yang penting. Setiap tahun kita tengok ada juga masalah ini ditimbulkan, keluar dalam media dan sebagainya. Saya juga nak bawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini, banyak janji yang telah diberi oleh kerajaan kepada guru-guru interim ini. Saya juga mempunyai banyak bukti yang dikeluarkan dalam media yang mengatakan bahawa masalah guru interim terutamanya di sekolah Tamil ini akan

diselesaikan, akan dibawa untuk diperbincangkan di peringkat Kabinet. Akan tetapi saya tidak tahu sama ada perkara ini telah dibawa untuk dibincangkan dalam Kabinet ataupun tidak. Saya minta Kementerian Pendidikan memberi satu jawapan, apa tindakan akan diambil, sama ada satu peruntukan khas akan diberikan kepada guru-guru interim ini supaya mereka juga boleh menjalani kursus perguruan pada masa hadapan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Menteri jawab.

Tuan Pengerusi, minta. Ini penting ini Tuan Pengerusi, ini satu perkara luar bandar di Sabah, sekolah-sekolah. Pendek sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, satu minit hingga dua minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang sebenarnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, kita nampak bahawa sekolah-sekolah memang kita tahu sudah daif tetapi masalah yang kita hadapi oleh kerana kita ada Timbalan Menteri daripada Sabah. Minta supaya kita kaji, lihat semua sekolah di Sabah kerana di luar bandar ada kadangkala sekolah memang ada tetapi siling bocor, siling tidak ada. Ada yang kita nampak dia punya cermin dinding dan kita mahu ini semua diambil perhatian, Tuan Pengerusi. Keduanya Tuan Pengerusi, di kawasan pedalaman, rumah-rumah guru ini macam rumah-rumah kandang burung Acang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Kalabakan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Kalabakan, boleh?

Saya tidak ada masa, saya diberi dua minit. [Disampuk] Kecil betul. Ada rumah guru pakai plywood sahaja, keliling-keliling rumah guru.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sama-sama orang Sabah, Yang Berhormat Kalabakan.

Kalau mahu bukti, kita boleh beri bukti. Kita boleh hantar gambar pada kementerian. Ini yang berlaku di pedalaman.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bolehlah Yang Berhormat Kalabakan.

Jadi kita minta, kita sudah merdeka sejak 1963 lagi di Sabah, takkan sampai sekarang kita nampak rumah-rumah guru ini begitu daif sekali. Itulah, kalau guru-guru yang mahu pergi pedalaman bila sampai, mereka lari. Mereka tidak mahu datang kerana keadaan rumah itu macam-macam burung Acang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh Yang Berhormat Kalabakan?

Yang Berhormat Kalabakan, kalau tidak hendak bagi Yang Berhormat Kinabatangan bagi Lenggong di belakang, senang sedikit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduk dulu Yang Berhormat Lenggong. Saya sehaluan dengan rakan saya. Sebetulnya saya tidak berkesempatan untuk berhujah, berbahas tetapi saya ingin menambah, memang betul. Jadi rasa saya, kebetulan pilihan raya, rakyat di Sabah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional, Timbalan Menteri bawalah di Kabinet. Selesaikanlah secara total masalah sekolah-sekolah, masalah solar, masalah air, masalah rumah guru. Ada sekolah menengah di kawasan saya sampai hari ini belum selesai. Sekolah Menengah Tongod, Yang Berhormat iaitu bertembung antara rumah guru dengan bumbung rumah orang. Jadi susah dan macam mana hendak belajar sebab di kawasan rumah orang. Jadi mintalah kalau boleh, Sekolah Menengah Tongod, minta Yang Berhormat Kalabakan kalau boleh suarakan sekali. Duduklah dengan pemimpin-pemimpin Sabah, selesaikan masalah pembelajaran ini di Sabah. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

Yang Berhormat Kalabakan, tambah-tambah sedikit dekat belakang. Sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong.

Sedikit sahaja, saya hendak minta Yang Berhormat Kalabakan masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Kalabakan. Isu yang penting ini, satunya saya dah bangkitkan tempoh hari tetapi minta tolong juga kerajaan dan Kementerian Pendidikan mempertimbangkan masalah guru-guru ini. Guru-guru yang memegang sarjana atau master ini, dia tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kementerian. Jadi, kedudukan mereka daripada segi gaji sama dengan guru-guru berijazah. Ini minta sangat untuk diberi perhatian. Yang keduanya Yang Berhormat Kalabakan, satu lagi ialah masalah guru sistem time base ini. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini butiran pendidikan rendah ini.

Ya, itu kita terima. Tuan Pengerusi, saya cadangkan kerana daripada dulu sudah suarakan perkara- perkara ini, Tuan Pengerusi. Jadi, kita minta Kementerian Pendidikan tubuhkan jawatankuasa pemantau, jangan harap pegawai-pegawai yang ada di daerah. Jawatankuasa pemantau daripada kementerian pergi ke Sabah dan satu jawatankuasa pemantau daripada sini juga pergi ke Sarawak. Buat laporan yang terperinci mengenai keadaan sekolah, keadaan rumah-rumah guru di Sabah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Menteri sila.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Pendidikan rendah ya, yang lain jawab bertulis.

Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kalabakan dan dua Yang Berhormat yang mencelah tadi. Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lenggong yang telah membangkitkan isu-isu yang berkenaan dengan Kementerian Pendidikan.

Maksud Bekalan B.41 tambahan sebanyak RM3.3 bilion untuk tiga perkara penting iaitu pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi kakitangan serta kenaikan gaji 7% hingga 13% pegawai di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Kedua, pembayaran pelarasan gaji kenaikan pangkat secara time base pegawai perkhidmatan pendidikan. Ketiga, pembayaran gaji graduan pendidikan dilantik sebagai guru interim pada tahun 2012. Perkara pertamanya Tuan Pengerusi, pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi sebanyak satu bulan setengah gaji bagi kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia sektor pelajaran ialah untuk seramai 547,305 orang termasuk guru dan bukan guru telah ditampung oleh peruntukan sedia ada. Walaupun masih ada kekurangan untuk menampung sejumlah 258,587 orang iaitu sebanyak RM853 juta, pengumuman mengenai bonus khas prestasi ini diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2012 tetapi peruntukannya tidak termasuk di dalam pengiraan bajet untuk tahun 2013, dengan ini penambahan peruntukan diperlukan. Pada masa yang sama, untuk perkara yang seterusnya juga kerana berlaku kenaikan gaji kepada gred-gred tertentu di bawah Sistem Saraan Malaysia iaitu sebanyak 7% kepada Turus 3 ke atas, 8% JUSA A dan 9% kepada JUSA B dan C serta 13% kepada pegawai dan kakitangan sokongan gred 1-54. Kenaikan dan penyelarasan gaji tahunan ini memerlukan peruntukan tambahan yang tidak dipohon daripada Bajet 2013.

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mencelah sedikit?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Putatan.

Ya sebentar, sebentar. Saya habis skrip dahulu lepas itu saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat Putatan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sabar sedikit Yang Berhormat Putatan.

Boleh ya? Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya atas aspek time based juga pembayaran penyelarasan gaji kenaikan pangkat secara time based ialah seperti mana yang kita sedia maklum kerajaan bersetuju menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat PPPS dan juga PPPLD menerusi pemendekan tempoh time based dan berasaskan kecemerlangan. Untuk maklumat tentang status guru interim dalam maksud belanjawan ini ialah guru interim yang dilantik pada tahun 2012 adalah seramai 2,956 orang terdiri daripada graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk berkhidmat di sekolah rendah berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen yang mendesak. Daripada 2,956 orang guru interim, sejumlah 2,817 calon telah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 mulai 16 Mac 2013. Manakala 1,139 calon yang gagal temu duga dan tidak diperakukan oleh SPP untuk lantikan tetap. Bagi calon yang gagal temu duga, calon yang tidak diperakui oleh SPP perkhidmatan mereka sebagai guru interim ditamatkan dengan satu bulan notis penamatan. Itu butir-butir mengapa tambahan ini diperlukan. Yang Berhormat Putatan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soal kekurangan guru ini kita dengar lebih daripada 10 tahun, 20 tahun yang lalu sampai sekarang belum selesai. Setuju Yang Berhormat Kinabatangan? Soal saraan gaji naik itu, itu bukan dipersoalkan. Kita mahu tahu bahawa guru-guru mesti cukup menjelang tahun 2020 Yang Berhormat Menteri [Disampuk] Sebelum tahun 2020lah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tahun 2020 saya tidak setuju.

Sebelum tahun 2020. Sama juga tempat Tuan Pengerusi tidak cukup guru. Akan tetapi masalah dia kita banyak pemohon tetapi banyak juga ditolak. Seolah-olah ini kita punya minat yang orang ada kelayakan memohon sebagai seorang guru itu agak berkurangan. Saya minta penjelasan daripada Menteri kenapa banyak ditolak? Kenapa tidak attractive jawatan guru ini. Satu lagi Tuan Pengerusi oleh kerana soal saraan ini, guru-guru yang ditugaskan di Semenanjung memalukan, malu dia cakap malu. Ini sebab kenapa? Elaun sini tidak mencukupi saraan hidup.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini berucap atau mencelah ini, Yang Berhormat Putatan?

Minta penjelasan sebab soal elaun ini. Dia sebut elaun, gaji ini soalan gaji ini yang tidak mencukupi walaupun dimasukkan dalam bajet beberapa tahun yang lalu. Adakah pihak kementerian bersedia untuk membuatkan satu bajet yang secukup-cukupnya supaya guru-guru ini hidup dengan selesa jangan janji-janji sahaja?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh jawab sekalikah?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Lebih kurang sama. Terima kasih. Saya sehaluan dengan Yang Berhormat Putatan iaitu kenapa masih menjadi persoalan kekurangan guru? Lebih-lebih lagi guru bahasa Inggeris. Tidakkah kementerian melalui transformasi pelan di kementerian yang baru-baru ini menggariskan beberapa perkara. Akan tetapi akhirnya perkara itu cuma elok di kertas bunyi dia sedap tetapi semasa pelaksanaan, dia kita gagal. Jadi saya berharap dengan kehadiran Yang Berhormat di situ, flash blood orang kata, cuba lakukan sesuatu, perubahan, bawa perubahan di kementerian. Bahawa sudah tiba masanya kita hendak memperkasakan sekolah-sekolah kita ini maka guru-guru kena cukup. Guru-guru graduan di Sabah banyak, kalau kita kekurangan sumber ambillah daripada keluaran swasta. Kenapa apa masalah dia? Kalau tidak ada duit cari duit sebab kita sudah jadi pemerintah. Itu masa itu yang kita perlu jawapan jangan lagi masalah kewangan tidak cukup. Saya tidak tahu, sampai bila masalah ini selesai sebab itu kita tidak boleh memperkasakan sekolah kita. Ini sebab kita tidak boleh menganjak, tidak ada satu anjakan yang paradigma yang boleh dibanggakan. Jadi Yang Berhormat lakukan sesuatu, buat perubahan khususnya di Sabah dan di Sarawak.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma...

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Mana satu ada dua yang bangun.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Cuma ringkas sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ayer Hitam ya.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tiga perbelanjaan yang dinyatakan dalam ini yang pertama saya nampak itu adalah kenaikan 7% hingga 13%. Itu adalah selepas pemansuhan SBPA dan diganti dengan sistem yang baru di mana itu adalah diguna pakai oleh semua pegawai kerajaan. Saya hendak dapat pengesahan adakah itu benar? Kedua, kenaikan yang kedua ini secara pangkat time based dahulu tidak ada sistem 8863 atau 885 dan ianya telah dilengkapkan sebagai pengumuman di Hari Guru. Saya hendak dapat pengesahan adakah itu yang menyebabkan ada kenaikan? Ketiga pembayaran gaji graduan kepada guru interim ini sebenarnya untuk melengkapkan kekurangan guru di mana 2,000 lebih itu 1,874 adalah SJK(C) dan sebahagian kecil ialah SJK(T). Itu untuk kita melengkapkan dan akhirnya

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

mereka telah dilantik tetap. Kalau tiga-tiga perbelanjaan ini seperti mana yang dapat disahkan, saya rasa itu memang perlu dibayar. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mendapat penjelasan daripada pihak Menteri. Mengenai Bahagian Pendidikan Islam KPM yang mana berdasarkan maklumat yang diperoleh bermula tahun 2008 Kurikulum Pendidikan Islam telah diletakkan di bawah Pengurusan Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti mata pelajaran. Manakala pengurusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam j-QAF telah diletakkan di bawah pengurusan bahagian sekolah harian. Pelaksanaan ini telah bermula pada tahun 2010. Ini menyebabkan isu yang berlaku di sini ialah guru-guru yang telah dilatih dan ditempatkan tidak mengikut opsyen mereka. Contohnya guru-guru Bahasa Arab telah ditempatkan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru-guru kelas kemahiran Al-Quran telah ditempatkan untuk mengajar bahasa Arab. Tidakkah ada perancangan daripada pihak kementerian untuk mengembalikan semula pengurusan dan penempatan guru Pendidikan Islam serta Pengurusan Kurikulum Pendidikan Islam ini di bawah kendalian Bahagian Pendidikan Islam.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat kita ada lapan termasuk kementerian ini. Kalau setengah jam lapan kali 30 sama dengan 320 minit jadi berapa jam lagi kita bersidang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

“Alang-alang mandi biar basah” Tuan Pengerusi.

Saya akan cuba selesaikan asalkan tidak ada pencelahan. Okey, baik saya akan jawab beberapa soalan yang saya dapat yang ada kena mengena sedikit yang jauh lari daripada topik saya akan hantar melalui tulisan. Saya harap Yang Berhormat dapat terima. Yang Berhormat Tuaran tentang isu beri kuasa kepada Pengetua untuk memilih pembekal semasa perolehan. Secara prinsipnya Yang Berhormat ya, penurunan kuasa telah dipraktikkan bagi projek-projek berskala kecil kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk memilih pembekal semasa membuat perolehan. Cadangan Yang Berhormat Tuaran akan dikaji kewajarannya dan pihak kementerian tiada halangan untuk menurunkan kuasa tersebut kepada Pengetua sekiranya ia didapati dapat mempercepatkan proses perolehan dan mendatangkan kebaikan secara keseluruhan. Untuk mengenai pembezaan kadar elaun guru di Sabah dan Semenanjung.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Yang Berhormat sebentar yang tadi itu.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tuaran Yang Berhormat Menteri baru mula menjawab.

Sabar saya tidak beri laluan saya akan jawab soalan. Kalau perlu penjelasan lain tulis maklum kepada saya kemudian kita bincang nanti kita minum kopi kita bincang lagi ya. Kadar elaun guru di Sabah dan Semenanjung adalah berbeza berdasarkan locality dan situasi di tempat berkenaan. Seterusnya dari aspek elaun wilayah tidak adil dan tidak membela guru. Elaun yang diberi adalah berdasarkan kadar yang telah diselaraskan oleh agensi pusat adalah bertepatan dan memberi keadilan kepada semua penjawat awam. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Kulai ada ya? Okey. Seramai 460 orang graduate Diploma DPLI masih tidak layak jadi guru. Setakat ini semua pelatih-pelatih telah melalui KISSM semasa mereka berada di IPG. Sekiranya mereka tidak sempat melalui mereka boleh mengikuti kursus ini di bawah kendalian JPN untuk tajaan pelantikan. Untuk maklumat Yang Berhormat guru interim juga diberi peluang untuk menghadiri kursus dalam cuti, ini untuk maklumat Yang Berhormat ya.

Seterusnya Yang Berhormat Sibuti, perbezaan elaun guru di sekolah kurang murid dan lain-lain sekolah. Yang Berhormat, persamaan elaun khas tugas guru besar sama ada mengajar di sekolah kurang murid atau sekolah besar adalah RM100. Yang Berhormat

Sibuti mohon elaun khas guru besar di sekolah yang besar ditingkatkan lebih dari elaun guru besar diterima oleh guru besar SKM akan kita membuat kajian. Yang Berhormat Kepong mengatakan secara...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang tidak ada dalam Dewan, bertulis.

Yang Berhormat Kepong tidak ada? Ada, ada, dia masih ada di sini. Betul...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kepong.

Yang Berhormat Kepong kata ada, dia memberi fokus. Dia masih alert, dia kata 80-an tidak ramai tanya soalan, dulu lain sekarang lain Yang Berhormat. Ramai Ahli-ahli Parlimen bertenaga. Pembayaran gaji guru interim, aduan standard kualiti guru pastikan guru interim mencapai tahap kualiti yang baik sebelum dilantik menjadi guru. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Standard Guru Malaysia (SGM) yang menggariskan standard kompetensi profesional kegunaan yang patut dicapai oleh guru yang berkualiti. Tiga standard utama yang ditekankan ialah amalan nilai profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Justeru, Standard Guru Malaysia ditadbir secara mahir, secara online dan boleh diakses oleh guru pada bila-bila masa bagi mengetahui tahap kompetensi guru. Yang Berhormat Kapar, kenaikan gaji guru mestilah selaras dengan beban tugas guru yang dibebankan tugas perkeranian, saya setuju. Kenaikan gaji penjawat awam telah diselaraskan oleh kerajaan dan mengambil kira semua aspek tanpa mengira skim, gred dan perkhidmatan awam. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, kementerian sedar dan kita juga telah merancang untuk mendapat perkhidmatan pembantu guru meringankan beban guru-guru. Kerajaan Barisan Nasional kerajaan prihatin. Seterusnya Yang Berhormat Tebrau, adakah masih terdapat kekurangan guru di sekolah rendah? Waran perjawatan 2013, 237,762 perjawatan. Pengisian di sekolah kebangsaan 184,904, pengisian di SJK(C) 35,959, pengisian di SJK(T) 9,123. Banyak lagi maklumat di sini saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Ketereh mohon cari kaedah terbaik perkhidmatan guru yang terpisah daripada pasangan masing-masing untuk meningkatkan prestasi guru. Memang benar Yang Berhormat, kementerian mengambil perhatian yang begitu serius terhadap perkara ini malah 60% daripada guru-guru yang ditawarkan penukaran ini adalah berdasarkan kepada keperluan ini. Daripada 100%, 60% sebab utama kita beri penukaran ialah kita tidak mahu memisahkan suami isteri. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan penempatan guru ke negeri-negeri yang berhampiran dengan negeri pasangan mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan sesuai opsyen. Yang Berhormat Tebrau juga telah mengatakan pengambilan UEC adakah diteruskan? Pengambilan dikurangkan dari 20 orang kepada sepuluh orang. Ini saya akan secara bertulis kerana tidak ada kena-mengena dengan ....

[Bangun]

Mohon maaf kerana saya tidak akan memberi peluang untuk pencelahan. Saya akan beri secara tulisan. Yang Berhormat Batu Gajah gaji guru interim masa depan mereka, 200 orang guru interim sekolah Tamil tidak berpeluang ke IPG. Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat ada? Okey Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil berat tentang isu-isu kebajikan guru interim. Walau bagaimanapun 200 orang guru interim Sekolah Tamil adalah guru interim tidak terlatih. Maka tidak ada keperluan untuk menawarkan kursus kepada mereka kerana tiada keperluan berdasarkan unjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang Berhormat Kalabakan minta mengkaji sekolah-sekolah luar bandar di Sabah yang uzur dan menimbulkan keadaan rumah guru pedalaman di Sabah kecil dan daif. Okey

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menitik beratkan keselesaan infrastruktur sekolah terutamanya bagi sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Sehubungan ini Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan kajian dan penilaian kos penyelenggaraan kerja-kerja menaik taraf sekolah dan rumah-rumah guru daif dan uzur di seluruh kawasan luar bandar di Sabah termasuk di daerah Yang Berhormat. Kerja-kerja penyelenggaraan akan dimulakan sebaik saja kementerian memperoleh maklumat mengenai kos penyelenggaraan bagi kerja-kerja naik taraf sekolah dan rumah- rumah guru berkenaan. Yang Berhormat Kinabatangan juga mencadangkan agar satu jawatankuasa pemantauan ditubuhkan untuk buat laporan terperinci keadaan sekolah dan rumah guru. Cadangan Yang Berhormat akan kami beri perhatian sewajarnya. Ini komitmen daripada saya Yang Berhormat oleh pihak kementerian. Walau bagaimanapun, pada masa ini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah dan sedang menjalankan pemantauan secara dekat dengan turun padang terus ke tempat-tempat yang telah dikenal pasti. Untuk maklumat Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, sahabat seperjuangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Datuk Mary Yap Ken Jin pun diamanahkan untuk meneliti dan melihat keadaan-keadaan secara peribadi. Beliau sendiri akan turun ke sekolah-sekolah di Sabah untuk menilai keperluan dan maklum kepada kementerian supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Yang Berhormat Kinabatangan juga minta kementerian menyelesaikan secara keseluruhan keadaan sekolah-sekolah yang uzur di Sabah dan Sarawak termasuk SMK Tongod. Selain daripada tanggungjawab Yang Berhormat Datuk Mary Yap, kementerian sentiasa prihatin terhadap pembinaan sekolah-sekolah pedalaman. Bagi SMK Tongod, status pembinaan sehingga kini adalah sebanyak 94% dan dijangka dapat diselesaikan pada akhir Ogos 2013. Sama-sama kita harapkan penyelesaian ini. Terhadap soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Ayer Hitam, apa yang saya bentangkan ini merupakan satu kerja yang mana Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dulu telah luluskan, saya membentangkan saya pasti Yang Berhormat tahu kaedahnya dan apa pendapat Yang Berhormat Menteri saya setuju, saya terima dan benar. Terakhir Yang Berhormat Bachok, jawapan untuk Yang Berhormat Bachok akan saya buat secara tulisan. Okey terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,392,136,500 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pendidikan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,392,136,500 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Maksud B.42Jadual] - Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Kesihatan. Kepala B.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Ada berapa?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

B.42 Stampin.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh kita hadkan tiga di sebelah sini, tiga di sebalah pembangkang, boleh? Ya Yang Berhormat Kuala Kangsar, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang maksud B.42 Kementerian Kesihatan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, boleh saya cadangkan kita hadkan tiga minit, tiga minit. Jadi boleh ramai bercakap.

Perkara 2 iaitu RM70 juta untuk menampung keperluan tambahan bekalan ubat consumable dan reagen. Sebenarnya pada hemat saya bekalan ubat tidak menjadi satu masalah daripada sudut pembekalan tetapi apa yang lebih pentingnya adalah continuous supply of medicine iaitu pembekalan yang berterusan. Jadi saya ingin bertanya adakah terdapatnya kes-kes di mana terdapat keperluan tentang pembekalan ubat ini tetapi oleh kerana allocation ataupun peruntukan kewangan itu tidak dari segi masanya tidak sesuai bermakna pesanan telah dibuat dan tatacara kewangan tidak bersama-sama dengan pesanan itu dibuat secara mengikut tatacara yang sebenarnya telah menyebabkan bekalan ubat itu tersekat. Jadi saya mohon pihak Kementerian Kesihatan menyatakan adakah banyak kes sebegini yang mana bekalan tersekat kerana isu bekalan tidak ada menjadi masalah cumanya pembekalan yang berterusan. Keduanya kita mohon di Kuala Kangsar supaya mendapat bekalan ubat-ubatan yang berkualiti dan juga memperingatkan sekali lagi bahawa kita memerlukan doktor pakar di Kuala Kangsar kerana bandar diraja Kuala Kangsar amat memerlukan khidmat doktor pakar di sana, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong usaha kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan kesihatan. Kita perlu menyimpan retain doktor, jururawat yang berpengalaman dan so dalam ini saya sokong ini tapi kita juga kena tengok pull factor.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Apakah kesan hospital-hospital swasta yang baru atas usaha kita untuk simpan orang yang berpengalaman? Saya tengok dalam Business Star Bizz ini, dikatakan ada 24 private hospital antara tahun ini sehingga tahun 2015 yang akan dimulakan dengan bed size 6,893. Jadi, apakah kesan ini terhadap usaha kita untuk menyimpan specialist kita dalam hospital kita untuk merawat pesakit yang you know dengan gaji yang sederhana dan miskin? Juga adakah perlu untuk kurangkan pull factor ini, kita bekukan sebahagian daripada hospital-hospital swasta yang baru.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Stampin, duduk.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Terima kasih. Yang Berhormat Bagan Serai. Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali kesihatan ini adalah aset terpenting di dalam hidup kita dan tanpa kesihatan yang terbaik pada akhirnya ekonomi juga akan jadi melesit dan jadi susah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Butiran berapa?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Butiran..

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Panduan kita butiran. Baru kita tidak keluar dari skop perbahasan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Maksud B.42.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN ajar saya ini. Kalau tidak ikut butiran itu yang tersasar jauh daripada perbahasan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sebentar ya. Butiran 010300. Baik. Terima kasih. Jadi saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana memberikan peruntukan yang begitu tinggi untuk menjaga kesihatan rakyat. Memikirkan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan kesihatan supaya pada masa akan datang kos yang digunakan untuk membeli ubat-ubatan dapat juga dikurangkan dan ini dapat menyelamatkan perbelanjaan. Juga pertanyaan RM70 juta untuk ubat-ubatan ini, adakah perbelanjaan untuk ubat-ubat generik atau pun ubat-ubat paten, dengan izin yang mana ubat-ubat generik juga dapat memberikan kesan yang baik untuk kesihatan sekarang ini. Saya juga ingin memberi saranan dengan suasana sekarang dengan banyaknya sekolah-sekolah perubatan, pelajar- pelajar perubatan dalam negeri dan juga luar negeri, sudah tentu pada masa akan datang ramai doktor-doktor baru dan juga doktor-doktor pakar dapat dikeluarkan. Jadi sudah tentu saranan yang penting untuk hospital-hospital yang akan datang di negara ini penting sangat diwujudkan doktor pakar supaya dapat menjaga pesakit-pesakit dengan lebih baik dan kadar kematian yang lebih kurang. Begitu juga saranan saya umpamanya sebagai contoh di Parlimen Bagan Serai. Kita tidak ada hospital yang akan didirikan yang tidak ada ketentuan sama ada doktor pakar dapat ditempatkan secara permanent. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan membahaskan Butiran 010300 dan Butiran 032200. Ringkas. Pertamanya tentang emolumen doktor ini saya rasa patut sebab ini satu perkhidmatan yang sangat penting. Akan tetapi saya minta kementerian tengok balik tentang locum yang diberi RM80 sejam kepada doktor-doktor di hospital. Ini kerana saya berpendapat bahawa doktor sekarang ramai dan itu tidak lagi diperlukan. Kita ada banyak housemen, ada banyak junior MO yang tidak berapa banyak kerja. Seterusnya kualiti perkhidmatan itu kena dipertingkatkan. Doktor-doktor yang under-perform hendaklah kita ada satu mekanisme mengenal pasti dan juga mereka tidak harus diberikan kenaikan dengan mudah. Seterusnya tentang equipment dan consumable the agent. Ada dua perkara. Pertamanya kualiti perlu ada. Kalau kita beli daripada kontrak tempatan yang tidak ada pengalaman, kualitinya kurang, harganya murah tetapi selepas dibeli biasanya maintenance tidak ada dan syarikat kena tutup terus dan kita rugi. Menang membeli tetapi alah memakai. Berkenaan satu lagi cara untuk mengurangkan kos ialah kerjasama dengan swasta. Misalnya setengah test ujian makmal yang sangat mahal. Hospital swasta ada di Kuala Lumpur misalannya maka kita boleh pakatkan kerajaan dan hospital kita boleh gunakan. Ujian atau investigation yang jarang-jarang diadakan mahal kosnya. Maka dengan bekerjasama kita dapat jimatkan kos. Ini kerana apabila kita buka consumable itu tidak boleh disimpan lama. Itu caranya. Dengan itu kita harap insya-Allah perkhidmatan akan lebih baik lagi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Saya pun bersetuju tentang kenaikan gaji pembayaran kepada kakitangan. Persoalannya impak daripada pembayaran kenaikan gaji itu. Apakah kakitangan hospital ini telah melahirkan sesuatu impak yang besar seperti perkhidmatan yang cemerlang, mesra pesakit dan sebagainya. Baru-baru ini saya mendapat laporan Hospital Selayang sudah empat bulan wad kecemasan tidak ada air-con. Bayangkan bagaimana kakitangan hendak bekerja dengan baik. Air-con pun tidak ada. Apa yang lagi teruk, mesin MRI ada dua buah rosak dan tidak boleh dipakai. Kos berjuta-juta kita bayar elaun tinggi tetapi tidak dapat dinikmati oleh rakyat. Saya cerita soal Selayang. Belum lagi cerita soal-soal klinik luar bandar, ubat pun tidak ada. Kalau rakyat pergi yang ada Panadol sahaja. Jadi ini bukanlah satu suasana rasa saya yang baik. Yang Berhormat Menteri yang baru ini harus melakukan sesuatu transformasi di Kementerian Kesihatan keseluruhan. Kalau boleh panggil kita punya district-district seluruh Malaysia ini. Minta laporan terperinci. Minta data. Hospital mana, klinik luar bandar mana yang mempunyai masalah besar. Kemudian barulah kita boleh cari di mana kelemahan yang perlu kita perbaiki. Kalau tidak akhirnya rakyat akan mempersoalkan kewibawaan kita untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Yang Berhormat Putatan.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Seputeh duduk.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Tiga minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Baru satu saat sahaja. Yang Berhormat Kinabatangan, bersetuju atau tidak Yang Berhormat bahawa pakar-pakar kita yang kita hasilkan di negara ini telah lari ke negara luar. Itu pertama. Keduanya, adakah keselesaan bekerja di hospital-hospital kerajaan satu penyebabnya atau pun gaji itu tidak cukup? Rendah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang.

Jadi kalau kita pergi private dia kena potong leher harganya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang saya setuju Yang Berhormat Putatan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Yang Berhormat Stampin duduk dulu Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oleh itu ramai daripada kita lari jauh ke negara-negara yang ada pasaran sebab kita tidak kondusif. Tidak ada keselesaan. Jadi contohnya hospital baru di Kota Kinabalu. Fasa 1 sudah siap tetapi bangunannya kosong. Isinya tidak ada. DAP sudah jadikan isu hospital tidak ada kelengkapan. Dia buat isu. Jadi apa masalah kita untuk melengkapkan hospital cantik di Kota Kinabalu itu? Kalau kita tidak ada kemampuan kenapa buat fasa pertama? Jadi inilah masalah yang kita hadapi dan saya harap kementerian menangani isu-isu sebegini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said)

Bagi wanita. Sila Yang Berhormat Lanang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan B.42 – 3003200 Farmasi dan Bekalan mengenai RM70 juta untuk menampung keperluan tambahan bekalan ubat. Difahamkan bahawa ramai pesakit di Hospital Kerajaan Sibu yang tidak mendapat bekalan ubat yang secukupnya. Pada pagi ini saya telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang rakyat Sibu. Dia berkata bahawa dia hanya menerima bekalan ubatan sebanyak 10 hari sahaja walau pun dalam preskripsinya adalah 30 hari.

Dia telah mengadu kepada Senior Minister negeri Sarawak tetapi tidak dipedulikan kerana beliau berkata ini adalah isu Persekutuan. Pengadu amat marah kerana dia terpaksa membeli ubat-ubat di farmasi luar untuk 20 hari. Adakah ini kerana kecuaian atau kekurangan ubat berkenaan di hospital atau adakah ubat yang terlalu mahal perlu ditanggung oleh pesakit sendiri?

Yang Berhormat Lanang, boleh mencelah sedikit? Sibu sini.

Nanti, nanti. Difahamkan untuk merawat sakit kanser, banyak pesakit perlu menanggung bebanan ubat yang mahal oleh pesakit sendiri. Selain itu, pembalut luka seperti Aquacel, satu pembalut luka yang berjenama ConvaTec berharga satu keping adalah lebih kurang RM25 dan pesakit perlu menukar pembalut luka satu atau dua keping sehari dan banyak kali di Hospital Sibu, pembalut luka ini tidak mencukupi. Jadi, pesakit perlu menanggung kos mereka sendiri. Apakah rancangan kementerian untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dengan konsep right patient, right time, right medication, right dose and right way, dengan izin.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Selepas Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Stampin. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Padang Besar.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiga minit Yang Berhormat Kalabakan.

Butiran 42, 032200. Tuan Pengerusi, kita uar-uarkan bahawa kerajaan ada membina Klinik 1Malaysia tetapi Klinik 1Malaysia ini itu jenama Klinik 1Malaysia. Di sana Yang Berhormat Menteri kalau boleh, Klinik 1Malaysia ini kita tempatkan ada doktor di dalam. Ini kerana kalau kita hantar satu atau dua hospital assistant sahaja, mereka ini tidak boleh prescript apa ubat yang sepatutnya dibagi. Mereka hanya bagi mungkin - saya sudah suarakan ini Panadol sahaja, ubat-ubat lain tidak ada. Jadi kalau sekiranya Klinik 1Malaysia ini jauh daripada bandar, pesakit terpaksa pergi ke bandar lagi, belanja dan belum tahu dapat rawatan terus di bandar kerana queuenya begitu panjang. Itu kita minta supaya mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji semula Klinik 1Malaysia ini kerana kita mahu Klinik 1Malaysia ini dia murah. Memang kita ucapkan tahniah dia murah, tetapi kita mahu perkhidmatannya baik sedikit. Kalau pun bayar lebih RM2, RM3 atau RM5, mungkin rakyat pun puas hati. Kedua Tuan Pengerusi, di Beaufort saya suarakan ini dahulu dalam ucapan saya. Di Beaufort saya tidak ada alat ultra sound ini. Di Beaufort tidak ada. Jadi begitu jauh Beaufort ke bandar Kota Kinabalu, 100 kilometer, pesakit terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan pemeriksaan ultra sound. Berapa mahal alat atau mesin ultra sound

ini? Mungkin saya kira tidak begitu mahal. Kerajaan bukan tidak mampu. Daripada kita belanja yang bukan-bukan, lebih baik kita supplylah ultra sound ini di satu daerah di Beaufort. Di Beaufort, 100 kilometer dari Kota Kinabalu. Bila sampai ke Kota Kinabalu, terpaksa memakan masa begitu panjang. Kadangkala satu hari untuk queue tidak dapat, terpaksa balik dan hari kemudian datang lagi. Jadi, minta Yang Berhormat Menteri ambil perhatian.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Stampin. Selepas Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Padang Besar. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi, B.42 - Butiran 010300.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Minta kementerian menjawab secara bertulis seperti yang dicatatkan di Kertas Perintah 17A, muka surat 7, Bahagian 3. Seperti yang dicatat, “Product Purchase List”, daripada 2007 hingga 2009 dan jika ada 2010 sehingga Jun 2013 serta syarikat yang terlibat. Kedua, berikutnya daripada tambahan sebegitu banyak iaitu RM1.7 bilion, saya mewakili rakyat Sarawak terutamanya kawasan Kuching meminta kementerian mempercepatkan pembinaan multilayer car park, dengan izin, di Hospital Umum Sarawak yang Kerajaan Barisan Nasional berjanji dan sudah sekian lama tidak buat. Kalau tidak salah saya selama lima tahun sudah. Saya harap Kerajaan Pusat mengambil berat kes ini. Bayangkan banyak pengguna terpaksa mengambil sehingga 45 minit. Saya pernah cuba dan hari biasa kadang-kadang 30 minit lebih untuk mencari tempat letak kereta. Bayangkan jika terdapat pesakit yang dalam jagaan, terutamanya pesakit dalam keadaan kritikal dan juga ibu yang tunggal yang membawa anak-anak yang pergi ke hospital. Mereka perlu meletakkan kereta di tempat yang jauh dan sangat panjang perjalanan mereka sebelum sampai ke pintu hospital itu. Planning kedua, minta juga kementerian menambahkan planning machine atau pun mesin perancangan yang perlu digunakan oleh doktor pakar untuk membuat perancangan bagi pesakit kanser yang sebelum menjalani perubatan radioterapi. Sekarang hanya terdapat satu sahaja planning machine di Sarawak. Minta pengesahan iaitu di Hospital Umum Sarawak Kuching. Akan tetapi apa yang terjadi, bulan lepas planning machine ini rosak dan ia mengambil lebih daripada satu bulan bagi hospital itu untuk memperbaiki mesin ini. Ini pun kerana ada aduan daripada keluarga pesakit dan pihak kita, kita pergi. Barulah mereka pergi buat. Jadi tanpanya planning machine ini, mereka terpaksa pergi ke Singapore di mana kosnya dalam ratusan ribu. Ini bukan sahaja membebankan keluarga itu dan juga apa yang berlaku dalam kes yang sedemikian, kadang-kadang terutamanya keluarga miskin, mereka terpaksa meminjam duit daripada loan shark dengan izin. Jadi daripada kes tadi ini, dengan izin, saya mencadangkan pertama menambahkan sekurang-kurangnya satu lagi planning machine dan memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu mesin ganti bagi setiap infrastruktur yang diklasifikasikan sebagai kritikal. Kedua, jika tidak ada melaksanakan kenaikan taraf hospital ke ISO 9001 dengan izin, dari segi semua aspek dari pelaksanaan sehingga keselesaan dan kemudahan pesakit.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Padang Besar.

Boleh mencelah sedikit?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa sudah tidak cukup ini.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan perkara Butiran 010000 berkenaan dengan emolumen dan perkhidmatan dan bekalan iaitu pertama sekali kita lihat dalam kenaikan gaji ini, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan tentang kawalan di mana sekarang ini kita lihat banyak jururawat-jururawat pelatih yang telah menjalani kursus tidak mendapat pekerjaan. Ada yang lima tahun, ada yang bekerja dekat super market angkut barang tetapi berkelulusan jururawat. Akan tetapi saya lihat di sini, hospital-hospital swasta banyak menggunakan pelatih-pelatih luar negeri dan bersilih ganti. Maksudnya, pekerja-pekerja luar masuk menjadi jururawat sebagai pelatih di mana gajinya murah dan hospital swasta mengenakan bayaran yang tinggi kerana mereka boleh claim insurans dan sebagainya. Apakah kawalan daripada pihak Kementerian Kesihatan? Keduanya, saya ingin menyentuh sedikit tentang TCM ini iaitu perubatan tradisional yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan. Terdapat rungutan-rungutan daripada pengamal perubatan tradisional, perubatan alternatif, terutamanya pengamal perubatan Islam di mana mereka ini tidak langsung diberi perhatian, disekat dan apa-apa herba yang mereka keluarkan tidak langsung dilayan oleh Kementerian Kesihatan atau pun mereka ini buat-buat macam tidak mahu menerima pengamal perubatan Islam ini. Ini rungutan-rungutan. Jadi, minta Kementerian Kesihatan beri perhatian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri sila. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jangan izinkan pencelahan.

Datuk Seri Dr. S SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Ya, okey.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebelum saya gunakan kuasa saya.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah membuat keputusan supaya tidak boleh dicelah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil perbahasan di dalam bajet tambahan untuk Kementerian Kesihatan. Tuan Pengerusi, bajet tambahan yang diminta ialah untuk pembayaran kenaikan gaji dan emolumen dan untuk membayar keperluan tambahan bekalan ubat dan untuk membiayai tuntutan perbezaan harga bahan-bahan di bawah approve product purchase list.

Saya akan menumpu jawapan kepada isu-isu subjek itu sahaja. Isu-isu lain yang dibangkit akan dijawab secara bertulis. Secara keseluruhannya saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi sokongan kepada permintaan daripada Kementerian Kesihatan. Saya mahu di sini mengingatkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa di negara kita, kita mempunyai perkhidmatan kesihatan yang begitu baik kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Di mana di dalam sektor perkhidmatan awam, perkhidmatan kesihatan diberi lebih kurang percuma 98% ditanggung oleh kerajaan sendiri tanpa minta bayaran daripada pesakit yang datang. Perbelanjaan kerajaan ke atas ini banyak tiap-tiap tahun lebih daripada RM22 bilion dibelanjakan untuk menampung perkhidmatan kesihatan. Oleh itu, walaupun pada keseluruhannya kita boleh bangga mempunyai satu sistem perkhidmatan kesihatan yang begitu memuaskan. Mungkin ada pada satu-satu ketika ada kelemahan. Isu yang dibangkitkan tentang ubat iaitu tentang kadang-kadang

ubat di hospital dibekalkan untuk satu jangka masa yang pendek atau kadang-kadang pesakit diminta beli ubat daripada luar dan ada tuduhan bahawa adakah mutu ubat yang diberi ini ubat yang baik dan cadangan supaya ubat generik digunakan secara lebih banyak. Saya menerima segala cadangan ini secara baik dan mahu jelaskan bahawa kementerian mengambil segala langkah-langkah yang boleh untuk memastikan bahawa pesakit dibekalkan dengan ubat yang mencukupi untuk mendapat rawatan kepada mereka. Kalau ada situasi di mana satu jenis ubat yang tidak didapati, memang ada ubat-ubat lain yang boleh digunakan sebagai gantian kepada ubat itu dan itu diamalkan menjadi satu amalan untuk doktor-doktor yang ada di dalam sistem kerajaan. Memang ada dasar kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kegunaan ubat generik supaya ini boleh mengurangkan kos rawatan. Kita akan berusaha seberapa banyak yang boleh untuk meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kita ini selaras dengan keperluan rakyat supaya selaras dengan tujuan visi dan misi kementerian untuk pastikan kita memberikan satu perkhidmatan yang lebih baik. Tentang pekerja-pekerja dan tenaga kerja di dalam Kementerian Kesihatan memang kita mempunyai satu tenaga kerja yang begitu banyak. Lebih daripada 220,000 daripada beberapa bidang profesional. Memang emolumen tinggi dan usaha diambil oleh kerajaan untuk memastikan mereka ada di dalam sistem kerajaan melalui meningkatkan taraf perkhidmatan mereka dan kemudahan-kemudahan yang diberi kepada mereka. Pada masa sekarang bilangan doktor yang keluar daripada kerajaan boleh dikatakan kalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu peratusan mereka yang pergi ke swasta itu boleh dikatakan kurang. Ini kerana kerajaan telah berjaya untuk menyediakan satu suasana yang lebih baik di mana mereka boleh kerja dan mendapat kepuasan iaitu satisfaction daripada profesionalisme dan ini telah pastikan banyak pakar yang dahulu pergi ke swasta dan mereka pilih untuk bersama di dalam sistem kerajaan supaya mereka boleh terus memberi perkhidmatan kepada kerajaan. So, itulah secara ringkasnya jawapan kepada semua isu yang telah dibangkit dan kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan kalau ada apa-apa kelemahan untuk mengatasinya. Terima kasih dan terima kasih kerana memberi sokongan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,769,851,500 Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,769,851,500 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.43 [Jadual ] – Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh sebab B.43 dan P.43 hanya token sahaja ia tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Wang sebanyak RM10 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.45 [Jadual] – Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kementerian Belia dan Sukan. Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

[Bangun]

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

[Bangun]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

[Bangun]

[Bangun]

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya lima orang. Yang Berhormat Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu perkara sahaja di bawah P.45 Butiran 02400 berkenaan dengan pembinaan gelanggang sukan. Saya cuma ingin menambah dalam pembinaan gelanggang sukan ini saya kira gelanggang futsal. Pihak kementerian telah membina banyak gelanggang futsal khusus di kawasan saya yang mana saya kira amat baik untuk belia-belia yang meminati sukan futsal ini. Cuma saya ingin menambah dalam peruntukan ini untuk membina gelanggang futsal saya memohon kepada pihak kementerian supaya dapat mereka bentuk gelanggang futsal itu dengan atapnya sekali. Kita lihat apabila musim hujan banyak di antara pemain- pemain ataupun belia-belia tidak dapat bermain futsal dalam keadaan hujan. Jadi saya kira struktur gelanggang futsal pada kali ini ditambah dengan pembinaan atap dan kepada gelanggang futsal yang lama itu saya mengharapkan pihak kementerian cuba dapat menambah suai dengan menambah bumbung kepada setiap gelanggang futsal. Jadi saya rasa itu sahaja. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Tanjong.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud B.45 Kementerian Belia dan Sukan Butiran 020300 – pembangunan belia, di mana saya ingin menyentuh satu isu yang penting adalah peruntukan tambahan untuk sambutan Hari Belia tahun lepas di mana peruntukan asal adalah RM15 juta. Persoalan terbaru adalah peruntukan tambahan yang melibatkan RM12 juta diperlukan sedangkan

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

kementerian berkata bahawa tajaan pihak swasta berjumlah RM28 juta. Jadi ini menjadikan jumlah keseluruhan Hari Belia sebanyak RM55 juta. Program ini berlangsung selama lima hari. Ini bermaksud kerajaan telah membelanjakan secara puratanya RM11 juta sehari. Jadi ada dua soalan yang ingin saya bangkitkan di sini. Mengapa kos Hari Belia 2012 bertambah begitu mendadak sedangkan Menteri sebelum ini menjelaskan bahawa tajaan pihak swasta jauh melebihi tajaan pada tahun sebelumnya iaitu RM10 juta pada tahun 2011 dan RM28 juta pada tahun 2012. Kedua, saya ingin pohon supaya Menteri memberikan satu pecahan kos untuk RM55 juta yang terlibat termasuk dengan penajaan dan senarai kontraktor ataupun pembekal yang dilantik serta kos perkhidmatan mereka setiap satu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jerlun.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan B.45, Hari Belia. Soalannya adakah ia hanya digunakan untuk di peringkat nasional ataupun ianya dibahagi-bahagikan kepada Hari Belia peringkat negeri iaitu 13 ataupun 14 buah negeri.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Kedua, adalah berkaitan gelanggang sukan 02400. Kita tahu bahawa kementerian menganjurkan SUKMA dua tahun sekali. Kini ada juga sesetengah sukan dibuat setiap tahun. Jadi, adakah kerajaan membelanjakan RM42 juta ini untuk gelanggang SUKMA, membina gelanggang-gelanggang baru? Persoalannya adalah selepas SUKMA itu diadakan, sudah tentu ia diserahkan kepada negeri berkenaan. Cuma yang menjadi permasalahan adalah dari segi penyelenggaraan atau maintenance. Jadi, banyak gelanggang-gelanggang sukan termasuk juga di Kedah di mana selepas SUKMA 2012, banyak gelanggang yang under utilize. Yang tidak digunakan sebaiknya, maka ianya menjadi rosak. Jadi, kita minta supaya kementerian melihat dari aspek peruntukan bagi penyelenggaraan yang boleh disalurkan kepada majlis sukan negeri-negeri di setiap negeri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, lepas Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Machang. Tidak ada, ya? Yang Berhormat Rasah. Selepas Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Machang. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Tuan Pengerusi, saya cuma mempunyai beberapa soalan yang ringkas. Yang pertama, bagi B.45 butiran 020300. Soalan saya mengapakah RM12 juta diperuntukkan untuk membiayai sambutan Hari Belia Negara 2012 dan saya ingin memohon pihak kerajaan menyenaraikan dengan secara terperinci bagi butir-butir untuk perbelanjaan yang berjumlah RM12 juta ini. Soalan kedua...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.

Yang Berhormat Rasah, boleh? Tambah sikit. Terima kasih Yang Berhormat Rasah dan terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Orang lama, bijak.

Soal pembangunan belia yang Yang Berhormat Rasah sentuh tadi. Hari Belia. Adakah kerajaan ataupun kementerian melihat bahawa belia-belia di negara ini merangkumi berbagai-bagai keturunan yang mana

diperalatkan oleh pihak DAP untuk membenci Kerajaan Barisan Nasional?

[Dewan riuh]

Oleh sebab itu, ramai golongan-golongan ini bermain di social media yang sengaja diperalatkan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Rasah. Betul atau tidak ini?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan hendak bagi segar sedikit mata.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Ini telah pun menunjukkan bahawa walaupun pihak DAP ataupun Pakatan Rakyat, kita tidak mempunyai RM12 juta untuk adakan program sambutan Hari Belia tetapi saya yakin kita dapat paling banyak sokongan daripada golongan belia. [Tepuk] Tuan Pengerusi, saya teruskan soalan saya. Soalan kedua, apakah hasil daripada program sambutan Hari Belia ini? Apakah impak kepada belia-belia kita? Akhir sekali soalan saya, mengapakah...

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah. Mencelah sedikit.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya difahamkan pada sambutan Hari Belia Negara 2012, kita telah membawa satu kumpulan Kpop dari Korea Selatan dan saya difahamkan ada pihak penaja yang telah menaja mereka. Berapakah wang yang dapat diberikan oleh pihak penaja tersebut dan adakah baki wang tersebut digunakan untuk membiayai kos-kos lain pada hari sambutan tersebut? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Pendekkan, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Masukkan soalan itu dalam soalan saya juga. Akhir sekali, mengapakah program ini cuma dijalankan di satu tempat sahaja? Saya ingin bercadang kalau boleh memandangkan RM12 juta diperuntukkan, mengapakah tidak menggunakan peruntukan ini untuk adakan program ini bagi setiap negeri supaya pastikan anak-anak muda kita semua dapat manfaat daripada program ini. Akhir sekali, B.45 untuk gelanggang futsal. Saya cuma ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan. Sebenarnya gelanggang futsal ini boleh dijadikan sebagai gelanggang multipurpose di mana kalau hendak pakai untuk futsal, boleh jadikan sebagai gelanggang futsal ataupun kalau hendak main bola keranjang, boleh dijadikan tempat gelanggang bola keranjang dan juga bola tampar (volleyball). Ya, sekian.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Machang. Selepas Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Menteri jawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Menyentuh maksud B.45 butiran 020300 berkenaan dengan tambahan RM12 juta bagi membiayai sambutan Hari Belia Negara. Saya ingin menyokong apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jerlun dan tahniah kepada kerajaan kerana telah menerima pengunjung seramai 1,300,000 orang. Apa yang saya hendak ungkit di sini ialah berkenaan dengan program ini boleh disifatkan sebagai program yang berpusat. Ada baiknya program ini dilebarkan ke peringkat akar umbi agar ianya menyeluruh kerana bagi kita, belia adalah merupakan aset terpenting negara. Ada Hari Ibu, ada Hari Bapa dan macam-macam hari. Bagi belia, Hari Belia adalah khusus untuk belia. Kita lihat pada hari ini ada ramai di kalangan belia yang masih tidak faham tentang konsep kewarganegaraan sendiri. Sehari dua ini apa yang kita ungkitkan ialah berkaitan dengan kebiadaban Vivian dan Alvin dan tidak mustahil untuk sepuluh tahun akan datang, kalaulah belia ini tidak ditarbiahkan secara

betul-betul, maka mungkin akan wujud seribu orang manusia seperti Vivian dengan Alvin ini. Sudah tentu akan membangkitkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. Maka, semangat kecintaan kepada negara ini mesti diwujudkan melalui sambutan Hari Belia agar keharmonian dan kesejahteraan negara mesti dipupuk melalui belia yang ada pada hari ini. Maka, saya mencadangkan agar Hari Belia ini akan dilaksanakan di peringkat akar umbi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri. Sila.

Datuk Saravanan a/l MuruganMIC · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Juga tiada celahan, ya. Tiada celahan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas segala pandangan, pertanyaan dan cadangan yang telah dibangkitkan semasa membahaskan Perbekalan Tambahan Kedua 2012 bagi anggaran perbelanjaan mengurus B.45 iaitu perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 sebanyak RM12 juta dan anggaran perbelanjaan pembangunan P.45 mengenai pembinaan gelanggang futsal sebanyak RM42 juta dan menaik taraf bangunan tambahan dan membina bangunan baru SUKMA Perlis sebanyak RM6 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48 juta di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tuan Pengerusi, segala pandangan dan cadangan yang telah dibahaskan oleh semua Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan menerima secara terbuka dan cadangan yang baik akan dinilai untuk memperkemaskinikan kedudukan Kementerian Belia dan Sukan demi kebaikan belia di negara ini. Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan isu gelanggang sukan baru. Satu, dengan atap dan yang lama diubahsuai. Kementerian Belia dan Sukan memang telah bercadang untuk membina bumbung bagi gelanggang futsal tetapi disebabkan kos pembinaan bumbung tinggi iaitu kira-kira RM230,000 bagi setiap gelanggang, maka keutamaan perlu diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menumpukan kepada pembinaan gelanggang dahulu manakala gelanggang futsal yang dibumbungkan dengan memohon peruntukan tambahan pada masa akan datang. Akan tetapi apa yang kita lihat, gelanggang futsal ini telah menerima sambutan yang begitu baik di kalangan para belia. Maka, Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji untuk peruntukan tambahan untuk memastikan setiap gelanggang futsal dengan bumbung yang lengkap mengikut peruntukan yang sedia ada. Seterusnya Yang Berhormat Tanjong, Hari Belia peruntukan sebanyak RM12 juta. Jika kita lihat RM12 juta ini dibandingkan dengan jumlah peserta di mana 2.4 juta orang belia telah mengambil bahagian. Maka, satu perbelanjaan yang cukup munasabah jika dibandingkan dengan jumlah peserta belia yang mereka berkumpul empat atau lima hari berturut-turut di Putrajaya. Yang Berhormat Jerlun, Hari Belia Negeri di mana sambutan Hari Belia turut diperluaskan ke peringkat akar umbi melalui sambutan di peringkat daerah dan negeri iaitu melalui sambutan Hari Belia Peringkat Negeri. Sambutan di peringkat negeri mempunyai konsep yang sama di peringkat kebangsaan tetapi mengikut pendekatan tempatan. SUKMA pada tahun 2012, kita telah berbelanja sebanyak RM6 juta dan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan isu kenapa RM12 juta? Jawapan yang sama.

Jika kita lihat 2.4 juta peserta daripada belia dan belia-belia inilah yang akan menentukan masa depan negara dan kita perlu mendorong...

Minta maaf.

Belia dalam hala tuju yang terbaik...

Terpaksa mencelah.

Dan juga 2.4 juta bukanlah begitu banyak sangat.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Daripada segi impak...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiada celahan, tiada celahan.

Terpaksa mencelah ini... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi, impak belia apa yang kita lihat melalui program Karnival Hari Belia kita dapat melahirkan modal insan kualiti melalui program-program KBS. Juga mengenai isu k-pop, program k-pop telah diadakan pada tahun...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar, Kpop.

K-Pop diadakan bukan pada tahun 2012 tetapi 2011. Saya sendiri bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat, kita harus mempromosikan atau memberikan keutamaan kepada kumpulan-kumpulan tempatan, bukan dari Korea. Saya sama sekali bersetuju Yang Berhormat Menteri KBS dan juga pegawai-pegawai KBS telah bersetuju pada masa-masa akan datang, kita pastikan kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, itu sahaja?

Itu sahaja dengan...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tidak bagi mencelah. Kalau Yang Berhormat Kapar mencelah, Yang Berhormat Lenggong akan mencelah juga. Panjang jadinya.

Tuan Pengerusi, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang atas pandangan yang bernas. Saya beri jaminan kepada Dewan yang mulia ini, Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan mengatur program-program yang rasional supaya kita sama-sama dapat melahirkan modal insan belia yang berkualiti, yang tidak mengikut reformasi tetapi mengikut transformasi kemajuan negara.

[Dewan riuh]

Setakat ini, itu sahaja penggulungan saya ke atas usul-usul yang telah dibangkitkan mengenai Perbekalan Tambahan (2012) 2013 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM12,000,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM12,000,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM48,000,000 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM48,000,000 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.46 [Jadual ] – Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kementerian Sumber Manusia. Kepala Bekalan B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Oleh sebab P.46 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas. Jadi, bahas B.46 sahaja.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu, dua, tiga, empat dan lima. Okey, Yang Berhormat Parit Sulong, tidak mengantuk lagi Yang Berhormat Parit Sulong?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Ketawa] Segar-bugar lagi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, silakan.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bagi Maksud B.46 Butiran 020200, saya hendak mohon supaya Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah jenis-jenis program bersama rakyat yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan, latihan kemahiran, selepas itu ada ILTJM, JobsMalaysia dengan skim perlindungan PERKESO yang telah dinyatakan. Bolehkah juga kementerian menyatakan apakah isu-isu yang banyak dibangkitkan semasa mereka menjalankan program-program bersama rakyat ini? Kemudian menyatakan juga apakah tujuan utama program ini dan adakah sasarannya tercapai kerana ia sudah semestinya adalah untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat jelata? Jadinya, jumlah sasaran itu, adakah ia tercapai ataupun bagaimana? Saya juga memohon kementerian untuk menyatakan keberkesanan pendaftaran di JobsMalaysia? Berapa ramai yang telah mendaftar? Daripada jumlah ini, berapa peratus yang telah mendapat pekerjaan? Selepas itu matching dengan izin, berapa lama jangka masanya sebelum dapat matching itu dilakukan? Seterusnya, untuk Butiran 040300 iaitu Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerjaan sebab... [Disampuk] [Ketawa] Berita mengenai kemalangan ini memang sentiasa di tempat kerja, sentiasa kita dengar dan juga kita baca. Sudah semestinya kerjasama antara majikan dengan pekerja itu memang perlu kita tingkatkan. Jadi, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah keberkesanan program-program yang telah dianjurkan oleh NIOSH dalam menganjurkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pekerja dan majikan berhubung keselamatan di tempat kerja? Seterusnya mengenai pampasan PERKESO. Saya tengok prosesnya memang agak lama dan agak sukar dan ini banyak kompelin yang telah kita terima daripada mereka yang memohon untuk mendapatkan pampasan daripada PERKESO. Jadinya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh PERKESO untuk menangani masalah ini? Kalau

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

mungkin tidak ada data pun, diharapkan dapat memberikan secara bertulis, berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar oleh pihak PERKESO sepanjang tahun 2012 dan ia melibatkan berapa jumlah permohonan? Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak- banyak.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bertenaga lagi Yang Berhormat Parit Sulong. Ya, Yang Berhormat Batu.

Terima kasih. Saya hendak bahas dalam Maksud Butiran 10000 – Perkhidmatan Pengurusan Kementerian Sumber Manusia. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian terutamanya daripada Director General of Trade Unions sebab baru-baru sahaja pada ILO Meeting yang lalu tahun 2012, pihak MTUC bagi pihak NUBE telah membuat satu aduan di ILO. Menyatakan pendaftaran in-house union di dalam Maybank ini telah sebenarnya bertentangan dengan dasar kesatuan industri mengikut undang-undang Malaysia. Akan tetapi saya dapati bahawa jawapan daripada kerajaan terhadap ILO bahawa mengatakan sebuah union baru dibenarkan di dalam Maybank sungguhpun NUBE sudah bertapak dan mewakili pekerja, dibenarkan kerana undang-undang Malaysia membenarkan lebih daripada satu union di satu tempat. Saya ingin tahu bagaimana kerajaan boleh misrepresent, dengan izin dalam undang-undang Malaysia. Sebenarnya Malaysia tidak membenarkan double union di mana-mana tempat. Oleh itu juga, Malaysia telah ditegur oleh ILO dan saya ingin mendapatkan penjelasan bagaimana kerajaan membetulkan keadaan ini. Akhir sekali, saya juga ingin sokong Yang Berhormat Parit Sulong tentang kadar kemalangan di tempat kerja ini semakin meningkat. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah kerajaan sudah study dengan betul apakah puncanya dan apakah cara kita untuk mengatasinya? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kulai dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 040300. Sekadar ingin menyampaikan aduan oleh 5,000 pekerja SapuraKencana Petroleum Lumut Industrial Park, Kampung Aceh, Sitiawan oleh kerana mereka tidak dilindungi dengan caruman PERKESO mahupun KWSP. Sebahagian mereka cuba mengadu kepada Pejabat Buruh, apabila diketahui mereka akan dibuang kerja. Oleh itu, pada waktu yang nyaman ini, di waktu jam 11 malam, saya pohon untuk kementerian meneliti masalah ini dan harap dapat diselesaikan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja, Butiran 010000. Saya hendak tanya, daripada RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk perbelanjaan program-program yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan, latihan kemahiran ini, berapa yang ada melibatkan golongan OKU? Sebenarnya kerajaan kita telah menetapkan satu sasaran untuk membekalkan 1% penjawat awam kepada golongan OKU dan saya hendak bertanya setakat ini, apakah pencapaian kementerian untuk mencapai sasaran ini? Ini kerana saya rasa golongan OKU ini memang amat perlu bantuan dan juga perhatian kita. Saya harap bahawa kerajaan kita bolehlah menjadi satu teladan untuk

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

membekalkan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada golongan OKU. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri jawab. Juga tiada celahan.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kulai dan juga yang lagi satu siapa yang telah bertanya tentang Kementerian Sumber Manusia peruntukan tambahan sebanyak RM16 juta lebih. Kepada Yang Berhormat Parit Sulong, beberapa pertanyaan yang dikemukakan. Saya ucap terima kasih banyak di atas prihatin. Inilah pentingnya sumber manusia Tuan Pengerusi. Boleh kata semua kementerian berbicara tentang manusia. Sebab itulah kita hendak membina manusia yang cukup hebat, yang berkemahiran dan berketerampilan. Walaupun kita menang dalam pilihan raya, tetapi kalau di belakang kita orang yang tidak baik, tidak ada guna kita menang dalam pilihan raya... [Tepuk] Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Sulong bertanya tentang Program Latihan Kemahiran Bersama Rakyat. Sebenarnya berbagai-bagai program kita buat bersama rakyat ini. Antaranya ialah bidang kemahiran meliputi semua sektor industri utama negara termasuk perindustrian, perhotelan, perkhidmatan, program-program promosi, karnival. Umpamanya Karnival Hari Belia yang kita adakan baru-baru ini di Putrajaya. Kita juga Kementerian Sumber Manusia mengambil bahagian dalam Jobs Square di mana kita menjemput semua industri-industri ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai peluang pekerjaan dan kita jemput belia-belia kita untuk mendaftarkan diri untuk mencari pekerjaan. Alhamdulillah, dalam sambutan itu walaupun RM12 juta dibelanjakan oleh Kementerian Belia tetapi kita dapat mendaftarkan pekerja-pekerja yang terdiri daripada belia. Sebenarnya Yang Berhormat Parit Sulong, banyak lagi program-program yang kita lakukan yang mungkin kalau kita hendakkan secara detil mungkin saya terpaksa berikan secara bertulis kerana kita ada pusat-pusat latihan yang melatih belia-belia ini. Sehingga itu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan satu lagi ialah tentang isu latihan yang dijalankan. Kementerian sentiasa bersedia menyediakan latihan laluan bagi menggalakkan peserta mendapatkan kemahiran melalui 30 buah institut latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh negara. Kementerian menawarkan sebanyak 88 buah kursus jangka panjang serta 1,504 buah kursus jangka pendek. Kementerian juga menawarkan program strategik untuk belia di mana seramai 930 peserta telah mendapat manfaat daripada program ini. Tuan Pengerusi, latihan untuk OKU. Peluang latihan juga disediakan untuk OKU oleh berbagai-bagai agensi. Kementerian Sumber Manusia sendiri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Sumber Manusia, peluang latihan dibuka juga kepada kumpulan istimewa di Institut Latihan Perindustrian juga Adtec yang di bawah kementerian. Daripada yang kedua tadi, isu pembuangan pendapatan pekerja Syarikat Sapura daripada Lumut. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menyiasat segera isu ini sama ada berlaku perlanggaran di bawah mana-mana undang-undang pertubuhan. Sebab itulah saya bagi pihak kementerian, kalau ada apa-apa kompelin, aduan yang disampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh masyarakat kita, sampaikanlah kepada kementerian dan insya-Allah kita akan menyiasat dan kita akan mengambil tindakan kepada mereka ataupun syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini. Tentang soalan daripada Yang Berhormat Batu, Tuan Pengerusi, kes pendaftaran...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah?

Kes ditentang oleh NUBE kerana sudah sedia ada kesatuan iaitu NUBE yang mewakili pekerja-pekerja di Maybank.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Mohon penjelasan.

NUBE juga telah membuat aduan...

Dia baru datang itu.

Perkara ini kepada ILO. Kes pendaftaran Mynube sebagai in house union dalam Maybank telah dibawa ke mahkamah oleh NUBE maka adalah elok kita tunggu keputusan yang akan diputuskan oleh mahkamah.

Ini bukan soalan saya, ini bukan soalan saya. Soalan saya ialah jawapan kerajaan kepada ILO menyatakan dalam Akta Kesatuan di Malaysia membenarkan lebih daripada satu union di satu institusi iaitu ini tidak pernah dalam undang-undang. Saya hendak penjelasan bagaimana kerajaan boleh menyatakan fakta yang salah kepada ILO.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tiada jawapan, maknanya jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi, kes ini telah ke mahkamah. Jadi kita minta tunggu jawapan mahkamah.

Ini bukan mahkamah, ini ILO.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Saya minta jawapan semua dalam bertulislah. Okey?... [Ketawa]

Tuan Pengerusi.... Jangan kacau tunggu dulu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Segambut sudah register nama dia.

Dia hendak punch card, dia baru datang.

Tentang Yang Berhormat Kulai tadi, PERKESO akan membuat siasatan berkaitan perkara tersebut bagi memastikan pekerja contract of service ini didaftarkan dilindungi oleh PERKESO dan dibayar caruman bulanan. Jadi saya ingat insya-Allah kita akan buat siasatan di bawah PERKESO. Tuan Pengerusi, saya ingat itu sahaja soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen kita, saya ucapkan terima kasih banyak. Saya berharap juga kalau ada perkara-perkara yang akan menyentuh tentang kementerian ini, silalah laporkan kepada kita, insya-Allah kita akan berikan jawapannya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tuan Pengerusi, minta maaf. Data- data yang saya minta supaya dibagi secara bertulis Timbalan Menteri, bagi secara bertulis kah tak?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Minta malam inilah, esok.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ya, okey esok, sempatkah?

Tak apa Tuan Pengerusi, saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,317,030 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Pengerusi

[Wang sebanyak RM16,317,030 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.47 [Jadual] – Maksud P.47 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.47 di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terbuka untuk dibahas. Oleh sebab P.47 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas. B.47 dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Putatan. Tiga ya, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bakri dan juga Yang Berhormat Serdang. Ya, empat sahaja. Ya, Yang Berhormat Putatan satu minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Segambut bising. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ucapkan kepada menterilah, menteri yang sesuai untuk kementerian ini. Apabila kita menyentuh kementerian ini seperti mana yang tercatat di sini masih lagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan ‘multimedia’ tidak termasuk dalam sini. Walau bagaimanapun kita sudah maklum bahawa kementerian ini sudah bertukar wajah. Menteri pun sudah bertukar wajah juga. Jadi, soal penerangan dan penyiaran ini, saya sentuh butiran 47. Soal penyiaran, penerangan ini sangat-sangat terdekat di hati rakyat. Walaupun rakyat itu tidur, walaupun rakyat itu di rumah, dia baring, dia duduk, masih lagi kerja-kerja kementerian ini masih lagi dijalankan.

Apabila banyak program yang ada, pegawai-pegawai dari kementerian ini bertungkus lumus mengorbankan diri mereka, keluarga untuk bertugas demi untuk kepentingan rakyat. Jadi, haruslah Menteri sendiri melihat pengorbanan pegawai-pegawai penerangan ini, penyiaran misalnya dibagi satu imbuhan yang secukup-cukupnya kerana ini membantu rakyat, membantu Kerajaan Barisan Nasional. Juga membantu sebelah sana Datuk Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi saya melihat beberapa pegawai-pegawai kanan yang hampir-hampir bersara belum pernah naik gaji, pangkat pun tidak naik, Menteri, terutama sekali pegawai-pegawai Jabatan Penerangan dan Penyiaran di negeri Sabah. Termasuklah Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, sampai sekarang belum confirm, masih dalam kontrak, fasal apa Menteri? Dia ini about to retire, dengan izin, belum confirm. Jadi saya minta melihat, Menteri melihat ini semua pegawai-pegawai yang terkanan ini, yang berpengalaman ini kita tidak mahu kehilangan mereka. Kalau kita pun kehilangan, kita mesti bagi satu imbuhan yang secukupnya untuk menghargai pengorbanan dan khidmatnya kepada rakyat di negara ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, butiran cuma untuk penyelenggaraan kompleks KPKK.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Penerangan, Butiran 47. Jadi saya mintalah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Apa kena mengena dengan pengarah Yang Berhormat.

Samalah itu emolumen. Ini sudah satu minit sudah hilang Tuan Pengerusi.

Puasa, puasa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak masuk dalam butiran.

Jadi saya mengharapkan pihak kementerian dapat melihat ini dan satu lagi perkara yang saya ingin timbulkan walaupun hanya token saja, ini naik taraf bangunan-bangunan di jabatan-jabatan di negeri-negeri. Walaupun hanya token, saya juga mahu sentuh perkara ini harus dibagi, melihat supaya keselesaan jabatan-jabatan di negeri Sabah ini dapat dilihat dengan serius. Ya, terima kasih. Itu saja Tuan Pengerusi. Oleh kerana diganggu hilang setengah minit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Memang tidak masuk dalam butiran pun Yang Berhormat. Yang Berhormat tumpukan kepada penyelenggaraan kompleks KPKK di Putrajaya. Yang Berhormat Serdang ya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

KPKK.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Serdang, ya Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey. Saya hendak bangkitkan satu soalan saja Tuan Pengerusi. Kenapa, saya hendak tanya kenapa Menteri tidak mahu gunakan kuasa yang diberikan kepada Menteri dan juga pesuruhjaya di bawah National Heritage Act ataupun Akta Warisan Negara 2005 untuk memelihara Tunku Park ataupun Taman Warisan Merdeka yang ditubuhkan sejak sebelum merdeka lagi. Sekarang telah diambil alih oleh PNB dan mahu membina satu menara 118 punya...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Itu kawasan saya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Kawasan Yang Berhormat Bukit Bintang, bukan kawasan kamu. Okey. [Ketawa] Kerana Akta Warisan Negara 2005 memberikan hak kepada Menteri dan juga pesuruhjaya untuk mengiktiraf kawasan itu yang sebelah Stadium Merdeka dan juga Stadium Negara sebagai satu tapak warisan. Saya mahu Menteri memberi penjelasan untuk perkara itu. Terima kasih.

Yang mana KPKK ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar ya. Selepas ini Menteri boleh jawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menghendaki penjelasan jumlah kos pengurusan kompleks KPKK pada tahun 2012. Ini adalah disebabkan perbelanjaan tambahan yang disebut adalah besar di mana secara purata penambahan sebanyak lebih daripada RM3 juta sebulan bagi sewaan, utiliti dan penyelenggaraan kompleks tersebut. Tambahan pula peruntukan bagi kos pengurusan KPKK sedang meningkat sejak tahun 2010. So, beri penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Kemaman

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Pertama yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Putatan, ini adalah merupakan pandangan dan ingatan pada kami semua. Saya ambil perhatian, Ketua Pengarah Jabatan, Ketua Pengarah Malaysia ataupun Pengarah di Sabah yang dimaksudkan. Saya ambil perhatian tentang perkara ini dan terima kasih di atas simpati dan rasa solidarity dengan kakitangan penerangan dan mereka bekerja sampai ke malam untuk mengambil bahagian dalam persidangan ini untuk disiarkan secara langsung melalui IPTV dan kita ucap terima kasih, mereka berbuka sama kita dan mungkin mereka lebih lewat daripada kita semua. Terima kasih di atas ingatan yang diberikan oleh Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Serdang saya rasa Yang Berhormat agak ketinggalan kereta api. Sepatutnya isu yang berkaitan dengan bangunan warisan dan sebagainya ditimbulkan dalam semasa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tadi kerana di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan telah pun dipindahkan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Jadi Tuan Pengerusi, Yang Berhormat daripada Serdang sudah lari daripada tajuk kita dalam soal ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kapar tadi yang bertanya tentang kos baru yang dilibatkan ialah apabila kita berpindah ke bangunan baru di Putrajaya. Sebenarnya sebelum ini, kementerian ini mengandungi pelbagai agensi di bawah KPKK dahulu dan kedudukan mereka berselerak dan sebahagiannya diletakkan di sebuah satu bumbung. Ada yang di bawah bangunan Sime Darby, di Menara Chulan di Bangunan PKNS, Petaling Jaya, di Menara Tabung Haji Perdana (TH), di Bangunan MAS. Kesemua pun kalau dibayar sewanya melebihi RM1.2 juta hingga RM1.5 juta sebulan dan mengambil kos yang tinggi juga setiap tahun. Tapi yang ini benarlah disebutkan kira-kira RM 3.8 juta tetapi dipindahkan di bawah satu bangunan yang berada di Putrajaya sekarang ini di bangunan baru. Walaupun dikatakan sewa tetapi ini sewa beli iaitu setelah 25 tahun, ia akan menjadi milik kementerian. Jadi ianya dianggap lebih menguntungkan dalam jangka masa yang panjang daripada kita sudahlah membayar sewa juga, walaupun sedikit murah tetapi ia mengakibatkan dari segi koordinasi kementerian. Ada sebahagian jabatan, Jabatan Penerangan kita kena cari di Sime Darby tengah bandar. Jabatan ini di sini, jabatan ini di sini dari segi kerja-kerja dianggap tidak efisien dalam soal ini dan akhirnya ia tetap milik orang lain. Tapi ini adalah menjadi satu milik yang berada di Putrajaya dianggap lebih baik dalam soal ini.

Boleh mencelah?

Sila.

Saya terima baik pandangan Menteri tadi bahawa dulu selerak, sekarang satu bumbung. Saya perlukan jaminan kerana dari tahun 2010 ada peningkatan dalam belanja yang diperuntukkan. Disebabkan dulu selerak, sekarang satu bumbung, bolehkah kita dapat jaminan bahawa peruntukan yang akan datang pada 25 Oktober 2013, peruntukan akan berkurangan, bukan bertambah lagi berbanding dari tahun 2010. Terima kasih.

Tuan Pengerusi susah saya hendak bagi jaminan kerana ada perkara yang dari segi pengurusan, gaji akan naik, kos penyelenggaraan, utiliti dan sebagainya kita tidak tahu pada waktu itu harga bila kita kenakan dasar gaji minimum untuk orang hendak mengurus, hendak membersih dan sebagainya sudah tentu naik. Tapi kita hendak kata beri jaminan lebih murah itu tidak semestinya berlaku. Namun yang pentingnya kita melihat dari segi ratio, produktiviti dan juga daripada kos, itu yang lebih penting. Kalau bangunan Parlimen, dikatakan siap bangunan baru misalnya kita semua berpindah di sana maka segala lebih murah. Tidak ada jaminan dalam soal itu. Yang pentingnya akhirnya output yang dilahirkan mestilah dianggap lebih baik. Itu yang lebih penting berdasarkan kepada kos yang terpaksa kita belanjakan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM37,700,000 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM37,700,000 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.47 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2013 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013 Jawatankuasa — Maksud B.48 [Jadual] – Maksud P.48 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahas. Oleh sebab P.48 hanya token, ianya tidak perlu dibahas. B.48 terbuka untuk dibahas.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun] BM, BM...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bukit Mertajam.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Apa ini? Ramai sangat jadi Speaker tengah malam. Yang Berhormat Parit Sulong.

[Dewan riuh]

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Maksud 48...

[Menyampuk] ..Sepatutnya Parit Sulong jadi backbencher, pengerusi backbencher.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Bagi Maksud B.48. Itu ada niat jahat, 36(6) itu. [Ketawa] Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Butiran 040000. Saya hendak menyentuh sedikit sebab perbelanjaannya sebanyak RM21 juta untuk menampung kos operasi JKM. Saya cuma hendak sentuh sedikit mengenai perkara ini, mengenai isu kelewatan kelulusan permohonan bantuan ini. Saya tengok lambat dan lewat ini adalah disebabkan kekangan tenaga kerja dalam usaha untuk memproses semua permohonan. Saya kira ia terjadi di daerah-daerah lain tetapi saya hendak bagi contoh bagi Daerah Batu Pahat, kes melibatkan 7,728 permohonan, petugas yang in charge, dengan izin untuk kes itu ada 11 orang sahaja. Ada empat Parlimen, ada seorang yang ditugaskan untuk membuat pendaftaran OKU dan selepas itu van cuma ada satu dan kawasan Daerah Batu Pahat ini terutama kawasan Parit Sulong ini adalah kawasan yang mudah terkena bencana seperti banjir dan juga ribut. Jadi, adakah kementerian dalam membuat pengiraan penambahan perbelanjaan ini, adakah dimasukkan mengenai penambahan kakitangan agar permohonan ini dapat disegerakan. Saya kira ini sangat penting terutamanya bagi kawasan Parlimen Parit Sulong, maksud saya bagi Daerah Batu Pahat. Sebab ia bagi Daerah Batu Pahat. Adakah JKM juga bercadang untuk mengujudkan mungkin satu team sukarela JKM sendiri dalam usaha untuk

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

membantu mengenal pasti masyarakat yang masih ketinggalan, sebab kalau tidak ada kes yang baru mohon, tunggu lama...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Parit Sulong...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

....Sangat sampai meninggal.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bagi chance? Mencelah sedikit.

[Dewan riuh]

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey bolehlah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Okey...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ada berapa minit?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

10 minit.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya juga ingin meminta Yang Berhormat Parit Sulong supaya setuju dengan saya bahawa sudah tiba masanya untuk kementerian ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat menaikkan amaun untuk program cash transfer, dengan izin kepada penduduk yang miskin. Contohnya seperti di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan cash transfer sehingga RM770. Jadi saya rasa sekarang RM300, RM400 sudah tidak mencukupi. Mungkin masanya sudah tiba untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menaikkan amaun tersebut. Terima kasih.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini Tuan Pengerusi, saya minta kementerianlah yang menjawabnya. Seterusnya saya pergi ke Butiran 010000 bersekali dengan 070000 mengenai bantuan kepada rakyat terutamanya kepada kerosakan harta benda yang dialami oleh rakyat terutamanya di kawasan yang mudah terkena bencana. Saya melihat majoriti yang terkena musibah ini adalah golongan yang kurang berkemampuan. Kadang-kadang jangka masa untuk proses itu memang lama di antara tiga bulan sehingga enam bulan. Jadi sebenarnya saya hendak tahu, apakah jangka masa yang ditetapkan oleh kementerian sebelum satu-satu permohonan ini diluluskan. Ini kerana kadang-kadang apabila berlaku kelewatan ini, seperti minggu lepas iaitu kes baru di mana ada kelapa sawit jatuh ke atas satu rumah dan secara tidak langsung rumah tersebut tidak ada bumbung langsung Tuan Pengerusi. Jadi kalau orang itu seorang yang berkemampuan mungkin tidak ada masalah tetapi bagi yang betul-betul miskin dan susah, kadang-kadang bumbung itu terus terlopong dan tidak terbela. Jadi itulah sebabnya saya meminta kementerian memberikan perhatian kepada perkara yang telah saya bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lanang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasaan kod Butiran 040000 bagi B.48. Maksud B.48 sebanyak RM124,340,000 untuk menampung keperluan tambahan bayaran skim bantuan persekutuan dan negeri. Adakah keperluan tambahan bayaran skim bantuan ini termasuk bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam yang lain. Dalam masa dua bulan ini terdapat enam kawasan di Sibu telah terbakar. Adakah kementerian mempunyai rancangan yang lebih baik untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran di Sibu dan apakah rancangan masa depan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat boleh mencelah.

Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kapar mencelah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bukit Mertajam.

Terima kasih.

Saya minta jawapan bertulis.

Okey, Yang Berhormat Kapar mencelah sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah siap Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia sudah berhentilah. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

...Yang Berhormat Lanang.

Dia bagi saya mencelah Tuan Pengerusi. Bagi ya? Bagi ya? Hah dia bagi.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Belum siap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Belum siap, belum siap.

...Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjelaskan secara terperinci skim bantuan yang diberikan dan siapakah golongan yang dimanfaatkan melalui skim ini. Adakah skim bantuan ini sama dengan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA yang berjumlah RM1.2 bilion. Terima kasih.

Ya, Yang Berhormat Sibu mencelah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu penjelasan daripada kementerian bahawa....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tujukan kepada Yang Berhormat Lanang Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Okey, okey. Yang Berhormat Lanang boleh tolong...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

itu Yang Berhormat Kulai kena ajar. [Ketawa]

Saya mahu penjelasan daripada kementerian ...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

...Yang Berhormat Lanang, tolong Yang Berhormat Sibu tanya kementerian. [Ketawa] ...

Yang Berhormat Seputeh, tak ada ajarkah Seputeh?

...Berapakah...

Yang Berhormat Seputeh ajarlah Yang Berhormat Seputeh.

...Tempat perlindungan untuk orang homeless people in Sibu. Berapa tempat perlindungan di Sarawak untuk golongan gelandangan itu. Jadi kalau...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

...Mengikut pemahaman saya hanya Kuching sahaja yang mempunyai tempat perlindungan untuk golongan gelandangan. Ini sahaja. Adakah kementerian akan membina lebih banyak tempat perlindungan untuk golongan ini.

Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Sibu ke dalam ucapan saya. [Ketawa] Saya minta penjelasan, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Lulus, lulus.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sudah habis. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 070800 Sosioekonomi Kurang Upaya, yang ditujukan khusus untuk PDK - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di mana untuk penyelia dan juga petugas yang sedia ada, gaji mereka sekarang untuk penyelia hanya RM1,200 sebulan dan untuk petugas pula hanya RM800 sebulan. So terpaksa juga untuk potong EPF. Saya rasa saya mintalah kementerian supaya naikkan gaji untuk penyelia dan juga petugas untuk PDK.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat PJS. Sama, isu yang sama tentang keperluan komuniti OKU. Baru-baru ini ada 43 orang pelajar cacat penglihatan daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Minyak di Pulau Pinang telah membuat rayuan kepada saya. Mengatakan bahawa dahulunya, enam tahun yang lepas Jabatan Kebajikan Masyarakat memang memberikan braille kepada mereka, tetapi sejak dalam kebelakangan enam tahun ini sudah berhenti praktis ini. Jadi saya hendak minta supaya disambungkan semula supaya membolehkan anak-anak kita daripada golongan OKU dapat mempertingkatkan pendidikan mereka. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, so saya - terpulanglah kepada Menteri untuk menjawab. Saya hendak minta segala bantuan dan juga masalah yang di hadapi PDK sekarang ini amat menyedihkan di mana kebanyakan ibu bapa hantar anak- anak OKU ke pusat pemulihan PDK ini, mereka hanya menganggap PDK ini sebagai pusat asuhan bukan untuk satu pusat pemulihan untuk OKU. Di Selangor banyak, saya dapati banyak kawasan sekarang PDK ini dia hanya satu tempat untuk anak-anak asuhan OKU bukannya satu pusat pemulihan. Saya hendak cadangkan supaya segala bantuan untuk penyelia dan juga petugas ini duduk dalam kelengkapan yang canggih untuk kita membantu sama-sama, untuk membantu anak-anak OKU itu supaya dia pulih dan masuk ke sekolah khas. Saya juga hendak tahu di daerah Petaling, ada berapa pusat pemulihan PDK ini di mana di Petaling Jaya Selatan ada sebuah PDK yang bernama Taman Kanagapuram, Seksyen 18 di mana saya rasa kebanyakan orang-orang, anak-anak OKU yang ada masalah semua hantar ke pusat Seksyen 18. So, saya minta kementerian menimbangkan untuk tambah lagi pusat PDK ini. Saya juga hendak minta penjelasan daripada kementerian supaya kalau boleh tingkatkan lagi peruntukkan untuk PDK ini terutama di Daerah Petaling ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kekalkan keputusan rakan saya tadi tidak ada pencelahan ketika Menteri menjawab.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Ini sudah larut malam. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai perkara dan perbahasan dalam rang undang-undang perbekalan tambahan ini. Kita kementerian amat menghargai segala pandangan dan cadangan keprihatinan dan teguran membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang telah ikut serta tadi dan kita secara terbuka menerima segala teguran yang diberikan. Berkaitan dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Parit sulung, sahabat saya tentang kekangan perjawatan di peringkat kebajikan daerah Batu Pahat. Memanglah ini selalu menjadi aduan juga oleh para pegawai kita bukan sahaja di sana tetapi di lain tempat juga. Saya ingin maklumkan bahawa jumlah perjawatan JKM secara keseluruhan ialah seramai 6,364 perjawatan. JKM telah juga membuat kajian perjawatan bagi tahun 2013 dan telah memohon supaya ditambah lagi sebanyak 6,000 perjawatan yang baru telah juga kemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam JPA dan kajian ini masih lagi di peringkat pertimbangan oleh pihak kerajaan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong kerana telah kemukakan di Dewan yang mulia ini supaya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi ada dikemukakan berkenaan dengan klien berdasarkan - kadar bantuan meminta di naikkan kerana di Pulau Piang sudah dinaikkan katanya. Saya ingin maklumkan di sini bahawa kita mempunyai asasnya ialah garis kemiskinan iaitu sebanyak RM760 yang dikeluarkan oleh APO. Kadar yang diberikan adalah di antara RM100 sehingga RM450. Walaupun begitu, kementerian sedang juga mengkaji lagi bagi kenaikan kadar bantuan kepada klien kita kerana kita amat prihatin atas keperluan klien kita, penerima- penerima bantuan kita. Bantuan kepada yang kena bencana, sebenarnya saya tidak tahu kenapa tadi yang di sebutkan itu lewat tetapi sebenarnya dalam keadaan bencana seperti bumbung di timpa oleh pokok-pokok kelapa sawit dan sebagainya, ini sebenarnya cepat ini Yang Berhormat untuk pengetahuan. Cepat sahaja kalau sudah dimaklumkan laporan polis, esok hari pun boleh disampaikan bantuan kepada yang berkenaan. Jadi tidak ada masalah. Akan tetapi kalau ada masalah, tolong maklumkan kepada kita, kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya kita dapat mengambil tindakan yang segera. Berkenaan dengan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam juga tadi kes transfer seperti yang sudah saya sebutkan tadi. Kita juga sentiasa mengkaji kadar ini. Untuk makluman juga, kajian ini pun, kadar ini pun telah di tingkatkan daripada semasa ke semasa. Untuk makluman kepada semua, JKM membelanjakan sejumlah RM1.472 bilion pada tahun 2012 berbanding RM1.352 bilion pada tahun 2011. Jadi ia sentiasa bertambah, malahan dalam bajet tambahan ini pun kita tengok dia bertambah kerana penerima bantuan kita semakin bertambah daripada setahun ke setahun. Kita berbelanja banyak untuk rakyat kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, sambung kemudian. [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

Usul — Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2)Motion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi membolehkan Majlis Mesyuarat menamatkan perkara yang patut diselesaikan pada hari yang berkenaan juga dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 18 Julai 2013.”

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputus dan disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri

Daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi berkenaan dengan PDK dan gaji atau elaun kepada penyelia dan petugas di PDK. Elaun ini di bayar oleh Jawatankuasa PDK yang terbentuk di kalangan komuniti yang ada di sana dan ini adalah merupakan sebab geran daripada JKM berdasarkan kerja dan tugasan yang dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah PDK di Petaling Jaya pada ketika ini adalah sebuah sahaja. Tadi Yang Berhormat Kapar juga ada bertanya tentang adakah bantuan ini sama dengan KAR1SMA? Ya sebenarnya KAR1SMA itu ialah Kebajikan Rakyat 1Malaysia, dijenamakan segala bantuan-bantuan itu di bawah KAR1SMA.

Tadi Yang Berhormat Sibu juga tadi bertanya adakah berapa - apakah dia? Tidak boleh baca tulisan sendiri.

Itu tempat perlindungan.

Ada tadi meminta supaya jawapan diberikan secara bertulis, kita akan memberikan secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sudah, duduklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM146,231,400 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

[Wang sebanyak RM146,231,400 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.49Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] – Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kementerian Pengajian Tinggi, Kepala pembangunan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,488,010 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,488,010 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Maksud P.60Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] – Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kementerian Pertahanan. Kepala pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan oleh sebab P.60 hanya token, ia tidak perlu dibahaskan. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012]

Usul — Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2) — Maksud B.62 [Jadual] – Maksud P.62 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2012] –Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala bekalan B.62 dan kepala pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

30 saat. Pendek saja, 30 saat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas saja iaitu Kepala B.62 perkara 020600 keselamatan dalam negeri sebanyak RM366,422,000. Saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Akta Hasutan kerana sebelum ini kita telah pun memansuhkan Akta EO dan RR. Memandangkan keselamatan dalam negara adalah satu perkara yang penting. Jadi Akta Hasutan ini sepatutnya diperkenalkan dalam usaha kita bagi memastikan keselamatan dalam negara sentiasa terjamin. Kalau orang tidak suka maknanya dia suka buat jahat, tidak usah macam itu. Itu saja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Celahan, untuk kurangkan bazir masa saya hendak celah. Untuk Akta Hasutan tidak pernah dimansuhkan. Jangan kita ini...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tumpukan kepada B.62 yang tercatat dalam butiran. Sudah habis Yang Berhormat?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

30 saat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak bangkitkan tentang B.62 iaitu 020500 dan juga P.62 berhubung dengan Agensi Dadah Kebangsaan. Kita sudah belanja hampir RM6 bilion untuk memerangi dadah, penyalahgunaan dadah dan dianggarkan 1.2 juta mengikut laporan penagih-penagih dadah yang serius ataupun yang tidak serius. Soalan saya ialah Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan mempunyai kaedah lain dalam memerangi penyalahgunaan dadah di Malaysia kerana year in, year out, saban tahun perbelanjaan cukup besar tetapi nampaknya penagih-penagih dadah semakin bertambah. Jadi soalan saya mungkin kah kita ada kaedah lain untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Tuan Pengerusi sekejap, sedikit saja 30 saat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kubang Pasu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya hanya hendak merujuk kepada AADK juga iaitu berkenaan dengan peruntukan kepada NGO-NGO yang terlibat dengan program-program untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Di sini saya menarik perhatian berkenaan mengenai dengan PEMADAM. PEMADAM sejak pada tahun 2006 hingga tahun 2011 kita hanya menerima RM7,600,000. Lebih kurang RM1.2 juta setahun tapi walau bagaimanapun peruntukan ini tidak mencukupi kerana kita mempunyai 162 daerah PEMADAM dan wang ini kalau kita bagi lebih kurang RM1.2 juta untuk diagihkan kepada daerah-daerah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah. Selain daripada itu, untuk makluman Menteri sejak daripada tahun 2010 hingga tahun 2011 PEMADAM hanya menerima RM500,000. Walau bagaimanapun mulai tahun 2012 sampai tahun ini, macam tahun ini kita belum lagi mendapat apa-apa peruntukan daripada AADK. Saya mohon supaya Kementerian Dalam Negeri memberi perhatian yang sepenuhnya kepada NGO-NGO yang terlibat dengan usaha untuk memerangi dadah di

negara kita ini memandangkan bahawa jumlah penagihan dadah sekarang ini bertambah dengan begitu banyak sekali. Selain daripada itu juga perkara yang kedua ialah berkenaan dengan penyalahgunaan daun ketum. Ini amat serius di Utara Semenanjung terutama sekali di Kedah, Perlis dan lain-lain lagi iaitu di kawasan-kawasan pedalaman. Kita tengok penagihan daun ketum amat serius. Jadi kanak-kanak sekolah, bukan kata pelajar sekolah menengah, sekolah rendah pun sudah menjadi ketagih dadah dan kalau kita tengok di Thailand sekarang ini kalau siapa memiliki daun ketum kalau sehelai dia boleh didenda sebanyak RM50. Jadi sampai sekarang ini di Malaysia belum ada tindakan ke atas perkara ini walaupun benda ini amat serius. Jadi saya minta supaya Kementerian Dalam Negeri mengadakan satu pasukan terutama sekali membuat pemantauan di kawasan-kawasan pedalaman, di mana air-air ketum ini dijual dengan begitu mudah dan mudah didapati di mana-mana saja. Selain daripada itu juga sekarang ini memproses daun ketum menjadi aktiviti yang penting di kampung-kampung di luar bandar. Itu saja dua perkara yang saya minta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. [Disampuk] Bukan buah keriang, daun ketum pun hendak, belalang kerik. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, daripada pihak kementerian dari segi jumlah peningkatan dan kesepadanan antara peruntukan yang telah pun kita buat dalam hal-hal yang berkaitan dengan pencegahan penyalahgunaan dadah dan juga pencegahan penyeludupan dadah ini sebab kalau kita tengok peruntukan perbelanjaan kita itu agak besar tetapi kita nampak bahawa penyeludupan dadah itu makin berlaku. Jadi kita hendak tahu berapa peningkatan dan sebagainya sebab rampasan dadah kita bukan boleh dapat pulangan duit balik, kita bukan boleh pi jual, meniaga dadah. Tidak tahulah kot Kementerian Dalam Negeri dia rampas dadah, dia pergi jual dekat orang lain pula untuk hendak tampung balik peruntukan. Saya tidak tahulah. Jadi saya percaya bahawa kita tidak buat benda itu. Akan tetapi saya hendak lihat kesepadanan, maknanya sejauh mana kejayaan kita dengan peruntukan yang begitu besar dalam usaha mencegah penyeludupan dadah kerana kita lihat bahawa seolah-olah macam Malaysia ini menjadi hab kepada penyeludupan dadah di rantau ini. Keduanya ialah berkaitan dengan usaha kita, usaha itu baik dilakukan untuk mencegah penyalahgunaan dadah tetapi kita nampak bahawa berlaku peningkatan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini dengan berbagai- bagai bentuk maknanya macam tadi disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Kubang Pasu tidak dapat hak mahal, dia ambil yang murah, daun ketum. Itu pun sebahagian daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada kehidupan manusia.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, saya hendak tahu bahawa sejauh mana kesepadanan peruntukan perbelanjaan yang telah kita peruntukkan dengan kejayaan?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Pokok Sena boleh mencelah sedikit?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat, mencelah

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya sila.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya. Yang Berhormat Pokok Sena, saya hendak tanya apakah usaha kerajaan terhadap kedai mesin kuda menyamar sebagai internet cafe di seluruh negara khasnya di Kuala Lumpur?

[Dewan riuh]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu juga satu isu yang besar yang menunjukkan bahawa kita banyak peruntukan perbelanjaan dengan gaji dan sebagainya tetapi nampaknya...

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Tumbuh berkembang isu-isu yang tadi itu makin meningkat yang macam tak ada satu tindakan yang serius dan berkesan dalam usaha untuk menangani persoalan itu. Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih. Saya nampak Yang Berhormat Pokok Sena, saya hendak tanya juga Yang Berhormat Pokok Sena tentang penyeludupan dadah yang terjadi hari-hari. Tiap-tiap minggu kita nampak polis buat kerja dapat rampasan dan sebagainya tetapi pil-pil tersebut menjangkaui berjuta-juta. Saya hairan Malaysia hanya 28 juta rakyat Malaysia. Kita semua sini tak ada orang yang menagih dadah tetapi kenapa begitu banyak pil dirampas dan adakah Malaysia sudah menjadi satu rantau untuk transportation point? Okey. Soalan kedua adalah di negara Malaysia kita masih belum ada akta untuk melarang hisap gam. Sebenarnya orang-orang muda sekarang...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hidu, hidu Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

...Ada banyak. Jadi, saya hendak tanya kalau ada akta...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

...Menggubal akta untuk...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Gam bukan dihisap, dihidu.

Bukan hisaplah, gam dihidu. Gam dihidu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

...Hidu gam.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Bayan Baru. Maknanya keprihatinan beliau sebagai seorang anak muda sangat prihatin terhadap golongan generasi muda yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah termasuk dengan hidu gam dan sebagainya yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Yang Berhormat Lenggong ada? Mari.

Yang Berhormat Pokok Sena, kita tengok penagihan berulang. Ia tentu berkait rapat dengan cara dan kaedah kita dalam memberi latihan atau memulihkan dalam pusat-pusat pemulihan. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, apakah perlu dinilai semula dari segi pusat-pusat pemulihan kerana kebanyakan keluar daripada pusat pemulihan, dia kembali.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lenggong. Maknanya walaupun kita telah buat proses pemulihan, tetapi apabila kita melihat ada penagihan berulang ini, menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Silibus latihan yang telah pun diberikan. Perlu pembaikan.

Boleh mencelah Yang Berhormat Pokok Sena?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Kalabakan ada?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak mencelah dia tidak bagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena sudah habis Yang Berhormat. Tidak ada orang yang bangun sudah.

Tuan Wilsom Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak gulung. [Dewan riuh] [Ketawa] Oleh sebab itu, saya minta tadi seperti mana yang disebut oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Lenggong bahawa ada penagihan berulang. Oleh sebab itu pihak kerajaan harus juga semak tentang operasi di lokap sebab saya dapati bahawa di dalam lokap pun...

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Orang-orang yang...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Ya, tak ada masalah. Sorry.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis masa Yang Berhormat.

Tuan Wilsom Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Orang yang ditahan di lokap atas hal-hal dadah ini pun kadang-kadang dia boleh seludup dadah masuk dalam lokap. Ini saya sendiri pernah dilokap dan saya dapati depan mata saya sendiri orang yang duduk lokap di depan itu dia boleh bertinggung untuk keluarkan daripada punggung dia iaitu dadah. Jadi, maknanya ada penyeludupan yang boleh masuk maknanya tidak ada kawalan yang rapi malah kadang-kadang bila hendak test air kencing, ada seorang itu yang duduk satu lokap dengan saya, saya tanya berapa kali sudah kena? Dia kata sudah banyak kali kena. Akan tetapi, bagaimana boleh terlepas? Air kencing boleh tukar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Habiskanlah Yang Berhormat. Masa sudah habis.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh beli dengan cikgu. Bayar bapa dia, abang dia datang bayar, tukar air kencing.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, saya minta bahawa isu-isu yang seperti ini...

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Kalau nampak kenapa tak report polis?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Harus dilihat untuk pastikan bahawa usaha kita dalam nak mencegah penyalahgunaan dadah ini berjaya. Ada nak? Seorang-seoranglah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Sudah habis sudah. Masa sudah habis.

Yang Berhormat Pokok Sena yang kencing kot.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Ini berucap atau berbahas?

Dadah, dadah.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Tidak, tidak. Soalan, soalan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap. Tidak bolehlah kita panggil semua. Saya akan panggil...

30 saat sahaja.

Soalan, soalan. Cadangan-cadangan.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Saya penting...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

... Yang Berhormat Kinabatangan, kemudian Yang Berhormat Batu, selepas itu Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Kinabatangan kah Yang Berhormat Kalabakan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Bagi chance kepada Yang Berhormat Kalabakan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak, Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kalabakan boleh mencelah Yang Berhormat Kinabatangan.

Kalabakan lah.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.

One two som. One two som.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.

One two som. One two som.

Duduk, duduk.

One two somlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, tapi Yang Berhormat Kalabakan boleh mencelah Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kenapa banyak Speaker ini? Yang Berhormat Seputeh mahu jadi Speaker kah?

One two som lah senang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya ada beberapa perkara. Pertama, dadah ini memang menjadi musuh utama negara. Jadi, apa langkah-langkah? Ini kerana kita banyak pusat serenti diwujudkan tetapi makin ramai keluar dari pusat serenti, masuk semula. Bermakna ada yang tidak kena di pusat-pusat serenti itu. Saya mahu minta pegawai-pegawai yang bertugas di pusat serenti itu jangan kekal lama. Setahun, dua tahun dipindahkan. Apabila kekal lama, sudah ada unsur-unsur yang negatif seperti galakkan dan macam-macam. Ada unsur-unsur perniagaan. Jadi, ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat tetapi untuk matlamat memberhentikan penagih itu sudah tidak tercapai. Kedua yang ingin saya masuk ialah B.62 iaitu pengurusan balai polis, sistem komunikasi dan juga kereta polis. Di kawasan saya untuk makluman Yang Berhormat kementerian, kawasan saya ini kawasan luar bandar. Kereta yang dibekalkan kereta biasa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Proton.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Proton. Bagaimana hendak masuk kawasan pergi luar bandar kalau Proton? Seharusnya kena ada four-wheel drive. Di Beluran pun kawasan Tuan Pengerusi pun sama juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya betul, betul.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Kembara, Kembara.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, hendak mengejar musuh pun tertinggal jauh, tidak boleh. Kadang-kadang tidak boleh lalu sebab banyak jalan gravel. Tidak boleh kejar siapa-siapa. Orang Sabah bilang, Yang Berhormat Putatan bilang tidak boleh bubut. [Ketawa] Jadi, macam mana kita hendak...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Bubut itu kejar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Macam mana kita hendak mempertingkatkan kualiti kita mengawal keselamatan? Motor pakai kapcai. Sepatutnya pakai scrambler lah yang gagah sedikit. Jadi, masalah besar kalau boleh untuk kawasan- kawasan di Sabah khususnya termasuk Beluran, Kinabatangan dan juga Sarawak. Rakan- rakan di Sarawak berkata balai-balai polis daerah ini hendaklah dibekalkan dengan kereta empat roda.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Pacuan empat roda. [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pacuan empat roda.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana ada kereta dua roda. Kereta bukan dua roda. Ini sudah pening.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pacuan empat roda. Duduklah, duduk.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pacuan empat roda. Pacuan empat roda betullah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Pacuan empat roda Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oleh sebab ini untuk memastikan keselamatan rakyat di kawasan. Ini jam pun saya tak tahu jam berapa, jadi... [Ketawa] Jadi, oleh kerana itu kementerian harus melihat secara teliti , secara serius. Bahawa kepolisian ini adalah satu agensi yang amat diperlukan oleh orang ramai sebab keselamatan orang ramai itu pertama dijaga oleh keluarga itu sendiri. Kedua, dengan adanya kewujudan polis. Kawasan saya ini besar sedikit daripada Pahang. Kalau ada kejadian di satu kampung, alamat kejadian itu berlaku dan orang yang melakukan jenayah itu sudah menghilangkan diri ataupun bertapuk. Jadi, macam mana kita hendak memperkasakan polis kalau polis itu sendiri tidak boleh memperkasakan diri dia? Tidak boleh mengejar penjahat-penjahat. Tidak boleh bubut apa-apa. [Ketawa] Jadi, Yang Berhormat Menteri, kedua kalau boleh balai-balai polis di luar bandar itu dipertingkatkanlah. Mintalah peruntukan yang secukup-cukupnya. Balai polis di daerah saya kalau Yang Berhormat Menteri tidak percaya, boleh saya bawa melawat. Pejabat OCPD dia pun susah mahu bernafas. Macam mana hendak memperkasa polis jika di sekeliling dia tidak begitu selesa? Jadi ini harus difikirkan, buat satu jawatankuasa pemantau di seluruh daerah-daerah IPD-IPD polis ini di seluruh negara supaya boleh kita perkasakan anggota polis ini di masa akan datang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Pada tanggal 17 Julai baru-baru ini, Pegawai Daerah Lahad Datu telah maklum kepada RCI bahawa beliau...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang mana ini Yang Berhormat?

Maaf, maaf.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Pengurusan polis.

Butiran 020600 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Pegawai Daerah Lahad Datu telah maklumkan kepada RCI bahawa Ketua Polis Daerah telah maklum kepada beliau dua minggu sebelum serangan oleh pengganas-pengganas dari Sulu ini, beliau telah dimaklumkan oleh polis bahawa serangan ini akan berlaku. Beliau telah menyatakan pihak polis telah memberi nasihat bahawa supaya benda ini dirahsiakan. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana perisikan yang tepat, memang dapat mengesan kedatangan pengganas ini. Akan tetapi, saya ingin tahu sama ada, ada komunikasi breakdown atau tidak dengan izin, bahawa maklumat ini sama ada tidak sampai kepada pihak Menteri sehingga Menteri tidak membuat persiapan atau memang ada rancangan tertentu supaya ini sebahagian daripada keselamatan.

[Dewan riuh]

Saya ingin dapatkan penjelasan supaya kita boleh dapatkan iktibar. Mungkin perkara ini, perisikan ini yang sangat penting untuk mempertahankan keselamatan negara ini dapat dipertingkatkan. Akhir sekali, satu perkara lagi saya ingin tanya di bawah Butiran 020100 – Pengurusan Polis. Kita sedia maklum balai-balai polis ini penting untuk memerangi jenayah. Di depan pejabat saya di Jalan Sentul ada sebuah balai yang tidak...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekejap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak habis lagi Yang Berhormat? Sudah berucap tadi.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak. Saya hendak tanya dia, sama ada Yang Berhormat sedar berkaitan dengan isu Lahad Datu iaitu isu Menteri Dalam Negeri pada waktu itu. Bukan Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang. Menteri Dalam Negeri sekarang ini nampak dia efisien. Tindakan dia sebagai Menteri ‘Pertahanan’ nampak cepat untuk menangani persoalan tersebut. Akan tetapi Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, beliau membuat satu kenyataan “Rakyat jangan bimbang bahawa kumpulan ini bukan ancaman kepada negara.” Ini menunjukkan bukan pengganas dan bukan ancaman kepada negara kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukuplah. Yang itu sudah bahas masa Usul Titah Diraja Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, ini menunjukkan bahawa tidak seriusnya Menteri. Mungkin dengan laporan yang telah diberikan kepada beliau.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah bahas yang itu.

Ya, sebab itu saya ingin dapatkan penjelasan sama ada maklumat perisikan ini tidak sampai kepada Menteri atau Menteri sengaja ada taktik tertentu.

[Dewan riuh]

Saya hendak kembali sedikit sahaja. Balai polis di depan pejabat saya di Jalan Sentul sudah tidak dipakai lebih kurang lebih daripada lima tahun. Akan tetapi, balainya masih ada menunjukkan Balai Polis Daerah Sentul tetapi dalam pilihan raya umum yang lalu, tiba-tiba balai itu jadi bilik gerakan untuk parti-parti tertentu. Sudah tentu bukan parti saya tetapi parti lain.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Saya ingin tahu bagaimana proses ini boleh berlaku? Saya tahu kedua-dua Menteri ini baru. Mungkin boleh siasat dan pastikan perkara ini dapat diperbetulkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Hendak panjang, hendak pendek Yang Berhormat?

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Ringkas sahaja Yang Berhormat, ringkas sahaja ya.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, lebih pendek lebih bagus Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membuat cadangan, saranan dan teguran kepada Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi saya ingin sebelum itu menafikan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh Yang Berhormat daripada Batu dan disambung juga oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Ini tidak berasas Yang Berhormat. Walaupun perbahasan itu terkeluar, tidak ada dalam agenda perbahasan malam ini. Kena baca betul-betul Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk, tidak payah bangun Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, mantan Timbalan Tuan Yang di- Pertua tahu itu.

Terkeluar daripada tajuk. Akan tetapi, walau bagaimanapun Yang Berhormat kita ambil perhatian apa Yang Berhormat sebutkan tadi. Selain daripada itu, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lain, umpamanya pertukaran kakitangan secara berkala pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam AADK ataupun Agensi Antidadah Kebangsaan dibuat dari masa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan semasa, mengikut pandangan jabatan berkenaan. Jikalau didapati ada pegawai-pegawai yang dilihat ataupun dinilai sesuai untuk dipindah daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, tindakan akan diambil. Jadi, kita tidak mahulah mengatakan bahawa ini tidak dibuat. Yang Berhormat, ada dibuat. Yang kedua Yang Berhormat daripada Pokok Sena ada membangkitkan satu masalah dadah yang berulang. Perkara dadah ini Yang Berhormat, kalau kita kaji orang yang pernah menghisap dadah Yang Berhormat. Kita lihat apabila dia sudah menjadi penagih dadah yang lama, kadang-kadang dia tidak tahu bekerja lagi. Dia hanya mengetahui dadah sahaja. Jadi, kerajaan sekarang khususnya AADK telah mewujudkan satu care and cure centre di seluruh negara dan beberapa lagi akan kita bina mengikut kadar sumbangan kewangan kerajaan di seluruh negara untuk melaksanakan cure and care ini. Ini adalah approach yang baru untuk menangani masalah dadah. Ini kerana, kalau kita lihat negara-negara lain, di Spain dan Portugal umpamanya menggunakan approach ini Yang Berhormat. Dia bahagikan dadah ini pada dua jenis. Satu, menghentikan, to decriminalize drug addict dan hanya menekankan penguatkuasaan kepada penangkapan traffickers dadah sahaja. Yang menyeludup dadah, menjual dadah, itu sahaja ditekankan. Akan tetapi akhirnya rawatan dan care ini akan kita laksanakan secara meluas. Bila kita melihat apa yang dibuat umpamanya di Jalan Chow Kit, ia amat menggalakkan, Yang Berhormat. Saya sendiri telah melawat tempat rawatan tersebut dan juga tempat rawatan- rawatan lain. Nampaknya ada keberkesanan yang baik, yang mana drug addict ataupun penagih dadah ini telah secara sendirinya datang ke tempat-tempat untuk diubat. Yang Berhormat Kubang Pasu tentang daun ketum ini tadi.

Yang Berhormat Kubang Pasu.

Yang Berhormat Kubang Pasu, sebenarnya daun ketum ini di bawah Akta Racun Yang Berhormat. Bukan di bawah Akta Dadah dan ada rancangan...

[Bangun]

Duduk dahulu Yang Berhormat. Belum habis lagi, saya ini slow sedikit. Malam-malam ini. Kita kena sampai subuh Yang Berhormat, bersahur bersama.

Datuk...

Jadi, ada cadangan Kementerian Kesihatan. Saya habiskan ini dahulu. Ada cadangan Kementerian Kesihatan untuk meminda undang-undang Akta Farmasi untuk memasukkan satu peruntukan supaya daun ketum ini dapat ditangani dan tindakan dapat diambil sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat atau disebut oleh Yang Berhormat, sebagaimana dibuat di Thailand itu tadi. Jadi, ini dalam perancangan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat, saya hendak menarik perhatian kerana benda ini sudah lama, sejak saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri lagi. Saya biasa menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dahulu, pasal perkara ini sudah bincang tetapi sampai sekarang satu penguatkuasaan tidak ada. Oleh sebab itu sekarang ini bila memproses daun ketum, tidak menjadi masalah kerana di bawah Akta Racun sebab itu denda dia sedikit. Denda tidak banyak, dia boleh bayar kerana data itu maksimum lebih kurang RM10,0000. Jadi, dia orang boleh bayar tetapi memproses daun ketum ini dia mendapat keuntungan yang banyak dan kesan dia kepada generasi muda ini, di sekolah dan sebagainya. Seperti mana yang saya ceritakan baru-baru ini berkenaan dengan sebuah sekolah yang saya pergi melawat, merasmikan PIBG sekolah. Bagi saya habiskan dahulu. PIBG ini, sampai sekolah sumbat. Biasanya tandas wanita yang tersumbat tetapi kadang- kadang tandas lelaki yang tersumbat.

Sumbat oleh plastik daun ketum ini. Jadi apabila dibuat kajian kebanyakan murid- murid sekolah itu telah kena addict daun ketum ini ada sebahagian daripada mereka tidak boleh ke sekolah, kalau tidak minum daun ketum. Ini amat serius. Jadi saya rasa pengedaran ini tindakan mesti diambil kepada mereka yang memproses dan juga menjual daun ketum dan air ketum ini. Ini kerana di antara cara bagaimana dadah yang cara murah yang boleh didapati di luar bandar yang menyebabkan later on mereka ini menjadi penagih dadah yang tegar.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Yang Berhormat satu penggal jadi Timbalan Menteri, saya baru dua bulan [Ketawa] Jadi Yang Berhormat faham apa cakap saya kan? Jadi bagilah peluang saya satu penggal untuk lakukan benda ini Yang Berhormat.

Saya faham, saya takut Yang Berhormat tidak faham [Ketawa]

Insya-Allah Yang Berhormat saya akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan minta dia pinda undang-undang itu Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Timbalan Menteri minta jawapan bertulis. Sudahlah, okeylah.

Kita bersama-sama mengatasi masalah daun ketum ini.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Sudah, sudah. Jawapan bertulislah. Sudahlah, okey. Dua bulan

[Dewan riuh]

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat punya soalan tidak dijawab Yang Berhormat minta jawapan lisan, bagilah peluang saya hendak jawab kawan-kawan yang berdiri tadi itu [Ketawa] Pasal NGO ini Yang Berhormat, NGO ini Yang Berhormat...

[Bangun]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Dua bulan tidak payah jawablah, jawapan bertulis okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

NGO ini Yang Berhormat sebenarnya peruntukan untuk NGO termasuk PEMADAM ini dibagi Yang Berhormat. Ada pengagihan dan Menteri Kementerian Dalam Negeri memang amat peka dengan keadaan ini Yang Berhormat. Yang Berhormat dengan saya sudah berbincang dua, tiga minggu lepas, kita berbincang bersama-sama persoalan ini Yang Berhormat dan tindakan akan diambil.

Yang Berhormat jadi berkenaan dengan ini saya seperti mana...

Ini Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Yang Berhormat...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.

Oleh kerana kita tidak mempunyai peruntukan. Orang kata PEMADAM sekarang ini sudah hampir padam. Sebenarnya bukan kita tidak menjalankan aktiviti oleh kerana kita tidak ada peruntukan.

Baik Yang Berhormat.

Sudah dua tahun sudah kita tidak dapat apa-apa daripada AADK. Sepatutnya AADK membantu kita kerana kita compliment daripada kerja-kerja AADK untuk membantu membanteras dadah di negara kita ini.

Okey, okey Yang Berhormat.

So, kalau kementerian bersikap seperti ini susah bagi kita untuk menghadapinya.

Ini ada susah sikit Yang Berhormat [Tepuk] Saya yang susah ini Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat kalau kita semua ikut peraturan tidak ada orang hisap dadah Yang Berhormat. Tidak ada hisap dadah, tidak melakukan kesalahan, tidak berlaku jenayah.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya, ya, ya.

Sebab kita menunjukkan sikap

[Dewan riuh]

Tidak ikut peraturan, maknanya itulah juga kesalahan yang besar Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Sekian, terima kasihlah. Okey

[Dewan riuh]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Sekian terima kasih.

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Dengan itu sahaja. Yang lain saya akan bagi jawapan bertulis.

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih, terima kasih, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM463,622,300 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

[Wang sebanyak RM463,622,300 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10,690,040 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10,690,040 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2012] Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNBacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa Perbekalan dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

UsulMotion

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi: “Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

[Diputuskan, “Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis 18 Julai 2013.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 12.38 tengah malam]