Dewan Rakyat · 21 November 2013

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 786 turns · 39,335 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Azalina binti Othman SaidUMNO · BNPengerang · question

1. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sekiranya cadangan bahawa cukai jalan bagi kenderaan- kenderaan kelas rendah dikecualikan sama sekali atau dihadkan pada satu kadar tetap nominal untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada kenderaan sendiri dalam suasana pemotongan subsidi petrol.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kadar lesen kenderaan motor bagi kenderaan yang berkapasiti rendah seperti berikut: (i) Bagi kenderaan yang berkapasiti 1,000 cc ke bawah kadar lesen kenderaan motor telah diturunkan daripada RM30 kepada RM20 pada tahun 2009; dan (ii) bagi kenderaan yang berkapasiti 1,400 cc hingga 1,600 cc kadar LKM ataupun lesen kenderaan motor telah diturunkan kepada RM90 pada tahun 2009 berbanding RM127 pada tahun 2007 dan RM254 pada tahun 2005. Penyelarasan harga cukai jalan terakhir dibuat ialah pada pembentangan Bajet 2012 di mana kerajaan antara lain bersetuju supaya kadar LKM bagi kategori teksi bajet dan kereta sewa milik persendirian sebanyak RM20 dimansuhkan. Walau bagaimanapun, bayaran perkhidmatan sebanyak RM2 akan dikenakan. Selain itu, kadar LKM bagi kenderaan orang cacat iaitu kenderaan yang telah diubahsuai selaras dengan kegunaan warga OKU yang telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan PUSPAKOM juga telah dikurangkan kepada RM1. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kutipan hasil Lesen Kenderaan Motor menyumbang lebih kurang 70% daripada keseluruhan kutipan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun. Sebarang cadangan untuk menghapuskan atau mengurangkan kadar Lesen Kenderaan Motor bolehlah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan kerana perkara ini adalah di bawah bidang kuasa kementerian tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mana harapan saya satu hari boleh memangku jawatan Menteri ya. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah walaupun memang saya menerima bahawa memang tanggungjawab Kementerian Kewangan yang menentukan isu tentang cukai motor, cukai motor dan sebagainya. Soalan tambahan saya ialah kalau kita tengok negara barat, negara Eropah khasnya negara ini sudah memang mempunyai satu dasar yang mana mereka mengamalkan penjelasan kadar cukai jalan yang bergantung

kepada peratusan pengeluaran carbon dioxide kenderaan berkenaan iaitu satu dasar pengecualian cukai yang mana mengambil kira faktor pencemaran dan alam sekitar. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah ini satu pendekatan yang mana kementerian boleh mengambil kira bahawa tidak kisahlah kereta besar atau kereta kecil, motor besar atau motor kecil tetapi kalau kereta tersebut bentuk hibrid, motor menggunakan green energy kerajaan akan memberikan cukai jalan yang rendah sebagai satu dasar untuk menggalakkan keprihatinan mereka yang mempunyai kenderaan kepada isu green energy. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Setakat ini pihak kerajaan belum ada perancangan untuk mengenakan cukai berdasarkan karbon walaupun di peringkat Eropah khususnya di UK telah laksanakan sistem tersebut. Seperti yang saya sebutkan pihak kerajaan akan merujuk kepada Kementerian Kewangan untuk perubahan kadar cukai menggunakan sistem karbon. Terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baru-baru ini ada cadangan daripada Malaysian Institute of Road Safety yang telah mencadangkan bahawa ada had jangka hayat, end of life for vehicles. Polisi ini untuk dicadangkan kepada kerajaan. Jadi saya hendak tanya kalau ini dijalankan maka setiap rakyat terpaksa membeli kereta sepanjang hayat. Oleh sebab kenapa macam itu kerana satu car loan sembilan tahun. Selepas itu bayar sembilan tahun tinggal tiga tahun free lepas itu kena beli kereta baru. Jadi kalau katakan seorang dia kerja 40 tahun dia kena tiga atau empat kereta. Orang yang bersara kalau mereka kena pakai kereta mereka pun kena ambil car loan untuk beli kereta. Maka ini menjadikan satu beban yang cukup teruk kepada rakyat. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah cadangan sebenar Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana rakyat sekarang beli kereta kalau polisi ini dijalankan rakyat macam kena beli rumah. Sepanjang hayat kena bayar loan untuk kereta.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi apa sebenar polisi ini, rancangan kerajaan untuk laksanakan had jangka hayat atau end of life for vehicle dan berapa jumlah kereta di Malaysia sekarang, berapa kereta di Malaysia yang menjangkau lebih daripada 12 tahun sekarang berada di Malaysia? Kita hendak tahu. Sekian, terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai kenyataan daripada MIROS bahawa kenderaan melebihi 12 tahun didapati tidak selamat, itu mungkin salah satu penemuan kajian daripada institut tersebut. Walau bagaimanapun, saya tegaskan kerajaan tidak ada perancangan untuk mengadakan had umur untuk tujuan pelupusan kerana kerajaan tidak akan membebankan rakyat. [Tepuk] Mengenai berapa jumlah kereta melebihi 12 tahun, saya akan menjawab melalui bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh tambahan satu.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kereta biasanya digunakan sampai sembilan tahun. Kalau dua kali, 18 tahun, atau 10 tahun hingga 12 tahun. Jadi adakah mungkin kementerian mencadangkan kereta yang sudah tua, dia punya cukai tentulah murah. Ini kerana kalau sekarang saya punya kereta sebanyak RM300 saya bayar, habis itu saya pakai selama sembilan tahun, RM300 juga. Jadi bolehkah kementerian, kereta yang tua ini kepunyaan orang miskin. Bolehkah dikurangkan, tiap-tiap tahun dikurangkan ataupun tiap-tiap tiga tahun dikurangkan supaya orang miskin dapat maintain dia punya kereta? Terima kasih.

[Tepuk] Cantik. Soalan cantik, itu.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kadar cukai yang ada pada hari ini seperti yang saya sebutkan tadi amatlah berpatutan dan tidak membebankan rakyat. Untuk makluman, kadar cukai kenderaan adalah seperti berikut:

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

| Kapasiti CC |Kadar Cukai (RM)| |-------------|---------------:| | 1000| 20| | 1200| 55| |1,201 – 1,400| 70| |1,400 – 1,600| 90|<END_TABLE_MARKER> Jadi, kadar ini merupakan salah satu kadar yang termurah di rantau ini. Walau bagaimanapun, pandangan daripada Yang Berhormat Kalabakan untuk kereta yang sudah tua, saya akan merujuk kepada pihak JPJ untuk mempertimbangkan permohonan ini. Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan, penurunan kadar cukai akan ditentukan atau diputuskan oleh Kementerian Kewangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pencelahan sikit boleh? Pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

Pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sesi soal jawab cuma soalan tambahan.

Soalan sedikit, pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada pencelahan. Tidak ada, Yang Berhormat.

Mujahid bin YusofAMANAH · PHParit Buntar · question

2. Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan insentif bagi mewujudkan bangunan hijau di premis- premis perniagaan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan selamat pagi. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit Buntar berkaitan dengan bangunan hijau, sukalah saya menyebut di sini bahawa teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Antara objektif Dasar Teknologi Hijau Negara adalah seperti berikut: (i) mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dan dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; (ii) membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; (iii) meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa; (iv) memastikan pembangunan mampan dan memelihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang; dan (v) meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau. Salah satu daripada komponen dalam teknologi hijau ini adalah berkaitan dengan Green Building Index. Jadi dalam soal ini, kerajaan sangat komited dalam menggalakkan pihak swasta dan industri mengadaptasi ciri-ciri hijau dan cekap tenaga di premis-premis dan bangunan perniagaan. Galakan ini disokong dengan pelbagai insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan hijau yang telah mendapat persijilan penuh green building index iaitu melalui completed verify assessment (CVA). Bagi pemilik bangunan yang telah

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Padang Terap

mendapat pensijilan penuh (GBI), mereka layak memohon pengecualian cukai sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal bagi mendapatkan penarafan GBI untuk bangunan tersebut. Pengecualian cukai ini boleh dipohon terus kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri semasa penyerahan maklumat mengenai pendapatan tahunan dan juga cukai tafsiran. Namun pengecualian ini adalah tertakluk kepada persijilan penuh GBI yang pertama bagi bangunan yang berkenaan dan terpakai bagi bangunan yang mendapat penarafan GBI bermula dari 24 Oktober 2009 sehingga 31 Disember 2014. Sementara itu bagi pembeli yang membeli bangunan atau premis yang telah mendapat persijilan penuh GBI, kerajaan menyediakan insentif pengecualian duit setem ke atas pendaftaran bangunan tersebut. Insentif ini adalah terpakai aktiviti jual beli sepanjang tempoh 24 Oktober 2009 sehingga 31 Disember 2014. Sehingga kini, sebanyak 15 buah bangunan daripada 144 buah bangunan telah mendapat persijilan awal GBI melalui proses Design Assessment (DA) dan telah melalui CVA dalam mendapatkan persijilan penuh. Daripada 15 buah bangunan ini, hanya 12 bangunan sahaja yang layak untuk memohon insentif tersebut kerana tiga daripada bangunan itu adalah bangunan kerajaan dan tidak layak memohon insentif. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengamati jawapan tadi dan amat menyokong usaha-usaha dasar hijau ini. Cuma saya mencadangkan bagi mengangkat terus dasar ini, konteks green building, saya mencadangkan diwujudkan satu zon hijau di mana di dalam zon itu konsep bangunan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi dapat diwujudkan sehingga ia dapat menjadi satu perintis kepada kejayaan negara kita dalam melaksanakan konsep hijau yakni terpakai di dalam bangunan hampir di seluruh negara hari ini. Seterusnya, saya juga ingin minta penjelasan. Sejauh manakah pihak berkuasa tempatan yang meluluskan bangunan-bangunan ini semua memahami konsep ini kerana kalau kita mahu melaksanakan dasar, perlu ada satu garis panduan bagi meluluskan bangunan yang dikatakan hijau ini untuk mereka yang membina bangunan ini mengikut spesifikasi dan PBT juga harus memberikan panduan bagi mewujudkan zon di setiap kawasan apa yang dinamakan sebagai zon hijau termasuklah juga dari sudut energy, saving, termasuk juga material, termasuk juga struktur bangunan. Ini kerana konsep bangunan hijau ini bukan hanya sekadar bangunan, tetapi ia adalah merupakan pakej termasuklah warga yang duduk dalam bangunan hijau itu sendiri perlu membudayakan gaya kerja yang menuju kepada menjaga alam sekitar dan mengurangkan kos penggunaan tenaga.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi saya mohon pada Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan dan sejauh mana hubungan dasar hijau ini dilaksanakan di peringkat PBT bagi memudahkan supaya dasar hijau ini terlaksana dan adakah insentif yang disebut akan berakhir 31 Disember 2014 akan diteruskan untuk memberi insentif seterusnya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Pertamanya ialah mengenai dengan zon hijau yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Ia merupakan satu pandangan yang baik dan sekarang ini program zon hijau ini sebenarnya sedang diusahakan oleh pihak kerajaan negeri dan salah satu kerajaan negeri yang mengambil inisiatif untuk mewujudkan zon hijau dengan konsep bangunan adalah Kerajaan Negeri Melaka pada waktu ini. Bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) pada waktu ini sudah – kerana kita memulakan Program Teknologi Hijau ini pada tahun 2011. Jadi ini tahun yang ketiga. Kita kira bahawa program penerangan dan pemakluman ataupun kesedaran awam berlangsung pada waktu ini yang boleh dikatakan di semua negeri termasuk juga di pihak PBT. Konsep yang dibawa pada waktu ini bukan satu keputusan yang mesti, tetapi peringkat ini adalah peringkat makluman dahulu. Peringkat memberi makluman, apakah yang patut dibawa oleh PBT apabila meluluskan projek-projek pembangunan? Antara yang kita cadangkan ialah bagaimana kecekapan tenaga boleh berlaku di sesebuah bangunan. Keduanya, penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui. Setakat ini tenaga yang boleh diperbaharui dibuat oleh pihak swasta misalnya solar panel, biogas dan juga biomas.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Satu lagi adalah green building yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi ialah bagaimana penjimatan bekalan elektrik di bangunan dan juga penjimatan bekalan air? Dicadangkan supaya sebahagian daripada bekalan air itu dapat diambil daripada air hujan dan digunakan balik ke dalam bangunan. Akhirnya dari segi green product yang dapat dilahirkan. Green product ini termasuklah penggunaan material Yang Berhormat Parit Buntar sebut tadi. Jadi ini kalau saya simpulkan bahawa di peringkat penerangan dan pemakluman kepada PBT. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat hendak ambil peluang bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai soal yang sama. Pertamanya, sebelum saya tanya saya ingin menyatakan bahawa, tidak salah saya Wilayah Pembangunan Iskandar sudah pun dikenal pasti sebagai sebuah zon ataupun wilayah yang akan mengamalkan konsep zero carbon atau mengurangkan emission carbon. Maknanya ia selain daripada negeri Melaka ataupun PBT Melaka, Wilayah Pembangunan Iskandar harus dimasukkan dalam senarai pihak kementerian. Akan tetapi soalan saya begitu mudah, kita melihat begitu banyak insentif yang diberikan kepada sektor swasta untuk mengambil tindakan bagi mewujudkan bangunan green building index dan penggunaan energy yang dapat dikitar semula dan sebagainya. Bagaimana pula pandangan kementerian kalau kita jadikan bangunan Parlimen ini sendiri yang tentunya menggunakan begitu banyak tenaga dan juga menggunakan air yang banyak sedangkan kita mempunyai bangunan yang begitu luas. Apakah kementerian tidak pula pernah mencadangkan kepada Parlimen untuk diwujudkan Bangunan Parlimen ini sebagai ikon bangunan hijau ataupun ikon penggunaan tenaga yang lestari supaya ia menjadi contoh kepada negara kita?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru di atas yang pertamanya memaklumkan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar adalah termasuk dalam konsep pembangunan zon hijau. Ini boleh disebut dan disekalikan dengan Kerajaan Negeri Melaka yang saya sebut tadi. Ini kerana konsep pembangunan zon hijau juga telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar. Keduanya mengenai bangunan Parlimen untuk dijadikan sebagai ikon kepada green building di Malaysia ini. Pada saya kita tidak mempunyai halangan untuk menjadikan Parlimen ini sebagai ikon kepada green building dengan programnya sekali. Cumanya barangkali pihak Parlimen sendiri kena mengambil daya inisiatif untuk mengemukakan cadangan itu kepada kementerian sebab apabila kita hendak jadikan Parlimen ini ia melibatkan tambahan perbelanjaan untuk Parlimen untuk mendapat green building index, Tuan Yang di-Pertua.

Mohd Johari bin BaharomUMNO · BNKubang Pasu · question

3. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [Kubang Pasu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan tentang peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, berapakah bilangan Orang Asli yang didaftarkan sehingga kini dan berapakah jangkaan pertumbuhan mereka sehingga tahun 2020. Apakah strategi untuk membangunkan tempat perlindungan rumah kediaman kepada mereka yang telah dan akan dilakukan oleh pihak berkaitan.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan nombor tiga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sejajar dengan ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah dijenamakan semula sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli sebab soalannya menanyakan tentang Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tadi. Seiring dengan penjenamaan semula Jabatan Kemajuan Orang Asli iaitu JAKOA pada 8 Januari 2011, peranan dan tanggungjawabnya telah diperkukuhkan dengan misi dan visinya. Pelaksanaan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dan juga kualiti hidup ke arah kemajuan, setanding dengan masyarakat umum.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Berhubung persoalan Yang Berhormat seterusnya. Bilangan penduduk Orang Asli yang didaftarkan, berdasarkan banci penduduk tahun 2010 adalah berjumlah 178,197 orang meliputi 36,658 ketua isi rumah dengan purata lima orang saiz ahli isi rumah. Manakala jangka pertumbuhan penduduk sehingga tahun 2020 ialah pada kadar 2.59% setahun. Untuk makluman Yang Berhormat juga, selaku agensi yang bertanggungjawab terhadap keperluan masyarakat Orang Asli, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli telah menyediakan kemudahan perumahan yang selesa dan selamat menerusi pelaksanaan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada masyarakat Orang Asli yang meliputi bina baru dan baik pulih. Bermula Rancangan Malaysia ke-8 hingga kini sebanyak 13,632 Projek PBR telah dilaksanakan kepada masyarakat Orang Asli yang melibatkan peruntukan berjumlah RM235.4 juta.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Berdasarkan data keperluan PBR terkini, sebanyak 2,683 unit rumah diperlukan oleh masyarakat Orang Asli dan pihak kerajaan begitu komited untuk melaksanakan projek tersebut secara konsisten, dan berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kewangan kerajaan. Pihak kerajaan ataupun pihak kementerian menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli perlu mengkaji serta meneliti keperluan projek Program Pembangunan Masyarakat Orang Asli dari masa ke semasa. Ini kerana isu-isu yang melibatkan masyarakat Orang Asli bukan sahaja tertumpu kepada usaha-usaha penyediaan kemudahan rumah PBR. Namun begitu, fokus juga perlu diberikan kepada pembangunan infrastruktur di kawasan penempatan, pembangunan modal insan termasuk pendidikan dan kemahiran serta pelaksanaan projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli. Menerusi usaha-usaha kerajaan yang berterusan ini, akan dapat memastikan bahawa kumpulan minoriti ini dapat bergerak seiringan dengan masyarakat umum di dalam arus perdana. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan tadi. Saya melihat bahawa kemajuan Orang Asli memanglah kita saya lihat semakin hari semakin maju sejajar dengan kemajuan negara. Walau bagaimanapun, kita lihat masih ada peluang-peluang, ruang-ruang yang kita boleh naikkan taraf hidup mereka, terutama sekali kebanyakan Orang Asli ialah mereka yang terlibat dalam pekerjaan yang berasaskan kepada pertanian, kebanyakan mereka. Saya ingin hendak tahu, apakah usaha yang telah dimainkan oleh kementerian dan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli ini, untuk mewujudkan masyarakat Orang Asli yang maju kalau boleh sebaris dengan bumiputera-bumiputera yang lain. Ini kerana kita lihat bahawa menjelang tahun 2020 kita telah mencapai negara maju. Kalau kita lihat daripada jumlah yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi ialah penduduk Orang Asli ini tidak sampai pun 200,000. Kalau boleh kita bagi tumpuan, supaya mereka juga menikmati segala kemudahan yang kita kecapi, iaitu dari segi perumahan dan sebagainya. Kalau kita tengok kita pergi ke Cameron Highlands, semasa kita turun jalan Cameron Highlands, kita lihat mereka hidup dalam keadaan masih daif. Kalau kita tengok masih tidak ada bekalan air dan juga electricity yang mencukupi. Jadi saya rasa, usaha ini perlu dilipat gandakan kerana jumlah mereka terlalu sedikit, hanya 200,000 orang sahaja.

Terima kasih Yang Berhormat. Banyaknya pandangan Yang Berhormat memang begitu tepat sekalilah untuk kita lebih memainkan peranan untuk kita membela masyarakat Orang Asli ini. Sebenarnya dalam ucapan tadi banyak juga sudah dijawab akan tetapi saya ingin maklum kepada Yang Berhormat, Pada keseluruhannya kita ada ringkasan Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli yang kita rangka dari tahun 2011 hingga 2015. kesemuanya dengan jumlah yang begitu besar, RM1.5 bilion akan dibelanjakan dalam masa tahun 2011 ke 2015, yang merangkumi pembangunan modal insan dan menggerakkan kegiatan ekonomi dan industri berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan secara bersepadu di kalangan mereka. Perluasan akses prasarana, meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli, menyelidik, mengumpul, memelihara dan mengetengahkan pengetahuan tradisional dan warisan Orang Asli, dan juga memantapkan sistem perkhidmatan tadbir urus yang baik. Sebab ini juga penting untuk memainkan peranan secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih juga kepada kekanda saya Yang Berhormat Kubang Pasu- soalan yang cukup baik, cukup penting mengenai Orang Asal ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, daripada jawapan pihak kerajaan tadi dan juga fakta yang diberikan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu, memang jelas masyarakat Orang Asli di negara kita ini tidak ramai. Semalam Yang Berhormat Lumut beritahu fakta yang agak tepat- jumlahnya 142,000 orang sahaja, tidak ramai. Akan tetapi nampaknya usaha kerajaan untuk membela nasib mereka ini dan memberikan hak yang sepatutnya kepada mereka ini belum lagi nampak dengan jelas, terutamanya yang saya hendak tahu daripada kerajaan, apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan mengenai suatu usaha yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia iaitu SUHAKAM yang beberapa tahun yang lepas telah membuat satu inquiry national mengenai hak tanah Orang Asal. Oleh kerana terlalu banyak aduan yang mungkin diterima oleh pihak SUHAKAM, dan juga mungkin pihak kerajaan, pihak Jabatan Kebajikan Orang Asli, yang mana masalah tanah Orang Asli ini, tanah adat dan sebagainya, masih belum diselesaikan walaupun jumlah mereka itu kecil dan juga perkara ini sudah lama dibangkitkan. Jadi saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah telah diambil oleh kerajaan hasil daripada inquiry yang telah dibuat oleh SUHAKAM? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ya sebenarnya isu ini adalah masih dalam konsultasi di mana stakeholders adalah terlibat, termasuk masyarakat Orang Asli dan termasuk juga pemimpin-pemimpin di peringkat masyarakat Orang Asli, dan kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan. Jadi buat masa sekarang kita belum lagi dapat mengumumkan apa dia keputusannya sebab dia masih dalam peringkat konsultasi. Kita berharaplah, tiba masanya nanti, boleh diumumkan kepada orang ramai. Sekian, terima kasih.

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

4. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah masalah sosial dan ketiadaan keharmonian sosial yang dihadapi oleh masyarakat India dan nyatakan polisi untuk membantu mereka.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, selamat datang ustaz dan ustazah. Masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India adalah seperti penglibatan remaja-remaja India dalam kegiatan gengsterisme dan jenayah, masalah dropout di kalangan pelajar-pelajar India, pengangguran dan sebagainya. Kerajaan sedar akan masalah-masalah ini dan telah pun mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikannya secara berperingkat-peringkat. Kita telah mengenal pasti masalah-masalah tersebut dan merangka penyelesaiannya secara menyeluruh. Kita tidak anggap masalah ini adalah masalah kaum India sahaja tetapi ini adalah masalah nasional. Oleh sebab itulah, sejak tahun 2009 di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang dikasihi sebagai ‘Bapa Transformasi’, kerajaan telah memberi fokus kepada beberapa bidang utama yang melibatkan kehidupan harian masyarakat India. Ini kerana kita percaya jika peluang dan kemudahan yang secukupnya disediakan, maka tidak ada sebab kenapa masalah sosial perlu wujud di dalam masyarakat India. Melalui usaha ini kita telah membawa pembaharuan dan perubahan dalam sektor- sektor utama yang melibatkan kaum India. Ini termasuklah membaik pulih dan membina bangunan baru bagi sekolah-sekolah Tamil, meningkatkan peluang pengajian tinggi serta latihan kemahiran dan vokasional, melahirkan lebih ramai usahawan India dengan bantuan pinjaman kewangan, penyelesaian masalah dokumentasi dan sebagainya. Dalam usaha mencegah penglibatan remaja India dalam gejala gengsterisme dan jenayah kerajaan telah bekerjasama dengan beberapa NGO India dan kementerian yang berkaitan untuk mengenal pasti individu-individu daripada kumpulan dropout sekolah yang merupakan antara kumpulan sasaran untuk diserapkan ke dalam Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), politeknik dan program kemahiran lain yang dapat mengubah destinasi dan cara hidup golongan ini.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Kerajaan juga telah memberi peruntukan kewangan oleh NGO-NGO lain untuk melaksanakan program-program seperti program sahsiah diri, kaunseling, program pembangunan diri dan sebagainya untuk membantu golongan ini supaya mereka dapat menyedari daripada terjebak dalam melakukan kegiatan jenayah dan seterusnya melalui kehidupan yang normal. Mereka diberikan latihan kemahiran institusi ini dan seterusnya mereka boleh mencari pekerjaan di luar kerana mereka juga diberikan sijil kemahiran yang diakreditasi oleh kerajaan.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Kerajaan juga menyediakan program-program untuk meningkatkan pendapatan ibu bapa seperti mengajar para ibu bapa membuka sendiri perniagaan dengan memberikan mereka pengajaran yang mencukupi untuk membuka perniagaan seperti kemahiran membuat kek, masakan dan lain-lain lagi. Pinjaman TEKUN, Amanah Ikhtiar dan sebagainya juga diberikan untuk membantu mereka yang ingin membuka perniagaan mereka sendiri. Usaha untuk mengubah masa depan masyarakat India. Perkara yang lebih baik dan cerah adalah satu usaha berterusan dan kerajaan sentiasa komited dalam hal ini. Kita akan sentiasa bersikap inclusive dalam memastikan kaum India turut berada bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dalam mengecapi nikmat kemajuan negara. Melalui usaha-usaha kerajaan, kami percaya jurang perbezaan di antara yang miskin dan kaya dapat dikurangkan berperingkat-peringkat dan seterusnya menyelesaikan masalah sosial yang wujud dalam komuniti India. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, dari apa yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri nampaknya semua usaha telah dibuat. Akan tetapi biar saya beri beberapa statistik yang menunjukkan semua polisi kerajaan itu bukan sahaja gagal, short-sighted adalah untuk interim basis dan ad hoc basis. Nombor satu Tuan Yang di-Pertua, tahun dahulu dalam bajet, kerajaan telah mengatakan bahawa sebanyak RM50 juta akan diagihkan untuk re-training 3,200 masyarakat India. Hingga sekarang lebih daripada satu tahun hanya 472 orang sahaja. Tahun 2000 kerajaan mengatakan akan meningkatkan equity participation masyarakat India dari 1.1% ke 3% sebelum tahun 2010. There is a goal post 2010. Bila datang ke 2010, goal post itu ditukar ke 2020. Selepas itu, tahun dahulu sebelum pilihan raya, Perdana Menteri menandatangani satu dokumen MoU dengan Hindraf mengatakan bahawa masyarakat India yang ingin belajar di matrikulasi akan ditingkatkan dari 1,556 ke 2,100 tetapi untuk tahun 2013 hanya 800 sahaja masyarakat India yang dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi. Tahun dahulu sebelum pilihan raya, kerajaan mengatakan 7 buah sekolah baru Tamil akan dibina, tempat telah dikenali tetapi sehingga sekarang satu perkara pun belum dibuat untuk memulakan pembinaan tersebut. Tahun 1970 Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 17% masyarakat Tamil, India bekerja dengan kerajaan. Sekarang hanya 4.8%. Jadi, pengakuan yang dibuat, the highest number of gangsters, ibu tunggal, drop-out, pengangguran ini semua walaupun masalah national tetapi khusus untuk masyarakat India. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua adalah walaupun semua ini diketahui, kenapa kita tidak ada satu holistik approach kepada masyarakat ini. Walaupun beberapa janji telah dibuat tetapi tidak ditunaikan. Yang kita minta bukan sebagai pengemis, we are not beggars. Kita adalah son of this country also. Son and children of this country. Kita perlukan satu polisi yang sama kepada semua. Jadi, kenapa kerajaan gagal? Kenapa kerajaan tidak ada long term policy untuk menolong mereka? Jadi, polisi-polisi ini adakah kerajaan sudi untuk menyediakan satu Parliamentary Select Committee supaya kita dapat meneliti apakah masalah-masalah tertentu masyarakat tersebut untuk mencari jalan untuk mengatasi masalah ini dengan kedua-dua pihak, dengan tumpuan yang sama seperti Orang Asli juga supaya kita dapat satu holistik dalam perkara ini, terima kasih and fail policy of Barisan Nasional.

Satu soalan yang seronok didengar tetapi penuh dengan pembohongan. [Ketawa] Yang Berhormat, yang baik Yang Berhormat tidak cerita. Yang Berhormat cerita apa Yang Berhormat tahu. Ini saya hendak beri angka ya? Tadi Yang Berhormat sebut 50 juta diminta. Akan tetapi saya hendak beri satu angka kot ada soalan lain lagi. Satu angka.

Yang Berhormat, pinjaman TEKUN. Orang India yang dapat pinjaman TEKUN ialah 12,319 penerima yang melibatkan RM153.9 juta. Bukan 50. Yang Berhormat, bukan 50. Yang lain kalau tanya soalan saya jawab. Kemudian, kejayaan yang besar Yang Berhormat, saya hendak bagi secara umum tetapi benda ini telah pun disebut dalam Parlimen dari semasa ke semasa Tuan Yang di-Pertua iaitu kejayaan orang India yang luar biasa adalah dalam bidang perubatan. Lebih daripada 30% doktor di Malaysia ini ialah orang India, lebih 30%. Padahal orang India hanya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kena usaha sendiri.

Jangan, duduk. Padahal 7.2% orang India, 1.8 juta penduduk tetapi doktor lebih 30%. Peguam yang banyak di sini. Peguam. Ini kejayaan. Peguam lebih ramai berdasarkan nisbah penduduk daripada orang Melayu dan juga orang Cina di Malaysia. Kejayaan. Kemudian pendidikan orang India berjaya cumanya ada sedikit jurang di antara drop-outs dengan yang berjaya di peringkat atas. Yang berjaya di peringkat atas sewajarnya tolonglah yang di bawah, bukan mengkritik yang sedemikian rupa seolah-olah kejayaan yang kita buat, program yang kita buat itu langsung kononnya tidak ada untuk orang India.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Apa? Apa tangan itu? Tangan you tidak belajar sekolahkah?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Fail policy.

Kemudian, saya ada angka-angka lain yang menunjukkan bahawa kejayaan orang-orang India luar biasa berdasarkan jumlah penduduk untuk peringkat tinggi. Akan tetapi di peringkat bawah saya telah sebutkan tadi tentang pinjaman TEKUN yang kita dok sebut kata RM50 juta tidak dapat tetapi kita bagi RM153.9 juta termasuk juga lain-lain yang mana kerajaan sentiasa bagi perhatian kepada masyarakat India dan kita bagi sijil pengiktirafan bagi mereka yang drop-outs tetapi kita bagi peluang untuk belajar di IKBN, politeknik dan sebagainya. Termasuk juga kolej komuniti. Jadi, program ini berterusan. Jadi, kalau sekiranya Yang Berhormat ada maklumat tentang mereka yang tidak berjaya, kita boleh masuk melalui program yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang cukup luar biasa kepada orang India.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Select Committee?

Tuan Yang di-Pertua sedia maklum bahawa Select Committee dan lain-lain lagi akan dibuat sekiranya ada keperluan yang khusus untuk tujuan tersebut dan yang ini boleh kita berbincang dari semasa ke semasa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya suka ingin menambah di sini sebelum bertanya soalan bahawa suka kita merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana sangat mengambil perhatian dan inisiatif untuk memastikan semua kaum terbela di dalam negara ini. Jadi, ini telah dibuktikan dengan pengumuman beliau semasa bajet baru-baru ini dengan beberapa pengumuman disebut khusus untuk kaum India. Jadi, penghargaan ini tidak boleh diperkecilkan oleh mana-mana pihak. Sehubungan dengan itu, saya suka hendak minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan di sini. Biar semua orang tahu berapa sebenarnya yang kita telah bantu semua masyarakat terutama sekali masyarakat kaum India ini yang diputar belitkan oleh pihak sebelah sana. Soal holistiklah, soal apa. Tolong jelaskan kepada kami semua, biar maklum berapakah sebenarnya jumlah penerima mereka yang telah dibantu melalui pinjaman TEKUN, melalui pinjaman Amanah Ikhtiar dan juga IC-IC, kad pengenalan, biasiswa yang telah dikeluarkan kepada mereka kalau IC dari sejumlah 300,000 itu? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah bagi angka- angka ini dalam soal jawab lisan yang lepas berhubung dengan kehadiran orang India dalam perkhidmatan awam. Kalau mengikut nisbah penduduk mereka adalah dapat tinggi dibandingkan dengan orang Cina dan sebagainya. Akan tetapi, hendak tunjuk Kerajaan Barisan Nasional yang cukup prihatin kepada masyarakat India, tiga orang Ahli Parlimen daripada MIC, kita ada dua Menteri dan juga seorang Timbalan Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

4 orang Yang Berhormat. Dua Menteri dan dua Timbalan Menteri.

ya, dua timbalan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

4 Ahli Parlimen. Walaupun saya bukan dalam kerajaan, saya pun tahulah.

Saya sebut MIC ya? Yang Berhormat, saya sebut MIC.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

MIC 4. Dua Menteri, dua Timbalan Menteri Yang Berhormat.

Ya, Timbalan Menteri yang seorang lagi ialah...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Walaupun UMNO tidak mengiktiraf mereka, ini adalah benar.

Ya, benar. Okey, tidak apa. Akan tetapi yang penting saya sebut tiga, Yang Berhormat sebut empat. Demikianlah pengiktirafan yang luar biasa Kerajaan Barisan Nasional beri kepada orang India tetapi kadang-kadang orang India di sebelah sini menghargai dan bersyukur di atas pemberian yang telah diberikan. Akan tetapi yang di sebelah sana semuanya tidak betul. Tadi saya sebut tentang TEKUN. TEKUN kita beri RM153.9 juta kepada 12,319 penerima. Kemudian Amanah Ikhtiar Malaysia. Amanah Ikhtiar Malaysia untuk orang-orang miskin. Kita beri kepada 7,714 penerima yang melibatkan RM47.5 juta kepada orang India. Yang Berhormat, angka itu lebih daripada Yang Berhormat sebutkan. Yang Berhormat uar-uarkan di seluruh Malaysia bahawa orang India tidak dapat IC sebanyak 300,000 orang. Pembohongan yang luar biasa! Yang Berhormat, dalam program My Data yang kita buat satu tahun, yang datang daftar dengan kita dan kita beri terus IC hanya 6,590. Tidak 300,000 seperti Yang Berhormat sebut kata ada pengundi Bangladesh 40,000 orang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lain ditolak Yang Berhormat.

Bohong! Tidak ada seorang pun pengundi Bangladesh dalam pilihan raya. Baru-baru ini Yang Berhormat juga sebut bahawa ada pengundi Bangladesh yang diserapkan melalui polis dan tentera. Bohong! Pada hal hanya 12 orang Bangladesh yang menjadi warganegara Malaysia dan tidak seorang pun Bangladesh yang mengundi dalam pilihan raya yang lepas ataupun menjadi polis dan tentera. Kenapa bising benda yang betul? Orang India Yang Berhormat, berterima kasih kepada kerajaan tetapi kadang-kadang pihak DAP ini suka pergi berpusing-pusing sedikit di sana. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

DAP bercakap benar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri kalau jawab makin lama makin bagus. Kalau pakai serban lagi cantik. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, di Johor PRU-13 orang Melayu sokong Barisan Nasional - 84%. Etnik India – 73%. Etnik Cina – 19%. Sebahagian daripada masalah orang India adalah sangat berkaitan dengan tanah. Sebagai contoh di Johor isu yang berkaitan dengan sosial pada etnik India ini tidak sangat menjadi perkara pokok kerana kerajaan negeri bila dia bangunkan estet untuk buat pembangunan, mereka menetapkan beberapa polisi yang sangat pragmatik. Pertama, masyarakat India di situ diberi keistimewaan untuk membeli rumah pada harga yang sangat berpatutan. Itu satu. Keduanya, ada dikekalkan sekolah Tamil. Maknanya walau pun permohonan ada, mereka masih duduk dalam kawasan tersebut dan tidak dipecah-pecahkan. Soalan saya, adakah satu dasar yang boleh dibuat walaupun perkara tanah ini adalah di bawah kerajaan negeri di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri

supaya pembangunan-pembangunan yang melibatkan etnik India diambil kira bagi memastikan pembangunan tidak menghancurkan fabrik sosiobudaya masyarakat India? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang cukup baik dan saya rasa merupakan satu tawaran daripada Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Inilah yang saya rasa kita hendak dengar dan ini sudah menjadi kenyataan. Tugas SPNB untuk berunding dengan kerajaan negeri dapatkan tanah, bangunkan dan pastikan kehadiran orang India di semua peringkat kalau sekiranya mereka bermastautin di tempat yang berkenaan. Kita berterima kasih kepada orang India yang telah menyokong Barisan Nasional dan Barisan Nasional adalah satu parti yang sentiasa membalas budi kepada orang yang berbudi. Itu sebab mereka berada di dalam Kabinet seramai dua orang iaitu dua orang Menteri dan dua orang Timbalan Menteri. Jadi saya rasa polisi ini berterusan dan bukan sahaja perumahan tetapi saya rasa yang lain-lain juga kita beri perhatian dari semasa ke semasa. Semasa saya menjadi Menteri Besar di peringkat negeri dahulu walau pun orang India cuma tidak sampai 3,000 orang tetapi mereka mendapat hak yang lebih daripada yang sewajarnya memikirkan golongan yang bawah itu perlu diberi pembelaan. Mereka dapat sama seperti orang lain dan dalam keadaan tertentu mereka dapat lebih lagi untuk membolehkan mereka duduk bersama dengan masyarakat. Jadi saya setuju dan minta dalam siaran terus menerus ini supaya kerajaan negeri memberi perhatian kepada SPNB dan juga lain-lain syarikat perumahan supaya orang India terus dapat bersama seperti sekarang dan dalam masa yang sama cuba matikan pemikiran-pemikiran songsang yang dibuat oleh sekumpulan cerdik orang India yang cuba memutarbelitkan angka dari semasa ke semasa. Jangan putar belit. Yang Berhormat kena ikhlas dengan orang India. Beritahu ini Kerajaan Barisan Nasional beri dan kita mahu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, saya ikhlas. Apa yang saya cakap semuanya benar. Facts and figures are all correct!

Kita pun jadi lawyer sebab you berada dalam Kerajaan Barisan Nasional. Semua ini lawyer, doktor berkerajaan Barisan Nasional. Kalau kerajaan lain kita tidak tahu. Kalau berada di tempat itu mungkin jadi lain.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kami anak penoreh getah akan... man. Not because of the government.

Di Malaysia kita menjadi Ahli Parlimen kita akan menjadi orang yang baik dan ternama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Soalan No. 5 – YB. Dato' Seri Ong Ka Chuan (Tanjong Malim) tidak hadir]

[Soalan No. 6 – YB. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) tidak hadir]

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

7. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah pinjaman pelajaran MARA yang telah dikeluarkan untuk tempoh masa 2004-2013 dan berapakah peratusan jumlah bayaran balik yang telah diterima untuk tempoh masa tersebut.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan nombor tujuh, jumlah pinjaman pelajaran MARA yang telah dikeluarkan untuk tempoh masa tahun 2004 hingga tahun 2013 adalah sebanyak RM12.6 bilion untuk tujuan pembiayaan pelajaran-pelajaran di peringkat pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara. MARA mengambil pendekatan yang mesra rakyat tidak membebankan pelajar apabila membayar balik pinjaman mereka selepas mereka tamat pengajian. Di antara pendekatan tersebut ialah memberi insentif bayaran balik yang mudah kepada pelajar- pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Selain itu MARA juga memberi tempoh bayaran balik pinjaman yang panjang iaitu sehingga peminjam berusia 55 tahun. Kutipan bayaran balik untuk tempoh masa tersebut adalah sebanyak 65% daripada jumlah bayaran balik patut diterima dari pinjaman pelajaran tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, jumlah pinjaman daripada tahun 2004 hingga tahun 2013 adalah sebanyak RM12.6 bilion dengan peratusan pembayaran balik sebanyak 65% yang saya kira memang cukup baik oleh kerana saya juga merupakan bekas pelajar tajaan MARA Tuan Yang di-Pertua. Pelajar tajaan MARA yang telah tamat belajar dibenarkan memohon untuk membuat conversion iaitu potongan bagi jumlah bayaran balik yang sepatutnya dibayar oleh pelajar. Conversion ini diberikan berdasarkan keputusan akhir pengajian mereka. Namun begitu terdapat dakwaan yang menyatakan sistem conversion ini tidak lagi diguna pakai dan telah dimansuhkan. Ini bermakna setiap pinjaman yang telah diberikan perlu dibayar balik secara penuh dan pelajar tidak lagi mendapat potongan diskaun walaupun pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan adakah sistem conversion iaitu pinjaman boleh ubah ini masih terpakai dan apa syarat-syarat serta jumlah potongan yang layak diterima pelajar yang memohon conversion ini? Jika ya, berapakah jumlah pinjaman yang telah diluluskan conversion mereka bagi tempoh masa sepuluh tahun yang lalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meyakinkan Yang Berhormat Sekijang bahawa sistem conversion ini, pinjaman kepada biasiswa masih, saya tekankan masih berjalan tetapi tiada lagi conversion boleh ubah secara 100% pinjaman pelajaran kepada biasiswa. Namun, setiap pelajar boleh memohon untuk mengurangkan kadar bayaran balik pinjaman dan akan dipertimbangkan oleh pihak MARA secara case by case basis dan kadar pengurangan adalah tertakluk kepada pihak MARA. Untuk soalan yang ketiga itu tadi, berapa jumlah pinjaman pelajaran yang telah diluluskan untuk diconvert kepada biasiswa bagi tempoh 10 tahun yang lepas, saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis kerana pihak MARA perlu juga menyemak rekod- rekod pembiayaan terlebih dahulu supaya jawapan itu lebih tepat untuk Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Sekijang, saya hendak pastikan pada mula dalam soalan tambahan tadi, adakah Yang Berhormat Sekijang mengatakan RM12 bilion itu bagaimana tadi, sebab saya nak betulkan fakta. Oleh sebab sebenarnya RM12.6 bilion itu adalah wang yang telah dikeluarkan oleh MARA dalam tempoh tahun 2004 hingga 2013, bukan bayaran balik. Terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Bakri tanya soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian juga membantu peminjam-peminjam yang telah habis belajar ini mencari pekerjaan sama ada sektor awam atau swasta dan GLC? Jika ada, berapa jumlah yang berjaya dan tidak berjaya? Minta penjelasan, minta jawapan. Terima kasih.

Yang Berhormat Bakri, MARA memang hendak membela masyarakat bumiputera dan sedaya upaya boleh membantu. Akan tetapi adalah terserah kepada individulah untuk mencari kerja dan saya tidak ada data kepada saya seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Bakri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan dari Yang Berhormat Kuala Nerus tidak dapat dijawab secara lisan memandangkan Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidak berada dalam Dewan mesyuarat pada ketika ini. [Soalan No.8 – YB. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak hadir]

Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor · question

9. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) apakah program-program khusus yang dirancang atau dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dan penjenamaan produk PKS; dan (b) apakah syarat-syarat yang telah dikenakan kepada PKS bagi mendapatkan sijil 1-InnoCert (1-Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation) dan apakah faedah atau keistimewaan yang akan dinikmati oleh PKS yang mendapat sijil pengiktirafan ini.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Jawapannya panjang Tuan Yang di-Pertua tetapi saya cuba ringkaskan kerana ada dua bahagian. Kerajaan memang memberikan tumpuan kepada pembangunan PKS supaya menghasilkan produk yang berpotensi untuk menembusi pasaran eksport. Jadi, antara aspek yang diberi tumpuan dalam pembangunan PKS sudah tentulah kualiti pembungkusan dan penjenamaan produk seperti pertanyaan yang diutarakan ini. Jadi, MITI melalui SME ataupun SME Corp telah pun melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kualiti pembungkusan dan penjenamaan produk PKS. Antaranya ialah SME Brand Development Program bagi mewujudkan kesedaran penjenamaan dan meningkatkan jenama tempatan dipasarkan di kalangan PKS melalui seminar, bengkel dan menawarkan khidmat nasihat melalui Pusat Inovasi Penjenamaan ataupun BIC. Program kedua ialah Galeri Bergerak Pembungkusan dan Penjenamaan atau dikenali sebagai brand transformer yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan pembungkusan dan penjenamaan serta meningkatkan pembungkusan dan penjenamaan produk PKS terutamanya PKS di luar bandar. Jadi semenjak diperkenalkan pada tahun 2010, sehingga kini brand transformer telah menjelajah ke 76 lokasi di seluruh Malaysia dan 11,058 peserta berdaftar telah pun mendapat manfaat daripada bengkel bergerak ini. Ketiga ialah National Mark of Malaysian Brand yang dilancarkan pada 2 Mac 2009 juga bermatlamat untuk mengiktiraf produk dan perkhidmatan Malaysia terutamanya PKS bagi membolehkan mereka meluaskan pasaran ke luar negara. Syarikat yang menerima pensijilan tersebut akan mendapat insentif daripada SME Corp Malaysia berbentuk dana latihan dan peluang menyertai program promosi perdagangan tempatan dan antarabangsa termasuk promosi yang bakal dianjurkan oleh MATRADE dan sehingga kini, 77 syarikat telah mendapat pengiktirafan tersebut. Soalan kedua berhubung dengan sijil 1-InnoCert yang bermakna program Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation ataupun 1-InnoCert dengan izin merupakan satu program pensijilan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengenal pasti syarikat yang berinovasi dan berdaya maju terbuka kepada semua syarikat tanpa mengira saiz sama ada syarikat PKS ataupun syarikat besar. Kriteria yang penting ataupun syarat ialah PKS tersebut diperbadankan di Malaysia dan memenuhi definisi PKS, juga perlu melalui penilaian tahap inovasi syarikat melalui proses penilaian secara atas talian. Jadi ini di antara syarat-syarat ataupun kriteria selain daripada pemarkahan yang diguna pakai adalah berdasarkan kepada inovasi teknologi, pengkomersialan teknologi, pengurusan inovasi teknologi dan keberkesanan inovasi teknologi di mana penilaian ini disahkan oleh pakar inovasi yang berkaitan yang dilantik oleh SIRIM Berhad sebagai agensi pelaksanaan untuk pensijilan tersebut dan setakat ini sebanyak 90 syarikat PKS telah pun diiktiraf di bawah program 1-InnoCert. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua tentang faedah-faedah. Sudah tentulah faedah dan keistimewaan yang diterima oleh syarikat yang telah dianugerahkan pensijilan tersebut akan diberi keutamaan melalui Dasar Polisi Laluan Hijau di bawah Kementerian Kewangan. Itu yang di bawah Kementerian Kewangan. Saya boleh bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat kerana ia di bawah Kementerian Kewangan tetapi di bawah MITI ialah SME Corp Malaysia telah memperkenalkan baucar inovasi khusus untuk syarikat-syarikat di bawah program tersebut yang bernilai RM400,000 diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah program 1-InnoCert dalam bentuk geran pemadanan bagi membolehkan syarikat menjalankan aktiviti peningkatan produk dan proses pengurusan kualiti dan pensijilan serta

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

aktiviti promosi dan pemasaran produk, selain daripada diberi keutamaan untuk menyertai program latihan dan pendedahan di bawah kelolaan kementerian dan agensi yang berkaitan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan bagi mereka meningkatkan peluang pekerjaan dan akses pasaran. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui MITI dan SME Corp akan terus berusaha membangunkan PKS supaya lebih berinovasi untuk kekal berdaya saing dan berdaya maju dalam ekonomi di dunia selaras dengan Model Ekonomi Baru. Sekian, terima kasih.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya secara peribadi merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mencadangkan peruntukan pakej bersepadu sebanyak RM120 juta merangkumi peningkatan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana terutama sekali dalam memastikan peningkatan inovasi dan juga produktiviti PKS. Saya melihat juga program 1Daerah 1Industri seperti yang ada di Parlimen Kuala Selangor amat harap diperkasakan oleh pihak kementerian dalam meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dikenal pasti untuk pembangunan usahawan daerah yang ada di negara kita. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai komitmen kerajaan untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana melalui peruntukan dalam Bajet 2014.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Saya juga ingin mengetahui sama ada kementerian ada menjalankan kursus- kursus dan seminar keusahawanan daripada aspek pembangunan modal insan dalam membantu pengusaha PKS terutamanya bagi generasi belia dan juga anak muda. Di sini saya juga ingin mencadangkan agar diwujudkan satu majlis pembangunan perusahaan kecil dan sederhana peringkat Parlimen bagi memperkasakan dasar dan juga hasrat kerajaan dalam meningkatkan inovasi dan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana, Terima Kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, ada dua bahagian. Pertamanya tentang cadangan penubuhan majlis inovasi dan juga PKS di peringkat Parlimen. Itu adalah satu cadangan yang baik kerana sehingga kini beberapa majlis di peringkat Parlimen telah pun ditubuhkan seperti Majlis Pembangunan Pertanian, Majlis Pembangunan Luar Bandar dan sebagainya dan sewajarnya diselaraskan dengan beberapa majlis yang telah pun ditubuhkan. Kalau ini menjurus kepada membangunkan PKS terutamanya yang berinovasi dan menggalakkan syarikat-syarikat PKS, kementerian amat memandang tinggi cadangan tersebut dan sudah tentu ia memerlukan satu kerjasama yang menyeluruh dengan semua kawasan Parlimen. Dalam soal ini MITI boleh berbincang dengan BNBBC bagi tujuan menubuhkan majlis tersebut. Saya fikir tidak ada masalah yang besar. Bagi soalan kedua, kalau kita merujuk kepada keseriusan MITI ataupun program yang dilaksanakan oleh MITI di dalam membangunkan PKS terutamanya yang melibatkan anak muda –- terutamanya yang berasaskan kepada inovasi itu adalah satu perkara yang sekarang ini mendapat perhatian dan juga memerlukan satu penegasan yang sedang dibuat oleh pihak MITI. Sudah tentu ia akan memberi pulangan yang sangat bernilai tinggi kepada ekonomi negara kerana kita menggalakkan sebenarnya PKS yang ada elemen inovasi terutamanya yang berkaitan dengan produk-produk yang ada di dalam negara kita serta berasaskan kepada sumber-sumber yang kita ada. Kita ada herba, kita ada pelbagai jenis sumber yang boleh kita ketengahkan. Sudah tentulah ini menjadi perhatian dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Selangor kerana mengutarakan cadangan yang baik itu. Kita boleh bekerjasama untuk menjayakan cita-cita murni tersebut. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa SIRIM merupakan pakar packaging ataupun pembungkusan. Saya ingin mendapat maklumat daripada pihak kementerian bagaimana kementerian menggunakan kepakaran SIRIM ini untuk membantu PKS ataupun SME dalam melaksanakan branding mereka dan juga cara packaging atau pembungkusan mereka supaya produk-produk mereka mudah mendapat tarikan pelanggan dan mudah juga mungkin dipasarkan di peringkat antarabangsa, terima kasih.

Terima Kasih Yang Berhormat Lumut. Sebenarnya MITI melalui SME Corp sentiasa menjalankan kerjasama dengan semua pihak termasuklah dan sudah tentulah pihak SIRIM kerana setiap produk dan setiap penjenamaan perlu mencapai tahap yang tinggi dan seboleh-bolehnya mencapai tahap antarabangsa untuk mengetengahkan setiap produk yang berjenama. Selalu pihak MITI menekankan bahawa jenama itu dua perkara. Pertama dengan izin labeling, kedua nama tersebut. Dari segi labeling Tuan Yang di-Pertua ialah seboleh-bolehnya sesuatu produk Malaysia itu termasuklah produk di peringkat mikro industri ini boleh menggamit perhatian serta selera orang ramai. Umpamanya kalau pandang kerepek ubi, yang paling mudah kerepeklah. Gambarnya adalah seolah-olah kerepek yang tulen bukan gambar sahaja. Pandang selera naik, selera untuk makan kerepek itu sampai ke tahap itu yang kita fikiran. Kita mendapatkan kerjasama daripada SIRIM dan juga agensi-agensi lain di bawah MITI seperti MPC dan juga SME Corp. Sekian Terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan. Ini pembangunan kawasan, soalan penting, pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik, bagus dan bijaksana. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak mendapatkan senarai jumlah permohonan bagi persijilan 1-InnoCert yang diluluskan dan yang tidak diluluskan mengikut kawasan Parlimen. Minta satu jawapan bertulis atau menjawab di Dewan. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi, yang memohon ada 340 syarikat seba dia terbuka kepada semua syarikat tidak ada had. Sama ada syarikat besar ataupun syarikat kecil. Setakat ini 90 buah syarikat PKS telah pun diiktiraf di bawah program 1-InnoCert. Walau bagaimanapun saya tidak bolehlah hendak menyenaraikan mengikut kawasan Parlimen. Oleh kerana bilangannya terlalu kecil, saya fikir tidak payahlah mengikut Parlimen. Cuma 90 buah sahaja yang telah pun berjaya kerana terpaksa melalui syarat-syarat ketat kerana faedahnya dan ganjarannya sangat besar. Kalau saya hendak baca satu-satu besar sangat ganjarannya. Sebab itu setakat ini hanya 90 buah syarikat yang telah pun berjaya dan tidak perlulah kita senaraikan mengikut kawasan Parlimen kerana bilangannya terlalu kecil. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain, kalau ingin untuk dipanggil bercakap contohi Yang Berhormat Bakri. [Tepuk] [Ketawa]

Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHPandan · question

10. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [Pandan] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pengesahan jawatan Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang masih lagi dipinjamkan ke Kementerian Pelajaran sejak 2010, sedangkan MCKK menunjukkan prestasi mendadak sejak beliau menerajui institusi itu. Apakah penghalang beliau disahkan sebagai penjawat tetap Pengetua MCKK sedangkan mutu pengetua seperti beliau sangat diperlukan dan bilakah beliau akan disahkan di dalam jawatan beliau

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan I · Tawau

Terima Kasih Yang Berhormat Pandan atas soalan yang spesifik. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, En. Anand bin Baharuddin telah dilantik secara pertukaran sementara sebagai pengetua gred DG52 di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK, Perak mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2012. Beliau telah dilanjutkan tempoh pelantikan secara pertukaran sementara sebagai pengetua gred DG52 di kolej yang sama dari 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014. Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM telah memperakui permohonan pertukaran tetap pegawai tersebut kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau SPP pada 30 November tahun 2012. Walau bagaimanapun, SPP melalui e-mel bertarikh 11 Oktober 2013, memaklumkan bahawa pramesyuarat suruhanjaya bertarikh 11 Oktober 2013 telah meminta supaya kementerian mengemukakan persetujuan daripada Ketua Setiausaha atau KSU selaku Ketua Jabatan untuk menyokong permohonan tersebut.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan I · Tawau

Sehubungan itu persetujuan daripada KSU Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperoleh pada 6 November 2013, dan telah dipanjangkan kepada SPP untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan tersebut. Perkara yang berlaku di MCKK iaitu salah sebuah institusi pendidikan yang utama juga berlaku di tempat-tempat lain iaitu soal perjawatan guru. Semua sekolah sewajarnya berhak mendapat guru yang terbaik dan berpengalaman. Cuma lazimnya ramai guru yang berpengalaman ini pasangannya juga berjawatan yang baik. Jadi kebanyakan pasangan mereka berada di bandar-bandar yang besar dan sebab itu tumpuan kebanyakan guru yang berpengalaman ini adalah di bandar-bandar yang besar terutamanya di Lembah Klang. Oleh sebab agihan perjawatan guru ini, posting ke sekolah-sekolah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri, maka sesetengah negeri mungkin tidak mempunyai bilangan guru yang mencukupi terutamanya sekolah-sekolah di desa. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri berdasarkan keadaan ini, apakah penambahbaikan yang kementerian akan adakan, terutamanya dari segi agihan perjawatan supaya sekolah-sekolah desa juga berhak mendapat guru-guru yang berpengalaman dan berkualiti, yang sekarang ini kebanyakannya tertumpu di kawasan-kawasan bandar besar? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan kaedah untuk menempatkan guru-guru di sekolah. Ada beberapa syarat Kementerian Pendidikan Malaysia akan ambil kira adalah sangat penting yang berkaitan dengan kriteria yang pertama adalah di mana perkhidmatan guru diperlukan. Kedua ada berkaitan dengan opsyen guru dan kekosongan. Jadi memang Kementerian Pendidikan Malaysia sedang juga mengadakan satu bengkel untuk memastikan bahawa pertukaran guru yang dipohon oleh guru melalui e-pertukaran dapat diselesaikan, tetapi walaupun saya bagi tahu bahawa usaha sedang dijalankan, kita mesti rujuk balik kepada tiga-tiga kriteria yang tersebut tadi. Saya berharap bahawa usaha-usaha yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan membantu keperluan-keperluan sekolah khasnya di luar bandar, supaya kita boleh dapat guru-guru yang berpengalaman juga. Selain daripada itu, untuk mempertingkatkan pengalaman atau pun profesionalisme guru-guru, memang Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan sesi perkembangan staf, sesi perkembangan profesionalisme staf dari semasa ke semasa. Ini bermakna langkah ini diteruskan dan bukan menjadi satu program secara One-Off, dengan izin. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dilihatkan bahawa Yang Berhormat Pandan masih prihatin kepada Kuala Kangsar dan saya tahu sebab-sebabnya, kerana beliau merupakan pelajar MCKK dulu, dan mendapat anugerah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, itu lah sebabnya Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi idola Yang Berhormat Pandan sehingga sekarang.

[Dewan riuh]

Okey, kaitan MCKK. MCKK bukan sahaja sebuah pusat pengajian yang terulung tetapi ia merupakan produk pelancongan, dan juga telah terletak dalam Bangunan Warisan baru-baru ini, dan mempunyai pelajar seramai 600, termasuk 150 orang untuk IB iaitu International Baccalaureate. Jadi soalan saya dan juga merupakan cadangan, adakah pihak kerajaan khususnya kementerian, mempunyai cadangan yang konkrit untuk membesarkan kemasukan pelajar-pelajar ke MCKK daripada 600 sehingga 800 atau pun kepada 1,000 pelajar-pelajar untuk MCKK, supaya institusi yang ulung ini di bawah naungan Majlis Raja- Raja dan ditadbir dan atas dasar kerajaan telah melahirkan ramai pelajar dan juga anak- anak watan yang berjaya. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan yang berkaitan dengan penambahan adik pelajar di MCKK. Sekiranya katalah ada satu keperluan di mana there is a great demand, dengan izin, untuk kita menambah tempat di MCKK, makanya Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberi pertimbangan. Sekian, terima kasih.

[Soalan No. 11 -– YB. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman (Sik) tidak hadir]

Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera · question

12. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah rancangan kementerian untuk menangani monopoli tokoh-tokoh politik dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia dan sukan baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua pemilihan jawatan bagi semua persatuan belia adalah tertakluk kepada peruntukan yang diberikan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, manakala bagi persatuan sukan pula adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Justeru pemilihan pemegang jawatan hendaklah mematuhi peruntukan yang diberi di bawah kedua-dua akta tersebut. Kementerian sebagai badan yang menguatkuasakan kedua-dua akta tersebut adalah bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan tadbir urus mengikut peraturan yang tersedia, di samping membantu dalam apa juga kemampuan untuk memastikan persatuan dapat mencapai objektif mereka, serta dapat menjalankan aktiviti mereka dengan lebih baik. Ia dipertanggungjawabkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia di Kementerian Belia dan Sukan. Kerajaan lebih menekankan soal prestasi sebuah persatuan belia dan sukan berbanding tokoh yang dipilih seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera dalam mengukur pencapaian mereka. Namun begitu, menyedari tentang galakan penglibatan rakyat melalui kerja-kerja sukarela dalam badan-badan sukan dan belia, serta tidak bergantung kepada penglibatan ahli-ahli politik, maka kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Ogos 2007, diikuti pada 24 Julai 2013, telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Parlimen (pada ketika itu) memegang jawatan dalam badan sukan supaya penglibatan mereka tidak disalah gunakan oleh badan-badan sukan tersebut. Walau bagaimanapun, arahan ini tidak tertakluk kepada kepimpinan di peringkat negeri di mana kementerian yakin bahawa dengan penglibatan ahli-ahli politik di peringkat negeri akan membantu badan-badan sukan membangunkan sukan masing-masing, sekali gus mencapai hasrat kita untuk menjadikan rakyat negara cergas, sihat dan aktif serta berbudaya sukan. Terima kasih.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingat soalan ini untuk Kementerian Belia dan Sukan tetapi kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjawab. Akan tetapi tidak mengapa. Saya menyambut baik keputusan Jemaah Menteri yang telah buat keputusan untuk melarang para Menteri untuk mengambil jawatan dalam pertubuhan sukan. Akan tetapi saya kira tidak mencukupi kerana masalah yang kita lihat bukan sahaja dalam pertubuhan sukan tetapi pertubuhan belia juga sering dimonopoli oleh tokoh-tokoh politik yang aktif seperti mana dalam Majlis Belia Malaysia. Juga kalau diambil sebagai contoh sukan bola sepak di negara kita yang semua maklum kini berada dalam keadaan yang parah dalam arena bola sepak antarabangsa. Semuanya di peringkat negeri diterajui oleh pemimpin-pemimpin politik, dan tidak kah lebih baik urusan sukan khususnya dalam bola sepak dikendalikan oleh, tanpa campur tangan politik, sebagaimana di Pulau Pinang di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil pendekatan baru-baru ini untuk tidak campur tangan langsung cuma menyokong dari segi kewangan dan sebagainya. Akan tetapi membiarkan untuk Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dikendalikan oleh pakar-pakar dan sebagainya. Jadi oleh itu Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, bukan kah ini cara yang terbaik, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa kita patut mengambil iktibar daripada contoh Pulau Pinang, dan mengurangkan penglibatan ahli-ahli politik yang aktif dalam pertubuhan-pertubuhan sukan. Terima kasih.

Pertamanya mengenai persatuan belia- Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Mohammed Maliki bukan seorang tokoh politik. Kerajaan telah pun membuat pindaan pada tahun 2006, sehingga tertubuhnya Akta Pertubuhan Belia

(Pembangunan Belia) 2007, untuk menyekat atau pun memperuntukkan had umur kepada pimpinan belia di bawah usia 40 tahun.

Itu salah satu cara untuk kita memastikan bukan menyekat tokoh tetapi untuk memastikan pemimpin belia dikendalikan oleh belia. Dengan cara itu, hari ini semua persatuan belia kecuali Sabah dan Sarawak yang tidak mengguna pakai akta tersebut dipimpin oleh mereka yang berusia bawah 40 tahun. Jadi tidak ada masalah dari segi persatuan belia. Dari segi persatuan sukan sebenarnya ahli Yang Berhormat, semua persatuan sukan walaupun ada garis panduan akta di dalam negara kita, tidak boleh ada penglibatan kerajaan di dalam menentukan perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kerana mereka mempunyai satu kuasa autonomi yang diberikan kepada persatuan yang dipilih oleh ahli-ahli persatuan kerana campur tangan kerajaan dalam menentukan perkara tersebut boleh bercanggahan. Contoh dalam FAM, dia ada FIFA yang memantau perjalanan, perkembangan dan mereka biasanya mengasingkan politik daripada sukan dan ini adalah satu konvensyen yang diterima di seluruh dunia. Sehingga kalau Yang Berhormat sedar ada negara yang tidak diiktiraf untuk menyertai satu-satu kejohanan seperti di Olimpik, London baru-baru ini. Atlet negara tersebut terpaksa bertanding bawah nama Majlis Olimpik Antarabangsa. Bukan mewakili negara mereka kerana tindakan telah diambil atas campur tangan yang disebutkan. Justeru itu pada saya dalam soal menentukan ini, seperti yang saya nyatakan awal tadi tertakluk kepada peraturan-peraturan yang diberikan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Terserah kepada ahli-ahli badan gabungan sukan tersebut untuk memilih pemimpin yang mereka rasa layak untuk menjaga kepentingan persatuan sukan berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, saya semalam ada membangkitkan satu usul di bawah aturan 18 untuk membahaskan isu penyenaraian keluar delisting BERNAS. Tuan Yang di-Pertua, walau pun saya tidak mempertikaikan adalah dalam bidang kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk memutuskan usul ini. Namun demikian saya memohon agar saya dapat sekurang-kurangnya membaca usul saya di Parlimen atas sebab saya difahamkan daripada dulu pun sebelum ini adalah amalan untuk diberikan peluang membaca usul dan baru-baru ini juga saya melihat ada amalan untuk membenarkan usul dibaca sebelum Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan sama ada untuk meluluskan ataupun menolak usul ini. Tuan Yang di-Pertua sebab dalam perkara ini cukup penting...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Jangan dulu Ahli Yang Berhormat teruskan. Saya beri respons oleh Yang Berhormat. Penolakan usul di bawah 18(1), 18(2) adalah budi bicara Tuan Yang di-Pertua sama ada ianya ditolak dalam kamar ataupun diberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk membaca fakta yang dilampirkan bersama usul. Itu pun setelah Tuan Yang di-Pertua mengambil kira makluman daripada kementerian-kementerian yang berwajib. Begini Yang Berhormat, saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar atas sebab begini. Biasanya sewaktu sesi bajet begini, tidak ada apa pun usul yang kita benarkan dibangkitkan sewaktu bajet kerana itu boleh dibangkitkan dalam peringkat jawatankuasa dan peringkat perbahasan dasar, satu. Kedua dalam soal-soal ekonomi ataupun soal jenayah umpamanya, kita tidak juga benarkan kerana soal itu adalah soal

Tuan Yang di-Pertua

yang berterusan. Ekonomi, inflasi dan yang sedemikiannya itu soal berterusan. Jadi tidak payah dibahas. Dalam soal ini Yang Berhormat saya berpuas hati bahawa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu adalah perkara penting iaitu beras. Di suatu ketika dulu saya benarkan usul 18(1) oleh kerana supply of beras di gudang-gudang, saya diberitahu bahawa berkurangan, saya benarkan. Soal ini adalah soal delisting dan saya difahamkan oleh pihak berwajib bahawa ada perjanjian di antara BERNAS dan kerajaan. Dalam perjanjian itu telah disenaraikan obligasi daripada BERNAS. Jadi kalau pun ada hal delisting, BERNAS tidak boleh lari daripada obligasi itu dan harus kita ketahui bahawa beras adalah kontra item. Dipantau oleh kerajaan sepanjang masa. Jadi saya berjanji kepada Yang Berhormat, kalau ada delisting ataupun perkara berlaku di mana harga beras mendadak naik kah atau stock berkurangan, saya beri peluang kepada Yang Berhormat untuk bangkitkan di bawah usul 18(1).

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, actually kita telah pun membawa perkara ini kepada peringkat dasar dan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri tetapi tidak dijawab pada masa itu dan again apabila perkara ini dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di peringkat Jabatan Perdana Menteri, ini juga tidak dijawab. Pada semasa menjawab soalan peringkat jawatankuasa, menteri berkenaan sendiri mengakui bahawa kerajaan adalah cukup berasa bimbang atas delisting ini tetapi tidak memberi apa-apa concrete steps akan diambil oleh kerajaan. Menteri kata delisting ini untuk membuat private, kita juga merasa bimbang sekiranya delisting ini menyebabkan tidak ada kawalan kerajaan kepada beras but there was no answer given due respect Tuan Yang di-Pertua. What is the position of the government? What are the concerns dan sebagainya? Ini adalah cukup penting. BERNAS memainkan satu peranan yang cukup kritikal dalam industri BERNAS. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya mencelah sikit sebab pada hari tersebut Menteri juga telah menjawab dia mengakui bahawa BERNAS telah lari daripada matlamat asalnya. Jadi bermakna bahawa kebimbangan delisting adalah suatu yang sangat berbahaya kepada kita semua sebab sepanjang ini pun dia telah lari dari matlamat dan diakui oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu saya katakan bahawa usul ini sangat penting kerana ia menyentuh sektor strategik negara.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang berkenaan keselamatan, pemakanan utama negara kita.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Sungai Petani. Saya beri Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya juga menyokong pandangan dari Yang Berhormat Alor Star kerana proses delisting ini sedang berlaku Tuan Yang di-Pertua dan documentation sedang berlaku dan pihak-pihak agensi juga sedang melakukan. Kalau kita tidak intercept sekarang ini takut sulit Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kita rasa sementara mereka sedang berlaku, proses sedang berlaku, lebih baiklah suara-suara daripada wakil-wakil rakyat didengari bukan saja di sebelah sini tapi juga di sebelah kerajaan supaya paling tidak pun pembuat keputusan akan memikirkan bahawa ada concern daripada wakil-wakil rakyat. Itu saja Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya telah mengambil kira itu semua Yang Berhormat. Kalau kerajaan tidak menjawab kepada persoalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak boleh memaksa kerajaan untuk menjawab kerana itu adalah cara kita. Mengenai dengan soal oleh kerana tidak berjawab, terpaksa pula saya benarkan di bawah 18(1) itu bukan soal saya Yang Berhormat. Apabila saya menimbang perkara-perkara yang harus saya ambil kira, saya ambil kira.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi itu sebab kenapa saya berjanji pada Yang Berhormat Alor Star bahawa kalau sama-sama kita pantau. Kalau delisting ini nanti mengakibatkan bahawa stock beraskah, harga beraskah mendadak naik, saya janji kepada Yang Berhormat siapa saja yang dulu bawa 18(1) saya benarkan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, takkan kita hendak tunggu...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau kita tunggu ibarat kita tunggu sampai orang itu mati, baru kita hendak bincang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dulu Yang Berhormat .

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya fikir sudah tidak berkesempatan.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Pokok Sena dulu, Yang Berhormat Pokok Sena duduk.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak terang sikit. Matlamat BERNAS dulu hendak bantu bumiputera. Sekarang kilang bumiputera sudah lingkup.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi takkan hendak bincang selepas dia lingkup. Sebab itu kita boleh tunggu dia delisting. Kita mesti bincang sekarang untuk memastikan supaya perkara itu tidak berlaku.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Kalau pun saya benarkan di bawah 18(1), usul 18(1) tidak membuat ketetapan. Itu harus diingat. Kedua, perkara soal ini telah pun dibincang di luar sana. Satu daripada kenyataan akhbar yang saya dapat baca ialah daripada Ketua Pembangkang sendiri. Ketiga Yang Berhormat dengan saya memberi peluang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah sekarang ini pun, kerajaan sedang mendengar dan mendapat liputan. Jadi terpulang kepada kerajaan untuk membuat tindakan-tindakan yang sewajarnya selaras dengan apa yang diluahkan tadi. Tidak semestinya dibaca Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

[Bangun]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, walaupun usul itu tidak akan menghasilkan apa-apa keputusan tetapi usul itu akan mengundang kepada kerajaan perlu memberikan penjelasan tetapi sampai sekarang kalau peringkat Jawatankuasa baru-baru ini kerajaan mengelak. Dia tidak boleh memberi penjelasan, Timbalan Menteri sahaja yang menjawab. Jadi sebab itu kita perlukan penjelasan. Hari ini kerajaan tidak boleh beri penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sudah bincang Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua usul itu boleh membantu Yang Berhormat Pokok Sena untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden dia.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak. Ini tidak timbul. Kita tidak membincang satu persoalan yang berkaitan dengan kepentingan politik mana-mana individu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi saya bercakap soal BERNAS ini bukan pada hari ini. Saya bercakap soal padi sejak saya bermula daripada jawatan menjadi Ahli Parlimen pada tahun 1999.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ini isu rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Yang Berhormat Alor Star. Terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu saya minta dengan pertimbangan Tuan Yang di-Pertua sebab walaupun Tuan Yang di-Pertua kata bukan bidang kuasa saya untuk hendak minta mereka bagi penjelasan dan sebagainya tetapi Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua dan Parlimen ini sebagai institusi untuk menjaga kepentingan rakyat maka kita harus mengutamakan soal kepentingan rakyat terbanyak dalam negara kita. Ini satu benda yang cukup serius Tuan Yang di-Pertua soal sektor strategik, soal sektor pemakanan utama dalam negara kita, menyentuh soal keselamatan pemakan, kedaulatan pemakanan dalam negara kita. Ini sangat penting. Oleh sebab itu saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya duduk bangkit, duduk bangkit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Star duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Star duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, no...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Star duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ya, jangan dengan cepat Tuan Yang di- Pertua. Ini memang satu perkara yang cukup penting yang mempunyai kepentingan awam...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Star duduk Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

...Dan rakyat seluruh Malaysia I think adalah cukup bimbang atas isu ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Sekiranya boleh Tuan Yang di-Pertua sekurang-kurangnya benarkan saya baca usul.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya rasa Ahli Yang Berhormat sudah tahu cara saya. Apabila saya sudah membuat keputusan, saya tidak akan berganjak daripada keputusan saya kerana Peraturan Mesyuarat mengatakan bahawa keputusan saya muktamad. Kalau tidak setuju dengan keputusan saya, bawa usul bersendirian kerana apabila saya berbahas dengan Yang Berhormat kita menghabiskan masa. Tidak akan sebuah kerajaan yang memerintah selama 50 tahun mengenai dengan soal beras, mereka tidak hati-hati. Itu pun saya ambil kira. Itu Yang Berhormat Pokok Sena. Itu sebab kenapa saya beri peluang Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bangun dan bercakap. Biasanya saya bilang tidak ada. Sudah, sudah saya ambil keputusan. Bermakna saya mengambil kira itu sebagai perkara penting. Bukan saya kata tidak penting.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi saya hendak sebut pada Dewan, pengurusan BERNAS sekarang ini menunjukkan bukan sahaja BERNAS yang gagal, kerajaan itu gagal. Kerajaan gagal untuk mengawal...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Walaupun kerajaan telah menetapkan fungsi dan tanggungjawab dan matlamat BERNAS tersebut untuk membantu

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

rakyat dan negara tetapi sebenarnya kerajaan telah gagal untuk mengawal BERNAS. Sekarang apabila timbul isu delisting ini, akan menyebabkan...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Di Amerika Presiden Barack Obama pun gagal juga menangani ekonomi dia. Tidak ada negara yang tidak gagal. Biarlah rakyat yang menentukan.

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab saya tidak boleh memberhentikan Yang Berhormat juga dalam berbahas begini saya gagal dalam jawatan saya, dengan tugas saya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Takkanlah Tuan Yang di-Pertua keras hati sampai sebegitu rupa.

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab saya kata Yang Berhormat duduk, sudah. Sudah pun saya jawab.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya merayu untuk lembutkan hati Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa pun kerajaan telah mendengar Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Supaya Tuan Yang di-Pertua lembut sedikit hati demi untuk rakyat Tuan Yang di-Pertua, demi untuk rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab saya biarkan Yang Berhormat membebel begitu lama. Yang Berhormat, sudah pun sekarang ini kerajaan sudah dengar. Tidak payahlah soal beras ini memang saya pun prihatin. Tiada beras saya lapar Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kerajaan dengar satu orang Menteri Pertanian, Timbalan Menteri Pertanian tidak ada pun.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Setiausaha teruskan.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Star mohon membaca usul saya Tuan Yang di-Pertua.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2014 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dan Usul Anggaran Pembangunan 2014 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2014 Jawatankuasa — Maksud B.25 [Jadual] – Maksud P.25 [Anggaran pembangunan 2014] –Bill

Tuan Pengerusi

Ini sebelum saya panggil ini, ambil perhatian kepada menteri- menteri, kepada pegawai-pegawai kerajaan apa yang dibangkitkan dalam soal-soal yang dianggap mustahak oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Kadang-kadang kalau saya jalankan tugas saya dengan menumpukan kepada peraturan mesyuarat disalah anggap tetapi kalau saya tidak berbuat demikian tidak selesai Mesyuarat Ahli Yang

Tuan Pengerusi

Berhormat. Percayalah, tidak mengapalah saya yang tanggung perasaan yang negatif demi untuk rakyat. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan. Menurut jadual yang diberikan kepada kita iaitu jadual surat kertas kuning ini, perbincangan sekarang ialah berkait dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini adalah penting sebab sekarang kita dapati bahawa kementerian lain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dipanggil untuk bahas. Saya minta penjelasan mengapa kita tidak bincang Kementerian Perdagangan Antarabangsa sekarang yang ada dalam jadual. Mengapa kita ada jadual nanti? Mengapa kita ada jadual? Kalau kita tidak ada jadual maka ini kita sudah buat keputusan bahawa kita akan mengikut jadual ini. So, mengapa kita tidak mengikut jadual ini? Oleh sebab ada Ahli Parlimen yang telah buat persiapan untuk membahaskan MITI. Saya tahu semalam tetapi mengapa kita ada satu jadual?

Tuan Pengerusi

Ya, saya faham Yang Berhormat. Ya terima kasih Yang Berhormat. Okey terima kasih Yang Berhormat.

So saya minta penjelasan dan juga saya fikir Tuan Pengerusi isu TPPA ini telah dibangkitkan...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Sudah habis.

Dengarlah.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat sudah ketinggalan kapal. Kapal sudah belayar, Yang Berhormat baru sampai. Mana ada TPPA lagi. Yang Berhormat Menteri sudah jawab semalamlah.

Oleh kerana kerajaan tidak hendak bincang isu ini dalam Parlimen maka mereka tidak mahu memberi masa untuk wakil rakyat untuk bincang.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat tidak payahlah.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Sudah diluluskan, mana boleh bahas.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, tidak payah bertekak Ahli Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Kapal sudah belayar pergi India, Yang Berhormat tinggal lagi masih di Port Klang.

Kerajaan takut sekarang sebab WikiLeaks telah mendedahkan dengan perundingan Malaysia yang akan menaikkan harga ubat untuk rakyat Malaysia. Adakah takut untuk bincang oleh kerana tukar jadual? Saya minta penjelasan.

Semalam sudah bincang.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain Yang Berhormat yang berkenaan cuma minta penjelasan, respons itu daripada saya.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Jadi kalau saya beri respons sama ada ia sakit ataupun senang dan seronok untuk didengar sabar sahajalah. Ini Ahli-ahli Yang Berhormat apabila dapat kertas kuning seperti begini saya difahamkan oleh Setiausaha Dewan, ini cuma baca di atas jadual ini hanya untuk panduan am sahaja. Bermakna apabila panduan am, bukannya lantak paku jambatan Jepun. [Ketawa] Maksud apabila...

Tuan Pengerusi, panduan am mesti diikut pasal itu panduan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat diam dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat diam dahulu kerana saya sedang respons. Peraturan mesyuarat

Tuan Pengerusi

mengatakan apabila Tuan Yang di-Pertua berhujah, tidak ada siapa yang boleh berdiri dan berhujah, peraturan mesyuarat. Jadi saya difahamkan bahawa semalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah habis dibahaskan. Jadi sebelum Yang Berhormat berdiri saya beri lagi prevention. Dalam peraturan mesyuarat bukan semua Ahli Yang Berhormat mandatori untuk dapat bahas. Itu sebab di Parlimen lain seperti England, House of Commons ada Shadow Cabinet kerana supaya yang dapat dipilih yang mahir-mahir dalam satu perkara. Saya sudah sarankan daripada awal wujudkan begini supaya kita dapat berbahas. Perbahasan itu mantap. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat menyarankan kepada saya apa itu demokrasi, apa itu peraturan mesyuarat.. [Disampuk] Apa itu ini, apa itu sana, apa? Sila teruskan Setiausaha sebelum ada lagi orang yang saya usir.

Jangan marah.

Tuan Pengerusi

Bukan marah Yang Berhormat. Cuma kadang-kadang semua kita terbiasa seolah-olah tidak ada kesatuan untuk membincang mengenai dengan masalah rakyat. Masalah saya bukan rakyat Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi jangan beri masalah kepada saya kerana apabila beri masalah kepada saya, saya buat tugas saya. Yang Berhormat Pokok Sena belum lagi terasa, nanti hari ini. Jangan beri terlampau tinggi pokok itu Yang Berhormat Pokok Sena nanti kalau terjatuh rasa sakit. [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi pun sudah tebang tadi.

Tuan Pengerusi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sudah saya sebut ikut cara Yang Berhormat Bakri. Dia bahagia, saya bahagia. [Tepuk] Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahaskan...

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Mahu bahas Yang Berhormat?... Sila. Kalau Yang Berhormat, fasal Yang Berhormat yang bercakap. Kalau ini Yang Berhormat bercakap kasi laluan tidak mengapa.

Saya hendak bahas.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Hendak bahas, okey. Yang Berhormat Pokok Sena mahu bahas ataupun bagi dahulu kepada Yang Berhormat Pandan. Sila Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada beberapa kepala dan butiran. Tuan Pengerusi, yang pertama ialah merujuk kepada Butiran 030100 – Tribunal Tuntutan Pengguna yang diperuntukkan RM2.67 juta. Yang Berhormat Menteri telah memberi jawapan sebelum itu, minggu lepas bahawa memang sudah ada kes-kes yang dibawa oleh pengguna-pengguna di sekitar Lembah Klang yang tidak berpuas hati dengan prestasi dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh SYABAS kerana gangguan bekalan air yang berlaku di Selangor terutamanya di kawasan timur Selangor daripada Ampang, Pandan, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa adalah terlalu terdesak. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]

Alasan yang diberikan selalunya sama iaitu kerosakan malah alasan yang terbaru yang diberikan dua bulan lepas merujuk kembali kepada kerosakan di rumah pam di Wangsa Maju sedangkan kerosakan itu telah berlaku dalam bulan Disember 2012. Maknanya hampir satu tahun masih lagi belum dibaiki. Sebab itu merujuk kepada seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999 memang akta itu diwujudkan untuk melindungi pengguna yang menyebut bahawa jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat satu guarantee, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, implied guarantee bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah with due care dan juga with the skill. Jadi atas sebab dasar terbukti bahawa SYABAS nampaknya tidak berjaya melaksanakan tugasnya dengan ketelitian yang kita harapkan dari satu pemegang konsesi. Oleh sebab itu semakin ramai hari ini pengguna-pengguna air di Lembah Klang membawa kegagalan SYABAS ini kepada Tribunal Pengguna. Akan tetapi malangnya sehingga sekarang Tribunal Tuntutan Pengguna mengambil sikap tidak mahu campur tangan atas beberapa alasan. Jadi, saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri supaya memberikan jawapan yang lebih kukuh kalau kita ada Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi Tribunal tuntutan Pengguna tidak mahu mendengar masalah-masalah pengguna yang tidak ada cara lain untuk mengadu. Kalau dalam soal bekalan air di Lembah Klang, ia tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana perjanjian konsesi itu sulit, tidak boleh di saman. Ia tidak boleh tukar pembekal lain kerana Syabas monopoli. Jadi satu-satunya cara untuk pengguna membawa ketidakpuasan hati ini adalah melalui Tribunal Tuntutan Pengguna. Kalau peruntukan ini diberikan dan Tribunal Tuntutan Pengguna mengambil sikap untuk tidak mahu campur tangan jadi apa gunanya kita memberi peruntukan sedemikian rupa kepada Tribunal Tuntutan Pengguna. Yang kedua, Tuan Pengerusi saya merujuk kepada Butiran 070400 - Subsidi Gula. Tahun lepas ada RM500 juta lebih tahun ini kosong peruntukkannya. Kita sudah berbahas panjang tentang soal subsidi gula. Subsidi pun telah ditarik. Cuma soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri mereka yang arif tentang kenapa harga gula ini naik tahu bahawa syarikat-syarikat pengeluar gula di Malaysia mereka terpaksa mengimport gula, dengan izin raw sugar (gula mentah) dari luar negara. Saya dimaklumkan oleh kerana gula mentah ini diikat dalam satu perjanjian dalam satu jangka masa yang panjang maka berlaku mismatch. Maknanya syarikat yang mengeluarkan gula ini merasakan bahawa keuntungan mereka itu berkurang ataupun tidak lagi baik untuk mereka menjual pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini dan kerajaan pula tidak mahu menanggung subsidi gula yang diberikan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri kalau begitu keadaannya dan oleh kerana dalam suasana ekonomi dunia semasa yang mana gula mentah ini harganya sekarang telah jatuh bukankah lebih baik kalau kerajaan paling kurang buat sementara waktu ini untuk membantu rakyat mula membuka permit-permit import refine sugar ini daripada luar negara supaya ada persaingan yang lebih baik. Jadi kita perlu lebih terbuka dalam kita meneliti soal pembekalan barang-barang yang ruji dan penting buat rakyat. Kalau contohnya model yang ada sekarang ini yang memberi monopoli tidak menguntungkan negara dan rakyat dan dalam keadaan negara tidak mampu pun bukankah lebih baik supaya dasar itu ditukar supaya kalau ada gula yang boleh diimport dengan lebih murah daripada luar negara, maka perlulah diimport baik sama ada dengan kita menawarkan permit-permit import yang baru ataupun kerajaan sendiri mengambil jalan untuk mengusahakan pengimportan gula yang lebih murah itu. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 070600 - Program ‘1Malaysia1Harga’ yang diperuntukkan sebanyak RM85 juta.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan. Boleh saya mencelah tentang isu gula itu?

Ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya belum jemput lagi. Sila.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Maaf. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pandan setuju atau tidak kadar profit before tax dan juga return on investment syarikat gula ini adalah terlalu tinggi. Setuju atau tidak? Saya tengok daripada data daripada Syarikat MSM return on investment mencecah 18% pada tahun 2009. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat Pandan tentang ROI yang lebih munasabah untuk gula, untuk syarikat gula? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Pandan.

Saya tidak makan banyak gula jadi saya tidak tahu sangat. Cuma saya kira yang itu saya perlu rujuk kembali kepada mungkin mereka...

Minta pencelahan.

...Yang arif dengan keuntungan industri gula. Cuma prinsipnya Yang Berhormat Kelana Jaya dan Dewan kalau sesebuah syarikat itu diberikan satu kontrak untuk membekal maka kerajaan tidak wajar untuk menjamin keuntungannya. Kalau dia mendapat monopoli untuk membekalkan gula maka monopoli itu diberikan di atas kepercayaan kerajaan bahawa ia boleh mentadbir industri dan pembekalan dan juga pembekalan gula ini dengan baik. Risiko perniagaannya iaitu sama ada apabila gula mentah ini turun naik di pasaran dunia itu adalah risiko perniagaan syarikat-syarikat gula ini. Yang saya bantah ialah apabila seolah-olah kerajaan melindungi dan memberi jaminan walau bagaimanapun keadaan pasaran gula di dunia, walau macam mana pun keadaan kewangan negara, walau macam mana tinggi pun harga gula kepada rakyat keuntungan syarikat-syarikat ini dijamin pada margin yang mereka kehendaki. Yang itu secara dasar dan prinsipnya tidak betul. Kalau kita telah berikan monopoli kepada mereka,maka sewajarnyalah mereka perlulah menguruskan perniagaan itu dengan mengambil kira risiko-risiko perniagaan ini termasuklah harga gula mentah yang diimport itu sama ada turun naik di pasaran dunia. Yang Berhormat Kota Tinggi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik pandangan Yang Berhormat Pandan tadi. Cuma saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pandan sedikit. Gula ini kalau saya difahamkan pengeluar kedua terbesar dunia ialah Thailand menghasilkan 11 juta tan setahun dan sekarang ini harga tengah murah sebab petani-petani Thailand banyak tanam tebu. Oleh sebab apabila banjir maka tanaman lain tidak berapa bagus. Jadi tanam tebu pengeluaran hasil amat tinggi. Mungkin sebab itu harganya paling rendah di Asian RM2.30. Kita baru naik 34 sen jadi RM2.84 tetapi apakah pandangan Yang Berhormat Pandan satu ketika nanti bila harganya melambung naik dan sekiranya pengilang-pengilang kalau kita ambil direct terus dari Thailand, maka pengilang-pengilang tadi sudah tidak ada fungsi maka tertutup sebab mereka tidak cost effective untuk mengilang dalaman. Apa akan jadi ketika harga gula naik balik dan kita hilang kapasiti untuk mengilang dalam negara? Bukankah gula juga satu komoditi yang strategik untuk negara kita? Jadi saya ingat pandangan kita kena ambil menyeluruh from the whole value chain supaya kita tidak dilihat bersifat reaktif semata-mata harga gula rendah di negara sebelah kita. Ada juga yang cakap boleh import daripada Amerika, but the transportation, the logistic will kill you. Jadi saya hendak tanya di sini adakah kita terfikir bahawa gula ini sebagai satu komoditi yang strategik yang perlu kita ada dan mapan sepanjang masa bukan bersifat temporary just because harganya rendah ketika ini dan kalau kita buka permit kepada semua orang beli apa akan jadi bila harga itu naik.

Mungkin orang ini tidak boleh beli lagi sebab tidak kompetitif dan pada ketika itu kilang kita semua sudah tidak ada kapasiti sebab kita sudah bunuh kapasiti untuk mengilang dalam negeri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi, jangan panjang-panjang.

Saya ada lagi satu isu. Saya ada setuju sedikit dengan Yang Berhormat Pandan tadi. Kalau ada kapasiti yang lebih besar- government melihat keperluan itu. Apa pandangan Yang Berhormat Pandan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuan Pengerusi, gula ini bukan satu-satunya barang ruji yang tertakluk kepada harga pasaran. Semua barang ruji kita seperti beras dan minyak semuanya tertakluk kepada harga pasaran dunia, turun naik. Saya ambil contoh minyak. Kita sebenarnya pengeluar minyak...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Nanti dulu, nanti. Bagi saya jawab dulu, Yang Berhormat Kota Tinggi. Bagi saya jawab dulu, Yang Berhormat Kota Tinggi. Kalau ada, kemudian ya. Saya bagi contoh minyak. Kita pengeluar minyak utama. Akan tetapi kita tidak menggunakan sepenuhnya minyak yang kita ada ini di dalam negara. Kita juga ada banyak aktiviti yang mana kita memastikan ada import dan eksport berdasarkan kualiti dan gred minyak mana yang paling sesuai digunakan. Maknanya kita kena memastikan bahawa keselamatan pembekalan itu kita ambil dengan perspektif yang lebih besar dengan perspektif global. Serupa juga dengan persoalan gula. Faham bahawa kita memerlukan beberapa pengeluar gula yang dominan dan juga yang boleh dibantu oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kalaulah ada beberapa pertukaran pasaran di dunia, paling kurang kita ada keselamatan pembekalan dengan izin, security of supply…

...Akan tetapi pada masa yang sama, keadaan di Malaysia ini berbeza. Berbeza kerana hanya dua atau tiga syarikat sahaja yang diberikan lesen untuk mengimport gula mentah dan untuk memprosesnya. Jadi dalam keadaan monopoli, sudah tentulah segala-galanya malah kita letakkan kepercayaan kita kepada dua atau tiga syarikat ini yang sebenarnya lebih berbahaya. Cadangan saya ialah tidak semestinya kita boleh buka sepenuh-penuhnya tetapi kita boleh imbangkan sementara kerajaan boleh memberi beberapa bantuan dan insentif. Ini bukan perkara baru. Banyak insentif yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang dikira mempunyai kepentingan nasional tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya, bergantung kepada dua atau tiga syarikat ini hingga berlaku turun naik kadar harga gula di pasaran dunia ini dan kita terpaksa ikut mentah-mentah apa yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat ini...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

Sikit. Tambah sikit. Saya setuju pada dasarnya. Kita kena ada satu pendekatan yang mampan supaya supply on demand to be always match, tetapi kita juga kena ambil kira dari segi viability. Kalau kilang berapa banyak sangat? Everybody will die. Kita kena ada tiga atau empat main operator supaya mereka ada sustainable volume untuk refining capacity. Kalau semua sudah ada kilang, it also will die. Kalau semua kita import, itu semua pun bermasalah. Jadi satu lagi...

Sekejap, sekejap Yang Berhormat Kota Tinggi.

...Sekejap, sekejap perbandingan- sebab Yang Berhormat Pandan tadi perbandingan minyak. Sebenarnya tidak kena. Kita jual beli sebab kita ada tapis blend. Kalau kita jual light-sweet ini kepada luar negara, kita might get 1.5 heavy-sour. Maknanya kualiti kita baik, kita dapat baik. Dapat lebih banyak pulangan. Sebab itulah kita trade dan kita ada volume. Akan tetapi dalam kes gula, kita tidak mempunyai kapasiti yang banyak atau terlampau tinggi dalam negara untuk kita trade of macam itu. Jadi atas sebab itu perbandingan itu tidak berapa kena saya rasa Yang Berhormat Pandan. Apa pandangan Yang Berhormat Pandan?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya rasa Yang Berhormat Kota Tinggi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pandan, jangan panjang sangat.

Yang Berhormat Kota Tinggi terlalu...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada 16 orang hendak berucap.

Saya habiskan cerita gula sahajalah kalau macam ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, terima kasih.

Ada banyak lagi tetapi tidak apalah kita habiskan gula. Yang Berhormat Kota Tinggi saya rasa terkeliru. Apabila saya sebut tentang lesen dan permit, saya tidak kata bahawa kita perlu memberi ruang kepada semua orang buka kilang gula. Maksud saya...

Cukup, cukup. Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan.

Tidak. Sebab kilang tidak ada kaitan dengan import.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Tidak ada collaboration. Jadi kalau Yang Berhormat Pandan hendak ambil supply...

Saya tidak bagi sebab banyak ruang...

...Maka Yang Berhormat Pandan tidak melihat industri keseluruhan. Jadi saya ingat tidak tepat itu.

Saya cadangkan Yang Berhormat Kota Tinggi berucap selepas ini kalau hendak jawab. Terima kasih.

Saya akan berucap juga selepas ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Apa yang kita cadangkan ialah dalam keadaan harga gula mentah rendah di pasaran dunia dan ada bekalan-bekalan dari tempat- tempat lain yang harga gula ini lebih rendah. Jadi maka lesen mengimport gula itu perlu diberikan supaya seperti juga beras yang mana kita import beras yang telah siap masuk ke sini. Gula yang telah di pakej pun kalau ada bekalannya yang kita boleh dapatkan dengan lebih murah daripada luar negara atau tempat-tempat lain, maka kita perlu buka. Jangan kita terlalu dogmatik dengan dasar bahawa hanya ada dua atau tiga syarikat ini dan modus operandinya hanyalah dengan mereka mengimport gula mentah dan memproses di Malaysia. Itu maksud saya. Kalau soal orang buka terlalu banyak kilang, maka kilang akan mati, itu sebenarnya setiap satu pelaburan hendak buka kilang, sudah tentu yang melabur itu sudah kira pasarannya berapa, berapa permintaan dan berapa keuntungannya. Jadi itu adalah keputusan komersial yang akan dibuat asalkan kerajaan terbuka untuk memastikan apakah cara yang paling baik untuk kita sama-sama turunkan harga gula dalam keadaan kerajaan tidak mahu memberi subsidi...

Saya teruskan dengan beberapa perkara yang lain.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa sudah cukup, sebenarnya Yang Berhormat Pandan, 15 minit sudah...

Sekejap sahaja. Satu minit, ya. Ini tidak ada ucapan. Hanya merujuk kepada butiran sahaja ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya.

Saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan lanjut apakah perbelanjaan-perbelanjaan bagi perkara-perkara berikut: (i) Butiran 070600 sebanyak RM85 juta untuk Program 1Malaysia 1Harga. Bagaimanakah ini akan dilaksanakan, siapa yang akan mendapatnya, siapa yang akan membelinya; (ii) Butiran 090600 untuk NKRA – Reducing Cost of Living sebanyak RM30 juta. Pendapat saya, saya tidak faham untuk apa perbelanjaan RM30 juta ini. Kalau untuk ita bantu rakyat, bukanlah lebih baik RM30 juta ini dimasukkan ke dalam kepala butiran subsidi-subsidi yang lain atau apakah program yang akan menggunakan RM30 juta ini yang ingin mengurangkan beban rakyat ini; dan (iii) Butiran 090700 - National Key Economy Area, Wholesale and Retail sebanyak RM51.4 juta. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk berikan butiran apakah program-program dan siapakah yang akan mendapat keuntungan ataupun manfaat daripada peruntukan sebanyak ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Jerlun.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama turut membahaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan ini yang telah pun diberikan peruntukan sebanyak RM1.172 bilion merangkumi belanja mengurus sebanyak RM1.13 juta dan sekitar RM40 juta untuk pembangunan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya 070700. Sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk Kempen Beli Barangan Malaysia. Jadi kita sedar bahawa kempen ini telah pun diadakan sejak sekian lama dulu malahan zaman Tun Dr. Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri dan berbagai-bagai kempen telah dibuat. Cumanya, kita melihat bahawa kempen ini tidak diteruskan dengan logonya yang dulu dengan cara agresif terutama sekali kepada anak-anak muda, anak-anak sekolah, mungkin murid tadika dan sebagainya supaya kita tanamkan di kepala mereka tentang peri pentingnya kita mengutamakan barangan keluaran tempatan. Jadi apa yang kita minta adalah supaya kita hendak kementerian menjelaskan kepada kita ketika ini dalam kempen dan untuk tahun 2014 ini, segmen pasarannya ataupun audience target segmennya, target dan juga segmen audience yang hendak di kempen dan seterusnya mungkin kita juga sedar bahawa tanpa kempen ini yang agak lembap sejak kebelakangan ini, maka banyak produk import yang murah telah dimasukkan terutamanya daripada China. Jadi mungkin apabila terlampau banyak substitute ataupun barang gantian daripada negara luar umpamanya China, banyak SME ataupun kilang-kilang kecil yang menghasilkan keluaran-keluaran ini terdahulu terpaksa ditutup. Kerana apa? Kerana kos buat di sini jauh lebih mahal dibandingkan dengan import direct daripada negara China. Jadi mungkin dengan adanya kempen ini, maka kesedaran daripada semua segmen

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

masyarakat akan berterusan dan terus mengekalkan barangan keluaran Malaysia itu menjadi kompetitif. Seterusnya adalah perkara berkaitan dengan 010300 - Penguat kuasa (Ibu Pejabat) sebanyak RM28.4 juta. Kita sedar bahawa peranan penguat kuasa termasuk juga saya kira pegawai-pegawai kontrak yang ditugaskan untuk menjadi pemantau harga. Ketika ini saya dilaporkan bahawa walaupun harga gula menjadi isu yang penting ketika ini, namun peranan pemantau harga ini macam di sesetengah tempat itu, peniaga tidak hairan. Tidak hairan maknanya tidak hairan dengan kehadiran pemantau ini. Jadi sejauh manakah keberkesanan peranan pemantau ini yang ada di seluruh negara. Kita hendak supaya sudah tentulah, selain daripada itu status kedudukan mereka yang menjadi pegawai kontrak sejak sekian lama ini dapat dikaji semula.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Kemudian satu lagi yang saya ingin sentuh adalah tentang Butiran 020200 iaitu pembangunan perniagaan, ataupun business development sebanyak RM6.8 juta sahaja. Di manakah sasaran peruntukan ini? Adakah ianya sekadar untuk membuat kajian awal dan sebagainyalah yang melibatkan pembangunan perniagaan secara keseluruhan? Kemudian Kepala 090400 – NBOS iaitu National Blue Ocean Strategy yang diberikan peruntukan RM64.15 juta, yang saya kira agak banyak. Jadi cuma soalannya, di manakah bentuk kerjasama dengan kementerian-kementerian ataupun agensi-agensi mana yang kementerian KPDNKK ini buat, untuk memastikan Blue Ocean Strategy ini memberi manfaat, memberi kesan yang baik kepada rakyat dan juga pengguna keseluruhannya. Kemudian satu lagi peruntukan yang agak besar adalah Butiran 090500 - Program Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil, RM66 juta. Jadi soalan kita adalah, bagaimanakah kementerian hendak buat program ini, sama ada dengan cara kerjasama dengan agensi ataupun Exco KPDNKK di peringkat negeri masing-masing, bagi memastikan pengagihan ini sampai kepada matlamatnya, dan juga bentuk bantuan yang akan diberikan. Supaya program-program pembangunan membantu penjaja dan peniaga kecil ini akan memberi kesan yang menyeluruh dan mendalam, serta untuk kebaikan jangka panjang. Di dalam perkara peruntukan pembangunan P.25, Butiran 04004 berkaitan dengan francais, hanya RM5 juta diberikan peruntukan. Jadi adakah kerajaan melihat kementerian melihat bahawa sektor francais ini sudah mula dikurangkan peranan pentingnya. Jadi kita hendak tahu sejauh manakah keberkesanan francais ini, dan berapakah bilangan francaisi dan juga francaisor yang telah diwujudkan di peringkat negara? Bagaimanakah ianya dapat dikembangkan di seluruh negara? Selanjutnya Butiran 13003 iaitu SKM- Koperasi. Program Pembangunan Infrastruktur Asas diberikan sebanyak RM20 juta. Jadi kita juga hendak tahu, dan selain daripada itu, Butiran 040100 yang melibatkan sebanyak RM91.5 juta, bagi belanja mengurus SKM ini. Jadi kita juga sedar bahawa koperasi memainkan peranan yang penting. Kita sedar bahawa koperasi sudah mula menunjukkan keberkesanan cara urus niaganya. Kita hendak supaya kerajaan memberikan tumpuan, memastikan koperasi-koperasi contohnya dahulu dilancarkan satu jenis koperasi katanya KOBERA. Di bawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak silap saya ketika itu. Jadi sekarang ini adakah KPDNKK dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini masih meneruskan bantuan kepada KOBERA ini yang kononnya dihantar kepada setiap DUN dan sebagainya satu ketika dulu. Jadi kita juga sedar antara koperasi yang terhebat yang ada ketika ini sudah tentulah Bank Rakyat. Jadi kita hendak memperbanyakkan lagilah koperasi-koperasi mungkin Angkasa yang katanya telah merancang untuk membuka Bank Koperasi, dan sebagainya itu dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat. Jadi Yang Berhormat Jerlun mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang. Lepas Yang Berhormat Bukit Gantang Yang Berhormat Putatan.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya hendak mengambil bahagian iaitu berkenaan dengan Butiran 070500, B.25 iaitu berkenaan dengan subsidi tepung. Tahun lepas subsidi tepung sebanyak RM115, 091,200 tahun ini meningkat kepada RM185,112,500. Soalan saya kenapa subsidi tepung ini meningkat? Tidak apalah bagus meningkat itu. Peliknya ketika dihapuskan subsidi gula kerana masalah kencing manis. Tepung ini juga- mungkin doktor boleh berikan confirmation, tepung ini juga adalah merupakan salah satu daripada yang boleh mendatangkan, penyumbang kepada karbohidrat di dalam badan kita. Tiba-tiba gula dipotong subsidi kerana takut ramai orang masuk ‘kelab potong kaki’, kencing manis, tiba- tiba subsidi tepung pula ditingkatkan. Soalan saya, kenapa subsidi gula dipotong sedangkan subsidi tepung ditingkatkan? Kedua ialah berkenaan dengan Butiran 090600, B.25 iaitu berkenaan dengan NKRA - Reducing Cost of Living iaitu memperuntukkan sebanyak RM30 juta. Kita tahu di antara strategi untuk mengurangkan kos hidup rakyat Malaysia ini iaitu dengan kementerian ini mengadakan Kedai Rakyat 1Malaysia. Kita mahu supaya Kedai Rakyat 1Malaysia ini supaya sepatutnya kedai ini ditubuhkan supaya tercapai sasaran mereka yang sepatut dapat. Ini kerana hari ini Kedai Rakyat 1Malaysia ini semua orang boleh beli termasuklah daripada orang JUSA ‘C’ yang gaji RM18,000, sampailah kepada orang yang pendapatan RM180 sebulan pun boleh beli. Jadi ertinya, sedangkan peruntukan yang diperuntukkan untuk Kedai Rakyat 1Malaysia ini sudah tentu dia punya matlamatnya ialah untuk mengurangkan kos sara hidup, terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Tiba- tiba kedai ini terbuka untuk semua orang lain boleh beli. Oleh sebab itu kita mencadangkan kalau boleh biar ada kad, ada kad untuk orang yang layak hendak akses, boleh beli barang di kedai tersebut, supaya kita harapkan wang yang banyak ini, subsidi yang digunakan daripada wang kerajaan tersasar, kepada diberikan sasarannya yang sebenar kepada penduduk-penduduk yang sepatutnya mereka dapat. Kalau dibuka macam ini maka sudah tentu kita lihat matlamat untuk kita hendak membantu terutama mereka yang berpendapatan rendah tidak akan dapat tercapai. Ini kerana saya mampu beli susu 10 tin, sedangkan orang yang pendapatan rendah mungkin hanya boleh beli satu tin. Dia hendak pergi beli banyak pula tidak boleh macam di Sungai Limau baru-baru ini. Gula sekilo RM1 ramai pakat pergi beli. Tiba-tiba pakat hendak pergi beli sudah tidak ada sudah, fasal apa dia akan jual sekilo RM1 itu sebelum pilihan raya, itulah dianggap gula RM1 itu boleh makan sampai kiamat. [Disampuk] Itu Tuan Pengerusi. Okey terima kasih. Kedua iaitu sambungan yang sama juga, berkenaan dengan Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Soalan saya ialah, bagaimana konsep kedai ini berjalan? Iaitu adakah kedai ini 100% memang kedai yang tidak berkonsep mengambil untung, kedai yang tidak ambil untung maksudnya. Iaitu kedai yang betul-betul untuk hendak berikan, betul-betul servis kepada rakyat. Kalau tidak ambil untung bagaimana kos operasi ini berjalan? Fasal kononnya Kedai Rakyat 1Malaysia memang barangnya agak rendah. Jadi sebab itu saya hendak tanya, adakah kedai ini konsepnya yang tidak ambil untung, yang cuma ambil kos beli RM1 jual dengan harga RM1. Ataupun kos operasinya ditanggung oleh siapa? Bagaimanakah pula syarat-syarat barang yang hendak dipasarkan ke dalam Kedai Rakyat 1Malaysia?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Bagaimana syarat dia kalau saya hendak pasarkan barang dalam kedai tersebut atau pun orang kampung hendak edarkan atau pun hendak pasarkan barang dalam kedai tersebut, bagaimanakah syarat-syarat yang perlu diletakkan kepada orang yang hendak supply barang tersebut. Akhir sekali ialah berkenaan dengan Tribunal Pengguna. Ini saya rasa perkara yang kementerian perlu agresif untuk mempromosikan dalam soal supaya kita ini educate, dengan izin untuk kita memberikan pendidikan kepada rakyat berkenaan dengan kesedaran pengguna. Untuk rakyat yang kebanyakan kita tahu hari ini banyak sangat benda-benda yang berlaku. Hari ini saya baru dapat satu SMS, saya rasa ini pun juga merupakan mungkin perkara yang boleh kita buat siasatan juga macam mana SMS ini dia bagi, dia kata

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

“promotion tahniah, sim card anda telah meraih hadiah percuma sebanyak RM19,000 dari BonusLink. Nombor pin 552299. Sila call di talian 017-8681400 Shell Sdn Bhd”. Nombor 017 ini pun nombor prepaid. Ini orang miskin yang pakai ini. Mana ada orang berniaga hendak bagi 16 kat kita kan? Sebab itu ini di antara benda yang saya rasa kementerian kena ambil siasatan. Banyak kali saya dapat. Saya tahu mungkin saya call mungkin dia akan detect saya punya nombor dan sebagainya. Mungkin ada kebarangkalian yang akan berlaku. Jadi, saya harapkan supaya pihak kementerian agresif sedikit terutama untuk memberikan kesedaran kepada rakyat supaya mereka tahu tentang hak pengguna itu sentiasa terpelihara. Lebih-lebih lagi zaman hari ini yang banyak orang yang telah melakukan penipuan kepada pengguna terutamanya mereka yang kadang-kadang kita lihat berada di luar bandar yang tidak mempunyai kesedaran sebagainya banyak ditipu. Sebab itu kita harapkan supaya promosi yang agak agresif dimainkan oleh kementerian ini dalam soal untuk memberikan kesedaran soal berkenaan dengan kewujudan Tribunal Pengguna yang agak mudah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Gantang. Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang sedar di tiang-tiang lampu, di dinding-dinding macam-macam promosi dibuat sekitar bandar-bandar kecil atau bandar-bandar besar. Kita tahu kebanyakan promosi-promosi itu kebanyakannya tidak betul. Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang memikirkan bahawa kementerian harus ada pemantauan. Malah, dia boleh buat random pun. Panggil nombor telefon ini dan tanya adakah ini promosi betul atau tidak dan kalau tidak mengambil tindakan. Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju dengan pendapat saya? Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Memang sepatutnya itulah yang perlu dilakukan oleh kementerian. Banyak kita tengok iklan-iklan yang kita dapat lihat dekat dengan tempat-tempat umum dan sebagainya, maka benda itu bukan lagi menjadi satu rahsia. Ia sudah menjadi satu rahsia umum. Sepatutnya...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Kita hendak buat seperti mana yang tidak silap saya kalau di Jabatan Pendidikan Swasta dia ada satu pegawai. Khas pegawai itu ialah untuk monitor berkenaan dengan iklan-iklan yang terdapat di akhbar- akhbar berkenaan dengan tawaran-tawaran daripada IPTS yang akan disiasat oleh pegawai tersebut. Kita harapkan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi diambil tindakan. Random pun sudah cukup bagi memelihara berkenaan dengan hak pengguna di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memang singkat. Hanya dua butiran sahaja yang saya ingin sentuhkan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini singkat betul- betul singkat ini. Jangan mulut sahaja cakap singkat.

Ya. Yang saya anggap sebagai kepentingan rakyat kita yang menujukan kepada Bekalan 25 Butiran 070300 – Program Pengedaran Barangan Keperluan LPG dan Community Drumming. Saya sengaja bawa butiran ini kerana sahabat saya dari Kota Marudu pun ingin mendengar soal harga-harga barangan yang dijual di luar-luar bandar terutama sekali barang keperluan seperti harga-

harga diesel, petrol yang ada seperti Yang Berhormat Bukit Gantang tadi ada SMS yang saya terima daripada pengedar-pengedar yang berkenaan tidak berpuas hati dengan tabiat pegawai-pegawai kementerian yang mana meminta wang pengeras atau sogokan. Keras apa saya tidak tahulah. Sogokan supaya diberi kuota untuk menjual, mengedar petroleum- petroleum atau diesel-diesel di luar-luar bandar untuk kegunaan kenderaan-kenderaan orang kampung. Apabila kehabisan diesel pengedar-pengedar ini disebabkan oleh penyelewengan oleh pengedar-pengedar ini yang mana dijual kepada peladang-peladang yang berdekatan di luar bandar. Sebab itulah selalu berlaku di Sabah pada satu ketika kebisingan daripada pihak pembangkang yang menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin kepada kesengsaraan rakyat yang terpaksa...

[Bangun]

Baru mukadimah sudah masuk. Tidak apalah, kalau tidak teruk saya kena oleh Yang Berhormat Bintulu ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bintulu jangan kongkalikung ya?

Mestilah kita sama-sama kongkalikung. Tuan Pengerusi, pasal kita tidak payah buang masa kita tumpang sahaja, ada laju sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tadi Yang Berhormat Putatan ada sentuh masalah Sabah. Ini di kawasan Sarawak termasuklah Bintulu, Sibu, lain-lain atau pun Kuching semua, Miri pun ada, masalah bersama apa yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan. Masalah ini dikira subsidi. Memang kerajaan ada bagi macam-macam bantuan kepada rakyat tetapi di sini saya mahu sentuh kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya harap perkara ini boleh ambil serius. Memang perkara ini kita sudah sebut banyak kali. Hari itu, baru-baru ini saya nampak surat khabar dan Yang Berhormat Menteri pun setuju bila dia turun Kuching dia kata ada 200 lebih petrol pure dia orang jual subsidi minyak dieselkah atau petrol. Dia sudah dapat amaran. Saya rasa amaran kita memang sudah biasa dengar. Amaran macam-macam. Jadi, isu ini rakyat selalu marah penyelewengan pegawai kepada rakyat. Bila rakyat tidak dapat diesel, rakyat buat aduan kepada pegawai. Macam-macam alasan pegawai ada. Bila di kampung dia orang pergi petrol kiosk hendak beli diesel, diesel tiada. Selalu memang saya setuju diesel ini sudah masuk ladang atau pun masuklah dalam lain-lain tempat tetapi penguat kuasa memang cukup lemah. Contohnya macam penguat kuasa di Sibu, Ketua Pegawai Perdagangan Dalam Negeri itu minta orang pergi memohon. Ada orang buat logistic transportation minta dia jadi supplier juga pergi kawasan luar bandar. Akan tetapi ini terang-terang minyak naik. Tidak sampai pun tetapi dia minta dealerkah atau sesiapakah yang menjual dalam tempat itu minta dia sign sahaja. Satu drum dia kasi RM50. Inilah yang berlaku. Kementerian tahukah atau tidak? Di belakang itu, logistik akan share sama pegawai tersebut. Inilah, Yang Berhormat Putatan mungkin dia tidak faham. Dia ada bot-bot di Sabah. Di Sarawak inilah yang berlaku. Saya hendak minta kementerian atau pun Timbalan Menteri ambil perkara dengan serius. Kalau tidak rakyat selalu rasa kena tipu. Selalu dalam belanjawan begitu besar tetapi bila turun padang rakyat tidak nampak subsidi-subsidi. Selalu kita kata kita tidak ada, sudah habis.

Jadi pembangkang ambil peluang lagi kasi korek habis-habis hentam sama kita. Sekian terima kasih. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bintulu.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Stampin di belakang.

Dia sudah habis masa saya. Saya minta tambah masa sepuluh minit kerana Yang Berhormat Bintulu – habis. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan.

Saya faham keluhan dan rentetan daripada sahabat saya Yang Berhormat Bintulu. Memang betul. Di Sarawak pun saya tahu Yang Berhormat Bintulu ada juga operasi yang memerlukan bot-bot yang kecil.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Masuk dalam ucapan saya. Saya tambah dahulu. Saya setuju bot-bot kecil di Sungai Rejang, Sungai Baram dan Sungai Sarawak banyak kita lihat yang memerlukan bot-bot kecil ini untuk orang kampung dan penduduk-penduduk di rumah panjang untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Harga petrol memang banyak yang diperlukan. Kalau kita tidak ada membantu subsidi kepada petrol melalui community drumming ini memanglah kalau sudah tidak ada ia mungkin tidak dapat bergerak. Jadi pihak kementerian harus melihat ini dengan serius sekali kerana penyelewengan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu itu memang betul. Di Sarawak sampai pengarah daripada Sarawak itu membawa perkara ini kepada kementerian dan telah pun meningkatkan kuota di Sarawak itu sampai ke 138 million liter satu bulan. Jadi itu saya rasa Yang Berhormat Bintulu berterima kasih kepada pihak kementerian kerana meningkatkan kuota di Sarawak sampai 138 juta liter sebulan.

[Bangun]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan, ada dua orang yang bangun. Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Stampin.

Yang Berhormat Stampin, boleh?

Yang Berhormat Bintulu dahulu.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Bintulu dahulu. Selepas itu saya ya?

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sekejap Yang Berhormat Bintulu ya. Yang Berhormat Putatan ada dua minit lagi. Sila.

Tidak mengapa. Bagilah minit panjang sedikit. Ini mustahak. Ini mengenai subsidi. Yang Berhormat Putatan, saya kata ucap terima kasih tetapi dalam hati saya, saya ucap terima kasih tetapi rakyat marah kepada saya. Ini kerana kuota hari-hari kita meningkat, hari-hari kita kasi naik, hari-hari tiada diesel tidak selesai. Penguat kuasa mesti menjalankan tugas. Mula-mula pengarah dari Sarawak tidak setuju. Ada orang jual subsidi diesel itu. Minyak haram dia orang kasi jual melalui petrol kiosk, melalui logistik. Macam-macam dia orang buat tetapi kita kerajaan ataupun kementerian tidak membuat apa-apa tindakan. Selalu kita kata kita akan siasat, kita akan siasat tetapi hujung-hujung sampai hari ini siasat sampai mana rakyat kata. Especially persatuan lori-lori, mereka sangat marah. Harap Yang Berhormat Putatan faham. Jangan kita meningkatkan kuota sahaja kita seronok. Meningkatkan kuota tetapi tiada diesel lagi kita kena maki. Harap Yang Berhormat Timbalan Menteri faham ini. Tuan Pengerusi pun harap pun faham jugalah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya harap apa yang..

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Stampin.

Saya terimalah ucapan Yang Berhormat Bintulu itu dimasukkan dalam ucapan saya dan Yang Berhormat Menteri ambil perhatian dengan serius. Yang Berhormat Stampin, cepat ya?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih sahabat saya dari Bintulu dan Putatan. Saya bersetuju dengan saudara saya Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Bintulu. Keadaan diesel ini memang makin teruklah dengan sindiket-sindiket diesel ini. Saya pernah membuat cadangan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pun Menteri pun sudah bersetuju dengan apa yang saya cakap bahawa pewarnaan diesel ini sudah proven berkesan untuk menangani sindiket diesel ini. Jawatankuasa pun pernah berkata dekat padang itu bahawa langkah-langkah yang dijalankan tidak berkesan. Jadi kembalikanlah lagi pewarnaan diesel untuk once and for all to solve the problem, dengan izin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Oleh kerana Yang Berhormat Stampin telah pun membuat cadangan tidak perlulah masuk dalam ucapan saya. Jadi Tuan Pengerusi, soal penjualan petrol di tepi-tepi jalan, di tepi-tepi sungai itu saya harap Yang Berhormat Menteri juga merasa kasihan dengan pengoperasi- pengoperasi dan pengedar-pengedar ini dengan memantau touch on, hands on kepada pengedar orang-orang kampung ini. Ini salah satu daripada agenda kerajaan untuk membantu menaikkan taraf ekonomi luar bandar. Kita kasihan kepada mereka. Jadi oleh kerana itu saya ingin beralih kepada butiran yang seterusnya iaitu Butiran 13001 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Jadi dari situ koperasi yang akan boleh membantu rakyat kita di luar bandar ini Tuan Pengerusi termasuk Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih kerana menjual diesel kepada para nelayan. Saya harap koperasi ini dapat juga membantu. Kalau sekiranya pihak kementerian prihatin kepada kesusahan penduduk-penduduk luar bandar ini, tubuhkan koperasi bagi rakyat di luar bandar supaya dapat juga membantu mereka sendiri supaya penyelewengan daripada pengedar-pengedar yang tidak bertanggungjawab ini yang menjual kepada ladang-ladang, yang mengaut keuntungan yang lebih besar dan juga pantaulah pergerakan penjawat-penjawat awam kita yang dikatakan tidak bertanggungjawab dalam tohmahan-tohmahan daripada penduduk- penduduk kampung. Jadi saya mahu bertanya akhir sekali yang singkat ini berapa jumlah koperasi dari Sabah dan Sarawak mengikut negeri masing-masing yang tersenarai 100 daripada rekod kementerian? Kalau tidak ada, saya mahu tanya kenapa tidak ada tersenarai dalam senarai 100 itu? Apakah sebab-sebab kenapa kebanyakan koperasi di Sabah dan Sarawak gagal? Adakah pihak kementerian memantau hands on pergerakan pengurusan koperasi-koperasi yang telah didaftarkan dan berapakah koperasi-koperasi yang telah dibatalkan daripada senarai itu? Adakah oleh kerana sebab-sebab yang tertentu gagal mengemukakan laporan dan sebagainya ataupun koperasi yang muflis? Ada atau tidak? Jadi kalau ada, apakah tindakan dan langkah-langkah oleh pihak kementerian untuk memperkasakan koperasi- koperasi terutama sekali koperasi-koperasi yang berasal daripada penduduk-penduduk luar bandar terutama sekali usahawan-usahawan tani, peruncit-peruncit, kaki tangan penjawat awam misalnya? Adakah pihak kementerian memantau atau put hands on, on this group of people? Itu sahaja. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Ya, Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Beberapa perkara sahaja. Pertama di bawah B.25 Butiran 010300 – Penguat kuasa. Di sini saya ingin bertanya kerana sejak 1 Ogos 2010, kerajaan kita iaitu kementerian ini telah mengeluarkan satu arahan bahawa di semua stesen petrol tidak dibenarkan untuk menjual minyak yang menerima subsidi seperti RON 95 dan juga diesel kepada kenderaan yang berdaftar di negara asing. Kalau mengikut satu jawapan yang saya terima daripada kementerian ini

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

selepas dua tahun pelaksanaan dan arahan ini, hanya ada enam stesen petrol yang diambil tindakan. Antaranya empat terletak di Johor, satu di negeri Kelantan dan satu di negeri Kedah. Akan tetapi sebaliknya saya ingin juga merujuk kepada satu jawapan dari kementerian ini juga kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang bertarikh 30 Oktober tahun ini.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kalau mengikut jawapan ini soalannya lebih kurang sama dengan soalan saya punya. Akan tetapi kalau mengikut jawapan ini, jawapan sini tulis bahawa pada tahun 2011, kes ataupun jumlah stesen yang diambil tindakan adalah sebanyak 63 buah dan juga pada tahun 2012, stesen minyak yang diambil tindakan adalah sebanyak 83 buah. Di sini adalah satu sejak tahun 2005 sampailah tahun ini, jumlah stesen minyak yang diambil tindakan adalah sebanyak 443 buah. Saya rasa jawapan kepada Yang Berhormat PJ Utara ini jauh berbeza dengan jawapan yang saya terima. Jawapan yang saya terima cakap dalam tempoh masa dua tahun, stesen minyak yang diambil tindakan hanya enam buah tetapi kalau ikut jawapan yang diberi kepada Yang Berhormat PJ Utara, dalam tahun 2011 sahaja sudah 63 buah stesen minyak yang diambil tindakan. Jadi saya nak mintalah satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri, kenapa ada satu perbezaan yang begitu besar, itu pertama. Isu kedua di sini adalah kalaulah mengikut atau menurut jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat PJ Utara ini, ditulis di sini bahawa daripada jumlah 443 kes, 249 kes telah selesai dengan denda sejumlah RM393,050. Jadi kalaulah kita kira, maksudnya kalau sebanyak 249 kes ini, denda sejumlah yang telah dikenakan adalah lebih kurang atau kurang daripada RM400,000. Maksudnya denda bagi satu kes adalah sebanyak RM1,578.50 sen sahaja. Saya nak tanya di sini, adakah ini satu denda yang cukup besar untuk menghalang stesen minyak ini untuk terus menjual diesel ataupun minyak RON95 kepada mereka yang tidak layak untuk menerima subsidi daripada kerajaan kita. Bagi saya, satu denda sebanyak RM1,500 ini adalah cukup rendah, adalah cukup rendah. Kalau kita ikut pengumuman yang dibuat pada tahun 2010 pada 16 Julai tahun itu, menteri pada masa itu cakap untuk mereka yang menjual diesel ataupun RON95 kepada warga asing ini, kementerian ini boleh tarik balik lesen untuk stesen minyak ini. Saya nak tanya di sini, kenapa kita tidak ambil tindakan yang lebih tegas dan lebih drastik terhadap stesen minyak yang telah melanggar direktif ataupun arahan daripada kementerian ini? Adakah satu denda sebanyak RM1,500 cukup untuk menghentikan isu bahawa stesen minyak kita menjual minyak kepada mereka yang tidak layak. Ini satu. Isu kedua adalah tentang diesel. Saya rasa kekurangan diesel ini setakat hari ini masih melanda di seluruh Malaysia. Seperti dalam kawasan saya, sekarang kalau nak pergi ke stesen minyak, kita hanya dibenarkan untuk membeli diesel sebanyak RM30 sahaja. Jadi untuk mereka yang pandu four-wheel car maksudnya mereka perlu pergi ke empat stesen minyak untuk membeli diesel sebanyak RM120. Ini adalah amat menyusahkan pemilik-pemilik kereta sebegini. Jadi saya nak tanya apa itu penyelesaian kita. Saya rasa ini bukan satu isu yang baru. Tadi Yang Berhormat Putatan pun ada sebut bahawa isu ini sangat serius, Yang Berhormat Stampin pun ada sebut. Jadi saya harap bahawa kementerian ini boleh ambil tindakan yang lebih drastik untuk selesaikan isu ini. Di bawah butiran 020500 Industri Perkhidmatan, saya nak tanya sedikit tentang servis caj dan juga cukai perkhidmatan. Saya rasa sejak 1 Julai 2008, untuk restoran yang jumlah jualan tahunan mereka yang melebihi RM3 juta ini, mereka perlu mengutip satu cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Jadi saya nak minta pertamanya, berapa restoran setakat ini yang perlulah mengutip cukai perkhidmatan ini. Kedua, kita semua tahu selepas pelaksanaan GST, cukai perkhidmatan ini akan diganti dengan GST tetapi untuk GST, ia berbeza. Untuk cukai perkhidmatan, hanya restoran yang mana jumlah jualan tahunan adalah melebihi RM3 juta barulah mereka perlu kutip cukai perkhidmatan ini tetapi untuk

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

GST, dia berbeza. Untuk restoran di mana jumlah jualan tahunan mereka ataupun turn over mereka melebihi RM500,000, mereka perlulah kutip GST ini. Jadi saya nak tanya sekiranya ada, adakah kita buat satu kajian selepas pelaksanaan GST berapa banyak restoran yang akan kutip GST ini bagi pihak kerajaan. Jadi satu, saya nak tanya setakat ini berapa jumlah restoran yang sekarang ini ada mengutip cukai perkhidmatan? Saya nak tahu selepas GST, berapa banyak restoran yang akan kutip GST ini? Ketiga, tentang servis caj. Saya juga nak tanya adakah kerajaan kita ada apa-apa guideline untuk menentukan ataupun restoran mana yang boleh caj servis caj ataupun mereka boleh kenakan servis caj mengikut suka hati mereka. Isu terakhir adalah di bawah Butiran 070600 – Program 1Malaysia 1Harga. Saya rasa kalau ikutlah satu berita yang saya baca yang bertarikh 6 Oktober tahun ini, menteri kita ada buat satu pengumuman. Beliau cakap bahawa kementerian ini akan mengkaji sama ada kita perlulah menghentikan ataupun menghalang warga asing untuk membeli barang di Kedai Rakyat 1Malaysia kerana kita semua tahu barangan yang dijual di dalam Kedai Rakyat 1Malaysia ini semuanya terima subsidi daripada kerajaan. Jadi kalau warga asing, sepatutnya mereka tidaklah menikmati subsidi ini daripada kerajaan kita. Jadi saya nak tanya ada apa-apa perkembangan tentang cadangan ini untuk mengharamkan warga asing untuk membeli belah di Kedai Rakyat 1Malaysia. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Hulu Rajang.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud 25010400 – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Peringkat Negeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah aktiviti pemantauan harga diesel dijalankan di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di kawasan saya di Hulu Rajang dan di Baram juga. Tatkala rakyat Malaysia yang lain khuatir akan kenaikan harga petrol akibat rasionalisasi harga bahan api, rakyat di kawasan luar bandar juga seperti di kawasan saya di Hulu Rajang dibebani dengan masalah harga petrol tidak seragam. Misalnya saya memberi contoh, di kawasan Punan Bah, harga petrol RM11 satu gelen manakala di kawasan berdekatan seperti di Sekapan Panjang berdekatan dengan Pekan Belaga, harga petrol RM9.60 segelen. Bermakna kawasan Punan Bah berdekatan dengan Pekan Kapit mahal dari kawasan Sekapan Panjang yang lebih jauh dari Pekan Kapit. Jadi saya mintalah kementerian, kenapa harga minyak petrol tidak diselaraskan dengan seperti mana di Sekapan Panjang dekat Belaga dan di Punan Bah. Begitu juga dengan harga gas silinder yang berharga ada kala RM24 satu tong dan di tempat yang lain RM26 di kawasan saya lain. Akan tetapi saya diberitahu bahawa harga ini selaras. Jadi saya ingin mohon kepada kementerian supaya memantau kepada pembekal. Ini mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat di pedalaman. Di samping itu juga terdapat pembekal-pembekal di kawasan di Hulu Rajang yang berani mengaut keuntungan dengan menyeludup keluar barangan bersubsidi seperti diesel ke sempadan di kawasan saya di kawasan Hulu Rajang.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Saya mohon supaya kementerian memantau dan memberi kerjasama supaya barang-barang sepatutnya untuk rakyat kita tetapi diberi keuntungan kepada rakyat yang lain. Saya juga ingin menyentuh selalu masalah diesel di Sungai Asap. Hari ini pembekal bawa diesel ke Sungai Asap, diesel habis. Jadi, saya difahamkan bahawa pembekal itu menjual kepada orang lain dengan harga lebih tinggi dan sepatutnya harga subsidi untuk rakyat di Sungai Asap. Saya mohon kakitangan KPDNKK memantau perkara ini kerana rakyat menganggap kita sebagai wakil rakyat. Jadi, saya harap tindakan boleh dengan begitu cepat supaya ianya akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan Sungai Asap. Butiran 070600 - Program 1Malaysia 1Harga. Saya menyokong penuh pelaksanaan program 1Malaysia 1Harga yang bertujuan untuk menyelaraskan harga barang di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mengurangkan beban penduduk

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

di luar bandar. Peruntukan sebanyak RM85 juta ini diharap dapat dimanfaatkan di dalam membekalkan penduduk di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya dengan barangan keperluan harian seperti tepung, minyak dan sebagainya pada harga yang berpatutan. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mohon agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan ataupun memberi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Pekan Kapit belum ada sekarang, di Pekan Belaga langsung tidak ada dan di Sungai Asap di mana penduduk tempatan kebanyakan mereka jumlahnya ada 10,000 penduduk di sana, sebagai mekanisme untuk melaksanakan usaha murni kerajaan di dalam menyelaraskan harga barang di antara kawasan bandar dan luar bandar. Pada khidmat saya kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan penempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai. Nescayanya, mereka ini akan amat memerlukan penubuhan KR1M bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka. Dengan Butiran 13003 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia Program Pembangunan Infrastruktur Asas. Saya difahamkan penubuhan CoopMart 1Malaysia turut memasarkan barangan keperluan dan produk 1Malaysia pada harga yang berpatutan. Buat sementara ini, penduduk di kawasan saya bergantung kepada pekedai runcit-pekedai runcit kecil- kecilan yang kadang-kala tidak seragam harganya di samping itu kualiti barangan jualan mereka turut diragui. Maka, saya berharap agar lebih banyak CoopMart ini dapat ditubuhkan di kawasan luar bandar seperti kawasan Hulu Rajang bagi menampung permintaan penduduk di samping menjual barangan keperluan harian yang dijamin kualitinya kepada masyarakat. Sekian, terima Kasih saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Nibong Tebal.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima Kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini khususnya dalam Butiran 040100 - SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Butiran 050100 - Maktab Koperasi Malaysia. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana berjaya mendapatkan sedikit penambahan peruntukan dalam aktiviti pengkoperasian iaitu SKM daripada tahun 2013 diperuntukkan RM86.7 juta, naik sedikit menjadi RM91.54 juta dalam 2014. Begitu juga dengan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dalam tahun 2013 RM11.03 juta dan naik sedikit menjadi RM11.89 juta dalam tahun 2014. Walaupun penambahan ini tidak berapa, tetapi sekurang-kurangnya yang mengiktiraf betapa pentingnya institusi koperasi dalam negara kita ini. Saya menyokong peningkatan dalam bajet ini sebab pertama, kita dapati sumbangan yang agak besar gerakan koperasi dalam pertumbuhan ekonomi negara ataupun KDNK dan begitu juga ianya berpotensi untuk membantu rakyat terbanyak, rakyat terbawah meningkatkan status sosial ekonomi mereka dengan penglibatan dalam gerakan koperasi, sekiranya ianya tidak diselewengkan. Kita juga dapati yang Suruhanjaya Koperasi Malaysia berfungsi dalam usaha- usaha - ada dua teras utama di situ iaitu berfungsi untuk usaha-usaha menggalakkan gerakan-gerakan koperasi di negara kita iaitu membudayakan gerakan koperasi dan keduanya dalam usaha untuk mengukuhkan institusi-institusi koperasi ataupun gerakan koperasi dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti bantuan, insentif, dan juga latihan- latihan. Akan tetapi, kita boleh sebut juga beberapa kes yang berjaya dalam usaha ini. Kalau umpamanya di Pulau Pinang Rapid dalam bidang pengangkutan, bas Rapid, dan juga Koperasi di Bank Kerjasama, Tunas Muda dan seperti sahabat saya sebut dari Yang Berhormat Jerlun iaitu Bank Kerjasama. Tuan Pengerusi, di peringkat akar umbi di mana orang ramai yang terbanyak lagi, saya belum nampak lagi usaha-usaha kejayaan yang begitu menggalakkan. Usaha-usaha untuk membudayakan gerakan koperasi di peringkat terbanyak belum lagi nampak kejayaan yang boleh kita banggakan. Di sini, saya ingin bertanya apakah usaha-usaha yang konkrit yang dilakukan oleh pihak kementerian atau pihak kerajaan untuk membudayakan gerakan koperasi khususnya di peringkat-peringkat akar umbi seperti di qariah-qariah masjid, di JKK, sekolah-sekolah

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

PIBG dan begitu juga pada pelajar-pelajar sekolah supaya mendapat pendedahan awal tentang betapa pentingnya gerakan koperasi bagi manfaat bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyat seluruhnya. Begitu juga kepada belia pada pertubuhan ataupun persatuan-persatuan penduduk. Walaupun kita dapat juga persatuan bukan koperasi yang berjaya di kalangan peladang, petani, pesawah dan juga nelayan tetapi usaha untuk menggalakkan koperasi yang bagi kumpulan ini juga kita tidak nampak. Jadi saya harap pihak kerajaan, pihak kementerian boleh memberi perhatian kepada gerakan ini di peringkat akar umbi supaya manfaat aktiviti koperasi ini dapat dinikmati oleh rakyat yang terbanyak. Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua. Keduanya, berkenaan dengan Maktab Koperasi Malaysia. Saya menyambut baik juga penubuhan Maktab Koperasi NKM ini. Cuma saya belum pasti apakah kurikulum dan modul latihan yang diberikan dalam maktab ini. Saya percaya mungkin ada khidmat bimbingan yang diberikan merangkumi aspek-aspek pengurusan, pentadbiran dan kewangan. Dalam hal ini juga, saya ingin menyeru supaya pihak kementerian khususnya MKM ini memberi perhatian atau menitikberatkan dalam aspek-aspek kepimpinan, kebertanggungjawaban, amanah dan etika berkoperasi kepada peserta-peserta yang mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh MKM ini. Soalan saya juga Tuan Pengerusi, setakat ini sudah berapa banyakkah latihan yang dilakukan oleh MKM dan siapa yang mengikuti latihan-latihan ini? Saya juga ingin menyarankan supaya bukan sahaja kita memberi kursus kepada ahli-ahli atau anggota- anggota koperasi dan juga kepimpinan koperasi, tetapi juga boleh masukkan orang ramai yang dipilih khusus supaya dalam usaha-usaha untuk menggalakkan ataupun membudayakan koperasi ini dapat diterapkan dengan lebih agresif lagi. Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, sedikit masa lagi. Dalam aspek penyelidikan yang dilakukan oleh MKM. Saya dapati daripada tahun 2012 hingga 2014 ada lima penyelidikan. Saya tidak pasti apa penyelidikannya yang pihak kementerian boleh penerangan kepada kita ataupun penjelasan apakah lima jenis penyelidikan ini? Sedikit sangat lima penyelidikan dalam masa beberapa tahun. Begitu juga dalam kajian-kajian kes yang disebutkan itu ada 15, tetapi boleh juga kita dapat penerangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan apakah jenis-jenis kajian kes yang dijalankan oleh MKM ini supaya dapat kita dapat maklum dan dapat dipergunakan oleh rakyat terbanyak. Sekian. Terima Kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima Kasih. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ada lagi hendak berbahas? Yang Berhormat Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam 1Malaysia. Tuan Pengerusi, saya ingin berbahas iaitu mengambil bahagian dalam perbahasan ini dalam perbekalan menerusi Butiran 020400 iaitu Pembangunan Koperasi dan Butiran 04000 iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Seperti yang kita tahu koperasi ada satu dimensi atau elemen ketiga yang boleh menjana ekonomi yang besar dalam negara. Bukan itu saja koperasi juga merupakan satu platform yang baik untuk kita melibatkan penglibatan yang lebih menyeluruh terhadap rakyat dalam kita membina kekayaan dan juga mengagihkan kekayaan negara. Atas sebab itu peranan yang dijalankan oleh kementerian ini amat penting khususnya kepada Pembangunan Koperasi dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Saya ambil menarik perhatian dan sering kali perhatian ialah betapa, bila kita melihat koperasi-koperasi seluruh negara ini yang mana berjaya contohnya Koperasi Permodalan FELDA, Bank Rakyat contohnya. Rata-rata koperasi ini diurus tadbir dengan baik. Maka atas sebab itu mereka mempunyai corporate governance yang baik, urusan tadbir baik, mereka dapat menjana satu aset yang begitu besar. Kalau ini dapat dipertingkatkan lagi kepada tahap yang lebih tinggi kita yakin bahawa koperasi menjadi satu platform yang baik untuk kita meninggikan generative income iaitu kekayaan negara dan juga dissemination atau divestment kepada rakyat dengan lebih rata dan menyeluruh. Atas itu saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya melihat semula peranan SKM ini bukan sahaja setakat kita memantau, mengawal selia, kita juga perlu melihat elemen-elemen yang boleh menggerakkan atau memperkasakan koperasi ini ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini boleh kita lihat contohnya di bawah Pembangunan Koperasi jumlahnya terlampau sedikit. Saya ingat dalam RM1 juta lebih saja. Pada pandangan saya, saya ingin menyarankan kerajaan supaya melihat contoh pemerkasaan koperasi dapat digerakkan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi khususnya di kawasan koperasi-koperasi daripada sebesar-besar koperasi kepada koperasi yang sekecil-kecil di daerah-daerah termasuklah Koperasi Nelayan, Koperasi Persatuan Pertubuhan Peladang dan sebagainya. Ini kita lihat boleh diperkasakan kalau kita mempunyai pengurusan atau tentera yang baik di peringkat akar umbi. Apa yang saya cuba sarankan di sini kalau boleh kita tengok contoh pegawai-pegawai yang kita lantik di peringkat daerah contohnya atau pun di peringkat Parlimen, gred ini terlampau rendah. Saya lihat macam R17 atau equivalence. Sepatutnya kita perlu melihat keperluan mengadakan pengurusan yang lebih mapan di peringkat bawahan dengan mengadakan pegawai-pegawai bertaraf mungkin G41 atau even 44. Dengan cara ini mereka bukan sahaja dapat mengawal selia, mereka juga dapat menggerakkan pemerkasaan melalui continuous engagement. Maknanya bersama-sama dengan koperasi, membudayakan koperasi dengan baik. Dengan ini dapat menjadi pertumbuhan yang lebih mapan pada masa-masa akan datang. Jadi dengan cara ini kerajaan dapat memastikan bahawa koperasi-koperasi ini bukan saja, ‘hidup segan mati tidak mahu’ tapi berdaya saing dan mempunyai collectively akan menjana satu kekuatan kewangan yang besar dan mereka dapat mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi yang lebih besar contohnya di Pengerang dalam Petronas, integrated petroleum atau pun di kawasan-kawasan lain di mana pertumbuhan koridor- koridor yang sedang giat dijalankan. Dengan cara ini mereka akan terangkum di dalam pembangunan yang lebih menyeluruh.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

[Bangun]

...Ini juga, boleh saya habiskan sikit nanti? Selepas itu saya bagi peluang ya kepada Yang Berhormat Tuaran. Di samping itu kita lihat dalam urus tadbir ini kebanyakan Modus Operandi atau business model untuk koperasi kebanyakannya ialah pinjam meminjam dan lebih kepada ke arah kepada keperluan-keperluan yang lebih domestik atau localistic. Dengan cara ini kita lihat kemungkinan mereka hendak berkembang itu agak susah sedikit lah. Atas sebab itu kita memikirkan, saya mencadangkan supaya melalui SKM atau agensi di bawah kementerian menggerakkan usaha bukan sahaja mengawal selia,

memantau tetapi memperkasakan dalam bentuk lebih agresif lagi, termasuklah penglibatan mereka, urus tadbir dengan lebih baik, ada gerak kerja untuk memastikan semua pengarah koperasi ini mesti diberi bukan saja pendedahan tetapi satu latihan secara berterusan supaya mereka dapat mengurus tadbir dengan lebih baik koperasi-koperasi ini. Di samping kita hanya terhad kepada pinjam meminjam yang bersifat domestik atau localistic, kita hendak mereka ini bukan sahaja diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam pembangunan yang lebih menyeluruh, lebih besar dengan penglibatan yang lebih terurus dan terarah oleh penglibatan pengurus-pengurus atau pun pegawai- pegawai daripada pihak kementerian. Kita juga membuat satu skim di mana pegawai- pegawai yang baik tadi menjadi apabila koperasi berjaya, mereka juga boleh mengambil bahagian secara elaun atau sebagai insentif iaitu supaya kesinambungan urus tadbir ini dapat diteruskan. Pengurusan ini dapat terus sehingga sampai ke peringkat yang lebih besar, lebih tinggi. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, contohnya kalau kita ada geran atau pun contohnya macam BR1M. BR1M kita bagi dalam bentuk consumption base bila ambil mungkin tiga empat hari dia berbelanja sudah habis. Mungkin sebahagian daripada BR1M ini kita bagi dalam bentuk deposition atau pun deposit untuk sebahagian daripada ahli koperasi tadi. Dengan cara ini bukan kita menggalakkan consumption dan baik juga untuk menjana, mencergaskan ekonomi tetapi juga kita menggalakkan mereka dalam usaha mereka menabung atau melabur dalam melalui koperasi-koperasi yang diperkasakan tadi. Dengan cara ini diberi sebahagian diberi maksud dapat kita terjemah dalam bentuk pelaburan dalam jangka masa panjang. Jadi tidaklah semata-mata consumption based dan juga kita menggalakkan menabung atau melabur dalam bentuk betul investment based yang lebih generatif untuk masa depan. Atas sebab itu saya melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersifat proaktif dan mengadakan gerak kerja dan memperkasa dalam bentuk-bentuk task base di peringkat akar umbi dan juga meraga satu frame work yang lebih sesuai di mana koperasi-koperasi ini dapat kita gerakkan dalam bentuk yang lebih dinamik dan juga progresif.

Dan kita juga, saya cadang menggalakkan insentif-insentif tertentu supaya koperasi ini dapat digabungkan sebab kita faham, kadang-kadang economic of scale ini jadi kekangan kepada kemajuan kepada koperasi-koperasi ini dan mungkin juga pegawai- pegawai dari setiap daerah akan melihat koperasi yang lebih besar supaya dia boleh mewujudkan economic of scale, berdaya saing dan juga mempunyai kapasiti untuk terlibat dalam projek-projek besar yang mana mereka boleh bergerak seiring dengan syarikat- syarikat swasta, sama ada secara konsortium ataupun bergerak secara joint venture (JV). Dengan cara-cara ini saya harap, dengan penglibatan yang lebih berterusan dan lebih proaktif daripada pihak kementerian, daripada pihak SKM, kita memandangkan bahawa pengagihan kekayaan ini dapat bukan saja digarap bersama, degenerate bersama, dapat juga diagihkan secara sekata, serata, merata dan dengan cara ini kita dapat merealisasikan koperasi sebagai the third engine of growth dalam Malaysia. Tuan Yang di- Pertua saya mohon menyokong dan mencadang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Maksud Bekalan 25 ini saya pohon berbahas di bawah Butiran 030200 - Gerakan Kepenggunaan. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada pelantikan kepada Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah (PHEPD) bagi bahagian-bahagian Parlimen. Di satu sudut, pelantikan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah ini amat- merupakan satu lantikan yang amat penting kerana ianya menjalin hubungan di antara Pejabat Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri dan juga dengan kepenggunaan. Ia juga memastikan bahawa terus menyokong dan membantu kerja-kerja, usaha-usaha kementerian.

Cuma di dalam lantikan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah ini, saya ingin meminta pihak Menteri menjawab kepada Yang Berhormat Kuantan, dan seluruh warga Kuantan, kenapa pelantikan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah bagi Parlimen Kuantan ini dialamatkan kepada Ketua Bahagian UMNO Kuantan. Kenapa Ketua Bahagian UMNO Kuantan yang terima surat ini ya? Dan Ketua Bahagian UMNO Kuantan yang melantik Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah, malah disertakan juga borang pencalonan disertakan. Apa hak UMNO Kuantan, hendak lantik, hendak calonkan, hendak namakan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah. Tuan Pengerusi, ini masalahnya apabila surat ini ditandatangani oleh Menteri, mengguna letterhead kementerian. Alamat kepada Ketua Bahagian UMNO. Tuan Pengerusi ini bukan duit UMNO. Duit kementerian ialah duit rakyat. Rakyat yang bayar cukai. Kalau tulis surat kepada wakil rakyat, Ahli Parlimen okey lah...

[Menyampuk]

Ha, ini lah masalahnya. Oleh kerana kita pembangkang, jadi UMNO kata duit ini UMNO boleh gunakan ikut suka...

[Menyampuk]

Itu bukan isunya Tuan Pengerusi. Ini masalahnya ya, masalahnya dengan UMNO-Barisan Nasional, lama sangat dalam kerajaan sampai lupa bahawa duit itu bukan duit UMNO. Kalau di Selangor pun buat macam itu, saya akan tentang juga. Saya akan kata juga dan kita tidak, bukan di bawah letterhead kementerian, bukan di bawah letterhead jabatan. Itu perkara yang berbeza. Letterhead kementerian mana boleh hantar surat suruh Ketua Bahagian UMNO namakan, calonkan untuk jawatan. Lepas itu bagi tahu pula kenaikan elaun bulanan, RM350 kepada RM700. Maksudnya setiap Parlimen, duit rakyat akan membayar gaji seorang pegawai yang dilantik oleh UMNO. Ini salahnya. Dari segi prosedur dia salah Tuan Pengerusi. Ini yang UMNO minta maaf kalau saya kata “bebal”, tidak faham. Lama sangat dalam kerajaan, lama sangat berkuasa, ingat duit rakyat itu duit dia. Dia boleh buat ikut suka...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Ha, tengok itu. Inilah masalahnya. Ini masalahnya! Apabila kita bawa usul fasal Penasihat Khas bertaraf Menteri yang habiskan duit rakyat, tidak hendak bahas. Cari masalah teknikal, tolak usul, koyak usul, tidak hendak bahas. Sekarang ini perlecehkan. Memang lah Tuan Pengerusi...

Tidak berani bangun

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Rompin bangun.

Saya hendak tumpang tanya, apa kena mengena dengan topik yang ada. Bagi tahu saya, di Selangor tidak buat kah?

Di Selangor...

Sekarang ini yang melantik Menteri bukan Ketua UMNO Bahagian. Ini pusing ini. Gaji ini yang dibayar oleh kerajaan, di Selangor lagi teruk.

Tuan Pengerusi.

Ini ADUN Selangor pun tidak setuju dengan PKR.

Tuan Pengerusi

Ini yang jauh nampak, yang dekat tidak nampak. Lagilah...

Tuan Pengerusi

Ini rakyat boleh menilai kalau PKR ini, dulu 40 ribu orang Bangladesh.

Ini masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak reti hendak urus ataupun hendak handle masalah sebenar. Mereka the best means of defence is to attack. Mereka tidak reti hendak defence sudah, macam mana hendak jawab? Hantar surat kepada Ketua Bahagian UMNO...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan?

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Mohon pencerahan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Kinabatangan kah atau Yang Berhormat Kota Tinggi?

Yang Berhormat Kinabatangan cakap cerdik sikit, boleh?

[Dewan riuh]

Eh, eh, hendak kata saya bodoh kah? Ini, adakah ini orang perempuan tunjuk contoh-contoh yang baikkah ini? Adoi Yang Berhormat Kuantan, mana standard bahas ini?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.

Saya kata kalau Yang Berhormat Kinabatangan hendak cakap cerdik sikit, boleh. Silakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Yang bercakap ini cerdiklah ini.

Inilah ini. Sama ini. Sudah menang sampai dia confident datang ke mari ni.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuantan, perkara yang sama pun dilaksanakan di negeri- negeri dia memerintah. Mana ada janggalnya. Kalau Barisan Nasional lantik pemimpin- pemimpin UMNO. Yang janggalnya kalau pemimpin-pemimpin Barisan Nasional melantik orang pembangkang- itu janggal! Sebab mana-mana politik, dia ada political reward, dia kena ada orang untuk dianugerahkan, yang memenangkan parti. Yang Berhormat ini dalam pilihan raya. Inilah yang kita hendak. Sebenarnya perkara ini tidak perlu dibincangkan. Yang Berhormat sendiri dia negeri-negeri pembangkang, di Pulau Pinang dia ada political reward. Jadi ini benda...

Tuan Pengerusi, okey saya siap, saya balas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itulah soalan saya sebetulnya.

Pendek saja Yang Berhormat Kuantan.

Saya boleh. Satu, satu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan, balik kepada butiran kementerian.

Balik kepada butiran. Ini dia Tuan Pengerusi- political reward, boleh tetapi bukan dengan menggunakan duit rakyat. Ini yang UMNO tidak faham.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini kan kontrak. Dia kontrak, dia kontraklah.

Ini dia masuk di bawah emolumen. Dia masuk di bawah Gerakan Kepenggunaan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apabila kontrak, dia bekerja untuk rakyat, dia reward lah.

Dia tidak boleh menyuruh Ketua Bahagian melantik, dia boleh menyuruh Ahli Parlimen.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri jawab itu Yang Berhormat.

Ini yang ‘old school’, lama sangat duduk dalam kerajaan tidak faham-faham. Praktis yang macam itu selama ini ingat duit rakyat itu duit mereka. Senang-senang suka...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat. Hendak bagi Kota Tinggi.

Okey, yang ini kalau hendak cakap, cerdik sikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat yang remark itu tidak eloklah Yang Berhormat. ”Cerdik sedikit” bererti kalau kata terbalikkan, “bodoh” lah itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia macam cerdik. Betul-betul dia tidak cerdik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak cerdik itu tidak elok.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia macam budak sekolah.

Saya kata kalau hendak cakap cerdik sikit cakaplah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Yang Berhormat bertanya tapi dalam masa yang sama di Selangor dia buat juga. Orang sudah kalah pun dia lagi juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bermakna MB tidak cerdik, bodohlah dia. Itu sebab dia lantik siapa ini daripada Kedah ini....

Tuan Pengerusi, saya bagi floor kepada Yang Berhormat Kota Tinggi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Saifudin Nasution.

Tuan Pengerusi, saya bagi floor kepada Yang Berhormat Kota Tinggi, Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia lantik Saifudin Nasution, bermakna dia bodohlah, tidak cerdik.

Floor kepada Yang Berhormat Kota Tinggi Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inikah Yang Berhormat nak hantar?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Tuan Pengerusi, kalau Yang Berhormat Kota Tinggi cakap, silakan

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha, itulah Yang Berhormat. Jadi cerdik, jawab, jawab. MB Selangor tidak cerdiklah, bodohlah sebab dia lantik Saifudin Nasution di Selangor?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu duit rakyatkah, duit dia sendiri hendak bayar? Cuba tanya Menteri Besar Selangor. Dia bayar Saifudin Nasution, pakai duit diakah, pakai duit kerajaan, duit rakyat?

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jawab, jawab. Jadi cerdik sikit jangan jadi bodoh.

Tuan Pengerusi, masalahnya dengan mereka-mereka ini, mereka tidak faham jawatan politik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cakap cerdik, apa cerdik. Bodoh betul.

Tuan Pengerusi, dia ada jawatan politik dan dia jawatan dengan rakyat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sama juga.

Tidak sama

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang yang lantik apa fasal?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan, ini pun tidak boleh fahamkah.

Setiap pemimpin...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini macailah.

Setiap pemimpin Tuan Pengerusi boleh lantik pegawai dia, boleh lantik penasihat dia, boleh lantik...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Inilah masalah bila kita berucap, kita tujukan kepada sesuatu parti dan pemimpin. Jadi keadaan ini yang berlaku.

Tuan Pengerusi saya merujuk kepada surat daripada Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apa, ini direct kepada Menteri. Tidak payah hentam yang parti-parti...

Mereka yang cakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Bila kita kaitkan dengan parti, kita akan dapat respons yang beginilah Yang Berhormat

[Dewan riuh]

Kita sedang berbahas bajet Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini ‘raja’ penipu ini. Dia yang cakap, dia kata mereka cakap. Dia yang mula dahulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You yang mula, you kena akhiri. You yang tipu, you yang perbetulkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Kita harus faham bahawa di dalam satu-satu jabatan ahli politik ada dia punya support system. Support system itu lantikan yang memang diperuntukkan. Terserah kepada ahli politik tersebut hendak melantik siapa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya faham point Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nantilah Yang Berhormat memerintah, you punya sukalah. Kita memerintah sekarang, kita guna sistem kita.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Diamlah. Dengar dahululah Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, masa berjalan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Tidak guna-guna bagi Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah. Menteri boleh jawab.

Tuan Pengerusi, pelantikan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah bagi bahagian Parlimen Kuantan ini merupakan di bawah gerakan kepenggunaan is budgeted for dalam buku ini, is budgeted for. Kenapa hendak hantar surat kepada Ketua Bahagian UMNO, ini yang saya tidak faham ini? Ini yang Menteri dan selepas itu Menteri pula guna letterhead, sign nama Dato’ Hasan bin Malek, sign dia.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan, faham?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inilah masalahnya. Menteri punya kuasa. Yang Berhormat di Perak pun begitu juga tetapi kalah balik. Kalah...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Perak tidak pernah buat macam itu. Sabar, Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Tidak payah layanlah Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You are loser. Don’t act like a winner. You must know the rule. Looser mean out.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat, gulung.

Ini masalahnya apabila sudah tidak boleh defense, attack. Jawablah isu yang relevan. Isu yang berkaitan ialah isu pelantikan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah bagi kawasan Parlimen Kuantan. Jadi dialamatkan kepada Datuk Wan Adnan bin Wan Mamat, Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Ini duit rakyat. Kalau alamatkan kepada Ahli Parlimen untuk dinamakan barulah kena dengan letterhead kementerian, dengan nama Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duit rakyat dikembalikan kepada rakyat. Begitulah Barisan Nasional. Bukan macam pembangkang. Duit rakyat masuk poket.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya masa sudah habis Yang Berhormat.

Disebut, “Dimohon kerjasama Yang Berbahagia Datuk untuk mencalonkan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah yang mempunyai ketokohan berwibawa...”

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya keluarlah Tuan Pengerusi, dia ini mencarut betul.

Jadi Tuan Pengerusi, saya katakan tadi the best form of defense is attack, sudah tidak boleh hendak cakap apa. Jadi terpaksalah attack.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan sudah lari, tengok dia takut sudah lari.

Jadi terpaksalah lari, tidak mengapa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Jadi inilah dia Tuan Pengerusi saya pohon Menteri jawab duit rakyat ini dan be answerable. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Kanowit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mungkin sebelum pergi ke butiran lain saya ingin juga menjelaskan sedikit yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi. I think kesemua kawasan Parlimen diberi peluang untuk melantik ataupun mencadangkan kepada kementerian tiga orang pegawai untuk memantau pelaksanaan penyelarasan harga barang di setiap kawasan Parlimen. Ini perkara biasa dan pembantu elaun mereka dibayar oleh kementerian. Tuan Pengerusi, saya ingin pergi kepada butiran 070300 iaitu Program Penyelaras Barang yang perlu dan juga community drumming. Saya ingin mengetahui kepada pihak kementerian apakah jenis-jenis bantuan dan kadar yang telah diberi oleh kementerian terhadap untuk meringankan atau untuk memberi bantuan kepada kos transportation supaya harga barang di luar bandar di hulu sungai sama dengan harga barang di bandar? Oleh sebab kebelakangan ini kita ada menerima kompelin daripada pekedai-pekedai runcit di luar bandar yang mengatakan bahawa mereka menghantar list barang-barang yang mereka beli kepada wholesaler tetapi mereka tidak dapat claim transport daripada mereka yang memberi transport daripada wholesaler tersebut. Jadi ini jadi satu masalah dan mereka disuruh untuk mengurangkan harga di kedai runcit mereka supaya sama dengan yang di bandar-bandar ini. Jadi saya ingin ketahui daripada kementerian apakah jenis bantuan tersebut kadarnya sama ada ianya dari segi volume ataupun berat barang itu dan seterusnya. Kedua, saya ingin juga ketahui daripada kementerian program community drumming ini yang dahulu telah dilaksanakan dalam beberapa tahun dahulu dan saya ketahui juga beberapa syarikat telah dilantik untuk melaksanakan community drumming ini di kawasan pedalaman. Saya ingin tahu bagi negeri Sarawak, berapakah syarikat-syarikat yang telah dilantik oleh kementerian untuk mengusahakan projek community drumming ini sebab satu masalah adalah di beberapa tempat di kawasan luar bandar di Kanowit juga perkara ini terjadi bahawa walaupun mereka ini diberi bantuan untuk menjual petrol dengan harga yang subsidi tetapi kebayakannya tidak sampai kepada rakyat di kawasan luar bandar. Mereka pun telah mengadu bahawa harga petrol masih mahal. Tadi rakan saya daripada Hulu Rajang juga telah menyebut di kawasan Asap memang benar terjadi di sana di mana apabila orang-orang tempatan ingin membeli petrol subsidi mereka kata susah tiada lagi. Dalam minggu pertama sudah habis hilang, tidak tahu ke mana pergi. Butiran seterusnya adalah Butiran 090700 berkenaan dengan NKEA terutamanya di bawah KR1M atau Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Saya ingin mengetahui pada kementerian di kawasan, adakah semua kawasan Parlimen sudah ditubuhkan Kedai 1Malaysia ini? Kalau tidak salah saya di Kanowit mungkin sudah pun dua tiga hari sebab dalam beberapa bulan yang lalu belum ada lagi. Kedua, apakah feedback daripada pengguna dan mereka yang membeli barang daripada KR1M ini sama ada mereka puas hati dengan harga barangan di situ ataupun adakah barang-barang yang dijual di sana mencukupi untuk keperluan harian mereka dan juga apakah cara mereka yang mengendalikan KR1M ini di setiap kawasan yang telah diadakan KR1M. Seterusnya Butiran 020300 - Pembangunan Francais, juga saya ingin ketahui apakah jenis bisnes francais di Malaysia ini yang telah dimajukan di seluruh negara dan adakah ia juga akan sampai kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak ini dan bilangan syarikat bumiputera yang telah menceburkan diri dalam bisnes francais ini dan saya juga difahamkan bahawa sesetengah francais ini pernah juga menembusi pasaran luar negara dan apakah jenis francais yang telah pergi ke luar negara? Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi untuk saya turut terlibat dalam B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Saya ingin menyentuh Butiran 010200 iaitu hal yang berkaitan dengan perlindungan pengguna, dasar-dasar dan strategi perancangan strategik untuk Dasar Perlindungan Pengguna. Saya seronok tengok rakan saya Timbalan Menteri senyum dekat saya dan nampak dia ambil alih kuasa Menteri sekarang ini untuk menggulung perbahasan. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah Dasar-dasar Perlindungan Pengguna ini untuk melindungi pengguna khususnya dalam berhadapan dengan isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan kesan-kesan daripada kenaikan harga barangan utama yang menyebabkan seperti mana minyak, gula dan sebagainya menyebabkan berlaku rangkaian kenaikan harga-harga barang. Jadi bagi saya, saya faham dari segi hendak lindungi pengguna ini supaya dia dapat dilindungi kalau sekadar hendak dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak menyentuh soal beban sara hidup dia, saya tidak lihat bahawa itu sebagai satu keperluan yang sangat mendesak kepada pengguna-pengguna.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pengguna hendakkan perlindungan kepada diri mereka supaya mereka itu dapat terelak daripada berdepan dengan permasalahan kos sara hidup iaitu kenaikan harga barangan. Jadi saya juga hendak dapat penjelasan apakah langkah-langkah kerajaan seterusnya untuk memastikan bekalan barangan keperluan pada kadar harga yang murah macam mana dibuat di Sungai Limau hari itu. Saya hendak tanya apakah perancangan strategik kerajaan khususnya kementerian akan buat di setiap kawasan Dewan-dewan Undangan Negeri iaitu sebulan sekali pun saya ingat bagus sudah. Sebulan sekali boleh buat untuk jual gula RM1 sekilo. Saya tengok...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tumpat bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat, gula sebagaimana Yang Berhormat sebut di Sungai Limau RM1 sekilo itu adakah Yang Berhormat ingin tahu sama ada kadar penyakit kencing manis telah tiba-tiba meningkat di Sungai Limau ataupun sebagainya? [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, itu satu soalan yang sangat baik untuk kita hendak tahu kesan. Pegawai-pegawai belakang itu boleh buat research dengan Kementerian Kesihatan tengok jika dalam tempoh lepas pilihan raya itu kadar kencing manis meningkat terus mendadak naik sebab gula harga RM1. Sebab hujah kerajaan bukan setakat hujah Kementerian Kesihatan, hujah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pun kata macam itu. Itu yang saya kadang-kadang dia terbalik. Orang Kedah kata, Yang Berhormat Timbalan Menteri orang Kedah, dia terbalik kot. Orang Kedah panggil...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena itu sambil menyindir itu.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sindir-menyindir dalam keadaan aman.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Sindir-menyindir itu bawa bahagia. Jadi saya hendak dapat penjelasan sebab walaupun melawak tapi saya kata bahawa penjualan itu satu benda yang bagus. Penjualan harga RM1 memudahkan sebab orang dari kawasan Yang Berhormat DUN Bakar Bata berderet beratur. Saya tanya mari mana? Dia kata, mari Taman Wira Mergong. Mari mana? Depa kata mari belakang nun, belakang market borong. Ramai orang DUN Bakar Bata tempat Yang Berhormat Senator Timbalan Menteri mari beratur hendak gula RM1. Jadi maknanya langkah kerajaan itu saya anggap satu langkah yang sangat baik bagi saya bila jual gula RM1. Minyak masak tiga kilo RM5. Kemudian beras pun jual

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

sekampit RM5, yang lima kilo punya. Sekampit RM5. Maknanya sekilo RM1 lah. Bererti murahlah bagi saya. Jadi saya hendak tanya bila pula hendak buat? Saya harap-harap kalau ada hendak buat di kawasan Pokok Sena saya sediakan tempat. Sediakan tempat boleh buat karnival di Markas Kompleks PAS pasal Pokok Sena itu luas. Luas boleh buat karnival hendak jual apa, hendak jual UMNO pun boleh [Ketawa] Kita hendak jual UMNO, hendak lelong pun boleh. Kita boleh cari meja hendak jual macam Ahmad Nisfu jual itu. Jadi saya harap bahawa pihak kerajaan dapat menjelaskan sebab tindakan dan langkah-langkah yang seperti itu bagi saya bahawa satu tindakan yang baik dan saya puji sungguh walaupun ia contradict dengan langkah dan tindakan kerajaan menghapuskan subsidi gula yang menyebabkan kenaikan harga gula dan sebagainya tapi maknanya kerajaan berusaha hendak jual tapi hendak jual pada kadar murah. Hendak meringankan beban rakyat. Jadi saya hendak tanya bila perancangan strategik itu kena ada? Jangan tunggu wakil rakyat mati baru hendak buat. Kalau tunggu wakil rakyat mati lepas ini orang susah dia kata jom kita tembak wakil rakyat mana bagi mati kita boleh gula RM1, kan? Jadi saya takut nanti Tuan Pengerusi pun kena juga. Dia pergi tembak Tuan Pengerusi di Beluran gula RM1. Jadi kementerian di luar itu jangan perancangan itu hanya tunggu wakil rakyat pergi. Tunggu wakil rakyat jalan itu maknanya masalah kepada politik negara kita ini. Rakyat akan menganggap bahawa kita hendak harga murah, kontraktor pula hendak projek dia kata kita upah lorry buggy mana belah wakil rakyat. [Ketawa] Mampus wakil rakyat, mati, besok ada projek askar. Jadi kontraktor dapat jalan. Jadi macam itu juga kita tidak mahu nanti rakyat dia terpahat dia kata hendak gula RM1 buat majlis doa minta bagi wakil rakyat mati cepat. Jadi saya hendak tanya perancangan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebab Yang Berhormat Menteri pun hebat, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun hebat, pegawai-pegawai di belakang pun hebat-hebat belaka tentu ada perancangan strategik bila hendak jual pula hendak buat karnival rakyat ini hendak jual gula RM1, minyak masak murah, kemudian beras pun harga murah dan sebagainya insya-Allah. Yang keduanya ialah dari segi penguatkuasaan 010300, yang berkaitan dengan masalah kenaikan harga barang yang begitu mendadak kenaikan barangan yang kadang- kadang kalau kita lihat memanglah kerajaan selalu berhujah mengatakan bahawa sepatutnya kenaikan harga gula ini tidak membawa kepada kenaikan harga yang tinggi. Akan tetapi kalau kita lihat bahawa hakikatnya memang berlaku kenaikan harga barangan yang begitu tinggi. Jadi saya hendak minta penjelasan kerajaan apa langkah-langkah tindakan penguatkuasaan untuk memastikan supaya kenaikan harga barang itu tidak berlaku. Kalau berlaku pun memang dia berlaku pada kenaikan yang paling minimum tapi macam mana hendak pastikan supaya peniaga-peniaga ini boleh ikut kadar kenaikan minimum sebab depa pun dok kata kat saya hang mai meniaga tengok. Baru hang tahu macam mana masalah kenaikan harga gula, kenaikan harga minyak dan sebagainya akan memberikan kesan yang sangat besar kepada peniaga-peniaga. Jadi sebab itu saya pun minta juga Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan khususnya dia berhenti sat jadi Menteri dia turun pergi meniaga di tepi jalan itu kot-kot dia boleh dapat bekalan gula murah, dia boleh cucur harga murah, dia boleh jual cendol harga murah. Jadi dia berhenti sat jadi Menteri atau dia ambil cuti tanpa gajikah, kemudian dia pergi meniaga cendol tepi jalan. Dia meniaga cendol tepi jalan jadi dia jual dengan harga yang murah. Orang lain jual RM1.20, dia jual 70 sen semangkuk. Kalau boleh. Jadi saya hendak tanya macam mana kerajaan hendak pastikan supaya tidak berlaku kenaikan tersebut. Ini untuk membantu dari segi peniaga-peniaga itu sendiri. Yang ketiganya ialah saya juga hendak sebut berkaitan dengan harga beras ini walaupun beras ini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tapi bila masuk kedai meniaga, kedai-kedai runcit dia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sebab saya seronok kalau boleh dapat beras harga murah ini dan beras pula beras yang berkualiti. Akan tetapi saya lihat bahawa macam tidak ada

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

sebab kerajaan ada mengeluarkan subsidi beras import daripada Vietnam 5% hancur. Beras itu diberikan subsidi dan dicopkan di sini, ini invoisnya [Menunjukkan invois berkaitan] ialah untuk pengkampitan Program Beras Subsidi Kerajaan. Jadi kalau betul maknanya kita hendak di kedai-kedai runcit ini ada beras 5% yang disubsidi oleh kerajaan. Saya tak faham bahawa beras yang disubsidi oleh kerajaan ini ialah beras 15% sahaja yang disubsidi oleh kerajaan. Maknanya kita rakyat biasa ini boleh pergi beli dengan harga yang murah kerana kerajaan telah subsidi kepada BERNAS kemudian BERNAS boleh jual kepada pemborong dan sebagainya dan juga kepada peruncit. Jadi saya dok lihat bahawa tidak ada harga yang murah ini. Harga yang murah ini tidak ada malah beras subsidi 15% itu pun tidak ada di pasaran. Jadi macam mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hendak ada kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pastikan supaya kalau boleh bukan beras 15% yang disubsidi ini tapi mesti beras yang 5%.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Beras 5% ini kerana ini merupakan beras yang lebih baik. Sebab kalau beras 15% kadang-kadang kalau ada di kedai pun beras itu memang beras yang tidak ada kualiti.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena sementara dok beras hancur tadi. Ini hendak tanya pasal kalau boleh Yang Berhormat Pokok Sena tanya juga Yang Berhormat Menteri apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena tentang Kedai 1Malaysia ini.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ini kerana seingat saya, pada penggal yang lalu khususnya pada tahun – masa kita bincang bajet yang lalu, Mydin store ini diberikan status sebagai pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia. Di antara peranan Mydin store ini ialah mengurus kos kerja-kerja pengubahsuaian kedai, latihan dan pengambilan kakitangan, pengurusan sistem points of sale dan yang lebih penting sekali ialah pembekalan barang yang bersesuaian. Jadi adakah pendapat Yang Berhormat Pokok Sena bahawa program ini masih berterusan ataupun Yang Berhormat Pokok Sena merasakan Mydin ini masih lagi terlibat secara langsung dalam urusan Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Macam mana pendapat Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena boleh habiskan, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih. Jadi saya hendak ringkaskan jadikan pencelahan Yang Berhormat Sungai Petani sebahagian daripada pertanyaan saya Yang Berhormat Menteri kena jawab. Jadi, akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Perdagangan Dalam Negeri iaitu berkaitan dengan pemantapan kementerian ini untuk membantu penyertaan bumiputera dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal bidang perniagaan. Jadi saya hendak minta juga, hendak sentuh sikit berkaitan dengan baru-baru ini timbul isu stesen minyak Petronas tetapi bukan pasal minyak tetapi kerana kedai barang. Kedai barang. Kedai Mesra Petronas itu sudah jadi macam mini market. Macam mini market. Macam-macam barang ada boleh kita dapat. Cuma apa peranan untuk memastikan supaya penyertaan bumiputera itu secara menyeluruh untuk menjadi pembekal kepada kedai-kedai Mesra ini sebab kalau kita tengok Petronas macam meletakkan satu syarat. Jadi saya minta supaya kementerian ada campur tangan supaya diberikan kebebasan kepada pengusaha stesen minyak yang juga pengusaha kepada kedai-kedai Mesra ini untuk mendapatkan bekalan daripada bumiputera yang ada berdekatan supaya dapat membantu penyertaan bumiputera itu sendiri untuk menjual dan membekalkan barang-barang ke kedai Mesra. Jadi saya minta penjelasan khususnya yang tadi itu. Saya hendak sebutlah. Maknanya perlindungan kepada pengguna, kemudian bila hendak buat lagi beras murah dan sebagainya. Akan tetapi kena buat murah betullah. Kalau boleh susu pun jangan susu

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

luput tarikh. Di Sungai Limau itu ada juga mereka bagi susu luput tarikh. Mereka bagi percuma. Mereka bagi susu luput tarikh. Jadi kita harap maknanya bagi yang betul-betul elok. Yang Berhormat, boleh ya? Yang Berhormat nampak kemas lagi itu. Okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut berbahas bagi bekalan 25, Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik. Tuan Pengerusi, antara kuasa yang dibuat oleh kementerian ini ialah dalam pengeluaran lesen jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung. Melalui jualan langsung ini, sudah ramai peniaga-peniaga yang telah berjaya termasuk juga bumiputera. Dalam hal ini, banyak juga jualan langsung yang dibuat secara tanpa lesen daripada Akta Jualan Langsung sedangkan ia dipasarkan dan dijual melalui dengan cara-cara pendekatan multilevel marketing. Sebahagian besar daripada produk-produk seperti ini adalah produk yang bersifat maya. Produk yang tidak boleh dipegang dan sebagainya. Pihak syarikat ini nampaknya mereka telah melihat lompang – loop hole dalam Akta Jualan Langsung ini dengan tidak mendapatkan lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dan memasarkan secara multilevel. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Apakah kementerian membuat pemantauan terhadap syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan secara jualan langsung tanpa adanya mempunyai lesen AJL. Jika sekiranya ia berleluasa dan dibiarkan, apabila ada masalah, syarikat berkenaan dengan yang terlibat dalam perniagaan ini tidak ada peraturan yang boleh dirujuk kembali. Itu pertanyaan saya yang pertama. Seterusnya saya beralih ke Butiran 020400 – Pembangunan Koperasi bersama- sama juga dengan Butiran 040000 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tuan Pengerusi, peranan koperasi dalam pembangunan melahirkan usahawan, membangunkan masyarakat sudah diakui dan begitu penting dan di kawasan saya di Tuaran, kita mempunyai lebih 43 buah koperasi yang sudah sekian lama menjalankan perniagaan dan kita sedang berusaha untuk mencapai lebih 100 buah koperasi dalam masa yang terdekat. Kita berterima kasih kepada kementerian ataupun kerajaan kerana adanya dana- dana pinjaman mudah yang diberikan kepada koperasi-koperasi ini iaitu sampai maksimum RM50,000 bagi satu pinjaman. Saya ingin mencadangkan sebab pinjaman ini begitu baik dan dengan pengurusan koperasi yang berhemah berpandukan kepada akta yang sedia ada, semuanya berjalan dengan baik. Saya ingin mencadangkan supaya pinjaman mudah yang sekarang ini maksimum RM50,000 kalau boleh dinaikkan kepada RM100,000. Jika sekiranya koperasi ini ingin mempertingkatkan lagi perniagaan dia dengan pinjaman mudah sebanyak RM50,000 yang sedia ada. Dia tidak dapat menampung. Dia tidak mampu untuk memperbesarkan lagi perniagaan-perniagaan koperasi. Saya juga ingin mencadangkan supaya koperasi-koperasi ini apabila melibatkan dalam perniagaan, dalam bidang pelancongan, tidak perlulah koperasi ini menubuhkan lagi syarikat-syarikat, anak syarikat di bawah SSN ataupun sendirian berhad. Sebagai contoh, di kawasan saya ini banyak tempat destinasi pelancongan yang cantik yang boleh dibangunkan dan koperasi berpotensi untuk membangunkan destinasi pelancongan ini. Dia boleh melibatkan perniagaan dalam travel agent dan sebagainya. Akan tetapi apabila koperasi melibatkan dalam perniagaan travel agent dan sebagainya, dia perlu menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad dan barulah mendapat lesen daripada Kementerian Pelancongan. Ini menyulitkan dan sebenarnya menjadi bebanan menyebabkan koperasi ini tidak dapat menjalankan perniagaan, menyekat penglibatan koperasi dalam perniagaan pelancongan. Jadi saya ingin mencadangkan di situ. Kedua, dalam hal pembangunan koperasi ini, kita berterima kasih kepada kerajaan sebab telah mengambil pendekatan menubuhkan Majlis Perundingan Koperasi di peringkat Parlimen. Di kawasan saya di Tuaran, kita sudah pun mulakan gerakan dan banyak aktiviti yang kita sudah mulakan.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Cuma saya ingin mencadangkan kalau boleh pihak kementerian beri sedikit dana kepada majlis-majlis ini dalam apa juga bentuk supaya kita dapat memperhebatkan lagi gerakan koperasi kita di peringkat kawasan Parlimen khususnya untuk memberi penjelasan. Penjelasan kepada rakyat, kepada ketua-ketua keluarga dan sebagainya yang berminat dengan koperasi ini tentang konsep koperasi, tentang dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pembangunan koperasi dan sebagainya. Ini kerana setakat ini, kita tidak mempunyai dana yang sedemikian rupa untuk tujuan ini. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, saya ingin menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk kepada Butiran 030400 – Standard Kepenggunaan. Tuan Pengerusi, saya ada dua isu sahaja. Pertama ialah kita tahu kita ada banyak jenis scam yang tipu helah, yang menipu pengguna. Di kawasan saya, scam macam scratch and win itu memang amat berleluasa yang mana mereka hendap orang muda pergi MidValley, pergi ke hadapan mungkin Stesen Puduraya dan berbagai-bagai tempat yang mana ramai orang berkumpul. Mereka akan berkumpul kepada seseorang dan minta dia buat scratch, kertas itu dan oh, dia sudah menang hadiah. Hadiah besar, hadiah mesti disedia dan apa lagi. Selalunya mereka yang tertipu itu mereka tidak sedar dan mereka selalu kata tidak tahu macam mana mereka boleh ikut orang muda itu pergi ke syarikat itu. Selalunya mereka kata mereka ditipu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kereta itu akan diberi kepada mereka lebih RM100,000 ataupun alat-alat elektrik yang lain, tetapi dia kena bayar duti import, tax. Duti import untuk keluarkan barang itu. Mereka pun keluarkan wang daripada bank mereka, kadang-kadang RM10,000. Ada yang saya pernah dengar kes RM70,000 lebih. Mereka bayar begitu sahaja, mereka ingat dapat hadiah yang besar. Mereka hanya bayar cukai kepada kerajaan. So, banyak kes selepas bila mereka balik fikir sebentar, tiba-tiba sedar kena tipu. Datang cari saya. Saya pun tidak tahu macam mana hendak mengendalikan kes, kerana satu minggu boleh dua tiga kes yang kena tipu datang kepada saya. Syarikat-syarikat itu berada di kawasan Parlimen saya. Ada tiga, saya pun tahu di mana terletak syarikat-syarikat itu. Kami pun selalu galakkan mereka pergi buat laporan polis. Polis pun tahu dimana mereka tetapi tidak boleh ambil tindakan kerana undang-undang yang ada pada kita sekarang itu memang tidak ada undang-undang untuk menangani kes tipu scratch and win seperti ini, kes macam ini. Saya juga difahamkan ini adalah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Jadi, saya hendak minta pihak kementerian, bolehkah mengkaji bagaimana kita boleh ketatkan undang-undang kita lagi ini untuk menangani semua kes tipu yang amat berleluasa. Walaupun yang datang pada saya itu, ramai adalah orang Cina, kadang-kadang orang muda, malah mereka bagi simpanan untuk ke luar negara untuk meneruskan pelajaran dan sebagainya kepada saya. Saya juga difahamkan ada pula orang business dan juga kaum lain, mereka ditipu lebih tetapi kerana hendak jaga muka tidak berani buat laporan. Jadi, saya hari ini hendak mintalah, pihak kementerian kaji bagaimana kita bekerjasama dengan pihak polis, bagaimana kita mengetatkan undang-undang seperti ini lagi? Isu kedua ialah saya hendak tahu sama ada kementerian ada satu garis panduan untuk meluluskan supermarket, hypermarket kerana di kawasan seperti Kuala Lumpur ataupun banyak tempat di Selangor, kadang-kadang satu jalan ada banyak hypermarket, supermarket. Misalnya saya hendak ambil satu contoh, Jalan Klang Lama kawasan saya, sekiranya Yang Berhormat datang ke kawasan saya Batu 3 Jalan Klang Lama, Yang Berhormat akan jumpa Tesco, selepas itu 50 meter lagi akan jumpa Pearl Point, Econsave kalau masuk sedikit lagi Plaza OUG, kita akan nampak ada Parkson. Kalau masuk ke Sri Petaling, dua kilometer dari tempat itu ada Jaya Jusco dan di sebelah pusat khidmat saya, NSK beroperasi 24 jam. Itu adalah pasar raya pemborong, jadi barangan itu lebih murah, 24 jam pun boleh kalau saya hendak beli sayur dan pada waktu

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

malam pukul 12 larut malam saya boleh pergi beratur beli senang. Akan tetapi, masalah sekarang ialah yang pasar pagi kita semua itu mati. Penjaja kata, mereka macam mana hendak bersaing dengan pasar raya pemborong yang begitu besar yang ada aircond selesa ini? Ramai penjaja di pasar pagi kawasan saya ini, mereka tidak dapat bantuan daripada pihak kerajaan, DBKL pun tidak tolong mereka, tidak ada tempat parking, orang datang beli sayur mereka, polis pergi bagi saman, DBKL bagi saman. Semua ini menjadikan mereka lebih susah untuk cari makan. So, sekarang ini ialah saya hendak tanya, apakah garis panduan bagi pihak kementerian bila luluskan supermarket, hypermarket ini? Hal ini saya pernah bangkitkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, dia kata ini fasal kementerian. Kementerian bagi lesen, DBKL tidak ada masalah. Bila tanya kementerian, kementerian kata ini DBKL punya fasal. So, saya rasalah, kalau dalam bajet untuk tahun depan, kalau Kerajaan Pusat telah pun ada peruntukan bagi mereka buat pasar malam, ataupun jadi penjaja, saya rasa kalau tujuan kerajaan adalah jaga mereka yang berpendapatan rendah untuk cari makan, saya rasa kita harus ada satu kawalan terhadap hypermarket, supermarket yang terlalu banyak dalam satu kawasan itu supaya penjaja dan peniaga kecil di sesuatu tempat itu mereka boleh cari makan dan boleh hidup. Saya rasa adalah penting bagi pihak kementerian kita harus kalau hendak luluskan yang supermarket atau apapun kita harus bagi kepentingan kepada syarikat tempatan. Kita ada banyak syarikat tempatan, KK kah, ada banyak lagi nama yang saya tidak ingat. Akan tetapi, bukan bagi mereka pelabur asing Tesco, Carrefour - mereka semua ini adalah pelabur asing yang ada dana yang besar. Saya rasa dari segi kita bagi kelulusan, ini adalah garis panduan yang mana kerajaan mesti ada satu garis panduan untuk menjaga peniaga tempatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 090500 iaitu Program Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil yang telah diperuntukkan sebanyak RM66 juta. Penjaja dan peniaga kecil yang kini jumlah hampir 1.5 juta merupakan satu golongan yang harus dipandang – jangan dipandang sepi oleh kerajaan tetapi harus diberikan keutamaan sama rata khususnya dalam usaha mereka untuk maju dalam perniagaan. Penjaja dan peniaga kecil berterima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan dan menyediakan pinjaman untuk mereka melalui AIM dan TEKUN. Namun demikian, terdapat beberapa masalah kepada penjaja dan peniaga kerana sistem pinjaman yang agak sukar untuk dapat dan mengambil masa yang lama. Umpamanya lebih dari tiga bulan, satu permohonan tidak dapat dipertimbangkan. Jadi, mereka yang ingin berniaga agak sukar dan kecewa dengan tindakan itu. Kalau tidak dapat pinjaman daripada TEKUN dan sebagainya, mereka meminjam kepada ah long. Ini merupakan satu yang sangat tidak digalakkan kerana ah long ini maklum sahaja lah, keras dan kasar. Saya berharap pada kerajaan dapat mengkaji semula mekanisme yang digunakan untuk menguruskan satu pinjaman oleh peniaga-peniaga kecil. Pada masa yang sama, isu lesen dan premis perniagaan harus juga diberikan perhatian oleh kerajaan dalam usaha untuk memberikan peluang kepada mereka untuk meraih pendapatan. Isu kedua ialah tentang 020300 – Program Pembangunan Francais. Program Pembangunan Francais adalah satu program pemasaran berteraskan konsep persyarikatan Malaysia bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem francais memungkinkan penyertaan usaha-usaha kecil dan sederhana ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang besar tanpa risiko yang tinggi. Di bawah sistem ini, syarikat induk ataupun francaisor memberikan hak pemasaran, pengajaran yang komprehensif kepada usahawan kecil dan sederhana atau syarikat bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang telah dikenal pasti. Cuma yang jadi masalah kepada sistem ini ialah kadang-kadang bayaran yang dikenakan terlampau tinggi dan menyebabkan mereka yang hendak memulakan perniagaan itu tidak mampu. Umpamanya, bagi peniagaan burger, francaisor mengenakan sekurang-kurangnya antara RM15,000 hingga RM18,000 kepada peniaga-

peniaga burger, modal mereka RM5,000. Ini menyebabkan mereka merasa tertekan oleh francaisor yang mengenakan modal yang tinggi. Oleh kerana itu, saya berharap kerajaan melihat kembali perkara ini. Keduanya, apakah matlamat peniaga francais kita? Apakah hanya kita buka di Malaysia semata-mata ataupun ada suatu usaha pengukuhan kepada peniaga francais ini untuk dikukuhkan dalam negeri dan dilebarkan ke luar negara? Ini supaya peluang-peluang kepada peniaga-peniaga kita akan dapat lebih luas lagi sama ada di dalam negeri dan di luar negara. Itu sahaja Tuan Pengerusi saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya merujuk B.25, Butiran 020000. Saya ingin merujuk tentang pembinaan pasar raya hypermarket di seluruh negara dan perlunya memantau dan mengawasi perkembangan yang tidak terkawal mereka. Terutamanya di bandar-bandar kecil atas kesan-kesan kepada kedai-kedai runcit dan kedai peniaga kecil. Tanpa pemantauan ini akan berterusanlah ramai lagi peniaga kecil bumiputera da bangsa lain akan dan sedang mengalami nasib yang tidak baik. Mengikut garis panduan Kementerian Perdagangan membenarkan sebuah hypermarket beroperasi bagi setiap 350 orang penduduk. Kedua, hypermarket dibenarkan beroperasi dalam radius 35 kilometer dari kawasan perumahan dan pusat bandar. Ketiga, syaratnya adalah kajian impak mengenai perniagaan runcit setempat sedia ada hendaklah dibuat sebelum hypermarket baru diluluskan. Malangnya ketiga-tiga syarat di atas tersebut sering tidak dipatuhi dan mengakibatkan banyak masalah yang dihadapi oleh peniaga tempatan. Tanpa perhatian dan tindakan, banyak lagi kedai runcit bukan sahaja yang dipunyai oleh bumiputera tetapi bangsa-bangsa lain juga akan terus terjejas. Contohnya supermarket dan juga kedai runcit terutamanya di sekitar Kuala Terengganu, salah satunya adalah hypermarket tempatan Sabasun terpaksa bersaing dengan Giant dan Mydin dalam kawasan penduduk 300,000 orang. Di sebelahnya ada dua lagi hypermarket Giant dan Mydin. Bukan itu sahaja malahan Giant dan Mydin diberi keutamaan dan lesen hypermarket tempatan tidak diperbaharui. Dalam masa yang sama lebih kurang tujuh kilometer lagi terdapat tiga lagi supermarket, hypermarket baru iaitu satu Giant, satu Mydin dan Jaya Jusco sedang dibina dan dalam persiapan terakhir. Catchments area nya yang sama iaitu lebih kurang 350,000 orang penduduk iaitu lima hypermarket besar dalam satu kawasan yang tidak mungkin akan boleh menampung dengan dari segi buying power. Malahan pasar-pasar tradisi juga akan menghadapi masalah. Masalahnya Tuan Pengerusi ialah kadang kalanya pemimpin-pemimpin politik kita ingin menunjukkan perkembangan fizikal tetapi yang merananya adalah peniaga-peniaga kecil yang selama ini menampung keperluan orang tempatan. Kalau negara Perancis telah memperkenalkan undang-undang yang dipanggil Undang-undang Royer pada tahun 1973 (The Royer Act 1973), bagi melindungi peniaga- peniaga kecil dan sederhana yang menghadapi pasar raya-pasar raya besar, kenapa kita tidak boleh bertegas dengan peraturan yang ada sekarang ini untuk membendung masalah yang dihadapi oleh peniaga tempatan? Kerajaan Jepun juga telah memperkenalkan undang-undang untuk mengawal pertumbuhan tidak terkawal pasar raya untuk melindungi peniaga kecil mereka. Saya ingin merujuk pada 13 Ogos 2009, Utusan Malaysia pernah melaporkan fenomena pasar raya besar yang telah menekan dan mengancam peniaga-peniaga kecil. Dewan Perniagaan Melayu juga telah melaporkan seramai 12,000 orang peniaga-peniaga tempatan menghadapi masalah dan keadaan nyawa-nyawa ikan untuk hidup. Itulah keadaannya semasa ini dan kita belum lagi mengambil kira beberapa lagi kedai 7-Eleven, 1Malaysia dan sebagainya. Ini yang kadang-kadangnya bertempat begitu dekat di antara satu dengan lain. Boleh dikatakan 100 meter, 200 meter ada satu lagi 7-Eleven. Untuk

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

bandar-bandar kecil ini merupakan satu masalah besar kepada orang-orang tempatan. Kita perlu ingat peniaga kedai runcit merupakan asas penting, asas ekonomi bandar-bandar kita. Anak-anak tuan punya kedai bukan sahaja dapat duit untuk bersekolah tetapi juga mendapat latihan praktikal untuk belajar selok-belok perniagaan pada usia yang muda untuk membantu keluarga mereka. Jadi Tuan Pengerusi saya mohon pihak berkenaan untuk mengambil perhatian untuk memberi penekanan kerana garis panduan ini telah lama wujud. Akan tetapi kenapakah seperti yang dikatakan oleh colleague saya tadi Yang Berhormat Seputeh, kenapa begitu banyak hypermarket antarabangsa dibenarkan masuk sementara kita ada hypermarket, supermarket tempatan yang boleh memberi servis yang sama. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya saya akan bagi Yang Berhormat Sibu kemudian Yang Berhormat Sungai Petani selepas itu Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu membangkitkan beberapa isu di sini. Di bawah Bekalan B.25, Butiran 070300 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming. Di sini saya mahu menanyakan kementerian tentang berapakah point of sales of the mengenai minyak di kawasan Sarawak dan Sabah? Ini kerana didapati bukan semua stesen minyak di kawasan luar bandar, rural area ada subsidi untuk menyeragamkan minyak di rural area. Jadi saya mahu minta berapakah point of sales di Sarawak dan Sabah? Bolehkah kementerian memberikan satu list tentang syarikat yang terlibat dalam POS ini? Saya juga mahu menanyakan bagaimana kementerian melantik POS iaitu point of sales ini kerana saya mendapati banyak tempat di pedalaman tidak mudah untuk menjumpai stesen minyak yang ditentukan oleh kementerian ini. Jadi susah mencari minyak yang harganya diseragamkan ini. Satu lagi ialah Butiran 070600 – Program 1Malaysia 1Harga. Saya mahu menanyakan kementerian bagaimana proses 1Malaysia 1Harga ini dijalankan? Saya mendapati di pedalaman Sarawak keutamaannya di kawasan Rajang Basin, Kapit, Som hanya satu syarikat yang terlibat dalam program ini. Jadi hanya satu syarikat yang terlibat menyebabkan subsidi ini mudah disalah gunakan. Saya mendapati bahawa syarikat ini, dia pergi kedai runcit yang lain untuk mengumpul invois-invois mereka. Kalau mengumpul invois mereka, dia suruh mereka atas invois itu tukar nama syarikat kepada syarikat yang ditentukan oleh kementerian itu dan mengumpul invois dari kedai runcit tukar nama kepada syarikat sendiri supaya dia ambil invois itu pergi kementerian untuk menuntut subsidi ini. Jadi sebagai balasan dia hanya memberikan sebahagian daripada subsidi kepada kedai runcit itu sahaja. Jadi proses ini saya rasa sudah disalahgunakan. Mungkin ada banyak pembaziran dengan apa yang berlaku di sini. Jadi saya harap kementerian memandang ke atas perkara ini. Untuk Butiran 090300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga. Di sini saya nampak sebanyak RM28 juta diperuntukkan untuk Pegawai Pemantau Harga. Jadi saya mahu tanya menanyakan kementerian, sebenarnya berapa orang pegawai yang ada turun padang untuk memantau harga atau memantau proses-proses seperti yang saya cakap tadi. Anggaran RM28 juta ini bukan satu anggaran kecil, ia merupakan satu anggaran yang besar.

Jadi saya mahu tahu, berapakah pengawal yang terlibat, dan saya mahu bertanya mengapa di dalam Butiran ini ‘cakap’ “One Off” sahaja. Bukankah pengawal pemantau ini ialah petugas sepanjang masa atau ia hanya sementara sahaja, sini ‘cakap’ “One Off” sahaja? Jadi, saya mahu penjelasan dari kementerian. Dan juga tentang minyak diesel. Tuan Pengerusi, penyeludupan minyak diesel adalah satu masalah yang sudah bertahun-tahun berlaku. Akan tetapi masih lagi masalah tidak dapat diatasi oleh kementerian. Saya rasa penyeludupan diesel ini sudah menyebabkan satu kerugian yang besar kepada negara kita sehingga pengguna-pengguna biasa selalunya menghadapi kekurangan minyak diesel, sehingga banyak stesen minyak

mengehadkan pengisian minyak diesel. Mereka hadkan pengguna mengisi mungkin RM50 sahaja. Kamu hanya boleh mengisi RM50, atau RM20. Saya pernah dengar ada orang kompelin kepada saya, stesen minyak hadkan mereka mengisi minyak diesel RM20 sahaja. Jadi, masalah ini sudah lama berlaku. Saya haraplah kementerian kali ini.. [Disampuk] Ini kalilah- betul-betul mengatasi masalah penyeludupan minyak ini. Tentang masalah ‘korek’ dan menang. Saya rasa masalah ‘korek’ dan menang bukan sekadar berlaku di kawasan Seputeh...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Gores, gores!

Gores. Ya gores dan menang, sorry - scratch and win. Saya dapati Yang Berhormat Seputeh bercakap, setakat ini tidak ada undang- undang untuk mengatasi masalah ini. Bila saya mencari jawapan daripada kementerian di ‘Jabatan Perdagangan’ di kawasan saya, mereka cakap, pada masa kini kita tidak boleh cakap mereka ini tipu pengguna. Kami hanya boleh cakap, pengguna itu beli dengan harga yang lebih mahal sahaja. Jadi, saya haraplah kementerian betul-betul menggubal satu undang-undang yang boleh mengatasi masalah ini. Satu lagi butiran yang saya mahu sentuh ialah Butiran 090600 – Reducing Cost of Living. Di dalam butiran ini sebanyak RM30 juta diperuntukkan. Jadi, saya mahu kementerian menjelaskan, apakah program yang dijalankan untuk reducing cost of living memandangkan sekarang our cost of living is increasing. Jadi, saya mahu kementerian menjelaskan butiran ini. Satu lagi saya mahu menyentuh ialah Butiran 090500 – Program Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil. Tuan Pengerusi, saya mendapati di kawasan saya Sibu terdapat banyak penjaja dari negara China. Jadi, apa pendirian kementerian tentang penjaja-penjaja negara China ini kerana penjaja-penjaja negara China ini sudah menjejaskan perniagaan penjaja tempatan. Saya tengok semakin ramai penjaja China ini masuk ke negara kita menjalankan perniagaan mereka. Ke mana pergi penguat kuasa daripada kementerian untuk mengatasi masalah ini. Semakin ramai, semakin banyak sekarang. Saya harap masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan.

Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada beberapa perkara sahaja yang hendak sebut. Pertamanya ialah tentang Butiran 020300 - Pembangunan Francais, ini saya kira antara yang penting khususnya hasrat kerajaan untuk membangunkan usahawan-usahawan bumiputera. Apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan yang dilakukan ialah menunggu pengusaha-pengusaha datang untuk buat application. Seterusnya francais kan barang-barang dengan mereka. Jadi, saya mencadangkan kepada kementerian atau pun saya hendak bertanya kementerian adakah kementerian bersikap proaktif dengan melihat produk-produk yang mungkin boleh dinasihatkan supaya di francais kan. Sebagai contoh katakanlah di Kuala Kedah itu ada laksa Kedah. Laksa yang cukup sedap tetapi kerana dia dua, tiga generasi sahaja, tidak ada siapa pun peduli, anak dia pun tidak buat apa. Akhirnya bila Tok Wan dia mati, habis begitu sahaja. Akan tetapi sekiranya kementerian betul-betul aktif dan proaktif dalam hal ini melihat bagaimana laksa Kedah khususnya di Kuala Kedah itu yang baik memberikan nasihat bagaimana ianya boleh difrancaiskan. Dia jadi kopitiam kah, atau pun dua, tiga outlet makanan yang lain. Saya rasa ini harus berlaku kerana di antara kehebatan orang Melayu ialah menyediakan makanan yang sedap. Saya ingat kementerian harus melihat isu

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

ini dengan lebih mendalam supaya peluang-peluang untuk bumiputera ini berkembang dalam bidang ini semula. Baik, isu yang kedua yang saya hendak bangunkan ialah Butiran 030100 – Tribunal Tuntutan Pengguna. Saya baru-baru ini sudah ditanya oleh beberapa pengguna di kawasan saya, mereka bertanya bagaimana tuntutan ini hendak dibuat? Mereka pergi ke Pejabat Daerah, Pejabat Daerah kata ini bukan bidang kuasa mereka. Akhirnya, ada pengguna-pengguna yang tidak tahu. Jadi, saya kira kementerian harus mengambil peranan yang lebih agresif memaklumkan kepada pengguna, di manakah mereka boleh tuntut atau mendapat maklumat tentang ini, khususnya di peringkat luar bandar. Jadi, saya rasa peranan Pejabat Daerah atau pun Majlis Daerah mestilah diberikan maklumat atau pun harus ada satu kaunter di sana, bagaimana boleh melayan tuntutan-tuntutan atau pun pertanyaan-pertanyaan daripada pihak pengguna. Tuan Pengerusi, seterusnya ialah program khusus Butiran 070000, iaitu 070200 – Sumbangan kepada Badan-Badan lain. Ini kerana yang diberikan kepada kita terlalu plain, terlalu dasar. Kita pun tidak tahu, berapakah sumbangan dan badan-badan manakah yang diberikan? Apakah bentuk badan-badan yang dimaksudkan, badan-badan lain ini? Apakah justifikasi badan-badan tersebut dapat? Jadi, kita hendak tahu kementerian- badan apa, siapa dia yang dapat, di mana? Seterusnya ialah tentang program Butiran 070600. Saya setuju Program 1Malaysia 1Harga. Ini satu perkara yang memang diperkatakan. Memang ada kongkalikung. Memang ada orang yang mengambil kesempatan khususnya dalam program ini. Jadi, kita hendak tahu di sini, bagaimanakah kementerian betul-betul memastikan bahawa program ini tidak go to waste. Memang peruntukan yang besar ini tidak disalahgunakan, dan adakah mekanisme supaya mereka yang cuba menipu ini dapat diatasi dengan seberapa segera supaya peruntukan yang besar ini tidak hilang begitu sahaja? Seterusnya Tuan Pengerusi tentang One-Off – 090000, khususnya dalam Butiran 090400 – NBOS atau National Blue Ocean Strategy. Kita hendak tahu, apakah yang dimaksudkan oleh kementerian dengan “Blue Ocean Strategy” ini? Siapa yang mengepalainya, apakah fokus kita, apakah end objectivenya, dan time linenya macam mana? Saya rasa ini harus diperincikan supaya kita khususnya Ahli Parlimen dapat menerangkan kepada rakyat bahawa dalam satu jumlah yang besar- RM64 juta yang kita peruntukkan ini, betul-betul mendapat manfaat dan akhirnya blue ocean itu menjadi strategi yang betul-betul strategik. Kalau tidak ianya akan menjadi satu ‘gajah putih’ seperti yang telah pun kita lalui dalam beberapa perkara yang lalu.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Akhir sekali ialah tentang Butiran 090500 iaitu Program Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil. Saya faham penjaja-penjaja kecil banyak mendapat manfaat daripada program ini tetapi saya kira, saya minta juga satu garis panduan yang jelas kerana ada banyak kompelin yang kita terima di sana. Pertama sekali ialah tentang proses yang terlalu lambat untuk mendapatkan bantuan. Keduanya, saya minta supaya tidak ada elemen politik di sini kerana yang kita hendak bantu ini ialah penjaja-penjaja tidak kiralah dia pakai baju merah, kuning, kelabu atau apa-apa asalkan dianya betul orang yang hendak meniaga, betul genuine business people khususnya petty traders. Mereka ini harus diberi maklum kalau dia apply bila dia hendak. Dalam waktu mana? Enam, tujuh atau lapan bulan? Ini supaya dia ada opsyen. Sekarang ini dia masuk borang contohnya minta bantuan tetapi kadang-kadang tidak ada jawapan. Tiga minggu, sebulan atau dua bulan dia tidak tahu tetapi kalau kita maklum kepada dia maknanya kalau kamu tidak dapat jawapan dalam masa tiga bulan bermakna kamu tidak dapat. Jadi opsyen itu kena ada. Sekarang ini dia hanging. Oleh sebab hanging itulah kadang-kadang dia jumpa along. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa dan saya lihat respons daripada Ahli-ahli Yang Berhormat begitu baik sekali dan begitu membanggakan. Begitu ramai yang terlibat di dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa ini dan ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat mencelah di dalam perbahasan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen atau pun Yang Berhormat sekalian. Pertamanya Yang Berhormat, saya ingin menjelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan mengenai dengan penggunaan air SYABAS dan juga masalah yang dibawa kepada tribunal yang tidak dapat layanan dan juga gula, sama ada kerajaan lindungi syarikat-syarikat gula yang dimonopoli oleh mereka serta Program 1Malaysia 1Harga. Untuk makluman Yang Berhormat bagi segi program atau pun gula dan juga SYABAS setakat ini sebanyak 22 tuntutan telah difailkan oleh pengguna terhadap syarikat SYABAS di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan daripada jumlah tersebut hanya satu tuntutan sahaja yang telah dibenarkan manakala tiga tuntutan telah ditarik balik. 18 tuntutan lagi telah dibatalkan atas sebab-sebab seperti tuntutan adalah di luar bidang kuasa tribunal dan pihak yang menuntut tidak hadir di mahkamah pada tarikh pendengaran yang ditetapkan. Mengenai dengan gula, Yang Berhormat...

Yang Berhormat Menteri, celah sedikit pasal tribunal sebelum kita ke tempat lain ya? Saya sudah mendapat jawapan itu. Daripada 18 yang ditolak itu 11 adalah daripada Pandan dan Yang Berhormat Ampang, yang hadir. Cuma alasan yang diberikan oleh tribunal ialah kerana tuntutan itu bersabit dengan pampasan. Maka itu di luar bidang kuasa mereka. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah itu bertentangan dengan seksyen 53 Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang secara jelas memberi hak kepada rakyat untuk membawa kes-kes ini ke tribunal apabila melibatkan perkhidmatan. Ini kerana perkhidmatan itu mengikut akta menyatakan bahawa sesuatu perkhidmatan perlulah dibekalkan dengan implied guarantee bahawa perkhidmatan itu dibekalkan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah. Jadi soalan yang saya mohon saya tahu mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab secara terang hari ini untuk dibawa dan diselesaikan di peringkat tribunal kerana supaya tribunal tidak lagi mengambil pendirian seperti itu. Apabila tribunal menolak mentah-mentah aduan yang dibawa oleh rakyat maka itu menjadikan tribunal tidak lagi relevan walau pun ia bersabit dengan satu syarikat monopoli seperti SYABAS.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya telah jelaskan kerana kebanyakan tuntutan Yang Berhormat sebut tadi terhadap SYABAS adalah di luar daripada bidang kuasa tribunal sebenarnya. Jadi oleh sebab tuntutan yang dibuat itu adalah merupakan tuntutan terhadap ganti rugi wang atau pun monetary claim yang hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Sivil. Jadi pihak yang menuntut juga...

Maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Saya kena betulkan Yang Berhormat Timbalan Menteri di situ ya? Tribunal Tuntutan Pengguna boleh mempertimbangkan tuntutan pampasan di bawah RM20,000. Oleh sebab itu dibuat Tribunal Tuntutan Pampasan Pengguna. Kalau , untuk perkara- perkara yang kecil pengguna hendak saman di mahkamah, kosnya itu lebih tinggi di mahkamah. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu diperbetulkan kalau dikatakan semua tuntutan yang berkaitan dengan pampasan kewangan ini perlu dibuat di mahkamah. RM20,000 ke bawah memang pengguna perlu bawa kepada Tribunal Tuntutan Pengguna. Oleh sebab itu saya membawa perkara ini ke Dewan pada hari ini apabila Tribunal Tuntutan pula menyatakan kalau ada apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan pampasan, maka tidak boleh dibawa ke tribunal. Itu bertentangan dengan akta sendiri.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang disebut tadi kadang-kadang yang menuntut juga gagal untuk hendak membuktikan bagaimana mereka mengalami kerugian harian. Itu satu sebab yang terpaksa ditolak oleh tribunal dan juga tuntutan mereka kepada tribunal sebagai satu saluran alternatif yang disediakan seperti Yang Berhormat sebut tadi oleh pengguna membuat

tuntutan ganti rugi secara mudah, murah dan cepat. Saya faham. Pengguna masih boleh memfailkan tuntutan ke atas perkhidmatan SYABAS yang tidak memuaskan tetapi hanya berkaitan masalah bil bulanan yang dikenakan. Jadi yang paling rumit sekali ialah pihak yang menuntut gagal untuk membuktikan dengan itu menjadi lebih rumit setelah pihak menuntut tidak dapat menyediakan atau pun gagal membuktikan bagaimana mengalami kerugian. Yang lainnya Yang Berhormat, tribunal ditubuhkan di bawah APP 1999 yang menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan terhadap peniaga dan juga penyedia perkhidmatan yang cara mudah seperti yang saya sebutkan tadi. Bagi kes-kes berkaitan SYABAS dan kebanyakannya adalah berkenaan dengan tuntutan ganti rugi wang seperti yang saya sebutkan tadi dan apa-apa tuntutan yang melibatkan monetary claim hanyalah boleh diputuskan di Mahkamah Sivil. Jadi itu yang saya sebut. Walau bagaimanapun jika pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan seperti pertikaian mengenai bil bulanan dan sebagainya bolehlah memfailkan tuntutan tersebut. Jadi tribunal adalah sebuah badan kehakiman yang boleh mendengar dan juga memutuskan sesuatu pertikaian tuntutan yang difailkan oleh pengguna seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999. Jadi itu mengenai dengan pengguna Yang Berhormat. Mengenai dengan gula yang disebutkan tadi. Nanti sekejap.

Malaysia adalah pengimport 100% gula mentah untuk makluman Yang Berhormat dari luar negara bagi menghasilkan gula di Malaysia ini kerana penanaman gula tebu di Chuping, Perlis dengan keluasan ladang sebanyak 3,800 hektar tidak lagi dapat menampung purata keperluan gula bertapis domestik sebanyak 1.4 juta tan metrik setahun bagi menampung keperluan gula bertapis domestik. Pembelian gula mentah import perlu dibuat secara kontrak jangka panjang iaitu LTC bagi satu kadar harga, kuantiti dan tempoh yang dipersetujui oleh pembeli dan juga pembekal gula. Jadi pembelian gula ini melalui LTC oleh Malaysia telah dilaksanakan semenjak tahun 95 lagi dan bagi memastikan bekalan gula negara terjamin kerana Malaysia bukanlah merupakan pengeluar gula mentah. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi harga dan bekalan komoditi gula bergantung kepada pasaran dunia dan kita memang memahami seperti Yang Berhormat sebut pada awal pagi tadi, harga gula sekarang di pasaran telah pun rendah, turun daripada perjanjian yang kita buat tetapi perjanjian ini kita buat lebih awal untuk mengikatkan pasaran harga pada masa tersebut.

Satu soalan sahaja Dato’ Menteri. Perjanjian itu, adakah dibuat oleh Kerajaan Malaysia ataupun dibuat oleh syarikat-syarikat pengilang gula bertapis ini?

Seperti saya sebutkan tadi, pada perjanjian ini dibuat pada semenjak tahun 75 lagi nak bagi memastikan supaya gula daripada negara ini terjamin dan dibuat di antara kerajaan supaya kita dapat memastikan barangan gula mentah itu dapat distabilkan harga dan kalau dalam tempoh perjanjian itu, harga yang dah kita meteraikan, itulah harga yang akan dibekalkan.

Minta maaf Dato’ Menteri. Kenapa kerajaan kita yang memasuki kontrak membeli gula mentah secara jangka panjang ini kerana yang mendapat untungnya ialah dua syarikat swasta yang miliknya bukan milik kerajaan? Jadi dalam keadaan yang berlaku sekarang, apabila harga gula mentah di dunia jatuh, kalau ikut jawapan Menteri oleh kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan, jadi kerajaan yang menanggung kerugian. Bukankah apabila kita telah beri lesen dan lesen mengimport gula mentah itu dipegang oleh syarikat-syarikat pengilang gula bertapis ini. Jadi saya masih tidak boleh faham kenapa dan mengapa kerajaan pula yang perlu menanggung kerugian dan juga menanggung risiko daripada kontrak pembelian gula mentah ini sedangkan apabila harga gula dinaikkan, yang 100% mendapat keuntungan daripada kenaikan harga gula itu adalah syarikat-syarikat swasta pengilang gula bertapis ini?

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi, kerana kita hendak memastikan supaya bekalan gula mentah itu terjamin. Jadi sebab itu kita terpaksa kerana kebimbangan kita dalam masa tempoh kalau kita buat perjanjian satu tahun mungkin tidak mencukupi. Kebimbangan kita, dalam tempoh perjanjian satu tahun itu mungkin harganya akan lebih tinggi daripada harga perjanjian yang kita meterai. Jadi oleh itu kita buat perjanjian ini selama tiga tahun dan kita tetapkan harga mengikut perjanjian itu dan kalau harganya di pasaran dunia adalah tinggi tetapi itulah harga yang perlu dibekalkan oleh pembekal ini kepada Malaysia dengan mengikut perjanjian yang telah kita meteraikan.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Setiawangsa bangun.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Saya nak panjangkan sedikit soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pandan itu. Kerajaan memasuki kontrak itu disebabkan kerajaan memberi subsidi yang besar dalam gula ini menyebabkan kerajaan terlibat dalam perjanjian ini atau ada sebab lain.

Yalah, kerana gula ini adalah menjadi salah satu barangan yang disubsidikan oleh kerajaan, barang kawalan. Jadi sebab itu kerajaan terpaksa, mesti untuk menjamin supaya bekalan gula ini terjamin dengan jumlah yang begitu besar, jadi kerajaan masuk untuk membuat perjanjian ini untuk memastikan seperti apa yang saya sebut tadi supaya bekalan ini tidak terjejas sepanjang tempoh perjanjian yang kita buat. Terima kasih. Yang Berhormat, mengenai dengan peruntukan NKEA sebanyak RM51 juta adalah seperti berikut. Untuk makluman Yang Berhormat, RM40 juta adalah untuk projek Transformasi Kedai Runcit ataupun TUKAR. RM10 juta lagi adalah untuk projek Pemodenan Bengkel Kenderaan atau ATOM dan RM1 juta untuk Promosi Jualan Bersepadu 1Malaysia. Untuk TUKAR, dana ini disalurkan kepada Bank Rakyat untuk pinjaman mudah kepada runcit dengan kadar perkhidmatan sebanyak 3% dan tempoh bayaran balik selama 15 tahun dan had pinjaman sehingga 50% dan kini sebanyak 1,538 peruncit yang telah mendapat manfaat daripada projek ini. Yang Berhormat Pandan juga bertanya peruntukan NKRA sebanyak RM30 juta adalah kos ataupun untuk membangunkan Kedai Runcit 1Malaysia ataupun KRIM, kos tersebut meliputi kos pengubahsuaian dan juga pendawaian peralatan dan sebagainya dan kerajaan mensasarkan sebanyak 60 buah Kedai Rakyat 1Malaysia akan dibangunkan pada tahun 2014. Pada ketika ini untuk makluman Yang Berhormat, telah ada 111 buah Kedai Rakyat 1Malaysia yang beroperasi di seluruh negara. Yang Berhormat ada juga bangkit mengenai dengan, sekejap Yang Berhormat, ada kertas banyak ini. [Menyelak helaian kertas] Okey, mengenai dengan penyeragaman dan juga lesen permit, tadi saya telah sebut dan RM30 juta NKRA pun sudah sebut dan yang lain-lainnya ialah terima kasih. Cuma untuk makluman wakil daripada Jerlun, Yang Berhormat Jerlun juga ada bangkit mengenai dengan Kempen Beli Barangan 1Malaysia. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan untuk Jerlun, okey Yang Berhormat, mengenai dengan target pasaran bagi peniaga Kempen Barangan Malaysia RM80 juta dan juga target pasaran dan juga audiens. Barangan dari China terlalu banyak di pasaran dan penguatkuasaan pemantauan harga barangan yang disebut oleh Yang Berhormat dari Jerlun.

Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat bahawa tindakan yang telah kita ambil terutamanya sekali mengenai dengan koperasi, SKM RM91 juta dan KOBERA di kedua-dua DUN. Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat bahawa - minta maaf Yang Berhormat sekejap. Saya terpaksa kena...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, baca ikut kertas yang pertama. Muka surat dua, tiga dan empat. Nanti bercelaru nanti. Yang ada atas itu baca dahulu.

Ada, ada. Daripada Yang Berhormat Jerlun Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini yang kedua mengenai dengan KOBERA sehingga ini 20 November sebanyak 320 buah koperasi KOBERA telah didaftarkan. Usaha untuk melibatkan koperasi ini dalam program pembangunan perniagaan akan diteruskan dan ini termasuk program mentor dan juga mentee dan business matching serta program pembudayaan. Mengenai dengan KOOP - koperasi bank, selain Bank Rakyat, tiga buah koperasi lagi dikenal pasti untuk menjadi KOOP bank iaitu Koperasi Angkatan Tentera, Bank Persatuan dan juga koperasi menjelang 2020.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima Kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak dapatkan sedikit penjelasan berkenaan dengan KOBERA. Adakah kementerian bercadang untuk melonggarkan sedikit syarat keahlian KOBERA itu daripada ahli-ahli yang diambil daripada senarai e-Kasih kerana kalau kesemua senarai ahli diambil daripada senarai e-Kasih, kita bimbang mereka tidak mempunyai keupayaan untuk running business dalam koperasi berkenaan. Jadi adakah kementerian ada cadangan untuk melonggarkan dengan membuka sedikit ruang lagi kepada ahli-ahli lain yang mempunyai keupayaan dan kelayakan untuk menjalankan koperasi itu, Terima Kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila Timbalan Menteri.

Terima Kasih Yang Berhormat. Kita memang menggalakkan dan kita akan buka supaya minat untuk mewujudkan koperasi ini akan bertambah dan segala bentuk bantuan di dalam kita hendak mewujudkan koperasi ini akan terus dibantu oleh kerajaan kerana bagi kita koperasi ini adalah salah satu bentuk yang boleh membantu dalam kita merancakkan ekonomi negara Yang Berhormat. Lain tambahan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jerlun belanja mengurus Suruhanjaya Koperasi sebanyak RM91,540,000. Butiran ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia belanja mengurus melibatkan 1,218 penjawat tetap dan 196 jawatan kontrak. Suruhanjaya Koperasi Malaysia berperanan untuk mengawal selia lebih daripada 10,820 buah koperasi dengan anggota yang berjumlah 7,573,675 dan perolehan RM15.371 bilion. Jadi, dari segi Yang Berhormat ingin mendapat maklum mengenai pecahan daripada RM91 juta, ingin saya jelaskan iaitu untuk emolumen sahaja RM65,335,100 dan bekalan dan juga perkhidmatan sebanyak RM25,580,100 pemberian sebanyak RM500, RM17,500 dan perbelanjaan lain-lainlah ialah RM107,300. Itu mengenai dengan perbelanjaan mengurus yang disoalkan oleh Yang Berhormat Jerlun. Mengenai dengan NBOS Program Integriti Rakan Dagang dan juga kad diskaun sebanyak RM1.35 juta. Itu adalah program. Program ini adalah merupakan kerjasama pelbagai kementerian agensi seperti Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Jabatan perkhidmatan Awam dan juga Jabatan Hal Ehwal Veteran yang diketuai oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan. Melalui inisiatif rakan dan dagang dan juga syarikat memberi potongan harga bagi barangan perkhidmatan secara CSR iaitu Tanggungjawab Sosial Korporat mereka. Pada masa ini terdapat 2,162 syarikat yang terlibat dengan 3,389,553 orang pemegang kad. Untuk belanja mengurus, ini ialah RM60 juta. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri bekerjasama dengan FAMA dan juga Suruhanjaya Koperasi untuk menyelaraskan penghantaran barang-barang keluaran FAMA dan juga Koperasi dan barang-barang KR1M ke Sabah dan Sarawak dan Labuan untuk menyeragamkan harga di Sabah dan Sarawak. Soalan yang dibangkitkan mengenai dengan pencapaian ataupun penguatkuasaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada pemantauan dari segi Ops Harga yang kita laksanakan dari masa ke semasa dan kita yakin melalui pengawasan Ops Harga ini kita dapat mengawal harga barang sama ada barang itu akan dijual lebih dari sepatutnya dan akan kita ambil tindakan-tindakan sekiranya terdapat melalui pengawasan

ini barangan ataupun harga barang-barang itu dinaikkan ataupun dijual lebih daripada sepatutnya. Mengenai dengan pembangunan infrastruktur asas, peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Butiran 13003 adalah untuk projek yang akan diselenggarakan oleh Suruhanjaya Koperasi untuk kerja-kerja pembinaan semula dan sebagainya. Peruntukan RM5 juta Program Pembangunan Francais Mikro dan beberapa francais berjaya dihasilkan. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan francais yang berjaya diwujudkan oleh program francais mikro ini adalah sebanyak 280 franchisee dengan 80 francaisor yang menawarkan skim francais mikro ini. Berapa banyak franchisee yang telah dilahirkan oleh sistem francais mikro ini sejumlah 280 franchisee yang telah dilahirkan di bawah sistem francais mikro ini dan juga sejumlah 80 francaisor telah menawarkan sistem francais mikro ini dan peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan program pembangunan yang dilaksanakan oleh francaisor ini. Itu daripada Yang Berhormat Jerlun. Daripada Yang Berhormat Nibong Tebal, mengenai dengan pembudayaan koperasi. Ingin dijelaskan di sini dalam usaha membangunkan dan juga membudayakan koperasi di kalangan masyarakat, suruhanjaya telah melaksanakan program kesedaran melalui seminar, taklimat, bengkel di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah serta kampung-kampung. Promosi ekspo pameran, penerbitan publisiti dan juga pengiklanan disediakan ataupun di media cetak dan juga media elektronik dijalankan. Jadi untuk itu Yang Berhormat, saya ingin juga memaklumkan bahawa 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) sehingga 30.6.2013 iaitu kariah masjid kita ada 192, koperasi keluarga kita ada 563, koperasi belia ada 189 dan koperasi sekolah kita ada 2,260 buah koperasi. Itu mengenai dengan koperasi. Ada soalan mengenai dengan latihan maktab koperasi. Pencapaian akademik dari segi Januari hingga Februari pada tahun 2013 Maktab Koperasi Malaysia menjalankan sebanyak 580 kursus yang terdiri daripada 569 kursus jangka pendek dan 11 kursus jangka panjang iaitu dua program ijazah, tiga program diploma pengurusan koperasi, satu diploma profesional pengauditan koperasi ataupun e-PJJ dan tiga program sijil dan satu program MTCP yang melibatkan sejumlah 30,000 peserta.

Manakala yang lain-lainnya mengenai dengan kejayaan, banyak mengenai kejayaan-kejayaan yang telah kita dapat melalui dengan apa yang saya sebutkan tadi. Rumusan mengenai dengan pembentangan draf laporan akhir penyelidikan, itu juga dibangkitkan. Lima penyelidikan yang telah kita buat dan salah satunya ialah seperti berikut: (i) penglibatan prestasi koperasi dalam aktiviti perumahan di Malaysia; (ii) kajian analisa keperluan latihan bagi koperasi kredit di Malaysia; (iii) koperasi pertanian dalam industri agro makanan Malaysia; (iv) penglibatan ekonomi dan juga keusahawanan koperasi Orang Asli; dan (v) pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan koperasi kredit di Malaysia. Jadi itu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Jerlun. Saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Stampin memohon agar pewarnaan diesel bersubsidi di laksanakan semula bagi mengatasi ketirisan diesel bersubsidi ini. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sedang meneliti pelbagai kaedah bagi mengatasi masalah ketirisan diesel bersubsidi termasuklah program penandaan diesel seperti Yang Berhormat Stampin sebutkan tadi. Yang Berhormat daripada Kulai menyebut mengenai dengan cukai perkhidmatan atau pun GST. Yang ini saya ingin menjelaskan bahawa ia berada di bidang kuasa Kementerian Kewangan, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Bukit Gantang mengenai dengan Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kulai bangun.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya rasa soalan saya ada tiga tetapi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya menyentuh satu dan itu adalah tentang caj perkhidmatan itu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Nanti kertas itu akan jumpa, bagi pula Yang Berhormat Menteri jawab, selepas itu Yang Berhormat Bukit Gantang dulu ya. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tercatat yang itu saja Tuan Pengerusi. Akan tetapi yang lain-lain insya-Allah kita akan bagi jawapan selepas ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bagi jawapan bertulis. Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Bukit Gantang dulu.

Yang Berhormat Kuantan jawab ya Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sabar-sabar, kita, 5.30 ini. Panjang lagi masa.

Masa banyak cuma petang ini untuk KPDNKK saja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau Yang Berhormat Menteri habis menjawab, kita boleh masuk kementerian lain.

Tuan Pengerusi, mengenai dengan Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Bukit Gantang mempersoalkan mengenai dengan konsep KR1M. Seperti yang saya sebut awal tadi, KR1M ini adalah- beliau sebut mengenai dengan KR1M yang sepatutnya tidak mengaut keuntungan. Jadi konsep KR1M adalah tidak berorientasikan keuntungan. Walau bagaimanapun, tidaklah sehingga menanggung kerugian. Jadi kalau berniaga ini Yang Berhormat, mana boleh kalau terlalu rugi, mungkin kedai itu akan tutup. Jadi tujuan Kedai Rakyat 1Malaysia adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat untuk mendapat barangan keperluan asas pada harga yang rendah dan barang-barang yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia tidak diberi subsidi. Ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat tidak diberi subsidi oleh kerajaan kecuali barang-barang yang memang telah pun ada subsidi dan lain-lain barang memang tidak ada subsidi. Cuma barang yang diberi subsidi seperti tepung dan juga minyak masak dan kos yang ditanggung oleh kerajaan hanyalah kos infrastruktur meliputi kos pengubahsuaian, pendawaian, peralatan dan sebagainya. Oleh itu, tidak ada cadangan untuk mengehadkan pembelian di Kedai Rakyat 1Malaysia untuk rakyat tempatan sahaja. Ini kerana ada cadangan supaya dihadkan kepada rakyat tempatan untuk mendapat barang di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Bangun]

Oleh sebab barang-barang yang bersubsidi ini memang sedia ada pun dijual di kedai-kedai yang lain. Jadi, kalau kita tahankan dia daripada ambil barang daripada Kedai Rakyat 1Malaysia, tetapi barang bersubsidi ini ada di pasar-pasar raya contohnya minyak, kalau dulu gula, beras dan sebagainya.

[Bangun]

Jadi kita tidak mengehadkan kedai rakyat ini...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Pengerusi.

...Untuk rakyat-rakyat tertentu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang sila.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Tadi yang saya timbulkan tadi ialah di antara apa yang dilakukan oleh kementerian ini dari segi sudut NKRA dalam soal untuk hendak mengurangkan kos hidup. Sudah tentulah di antaranya fungsinya adalah untuk memberikan kebaikan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya, oleh sebab kita telah memberikan peruntukan, sudah tentulah bukan semua orang, yang saya cadangkan supaya bukan semua orang yang boleh beli di kedai itu. Kalau semua orang yang boleh beli di kedai itu, harganya sama, apa maknanya dengan kita berikan RM30 juta untuk peruntukan tahun depan, satu. Keduanya kalau sama macam kedai Tesco atau pun kedai-kedai biasa, tidak ada maknanyalah kita letakkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang memang ini menjadi zikir di kampung-kampung. Terima kasih.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Saya hendak sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri ada dua orang yang bangun, Yang Berhormat Sungai Petani dengan Yang Berhormat Kapar, mana satu?

Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani, sila.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, ya terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa dalam NKRA, Butiran 090500 ini kita peruntukan RM30 juta. Jadi, saya hendak dapat pengesahan adakah RM30 juta ini kita bantu untuk perturunkan harga atau pun RM30 juta ini kita bagi untuk buat infrastruktur? Buat kedai, buat elektrik, buat simen, buat macam-macam. Ini kerana kalau sudah RM30 juta ini diberikan untuk buat kedai dan juga infrastruktur tidak guna juga. Rakyat bukan hendak kedai itu, rakyat hendak barang itu turun. Jadi, saya hendak mengesahkan itu, adakah digunakan untuk penurunan harga barang atau pun memang hendak buat kedai-kedai? Terima kasih.

Kedai Rakyat 1Malaysia ini Yang Berhormat ada juga peruntukkan yang kita sediakan untuk pengubahsuaian Kedai- kedai Rakyat 1Malaysia. Contohnya kalau, nanti saya perjelaskan dahulu kerana ada satu kedai ia akan beli kos sampai RM300,000 ke RM500,000 untuk kita sediakan infrastruktur di dalam kedai KR1M. Jadi itu di Semenanjung RM300,000 hingga RM500,000. Ini kerana kita hendak supaya kedai-kedai yang menjualkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini mesti dilihat mempunyai...

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Elok-elok..

Ialah dari segi eloknya, dari segi keceriaannya dan sebagainya. Ini kerana peruntukan yang diberi kita hendak supaya penyediaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini hari ini bukan saja di tempat-tempat bahkan kita akan wujudkan di seluruh negara. Jadi, untuk itu Yang Berhormat, berbanding dengan bukan saja itu, RM300,000 hingga RM500,000 tetapi ada juga di Sabah dan Sarawak ia akan melibatkan sehingga RM1 juta hingga RM1.5 juta yang di Sabah dan Sarawak untuk menyediakan kedai rakyat termasuk dengan gudang-gudang yang perlu kita sediakan. Jadi, kos ini ia berlebihan daripada yang terlibat di Semenanjung RM300,000 hingga RM500,000 dan di Sabah dan Sarawak RM1 juta hingga RM1.5 juta.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Bangun]

Jadi untuk jawapan kepada Yang Berhormat sebentar tadi mengenai dengan barang-barang di dalam apa yang saya sebut tadi ini kerana kita tidak kawal. Saya tidak sebut kata barang yang terdapat di Kedai

Rakyat 1Malaysia. Kalau sekiranya siapa juga yang hendak membeli barang-barang di Kedai Rakyat 1Malaysia, mereka juga boleh pergi beli. Sekiranya hendak mendapat satu harga yang berlainan daripada kedai-kedai yang sedia ada.

Ini specialnya Kedai Rakyat 1Malaysia jadi harga barangnya berlainan, berbeza dengan kedai-kedai yang sedia ada sama ada di persekitaran ataupun di mana-mana tempat. Jadi itu konsep Kedai Rakyat 1Malaysia. Apa yang saya sebut tadi mengenai dengan kita tidak mengawal dari segi pembelian. Orang-orang yang hendak beli di Kedai Rakyat 1Malaysia kerana yang kita kawal, kalau dia hendak harga murah, kalau Yang Berhormat sendiri pun hendak harga yang sebegitu boleh berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia untuk mendapatkan barang-barang dengan harga yang telah ditetapkan. Akan tetapi yang saya sebutkan tadi ialah kalau barang yang diberikan subsidi oleh kerajaan, bukan sahaja dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia tetapi barang subsidi yang diberi subsidi oleh kerajaan terdapat juga di seluruh supermarket seperti dahulu gula, minyak, tepung dan sebagainya. Jadi ada di merata-rata dan bukan hanya terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia. Kalau kita mengehadkan di Kedai Rakyat 1Malaysia sahaja, depa pun juga boleh dapat barang subsidi ini di kedai-kedai lain.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak tanya di Kedai Rakyat 1Malaysia....

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada dua yang bangun, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dengan Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia mesti bagi dekat Yang Berhormat Pokok Sena, sempadan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya di Kedai Rakyat 1Malaysia ini adakah gula RM1 sekilo?

Yang Berhormat beli baru ini pun bukan di – sat gi saya jawab hal Yang Berhormat yang hendak RM1 itu.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Bangun]

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat boleh tidak kita mengembangkan produk 1Malaysia ini. Selain kita membuat Kedai Rakyat 1Malaysia tetapi kalau kita boleh mengembangkan produk juga boleh dijual di kedai-kedai runcit yang lain. Jadi kerajaan tidak perlulah membelanjakan satu perbelanjaan yang besar untuk setup satu kedai itu. Contohnya banyak terutamanya di luar bandar ini kedai-kedai runcit ini yang kalau barang itu boleh sampai kepada mereka, maka nikmat rakyat untuk membeli barang-barang murah ini mungkin akan lebih berkembang. Adakah kerajaan bercadang untuk melakukan program itu? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, lebih kurang sama. Sambungan tadi.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Okey pasal NKRA ini sebutnya jelas. RM30 juta ini memang untuk hendak dalam menangani soal kenaikan harga kos hidup. Reducing Cost of Living, jelas disebut dalam buku bajet ini. Oleh sebab itu yang saya minta ialah satu soalan saya ialah berkenaan dengan harga yang ada di Kedai Rakyat 1Malaysia ini murah atau tidak? Satu. Keduanya macam mana boleh jadi murah?

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sungai petani.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

...Ketiganya ialah kalau kita – Saya memang berhajat untuk menolong orang susah ini bukan kita hendak bela hok ini, macam

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu semua, saya tidak perlu bantu pun tidak apa. Kita hendak supaya barang ini memang diberikan kepada orang-orang yang memang layak dapat. Orang yang layak dapat, orang yang pendapatan kata BR1M RM3,000 ke bawah dan sebagainya yang memang mereka itu layak dapat. Kalau kita boleh membeli barang yang murah seperti saya sebut tadi, kata susu yang harga – saya boleh beli 10 tin. Sedangkan orang yang susah yang sepatutnya dia yang dapat, dia boleh beli satu tin. Nanti dia hendak beli pula tetapi sudah tidak ada. Ini masalah yang kita hendak fikirkan supaya – kita hendak cadangkan kepada kementerian, apa masalahnya kalau kita mengehadkan pembelian ini hanya untuk orang-orang yang berhak untuk dapat. Itu sahaja. Macam PERNAMA yang dibuat oleh askar.

Okey terima kasih. Jawapan kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu mengenai dengan wujud Kedai-kedai Rakyat 1Malaysia mungkin tidak melibatkan kos yang terlalu besar. Sama ada kedai-kedai di pedalaman, boleh. Untuk makluman Yang Berhormat barang-barang Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), barang 1Malaysia kedai rakyat, dia kena ada dua. Kedai Rakyat 1Malaysia iaitu kedai, Barang 1Malaysia di kedai rakyat itu barangan. Barang ini kedai- kedai yang wujud di pedalaman, dia boleh mendapatkan bekalan barang-barang ini kalau sekiranya dia berhasrat untuk menjual barang-barang yang ada di dalam Kedai Rakyat 1Malaysia. Dia boleh beli di Mydin atau di mana-mana dengan harga mungkin bila borong, harga lain daripada harga runcit. Itu jawapan kepada soalan itu. Mengenai dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Bukit Gantang.

Minta maaf saya tahu kawasan tetapi kenal rupa sahaja. Mengenai dengan harga, saya sudah sebut daripada awal tadi. Memang kalau kita Yang Berhormat ingat kata tidak layak, sepatutnya kita bagi kepada orang yang berpendapatan rendah. Tidak payahlah kita pergi beli di kedai itu, kita memang secara terbuka kita tidak mengehadkan. Setakat hari ini kerajaan tidak mengehadkan pembelian kepada mana-mana orang-orang. Jadi siapa sahaja dia boleh dan kita bagi jaminan dari segi bekalan barang di Kedai Rakyat 1Malaysia ini mencukupi. Kalau habis pun mungkinlah satu dua hari stok dan insya-Allah harga boleh dibuat perbandingan dengan yang saya sebut sudah tadi, kedai-kedai yang ada di persekitaran dari segi harga jualan dan juga kualiti seperti saya sebut juga kita bagi jaminan mengenai dengan kualiti barang Kedai Rakyat 1Malaysia. Jadi itu...

[Bangun]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada dua bangun Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Pokok Senalah bagi.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Eh! Baru sekali itu Yang Berhormat Bukit Gantang tiga kali sudah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar hujung, sila.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini kata kerap macam mana, baru sekali.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ini kena mengena dengan Kedai Rakyat 1Malaysia tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa sebab subsidi diberikan untuk sesetengah barang, bermaksud tidak perlulah kita memberhentikan

atau mengehadkan orang asing dari membeli di Kedai Rakyat. Jadi saya rasa dari sudut barang subsidi zero-zero dia levelnya balance. Akan tetapi barang-barang lain yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia dengan harga yang lebih murah itu dipersoalkan sekarang bukannya barang-barang subsidi. Dari sudut barang-barang subsidi, memang dua-dua di Kedai Rakyat 1Malaysia pun sama, kedai di Tesco dan sebagainya pun sama. Akan tetapi barang-barang lain juga dinikmati oleh warga-warga asing itu yang kita tekankan di sini. Jadi dari sudut barang-barang lain, mengapa kita tidak boleh hadkan lebih kepada rakyat yang memerlukan dan bukannya rakyat asing? Sila jelaskan, terima kasih.

Terima kasih. Seperti yang saya sebutkan tadi sekarang ini kita tidak hadkan, kita tidak control. Cuma siapa-siapa yang boleh, kita buka. Akan tetapi mungkin sekiranya ada keperluan di masa akan datang, mungkin dari kajian-kajian yang dibuat kalau perlu kita akan pertimbangkan. Akan tetapi setakat ini memang kita membenarkan siapa sahaja untuk membeli barang di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini dia kata kes kerap, kerap di Alor Setar sahaja. Ini dia jarang. Baik Yang Berhormat kata buka semua siapa-siapa pun boleh pi beli kan? Cuma apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi Yang Berhormat jawab kata, kalau orang itu rasa dia tidak layak tidak payah pergilah kan. Waktu menaikkan harga minyak, mengurangkan subsidi kerajaan berhujah dia kata rugi dia kata subsidi ini sebab orang kaya pun boleh dapat. Perkara yang ini sepatutnya kena adalah mekanisme. Macam mana hendak pastikan orang kaya tidak boleh membeli di Kedai Rakyat 1Malaysia?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kena guna hujah yang samalah. Mana boleh hujah itu dia jadi contradict antara waktu tarik subsidi dia kata, “Oh! Ini rugi dok bagi kepada orang kaya sahaja, La ni kita boleh ambil subsidi itu bagi pada BR1M.” Jadi maksudnya kena guna hujah yang sama supaya ada satu mekanisme bahawa hanya orang berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi yang boleh pergi Kedai Rakyat 1Malaysia. Kalau buka macam itu, siapa-siapa pun hendak pergi.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebut memang betul siapa-siapa pun boleh pergi. Yang Berhormat sendiri pun boleh pergi beli di Kedai Rakyat 1Malaysia. Cuma dari segi minyak yang kita beri subsidi itu ialah kerana kita merasakan bahawa subsidi itu banyak yang dinikmati oleh orang yang mempunyai pendapatan yang agak, ialah yang ada kereta sampai lima, enam biji. Itu lain daripada itu minyak, yang ini barangan keperluan harian.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mereka yang pergi beli Kedai Rakyat 1Malaysia pun mereka pergi dengan kereta fasal Kedai Rakyat 1Malaysia itu di pekan. Oleh sebab itu saya kata dia pun pergi dengan kereta. Saya biasa duduk tengok.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan.

Oleh sebab itu saya sebut Yang Berhormat kata Kedai Rakyat 1Malaysia kita buka pada sesiapa sahaja. Tidak perlu dipertikaikan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, sebab itu saya kata bahawa kerajaan sepatutnya memberikan satu alasan Tuan Pengerusi yang mesti munasabahlah. Jangan satu peringkat di waktu hendak tarik subsidi kita kata bahawa tarik subsidi hendak beri kepada orang miskin, tidak adik bagi kepada orang kaya.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Menteri...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang ini pula jual barang kepada orang kaya pun boleh, jual kepada orang miskin pun boleh.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Pengerusi ..

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena sedang berucap, sekejap.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan Tuan Pengerusi.

Itu yang lain. Itu minyak. Terima kasih Yang Berhormat. So, saya ingin jelaskan juga mengenai dengan...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sedikit sahaja. Bersetuju kah Yang Berhormat Menteri bahawa sebenarnya dalam kita hendak menyelesaikan masalah ini bukan hanya pihak kerajaan sahaja yang perlu menetapkan pelbagai perkara. Rakyat sendiri terutama dalam kes ini saya rasa orang kaya dia kena faham dasar-dasar kerajaan. Kita buat dasar ini hendak tolong orang miskin. Jadi orang kaya pun kena ambil satu inisiatif untuk dalam tindakan sendiri supaya kalau dia sedar bahawa itu bukan perkara yang disediakan kepada orang kaya maka orang kaya janganlah ambil. Jadi maknanya di sini rakyat sendiri pun kena main peranan juga. Jangan semua hendak dikatakan sampai kerajaan terpaksa buat setiap inci peraturan, setiap inci ada undang-undang dan sampaikan kita kata hendak beli barang itu pun mesti kena tunjuk kad kata dia berpendapatan lebih daripada RM3,000. Itu semua tidak perlu. Guideline yang kerajaan buat itu sahaja pun sudah cukup tetapi rakyat sendiri kena concern. Jadi cadangan Yang Berhormat Menteri, pandangan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju seperti apa Yang Berhormat. Pentingnya dalam diri kita sendiri. Sekiranya kita tidak perlulah kita beli kalau Yang Berhormat pun sudah agak tidak perlu beli barang di Kedai Rakyat 1Malaysia, kita bagilah kepada orang lain.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tasek Gelugor pun pergi beli barang beras di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya tidak pernah beli beras di situ [Ketawa]

Kalau dia hendak, dia boleh. Sesiapa sahaja. Boleh, sesiapa sahaja boleh. Jadi itu bagi dari segi daripada Yang Berhormat Bukit Gantang. Ada juga Yang Berhormat Bukit Gantang bangkitkan mengenai dengan subsidi tepung yang meningkat. Dia sebut subsidi gula kita tarik. Kenapa subsidi tepung telah pun ditambah daripada peruntukan pada tahun sebelum ini pada tahun 2014. Untuk makluman Yang Berhormat harga runcit tepung gandum kegunaan GP yang ditetapkan oleh kerajaan pada RM1.35 per kilogram adalah berdasarkan belian gandum ataupun hard red winter, wheat atau HRW untuk mengekalkan harga pada RM1.35 sekilo dan kerajaan perlu meningkatkan jumlah subsidi pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012 dan tahun 2014 pun lebih daripada tahun 2013 berikutan trend kenaikan HRW yang saya sebutkan tadi iaitu sehingga Oktober 2013 adalah USD363 per metric ton. Selain daripada itu subsidi meningkat adalah bagi menjayakan program-program kesejahteraan rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia. Ini adalah selaras dengan konsep rakyat didahulukan. Jadi oleh sebab kita kerana bagi segi tepung ini juga ia memerlukan perhatian daripada kerajaan kerana ini adalah salah satu barang kegunaan yang cukup banyak diperlukan oleh rakyat.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Okey terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tanya bukan apa, pasal subsidi untuk tepung ini meningkat. Dahulu RM150 juta lebih dan tahun ini RM185 juta lebih. Asasnya ialah kerana dikurangkan subsidi gula pasal takut kena kencing manis sedangkan tepung juga adalah merupakan salah satu daripada penyumbang kepada soal kencing manis. Oleh sebab itu kita tidak tanya sebab apa? Asasnya itu biarlah macam logik, asas hapus subsidi gula dengan subsidi tepung. Itu yang kita hendak. Terima kasih.

Yang Berhormat, mengenai dengan itu andaian yang dibuat oleh Yang Berhormat tepung, gula. Kalau ikut gula ini lebih lagilah dari segi gulanya, manisnya, kencing manisnya tetapi tepung ini keperluan yang cukup ini terutama sekali masyarakat atau rakyat bawahan kerana tepung ini boleh buat macam-macam. Jadi sebab itu kita rasa buat...

Cekodok.

Ya saya setuju buat cekodok dan sebagainya. Jadi sebab itu subsidi ini diberi sebegitu banyak supaya kita hendak seimbangkan pasaran harga tepung di pasaran hari ini. Jadi itu daripada Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat yang mana saya dapat, saya beri jawapan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Rajang saya ingat ramai juga yang tidak ada di sini. Kenapa harga petrol diesel tidak seragam? Jawapannya perbezaan harga di kawasan yang program penyeragaman ini dan dijual di kedai-kedai runcit yang tidak dilantik itu harga dia tidak seragam yang dilantik sebagai pos ini dan juga jualan harga yang melebihi harga kawalan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melihat dan sekiranya ada aduan, tindakan akan kita ambil. Jadi mungkin kalau di tempat pos yang kita lantik ini harga itu memang terkawal. Jadi saya percaya memang ada di kedai-kedai yang bukan dilantik sebagai pos. Jadi adalah harga yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Rajang tadi. Kerajaan juga menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah dan dia pun bangkit mengenai dengan Kedai Rakyat 1Malaysia. Kedai Rakyat 1Malaysia bagi setiap kawasan Parlimen maka pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat termasuk di kawasan Hulu Rajang. Untuk makluman, hingga kini sebanyak 14 buah KR1M beroperasi di Sarawak. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani rancangan untuk mempromosikan TTPM kepada orang ramai. Untuk makluman Yang Berhormat, TTPM ini ditubuhkan tahun 1999 dan telah dilaksanakan pelbagai program oleh kerajaan dan kesedaran tentang fungsi dan juga peranan TTPM ini kepada orang ramai. Antara program- program yang telah dilaksanakan adalah seperti mengadakan ceramah di setiap peringkat lapisan masyarakat dan bagi tahun 2013 sebanyak 319 program ataupun ceramah telah diberi dan penyertaan seramai lebih daripada 47,000 orang peserta dan sesi temu ramah dan juga di media elektronik juga dibuat untuk memperkenalkan sistem e-Tribunal ini. Jadi pelaksanaan program ini, klinik-klinik pengguna juga diadakan supaya mendapat pendedahan dan juga kepada pelajar-pelajar sekolah. Itu yang dibangkitkan oleh Sungai Petani. Yang Berhormat Putatan bertanya berapa banyak koperasi di Sabah dan juga Sarawak yang telah disenaraikan dalam indeks 100 koperasi yang terbaik. Untuk makluman Yang Berhormat di Sabah ada tiga dan di Sarawak cuma ada dua sahaja dan bilangan koperasi yang berdaftar di Sabah ialah 1,050 buah koperasi dan di Sarawak sebanyak 871 koperasi. Yang Berhormat juga bertanya berapa banyak koperasi di Sabah dan Sarawak yang telah dibatalkan? Untuk makluman Yang Berhormat Putatan, di Sabah pada tahun 2011 ada sepuluh, tahun 2012 ada sembilan dan di Sarawak tahun 2011 ada enam, tahun 2012 ada tiga dan tahun 2013 ada tujuh. Jadi sebab-sebab koperasi ini dibatalkan ialah: (i) koperasi dominan, ia tidak bergerak dan tidak berjalan; (ii) koperasi yang tidak aktif; (iii) lembaga dan juga anggota tidak berminat; (iv) koperasi insolvency dan tidak ada anggotanya; dan (v) faktor umur; (vi) penghijrahan oleh belia ke bandar.

Jadi sebab itu koperasi-koperasi telah ditamatkan. Jadi penglibatan koperasi di luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak pada tahun 2012 hingga tahun 2013 di Sarawak

melalui Program Tukar ada 45 koperasi dan distributor centre ada 20 dan lesen borong ada 10. Di Sabah 69 Program Tukar dan distributor centre ada lapan dan lesen borong ada 19. Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Putatan. Yang Berhormat daripada Seputeh juga bangkitkan mengenai dengan peraturan bagi pembukaan hypermarket yang terdapat rungutan daripada penjaja dan juga peniaga yang terjejas. Apakah cara panduan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengawal selia hypermarket yang mengikut garis panduan penglibatan asing dalam perkhidmatan pengedaran sebelum kelulusan diberikan dan mereka hendaklah menjalankan kajian impak terhadap local supplier retailers yang ada. KPDNK juga mensyaratkan agar 30% daripada barang-barang ada di syarikat-syarikat ini mestilah dari perindustrian kecil dan juga sederhana SME bumiputera dan peluang-peluang perniagaan kepada SME tempatan. Kementerian juga akan memberi perhatian kepada cadangan daripada Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Kuala Terengganu pun ada bangkitkan juga mengenai dengan garis panduan untuk hypermarket tempatan dan dikaji oleh kementerian. Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan mengenai ‘gores dan menang’. Ini pun satu fenomena yang berlaku sekarang ini dan apa yang penting bagi kita ialah kita sudah perjelaskan kepada rakyat tiap-tiap kali kita tengok dalam akhbar, dalam televisyen dan sebagainya bagaimana kita ditipu oleh kumpulan yang buat perniagaan gores dan menang ini. Selain daripada tangkapan-tangkapan yang kita buat mereka juga masih menjalankan kegiatan secara sembunyi-sembunyi di merata-rata. Ini memang kita akui berlaku. Akan tetapi dari segi ketegasan kementerian sekiranya kita buat tangkapan dan sebagainya kita akan dakwa. Cuma yang pentingnya ialah penglibatan orang ramai kerana kita memahami. Yang Berhormat pun begitu maklum mengenai dengan program gores dan menang ini adalah penipuan yang cukup licik yang dibuat dan tawaran-tawaran yang di luar daripada logiknya yang diberi. Kadang-kadang ada dapat kenderaan kereta dan sebagainya. Akan tetapi orang kerana terlalu tamak dan haloba hendak benda-benda semacam itu orang- orang inilah yang selalunya akan kena. Kita harap Yang Berhormat boleh membantu kementerian supaya kita sama-sama menangani masalah ini kerana memang perniagaan gores dan menang ini agak berjalan di kawasan-kawasan lapang di parking lot supermarket yang terdapat di seluruh negara dan insya-Allah kita akan tengok apa yang perlu kita buat.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat, boleh celah sedikit?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Terengganu dengan Yang Berhormat Kota Melaka.

Yang Berhormat Kuala Terengganu, sila.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Saya ingin bertanya tentang garis panduan Yang Berhormat sebut tadi tentang impak satu dari segi penduduk 350,000 dan juga jarak jauh 35 kilometer. Ada keadaan di Kuala Terengganu di mana penduduknya hanya lebih kurang 300,000 sudah ada lima hypermarket dan memang jelas penampungannya purchasing power dan sebagainya, catchments area jauh berbeza daripada garis panduan. Jadi kalau negeri seperti Jepun dan Perancis seperti saya sebut lebih awal tadi Perancis ada Royer Act, kenapa negara yang lebih maju boleh menguatkuasakan garis panduan ini, kita tidak mengambil serius dan peniaga-peniaga kecil di bandar-bandar seperti ini amatlah mengalami kejatuhan dari segi perniagaan. Ini tidak termasuk lagi 7Eleven, 1Malaysia dan sebagainya.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Lima hypermarket dalam satu kawasan yang kecil untuk bandar Kuala Terengganu dengan purchasing power yang rendah. Saya rasa ini tidak menguntungkan langsung walhal supermarket dan hypermarket tempatan tidak disambung seperti yang saya sebut pada lepas yang telah 12 tahun bersaing dengan Mydin dan Giant tetapi tidak disambung tetapi diberi lagi tiga tambahan hypermarket daripada negara-negara asing. Itu merupakan satu persoalan yang amat susah kita faham dan terima. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi walaupun kita wujudkan supermarket ataupun hypermarket di kawasan-kawasan tetapi prasyarat yang telah disediakan oleh kementerian ialah agar sekurang-kurangnya 30% penyertaan daripada industri kecil dan sederhana. Jadi barang- barang daripada pengeluar-pengeluar tempatan yang ada di persekitaran diwujudkan hypermarket dan supermarket ini supaya mereka dapat membekalkan barang-barang keluaran mereka itu 30% di kawasan-kawasan itu. Jadi mungkin daripada situ akan membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana ini dengan wujudnya hypermarket dan supermarket di situ. Akan tetapi walau bagaimanapun kita akan teliti apa Yang Berhormat sebut tadi mengenai dengan garis panduan yang sedia ada akan dikaji oleh kementerian. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tentang gores dan menang. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah kementerian sedar bahawa sekarang mereka beroperasi bukan hanya di kawasan lapang atau tepi jalan. Sekarang mereka masuk ke hypermarket dengan ada sewa tempat-tempat tertentu. Laporan polis masa saya bawa pengadu ke balai polis, polis mengatakan mereka tidak ada kuasa atau hak untuk masuk ke hypermarket untuk menahan atau menyoal siasat pengusaha atau orang-orang yang terlibat dengan kegiatan ini. Adakah kementerian sedar? Apakah tindakan boleh diambil terhadap ini? Kita bawa pengadu kepada tribunal mereka hanya boleh buat panggilan minta pulangkan wang kepada pengadu yang kita bawa. Akan tetapi kepada orang lain bagaimana? Orang yang tidak tahu cara bagaimana untuk mengadu atau membuat aduan. Oleh sebab itu saya minta adakah kementerian sedar dan apakah tindakan yang akan diambil. Sekarang mereka bukan operate di pasar malam atau tepi jalan, mereka go into hypermarket. Bukan hanya satu dua hari di sana tetapi sudah berbulan operate di dalam. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya sebutkan tadi ini adalah menjadi satu kesalahan bagi jualan langsung yang tidak mempunyai lesen tetapi setakat ini kerana sekiranya tidak mempunyai lesen kita ada Akta Jualan Langsung yang dari segi skim anti piramid untuk kita denda dari segi kesalahan- kesalahan. Kalau ikut dari segi kesalahan-kesalahan ini memang begitu tinggi sekali. Kesalahan pertama sahaja dia tidak kurang daripada RM1 juta denda dan tidak melebihi daripada RM2 juta. Ini kesalahan pertama. Itu dari segi syarikat. Dari segi individu kesalahan pertama dendanya tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak melebihi daripada dua tahun dan sampai ke RM500,000...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Ia memang ada akta untuk ini tetapi sebab itu saya sebut awal tadi supaya dari segi jualan langsung yang tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 4 ini kita boleh ambil tindakan tetapi mesti ada kerjasama daripada- dan pengaduan ini boleh dibuat kepada tribunal ataupun kepada penguat kuasa ataupun di Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Minta sedikit. Bukankah kita boleh ambil tindakan terhadap...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Melaka, sekejap ya?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada tiga yang bangun. Yang mana satu?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Saya tambahan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu. Kita tahu ada akta kepada illegal jualan langsung, direct sales. Akan tetapi apakah tindakan yang kita boleh ambil terhadap hypermarket yang menyewakan tempat itu kepada illegal jualan langsung ataupun kegiatan gores dan menang atau operator. Tidak akan kita tidak ada akta untuk – tetapi jika kita ada akta kepada orang yang sewakan tempat itu, saya ingat ini mungkin akan jadikan satu tindakan yang lebih berkesan.

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebab itu saya sebut kita perlu kerjasama daripada Yang Berhormat ataupun orang ramai untuk membuat laporan kepada kita supaya kita boleh mengambil tindakan. Sama ada dia wujud, dia sewa gerai-gerai di supermarket atau di mana-mana gerai untuk membuat program gores dan menang ini supaya kita dapat membuat tangkapan ataupun membuat penyelidikan dan siasatan di situ sama ada dia berlesen ataupun tidak dan tindakan- tindakan mengikut akta yang sedia ada boleh kita ambil.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata undang-undang itu. Apa undang-undang itu? Ini kerana bila saya laporkan kepada polis, polis kata bahawa undang-undang kita ini tidak lengkap. Kalau mereka tangkap, mereka dakwa ke mahkamah, boleh dibebaskan dengan fine atau denda sebanyak RM100. So, saya tidak pasti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kata yang ada undang-undang boleh mendenda sehingga RM1 juta.

Terima kasih. Itu yang saya sebut tadi. Adalah menjadi kesalahan kalau sekiranya dia menjalankan perniagaan ini tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 4. Ini yang ada di kementerian. Jadi sebab itu apa yang ada di kementerian, saya beritahu kepada Yang Berhormat. Mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini direct sales punya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini bukan piramid. Ini tipu punya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Syarikat gores dan menang ini ada tiga di kawasan saya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Apabila pegawai boleh datang, saya bawa mereka pergi.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Semua ada lesen perniagaan. Sekarang ialah ketidaklengkapan undang-undang kita di bawah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu sebab kita bangkitkan kerana ramai kena tipu termasuk juga profesional.

Okey, Yang Berhormat boleh bagi maklumat itu kepada saya dan kita akan ambil tindakan dan perhatian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya cuma hendak membangkitkan satu isu fundamental yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Seperti Yang Berhormat Tenggara juga faham, apabila kita melawat contohnya di Australia. Mereka bukan sahaja hendak protect. Kerajaan bukan

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

sahaja hendak beri rakyat peluang untuk menikmati pilihan sama ada dia hendak beli barang dekat supermarket atau juga dia hendak beli barang di kedai-kedai runcit. Akan tetapi mereka hendak pastikan juga kedai-kedai kecil ini juga hidup. Sebab itu saya tengok macam kebanyakan di bandar raya-bandar raya di Australia, dia mengehadkan waktu beroperasi. Contohnya tidak boleh buka seawal sebelum pukul 12 dan mesti tutup sebelum pukul – ada yang pukul 7 petang. Lain-lain itu dia benarkan kedai-kedai runcit berniaga, kerana dia hendak pastikan kalau orang hendak beli di supermarket, ini waktunya. Kalau tidak, di tempat kita dia buka awal pagi. Ada yang sampai tutup pukul 1 pagi atau pukul 2 pagi. Apatah lagi waktu-waktu perayaan. Apa yang berlaku, Yang Berhormat? Kalau Yang Berhormat turun tengok di Sungai Petani sekarang ini, supermarket banyak satu pasal. Kedai di Kota, mati. Kedai di Tikam Batu, mati dan banyak mati. Ini kerana supermarket ini dia macam pukat harimau. Dia berniaga daripada udang sampailah macam-macam ada.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Dia masuk kereta pun dalam itu, motosikal pun dalam itu. Macam-macam. Jadi orang tidak payah pergi tempat mana sudah. Waktu dulu, Yang Berhormat, kalau budak sekolah hendak buka sekolah bulan November atau bulan Disember sekarang ini, paling tidak orang Kota, orang Sintok Bugis, orang Pulai Sepom, depa pergilah juga kedai-kedai kecil beli sepasang atau dua pasang kasut. Sekarang ini depa sudah tidak pergi. Semua mahu pergi supermarket. Akhirnya apa yang berlaku? Akhirnya kedai-kedai kecil mati. Bila mati, inilah masalah sosial yang timbul. Dahulu dia boleh berniaga dia tidak payah minta BR1M. Sekarang ini dia minta BR1M lah kerana dia tidak cukup duit. Ini menimbulkan masalah. Sedangkan bila kita hadkan, betul. Orang-orang besar, pelabur-pelabur besar boleh melabur di negeri kita tetapi janganlah sampai anak kita mati. Jadi ini menyebabkan untung sedikit tetapi kita rugi dari masa. Untuk long run kita rugi, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu saya sebut tadi. Keduanya, ialah pengguna sekurang-kurangnya dia pilihan. Itu yang pertama. Kedua, saya sudah sebut tadi garis panduan. Insya-Allah kita akan kaji. Kementerian akan kaji garis panduan yang ada.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Panjang lagi? Saya di sini. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Panjang lagi?

Sudah tidak panjang, Tuan Pengerusi. Saya ingat akan habiskan ini. Kalau yang lain, kalau sampai masa saya akan bagi ini. Cuma saya hendak respons Yang Berhormat Kuantan mengenai dengan pelantikan yang disebutkan tadi. Bagi saya memang tidak menyalahi kerana dari segi itu, cadangan nama yang kita mohon. Cuma bila kita lantik, yang kita lantik itu untuk mendapatkan sama ada bayaran dan sebagainya daripada duit rakyat adalah rakyat Malaysia. Kita tidak lantik Bangladesh kah siapakah. Kita tidak lantik. Jadi makna kata cuma cadangan daripada sama ada terpulang ketua bahagian. Ikut parti-parti. Kalau kita selesa dengan ketua bahagian, kita minta daripada ketua bahagian. Kalau yang sesetengah kita minta daripada Ahli Parlimen, kita minta kepada Ahli Parlimen. Itu bergantung kepada kerajaan pada hari ini. Akan tetapi kalau kerajaan sebut, macam kawan-kawan saya tadi di Selangor, walaupun di Kedah dulu pun saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena pun setuju. Lima tahun yang dulu pun lebih kurang macam itu juga tetapi sekarang ini sudah berubah. Begitu juga di...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Saya bukan hendak suruh dia bangun. Cuma saya hendak beritahu sahaja.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidaklah kerana dia...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Benda apa di Kedah. Apa dia? Yang kata berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi.

Dari segi pelantikan. Dari segi pelantikan. Kalau pelantikan kita ini ialah dari segi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk. Yang Berhormat Timbalan Menteri tengah menjawab ini.

...Pembantu hal ehwal pengguna.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia tidak boleh satu kenyataan bohong begitu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini kerana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan sangat berbeza jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini jawatan yang terkandung dalam buku bajet. Peruntukan, peruntukan.

Ya lah. Akan tetapi bagi saya, saya sebut tidak melalui...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bagaimana boleh daripada – boleh minta daripada parti politik. Ia mestilah melalui satu struktur, jentera kenderaan sendiri yang kena turun cari dan mengenal pasti.

Saya sudah sebut awal tadi. Ada yang kita minta daripada Ahli Parlimen dan ada...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenapa yang ini pula jadi macam itu?

Itu bergantung kepada kerajaan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hoi! Mana boleh buat bergantung. Mesti ada prosedurnya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Pokok Sena, sekejap.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, ‘mai doh dia ini’.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana boleh beri. Kerajaan dia hendak mentadbir dan menguruskan sebuah negara, dia bukan boleh ikut terlintas.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak, mikrofon sudah tutup, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya tutup. Saya tutup sebab saya suruh duduk, Yang Berhormat Pokok Sena tidak duduk. Kerana cenge sangat. Jangan cenge sangat. Ikut peraturan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak, bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dahulu. Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau tidak ada apa, Yang Berhormat Timbalan Menteri gulung.

Terima kasih banyak. Itu daripada Kuantan. Penjelasan saya. Bagi saya, bagi kita, memang tidak menyalahi mana- mana. Mengenai dengan...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau saya boleh tanya lagi sedikit berkenaan dengan ini.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Timbalan Menteri, selepas Yang Berhormat Kuantan, beri dekat Yang Berhormat Sungai Petani satu saat sebelum jawab, ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuantan sila.

Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kesal dengan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa yang mana selesa. Jadi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini tidak mengiktiraf Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Rakyat sudah pilih betul-betul sudah. Kalau mengikut surat ini kata sukacita saya memohon kerjasama pihak Yang Berbahagia Datuk iaitu Ketua Bahagian untuk mencalonkan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah yang mempunyai ketokohan, wibawa. Yang Berhormat Timbalan Menteri, UMNO sudah mati dekat Kuantan. Sudah tidak ada tokoh berwibawa. Carilah Ahli Parlimen. Sekurang-kurangnya bolehlah kita tunjuk sikit. Jadi be professional. Jadi seharusnya kalau jawatan yang ada budgeted for dalam buku kita ini, kalau kita buat SOP, kita buat prosedur, kalau semua Ahli Parlimen, semua Ahli Parlimenlah. Kalau selepas itu, extra daripada itu hendak panggil lain-lain, itu terserah. Akan tetapi prosedur ini mesti telus sebab ia di dalam apa yang kita panggil gerakan kepenggunaan.

Memang ada butiran di situ. Jadi saya kesal. Saya tadi bila mula Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap saya rasa, sekurang-kurangnya saya mendengar daripada seorang profesional. Saya beri hormat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Apabila jawapan begitu, saya cukup kesal. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri lebih jawapan yang lebih berwibawa, lebih daripada itu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Petani sekali.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Sebelum gulung, Sungai Petani ya. Tadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab fasal francais itu. Cuma hendak bagi kemas sedikit, sama ada adakah hasrat kerajaan untuk betul-betul turun ke bawah membantu khususnya pengusaha-pengusaha bumiputera yang ada peluang untuk buka francais tetapi mereka ini tidak ada peluang yang pertama sekali dari segi kewangan. Kedua dari segi pengetahuan. Adakah Kementerian mempunyai program-program, contoh Laksa Teluk Kechai. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun duduk dekat dengan Laksa Teluk Kechai itu, tetapi bertahun sudah kalau sekiranya ia dibuka peluang untuk francais, saya ingat sampai Kuala Krau ada, Johor Bahru pun ada, Stampin pun ada, boleh buka. Akan tetapi kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri biar mereka begini. Saya ingat itu soalan saya. Adakah kerajaan mempunyai program sebegini?

Yang Berhormat Pokok Sena belum sampai lagi. Cuma saya hendak bagi dari segi kita rasa pemimpin UMNO di kawasan-kawasan masih lagi berwibawa. Jadi itu pandangan Yang Berhormat dan berlainan dengan pandangan daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Untuk soalan Yang Berhormat Sungai Petani mengenai dengan francais laksa, banyak lagi di Kedah ini bukan laksa sahaja dan juga di tempat-tempat lain. Akan tetapi kadang-kadang ada juga pengusaha-pengusaha ini yang tidak berminat. Kita sudah approach dengan izin, kepada pengusaha-pengusaha bukan sahaja laksa kadang-kadang Belacan Tanjung Dawai pun ada. Jadi kita approach pengusaha-pengusaha ini tetapi kadang-kadang maklumlah kadang-kadang pemikiran mereka itu kita perlu bagi penerangan, penjelasan dan sebagainya supaya mereka berminat untuk masuk dalam Program Francais. Jadi kebanyakan pengusaha-pengusaha tempatan yang ada, sama ada di Alor Star ataupun di tempat-tempat lain mereka tidak begitu berminat. Mereka berkata kadang- kadang cukuplah dengan apa yang ada ini, kadang-kadang tidak terdaya mereka hendak itu, kadang-kadang jawapan. Akan tetapi kita masih lagi terus berusaha dan berusaha supaya semua francais ataupun restoran-restoran yang ada dari segi makanan dan sebagainya, bukan sahaja di Kedah di tempat-tempat lain akan terlibat dalam Program Francais. Insya-Allah Yang Berhormat. Jadi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gombak bangun.

Ya, Yang Berhormat Gombak. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini lanjutan daripada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani berhubung francais. Saya ingin bertanya, apakah kementerian menyedari bahawa bilangan bumiputera yang terlibat dalam industri francais ini amat kurang sekali? Sekiranya kementerian menyedari perkara ini, persoalan saya, apakah hala tuju dan pendekatan yang diambil oleh kementerian dalam meningkatkan penglibatan bumiputera dalam industri francais? Keduanya, kita juga sering mendapat aduan daripada francaisi ini mengenai watak dan tindakan francaisor yang menaikkan harga bahan mentah dan apabila tindakan ini dilakukan oleh francaisor, apa yang diadukan kepada kita ialah francaisi ini mengalami kesulitan kerana salah satu sebabnya margin keuntungan itu akan berkurangan. Ketiga, berhubung dengan industri francais ini ialah, apakah kerajaan bercadang untuk memberikan satu peruntukan yang munasabah dalam membangunkan industri francais ini? Saya ingin mencadangkan kalau kementerian bersetuju, kita wujudkan satu tabung amanah francais bagi membantu francaisi yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Kalau kementerian berpeluang mendapatkan satu launching grant katalah, RM300 juta bagi menubuhkan tabung amanah francais ini. Jadi saya minta penjelasan dan pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Gombak. Mengenai dengan jumlah penglibatan bumiputera ini kita akan beri jawapan secara bertulis kerana ia perlu mendapat maklumat daripada kementerian dan mengenai dengan aduan francaisi, mengenai dengan tekanan yang dibuat oleh francaisor. Itu juga sekiranya ada kita akan ambil perhatian dan tindakan. Kita akui memang ada kedengaran tekanan-tekanan yang dibuat ataupun jumlah yang begitu tinggi. Tadi ada juga Yang Berhormat bangkit mengenai dengan hendak ini burger sahaja perlu sampai RM20,000. Itu kita akan ambil perhatian supaya ada perbincangan dengan francaisor supaya tidak ada tekanan dari segi modal dan sebagainya untuk mewujudkan francaisi di dalam negara. Peruntukan yang munasabah untuk kita wujudkan francaisi ini mungkin itu satu cadangan yang baik, kita akan ambil perhatian untuk dibawa berbincang di peringkat kementerian. Lain-lainnya Yang Berhormat...

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu lagi..

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Satu lagi, last one. Ini berkenaan dengan Program 1Malaysia 1Harga. Saya rujuk pada Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Program ini telah bermula pada Februari 2013 bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di luar bandar dan pedalaman dan bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat. Soalan saya adalah, apakah matlamat tersebut dicapai sejak Program 1Malaysia 1Harga ini diperkenalkan? Saban hari saban meningkat harga barang, maka bagaimana Program 1Malaysia 1Harga ini boleh membantu mengurangkan beban rakyat? Berpandukan kepada Butiran 070600, pada tahun 2013 tiada peruntukan tetapi pada tahun 2014, RM80,437,400 juta telah diperuntukkan. Bagaimana dana ini boleh membantu mengurangkan beban rakyat? Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab secara lisan, sekurang-kurangnya jawapan secara bertulis. Oleh sebab ini amat penting kerana banyak rakyat sedang merana kerana kos barang yang sedang meningkat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya percaya memang tidak ramai, tidak ada pun rakyat yang merana mulai dengan Program 1Malaysia 1Harga ini. Akan tetapi jawapan bertulis akan kita bagi kepada Yang Berhormat mengenai dengan Program 1Malaysia 1Harga. Jadi saya juga ingin menjelaskan satu dua lagi Yang Berhormat, Tuan Pengerusi mengenai dengan Yang Berhormat dari Sibu. Bilangan pos ataupun CD di Sabah dan Sarawak. Sabah kita ada 510 pos termasuklah di Sarawak ada 1,162 CD Program Pos dilantik, pos-pos dikenal pasti berdasarkan kedai-kedai runcit yang telah beroperasi. Bajet gaji pegawai-pegawai pemantau harga yang diberi di bawah one-off ini kerana pelantikan mereka adalah bersifatkan sementara dari tahun ke tahun. Jadi sebab itu tiap-tiap kali peruntukan ini dibuat secara one-off kerana mereka ini dilantik secara kontrak mengikut keperluan. Itu Yang Berhormat Sibu dan daripada Yang Berhormat Parit mengenai harga sistem francais yang dikatakan mahal, contohnya francais burger tadi. Saya pun sudah perjelaskan dan kita akan ambil tindakan dan perbincangan. Oleh kerana kadang-kadang harga dalam sebuah sistem perniagaan francais ini perlu kita tengok dalam aspek keseluruhan. Akan tetapi walau bagaimanapun kita tahu kita akan ada perbincangan dengan francaisor ini supaya mungkin jumlah-jumlah itu dapat dikurangkan dan mungkin jumlah francaisi agak lebih banyak dapat kita wujudkan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sungai Petani bangun.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri masih lagi atas francais business ini.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Boleh tidak kementerian letakkan paling tidak pun satu target contohnya untuk bumiputera contohnya. Katakanlah sekarang kita ada ‘X’ number. Boleh tidak mungkin tahun depan 2014 kita ada satu kenaikan 10% atau 15%. Ini memberikan tekanan kepada pegawai-pegawai dan kementerian untuk mencari. Daripada kita tunggu pengusaha- pengusaha datang, yang kita tahu kebanyakannya tidak akan kerana oleh sebab-sebab yang tertentu dan kita juga buat andaian mereka ini tidak berminat dan sebagainya, tetapi kalau kita letakkan satu target, contohnya kenaikan 10% maknanya kalau sekarang ini ada 17 akan ada peningkatan pada tahun depan ataupun tahun berikutnya supaya ini menjadikan satu tekanan dan usaha untuk pegawai-pegawai mencari mereka yang berpotensi untuk kita jadikan perniagaan francais ini. Oleh sebab saya rasa, saya melihat kalau orang Melayulah khususnya yang memang hebat dari segi makanan ini kalau kita tidak tolong mereka, saya rasa industri ini akan mati. Kita tengoklah macam di Pulau Pinang itu, mi kuahnya, mi udangnya. Orang berduyun-duyun datang tapi kalau tidak nampak yang dia boleh kembang tempat lain, yang pertama kerana dia tidak ada ilmu, yang kedua dia juga takut hendak venture dalam perniagaan yang lebih besar berbanding dengan kopitiam dan lain-lain yang ada financial support dan juga technical support.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi saya rasa kementerian harus ada drag ke arah itu, tolong sungguh-sungguh dan jangan besar tetapi saya kira sekitar percentage yang munasabah untuk permulaannya . Saya rasa insya-Allah kalau ini boleh dibuat, banyak mereka yang mengusahakan khususnya makanan yang boleh membangun dalam keadaan yang segera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila. Ya, Yang Berhormat Gombak.

Yang Berhormat Menteri, ini ada kaitan yang saya bangkitkan tadi walaupun Yang Berhormat Menteri mencadangkan akan diberikan secara bertulis tentang bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan francais ini. Akan tetapi yang saya tekankan tadi lebih daripada bilangan. Bukan soal bilangan bumiputera yang terlibat tetapi saya percaya dan yakin kementerian sedia maklum bahawa bilangan bumiputera yang terlibat secara langsung dalam perniagaan ini relatifnya masih kecil. Maka, saya tanya tadi apakah dasar program dan hala tuju kementerian secara khusus seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Maknanya ada projection, ada unjuran bagaimana kementerian boleh membantu golongan bumiputera terlibat secara langsung dalam perniagaan francais. Jadi dari segi dananya, dari segi programnya, dukungannya, insentifnya yang itu yang saya perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri secara khusus. Oleh sebab itu saya cadangkan tadi kalau boleh wujudkan satu tabung amanah francais dengan launching gerannya mungkin saya cadangkan RM300 juta bagi mencapai matlamat tadi. Akan tetapi yang lebih penting apakah kementerian ada satu program dan dasar yang khusus untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perniagaan francais ini? Terima kasih.

Terima kasih. Mengenai dengan francais di bawah satu agensi di bawah kementerian iaitu PNS yang terlibat secara langsung untuk memberi supaya program francais ini akan ada peningkatan daripada masa. Untuk makluman Yang Berhormat, sebab itu saya bagi tahu kata kita akan bagi dia punya maklumat ini dari segi peningkatan francaisi ataupun francaisor bumiputera dalam program francais yang ada dalam kementerian. Pada tiap-tiap tahun ada peningkatan. Jadi, sebab itu dalam masa ini kemungkinan saya tidak sempat, kita akan bagi secara bertulis dan program-program memang banyak. Saya sendiri pun bersama dengan program yang dibuat oleh pihak PNS di seluruh negara di Sabah dan sebagainya. Bawa kita punya francaisor ke bawah untuk memberi supaya wujud francais-francais yang berminat dengan apa yang di bawah oleh francaisor di seluruh negara. Jadi, kita tengok dalam program-program itu sambutan begitu baik yang diberi oleh masyarakat setempat dan program ini berterusan daripada masa ke semasa. Kita tidak henti kerana kita ada peruntukan dan sebagainya kerana kita yakin supaya program atau pun francais ini akan terlibat dan memberi satu impak yang baik dari segi ekonomi terutama sekali pengusaha-pengusaha di bandar-bandar kecil yang ada di seluruh negara. Jadi, sebab itu program ini sentiasa ada. Kita turun ke bawah buat program- program di seluruh bandar. Perkara yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Sungai Petani tadi dan kita setuju memang supaya jumlah peniaga-peniaga, pengusaha- pengusaha ini dapat kita bawa dalam program francais ini yang ada di seluruh negara. Jadi insya-Allah kita akan bagi tumpuan peningkatan. Jadi Yang Berhormat, memang program daripada kementerian melalui agensi iaitu PNS yang secara langsung dan bukan saja kita libatkan ini, kita bawa juga supaya peningkatan francaisor ini bukan sahaja negeri tetapi juga di luar negeri. Akan tetapi tumpuan yang lebih kita bagi di dalam negara kerana kita hendak supaya pengusaha-pengusaha kecil yang lain terlibat secara khusus dalam program francais di bandar-bandar kecil.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebut ini Yang Berhormat Menteri kalau kita pergi makan di Old Town White Coffee contohnya. Dia bukan ada apa pun. Satu kedai asal dulunya di Ipoh, lepas itu berkembang dan sekarang ini di antara perniagaan multimillion dollar. Isunya Yang Berhormat Menteri, saya setuju. Saya terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri berikan. Yang saya minta ini satu unjuran itu kerana saya rasa tengok peniaga-peniaga contohnya di Johor, mi rebus cabai muda, cabai hijau itu. Kalau kita pergi Johor Bahru itu saya ingat orang queue panjang dan saya bercakap dengan pengusaha dia. Saya kata kenapa tidak difrancaiskan? Dia nampak kedut muka Yang Berhormat Menteri. Dia kedut muka ini tidak tahu macam mana hendak kembangkan. Jadi seperti saya kata kalau kita usaha sungguh-sungguh, jumpa orang macam ini saya rasa bukan saja kedai itu boleh buka tetapi dia boleh incooporate kan makanan lain juga dan akhirnya kita boleh berlawan dengan Old Town White Coffee ini. Oleh sebab itu sekarang ini kalau orang datang Malaysialah kita hendak kata orang luar negara hendak ajar kita hendak makan, saya pun kadang-kadang fikir hendak bawa pergi tang mana selain daripada kedai mamak. Jadi kita pun tidak ada tempat. Tapi kalau kita ada outlet macam ini, saya yakin di samping Old Town White Coffee kita ada satu yang kita francais kan dan saya rasa ini kementerian boleh buat dalam keadaan yang serta-merta. Saya minta sangat-sangat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah kalau apa Yang Berhormat sebut bukan saja Old Town tetapi bagi segi francaisor yang bumiputera ini kita contohnya macam Tutti Fruity pun sudah berkembang merata. Jadi, sebab itu kita sebut, saya sebut tadi makna kata penekanan kita bagi dan perhatian dalam kita hendak kembangkan program francaisor dan francaisi ini akan terus kita jalankan. Jadi, Yang Berhormat Tuan Pengerusi mengenai dengan Yang Berhormat daripada Parit, saya suka hendak ini sedikit mengenai dengan penjaja dan peniaga kecil yang peruntukan RM66 juta pinjaman lambat dapat daripada TEKUN dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa agensi kerajaan yang membantu golongan penjaja dan peniaga kecil iaitu TEKUN di bawah Kementerian Pertanian dan AIM juga di bawah MOF. Di bawah KPDNKK, Skim Pembiayaan Mikro diletakkan di bawah kawal selia Bank Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM100 juta pada 2013 dan RM50 juta pada 2014 yang akan datang. Jadi kementerian telah memudahkan mekanisme pinjaman dengan hanya merujuk kepada warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Itu saja pra-syaratnya. Selain menjadi penjaja sepenuh masa dan kelulusan pinjaman mengambil masa kadang-kadang kerana pihak bank perlu membuat pemantauan premis perniagaan dan juga penilaian keperluan bagi memastikan peminjam diberi kepada pihak yang benar-benar memerlukan. Itu jawapan kepada Yang Berhormat daripada Parit. Daripada Yang Berhormat Putatan dan juga Yang Berhormat Bintulu mengenai ketirisan minyak bekalan diesel di Sabah dan Sarawak.

Tindakan berterusan kita jalankan terhadap aktiviti penyelewengan diesel dan jumlah tindakan yang telah diambil di negeri Sabah bermula pada Januari 2013 adalah sebanyak 88 kes dengan nilai rampasan RM1.84 juta termasuklah kenderaan. Jumlah tindakan yang telah diambil di negeri Sarawak pula adalah sebanyak 69 kes dengan nilai rampasan RM3.2 juta termasuklah 48 kenderaan dan juga dua buah kapal.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri.

Sambung, sambung.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sambung minggu depan.

Yang Berhormat, ada sedikit sahaja lagi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawab bertulis boleh.

Saya akan selesaikan. Cuma satu sahaja dari Kanowit berkenaan dengan CD, bilangan syarikat tempatan, bekalan petrol diesel yang habis dijual di pos. Untuk makluman, KPDNKK akan memantau lebih kerap keadaan ini dan memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan insya-Allah daripada masa ke semasa kita ada lebih daripada 1,000 orang penguat kuasa yang sentiasa menjalankan tugas mereka untuk memantau dari segi ketirisan minyak-minyak diesel. Kebelakangan ini ada tangkapan yang telah kita buat dan puluhan juta rampasan dan tindakan yang telah kita ambil. Yang lainnya mungkin ada satu dua, kita akan bagi secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Janji dekat saya tadi daripada awal dia janji dia kata sudah sampai hak saya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maknanya tidak adalah gula. Gula murah RM1 sekilogram ini tidak adalah? [Ketawa]

Yang itu Yang Berhormat boleh bincang. Kita bagi jawapan bertulis hak RM1 itu.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak adalah? Janji dekat saya daripada awal penggulungan itu ada hak Pokok Sena.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri ...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi maknanya tidak adalah gula murah.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, sudah habis, sudah habis? Dah?

Tidak apalah, akhir sekali saya responslah hak Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri sebenarnya Yang Berhormat Pokok Sena dia hendak habiskan hari ini. Dia hendak tunggu JKR hari Isnin. Itu sahaja.

Okey, Yang Berhormat Pokok Sena. Cuma sedikit sahaja saya hendak beritahu. Insya-Allah kalau ada pilihan raya kecil di Pokok Sena kita akan buatkan program ini.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Tidak. Saya katakan bahawa punya teruk...

Kerana yang ini sumbangan daripada pihak swasta.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya katakan bahawa punya teruk Barisan Nasional tunggu wakil rakyat mati dahulu baru rakyat boleh dapat gula murah. [Tepuk] Saya ingat lepas ini ada rakyat upah driver lori bagi, pi rempuh Arau. Tau- tau pilihan raya kecil di Arau. Pasal apa? Hendak-hendak gula murah. Pasal dia kata tunggu wakil rakyat Pokok Sena, pilihan raya kecil Pokok Sena.

Ini saya pun tahu Yang Berhormat pun sindir sebenarnya. Saya dapati tidak ada pun, saya check juga yang dia sebut kata orang kawasan dia pi dapat gula RM1. Itu satu pembohongan dalam Dewan ini.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini cop rokok daun. [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cap rokok daun pi beli.

Yang itu bukan dalam kawasan saya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hah?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Alor Mengkudu itu ... [Dewan riuh] Ini cop rokok daun itu Parlimen Alor Star. Ketua bahagian dia Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tahulah.

Tuan Pengerusi, duduk, duduk, duduk.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cop rokok daun.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana ada gula murah, pergi beli.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, diam-diam. Yang Berhormat Pokok Sena cukup lah.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi maknanya tidak ada lah. Ini temberang sahaja lah. Ada peluang ... temberang sahaja. Tunggu wakil rakyat...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, sudah habis? Sudah habis Yang Berhormat Menteri?

Sudah habis?

Yang Berhormat, betulkan fakta. Dia sebut nama tadi yang kata beli gula RM1, cap rokok daun. Dia itu dalam kawasan Alor Mengkudu, bukan Bakar Bata tetapi ...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Alor Mengkudu dalam Parlimen Alor Star. Ketua bahagian dia ialah Yang Berhormat.

[Menunjukkan isyarat tangan]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukup lah, cukup.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Mergong kawasan Bakar Bata dan orang-orang Yang Berhormat sebutkan itu berada di kawasan Dewan Undangan Negeri yang lain.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Alor Mengkudu itu Parlimen Alor Star.

Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

[Dewan riuh]

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Mana boleh sebut lori babi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,131,420,000 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,131,420,000 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40,910,000 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40,910,000 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2014] [Majlis Mesyuarat bersidang Semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 25 November 2013.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang]