Dewan Rakyat · 24 September 2013
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 1,220 turns · 44,116 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) sama ada kerajaan terdesak untuk menandatangani Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA); dan (b) kerangka yang telah diolah oleh kementerian bagi melindungi kepentingan negara dan pemain industri dalam TPPA dan manfaat negara sekiranya menyertai TPPA dan kesan sekiranya tidak menyertai TPPA.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan Yang Berhormat Putatan mengenai TPPA ataupun Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik juga ditanya oleh lapan Ahli Yang Berhormat yang lain dalam sesi ini, maka saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab bersekali bersama-sama dengan soalan oleh Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Rantau Panjang pada 25 September. Yang Berhormat Ayer Hitam pada 26 September, Yang Berhormat Gopeng pada 26 September, Yang Berhormat Gua Musang pada 26 September, Yang Berhormat Lawas pada 30 September, Yang Berhormat Shah Alam pada 30 September dan Yang Berhormat Jelutong pada 30 September.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. TPPA adalah satu perjanjian yang sedang dirundingkan oleh 12 buah negara termasuk Malaysia. Negara terakhir yang telah menyertai proses ini ialah Jepun. Jepun menyertai proses ini pada bulan Julai apabila diadakan perundingan pusingan ke-18 di Kota Kinabalu. Antara soalan-soalan
(i) status terkini rundingan; (ii) pendirian kerajaan mengenai TTP; (iii) sama ada kerajaan akan menjaga kepentingan negara dan rakyat; (iv) sama ada ia memberi manfaat atau keburukan kepada negara; dan (v) implikasi sekiranya Malaysia menarik diri daripada rundingan ini.
Ini antara isu-isu utama yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai TTPA ini saya ingin memaklumkan bahawa 19 siri perundingan telah pun berlangsung yang terakhir di Brunei daripada 21 hingga 30 Ogos yang lalu. Ini merupakan pusingan yang ke- 19, sebelum itu di Kota Kinabalu yang ke-18. Tuan Yang di-Pertua, dua tiga hari lepas iaitu 18 hingga 21 September lalu ketua-ketua perunding TTPA telah bermesyuarat mengadakan perbincangan di Washington D.C. di Amerika Syarikat, baru tamat 21 September. Pada masa yang sama beberapa pertemuan juga diadakan minggu yang lalu di Washington, Ottawa dan Mexico City untuk mencari jalan bagaimana boleh diselesaikan isu-isu yang masih tertunggak. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini tidak banyak kemajuan yang tercapai dalam rundingan yang baru tamat berlangsung di Washington pada 21 September yang lalu. Isu-isu yang tertunggak sejak pusingan yang ke-19 di Brunei masih tidak dapat diselesaikan. Isu-isu ini termasuklah perolehan kerajaan atau government procurement, harta intelek (IPR), syarikat milik kerajaan atau state-owned enterprises, investor-state dispute settlement dengan izin, akses persaraan dan alam sekitar. Ini merupakan isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Dewan ini dan juga kepada saya dalam beberapa siri pertemuan yang diadakan dengan badan-badan bukan kerajaan. Jadi, tidak ada kemajuan setakat ini. Oleh hal yang demikian maka satu lagi mesyuarat akan diadakan pada awal bulan depan oleh menteri-menteri TPPA dan seterusnya pemimpin-pemimpin TTPA akan mengadakan pertemuan pada lapan Oktober di Bali untuk mencari jalan bagaimana diselesaikan isu-isu yang masih tertunggak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa semasa rundingan ke-19 di Brunei baru-baru ini, sebelum itu diadakan mesyuarat Menteri-menteri TPPA yang dihadiri kesemua menteri 12 negara termasuk saya sendiri hadir. Dalam pertemuan dengan rakan-rakan saya di sana, saya maklumkan beberapa perkara. Pertama, Malaysia mempunyai masalah besar berkaitan dengan perolehan kerajaan, berkaitan syarikat- syarikat milik kerajaan, berkaitan dengan hak harta intelek, berkaitan dengan investor-state dispute settlement. Ini yang pertama saya maklumkan kepada rakan-rakan saya. Kedua, saya maklumkan mereka bahawa persepsi TPPA ini banyak kerahsiaan, mereka mengambil kira pandangan ini. Ketiga, saya memaklumkan mereka bahawa di Malaysia kita sedang laksanakan dua analisa kos faedah ataupun cost benefit analysis. Pertama, berkaitan kesan kepada bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana. Keduanya ialah apa yang dipanggil national interest study atau kepentingan negara. Ini saya memaklumkan kepada mereka. Saya juga memaklumkan kepada rakan-rakan saya bahawa Malaysia akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan di Malaysia untuk mendapat pandangan termasuklah Ahli-ahli Parlimen. Seperti Ahli Parlimen sedia maklum, satu caucus Parlimen telah ditubuhkan yang terdiri daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga pembangkang. Saya sendiri telah berjumpa dengan mereka dua kali, kumpulan caucus ini diketuai oleh Yang Berhormat Jasin. Kita akan terus mengadakan pertemuan untuk mendapat input daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mewakili Barisan Nasional dan juga pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pendirian kerajaan soalan seterusnya TPP ini. Saya ingin maklumkan bahawa kita akan merundingkan TPP atas terma-terma Malaysia ataupun TPPA dengan izin in our terms. Ini merupakan pendirian kita untuk memastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat tidak terjejas. Kerajaan tidak akan menandatangani mana-mana perjanjian sekiranya secara keseluruhan perjanjian ini tidak memberikan manfaat kepada negara sebagai sebuah negara berdaulat. Kerajaan tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk menandatangani perjanjian ini seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Kita juga berunding secara sukarela, tidak ada tekanan daripada mana- mana pihak. Saya ingin memaklumkan Dewan ini dan rakyat Malaysia bahawa perjanjian ini masih lagi dirundingkan, belum dimuktamadkan walaupun terdapat pelbagai andaian berkaitan perkara ini. Saya hendak tegaskan sekali lagi seperi yang saya telah tegaskan beberapa kali bahawa kita berunding TPP dengan memastikan bahawa Perlembagaan
Malaysia terpelihara, kuasa-kuasa negeri terpelihara dan dasar-dasar penting dapat kita pertahankan. Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Perdagangan Bebas ataupun Free Trade Agreement bukanlah perkara baru bagi Malaysia. Kita telah menandatangani 12 FTA yang lain dengan negara-negara ASEAN, umpamanya ASEAN–FTA dengan ASEAN. Kita telah menandatangani beberapa perjanjian dengan negara-negara seperti Jepun, China, Australia, New Zealand, 12 kesemuanya sekali. Pada pandangan kerajaan, perdagangan perjanjian ini telah memberikan banyak faedah kepada negara. Perdagangan ASEAN umpamanya, setelah kita melaksanakan langkah untuk liberalisasi perdagangan ASEAN, telah meningkat daripada kira-kira 320 bilion 10 tahun dahulu, pada tahun lepas 2.5 trilion daripada 320 bilion kepada 2.5 trilion dan ini ada kaitan dengan hakikat bahawa kita telah menandatangani perjanjian bebas untuk membolehkan perdagangan diadakan secara bebas di antara negara-negara ASEAN. Pasaran kita adalah kecil, cuma 30 juta dengan kita tandatangan FTA, ini membolehkan kita mendapat akses yang lebih besar kepada pasaran negara-negara lain. TPP ini bezanya dengan perjanjian lain ia meliputi hal-hal melangkaui isu tarif ataupun bukan tarif iaitu hal-hal bukan perdagangan, ini menjadikan ia kontroversial. Perjanjian perdagangan biasa meliputi pengurangan atau penghapusan duti import, duti ataupun tariff production, dengan izin. Kedua mempermudah perdagangan, itu dua perkara yang diliputi oleh FTA yang lain. TPP ini meliputi hal-hal bukan perdagangan termasuklah perolehan kerajaan, hak harta intelek sebab itulah ia menjadi kontroversial. Tuan Yang di-Pertua, kita menandatangani FTA dan juga TPP ini juga adalah untuk membuka peluang pelaburan melalui liberalisasi, fasilitasi, perlindungan pelabur di antara negara-negara yang menyertai perjanjian. Antara perkara yang dirundingkan ialah untuk melindungi pelabur. Kita harus maklum bahawa kita juga ada pelabur-pelabur Malaysia yang semakin banyak melabur di negara-negara seluruh dunia. Tuan Yang di- Pertua, dengan adanya perdagangan bebas perjanjian ini, kerajaan berpendapat bahawa pelabur asing akan lebih cenderung untuk memilih negara-negara ahli TPP sebagai destinasi untuk melabur. Seterusnya, saya ingin menjawab secara langsung soalan daripada Yang Berhormat Putatan. Pertama, manfaat dan sekiranya kita tarik balik apakah kesannya? Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memastikan bahawa isu sensitif negara akan dikecualikan dalam perjanjian tersebut termasuklah hal berkaitan dengan kepentingan bumiputera dan PKS. Ini jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan dan setakat ini kita mempertahankan kedudukan kita dan kita tidak akan berkompromi dalam hal-hal berkaitan bumiputera dan PKS. Ini sebabnya kita telah melaksanakan kajian berkaitan dengan perkara ini. Sekiranya kita menarik balik ataupun tidak menyertainya, mungkin kita akan terlepas peluang. Umpamanya sebagai contoh kecil saya berikan, ada satu peraturan yang dinamakan, Generalized System of Preferences (GSP), sistem keutamaan. TPP ini Kanada juga terlibat. Pada masa ini, kelapa sawit Malaysia memasuki pasaran Kanada, tidak ada duti, kosong duti. Pada 1.1.2014 apabila kelapa sawit Malaysia memasuki pasaran Kanada akan dikenakan duti, anggarannya kira-kira 10 hingga 11%. Sekarang tidak ada duti kerana Malaysia dianggap tidak lagi sebuah negara membangun maka kita tidak akan mendapat faedah tersebut. Jadi kalau kita ikuti perjanjian TPP ini, andai kata kita bersetuju kita belum membuat keputusan lagi, maka bermula pada 1.1.2014, duti akan dikenakan ke atas import minyak kelapa sawit ke Kanada. Sekarang tidak ada duti kerana Malaysia menikmati faedah GSP, tetapi bermula pada 1.1.2014, Malaysia akan bergraduat, Malaysia tidak lagi layak oleh sebab Malaysia dianggap bukan lagi negara membangun, tidak layak mendapat faedah ini maka dikenakan duti sekitar 10%. Jadi ini di antara faedah yang saya hendak kongsi dengan Ahli Yang Berhormat sekiranya kita menyertai TPP, ia memberikan kita akses pasaran yang lebih baik kepada pasaran Kanada kerana Kanada merupakan salah sebuah negara yang menyertai TPP. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin memberikan jaminan bahawa TPP akan dirundingkan berasaskan kepada terma-terma yang ditetapkan oleh negara kita. Tidak
ada negara yang kita akan tunduk, yang akan memaksa kita untuk menandatangani perjanjian ini dan sekiranya Malaysia berpendapat bahawa perjanjian ini merugikan rakyat sudah pasti kita tidak akan menyertainya. Sekarang ini masih lagi dalam perundingan dan belum lagi dimuktamadkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan Yang Berhormat Menteri cukup jelas. Masalahnya pihak di sebelah sana tidak hadir untuk mendengar Tuan Yang di-Pertua. Sebab kita mendengar apabila Obama melawat negara ini pada bulan depan, saya tidak silap kalau ada ura-ura yang merancang demonstrasi jalanan kerana ramai di antara ketua-ketua kutu demonstrasi jalanan yang dikelolakan oleh sebelah sana.
[Dewan riuh]
Jadi saya mengharapkan apabila lawatan itu ke negara kita, kita tidak mahu serpihan di sana untuk menggambarkan negara kita ini seolah-olah negara ini tidak bertamadun. Jadi ini cukup jelas. Jadi saya mengharapkan pihak kementerian, kalau boleh bagilah. Kalaupun keadaan sudah reda, memberikan penjelasan lebih lanjut melalui media cetak ataupun media elektronik bahawa pendirian kita pada setakat ini amat memadai dan kenyataan daripada TPM itu cukup dan ada juga kenyataan-kenyataan yang sumbang daripada individu yang boleh digunakan oleh pihak pembangkang untuk mengadakan gambaran bahawa kerajaan kita...
Soalan tambahan.
Kita ini tidak prihatin dengan kepentingan rakyat. Jadi itulah soalannya, saya mengharapkan kalau Yang Berhormat Menteri adakah...
Soalan, soalan.
Untuk mengadakan penjelasan...
Mana ada soalan?
Melalui media supaya ketelusan ini dapat disebarkan kepada rakyat di akar umbi. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat, jangan senyum.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Seperti yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Putatan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri sudah pun menegaskan bahawa lawatan Presiden Obama ke Malaysia tidak ada kaitan dengan TPP walaupun ada pihak yang mendakwa bahawa TPP akan ditandatangani pada masa Presiden Obama melawat Malaysia. Ada juga menyatakan bahawa lawatan ini adalah untuk menekan Malaysia supaya menandatangani TPP, ini andaian-andaian yang tidak benar. Maka demonstrasi yang dirancang, yang ada satu dua yang bermula 17 September lalu tidak harus diadakan kerana kita belum membuat keputusan dan apa pun seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita telah pun mengadakan banyak pertemuan, caucus Parlimen telah ditubuhkan, saya sendiri jumpa dua kali. Secara telus saya menceritakan masalah-masalah yang dihadapi. Saya bentangkan pendirian Malaysia kepada Yang Berhormat di hadapan saya ini yang hadir dalam pertemuan-pertemuan yang saya adakan. Saya telah mengadakan dua hari terbuka yang pertama pada 1 Ogos lalu yang dihadiri 1,400 orang mewakili pelbagai kepentingan. Saya telah jelaskan seterang- terangnya.
Kedua, 10 September juga mengenai TPP dihadiri 500 orang peserta mewakili pelbagai kepentingan. Pertama, saya sedia maklum ramai yang kurang puas hati kerana banyak soalan tidak dapat dijawab, suntuk masa tetapi pada 10 September kesemua soalan dijawab. Selain itu, saya juga adakan satu pertemuan tertutup dengan 100 wakil, 50 NGO mewakili semua pihak pembangkang, kerajaan, luar negara, Third World Network pada 6 September yang lalu. Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, telah diadakan
beberapa wawancara TV, beberapa interview dengan media dan kita akan terus adakan. Saya bagi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional dan pembangkang, pintu saya sentiasa terbuka dan saya akan terus memberi penjelasan bukan sahaja kepada Ahli Yang Berhormat, mana-mana pihak di Malaysia kita akan terus mengadakan pertemuan, perbincangan untuk memaklumkan kedudukan terkini kerana perkara ini perkara yang besar. Sudah pasti kita tidak boleh paksa rakyat Malaysia untuk menerimanya. Kita perlu mendapat kefahaman yang mendalam dan kita perlu mendapat dengan izin buy in, persetujuan ramai. Kalau kita dapat persetujuan 100% memang tidak mungkin, mana-mana hendak buat memang tidak mungkin dapat tetapi yang penting bagi kami dalam kerajaan, memberi penerangan dan Alhamdulillah setakat ini semakin ramai yang memahami perkara ini. Kita harap mereka yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi, hentilah kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan termasuk dengan Ahli-ahli Pembangkang dalam Parlimen yang mulia ini. Kita belum buat keputusan dan keputusan kita tertakluk kepada beberapa perkara. Pertama ialah dua kerajaan kos faedah yang sedang berlangsung. Yang kedua sudah pasti berdasarkan kepada beberapa engagement, dengan izin yang akan terus diadakan dengan pelbagai pihak yang mewakili pelbagai kepentingan yang menyokong dan yang menentang TPP.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa pun perjanjian kita buat, kita tidak mahu kita mendapat ‘untung secupak, rugi segantang’. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, siapakah yang terlibat yang menjadi team perunding bagi pihak Malaysia dan bagaimana cara pemilihan dibuat. Apakah wakil-wakil kerajaan negeri dilibatkan demi untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri khususnya negeri-negeri Pakatan Rakyat, apakah mereka juga dilibatkan? Apakah terma-terma pembatalan perjanjian setelah kita tandatangani perjanjian. Sekiranya kita hendak batalkan perjanjian, apa syarat-syarat untuk kita menarik diri daripada perjanjian. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang, dasar perdagangan di bawah tanggungjawab saya. Saya bertanggungjawab kepada pelaburan, perdagangan dan dasar perdagangan, itu tiga perkara teras yang merupakan kerja saya, menggalakkan pelaburan dalam dan luar negara, menggalakkan perdagangan dan terlibat dalam perundingan-perundingan berkaitan dengan perdagangan ataupun trade policy, dasar-dasar perdagangan. Siapa terlibat? Oleh kerana perkara ini melibatkan MITI, kementerian saya, maka sayalah yang terlibat secara langsung. Ini bukan tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran, tidak banyak kaitan dengan Kementerian Pelajaran. Dalam kerajaan kita bagi tugas, maka saya memegang amanah berkaitan dengan dasar perdagangan dan TPP dan FTA ini termasuk dalam bidang tugas saya. Oleh kerana saya bertanggungjawab, maka kita ada pegawai, pegawai dipilih. Kita ada pegawai yang bertaraf A dan B, maka merekalah yang bertanggungjawab dan mereka yang bertanggungjawab itu hendaklah berunding berasaskan pada mandat yang diberikan. Mandat diberikan oleh Kabinet, setiap perundingan diadakan, kita ada perbincangan dengan rakyat. Banyak pandangan Ahli Yang Berhormat kita ambil kira, berkaitan dengan harga ubat, berkaitan dengan perolehan kerajaan, berkaitan dengan syarikat milik kerajaan. Pandangan Yang Berhormat diambil kira, pandangan Yang Berhormat Jasin semua diambil kira. Sebenarnya pendirian kita adalah berasaskan pandangan oleh rakyat. Jadi pegawai dipertanggungjawabkan untuk berunding tetapi berdasarkan mandat. Mereka dipilih berdasarkan tugas kepakaran mereka. Sesetengah mereka telah terlibat dalam bidang ini berpuluh tahun. Kita ada 21 kumpulan kerja dan kita ada satu ketua perunding dan setiap kumpulan kerja diketuai oleh seorang pegawai kanan kementerian berkenan. Umpamanya berkaitan dengan paten, maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi terlibat. Berkaitan dengan perolehan kerajaan, Kementerian Kewangan merupakan ketua. Berkaitan dengan financial services, Kementerian Kewangan, maka Bank Negara jadi ketuanya. Hal undang-undang, Peguam
Negara ketuanya. Itu cara, kaedah kita bekerja dengan kerajaan. Jadi dasar perdagangan, saya bertanggungjawab, pegawai saya menjadi ketua perunding tetapi ada 21 pasukan bertugas dan ia diketuai oleh pegawai-pegawai yang pakar dalam bidangnya, pegawai kementerian yang berkenaan. Kerajaan negeri, kita mengadakan beberapa perbincangan. Bila melibatkan balak, melibatkan tanah, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa ini kuasa negeri. Maka dalam perbincangan kementerian berkenaan dengan kerajaan negeri dan juga dalam perundingan kita, kita nyatakan tegas bahawa ini tidak boleh kita runding kerana ini kuasa negeri. Jadi ada perundingan dengan negeri-negeri berkaitan hal-hal negeri. Kalau tidak melibatkan negeri, sudah pasti kita tidak ada perundingan. Akan tetapi apa pun, Hari Terbuka 1 Ogos, Hari Terbuka 10 September kita buka untuk semua, 1,400 orang hadir dan 10 September semua hadir. Maka negeri boleh hadir dalam pertemuan-pertemuan dan jika negeri-negeri perlukan taklimat, kita tidak ada masalah. Kita telus dalam perkara ini, tidak ada apa yang hendak disembunyikan dan kita sanggup untuk memberi penjelasan kepada negeri-negeri yang memerlukan penjelasan. Akan tetapi saya ingin tegaskan bahawa kita mengambil kira kuasa dan hak negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia dalam merunding TPP. Tiga perkara, yang pertama Perlembagaan Malaysia, yang kedua kuasa- kuasa negeri dan yang ketiga dasar-dasar utama negara. Itu merupakan dengan izin parameters yang kita gunakan dan ini ditentukan oleh Kabinet Malaysia dan juga Ahli-ahli Parlimen juga memberi pandangan. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri, saya tahu peraturan tetapi soalan saya nombor 94 hari ini sama-sama TPPA, itulah sebab saya bangun.
Ya, sebab itu saya benarkan.
Saya pun ada soalan juga Tuan Yang di-Pertua tapi kenapa diberi sebelah sana dua orang.
Saya bangun untuk memastikan sahaja bahawa soalan ini kerana ini persoalan daripada rakyat. Jadi saya mahu supaya Menteri memastikan kepentingan politik ekonomi terjamin apabila kita menandatangani persetujuan TPPA ini. Itu sahaja saya mahu dari Menteri kerana saya mahu rekod dalam Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kita sedang proses untuk menjalankan dua kajian. Yang pertama, kajian kepentingan negara, melihat kepada kepentingan politik ekonomi secara keseluruhan. Sekiranya kajian ini menyatakan bahawa ia tidak menepati kepentingan negara ataupun menjejaskan kepentingan negara, sudah pasti ia menjadi satu pertimbangan yang relevan sebelum kerajaan membuat satu keputusan yang muktamad. Jadi belum muktamad lagi, kajian sedang dilaksanakan. Soalan Yang Berhormat daripada Kalabakan itu akan diambil kira dalam kerajaan menentukan terma rujukan ataupun terms of reference kajian yang dimaksudkan tadi. Jadi kalau kerajaan menyatakan bahawa ia menjejaskan kepentingan negara, sudah pasti kita akan mengambil kira hasil kajian tersebut. Jadi saya ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita tidak akan buat sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan rakyat ataupun kepentingan politik atau kepentingan ekonomi negara.
2. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah tangkapan telah dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam Jenayah Projek IC di Sabah seperti mana yang telah didedahkan semasa perjalanan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Berapa pula yang telah dibawa ke mahkamah.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 21 September 2012, Yang di-Pertuan Agong telah mentauliahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Menurut tauliah, Pesuruhjaya hendaklah mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa enam bulan daripada tarikh tauliah iaitu pada 21 September 2012. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong di bawah kuasa Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, seksyen 5 telah melanjutkan tempoh iaitu dari 21 Mac 2013 sehingga 20 September 2013. Kemudian dilanjutkan tempoh itu sekali lagi iaitu dari 21 September 2013 sehingga 21 Disember 2013. Parlimen kita akan habis pada 19 Disember, jadi dua hari selepas itu laporan ini akan disampaikan.
Sementara laporan itu disiapkan, tidak ada apa-apa tindakan boleh diambil berdasarkan laporan tersebut. Tindakan-tindakan yang berlaku sekarang ini ialah didasarkan kepada kes-kes semasa yang berlaku termasuklah apa-apa tangkapan yang dibuat yang tidak melibatkan suruhanjaya. Suruhanjaya ini dia akan bagi laporan pada 21 Disember nanti dan tindakan diambil selepas tarikh tersebut. Sekarang ini kalau apa yang berlaku bukan ada hubung kait dengan suruhanjaya ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri. Dalam sidang RCI yang lalu, banyak kejutan yang telah pun dikemukakan malah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara pun menyebut bahawa ada 113,000 problematic identity card holders. Mantan Perdana Menteri juga menyebut bahawa dia tidak terlibat tetapi dia menyebut bahawa mungkin ada overzealous officers yang mungkin melakukan kerja-kerja yang tidak baik ini, mungkin IC for money. Jadi, adakah pihak Menteri berpendapat bahawa selepas laporan ini dikeluarkan, maka satu kajian terperinci akan dibuat dan mereka yang betul-betul bersalah akan dibawa ke muka pengadilan. Supaya rakyat tahu bahawa apa yang berlaku ini suatu yang benar-benar berlaku, bukan satu omong-omong atau dongeng. Ini kerana kita juga boleh kata politician tetapi juga mungkin orang-orang yang ambil kesempatan daripada isu seperti ini. Jadi, saya nak tanya menteri, adakah tindakan-tindakan akan dibuat sebaik sahaja laporan itu diterima. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, semua perkara yang dibangkitkan oleh suruhanjaya, bukan ini sahaja, kita ada banyak suruhanjaya yang lain, diambil tindakan tetapi kalau sekiranya ada kes yang berlaku ataupun laporan berdasarkan siasatan dan sebagainya, tindakan itu diambil bukan di atas dasar suruhanjaya tadi. Ini kes- kes tertentu, mungkin ada laporan dan sebagainya, kita ambil tindakan. Akan tetapi kalau sekiranya apa yang dilaporkan oleh suruhanjaya nanti kita akan ambil tindakan dan kita akan tengok angka yang sebenarnya. Kita tak boleh terima angka omong-omong macam kita buat masa pilihan raya dulu bahawa 40,000 orang Bangladesh masuk mengundi, itu angka omong-omong dan tidak ada suruhanjaya. Akan tetapi hak yang ini ada suruhanjaya di mana kita akan siasat dan ambil tindakan, itu confirm. Itu sebab kita sabar sekejap menunggu sebab suruhanjaya ini pun telah diberi tempoh dua kali. Sebenarnya tiap-tiap suruhanjaya ini diberi tempoh enam bulan tetapi dia terpaksa sambung enam bulan kemudian sambung lagi sampai 21 Disember. Jadi, kita menunggu dengan sabar dan apa yang diceritakan dalam suruhanjaya ini ialah merupakan sesuatu yang masih dalam siasatan. Kita pun tahu bahawa sebagai orang politik dan sebagai rakyat dan sebagai apa sekalipun, benda yang di bawah siasatan, itu bukan sesuatu keputusan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ini berhubung dengan dakwaan bahawa terdapat pengedaran kad pengenalan kepada warganegara bukan Malaysia, khususnya di Sabah yang diuar-uarkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini telah memanggil kerajaan untuk mewujudkan satu suruhanjaya diraja. Saya juga Dato’ Menteri, ingin menyebut bahawa kawasan saya juga telah dituduh oleh pembangkang, Yang Berhormat dari Kota Kinabalu iaitu mengatakan bahawa kawasan saya juga dipenuhi oleh pendatang haram. Jadi, sebetulnya Yang Berhormat ini tidak tahu apa ini Kinabatangan.
Dia cuma cakap mata dia tertutup, itu sebab dia tidak tahu. Macam Yang Berhormat Seputehlah.
[Dewan riuh]
Ya, soalan, soalan.
Pagi-pagi sudah naik angin kah?
Apakah dengan pengujudan Suruhanjaya Diraja ini akan dapat menyelesaikan segala dakwaan palsu ini yang selama ini digembar-gemburkan oleh pembangkang sebab rakyat Sabah juga ingin tahu. Mereka berada dalam keadaan tidak tahu, betul ke ada pengedaran kad pengenalan palsu atau tidak. Jadi, mungkin dengan ada pengujudan suruhanjaya diraja ini boleh menyelesaikan dakwaan-dakwaan palsu ini dan boleh menenangkan rakyat Malaysia di Sabah. Minta penjelasan.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya ada kes yang berlaku semasa, kita tak perlu tunggu suruhanjaya ini, kita boleh buat laporan terus dan polis akan buat siasatan dan tindakan akan diambil. Kita mengambil tindakan terhadap pemegang kad palsu ini, kita ambil daripada semasa ke semasa. Pasport palsu yang juga berlaku, kita ambil tindakan daripada semasa ke semasa. Kita tahu bahawa sindiket pasport palsu ini berlaku di peringkat antarabangsa yang kita akan ambil tindakan daripada semasa ke semasa. Jadi, kepada rakyat Sabah yang dikasihi termasuk Yang Berhormat Kinabatangan dan semua pihak, semua bahagian kita bawa bersabar. Kalau ada kes yang berlaku semasa, sila buat laporan dan kita ambil tindakan. Akan tetapi suruhanjaya ini akan membuat laporan secara menyeluruh dan saya percaya setelah dibuat laporan ini, semua pihak akan lega. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya dan saya minta kalau boleh mungkin pembangkang nak timbulkan di Dewan ini sebab benda ini telah pun heboh di seluruh negara bahawa terdapat 40,000 orang Bangladesh masuk mengundi. Boleh juga dicadangkan suruhanjaya untuk kita siasat sama ada betul tak betul tuduhan kata 40,000 orang Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi. Ini kerana pada hari ini, sehingga saat ini, belum ada satu kes pun dibawa untuk mengatakan bahawa ada satu orang Bangladesh datang masuk mengundi semasa pilihan raya yang lepas, kalau 40,000 lagi banyak. Kalau berhubung dengan IC di Sabah, kita tunggu laporan ini nanti.
3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan :- (a) apakah pemantauan kerajaan terhadap penyelewengan subsidi diesel yang diberikan kepada para nelayan yang sering berlaku; dan (b) apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada saudara Yang Berhormat dari Bintulu yang telah mengemukakan soalan. Menunjukkan keprihatinan beliau kepada permasalahan bantuan yang sangat besar kita beri kepada rakyat daripada kumpulan nelayan iaitu dalam bentuk subsidi diesel. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun memberi bantuan... [Disampuk] Ya? Bateri lemah sikitlah. Kena kuat sikit?
Nombor, nombor?
[Ketawa] 41. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah melaksanakan skim subsidi diesel dan petrol untuk nelayan mulai 2006. Sehingga Mac 2013, sejumlah 7.7 bilion
liter diesel dengan jumlah subsidi daripada kerajaan bernilai RM11.1 bilion dan 64.5 juta liter petrol dengan jumlah subsidi kerajaan RM761 juta telah disalurkan kepada nelayan.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memantau penggunaan minyak bersubsidi melalui sistem e- Pengisytiharan. Melalui sistem ini, semua nelayan yang ingin membeli diesel bersubsidi perlu terlebih dahulu mengisytiharkan hasil pendaratan ikan masing-masing kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia melalui pusat-pusat e-Pengisytiharan. Melalui e-Pengisytiharan ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) boleh memantau sama ada sesebuah vessel yang membeli minyak bersubsidi benar-benar menjalankan aktiviti penangkapan ikan. E-Pengisytiharan adalah satu mekanisme untuk memantau apa-apa juga penyelewengan sekiranya berlaku. Selain daripada itu, kita juga ada jawatankuasa induk pelaksana Skim Subsidi Diesel ini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memantau dan menangani isu-isu semasa berkaitan dengan permasalahan ini dan keahlian jawatankuasa ini daripada MOA, daripada dalam negeri, agensi penguatkuasaan Maritim dan sebagainya. Selain daripada dua mekanisme tersebut ditambah dengan jawatankuasa task force pemantauan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang melibatkan pegawai LKIM di peringkat ibu pejabat negeri serta persatuan nelayan telah ditubuhkan bagi memantau perlaksanaan Skim Subsidi dan Petrol kepada nelayan. Selain itu ada rondaan-rondaan dan kawalan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terutamanya di perairan negara yang menjadi lokasi panas berlaku penyeludupan diesel bersubsidi. Sepanjang penguatkuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sejak tahun 2006 hingga 2013, aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi lebih tertumpu di wilayah utara yang melibatkan sempadan Malaysia dengan Thailand di Kuala Perlis. Rekod menunjukkan Kuala Perlis merupakan kawasan yang mempunyai jumlah tangkapan tertinggi kes penyeludupan diesel bagi tahun 2008, 2010 sehingga 2012 diikuti dengan Daerah Sandakan dan Semporna di Sabah. Penyeludupan ini dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi pada musim perayaan dan beberapa spekulasi tertentu. Selain daripada itu, mengenal pasti dan melaksanakan pemeriksaan teksi air. Kawasan perairan pun ada teksi juga, bukan di Kuala Lumpur saja yang melaksanakan pertukaran barter atau barter trade di antara kapal-kapal yang sedang bersauh oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Ini kerana beberapa sumber maklumat yang boleh dipercayai memaklumkan teksi air ini juga bertindak sebagai sindiket kepada penyeludupan diesel. Selain itu kerjasama agensi penguatkuasaan Maritim dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Pasukan Gerakan Am, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan sebagainya. Semua bekerjasama memantau akan perkara yang disebutkan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah beberapa mekanisme dan juga tindakan yang diambil oleh kerajaan yang telah sedikit sebanyak menunjukkan kejayaan kita mengurangkan penyelewengan subsidi diesel ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum kita melaksanakan e-Pengisytiharan ini, sebanyak 140 juta liter diesel diberi kepada nelayan setiap bulan iaitu sebelum tahun 2006 tetapi selepas dilaksanakan e- Pengisytiharan ini dengan penggunaan kad dan hari ini ditambah baik lagi dengan penggunaan IC, kita telah menjimatkan diesel itu sebanyak 40 juta sebulan. Maknanya menurun daripada 100 juta liter sebulan, sudah jadi 100 juta sebulan sahaja. Ini satu penjimatan besar juga. Walau bagaimanapun, ia belum orang kata selesai sepenuhnya masalah ini. Banyak lagi yang berlaku kita amat menyedarinya dan untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, pihak Menteri yang baru ini sedang memikirkan cara-cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan lagi penyelewengan subsidi diesel ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan panjang lebar tetapi hari ini bateri ada lemah sedikit. [Ketawa] Saya nampak ini macam, saya punya soalan pun nanti lemah juga. Tuan Yang di-Pertua, nombor jauh cakap pun tidak apa, kita dapat soal. Tuan Yang di-Pertua, jawapan tadi memang cukup jelas, semua cantik. Kita semua sudah bersedia undang-undang tetapi pelaksanaan cukup lemah, di seluruh negara memang ada ini masalah termasuklah Bintulu. Saya tidak tahu kementerian tahu atau tidak ada punya subsidi punya kad nelayan punya dia bagi orang tengah. Dia kapal tidak pergi laut tetapi minyak isi. Ada kapal isi, dia pergi tengah laut jual minyak. Bolehkah kita tukar di seluruh negara, saya rasa itu undang-undang sudah ada. Sepatutnya kita hendak minta nelayan bawa balik ikan baru kita bagi dia isi minyak subsidi [Ketawa] ataupun balik itu ikan kita bagi subsidi atas ikan, terus tarik kredit kepada dia punya akaun di Agrobank, minta dia orang buka semua. Kita tukarlah macam Taiwan punya strategi. Dia orang dahulu memang ada masalah begini juga. Selalu dia orang subsidi dia pergi beri jual. Boleh atau tidak kementerian mempertimbangkan atas ini. Minta Menteri jangan fikir lama sangat. Kalau lama sangat, kerugian banyak. Nanti pembangkang balun sama kita lagi. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Saya rasa pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bintulu itu sangat baik. Kita terima baik. Saya pun kalau ikut saya hendak buat macam itu tapi nanti kita bincang dengan pegawai-pegawai dan juga dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri, kita cari kaedah yang lebih berkesan sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bintulu itu tadi. Kita mengakui bahawa pada masa ini umpamanya kekurangan kakitangan pegawai-pegawai LKIM untuk memantau dan juga memeriksa dan memastikan bahawa subsidi itu yang diberi itu adalah benar-benar genuine daripada nelayan-nelayan genuine, dengan ikhlas dengan izin.
Selain itu juga, kita menyedari bahawa adanya apa yang berlaku di laut dalam. Dengan sebab itu kita cuba sedaya upaya pada masa ini, pada masa ini saya hendak kata, yang ke depan ini kita akan improve lagi dengan izin, adanya sistem pemantauan yang dipanggil VMS.
[Bangun]
Vessel Monitoring System. Ada alat yang kita pasang yang menggunakan MTU (mobile transferable unit) yang memantau pergerakan kapal-kapal ataupun bot laut dalam ini, apa yang mereka buat di tengah laut sana boleh kita pantau.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu cadangan memang bagus tetapi selalu dia pandai...
Yang Berhormat Bintulu, peraturan Yang Berhormat Bintulu.
...Kata itu selalu rosak. Ini mustahak Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak, macam contoh di Bintulu baru-baru ini pilihan raya, orang subsidi tengah ini dia ambil itu kad, ada satu tengah punya orang lebih 60 kad subsidi dalam tangan dia. Akan tetapi dalam pilihan raya, dia bagi sokongan berjuta kepada pembangkang dan lawan sama kita, Barisan Nasional. Inilah jadi masalahnya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, inilah perangai tidak elok pembangkang ini. Minyak dia hendak, itu hendak, ini hendak tetapi dia bantai juga kerajaan. Jadi ini satu budaya yang tidak baik yang perlu kita beritahu kepada rakyat. Jadi, itu kita jangan ambil sebagai contoh baik. Kita buat yang baik. Jadi saya ingat tidak perlu saya hendak cerita panjang lebar. Yang Berhormat Bintulu hendakkan supaya sistem pemantauan ini lebih baik dan lebih berkesan. Itu kita beri jaminan untuk kita buat pada masa-masa yang akan datang.
Ya, sila Yang Berhormat Temerloh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Bintulu bahawa isu sebenarnya ialah kepada pelaksanaan. Ini kerana penyelewengan bahan api diesel kepada nelayan di pasaran tempatan ini bukan perkara baru. Saya melihat SPRM sebagai contoh telah memaklumkan bahawa pemantauan modus operandi jenayah ini telah berada di bawah pemerhatian mereka sejak daripada tahun 2009. Cawangan Perisikan Khas SPRM melalui Operasi Nano dan juga Operasi Diesel pada tahun 2013 telah menyebut bahawa penyelewengan ini sebenarnya memang berlaku secara sistematik. Melibatkan individu, melibatkan syarikat minyak, pemilik stesen minyak dan juga nelayan. Jadi penyelewengan ini kritikal dan statistik yang kita lihat daripada tahun 2009 sehingga Julai 2013 pada tahun ini, sebanyak 112 kertas siasatan telah dibuka dan 138 orang daripadanya telah ditangkap. Akan tetapi hanya 29 orang sahaja yang dituduh dan didakwa di mahkamah. Jadi isunya yang dilihat ialah siasatan itu masih berada di tahap yang sangat sederhana sedangkan penyelewengan itu terlalu serius dan melibatkan ramai suspek yang sepatutnya diambil tindakan. Jadi isunya ialah pada soal pelaksanaan. Jadi rujukan saya kepada laporan SPRM ini yang didakwa bahawa proses pengesanan diesel yang bersubsidi ini sukar. Jadi, apakah sebenarnya langkah yang dianggap berkesan tadi untuk menangani penyelewengan agar ia dapat diselesaikan. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Saya sudah sebut tadi. Kita punya mekanisme dan juga pasukan pemantauan yang melakukan apa juga yang boleh untuk kita mengatasi masalah penyelewengan ini. Akan tetapi masalah kekurangan tenaga ini, mungkin pada masa akan datang kita akan tambah lagi pegawai-pegawai dan juga dari segi peralatan, mungkin boleh kita tambah. Akan tetapi manusia ini, macam mana pun ada sistem yang baik, kalau perangai tidak berubah, dia tidak selesai masalah ini. Perangai ini, kitalah yang mengajarnya. Janganlah pihak pembangkang ajar mereka buat kerja-kerja yang macam itu.
[Bangun]
Pergi ambil kad, kumpul sampai 60 kad untuk menipu kita. Jadi penyokong-penyokong pembangkang, jangan diajar perbuatan yang macam itu. Betul atau tidak? Dengan izin, no matter how good is the system, how good is the equipment but the attitude. The attitude, Yang Berhormat. Bila kita cakap soal pembangkang perangai tidak elok, marah. Memang itu yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Ajar penyokong-penyokong...
[Bersorak]
[Dewan riuh]
Bingung. Yang Berhormat Timbalan Menteri bingung.
Dakwalah dia. Jangan cakap sahaja! Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] Apa Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap macam itu.
Ini tuduhan.
Jangan buat tuduhan. Jangan buat tuduhan. Tarik balik.
Siapa yang ajar? Yang ajar perangai tidak elok itu siapa?
...Rakyat untuk melakukan jenayah dan penyelewengan.
Ini tuduhan. Tangkap, dakwalah! Jangan tuduh! Ini main tuduh!
[Dewan riuh]
Sudahlah. Duduk! Memang perangai tidak elok!
Ini main tuduh! Ini fitnah.
Ini Yang Berhormat Bintulu kata tadi, kumpul-kumpul kad, pergi claim subsidi.
Tangkap! Tangkap!
Tangkap, tangkap. Bila tangkap, marah! Polis kena marah. Terima kasih.
Yang Berhormat-Yang Berhormat. Peraturan ya. Peraturan.
Peraturan mesyuarat. Saya yang bercakap.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya jemput Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar.
Tadi nampak, Yang Berhormat Timbalan Menteri nampak steady lembut. Nampak ada meningkat undi pada mula-mula, masuk soalan yang akhir itu undi jatuh.
[Dewan riuh]
Bukan pembangkang. Bukannya Pakatan Rakyat yang hendak mengundi.
Undi jatuh. Undi jatuh banyak tadi.
Yang hendak mengundi ialah orang UMNO. Bukan PAS yang hendak mengundi.
Soalan, soalan. Soalan nombor empat. Yang Berhormat Pokok Sena.
Saya ingat Yang Berhormat Kuala Krau pun tidak bagi undi. Yang Berhormat Kuala Krau pun tidak bagi.
Six million dollar man.
Kita tidak hendak undi PAS pun. Kita tidak hendak undi PAS pun.
Baik, baik. Terima kasih. Padahal Yang Berhormat...
Yang Berhormat Pokok Sena, ini jawapan soalan nombor empat.
...Majoriti nelayan ini UMNO. Majoriti nelayan ini adalah UMNO.
Yang Berhormat Pokok Sena, berminatkah dengan soalan nombor empat ini? Kalau berminat, sila.
Ini kerana kawan saya pun hendak undi juga. Hendak tunjuk juga televisyen dok ambil ini.
4. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Luar Negeri menyatakan jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan nyatakan nama mereka dan negara manakah mereka berkhidmat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pandai-pandai sibuk kata saya bertanding itu kenapa? Sibuk sahaja.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila.
Okey, kamera fokus Yang Berhormat Larut. Kamera fokus Yang Berhormat Larut hari ini.
Kalau tidak tahu, jangan bercakap. Ini yang sibuk. Saya tidak bertanding. Akal adakah?
[Dewan riuh]
Kerana 12 cawangan.
Yang tidak bertanding pula heboh, duduk diam-diam sudahlah kalau tidak bertanding.
Inilah style pembangkang. Style pembangkang. Dia pancung sahaja.
Yang Berhormat Pokok Sena mimpi.
Tuan Yang di-Pertua, ini membuktikan pihak pembangkang cakap tidak tahu, apa satu pun dia tidak tahu hendak cakap.
Hal dalam UMNO jangan hendak sibuk sangat.
[Bangun]
Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, biarlah pemilihan ini kita berkempen di luar.
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak cakap pasal kempen. Saya cuma hendak beritahu, lain kali hendak bercakap biar benda yang kita tahu.
Jawab soalan! Jawab soalan!
Kalau hendak bercakap, inilah dianya.
Saya tahu kerana 12 cawangan telah menghasut untuk keluar parti kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri bertanding.
Saya bertanya sahaja tadi. Kalau tidak bertanding, okeylah itu. Baguslah. Macam inilah yang kita mahu. Tidak ada kita berebut hendak apa-apa. Bagus.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab soalan yang baik, yang betul dia minta hendak tahu secara yang baik. Itu saya hendak jawab. Ini tiba-tiba hendak sibuk, PAS hendak sibuk fasal UMNO ini kenapa?
Ya, jawab, jawab, jawab.
Tanya sahaja pun!
Kalau sudah teringin sangat hendak masuk UMNO, bagi, hantar borang. Akan tetapi terpulang kepada orang UMNO sama ada hendak terima ataupun tidak orang macam ini kalau masuk UMNO.
Tidak teringin, tidak teringin, tidak teringin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jawab.
Jawapan mana?
Selepas ini kita kawan baliklah. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena yang mempersoalkan soalan ini, sehingga hari ini - Saya kena cakap sehingga hari ini sebab minggu lepas sudah ada duta yang tamat tempohnya. Sehingga hari ini, 24 September 2013, terdapat empat orang ketua perwakilan Malaysia lantikan politik. Keempat-empat ketua perwakilan lantikan politik tersebut adalah seperti berikut; (i) Yang Berbahagia Tan Sri Ismail bin Haji Omar – Duta Besar Malaysia ke Perancis; (ii) Yang Berbahagia Datin Seri Blanche Olbery – Duta Besar Malaysia ke Finland;
(iii) Yang Berbahagia Datuk Yong Teck Shing, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan; dan (iv) Yang Berbahagia Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei. Manakala yang baru sahaja tamat tempohnya adalah Yang Berbahagia Profesor Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al Saggaf, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi yang baru sahaja tamat tempohnya pada 19 September 2013. Terima kasih sahabat, Yang Berhormat Pokok Sena.
Ada soalan lagi Yang Berhormat Pokok Sena?
Ada. Terima kasih [Ketawa]
Sila.
Bukan, sebab tadi Yang Berhormat kawan saya ini kata, kalau hendak tahu juga, mari masuk UMNO lah. Saya bukan apa, sebab ikut kata Tun Dr. Mahathir lah, “UMNO ini ibarat...” Tun Dr. Mahathir kata, “...orang sakit tua” [Ketawa]
Yang Berhormat Pokok Sena, soalan nombor empat ini tidak ada kaitan. Sila [Ketawa]
Kenapa tutup pula?
Selepas ini berunding dengan Yang Berhormat Putrajaya.
Tua tidak apa lagi tetapi sebab sakit. Tunggu pula hendak mati tetapi tidak mengapalah. Saya tahap baca Yasin sahajalah [Ketawa]
Soalan mana, soalan?
Saya baca Yasin ini minta pergi dengan eloklah [Ketawa]
Hei mengarut! Soalan! Soalan!
Kalau pergi jaga orang tua...
Yang Berhormat Pokok Sena, semalam saya nampak Yang Berhormat Pokok Sena pun baik. Daripada semalam senyap sahaja. Hari ini sudah lain macam [Ketawa]
Dia demam!
Okey, terima kasih. Baik, saya hendak dapat...
Yang Berhormat Pokok Sena kumpulan ulama atau kumpulan yang satu lagi? [Ketawa]
Tidak berani jawab! Jawablah! [Ketawa]
Ular dalam semak!
Yang Berhormat Kuala Krau ini...
Empat kumpulan!
Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada kumpulan.
Saya hendak bagi tahu. Kalau Yang Berhormat menyokong Menteri Besar saya sebagai Naib Presiden, itu bagus. Itu saya hendak tahu, supaya kena jelas ini kepada kawan-kawan saya Yang Berhormat Bagan Datok, apa semua ini. Kata Yang Berhormat Kuala Krau tidak sokong mereka, kena sokong Menteri Besar saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Pokok Sena ini ‘ular dalam semak’, bukan ulama! [Ketawa]
Sila. Soalan.
Baik. Terima kasih. Saya hendak dapatkan penjelasan apa kriteria pemilihan ke atas mereka yang dibuat atas lantikan politik? Saya juga bertanyakan soalan kerana sebelum ini ada pelantikan yang disebut sebagai duta-duta khas, sebelum-sebelum ini ya. Sebelum ini duta-duta khas kepada orang-orang yang dianggap sebagai pencen politik. Saya pun tidak tahu atas kriteria apa. Mungkin balas budi politik ataupun hendak pemencilan daripada pesaing politik dalam negara kita, kita hantar pergi ke luar negara, sedangkan kita lihat bahawa kemampuan dan keupayaan mereka untuk meningkatkan imej negara tidak ada. Malah hantar orang-orang yang seperti ini kadang-kadang memberikan satu imej yang tidak meyakinkan dunia luar. Ini sudah tentu tidak membantu kepada peningkatan imej dan juga ekonomi negara kita. Jadi saya hendak minta apa penjelasannya? Adakah kerana dia sekadar pencen sedangkan keupayaan mereka sangat terhad. Itu saya minta penjelasan. Maaf. Ini kerana saya katakan bahawa sepatutnya diberikan kepada pegawai-pegawai di Wisma Putra yang ada untuk mereka ini ada ruang untuk kenaikan pangkat sebab mereka ini melalui proses- proses yang saya katakan bahawa latihan daripada institusi diplomasi di bawah Wisma Putra itu yang mencukupi. Jadi pengalaman mereka itu cukup jelas. Akan tetapi kalau lantikan duta-duta khas dan kadang-kadang duta yang dahulu pun terdiri daripada orang pencen politik, saya tidak nampak...
Sebut namalah Yang Berhormat Pokok Sena.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau hendak marah bekas kawan pun bukan cara macam itu [Ketawa] Pelantikan yang kita buat adalah mengikut Perlembagaan. Perlembagaan telah membenarkan berdasarkan kepada fasal 144 Perlembagaan Persekutuan di mana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh melantik sesiapa sahaja menjadi duta. Kalau mereka ini adalah merupakan rakyat Malaysia yang dianggap boleh untuk dilantik sebagai duta, apabila kerajaan menghantar nama-nama tersebut diberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong bersetuju, maka pelantikan itu diterima untuk menjadi duta. Manakala soalan Yang Berhormat Pokok Sena timbulkan tadi adalah utusan khas. Utusan Khas ini berbeza dengan duta yang kita lantik. Utusan Khas ini tugasnya tugas yang
khas. Oleh sebab itu kita ada lantik sebagai contoh, Utusan Khas Kerajaan Malaysia ke Afghanistan, Yang Berbahagia Dato’ Wira Zainal Abidin bin Mahamad Zin, bekas pegawai kerajaan, bukan ahli politik. Begitu juga Utusan Khas Kerajaan Malaysia mengenai surat pertukaran Malaysia dan Brunei Darussalam. Kita lantik Yang Berbahagia Tan Sri Rastam bin Mohd Isa yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara. Jadi utusan-utusan khas yang lain kadang kala ada tugas-tugas yang kita lantik atau pernah kita lantik seperti Tun...
India, China, Indonesia?
Boleh lupa pula!
Datuk Seri Utama Samy Vellu. Saya hendak kena tanya. ‘Sat’ lagi..., “Tan Sri” kah atau apa, saya takut silap.
Itu...
Datuk Seri Utama Samy Vellu. Kita pernah melantik beliau menjadi Utusan Khas kita ke India kerana kita hendak melihat bagaimana peluang- peluang yang boleh diambil untuk beliau melihat perhubungan yang baik beliau dengan Kerajaan India contohnya. Apa yang beliau buat adalah untuk membawa ramai ahli perniagaan dari Malaysia untuk mengambil peluang-peluang yang ada di India. Ini sebagai contoh. Ini utusan khas kita yang tidak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Itu adalah Utusan Khas Kerajaan Malaysia. Itulah cara yang kita buat. Jadi kalau tua macam mana pun kalau sihat, okey. Apa yang menjadi masalah, tidak tua tetapi tidak sihat seperti kebanyakan daripada Ahli-ahli yang di sebelah sana yang kita takut untuk lantik menjadi utusan khas. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
Tuduhan lagi.
Tun Dr. Mahathir yang kata tua sakit dalam UMNO itu! [Ketawa] Sakit pula tunggu hendak mati.
Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Saya cuma hendak tanya cadangan kerajaan berkait dengan embassy kita di luar negara. Kita ada pegawai MSD, kita ada pegawai pelancongan, kita ada pegawai MITI, kita ada Defense Attaché dan kita ada pejabat embassy. Akan tetapi kadang kalanya mereka ini tidak synchronize dalam usaha untuk mempromosi kerajaan ini. Jadi adakah kerajaan memikirkan untuk kita integratekan ini supaya dasar kerajaan ini dapat dijelaskan dengan baik di luar negara? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan orang Barisan Nasional yang baik untuk kepentingan negara. Kita mempunyai sebanyak 107 perwakilan atau mission di seluruh dunia. Dalam beberapa mission yang ada itu, ada pegawai-pegawai yang kita lantik melalui kementerian-kementerian lain sebagai contoh. Maka sudah tentu apabila perwakilan kita di luar sana, ketuanya adalah ambassador atau duta kita yang ada di sana. Pegawai-pegawai yang lain itu duduk di bawah embassy di bawah tanggungjawab ketua perwakilan tadi. Walau bagaimanapun, kerana mereka itu dilantik atas tugas-tugas khas contohnya MITI, maka sudah tentu daripada segi isu yang dibawa, dia terus di bawah kementerian tersebut. Maka apa yang kita mahu buat hari ini adalah untuk melihat supaya semua isu yang ada itu dibincangkan dalam satu perwakilan atau mission yang ada di luar sana bukan hanya untuk mengurangkan kos tetapi juga untuk memberikan informasi yang ada itu melalui satu saluran iaitu melalui mission yang kita ada. Terima kasih banyak soalan yang ditimbulkan.
5. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan, pihak-pihak mana yang telah dikenal pasti terlibat dengan ajaran dan fahaman Syiah di negara ini dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka bagi membendung penularan fahaman tersebut.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan enam pertanyaan lain kerana menyentuh isu yang sama iaitu penyebaran ajaran Syiah dan tindakan yang diambil bagi membendung penyebarannya. Pertanyaan tersebut adalah oleh Yang Berhormat Kuala Selangor pada 25 September, Yang Berhormat Parit pada 30 September, Yang Berhormat Tanah Merah pada 1 Oktober, Yang Berhormat Baling pada 2 Oktober, Yang Berhormat Limbang pada 3 Oktober dan Yang Berhormat Sabak Bernam pada 3 Oktober. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa peka dan memandang serius terhadap penyebaran mana-mana doktrin yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Waljamaah termasuklah fahaman Syiah. Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 antara lain telah bersetuju menetapkan bahawa umat Islam Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan juga akhlak. Keduanya, memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Waljamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Waljamaah adalah dilarang. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini kemudiannya telah disusuli dengan fatwa pengharaman Syiah di kesemua 14 buah negeri di Malaysia dan fatwa ini telah pun diwartakan oleh negeri-negeri kecuali Kelantan, Sarawak dan Sabah. Bagaimanapun, Kelantan, Sarawak dan Sabah mempunyai peruntukan-peruntukan lain yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan ke atas pengikut Syiah. Mengenai jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam ajaran Syiah, sukar untuk ditentukan jumlah pengikut Syiah yang sebenar kerana pergerakan ini bergerak secara sulit. Berdasarkan maklumat Polis Diraja Malaysia (PDRM), dianggarkan bilangan pengikut Syiah di Malaysia adalah seramai lebih kurang 1,500 orang. Angka ini tidak termasuk warga asing yang datang melancong, belajar ataupun menetap sementara di negara ini. Berdasarkan siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), golongan yang terlibat dengan Syiah terdiri daripada pelbagai latar belakang namun begitu perkara tersebut masih lagi dalam siasatan lanjut pihak berkuasa. Tuan Yang di-Pertua, bagi menanganinya antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan bagi membendung ajaran Syiah dari menular dan juga mempengaruhi umat Islam di negara ini adalah: (i) menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang pengharaman Syiah kepada masyarakat dengan mengeluarkan poster, risalah, pamflet mengenai bahaya Syiah; (ii) sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program ceramah dan penyebaran maklumat pengharaman Syiah menerusi media cetak dan elektronik; (iii) program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan elektronik dari tersebarnya fahaman Syiah menerusi media- media berkenaan; dan (iv) meningkatkan kerjasama antara agensi keagamaan dengan agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang berkaitan dalam menangani dan menyekat fahaman Syiah dari berleluasa dan tersebar di negara ini. Sesungguhnya kerajaan sentiasa bersikap profesional dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang dituduh terlibat dengan ajaran Syiah. Hanya mereka yang mempunyai bukti kukuh terlibat dengan ajaran Syiah sahaja yang diambil tindakan dan didakwa di mahkamah. Tindakan boleh diambil oleh Jabatan-jabatan Agama Islam berasaskan akta ataupun enakmen jenayah syariah negeri masing-masing.
Berdasarkan laporan daripada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri ataupun ringkasnya JAIN, setakat ini terdapat 16 tangkapan, 120 pemeriksaan dijalankan ke atas mereka yang disyaki dan 139 kes lagi sedang dalam pemerhatian JAIN. Berkenaan penyebaran fahaman Syiah dan apa jua fahaman menyeleweng sama ada di institusi pengajian tinggi (IPT) dan di sekolah-sekolah, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan kerjasama dengan agensi dan juga Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mendapat maklumat berkenaan individu dan pergerakan Syiah tersebut. Maklumat tersebut akan dipanjangkan kepada pihak sekolah dan IPT berkaitan bagi mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing. Di samping itu, kerajaan melalui JAKIM dan JAIN turut giat menjalankan program forum penjelasan isu Syiah dan program kefahaman Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Waljamaah kepada mahasiswa mahasiswi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui ceramah diskusi ilmu seminar dan mengedarkan risalah mengenai bahaya Syiah. Program-program ini dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama pihak universiti melalui pusat Islam IPTA, IPTS bagi Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPTA dan IPTS, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan- persatuan mahasiswa. Mengenai bahaya ajaran Syiah terhadap keselamatan selain menyebar penyelewengan dalam akidah, sesebuah kumpulan seperti Syiah sering menekankan konsep taksub kepada pemimpin serta mengkafirkan mereka yang tidak sealiran dengan mereka. Kedua-dua perkara ini merupakan doktrin penting Syiah, yang mana mereka menganggap imam mereka adalah maksum, terpelihara daripada kesilapan serta siapa yang tidak mempercayai imam adalah kafir. Fahaman yang seumpama ini jika dibiarkan tersebar dan mengumpul pengikut yang ramai serta tidak dibanteras ia akan menimbulkan ketegangan dan pertelingkahan dalam masyarakat sekali gus mengancam keselamatan dan menggugat keharmonian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang lengkap dan terperinci. Sesungguhnya dari penjelasan Yang Berhormat Menteri saya dapati bahawa penyebaran fahaman Syiah ini merupakan sesuatu yang sangat serius dan ia berasas kepada persoalan akidah umat Islam. Oleh sebab itu kita menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan setegas-tegasnya langkah yang rapi kerana persoalan syiah bersangkut dengan akidah. Apa yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Akan muncul di akhir zaman satu golongan digelar Rafidhah, mereka menolak Islam tetapi mendakwa dirinya Islam. Perangilah mereka kerana mereka sebenarnya adalah golongan Musyrikun”. Hadis Riwayat Abu Ya’la. Jadi kumpulan ini...
Soalan, soalan.
Apakah kumpulan yang dikaitkan dengan Syiah ini? Dalam latar belakang kepada Syiah ini juga kalau kita tengok pengasasnya merupakan seorang Yahudi yang sebelum memeluk Islam dan namanya ialah Abdullah Ibni Sabak daripada Yaman pada zaman Sayidina Osman dahulu. Jadi, Syiah ini disebarkan, salah satu daripada pegangannya ialah berkaitan dengan apa yang disebut ‘taqiyyah’ iaitu menyembunyikan benarlah kata Yang Berhormat Menteri tadi, sangat sukar untuk mengenal pasti golongan ini. Jadi oleh kerana itu, kalau ia boleh mengancam keselamatan negara sebagaimana kita mengiktiraf ataupun memberi perhatian kepada persoalan penyalahgunaan dadah yang boleh mengancam keselamatan negara, soal Syiah ini juga ada kaitan dengan keselamatan negara. Jadi oleh kerana itu Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan yang lebih tegas mengenakan undang-undang yang setaraf dengan undang-undang bagaimana kita menghukum penyalahgunaan dadah, pengedar dadah terhadap penyebar-penyebar Syiah kerana ini sangat penting bagi menyelamatkan soal akidah kesucian Islam dan keselamatan negara. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia sekalian. Sememangnya bagaimana yang telah saya sebutkan pada jawapan sebentar tadi kerajaan begitu amat prihatin terhadap tentang masalah yang kita hadapi pada hari ini, penularan dan juga penyebaran yang berbentuk Syiah yang berlaku ke atas negara kita pada hari ini. Kalau kita tengok secara puratanya di setiap negeri, Jabatan Agama Islam dan Majlis-majlis Agama Islam termasuk juga JAKIM, kita telah mengatur langkah yang paling serius untuk menghadapi masalah yang seperti ini.
Dan dalam masa yang sama sebagaimana yang saya sebutkan sebentar tadi bahawa setiap negeri telah pun mewartakan kecuali tiga buah negeri tetapi mereka memiliki peraturan dan juga peruntukan undang-undang yang boleh diambil ke atas kelompok- kelompok yang menyebarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Syiah termasuk kepada penerbitan-penerbitan, penyebaran pamphlet dan sebagainya termasuk juga dengan tindakan-tindakan yang bersifat mencegah daripada pengajaran. Dalam konteks negara pada hari ini kita ada dua pendekatan sama ada boleh diambil tindakan melalui Mahkamah Syariah iaitulah kepada penentangan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mufti yang telah pun digazet ataupun diwartakan yang ianya bersifat undang-undang dan kemudian satu lagi ialah di bawah peruntukan Enakmen Pengembangan Agama-agama ke atas orang-orang Islam dan ini dibicarakan di Mahkamah Sivil. Jadi kedua-dua peruntukan ini boleh digunakan untuk mengambil tindakan tersebut. Cuma yang pokok di sini Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana penguatkuasaan dan juga termasuk untuk pendakwaan. Jadi ke arah langkah-langkah yang seperti ini, pihak Majlis Agama Islam Negeri dan juga Jabatan Agama Islam Negeri termasuk JAKIM bekerjasama daripada masa ke semasa termasuk esok akan ada satu mesyuarat khas bagaimana untuk menangani masalah penyebaran ke atas Syiah yang berlaku dan bentuk tindakan dalam konteks perundangan, penguatkuasaan dan juga pendakwaan yang perlu dilakukan. Selain daripada itu, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelebu katakan tadi bahawa kalangan-kalangan golongan Syiah ini, mereka mempunyai konsep-konsep yang begitu tersendiri dan sukar untuk kita mengenali mereka. Cuma untuk maklumat Ahli-ahli Dewan sekalian, boleh saya sebutkan di antara ciri-ciri mudahnya yang dapat kita kenali. Itu pun sebahagian daripada ciri-ciri yang dapat saya sebutkan iaitu ialah solat hanya tiga waktu dengan menjamakkan solat Zuhur-Asar, dan Maghrib dengan Isyak tanpa sebarang sebab sepanjang masa. Sering menyebut nama “Ya Ali, Ya Hussin”, ketika ditimpa musibah. Ketiga, gemar menampal atau menggantung di dinding rumah gambar-gambar fantasi 12 imam yang bermula daripada Sayidina Ali hingga Imam yang kedua belas. Gemar menampal atau menggantung di dinding ucapan salam kepada Sayidina Hussin, Sayidina Fatima Az-Zahra dan juga ahlul bait yang lain. Yang kelima, mengadakan sambutan hari lahir imam-imam ahlul bait terpilih termasuk Wiladah, Fatimah Az-Zahra dan juga Wiladah Zainab Al-Qubra. Yang keenam, mengucap “Alaihis salam” dan “Alaihas salam”, selepas setiap kali menyebut imam ahlul bait seperti mana Imam Ali dan juga Fatimah, dan lain-lain. Ketujuh, gemar menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama ahlul bait seperti mana Fatimah, Musa, Ali, Hassan dan lain-lain. Tapi bagaimanapun ramai orang yang nama Musa, Hassan, Ali termasuk dalam Dewan ini, tidaklah semestinya. Ini ciri-ciri. Setengah Syiah menyandarkan kalimah “Abdul”, kepada nama-nama imam Syiah seperti mana Abdul Ali...
Jamil tidak ada, Jamil tidak masuk.
...Abdul Hussin, Abdul Hassan, Abdul Ridha dan lain-lain. Menyambut hari Karbalah pada 10 Muharram dan panjang lagi dan mereka ini sebagaimana kata Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi, gemar kepada pendekatan
taki’yah di mana mereka menggunakan ayat Al-Quran iaitu... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Bermaksud iaitu mereka berpegang bahawa boleh untuk mereka bertaki’yah, menyembunyikan iman mereka dalam keadaan tertekan dan kemudian mereka boleh menukarkan, sedangkan hati mereka kekal mengatakan mereka beriman. Mereka mengambil pendekatan ayat ini secara yang begitu mudah walaupun ada peristiwa yang dikaitkan dengan peristiwa Sumayyah dan juga termasuk peristiwa yang mengaitkan dengan keluarganya, Sumayyah, Ammar dan Yassir sekeluarga yang pada waktu diseksa pada zaman jahiliah dahulu pada zaman Rasulullahlah maka anaknya yang tidak tahan maka dia mengaku kembali kepada ajaran pegangan nenek moyang mereka sedangkan hati dia “mutmainul bil iman”, kekal dalam keadaan beriman. Jadi konsep taki’yah ini pun susah bila kita berdepan dengan orang-orang Syiah, kita tanya dia, dia takut nanti kita terdedah dia pun mengaku aku lebih kurang sama macam hang pa la juga. Jadi susah dalam keadaan seperti ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan tentang Syiah tadi, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang Syiah ini payah kita hendak pantau, hendak kenal kerana mereka ini sulit. Tapi kalau kita lihat memorandum Majlis Syiah Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun siap dengan alamat sekali 10-12, Jalan 4/4C Desa Melawati dan surat dihantar menerusi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maknanya mereka bukan satu kumpulan yang underground, yang tidak dikenali bahkan dikenali. Dengan isu-isu Syiah yang kita lontarkan berkali-kali terutamanya sebelum PRU baru ini dan banyak kali digembar-gemburkan oleh kerajaan, adakah benar kerajaan bersungguh untuk menangani Syiah ini? Kalau kita lihat dalam satu kenyataan oleh KSU Kementerian Dalam Negeri menyatakan 250,000 orang penganut agama Syiah di Malaysia. Itu bukan jumlah yang kecil, disebut oleh KSU Kementerian Dalam Negeri dan selepas 15 tahun diwartakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, apa tindakan tegas yang dibuat sehingga hari ini? Kalau tangkapan yang maklumat sampai kepada saya hanya dua tangkapan dibuat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tahun 1996 dan juga isu tentang 200 orang yang ditahan oleh JAIS dibebaskan. Jadi isu macam inilah kita menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan serius menangani Syiah atau hanya dijadikan modal politik pada waktu-waktu tertentu sahaja. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, kalau balik tanya kepada persoalan serius ataupun tidak ini kita sebenarnya tidak berpolitik dalam hal yang menyangkut dalam soal akidah apatah lagi dalam soal akidah pegangan Ahli Sunah Waljamaah ini yang telah mengkafirkan kalangan-kalangan daripada sahabat dan juga mereka yang tidak sealiran dengan pegangan mereka. Ini hal yang begitu serius dan para ulama tidak bermain dalam hal yang seperti ini untuk tujuan politik tapi apa pun Yang Berhormat Kuala Nerus saya suka menjelaskan bahawa maklumat yang saya bacakan awal sebentar tadi sejauh sekarang kita ada 16 tangkapan dan juga kita ada 120 pemeriksaan dan juga 139 kes yang sedang di dalam siasatan. Apa pun saya bersetuju amat kalau pihak Yang Berhormat Kuala Nerus dapat juga memberikan maklumat-maklumat sebab bagaimana yang saya sebutkan sebentar tadi golongan pengamal-pengamal Syiah ini mereka mempunyai satu konsep untuk melarikan diri daripada disoal dan juga ditanya iaitu ialah konsep taki’yah, menyembunyikan fakta yang sebenar. Jadi dalam keadaan yang macam ini, agak sukar untuk Bahagian Penguatkuasaan dan juga Pendakwaan melakukan tindakan yang sewajarnya sebab bila sampai di mahkamah dia tidak cukup sekadar tuduhan tetapi memerlukan pembuktian- pembuktian dan bukan sekadar itu sahaja, pernah kelompok Syiah ini pernah diambil tindakan dalam konteks tahanan ISA. Jadi saya amat mengalu-alukan sangat kalau sekiranya ada maklumat-maklumat yang kukuh daripada pihak Yang Berhormat Kuala Nerus dan juga rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan maklumat ini bagi tujuan tindakan yang berikutnya. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Julian Kok Ping, Stampin, silakan.
Kenyataan Yang Berhormat ini. Kenyataan Yang Berhormat amal tidak boleh, sebar tidak boleh, tidak boleh macam mana?
Sila Yang Berhormat Stampin, sila.
Kena jelas itu.
Soalan nombor enam, Yang Berhormat Stampin.
6. Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah sebab penggunaan pewarna diesel diberhentikan setelah ia berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel subsidi. Apakah rancangan menyeluruh dan langkah Kerajaan bagi menangani isu menjual diesel subsidi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Stampin satu soalan yang begitu baik membangkitkan isu rakyat di Parlimen ini. Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya hendak jawab, sebenarnya projek penandaan diesel bersubsidi ataupun singkatannya PPDB ini telah dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada 1 April 2006 yang lalu dengan tujuan bagi menangani isu ketirisan diesel bersubsidi 2006. Tapi pada 31 Mac 2011, program ini, perkhidmatan ini ditamatkan oleh kerana perjanjiannya hanya sekira sampai Mac 2011. Daripada itu penandaan diesel subsidi ini telah dihentikan oleh kerana perkhidmatannya ditamatkan. Jadi pada waktu yang sama pula, kerajaan selepas daripada itu senantiasa meneliti dan menilai langkah-langkah yang sesuai bagi menangani isu sindiket menjual diesel bersubsidi.
Bagi menangani ini, di mana soalan Yang Berhormat Stampin, bagi menangani isu menjual diesel subsidi ini, kerajaan telah, sedang dan akan terus mengambil langkah- langkah yang sewajarnya seperti berikut. Pertama, bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain dan syarikat- syarikat minyak dalam memantau dan memastikan bekalan diesel adalah mencukupi dan berterusan. Kita tidak bekerja berseorangan. Kita bekerja rapat dengan kementerian- kementerian, agensi-agensi yang lain misalnya dengan APMM kalau melibatkan soal hutan. Begitu juga dengan SPRM, dengan Rela, dengan Kastam, Jabatan Polis, JPJ dan lain-lain. Ini kerana, perbuatan ini berkait-kait melibatkan banyak pihak. Oleh kerana itu, di Dewan ini saya hendak merakamkan penghargaan terima kasih kerana kementerian sentiasa setiap masa bekerjasama dalam urusan agenda untuk membanteras penyelewengan diesel ini, ketirisan diesel ini. So, terima kasih kepada mereka. Jadi, selain itu langkah-langkah lain ialah untuk melaksanakan pemantauan yang ketat untuk memastikan bekalan diesel di stesen-stesen minyak dinikmati oleh golongan yang layak. Pemantauan, monitoring all the time. Begitu juga dengan... Minta maaf lah Yang Berhormat Pokok Sena, cakap Orang Putih sedikit...
[Menyampuk]
Oh, hendak tanya juga. 4, 4.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Nombor tiga mengadakan Ops Statik di beberapa buah stesen minyak yang mencatatkan jualan tinggi dan meragukan. Kalau kita lihat di stesen- stesen yang agak meragukan, kita letakkan pegawai kita, Ops Statik nama dia. Kita tengok, lihat dan sebagainya dan didapati Ops Statik ini mendatangkan hasil yang cukup baik sebab penurunan harga dia. Kita bila telah meragukan kita letak yang dinamakan Ops Statik. Begitu juga, dengan kita mengadakan task forces dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan bahagian penguat kuasa Putrajaya untuk membendung penyalahgunaan minyak diesel. We have a task force dan kita pun bermesyuarat berkala. Bila ada perlu, kita duduk bersama. Mengadakan juga risikan dan pemantauan berterusan di stesen-stesen minyak. Begitu juga kita telah mengarahkan semua syarikat minyak mengemukakan jadual pra penghantaran di setiap stesen minyak supaya pemantauan dapat dilakukan. Di Malaysia kita ada lebih kurang 3,600 stesen minyak dan kita sentiasa meminta stesen minyak ini mengemukakan kepada kementerian jadual pra penghantaran. Berapa kita hendak hantar ke stesen ini dan kita minta mereka menghantar balik laporan harian pembelian dan penjualan diesel. Ini adalah arahan daripada bahagian penguat kuasa Unit Kawalan Bekalan dan Harga Bil 6/2013, Bekalan Harga Diesel dan Petrol RON95 di stesen minyak. Ini arahan kita supaya kita dapat monitor, pantau balik. Begitu juga yang kelapan mengarahkan semua stesen minyak mencatat rekod pembelian diesel harian oleh lori-lori. Nombor lori, pendaftaran lori, berapa kuantiti yang dibeli dan sebagainya. Ini semuanya dilaporkan kepada pihak kementerian. Kita hendak pastikan maknanya minyak itu datang di sini berapa banyak. Betul atau tidak dan dia akan laporkan kembali. So, this is the system yang kita amalkan. Yang kesembilannya ialah untuk mengkaji pula permohonan tambahan kuota diesel oleh mana-mana syarikat minyak dari semasa ke semasa. Kadang-kadang dia complaint kuota sudah habis dan ini pula kita membantu pula bagi mereka mendapatkan diesel tersebut tanpa ada gangguan dan sebagainya. Itu Yang Berhormat.
Baiklah Yang Berhormat sekalian. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab Lisan pada hari ini sudah habis. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
[Bangun]
Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Satu ...
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.
Ya. Saya ada hantar usul dan saya mendapat satu jawapan yang saya rasa satu yang sangat tidak tepat jawapan ini kalau berasaskan kepada perkara 23(1)(i). Satu pertanyaan tidak boleh mengandungi perkara-perkara berkehendakkan penerangan berkenaan hal ehwal dalam sebuah negeri asing. Saya tidak minta penerangan berkaitan dengan Mesir. Usul saya ialah usul yang berkaitan dengan untuk meminta Dewan ini ditangguhkan untuk mengadakan satu usul perbincangan berkaitan dengan isu pergolakan rampasan kuasa di Mesir. Saya bukan minta penerangan daripada kerajaan tentang Mesir tetapi saya minta pendirian kerajaan dan pendirian Dewan tentang rampasan kuasa di Mesir. Bagi saya bahawa ini suatu isu yang sangat penting kerana ia membabitkan persoalan kesahihan kerajaan yang digulingkan.
Sebab kerajaan pimpinan Morsi ialah kerajaan yang dipilih secara yang sah oleh rakyat dan rampasan kuasa itu ialah rampasan kuasa yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar untuk menjaga kepentingan Israel. Kita tidak mahu nanti bahawa kita juga dilihat seperti mana Saudi, dilihat seperti mana beberapa negara Arab yang menyokong tindakan tersebut seperti hendak menjaga kepentingan Israel. Jadi, saya hendak sebut di sini bahawa kita bukan mencampuri urusan hubungan diplomatik ...
Ini macam sudah bahas usul.
...Kita dengan negara luar sebab kita juga atas nama kerajaan pernah membentang usul yang berkaitan dengan Gaza, Palestin. Kita juga atas nama kerajaan pernah membentang usul yang berkaitan dengan Iraq. Jadi, bagi saya bahawa usul itu ialah untuk menunjukkan pendirian yang perlu dibuat oleh kerajaan dan oleh Dewan ini. Sebab ia telah mengganggu pelajar-pelajar kita yang sedang belajar di sana kesan daripada rampasan kuasa. Jadi, sebab itu saya mohon pertimbangan kerana bagi saya...
Ini sudah berucap ini. Ini sudah menangguk di air keruh.
...Ia sangat bertentang dengan alasan yang diberikan kepada saya 23(1)(i) ini suatu benda yang tidak tepat. Terima kasih
Sudah, sudah cukup lah. Yang Berhormat Pokok Sena sudah baca sudah lah.
Ya Yang Berhormat Pokok Sena. Saya percaya dan yakin bahawa Yang Berhormat Pokok Sena pun sudah faham dan juga telah menerima jawapan secara bertulis oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kita yang telah menolak dan saya kira keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad di bawah peraturan kita.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang”. [23 September 2013]
Sila Yang Berhormat Pasir Gudang menyambung ucapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyambung di sini agar pihak Menteri mengambil sedikit pandangan setiap kali kita ada perubahan yang ingin dilakukan perlulah kita menggunakan SWOT analysis ini. Ini kerana jika sesuatu pindaan itu dilaksanakan, kita juga perlu mengambil kira kesan atau pun menggunakan kaedah cost effect analysis bagi
kita memastikan rakyat jelata tidak terkesan dan yang paling penting mereka memahami apa yang cuba kita laksanakan. Dengan pemberian masa 60 hari ini, seperti yang dijelaskan semalam, yang telah disuarakan semalam kita sedia maklum akan ada rakyat di negara kita ini yang akan dikenakan cukai pendapatan kerana mereka bekerja secara terus tetapi mereka yang datang daripada luar ini di bawah 60 hari Akta Cukai Pendapatan ini mereka tidak perlu membayar cukai. Jadi, eloklah dikemas kini sebaiknya dari segi apa yang patut dilaksanakan agar mereka ini tidak terlepas daripada membayar cukai bagi pendapatan negara kita. Seterusnya, kita juga perlu mengambil kira apa yang menjadi kerunsingan akan menjadi suatu igauan terutamanya di kalangan anak-anak muda kita. Kita akan ada lambakan lawyers yang ramai di luar sana itu nanti dan kita harap mereka ini akan menjadi lawyer yang baik. Akan tetapi jika keadaan ini berterusan, nampak gayanya succession planning kita akan menjadi atau tidak. Perkara ini haruslah diteliti. Itu sahaja yang ingin saya sambungkan pada hari ini dan saya dengan ini mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Ya, ada lagi Yang Berhormat yang berminat? Yang Berhormat Jasin, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi saya peluang untuk mengambil bahagian tentang Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undan (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013. Sebenarnya, pindaan ini adalah pindaan kepada pindaan, amendment to the amendment. Sebenarnya, pindaan ini adalah Akta Profesion Undang-undang yang telah pun kita luluskan oleh Parlimen pada penggal yang lepas dan telah mendapat perkenan daripada Baginda Yang di-Pertua Agong pada bulan September tahun 2012.
Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, sama ada undang-undang yang telah diluluskan tahun lepas pada bulan September 2012 dan undang-undang pindaan yang kita buat sekarang, pada ketika ini, adakah akan dikuatkuasakan secara serentak dengan tujuan untuk penambahbaikan dan memastikan supaya Rang Undang-undang Profesion Undang-undang ini akan benar-benar dapat memberikan satu impak yang cukup baik sekali. Keduanya, soalan saya kepada pihak kerajaan, adakah stakeholders semua diajak berunding bagi memastikan supaya tidak ada tanggapan-tanggapan ataupun persepsi– persepsi yang mungkin akan mendatangkan masalah pada masa akan datang terutamanya kepada Bar Council. Juga jangan lupa kepada peguam-peguam Islam kerana tujuan utama pindaan rang undang-undang ini adalah semata-mata untuk memastikan supaya kita dapat memperkukuhkan perbankan Islam sahaja, bukan kepada undang-undang yang lain. Jadi, seharusnyalah kita ambil kira kepada peguam-peguam Islam sekali. Seterusnya, kepada [Akta A1444] yang membenarkan peguam asing untuk menjalankan amalan perundangan dalam negara kita walaupun mereka telah diberikan kebenaran untuk menjalankan perkhidmatan amalan melalui permohonan lesen daripada, dengan izin, international partnership dan diperlukan dengan kelayakan-kelayakan yang seharusnya. Akan tetapi kita hendak tahu siapakah sebenarnya regulator yang menentukan sama ada mereka layak ataupun sebaliknya? Adakah regulator ini mempunyai kepentingan. Kita mahu kalau boleh orang yang hanya mempunyai kelayakan dan juga yang boleh menjalankan amalan. Kerana apa yang pasti sekarang, kerajaan akan menjalankan, dengan izin, manage liberalisation ataupun liberalisasi sektor perkhidmatan perundangan. Tidak seharusnya timbul apa juga kebimbangan di kalangan peguam tempatan kononnya mereka tidak akan dapat apa-apa peluang pekerjaan. Ini kerana tujuan utama kita
membenarkan peguam-peguam asing untuk menjalankan international partnership ini satu perkongsian yang sihat supaya mereka dapat memberikan nasihat-nasihat yang berguna dalam perbankan Islam dalam usaha kita menjadikan Malaysia sebagai hab perbankan Islam. Peguam-peguam ini kalau mengikut daripada akta kita ini, dia tidak dibenarkan menjalankan apa-apa juga aktiviti-aktiviti ataupun sistem perundangan selain daripada perbankan Islam. Seterusnya, saya pergi kepada seksyen 37(2B) yang menyebut, “memasuki Malaysia untuk menasihati atau merundingkan dengan anak guam tentang perkara-perkara berkenaan undang-undang yang tidak melibatkan apa-apa aspek undang- undang Malaysia dengan syarat terkumpul peguam asing itu tinggal tidak melebihi 60 hari jumlahnya”. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, kita hendak tanya kepada pihak kerajaan, tempoh 60 hari yang diberikan melalui kelulusan daripada pihak imigresen, apakah sebenarnya taraf peguam-peguam ini sama ada mereka datang di atas tiket lawatan sosial ataupun lawatan pas kerja. Kalau sekiranya pas kerja, walaupun dalam tempoh 60 hari setiap satu calendar year, mereka sepatutnya dikenakan cukai pendapatan. Akan tetapi mereka tidak dikenakan cukai pendapatan melainkan mereka duduk di sini melebihi daripada 60 hari. Seterusnya, apakah jaminan kepada pihak kerajaan bahawa peguam-peguam asing ini walaupun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa juga perundangan- perundangan Malaysia selain daripada perbankan Islam. Apakah jaminan yang mereka tidak ada menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara? Kerana kita dapati, lazimnya, kalau orang-orang asing ini datang ke Malaysia, selalunya ada perkara-perkara yang tidak diingini akan mungkin berlaku. Ini kerana kita tidak mahu apa juga perlakuan yang tidak sihat, terutamanya mereka-mereka yang menganggap diri mereka above the law, dengan izin, boleh menyebabkan keselamatan dalam negara terancam. Jadi, kita mahu siapakah sebenarnya yang akan membuat pemantauan bahawa mereka sebenarnya hanya menjalankan kerja-kerja perundangan sahaja yang tidak ada hubung kait dengan lain-lain perkara? Seterusnya, saya pergi kepada perkara seksyen 4, Perkara 40M. Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apakah sebenarnya komposisi Pihak Berkuasa Tatatertib? Siapakah yang akan membuat keputusan dan apakah sebenarnya hukuman yang akan dikenakan kepada syarikat-syarikat yang ada IP (international partnership). Adakah mereka akan dikenakan satu bon bagi memastikan semua peguam asing yang datang membuat amalan, tidak ada menjalankan kerja-kerja yang bertentangan dengan akta RUU ini. Ini kerana kita mahu kalau boleh syarikat tersebut mestilah bertanggungjawab dan kalau boleh bon diletakkan supaya apa juga kesalahan nanti bukan sahaja syarikat ini akan disenaraihitamkan, bahkan kita mahu kita tarik balik bon yang mereka letakkan. Terakhirnya, kalau kita memberikan peluang kepada peguam-peguam asing untuk menjalankan amalan dalam negara kita, bagaimana pula dengan peguam-peguam tempatan? Adakah mereka juga akan diberikan peluang untuk menjalankan amalan- amalan di negara-negara lain terutamanya kepada syarikat-syarikat tempatan GLC seperti Petronas, Sime Darby dan lain-lain yang menanam modal dalam negara-negara lain, bolehkah peguam-peguam kita mewakili mereka? Ini kerana kita mahu bukan sahaja kita memberikan peluang kepada peguam-peguam asing, bahkan peguam-peguam kita pun mesti mendapat peluang yang sama. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
[Bangun]
Sila Yang Berhormat.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut sama membahaskan rang undang-undang yang penting ini, Rang Undang- undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan cadangan pindaan akta ini yang akan mengecualikan pemakaian peruntukan larangan kepada peguam asing yang memasuki Malaysia untuk memberi khidmat undang-undang secara fly in dan fly out dan tertakluk kepada syarat bahawa tempoh masa kemasukan peguam ini adalah hanya 60 hari. Perkara ini akan memberikan tarikan yang kuat kepada peguam-peguam asing yang ingin menawarkan khidmat guaman mereka di Malaysia. Secara asasnya, pindaan ini adalah amat-amat dialu-alukan kerana ia selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia di bawah WTO bagi sektor perkhidmatan perundangan. Namun begitu, apa yang membimbangkan ramai adalah tahap kewibawaan peguam-peguam tempatan untuk menyaingi peguam-peguam asing yang akan berduyun- duyun datang untuk memberikan perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetengahkan dua perkara yang penting yang saling berkait dengan aspirasi dan hala tuju pembangunan negara.
Berkenaan dengan bahasa pengantar perundangan sejauh manakah aspirasi negara untuk memartabatkan bahasa Melayu didukung? Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memperkenalkan MBM memartabatkan Bahasa Melayu dan juga MBI memperkasakan bahasa Inggeris. Apakah sektor perundangan berjaya mendukung MBM ini? Kita lihat hari ini di negara kita contohnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, beribu-ribu graduan dan pakar-pakar yang dilahirkan dengan menyokong proses memartabatkan Bahasa Melayu ini. Malah kita di Dewan yang mulia ini pun bertutur dan berbahas dalam bahasa Melayu dan kalau kita sebut perkataan dalam bahasa Inggeris, we have to mention, dengan izin. Dalam konteks memperkasakan bahasa Inggeris mampukah kita meletakkan Malaysia di dalam peta global perundangan. Mampukan peguam-peguam kita menjadi pemain-pemain global yang memberikan perkhidmatan guaman di seluruh pelosok dunia? Mampukah kita menyediakan peguam-peguam yang sebegini? Dalam memperkatakan tentang memperkasakan bahasa Inggeris seperti yang saya bangun dan bercakap semalam juga dalam kerjaya-kerjaya yang kritikal, untuk mendapat kelulusan pemeriksaan yang kita lalui kita juga mesti ada penguasaan bahasa Inggeris yang kuat. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang terbaik maka kita dapat bermain di peringkat global. Bukan sahaja dari segi...
[Bangun]
Oh! Sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tadi tentang penggunaan bahasa Malaysia. Nampaknya di mahkamah di peringkat, yang lebih bawah majistret digunakan bahasa Malaysia dan sampai ke tahap yang lebih tinggi mahkamah tinggi dan juga rayuan ataupun Federal Court ianya lebih kepada bahasa Inggeris seperti mana yang kita ketahui. Jadi bagaimana Yang Berhormat melihat hasrat kerajaan untuk jadikan bahasa Malaysia itu sebagai bahasa yang digunakan di mahkamah dan bagaimana pula kita melihat tahap penguasaan peguam yang ada sekarang? Apabila kita mempelawa peguam untuk mereka memberi perkhidmatan di sini nampaknya bahasa Inggeris pula akan diberi satu kedudukan yang agak tinggi. Jadi bagaimana kita hendak mencari satu titik keseimbangan untuk kita mencapai kedua-dua hasrat tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Itulah sebabnya kita kata tadi menjadi hasrat kerajaan hari ini dan menjadi saranan yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita
tentang memperkasakan, tentang memartabatkan Bahasa Malaysia. Jadi kalau di universiti yang tersohor seperti di UKM kita dapat melahirkan beratus ribu graduan dan juga beribu pakar dan kita menggunakan Bahasa Melayu. Kenapa tidak di sektor guaman? Kenapa kita tidak berani memulakannya? Semalam kalau tidak silap saya kita dengar daripada Yang Berhormat kuala Kedah... [Melihat ke tempat duduk YB Kuala Kedah] Yang Berhormat Kuala Kedah sudah hilang. Ada Yang Berhormat Kuala Kedah? Yang Berhormat Kuala Kedah sahabat saya. Dia ceritakan semalam ada orang di Malaysia yang pergi ke Thailand yang telah membuka firma di sana dengan ramai peguam dari Thailand di bawah organisasinya. Jadi ini satu keberanian. Ini juga satu transformasi. Jadi kita harus berani dan kita harus menyokong dasar-dasar ini tentang memperkasakan bahasa Inggeris kerana kita lihat apabila peguam-peguam kita mempunyai penguasaan yang terbaik dalam bahasa Inggeris bukan sahaja dari segi penulisan dan juga penyediaan kertas-kertas perjanjian ataupun kontrak-kontrak malah pertuturan yang kemas, the efficiency and the fluency, dengan izin, untuk berhujah di depan hakim dan juga untuk mengambil bahagian di dalam arbitration, dengan izin dan juga untuk dipilih untuk menjadi panel guaman untuk syarikat-syarikat multinasional. Jadi saya melihat kalau kita berbincang tentang pelajar-pelajar jurusan undang- undang di Malaysia mungkin kursus-kursus yang melibatkan amali ataupun projek-projek ataupun chapters yang melibatkan practice and procedure ditambah dan pengalaman daripada peguam-peguam yang berkaliber yang mempunyai banyak pengalaman dipanggil untuk mengajar dengan kurikulum yang sesuai untuk memartabatkan dan memperkasakan peguam-peguam di negara kita ini. Malah saya pernah terbaca ada institusi ataupun IPT-IPT tempatan yang tidak diiktiraf oleh LKPU iaitu Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang. Jadi pelajar-pelajar ini mereka pergi belajar dan akhirnya mendapat ijazah dan akhirnya tidak boleh praktis, tidak boleh beramal...
Boleh saya tambah sedikit?
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sebenarnya saya hendak menjelaskan sedikit apa yang disebut kelmarin. Pada saya melihatkan pengalaman Thailand yang saya rasa lebih awal membuka pasaran dan membenarkan peguam-peguam luar praktis di Thailand saya rasa lebih awal kerana saya ke sana dan saya jumpa ramai orang asing yang bekerja di sana yang ada faktor-faktor lain yang menarik gergasi-gergasi multinasional membuka perusahaan mereka di sana, pejabat di sana habis semua multinational corporation, the giants ada di sana. Syarikat-syarikat ubat yang saya pergi Pfizer, MSD semua ada di sana. Mereka menggunakan perkhidmatan peguam-peguam Thailand yang menggunakan bahasa Thai. Peguam luar yang ke sana juga akhirnya menggunakan perkhidmatan peguam-peguam Thailand berbahasa Thai, perundangan Thailand, dengan kelihatannya tidak banyak masalah dan diterima baik. Hampir semua multinasional yang giant yang memasarkan produknya di Malaysia juga ada pejabat di sana. Jadi ada faktor-faktor lain bukan semata-mata bahasa, mungkin integriti, mungkin profesionalismenya dan lain-lain lagi. Itu kita kena belajar dan beri perhatian. Mungkin kita boleh gunakan formula yang sama untuk juga memartabatkan bahasa kita tanpa memperkecilkan kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Jadi memang kalau kita lihat di Thailand penggunaannya adalah bahasa Thailand. Jadi kita harus kini mengambil satu sikap ataupun keberanian untuk bersama- sama memartabatkan Bahasa Melayu. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sampaikan dan ketengahkan ialah tentang perkaitan dengan proses globalisasi iaitu TPPA yang sering di debat yang kita dengar bermacam-macam pendapat, kerisauan dan kebimbangan. Kalau kita lihat pada awal tahun 70-an, 80-an malah pada awal 90-an tumpuan kita adalah pada produk eksport
import yang mana aliran atau pergerakan adalah tentang barang dan fokus kita adalah kepada barrier at the border, dengan izin, yang bermaksud perkara-perkara berkenaan dengan tarif dan kuota. Akan tetapi kini dengan proses globalisasi kita lebih menumpukan kepada aliran atau pergerakan perkhidmatan termasuk juga perkhidmatan guaman.
Jadi fokus kita telah beralih, fokus kita hari ini telah beralih kepada barrier behind the borders, dengan izin. Dengan erti lain, kita memikirkan tentang pelesenan, tentang hak- hak beroperasi, tentang syarat-syarat badan profesional, tentang persaingan. Bagaimanakah keterbukaan kita ataupun keterbukaan sektor guaman akibat daripada TPPA ini? Bagaimana bahasa pengantar boleh memberi manfaat kepada kita dalam mengharungi TPPA ini jika kita bersetuju untuk ditandatangani. Isu-isu begini haruslah dilihat dengan lebih menyeluruh, dengan lebih luas dan dengan lebih serius lagi. Ini kerana keputusan yang kita buat pada hari ini, setakat ini bukan sahaja berkenaan dengan bahasa malah mencapai aspirasi negara dan melonjakkan transformasi negara yang dirancang. Tuan Yang di-Pertua, Alang-alang mandi biar basah, Alang-alang berdakwat biar hitam, Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. Dengan semangat untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris, dengan semangat untuk melihat Malaysia bergerak ke arah negara maju, saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih. Kalau tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang minat untuk turut berbahas... [Disampuk] Ada lagi?
[Bangun]
Sila Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan telah membuat keputusan ataupun dasar bahawa kita perlu menghadapi globalisasi terutamanya dalam bidang perdagangan. Oleh itu, kerajaan terpaksa menyediakan kemudahan-kemudahan yang ada. Ini termasuklah juga dengan pindaan- pindaan undang-undang. Pindaan undang-undang yang ada sekarang ini adalah sebahagian kecil daripada pindaan-pindaan yang perlu dilaksanakan terutamanya apabila kita menerima TPPA. Apabila kita menerima undang-undang dasar ini, maka kita terpaksa meminda banyak lagi peruntukan-peruntukan undang-undang di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, pada akhir ini kita melihat bahawa Majlis Peguam Malaysia mengambil sikap yang menentang kepada kerajaan. Banyak keputusan-keputusan ataupun kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan adalah berbaur pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Peguam ini sebenarnya ditubuhkan di bawah sebuah akta yang bernama Akta Profesion Undang-undang 1976. Oleh sebab itu, Majlis Peguam ini bukanlah sebuah NGO yang bebas bercakap dan mengeluarkan pendapat-pendapat dan ahli-ahlinya terlibat dalam tunjuk perasaan-tunjuk perasaan di jalanan bersama-sama dengan pembangkang. Ini bukanlah tanggungjawab Majlis Peguam. Tuan Yang di-Pertua, kita juga tahu bahawa di dalam pindaan ini Majlis Peguam mempunyai peranan yang amat penting. Sebabnya majlis Peguamlah yang akan
mengeluarkan practicing certificate kepada peguam-peguam asing yang akan datang berkhidmat di negara kita. Jadi saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Majlis Peguam diberi kuasa untuk meluluskan certificate-certificate ataupun sijil-sijil ini, maka mereka akan memilih bulu. Hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja yang akan diberi kelulusan untuk berkhidmat di negara kita. Jadi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, saya risau juga sebabnya apabila mereka datang ke mari dan sebulu dengan pihak pembangkang, tentu sekali mereka akan melihatkan diri dalam perkara- perkara di luar bidang kuasa mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat kerajaan terpaksa mengambil pertimbangan yang berat dalam hal ini. Kita tidak boleh bebaskan Majlis Peguam ini untuk membuat keputusan-keputusan menentukan siapa yang akan boleh berkhidmat dan siapa yang tidak boleh berkhidmat. Ini kerana di dalam Malaysia sebabnya...
Ratifikasi Yang Berhormat.
Tidak apa, nanti sekejap nanti saya bagi. Jadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat perkara ini amat penting dan harus diambil kira. Sebabnya kalau ini dibiarkan, maka peguam-peguam yang pakar kononnya ini yang diterima masuk oleh Majlis Peguam Malaysia akan masuk ke Malaysia dan akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan. Jadi saya dengan ini Tuan Yang di-Pertua, dan juga saya tujukan kepada Menteri berkenaan supaya sesuatu tindakan ataupun pindaan dilaksanakan kepada Akta Profesion Undang- undang 1976. Ini kerana saya percaya kebebasan terlalu diberi kepada Majlis Peguam Malaysia dan mereka sesuka hati membuat tindakan-tindakan. Jadi, saya mencadangkan supaya Majlis Peguam Malaysia ini bersikap berkecuali dalam semua tindakan mereka. Mereka tidak boleh terlibat dalam menyokong pembangkang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mencadangkan supaya kerajaan meminda...
Ahli Yang Berhormat ratifikasi.
Boleh?
Akta Profesion Undang-undang 1976 ini supaya dia memberi - tidak apa, nanti dahulu sekejap ya. Let me finish ya. Supaya wakil-wakil daripada Peguam Negara akan secara automatik dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa di dalam Majlis Peguam Malaysia. Satu daripadanya juga ialah supaya penentuan untuk siapa yang akan mendapat sijil-sijil praktis daripada peguam-peguam luar negara ini, supaya dapat dipantau oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya. Ini supaya bukan sahaja orang-orang yang sebulu dengan Majlis Peguam ini yang akan dimasukkan dan diberi sijil. Seperkara lagi saya difahamkan bahawa Majlis Peguam Negara ini diberi peruntukan RM2 juta setiap tahun. Saya harap kerajaan mengkaji semula peruntukan ini sebabnya Majlis Peguam telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyokong pembangkang...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua.
Dalam perbuatan mereka. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Silam, duduk dahulu Yang Berhormat Silam. Peraturan mesyuarat.
Telah membuat sangkaan jahat, orang yang dituduh tidak ada dalam Dewan. Tuduhan seperti... [Disampuk] Peraturan Mesyuarat 36(12) sudah jelas, “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan perkataan dan sifat
menghina.” Peraturan Mesyuarat 36(6), ”Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain dan juga...
Itu nasihat.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tuduhan ini adalah tuduhan yang berat. Dalam keadaan Majlis Peguam tidak ada di dalam Dewan ini, tidak adil untuk kita membuat tuduhan sweeping seperti itu. Kalau betul tuduhan itu, saya mencabar supaya Ahli Yang Berhormat mengeluarkan kenyataan di luar Dewan ini supaya pihak...
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Sepang, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada hujah-hujah yang saya dengar selama lebih kurang lima tahun saya bertugas sebagai Speaker, yang lebih hebat dikeluarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Hebat daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Silam. Akan tetapi saya memilih untuk membiarkan hujah-hujah itu, kalau kita semua persetujui. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sepang, sangkaan jahat tidak dibuat. Ayuh, kita sama-sama buat perubahan bahawa kalau berhujah, jangan ada sangkaan-sangkaan jahat, jangan menuduh secara melulu, jangan ada fitnah. Saya gembira kalau ada begitu kerana kerja saya senang. Akan tetapi kebanyakan kerja saya mengawal persidangan apabila timbul hujah-hujah yang menyakitkan hati dan sedemikiannya. Jadi Yang Berhormat Silam, ambil perhatian dan saya seru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk ambil perhatian. Awas! Apabila berhujah, kalau saya pegang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang, saya akan perhatikan setiap hujah yang dikeluarkan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya jelas di dalam surat khabar apabila kita melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Majlis Peguam ini biasanya mencela kepada kerajaan. Saya percaya memang ramai juga daripada ahli-ahli guaman di Malaysia ini menyokong kepada kerajaan. Akan tetapi mereka yang dipilih untuk menjadi Presiden Majlis Peguam ini hanyalah orang-orang yang suka mengkritik kepada kerajaan. Itu sebabnya saya membuat andaian seperti begitu. Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan membuat perubahan seperti yang saya cadangkan tadi...
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai berdiri.
Nanti, saya habiskan.
Sila, sila teruskan.
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mencelah sedikit.
Sekejap ya, I finish. Jadi saya ulangi bahawa kepada kerajaan supaya membuat pindaan ini sebab ini amat penting. Kita akan menghadapi banyak perubahan dan kita tidak boleh serahkan ini kepada Majlis Peguam Negara dan juga RM2 juta peruntukan yang diberikan itu saya minta kerajaan kaji semula. Macam mana ia digunakan oleh Majlis Peguam. Yang Berhormat Limbang.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Silam sebagai cadangan, apakah perlu kerajaan apabila undang-undang ini diluluskan, perlu adanya penapisan tentang siapa-siapa warga asing yang ingin hendak mengamalkan bidang profesion mereka di
negara kita? Melihat latar belakang dan sebagainya, kegiatan di luar negara ataupun apa- apa juga aktiviti mereka di luar negara.
Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Limbang. Itu sebabnya saya minta kepada kerajaan supaya mengambil perhatian dan mengambil berat dalam memutuskan siapa sahaja yang boleh diberi sijil-sijil ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya...
Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Silam itu tadi Tuan Yang di-Pertua. Seharusnyalah saya memberikan penekanan supaya apa juga syarikat-syarikat yang mahu bergabung International Partnership (IP) ini supaya dikenakan satu bon. Akan tetapi kita hendak tahu siapa yang akan membuat pemantauan, supaya peguam-peguam asing ini tidak ada menjalankan aktiviti-aktiviti yang selain daripada yang kita benarkan. Ini kerana mereka hanya dibenarkan untuk membuat amalan tentang perundangan perbankan Islam sahaja bagi menambah baik. Akan tetapi hendaknya jangan mereka mengadakan apa-apa juga perbincangan yang boleh mengancam keselamatan negara. Bon ini perlu supaya apa juga kesalahan yang mereka buat, kita tarik bon ini dan syarikat tersebut disenaraihitamkan. Itu cadangan, memang bagus cadangan Yang Berhormat Silam tadi.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Saya memang bersetuju pandangan itu. Saya difahamkan bahawa apa yang dinilai ialah firma-firma guaman yang berkualiti. Itu yang dimaksudkan kepada yang dipertimbangkan. Akan tetapi di dalam keputusan itu, individu yang akan diterima, kita tidak tahu siapa dia. Hanya firma-firma guaman yang mempunyai nama yang baik di luar negara, itu yang akan diterima. Akan tetapi individu-individu peguam yang akan diterima itu kita tidak tahu siapa. Ini akan diputuskan oleh Majlis Guaman Malaysia. Ini yang kita perlu perhatikan. Kita mesti ambil tindakan yang tegas, memastikan mereka ini tidak datang ke mari dan terlibat dengan tunjuk perasaan di jalanan bersama dengan pembangkang. Ini yang kita tidak mahu ataupun memberi kenyataan-kenyataan yang menghentam kerajaan.
Mohon laluan, Yang Berhormat Kuantan.
Sebab kita tahu mereka ini datang dari negara yang mempunyai kebebasan-kebebasan yang luar biasa. Apabila mereka datang ke mari, mereka akan mengkritik cara kita hidup.
[Bangun]
Sebab cara kita adalah cara kita, budaya kita
[Bangun]
Jadi saya tidak mahu...
Yang Berhormat Silam, minta laluan?
Tuan Yang di-Pertua...
Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Kalau berani bagi laluanlah.
Penjelasan.
...Saya menyokong kepada rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Silam telah habis berhujah. Yang berdiri ini berhujah atau mahu mencelah?
Saya mahu berhujah.
Sila, sila.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam meminda Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa dalam negara kita, seseorang yang layak menjadi peguam, mereka mestilah mendapat kelulusan dari Sarjana Undang-undang daripada universiti tempatan. Ada enam buah universiti. Juga yang mana pelajar-pelajar dari luar negara, dari UK sebagai contoh, mereka walaupun ada LLB tetapi mereka kena mengambil barrister-at-law di UK ataupun CLP. Saya hendak sentuh mengenai CLP kerana CLP ini kita sedia maklum bahawa satu badan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1984. Di mana dalam CLP seperti saya nyatakan tadi, majoriti pelajar-pelajarnya terdiri daripada lulusan dari United Kingdom. Apa yang hendak menarik perhatian saya pada hari ini ialah mengenai keputusan, keputusan peperiksaan Sijil Amalan Guaman. Kalau kita lihat keputusannya ini semakin menurun. Di mana pada tahun 2012, 860 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah yang lulus hanya 350 orang calon atau 40.7% sahaja. Peratus kelulusan untuk peperiksaan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2011 hanya 45.3%. Pada tahun sebelumnya juga iaitu tahun 2010, menurun. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan CLP ini adalah lulusan dari luar negara terutamanya dari United Kingdom yang mendapat LLB. Persoalan kita ialah mengapakah mereka ini yang datang dari London, yang bahasa Inggerisnya tentulah baik, tetapi apabila balik ke Malaysia mengambil Sijil Amalan Guaman, boleh gagal. Oleh itu kita kena buat kajian, adakah standard pengajaran undang-undang di luar negara lebih rendah daripada standard pengajian undang-undang di dalam negara? Ini kita kena kaji. Mereka semua kadang-kadang ada yang Second Class Honors pun ambil CLP akan tetapi dia gagal. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum ada undang-undang yang di luar negara seperti di United Kingdom, mereka pakai common law. Undang-undang di Malaysia, kita pakai written law. Land law sebagai contoh. Land law di United Kingdom langsung tidak ada kaitan dengan kita. Sebab itu apabila buat CLP ini, land law ini ramai yang gagal. Namun demikian, daripada hujah yang saya kata tadi bahawa ramai yang gagal walaupun mendapat kelulusan dari United Kingdom, balik di sini buat Sijil Amalan Guaman, mereka ramai yang gagal. Akan tetapi kita masih lagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mendapat kelulusan barrister-at-law dari United Kingdom. Oleh kerana itu kita hendak kena, saya minta pihak Majlis Guaman kena buat kajian sama ada sesiapa yang hendak practice legal di Malaysia, diwajibkan membuat CLP walaupun dia ada barrister-at-law. Ini kerana walaupun dia ada barrister-at-law tidak semestinya dia akan menjadi lawyer yang baik. Oleh kerana saya sudah kata tadi mereka ada LLB. Apabila buat CLP, ramai yang gagal. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh mengenai integriti seorang lawyer. Ini kerana kalau legal profesion ini anggotanya ialah peguam. Siapa yang hendak menjaga the professionalism of the peguam-peguam ini. Mestilah peguam. Akan tetapi kalau ada di antara peguam-peguam di Malaysia yang tidak ada integriti, yang hanya tahu bercakap lain, buatnya lain, yang hanya tahu mencari publisiti murah.
Inilah lawyer yang akan meruntuhkan profesion peguam di dalam negara kita. Saya ambil satu contoh Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Saya ambil contoh pada 22 Oktober 1997. Saya sudah menjadi Ahli Parlimen pada ketika itu. Saya
masih ingat Yang Berhormat Bukit Gelugor pada ketika itu mewakili Jelutong sebab saya pun ambil bahagian pada ketika itu. Dalam Hansard saya baca. Tuan Yang di-Pertua, saya nak ambil contoh bagaimana integriti seorang peguam. Tidak apalah, nanti you boleh bangun. Ini saya ambil petikan. Ia menyebut, “Tuan R. Karpal Singh [Jelutong] : Baru-baru ini ke atas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan khasnya oleh dua orang yang ada melemparkan ke atasnya. Seorang adalah pemandu kereta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kalau saya tidak silap. Ada seorang lagi adik kepada political secretary beliau. Kedua-dua ini ada berjumpa saya pada bulan Ogos 1997, berjumpa kerana nyawa dia ada dalam merbahaya. Mereka ada jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang ada dilafazkan kedua-dua ini adalah jadi isi kandungan dalam dua surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah serius seperti yang saya nyatakan tadi...
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Point of order apa ini?
Point of order.
Yang Berhormat Tanjong Karang sila.
Peguam apa ini?
Tuan Yang di-Pertua, point of order saya adalah...
Yang mana?
Konvensi yang jelas bahawa...
Tuan Yang di-Pertua, saya nak tahu. Sebut dulu peraturan berapa.
Nanti dulu.
Sebut dulu peraturan berapa.
Duduk dulu, duduk dulu.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Point of order.
Ini tak boleh. You sebut dulu...
Yang Berhormat, peraturan...
You peguam.
Point of order.
Point of order berapa? Peraturan...
Point of order.
Ini contoh peguam yang tidak ada standard.
Point of order.
You sebut dulu peraturan berapa.
Point of order.
Sebut dulu peraturan berapa.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua beri saya terangkan point of order. Duduk dulu.
Tuan Yang di-Pertua...
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya nak minta sebagai peguam mesti bangun, sebut...
Point of order.
Ya lah, peraturan mana Yang Berhormat, peraturan mana?
Point of order. Point of order.
Peraturan berapa?
Point of order. Point of order.
Okey, peraturan berapa?
[Ketuk meja]
Tuan Yang di-Pertua, point of order saya adalah...
Yang Berhormat Padang Serai duduk.
Peraturan berapa?
Ahli-ahli Yang Berhormat, tugas saya dan tugas timbalan- timbalan saya mempengerusikan Mesyuarat, menentukan semua hal dan perkara sama ada point of order saya terima atau tidak. Itu sebab apabila ada hujah, saya biarkan dahulu untuk membuat pertimbangan apa yang dihujahkan itu betul atau tidak. Kalau perlu saya berhentikan atau tidak. Faham? Jangan Ahli-ahli Yang Berhormat memandai-mandai kerana kalau pun Ahli Yang Berhormat fikir lebih pandai daripada saya, ada peruntukan- peruntukan tertentu yang membela saya. Keputusan Speaker adalah muktamad. [Tepuk] Peruntukan tersebut sengaja disimpan di situ untuk mengelakkan Ahli-ahli Yang Berhormat memandai-mandai. Sila point of order. We will listen.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, point of order saya adalah ini, adalah jelas daripada...
[Dewan riuh]
Point of order apa Yang Berhormat? Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Saya mahu dengar apa itu point of order. Point of order mana Yang Berhormat?
Peraturan 36.
Peraturan 36 yang mana satu Yang Berhormat?
36(4) dan juga 36(6) iaitu adalah jelas bahawa apabila perkara seperti ini ditimbulkan, Ahli tidak ada.
Yang Berhormat...
Ahli yang dirujuk tidak ada di dalam Dewan.
Ahli Yang Berhormat, nanti dulu Yang Berhormat.
Ya
[Dewan riuh]
Point of order Yang Berhormat katakan tadi – Ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap dahulu. Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk dulu. Belum pun saya jelas mana satu point of order yang ditimbulkan. Point of Order 36(4) “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab).” Mana lagi satu Yang Berhormat?
Peraturan 36(6).
“Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.”
Ya.
Duduk dulu Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Sepang berdiri apabila Yang Berhormat Silam berhujah. Seating 36(6). Yang Berhormat Sepang adalah peguam tetapi saya biarkan. Yang Berhormat Silam yang bercakap itu pun saya tahu peguam, practicing lawyer. Apabila kadang-kadang seating order yang tidak betul, kadang-kadang saya biarkan. Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi adalah orang yang luar, bukan Ahli lain. I just let it go. Make the perbahasan smooth, never mind. Sekarang pula Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan isu 36(4) “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa yang kurang sopan.” Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang berhujah mengenai satu insiden yang dia refer kepada Hansard. Saya biarkan tadi oleh kerana saya biarkan sekejap dahulu, adakah hujah itu relevan dengan pindaan. Kalau tidak relevan saya akan tegur dia “Ahli Yang Berhormat terlampau melencong jauh itu”. Tugas saya. Biarkanlah saya buat tugas saya dan timbalan- timbalan saya buat tugas mereka. Kamu bahas ikut peraturan. Senang kita semua. Tiada pertengkaran. Tiada menghabiskan masa. Sila, sekarang apa lagi itu point of order. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis sebenarnya. Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak ada dalam Dewan. Adalah konvensi yang jelas
[Dewan riuh]
Apabila Ahli tidak ada dalam Dewan dan Ahli lain hendak timbulkan isu yang begitu serius, mengutuk, mengkritik Ahli tersebut, itu konvensi jelas, Erskine May. Saya tidak ada tetapi Erskine May jelas, tidak boleh. Ahli tidak ada. Dia patut tahu, berapa lama dia dalam Parlimen. Itu point yang saya timbulkan Tuan Yang di- Pertua. Ia juga merangkumi 36(9).
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Saya nak sokong dalam perkara ini...
Ahli Yang Berhormat biar saya respons dulu kepada Yang Berhormat Padang Serai.
Nanti boleh respons sekali.
Boleh saya respons Yang Berhormat kepada Yang Berhormat Padang Serai? Yang Berhormat, saya mohon maaf kepada Yang Berhormat. Saya duduk di sini lebih kurang enam tahun sekarang. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk sini lebih lama daripada saya. Yang Berhormat Bukit Gelugor, sekarang Yang Berhormat Gelang Patah, ada lagi ramai termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh. Konvensi Yang Berhormat luahkan ini adalah konvensi Erskine May dan orang luar di sana. Parlimen mana? Ini Parlimen Malaysia Yang Berhormat. Yang Berhormat adalah peguam, saya peguam, Yang Berhormat Silam peguam, ramai lagi peguam. Apa yang harus kita ingat Yang Berhormat ialah kalau kita buat comparison umpamanya buah, biarlah epal dengan epal. Jangan epal dengan orange. Ini kerana Yang Berhormat seperti yang saya sebut, Yang Berhormat baru adalah penggal pertama, belum pun panas tempat duduk. Perkara sebegini yang disebut oleh Yang Berhormat tadi itu telah menjadi budaya Parlimen Malaysia yang di suatu ketika dulu saya cuba untuk perbaiki.
Apabila itu budaya Parlimen, maka kita akan buat secara beransur-ansur. Sudah menjadi tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa kalau ada Yang Berhormat tidak hadir pun dikerjakan juga. Saya boleh memperincikan satu-persatu kerana semua saya ada rekod. Oleh sebab itu apabila ada satu perkara berlaku, saya biarkan kerana it happens before in Malaysian Parliament, not only during my time. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, suka saya ingatkan kalau berhujah ikut peraturan mesyuarat tetapi ramai yang sengaja tidak ikut peraturan mesyuarat. Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua tidak boleh juga campur hal kerana dulu pernah ditegur oleh Yang Berhormat Gelang Patah. “You are not a Speaker, you are not a listening Speaker, you are talking Speaker.” You see? I got to talk kerana rather than listening to all your opinion, I’ll listen to my own voice. It’s better. You think I don’t get bored listening here? Day in and day out, all the opinions that I don’t even agree. Some of us rate ourselves very highly. Minta maaf Ahli Yang Berhormat. Ada di antara kita yang terlampau memberi seolah-olah kita punya opinion sahaja that counts. Tujuan kita di sini berbahas. We listen. Yang Berhormat Tanjong Karang proceed with your speech but please confine to akta yang dipinda.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak jawab sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya.
Yang Berhormat tidak ada hak untuk menjawab apa yang saya sebut. Sila duduk.
Just one...
Apa ini?
Sila duduk Yang Berhormat.
Ini floor saya Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua ada buat remarks terhadap saya...
Yang Berhormat sila duduk.
...Bahawa saya baru masuk...
Yang Berhormat sila duduk. Itu sebab Yang Berhormat baru, sila duduk.
Ini tidak adil. Perlu beri... Tuan Yang di-Pertua ada membuat remarks kepada saya...
Tuan Yang di-Pertua.
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya.
Tak apa, tak apa. Yang Berhormat Sepang duduk.
Saya, Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat.
Bagi saya cakaplah. Yang Berhormat Sepang tadi sudah cakap. Ini pun... Bagi saya cakaplah, ini floor saya.
Yang Berhormat Sepang, sila duduk.
Minta penjelasan sedikit sahaja.
Penjelasan apa? Penjelasan kepada saya. Okey Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, dia hendak minta penjelasan atau pun point of order?
Daripada Speaker.
Tidak, saya hendak tanya...
Tentang point of order.
Point of order okey. Kalau penjelasan saya yang beri, bukan Speaker. Point of order yes, Speaker punya kuasa. Ini pun tidak faham?
Tuan Yang di-Pertua, ini melanggar peraturan mesyuarat.
Ya, saya hendak tanya.
Why he’s standing up? Kenapa dia berdiri?
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua.
Bolehkah Ahli Yang Berhormat yang berdiri duduk?
Saya telah dipanggil untuk meneruskan ucapan.
Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk dahulu Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat yang tidak tahu bahasa.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tidak tahu undang-undang, lawyer haprak la ini.
Duduk dahulu Yang Berhormat Tanjong Karang. Ahli-ahli Yang Berhormat benar-benar tidak faham. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat menganggap saya bahawa Ahli Yang Berhormat adalah lebih pandai daripada saya. Akan tetapi yang jelas ialah saya duduk di sini dengan peraturan mesyuarat dengan kuasa-kuasa tertentu. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai bahawa tidak semua boleh berdiri, betul. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa kalau penjelasan mencelah mesti melalui dia bukan saya adalah betul. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang bahawa dia minta penjelasan daripada saya untuk standing order adalah betul. Semua itu betul. Akan tetapi kalau tidak ada orang yang menentukan siapa yang harus didahulukan, tidak boleh habis mesyuarat. Itu sebab dengar kepada Speaker. Ini kerana tiga berdiri, nanti jadi 30 orang berdiri. Sekarang sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai yang berkaitan dengan standing order ini bahawa tidak ada yang dikodkan itu boleh dikatakan tidak betullah dan rakan saya mengatakan bahawa boleh rujuk kepada Erskine May. Jadi saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua bersetuju dengan saya bahawa standing order ini is not …. Ada lakuna. Jadi dalam keadaan lakuna begitu saya percaya conventionnya kita boleh merujuk kepada praktik- praktik di Parlimen lain. Dalam konteks itulah saya percaya Ahli Parlimen Padang Serai tadi minta supaya dalam keadaan Ahli Parlimen tidak di sini. Kita boleh merujuk dalam keadaan tidak ada peruntukan khas berkaitan dengan isu itu. Saya percaya Tuan Speaker sebagai seorang yang well verse dalam undang-undang yang saya hormat dan saya rasa Tuan Speaker juga boleh menerima pakai bahawa precedent-precedent yang lain juga. Daripada tempat-tempat lain. Itu sahaja.
Terima kasih.
Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, itu saya setuju. Saya tidak mengatakan bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai itu adalah tidak betul dan tidak seharusnya merujuk kepada Erskine May atau pun buku-buku lain kerana itu adalah rujukan saya juga. Akan tetapi yang saya katakan ini Yang Berhormat ialah dalam berbahas ini tidak ada di antara kita pun termasuk diri saya sendiri yang mengatakan kita betul. Cuma saya ada menyatakan peraturan mesyuarat. Apa sahaja keputusan saya sama ada yang betul atau tidak menjadi keutamaan. Itu sahaja. Keutamaan itu untuk mengelakkan jangan ada pertikaian berpanjangan. Saya beri contoh Yang Berhormat. Baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat CPA international. Apabila semua Speakers seluruh Komanwel ada dan Ahli Yang Berhormat, maka timbul satu isu yang very sticky issue. Seorang Speaker berdiri dari satu negara, Speaker. Dia kata, “Walaupun saya tidak bersetuju dengan apa yang dihujahkan tadi, I am not satisfied what I say but I am not holding. I will not hold the conference”. Proceed, itu yang kita mahu. You see? Jadi, biarlah saya yang membuat keputusan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang itu sama ada ianya melanggar peraturan ataupun tidak kerana I am listening. I was about to comment to Yang Berhormat Tanjong Karang. Bukankah itu terlampau jauh melencong untuk babitkan satu perkara yang pernah berlaku mengenai dengan satu Akta Profesion yang diubah. Jawapan dia nanti saya tahu dia kasi sama saya, ya inkling tetapi jawapan saya nanti isn’t need to remote. Bukankah ada dalam undang-undang remoteness to damage, remoteness to argument. Kadang-kadang is to remote. So do not connective. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang, proceed, tetapi jangan terlampau jauh melencong daripada akta pindaan kerana dalam peraturan mesyuarat kita, apabila mahu meminda satu akta, pindaan itu sahaja yang kita harus berhujah. Jangan terlampau kaitkan...
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sentuh fasal liberalisasi dan juga peguam. Ini masalahnya kita hendak memberi kebenaran peguam luar negara. Salahkah kita saya juga hendak beri torture peguam dalam negara? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyaklah Tuan Yang di-Pertua beri syarahan undang-undang kepada lawyers tidak berapa faham ini. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya sudah penggal kelima Tuan Yang di-Pertua, saya pun peguam. Tadi dia tanya saya peguamkah, saya peguam! Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ajar - bukan baru ini Tuan Yang di-Pertua. Apa yang jadi kelam-kabut ini yang baru, hendak tanya berapa tandas Dewan ini dia pun tidak tahu berapa banyak tandas barang kali. Hendak cari tandas pun tidak jumpa lagi. Cakap dalam Dewan berhabuk. Saya hendak ajar Tuan Yang di-Pertua, ini sahabat-sahabat saya sebelah sana, cara hendak bangun macam ini, “Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu peruntukan kepada Peraturan Mesyuarat 36(5) dan 36, kena sebut dahulu”
Saya mohon supaya Tuan Yang di-Pertua campur tangan Tuan Yang di-Pertua.
Apa hal ini? Hah! Ini bangun lagi ini.
You want to be a Speakerkah? Kalau you want to be a Speaker, naik ataslah.
Tidak! Saya hendak...
[Ketawa]
If you want to be a Speaker naik atas.
Sila, sila.
Tidak, jangan cuba...
Sudahlah kena turun bawah, berlagak lagi.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Yalah!
Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sudah, sudah.
Sudah turun pangkat pun hendak berlagak lagi.
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang sila.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Silakan hujah Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kalau macam inilah standard Yang Berhormat Sepang jadi peguam, patutlah dahulu dia lawan saya kes tindakan kepada seorang guru dia kalah dengan saya. Hah! Macam itulah dia kalah.
Sudah, sudah. Teruskan Yang Berhormat. Tiada kena mengena. Itu tiada kena mengena akta pindaan.
Kalau macam inilah standard seorang peguam...Tidak, bukan! Tuan Yang di-Pertua.
Sila, teruskan hujah.
Perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini penting kerana puak-puak sebelah sanalah yang selalu menimbulkan huru-hara. Kalau mereka...
[Dewan riuh]
Patutlah turun pangkat, patutlah turun pangkat.
Ya, Tuan Yang di-Pertua saya...
Tarik balik. Ini bukan sangkaan jahat.
Ya, tidak ada sangkaan jahat. Sebab dia tidak faham. Masalah yang jadi huru-hara dia tidak faham...
Ini orang yang sudah tidak jadi Menteri macam inilah Tuan Yang di-Pertua. Kesian dia, dia meroyan.
[Ketawa]
Kita maafkan dialah Tuan Yang di- Pertua.
Dia duduk merapu sahaja.
Sekarang ini jadi Ahli Parlimen biasa, meroyan.
Tidak ada.
Meroyan. Kita kesian.
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam.
Tidak apalah Tuan Yang di-Pertua. Beri dia cakap, beri dia cakap. Meroyan.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, dia merajuk ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menjadi Menteri. Akan tetapi saya menjadi pengusaha kepada perhubungan UMNO Selangor, saya akan pastikan pilihan raya 14, Yang Berhormat Shah Alam tidak akan duduk di sini lagi.
[Ketawa]
Sila, sila teruskan. Jauh melencong daripada perbahasan. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Hah! Jaga ikan, jaga ikan. [Dewan riuh]
Saya dekat sini Tuan Yang di- Pertua, saya tidak mahu menjadi Menteri sebab tugas saya hendak ambil balik Selangor supaya Yang Berhormat Shah Alam ini tidak ada merapu lagi dalam Dewan. Hah! Yang Berhormat Sepang tidak ada merapu lagi dalam Dewan ini, tunggu PRU 14.
101% Tuan Yang di-Pertua, 101% nuif. Hah! Itulah kata calon Barisan Nasional...
Yang Berhormat Tanjong Karang, Kuala Langat, Kuala Langat menang? Confirm? [Ketawa]
Di Shah Alam itu, confirm. [Ketawa]
Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua, ini yang kadang-kadang bila peguam kita, dia bukan bodoh tetapi dia kurang cerdik.
[Ketawa]
Dia kurang cerdik. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Padang Serai ini kelulusan apa. Barrister-at-Law apakah? Kalau dia buat Barrister tadi saya cakap. Saya tidak tahu kelulusan dia, kalau dia kelulusan Barrister-at-Law itu sebab tadi saya cadang. Orang yang kelulusan Barrister-at-Law ini balik Malaysia buat juga…
Minta laluan, minta laluan hendak tanya. You pernah sekali atau tidak appears dalam mahkamah, sebagai peguam pernah atau tidak?
[Dewan riuh]
Pernah tidak sekali appears dalam mahkamah? Pernah tidak? Mahkamah Persekutuankah, Mahkamah Rayuankah, Mahkamah Majistret pernah atau tidak?
Tidak tahu sudahlah!
Tidak pernah diamlah! Duduklah! Tidak payah...
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan Yang Berhormat Sepang dia tidak baca profile saya. Saya jadi Ahli Parlimen sejak 1995. Sepatutnya saya naik pangkat. Kalau saya sudah jadi jawatan kerajaan, mana boleh praktis. Sekarang pun saya bukan lawyer lagi. Tidak faham! Ini sebab Tuan Yang di- Pertua, ini puak-puak...
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan...
Sudahlah kalah di Tanjong Karang dan lari ke Sepang. Lawan kalah dalam mahkamah, hendak lawan lagi dengan saya?
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Eh! Baliklah Tanjong Karang, lawan saya nanti.
Tidak ada masalah.
Ala....
Ingat saya takut dengan awakkah?
Duduklah Yang Berhormat Sepang.
Eh! No lah. Saya tidak takut langsung dengan orang ini.
Malulah.
Duduk Yang Berhormat Tanjong Karang duduk dahulu, duduk. Tarik nafas dulu Yang Berhormat. Sebentar tadi saya mahu cadangkan Yang Berhormat Tanjong Karang sama Yang Berhormat Sepang keluar sekejap. Jadi habiskan dulu bahas di situ sementara saya panggil orang lain untuk bahas. Akan tetapi kalau saya buat begitu tidak elok. Jadi kalau saya sekali skala saya kasi lepas geram harus kamu faham kerana saya jarang-jarang kasi lepas geram kepada siapa, saya bukan ada kawasan untuk bertanding, saya tidak bertanding bahagian, begitu. Jadi Ahli Yang Berhormat semua orang politik tempat skrin keluar itu banyak di luar sana. Jadi sekarang Yang Berhormat Tanjong Karang saya jemput untuk hujah terus tumpukan kepada akta yang sedang kita bahas sekarang ini, yang lain-lain itu nanti di luar boleh bercerita dengan Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Sepang. Sila teruskan.
Setuju!
Tidak Tuan Yang di-Pertua, saya cakap benda yang betul sebab masalahnya tadi yang menjadi kelam kabut pihak sebelah sana tidak faham peraturan mesyuarat. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat kata saya setuju kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor ini ahli, Ahli Dewan, seolah-olah Yang Berhormat menafikan hendak mengatakan Yang Berhormat Bukit Gelugor ini bukan Ahli Dewan kah? Sama ada dia datang atau tidak datang itu menjadi kewajipan dia datang. Takkan saya tunggu dia datang baru saya hendak bercakap. Mengapa begitu cetek sekali Tuan Yang di-Pertua, cetek sekali tafsiran, tafsiran peraturan. Tanya budak Tingkatan Lima pun dia faham Tuan Yang di-Pertua. Saya pun hairan macam mana boleh menjadi peguam orang macam ini. Saya pun hairan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua pada tahun 1995 waktu masa itu Yang
Berhormat Jelutong membangkitkan membantah Yang Berhormat daripada Permatang Pauh pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri tiada dalam Dewan, tiada dalam Dewan. 1997 Yang Berhormat pun belajar lagi, agaknya baru belajar law barangkali. Dia tiada dalam Dewan. Yang Berhormat bercakap bantai Menteri, adakah mesti ada dalam Dewan? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merakamkan rasa sedih sangat Tuan Yang di- Pertua, begini standard seorang peguam kedua-dua peguam yang kata hebat, hebat apa? Kalau tafsiran peraturan dan undang-undang pun tidak boleh faham. Peraturan mesyuarat pun tidak boleh faham. Erti apa yang orang kata tidak faham Tuan Yang di-Pertua. Duduk la kalau tidak faham peraturan pergi belajar dulu lah. Tidak tahu, saya ajar. Macam mana hendak memahami peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa beliau - Kalau you mengajar orang semua failed.
[Ketawa]
Ini yang menjadi kelam kabut Tuan Yang di-Pertua. Kalau dia faham peraturan, saya sudah habis berucap dah.
Tuan Yang di-Pertua, telinga pun sudah sakit ini.
Akan tetapi dia cuba hendak kacau.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dia cuba hendak kacau, hendak ganggu saya. Mereka ini malaikat jangan sentuh langsung. Kalau kita buat salah dia bantai tidak apa.
Sudah meroyan.
Eh, kalau orang dia buat salah, baru sentuh sikit mukadimah sudah hendak marah. Apa ini?
Sudah meroyan!
Akta, akta.
Teruskan, teruskan Yang Berhormat
Ya terus, inikah yang dikatakan demokrasi?
Yang Berhormat Tanjong Karang sudah makan ubat sudah?
Sebab itu Tuan Yang di- Pertua, DAP punya stail, yang hari ini dalam pemilihan committee pun sudah kena rebut.
Makan ubat la, makan ubat.
Sebab masing-masing mengikut tafsiran undang-undang masing-masing. Kalau kita faham undang-undang, kita menghormati undang-undang senang. Ini kita cakap fasal peguam. Kalau macam ini standard local lawyer saya rasa eloklah ambil lawyer daripada luar negara. Tidak ada standard, ini yang saya terima ini soal peguam. Ini saya hendak soal balik ini. Soalnya ialah peguam. Siapa yang menaikkan nama profesion guaman kalau tidak peguam. Kalau peguam kita hebat, antarabangsa pun akan ambil peguam kita. Ini sebab apa? Mungkin sebab peguam kita tidak berapa hebat. Sebab itu kena buka peluang hendak mengambil peguam daripada luar negara. Sebab apa? Sebab mereka lihat status profesional peguam di Malaysia ini very low, rendah. Contoh yang nyata daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor senior lawyer, siapa tidak kenal dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pergi mahkamah sorong kerusi roda pun okey. Family semua peguam, Yang Berhormat Puchong pun peguam.
Saya hendak sentuh sebagai contoh ini, ini satu contoh. Kita bercakap mesti ada contoh. Peguam, siapa peguam? Mesti ada contoh hendak tengok sama ada peguam yang terkemuka kononnya yang terkenal. Kalau dapat surat daripada Karpal Sigh punya company, ada yang takut, “Oh sudah kena saman dengan Karpal Sigh”, takut. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu sebagai peguam kita mesti ada integriti kita, kita mesti ada profesionalisme, mesti jelas, jangan kita hanya hendak mementingkan wang ringgit semata-mata. Sanggup menggadaikan perjuangan kita, sanggup menggadai dan juga apa yang kita boleh buat apabila kita ada kepentingan- kepentingan lain. Keyword talking about law untuk menegakkan keadilan. Ini yang hendak kita bercakap. Bukan soal politik. Sebab itu saya kata Tuan Yang di-Pertua, seorang peguam kalau dalam Parlimen menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu terlibat dalam liwat, saya pun bangun. Kalau Yang Berhormat tidak percaya bacalah Hansard. Hansard tidak habis lagi dibaca sudah hendak cakap pandai. Inilah susahnya kita hendak tunjuk pandai, padahal bukan pandai pun mereka ini, hendak tunjuk memandai-mandai. Baca Hansard. Macam mana yang kata saya sangkaan jahat? Ini Hansard, kalau Hansard kita pun kita tidak boleh terima - Hansard Yang Berhormat pun faham bila kita bercakap dalam Parlimen Hansard ini dia bagi balik kepada kita, kita kena semak balik. Kalau kita kata tidak betul, kita betulkan balik Hansard kita, bila Hansard ini telah pun dicetak menjadi rekod tidak boleh pertikai. Kalau Yang Berhormat pertikai Hansard yang saya baca Yang Berhormat sebenarnya menghina Parlimen ini sendiri. Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak boleh biar.
Siapa yang pertikaikan Hansard?
Apa?
Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan Hansard.
Bukan Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serailah. Yang Berhormat cuma mencelah. Eh, Yang Berhormat bila balik Thailand?
Tidak ada, boleh bagi celah? Boleh bagi celah?
Ini pun baru balik Thailand tengok Chin Peng terus cakap banyak di sini.
Boleh atau tidak saya mencelah? Saya meminta untuk mencelah.
Yang Berhormat bila balik daripada Thailand? Chin Peng macam mana, okey? Sudah tengok dia punya abu?
Saya tidak boleh jawab kalau tidak bagi laluan.
Tuan Yang di-Pertua: bagi Tanjong Karang ubat, ubat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Karang mahu ubat.
Chin Peng bagus? Chin Peng okey?
Bagi laluan saya akan jawab.
Tanya...okey bagi. Dia baru balik Thailand...
Yang Berhormat Tanjong Karang lupa makan ubatkah?
Yang Berhormat Tanjong Karang, saya rasa peraturan mesyuarat kita perlu perubahan, di mana kalau ada begini biar Speaker diam-diam sehingga keadaan itu reda sendiri.
[Ketawa]
Mahu berurusan sendiri, jadi senang sahaja kerja saya macam begini. Aturannya Yang Berhormat, apabila berdiri...
Saya diberi laluan untuk berucap. Okey.
Tengok dulu saya apabila berdiri, sama ada saya panggilan Yang Berhormat mencelah atau tidak. Ini terus Yang Berhormat berdiri, terus tanya langsung seolah-olah saya tidak duduk di sini. Kita ubah peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Boleh Tuan Yang di- Pertua.
Jadi tidak ada lagi apa-apa pertikaian. Sama ada saya yang betul atau Ahli Yang Berhormat mana yang betul. Sila teruskan.
Saya meminta maaf sebab Yang Berhormat Tanjong Karang dia hebat hari ini. Dia seolah-olah hilang kawalan. Saya hendak dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang tadi yang kita pertikaikan bukan isu peraturan mesyuarat. You kata kita pertikaikan Hansard. Yang kita pertikaikan ialah kita menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam Dewan ini sungguhpun dia tidak ada. Dia tidak boleh jawab dan lagipun ini tidak ada kena mengena dengan undang-undang yang kita bahaskan. Kita membahaskan isu untuk memperbaiki undang-undang supaya kita boleh jaga kepentingan peguam-peguam kita.
Saya faham, saya faham.
Akan tetapi tidak boleh menggunakan kesempatan ini untuk serang seorang lagi Ahli Parlimen.
Terima kasihlah, terima kasih bagi teguran. Biarlah Tuan Yang di-Pertua tegur saya. kalau saya menyimpang, Tuan Yang di-Pertua yang tegur. Janganlah Yang Berhormat tegur, tidak apalah Yang Berhormat bagi Tuan Yang di-Pertua tegur, Yang Berhormat baru balik Thailand semangat Chin Peng kuat ini. [Ketawa] Ini semangat Chin Peng kuat ini Tuan Yang di-Pertua, itu sebab dia kata Chin Peng mesti dibawa balik semua ini. Dahlah Chin Peng tidak mahu menjadi warganegara, yang heboh bawa balik abu ini fasal apa? Okey tidak apalah saya tidak mahu cerita fasal itu biar Yang Berhormat Sepang sahajalah yang menjadi penyokong kuat Chin Peng ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak terus. Saya sudah katakan tadi ini soal integriti peguam. Wujudnya Akta Guaman ini kerana ada peguam. Kalau peguam tidak ada, tiadalah akta ini. Siapa yang hendak mendukung akta ini? Siapa yang hendak memberikan kredibiliti kita sebagai profesion guaman? Peguam, termasuk saya tetapi saya sudah tidak ada lesen, saya sudah berhenti sebab saya jadi pegawai, saya sudah ada jawatan. Ini kata saya hebat. Tolong baca Hansard 1995 siapa yang menghalau Yang Berhormat Jelutong keluar daripada Dewan kalau bukan Parlimen daripada Tanjong Karang. Yang Berhormat tidak pernah tengok saya berucap selama tiga penggal saya jadi pihak kerajaan. Janganlah tuduh tidak tentu fasal, bukannya saya hendak tunjuk hebat ini memang dari tahun 1995. Ini tanyalah Yang Berhormat Gombak, masa itu Yang Berhormat Gombak puji saya, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang kerana mempertahankan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu kerana dia kerja dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Betul atau tidak Yang Berhormat Gombak? [Ketawa]
Ini cerita sahajalah, ini cerita lama, cerita lama hendak beritahu. Saya mempertahankan pada masa itu Tuan Yang di-Pertua, saya yang mempertahankan apabila Timbalan Perdana Menteri saya dituduh oleh Jelutong, saya bangun dalam Dewan ini mempertahankan Timbalan Perdana Menteri saya. Salah kah saya? Akan tetapi apa yang peliknya Tuan Yang di-Pertua, ini kah seorang peguam? Apabila habis di dalam Parlimen, sekarang dia pula jadi pembela kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Kan pelik orang tengok itu. Sebab itu saya cabar, kalau betul dia seorang peguam yang betul-betul integritinya hebat, tarik balik tuduhan [Tepuk] Tarik balik ucapan dia pada tahun 1997, tarik baliklah. Mengapa? Apa sebab? Adakah kerana politik ataupun kerana wang? Adakah ada kaitannya dengan Anwar Ibrahim–Karpal yang disebarkan ini? Mengatakan Anwar Ibrahim membayar RM50 juta kepada syarikat guaman Karpal Singh? Apakah kerana mendapat RM50 juta, maka Yang Berhormat Bukit Gelugor sanggup menggadaikan maruah seorang peguam.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Ini persoalannya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, bagi ubat.
[Bangun] Ini peraturan 36(6), ini sudah melampau.
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Ini bukan melampau, ini kenyataan saya cakap. Persoalannya, saya boleh tarik balik Tuan Yang di-Pertua tetapi syaratnya Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik tuduhan yang pernah dibuat pada tahun 1997.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Apa kena mengena dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dia itu peguam. Ini pun seorang peguam.
Ini tidak ada kena mengena...
Yang Berhormat Tanjong Karang...
[Menyampuk]
Yang Berhormat Batu duduk dahulu.
Saya hormat Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Tanjong Karang, the point is being delivered. Jadi, jangan lagi terlampau lama hovering on that point, proceed please.
Tidak, sebab Yang Berhormat Batu ini tidak faham. Dia kata apa kaitan dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor? Dia seorang peguam. Soalnya kalau kita– jangan dilihat peguam Malaysia ini peguam yang mudah dibeli. Orang mempersoalkan ini. Rakyat mempersoalkan. Yang Berhormat Batu cukuplah. Ini Chin Peng dah bawa balik belum?
Apa Yang Berhormat...
Tidak ada orang bawa balik abu Chin Peng, tidak ada?
...Tuduh ialah Yang Berhormat Bukit Gelugor terima wang untuk ini adalah sangkaan jahat.
Eh, eh, ini bukan sangkaan jahat, ini saya baca di dalam Malaysiakini, sudah masuk. Salah kah saya membangkitkan perkara ini? Oh, kalau Yang Berhormat menuduh kita rasuah, tuduh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membunuh Altantuya, oh itu tidak salah? Ini kah.., ini kah adil?
Kita...
Oh, bila menuduh kita rasuah, bila dituduh kita pembunuh, bila kata kita pilih kasih, bila kata BN kroni, oh itu tak salah! Itu bukan fitnah! Apabila saya membangkitkan isu ini, melompat pasal apa? Ini kah keadilan? Ini DAP. Patutlah DAP pun kelam kabut. Pilih central committee pun tak mengikut undang- undang. Inilah akibatnya. Eh, betulkan DAP dahululah. You betulkan DAP dahulu then saya bagi you bercakap...
[Menyampuk]
Ini kepala batu kah?
Hendak bagi laluan lagi?
Yang Berhormat.
Boleh bagi laluan?
Tidak bagi, tidak bagi.
Yang Berhormat.
Tidak bagi.
Yang Berhormat boleh teruskan, apa yang tadi itu Yang Berhormat, sudahlah.
Okey, okeylah saya teruskan.
Teruskan kepada akta profesion.
Tuan Yang di-Pertua, saya ini kalau bagi peluang tidak kacau, saya nak cakap 10 minit sahaja sebenarnya. Dua isu sahaja yang saya hendak cakap tentang Sijil Amalan Guaman dan juga tentang integriti peguam yang ada kaitan dengan akta ini. Akan tetapi sudah dia kacau, kacau pula tidak mengikut peraturan, cakap pun tidak tahu apa dia cakap, hendak mempertahankan...
Hah, sekarang dia tidak kacau Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.
Okey, okey Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak mempersoalkan, kita jangan dilihat kononnya terkenal seorang peguam senior, siapa tidak kenal? Siapa tidak kenal Yang Berhormat Bukit Gelugor? Saya pernah berdebat dengan dia apabila kita meluluskan kes prima facie. Tanya dia. Tuan Yang di-Pertua, saya ini buat kajian dahulu sebelum saya bercakap, saya sampai Bukit Gelugor 1995 apabila kita membahaskan isu prima facie yang kita masukkan sebagai akta kita. Dia puji saya, dia kata, “Oh, you ready buat homework”. Saya kata, “Mestilah, Yang Berhormat mahu lawan, Yang Berhormat peguam terkenal” Saya buat steady. Ini menunjukkan peguam ini hebat. Dia pernah pergi mahkamah Brunei, mahkamah Singapura. Soalnya hari ini, kalau seorang peguam yang hebat dan terkenal tiba-tiba orang mempersoalkan integriti. Bercakap dalam Parlimen lain, hari ini cakap dekat luar lain pula. Selepas itu dikaitkan pula menerima bayaran RM50 juta sebab apa? Adakah kerana menarik tuduhan kepada Yang Berhormat Pematang Pauh kerana dia dibayar ataupun kerana keadilan? Ini yang kita hendak tanya.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua,...
Yang Berhormat.
Inilah yang kita...
Tuan Yang di-Pertua, ini berulang kerana Tuan Yang di-Pertua tidak buat ruling.
[Bangun]
[Menyampuk] Kita mahu ruling Tuan Yang di-Pertua. Saya minta ruling Tuan Yang di-Pertua di atas isu ini. Di atas isu RM 50 juta ini saya minta ruing daripada Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat duduk dahulu.
Dia merepek!
Saya bagi contoh!
Melebihi batas. Ini melebihi batas.
Apa melebihi batas?
Ya lah.
Duduk!
You kalau hendak bangun, hendak bangun dalam Dewan ini Yang Berhormat, dua sebab sahaja.
Yang Berhormat...
Satu point of order, satu penjelasan. Ini bangun atas sebab apa?
Yang Berhormat...
Ini kelam-kabut. Ini yang menjadi kelam-kabut, inilah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, point itu Yang Berhormat mengenai soal integriti, memberikan contoh-contoh seperti Yang Berhormat Bukit Gelugor yang dahulu mewakili kawasan lain, itu sudah jelas. Jangan lagi diulang-ulang Yang Berhormat kerana itu juga melanggar peraturan mesyuarat. I think point is been delivered and well understood. Sekarang proceed to the next point yang ada hubung kait dengan akta profesion yang kita pinda.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ubah tajuk yang kedua, peranan Majlis Peguam. Ini pun ada kaitan ini sebab bila peguam nanti dia boleh memainkan peranan. Saya sokong Yang Berhormat Silam. Ini Majlis Peguam ni. Apa? Ini mewakili peguam ke, mewakili pembangkang? Saya hendak cabar Majlis Peguam, betul kah demonstrasi jalanan Black 505, betul tidak betul? Dia patut datanglah beritahu, nasihat peguam-peguam ini. Peguam ini pun terlibat. Beritahu sebagai peguam menghormati undang-undang. Kita ada Rukun Negara, “kedaulatan undang- undang”, “keluhuran perlembagaan”, pegang yang itu! Ini tidak. Majlis Peguam buat apa? Tunggu.
Kalau kata kerajaan salah buat, buat apa? Kerajaan silap, wah! Dia bercakap lebih hebat daripada pembangkang. Bila cakap tentang pilihan raya, wah! Dia lebih hebat. Cakap tentang undi popular? Wah! Dia pun hebat. Mana datang undi popular dekat Malaysia ini? Mana ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini masalah double standard. Apabila kerajaan buat, semua salah. Oh, Majlis Peguam pun tumpang sekaki juga bantai kita. Apabila pembangkang salah, diam. Ini Majlis Peguam mengapa tidak panggil Yang Berhormat Bukit Gelugor. Eh tanya dia, apa you ini lawyer? Dalam mahkamah you cakap lain, dalam Dewan you cakap lain. Dekat luar you cakap lain, ini sebab apa? Misal katalah sebagai contoh. Jadi, ini masalahnya. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kadang-kadang menjadi peguam ini kadang- kadang membantai kita boleh tahan juga tetapi Kerajaan Malaysia tetap sayang dengan peguam-peguam ini. Kita sayang. Sebab itu kita lihat pada tahun 2013 sebanyak RM20 juta kerajaan peruntukkan kepada YPK. Untuk apa YPK ini? Untuk memberikan khidmat peguam, RM20 juta kita belanja. Ini hendak menolong rakyat. Menunjukkan kita hendak menegakkan keadilan. Kita hendak beri peluang kepada rakyat supaya diberikan keadilan. Ini keadilan– bukan Parti Keadilan, dia pun mengarut. Ini keadilan yang betul-betul, bukan Parti Keadilan. Keadilan mahkamah. RM20 juta kita belanjakan Tuan Yang di-Pertua. Siapa yang mendapat faedah ini? Peguam. Untuk apa? Hendak memberikan kebebasan, hendak memberikan pembelaan kepada rakyat. Akan tetapi kita lihat seolah-olah kita tidak memberikan satu peluang, satu pembelaan. Saya juga hendak minta lagi satu kalau kita lihat apabila kita menubuhkan beberapa perkara yang kadang-kadang dibangkitkan di dalam– yang diputuskan oleh mahkamah. Kadang-kadang peguam juga yang mempertikaikannya, walaupun kadang-kadang saya tengok statements itu merupakan contempt of court. Akan tetapi tidak pun- tegurlah peguam seperti ini. Bahkan dahulu, apabila kita menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Isu Pendatang Haram di Sabah. Belum mula lagi, oh sudah bantai suruhanjaya ini! Yang membantai pun peguam. Jadi, saya memintalah Majlis Peguam, betul-betullah adil. Mesti dilihat sebagai satu badan yang adil untuk memberikan pembelaan, bukannya mengira politik. Tidak kiralah sama ada ahli Majlis Peguam itu pembangkang kah? Kerajaan kah? Siapa salah mestilah diambil tindakan, kerana undang-undang tidak mengenali batas. Jadi, kalau - sudahlah pembangkang double standard kemudian Majlis Peguam juga double standard. Ini yang menyebabkan rakyat di bawah terkeliru. Jadi, oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya dan bagi habis lagi seminit sudah pukul 1 untuk ditangguhkan. Jadi dengan ini, saya menyokong. Terima kasih banyak.
Ini ucapan kempen UMNO?
Dia tidak ingat makan ubat.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 tengah hari nanti. Saya berharap jangan lagi riuh di sebelah tengah hari.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya, ada lagi hendak berbahas rang undang-undang? Ya, sila Yang Berhormat Taiping.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya bangun untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013. Tuan Yang di-Pertua, akta ini bertujuan untuk meliberalisasikan profesion undang- undang dan apabila dengan kemasukan kepakaran undang-undang dari negara asing adalah amat penting sekali di mana tanah air kita mempertingkatkan standard ataupun benchmark profesion undang-undang kita. Baru-baru ini seperti yang diterbitkan oleh QS World University Rankings di mana kedudukan universiti tanah air kita semakin menjunam. Khususnya apabila kita melihat Universiti Malaya yang dulu merupakan antara universiti tersohor di rantau Asia, kini kedudukannya jatuh dari 150 ke-167. Perkara yang lebih membimbangkan universiti-universiti lain seperti UiTM di mana menduduki tangga lebih 700. Sekiranya saya tidak mahu lihat keadaan apabila kita melahirkan peguam yang ada, apabila kita bandingkan antara graduate daripada Oxford dan graduate dari UiTM di mana employer tidak akan mengambil graduan tempatan kita. Maka adalah penting di mana tahap amalan guaman dan gubalan dalam silibus fakulti undang-undang kita patut dipertingkatkan supaya ia dapat setaraf dengan tahap antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya rasa terpanggil untuk menyentuh tentang peranan yang telah pun dibangkitkan oleh rakan sebelah sana, Yang Berhormat Silam telah pun membantai Majlis Peguam mengatakan Majlis Peguam telah menimbulkan huru-hara, Majlis Peguam menyokong bantahan jalanan. Sebenarnya sukacita saya ingatkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat di sini, Akta Profesion Undang-undang khususnya seksyen 42 yang termaktub dalam akta ibu jelas memperuntukkan dengan izin, “Object and powers of the Bar” . “Object and powers of the Bar” dalam seksyen tersebut antara tugas utama Majlis Peguam adalah; “To uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour”; Antara tugas utama yang lain adalah where requested to do, to express its view on matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia. Maka sebenarnya Majlis Peguam, saya sebagai seorang peguam seperti Tuan Yang di-Pertua, kita menyanjung tinggi kerana this is the statutory duty yang sepatutnya dijalankan oleh Majlis Peguam dan bukannya kita hentam kata dia pro pembangkang, sebenarnya tidak. Apabila Majlis Peguam bersifat kritikal, berperanan kritikal kerana kebanyakannya kerajaan tidak ikut undang-undang, kerajaan yang buat silap, sebab itu perlu ditegur. Apabila ditegur tidak bermaksud, kita sebagai kerajaan yang terbuka patut melihat dan mendengar suara yang menegur. Apabila Majlis Peguam menegur, jika tidak kita ibaratkan pepatah Melayu, “ambillah yang jernih, buangkan yang keruh”. Jika silap, bertaubatlah, jika silap kita memperbetulkan kesilapan tersebut dan bukannya memberikan tohmahan ataupun fitnah terhadap Majlis Peguam secara bukan-bukan. Tuan Yang di-Pertua, apabila saya dengar sepanjang perbahasan pindaan akta ini, jelas rata-rata rakan di sebelah sini dan di sebelah sana menyokong ini, merupakan satu usaha globalisasi dan liberalisasi profesion undang-undang kita. Akan tetapi apabila kita lihat di pasaran domestik kita, banyak industri perbekalan utama negara ini tidak mengamalkan semangat ini. Saya beri contoh, banyak sektor masih lagi mengamalkan monopoli seperti bekalan elektrik, ia dimonopoli oleh Tenaga Nasional Berhad, tidak ada persaingan, tidak ada oligopoli ataupun pasaran bebas yang menguntungkan pengguna- pengguna. Kedua kita lihat kabel TV berbayar dimonopoli oleh Astro, tidak ada liberalisasi. Kita lihat pengimportan beras, ia dimonopoli oleh Bernas. Pengimportan gula, ia dimonopoli oleh MSN dan CSR. Kita lihat industri pos, dimonopoli oleh Pos Malaysia Berhad. Jadi semua ini sebenarnya mencerminkan sama ada tanah air kita dah bersiap sedia untuk menghadapi persaingan. Apabila kita hendak membuka profesion undang-undang ini, saya
rasa adalah penting kerajaan juga membuka pasaran industri-industri utama dalam negara ini supaya wujud persaingan yang sihat antara sektor utama dan rakyat dapat menikmati imbuhan akibat daripada persaingan pasaran dan bukannya kerana kuota, bukannya kerana hak istimewa, bukannya kerana privilege yang diamalkan sepanjang masa ini. Saya rasa adalah penting apabila kita dah buka profesion undang-undang, profesion perubatan dan lain-lain amalan profesional, di industri utama patut juga diberikan pandangan yang serius dalam aspek keterbukaan. Sekian saya menyokong secara prinsip menyokong pindaan kepada akta ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam isu berkaitan dengan ini. Walaupun saya bukan seorang peguam tetapi saya ada bertanya dengan beberapa orang rakan tentang perkara ini dan ada beberapa perkara berkaitan dengan akademik yang saya kira boleh kita bincangkan secara bersama pada hari ini. Sebenarnya isu utama yang mendasari rang undang-undang ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. Nilai pelaburan melebihi USD100 bilion menjadikan sektor kewangan Islam sebagai prospek utama sebahagian besar negara-negara di seluruh dunia. Justeru sebagai negara yang bersaing dalam pasaran yang sama, tuntutan untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan khususnya dalam bidang undang-undang adalah satu keperluan. Namun dalam mengikuti trend perkembangan global kerajaan perlu lebih sensitif dalam melindungi stakeholders utama iaitu pengamal undang-undang sedia ada dan bakal pengamal undang-undang di Malaysia. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum rang undang-undang ini diluluskan.
Pertama, fasiliti kepada pengamal undang-undang tempatan. Satu perkongsian kepakaran perlu diwujudkan di antara pengamal antarabangsa dengan pengamal undang- undang tempatan. Sebagai contoh, apabila pindaan undang-undang ini dilakukan pada tahun 2012, beberapa firma guaman ternama dari UK yang juga merupakan perintis kepada sektor kewangan Islam telah menyatakan minat mereka untuk membuat cawangan di Malaysia. Firma yang saya maksudkan adalah Trowers & Hamlins, Allen & Overy (A&O) dan Norton Rose. Trowers & Hamlins sendiri sebagai contoh telah menjadikan Rushdi Siddiqui perantis kepada sistem kewangan Islam global sebagai penasihat firma mereka sehingga kini. Seharusnya kepakaran yang dimiliki oleh firma ternama ini perlu dimiliki oleh firma tempatan supaya keadaan win-win situation dengan izin, dapat diwujudkan dalam kita merancakkan pelaburan. Satu bentuk persetujuan perlu dicapai oleh kerajaan dengan firma antarabangsa yang berminat supaya perkongsian ini dijadikan syarat wajib sebelum aplikasi mereka ini diterima. Kemudian yang kedua, saringan yang ketat terhadap semua permohonan. Satu badan khas perlu diwujudkan untuk menyaring serta menapis setiap permohonan yang dilakukan. Syarat ketat berkaitan kelayakan ini perlu dikenakan bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih untuk kelangsungan misi mencapai status hab kewangan Islam di Malaysia. Mengambil contoh Singapura yang telah dulu membuka pasaran mereka. Satu bar exam akan dikenakan kepada setiap permohonan dari luar untuk mengamalkan undang-undang di sana. Mungkin di Malaysia, modul ini boleh kita contohi namun perlu dilakukan pengubahsuaian mengikut keperluan pasaran negara kita. Kemudian yang ketiga, akreditasi kepada graduan undang-undang dari universiti tempatan. Saya rasa isu ini kita perlu lihat sebab ramai di kalangan Ahli Parlimen membahaskan tentang kualiti pelajar-pelajar daripada universiti tempatan terutamanya dalam bidang undang-undang. Jumlah terbaru bagi peguam yang berdaftar di Badan Peguam Malaysia adalah seramai 15,354 orang. Jumlah ini mewakili secara purata nisbah 1:30 bagi peguam kepada penduduk negara kita yang menggunakan khidmat guaman.
Jumlah ini masih dianggap kecil jikalau hendak dibandingkan negara yang membuka pasaran mereka kepada pengamal undang-undang luar. Dengan pasaran sektor guaman yang dibuka, ianya akan meningkatkan permintaan terhadap servis guaman dalam negara. Peningkatan permintaan ini perlu ditangani dengan kerajaan perlu menyediakan lebih ramai pengamal undang-undang tempatan. Solusi ini dapat dijalankan dengan memberi akreditasi kepada IPT terutamanya IPTA tempatan yang menawarkan kursus pengajian undang-undang kepada graduannya. Untuk pengetahuan, hanya graduan undang-undang daripada empat universiti utama tempatan seperti yang rakan-rakan sudah sebut tadi, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan UiTM sahaja yang dibenarkan masuk ke badan peguam tanpa syarat tambahan seperti menduduki peperiksaan tambahan yang dikenali sebagai CLP dan juga peperiksaan yang dikelola oleh Institusi Latihan Kehakiman dan Keperguaman iaitu ILKAP. Selebihnya iaitu graduan IPTA daripada UNISDA, USIM, UUM, mereka terpaksa menduduki peperiksaan tambahan untuk melayakkan mereka menjadi pengamal undang- undang di Malaysia. Seharusnya kerajaan perlu menjaga dan meneliti semula kelayakan graduan dari tiga IPTA yang saya sebutkan tadi kerana mereka ini perlu diberikan perhatian sewajarnya. Memasuki program yang ditawarkan IPTA, namun masih tidak diiktiraf oleh badan tertentu sebagai mereka yang berkelayakan untuk menjadi pengamal undang- undang adalah dua perkara yang seharusnya bergerak selari bukan bertentangan. Benar, saya tidak nafikan terdapat beberapa syarat yang perlu kursus ini capai sebelum diiktiraf badan tertentu. Namun, cadangan saya agar syarat ini dikaji semula untuk memudahkan penghasilan graduan undang-undang demi kelangsungan pertambahan permintaan yang bakal menjelma. Semalam, apabila bacaan kali pertama Rang Undang-undang LPA 2012 yang pernah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada 9 Julai 2012 yang lepas dibahas untuk dipinda, saya amat tertarik kerana kita lebih membahaskan tentang hal berkaitan dengan kualiti peguam. Kalau kita lihat, yang saya faham kita kongsikan secara bersama untuk cadangan pindaan adalah seperti berikut; (i) Pindaan kepada subseksyen 37(2a) bagi memastikan konsistensi dengan komitmen antarabangsa di bawah WTO tiada kekangan bagi kemasukan peguam asing secara fly in dan fly out, (ii) Membenarkan peguam asing fly in dan fly out bagi tujuan memberikan perkhidmatan undang-undang yang tidak melibatkan apa-apa aspek undang-undang Malaysia dengan syarat kemasukan tidak melebihi 60 hari, (iii) Memperuntukkan supaya mana-mana peguam tersebut di atas hendaklah mematuhi semua peraturan dan keputusan Majlis Peguam dan tertakluk kepada Kawalan Lembaga Tatatertib bagi maksud semua tindakan disiplin. Namun, apa yang banyak didebatkan semalam ialah tentang isu kualiti peguam. Izinkan saya berkongsi tulisan yang pernah dihantar oleh Profesor Dr. Zaleha Kamaruddin dalam Mingguan Malaysia. Saya rasa wajar ia dibentang dalam perbincangan kita secara bersama pada petang ini kerana soal pengambilan peguam asing ini tampak merisaukan ramai pihak walaupun sebenarnya usaha kerajaan menggubal rang undang-undang ini adalah demi kebaikan institusi peguam kita yang ada dalam negara ini. Kekhuatiran yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam sama ada bertempat atau tidak sejak era 80’an lagi adalah berasaskan fakta terkini iaitu sumber daripada Majlis Peguam sendiri bahawa daripada segi kuantiti, lebih kurang 1,000 orang peguam baru diterima masuk setiap tahun, ini fakta. Oleh kerana jumlah yang besar ini, maka kemasukan mereka dalam bidang profesional ini dicadangkan oleh Majlis Peguam supaya ditapis dengan ketat untuk memastikan kualiti dan kecekapan keperguaman dengan izin, lawyering terjamin. Tapisan yang dicadang dan dicanang adalah mengadakan hanya satu sistem proses penilaian yang sama sahaja dan ini dibuat dalam bentuk kursus dan peperiksaan yang sama iaitu common
bar course dan examination CBE. Walaupun cadangan ini pada dasarnya nampak murni dan nampak sangat baik, beberapa perkara perlu diteliti terutama daripada aspek praktikal sebelum ianya dilaksanakan. Kita lihat tadi daripada pagi tadi kita berbahas, berbincang untuk melihat sejauh mana kualiti peguam-peguam yang ada dalam negara kita. Jadi saya harap dengan kaedah yang saya bacakan ini nanti kita boleh lihat dekat mana ruang kelemahan yang sepatutnya diperbaiki. Cadangan ini walaupun mendapat tentangan daripada beberapa universiti tempatan menerusi satu memorandum yang disampaikan oleh Majlis Dekan Undang- undang IPTA telah sebaliknya telah mendapat sokongan dari Lembaga Kelayakan. Ini ditunjukkan melalui penubuhan satu pasukan penilai pada tahun 2008 yang diketuai oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk menilai sama ada graduan dari beberapa universiti tempatan yang kita sudah sebutkan tadi boleh dikecualikan daripada Sijil Amalan Guaman. Pengecualian ini hanya selama tempoh dua tahun sahaja dan ianya akan tamat sekiranya tidak diperbaharui pada 15 April yang lepas. Kekhuatiran ini boleh bertukar menjadi igauan ngeri. Implikasinya, kesannya sekiranya tidak diperbaharui, graduan undang-undang dari universiti tempatan ini perlu lulus CLP sebelum boleh memulakan latihan dalam kamar ataupun chambering. Boleh dikatakan dua kali rugi kerana pertamanya, jangka masa yang lebih panjang iaitu dalam masa empat tahun berbanding dengan graduan undang-undang lulusan luar negara yang hanya mengambil masa tempoh tiga tahun dan kedua, kesilapan membuat pengajian di universiti-universiti ini. Cadangan Majlis Peguam ini perlu diteliti daripada pelbagai sudut. Pertama, isu masa depan sekiranya memilih kerjaya dalam bidang perundangan. Sekiranya cadangan ini diterima, ramai pelajar tempatan akan merungut tentang jangka masa yang perlu diambil untuk tamat belajar sebelum boleh beramal sebagai peguam iaitu secara dasarnya empat tahun untuk memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian (LLB Hons) dan ini diikuti oleh setahun lagi untuk CBE sekiranya diwajibkan. Sekiranya lulus, barulah boleh menjalani latihan dalam kamar ataupun chambering selama sembilan bulan. Keseluruhannya jangka masa minimum adalah hampir enam tahun. Itu belum lagi mengira aspek kewangan semasa tempoh tersebut. Sekiranya aspek kewangan diambil kira, tidak ramai pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai pengajian dan kos sara hidup mereka. Semua maklum bahawa sebaik sahaja graduan tersebut tamat, sekiranya ia meminjam dari PTPTN, ia bukan sahaja menggenggam segulung ijazah tetapi juga sekeping surat hutang PTPTN. Semasa pengajian, tidak dapat tidur kerana tekun belajar. Akan tetapi apabila habis sahaja belajar, juga tidak boleh tidur memikirkan hutang daripada PTPTN.
Isu kebajikan pelajar perlu diambil kira kerana kebanyakan mereka bukan datang daripada keluarga yang kaya seperti sesetengah mereka yang mempunyai peluang belajar di luar negara terutama dengan tajaan ‘FAMA’ (father and mother) dengan izin. Mengetepikan aspek ini, akan menjadikan profesion guaman satu profesion yang ekslusif dan elit dan tertumpu kepada mereka yang mempunyai kemampuan kewangan sahaja. Profesion ini akan menjadi semakin elit sekiranya cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam untuk meningkatkan mutu kepeguaman adalah keperluan kepada penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Tadi kita sebut perlunya, pentingnya menguasai bahasa Inggeris. Aspek bahasa perlu dilihat dengan sangat teliti kerana kemampuan berbahasa terutama penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak datang dalam waktu yang singkat dan pembelajaran semasa CBE. Oleh kerana faktor penguasaan bahasa adalah faktor yang diwarisi daripada sistem pendidikan sedia ada, kita perlu mencari cara lain yang berkesan untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa, bukannya menyekat seseorang daripada menjadi peguam kerana kegagalannya menguasai bahasa Inggeris dan ukuran kebolehan tersebut dibuat melalui peperiksaan.
Pada masa yang sama, penguasaan bahasa Malaysia terutamanya di mahkamah perlulah kita tekankan juga. Ramai peguam terutamanya peguam-peguam lama lebih fasih berbahasa Inggeris daripada berbahasa Malaysia dan lebih selesa menggunakan bahasa tersebut di mahkamah walaupun lahir dan telah lama tinggal dalam negara kita ini. Antara aspek lain yang penting dan perlu diteliti adalah kelayakan akademik seseorang sebelum dikira sebagai seorang yang berkelayakan. Pengajaran dan pembelajaran undang-undang di enam universiti tempatan dikawal selia oleh Lembaga Kelayakan Malaysia dan Lembaga Kelayakan Profesion Perundangan dengan izin, Legal Profession Qualifying Board yang dipengerusikan oleh Peguam Negara sendiri. Selain daripada kelayakan dari Universiti Malaya, National University of Singapore dan Barristers dari England, sebarang perubahan status kelayakan yang telah ditetapkan oleh lembaga hanya boleh dibuat melalui pindaan statut. Dengan adanya dua lembaga mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran undang-undang, perlukah kita lagi kepada CBE atau cukup dengan beberapa latihan praktikal sahaja? Daripada segi jangka masa pembelajaran, secara perbandingan dengan graduan undang-undang lulusan luar negara yang ingin beramal, mereka hanya perlu mempunyai kelulusan undang-undang tanpa kepujian selama tempoh tiga tahun sahaja dan lulus Sijil Amalan Guaman (CLP) sebelum menjalani latihan dalam kamar selama sembilan bulan. Mereka boleh menjimatkan setahun di situ. Graduan undang-undang luar negara mendesak supaya CLP dibatalkan kerana peratus yang gagal adalah tinggi. Sijil ini diperkenalkan pada tahun 1984 sebagai menampung keperluan sementara bagi membantu graduan undang- undang keluaran universiti British yang gagal mendapat markah yang baik iaitu sekurang- kurangnya kelas kedua terendah dan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir untuk English Bar. CLP juga memperkenalkan pembelajaran terutama aspek prosedur yang telah pun diikuti oleh graduan undang-undang tempatan semasa di tahun empat dan aspek penyesuaian undang-undang seperti yang terpakai di negara kita. Sekiranya CLP dihapuskan, di manakah graduan undang-undang dari luar negara ini belajar tentang sistem perundangan negara kita dan subjek-subjek berkaitan dengan prosedur? Sekiranya mereka ingin beramal sebagai peguam di Malaysia, mereka perlu memahami undang-undang Malaysia. Kalau tidak, sistem perundangan kita akan menjadi porak-peranda. Sekiranya CBE hendak diteruskan dan di situlah pengajian tentang prosedur diterapkan, maka pelajar tempatan sepatutnya hanya perlu mengikuti tiga tahun pengajian undang-undang sahaja. Desakan memansuhkan CLP ini perlu diteliti kewajarannya kerana terdapat beberapa isu penting seperti kelayakan akademik yang baik sebagai prasyarat untuk mengikuti program undang-undang bagi pelajar di universiti tempatan. Seperti kata pepatah Melayu, ‘benih yang baik, kalau kita campak ke laut akan menjadi pulau’. Dalam kebanyakan kes, pelajar undang-undang di universiti-universiti tempatan biasanya adalah crème-de-la crème, dengan izin. Walau bagaimanapun, peluang juga diberi kepada pelajar yang kurang baik prestasi akademik semasa peringkat kemasukan. Faktor ini sebenarnya memberi kesan kepada prestasi akademik seterusnya selain daripada ketekunan belajar. Perkara ini disokong oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh para hakim dan peguam yang berpengalaman bahawa terdapat graduan undang-undang yang berada dalam kategori from the good to the grotesque. Dalam konteks ini, penyelesaian kepada masalah kualiti peguam bukannya terletak di hujung pengajian tetapi di awal pembelajaran itu sendiri. Sekiranya pelajar tersebut tidak sesuai mengikuti pengajian undang-undang ataupun dengan izin, not wired- up for law, pelajar tersebut bukanlah bodoh tetapi potensinya boleh disalurkan kepada bidang yang diminati oleh pelajar tersebut. Kita tidak perlu melayan kehendak ibu bapa yang mahukan anak mereka mempunyai kerjaya yang dikatakan glamour. Peguam ini dikatakan glamour. Jika kita serius tentang kualiti peguam yang bakal kita hendak hasilkan, kita perlu menapis seperti tapisan yang dibuat di England. Kenapa mereka gagal di sana tetapi mereka boleh diterima di sini? Jawapannya adalah kerana kita ingin memberi peluang
kedua kepada pelajar kita. Kalau itulah semangatnya, maka dalam melaksanakan niat itu, kita perlu berlaku adil. Adakah adil mengatakan syarat yang sama kepada orang yang dalam kategori yang berlainan atas alasan mengawal kualiti? Ada juga cadangan supaya subjek-subjek dalam CBE diajar oleh peguam-peguam yang berpengalaman dan bukannya pensyarah undang-undang yang dituduh hanya tahu aspek teoritikal sahaja. Malangnya cadangan ini dilihat agak ketinggalan kerana di kebanyakan universiti tempatan, subjek prosedur memang pun diajar oleh peguam-peguam yang mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman. Dalam kes tertentu, peguam yang sudah pencen ini diambil bekerja secara kontrak sebagai pensyarah sepenuh masa atas dasar pengalaman mereka dalam bidang tersebut. Ini secara perbandingan adalah lebih baik daripada mengambil peguam yang masih beramal kerana kesibukan mereka membatasi komitmen mereka mendidik generasi yang baru. Walaupun semangat untuk mengajar itu ada dan patut dipuji, kekhuatiran tentang kesanggupan memberi komitmen yang berpanjangan itu adalah faktor utama dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran undang-undang. Kita belajarlah daripada pengalaman Australia yang cuba mengetengahkan cadangan yang sama seperti Majlis Peguam tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat komitmen yang jitu daripada kalangan peguam mereka sendiri. Ini Majlis Peguam kena tengok semula. Melibatkan peguam dalam pengajaran undang-undang adalah baik tetapi mereka tidak dapat diatur kerana komitmen tugas di luar dan keutamaan perlu diberikan kepada klien masing-masing. Untuk berjaya, pengajaran dan pembelajaran undang-undang perlu dibuat secara serius walaupun terdapat beberapa buah negara yang membenarkan pensyarah undang- undang mereka beramal tetapi Akta Profesion Guaman tahun 1976 tidak membenarkan perkara itu berlaku dalam negara kita. Janganlah kita hanya seperti kawal kerengga kerana yang akan rugi adalah generasi yang akan menggantikan kita pada masa akan datang. Mereka masih muda. Masa depan mereka masih panjang. Kesilapan yang dilakukan yang kerap dibangkitkan oleh peguam senior perlulah ditegur dengan baik. Oleh sebab itulah latihan dalam kamar bagi peguam muda pada mereka sangat penting. Kepentingan tersebut telah pun diterjemahkan sebagai keperluan melalui Akta Profesion Guaman 1976 yang menghendaki sebelum diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara, antara syarat-syarat kelayakan adalah telah menjalani latihan dalam kamar di bawah seliaan peguam yang berpengalaman lebih daripada tujuh tahun. Dalam konteks ini, sebagai peguam muda, tentulah mereka melakukan kesilapan, janganlah merentap potensi mereka seperti kisah seorang pelajar yang enggan menjadi peguam kerana pada hari pertama dia hadir ke mahkamah, dia pernah ditegur dengan cara yang kasar. Dia ditegur dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Not only you look stupid, you sound stupid”. Ucapan ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhiri dengan satu fakta yang sama-sama kita renung. Tadi saya sudah sebut pada awal-awal, Majlis Peguam dalam laporannya telah menyatakan terdapat 15,354 orang peguam yang beramal di Malaysia yang mana separuh daripada mereka berkelulusan dari luar negara. Daripada segi pecahan kaum, Melayu 5,000 lebih orang, Cina pun 5,000 lebih orang, India pula 2,517 orang, Punjabi 485 orang dan selebihnya adalah daripada bangsa-bangsa yang lain. Cabaran yang dihadapi Majlis Peguam sebenarnya apa? Kuantiti atau kualiti? Kalau kita kejar kuantiti, kita perlu lihat balik apa yang saya sebutkan tadi. Kalau kita hendak mengejar kualiti, kita perlu perhalusi semula konsep pembelajaran yang kita sudah terapkan pada adik-adik kita di semua universiti tempatan. Cabaran yang dihadapi oleh universiti tempatan pula kalau graduan tempatan bagus, kenapa perlu takut kepada CBE? Apa yang kita ketahui juga menerusi pindaan akta ini nanti, ia akan menambah baik peruntukan sedia ada supaya selari dengan pembangunan terkini sektor perkhidmatan undang-undang di negara kita.
Melalui perkongsian antarabangsa ini jugalah saya kira maka kualiti peguam- peguam kita secara berperingkat akan pasti dapat diiktiraf nilai profesionalisme mereka apatah lagi apabila peguam-peguam asing ini tetap dan mesti tertakluk di bawah undang- undang negara kita dan wajib bernaung di bawah syarikat guaman tempatan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup setakat itu. Saya sudah kira membaca hal berkaitan dengan terlalu akademik yang saya kira memang sepatutnya saya sampaikan demi memastikan kualiti peguam-peguam yang ada di negara kita ini dapat kita lahirkan melalui universiti-universiti tempatan kita. Saya menyokong rang undang-undang ini untuk kita bawa. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 daripada semalam, Isnin 23 September 2013 hingga hari ini iaitu Selasa, 24 September 2013. Sebenarnya sepanjang perbahasan, kita mendengar ada di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas isu-isu yang tidak ada hubung kaitnya dengan pindaan rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, saya menerima positif perbahasan-perbahasan mereka kerana ia memberi ruang kepada kita untuk melihat isu-isu yang lain yang mungkin kita tidak ternampak. Jadi, inilah negara kita Malaysia yang memberi kebebasan untuk bersuara. Sesungguhnya saya amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan semasa membahaskan rang undang-undang ini. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengerang telah membangkitkan kerisauan mengenai kemasukan peguam asing selepas ini yang mungkin akan membahayakan peguam tempatan di firma tempatan kecil dan sederhana. Ahli Yang Berhormat, saya gembira dan menghargai melihat keprihatinan Yang Berhormat terhadap kedudukan peguam-peguam tempatan. Sukacita saya ingin maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa sebagai kerajaan yang amanah, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyatnya dan memberi jaminan bahawa pindaan rang undang-undang ini tidak akan merugikan pengamal guaman tempatan. Seperti yang telah diterangkan semasa perbahasan [Akta A1444] pada tahun 2012 dahulu, sekali lagi suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa liberalisasi perkhidmatan undang-undang adalah tertakluk kepada bidang amalan dan yang dibenarkan ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, permitted practice areas. Bidang yang dibenarkan adalah bidang yang mempunyai international appeal dengan izin. Contohnya, seperti timbang tara antarabangsa dan perbankan Islam antarabangsa. Selain daripada itu, semasa cadangan pindaan kepada akta ini berkenaan liberalisasi, pihak kerajaan sedia maklum telah menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan izin ataupun badan berkanun untuk mengutamakan khidmat firma guaman tempatan sebelum menggunakan khidmat peguam asing. Oleh yang demikian, perkara ini memang telah dititikberatkan oleh kerajaan bagi memastikan kedudukan pengamal guaman tempatan tidak tergugat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengerang dan Yang Berhormat Pasir Gudang telah menyarankan agar kerajaan memastikan kewujudan transfer of technology, dengan izin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan adanya liberalisasi profesion undang-undang ini kelak, adalah diharapkan bahawa firma guaman asing yang
memohon untuk menjalankan amalan guaman di Malaysia akan melaksanakan transfer of technology dengan izin, kepada firma guaman tempatan. Dalam hal ini, sebelum sesuatu firma guaman asing itu membuat permohonan untuk dilesenkan, mereka akan dikehendaki untuk mengemukakan business plan dengan izin, yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pemilihan. Selain daripada dua isu yang saya sebutkan tadi, Yang Berhormat Pengerang juga turut mencadangkan untuk mewujudkan pengkhususan dalam jurusan undang-undang di institusi pengajian tinggi tempatan. Cadangan Yang Berhormat ini diambil maklum dan saya berharap agar perkara ini diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh kementerian yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segambut pula telah mengutarakan pertanyaan mengapa peguam di Sabah dan Sarawak tidak boleh beramal di Semenanjung Malaysia. Saya menunggu juga Yang Berhormat Bandar Kuching berucap tetapi dia tidak berucap. Boleh juga menyokong isu ini supaya dapat kita ketengahkan bahawa Sabah dan Sarawak ini ada ordinan masing-masing. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] tidak terpakai kepada peguam di Sabah dan Sarawak kerana mereka tertakluk kepada advocate ordinance, dengan izin masing-masing. Oleh yang demikian, tidak timbul isu kita membezakan antara peguam asing dengan peguam di Sarawak dan Sabah. Selanjutnya, dimaklumkan bahawa pihak kerajaan difahamkan bahawa badan peguam Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membuka profesion undang- undang mereka kepada peguam asing. Berkenaan dengan mengapa peguam Semenanjung Malaysia tidak boleh menjalankan amalan di Sabah dan Sarawak, perkara ini adalah tertakluk juga kepada peruntukan di bawah advocate ordinance Sabah dan Sarawak. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput...
Boleh minta penjelasan?
Yang berhormat Taiping bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejajar dengan semangat liberalisasi yang kini diamalkan oleh pihak kerajaan, bolehkah saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang pada masa yang akan datang meminda Akta Profesion Undang- undang supaya membenarkan peguamcara dan peguam di Semenanjung mengamal di Sabah dan Sarawak? Minta pandangan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya rasa ini satu keadaan di mana kita perlu melihat kepada jurisdiction di mana kita memberi penghormatan kepada pihak-pihak sesebuah negeri itu kerana mereka boleh merasai sendiri di atas keperluan tersebut. Kita memang menggalakkan. Kalau boleh kita memang menggalakkan tetapi walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang menghormati jurisdiction setiap negeri itu, kita juga memberi peluang kepada mereka daripada Sarawak dan Sabah untuk memikir sendiri supaya satu hari mereka membuka ruang ini kepada rakan-rakan daripada Semenanjung Malaysia juga. Jadi saya mengharapkan ini diambil kira oleh rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak supaya mereka boleh berbincang dengan mereka dari Semenanjung ini supaya mempunyai kata sepakat dalam keadaan mana yang mereka boleh bekerjasama. Bagi kita, kita tidak mempunyai masalah.
Sedikit lagi. Memandangkan di mana Malaysia telah pun ditubuhkan sejak tahun 1963 dan baru-baru ini kita pun baru merayakan ulang tahun ke-50 jubli emas penubuhan Malaysia. Adakah kementerian mempunyai roadmap, satu tempoh yang boleh dijangkakan supaya pasaran ini dibuka kepada peguam di Semenanjung, yang mana Sabah dan Sarawak pun boleh mengamal. Barulah ini 1Malaysia.
Terima kasih. Sebenarnya kalau untuk negeri Sabah yang ingin saya nyatakan di sini, negeri Sabah sudah pun melalui. Roadmap
tersebut sudah pun ada dalam perancangannya. Memang sudah ada bayang- bayangannya. Memang sudah ada di situ. Tinggal negeri Sarawak lagilah. Kita mengharapkan agar semua – Yang Berhormat, kerajaan tidak ada masalah. Kalau mereka mahu membuka ruang ini kepada rakan-rakan di Semenanjung, bagi pihak kerajaan, kita tidak ada masalah tetapi kita tidak mahu memaksa kerana kita lihat dari perspektif cari makan bagi peguam-peguam. Yang Berhormat Bandar Kuching asyik melihat kepada saya.
Minta penjelasan.
Kita dengar juga. Beri peluang sebagai sebuah negara yang berdemokrasi. Kita bagi peluang kepada wakil daripada Sarawak.
Kita hendak dengar sama ada dia setuju atau tidak setuju.
Ya, kita hendak dengar. Terima kasih.
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan juga sebagai seorang peguam dari Sarawak, saya berasa peguam-peguam di Sarawak, sekarang masih belum bersedia untuk membukakan pasar negeri Sarawak untuk rakan- rakan dari Semenanjung Malaysia.
Bukan sahaja ini satu. Kita mesti teliti juga. Ini satu perjanjian di antara Sabah, Sarawak dan Federation State of Malaya juga Singapura pada masa pembentukan Malaysia. Sebagai satu perjanjian ia harus dijanjikan. Kalau ada apa-apa pindaan yang hendak dibuat di atas perjanjian ini ia harus disetujui oleh pihak-pihak yang berkenaan. Oleh itu saya rasa tidak patut rakan-rakan kita dari Semenanjung hendak mendesak-desak untuk meminda syarat-syarat perjanjian pembentukan Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya dari Bandar Kuching. Kalau dahulu saya MP jadi backbencher saya boleh sokonglah tetapi sekarang sebagai Menteri saya terpaksa berkecuali dalam hal ini. Namun begitu saya memahami dan Yang Berhormat kita juga menghormati. Inilah seperti mana yang dikatakan itu sudah termaktub dalam perjanjian kita. Kalau kita hendak melakukan satu pindaan, perubahan atau apa kita perlu consult, dengan izin, satu sama yang lain bagi menghormati kesediaan mereka. Yang Berhormat Taiping...
Yang Berhormat Menteri, saya bukan mendesak. Saya cuma bertanya secara sopan sahaja.
Saya tidak kata Yang Berhormat Taiping mendesak tetapi itu rakan...
Saya cuma bertanya pandangan.
Akan tetapi saya rasa itu rakan DAP sama-sama berpolitik sendirilah nanti ya. Perkataan mendesak tidak keluar dari Menteri tetapi keluar dari rakan sendiri. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang diberi oleh kedua-dua pihak tersebut kerana ia merupakan satu perbincangan yang sihat. Sekurang-kurangnya kita memahami apa yang di dalam pemikiran rakan kita dari Sarawak. Belum dengar lagi daripada Sabah tetapi insya-Allah saya rasa Sabah..
Ya Sabah. Tuan Yang di- Pertua...
Sudah membuka laluan. Sabah sudah membuka laluan. Hendak bercakap juga? Okeylah.
Tentang perkara ini Sabah adalah bersama-sama dengan Sarawak. Kami belum lagi bersedia. Jadi ini maklumanlah.
Tuan Yang di-Pertua, ini lawyer kah?
Saya bukan lawyer.
Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab itu dia belum tahu apa yang ada dalam route map Sabah itu sebab dalam route map Sabah itu lain daripada Sarawak sekarang. Ia ada mempunyai sedikit - laluannya sudah berpindah sedikit. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. MP dari Kota Kinabalu. Saya bukan peguam tetapi walaupun Sabah dan Sarawak belum bersedia untuk membuka pasaran kepada sahabat kita dari Semenanjung tetapi saya ada satu mimpi [Ketawa]
Impian.
Bila termimpi Yang Berhormat, sebentar tadi?
Saya harap kita punya peguam di Sabah dan Sarawak pun jangan caj terlampau jugalah di Sabah dan Sarawak kerana monopolilah. Ini kita minta walaupun kita setuju jangan buka lagi kita punya pasaran tetapi saya harap sekarang di Sabah ini bayarannya terlalu mahal. Ada tempat yang mahallah. Saya harap Sabah Association dan Sarawak berbincang mengenai profesional fi selaras dengan Semenanjung. Ini kita punya harapan. Kita orang businessman jadi kita harap bolehlah ambil pertimbangan lawyer kita di Sabah dan Sarawak profesional finya selaras dengan Semenanjung. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu tetapi saya rasa cuba bincang dengan peguam- peguam yang dari Sabah dan Sarawak kerana dia ada scale yang sudah ditetapkan. Kalau business Yang Berhormat itu besar, besarlah bayarannya. Setuju ya lawyer dari Sabah dan Sarawak, betul ya? Bukannya over charged, dengan izin. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput mengutarakan soalan mengapa rundingan bagi Perjanjian TPPA tidak menggunakan kaedah yang digunakan bagi pindaan ini di mana hanya sektor perundangan sahaja yang dibuka kepada peguam asing. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Siput, pindaan ini merupakan pindaan berbentuk autonomous bagi Malaysia dan tidak mengikat Malaysia dari segi komitmen antarabangsa. Berhubung cara isu rundingan TPPA ia adalah di luar bidang kuasa dan skop rang undang-undang ini. Dalam hal yang sama Yang Berhormat Kuala Krai mengutarakan pertanyaan adakah pindaan ini berkaitan dengan TPPA dan mengapa terlalu lama bagi kerajaan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang bagi mengambil kira komitmen Malaysia di bawah GATS dengan izin, World Trade Organization (WTO) sedangkan komitmen telah dibuat sejak tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pindaan rang undang-undang tidak berkaitan dengan TPPA. Pindaan ini adalah pindaan untuk proses liberalisasi autonomous, dengan izin, saya ulang sekali lagi ya dan bukan untuk komitmen di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas. Pindaan ini dibuat lanjutan daripada Akta A1444 yang telah dipersetujui di Dewan yang mulia ini pada Julai 2012 yang lalu yang melarang isu ‘fly in, fly out’, dengan izin, sama sekali. Walau bagaimana pun pindaan ini dibuat untuk membolehkan liberalisasi sektor perundangan untuk dijalankan selaras dengan komitmen Malaysia di bawah WTO GATS, dengan izin. Pada tahun 2006 dahulu tidak terdapat isu pergerakan peguam asing bagi Malaysia. Namun demikian memandangkan proses liberalisasi telah dimulakan, komitmen antarabangsa di bawah WTO GATS hendaklah dijaga terutamanya supaya ianya tidak menyekat dari segi cross-border services, dengan izin, secara langsung dan tidak langsung. Yang Berhormat Alor Gajah membangkitkan mengenai isu entry into force, dengan izin, Akta A1444 dibuat secara berperingkat. Untuk makluman Yang Berhormat, tarikh berlainan perlu diberikan memandangkan terdapat peruntukan di bawah Akta A1444 yang
berlainan di mana liberalisasi sektor perundangan adalah antara salah satu peruntukan berkenaan daripada peruntukan berkenaan tatatertib. Bagi peruntukan tatatertib adalah perlu untuk menguatkuasakan peruntukan tatatertib yang berkaitan dengan peguam tempatan dengan segera memandangkan ini adalah keadaan atau situasi yang terpakai sekarang dan tidak bergantung kepada isu liberalisasi perundangan. Walau bagaimanapun, proses liberalisasi dan peruntukan baginya di bawah Akta A1444 telah dipersetujui untuk berkuat kuasa serentak dengan tarikh kuat kuasa rang undang-undang ini sekiranya diluluskan bagi tujuan kesinambungan bagi memudahkan proses pelaksanaan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Alor Gajah juga telah membangkitkan isu tentang nama rang undang-undang atau akta di fasal 1(1). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa sebenarnya tajuk ringkas suatu akta bertujuan untuk mengenal pasti memperihalkan dan menamakan suatu akta. Untuk makluman semua, rang undang-undang ini (DR5/2013) merupakan sesuatu rang undang-undang yang bertujuan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang (Pindaan 2012) iaitu Akta A1444. Memandangkan Akta A1444 masih belum berkuat kuasa, maka rang undang-undang tersebut dinamakan sedemikian bagi mengenal pasti Akta ibu yang akan dipinda. Penamaan rang undang-undang sedemikian adalah teratur dari segi amalan penggubalan. Walaupun nampaknya macam agak awkward sedikit kalau kita tengok, dengan izin, tetapi itulah prosedurnya dalam kita melakukan pendrafan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar telah menyatakan bahawa tiadanya syarat-syarat yang berkaitan dengan kemasukan peguam asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat-syarat berkenaan dengan kemasukan peguam asing telah pun diperuntukkan di dalam Akta A1444 yang memasukkan bahagian 4(a) yang baru ke dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166].
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kelana Jaya telah membangkitkan mengenai kajian. Kajian bagi mengkaji impak liberalisasi sektor perundangan kepada peguam tempatan dan firma sederhana tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, impact tadi, dengan izin telah dibuat sebelum ini bagi proses menggubal [Akta A1444] dahulu. Keputusan untuk meliberalisasikan perkhidmatan perundangan telah melalui proses konsultasi dan juga analisa yang lama sejak tahun 2009. Selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meliberalisasikan sektor perundangan. Konsultasi dan analisa telah mengambil kira kepentingan peguam tempatan dan firma guaman tempatan (kecil dan sederhana) di mana keputusan telah dibuat untuk meletakkan syarat bagi kemasukan peguam asing supaya memberikan value added, dengan izin, kepada industri guaman tempatan sekarang ini. Selain itu seperti mana yang telah saya sebutkan sebentar tadi pihak government-linked companies, dengan izin, ataupun GLC telah pun disarankan untuk mengutamakan peguam dan firma guaman tempatan terlebih dahulu sebelum menggunakan khidmat guaman asing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu pula membangkitkan mengenai tiada penalti yang akan digunakan kepada peguam asing yang telah diberi lesen yang telah melanggar apa-apa salah laku. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peguam asing yang telah memperolehi lesen daripada Majlis Peguam juga tertakluk kepada Lembaga Tatatertib. Peruntukan ini telah pun dimasukkan di dalam [Akta A1444] di mana peguam asing berlesen atau berdaftar yang melakukan apa-apa salah laku boleh digantung atau dibatalkan pendaftarannya atau diperintahkan untuk membayar denda. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Setiu mengenai maksud pekerja dalam tafsiran bagi peguam asing di bawah [Akta A1444] pula, adalah dimaklumkan bahawa terma pekerja bermaksud seseorang yang duly authorised, dengan izin, untuk menjalankan amalan undang-undang di sesuatu negara selain Malaysia dan juga merupakan seorang peguam yang diambil bekerja di firma asing atau firma guaman Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Titiwangsa pula telah bertanya adakah terdapat limitation, dengan izin dalam pemilihan peguam asing atau firma-firma guaman asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pemilihan peguam asing atau firma guaman asing yang akan dilesenkan adalah tertakluk kepada syor Jawatankuasa pemilihan. Oleh
yang demikian, sudah semestinya jawatankuasa pemilihan akan mengambil kira kriteria kredibiliti peguam asing sebelum meluluskan permohonan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat pula bertanyakan liberalisasi yang dicadangkan akan dipanjangkan kepada Institusi Kehakiman terutamanya kepada Mahkamah Syariah, terutamanya bagi perkara-perkara berkenaan perbankan Islam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] tidak terpakai kepada perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang syariah. Seterusnya ada lagi yang baru dikemukakan tadi dari Yang Berhormat Sekijang, syarat ketat dikenakan kepada peguam dan firma asing yang ingin memasuki Malaysia. Dicadangkan supaya satu badan ditugaskan untuk memantau permohonan supaya hanya peguam atau firma guaman asing yang terbaik sahaja diluluskan. Untuk itu untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan sebelum ini peguam serta firma guaman asing yang memohon atau diberi lesen akan dipantau oleh satu jawatankuasa pemilihan. Jadi setiap permohonan akan dipertimbangkan dahulu oleh jawatankuasa pemilihan dengan mengambil kira kriteria dan kredibiliti setiap permohonan. Setiap pemohon juga diwajibkan untuk mengemukakan business plan. Saya rasa ini juga sudah saya nyatakan sebentar tadi Yang Berhormat, mereka perlu mengemukakan business plan mereka, dengan izin, untuk pertimbangan dan syor Jawatankuasa Pemilihan. Seterusnya isu mengenai pemansuhan CLP dan juga Common Bar Exam, dengan izin. Jabatan ini mengambil maklum akan isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, isu-isu ini merupakan keputusan dasar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memang banyak perkara yang kita bincangkan tadi saya lupa Yang Berhormat Silam tadi ada menyentuh mengenai sifat Majlis Peguam yang dilihat sebagai satu badan yang bersifat anti kerajaan atau pro pembangkang, mencadangkan supaya Akta Profesion Undang- undang 1976 [Akta 166] dipinda sebagai wakil daripada Jabatan Peguam Negara dilantik secara automatik dalam Majlis Peguam.
Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri saya terpanggil dengan isu Majlis Peguam ini. Apakah Yang Berhormat melihat bahawa Majlis Peguam ini masih lagi relevan mewakili peguam-peguam di negara kita ini sebab banyak sudah tingkah laku dan tindakan-tindakan Majlis Peguam ini membelakangkan inspirasi rakyat dan kerajaan itu sendiri. Saya tidak nampak ada apa-apa teguran pun daripada pihak yang bertanggungjawab kepada Majlis Peguam ini. Jadi apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan berhubung dengan perilaku Majlis Peguam yang seolah-olah mereka ini seharusnya sebuah badan yang mewakili peguam-peguam itu yang diperakui oleh kerajaan tetapi mereka membelakangkan dengan tindakan-tindakan yang tidak profesional. Jadi rakyat di bawah keliru apa sudah terjadi dengan keadaan-keadaan sebegini. Apa langkah, tindakan kerajaan ambil atau pun bercakap sahaja tidak ada apa action hendak diambil. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Kinabatangan. Sebelum saya menjawab itu kerana ianya berkaitan dengan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat dari Silam tadi. Kita ambil perhatian keprihatinan Yang Berhormat Silam, diambil maklum oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang demokrasi kita tidaklah akan menghalang pandangan-pandangan yang diutarakan hanya kerana ini dilihat sebagai anti kerajaan. Namun begitu, kita kena faham di sini bahawa Majlis Peguam merupakan satu badan yang ditubuhkan di bawah Akta 166 untuk mengawal selia profesion undang-undang di Malaysia. Dalam hal ini pihak Majlis Peguam telah bekerjasama terutama sekali dalam hal apa yang kita bincangkan pada hari ini, saya hendak kongsi di sini bahawa pihak Majlis Peguam telah bekerjasama dengan pihak kerajaan khususnya AG Chambers dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan profesion undang-undang. Jadi memang kita akui ada di kalangan mereka menentang, ada yang menyokong kerajaan. Oleh kerana mereka peguam mereka adalah ahli di bawah Majlis Peguam dan mereka nampak seolah-olah majlis itu sendiri yang menentang kita.
Akan tetapi apa boleh buatlah kalau mereka hendak menentang, kita tidak dapat memaksa. Cuma apa yang kita lihat di sini bahawa kita amat kata orang menghargainya kerana pindaan...
Yang Berhormat saya tidak mempertikaikan kalau tindakan itu dibuat oleh individu dalam Majlis Peguam itu sendiri tetapi apa yang rakyat pertikai ialah badan itu sendiri yang mencerminkan dan memberi perakuan. Itu yang dipertikaikan oleh rakyat. Kalau individu punya perbuatan saya tidak kisah langsung sebab walaupun dia peguam dia pun mempunyai matlamat dia sendiri tetapi Majlis Peguam itu sendiri yang kita bicarakan.
Boleh saya, Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua saya tertariklah dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bolehkah saya menganggapkan kerajaan mengiktiraf Majlis Peguam sebagai satu entiti yang berdaftar dan ia juga adalah dianggotai oleh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia berhak untuk memberi apa-apa pandangan terhadap satu-satu isu. Betulkan pemahaman saya bahawa kerajaan sudah mengatakan bahawa Majlis Peguam juga turut mendukung cita-cita murni kerajaan di mana ia diperlukan untuk membantu kerajaan. Kalau ia memberi pandangan yang berbeza dengan kehendak kerajaan saya rasa kita kenalah menghormati pandangan mereka. Saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kalau itulah pendirian kerajaan, ikhlas saya katakan kerajaan yang amat murni. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya tadi hendak menjawab - adakah isu yang sama?
Sama
Okey, okey.
Saya bersetuju perlu atau tidak adanya Majlis Peguam. Akan tetapi isunya sekarang, apabila banyak kita dapati pandangan Majlis Peguam ini yang tidak tepat dan ia mengheret rakyat dalam isu-isu yang langsung tidak sesuai dengan peranan yang sepatut dimainkan oleh Bar Council itu sendiri. Sebab itu kita bersetuju pandangan Yang Berhormat Kuantan, mesti ada kebebasan bercakap, berhujah, memberi pandangan tetapi pandangan yang perlu diberikan oleh badan guaman ini mestilah pandangan-pandangan yang benar-benar mempunyai integriti dan sebagainya. Persoalan yang kita hadapi hari ini ialah apabila ada setengah isu, Bar Council sendiri yang mengheret rakyat melakukan demonstrasi jalanan dan sebagainya. Ini yang kita tidak setuju. Jadi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat yang itu.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Terima kasih, saya amat menghargai ya, amat menghargai pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga daripada Yang Berhormat Lenggong kerana ini menunjukkan bahawa kita semua ini menyedari hakikat ini semua. Jadi, tadi saya mengatakan memang Majlis Peguam ini memang kita iktirafkan kerana berdaftar. Sebuah badan yang ditubuhkan di bawah akta iaitu Akta 166 untuk mengawal selia dari segi profesion undang-undang ini di Malaysia ini. Namun begitu, untuk kita menghormati pandangan semuanya, kita telah menghargai sebab banyak perkara yang mana Majlis Peguam itu sendiri sebagai satu badan bekerjasama dengan kerajaan. Akan tetapi kalau mereka bertindak sebagai menyuarakan seolah-olah mereka itu tidak menyokong kerajaan, diharapkan itu adalah pandangan individu dan kita juga menghormati pandangan individu. Jadi, kita mengharapkan juga supaya Majlis Peguam ini untuk mengekalkan dari segi profesionalism dia, dengan izin, supaya apabila mereka membuat pandangan, kita tidak menghalang kalau mereka mengkritik kita sebab dari perbahasan tadi kita pun tahu kritikan itu adalah memang membantu kita. Ianya membina tetapi kalau mereka mempunyai...
Yang Berhormat...
Boleh Yang Berhormat cakap.
Celah sikit.
Kejap, kejap. Jadi, kalau ada pandangan- pandangan ini biarlah pandangan ini kalau ianya sebagai seorang individu, saya harap Majlis Peguam pun memberi pandangan bahawa itu adalah pandangan peguam mereka sebagai individu. Ini kerana kita tidak dapat lari di mana peguam ini mesti berdaftar di bawah Majlis Peguam. Jadi, nampak betul kalau mereka bertindak secara tidak begitu profesional ataupun bertindak tanpa mungkin tidak dipersetujui oleh Majlis Peguam. Ini perkara yang kita harapkan agar mereka susun atur dia punya terms and conditions dalam syarat-syarat mereka, dengan izin, terms and conditions dalam sebagai ahli Majlis Peguam.
Yang Berhormat Menteri...
Kinabatangan
Begini Yang Berhormat Menteri. Saya tengok peguam-peguam dalam negara kita tidak ada pilihan. Kadang-kadang pendirian dan pandangan Majlis Peguam itu sendiri bukan semua disokong oleh ahli anggotanya tapi dia tidak ada pilihan kerana terpaksa menganggotai Bar Council ini. Saya hendak rujuk sebelum ini di penggal yang lalu, ada cadangan yang dikemukakan dalam Dewan ini supaya kerajaan mengkaji apakah perlu kita tubuh satu lagi badan lain yang membolehkan...
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Nantilah dulu Yang Berhormat, sabarlah.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tidak apa, Majlis Peguam UMNO pun tidak apa. PAS hendak buat pun tidak apa, tidak ada masalah. Maksud dia, kita bagi pilihan kepada peguam ini sebab sekarang dia tidak ada pilihan. Dia terpaksa masuk. Jadi, Menteri baru ini, semangat baru, orang muda baru, tubuhkan satu lagi biar ada pilihan. Ini kerana saya pasti bahawa tidak semua pendirian dibuat oleh Bar Council, apatah lagi pendirian yang confirm sokong sebelah sini, disokong oleh ahli. Dia menganggotainya kerana dia tidak ada pilihan. Sekarang saya hendak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini tubuh satu lagi supaya dibagi pilihan kepada peguam untuk menganggotai badan ini.
Ya, Yang Berhormat. Saya selari dengan rakan saya Yang Berhormat Lenggong sebab walaupun mungkin apabila kita berbicara soal Majlis Peguam ini, rakan-rakan saya di pembangkang ini pula bising macam semut.
[Ketawa]
Hah...
Macam tentera semut, tentera semut.
Macam tentera...
Tentera semut merah!
Inilah tentera-tentera semut merah. [Ketawa] Inilah semut-semut merah.
Yang Berhormat, semut tidak ada suara Yang Berhormat.
Tentera semut merah.
Inilah red army beans.
PJU, PJU!
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Inilah read bean army DAP, saya baca ini, saya baca. Kalau kita sentuh soal Bar Council, dia bising, dia teriak macam kena gigit semut. [Ketawa] Ini red bean army, ini chief dia, ini kepala dia, saya tau.
Saya hendak tubuhkan red ants army sekarang.
Ha, tengok, dia tidak tahan. Kalau kita sebut red bean army, dia punya punggung sakit, panas. Jadi, dia memang berdiri punya, dia meroyan sebab dia sakit betul kena gigit. Jadi, apakah kerajaan sebab kita selalu bercakap soal pembangkang, pembangkang cakap soal kebebasan bersuara. Akan tetapi setujukah Yang Berhormat sebagai seorang peguam bahawa kebebasan bersuara ini adalah limitasi dia. Di rumah kita pun kalau anak kita menyuarakan anything sama kita, bapa mak dia, pun kita marah. Sebab ada limit dia. Jadi, kebebasan bersuara macam mana kita hendak kan.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Apakah kita boleh cakap sentuh soal peribadi orang...
Marah dengan ayah cari ayah baru, emak baru.
...macam-macam. Jadi, memang betul bahawa peguam-peguam kita tidak ada pilihan. Seolah-olah mereka dipaksa menyertai Majlis Peguam, sedangkan kalau ada badan lain yang mengendali pun mereka mempunyai pilihan.
[Bangun]
Macam juga politik, ada pilihan. Ada BN, ada pembangkang. Orang pilih, kita memerintah. Itulah jadinya. Dia tidak pilih pembangkang pun sebab dia tahu pembangkang tidak boleh mengendali negara ini. Itu sebab dia tidak pilih.
Yang Berhormat Kinabatangan, setuju tidak sokongan saya tadi Yang Berhormat Kinabatangan. Cadangan Yang Berhormat Lenggong tadi, setuju tidak setuju?
Jangan bising macam semut Yang Berhormat.
Memang saya setuju supaya kerajaan meneruskan usaha itu untuk mewujudkan satu lagi Majlis Peguam untuk memberi pilihan kepada peguam-peguam muda kita yang tidak menyertai Majlis Peguam yang dipelopori oleh pembangkang. Tidak boleh, kena ada pilihan baru. Jadi, kerajaan harus mengambil tindakan. Jangan cakap saja.
[Bangun]
Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Tidak hendak bagi ya.
Kena bagi sikit dekat sinilah. Takkan hanya - terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Yang lain duduk.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa...
Tentera semut merah. Kapten, kapten tentera semut merah.
Saya rasa ucapan-ucapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat Kinabatangan...
Ini ketua tentera semut merah.
Ya, saya akan tubuhkan pasukan semut merah sekarang. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat Kinabatangan ini macam dia orang kata, suara rakyat tidak diambil kira dan Bar Council tidak mengikut suara rakyat. Saya perlu tegaskan di sini, dalam pilihan raya yang lalu, yang dapat majoriti suara rakyat Pakatan Rakyat, 52%. BN 47%.
Mana ada begitu kalau kalah.
Jalan lupa.
Yang memerintah, kita.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kinabatangan.
Majoriti rakyat ada di sebelah sini, jangan lupa.
Inilah semut merah namanya.
Tuan Yang di-Pertua...
Kalau majoriti sudah menang.
Saya rasa cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat Kinabatangan untuk menubuhkan satu badan baru ini...
Dia meroyan, mimpi di siang hari.
Sudah mimpi di siang hari.
Saya belum habis.
Ini Malaysia, bukan Amerika.
Cadangan untuk menubuhkan satu badan yang baru ini tidak masuk akal. Tidak masuk akal, katakan oh, kalau minoriti yang kecil tidak suka, dia kena tubuhkan satu pertubuhan baru. Macam di Pakatan Rakyat sini kita masih masuk dalam Dewan. Kita tewas dalam pilihan raya tidak apa walaupun kita rasa tewas kerana ada cheating, ada muslihat, ada silap mata. Akan tetapi tidak apa, kita masih lagi masuk Dewan.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dia mengaku dia tewas, bermakna tidak adalah majoriti.
Kita tidak tubuhkan satu kerajaan yang baru, kerajaan alternatif. Akan tetapi orang UMNO dekat sana...
Itulah hakikatnya!
Rakan-rakan sebelah sana, mereka tidak boleh tahan kalau jadi minoriti dalam Bar Council.
Ini nampak sangat tidak menyokong kebebasan bersuara. Kalau menyokong kebebasan suara, benarkan sajalah. Apa takut?
Kalau tidak setuju dengan pendapat Bar Council, kasi buanglah Jawatankuasa Bar Council. Kenapa pula hendak tubuhkan satu badan yang baru.
Tuan Yang di-Pertua, kerana ini...
Bagi pilihan Yang Berhormat. Apa hendak paksa orang masuk?
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam dan beliau saya nampak bangun, kita beri peluang kepada beliau.
Lepas itu Sepang.
Sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya bukan kebebasan bersuara, masalah sekarang, Bar Council diberi kuasa untuk mengeluarkan practising certificate. Itu masalah dia tetapi dia tidak berkecuali, dia berpihak. Dia bukan independence.
Ada yang dihalang kah, ada yang tidak dapat kah?
Itu yang masalah dia. Kitalah...
Terima kasih...
Dia mesti...
Bukan terima kasih Menteri. Apa tindakan kerajaan?
Yang Berhormat Menteri
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Puah Hajah Nancy binti Shukri: Tunggulah, nanti saya jawab. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta tolong Yang Berhormat Menteri jawab. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Macam mana hendak jawab?
Yang Berhormat ...
Ia bukan masalah kebebasan bersuara.
Boleh jawab Yang Berhormat.
Yang Berhormat Lenggong duduk Lenggong. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Saya rasa saya hendak jawab dahulu Yang Berhormat Silam ini. Kalau tidak ...
Yang lain duduk Yang Berhormat.
Isu sama. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Sekejap-sekejap.
Bagi Menteri jawab dahulu Yang Berhormat.
[Bangun]
[Bangun] Puah Hajah Nancy binti Shukri: Ini sebenarnya soalan daripada Yang Berhormat Silam. Kalau saya ada masa nanti saya akan bagi peluang kepada yang lain ya. Akan tetapi ...
Yang Berhormat Bukit Katil, Kapar silakan duduk Yang Berhormat. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Soalan daripada Yang Berhormat Lenggong dengan Yang Berhormat Kinabatangan insya-Allah saya jawab selepas ini. Saya hendak sambung tadi di mana kita menyentuh mengenai keanggotaan Majlis Peguam diperuntukkan dalam seksyen 47 Akta 166. Tadi Yang Berhormat Silam juga mengatakan Majlis Peguam ini badan yang mengeluarkan sijil. Jadi, saya bangga menyatakan di sini bahawa memang betul mereka adalah badan yang mengeluarkan sijil. Ini menunjukkan kita sebuah negara yang demokratik di mana kita tidak mengambil bahagian dalam perkara ini. Cuma satu Tuan Yang di-Pertua, tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kinabatangan mengenai sebuah badan yang lain-lain lagi, saya rasa itu tidak salah kalau mereka hendak menubuhkan persatuan yang lain. Akan tetapi ia tidak menjejaskan Badan Majlis Peguam. Jadi, terpulang kepada mereka. Yang Berhormat I mean kita kena menjawab isu ini secara profesional di mana sekiranya ada di kalangan ahli-ahli peguam yang lain, mereka hendak menubuhkan sebuah persatuan yang boleh melindungi, protecting themselves dengan izin, protecting their own right dengan izin saya rasa tidak salah untuk menubuhkan satu persatuan tetapi bukan sebuah Majlis Peguam juga. Tidak boleh ada dua Majlis Peguam dalam sebuah negara ini. Itu keadaannya. Saya terpaksa menjawab mengikut peraturan undang-undang tetapi inilah hakikat kita di Malaysia di mana kita sebuah negara demokratik.
Yang Berhormat Menteri minta laluan. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Itulah peruntukan undang-undang Yang Berhormat.
Kita ubah undang-undang Yang Berhormat.
Kita ubah tiada masalah.
Kita bagi pilihan kepada rakyat. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Untuk mengubah undang-undang lain cerita. Ini kita habiskan ini dahulu.
Yang Berhormat Kinabatangan, Lenggong.
Kita luluskan undang-undang baru, memulihkan.
Yang Berhormat Menteri,
Yang Berhormat Menteri minta laluan. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Saya hendak habiskan ini dahulu.
Yang Berhormat, Lenggong, Lenggong. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Tuan Yang di-Pertua.
Ada yang bangun Yang Berhormat.
Kita bagi pilihan kepada Majlis Peguam Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, bagi amalan ... Puah Hajah Nancy binti Shukri: Tuan Yang di-Pertua, saya kena terlebih dahulu ...
Yang Berhormat
Kalau perlu pinda undang- undang, kita pinda Yang Berhormat.
Ahli-ahli yang lain duduk dahulu Yang Berhormat. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Saya kena teruskan ini.
Masalahnya peguam tidak ada pilihan, terpaksa mengikut Bar Council yang disokong oleh Petaling Jaya Utara, yang disokong oleh Yang Berhormat Sepang.
Kita bukan negara komunis.
Saya hendak bantu Yang Berhormat Menteri, saya hendak bantu Menteri ...
Yang Berhormat Lenggong.
[Menyampuk] Puah Hajah Nancy binti Shukri: Okey Tuan Yang di-Pertua izinkan saya teruskan untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Silam. Silam belum habis lagi saya jawab.
Menteri ini memang baik, saya hendak bantu dia. Dia ikut undang-undang.
Saya menyanggah jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak setuju.
Sebagai peguam saya hendak bantu. Boleh saya bercakap?
[Bangun]
Nanti, nanti dahulu Yang Berhormat Sepang.
Tak kan pasal ...
Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Kinabatangan, Kapar.
[Dewan riuh]
Kasi peluang orang lain cakaplah.
Ini peguam dia pergi chow kit road lah.
Yang Berhormat.
Ini peguam pergi ....
Point of order, point of order.
Yang Berhormat ...
Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat. Menteri hendak teruskan Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.
Sedikit, sedikit lima minit, lima minit.
Kita berbahas pasal undang-undang peguam. Jadi, yang berbahas itu baiklah macam peguam. Yang macam ini bukan macam peguam ini.
Tuan Yang di-Pertua, ... Puah Hajah Nancy binti Shukri: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan jawapan untuk Yang Berhormat Silam tadi.
Yang Berhormat Lenggong duduk Lenggong. Puah Hajah Nancy binti Shukri: Berkenaan dengan kerisauan Yang Berhormat tentang Majlis Peguam membawa masuk peguam asing yang tidak layak. Sukacita dimaklumkan bahawa apa-apa permohonan untuk menjalankan amalan oleh peguam asing nanti akan dipertimbangkan oleh satu jawatankuasa pemilihan yang mempunyai juga wakil daripada pihak kerajaan di dalamnya iaitu peguam negara dan wakil yang akan dilantik oleh peguam negara. Namun, sebelum itu, saya ingin perbetulkan tadi ada saya nyatakan mengenai GATS ini. Saya hendak betulkan fakta yang telah saya sebutkan tadi Malaysia mula memberikan komitmen kepada GATS WTO bermula pada tahun 1995 bukannya tahun 2006. Seterusnya dari segi sama ada Akta A1444 akan berkuat kuasa secara serentak dengan rang undang-undang ini. Untuk makluman Akta A1444 telah pun diluluskan pada Julai 2012. Walau bagaimanapun belum lagi dikuatkuasakan. Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam bercadang supaya akta ini berkuat kuasa secara serentak dengan rang undang-undang ini. Seterusnya daripada Yang Berhormat Jasin juga. Tadi juga daripada Yang Berhormat Jasin, ini juga daripada Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin mengatakan dalam meminda Akta A1444 ini, adakah rundingan atau konsultasi telah dibuat kepada Majlis Peguam dan peguam-peguam beragama Islam. Tengok, Yang Berhormat Jasin ini juga mempunyai keprihatinan kepada Majlis Peguam. Jadi, dengarlah mereka sebagai ahli Majlis Peguam, Yang Berhormat Jasin amat prihatin memastikan agar adanya konsultasi di kalangan Majlis Peguam dan juga peguam-peguam beragama Islam. Jadi, jawapannya ialah pindaan yang dicadangkan ini telah digubal. Setelah mengambil kira pandangan Majlis Peguam dan setelah menjalankan konsultasi yang komprehensif bersama agensi tersebut yang mewakili peguam-peguam tempatan tidak kira sama ada mereka Muslim atau pun bukan Muslim dan juga wakil peguam-peguam di mahkamah syariah. Untuk makluman Yang Berhormat juga cadangan pindaan bagi kemasukan peguam asing ini bukanlah disasarkan kepada perkara-perkara di bawah Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, peguam-peguam syariah tidak akan terjejas atau pun affected dengan izin oleh pindaan ini. Seterusnya dari Yang Berhormat Jasin juga Tuan Yang di-Pertua bolehkah diberi jaminan bahawa peguam-peguam asing ini akan hanya menjalankan amalan berkenaan dengan Islamic finance sahaja dengan izin? Jadi, untuk makluman bidang amalan yang dibenarkan tidak semestinya tertumpu hanya kepada perkara-perkara dengan izin Islamic
finance. Bidang amalan yang dibenarkan akan dinyatakan di dalam kaedah-kaedah yang akan digubal oleh Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam. Yang Berhormat Jasin juga bertanya apakah taraf peguam asing yang akan memasuki Malaysia tidak melebihi 60 hari ini? Adakah mereka diberi pas lawatan atau pas pekerja? Jika pas pekerja patutkah mereka dikenakan cukai? Untuk makluman, tempoh 60 hari diperuntukkan dalam sub seksyen 37(2B) yang mencadangkan melalui pindaan ini adalah supaya selaras dengan perenggan 21, jadual 6 berkenaan pendapatan yang dikecualikan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]. Seterusnya Yang Berhormat Jasin juga telah bertanya sama ada jaminan peguam- peguam asing ini tidak melakukan amalan yang menjejaskan keselamatan negara. Untuk makluman Yang Berhormat, kemasukan peguam asing akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan yang merangkumi peguam negara, Presiden Majlis Peguam dan wakil daripada AG Chambers dengan izin dan Majlis Peguam Negara. Jadi, peguam-peguam asing ini hanya boleh melakukan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa pemilihan di dalam kaedah-kaedah yang akan digubal. Ini yang kita lihat dalam pindaan ini di mana ada tiga perkara kalau dibenarkan mereka untuk ...
Yang Berhormat boleh tanya? Puah Hajah Nancy binti Shukri: Boleh saya habiskan satu perenggan ...
Soal pemantau. Tadi Yang Berhormat maklumkan bahawa akan dipantau oleh jawatankuasa. Siapa pula yang memantau jawatankuasa itu? Ini kerana susah pula. Nanti mereka pula ter over look. Jadi, adakah lagi pemantau di antara pemantau itu? Puah Hajah Nancy binti Shukri: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam Majlis Pemantauan ini mereka bukan hanya terdiri daripada pihak Ahli Majlis Peguam sahaja. Mereka juga terdiri daripada kerajaan juga, mewakili kerajaan iaitu daripada AG Chambers dan beberapa orang-orang yang mewakili kerajaan. Jadi, itulah pemantau-pemantau. Jadi, ada check and balance dengan izin dalam Majlis Pemantauan itu. Seterusnya, sebenarnya ada lagi rakan lain tadi hendak bertanya. Sabar dahulu, biar saya habiskan yang ini. Selanjutnya, dalam memberikan lesen pendaftaran kepada peguam-peguam dan firma asing, syarat-syarat juga akan dikenakan di mana jika peguam- peguam ini melanggar syarat-syarat pelesenan ini.
Jadi, pendaftaran mereka akan dilucutkan dan digantung atau diperintahkan membayar denda. Seterusnya juga iaitu dari Yang Berhormat Jasin juga, apakah komposisi Lembaga Tatatertib di bawah 40(m) dan apakah bentuk penalti yang dikenakan? Jawapannya ialah Lembaga Tatatertib diperuntukkan di dalam Akta Profesion Undang- undang 1976 [Akta 166] di mana ia merangkumi hakim-hakim Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, presiden Majlis Peguam dan 15 orang ahli-ahli Majlis Peguam. Peguam asing yang telah memperoleh lesen daripada Majlis Peguam yang melakukan apa-apa salah laku boleh digantung atau dibatalkan pendaftarannya atau diperintahkan untuk membayar denda. Jadi, tadi ada dari mana itu hendak bertanya tadi? Sebelum saya menutup...
Isu sudah pun lepas Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Pihak Menteri, tadi saya ada dalam ucapan saya, saya ada sebut fasal minta supaya pihak kerajaan menyatakan dengan telus, adakah pengenalan undang-undang ini adalah satu mukadimah ke arah untuk kita
iktiraf TPPA. Ini kerana saya bercakap begini sebab atas alasan sebagai contoh, apabila fish rating cuma ratekan ekonomi how look of our economy kepada negatif menyebabkan kerajaan bertindak mengurangkan subsidi. Maknanya apabila ada pressure daripada luar itu, kerajaan react. Jadi soalan saya, adakah perundingan TPPA ini sebagai satu mukadimah untuk hendak tunjukkan komitmen kita menerima TPPA itu, pihak yang negotiate ini minta supaya kerajaan membuat sesuatu dan antaranya pindaan ini. Jadi saya hanya ingin hendak bertanya, adakah conclusion ini adalah satu yang justified?
Ya, terima kasih...
Yang Berhormat Menteri...
Sepang...
Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Saya hendak sentuh Yang Berhormat Menteri, tentang Jawatankuasa Pemantau yang...
Boleh saya jawab TPPA dulu?
Okey, okey.
Tadi saya rasa, saya tidak tahu kalau Yang Berhormat Sepang ada di sini. Saya sudah jawab mengenai TPPA ini. Sebenarnya TPPA ini Tuan Yang di-Pertua, baru datang hari ini, baru datang pada masa ini. Akan tetapi pindaan ini saya rasa kalau hendak tanya Ahli Majlis Peguam, mereka lebih mengetahui bahawa ini sudah lama sudah kita rancang. Malah sudah diluluskan yang satu bahagian itu. Oleh sebab itu pindaan ini perlu kerana kita perlu membawa isu mengenai fly in fly out dengan izin, sebelum itu ia disekat. Jadi oleh sebab kita bercakap mengenai liberalisasi, sebelum itu kita tidak ada cerita pun mengenai TPPA. Jadi, tidak adalah niat yang mala fide kah, dengan izin, mala fide punya intention tidak ada dekat sini. Ia dibuat dengan in good faith, dengan izin. Jadi, tidak ada kena mengenai dengan TPPA sebab TPPA adalah satu perkara yang baru dan ia juga bukan dalam bidang kuasa ini untuk saya hendak bercerita panjang mengenai TPPA. Jadi, daripada Yang Berhormat Bukit Katil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada bangkitkan tentang jawatankuasa seperti mana Jawatankuasa Pemantau yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Cumanya, apakah kerangka ataupun guidelines yang akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemantau ini untuk memberikan lesen mungkin kepada firma-firma guaman di luar untuk beramal di sini. Ini kerana saya ambil contoh macam pengalaman di negara jiran, sebelum ini saya sebut dalam perbahasan. Mereka di bawah kementerian undang- undang, ada guidelines di mana asas yang paling utama untuk mereka memberikan lesen ini atau kebenaran ini adalah sama ada firma tersebut memberikan nilai tambah kepada ekonomi ataupun tidak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya juga telah menjawab perkara ini tadi di mana ia memang juga kita perlukan mereka mempunyai memberi nilai tambah yang tidak menjejaskan firma guaman yang ada di sini kerana yang kita mahu aksesnya dengan izin ialah, technology transfer supaya ia memberi nilai tambah kepada firma guaman yang ada di Malaysia ini. Pada satu hari nanti, mungkin kita tidak memerlukan mereka. Jadi, kita ini hendak dikatakan kita cuba supaya peguam-peguam di negara kita sendiri akan mempunyai kelengkapan dari segi ilmu yang ada ataupun ada yang berlaku di sini ialah di mana banyak hal misalnya dalam Islamic banking, dengan izin. Ini telah berlaku di negara lain tetapi ia dikira agak baru di negara kita. Maka dengan itulah kita memerlukannya. Jadi dari segi Jawatankuasa Pemantau itu, mereka akan melihat kepada
sama ada kecekapan ataupun the expertise, dengan izin, sama ada sudah ada di Malaysia ini. Oleh sebab itu, yang diberi keutamaan ialah firma dalaman kita, dalam negara dahulu sebelum kita memikir kepada firma asing. Jadi mereka akan melihat kepada keperluan itu sendiri. Ini kerana saya rasa Yang Berhormat, kita tidak perlu risau kerana kita ada ahli-ahli daripada Majlis Peguam yang mempunyai kepentingan dalam bidang guaman ini. Sudah tentu mereka mahu memelihara skop mereka yang ada, tugasan mereka dan rakan-rakan mereka yang terdiri daripada peguam di Malaysia ini. Terima kasih.
[Bangun]
Ya, hendak bagi Yang Berhormat Beruas Yang Berhormat? Ya, sila.
Okey last one ya, sebab saya ada satu lagi pindaan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu tiga isu yang saya bangkitkan sudah dijawab tadi atau tidak kerana saya lambat sedikit masuk kerana tadi taklimat Jalinan Orang Asli tadi. Tiga isu. Isu pertama sama ada kerajaan bercadang untuk consider bahasa Inggeris sebagai bahasa alternatif di mahkamah. Sekarang ini mesti guna bahasa Melayu melainkan dibenarkan supaya no duplication or double pleading. Nombor dua, sistem arbitration yang ada sekarang ini hanya untuk syarikat besar- besar yang will cost ten of thousand, kalau tidak ratusan ribu untuk menjalankan satu-satu arbitration. Adakah kerajaan bercadang or set alternative for a cheaper version of arbitration, dengan izin, for our rakyat Malaysia yang biasa? Ketiga, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang baru untuk Akta Pilihan Raya kerana ada masalah di mana semua election petition yang difailkan lebih daripada 40 lebih telah ditolak atas alasan teknikal. Maksudnya ada masalah untuk election petition didengar atas meritnya. Ketiga isu ini harap dapat jawapan.
Okey terima kasih. Jawapannya yang pertama ialah Tuan Yang di-Pertua, yang pertama dari segi bahasa Inggeris, itu adalah dasar. Akan tetapi apa yang saya fahamkan hari ini, walaupun di Lower Court, dengan izin, mereka menggunakan Bahasa Malaysia, tetapi di Higher Court, ia menggunakan bahasa Inggeris. Akan tetapi itu adalah satu keputusan dasar yang tidaklah saya dapat jawab di sini kerana dasar ini bukanlah di bawah naungan saya seorang. Namun begitu, mungkin ini boleh kita ambil perhatian. Kedua dari segi arbitration, saya rasa saya minta kalau boleh Yang Berhormat Beruas hendak bahaskan lagi sebab isu arbitration kita belum pergi lagi. Saya ada pindaan satu mengenai KLFCA selepas ini ya. Ketiga ialah dari segi pindaan untuk Akta Pilihan Raya. Oleh sebab itu merupakan satu cadangan, mungkin kita boleh ambil kira dengan pihak peguam, pejabat dari AGC yang ada bersama kita ini, mungkin boleh diambil kira sama ada ia akan dibenarkan atau tidak. Saya rasa itu akan dikajilah. Saya rasa bukan hanya Yang Berhormat Beruas sahaja mempunyai kepentingan itu, kerajaan pun mempunyai kepentingan. Dari semasa ke semasa memang kita akan tetap menjalankan pindaan kepada undang-undang. Jadi saya rasa terima kasih kepada semua. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat...
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Ini sebetulnya masalah kita. Balik-balik dikaji, memantau dari semasa ke semasa tetapi tidak ada tindakan. Itulah yang menjadi mangsa masalah dalam negara kita. Saya tidak berapa sukalah mendengar jawapan-jawapan begini.
Terima kasih. Saya tidak kata kaji Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, saya rasa ini tengah hari ini, belum lagi pukul 5
petang, masih pukul 3.59. Saya tidak menggunakan perkataan “dikaji”. Oleh sebab itu satu cadangan, jadi kita tidak dapat memutuskan di sini tetapi dari semasa ke semasa memang itulah menjadi amalan kita untuk melakukan penambahbaikan. Ini saya percaya bukan hanya dari pihak sebelah sana, tetapi juga sebelah kerajaan ingin melihatkan penambahbaikan kepada rang undang-undang ini ataupun dari segi Akta Pilihan Raya.
Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan yang saya ada kepada pertanyaan- pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013. Dengan itu saya ingin mengakhiri pembentangan saya pada petang ini, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana ada yang hendak tidur pun tidak jadi tidur di atas perbincangan yang begitu menarik sekali. Jadi, saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua terhadap persoalan-persoalan yang telah diutarakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya cadangan pindaan tambahan kepada Akta 166 ini merangkumi pindaan bagi mengecualikan sektor perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding timbang tara di Malaysia daripada
pemakaian Akta 166. Cadangan pindaan tambahan yang dibuat kepada Akta 166 ini adalah untuk mencerminkan perkembangan semasa di dalam sektor perkhidmatan undang-undang timbang tara di Malaysia memandangkan sektor perkhidmatan undang-undang ini salah satu sektor yang lazimnya digunakan sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif. Sektor perkhidmatan timbang tara di Malaysia telah diperkenalkan dirantau ini dengan tertubuhnya Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau singkatannya KLRCA pada 17 Oktober 1978 berdasarkan perjanjian dua hala di antara kerajaan Malaysia dan Asian African Legal Consultative Organization (AALCO) yang sebelum ini dikenali sebagai Asian African Legal Consultative Committee (AALCC). Sejak penubuhan KLRCA Malaysia telah menjadi salah satu tempat rujukan timbang tara terpilih di rantau ini dalam menyelesaikan sebarang pertikaian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini asas cadangan pindaan tambahan ini adalah memandangkan secara umumnya Akta 166 tidak memperuntukkan dengan jelas bahawa perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding timbang tara adalah terkecuali daripada peruntukan-peruntukan lain yang terpakai kepada peguam di bawah Akta 166tersebut. Sehingga kini, kes undang-undang yang menjadi duluan dalam pengecualian prosiding timbang tara daripada pemakaian Akta 166 adalah kes Zublin Muhibah Joint Venture lawan Kerajaan Malaysia 1992, CLJ 112. Kes ini melibatkan prosiding timbang tara di Semenanjung Malaysia untuk makluman Dewan yang mulia ini subseksyen 35(1), di bawah Akta 166 memperuntukkan bahawa mana-mana peguam bela dan peguam cara mempunyai hak eksklusif untuk hadir dan bercakap bagi pihak klien mereka dalam semua mahkamah keadilan di Malaysia. Subseksyen 36(1) [Akta 166], memperuntukkan mengenai keperluan seseorang peguam bela dan peguam cara untuk meletakkan nama mereka di dalam daftar dan mempunyai satu sijil amalan yang sah sebelum menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara. Dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, mahkamah telah memutuskan bahawa bagi amalan di semenanjung Malaysia mana-mana peguam yang mewakili pihak dalam prosiding timbang tara dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat untuk menjadi seorang peguam bela dan peguam cara dalam makna Akta 166. Seterusnya, memutuskan bahawa Akta 166 tersebut tidak terpakai bagi mana-mana prosiding timbang tara di Semenanjung Malaysia. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan kemasukan peguam asing ke Semenanjung Malaysia melalui peruntukan-peruntukan baru di bawah Bahagian IVA perkongsian antarabangsa firma guaman asing berkelayakan dan pendaftaran peguam asing di bawah Akta A1444 peruntukan-peruntukan lain di bawah Akta 166 perlulah dipinda bagi menarik lebih minat peguam asing untuk menjalankan amalan di Malaysia. Sehubungan itu, sektor perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding timbang tara merupakan salah satu sektor yang telah dikenal pasti akan menarik minat peguam asing untuk menjalankan amalan mereka di Malaysia. Buat masa ini peruntukan- peruntukan di bawah Akta 166 tersebut terutamanya peruntukan-peruntukan berkenaan kemasukan peguam asing memperuntukkan bahawa peguam asing hanya boleh menjalankan amalan di Malaysia melalui perkongsian antarabangsa dengan izin, international partnership. Firma guaman asing berkelayakan ataupun qualified foreign law firm, dengan izin, dan firma guaman tempatan. Ini dikhuatiri akan memberikan kekangan dan kesulitan kepada peguam asing yang berhasrat untuk memberi perkhidmatan perundangan dalam prosiding timbang tara di Malaysia untuk memasuki Malaysia. Ini memandangkan peruntukan-peruntukan baru tersebut akan terpakai kepada mereka dan akan menyebabkan mereka memilih untuk memasuki negara lain seperti Singapura yang tidak mempunyai kekangan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan tambahan ini juga adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 21 Mac 2009 dalam usaha memperkasakan KLRCA sebagai pusat rujukan utama bagi penyelesaian pertikaian melalui proses timbang tara. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan keputusan ini sebarang kekangan dari segi
undang-undang dalam pemilihan penimbang tara atau representasi bagi pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu prosiding timbang tara hendaklah dimansuhkan bagi meletakkan sektor perkhidmatan timbang tara setanding dengan sektor perkhidmatan timbang tara di negara lain terutamanya Singapura. Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap Akta 166 yang berkaitan dengan liberalisasi sektor perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding timbang tara telah digubal dan dirangka setelah mengambil kira pandangan pihak Majlis Peguam Malaysia dan juga pihak KLRCA. Melalui pindaan ini keputusan mahkamah dalam kes Zublin Muhibah Joint Venture lawan Kerajaan Malaysia 1992, CLJ 112 akan dikodifikasikan dengan jelas di bawah Akta 166 seterusnya dapat memberikan ketelusan kepada peguam asing dan juga tempatan dalam menjalankan perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding timbang tara di Malaysia.
Dengan itu pindaan kepada Akta 166 adalah wajar dan kena pada masanya bagi tujuan memperkasakan KLRCA agar menjadi tempat rujukan utama bagi penyelesaian pertikaian melalui proses timbang tara. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini cadangan pindaan tambahan ini akan melibatkan kemasukan seksyen baru iaitu seksyen di bawah Akta 166, seksyen 37A seperti dinyatakan di bawah fasal 2. Bagi mengecualikan pemakaian peruntukan-peruntukan di bawah Akta 166 tersebut kepada peguam tempatan atau asing yang memberi perkhidmatan perundangan berkaitan dengan prosiding timbang tara. Peruntukan-peruntukan yang berkaitan termasuklah seksyen 36 berkenaan keperluan untuk peguam bela dan peguam cara di Malaysia. Untuk memastikan namanya ada dalam daftar dan mempunyai satu sijil amalan yang sah serta seksyen 37 berkenaan halangan bagi seseorang yang tidak diberi kuasa untuk bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara. Tuan Yang di-Pertua, melalui cadangan untuk memasukkan seksyen 37A yang baru ini adalah jelas. Bahawa syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan di bawah seksyen 36 dan seksyen 37, Akta 166 tidak akan terpakai kepada kategori berikut: (i) penimbang tara di dalam prosiding timbang tara, (ii) wakil bagi mana-mana pihak di dalam prosiding timbang tara; atau (iii) seseorang yang memberi nasihat. Menyediakan dokumen dan lain-lain perkhidmatan yang melibatkan prosiding timbang tara kecuali prosiding mahkamah yang melibatkan prosiding timbang tara. Seterusnya adalah dicadangkan di bawah fasal 3 supaya seksyen 38 dipinda. Pindaan ini adalah untuk mengeluarkan rujukan mengenai prosiding timbang tara di bawah perenggan (1)(f) dalam skop seksyen 38 yang mengecualikan pemakaian larangan di bawah seksyen 37, Akta 166. Di samping itu pengeluaran perenggan (1)(f) ini dibuat berdasarkan kemasukan seksyen baru 37A yang secara khususnya memperuntukkan bahawa seksyen 36 dan seksyen 37, Akta 166 tersebut tidak terpakai bagi prosiding timbang tara. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan fakta-fakta yang saya telah kemukakan tadi adalah jelas bahawa pindaan tambahan kepada Akta Profesion Undang-undang [Akta 166] adalah satu keputusan yang wajar dan sejajar dengan peredaran dan keperluan masa kini. Pindaan ini khususnya yang berkaitan dengan sektor perundangan dan timbang tara merupakan satu langkah positif yang akan mengukuhkan ekonomi negara. Memantapkan sektor perkhidmatan perundangan timbang tara khususnya dan sektor perkhidmatan negara amnya. Seterusnya meletakkan sektor perkhidmatan perundangan timbang tara Malaysia setanding dengan sektor perkhidmatan timbang tara di negara lain. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda
Akta Profesion Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang telah dibahaskan semasa bill pindaan undang-undang yang baru kita luluskan. Saya ingin membangkitkan tentang prosiding timbang tara Malaysia ini. Sungguhpun kita ada Akta Timbang Tara 2005 ini dan sebenarnya antara sebab kita ada timbang tara ialah supaya tidak perlu melalui proses yang panjang di mahkamah. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Sungguhpun timbang tara ada matlamat lain iaitu mereka yang mengadakan timbang tara merupakan expert dengan izin, dalam bidang yang akan dibicarakan. Akan tetapi di Malaysia ini kadang-kadang peguam tersilap kerana di sangka ada Akta Timbang Tara 2005 ini. Mereka menambah dalam perjanjian yang ditandatangani antara anak guam mereka, menyatakan jika berlaku pertikaian sesuatu perkara itu perlu dirujuk kepada satu proses timbang tara terlebih dahulu. Malangnya di Malaysia ini, selain daripada Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration memang tidak ada wujudnya satu sistem yang lengkap untuk timbang tara, untuk kes-kes kecil ataupun kes lain yang biasa untuk dijalankan. Jadi, hinggakan kalau kita memperuntukkan kes mesti dirujuk kepada timbang tara ini sebenarnya merupakan satu kesilapan. Ini kerana untuk mencari seorang menjadi timbang tara untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian ini memang susah. Sekarang, di Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration ini biasanya mengendalikan kes-kes yang lebih besar. Ini kerana fi ataupun perbelanjaan untuk mengendalikan sesuatu kes ini biasanya akan menjangkaui berapa puluh ribu. Ada yang menjangkaui ratusan ribu ringgit dari segi fi untuk mengendalikan sesuatu kes. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah polisi kerajaan bagi menggalakkan semua rakyat pergi ke mahkamah ataupun ada cara alternatif yang hendak digalakkan. Kalau ada cara alternatif untuk rakyat biasa yang digalakkan haruslah diadakan satu sistem timbang tara yang lebih mudah, tidak begitu teknikal dan boleh menyelesaikan pertikaian antara dua pihak dengan senang. Lagi satu perkara ingin saya bangkitkan di sini ialah daripada beberapa perjanjian yang melibatkan pelabur-pelabur asing di negara kita ini. Sehingga hari ini semua perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh mereka dengan pihak-pihak tempatan dinyatakan. Kalau ada sesuatu pertikaian yang timbul haruslah kes ini dirujuk kepada Centre for Arbitration Singapura. Saya ingin tahu, kenapakah syarikat-syarikat asing ini lebih cenderung untuk pertikaian mereka di Malaysia yang melibatkan pihak Malaysia dengan mereka ini dibicarakan di Singapura? Sama ada kerajaan sudah pun mempunyai satu kajian yang dibuat, kenapakah ini merupakan pilihan kepada syarikat-syarikat asing atau multinasional yang melabur di Malaysia dan bukan memilih Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration. Jadi, saya berharap Malaysia ini boleh mendapat keyakinan daripada orang asing dan juga orang tempatan supaya sistem perundangan kita, sistem penghakiman kita dan juga sistem timbang tara kita lebih baik. Supaya inilah negara pilihan semua orang. Harap saya mendapat sedikit penjelasan dalam isu-isu ini.
Ya sila Yang Berhormat Kota Tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang untuk saya berbahas mengenai rang undang- undang ini yang saya rasa adalah satu langkah yang betul. Saya tertarik dengan deliberation yang dibuat oleh Menteri tadi. Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan ini ada berkaitan dengan rang undang-undang yang kita telah luluskan tadi iaitu mengenai profesion. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk membawa promotion atau dengan izin, promotion or expansion of the opportunity. Ini bermakna negara kita, telah kita tahu contohnya terbitan sukuk, kita mempunyai satu terbitan yang amat besar hampir 70% daripada terbitan sukuk dunia atau Islamic bon ini. Berasaskan daripada terbitan di negara kita sudah tentulah banyak di negara-negara lain juga ingin mempunyai attractiveness atau kapasiti yang sama. Mereka sentiasa bersaing untuk mendapatkan terbitan bon ini. Itu sebabnya bila kita ada rang undang-undang ini amat baik kerana kita bukan sahaja dapat membina upaya dalam negara, dalam usaha kita mempromosikan, akan tetapi kita juga prihatin sebab kita juga hendak ambil kira supaya dalam kita mempromosi ini kita juga protect atau kita lindungi kepentingan-kepentingan tempatan khususnya kepada rezeki ataupun peluang-peluang kepada peguam tempatan.
Atas sebab itu dalam kita buat promote dan protect ini saya rasa langkah-langkah kerajaan untuk rang undang-undang ini perlu kita mempertingkatkan lagi. Ditambah pula dengan ini rang undang-undang yang kedua iaitu pindaan untuk arbitration ataupun timbang tara. Ini satu lagi usaha yang amat baik yang kita usahakan untuk memperkasakan atau memberi satu investment climate yang lebih baik dan mempunyai daya saing yang lebih baik dibandingkan negara lain ataupun saingan-saingan yang bakal akan timbul di sekitar negara-negara kita, jiran-jiran kita khususnya ataupun di peringkat global. Atas sebab itu promosi dan protection ini adalah menjadi teras untuk kita bergerak ke depan dan menjadi pertimbangan yang penting dalam kita meluluskan undang-undang ini. Akan tetapi dalam masa yang sama juga, saya suka menyahut sikit seruan daripada sahabat saya tadi daripada Yang Berhormat Beruas bahawa kita kena perlu ada keyakinan, kenapa kita pergi ke Singapura dan sebagainya. Sebenarnya climate ini hanya akan terwujud bila kita membina satu peruntukan-peruntukan undang-undang dan juga anjakan- anjakan pelaksanaan dan juga penguatkuasaan-penguatkuasaan peraturan yang mana kalau dipatuhi ianya akan dapat memberikan kita keyakinan yang lebih baik. Oleh sebab keyakinan itu mesti dibina secara berterusan bukan sahaja di dalam negeri tapi juga di luar negeri. Akan tetapi keyakinan itu tidak akan hadir sekiranya kita sendiri kalau pergi ke luar negeri kita run down the government ataupun mempertikaikan dari segi peruntukan-peruntukan yang ada. Ini menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak akan datang ke negara kita. Jadi apa yang hendak disebut di sini ialah bahawa dalam kita mempromosikan keupayaan kita supaya kita membina climate yang lebih baik untuk pelaburan (investment), kita juga buat protection ataupun perlindungan untuk peguam-peguam kita supaya mereka dapat berfungsi dengan lebih baik dan dapat sama-sama menikmati perkembangan yang ada ini dan juga dapat membina kapasiti supaya mereka bukan sahaja dapat beroperasi dengan baik dalam negara tapi juga pada peringkat yang lebih besar. Kita perlu membina keyakinan bersama-sama. Usaha ini mesti dilakukan bersama ini adalah kepentingan bersama bukan sahaja pihak belah sana ataupun kerajaan, akan tetapi ianya mesti diusahakan kerana keyakinan ini tidak mengenal bulu dan ia color blind. Kalau kita usahakan bersama, insya-Allah saya ingat keyakinan dan advantage ataupun kelebihan kita ada ini dapat kita perkukuhkan dan memperkasakan supaya kita mempunyai competitive advantage, daya saing lebih. Kita kena perlu pertahankan secara berterusan. Saya mengambil kira juga dalam kita membina upaya dalam negara, ada disebutkan juga tadi bahawa ini mungkin tidak ada kaitan dengan TPPA, Yang Berhormat Menteri cakap. Akan tetapi banyak rakan-rakan berbincang tentang TTPA ianya impending. Maknanya ia akan berlaku.
Ini disebabkan apabila kita mengharapkan sukuk bon datang ramai kepada kita, kita mengharapkan KLRCA, ramai datang timbang tara negara kita, kita tidak dapat tolak bahawa mereka juga mengharapkan kita juga melabur atau berdagang dengan mereka. Hari ini bukan masalah jual beli sahaja. Saya jual, you beli. Akan tetapi hari ini Yang Berhormat, kalau hari ini adalah mengenai perdagangan. Kalau kita jual barang kita, walaupun barang kita bagus kita kena beli juga barang dia walaupun barang dia tidak bagus. Kalau tidak dia tidak hendak berdagang dengan kita. Jadi TPPA ini memang tidak ada kaitan dengan rang undang-undang ini, akan tetapi it is impending matter. Benda ini akan berlaku dan tidak akan dapat kita tolak. Atas sebab itu, rang undang-undang ini adalah sebagai satu persiapan awal untuk kita menentukan bahawa tahap daya saing (competency) di kalangan pengamal-pengamal guaman di dalam negara kita boleh bersaing pada peringkat antarabangsa, atas sebab itulah kita kena lakukan sekarang melalui peruntukan-peruntukan yang kita buat pada hari ini, tadi dan yang kedua ini. Saya juga hendak menyebut bahawa dalam kita mempromosi dan membuat perlindungan untuk environment climate kita, kita juga perlu memastikan bahawa performance kita ataupun competency kita at par atau sama dengan mereka-mereka di luar sana. Kita tahu Singapura telah mendahului kita dari segi infrastructure dan juga pelaksanaan pelaburan daripada perguaman asing. Kita perlu bersiap siaga untuk mendepani cabaran ini. Atas sebab itu performance kita ataupun competency di kalangan guaman itu perlu dipertingkatkan sama ada dari segi penguasaan bahasa Inggeris, dari segi penyediaan infrastructure untuk penyediaan lebih ramai pengamal-pengamal guaman dan juga exposure pada peringkat antarabangsa. Atas sebab itu, performance ini perlu kita mempertingkatkan dan kita perlu melihat dari sudut performance itu, integriti. Sebab kita juga perlu melihat bahawa pengamal- pengamal undang-undang guaman dalam negara kita ini mempunyai tahap integriti yang amat tinggi. Tadi ramai yang bercakap tentang Bar Council dan sebagainya. Saya rasa yang duduk dalam ini, Dewan yang mulia ini semuanya sudah tentulah orang politik. Sebab bertanding atas sebab parti politik, menang dan seterusnya menjadi wakil rakyat, Yang Berhormat dan menubuhkan kerajaan. Sama ada belah sana ataupun belah sini. Akan tetapi peguam ini lain. Itu sebab kita perlu mempertingkatkan integriti bidang guaman kita supaya keyakinan yang dituntut akan dapat kita bina pada tahap yang tertinggi dan ini menjadi salah satu daripada sebab mengapa lebih ramai multinasional akan datang melabur di sini, menjadikan kita pusat timbang tara, meletakkan terbitan-terbitan sukuk yang lebih besar. Keyakinan ini kita kena bina bersama. Atas sebab itu kita minta– saya sarankan kepada semua Yang Berhormat sama ada belah mana-mana pun keyakinan ini, must be driven from within. Kita kena bina dari dalaman. Sekiranya ada di antara kita yang keluar negara dan bercerita tentang kelemahan- kelemahan kita saya anggap ini satu perbuatan yang contradictory dan tidak membantu dalam usaha kita membina kekuatan ini.
Boleh dapat penjelasan tidak?
Ya, sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi dikatakan memberi gambaran yang tidak baik di luar negara menjejaskan keyakinan kepada Malaysia. Akan tetapi bukankah lebih teruk lagi kalau kerajaan tidak menunaikan janji dalam perjanjian antarabangsa seperti yang telah kerajaan tandatangani dengan pihak Parti Komunis membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia [Disampuk] akan tetapi kita tidak mengikuti perjanjian yang telah ditandatangani. Dengan berita tentang kematian Chin Peng ini yang disebar luas di seluruh dunia. Ini memang mendatangkan satu gambaran yang tidak baik kepada kerajaan kerana kerajaan pun tidak menunaikan janji dalam sesuatu perjanjian.
Ya, sila.
Saya ingat Chin Peng ini saya tidak sentuh sebab ini adalah masalah kita membina keyakinan di luar negeri dari segi guaman kita dan juga membina untuk saya cakap tadi sukuk dan juga timbang tara. Jadi saya tidak faham kenapa Yang Berhormat Beruas hendak cerita pasal Chin Peng.
No, no, no. Isunya bukan Chin Peng. Isunya perjanjian antarabangsa yang kita tandatangani...
Jadi sepatutnya bukan Chin Peng, isunya sekarang ini kita hendak membentuk satu rang undang-undang...
Dia tidak bagi laluan.
Jadi saya ingat jangan kita simpang daripada isu sebenar. Sebab ada antara yang pihak sana pergi ke Hong Kong, run down the country dan akhirnya pelabur tidak jadi masuk. Saya ingat ini lebih bahaya daripada kita bercerita sesuatu yang polemik macam ini [Tepuk]
Isu bukan Chin Peng. Isu kerajaan tidak menunaikan janji antarabangsa...
[Bangun]
Kalau kita tandatangani WTO kah, TPPA kah. Kalau kita tidak ikut bolehkah? Apakah gambaran dunia pada negara kita? Isunya bukan Chin Peng, isunya tandatangan perjanjian...
Kerajaan amat prihatin Yang Berhormat Beruas. Itu sebab kita dalam rang undang-undang ini memikirkan bagaimana to promote and protect. Selalunya bila kita lindung, kita tengok peguam-peguam so kita tidak mahu ramai daripada di antara Ahli-ahli Majlis Peguam tidak dapat bersaing dalam tahap yang lebih baik. Saya difahamkan ada Ahli Majlis Peguam kata, this is manage liberalization, kenapa? Sebab kita hendak make sure mereka dapat bersaing dan dapat masuk.
[Bangun]
Akan tetapi kalau kita liberalize tanpa kita buat urusan yang baik maka kita akan mendedahkan...
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam duduk dulu.
...Ramai daripada antara kita kepada ‘defected’. Jadi saya rasa ini ialah untuk memastikan bahawa undang-undang dapat dilaksanakan, kita bina keyakinan dan keyakinan ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada rakyat.
Minta laluan sedikit.
Ya, Yang Berhormat Sepang. Sila.
Yang Berhormat Kota Tinggi...
Lepas Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam.
Saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Tinggi kalau dia katakan bahawa kita tidak memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara. Akan tetapi zaman ini kita perlu pergi ke luar negara untuk orang tahu keburukan negara kita. Orang boleh petik jari sahaja, mereka akan dapat melihat maklumat. Apa yang berlaku, segala yang berlaku, segala pelanggaran undang- undang, pelanggaran prinsip hak asasi manusia ini semua benda yang menjadi salah satu
pengetahuan umum, sebab dalam keadaan era globalisasi ini dengan adanya internet dan sebagainya saya rasa tidak perlu kita hendak salahkan, orang hendak salahkan Malaysia luar negara.
Keadaan yang kita patut betulkan di sini. Saya nak bagi contoh apabila dikatakan bahawa Majlis Peguam ini kononnya menentang pihak kerajaan. Kalau kita nak guna logik yang sama, SUHAKAM juga banyak membuat findings yang menghentam kerajaan, yang meminta supaya undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi dipinda dan sebagainya. Jadi apabila satu badan membuat satu kenyataan, tak boleh kita dengan secara mudah mengatakan mereka ini benci kepada kerajaan atau tidak. Sepatutnya kerajaan menilai dari sudut positif. Maknanya kalau adanya kecaman ataupun adanya kritikan ini, kita patut lihat diri kita sendiri. Kita patut perbetulkan. Jangan kita asyik nak menyalahkan orang yang menghentam. Kita patut lihat orang yang kena hentam ini kerana apa orang hentam mesti ada sebab.
Sebenarnya saya ingat isu kita nak membina keyakinan, itu yang saya sebut tadi. Akan tetapi saya ingat kalau kita cakap membina keyakinan, tak payahlah cerita apa dalam rumah tangga kita pada orang luar. Sebenarnya isu kelemahan ini mana-mana pun ada. Mungkin kalau korek-korek, mungkin kita tahu apa masalah di Sepang tetapi kita tidak buat macam itu. Akan tetapi kalau kita pergi luar negara, kita buka segalanya, kita bukan sahaja tidak memberi keyakinan tapi kita menakut-nakutkan orang lain. Jadi apa jenis keyakinan? Tidak ada satu undang-undang dan peruntukan dapat dibina dan dapat berfungsi dengan baik kalau kita sendiri yang merosakkannya. Jadi selain itu tadi, saya kata tadi prihatin sebab undang-undang ini amat prihatin. Kita nak promote dan kita nak protect tetapi no amount of work, dengan izin, tak dapat kita bina, kalau kita sendiri menjadi orang atau agen yang merosakkan keyakinan pihak yang ada di luar negara.
Baik, terima kasih.
Shah Alam sila.
Terima kasih Kota Tinggi. Apa khabar Tuan Yang di-Pertua? Sihat?
Alhamdulillah sihat.
Komen senang sahajalah ya. Kalau tak ada benda yang tak betul, maka apa yang kita nak risau. Walau apa sekali pun orang kata, kita sebagai kerajaan atau Barisan Nasional sebagai kerajaan, boleh dengan mudah menangkis segala hujah-hujah yang dikemukakan.
Sebenarnya bukan risau.
Apabila kesalahan itu...
Shah Alam, sebenarnya bukan risau Shah Alam.
Tak, ini hujahnya.
Akan tetapi kalau bila bercakap berulang kali itu tidak betul...
Maka poin saya mudah sahaja. Yang running down the country, yang jatuhkan imej kerajaan ataupun negara ini sebagai tempat yang baik dan selamat untuk melabur, bukan pembangkang akan tetapi kerajaan itu sendiri. Kalau kerajaan boleh mentadbir dan mengurus dengan baik dan dengan telus, apa sekalipun yang dikatakan oleh mana-mana pihak sekali pun tidak ada masalah. Boleh
diberikan penjelasan, boleh ditunjukkan bukti-bukti tidak ada kezaliman, ketidakadilan, tidak ada pelanggaran perjanjian dan sebagainya dan...
Inilah bentuk-bentuk ucapan yang tidak akan membina keyakinan.
.Akan tetapi apabila memang kita telah melakukan kesalahan, kita bertindak dengan cara yang zalim, kita bertindak dengan cara yang berat sebelah, kita langgar perjanjian, kita tidak menegakkan keadilan dan...
Ya Shah Alam, ini mencelah atau minta penjelasan bukan berucap.
...Tidak ada keputusan dan pentadbiran, maka kita tak dapat jawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh pembangkang. Itu sahaja. So saya punya seruan kepada Kota Tinggi, betulkanlah kerajaan kamu ini selesai masalah. Baik, terima kasih.
Kerajaan kita ini mungkin tidak sempurna tetapi the fact kita melakukan peruntukan-peruntukan hari ini sebenarnya satu bukti bahawa kita menjaga kebajikan untuk semua. Itu satu bukti. Jadi saya ingat Shah Alam tak perlulah polemik sebab saya cakap tadi tentang keyakinan. Kalau ini yang disebut, ini tidak membantu keyakinan.
Polemik dimulakan oleh Kota Tinggi. Bila salahkan kita...
Shah Alam.
...Bila salahkan kita, kita kena jawab Tuan Yang di-Pertua kerana itu bukan salah kita. Puncanya adalah kerajaan yang tak telus dan tak adil. Itu puncanya. So janganlah salahkan kita. Imej kerajaan naik ataupun turun, jatuh ataupun sebaliknya bergantung kepada kerajaan sendiri, bukan pada pembangkang. Terima kasih.
Kota Tinggi, sudah habiskah? Sudah tak nak layan Shah Alam? Kalau tak nak layan Shah Alam, terus kepada isu lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga tadi menyebut tentang perlu kita untuk protect, untuk kita promote, kita juga perlu untuk memastikan performance ataupun daya saing kompetensi kita dapat dipertingkatkan. Ramai kawan-kawan tadi sebut tentang keperluan untuk membina kapasiti ini dari peringkat awalan lagi, peringkat universiti. Jadi mungkin ada anjakan-anjakan tertentu perlu dibuat oleh pihak Menteri untuk memastikan kesinambungan daripada peringkat pembelajaran, penawaran dan akhirnya menjadi satu kapasiti yang boleh menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur daripada luar negara. Ini amat penting untuk kita bersiap siaga supaya competitive advantage yang kita ada pada bidang penerbitan sukuk umpamanya ataupun timbang tara dapat diperkasakan kepada tahap yang lebih baik lagi dan kita dapat mengelakkan persaingan, catch-up minta maaf, dengan izin. Satu contoh dulu kita pengeluar kelapa sawit yang baik tetapi satu ketika kita telah diburuk-burukkan dengan satu kempen yang amat tidak bertanggungjawab di barat. Akan tetapi dengan tindakan yang baik, kerajaan melalui MPOB telah mempertingkatkan pemerkasaan research and development, kita telah berjaya menangani dengan baik. Akhirnya hari ini kita dapat mengekalkan tahap advantage kita lebih tinggi melalui kualiti yang lebih baik. Perkara yang sama juga perlu kita buat untuk kita pastikan bidang guaman dan pengamal guaman ini mendapat satu infrastruktur yang baik supaya kita dapat mengeluarkan produk-produk ataupun perkhidmatan yang lebih baik. Ini dapat menghindarkan kita daripada menjadi mangsa daripada persaingan di peringkat global.
Sudah tentu ini kalau dapat kita lakukan, dapat menggerakkan usaha menyejahterakan atau memberi kemewahan kepada rakyat kita khusus dalam bidang ini untuk pengamal-pengamal undang-undang. Ini selaras dengan konsep kita iaitu untuk memperkasakan rakyat, rakyat didahulukan dan akhirnya prosperity ini akan dapat dinikmati secara terus oleh rakyat. Ini amat baik dan dapat kita saksikan dalam tujuan diadakan peruntukan-peruntukan pindaan tambahan ini. Akhir kata saya rasa benda ini dapat semua kita lakukan dengan baik dengan kerjasama semua pihak dan kita dapat meningkatkan integriti guaman di dalam negara kita dan dengan ini kita dapat memastikan competitive advantage kita dapat dikekalkan untuk masa-masa akan datang. Saya dengan ini menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Sila Padang Serai. Sila
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pindaan rang undang-undang ini, mengenai isu timbang tara ini secara prinsip saya rasa kita pun menggalakkan pembukaan negara kita menjadi satu pusat timbang tara iaitu adalah satu usaha yang baik dan secara prinsip saya rasa kita tidak ada masalah. Akan tetapi ini di atas kertas Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana kita hendak pastikan bahawa memang orang asing, orang luar mempunyai keyakinan untuk menggunakan sistem timbang tara ataupun keyakinan untuk menjayakan negara kita sebagai satu pusat timbang tara di kawasan ini. Untuk kita memberi keyakinan ini, sistem kita mesti betul dulu. Masalah dia pagi tadi beberapa kali Majlis Peguam diserang. Apa yang dilupakan adalah bahawa antara sebab pertubuhan-pertubuhan dan ahli perniagaan asing yang ingin menggunakan sistem timbang tara di sini, antara sebabnya adalah keyakinan mereka. Adalah disebabkan oleh reputasi Majlis Peguam Malaysia yang merupakan amat tinggi di seluruh dunia [Tepuk] Ia amat dihormati di dunia, Majlis Peguam. Hanya Kerajaan Malaysia sahaja tak hormat Majlis Peguam. Lain semua hormat [Tepuk] Disebut juga pagi tadi bahawa Majlis Peguam ini kerjanya kritik kerajaan sahaja sama seperti pembangkang. Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya setuju sama seperti pembangkang kerana apa? Majlis Peguam kritik undang-undang yang menindas dan kita pembangkang pun kritik undang-undang menindas [Tepuk] Sebab itu sama. Ini sebab utama mengapa pendapat kita mengenai kebebasan hak asasi, ketelusan kerajaan adalah sama seperti yang ada pada Majlis Peguam.
Masalahnya, jika kerajaan menghormati hak asasi, jika kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa, tidak ada sebab mengapa Majlis Peguam hendak mengkritik. Langsung tidak ada sebab. Kita boleh ingat kembali kepada peristiwa tahun 1988 apabila Tun Haji Mohamed Salleh bin Abas dan beberapa lagi Hakim Mahkamah Agung telah dipecat dan dibawa menghadapi tribunal. Pada masa itu, Majlis Peguam yang membela mereka dan mereka dikritik hari-hari di televisyen, hari-hari di surat khabar yang dimiliki oleh kerajaan, berbagai tohmahan telah dilemparkan ke arah Majlis Peguam pada masa itu. Akan tetapi akhirnya baru-baru ini, kerajaan sendiri memberi pampasan kepada lima orang hakim yang dipecat. Ini menunjukkan bahawa kritikan oleh Majlis Peguam mempunyai basis dan, dengan izin, mempunyai substance dan kita mengharap supaya pihak kerajaan menerima kritikan yang konstruktif. Jangan bila dikritik, terus serang orang yang kritik tanpa melihat apakah kritikan itu adalah konstruktif ataupun mempunyai asas dan fakta. Akan tetapi lebih baik daripada itu, janganlah menindas dahulu. Kalau tidak menindas, tiada kritikan. Sekali lagi, kembali kepada isu menjadikan negara kita pusat timbang tara ini. Saya kata keyakinan. Bagaimana hendak ada keyakinan apabila orang luar datang ke negara kita, buka televisyen seperti televisyen daripada zaman Nazi di Jerman. Dapat satu belah sahaja cerita. Buka RTM, semua cerita kerajaan. TV3 sama, ya suara UMNO, betul Yang Berhormat Shah Alam kata. Jadi, bagaimana? Apakah imej yang kita memberi secara antarabangsa dan kepada orang luar apabila televisyen kita seperti ini.
Selepas 50 tahun lebih kita merdeka, kita pembangkang, Ketua Pembangkang dan suara-suara yang tidak selari dengan kerajaan, tidak diberi peluang langsung dalam televisyen. Ia bukan televisyen yang dibayar dan dimiliki oleh UMNO dan Barisan Nasional tetapi televisyen yang dibayar dan dimiliki oleh rakyat Malaysia [Tepuk] Mengapa tidak beri masa? Ada jawapan? Tidak ada jawapan. Tidak boleh jawab, ini tidak boleh jawab. Saya tahu pihak kerajaan tidak boleh jawab soalan ini. Ia sama seperti surat khabar. Surat khabar harian, sampai hari ini mana pembangkang dapat lesen surat khabar harian? Utusan dapat, Berita Harian dapat. The Star dan NSTP pun dapat. Cuba kita? Sudah berapa kali minta, tidak dapat. Sekali lagi apakah tanggapan...
Yang Berhormat Padang Serai, balik kepada isu ya.
Ya.
Balik kepada isu.
Tuan Yang di-Pertua, memang isu dia memang seperti yang dinyatakan oleh Menteri.
Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.
Tidak beri. Seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tidak beri laluan.
Seperti yang ditimbulkan oleh Menteri.
Eh! Pergi balik cakap dekat rumahlah seorang.
Ini saya tidak beri.
Pergi balik cakap dekat rumah seorang lebih baik.
Lebih baik dia duduk sebab dia tidak tahu undang-undang. Tidak tahu peraturan, duduk sahaja.
Cakap demokrasi, berilah.
No! Sit down, sit down.
Eh! Tadi saya beri, bukan?
Saya tidak beri. No, sit down.
Pergi balik duduk dekat rumahlah. Ceramah seorang.
Duduk, duduk, duduk.
Ini perbahasan!
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri.
Kalau takut hendak beri laluan, jangan bercakaplah.
Yang Berhormat Tanjong Karang, saya tidak beri. Duduk sahaja Yang Berhormat Tanjong Karang.
Oh! Tadi saya beri laluan. Bila time saya, takut.
It is because you do not know the rules. You learn the rules, saya beri.
You learn apa? You tahu undang-undang, beri.
Biar dia balik, belajar undang-undang dan peraturan, lepas itu saya beri.
You haprak punya peguamlah!
Datang balik minggu depan, saya beri.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
You yang double standard, peraturan mesyuarat pun tidak faham, hendak cakap banyak.
Orang lain boleh, you tidak ada.
Beri laluan kalau gentlemen.
Tidak payah.
Tuan Speaker.
Debat secara apa ini? Ini yang rosakkan imej Dewan.
Berilah saya laluan.
Tuan Yang di-Pertua, ini yang rosakkan imej Dewan Rakyat.
Penakut ini. Tadi saya beri laluan banyak kali. Penakut!
Ahli Dewan Rakyat UMNO yang debat ini...
Tuan Speaker.
Penakut!
Rosak kita. Nasib baik kita tidak ada...
Apa rosak?
Ya, ya. Yang Berhormat Tanjong Karang, ya.
Malu kita.
Ah! Tidurlah. Cakap depan cermin lebih baiklah.
Ahli UMNO ini berdebat macam inikah?
Beri laluanlah kepada saya.
Ini Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Tanjong Karang, kita ada peraturan.
Ya, tadi saya beri laluan tetapi dia tidak beri saya laluan. Lebih elok pergi balik pergi bercakap depan cerminlah seorang lebih baiklah.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan dengan...
Tuan Speaker...
Ini...
Laluan Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tasek Gelugor minta laluan.
Okey, biar saya habis.
Alahai, tidak mungkin dengan saya pun takut?
Ya, tidak beri laluan.
Nanti dahulu, nanti dahulu.
Saya junior lagi ini.
Saya akan beri.
Haiya...
Okey, tidak apalah. Teruskan, teruskan. Yang Berhormat Tasek Gelugor, sila, sila.
Sila Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Tuan Speaker, saya cuma hendak minta penjelasan. Tadi Yang Berhormat Padang Serai ada mengatakan bahawa kerajaan tidak memberi lesen, khususnya untuk penerbitan surat khabar tertentu dan sebagainya. Saya hendak tanya, Harakah dapat lesen atau tidak? Roket dapat lesen atau tidak? Jadi, kesemuanya ini, ini membuktikan bahawa Yang Berhormat Padang Serai tidak buat kajian langsung. Yang Berhormat Padang Serai penipu dalam hal ini.
Saya jawab.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya jawab. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak faham. Lesen surat khabar harian, lain daripada surat khabar parti, oh!
[Bangun]
Ya, ya.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Tentang Harakah tadi yang telah diterangkan tadi, hatta untuk akhbar Harakah ini, adakah Yang Berhormat Tasek Gelugor dan juga mungkin Yang Berhormat Padang Serai sedar bahawa tidak seperti surat khabar lain, Harakah dikenakan sekatan yang tidak munasabah. Ia tidak boleh disiar dan diterbitkan lebih daripada maksimum masanya. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli PAS sahaja. Ini mana ada dalam mana-mana negara kita buat surat khabar disuruh jual kepada orang yang tertentu sahaja.
Jual terbuka dalam kedai, takkan edar dekat ahli sahaja?
Itu syaratnya.
Ini Yang Berhormat Sepang pun, celahan isu yang kita bincangkan, ya.
Yang Berhormat Padang Serai, beri laluan sedikit Yang Berhormat Padang Serai.
Sila.
Untuk makluman, adakah Yang Berhormat Padang Serai tahu bahawa sekarang Harakah ada permit untuk satu minggu sekali. Roket ada, tetapi Suara Keadilan langsung tidak dapat, sudah berapa tahun? Lima atau enam tahun.
Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bayan Baru pun. Isu kita timbang tara ya.
Ya, ya, betul. Kita hendak keyakinan.
Bukan Harakah dan bukannya...
Keyakinan, okey. Terima kasih.
Berbalik semula kepada tajuk kita.
Ya, ya. Saya kembali balik semula kepada tajuk itu Tuan Yang di-Pertua, iaitu isu yang saya hendak tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah keyakinan antarabangsa ke atas negara ini. Point-point yang saya timbulkan tadi ada kesannya. Kesan yang amat serius. Tidak guna kita membawa undang-undang yang– lebih kurang kita pun boleh bersetuju seperti menjadikan negara kita pusat timbang tara apabila perkara-perkara seperti ini tidak ada apa-apa yang dibuat untuk membaiki keadaan seperti ini. Tadi saya sebut mengenai surat khabar dan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, hanya Suara Keadilan langsung tidak dibenarkan dan ini akan diketahui oleh pelabur asing. Mengapa surat khabar parti pun tidak diberikan peluang untuk diedarkan di negara kita. Satu lagi isu Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu...
Apa yang dia sebut surat khabar itu, detailkah itu?
...Keyakinan orang luar mengenai negara kita dan Dewan Negara.
Yang Berhormat Tanjong Karang. Tidak beri laluan.
Berilah laluan, berilah.
Okey.
Sila, sila.
Tidak, saya tadi tidak mahu kacau tetapi sudah sebut tentang surat khabar. Saya hendak tanya Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat, ya. Selangor ini diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang Berhormat tahu atau tidak, dekat Selangor ini dia ada nama Selangor Kini? Selangor Kini ini diedarkan dekat masjid. Saya hendak cabar Yang Berhormat beri nasihat kerajaan negeri kalau betul hendak adil. Isi siaran berita Selangor Kini itu berita-berita yang dibuat oleh pemimpin Barisan Nasional. Akan tetapi dalam Selangor Kini langsung tidak sebut pun berita fasal kita ini. Adil kah begini? Hah! Yang Berhormat jangan lupa. Jangan duk nampak salah BN. Bila Yang Berhormat ada kuasa, Yang Berhormat lebih teruk lagi gunakan kuasa, menafikan hak rakyat. Selangor Kini digunakan oleh duit rakyat tahu? Duit rakyat, bukannya duit parti.
Saya bayar cukai juga di negeri Selangor. Mengapa hanya diberi kemudahan kepada Kerajaan Negeri Selangor? Hah! Nasihatkan. Itu sebab Yang Berhormat Gombak dia cukup marah dengan Menteri Besar Selangor ini.
Okey, okey
[Dewan riuh]
Sebab tidak betul. Betul atau tidak Yang Berhormat Gombak?
Okey, terima kasih. Okey, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Tuan Yang di-Pertua, malu! Sudah 50 tahun lebih perintah negara tidak pernah beri ruang untuk surat khabar pembangkang atau mereka yang tak sehaluan dengan kerajaan. Sekarang tahun 2013 kompelin fasal Selangor Kini kononnya [Ketawa] Apa yang you buat 50 tahun perintah, apa yang buat, buat apa?
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Saya pun hendak kena celah memberikan penjelasan. Selangor Kini itu...
Tidak, saya macam inilah...
Sekejap sahaja.
Saya minta semua wakil rakyat balik kepada rang undang-undang kita.
Ya, ya.
Ya, okey.
Baik.
Yang Berhormat Shah Alam, kalau mengenai rang undang-undang saya benarkan.
Ini mengenai timbang tara Tuan Yang di-Pertua, lalu hendak tunjukkan keadilan surat khabar SelangorKini ini, surat khabar kerajaan.
Surat khabar mana ini timbang tara ini?
Ini hendak tunjuk keadilan dia, sebab dia timbang tara. Ahli Dewan. [Ketawa] Dia tidak senget, dia tidak senget macam timbang Barisan Nasional itu.
Ini tafsiran Yang Berhormat Shah Alamlah, tafsiran Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Menteri, tafsiran Yang Berhormat Shah Alam.
Surat khabar SelangorKini adalah surat khabar kerajaan negeri hendak ceritakan tentang tindakan dan polisi-polisi yang dilakukan oleh kerajaan. Maka amat sesuailah oleh sebab Kerajaan Negeri Selangor adalah Kerajaan Pakatan Rakyat mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang dia masih dalam tahun 2004, dia ingat Kerajaan Barisan Nasional maka, SelangorKini ceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia tidak merupakan kerajaan yang surat khabar yang kononnya bebas seperti Utusan Malaysia. Kononnya bebas tidak berpihak seperti Berita Harian lalu kita ada beza dan tidak ada salahnya menggunakan duit kerajaan untuk hendak menceritakan program-program kerajaan melalui surat khabar yang ditaja oleh kerajaan.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, laluan sedikit.
Yang Berhormat Tasek Gelugor sekali lagi.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam kerana memberikan penjelasan sebegitu. Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Kerajaan Persekutuan menggunakan media Kerajaan Persekutuan hendak menerangkan tentang kerja-kerja yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Sama juga yang diceritakan oleh kerajaan negeri tadi, jadi apa yang dipertikaikan oleh Yang Berhormat Padang Serai tentang peranan media kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Suara Keadilan.
..Ini yang kita minta lesen untuk TV, syarikat bebas seperti TV3...
Ini Yang Berhormat Shah Alam Bangun ini sekali lagi, Yang Berhormat Shah Alam peraturan mana ini Yang Berhormat Shah Alam?
Maaf Tuan Yang di-Pertua. Maaf, tadi Yang Berhormat Padang Serai dia kata okey.
Yang Berhormat Padang Serai bagi laluan?
Ya, dia bagi.
Yang Berhormat Padang Serai pendek sahaja. Yang Berhormat Padang Serai pendek sahaja.
Yang ini kita minta, bukan minta kerajaan keluarkan surat khabar Harakah ataupun kerajaan keluarkan surat khabar Keadilan. Kita hendak lesen secara swasta, bebas beri lesen TV bebas macam TV3 biar kita boleh tunjuk kita punya pemimpin keluar dalam TV, biar rakyat dengan semua apa masalah kita.
Suara Keadilan tulis front page, Suara Keadilan tulis muka depan FELDA bankrupt full stop itu fitnah yang besar.
Okey, saman, saman...
Nasib baik tidak bagi lesen, kalau bagi lesen dia akan fitnah macam-macam lagi.
Saman tetap saman, kalau ia fitnah saman. Apa masalahnya?
Utusan lagi teruk – Apa lagi Cina mahu? Setiap hari Utusan fitnah...
Ini tidak ikut peraturanlah ini.
Utusan fitnah sah terbukti berapa kali kena saman dan kalah. Betul tidak?
Betul, betul.
Yang Berhormat Padang Serai, ini Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bangun.
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Sila, sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Sila sebab dia jiran saya.
Tidak, saya juga hendak turut serta sedikit ini, dia bezanya SelangorKini milik kerajaan dibayar oleh rakyat. Utusan Malaysia bukan hak Barisan Nasional, Utusan Malaysia hak syarikat, hak syarikat. Jadi Utusan Malaysia hendak buat itu masalah syarikat. Dia tidak ambil langsung duit rakyat. [Tepuk] Jadi yang bukti yang kita hendak kata ini bukti yang hendak kita kata ini mudah sahaja, 50 tahun pembangkang bawa satu sahaja yang memberi satu harapan kepada rakyat, kebebasan. Baru sahaja pegang sekejap itu telah pun dinodai. Jadi apa guna kita bercakap akhirnya kita tidak dapat laksana. Saya setuju dengan Yang Berhormat Padang Serai tadi, 50 tahun kerajaan tidak bagi kebebasan baru setahun sudah marah. Akan tetapi apa yang kita hendak beritahu ialah 50 tahun pembangkang membohong akhirnya pembohongan itu di bukti apabila mereka berkuasa. Itu berbeza itu, terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
[Bangun]
[Bangun]
Yang mana satu ini? Yang Berhormat Kapar.
Kapar.
Yang Berhormat Shah Alam cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Shah Alam dahulu.
Kalau tidak mahu berucap, bagi Tanjong Karang.
Beri Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat Shah Alam itu pun bukan betul bercakap, temberang sahaja.
Yang Berhormat Padang Serai minta pendapat Yang Berhormat apa Kerajaan Barisan Nasional telah buat untuk rakyat Selangor yang beri manfaat kepada negeri itu selama ini dan kini untuk mereka hendak masukkan apa yang mereka buat dalam SelangorKini tidak perlu masuk, tidak ada apa-apa yang mereka lakukan. Tidak ada ruang untuk mereka dalam SelangorKini. Setuju atau tidak? Setuju atau tidak?
Yang Berhormat Kapar baca Facebook, komanlah baca Facebook.
Bagi laluan.
[Bangun]
Dari segi kebebasan di bawah Pakatan Rakyat di negeri Selangor..
Ini, ini yang mana satu ini. Yang Berhormat Beruaskah atau Yang Berhormat Shah Alam?
Yang Berhormat Shah Alam.
Siapa? Yang Berhormat Shah Alam?
Yang Berhormat Shah Alam sila.
Di bawah Pakatan Rakyat di negeri Selangor, UMNO hendak sewa dewan orang ramai, kita benarkan. Dia hendak buat program majlis, guna dewan orang ramai pihak PBT tidak menghalang, asalkan bayar sewa jangan buat macam dulu. Dulu pakai tidak bayar sewa. Kita berikan kebebasan kalau hendak keluarkan surat khabar kalau perlukanlah lesen daripada kerajaan negeri kita akan benarkan. Tiada masalah.
Yang Berhormat Shah Alam
Sekarang ini masalah dia...
Ini Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam timbang tara mana ini Yang Berhormat Shah Alam? Mengenai dewan, sewa dewan ini. Jauh sangat Yang Berhormat Shah Alam. Tidak, biar Menteri yang jawab. Okey Yang Berhormat Beruas.
[Bangun]
[Bangun]
Boleh bagi jalan? Ini SelangorKini Yang Berhormat Shah Alam ini dia tidak baca SelangorKini ini.
Tuan Yang di-Pertua...
Kalau SelangorKini betul, takkan saya saman SelangorKini, saya pernah saman SelangorKini dan akhirnya kenyataan ini ditarik balik. Kalau betul takkan saya saman. Walaupun dia mengaku dia silap. Yang Berhormat Shah Alam tidak baca SelangorKini ini. Dia baca Harakah sahaja agaknya.
Saya tidak bagi jalan pun.
Sebab dia bukan orang Selangor.
Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bagi menyelesaikan pertikaian ini untuk subjek timbang tara yang adil ya.
[Dewan riuh]
Saya cadangkan dan juga akan mendatangkan keyakinan dunia kepada kita.
Orang PAS kuasa Speakerkah?
Saya cadangkan semua media seperti di Amerika tidak perlukan apa-apa lesen. Setiap rakyat pun boleh mengeluarkan surat khabar mereka asal mereka bertanggungjawab atas penerbitan mereka kerana kalau fitnah boleh disaman. Jadi itulah cara untuk menunjuk kepada dunia memang Malaysia sudah maju ke depan, kita bebas dengan berita dan apa-apa yang mereka dapat daripada negara kita ini merupakan fakta dan bukan propaganda. Ini bagi saya akan meningkatkan keyakinan dan imej Malaysia di dunia bahawa negara ini memang sebuah negara yang bebas dan telus dan tidak ada hendak yang di sembunyikan. Itulah cadangan saya kalau Yang Berhormat Padang Serai setuju.
Terima kasih Yang Berhormat beruas. Jadi tidak apa biar, cadangan oleh Yang Berhormat Beruas saya rasa adalah cadangan yang paling baik sepatutnya tidak perlu lesen untuk surat khabar. Itu adalah caranya negara demokratik. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam isu timbang tara ini satu lagi isu saya rasa amat penting yang menggugat keyakinan antarabangsa atas negara kita adalah serangan- serangan dan kes pendakwaan persecution terhadap Ketua Pembangkang Tuan Yang di- Pertua iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh yang tidak ada di sini pada hari ini. Kes mahkamah ini sejak tahun 1998 Sodomi 1, Sodomi 2 ini telah merosakkan imej negara kita, telah mengurangkan atau pun telah memberi kesan yang amat buruk ke atas confidence antarabangsa, atas sistem perundangan kita. Sistem timbang tara yang di sebut oleh menteri dan juga iaitu undang-undang pindaan di sini adalah mengenai itu. Kita tidak boleh ada pusat timbang tara di sini jikalau orang luar tidak mempunyai confidence dalam sistem perundangan kita dan perbicaraan ini, pendakwaan terhadap ketua pembangkang ini adalah punca utama orang luar tidak lagi mempunyai confidence. Bukan macam dulu sistem perundangan kita masih ada, masih dihormati di kawasan Asia Tenggara. Akan tetapi tidak lagi sejak tahun 80-an. Sejak Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung itu dipecat. walaupun sebelum itu juga, sistem perundangan masih konservatif tetapi perubahan besar tiba selepas itu. Jadi Tuan Yang di-Petua, memandangkan ini saya harap bahawa kerajaan dalam bawa pindaan ini yang mana bawa prinsip kita tidak mempunyai bantahan yang serius.
Akan tetapi juga melihat aspek-aspek lain yang telah ditimbulkan semasa perbincangan ini, perbahasan ini dan membawa satu approach dengan izin, pendekatan yang lebih komprehensif dan apabila kita sebut liberalisasi, pastikanlah bukan sahaja liberalisasi perundangan secara sempit tetapi dalam semua aspek hidup dan perundangan di negara kita. Terima kasih.
Ya, ada lagi wakil rakyat? Ya Yang Berhormat Tanjong Karang sila.
Terima kasih. Saya mengambil bahagian kerana hendak memperbetulkan mengenai integriti kehakiman kita. Tadi Yang Berhormat Padang Serai kaitkan dengan sebab kes Ketua Pembangkanglah, maka integriti mahkamah kita ini seolah-olah hilang kepercayaan di peringkat di dalam ataupun luar negara. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membangkitkan – ini satu surat Tuan Yang di- Pertua, Bankleaks Anwar vs Karpal. Ini dikeluarkan kalau mengikut kes ini, bekas pekerja Tetuan Karpal Singh & Co ini, apa disebut di dalam surat ini? Saya kena baca. Kalau kita tengok bacaan ini dikatakan apa?..., “Sejak tahun 2008, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pembayaran kepada bekas majikan saya, Tetuan Karpal Singh & Co. Jumlah wang yang melebihi RM50 juta atas cek nama “Karpal Singh”. Selain daripada bayaran guaman, wang ini adalah bertujuan untuk menyogok beberapa pihak hakim dan pendakwa raya. Karpal juga difahamkan ada berurusan dengan ‘See Kay Hwin’ dan Idris. Orang ramai juga perlu tahu bahawa Karpal Singh sebenarnya bukanlah seorang peguam yang handal dalam perbicaraan mahkamah, tetapi beliau handal dalam menyogok hakim dan pendakwa raya.” Ini satu tuduhan yang serius. Ada di sini dia bagi nombor akaun dan sebagainya.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Ini bagilah saya cakap. Ini tuduhan yang sangat serius.
Yang Berhormat Tanjong Karang, minta laluan.
Perkara ini...
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kalau betul tuduhan ini tidak betul, adalah satu fitnah, mengapa pihak yang dituduh hendak saman Datuk Mazlan kalau tidak silap saya nama dia supaya meminta maaf.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Jadi oleh itu, saya hendak memastikan sama ada tuduhan ini betul, dia siap bagi nombor akaun dan sebagainya maka pihak yang berkuasa hendak kena ambil tindakan, laporan polis juga telah dibuat, mesti menyiasat sehingga ke akar umbi. Kalau perkara ini betul, inilah skandal rasuah kehakiman yang paling buruk berlaku di dalam negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, jadi mengenai – apa?
Klarifikasi. Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang...
Sila.
...Selepas membuat tuduhan itu, adakah Yang Berhormat Tanjong Karang bersedia sekarang keluar dari Dewan dan mengulangi tuduhan itu terhadap Dato’ Seri Anwar? [Tepuk] Kalau berani, buat. Kalau tidak, jangan lagi sentuh. Berani tidak?
[Dewan riuh]
Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang sedar bahawa...
Ya Yang Berhormat Sepang.
...Okey. Boleh katakan umur Yang Berhormat Tasik Gelugor ini mungkin separuh dari hidupnya spent dalam mahkamah [Disampuk] Permatang Pauh. Bukan, bukan. Saya merujuk kepada Tasik Gelugor. Minta maaf [Ketawa]
Tasik Gelugor. Berbeza dengan Yang Berhormat Tanjong Karang yang tidak pernah pergi mahkamah sekalipun sebagai peguam, yang tidak pernah menang satu kes pun, tidak pernah represent klien, tidak pernah appear depan tujuh hakim Federal Court dan sebagainya, sedangkan...
Ini Yang Berhormat Sepang...
Tidak, saya terangkan.
Yang Berhormat Sepang, saya kena tegur. Tidak perlulah menyakitkan hati. Menyakitkan hati di antara satu dengan lain.
Tidak mengapa. Saya beri laluan.
Saya bagi fakta.
Tidak perlu, tidak perlu.
Fakta, fakta.
Tidak perlu.
Tidak apa, cakap-cakap.
Saya tarik baliklah.
Tidak perlu.
Saya hendak katakan bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ini dia tidak perlu menyogok hakim. Kepandaiannya, kecekapannya diiktiraf oleh semua hakim di dalam negara kita ini. Kalaulah sekiranya Yang Berhormat Tanjong Karang merasakan bahawa tuduhan seperti itu pun Yang Berhormat Tanjong Karang boleh terima, ini bermakna Yang Berhormat Tanjong Karang ini memang mempunyai satu niat yang amat jahat ke atas – saya minta ulang balik dekat luar.
Terima kasih. Yang Berhormat Sepang ini dia tuduh kata saya peguam tidak pergi mahkamah. Tuduhan ini pun tahun 1995. Yang Berhormat Jelutong pun pernah tuduh saya yang sama. Ini pun baru hendak tuduh lagi. Yang Berhormat Sepang, saya hendak ulang lagi. Lawan dengan saya di Parlimen 2008 pun kalah. Kemudian ada satu kes, pakai lawyer Yang Berhormat Sepang, saman saya sebab kononnya saya memfitnah dia dengan seorang guru, pun dia kalah juga.
Bukan you buat kes itu.
[Menyampuk]
You bukan lawyer.
Duduklah dahulu, ini saya hendak ulanglah. Apa Yang Berhormat seorang saja ada legal firm? Saya pun ada legal firm tahu. Saya pun ada legal firm.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tinggal lagi cara saya– tidak sempat praktis sebab saya menjadi Ahli Parlimen, Setiausaha Parlimen. Apabila saya menjadi Setiausaha Parlimen, saya tidak boleh lagi praktis. Yang Berhormat tidak faham sebab Yang Berhormat tidak tahu. Duduklah Yang Berhormat.
Sudah tahu diri tidak pernah pergi mahkamah...
Sudahlah! Kemudian sebab apa? Legal firm saya buat convincing, sebab apa? Saya tidak buat criminal. Kalau hendak ikut, saya hendak menjadi criminal lawyer. Akan tetapi disebabkan wasiat datuk saya, dia tidak bagi [Ketawa] Dia kata no, kalau kamu jadi lawyer, kamu jangan jadi criminal lawyer. Criminal lawyer ini kamu sudah tahu orang salah, kamu hendak bela sebab apa? Itu yang jadi pembangkang ini. Orang salah pun dia bela. Itu saya tolak ke tepi. Betapa ceteknya pemikiran peguam seperti Yang Berhormat Sepang. Adakah legal profesion ini [Tepuk] You hebat, duduklah! Duduklah dahulu.
Kamu dengan datuk kamu samalah.
...Ini standardlah. Duduklah.
Ulang. Berani ulang tidak dekat luar?
Duduk, duduk dahulu [Dewan riuh] Tidak ada, standardlah.
Perkataan tadi...
Okey, okey you cakap.
Perkataan tadi itu yang kamu tuduh Yang Berhormat Permatang Pauh dengan...
Yang Berhormat Sepang, tidak bolehlah kamu, kamu dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, saya izinkan.
Saya hendak bagi Yang Berhormat Sepang bercakap, selepas ini jangan kacau saya bercakap. Okey sekarang Yang Berhormat cakap.
Yang Berhormat Tanjong Karang, saya minta kalau kamu betul-betul anak jantan, sila ulang tuduhan itu di luar Parlimen.
Ini bukan pasar. Kamu, kamu.
Okey
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang. Selepas ini hendak bangun cakap atau tidak? Kalau ada, sila cakap dahulu. Jangan kacau dan ganggu saya. Yang Berhormat sudah habis? Yang Berhormat ini peguam apa ini? Bagilah...
Peguam yang diiktiraf.
Dengarlah dahulu, saya belum lagi habis cakap.
Saya jawablah.
Apa ini?
You tanya peguam apa? Peguam yang diiktiraf oleh Majlis Peguam.
Duduklah dahulu. Okey cakaplah, cakap.
Minta maaf. Yang Berhormat Tanjong Karang tanya saya, saya siapa? Saya peguam yang diiktiraf oleh Majlis Peguam dan saya telah berpraktis selama 20 tahun, apa lagi nak?
Yang Berhormat. Sudah, sudah habis sudah? Okey cakap, pergilah cakap.
Okey. Saya hendak beritahu, tadi Yang Berhormat Tanjong Karang kata [Ketawa] Yang Berhormat Tanjong Karang, saya hendak beritahu Yang Berhormat Tanjong Karang apa yang diwasiatkan oleh datuk tadi tidak betul. Dalam segi perundangan
[Dewan riuh]
Dengar dahulu. Dia bagi saya peluang
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Tanjong Karang, dari segi perundangan, baik perundangan konvensional dan juga perundangan Islam, dalam kes jenayah ini seorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Ini prinsip dalam perundangan [Berucap dalam bahasa Arab] Ini prinsip yang diterima pakai secara universal. Jadi kalau tadi terima wasiat datuk itu, datuk bagi wasiat tidak betul pun terima, ini bermakna datuk tahu kalau sekiranya Yang Berhormat Tanjong Karang menjadi peguam, ramai orang akan kalah. Oleh sebab itu tidak beri jadi peguam.
[Menyampuk]
[Dewan riuh]
Sudah habis? Sudah habis? Okey saya bagi saya jawab pula. Apa ini? Okey cakap lagilah
[Dewan riuh]
...Yang Berhormat Tanjong Karang, saya mengakui dalam banyak kali, saya bertanding di Sepang ini pun sebab saya menang, sebab saya difahamkan dua calon Bebas itu ditaja oleh Yang Berhormat Tanjong
Karang untuk melawan Md. Zain [Ketawa] Oleh sebab itu saya menang. Terima kasihlah
[Dewan riuh]
Dia tidak ada modal sudah itu. Apalah Yang Berhormat Sepang.
Okey Yang Berhormat Sepang, ada lagi yang hendak cakap? Ada lagi? Okey cakap lagi, cakap lagi. Cakap, cakap.
[Dewan riuh]
Saya minta Yang Berhormat Tanjong Karang kalau boleh, kalau tidak ada point hendak cakap, jangan cakap lagilah, berhenti. [Ketawa]
Minta maaflah, inilah standard. Memalukan orang Selangor sahaja. Nasib baik dia bukan Selangorian yang asli, orang Johor. Kalau tidak malu saya sebagai anak Selangor jadi macam ini. Dengarlah saya cakap dahulu. Saya hendak jawab, saya belum habis lagi. Saya tadi menjawab hujah Yang Berhormat kata saya bukan peguam, ada pernah praktis. Yang Berhormat, saya pun– kita sama-sama peguam. Yang Berhormat ini macam mana boleh cetek dalam bidang profesion guaman ini? Lawyer ini ada macam-macam jenis lawyer. Kita ada criminal lawyer, kita ada litigation lawyer, kita ada convincing lawyer. Loyar buruk pun ada macam Yang Berhormat [Ketawa] Loyar buruk pun ada. Jadi saya pilih yang mana yang lebih baik. Saya jadi convincing lawyer, saya jadi litigation lawyer. Kemudian saya tengok pula mana income lebih baik? Convincing lawyer lebih baik. Sekali saya sign, macam 10 kali Yang Berhormat pergi mahkamah jenayahlah. Sekali sign berapa ratus? RM200 ribu, RM 300 ribu, convincing lawyer.
Yang Berhormat cakap apa ini? Buat malu sahaja sebagai seorang peguam.
Ini sign pasal udangkah? Sign pasal konsesi udangkah?
[Dewan riuh]
Eh! Sudahlah. Duduklah.
Ini sign pasal udangkah?
[Dewan riuh]
Okey, ini mesyuarat kedua. Mesyuarat kedua pasal cabar ini. Yang Berhormat, tidak perlu cabar saya. Tidak perlu cabar saya. Perkara ini telah pun diedarkan lebih enam ribu sebab ia diedarkan di seluruh Permatang Pauh. Sudah diedarkan.
Sudah umum dah?
Sudah umum. Yang peliknya pula sudah buat report polis...
Sudah edar?
Di Permatang Pauh.
Sudah edar? Sudah siap nama?
Apa?
Tulis nama. Sudah tulis nama? Pada edaran risalah itu ada tulis nama? Saya, Datuk Seri Haji Noh bin Omar dengan ini mengedarkan risalah-risalah ini. Sekiranya tidak betul, sila saman saya. Ada tulis dekat risalah itu? Kalau buat surat layang, apa maknanya?
[Dewan riuh]
Duduklah, duduk Yang Berhormat. Duduklah.
Janganlah hendak lari. Keluar dari sini nanti jam 5.30 petang, buat kenyataan kalau betul-betul anak jantan. Tidak payahlah hendak berselindung dengan surat layang.
Ini Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam duduk. Yang Berhormat Shah Alam duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk. Okey. Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang, balik kepada tajuk kita ya.
Saya jawab, saya jawab tadi apa yang dituduh kepada saya. Saya kena jawablah dahulu. Tadi apa yang dibangkitkan, saya dengar pengucapan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana, bila inilah dia. Hari ini kita nampak belang dan juga orang kata colour pembangkang. Oh! Jangan sentuh pemimpin dia. Kalau dia sentuh pemimpin kita, tuduh macam-macam, pembunuhlah, rasuah, ada bukti? Tidak ada bukti! Tengok dalam internet, dalam Facebook, Oh! Sudah jadi bahan dibincangkan di dalam Parlimen ini. Hari ini saya cakap benda yang betul, saya hendak ulang balik yang dia kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor peguam yang hebat. Okey, kita ketepikanlah yang ini. [Merujuk kepada beberapa helaian kertas] Saya hendak ulang balik cabaran saya. Tahun 1977, masa itu dia duduk di sana, saya duduk sebelah sini. Bukan main lagi menuduh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Yang Berhormat Permatang Pauh ketika itu. Saya pada masa itu mempertahankan ‘bagai nak rak’. “Eh! Orang fitnah Timbalan Perdana Menteri kita”.
Sudah cakap tadi dah. Tidak payah ulang, tidak payah ulang.
Saya hendak ulang yang dia kata tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor ini seorang peguam yang hebat. Dia yang sebut tadi, Yang Berhormat Sepang yang sebut, yang mengagung-agungkan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Sepang ini bukan sahaja Yang Berhormat Bukit Gelugor dia agungkan, Chin Peng pun dia agungkan. Satu-satunya Melayu yang agungkan Chin Peng.
Rahim Noor, Rahim Noor.
Inilah satu-satu ini, satu-satu Melayu yang tidak sedar diri. Inilah.
Tuan Yang di-Pertua. Bagi? Duduk.
Ini floor saya, duduk.
Yang Berhormat Tanjong Karang, can you… should be given where it is be?
Ini floor saya, duduk. Ini floor saya. Saya lagi mampu, duduk. Duduk, duduk, duduk. Sudah cakap panjang dah, duduk.
Yang Berhormat Tanjung Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang, baliklah kepada rang undang-undang kita.
Pagi tadi tidak makan ubat ini.
Kalau timbang tara macam ini, timbang tara ini kita percaya bahawa boleh dilakukan dengan adil. Selagi Barisan Nasional memerintah, saya yakin timbang tara kita adil. Kalau yang sebelah sana memerintah, baru dia tiga tahun sudah nampak macam tidak adil dah. Jadi saya hendak beritahu Ahli-ahli
Yang Berhormat, dalam kita hendak menegakkan mahkamah kita, integriti negara kita, nama baik negara kita, jangan sekali-kali kita menghina negeri kita sendiri.
Betul!
Jangan sekali-kali kita menghina mahkamah kita sendiri. Kalau kita sudah menghina mahkamah kita, menghina kebolehan negara kita, bagaimana orang lain hendak respek? Kita sendiri menjatuhkan maruah kita. Kadang-kadang kita cakap tidak serupa bikin. Pembangkang cakap pasal undi popular. Yang Berhormat Sepang kalau pakai undi popular, Yang Berhormat Sepang pun tidak akan menang hari ini. Oh! Time dia, dia tidak mahu pakai undi popular! Ya, kalau undi popular, Yang Berhormat tidak menanglah. Akan tetapi kita pakai suara majoriti, kita terima. Ini cakap tidak serupa bikin. Kalau undi popular Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sepang tidak layak duduk di sini tetapi kerana apa dia boleh duduk di sini? Ini kerana kita mengamalkan undi kita mengikut keputusan majoriti. Akan tetapi hari itu bila Perhimpunan 505 dibuat bagi memperjuangkan undi popular, Oh! Yang Berhormat Sepang pun turut sama sokong. Ini mana ada maruah macam ini Tuan Yang di-Pertua.
Ini menang sebab Yang Berhormat Tanjong Karang sokong.
Jadi oleh itu Tuan Yang di- Pertua, saya hendak beritahu apa juga kita perbahaskan di dalam negeri, luar negara tetapi martabat negara kita, kita mesti jaga supaya pelabur-pelabur datang, peguam-peguam datang. Kalau hari ini Yang Berhormat Padang Serai sudah menghina mahkamah kita, bagaimana peguam-peguam luar yang hendak datang? Sebab itu tadi dia kata hendak kena pergi ke Singapura. Bila pergi ke Singapura timbang tara, Oh! kita pertikai pula. Eh! Mengapa pergi Singapura? Eh! Sudah pembangkang hina mahkamah kita! Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira sebelah sana ke sebelah sini, kita mesti jaga maruah negara kita. Jangan kerana kepentingan politik, kita sanggup menggadaikan maruah kita!. [Tepuk meja] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun] .
Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Kapar, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kami tidak pernah menghina ataupun menjatuhkan martabat negara. Pakatan Rakyat komited.
[Dewan riuh]
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini. Yang Berhormat Menteri, saya terus kepada dua isu saya, biar saya tidak lari daripada topik, biar saya tekankan isu timbang tara, terima kasih. Timbang tara ini saya hendak tekankan buat kali ini memang kurang pendedahan. Buat masa ini kita hendak bawa peguam antarabangsa, mahu mengambil bahagian dalam interaksi timbang tara ini. Akan tetapi pada asasnya dan dasarnya di negara Malaysia, pendedahan tentang timbang tara agak tidak menyeluruh. So saya minta, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan timbang tara ini sebagai alternatif kepada institusi perundangan? Ini penting, ini yang pertama. Kedua, Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen di bahagian Barisan Nasional mempertikaikan kewujudan Jabatan Peguam Negara. Saya ingin menanyakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini secara jujur, inisiatif siapakah yang menonjolkan kedua-dua undang-undang pindaan ini? Saya difahamkan kedua-dua undang-undang ini adalah inisiatif Jabatan Peguam Negara, Bar Council dengan izin. Oleh sebab itu, yang duduk sebelah sana, hari ini sepatutnya of course selepas itu dia maklumkan kepada AG Chambers dan AG Chambers bawa ke sini tetapi inisiatif awal, inisiatif permulaan dari tahun 2008 adalah Jabatan Peguam Negara, Bar Council.
Minta penjelasan, minta penjelasan sahaja.
Ya.
Ya, sila.
Jabatan Peguam Negara dengan Bar Council itu samakah?
Majlis, majlis.
Hah! Cakap betul-betul.
Terima kasih. Tidak apa, saya terima. Bukan macam BN, kadang-kadang dia tidak terima. Saya terima.
[Dewan riuh]
Saya hanya perlu penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Memang bagus penerangan dia tadi. Saya terima kebanyakan penerangan dia. Tolong secara jujur, beritahu Dewan yang mulia ini siapa punya inisiatif awal pada tahun 2008, datangnya daripada mana? Ini disebabkan kita tidak boleh menghina sebarang majlis ataupun jabatan- jabatan di negara kita. Terima kasih, itu sahaja.
Ya, Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberi pandangan yang turut membahaskan rang undang-undang ini. Seperti juga yang kita lalui sebelum ini, rang undang-undang sebelum ini kebanyakannya isunya lain daripada apa yang dipinda. Namun begitu, kita menerima baik apa yang dibincangkan bersama kerana ia memberi peluang untuk kita berbincang secara demokratik walaupun ada yang menuduh kerajaan tidak demokratik. Namun di sini, sebelum saya menjawab mengenai timbang tara ini, tadi Yang Berhormat Padang Serai, tidak ada di sini ya? Ada di dalam Dewan tidak? Sebab saya perlu membetulkan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai sebelum saya menjawab perkara-perkara lain dan saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat dari Kapar tadi yang bertanya mengenai siapa yang memberi inisiatif ini, membuat inisiatif daripada segi pindaan ini. Tadi kalau saya tidak silap, Yang Berhormat Padang Serai menyatakan hanya Kerajaan Malaysia sahaja tidak menghormati Majlis Peguam Malaysia. Jadi ini tidak konsisten dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar kerana kita telah dengan daripada pindaan yang pertama tadi, memang kita telah menyatakan kerjasama kita dengan Majlis Peguam Malaysia ini.
Ini menunjukkan kita memberi penghormatan. Kenapa pula Yang Berhormat Padang Serai pula menyatakan kita tidak memberikan penghormatan, tidak menghormati Majlis Peguam Malaysia. Ini bercanggah dengan apa yang kita amalkan pada hari ini. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
Yang Berhormat Kapar bangun.
Tidak, sekejap. Oleh sebab itu persepsi terhadap Majlis Peguam Malaysia ini seolah-olah mereka adalah lebih mendorong kepada menyokong kepada pembangkang. Sebenarnya Majlis Peguam Malaysia banyak memberi kerjasama dengan Kerajaan Malaysia tetapi oleh kerana cara Yang Berhormat Padang Serai tadi berhujah seolah-olah beliau adalah mewakili Majlis Peguam Malaysia dan seolah- olah itulah pandangan Majlis Peguam Malaysia.
Saya mengharapkan Majlis Peguam Malaysia memberi ketetapan bahawa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi bukan mewakili Majlis Peguam Malaysia supaya orang berpandangan terhadap, memberi penghormatan ataupun menghormati Majlis Peguam Malaysia sebagai sebuah badan yang profesional. Sebelum saya menjawab ini Yang Berhormat Kapar.
Saya ingin mendapat penjelasan isu tentang ramai yang tidak menyokong atau menerima Majlis Peguam Negara tadi adalah disebabkan cadangan untuk mewujudkan badan yang lain. Itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Berbeza dengan saya, yang mana saya ingin menekankan inisiatif itu adalah daripada Majlis Peguam Negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar tetapi tidak perlu menjawab bagi pihak Yang Berhormat Padang Serai kerana bukan itu yang dimaksudkan kerana beliau menyatakan Kerajaan Malaysia sahaja tidak menghormati Majlis Peguam Malaysia...
Minta laluan.
Yang Berhormat Menteri.
Minta penjelasan, boleh?
Akan tetapi sebenarnya beliau tidak memahami selama ini, apa yang kita pinda ini adalah kerjasama dari Majlis Peguam Malaysia dengan Kerajaan Malaysia. Bermakna kita menghormati Majlis Peguam Malaysia.
Yang Berhormat Menteri, dua yang bangun. Mana satu? Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Kalau benar mengatakan bahawa kerajaan menghormati Majlis Peguam, pada pertengahan tahun 2012 ada satu cadangan yang dibuat oleh kerajaan untuk menubuhkan satu akademi peguam yang seolah-olah sama dengan Majlis Peguam supaya mereka boleh bersaing, seolah-olah mewujudkan satu persaingan di antara Majlis Peguam dan akademi peguam ini. Apa pandangan Menteri berkaitan dengan cadangan tersebut.
Terima kasih. Itu satu soalan yang baik kerana ia memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan apa yang ditanyakan dari tadi oleh rakan-rakan yang lain. Akademi adalah lain bezanya, skopnya lain. Jadi, Majlis Peguam Malaysia memang adalah satu badan yang telah diiktiraf di bawah undang-undang. Tidak ada pertindihan di antara kedua-dua ini. Jadi, itu tidak menjadi masalah. Kalau ada hendak ditubuhkan akademi undang-undang itu, satu tempat di mana mereka boleh membuat latihan. Perkataan sudah disebutkan dengan nama akademi. Jadi, ianya tidak ada pertindihan dengan skop dan tugasan atau pun syarat-syarat di bawah Majlis Peguam Malaysia. Saya harap itu difahamkan.
Yang Berhormat Menteri laluan...
Yang Berhormat Bukit Katil bangun. Sila.
Yang Berhormat Menteri, sewaktu di peringkat awal tadi ada mengulas tentang kes Zublin lawan Kerajaan Malaysia dan di dalam kes tersebut ialah suatu keadaan ataupun satu pertikaian di antara Syarikat Zublin dengan Kerajaan Malaysia dan pihak Zublin, pihak plaintif telah pun bercadang untuk engaged, dengan izin, peguam Amerika untuk soal balas saksi dalam kes tersebut tetapi telah di bantah atas alasan keperluan seksyen 37, Akta Profesion Undang- undang. Akan tetapi yang menariknya ketika satu deklarasi diminta di peringkat Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat satu keputusan bahawa peguam hanya mengendalikan kes di dalam mahkamah dan tidak di dalam prosiding arbitration atau prosiding timbang tara.
Justeru, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, saya tidak nampak keperluan yang signifikan ataupun relevan dalam pindaan seksyen 37A seperti mana yang telah dibahaskan tadi. Ini kerana di peringkat mahkamah telah pun jelas bahawa dalam prosiding timbang tara, mana-mana pihak boleh mewakili plaintif ataupun defendan di dalam kes ini, itu pertama. Kedua, Yang Berhormat menteri bangkitkan soal transfer technology. Kebimbangan saya ialah kalau kita bagi blanket approval, dengan izin, sesiapa boleh masuk, yang menjadi masalahnya tidak ada keadaan yang boleh kita kawal. Kalau mereka datang en bloc daripada luar negara untuk membantu dalam prosiding timbang tara, saya fikir saya tidak nampak ada ruang untuk timbang tara yang boleh memberikan pendidikan ataupun literasi undang-undang kepada peguam-peguam yang ada di sini. Apakah kita tidak boleh letakkan satu clause di dalam peruntukan ini agar ada satu elemen kontrol misalnya, sepertimana yang dibuat di Tasmania dan beberapa negara Australia yang lain di mana ada satu temporary license atau pun lesen sementara diberikan kepada mana-mana pihak yang ingin masuk ataupun mewakili party di dalam prosiding timbang tara. Itu pada saya harus ada kesediaan kerajaan untuk mengawal agar kita tidak buka satu floodgate yang mana kalau dengan kelulusan ini sesiapa saja boleh masuk tanpa ada kawalan daripada kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya rasa sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat itu tadi, saya hendak menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Beruas kerana hanya soalan Yang Berhormat Beruas itu lebih cenderung kepada isu yang kita bincangkan hari ini iaitu pindaan mengenai arbitration ini. Apa Yang Berhormat sentuh itu banyaknya saya rasa tadi sudah kita sentuh dalam pindaan yang lebih awal dari segi kawalan, dari segi apa Yang Berhormat katakan tadi, semua telah kita bincang dalam pindaan yang terlebih awal. Akan tetapi sebab itulah kita menjurus kepada pindaan yang tadi iaitu pindaan undang-undang 2012 tadi dan ini pula kita membawa pindaan kepada undang-undang yang membawa kepada untuk memperkasakan arbitration ini di Malaysia ini sebab itu adalah masalah ataupun cabaran yang dihadapi oleh sistem perundangan sekarang di Malaysia ini. Sebenarnya kalau kita lihat soalan. Saya hendak rujuk kepada soalan yang telah dirujukkan kepada saya oleh Yang Berhormat Beruas tadi, selain daripada KLRCA sama ada terdapat satu lagi badan yang akan dirujuk bagi menyelesaikan pertikaian secara arbitration. Memandangkan fi yang dikenakan oleh KLRCA amat tinggi terutamanya bagi syarikat-syarikat kecil atau individu-individu lain. Sejajar dengan keputusan Kabinet untuk mempromosikan KLRCA, tiada lagi cadangan untuk membuat rujukan kepada mana-mana badan lain untuk penyelesaian pertikaian. Kedua ialah fee yang dikenakan sejajar atau selaras dengan kepakaran arbitrator dan kemudahan yang disediakan. Seterusnya, fee yang dikenakan oleh KLRCA adalah minima. Kos yang mungkin dirasakan tinggi adalah kos yang ditanggung oleh pihak- pihak sendiri iaitu kos arbitrator atau kos peguam yang dilantik serta mana-mana konsultan untuk membantu kes masing-masing. Kos-kos seperti peguam yang dilantik dan kos arbitrator adalah satu bentuk business decision dengan izin, yang dibuat oleh pihak-pihak terlibat di dalam pertikaian tersebut. Tadi Yang Berhormat menyentuh mengenai kawalan. Oleh sebab itulah kita ada pindaan yang pertama tadi, yang kita telah bincang tadi sebab itulah kita adakah pindaan itu dan seterusnya pindaan ini juga diperlukan kerana kita hendak memberi kebebasan kepada pengamal-pengamal undang-undang asing untuk masuk dan mempergiatkan lagi dalam bidang arbitrasi di Malaysia ini. Jadi, apa Yang Berhormat sentuh tadi telah kita bincangkan dalam pindaan yang lebih awal cuma saya hendak menyentuh mengenai pindaan yang berkaitan dengan arbitration ini iaitu mengapa syarikat asing yang mempunyai pertikaian dengan syarikat- syarikat Malaysia, lebih cenderung untuk memilih Pusat Timbang Tara Singapura dan bukannya KLRCA. Sebenarnya ramai juga rakan yang lain telah menyentuh mengenai perkara yang sama. Ini yang kita hendak faham, minta semua rakan-rakan Ahli Yang
Berhormat di Dewan yang mulia ini faham. Kerajaan bersama dengan KLRCA sentiasa menggiatkan usaha untuk mempromosikan kegunaan KLRCA yang kita ada di Malaysia ini.
Pindaan yang dicadangkan adalah menjurus ke arah itu dengan memastikan tiada kekangan untuk peguam-peguam asing datang dan juga memastikan supaya kepakaran sentiasa tersedia dengan kos yang lebih murah. Tadi Yang Berhormat dari Kapar pun menyentuh orang lain lebih memberi keutamaan kepada negara seperti Singapura. Inilah yang kita hendak lakukan, Yang Berhormat supaya semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini faham. Tujuan kita mengadakan pindaan ini adalah supaya KLRCA di Malaysia ini akan menjadi satu badan yang diberi tumpuan oleh negara- negara lain. Selain daripada itu, secara umumnya dimaklumkan juga KLRCA akan mempunyai satu kemudahan yang lebih baik lagi daripada apa yang ada sekarang. Jadi sebab itu kita akan cuba usahakan untuk menarik seramai-ramainya mereka yang akan...
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung esok, ya. Sambung esok.
Diserap dalam... Saya hendak habis. Boleh saya habis?
Sambung esok, ya. Kita sambung sikit lagi esok. Ini ada usul daripada Yang Berhormat Menteri. Berapa minit lagi?
Satu ayat sahaja.
Satu ayat sahaja?
Itu sahaja sebenarnya.
Selepas ini habis. Satu ayat sahaja. Okey, sila.
Sudah habis. Ini kerana itu sahaja yang bercakap mengenai arbitrasi. Jadi sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tadi. Saya mengucapkan terima kasih. Agar kita dapat sama-sama membawa perubahan yang baik dalam perundangan ini. Jutaan terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk usul di bawah Peraturan Mesyuarat 16(3).
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: TuanMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Penyelarasan Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Kakitangan KerajaanAdjournment
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membuat ucapan penangguhan berkenaan dengan Elaun Perumahan Wilayah dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kakitangan kerajaan daripada Semenanjung dan Sarawak ke Sabah dan juga dari Sabah ke Semenanjung dan Sarawak. Ini perlu disegerakan dan diselaraskan di atas prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Tuan Yang di-Pertua, Elaun Perumahan Wilayah kakitangan kerajaan daripada Semenanjung dan Sarawak ke Sabah adalah RM730 bagi luar bandar dan RM830 bagi bandar, bagi penjawat bukan siswazah dan RM830 di luar bandar dan RM930 di bandar bagi siswazah iaitu satu kadar yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan untuk kakitangan daripada Sabah yang ditempatkan di Sarawak dan di Semenanjung iaitu hanya RM180 bagi bukan siswazah dan RM290 bagi siswazah. Tambahan pula, kadar Imbuhan Tetap Perumahan tersebut tidak dibezakan di bandar atau di luar bandar. Adalah difahamkan bahawa perbezaan tersebut timbul antara sebabnya kerana Elaun Perumahan Wilayah yang diberikan kepada kakitangan kerajaan daripada Sarawak dan Semenanjung adalah merupakan elaun insentif untuk berkhidmat di Sabah terutama sekali guru-guru untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah pada ketika itu. Pada masa kini, kecuali opsyen tertentu, soal kekurangan guru di Sabah sudah selesai. Malah baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pendidikan (ll) menyatakan bahawa guru-guru daripada Semenanjung yang bertugas di Sabah akan dikurangkan. Atas sebab itulah ramai kakitangan kerajaan terutama sekali guru-guru daripada Sabah yang berkhidmat di Sarawak dan Semenanjung berasa tidak puas hati kerana mereka rasa dianaktirikan akibat kadar Elaun Tetap Perumahan dan Elaun Perumahan Wilayah yang jauh berbeza sedangkan kerajaan pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang menerajui prinsip-prinsip Gagasan 1Malaysia. Pada masa yang sama pula, ramai kakitangan kerajaan terutama sekali guru-guru daripada Semenanjung yang berkhidmat di
Sabah juga tidak puas hati, bukan kerana Elaun Perumahan Wilayah tetapi kerana penempatan mereka di Sabah yang mengakibatkan perpisahan suami isteri. Perbezaan elaun ini juga sering dipolitikkan oleh sesetengah pihak terutama sekali pihak pembangkang yang sentiasa membuat teguran yang teruk mengakibatkan ramai guru-guru yang terlibat mempersoalkan keadaan ini lalu mempersalahkan Kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu di atas prinsip-prinsip dan pendekatan kepimpinan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya selaku Ahli Parlimen Tuaran dengan ini meminta kerajaan supaya segera mentransformasikan sistem pemberian elaun perumahan kakitangan kerajaan terutama sekali guru-guru dengan segera untuk memulihkan khidmat 1Malaysia di kalangan mereka. Oleh itu, Tuaran meminta supaya kerajaan melaksanakan satu kadar Elaun Perumahan Wilayah oleh kakitangan kerajaan termasuk guru-guru yang ditempatkan di seluruh negara dan menamatkan dua kadar jauh berbeza antara wilayah Sabah, Semenanjung dan Sarawak yang ada sekarang. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran menyarankan supaya kerajaan melaksanakan satu kadar Elaun Perumahan Wilayah bagi kakitangan kerajaan termasuk guru-guru yang ditempatkan di seluruh negara dan menamatkan dua kadar yang jauh berbeza antara wilayah Sabah, Semenanjung dan juga Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian EPW adalah sebagai bantuan perumahan dan bukannya berdasarkan rent value. Penetapan kadar EPW adalah berdasarkan 90% daripada kadar sewa pasaran mengikut lokasi yang diperakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan. Penentuan kelayakan kadar adalah berpandukan kepada bandar atau kawasan di mana letaknya pejabat pegawai. Secara amnya, kadar sewa di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding kadar sewa di Semenanjung. Dengan ini, wujud kadar EPW yang berbeza di antara bandar- bandar di Semenanjung Malaysia dengan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak. Cadangan Ahli Yang Berhormat akan dikaji dari segi kesesuaian penyelarasan kedua-dua insentif tersebut supaya wujud satu inisiatif bagi tujuan membantu penjawat awam dari aspek perumahan. Sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan kerangka Kerja Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam (KTJPA) yang akan diperluaskan pelaksanaannya di semua kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara.
Hasrat transformasi ini adalah untuk membangun, mengekalkan bakat, mengukuhkan organisasi, memantapkan penyampaian perkhidmatan awam supaya lebih citizen-centric, memperhebatkan keterlibatan, engagement, permuafakatan dan juga keterangkuman serta membudayakan patriotisme dan juga integriti. Secara keseluruhannya Yang Berhormat, pegawai yang bertukar wilayah layak untuk memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau pun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) berdasarkan kelayakan pegawai tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Mengatasi Kelemahan Pengendalian Kes Menukar Status Agama
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Puan Loganayagi dilahirkan pada tahun 1984. Beliau didaftarkan dengan nama Normala bte Abdul Aziz. Fakta sebenarnya adalah bapa Loganayagi, Encik Muniandy a/l Sinniah dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Hindu. Beliau telah berkahwin dengan seorang wanita Muslim pada tahun 1966 dan menukar agamanya ke Islam dan namanya ke “Abdul Aziz”. Pada tahun 1978, isterinya meninggal dunia dan bapa Loganayagi telah balik kepada keluarganya. Selepas itu bapa Loganayagi telah berkahwin dengan seorang wanita Hindu bernama Muthu Raku pada tahun 1983. Oleh kerana pada takat itu bapa Loganayagi masih didaftarkan sebagai seorang Muslim, isteri kedua ini terpaksa menukarkan agamanya ke Islam untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. Akan tetapi mereka tidak mengamalkan agama Islam dan terus mengikut agama dan budaya Hindu. Namun begitu ketiga-tiga anak mereka didaftarkan oleh Pejabat Pendaftaran sebagai orang Muslim. Pada tahun 1993, bapa Loganayagi melaksanakan deed poll di mahkamah dan menukar balik statusnya ke “Hindu” dan mengambil balik nama asalnya. Akan tetapi keluarga ini dinasihatkan menunggu sehingga anak-anak mereka mencapai umur 21 tahun untuk melaksanakan prosedur yang sama. Akan tetapi apabila Loganayagi mencapai umur 21 tahun, beliau diberitahu bahawa prosedur deed poll untuk menukar status agamanya tidak boleh dipakai lagi. Beliau dinasihatkan supaya memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah. Beliau pun turut memfailkan kes di Mahkamah Syariah Seri Manjong, Perak pada tahun 2005. Sekarang sudah lapan tahun dan status beliau belum diselaraskan. Beliau telah dirujuk ke kursus kaunseling berulang kali dan telah membayar lebih daripada RM20,000 kepada peguam-peguam syariah tetapi masalah beliau belum diselesaikan. Loganayagi telah berkahwin dengan seorang Hindu tetapi perkahwinan itu masih belum didaftarkan. Ada beberapa ratus rakyat kita yang terperangkap dalam situasi seperti ini. Mereka menghadapi masalah dalam menyelaraskan status mereka sebagai bukan Islam walaupun tidak pernah mengamalkan agama Islam dari kecil lagi. Peguam Syariah yang rela mewakili mereka juga tidak senang dicari. Bila dapat peguam dan pergi ke Mahkamah Syariah, pun proses yang dikenakan kadang kala adalah sangat berat. Dalam kes Loganayagi, lapan tahun dengan kursus kaunseling berulang kali, seolah-olah pegawai- pegawai yang berkenaan berhasrat untuk membalas dendam. Kebenarannya Loganayagi telah menghormati Institut Mahkamah Syariah dengan menghadapinya untuk mendapat keadilan. Saya percaya layanan yang diterima oleh Loganayagi bercanggah dengan ajaran Islam sendiri. Seperti agama-agama lain, inti pati Islam adalah didasarkan kepada keadilan, perasaan sayang kepada manusia dan belas kasihan (compassion). Nilai-nilai teras ini susah dijumpai dalam cara kes Loganayagi dikendalikan selama ini. Kelemahan ini mencemarkan imej Islam di kalangan orang ramai. Apakah cadangan kerajaan untuk mengatasi kelemahan dalam pengendalian kes-kes seperti ini? Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput yang telah membangkitkan mengenai isu permohonan pengisytiharan status agama oleh Puan Normala bte Abdul Aziz atau pun Puan
Loganayagi, dan tindakan kerajaan mengendalikan kes sedemikian. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan dan juga keprihatinan Ahli Yang Berhormat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini penentuan status agama seseorang Islam adalah berdasarkan status agama yang terdapat dalam Sijil Kelahiran atau pun Kad Pengenalan atau Sijil Akuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Dokumen-dokumen ini merupakan dokumen awam yang tidak boleh dipertikaikan kerana dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf oleh undang-undang. Oleh yang demikian status agama Islam seseorang yang terdapat dalam dokumen tersebut adalah bukti yang sah kecuali dibuktikan sebaliknya di mahkamah atau pun dimansuhkan oleh mahkamah. Sebagai contoh, jika dalam Kad Pengenalan seseorang dicatatkan status agama sebagai “Islam”, sedangkan sejak lahir tidak pernah mengamalkan ajaran Islam, maka berdasarkan status tersebut individu berkenaan dianggap sebagai seorang Islam di sisi undang-undang berdasarkan dokumen rasmi tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya di Mahkamah Syariah. Penentuan dan pengisytiharan status agama seseorang “Islam”, adalah terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu sebarang kes yang melibatkan penentuan dan pengisytiharan status agama Islam hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah dan bukan ukuran serta pandangan individu-individu. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada kes yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, Perak, permohonan Puan Normala bte Abdul Aziz hanya didaftarkan pada 5 Ogos 2009 bersama dua orang saudara lelaki, dan perempuannya iaitu Lahazna bte Abdul Aziz, dan Mohd Rafi bin Abdul Aziz, kesemua pemohon telah mula memberi keterangan bermula 9 Disember 2009 sehingga 6 Oktober 2010. Sesi penghujahan bermula pada 1 November 2010 sehingga 1 Jun 2011. Pemohon telah diberikan tempoh selama tujuh bulan untuk memfailkan hujah namun pemohon tetap gagal mengemukakan hujah. Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan keputusannya pada 7 Jun 2011 dengan menolak permohonan pemohon-pemohon yang menukar status agamanya. Oleh kerana permohonan pemohon tersebut telah ditolak oleh mahkamah, maka status agama pemohon masih lagi seorang “Islam”, dan pada 7 Jun 2011, Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintah pemohon untuk menjalani proses istitabah, kaunseling dan nasihat di bawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak selama tiga bulan. Laporan sesi istitabah pertama dikemukakan kepada mahkamah pada 5 Mac 2012. Semasa mendengar pembentangan laporan sesi isititabah iaitu kaunseling dan nasihat yang pertama iaitu pada 19 Mac 2012, Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintah sekali lagi agar pemohon menjalani sesi istitabah kali yang kedua selama enam bulan dan menasihati pemohon memberi kerjasama, hadir ketika sesi istitabah yang ditetapkan. Laporan sesi istitabah yang kedua juga mendapati pemohon sering tidak hadir dan tidak memberi kerjasama sepanjang proses istitabah berjalan. Oleh kerana kes yang dibangkitkan ini melibatkan suatu hak yang perlu dipohon di mahkamah menurut ketetapan undang-undang, pihak kerajaan tidak boleh campur tangan untuk menyelesaikannya di luar mahkamah. Perkara berkaitan status agama seseorang juga tidak boleh diselesaikan melalui jalan perundingan sebagaimana hak-hak individu yang lain. Apa yang boleh dilakukan oleh pihak yang terlibat ialah memfailkan permohonannya sekali lagi di mahkamah dan mengemukakan keterangan bukti dan hujah yang baru sebagaimana proses lazim pembicaraan sesuatu kes. Selain itu pemohon juga boleh membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi melalui permohonan pelanjutan tempoh masa terlebih dahulu. Sekian, terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat. Dewan bersidang semula pada jam 10 pagi, pada hari Rabu, 25 September 2013.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang]