Dewan Rakyat · 13 November 2013
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 1,391 turns · 64,365 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan satu bentuk latihan kepada para nelayan muda atau nelayan sedia ada yang berminat untuk meningkatkan kemahiran nelayan moden supaya dapat meningkatkan hasil tangkapan mereka.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sibuti. Kerajaan menyediakan kemudahan latihan jangka panjang dalam bidang perikanan untuk golongan belia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun di Pusat Latihan Perikanan Tanjong Manis, Sarawak dan satu lagi di Institut Perikanan Chendering, Terengganu melalui program Persijilan Kemahiran Malaysia pada tahap sijil dan juga Diploma Kemahiran Malaysia anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan. Antara tahun 2004 ke tahun 2013, seramai 380 orang telah pun mengikuti latihan kemahiran ini. Selain daripada itu, Jabatan Perikanan Malaysia juga ada menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme nelayan dalam bidang tangkapan perikanan. Modul latihan yang dirangka merangkumi aspek pelayaran juga penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan hasil tangkapan mereka. Antara bentuk latihan yang disediakan adalah kursus berasrama untuk kursus nakhoda di mana nelayan dilatih secara teori dan amali serta diberikan kemudahan penginapan dan juga makanan. Manakala kursus yang tidak berasrama iaitu secara ‘Insitu’ merupakan kursus-kursus penyelenggaraan enjin, keselamatan nelayan, perikanan, pelayaran dan peralatan elektronik. Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa memberikan peluang kepada nelayan- nelayan ini dengan menawarkan latihan dalam bidang pelayaran dan penggunaan peralatan elektrik menangkap ikan, peralatan perhubungan, penggunaan carta laut serta latihan pencegahan kebakaran. Latihan kepada nelayan telah bermula sejak tahun 2001 dan sehingga kini, seramai 1,791 orang nelayan telah mengikuti pelbagai kursus anjuran Jabatan Perikanan Malaysia. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula telah melaksanakan program melatih nelayan muda dan anak-anak nelayan bagi meningkatkan kemahiran mereka melalui kerjasama Pusat GIATMARA. Dua Pusat GIATMARA telah ditubuhkan oleh LKIM di kawasan nelayan iaitu satu di Tanjung Dawai, Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang iaitu di Kuala Muda Penaga. Sehingga kini, 422 orang pelatih yang terdiri daripada belia nelayan telah mengikuti pelbagai kursus kemahiran di kedua-dua pusat latihan yang diikuti iaitu kursus pembaikan enjin, kursus fiberglass dan teknologi komposit dan kursus mekanik enjin motor
ataupun automotif. Kursus yang dijalankan selama enam bulan ini mampu meningkatkan kemahiran belia nelayan seterusnya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada belia. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita telah mendengar jawapan yang begitu baik tadi bahawa seramai 1,391 orang belia kita telah pun dilatih.
Kebanyakannya dilatih dalam nakhoda, enjin dan keselamatan. Apa yang kita lihat pada hari ini bahawa lautan kita telah dicerobohi oleh nelayan asing maka kepupusan ikan di laut telah pun berkurangan. Adakah pihak kementerian untuk melatih belia kita yang ada pada hari ini, supaya mereka mengambil iktibar sebagai nelayan itu adalah satu pekerjaan yang tetap? Mereka mesti diberi tunjuk ajar bagaimana hendak belayar ke laut dan mencari tempat-tempat lokasi ikan yang selalu kita dengar bahawa LKIM ini menanamkan tukun- tukun di laut. Kalau boleh pihak kementerian memberilah tunjuk ajar kepada belia-belia yang ada sekarang ini, yang benar-benar berminat untuk menjadi nelayan yang berjaya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sibuti. Di antara latihan yang diberikan kepada nelayan ini adalah juga seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat iaitu pengetahuan dan kemahiran bagaimana mereka boleh mencari kawasan-kawasan yang terdapat ikan. Ini menggunakan alat-alat seperti GPS dan juga sonar. Selain daripada itu juga diberikan ilmu yang dipanggil morfologi dasar laut dan juga menggunakan peralatan seperti win penghela pukat. Kalau hendak dihuraikan secara panjang, ini kena berkursus. Akan tetapi, saya boleh ringkaskan. Ini adalah peralatan dan juga cara atau teknologi yang digunakan di antara lain bagaimana boleh nelayan ini pergi ke laut dan menepati tempat-tempat yang ada ikan. Itu yang digunakan alat seperti GPS dan juga sonar atau morfologi dasar laut tadi. Ia tidak pergi sembarangan, merayau tidak tentu fasal, ia terus dan ada direction kepada tempat yang ada ikan. Selain daripada itu, dia juga diajar berhubung dengan keselamatan, keselamatan also penting. Jadi, dalam pelayaran itu dia diajar ilmu-ilmu bagaimana untuk mengetahui berhubung keadaan cuaca dan juga mengendalikan enjin bot sekiranya berada di dalam keadaan kecemasan, breakdown of the engine. Semua ini akan dilatih untuk keselamatan nelayan-nelayan. Saya kira itulah secara ringkasnya apa yang kita beri, latihan dan kemahiran kepada mereka untuk menjadi nelayan yang berjaya, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan rombongan daripada Bayan Baru datang ke Parlimen. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tentang isu yang hangat baru-baru ini terutamanya para nelayan. Ada rombongan nelayan yang datang ke Parlimen untuk berjumpa dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan minta Yang Berhormat Menteri untuk berdialog dengan nelayan-nelayan.
Ya, soalan.
Antara isu yang dibangkitkan adalah polisi- polisi baru yang diperkenalkan, yang tidak berapa mesra nelayan pada perspektif nelayan. Jadi, ada yang daripada Bayan Baru juga, nelayan-nelayan daripada Batu Maung yang minta supaya kalau boleh ada lagi satu dialog yang lebih baik untuk bincangkan tentang isu jalan, isu polisi baru yang diperkenalkan kepada mereka. Apakah Yang Berhormat Menteri akan berjumpa dengan para nelayan? Saya hendak dapatkan satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru ini, dia setiap kali saya menjawab, dia mesti ada soalan tambahan, syabas. [Disampuk] Kelebihan, Ya, syabas dan tahniah. Walau bagaimanapun, soalan yang dikemukakan itu telah dijawab oleh bos saya semalam, Yang Berhormat Menteri dalam ucapan penggulungan kementerian.
Menjawab sekali lagi, saya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat Bayan Baru, dialog telah pun diadakan beberapa kali. Berapa kali hendak dialog lagi? Soalnya sekarang ini, berapa kali banyak dialog pun kalau hendak terima, boleh terima. Akan tetapi, masalahnya tidak mahu terima perkara yang sangat jelas iaitu dasar ini adalah dasar untuk menjaga kepentingan rakyat yang memerlukan bekalan makanan ikan yang berterusan. Kalau sekiranya dasar ini dikesampingkan ataupun diabaikan, ini akan menjejaskan bekalan ikan kepada negara dan rakyat kita kerana ikan akan pupus. Ikan, anak-anak ikan ditangkap dan tidak ada peluang kepada ikan-ikan ini untuk membesar. Penggunaan jaring yang kurang daripada 38mm itu akan memusnahkan bekalan ikan negara kita ini. Jadi, kita hendak tanya Yang Berhormat adakah sokong satu dasar yang boleh menjejaskan dan juga menghancurkan industri perikanan dalam negara kita ini? Meletakkan risiko yang besar kepada rakyat di masa yang akan datang atau sebaliknya menyokong dasar kerajaan kita menjaga kepentingan rakyat. You have to choose. There is no two ways about it, dengan izin. Tidak ada. Ini kita kena pilih salah satu. Akan tetapi, kerajaan kita memilih satu iaitu untuk menjaga kepentingan bekalan ikan yang cukup, makanan yang cukup untuk rakyat di masa yang akan datang. Kita tidak mementingkan kepentingan hanya segelintir pengusaha nelayan untuk kepentingan diri mereka sahaja. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut semalam, hanya 10% pun tidak sampai. Saya kira 70% sahaja nelayan yang terlibat dalam isu ini. Nelayan pukat tunda ini yang mempertikaikan penggunaan jaring 38mm. Manakala 90% lebih nelayan-nelayan tradisional berjumlah 80,000 – 90,000 orang yang menyokong dasar kerajaan. You go for minority or you go for majority? Terima kasih.
Kalabakan menyokong dasar kerajaan. Akan tetapi, apa yang saya terkilan kerana pusat latihan disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi hanya satu di Sarawak, satu di Terengganu. Apa hal Sabah? Persoalannya apa hal Sabah? Tuan Yang di-Pertua, peralatan elektronik baru saya dengar pagi ini. Baru saya dengar. Jadi, kalau saya baru dengar tentu nelayan di Kalabakan, di Tawau sana tentu tidak. Persoalan saya, adakah kerajaan merancang untuk membina pusat latihan nelayan di Sabah? Itu soalan pertama. Kedua, bila alat elektronik ini diperkenalkan di Sabah? Minta jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan untuk join saya dalam satu ekspedisi, saya sudah bincang dengan LKIM. Kita hendak turun ke laut dalam bulan Mac nanti. Mahu atau tidak? Then you can see for yourself.
Saya bersedia, saya sediakan saya punya bot yang 500 horsepower.
[Dewan riuh]
Itu bukan bot nelayan itu. Bot nelayan ataupun speed boat? Untuk pelancongan.
Bot nelayan sama speed boat dua-dua sekali. [Ketawa]
[Dewan riuh]
[Ketawa]
Yang Berhormat Menteri.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira walaupun Yang Berhormat Kalabakan ini bukan seorang nelayan tetapi dia seorang yang amat rapat dengan kaum nelayan. Jadi, kita faham bagaimana keprihatinan beliau kepada masyarakat ataupun nasib nelayan ini. Jadi berhubung dengan permohonan untuk memberikan peluang latihan yang sama juga diberikan kepada tempat lain untuk Sabah, ini saya perlu bincang dengan pihak kementerian. Kalau sekiranya ada keperluan dan ada kemampuan dari segi kewangan dan sebagainya, why not? Tiada masalah. Itu bukan satu problem dan sepatutnya memang sewajarnya dilakukan. So, kita bagi assurance seperti itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada rancangan untuk mengikut cadangan PEMANDU untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara setiap sidang Parlimen dan bukan satu kali setahun.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah bersetuju supaya pembentangan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dibuat setiap kali sidang Parlimen bersidang mulai tahun 2013. Maka sukacita dimaklumkan Siri 1 dan Siri 2 laporan tersebut telah pun dibentang pada 1 Oktober 2013. Ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan 2.0 bagi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) untuk membanteras rasuah sebagaimana cadangan oleh pihak PEMANDU. Di bawah Program Transformasi Kerajaan 2.0, bagi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) pembentangan rasuah, Jabatan Audit Negara telah diberi peranan sebagai salah satu agensi yang secara tidak langsung boleh membantu menangani isu rasuah negara. Pihak pengurusan prestasi dan pelaksanaan PEMANDU melalui surat bertarikh 4 Disember 2012 telah memaklumkan empat inisiatif baru di bawah bidang fokus mentransformasikan proses Laporan Ketua Audit Negara yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara. Empat inisiatif tersebut ialah seperti berikut: (i) akses pantas kepada Laporan Prestasi Audit, Ketua Audit Negara, yang ini kita buat tiga kali setahun. Akan tetapi kita lihat perkara ini dari semasa ke semasa, apakah keberkesanannya, tiga kali bagus atau sekali bagus? Jadi sekarang ini kita buat tiga kali dan yang akhir kita akan bentang nanti. Ini sekarang kedua kali. (ii) penubuhan Jawatankuasa Tindakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Ini akan dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Ketua Audit Negara. (iii) papan kemuka Ketua Audit Negara secara dalam talian (dashboard). Kalau Yang Berhormat buka dan lihat dashboard ini, dia ada macam traffic light ya, traffic light. Iaitu color merah, kuning dan juga hijau. Contohnya, Siri 1 dulu 8 merah yang tiada tindakan, 39 dalam tindakan dan selesai 51. Kemudian Siri 2, 8 belum diambil tindakan, 52 dalam tindakan dan 27 selesai. Kalau di bawah 8 yang sebagai contoh, di antara 8 yang tidak diambil tindakan ialah syarikat membuat pelaburan iaitu urusan zakat Kuala Pinang. Mereka telah membuat pelaburan 380,434 di institusi kewangan yang tidak diluluskan untuk menerima deposit daripada syarikat kerajaan. Ini contoh ya, contoh. Kalau lihat pada lampu merah yang 8 ini, saya kata contoh ya. Buka dashboard Ketua Audit Negara. (iv) Inkuisi Putrajaya ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau sekiranya Jawatankuasa Tindakan mengenai Laporan Audit di bawah Ketua Audit Negara tidak dapat selesaikan masalah, ataupun tidak ambil tindakan. Maka perkara ini akan dibawa kepada Inkuisi Putrajaya yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, mulanya saya ingin ucap tahniah dan syabas kepada Menteri kerana memanglah pada 1 Oktober itu kita terimalah Siri 1 dan Siri 2 untuk Laporan Audit ini, tetapi saya hendak sebut di sini cadangan dari PEMANDU adalah setiap sidang kita bentangkan satu Siri Laporan Audit dan bukanlah kita bentang kedua-dua ini Laporan Audit dalam satu sidang. Jadi saya harap bahawa pada masa yang akan datang ini akan ditambah baik. Isu kedua adalah, tadi Yang Berhormat Menteri pun bercakap, sekarang kita masih tidak terima itu laporan Siri ke-3. Jadi saya hendak tanya kerana sekarang kita pun sudah masuk stage untuk Menteri menjawab. Jadi bila kita boleh dapat ini laporan Siri ke-3 supaya kita boleh masuk dalam perbahasan kita.
Satu soalan lagi adalah tentang Inkuisi Putrajaya ini. Saya ingin merujuk kepada satu wawancara The Malay Mail Online dengan Ketua Audit kita dan beliau cakap bahawa Inkuisi Putrajaya ini tidak akan dilaksanakan. Saya hendak tahu sama ada kenyataan ini adalah betul atau tidak kerana dalam pandangan saya kita memberi satu peruntukan yang begitu besar kepada PEMANDU pada tahun ini. Peruntukan untuk PEMANDU adalah sebanyak RM250 juta. Akan tetapi sekiranya pada akhirnya kerajaan kita ataupun Ketua Audit..
Panjang sangat.
…Kita tidak akan mengambil cadangan dari PEMANDU, saya rasa buat apa kita memberi begitu banyak peruntukan kepada PEMANDU. Sekian sahaja, terima kasih.
[Dewan riuh]
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tidak perlu jawab. Okey, yang pertama Yang Berhormat kita lepas pilihan raya, kita adakan Parlimen. Jadi tahun ini kita pilihan raya dulu ya, kita pilihan raya dulu. Laporan Audit sepatutnya datang masa itu. Akan tetapi sekarang ini oleh kerana kita adakan Parlimen pada bulan Jun yang lepas jadi Laporan Audit, dia bagi kedua-dua sekali. Tahun hadapan tidak ada masalah sebab kita bermula tiga sesi dan sudah pasti kita akan dapat tiga sesi seperti yang telah disebutkan. Yang ini insya-Allah akan kita dapatkan tidak lama lagi. Kemudian fasal apa Inkuisi Putrajaya. Ini tidak diperlukan, kalau sekiranya penubuhan Jawatankuasa Tindakan Laporan Audit itu yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara ia selesai masalah, tidak perlu. Tidak perlu lagi, tidak perlu lagi pergi Putrajaya. Yang ini hanya pergi bila tindakan tidak diambil, iaitu di tahap tiga tadi. Kita ada tahap satu, dua, tiga, yang ketiga tadi iaitu Jawatankuasa Tindakan Mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Yang ini kalau ia tidak ambil tindakan apa-apa, barulah kita pergi ke committee yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Laporan Siri ke-3 akan dikeluarkan nanti.
[Bangun]
Jerlun. Sebelum Yang Berhormat Jerlun bertanya soalan, kita sentiasanya setiap hari ada 50 hingga 60 soalan yang hendak dikemukakan dan setelah diteliti, Speaker berpendapat bahawa ada lima atau enam soalan sahaja yang boleh dijawab kerana ada bunga-bunga sebelum soalan diberikan dan soalan boleh hanya satu sahaja. Jadi Yang Berhormat Jerlun, ringkaskan...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Simpati pada rakan-rakan yang lain.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawa tujuan audit dijalankan adalah untuk memastikan setiap agensi itu conform kepada SOP dengan izin, dan juga sudah tentulah tidak ada salah guna kuasa. Jadi soalan saya adalah, setelah dapatan kajian audit yang dibuat itu, laporan yang dikeluarkan, adakah terdapat agensi-agensi yang tidak ambil tindakan dan masih mengulangi kesilapan- kesilapan yang dinyatakan? Berapa lamakah diambil oleh agensi tersebut untuk mendapat sijil bersih? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya sebutkan. Kalau kita tengok dalam dashboard ini, yang dibentangkan oleh audit, jadi yang ini kita lihat yang lampu merah ini tidak diambil tindakan langsung ya? Lampu merah tidak diambil tindakan langsung, yang lampu kuning dalam tindakan dan lampu hijau ini sudah selesai. Selesai ini kita boleh dapat sijil, yang lampu merah ini tidak diambil tindakan, yang ini kita akan ambil tindakan.
Itu sebab Laporan Jawatankuasa Audit di tahap tiga tadi dia akan bermesyuarat dan menentukan, maaf Jawatankuasa Audit di tahap dua tadi. Tahap tiga tadi dashboard.
Tahap yang kedua tadi akan ambil tindakan kepada laporan jabatan yang tidak mengambil tindakan perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh audit. Kalau sekiranya dia berulang dia kena ingat kalau kes itu didapati kes macam yang di bawah lampu merah tadi. Kalau dia tidak ambil tindakan, dalam masa yang sama SPRM didapati bahawa dia ada kes yang boleh disabitkan, maka SPRM akan ambil tindakan. Jadi kalau sekiranya kes itu tidak bersabit dengan SPRM dan JPA akan ambil tindakan di bawah tatatertib dan sebagainya. So far, sehingga kini semasa kita tiap-tiap tiga bulan bersidang ini kita akan dapat maklumat tetapi maklumat ini mungkin tidak terkini. Akan tetapi maklumat yang paling terkini ialah dalam dashboard tadi yang kita update tiap- tiap hari dari semasa ke semasa.
3. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Menteri Pendidikan menyatakan bilakah kementerian boleh menukarkan pasangan guru-guru yang telah berkeluarga supaya mereka dapat bersama di sekolah yang berdekatan atas permohonan mereka. Apakah halangan-halangan yang menghalang permohonan pertukaran ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menjelaskan bahawa pelaksanaan dasar, penempatan dan pertukaran guru adalah tertakluk kepada kekosongan perjawatan ke atas keperluan perkhidmatan, serta kesesuaian pengkhususan mata pelajaran atau opsyen guru tersebut. Penekanan terhadap kekosongan jawatan adalah berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan oleh agensi pusat dan keperluan terhadap opsyen. Ini adalah untuk menjamin murid mendapat pendidikan yang berkualiti selaras dengan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah dan sedang berusaha sedaya upaya untuk menempatkan pasangan suami isteri di tempat yang sama. Data pada 31 Julai 2013 menunjukkan bahawa 94.9% guru di sekolah menengah tinggal bersama-sama pasangan masing-masing, hanya 5.1% orang guru tinggal berasingan suami dan isteri. Manakala bagi sekolah rendah 95.4% orang guru tinggal bersama, hanya 4.8% orang guru berasingan dengan pasangan. Walaupun peratus yang tinggal berasingan ini adalah kecil, Kementerian Pendidikan Malaysia terus mencari pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun seperti yang dinyatakan, kriteria utama yang diambil kira dalam penentuan kelulusan pertukaran guru ialah keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen yang terdapat di negeri yang dipohon. Bilangan guru di sesebuah negeri tidak boleh melebihi bilangan yang diluluskan mengikut waran perjawatan negeri berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk] Ini apa hal pula ini? Hendak bergaduh keluar. [Ketawa]
Dia kena makan ubat sedikit lagi itu.
Sila Yang Berhormat Pendang.
Tuan Yang di-Pertua dalam kepuasan bekerja ini, job satisfaction ini bukan hanya bergantung kepada bayaran gaji yang tinggi. Akan tetapi suasana kerjaya yang baik, bos yang friendly dan juga keluarga yang bahagia. Saya hendak menentukan, saya hendak memohon supaya penentuan bagi pertukaran guru ini tidak berasaskan kepada rasa dengki, iri hati atau kronisme. Ini sebab saya bercakap ini soalan saya ini, saya ada pengalaman. Saya melihat dan saya membantu. Ada yang ditukarkan kerana kroninya hendak dibalikkan ke pejabat atau ke sekolah yang tertentu. Kemudian apakah kementerian, kalau sekiranya tidak dapat ditukar balik ke kawasan yang sama, duduk bersama, bolehkah kementerian menukarkan guru-guru ini sekurang- kurangnya mereka boleh bertemu di hujung minggu bagi bersama isteri dan anak-anak? Yang Berhormat Timbalan Menteri saya pernah buat surat sudah tiga kali, seorang guru isterinya di Kedah suaminya di sebuah pulau empat jam perjalanan dengan bot di Mersing.
Cuba bayangkan perasaan hati guru ini. Kalaulah Yang Berhormat diletakkan di situ, apa perasaan Yang Berhormat?
Seksa jiwa tahu, merana hati.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian tidak sama sekali akan membuat penukaran ini berdasarkan hasrat iri hati dan dengki, ikhlas dari saya dan juga sahabat- sahabat saya yang bertanggungjawab, tidak pernah. Kalau ada isu-isu seperti itu, tolonglah beritahu kepada kami kita akan cuba mencari penyelesaian kalau ada isu-isu iri hati dan dengki. Untuk makluman Yang Berhormat, apabila kita membuat penukaran ini, saya beri contoh ya? Pada Jun 2013 kita telah menerima permohonan 7,000 ini untuk sekolah menengah sahaja, 7,497 permohonan untuk pertukaran. Jumlah yang dapat kita beri kelulusan 878 permohonan, berdasarkan kepada opsyen-opsyen yang sedia ada. Daripada 878 itu Yang Berhormat 52.39% kita beri tumpuan kepada untuk memastikan pasangan ini bersama. Maksudnya tumpuan kita beri untuk menyatukan balik suami isteri. Akan tetapi masalahnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menerima permohonan, contoh cikgu dari Kedah kampungnya di Kedah dan cikgu di Johor. Kalau kita hantar cikgu dari Kedah pergi ke Johor dia tidak hendak. Isunya bukan penukaran hendak bersama, tetapi isunya dia hendak balik ke kampung. Kalau hendak bersama kita boleh cuba kalau hendak balik ke kampung agak sukar sedikit, itu sahaja. Akan tetapi apabila isu untuk kita memastikan dapat membawa balik suami dan isteri ini bersama, kadang-kadang walaupun ada kriteria tiga tahun, ada kriteria tiga tahun. Ada masa kita juga beri mereka dalam mungkin setahun dua tahun sekiranya opsyennya cukup, memang menepati keperluan syarat-syarat, semua ada. Akan tetapi ini jarang-jarang berlaku, teringat pula arwah P.Ramlee, jarang-jarang berlaku. Maksudnya kita akan cuba sedaya upaya untuk menyatukan suami dan isteri kalau hasrat mereka hendak bersama di kawasan. Akan tetapi kalau hasrat mereka hendak balik ke kampung ini agak sukar sedikit. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya harap Tuan Yang di-Pertua tolong bagi tahu mana-mana Menteri Kesihatankah tolong bagi ubat dekat Yang Berhormat Rompin. [Ketawa] Dia pagi-pagi ini kadang-kadang dia masuk air lebih, air dalam telinga. [Ketawa] Dia mandi tadi dia tidak goncang.
Ya soalan, soalan.
Baik Yang Berhormat Menteri terima kasih atas jawapan. Akan tetapi tadi Yang Berhormat katakan bahawa satu agak sukar kerana masalah kekosongan di tempat yang dipohon. Akan tetapi isu dia ialah bukan mereka yang sudah pun berkhidmat di satu-satu tempat itu sudah lama, tetapi kadang- kadang ada yang posting baru. Posting baru sudah diberitahu bahawa suami dia bukan guru dan bekerja di Kuala Lumpur tiba-tiba posting isteri dia ke Sarawak. Ini saya kira bahawa satu perkara yang perlu diambil perhatian. Maknanya tidak bolehlah apabila dia maklum bahawa bila sudah berkahwin, suami dia berada di Kuala Lumpur dia bukan guru suami dia bukan guru tiba-tiba posting dia ke Sarawak. Begitu juga dengan isu-isu permohonan yang pernah saya kemukakan kepada Yang Berhormat sendiri dan juga kepada Timbalan Menteri yang merupakan Menteri Pendidikan. Bahawa yang dimohon itu ialah isteri hendak balik sini. Bukan kerana apa, kerana suami bukan guru, suami dia bukan guru...
Soalan, soalan.
Bila suami bukan guru suami tidak boleh tukar ke sana apatah lagi suami yang bekerja dengan pihak swasta.
Soalan Yang Berhormat.
Jadi saya minta supaya diklasifikasikan antara isu-isu guru dan guru kemudian guru dengan bukan guru, guru dengan bukan pihak kerajaan.
Jadi, supaya yang boleh kita selesaikan, kita selesai dulu.
Ya.
Akan tetapi kalau kita rangkum semua, jadi memang agak sukar untuk diselesaikan. Jadi, kalau boleh Yang Berhormat pun tolong bagi ubat kepada Yang Berhormat Rompin. [Ketawa]
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat, posting baru ini kadang-kadang kita harus ambil maklum bahawa kita menghantar guru itu di mana kita memerlukan perkhidmatannya. Kita tidak perlu mewujudkan satu perjawatan semata-mata kerana ia akan mendirikan rumah tangga di Kuala Lumpur. Kalau ada kekosongan di negeri itu, maka hantar di negeri itu juga. Itu situasinya. Kalau ada kekosongan, kita akan tentu beri peluang kepada guru itu berkhidmat di negeri atau yang dipohon itu, saya tidak menafikannya. Akan tetapi keperluan, kekurangan guru di mana kita hantar guru itu di sana, itu caranya. Selain daripada itu, cadangan yang diberi oleh Yang Berhormat, kita telah pun ada contoh. Kita ada banyak sebab mengapa guru minta penukaran. Contohnya, ada kes sakit anak, mahu balik jaga anak, ada kes sakit ibu bapa, mereka hendak jaga, banyak! Ada 10 hingga 11 ruang sebab-sebab mereka minta penukaran itu. Akan tetapi saya nampak Yang Berhormat, yang biasanya membuat pengorbanan ini adalah cikgu. Cikgu sahajalah yang buat pengorbanan, cikgu sahajalah yang kena minta buat penukaran semata-mata hendak pergi bersama-sama pasangan. Pasangan itu seperti kata saya lagi, teringat pula arwah P. Ramlee.
Kalau ada kahwin empat macam mana?
Tidak bagi laluan ya?
Kahwin empat macam mana?
Apa dia?
Kahwin empat macam mana?
Ikut peraturan mesyuaratlah Yang Berhormat. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih.
4. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan sama ada Kerajaan Pusat mempunyai cadangan untuk meningkatkan kadar atau harga elektrik rumah kediaman dalam masa yang terdekat ini. Kenapakah Kerajaan Pusat tidak mampu menurunkan kadar elektrik di negeri Sarawak dan Sabah sedangkan negeri-negeri ini mampu menghasilkan kuasa elektrik sendiri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin kepada kedudukan ekonomi negara dan kesannya kepada rakyat pada masa ini. Dalam membuat sebarang keputusan terhadap semakan tarif elektrik, kerajaan akan memastikan kajian yang teliti dan menyeluruh akan dijalankan terlebih dahulu kepada semua faktor yang terlibat serta implikasinya terhadap pengguna, khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Berhubung dengan kadar tarif elektrik bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kadar tarif yang dikuatkuasakan mulai 15 Julai 2011 hanya disemak selepas 25 tahun. Kadar tarif disemak terakhir pada tahun 1986. Semakan tarif tersebut melibatkan kenaikan purata sebanyak 15% atas kadar tarif yang distruktur semula iaitu daripada 25.5 sen 1 kilowatt jam kepada 29.29 sen kilowatt jam. Kadar tarif ini adalah lebih rendah berbanding dengan kadar tarif elektrik di Semenanjung. Di mana kadar purata tarif elektrik ialah 33.54 sen kilowatt jam dan Sarawak adalah 29.9 sen kilowatt jam. Oleh sebab struktur yang tidak seimbang dengan pendapatan semakan tarif pada tahun 2011 masih tidak dapat mengeluarkan SESB daripada status syarikat tidak mampan atau pun insolvency. Kenaikan kadar purata tarif ini masih belum mampu menampung kos
pembekalan sebenar oleh SESB dengan mengambil kira subsidi diesel dan medium fuel oil sebanyak 12.35 sen kilowatt jam pada masa ini. Pihak SESB masih terpaksa menanggung kerugian sebanyak 1.59 sen untuk 1 kilowatt jam setiap unit elektrik yang dijual kepada pengguna. Kadar tariff elektrik SESB yang masih rendah menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap pembekalan elektrik di Sabah, khususnya bagi merapatkan jurang sedia ada berbanding dengan keadaan di Semenanjung. Berhubung dengan pembekalan elektrik di Sarawak, ia tidak tertakluk di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 di mana perancangan dan pelaksanaan pembekalan elektrik adalah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak sendiri. Akta Bekalan Elektrik 1990 hanya dikuatkuasakan di negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah. Oleh yang demikian, hal-hal yang melibatkan pembekalan elektrik di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kemudahan Awam Sarawak. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah peratusan kuasa elektrik yang dijana oleh hydro dam di Sarawak? Bilakah kuasa hidro elektrik dari Sarawak akan dibekalkan ke Semenanjung Malaysia?.
Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan installed capacity di Sarawak ialah kira-kira sebanyak 2400 megawatt. Maybe actual capacity kira-kira 80%, jadi 1800 megawatt. Sebenarnya Bakun boleh membekal sepenuhnya kira-kira 1100 megawatt. Namun, pada saat ini adalah berperingkat daripada 4 turbin yang ada, hanya 3 sahaja yang berfungsi sepenuhnya. Jadi, maklumat itu saya boleh katakan barangkali kira-kira 70% daripada installed capacity daripada 1100. Maklumat yang terperinci berasaskan kepada penjanaan setiap bulan. Dari segi cadangan untuk membawa, mengeksportkan power daripada Sarawak ke Semenanjung. Ini masih dalam penelitian pihak kerajaan. Memandangkan dari segi strategi dan priorities yang telah ditetapkan telah pun berubah dari semasa ke semasa. Saat ini, Sarawak mengatakan bahawa installed capacitynya itu dengan 2400 megawatt tidak mencukupi untuk keperluan Sarawak sendiri. Mereka dalam perancangan untuk menambah lagi kerana perancangan untuk industrialisasi dan seterusnya. Jika ada lebihan kuasa, maka antara yang dibincangkan di bawah ASEAN Grid, yang dibincangkan antara negara-negara ASEAN ialah untuk mengeksportkan power kepada Kalimantan dan seterusnya ke Sumatera dan akhirnya kembali ke Semenanjung. Jadi, saat ini masih dalam perbincangan awal tetapi sedang dibincang di peringkat ASEAN. Sedikit juga dicadangkan ialah untuk eksport kuasa yang ada di Sarawak ini ke Sabah. Namun, kos untuk menarik dan memasang grid daripada Bakun ke sempadan Sabah itu begitu mahal. Jadi, ada cadangan bagi pihak SEB Sarawak untuk membina empangan atau pun dam yang sederhana di persimpangan sempadan Sabah dan Sarawak untuk tujuan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, handsome Tuan Yang di-Pertua pagi ini.
Ya.
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan.
Pendek- pendek saja.
[Ketawa] Memandangkan bekalan elektrik di Sabah ini tidak begitu menentu. Ini ekoran daripada kos pengeluaran lebih tinggi daripada kos jualan dan SESB dalam kerugian. Apakah langkah-langkah jangka panjang atau pun planning daripada kementerian untuk memastikan bahawa Sabah dapat membekal tenaga elektrik seperti di Semenanjung. Gangguan menjadi menurun dan tidak ada lagi complaint televisyen rosak, Astro rosak, peti sejuk rosak disebabkan oleh gangguan elektrik itu. [Disampuk] Ini untuk rakyat. Ya, inilah masalah pembangkang ini. Oleh sebab tidak dipilih oleh rakyat. Ini masalah rakyat. Ini naib presiden tidak layak. Yang Berhormat Gombak lagi bagus. Yang Berhormat Gombak jadi presiden pun saya sokong. Kalau dia naik sekarang saya rasa ramai orang ikut.
Kalau Ahli Parlimen itu bijak, yang pendek sahaja memenuhi keperluan rakyat. Ini panjang-panjang pun kadang-kadang tidak ada apa.
Ini saya ingat pun mahu kena makan ubat juga ini. Tadi dia suruh Yang Berhormat Rompin makan ubat. Sekarang dia pun perlu makan ubat juga. Jadi Yang Berhormat Menteri, soalan saya, ini Yang Berhormat Kalabakan cakap hari-hari. Jadi, saya masukkan jugalah Yang Berhormat Kalabakan punya input itu.
Jadi kalau boleh perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendek untuk memastikan elektrik di Sabah dapat dimanfaatkan dan rakyat boleh hidup terang benderang setiap masa. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan ini sebenarnya cukup mahir dalam perkara ini. Beliau Timbalan Pengerusi SESB ataupun bakal mantanlah. Sememangnya dia telah melakukan kerja yang bagus juga untuk mencari penyelesaian. Okey, negeri Sabah...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Negeri Sabah, installed capacity kira-kira 1,200,000 megawatt dan kita punya demand kira-kira 900,000 megawatt. Dalam keadaan tersebut sebenarnya margin itu adalah begitu sederhana sekali. Untuk mengerti apa masalah sebenarnya gangguan elektrik ini kita perlu lihat dari segi penjanaan, dari segi penyampaian ataupun transmission dan dari segi distribution. Saya ingin katakan bahawa dari segi keseluruhannya, prestasi telah pun bertambah baik dalam tiga tahun ini. SAIDI ataupun ini adalah kadar gangguan elektrik untuk satu pengguna untuk satu tahun telah pun diturunkan daripada tahun 2009 di mana hampir 1,400 kepada 450 sasaran kita pada tahun ini. Jadi ada peningkatan sebenarnya dan saya yakin bahawa pada tahun hadapan dengan coming on stream 400 megawatt. By March, we should have 200 daripada SPR dan Kimanis Power by Jun harus Kimanis power boleh generate the others now 200 megawatt. Maka dengan itu, ada margin kembali kepada kira-kira 8% dan mencukupi untuk tiga tahun yang akan datang. Akan tetapi untuk jangka panjang, memang belum memenuhi dan langkah-langkah sedang dilakukan untuk menyelesaikan perkara ini dari segi penjanaan harus mencukupi untuk tiga tahun akan datang. Saya katakan tadi - tetapi persiapan-persiapan seperti Ulu Padas hydro renewable yang kita sedang beri keutamaan di Sabah mahupun biomasskah, biogaskah atau solarkah, saya yakin bahawa sebahagian masalah itu dapat diatasi. Masalah kedua ialah dari segi transmission dan perlu supaya southern loop bagi negeri Sabah itu disiapkan, complete. Ia sudah dieksport power dari Ulu Padas terus ke Tawau. So complete loop. Ini akan menggunakan peruntukan kira-kira RM1.4 bilion dan kerajaan sedang mempertimbangkan permohonan ini. Ketiga ialah pengagihan. Pengagihan ini kerana di Sabah, 80% daripada kabel kita adalah uncoated atau pun unbundled cable. Di Semenanjung terbalik pula, 80% adalah non arial bundle cable (ABC). Di sana itu kerana 80% adalah bay wire. Jadi kayu dan monyet sangkut pun mengakibatkan juga gangguan elektrik dan seterusnya. Jadi kita sedang membuat langkah ini. Dalam jangka lima tahun ini untuk menukar overhead wires semua ini dan estimate RM1.4 bilion. Jadi dahulu punya kewangan daripada Kerajaan Pusat khususnya kerana kerajaan negeri tidak mampu untuk tujuan tersebut dan SESB pun tidak boleh handle CAPEX development. Saya cukup yakin untuk lima tahun ini, kita boleh angkat satu, marginnya kepada 20% dan seterusnya, complete the transmission dan pada masa yang sama mengganti kabel-kabel yang uncoated ini. Saya yakin dengan itu lebih selesa rakyat Sabah. Ini Barisan Nasional sahaja yang boleh buatlah, okey.
5. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan mengenai status projek lencongan banjir barat. Adakah akan disediakan penempatan baru kepada penduduk yang terlibat dengan projek tersebut serta laporan kajian laluan sambungan Sungai Perlis di dalam kawasan Bintong ke Kuala Perlis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kangar, pelaksanaan Projek Lencongan Banjir Barat dibahagikan kepada enam pakej. Lima pakej projek sedang dalam pelaksanaan dan pakej terakhir sedang dalam peringkat penyediaan dokumen tender. Kerajaan negeri telah memutuskan untuk membayar pampasan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dalam jajaran lencongan banjir barat dan tiada penempatan baru disediakan kepada pemilik tanah yang terlibat. Kementerian telah mengkaji secara terperinci sebanyak tiga jajaran untuk menyalurkan air lebihan daripada Empangan Timah Tasoh terus ke laut termasuk laluan sambungan Sungai Perlis di dalam kawasan Bintong ke Kuala Perlis. Jajaran-jajaran tersebut adalah seperti berikut: (i) Jajaran pertama menyalurkan air limpahan dari empangan Timah Tasoh melalui satu lencongan banjir baru ke dalam Sungai Perlis di tebing tinggi dan ke Selat Melaka melalui Kuala Perlis; (ii) menyalurkan air limpahan dari Empangan Timah Tasoh melalui satu lencongan banjir baru ke dalam Sungai Perlis di tebing tinggi dan membina lencongan dari Kampung Wai Kecil ke Selat Melaka melalui satu kuala baru; dan (iii) menyalurkan air limpahan dan Empangan Timah Tasoh melalui satu lencongan banjir baru terus ke Selat Melaka melalui satu terowong 800 meter panjang di bawah bukit di Kampung Wang Besar dan selepas itu melalui satu lencongan ke Kuala Baru. Hasil daripada penelitian dan perincian daripada jajaran lencongan yang ketiga iaitu saluran sepanjang 22.45 kilometer termasuk terowong dari Empangan Timah Tasoh, Kampung Wang Besar telah dipilih. Ini adalah berdasarkan faktor lokasi kubur, sekolah, taman perumahan, masjid dan juga mengurangkan pengambilan tanah dan rumah penduduk tempatan. Daripada jajaran sepanjang 22.45 kilometer tersebut, sembilan kilometer adalah mengikut kaki bukit hutan simpanan, Bukit Bintang. Jajaran ini telah dimuktamadkan berdasarkan penilaian dari segi fungsi, teknikal, kos pembinaan dan penyelenggaraan, risiko sistem operasi serta kesan kepada alam sekitar dan sosial yang paling minimum. Melalui penelitian di bawah pengurusan nilai, jajaran ini adalah yang paling menguntungkan kerajaan dan paling kurang kemudaratannya ataupun least destructive dengan izin. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh yang bernilai RM260 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat berikutan banjir besar yang melanda Perlis pada tahun 2010 dan 2011. Pembinaan sungai sepanjang 22.4 kilometer adalah sebagai laluan untuk buangan air daripada empangan terus ke laut. Sebelum ini terdapat beberapa sungai iaitu Sungai Perlis dan beberapa sungai yang lain bagi tujuan tersebut.
Akan tetapi malangnya, sungai-sungai tersebut tidak diselenggarakan dengan baik yang mengakibatkan sungai-sungai tersebut menjadi semakin cetek dan semakin kecil. Masalah yang dihadapi juga telah menyebabkan beberapa sungai kecil terus menjadi seperti parit ataupun sebagai alur untuk aliran air sahaja. Daripada tahun 2010, 2011 dan sehingga sekarang tidak berlaku lagi banjir yang besar di negeri Perlis yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat-rakyat Perlis. Jadi persoalannya ada teori yang mengatakan banjir besar hanya akan berlaku di Perlis lima tahun sekali. Apa yang menjadi kebimbangan adalah projek yang bernilai RM260 juta sekiranya tidak diselenggara dengan baik akan menjadi seperti yang telah
berlaku sebelum ini. Jadi soalan tambahan saya, sekiranya projek yang bernilai RM260 juta ini digunakan hanya tujuan untuk membuang air semasa banjir besar, saya rasa ia adalah satu projek yang membazir. Sebagai soalan tambahan, selain daripada tujuan untuk membuang air ke laut bagi mengatasi masalah banjir, adakah sungai ini juga dapat membekalkan air untuk pertanian dan juga tujuan-tujuan yang lain seperti untuk air minuman dan kegiatan nelayan sungai dan juga sebagai tujuan untuk tarikan pelancong.
Ya, faham.
Jadi mohon diperjelaskan. Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kangar kerana yang pertamanya memberi maklumat terperinci mengenai projek ini. Sememangnya saya boleh faham ilmu pengetahuan Yang Berhormat dari Kangar sebab dia adalah seorang profesional engineer. Jadi maklumat seperti inilah yang juga perlu diutarakan kepada kementerian supaya kami, saya sendiri boleh turun ke padang dan melihat, menilai kualiti apa yang perlu dibuat, kualiti kerja apa yang perlu dibuat. Maka oleh itu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas maklumat-maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat daripada Kangar. Soalan Yang Berhormat ataupun apa yang disentuhkan oleh Yang Berhormat bahawa dengan adanya pembinaan projek ini banjir akan berlaku ke Perlis, banjir besarlah hanya lima tahun sekali. Ini saya sendiri kurang pasti sebab memang susah kita hendak ramalkan sama ada banjir akan berlaku lima tahun sekali sebab di dalam fenomena perubahan iklim sekarang, pelbagai boleh berlaku sebab paras air pasang pun sudah pun meningkat lebih-lebih lagi air pasang raja ataupun ‘king tight’ yang berlaku dalam satu bulan empat hari ‘king tight’. tied Jadi semasa ‘king tight’ berlaku, kalau ada hujan lebat di kawasan di tadahan air, maka banjir juga akan berlaku. Jadi ini kita perlu mengingatkan diri kita sendiri bilakah air pasang raja berlaku pada setiap bulan. Perkara ketiga yang disentuh Yang Berhormat adalah yang berkaitan dengan penyelenggaraan sungai-sungai itu. Ini kementerian akan mengambil kira tentang perkara seperti ini kerana kekurangan penyelenggaraan inilah yang menyebabkan pelbagai masalah lebih-lebih lagi masalah di musim banjir dan oleh itu penyelenggaraan ini nanti kita akan buat schedule, dengan izin macam manakah dan bilakah sungai-sungai ini boleh diselenggarakan dengan lebih kerap lagi.
Ya, Menteri.
Dan penggunaan air sama ada untuk pertanian, untuk diminum dan untuk bot-bot nelayan. Ini memang boleh ambil kira. Di Perlis saya tahu ada empangan air. Jadi saya sudah lawat juga empangan air itu sebab pada masa penggal yang lepas saya Timbalan Menteri Pelancongan, sememang minat saya dalam pelancongan. Ini kita akan menilaikan sekali lagi kegunaan air, lebih-lebih lagi kualiti air yang paling penting kalau untuk diminum. Sekurang-kurangnya kelas air itu adalah kelas air ataupun kelas sungai kedua. Sekian, terima kasih.
Ya, panjang sangat tadi. Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Satu soalan saja ya? Menteri pun kalau ada dua-tiga soalan, jawab satu sajalah.
Ya, saya ingin bertanyakan berkaitan dengan banjir dan keselamatan nyawa penduduk. Ini adalah tentang keadaan penambakan tanah di muka kuala Sungai Terengganu di mana penduduk 150 ribu orang dan dibuat tanpa mandatory hidro study dan juga EIA yang telah dibuat di bawah design and build oleh pemborong yang tidak buat apa-apa kajian yang diwajibkan. Dan yang anehnya kerja ini tidak diletakkan di bawah jagaan JPS seperti sepatutnya tetapi
diletakkan di bawah JKR. Jadi kerja hampir siap dan musim tengkujuh akan sampai atau sudah pun sampai. Jadi soalannya, kenapakah Menteri, JPS tidak bertegas untuk menjaga kerja yang diagak kritikal di kawasan begitu ramai penduduk, 150 ribu orang yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai mandatori kerana kita tahu cuaca tahun demi tahun amat kritikal dan telah banyak buktinya. Tahun ini tengkujuh telah diramalkan lima gelombang akan berlaku. Tahun lepas tiga tetapi tahun ini lebih hebat lagi. Saya rasa ini perlu satu penjelasan supaya perkara-perkara yang tidak dingini tidak berulang seperti selalu berlaku di Terengganu, banyak perkara yang tidak mengikut peraturan dijalankan dan pihak-pihak agensi yang sepatutnya ditugaskan tidak diberi tanggungjawab sepatutnya. Sekian, terima kasih.
Ya Menteri. Daripada Perlis sampai Kuala Terengganu ini. Spesifik ini. Jawapan bertulislah.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Terengganu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam ataupun kelmarin saya dengar juga Kuala Terengganu menyentuh perkara yang sama bahawa ianya projek ini adalah projek kerajaan negeri dan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. Saya pun tidak tahulah, kurang faham kenapa JPS tidak dibawa untuk bersama-sama supervise, dengan izin projek ini ataupun tidak bersama-sama bertanggungjawab sebab kalau hidrolic study tidak dibuat ataupun sudah dibuat, hidrolic study ini ialah yang paling penting kepada JPS kerana ianya boleh diguna pakai untuk nanti projek-projek yang lain dan juga untuk menilai gelombang tahun ini, yang akan datang, lima, yang besar-besar itu di musim tengkujuh. Ia disebabkan itulah tadi cuaca tidak menentu, climate change sudah menukar cuaca di negara kita. Maka inilah yang berlaku di negara kita dan baru-baru taufan juga di Phlipine. Jadi sentiasa berlaku disebabkan fenomena climate change. Terima kasih.
6. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan perbelanjaan tahunan oleh kementerian untuk Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia. Nyatakan jumlah yang digunakan dalam Research & Development (R&D). Berapakah pendapatan yang dijanakan oleh universiti melalui R&D mengikut universiti.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ya, pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan dana sebanyak RM53.56 juta bagi Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia.
Manakala bagi tahun 2013 kita telah memperuntukkan sebanyak RM37.92 juta untuk ketiga-tiga universiti yang berkenaan. Peruntukan yang disalurkan adalah untuk pembiayaan bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksplotari (ERGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pendapatan yang dijana oleh ketiga-tiga universiti melalui penyelidikan dan pembangunan, sehingga 31 Oktober 2013 adalah sebanyak RM9.34 juta. Daripada jumlah tersebut, Universiti Malaya telah menjana pendapatan sebanyak RM3.156 juta, UTM sebanyak RM5.39 juta dan USM sebanyak RM800,000. Jumlah pendapatan ini mengambil kira hasil dari penjanaan produk R&D, harta intelek dan perkhidmatan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. World trend adalah kebanyakan negara akan membelanjakan lebih kurang 4% GDP atau pun KDNK untuk R&D dan untuk Malaysia sebab syarikat- syarikat kita jarang, kurang invest dalam R&D. Maka, kerajaan atau universiti-universiti, research university di Malaysia menjadi peneraju utama untuk R&D. Saya nampak bahawa ada usaha untuk melabur dalam R&D. Akan tetapi nampaknya kurang daripada tahun 2012
berbanding tahun 2013. Jadi, ada penurunan. Walau bagaimanapun, itu adalah usaha yang baik. Jadi, persoalan saya adalah walau bagaimanapun mengikut QS ranking, dia kata dengan izin, “Malaysian University do not produce enough cited research”. Juga dia kata, “Universities in Malaysia ranking plunge due to deficiency in research”. Jadi, walaupun kita banyak memberi peruntukan untuk research R&D tetapi ada kelemahan yang perlu kementerian atasi. Saya hendak tanya apakah langkah-langkah kementerian untuk mengatasi dari segi ranking. Walaupun kita bagi banyak duit tetapi terus jatuh dari satu tahun ke satu tahun.
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Okey. Soalan daripada USM adalah industri sekarang, mereka mahu joint venture dengan USM untuk bagi pekerja-pekerja mereka terutamanya daripada FTZ kilang besar daripada Bayan Lepas untuk meneruskan kepada master dan PhD. Akan tetapi masalahnya adalah engineering faculty dia terletak di Nibong Tebal tetapi untuk kilang-kilang ia berdekatan dengan Bayan Baru di mana kampus utama berada di Sungai 2 iaitu Bayan Baru. Jadi, bolehkah kementerian berbincang dengan USM supaya adakan kursus-kursus semasa kerja untuk engineer-engineer daripada Bayan Lepas untuk meneruskan pembelajaran master atau PhD lepas waktu di kampus utama USM. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Banyak perkara yang telah dibangkitkan, saya akan cuba memberi jawapan- jawapan kepada permintaan Yang Berhormat.
Kalau panjang jawapan bertulis ya.
Ya, saya akur kepada perintah Tuan Yang di-Pertua. Di antara isu-isu yang dibangkitkan R&D ini Ahli Yang Berhormat, kita harus sedar bahawa apabila dikatakan sama ada kita ada research paper dan sebagainya- saya beri sedikit perbandingan. Bilangan penerbitan APEX University dan research university, tiga universiti yang saya ambil contoh. Ini contoh. Bilangan penerbitan yang telah meningkat di tiga universiti ini contohnya Universiti Malaya pada tahun 2007, 876 research papers dalam jurnal berimpak. Tahun 2012, 2944. Ada peningkatan. Begitu juga USM. Tahun 2007, 808 bilangan penerbitan dalam jurnal berimpak. Tahun 2012, 3,264. Ini juga di mana kita memberi peruntukan geran kepada mereka untuk melakukan penerbitan- penerbitan mereka dalam jurnal-jurnal yang berimpak ini. Sama juga bilangan pelajar PhD. Contoh di USM tahun 2007, 221 pelajar PhD. Tahun 2012, 3,506 pelajar. Untuk maklumat Yang Berhormat selain daripada UM dan UTM, USM merupakan satu universiti yang telah melakukan kerjanya dengan begitu baik. Contohnya USM menjadi satu pusat IPv6 di rantau ini, Internet Protocol Version 6, dengan izin. Ia merupakan satu universiti rujukan daripada universiti Jepun. Contohnya Universiti Keio dari Tokyo merujuk kepada IPv6 pusat serantau. Ini merupakan hasrat kerajaan untuk memartabatkan lagi IPTA-IPTA negara kita. Semua Universiti APEX dan RU ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan keadaan yang sedia ada dan ini semua menuju ke arah penambahbaikan sistem IPTA negara kita ini. Terima kasih.
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya memuji pihak kerajaan kerana dalam menjanakan research ini telah berjaya menjanakan pendapatan sebanyak RM9.3 juta kepada tiga universiti. Namun lebih penting dalam research dan teknologi ini adalah bukan research dan development semata-mata. The follow up atau pun the take away from R&D ini adalah commercialization. Laporan OECD yang terbaru menyatakan bahawa Malaysia antara kelemahannya ialah kerana kita ada stagnant research and development and very weak link antara research and development dengan industries. Apa guna kalau kita buat R&D hebat macam mana pun, yang menjanakan pendapatan kepada universiti tetapi akhirnya the take away untuk di commercialize kan akhirnya menjadi pendapatan dan barang kali menyumbang kepada growth pertumbuhan kepada negara tidak ada.
Ya, soalan.
Jadi, soalan saya apakah ada kolaborasi Kementerian Pelajaran yang mungkin menjadi custodian kepada universiti- universiti yang mengadakan R&D dengan kementerian yang mengadakan commercialization agar ia memberi erti dan makna dalam R&D tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Memang ada. Saya beri contoh USM. Produk R&D USM yang berjaya ke peringkat antarabangsa ialah TYPHIDOT yang dihasilkan oleh USM merupakan alat diagnostik segera demam kepialu. Memang the demand is great, dengan izin. UTM, projek pengurusan tenaga, energy management project mereka pada tahun 2009 merupakan satu projek untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di UTM berjaya. Akan tetapi selain daripada itu, kementerian juga setiap dua tahun sekali menganjurkan satu program pencipta yang mana semua IPTA yang mengeluarkan R&D mereka akan mempamerkan dalam satu pameran antarabangsa yang baru-baru ini bulan November telah diadakan di Kuala Lumpur yang mana kita akan mempamerkan semua R&D universiti tempatan supaya dapat dikomersialkan. Dalam daripada itu banyak syarikat- syarikat swasta tampil ke depan untuk mengambil bahan-bahan ini di komersialkan. Kita akan meneruskan. Program-program pencipta ini mendapat satu sokongan dan mendapat pengiktirafan yang begitu baik. Malah, pada tahun ini kita juga ada permintaan daripada universiti-universiti dari luar Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pencipta ini. Ini kita akan teruskan. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain dalam kerajaan kita akan terus melakukan kerjasama ini untuk memastikan R&D ini kita akan dahulukan supaya dapat menjana pendapatan kepada negara. Terima kasih Yang Berhormat.
7. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah tahap piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap pemeriksaan ladang di bawah Enakmen Kawalan Pelesenan Ladang Penternakan Unggas 1997.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat ‘Sibuti’. Sebenarnya soalan ini lebih tepat...
Yang Berhormat Tanjong Piai.
Yang Berhormat Tanjong Piai, sorry. Yang Berhormat Sibuti pagi tadi. Soalan ini lebih tepat ditujukan kepada Dewan Undangan Negeri iaitu Enakmen Kawalan Pelesenan Ladang Penternakan.
Enakmen ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, saya cuba untuk berikan sedikit maklumat kepada Yang Berhormat Tanjong Piai iaitu Enakmen Pelesenan Penternakan Unggas diwujudkan oleh kerajaan-kerajaan negeri bertujuan untuk membangunkan industri ternakan unggas ke arah pengeluaran yang mampan serta bebas pencemaran. Negeri Johor Enakmen Unggas 1997 ini sebenarnya merujuk kepada negeri Johor, khas untuk negeri Johor. Negeri Johor telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Pelesenan Ladang Penternakan Unggas 1997 ini, tahap piawaian ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor terhadap pemeriksaan ladang penternakan unggas adalah untuk mengadakan ladang penternakan unggas yang baik dengan memberikan penekanan terhadap prinsip-prinsip berikut;
(i) pengurusan ladang mengamalkan good animal has been repractice dan memperoleh persijilan Skim Amalan Ladang Ternakan; (ii) melaksanakan penternakan unggas menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya; (iii) menjalankan penternakan unggas secara komersial; (iv) mengelakkan kacau ganggu awam dari gangguan lalat dan pencemaran bau; dan (v) melaksanakan klasifikasi ladang mengikut markah penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan pemarkahan 90 hingga 100 bagi ladang Gred ‘A’ dan selanjutnya. Pemeriksaan penilaian ladang penternakan unggas dijalankan sekali setahun semasa permohonan memperbaharui lesen penternakan. Sehingga Oktober 2013, bilangan ladang penternakan unggas yang diklasifikasikan mengikut penggredan adalah seperti berikut - ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’. Saya tidak payah bacalah, panjang lebar dan masa pun sudah suntuk. Pemeriksaan ladang penternakan unggas bagi tujuan pelesenan juga dilakukan oleh negeri-negeri yang mempunyai Enakmen Kawalan dan Pelesenan Ladang Penternakan Unggas seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Walau bagaimanapun pemeriksaan ladang bagi tujuan pemantauan dan kawalan pencemaran ladang turut dibuat oleh negeri-negeri yang belum mempunyai Enakmen Pelesenan Ladang Penternakan Unggas. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada enakmen-enakmen negeri-negeri yang saya sebutkan tadi, Kerajaan Pusat juga mempunyai akta-akta yang telah diluluskan dan dikuatkuasakan bagi memantau ladang-ladang penternakan unggas-unggas ini. Pertamanya Akta Binatang 1953 mengawal penyakit biosecurity dan sebagainya. Akta Lembaga Makanan Haiwan 2009 yang bertujuan mengawal makanan haiwan. Makanan haiwan kena jaga juga. Kalau dia makan sejenis dengannya, ia boleh jadi gila. Akta Kebajikan Haiwan 2010 dan seterusnya Veterinaries Surgeon Act. Ada beberapa akta yang telah pun diluluskan oleh Parlimen di sini dan menjadi akta undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan seterusnya Kementerian Pertanian bagi mengawal ladang-ladang penternakan unggas-unggas ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Walaupun Yang Berhormat Menteri katakan itu adalah enakmen daripada negeri-negeri tetapi boleh tak kementerian mengeluarkan satu peraturan atau garis panduan khusus berkaitan dengan kebersihan ladang ternakan untuk kepentingan kedua- dua pihak iaitu penguat kuasa dan juga peladang. Tadi Yang Berhormat Menteri kata setahun sekali. Akan tetapi apa yang berlaku di negeri Johor dalam setahun penternak ladang itu sudah kena kompaun dua kali setahun dan setiap kali RM2,000. Jadi saya harap kementerian dapat memberi satu garis panduan. Selain daripada itu boleh atau tidak kerajaan mempertimbangkan kalau boleh mungkin kesalahan pertama diberi amaran dan selepas itu barulah diberi kompaun supaya untuk kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, kita kena serius dalam perkara ini kerana ladang-ladang ini kalau tidak dikawal banyak masalah yang timbul dari segi kesihatan, kebersihan, pencemaran alam sekitar dan sebagainya, gangguan kepada masyarakat. Jadi dengan sebab itu saya rasa kalau pengusaha ladang-ladang ini mematuhi, jadi ia tidak akan ada masalah dikenakan kompaun. Walau sepuluh kali pun pemeriksaan, kalau dia patuh apa masalahnya? Jadi yang kita hendak sekarang ini ialah kita menyeru kepada pengusaha- pengusaha ladang supaya menjalankan perusahaan mereka mengikut secara yang terbaik, mengikut peraturan dan enakmen, akta yang telah diluluskan oleh kerajaan.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Soalan tambahan nombor dua belum.
Saya guna budi bicara saya.
Satu sahaja, penting soalan saya.
8. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Star] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sebab-sebab kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di tempat pemeriksaan imigresen antarabangsa Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dan menjelaskan apa langkah- langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.
Budi bicara ada. Peraturan 24(3).
Terima kasih dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan jutaan terima kasih bagi peluang KDN menjawab. Tiga hari menunggu nombor 8 tidak boleh naik.
Oleh sebab itu saya guna budi bicara.
Budi bicara yang terbaiklah. Tuan Yang di-Pertua, antara faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan di lalu lintas di tempat-tempat pemeriksaan imigresen antarabangsa Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam adalah disebabkan oleh pertembungan antara laluan lori dan kereta selepas pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan untuk menghala ke Thailand. Kesesakan ini juga turut berlaku di pintu masuk ke Malaysia dan ia akan menjadi lebih teruk apabila waktu puncak ataupun musim perayaan kerana hanya satu laluan sahaja disediakan untuk semua jenis kenderaan. Selain itu prosedur pemeriksaan menetapkan oleh beberapa jabatan juga menyumbang kepada berlakunya kesesakan ini. Kesemua kaunter pemeriksaan akan dibuka pada setiap masa mengikut kepada jadual yang telah disediakan. Kedudukan Kompleks Zon Bebas Cukai yang terletak di tengah-tengah di antara sempadan Malaysia dan juga merupakan antara sebab berlakunya kesesakan. Tambahan pula kadar mata wang yang tidak jauh beza dan pintu masuk sempadan yang hampir menyebabkan ramai warganegara Malaysia dan juga pelancong asing berminat untuk berkunjung ke Thailand. Tuan Yang di-Pertua, tindakan lanjut berikutan masalah kesesakan ini kerajaan telah mengemukakan cadangan kepada Unit Kerjasama Awam Sawasta (UKAS) untuk menaik taraf Kompleks ICQS tersebut untuk menampung jumlah pelawat dan kenderaan yang semakin meningkat dari kedua-dua buah negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salah satu daripada aduan yang saya terima selalunya adalah pintu-pintu pemeriksaan imigresen di Bukit Kayu Hitam di sebelah kawasan Malaysia ada empat pintu dan semasa peak hours ataupun hari perayaan dan sebagainya, tidak semua pondok-pondok pemeriksaan ini dibuka tetapi apabila awal pagi pukul 6 dan lewat malam biasanya keempat-empat kaunter akan dibuka. Adakah ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan ataupun ramai daripada kakitangan ini bekerja awal pagi dan lewat malam sebab hendak dapat lebih overtime? Kedua adalah sama ada, ada rancangan untuk menambahkan pondok-pondok check imigresen ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, bukan persoalan tidak ada pegawai dan HBO itu tidak buka. Sebenarnya, sebabnya ialah peningkatan kemasukan warga dari Thailand dan juga dari Malaysia berulang-alik. Kita melihat peningkatan ini amat menyerlah. Pada tahun 2012, jumlah keseluruhannya iaitu 2,467,254 orang yang melalui check point ini. Walaupun demikian,
sebenarnya, imigresen check point ini makan masa tidak sampai pun satu minit setiap seorang. Apa yang mendatangkan masalah ialah apabila berlakunya sekarang, kita hendak check semua kereta keluar masuk yang telah meningkat begitu banyak sekali juga, oleh kerana orang boleh membeli kereta, mampu membeli kereta dan membeli kereta, menggunakan kereta keluar masuk. Di UPP ini, tempat pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan ini yang membuat kelambatan, bukan imigresen itu sendiri, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, apabila UKAS sudah setuju dengan pembangunan yang baru oleh kerana tempat ini dibina pada tahun 60-an dahulu dan pembesaran akan dibuat, kita akan fikirkan sudut mana lagi boleh kita perbaiki untuk memudahkan kemasukan dan keluar masyarakat Malaysia di tempat tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat.
Ya, baiklah Yang Berhormat-Yang Berhormat bahawa tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) — Suruhanjaya Khas Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963Urgent matter
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membaca usul saya. Saya, Ahli Parlimen Penampang di sini ingin mencadangkan, “bahawa Dewan ini merundingkan penubuhan satu suruhanjaya khas, yang dilantik daripada kalangan pakar-pakar Perlembagaan Malaysia dan Ahli-ahli Parlimen, untuk mengkaji semula secara terperinci Perjanjian Malaysia 1963 untuk menentukan sama ada Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak telah ditepati oleh Kerajaan Persekutuan semenjak tahun 1963, serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi Perkara 20 dan Perkara 18 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya membentangkan usul ini bagi suatu perkara yang tertentu iaitu Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20 dan Perkara 18 yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak Kerajaan Malaya, Sabah dan Sarawak yang menjadi asas pembentukan Persekutuan Malaysia. Ketiga-tiga pihak kerajaan telah pun membuat janji untuk mengkaji semula Perkara 20 dan Perkara 18 selepas 10 tahun pembentukan Malaysia iaitu pada tahun 1973. Baru-baru ini, Yang Berhormat Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah mendedahkan bahawa Perkara 20 dan Perkara 18 adalah sepatutnya dikaji semula 10 tahun selepas pembentukan Malaysia. Satu jawatankuasa khas telah dibentuk namun tidak sempat menjalankan kajian tersebut kerana Chairman waktu itu, dengan izin, iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail telah meninggal dunia dan review committee itu tidak dapat melaksanakan kerja mereka. Usul ini hendaklah disegerakan kerana sejak kebelakangan ini, beberapa isu yang tertimbul telah mendesak kita semua untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia dan Perkara 20 dan Perkara 18 ini. Contohnya, penggunaan kalimah “Allah” di Sabah dan Sarawak yang tidak konsisten antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Tindakan kerajaan yang menukar hakim anak-anak asal Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia nampaknya menjejaskan autonomi ataupun judicial autonomy Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Saya juga bentangkan perkara ini yang amat penting kepada asas hubungan kedua-dua negeri Borneo sebagai rakan setaraf dalam Persekutuan Malaysia. Kajian tersebut boleh dilihat sebagai dengan izin, a renewal of marriage vows, ataupun pembaharuan ikrar perkahwinan supaya hubungan rakan-kongsi yang erat antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dalam Persekutuan ini bertambah erat lagi. Tahun ini adalah tahun ke-50 Persekutuan Malaysia. Walaupun 50 tahun telah berlalu, perkara ini masih lagi di bincang oleh warga-warga Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung
Malaysia. Pemimpin-pemimpin zaman ini bertanggungjawab dari sudut sejarah dan moral untuk meneruskan hasrat murni Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menjalankan kajian itu dengan bijaksana. Saya telah juga annexkan penjelasan bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Kotohduan.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Penampang pada hari Isnin, 11 November 2013. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan
i) bahawa perkara itu tertentu; ii) bagi kepentingan orang ramai; dan iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa: a) tertentu - perkara ini adalah perkara yang tertentu; b) kepentingan orang ramai - ia adalah bagi kepentingan orang ramai; c) berkehendakkan disegerakan – saya difahamkan bahawa terma-terma dalam Perjanjian Malaysia telah diperuntukkan oleh kerajaan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan. Oleh itu, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dan diputuskan bacaan kali yang kedua dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 14 November 2013”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2014Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut. [12 November, 2013]
Ya, diminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjawab. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian ini semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 yang lalu. Sepanjang perbahasan, terdapat tiga isu besar yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan kementerian ini iaitu: (i) pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST); (ii) rasionalisasi subsidi gula; dan, (iii) ketirisan barangan bersubsidi. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil yang pertamanya iaitu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Izinkan saya menjawab mengenai isu pelaksanaan GST yang berkaitan dengan peranan kementerian ini sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Labuan. Seperti Ahli- ahli Yang Berhormat sedia maklum, GST merupakan cukai yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah bagi setiap barang atau perkhidmatan. Ia dikenakan pada setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian nilai perbekalan daripada pengeluar sehinggalah kepada pengguna dan turut dikenakan kepada barang dan perkhidmatan yang diimport. Dalam pelaksanaan GST, kementerian turut terlibat dalam memberi penerangan kepada pihak berkepentingan di bawah kawal selia kementerian seperti persatuan pengguna, industri francais, para peniagaan dan ahli Dewan Perniagaan.
Sesi advokasi ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertujuan memperjelas tentang konsep GST sebagai satu kaedah untuk memperkemas sistem percukaian negara dan bukannya sebagai sumber pendapatan tambahan kepada kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Namun demikian, tanggungjawab utama kementerian ini ialah bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan...
Yang Berhormat Menteri boleh mencelah tidak?
...Secara tidak terkawal disebabkan oleh pelaksanaan GST.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Kementerian sememangnya sedar akan kemungkinan ini dan akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dalam memastikan perkara ini ditangani dengan baik. Kementerian akan mengambil tindakan tegas berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 iaitu berkaitan dengan pencatutan yang merupakan satu kesalahan. Ini bertujuan membendung kegiatan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga dengan menggunakan alasan GST.
[Bangun]
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Jemput yang sebelah sana itu.
Sila Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri...
Yang sebelah sana yang...
Yang itu sudah tidak bangun Yang Berhormat.
Dia bagi pada saya itu. Bolehlah kita kongsi soalan.
Tidak, tidak. Dia berdiri dahulu tadi.
Yang Berhormat Menteri.
Saya kongsi soalan, soalan sama ini.
Minta maaf.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi itu bercanggah dengan kenyataan Yang Berhormat Senator Dato' Sri Idris Jala dan juga kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bahawa GST adalah untuk kerajaan menambahkan cukai-cukai supaya menangani isu rating. Terima kasih.
Yang Berhormat Kluang Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kluang terima kasih. Sebenarnya bercanggah dari segi kenyataan apa yang disebut tadi. Cuma dari segi penerimaan Yang Berhormat sahaja. How do you interpret maklumat ataupun kenyataan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator itu tadi. Jadi bagi saya begitulah dia. So, saya ingat tidak apalah. Nanti sambung lagi.
[Bangun]
Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Nanti sambung lagi.
Akan tetapi soalan saya mengenai kenaikan harga yang penting untuk rakyat.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri sambung lepas itu saya tanya. Boleh?
Boleh, tidak ada masalah.
Yang Berhormat, jangan bargain Yang Berhormat. Tidak boleh bargain Yang Berhormat.
Ya, ya. Tadi saya sebutkan tadi fasal akta-akta dan sebagainya. Akta berkenaan ini sebenarnya memperuntukkan kaedah-kaedah penentuan harga akhir bagi sesuatu barangan atau caj perkhidmatan dengan mengambil kira elemen- elemen pertindihan cukai yang sepatutnya dikeluarkan sebelum menetapkan harga kepada pengguna. Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan di mana bagi orang perseorangan ialah denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama dan RM250,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Bagi pertubuhan perbadanan atau syarikat pula dikenakan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Yang Berhormat Pandan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pasti kita semua sedia maklum bahawa undang-undang ini sudah sedia ada untuk mengawal harga. Daripada pengalaman negara-negara lain yang melaksanakan GST contohnya Australia apabila dilaksanakan sahaja dalam satu atau dua tahun pertama memang akan berlaku kenaikan harga inflasi kerana semua peniaga syarikat yang terpaksa menanggung belanja untuk melaksanakan sistem GST. Maka harga akan dinaikkan. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, selama ini dengan undang- undang sedia ada yang kita sudah ada lama pun kita tidak berjaya pun mengawal masalah kenaikan harga terutamanya pada ketika musim perayaan contohnya. Yang Berhormat Menteri ada masalah mengenai kekurangan ayam, harga ayam naik setiap kali ada perayaan, kita ada masalah. Bagaimana dengan undang-undang yang ada ini kita hendak pastikan bahawa apabila semua peniaga terpaksa menaikkan harga untuk menyerap kos melaksanakan GST ini. Dalam keadaan ini macam mana kerajaan hendak pastikan rakyat tidak terbeban dengan harga yang sudah tentu akan naik kerana sudah tentu kalau dalam keadaan musim perayaan yang singkat sahaja pun harga telah naik dan kementerian tidak boleh kawal, apatah lagi apabila seluruh ekonomi kita akan naikkan harga akibat pelaksanaan GST.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Soalannya berkenaan dengan kenaikan harga. Sebenarnya dalam keadaan-keadaan tertentu kadangkala kita tidak dapat hendak lari daripada keadaan bahawa ada setengah-setengah pihak peniaga tadi mengambil kesempatan daripada GST ini ataupun daripada yang hari ini pun dia akan mengambil kesempatan. Subsidi gula turun dia naikkan ataupun minyak tidak ada, naikkan harga. Jadi bagi kita kalau kita melihat bahawa kenaikan harga itu diambil semata-mata kerana memikirkan kepentingan diri mereka, keuntungan mereka dengan akta yang sedia ada kita akan mengambil tindakan dan apa yang saya cakapkan ini bukan omong kosong. Kita telah mengadakan beberapa rampasan, beberapa pemeriksaan, beberapa tindakan yang kita ambil. Saya cukup maklumat daripada sini.
[Bangun]
Kalau Yang Berhormat Pandan berminat tentang apa yang telah kita buat hendak memastikan ini sebab dalam konteks yang sebegini saya hendak melihat kalau kita bercakap kita pentingkan rakyat, kita pentingkan pengguna. Jadi peniaga juga mesti ada semangat tersebut iaitu hendak meletakkan rakyat didahulukan. Sebab itu dalam pemeriksaan-pemeriksaan yang kita buat ini Alhamdulillah daripada pemeriksaan ini kita bukan sahaja dapat merampas barang-barang yang mereka naikkan harga ataupun yang menyorokkan harganya. Oleh kerana itu Yang Berhormat Pandan beginilah sudah keadaan kementerian kita. Kalau kita dapat aduan yang begitu tepat, kita akan ambil tindakan dan ada statistik-statistik yang ada pada saya ini. Terima kasih.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Satu, satu sahaja lagi Yang Berhormat Menteri. Saya rasa ada dua. Keadaannya berbeza. Saya faham Yang Berhormat Menteri sebut tadi adalah dalam keadaan sekarang sebelum pelaksanaan GST apabila peniaga mengambil kesempatan. Betul. Itu ada peruntukan undang-undang. Yang saya sebut mengenai pelaksanaan GST ialah apabila peniaga yang juga rakyat seperti orang biasa mereka terpaksa menanggung kos melaksanakan GST. Beli komputer baru, bayar akauntan, cetak nombor sebab nanti invoisnya pun kena ada nombor GST. Maka semua perlu dibelanjakan. Anggaran kos setahun mungkin meningkat RM15,000 hingga RM20,000 paling kurang kepada peniaga yang kecil. Kos ini akan disampaikan kepada rakyat. Lagi besar syarikatnya maka lagi tinggi kosnya. Sebab itu...
Ya, ringkaskan.
...Mana-mana pun pelaksanaan GST akan menyaksikan inflasi kenaikan harga 5% bukan diambil kesempatan kerana dia terpaksa berbelanja lebih untuk melaksanakan GST. Soalan saya, apa tindakan kerajaan untuk membantu rakyat dan peniaga yang juga sebenarnya adalah rakyat supaya dia tidak menghasilkan satu keadaan yang semua terbeban hasil kerana pelaksanaan GST ini. Ia berbeza dengan peniaga...
Ringkaskan Yang Berhormat.
...Yang ambil kesempatan Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi.
Sedikit, sama perkara Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi lagi Yang Berhormat?
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Ampang.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang lain duduk ya.
Saya cuma hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri waktu selepas pembentangan Bajet 2014 Timbalan Menteri membuat kenyataan bahawa ianya akan effect ataupun memberi kesan sebanyak 0.1% kepada pengguna ataupun rakyat dari segi perbelanjaan mereka. Itu adalah satu kenyataan yang sangat meleset kerana Timbalan Menteri dengan secara tergesa-gesa membuat satu statement bahawa ia tidak memberi kesan yang berat kepada rakyat sedangkan tadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pandan memang nyata dan terang bahawa ia akan memberi banyak kesan kepada rakyat yang hidup mereka sekarang terhimpit dengan harga barang naik dan sebagainya. Bagaimana kementerian hendak memastikan pemantauan ini? Saya rasa tidak mampu untuk melakukan di seluruh pasar, seluruh pasar raya. Tidak mampu untuk
melakukan ini. Jadi ini adalah satu kenyataan untuk memberi jawapan yang sangat tidak relevan ataupun tidak logik untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Kulai.
Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak tambah sedikit. Saya hendak tanya apa kesan GST terhadap bil elektrik? Ini kerana saya rasa sekarang untuk 200 unit pertama bil elektrik untuk kegunaan rumah, itu tidak kena GST. Akan tetapi dengan kata lain, untuk peniaga- peniaga, pekilang-pekilang, bil elektriknya akan kena GST sebanyak 6%. Ini bermaksud bahawa bil elektrik mereka akan meningkat sebanyak 6%. Jadi, kos untuk menjalankan perniagaan mereka mestilah akan meningkat. Jadi, saya hendak tanya sama ada tarif elektrik akan diturunkan ataupun dikurangkan ataupun tidak ada apa-apa penurunan tetapi kesan GST ini terhadap kos untuk menjalankan perniagaan mereka.
[Bangun]
[Bangun]
Lenggong, Yang Berhormat Menteri.
Ramai bangun, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Temerloh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu isu yang selalu kita dengar dan kita lihat berlaku dalam negara ini ialah soal pemantauan kepada kenaikan harga barang. Sehingga sekarang kerajaan sebut, “Kita akan pantau, kita akan pantau”. Isunya, pemantauan itu tidak berlaku dan kalau pun dilakukan, ia hanya secara berkala dan tidak berterusan. Kemudian terpilih dalam keadaan-keadaan dan tempat-tempat tertentu. Jadi, saya pada kali ini bersama rakan-rakan juga hendak minta jaminan daripada kerajaan. Itu yang pertama. Sampai bila dan bagaimana bentuk mekanisme pemantauan itu dilakukan supaya jelas. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih. Kita tahu bahawa GST perlu kita laksanakan kerana ia akan memberikan banyak kebaikan apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang hari ini memerlukan pelaksanaan dibuat dalam negara kita. Saya fikir ada dua perkara mustahak yang perlu kementerian berikan tumpuan. Saya faham rakan-rakan di sana dia tidak akan tengok TV1, TV2 dan TV3. Confirm dia tidak tengok. Kalau dia tengok, saya ingat dia faham. Oleh sebab itu soal pemahaman kepada rakyat itu penting. Rakyat dalam pelbagai kelompok, dalam pelbagai kumpulan yang tahap pemahaman juga berbeza. Saya minta supaya kementerian beri tumpuan kepada soal memberi pemahaman yang benar kepada rakyat. Apa kaedahnya? Mengikut kumpulan, pelajar universiti, pemimpin politik. Yang kita bimbang ialah apabila perkara baik ini di manipulasi untuk kepentingan politik. Ini yang berlaku. Saya faham bahawa sebenarnya rakan-rakan di sebelah sana dia faham tetapi dia sengaja tidak faham atas kepentingan dia sendiri. Jadi, soal memberi pemahaman kepada rakyat ini mesti diberi tumpuan oleh pihak kementerian. Itu satu. Kedua, saya fikir soal penguatkuasaan. Kalau barang naik, peniaga naik tidak ikut peraturan, segera ambil tindakan apa cara sekalipun. Yang penting kita hendak jaga bukan peniaga tetapi rakyat atau pengguna. Oleh sebab itu dua perkara ini mesti kerajaan berikan
tumpuan, berikan pemahaman secukup-cukupnya. Saya fikir apa yang dilaksanakan sekarang tidak cukup. Tidak cukup dan tidak memadai kerana ada kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak faham termasuk rakan-rakan dalam Dewan ini yang tidak faham...
Ringkaskan, Yang Berhormat.
...Penguatkuasaan mesti diberi penekanan seluas-luasnya. Gunakan apa sahaja mekanisme yang ada. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan.
Ya, Yang Berhormat Menteri hendak bagi lagi? Yang Berhormat Kelana Jaya.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tambah sedikit apa Yang Berhormat Pandan kata tadi itu. Kita tahu dalam rekod kerajaan terdapat 500,000 syarikat atau firma-firma di Malaysia. Kalau setiap syarikat pakai RM10,000 untuk upgrade sistem komputernya dan juga bayar untuk akauntan, maknanya tambahan kos itu RM5 bilion. RM5 bilion itu dia akan transfer kepada kos-kos barang-barang ataupun perkhidmatan yang akan naik. Jadi, itu isu yang terbesar. Sebanyak RM5 bilion tambahan yang akan dibebankan kepada rakyat. Harap Yang Berhormat Menteri boleh beri jawapan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, last. Saya bukan membantu Yang Berhormat Menteri. Mungkin kita boleh sebab betul kata Yang Berhormat Lenggong. Mungkin pembangkang tidak menonton TV3, TV1 yang kononnya TV UMNO. Sepatutnya dia untuk memberi manfaat kepada rakyat tetapi minda pembangkang ini sudah terlalu mindset lalu dia tidak mahu tengok perkara yang benar pun...
[Menyampuk]
Sebetulnya tidak ada pun beban kepada mana-mana peniaga [Disampuk] Ini kerana jaminan daripada kerajaan itu sudah ada iaitu membantu peniaga-peniaga kecil untuk membangun sistem...
Yang Berhormat.
...GST ini supaya peniaga- peniaga tidak menghadapi masalah. Dibantu itu bermakna kerajaan bersedia mengeluarkan kewangan untuk membantu mewujudkan sistem itu. Jadi, kenapa pula ada masalah?
[Bangun]
Jadi, pembangkang memutar belitkan keadaan dan saya membantu kerajaan sebab saya seorang yang mempertahankan GST ini sebab GST ini baik untuk kerajaan dan baik untuk negara pada keseluruhannya. Terima kasih.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada backbenchers mahupun pembangkang kerana ia mendasari kepada keresahan bahawa ia akan memberi himpitan kepada rakyat. Akan tetapi ia diperjelaskan berulang kali oleh pihak kerajaan. Soalan saya, saya hendak tanya apakah kerajaan yang ketika hendak melaksanakan GST, penelitian dibuat disebabkan bahawa kedudukan ekonomi negara terutamanya tahap inflasi berada pada tahap 2%? Boleh dikatakan antara yang paling terendah dalam sejarah. Kalau diambil negara-negara yang mengamalkan GST, di negara-negara seperti Australia yang disebut oleh Yang Berhormat Pandan. Ketika dilaksanakan, inflasi berada pada tahap 3% hingga 4%. Apakah itu juga merupakan salah satu kriteria yang memungkinkan untuk dilihat? Itu satu. Kedua, gestation period selama 17 bulan. Apakah ada insentif-insentif yang hendak diberikan kepada golongan-golongan pedagang dan peniaga agar kos ini tidak dipindah bebanannya kepada rakyat? Terima kasih.
[Bangun]
Ya, bagus kalau jawab dulu, Yang Berhormat.
Terima kasih kepada yang memberikan pandangan, berbezalah. Akan tetapi pada saya biasalah. Ada tiga orang yang memberi pandangan yang menyokong kepada GST dan lima orang lagi memberi pandangan semuanya tidak betul. Apa yang kita buat semuanya tidak kena [Disampuk] So, dengan menidakkan kerja- kerja dan tugas-tugas serta tanggungjawab yang telah kita laksanakan selama ini, apa yang penting tadi ialah pemahaman kepada rakyat. Kalau pembangkang sendiri hari ini melihat ini sesuatu yang mereka tidak menyetujui, angka ini jugalah, perkara ini jugalah yang akan dibawa ke bawah. Oleh kerana itu, pihak kementerian bersama-sama dengan pihak Kementerian Kewangan, bersama- sama dengan Jabatan Kastam, kita akan mengadakan advocacy penerangan-penerangan kepada rakyat. Ini kerana pelaksanaannya akan bermula April 2015. Maknanya ada masa bagi mereka untuk membuat pengubahsuaian dan sebagainya. Oleh kerana itu, penerangan ini penting sebab bukan sahaja dari segi pihak pembangkang tadi menafikan tindakan-tindakan kita tetapi on record, macam saya sebutkan tadi, saya boleh berikan rekodnya berapa dalam semua negeri. Negeri pembangkang atau negeri Barisan Nasional kah, kita mengambil tindakan. Tidak kira Putrajaya dan sebagainya. Malahan ketegasan penguatkuasaan kita jelas. Waktu diumumkan berkenaan subsidi gula tempoh hari, malam yang sama berlaku orang menyorok gula kerana hendak banyak keuntungan. Oleh kerana itu kita dapat maklumat ini dan kita ambil tindakan dan mereka telah dibawa ke pengadilan dan dikenakan hukuman. Jadi hendak menunjukkan kepada Yang Berhormat bagaimana tegasnya kita. Dengan adanya maklumat begitu, kita dapat menangani segala masalah Yang Berhormat timbulkan tadi.
[Bangun]
Apa yang penting pada saya ialah kerjasama daripada pembangkang juga bahawa kita ini lambat melaksanakan GST. Ada 160 buah negara di dunia sudah mengamalkan ini. Kita hendak mengamalkan ini pun mendapat tentangan daripada Ahli Yang Berhormat. Oleh kerana itu, pemahaman-pemahaman yang sebeginilah yang saya harapkan dapat dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka faham.
Yang Berhormat Menteri.
Hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit, sedikit.
Tidak apa. Saya hendak sambung lagilah.
Sedikit sahaja. Saya hendak...
Apa usaha-usaha kita berkenaan dengan GST ini tadi.
Penguatkuasaan.
Tidak apa, saya sudah beri tempoh tadi. Selepas ini kita cerita di luar. Lagi senang bagi pemahaman.
Ya, duduk dulu, Yang Berhormat.
Belum jawab soalan. Soalan belum jawab.
Yang Berhormat Menteri, tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Minta duduk ya.
Di samping penguatkuasaan undang-undang, kementerian juga akan mewujudkan satu bank data bagi menyimpan harga barangan
sebelum pelaksanaan GST yang akan digunakan sebagai asas kepada penentuan kadar keuntungan yang boleh dianggap munasabah. Maklumat data harga ini akan digunakan bagi menetapkan mekanisme pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Pada masa yang sama, pemantauan dan pemeriksaan yang saya sebut tadi oleh pegawai-pegawai kementerian ke atas semua peringkat perniagaan juga akan dilakukan secara berterusan.
Satu jawatankuasa induk GST telah ditubuhkan di peringkat kementerian yang disertai oleh wakil Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk merangka dan melaksanakan langkah-langkah persediaan bagi pelaksanaan GST. Kita tak berburu-buru, ditubuhkan jawatankuasa ini. Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk melihat secara keseluruhan aspek perundangan, penguatkuasaan, advokasi, data harga, latihan dan sebagainya. Dengan adanya usaha-usaha ini, kementerian yakin ia mampu meminimumkan kesan negatif pelaksanaan GST kepada harga barang dan perkhidmatan. Kementerian percaya melalui pelaksanaan GST, ianya akan memberi impak positif kepada sistem percukaian negara. Itu berkenaan dengan GST. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah berkenaan dengan...
Yang Berhormat Pandan bangun, Yang Berhormat.
Saya ingat saya tutup yang ini dululah, kita dah banyak ruang beri kepada pembangkang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan sebagainya. Cadangan tak ada, semuanya tak kena.
Okey, saya ada cadangan. Akhir, saya ada cadangan? Ada cadangan di akhirnya.
Benda-benda ini esok kita boleh bincang di luarlah, sebab saya ada dua isu lagi yang saya nak ketengahkan sebagaimana yang ditimbulkan oleh rakan-rakan kita yang lain iaitu rasionalisasi subsidi gula. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyentuh isu pemansuhan subsidi gula yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Lanang. Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen mulai 26 Oktober 2013. Justeru itu, harga maksimum runcit gula pada ketika ini ialah RM2.84 sekilogram. Namun demikian, gula masih lagi merupakan barang kawalan dan harganya masih dikawal oleh kerajaan. Ini bermakna peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menjual gula melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tindakan boleh diambil. Sekiranya terdapat peniaga yang ingkar, semua pejabat KDNK negeri dan cawangan telah diarahkan membuat pemeriksaan di seluruh negara ke atas restoran dan kedai-kedai makan bagi memastikan ketetapan ini dipatuhi. Tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, bagi kesalahan menjual melebih harga maksimum yang ditetapkan. Berikutan pemansuhan subsidi gula juga mulai 26 Oktober 2013 yang lalu....
Menteri, soalan, Menteri.
...Kerajaan telah dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta daripada peruntukan subsidi gula pada tahun 2013 sebanyak RM350.02 juta, manakala bagi tahun 2014, penjimatan adalah sebanyak RM324.45 juta. Dengan ini, secara keseluruhannya kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM388.47 juta yang boleh digunakan untuk program-program pembangunan negara.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Bolehlah? Pasal gula, pasal gula pula.
Yang Berhormat Pandan sebelum dulu tak ada pernah pun bercakap soal ini, hari ini dia ambil kesempatan.
Saya pergi haji sebab itu saya nak qadar sekarang, saya tidak ada yang lepas.
Oh, pergi haji, alhamdulillah selamat kembali.. Saya doakan menjadi haji yang mabrur.
Boleh tanya? Boleh tanya?
Boleh.
Ya, sila Yang Berhormat.
Pasal gula ini Menteri, satu perkara yang saya rasa ramai tertanya-tanya bukan sahaja dalam Parlimen tetapi di luar, bagaimanakah harga gula di pasaran di Malaysia ini yang dikawal oleh kerajaan seperti yang Menteri sebut jauh lebih tinggi daripada harga gula di seluruh tempat lain di dunia. Pada kala harga pasaran gula di dunia lebih rendah, ada setengah negara sampai RM1.40 satu kilogram tetapi di Malaysia dengan kawalan dengan subsidinya menjadi RM2.85. Saya minta Menteri tolong jelaskan sebab saya pun tidak faham sampai ke hari ini dan kita nak bantu Menteri turun perjelaskan kepada rakyat macam mana Malaysia yang dapat subsidi ini harga gulanya lebih tinggi daripada harga pasaran dunia. Orang lain bayar rendah, kita sahaja yang bayar tinggi. Minta Menteri jelaskan secara terperinci satu-satu.
Saya, Yang Berhormat Pandan bagi saya masa sikitlah untuk hendak menjawab itu sebab dia ada hubung kaitnya dengan soal perkiraan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Boleh, boleh.
Jadi untuk tujuan ini, saya akan balik semula kepada Yang Berhormat Pandan khusus kepada Yang Berhormat Pandan untuk saya kemukakan, ini cara dia yang kita buat dahulu bila dibandingkan pula kepada luar negeri.
Dia tidak bandingkan, dia tidak sebut negara mana Yang Berhormat.
Dia tidak sebut. So tidak apa. Yang Berhormat Pandan kita boleh jumpa balik.
Boleh, okey.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi penjelasan berkaitan tanggapan bahawa bekalan gula ini pernah ditimbulkan, bahawa bekalan gula tempatan pada hari ini dimonopoli oleh sesetengah pihak dan cadangan supaya pasaran gula diliberalisasikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industri gula tempatan tidak boleh dimonopoli oleh satu-satu pihak sahaja sebaliknya pada hari ini terdapat empat pengeluar gula di Semenanjung iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd., Malayan Sugar Manufacturing Company Berhad, Gula Padang Terap Sdn. Bhd. dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. Mengenai cadangan supaya pasaran gula tempatan diliberalisasikan, kerajaan perlu mengkaji dahulu sebelum ianya boleh dilaksanakan. Namun demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ada membenarkan import permit AP kepada pengguna industri bagi mengimport gula bertapis (refine sugar) dengan izin, sebagai bahan mentah bagi pengeluaran produk makanan dan minuman. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berhubung tindakan persatuan bakery di Sarawak sebagaimana yang telah didakwa yang mengumumkan kenaikan harga semua roti sebanyak 15% mulai bulan Disember 2013 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Lanang ada? Okey. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kementerian telah meminta Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau MYCC untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. Sekiranya didapati berlaku amalan pakatan sulit di antara peniaga-peniaga yang berpakat untuk menaikkan harga sesuatu barang atau perkhidmatan ataupun membahagikan pasaran perniagaan dan sebarangnya, mereka boleh disiasat di bawah seksyen 4, Akta Persaingan 2010 dan penalti kewangan di bawah seksyen 40, Akta Persaingan 2010, boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah. Begitu kedudukannya sekarang. Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga ialah ketirisan berkenaan dengan barangan bersubsidi. Izinkan saya menjawab soal ketirisan barang bersubsidi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Kubang Pasu. Bagi mengekang aktiviti
penyeludupan dan ketirisan barang bersubsidi di sempadan, kementerian telah mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Unit Pencegah Penyeludupan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memperketat kawalan di kawasan sempadan dan perairan negara. Selain itu, kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah tambahan bagi menangani ketirisan diesel dan petroleum di sempadan. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ialah mewartakan barang kawalan iaitu petrol RON95 dan diesel sebagai barangan larangan eksport di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan iaitu Larangan Eksport 2011 berkuat kuasa mulai tahun 2011. Kementerian juga telah mengeluarkan arahan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak kecuali bagi petrol RON97. Penjualan diesel pula adalah dihadkan kepada kuantiti tidak melebih 20 liter bagi setiap kenderaan berpendaftaran asing di stesen-stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan.
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tentang ketirisan bahan bersubsidi. Dikatakan kenderaan dihadkan untuk minyak diesel ini. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa terdapat stesen-stesen minyak Petronas yang mana kalau pengguna pergi isi diesel ini, katakan RM50 tetapi resit yang dikeluarkan mesti ada satu jumlah seperti RM150 atau RM200 dan dia tolak RM50 ini.
Apakah sebabnya di stesen Petronas ini setiap resit dia gunakan? Adakah ini satu cara untuk mengambil kesempatan ini untuk mereka boleh dapatkan diesel yang lebih dari pembekal, lebih diesel kepada mereka dan mereka boleh jualkan diesel ini, dia punya difference diesel ini kepada syarikat-syarikat tertentu. Saya ada bukti-bukti bahawa semua Petronas ini gunakan cara begini tetapi bukan di stesen minyak yang lain. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar akan perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya perlukan maklumat-maklumat seperti apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi, soal ada bukti-buktinya. Saya perlukan ini sebab bagi kita, kita tidak boleh hendak mengambil tindakan sewenang-wenangnya sahaja kerana macam-macam persepsi yang akan diberikan kepada kita. Walau bagaimanapun, kita akan jumpa dengan Yang Berhormat Kota Melaka untuk saya dapatkan butiran ini dan saya akan lihat, ada ruang atau tidak yang boleh kita mengambil tindakan kepada mereka. Pada kita, kita tidak hendak peniaga ini dengan mudah sahaja menipu pengguna dan sebagainya. Saya perlukan maklumat tadi daripada Yang Berhormat Kota Melaka dan insya-Allah saya akan membantu pula. Kalau ada di kawasan Yang Berhormat sendiri, lagi baik untuk saya mengambil tindakan.
Minta penjelasan.
Saya katakan pengguna tidak ada.
Ya?
Ia tidak melibatkan pengguna tetapi cara ini adakah cara kerana...
Saya hendak dapatkan detailnya itu. Yang Berhormat boleh beri detail bukan? Selepas ini saya perlukan. Terima kasih.
Ya. Mesti.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan penyeludupan bahan bersubsidi, ini sangat banyak berlaku terutama di kawasan sempadan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, mengatakan bahawa kenderaan pendaftaran asing hanya berhak mengisi minyak setakat 20 liter. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ini, rata-rata termasuk dalam kawasan saya sendiri, kenderaan daripada asing, mereka datang mengisi tetapi mereka tukar kereta mereka, pakai kereta plat tempatan. Ini cara penipuan mereka buat dan mereka angkut minyak ke sebelah negara jiran. Masalah yang sangat ketara kalau kita seberang ke sebelah negara jiran, lambakan yang begitu banyak gerai-gerai menjual minyak bersubsidi di tepi-tepi jalan. Suasana ini sangat menggerunkan kita. Di sini adalah wang rakyat dibazirkan dan digunakan oleh rakyat asing. Jadi, saya hendak tahu, setakat ini berapa tangkapan telah dibuat, berapa tindakan telah dibuat. Masalah penyeludupan ini semakin hari semakin banyak. Jadi, tidak ada nampak pengurangan. Jadi, sejauh mana perkara ini dikatakan berkesan sebagaimana yang didakwa oleh pihak kementerian?
Yang Berhormat, Stampin.
Yang Berhormat Stampin bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri saya jawapan. Kenapakah pewarnaan diesel tidaklah digunakan walaupun ia telah terbukti berkesan untuk menghadapi sindiket diesel. Walaupun kontrak itu telah pun tamat seperti yang Yang Berhormat telah beritahu tetapi mengapakah ia tidak mahu dipulihkan? Berapakah jumlah diesel yang tidak subsidi telah pun dijual sebelum dan selepas pewarnaan diesel ini telah ditamatkan kontraknya, terutamanya di Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Stampin yang telah memberikan beberapa maklumat untuk saya. Saya memang mengakui tuduhan yang diberikan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi yang berlaku penyeludupan dan sebagainya, begitu ketara sekali. Kita memang sedia maklum itu. Walau bagaimanapun, kita memang sepanjang masa mengambil tindakan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang ada. Oleh sebab itu dalam konteks yang ini pun, saya ingat saya boleh beri kepada Yang Berhormat, berapa pemeriksaan yang telah dibuat, berapa pemantauan yang telah dijalankan oleh pegawai-pegawai kita dan ada sebahagiannya juga kita telah berjaya mengatasi apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Ada KPDNKK Kelantan sebagai contoh, telah membuatkan satu rampasan yang paling besar. Ada maklumat-maklumat yang sedemikian rupa. Lihat mudah tetapi tidak semudah sebagaimana Yang Berhormat pandangkan. Bagi kita, saya mengakui, kita memang sepanjang masa mengambil tindakan ini. Oleh sebab itu maklumat-maklumat yang seperti ini kita perlukan supaya kita dapat– hendak membuat serbuan ini pun perlu ada strategi-strategi tertentu. Bukan mudah Yang Berhormat. Oleh sebab itu maklumat-maklumat kalau ada dari pihak Yang Berhormat Rantau Panjang atau dari pihak Yang Berhormat Padang Besar atau Yang Berhormat Stampin pun sebenarnya, perlu berikan kepada saya. Insya-Allah kita akan sama-sama membantu dan kalau boleh, kita sama-sama pula turun bersama hendak melihat keadaan itu. Insya-Allah saya akan pergi ke Sarawak minggu hadapan dalam konteks yang sama ini juga kerana aduan-aduan yang sama. Ya, Yang Berhormat Gombak?
Yang Berhormat, mencelah sedikit bolehkah? So, mencelah sedikit, 30 saat sahaja. Saya telah mendapat feedback daripada on the field bahawa pewarnaan diesel ini memang berkesan. Jadi, saya harap ia boleh dikembalikan lagi. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Ini satu dalam proses kita hendak mengkaji. Memang benar sistem penandaan aras itu telah dilaksanakan tahun lepas dan dilihat begitu berjaya dan berkemungkinan pada tahun hadapan juga kita
akan laksanakan yang sama. Terima kasih. Saya akan perlukan bantuan, kerjasama daripada Yang Berhormat Stampin untuk tujuan ini. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, seingatnya selain daripada usaha-usaha yang saya sebutkan tadi, mewartakan pemeriksaan dan sebagainya...
Yang Berhormat Simpang Renggam bangun Yang Berhormat.
...Saya hendak memaklumkan juga, kerajaan telah mengehadkan waktu operasi stesen minyak yang berada dalam lingkungan 10 kilometer dari sempadan sehingga jam 10 malam sahaja dan menempatkan anggota RELA di 45 buah stesen minyak berhampiran sempadan Thailand serta sepuluh buah stesen minyak berhampiran sempadan Singapura.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Kementerian juga turut membuat pemantauan yang lebih ketat terhadap hasil jualan bulanan 69 stesen minyak di sempadan bagi membendung penjualan diesel bersubsidi yang tinggi dan tidak munasabah stesen-stesen berkenaan. Dalam lain perkataan, ini usaha yang kita buat dan kita masih lagi memerlukan sokongan daripada rakyat dan pelbagai pimpinan untuk membantu kementerian kita untuk kita hendak mengatasi masalah penyeludupan dan sebagainya itu tadi. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, boleh satu?
Yang Berhormat Simpang Renggam bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Sibuti di belakang.
Ini tentang perkara orang asing beli RON95 menggunakan kad kredit juga. Saya minta kementerian boleh mengetatkan lagi tindakan terhadap stesen minyak yang ada di Second Link ini. Ini kerana saya memang ada orang yang beritahu, beri gambar-gambar yang menunjukkan bahawa terutamanya pada waktu kemuncak, waktu pagi yang ramai pekerja Singapura pergi yang menggunakan kereta Singapura tetapi mengisi minyak RON95. Jadi, saya berharap tindakan yang lebih ketat boleh diambil bukan sahaja terhadap stesen minyak di sempadan tetapi juga kepada semua stesen minyak atau pun orang asing yang menggunakan kad kredit beli RON95 ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat...
Ya Sibuti, ia sekali Yang Berhormat. Bukan ‘Sibu Ti’.
Sibuti itu bukan ketua...
Ketua gengster.
Stesen-stesen minyak ini kalau kita lihat di kawasan kamilah di sebelah Miri bahawa mereka menjual diesel awal pagi, sebelah tengah hari sudah habis. Akan tetapi di waktu malam ada pula yang boleh diangkat keluar. Apa yang saya hendak menyarankan di sini Yang Berhormat Menteri, kita mendengar bahawa minyak diesel ini diseludupkan, disalah guna. Kalau boleh mencadangkan, semua subsidi untuk diesel ini supaya ia menjadi harga original. Kita berperingkat-peringkat potongkan 20 sen, 10 sen, 15 sen sehingga habis subsidi itu. Biar semua kita merasa bagaimana harga diesel itu supaya sama rata boleh memakai, orang bawah harga itu, orang kaya pun beli banyak itu. Itu cadangan saya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Jerlun.
Yang Berhormat Menteri saya melihat bahawa adakah kemungkinan pakatan di antara pengusaha stesen minyak sebab macam contoh diesel kita jual RM2. Kemudian di Siam, di Thailand jual mungkin RM3 lebih. Dia ada premium. Adakah mungkin pembeli daripada Siam ini membayar premium juga kepada pengusaha stesen minyak? Ini kerana kita pernah juga mendengar dan melihat berita-berita di TV dan surat khabar, ada kereta ataupun lori yang dimodified sehingga boleh isi 200 liter. Jadi kalaulah pengusaha stesen tahu kata ini adalah untuk negeri Siam ataupun Thailand, tanpa ada kolaborasi, maka sudah tentulah pada saya kita melihat ianya ada sesuatu yang tidak kena. Jadi selain daripada kita hendak tangkap orang yang membeli, kita juga kena pantau orang yang menjual sebab mungkin dia ada insentif di situ. Contohnya kalau dia jual dengan rakyat Malaysia, dia hanya dapat RM2 tetapi kalau mungkin dia pakat dengan orang Thailand, dia dapat RM2.50. Orang Thailand itu sendiri balik jual di seberang sana pun dapat harga yang premium. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Sibuti dan juga Yang Berhormat Jerlun yang mengemukakan beberapa maklumat. Memang benarlah. Sebenarnya bagaimana ketatnya kita hendak melaksanakan peruntukan-peruntukan yang ada di kementerian, begitulah juga dia gigihnya pula dia hendak mempertahankan business dia yang menipu ini, yang menyeludup barang- barang subsidi kita. So, inilah dia masalahnya. Oleh kerana itu, maklumat-maklumat seperti mana yang disampaikan oleh Yang Berhormat tadi amat perlu bagi pihak kementerian kita untuk sama-sama menangani masalah ketirisan ini. Insya-Allah kalau ada dukungan yang baik ini, apa sahaja yang kita hajatkan akan berlaku kejayaannya kemudian nanti. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagilah saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. saya percaya pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi polisi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kementerian ini untuk dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Menteri, Kementerian Sumber Manusia.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak di atas peluang untuk kementerian saya. Pertamanya saya hendak mewakili Menteri dan seluruh warga Kementerian Sumber Manusia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan kerana memperuntukkan RM1.42 bilion bagi Kementerian Sumber Manusia. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, manusia ini adalah segala-galanya dalam dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil kesempatan ucapkan terima kasih banyak kepada 22 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia di mana 15 isu telah diutarakan oleh mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan ikut turutan Yang Berhormat yang bercakap tetapi saya bawa isu yang dibangkitkan. Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang bahawa saya akan beri peluang kepada Yang Berhormat untuk mencelah dan sebagainya. Pertama ialah memperkukuhkan latihan kemahiran. Terdapat tiga Ahli Parlimen yang telah membahaskan isu ini termasuk Yang Berhormat Baling yang menyuarakan tentang pembangunan modal insan. Kemudian Yang Berhormat Pasir Gudang – memperkukuhkan latihan kemahiran dan Yang Berhormat Bukit Mertajam – kadar pengangguran anak muda yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Baling menyentuh berhubung dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Beliau mencadangkan supaya mat-mat
rempit diberi peluang dan diberi dana merancakkan aktiviti ekonomi, mengukuhkan pengurusan fizikal dan juga modal insan. Tuan Yang di-Pertua, modal insan pada kebiasaannya mat rempit adalah melibatkan belia yang tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Bukan keseluruhannya tetapi sebahagian besarnya. Bagi golongan ini di Kementerian Sumber Manusia diperuntukkan dua kursus untuk mereka. Kursus-kursus tersebut ialah pertama, perantisan. Program Perantisan PSMB dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan kegiatan mat rempit dari berleluasa dengan memberikan latihan kemahiran kepada belia. Di bawah program ini belia akan diberi latihan dalam 11 bidang kemahiran seperti mekatronik, hospitaliti dan lain-lain. Sehingga Oktober 2013, seramai 14,114 belia telah dilatih dalam pelbagai bidang di bawah program ini. Setelah tamat latihan, belia akan diambil bekerja dengan gaji permulaan lebih daripada RM1,000 sebulan. Dengan peningkatan taraf hidup kerana mempunyai kerja dan gaji yang mampu untuk menyara hidup mereka, program ini ternyata telah dapat mengurangkan gejala sosial yang kurang sihat di kalangan belia yang menganggur. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya lebih berminat bahkan saya rasa amat positif kalau mat-mat rempit ini, anak-anak muda ini tampil kepada kementerian, datang kepada kita mencadangkan dan mereka tinggalkan aktiviti yang tidak baik ini dengan mencadangkan kepada kita apakah program yang mereka mahu? Insya-Allah kita akan tolong dalam usaha kita untuk mengatasi masalah ini. Sistem Latihan Dual Nasional...
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat bangun Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat. Yang Berhormat ini awal-awal lagi sudah bangun.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang permulaan mukadimah saya. Satu, melihat daripada kesungguhan Kementerian Sumber Manusia untuk merapatkan golongan kumpulan-kumpulan rempit ini kepada mereka yang lebih profesional dan bermatlamat, apakah kementerian juga berkesudian untuk menaik tarafkan masa depan mereka dengan mewujudkan universiti-universiti kemahiran yang setara dengan IPTA yang boleh dibanggakan dan menjadikan mereka sebagai profesional, sekurang-kurangnya bukan RM1,000 sasaran pendapatan tetapi RM4,000, RM5,000 yang mereka tercicir daripada akademik. Ini saya rasa ruang yang terbaik yang boleh diimbangkan Tuan Yang di-Pertua. Sekurang-kurangnya mereka ini adalah kumpulan ada ruang masa depan yang lebih cemerlang dan dihargai kehadiran mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebenarnya idea ini Tuan Yang di-Pertua, telah ada pada kita tetapi saya sudah bercakap dengan Yang Berhormat Kuala Langat di luar. Cadangan itu telah ada pada kita tetapi dia menyokong kita. Maknanya menyokong cadangan ini tetapi kita akan buat kajian keperluan ini. Maknanya bukan sekadar universiti, mungkin yang lebih baik daripada itu yang kita boleh cadangkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nafikan juga di samping program yang dilakukan oleh kementerian kita, kementerian-kementerian lain juga berperanan umpamanya Kementerian Belia dan Sukan Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini ialah pendekatan daripada kerajaan dan saya yakin kalau semua ambil bahagian termasuklah kita Ahli-ahli Parlimen semua, saya yakin masalah belia ini akan dapat kita atasi. Sistem Latihan Dual Nasional. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memperkenalkan program perantisan yang dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk belia-belia yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2005. Objektif program latihan ini adalah untuk mengeluarkan k-pekerja atau k-worker, pekerja berkemahiran dan berpengetahuan melalui satu kaedah latihan komprehensif yang memenuhi kehendak industri semasa. Program ini pada asasnya disasarkan kepada lepasan sekolah, belia dan pekerja industri untuk mengikuti latihan kemahiran. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan menempatkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat
kerja. Maknanya daripada 100% masa yang diberikan kepada pelatih ini, 70% kita tempatkan di industri-industri ini supaya mereka lebih terdedah secara terus dengan secara praktikal dan 30% adalah secara teori. Melalui program SLDN ini juga, perantis yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap keterampilan yang diperolehi serta berpeluang untuk diserapkan sebagai pekerja syarikat setelah berjaya menamatkan latihan. Sehingga September 2013, sejumlah 49,074 perantis dan 2,429 syarikat telah menyertai program ini. Antara bidang yang terlibat adalah minyak dan gas, hospitaliti, pelancongan dan lain-lain. Ketiga, memperkukuhkan latihan kemahiran. Yang Berhormat Pasir Gudang mencadangkan supaya diperkukuhkan latihan kemahiran. Terima kasih Yang Berhormat, cadangan yang cukup baik. Untuk makluman Dewan yang mulia dan Yang Berhormat, kerajaan memang berhasrat untuk meningkatkan peratus tenaga mahir negara daripada 28% yang ada sekarang kepada 50% menjelang tahun 2020.
Inilah yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan sudah tentulah kita semua. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan: (i) memperbanyakkan latihan industri daripada teori dengan praktikal; (ii) assessment di industri; (iii) NOSS dikaji semula; (iv) MoU dengan track provider, dengan izin, perjanjian dengan pembekal latihan; (v) meningkatkan enrolment pelajar di semua institut latihan ILJTM ini; (vi) meningkatkan kualiti latihan; (vii) memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan industri; (viii) memastikan pekerjaan dan kebolehkerjaan graduan; dan (ix) meningkatkan imej dan perspektif masyarakat terhadap latihan kemahiran. Yang Berhormat Pasir Gudang mencadangkan dikurangkan tempoh latihan kemahiran yang lama supaya pekerja tempatan dapat menyesuaikan diri dan bekerja dengan baik. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, tempoh latihan kemahiran adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan seperti dalam standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. Kita ada standard kita. Maknanya kalau hendak menjadi orang yang standard, mesti mengikut standard. Jadi jangan ikut masa yang kita rasa selesa untuk kita berlatih. Kualiti latihan kemahiran akan terjejas jika tempoh tersebut dipendekkan dan tidak mencapai standard yang telah ditetapkan mengikut tahap kemahiran. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk melatih manusia ini bukan sekadar kita memberikan latihan kemahiran kepada mereka. Faktor-faktor lain cukup penting termasuklah bagaimana kita boleh membentuk peribadi mereka, sahsiah mereka. Bagaimana kita boleh membentuk kekuatan mental mereka dan bagaimana kita boleh membina spiritual, kerohanian mereka supaya kalau mereka mahir, pakar dan mereka keluar kepada masyarakat, mereka tidak menjadi pekerja pakar yang boleh merugikan rakyat termasuklah menipu, mencuri dan sebagainya. Sebab itulah, tempoh ini perlu kita ikut, standard yang telah pun kita fikirkan bersama yang melibatkan pelbagai agensi. Saya kira untuk memendekkan itu, kita lihat juga tetapi kita jangan kita jejaskan kualiti produk, pekerja ataupun pelatih yang kita keluarkan. Jenis kursus saya hendak sebutkan sedikit Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Ipoh Barat, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Menteri, di dalam ucapan saya, saya ada membangkitkan mengena perkara Bajet 2013. Di mana kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM 50 juta untuk latihan kemahiran untuk 3,200 orang pelatih daripada masyarakat India. Tahun ini, Bajet 2014 sebanyak RM100 juta telah diagihkan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan ‘rumba nandri’ dan itulah sebabnya beliau mengagihkan. Saya telah bertanya kepada kementerian, apakah sasaran itu pada tahun 2013 untuk Bajet 2013 itu telah dicapai dan berapa orang yang telah mendapat retraining daripada 3,200 orang itu? Untuk tahun hadapan, berapakah anggaran dan berapa orang yang telah mendapat dan apakah kursus? Boleh ia diberitahu dengan teliti? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat di atas keprihatinan terhadap masyarakat India. Sebenarnya, MIC di sebelah sini pun kita sudah lama mencadangkannya, termasuklah dahulu Menteri lama kita ialah daripada Timbalan Presiden MIC. Mereka sudah mencadangkan program-program yang baik untuk masyarakat India ini. Sokongan Yang Berhormat, terima kasih. Saya ingat kita akan beri- di belakang ini ada saya sebutkan sendiri. Yang Berhormat jangan bimbang, apa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita akan timbulkan. Mungkin maklumat detailnya Yang Berhormat perlukan, mungkin saya akan dapatkan secara bertulis ataupun saya akan jawab kemudian. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
[Menyampuk]
Ya, sila Yang Berhormat Temerloh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua., terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu bahawa Kementerian Sumber Manusia ini juga mempunyai peruntukan yang agak besar dan tinggi untuk melahirkan tenaga yang mahir. Saya bersetuju Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bahawa bukan sahaja dari sudut fizikal dan juga material tetapi juga dari sudut spiritual mesti dibangkitkan secara seimbang untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran dan juga akhirnya berjaya dalam kerjaya mereka. Akan tetapi setakat mana sebenarnya pencapaian yang telah dimiliki oleh pihak kerajaan, apakah grafnya? Sebab kita lihat masih banyak lagi gejala rasuah berlaku di kalangan kakitangan kerajaan, di kalangan mereka yang berkerjaya dan seumpamanya. Ertinya mereka mungkin mahir dalam bidang mereka tetapi mereka tidak takut kepada dosa dan juga tidak peduli tentang perkara-perkara mungkar ini. Jadi sejauh manakah kejayaan telah dicapai sewaktu mengimbangkan antara pencapaian spiritual dan juga fizikalnya? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Temerloh ini dahulu Tuan Yang di-Pertua, pada penggal yang lepas dia berlawan dengan saya dalam Parlimen tetapi dia tewas. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat jangan membuat persepsi sebegitu. Saya tidak suka meletakkan persepsi yang tidak baik kepada pegawai awam dan sebagainya. Walaupun kita tidak boleh menafikannya. Sebab itu saya katakan tadi, selagi manusia ini dikatakan manusia, kita kena jaga. Sebab itu saya kira Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia ini berat termasuklah menjaga Yang Berhormat di sebelah sana. Kadang-kadang cara bercakap tidak betul, hormat orang tidak betul dan sebagainya ini. Ini, ini... Nanti Yang Berhormat...
Saya pun tidak menuduh semua. Saya kata sebilangan yang terlibat dengan rasuah. Itu yang perlukan graf...
Saya hendak tambah lagi. Bukan saya kata Yang Berhormat Temerloh, tidak. Sebab apa, persepsi ini tidak bagus. Walaupun kita tidak boleh nafikan bahawa kalaulah manusia ini kita tidak bekalkan dengan persiapan sebagaimana yang saya sebutkan tadi sudah tentu dia akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik ini. Termasuklah - tidak kira dia pegawai kerajaankah, dia Ahli Parlimenkah, dia ahli politik kah, dia orang awamkah dan sebagainya. Ini biasa. Sebab itulah kita minta
supaya tempoh kursus ini bukan sekadar kita memberikan kemahiran kepada mereka tetapi juga kita memberikan satu bentuk manusia, modal insan, personaliti yang lahir yang boleh bertanggungjawab kepada semua. Bukan sahaja kepada dalam pekerjaannya bahkan dari segi sosial sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah berlaku Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu, orang-orang dalam bank ini boleh mencuri duit saya walaupun saya tidak ada duit, tidak banyaklah. Maknanya, apabila kita beri dia kemahiran komputer bagaimana dia tahu hendak akses dan sebagainya, akhirnya dia mencuri duit. Ini pada saya orang yang tidak bagus, sebab itu kita tidak mahu orang seperti ini, walaupun mereka mahir. Akan tetapi perbuatan yang mereka lakukan itu tidak dikehendaki oleh negara kita. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat itu, sebenarnya benda ini very subjective. Kita tidak boleh hendak memberikan penilaian dan ukuran di mana sebenarnya. Sebab itulah kita harap kalau- daripada kita kerajaan dengan baik dan sudah tentulah pembangkang juga menjalankan usaha yang sama seperti tadi, sebagai contoh, penyeludupan minyak di sempadan. Yang Berhormat tentu tahu. Yang Berhormat Rantau panjang tahu tetapi apa yang dia buat kepada kita? Itu contoh. Sebab itu bukan bidang saya, itu KPDNKK. Jadi kalau kita sama berperanan, saya ingat tidak ada sebab. Sudah tentulah kita boleh mengurangkan masalah ketirisan dan sebagainya. Okey Yang Berhormat, ya? Boleh? Terima kasih. Ketiga, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Kurikulum dan tempoh pembelajaran berdasarkan - minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kita ada senarai tadi. Kita ada lima jenis kursus dan tempohnya. Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertanya dengan saya tadi? Biar dia tahu. Ya, Yang Berhormat Pasir Gudanglah. Kita ada Sijil Kemahiran Tahap 1 selama enam bulan, Sijil Kemahiran Tahap 2 selama enam bulan, Sijil Kemahiran Tahap 3 selama setahun, Sijil Kemahiran Tahap 4 selama setahun dan Sijil Kemahiran Tahap 5 selama dua tahun. Detailnya Yang Berhormat, kalau hendak tahu boleh datang ke pejabat kita. Kurikulum dan tempoh pembelajaran berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) ini. NOSS dibentuk oleh industri. Maknanya, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ini dibentuk oleh industri. Maknanya, industri pun dia hendak pastikan supaya pekerja-pekerja dia yang akan mengeluarkan produk daripada industri mempunyai kualiti, kalau tidak dia tidak akan dapat memasarkan barang. Jadi sebab itulah dia jaga standard ini. Ia menjadi standard yang menjadi penanda aras latihan di sesebuah institusi latihan bagi memastikan setiap pelatih yang tamat latihan mempunyai tahap kebolehpercayaan, kebolehkerjaan yang tinggi dalam bidang masing-masing. Justeru, Jabatan Pembangunan Kemahiran sentiasa giat membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan sehingga tahap tinggi. Sehingga Ogos 2013, sebanyak 1448 NOSS telah siap dibangunkan yang mana ia merangkumi NOSS SKM Tahap 1 hingga 5. Maknanya, standard ini kita telah adakan sebanyak 1,448 dan ini sebagai garis panduan untuk industri dan pelatih-pelatih yang masuk memastikan mengikuti standard-standard ini. Selain daripada keperluan kemahiran, NOSS menetapkan juga core abilities yang merangkumi nilai dan budaya kerja yang diperlukan termasuk cara berkomunikasi di tempat kerja, kerja berpasukan, perancangan kerja, pengurusan sumber sebagai modul asas semasa menjalani latihan. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok isu-isu Kesatuan Sekerja, dalam ingatan saya kalau tidak silap saya mungkin dalam empat atau lima isu sahaja masalah. Tidak banyak.
Maknanya daripada beberapa ratus ribu pekerja kita ini, mereka ini faham mereka mempunyai kualiti. Kualiti yang baik, kemahiran dan sebagainya.
[Bangun]
Tidak pun semua jadi hantu semua dalam syarikat majikan-majikan mereka. Hendak balas balik?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut hal ehwal sekerja tadi itu. Sebenarnya saya hendak tunggu sampai peringkat jawatankuasa tetapi oleh kerana Yang Berhormat Menteri sudah sebut, saya sebut.
Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menerima aduan daripada NUBE yang mengatakan dengan jelas bahawa kerajaan berbohong kepada International Labor Organizations (ILO) berkenaan dengan penubuhan MAYNEU iaitu in house union dengan izin. Dalam laporan yang diberikan pada tahun 2011, kerajaan mengatakan bahawa kes ini sebenarnya telah pun, “According to the government...”, dengan izin, “...decisions of DGTU to register MAYNEU was challenged in the High Court and the High Court were decided that the registration is valid and between the power of DGTU.” Itu pandangan hakim yang telah dibuat pada tanggal 7.11.2013 yang bersabit dengan laporan Yang Berhormat Menteri yang berbohong pada waktu itu pada tanggal 22 Jun 2011. Saya ingin menegaskan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ini akan mengheret seluruh kesatuan dalam negara ini yang menghampiri RM2.8 juta ini akan terjerat dengan implementasi dan perangai yang dimainkan oleh kerajaan yang hanya enam hari didaftarkan telah pun dilaporkan diterima. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau inilah perangainya, maka secara langsung kerajaan telah mengkhianati rakyat pekerja yang bernaung di bawah kesatuan. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah kementerian bersekongkol dengan keadaan yang berlaku pada negara ini yang menidakkan hak kepimpinan kesatuan yang membatasi hak pekerja dan melenyapkan segala yang ada dalam negara ini mengikut perlembagaan negara? Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jangka Yang Berhormat Kuala Langat ini bagi kepada saya yang cukup baik. Akan tetapi, dia kata mungkin saya bersekongkol. Tuan Yang di-Pertua, dia tidak boleh timbulkan isu ini dalam perbahasan. Saya tidak boleh kata itu betul, tidak betul kecuali saya dapat dokumen yang sah sebagainya...
Yang Berhormat, saya janji saya akan bagi laporan penuh petang ini. Terima kasih.
Terima kasih. Akan tetapi, bukan Timbalan Menteri yang baru ini bukan?
Tidak. Bukan. Tahun 2011 Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya tengok, kita tengok. Kementerian akan tengok. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kes NUBE ini masih lagi di mahkamah. Jadi, kita tidak hendak timbulkan di sini. Saya akan rujuk kepada kementerian saya dan kita dapatkan maklumat daripada...
Ya, ya saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isunya ialah enam hari selepas registration dibuat, dilayan.
Ya.
Kemudian, kesatuan lain tiga – empat tahun tidak dilayan. Kedua, kenapa harus kementerian berbohong kepada International Labor Organization? Saya ada laporan. Ini saya bagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tidak apa, saya tidak boleh terima sama ada bohong atau tidak bohong sehingga saya mendapat dokumen itu dan kita buat penyiasatan sehingga betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu. Akan tetapi, Yang Berhormat saya minta janganlah diumumkan. Makna kalau satu isu di kesatuan sekerja, tetapi jangan libatkan semua seolah-olah berapa juta Yang Berhormat sebut pekerja tadi? 2.8 juta?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya celah sedikit. Minta maaf.
Ya, Yang Berhormat...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Bagaimana penting isunya pun kita tidak boleh bersoal jawab seperti ini dalam Dewan.
Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri perlukan jawapan. Saya jawablah. Saya kata bukan sahaja NUBE, KTM pun sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. MAS pun sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini satu fenomena yang baru, yang tidak boleh kita izinkan. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri bersekongkol dengan pandangan saya supaya perkara ini tidak boleh kita benarkan berlaku. Bersetuju Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Hei, saya Yang Berhormat, saya tidak akan izin benda-benda yang tidak baik ini akan berlaku. Tidak, saya tidak akan izinkan. Oleh sebab itu, Yang Berhormat beri pada saya. Contoh Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, kita ada 702 kesatuan sekerja. Oleh sebab itu saya sebutkan tadi, bagaimana baiknya kita sudah banned orang-orang ini, hanya dua, tiga, empat kesatuan sahaja. Itu pun kita boleh lihat kenapa benda itu boleh berlaku? Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya malas hendak panjangkan benda ini sebab ini di peringkat mahkamah, kita akan bawa, kita akan ambil, kita akan lihat. Cuma, janganlah Yang Berhormat beritahu seluruh kesatuan sekerja 2 juta ini marilah sama-sama kita memburukkan kerajaan. Jangan begitu, tidak baik. Kalau semua kesatuan sekerja orang tidak baik belaka, susah kita.
Perlukah saya ulang soalan saya?
Tidak, tidak.
Jadi, tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri teruskan, saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Okey, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua ya. Yang Berhormat Pasir Gudang juga Tuan Yang di-Pertua menyebutkan program re-skilling dan up-skilling ini. Yang Berhormat Pasir Gudang mencadangkan program re-skilling dan up-skilling dilaksanakan. Untuk makluman Dewan yang mulia dan Yang Berhormat, PSMB melalui Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 telah pun diwujudkan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja. Maknanya, kita sentiasa. Kalau kita tengok ada pekerja yang agak dia punya prestasi tidak menonjol, kita buat latihan tambahan dan sebagainya. Pelatih majikan perantis dan meningkatkan kemahiran pekerja perantis dan pelatih bagi majikan yang mencarum kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, selaras dengan strategi pembangunan negara. Bagi tempoh tahun 2009 sehingga Oktober 2013, PSMB telah melatih seramai 1.139 juta pekerja dengan bantuan kewangan berjumlah RM1.52 bilion. Besar Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak respons sedikit kepada Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Latihan Belia India, peruntukan RM50 juta tahun 2013. Peruntukan untuk dibelanjakan bagi tiga tahun 2013 iaitu seramai 472 orang sedang kita latih di bawah peruntukan ini. Okey Yang Berhormat ya? Terima kasih banyak.
Yang Berhormat, sedikit penjelasan. Kerajaan cakap pada tahun 2013 seramai 3,200 orang akan diberi retraining. Akan tetapi, kalau jawapan itu mengatakan hanya 425 orang...
Yang sedang dilatih. Matlamat kita banyak Yang Berhormat. Akan tetapi yang sedang dilatih. Dua beza itu. Yang akan dilatih dan yang sedang dilatih. Target kita mungkin seperti mana Yang Berhormat sebutkan.
Bukan. Perdana Menteri pada bajetnya ada beritahu bahawa pada tahun tempoh Bajet 2013, sebanyak 3,200 orang akan dilatih. Jadi, bermakna ada janji yang tidak dipatuhi lah.
Saya ingat Yang Berhormat saya check balik dia punya itu supaya kita dapat – saya tidak mahu keluarkan figure yang tidak tepat ya?
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. maklumat tambahan Yang Berhormat. Tidak mengapalah, kebetulan saya belum pindah ke tajuk lain. Sambutan belia India agak kurang. Saya minta usaha daripada belah sini kah, belah sana, beri peluang kepada kita. Oleh sebab yang penting kita dapat latih mereka ini, dia akan lahir sebagai modal insan ataupun pada tenaga kerja untuk negara kita. Terima kasih banyak. Tuan Yang di-Pertua, peranan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) diwujudkan bagi mewujudkan bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar dan pekerja bagi tujuan re-skilling dan up-skilling. PTPK menyediakan dua program seperti berikut. Kita bawah kementerian kita - Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian – peruntukan bagi tahun 2013 sebanyak RM50 juta mampu melatih seramai 2,627 orang dalam anggaran kos antara RM10,000 hingga RM53,000. Tempoh dua bulan hingga satu tahun ya. Tempoh ini tertakluk kepada bidang yang diceburi dan sebagainya. Kedua ialah pembiayaan pinjaman kepada pekerja, peningkatan kelayakan dan latihan semula yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Peruntukan bagi tahun 2013 ialah sebanyak RM20 juta. Kos atau perbelanjaan yang kita bagi kepada pelatih-pelatih ialah antara RM750 kepada RM24,000 mengikut kadar tempoh yang mereka ikuti – enam bulan hingga tiga setengah tahun. Ini mampu melatih seramai 2,077 pelatih di bawah peruntukan RM20 juta itu. Jabatan Pembangunan Kemahiran – Skim Kemahiran dan Kerja 1Malaysia (SKK1M). Belia-belia yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dan belum mendapat pekerjaan dan akan dilatih semula dengan diberi kemahiran tambahan selama dua bulan di industri-industri terpilih dan selepas tamat latihan akan mendapat pekerjaan di industri tersebut. Bagi tahun 2013, Kementerian Sumber Manusia diminta melatih 5,000 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Tuan Yang di-Pertua, untuk isu berikutnya ialah pengiktirafan sijil ILP – Institut Latihan Perindustrian. Isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat mengatakan bahawa beliau mendapati ada dakwaan mengatakan sijil kemahiran ILP tidak diiktiraf oleh sektor swasta dan mencadangkan supaya kolej dan universiti yang setara dengan akademik ditubuhkan. Ada Yang Berhormat. Tidak tinggal. Akan tetapi Yang Berhormat mendahului. Saya cadang itu dahulu daripada Yang Berhormat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan oleh kerajaan JPA ya, sukacita dimaklumkan bahawa Sijil Kemahiran ILP diiktiraf oleh kerajaan dan swasta yang pertama pengiktirafan oleh kerajaan, JPA. Pada masa ini pihak JPA telah memberikan pengiktirafan serta memperuntukkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai salah satu syarat lantikan perkhidmatan awam bagi 17 skim perkhidmatan. Saya ada skim dia Yang Berhormat kalau sebut panjang. Maknanya diiktiraf oleh awam.
Yang Berhormat Menteri boleh saya.
Yang Berhormat Parit Buntar Yang Berhormat.
Yang Berhormat Parit Buntar sila.
Ya sila Yang Berhormat.
Apa yang disediakan oleh sumber manusia dari segi pusat latihan dan sebagainya. Saya ingin minta penjelasan bagaimanakah penyelarasan yang dibuat oleh sumber manusia dengan Kementerian Pendidikan. Ini kerana kadang-kadang kita tengok Kementerian Pendidikan pun dia ada offer program yang begitu juga. Sejauh manakah perkara itu tidak overlap kerana nanti akan berlaku pertindihan dan akan ada masalah di dalam pasaran kerja termasuk pengiktirafan-pengiktirafan. Boleh tidak bagi saya sedikit gambaran penyelarasan itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar di atas pandangan itu. Sebenarnya saya pun sudah menyuarakan perkara ini, walau bagaimanapun saya hendak ucapkan terima kasih kepada kementerian-kementerian. Kita ada beberapa kementerian, tujuh, lapan kementerian yang terlibat bersama dengan kita melatih anak-anak muda ini termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan lain-lain Tuan Yang di-Pertua mungkin saya tidak sebutkan satu-satu. Saya pernah sebut dalam jawapan saya. Memang kalau kita lihat mungkin ada sebab itulah di kementerian kita ada Jawatankuasa Khas.
[Bangun]
Di mana Jawatankuasa Khas Kemahiran Kebangsaan tidak silap saya, bukan tidak silap, memang betullah itu saya sendiri yang pengerusinya. Kita melihat ini supaya tidak ada pertindihan tanggungjawab. Makna kita tidak hendak seperti mana Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar sebutkan itu. Ini pun kita sudah nampak sudah. Oleh sebab itulah kita ada menentukan supaya tidak ada pertindihan dari segi bentuk latihan dan sebagainya dan kita hendak supaya kalau enam kementerian terlibat kalau boleh setiap tahun 10,000 dilatih oleh setiap kementerian makna kita ada 100,000. Sudah tentulah kalau ini dapat dikemaskan saya yakin bahawa tahun 2020 mencapai matlamat 50% tenaga mahir itu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kuala Langat bangun lagi Yang Berhormat.
Saya bagi...
Saya tanya Yang Berhormat hendak bagi tidak?
Bagi jalan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua janganlah provo dia, dia bagi [Ketawa] Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bawa isu ini kerana anak saya terlibat, kawan-kawan dia terlibat ILP ini. Apabila mereka keluar dia pergi ke swasta, swasta tidak iktiraf. Saya terpaksa hantar pula ke tahap latihan yang lain yang boleh memberikan dia pengiktirafan. Hanya saya suarakan ini ialah jangan diabaikan kerana Kolej ILP ini telah terbina puluh tahun tetapi swasta tidak mengiktiraf Tuan Yang di-Pertua. Ya Menteri kata kerajaan iktiraf, kerajaan tetapi swasta tidak iktiraf. Ianya berlaku bukan seorang, beribu orang mewakili suara anak saya. Terpaksa kita kena belanja lebih untuk bagi dia kepada yang kolej yang diiktiraf oleh swasta. Jadi saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri confirmkan bahawa desak semua swasta memastikan bahawa iktiraf, kalau tidak iktiraf jangan buka perniagaan dalam negara. Tegas sedikit bagi dia takut. ILP budak-budak belajar pun adalah sedikit dihargai Tuan Yang di-Pertua. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri bersekongkol dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua perkataan “sekongkol” itu istilah tidak berapa cantik. “Sekongkol” itu makna dengan orang yang tidak bagus.
Ya dia ada istilah lain Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua saya baru masuk pengiktirafan kita dari segi perkhidmatan awam JPA belum swasta. Saya tidak nafikan Yang Berhormat mungkin ada tetapi banyak faktor yang menentukan bagaimana seseorang pekerja itu boleh diterima oleh majikan. Saya bukan hendak kata anak Yang Berhormat jahat, tidak. Yang Berhormat saya ini okey baik dengan saya. Contoh saya hendak bagi tahu apa yang rekod pada kita ini pengiktirafan diberi oleh swasta. Saya mungkin tidak habiskan jawapan itu, sektor swasta pada tahun 2008 pelatih-pelatih graduan yang keluar daripada institut latihan 86.1% diterima oleh majikan swasta. Sebanyak 86% kalau 40%
tidak lulus 86% ini actionlah pada saya. Tahun 2009 - 84.5%, tahun 2010 – 88.7%, tahun 2011 – 93.6%. Kalau bertambah naik ini, kalau markah semakin naik makin buruk ke makin baik Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mesti makin baik. Tahun 2012 – 94.3% maknanya pencapaian kita pengiktirafan kita oleh swasta cukup baik. Sektor kerajaan kalau kita lihat baru 28.5%, swasta, sendiri, keluarga – 28.1%. Oleh sebab itu Yang Berhormat saya tidak nafikan anak Yang Berhormat kalau saya kenal mungkin dia baik kot tetapi tidak menjadi faktor. Keluar daripada institut latihan kita tidak jadi faktor utama...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua saya hendak celah sedikit pasal melibatkan. Dia sebenarnya begini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita hendak minta kerja syarikat tidak tahu latar belakang kita. Dia tidak tahu pun anak saya sebagai anak ahli pembangkang dia tidak tahu. Cuma dia kata kalau diterima masuk dia kata, dia tengok sijil yang tertinggi ILP dia ketepikan.
Kita barisan kita bagi Yang Berhormat.
Jadi hendak interview dahulu dia interview tidak kenal pun dia anak Yang Berhormat Timbalan Menterikah ataupun pembangkang Kuala Langatkah dia tidak tahu. Apa yang dia tahu terima tidak terima, dia tidak mahu bagi interview pun. Itu maksud saya itu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih banyak. Saya ambil itu sebagai pandangan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun jangan salahkan latihan yang kita beri. Banyak unsur faktor lain yang menyebabkan. Saya pernah Tuan Yang di-Pertua menjadi panel temuduga. Bila saya tanya soalan-soalan kadang-kadang tidak boleh jawab. Umpamanya ada saya lihat yang patutnya dia tahu tetapi tidak tahu. Akan tetapi saya sebagai majikan kalau apa yang saya hendak dia tidak boleh buat memang saya tidak boleh terima dia. Akan tetapi Yang Berhormat bagus soalan itu bagus jadi kita akan buat pemerhatian. Pastikan supaya kalau boleh bukan sahaja 94.3% graduan kita ini diterima oleh majikan-majikan tetapi lebih besar daripada itu. Kalau boleh Yang Berhormat bagi pada kita sedikit tengok mana yang boleh. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya belakang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak bersekongkol dengan Yang Berhormat Kuala Langat cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah kursus-kursus yang ada di institusi yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini mampu kita naikkan ke taraf siswazah. Maksud saya kursus-kursus ini bagi menambahkan lagi keyakinan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi. Untuk membina kekuatan dan keyakinan masyarakat supaya dia lebih berkeyakinan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Jerantut. Saya kalau hendak sebut kursus ini Yang Berhormat banyak sekali amat banyak. Jadi makna Yang Berhormat kita mungkin hari ini pandangan sayalah sini kementerian saya ini. Jadi saya ingat...
Yang Berhormat Menteri sudah tunggu selepas ini Yang Berhormat, Menteri Wilayah.
Kita bagi kemudian ya. Walau bagaimanapun saya bersetuju kita boleh- tidak ada mustahil untuk kita naikkan taraf kalau kita hendak menjadikan negara kita sebuah negara maju. Saya ambil contoh pada Yang Berhormat kita sebutkan ini, umpamanya kita ambil pelajar SPM, keluaran SPM di negara kita ini yang pergi kepada vokasional punya sektor dan juga teknikal hanya 10% sahaja Yang Berhormat, 10% sahaja. Kalau kita buat perbandingan dengan negara lain di Australia 62% maknanya kalau kita hendak mencapai matlamat negara maju 2020 yang berpendapatan tinggi saya ingat apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagus, saya
yakin dengan syarat kita bergerak yang cukup baik tambah sedikit peruntukan kepada kementerian dengan apa cara. Supaya kita melihat keutamaan kepada kemahiran diberikan. Macam di Korea tidak silap saya lebih daripada 28% kita hanya 10% sahaja makna sudah kita ubah. Kalau kita hendak jadikan tahun 2020 sebagai negara maju jadi kita kena ubah trend kita. Supaya perhatian kepada teknikal, kemahiran diberikan keutamaan. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua pengiktirafan, Yang Berhormat Kuala Langat ya. Orang swasta sudah beri, JPA sudah beri, universiti. Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia yang terdiri daripada Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Perlis. Turut memberikan peluang kepada pelajar- pelajar yang memiliki SKM untuk menyambung pelajaran yang di tahap ijazah. Maknanya kualiti, produk-produk kita di institut latihan ini cukup baik. Pengiktirafan pihak swasta saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Panjang lagi.
Okey sambung petanglah.
Saya kena tunggulah Tuan Yang di- Pertua ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya ada sedikit kekeliruan. Pagi ini Yang Berhormat Menteri, minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat telah menjawab mengatakan bahawa dari 3,200 di mana kerajaan dalam memberi peruntukan RM50 juta untuk proses retraining itu, hanya 472 kalau saya tidak silap. Yang Berhormat telah menjawab mengatakan bahawa adalah kerana kurang galakan daripada masyarakat India dan saya ingin tahu apakah galakan yang telah dibuat oleh kementerian supaya kita dapat menarik lebih banyak supaya memenuhi lagi 90% yang tidak dipenuhi. Terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, terima kasih. Yang Berhormat dari Ipoh Barat, sebenarnya daripada RM50 juta peruntukkan yang kita sediakan, kita berharap sambutan yang cukup baik daripada masyarakat belia India. Sehingga tahun 2013 ini kita hanya dapat 472 sedang dilatih. Maknanya ada, ruang itu masih ada untuk dilatih. Usaha dibuat, banyak kita buat usaha-usaha untuk menarik pelatih-pelatih ini termasuklah job fair yang kita lakukan, 12 program yang kita susun. Kita tidak khusus kepada bumiputera sahaja tetapi seluruh kaum yang boleh merebut peluang untuk mengisi pusat-pusat latihan ini kita berikan peluang kepada mereka. Saya boleh menjawab Yang Berhormat ya.
Terima Yang Berhormat Menteri. Terima kasih jawapan yang diberi.
Terima kasih.
Khususnya Yang Berhormat Menteri, saya tahu mungkin kementerian dan kerajaan ikhlas dalam hal ini. Akan tetapi nampaknya tidak ada satu sasaran di mana supaya...
Tidak mengapa Yang Berhormat, saya akan bincang dengan kementerian kemudian kita akan lihat apakah pendekatan yang lebih untuk kita lakukan, untuk kita menarik supaya lebih ramai pemuda-pemuda India ini merebut peluang yang ada.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, 10 tahun dahulu perkara ini telah saya bangkitkan di mana masa itu saya masih lagi ingat Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa semasa itu semua iklan adalah di surat khabar di Tamil Nesan sahaja. Selepas itu kerajaan telah memberi ‘Aku janji’ pada masa itu bahawa iklan akan dibuat di semua surat khabar Tamil dan juga di radio dan televisyen supaya proses ini dapat menarik mereka. Ada ramai yang di antara mereka yang berada di pendalaman, estet-estet, where there’s not accesibility kemungkinan boleh membuat ini supaya mempercepatkan mereka itu dalam main full dalam sistem ekonomi negara ini.
Terima kasih Yang Berhormat, pandangan yang cukup baik insya-Allah kita akan mengambil perhatian. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak sambung lagi. Saya ingat mungkin Tuan Yang di-Pertua mungkin dalam agak setengah jam sebab isu ini isu yang penting yang melibatkan ramai Ahli Parlimen. Berikutnya ialah tentang pekerjaan industri minyak dan gas. Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang tidak ada Tuan Yang di-Pertua, hendak jawab atau tidak payah Tuan Yang di-Pertua? Tidak payah ya?
You can skip. Boleh-boleh.
Boleh.
Boleh jawab secara bertulis.
Jawab secara bertulis. Okey, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya baik jawapan yang ada. Akan tetapi sayang dia tiada. Apa yang berikutnya ialah tentang pelaksanaan gaji minimum, yang tadi saya akan jawab secara bertulis. Ada maklumat-maklumatnya. Seramai empat Ahli Yang Berhormat yang membicarakan tentang pelaksanaan gaji minimum ini termasuk Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Langkawi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Labis telah membangkitkan perkara tentang berkaitan gaji minimum. Untuk makluman Dewan yang mulia bagi membantu para majikan yang terikat dengan kontrak, dengan pelanggan mereka terutama institusi kerajaan, pihak Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan berkaitan dan pihak Kementerian Kewangan turut mengambil maklum keperluan memberikan peruntukan tambahan kepada agensi-agensi kerajaan yang terbabit. Berkenaan dengan cadangan supaya kerajaan menanggung bahagian cawangan majikan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tahun pertama, perkara ini telah mengambil kira tentang kedudukan kewangan semasa negara. Jadi pandangan ini mungkin baik tetapi kita akan melihat keupayaan negara dan mungkin ini kita akan bincangkan. Sekiranya mengizinkan cadangan ini mungkin boleh dipertimbangkan dan mahu perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelaksanaan potongan Levi dan kemudahan perumahan pekerja asing hanya diberikan kepada majikan yang melaksanakan gaji minimum sahaja. Sekiranya majikan tersebut membuat potongan secara tidak sah maka tindakan sewajarnya boleh diambil di bawah peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955. Berkenaan jumlah majikan yang diberikan penundaan pelaksanaan perintah gaji minimum 2012 sebanyak 1,044 majikan telah mendapat penundaan pelaksanaan gaji minimum dan ini sehingga Disember 2013. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada laporan
‘…Worked Watch 2013 quarterline series’ yang dikeluarkan oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC) melaporkan peningkatan terhadap produktiviti untuk suku tahun kedua 2013 iaitu sebanyak 24% berbanding suku tahun pertama 2013 hanya 1.8% sahaja. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang kesan terhadap produktiviti untuk makluman Dewan yang mulia ini. Ya sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mahu kembali kepada pengecualian. Sungguh pun kita dengar daripada kementerian bahawa pada hujung tahun ini semua pengecualian akan dihentikan dan tidak ada lagi pengecualian. Akan tetapi saya berkali-kali tanya bahawa yang seribu lebih ini asas mereka diberi pengecualian dan dengan keadaan yang baru ini terutamanya dari Sabah dan Sarawak, kita ingin tahu pelaksanaan di Sabah dan Sarawak sama ada kebanyakan syarikat-syarikat yang majikan Sabah Sarawak telah berjaya untuk comply dengan kehendak kita untuk melaksanakan gaji minimum.
Yang Berhormat boleh saya sedikit tajuk yang sama? Yang Berhormat Menteri bila kerajaan memutuskan untuk memberi kelonggaran untuk mengimplementasikan gaji minimum. Nampaknya tidak ada alasan- alasan diberi kepada pekerja, stakeholders, mereka sudah dimaklumkan. Saya telah beritahu syarikat yang berkenaan di Pulau Pinang di mana pekerja-pekerja sepatutnya, kalau tidak memberikan pengecualian, gaji mereka akan naik lebih daripada RM900.
Akan tetapi pekerja-pekerja tidak dimaklumkan, nombor satu. Nombor dua, trade union. Di sana, tidak ada. Saya difahamkan telah dimaklumkan ke MTUC. Maknanya tidak kena mengena dengan pekerja. So this is where nampaknya ada sesuatu kekurangan boleh diatasi supaya kita ada pihak-pihak yang betul-betul kena mengena dengan pihak itu mendapat manfaat daripada keputusan baik atau lain daripada kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat. Sebenarnya, perbincangan tentang pelaksanaan gaji minimum ini adalah dibuat cukup teratur, Yang Berhormat. Ini atas kehendak daripada pemimpin-pemimpin kita, pekerja dan sebagainya. Oleh sebab itulah dalam kita melaksanakan gaji minimum ini, kita ada satu Majlis Perundingan Gaji Negara yang membincangkan bagaimana daripada awalnya untuk pelaksanaan gaji minimum ini dan ia melibatkan seluruh lapisan daripada kerajaan, swasta, majikan, pekerja dan sebagainya. Jadi kesimpulan sehingga kita melaksanakan gaji minimum ini adalah hasil daripada persetujuan bersama. Walaupun daripada segi pelaksanaan mungkin tidak dapat dipenuhi secara 100% tetapi itulah hakikatnya. Jadi, bagi mengikut peraturan yang ada, keputusan dalam pelaksanaan ini, kita akan melaksanakan menguatkuasakan ini start pada 1 Januari next year. Kelonggaran yang diberi kepada yang saya sebutkan 1,044 majikan itu ada pelbagai termasuklah untuk memberikan ruang kepada mereka untuk menyusun balik perniagaan supaya membolehkan mereka dapat berupaya untuk membayar gaji minimum kepada pekerja- pekerja mereka. Jadi, saya rasa agak terlalu awal untuk saya merumuskan apakah kejayaan dan sebagainya. Namun bagi saya, mengikut akta ataupun peraturan yang ada, setiap dua tahun, pelaksanaan gaji minimum ini akan dikaji semula. Pelbagai, saya tidak boleh hendak berikan di sini. Pada saya, kalau kita melihat ini positif dan semua pihak menganggap ini positif kerana kepentingan pekerja kita dan juga kita akan melihat kepentingan majikan, saya kira tidak ada masalah gaji minimum ini dapat kita laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, secara amnya, majikan telah melaksanakan gaji minimum namun ada terlalu awal yang saya sebutkan tadi. Sebab itulah saya ucapkan terima kasih. Pihak kementerian mengucapkan terima kasih kepada majikan- majikan yang telah pun membayar gaji minimum, paling tidak kepada pekerja-pekerja, amat ramai, amat banyak majikan. Kita ada berapa ratus ribu majikan di negara kita ini yang telah pun melaksanakan bayaran gaji minimum ini. Tuan Yang di-Pertua, andai kata majikan tidak melaksanakan pembayaran gaji minimum ini, maka tindakan boleh diambil melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan seperti berikut:
(i) penalti bagi kesalahan pertama - denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja. Ini untuk kepentingan pekerja. Kalau enggan melaksanakan gaji ini, kerana mereka mampu, maka RM10,000 menunggu mereka untuk diberikan balasan; (ii) penalti am - denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan yang mana penalti khusus tidak dinyatakan; (iii) penalti bagi kesalahan berterusan - denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan iaitu berterusan selepas sabitan. Maknanya kalau degil juga, RM1,000 Tuan Yang di-Pertua. Jadi yang penting ialah kita memastikan pekerja kita mendapat faedah yang baik; (iv) penalti bagi kesalahan berulang - denda RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun. Tuan Yang di-Pertua, itu tentang gaji minimum. Terima kasih kepada mereka yang bertanya. Berikutnya ialah tentang pembayaran elaun COLA, elaun beban hidup. Hanya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih kerana Yang Berhormat Kuala Langat ini – Oh! Dia tidak ada pula di sini. Dia sangat prihatin. Sebenarnya, pembayaran COLA tidak boleh dibuat secara mandatori. Maknanya, secara paksa tidak boleh buat. Adalah lebih sesuai dijadikan sukarela sebagai satu insentif tambahan oleh majikan kepada pekerja-pekerja mereka. Berikutnya Tuan Yang di-Pertua, ialah kenaikan gaji pekerja. Yang Berhormat Bagan pun tidak ada, Yang Berhormat Parit pun tidak ada. Saya rasa tidak perlu jawab, saya jawab secara bertulis.
Parit ada.
Yang Berhormat Parit ada? [Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat Parit. Untuk makluman Yang Berhormat, pertumbuhan ekonomi negara antara hidup rakyat sesebuah negara amat dipengaruhi oleh faktor produktiviti. Justeru itu, kerajaan telah mengenakan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti. Maknanya ini biasa sistem dalam perniagaan kita, dalam syarikat dan sebagainya. Bagi makluman Dewan dan juga Yang Berhormat, faedah pelaksanaan PIWS di atas yang saya sebutkan tadi, Productivity-Linked Wage System (PIWS) ini adalah antaranya pemberian upah akan diselaraskan mengikut prestasi, menjamin kestabilan pekerjaan dan mengurangkan risiko berlakunya pembuangan kerja, mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak pekerja dan majikan, membolehkan masyarakat menyelaras proksi mengikut suasana ekonomi semasa, membaiki pengkhususan kerja dan meningkatkan motivasi pekerja dan keputusan kerja. Jadi, itu Yang Berhormat ya. Seterusnya ialah tentang isu pengangguran yang mendapat menarik perhatian cukup ramai. Tujuh orang Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam isu pengangguran iaitu Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sibu dan juga Yang Berhormat Parit. Untuk makluman Yang Berhormat semua, yang mana Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Merbok membangkitkan isu memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenal pasti 12 Bidang Ekonomi Utama Negara dengan mengunjurkan sebanyak 3.3 juta pekerjaan baru menjelang tahun 2020. Maknanya ETP punya program ini, menjangkakan 3.3 juta peluang pekerjaan akan dilahirkan. Langkah bagi meningkatkan pengambilan pekerja tempatan dan mengurangkan pengambilan pekerja asing adalah antaranya, majikan hendaklah mengutamakan pengambilan pekerja tempatan, majikan mesti ada sijil Jobs Clearing System (JCS) bagi mengambil pekerja asing, mengadakan nisbah pekerja tempatan berbanding pekerja asing, mengehadkan enam sektor untuk pengambilan pekerja asing, perkhidmatan, pembinaan, perladangan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan domestik. Usul untuk mengisi jawatan kosong yang dikosongkan oleh pekerja asing, pekerja tempatan antaranya ialah Program Penempatan Pekerjaan, Program 1Malaysia Support for
Housewives, Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dan yang lain termasuklah graduan menganggur dan lain-lain. Kalau graduan yang menganggur akibat ada kaitan dengan pekerja asing, bilangan pegawai dagang di Malaysia pada masa sekarang adalah seramai 9,248 sektor, di sektor minyak dan gas. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebutkan sektor oil and gas ini, sebenarnya, kita ada 13,309 orang pekerja tempatan dan pekerja dagang hanya ada 9,228. Maknanya, masih ramai pekerja tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...?
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan saya ada tujukan satu soalan yang tertentu. Apabila kita kata sekarang tafsiran kerajaan adalah yang tidak bekerja, unemployment adalah 3.2%. Bermakna, full employment. Akan tetapi kita semua tahu itu bukan benar kerana ada ramai di antara masyarakat Malaysia yang ingin bekerja tetapi tidak dapat kerja. Jadi saya telah tujukan bahawa, adakah sudah tiba masanya untuk menubuhkan satu dana wang untuk menolong mereka yang menganggur, yang ingin bekerja dalam sistem yang mana negara-negara barat, kalau kita tengok semua negara barat yang mana ada full employment, semestinya ada sistem ini? Kenapa kita mengiktiraf bahawa kita ada full employment, tetapi enggan mematuhi minimum standards pekerja iaitu jika mereka tidak bekerja, ada pampasan yang akan diberi supaya there will be a check and balance? Bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada kerajaan sebab ada kewajipan dan sebagainya, polisi yang dibuat. Semua ini perlu dirangkumi supaya ada win-win situation. Adakah kerajaan dapat memikirkan perkara ini? Ini bukan kali pertama Yang Berhormat saya membawa hujahan ini, sudah banyak kali. Kerajaan berkata ada penyelidikan atau penyiasatan sering dibuat. Apakah kerajaan hendak membuat mengenai perkara ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sebenarnya, saya hendak betulkan, kadar pengangguran kita ialah 3%.
Suku tahun pertama ialah 3.1 dan kita di bawah full employment, maknanya guna tenaga penuh. Kalau ikut ILO punya peraturan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pengangguran ini banyak faktornya yang boleh kita berikan sebab. Saya tidak boleh katakan bahawa satu, dua faktor sahaja yang menentukan pengangguran, tidak ada kerja dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita ada peluang pekerjaan yang cukup banyak dan pada saya kementerian telah lakukan cukup banyak, di samping kementerian-kementerian lain. Umpamanya 12 program yang kita sebutkan, JobsMalaysia, JobStreet dan sebagainya adalah antara program-program yang kita susun untuk kita menarik anak-anak muda yang tidak bekerja ini mencari pekerjaan. Bahkan sebagai contoh, kita buat di masa KEKK di Serdang baru-baru ini dengan beberapa syarikat menawarkan peluang pekerjaan, kita telah boleh mengambil tidak silap saya 400-500 orang pekerja on the spot, hari yang sama. Begitu juga di Sungai Limau. Saya pergi sendiri. Kita boleh menarik 200 lebih orang bekerja, anak-anak kita bekerja dan kita sudah lakukan ini. Walau bagaimanapun terima kasih Yang Berhormat atas pandangan yang saya kira boleh kita tambah baikkan untuk kita memastikan supaya tidak ada anak-anak muda kita yang menganggur kerana sebab mereka tidak faham. Oleh sebab itu kita buat road show sekarang. Turun ke kampung, ke kawasan- kawasan untuk memberitahu mereka peluang-peluang kerja yang ada. Bagaimana saudara-saudara boleh merebut kerja-kerja ini dan peluang-peluang ini. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, isu berikutnya ialah tentang penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya wanita. Ada empat, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong tidak ada ya. Dia wanita tetapi tidak ada pula. Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Masjid Tanah tentang wanita ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan kepada Statistik Jabatan
Perangkaan Malaysia pada suku tahun kedua 2013. Penduduk Malaysia adalah seramai 29.7 juta orang. Dari jumlah itu, tenaga kerja di Malaysia seramai 13.6 juta orang bagi suku kedua tahun 2013, kadar penyertaan tenaga buruh wanita adalah 44.9 juta iaitu 52%. Berbanding kadar 49.5% pada tahun 2012 dan 47.9% pada tahun 2011. Kadar penyertaan buruh wanita melepasi tahap 50% adalah yang pertama dicapai oleh negara sejak merdeka. Ini merupakan hasil usaha kerajaan ke arah mencapai sasaran penyertaan wanita 55% menjelang tahun 2015. Saya harap matlamat negara untuk memberikan 55% pekerja wanita di negara kita akan dapat tercapai. Ini boleh ada peningkatan kerana ada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk kementerian kita dalam meningkatkan penyertaan wanita.
[Bangun]
Antaranya ialah peraturan-peraturan kerja separuh masa. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu saya hurai secara mendalam. Saya bagi point sahaja. Program 1Malaysia Support for Housewife. Banyak yang boleh kita buktikan umpamanya Program ini 1Malaysia Support for Housewife programme bagi tempoh Januari sehingga 31 Oktober 2013. Kita ada sembilan jawatan yang mana melalui program ini kita telah menarik seramai 3,847 orang wanita untuk terlibat dalam pekerjaan termasuk pengurusan profesional, juruteknik, perkeranian, perkhidmatan, jualan, pekerja mahir, operator loji, mesin pemasang dan lain-lain. Jadi yang lain-lain program yang disusun untuk membantu dan menggalakkan penglibatan wanita dalam pekerjaan ini, saya sebutkan tadi Program Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme yang juga telah banyak memberikan kesan di mana kita telah menyasarkan 400 orang dan penyertaan telah mencapai kepada 329 yang melibatkan 11 bentuk bidang pekerjaan. Kemudian, aktiviti program lain ialah home working, Azam Kerja, pusat asuhan taska dan waktu kerja anjal yang juga diberikan peluang untuk pekerja-pekerja wanita kita. Mengenai isu diskriminasi gender berhubung isu diskriminasi gender yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, sehingga hari ini tiada peraturan dan undang-undang perburuhan berhubung dengan isu diskriminasi gender ini sebelum seseorang pekerja itu diambil bekerja. Ini adalah kerana kuasa untuk mengambil pekerja yang bersesuaian dengan persekitaran adalah di tangan majikan itu sendiri. Namun demikian, apabila seorang pekerja memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan, maka majikan berkenaan tertakluk kepada undang-undang perburuhan sedia ada dan tindakan selanjutnya akan diambil jika perlanggaran undang- undang berlaku termasuk mendiskriminasi gender atau pekerja wanita ini. Aduan terhadap majikan berkenaan isu ketidakadilan kerja buruh ini dan penindasan pekerja sebenarnya tidak banyak Tuan Yang di-Pertua. Pecahan bilangan isu aduan dari tahun 2012 hingga 2013, unfair labour practice pada 2012 sebanyak 85, tahun 2013 sebanyak 22. Penindasan pekerja oleh majikan berjumlah 48 bagi 2012, tahun 2013 sebanyak 26. Jumlah semuanya ialah 181. Kementerian Sumber Manusia tetap akan membuat siasatan terhadap aduan yang diterima berhubung dengan amalan diskriminasi gender ini. Bagi tempoh tiga tahun ini, sebanyak sembilan aduan telah diterima dan hanya dua aduan didapati berasas. Maknanya tidak ada. Mungkin ada sebabnya, sama ada pekerja itu tidak berani, takut kerja mereka hilang ataupun sebagainya. Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kita akan pastikan supaya tidak ada penindasan dalam pekerjaan, dalam gender ini. Penyertaan yang berikutnya ialah penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan. Saya hendak ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Limbang ada? Yang Berhormat Limbang tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat saya beri sedikitlah untuk makluman. Kategori OKU di Malaysia, kita ada 464,997 orang yang melibatkan tujuh kategori ketidakupayaan. Ini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal, kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pelbagai, kurang upaya mental dan kurang upaya pertuturan. Jadi, saya ingat detail nya saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat Limbang.
Kemudian, isu pekerja asing. Pekerja asing ini juga menjadi isu yang agak menarik di kalangan Ahli Yang Berhormat. Seramai empat orang Yang Berhormat telah membincangkan tentang pekerja asing. Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu mengurangkan bergantungan kepada pekerja asing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia. Program Penempatan Pekerjaan (3P) bagi membantu rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Sehingga 31 Oktober 2013, Kementerian Sumber Manusia melalui 12 aktiviti Program Penempatan Pekerjaan (3P) telah berjaya menempatkan seramai 193,970 orang pencari kerja dalam pelbagai jawatan. Mengetatkan prosedur pengeluaran surat job clearance system. Maknanya, untuk mencari pekerja asing ini kita ketatkan sistem kita supaya kita pastikan bukanlah pengambilan pekerja asing kerana mereka benar-benar perlu tetapi kita hendak pastikan supaya pekerja tempatan didahulukan dan pekerja asing dikemudiankan. Oleh sebab itulah sehingga September 2013 sebanyak 7,101 majikan diluluskan, yang melibatkan seramai 277,249 pekerja asing yang disyorkan. Kita tidak luluskan seperti mana yang dikehendaki oleh mereka dan ini adalah selaras dengan kerja kita bersama dengan Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya. Yang berikutnya ialah bagaimana kita hendak menahan pengaruh pekerja asing masuk ialah mekanisme G to G. Makna kerjasama antara kerajaan, negara dengan negara yang kita adakan sekarang. Berikutnya, ialah sektor yang diluluskan. Kita tidak memberikan kebenaran asing kepada sektor-sektor yang boleh diisi oleh pekerja tempatan. Sebaliknya adalah sektor-sektor tertentu sahaja. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Berkenaan dengan penggunaan buruh-buruh asing ataupun pekerja asing. Boleh atau tidak pihak kementerian hanya hadkan untuk di bidang buruh kasar sahaja sedangkan kita tengok hari ini di hotel dan juga jadi safeguard hatta menjadi tempat kawalan di rumah-rumah pun terdiri dari kalangan pekerja-pekerja asing. Boleh atau tidak pihak kementerian hanya hadkan guna tenaga ini kepada buruh pembinaan, buruh kasar sahaja? Tidak melibatkan dalam sektor-sektor yang boleh dibuat oleh pekerja-pekerja tempatan. Bukan pekerja-pekerja tempatan tak nak tetapi oleh kerana memang apabila murah dengan mahal ini kebanyakan mereka akan ambil daripada pekerja asing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat...
Sedikit sahaja, perkara yang sama Yang Berhormat. Boleh...
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Saya hendak minta kalau boleh kerajaan juga mempertimbangkan agar ada kuota, sekatan setakat berapa banyak, berapa ramai buruh daripada luar atau pun tenaga luar yang patut diambil? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada...
Bukit Gantang.
Bukit Gantang dengan Kuantan. Saya kalau bertanya kepada saya, soalan itu tidak keluar pada saya.
Indera Mahkota, bukan Kuantan.
Sorry, sorry Yang Berhormat Indera Mahkota. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Kalau pada saya kenapa harus kita benarkan pekerja asing datang ke negara kita? Dan bagaimana kita hendak mengisi ruang itu? Ini penting. Maknanya pada saya tidak timbul sektor-sektor, sepatutnya orang tempatan mesti
mengambil, berebut peluang ini dahulu. Kalau kita dapat tahu berpuluh-puluh bilion duit negara kita di alih keluar oleh pekerja-pekerja asing, kenapa kita harus membenarkan ini semua berlaku di negara kita? Sebab itulah tanggungjawab ada tanggungjawab kita semua. Jadi Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kita dari segi kementerian daripada kerajaan memang kita mengehadkan. Kalau ada istilah yang lebih mudah untuk kita faham ialah pekerja asing ini kita berikan tumpuan kepada pekerja-pekerja yang kita istilah dalam 3D, dirty, difficult dan dangerous. Maknanya Yang Berhormat faham lah itu, saya tidak payah translate lah dengan izin. Kita hanya membenarkan enam sektor sahaja Tuan Yang di-Pertua iaitu sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan domestik. Maknanya yang lain-lain yang boleh dilakukan oleh pekerja tempatan, kita berikan keutamaan dan kita tidak benarkan kepada pekerja asing. Akan tetapi pelaksanaan ini itu persoalan lain. Sebab itulah penguatkuasaan oleh kerajaan, oleh kementerian dan lain-lain pihak termasuk kita semua adalah sokongan kepada kerajaan adalah penting, supaya kita memastikan pekerja asing tidak bermaharajalela di negara kita. Jadi, Tuan Yang di-Pertua terima kasih banyak. Yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua ialah banyaklah pendekatan yang digunakan oleh kerajaan termasuk Dasar Penggajian Pekerja Asing, gaji minimum, hak sektor yang mengajikan pekerja asing, Sistem Binaan Berindustri (IBS), automasi bermakna kita galakkan penggunaan teknologi moden.
Minta laluan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanyakan untuk memastikan bahawa kedatangan atau kebanjiran pekerja asing dalam negara kita tidak menimbulkan isu-isu atau ketidaktenteraman di kalangan komuniti kita dan juga tidak mendatangkan masalah kepada perumahan khasnya di kawasan perumahan. Adakah kerajaan ingin mempertimbangkan konsep supaya semua pekerja-pekerja asing ini dapat ditempatkan di dalam centralized labour quarters. Di mana saya rasa ini adalah satu konsep baru yang telah dipakai, digunakan oleh MRT di Sungai Buloh dan konsep ini juga amat berjaya di negara Singapura. Jadi, adakah boleh dijadikan satu kewajipan supaya majikan-majikan ini menyediakan tempat menghuni seperti ini untuk keselesaan pekerja mereka? Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pandangan itu boleh diambil. Saya tidak boleh mengatakan bahawa pendekatan ini adalah satu pendekatan yang terbaik, yang cukup baik tetapi kita akan melihat. Mungkin ada pendekatan-pendekatan lain yang boleh kita gunakan supaya bukan sahaja kita boleh memastikan pekerjaan asing ini tidak bermaharajalela dan mereka juga tidak terlibat dengan unsur-unsur lain. Jadi, terima kasih atas pandangan itu.
Yang Berhormat Menteri, sedikit, tentang pekerja asing.
Saya hendak bagi setengah jam Tuan Yang di-Pertua.
Sedikit. Sama dengan soalan pekerja asing. Yang Berhormat Menteri, kita telah menyaksikan keadaan yang sangat tragik dengan security guard yang tembak staff bank ini. Saya masih ingat dahulu security ini terutamanya dari bank dia harus menjadi pekerja bank, secara direct dia diupah oleh bank. Ini adalah satu jaminan keselamatan. Akan tetapi kerana kita membenarkan sub contracting dan membenarkan security firm ini untuk mengambil pekerja asing, saya ingin mengesyorkan kepada kementerian, kita timbang semula sektor-sektor sensitif seperti security,(keselamatan) ini. Kita hanya reserve untuk rakyat tempatan dan juga tidak membenarkan institusi ini memberi sub contracting kepada syarikat-syarikat, firma-firma keselamatan selain daripada mereka secara direct untuk mengupah. Ini supaya setiap pekerja ini yang bekerja sebagai pegawai keselamatan ini dikenal pasti oleh majikan sendiri. Bolehkah kementerian mempertimbangkan cadangan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bidang pengambilan pekerja keselamatan ini di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi saya tidak hendak komen, cuma pandangan itu boleh kita ambil. Oleh kerana kita mempunyai satu jawatankuasa khas tentang pekerja dan pendatang asing di peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, maka kita akan bawa Tuan Yang di-Pertua. Apa-apa juga pandangan yang baik yang kita boleh ketengahkan kita akan bawa pada forum ini. Di mana pekerja-pekerja keselamatan ini di bawah akta yang lain di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Akta Agensi Persediaan oleh KDN. Jadi, saya tak nak komen banyak, kita serah, biar itu sebagai satu point yang kita akan bawa kepada kementerian dalam jawatankuasa khas yang dibincangkan. Tuan Yang di-Pertua, satu, dua perkara lagi. Yang berikut ialah tentang...
Yang Berhormat, ada tambahan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya sedikit lah kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan buruh asing. Kita sedar bahawa banyak sektor-sektor pekerjaan yang kita perlukan buruh asing. Ramai pekerja-pekerja asing datang ke sini, mereka juga membangunkan negara kita. Akan tetapi mereka ini datang dengan bawa penyakit sekali. Kadang-kadang ada penyakit-penyakit baru yang di bawa oleh pekerja asing ini yang tidak pernah berlaku di negara ini. Kita lihat apabila kita sebut tentang wang dihantar ke luar negara, kita lihat isu pekerja asing ini termasuk wang dan sebagainya tetapi ada satu perkara iaitu FOMEMA. Di mana FOMEMA ini syarikat Singapura mendapat majoriti share. Jadi, lagi banyak buruh asing datang ke sini lagi untung syarikat daripada Singapura itu. Pelabur Singapura mendapat keuntungan daripada kebanjiran buruh asing di negara kita apabila kita buat pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Jadi, adakah kita bercadang bahawa kita perlu ada syarikat lain untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau pun kita memeriksa kesihatan di negara mereka. Sebelum mereka datang ke sini, mereka ada blood test dan sebagainya. Sudah ada laporan itu baru kita benarkan mereka masuk ke Malaysia, supaya penyakit-penyakit yang kita tengok penyakit-penyakit baru ini tidak menular di negara kita. Sebab apa kita lihat negara-negara lain apabila mereka pergi ke hospital, mereka kena bayar harga yang tinggi. Buruh asing kena bayar harga yang tinggi untuk dapatkan pemeriksaan. Akan tetapi di Malaysia ini cukup baik. Mereka datang ke hospital tanpa bayaran pun kita layan cukup baik. Akan tetapi kita lihat ini merugikan negara lagi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang cukup baik. Sebenarnya pokok persoalan kita ialah pekerja asing. Kenapa kita boleh mengizinkan pekerja asing yang terlalu ramai berada di negara kita? Yang legal Tuan Yang di-Pertua ialah 2.1 juta. Yang tidak legalnya saya malas sebut, mungkin tidak tepat tetapi maknanya berjuta. Kenapa harus ini kita benarkan? Sebab itulah berbagai-bagai pendekatan telah pun kita ambil. Saya kira sudah tentulah kalau kita dapat mengurangkan pekerja asing, dengan sendirinya masalah yang dibawa oleh pekerja asing ini akan kurang termasuklah dari segi jenayah dan sebagainya. Saya ambil satu contoh. Baru ini kita ada G2G punya pendekatan. Pengambilan Bangladesh kalau tidak silap saya. Saya lupa perangkaan dia di mana ini tugas Kementerian Dalam Negeri, di mana sebelum pekerja ini diambil dia akan scan semuanya. Segala aspek kesihatan, jenayah dan sebagainya dan baru kita boleh ambil. Kita harap pendekatan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri bersama dengan kementerian-kementerian lain ini dapat memastikan supaya apa Yang Berhormat sebutkan tadi termasuklah FOMEMA ini. Kalau boleh FOMEMA ini tidak perlu lagi. Kenapa? Kalau tidak ada pekerja asing buat apa kita perlukan lagi sebab kita ada hospital kita, kita ada klinik kita untuk rakyat tempatan. Akan tetapi oleh kerana adanya, jadi kita tak nak juga agensi ini menjalankan perniagaan kerana ramai pekerja asing. Sebab itulah segenap angle akan kita lihat. Ini supaya yang pertamanya kita dapat mengurangkan pekerja asing di negara kita dan kita beri ruang kepada pekerja tempatan untuk mengambil alih tempat mereka. Okey Yang Berhormat.
Menteri, Kota Raja, depan.
Sorry, tidak nampak.
Terima kasih menteri. Setujukah menteri bahawa masalah pekerja asing yang kita bawa untuk sektor perkilangan tidak akan dapat kita selesaikan selagi kita tidak ada transformasi bidang sektor perkilangan kita yang kebanyakan tidak begitu knowledge based dan masih lagi menggunakan bahagian operasi dan sebagainya. Tahukah menteri bahawa sesetengah daripada kilang-kilang ini enggan mengambil pekerja tempatan dan kalau ambil pun pekerja tempatan, tidak diberi kerja untuk overtime dan sebagainya yang menyebabkan gaji pekerja tempatan rendah. Jadi, mereka tidak mahu kerja di kilang. Selagi sektor perkilangan kita tidak berdasarkan knowledge based dan sebagainya, selagi itu kilang akan membawa masuk pekerja kurang mahir ini daripada negara luar, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Pandangan cukup baik dan saya bersetuju. Setakat ini kita tidak boleh menolak 100% keperluan pekerja asing di negara kita. Kalau kita pergi ke hotel-hotel di mana kita makan di jamuan kahwin dan sebagainya, sebahagian besar pekerja adalah pekerja asing. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat dan oleh sebab itulah saya sebutkan awal-awal tadi. Melalui skill, kemahiran, institut latihan. Inilah pendekatan yang kita ambil supaya kita boleh meningkatkan tahap kemahiran pekerja-pekerja, termasuklah pekerja kilang.
Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, setujukah Yang Berhormat Menteri kalau kita katakan syarikat-syarikat swasta seperti perkilangan dan sebagainya, mereka ini lebih suka mengambil pekerja-pekerja asing kerana tempoh pekerjaan pekerja-pekerja asing ini tidak lama. Mungkin setahun atau dua tahun, selepas itu diganti dan ditukar orang baru. Jadi, ini akan menyebabkan kos emolumen mereka tidak akan meningkat. Sebaliknya, kalau dia ambil pekerja-pekerja tempatan, pekerja tempatan ini kalau bekerja sampai 10 tahun, kemudian 15 tahun. Kemudian kos pembayaran elaun akan meningkat dan sehingga menyebabkan mereka terpaksa buat tawaran VSS dan sebagainya. Jadi, adakah ini satu kaedah yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha swasta, khususnya untuk menjimatkan kos overhead mereka. Apakah pihak kementerian mempunyai kajian terhadap trend ini? Jika ada, apakah kementerian telah bersedia dengan apa-apa tindakan? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, saya tidak nafikan memang itu mungkin antara perkara yang menyebabkan ada majikan yang suka kepada pekerja asing. Ini kerana mungkin dalam masa yang sama mereka boleh exploit, dengan izin, menipu pekerja ini. Paling penting kepada mereka ini ialah keuntungan walaupun pekerja itu dibayar gaji yang tidak sesuai. Oleh sebab itulah kita di kementerian dan begitu juga kementerian- kementerian lain, kita akan buat penguatkuasaan terhadap apa juga peraturan yang ada pada kita supaya memastikan tidak ada penindasan kepada pekerja-pekerja tempatan ini. Dalam masa yang sama, tidak ada penyalahgunaan kepada pekerja asing seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi. Saya ingat pandangan yang cukup baik, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan pihak kerajaan. Adakah pihak kerajaan membuat sesuatu ataupun perbincangan dengan pihak-pihak swasta, contohnya hotel. Umpamanya membincangkan sama ada memberi kuota ataupun mengehadkan bilangan pekerja asing. Maksud saya, kalau kita melihat perbandingan. Kita pergi ke Aloft Hotel di Kuala Lumpur Sentral, kita boleh katakan 100% pekerjanya adalah rakyat Malaysia. Kalau kita pergi pula ke Majestic Hotel, kita tengok 100% pekerja asing. Maksudnya, perbandingan ini adalah merupakan yang maknanya rakyat kita sendiri boleh bekerja. Kalau kita tengok di kaunter-kaunter di shopping complex, kebanyakannya pekerja asing. Saya pernah bertanya, maknanya gaji bukanlah murah. Dia dapat, saya tanya dia, kata dia daripada Myanmar, dia dapat lebih kurang RM1,600 sebulan. Maknanya, bukan satu kedudukan gaji yang rendah. Akan tetapi adakah pihak kerajaan boleh membincangkan bersama pihak swasta dari segi soal pemberian pekerjaan- pekerjaan seperti ini. Apakah langkah-langkah sebenarnya? Adakah kita kurang kemahiran ataupun sebagainya? Kementerian Sumber Manusia sendiri banyak memberi latihan-latihan
tertentu kepada rakyat sendiri dan sudah pastinya kita kena memberi peluang kepada rakyat kita dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sebenarnya, dasar tentang pekerja asing ini sentiasa kita kaji Yang Berhormat. Saya akui bahawa seperti yang disebutkan tadi, bahawa kita tidak boleh nafikan, kita tidak boleh tolak 100% pekerja asing. Kalau kita tolak Tuan Yang di-Pertua, saya ingat collapse kita punya ekonomi dan memang akan berlaku. Akan tetapi persoalan saya, ke mana perginya pekerja tempatan ini? Kita telah buat pelbagai usaha, kementerian dan pelbagai, termasuklah Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya, ke mana pergi pekerja-pekerja kita? Apakah lagi galakan ataupun dorongan yang perlu kita buat kepada mereka ini? Oleh sebab itu saya minta semua Ahli Yang Berhormat, semua pemimpin masyarakat di peringkat atas sehinggalah ke bawah, uar-uarkan pekerjaan ini, ambillah peluang ini. Kenapa kita izinkan RM30 bilion lebih duit kita keluar ke negara lain sedangkan boleh digunakan di negara kita ini. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah pandangan Yang Berhormat Lipis itu bagus. Saya akan bawa dan seperti saya sebutkan tadi kita sentiasa mengkaji dan melihat. Dalam masa yang sama kita menjalankan penguatkuasaan supaya memastikan Akta Pekerja ini dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak membenarkan...
Yang Berhormat...
Saya hendak habis dah. Yang Berhormat, kalau boleh jangan lama sangat. Saya hendak izinkan Menteri Wilayah Persekutuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menteri. Satu daripada masalah ataupun mengakibatkan masalah besar iaitu dalam pantauan pekerja asing ini atau pun mengaturkan kedatangan pekerja asing ke Malaysia ialah kita ada satu kerajaan tetapi yang beri permit atau outsourcing permit ialah pihak Kementerian Dalam Negeri. Pemantauan dan penguatkuasaan adalah Kementerian Sumber Manusia. So, kita dapati bahawa apa tangan kiri buat, tangan kanan tidak tahu. Ini menjadi masalah. So, oleh kerana itu pemantauan pun kurang sebab Kementerian Sumber Manusia tidak mencukupi penjawat awam untuk turun padang mengawasi masalah yang sebenarnya. Ini memang telah diakui oleh menteri yang baru masuk ke Dewan, yang menjadi Menteri Sumber Manusia pada kerajaan yang lama. So, sebenarnya isu yang hendak dibangkitkan di sini ialah bolehkah kerajaan membuat dan mencari satu jalan lain di mana proses ini boleh dicantumkan ke satu division atau satu kementerian yang baru. Oleh sebab kita dapati bahawa pekerja asing sekarang sudah lebih kurang 3 juta. So, adakah kita boleh nampak satu cara baru untuk mengaturkan kedatangan pekerja-pekerja asing ini secara more efficient apabila mereka ada di Malaysia. Sekian, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah sebutkan tadi bahawa kita kementerian sentiasa melihat dan mengkaji balik dasar pekerja asing. Oleh sebab itulah saya ucapkan terima kasih kerana Jawatankuasa Khas Kabinet ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, menunjukkan seriusnya bagaimana kita hendak menangani pekerja asing ini. Tentang pemantauan, enforcement, penguatkuasaan yang disebutkan. Yang Berhormat, saya tidak nafikan mungkin ada sebahagian kelemahan sebab kadang-kadang- begitu juga dengan kementerian lain, kita tidak boleh nafikan. Selagi adanya pihak yang tidak bertanggungjawab, maka sudah tentu enforcement ini terpaksa lakukan. Umpamanya, di kementerian kita tentang pemantauan pekerja asing, kita ada pemeriksaan berkala yang kita buat. Saya kalau Yang Berhormat hendak, saya akan berikan berapa banyak penguatkuasaan, bagaimana lawatan berkala yang kita buat untuk pastikan supaya pekerja asing ini tidak bermaharajalela di negara kita. Satu lagi yang saya sebut awal tadi, pendekatan kerajaan dalam Blue Ocean Strategy ini. Umpamanya, G2G yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua. Tentang pengambilan Bangladesh yang approach baru dan pendekatan baru telah dibuat. Di mana kalau ikut kesediaan, 10,000 pekerja Bangladesh di negara mereka telah bersedia untuk datang. Akan tetapi dengan adanya
pendekatan baru ini, dengan pemeriksaan yang dibuat yang dari segi jenayahnya, dari segi kesihatan dan sebagainya, pada 31.11.2013 hanya 1,155 sahaja baru kita benarkan masuk. Kita dapat kesan berapa ramai juga yang terlibat dengan jenayah, dengan penyakit, kita tidak izinkan mereka masuk. Ini antara pendekatan yang diambil Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat sudah panjang jawapan saya.
Yang Berhormat Menteri, soalnya ialah adakah cara untuk mencantumkan dua proses ini dalam satu kementerian atau kementerian yang baru. Oleh sebab cerita Yang Berhormat Menteri itu telah lama diberitahu dalam Parlimen tetapi tidak ada apa-apa resolution.
Saya tidak boleh menjawab. Saya akan bawa cadangan Yang Berhormat kepada Jawatankuasa kita dan kementerian yang bersama dengan kita. Tuan Yang di-Pertua, kalau lama sangat ini jadi pelajar asing kita nanti. Jadi saya hendak pindah kepada tajuk yang lain, Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi isu ialah Tabung Pemberhentian Bekerja (Retrenchment Fund) yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Batu, tentang tabung ini dicadangkan supaya diwujudkan. Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa sekarang kerajaan sememangnya berhasrat untuk melaksanakan satu Skim Pemberhentian Kerja dan perkara ini dalam peringkat kajian. Mungkin majikan pun terpaksa melihat. Jadi apa pun terima kasih atas soalan yang ditimbulkan. Tuan Yang di-Pertua, berikutnya ialah - ini sudah satu atau dua dasar yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang contractor and subcontractor for labor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat juga. Yang Berhormat Kuala Langat ini memang orang pakar tentang sumber manusia ini, tentang isu pekerja ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula subcontractor for labor kerana peruntukan contractor for labor telah dilaksanakan pada tahun 2012 dan hanya dipakai di sektor perladangan. Sebelum ini, contractor for labor tidak diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia. Dengan pelaksanaan peruntukan tersebut, sebanyak RM1,670 contractor for labor telah berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja sehingga 30 Julai 2013. Jadi sehingga kini, seramai 6,589 pekerja tempatan telah menikmati faedah perlindungan seperti caruman KWSP, PERKESO serta faedah-faedah lain yang termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan termasuk menikmati pelaksanaan gaji minima. Maknanya apabila kita ubah akta ini, dari segi contractor for labor tadi, maknanya ramai pekerja kita mendapat faedah termasuk caruman KWSP dan juga PERKESO. Kalau tidak mereka akan menghadapi pelbagai masalah termasuklah penindasan pekerja dari segi kerja mereka dan sebagainya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah kekurangan pegawai di Jabatan Tenaga Kerja, Kapit yang ditimbulkan oleh... Yang Berhormat Hulu Rejang ada? Tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini agak lebih local issue dan saya ingat saya jawab pada Yang Berhormat Hulu Rejang secara bertulis. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan - saya ingat itu sahaja soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Terima kasih banyak kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih banyak kepada Ahli Yang Berhormat seramai 22 orang dengan membawa isu dan saya sekali lagi bagi pihak Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Sumber Manusia mengucapkan terima kasih banyak kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan atas kelulusan bajet kementerian kita dan kita berharap kalau kita ingin mencapai negara maju dan ramai lagi pekerja kita berkemahiran, maka sudah tentulah kita perlukan peruntukan yang lebih untuk masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Kementerian Wilayah Persekutuan.
Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca selawat] . Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas Dewan Rakyat Tahun 2013 kali ini. Keprihatinan, ketelitian dan kepekaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara- perkara yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup serta kebajikan para warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya amatlah kami hargai. Ini termasuklah cadangan-cadangan yang dikemukakan telah kami ambil maklum. Yang Berhormat daripada Wangsa Maju tidak ada, tidak ada bukan? Jadi saya tidak perlu jawab kerana soalan dia pun serupa macam dia tanya saya dahulu dalam soal jawab. Jadi saya tidak perlu jawab. Yang Berhormat Titiwangsa ada atau tidak?
Tidak ada.
Yang Berhormat Titiwangsa pun tidak ada, jadi saya tidak payah jawab. Saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Tanjung Piai ada atau tidak?
Tidak ada.
Yang Berhormat Tanjung Piai pun tidak ada, saya tidak jawab. Saya akan jawab bertulis.
Yang Berhormat Segambut ada.
Hai, Yang Berhormat Segambut adakah? [Ketawa] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Segambut terima kasih di atas soalan Yang Berhormat. Seperti mana Ahli Yang Berhormat Segambut...
Dengan izin, dengan izin.
Hai, belum jawab pun sudah bangun?
Saya ada isu yang penting.
Boleh saya jawab dahulukah?
Isu ini cukup penting.
Okey, okey silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bangkit satu isu yang cukup penting. Saya percaya isu ini melibatkan kebanyakan Ahli Parlimen di Dewan sini. Ini mengenai taksiran cukai pintu di Kuala Lumpur. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dia mengissue satu notis kepada semua warga di Kuala Lumpur untuk menaikkan taksiran cukai pintu sebanyak 100%, 200% dan ada yang juga 300%.
Banyak itu!
[Dewan riuh]
Ya. Jadi, saya hendak sokongan daripada Ahli Parlimen di Dewan ini, sebelah sana dan sebelah sini untuk mendesak Yang Berhormat Menteri untuk mengarahkan Datuk Bandar DBKL menarik balik, menarik balik notis ini. Ini memang satu cadangan yang gila! Ya, pandangan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada kawan saya dari Segambut. Masalah Yang Berhormat Segambut ini jangan kelirukan Dewan. Pembangkang ini dia suka kelirukan Dewan dan rakyat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua notis memang sudah dihantar dan kita minta rakyat maklum balas kepada Dewan Bandaraya pada 17 Disember, sebelum kita tetapkan kenaikan yang kita hendak naik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak pernah naikkan cukai taksiran selama 21 tahun.
[Dewan riuh]
Selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat perlukan...
Ini kalilah...
[Bangun]
Ini kalilah, lain kali pun you tidak adalah. [Tepuk]
Minta penjelasan.
Lain kali pun tidak boleh punya. Kalau saya jadi Menteri lain kali pun tidak ada. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, kita laksanakan ini oleh kerana hartanah di Kuala Lumpur meningkat. Dahulu rumah teres RM80,000, sekarang rumah teres RM400,000. Kita hendak menjaga kepentingan rakyat. Bila dia punya cukai taksiran terlalu rendah, hartanah ini bagaimana hendak meningkat dengan berkali-kali ganda, Tuan Yang di-Pertua? Jadi jangan kelirukan rakyat, jangan kelirukan Dewan dan jangan kelirukan semua oranglah.
Minta penjelasan.
Saya minta tolong, kalau rakyat tidak bersetuju...
Dia terkeliru, dia selalu keliru.
Rakyat boleh tulis kepada Dewan Bandaraya dan kita akan menimbangkan. Kerajaan Barisan Nasional, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang adil, kerajaan yang akur dan kerajaan akan jaga kepentingan rakyat. Bukannya macam mereka, Tuan Yang di-Pertua.
Minta penjelasan.
Sila, Yang Berhormat Bukit Bintang.
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa di Kuala Lumpur unit-unit kondominium mahupun peniaga kompleks pun bertambah dalam tempoh 21 tahun ini. Ini mengakibatkan revenue dari inter figure bertambah tiap-tiap tahun. Saya tidak bersetuju bahawa kenaikan cadangan notis yang diberi oleh Datuk Bandar pada bulan ini cadangkan bahawa unit-unit seperti di Taman Seputeh, Seputeh. Satu banglo dahulu ditaksirkan RM25,000 dinaikkan RM50,000 lebih. Ini satu angka yang tidak boleh diterima. Oleh kerana di Taman Seputeh ramai pemilik pun sudah bersara dan juga penganggur. Mereka menambahkan beban. Jika ini disetujukan oleh Yang Berhormat Menteri, warga kota Kuala Lumpur ini akan naik beban. Bukan kos sara, naik gula, naik petrol dan tambah kenaikan cukai pintu yang amat tidak boleh diterima. Oleh kerana unit- unit bertambah, revenue pun sudah dapat lebih dari itu. Tambahan dari bangunan yang sedia ada ini. Terima kasih.
Terima kasih kawan saya dari Bukit Bintang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dahulu RM25,000, betul.
Harga rumah pun dahulu di kawasan tersebut barangkali RM150,000. Sekarang harga rumah tersebut RM2 juta, RM3 juta. Betul apa Yang Berhormat sebut memang banyak pembangunan telah dibangunkan tetapi kita perlu kepada sumber untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat daripada Bukit Bintang Yang Berhormat daripada Segambut saya akan ambil kira...
[Bangun]
Oleh kerana kita akan menerima bantahan ataupun apa yang hendak ditulis kepada Dewan Bandaraya sebelum 17 Disember dan kita akan mengambil satu kaedah barangkali untuk menang-menang punya situasi.
[Bangun]
Boleh?
Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kedua-dua Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Bintang dan Yang Berhormat Segambut kenaikan akan dilakukan barangkali dengan kadar berbeza daripada apa yang telah kita cadangkan. Ini terpaksa kita lakukan oleh kerana seperti saya sebut telah 21 tahun kadar tidak pernah dinaikkan. Kawan saya Yang Berhormat Batu.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu kata tidak tolak sebulat-bulatnya kenaikan sebab kalau kenaikan ini boleh disalurkan untuk kebajikan warga kota, kita setuju. Saya ingin dapat penjelasan dengan proses. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut notis ini dikeluarkan sebagai satu kaedah untuk dapat feedback. Akan tetapi saya agak kebanyakan warga kota ini dia agak keliru sebab mereka tidak tahu sama ada, bukan kita mengelirukan mereka tetapi dengan penerimaan notis itu sama ada kita cadangkan mereka bantah secara individu atau kementerian sekarang tengah ....... dapatkan feedback secara umum daripada masyarakat supaya kita ada satu formula kenaikan yang boleh diterima atau kita turunkan kadar yang ada. Oleh sebab saya tidak nampak ada kemungkinan kita boleh kumpulkan semua suara ini dalam masa yang singkat selain daripada ada perbincangan di antara wakil-wakil rakyat atau dengan DBKL dan secara keseluruhannya. Saya nampak kalau buat begitu saya tidak mahu yang menjadi mangsa itu adalah orang yang tidak tahu membantah. Akhirnya tidak membantah ditafsirkan sebagai setuju. Itu perkara yang sangat tidak baik. Saya juga ingin cadangkan kerana keadaan ekonomi yang agak teruk sekarang saya ingin cadangkan kalau kita ada adjustment pun bagilah tempoh yang munasabah. Jangan tahun ini. Mungkin satu kaedah yang boleh dilaksanakan memberi tempoh yang lebih panjang supaya pelaksanaan ini tidak secara terlalu berat untuk membebankan warga kota sebab sudah naik harga minyak, harga transport naik, harga gula pun naik, barang- barang naik, gaji minimum tidak naik.
[Bangun]
So, ini yang menjadi besar. Kalau kita tengok pun keseluruhan negara sungguhpun Sabah dan Sarawak kita kata mereka miskin tapi beban inflasi ini yang paling teruk paling tinggi adalah warga kota bandaraya Kuala Lumpur.
Boleh jawab sekali Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin saya boleh membantu Dewan inilah. Assessment ini Tuan Yang di-Pertua kita kutip assessment berdasarkan dua fakta. Pertama, nilai harta. Kedua, peratusan yang dikenakan assessment. Satu peratus atau dua peratus daripada nilai harta tiap tahun. Benar Yang Berhormat Menteri katakan 21 tahun tidak naik. Yang tidak naik itu adalah sepatutnya peratusan itu. Peratusan itu remain constant tetapi nilai, Yang Berhormat Menteri memang betul, Yang Berhormat Menteri menyatakan memang benar bahawa kalau dahulu nilainya RM250,000 sekarang sudah RM1 juta. Akan tetapi kalau RM1 juta dengan tidak menaikkan percentage pendapatan assessment adalah lebih tinggi. Ini patutnya tidak boleh kita lari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya tidaklah begitu membantah soal kenaikan cukai ini sebab sudah 21 tahun kita lihat perlu ada penyusunan semula. Yang saya bimbang iaitu DBKL ini. Bangunan sana sini naik tapi jalan raya tidak bertambah. Jadi kita sesak di jalan raya. Walaupun saya hujung minggu tidak ada tetapi musim menjalankan kerja di sini nampaknya satu masalah. Jadi adakah perancangan daripada kementerian selain daripada SPAD merancang untuk menggunakan pengangkutan awam. Bangunan boleh naik tetapi jalan raya juga perlu difikirkan. Macam mana penyusunan semula? Kalau tidak ada apa mekanisme berdekatan yang telah dibuat oleh kementerian ini.
Terima kasih kawan-kawan saya Yang Berhormat daripada Batu...
Minta penjelasan.
Itu cadangan orang tidak minum Tuan Yang di-Pertua. Bukan macam Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana notis telah diberi oleh DBKL dalam masa yang sangat singkat dan akan dikuatkuasakan pada ‘1 hari bulan 2014’ hanya dua minggu sahaja, saya minta Yang Berhormat Menteri boleh tangguhkan sementara untuk semua warga kota Kuala Lumpur boleh membuat bantahan dalam masa yang begitu singkat. Minta penjelasan.
Terima kasih kawan saya Yang Berhormat Batu, kawan saya Yang Berhormat Indera Mahkota, kawan saya Yang Berhormat Kinabatangan dan kawan saya Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di- Pertua, masalah-masalah yang telah dibangkitkan seperti apa Yang Berhormat daripada Batu telah sebut tadi kita akan ambil kira walaupun dia telah beri satu notis barangkali dikatakan singkat dan sebagainya tetapi apa yang kita akan laksanakan ialah mengambil kaedah sebaik mungkin kerana kita tidak mahu membebankan rakyat Kuala Lumpur dan warga kota. Tetapi rakyat warga kota pun mesti faham bahawa kita perlu kepada kenaikan seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu betul kerana the rate masih lagi rate yang serupa. The value property itu telah naik. Jadi dahulu kalau value dia RM200,000 sekarang ini RM1 juta. Dahulu katalah satu peratus dia bayar sekian banyak tapi sekarang ini value dia RM1 juta dia kena bayar RM1 juta punya value. Ini yang mereka tidak bersetuju. Kita akan lihat sebaik mungkin untuk memastikan bahawa apa yang kita laksanakan...
Jadi rate itu tidak naik?
Rate tidak naik. Kita hendak naikkan dia punya value sahaja.
Terima kasih.
Rate kita akan kekalkan. Akan tetapi masalah warga kota ini dia hendak harga hartanah yang tinggi, dapat keuntungan yang banyak tetapi dia tidak hendak bayar rate according to the present value. Itu yang sebenarnya. Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kawan-kawan saya di sini saya akan lihat semulalah dan saya akan terima semua maklum balas dan seperti apa Yang Berhormat Batu telah sebut kita bukan sahaja terima daripada individu- individu tetapi kita juga terima daripada masyarakat daripada tiap-tiap kawasan yang kita ada, wakil-wakil kita dalam kawasan parlimen-parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan untuk memberi maklum balas terhadap apa rintihan rakyat dalam kawasan tersebut. Untuk makluman kawan-kawan saya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kuala Lumpur saya sendiri telah mencadangkan bercakap dengan Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa kita akan buat satu pertemuan di mana bukan sahaja untuk masalah cukai tetapi juga untuk masalah hendak mewartakan draf pelan DBKL dengan Yang Berhormat sekalian dan ini akan dilakukan sebaik mungkin bila Datuk Bandar balik daripada luar negara. Itu saya akan lakukan. Jadi untuk jawapan, boleh saya mulakan? Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Segambut seperti mana Yang Berhormat daripada Segambut sedia maklum Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan ataupun RUMAWIP yang dipanggil yang telah dilancarkan pada 8 April 2013 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan adalah satu inisiatif yang diambil Kementerian Wilayah Persekutuan dalam membangunkan perumahan mampu milik selaras dengan Dasar Perumahan Negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga apabila sesuatu dasar itu digubal perkara pertama yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan platform atau struktur pelaksanaan yang mantap terlebih dahulu. Justeru itu, kementerian menubuhkan Jawatankuasa Task Force Perumahan yang dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Peranan jawatankuasa ini ialah untuk menyediakan satu mekanisme perancangan dan pelaksanaan rumah mampu milik yang tersusun di Wilayah Persekutuan.
Ini bagi memastikan pelaksanaan kelak benar-benar mencapai sasaran komitmen 50,000 di Kuala Lumpur dalam tempoh lima tahun, di Putrajaya sebanyak 20,000 unit dan di Labuan sebanyak 10,000 unit.
Sebagai permulaan, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya sedang merancang bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk pembangunan rumah mampu milik. Perkara ini merupakan aspek paling utama sebelum sesuatu pembangunan boleh dijalankan kerana penilaian teknikal perlu terlebih dahulu dijalankan bagi mengenal pasti kesesuaian jenis pembangunan di lokasi dan juga isu-isu tanah berbangkit yang perlu diselesaikan. Mekanisme pelaksanaan yang akan dijalankan bagi membangunkan perumahan mampu milik ini akan dibuat menerusi agensi di bawah kementerian sendiri, penswastaan ataupun persendirian oleh pemaju tetapi tertakluk kepada syarat yang digariskan di bawah Dasar RUMAWIP dan Projek Perumahan Awam 1Malaysia. Pada masa ini, di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menilai jumlah hampir 14,000 unit rumah mampu milik yang melibatkan beberapa projek yang dibuat mengikut mekanisme yang disebut di atas. Selain itu, beberapa tapak juga telah dikenal pasti dan kelak boleh dibangunkan untuk tambah unit lagi dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang berusaha melaksanakan semua ini secara berfasa tertakluk kepada kelulusan akhir kelak. Pihak kerajaan akan mengumumkan senarai akhir projek-projek dan bilangan unit terlibat tersebut di suatu Majlis Pelancaran RUMAWIP dan PPA1M Wilayah Persekutuan dalam masa yang terdekat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Segambut berkenaan dengan kesesakan jalan raya yang telah dibangkitkan. Pengkhususannya, Yang Berhormat telah meminta supaya dua buah sekolah antarabangsa yang ada di Jalan Dutamas Raya iaitu French School of Kuala Lumpur (Perancis) dan juga Garden International School di Mont Kiara ditutup. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita tidak bercadang untuk menutup sekolah ini dan kita tidak ada kuasa untuk menutup sekolah ini. Apa yang kita akan lakukan ialah untuk memberi lorong-lorong tertentu khususnya apabila mereka menghantar anak mereka ke sekolah. Ada tempat-tempat untuk mereka menunggu apabila mereka menghantar ataupun mereka mengambil anak-anak mereka daripada sekolah. Kita juga akan pantau kawasan ini untuk memastikan bahawa laluan lalu lintas dalam kawasan ini berjalan lancar. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang saya...
[Bangun]
Ada lagi?
Ada, ada. Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai rumah mampu milik. Janji hendak ada 50,000 rumah mampu milik di Kuala Lumpur. Saya hendak tahu tempat yang dikenal pasti oleh DBKL. Di mana? Mengikut kawasan Parlimen. Setiap Parlimen di Kuala Lumpur dan juga isu kesesakan lalu lintas. Isu bukan tutup kedua-dua buah sekolah tetapi isu pokok adalah masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur yang sungguh serius tiap-tiap hari. Saya masih ingat Yang Berhormat Menteri janji dalam surat khabar mengatakan bahawa kalau berlakunya banjir kilat yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas, Yang Berhormat Menteri pernah berkata dalam surat khabar akan mengarahkan anggota DBKL untuk menaiki motosikal dan bawa Yang Berhormat Menteri ke tempat kejadian untuk mencari punca banjir kilat. Akan tetapi sehingga kini saya nampak tidak ada. Tidak ada. Ini wayang. Jadi saya minta penjelasan. Macam mana hendak menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur especially during banjir kilat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tidak akan saya hendak pergi mana- mana saya kena beritahu kepada Yang Berhormat Segambut? Apa yang saya lakukan lebih baik orang tidak tahu daripada orang tahu. Itu prinsip saya. Lebih baik kalau tangan kanan beri, tangan kiri tidak tahu lebih baik. Itu konsep saya. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, berkenaan dengan kesesakan lalu lintas, buat masa sekarang ini oleh kerana pembangunan MRT sedang lancar berjalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya telah arahkan tiap-tiap waktu puncak dalam Kuala Lumpur, lebih kurang ada 600 orang petugas. 300 anggota polis dan 300 daripada penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjaga kawasan-kawasan tertentu untuk memastikan bahawa lalu lintas ataupun kereta dapat berjalan dengan lancar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, saya juga sedang meneliti dan melihat kawasan-kawasan yang dipanggil dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the bottleneck area. Kita telah kenal pasti ada lima kawasan bottleneck area yang kita terpaksa lakukan sesuatu. Ini akan kita laksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan- kawasan yang kita akan bangunkan rumah mampu milik ini, kita akan beritahu kepada Yang Berhormat tempat-tempat yang kita akan bangunkan kawasan-kawasan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kita juga ada masalah kekangan tanah. Saya sendiri telah memohon supaya ada tanah-tanah yang digazet khususnya untuk kawasan-kawasan hijau ini terpaksa digazet untuk membangunkan rumah mampu milik. Ini juga saya telah minta dengan kerajaan untuk menimbangkan apa yang telah saya mohon kerana hendak membangunkan 50,000 unit rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan untuk makluman Ahli Yang Berhormat adalah sedikit masalah bagi kita di Kuala Lumpur oleh kerana kekangan tanah. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai tanah yang begitu banyak untuk kita bangunkan 50,000 unit rumah.
[Bangun]
Daripada Yang Berhormat Seremban?
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Ya, Yang Berhormat Petaling jaya Selatan. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan pun hendak tanya DBKLkah?
Ya, ada, ada.
Okey, okey, okey.
Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya soalan semasa perbahasan peringkat dasar di mana ada satu masalah di tempat saya di Bukit Gasing. Projek Bukit Gasing di sebelah Kuala Lumpur atau Lembah Pantai iaitu pemajunya Gasing Meridien Sdn Bhd. Sekarang mereka buat kerja-kerja di lereng- lereng bukit. Masalah tanah liat yang berlaku mengalir ke tempat Bukit Gasing di sebelah Petaling Jaya, di Gasing Indah. Setiap kali hujan, mesti ada tanah-tanah runtuh dan tanah liat mengalir ke kediaman, halaman rumah, sekitar Gasing Indah. Jadi saya hendak penjelasan apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak DBKL kerana pihak DBKL sebelum itu tidak hirau langsung masalah ini. Panggil dan telefon dia datang untuk selesaikan masalah tetapi tidak ada orang datang untuk selesaikan. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri supaya mengarahkan DBKL supaya ambil langkah-langkah yang progresif untuk selesaikan masalah ini supaya penghuni yang tinggal di Gasing Indah tidak hidup ketakutan setiap kali hujan kerana lumpur-lumpur dan tanah liat mengalir ke halaman mereka. Sekian, terima kasih.
Soalan sama, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu- alukan bahawa Yang Berhormat Menteri sudah membuat satu keputusan yang wajar tentang Razak Mansion yang baru-baru ini diswastakan dengan usaha sama dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Ada seorang penyewa rumah pangsa DBKL akan dapat tawaran rumah tiga bilik 800 kaki per segi dengan harga yang amat munasabah iaitu RM42,000. Ini satu keputusan yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan memberi manfaat kepada para penghuni ini. Saya ingin tahu adakah hasrat kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuat lebih projek seperti ini di Kuala Lumpur untuk memanfaatkan warga kota Kuala Lumpur ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan ada tetapi saya tidak jawab. Minta maaf. Ada jawapan sebenarnya. Minta maaf, Yang Berhormat. Barangkali Yang
Berhormat baru masuk atau tadi ada? Ada? Minta maaf. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, soalan yang telah diterima oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada mesyuarat pertama dan mesyuarat kedua. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan berkenaan dengan – untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian tidak bercadang untuk menghentikan projek ini. Pembangunan di kawasan cerun bukit dipertimbangkan berdasarkan kepada garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan cerun bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010. Di dalam garis panduan ini jelas menerangkan kaedah- kaedah pengawalan dengan mengambil kira keperluan, pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar, keselamatan penduduk, pematuhan kepada syarat-syarat kejuruteraan berserta kawasan-kawasan yang boleh dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk pembangunan.
Selain itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat-syarat khas teknikal telah ditetapkan seperti berikut: (i) meminimumkan impak kerja-kerja tanah yang menyebabkan hakisan banjir dan tanah runtuh melalui amalan pengurusan dan kejuruteraan terbaik; (ii) memastikan kestabilan dan keselamatan cerun di tapak projek dan kawasan yang bersempadan dengannya; (iii) tidak dibenarkan menyekat aliran air semula jadi yang terdapat di tapak cadangan sama ada ia masih aktif atau sebaliknya; (iv) memastikan jumlah bon sesuatu cerun tidak melebihi enam bon; dan (v) memastikan penyediaan zon penampan yang mencukupi; (vi) sistem perparitan hendaklah direka bentuk secara cast in-situ dengan mengambil kira keadaan cerun; (vii) cerun yang direka bentuk hendaklah berada sepenuhnya di dalam kawasan tapak pembangunan; (viii) memastikan faktor keselamatan terhadap kestabilan cerun hendaklah minimum factor of safety 1:5 bagi cerun buatan dan 1:3 bagi cerun semula jadi; dan (ix) pemasangan instrumentasi untuk mengawal dan memantau kawasan cerun berisiko perlu dibuat semasa dan selepas kerja- kerja pembinaan dijalankan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, suka juga dijelaskan di sini, selain daripada keperluan teknikal di atas yang telah saya sebutkan tadi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah pun mewartakan tanah seluas 64 hektar yang terletak di sebahagian dari kawasan bukit di Bukit Kerinchi untuk dijadikan sebagai kawasan hijau yang akan dibangunkan sebagai Tanah Rimba Bukit Kerinchi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang yang bertanya berkenaan dengan apa yang telah kita lakukan seperti pembangunan semula kawasan Razak Mansion, inilah program yang sedang kita rancang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur ini perlu kepada regeneration kawasan-kawasan yang baru ataupun rejuvenation kawasan-kawasan yang lama khususnya kawasan-kawasan flat-flat empat tingkat dan flat-flat yang telah usang ini akan kami lihat semula untuk dibangunkan kepada flat-flat yang moden dan juga ruang-ruang tempat duduk akan diperbesarkan daripada 600 kaki persegi atau 650 kaki persegi kepada 800 kaki persegi atau kepada 1,000 kaki persegi supaya rakyat di Kuala Lumpur ini mendapat kesejahteraan hidup yang lebih baik. Itu yang kita akan lakukan dan kita akan melaksanakan program-program ini di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sungguhpun saya tidak sempat untuk bangkitkan dalam perbahasan, isu yang pernah saya bangkitkan dan tulis surat ialah mengenai alam sekitar. Kita telah melihat ada
kewujudan sebuah batching plant di tengah-tengah Sentul ini, kawasan saya. Saya telah semak semua peraturan dan juga undang-undang DBKL. Sebenarnya batching plant ini tidak dibenarkan di pertengahan bandar raya dengan kepadatan penduduk yang begitu ramai dan juga sekolah. Saya ingin tahu apa tindakan DBKL sehingga sekarang? Adakah operasi ini yang membahayakan penduduk ini akan diteruskan? Menteri ini macam jaga PJ Selatan tapi...
Terima kasih Yang Berhormat dari Batu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, bukan batching plant yang ada di kawasan Sentul Raya sahaja. Kita ada lagi satu batching plant yang juga memberi masalah kepada kita iaitu di Jalan Kuchai Lama, dan kita juga sedang melihat kaedah apa kita boleh lakukan. Barangkali oleh kerana kelulusan ini telah diberi terlalu lama kepada mereka waktu tidak ada pesat pembangunan dalam kawasan tersebut. Ketika itu tidak ramai orang duduk, jadi mereka telah membenarkan batching plant ini untuk beroperasi. Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk meneliti apa yang patut kita lakukan. Kalau kita perlu minta mereka dipindahkan atau menutup batching plant ini, kita akan arahkan mereka untuk tutup batching plant yang telah Yang Berhormat sebutkan khususnya di kawasan Sentul Raya dan juga di kawasan Jalan Kuchai Entrepreneurs Park. Terima kasih.
[Bangun]
Hai! Ipoh pun ada kah?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita semua sedar bahawa satu kuil telah dirobohkan di Jalan P. Ramlee dan saya difahamkan Yang Berhormat has got the black hand behind it. Ini adalah kerana Yang Berhormat, kawan Yang Berhormat dalam Kabinet, Senator Waytha Moorthy mengatakan bahawa Yang Berhormat sepatutnya tidak terlibat dalam hal ini yang sensitif kerana masyarakat India – dan Yang Berhormat patut minta maaf. Itu mungkin Yang Berhormat dan Timbalan Menteri boleh lawanlah, itu cerita lain, tapi saya nak tahu apakah usaha yang dibuat supaya kita memulihkan balik satu kesalahan kepada masyarakat India dan macam mana bantuan boleh dibuat oleh kementerian supaya mengatasi masalah ini dan masalah-masalah yang berkaitan yang akan wujud lagi sekali? Terima kasih.
Sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya ingin nyatakan pendirian kami ini, kita tidak setuju bahawa Menteri Wilayah Persekutuan yang bukan Hindu ini tidak boleh menangani masalah orang Hindu. Saya harap Menteri dapat betulkan persepsi yang tidak seimbang ini dan jangan bagi mesej yang salah kepada orang awam bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini hanya mengkhususkan orang Hindu untuk menyelesaikan masalah Hindu. Kami sangat mengharapkan menteri yang bukan Hindu juga prihatin tentang isu Hindu.
Terima kasih kawan saya dari Ipoh Barat dan kawan saya dari Batu. Sebenarnya masalah yang berbangkit di Jalan P. Ramlee, banyak yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tempat tersebut telah mendapat satu court order dan telah diberi kepada Bandaraya untuk memecahkan tempat ataupun yang dipanggil kuil, tapi pada saya, saya panggil shrine kerana pada saya ia tidak ada kuil dekat kawasan tersebut. Dalam fahaman saya sebagai orang yang juga mempelajari agama lain, saya tahu apa patut kuil ataupun masjid, surau, church, Chinese temple, Buddhist temple, apa yang patut berada dalam kawasan tersebut. Jadi saya tidak mahu ulas, Tuan Yang di-Pertua. Masalahnya ialah apabila court order telah diberi lebih daripada setahun dan kita terpaksa melaksanakan apa yang patut kita lakukan, dan untuk makluman Yang Berhormat, tempat ini yang sebenarnya bukan hanya dibuat untuk sebagai satu shrine. Selain daripada satu shrine, ada juga mereka berniaga dalam kawasan tersebut tapi saya tak mahu bangkitkan kerana ini akan menaikkan perasaan kawan-kawan saya, kerana saya sebagai menteri saya tahu apa yang berlaku. Banyak yang berlaku dalam kawasan-kawasan yang disebut sebagai tempat ibadah ini kebanyakannya disalah gunakan. Bukan hanya kuil, termasuk juga surau. Macam baru-baru ini kita dapat tahu ada satu buah surau di Kuala Lumpur yang telah menyebarkan satu ajaran yang sepatutnya tidak disebarkan tapi disebarkan. Kita akan ambil tindakan walaupun ia bukan dalam bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan
tetapi kita dah sedia maklum bahawa surau tersebut juga berada di atas satu tanah yang bukan milik mereka. Jadi saya telah maklumkan kepada pihak JAWI bahawa mereka mesti mengambil tindakan dan kalau tidak, saya akan mengambil tindakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang kita akan lakukan dalam kawasan shrine ini, saya berjanji dengan pihak di dalam kawasan tersebut bahawa saya akan perbaiki shrine dan akan bangunkan kuil yang mereka kehendaki. Akan tetapi masalah yang saya sedang hadapi, mereka juga telah memberi saya satu pelan. Mereka hendak bangunan sampai tiga atau lima tingkat. Ini yang bagi saya masalah. Bukan situ sahaja untuk makluman Yang Berhormat, banyak lagi kawasan di Kuala Lumpur ini yang sebenarnya kita hendak memperbaiki, kerana sebagai rakyat Malaysia, sebagai kawan- kawan saya juga bangsa India yang beragama Hindu, yang ada beragama Katolik, Kristian, Protestan dan sebagainya, saya hendak melihat bahawa tempat mereka sembahyang itu at least dengan izin Tuan Yang di-Pertua, palatable.
Ini seperti tempat yang – minta maaflah. Kalau saya sebut nanti orang marah. Macam kawan saya akan marah, seperti Yang Berhormat telah sebutkan tadi bukan. Sebenarnya saya sudah lakukan sebaik mungkin. Jadi, kita akan beri keselesaan kepada mana-mana penganut pun untuk membuat dia punya ritual atau pun apa sekali pun yang hendak dilakukan. Saya berjanji kepada Yang Berhormat bahawa saya akan perbaiki shrine ini. Saya juga telah berbincang dengan kawan-kawan Yang Berhormat, ada kawan-kawan Yang Berhormat yang juga sedang menangani masalah ini supaya kita dapat dalam satu keadaan yang ia akan menjadi situasi yang win-win situation.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Di mana kawan-kawan kita yang hendak kekalkan apa yang telah dia sebut sebagai satu kuil yang lebih 101 tahun. Apa yang mereka hendak lakukan dalam tempat itu akan kita pastikan bahawa benda ini tidak akan kita musnahkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya tidak pernah pecah mana- mana kuil dan juga shrine. Apa yang telah kita pecahkan dalam kawasan ini adalah tempat- tempat yang telah saya sebutkan dalam gambar ini. [Menunjukkan sekeping gambar] Tempat makan, macam-macam lagilah yang ada dalam kawasan itu.
Itu Yang Berhormat Timbalan Menteri Waytha Moorthy Ponnusamy dengan Yang Berhormat kerana dia berpendapat berasingan, mungkin itu your Cabinet Minister. Akan tetapi satu perkara Yang Berhormat, perkara begini bila wujud sekarang, ramai di antara rakyat Malaysia ingat, “Oh! Mengapa masalah kuil India ini ia tiba-tiba dibina di sana, macam mana ia wujud?” Ramai di antara mereka Yang Berhormat, semestinya have been here more than 50 years. Kalau kita lihat, tidak ada ruangan atau pun tanah diberi. Bila pembangunan sudah jadi, when the estate was rebuild, tidak ada. Mereka diusir, ditolak. Ada banyak di antara tokong-tokong, mungkin Yang Berhormat tidak tahu. You know where are they? Next to IWK, next to tong tahi. This is happening all around the country. Jadi ini bukan new Yang Berhormat. Jadi, we need a holistic policy untuk mengatasi. I know dalam tangan Yang Berhormat sekarang sangat susah, it is very difficult. That is why your friends also attacking you but tidak mengapalah, we are also enjoying the drama. Akan tetapi padahalnya, kita perlu ingat dalam semua angle untuk mengatasi masalah ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Ipoh Barat, sebenarnya untuk pembangunan-pembangunan yang baru yang...
Yang Berhormat Batu Gajah, duduk dahulu.
...DBKL akan laksanakan, saya telah minta supaya tempat-tempat ibadat juga disediakan walaupun di bawah flat, apartment, for your rituals. It is because untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan kita ini lupa bahawa kalau orang Islam ini, dia mati, dia mandi, dia kapan, dia tanam. Kawan-kawan kita yang bukan Islam ini, dia ada dia punya ritual tetapi tempat-tempat ini pun tidak ada. Jadi, saya telah minta satu perancangan yang berlainan, yang akan dilakukan. Ini saya akan lakukan as I have told in the press dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya pun orang yang beragama dan saya tidak akan memusnahkan tempat-tempat agama orang lain sebab agama kamu adalah agama kamu, agama saya adalah agama saya. Jadi, itu adalah prinsip yang saya pegang. Ini yang saya akan lakukan, jadi jangan bimbang. Saya sendiri sedang berbincang, ada kawan-kawan kita juga sedang berbincang dengan saya supaya kita selesaikan masalah ini dengan cara menang-menang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Menteri.
Ya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] hendak...
Yang Berhormat Ipoh Barat. Speaker Yang Berhormat Ipoh Barat. Jadi janganlah berdialog begini. Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Yang Berhormat Timbalan Menteri Waytha Moorthy Ponnusamy hendak...
Yang Berhormat Ipoh Barat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Barat, Speaker.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan lah berdialog macam ini. Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu. Sekejap, Yang Berhormat Ipoh Barat, Speaker tengah bercakap ini.
Speaker, bila Speaker...
Menteri, lama lagi atau tidak?
Saya sudah habis sudah. Mereka kacau.
Bukan hendak kacau. Penjelasan.
Cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat. Last one.
Batu Gajah.
Okey.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya. Last one.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mike.
Bukan, masalahnya ialah seperti yang diterangkan Yang Berhormat mengenai kuil-kuil. Saya rasa perlu satu inisiatif yang baru. Sebenarnya di dalam Parlimen ini, 13 tahun dahulu saya telah membawa satu usul menerangkan bahawa ada kena-mengena dengan kuil-kuil, there must be a different
approach. In fact saya mencadangkan perlu ada satu department di Jabatan Perdana Menteri, department hanya untuk kuil-kuil bukan Islam. So, it is better to deal. Seperti kawan saya Yang Berhormat Batu kata, “Why should it be Indian to take over Indian affair? Why should be a Chinese take over Chinese affair?” Mengapa Yang Berhormat Menteri tidak ada kepakaran. Saya percaya ada keikhlasan untuk menyelesaikan perkara ini. Jangan kita drag into ..., your friend Timbalan Menteri Waytha Moorthy, whatever it is. Akan tetapi kalau menyelesaikan perkara itu, boleh panggil kepakaran kita. Kita boleh memberi pandangan kita.
Yang Berhormat do not pick me with my colleague. Please, okay.
Bukan dia kick you, dia pick you.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya hendak beritahu sembilan tahun dahulu sewaktu saya jadi Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan. Ketika itu banyak perkara berlaku. Jadi, saya sendiri telah arahkan supaya satu jabatan telah diwujudkan di DBKL yang dipanggil Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). RIBI ini dipengerusikan oleh saya dahulu dan saya telah melihat apa masalah dan saya telah memberi satu SOP. Ini kerana kalau kita hendak pergi ke tempat orang India, kalau kita terpaksa ubah, tukar dan sebagainya, the shrine, the idol must be handle by the Indian community, the Hindu. Kalau tempat Islam, orang Islam perlu handle. Kalau pergi tempat Cina, orang Cina perlu handle. Kalau pergi church, orang Kristian perlu handle. That is what we have in RIBI dalam DBKL, minta maaf, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini sembilan tahun yang lalu. Sekarang, bila saya balik semula, saya telah pulihkan ia semula. Saya dengan Timbalan Menteri saya, Dato’ Dr. Loga yang melihat perkara-perkara yang tertentu ini. Ini kita akan laksanakan.
Yang Berhormat Batu Gajah bangun.
Saya hendak habis sudah.
Sedikitlah. Satu.
Sedikit? Okey. Saya punya kawan. Okey.
Selepas Yang Berhormat Batu Gajah, Menteri gulung. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terpanggil untuk menanyakan satu perkara sebab saya tidak fahamlah tentang takrifan yang dibuat oleh Menteri tadi mengatakan itu bukanlah satu kuil. Saya sendiri sebagai seorang Hindu saya tidak faham bagaimana Menteri boleh membezakan antara kuil dan shrine itu. Ini kerana pada pandangan saya dan pada pandangan seluruh masyarakat India negara ini, ia menganggapkan itu sebagai satu kuil. Ini mungkin akan menimbulkan lebih banyak persoalan di luar dan mungkin perkara merobohkan kuil akan berterusan di mana-mama tempat lain dan pentakrifan seperti ini akan dikatakan ini bukan satu kuil, maka ini adalah satu shrine dan sebagainya. So, saya hendak mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat tentang pentakrifan itu sendiri. Kedua, saya juga hendak tahu, saya sendiri telah melawat ke tapak tersebut dan saya difahamkan oleh jawatankuasa kuil tersebut bahawa ada tempat-tempat ibadat atau tempat-tempat yang mereka sembahyang itu telah dipecahkan oleh pihak DBKL dan bukan hanya untuk gerai-gerai dan sebagainya. Gambar-gambarnya juga telah diberikan kepada saya, tempat mana yang telah dipecahkan, ada empat atau lima tempat mereka sembahyang itu telah dipecahkan. Itulah maklumat yang diberikan kepada saya dan gambar-gambar juga telah diberikan kepada saya. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Gajah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, I do not want to get into this dengan izin. Akan tetapi since you ask, saya terpaksa get into it. Ia ada 74,000 tempat ibadah orang India di seluruh negara. Sebanyak 34,000 saya boleh takrifkan kuil, itu pun there is still a question mark. The rest, saya anggap sebagai shrine. Shrine ini bila you letak trident, you letak..., you letak limau dan kain kuning. Sorry, I did not know. Takrifan yang saya belajar, takrifan satu kuil ialah satu dia mesti ada source of water. Source of water ini either near river, lake, sea atau well. Number one. Number two you must have dome. Bila you ada dome dengan izin, at 12 o’clock, there must be no shadow. Then… [Disampuk] Wait, you better go and study. The other one is the kuil must face east. Now, that is why I do not want to get into it. When I get into it, orang marah. Begitu juga kalau church pun...
Menteri, kuil mana ini? Keliru lah.
Kalau berkenaan dengan – Ini kerana kebanyakan kita ini minta maaflah. Yang Berhormat-Yang Berhormat termasuk diri saya, saya bersyukur saya dilahirkan oleh keluarga Islam. Jadi saya jadi Islam. Kalau bapa saya Hindu, saya jadi Hindu.
Kalau bapa saya jadi Katolik, saya jadi Katolik. Kalau bapa saya Buddhist, saya jadi Buddhist. Akan tetapi saya bersyukur bahawa saya dilahirkan oleh Islam. Begitu juga Yang Berhormat. Yang Berhormat jadi Hindu kerana emak bapa Hindu. Sayang pada agama tidak tahu, belajar agama pun tidak tahu. Ini masalah. Jadi itu jadi kelam kabut dalam masyarakat kita. Jadi saya rayu kepada kita semua belajarlah. You know when you enter...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tarik balik.
Siapa yang tidak tahu? Yang Berhormat, siapa yang tidak tahu?
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Semua duduk, semua duduk. Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Klang, semua duduk. Duduk, duduk, duduk. Ya, sila duduk. Cuma saya hendak beritahu Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Menteri kata belajar agama. Dia tidak menuduh mana-mana Yang Berhormat perlu belajar agama. Jadi dia buat statement secara umum...
Tuan Yang di-Pertua tidak faham.
[Bangun]
Tidak ada, tidak ada isu tarik balik. Yang Berhormat gulung.
Untuk makluman Yang Berhormat, termasuk diri saya juga. Kasih pada agama tidak betul. Tidak sayang, saya masih belajar. You tidak tahu masalah agama Islam. You masuk dalam surau, macam-macam pengajaran yang kadang-kadang tidak masuk dek akal, tidak ikut sunnah dalam Al-Quran pun diajar. Bila saya dengar – sebab itu saya kata kita mesti belajar. Minta maaf. Jadi saya hendak gulung.
Yang Berhormat Menteri...
Cukup, cukup.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata mesti ada dome dan tidak ada bayang-bayang dan sebagainya, saya tidak tahulah dari mana fakta-fakta itu datang.
[Dewan riuh]
Itu pergi tanya...
Kalau kita hendak kira macam itu mungkin...
Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah. Saya tidak benarkan, saya tidak benarkan. Duduk, duduk. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri cukup.
Cukup? Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 yang melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian ini. Segala teguran, pandangan dan cadangan walaupun daripada kawan saya di Ipoh Barat tadi dia hendak cuba, saya bergaduh dengan kawan saya... [Ketawa] Saya hargai dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan khususnya kepada kesejahteraan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Belia dan Sukan. Sila.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas segala pandangan, pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan mengenai Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2014 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini. Izinkan saya memberi ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebagai mana berikut dan juga berdasarkan kepada kehadiran di dalam Dewan. Yang Berhormat Kota Bharu tidak hadir.
Ya, jawapan bertulis.
Yang Berhormat Jerlun, ya. Menyentuh perkara berkaitan kejurulatihan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah pun menubuhkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan yang dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2012 lalu. Penubuhan akademi ini adalah antara usaha Majlis Sukan Negara melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan bertauliah, yang profesional dan berwibawa untuk memacu prestasi sukan negara ke tahap lebih tinggi iaitu melalui program pendidikan kejurulatihan yang lebih komprehensif dan sistematik. Pendedahan semasa proses melahirkan seorang jurulatih bertauliah akan diperkukuhkan dengan mempertingkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan serta memberi pengalaman praktikal yang berkualiti bagi membimbingnya menjadi seorang jurulatih yang berwibawa. Akademi kejurulatihan ini menawarkan pendidikan kejurulatihan yang komprehensif melalui sistem akreditasi jurulatih sukan iaitu program Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan dari Tahap 1 hingga Tahap 3. SPKK adalah merupakan satu piawai kebangsaan yang memberi pengiktirafan kepada status jurulatih dalam bidang kejurulatihan sukan masing-masing. Kursus Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang telah dianjurkan di seluruh negara sehingga Oktober 2013 adalah sebanyak 44 kursus yang merangkumi kursus Sains Sukan Tahap 1, 2 dan 3. Manakala kursus sukan spesifik bagi 21 jenis sukan pula sebanyak 66 kursus. Kesemua yang melalui kursus ini melibatkan 3,204 peserta. Di samping itu akademi ini juga telah melaksanakan program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan atau lebih dikenali sebagai Continuing Coach Education bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran jurulatih tempatan selaras dengan perkembangan terkini biang Sains Sukan di peringkat antarabangsa. Mengulas mengenai cadangan untuk mengkaji skim-skim insentif atlet oleh Yang Berhormat Jerlun juga, untuk makluman Yang Berhormat pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui agensi kita iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa skim-skim insentif yang ada dan penambahbaikan turut dibuat mengikut peredaran masa. Nilai sesuatu insentif selalunya diperoleh dengan membuat perbandingan dengan kebanyakan negara-negara lain yang mempunyai skim sedemikian. Sebagai contoh
skim insentif untuk sukan bertemasya dikaji setiap lima hingga sepuluh tahun sekali, supaya nilai insentif itu bersesuaian dan relevan seperti yang diamalkan oleh negara lain. Ini dapat dilihat melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) untuk pemenang pingat emas Sukan SEA telah dinaikkan ke RM20,000 yang akan dikuatkuasakan buat pertama kalinya pada Sukan SEA 2013 di Myanmar pada bulan depan. Walaupun jumlah ini kelihatan agak lumayan tetapi jika dibandingkan dengan Indonesia dan Singapura, jumlah ini adalah munasabah dan lebih rendah berbanding negara-negara tersebut. Di samping itu juga SHAKAM menyediakan sebanyak RM1 juta untuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik yang dianggap relevan sebagai suatu bentuk insentif untuk merangsang atlet mencapai pingat emas pertama di temasya berprestij itu. Kementerian juga telah menempa sejarah baru dengan mengangkat martabat Sukan Paralimpik dengan menyamaratakan insentif dan hadiah kemenangan bagi atlet Paralimpik dengan atlet normal. MSN akan sentiasa mengkaji dan menambah baik skim- skim sedia ada demi untuk memastikan motivasi dalaman atlet tidak terjejas. Beberapa perancangan telah diatur termasuklah melaburkan sebahagian daripada insentif yang diperoleh melalui skim-skim ini sebagai satu simpanan amanah, bagi memastikan kebajikan atlet terjamin untuk jangka masa yang panjang, terutama apabila mereka telah bersara dari sukan masing-masing. Perkara ini telah dilaksanakan di mana pemberian insentif berbentuk Amanah Saham Wawasan telah diberikan kepada pemenang pingat Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik serta pemain-pemain dan jurulatih bole sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF tahun 2010. Sebahagian besar insentif yang diperoleh telah dilaburkan dengan tertakluk kepada moratorium selama 10 tahun. Pihak kementerian melalui MSN sentiasa mengambil maklum tentang kesan pemberian insentif yang berlebihan ke atas motivasi dalaman dan daya saing atlet. Pelbagai program bentuk jati diri, bina insan dan patriotisme turut diatur untuk memperkasakan atlet agar lebih berdaya saing dan mempunyai semangat juang yang lebih mampan. Selain itu, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah ditubuhkan untuk membantu bekas atlet dalam bidang keusahawanan dan lain-lain bidang yang bersesuaian termasuk untuk menjaga kebajikan mereka. Yang Berhormat Bakri ada?
Ya, ada.
Terima kasih. Seterusnya berhubung dengan peruntukan pembangunan pelapis, promosi dan pembangunan fasiliti sukan hoki yang disentuh oleh Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah menyediakan satu pelan pembangunan sukan hoki yang strategik dan menyeluruh bermula dari tahun 2011 hingga 2020. Ini bagi meningkatkan lagi prestasi suka hoki negara di persada dunia. Pelan ini yang bertajuk for string Malaysian hockey to world class disediakan bagi memastikan objektif program pembangunan sukan hoki negara berada di landasan yang betul dengan visi dan misi yang jelas serta memastikan pentadbiran KHM mengurus secara bertanggungjawab dan cemerlang. Kementerian telah menyalurkan bantuan sebanyak RM11 juta kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk melaksanakan Program 1MAS ataupun 1MAS Hockey di 14 negeri seluruh negara untuk tempoh lima tahun. Sebuah jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ditubuhkan bagi mengawal selia pelaksanaan program ini. Sebanyak 29 buah pusat latihan telah ditubuhkan di bawah program untuk melatih pemain hoki muda secara sambilan di pusat yang dikenal pasti. Seramai 1,500 orang pemain muda berbakat telah dikenal pasti dan sekarang ini dilatih di bawah kendalian 89 orang jurulatih. MSN dan KHM juga sedang melaksanakan program latihan sepenuh masa untuk dua pasukan utama iaitu Pasukan Kebangsaan dan Pasukan Remaja Projek 2013 di bawah Program Elit 2011-2014.
Program jangka pendek ini memberi fokus dan tumpuan khusus kepada kejohanan-kejohanan yang terdekat seperti persediaan ke Piala Dunia Remaja 2013. Piala
Dunia 2014 yang mana kita sudah layak, Sukan Komanwel 2014 dan Sukan Asia 2014. Di samping berlatih di bawah bimbingan jurulatih sedia ada, pasukan juga mendapat khidmat jurulatih-jurulatih pakar daripada luar negara seperti dari Belanda dan India yang didatangkan khas untuk melatih elemen-elemen yang lebih fokus seperti posisi penjaga gol dan pukulan sudut penalti. Sasaran kedudukan ranking dan pencapaian pasukan hoki negara di peringkat antarabangsa adalah seperti berikut: (i) memperbaiki ranking semasa dunia dari kedudukan ke-13 kepada ranking ke-11 dunia; (ii) pasukan remaja layak bertanding di Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India dan sasaran menduduki tempat keenam terbaik dari keseluruhannya; (iii) pasukan senior layak bertanding di Piala Dunia 2014 di The Hague, Holland dan sasaran menduduki tempat kesepuluh terbaik dari keseluruhan; (iv) juara di Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea; dan (v) layak ke Sukan Olimpik 2016. Ranking tempat kesepuluh teratas dari keseluruhan di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Antara pendekatan bagi menarik perhatian golongan muda pelapis untuk lebih mengenali sukan hoki ini adalah meningkatkan penglibatan bekas-bekas Olympian negara yang mewakili negara ke sukan Olimpik sebelum ini dalam program-program hoki seperti Program 1Mas Hockey dan sebagainya. Mengadakan karnival hoki hujung minggu yang melibatkan bekas-bekas pemain hoki negara untuk turut sama terlibat dengan golongan muda bagi menimbulkan rasa minat di kalangan mereka. Sekurang-kurangnya 42 buah pusat latihan mempunyai kemudahan padang rumput tiruan di 15 ahli gabungan negeri di bawah KHM didirikan. Daripada jumlah tersebut 11 pusat latihan negeri telah dipilih untuk terlibat dalam Program 1Mas Hockey. Berkaitan dengan pembangunan facility sukan hoki. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak pusat latihan hoki disebabkan ia melibatkan kos yang tinggi dan juga kita sudah ada kemudahan yang mencukupi. Selain daripada itu, kemudahan stadium hoki sedia ada buat masa ini cukup untuk melatih mengikut program yang kita telah gariskan. Yang Berhormat Bukit Mertajam, ada ya.
Ya.
Seterusnya, berhubung dengan program pencarian bakat Talent Identification Program yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang dan juga Yang Berhormat Bukit Mertajam. Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan telah dan sedang melaksanakan program pencarian bakat di kalangan kanak-kanak semenjak usia 7 hingga 12 tahun di peringkat akar umbi melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun KPM. Pembangunan bakat atlet dari peringkat umur mula sehingga mewakili negara adalah dalam jangka masa 8 hingga 10 tahun. Ia bermula daripada latihan awal, asas sukan dan seterusnya kepada peringkat spesifik sukan mengikut umur.
[Bangun]
Di samping itu setelah pemilihan kali kedua dibuat terhadap atlet terbabit, KBS juga akan melihat kepada kecenderungan kemampuan motor ataupun motor skills...
Yang Berhormat Kinabatangan bangun.
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Ya.
Yang Berhormat Menteri. Kita menyentuh membicarakan soal pencarian bakat dan sudah tentu pencarian bakat ini tidak akan datang bak kata pepatah Melayu, “Yang Bulat Datang Bergolek, Yang Pipih Datang Melayang”. Ia perlu dicari, dinilai dan dikaji. Malang sekali, kita seolah-olah tidak balance dalam pencarian bakat ini. Sebab di bandar mungkin ada prasarana, facilities sukan itu tetapi di luar bandar mungkin kurang. Sedangkan mungkin ada bakat-bakat itu di situ. Jadi, apakah kementerian berhasrat untuk juga mungkin mencari ataupun merencanakan sesuatu program, sekurang-kurangnya satu Parlimen itu satu mini stadium. Di Kinabatangan sehingga hari ini belum ada pun facilities prasarana seperti itu. Jadi, memang sudah tentulah pencarian bakat itu sukar untuk dikesan kerana tidak ada prasarana langsung. Jadi, saya percaya dengan kesungguhan Yang Berhormat Menteri, maka mungkin satu ketika dalam Rancangan Malaysia ke-11 ini, mungkin satu mini stadium di Kinabatangan dapat diwujudkan. Maka, dapatlah bakat-bakat itu kita lahirkan daripada situ untuk membantu mencapai matlamat sukan negara.
[Bangun]
Jadi, saya percaya mungkin, insya-Allah kementerian akan melihat perkara ini sebagai satu prioriti sebab sudah terlalu lama. Kita minta. Rakyat Kinabatangan pun meminta supaya prasarana, facilities sukan seumpama ini dapat diadakan. Terima kasih.
Ya, ada tiga Yang Berhormat yang bangun. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Saya terbayangkan ada negara yang tidak ada langsung kemudahan sukan tetapi boleh sebaris dengan negara- negara yang hebat, masuk dalam standard dunia.
Yang Berhormat Bakri duduk dahulu.
Akan tetapi bukan bermakna saya tidak bersetuju dengan pembinaan gelanggang di Kinabatangan. Sebab binalah di Kinabatangan tetapi jangan lupa di Lenggong sama. Yang Berhormat Putatan juga sudah tentu mahu. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua di atas itu tentu juga ingin sangat tetapi dia tidak boleh bercakap.
Ya, masukkan dalam ucapan.
Ya.
[Dewan riuh]
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, dalam soal pencarian bakat ini, saya sebenarnya...
Akan tetapi jangan panjang-panjang Yang Berhormat Lenggong. Ini celahan, bukan ucapan.
Akan tetapi saya sebenarnya Yang Berhormat Menteri, saya ternanti-nanti, tertunggu-tunggu bagaimana Yang Berhormat Menteri buat MyTeam begitu menarik minat anak muda. Itu sebahagian daripada proses mencari bakat. Mana pula Yang Berhormat Menteri ini? Hah ada. Jadi Yang Berhormat Menteri, kenapa begitu baik program MyTeam yang dulu Yang Berhormat Menteri buat, saya fikir tidak banyak sangat sokongan daripada beberapa pihak dalam agensi kerajaan. Hari ini tidak melaksanakan di kementerian. Laksanakan Yang Berhormat Menteri, kita tunggu. Ini satu proses mencari bakat, biar nampak hebat. Macam kita mencari penyanyi Akademi Fantasia Yang Berhormat. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Bakri, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri memberikan peluang. Di sini saya mengucapkan tahniah kepada
Skuad Hoki Negara dalam Kejohanan Juara-juara Asia. Seharusnya, persatuan-persatuan sukan mempelajari bagaimana pembangunan yang dilakukan oleh KSN. Saya mengambil maklum mengenai kertas strategi itu dan ingin penjelasan KBS mengenai liga hoki tempatan yang kurang mendapat promosi. Saya berharap lebih banyak lagi promosi berterusan dalam sukan hoki. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Mertajam. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Jarang sekali tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Akan tetapi di sini saya juga hendak kata, hendak bina mini stadium boleh tetapi kalau boleh, benda yang paling asas sebelum mini stadium. Apa yang saya katakan dalam ucapan saya adalah tentang kemudahan asas sukan seperti padang sekolah. Saya tahu ini bukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan tetapi saya ada keyakinan dengan Menteri baru kita. Oleh sebab beliau nampaknya mempunyai semangat yang amat positif tetapi malangnya saya tidak ada keyakinan dengan kementerian lain. Jadi, saya rasa mungkin Kementerian Belia dan Sukan boleh menasihati Kementerian Pendidikan untuk menyediakan benda yang asas terlebih dahulu. Jangan cakap pasal mini stadium lagi. Padang di sekolah di kawasan saya ada lima buah sekolah yang tidak ada padang termasuk sebuah sekolah yang sudah berumur 100 tahun. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan boleh membantu kita menasihati Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menyediakan kemudahan asas. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
[Menyampuk] Minta kerajaan negeri bagi tanah.
Tuan Yang di-Pertua, sama dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak menyokong Yang Berhormat Bukit Mertajam sebut itu dari segi– cuma saya hendak menyentuh satu aspek lagi. Di mana pembinaan padang-padang permainan terutamanya bola sepak. Terutama sekali yang dibuat oleh majlis-majlis perbandaran. Kebanyakannya apabila dibuat padang-padang itu, akhirnya tidak boleh pakai. Buat padang tetapi tidak boleh pakai kerana tidak mengikut spesifikasi kemudian yang kedua, penanaman rumput dan sebagainya tidak rata. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, boleh tidak kita wujudkan satu spesifikasi standard yang di control oleh mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan bagi menentukan semua padang bila dibuat biarlah boleh digunakan. Akan tetapi memang betul, saya di Pulau Pinang, memang kita menghadapi masalah padang-padang yang dibuat oleh majlis perbandaran kebanyakannya terbiar kerana padang tadi tidak mengikut spesifikasi. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa perkara. Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai isu mini stadium dan juga kemudahan.
Mengikut keutamaan fiskal kerajaan buat masa ini, kita tidak dapat hendak bangunkan terlalu banyak Kompleks Mini Stadium terutamanya di setiap kawasan Parlimen. Satu mini stadium anggaran kosnya dalam RM5 juta. Peruntukan yang diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk pembangunan pun terhad dan semakin kurang pada tahun depan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kita tidak akan pertimbangkan mini-mini stadium mengikut keperluan. Jadi, saya akan melihat kepada kawasan-kawasan
yang dibangkitkan tadi – Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Lenggong, kawasan Tuan Yang di-Pertua sendiri, kalau sekiranya ada keperluan untuk kita melihat. Apa yang penting mesti ada keperluan dan juga mesti diguna.
[Bangun]
Kita tidak mahu bangunkan satu stadium...
Ya, duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri baru hendak jawab.
Sekejap ya. Saya juga akan bincang perkara ini dengan Kementerian Pendidikan sebab sudah lama ada cadangan di mana kita ada dua use policy, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Di mana padang-padang sekolah dan juga kemudahan-kemudahan yang ada pada sekolah dibuka untuk diguna oleh masyarakat setempat. Polisi ini sebenarnya patut lama dikuatkuasakan tetapi masih lagi tidak dapat dipraktikkan ataupun dilaksanakan dan perkara ini akan saya bangkitkan. Di mana daripada kita membina prasarana dan juga infrastruktur baru bagi sukan, kita menggunakan apa yang sedia ada di sekolah-sekolah yang ada di kawasan Parlimen masing-masing. Ini kerana setiap kawasan Parlimen mesti ada sebuah sekolah asrama penuh ataupun ada sekolah yang ada padang yang di selenggara dengan baik. Jadi, lebih baik kita manfaatkan apa yang ada pada kawasan-kawasan kita sebelum kita memikirkan untuk membina kemudahan yang baru. Dengan cara ini kita dapat manfaatkan apa yang ada tanpa kita keluarkan duit untuk membina kemudahan yang baru.
[Bangun]
Sekejap ya. Yang Berhormat Bakri bangkitkan isu mengenai promosi Liga Hoki. Perkara ini dalam perhatian kita tetapi dengan adanya kejayaan pasukan kebangsaan kita yang sekarang ini layak ke Piala Dunia, pasukan remaja kita yang layak ke Piala Dunia Remaja, saya percaya populariti Liga Hoki Tempatan kita akan meningkat. Kita melihat bahawa peminat sudah ramai ke stadium dengan kejayaan pasukan-pasukan kebangsaan kita. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi kita akan melihat kepada spec padang. Kita boleh beri nasihat kepada kerajaan-kerajaan tempatan mengenai spec tetapi masalahnya bukan spec padang tersebut tetapi penyelenggaraannya. Penyelenggaraan ini biasanya adalah di bawah kuasa mereka yang membina padang tersebut. Dalam kes ini adalah kerajaan tempatan. Kita harap bahawa mereka dapat sediakan sebahagian dana ataupun peruntukan untuk penyelenggaraan. Ya, Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya mahu bertanya. Sebelum ini, kementerian ada menjanjikan satu indoor stadium di kawasan Sibu yang kosnya berjumlah RM25 juta. Saya tahu stadium itu ground breaking sudah dibuat tetapi sampai sekarang saya masih tidak nampak banyak perkembangan indoor stadium itu di kawasan Sibu, dekat dengan old airport Sibu. Satu lagi projek ialah projek IT library. Kalau indoor stadium itu tidak habiskan, IT library tidak dapat dibangunkan. Jadi, indoor stadium itu mesti dihabiskan dengan secepat mungkin supaya satu lagi IT library boleh dibangunkan. Saya mahu penjelasan dari kementerian, bilakah indoor stadium Sibu boleh di siap bina?
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Sibu. Mengikut rekod kementerian, tiada butiran projek ini diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, kalau sekiranya ada rujukan bagi saya, saya minta Ahli Yang Berhormat maklum kepada saya sebab kementerian kita tidak ada rekod projek tersebut diluluskan – indoor stadium. Mungkin daripada agensi lain. Kalau ada saya minta butiran daripada Ahli Yang Berhormat. Saya sambung ya, Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sebut tentang pengenalpastian bakat yang telah dibangkitkan sekali lagi oleh Yang Berhormat Kinabatangan. KBS juga melihat kepada kecenderungan, kemampuan motor dan fizikal struktur badan yang sesuai dengan sukan yang dipilih. Ini untuk pelajar-pelajar sekolah umur 7 hingga 12 tahun. Untuk
makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita buat program pencarian bakat ataupun Talent Identification Programmed seawal umur tujuh tahun di sekolah rendah di mana kita sekarang ini dalam satu cohort ada dalam 500,000 orang pelajar, lebih kurang dalam tahun pertama. Setakat hari ini kita hanya dapat buat kajian kepada 100,000 orang lebih kurang pada setiap tahun. Kita hendak perluaskan lagi program ini supaya kita dapat buat kajian Talent Identification melalui ujian fizikal kepada semua 500,000 orang pada tahun satu. Dengan cara itulah yang seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi, kita dapat mencari bakat sampai ke seluruh pelosok tanah air dengan sistem ataupun falsafah yang dibuat oleh MyTeam dahulu di mana kita cari bakat-bakat yang terpendam di kawasan-kawasan luar bandar. Jadi, tidak ada sebab yang mana kita tidak boleh cari bakat sukan ataupun bakal atlet yang ada di seluruh Malaysia. Melalui program ini, bakat-bakat muda diterapkan dengan elemen-elemen sains sukan seperti pemakanan, suaian fizikal, psikologi, fisiologi senam, biomechanics dan analisis prestasi agar diamalkan dalam budaya hidup sebagai seorang atlet untuk diaplikasikan dalam proses melahirkan atlet negara berprestasi tinggi dan berkualiti semenjak alam persekolahan lagi. Menyentuh program pencarian bakat dalam kalangan anak-anak Orang Asli oleh Yang Berhormat Pengerang – Oh, Yang Berhormat Pengerang tidak ada ya? Menyentuh permohonan pencarian bakat oleh Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibuti ada?
Yang Berhormat Sibuti ada.
Di kawasan Sibuti, dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat 10 buah pusat latihan multilateral telah diwujudkan di Sarawak. Pusat multilateral ini adalah untuk latihan pelajar-pelajar sekolah. Terdapat tiga buah pusat latihan multilateral di Miri, dua daripadanya masih aktif manakala sebuah lagi tidak aktif. Setiap pusat akan menempatkan 30 hingga 40 orang peserta yang berpotensi dan cemerlang dalam pengujian TIDAM pre dan post test. Untuk makluman Yang Berhormat, anggaran jarak dua pusat latihan multilateral dengan Sibuti adalah 50 kilometer, Sekolah Kebangsaan Senadin dan 58 kilometer Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Lutong. Sehubung dengan itu, kementerian bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuka Pusat Latihan Multilateral di Sibuti pada tahun 2014. Pada tahun 2014 juga ISN merancang...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya, sama-sama. Ada juga yang berterima kasih. Untuk menjalankan program pencarian bakat secara menyeluruh yang akan bermula dengan kanak-kanak pada tahun satu yang melibatkan semua sekolah rendah di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, mengulas mengenai cadangan pembangunan belia, Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor tidak ada.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Jerlun bangun.
Ya, Yang Berhormat Jerlun.
Sebelum Yang Berhormat Menteri masuk tajuk lain, apabila kita bercakap tentang TIP ini, Talent Identification Program, kita cari bakat daripada anak-anak kecil. Kemudian di peringkat sekolah pun, kita ada Majlis Sukan Sekolah-sekolah, daerah MSS, negeri dan juga seterusnya MSSM sekolah rendah sampai peringkat sekolah menengah. Kemudian di peringkat universiti kita ada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Kemudian kita juga ada Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, ada Sekolah Sukan Bukit Jalil. Ini adalah usaha kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Pendidikan untuk hendak cari bakat yang akhirnya sekali boleh dilahirkan jaguh.
Dalam ucapan saya ini, saya menyentuh tentang benchmark di mana kita mungkin meletakkan benchmark kita ini yang agak rendah. Apabila kita menang Sukan SEA, kita menang AFF, kita merayakannya seolah-olah kita menang pingat emas. Jadi, mungkinkah Yang Berhormat Menteri setuju, apabila di dalam TIP itu sendiri kita tidak tanamkan kepada mereka yang kata the real hero is Olympic champion, the real hero is World Cup champion. Jadi, macam kita dahulu – kita ucap tahniahlah kepada hoki. Macam Yang Berhormat Bakri, sahabat kita daripada Bakri, dia minat hoki saya pun kagum sebab dahulu kita pernah masuk semi final World Cup tahun 1975.
Dia tidak pandai main hoki pun.
Selepas itu, lama sudah kita senyap, berhenti. Kemudian hari ini, we are already qualified. Saya ucapkan tahniah. Maka, saya masih hairan. Sehingga ke hari ini, negara kita sudah makin maju, pendapatan negara pun makin meningkat tetapi di bidang sukan ini kita menurun.
Ya, Yang Berhormat Jerlun, jangan panjang-panjang.
Jadi, kita hendak tanyalah Yang Berhormat Menteri ini, apakah formula Yang Berhormat Menteri hendak buat agar Malaysia ini diletak sekurang-kurangnya menanglah pingat emas Olimpik Brazil ini? Terima kasih.
Boleh sekali?
Sama-sama, sekali-sekali.
Okey.
Okey?
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Boleh ya?
Terima kasih.
Selepas itu Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Yang di-Pertua, saya dahulu.
Ya, sila.
Saya dahululah.
Sebelum masuk belia tadi, Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Lenggong, duduk dahulu.
Ya. Menteri bagi siapa?
Sila, Sila.
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.
Ya.
Ini saya tidak dengar.
Saya minta Yang Berhormat Lenggong duduk dahulu.
Duduk dulu Lenggong. Saya tidak dengar Menteri sebut soal bola sepak. Sebetulnya kalau kita perlu bangga dengan
hoki, tetapi mutu sukan bola sepak kita menurun, merudum dan langsung tidak bermaya, dan kalau ditegur kalau tidak silap saya salah seorang pengkritik dengan FAM dan Menteri pun saya nampak terlibat. Akan tetapi Menteri pula jadi belasahan. Apabila dibelasah Yang Berhormat Menteri macam sudah retreat pula, mengundur diri. Jadi bukan begini caranya Yang Berhormat Menteri. Kita hendak selesai, hendak lawan satu masalah, kira lawan terus. Lawan habis-habisan.
[Dewan riuh]
Ya, kita berdiri di belakang Yang Berhormat Menteri, sebab kita melihat sukan bola sepak ini perlu ada perubahan. Dunia sudah berubah. Semua keadaan berubah, ekonomi berubah. Bola sepak kita tidak berubah-ubah, mundur ke belakang. Kita tegur sikit, marah. Mana boleh. Ini tidak ada jalan, saya minta supaya ada perubahan. [Disampuk] Pembangkang diam sikit la! Bola sepak pun mahu politikkah? Ini pembangkang ubah rakyat pun tidak mahu ubah. Kerajaan Barisan Nasional tetap dipilih punya. Ini, jangan teriak ubah, ubah. Ubah dalam DAP itu, DAP itu banyak kroni sangat. Tidak boleh berubah-ubah. Jadi kita ingin melihat sukan bola sepak kita diangkat darjat ia. Mana Yang Berhormat Menteri perlu campur tangan, campur tanganlah untuk kebaikan bola sepak kita. Ini asyik-asyik kita kecundang. Tidak masuk mana-mana peringkat level yang tertinggi. Kita punya nombor tidak tahu, nombor 170 mungkin. Jadi saya tidak senang hati dengan keadaan FAM pada hari ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju. Hoki kalau kita hendak bandingkan dengan bola sepak, bola sepak lebih diminati ramai. Akan tetapi hakikatnya kita dapat lihat hari ini. Oleh sebab itu buatlah Yang Berhormat Menteri, lawan lah. Kita sokong, kerana apa yang penting bola sepak. Oleh sebab itu dalam kita hendak pastikan kemajuan dalam bidang sukan terutama sekali bola sepak, saya tidak berminat sangat hoki Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab ia kurang diminati.
Yang Berhormat Lenggong...
Saya berharap Yang Berhormat Menteri...
Penjelasan apa yang diminta kepada Yang Berhormat Menteri ini?
Saya sebut tadi, Yang Berhormat Menteri sebut Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Saya minta Yang Berhormat Menteri, carilah mekanisme terbaik, kita letakkan sasaran. Misalnya, kalau kita hendak capai standard bola sepak kita di tahap dunia, tidak boleh Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Belia sahaja yang melaksanakannya. Semua pihak mesti bersama. Apatah lagi FAM. Apa yang hendak kita buat misalnya, kalau Kementerian Pelajaran, saya dah sebut banyak kali dalam Dewan ini. Hendak sediakan RMT makanan tambahan itu, sediakanlah makanan yang boleh bina otot, bina kekuatan supaya semua bekerja kuat. Biarlah kita lahirkan pemain yang hebat sikit. Jepun siapa sangka? Hari ini sebaris dengan pasukan yang standard dunia. Dulu kecil-kecil sekarang hebat Yang Berhormat. Tentu antara perancangannya pemakanan, kesihatannya. Ini mesti lihat. Jadi, saya minta cari mekanisme terbaik, kita sudah ada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.
[Bangun]
Manfaatkannya, gerakkan seluruh supaya ia terlibat. Dalam soal FAM Yang Berhormat, lawan habis-habisan. Yang penting, bola sepak maju ke hadapan.
Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.
Perkara yang sama. Perkara yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan dan juga Yang Berhormat Lenggong. Cuma saya rasa Yang Berhormat Menteri kena cari satu formula, macam mana kita hendak kembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.
Saya difahamkan oleh seorang kawan saya, apabila beliau pergi di stadium di Korea Selatan, diberitahu ada satu gambar yang menunjukkan bagaimana Korea merasa seronok apabila mereka menang lawan Pesta Bola Merdeka dengan Malaysia. Maknanya, suatu masa dahulu kita punya pasukan Malaysia ini satu pasukan yang dibanggakan. Sampai Korea sekarang letak gambar itu. Maknanya Pesta Bola Merdeka dulu boleh katakan kalau kita lihat Korea–Malaysia, Korea–Malaysia. Akan tetapi sekarang, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, dimanakah Malaysia? Jadi saya harap mesti ada satu, satu, satu benda yang besarlah yang perlu dibuat untuk mengembalikan kegemilangan ini. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Temerloh.
Sedikit, juga berkait dengan isu bola sepak ini. Saya lihat dalam Liga Malaysia, pasukan-pasukan negeri menggunakan perkhidmatan pemain-pemain import. Saya percaya dasar untuk membawa pemain import ini bertujuan untuk meningkatkan potensi dan juga prestasi pasukan bola sepak negara kita. Persoalannya, setelah kita menggunakan sekian lama dengan pelaburan yang begitu banyak, sejauh mana sebenarnya pencapaian ataupun...
Yang Berhormat Temerloh, Temerloh. Pandai main bola tidak? Pandai main bola tidak? [Ketawa]
Insya-Allah.
Yang Berhormat Putatan.
Hendak ajak main bola..
[Ketawa]
Silakan Yang Berhormat Temerloh.
Mungkin kita boleh buat game selepas ini. Saya hendak tanya bagaimana pelaburan yang sekian banyak telah banyak dilaburkan untuk pemain-pemain import ini, telah memberikan satu kesan yang membanggakan kepada pasukan bola sepak negara kita, berbanding dengan pencapaian sebelum di era awal 80-an ataupun sebelumnya di zaman Almarhum Mokhtar Dahari dahulu, mereka cemerlang tanpa pun pemain-pemain import. Jadi bagaimanakah pemain import itu memberi kesan kepada prestasi bola sepak negara kita. Terima kasih.
Ya, Silakan Yang Berhormat Menteri.
Sambung sikit fasal bola ini Tuan Yang di- Pertua. Bola ini kira is in my blood lah.
Yang Berhormat Menteri. Ya, ya.
Saya melihat bahawa salah satu dalam ucapan saya hari itu menyebut tentang overstaying official, it is not only in football FAM dengan izin. Sama juga dengan olahraga, sama juga kecuali kita Yang Berhormat Menteri JPM, Dato’ Seri Shahidan gabenor kita, dia ASUM. ASUM ia melahirkan penerjun yang hebat, bertaraf dunia, Pandelela Rinong dan juga Leong Mun Yee. Akan tetapi apa yang berlaku dengan bola sepak bukan hanya di peringkat negara, tetapi di peringkat negeri pun banyak pegawai-pegawainya yang lama sangat, yang suka pergi rombongan ini. Yang Berhormat Menteri tolong komen sekejap. Terima kasih. [Ketawa]
Ya. Jangan banyak sangat pencelahan ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Banyak disebut mengenai sukan bola sepak tetapi sebelum saya menjawab mengenai isu bola sepak, ada satu perkara yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat daripada Jerlun mengenai sasaran kita. Sudah pasti sasaran yang kita ajar kepada atlet-atlet pelapis kita tidak lagi di peringkat Sukan SEA sahaja, kita minta supaya mereka mencapai kegemilangan dalam Sukan Olimpik dan juga di peringkat yang tertinggi. Oleh sebab itu, kalau kita tengok juga kepada skim hadiah kemenangannya lagi tinggi apabila prestasinya lebih baik di peringkat antarabangsa. Malah, untuk Sukan SEA tahun ini pun banyak kontinjen yang kita hantar adalah pelapis. Kita tidak hendak contohnya badminton, kita tidak hantar Lee Chong Wei kepada Sukan SEA, kita hantar beliau ke world series daripada kita hantar beliau ke Sukan SEA. Untuk makluman, hendak masuk bab cakap fasal bola sepak ini, kita memang letak sasaran tinggi bagi bola sepak juga. Kita letak sasaran tahun 2019. Kita layak untuk Piala Dunia Remaja, Youth World Cup tahun 2019. Menyentuh mengenai bola sepak, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak prihatin mengenai isu bola sepak, dan kita tidak boleh lari daripada isu bola sepak Tuan Yang di-Pertua sebab bola sepak ini adalah sukan nombor satu negara kita. Dari segi minat lah, bukan dari segi pencapaian. Dari segi minat, pencapaian ia bukan sukan nombor satu tetapi dari segi minat, dari segi penglibatan anak- anak muda kita dalam sukan, sukan bola sepak masih lagi tidak ada tandingnya dibanding dengan sukan-sukan yang lain. Macam inilah Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita lihat memang ada banyak kelemahan dalam sistem pembangunan bola sepak pada hari ini. Kalau kita hendak komen tentang persatuan sukan, saya rasa banyak perkara yang kita boleh mengupas dari segi pengurusannya, dari segi pentadbirannya dan sebagainya. Cuma saya hendak sebut di sini bahawa daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan kita kena berhati-hati bila berdepan dengan persatuan sukan. Persatuan sukan mereka di bawah perlembagaan mereka sendiri dan mereka dikawal selia oleh badan antarabangsa. Pernah jadi apabila kerajaan campur tangan dalam persatuan sukan, persatuan sukan itu pernah disenaraihitamkan oleh persatuan antarabangsa. Seperti mana Persatuan Bola Sepak Jamaica, ada campur tangan daripada kerajaan, persatuan bola sepak negara tersebut dibatalkan pendaftarannya dengan FIFA. Jadi kita tidak mahu FAM mengalami nasib yang sama. Sekejap ya Ahli Yang Berhormat, sekejap.
[Bangun]
Pada masa yang sama, itu tidak bermaksud bahawa kita tidak buat apa-apa. Saya terpaksa menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia sebab saya rasa walaupun kita tidak campur tangan dalam pentadbirannya, dalam urusan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab kerajaan iaitu sebagai Menteri Belia dan Sukan untuk memberi pandangan kepada FAM terutamanya pandangan yang mewakili suara rakyat dan juga suara-suara peminat bola sepak tanah air.
Jadi saya hendak bagi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa saya tidak akan berhenti untuk memberi pandangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia. Walaupun ada kritikan dari pelbagai pihak yang mengatakan bahawa tidak perlu kita bagi teguran kepada FAM. Akan tetapi bagi saya tidak ada mana-mana persatuan sukan lebih- lebih lagi persatuan sukan yang popular yang harus dianggap sebagai kebal. Ini sebab persatuan sukan itu adalah institusi bukan individu. Kita kena memahami bahawa persatuan sukan walau siapa pun yang menjadi presiden walau siapa pun yang menerajui persatuan sukan tersebut. Itu adalah institusi yang kita menegur dan bukannya mana-mana individu. Kalau mereka kelirukan antara individu dengan institusi itu adalah salah sebab kita menegur perjalanan institusi persatuan sukan itu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Betul saya sedar bahawa persatuan sukan ini peringkat antarabangsa digabung oleh satu undang-undang katanya kerajaan tidak boleh campur tangan. Jadi macam Jamaica apa semua itu saya faham. Cuma masalahnya apabila Program Pembangunan Sukan duit diminta daripada kerajaan. Kemudian kita juga kena ingat persatuan sukan ini membawa pasukan negara yang imejnya ataupun prestasinya itu akan dirasai oleh kita semua rakyat Malaysia. Apabila bola sepak ini kita kalah dengan
Bangladesh, kita kalah dengan Sri Lanka ini satu humination kepada negara ini isunya. Kita hendak supaya apabila persatuan sukan itu dapat bekerjasama sama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah yang pada kita ini terutama sekali orang politik kita menjaga imej negara. Apa komen Yang Berhormat?
Saya setuju sebab...
Sambung sedikit Yang Berhormat. Saya melihat bahawa persatuan sukan dalam negara kita ini matlamat mereka ada main politik dalaman, ada sifat pilih kasih dan kroni. Seharusnya perkara sebegini tidak boleh berlaku. Mana-mana pemain yang baik maka itulah yang dipilih. Jadi saya rasa Yang Berhormat perlu mainkan lagi peranan yang lebih tegaslah. Kalau terpaksa persatuan sukan itu tutup, tutuplah untuk memberi pengajaran supaya mereka harus ingat persatuan sukan itu bukan syarikat dia sendiri. Dia dianggotai oleh seharusnya dianggotai oleh masyarakat itu sendiri. Mereka tanggungjawab mereka melahirkan pemain-pemain sukan dalam negara kita dalam apa bentuk sekalipun. Ini sebab kita belanja duit untuk dia, boleh mereka melakukan sesuka hati tetapi kementerian jangan tabur duit dengan mereka. Itu boleh. Kalau selagi mereka minta peruntukan bermakna kementerian harus tegas, mana-mana anggota presidenkah dia mana-mana persatuan sukan yang kita lihat tidak berpotensi melahirkan atlet sukan untuk negara. Maka mungkin boleh kita KIV lah dia punya persatuan sukan itu tidak berguna.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan sebab itu baru-baru ini saya sendiri telah mengumumkan bahawa peruntukan contohnya untuk sukan bagi Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Kita bukan sekat tetapi kita terpaksa kawal selia berdasarkan kepada prestasi. Apabila kita kalah dengan negara Korea Selatan, bila kita kalah berkali-kali dengan Thailand. Kita kena buat ada some accountability dengan izin kepada persatuan-persatuan sukan berkenaan. Tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun saya setuju. Dalam bola sepak ini tetapi malangnya hari ini bola sepak memang ada kawal selia daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Akan tetapi bola sepak ini istimewa sebab FAM boleh hidup tanpa bantuan daripada kerajaan pada hari ini. FAM satu-satunya persatuan sukan yang boleh survive, yang boleh hidup tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab itu saya baru ini saya hendak selesaikan perbalahan dengan FAM jadi saya cadangkan kepada FAM. Perkara ini saya rasa amat relevan dengan perbahasan pada sekarang yang kita bahas di Parlimen. Bahawa Yang Berhormat Jerlun pun tahu selama ini FAM langsung tidak memberi perhatian kepada pembangunan. Bajet FAM kebanyakannya dibelanjakan untuk Liga Malaysia ataupun untuk pasukan kebangsaan yang senior. Dari segi pembangunan langsung tidak ada fokus yang utama daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia. Yang memberi fokus kepada pembangunan adalah kerajaan melalui Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak yang ada di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab itu pada bulan Januari akan datang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan National Football Development Plan ataupun Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan. Ini yang mana akan dikendalikan oleh kerajaan, oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama FAM. Kita tidak boleh serah kepada FAM sebab sorry to say dengan izin FAM sudah begitu lama mengabaikan soal pembangunan bola sepak negara.
Yang Berhormat boleh sedikit. Saya amat setuju sekiranya Kementerian Belia dan Sukan sendiri mempunyai satu pasukan bola sepak. Kemudian kita lahirkan pasukan ini biarlah berlawan dengan FAM a best player will represent Malaysialah. [Ketawa] Ini sebab kalau tidak kita tidak akan mendapat sukan yang terbaik Yang Berhormat. Jadi saya setuju Kementerian Belia dan Sukan melahirkan satu pasukan selain daripada FAM itu sendiri.
Terima kasih itu cadangan yang out of the box. [Ketawa] Akan tetapi kita akan pertimbangkan, yang pasti daripada umur tujuh tahun hingga 17 tahun selepas ini mereka semua akan di bawah pengelolaan Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Baru-baru ini saya telah dapat perkhidmatan daripada Lim Teong Kim bekas pemain kebangsaan, pernah menjadi assistant coach pembantu jurulatih di Bayern Munich selama 10 tahun. Beliau telah setuju untuk pulang ke tanah air untuk menjadi Pengarah
Teknikal atau Pengarah Program bagi Program Pembangunan Sukan Bola Sepak Kebangsaan. Jadi saya harap dengan adanya program ini yang mana kita akan tubuhkan pusat latihan bagi pemain-pemain daripada umur tujuh hingga 17 tahun di setiap daerah di seluruh negara. Saya harap dengan cara ini kita akan latih tidak kurang daripada 30,000 pemain melalui Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan. Insya-Allah ini akan menjadi batu asas kepada kecemerlangan kita dalam masa yang akan datang. Cuma dia akan ambil masa sedikit sebab dia punya pelan adalah sepanjang lima tahun. Tuan Yang di- Pertua boleh saya terus ke...
Ya sila- sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor tidak ada...
Panjang lagi Yang Berhormat?
Bergantung kepada yang hadirlah. Yang Berhormat Kuala Selangor tidak ada, Yang Berhormat Putatan, ada Yang Berhormat. Makluman Yang Berhormat Putatan kementerian sedar akan masalah yang dihadapi oleh wakil rakyat dalam agenda pembangunan belia di kawasan Parlimen masing-masing. Oleh itu jumlah peruntukan disediakan pada tahun 2013 untuk pembangunan belia adalah sebanyak RM73,694,500. Kementerian akui jumlah peruntukan tersebut tidak mencukupi jika dibanding dengan jumlah populasi belia di Malaysia. Dengan itu kementerian sedang menggubal Pelan Pembangunan Belia Nasional (National Youth Blueprint) yang antara lain bertujuan supaya peruntukan terhadap belia terutamanya di kawasan-kawasan macam Putatan ditingkatkan selaras dengan program yang dirancang dengan jumlah populasi belia. Selain daripada itu Yang Berhormat turut membangkitkan mengenai infrastruktur sukan dan kegiatan sukan di peringkat kampung.
[Bangun]
[Bangun]
Ya Yang Berhormat Putatan bangun. Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Batu Pahat.
Juga di kawasan perumahan. Untuk makluman Yang Berhormat kementerian melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh telah menyediakan infrastruktur dan kemudahan sukan dengan membina sebanyak 1,870 buah gelanggang Futsal 1Malaysia dan gelanggang pelbagai guna multipurpose di seluruh negara. Sebanyak 90 buah Gim 1Malaysia hampir di kesemua daerah, Kompleks Belia dan Sukan negeri-negeri dan 14 Kompleks Sukan Komuniti dan juga Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara. Kesemua kemudahan yang disediakan ini bertujuan meningkatkan serta memperkasa kegiatan positif di kalangan belia. Walau bagaimanapun, buat masa ini kementerian tidak mempunyai perancangan untuk membina litar permotoran di Sabah. Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan tapak yang mempunyai jarak luas serta rata. Kos pembinaan sebuah litar permotoran juga adalah tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi peluang saya mohon penjelasan tambahan. Soal dengan kemudahan atau infra-infra yang menubuhkan keminatan ataupun mengikut cita rasa golongan muda ini. Kita masalah kita ialah daripada masalah yang kita lihat antara golongan muda-muda ini mereka kita lihat asyik ada yang mat rempit, yang suka dengan beradventure. Akan tetapi kalau kita jawab Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang sama tahun ke tahun itu juga jawapan dia. Cuba kasi ubah sedikit saya minta mohon diubah sedikit jawapan itu supaya kita lebih senang rasanya. Kalau kira setakat tidak cukup wang kita akan buat soalan yang sama jadi kita pun lembutlah Yang Berhormat Menteri.
Soal macam kita melihat apa yang berlaku di luar negara. Buggy jumping susah sangatkah buat ini? Adventure, rafting, kita buat litar untuk mat rempit ini sukarkah sangatkah ini?
Takkan masalah tanah ini tidak dapat ditangani? Litar untuk mat rempit yang suka adventure yang mana Yang Berhormat Gombak kalau dia drive, dia dengan opposite direction dengan izin. Itu satu yang kita buat satu inovasi atau creation Yang Berhormat Menteri. Boleh Yang Berhormat Menteri? Tengok macam ini. Yang Berhormat Gombak tidak boleh, dia tidak layak punya. Ya, Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Batu Pahat. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih banyak. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan beberapa hal. Pertama, tentang pembangunan belia. Kedua tentang populasi belia. Saya lihat tentang peruntukan dalam kementerian ini, antara yang terendah ialah Kementerian Belia dan Sukan, tidak sampai RM1 bilion kalau betul saya baca. RM700 juta lebih hendak menangani lebih 40% populasi atau 40% daripada warganegara Malaysia. Jadi barangkali, inisiatif yang tadi ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri, hendak mencari cara lain selain daripada peruntukan yang ada daripada segi pembangunan untuk pembangunan belia, saya ingat kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Kedua pula Tuan Yang di-Pertua ialah soal pembangunan belia ini. Kita barangkali kena lihat dalam konteks problem semasa yang kita hadapi dan wawasan masa depan yang ingin kita capai. Saya lihat dalam salah satu daripada strategi pembangunan Kementerian Belia dan Sukan ialah membangunkan generasi belia yang ada jati diri, membangun belia yang dicirikan oleh keupayaan ataupun kalau kita lihat daripada segi istilah ketahanan mental, ketahanan kerohanian, ketahanan spiritualnya, ketahanan fizikalnya. Jadi, saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri supaya dalam setiap program pembangunan belia sama ada dalam sukan dan lain-lain, ia mesti ada ciri yang merentas ini. Ciri merentas iaitu tentang pembangunan jati diri, tentang pembangunan keupayaan belia untuk boleh membuat pilihan kendiri, keupayaan belia untuk membuat penyelesaian terhadap permasalahan-permasalahan yang mereka hadapi.
Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.
Jadi, hal-hal yang merentas ini supaya tidak nanti kita tidak membangunkan belia yang hanya tempang sifatnya. Bagaimana Yang Berhormat Menteri?
[Bangun]
Ya, boleh mencelah.
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin minta penjelasan tentang pembangunan belia tadi yang saya dengar lebih kurang dalam RM73 juta diperuntukkan untuk pembangunan belia. Saya ingin tanya dasar kerajaan mengenai keseimbangan di antara pembangunan belia dan pembangunan sukan. Kalau sekadar RM73 juta sahaja, itu pada saya terlalu dikesampingkan masalah pembangunan belia. Saya hendak tanya, adakah wajar program-program belia yang sedang dilakukan, dikaji semula? Misalnya Festival Belia Negara. Saya baca dan teliti daripada segi fakta, Festival Belia Negara dapat peruntukkan sehingga RM10 juta. Walhal, dalam Laporan Audit yang lalu mendedahkan Sambutan Hari Belia menunjukkan pembaziran dan pemborosan. So, daripada segi value for money untuk pembangunan belia itu, saya fikir wajar Yang Berhormat Menteri kaji semua agar ada pembangunan yang seimbang antara belia dan sukan. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
[Bangun]
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai futsal. Ini adalah satu benda yang baru dan menjadi satu kegilaan belia-belia. Cuma kita sedih baru ini dilaporkan dalam akhbar The Star lebih 2,000 gelanggang-gelanggang futsal berada dalam keadaan dengan izin, tidak dimaintain dan tidak diketahui siapakah yang harus menjaga gelanggang-gelanggang tersebut? Jadi, adakah kementerian dengan kerjasama Majlis Daerah, kerajaan tempatan dan sebagainya melihat perkara-perkara ini? Hal ini kerana memang untuk membina sebuah gelanggang futsal itu, kalau di kampung-kampung melibatkan sekurang-kurangnya RM150,000. Minta penjelasan, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, futsal juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang perkara futsal ini. Juga didapati bahawa ada gelanggang-gelanggang futsal yang sudah mula menjadi hutan. Jadi bermaknanya, pada satu ketika golongan muda ini bersemangat sangat dan setelah beberapa bulan umpamanya, maka mereka tidak lagi bermain. Bermakna, perlukah ada pemantauan, perlukah juga kita adakan kursus-kursus berkenaan dengan sikap dan disiplin untuk semangat juang, umpamanya? Sebab kalau kita biarkan anak-anak muda yang hanya tahu berhibur dan bersuka ria, maka masa depan negara juga akan terancam. Terima kasih.
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya dengar tadi Yang Berhormat sebut dasar baru yang akan dibentuk. Itu menggantikan beberapa dasar yang telah lama digubal oleh kerajaan. Ini peluang terbaik untuk kita merangka satu dasar yang benar-benar sesuai dengan keadaan dan zaman untuk ketika ini. Yang Berhormat, saya hendak ambil, kebetulan saya buat kajian tentang tesis mengenai dengan pembangunan belia dan tahap patriotisme. Saya hendak tunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan yang dibuat begitu mudah saja, “Senaraikan nama-nama pahlawan lima bersaudara yang terkenal di negeri Melaka?". Yang Berhormat tahu apa dia jawab? Anak muda menjawab, “Aziz, Shamsudin, P. Ramlee”. [Ketawa] [Disampuk] Bayangkan. Maknanya tahap pengetahuan mereka begitu rendah sekali. Saya lihat ini di peringkat generasi muda yang tahap pendidikannya rendah. Cuba bayangkan antara lima bersaudara ialah P. Ramlee Yang Berhormat, P. Ramlee...
[Bangun]
Aziz, Shamsudin. Ini Yang Berhormat Bukit Katil hendak selesaikankah? Itu tidak apa.
Itu Menteri Pendidikan. Jangan salahkan Kementerian Belia dan Sukan.
Akan tetapi [Disampuk] ini soal hendak buat dasar. Kemudian, saya ingat ini di universiti, ada pelajar universiti peringkat PhD, bila kita tanya berkaitan kajian, “Berapa jumlah kerusi di Dewan Rakyat?”. Kita letak 222 kerusi, 230 kerusi, 270 kerusi. Ada yang menjawab 270 kerusi. Maknanya tahap pengetahuan mereka tentang negara begitu kurang sekali. Saya harap beri penekanan soal ini, tidak apa main bola sepak, futsal, mainlah. Akan tetapi, dia kena faham soal negaranya, dia kena faham soal negara. Kalau tidak nanti mudah sangatlah Yang Berhormat Bukit Katil, mudah sangatlah ini, ajak pegang bendera, dia pegang bendera. Ini masalahnya.
[Dewan riuh]
Saya setujulah dengan Ahli Yang Berhormat dari Lenggong dengan saranan beliau tadi. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Putatan. Ya, saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat, kita terpaksa cari satu kaedah yang
baru. Saya pun tidak mahu menghampakan harapan orang muda terutamanya di kawasan Sabah. Oleh sebab itu, walaupun kita tidak ada perancangan untuk membina litar permotoran yang besar tetapi baru-baru ini saya pergi dan kita tengah buat feasibility study untuk buat litar Drag di kawasan Kota Belud. Oleh sebab kalau kita buat litar permotoran, ia memerlukan sekurang-kurangnya 20 ekar dan 20 ekar itu bukan satu bidang tanah yang kecil tetapi untuk Drag Circuit, ia lagi kecil tanah yang diperlukan. Jadi kita sedang mengkaji supaya kita dapat sekurang-kurangnya satu di negeri Sabah. Apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat bahawa peruntukan kecil, perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil juga. Kita kena ambil sikap ataupun pendekatan yang bersepadu terhadap golongan belia yang mewakili 40% lebih populasi di negara kita. Kita jangan anggap bahawa program kerajaan yang menyentuh hal belia hanya datang melalui Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian- kementerian lain juga ada tanggungjawab kepada generasi muda. Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai peruntukan yang terbesar dalam belanjawan negara kebanyakannya pemegang taruh mereka ialah belia ataupun orang muda di Malaysia. Kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, malah Kementerian Dalam Negeri juga ada banyak program yang dikhususkan untuk orang muda. Jadi, bila kita cakap soal peruntukan yang kecil diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan, itu hanya untuk program yang dijalankan Kementerian Belia dan Sukan. Akan tetapi melalui pendekatan lautan biru ataupun Blue Ocean Strategy yang mana kita meruntuhkan segala tembok yang memisahkan kementerian-kementerian dan kita merobohkan silo-silo yang wujud sebelum ini, kita ada pendekatan yang lebih bersepadu, yang lebih menyeluruh yang mana banyak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dengan peruntukkan mereka sendiri untuk melibatkan belia dan juga untuk menyediakan program-program pembangunan belia. Jadi saya rasa misleading, dengan izin kalau sekiranya kita hanya lihat kepada peruntukan RM700 juta lebih yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan, itu untuk belia sahaja.
Sebab banyak lagi across the ministries dengan izin, yang menyentuh soal pembangunan orang muda. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat yang mementingkan soal jati diri, pilihan kendiri dan sebagainya. Memang betul, banyak program yang kita melaksanakan mesti ada elemen supaya kita bangunkan sahsiah, bangunkan karakter, bangunkan perwatakan orang muda itu sendiri supaya kita tanamkan jati diri yang tinggi di kalangan mereka. Itu kursus-kursus yang kita kendalikan, oleh KBS dan juga oleh kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pertahanan di bawah PLKN. Yang Berhormat Bukit Katil telah membangkitkan soal perubahan...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Yang Berhormat Bukit Gantang sekejap ya, saya hendak habis jawab dahulu. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi mengenai Festival Belia. Kita akan buat perubahan pada tahun hadapan dalam pelaksanaan Festival Belia di mana lebih banyak lagi program sempena dengan Hari Belia ini kita akan bawa ke peringkat akar umbi. Bawa dari peringkat Putrajaya ke peringkat negeri dan juga ke peringkat daerah. Salah satu kelemahan yang kita lihat sebelum ini adalah terlalu banyak tumpuan diberi kepada festival selama dua tiga hari di Putrajaya sahaja dan kesan daripada sambutan Hari Belia itu tidak dirasai dengan secukupnya dengan seluruh pelosok tanah air. Jadi kita akan ada satu program iaitu Jom Ke Putrajaya sebelum perayaan Hari Belia atau Festival Belia Putrajaya untuk kita agihkan peruntukan dengan lebih adil kepada setiap daerah ataupun kepada setiap negeri. Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan soal keadaan gelanggang futsal yang ada. Saya pun agak terkejut dengan liputan yang diberi oleh surat khabar The Star terhadap gelanggang-gelanggang futsal. Tidak boleh dinafikan bahawa ada sebahagian kecil gelanggang futsal yang tidak diselenggarakan dengan baik. Saya diberikan laporan bahawa ada juga gelanggang futsal yang bukan hanya menjadi hutan tetapi menjadi tempat di mana haiwan ternakan diletak. Ini adalah salah mereka yang diamanahkan untuk menjaga gelanggang futsal. Apabila kita mula program
gelanggang Futsal 1Malaysia dan gelanggang juga multi purpose ini, selepas dibina kita telah serahkan gelanggang tersebut kepada masyarakat setempat iaitu persatuan belia, persatuan penduduk dan sebagainya. Ada daripada mereka yang jaga gelanggang futsal dengan baik. Maka mereka ambil kutipan dari sewa itu untuk buat penyelenggaraan ataupun light maintenances. Akan tetapi ada juga yang tidak ambil kisah langsung dan kita mendapati melalui audit kita, dalaman KBS dalam 10% daripada gelanggang futsal sekarang ini agak usang ataupun dalam keadaan yang perlu dibaik pulih. Kementerian Belia dan Sukan tidak dapat peruntukan khusus daripada EPU dan Kementerian Kewangan untuk penyelenggaraan. Namun demikian, saya akan cuba alihkan sedikit peruntukan untuk kita selamatkan, untuk kita baik pulih gelanggang-gelanggang futsal yang sudah menjadi usang. Soal lokasi gelanggang futsal ini Yang Berhormat, lokasi ini semua dipilih dengan rundingan bersama dengan Ahli Yang Berhormat setempat. Jadi, kalau ada lokasi yang memang tidak masuk akal, dalam ceruk hutan mana, itu adalah pilihan daripada wakil rakyat tempatan. Jadi, untuk akan datang kita akan adakan garis panduan yang lebih ketat lagi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita ada perjanjian dengan persatuan belia, dengan persatuan setempat. Apakah tanggungjawab apabila kita serahkan gelanggang itu kepada mereka. Akan tetapi malangnya inilah budaya sesetengah rakyat kita, apabila dapat kemudahan mereka, mengambil mudah dan tidak melihat kepada soal penyelenggaraan. Akhirnya itulah sebenarnya merosakkan perancangan kita. Boleh mencelah tetapi sedikitlah sebab saya hendak kena cepat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal pembinaan jati diri belia. Satunya ialah program belia ini, memang dia tidak berapa berminat dalam program-program yang agak formal seperti seminar dan sebagainya. Kita bercakap tentang majoriti belia begitu. Oleh sebab itu program-program berbentuk bersantai. Contohnya ialah Program Rakan Muda. Program ini baik, cumanya saya ingin memberi teguran dan waktu saya menjadi pensyarah dahulu saya pernah bentang satu paper untuk kita melihat tentang bagaimana pembinaan dalam program seperti rekreasi ini mestilah diisikan dengan program-program yang betul arah tuju dia. Antaranya mesti soal pemisahan antara jantina dan sebagainya, satu. Keduanya, sebab itu pengalaman kami dari PAS ada Jambori Amal yang kita buat setiap tahun. Belanja dia tidak sampai sejuta pun. Belanja dia kadang-kadang pendaftaran tiga hari tiga malam RM20 seorang. Akan tetapi boleh kita buat satu bentuk jambori begitu. Jadi, pengisian-pengisian yang kita buat yang sesuai dengan jiwa anak muda. Yang ketiganya, berkenaan dengan tempat lain mengadu hal berkenaan dengan soal padang futsal yang tidak digunakan. Akan tetapi tempat saya di Bukit Gantang, salah satu di kampung saya di Changkat Ibol yang padang futsalnya memang fully utilize, digunakan kerana kebetulan di situ pemuda PAS kuat. Terima kasih.
Tahniah Yang Amat Berhormat. Saya menyambut baik saranan Ahli Yang Berhormat mengenai cita rasa orang muda dan juga program yang lebih berbentuk kepada orang muda. Oleh sebab itu tema kita untuk Kementerian Belia dan Sukan terutamanya untuk sambutan hari belia tahun hadapan dan juga untuk pendekatan kita selepas ini adalah ‘Dari Belia Untuk Belia’. Maka program-program kita pun tidaklah terlalu formal lebih kepada santai, tidak ada protokol tidak perlu sambut Menteri dengan karpet merah, tidak perlu hendak ada poster, billboard, banting, gambar Menteri dan sebagainya, kita lebih kepada minta mereka sediakan dan minta mereka buat perancangan. Oleh sebab kalau kita kata kita percaya kepada orang muda maka kita kena bagi kepercayaan kepada mereka untuk menganjurkan program. Kita membiayai, kita bantu dari segi teknikal tetapi dari segi penganjuran dan pengisian, kita ikut cita rasa mereka sendiri. Mungkin tepat dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada perkara lain. Yang Berhormat Sungai Petani tidak ada, Yang Berhormat Paya Besar?
Ada.
Ada ya. Berkenaan dengan cadangan penganjuran Hari Belia di peringkat akar umbi, di daerah dan negeri oleh Yang Berhormat Paya Besar. Kementerian sememangnya bercadang untuk mengadakan sambutan Hari Belia di
peringkat negeri seperti mana yang saya sebutkan tadi. Untuk makluman awal, beberapa negeri telah melaksanakan sambutan Hari Belia atas sokongan kerajaan negeri. Bagi tujuan meluaskan penyertaan ke peringkat akar umbi secara keseluruhannya mulai tahun 2014, penglibatan Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan-persatuan belia dan sukan tempatan akan diperhebat dengan pengendalian acara-acara terutama yang berbentuk pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Pertandingan ini meliputi bidang kerohanian, sukan dan rekreasi, keusahawanan dan kesenian. Acara kemuncak sambutan Hari Belia akan diadakan di Putrajaya, sempena Festival Belia Putrajaya pada tahun tersebut yang dinamakan Jom ke Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan peruntukan kepada persatuan belia dan sukan aktif yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang. Terima kasih di atas cadangan dari Yang Berhormat berkenaan dengan penambahan peruntukan kepada Persatuan Belia yang aktif dalam melaksanakan program dan aktiviti. Kementerian akan menyemak semula kaedah pemberian bantuan atau peruntukan kepada persatuan belia yang aktif mengikut kaedah star rating yang akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Untuk makluman, kementerian turut mengiktiraf persatuan-persatuan belia yang aktif di peringkat negeri dan kebangsaan pada setiap tahun melalui Anugerah Belia Negara. Pihak kementerian turut mengalu-alukan inisiatif daripada Yang Berhormat sendiri untuk mengiktiraf persatuan-persatuan yang aktif di kawasan masing-masing. Ahli Yang Berhormat Paya Besar pula membangkitkan mengenai peruntukan bantuan pentadbiran kepada persatuan-persatuan belia di luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian hanya menyediakan bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan badan-badan gabungan MBM peringkat kebangsaan. Selebihnya adalah budi bicara Menteri. Berkenaan dengan bantuan kepada Kelab Sukan Komuniti daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor. Dimaklumkan bawah Kelab Sukan Komuniti adalah kelab yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan seperti kelab-kelab sukan yang lain. Oleh itu, kementerian tidak menyediakan peruntukan khusus kepada Kelab Sukan Komuniti sebaliknya melaksanakan Program Liga Sukan untuk semua dan Liga Sukan Komuniti di peringkat akar umbi dengan kerjasama Kelab Sukan komuniti di sesuatu tempat. Seterusnya, mengenai peruntukan kewangan dan lokasi kegiatan belia oleh Yang Berhormat Tebrau. Tidak ada. Menyentuh mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Sipitang berkenaan cadangan mewujudkan kemudahan pendidikan dan latihan negara berkaitan dengan kemahiran kepada belia. Untuk makluman, pihak kementerian bersama-sama agensi kerajaan lain sememangnya bertanggungjawab dalam pembangunan generasi muda khususnya belia yang merangkumi pelbagai bidang.
Kementerian sedang menaik taraf Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) secara berperingkat, di mana buat permulaan tujuh buah IKBN telah terpilih menjadi pusat kecemerlangan. Pemilihan ini adalah berdasarkan IKBN tersebut telah dan sedang menjalankan kursus-kursus terpilih di peringkat diploma dan diploma lanjutan. IKBN yang terlibat adalah IKBN Sepang, Pagoh, Chembong, Bukit Mertajam, Alor Gajah, Temerloh dan Bachok. Kementerian juga telah mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama bersama badan-badan persijilan kemahiran antarabangsa yang diiktiraf bagi memastikan graduan lepasan IKBN memiliki kemahiran yang terkini dan berdaya saing. Antaranya adalah pensijilan antarabangsa City and Gioz, London dalam bidang hospitality dan pensijilan antarabangsa American Welding Society dalam bidang kimpalan ataupun welding. Program seumpama ini mampu menyediakan lebih ramai tenaga kerja muda mahir selaras dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa. Ini secara tidak langsung akan dapat menggantikan tenaga buruh asing pada masa akan datang. Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Kapar berhubung Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan IKBN tahun 2014 yang telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun lepas. Untuk makluman, kementerian sememangnya sedang mengimplementasikan perbelanjaan berhemah melalui outcome based budgeting di mana langkah-langkah penjimatan dapat dilaksanakan berdasarkan keperluan yang mengikut keutamaan, tanpa
mengabaikan outcome untuk para belia mendapat peluang latihan kemahiran, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka. Saya yakin ini adalah selaras dengan dasar perbelanjaan berhemah yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional tanpa kita compromise dengan izin, dari segi kualiti lepasan kita. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sepang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2006, mengenai proses pembelian 13 peralatan dalam kelengkapan IKBN pada kadar melebihi harga pasaran. Untuk makluman, kes tersebut telah disiasat oleh pihak audit dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Walaupun pendakwaan dibuat namun tiada bukti yang mengaitkan pegawai terlibat penyalahgunaan kuasa. Ke semua kes telah digugurkan oleh mahkamah, di mana pihak mahkamah mendapati tiada hukuman boleh dijatuhkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang dan Yang Berhormat Tanah Merah di atas cadangan dan sokongan bagi pelaksanaan latihan dua shift, double shift di IKBN yang akan dilaksanakan pada tahun 2014. Berhubung soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tanah Merah berkenaan promosi untuk IKBN dan status pembinaan IKBN di Tanah Merah. Untuk makluman Yang Berhormat projek IKBN di Tanah Merah masih lagi akan diteruskan oleh pihak kerajaan. Lembaga Perolehan JKR telah bersidang pada penghujung September yang lalu, namun lantikan masih tidak dapat dibuat berikutan kos yang ditawarkan didapati lebih daripada kos yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi. Bagi memastikan projek ini dilaksanakan, KBS bersama JKR telah membuat pengurangan skop projek dan kos dapat dikurangkan berdasarkan siling projek yang diluluskan EPU. Projek ini akan dimulakan pada tahun 2014. Tuan Yang di-Pertua, mengulas mengenai perbelanjaan K-Pop bernilai RM1.6 juta yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Untuk makluman Yang Berhormat...
Yang Berhormat Seputeh masuk blok Barisan Nasional. Yang Berhormat Seputeh.
Dia sudah mahu tukar parti.
Tahniah. Terima kasih kerana memilih Barisan Nasional. Tahniah, tahniah.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Begitu yakin dengan penggulungan saya sampai dia masuk Barisan Nasional. Terima kasih. [Ketawa] Mengulas mengenai perbelanjaan K-Pop yang dibangkitkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tujuan Sambutan Hari Belia Negara adalah merupakan satu pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada golongan muda terhadap sumbangan mereka kepada proses pembangunan negara. Golongan belia bukanlah kelompok yang membebankan negara, di sebaliknya adalah aset yang tidak ternilai harganya. Mereka adalah penentu kepada ketahanan, kekuatan pembangunan politik sosial ekonomi negara pada masa hadapan. Sebanyak 500 aktiviti yang terdiri daripada 38 segmen telah dilaksanakan semasa sambutan Hari Belia Negara 2012. Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-Pop adalah merupakan salah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini, terutama dalam menarik golongan belia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melaksanakan aktiviti program mengikut kehendak dan trend generasi masa kini. Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut telah juga merupakan satu pengiktirafan pihak kementerian dan kerajaan khususnya kepada golongan belia, bahawa betapa kerajaan mengambil berat tentang minat mereka. Justeru mereka dapat menyaksikan persembahan tersebut secara percuma.
[Bangun]
Walau bagaimanapun, kajian impak ekonomi Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 telah pun membuktikan bahawa program keseluruhan memberi impak ekonomi yang tinggi dengan kehadiran seramai 2.4 juta pengunjung yang secara tidak langsung memberi pendapatan kepada golongan usahawan
dan peniaga yang terlibat semasa himpunan ini. Selain daripada persembahan artis K-Pop dari Korea, peranan kita...
Yang Berhormat Sepang bangun.
Sepang ya.
Sekejap ya, sekejap. Selain daripada persembahan artis Korea, jangan kita lupa seramai 254 artis-artis tempatan, individu dan berkumpulan turut diundang dan membuat persembahan sepanjang empat hari Himpunan Jutaan Belia 2012 tersebut berlangsung melibatkan nama-nama besar seperti Wings, Search, Azlan & Typewriter, Rabbani serta Hijjaz. Ya, Ahli Yang Berhormat.
Ya, sila Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
[Menyampuk]
Saya apabila mendengar jawapan daripada Menteri tadi bahawa antara sebab kenapa dipanggil K-Pop ini adalah untuk memenuhi trend pemuda, cita rasa pemuda. Saya rasa sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita mesti jangan terjebak dalam fahaman utilitarianism ataupun pragmatisme ini. Bermakna dasar kita ini kita lihat apa orang hendak. Jadi sebagai sebuah kerajaan, kita ini adalah orang Timur, kita ada budaya dan juga falsafah kita tersendiri. Jadi janganlah kita berpegang kepada konsep pragmatisme ataupun utilitarianism ini. Ini satu fahaman yang bahaya. Makna kalau kita berfaham dengan fahaman begini, kita tidak lagi mengira soal halal dan haram, soal etika. Saya rasa jawapan daripada Menteri itu satu jawapan yang adakah ini satu pendirian Kerajaan Barisan Nasional. Kalau fahaman ini, ini yang berbahaya. Jadi saya harap kerajaan janganlah lagi terlibat dengan fahaman seperti ya? Ini fahaman yang begitu bahaya, yang pada saya boleh dihujahkan, didebatkan adakah ia sesuai dengan Islam itu sendiri dan juga budaya Timur ini. Terima kasih.
Yang Berhormat gulung.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri...
Ya, Yang Berhormat Lenggong.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan PAS Pulau Pinang pun pernah menjemput kumpulan artis. Sebab itu dia bercakap hipokrit Yang Berhormat. Dia pun sendiri buat. Tidak payahlah layan. Tapi saya hendak tanya tadi fasal pengiktirafan tadi. Pengiktirafan. Yang Berhormat sebut, betul saya setuju kita adakan program untuk memberi pengiktirafan kepada golongan muda.Ini memang perlu kita buat. Salah satu daripada pengisian penghidupan yang sebelum ini menjadi amalan dan saya lihat pelbagai agensi yang lain misalnya di bawah Jabatan Perdana Menteri melakukan sambutan Maal Hijrah misalnya. Mengangkat pengiktirafan golongan agama diberi dengan hadiah yang begitu baik. Hingga hari ini orang tengok Tokoh Maal Hijrah sebagai tokoh yang begitu dibanggakan. Diberi nilai yang baik. Antara satu daripada cara ialah saya fikir yang perlu dihidupkan semula, diberi nafas baru oleh Menteri muda yang saya tahu pemikiran pun cukup baik, bagaimana kita hendak beri pengiktirafan yang dulu memang menjadi cukup baik. Anugerah Belia Negara. Saya salah seorang penerimanya waktu itu, ternanti-nanti.
[Menyampuk]
Dulu, dulu. Betul.
[Menyampuk]
Bukan, saya tidak mahu nafikan. Memang dulu saya adalah penerima. Tapi pernah saya menerima anugerah Tokoh Belia Negara. Itu rekod. Rekod. Saya tidak nafikan. Bukan semua orang dapat macam ini. Apatah lagi orang Sepang sudah tidak dapat. Yang Berhormat yang saya hendak sebut di sini ialah supaya kementerian beri nilai yang begitu baik kepada anugerah ini. Bagaimana kita hendak memberi pengiktirafan kepada tokoh anak muda. Tokoh pertubuhan belia supaya ia memberi galakan kepada mengaktifkan kembali gerakan-gerakan belia yang semakin nampak sedikit ada kelesuan. Saya harap Menteri beri tumpuan kepada perkara ini. Ini sebahagian daripada pengiktirafan. Kalau tidak boleh bagi RM100 ribu kepada tokoh belia, RM50 ribu pun cukup baik untuk belia. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau Yang Berhormat Lenggong pernah dapat anugerah menunjukkan bahawa sistem penilaian itu ada benda yang tidak betul. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, saya rasa isu yang dipertikaikan oleh semua yang membahaskan bajet Kementerian Belia dan Sukan ialah persoalan pembayaran RM1.6 juta untuk kumpulan K-pop itu. Yang pada awalnya Yang Berhormat Menteri sendiri, kalau tidak silap sayalah, telah menyebut bahawa ianya ditaja oleh pihak swasta. Apabila dibentangkan bajet dan didapati bahawa ada perbelanjaan daripada kementerian itu sendiri, maka diberikan alasan bahawa oleh kerana pihak penaja tarik diri, maka kementerian terpaksa bayar. Adakah ini standard operating procedure? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kalau ianya adalah standard operating procedure di mana apabila seseorang penaja itu tarik diri dan selepas itu kementerian kena cover. Maka, saya merasakan itu satu pendirian dan pendekatan yang tidak baik dan tidak tepat dan cukup berbahaya. Kalau sikap yang sebegini adalah sikap yang standard, maka selepas ini ramai yang akan turun mengaku bahawa mereka akan menaja program-program dan pada saat terakhir, tarik diri dengan penuh keyakinan bahawa kementerian akan membayar apa yang perlu di bayar. Dalam keadaan begitu, bagaimana kita hendak kawal bajet kita sedangkan pihak penaja itu sendiri pun tidak dikenakan apa-apa tindakan setakat mana yang kita tahu. Sepatutnya dalam keadaan yang sebegitu rupa, paling kurang pun pihak penaja yang menarik diri pada saat yang terakhir, perlu dikenakan satu tindakan, teguran secara terbuka. Paling kurang, orang kenal siapa dia ini yang telah menyebabkan RM1.6 juta duit rakyat dibazirkan. Akan tetapi apabila kementerian sanggup membayar dengan begitu sahaja, ini merupakan satu tindakan yang amat dipertikaikan. Malahan, ada yang meragui kenyataan Yang Berhormat Menteri itu sendiri iaitu daripada awal kementerian sendiri yang hendak membayar tetapi oleh kerana timbul isu, maka dinyatakan ianya ditaja. Akan tetapi selepas itu diam-diam bayar, keluar maklumat barulah kata, beri alasan yang sebegini dan sebegitu. Lalu saya rasa dalam persoalan ini saya hendak Yang Berhormat Menteri menjawab. Nombor satu, adakah ini standard operating procedure? Nombor dua, kenapa pihak penaja atau pun yang mengaku hendak menaja itu tidak ada dikenakan apa-apa tindakan? Nombor tiga, apakah cara, bagaimana hendak dapatkan balik duit yang sebanyak RM1.6 juta yang pada asalnya memang tidak patut dibelanjakan oleh pihak kementerian untuk program yang sebegitu rupa? Yang terakhir, persoalan pengiktirafan. Betullah kita hendak beri pengiktirafan kepada belia dan sebagainya tetapi adakah dengan mengadakan program-program yang seperti itu merupakan cara hendak berikan pengiktirafan. Soal pengiktirafan kepada Tokoh Maal Hijrah dengan memberikan duit RM100,000 dan sebagainya.
Adakah itu yang diinginkan oleh tokoh-tokoh keagamaan? Saya rasa mereka lebih pentingkan kerajaan ikut apa yang disampaikan dan dituntut oleh agama. Bukan beri dia duit. Inilah ketokohan yang diinginkan oleh tokoh-tokoh agama yang sebenar. Lalu, saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memberikan jawapan berhubung dengan dua aspek ini. Satu tentang program itu kementerian bayar. Nombor dua, cara pengiktirafan atau pun penghargaan yang diberikan kepada belia dengan cara yang sedemikian rupa. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sambungan daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Saya rasa RM1.6 juta itu penting tetapi saya juga hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang kos keseluruhan Hari Belia 2012. Oleh sebab saya pernah kata bahawa kosnya telah melambung daripada jumlah asal RM15 juta, sehingga mencecah RM68 juta. Itu adalah lebih kurang 10% daripada Bajet 2012 Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, saya hendak minta penjelasan terperinci atau pun maklumat terperinci tentang kos keseluruhan Hari Belia 2012. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Shah Alam ada menyebut bahawa apakah tindakan yang diambil terhadap penaja yang pada awalnya telah pun berjanji untuk menaja sebanyak RM1.6 juta. Di sini saya juga ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab bagi untuk jemputan seorang artis daripada Korea, patutlah ada pihak atau pun pegawai yang bertugas untuk menghubungi atau pun untuk merunding dengan pihak penyanyi K-pop ini. Saya juga ingin tahu, apakah tindakan dan juga siasatan yang telah dijalankan terhadap pegawai-pegawai yang berunding dengan penaja ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang pengiktirafan daripada belia ini. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah saban tahun Anugerah Tokoh Belia, anugerah kepada pertubuhan belia dan sebagainya ini dilihat sebagai hanya satu anugerah. Satu slot yang diletakkan dalam Festival Belia dan ia sebenarnya tidak memberikan gambaran bahawa tokoh-tokoh belia dan juga persatuan-persatuan belia yang terbaik itu tidak diberikan peluang. Maksudnya, setelah mereka menang, setelah mereka berjaya, dinobatkan sebagai tokoh dan hari ini saya ingin maklumkan kepada Dewan, saya baru mendapat makluman yang Tokoh Belia Negara untuk kita tahun ini, semalam membuat persembahan di Vietnam, telah pun berjaya menjawat sebagai Tokoh Belia di peringkat ASEAN dan tahniah kepada pihak kementerian. Ini sebenarnya adalah satu pencapaian yang baik. Cuma, saya perlukan juga penjelasan daripada Menteri sendiri. Selain daripada program-program seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi, berkaitan dengan kehilangan RM1.6 juta, program-program K-pop dan sebagainya ini. Kita melihat Festival Belia juga sebenarnya telah memberikan gambaran bahawa selain daripada pengiktirafan kepada tokoh-tokoh belia, program-program dan aktiviti yang dilaksanakan di peringkat Festival Belia, ia juga memberikan peluang dan juga ruang kepada golongan belia yang ada di seluruh negara untuk melihat bahawa Festival Belia ini sebenarnya sambutan Hari Raya Belia setahun sekali kepada mereka. Saya minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sambung sedikit lagi. Saya bersetuju dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Sepang sebentar tadi berkait dengan K-pop. Saya hendak dapatkan penjelasan, komitmen daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Apakah selepas daripada ini, pihak kementerian atau pun pihak kerajaan masih mahu meneruskan program-program hiburan yang seperti itu? Sebenarnya, kita tidak menolak pun hiburan. Kita memahami anak-anak muda juga perlukan hiburan tetapi biarlah kita memilih konsep atau pun hiburan yang bermoral, yang tidak merosakkan akhlak dan juga anak muda. Saya pasti dasar Kementerian Belia pasti untuk melahirkan jati diri anak muda yang baik dari segi peribadi dan juga jati diri mereka. Jadi, apakah selepas ini ia akan diulang lagi atau pun sudah cukup apa yang lepas itu jadi pengajaran dan selepas ini kita fokus pada apa yang ada dalam negara kita.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada banyak isu yang dibangkitkan. Saya cuba jawab dengan menyeluruh tetapi dengan ringkas. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Shah Alam dan juga
Sekijang tadi mengenai pengiktirafan kepada belia kita. Saya melihat bahawa Anugerah Belia Negara ini adalah satu pengiktirafan yang cukup penting. Walaupun Ahli Yang Berhormat daripada Lenggong rasa bahawa prestij, dengan izin, anugerah ini telah kurang dalam tahun-tahun yang lepas tetapi dari segi pengiktirafan yang kita beri dan platform yang kita sediakan sebenarnya bertambah. Walaupun saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa kita tidak boleh ukur pengiktirafan ini dari segi wang ringgit sahaja tetapi dari segi pengiktirafan duit, nilai dia sudah meningkat. Akan tetapi dari segi pendedahan yang kita bagi kepada mereka juga pun sudah meningkat. Kita seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi, kita ketengahkan mereka sebagai jurucakap bagi Kementerian Belia dan Sukan, bagi negara Malaysia di pentas belia antarabangsa. Mereka dibawa kepada program KBS sama ada di tanah air atau pun di luar negara untuk menjadi sebagai ikon kepada anak-anak muda kita. ■1740 Jadi saya harap bahawa dari semasa ke semasa kita akan dapat perbaiki lagi pengiktirafan yang kita beri kepada tokoh-tokoh belia negara dan mungkin salah satu idea yang baik daripada Yang Berhormat Sekijang tadi kita kaji sama ada kita hendak teruskan dari segi anugerah itu diberi sempena dengan Festival Belia atau pun kita hendak asingkan dan hendak adakan satu majlis yang khas bagi mereka.
Menteri, sekejap. Saya hendak respons tadi. Sebenarnya saya bercakap bukan soal wang ringgit tetapi yang saya sebut tadi ialah beri pengiktirafan dalam satu keadaan yang lebih baik. Waktu saya diberi memang saya akui itu dalam keadaan yang cukup bagus dalam suasana yang cukup baik kerana kementerian beri pengiktirafan. Saya bersetuju tadi, jangan kita untuk selepas ini hanya menyelitkan dalam program yang besar. Ia menjadi tenggelam, beri pengiktirafan bukan soal wang ringgit tetapi pengiktirafan yang memberi galakan kepada pihak terlibat.
Saya lihat mungkin tahun-tahun yang lepas apabila diselitkan ia bukan main event dan itu telah menyebabkan gambaran bahawa tidak sehebat dahulu dan mungkin kita kena kaji semula penganugerahan dan juga pengiktirafan yang diberi. Saya pergi kepada isu yang banyak dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Sekijang mengenai Festival Belia Putrajaya. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang bahawa Hari Belia Negara yang sekarang ini dipanggil Festival Belia Putrajaya adalah hari perayaan yang kita meraikan anak-anak muda di seluruh negara. Dari segi konsepnya, dari segi program keseluruhannya adalah satu program yang banyak memberi faedah kepada anak-anak muda negara kita memandangkan Putrajaya itu dikonsepkan sebagai ‘Bandar Belia’ dan Putrajaya ditawan oleh anak-anak muda dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi pelbagai bidang daripada bidang kerohanian, keusahawanan, sukan, rekreasi dan macam-macam lagi. Jadi kalau kita melihat kepada impak dan juga maklum balas yang kita perolehi daripada mereka yang hadir di program Hari Belia Negara atau sekarang ini dipanggil sebagai Festival Belia Negara, saya rasa tidak boleh dinafikan bahawa program ini dinanti- nantikan oleh anak-anak muda setiap tahun dan sudah menjadi satu fix events, dengan izin, dalam takwim kerajaan terutamanya dalam Kementerian Belia dan Sukan. Saya ingin respons kepada isu yang dibangkitkan khusus mengenai acara K-Pop yang diadakan pada tahun 2012. Acara K-Pop ini hanya diadakan pada tahun 2012. Untuk menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat Temerloh, pada tahun 2013 kita tidak lagi mengadakan program K-Pop ini dan pada tahun seterusnya pun kita tidak bercadang untuk menganjurkan acara K-Pop. Saya ingin beri penjelasan mengenai mengapa kita cuba acara K-Pop ini dan acara ini telah mendapat undangan pelbagai dan kita pun sedar bahawa sebab itu kita tidak teruskan pada tahun 2013. Salah satu sebab yang mana kita pilih acara K-Pop ini adalah kerana kita dapati bahawa untuk tahun acara himpunan belia pada tahun 2010 dan 2011 kita dapat penglibatan yang ramai daripada masyarakat belia terutamanya daripada masyarakat Cina. Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan telah fikirkan apakah
tarikan yang boleh membawa ramai anak muda daripada masyarakat Cina untuk bersama dalam Hari Belia Negara ataupun perayaan Hari Belia Negara di Putrajaya. Salah satu cadangan yang diberi adalah konsep K-Pop yang mendapat minat dan dapat pengikut yang ramai di kalangan anak-anak muda daripada masyarakat Cina. Oleh yang demikian apabila dilaksanakan program ataupun konsep K-Pop tersebut memang jelas nyata bahawa buat kali pertama kita dapat ribuan anak-anak muda daripada masyarakat Cina yang bersama dengan kita dalam perayaan Hari Belia Negara tetapi...
Yang Berhormat, boleh sedikit? Sedikit sahaja. Di samping K-Pop ini, Yang Berhormat pernah dengarkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan Pesta Hugging Day atau Hari Berpeluk-peluk untuk remaja- remaja. Apakah kementerian juga organize program seumpama ini?
Mana ada?
[Dewan riuh]
Ada. Ada keluar ya?
Ada. Ya, betul.
Jadi adakah kementerian juga menggalakkannya atau pun tidak? The Hugging Day atau Hari Berpeluk-peluk. Tengok, tengok dia sudah bising.
Ini fitnah. Ini entah-entah dia baru balik hugging dengan siapa, datang sini cakap macam ini.
Sabar Yang Berhormat, sabar. Sabar Yang Berhormat.
Dia menganjurkan hari berpeluk- peluk. Saya ingat kementerian tidak perlulah, cukuplah dengan K-Pop itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibahas ini hal belia dan yang mendengar di luar sana belia. Biarlah buat contoh baik untuk belia.
Tuan Yang di-Pertua, yang di Pulau Pinang itu belia-belia diorganize berpeluk-peluk. Itu masalahnya.
Sila Menteri.
Akan tetapi sama juga dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi, “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Kadang-kadang dia pun buat macam-macam yang dia tidak sentuh dan kita pun tidak sentuh. Jadi mengenai K-Pop ini itulah rasional yang kita cuba penganjuran K-Pop tetapi yang seperti mana saya jelaskan tadi kita tidak teruskan. Mengenai penganjurannya dan juga kosnya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga Yang Berhormat Rasah. Untuk makluman, perkara ini akan menjadi Jawatankuasa Kira-kira Negara, Public Accounts Committee akan ada sesi bersama dengan bekas Menteri Belia dan Sukan khusus untuk menjawab isu perbelanjaan K-Pop yang telah disenaraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
[Bangun]
Namun demikian, sekejap. Saya hendak jelaskan di sini juga bahawa penajaan untuk program ini sebenarnya adalah penajaan keseluruhan untuk program-program dalam Hari Belia Negara. Kita tidak ambil penajaan untuk individual programs, dengan izin. Kita ambil penajaan untuk keseluruhan Hari Belia Negara masuk dalam akaun khas di bawah Majlis Sukan Negara sebab Majlis Sukan Negara ada akaun yang boleh terima penajaan daripada pihak ketiga. Jadi apabila duit itu masuk ke dalam akaun untuk Hari Belia Negara ini, kita kira sebagai penajaan untuk keseluruhannya tetapi untuk item K-Pop memang betul, itu tidak keluar daripada cash ataupun ruang tunai yang datang daripada penajaan. Itu dikeluarkan daripada duit kementerian sendiri.
[Bangun]
Sekejap. Let’s me explain fully. Oleh yang demikian, apa yang disebut oleh pegawai kementerian sebelum ini bahawa dijangkakan penajaan
akan menampung konsert K-Pop yang dianjurkan pada tahun 2012, itu adalah berdasarkan kepada unjuran penajaan yang kita boleh dapat daripada penaja-penaja dalam bentuk wang tunai. Malangnya, kita tidak dapat jumlah yang diharapkan sebab unjuran itu tidak sampai apa yang diunjurkan oleh kementerian. Oleh kerana ada short falls, maka kita terpaksa bayar untuk beberapa program dan K-Pop itu adalah salah satu acara yang terpaksa kita tanggung ya. Untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi, Yang Berhormat Bukit Mertajam - just finally ya? Yang Berhormat Bukit Mertajam telah bangkitkan isu perbelanjaan keseluruhan bagi Hari Belia Negara. Yang Berhormat Bukit Mertajam sebut RM68 juta. Saya hendak perbetulkan, perbelanjaan untuk Hari Belia Negara untuk tahun 2012 adalah RM27,576,819.15. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak beri cadanganlah, kalau hendak bawa belia Cina dan Melayu ramai tidak payah panggil K-Pop tetapi buat Bersih 3.0...
Ya. [Tepuk]
...Dekat Pulau Pinang ataupun ‘Bersih 4’ insya-Allah ramai. Maknanya tidak perlu hendak bawa perempuan yang scantily dress, dancing on the stage sebagai satu cara untuk hendak tarik belia yang ramai. Saya rasa ini pun satu corak stereo typing yang tidak patut dinyatakan secara terbuka di sini seolah-olah kita memberikan satu gambaran terhadap bangsa Tionghoa dan pemuda Tionghoa bahawa mereka ini mempunyai kesukaan kepada perkara-perkara yang sebegitu rupa semata-mata. Saya rasa banyak lagi program-program yang boleh dilakukan untuk menarik minat daripada golongan muda daripada orang Tionghoa ataupun orang Cina dan India juga orang Melayu yang sekiranya dilakukan perbincangan terbuka dan melibatkan semua pihak, insya-Allah boleh menghasilkan satu natijah yang baik, itu satu. Nombor dua tentang soal penjelasan berhubung dengan RM1.6 juta.
Saya ingin merakamkanlah bahawa jawapan Yang Berhormat Menteri jauh berbezalah daripada response dan jawapan yang telah diberi sebelum daripada ini apabila dengan nyata dan jelas dikatakan bahawa program K-Pop itu ada penaja yang khas dan ianya bukan dibayar oleh pihak kementerian itu sendiri. Saya pun hairan bagaimana satu group ataupun satu band dia boleh sanggup datang daripada Korea all the way tanpa ada apa-apa jaminan ataupun apa-apa bayaran, deposit dan sebagainya sekiranya ianya merupakan penaja swasta. Lalu saya merasakan bahawa daripada awal lagi pihak kerajaan semestinya dan pihak kementerian semestinya telah pun memberikan jaminan bahawa bayaran itu akan dibuat tetapi perkara ini tidak didedahkan apabila persoalan kehadiran K-Pop itu di dalam program Hari Belia dipertikaikan oleh masyarakat umum untuk hendak defuse the situation, dengan izin awal- awal lagi dinyatakan bahawa ianya merupakan satu program yang ditaja oleh pihak swasta.
[Bangun]
Ketiga bolehkan? Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh duduk kot, Tuan Yang di-Pertua atau Yang Berhormat Menteri hendak berdiri?
Ini ialah Yang Berhormat...
[Ketawa]
Saya sengaja biarkan ini sebetulnya ini tidak boleh di dalam peraturan mesyuarat. Ini sudah berdialog ini bukan mencelah, ini perkara baru diberi masuk.
[Ketawa] Soalan, tanya soalan Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Ketiga tadi disebut bahawa...
Yang hujah-hujah begini pun sudah diulang-ulang, ada soalan daripada Yang Berhormat, selepas itu disambung lagi...
Tidak ulang Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang lama. Mempertikaikan jawapan Yang Berhormat Menteri.
Sama. Isu sama.
Tidak sama. Mempertikaikan jawapan Yang Berhormat Menteri kerana...
Memang begitu berbahas Yang Berhormat. Pertikai dan mempertikai. Akan tetapi apabila dipertikai dan dipertikai selepas itu dipertikai balik, dipertikai balik di situ sebab saya masuk, saya pertikai.
[Ketawa] Baru sekali Tuan Yang di- Pertua dipertikai. Bukan berkali-kali. Ketiga, persoalan bajet yang disebutkan tadi maka sekarang ini kalau dikatakan bahawa ada bajet overrun and the actual budget adalah sebanyak RM270,500,000 lebih...
RM27 juta, RM27 juta.
Sebanyak RM27,578 juta lebih kurang begitu. Apakah jumlah bajet overrun itu yang sebenarnya? Apakah sebab berlakunya bajet overrun itu? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri..
Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila ringkas ya.
Ya ringkas sahaja tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri RM27 juta itu saya rasa mungkin jawapan itu mungkin bukan salah Yang Berhormat Menteri tetapi maklumat yang salah telah diberikan. RM27 juta saya rasa adalah jumlah wang yang digunakan oleh kerajaan tetapi tajaan daripada pihak swasta adalah RM28 juta. Jadi kalau campur RM28 juta kos keseluruhan menjadi RM55 juta dan tambah lagi dengan maklumat yang saya dapati dalam Laporan Audit mengatakan bahawa ada RM12.6 juta diberikan secara tidak langsung iaitu melalui Program Pemberian Bantuan kepada Majlis Belia Negara dan wang itu digunakan untuk perbelanjaan Hari Belia. Maka keseluruhannya mencecah RM68 juta, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Untuk perbelanjaan Hari Belia saya cuma rujuk kepada perbelanjaan yang dikeluarkan secara terus oleh Kementerian Belia dan Sukan. Untuk kos overrun yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat daripada Shah Alam ini kerana penambahan acara program yang kita tambah pada acara Hari Belia 2012 yang menyebabkan penambahan peruntukan supaya kita dapat menampung permintaan daripada persatuan-persatuan belia dan sebagainya yang ingin kepada pelbagai lagi program yang menyebabkan kos overrun. Mengenai penaja itu saya, jawapan saya seperti mana jawapan saya tadi iaitu penaja itu ialah penaja bagi keseluruhannya. Jadi bila saya sebut daripada awal lagi pun saya kata penaja bukan untuk penaja khas bagi konsert K-Pop tetapi penaja keseluruhan. Unjuran kementerian pada waktu itu adalah bahawa kita dapat penajaan secara wang tunai yang mencukupi untuk menampung juga konsert K-Pop tetapi kita tidak dapat. Oleh yang demikian, kita terpaksa bayar konsert K-Pop tersebut dan itu adalah kedudukan perbelanjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2012. Mengenai kesesuaian K-Pop dan saranan daripada Ahli Yang Berhormat supaya kita tidak menganjurkan K-Pop memang kita tidak. Akan tetapi saranan Ahli Yang Berhormat supaya kita menganjurkan BERSIH untuk menarik minat anak-anak muda dari pelbagai kaum, saya rasa Kementerian Belia dan Sukan masih lagi tidak ada perancangan untuk menganjurkan program-program yang menggalakkan rusuhan, yang menggalakkan mereka untuk menyerang polis dan sebagainya. Buat masa ini tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan menyambut baik cadangan Yang Berhormat...
Boleh mencelah?
Cukuplah.
Yang Berhormat Tanah Merah boleh?
Ya, Yang Berhormat Tanah Merah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa pun harapan saya ialah dari segi belia saya harap Yang Berhormat Menteri dapat konsisten, konsisten dalam polisi. Saya tidak mahu jadi macam yang tidak konsisten, kerajaan Negeri Pas Kelantan yang dahulunya, dahulu tidak boleh, sekarang boleh. Contohnya dahulu tidak boleh buat Jom Heboh, sekarang boleh Jom Heboh. Jadi macam nampak sangat tidak konsisten. Okey, sebab hendak undi dia, dahulu tidak boleh sekarang boleh. Jadi saya harap polisi di bawah Yang Berhormat Menteri boleh konsisten. Terima kasih.
Terima kasih. Agaknya itu sensitiviti orang Timur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi.
Oh, sekejap.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan menyambut baik cadangan Yang Berhormat Rantau Panjang supaya program bercorak kerohanian dan kesenian Islam dianjurkan pada sambutan Hari Belia akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian turut melaksanakan program-program kesenian Islam semasa Hari Belia Negara 2012 di bawah segmen modal insan seperti Busana Islam, Pertandingan Menulis Khat, Tilawah Al-Quran dan pertandingan dan persembahan nasyid. Program-program kerohanian ini akan tetap diteruskan dan ditambah lagi untuk sambutan Hari Belia 2014 di peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan semasa Festival Belia Putrajaya 2014 seperti Malam Cintai Rasul serta Wacana Pemikiran Islam. Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Merbok dan juga Hulu Rajang bangkitkan cadangan pembinaan facility dan kemudahan sukan di...
Yang Berhormat Menteri. Excuse me, you didn’t answer the cost overrun itu berapa kos overrun? Saya minta kalau boleh diberikan kos yang sebenarnya.
Kos overrun saya akan meneliti in details better for you secara bertulis ya?
Just lumpsum. I want to see berapa peratus daripada total budget.
Saya tidak pasti dari segi bajet sebab bajet itu berubah dari segi bajet awal dan keseluruhan. Jadi saya akan berikan secara bertulis ya. Mengulas mengenai cadangan pembinaan facility dan kemudahan sukan di Sungai Petani oleh Yang Berhormat Merbok dan juga Hulu Rajang oleh Yang Berhormat Hulu Rajang, untuk makluman Yang Berhormat kementerian memang mempunyai perancangan untuk menambah kemudahan sukan di seluruh negara. Buat masa ini kementerian tidak mempunyai peruntukan bagi membina Kompleks Sukan di Sungai Petani dan di Belaga serta menaik taraf kemudahan mini stadium di Kapit. Walau bagaimanapun kementerian telah membina sejumlah 8 buah gelanggang futsal di Parlimen Sungai Petani bagi kegunaan penduduk setempat. Seterusnya menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam berkaitan isu menaik taraf kemudahan sukan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh telah menyediakan infrastruktur dan kemudahan sukan dengan membina gelanggang futsal di seluruh negara merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Kementerian dari masa ke semasa membaiki kemudahan gelanggang yang rosak berdasarkan daripada laporan yang diterima. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan saya ke atas pertanyaan yang dikemukakan...
Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Minta maaf, minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.
Ya?
Saya ada empat soalan spesifik mengenai Kementerian Belia dan Sukan langsung tidak dijawab.
Apa itu?
Mengenai IKBN, mengenai pembangunan sukan negara, mengapa peruntukan telah diturunkan...
Saya telah jawab mengenai IKBN, saya telah jawab soalan Yang Berhormat tadi dari segi perbelanjaan sukan, ini perbelanjaan seterusnya. Berhubung dengan isu pengurangan belanjawan yang dibangkitkan?
Ya, berbanding dengan tahun 2013, tahun 2014?
Tahun 2014 berbanding tahun 2013.
Saya tanya mengapakah rasional. Minta maaf Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Soalan saya spesifik apakah rasional penurunan Bajet 2014 berbanding dengan Bajet 2013 yang begitu ketara. Selepas itu saya juga merujuk kepada petikan daripada BERNAMA yang ada ulasan tentang Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa Belanjawan 2014 mesti membiayai tiga aspek utama. Soalan saya adalah mengenai adakah peruntukan itu cukup untuk Kementerian Belia dan Sukan? Oleh sebab saya rasa daripada petikan sebelum Bajet 2014 dibaca, ada pengharapan yang begitu ketara dari sudut Yang Berhormat Menteri untuk peruntukan yang lebih banyak daripada yang telah diperuntukkan. So, saya hendak jawapan secara jujur daripada Yang Berhormat Menteri adakah peruntukan yang diberikan ini memadai untuk Kementerian Belia dan Sukan?
[Menyampuk]
Oleh sebab berpandukan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri baru saya boleh soal Kementerian Belia dan Sukan pada soal Jawatankuasa nanti. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya soalan Yang Berhormat ini patut diaju kepada Kementerian Kewangan tapi saya cuba jawab mengenai pengurangan belanjawan berbanding 2013. Untuk makluman, kementerian tetap melaksanakan program dan bagi saya walaupun ada sedikit pengurangan dari segi peruntukan khusus untuk pembangunan belia, saya yakin bahawa dengan penjimatan yang dapat kita buat dalam kementerian yang telah saya mulakan sejak enam bulan yang lepas dan dengan dilaksanakan pelbagai lagi Program Lautan Biru bersama dengan kementerian-kementerian yang lain. Saya yakin walaupun ada sedikit pengurangan dari segi belanjawan untuk pembangunan belia ia masih lagi mencukupi untuk perancangan kita. Yang pasti di sini kita cuba mengaplikasikan penjimatan dalam perbelanjaan kita. Kita terpaksa innovate, dengan izin di mana kita dapat lebih penghasilan dengan peruntukan belanjawan yang sama ataupun kurang tetapi saya tidak menganggap ianya akan membantutkan perancangan kita.
[Bangun]
Yang Berhormat, last ya.
Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bermaksud pengurangan sebanyak 26% dalam pembangunan sukan negara. Menurut jawapan Yang Berhormat Menteri boleh diterima. Ini pembangunan sukan negara dan kita ada 26% penurunan berbanding dengan tahun lepas and berpandukan jawapan kepada Yang Berhormat Menteri it’s okay.
Sudah pasti kita mengharapkan lebih daripada apa yang diperuntukkan. Itu harapan daripada setiap kementerian tetapi dengan adanya
pengurangan untuk pembangunan sukan dan juga belia macam saya sebutkan tadi tidak akan membantutkan perancangan kita. We have to make, do what we have dan saya telah revise semula perancangan untuk pembangunan sukan. Yang pasti kita terpaksa dapat lebih banyak nilai daripada duit yang kita diperuntukkan more value for money. Saya percaya dengan apa yang telah disediakan dan diberi oleh Kementerian Kewangan kita dapat buat yang terbaik. Jadi saya harap agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan lebih berinovatif dari segi penggunaan peruntukan yang diberi kepada kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi dan mengambil bahagian membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Bajet tahun 2014 tempoh hari. Izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, kalau diperlukan untuk membaca jawapan yang telah disediakan mungkin saya cadangkan tidak perlulah dicelah tetapi kalau dicelah saya akan memberi jawapan secara bertulis untuk saya memberi maklumat yang telah disediakan ini. Pertama sekali adalah berkenaan isu peruntukan di bawah bajet yang telah dibahaskan. Pada dasarnya peruntukan yang telah diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk bajet tahun 2014 berkurangan sebanyak 9% berbanding dengan bajet sebelum ini. Disebabkan ini beberapa program di bawah kementerian ini telah dikurangkan peruntukan pembangunan pada tahun 2014 seperti program bekalan air, bekalan elektrik dan juga peruntukan untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli sebagai contoh. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengurangan ini tidak menghalang kementerian ini daripada terus melaksanakan tanggungjawab dalam membawa kemajuan ke kawasan luar bandar seperti mana yang telah dirancang. Pihak kementerian akan menilai semula keutamaan kepada perancangan yang telah dibuat dan seterusnya akan mengambil tindakan sewajarnya. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan sebagai contoh pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar atau bekalan air luar bandar perlu dibuat secara berperingkat dan diselaraskan dengan keperluan yang mendesak. Dalam hal ini peruntukan bagi program jalan luar bandar untuk tahun 2014 adalah sebanyak RM979.6 juta lebih tinggi berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak RM1.26 bilion. Selain itu kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM24.2 juta untuk Program Ameniti Sosial pada tahun 2014 di mana pada tahun 2013 tiada peruntukan diberi kepada kementerian untuk program tersebut. Kerajaan memang sedar akan keperluan bekalan elektrik 24 jam terutama sekali di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta di kawasan penempatan Orang Asli. Pada tahun 2014, program bekalan elektrik luar bandar telah diberi peruntukan berjumlah RM864.67 juta. Peruntukan ini akan digunakan untuk menyambung bekalan elektrik 24 jam kepada 16,295 buah rumah masing-masing. 1,694 buah rumah di Semenanjung, 4,151 buah rumah di Sabah dan 8,500 buah rumah di Sarawak. Kita mengharapkan agar semua Ahli Yang Berhormat dari kedua-dua belah pihak untuk terus memberi sokongan kepada pihak kementerian ini dalam membawa arus pembangunan di kawasan luar bandar. Isu kedua adalah isu yang sentiasa dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan terutama sekali Ahli Parlimen yang berada di luar bandar iaitu isu pembangunan infrastruktur asas di kawasan mereka. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan kawasan luar bandar sememangnya menjadi agenda utama kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan hingga kini liputan bekalan air bersih telah mencapai 78.2% pada tahun 2010
berbanding dengan 74.7% pada tahun 2000. Manakala bekalan elektrik luar bandar pula adalah pada kadar 92.5% pada tahun 2010 berbanding 89.5% pada tahun 2000. Kita akan teruskan usaha ini dan apa yang paling penting adalah peningkatan taraf dan juga kualiti hidup dengan penurunan kadar kemiskinan tegar di kawasan luar bandar kepada 0.2% pada tahun 2012 berbanding 3.9% pada tahun 1990. Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Sik memohon supaya peruntukan disediakan bagi pembinaan jalan-jalan seperti berikut:- (i) Nanga Mujong ke Nanga Melinau sepanjang 60 kilometer; dan (ii) jalan utama Banjaran Bukit Enggang ke Belantik di Barat Timur. Bagi permohonan pembinaan jalan-jalan tersebut kementerian akan mengemukakan permohonan kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk menyediakan ringkasan projek berserta anggaran kos keseluruhan projek tersebut dan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada keutamaan oleh pihak berkuasa negeri serta peruntukan yang mencukupi. Yang Berhormat Limbang memohon status terkini pelaksanaan projek Jalan Maritam Telahak Buang Abai fasa dua dan fasa tiga. Untuk makluman pihak kontraktor telah gagal untuk menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan dan pada masa ini proses penamatan kontrak sedang dijalankan. Bagi pelaksanaan fasa tiga, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek ini dalam rolling plan keempat tahun 2014. Yang Berhormat Lubok Antu bertanyakan tentang status pelaksanaan projek Jalan Bukit Tunku ke Sayat Soh Seramat, Jalan Sungai Sayat ke Nanga Kumpang, jalan dari Bukong Ingklili ke Cangkung dan jalan balak di kawasan Parlimen Lubok Antu. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek Jalan Bukit Tunku Sayat Seramat dan Jalan Ingklili, Nanga Buloh masih di peringkat penilaian tender. Manakala status bagi projek Sayat Nanga Kumpang adalah di peringkat penyelesaian isu pengambilan tanah. Bagi pelaksanaan menaik taraf bekas jalan-jalan balak di negeri Sarawak tiada peruntukan disediakan pada tahun 2014.
Yang Berhormat Kanowit memohon agar pelaksanaan projek pembinaan jalan dan jambatan Sungai Kanowit disegerakan. Untuk makluman Yang Berhormat Kanowit, pada masa kini, kerja-kerja akhir mereka bentuk projek sedang giat dilaksanakan dan dijangkakan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2014. Yang Berhormat Stampin mendakwa terdapat banyak projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat, RM1.7 bilion telah diluluskan di bawah Program JLB NKRA Negeri Sarawak iaitu dari tahun 2010 ke 2012. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM1 bilion atau 70% telah dibelanjakan yang melibatkan pembinaan jalan sepanjang 659.7 kilometer. Kementerian mengakui terdapat sebahagian projek yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun begitu, pemantauan rapi sedang dibuat termasuk proses penamatan kontrak dilakukan. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai jalan yang menghubungkan Kampung Rayang, Munggu Kopi dan Tanah Puteh merupakan projek yang dibiayai oleh kerajaan negeri. Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Lawas memohon lebih banyak projek infrastruktur di kawasan Parlimen masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat dipohon untuk mengemukakan senarai cadangan permohonan untuk dipertimbangkan di bawah skop pelaksanaan Program Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa. Program bekalan air luar bandar. Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Lubok Antu memohon tambahan peruntukan bagi pembekalan Tangki Air 1Malaysia dan pengagihan tersebut perlu melibatkan pusat khidmat wakil rakyat di kawasan terbabit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan yang diluluskan untuk pembekalan Tangki Air 1Malaysia adalah di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Saranan Yang Berhormat untuk melibatkan pusat khidmat wakil rakyat akan diberi perhatian sewajarnya.
Yang Berhormat Limbang memohon untuk melaksanakan projek bekalan air luar bandar dari Simpang Ukum ke Pekan Medamit Fasa 2 dan di kawasan Ulu Pandaruan. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada peruntukan yang diluluskan bagi pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dari Simpang Ukum ke Pekan Medamit Fasa 2. Kementerian juga mengambil maklum akan keperluan mendesak bekalan air di kawasan tersebut dan akan memberi keutamaan untuk pelaksanaan dalam tahun 2015 nanti. Yang Berhormat Lanang...
Yang Berhormat Sibuti.
Yang Berhormat Sibuti ya. Saya ...
Sedikit sahaja.
Itu hal Yang Berhormat Limbang tadi.
Yang tangki air.
Okey.
Yang Berhormat Sibuti selepas.
Lepas sikit. Yang Berhormat Lanang bertanyakan mengenai peratus liputan yang belum mendapat bekalan air di rumah panjang...
Yang Berhormat Stampin.
Kawasan Lanang dan negeri Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, peratusan liputan bekalan air bagi negeri Sarawak telah mencapai 77%. Liputan untuk kawasan luar bandar di Lanang pula adalah sebanyak 90% manakala keseluruhannya dalam kawasan Parlimen Lanang sebanyak 97%.
Minta pengesahan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Stampin.
Yang Berhormat Lanang?
Yang Berhormat Stampin. Tadi Yang Berhormat Stampin...
Yang Berhormat Stampin belum sebut. Yang Berhormat Lanang saya sudah sebut.
Sudah sebut. Tadi sudah sebut.
Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Sri Aman dan Yang Berhormat Stampin - Ya, Yang Berhormat Stampin, membangkitkan isu ketiadaan bekalan air di kawasan masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan membuat siasatan tapak berhubung isu yang dibangkitkan. Keutamaan akan diberikan oleh kerajaan sekiranya ia memenuhi skop projek bekalan air luar bandar.
Boleh minta pengesahan?
Ya, boleh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada mengatakan bahawa peruntukan lebih RM1 bilion itu yang mana Yang Berhormat Stampin pernah mengatakan bahawa lebih kurang 70% daripada segi peruntukan projek itu adalah tidak siap, sakit ataupun tidak menepati masa, adalah palsu. Itu saya tidak bersetujulah kerana jawapan yang saya dapat itu adalah daripada Auditor General’s Report 2012 di negeri Sarawak. Terima kasih.
Okey, terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat Julau memohon disegerakan loji air di Pekan Pakan dan Pekan Julau bagi mengatasi ketidakcukupan kapasiti bekalan air. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada peruntukan yang diluluskan bagi menaik taraf loji air di Pekan Pakan dan Pekan Julau. Namun begitu, terdapat projek retikulasi Pakan Fasa 2 yang bernilai RM53 juta akan mula dilaksanakan pada awal tahun 2014 dan dijangka siap pada tahun 2016. Apabila siap kelak, ia dapat memenuhi keperluan bekalan air di Pekan Pakan.
Yang Berhormat Lawas memohon dinyatakan pecahan peruntukan Bajet 2014 bagi negeri Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah RM800.28 juta telah diperuntukkan bagi negeri Sarawak di dalam Bajet 2014 dengan pecahan peruntukan seperti berikut: | JENIS PROJEK |NILAI JUTA (RM)| |----------------------------|--------------:| |Jalan luar bandar | 233.50| |Bekalan air luar bandar | 170.38| |Bekalan elektrik luar bandar| 392.40| |Tanks | 4.00| |JUMLAH | 800.28|<END_TABLE_MARKER> Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Baram dan Yang Berhormat Lawas memohon lebih banyak projek infrastruktur bekalan air di kawasan Parlimen masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat dipohon untuk mengemukakan senarai cadangan permohonan untuk dipertimbangkan di bawah skop pelaksanaan program bekalan air luar bandar. Yang Berhormat Hulu Rajang pula telah memohon kementerian supaya menyediakan bekalan elektrik di sepanjang Long Menjawah sehingga ke Penembah di Daerah Belaga. Beliau juga memohon supaya bekalan elektrik disambung ke Sungai Benar, Rumah Undi dan ke Rumah Johny Hingat. Kementerian bersama-sama Sarawak Energy Berhad merancang untuk membuat penyambungan bekalan elektrik menggunakan talian voltan tinggi dari Simpang Sungai Asap ke Rumah Aging, Belaga sepanjang 72 kilometer pada tahun 2014. Sekiranya perancangan ini dapat diteruskan, stesen jana kuasa diesel di pekan Belaga boleh ditutup dan pengguna mendapat bekalan elektrik 24 jam daripada talian grid. Mengenai permohonan Yang Berhormat supaya kementerian menyambung bekalan elektrik sehingga ke Penembah pula, cadangan berkenaan tidak dapat diteruskan sehingga jalan penghubungan dari pekan Belaga ke Penambah sepanjang 130 kilometer disiapkan. Berhubung dengan permohonan Yang Berhormat supaya penyambungan bekalan elektrik dibuat ke Sungai Benar, Rumah Undi dan Rumah Johny Hingat, sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar ke rumah Johny Hingat telah siap dilaksanakan pada tahun 2011. Projek bernilai RM8.4 juta ini telah memberi manfaat kepada 188 buah rumah ataupun pintu. Pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar ke Sungai Benar ke Rumah Undi pula telah diluluskan pelaksanaannya pada tahun 2013. Kerja-kerja di tapak pembinaan dijangka akan dimulakan pada 16 Disember 2013 ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 November 2014. Projek bernilai RM4.17 juta ini akan memberi manfaat kepada 91 pintu. Yang Berhormat Lubok Antu pula membangkitkan kerisauan beliau bahawa masih terdapat penduduk di kawasan beliau belum menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam walaupun tinggal berdekatan dengan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Batang Ai.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian pada tahun 2011 sehingga tahun 2013 telah meluluskan pelaksanaan 20 projek bernilai RM18.7 juta dan memberi manfaat kepada 706 pintu di kawasan Parlimen Lubok Antu. Pada tahun 2014, saya yakin lebih banyak kawasan penempatan di kawasan Parlimen Lubok Antu akan disambung dengan bekalan elektrik 24 jam. Senarai bekalan elektrik luar bandar bagi tahun 2014 masih belum dimuktamadkan oleh Kementerian Kemudahan Awam Sarawak. Yang Berhormat Sri Aman telah memohon supaya peruntukan BELB yang diluluskan pada tahun 2014 diperuntukkan sebagai – maknanya kepada kawasan Parlimen beliau. Beliau memaklumkan bahawa walaupun liputan bekalan elektrik di Sarawak telah mencapai 80%, masih terdapat beberapa buah rumah panjang di Sri Aman yang masih
belum mendapat kemudahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga akhir tahun 2012, liputan bekalan elektrik di kawasan luar bandar di Sarawak telah mencapai 83.8%. Dengan komitmen berterusan kerajaan, liputan ini akan meningkat kepada 87.6% pada akhir tahun 2013. Khusus bagi kawasan Parlimen Sri Aman, kementerian pada tahun 2012 hingga tahun 2013 telah meluluskan pelaksanaan enam projek bernilai RM20 juta dan memberi manfaat kepada empat buah rumah atau 400 pintu. Bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar pada tahun 2014, kerja-kerja di tapak bina dijangka akan dimulakan pada Januari 2014. Yang Berhormat Sri Aman dan Yang Berhormat Julau juga mencadangkan supaya kementerian menerokai potensi penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga mikro hidro. Kementerian sentiasa terbuka untuk menerokai potensi pembangunan tenaga boleh diperbaharui bagi tujuan pembekalan elektrik ke kawasan luar bandar. Bagi tujuan berkenaan, kementerian pada tahun 2010 telah menjalankan kajian kesesuaian pembangunan sistem mikro hidro untuk tujuan pembekalan elektrik di seluruh negara. Hasil daripada kajian yang dijalankan, sejumlah 277 sungai masing-masing, 215 di Sarawak, 50 di Sabah dan 12 di Semenanjung sesuai untuk dibangunkan dengan sistem mikro hidro secara run off river tanpa melibatkan pembinaan empangan. Daripada senarai berkenaan, kementerian pada tahun 2011 telah memulakan pelaksanaan projek mikro hidro di Semulung Ulu, Pakan, Nanga Sengaih, Sri Aman dan Long Banga di Baram. Projek mikro hidro di Semulung Ulu dan Nanga Sengaih dilaksanakan dengan kerjasama UNIMAS dan projek ini telah siap sepenuhnya. Projek mikro hidro di Long Banga pula kini di peringkat akhir pengujian dan dijangka akan mula beroperasi pada tanggal 16 Disember 2013 ini. Yang Berhormat Stampin membangkitkan isu kegagalan pelaksanaan projek BELB menggunakan sistem...
Minta pencelahan.
Yang Berhormat Sri Aman ya?
Ya.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Mengenai mikro hidro, selain daripada mikro hidro yang dilaksanakan di Sri Aman, apakah alternatif lain seperti solar dan sebagainya yang dapat dijalankan untuk Parlimen Sri Aman setakat ini?
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kementerian ini memang melihat kepada kesemua opsyen untuk kita dapat memberi bekalan elektrik. Jadi, sistem solar ini memang satu-satunya yang pernah juga kita gunakan akan tetapi kementerian ini sedar sangat akan kos untuk kita menggunakan sistem solar ini selalunya begitu tinggi sekali. Saya teruskan ya. Yang Berhormat Stampin membangkitkan isu kegagalan pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar menggunakan sistem kincir angin di Teluk Melanau. Mengapa projek berkenaan tidak dapat disiapkan dan bila pengguna dijangka akan mendapat kemudahan bekalan elektrik? Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan elektrik luar bandar menggunakan kincir angin di Teluk Melanau diluluskan sebagai projek perintis atau pilot project. Kerajaan pada tahun 2007 dengan kos berjumlah RM3.7 juta untuk pembekalan elektrik kepada 52 buah rumah dan bukan seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat, sebanyak RM50 juta. Itu salah, jangan buat dakwaan. Projek ini diluluskan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menerokai potensi tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Sistem yang dibina di Teluk Melanau merupakan kombinasi sistem solar, kincir angin, set generator diesel dan penstoran bateri yang mampu menjana tenaga elektrik 24 jam. Bagaimanapun, kincir angin yang dibina tidak mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk membolehkan penduduk kampung mendapat bekalan elektrik 24 jam. Bagi menyelesaikan isu pembekalan elektrik di Teluk Melanau, kementerian telah memutuskan untuk menambah kapasiti panel solar di Teluk Melanau. Kerja-kerja penambahan panel solar ini telah dimulakan pada Ogos tahun 2013 ini dan akan siap sepenuhnya pada Februari tahun 2014 dengan kos berjumlah RM1.4 juta. Yang Berhormat
Lawas pula telah membangkitkan isu mengenai ketiadaan bekalan elektrik yang sempurna di Bario.
Yang Berhormat.
Tak perlulah, saya teruskan. Ba’kelalan dan Long Semadoh walaupun selepas 50 tahun merdeka. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pada tahun 2011 telah meluluskan pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar sistem solar hibrid di Bario, Ba’kelalan dan Long Semadoh. Projek di Bario dan beberapa buah kampung di Ba’kelalan sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Mei tahun 2014. Bagi projek di Long Semadoh pula, kerja-kerja fizikal telah siap sepenuhnya dan kini di peringkat akhir pengujian dan pentauliahan sistem. Pengguna di Long Semadoh dijangka akan mendapat bekalan elektrik 24 jam pada akhir November, bulan ini ya, tahun 2013 ini. Yang Berhormat Lanang semasa sesi perbahasan yang lepas ada bertanyakan mengenai liputan semasa bekalan elektrik di kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada data yang diperoleh daripada Kementerian Kemudahan Awam Sarawak, liputan bekalan elektrik di kawasan Parlimen Lanang pada akhir tahun 2012 telah mencapai 88%. Berdasarkan kepada projek-projek bekalan elektrik luar bandar yang sedang dijalankan, kementerian yakin liputan ini akan mencapai 95% pada akhir tahun 2015 nanti. Yang Berhormat Merbok ada memohon supaya pemasangan lampu jalan kampung di Pekan Bukit Selambau dan Pekan Merbok disegerakan. Untuk makluman Yang Berhormat, program pemasangan lampu jalan kampung merupakan usaha berterusan kerajaan untuk menceriakan kawasan kampung dan membolehkan aktiviti riadah dijalankan pada waktu malam. Skop pemasangan LJK melibatkan pemasangan lampu jalan di atas tiang sedia ada dan di kampung-kampung tradisi. Pemasangan lampu jalan di kawasan pekan tidak termasuk di dalam skop LJK kementerian. Sehubungan itu, permohonan pemasangan LJK di Pekan Bukti Selambau dan Pekan Merbok tidak dapat dipertimbangkan oleh kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat juga, senarai kampung-kampung yang diputuskan untuk pemasangan LJK diputuskan di peringkat negeri oleh pejabat pembangunan negeri. Cadangan yang dibuat oleh PPN adalah berdasarkan kepada saiz kampung, bilangan penduduk dan peruntukan yang diluluskan pada tahun pelaksanaan. Khusus bagi kawasan Merbok, kementerian pada tahun 2013 telah siap memasang 345 unit LJK melibatkan 46 buah kampung.
Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Jerlun telah membangkitkan berkenaan bantuan bina baru dan baik pulih rumah rakyat miskin dan miskin tegar. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, dalam konteks agihan peruntukan, kementerian telah menerima sejumlah RM179 juta bagi membina rumah baru dan baik pulih rumah. Daripada jumlah tersebut, negeri Sarawak dan negeri Sabah diunjurkan akan mendapat agihan peruntukan tertinggi berdasarkan insiden kemiskinan yang tinggi di kedua-dua negeri tersebut. Pecahan terperinci mengikut Parlimen pula akan dibuat berdasarkan bilangan ketua isi rumah. Miskin, miskin tegar tertinggi dan permohonan bantuan mengikut senarai keutamaan yang telah diputuskan di peringkat negeri melalui mekanisme focus group pembasmian kemiskinan.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Yang Berhormat Sibuti ya, okeylah sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di kawasan luar bandar, terutama sekali kawasan saya rumah panjang. Kita dengar rumah mesra rakyat, rumah rakyat termiskin RM40,000, RM75,000. Apakah kalau saya bercadang kepada Yang Berhormat Menteri atau kepada kementerian supaya penduduk-penduduk di rumah panjang diberi peluang juga untuk mendapat agihan pembangunan rumah seperti rumah mesra rakyat untuk bilik mereka yang berharga RM75,000 itu dibayar dengan RM50,000 atau pun RM40,000 rakyat termiskin itu dibuat di rumah panjang juga Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Sibuti, itu adalah cadangan yang baik sekali. Untuk makluman kepada Yang Berhormat Sibuti, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui program PBR atau program bantuan rumah telah banyak juga membantu penduduk-penduduk rumah panjang di Sarawak. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Focus group pembasmian kemiskinan peringkat daerah merupakan platform untuk memuktamadkan senarai kelulusan PBR yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Oktober 2009. Dari segi mekanisme pemilihan penerima bantuan, senarai nama pemohon PBR di selaras dan dimuktamadkan terlebih dahulu di peringkat focus group pembasmian kemiskinan daerah, sebelum dikemukakan kepada kementerian KKLW untuk kelulusan peruntukannya. Secara dasarnya, pemohon-pemohon PBR di selaras terdiri daripada keluarga miskin dan miskin tegar yang didaftarkan dalam senarai data eKasih yang dikawal selia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri atau permohonan baru yang telah disahkan atau diperakui oleh focus group. Pembasmian kemiskinan daerah sebagai keluarga miskin atau miskin tegar yang layak dan memerlukan bantuan rumah di bawah program PBR. Untuk makluman Yang Berhormat semua, bagi kawasan daerah atau Parlimen yang mempunyai bilangan insiden kemiskinan yang tinggi akan diberikan agihan peruntukan yang relatif lebih banyak berbanding dengan kawasan yang mempunyai insiden kemiskinan yang rendah. Untuk makluman Yang Berhormat Merbok, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 1MDB adalah di bawah kawal selia Yayasan Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, KKLW melalui program bantuan rumah ada menyediakan bantuan membina baru dan membaik pulih rumah untuk keluarga miskin tegar dan miskin di luar bandar.
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan penjelasan pembangunan untuk di luar bandar bagi negeri Sabah dan juga negeri Sarawak? Apa yang pasti, saya melihat kesungguhan kementerian untuk dalam soal pembasmian kemiskinan terutamanya dan juga program-program yang saya kira luar bandar di Sabah dan Sarawak memang amat penting sekali. Di sini Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan sejumlah peruntukan yang besar, relatif. Boleh tidak tolong beritahu kepada pihak Dewan bahawa berapa banyak kah peruntukan yang akan diberikan kepada pembangunan di luar bandar. Ini kerana saya kira bagi kita di negeri Sabah dan juga Sarawak, selain daripada keadaan demografi yang sukar terutama jalan raya, elektrik, saya kira harus pada kali ini supaya dapat ditambah peruntukan, sama ada pembaikan rumah atau apa juga projek- projek pembangunan untuk di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya Yang Berhormat, pada awal tadi saya telah menjelaskan – Tidak mengapalah Yang Berhormat. Saya akan menjawab secara bertulis untuk detail jawapan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Sik yang membangkitkan bantuan rumah pulih di Bandar Baru Beris Jaya, kementerian mengambil maklum permohonan daripada Yang Berhormat, akan menyemak semula keperluan berdasarkan kelayakan sama ada pemohon terdiri daripada golongan miskin, miskin tegar yang terdiri daripada: (i) warga emas lebih daripada 65 tahun, uzur dan orang kurang upaya; (ii) ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai; dan (iii) mangsa bencana alam seperti ribut, taufan, banjir dan kebakaran. Sekiranya pemohon didapati layak, permohonan akan dipertimbangkan untuk diperuntukkan pada tahun 2014 nanti.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang dibangkitkan adalah isu masyarakat Orang Asli. Kementerian ini menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli mengambil perhatian terhadap permohonan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Labis. Untuk makluman Yang Berhormat, projek tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama Syarikat Air Johor dan perbincangan lanjut berkaitan mekanisme pelaksanaan projek sedang dilaksanakan oleh JAKOA bersama agensi berkaitan, meliputi status tanah yang terlibat dengan laluan paip air. Kesesuaian lokasi kampung dan juga kaedah perolehan bagi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sekiranya proses tersebut berjalan lancar, projek tersebut dijangka dapat disiapkan sebelum penghujung tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang telah membangkitkan isu berkenaan Orang Asli dan hak tanah mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya menyedari akan isu-isu berkaitan tanah Orang Asli yang sering dibangkitkan termasuklah isu pemilikan tanah kawasan rayau dan sebagainya. Berdasarkan maklumat Jabatan Kemajuan Orang Asli, jumlah hak milik tanah individu di kalangan Orang Asli adalah kecil iaitu 3,114.88 hektar bersamaan 2.06% sahaja. Jumlah tanah tersebut adalah merangkumi 1,685.71 hektar untuk perumahan dan 1,429.17 hektar untuk tanah pertanian. Namun begitu, usaha-usaha bagi membantu pemberian hak milik tanah dan pembangunan tanah telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, berdasarkan perundangan dan peraturan sedia ada seperti Enakmen Tanah, Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara, perkara tanah adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri atau kerajaan negeri berkenaan. Manakala Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah merupakan jabatan persekutuan yang dipertanggungjawabkan menjaga atau melindungi kepentingan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia untuk kesejahteraan dan kemajuan mereka, sejajar dengan peruntukan-peruntukan Akta Orang Asli 1954.
[Bangun]
Yang Berhormat Putatan, ada yang berkenaan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ini khusus kepada yang berkaitan dengan kaum Orang Asli.
Termasuklah Orang Asli? Termasuklah orang asal, is it?
Tajuk, tajuk...
Tajuk yang dalam.
...Orang Asli. Okey.
Pasal pengusahaan tanah ini yang penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila soal tanah ini, saya terpanggil Tuan Yang di-Pertua, soal tanah-tanah Orang Asli sedikit sahaja. Soal orang Penan pun tidak tahu berapa ekar yang ada geran. Soal orang asal di negeri kita Tuan Yang di-Pertua. Tidak tahu apa? Saya mahu tanya pada Menteri, peruntukan yang begitu banyak untuk membangun penduduk-penduduk luar bandar ini dan juga dikatakan ada usaha kementerian untuk mewujudkan usahawan penduduk-penduduk luar bandar ini terutama sekali di golongan belia. Saya melihat peruntukan di bawah kementerian ini banyak. Saya mahu tanya kementerian, adakah program khusus bagi orang-orang asal ini? Yang Berhormat Menteri, orang-orang asal, Orang Asli, orang asal di negeri Sabah, orang dari Sarawak dan berapa peruntukan dan bila program ini akan dilaksanakan.
Okey, untuk menjawab. Untuk Orang Asli, sesungguhnya ada program yang khusus untuk Orang Asli di bawah Jabatan Orang Asli. Untuk yang lain itu, orang-orang asal di negeri Sabah dan Sarawak, dia termasuk dalam kaum bumiputera. Apa yang ada untuk kaum bumiputera di Malaysia, itulah ada kepada kita. Tidak ada khususnya atau spesifik. Kalau ada cadangan daripada Yang Berhormat, sila kemukakan. Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Berhubung dengan usaha ke arah pemberian hak milik tanah kepada Orang Asli, kementerian telah menyediakan satu dasar iaitu Dasar Pemberi Milikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang telah dibentangi dan dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) kali ke-65 pada 4 Disember 2009. Dasar tersebut disediakan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat Orang Asli menerusi pembangunan dan pemberian hak milik tanah secara terancang. Antara elemen penting dalam dasar tersebut adalah cadangan pemberi milikan tanah kepada ketua isi rumah Orang Asli dengan keluasan dua hingga enam ekar, tertakluk kepada keluasan setempat. Selain itu, tanah-tanah yang akan diberi milik akan dibangunkan terlebih dahulu sebagai sumber ekonomi kepada masyarakat Orang Asli. Dasar tersebut juga sedang ditambah baik dan kementerian juga turut mengambil kira pandangan daripada pihak berkuasa negeri, masyarakat Orang Asli, NGO dan juga SUHAKAM. Berhubung istilah “rayau” yang dikaitkan dengan masyarakat Orang Asli, perkara ini tidak termaktub dalam mana-mana perundangan bertulis di Malaysia termasuk Akta Orang Asli 1954. Maksud istilah “rayau” oleh masyarakat Orang Asli merupakan kawasan yang mana mereka mencari hasil hutan secara tradisional untuk sara diri dan keluarga. Oleh itu tidak timbul isu Orang Asli akan selamanya merayau kerana matlamat kerajaan menerusi dasar yang disediakan adalah jelas untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli menerusi program-program pembangunan tanah secara berkelompok. Selain itu, pihak kementerian yakin bahawa sekiranya masyarakat Orang Asli mempunyai sumber ekonomi yang mampan, aktiviti sara diri secara tradisional tidak lagi akan diteruskan. Kementerian juga lebih menumpukan usaha untuk melindungi penempatan dan tanah-tanah Orang Asli yang ditawarkan sebagai kawasan Orang Asli dan rizab Orang Asli, seksyen 6 dan seksyen 7, Akta 134. Bagi tujuan tersebut, kementerian telah menyediakan peruntukan pembangunan bagi pelaksanaan kerja-kerja ukur tanah. Pada tahun 2012, kerja-kerja ukur telah dilaksanakan di 188 lokasi dengan keluasan 23,723.03 hektar melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang juga telah membangkitkan isu peruntukan untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli. Meskipun masyarakat Orang Asli merupakan golongan minoriti di Malaysia, pihak kerajaan tetap komited dalam membangunkan masyarakat Orang Asli melalui peningkatan terhadap jumlah peruntukan yang disalurkan bagi setiap tempoh Rancangan Malaysia. Dalam Rancangan Malaysia Ke- 7, sebanyak RM149 juta telah diperuntukkan dan jumlah peruntukan meningkat kepada RM337 juta pada Rancangan Malaysia Ke-8 serta RM417 juta pada Rancangan Malaysia Ke-9. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dibangkitkan isu pembangunan wilayah di kawasan luar bandar. Secara khususnya, soalan ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan. Eh, jangan keluar dulu. Berkaitan pembangunan tanah-tanah terbiar. Sebagai mana Ahli Dewan sedia maklum, Felcra Berhad merupakan satu agensi di bawah seliaan kementerian yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan tanah terbiar di luar bandar termasuk di Sabah. Felcra Berhad membantu meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar melalui pembangunan tanah di bawah program pemulihan dan penyatuan tanah. Di bawah program ini, Felcra Berhad akan memajukan tanah milik dengan tanaman komoditi sama ada kelapa sawit atau getah mengikut kesesuaian tanah. Sehingga kini, Felcra Berhad telah memajukan seluas 230,000 hektar tanah milik peserta di seluruh negara. Dari jumlah berkenaan, seluas 10,357 hektar adalah di Sabah dan 32,587 hektar di Sarawak. Di antara syarat dan kriteria yang diperlukan adalah seperti berikut: (i) pemilik tanah hendaklah memberi persetujuan dengan menandatangani surat perjanjian pembangunan tanah Felcra Berhad; (ii) bersetuju bahawa modal akan didahulukan oleh Felcra Berhad dengan bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan; (iii) bersetuju membayar balik pinjaman melalui potongan hasil projek sehingga selesai hutang pembangunan;
(iv) bersetuju memberi kuasa kepada Felcra Berhad untuk membangunkan dan memasarkan hasil; (v) seseorang itu hendaklah mempunyai tanah sendiri. Sekiranya tanah berkenaan mempunyai beberapa nama, maka persetujuan mereka hendaklah diperolehi; (vi) tiada sekatan umur dikenakan untuk menyertai program ini asalkan ia seorang warganegara Malaysia dan mempunyai tanah dengan hak milik sendiri yang sahih dan berdaftar; (vii) kedudukan lot-lot tanah yang hendak dimajukan adalah sekelompok dengan keluasan minima 40 hektar atau 100 ekar untuk satu projek; (viii) kesediaan kemudahan infrastruktur; dan (ix) kesediaan peruntukan bajet dari kerajaan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memperjelaskan soalan yang saya tanya semasa perbahasan. Soal pembangunan tanah-tanah yang terbiar, bukan sahaja terbiar tetapi tidak dipedulikan. Ada tanah yang diterokai oleh pemilik-pemilik ataupun small holders, dengan izin. Apabila FELCRA masuk ke Sabah Tuan Yang di- Pertua, sekarang saya ucap tahniah kepada sahabat saya daripada Kinabatangan kerana dilantik sebagai pengerusi FELCRA. Dulunya adalah Timbalan Menteri, sekarang pertanian asas tani. Tahniahlah kerana dapat membangun begitu luas tanah di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri. Impaknya itu Yang Berhormat Menteri yang kita mahu tengok. Apabila dibangunkan, ditanam kelapa sawit, ditanam dengan apa-apa komoditi. Impaknya kepada penduduk luar bandar. Yang apa kita melihat bahawa yang diterokai itu seolah-olah FELCRA yang pegang. Apa pendapatannya, khasnya impak kepada penduduk luar bandar yang meningkatkan ekonomi dan dia punya livelihood. Satu.
Keduanya, apakah pendekatan kementerian selain daripada FELCRA untuk membantu pemilik-pemilik tanah yang kecil-kecilan ini yang satu ekar atau dua ekar yang ada ditanam tetapi tidak memberi ekonomik benefit, economical benefit kepada pemilik tanah itu? Adakah pihak kementerian yang sebagaimana yang saya sebutkan tadi itu dapat mengenal pasti hands on kepada petani-petani ataupun penanam-penanam komoditi yang memberi hasil pulangan kepada penduduk di luar bandar?
Okey. Yang Berhormat terima kasihlah oleh kerana Yang Berhormat tadi menerima baik lantikan yang telah dipilih untuk Ahli Yang Berhormat Kinabatangan untuk menjadi Pengerusi FELCRA. Jadi kita berharap pemilihan itu adalah pilihan yang tepat sekalilah untuk membantu FELCRA. Jadi impaknya, memang kita menyasarkan - sememangnya objektif FELCRA ini untuk memberi impak semaksimumnyalah ataupun optimumnya kepada pemilik tanah. Kalau belum sampai ke tahap itu, memang ada ruang dan peluang untuk kita menambahbaikkan apa yang sepatutnya kita buat untuk kita membantu pemilik tanah itu. Untuk pemilik yang hanya memiliki seekar atau dua ekar itu, kita bukan sekadar melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini ataupun FELCRA sahaja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga ada pelbagai program di mana mereka boleh dibantu untuk mereka menggunakan ataupun mendapatkan hasil daripada lot-lot yang sebegitu kecil, satu ekar itu tadi. Okey, saya teruskan sebab masa begitu singkat sekali. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Pemilik tanah yang menyertai program FELCRA ini akan memperoleh dua pendapatan iaitu upah kerja sekiranya pemilik bekerja di projek dan dividen keuntungan projek berkenaan. Sebagai pemilik tanah yang telah menjadi peserta FELCRA Berhad, mereka juga akan menerima manfaat melalui program-program yang telah diatur di bawah Institusi Pembangunan Peserta FELCRA seperti bimbingan keusahawanan, kerohanian, pendidikan anak-anak dan lain-lain.
Pengurusan FELCRA Berhad bersedia membangunkan tanah-tanah masyarakat luar bandar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sekiranya memenuhi kriteria- kriteria yang telah saya sebutkan tadi. Untuk menyertai program FELCRA Berhad, penduduk luar bandar boleh menghubungi Pejabat Pengurus Kawasan FELCRA Berhad yang berhampiran. Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah dan Ibu Pejabat FELCRA Berhad atau melalui laman web FELCRA Berhad, www.felcra.com.my Tuan Yang di-Pertua, bagi merancakkan lagi kemajuan di wilayah-wilayah luar bandar, kerajaan melalui kementerian ini telah melaksanakan projek Pusat Transformasi Luar Bandar yang lebih dikenali sebagai Rural Transformation Centre. Merujuk kepada penubuhan RTC di Sabah dan Sarawak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Sibuti. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 yang lalu, telah memaklumkan bahawa tiga lagi RTC akan dibuka pada tahun 2014 iaitu di Sarawak, di Sabah dan juga di Negeri Sembilan. Bagi di negeri Sarawak, lokasi RTC yang dicadangkan adalah di Bangunan Pasar Baru Bekenu, Miri yang terletak di bawah kawasan Parlimen Sibuti. KKLW sedang dalam proses memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi membaik pulih bangunan tersebut bagi tujuan pengisian oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. RTC ini dijangka dapat beroperasi pada awal tahun 2014. Bagi RTC di Sabah pula setakat ini, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah sedang dalam proses mengkaji dan mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk dijadikan RTC di negeri Sabah. Merujuk kepada cadangan untuk meluaskan RTC, perkara tersebut sedang dalam pertimbangan oleh pihak kementerian, peneraju RTC bergantung kepada peruntukan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, bagi menyokong pertumbuhan RTC, mini RTC yang dahulunya dikenali sebagai Medan Info Desa akan turut membantu melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC dalam skala yang lebih kecil. Sehingga kini, terdapat sebanyak 18 buah mini RTC di Sabah dan 17 buah mini RTC di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Jerlun tidak ada di dalam Dewan, biarlah saya teruskan. Kementerian akan memberikan jawapan bertulis. Yang Berhormat Libaran tidak ada dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana atas desakan kesuntukan masa, isu terakhir adalah yang berkaitan salah satu agensi di bawah naungan kementerian ialah Majlis Amanah Rakyat atau MARA. Yang Berhormat Merbok telah memohon supaya kementerian membina sebuah Pusat Latihan GIATMARA di Bukit Selambau. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini terdapat 231 buah pusat GIATMARA di seluruh negara di setiap kawasan Parlimen. Di negeri Kedah terdapat 15 buah pusat GIATMARA yang beroperasi dan menawarkan pelbagai jenis latihan vokasional dan teknikal kepada para belia yang berminat. Seramai 1,131 orang pelatih sedang menjalani latihan di pusat GIATMARA di negeri Kedah setakat bulan Oktober 2013 dan seramai 12, 724 orang pelatih di seluruh negara. Pihak GIATMARA belum merancang untuk menambah bilangan pusat GIATMARA pada masa ini kerana jumlah pusat sedia ada mampu untuk menampung permintaan latihan. Untuk makluman Yang Berhormat Sik pula, permohonan untuk pembinaan MRSM Sik adalah dalam tindakan Unit Perancang Ekonomi. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Julau. Terdapat tiga buah MRSM di negeri Sarawak dan tiga buah di negeri Sabah yang boleh menampung seramai hampir 5,000 orang pelajar. Sebuah MRSM di Semporna, Sabah sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2014. Pihak MARA berpendapat jumlah MRSM sedia ada di kedua-dua negeri adalah mencukupi untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, pembinaan MRSM baru sama ada di Sabah dan Sarawak masih belum dipertimbangkan lagi buat masa ini.
Boleh? Tentang MRSM.
Last ya. Sebab – okey.
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, MRSM ini – saya hendak tanya polisi tentang - saya nampak seperti di Tanah Merah ini, tapak untuk MRSM telah pun dibeli, sudah lama dalam RMK-9. Akan tetapi malangnya tidak dapat dilaksanakan. Jadi apakah kedudukan macam diberi ini akan diteruskan ataupun bagaimana? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat kerana prihatin kepada anak-anak muda kita di kawasan. Oleh kerana ini adalah agak spesifik, saya
ataupun kementerian akan memanjangkan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Ini hendak buat rumusan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan Rakyat sekalian, pihak kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek-projek yang telah dibentangkan dalam bajet tempoh hari. Kita juga sedia maklum bahawa masih banyak projek pembangunan dan kemajuan di kawasan luar bandar yang perlu kita laksanakan dan selesaikan. Kerajaan akan sentiasa komited dan akan menunaikan apa yang kita telah janjikan kepada rakyat. Selaras dengan pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan. Akhir sekali, pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan input dan maklum balas daripada semua Yang Berhormat dan kita akan cuba untuk selesaikan sebarang isu dan masalah dengan sedaya upaya kita. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri penggulungan ini dengan ucapan terima kasih dan salam hormat kepada semua. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, hanya enam orang sahaja Yang Berhormat yang menyentuh soal kementerian ini yang saya akan jawab keseluruhannya. Terlebih dahulu, izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengucapkan terima kasih kepada enam orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan isu-isu di bawah kementerian ini sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014. Seperti Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sedia maklum, MOSTI bertanggungjawab menerajui Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara menerusi pembiayaan, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan, perkhidmatan sains dan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi. Sehubungan dengan ini, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara telah diluluskan pada 27 Mac 2013 dalam konteks agenda transformasi negara. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan satu dasar nasional yang memastikan legenda sains, teknologi dan inovasi di arus perdana kan, diterima pakai dan dilaksanakan oleh semua kementerian, agensi dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan. Dalam erti kata lain, sains, teknologi dan inovasi dijadikan sebagai unsur dan aspek utama dalam penggubalan dasar negara. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Isu berkaitan dengan inisiatif galakan inovasi oleh kerajaan. Dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada di sini membangkitkan mengenai penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) khususnya dan kemungkinan pertindihan dengan agensi sedia ada termasuk Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang di bawah penyeliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya tidak berhajat untuk mengulas secara terperinci mengenai penubuhan MaGIC memandangkan ianya baru sahaja diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 yang baru-baru ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, sukacita saya menjelaskan bahawa bidang tugas MaGIC berbeza dengan bidang tugas Yayasan Inovasi Malaysia. MaGIC merupakan pusat sehenti bagi usahawan dengan segala kemudahan daripada pembiayaan bank atau modal teroka hingga inkubator untuk membangunkan syarikat permulaan, pendaftaran harta intelek serta kemudahan latihan mentor.
Yayasan Inovasi Malaysia pula ditubuhkan bertujuan untuk menggalak dan membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan belia, wanita, penduduk luar bandar, golongan kurang upaya dan pertubuhan bukan kerajaan. Seterusnya, MOSTI ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Putatan, tidak ada dekat sini ke atas peranan dan sumbangan Yayasan Inovasi Malaysia dan MIMOS melalui program-program khusus membantu penduduk- penduduk luar bandar. Sehubungan dengan itu, MOSTI serta jabatan dan agensi di bawahnya komited untuk membantu menjayakan agenda pembangunan ekonomi negara secara eksklusif dengan membantu masyarakat dan kumpulan yang terpinggir sama ada kerana kurang pendapatan, kurang upaya atau akses yang terhad disebabkan oleh faktor geografi. Berkenaan dengan berkaitan inisiatif Bio-economy Community Development dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Sik, dia pun tidak ada di sini telah membangkitkan isu berhubung pewujudan Bio-economy Community Development untuk membangunkan tanah-tanah terbiar. Beliau mencadangkan agar inisiatif juga dilaksanakan di Parlimen Sik kerana Parlimen Sik mempunyai tanah-tanah terbiar yang luas. Sebagai makluman untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, Bio-economy Community Development merupakan salah satu daripada sub-komponen Bio-economy Malaysia Accelerated Programmed (BMAP). Tiga komponen penting yang menyokong BMAP adalah technology development and innovation, bio-entrepreneurship dan bio-nexus go global. BMAP merupakan program yang bersifat komprehensif dan inclusive mempunyai kesan berganda kepada ekonomi serta memberi impak yang positif kepada pendapatan dan kebajikan rakyat dan negara. BMAP akan dilaksanakan secara strategik bagi memastikan kadar kejayaan adalah tinggi. Pelaksanaan Bio-economy Community Development yang merupakan salah satu komponen BMAP akan melibatkan penanaman hasil pertanian yang berteraskan permintaan daripada syarikat-syarikat bio-nexus. Di bawah program ini, kaedah penanaman kontrak berteraskan permintaan dan penggunaan teknologi moden akan dilaksanakan bagi memastikan satu bentuk rantaian ekosistem yang lengkap bermula dari pengeluaran bahan mentah, pemprosesan dan pemasaran dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu dan strategik. Matlamat ini boleh dicapai dengan pengukuhan jaringan kerjasama erat pihak yang berkepentingan termasuk antara kementerian, koridor pembangunan ekonomi, pihak universiti dan institut penyelidikan, institut kewangan, syarikat swasta dan syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC.
[Bangun]
Sehubungan dengan itu, MOSTI sedang mengkaji dan meneliti industri yang memerlukan permintaan bekalan bahan mentah agar penamaan secara kontrak berdasarkan penanaman dapat dilaksanakan.
[Bangun]
Sekiranya Parlimen Sik memenuhi kriteria tersebut, kerajaan bersedia untuk menimbangkannya kerana untuk negeri Kedah, penanaman yang telah dikenal pasti adalah cendawan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Stampin bangun.
Saya ingat bagi saya teruskan kerana ia tidak ada kena mengena dengan soalan. Saya hendak teruskan.
Ya.
Tidak ada kena mengena, saya hendak teruskan. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Yang Berhormat Stampin tidak bertanya apa-apa dalam soalan itu. Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi perbahasan juga Yang Berhormat Silam telah mengemukakan cadangan agar Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) membantu pihak keselamatan untuk mengesan objek atau imej dengan
lebih tepat dan jelas untuk memudahkan tugas pengawalan perairan yang luas terutama di pantai Sabah.
Minta penjelasan. Berkenaan dengan ARSN ini. Boleh tidak Yang Berhormat?
Tidak, tidak. Bagi saya habis dahulu.
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Bagi saya habis dahulu. Bagi saya habis, saya hendak jawab apa yang telah dibangkitkan semasa perbahasan.
Selepas itu ya?
Tidak, tidak. Tidak perlu, tidak perlu. Saya hendak jawab Yang Berhormat Silam sahaja kerana masa tadi Yang Berhormat tidak membangkitkan perkara itu. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tujuan menjaga keselamatan dan – saya ingat bila saya habiskan jawapan nanti, apa Yang Berhormat hendak tanya itu akan saya jawab. Saya sudah agak apa Yang Berhormat hendak tanya. Ya, boleh tahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan menjaga keselamatan – bagi saya jawab dahulu, bagi saya jawab dahulu ya.
Yang Berhormat.
Bagi saya jawab kerana saya belum baca soalan ini, macam mana boleh hendak tanya kalau benda yang saya belum jawab? Lain kali kena faham. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di perairan Pantai Timur Sabah, Agensi Remote Sensing Malaysia telah pun menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak keselamatan di negara ini terutama Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam hubungan ini, pemantauan berkala terhadap kawasan-kawasan strategik telah dilaksanakan melalui program satelit optikal dan satelit radar beresolusi tinggi yang mampu memberikan imej yang lebih jelas. Pengurusan satelit ini telah berjaya meningkatkan keupayaan pemantauan pihak keselamatan terhadap kawasan perairan yang luas. Inisiatif pemantauan berkala yang dibangunkan juga telah dimanfaatkan secara bersama dengan sistem pengawasan Ground Surveillance Radar (GSR) yang sedia ada dikendalikan oleh pihak Kementerian Pertahanan. Sehingga kini, penggunaan secara bersama kedua-dua sistem ini telah dapat menghasilkan perancangan dan pelaksanaan operasi yang lebih teratur dan efisien. Bagi meningkatkan lagi keupayaan sistem pemantauan keselamatan tersebut serta bagi memastikan kawalan keselamatan negara sentiasa lebih efektif, Agensi Remote Sensing Malaysia telah pun mengambil langkah ke hadapan dengan membangunkan sistem Remote Sensing Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang mampu meningkatkan keupayaan pengoperasian keselamatan negara secara real time dan dapat dimanfaatkan oleh pihak KEMENTAH bagi membantu menghadapi ancaman dan percubaan di pusat perairan antarabangsa pada masa hadapan. Okey, Yang Berhormat Stampin. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Apakah langkah-langkah tentang ARSM yang diambil kementerian supaya kes seperti yang melibatkan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dengan PNAS iaitu Syarikat Pan Northern Air Service Sdn Bhd yang berpangkalan di Alor Setar yang membabitkan pampasan sebanyak RM88 juta Februari tahun ini. Saya difahamkan dalam kes ini PNAS – pada Mac 2009 menyaman Ketua Pengarah ARSM dan dua lagi bagi menuntut tunggakan dan pampasan sebanyak RM112 juta kerana didakwa melanggar kontrak program MACRES Airborne Remote Sensing. Selain Ketua Agensi Remote Sensing Malaysia, plaintif juga menamakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga. Saya rasa ini memang memalukanlah. Soalan saya, kenapakah kes seumpama ini boleh berlaku? Adakah ini disebabkan oleh kakitangan ARSM yang terlibat tidak kompeten terutamanya pengarah ARSM? Apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian? Siapakah yang bertanggungjawab? Kedua,
kenapakah kontrak sebegitu banyak dikurniakan kepada syarikat yang hanya dimiliki oleh dua orang? Saya hairan. Apakah latar belakang serta kompetensi syarikat tersebut?
Yang Berhormat...
Ada tender terbuka? Tiada syarikat lain. Satu lagi ya. Jumlah projek sebanyak RM143 million ataupun lebih tepat RM142,888,590 selama10 tahun.
Last one ya last question. Ketiga RM88 million pampasan saya difahamkan ianya hanya diselesaikan di Arbitrary Court Yang Berhormat. Jadi apa yang kita dapat selepas pampasan RM88 million selesai begitu sahaja poket RM88 million.
Yang Berhormat sebab itu kita ada standing peraturan mesyuarat yang tidak mengizinkan perkara-perkara yang tidak dibahas untuk dibawa kerana dia tidak memberi keadilan kepada Menteri untuk mengemukakan data-data yang diminta itu Yang Berhormat.
Boleh bagi jawapan secara bertulis.
Itu pasalnya saya tidak hendak layan tadi. Saya tahu ini tidak ada kena mengena tetapi saya tahu Yang Berhormat telah mengemukakan satu soalan lisan yang telah pun dijawab yang akan dijawab dalam bentuk bertulis. Saya tahu itu Yang Berhormat Stampin telah membaca soalan lisan yang dikemukakan dan buat sekali lagi itu pasalnya...
Akan tetapi biar jawapan itu tidak betul Tuan Yang di-Pertua.
Itu pasalnya Tuan Yang di-Pertua dia hendak kemukakan soalan ini bertulis, dia sudah tulis tulisan dan soalan itu telah disenaraikan dan saya menjawabnya dengan detail di situ semuanya. Akan tetapi dia baca sekali lagi dalam itu saya terlupa...
Macam mana jawapan itu boleh detail kalau dia hanya satu muka surat?
Yang Berhormat.
No, no dalam jawapan bertulis itu ada. Ini soalan yang dibaca sekali lagi pasal soalan itu tidak naik dalam soalan lisan dan dibaca. Saya sudah menjawabnya dengan detail semua apa yang berlaku terhadap kes itu.
Saya dapat satu muka surat sahaja.
Tidak apa nanti...
Yang Berhormat Stampin.
Semuanya telah kita jawab itu pasalnya saya rasa...
Duduklah Yang Berhormat.
Itu pasal saya rasa itu pasal saya tidak mahu layan dengan soalan tadi kerana dia cuba membawa soalan yang lain dari kes yang saya bawa. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu Lynas. Dalam perbahasan Yang Berhormat Langkawi telah menyentuh mengenai Lynas. Beliau bersama-sama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI, Yang Berhormat Ledang telah melakukan lawatan ke Kilang Lynas kerana teruja untuk melihat apakah benar tuduhan dibuat oleh pembangkang tentang Lynas. Beliau sangat teruja apabila mendapati bahawa ada kajian perbandingan yang dibuat oleh Lynas dan juga universiti tentang bacaan sinar latar belakang di Pasir Hitam, Pulau Langkawi dengan bacaan radioaktif di Pasir Hitam lebih besar yang terdapat di Lynas. Namun mereka yang tinggal di Pulau Langkawi masih sihat menjalani kehidupan seperti biasa serta produktif.
Sebagai maklumat Ahli Yang Berhormat kajian telah dijalankan oleh pihak universiti dan Agensi Nuklear Malaysia bukan sahaja melibatkan kawasan di Pasir Hitam, Pulau Langkawi selain daripada bacaan sinar latar belakang juga dijalankan di Batu Feringgi Pulau Pinang, Cameron Highlands, Genting Highland, Lebuhraya Timur Barat, Taiping Perak, Batu Pahat di Johor, Sik di Kedah adalah juga lebih jauh lebih tinggi berbanding bacaan di tapak Kilang Lynas di Pahang. Secara lazimnya bacaan sinar latar belakang secara semula jadi lebih tinggi daripada kawasan bekas lombong bijih timah ataupun kawasan yang mempunyai batu granit. Saya bacakan bacaan ini. Untuk di Genting Highland bacaan dia 456 nano gray per jam, untuk Pasir Hitam Pulau Langkawi 306 nano gray per jam, untuk Batu Pahat Johor 300 nano gray per jam, Alor Setar Kedah 156 nano gray per jam, Georgetown Pulau Pinang 156 nano gray per jam, Kuantan Pahang 133 nano gray per jam, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di Pahang 129 nano gray per jam. Ini jelas menunjukkan bahawa bacaan sinar latar belakang di kawasan Lynas jauh lebih rendah berbanding dengan kawasan-kawasan disebutkan tadi. Isu berkaitan inisiatif mikro hidro dalam sesi perbahasan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kuantan bangun Yang Berhormat.
Saya ingat Yang Berhormat saya tidak bagi Yang Berhormat bertanya kerana asyik berulang-ulang soalan itu.
Tidak bagi kena duduk Yang Berhormat.
Saya sudah jawab bertulis, saya sudah jawab di luar masih lagi...
Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap merepek macam mana kita tidak menegur begini.
Saya akan teruskan saya akan teruskan.
Ya, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat...
Hormatlahkan. Respect this Parliament.
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi kena duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat tanya soalan yang sama berkaitan dengan mikro hidro.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tidak apalah Yang Berhormat tidak salah pun tidak jawab.
Yang Berhormat Lubok Antu telah menyentuh mengenai inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah memperkenalkan penggunaan mikro hidro di kawasan beliau yang telah menyalurkan bekalan 24 jam ke rumah panjang. Beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah menyediakan lebih banyak lagi peruntukan untuk melaksanakan mikro hidro kerana ianya satu-satu jalan untuk mendapatkan bekalan elektrik yang lebih murah luar bandar dan senang diselenggarakan. Sebagai maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat projek mikro hidro yang dibiayai di bawah Dana Komuniti Inno Fund bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada komuniti rumah panjang di Kampung Setamang, Lubok Antu di samping meningkatkan taraf hidup mereka.
Projek ini dikendalikan oleh Agensi MOSTI iaitu SIRIM dan telah diserahkan sepenuhnya pada komuniti berkenaan pada 7 Jun 2012 oleh Mantan Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri MOSTI. MOSTI amat berbangga kerana dapat turut serta dalam menimbang kepada kesejahteraan komuniti di sana. Dalam pada ini, MOSTI akan terus bekerjasama dengan KKLW untuk bersama-sama memastikan rakyat dapat menikmati teknologi tempatan yang mana akan diperluaskan di kawasan lain pada masa akan datang. Sebagai rumusannya sekian sahaja penjelasan saya berhubung dengan perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berkenaan bidang kuasa MOSTI sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Bagi mengakhiri penggulungan ini, saya mengucapkan terima kasih atas teguran dan saranan Ahli Yang Berhormat yang mana semuanya akan diberi perhatian serius oleh MOSTI dan tindakan susulan akan diambil. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Kementerian Kewangan Yang Berhormat Menteri sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab beberapa isu yang telah dibangkitkan. Isu pertama yang dibangkitkan ialah mengenai dengan GST seramai 52 Ahli Parlimen telah membangkitkannya. Saya berharap Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua bersetuju saya tidak sebut satu persatu kerana ia akan makan masa yang pajang.
Ya boleh Yang Berhormat Menteri.
Seperti mana kita maklum bahawa dunia melalui proses evolusi melibatkan semua sektor. Kita lihat dari segi teknologi, kita lihat dari segi multimedia dan sebagainya. Begitu juga dalam bidang kewangan dan juga bidang percukaian. Dalam bidang kewangan kita tahu sektor perbankan berubah daripada Basel II kepada Basel III. Dari segi accountancy diperkenalkan FRS 139 erti kata lain pelaburan yang dibeli dahulu berasaskan kepada kos di dalam balance sheet sekarang berdasarkan kepada harga pasaran semasa. Kemudian dari segi kerajaan telah mula berubah kepada cash accounting kepada accrual accounting. Begitu juga dalam bidang percukaian telah berubah daripada sales and services tax kepada goods and services tax. Sekarang ini 160 lebih buah negara telah melaksanakannya dan kita merupakan salah satu negara yang belum lagi melaksanakannya. Kita tahu bahawa dalam konteks dunia dan juga negara, kita selalu dalam proses mencapai kematangan yang lebih tinggi. Jadi atas dasar itu apabila 160 buah negara telah melaksanakan kita mendapati sudah tiba masanya untuk kita melaksanakannya pula. Kedua kita lihat dari segi ekonomi global. Kita tahu bahawa ekonomi global tiap- tiap dekad berhadapan dengan krisis ekonomi. Tahun 70-an, tahun 80-an tahun 90-an dan sekarang daripada tahun 2009 sudah lebih kurang lima tahun kita berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Dalam konteks ini, ekonomi kita umpamanya berdepan dengan situasi ekonomi global yang begitu tidak menentu. Kekuatan ekonomi kita adalah berteraskan kepada ekonomi domestik. Domestik ini bermaksud bahawa dari segi penggunaan swasta, pelaburan swasta dan juga pelaburan atau penggunaan oleh kerajaan. Ini kerana kita tahu bahawa dari segi sektor eksport kita, kedudukan kita tidak menentu. Kita pernah mencapai pertumbuhan yang lebih rendah daripada pernah yang kita capai. Jadi kita tahu apabila kita melaksanakan GST tiga elemen tadi penggunaan swasta, pelaburan swasta dan juga pelaburan dan penggunaan oleh kerajaan akan meningkat. Ini akan dapat mempertahankan kekuatan ekonomi kita. Umpamanya dalam separuh masa pertama tahun ini, kita capai pertumbuhan lebih kurang 4.2% insya-Allah suku tahun ketiga ini ia akan diumumkan pada hari Jumaat nanti, pencapaian kita jauh lebih tinggi daripada 4.2%. Kemudian kita lihat dari segi manfaat kepada rakyat. Kita tahu
bahawa dalam tiap-tiap negara kita berhadapan dengan situasi bahawa rakyat di antara yang kaya dengan yang pendapatan rendah itu terdapat jurang. GNI coefficient itu berlaku. Jadi dalam konteks negara kita, kita ke arah untuk melihat pertumbuhan pendapatan rakyat negara kita dan juga dari segi peningkatan kurangkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin.
Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang pada dasarnya bersetuju supaya GST ini dilaksanakan. Akan tetapi ada pandangan yang melihat daripada segi timing bila hendak dilaksanakan. Timing ini dikaitkan satu dengan ketirisan, ini isu yang dibangkitkan, kemudian dibangkitkan dengan rasuah. Saya baca di sini Hansard oleh Yang Berhormat Pematang Pauh mengatakan mengenai ketirisan. Pertama, harus telus. Kedua, hentikan rasuah ketirisan dulu. Ketirisan berdasarkan unjuran kita daripada Laporan Ketua Audit Negara, itu mungkin menjangkau sehingga RM25 bilion. Tuan Yang di-Pertua, bila bercakap RM25 bilion itu satu jumlah yang besar. Jadi inilah sumber-sumber yang dirujuk adalah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Sebenarnya bila kita kaji Laporan Ketua Audit Negara, Laporan Ketua Audit Negara ada dua siri iaitu Siri 1 dan Siri 2, keseluruhan teguran daripada Ketua Audit Negara melibatkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion sahaja. Ini terbahagi kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Badan Berkanun Persekutuan. Apakah takrif teguran Audit? Teguran Audit ini bermaksud bahawa apabila kita meluluskan satu-satu bajet, kita lulus di Parlimen. Selepas kelulusan bajet ini, bajet ini akan digunakan. Ini kita letak dalam - daripada segi pentadbiran bajet tersebut, Financial Budget Administration, penggunaannya. Daripada segi penggunaan tersebut, ia mestilah menepati kepada sasaran dan juga kepada prinsip bajet itu diluluskan. Teguran Ketua Audit Negara bermaksud bahawa Ketua Audit Negara mendapati bahawa perbelanjaan tersebut tidak mengikut kepada sasaran dan juga prinsip. Itu daripada segi Ketua Audit Negara. Lanjutan itu, kementerian perlu untuk membuat kajian, adakah sama ada ia menepati sasaran ataupun tidak? Kalau tidak menepati sasaran, sekarang ini kita ada 100 pegawai kerajaan yang akan diambil tindakan dan 25 kes SPRM. Katalah melekat kes ini, bermakna baru berlaku ketirisan. Itu maksudnya. Akan tetapi katalah kita ambilkan RM1.5 bilion ini sebagai asas, asas kepada ketirisan, kita ambil, kita buat assumption walaupun RM1.5 bilion keseluruhannya, jumlah tersebut hanya meliputi 0.6% daripada Bajet Tahun 2012 sebanyak RM251 bilion. Kalau kita ambil pula di bawah kementerian Kerajaan Persekutuan, ia hanya meliputi RM1.117 bilion iaitu lebih kurang 0.4%. Jadi, jikalau Yang Berhormat Permatang Pauh merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara, jumlahnya RM1.5 bilion. Kalau Kerajaan Persekutuan hanya RM1.1 bilion, bukan RM25 bilion. Ini yang harus kita jelaskan. Kemudian kita cakap dalam konteks rasuah. Saya ada laporan di sini this is very interesting, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini daripada Transparency International, dengan izin, “Percentage of respondents who report having paid bribes in the past year to any one of eight services by country or territory”. Ia bagi yang paling rendah below daripada 5%, kemudian 5% hingga 9% dan yang paling tinggi 75%. Negara yang paling tinggi ini iaitu 75% adalah Liberia dan Sierra Leone. Negara yang dalam bawah 5% termasuk Australia, Belgium, Canada, Croatia, Denmark, Finland, Georgia, Japan, South Korea, Malaysia, Maldives, New Zealand, Norway, Portugal, Spain dan Uruguay. Apabila kita bercakap tentang soal rasuah, itu intangible. Jadi dimanakah sebenarnya berlaku rasuah yang kita anggap begitu besar jumlahnya? Kemudian, isu-isu yang berkenaan dengan struktur Tuan Yang di-Pertua. Impak pelaksanaan GST akan melebarkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Kita telah membuat kajian di sini, kita lihat, kita buat secara komprehensif. Kajian bermakna kajian yang di laksana oleh Kementerian Kewangan dengan konsultan dan dengan agensi- agensi di bawah Kementerian Kewangan. Kita ambil, kalau gajinya RM2,000, sekarang di bawah sales and services tax, dia kena bayar RM36.83 sebulan. Kalau di bawah GST nanti, dia kena bayar RM51.89 sebulan. Bermakna, terdapat pertambahan RM15 sebulan, setahun RM180. Jadi di sini yang kita gunakan panduan ini kita bagi RM300 setahun, insya- Allah kepada mereka yang memperoleh BR1M nanti iaitu sehingga RM4,000.
Kemudian, struktur berkenaan dengan secara terperinci. Ini kita telah bincang beberapa kali. Kemudian bercakap tentang dulu sebut 4% sekarang 6%, mengapa tidak 5%? Saya lihat secara emperical Tuan Yang di-Pertua, negara yang melaksanakan sekarang ini, GST yang bawah 5% daripada 160 negara hanya tujuh, yang melaksanakan 7% adalah 3, yang lain-lain melaksanakan antara 10% sehingga 40% secara averagenya ialah 16%. Kemudian saya lihat negara yang melaksanakan GST dari tahun 2010 hingga sekarang, kadar yang dikenakan adalah 15%, yang paling tinggi 40%. Dalam erti kata lain, kita mengikut kepada current punya perkembangan. Jadi kita letak 6% sebenarnya antara yang termurah di dunia. Harga barang naik sukar dikawal, ini kita telah sebut akan berlaku 1.8% daripada segi peningkatan CPI. Akan tetapi ini melibatkan mereka yang membeli pada nilai yang lebih tinggi. Impak tambahan hasil ini telah kita bincang tahun pertama RM3.8 bilion, tahun kedua RM9 bilion. Status kedudukan di zon bebas cukai, GST tidak dikenakan. Kita ada hotline, kemudian latihan kepada SME akan kita laksanakan, mengadakan road show, kita telah pun merancang akan kita laksanakan dengan meluas. Kemudian Anti-Profiteering Act ini akan kita laksanakan. Isu kedua melibatkan soal fiskal. Soal fiskal ini Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang dibangkitkan. Satu mencadangkan kerajaan memperjelaskan tindakan untuk menyalurkan sebahagian pendapatan untuk mengurangkan defisit. Ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun menyatakan dengan jelas bahawa dasar yang kerajaan buat itu begitu transparent iaitu prinsip-prinsip kita, pendapatan negara ditolak dengan Perbelanjaan Mengurus mesti positif. Maknanya pinjaman yang kita akan buat hanya kepada Perbelanjaan Pembangunan. Oleh sebab Perbelanjaan Pembangunan ini mempunyai multiplier effect. Kedua, defisit ini mesti diturunkan.
[Bangun]
Kita rancang tahun depan 3.5%, kemudian tahun 2015, 3%. Hutang kepada GDP mesti di bawah 55%. Saya mahu jelaskan kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut di bawah Akta Pinjaman Domestik. Di bawah..
Ya, sila Yang Berhormat.
Biar saya habis dulu bolehkah? Okey
Ya.
Okey.
Di bawah Akta Pinjaman Domestik, had pinjaman mestilah 55% daripada GDP. Kemudian daripada segi pinjaman luar negara, mestilah tidak melebihi RM35 bilion. Akan tetapi oleh sebab kita mahu melaksanakan perbelanjaan berhemah, kita lebih lagi stringent, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kita campurkan sekali pinjaman domestik dengan pinjaman luar, kita letak 55%.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya dengan Yang Berhormat Menteri ini dari dulu lagi sudah have been very impressive semasa you duduk sebelah sini, saya duduk sebelah sana.
Sekarang ini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri tengok fakta bahawasanya peningkatan kita punya perbelanjaan mengurus, study the trend meningkat dengan kadar, saya tidak ingat berapa peratus. Akan tetapi kita dalam revenue juga meningkat tetapi ia dalam kadar yang lebih rendah daripada peningkatan perbelanjaan mengurus. If this trend is not checked dengan izin, it will be very dangerous to our financial scenario, terima kasih.
Saya menerima pandangan Yang Berhormat tersebut bahawa perbelanjaan mengurus kita besar
berbanding dengan perbelanjaan pembangunan. Akan tetapi peningkatannya sebenarnya tidak besar tetapi dia ada peningkatan. Saya hendak jelaskan di sini kerana ada persoalan mengatakan mengapa kita tidak kurangkan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan mengurus bagaimana kita maklum, ada tiga elemen besar di sini. Satu, tanggungan. Tanggungan ini termasuk khidmat hutang, pencen, pemberian negeri, kemudian bayar gaji kepada ahli suruhanjaya, hakim, Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri, Elaun-elaun Diraja, itu satu. Kemudian dia masuk emolumen. Sewaan perhubungan utiliti penyelenggaraan subsidi tebusan bon pemberian negeri di bawah constitution dengan izin. Ini adalah perbelanjaan yang tetap dan perbelanjaan tetap ini adalah sebenarnya 83% daripada seluruh perbelanjaan mengurus. Jadi, bermakna bahawa perbelanjaan mengurus hanya tinggal 17% sahaja yang tidak tetap. Yang tidak tetap ini pula kalau kita lihat penggunaan tersebut adalah untuk facilitate dengan izin, yang tetap tadi. Antaranya, perjalanan dan pengangkutan, makanan, bekalan bahan mentah, bekalan pejabat, perkhidmatan, aset dan perbelanjaan lain. Jadi dengan itu, memang sukar untuk kita hendak potong.
[Bangun]
Nanti, biar saya habis dahulu. Kita bercakap tentang perbelanjaan pembangunan pula. Sebenarnya apa yang kita lakukan adalah pada setiap rancangan Malaysia, kita sudah tetapkan jumlahnya. Perbelanjaan pembangunan ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Ini kerana kalau kita lihat dari segi pembangunan macam kita buat jalan, highway umpamanya, ia memerlukan kepada kelulusan tanah, kelulusan statutory dan sebagainya. Berasaskan kepada itu kita tetapkan di bawah umpamanya RMKe-10, jumlah yang harus kita adakan untuk perbelanjaan pembangunan iaitu RM230 bilion dan kita gunakan pada tahun 2011, 2012, 2013. Kita bajetkan macam itu supaya perbelanjaan pembangunan kita lebih memberi impak yang besar. Itu sebabnya kita tidak berbelanja semata-mata secara direct. Okey, kerajaan buat jalan. Kita pula ada secara PPP supaya impaknya lebih besar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat perangkaan yang dikeluarkan, saya melihat bahawasanya perbelanjaan mengurus meningkat dalam kadar dan dalam tempoh masa tiga, empat taun ini lebih kurang 14% kalau tidak silap saya. Saya ingat pegawai boleh check balik dan peningkatan hasil kita meningkat dengan hanya lebih kurang 12%. There is a discrepancy of 2% dan kalau trend ini berterusan, bertambah pula Yang Berhormat Menteri, kita punya hasil, pergantungan kepada minyak 35% dan 40% adalah satu keadaan pada hemat saya cukup berbahaya sebab saya difahamkan dalam sehari, dua yang lepas minyak di Amerika pun sudah turun to the lowest, five month low, kalau tidak silap saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak persoalkan peruntukan OE atau mengurus untuk 2014 bagi perbelanjaan emolumen, tanggungan dan juga dasar sedia ada. Akan tetapi saya lihat dalam senarai Belanjawan 2014 ini peruntukan untuk dasar sedia ada, ini perkara baru melibatkan RM9.4 bilion. Untuk one-off RM4.6 bilion. Ini yang menyebabkan peruntukan ataupun belanjawan mengurus kita membengkak. Saya ingat semasa di Kementerian Pertahanan menyediakan belanjawan tahunan kami dilarang benar untuk membuat dasar sedia ada. Oleh kerana apabila kita buat dasar sedia ada ini, jadi tahun hadapan dia jadi dasar baru, maafkan saya. Dasar baru ini akan menjadi dasar sedia ada pada tahun hadapan dan menjadi tanggungan. Jadi, sebab itu saya minta Kementerian Kewangan supaya melihat lagi dasar baru yang dikemukakan oleh kementerian-kementerian ini yang juga one-off, sama ada mereka boleh belanjakan dalam masa satu tahun. Oleh kerana saya lihat perbelanjaan yang akan dibuat selalunya mengambil masa menyediakan spesifikasi, membuat tender dan mengambil masa mengagihkan kerja. Sudahnya, projek itu tidak akan dapat disiapkan jadi peruntukan tidak dapat dibelanjakan untuk 2014, sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat kita sudah bincang perkara ini. Apa Yang Berhormat nyatakan
ini saya ambil maklum. Apa Yang Berhormat nyatakan tadi, kalau Yang Berhormat lihat dari segi Perbelanjaan Mengurus, saya telah bagi perbelanjaan mengurus, ia tidak melibatkan menyediakan pelan dan sebagainya. Itu tidak ada. Sekarang ini kita telah melaksanakan inovasi dari segi sistem perbelanjaan kerajaan kita mengadakan konsep value for money. Insya-Allah tahun hadapan kita ada outcome based budget. Outcome based bajet ini lebih berat lagi Tuan Yang di-Pertua kerana di dalam outcome based budget nanti kita akan pastikan kementerian, ia berbelanja dari segi input dan output ia mesti mencapai efficiency yang tinggi dan yang tidak capai itu kita akan potong belanjawan dia. Jadi, apa Yang Berhormat nyatakan tadi memang di dalam tindakan kita.
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, rakan baik saya. Tadi Yang Berhormat kata bahawa kementerian akan memastikan perbelanjaan-perbelanjaan mereka itu dibelanjakan secara efficiency dan kalau tidak, akan dipotong. Cuma saya hendak tanya apabila Laporan Audit mengenal pasti ada berlaku ketirisan, itu menunjukkan tidak efficiency dari segi perbelanjaan kerana harga yang murah dibeli dengan harga yang lebih besar. Saya hendak tahu bahawa setakat ini berapa kementerian yang telah dikenal pasti dan diambil tindakan untuk dipotong belanjawan mereka – ataupun jabatan-jabatan dan agensi-agensi itu kerana tidak efficiency, ekoran daripada Laporan Audit, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah jelaskan tadi yang kita bercakap tentang soal satu outcome based budget. Outcome based budget ini kita akan laksanakan tahun hadapan. Bermakna, tahun hadapan kalau kita ikut perbelanjaan – sekarang kita buat tiga. Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan MITI, kita buat. Maknanya pada tahun 2016 nanti, bajet 2016 apabila perbelanjaan ini tidak menepati pada efficiency kita, baru kita ambil pada tahun 2016. Kemudian, saya telah jelas tadi bahawa dari segi teguran Ketua Audit Negara. Teguran dan ketirisan itu dua perkara yang berbeza Yang Berhormat. Kita ditegur kerana pada pandangan Ketua Audit Negara, perbelanjaan tersebut tidak mengikut kepada piawaian yang ditentukan, tidak capai sasaran. Jadi, kementerian mesti mengambil tindakan untuk membuat siasatan adakah betul ataupun tidak. Jadi dalam konteks ini saya nyatakan 100 pegawai sekarang ini sedang disiasat dan dari segi SPRM 25 kes, itu tindakan. Ini kerana kita tidak mahu kerana tindakan beberapa pegawai kerajaan – dia bukan sahaja melibatkan apabila kita bercakap tentang soal bajet. Antara tujuannya, kita hendak memperkukuhkan ekonomi makro kita, melibatkan keseluruhan. Kita tidak mahu oleh kerana penglibatan beberapa pegawai, dia merosakkan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat terjejas. Di samping itu kita tidak mahu, kita ada lebih 1 juta pegawai kerajaan, disebabkan berapa kerat inilah yang merosakkan keseluruhannya.
Jadi itu sebab kita mengambil tindakan tegas ke atas mereka-mereka ini. Kemudian kita lihat dari segi...
Sikit, sikit lagi.
Ya.
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Okey, selain daripada faktor manusia tadi ya, faktor manusia ada tindakan penyiasatan kemudian SPRM dan sebagainya. Tetapi saya percaya bahawa daripada laporan audit itu telah pun dapat mengenal pasti tentang dari segi prosedur mekanisme yang ada kelemahan-kelemahannya. Jadi setakat ini apakah kementerian telah bertindak untuk memperkenalkan atau pun memperkasakan mekanisme- mekanisme yang ada itu, untuk supaya ada halangan-halangan daripada berlaku berterusan ketirisan ataupun ada ruang untuk faktor-faktor manusia ini mengambil kesempatan. Jadi berapa banyak mekanisme-mekanisme baru yang telah diperkenalkan hasil daripada teguran ataupun cadangan yang telah dibuat oleh laporan audit.
Kita melihat perkara ini Tuan Yang di-Pertua secara serius ya. Contohnya dari segi Kementerian Kewangan. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, kita menubuhkan Jawatankuasa Perolehan. Jawatankuasa Perolehan ini melibatkan dua peringkat. Satu, kementerian pelaksana. Katalah JKR ataupun kementerian yang lain dan kemudian di Kementerian Kewangan. Apa yang berlaku di kementerian pelaksana, mereka akan terima tender, mereka akan buat penilaian tiga teknikal evaluation. Berdasarkan itu, yang manakah yang terbaik. Berdasarkan bukan saja lulus dari segi teknikal tetapi juga dari segi harga yang terbaik. Kemudian dibawa kepada Kementerian Kewangan untuk kita kaji, pasal kita kena ada check and balance Tuan Yang di-Pertua. Kita kaji berdasarkan kepada kajian tersebut, kita membuat keputusan. Untuk makluman Yang Berhormat ya, sehingga sekarang 85% dari projek-projek tender yang kita beri sebenarnya bawah daripada harga anggaran yang telah disediakan oleh pihak kementerian. Jadi ini salah satu yang kita buat dan kita dapati efektif perkara itu bila kita buat dengan cara yang begitu serius. Kemudian adanya ‘aku janji’. Bila kita datang mesyuarat, kita membuat satu perjanjian di mana kita sebagai jawatankuasa tersebut tidak terlibat dalam projek tersebut. SPRM boleh masuk anytime untuk menyiasat pasal kita ambil serius perkara-perkara ini. Kemudian, langkah-langkah untuk mengatasi masalah defisit negara...
Yang Berhormat Menteri. Sekejap, sikit.
...Ini telah kita bincang. Kemudian kita lihat pula kepada, okey di bawah fiskal negara ini telah selesai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau Menteri tadi, terima kasih kerana terangkan secara teliti bagaimana check and balance dalam sistem kerajaan dari segi tender dan sebagai. Akan tetapi rasanya rakyat yang di luar, dia tidak nampak sebab apa yang kita nampak sekarang adalah tender kerajaan kepada hospital, hospital bocor. Kalau Jambatan Kedua Pulau Pinang, dia punya rem runtuh. Baru hari ini kompleks di Ayer Keroh, pegawai kerajaan terpaksa lari keluar daripada kompleks kerajaan sebab ada crack dekat dia punya bin dan juga kolum. Jadi ini adalah isu di mana walaupun Menteri sudah kata ada pelbagai mechanism untuk check dan sebagainya, tapi akhirnya keluar kontraktor yang buat tidak boleh pakai. Saya pun hairanlah. Kalau kita begitu ada Jawatankuasa Teknikal, ada pelbagai, masih berlaku. Umpamanya di Kuala Terengganu. Sekarang Terengganu Darul Runtuh. Ini di Pulau Pinang, rem pun runtuh. Jadi ini adalah isu yang kita... Jadi apakah, kalau berlaku perkara-perkara macam ini, adakah ini diklasifikasikan sebagai ketirisan atau corruption? Oleh sebab tadi Menteri kata hanya ada ketirisan dan corruption. Mengikut laporan audit, tiap-tiap tahun ada dan apabila kita, dan kalau kita sudah ambil tindakan terhadap pegawai- pegawai, kenapa tiap-tiap tahun kita terima laporan begitu tebal. Okey begitu tebal.
Yang Berhormat ringkaskan.
Ini masalah dan minta Menteri juga jawab satu soalan lagi adalah kalau isu seperti NFC. Itu diklasifikasi sebagai ketirisan atau corruption? Kalau katakan ketirisan, pegawai yang terlibat adakah dia telah disabit kesalahan atau dirujuk ke mana-mana? Mengapa orang yang terlibat sekarang menjadi penasihat kepada Perdana Menteri? Penasihat Khas Perdana Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kes NFC ini tidak kita bincang semasa perbahasan. Tapi saya hendak sentuh di sini, kes ini masih dalam mahkamah. Adakah satu yang melibatkan seseorang dalam keluarga, keseluruhan anggota keluarganya mesti di... Kita serius ya? Bukanlah semua.
[Bangun]
Nanti, nanti Yang Berhormat. Saya belum habis. Adakah macam itu sikap kita. Jadi kalau yang terlibat ‘A’, ‘A’ lah mesti diambil tindakan. Tapi kalau macam itu, dalam satu keluarga, seorang dibawa masuk jel, maka seluruh anak dan keluarga dia langsung tidak berguna dalam masyarakat. Adakah macam itu?
Mencelah sikit.
Nanti, nanti. Belum habis lagi.
Tidak, NFC.
Nanti saya jawab dulu. Saya belum habis lagi.
[Dewan riuh]
Rilekslah.
Duduk Yang Berhormat.
Kemudian tentang projek-projek yang runtuh itu ya, ini saya percaya perlu siasatan mendalam. Saya pun tidak dapat maklumat bilakah tendernya dibuat kerana dalam laporan audit ada projek yang dibuat pada tahun 2007, 2008 pun ada. Audit kita bukannya berdasarkan tahun 2013, audit tahun 2012, tidak. Dia awal daripada itu pun ada. Sila
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua.
Dia bagi Yang Berhormat Shah Alam dulu Yang Berhormat.
Fasal saya berdiri dulu tadi. Lepas Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Ampang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan semua projek-projek ini.
Yang Berhormat, tidak perlu panjang-panjang Yang Berhormat ya. Jangan mencelah. Ya.
Dia berhubung dengan semua projek-projek ini. Persoalan yang terpenting bagi kami ialah kos tambahan bila ada runtuh, pasti yang runtuh itu perlu diperbaiki. Samalah macam Hospital Shah Alam ya. Sudah lima tahun di sini, Menteri Kerja Raya pun sudah tiga, tidak siap-siap. Projek sudah tambah RM70 juta lebih kos. Begitu juga dengan semua projek-projek yang runtuh. Inilah yang dikatakan ketirisan, fiscal management yang tidak berkesan ya dan soal PKFZ. Walaupun sudah selesai didapati tidak ada orang yang bersalah yang sebagainya, semua okey tapi berapa bilion yang telah kehilangan dan soal NFC. Tidak timbullah siapa yang salah itu, itu second issue. The first issue is RM250 million dibelanjakan, duit rakyat. PKFZ sudah berbilion-bilion ya? Inilah yang masalah dia iaitu apabila kecekapan pengurusan kewangan tidak dipertingkatkan. Tahun demi tahun ada projek-projek yang gagal. Ini yang kita perlu ketatkan sebelum kita hendak tambah cukai kepada rakyat jelata. Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sentuh tentang apa yang Menteri sebutkan tadi keluarga jangan sentuh. Tapi kalau proses tender itu kita mesti tahu siapakah yang mengambil tender itu dan mesti ada kaitan dengan siapa yang kita kenal. Jadi dalam kes ini adalah satu watak yang prominent. Jadi tidak mungkin tidak kenal siapa yang diberikan tender itu. Proses seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi seolah-olah proses itu tidak dijalankan dengan sempurna, dengan teliti. It’s very sloppily done dengan izin Tuan Yang di-Pertua. So, jadi oleh kerana inilah di antara ketirisan-ketirisan yang terjadi, maka kita tidak mampu untuk melaksanakan GST kerana kita masih lagi dalam keadaan, duit rakyat masih lagi dalam keadaan yang tidak terpelihara dalam buat benda-benda yang asas. Perkara yang asas masih lagi tidak sempurna. Sekolah tidak sempurna, jalan tidak sempurna. Lampu, air tidak sempurna. Rumah tidak sempurna. Jadi belum tiba masanya untuk kita mengenakan GST kepada rakyat. Kita masih lagi incomenya, pendapatannya sangat rendah untuk mereka menampung GST yang akan dilaksanakan nanti.
Tuan Yang di-Pertua, cerita GST ini sebenarnya kita sudah habis. Kemudian Yang Berhormat pergi ke belakang. Saya telah sebutkan tadi bila kita bercakap tentang soal tidak mahu melaksanakan GST kerana ketirisan kata Ketua Pembangkang. Beliau merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara kata RM25 bilion ketirisan. Itu yang saya pertikai kan. Kita di Parlimen Yang Berhormat, kita 222 orang. Parlimen adalah badan tertinggi dan kita menentukan masa depan 28 bilion orang. Macam mana pula Yang Berhormat Ketua Pembangkang boleh menyebut RM25 bilion. Mengapa ditinggikan begitu? Padahal Laporan Ketua Audit hanya melibatkan RM1.5 bilion. Saya kata kalau RM1.5 bilion iaitu 0.6% daripada keseluruhan bajet kita. Maknanya, 99.4% adalah berkualiti tinggi. Yang 0.6% itu seperti yang saya nyatakan itu adalah teguran, bukan ketirisan. Saya berharap Yang Berhormat dapat pergi bertemu dengan Ketua Audit Negara, tanya definisi apakah itu teguran? [Tepuk] Pergi tanya. Pasal kita duduk di Parlimen, kita menentukan masa depan negara kita. Kemudian berkenaan dengan projek-projek Yang Berhormat kata. Saya tidak berani hendak jawab sebab saya pun tidak tahu bila dilaksanakan. Saya katakan tadi apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, kita telah memperkenalkan jawatankuasa tender. Adakah projek itu semasa selepas jawatankuasa ini diperkenalkan? PKFZ masa dahulu, saya tidak tahu apa yang terjadi. Begitu juga runtuhan di Kuala Terengganu, saya tidak tahu. Akan tetapi saya lihat dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2013 tidak ada projek-projek yang masuk di dalam masa 2011. Itu projek-projek pada masa lalu. Jadi, kalau kita hendak bincangkan perkara ini pun kita tidak akan selesai. Kecuali ia perlu kepada perincian. Saya sebutkan tadi mengenai dengan NFC. Perkara ini dalam mahkamah. Ikut standing order, perkara dalam mahkamah kita tidak boleh bincang di dalam Parlimen.
[Bangun]
Okey, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara dan teguran itu. Akan tetapi teguran memang teguran. Cuma, apabila ada perkara yang terlalu luar biasa berlaku, ini yang menjadi hairan. Apabila misalannya jam dinding itu bila pembelian harga pasaran RM100, boleh sampai RM3,810. Apabila Kementerian Pelajaran buat, upah security untuk keselamatan sekolah sampai RM2 bilion. Akan tetapi apabila pegawai-pegawai keselamatan yang diupah itu tidak ada screening dari segi latar belakang, ada jenayah yang menjadi pegawai keselamatan. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Apabila ambulans yang digunakan sepatutnya membawa pesakit dari kecemasan ke hospital tetapi apabila ambulans itu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kematian berlaku. Ini perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Albert Einstein pernah mengatakan, dengan izin, “Insanity is doing the same thing repeatedly and expect different results’. Saya hendak terjemahkan, kegilaan itu adalah apabila kita berulang kali buat perkara yang sama dan harapkan keputusan atau pun hasil yang berlainan. Ini adalah kegilaan. Teguran daripada Ketua Audit Negara ini bukan tahun pertama. Bertahun-tahun dah, puluhan tahun dah. Sejak bila kita hendak perbetulkan ini? Ini perkara yang pokok, sekian.
Itu yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara. Kita di dalam Kabinet serius. Saya anggota Kabinet, saya boleh cakap di sini kita serius. Kita serius melihat perkara ini. Dengan sebab itu kita lantik Ketua Audit Negara dengan SPRM dan pegawai-pegawai yang terlibat buat siasatan. Hasilnya, 100 sedang disiasat untuk ambil tindakan. 25 dalam siasatan SPRM untuk dibawa ke mahkamah. Teguran ini bermakna Ketua Audit Negara merasakan bahawa dia tidak ikut sasaran. Okey, saya tidak tahu soal jam. Katalah Ketua Audit Negara bandingkan jam di pasaran, sama tidak jam di pasaran? Jam ini ada jam jenis yang dia mahu tahu waktu di Malaysia, di London. Ini keperluan sekarang ini. Jadi, perkara-perkara macam ini, bila teguran ini, kementerian mesti...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak, ini cerita serius Yang Berhormat. Kita jangan main-main di sini. Kita seriuslah, saya cakap serius. Jadi, perkara ini yang saya katakan teguran ini mesti dilaksanakan di bawah satu jawatankuasa bawah KSN pergi satu persatu. Mana kes yang betul-betul, kes yang bersalah, tindakan akan diambil. Kalau kes itu semata-mata atas dasar rasakan bahawa pembelian itu tidak betul, ini perlu dikaji oleh kementerian masing-masing untuk tentukan bersalah atau tidak. Kita tidak boleh mengambil semua kes sebagai bersalah.
Yang Berhormat Menteri saya faham...
Kita tidak boleh letak bahawa bila Ketua Audit Negara buat teguran, itu sudah menjadi undang-undang. Itu pasal dia kata teguran. Ketua Audit Negara tidak mengatakan bahawa ini adalah kesalahan yang mesti dihukum. Tidak. Teguran. Itu saya kata, elok Yang Berhormat pergi jumpa Ketua Audit Negara, tanya definisi teguran itu.
Cuma Yang Berhormat Menteri, saya kecewa sedikit apabila seolah-olah Yang Berhormat Menteri perkecilkan teguran Ketua Audit Negara berkenaan dengan jam dinding itu. Tak kan sampai RM 3,800.
[Dewan riuh]
Itu yang pertama. Kedua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah Kabinet atau pun kerajaan yang akan buat, yang berlainan daripada tahun lepas, sebelum ini.
Ya, sudah tanya dah tadi itu. Yang itu sudah tanya Yang Berhormat.
Sebab kalau kita dapat kuasa khas KSU, what is different compared to before? Ini yang paling penting, yang akan mengelakkan perkara yang sama akan berulang.
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya apabila kita pihak kerajaan bercakap, Yang Berhormat tidak mahu dengar. Cuba kita tunggu nanti keputusan itu. Setelah kita tunggu keputusan, tidak ada keputusan, Yang Berhormat bangkitlah. Akan tetapi pada masa ini tindakan sedang diambil, mereka telah kenal pasti 100 orang, 25 di bawah SPRM. Itu adalah tindakan tegas yang dilaksanakan. Jadi, kita tunggu keputusan tersebut.
[Bangun]
Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?
Kemudian.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, berdasarkan Yang Berhormat Menteri punya definisi, ketirisan. Cuba jelaskan kepada Dewan ini apakah definisi ketirisan wang negara ini. Saya hendak tanya, adakah apabila satu projek yang membazir, contohnya bayaran elektrik yang tinggi, konsert K-pop tadi itu, adakah itu tidak digolongkan kepada ketirisan? Sedangkan asalnya penaja hendak bayar, lepas itu government has to pay. Jadi, kalau kita kira semua ini saya rasa angka yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bukan satu angka yang tidak munasabah. Jadi, sekarang ini kita hendak tahu apakah definisi ketirisan. Jelaskan pada Dewan ini, apakah definisi ketirisan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mike, mike. Mike please. Yang Berhormat Menteri, mike.
Tidakkah Laporan Ketua Audit Negara itu ada angka? Cuba Yang Berhormat duduk, ambil semua angka itu dicampurkan. RM25 bilionkah?
Kita define dahulu. Define dahulu apa ketirisan?
Tidak, kalau Ketua Audit Negara ...
Yang Berhormat, Yang Berhormat
Kita define dahulu.
Yang Berhormat Sepang.
Nanti, nanti.
What do you mean by ketirisan?
Yang Berhormat, tidak boleh macam itu, tidak boleh macam itu Yang Berhormat.
Laporan Ketua Audit Negara yang saya kata teguran. Yang Berhormat kata jika diambil secara betul, RM25 bilion kata Ketua Pembangkang itu betul. Mana dia? Kaji betul-betul.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak, pasal Yang Berhormat nyata, saya tanya yang itu.
[Bangun]
Tidak. Yang Berhormat tidak boleh menjawab, apakah dia makna ketirisan. Contohnya tadi...
Ketirisan saya sudah cakap tadi. Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan ini.
Kalau kementerian mengatakan RM1.6, itu tidak ketirisankah?
[Dewan riuh]
Sudah. Yang Berhormat...
Please explain!
Okey, okey.
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.
Tidak apa, Yang Berhormat duduk.
Duduk Yang Berhormat.
Saya menyatakan dia tidak susah. Bila Ketua Audit Negara buat teguran, kita ambil tindakan, kita kaji. Kalau teguran itu ada kesalahan, jadi ketirisan.
Okey, saya hendak tanya tadi.
Yang Berhormat...
Saya nak tanya tadi, pasal peruntukan Kementerian Belia tadi, adakah itu ketirisan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu sudah jawab bawah Belia.
Tidak, tidak. Itu ketirisan atau tidak?
Yang Berhormat.
Saya hendak define, definition. Yang Berhormat Menteri hendak define ketirisan pun takutkah?
Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat Sepang.
Why you are so scared to define?
Mengapa Yang Berhormat tidak menghormati Menteri Belia dan Sukan?
Bukan masalahnya. Saya hendak tanya sekarang, you kena jawab.
Belia sudah jawab.
You Yang Berhormat Kementerian Menteri Kewangan.
Belia sudah menjawab.
Saya hendak tanya, adakah apabila kita belanjakan RM1.6 juta, itu tidak ketirisan?
Tidak ada. Saya melihat...
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.
Apabila kita belanjakan RM1.6 juta, itu tidak ketirisan? Please explain.
Yang Berhormat Sepang duduk Yang Berhormat. Duduk, duduk, yang lain duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat, tadi saya sudah jelaskan kita ada dua struktur. Dua struktur satu, kementerian sebagai pelaksana dan satu lagi Kementerian Kewangan. Jadi ini di bawah kementerian pelaksana, Kementerian Belia dan Sukan, itu tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan.
Bukan itu. Sekarang you Menteri Kewangan yang menyelesaikan semua masalah.
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat.
Satu kementerian belanja RM1.6 juta yang sepatutnya tidak dibelanjakan.
[Menyampuk]
Adakah itu bukan ketirisan?
Cukuplah.
Duduk Yang Berhormat.
Duduk dahulu Yang Berhormat.. Duduk Yang Berhormat, nanti boleh bangun kemudian Yang Berhormat.
Cakap secara saya cakap tadi, teguran kita buat siasatan. Kalau siasatan itu didapati bersalah, itu kes bersalahlah.
Tidak, Menteri tidak jawablah soalan.
Bukan macam itu Yang Berhormat.
Bukan tidak jawab, itulah.
Apa definisi ketirisan? Apa definisi menurut Menteri?
Yang Berhormat...
Susahnya Yang Berhormat, pembangkang ini semua kita hendak ikut cakap dia. Ini yang jadi susah. [Tepuk]
Menteri tidak tahu jawab!
Tidak ada Yang Berhormat. Yang Berhormat bukan teror.
Ini GST…
Tidak ada, tidak ada.
Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang .
Masa GST tadi Yang Berhormat tidak bercakap. Jangan hendak tunjuk hero.
Duduk Yang Berhormat.
Menteri tidak jawab soalan. Apakah makna ketirisan, apa punya Menterilah ini...
Saya telah jawab! Saya telah jawab!
Apa definisi? Saya hendak tanya menteri.
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.
Apa guna kita lantik Ketua Setiausaha Negara?
Menteri, tidak payah layanlah dia.
Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat.
Kalau itu bukan ketirisan ...
Yang Berhormat Sepang, mikrofon sudah mati Yang Berhormat. Duduklah.
Tidak, dia tidak jawab soalan.
Duduk dahulu.
[Dewan riuh]
Duduk Yang Berhormat. Ya duduk dahulu Yang Berhormat. Biar Menteri jawab, kemudian bangun. Okey.
Dia tidak jawab…
Boleh, boleh. Duduk dahulu.
Minta penjelasan sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pengakuan Menteri tadi bahawa daripada sejumlah perbelanjaan kerajaan yang diaudit oleh Ketua Audit Negara, maka terdapat RM1.5 bilion yang boleh dianggap ketirisan. Itu pun teguran ya. Saya hendak mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara bukan mengaudit 100% perbelanjaan. Hanya sebahagian sahaja dan daripada sebahagian itu pun telah didapati RM1.5 bilion. Maka, yang di projeksi oleh Ketua Pembangkang, seandainya keseluruhan perbelanjaan itu diaudit itu yang datangnya jumlah tersebut dan kita masih ingat pernah Ketua Audit Negara menyebut sejumlah RM20 bilion itu. Jadi bukan tidak berasas apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi adalah projection…
Yang Berhormat Gombak, anugerahnya itu memang lakulah Yang Berhormat Gombak.
Kalau keseluruhan perbelanjaan kerajaan itu diaudit oleh Ketua Audit Negara. Apa pandangan Menteri? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya pun mohon penjelasan sedikit.
Sebentar Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Kuantan. Sebentar Yang Berhormat. Mahu beri jalan Yang Berhormat?
Okey, beri.
Ya, Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya pohon penjelasan sedikit. Apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi bahawa SPRM akan menjalankan siasatan. Kemudian, sekiranya didapati bersalah, maka akan diambil tindakan. Boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan berkenaan dengan prosedur dan proses tindakan diambil kerana setiap tahun Ketua Audit Negara membuat laporan dan rakyat di bawah sentiasa menunggu apakah tindakan yang akan diambil kalaulah berlaku kesalahan. Ini kerana kita tahu SPRM tidak ada kuasa untuk mendakwa. SPRM hanya boleh buat siasatan. Jadi, siapa yang akan mendakwa? Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap - katakanlah RM1.5 bilion tadi, siapa yang akan bertanggungjawab? Boleh Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan satu-persatu siapa yang ambil tindakan? Siapa yang mendakwa dan bagaimana kita hendak menjadikan siapa yang bersalah itu bertanggungjawab di atas kesalahan? Terima kasih.
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Menteri…
Tuan Yang di-Pertua, isunya isu sama, saya sudah dijawab tadi. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Menteri, Menteri...
Berkenaan dengan contingent liability, kita tahu...
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Duduk dahulu.
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Sekejap, ada fakta ini. Fakta.
Yang Berhormat Bukit Mertajam fakta.
Tuan Yang di-Pertua, minta Menteri jawab soalanlah, tolong jawab soalan.
Fakta, fakta.
Duduk dahulu.
Saya tanya soalan apa itu ketirisan, Menteri tidak jawab.
Duduk dahulu. Menteri kata dia hendak sambung jawapan dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat.
Boleh? Ini berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua.
Kenapa tidak faham ini? Duduk dahulu. Nanti kemudian tanya.
Berkaitan, berkaitan.
Tunggulah dahulu Yang Berhormat ya.
Duduklah!
Tuan Yang di-Pertua, macam mana kita hendak jadikan tempat ini kita hendak berbincang intelektual kalau macam ini perangai?
Ya.
Saya beri jalan. Akan tetapi tidak mungkinlah saya hendak berdiri untuk menjawab?
Itu salah Yang Berhormat, tidak boleh macam itu.
Tunggulah dahulu. Saya beri jalan. Okey berkenaan dengan kontinjen liabiliti Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kita mempunyai satu jumlah kontinjen liabiliti. Kontinjen liabiliti ini melibatkan kepada jaminan. Jaminan ini Tuan Yang di-Pertua, ia adalah jaminan yang diberi kepada agensi-agensi. Jadi apabila kita lihat kepada kontinjen liabiliti yang kita lihat bukan secara kuantitatifnya. Kita melihat secara kualitatif. Dari segi kualitatifnya, manakah pinjaman- pinjaman dan jaminan-jaminan yang berisiko untuk tidak dibayar? Jadi ini Kementerian Kewangan akan sentiasa mengkaji kerana agensi-agensi yang kita bagi ini adalah agensi-agensi yang mempunyai kemampuan sendiri untuk membuat bayaran kecuali projek-projek yang kita panggil dengan izin, public goods, dalam erti kata yang tidak datang keuntungan, kita perlu bayar masa depan pembayaran tersebut dan yang ini kita sudah masuk cash flow kita dari segi jangka panjang. Kemudian mengenai dengan GOE ini saya telah terangkan tadi.
Yang Berhormat Menteri, penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih.
Boleh buat macam ini bukan Yang Berhormat?
Ya.
Supaya kita tidak kecoh. Ya, bagus. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Kali pertama Tuan Yang di-Pertua memuji Shah Alam.
Baguslah macam ini. [Tepuk]
Berhubung dengan kontinjen liabiliti tadi, apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah ia telah dimasukkan dalam cash flow tetapi persoalannya ialah bukan soal cash flow. Kita hendak tahu sama ada jumlah itu telah diambil kira di dalam hutang negara dan sama ada apabila ia diambil kira maka, guideline yang telah ditetapkan iaitu 55% daripada GDP dapat dipatuhi atau pun sebaliknya. So dengan sendirinya Yang Berhormat Menteri telah pun mengakui bahawa ada hutang-hutang kontinjen liabiliti yang memang sudah diakui kena bayar. Maka adakah itu diambil kira ataupun sebaliknya? Saya harap Menteri boleh menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi kontinjen liabiliti seperti mana yang saya nyatakan tadi, ada yang agensi tersebut merupakan agensi yang profit oriented. Itu akan dibayar oleh mereka dan kita membuat kajian umpamanya MRT. MRT bukannya profit making. Jadi di sini, pinjaman tersebut kita telah masuk cash flow masa depan yang dibayar secara itu. Maknanya pembayaran tersebut adalah mengikut kemampuan kita pada masa akan datang.
Sekali lagi Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan. Saya tidak tanya tentang cash flow. Saya faham bahawa ia telah diambil kira sebagai cash flow tetapi yang saya tanya sama ada jumlah itu telah pun diambil kira sebagai hutang kerana ia tetap merupakan hutang, ia tetap merupakan yang perlu dibayar seperti hutang-hutang yang lain boleh kita masuk kira dalam cash flow dan sebagainya. Akan tetapi sekarang ini apa yang kita hendak tahu ialah the exposure dalam kes yang MRT. Kita sudah tahu kita kena bayar balik. It is not profit making, dengan izin. Maka adakah satu jumlah daripada kontinjen liabiliti itu secara realistik kita akui ia merupakan hutang yang perlu dibayar dan kita anggap ia sebagai hutang negara sekali untuk kita hendak tengok exposure kita dan sama ada kita mematuhi guideline yang telah diberi atau pun tidak? Itu yang perlu saya mencelah.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi guideline, apabila kita berhutang...
Yang Berhormat Menteri...
...Itu termasuk dalam debt GDP issue. Ini dibuat di seluruh dunia. Kontinjen liabiliti ini luar daripada itu dan bukan termasuk daripada itu tetapi dari segi kita di Kementerian Kewangan, kita membuat kajian kita yang saya nyatakan tadi kita dapati bahawa MRT ini tidak mempunyai daya untuk bayaran balik. Bukannya profit making body. Jadi ia tidak berdaya untuk bayar dan kita di Kementerian Kewangan kita membuat projection kita untuk jangka panjang 10 tahun sehingga sekarang sampai 20 tahun di bawah fiskal policy committee. Bermakna kita faktorkan yang ini, apabila kita buat projection masa depan oleh kerana kita tidak mahu membuat pinjaman kepada MRT yang tidak mampu dibayar oleh kerajaan. Jadi, yang tidak boleh bayar oleh kerajaan ini yang kita ambil kira masuk dalam kita punya perancangan masa depan.
[Bangun]
Yang Berhormat Kepala Batas bangun Yang Berhormat. Beri kepada Yang Berhormat Kepala Batas dahulu Yang Berhormat.
Ringkas sahaja. Can you quantify the amount?
Saya beri secara bertulis ya.
Saya hendak tanya soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Susulan daripada soalan Yang
Berhormat Shah Alam supaya dapat penjelasan yang lebih difahami oleh semua Ahli-ahli Dewan. Tadi Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa amalan kita tentang soal national debt telah dirangkumkan kedua-duanya, domestic debt dan juga external debt walaupun external debt itu sebenarnya RM35 bilion punya siling. Akan tetapi kerana kita mengamalkan prudent dan to be conservative kita rangkum akan jadi letak di bawah ceiling cap 55%. Soalan pertama adakah negara-negara lain antara negaranya ialah Singapore barangkali Jepun, Hong Kong yang meletakkan ceiling cap dia jauh lebih atas lagi daripada 55% dan ini memberi satu perlambangan bahawa 55% itu adalah tahap yang begitu prudent dan konservatif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Di dalam sistem accounting negara lain, ia akan mengikut kaedah negara masing-masing tetapi dalam konteks negara kita seperti mana saya nyatakan tadi dari segi Akta Pinjaman Domestik ia meletakkan 55% daripada GDP, bermakna kita boleh pinjam secara domestik sampai 55%. Kemudian dari segi pinjaman luar, kita boleh pinjam sampai RM35 bilion tetapi oleh kerana kita mahu prudent, kita cantumkan domestik dan foreign loan kita letak di bawah 55% tersebut. Itu sebabnya bila kita lihat kepada hutang negara-negara lain kita dapati bahawa tahap-tahap debt GDP ratio negara lain tinggi. Singapura lebih daripada 100% kita baru sekarang ini lebih kurang 54%. Begitu juga negara Jepun, begitu juga negara Amerika yang begitu tinggi dari segi debt GDP rationya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya risau bila kita mula membahas sama ada yang 55% ini terlalu prudent, terlalu konservatif dan sebagainya. Bagi saya apabila kita sudah buat satu keputusan dan ianya merupakan satu panduan yang kita sendiri sudah setuju kita hendak ikuti tiba –tiba kita dapati kita tidak boleh ikutinya dan kita cuba hendak cari hujah untuk kita hendak ubah guideline itu, ini bagi saya menunjukkan bahawa kita sudah hilang control. We are no longer in control. Defisit yang kita amalkan selama ini sudah runaway train. Sekarang ini kita dengar penghujahan-penghujahan MP-MP daripada MP Barisan Nasional tetapi malangnya daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan sendiri bahawa benda ini adalah prudent, ianya adalah konservatif dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh ikut guideline yang kita sendiri set, yang kita sendiri kata adalah satu benda yang baik bagi negara dan kita tidak boleh banding hanya sekadar dari sudut peratusan hutang negara kepada GDP dan kita kata Singapura lebih, Jepun lebih tanpa kita mengambil kira aset yang ada pada negara-negara itu.
Ya.
Kalau kita hendak buat satu perbandingan...
Ringkaskan, Yang Berhormat.
Maka kita kena buat satu perbandingan keseluruhannya dan jangan kita hendak melepaskan diri kita daripada panduan yang telah kita bersetuju pada awalnya bersama and when we loose control, we come out, dengan izin, with all the silly arguments to mislead the public.
[Dewan riuh]
Terima kasih.
Yang Berhormat... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua cara pembangkang berhujah. Mereka membuat andaian demi andaian kita sudah lama hidup di bawah 55% tersebut. Jadi kita tidak boleh buat hujah bahawa masa hadapan ini kita akan tukar, hilang kredibiliti. Kerajaan yang ada sekarang ini tetap mempertahankan kredibiliti kerajaan kita. [Tepuk]
Itu yang kita hendak dengar.
Yang Berhormat...
Bahawa kita masih terima itu sebagai guideline kita dan...
Yang Berhormat Shah Alam..
Kita tolak segala alasan hendak pandang kepada negara lain dan sebagainya untuk hendak mengubah guideline itu.
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam lebih 10 kali bangun Yang Berhormat.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap tentang soal rasionalisasi subsidi. Ini telah pun dibincangkan saya percaya oleh kementerian yang terlibat.
[Menyampuk]
Akan tetapi kita maklum apabila kita mengurangkan subsidi kepada petrol jadi bermakna kita bagi dalam bentuk BR1M. Sekarang ini RM650 campur RM50 yang bawah RM3,000. Kemudian ada persoalan dalam manifesto Barisan Nasional kata hendak bagi RM1,200. Kita cakap dalam tempoh lima tahun. Bermakna tahun hadapan RM650 campur RM50 jadi RM700. Tahun 2015 apabila kita laksanakan GST bermakna kita ada RM500, maknanya RM1,000. Kemudian kita akan bagi sehingga tempoh lima tahun tidak kurang daripada RM1,500. Kemudian ada satu persoalan kita bagi RM50...
Hutang dahulu..
Sebentar Yang Berhormat. Biar dia habiskan dahulu Yang Berhormat..
Kita bagi RM50 tersebut Tuan Yang di-Pertua berapa ramai yang meninggal? Yang meninggal 50,000 daripada awal sampai sekarang. Sejumlah 50,000 penerima BR1M yang meninggal dunia. Jadi berasaskan kepada kajian tersebut kita merasakan bahawa kerajaan mesti bertanggungjawab tolong penerima BR1M apabila berlaku kematian akibat kemalangan kepada penerima itu, keluarganya akan dapat RM30,000 dari segi insurans yang kita bagi.
[Bangun]
Hendak bagi Yang Berhormat Gopeng Yang Berhormat? Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Ini soal hutang Kerajaan Persekutuan. Memang kita tahu saya cuma hendak dapat pengesahan. Kalau kita campur hutang Kerajaan Persekutuan dengan contingent liability kalau tidak silap saya sudah sampai 60% daripada GDP. Ini saya cuma hendak dapat pengesahan. Kedua, kalau kita lihat laporan ekonomi dan juga unjuran pendapatan dan hasil dan sebagainya jadi ada dijangka pada akhir tahun 2014 hutang akan sampai 54.7% daripada GDP. Ini bermakna had 55% itu kita sudah hampir sampai sudah. Ini bermakna kalau kira RM2 bilion sebagai contingent reserved, ini bermakna kalau ada sebarang krisis ekonomi masalah kita tidak mampu untuk penambahan perbelanjaan daripada kerajaan untuk sebarang krisis, sebarang outstanding untuk masalah. Pandangan?
Saya telah jelaskan tadi bahawa antara hutang dan contingent liability ia tidak di campur dari segi sistem perakaunan antarabangsa. Dari segi kita hendak menjaga kewangan negara kita, kita mengkaji, kita buat qualitative analysis di manakah daripada 33 jaminan tersebut yang kita rasa kerajaan perlu ambil alih yang ini kita sudah masuk ke dalam cash flow kita. Kemudian Yang Berhormat bertanya 54.7% dia adalah berteras kepada GDP yang kita tahu bahawa GDP kita meningkat seperti mana saya nyatakan tadi insya-Allah pada suku tahun ketiga pertumbuhan negara kita akan mencapai jauh lebih tinggi daripada 4.2% yang kita capai pada masa yang pertama. Tidak ada sudah ya, okey.
Ya.
Tadi saya berdiri tetapi fasal Yang Berhormat Bintulu dia lapar dia buat bising jadi Yang Berhormat Menteri tidak nampak. Saya hendak tanya nombor satu saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa
jumlah yang contingent liability itu yang diambil kira sebagai hutang yang sudah masuk dalam cash flow itu kuantitinya atau itu quantified dan untuk maklum kepada saya itu fasal banyak kali sudah sebelum ini ada yang kata akan beritahu, akan beritahu tetapi tidak beritahu, itu satu. Nombor dua tentang soal pemotongan subsidi ini. Ini merupakan satu perkara yang saya rasa akan menjadi satu characteristic ataupun menjadi satu sifat yang akan mewarnai bajet-bajet selepas ini kerana kita nampak bahawa sudah ada penghujahan- penghujahan yang tertentu yang hendak membuka jalan ke arah itu. Terpenting bagi saya ialah hakikat apabila kita tarik balik subsidi ini, subsidi minyak sedangkan sebelum pilihan raya sudah dijanjikan tidak akan naikkan harga minyak dan digantikan pula kononnya digantikan pula dengan BR1M. Hakikatnya jumlah subsidi yang ditarik balik dan jumlah BR1M yang diberikan. Apakah akhirnya, hasilnya ialah bahawa pihak kerajaan kurang dari segi dia punya perbelanjaan untuk rakyat kerana pemotongan subsidi yang telah dilakukan. Adakah itu tepat atau sebaliknya?
Yang Berhormat yang ini sudah di bahas Yang Berhormat. Ramai sudah bahas isu ini Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Okey fasal subsidi, fasal subsidi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Berkenaan isu subsidi Yang Berhormat Menteri saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri memanglah ada hujah-hujah mengatakan subsidi ini distort the market because orang yang tidak seharusnya dapat subsidi pun dapat. Itu adalah antara hujah- hujah yang dikemukakan tentang kenapakah kita perlu rationalize subsidi.
Persoalannya yang boleh kita dalam keadaan kita akan memotong subsidi dan GST akan diperkenalkan. Kalau kita ambil memang saya akui macam Singapore pun mereka ada offset package juga seperti BR1M dan sebagainya tetapi persoalannya ialah apakah langkah kerajaan untuk mengawal apabila potong subsidi ini mungkin kenaikan harga akan berlaku. Satu. Yang keduanya kalau kita hendak bandingkan dengan Singapura tentang GST ataupun pemotongan subsidi ini dan sebagainya kita juga berlaku adil kepada Singapura sebagai contoh dia punya pendapatan per kapitanya tinggi. Terlalu tinggi dibandingkan dengan Malaysia. Kita tahun 2020 baru kita hendak sasarkan USD15,000 sedangkan sekarang ini Singapura pun sudah sampai dekat USD50,000. Jadi dalam keadaan pendapatan yang rendah saya khuatir apabila kita kurangkan subsidi, kenakan GST akan berlaku inflasi...
Baik Yang Berhormat.
Dan juga nanti orang-orang yang susah ini macam mana? Yang terakhir kalau sekiranya kerajaan hendak terus berikan BR1M dan sebagainya saya rasa kerajaan juga perlu memastikan wang BR1M ini betul- betul digunakan seperti yang kita kehendak. Sebab itu saya mencadangkan lebih baik sistem kupon itu lebih diperkenalkan sebab bila kita bagi wang ringgit ini dikhuatiri tiada kawalan. Mungkin dia dapat RM500 dia akan gunakan kita tidak tahu. Tiada pengawalan. Jadi saya harap offset by package ini perlu juga ada satu pemantauan yang efektif. Bukan sahaja setakat kita kata kita akan buat pemantauan. Yang efektif. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, cerita GST ini sebenarnya sudah habis kita bincang tadi tapi saya jelaskan sedikit. Kita tidak membuat kajian berdasarkan kepada negara Singapura. Saya anggap kita bertuah kerana kita akan melaksanakan selepas 160 buah negara telah melaksanakan. Kita telah buat kajian semua. Kalau kita kata GDP Singapura tinggi. Kita ambil Malawi RM300 lebih sahaja. Jadi kita telah ambil semua. Bila kita kaji seperti mana yang saya katakan tadi dunia melalui proses evolusi. Jadi evolusi dalam sektor kewangan dan juga percukaian itu berlaku jadi kita terima hakikat itu. Kita mahu sistem lebih baik daripada sistem yang lalu.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menyentuh tentang subsidi tadi begitu juga dengan isu ketirisan. Saya telah pun menyentuh mengenai dengan BR1M tadi.
[Bangun]
BR1M ada satu isu Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyatakan bahawa di dalam Laporan Jabatan Statistik terdapat 2.65...
Penjelasan.
Sebentar Yang Berhormat, sebentar.
Biar saya habiskan.
Sebentar. Habiskan dahulu.
Terdapat 2.65 juta isi rumah. Manakala kita bagi kepada BR1M lebih daripada 4 juta. Sebenarnya dari segi definisi statistik bila dikatakan isi rumah itu dia ambil yang duduk dalam satu rumah. Katalah ada empat, lima keluarga dikira satu keluarga. Manakala BR1M jikalau dalam keluarga tersebut ibu bapa satu keluarga, anak sudah kahwin satu keluarga. Jadi dia kira berapa ramai isi keluarga di dalam rumah tersebut. Itu perbezaan yang kita buat. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang perkara yang dibangkitkan sebentar tadi. Ini soal definisi isi rumah yang diguna pakai oleh kementerian. Kalau kita lihat jumlah warganegara Malaysia hari ini sekitar 28 juta orang dan kalau kita terjemahkan ianya dalam bentuk isi rumah kalau satu keluarga ada tiga atau empat orang, maknanya kita ada sekitar lapan ataupun tujuh juta isi rumah dalam keluarga kita.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Bintulu ini hendak bercakapkah hendak ganggu?
Teruskan Yang Berhormat. Tidak masuk dalam...
Maknanya dalam negara kita kalau kita ikut definisi itu sekitar tiga atau empat orang dalam satu keluarga kita ada dalam tujuh ataupun lapan juta isi rumah. Tetapi kalau kita lihat statistik yang dikemukakan dalam sesi soal jawab baru-baru ini permohonan untuk BR1M bagi tahun yang lalu ialah sebanyak 6.3 juta tetapi yang dianugerahkan BR1M sekitar lima juta. Kalau ini berlaku maknanya lebih daripada 50% daripada isi rumah di Malaysia merupakan penerima BR1M dan kalau kita lihat daripada syarat-syarat penerimaan BR1M pendapatan isi rumah itu kurang daripada RM2,500. Apakah kerajaan bersetuju bahawa lebih daripada 60% isi rumah di Malaysia hari ini berpendapatan kurang daripada RM2,500 dan pada tahun ini saya dimaklumkan ada 7.3 juta permohonan untuk mendapatkan BR1M. Maknanya ianya semakin lama semakin meningkat berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kalau ini berlaku apakah langkah yang diambil oleh kementerian dan kerajaan untuk memastikan pendapatan rakyat isi rumah di Malaysia ini dapat ditingkatkan. Ini belum lagi dilaksanakan GST. Sebab itu kebimbangan kita di dalam Pakatan Rakyat ialah untuk memastikan masalah ini diselesaikan terlebih dahulu income inequality ini sebelum pelaksanaan GST pada April 2015. Tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat jelaskan tentang statistik ataupun definisi isi rumah ini kerana kalau kita lihat daripada jumlah penerima BR1M ianya amat membimbangkan dan boleh saya katakan hampir kesemua isi rumah di Malaysia ini adalah penerima BR1M hasil pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi statistik bagi tahun 2013 isi rumah yang terima BR1M adalah 4.8 juta dan kita tahu bahawa keseluruhan isi rumah adalah kalau ikut statistiknya adalah 6.3 juta. Jadi ia meliputi 76%. Tetapi saya menyatakan bahawa statistik yang Jabatan Statistik buat tadi ia adalah berdasarkan kepada dalam satu rumah. Dalam satu rumah ada berapa keluarga. Kalau ada tiga keluarga dia kira satu. Jadi maknanya bahawa...
Itulah definisi isi rumah.
Nanti, nanti.
Yang Berhormat Gombak.
Nanti saya habiskan dahulu.
Daripada 28 juta penduduk Yang Berhormat Menteri beritahu kita ada...
Habiskan Yang Berhormat Menteri jawab dahulu Yang Berhormat.
Sekitar tujuh juta isi rumah. Yang terima BR1M lima juta isi rumah.
Bukan lima juta.
Maknanya 76%. Apakah ini tidak menjadi kebimbangan kerajaan 76% isi rumah di Malaysia adalah penerima BR1M.
Tuan Yang di-Pertua, saya jelaskan bukan lima juta. 4.8 juta.
[Bangun]
Nanti, biar saya habiskan dahulu.
4.8 juta itu lebih kurang lima jutalah itu.
Ini masalah Yang Berhormat. Yang Berhormat mahu kita bercakap berdasarkan pemikiran Yang Berhormat. Jadi biarlah Yang Berhormat dengar pula penjelasan daripada saya. Yang Berhormat kata bimbang. Apakah dari segi mereka yang terima BR1M ini akan terus kekal atau tambah lagi oleh kerana pendapatan makin kurang. Bukan macam itu. Di bawah transformasi ekonomi kita mempunyai sasaran kita. Sasaran kita bahawa setiap tahun kita punya GNI akan bertambah. Bertambah sekarang lebih kurang dalam RM1 trilion kepada RM1.7 trilion. Bermakna ada pertambahan dalam RM700 bilion daripada sekarang hingga tahun 2020. Kalau kita ambil pertambahan itu ia diagihkan mengikut kerajaan dapat, pihak swasta dapat dan juga kakitangan dapat. Bermakna bahawa dari segi pekerja kita akan mendapat peningkatan gaji pada tahun 2020. Saya mempunyai statistik ini tetapi saya tidak dapat hendak cari kita telah membuat unjuran kita yang 20% gaji teratas berapa sekarang. Yang pertengahan 40% berapa, yang bawah 40% berapa. Yang bawah 40% pun kita tengok kalau sekarang gajinya RM1,000 lebih pada tahun 2020 insya-Allah akan dapat sampai kepada RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
Ya Yang Berhormat Menteri terima kasih. Tetapi itu adalah unjuran yang sedang dirancang oleh kerajaan.
Apa yang saya tegaskan pada petang ini ialah setakat hari ini, Yang Berhormat Menteri sendiri mengesahkan bahawa 76% isi rumah adalah penerima BR1M. Maknanya, setalah 56 tahun UMNO mentadbir negara ini, tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM2,500
[Dewan riuh]
kerana syarat-syarat penerima BR1M itu berdasarkan pendapatan isi rumah. Maknanya, kalau 76% isi rumah di Malaysia adalah penerima BR1M, ini yang saya cadangkan, apakah tidak menjadi kebimbangan kepada kerajaan? 76% isi rumah terpaksa menjadi penagih kepada pemberian BR1M. Apa yang telah dilakukan selama 56 tahun? Di mana Dasar Ekonomi Barunya? Di mana agenda transformasi ekonominya? Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri bukan semalam. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
[Bangun]
Sudah berapa tahun? Tujuh tahun? Lapan tahun? Lima tahun? Apakah setelah lima tahun memegang tampuk kuasa, masalah ini tidak boleh selesai? Saya tidak salahkan Perdana Menteri seorang kerana ia adalah collective decision of UMNO yang gagal mengangkat martabat rakyat Malaysia. [Tepuk] Ya, ini bukan statistik saya. Ini statistik Yang Berhormat Menteri, 76%. Ini menjadi satu concern bagi kerajaan yang bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri.
Kita jangan kelirukan fakta.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Sekejap, sekejap. Kita jangan kelirukan fakta. Saya kata fakta tadi 6 juta lebih adalah di bawah Statistics Department. Definisinya, satu rumah satu keluarga walaupun dalam itu ada ramai keluarga. Jadi dalam konteks kita hendak membantu rakyat, kita bagi kalau dalam satu rumah itu ada empat keluarga, kita kira empat keluarga, bukan satu keluarga, statistik. Bermakna bahawa basenya bukan 6 juta kalau berdasarkan yang kita buat. Saya kata tadi kalau kita gunakan statistik tetapi saya membuat qualification tadi bahawa daripada segi Statistics Department, asasnya ialah satu rumah walau berapa keluarga, satu keluarga. Jadi ia berbeza. Yang Berhormat tidak boleh guna kata 76%. Ya, okey sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa di dalam hal ini ada sedikit perbezaan daripada segi definisi atas data tersebut seperti mana Yang Berhormat Gombak kata. Yang Berhormat Gombak kata – saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri dan saya minta Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya sekejap lagi. [Ketawa] Yang Berhormat Gombak kata 7 juta itu adalah isi rumah. Memang betul tetapi sebenarnya BR1M ini diberikan kepada bukan isi rumah. Dalam rumah seperti Yang Berhormat Menteri kata. Dia ada tiga jenis manusia yang ada dalam rumah itu. Pertama, orang yang kahwin, antara isteri dan suami, ia dikira satu BR1M. Kedua, orang tua yang diberi BR1M juga. Tidak kahwin tetapi tua. Ketiga ialah orang yang tidak kahwin, muda, umur 21 tahun ke atas. Jadi tiga jenis manusia dalam rumah itu yang boleh dapat BR1M. Maka sebab itu jumlah isi rumah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dengan jumlah penerima BR1M, ada sedikit perbezaan. Oleh sebab itu, jumlahnya banyak walaupun rumah yang menerimanya sedikit. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan pendapat saya?
Perdana Menteri tengok sudah itu.
Ya Yang Berhormat Menteri.
Lepas perhimpunan Agong ini, naik jadi Timbalan Menteri Kewangan.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tepat, betul. Okey. Jawapan itu betul ya. BR1M telah saya sentuh. Kemudian, beberapa isu cukai. Tuan Yang di-Pertua, ini kita ambil tindakan ke atas cadangan-cadangan yang dibangkitkan. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya punya ucapan tidak dijawab lagi. Yang Berhormat Menteri, saya minta...
Belum habis lagi.
Yang Berhormat Menteri sudah habis.
Yang Berhormat Menteri, saya sudah bangkitkan dalam perbahasan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Menteri sudah habis.
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-sebuah Majlis hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”]
Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa Aturan Urusan Mesyuarat bagi hari Khamis, 14 November 2013 akan dimulakan dengan perbahasan usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang telah diedarkan dan diikuti dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di peringkat Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua.
Kita mahu bantah.
Boleh saya minta penjelasan? Saya ingin tanya usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, mengapa harus disegerakan esok? Mengapa tidak boleh dibuat di penghujung sesi persidangan?
Ini adalah usul daripada Menteri bagi pihak kerajaan.
Ya, tetapi...
Kita kemukakan untuk dibentang dan dibahaskan esok.
Akan tetapi, apakah usul ini perlu disegerakan?
[Dewan riuh]
Sepatutnya ia boleh dibuat di hujung sesi persidangan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya...
Tidak apa.
Saya.....bahawa sepatutnya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ambil di hari akhir sebab kita bereskan dulu soal belanjawan. Esok adalah satu hari sahaja untuk Jabatan Perdana Menteri. Jadi bermakna bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengambil satu masa yang panjang untuk membahaskan usul ini, sedangkan esok diperuntukkan hanya satu hari.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, sila duduk. Ya. Ya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, jangan tutup mikrofon. Tuan Yang di-Pertua, bila kita kemukakan beberapa usul sebelum ini, alasan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua ialah jangan buang masa. Kita sedang bincang soal yang penting. Sekarang ini, esok sepatutnya kita mula perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Ia adalah Jabatan Perdana Menteri, yang paling penting. Satu hari sahaja. Jadi mengapa harus diambil masa untuk membincangkan usul ini?
Ya, terima kasih Yang Berhormat Gombak.
[Bangun]
[Bangun]
Ini boleh kita buat di hari akhir persidangan.
Tidak apa, tidak apa. Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu duduk. Yang lain duduk, yang lain duduk.
Saya lihat usul ini juga tidak adil.
Ini penting. Ini menghina Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak, sila duduk. Sila duduk. Yang Berhormat Gombak, tidak apa Yang Berhormat Tanjong Karang, tidak apa. Bagi saya jelaskan. Yang lain duduk.
Yang Berhormat Gombak tidak faham. Ini menghina Dewan, menghina Speaker.
Bagilah Speaker jawab.
Kalau Speaker dihina, Yang Berhormat menghina Dewan!
Suruh duduk, duduklah. Tuan Yang di-Pertua hendak jelaskan. Bagi masa Speaker hendak menjelaskan
[Dewan riuh]
.
Ini lebih penting!
Sudah ada hukuman!
Kalau semua Ahli Yang Berhormat berucap dan bercakap, kita tidak boleh dengar. Ya, ya.
Belum lagi kita bahas tetapi sudah ada hukuman dalam usul ini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bangun]
Di mana prinsip keadilan? Berilah peluang kita bahas dulu. Mengapa sudah dihukum?
[Dewan riuh]
Ya, ya, ya. Sila duduk, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hanya memaklumkan bahawa esok punya aturan, selepas soal jawab lisan, kita ada satu usul dan semua Yang Berhormat diberikan peluang untuk berbahas.
Tunggu esoklah, Yang Berhormat Gombak! Yang Berhormat Gombak, tunggu esok, tunggu esok.
Belum, belum. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak.
Ya, saya hendak minta. Mengapa didahulukan usul ini?
Ini usul menghina Dewan. Sebab itu penting.
Saya cabar Yang Berhormat Gombak, saya cabar Yang Berhormat Gombak untuk cakap esok! Yang Berhormat Gombak, cakap esoklah!
Yang Berhormat Gombak.
Kenapa hendak buang masa? Esoklah cakap!
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, macam mana hendak dengar Tuan Yang di-Pertua kalau... [Pembesar suara dimatikan]
Okey, okey.
[Dewan riuh]
Usul ini belum dibentangkan lagi, semua Yang Berhormat. Saya sudah jelaskan bahawa usul ini bagi pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, yang...
Usul daripada pihak kerajaan, ya. Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Yang mana lebih penting? Ini yang lebih penting [Sambil menunjukkan Aturan Urusan Mesyuarat].
Hendak minta penjelasan ini boleh? Hendak minta penjelasan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga hari Khamis, jam 10 pagi 14 November 2013.
[Dewan riuh]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.40 malam]