Dewan Rakyat · 10 June 2014
15th Parliament, session 2, meeting 2 · 546 turns · 52,060 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan profesion perguruan menjadi profesion pilihan.
Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dalam aspek memartabatkan profesion perguruan. Justeru, di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan profesion perguruan berada di tahap yang terbaik. Sehubungan itu izinkan saya menjawab pertanyaan lisan yang berhubung kait dengan pembangunan profesion perguruan secara serentak iaitu pertanyaan tersebut adalah daripada Yang Berhormat Jelebu pada hari ini dan juga Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Temerloh pada 19 Jun yang akan datang.
Ya, sila.
Untuk maklumat Yang Berhormat Jelebu, hakikatnya pada masa ini profesion perguruan telah pun menjadi antara profesion pilihan utama rakyat Malaysia. Sebagai contoh, walaupun jumlah tempat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 hanya 3,000 tempat seperti yang diperlukan, namun permohonan atas talian adalah sebanyak 53,335 permohonan. Disebabkan terlalu ramai yang berminat untuk menjadi guru, kementerian telah melaksanakan pemilihan calon yang cemerlang di antara yang cemerlang melalui proses pemilihan mengikut syarat dan kriteria pengambilan yang sangat ketat serta mengadakan ujian saringan supaya mereka yang terpilih benar-benar layak dan memenuhi standard serta kualiti yang telah pun ditetapkan. Pada masa yang sama, kementerian sedang dalam proses mentransformasikan Institut Pendidikan Guru (IPG) ke arah yang lebih berwibawa serta memenuhi keperluan dan kehendak pedagogi abad ke-21. Modul latihan guru di IPG telah disemak semula seiring dengan tahap kompetensi dan potensi murid masa kini. Untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, tujuh aspek utama telah dikenal pasti dalam usaha untuk mentransformasikan IPG iaitu memperkukuh saluran pengambilan guru pelatih, memantapkan kurikulum IPG, meningkatkan kualiti kepimpinan IPG, meningkatkan kualiti pensyarah, menaik taraf infrastruktur, meningkatkan aktiviti pendidikan dan inovasi dan meningkatkan profil IPG. Di samping itu satu Pelan Strategi Pembangunan Profesional Pensyarah IPG telah digubal dengan sasaran 33% pensyarahnya memiliki ijazah kedoktoran PhD. menjelang
tahun 2020. Langkah ini dijangkakan mampu meningkatkan lagi kualiti graduan keluaran IPG setanding dengan keluaran institut pendidikan tinggi yang lain. Menyentuh pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis, Kementerian Pendidikan Malaysia sebenarnya telah menjalankan beberapa intervensi untuk memastikan guru-guru mengajar dalam opsyen dan kepakaran mereka. Ini termasuklah menyediakan pelan induk pembangunan profesional berterusan supaya guru lebih bertanggungjawab terhadap pembangunan profesional kendiri. Pada tahun 2013, seramai 13,964 orang guru gred DG41 dan DG44 telah diberi kursus pembangunan kompetensi untuk memantapkan lagi kemahiran pedagogi dan pengurusan guru sekali gus mampu meningkatkan lagi prestasi mereka dalam bilik darjah. Manakala bagi tahun 2014, pelbagai kursus latihan dalam perkhidmatan sebagai usaha untuk meningkatkan profesional guru telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan 305,058 orang dengan jumlah kos sebanyak RM41.8 juta. Kementerian Pendidikan juga telah melaksanakan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi menangani isu guru-guru yang mengajar tidak mengikut opsyen bagi tahun 2011 hingga tahun 2015. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru Malaysia melalui peningkatan tambah opsyen iaitu tanpa mengubah opsyen asal dan secara tidak langsung menyelesaikan masalah kekurangan guru untuk opsyen tertentu.
Pada tahun 2013, seramai 690 orang guru telah mengikuti PITO manakala 800 orang guru pelbagai opsyen akan dilatih melalui program tersebut pada tahun ini. Pada masa yang sama, unjuran keperluan guru mengikuti opsyen sedang dikaji secara teliti bagi menyelesaikan isu salah padanan ataupun mismatch opsyen guru dalam jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah untuk memartabatkan lagi profesion perguruan, kerajaan telah menggabungkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Lepasan Diploma kepada Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Skim baru ini menyediakan pelbagai laluan kenaikan pangkat kepada semua guru berasaskan kecemerlangan. Ini membolehkan seseorang guru dinaikkan pangkat daripada gred DG41 ke DG54 dalam tempoh yang lebih singkat. Sementara itu, dianggarkan seramai 5,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang telah berjaya memperoleh ijazah akan dilantik terus ke gred DG42 tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Selain itu, laluan kerjaya baru juga sedang dirancang dan Pelan Penggantian Guru sedang ditambah baik. Laluan kerjaya baru ini bertujuan mengemas kini laluan kerjaya sedia ada kepada tiga laluan yang utama iaitu laluan pengajaran dan pembelajaran, laluan kepimpinan dan laluan pakar bidang. Langkah ini membolehkan guru menikmati kenaikan pangkat mengikut laluan kerjaya masing-masing. Pada masa yang sama, melalui inisiatif Piagam Guru PPPM 2013-2025, instrumen penilaian bersepadu untuk menggantikan instrumen penilaian sedia ada telah pun dibangunkan untuk menilai kompetensi dan prestasi seseorang guru mengikut standard yang ditetapkan. Pada tahun 2013, seramai 101,535 orang guru dan pimpinan sekolah telah dinilai dengan menggunakan instrumen ini. Hasil penilaian tersebut akan digunakan untuk menyediakan latihan selaras dengan tangga kerjaya guru di samping mengenal pasti laluan kerjaya yang bersesuaian pada masa hadapan. Kementerian juga telah menetapkan agar semua sekolah melaksanakan pengoperasian berdasarkan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) mulai tahun 2012. Melalui SKPM ini, guru-guru wajar sentiasa merujuk dan memastikan kualiti pembelajaran dan pengajaran pada standard yang telah ditetapkan. Dalam pada masa yang sama, guru-guru juga diberikan bimbingan yang bersesuaian selepas pemeriksaan yang dijalankan secara berkala dan ini sejajar dengan matlamat PPPM 2013-2025 dalam Anjakan 4 iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dan Anjakan 10, memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan untuk meningkatkan lagi tahap kualiti guru dan keberhasilan murid dapat dimaksimumkan.
Sebagai pengiktirafan kepada kepimpinan sekolah dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah mereka ke tahap yang terbaik, kementerian telah mewujudkan tawaran baru ataupun new deals sejak tahun 2010 sehingga tahun 2013 di mana seramai 2,380 pengetua, guru besar, 85,012 guru-guru dan 16,843 anggota kumpulan pelaksana telah menikmati ganjaran tersebut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM804.9 juta. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memartabatkan profesion keguruan dan sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan negara. Sesungguhnya saya amat berkeyakinan segala usaha yang dirancang dan dilaksanakan akan mampu untuk mencapai aspirasi pembangunan modal insan yang seimbang dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu izinkan saya mengalu-alukan rombongan dan lawatan daripada Persatuan Tingkatan 6 Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu Kulim. [Tepuk] Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Satu jawapan yang sangat meyakinkan dan sangat jelas akan hala tuju dan juga matlamat yang sedang dibawa oleh Kementerian Pendidikan dalam soal untuk memartabatkan sistem pendidikan dan profesionalisme perguruan kita. Jadi jawapan yang sangat meyakinkan itu sesuatu yang dapat kita lihat daripada seluruh program yang dirangka dan disusun oleh kementerian di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat, cuma satu aspek usaha murni dan cita-cita ini mungkin boleh terhalang oleh kerana adanya dakwaan-dakwaan atau pemikiran-pemikiran yang sesetengah pihak mendakwa bahawa kementerian mengindoktrinasikan guru-guru supaya menjadi penyokong kepada kerajaan semata-mata. Suara ini merupakan pandangan nakal malah sesuatu yang mungkin cubaan membawa elemen politik ke dalam sistem pendidikan kita dan akan boleh menjejaskan profesionalisme perguruan. Jadi mungkinkah...
Ya, soalan.
Ini soalannya. Soalannya ialah bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri melihat elemen yang sedemikian, dakwaan yang sedemikian boleh menjejaskan keharmonian dan cita-cita yang sangat baik yang sedang disusun oleh kementerian di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat? Itu soalan saya, Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan itu. Sebenarnya tidak ada suatu usaha khusus dibuat untuk tujuan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kerana profesion perguruan ini adalah satu profesion yang mulia. Guru adalah satu tenaga yang profesional. Mereka mempunyai pendidikan yang tinggi dan faham tentang tugas dan tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada profesionnya tetapi juga kepada sekolah dan juga kepada negara. Maka oleh sebab itu, saya tidak fikir ada keperluan kita, seperti disebutkan tadi, untuk meyakinkan bahawa mereka ini harus memberikan sokongan padu kepada kerajaan kerana mereka sebagai pegawai kerajaan biasanya, orang kata, bersikap setia kepada kerajaan pada hari ini. Itu yang biasa berlaku bukan sahaja dalam sektor pendidikan tetapi dalam sektor perkhidmatan awam yang lain. Jadi oleh sebab itu, saya tidak bimbang langsung. Dalam soal ini, apa pun tohmahan dan tuduhan mana-mana pihak sekalipun hendak buat terhadap guru, mereka tahu tentang tugas mereka. Pentingnya kita hendak melihat ialah keupayaan mereka melaksanakan tanggungjawab, kemampuan mereka memberikan ilmu dan pengetahuan dan membentuk sahsiah, perwatakan, peribadi dan di samping itu membimbing anak-anak mereka iaitu pelajar-pelajar di sekolah untuk tahu menilai tentang soal kenegaraan, soal kebangsaan, soal yang berkaitan dengan patriotisme. Ini sebahagian daripada elemen- elemen yang memang ada kita terapkan dalam proses pembelajaran. Jadi bagi saya tidak perlu kita merasa ragu. Apa pun inisiatif yang dibuat oleh pihak kementerian tidak ada yang khusus yang dibuat untuk conversation process kerana mereka tahu tentang tugas dan tanggungjawab mereka, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Amat Berhormat, profesion perguruan memang begitu rumit. Bagaimana Yang Amat Berhormat dapat memastikan guru-guru ini benar-benar mempunyai kualiti bukan seperti yang kita nampak menjadi guru tuisyen sahaja dan bagaimana kita boleh memastikan mereka dapat gaji dan pencen yang sepadan dan secocok dengan profesion yang begitu murni?
Yang Amat Berhormat, kita ada 2,623 buah sekolah yang mempunyai murid kurang daripada 150 orang. Bagaimana kita dapat memastikan sekolah-sekolah ini dapat guru yang berkualiti?
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana yang telah pun saya jelaskan panjang lebar dalam ucapan ataupun jawapan awal saya, kita memang menekankan antara lain ialah tentang kualiti guru. Ini kerana isu ini sudah lama dibincangkan, menjadi minat seluruh lapisan masyarakat termasuk Ahli Yang Berhormat dan ia diukur dari segi outcome iaitu apakah kualiti pelajar yang dapat kita lahirkan, yang boleh memenuhi tuntutan pembangunan negara dan juga keperluan di peringkat global. Oleh sebab itu, proses latihan guru ini dibuat sepanjang masa. Pelbagai bentuk latihan yang telah pun kita sediakan untuk menentukan setiap guru ini mencapai tahap proficiency yang ditetapkan. Kalau mereka tidak sampai ke tahap itu, maka berkala- kalalah kursus-kursus diadakan untuk guru berkenaan. Jadi, oleh sebab itu penting bagi kita menentukan supaya tahap pencapaian dan prestasi guru kita ini sentiasa di tingkat yang terbaik. Saya akui mungkin ada kelemahan-kelemahan. Dalam rekod yang lalu, kita dapati ada kekurangan dan ini telah banyak disuarakan. Oleh sebab itu, langkah yang terbesar yang saya ambil di peringkat kementerian ialah dengan mengadakan kajian yang menyeluruh dalam soal yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara. Bagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kita telah pun siapkan laporan lengkap yang dipanggil sekarang ini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, di mana segala-galanya yang kita fikir wajar kita beri perhatian termasuk soal bagaimana kedudukan guru itu dapat dimartabatkan, kualiti guru itu hendak ditingkatkan, itu telah pun dimasukkan dan sudah pun mula kita laksanakan dan kita tingkatkan untuk masa-masa akan datang. Soal bayaran gaji, skim perkhidmatan, saya dimaklumkan bahawa guru sekarang ini mendapat satu skim yang agaknya umum lebih baik daripada sesetengah perjawatan dalam kerajaan. Waktu mana Perdana Menteri memutuskan untuk memberikan taraf time based di mana proses kenaikan pangkat dan perjawatan itu agak lebih mudah dengan syarat mereka ini adalah guru yang cemerlang. Maka, banyak juga skim perkhidmatan yang lain mengatakan mengapa kita tidak mengikut skim perkhidmatan perguruan yang ada dengan adanya time based yang telah pun disediakan ini. Jadi bermakna, itu satu bentuk pengiktirafan yang telah pun kita berikan untuk melihat profesion perguruan ini bukan sahaja penting tetapi diberikan pengiktirafan dari segi bentuk ganjaran dan gaji yang berpadanan. Soal sekolah kurang murid ini adalah satu daripada masalah yang kita hadapi di peringkat kementerian. Setakat hari ini, ada beberapa langkah yang telah pun kita ambil Yang Berhormat. Pertama, kalau ada persetujuan daripada ibu bapa untuk anak-anak mereka ini berpindah ke sekolah yang lebih besar. Ini kerana dengan sekolah yang lebih besar, dengan guru yang lebih ramai tersedia, dengan kelengkapan dan kemudahan infrastruktur yang agak lebih baik, maka tentu ini akan meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid yang berkenaan. Ada beberapa buah sekolah di mana PIBG bersetuju maka murid-murid ini dipindahkan ke sekolah yang lain. Akan tetapi kalau tidak, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, kita tidak sentuh. Apa yang penting di situ ialah bagaimana guru yang diperlukan tadi cukup. Kadang-kadang bukan cukup, melebihi daripada ratio pelajar yang ada di sekolah itu. Disebabkan itu, ada juga masalah berbangkit dari segi kualiti pembelajaran, tidak lengkap peralatan, tidak ada kemudahan. Oleh sebab itu, kita dalam proses menilai bagaimanakah cara untuk kita melihat ke hadapan, sama ada boleh diintegrasikan kalau sekolah itu tidak jauh di antara satu sama lain dengan syarat ibu bapa bersetuju dan memang pihak kementerian tidak ada halangan. Mungkin satu hari kita perlu cari jalan lain untuk menentukan supaya sekolah kurang murid
ini mempunyai sejumlah pelajar yang mencukupi untuk membolehkan proses pembelajaran itu berjalan dengan lebih baik lagi.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya. Soalan tambahan saya ialah saya ingin penjelasan berkenaan dengan pengambilan guru, penempatan guru terutama lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, yang mana mereka ini ramai yang menganggur berbanding dengan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Seolah- olah lepasan Sarjana Muda Pendidikan ini ketinggalan mendapat persaingan. Pengambilan diberi keutamaan kepada lepasan diploma menyebabkan ribuan daripada anak-anak kita lepasan Sarjana Muda Pendidikan ini menunggu bertahun sedangkan mereka terpaksa membayar balik pinjaman dan sebagainya. Jadi, sejauh mana keprihatinan kementerian untuk menangani lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini yang tidak mendapat tempat walaupun bertahun telah graduated. Itu yang pertama. Kedua ialah masalah ponteng sekolah, yang mana didapati satu fenomena yang sangat menggerunkan kita. Kebanyakan sekolah terutama di luar bandar, fenomena ponteng sekolah, ada satu sekolah sampai 200 pelajar satu hari ponteng. Jadi, sejauh mana kementerian memantau isu-isu ini? Apakah ini mempunyai kesan kerana cara pembelajaran yang tidak menarik dan sebagainya menyebabkan pelajar tidak minat dengan pelajaran? Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, isu penempatan graduan ijazah ini memang kita telah akui ada sedikit masalah terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Pertama adalah kerana keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Jadi bila kita membuat perancangan dahulu sepatutnya guru ini sudah bersara, jadi guru itu tidak bersara. Jadi dengan keadaan begitu, guru di peringkat sama ada di IPG kita atau IPTA yang sudah pun kita hantar untuk dilatih menjadi guru tidak mendapat tempat itu. Ini kerana kekosongan tidak berlaku, hendak tunggu sampai mereka ini sudah bersara, barulah dapat di isi. Jadi, ini tempoh peralihan kerana keputusan dibuat oleh kerajaan untuk melanjutkan tarikh persaraan tadi. Namun begitu, kita telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Ada beberapa ribu guru yang telah pun kita kenal pasti sudah pun ditemu duga tetapi belum lagi dapat ditempatkan sehingga kita dapat kekosongan berlaku. Itu pertama. Kedua ialah perwujudan jawatan-jawatan baru yang memang bila kita lihat jumlah sekolah itu bertambah, kita perlu dapat kelulusan jawatan-jawatan baru. Ini menunggu keputusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan kalau itu dapat disegerakan, bermakna guru-guru yang masih menunggu tadi bolehlah ditempatkan di sekolah-sekolah yang berkenaan. Isu disiplin pelajar ini memang kita beri perhatian walaupun boleh saya sebutkan di sini dari segi peratusan insiden ini jumlahnya adalah amat kecil, tidak sampai 1% kerana kita ada sejumlah hampir 5.6 juta pelajar. Jadi kalau ada 10 orang atau 20 orang, dari segi jumlah itu tidaklah sebenar mana tetapi tidak bermakna kita tidak memberikan perhatian. Tanggungjawab untuk menentukan disiplin ini sentiasa terkawal diletakkan kepada sekolah, di bawah tanggungjawab guru disiplin. Semua guru di sekolah itu menjaga disiplin tetapi ada juga guru yang bertanggungjawab khas untuk melihat soal disiplin. Jadi kalau ada perkara-perkara sebegitu berlaku, memang pun ada laporan yang kita terima maka kita terpaksa memaklumkan kepada ibu bapa. Ada juga guru-guru sekolah itu dan pengetua ataupun guru besar pergi ke rumah ibu bapa memberitahu. Kadang- kadang ibu bapa sendiri tidak tahu bahawa anak mereka ponteng. Keluar dengan pakaian sekolah tetapi tidak pergi ke sekolah, pergi ke tempat lain. Ini telah kita kenal pasti dan kita ambil langkah dalam kes-kes tertentu. Kalau ia dianggap tidak berapa serius, maka tidak ada masalah, kita boleh membimbing mereka. Akan tetapi kalau ada kes yang serius sampai sudah lama sangat tidak ke sekolah maka tindakan tertentu terpaksa kita ambil. Namun yang penting ialah peranan ibu bapa selain daripada sekolah untuk membantu dari segi isu disiplin ini dapat kita atasi Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan secara terperinci kos-kos untuk pembinaan KLIA2 serta syarikat-syarikat kontraktor dan subkontraktor yang terlibat dan nilai kontrak setiap syarikat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kos terperinci bagi pembinaan KLIA2 mengikut pecahan utama adalah seperti berikut bagi pembinaan terminal, runway dan infrastruktur berkaitan; nilai kontrak yang diberikan oleh pihak MAHB termasuk kos-kos lain seperti pengurusan projek, bayaran perunding, visual docking guidance system, passenger boarding bridge dan projek penswastaan adalah sebanyak dalam RM3.38 bilion. Perincian kos bagi pakej utama adalah seperti berikut: (i) bangunan terminal KLIA2 yang diberikan kepada UEM–Binapuri Joint Venture dengan nilai kontrak sebanyak RM1.14 bilion; (ii) pembinaan runway 3 dan sistem taxiway oleh KUB Berhad sebanyak RM240.7 juta; (iii) aircraft stands dengan nilai kontrak sebanyak RM543 juta yang melibatkan banyak kontraktor, Nippon Road (M) Sdn. Bhd., Bayangan Sepadu Sdn. Bhd., Noor Angkasa Enterprise Sdn. Bhd., Award Konsortium Sdn. Bhd./ SWA Water Malaysia Sdn. Bhd. Joint Venture; (iv) kerja tanah untuk bangunan terminal, apron dan runway 3 sebanyak RM524 juta iaitu Gadang-BJQ Joint Venture dan WCT Berhad; (v) kos pembinaan infrastruktur dan utiliti adalah sebanyak RM222 juta yang melibatkan beberapa kontraktor, FCY Construction Sdn. Bhd., Zeta-Datapuri Joint Venture, Suhati Sdn. Bhd., Masterplan Consulting Sdn. Bhd, Pernec Corperation Berhad, Asia Baru Construction Sdn. Bhd., DMA Services Sdn. Bhd., Empire Kelana Malaysia Sdn. Bhd., GTC Global Sdn. Bhd., Industronics Berhad, JFA Bina Gemilang, Advance Jupiter Sdn. Bhd., Orinate Sdn. Bhd., Deloitte Consulting (SEA) Sdn. Bhd., IBM Malaysia Sdn. Bhd., Perkasa Sutra Sdn. Bhd., Sky Network Sdn. Bhd.; dan (vi) pembinaan parallel taxiway dan runway 2 dan kos taxiway dengan nilai kontrak sebanyak RM161 juta iaitu Intelligent Plus Sdn. Bhd., Wira Muhibbah Sdn. Bhd., dan Dimensi Teguh Sdn. Bhd. Joint Venture. Bagi pembinaan aset-aset kerajaan yang berkaitan dengan pengoperasian KLIA2. Jumlah kos yang ditanggung oleh MAHB untuk pembinaan aset-aset kerajaan adalah sebanyak RM582 juta. Ini termasuk pembinaan jalan, penyelenggaraan tambahan, pemindahan kerja utiliti dan bayaran konsultan bagi aset-aset kerajaan. Aset-aset ini termasuk menara kawalan yang baru serta peralatannya berharga RM174 juta. Pembinaan penghubung jalan dan kemudahan awam adalah sebanyak RM294 juta yang melibatkan Acre Works Sdn. Bhd., Suhati Sdn. Bhd. dan TH Technologies Sdn. Bhd. Seterusnya, RM114 juta adalah kos lain-lain termasuk bayaran konsultan. Jadi, keseluruhannya ialah RM3.962 bilion. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Ikut satu laporan akhbar, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang juga Yang Berhormat Pulai, kerosakan di sekitar KLIA2 amat teruk sekali. Dalam satu laporan media, beliau telah menggambarkan tempat berhenti kapal terbang ataupun the apron taxiway sebagai rosak teruk macam damage pumpkin, sebuah labu yang renyuk.
Siapakah yang akan bakal membiayai kos ini dan berapakah kosnya? Mengapa kos pembinaan landasan yang menghubung KLIA1 dan KLIA2 yang berjumlah RM100 juta terpaksa dibiayai oleh kerajaan? Sedangkan saya nampak MAHB telah diperuntukkan ataupun telah menggunakan RM582 juta tadi untuk pembinaan aset-aset kerajaan termasuk jalan penghubungan dalam KLIA2. Jadi, saya hendak minta pandangan atau pun jawapan daripada menteri, terutamanya apabila kos asal telah melambung daripada RM2 bilion hinggalah ke RM3.96 bilion tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai mendapan yang berlaku. Itu adalah dalam jangkaan pihak MAHB kerana tanah yang dalam pembinaan itu merupakan dijangkakan akan membuat settlement. Settlement inilah yang akan berlaku mendapan. Mendapan ini masih dalam jangkaan yang dibuat oleh MAHB dan mendapan- mendapan ini sehingga hari ini tidak mewujudkan masalah yang besar. Sehingga hari ini segala mendapan dapat diperbaiki dalam tempoh 24 jam. Penerbangan-penerbangan di KLIA2 tidak terjejas dengan mendapan yang berlaku kerana ia berlaku hanya di beberapa tempat yang tidak melibatkan keseluruhan KLIA2. Seterusnya, mengenai kos tambahan sambungan RM100 juta itu ianya kerana melibatkan keperluan untuk rakyat. Jadi, kalau kita menaiki ERL daripada Kuala Lumpur ke KLIA2, tiket itu tidak ditambah. Tidak ada kenaikan harga. Harga itu ditanggung oleh kerajaan. Kalau dulu dia sampai KLIA tetapi walaupun dia sampai KLIA2, tetap harga tiket sama kerana ditanggung oleh kerajaan.
Ya, Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Yang di- Pertua...
Ya, Yang Berhormat Putatan sila duduk.
[Ketawa] [Menyampuk]
Ya, Yang Berhormat Putatan. Ya, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Biasanya apabila KLIA2 ini pembinaannya selesai, jadi persoalan saya, tentu sekali ada pengeluaran lesen untuk teksi-teksi dari luar ke KLIA2. Jadi, saya mahu tahu, cara mana pemberian kontrak teksi ini kerana saya dapat tahu satu syarikat. Cara mana dan siapa syarikat yang dapat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan soalan satu.
Ya, Menteri jawab dulu, Menteri jawab dulu. Ya, Yang Berhormat Putatan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai teksi di KLIA2 ianya merupakan satu proses pemindahan teksi daripada LCCT kepada KLIA2. Jadi, teksi ini adalah diurus di bawah SPAD. Jadi, saya akan merujuk kepada SPAD untuk menambah jawapan kepada Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
[Ketawa]
Ya, ya. Sila, sila.
Sabar, sabar.
Soalan saya Menteri, tidakkah KLIA2 ini kerana kerajaan terlampau bercita-cita besar, mereka satu projek yang cukup besar tetapi dalam masa yang singkat di mana akhirnya bukan sahaja kerajaan terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi. Akan tetapi persepsi seluruh rakyat Malaysia, projek ini cukup-cukup lewat, gagal menepati masa yang dijanjikan.
Walaupun hari ini kalau kita pergi ke KLIA itu dia ada sign board besar airport hibrid yang terbesar dibina dengan harga yang paling rendah. Jadi bagaimana kerajaan hari ini hendak membetulkan persepsi kerana hakikatnya betul. Projek ini adalah projek yang cukup besar dibina dengan harga yang cukup rendah kalau kita banding dengan semua lapangan terbang yang lain. Ini hakikat. Akan tetapi, itu saya kata tadi bila kerajaan terlampau ambitious, letak harga yang tidak munasabah, masa yang tidak munasabah, hari ini kerajaan dilihat gagal padahal ia sebenarnya berjaya. Bagaimana hendak yakinkan kembali kepada rakyat ini?
Tuan Yang di-Pertua, memang apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu adalah tepat. Sebenarnya KLIA2 ini merupakan satu pencapaian yang terbaik di dunia dalam soal pembinaan kerana kos pembinaan paling murah dalam dunia dengan mengambil kira construction cost per pax iaitu hanya RM89 memandangkan berbanding dengan airport-airport di dunia, kalau Suwarnabumi di Bangkok dengan kapasiti 45 million penumpang sama seperti di KLIA2, kos dia RM333 dan di German kos construction cost per pax RM478 berbanding dengan KLIA RM89 dan Heathrow Terminal 5 RM717 dan yang paling mahal sehingga kini Singapura terminal four RM2,906. Jadi itu dalam soal kos. Dalam soal masa KLIA juga yang paling cepat dalam dunia. Empat tahun berbanding dengan Suwarnabumi 4.75 tahun. Di German hari ini Willy Brandt International Airport sampai hari ini sudah tujuh tahun tidak siap-siap lagi dan di Heathrow Terminal 5 mengambil masa hampir enam tahun dan Doha 6 tahun setengah dan Hong Kong International Airport enam tahun. Jadi bermakna Malaysia membuat pencapaian yang terbaik di dunia dalam pembinaan airport antarabangsa. [Tepuk]
Malaysia Boleh!
Sebab soalan bocor itulah saya bagi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua telah bocorkan rahsia bahawa ada soalan bocor daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan: (a) sejauh manakah perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor ke atas pembinaan Loji Langat 2 telah dipenuhi dan dimuktamadkan; dan (b) bilakah ianya akan dilaksanakan dan berapa lamakah lagi masa yang akan diambil bagi memulakan kerja-kerja pembinaan loji tersebut.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa yang mengemukakan soalan mengenai dengan pembinaan Loji Langat 2 di Negeri Selangor. Sebagai latar belakang kepada pembinaan loji Langat 2, sukalah saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa seluruh negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung bekalan air mentahnya daripada Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gate dan Tasik Subang. Daripada semua sungai yang saya sebut ini sungai yang telah menyumbang paling besar sekali ialah Sungai Selangor. Sebanyak 60% daripada bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung kepada Sungai Selangor. Kerajaan Persekutuan pada tahun 2006 dan 2007 telah mengambil keputusan untuk mencari alternatif lain bagi memperbaiki ataupun memperbanyakkan bekalan air mentah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Akhirnya kerajaan telah mengambil keputusan untuk membuat perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan air mentah dari Pahang. Melalui perjanjian ini, Kerajaan Pusat telah
bersetuju untuk membelanjakan kepada empat program ataupun empat projek yang telah disatukan iaitu; Membina empangan Kelau di Pahang; (i) membina muka sauk dan juga rumah pam di Sungai Semantan Pahang; (ii) membina terowong untuk melintas bagi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor; dan (iii) membina loji rawatan air di Langat yang dikenali sebagai Langat 2 jadi empat komponen. Tahun 2008 selepas pilihan raya kerajaan negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan atau tidak meluluskan dengan izin development order, kebenaran merancang terhadap Langat 2. Maka yang berjalan secara kontraknya adalah Empangan Kelau, terowong, muka sauk dan rumah pam. Walau bagaimanapun setelah beberapa kali dirundingkan atas kepentingan rakyat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, pada mulanya Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan tidak membenarkan. Setelah tiga tahun setengah kemudian seperti mana yang diramalkan bekalan air di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, menghadapi masalah. Maka pada 26 Februari 2014 Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman untuk membenarkan Langat 2 dijalankan dan akhirnya Kerajaan Negeri Selangor telah memberi development order atau kebenaran merancang bagi membina loji rawatan air Langat 2. Itu dalam memorandum persefahaman pada 26 Februari. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor sedang di peringkat akhir untuk memasuki perjanjian dan kedua-dua pihak sedang memperincikan tindakan-tindakan yang perlu seperti mana yang ada dalam memorandum persefahaman. Insya-Allah, sekiranya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor dapat menandatanganinya, ia adalah membolehkan langkah jangka panjang untuk menjamin bekalan air berterusan bagi tiga wilayah yang saya sebut tadi dapat direalisasikan. Susulan daripada memorandum persefahaman dan juga peringat akhir perjanjian kerajaan persekutuan dan negeri maka Kerajaan Persekutuan melalui Pengerusi Aset Air Berhad (PAAB) telah mengeluarkan surat setuju terima untuk Pakej 2A yang telah dibuat tender pada tiga tahun yang lalu untuk pembinaan loji rawatan air dan telah diberikan award kepada kontraktor yang berjaya di mana tarikh milik tapak bermula pada 30 April 2014 dan pihak kontraktor telah pun memulakan kerja-kerja awal projek Langat 2 dan sistem agihan membabitkan kerja-kerja ukur tanah penandaan sempadan sementara menunggu beberapa kelulusan yang berkaitan daripada kerajaan negeri.
Berdasarkan kepada perancangan, Langat 2 dijangka mengambil masa 33 bulan dan akan siap sepenuhnya pada 30 April 2017. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya seterusnya ialah kalau kita lihat strategi yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah kekurangan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ini amat membimbangkan rakyat terutamanya di ketiga-tiga kawasan yang saya sebut tadi. Jadi persoalan saya ialah, dalam masa 36 bulan atau 33 bulan sementara menunggu Langat 2 ini siap, adakah rakyat di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan juga Putrajaya ini akan sentiasa berhadapan dengan catuan air seperti mana yang kita hadapi dua tiga bulan yang lepas yang begitu teruk. Oleh kerana ini adalah merupakan salah satu daripada kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk menerima pakai recommendation yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina Langat 2 ini pada tahun 2008-2009. Jadi persoalan saya, dalam proses kerajaan menstrukturkan semula aset-aset air ini, bolehkan Kerajaan Persekutuan memikirkan supaya Kuala Lumpur dan Putrajaya ini mengendalikan air mereka secara sendiri dan aset-aset yang nak distrukturkan disimpan ataupun dipegang oleh Wilayah Persekutuan dan juga Putrajaya supaya kita boleh mengendalikan air kita sendiri sebab saya rasa kita dah tak boleh bergantung pada Kerajaan Negeri Selangor ini.
Dah tiga setengah tahun huru-hara orang dalam Kuala Lumpur ini dibuatnya. Jadi saya minta Kerajaan Persekutuan boleh mempertimbangkan atau tidak.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya menyebut di sini secara faktanya ialah pada tahun 2013, tahun lepas, pada bulan yang sama iaitu bulan Jun, air simpanan Sungai Selangor berada pada 97% dan apabila datang pada musim kering, Sungai Selangor akan menurun tapi sekarang bulan Jun, bulan yang sama dengan tahun lepas, air dalam Sungai Selangor pada waktu ini ialah 43%. Maknanya banding dengan tahun lepas dengan tahun ini ada separuh sahaja air dalam simpanan. Jadi apa yang disebut oleh Titiwangsa itu memang sangat membimbangkan sekiranya termasuk dalam pakej El-Nino yang disebut oleh ramalan-ramalan yang dikemukakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang diambil perhatian oleh Kerajaan Pusat untuk melihat perkara ini tidak sampai ke peringkat yang kritikal, yang pertama sekali ialah kita telah bersetuju untuk memohon daripada Kerajaan Negeri Pahang untuk membawa bekalan air mentah dari Pahang itu ke Selangor tanpa loji bekalan air mentah Langat 2 siap. Maksudnya tahun ini juga bekalan air mentah itu hendak dibawa ke Sungai Langat. Daripada terowong itu, akhir di Selangor ini hendak ke Sungai Langat itu jaraknya lebih kurang 1.5 kilometer. Makna kalau kita buat satu sistem daripada 1.5 kilometer itu dengan kos yang minimum dan air itu boleh sampai ke Langat. Cumanya kita terpaksa upgrade loji yang sedia ada untuk membolehkan bekalannya lebih besar. Itu salah satu yang sedang dibuat. Keduanya, melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Dato’ Seri Ranau ada di sini, membuat pembenihan awan yang berterusan, cloud seeding yang tiap-tiap hari sekarang ini dibuat juga untuk membolehkan hujan turun dalam empangan ataupun di catchments area. Sekarang ini hujan turun juga tetapi hujan turun di Gombak, hujan turun di Bandar Tun Razak dan banjir kilat di Gombak dan juga di Bandar Tun Razak. Kebetulan saya sebut itu Gombak dan Bandar Tun Razak, kebetulan. Ketiganya, selain daripada cloud seeding, kita juga menerima pakai apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Kerajaan Negeri Selangor telah memberi menggunakan semua kolam, saya tak pasti kolam itu tasik ataupun bekas lombong tetapi semua kolam itu telah di pam airnya setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan daripada segi airnya dan di pam masuk ke dalam Sungai Selangor. Ini satu inisiatif daripada LUAS iaitu Lembaga Urus Air Selangor yang 100% kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor. Di samping itu, kita juga sedang mengambil keputusan akhir untuk melihat bagaimana kalau boleh bekalan air bawah tanah boleh digunakan dalam masa yang kritikal ini. Akhirnya, Yang Berhormat Titiwangsa ada menyebut mengenai dengan pengurusan air di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dalam banyak rundingan yang berlangsung di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, perkara ini dibangkitkan iaitu yang berkaitan dengan bagaimana kalau disebut sebagai Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pada waktu ini, untuk Dewan yang mulia ini sukalah saya sebut bahawa pada dasarnya kerajaan bersetuju tetapi bagaimana kaedah dan perancangan itu bergantung pada jawatankuasa yang dibentuk untuk membolehkan perkara ini direalisasikan. Yang Berhormat Putrajaya juga ada membangkitkan mengenai dengan penubuhan Jabatan Bekalan Air Kuala Lumpur. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Kota Tinggi, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh?
Sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, Kota Tinggi rasa amat dukacita kerana kejadian air di Lembah Klang ini satu malapetaka sebenarnya kepada sebuah negara yang maju dan tidak sepatutnya kita ada masalah air. Kita di equatorial khatulistiwa, air banyak sampai banjir dekat Gombak pun. Masalahnya, saya nak tanya kerajaan, adakah kita bercadang untuk melihat satu impact analysis tentang apa kesan ketiadaan air di Lembah Klang ini sejak
tahun 2010 dan kita tahu lagi 33 bulan, 36 bulan commissioning maybe 40 months. Maknanya warga Lembah Klang akan tiada tambahan air baru sampai tahun 2017, mungkin tahun 2018. Jadi saya nak tahu apakah kesan daripada segi pelaburan, kesan daripada kehilangan punca kerja, punca keusahawanan, perniagaan dan apakah impak ini dapat kita kuantumkan dalam masa terdekat supaya rakyat semua tahu kesan yang begitu besar berlaku atas sebab mismanagement ataupun saya tak katakan management, this is actually bukan sahaja negligence, this is intent. Mungkin criminal intent menyebabkan pertimbangan yang salah yang dilakukan yang menyebabkan rakyat menderita. Atas sebab itu saya mencadangkan kalau boleh siapa yang membuat keputusan ada pertanggungjawaban, siapa yang buat keputusan kena bertanggungjawab. Saya minta kalau boleh diadakan satu inquiry atau kertas putih atau apa-apa yang kita rasa sesuai untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi dalam negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, benar seperti yang disebut tadi bahawa bekalan air merupakan salah satu perkara yang paling penting sekalilah dalam kehidupan masyarakat. Jadi berbalik kepada bekalan air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa apabila bekalan air tidak cukup, selain daripada domestik, pengguna domestik yang terlibat dengan catuan air, yang keduanya terlibat adalah yang melibatkan kawasan industri, kawasan perindustrian.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sehingga Mac 2014, 785 projek yang dikemukakan kepada kerajaan tidak dapat diluluskan. Sebanyak 785 projek yang dikemukakan tidak dapat diluluskan kerana bekalan air yang tidak cukup dan sekarang ini kita telah mengkaji dari 785 projek itu lebih kurang 45 projek sahaja yang boleh diluluskan pada waktu ini. Sewaktu catuan bekalan air yang berlaku, syarikat-syarikat yang terlibat menggunakan bekalan air yang banyak telah datang berjumpa dengan pihak kementerian bagaimana caranya untuk membantu. Banyaklah syarikat-syarikat yang datang dan saya berpendapat seperti mana yang disebut tadi bahawa sekiranya kita tidak dapat mengatasi masalah bekalan air ini di sini kita akan melibatkan dan kita akan terjejas dengan pelaburan ataupun pihak industri sebab mereka tidak berani hendak datang untuk melabur kerana bimbang salah satu daripada komponen keperluan asas itu tidak cukup. Jadi ini merupakan satu benda yang sangat serius dan akhirnya bukan sahaja boleh merugikan rakyat, masyarakat yang terbeban dengan kekurangan air tetapi negara dan negeri juga rugi kerana pelabur tidak berani untuk membuat pelaburan sebab bekalan air yang tidak cukup. Terima kasih.
Saya jemput Datuk Johari bin Abdul.
4. Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) adakah benar keputusan penubuhan Unit Integriti di setiap kementerian membayangkan Jabatan Perkhidmatan Awam gagal mengawal tindak laku dan salah laku penjawat awam; dan (b) berikan jumlah penjawat awam yang telah diambil tindakan tatatertib, dan jenis tindakan dalam lima tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat keputusan kerajaan menubuhkan Unit Integriti di setiap kementerian adalah sama sekali tidak membayangkan Jabatan Perkhidmatan Awam gagal mengawal tindak laku dan salah laku penjawat awam. Malahan penubuhan Unit Integriti di agensi awam merupakan langkah kerajaan yang berterusan untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. Ia juga bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu iaitu daripada 2009 hingga 2013, seramai
20,434 orang penjawat awam di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan telah dikenakan tindakan tatatertib seperti berikut: (i) 4,743 orang dibuang kerja; (ii) 125 diturunkan pangkat dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 48 bulan; (iii) 963 diturunkan gaji dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 36 bulan; (iv) 2,048 ditangguhkan pergerakan gaji dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan; (v) 3,491 dilucutkan hak emolumen dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 24 bulan; (vi) 3,373 dikenakan denda maksimum 7 hari emolumen dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 18 bulan; dan (vii) 10,531 diberi amaran dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan. Jumlah tersebut mengambil kira seseorang penjawat awam juga boleh dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib apabila didapati bersalah melakukan kesalahan tatatertib. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri ialah adalah menjadi semacam paradoks apabila kita tubuhkan kementerian atau jabatan, kita harus ada satu unit memantau pula tindak laku dan tatacara pegawai-pegawai kita sedangkan apabila penjawat awam ini diambil untuk bertugas dengan kerajaan atau mana-mana agensi sudah tentu diberikan latihan dan sudah tentulah mereka akan memegang tanggungjawab untuk melaksanakan tugas. Jadi bayangkan apabila kita tubuhkan jabatan ataupun di kementerian harus ada pula unit memantau tugas-tugas kawan-kawan. Adakah saya lihat ada pertindihan tugas di antara unit ini kalau dibandingkan dengan perwujudan SPA, SPRM malah ketua jabatan itu sendiri harus memainkan peranan untuk bagaimana untuk memantau pegawai-pegawai dan juga kakitangan dan tidak harus wujud satu lagi unit untuk sama-sama melihat prestasi teman-temannya dalam jabatan itu, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kita bila ditubuhkan Unit Integriti ini, kita lihat keperluan sama ada ia berisiko tinggi ataupun berisiko rendah ataupun sederhana. Cuba saya beri contoh, kementerian yang 24 Unit Integriti telah ditubuhkan di kementerian dan daripada 24 itu 11 berisiko tinggi, 13 sederhana dan tidak ada yang rendah. Ada macam di Sabah dan Sarawak. Kita ada 22 Unit Integriti tidak ada yang tinggi, tidak ada sederhana dan tidak ada yang rendah dan tidak ada tindakan tatatertib diambil. Jadi kita berdasarkan kepada kementerian yang dianggap berisiko tinggi. Orang tanya, bagaimanakah kita hendak tahu bahawa ianya berisiko tinggi ataupun rendah dan ini akan dibuat penarafan oleh Unit Integriti sama ada jabatan ataupun kementerian ini berisiko tinggi ataupun tidak. Kehadiran unit ini adalah untuk menambah baik usaha-usaha kerajaan hendak pastikan supaya anggota perkhidmatan awam memberi khidmatnya yang terbaik kepada rakyat. Ini sebenarnya pihak pembangkang sendiri yang melaung-laungkan betapa penjawat awam ini perlu ada integriti dan pelbagai lagi. Jadi kerajaan mengambil kira pandangan daripada semua pihak dan kita menubuhkan Unit Integriti. Jadi kehadiran Unit Integriti ini sebenarnya telah menolong dan menambah baik perkhidmatan awam. Mereka ini bukan sahaja unit untuk mengawal menjadi mandur tetapi unit ini juga dipertanggungjawab sebagaimana pekeliling yang dikeluarkan iaitu unit ini ditubuhkan untuk tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan juga pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan tatatertib. Sebenarnya ia membantu kementerian untuk menambah baik aktiviti kementerian masing-masing.
Jadi tidak ada sesuatu yang membebankan dan pegawai-pegawai boleh menjalankan kerja dengan tulus dan ikhlas tidak perlu bimbang tentang unit ini malah unit ini membantu mereka untuk memastikan mereka buat itu betul ataupun tidak berdasarkan daripada pengesanan dan juga pengesahan yang saya sebutkan tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa soalan Yang Berhormat Sungai Petani tadi amat tepat sekali kerana boleh dipanjangkan Unit Integriti itu kepada pihak parti beliau. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat bahawa tindakan-tindakan ataupun hukuman- hukuman kepada kes-kes salah laku di kalangan penjawat awam adalah tidak setimpal dan juga agak ringan seperti mana yang telah disebutkan oleh jawapan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Kita lihat bahawa kes-kes buang kerja dan kes-kes hukuman amatlah jarang dan dari segi statistiknya tidaklah begitu ramai. Jadi soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan akan melihat semula cadangan-cadangan ataupun terma-terma lantikan yang baru, the terms and condition of appointment yang lebih mantap lagi seperti mana amalan di pihak swasta dan juga negara-negara Barat yang mana mengamalkan sikap dengan izin, hire and fire, reward and punishment untuk kita menaikkan kualiti dan juga budaya kerja yang lebih mantap di kalangan penjawat awam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat statistik, pada tahun 2009, seramai 499 dibuang kerja, 2010 – 1,152, 2011 – 1,264, 2012 – 1,057 dan 2013 – 771.
Semasa ditubuhkan dan seterusnya di peringkat penyiasatan hasil kehadiran Unit Integriti ini, kita lihat ada peningkatan orang yang dibuang kerja tetapi setelah unit ini berada di kementerian, kita lihat orang yang dibuang kerja telah turun mendadak. Sebagai contohnya, pada tahun 2011 seramai 1,264 dibuang kerja dan pada tahun 2013 hanya sebanyak 731. Jadi kehadiran unit ini sebenarnya menolong untuk pegawai-pegawai kerajaan diperingatkan tentang apa yang harus mereka buat. Semua anggota kerajaan yang dilantik adalah berdasarkan kepada terma-terma yang telah ditentukan dan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa meletakkan kesederhanaan dan kasih sayang, kita memberi ruang dan peluang bagi mereka yang melakukan kesalahan, kita bagi amaran selepas itu dan seterusnya ke peringkat buang kerja sebab kerajaan ini adalah kerajaan yang sentiasa meletakkan kasih sayang, tidak memfitnah orang dan sebagainya ya. Berhubung dengan Unit Integriti ini, untuk orang Islam, Allah berfirman di dalam Al- Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud Allah menyuruh supaya kita ingat mengingati. Jadi manusia ini dilahirkan mudah lupa. Jadi kita harus peringat. Unit Integriti ini, kehadiran mereka boleh peringat. Kalau pegawai cuba-cuba hendak buat sesuatu yang berlainan, jadi mereka melihat kehadiran unit ini sekurang-kurangnya memberi peringatan kepada mereka supaya mereka tidak berbuat demikian. Akan tetapi, apa pun tentang hire and fire ini dengan izin, ia terpulang kepada terma-terma lantikan. Saya rasa apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam bentuk amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja, saya rasa proses ini sudah mencukupi. Malah, kalau hendak kira tentang amaran ini dibandingkan beberapa kesalahan yang orang kata menimbul keluh kesah kita ialah berhubung kesetiaan kepada government of the day dengan izin, yang itu tidak ada kes buang kerja lagi sehingga kini padahal ada gejala-gejala yang menunjukkan bahawa tidak setia kepada kerajaan. Jadi unit ini kena sentiasa dimantapkan supaya anggota kerajaan mengetahui bahawa mereka mestilah taat dan setia kepada kerajaan yang memerintah sekarang dan janganlah terlibat dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kerajaan. Walaupun banyak juga di peringkat awal yang terlibat dalam kes-kes tidak setia, tapi sekarang ini sudah ada peningkatan. Setia sudah faham balik bahawa di akhirnya inilah sebuah kerajaan yang sebenarnya memberi makan, memberi rezeki kepada mereka dan juga anggota keluarga.
5. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengenai Ops Cantas yang dilaksanakan PDRM tahun lalu dan sejauh mana keberkesanan operasi ini dalam mengurangkan jenayah terancang di dalam negara.
Tuan Yang di- Pertua, polis telah melancarkan Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos tahun lalu dan sehingga jam 12 tengah malam tadi, seramai 79,414 telah ditangkap. Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 37,507 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi ini dijalankan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,256 kes telah dituduh di mahkamah, 28,486 kes masih lagi dalam siasatan dan 1,948 kes tiada tindakan diambil. PDRM telah berjaya membuat rampasan sejumlah 9,659 pelbagai jenis senjata, peluru, bahan letupan dan senjata berjadual. PDRM percaya dengan rampasan senjata api dan senjata berjadual sebagaimana yang saya sebutkan yang telah selama ini digunakan oleh kumpulan-kumpulan haram atau gengster telah dapat mengurangkan kes-kes jenayah indeks ini. Polis juga telah merampas sejumlah 2,379 kenderaan yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan penjenayah ini melalui aktiviti curi kenderaan dan sebagainya. Secara perbandingan, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Ops Cantas Khas yang telah dilaksanakan selama ini telah dapat mengurangkan kes jenayah yang berprofil tinggi seperti kes bunuh, samun bersenjata api dan pelbagai kes yang berprofil tinggi. Saya ambil contoh kes bunuh telah menurun sebanyak 14%, kes samun berkawan bersenjata api turun 34%, kes samun berkawan tanpa senjata api turun 9% dan kes samun bersenjata api turun sebanyak 13%. Tuan Yang di-Pertua, kajian yang dibuat oleh Frost and Sullivan iaitu sebuah badan khas yang dijalankan untuk memantau kegiatan dan kejayaan PDRM ini yang telah dibuat sebanyak tiga kali iaitu bulan September tahun lalu, Oktober dan sebelum itu Julai, untuk melihat bagaimanakah persepsi masyarakat terhadap indeks keselamatan dan kepuasan terhadap perkhidmatan PDRM. Kajian persepsi tersebut memperlihatkan bahawa kajian terhadap penilaian rasa takut menjadi mangsa penjenayah, pada bulan Oktober telah memperlihatkan penurunan. Kalau dulu kajian yang dibuat atas 100 responden didapati 57% berasa takut dan kini kajian yang terakhir dibuat pada bulan Oktober 2013 telah menurun kepada 37 orang atau 37% merasakan bahawa rasa takut menjadi mangsa jenayah telah menurun. Ini memperlihatkan kejayaan sebanyak 19% persepsi terhadap keyakinan kepada pihak PDRM. Penurunan ini menunjukkan tanda-tanda positif sokongan dan kerjasama dari masyarakat setempat secara berterusan terhadap usaha-usaha PDRM dalam aktiviti pencegahan dan pembanterasan jenayah. KDN mempercayai dengan langkah yang diambil melalui Ops Cantas ini dan juga dengan penubuhan pasukan elit, task force umpamanya dengan izin, Special Task Force on Organized Crime dan juga STING dengan izin, Special Tactical Intelligence Narcotic Group yang telah ditubuhkan bagi memerangi jenayah secara menyeluruh di samping penubuhan jabatan baru iaitu JPPJ atau Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM, masalah jenayah dalam negara telah dapat dikurangkan. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Parlimen di sebelah sana juga yang selama ini telah membantu PDRM untuk menangani permasalahan ini dan saya harap kita teruskan usaha-usaha untuk membantu PDRM ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang menggembirakan saya pada pagi ini. Sejak Yang Berhormat jadi Menteri Dalam Negeri ini, memang tegaslah tindakan yang diambil dan nampak jelas dia punya pencapaiannya dari segi penurunan kadar jenayah. Soalan tambahan saya sebenarnya adalah, tadi Yang Berhormat cerita pasal kategori jenayah yang telah menurun dengan hasil daripada tindakan yang telah diambil. Akan tetapi, ada tidak kategori jenayah yang meningkat yang telah dikenal pasti oleh pihak polis dan juga apakah kaedah peralatan canggih yang digunakan oleh PDRM, sama ada cukup atau tidak, untuk membanteras jenayah kolar putih yang semakin meningkat di negara kita ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini satu soalan yang cukup intelektual dan perlu dijawab secara begitu juga.
[Dewan riuh]
Bocor jugakah? Bocor juga? Bocor? Pegang kertas, bocorlah. [Ketawa]
Saya tidak pernah membocorkan, apa lagi berlaku kebocoran sebagaimana Yang Berhormat Pokok Sena sering lakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ada dua kategori jenayah yang meningkat iaitu jenayah pemerasan meningkat sebanyak 7.56% dan juga jenayah curi ragut. Kenaikan ini sekitar 7.5% sehingga 10.5%. Ini bukan merupakan organized crime ataupun jenayah yang dirancang. Oleh yang demikian, pihak polis memohon kerjasama daripada semua pihak iaitu Ahli-ahli Parlimen dan masyarakat keseluruhannya supaya terus membantu PDRM yang kini PDRM sejak adanya pindaan kepada POCA atau Akta Pencegahan Jenayah yang diluluskan oleh Dewan ini tetapi tidak disokong oleh pihak sana telah menaikkan semula semangat kerjasama polis yang erat kerana mereka benar-benar termotivasi. Peningkatan-peningkatan ini mungkin harus diakui bahawa kempen kesedaran terhadap kes-kes ragut dan pemerasan belum cukup berjaya. Kementerian Dalam Negeri amat memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya apabila kita akan melakukan penjenamaan semula terhadap program community policing dengan izin, United Against Crimes, Rakan Cop dan lain-lain. Saya ingin sebutkan juga bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh banyak NGO pencegahan jenayah. Kini terdapat sehingga 28 NGO yang terlibat dalam pembanterasan dan pencegahan jenayah termasuklah Yayasan Pencegahan Jenayah di mana mereka dengan cara proaktif telah melakukan beberapa kempen kesedaran di peringkat akar umbi terutamanya di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Satu perkara yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Pulai mengenai kecukupan perkakasan dan aset, saya ingin mengakui bahawa perkakasan memang tidak mencukupi malah berada di tahap yang rendah. Saya mengucapkan terima kasih kerana soalan begitu tetapi saya ingin memaklumkan bahawa untuk menjadi pasukan polis yang berbentuk modern policing, kita memerlukan sesuatu yang lebih canggih. Contohnya CCTV yang berbentuk high definition ataupun HD CCTV. Saya ingin memaklumkan dan saya tidak malu memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa purata umur kereta peronda ialah 12.7 tahun setiap satu. Memang terlalu rendah dan saya harap permintaan Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan yang mulia ini mendapat sokongan daripada rakan-rakan di sana juga. Yang di sini sudah tentu membantu dan menyokong saya supaya polis diberikan peralatan dan kenderaan yang canggih, sesuai dengan kecanggihan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Saya harap bila ada peralatan-peralatan yang begini serta perkakasan yang lebih canggih, maka tindakan-tindakan polis lebih ke hadapan berbanding dengan penjenayah- penjenayah yang melakukan jenayah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Menteri yang menjawab dengan begitu baik dan tenang serta mengakui kelemahan-kelemahan yang berkaitan dengan jenayah pemerasan dan juga ragut yang masih belum tercapai secara yang baik dan rayuan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi untuk tambah peruntukan bagi peralatan canggih itu, sesuatu yang perlu diberikan penjelasan juga oleh Yang Berhormat kerana tahun ini sahaja, Bajet 2014 ini, RM8.8 bilion untuk PDRM khususnya telah pun diperuntukkan oleh bajet. Kita hendak tahu apa yang telah pun dilakukan dari segi memanfaatkan kepada persenjataan ataupun kelengkapan-kelengkapan canggih bagi mengatasi persoalan-persoalan jenayah Yang Berhormat bangkitkan. Soalan kedua saya hendak tanya ialah Yang Berhormat pernah berucap dalam satu majlis dan juga kenyataan yang diterbitkan oleh BERNAMA pada waktu Pilihan Raya Kecil Telok Intan iaitu Yang Berhormat memberikan amaran kepada kumpulan kongsi gelap, gengster dan sebagainya jangan cuba campur tangan dalam pilihan raya kecil. Yang Berhormat ada menyebut bahawa, “Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari di Telok Intan. Saya tahu kamu di mana, saya tahu apa kamu buat dan sebagainya.” Saya cuma hendak dapatkan satu penjelasan berapa orangkah yang ditangkap? Apa perlu
Yang Berhormat buat satu kenyataan dalam pilihan raya seolah-olah, apa buat kenyataan ugut? Pergi tangkap sahajalah. Pergi tangkaplah. Jadi ini buat kenyataan. “Saya tahu kamu di mana, saya tahu kamu hendak lari ke mana.” Tangkap sahajalah.
[Dewan riuh]
Apa buat satu kenyataan macam hendak mempolitikkan isu-isu jenayah ini dalam suasana pilihan raya kecil. Jadi, saya hendak tahu berapa yang telah ditangkap, berapa pusat judi sebenarnya Yang Berhormat kata Yang Berhormat tahu dan berapa yang telah diambil tindakan? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena memang seorang Ahli Parlimen yang terlalu terperinci mengkaji sumber isu yang dibangkitkan kerana beliau juga cuba membantu untuk memenangkan calon DAP di Telok Intan tetapi beliau kecundang kali ini kerana tidak dapat mempengaruhi orang PAS sendiri untuk menyokong calon DAP ketika itu kerana mereka tidak yakin lagi dengan Ketua Penerangan PAS yang tidak ada fakta di dalam ceramah-ceramah yang beliau lakukan. Sebanyak RM8.8 bilion peruntukan yang diberikan kepada PDRM...
RM8.8 bilion.
RM8.8 bilionlah. RM8.8 bilion. Point dengan perpuluhan samalah. Yang Berhormat Pokok Sena ini, kerana dia punya pengikut itu, dia bawa...
Tidak, Yang Berhormat sebut tadi. Saya dengar macam RM88 bilion.
Ini kerana pengikut dia yang bawa kelapa di KLIA itu.
Yang itu tok guru. Tok guru, Yang Berhormat. Tok guru Yang Berhormat. Itu diakui tok guru Yang Berhormat. [Ketawa] Anak murid dia itu. Itu tok guru dia. Ini anak murid dia. Itu yang hebat itu. Oleh sebab itu dia tahu di mana kumpulan judi semua itu. Dia boleh teropong.
[Dewan riuh]
Oleh sebab itu Yang Berhormat Pokok Sena tidak dapat membezakan antara point dengan perpuluhan.
[Dewan riuh]
Tidak dapat membezakan sebab sekolah dia tinggi sangat dulu. Dia kerja dekat airport. Saya beri amaran kepada kongsi gelap kerana saya tahu. Saya tahu muka setiap seorang itu. Apa yang dilakukan oleh pihak PDRM, saya ingin beritahu Dewan yang mulia ini. Kali ini, disebabkan oleh amaran itu, mereka tidak campur tangan langsung dari segi mengugut, mengarah ataupun memberikan amaran kepada pengundi-pengundi. Tidak ada lagi, isolated. Selama ini mungkin itulah yang dilakukan. Selama ini, mungkin. ‘Bugis’, saya tahu beroperasi di Telok Intan, di Ipoh dan di Penang.
Pokok Sena ada? Pokok Sena?
Akan tetapi, oleh kerana amaran itu yang pada mulanya mereka menjangkakan majoriti di Telok Intan daripada 12,000 turun kepada 6,000. Turun kepada 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238. Tahniah kepada Ahli Parlimen Telok Intan. [Tepuk] Kenapa saya beri amaran? Saya tidak mahu ada campur tangan ahli kongsi gelap, kumpulan-kumpulan haram. Biar masalah politik diselesaikan oleh orang politik. Campur tangan pihak luar kita tidak mahu.
[Dewan riuh]
Kalau kita mahu demokrasi yang sebenarnya, lakukanlah dengan cara yang terbaik, dengan cara yang telus. Saya lihat Yang Berhormat Baling umpamanya. Berbeza dengan Yang Berhormat Pokok Sena di dalam kempennya.
Saya ucapkan tahniah kepada semua jentera BN yang telah memenangkan calon Yang Berhormat Telok Intan. Terima kasih. [Tepuk]
Tidak, dia tidak jawab kenyataan saya tadi.
Kenapa tidak tangkap kalau silap?
Dia hanya jawab, dia kata dia bagi amaran kemudian orang itu tidak berani buat.
Sudah kalah duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.
Padahal maknanya kumpulan kongsi gelap itu ada, tidak tangkaplah.
Yang Berhormat Pokok Sena sudah kalah duduklah!
Operasi judi beroperasi, lepas dia bagi amaran, mereka berhenti. Dia tidak tangkap.
Yang Berhormat Pokok Sena sudah kalah duduk, duduk! Sudah kalah, sudah kalah!
Ya, cukuplah. Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi soal jawab lisan kita pada pagi ini. Yang Berhormat Menteri. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan D.R. 3/2014 iaitu Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 11 Jun 2014”. Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, semua orang boleh bercakap sepuas- puasnya hari ini berhubung dengan tajuk ini sahaja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [9 Jun 2014] . [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Yang Berhormat Pokok Sena, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan satu perkara supaya diberikan perhatian lebih lagi. Walaupun sudah disebut semalam dalam perbahasan di peringkat dasar iaitu berkaitan dengan kelemahan akta ini berkaitan dengan keanggotaan lembaga pengarah. Dalam seksyen 10 kalau tidak silap saya dan semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang kedua pun menyebut bahawa ada beberapa kelemahan dan kekurangan. Ini kerana ketiadaan wakil kesatuan guru diletakkan sebagai ahli lembaga pengarah. Walaupun ada disebut bahawa iaitu di dalam seksyen 10 itu Yang Berhormat Menteri boleh melantik tiga orang lagi tetapi tidak mensyaratkan wakil kesatuan guru. Oleh sebab itu saya mengharapkan kerajaan boleh datang ke sini atau kemudiannya mungkin pada sidang akan datang untuk membawa satu pindaan bagi membolehkan diwujudkan satu lagi fasal di dalam seksyen 10 ini. Jikalau di sini sampai (g) kemudian ditambah satu lagi iaitu berkaitan dengan seorang anggota daripada mewakili kesatuan-kesatuan guru. Malah bagi saya bahawa wakil ini juga harus diambil kira kalau diwujudkan nanti ada yang berkaitan dengan satu dalam bidang yang berkaitan dengan pelaburan juga saya fikir bahawa wakil kesatuan guru ini juga perlu diletakkan di dalam satu panel pelaburan yang akan ditentukan nanti oleh lembaga ini untuk membuat pelaburan- pelaburan selepas daripada itu. Ini kerana apa yang saya lihat sewaktu Kumpulan Wang Simpanan Guru ini juga akibat daripada tidak ada wakil kesatuan guru dalam Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Guru satu ketika dahulu menyebabkan tidak ada pemantauan untuk memastikan supaya perbelanjaan, cara pengurusan kewangan itu berjalan dengan secara yang lebih baik ataupun yang lebih telus. Ini berasaskan kepada beberapa - ada satu kes yang berlaku pada satu ketika dahulu. Kumpulan Wang Simpanan Guru ini telah pun dipaksa untuk turut menyelamat sebahagian daripada 50.6% saham MAS yang dimiliki oleh Naluri Sdn. Bhd. pada waktu itu dengan harga RM8 sesaham walaupun ketika itu harga saham itu hanya RM3.60 satu saham. Maknanya, tabung daripada KWSG ini telah pun dipaksa untuk menyelamatkan MAS yang sedang menghadapi situasi. Jadi, kita tidak mahu nanti bahawa sekarang ini pun MAS sedang menghadapi persoalan ataupun dalam apa-apa kes sekalipun bahawa sekali lagi saya bimbang takut nanti kalau tidak ada satu wakil kesatuan yang boleh mewakili guru kerana ini merupakan yayasan guru daripada tabung yang telah pun dicarumkan oleh sebahagian guru-guru suatu ketika dahulu. Saya bimbang bahawa peristiwa-peristiwa seperti mana yang pernah berlaku itu akan berulang kerana ada report police yang telah pun dibuat suatu ketika dahulu atas isu ini pada 31 Oktober 2003, ada report police yang telah pun dibuat oleh
bekas Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor. Dia pernah buat laporan polis pada waktu itu dalam tahun 2003 tentang penyalahgunaan wang KWSG yang menyebabkan kita rugi. Kita beli dengan harga RM8 padahal harga pada masa itu hanya RM3.60 sahaja satu saham. Jadi, sebab itu saya katakan bahawa sangat penting untuk wakil kesatuan guru itu perlu diletakkan. Wakil kesatuan bukan individu, bukan seorang individu itu guru, dia itu asal guru, dia itu bekas guru, tidak. Wakil kesatuan. Kesatuanlah yang mesti menentukan siapa daripada kesatuan guru itu dan mestilah mengambil kesatuan induk yang besar dan kalau boleh sampai dua orang itu lagi baik untuk membolehkan kesatuan itu ada suara dalam Yayasan Guru Tun Hussein Onn ini. Saya kira bahawa format ini sebab ini membabitkan dana dan membabitkan soal pelaburan. Jadi, kita harus melihat bagaimana KWSP umpamanya, lembaga dia ada wakil daripada kesatuan sekerja daripada MTUC dan sebagainya ada wakil dalam Lembaga Pengarah KWSP dan begitu juga dalam panel pelaburan dan sebagainya. Jadi, saya harap bahawa dalam Lembaga Pengarah Yayasan Guru Tun Hussein Onn ini mesti dimasukkan. Walaupun sekarang ini keanggotaannya tidak ada dikhususkan tetapi saya minta supaya datang sekali lagi pada bulan 10 nanti untuk dibawa satu pindaan bagi membolehkan satu klausa dimasukkan seorang ataupun dua orang daripada wakil kesatuan guru. Kemudian juga mereka ini mesti diletakkan satu syarat yang wajib untuk memastikan supaya panel pelaburan yang akan memutuskan nanti tentang bidang-bidang pelaburan yang akan dibuat nanti itu ialah mereka ada suara dalam bidang pelaburan. Yang kedua ialah berkaitan dengan seksyen 19 iaitu ketua pegawai eksekutif. Kalau dari segi semakan yang sempat saya dan rakan-rakan buat ini, kita hanya dapat melihat tentang bagaimana cara pelantikan yang akan dibuat tetapi tidak dilihat tentang cara pengguguran, bagaimana penamatan jawatan itu kalau dikatakan bahawa kemungkinan dia boleh melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkhidmatan beliau.
Jadi, saya fikir bahawa sesuatu yang agak kekurangan kepada akta ini, khususnya di dalam seksyen 19 itu. Ia hanya menyatakan tentang cara-cara pelantikan tetapi tidak ada dalam hal-hal yang berkaitan dengan penamatan. Oleh sebab bagi saya bahawa kesilapan manusia ini kadang-kadang benda boleh berlaku. Jadi, mestilah ada satu klausa yang membolehkan tindakan untuk terminate dia ataupun menamatkan perkhidmatan beliau. Atau kalau kerajaan ingin mengatakan bahawa kalau tidak terdapat tentang cara penamatan itu, maka kena kembali merujuk kepada prosedur yang ada dalam perkhidmatan awam. Itu satu perkara yang lain tetapi bagi saya bahawa oleh kerana ia merupakan satu yayasan, jawatan ini juga merupakan jawatan yang mungkin kontrak dan sebagainya. Maka, perlu ada klausa untuk menunjukkan bahawa bagaimana kalau dia melakukan kesalahan dan sebagainya yang membolehkan pihak yayasan, lembaga ini menamatkan perkhidmatan beliau. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena di atas cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tentang isu wakil kesatuan dalam keanggotaan lembaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita telah pun mendapat maklum balas daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan juga pembangkang. Kita sedar keperluan ini dan kita tarik perhatian. Malah apabila kita lihat seksyen 10 keanggotaan lembaga ini, 10D - seorang pegawai perkhidmatan pendidikan yang sedang berkhidmat di kementerian yang bertanggungjawab bagi pendidikan yang hendaklah dilantik oleh menteri. Mungkin dari klausa 10D ini kita boleh memastikan seorang wakil kesatuan dilantik menduduki lembaga ini. Ini kita boleh dan kita akan beri pertimbangan dan kita boleh juga melaksanakannya. Akan tetapi sekiranya spesifik kita hendak memasukkan nama kesatuan dalam keanggotaan lembaga ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita ada lebih kurang 40
kesatuan guru. Daripada empat puluh itu, lebih kurang sepuluh ke lima belas aktif besar. Sekiranya masukkan kesatuan dalam akta dan semua kesatuan ini didaftar dalam pendaftar pertubuhan. Sekiranya berlaku masalah dalam pendaftaran mereka, maka akta ini juga akan mengalami masalah. Oleh yang demikian, kita akan memastikan ada seorang wakil kesatuan mungkin melalui lantikan 10D ini beliau dilantik dalam keanggotaan lembaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam 10G tiga orang lain yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal ehwal kewangan atau pelaburan hendaklah dilantik oleh Menteri. Kita telah pun dan akan memastikan seorang yang pakar dalam bidang ini dilantik menjadi anggota lembaga. Dalam aspek yang kedua seksyen 19, Pengerusi Lembaga akan membuat keputusan sekiranya ada berlakunya kekosongan jawatan ketua eksekutif. Cara ketua eksekutif ini dilantik akan balik semula dan pengerusi dengan ahli-ahli lembaga tersebut, pengerusi dan menteri akan membuat pelantikan sewajarnya sekiranya ada masalah-masalah ketika itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang pertama Yang Berhormat ada sebut tadi iaitu kalau dilantik sebab kesatuan ini berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Kalau dilantik, apa-apa berlaku kepada kesatuan mereka ini, maka akan terkesan kepada lembaga ini. Saya tidak fikir itu menjadi satu alasan sebab dalam KWSP pun sama juga, MTUC juga satu badan yang berdaftar. Kalau kita hendak katakan ada kebimbangan, ia mungkin boleh berlaku suatu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi kepada KWSP tetapi kita masih letakkan bahawa ada wakil lembaga dalam KWSP. Itu satu klausa yang sudah pun diwajibkan. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa itu bukan satu yang perlu dijadikan alasan. Yang penting bagi saya bahawa walaupun di ‘D’ ini, “Seorang pegawai perkhidmatan pendidikan yang sedang berkhidmat di kementerian”, itu maknanya, menteri yang akan pilih, bukan kesatuan yang akan menentukan siapa. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa walaupun ada empat puluh lebih kesatuan, yang aktifnya berapa tadi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi tetapi kita boleh mencari satu kesatuan yang besar yang kita anggap bahawa itu mewakili guru. Jadi, kita letakkan merekalah, tentu ada satu kesatuan induk yang besar yang boleh dilihat sebagai mewakili secara keseluruhannya. Ini saya anggap sungguh-sungguh tetapi dalam soal pelantikan, betullah maknanya pengerusi dan juga lembaga akan membuat pelantikan. Akan tetapi saya katakan ialah isu hendak menamatkan kalau dia melakukan kesalahan. Maknanya, dia tidak ada satu peraturan di sini bagaimana kalau dia melakukan kesalahan, tiba-tiba kita perlu menamatkan tetapi tidak ada satu yang jelas dalam akta ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sedar. Bagi saya yang pentingnya ialah keperluan wakil kesatuan, itu kita akan pastikan ada wakil kesatuan yang akan dicadangkan oleh kesatuan sendiri. Itu yang pentingnya wakil kesatuan, itu kita akan seperti mana yang saya katakan tadi kita akan mempertimbangkan, kita akan melaksanakannya melalui kuasa yang ada pada menteri. Seksyen 19 ini tiada peruntukan ataupun secara spesifik kalau hendak dijawab, pelantikan ketua pegawai eksekutif ini adalah berdasarkan kepada kontrak. Sehubungan itu, pemecatan juga berdasarkan kepada terma-terma yang ada dalam kontrak. Maka, kita ada terma-terma, syarat-syarat dan juga boleh menamatkan kontrak yang akan disediakan oleh yayasan ini terhadap pelantikan ketua eksekutif. Kita akan ambil kira semua ini apabila pelantikan baru dilakukan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. [Fasal-fasal 1 hingga 49 diperintah jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2014 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1966 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1966 yang biasanya dirujuk sebagai Akta 555 telah digubal dan mula berkuat kuasa pada 31 Disember 1967. Ia bertujuan untuk mengawal selia dan membangunkan sektor pengajian tinggi swasta di Malaysia.
Akta tersebut menyatakan beberapa perkara seperti prosedur penubuhan, pendaftaran, pengurusan, pengawal seliaan dan kawalan kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Akta 555 juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pendaftar IPTS yang telah dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 31 untuk mengambil tindakan perundangan terhadap IPTS yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Akta 555 pernah dipinda sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2003, tahun 2009 dan tahun 2012. Pindaan ke atas Akta 555 pada tahun 2012 melibatkan penyelarasan peruntukan dengan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU), Akta 30 yang berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam bidang politik. Pindaan ke atas Akta 555 merupakan suatu usaha berterusan bagi memastikan perkembangan sektor IPTS adalah dikawal oleh peruntukan-peruntukan dan peraturan-peraturan yang selari dengan keperluan semasa sektor pengajian tinggi swasta supaya perkhidmatannya adalah berkualiti dan lestari. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyemak Akta 555 dan peraturan-peraturan yang lain sejak tahun 2011 yang didorong oleh perkembangan pendidikan tinggi semasa termasuk proses liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta yang dijalankan ke atas IPTS bertaraf universiti bermula pada tahun 2012. Proses liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta membolehkan pelabur asing memegang ekuiti sebanyak 100% dalam urusan penubuhan IPTS serta memerlukan sektor pengajian tinggi swasta mematuhi prinsip liberalisasi yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, proses liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta adalah bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada penambahbaikan suasana pendidikan tinggi, ekonomi dan sosial. Antara impak positif yang dihasilkan daripada proses liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta adalah meningkatkan akses dan ekuiti pendidikan kepada pengguna tempatan dan juga asing, meningkatkan pengantarabangsaan, meningkatkan modal atau pelaburan, meningkatkan pembangunan modal insan, meningkatkan daya saing, meningkatkan kualiti dan seterusnya pengiktirafan dan mengurangkan kos pendidikan ke atas pelajar terutamanya pelajar yang mengikuti pengajian di luar negara. Bagi memastikan bahawa persediaan menghadapi proses liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta berjalan lancar dan berkesan, pelbagai strategi dan aktiviti dan program telah dirancang dan telah dilaksanakan. Perbincangan dan pemantauan pelaksanaan telah diadakan di dalam beberapa siri Strategic Reform Initiatives Lab (SRI Lab) dengan izin, mesyuarat bersama agensi-agensi seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Malaysian Services Development Council (MSDC) bagi mendapatkan maklum balas yang berkaitan dan juga sesi konsultasi dengan pelbagai stakeholders juga turut diadakan. Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada usaha- usaha membangunkan kapasiti IPTS oleh kerajaan selain daripada usaha IPTS sendiri untuk berdaya saing dan usaha-usaha untuk mempromosikan peningkatan perdagangan melalui penyingkiran halangan perdagangan bebas.
Dalam hal ini pematuhan prinsip liberalisasi iaitu ketelusan, keobjektifan dan tiada diskriminasi sering menjadi rujukan. Kuasa Menteri untuk mempelawa pelabur untuk menubuhkan IPTS di bawah seksyen 22 dilihat sebagai bertentangan dengan kewajipan Most Favored Nation dengan izin di bawah perjanjian rangka kerja dengan WTO mengenai perkhidmatan, Bahagian II. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan pelaksanaan liberalisasi sektor pengajian swasta, maka pindaan kepada seksyen 22 dengan menyingkirkan amaran permohonan bagi penubuhan dibuat atas pelawaan perlu dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memenuhi keperluan liberalisasi Kementerian Pendidikan mencadangkan agar seksyen 22 di bawah Akta 555 dipotong supaya peruntukannya tidak menjadi halangan atau mengelirukan pelabur asing yang ingin melabur dan menubuhkan IPTS di Malaysia. Sektor perkhidmatan pendidikan khususnya pengajian tinggi sedang berkembang dengan begitu pesat sekali. Arus dan ledakan globalisasi telah menghasilkan dan membentuk hala tuju baru pengajian tinggi dengan melahirkan beberapa trend baru seperti pendidikan merentasi negara dengan izin Transnational Education (TNE), liberalisasi, kolaborasi dan sebagainya. Arus pembangunan ini telah mengubah landskap pengajian tinggi negara khususnya sektor IPTS di mana pada masa kini didapati ramai pelabur asing telah mula menubuhkan IPTS di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau yang bertaraf antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, proses liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta dilaksanakan untuk menarik pelabur asing bagi menyediakan IPTS bertaraf dan bereputasi antarabangsa. Walau bagaimanapun, proses liberalisasi menuntut pelbagai keperluan bagi menepati prinsipnya seperti ketelusan, keobjektifan dan tiada diskriminasi. Proses liberalisasi akan mengurangkan halangan, memudahkan perniagaan dijalankan dan mengukuhkan peraturan domestik. Strategi sedemikian perlu supaya suasana perniagaan menjadi lebih yakin dan kondusif kepada pelabur asing untuk berniaga. Bagi memenuhi keperluan liberalisasi dan di dalam merancakkan proses mengantarabangsakan sektor pengajian tinggi, pindaan seksyen 22 di bawah Akta 555 adalah penting dan kritikal kerana peruntukannya adalah bercanggah dengan inisiatif proses liberalisasi sektor pendidikan swasta negara. Pindaannya amat diperlukan kerana sektor pendidikan swasta negara khususnya penubuhan IPTS bertaraf universiti telah pun melalui proses liberalisasi pada tahun 2012. Percanggahan tersebut jika tidak dibetulkan akan menimbulkan isu ketidakpatuhan dasar- dasar liberalisasi antarabangsa. Hal ini akan mengeruhkan imej negara dan menjejaskan hasrat Malaysia untuk menjadi hab pendidikan serantau. Pindaan seksyen 22 dan seksyen berkaitan dengannya perlulah dilaksanakan supaya tidak membawa implikasi kepada peruntukan lain. Cadangan pindaan adalah untuk memansuhkan permohonan dan bagi penubuhan universiti, kolej universiti dan kampus cawangan dibuat atas pelawaan Menteri. Dengan pemansuhannya, dasar asal iaitu kelulusan menubuhkan IPTS bertaraf universiti, kolej universiti, kolej dan kampus cawangan luar negara masih kekal melalui seksyen 6 di bawah Akta 555. Pindaan ke atas Akta 555 akan dapat memenuhi kehendak dasar liberalisasi negara dan seterusnya memudahkan pelabur asing menubuhkan IPTS di Malaysia seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan negara sebagai hab pendidikan serantau yang bertaraf antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, butiran terperinci mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memotong seksyen 22, Akta 555 bagi yang mengehendaki Menteri membuat pelawaan terlebih dahulu sebelum boleh memohon kelulusan atau menubuhkan universiti, kolej universiti atau kampus cawangan universiti, kolej universiti luar negeri. Ini selaras dengan dasar liberalisasi perkhidmatan yang berhubung dengan sektor pendidikan.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 23, Akta 555 untuk menegaskan tentang kehendak pemakaian peruntukan Akta 555 berhubung dengan permohonan bagi penubuhan universiti, kolej universiti atau kampus cawangan universiti, kolej universiti luar negeri.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan peruntukan kecualian dan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tak ada hendak bahaskah? Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, sila.
Kalau tak ada ini, kita balik awal ini. Ada usul tadi sehingga...
Usul dia..
Sampai bill itu sahaja.
Kita ikut kepada usul. Akan tetapi sekarang ini, Yang Berhormat berucap Yang Berhormat.
Ya.
Okey.
[Bertanyakan kepada seorang Ahli] Ya? Hendak ucap dahulu? Tak apa, berucap dahulu.
Tak, tak, sudah panggil Yang Berhormat Pokok Sena dah.
Oh ya? Sudah panggil saya dahulu?
Ya, sudah panggil dah.
Saya bangun tadi, saya ingatkan tak ada orang. Okey, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hadir pada pagi ini yang telah membentang suatu akta, meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] . Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat menunjukkan bahawa kerajaan begitu bersedia untuk hendak pastikan daripada segi kawalan kepada kewujudan universiti swasta ataupun kolej universiti di dalam negara kita. Bukan sahaja universiti luar yang akan buka cawangan dia ke Malaysia tetapi saya lebih melihat bahawa universiti-universiti swasta yang sedia ada di dalam negara kita juga memerlukan kepada pemerhatian daripada pihak kementerian secara serius dan tegas sebab saya melihat kerajaan macam tak begitu tegas. Kementerian, kerajaan sendiri tidak begitu tegas dalam berhadapan dengan isu- isu yang berbangkit pada universiti-universiti swasta. Malah, kadang-kadang kita lihat bahawa dari segi penerimaan permohonan untuk meluluskan universiti swasta dalam negara kita ini pun kadang-kadang universiti yang orang mohon itu mempunyai cukup kelengkapan baik dengan kampus yang sempurna dan sebagainya tak diberikan kelulusan, tetapi diberikan kepada universiti tetapi akhirnya, universiti lain itu menghadapi masalah yang sangat berat. Jadi ini harus diambil perhatian. Saya hendak bawa satu contoh iaitu sebuah universiti swasta dalam kawasan Parlimen Pokok Sena, AIU, Albukhary International University yang dimiliki oleh Yayasan Bukhary yang semua orang tahu dia adalah dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Ini universiti yang terdapat dalam kawasan Parlimen Pokok Sena. Ia bertaraf universiti swasta.
Saya, ya memang, kita daripada awal, kita menyambut baiklah universiti yang seperti ini untuk membantu sebab universiti ini diisytiharkan dalam dia punya brochure dia, universiti wakaf. Akan tetapi sekarang ia sudah menjadi Albukhary International University Sdn. Bhd. Saya tidak tahu sama ada masih lagi punya status seperti mana yang tersebar dalam brosur-brosur dia sebelum ini bahawa universiti dia adalah universiti yang bertaraf, yang berstatus wakaf, wakaf universiti. Jadi, universiti ini diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar ataupun anak-anak orang-orang miskin sama ada dari dalam ataupun luar negeri yang diberikan pembiayaan sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary untuk diberikan pembiayaan sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Ini sangat-sangat baiklah, malah saya telah difahamkan oleh tenaga-tenaga akademik di Albukhary University bahawa pelajar-pelajar yang diambil itu pun tidaklah diletakkan syarat yang begitu ketat tetapi mereka ini diambil bukan berasaskan kepada kita katakan kelulusan akademik dia, tetapi lebih dilihat kepada latar belakang keluarga dari segi miskin, luar bandar. Kalau luar bandar, dia punya akademik dia, sikit-sikit lebih kurang itu, maknanya boleh sebab dia duduk di luar bandar. Dia tidak ada kemudahan-kemudahan tuisyen yang baik tetapi dia capai pada satu capaian yang dilihat boleh diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, maka itulah pelajar yang diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Albukhary International University dengan ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti. Jadi ini sesuatu yang sangat baiklah sebab kita katakan bahawa ada pihak korporat seperti mana Tan Sri Syed Mokhtar yang mendapat projek yang pelbagai daripada pihak kerajaan, MRTnya sampai berapa puluh bilion. Yalah, berbagai-bagailah dalam negara kita peluang untuk menjana ekonomi. Jadi akhirnya wang sebahagian daripada keuntungan itu dilakukan dalam konteks corporate social dia untuk membantu pelajar- pelajar ataupun masyarakat yang miskin yang terdapat dalam negara kita ini. Jadi ini satu yang baik. Akan tetapi saya melihat bahawa akhir-akhir inilah, akhir- akhir ini saya melihat bahawa ada masalah dan saya percaya bahawa kementerian pun tahu. Sebelum ini lagi saya telah pun menyebut dan membongkar perkara ini. Kementerian telah pun membuat satu kenyataan tetapi nampaknya sampai ke hari ini, tidak dilihat satu penyelesaian dan saya melihat bahawa seperti Albukhary International University ini macam melakukan satu penipuanlah kepada kementerian dan juga malah kepada mahkamah. Bagi saya sebab dia buat pengakuan dalam mahkamah yang mereka tidak akan menutup universiti. Akan tetapi, apa yang berlaku mutakhir ini seperti yang berlaku sebelum ini yang saya dedahkan dan ada respons daripada pihak kementerian, daripada pihak Yang Berhormat Menteri Pendidikan II juga membuat kenyataan bahawa mereka akan mengambil berat dan sebagainya. Akan tetapi apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga tidak seperti mana yang diperakui oleh Albukhary University sehingga menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar. Mungkin kepada pelajar-pelajar, saya difahamkan sekarang ini oleh sebab suatu yang bersifat kita katakan paksa rela. Paksa rela, hendak buat macam mana? Dah universiti tak hendak lagi meletakkan pelajar-pelajar ini di Albukhary University, jadi mereka ini seperti mana dipaksa, diberikan pressure supaya menandatangani satu syarat baru iaitu mereka akan dipindahkan ke universiti lain yang diuruskan oleh AIU. Adalah di universiti- universiti swasta yang lain, dipindahkan. Dipindahkan ke universiti tersebut. tidak lagi belajar di universiti. Bermakna bahawa universiti ini hendak buat apa? Tutuplah! Kalau hendak tutup, syaratnya mesti satu tahun, dia kena maklum kepada kementerian. Dia kena maklum kepada kementerian, setahun sebelum dia tutup, dia kena maklum kepada kementerian. Akan tetapi apa yang saya sudah difahamkan bahawa, kementerian hanya baru dimaklumkan pada bulan Mac yang lalu, kalau tidak silap saya, bulan Mac yang lalu. Maknanya kalau bulan Mac yang lalu, dia kena tutup bulan Mac tahun depan, baru cukup setahun. Akan tetapi hari ini, mereka sudah pun mengosongkan. Diarah mengosongkan universiti. Kemudian, sampai peringkat kedua sekarang ini, bila sudah budak-budak kosong, dia penuhi pula staf. Dia kata, “Hang pa hendak mengajar macam mana? Budak pun tak dak”. Takkan hendak mengajar hantu raya? Dia suruh pula pensyarah ini kosong.
Saya percaya bahawa sepatutnya pihak kementerian sudah boleh mengambil tindakan kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku. Boleh panggil bekas Naib Canselor Universiti Sains yang pernah menjadi Naib Canselor di AIU ini untuk satu tempoh yang singkat, tetapi kerana ada permasalahan-permasalahan yang saya difahamkan bahawa akhirnya dia resigned. Ini menunjukkan pada sayalah bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan yang dikendalikan oleh AIU yang akhirnya memangsakan pelajar dan juga kakitangan itu sendiri. Jadi yang saya hendak sebut di sini ialah dipanggil itu dibuat secara yang cukup haluslah. Panggil pelajar tetapi tidak diberitahu kata hendak tutup. Tidak diberitahu kata hendak tutup. Maknanya, “Kamu perlu kosongkan”. Tidak diberitahu secara bertulis, secara bersurat, sekarang kamu perlu tandatangani perjanjian baru untuk kamu dipindahkan ke lain universiti. Jika kamu tidak hendak dipindahkan, kamu hendak balik kampung, kami bayar tambang bas untuk pelajar dalam negeri. Kalau pelajar luar negara, mereka akan diberikan tambang kapal terbang dan juga akan diberikan wang poket dengan jumlah yang munasabah. Akan tetapi kalau pelajar dalam negeri, dia duduk di Sungai Petani, dia hanya diberikan tambang bas RM10 untuk balik. Sebanyak RM10 untuk balik tambang bas UTC atau MARA dan sebagainya, tetapi tidak diberikan secara bertulis. Saya percaya bahawa inilah yang menyulitkan untuk kementerian untuk mengambil tindakan kepada universiti seperti ini kerana dibuat secara yang cukup halus, secara yang cukup bijaksana sebab ia tidak ada satu yang bertulis. Apabila dipanggil, dia beritahu, “Okey, kita tidak tutup”. Dia beritahu kepada kementerian dia tidak tutup. Kemudian, peguam dia sebagai mewakili dia itu dalam Mahkamah Tinggi di Alor Setar apabila ada beberapa orang pelajar membuat tindakan saman kerana AIU dianggap melanggar perjanjian asal yang telah mereka buat sebelum itu, dia beritahu di dalam mahkamah, “Ya, kami tidak akan tutup”. Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini, sudah 90 perseratus lebih pelajar- pelajar itu sudah pun dipindahkan secara paksa rela oleh pihak universiti dengan satu perancangan yang cukup halus. Sedangkan sebelum ini kita katakan bahawa mereka sangat baiklah bagi saya dan saya cukup berbangga dalam kawasan saya ada sebuah universiti yang sebegitu untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dalam negara kita. Jadi mereka memberikan pelbagai alasan. Mereka kata kita tidak tutup, ini kita hendak remodeling AIU. Kita tidak tutup, kita hanya untuk di– dengan pelbagai helah, kita hendak downsizing lah. Maknanya kita hendak kurangkan saiz universiti kita, dari segi pelajarnya, dari segi tenaga akademik mahupun pegawai-pegawai yang lain. Jadi, ini bagi saya satu yang sangat memalukan negara kita kerana tindakan yang dibuat itu satu tindakan yang boleh memberikan imej yang tidak baik kepada pengurusan pendidikan tinggi dalam negara kita ini. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, yang terbarunya, saya telah didatangi oleh pegawai-pegawai, kakitangan mereka membuat aduan kepada saya. Ini aduan yang dibuat kepada saya tentang pegawai-pegawai, kakitangan akademik dan juga yang bukan akademik yang mereka telah dimaklumkan supaya mengosongkan. Diberikan notis tiga bulan iaitu Jun sehingga 31 Ogos, kemudian mereka juga diminta mengosongkan tempat tinggal mereka dalam kampus. Saya hendak sebut bahawa antara kakitangan akademik ini, pensyarah ini, ialah daripada 10 buah negara. Bukan sahaja kakitangan akademik dari negara Malaysia. Ini soal saya hendak katakan imej. Kalau Kementerian Pendidikan tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap AIU, ini boleh memberikan imej yang tidak baik kepada dunia luar tentang bagaimana pengurusan pendidikan tinggi dalam negara kita. Akta ini dibentangkan untuk membolehkan satu kuasa yang lebih untuk mengawal kemasukan universiti luar untuk buka cawangan dalam negara kita. Akan tetapi kalau kita sendiri gagal untuk menguruskan pendidikan tinggi dalam negara kita, universiti swasta dalam negara kita yang memang purely daripada negara kita, bagaimana mereka ada kepercayaan untuk membuka cawangan di negara Malaysia untuk melebar luaskan institusi pendidikan mereka? Sudah tentu ini tidak akan memberikan suatu yang baik kepada Malaysia.
Antara kakitangan akademik ini adalah terdiri dari Indonesia, Yaman, ada asalnya orang Iran kemudian sekarang ini sudah menetap di Kanada, dari Kanada, kemudian dari Filipina, India, Palestin dan juga dari South Africa. Saya katakan bahawa kalaulah mereka ini merasakan bahawa mereka teraniaya, mereka pergi report kepada kedutaan mereka, beri publisiti, kemudian balik ke negara mereka, berikan satu publisiti bagaimana mereka dianiaya di Malaysia oleh satu institusi pendidikan tinggi swasta dalam negara kita tanpa ada satu tindakan tegas daripada kementerian umpamanya, daripada kerajaan. Sudah tentu bahawa ia memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita. Saya agak kecewa apabila kementerian tidak begitu tegas dalam mengendalikan isu AIU, Albukhary International University ini. Saya pun tidak tahu mengapa. Oleh kerana dia terlalu powerful kah? Oleh kerana dia menguasai pelbagai dari segi sektor korporat dalam negara kita ini, dia menguasai itu, dia menguasai IPP, dia menguasai itu, maknanya mungkinkah kerana ada kepentingan pemimpin-pemimpin kerajaan yang juga ada kepentingan dalam Syed Mokhtar punya pelaburan, business dan sebagainya sehingga kita tidak berani hendak mengambil tindakan kepada dia, kita takut nanti akan menjejaskan pelaburan-pelaburan yang telah diberikan kepada dia untuk hendak membina itu, hendak membina ini? Sedangkan bagi saya bahawa saya lebih melihat seolah-olah dia menggunakan dari segi corporate social dan sebagainya hanya untuk mendapatkan projek. Akan tetapi bila sudah dapat projek semua, akhirnya melakukan satu perkara yang sangat buruk. Saya dimaklumkan oleh pihak universiti, dia kata selama ini orang tidak tahu. Orang tidak tahu, orang kata Syed Mokhtar Albukhary ini bagus, AIU, universitinya bagus. Akan tetapi hakikatnya mereka kata, mereka yang duduk di dalam ini tahu segala permasalahan yang berlaku. Oleh sebab itu saya katakan bahawa tindakan harus diambil oleh pihak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas supaya AIU tidak ditutup dan pelajar- pelajar lain itu perlu dilihat kembali tentang perjanjiannya. Saya dimaklumkan bahawa perjanjian baru yang dibuat ini juga yang menyusahkan. Yalah, dia masih menanggung walaupun pelajar ini dipindahkan di universiti lain iaitu yayasan ini masih menanggung pembiayaan pelajaran tetapi dengan syarat baru yang agak susah sedangkan mereka ini diambil berasaskan kepada latar belakang keluarga yang akademiknya tidaklah begitu baik tetapi untuk hendak beri peluang kepada mereka. Jadi katakan kalau mereka gagal, hendak sambung, itu mereka perlu bayar sendiri. Kemudian kalau mereka berhenti, dalam syarat perjanjian itu kalau mereka diberhentikan daripada universiti yang mereka dipindahkan nanti, maka mereka perlu bayar balik kepada Yayasan Syed Mokhtar. Kalau tidak, yayasan boleh membankrapkan mereka. Jadi saya kata, ini perjanjian yang sangat memberikan tekanan kepada pelajar yang kita katakan pelajar itu datang daripada latar belakang keluarga orang susah, orang miskin yang pencapaian akademiknya kita tidak ambil sangat sebagai keutamaan untuk mereka masuk, tetapi untuk memberi peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadi apa yang berlaku di AIU ini, saya harap pihak kementerian perlu tegas dan memanggil pihak universiti dan membuat satu penyiasatan dan boleh memanggil semua pensyarah-pensyarah ini, saya sedia bekerjasama. Syaratnya harus memberikan perlindungan kepada pensyarah-pensyarah ini. Saya hendak sebut bahawa pelajar luar, pelajar dari luar daripada Yaman kalau tidak silap saya. Dia tidak hendak tandatangani perjanjian baru. Dia tidak bersetuju untuk keluar daripada universiti. Dia dipaksa, akhirnya pihak universiti ini macam mana boleh bekerjasama dengan pihak imigresen membatalkan dia punya permit belajar, visa dia. Sehingga menyebabkan dia terpaksa berpindah randah daripada satu tempat ke satu tempat kerana apa? Kerana takut di tahan ataupun ditangkap. Jadi, saya katakan bahawa perbuatan ini semacam AIU jadi macam gengster. Bukanlah jadi pendidik, AIU sepatutnya universiti ini jadi pendidiklah, dia mendidik. Ini sudah jadi gengster, dia berdepan dengan pelajar secara gengster. Ini sesuatu yang harus dilihat secara serius sebab orang semua kata, “Oh baguslah Syed Mokhtar begitu, begini.” Akan tetapi saya lihat bahawa pengurusan AIU ini satu yang sangat tidak wajar dibiarkan begitu sahaja dan staf tadi ini, saya hendak sebut bahawa mereka diminta untuk mengosongkan apartment yang mereka duduk itu 30 Jun tetapi dari segi tugas mereka, tugas mereka itu ialah kerana diberikan tempoh tiga bulan,
sampai 31 Ogos. Dia bagi daripada Jun sampai 31 Ogos. Tiga bulan notis maknanya kerja dari segi bayar gaji itu sampai 31 Ogos. Akan tetapi mereka kena kosongkan apartment mereka itu 30 Jun. Pensyarah dari Yaman, dari Palestin, dari Filipina, dari Kanada. Kamu dibayar gaji sampai 31 Ogos tetapi apartment kamu kena kosong pada 30 Jun. Ini apa punya cerita? Kemudian, mereka ini hanya akan dibayar kalau tidak silap saya notis tiga bulan itu tetapi ganjaran mereka hanya dibayar untuk 10 hari kalau tidak silap saya. Maknanya pembayaran itu terlalu kecillah, maknanya satu yang menganiaya mereka sedangkan dulu AIU ini panggil mereka, tanggung tambang suami isteri, anak-beranak dan sebagainya. Tenaga akademik ini, lepas tiga bulan kalau kamu hendak balik, kami hanya tanggung kamu sahaja, tiket kapal terbang kamu sahaja, isteri kamu, anak-anak kamu kami tidak tanggung. Jadi, saya melihat bahawa ini suatu yang tidak wajar dilakukan.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dan saya harap tindakan...
Yang Berhormat Shah Alam.
Tambah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan bahawa bila pensyarah-pensyarah universiti antarabangsa mereka datang ke Malaysia ini mereka terpaksa mengorbankan career path mereka, dia punya kerjaya di sana. Mungkin kalau mereka pada ketika itu merupakan seorang pensyarah senior tetapi bila dia dapat tawaran maka tawaran itu nampak menarik dan mereka memikirkan bahawa ianya akan merupakan satu jenis kerja yang boleh mereka pegang untuk tiga tahun, lima tahun dan sebagainya. Akan tetapi tiba-tiba diberhentikan dengan secara sedemikian rupa. Maka bila dia hendak balik pada negara mereka sendiri pun, career path mereka telah terjejas. Sama ada mereka boleh balik ke universiti yang sama, atas jawatan yang sama, sudah hilang senioriti dan sebagainya. Lalu ini merupakan satu tindakan yang seharusnya dilakukan dengan penuh pertanggungjawabanlah iaitu rasa bertanggungjawab, orang telah korbankan kerjaya mereka di negara mereka sendiri dan sebagainya. Tidak sewajarnya dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan tidak memikirkan masa depan pensyarah-pensyarah itu yang telah sanggup datang untuk memberikan khidmat mereka ke universiti di sini. Apakah pandangan Yang Berhormat Pokok Sena? Terima kasih.
Ya saya bersetuju dengan pandangan sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam sebab mereka telah meninggalkan kerjaya mereka di negara asal mereka datang ke sini. Dengan harapan masa depan yang lebih baik dalam kerjaya mereka dan sebagainya. Tiba-tiba sekarang mereka hendak dicampakkan maka mereka hendak pergi ke mana? Hendak balik pun dari segi macam dikatakan, senioriti sudah jauh, orang-orang lain yang junior dulu daripada mereka sudah meninggalkan mereka jauh di universiti-universiti yang kalaupun mereka hendak balik ke universiti asal mereka sebelum ini. Jadi, ini saya kira bahawa satu penganiayaan yang dilakukan oleh Albukhary International University yang dilakukan oleh Yayasan Syed Mokhtar Albukhary. Ini sesuatu yang memalukan negara kita. Bagi saya, satu ialah penganiayaan kepada kakitangan dan pelajar-pelajar dalam negara kita. Sekarang imej kita itu akan lebih buruk kerana dia membabitkan pelajar luar negara dan juga pensyarah atau kakitangan dari luar negara. Macam saya katakan tadi lebih kurang sembilan atau 10 buah negara. Bagi saya bahawa satu yang perlu dilihat, diambil tindakan untuk kebajikan pelajar itu sendiri dari segi perjanjian yang saya katakan tadi memberatkan mereka, sampai pada peringkat kalau mereka gagal, kemudian mereka berhenti, akhirnya mereka kena bayar balik. Dia kena bayar balik, kalau tidak bayar Yayasan Albukhary ini boleh membankrapkan mereka. Eh! Ini along punya style lah. Along tembak, tikam ini along punya style lah. [Disampuk] Angah ya? Angah dengan along pun samalah. Jadi sebab bagi saya bahawa satu yang sangat memberatkan, saya pun tidak tahu macam mana kita boleh bagi projek yang begitu banyak, keuntungan yang banyak, tiba-tiba dia buat satu penganiayaan, dia merosakkan imej negara. Bagi saya, yang besarnya ialah selain daripada penganiayaan itu ialah merosakkan imej negara. Kerajaan begitu
mengagungkan Syed Mokhtar, apa pun Syed Mokhtar minta semua bagi. Projek itu Syed Mokhtar minta semua bagi. Dulu Tajudin Ramli, bagi Tajudin Ramli. Ini anak Melayu kita kata, ini anak Melayu ini! Kita kena jaga orang Melayu, apa salahnya orang Melayu? Hendak dengki apa dengan orang Melayu?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Suruh mereka bercakap mereka tidak bercakap. Payahlah. Saya ingat tidak bercakap belah petang ini. Saya ingat...
Hendak cakaplah itu lepas inilah mungkin.
Ah! Cakap tadi bukan hendak bangkit pun, berat punggung semua.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat sudah ada senarai dia.
Ada senarai?
Ramai yang hendak bercakap.
Baru hendak ada senarai, kalau saya tidak bangkit tadi ini. [Ketawa] Yang Berhormat yang minta kelulusan, pakai terus jalan, balik awallah kita.
Biasalah itu.
Biasalah itu. Yang Berhormat Kuala Nerus dia memang bagus, sebenarnya Yang Berhormat Kuala Nerus ini dia lebih layak duduk di state jadi Menteri Besar Terengganu. Terengganu kan dalam suatu suasana yang agak tidak tenang ini, saya tengoklah sebagai seorang bekas hakim kan...
Yang Berhormat.
Apa nama? Yang Berhormat Setiu ya? Yang Berhormat Setiu ya.
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat tidak boleh sentuh peribadi kecuali perkara.
Tidak, ya, ya. Pasal dia ada sentuh tadi ini. Maknanya saya hormat, dia duduk satu hotel dengan saya, dia cukup bagus. Watak dia itu, maknanya imej dia sebagai seorang bekas hakim ini sepatutnya duduk jadi Menteri Besar, senang jatuh hukum. [Ketawa] Senang jatuh hukum, mana Exco tidak mahu, ketepikan sahaja. Jatuh hukum. Sebab di Terengganu jadi problem sekarang, jadi...
Ahli Parlimen mana boleh jadi Menteri Besar Yang Berhormat.
Tidaklah sebab itu saya kata saya suruh selepas ini dia bertanding di state. Bukan saya kata dia Ahli Parlimen kena hendak jadi Menteri Besar. Dia bertanding state lebih layak, lebih baik, insya-Allah. Sekarang banyak masalah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Hari ini pakai lilit putih pula. Kelmarin pergi ke kafeteria tak pakai lilit putih. [Ketawa] Dia pergi dekat kafeteria tidak pakai lilit putih tidak apa, baguslah itu. Baik, apa dia? Yang Berhormat Parit Sulong merepek, berleter apa? [Ketawa] Ini saya melawak dengan Yang Berhormat Gerik, dia ini kilauan emas. Kalau datang kilauan emas, tengok suara dia. Otai masih berbisa.
Okey tang mana pula, depa ini kacau. Tak, saya katakan bahawa tindakan ini macam tindakan ah long, macam tindakan gengster. Oleh sebab itu soal kebajikan kepada
pelajar-pelajar yang menandatangani perjanjian baru ini. Yang keduanya ialah pelajar ada kalau tak silap empat ataupun lima orang pelajar yang mengambil tindakan mahkamah terhadap Al-Bukhary University. Itu soal lainlah, saya tak mahu menyentuh soal mahkamah tetapi saya nak katakan bahawa kebajikan mereka juga harus diambil kira supaya untuk pastikan sebarang apa pun keputusan mahkamah dan sebagainya, itu satu persoalan yang lain. Akan tetapi hal soal kebajikan pelajar-pelajar ini, masa depan pelajar-pelajar ini kerana mereka menggunakan hak mereka, kerana mereka merasakan mereka teraniaya oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary. Jadi, harus perlu diberikan perhatian yang serius. Seterusnya ialah tenaga pekerja iaitu kakitangan sama ada kakitangan akademik ataupun yang bukan akademik, sama ada daripada dalam negara ataupun di luar negara. Ini perlu diberikan perhatian sebab bagi saya bahawa ini suatu yang sangat tidak wajar. Yang keduanya bagi saya bahawa, kalau dah sampai kepada peringkat nampak satu yang tak dapat diselamatkan dari segi pekerja, kakitangan dan juga pelajar ini, kalau selepas ini kalau dia nak teruskan juga tindakan dia ini dengan berbagai-bagai alasan, remodeling dan downsizing dan sebagainya dan kemudian universiti itu akan beroperasi lagi, saya harap bahawa tarik balik permit AIU. Kalau dia nak meneruskan operasi dia, AIU ini dengan mengambil semua, mengekalkan semua kakitangan yang ada ini, pelajar dah dikeluarkan yang mana saya difahamkan 90% dah. Akan tetapi kalau semua kakitangan ini nak dibuang, lebih kurang seratus lebih, 129 orang kalau tak silap saya. Jikalau dia hendak terus memberhentikan mereka ini, bagi saya bahawa kena tindakan menarik balik lesen dia atau kalau selepas ini dia nak buat kerjasama pula dengan universiti daripada luar negara pun saya harap bahawa kementerian tidak lagi wajar untuk memberikan kelulusan kepada Al-Bukhary International University. Ataupun selepas ini dia nak buatlah atas apa pun atas nama institusi pendidikan dia nak buat, saya minta supaya Syed Mokhtar Al-Bukhary mesti disenaraihitamkan oleh Kementerian Pendidikan sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam bidang pembinaan. Oleh kerana bagi saya bahawa apa yang dilakukan oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary daripada AIU ini sangat mencemarkan nama baik negara kita dan mencemarkan nama baik sektor pendidikan dalam negara kita. Yang keduanya, saya katakan bahawa apa masalah pertimbangan, perkiraan kementerian dalam nak meluluskan permohonan bagi membuka universiti-universiti swasta yang baru ini. Oleh sebab macam saya katakan tadi bahawa kita tengok daripada segi latar belakang. ”Oh, ini Syed Mokhtar, Syed Mokhtar ini memang hebatlah, dia kaya, dia ada bangunan begitu begini...”, kita pun bagi lesen kepada dia, bagi permit dekat ia. Dia buka- buka, tengok-tengok bercempera, jadi masalah. Akan tetapi ada pihak lain yang membuat permohonan, real. Maknanya, nak beroperasi sebagai universiti, sebagai kolej universiti tetapi tidak diluluskan walaupun memiliki kampus, bangunan yang lengkap. Saya buat contoh ya, Kolej Islam Darul Ulum juga dalam kawasan Parlimen Pokok Sena, tidak diluluskan. Permohonan telah dibuat, sebab itu saya tak sangka. Saya ingat saya nak berbahas sebelah petang sebab saya nak balik ke pejabat nak ambil dokumen yang dibekalkan kepada saya oleh Kolej Islam Darul Ulum. Surat permohonan, ini dah lama, beberapa tahun, lima enam tahun dahulu. Akan tetapi beroperasi sampai sekaranglah sebab kita kerjasama dengan universiti di Indonesia dan sebagainya. Akan tetapi persoalannya ialah bila dia sampai ke tahap diploma di peringkat Kolej Islam Darul Ulum, dia sambung ke ijazah ke universiti di Indonesia umpamanya, bila balik mai kita tidak iktiraf dia kecuali kalau dia sambung sampai peringkat Masters baru JPA boleh iktiraf dia, sebab apa? Sebab dilihat rekod dia, diploma itu daripada mana, iaitu dari kolej universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Soalnya bukan tidak diiktiraf ataupun tidak tetapi kerajaan, kementerian tak nak memberikan permit walaupun cukup lengkap. Sekarang kita sedang membuat pembinaan untuk membina pusat Bahasa Arab, sedang dibina. Sudah dimulakan pembinaan itu, pusat Bahasa Arab untuk memberikan kursus- kursus intensif Bahasa Arab, intensif jangka panjang dan sebagainya bagi pelajar-pelajar yang hendak pergi ke luar negara dan sebagainya untuk memahirkan mereka. Kita sedang buat untuk pembinaan sehingga lebih kurang RM3 juta. Maknanya, daripada segi keluasan kampus cukup baik, kawasan tanah yang lapang, bangunan yang cukup lengkap, ada sekolah menengah di situ, satu sudut di sebelah ada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum kemudian ada Kolej Universiti Islam Darul Ulum. Pasai apa tak boleh bagi? Apa masalah? Bagi kepada Syed Mokhtar, ”Oh, kerana Syed Mokhtar, dia kaya!”. Dia kaya tapi tak boleh nak menguruskan...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dah habis Yang Berhormat?
Belum habis. Sambil dia berjalan, dia dok tegur saya. Saya pun hairanlah, apa dia ini... [Merujuk kepada Yang Berhormat Baling].
Cakap merapu sahaja.
Kawan saya daripada Baling ini dia sekapal dengan saya.
Cakap merapu.
Saya tak cakap dia.
Kalau dia nak celah, dia bangun. Saya tak ada masalah, kami sekapal.
Duduklah, merapu daripada tadi buat apa? Cuba duduk, cukuplah itu, merapu dah.
Tak merapu. Ini isu besar, isu pendidikan. Isu yang memalukan negara kita yang dilakukan oleh Syed Mokhtar atas nama AIU. Ini satu benda yang cukup memalukan. Sahabat saya Yang Berhormat Baling dok membina imej Malaysia di luar, pergi bagi bantuan kemanusiaan. Saya cukup tabik.
Ya, Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.
Itu nak minta kuota haji, bukan apa. Dia puji sebab nak minta kuota haji.
Sekejap, sekejap. Saya cukup tabik hormat kepada Yang Berhormat Baling, maknanya membina imej. Tiba-tiba dalam negara kita...
Nak minta kuota haji, bukan apa. Itu cakap itu.
...Dalam negara kita, AIU telah mencemarkan nama baik negara kita. Sepuluh negara, tenaga akademik daripada sepuluh buah negara. Ini memalukan sedangkan Yang Berhormat Baling pergi bina imej sampai besi jatuh atas kepala. Saya pun rasa sedih.
Yang Berhormat Parit Sulong bangun, Yang Berhormat. Nak bagi Yang Berhormat?
Yang Berhormat Pokok Sena.
Janganlah singsing baju. Ini macam Ketua Wanita UMNO ini singsing baju. “Ini dia, mai sapa nak lawan”.
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, nak minta laluan sikit. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Pokok Sena ini dia boleh bercakap berapa lama ini sebab saya tengok dah dekat satu jam ini.
Ya.
Ini yang jadi payah Yang Berhormat, bila kita bagi peluang dia bangkit tanya benda yang macam ini. Tadi kita bagi peluang, saya pun dok tanya siapa nak bercakap dahulu, tak ada nak bercakap. Bila kita dah bercakap, dia tanya berapa lama. Tanya itu, singsing lengan baju macam itu, apa? Macam Siti Tanjung Perak sahaja [Ketawa] Dah lah, tak apalah. Janganlah dengki, bukan senang nak boleh bercakap panjang-panjang. Waktu orang tak nak bercakap, inilah masa kita boleh bercakap. Waktu berebut ini. Jadi, saya balik kepada Kolej Universiti Darul Ulum itu, dia cukup lengkap. Saya boleh kemukakan sekali lagi bagi pihak untuk bawa pihak kolej...
Yang Berhormat, Yang Berhormat ada kepentingan tak dalam kolej itu?
Saya tidak ada kepentingan. Saya boleh bawa sekali lagi sebab ini dalam kawasan saya, saya hendakkan kawasan saya itu baik. Saya boleh bawa sekali lagi pihak Kolej Universiti Darul Ulum ini untuk bersemuka dengan pihak kementerian. Oleh sebab bagi saya bahawa ini untuk membangun. Walaupun tak diiktiraf, tak diluluskan permit tetapi dia terus beroperasi, maknanya dia berkemampuan. Daripada segi kewangan dia berkemampuan walaupun tak mendapat, maknanya pelajar di situ tanggung sendiri, mai belajar mak bapak tanggung sendiri dan sebagainya.
Pelajar luar negara pun ada, dari Kemboja yang kita berikan sedikit kelonggaran daripada segi bayarannya sebab mereka itu miskin. Maknanya walaupun dalam menghadapi kekangan kewangan yang tidak seperti Syed Mokhtar mendapat macam- macam dapat MRT, Kolej Universiti Darul Ulum, mana dapat apa? Akan tetapi kita buat. Kita mampu untuk memberi kepada mereka. Soalnya sekarang yang kita hendak minta ialah permit, lesen untuk beroperasi, untuk membolehkan lebih ramai pelajar datang ke situ dan kemudian tidak timbul masalah apabila mereka lanjutkan pelajaran ke universiti luar negara, tidak timbul lagi masalah. Diploma mereka itu tidak diiktiraf oleh kementerian. Jadi ini saya harap dan di Kolej Universiti Darul Ulum ini juga sebenarnya menjadi pusat untuk STAM. STAM kita diiktiraf menjadi pusat STAM, tetapi untuk beroperasi sebagai kolej universiti kita tidak diberikan permit. Jadi saya mintalah hendak banding dengan Kolej Universiti Islam Darul Ulum ataupun KIDU dengan Albukhary International University (AIU) ini saya rasa dari segi kewangan lebih AIU, tetapi daripada segi pengurusannya memang fail, tetapi dari segi pengurusan commitment, kesungguhannya ada kepada Kolej Universiti Darul Ulum. Dari segi bangunan kampus yang cukup lengkap, saya fikir bahawa seharusnya kolej universiti seperti mana Kolej Universiti Darul Ulum ini diberikan wang untuk beroperasi secara lebih baik untuk beroperasi secara lebih baik untuk memberikan peluang kepada Kolej Universiti Darul Ulum ini untuk membangunkan Institusi Pendidikan membantu masyarakat dan rakyat dalam negara kita. Jadi saya mengharapkan sungguh-sungguh kepada perkara-perkara yang telah...
[Bangun]
Hendak tanya soalan?
Ya, hendak tanya soalan. Mengenai Kolej Universiti Darul Ulum, apakah alasan mengapa ianya tidak diberikan pengiktirafan? Adakah ianya bukan milik Syed Mokhtar dan adakah perlu untuk dimiliki oleh Syed Mokhtar baru akan dapat pengiktirafan dan diberikan bantuan dan sebagainya sedangkan kita melihat bahawa kolej itu dengan sendirinya telah berusaha untuk menghasilkan pelajar-pelajar dan beroperasi dengan baik.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Yang menjadi masalahnya dia tidak beritahu mengapa? Dia hanya bagi tahu tidak lulus. Permohonan pun ditolak. Tidak lulus. Dia tidak bagi tahu alasan, alasan bangunan senget. Tidak apalah kita boleh tegakkan bangunan. Kata apa-apa.
Bangunan condong.
Bangunan condong, senget condong samalah. Ini payah orang Kuala Lumpur duduk di Baling. Orang Kuala Lumpur duduk Baling tidak faham, senget condong lebih kurang. Jadi dia tidak memberi satu alasan. Kalau dia bagi alasan bahawa di mana kekurangan, kita boleh baiki, tidak ada masalah. Akan tetapi saya katakan daripada segi perbandingan, daripada segi kecukupan fizikal dan sebagainya bangun dan sebagainya okey semua cukup lengkap. Tenaga- tenaga akademik baik dan sebagainya. Jadi apa yang hendak digusarkan? Jadi sebab itu saya katakan bahawa tidakkan hendak tunggu suruh Syed Mokhtar ambil alih. Kalau Syed Mokhtar ambil alih lingkup pulalah Kolej Universiti Darul Ulum. Yang adapun dia tidak boleh manage dengan baik. Saya pun hairan juga Syed Mokhtar yang kawan-kawan kita kata Melayu, Melayu, Melayu tiba-tiba CEO dia Thomas Chong. CEO AIU Thomas Chong.
Kemudian ada, pengarah HR Canys Lee. Dia orang Melayu, kita pun kata Melayu, Melayu cukup hebat. Kita hendaklah Melayu Hidup UMNO.
UMNO janganlah kacau.
Tidaklah, sebab dia bersyarah macam itu. Saya bukan sentuh soal perkauman, tetapi saya hendak mengatakan bahawa ini pun kadang-kadang kita tengok macam something wrong dia berlindung menggunakan orang lain untuk mengambil tindakan, menggunakan bangsa lain untuk mengambil tindakan. Selepas itu kita riuh kata Cina tekan orang, Cina tekan orang. Padahal...
Yang Berhormat Pokok Sena, menghadap Tuan Yang di-Pertua, bukan pandang sini.
Kita memperbesarkan isu kata Cina menzalimi orang, syarikat-syarikat swasta ini diskriminasi kepada pegawai-pegawai Melayu dan sebagainya. Ini syarikat Melayu.
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Lenggong ini sepatutnya berkabung, dia duduk diam, tetapi bising. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena, sekiranya begitu dengan kolej di bawah Syed Mokhtar ini bagaimana pula dengan KIDU? Saya hendak tahu berapa ramai pelajar berapa ramai Melayu yang pemilik dia Melayukah bukan Melayu. Mana tahu mungkin milik Vincent Tan, kah apa? Mungkin tidak diberikan pengiktirafan dan sebagainya kerana atas semangat Melayu inikan? Kita cakap mengenai Melayu sekarang ini? Lalu, yang KIDU ini macam mana? Siapa pemilik dia, berapa ramai pelajar dia? Adakah milik Vincent Tan dan sebagainya? Saya rasa yang tidak Melayu Yang Berhormat Baling agaknya. [Ketawa]
Yang Berhormat Shah Alam saya tidak suka hendak sentuh - Dia sekapal dengan saya. Saya akui, kami sekapal Sitambaram. Tok wan dia tok wan saya sekapal. Saya tidak ada masalah dari segi peribadi dengan dia. Kadang-kadang kawan-kawan tegur saya panggil dia Tambi, dia panggil saya Tambi. Apa hang hina dia? Tambi itu apa? Tambi itu brother. Bahasa ibunda kami, kami kena gunalah. [Ketawa] Yang Berhormat Gerik belajar dialek Siam. Air pun sebut ‘A’ - Kita pun ‘A’, ‘B’, ‘C’. ‘A’-“Ayak”, rupanya air, belah Geriklah itu. Lenggong pun lebih kuranglah. Saya hendak katakan bahawa KIDU ini pemilik Melayu. Kakitangan semua Melayu, pelajar dari Melayu-Kemboja, pelajar-pelajar dari Thailand yang juga kita berikan peluang untuk belajar di kolej universiti kita. Cuma saya tidak dapat bawa memang dokumen siapa lembaga pengarah semua itu ada di pejabat saya. Kalau saya berbahas sebelah petang, saya boleh bawa yang mereka kemukakan kepada pihak kementerian beberapa tahun dahulu. Jadi sangat mengharapkan kepada pihak kerajaan untuk dalam konteks urusan. Kita kena berhati-hati untuk meluluskan kolej universiti swasta dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pihak kementerian, setuju. Maknanya hendak pastikan supaya universiti-universiti swasta ini dia mesti ada kebolehan yang cukup syarat dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pihak kementerian. Akan tetapi janganlah yang cukup syarat pun kita tolak. Saya pun tidak tahu apa alasan, bagilah alasan, yang sudah cukup syarat, okey bagilah peluang untuk kita membangunkan institusi pendidikan. Ini bagi saya bahawa apabila ada kolej-kolej seperti yang dimiliki oleh Melayu seperti mana Kolej Universiti Darul Ulum ini dia sendiri membantu mengurangkan beban kerajaan. Jadi apa salahnya berikan kepada kolej-kolej universiti yang memang ada keupayaan, ada kemampuan. Sekarang kita beri kepada AIU kepada Syed Mokhtar kepada Yayasan Albukhary. Sekarang apa terjadi? Negara tercemar. Ada tenaga-tenaga daripada luar mereka beritahu kepada saya bahawa kami kalau tidak ada kami terpaksa repot kepada media antarabangsa, repot kepada kedutaan kami. Saya kata sabar dahulu, biar saya bawa ke Parlimen supaya diberikan perhatian yang serius. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya pun rasa hendak berikan sedikit penjelasan yang membezakan AIU dengan KIDU ini ialah motivasi. Motivasi bagi AIU ianya satu institusi pendidikan tinggi
swasta yang hendak keuntungan dan keuntungan inilah yang menjadi sebagai matlamat yang terpenting dan akhirnya kalau dia tidak capai apa yang diinginkan dari segi tahap pulangan dan sebagainya maka mereka sanggup untuk mengorbankan masa hadapan pelajar-pelajar, masa hadapan pensyarah, kakitangan dan sebagainya. Dia tidak kisah sebab it is dengan izin purely a commercial venture.
Ini membezakan dengan KIDU. KIDU ini dia punya motivasinya ialah akademik. Dia hendak mendidik lalu amat malanglah bila kita ada satu institusi yang seperti itu yang meletakkan soal pendidikan anak-anak tempatan sebagai motivasi yang terutama sehingga sanggup dia punya pelajar, dia punya kakitangan, dia punya staff academic sendiri berkorban meninggalkan jawatan-jawatan yang jauh lebih lumayan pulangannya dan sebagainya untuk hendak bangunkan satu institusi yang betul-betul berdedikasi untuk mencapai tahap akademik yang tertinggi yang mungkin dengan segala kemampuan yang ada walaupun tidak menguntungkan masih juga. Amat malanglah kalau adanya institusi yang seperti itu dan orang-orang yang seperti itu kalau kerajaan Malaysia tidak sanggup hendak membantu atas sebab-sebab yang tertentu yang saya rasa semua orang boleh fahamlah sebabnya iaitu ia bukan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Seorang Melayu di seluruh negara Malaysia inilah. Lalu apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena kalau institusi pendidikan ini yang mempunyai motivasi academic excellent sampai sanggup mengharungi segala-galanya. Tidak dapat bantuan pun dia sanggup buat juga, tidak dapat pengiktirafan dia buat juga tetapi kerajaan tidak hendak bantu. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?
Ya, macam yang saya katakan macam satu yang amat malanglah yang sangat malang kepada negara kita bila universiti yang punya motivasi berdasarkan kepada akademik. Tidak ada bantuan apa pun kekangan kewangan kita buat juga kita beroperasi, satu. Keduanya tenaga-tenaga akademiknya bukan dibayar gaji yang selumayan seperti mana universiti swasta yang lain tetapi mereka ini akademik mereka baik, memenuhi syarat untuk melayakkan mereka sebagai pensyarah di universiti hanya dibayar gaji pada kemampuan universiti yang tidak mendapat apa-apa projek MRT kah apa semua. Tidak ada. Akan tetapi kita mampu bayar dan mereka punya motivasi yang tinggi kerana apa, hanya untuk mendapat keredaan Allah untuk membangunkan anak bangsa mereka. Ini saya minta sungguh-sungguhlah kena lihat balik maknanya. Saya bersetuju macam saya katakan tadi kepada Dewan ini bahawa saya bersetuju kita kena kawal kewujudan universiti swasta ini, saya bersetuju supaya tidak nanti akan menyebabkan berlaku keadaan yang tidak baik tetapi jangan sampai peringkat yang cukup syarat, yang memenuhi syarat, tiba- tiba tidak diluluskan. Saya difahamkan pihak Kolej Universiti Darul Ulum tanya kepada pegawai. Pegawai kata kami tidak ada apa-apa masalah, kami tidak apa-apa masalah. Masa itu Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Menteri Besar Johor sekarang. Kami tidak ada masalah, dia kata. Kami semua recommend, kami berikan sokongan kerana... Saya menawarkan kepada pihak kementerian okey jom kita turun melawat Kolej Universiti Darul Ulum. Yang Berhormat boleh walaupun saya tidak kisah Yang Berhormat bukan Islam dan sebagainya kerana universiti ini lebih kepada pendidikan Islam dan sebagainya okey no problem jom kita turun hendak melihat dari segi cukup syarat ataupun tidak dari segi bangunannya dan sebagainya dan tenaga akademik dan sebagainya. Saya menawarkan untuk Yang Berhormat turun walaupun ini bukan universiti Syed Mokhtar. Jadi Universiti Syed Mokhtar pun Yang Berhormat kena turun. Yang Berhormat Menteri kena turun, kementerian pun kena turun. Kena pergi tengok sendiri, jumpa dengan kakitangan akademik, panggil pelajar-pelajar yang masih ada. Ini mesti dibantu mereka. Ya, Yang Berhormat Arau ada apa?
Boleh tanyakah? Saya tidak kata apa pun. Yang Berhormat tanya saya.
Tidak ada fasal tengok macam hendak ‘toi’ bangkit itu.
Kenapa benci sangat Tan Sri Syed Mokhtar ini? Saya ingat apa salahnya untuk meneruskan perjuangan untuk sama-sama memberi sumbangan kepada negara. Kenapa benci sangat kepadanya? Kenapa tidak benci YTL? Macam nampak sayang sangat kepada YTL.
Bila saya kata saya benci kat Syed Mokhtar, ada saya kata? Saya kata bahawa kita mengagungkan, kita mengangkat Syed Mokhtar ini.
Memang tidak kata tetapi cara bercakap itu macam benci.
Kerajaan beri segala kemudahan. Tiba-tiba dengan AIU ini dia mencemarkan nama baik. Saya rasa Yang Berhormat tidak dengar sepenuhnya apa yang saya cakap bagaimana perjanjian baru yang dibuat seperti mana satu tauke along buat perjanjian kepada pelajar-pelajar.
Tidak payah ulang, Yang Berhormat.
Kalau pelajar-pelajar itu dipindahkan ke universiti sekarang ini dipindah kepada universiti swasta yang lain, kalau kamu gagal kamu sambung bayar sendiri, kemudian kalau kamu lulus okey kami sambung. Kemudian kalau kamu gagal lagi kamu diberhentikan terminate daripada universiti kamu kena bayar balik kepada Yayasan Syed Mokhtar dan kalau kamu tidak bayar, syarat baru kata boleh bankrap. Ini saya kata satu yang sangat menekan, bukan saya katakan kerana sebelum ini Syed Mokhtar buat bagus di kawasan saya. Okey saya kata yang terbaik.
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Keduanya, kenapa pula benci kepada KIDU, Kolej Universiti Darul Ulum. Dia cukup syarat sama seperti AIU cuma dia bukan Tan Sri, dia bukan seorang tokoh korporat yang ada hubungan peribadi dengan mana-mana pemimpin negara kita, kerana tidak dapat projek. Ya, saya katakan KIDU yang tidak dapat projek dengan kekangan kewangan tetapi masih boleh operate universiti. Kerana apa? Macam disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi kerana motivasinya ialah...
[Bangun]
Sila.
Ya, bukan kita saya rasa saya setujulah dengan apa Yang Berhormat Pokok Sena sebut. Bukan kita benci pada Tan Sri Syed Mokhtar tetapi kita benci dengan kronisme yang diamalkan yang mana atas nama Melayu semua diserah kepada dia sedangkan ramai lagi orang-orang Melayu yang bukan daripada UMNO, yang daripada PAS, yang daripada PKR, yang daripada bahagian swasta yang lain yang tidak a political, yang tidak ada komitmen politik terhadap UMNO seperti mana dia yang mampu untuk membangunkan bangsa. Akan tetapi mengapa mereka dihalang, inilah yang masalahnya. Semua diberikan kepada Tan Sri Syed Mokhtar atas nama Melayu. Sedangkan Melayu tidak dapat manfaat daripada Tan Sri Syed Mokhtar. Minta maaflah, yang dapat UMNO. Jadi saya rasa YTL dan sebagainya samalah. Kronisme ditolak.
[Bangun]
YTL kah siapa pun.
Bagi saya cakap pula Yang Berhormat Pokok Sena. Bagilah. Tidak, tidak.
YTL kah siapa pun bukan pembangkang yang bagi, kerajaan yang bagi. Tidak apa Yang Berhormat saya boleh sambung petang, saya hendak bagi dokumen fasal Kolej Universiti Darul Ulum.
Habiskanlah.
Saya hendak bawa dokumen yang berkaitan dengan permohonan Universiti Darul Ulum.
Sudah panjang sudah Yang Berhormat, cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat.
Cukup sudah?
Ya.
Kenapa? Oh, brother.
Ini saya punya ‘Tambi’ saya kena. [Ketawa] Ini Yang Berhormat Pokok Sena, kita ini hendak bahas, bahaslah cara betul, beradab. Betul saya sampai Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Menteri pun hendak masuk campur tanya sebab sudah keterlaluan. Ini pula Yang Berhormat Shah Alam ini sedikit-sedikit UMNO, sedikit-sedikit UMNO, sedikit-sedikit UMNO. Sedarlah sedikit abang awak pun dalam UMNO juga. Inilah manusia yang lupa. Tidak, jangan pula saya tidak mahu bersikap prejudis. Jangan hentam seseorang itu berlebihan, kita ada asas, ada fakta kita boleh bincang boleh bahas tetapi janganlah terlalu. Orang putih kata kalau Yang Berhormat Pokok Sena fahamlah, below the belt. Fahamkah below the belt? Jangan. Itu tidak baik, itu keterlaluan. Saya rasa ini sudah melampau sangatlah. Ini Yang Berhormat Shah Alam kaki taruh racun, inilah orang yang suka bakar. Sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena cakap, dia sedikit-sedikit tambah petrol. Ini memang tidak boleh. Saya rasa you kena berhentikanlah, Yang Berhormat Pokok Sena.
Ini ‘Tambi’, brother, brother. Tidak, kami sekapal kami tidak ada masalah dia panggil kami Tambi saya panggil dia Tambi. Yang Berhormat Arau jangan, jangan ini bahasa ibunda kami.
Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat. Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu Gajah. ‘Tambi’ itu brotherkah?
Memang, memang betul ‘Tambi’ itu brother, younger brother.
Fasal apa saya tidak faham Yang Berhormat.
Dia pun kapal lain, kami satu kapal.
Tidak itu kapal enjin...
Dia ada dua kapal. Dia satu kapal dengan Rajula...
Satu kapal yang Yang Berhormat Batu Gajah itu, dia dekat enjin punya duduk, kami dekat atas sedikit. Itu cerah sedikit.
Itu pun dekat dengan enjin. Nampak juga.
Tidak Yang Berhormat Baling dia kata Yang Berhormat Shah Alam, dia kata saya, dia kata ini sedikit-sedikit UMNO. Ini bukan sedikit UMNO ini banyak ini. Ini bukan sedikit-sedikit UMNO, UMNO banyak UMNO sapu. Jadi tidak sedikit-sedikitlah memang banyak sungguh. [Ketawa]
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Baik, saya ucapkan terima kasih dan saya minta sekali lagi sungguh kepada pihak kementerian, kepada pihak Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai di belakang turun ke AIU saya bawa, hendak jamu makan pun boleh kita pergi ke KIDU. Siasat AIU, pergi siasat KIDU, tengok. Ini kepentingan pendidikan dalam negara kita untuk
dibangunkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerang.
Terlebih ramah.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat...
Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Ya Yang Berhormat Pengerang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sebelum saya mula, saya hendak minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua bahawa sahabat saya daripada Lipis hendak minta saya untuk meraikan kehadiran sahabat-sahabat daripada Pejabat Daerah Kuala Lipis. [Tepuk]
Ya, terima kasih.
Doa-doa sentiasa akan mengundi Barisan Nasional.
Ya, Yang Berhormat Lipis pun lepas ini akan berbahas. Ya.
Tuan Yang di-Pertua sebenarnya selaku ahli Parlimen Pengerang, rakyat Pengerang memang menyokong dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri berkenaan dengan pindaan kepada Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Tuan Yang di- Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa Malaysia dalam tahun 2014 ya, sejak ditubuhkan Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Malaysia pada hari ini boleh dikenali sebagai salah satu daripada negara yang menjadikan dengan izin centre of education excellent. Jadi kalau kita tengok apa yang dilaksana dan dicadangkan oleh akta ini, rang undang-undang ini, saya warga Pengerang menyokong penuh kerana yang paling penting di dalam rang undang-undang ini ialah komitmen kerajaan Barisan Nasional khasnya kerajaan yang memimpin iaitu untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan bagi mengurangkan halangan kepada pelabur luar negara selaras dengan perjanjian General Agreement On Trade In Services (GATS), World Trade Organization (WTO). Maknanya Malaysia adalah ke arah janji bahawa sektor pendidikan sebagai contoh ini komitmen di dalam WTO dengan izin, maka kita meliberalisasikan struktur pendidikan dalam institut pendidikan tinggi swasta iaitu Seksyen 22 dan 23 menekankan tentang kuasa Menteri.
Jadi saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri dan juga sebab sahabat di kementerian. Walau bagaimanapun, saya berharap dan saya meminta daripada kementerian supaya kita boleh walaupun ada rang undang-undang ini, kita memberikan kebebasan sebesar-besarnya dan tidak ada langsung yang disebut sebagai kawalan ataupun pemantauan ataupun dengan izin quality control daripada kementerian terhadap kewujudan IPTS-IPTS. Tuan Yang di-Pertua, bila bercakap tentang IPTS, bila bercakap tentang keinginan kerajaan meletakkan Malaysia sebagai dengan izin centre of education excellent, kita tidak boleh menafikan setakat ini negara kita kalau kita tengok daripada senarai kursus-kursus bagi pendidikan di IPTS di peringkat universiti swasta, kolej universiti swasta. Kita boleh tengok berbanding dengan negara-negara lain dengan izin bayaran pelajar-pelajar dalam negara Malaysia, harga bayaran tuisyen USD 4,600. Kos kehidupan USD 4,000. Total USD 9,000 dengan izin. Kalau kita banding di Australia - USD 17,000. Kanada - USD 16,500. New Zealand USD 21,500, Singapura USD 16,500. United Kingdom USD 26,500 dan akhirnya Amerika Syarikat USD 35,000. Bererti Tuan Yang di-Pertua, kalaulah dengan adanya rang undang-undang ini diluluskan dengan izin dan kita membuka kemasukan universiti-universiti peringkat antarabangsa sebagai contoh Universiti Harvard, Prinston, Stamford, Universiti Oxford, Cambridge, universiti yang terkenal di serata dunia dalam senarai universiti yang mendapat penempatan yang nombor satu hingga ke nombor sepuluh memasuki dan menubuhkan sama ada universiti, universiti kolej ataupun dengan izin branch campus, bererti sudah sampailah Malaysia kepada centre of education excellent. Kalau kita tengok kos USD 6,500 dibanding dengan lain, bukan sahaja mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan pelajaran ini boleh dilihat sebagai sektor yang memberikan komitmen kepada pengeluaran tenaga-tenaga mahir dan tenaga-tenaga profesional dalam negara kita. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, kita melihat ini sebagai satu langkah ke hadapan oleh kerajaan. Saya dengar tadi sahabat-sahabat daripada pembangkang ya, rasanya dia tidak ada dekat di sini tapi kalau dia cakap hendak mengutuk saja kerajaan. Seolah-olah kerajaan buat ini semuanya buruk. Kalau betul lah kerajaan buruk, saya hendak tanya dia, dia hantar ke anak dia belajar dalam negara ke luar negara? Saya yakin ramai daripada ahli Parlimen sama ada mereka yang bersama kerajaan ke tidak dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan sekali pun hendak kan anak mereka mempunyai sarjana. Sama ada anak dia masuk pintu kepada institut pengajian tinggi awam ataupun anaknya masuk kepada institut pengajian tinggi swasta. Tetapi yang lebih penting, anaknya boleh dididik. Mana mak bapak tidak sayang anak. Kalau anak itu boleh dididik dalam universiti yang terbaik dalam negara, ini menunjukkan bahawa kejayaan anak itu mendapat pendidikan yang terbaik dan boleh berada dalam keluarga dan lingkungan keluarga. Ini bererti rang undang-undang ini tidak akan mendiskriminasikan anak-anak tempatan memasuki universiti swasta dan hari ini kalau kita tengok ramai anak-anak muda dia suka, lebih adapt kepada universiti swasta dengan izin, kolej universiti bukan sahaja kerana universiti itu mempunyai twinning programme dengan izin tetapi universiti tersebut juga kalau kita buka dengan dasar liberal ini, bererti universiti-universiti terbaik di dunia bertempat dalam negara kita, maka anak-anak itu akan mempunyai sarjana, kualifikasi yang terbaik daripada universiti yang begitu terkenal. Ini yang kita tuntut. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi, minta satu jangan Yang Berhormat Menteri terlampau lepas sangat tangan. Hari ini kalau kita tengok jumlah universiti dalam negara kita, universiti swasta antara cabaran yang kita berhadapan ialah isu quality dengan izin iaitu bagaimana kita hendak tahu bahawa mereka yang melaksana, menjalankan perniagaan ini bertanggungjawab. Hari ini kalau kita sebut tentang kualiti, kita ada MQA. MQA ini satu entiti yang wujud di bawah kementerian yang memantau kualiti pendidikan. Tetapi dalam perkara ini saya hendak sebut universiti awam sekalipun baru-baru ini, tapi dalam proses penyelesaian. Universiti Utara Malaysia saya dimaklumkan dulu, pelajar-pelajar lulusan undang-undang hendak masuk menjadi peguam melalui proses legal qualifying board tidak diterima sebab pembentukan kursus yang diberi mungkin dalam aspek undang-undang hendak dapat master ke PhD itu boleh. Tetapi hendak menjadi seorang yang hendak practice dalam undang-undang tidak boleh.
Jadi apa yang berlaku hari ini kalau kita tekan Legal Profesion Qualifying Board, dia minta adanya kursus-kursus tertentu, barulah- lepas dah kata belajar tiga empat tahun campur kursus drafting dan sebagainya, barulah boleh buat chambering, pohon chambering baru hendak jadi peguam. Itu Universiti Utara Malaysia, universiti kerajaan. Saya hendak tanya kepada kementerian, macam mana boleh kementerian terlepas pandang perkara ini. Kalaulah ini universiti swasta ataupun kolej universiti, saya faham. Orang tuduh MQA macam-macam tetapi dalam hal ini, universiti awam itu sendiri, pelajar yang mak bapa daripada Felda katanya, Felda di kawasan saya di Pengerang ini punyalah jauh, hujung dunia, hantar ke Universiti Utara Malaysia, di utara itu. Tiba-tiba dah belajar undang-undang hendak jadi lawyer, tidak boleh, kena buat kursus khas, barulah boleh apply hendak masuk chambering student, hendak dipanggil ke Bar Council, hendak jadi profesion guaman, disebut sebagai advocate solicitor. Ini universiti awam. Takkanlah senat, fakulti bila dia duduk sesama tu, dia tidak tengok, dan dia tidak pantau bahawa apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang peguam, sebagai contoh. Tak kanlah teruk sangat, ini Universiti Utara Malaysia. Hari ini hendak bercakap tentang kualiti, banyak cerita tentang pelajar-pelajar dalam kolej swasta yang belajar kejururawatan ini, tidak diterima oleh Medical Board, dengan izin sebab dia punya kualiti itu tidak boleh diterima dalam aspek profesional. Jadi kalau pun MQA hendak melaksanakan tanggungjawab, kena berlaku adil kepada anak- anak, sebab belajar ini bukan percuma. Sama ada kerajaan bayarkah, mak bapa dia bayarkah, dia bayar juga. Kalau tidak tak kanlah ‘perniagaan-perniagaan pelajar’ ini terbaik, takkanlah orang berebut hendak keluarkan, hendak buat universiti swasta. Akan tetapi dalam hal ini saya tengok, kalaulah kementerian tidak memantau dengan lebih mendalam kepada gerak kerja MQA, kita tidak boleh membuat tuduhan seolah-olah universiti swasta itulah yang salah, universiti awam itulah yang salah. Akan tetapi kalau tidak ada dengan izin- badan kawalan, controlling body, dengan izin, bolehlah kita kata tetapi kalau ada controlling body, badan kawalan perkara ini tidak perlu terjadi. Jadi kalau pun kita hendak liberal dalam aspek kemasukan pelajar ke universiti- universiti kita, daripada luar negara- yang swasta dan sebagainya, kita mesti menjaga imej. Jangan pula orang kata masuk di Malaysia ini, mana-mana anak-anak masuk boleh lulus. Tidak pergi kelas pun tidak apa, tidak ini pun tidak apa asalkan bayar. Takkanlah kita hendak pendidikan yang berbayar sebegitu- seolah-olah boleh beli sijil, boleh beli sarjana dan sebagainya. Hari ini cabaran kalau anak-anak kita yang banyak sangat keluar graduan hari ini, yang graduan universiti, yang profesional hendak cari kerja pun susah. Saya sebagai bekas peguam selalu tegur. Kalau kawan-kawan kata hendak minta anak-anak tolong bekerja sekali dalam firma guaman dan sebagainya, komen saya satu sahaja Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak boleh cakap bahasa Inggeris? Boleh atau tidak baca dan tulis dalam bahasa Inggeris sebab sehebat-hebat keluar lulusan Universiti Malaya, ada juga yang tidak boleh bercakap. Tulis tu bolehlah, cakap tidak boleh. Hendak jadi peguam macam mana, cakap orang putih tidak boleh, cakap Melayu tidak boleh, semua tidak boleh. Peguam ini profesionnya bercakap, Tuan Yang di-Pertua tahulah kan, kita sahabat-sahabat ini semua kaki bercakap, kalau tidak tak jadi peguam. Akan tetapi isunya, kalaulah belajar empat tahun guaman beriya-iya, keluar cakap pun tidak boleh - gagap itu tidak apalah, kadang-kadang dilahirkan gagap. Katakanlah beriya-iya tulis bahasa orang putih, cakap tidak boleh. Bila mahkamah sesyen tanya, nanti macam kes dalam mahkamah di kawasan pedalaman, cakap semua orang tidak faham, dia bawa pun undang-undang salah, daripada orang tidak bersalah terus masuk penjara, daripada masuk penjara terus kena gantung. Tidak fasal-fasal sebab bahasa itu bahasa yang tidak faham. Profesion guaman sebagai contoh, buku-buku rujukan masih dalam bahasa Inggeris. Kalau pun dia tidak boleh bercakap, baca pun tidak boleh, antara and dan or, if and that, with and without, bukan hendak kata tidak ada hal Tuan Yang di-Pertua, ini banyak hal Tuan Yang di-Pertua. Nampak gaya hebat jadi peguam, masuk mahkamah semua kalah kes, itu yang sebabnya saya rasa mangsanya adalah rakyat. Jadi yang kita hendak tegur dalam aspek ini ialah MQA ini dalam swasta tetapi kalau universiti awam sekalipun, kita mesti sentiasa memantau.
Saya hendak komen Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, saya daripada sana, Tuan Yang di-Pertua pun tahu, janganlah sebab kita selalu anggap yang kita ini dah lama, kita ini dah hebat, kadang-kadang anak-anak yang keluar ini kita keluarkan hanya lulusan dari segi kertas sahaja tetapi kebolehannya mempunyai excellence itu tidak ada. Itu sebab Tuan Yang di-Pertua, malulah nanti negara kita sebab keberkesanannya adalah kepada kita. Itu sebabnya saya hendak sebut tentang kualiti. Kualiti yang saya sebut ini saya minta dalam dasar liberal ini, jangan terlampau ghairah sangat hendak buat duit, jangan hendak sebut SOP, dengan izin standing operating procedure. Macam-macam orang cerita sekarang. Konon dulu masa hendak dapat kuasa menteri, tidak ada kroni kah, baru boleh buka universiti swasta, beriya-iya orang cerita. Sudah buka, ambil duit, dia lari. Belajar atau tidak belajar, lantaklah budak-budak. Ini masa Menteri kawal, kalau Menteri tidak kawal, jangan pula MQA, badan ini badan yang bertanggungjawab kononnya satu- satu badan lepas tangan sebab kalau manusia menilai manusia- kita ini tidak sempurna Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kalau kita wujudkan satu penekanan objektif supaya ini antara ukuran kita kepada kehebatan kalau dia hendak buka universiti, apa yang dia perlukan. Saya Tuan Yang di-Pertua, baru balik daripada Harvard, belajar. Tidaklah lama tetapi saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, universiti yang beratus tahun ini, yang terkenal ini, proses mencari ilmu dan menaikkan nama mata dunia adalah objektif utama universiti. Begitu megah mereka dengan kualiti pendidikan, begitu megah cikgu-cikgu yang buat buku, begitu bangga sebab mereka begitu profesional dalam mencari ilmu. Kita tidak boleh dalam negara kita hanya sebab kita dapat lesen membuat universiti, kita rasa cukuplah boleh buat duit. Kalau USD4,500 satu kepala, duit kita lebih kurang RM22,000. Tolak campur, tolak campur satu pelajar dapatlah untung RM10,000 atau RM5,000. Kalau dapat seratus pelajar, dapat seribu pelajar, dua ribu pelajar, lima ribu pelajar tetapi sekarang isu yang lebih besar, bukan kepada hendak buat duit, kita mesti mempunyai sifat buat duit yang bertanggungjawab. Itu saya hendak minta sama ada kementerian mesti mewujudkan satu formula yang lebih ketat, walaupun dasarnya liberal tetapi pelaksanaannya tidak boleh liberal. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, malulah Malaysia, orang kata Malaysia ini negara conman nanti, buka sikit lari, buka sikit lari dan sebagainya. Point kedua saya Tuan Yang di-Pertua ialah fasal budak-budak swasta ini. Saya ini bukanlah menentang budak-budak masuk daripada luar negara, alhamdulillah tetapi saya tidak puas hati dengan Arab-Arab ini Tuan Yang di-Pertua. Yang handsome-handsome, hidung mancung ini kan, Syria, Lebanon, negara-negara Iran, Iraq, macam-macam. Ya Allah, Ya Allah, beriya-iya cakap Arab, tidak apalah, buka restoran pun tidak kisahlah tetapi jangan salah guna permit yang dapat untuk belajar. Saya dengar ada satu kolej, saya dengar banyak orang tuduh, banyak orang cakap, saya hendak cakap hari ini. British Council ini saya dengar hendak belajar language. Budak-budak ini masuk konon tidak boleh cakap bahasa Inggeris, datang Malaysia hendak belajar kursus setahun atau dua tahun kononnya. Dia kalau di negaranya ada sarjana, degree dalam economics, maknanya dia dah boleh cakap bahasa Inggeris, dia dah boleh tulis bahasa Inggeris. Tak kanlah dia boleh dapat Degree in Economy tetapi datang ke Malaysia hendak belajar bahasa Inggeris, ‘pelik bin ajaib’ Tuan Yang di-Pertua sebab ini strategi hendak duduk dalam negara kita. Dia masuk jadi pelancong tiga bulan, dia masuk jadi pelajar setahun atau dua tahun, dia masuk kahwin budak tempatan, seumur hiduplah jadi rakyat Malaysia. Tidak ada hal hendak kahwin tetapi isunya hendak kahwin niat masuk hendak kahwin sajalah, pohon hendak kahwin, tidak ada hal tetapi jangan guna permit belajar. British Council ini saya hendak minta kementerian janganlah kerana bahasa, tipulah itu kalau dia tidak tahu bahasa Inggeris, takkan dia boleh kerja part time, dengan izin. Kalau dia tidak tahu bahasa Inggeris, takkan dia boleh duduk dalam negara kita, dia boleh sewa rumah, dia boleh beli harta, saya tidak percaya. Kalau ini strategi institut seperti British Council hendak buat duit, persoalan saya macam mana kita hendak pantau supaya tidak salah guna kuasa. Kononnya hendak belajar bahasa, takkanlah belajar bahasa itu empat, lima tahun Tuan Yang di-Pertua. Setahun cukuplah, baliklah. Sudahlah dia duduk sini, duit-duit dihantar balik kalau dia kerja. Selepas itu yang saya dengar cerita macam-macam ini, masalah sekarang ini, masalah mereka beramai-ramai ini buat perkampungan...
Penjelasan sedikit.
Biar saya habis. Yang saya paling tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua, dok ada geng-geng Syiah ini macam mana. Kita tidak tahu hendak pantau, apa hal ini masuk ramai-ramai. Dia tidak boleh di negara dia, dia datang ke Malaysia, dia buat revolusi, apa yang kita hendak buat. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat Pengerang tadi kerana saya pernah bertanya Menteri mengenai visa pelajar yang diberi kepada pelajar-pelajar di kolej- kolej yang ada di tempat saya - di Masterskills di Nilai.
Apabila dibangkitkan selepas kata tiga empat bulan mereka belajar dengan visa pelajar kemudian mereka hilang mencari kerja tetapi yang sedihnya imigresen tidak tahu ataupun kolej juga tidak tahu di mana mereka ini pergi. Setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Pengerang? Boleh kita atasi masalah ini.
Terima kasih sahabat. Saya memang setuju sebab kita ini bukan hanya berhadapan dengan masalah PATI atau pendatang asing tanpa izin ini. Pendatang asing dengan izin masuk negara kita tidak tahu hilang ke mana, ghaib ke mana. Sudahlah subsidi dia bawa lari. Kita bagi subsidi katakan kita jual di Tesco, di Giant Tuan Yang di-Pertua harga gula, minyak sebutlah apa sahaja subsidi kita bagi kepada rakyat dia beli bukan dia pakai IC, dia beli sahaja. Kita tengok cakap orang putihkah, cakap Arabkah, cakap Indonesiakah dia beli harga kita beli subsidi rakyat. Ketirisan kerana bukan sahaja pendatang asing melalui pintu tenaga bukan mahir tetapi juga pada pelajar asing. Di manakah kita mesti menyoal kepada kerajaan dan juga kementerian dengan izin, where do we stop. Di mana kita hendak berhenti? Jadi saya setuju sahabat saya cakap itu betul. Yang hilang jangan hendak kata pelajar asing hilang pelawat pun boleh hilang, pelancong pun boleh hilang. Semua boleh hilang dalam negara kita. Ghaib tiba-tiba. Di negara dia Tuan Yang di-Pertua, hendak masuk negara dia dengan visa punyalah beratus kali minta, hendak masuk ini tidak boleh, itu tidak boleh, periksa beg tahan lima enam jam. Teruk kita dibuat dalam negara asing. Tidak kisahlah negara mana tapi kenapa dalam negara kita baik betullah kita ini. Semua kita hendak bagi. Bagi sahajalah kalau macam itu. Jangan guna alasan pelajar. Saya tidak setuju sebab kalau kita ikut pelaksanaan mereka sebagai pelajar, kalau dia bawa kepada kelebihan ekonomi dari segi pembayaran sebagai pelajar swasta Alhamdulillah. Tetapi baliklah. Pendatang asing pun baliklah. Kita ini sudah berhadapan dengan ekonomi dunia. Sudah banyak masalah kita dengan subsidi harga barang, harga minyak, harga ikan tidak akan ini pun kita hendak selesaikan masalah orang dari luar. Saya hendak sebut jangan hendak cakap fasal hospital, sebab saya tahu hospital kerajaan siapa datang sakit kita akan layan, emergency. Tidak kisahlah buruh itu jatuhkah, kaki putuskah kita kena layan sebab profesional perubatan, siapa yang sakit laksana tanggungjawab membantu. Jadi ubat kita beli, injection kita beli, antibiotik kita beli siapa yang hendak bayar. Bukankah cukai rakyat? Jadi saya hendak sebut kepada kementerian kita mesti mempunyai satu cara yang mengawal supaya tidak disalah guna bukan sahaja daripada pelajar-pelajar ini tetapi juga daripada universiti-universiti swasta ataupun kolej universiti swasta. Yang ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut tentang kalau kita tengok bila kita bercakap tentang universiti-universiti swasta ini, saya telefon dua tiga orang kawan yang ada universiti swasta saya tanya pensyarah-pensyarah ini ada tidak sistem kuotakah, tempatan 30/40% yang pensyarah luar 60/70%. Tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Lantak pi lah kata orang. Asalkan dia boleh ajar, dia ada sarjana dia boleh jadi pensyarah. Status pensyarah itu kita beri tidak ada kawalan. Pensyarah kita di universiti awam kita kawal. Kualifikasi mesti ada. Pensyarah dia kita tidak tahu daripada mana. Dia tipu sijil palsu pun kita terima. Katanya universiti swasta dengan kolej universiti ini macam- macam orang dia terima dalam negara kita diletaknya kononnya sebagai profesion profesional dengan izin. Kita tidak tahu kualiti mereka. Dia main masuk sahaja mengajar. Adakah dia ajar yang betul? Adakah dia laksanakan ukuran-ukuran pelajaran yang sebenarnya? Jadi seolah-olah pertama dalam negara kita, orang tempatan ini sebagai pensyarah tekanan lebih. Seolah-olah.
Keduanya dalam negara kita bila berbeza antara orang tempatan dengan orang bukan tempatan, orang bukan tempatan banyak kompromi yang kita buat. Jadi saya tidak setuju kalau pensyarah-pensyarah swasta yang masuk ini kita masin kasi masuk sahaja, saya tidak setuju dan saya tidak boleh terima. Jadi saya hendak minta kepada kerajaan khasnya kementerian walaupun keghairahan kita hendak buat liberalisasi dalam dasar kewujudan universiti-universiti swasta, institusi pengajian tinggi swasta saya mintalah ada sedikit sensitiviti. Dok dia ajar anak-anak kita benda yang dia tidak patut ajar ini macam mana? Apa yang diajar? Daripada segi agama, daripada segi budaya, daripada segi kefahaman. Saya sebut kalau dia bawa pendidikan-pendidikan yang tidak boleh kita kawal, apa yang kita hendak buat. Kita jangan main-main terutama sekali apabila mereka bercakap tentang isu-isu agama. Kalau dia membawa anak-anak kita kepada kefahaman Syiah sebagai contoh saya bagi. Macam mana kita hendak tahu betul tidak betul. Rupa dia sama dengan kita, sembahyang Jumaat pun dia pergi, janggut dia pun sama panjang. Kita tidak tahu, kita tidak kenal tapi bila dia bercakap dengan anak-anak kita yang belajar dia berbisik-bisik benda-benda yang kita selalu belajar dalam negara kita yang kita kawal agama di bawah senarai negeri yang ada di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, agama di bawah kepimpinan Sultan, mereka boleh lepas kualiti mereka sebagai guru-guru ataupun pensyarah kepada anak-anak kita. Jadi saya hendak persoal. Ini contoh saya tentang isu agama. Katakan dia bawa pendidikan komunisme ataupun sosialisme macam mana kita hendak kawal. Kemungkinan itulah sebabnya anak-anak kita yang masuk ke universiti sama ada universiti swasta ataupun awam saya ingin tahu sebab saya dahulu jadi pelajar universiti. Memang kita ini bila muda itu memang kita begitu ghairah hendak menentang kepada sistem yang ada. Memang itu sebab kita darah muda. Orang muda ini lain sedikit. Panas dia lain orang kata. Saya ini macam orang muda tapi tidaklah muda Tuan Yang di-Pertua. Kononlah, tualah. Tua, tidak macam Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong muda tapi rambut dia makin putih saya tengok Yang Berhormat Lenggong. Tengok umur dia muda rambut dia macam orang lebih 50 tahun dengan izin.
Style, style!
Style. Yang Berhormat Lenggong hendak tua, Pengerang hendak muda. Apahal? Macam itulah. Jadi dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua kita mesti lebih sensitif dan peka. Janganlah ghairah sangat jadikan Malaysia sebagai negara of academic excellent, kita menggadai masa depan anak-anak kita, menggadai isu sosial anak-anak kita, menggadai maruah anak kita. Adakah itu objektif kita bila kita bercakap tentang proses liberalisasi? Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Pengerang menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menyokong terutamanya poin pertama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang tadi mengenai pengawalan dan pemantauan dasar pendidikan pengajian tinggi di IPTS-IPTS yang sedia ada di Malaysia sekarang yang mana terdapat tadi diberi contoh bahawa kursus undang-undang ataupun kursus law degree di mana degree telah pun diluluskan tetapi tidak layak untuk masuk Malaysian Bar Council. Dasar sistem pengajian tinggi di Malaysia sekarang telah terlampau menumpukan perhatian kepada jumlah bilangan universiti dan bukan kepada mutu pendidikan dalam universiti. Inilah dasar yang kita kata quantity over quality. Sebutan ini bukan sahaja disebut daripada saya ataupun pihak yang ada di sini ataupun rakan-rakan yang ada di sebelah sana. Selalu disebut di media oleh pihak-pihak profesional sama ada daripada pihak Bar Council ataupun Malaysian Medical Authority ataupun pendapat-pendapat yang diberikan dalam opinion column di media massa yang kita ada hari ini.
Walaupun kerajaan telah menubuhkan satu agensi untuk memantau mutu pengajian yang diberikan iaitu Malaysian Qualification Agency (MQA), ia sebenarnya tidak berkesan untuk menentukan standard pendidikan yang ditawarkan. MQA ini hanya memberikan kelulusan kepada sesebuah institut untuk menjalankan kursus-kursus yang tertentu tetapi tidak dapat menjamin supaya penghantaran kursus-kursus ini adalah cukup mendalam dan mencapai tahap yang minimum. So, rangkanya, syllabusnya boleh dilulus tapi rangka ini boleh dicetak rompak, dicopy daripada laman-laman web ataupun universiti-universiti yang lain. Kita ikut sahaja. So, rangkanya memang cukup mutunya tetapi dalam penghantaran rangka-rangka ini, pengisian ini kita tidak dapat menjamin atau mengawal mutu yang diberikan. Untuk mendapat kelulusan kursus, sesebuah institut hanya perlu membentang kertas rangka syllabus kepada MQA. Rangka tersebut senang sahaja dicetak rompak seperti apa yang dikatakan daripada buku-buku teks ataupun halaman internet. Saya tidak berkata bahawa semua IPTS yang ada di negara kita ini mempunyai mutu yang buruk.
Memang ada IPTS yang bertaraf tinggi, ada yang mungkin sederhana dan banyak yang bertaraf rendah. Sebabnya adalah jelas. IPTS-IPTS ini mempunyai objektif yang berlainan daripada IPTA ataupun institusi-institusi yang mempunyai dasar jangka masa panjang seperti yang disebut tadi iaitu Harvard University. Kebanyakan IPTS yang ada pada hari ini hanya ditubuhkan untuk mencapai keuntungan. Private. Private for what? Private for profit. So antara matlamat yang paling penting bagi institusi-institusi ini adalah untuk mencapai profit ataupun keuntungan. Hasrat mereka bukannya untuk memberikan mutu pendidikan yang paling baik. Mereka melihat sektor pendidikan sebagai satu opportunity, satu peluang untuk mendapat keuntungan asalkan IPTS tersebut dapat mematuhi syarat-syarat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu the official guidelines. Mereka tidak kisah tentang penghantaran mutu pengajian yang tinggi kalau mereka boleh memberikan kursus yang sama dengan pensyarah-pensyarah yang lebih murah. Memang seorang pensyarah sekurang-kurangnya kita sebut dalam MQA kena ada degree ataupun kena ada masters. Akan tetapi kita semua tahu ada degree yang tidak boleh pakai, ada masters yang kurang mutunya. Ada pensyarah yang datangnya daripada universiti yang langsung tidak diiktiraf ataupun tidak ternama. Ada pensyarah yang datang daripada sekolah-sekolah yang bernama seperti LSE, OUL ataupun Duke. Mana-mana tempat tersebut. Akan tetapi kalau bagi saya, sebuah IPTS, mana saya pilih? Saya pilih yang paling murah. Yang paling murah, yang masih lagi mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MQA dan syarat daripada MQA tidak kata mesti datangnya daripada universiti top ten in the world. Tidak. Dia hanya kata mesti ada bachelors degree dalam bidang tersebut. Oleh sebab itu, bagi IPTS, saya hanya pilih yang paling murah, yang mungkin paling lemah dan oleh sebab itu mutu yang dikeluarkan oleh banyak IPTS ini adalah terlalu rendah. Antara langkah yang saya hendak cadangkan di sini dan saya rasa di Malaysia masih tidak ada satu sistem yang sebegitu tetapi ada di banyak negara yang lain adalah supaya IPTS dapat melaksanakan satu jadual prestasi IPTS. Bila saya hendak pergi belajar di UK ataupun ke Amerika Syarikat, antara perkara yang saya akan buat, pertama sekali ialah melihat prestasi universiti-universiti yang ada di negara tersebut. Lebih baik lagi saya hendak meneliti apakah prestasi dalam kursus yang saya minati, dalam accountancy, dalam ekonomi. Mungkin di England, Warwick nombor tiga, nombor dua. Akan tetapi kalau saya hendak masuk ke bidang perguruan ataupun bidang doktor, medical, Warwick tidak ada dalam rank top ten. So kalau kita ada satu jadual sebegitu, sebagai guideline, mana-mana ranking table pun ada dia punya kelemahan, ada dia punya kebaikan. Akan tetapi sekurang- kurangnya adanya ranking table, kita boleh mendapat satu guideline untuk menentukan sama ada universiti ini diiktiraf bukan oleh mana-mana agensi tetapi oleh satu badan pemantauan bahawa ia mempunyai mutu yang tertentu. Bila saya hendak pergi ke UK, saya henda0k tengok universiti yang paling baik, mungkin saya tidak dapat masuk yang paling baik iaitu top five, saya hendak masuk top thirty. Jadi saya tahu saya boleh pergi Universiti Glasgow dan saya tidak pergi, mungkin katakanlah, Universiti Coventry sebab dia ada di bottom ten dan bukannya dalam rank top thirty.
Akan tetapi di Malaysia masa ini, saya tidak ada pilihan sebegitu. Saya tidak tahu sama ada saya pergi ke Universiti Sunway itu lebih baik atau saya pergi ke katakan, GlobalNxt University. Pernah dengar atau tidak? Tidak pernah tetapi ada. GlobalNxt University ataupun Quest International University, Perak.
Bagus!
Baguskah? Dari Perak itu baguslah. Yang lain semua tidak kenal. Yang lain semua tidak kenal. So, itu menjadi masalah bagi penuntut-penuntut di Malaysia. Kalau kita benar- benar hendak memperkembangkan sektor pendidikan di Malaysia untuk mempelawa lebih ramai lagi penuntut dari luar negeri untuk belajar di Malaysia, kita perlu berikan perkhidmatan sebegitu kepada mereka juga. Ini kerana bila saya hendak pergi US, saya pun tengok internet website, ada beberapa guide yang memberikan lebih kurang dia punya taraf mutu sekolah-sekolah tersebut. So saya rasa pihak kementerian perlu menubuhkan satu jadual sebegitu supaya ia dapat memberitahu semua bakal penuntut yang hendak masuk universiti apakah mutu yang you hendak capai. Mungkin saya punya keputusan sederhana sahaja, saya melihat institusi-institusi yang sederhana dia punya standard. Kalau saya mencapai semua A, saya hendak pergi yang paling baik sebab saya layak pergi sekolah yang paling baik sama ada IPTA atau IPTS, saya hendak pohon kepada sekolah tersebut. Jangan saya tersalah pohon pula. Saya lihat iklan-iklan yang sekarang keluar surat khabar, radio iklankan hari-hari ada, “Join us, University ABC. World class education. Global reach.” Semua antarabangsa. Dengar sedap. Dengar memang sedap. Ini universiti yang paling baik di dunia. Kalau percaya iklan tersebut, universiti inilah universiti yang paling baik seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia. Akan tetapi kita tahu itu tidak benar. Memang tidak benar sebab universiti tersebut tidak ada dalam global ranking 500 pun seluruh dunia di mana-mana ranking yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa. So, kita jangan bagi penuntut- penuntut kita, anak muda kita dipengaruhi ataupun dikelirukan oleh banyak iklan yang telah pun diterbitkan. Saya tidak mahu hadkan kata universiti IPTS tidak boleh buat iklan. Itu pun salah. Mereka kena patuh kepada guideline dan saya rasa MQA dan juga kementerian ada guidelines tetapi mereka selalu hendak mencerobohi guideline tersebut. Itu memang biasa sebab mereka hendak menarik lebih penuntut. Mereka hendak kutip lebih yuran daripada penuntut tersebut untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Untuk mengawal secara rasmi, secara de facto prestasi IPTS-IPTS ini, kita tubuhkan satu table mengikut ciri-ciri ataupun syarat-syarat ataupun faktor-faktor yang tertentu sama ada perguruan, jumlah penuntut, ratio dan lain-lain kriteria yang sedia ada dalam semua kajian antarabangsa dan saya tentu, pihak kementerian ada akses kepada maklumat tersebut. Kita boleh sediakan satu table untuk membuat comparison antara IPTS yang ada di Malaysia. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan isu yang saya bangkitkan tadi iaitu kualiti lawan dengan kuantiti sektor industri pengajian tinggi swasta di Malaysia yang telah berkembang dengan begitu pantas dan pesat dalam sepuluh tahun kebelakangan ini. Kalau KPI Kerajaan Malaysia adalah diukur melalui jumlah institusi pengajian tinggi swasta yang ditubuhkan di negara kita, saya rasa semua yang ada dalam Dewan ini akan memberikan markah yang cukup tinggi kepada pihak kerajaan. Pass with flying colors ataupun distinction ataupun ‘A star, star’ ataupun world class. Pada tahun 2003, Malaysia hanya mempunyai lima buah universiti tempatan swasta. Lima buah sahaja. Tiga buah universiti kampus asing, 11 buah kolej universiti dan 519 buah kolej. Hari ini, sepuluh tahun kemudian, Malaysia boleh ‘bangga’ sebab jumlah institusi swasta yang telah meningkat secara mendadak. Berapa buah? Sebanyak 36 buah universiti daripada lima sahaja. Peningkatan sebanyak 620%. Ini universiti tempatan swasta. Sebanyak 24 buah universiti ataupun kolej universiti daripada 11 buah ataupun peningkatan sebanyak 118%.
Tujuh buah universiti kampus asing dan 418 buah kolej yang ada hari ini. Di universiti-universiti tempatan swasta ini atau IPTS yang baru ini termasuklah nama-nama seperti apa yang saya sebut tadi GlobalNxt University, ada satu lagi International University of Malaya-Wales. Adakah datangnya dari Wales ataupun nama pakai Wales sahaja? Saya pun tidak tahu [Ketawa] Okey ini bukan universiti daripada Wales yang tubuhkan cawangan di sini. Not a branch campus. Ini satu universiti tempatan baru yang bernama International University of Malaya-Wales. Saya pun takut-takut apabila saya baca nama sebegini, adakah ia merupakan seperti Irish International University yang tidak berasal daripada Ireland, berasal daripada Pakistan. So, ini menjadi satu kebimbangan kepada saya yang ada di sini ataupun University Malaysia of Computer, Science and Engineering yang sebelum ini tidak pernah dengar. Mungkin universiti yang baru. Universiti di Malaysia memang cukup banyak. Kalau termasuk lagi 20 buah universiti awam, Malaysia yang berpenduduk 27 juta orang mempunyai 80 buah universiti dan kolej universiti, 80 buah. Ini bermaksud mengikut nisbah satu universiti bagi setiap 337,500 orang penduduk jika dibandingkan dengan jiran kita Singapura. Saya tahu kita tidak suka dibandingkan dengan Singapura tetapi apabila mereka baik, kita akur bahawa mereka baik dalam bidang pendidikan. Okey, penduduk mereka lima juta orang. Mereka hanya mempunyai enam buah institusi pengajian bertaraf universiti, enam buah. Kita ada 80 buah. Mengikut nisbah, Singapura mempunyai satu universiti untuk setiap 833,000 orang penduduk. Maksudnya, Malaysia lebih baik, Malaysia melebihi dua kali ganda, 2.4 kali ganda universiti yang sedia ada berbanding dengan Singapura. Kalau macam itu, adakah mutu pengajian tinggi di Malaysia dua kali ganda lebih baik daripada Singapura, daripada jiran kita? Jangan kata dua kali ganda lebih baik. Kita sebut adakah pendidikan lebih baik sedikit ataupun setaraf dengan pendidikan yang ada di Singapura ataupun sistem pendidikan kita hari ini berbanding dengan Singapura adalah jauh lebih mundur? Kita tahu jawapannya. Tidak perlu saya jawab di sini. Mengikut ranking tables yang kita ada tidak kira manalah QS World Ranking, Times Higher Education, Webster, Shanghai Jiao Tong, universiti-universiti yang ada di Singapura bertaraf top 50 iaitu 50 ke atas. Akan tetapi tidak ada universiti yang ada di Malaysia berada di dalam 200 kecuali satu mengikut QS Ranking dan mengikut yang lain tidak ada langsung dalam top 200. Itu adalah perbezaan yang cukup ketara. Kita rasa kerajaan kena tumpukan kerja-kerja kita bukan untuk memberikan lesen baru kepada universiti baru untuk ditubuhkan. Tidak guna kita keluarkan graduan begitu ramai tetapi apabila keluar saya degree holder saya minta kerja degree holder tetapi saya hanya qualify untuk buat kerja kerani. Dahulu saya dalam syarikat, banyak yang memohon pekerjaan tetapi yang dipohon bukan kerja-kerja seperti computer engineer, bukan kerja- kerja analis tetapi kerja-kerja kerani. So, there is a mismatch between what we are producing and what the market want. Antara perkara lain yang saya rasa kementerian boleh memantau dengan lebih baik adalah kemampuan kewangan badan-badan yang menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Baru-baru ini ada beberapa universiti swasta yang dikatakan mengalami masalah kewangan. Akibatnya penuntut-penuntut yang ada di dalam universiti tersebut tergendala, stuck, don’t know what to do. Sama ada perlu pindah universiti, tidak boleh pindah, boleh dapat refund atau tidak boleh dapat refund? Saya rasa ini merupakan perkara penting, bukan sahaja untuk nasib anak muda kita tetapi juga untuk Malaysia reputation di bidang pendidikan antarabangsa. Kita lihat baru-baru ini, yang paling baru sekali Universiti Antarabangsa Albukhary di Kedah yang Menteri Besar sendiri Dato’ Seri Mukhriz Mahathir berkata kita harap institusi tersebut tidak tutup. Baru-baru ini dia ada umumkan tidak akan tutup tetapi apabila bulan Februari dia kata akan tutup sebab ada masalah kewangan. Oleh sebab dikatakan kementerian minta supaya mereka tutup walaupun dalam undang-undang ada kata hendak tutup sekurang-kurangnya kena beri notis sebanyak setahun tetapi mereka kata hendak tutup bulan Februari dan minta supaya semua penuntut pindah ke institusi lain dalam jangka masa dua hingga tiga bulan sahaja.
Saya rasa ini mencemarkan imej pendidikan pengajian tinggi di kalangan antarabangsa. Di Universiti Antarabangsa Albukhary sebanyak 75% daripada penuntut mereka adalah penuntut dari luar negeri. Mereka akan membawa balik kepada negara- negara mereka bahawa pendidikan di Malaysia tidak terkawal. Banyak perkara penyelewengan berlaku, sistem tidak cukup baik. Bukan UAA sahaja, ada universiti yang lain Twintech International University College of Technology. Yang Berhormat Kuala Kangsar...
[Bangun]
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai bangun. Dua yang bangun, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Yang Berhormat Kuala Krai dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara menyebut bahawa penutupan sesuatu institusi pengajian tinggi akan membawa suatu imej yang buruk kepada negara, tidak kiralah swasta atau pun awam kerana kita sudah mempunyai obligasi untuk mendidik dan melahirkan graduan yang baik. Jadi kalau tutup separuh jalan walaupun mengikut peraturan ertinya notis setahun, saya masih mengatakan bahawa ia merupakan suatu perkara yang mesti dielakkan. Apakah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bersedia menerima cadangan supaya mana-mana IPTS ini yang terpaksa ditutup atas masalah kewangan misalnya diselamatkan oleh pihak kerajaan. Apa pandangan?
Sekejap, saya jawab dahulu. Saya rasa kalau kerajaan perlu bail out pihak-pihak yang menubuhkan IPTS ini secara tidak bertanggungjawab ataupun untuk keuntungan dan apabila habis wang dia hendak tutup, itu tidak baik. Akan tetapi apa yang kerajaan boleh buat adalah sebelum sesiapa dibenarkan untuk menubuhkan sesebuah institusi pengajian tinggi swasta dikenakan memberi jaminan yang tinggi kepada kerajaan, satu bank draf atau performance bond. Di mana kalau mereka gagal menjalankan kursus mereka atau mereka gagal mendapat punca kewangan yang mencukupi, kerajaan boleh menggunakan gerenti tersebut untuk membantu sekolah tersebut. Kalau mereka masih tidak cukup lagi wang untuk menjalankan kerja-kerja sekolah tersebut, kerajaan mempunyai hak untuk merampas aset-aset yang sedia ada dan selepas itu menjalankan pemulihan yang diperlukan untuk membantu penuntut-penuntut di kawasan tersebut. So, aset-aset itu perlu di kaveat kepada pihak kerajaan supaya, mereka lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada penuntut-penuntut dan juga menjaga imej Malaysia di antarabangsa. Berhormat Kuala Kangsar.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mohon penjelasan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tentang fenomena di negara-negara maju, yang mana khususnya di United Kingdom. Rata-rata pelajar-pelajar daripada universiti biasa selain daripada Warwick, LAC Imperial, Oxford Cambridge. Rata-rata pelajar tidak mendapat pekerjaan.
Jadi, adakah fenomena ini kita lihat bahawa tidak ada jaminan untuk pekerjaan kepada graduan-graduan apabila negara itu bertambah maju, khususnya di Malaysia ini. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tentang di Ivy League ataupun graduan daripada universiti-universiti yang tidak bermutu ini?
Terima kasih. Saya rasa antara dasar yang telah pun dikaji di negara UK lah, seperti apa yang disebut, adalah perubahan daripada politeknik-politeknik yang lama, dia kasi ubah jadi universiti yang baru di UK.
Itu terjadi di Malaysia. Kolej-kolej yang lama dinaiktarafkan menjadi universiti kolej ataupun dinaiktarafkan terus jadi universiti di Malaysia. Akibatnya, banyak penurunan dari segi mutu yang diberikan dan akibatnya penuntut-penuntut yang keluar daripada universiti tersebut tidak dapat cari kerja ataupun tidak dapat cari kerja yang sesuai. Itu berlaku di UK, memang benar dan kita perlu belajar daripada pengalaman mereka dan tidak mengulangi kesilapan yang mereka telah buat. Mereka telah mengaku bahawa ada kesilapan dalam dasar pengajian tinggi di UK dan kita perlu mengkaji apa yang mereka buat salah dan kita perlu mengambil segala yang baik yang telah pun berlaku di sana dan kita perlu laksanakan dan perbetulkan di Malaysia. Dua perkara lagi...
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertariklah dengan pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara berkenaan dengan the product yang harus dizahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi kita. The question of, dengan izin, quantity vs quality. Akan tetapi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara banyak menyentuh berkenaan dengan intellectually challenged ataupun, dengan izin, academically challenged. Akan tetapi apa pandangan Yang Berhormat tentang memasuki universiti dalam erti kata character building, menzahirkan manusia yang berakhlak, ada berperikemanusiaan dan sebagainya, rather than only intellectually challenged also dari sudut character building. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebenarnya, saya tak sentuh langsung tentang the soft part dari segi character development ataupun pembangunan akhlak seseorang dalam universiti. Saya rasa dalam perkara ini, secara general, memang ada universiti yang lebih baik sikit tetapi secara general, ini merupakan bidang yang langsung diabaikan oleh segala IPT. Bukan segalalah, kebanyakan IPTS kerana ia tidak memberikan sumber kewangan kepada sekolah-sekolah tersebut, institusi-institusi tersebut. Kalau tidak dapat wang, asalkan mereka dapat certificate, saya tak kisah sama ada dia bangun, akhlak baik, tidak baik, itu bukan masalah saya. Masalah saya adalah untuk memberikan sijil kepada dia sahaja dan sijil ini sekurang-kurangnya tetap pada taraf yang minimum yang ditentukan oleh pihak kerajaan, sudah cukup. Akhlak tidak masuk dalam MQA. Tidak ada akhlak dalam MQA. Oleh sebab itu, dalam banyak IPTS ini, character building, extra curricular activities, program-program luar bilik darjah tidak dijalankan secara langsung. Dua perkara lagi Tuan Yang di-Pertua. Nombor satu adalah mengenai kursus- kursus yang penting yang dijalankan oleh IPTS-IPTS, terutamanya kursus selain daripada bidang undang-undang, di bidang medical. Selalu kita baca dalam surat khabar, MMA punya presiden ataupun doktor-doktor yang tidak ingin dinamakan, menyebut dalam surat khabar bahawa mutu pendidikan yang diberikan, doktor-doktor yang diterima dalam hospital-hospital sama ada kerajaan ataupun swasta, dia punya standard sudah turun. Ini adalah akibat, antara sebab utama ialah akibat banyak sekolah swasta tidak melaksanakan kursus-kursus bidang medicine dengan mutu ataupun tahap yang diperlukan. Antara sebab yang paling ketara sekali ialah the qualification ataupun minimum grades yang diperlukan untuk masuk bidang medicine. Banyak private college, asal you lulus sahaja, kita terima. Lulus sahaja SPM atau dapat 4A, 5A, kita terima masuk bidang medicine. Malah kalau dikatakan di UM, hendak masuk bidang medicine, kena semua ‘A’. Semua ‘A’, kena pergi interview lagi bagi SVUSM sebelum boleh masuk ke dalam bidang medicine di universiti-universiti IPTA. Akan tetapi di private college tak sama sebab mereka hendak yuran yang dibayar oleh pihak penuntut, dia tak kira sangat sama ada 3A sahajakah, 4A sahaja, sudah boleh masuk dalam kursus tersebut. Saya rasa dalam perkara ini, semua kelayakan yang diterima oleh sekolah-sekolah tersebut, IPTS-IPTS tersebut perlu dipamerkan secara terbuka, public. Di negeri lain kita tahu, kalau saya hendak pergi Queens University, Medicine Faculty, saya akan tahu apakah gred minimum yang telah pun diterima, penuntut yang diterima pada tahun lalu. sama ada 3A kah, 3A starkah, 4A kah dan lain-lain. Akan tetapi di sini semuanya gelap, tak tahu. Saya tak tahu sama ada Melaka punya kolej yang terima medicine itu, private college, ada dia punya minimum standards sama ada 2A kah, 1A kah, tak ada ‘A’ pun boleh masukkah, lulus pun boleh masuk, kita tidak tahu. So, semua ini perlu dipamerkan dan diperketat.
Ada juga banyak universiti yang ditubuhkan. Saya boleh namakan seperti Kolej Masterskill yang banyak menjalankan kursus jururawat. Mereka bukan benar-benar hendak mengajar dengan cukup baik tetapi mereka mempergunakan sistem tersebut untuk mendapatkan yuran melalui PTPTN. So, mereka hendak terima penuntut bukan kerana mereka mampu memberikan pendidikan yang paling baik kepada semua bakal jururawat di sekolah tetapi mereka menggunakan cara ini untuk mendapatkan pinjaman daripada PTPTN untuk memberikan keuntungan kepada mereka. Mereka memang terdesak untuk mendapat keuntungan kerana mereka merupakan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Apabila dia punya stok menurun, lebih terdesak lagi, mereka ingin mencapai keuntungan dan menggunakan cara-cara yang merendahkan mutu pendidikan di Malaysia. Akhir sekali, saya ingin membangkitkan badan yang telah pun ditubuhkan oleh pihak kerajaan iaitu Education Malaysia Global Services untuk menjalankan proses-proses bagi IPTS di Malaysia untuk menerima penuntut-penuntut daripada luar negeri. Ini proses termasuklah visa application, permohonan visa, pembelian insurans, medical check-up dan lain-lain. Saya rasa dalam perkara ini, walaupun badan EMGS ini merupakan badan yang dimiliki oleh kerajaan, kerja-kerjanya telah pun diswastakan kepada pihak-pihak yang tertentu dan kerja ini telah pun diswastakan tanpa sebarang tender terbuka. Mereka telah pun mengehadkan klinik-klinik yang penuntut-penuntut luar negeri boleh datang untuk health check-up. Harganya semua naik, kos semua naik dan semua IPTS yang ada di negara kita membantah dasar-dasar yang telah pun dilaksanakan oleh EMGS. Yang Berhormat Serdang.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sama ada Yang Berhormat sedar bahawa EMGS ini, pertama sekali ditubuhkan dengan matlamat untuk memasarkan Malaysia sebagai satu destinasi pendidikan tinggi dan juga pendidikan swasta di pasaran antarabangsa. Ini adalah sebahagian daripada education NKEA di bawah Economic Transformation Program. Ini telah diumumkan pada tahun 2010 tetapi malangnya matlamat EMGS ini telah dipesongkan ataupun terpesong daripada matlamat utamanya iaitu untuk membuat Malaysia sebagai satu international branding dari segi education.
Sekarang saya dimaklumkan bahawa sebelum penubuhan EMGS ini, setiap pelajar asing mesti bayar processing fee untuk visa mereka sebanyak RM250. Akan tetapi sekarang selepas EMGS ditubuhkan, processing fee itu dinaikkan dengan kadar yang begitu tinggi kepada RM1,000. Pada masa yang sama, processing time yang diambil oleh EMGS pun bertambah daripada mungkin satu bulan atau dua bulan sebelum ini kepada tiga bulan, empat bulan atau lima bulan. Ada banyak pelajar asing yang tidak boleh balik ke negeri asal apabila emergency berlaku kerana visa dan juga pasport dipegang oleh EMGS. Adakah ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional ini telah memesongkan matlamat satu polisi yang baik kepada satu matlamat yang mementingkan keuntungan sahaja dan membawa nama buruk Malaysia kerana ada banyak pelajar asing yang kompelin dan membuat pelbagai tuduhan kepada IPTS dan juga EMGS ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Saya rasa ini merupakan antara contoh-contoh di mana banyak dasar-dasar kerajaan memang cantik dilihat dari segi dasarnya yang ditulis, tetapi bila dilaksanakan selalunya perlu ada orang tengah untuk mendapat keuntungan. Ini menjadi masalah dan bila ada orang tengah diberikan konsesi untuk mendapat keuntungan, pihak-pihak tertentu sahaja akan mendapat keuntungan dan yang rugi dalam bidang ini adalah penuntut, sekolah-sekolah IPTS dan juga penuntut-penuntut dari luar negeri. Saya ingin memetik satu paragraf daripada satu laporan yang ada dalam The Edge yang berkata mengenai EMGS bahawa, “One industry association estimates that its members alone are losing some 1,000 potential students from foreign countries annually. Considering the large number of foreigners who are looking to study in Malaysia, the losses would amount to millions of ringgit”.
Kritikan ini merupakan satu kritikan yang serius yang telah pun diterbitkan sejak EMGS dilaksanakan. Saya minta supaya pihak kementerian dapat mengkaji semula pelaksanaan dasar EMGS supaya ia tidak membebankan penuntut, tidak membebankan IPTS dan pada masa yang sama mencapai matlamat di mana EMGS ditubuhkan iaitu mempromosikan bidang pendidikan di Malaysia. Pada masa yang sama mengawal supaya hanya penuntut-penuntut yang ikhlas sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Malaysia. Apabila saya belajar di luar negeri sama ada di Singapura atau di UK atau US, tidak pernah pasport saya dikawal oleh kementerian yang ada dalam negara tersebut. Kalau orang lain datang ke Malaysia hendak belajar di Malaysia, pasport kita kena dikawal atau digantung ataupun disimpan oleh pihak kerajaan, saya rasa ini merupakan satu perkara yang amat boleh disebutkan penghinaan kepada pihak penuntut tersebut. Jadi, dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kita harap cadangan-cadangan yang konstruktif, membina yang telah pun diberikan dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Tebrau. Dia mula dengan Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada saya, saya berpandangan bahawa sama ada IPTA ataupun IPTS, mereka berperanan yang sama iaitu membantu negara kita untuk menjana human resources ataupun sumber manusia yang berguna. Jadi, saya rasa bahawa penjanaan sumber manusia hendaklah mengikut keperluan pasaran. Ini yang saya sudah banyak kali tegaskan di Parlimen mahupun di Dewan ini ataupun di Senat. Kalau kita menjana sumber manusia mengikut keperluan pasaran, mungkin tidak berlaku ada graduan yang lama menganggur tidak mendapat kerja. Oleh itu, saya pernah sarankan bahawa mungkin Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan boleh bekerjasama untuk membuat unjuran keperluan sumber manusia, buat tiga tahun hingga lima tahun yang akan datang. Unjuran itu boleh menjadi rujukan kepada penuntut yang akan masuk ke universiti. Mereka tahu keperluan yang ada. Kalau mereka ada minat dan bakat, mereka boleh pilih jurusan yang ada market. Jadi saya ingin tanya, apakah sasaran kerajaan? Adakah kita mempunyai sasaran setiap tahun? Intake penuntut universiti agaknya berapa ramai? Apakah peratus bachelor, master dan PhD yang kita perlukan di antara rakyat Malaysia? Kalau ada sasaran ini, adakah kita mempunyai roadmap yang tertentu untuk mencapai sasaran itu? Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai seorang guru, saya agak dekat dengan penuntut-penuntut. Walaupun usia lanjut, tetapi masih dekat dengan orang muda. Saya dapati bahawa ramai penuntut kita, pemuda pemudi kita, mereka pilih jurusan di universiti selalunya ikut kawan. Kalau kawan-kawannya semua ramai yang hendak ambil accounting, dia juga ikut accounting. Ramai yang ambil kejuruteraan, dia juga ikut. Ini adalah satu cara yang tidak betul. Saya berikan contoh, bersama-sama dengan anak saya untuk belajar accounting. Dia satu kumpulan, lima orang ambil accounting. Akhirnya yang berjaya hanya tinggal dua, tiga lagi cicir. Jadi oleh itu, saya berpandangan bahawa Kementerian Pendidikan haruslah sediakan guru kaunseling yang boleh berikan kaunseling kepada penuntut, pelajar dari segi pemilihan jurusan, bukan ikut kawan-kawan. Satu lagi yang saya dapati, ramai ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka pilih jurusan yang tertentu, pengajian yang tertentu kerana glamor. Saya berikan contoh medicine, sehingga ke hari ini masih ramai ibu bapa yang mati-matian hendak anak ambil medicine. Jadi walaupun sekarang kita ada figures tertentu yang meramalkan mungkin penuntut medicine sudah terlalu ramai, mungkin satu hari mereka susah hendak jalankan housemanship. Akan tetapi masih ramai pemuda kita, kalau dia masuk universiti dia ambil medicine, ini glamor. Ibu bapa juga rasa glamor. Jadi ini cara yang salah. Apa yang kerajaan boleh buat untuk betulkan ini? Satu lagi yang saya rasa bahawa setakat ini segala taklimat dan penerangan berkenaan dengan kemasukan universiti biasanya dibuat oleh IPTS dan kerajaan kurang ada usaha untuk membuat taklimat itu. Saya rasa kalau IPTS, mereka buat penerangan dan sebagainya berasaskan kepada kepentingan komersial. Dia tidak neutral. Saya
cadangkan bahawa sepatutnya Kementerian Pendidikan harus juga adakan taklimat dan penerangan yang lebih baik daripada itu. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Daripada pengalaman saya, saya rasa bahawa kalau kita hendak galakkan murid ambil pengajian yang tertentu, kita harus berikan rangsangan dan jangan paksa sangat. Pada suatu ketika, kerajaan kita kata kita perlukan lebih ramai murid sains. Baru-baru ini kita bangkit lagi, tetapi sebelum itu sudah lama ada bangkitkan hal ini. Jadi ramai pelajar di Tingkatan 3 yang keputusannya okey dipaksa ambil sains. Akan tetapi murid itu tidak semestinya minat dalam sains.
Kalau mereka yang minat di dalam sastera, yang ada bakat dalam sastera, kalau dibenarkan berterusan dalam jurusan sastera, mungkin mereka berjaya. Mungkin keputusan di SPM lebih cemerlang. Akan tetapi akhirnya ini murid saya, saya sendiri nampak. Murid yang baik-baik di Tingkatan 3 apabila dipaksa ambil sains di Tingkatan 4 dan 5, habis. Ini satu kesilapan yang biar kita jangan ulang. Oleh sebab saya nampak sekarang kita seolah-olah sekali lagi hendak galak tidak mengapa tetapi jangan paksa. Ini kerana bukan semua orang ada kecenderungan terhadap Sains dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, pada saya, saya rasa bahawa penambahan IPTS sepatutnya di suplemen dan complement IPTA. Saingan yang sihat di antara IPTS adalah sangat penting. Akan tetapi kalau sekiranya ada seperti...
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah bangun.
Sini, sini depan, depan.
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Yang Berhormat, sini. Boleh?
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih oleh Yang Berhormat kerana memberi ruangan kepada saya. Saya hendak tahu dengan konteks liberalisasi ini apabila kita mengurangkan kawalan untuk pembukaan IPTS di negara kita, ini akan menyebabkan bilangan IPTS akan semakin bertambah. Kita semua tahu kalau disebut IPTS ini tujuannya adalah perniagaan atau membuat keuntungan. Ini akan menyebabkan mereka akan cuba menarik lebih ramai pelajar walaupun mereka tidak memiliki kelayakan yang cukup untuk belajar. Ini seterusnya akan menambahkan bilangan graduan dalam negara kita dalam diploma, sarjana, ada sarjana muda, sarjana ataupun di peringkat yang lain. Ini seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, mungkin tidak dapat memenuhi keperluan pasaran. Pasaran untuk buruh mungkin kurang, tetapi jumlah bilangan graduan yang akan wujud adalah terlalu ramai. Ini seterusnya akan mewujudkan pengangguran yang lebih teruk di negara kita dan seterusnya boleh menimbulkan banyak masalah sosial, ekonomi. Saya rasa kerajaan kena berwaswas dalam melonggarkan lagi syarat untuk mewujudkan IPTS. Kita tidak boleh membuka jalan dalam konteks liberalisasi semata-mata kita hendak menjadikan negara kita hab pendidikan. Ini kita kena berhati-hati. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkara ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sama sahaja.
Yang Berhormat Indera Mahkota, ya.
Soalan saya sama juga dengan soalan Yang Berhormat daripada Batu Gajah. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat tadi. Saya cukup menyokong bahawasanya kerajaan negara kita wajib memiliki road map. Akan tetapi untuk menzahirkan road map, sejajar dengan apa Yang Berhormat Batu Gajah katakan tadi, kita hendak tahu apa destinasi kita. Adakah baiknya kalau sekiranya kerajaan kita menzahirkan satu senarai contohnya apa target kita, berapa banyak jurutera kita hendak, sepuluh tahun
akan datang, 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang. Dalam kejuruteraan itu bidang apa? Bidang atomic, bidang penggalian, bidang apa juga. Begitu juga dengan apa Yang Berhormat katakan tadi dari segi sekarang ini semua hendak jadi doktor. Saya baru ini saya jumpa dengan satu keluarga, tiga doktor dan satu pharmacist. Dia kata dalam ramai-ramai itu yang pharmacist yang paling berjaya dari segi pendapatan. Jadi Yang Berhormat apa pandangan? Saya bertanya ini kerana saya menghormati Yang Berhormat sebagai seorang pendidik dan tentunya lebih mengetahui dalam hal ini. Maksud saya tadi, pandangan Yang Berhormat dari segi kalau sekiranya pemerintah kita kena ada senarai. Berapa doktor kita hendak zahirkan dalam sepuluh tahun akan datang. Bidang apa? Jurutera juga begitu juga dan selain-lainnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya saya amat bersetuju. Pertama berkenaan dengan liberalization pembukaan universiti IPTS. Pada saya, saya percaya kita hanya mengubah corak sahaja. Dulu mereka perlu dipelawa sebelum mereka boleh mohon. Sekarang mereka boleh mohon terus. Akan tetapi saya percaya Kementerian Pendidikan masih ada kuasa untuk mengawal. Tidak semestinya sesiapa yang mohon akan diluluskan. Jadi ini saya percaya. Berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, tadi awal-awal saya sudah cadangkan. Kita mesti ada unjuran. Mungkin kalau hendak buat 30 tahun susah tapi sekurang-kurangnya lima tahun hingga 10 tahun supaya anak-anak kita tahu apa yang diperlukan. Kalau mereka ada minat, ada bakat mereka boleh pilih mana ada pasaran. Ini tadi awal-awal saya sudah sebut, jadi saya banyak setuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi memang tidak boleh dinafikan bahawa kalau lebih ramai IPTS dan juga IPTA ini akan berikan kepada penuntut kita, pelajar kita, pemuda kita lebih banyak pilihan lagi. Akan tetapi kita kena pastikan khususnya IPTS, mesti ada kualiti yang tertentu seperti sebelum saya sudah ramai Ahli Yang Berhormat pun ada pandangan yang serupa. Kita tahu ada IPTS yang murid sudah mohon untuk belajar sesuatu, sudah bayar yuran akhirnya kelas itu tidak boleh buka. Yuran pun tidak dipulangkan balik. Jadi kita tidak mahu hal seperti ini berlaku. Khususnya kalau ini berlaku kepada penuntut asing dia akan cemarkan imej negara kita. Jadi ini saya harap bahawa kerajaan berikan perhatian yang serius. Saya tidak tahu sama ada kerajaan sekarang puas hati dengan bilangan IPTA yang sedia ada dan sama ada kita ada rancangan untuk menambah IPTA lagi, kalau ada apa faktor-faktor yang kita akan timbang, apakah kriteria yang kita akan fikir.
Saya minta penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau tadi sudah cakap banyak tentang pelajar pilih disiplin yang salah sehingga tidak dapat lulus dan sebagainya. Mungkin yang kaunseling tentang kepada orang muda ini boleh dijalankan di Universiti Tunku Abdul Rahman yang diasaskan oleh MCA. Di sini saya ada satu soalan tentang yang mana Universiti Tunku Abdul Rahman yang ditukar daripada Kolej Tunku Abdul Rahman kerana daripada jawapan Parlimen yang saya terima, bila ianya Kolej Tunku Abdul Rahman ditubuhkan pada tahun 1999. KTAR mendapat subsidi kerajaan sebanyak 50% termasuk capital, expenditure dan 50% daripada trustees. Selepas itu bila KTAR di tukar kepada UTAR, ia adalah terletak di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Di sini ia ditulis, kerajaan bersetuju meneruskan bantuan sebelum ini dikenali matching grant sehingga maksimum RM60 juta satu tahun. Bagi saya kalau RM60 juta daripada pihak kerajaan memang tidak cukup untuk menguruskan satu universiti swasta. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat ialah apakah pertukaran status daripada Kolej Tunku Abdul Rahman kepada Universiti Tunku Rahman itu merupakan lebih membebankan pihak pentadbiran itu Yayasan Pendidikan UTAR. Adakah ini satu kesilapan bagi mereka yang membuat keputusan di MCA?
Saya ingat Yang Berhormat Seputeh adalah graduan daripada KTAR bukan? Akan tetapi saya ingat Yang Berhormat sudah dapat fakta yang salah. KTAR dan UTAR adalah dua entiti yang berlainan. Bukan KTAR menjadi
UTAR. KTAR masih sedia ada dan kita wujudkan UTAR. UTAR dan KTAR berlainan. Jadi sekarang hanya KTAR menjadi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman tapi UTAR adalah UTAR. Jadi ini dua perkara yang berlainan.
Tuan Yang di-Pertua, pada saya, saya fikir satu lagi ialah IPTS seharusnya tidak akan bersaing dengan IPTA khususnya bagi perubatan. Saya difahamkan ada IPTS yang gunakan hospital kerajaan untuk mereka punya teaching hospital. Pada saya, kalau dia IPTS, dia sepatutnya wujud teaching hospitalnya sendiri. Jadi biarlah hospital kerajaan menjadi teaching hospital bagi IPTA. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk pastikan pendidikan tinggi adalah mampu kepada semua pelajar, semua penuntut yang layak dan saya di sini sekali saya nak merayu kepada kerajaan, berikanlah pertimbangan khas kepada anak-anak cikgu oleh kerana kalau kita sentiasa kata kita mengenang jasa cikgu, ini mungkinlah satu caranya. Kalau mereka mungkin sekiranya nak bersaing dengan lain mungkin kurang sikit, mungkin mereka boleh diberikan sedikit pertimbangan khas dan khususnya daripada segi biasiswa dan sebagainya. Berkenaan dengan biasiswa, saya dah nampak ramai anak-anak orang kaya yang dapat biasiswa. Mereka dapat biasiswa bukan kerana mereka tak mampu, sekali lagi kerana glamour. Kita kata oh anak saya pemegang biasiswa tertentu, ini begitu glamour. Jadi saya cadangkan kita tak boleh menghalang orang daripada mendapat glamour. Ini memang biasa, human nature tetapi apa caranya kita boleh galakkan bahawa yang tak perlukan bantuan kewangan tak mohon biasiswa. Cadangan saya, kita wujudkan gelaran yang tertentu. Misalnya dulu saya tahu masa kita ada Queen’s scholar dan sebagainya. Bolehkah kita wujudkan gelaran yang tertentu kepada budak yang cemerlang tapi tak perlukan bantuan. Jadi mereka tak perlu ambil biasiswa, berikan biasiswa kepada orang miskin, anak orang miskin yang perlukan. Mereka ada gelaran itu, kalau Agong Scholar dan sebagainya, dia dah cukup glamour. Jadi ini saya berharap bahawa kerajaan akan timbang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahajalah perkara-perkara yang saya nak bangkitkan. Jadi Tebrau sokong Rang Undang-undang Meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi. Sekian, terima kasih.
Ramai lagi? Satu, dua tiga, empat, lima, enam. Ya, bagi pihak PKR belum lagi ya? Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ...
Boleh kita ringkaskan ya? Tak perlu sampai jauh malamlah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk debat tentang rang undang-undang pindaan IPTS. Tuan Yang di-Pertua, kualiti IPTA IPTS itu cukup penting untuk masa depan negara kita dan kita tahu bahawa sekarang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bukan kerana kita tidak mempunyai infrastruktur yang bagus bukan isu bahawa kita tidak mempunyai universiti yang suasananya bagus, asrama yang bagus, lecture hall yang canggih-canggih. Itu bukan isunya, isunya adalah bagaimana kita membuka minda, memberi peluang untuk pelajar- pelajar berfikir secara kritis, mempunyai idealisme untuk bukan sahaja diri sendiri, kerjaya mahupun dengan negara. Dalam falsafah Confucius dia ada kata setiap orang dilahirkan, dia kena dididik. Lepas dididik, dia kena dirikan rumah tangga, lepas dirikan rumah tangga, dia kena berjuang untuk negara dan akhirnya mencapai world peace for the whole world. Maka kalau kita mengikut Confucius punya falsafah, yang basic itu adalah untuk pendidikan tapi dia kena berfikir panjang untuk masa depan mereka dan untuk negara juga. Jadi sekarang masalah Malaysia adalah IPTA dan IPTS di mana mereka dikongkong. Bukan sahaja dikongkong daripada segi aktiviti mereka mahupun dengan pelbagai sekatan seperti AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Saya tahu rang undang-undang ini tidak menyentuh tentang AUKU tetapi saya ingin nak bangkitkan isu suasana itu, IPTS dan IPTA dikongkong dan petang tadi kami terima satu memorandum daripada pelajar-pelajar universiti di mana saya agak terkejut kerana 25 orang pelajar dari pelbagai universiti di Malaysia. Ada yang IPTA, ada yang IPTS di mana mereka telah dihadapkan ke pihak universiti disebabkan oleh ada yang dikenakan tindakan tatatertib universiti kerana memperjuangkan nasib penoreh-penoreh getah kerana harga pasaran getah jatuh. Ini ada idealisme untuk negara nak membela nasib petani-petani tetapi apabila mereka membangkitkan isu ini secara demonstrasi, okey tapi dia membela rakyat, membela petani-petani Melayu atau pekebun-pekebun kecil tetapi dihadapkan ke tindakan tatatertib. Ada empat lagi mahasiswa Universiti Malaya di mana mereka dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengangkat sepanduk membantah TPPA semasa Presiden Obama berucap dalam Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 27 April. Saya baca surat khabar, Presiden Obama pun kata okey tak jadi masalah walaupun itu program Presiden Obama. Presiden Obama kata no issue kerana dia menghormati kebebasan bersuara rakyat Malaysia tetapi apa pasal Universiti Malaya sibuk-sibuk nak menghadapkan pelajar-pelajar ini, mahasiswa ini ke tindakan tatatertib? Ini saya tidak faham kerana host Presiden Obama okey tapi kita yang sibuk. Universiti Malaya yang sibuk. Jadi ada 16 pelajar lagi dari Universiti Malaysia Sabah juga dikenakan tatatertib di UMS KL. Ada juga Universiti Teknologi MARA Cawangan Kota Kinabalu (UiTM) dikenakan prosiding tatatertib kerana kenyataan terbuka di dalam laman sosial Facebook dianggap menggugat kepentingan UiTM. Ini adalah isu di mana kongkongan pihak universiti yang terlalu ghairah menyekat kebebasan bersuara, kebebasan berfikir untuk rakyat mahasiswa- mahasiswa di IPTA dan IPTS. Saya tahu Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini ramai antaranya dulunya adalah pemimpin-pemimpin pelajar yang mempunyai idealisme baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat. Kita aktif dalam universiti kerana ingin memperjuangkan nasib rakyat. Lepas kita berjuang di universiti, kita masuk ke persada politik, perjuangkan rakyat di Dewan Rakyat. Ini adalah satu proses pematangan fikiran daripada mahasiswa sampai ke negara. Itu seperti apa yang Confucius kata, pendidikan, lepas itu dirikan rumah tangga lepas itu berjuang untuk negara dan akhirnya berjuang untuk satu dunia.
Jadi di sini saya ingin minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri jawab, kenapakah 25 orang pelajar ini dihadapkan kepada prosiding tatatertib pihak universiti, dan kita mahu jawapan kerana kita tidak mahu nama baik Malaysia- apabila kita ingin menarik pelajar-pelajar dari luar negara datang belajar di Malaysia. Apabila mereka tahu bahawa, oh Malaysia pelajar-pelajar kalau berfikir secara kritis akan dikenakan tindakan tatatertib’. Jadi nama baik institusi kita- baik IPTS atau IPTA akan jatuh. Jadi saya minta kalau boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Barisan Nasional juga bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memperjuangkan untuk membebaskan 25 orang pelajar yang dihadapkan ke prosiding tatatertib oleh pihak universiti, dan juga kalau boleh, kita sama-sama di sini adakan satu Parliamentary Select Committee untuk semak semula AUKU, kerana AUKU dahulu dikatakan telah digubal pindaannya untuk membebaskan pelajar-pelajar universiti. Akan tetapi akhirnya sekarang kita nampak bahawa kongkongan masih ada, dan terbukti bila 25 orang pelajar dihadapkan tindakan tatatertib. Jadi kita ingat Malaysia hendak seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, “We wants to become the best democracy in the world…” Akan tetapi sekarang 25 orang telah dikenakan tindakan tatatertib. What kind of democracy in the world is this? Kita telah semak semula. Itu sebab saya kata pindaan akta rang undang-undang IPTS ini kena software dan hardware sekali. Hardware sekarang kita boleh bina IPTA, IPTS yang paling canggih di dunia tetapi software kita seperti akta universiti- AUKU tidak dimansuhkan, kita akan menjadi masalah kerana pelajar terkongkong. Kalau boleh kita minta Menteri kalau boleh di bahawa Menteri Pendidikan, by-partition Parliament Select Committee untuk memajukan IPTA dan IPTS kita ke satu tahap bukan hardware sahaja tetapi juga software yang paling canggih di Malaysia di mana dibebaskan. Pelajar bebas berfikir, pelajar bebas bersuara, pelajar bebas untuk berjuang untuk nasib rakyat yang miskin, petani-petani, penoreh-penoreh getah dan sebagainya.
Jadi itu adalah isu memansuhkan. Saya hendak minta Menteri jawab, kenapakah AUKU masih diguna pakai untuk mengongkong pelajar, mengapa 25 orang pelajar masih dihadapkan tindakan tatatertib? Bukan sahaja AUKU, Akta 174 juga. Sekarang semua akta yang menyekat kebebasan hak asasi mahasiswa kita hendak mengembalikan autonomi universiti kepada universiti. Itu Menteri kena jawab kenapa masih mengongkong selepas AUKU telah dipinda. Tentang isu biasiswa. Biasiswa selalunya kita tahu bahawa setiap tahun lebih kurang masa ini lah, selepas keputusan STPM keluar, apabila pelajar-pelajar universiti minta masuk ke IPTA, IPTS. Apabila mereka apply untuk biasiswa, maka berlakulah pelbagai isu. Semalam kita tengok Pemuda MCA sudah senaraikan pelajar-pelajar yang hendak masuk matrikulasi- ini pelajar SPM ya. Ada yang dapat 8A tidak dapat masuk tetapi yang dapat 2A masuk ke matrikulasi. Setiap tahun berlaku. Saya pun terima aduan juga, setiap tahun berulang. Proses ini tidak telus. Kita tidak tahu bahawa apa proses sebenar. Interview berapa, bagaimana dia punya benchmark, interview berapa peratus, kokurikulum berapa peratus, keputusan SPM, STPM berapa peratus? Kita minta Menteri jawab dalam sesi penggulungan. Bagi satu detail, apakah kriteria untuk masuk matrikulasi? Itu nombor satu. Kedua, kriteria untuk masuk ke universiti IPTA dan IPTS? Selepas itu biasiswa JPA- setiap tahun kita dengar ada masalah JPA. Ada anak yang dapat, anak Datuk dapat, anak Tan Sri dapat, tetapi anak penoreh getah yang cemerlang tidak dapat. Mengapa? Bukan semua, saya tidak kata semua. Akan tetapi ada kes macam ini. Memang ada kes macam ini. Jadi kita mahu tanya, kenapa berulang setiap tahun? Sebab saya kenal kawan- kawan saya, sebenarnya kaya, mampu seperti Yang Berhormat Tebrau pun kata, yang kaya-raya pun boleh dapat scholarship JPA. Ini saya tidak faham. Kalau orang sudah kaya, anak Datuk, anak taikun-taikun besar, kenapa bagi dia? Kan dia boleh bayar sendiri. Kenapa kita tidak jaga orang-orang di Sabah, Sarawak miskin atau di Terengganu, di Pahang di kawasan-kawasan perkampungan. Di kawasan Bayan Baru juga ada pelajar- pelajar miskin yang cemerlang, kenapa kita tidak jaga mereka tetapi kita bagi anak-anak Datuk? Itu adalah persoalan kita. Jadi kalau Menteri tidak clear the air, persepsi ini akan tersangkut baik dari 15, 20 tahun yang lalu, saya masuk universiti, sampai sekarang sebab masa itu saya nampak mengapa pelajar yang begitu kaya, boleh bawa kereta mahal, masuk universiti dapat biasiswa, mengapa? Kawan saya dari Gerik, anak penoreh getah dapat 10A tidak boleh dapat biasiswa. Itu persoalan saya. Sampai sekarang the persepsi, stick 20 tahun dan sampai sekarang isu ini belum selesai lagi. Sebab itu saya minta kriteria- dapatkan JPA. Satu lagi adalah pelajar-pelajar kita...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada menyatakan bahawa semalam MCA sudah buat senarai pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang juga tidak mendapat matrikulasi. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun lepas, untuk pelajar-pelajar India, kerajaan ada menjanjikan 1500 tempat untuk program matrikulasi. Saya tahu memang kita pun ada senarai, tetapi janji itu tidak ditepati. Memang ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, tetapi tidak diberi tawaran untuk masuk ke program matrikulasi. Saya tidak tahu bagaimana pula tahun ini sama ada janji yang dibuat pada tahun lepas, adakah ia juga akan diteruskan pada tahun di mana bilangan pelajar-pelajar India- seramai 1500 orang itu akan juga diberi tawaran seperti yang dibuat pada tahun lepas. Kalau boleh Yang Berhormat masukkan ini dalam ucapan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya masukkan hujah-hujah Yang Berhormat Batu Gajah dalam ucapan saya, dan minta Yang Berhormat Menteri jawab, kenapa 1,500 tempat matrikulasi tidak ditepati? Janji ini janji pilihan rayakan? Sampai sekarang masih tidak ditepati. Jadi itu adalah soal tentang biasiswa dan sebagainya. Satu lagi adalah isu tentang kursus-kursus IPTS yang tidak terkawal di mana pelajar-pelajar seperti saya hendak bagi tahu- seperti nursing course, di mana mereka telah graduate- terlalu ramai pelajar nursing,
atau fisioterapi dan sebagainya, yang saya terima complaint adalah daripada kalangan orang India- ramai pergi Masterskills dan sebagainya, dijanjikan pelbagai- kata mesti ada pekerjaan tetapi keluar tidak dapat cari pekerjaan
Selepas mereka belanja ada yang RM70,000 hingga RM50,000 kursus, keluar tanggungan loan, pinjaman PTPTN tetapi keluar-keluar tidak dapat kerja kerana hospital tidak mempunyai jawatan yang begitu ramai. Shah Alam punya tidak siap lagi hospital. Kalau dia boleh masukkan 300 pun bagus juga tetapi ada lagi ribu-ribu lagi yang tidak dapat cari pekerjaan. Ini ada mismatch of graduate. Jadi ini adalah isu yang penting bagaimana pihak kementerian menangani mismatch ini kerana ramai dan PTPTN telah memberi surat hendak ambil balik, mereka kena bayar loan. Mismatch bukan sahaja di nursing course tetapi juga dari segi lawyer, legal degree pun ramai juga yang mismatch, terlalu ramai. Akan tetapi apa yang saya tahu, engineer tidak cukup. Di Pulau Pinang kita perlukan ribu-ribu engineer yang baru tetapi tidak dapat engineer yang mencukupi. Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat. Isu mismatch itu adalah satu perkara yang penting dan pada masa yang sama, kita juga kena sedar bahawa terutamanya bagi kursus kejururawatan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, tahukah Yang Berhormat, untuk masuk belajar kursus kejururawatan ini yurannya adalah cukup tinggi sehingga RM50,000, RM60,000 harus dibelanjakan mungkin lebih dari itu dibelanjakan oleh pelajar-pelajar untuk menjalani kursus kejururawatan? Saya rasa yuran ini adalah terlalu tinggi dan ini menjadi satu bebanan kepada pelajar-pelajar itu selepas mereka keluar, seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, mereka tidak dapat kerja. Mereka akan memohon kepada semua hospital swasta, tidak dapat. Kita maklum, memang hospital kerajaan tidak akan ambil, hospital swasta pun tidak ambil. Jadi di mana mereka hendak kerja? Mismatch itu. Pada masa yang sama beban kerana yuran yang terlalu tinggi, pinjaman yang diberikan oleh PTPTN mereka terpaksa bayar dan ini akan menyebabkan satu bebanan sehingga mereka selesaikan hutang itu dan bila mereka akan selesaikan hutang itu dan kalau mereka tidak selesaikan hutang itu, mereka akan diblacklistkan. Jadi ini adalah satu perkara yang harus diberi pertimbangan. Bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini? Memang ramai, ribuan orang jururawat sekarang yang memiliki kelayakan kejururawatan tetapi tidak dapat kerja. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Itu adalah yang saya bangkitkan untuk jawapan daripada Menteri. Mismatch yang serius.
[Bangun]
Ya.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya. Saya ingin bertanyakan dan minta melalui Yang Berhormat Bayan Baru untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Yang Berhormat Menteri sebab saya rasa bukan sahaja setengah-setengah kursus di IPTS tetapi juga ada juga kursus-kursus ditawarkan di IPTA sendiri yang ditawarkan tetapi setelah pelajar sudah graduate tidak dapat- sebagai contoh, pelajar yang ambil jurusan undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya ada bertanyakan soalan dalam Parlimen, Yang Berhormat Menteri kata dia akan check tetapi sampai sekarang tidak ada jawapan dan saya sering menerima aduan bahawa pelajar yang ambil jurusan undang-undang di sana, mereka walaupun lulus jurusan undang-undang tetapi tidak boleh practice, dengan izin, sebagai seorang peguam sebab kursus itu tidak diiktiraf. Jadi persoalannya, mengapakah ditawarkan satu kursus dalam keadaan tidak dapat disahkan ataupun tidak dapat menjamin pelajar untuk merealisasikan idaman mereka? Dan ini juga satu pengkhianatan kepada ibu bapa kita. Jadi saya ingin melalui rakan saya untuk mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah isu ini telah dapat diselesaikan? Begitu juga Universiti Malaysia Kelantan, tidak salah saya, ditawarkan satu kursus engineering bersama dengan keusahawanan untuk hendak lahirkan kononnya engineer
dan juga seorang businessman. Akhirnya tidak diiktiraf. Pelajar tidak jadi engineer, hendak jadi keusahawanan pun dia tidak ketahuan. Akhirnya kedua-dua tidak boleh. Engineer pun tidak boleh, usahawan pun tidak boleh. Saya difahamkan sebab buat universiti itu semata- mata hendak tunjukkan kepada rakyat Kelantan, “Tengok, mesti sokong BN sebab ada universiti”. Akhirnya pelajar jadi mangsa. Jadi saya harap dapat melalui rakan saya untuk disuarakan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Sepang dalam ucapan saya dan minta Yang Berhormat Menteri jawab. Satu lagi mismatch ini adalah dari segi kekurangan pelajar-pelajar jurutera dan kalau kita tahu bahawa kalau negara kita harus dibangunkan, kita perlu lebih ramai lagi jurutera. Itu sebab saya hendak cadangkan kepada kementerian, pertama adalah kalau boleh semua kursus IPTS itu diwajibkan untuk status pengiktirafan daripada kementerian. Adakah kursus ini telah diterima oleh kerajaan, diiktiraf oleh kerajaan supaya pelajar apabila mereka pergi ke institusi IPTS itu jelas apabila mereka pilih mereka sudah tahu bahawa kursus ini telah diiktiraf. Maka, mereka boleh belajar dengan secured masa depan mereka. Kalau tidak, itu adalah suatu bebanan yang besar kerana mereka kena pinjaman, kena minta duit daripada ibu bapa tetapi apabila mereka keluar, silap-silap kursus itu tidak diiktiraf. Jadi saya minta kalau boleh adakan very clear diwajibkan IPTS state in the application kursus itu diiktiraf atau tidak diiktiraf. Kedua adalah galakan untuk pelajar insentif untuk pelajar-pelajar masuk ke jurusan kejuruteraan, engineering. Setakat ini kita tidak nampak ada insentif-insentif tertentu. Saya hendak cadangkan kalau biasiswa, perbanyakan lagi biasiswa untuk engineering. Bagi kursus-kursus yang terlampau banyak sekarang, tidak payahlah, tidak usahlah. Tidak payah bagi biasiswa kerana kita mahu lebih ramai- insentif itu kena ikut market situasi dan projection masa depan sebab kita dahulu ada projection tetapi sekarang tidak ada projection, jadi semua, you know, its free for all. Jadi tadi Yang Berhormat Tebrau kata mereka masuk sahaja ikut kawan. Semua satu group masuk accountancy, semua satu group masuk ke kejururawatan. Jadi ini adalah masalah. Kalau boleh, adakan satu projection daripada kementerian yang disebarkan kepada pelajar-pelajar bahawa negara perlu berapa engineers in ten years time, berapa lawyer diperlukan, berapa doktorkah, berapa accountants yang diperlukan supaya mereka boleh buat keputusan yang waras bahawa mereka nampak career path mereka. Kalau tidak, seperti Yang Berhormat Batu Gajah kata, bayar puluhan ribu dapatkan pinjaman, selepas study tiga tahun atau empat tahun, keluar tidak dapat kerja dan dibebankan dengan hutang yang begitu tinggi. Akhirnya mereka sepanjang umur mereka kena bayar hutang yang tinggi. Itulah ucapan daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 [Akta 555]. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia pada hakikatnya telah berjaya dalam usaha pendemokrasian pusat pengajian tinggi dan telah mengeluarkan jumlah graduan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi pertumbuhan ekonominya sepanjang tempoh tiga dekad yang lalu. Sebagai gedung ilmu, IPT memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosial ekonomi negara dan pembangunan modal insan. Pada masa kini IPTA dan IPTS telah berkembang dengan pesatnya dengan pertambahan bilangan pelajar dan pelbagai program pengajian. Seiring dengan perkembangan globalisasi, IPT perlu mempunyai daya saing dan daya tahan supaya dapat berada dalam kelompok universiti terbaik dunia. Usaha meningkatkan keupayaan IPT akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah untuk mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang. Tuan Yang di-Pertua, pemansuhan seksyen 22, Akta 555 dilakukan selaras dengan komitmen negara dalam meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan ia juga dilakukan bagi
mengurangkan halangan kepada pelabur luar negara selaras dengan perjanjian dengan izin General Agreement on Trade in Services (GATS), Word Trade Organization (WTO). Pemansuhan ini akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi pelaburan di sektor pengajian tinggi swasta dan seterusnya meningkatkan bilangan IPT luar negara yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa bagi mencapai hasrat Malaysia sebagai hab pendidikan serantau. Proses pelawaan yang diguna pakai sebelum ini dilihat memberi persepsi negatif dalam kalangan pelabur luar negara dan masyarakat antarabangsa secara umumnya di mana persepsi dalam kalangan pelabur dan masyarakat antarabangsa adalah hanya IPT yang terpilih sahaja boleh ditubuhkan di Malaysia dan IPT yang dijemput juga akan diberi pertimbangan dan laluan proses yang khas selain layanan istimewa oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Maka Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 555, pemansuhan seksyen 22 ini akan mengurangkan halangan kepada pelabur luar negara yang ingin menubuhkan IPT di Malaysia serta juga menyediakan platform untuk menarik IPT luar negara ke Malaysia. Namun, jika pindaan ini tidak memadai bagi memastikan perkembangan dan daya saing sektor pengajian tinggi swasta negara khususnya IPTS tempatan dan ianya memerlukan perancangan strategik secara menyeluruh dari segi perundangan dan juga sokongan dari pihak dengan izin, stakeholders dan agensi berkaitan terutamanya dalam isu berkaitan peningkatan kualiti. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan ‘pengliberalisasi’ sektor pengajian tinggi, IPTS tempatan perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan, sumber dan proses pengajian yang dikendalikan agar ianya dapat setaraf dengan IPT luar negara....
[Bangun]
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sedar kah di negara kita ini bahawa banyak IPTS yang wujud seperti cendawan tumbuh ini dengan berbagai-bagai tawaran diploma, ijazah dan sebagainya tetapi saya melihat bahawa mereka tidak ada komitmen ke arah untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran di IPTS swasta ini. Cuma mereka mungkin mahu mengaut keuntungan daripada bayaran PTPTN. Oleh sebab itu kita lihat PTPTN pada hari ini hutang tertunggak pelajar-pelajar ini meningkat kepada lebih kurang RM60 bilion. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin menyarankan kepada kementerian supaya mewujudkan suasana IPTS yang begitu kondusif. Kita memang ingin melihat education hub di negara kita tetapi biarlah berkualiti di mana pelajar-pelajar, graduate dia, keluar sahaja dia berpasaran dan berintegriti. Jangan kita dipertikai ada degree tetapi dia tidak tahu apa-apa seperti Open University, macam-macam universiti seperti cendawan tumbuh. Kalau kita buka website, macam-macam kita temui. Jadi, saya meminta Yang Berhormat menyarankan supaya selaras dengan pindaan akta ini IPTS itu hendaklah di undang ataupun dijemput oleh Yang Berhormat Menteri sendiri untuk mengadakan IPTS di negara kita. Jangan hanya dijemput kepada IPTS-IPTS yang tidak berkualiti walaupun dia based di Amerika, di Britain. Ada juga saya nampak universiti di Britain ini tidak diiktiraf di negara kita. Jadi, kena dilihat kualiti mereka supaya memberi impak yang besar ke arah mempertingkatkan kualiti pendidikan negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang sesungguhnya amat prihatin terhadap perkembangan sistem pendidikan tinggi swasta yang wujud dalam negara kita. Pada hemat saya, sesungguhnya dengan adanya undang-undang yang akan diketengahkan nanti sudah tentunya akan memberikan satu landskap dan gambaran baru supaya peri pentingnya sekiranya undang-undang yang telah diwujudkan itu perlu ada pelaksanaan dan juga, dengan izin, enforcement yang berterusan. Saya amat mengakui dengan wujudnya kepakaran yang ada dalam Kementerian Pendidikan sudah tentunya mereka dapat berperanan untuk memastikan setiap IPTS yang telah ditubuhkan sebagai cendawan yang tumbuh, sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi agar dapat diberikan satu bentuk pengawalan bentuk baru. Supaya mahasiswa atau para pelajar yang keluar, graduan daripada IPTS yang ada
dalam negara kita itu benar-benar berkualiti dan menjadi sumber tenaga yang penting untuk negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah disebut oleh saya tadi, ‘pengliberalisasi’ juga secara tidak langsung bakal membawa peningkatan dalam bilangan pelajar antarabangsa dan ia dapat dilihat memberi peluang bagi IPTS tempatan untuk meningkatkan pendapatan dengan kemasukan dan penyertaan pelajar antarabangsa tersebut. IPTS tempatan juga dilihat bakal mendapat peluang bagi bekerjasama dengan IPT luar negara yang terkemuka dan seterusnya membolehkan penjenamaan di arena antarabangsa bagi kebolehpasaran IPTS tempatan untuk mendapatkan pelajar. Pengliberasasian sektor pengajian tinggi swasta yang memperlihatkan penubuhan IPT luar negara di Malaysia secara tidak langsung juga memberi manfaat kepada IPTA di mana ianya akan menyediakan satu platform bagi membolehkan IPTA bekerjasama dengan IPT luar negara dan juga membolehkan perkongsian dan pemindahan kemahiran dan teknologi di lakukan di antara kedua-dua IPT tersebut. Kemasukan dan penubuhan IPT luar negara yang terkemuka juga akan memperlihatkan kemudahan facility kajian dengan teknologi tinggi turut dibina dan dibawa bersama oleh IPT luar negara tersebut dan perkara ini membolehkan pihak IPTA bekerjasama dengan IPT luar negara khususnya dalam perkongsian facility, dengan izin, Research and Development (R&D). IPTA juga boleh bekerjasama dengan IPT luar negara dalam menawarkan program pengajian IPT luar negara tersebut yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa kepada pelajar IPTA. Tuan Yang di-Pertua, peranan IPTS penting dalam perkembangan pengajian tinggi negara dari segi penyediaan peluang pengajian, penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Sejajar dengan pertambahan jumlah IPTS, jumlah kerjasama yang terjalin antara IPTS tempatan juga semakin berkembang dengan pertambahan bilangan negara luar yang menjalin kerjasama dengan IPTS tempatan.
Celahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju kah Yang Berhormat Kuala Selangor bahawa kerajaan sekarang ini dalam usaha memperkasakan IPTS, kita perlu melihat kepada penilaian semula kursus- kursus yang ditawarkan supaya Malaysia dilihat sebagai satu tempat yang berkesan dari segi pembangunan penyelidikan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi.
Maksud saya di sini adalah kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula tentang kursus-kursus yang mana kita sepatutnya menggunakan apa juga kelebihan-kelebihan yang ada di Malaysia untuk dijadikan sebagai asas kepada pembentukan kursus-kursus. Sebagai contohnya, kursus-kursus yang mungkin membabitkan biologi, marin, sumber alam, pembangunan alam sekitar dan macam-macam perkara yang ada, pembangunan hutan tropika dan sebagainya. Kalaulah katakan kerajaan menumpukan dalam bidang tersebut, saya rasa kita akan dapat menarik banyak minat daripada pelajar-pelajar luar negara dan ini lebih meyakinkan bahawa pelajar-pelajar dari luar negara yang datang terutama sekali ke IPTS, mereka adalah benar-benar pelajar-pelajar yang akan mengikuti kursus, latihan dan kajian-kajian lapangan yang lebih praktikal. Berbanding dengan sekarang ini, kursus-kursus yang ditawarkan di IPTS ini adalah kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran akademik seperti accounting, engineering dan sebagainya yang mana perkara ini telah pun banyak sangat ditawarkan di negara-negara lain malah ianya lebih advance daripada negara kita. Akan tetapi kalau kita menumpukan dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi dan keistimewaan negara kita, saya rasa ini akan lebih memberi nilai tambah dan membuka satu dimensi baru dalam dunia pendidikan IPTS. Jadi, setujukah Yang Berhormat Kuala Selangor supaya pihak kerajaan memulakan membuka mata melihat bidang-bidang pengajian yang lebih eksklusif ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujahan dan juga tujuan kita mengadakan liberalisasi IPTA, IPTS dalam negara dan akan memberi satu dimensi baru penglibatan pelajar-pelajar dalam negara dan juga memberi peluang untuk perkembangan ekonomi dan ilmu. Akan tetapi saya juga ingin
menerangkan ataupun mencelah sedikit di sini, bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Bak kata orang, apa guna kuasa kalau tidak ada kawalan, apa guna ilmu kalau salah digunakan, apa guna teknologi kalau digunakan untuk benda-benda yang salah. Jadi, untuk liberalisasi ini mesti kita balancekan dengan kawalan yang efektif tetapi tidak mengekang. Saya ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar ataupun mahasiswa yang datang daripada luar negeri ini akan bukan sahaja menghormati dan mahasiswa dalam negeri cinta kepada negara. Paling tidak pun mereka akan menghormati negara dan pendatang ataupun yang pelajar dari luar negeri akan menghormati. Kita tidak mahu akhirnya pusat menara gading ini, pusat institusi akan menjadi tempat fertile ground ataupun pusat-pusat akan menyemarakkan perkara-perkara negatif dan akhirnya akan menyebabkan inisiatif kita untuk liberalisasi ini akan menjadi negatif atau menjadi counter productive. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor, elemen ini elokkah diterapkan sebagai satu daripada content utama dalam liberalisasi ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi. Menjawab tentang persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor mengenai kursus-kursus yang strategik yang menepati dengan aspirasi dunia ketika ini. Saya melihat ini harus dilakukan secara berterusan. Di mana saya difahamkan di bawah Kementerian Pendidikan, mereka ada agensi iaitu Malaysian Qualification Agency dan juga Agensi Jaminan Kualiti yang membolehkan setiap kursus-kursus baru yang diketengahkan itu benar-benar memberikan impak, khususnya impak kepada mahasiswa yang akan menuntut ilmu-ilmu tersebut. Mengenai apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi, sudah tentunya ini merupakan hasrat bersama. Ini kerana dalam konteks mahasiswa yang menuntut sama ada di IPTA, IPTS mahupun mahasiswa-mahasiswa yang akan menuntut daripada luar negara memasuki ke dalam negara kita, sudah tentunya mereka harus faham tentang sifat negara kita. Lebih-lebih lagi dengan prinsip-prinsip yang ada dalam perlembagaan dan Rukun Negara Malaysia supaya setiap apa yang mereka lakukan ini tidak bercanggah dengan norma-norma yang telah menjadikan Malaysia seperti hari ini. Tuan Yang di-Pertua, jaringan global pengajian tinggi negara telah dimantapkan menerusi memorandum persefahaman (MOU) dan memorandum perjanjian (MOA) di antara institusi-institusi tempatan dan universiti luar negara. Berikutan keputusan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pensyarah yang berkelayakan PhD, maka MOU juga ditandatangani dengan Imperial College London, University of Nottingham dan seterusnya dengan University of Melbourne. Kerajaan juga telah berjaya menjalin kerjasama pendidikan dan pengajian tinggi melalui MOU dengan negara-negara seperti USA, United Kingdom, Kanada, Australia, China, Vietnam, Iran, Jerman, Ireland dan negara-negara seperti Brunei Darussalam, India, Arab Saudi dan sebagainya. Kini IPTS bukan sahaja memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pendidikan tinggi swasta malahan menjadi pemangkin bagi merealisasikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, jaringan antarabangsa juga dilihat dengan beberapa organisasi dan sekretariat bertaraf antarabangsa berasaskan pendidikan juga berpengkalan di Malaysia. Antaranya MACEE iaitu Malaysian American Commission on Educational Exchange, United Nations University International Institute of Global Health (UNUIIGH), Malaysian-Japan University Center, Malaysian-France University Center dan Asia E- University (AEU). Selain itu, penubuhan pusat kajian serantau dan antarabangsa seperti Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa dan Institut Kajian Oksidental di Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Asia-Eropah di Universiti Malaya serta Institut Kajian Asia Timur di Universiti Malaysia Sarawak telah membolehkan kajian dibuat ke atas sosioekonomi, bahasa, budaya negara dan rantau berkenaan. Kajian-kajian begini juga perlu melibatkan usaha pengambilan akademia dari dalam dan luar negara. Tuan Yang di-Pertua, statistik IPTS sehingga 31 Mei 2014 menunjukkan terdapat 507 IPTS aktif iaitu kampus utama di mana 40 buah universiti, 26 buah kolej universiti, lapan buah kampus cawangan universiti luar negara dan 433 kolej. Manakala IPTS aktif iaitu kampus cawangan menunjukkan terdapat 19 buah universiti, enam buah kolej universiti, satu kampus cawangan universiti luar negara. Di mana jumlah besar IPTS aktif dalam negara adalah 533 buah. Sejajar dengan itu, jumlah pelajar antarabangsa yang telah melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS di negara ini meningkat empat kali ganda sejak
tahun 2000 iaitu daripada 26,569 kepada lebih 100,000 pada tahun 2012. Menjelang tahun 2020, enrolmen pelajar antarabangsa IPT disasarkan sebanyak 15% daripada jumlah keseluruhan purata enrolmen pelajar IPT. Kerajaan sentiasa memastikan semua masalah dan isu yang melibatkan pelajar antarabangsa diselesaikan dengan baik. Misalnya, Pusat Sehenti Bersepadu Education Malaysia Global Service (EMGS) adalah langkah penambahbaikan perkhidmatan kepada pelajar antarabangsa di IPTS serta menyenangkan proses permohonan pas pelajar antarabangsa. EMGS juga berusaha bersama-sama dengan IPTS untuk melihat apa penambahbaikan yang perlu dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan kemasukan pelajar antarabangsa ke negara kita terus berkekalan dan bertambah baik. Matlamat pengajian tinggi adalah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk menggunakan pengetahuan kepada amalan. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, graduan perlu berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi, menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan komunikasi dengan berkesan serta celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas penghidupan dan mampu untuk memberikan sumbang bakti kepada masyarakat, negara bahkan dunia. Selaras dengan itu, IPT mempunyai peranan penting sebagai gedung ilmu dan pembangunan manusia bagi menghasilkan ilmuwan, cendekiawan, kesarjanaan, pekerja mahir dan separa mahir untuk menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Dalam era K-ekonomi, peranan IPT perlu berubah ke arah menyediakan graduan yang berketerampilan melalui pembangunan kurikulum yang relevan, ahli akademik yang berwibawa dan persekitaran akademik yang kondusif untuk pembelajaran berfokuskan pelajar. Di samping itu, IPT terutamanya IPTS mempunyai peranan yang signifikan dalam usaha pengantarabangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama pelajar antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya di sini ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya kerajaan dengan akta-akta yang sedia ada dapat terus berperanan dengan lebih tegas dalam mengawal selia IPTS kerana kita tidak mahu mana-mana IPTS mengambil sistem pendidikan negara secara sewenang-wenangnya atau menjadikannya sebagai satu platform untuk meraih keuntungan. Tidak dapat dinafikan bahawa IPTS membantu menjana perkembangan ekonomi khususnya melalui kemasukan pelajar antarabangsa yang kini berjumlah 86,000 pelajar dan sasaran 2015 iaitu seramai 150,000 penuntut namun kerajaan harus memastikan bahawa tiada kesan atau implikasi negatif kerana terdapat kesalahan- kesalahan yang sering dilakukan oleh IPTS dari semasa ke semasa. Saya amat yakin sektor pengurusan IPTS di bawah timbalan Ketua Pengarah Yang Berbahagia Dato’ profesor Dr. Rodziah binti Omar akan terus memastikan kualiti IPTS terjamin dan kepentingan awam terjaga melalui langkah-langkah kawal selia, pemantauan dan operasi penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, pelajar antarabangsa yang tinggi adalah salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam memartabatkan IPT di Malaysia ke arah bertaraf dunia. Bagi meningkatkan daya saing dan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa usaha gigih perlu dilaksanakan agar negara kita setanding dengan negara yang ke hadapan dalam aspek pengantarabangsaan pengajian tinggi. Bagi menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020 serta meningkatkan enrolment pelajar antarabangsa di IPT faktor kritikal yang perlu diberi perhatian termasuk: (i) pengukuhan jaringan global yang aktif dan bermakna; dan (ii) suasana kondusif untuk pelajar atau penyelidik antarabangsa terus dipelihara dan diberi perhatian serius seperti prosedur imigresen dipermudah serta meningkatkan lagi kemudahan penginapan, sosial dan keselamatan dan kegiatan promosi yang berterusan dan berkesan dilaksanakan. Maka pemansuhan seksyen 22, Akta 555 adalah selaras untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi pelaburan di sektor pengajian tinggi swasta dan seterusnya meningkatkan IPT luar negara yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau dan pengukuhan jaringan dan pengantarabangsaan merupakan pendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang
terbaik di dunia. Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 [Akta 555]. Saya menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 2014. Pindaan yang dibentangkan dan sedang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini adalah tepat pada masanya. Sebenarnya seksyen 22 yang mengehendaki Yang Berhormat Menteri membuat pelawaan terlebih dahulu sebelum sesuatu permohonan kelulusan untuk menubuhkan universiti, kolej universiti atau kampus cawangan universiti atau kolej universiti luar negara tidak perlu wujud sejak awal lagi. Ini adalah sesuatu praktis yang ganjil dan jarang wujud dalam mana-mana negara yang lain. Dalam pindaan ini maka mana-mana kolej atau kolej universiti atau universiti luar negara boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa supaya mereka dinaiktarafkan sebagai kolej universiti atau universiti atau menubuhkan cawangan kampus mereka dalam Malaysia. Pelawaan Yang Berhormat Menteri yang lebih berorientasikan kepentingan politik tidak lagi diperlukan. Ini akan memastikan pemohon-pemohon yang sememangnya berkelayakan dan memenuhi kriteria-kriteria permohonan dapat berjaya dalam permohonan mereka. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Kerajaan Persekutuan mendakwa pindaan tersebut adalah selaras dengan dasar liberalisasi perkhidmatan pendidikan yang berhubungan dengan sektor pendidikan namun dari segi hakikatnya jikalau bukannya tekanan daripada masyarakat cina secara amnya dalam PRU Ke-13 yang telah membolehkan kolej era baru di kajang dan Kolej Hanyang diumumkan untuk penarafan sebagai kolej universiti peruntukan-peruntukan sedemikian masih akan kekal lagi dan mungkin tidak akan dipinda dalam masa yang terdekat. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyentuh pengumuman bahawa Kolej Era Baru dan Kolej Hanyang yang akan di naik taraf sebagai kolej universiti menjelang pilihan raya yang lepas. Namun sehingga hari ini kedua-dua kolej tersebut masih belum diluluskan penaiktarafan sebagai kolej universiti walaupun janji telah dibuat menjelang pilihan raya. Ingin saya mendapat penjelasan daripada pihak kementerian apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh kedua-dua kolej tersebut untuk memenuhi kehendak-kehendak yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan dan bilakah agaknya kedua-dua kolej tersebut dapat dinaiktarafkan sebagai kolej universiti. Terdapat tiga buah kolej yang diusahakan oleh masyarakat Cina iaitu Kolej Selatan, Kolej Era Baru dan Kolej Hanyang. Jikalau Kolej Selatan dapat di naik taraf sebagai Kolej Universiti Selatan tidak haruslah dilewatkan lagi proses menaiktarafkan Kolej Era Baru dan Kolej Hanyang. Jikalau pengumuman sedemikian dapat dibuat secara tergesa-gesa sebelum PRU Ke-13 maka proses tersebut tidak haruslah dilewatkan lagi malah perlu dipercepatkan lagi. Saya tidak berharap pengumuman bahawa kedua-dua kolej tersebut hanyalah sekadar sandiwara politik yang dibuat sebelum PRU dan tidak dapat ditunaikan selepas PRU Ke-13. Kotalah janji-janji yang ditaburkan sebelum hati rakyat dapat ditawan semula. Jangan selalu tertanya-tanya apa lagi Cina mahu. Tuan Yang di-Pertua, bagi universiti yang ingin menubuhkan cawangan kampus di Salak Tinggi adakah pelawaan juga dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri di bawah seksyen 22 akta ini? Ini merupakan kampus cawangan seberang laut yang pertama bagi Universiti Simon. Malangnya pihak Universiti Simon tidak dapat peluang untuk membuat pilihan sendiri supaya cawangan kampus yang baru dapat ditubuhkan di Pulau Pinang walaupun Pulau Pinang merupakan bandar berkembar Simon, China sejak tahun 1993 lagi. Negeri Pulau Pinang ada rancangan untuk membangunkan hab pendidikan cemerlang. Di Balik Pulau sememangnya sanggup untuk menawarkan keluasan tanah yang secukupnya untuk tujuan tersebut. Namun pandangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak diminta sebelum pelawaan sedemikian dikeluarkan kepada Universiti Simon. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir adalah berkenaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang merupakan sebuah universiti yang di naik taraf daripada Akademik Tentera Malaysia (ATMA) pada 10 November 2006. Apabila sesebuah akademi
dinaiktarafkan sebagai kolej universiti atau universiti maka kualitinya perlu dipertahankan dan diperkasakan lagi. Apa yang kita hairan dengan salah seorang Profesor Madya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia iaitu Ridhuan Tee Abdullah yang selalu menerbitkan artikel-artikel yang menjejaskan perhubungan erat di antara kaum dan agama. Baru-baru ini beliau telah mempersoalkan kaum Cina dalam Malaysia sama ada mereka akan menyokong pemain badminton negara yang berbangsa Melayu jikalau mereka berlawan dengan pemain-pemain badminton dari China. Beliau juga selalu diselubungi dengan tuduhan region. Ini seharusnya tidak menjadi satu isu kerana rakyat Malaysia yang berbangsa cina dan pelbagai bangsa telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Rashid Sidek, Jalani Sidek dan Razif Sidek apabila negara Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992. Personaliti sedemikian pastinya akan menjejaskan nama baik dan imej Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan kita khuatir statusnya sebagai sebuah universiti perdana juga akan terjejas jikalau tiada sebarang tindakan diambil...
Minta penjelasan.
Dipersilakan.
Yang Berhormat Tanjong, kalau kita ada seorang pensyarah dan seorang Profesor Madya yang selalu mengeluarkan isu, ucapan dan kenyataan yang merosakkan keharmonian kaum bukankah pensyarah ataupun profesor macam ini tidak layak untuk diletakkan dalam universiti awam kita? Bukankah sepatutnya dia dipecat? Yang saya tahu bila saya bangkitkan isu tentang plagiarisme, tentang karya yang dibuat oleh beliau tulisan akademik beliau saya difahamkan bahawa dalam universiti itu sudah buat internal investigation. Selepas itu laporan itu sudah pun dihantar kepada pihak kementerian.
Akan tetapi sampai sekarang nampaknya dia masih lagi Profesor Madya. Dia selalu keluarkan kenyataan yang membakar hati dan merosakkan hubungan antara kaum. Dia memang tidak layak untuk jadi model kepada anak-anak muda kita di dalam universiti. Apakah Yang Berhormat Tanjong setuju sepatutnya kementerian ini haruslah ambil tindakan terhadap pensyarah ataupun Profesor Madya yang merosakkan keharmonian kaum ini?
Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Seputeh bahawa personaliti sedemikian tidak harus dilantik malah perlu dipecat sebagai Profesor Madya daripada universiti dan tidak harus diambil oleh mana-mana universiti yang lain. Beliau telah merosakkan perhubungan kaum yang erat selama ini dan kita memang tidak harus berkompromi dengan personaliti sedemikian. Maka saya minta Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah. Saya juga difahamkan bahawa panel siasatan juga telah menyempurnakan siasatan terhadap beliau dan saya ingin bertanya apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan supaya tindakan beliau yang sering mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan tidak akan diteruskan lagi dan perlu diberhentikan dengan serta-merta. Sekian, terima kasih.
Sila, Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]. Menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi, enrolment untuk kursus ijazah di IPTS bagi tahun 2010 adalah seramai 62,705 orang dan 24,214 orang di IPTA. Jumlah keseluruhan enrolment pelajar asing pada tahun 2010 di negara ini adalah seramai 86,919 orang. Kementerian telah memperkasakan pelbagai usaha untuk menguatkan lagi promosi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa, meneruskan pelajaran dengan menyasarkan 150,000 orang pelajar antarabangsa menyambung pelajaran mereka di Malaysia pada tahun 2015.
Sebenarnya kehadiran IPTA dan IPTS ini ada perbandingan dan kebaikannya. Kita lihat pada suasana yang ada sekarang ini, pelajar-pelajar yang keluar daripada sekolah menengah hari ini berebut-rebut untuk masuk ke IPTA. Dengan kelayakan yang ada dan dengan bilangan yang begitu banyak. Hari ini saya lihat contohnya di kawasan saya, yang datang untuk meminta surat sokongan begitu ramai sekali. Mungkin IPTA memerlukan 10,000 hingga 15,000 orang tetapi yang minta mungkin 100,000 hingga 200,000 orang. Jadi ini bermakna kehadiran IPTS adalah untuk menampung kekurangan yang ada pada IPTA. Apabila pelajar-pelajar kita dapat belajar di negara ini akan mengurangkan dan menjimatkan wang. Mengurangkan aliran wang keluar negara. Kita juga lihat untuk sasaran ini, untuk Malaysia menjadi negara maju, kerajaan memang bersedia untuk menguatkan dan memberikan pendidikan yang tinggi kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, kehadiran IPTS pada dasarnya adalah sangat baik untuk membantu pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah untuk menyambung ke peringkat pengajian tinggi. Kita lihat hari ini apabila pelajar-pelajar keluar dan memohon untuk pergi ke kursus-kursus matrikulasi. Berapa ramai orang yang tidak dapat diterima hari ini? Yang dapat diterima masuk memang bergembira dan sukacita. Akan tetapi begitu ramai yang datang ke pejabat contohnya ke pejabat Parlimen untuk memohon surat sokongan. Apabila permohonan mereka ditolak, maka mereka datang tanya apa kriteria. Anak saya dapat 8A, anak saya 9A, anak saya 10A dan macam-macam tetapi kenapa anak saya tidak diterima? Kita lihat ada banyak kriteria. Antaranya ialah kokurikulum dan dia beritahu saya. Saya masih ingat satu kes. Markahnya melebihi 70% dan dia kata 75% adalah markah yang baik. Akan tetapi ada beribu-ribu orang yang markahnya 90%. Jadi kita lihat apa yang saya hendak gambarkan di sini adalah IPTS diperlukan untuk menampung IPTA yang tidak mencukupi. Jadi satu perkara yang baik. Jumlah pelajar antarabangsa yang memasuki negara untuk menyambung pelajaran adalah seramai 62,705 orang di mana pelajar negara China mencatatkan bilangan pelajar yang paling ramai iaitu seramai 8,046 orang. Ini diikuti dengan pelajar Iran seramai 7,009 orang dan pelajar dari negara jiran iaitu Indonesia seramai 6,119 orang. Angka kemasukan pelajar antarabangsa di IPTS meningkat pada tahun 2010 daripada 58,294 orang kepada 62,705 orang. Ini kebimbangan yang kita lihat pada IPTS kerana ada kemungkinan IPTS yang wujud hari ini bercambah kedatangannya untuk mengaut keuntungan kerana mereka yang mempunyai kemampuan dan mereka yang ingin mendapat pengajian yang lebih, mereka sanggup mengeluarkan wang dan mereka akan memasuki IPTS-IPTS ini dan kita bimbang melihat pertumbuhan yang macam cendawan ini dan mengaut keuntungan yang banyak. Maka kemungkinan ada IPTS-IPTS yang tidak mempedulikan standard atau kualiti pelajar- pelajar yang akan dihasilkan kerana pada mereka ialah teaching and producing, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Seperkara lagi adalah berkenaan dengan penyalahgunaan visa pelajar ataupun permit pelajar. Kebimbangan yang wujud sekarang ini ialah pelajar-pelajar yang datang dari luar negara. Pelajar-pelajar telah menyalahgunakan permit pelajar. Ada yang datang sebenarnya menyamar untuk melakukan jenayah. Ada juga yang datang menyamar sebenarnya dia pelacur. Ada yang datang menyamar kerana dia hendak cari kerja dan dia sanggup tinggal lama di negara ini. Jadi ini akan mencipta masalah-masalah sosial. Apakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula kriteria dan syarat minimum pelajar-pelajar antarabangsa untuk belajar di IPTS-IPTS terutama dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar asing. Adakah syarat atau tempoh maksimum untuk pelajar-pelajar asing berada di negara ini kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk tinggal di Malaysia pada satu tempoh yang lama. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang boleh menggugat keadaan kita adalah tenaga pengajar. IPTS hari ini menurut statistik Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2010, 50% daripada staf akademik IPTS hanya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dan ke bawah. Nisbah pelajar IPTS kepada staf akademik berkelulusan PhD pula adalah 221:1 ataupun 221 orang pelajar kepada seorang PhD. Bagi nisbah fakulti yang berkelulusan sarjana dan ke atas kepada pelajar pula, kadarnya adalah 21:1. Oleh itu persoalan muncul adakah IPTS-IPTS di negara kita mempunyai tenaga pengajar yang layak dan mencukupi untuk menjamin pendidikan berkualiti tinggi kepada semua pelajarnya.
Kita lihat hari ini contohnya IPTS-IPTS yang tidak mempunyai kelayakan yang baik. Jadi saya mengambil satu kes yang mana saya melihat seorang yang berkelayakan dari luar negara associated professor, dengan izin. Profesor Madya mengambil peperiksaan jurusan dan lanjutan menghadapi masalah seolah-olah dia tidak mempunyai ijazah yang sebenarnya. Ilmu yang cukup. IPTS-IPTS ini akan menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris. Satu perkara lagi akan mengetepikan kedaulatan Bahasa Malaysia di dalam pengajaran seperti yang kita amalkan di IPTA. Pelajar-pelajar juga akan terikat dengan pinjaman PTPTN yang tidak dapat membayar kerana tidak dapat pelajaran yang cukup atau kelulusan yang diiktiraf oleh IPTS ini. Jadi ada sesetengah yang tidak mempunyai perakuan agensi kelayakan Malaysia. IPTS lebih cenderung untuk menjadi teaching hospital sedangkan hari ini kita menggalakkan supaya wujudnya research university. Jadi apakah usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh kementerian untuk menggalakkan IPTS-IPTS ini menjadi sebuah research university. Saya mencadangkan collaboration umpamanya. Ini kerana kedua-dua IPTS dan IPTS sebenarnya mempunyai aspirasi yang sama. Sebenarnya untuk memberikan pendidikan, untuk mengeluarkan mereka yang berijazah berkelayakan. Jadi satu cadangan yang saya ingin utamakan di sini ialah apa kata kalau ada collaboration. Kalau ada pakatan, kalau ada joint venture untuk research umpamanya untuk meningkatkan tahap pelajaran di kalangan anak-anak di sini.
Tuan Yang di-Pertua, IPTS-IPTS juga yang mengendalikan kolej-kolej perubatan, separa perubatan, sains kesihatan dan sebagainya wujud dengan begitu banyak dan popular dan kursus-kursus ini adalah bidang yang kritikal yang melibatkan nyawa manusia. Bagaimana kolej-kolej ini dapat memberikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar di Malaysia ini, siapakah tenaga pengajarnya? Bagaimanakah modul dan bentuk pengajaran dan pembelajarannya, dan bagaimanakah kualiti graduan yang dilahirkan? Saya ingin mengambil contoh tentang fakulti perubatan umpamanya. Ini kita lihat hari ini, lambakan pelajar-pelajar perubatan. Sudah ada begitu banyak pelajar yang mengambil jurusan perubatan di dalam negara dan banyak lagi yang akan pulang dari luar negara. Bagi anak-anak yang melalui kursus matrikulasi, kita tanya hari ini apabila keluar hendak jadi apa? Hendak jadi doktor. Saya rasa kalau hendak jadi doktor ini bukan sahaja 10A ataupun semua ‘A’ yang penting tetapi apa yang penting ialah diri itu sendiri. Kalau seseorang itu dapat semua ‘A’ tetapi tengok darah pengsan, boleh jadi doktor? Saya hendak tanya sahabat saya Yang Berhormat Kuala Kedah. Yang Berhormat Kuala Kedah ada? Mana Yang Berhormat Kuala Kedah? Yang Berhormat Kuala Kedah ini kecil, jadi tidak nampak...
Kawan.
Betul atau tidak Yang Berhormat Kuala Kedah?
...Dia kawan lama. Satu lagi saya hendak tambah ialah selain daripada perubatan, kena sebut juga nursing.
Sabar Yang Berhormat Kuala Kedah. Nursing saya akan sampai sekejap lagi.
Terlampau banyak graduan nursing di negara kita. Terima kasih, ini kawan lama.
Sila duduk Yang Berhormat Kuala Kedah, terima kasih. Mana lagi kawan saya? Ha, Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik, setuju dengan saya kata dapat 10A, semua ‘A’ tengok darah pengsan, boleh jadi doktor?
Gopeng.
Itu misi pun tidak boleh jadi.
Misi pun tidak boleh jadi, tengok. Ha, Yang Berhormat Gopeng pun, bagi Yang Berhormat Gopeng.
Minta laluan. Ini kursus perubatan.
Tuan Yang di-Pertua, ini semua doktor-doktor.
Boleh saya tambah sedikit?
What we arguing with...
Minta laluan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini khusus kepada kolej-kolej untuk kursus perubatan. Kita lihat apabila Kementerian Pendidikan meluluskan kursus melalui MQA tetapi malangnya ada sesetengah kursus di mana mereka melepasi kolej perubatan tersebut tetapi mereka tidak semestinya diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia, Malaysia Medical Council. Jadi saya hendak bagi contoh apakah kedudukan misalannya Perdana Medical College yang pertama, dan yang kedua, Quest University College, QIUP di Perak? Adakah kedua-dua ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan juga akan diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia sebagai ijazah perubatan yang sah? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Itu memang penting. Itu yang saya sebut tadi tentang MQA. Ini saya belum tanya lagi kakanda saya Yang Berhormat Mersing. Ini serius dekat hospital. Saya ingat kalau tanya Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Mersing pun setuju dengan saya. Saya hendak bawa satu kes hari ini. Seorang yang mempunyai tujuh anak. Anak sulungnya pandai, best student dekat sekolah menengah. Anak ini dapat semua A tetapi dia hendak jadi engineer. Bapanya kata jadi doktor. Tuan Yang di-Pertua, pelajar yang begitu pandai yang sepatutnya ambil engineering ini telah mengambil perubatan kerana ayahnya suruh jadi doktor. Sepatutnya ayahnya jadi doktor. Dan dia apa jadi? Sampai tahun tiga dia tidak dapat kontrol diri dia dan dia jadi tidak sihat. Jadi akhirnya dia gagal dalam peperiksaan. Hari ini pelajar-pelajar perubatan tidak cukup pendedahan ilmu. Kalau kita lihatlah sebab saya sendiri sebagai seorang doktor, 30 tahun dahulu saya belajar di universiti, apabila keluar, kami sudah boleh buat macam-macam. Akan tetapi hari ini saya lihat pelajar-pelajar perubatan sama ada dalam negeri atau luar negeri, mereka keluar seolah- olah mereka takut dan tidak tahu apa hendak buat. Jadi ilmu tidak cukup kah, pengalaman tidak cukup kah, training tidak cukupkah ataupun tenaga pengajar yang tidak betul hari ini, tenaga pengajar yang tidak cukup standard hari ini? Hari ini kita dapat lihat Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini yang berlaku. Kalau kita pergi ke hospital, training hospital atau hospital besar di Malaysia hari ini, kita lihat pesakit tidak ramai, pelajar yang ramai. Kita lihat pesakit tidak ramai sangat tetapi lebih ramai doktor pelatih sebab hari ini kita sudah kekurangan training hospital, hospital untuk latihan untuk doktor. Jadi ini menyebabkan stress dan ramai yang tidak dapat meneruskan kerjayanya sebagai doktor. Jadi apabila balik, lama-lama semua pelajar ini tidak sanggup lagi untuk meneruskan kerjayanya. Ada yang terus pergi kerja lain sedangkan ribuan ringgit telah dibelanjakan untuk mengajar seseorang pelajar itu untuk jadi seorang doktor. Jadi inilah yang saya hendak tekankan tentang perkara kedoktoran ini. Seperkara lagi seperti yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Kedah ialah tentang kejururawatan. Ini pun berlambak. Dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya buka klinik. Di klinik saya 30 tahun dahulu, 20 tahun dahulu, yang masuk bekerja membantu saya adalah pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak pas. Akan tetapi hari ini yang bekerja di klinik saya adalah pelajar-pelajar diploma kejururawatan. Saya beritahu gaji tidak banyak. Tidak banyak pun tidak mengapa sebab saya sudah satu tahun duduk di rumah menganggur. Ada diploma tidak ada kerja. Difahamkan 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, seramai 7,665 orang graduan kejururawatan dari IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kelulusan
setinggi 98% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan. Jadi ini jelas menunjukkan kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduate pada tahun 2010 berjaya mendapat kerja di hospital. Jadi itu kita lihat hari ini lambakan pelajar-pelajar dan graduan-graduan perubatan dan kejururawatan yang akan datang akan menjadi masalah kepada negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pun kadang-kadang terfikir kenapa jadi begini? Adakah kerana lambakan IPTS yang menyediakan kursus perubatan diluluskan ataupun adakah kerana standard ataupun kelayakan penerimaan pelajar untuk menjadi doktor itu terlampau rendah? Atau kalau doktor sudah ramai, jangan ambil lagi pelajar-pelajar baru. Kita maintain sahaja yang ada. Saya difahamkan yang akan datang ini 4,000 hingga 5,000 graduan baru yang akan datang. Maka berlambaklah doktor-doktor yang tidak ada kerja suatu hari di Malaysia nanti. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bagan Serai mohon menyokong.
Minta pencelahan sedikit.
Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Yang di-Pertua, siapa?
Ada lagi mahu berhujah? Saya sudah panggil Yang Berhormat Kota Raja. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hampir-hampir kecewa ingat tidak berpeluang untuk bercakap. Saya bangun awal tadi tetapi mungkin saya berucap sebagai penutupnya hari ini. Saya ingin menyatakan bahawa sebarang akta seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ini sebenarnya tidak ada sesiapa yang menolaknya termasuklah kami di pihak pembangkang. Apabila kita menegur, bukanlah kita membangkang semata-mata tetapi kita juga membawa cadangan-cadangan kepada pihak kerajaan kerana semua kita tahu betapa pentingnya pengajian peringkat tertiary ini kerana selagi rakyat kita tidak mencapai satu critical mass, satu jumlah penuntut ataupun rakyat yang berpendidikan tinggi, negara kita akan sukar untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Namun, seperti kawan-kawan yang telah mengutarakan pendapat-pendapat mereka, saya juga ada banyak pendapat yang bertindihan. Jadi saya akan hanya bawa beberapa perkara yang belum dibawa lagi, insya-Allah. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan yakni berapa peratus yang kita sasarkan penduduk Malaysia dalam kohort mungkin kohort yang layak untuk ke universiti ini, 17 tahun ke 23 tahun, yang kita sasarkan untuk masuk ke IPTS dan IPTA? Ini penting kerana ini akan menggambarkan kalau kita tidak ada kesinambungan itu, maka kita tidak akan mencapai 1% pendidikan tinggi di dalam negara kita. Saya juga ingin bertanya tentang kursus-kursus yang ditawarkan. Apa yang saya fikir, kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTS perlulah kursus-kursus yang mungkin tidak ditawarkan oleh IPTA. Sekiranya ada pertindihan dan pertindihan ini tidak dibetulkan dari sekarang, maka kita akan ada lebihan graduan di dalam kursus-kursus seperti ini.
Kawan-kawan tadi telah menyebut banyak tentang kursus perubatan dan kejururawatan. Saya terima dan saya memang tahu tentang hospital-hospital kerajaan yang dibebankan dengan pengajaran bukan sahaja pengajaran penuntut perubatan, latihan houseman atau doktor pelatih dan juga junior medical officers. Akan tetapi beberapa kali bila saya membangkitkan tentang nisbah antara pakar-pakar di dalam hospital-hospital ini dengan beban pengajaran yang harus mereka tanggung. Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang lepas sering menyatakan kita mencukupi akan tetapi bila saya bertanya kepada sahabat-sahabat di dalam Kementerian Kesihatan, mereka menafikan dan mereka mengatakan bahawa jumlah pakar-pakar, jumlah tenaga pengajar kita tidak mencukupi
untuk memantau dan mendidik doktor-doktor muda ini untuk menjadi apa yang kita panggil safe doctor. Saya juga bersetuju bahawa mana-mana kolej atau universiti yang menawarkan kursus perubatan dan kursus kejururawatan perlu ada hospital latihan mereka sendiri. Sekarang kita lihat mereka berebut-rebut untuk menempatkan diri di hospital-hospital kerajaan at the expands of, dengan izin, orang kata penuntut-penuntut daripada IPTA itu sendiri. Saya ingin bertanya, apabila IPTS-IPTS ini yang menawarkan kejururawatan dan kedoktoran sains-sains pra ataupun para medical kepada penuntut-penuntut, mereka mengenakan yuran yang tinggi. Akan tetapi mereka menggunakan kemudahan awam yang dibayar oleh rakyat Malaysia. Apakah mereka ini tidak dikenakan sebarang fi ataupun bayaran bagi membantu hospital-hospital kerajaan menaik taraf facility pendidikan ini atau adakah mereka hanya kutip yuran, kemudian menggunakan facility dan kemudian mengutip keuntungan hanya untuk kolej-kolej mereka? Pada masa yang sama, saya ingin membangkitkan tentang mungkin tidak masuk dalam IPTS tetapi sebagai peringatan, bahawa saya mendapat tahu penuntut-penuntut perubatan kita yang dihantar di luar negeri di bawah JPA dan MARA dan juga ada yang pergi secara sendiri terutamanya di Mesir, di Egypt. Dahulu saya belajar di Mesir tetapi kita bersama-sama dengan rakyat negara lain di Mesir di dalam satu kuliah. Kini saya dapati bahawa penuntut-penuntut kita dihimpunkan dalam satu kuliah dan tidak bercampur dengan penuntut-penuntut tempatan dan kuliah hanya diberi kepada penuntut kita. Apa guna kita menghantar penuntut-penuntut ini ke luar negara sedangkan mereka tidak mengutip kelebihan-kelebihan belajar di luar negara? Kalaulah mereka pergi keluar negara, di himpun bersama dengan rakyat Malaysia, penuntut Malaysia, mereka akan membawa budaya yang tetap sama dan tidak ada tambah baik di segi nilai, pemikiran dan juga percambahan fikiran dan tidak memahami budaya negara yang mereka belajar. Jadi saya masuk di sini sebab saya tidak tahu di mana hendak bawa perkara ini. Kemudian saya ingin bertanya mengenai kursus-kursus kerjasama antara IPTS dan IPT luar negara. Sejauh mana francais yang dikenakan terpaksa kita bayar kepada IPT luar negara? Ia merupakan satu outflow duit kita kepada negara luar dan sejauh manakah program-program berkembar ini membantu IPTS kita membangunkan kemantapan mereka untuk meneruskan pendidikan ini? Adakah selama-lamanya mereka akan meneruskan kerjasama dengan universiti luar negara di mana mereka hanya menyediakan beberapa tahun dan kemudian ijazah dikurniakan oleh universiti luar negara. Saya juga ingin bertanya tentang kelayakan pensyarah-pensyarah IPTS. Adakah kelayakan mereka ini sama dengan kelayakan pensyarah di IPTA? Di dalam dunia pendidikan universiti, you eye the publish or you perish? Kalau setakat untuk menjadi pensyarah, mana-mana pusat pendidikan boleh mengambil pemegang-pemegang ijazah sarjana muda untuk menjadi pensyarah mereka. Akan tetapi untuk mendapat pengiktirafan sebagai universiti, dia perlu ada penyelidikan. Sekiranya mereka hanya datang untuk mengajar dan tidak ada penyelidikan maka IPTS ini akan jadi seperti sekolah-sekolah menengah. Mereka hanya akan meluahkan ilmu yang hanya ada di dalam buku-buku teks. Sepatutnya sebagai pensyarah universiti, mereka perlu menerokai penyelidikan dan penyelidikan yang mereka lakukan di dalam negara kita perlulah dalam konteks negara kita, kepentingan negara kita sendiri. Jadi sejauh manakah universiti-universiti IPTS ini menyumbang ke arah penyelidikan dan peningkatan pemantapan ilmu di dalam negara kita? Seperkara lagi, mengenai graduan-graduan daripada universiti IPTS ini. Adakah semua graduan yang mendapat ijazah-ijazah sarjana muda, PhD dan sebagainya daripada IPTS ini, adakah secara automatik oleh sebab IPTS ini diiktiraf atau dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan, maka ijazah mereka juga diiktiraf oleh jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian kerajaan? Setelah mereka keluar, adakah mereka ini juga akan bersaing dengan graduan-graduan daripada IPTA? Sekiranya ini berlaku, sekarang pun graduan-graduan IPTA kita sudah tidak lagi mendapat tempat sebagai kakitangan kerajaan, mereka juga perlu meneroka bidang swasta. Jadi, bagaimanakah kebolehpasaran graduan- graduan IPTS ini? Saya tidak menafikan bahawa setengah-setengah IPTS lebih baik dari segi kursus-kursus yang melibatkan industri, yang mana mereka ada kerjasama dengan industri-industri. Jadi, penuntut-penuntut yang lulus daripada IPTS yang ada kerjasama baik
dengan IPTS, serupa juga dengan IPTA kalau ada kerjasama dengan industri-industri maka graduan-graduan mereka senang mendapat pekerjaan di dalam industri. Jadi sejauh manakah IPTS ini, berapa banyak daripada kursus-kursus yang mereka tawarkan kepada penuntut-penuntut mereka ini, ada kerjasama dengan pihak industri? Akhir sekali saya seperti kawan-kawan, saya juga ingin menyebut tentang mudahnya pelajar-pelajar luar negara datang ke negara kita untuk mendapat visa pelajar. Baru-baru ini tercetus di dalam internet dan juga dalam surat khabar tentang bagaimana penuntut-penuntut daripada Nigeria yang datang menuntut di negara kita yang mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kepada IPTS-IPTS ini. Saya pun ingin bertanya, penuntut- penuntut Nigeria ini kebanyakannya, maklumat yang ada pada saya, kebanyakannya datang pada asal untuk belajar bahasa Inggeris, untuk dapat sijil dalam bahasa Inggeris, diploma dan ijazah. Pokoknya mereka datang daripada sebuah negara yang kita kata pertuturan bahasa lingua franca dia resminya adalah bahasa Inggeris, they are English speaking. Jadi, apakah tujuan mereka datang hendak belajar bahasa Inggeris di negara kita? Setelah perkara ini dibangkitkan dan saya dapat tahu hanya beberapa IPTS yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan untuk menawarkan bahasa kursus ini. Akhir- akhir ini oleh sebab ada banyak bantahan tentang kursus bahasa Inggeris ini...
Minta laluan, Kapar.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menekankan juga tentang pelajar IPTS daripada luar negara yang masuk di sini yang terlibat dalam jenayah.
Apakah mekanisme yang digunakan oleh kementerian untuk memantau mereka, bagaimana? Ada tidak, dan siapa yang dibenarkan untuk belajar di sini? Ada dokumen- dokumen diambil, dipantau. Seperti tadi pun ada isu yang dikaitkan tentang mereka tinggal di sini melebihi tempoh masa. Bagaimana Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan kementerian lain untuk memantau pelajar-pelajar daripada luar negara? Saya hendak sambung dengan lagi satu isu tentang yuran yang dikenakan di IPTS. Selalunya IPTS ini dikaitkan dengan pelajar-pelajar golongan kaya sebab kebanyakan IPTS adalah untuk meletakkan satu nilai yuran yang agak tinggi. Adakah kerajaan memantau yuran ini? Adakah yuran ini distandardizekan atau ikut diberi keutamaan kepada IPTS-IPTS tersebut untuk menilai yuran secara sendiri? Kalau yuran secara sendiri, apakah peranan kementerian untuk menjamin semua pelajar dapat belajar di IPTS-IPTS tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya ingat apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kapar, saya kembalikan kepada Menteri untuk menjawab. Saya tidak ada jawapan kepada semua itu. Saya cuma ingin mengambil tadi bila Yang Berhormat Kapar menyebut tentang penuntut-penuntut yang kaya sahaja yang pergi ke IPTS. Saya ingin menyangkal perkara ini. Sebenarnya, bagi masyarakat yang tidak ada peluang, bagi penuntut yang tidak ada peluang ke IPTA kerana tempat yang terhad dan mekanisme pemilihan penuntut masuk ke IPTA, ibu bapa mereka tidak ada pilihan. Ramai dalam kawasan saya yang menghantar anak-anak mereka ke IPTS kerana mereka ingin anak mereka mendapat pengajian peringkat tertiary dan mereka tidak ada pilihan. Anak-anak mereka tidak boleh masuk ke matrikulasi dan tidak boleh masuk ke IPTA. Jadi, bila anak-anak berhasrat tinggi untuk melanjutkan pelajaran kerana bagi mereka, terutama keluarga yang susah, mempunyai ijazah adalah satu kunci kepada satu kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan. Jadi, dalam golongan ini saya ingin sebut di sini sebelum saya balik semula kepada tajuk saya tadi, ramai yang terdiri daripada pelajar-pelajar bukan bumiputera. Kota Raja adalah satu kawasan 28% terdiri daripada kaum India. Ramai di antara mereka bila anak-anak tidak dapat masuk ke IPTA ataupun matrikulasi, terpaksa bergadai golok untuk menghantar anak ke IPTS. Saya kadang-kadang hairan dengan kecekalan mereka sanggup bergolok gadai kerana hendak menghantar anak ke institusi pengajian tinggi dengan harapan apabila dapat masuk ke IPTS, kemudian mereka akan mendapat PTPTN.
Akan tetapi ramai yang hampa dan yurannya memang tinggi. Saya pun, kalau diri saya, saya rasakan saya tidak mampu untuk menghantar setahun berbelas ribu. Jadi, itulah harapan saya, kalau boleh Kementerian Pendidikan mengadakan satu tabung untuk keluarga yang kurang mampu kerana tidak cukup biasiswa, PTPTN pun tidak cukup. Akan tetapi masih ada mereka yang ingin meminjam tetapi tidak dapat pinjaman daripada pihak bank kerana mereka tidak ada kolateral. Jadi, nasib mereka ini, mereka berhutang. Kemudian sesetengahnya berhutang dengan ah long. Saya sangat bersimpati. Jadi, saya membuat polisi saya sendiri di dalam kawasan saya, kalau ada kumpulan ini datang, saya membantu setakat yang saya dapat untuk tolong menjelaskan sebahagian daripada yuran atau wang pendaftaran sehingga RM500 saya mampu tetapi lebih daripada itu tidak mampu. Kadang-kadang kita hanya dapat membantu sedikit sahaja. Ini pun saya hendak utarakan kepada pihak kerajaan, tidak kiralah Kementerian Kewangan atau Kementerian Pendidikan, untuk kita memberi satu consideration, satu pertimbangan kepada kumpulan-kumpulan yang tidak mampu dan tidak layak dapat PTPTN supaya mereka ada jalan keluar untuk pendidikan tertiary ataupun pendidikan peringkat tinggi. Saya ingin kembali mengenai visa. Tadi saya menyebut tentang kursus-kursus Bahasa Malaysia ditawarkan kepada penuntut-penuntut luar negara. Ramai di antara yang mengambil kursus Bahasa Malaysia adalah daripada Nigeria. Jadi, apakah tujuan mereka datang ke sini hendak belajar Bahasa Malaysia? Apakah mereka balik ke negara mereka, mereka boleh menggunakan sijil ini? Maka, timbul syak wasangka kita, betul atau tidak bahawa ada IPTS-IPTS yang menggunakan kemudahan ini kerana mungkin tali kabel yang kuat dengan Menteri-Menteri untuk mendapat permit, untuk menawarkan kursus-kursus yang kita lihat tidak ada faedahnya kepada penuntut-penuntut daripada Nigeria. Jumlah penuntut daripada Nigeria di negara kita ini, saya ingat saya tidak tahulah di mana mereka belajar. Kawasan Kota Raja yang tidak ada IPTS, yang tidak ada IPTA pun ramai penuntut-penuntut ini hadir. Amat susah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerang tadi, apabila mereka masuk dengan visa penuntut, mereka hilang. Akan tetapi ada pihak juga yang mengambil kesempatan. Saya mendapat aduan daripada seorang bekas pekerja di sebuah IPTS ini bahawa IPTS-IPTS ini sebenarnya yang memegang untuk memperbaharui visa mereka adalah kolej-kolej ini. Sekiranya penuntut ini ditekan untuk membayar yuran yang lebih dan sebagainya dan mereka enggan, visa mereka tidak diperbaharui. Apabila visa mereka tidak diperbaharui, maka polis dan Imigresen mula mengambil tindakan. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat rajin pergi ke internet, you just type- ‘Nigeria students in Malaysia’, maka kita lihat mereka telah menyampaikan memorandum kepada kedutaan mereka bagaimana mereka mendakwa mereka diugut, mereka diperas dan mereka dianiaya oleh pihak polis. Semua ini pergi ke media internet antarabangsa. Saya takut bahawa imej negara kita akan dikenali sebagai satu imej yang negatif. Polis kita mengugut, Imigresen kita mengambil kesempatan, IPTS kita menggunakan ini sebagai untuk mengaut keuntungan. Laporan mengenai jenayah penuntut-penuntut ini, terutamanya yang sering disebut adalah Nigeria. Ada pengadu yang datang kepada saya mengatanya, dengan izin, dalam bahasa Inggeris dia kata, “Yang Berhormat, before this I was not a racist but, with the incoming of Nigerians, now I am becoming a racist.” Katanya sebelum ini dia tidak ada perasaan racisms, perkauman. Maknanya, dia melihat semua orang sama tetapi dengan kedatangan penuntut-penuntut Nigeria, dia sudah ada satu persepsi negatif tentang penuntut-penuntut Nigeria ini. Kita tidak mengatakan semua penuntut Nigeria terlibat dengan jenayah, tidak semuanya mereka penipu. Akan tetapi ada laporan-laporan akhbar, mereka lebih daripada penuntut-penuntut daripada negara-negara lain yang terlibat dengan jenayah terutamanya di dalam jenayah dadah. Jadi, mungkin Menteri Pendidikan akan berkata bahawa kami tidak ada kena- mengena dengan jenayah sebab ini di bawah Kementerian Dalam Negeri. So, kami tidak ada kena-mengena dengan pemberian visa. Kami tidak ada kena-mengena dengan kedatangan mereka untuk mencari peluang untuk tinggal di negara kita. Kita mengaku dan kita tidak pernah menolak bahawa negara kita sebuah negara seperti syurga kalau dibandingkan dengan sesetengah negara kerana peluang itu terbuka. Kita ada ramai penuntut luar negara yang kita tidak boleh bezakan daripada China, Indonesia, Arab, Nigeria. Kalau Indonesia macam orang kita, orang Jawa. Kalau China, macam rakyat kita. Daripada India, Bangla, macam rakyat kita juga. Kita lihat di sini, kuasa penguatkuasaan visa hanya terletak kepada Imigresen. Jadi, apabila polis menahan orang
ataupun sesiapa sahaja untuk bertanyakan tentang status visa, akan adakah ini di dalam bidang kuasa polis? Kecuali gerak kerja untuk memeriksa visa ini dilakukan secara bersepadu, ada pegawai Imigresen tetapi inilah yang berlaku. Mereka mendakwa bahawa IPTS-IPTS ini telah bersekongkol dengan pihak polis dan pihak Imigresen untuk menekan mereka membayar yuran yang lebih tinggi dan telah memeras ugut mereka. Sejauh mana Kementerian Pendidikan sedar tentang perkara ini dan apakah tindakan seterusnya untuk mengawal permit-permit untuk belajar Bahasa Malaysia ini?
Saya ingin tahu berapa ramai penuntut luar negara yang datang untuk belajar bahasa Malaysia. Seperti juga tadi Yang Berhormat Pengerang timbulkan berapa ramai penuntut-penuntut dari luar negara yang datang hendak belajar bahasa Inggeris. Ini kerana bahasa kita yang ini ialah bahasa Malaysia. Orang kita bercakap dalam bahasa Inggeris belum sampai ke satu tahap yang boleh kita banggakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya setakat itu sahaja yang dapat saya bawakan. Petang ini sekian, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Seorang lagi.
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Selepas Yang Berhormat Pasir Gudang...
Yang Berhormat Lumut.
Yang Berhormat Lumut.
Sik.
Mahu cakap juga.
Sik.
Okey selepas itu Yang Berhormat Sik tiga orang sahaja ini pendekkan selepas itu saya hendak Yang Berhormat Menteri berjawab. Sila Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam perbahasan pemindaan Akta Institusi Pendidikan 555 ini. Tuan Yang di-Pertua yang dihormati, kualiti pendidikan di sektor pengajian tinggi negara kita selalu menjadi bahan perbincangan pada masa kini. Pendidikan berkualiti adalah perlu bagi melahirkan graduan yang berkualiti supaya mampu menyumbang secara berkesan kepada negara. Persoalannya adakah pindaan ini mampu meningkatkan kualiti pendidikan tinggi swasta negara. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan di sini untuk diambil kira secara serius oleh pihak kementerian demi kepentingan anak bangsa kita. Dengan pemansuhan ataupun dengan pindaan ini, ini membolehkan kalau sebelum ini hanya dengan pelawaan menteri sahaja, kita sudah mempunyai 80 IPTS dan IPTA apatah lagi esok dengan hanya memohon. Apa yang mereka perlu lakukan hanya adalah memohon dan kelulusan diberi. Isu yang perlu diambil kira di sini adalah isu kawalan. Ada beberapa perkara yang perlu kita pandang serius. Pertama dari sudut kualiti dan saya juga akan menyentuh soal kesan. Kualiti sebelum kemasukan dan selepas pembelajaran. Kualiti sebelum kemasukan yang perlu kita fikirkan ialah dan perlu kita bandingkan ialah jika anak-anak kita ini memohon untuk masuk ke IPTA skalanya adalah tinggi. Syarat-syarat kemasukannya adalah tinggi tetapi tidak begitu berlaku di IPTS. Syarat-syarat kemasukan jauh lebih rendah hingga akhirnya boleh nanti saya huraikan kesan-kesannya.
Kedua, selepas pembelajaran. Apa akan terjadi kepada mereka ini? Tuan Yang di- Pertua, kesan daripada kualiti yang agak rendah tentunya dia tidak dapat menghasilkan keluaran yang baik iaitu yang lebih kita harapkan untuk pembangunan di dalam negara kita di masa akan datang. Sebagai contoh, jika selepas mereka belajar ramai yang keluar. Apa akan terjadi kepada mereka ini? Kesan yang perlu kita fikirkan secara serius adalah kesan sama ada dalam atau luar negara. Jika IPTS ini tidak diukur, tidak ada mekanisme yang digunakan untuk mengukur sejauh mana keperluan sektor-sektor tertentu atau bidang- bidang tertentu di dalam negara diperlukan. Ini kerana apabila mereka memohon adalah berdasarkan kepada kepentingan mereka sendiri. Di samping dengan niat untuk membantu rakyat tempatan kita. Persoalannya jika lambakan, kita sekarang menghadapi lambakan di dalam beberapa bidang sebagai contoh suka disebut lagi bidang kejururawatan. Apakah kawalan yang telah dibuat dengan lambakan ini? Adakah mereka masih terus menawarkan kepada anak-anak kita? Hari ini kalau kita pergi ke hospital mengapa masih ada lagi jururawat daripada negara luar yang bertugas, sedangkan kita mempunyai isu lambakan pelajar- pelajar yang mengambil bidang kejururawatan ini. Begitu juga kita mendengar menyatakan doktor ini sudah agak tepu, sudah penuh. Akan tetapi mengapa masih ada doktor-doktor yang bertugas datangnya dari luar? Jadi kalau perkara ini diteruskan saya yakin, kesannya tentulah tidak baik. Bagi IPTS satu tarikan kepada mereka ialah kerana PTPTN. Pelajar-pelajar ini akan mohon untuk PTPTN tetapi adakah kajian dibuat, perbezaan dibuat, antara IPTS dengan IPTS yang lain dalam satu bidang tertentu. Beza yuran yang dikenakan kita kena tengok juga. Kadang-kadang memang sangat tinggi yurannya. Seperti yang dikatakan oleh beberapa orang rakan tadi ibu bapa inginkan sesuatu untuk anak mereka. Mereka tidak dapat tempat di IPTA. Jadi ibu bapa yang sayangkan anak mereka mahu masa depan cerah anak mereka sanggup melakukan apa sahaja berikhtiar untuk mencari wang bagi memastikan anak mereka mendapat segulung ijazah. Akan tetapi jika akhirnya pemantauan tidak betul, tidak cekap, bagaimana akan terjadi kepada anak-anak ini? Kesan kepada local bila berada lambakan adalah peluang pekerjaan. Di antara mereka sesama mereka, mereka perlu bersaing dengan begitu hebat sekali. Dalam masa yang sama juga, kita juga kena peka dengan pihak swasta bila saya bercakap di sini mungkin ini di bawah Kementerian Pendidikan ada pihak kementerian akan mengatakan itu bukan urusan kementerian. Akan tetapi kita ada ramai kementerian di sini tolong ambil kira perkara ini. Ini kerana isu soalnya match dengan industri sebagai contoh. Bahagian IT, lambakannya begitu tinggi, begitu ramai tetapi kenapakah ada sebilangan kilang-kilang pihak swasta yang masih lagi mengambil mereka daripada luar untuk bidang IT. Bermaknanya di sini apakah kepakaran pembelajaran yang telah diberikan di peringkat IPTS ini dipantau? Adakah dia memenuhi kriterianya? Perkara ini perlu dilihat. Seterusnya ialah tentang budaya. Bila mereka terlampau ramai di sini kita pun sedia maklum masalah budaya kita, anak-anak kita terdedah kepada pelbagai perkara yang di mana agak berbeza dengan mereka ini. Jadi perkara ini juga perlu kita adakan satu sistem kawalan pra syarat kepada mereka yang ingin membuka IPTS. Dengan lambakan IPTS, kualiti mereka perlu dijaga. Tentulah pihak IPTA merasa teragak tercabar di sini sebagai contoh kerana dikenakan yuran yang agak mahal maka kemungkinan gaji-gaji pensyarah di IPTS jauh lebih tinggi daripada pensyarah-pensyarah daripada IPTA. Akan tetapi kesan membayarnya siapa? Kesannya adalah anak-anak kita. Apabila mereka habis belajar, andai kata persaingan terlalu hebat ramai yang keluaran IT sebagai contoh tadi mereka tidak mendapat peluang mencari pekerjaan. Bila tidak dapat mencari peluang pekerjaan, mereka tidak boleh membayar hutang PTPTN. Apabila tidak boleh membayar hutang PTPTN, yang menjadi masalah adalah tabung itu sendiri kerana orang lain sukar untuk menggunakan. Sedangkan mereka ini kadang-kadang bukan tidak hendak bayar tetapi kerana tidak mempunyai gaji yang baik atau pekerjaan bagi membolehkan mereka membayar. Kedua, perlu dipantau dari sudut kesan adalah kesan local dan internasional bila sesebuah IPTS itu merasakan mereka tidak membuat keuntungan yang cukup dan membuat keputusan untuk menutup. Kepada rakyat tempatan tentulah kekecewaan kerana ibu bapa telah menghantar anak mereka untuk belajar dengan harapan mereka dapat
segulung ijazah atau diploma. Akan tetapi bila IPTS ini tutup, kesannya anak ini sudah tergantung separuh jalan dengan hutang yang sepatutnya tidak terbeban tetapi dibebankan kerana mereka telah meminjam bagi tujuan pembelajaran.
Itu di dalam negara kita effectnya. Bagi di luar negara pula tentulah effect negara kita. Jika beberapa IPTA berbuat demikian, jadi ia tentu akan memberikan kesan yang buruk kepada negara kita. Jadi di dalam merangka undang-undang ini, ada beberapa perkara yang perlu dilihat secara lebih konklusif oleh pihak kementerian. Di antaranya iaitu menekankan kepada IPTS bahawa tujuan mereka beroperasi, garis panduan kena ada, bukanlah tujuan utama membuat keuntungan. Pelajaran mereka tidak boleh berniaga. Kita lihat di negara-negara luar, bukan perniagaan menjadi keutamaannya tetapi IPTS kita membesarkan soal keuntungan. Satu garis panduan perlu dibuat lepas itu kita kena tengok dan beritahu mereka, it’s quantity ataupun quality yang perlu dititikberatkan. Kita perlu ada semak semula bagaimana pencapaian anak-anak kita yang telah dihantar di IPTS-IPTS berkenaan. Dengan banyaknya IPTS-IPTS, kita juga mengalami banyak masalah daripada segi penempatan. Banyak tempat di Lembah Klang, di Selangor. Di tempat saya sendiri di Bandar Seri Alam sendiri dengan adanya UiTM, ada UniKL. Kalau dulu pelajar-pelajar ini hanya perlu menyewa rumah bayaran sekitar RM400, pada sesi kali ini harga rumah naik sehingga RM600 ke RM800. Jadi perkara-perkara ini juga perlu diambil kira. Demografi sesuatu kawasan itu perlu dilihat dengan teliti supaya bila meluluskan, kita yakin ia tidak memberi banyak kesan negatif kepada penduduk setempat atau kepada pelajar itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah tentang masalah dasar kita sendiri. Kalau liberalisasi menjadi keutamaan kita, kita juga kena tengok tentang pasaran buruh kerana bila terlampau ramai ada kelulusan itu dengan kehendak pekerjaan di dunia sebenar. Bila IPTS, kebergantungan kepada kerja kerajaan adalah sangat minimum dan dalam keadaan sekarang memang itu pun tak boleh berlaku, kena bergantung pada pihak swasta. Pihak swasta kita kena lihat juga dan jangkakan berapakah peluang-peluang pekerjaan yang mungkin ada di pihak swasta. Sebagai contoh, jika terlampau banyak mereka belajar daripada sudut business administration dengan izin, berapa banyak yang boleh ada. Yang belajar human resource management, yang belajar accounting management. Dalam sebuah kilang, kemungkinan ada satu atau dua sahaja tidak banyak. Jadi bila terlampau banyak penawaran oleh IPTS ini, dibimbangkan kita akan menambah lagi lambakan yang telah sedia ada seperti sekarang ini di dalam berapa-berapa bidang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil pandangan di sini soal sosial yang ditimbulkan. Ada beberapa perkara yang kita lihat sangat tidak sihat berlaku hinggakan kita tengok percampuran yang tidak menjadi budaya kita menjadi satu amalan. Kita juga melihat kadar jenayah. Jadi kita kena lihat perkara ini dengan teliti, tidak boleh dibiarkan terus kepada pihak IPTS untuk dapat lesen kemudian mereka buatlah apa mereka suka tanpa kawalan yang sebenarnya dilakukan kepada pelajar-pelajar ini. Kita juga perlu melihat tentang hidden cost yang perlu kerajaan tanggung secara kita sedar ataupun tidak sedar dengan lambakan memanggil pelajar-pelajar asing ini kerana kita nak liberalize jadi Nigeria ataupun negara mana-manalah contohnya China, India datang belajar dekat sini. Memang nampak bagus tetapi apakah kesannya kepada negara kita? Berapa banyak dia membantu ekonomi kita? Daripada sudut hidden cost yang kita mungkin tidak sedar ada kawan-kawan kita dah beritahu tadi. Saya pun nak tekankan lagi sekali penggunaan ubat-ubatan di hospital yang di subsidi, mereka juga akan menikmatinya. Kita juga secara tidak sedar mereka juga akan menikmati barang-barang makanan yang di subsidi. Mereka akan menikmati minyak-minyak yang di subsidi oleh kerajaan kepada yang sebenarnya rakyat kita. Ini hidden cost yang perlu kita lihat secara teliti. Tidak tercerita lagi soal mereka menyalahgunakan visa ini. Tuan Yang di-Pertua, salah guna visa ini sangat senang berlaku. Siapa boleh tangkap dia kalau visa dia dah habis, dia duduk dekat mana bukan hari-hari Imigresen kita boleh buat pemeriksaan nak tanya pasport orang ada kah tidak. Jadi ini juga boleh mendatangkan hidden cost ataupun kos-kos tersembunyi yang bakal merugikan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kepada pihak kementerian supaya dengan pindaan akta ini, garis panduan yang lebih jelas disediakan kepada pihak-pihak IPTS. Jika
perlu, sebelum kelulusan diberi tolonglah buat semakan dengan IPTS yang sedia ada. Berapa student yang mereka ambil bagi setiap kursus yang mereka tawarkan dan tolong juga pantau mereka daripada segi harga. Kita kasihan kepada ibu bapa. Kita tahu tempat IPTA kita kurang. Jadi harapan kita adalah kepada IPTS tapi mereka dengan caj yang begitu tinggi tentunya amat membebankan dengan alasan PTPTN. Jadi kita kena ambil kira perkara ini. Saya suka nak menekankan supaya tindakan yang sewajarnya, pemantauan yang sewajarnya dilakukan kepada mereka. Kepada pekerja-pekerja asing tentulah ia akan menjadi tambahan. Kita cukup dengan mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang tidak balik atau masuk ke dalam negara kita dan tidak keluar dengan cara yang sah. Tambah pula kalau di permit-permit ini, macam kawan-kawan tadi ada beritahu oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lain tadi. Apa perlu mereka yang negara mereka mengajar bahasa Inggeris, bahasa pertuturan mereka adalah bahasa Inggeris masuk ke dalam negara ini hanya untuk belajar bahasa Inggeris, apa keperluannya? Adakah niat mereka tulen nak belajar dan di mana pemantauan yang memang tak mungkin dilakukan kerana bila dia dah masuk, kita tak ada satu sistem untuk memastikan mereka ini lepas tiga bulan, lepas satu tahun, mereka akan dicari untuk keluar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang ingin saya sampaikan dan sebagai penggulungan saya, saya ingin meminta pihak kementerian untuk memberi garis panduan yang sejelas-jelasnya kepada semua IPTS bahawa bidang pendidikan bukanlah bidang untuk mereka mengaut keuntungan yang tinggi kerana ia memberi kesan kepada para ibu bapa dan seterusnya anak-anak kita yang satu hari nanti akan mewarisi kita untuk meneruskan mentadbir negara ini. Keduanya, mestilah ditekankan soal kualiti bukan kuantiti dan yang terakhir ialah tentang keperluan kepada kursus-kursus itu diluluskan ataupun diteruskan. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Saya dengan ini, Pasir Gudang menyokong kepada pindaan Akta Institusi 555. Terima kasih.
Yang Berhormat Lumut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1986, saya sekadar ingin melahirkan rasa kebimbangan sayalah dengan lahirnya ataupun cambahnya, tumbuhnya IPTS-IPTS di negara kita yang kita lihat seolah-olah macam tidak terkawal. Sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lain, sekarang ini dah ada 80 IPTS, IPTA tetapi apabila pindaan ini diluluskan nanti, kita tak tahu apa akan berlaku. Walau bagaimanapun, izinkan saya untuk melahirkan kebimbangan saya kepada kementerian untuk mendapatkan penawar-penawarnya supaya kebimbangan ini dapat dipadamkan dan mudah-mudahan dengan tindakan yang diambil oleh kementerian, kebimbangan ataupun kekhuatiran saya ini dapat diredakan.
Antaranya, kekhuatiran saya dalam kedudukan bahasa Melayu yang akan menghadapi ancaman bahasa Inggeris oleh kerana kita tahu kebanyakan IPTS yang dilahirkan di negara kita ini melaksanakan pengajian ilmu kemanusiaan, umpamanya bahasa, sastera, sejarah dan falsafah yang boleh diajar dalam bahasa Melayu, tetapi diabaikan. Oleh kerana kita tahu kebanyakan penuntut IPTS dari luar negara, maka bahasa Inggeris menjadi keutamaan. Kedua, kita lihat pengajian ilmu ekonomi pengurusan sains dan teknologi juga menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Jadi sekali lagi, bahasa Melayu akan diabaikan. Ketiga, status dan matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu akan tercabar. Ini memang telah kita hadapi dan kita telah alami sebelum ini. PPSMI telah kita korban atau telah kita hapuskan dan balik kepada bahasa Malaysia. Mudah-mudahan ini dapat diambil iktibar oleh kementerian.
Seterusnya falsafah pendidikan negara mungkin tidak dihayati oleh IPTS-IPTS ini dan kita bimbang dasar pembangunan ataupun dasar penyelidikan negara tidak dihayati oleh IPTS-IPTS yang diwujudkan. Seterusnya usaha kita memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan ilmiah mungkin terjejas dan mungkin telah terjejas. Ini kita minta Kementerian Pendidikan melihat situasi ini supaya IPTS memberi penekanan kepada memartabatkan bahasa Melayu dan sebaliknya bahasa Inggeris akan menguasai kehidupan kita nanti. Memang hakikatnya kita lihat sekarang ini pun bahasa Inggeris telah menjadi gaya hidup kita. Kalau kita tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris keseluruhannya pun, dua tiga patah perkataan Melayu dicampurkan dengan bahasa Inggeris. Ini merupakan pencemaran bahasa yang mungkin disebabkan oleh pelaksanaan kursus-kursus di IPTS menggunakan bahasa Inggeris. Isu seterusnya yang membimbangkan saya ialah masalah kursus dan kualiti yang dilaksanakan di IPTS-IPTS yang diwujudkan. Kita tahu terdapat IPTS yang kurang bertanggungjawab sebaliknya ghairah mementingkan kewangan sahaja. Maka dengan itu kita lihat berapa ramai Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini dan kita kesan dan kita tahu memang terdapat graduan-graduan dari IPTS yang telah dilahirkan yang tidak memenuhi kualiti yang kita perlukan. Seterusnya di sesetengah IPTS, kualiti tenaga pengajar boleh dipertikaikan. Ini memang kita tidak nafikan berlaku dan kita minta Kementerian Pendidikan mengambil satu langkah ataupun tindakan supaya menentukan semua tenaga pengajar di IPTS mempunyai kelayakan yang sewajarnya. IPTS mungkin menggunakan khidmat pensyarah yang kurang wibawa. Sama juga seperti yang saya bincangkan tadi. Seterusnya pelajar yang lemah diterima dan diberi kelulusan kerana sanggup membayar yuran. Ini kita tahu sebahagian IPTS yang dilahirkan mementingkan keuntungan. Kita juga bimbang sebenarnya di negara kita ini. Kita mementingkan pendidikan dan kita tahu ada anak-anak kita yang sebenarnya tidak cerdik, tidak berkeupayaan, mahu juga masuk universiti dan bekerja di kedudukan white collar job, dengan izin.
Yang Berhormat...
Jadi ini merupakan satu masalah pada negara. Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya agak tertarik dengan hujah Yang Berhormat Lumut berkaitan dengan tenaga pengajar. Saya pun hendak tahu dari mana kita akan dapat tenaga pengajar nanti bila lebih banyak IPTS dibuka. Dari manakah kita akan dapat sumber ini? Mungkin kerana kita kekurangan sumber tenaga pengajar yang betul-betul berwibawa, mungkin seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lumut tadi, kita terpaksa menggunakan tenaga pengajar yang kurang mahir ataupun kelayakan yang tidak mencukupi. Itu satu masalah. Saya juga risau mungkin akan berlaku cubitan daripada IPTA di mana di IPTA kita ada pensyarah-pensyarah, profesor-profesor yang berwibawa, mungkin juga IPTS-IPTS ini akan menawarkan gaji yang tingi kepada tenaga pengajar ini dan mereka akan keluar dari IPTA ke IPTS. Ini akan menjejaskan prestasi IPTA nanti. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan ini?
Yang Berhormat, boleh saya tambah sedikit berkaitan dengan ini?
Sila Yang Berhormat Alor Star.
Tentang isu yang dibangkitkan mengenai tenaga pengajar. Sebenarnya dalam hujung bulan lepas, ada laporan media yang cukup besar, front page in fact, dalam surat khabar The Star yang telah pun melaporkan bahawa kita sekarang ini mengalami masalah besar-besaran di mana pensyarah-pensyarah universiti IPTA khususnya medical faculty sedang beramai-ramai meninggalkan IPTA untuk bekerja di IPTS. Dalam keratan surat khabar The Star di sini, di USM Medical Campus in Kubang Kerian sebagai contoh, adalah satu tempat di mana worst effected public university
di mana 38 senior lecturers telah pun meninggalkan kampus tersebut dalam tempoh enam bulan. Ini adalah satu masalah yang saya rasa yang cukup cemas yang harus diatasi ataupun diberi perhatian yang penting oleh Kementerian Pendidikan. Antara alasan yang diberikan di dalam laporan media adalah pensyarah-pensyarah ini berasa mereka bekerja dengan cukup kuat dengan tempoh yang lama di universiti-universiti IPTA tetapi tidak diberikan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dan promotion dan gaji mereka juga tidak dinaikkan. Ini adalah satu masalah yang cukup besar. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Alor Star. Saya harap Kementerian Pendidikan dapat mengambil perhatian dalam perkara ini. Sekiranya ia benar- benar berlaku, maka kita lihat kedudukan IPTA akan terancam dan diancam oleh IPTS. Kalau benar-benar IPTS yang mencuri tenaga pengajar IPTA benar-benar melaksanakan kursus yang berwibawa yang boleh diiktiraf oleh negara dan peringkat antarabangsa, kita tidak cemburulah, kita tidak halang. Akan tetapi, sekiranya ia semata-mata kerana gaji yang lumayan, sebaliknya penyampaian tidak menemui kualiti, maka ia menjadi satu bencana kepada negara kita. Untuk itu, kita minta Kementerian Pendidikan supaya mengambil iktibar, mengambil perkara ini sebagai satu ancaman dan mengambil tindakan sebaiknya untuk menawar tenaga-tenaga pengajar di IPTA agar tidak lari ke IPTS. Sila Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya cuma hendak tumpang sedikit dalam ucapan Yang Berhormat Lumut. Ada isu tentang vocational-technical college yang di Malaysia di mana sekarang kebanyakan pelajar SPM, 36% pelajar gagal mencapai standard minimum SPM pada tahun 2010 dan 28% gagal sekurang-sekurangnya satu subjek atau lebih di SPM dan mereka telah terkeluar dari sistem pendidikan negara. Mereka pergi ke mana? Orang Cina dia pergi jual DVD haram, orang Melayu dia jadi mat rempit, orang India menjadi gengster. Ini umum. Jadi isu yang perlu ditangani di mana 36% ini haruslah diserap ke dalam technical college, baik dari IPTS atau IPTA. Jadi saya minta kalau boleh kerajaan, kerana kita ada pelan perancangan untuk vocational college dan sebagainya tetapi nampaknya tidak begitu dititikberatkan dan kita mahu Menteri bagi satu jawapan bagaimana kita menerapkan pelajar-pelajar yang SPM drop out itu ke dalam sistem vocational-technical college di Malaysia? Terima kasih. Minta Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Memang saya sedari situasi ini dan saya juga bimbang dengan harapan ibu bapa. Mereka berkehendakkan anak mereka semuanya berjaya walaupun dia tahu anak dia tidak cerdik, PMR pun tidak lulus, SPM pun tidak lulus tetapi hendak jadi orang cerdik juga. Dalam hal ini memang saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru supaya Kementerian Pendidikan menyediakan satu rancangan untuk warga-warga ataupun anak- anak kita yang tidak berjaya dalam pendidikan dan ia harus memenuhi keperluan tenaga buruh di negara kita. Jadi caranya mungkin kita tawarkan gaji yang lebih tinggi untuk buruh-buruh yang melaksanakan tanggungjawab kerja-kerja berat ini. Saya ingin menyentuh berhubung dengan tenaga pengajar di IPTS. Sebagaimana diuar-uarkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena pagi tadi, AIU atau Albukhary International University menggunakan tenaga-tenaga pengajar daripada luar negara yang kalau benar- benar mereka ini berkualiti, berkelayakan kita tidak akan nafikan. Sekarang kalau mereka dianiaya, ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya kita mengambil tindakan untuk membantu mereka. Dalam hal ini, kita mintalah supaya kementerian mengambil serius perkara ini dan seterusnya memberi bantuan kepada mereka agar dapat memenuhi keperluan tenaga pelajar berkualiti di negara kita. Begitu juga seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi Kolej Islam Darul Ulum yang belum dalam permit untuk laksanakan pendidikan tinggi, sila pertimbangkan untuk diluluskan. Ini kalau tentera bagi arahan sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Ketawa]
Akan tetapi dalam hal ini kita mohonlah supaya Kementerian Pendidikan memberi pertimbangan supaya memberi kelulusan kepada Kolej Islam Darul Ulum untuk meneruskan pendidikan mereka. Kebimbangan saya berhubung dengan masalah kursus dan kualiti ini juga termasuklah ijazah pelajar yang mungkin tidak diiktiraf oleh kerana kemasukannya seperti mana Yang Berhormat Pasir Gudang bangkitkan tadi, kalau kelayakan masuknya pun lemah, keluar dia pun mungkin lemah jugalah. Jadi, kualiti ijazah itu tidak dapat diiktiraf. Seterusnya hal ini kita yakin, saya yakin akan menyebabkan para pelajar menjadi mangsa akibat daripada kelonggaran-kelonggaran yang dilakukan oleh IPTS menyebabkan graduan-graduan akan menjadi mangsa oleh kerana ijazah mereka tidak diiktiraf ataupun kualiti mereka tidak diiktiraf ataupun diberi pertimbangan seharusnya. Jadi, oleh itu saya mohon kepada Kementerian Pendidikan untuk memberi pertimbangan ataupun mencari penawar kepada kebimbangan yang telah saya lahirkan tadi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sik, selepas Yang Berhormat Sik Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya berucap dalam isu pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ataupun Akta 555. Saya menyokong rang undang-undang ini dan pada masa yang sama kita mestilah membuat kawalan dan monitoring yang betul-betul serius. Saya banyak berkawan dengan kawan- kawan di IPTS, daripada kajian saya melihat sekarang ini jumlah IPTS telah mencapai bilangan hampir 100 buah termasuk institut, kolej-kolej universiti dan universiti. Kalau kita masukkan institut yang kecil-kecil beratus-ratus buah. Bagi saya ini adalah agak banyak dan kemasukan IPTS yang akan datang selepas ini mesti dipertimbangkan betul-betul. Tuan Yang di-Pertua, pindaan undang-undang mestilah juga mengambil kira berkenaan kualiti pendidikan itu sendiri dan juga ijazah yang dikeluarkan. Jika terlalu banyak IPTS, mereka ini akan berlumba-lumba untuk mengambil pelajar. Bagi satu institusi swasta logiknya keuntungan adalah menjadi keutamaan. Kita dapati ada juga kelulusan amat minimum dibenarkan untuk masuk ke dalam IPTS. IPTS sudah tentu ingin pelajar- pelajar mereka lulus, jika banyak pelajar-pelajar yang tidak lulus sudah tentu IPTS mereka tidak menjadi popular kepada bakal-bakal pelajar. Jika prinsip mereka adalah untuk meluluskan lebih banyak pelajar maka the quality of education is compromised dan ijazah yang dikeluarkan akan dipertikaikan. Ijazah yang dikeluarkan tidak ada mutu. Graf kelulusan mungkin direndahkan markahnya untuk meluluskan pelajar. Oleh itu MQA mestilah betul-betul tegas dalam hal ini. Sebagai contoh, dari segi profesion yang profesional, universiti terkemuka seperti medical faculty, National University of Singapore pernah meninggikan markah kelulusannya dan menolak atau membuang atau reject student dengan tujuan untuk menjaga kualiti atau standard pelajar-pelajar lepasan universiti itu. Begitu juga yang kami rasa ketika kami menjadi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dahulu. Jadi, saya harap kerajaan meneliti perkara yang penting dalam menggubal undang-undang dan dasar mengenai pendidikan tinggi. Jangan hanya kerana keghairahan kita untuk menambah IPT tetapi kualiti pendidikan tidak diberi keutamaan. Ini akan menyebabkan lambakan graduate yang tidak mempunyai kelulusan yang sepatutnya dan suatu hari nanti ini akan menjatuhkan imej negara kita di dalam dan di luar negara. Satu lagi perkara yang ingin saya sentuh ialah pelajar cemerlang daripada sekolah-sekolah tertentu yang mereka ini mencapai keputusan yang amat baik, yang tidak memilih untuk ke luar negara di tempatkan di IPTS yang tidak kondusif seperti rumah- rumah kedai sebagai asrama mereka. Ini adalah akibat daripada lambakan IPTS yang begitu banyak dan kita belum bersedia menyediakan prasarana tempat-tempat pendidikan dan tempat-tempat penginapan untuk mereka. Ini akan menjejaskan pandangan masyarakat terhadap IPT seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat sebelum ini di luar negara, apabila mereka kembali ke negara mereka dan juga di dalam negara dan juga pelajar-pelajar cemerlang yang memilih untuk tidak belajar ke luar negara akan menghadapi satu masa depan yang negatif.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak kita bersama-sama selepas undang-undang ini diluluskan marilah kita selain daripada kita mengutamakan perkara-perkara yang lain. Kita mestilah mengutamakan roh ilmu itu sendiri dan martabat ilmu itu sendiri supaya perkara negatif sepertimana yang kita bincangkan, seperti mana yang kita dengarkan keluhan-keluhan daripada Yang Berhormat di sebelah Barisan Nasional ataupun sebelah pembangkang yang kita bincang hingga petang ini tadi. Sekian, Yang Berhormat Sik mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan juga yang telah mencelah dalam proses perbahasan sebentar tadi. Seramai 12 Ahli Parlimen, telah berbahas dan seramai 18 Ahli- ahli Parlimen Berhormat telah mencelah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli- ahli Parlimen dari: (i) Yang Berhormat Pokok Sena; (ii) Yang Berhormat Pengerang; (iii) Yang Berhormat Petaling Jaya Utara; (iv) Yang Berhormat Tebrau; (v) Yang Berhormat Bayan Baru; (vi) Yang Berhormat Kuala Selangor; (vii) Yang Berhormat Tanjong; (viii) Yang Berhormat Bagan Serai; (ix) Yang Berhormat Kota Raja; (x) Yang Berhormat Pasir Gudang; (xi) Yang Berhormat Lumut; dan (xii) Yang Berhormat Sik. Ahli-ahli Parlimen mencelah: (i) Yang Berhormat Shah Alam; (ii) Yang Berhormat Parit Sulong; (iii) Yang Berhormat Arau; (iv) Yang Berhormat Baling; (v) Yang Berhormat Hulu Langat; (vi) Yang Berhormat Kuala Krai; (vii) Yang Berhormat Kuala Kangsar; (viii) Yang Berhormat Indera Mahkota; (ix) Yang Berhormat Serdang; (x) Yang Berhormat Batu Gajah; (xi) Yang Berhormat Seputeh; (xii) Yang Berhormat Sepang; (xiii) Yang Berhormat Kinabatangan; (xiv) Yang Berhormat Tasek Gelugor; (xv) Yang Berhormat Kota Tinggi;
(xvi) Yang Berhormat Kapar; (xvii) Yang Berhormat Alor Setar; dan (xviii) Yang Berhormat Gopeng. Secara purata rata-rata Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bahas terhadap akta yang telah dibentangkan ataupun dicadangkan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ini, rata-rata memberi sokongan terhadap akta tetapi pada masa yang sama mereka telah membangkitkan hal-hal lain yang kena-mengena. Ada juga di antara Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan perkara yang tidak kena-mengena langsung dengan akta yang telah dibentangkan ini. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk menjawab soalan-soalan yang ada kena-mengena dengan rang undang-undang ini. Pada isu-isu yang telah dibangkitkan dan tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berjumpa dengan saya untuk mendapat penjelasan secara terperinci dan mendalam. Yang Berhormat Pokok Sena yang telah memulakan hujah yang pada awalnya kita rasakan tidak akan ada perbahasan, sampai Yang Berhormat Pokok Sena berhujah sampai pukul 6.00 petang, mereka masih berbahas tentang rang undang-undang ini.
Isu pemantauan AIU yang mana bukan saja Yang Berhormat membentangkan malah banyak lagi Ahli-ahli Yang Berhormat membentangkan isu ini. Yang Berhormat Menteri Pendidikan II, Yang Berhormat Besut telah pun mengambil beberapa inisiatif. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengadakan tiga mesyuarat bersama pihak AIU dengan kementerian sendiri. Di mana pihak kementerian telah memaklumkan keperluan bagi pihak AIU mematuhi peruntukan Akta 555 sekiranya AIU meneruskan hasrat untuk menutup operasi AIU. KPM juga telah mengambil inisiatif seperti berikut: (i) mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan AIU termasuk wakil pihak Yayasan Al-Bukhary; (ii) mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar AIU; dan (iii) membuat pemeriksaan di premis AIU. Perkara-perkara ini adalah sebahagian dari tindakan pemantauan rapi pihak KPM terhadap isu AIU. Pada masa yang sama isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga, Yang Berhormat Pokok Sena dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain mengenai isu AIU ini akan kami ambil maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Undang-undang akta yang ada di sini, kita akan menggunakan secara semua holistik kepada semua IPTA-IPTA dan kita masih dalam proses siasatan. Akan tetapi yang paling penting Yang Berhormat ialah kita akan memastikan pelajar-pelajar di sana akan diberi pembelaan yang sewajarnya. Itu pokok dan pada masa yang sama kementerian sedang mengadakan perbincangan dengan AIU untuk mengenal pasti bagaimana kita dapat bantu ataupun menyelesaikan masalah yang terbaik. Itu yang ingin saya katakan di sini Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri ke atas perhatian yang diberikan kepada penuntut-penuntut yang ada di AIU. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Apakah sebab utama AIU hendak tutup? Oleh sebab bila kita baca dalam surat khabar ada pelbagai jenis alasan yang telah pun diberi. Daripada pihak AIU, dia kata sebenarnya kementerian yang minta supaya AIU ditutup. Akan tetapi selepas itu saya baca macam ada masalah kewangan. Lepas itu ada lain-lain masalah teknikal yang kita tidak berapa tentu. Apakah sebab sebenar AIU ini yang kita rasa sepatutnya cukup dia punya dana, akan ditutup.
Terima kasih Yang Berhormat. Secara ikhlasnya, kita di kementerian apabila kita menerima cadangan untuk siapa membuka universiti, ada syarat-syarat bukan saja daripada segi kewangan tetapi kebolehan, keupayaan. Kita terima ikhlas apabila ada kertas kerja diberi kepada kementerian, kita terima ikhlas. Pembentangan kita semak dan kita beri kelulusan. Akan tetapi saya rasa ini merupakan masalah pengurusan universiti, pengurusan yang mengendalikan pengurusan universiti ini ada masalah di sana. Setakat ini saya tidak dapat memperincikan masalah-masalah tersebut tapi saya boleh pergi satu komitmen untuk memberi maklumat pada Yang Berhormat setelah kementerian selesai perbincangan
dengan AIU, memberikan maklumat terperinci kepada Yang Berhormat tentang isu sebenarnya supaya lebih munasabah jawapan saya nanti.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Akan tetapi hanya buat masa ini, adakah arahan diberikan oleh pihak kementerian untuk menutup universiti ataupun permintaan daripada pihak universiti untuk tutup universiti.
Tidak, kementerian tidak mengarahkan universiti ditutup, untuk menjawab soalan. Permintaan datang daripada pihak universiti tetapi kita tidak membenarkan. Fasal itulah kita adakan perbincangan dengan AIU ini dan di antara sebab utama mereka fikir hasrat awal untuk tutup kerana mengubah model perniagaan daripada 100% wakaf tanpa keuntungan. Itu hasrat awal tetapi seperti mana yang saya telah beritahu kepada Yang Berhormat, kita masih mengadakan pertemuan, perbincangan dan akan saya maklumkan, kementerian akan memberi maklumat yang sewajarnya. Akan tetapi pokoknya Yang Berhormat, kita akan memastikan pelajar-pelajar di sana ditahan, dijaga baik supaya terus diberi sambungan belajar di tempat yang sesuai kepada mereka. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat ada menyebut, beri jaminan untuk menjaga soal hak kepentingan pelajar. Betullah, baguslah itu tapi masalahnya sekarang ini, tinggal entah berapa kerat sahaja pelajar sudah pun. Jadi, itu isu yang saya bangkitkan tadi bahawa mereka tidak mahu keluar dari universiti. Mereka tidak hendak kalau sebolehnya tetapi dipaksa rela kerana kalau tidak nanti mereka tidak ada peluanglah sebab mereka hanya diberikan pilihan. Kamu setuju dengan satu perjanjian baru ataupun kamu balik kampung. Jadi, mereka hendak belajar. Jadi, mereka kena terimalah. Jadi, ini strateginya untuk menghalalkan tindakan, akhirnya dia akan beri hujah bahawa, “Eh, budak-budak itu hendak pindah, budak-budak itu yang setuju, bukan kami hendak tutup”. Jadi, saya nampak dia bukan saja kelentong student dan juga kakitangan, dia juga kelentong kementerian. Sebab itu kementerian tidak boleh bagi sampai pada hari ini walaupun sudah kata tiga kali satu perbincangan telah diadakan, siasatan telah dibuat, perjumpaan dibuat dan sebagainya, sampai hari ini. Maknanya, dia cuba hendak kelentong semua orang dengan berbagai-bagai alasan. Jadi, kalau-kalau Yang Berhormat kata beri jaminan pelajar ini akan dibela dan sebagainya ialah sebab tinggal tidak berapa kerat. Tinggal sepuluh ataupun dua puluh orang saja pelajar. Sebab itu bila sudah pelajar tidak ada, dia beri pula alasan kepada kakitangan akademik macam saya katakan tadi. Kamu kena berhenti tiga bulan notis, sebab apa, tidak ada budak. Tidak ada mahasiswa, tidak ada pelajar. Jadi, kementerian perlu melihat ini, isu ini Tuan Yang di-Pertua. Ini sangat penting bagaimana seorang yang kita berikan segala keistimewaan untuk dapat itu, dapat ini, tiba- tiba dia boleh kelentong. Student, kakitangan masuk kementerian. Pegawai-pegawai kementerian, Yang Berhormat Menteri pun kena kelentong. Ini bagi saya tidak wajar sebab mereka mengadu pada saya. Student mengadu pada saya, kakitangan akademik mengadu. Saya masih bertahan dengan mereka, kakitangan akademik, khususnya kakitangan akademik daripada sembilan ataupun sepuluh negara yang saya sebutkan tadi. Mereka hendak buat press conference dengan media asing dan sebagainya. Ini akan memalukan negara kita. Kalau kementerian tidak boleh ambil tindakan ini, saya katakan bahawa saya tidak ada jalan melainkan akan menyokong tindakan mereka untuk panggil media asing, panggil buat aduan kepada kedutaan mereka dan ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada Kementerian Pendidikan. Sebab itu saya kata kena ada tindakan tegas.
Terima kasihlah Yang Berhormat Pokok Sena begitu prihatin dengan imej negara. Saya mengalu-alukan pandangan, cadangan diberi oleh Yang Berhormat, terima kasih. Jadi, kementerian memandang serius apa yang telah dikatakan atau maklumat yang diberikan kepada kami oleh Yang Berhormat. Ingin saya memastikan di sini bahawa apa yang telah dikatakan Yang Berhormat, kita mengambil kira dan kita memang serius untuk menangani masalah ini. Terima kasih dan kita berharap dalam masa terdekat kita dapat mencari satu penyelesaian yang munasabah kepada semua pihak. Itu yang penting Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat saya...
Saya fikir begini, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Begini saya minta jaminan kata hendak selesai itu okey, bagus tapi macam mana kami hendak dapat maklumat. Kami pun mesti tahu, khususnya Ahli Parlimen kawasan di mana beradanya universiti tersebut, mereka ini mengadu kepada saya dan sebagainya. Saya mesti dimaklumkan secara terperinci apa alasan dan sebagainya sampai kepada peringkat Albukhary Universiti ini boleh melakukan sedemikian rupa. Saya tidak mahu nanti beri-beri jaminan, habis sidang ini, tidak ada apa tindakan. Tiba-tiba sampai bulan lapan, tutup. Sebab apa? Dia bagi tempoh kepada kakitangan akademik sampai tiga bulan, bulan lapan. Bulan Jun, hujung Jun mereka kena keluar daripada apartment mereka, rumah staf yang disediakan. Jadi, ini satu kezaliman bagi saya. Dia bekerja, diberikan tempoh sampai bulan lapan bayar gaji tapi bulan hujung bulan enam dia kena keluar daripada apartment. Ini satu penindasan, sebab itu saya hendak minta jaminan bahawa apa yang saya boleh akses dengan maklumat keputusan yang bakal dibuat nanti, penyelesaian yang boleh dicari untuk memastikan bahawa semua mereka ini terbela dan imej negara terjaga. Kalau tidak, saya tidak ada jalan. Saya katakan tadi saya akan bawa mereka ini untuk kepada media asing. Bukan saya hendak merosakkan negara kita tetapi Syed Mokhtar, Tan Sri Syed Mokhtar inilah yang merosakkan nama baik negara.
Okey Yang Berhormat, seperti saya kata maklumat itu akan kita berikan kepada orang ramai dan juga saya pasti Yang Berhormat sendiri, kalau perkara ini dapat kita beri maklumat sebelum tamat tempoh persidangan ini, akan saya maklum kepada Yang Berhormat, kepada semua yang berkenaan juga. Kita akan memastikan perkara ini dilakukan. Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan isu permohonan penubuhan Kolej Universiti Islam Darul Ulum, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak meluluskan permohonan penubuhan Kolej Islam Darul Ulum memandangkan kolej ini tidak memenuhi beberapa kriteria penubuhan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, Kolej Darul Ulum boleh mengemukakan semula permohonan penubuhan kepada kementerian setelah tempoh moratorium IPTS ini tamat pada tahun 2015, 1 Februari. Boleh kemukakan balik, kita akan beri pertimbangan dan boleh kita kerjasama dengan Kolej Islam Darul Ulum ini bagaimana dapat membantu dan sekiranya perlu, bagaimana kita dapat memastikan lagi mereka dapat meneruskan proses pendidikan di sana.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah saya ucapkan kerana memberikan penjelasan dan saya akan pastikan satu permohonan semula akan dibuat oleh Kolej Universiti Islam Darul Ulum. Cuma kalau bolehlah diberitahu secara bertulis kepada saya untuk disampaikan kepada Kolej Universiti Darul Ulum apakah kriteria-kriteria yang tidak dapat dipenuhi sebelum ini sebab surat itu diberikan terlalu umum kata tidak dapat diterima, maknanya tidak dapat diluluskan, itu sahaja tetapi tidak diberitahu kenapa sebab Yang Berhormat kata kalau penuhi kriterianya maka kita lulus. Jadi saya harap minta pegawai beritahu apa kriteria yang mesti dipenuhi dan saya akan pastikan satu permohonan baru untuk saya sampaikan terus kepada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pengerang juga membangkitkan isu bagaimana kerajaan memperketatkan kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi swasta di negara ini bagi memastikan pelajar tersebut benar-benar pelajar yang tulen ataupun genuine. Bagi menjamin ketulenan pelajar yang memasuki Malaysia, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan EMGS – Education Malaysia Global Services sebagai pusat sehenti, one stop centre bagi memproses dan membuat saringan kesahihan dokumen-dokumen permohonan pelajar antarabangsa ke IPTS sebelum dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi proses pengeluaran pas pelajar. Syarat-syarat bagi pelajar antarabangsa yang mohon pas pelajar melalui EMGS akan disaring melalui dua peringkat iaitu sebelum memasuki negara, kelulusan visa dengan rujukan, saringan akademik yang dibuat EMGS, saringan keselamatan – PDRM dan saringan oleh Jabatan Imigresen dan selepas memasuki negara kelulusan pengeluaran sticker pas saringan kesihatan dan juga bio security akan dilakukan oleh EMGS.
Yang Berhormat Pengerang juga meminta bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan kualiti IPTS yang ditubuhkan di negara ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa memantau pengoperasian IPTS khususnya kualiti perkhidmatan dan pengajian-pengajian yang ditawarkan oleh pihak IPTS. Pengambilan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas IPTS juga membolehkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan kelestarian pengurusan IPTS khususnya dari aspek daya saing IPTS dari segi kewangan, dari segi faktor kelestarian kewangan sangat berkait rapat dengan kualiti perkhidmatan dan kualiti pengajian yang ditawarkan oleh IPTS. Pihak KPM juga akan bekerjasama dengan agensi- agensi kerajaan yang lain dalam memastikan IPTS yang menjalankan program pengajian yang berkualiti dan yang terpenting memastikan pelajar-pelajar antarabangsa yang diterima didaftarkan oleh pihak IPTS adalah pelajar genuine yang masuk ke Malaysia dengan pas pelajar bagi mengikut program pengajian yang ditawarkan oleh pihak IPTS dan memasuki Malaysia bukan untuk tujuan kerja atau tujuan-tujuan yang lain. Yang Berhormat Pengerang juga minta kawalan kualiti pensyarah luar negara yang mengajar di IPTS. Untuk makluman Yang Berhormat, pensyarah IPTS perlu memiliki permit mengajar sebelum dibenarkan mengajar dan pas pengajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri hanya akan dikeluarkan kepada pensyarah luar negara setelah melalui proses saringan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang Berhormat Pengerang juga mencadangkan agar memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan untuk dilantik menjadi pensyarah di IPTS. Proses pengambilan tenaga pengajar di luar negara memerlukan IPTS mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar tempatan bagi memastikan peluang diberikan kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Yang Berhormat Pengerang, kos yuran pengajian di IPTS. Untuk makluman Yang Berhormat, garis panduan untuk menentukan yuran pengajian akan diperkemaskan dan diperkasakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan yuran pengajian yang ditetapkan oleh pihak IPTS adalah berpatutan dan sepadan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak IPTS. Kepelbagaian program pengajian, kehadiran IPTS yang pelbagai dengan yuran pengajian yang pelbagai akan memberi peluang dan ruang yang cukup luas kepada pelajar untuk memilih IPTS yang bersesuaian mengikut kecenderungan bidang pengajian dan kemampuan kewangan pelajar. Kawalan ajaran lain yang dibawa oleh pensyarah-pensyarah luar negara contohnya ajaran syiah yang mana juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Pemantauan sentiasa dijalankan ke atas IPTS termasuk pensyarah dilaksanakan berdasarkan peruntukan Akta 555. Sekiranya Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat maklumat bahawa terdapat unsur-unsur negatif yang dibawa oleh pensyarah luar negara, permit mengajar pensyarah berkenaan boleh dibatalkan dengan serta-merta. Yang Berhormat Pengerang juga meminta pengeluaran visa pelajar terutama pelajar itu dikawal, hanya pelajar yang tulen sahaja diberikan visa pelajar. Saya telah memberi jawapan ini sebelum ini. Yang Berhormat Pengerang cadangkan agar perlu kawal lantikan pensyarah di IPTS, saya sudah jawab. Utamakan anak tempatan pun juga sudah jawab. Perlu ada kawalan, telah saya jawab juga. Seterusnya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Kursus-kursus penting yang dikendalikan seperti perubatan mutu diragui, minimum qualification. Yang Berhormat, IPTS juga tertakluk kepada syarikat kelayakan yang sama kerana pihak MMC – Malaysian Medical Council turut terlibat sebagai panel penilaian kursus pengajian sebelum diluluskan. Kita bekerja rapat dengan MMC untuk mengambil segala arahan daripada mereka sebelum kita meluluskan apa-apa jurusan dan juga kelayakan minimum yang diperlukan oleh MMC. Kawalan kuantiti ...
[Bangun]
Boleh saya selesaikan jawapan, terima kasih. Kawalan kuantiti IPTS, Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa kuantiti IPTS memang merupakan satu masalah yang menjejaskan kualiti IPTS kerana mengehadkan kemasukan pelajar ke IPTS secara ramai. Bagi mengatasi masalah ini, moratorium telah dikenakan bagi mengehadkan penubuhan lebih banyak IPTS. Moratorium ini telah bermula pada 2013 dan akan tamat pada Februari 2015 untuk makluman Yang Berhormat. Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan moratorium itu, setahu saya apabila moratorium itu disebutkan di dalam Dewan yang mulia ini, masa itu tidak ada Quest International University Perak, semasa itu yang saya tahu tidak ada Perdana Medical College. Jadi apakah kedudukan kedua-dua medical kolej ini, adakah mereka diberikan kelulusan untuk teruskan kursus perubatan?
Maklumat itu saya tidak ada pada masa ini, saya akan berikan maklumat ini kemudian kepada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan spesifik tetapi kalau tidak ada jawapan, mungkin boleh berikan selepas ini iaitu apakah kelayakan minimum yang diperlukan untuk mengaji kursus perubatan dalam IPTA ataupun IPTS di Malaysia? Saya tidak tahu sama ada jawapan tidak dalam perkara ini.
Secara general dengan izin saya boleh maklum kepada Yang Berhormat. Contoh seorang pelajar keluaran STPM hendak masuk ke bidang perubatan. Contoh tahun lalu pengambilan, tempat yang ada 700 fakulti perubatan IPTA, yang mohon lebih kurang tiga ribu pelajar yang mempunyai kelayakan. Contoh yang pertama kita lihat atas keputusan CGPA, contohnya 4.0 terbaik.
Kedua, kita lihat markah kokurikulum 10%. Ketiga, kita akan lihat kepada MUET (Malaysian University English Test). Kita menambah lagi keperluan sampai ada universiti meminta MUET Band 4, ada minta Band 5 supaya bahasa Inggeris kerana buku-buku rujukan kebanyakan bahasa Inggeris. Sekiranya masih ada lagi ramai pelajar daripada 3,000 kita dapat straining dan masih ada ramai kita akan pergi kepada keputusan SPM mereka dalam bidang mata pelajaran Sains, bagaimanakah pencapaian mereka pada masa itu. Setelah kita buat tapisan semua ini kita akan dapat seorang pelajar yang layak dan beliau akan hadir temu duga dan beliau juga harus lulus temu duga. Seperti mana Yang Berhormat sebentar tadi katakan ada pelajar yang cemerlang dalam semua aspek tetapi bila terlihat darah dia pengsan dan perkara ini kadang-kadang tidak dimaklumkan kepada ibu bapa. Ini perkara yang pernah berlaku. So, kita memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar dan kita akan teruskan. Kalau ada perubahan dalam syarat ini akan saya maklum kepada Yang Berhormat.
Minta penjelasan sedikit. Nombor satu, adakah ia untuk IPTA seperti apa yang disebut tadi ataupun untuk IPTS juga? Itu nombor satu. Nombor dua, adakah kelayakan untuk mendapat kursus perubatan ini minimum dia CGPA 4.0 dan adakah subjek tertentu yang diperlukan? Macam saya boleh dapat 4A tapi saya punya subjek mungkin Sejarah, Geografi, Literature dan lain-lain.
Tidak bolehlah Yang Berhormat. Sejarah, Literature semua tidak bolehlah. Maksud saya I thought you are in the same fact dengan izin mata pelajaran sainslah. Takkan kita buat mata pelajaran sastera hendak jadi doktor kan? No lah, it’s not like that. You are over stretching in a bit, sorry dengan izin. Kita ada minimum, 4.0 is the best. CGPA 4.0 terbaik. Minimumnya ada tetapi kerana ramai yang mendapat 4.0 ada juga pelajar yang mendapat 3.75 juga akan dipanggil temu duga kerana beliau memenuhi syarat-syarat yang lain seperti kokurikulumnya baik, Band MUETnya terbaik, dalam temu duga dia berjaya, okey. So, kita akan memberi peluang kepada ramai dan universiti sekarang memberi peluang yang terbaik kerana diberi peluang pelajar-pelajar pergi ke universiti untuk menghadiri temu duga. Untuk swasta IPTS pula mereka mengekalkan kebanyakan daripada syarat-syarat ini. MUET. Tidak seharusnya mereka follow 100% tetapi MMC control. Contoh kalau hendak belajar di luar daripada negara, NOC (Non Objection Certificate) kita tidak boleh bagi. Sekurang-kurangnya kena ada B dalam mata pelajaran Sains. Kalau ada seorang pelajar mata pelajaran Sains dapat C, kita tidak akan bagi dia NOC dan sekarang kita berbincang untuk mengetatkan lagi kriteria-kriteria ini.
[Bangun]
Yang Berhormat.
Sorry, last question on this. Saya rasa itu soalan pokok yang saya tanya sebentar tadi iaitu untuk IPTS. Saya tahu memang untuk IPTA buat masa ini kursus perubatan kriterianya ketat. Sama ada fair tidak fair itu lain isu tapi untuk IPTS. Banyak IPTS yang dituduh bahawa mereka they relax the requirements untuk menarik pelajar sebab ini merupakan yuran bagi mereka dan banyak laporan antara doktor-doktor yang ada diterbitkan dalam surat khabar yang mengatakan mereka menggunakan cara lain untuk membawa masuk penuntut-penuntut yang sebenarnya tidak patut layak ke dalam universiti tersebut.
Yang Berhormat, seharusnya tidak ada begitu. Dia ada syarat minimumnya dan pelajar-pelajar yang pergi ke IPTS untuk dalam bidang perubatan akan memenuhi syarat minimum. Kalau ada pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat minimum, saya rasa beliau tidak akan berjaya untuk memenuhi proses pembelajaran dalam tingkat masa itu. Sekiranya ada, Yang Berhormat maklum pada saya. Kita akan semak IPTS berkenaan sekiranya mereka mengambil pelajar-pelajar tersebut. Senyuman Yang Berhormat memberi makna yang lain tapi saya sedar saya faham senyuman tersebut tapi kerjasama dengan kita. Kalau ada IPTS-IPTS mengambil pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat maklum kepada kita kerana ramai pelajar di luar sana memenuhi syarat tetapi tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Gopeng, isu yang ditanya tadi tentang kedudukan Medical Quest dalam Perdana University ada maklumat sedikit. Permohonan mereka dikemukakan oleh Quest dan Perdana ini sebelum moratorium ini dikuatkuasakan. So, oleh kerana itu mereka dapat melaksanakan program ini. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara banyak perkara yang telah dibangkitkan. Saya akan cuba jawab satu demi satu. Mohon kementerian mengenakan bon kepada IPTS yang mohon untuk tubuhkan sebagai cagaran kepada kerajaan. Terima kasih atas cadangan. Kami mengalu-alukan cadangan ini dan sebenarnya strategi pelaksanaannya sedang dibincang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melancarkan pelaksanaan dan cadangan kerajaan bail out IPTS yang tidak mampu terus beroperasi. Berdasarkan peruntukan yang sedia ada Yang Berhormat kementerian Pendidikan Malaysia membantu IPTS berhubung penerusan pengajian pelajar sekiranya IPTS tidak mampu terus beroperasi. Cadangan mengenakan jaminan fi amat disambut baik oleh kita dan akan dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemampuan kekurangan IPTS yang mahu ditubuhkan perlu diteliti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan audit kelestarian di mana prestasi kewangan IPTS terpilih dianalisa. Langkah ini sedikit-sebanyak membantu IPTS mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perlu ada ranking universiti sebagai rujukan. Cadangan yang baik. Yang Berhormat, sebagai rujukan tentang prestasi universiti, kolej universiti ataupun kolej, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan senarai penarafan kualiti IPT. Bagi peringkat universiti senarai tersebut boleh dirujuk di penilaian setara dan bagi kolej di penilaian My Quest. Keputusan berkaitan dengan setara boleh dirujuk di laman website MQA. Saya tidak...
[Bangun]
...One more paragraph. Justeru, penilaian ini juga sudah ditambahbaik mengikut keperluan dari semasa ke semasa bagi membolehkan IPT membangunkan kapasiti. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya pun kenal tentang jadual yang telah pun disediakan di bawah setara Discipline Base Rating System dan saya ada jadual tersebut di hadapan saya di mana mungkin dalam bidang engineering ada lebih kurang 24 universiti yang dinilai dan penilaian yang dibuat hanya mengikut tier ataupun tier satu, dua, tiga, empat, lima dan dalam 24 universiti ini ada dua yang tier tiga, ada 10 yang tier empat, ada 10 yang tier lima dan tiada yang tier enam ataupun dua satu. It’s quite a useless ranking system. Ia tidak memberikan maklumat tentang perguruan, tentang ratio, tentang facilities, tentang the academic rigor yang dimeasure mengikut research yang telah pun dibuat oleh universiti
tersebut. Langsung tidak sama dengan cadangan ranking system yang diguna pakai di negara seperti Australia, UK ataupun US dan saya rasa sistem ini perlu ditambahbaikkan. Nombor dua, pihak yang membuat penilaian ini adalah daripada universiti- universiti tersebut. So, there’s a real conflict of interest here for example dalam bidang medicine yang membuat penilaian satu daripada UM, satu daripada Monash, satu daripada UKM dan semuanya dapat markah yang baik. So, saya rasa penilaian perlu dibuat oleh satu pihak bebas. Tidak perlu pun daripada pihak kementerian. Asalkan bebas ada pihak- pihak yang berkemampuan untuk berbuat begitu dan saya rasa then the ranking system would be credible for the public.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan tadi, penilaian ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Ini satu sistem yang baru kita perkenalkan mendapat satu sambutan yang baik di kalangan IPTS di negara kita dan kita akan terus menambah baik. Cadangan-cadangan seperti ini bernas dan kita akan mengambil kira cadangan ini kerana cadangan ini bagi saya dan bagi kementerian akan menambah baik prestij dan juga pandangan IPTS Malaysia oleh bakal pelajar-pelajar mahasiswa-mahasiswi dan juga pelajar-pelajar negara lain untuk datang dan belajar di sini. Yang Berhormat, usaha memastikan pelajar IPTS dapat peluang penyertaan untuk character development. Yang Berhormat, mulai September 2013 tahun lalu Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan pelajar tempatan IPTS mengambil mata pelajaran umum ataupun MPU yang menekankan perkara-perkara national building dan character development pada September 2013. Kualiti pelajar yang diterima bagi mengikuti program pengajian kritikal khususnya program kejururawatan dan program perubatan yang ditawarkan oleh pihak IPTS.
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil maklum akan keperluan kriteria pelajar yang diterima masuk bagi mengikuti program pengajian kritikal. Contohnya, program kejururawatan dan program perubatan yang ditawarkan oleh IPTS disemak dan diperhalusi agar ia selaras dengan kriteria kemasukan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga agensi berkaitan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengambil langkah dalam perkara ini. Sebagai contoh, kriteria kelayakan minimum bagi mengikuti program kejururawatan telah diperingkatkan baru-baru ini. Maklumat tentang pelajar-pelajar kelulusan minimum akademik untuk swasta. Minimum keputusan STPM, this is minimum dalam mata pelajaran Biologi, Chemistry dan Physic, STPM, 3B. That means all three subjects B or ABC ataupun AAC in three subjects. SPM, yang penting ialah Biologi, Fizik, Chemistry dan Math. The O-level 5B iaitu Biology, Chemistry, Physic, Math and another subject which is science subject related. These are all set by dengan izin, semua ini ditetapkan oleh Malaysian Medical Council. So kita mengambil. That is also being discussed right now. Menambahkan lagi kerana seperti mana doktor-doktor yang ada dalam Dewan ini tahu, we are – semua kelayakan ini bukan ditetapkan oleh kementerian. Kementerian berbincang dengan MMC, MMC sedang mengetatkan lagi kelayakan-kelayakan ini. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Serdang ada membangkitkan isu EMGS. Beliau tidak ada tetapi tidak apa, saya akan jawab. [Disampuk] Ya, mencelah Yang Berhormat tadi. Yuran perkhidmatan sebanyak RM1,000 yang telah dikenakan kepada IPTS bagi urusan kemasukan pelajar antarabangsa Malaysia adalah secara one-off dan kajian serta perbandingan telah dibuat oleh negara-negara pengeksport pendidikan utama yang lain dan didapati ia adalah sangat kompetitif. Yuran tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 Januari 2012. Yuran yang dikenakan sebenarnya telah memberi implikasi yang sangat baik dan jelas bagi menentukan hanya pelajar antarabangsa yang benar-benar tulen dan berkualiti sahaja dibenarkan mengikuti pengajian mereka di sini. Ini juga membuktikan melalui proses saringan yang ketat telah dapat mencegah daripada berlakunya cubaan daripada permohonan yang tidak tulen. We have reduced a lot of students yang tidak seharusnya menjadi pelajar dan ini sangat ketara. Kekurangan permohonan yang tidak memenuhi syarat kelulusan iaitu daripada 24% hingga 27% tahun 2011/2012, ia sekarang tahun 2013 hanya 3% yang digagalkan,
tidak layak. Walau bagaimanapun, jumlah permohonan yang diluluskan di antara tahun 2011 hingga 2013 kekal di antara 30,000 hingga 31,000 dalam masa setahun . Untuk maklumat juga, untuk tahun 2014 Yang Berhormat ya, EMGS telah menyasarkan kenaikan sebanyak 20% daripada jumlah purata kemasukan pelajar antarabangsa iaitu sebanyak 36,000. Setakat 30 Mei 2014 ini, jumlah permohonan yang telah masuk adalah hampir 20,000 ataupun 55% daripada sasaran keseluruhan bagi tahun 2014 dan kami percaya kita akan dapat menepati angka yang telah kita tetapkan iaitu 36,000. Untuk memastikan setiap permohonan dapat diproses dalam jangka masa yang ditetapkan, IPTS perlu menghantar permohonan yang lengkap dengan memenuhi syarat- syarat kelulusan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi dan Jabatan Imigresen. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, pihak Jabatan Imigresen juga telah menempatkan seorang wakil khas di pusat sehenti EMGS untuk menguruskan permohonan pengesahan pasport dan pengeluaran pelekat pas pelajar untuk memastikan proses pembaharuan pas pelajar dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kita juga akan memperkenalkan student identity card. Kad ini akan diberi kepada semua pelajar antarabangsa dan tidak perlu lagi menggunakan pasport ke sana atau ke sini. Hanya dengan kad itu, semua maklumat akan ada seperti MyKad yang ada pada kita yang mana akan mengatakan di mana pelajar ini belajar dan sekiranya ada masalah kesihatan, apakah masalah kesihatan, jurusan yang dia belajar. Pelajar-pelajar tidak boleh menukar kursus sebelum mereka memberi maklumat kepada EMGS untuk mendapatkan kelulusan. Kita juga akan mengatasi masalah penyalahgunaan pas kerana mereka datang untuk belajar satu bidang tetapi apabila masuk universiti, mereka tukar bidang. Seharusnya tidak boleh. Mereka harus mendapat kelulusan. So, kita akan mengetatkan lagi proses- proses ini supaya hanya pelajar-pelajar yang benar-benar tulen datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari Kota Raja. Saya hendak tahu, pusat EMGS ini sudah berfungsi lama mana dan bagaimana pula dengan penyambungan visa, adakah benar ia sebenarnya diuruskan oleh IPTS itu sendiri atau sekarang mereka perlu berurusan dengan EMGS?
Yang Berhormat, EMGS merupakan satu pusat yang mana akan memproses permohonan. IPTS akan memberi permohonan itu lengkap dengan semua dokumen. EMGS memeriksa keperluan-keperluan. Mereka akan memastikan pelajar-pelajar ini memenuhi syarat-syarat. Selepas itu mereka akan ambil permohonan ini dan hantar kepada imigresen. Sebelum imigresen menempatkan pegawai mereka di EMGS, kita terpaksa pergi ke Jabatan Imigresen. Ini mengambil masa. Dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, kita juga telah memastikan sekarang ada wakil duduk di EMGS supaya kita lebih cepat dan segera memberi kelulusan. So, EMGS akan terus melaksanakan tanggungjawab ini. Kita akan memantau. Pemantauan ini penting kerana kita hanya hendak memastikan pelajar-pelajar yang wajib, pelajar-pelajar yang tulen dengan real interest untuk menggunakan Malaysia sebagai hab pendidikan. Itu hasrat kita, Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Kuala Kangsar mencelah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi mengenai kursus-kursus penting yang dijalankan di IPTS seperti undang-undang dan medical menyeluruh kerana menggunakan syarat-syarat paling minimum. Perundangan telah dimoratorium sehingga satu tempoh, manakala kursus kejuruteraan telah di moratorium juga mulai tahun 2011 sehingga 2016 selama lima tahun. Syarat kemasukan kursus kejururawatan adalah lima kredit bagi memastikan kualiti dan kewibawaan pelajar- pelajar tersebut. Yang Berhormat Kuala Krai...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang jurusan undang- undang. Saya ingin bertanya dan saya bersedia menerima jawapan bertulis. Berapakah universiti swasta sekarang, universiti private ini yang menawarkan jurusan undang-undang yang telah pun diiktiraf jurusan tersebut? Itu yang pertama.
Kedua, walaupun ia berkaitan dengan institusi private tetapi saya ingin bertanya juga. Ini kerana saya pernah bertanya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah menjawab akan check benda itu. Kenapakah untuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini, kenapa, tidak silap saya sehingga sekarang, jurusan undang-undang itu masih lagi tidak diiktiraf? Sedangkan, dalam masa yang sama, kursus itu terus ditawarkan dan pelajar terus ambil dan mereka tidak boleh menjadi seorang peguam setelah graduate. Ini IPTA. Itu saya hendak tanya. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada maklumat dan boleh terangkan kenapakah ini berlaku? Dah lama dah benda ini tidak diselesaikan. Terima kasih.
Yang Berhormat, buat masa ini saya tidak ada maklumat. Saya akan berikan maklumat ini kepada Yang Berhormat kemudian.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolonglah sebab saya banyak kali Yang Berhormat Timbalan Menteri berjanji tetapi saya tidak dapat.
Dah bagi dah. Mungkin Yang Berhormat lupa. Biasanya kita bincang dan saya sudah maklum. Tidak apalah. Kalau perlukan bertulis, saya bagi bertulis.
Yang pasal USIM ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata yang lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata saya akan check, tetapi sampai sekarang saya tidak dapat jawapan. Hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kata saya akan check lagi. Sampai bila mahu check?
Saya mohon maaf dan saya akan berikan maklumat ini kemudian kepada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Ada apa-apa lagi?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak boleh tanyakah kat belakang itu? Belakang itu.
Tidak apa, tidak apa. Saya cakap depan. Tidak boleh cakap belakang. Saya hanya pandang Speaker dan Yang Berhormat sahaja boleh.
Ini kerana saya rasa benda ini benda yang sudah diketahui. Benda IPTA. In the first place, why is IPTA ini dibenarkan menawarkan kursus ini?
Yang Berhormat, kita tamatkan bincang rang undang-undang dulu Yang Berhormat ya?
Agak-agak esok boleh bagi? Esok?
Dengan kuasa Tuhan, sekiranya saya hadir, saya akan berilah. Kalau tidak hadir, tidak berilah. Sabar Yang Berhormat ya. Saya tidak boleh cakap macam itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah sedikit? Dari Kuala Kangsar.
Boleh, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Ini tentang fenomena tiada jaminan pekerjaan untuk para graduan. Apakah tindakan pihak kementerian ataupun universiti menyediakan persediaan mental kepada graduan? Maknanya mereka ini tidak semestinya akan mendapat pekerjaan secara automatik setelah berjaya di peringkat universiti. Jadi dia tidak menyalahkan kerajaan. Maknanya setelah berjaya, dia menyalahkan kerajaan kerana tidak mendapatkan pekerjaan. Jadi bagaimanakah kita boleh menyediakan satu mental wellness kepada pelajar-pelajar ini? Terima kasih.
Proses persiapan pelajar dalam IPTA ini ialah kita sentiasa, ini bukan satu proses yang dilakukan just for the short while dengan izin. Ini satu proses yang dilakukan sentiasa dalam apa jua jurusan malah sekarang kita sudah maklum kepada guru-guru pun yang di IPTA dan IPGM, IPTA khasnya bahawa zaman akan datang, masa akan datang guru-guru tidak boleh mengharapkan bahawa automatik akan dapat kerja menjadi cikgu kerana kita akan membuka pasaran. Kita akan memberi peluang kepada ramai lagi guru-guru yang mungkin belajar di IPTS juga memberi peluang menjadi cikgu, bukan sekarang tetapi pada masa akan datang. Kita kena buat persiapan ini awal supaya pelajar-pelajar ataupun murid-murid akan masuk ke universiti pada masa akan datang, akan memahami bahawa kerja-kerja ini tidak automatik, not by right tetapi harus kita cuba kerana ramai pelajar yang layak menjadi guru. Akan tetapi buat masa ini mereka tidak dapat memberi perkhidmatan mereka kepada kerajaan ataupun kementerian tetapi pada masa yang akan datang, mungkin dalam beberapa tahun lagi kita akan meneliti. Kita di universiti, kaunselor-kaunselor di IPTA dan juga di sekolah-sekolah sentiasa memberi maklumat kepada anak murid memilih kerjaya yang akan ada peluang dalam jangka masa yang lama. Kalau hendak masuk dalam bidang perubatan doktor bukan hanya doktor, ada pharmacist yang mana ada keperluan. Banyak lagi kerjaya-kerjaya yang ada keperluannya dan ini kita sentiasa memberi maklumat kerjaya-kerjaya yang ada kepada mahasiswa dan mahasiswi di universiti juga sebelum masuk ke universiti juga Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krai dalam pencelahannya berkata graduate employability yang telah menjadi isu di negara-negara maju. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memperkenalkan dalam tahun 2010 Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dan juga Pelan Strategik Keusahawanan IPT dan tujuannya ialah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran attribute dan nilai keusahawanan serta melahirkan lebih ramai graduan usahawan. Dasar ini menggalakkan pelajar IPT menganjak minda mereka daripada job seeker kepada job creator. Yang Berhormat Tasek Gelugor dalam isu penilaian kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTS bagi memastikan kursus yang ditawarkan memberikan tempat yang tinggi dan strategik. IPTS menawarkan kursus yang memastikan pelajar yang graduate dapat bekerja. Dengan izin, it means employability graduate lebih dan kita memberi pengkhususan malah kita menggalakkan IPTS beri kerjasama dengan syarikat-syarikat industri untuk memberi pengalaman dan juga mereka boleh menempatkan mahasiswa dan mahasiswi mereka dalam training internship dan sebagainya. Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan bimbang dengan pengliberalisasian akan membuka ruang untuk penambahan IPTS yang tidak berkualiti. Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan ini. Sebenarnya pengliberalisasian yang mengarahkan supaya peraturan, kriteria dan garis panduan disemak supaya diketatkan lagi, memastikan hanya yang berkualiti, bereputasi serta menunjukkan ciri-ciri inovatif sahaja yang diberi pertimbangan. Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan isu kursus di IPTS tidak terkawal, terlalu ramai pelajar jurusan kejururawatan tetapi tidak mendapat pekerjaan. Bagaimana kerajaan mengatasi masalah ini? Kursus kejururawatan dibekukan atau moratorium mulai tahun 2011 sehingga tahun 2016 bagi memastikan keseimbangan dan juga penawaran ataupun balance and supply tadi di dalam pasaran adalah seimbang. That means daripada tahun 2011 sehingga tahun 2016 tiada lagi kejururawatan telah pun diberi sekarang. Yang Berhormat Bagan Serai, staf akademik sektor IPTS pada tahun 2013...
Menteri, sedikit.
Ya Yang Berhormat.
Saya juga bangkitkan isu tentang 25 orang pelajar yang baru hantar memorandum petang tadi, masalah mereka dihadapkan ke tatatertib universiti. Saya rasa Menteri belum dapat memorandum itu. Saya nanti minta Bentara hantar kepada Menteri. Kalau boleh 25 orang pelajar ini tidak usahlah. Mereka hanya memperjuangkan nasib petani-petani tentang isu TPPA. Ini isu rakyat. Kalau pelajar mahasiswa universiti ingin perjuangkan isu rakyat, kita harus rasa gembira kerana mereka care for the country.
Mereka memperjuangkan nasib orang yang kurang bernasib baik. Ini harus digalakkan dan bukan kerana mereka adakan demo di depan Parlimen, mereka dihadapkan ke tatatertib. Minta Menteri kalau boleh tegur TNC HEP di universiti masing-masing. Saya akan hantar memorandum kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat tidak mengapa, saya akan tunggu memorandum nanti tetapi can we stick to the rang undang-undang? Ramai lagi Ahli Parlimen bangkitkan isu. Pelajar-pelajar itu akan memberi e-mel kepada saya, mereka telah menghantar e-mel dan dokumen itu ada pada kita, tidak perlu. Akan tetapi kalau ada tambahan dokumen, saya minta. Terima kasih Yang Berhormat dan kita akan meneliti permohonan mereka. Berbalik kepada permohonan Yang Berhormat Bagan Serai. Untuk maklumat Yang Berhormat di sektor IPTS, jumlah pemegang PhD yang beri perkhidmatan ialah 3,249 orang, master ialah 10,106 orang, diploma lepasan ijazah tiada, sarjana muda 8,551 orang, diploma 1,269 orang dan lain-lain kelulusan 1,301 orang. Jumlah staf akademik IPTS dalam tahun 2013 24,476 orang. Apakah usaha KPM untuk menjadikan IPTS sebagai research university atau RU. Blueprint yang dirancang bagi sektor pengajian tinggi telah menetapkan sekurang- kurangnya satu research university di kalangan IPTS kerana potensi IPTS yang mempunyai jaringan dengan industri mengadakan penyelidikan yang berbeza tetapi berimpak tinggi. Yang Berhormat Bagan Serai juga membangkitkan isu penyalahgunaan visa pelajar antarabangsa. Syarat tempoh maksimum mereka ini berada di sini, tenaga pengajar berkelulusan PhD nisbah 21:1. Adakah tenaga pengajar yang layak dan berkualiti kepada pelajar? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pas pelajar yang dikeluarkan kepada pelajar antarabangsa tertakluk pada tempoh masa pengajian yang diikuti oleh pelajar di mana tempoh minimum ialah satu tahun perlu diperbaharui. Setiap IPTS mempunyai kriteria untuk mempunyai pensyarah lulusan contoh universiti kena ada PhD 20% dan juga master 80%. Kolej universiti pula PhD sekurang-kurangnya 15% dan master holder lebih kurang 60%. Yang Berhormat Kota Raja, berapa peratuskah yang disasarkan untuk rakyat Malaysia yang akan memasuki IPTS? Yang Berhormat, buat masa ini bilangan pelajar di IPTS dan di IPTA adalah lebih kurang sama. Akan tetapi dengan dasar kerajaan bagi mengehadkan penubuhan IPTA, maka peratus pelajar yang akan memasuki IPTA dan IPTS disasarkan lebih kurang 60% pada masa yang akan datang.
Menteri, saya tidak faham tadi. 60% daripada apa itu? Adakah 60% daripada cohort ataupun maknanya dalam jangka masa panjang, 60% daripada kependudukan kita?
Dalam jangka masa panjang.
Yang Berhormat, sedikit. Saya ada bagi pendapat tentang kolaborasi antara IPTA dan IPTS. Bermakna IPTA dan IPTS contohnya bergabung untuk research university, buat research dan sebagainya. Apa pendapat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang menggalakkan kerjasama seumpama ini dan kerjasama seperti ini sedang diadakan sekarang, sedang berlangsung dan kita masih menggalakkan. Kerjasama- kerjasama di IPTS dan IPTA bukan sahaja dari segi research, pelbagai bidang juga daripada sektor di mana pengajar-pengajar, lecturer dan profesor mereka juga sering bekerjasama. Kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Kita mendapat nasihat daripada semua bidang pengajian tinggi IPTA dan IPTS ini. Kita akan teruskan kerjasama ini. Yang Berhormat Kota Raja juga telah membangkitkan isu tentang EMGS. Sedikit maklumat Yang Berhormat. EMGS telah bermula pada 4 Februari 2013. Permohonan dibuat oleh IPTS bagi pihak pelajar dan akan dihantar sepertimana yang saya telah beri penjelasan tadi. EMGS, proses menyokong permohonan yang layak ke Jabatan Imigresen untuk proses kelulusan visa dan Jabatan Imigresen akan menyaring dari segi keselamatan. Akan tetapi sebelum ini kita ada masalah kerana pegawai Imigresen di tempat lain, EMGS di tempat lain tetapi sekarang kita untuk memudahkan proses mempercepatkan lagi...
Maknanya sebelum 2013, pengambilan penuntut dari luar negara, penuntut antarabangsa tidak melalui kementerian? Terus melalui IPTS?
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat juga minta bagaimana KPM mengawal kursus yang ditawarkan di IPTS- IPTA tidak bertindih dan menyebabkan lambakan graduan dalam kursus yang sama. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Jawatankuasa Dasar Jaminan Kualiti di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membincangkan kursus-kursus, khususnya yang kritikal supaya lambakan dapat dielakkan. So, kita ada satu jawatankuasa dasar yang membincangkan perkara ini supaya bagaimana kita dapat mengatasi masalah-masalah dan juga mengambil kira kursus-kursus yang ditawarkan. Kita sentiasa mengadakan perbincangan untuk memastikan tidak ada lambakan graduan dalam pasaran nanti. Yang Berhormat Kapar meminta apakah mekanisme yang digunakan untuk mengawal kadar yuran IPTS. Yang Berhormat, setiap yuran yang dipohon oleh IPTS adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kepada kajian pasaran, lokasi, prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh IPTS. Setelah mengambil kira semua ini, selepas itu kita akan menentukan sama ada kadar yang ditetapkan oleh kursus tersebut, oleh IPTS tersebut sama ada munasabah atau tidak. Semua ini akan diambil kira sebelum kita dapat menetapkan kos sebenar. Yang Berhormat Gopeng, adakah program perubatan Quest University diiktirafkan? Yang Berhormat, berdasarkan pengawalan data MQA, terdapat dua program perubatan yang telah mendapat akreditasi sementara dan diiktiraf iaitu Bachelor of Medicine dan Bachelor of Surgery di Quest University. Yang Berhormat Kota Raja terus juga membangkitkan mekanisme pemantauan pelajar yang terlibat dalam aktiviti jenayah. Terima kasih Yang Berhormat. Dua areas Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Ops Bersepadu bersama agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, PDRM. Kesalahan jenayah tertakluk di bawah bidang kuasa PDRM. Manakala kesalahan seperti tinggal lebih masa pula tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia. EMGS pula akan melaksanakan penyaringan akademik untuk memastikan pelajar- pelajar antarabangsa yang memenuhi kelayakan masuk ke program yang diluluskan dan diakreditasi oleh Jabatan Pengajian Tinggi dan MQA. EMGS akan menyimpan rekod untuk setiap pelajar antarabangsa dan memantau bahawa hanya pelajar-pelajar yang mencapai prestasi akademik minimum 2.0 CGPA dan kehadiran kursus 80% sahaja yang di benar untuk memperbaharui pas pelajar setiap tahun dan sistem Star EMGS berintegrasi dengan sistem IMSS Jabatan Imigresen dan dapat menghalang pelajar antarabangsa yang mempunyai rekod di Jabatan Imigresen Malaysia daripada memohon pas pelajar atau memperbaharui pas pelajar mereka. Rekod EMGS dikongsi bersama PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia atau mana- mana agensi penguatkuasaan yang memerlukan. Maka, sekarang kita dapat mengawal kerana kita telah mengetatkan dan tanggungjawab diberi kepada EMGS dan kerjasama EMGS dengan Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM membantu kita to weed out, dengan izin, pelajar-pelajar yang tak genuine. Yang Berhormat Kota Raja juga meminta bagaimana KPM akan mengawal kemasukan pelajar-pelajar dari Benua Afrika di IPTS kerana kebanyakan terlibat dalam gejala sosial. Baru-baru ini kita dapat mengurangkan sejumlah besar. Seperti mana saya maklumkan tadi, just want to share some notes dengan Yang Berhormat. Kita telah berjaya mengurangkan pelajar-pelajar, serious students- quite a number. Maybe I share dengan Yang Berhormat kemudian. Penurunan pelajar-pelajar daripada benua Afrika ini setelah kita mengenakan syarat-syarat ini, ramai tidak memilih Malaysia. Ada berkurangan tetapi kita ada peningkatan di negara-negara yang lebih genuine. Kita ada kekurangan pelajar-pelajar daripada benua Afrika yang datang ke negara ini dengan memberi sebab hendak melanjutkan pelajaran. Sudah kurang kerana kita memantau, kita semak, hanya mereka
yang genuine application dengan courses, kita beri peluang. Ada kekurangan tetapi kekurangan ini dapat ditambahkan daripada pelajar-pelajar dari negara lain. Selain daripada proses saringan yang dibuat oleh EMGS ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan syarat tambahan merupakan Non Objection Certificate (NOC) kepada pelajar-pelajar South Sahara. Selain itu, pelajar Nigeria pula perlu mengemukakan letter of good conduct sebelum pas pelajar dikeluarkan. That means, pelajar-pelajar spesifik, contoh Nigeria, they need to bring a letter of student of good conduct, dengan izin, sebelum kita dapat memberi isu visa pelajar. Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Raja, sebelum tahun 2013, IPTS perlu berurusan dengan tiga agensi. Sebelum ada EMGS inilah, Jabatan Pengajian Tinggi dan juga Jabatan Imigresen Malaysia, permohonan baru, permohonan kali pertama. Selepas itu untuk renewal, mereka balik kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Kali ini mereka semua one-stop centre, EMGS akan laksanakan semua ini. Sejauh manakah daripada kursus-kursus yang ditawarkan kepada penuntut- penuntut ini dapat ada kerjasama daripada pihak industri dan juga IPTS? Seperti mana yang kita telah maklum kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi Yang Berhormat, KPM menggalakkan IPTS menawarkan kursus-kursus kolaborasi dengan industri bagi memastikan kebolehpasaran pelajar setelah bergraduan. Pelajar akan menjalani latihan industri di sektor yang berkaitan. Pembangunan standard program dalam bidang-bidang tertentu dibangunkan secara kerjasama dengan pihak industri, pakar-pakar bidang, ahli akademik yang mana kerjasama ini dapat menentukan sesuatu kursus tersebut adalah selari dengan kehendak industri. Yang Berhormat Pasir Gudang, perlu ada garis panduan pelaksanaan pengoperasian IPTS seiring dengan pindaan akta ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan piawaian (GPP) yang bertujuan untuk menjadi rujukan kepada pengoperasian sesebuah IPTS. Garis panduan piawaian ini dibangunkan selaras dengan Akta 555. Yang Berhormat Lumut mencadangkan supaya bahasa kebangsaan dimartabatkan di IPTS. Terima kasih Yang Berhormat. Peruntukan Akta 555, khususnya seksyen 41 menyatakan bahawa semua IPTS harus menjalankan program pengajian dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Namun begitu, pihak IPTS dibenarkan membuat permohonan kepada kementerian bagi menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan. Namun, dalam keadaan sebegitu, subjek mata pelajaran umum (MPU) yang merupakan subjek wajib yang perlu dipelajari oleh pelajar IPTS, bahasa kebangsaan diwajibkan. Dalam beberapa subjek teras seperti penekanan akan semangat cintakan negara juga disemai di kalangan pelajar-pelajar IPTS yang mana semua ini menggunakan bahasa kebangsaan. Yang Berhormat Lumut juga minta bagaimana KPM mengawal pengeluaran permit mengajar kepada pensyarah IPTS dari luar, apakah kriteria yang perlu dipenuhi? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriterianya pematuhan undang-undang Akta 555. Warga negara asing perlu ada permit kerja yang ada tempoh sah laku sebelum mohon permit masuk. Kursus pengajian permohonan hanya dibenarkan mengajar subjek yang diluluskan, tempoh sah laku dalam masa lima tahun dan renewal setiap lima tahun. Kelayakan akademik, contoh PhD., Master's, inilah syarat-syaratnya, bidang yang bakal diajar. Kalau hendak ajar Masters, kena ada sekurang-kurangnya PhD. PhD kena ada. Kalau hendak ajar pelajar-pelajar dalam Bachelors Degree, kena ada Masters Degree. Kalau hendak mengajar pelajar-pelajar Diploma, kena ada kelulusan Bachelors Degree. Inilah bidang-bidang yang telah ditentukan. Yang Berhormat Sik, peranan MQA dalam mengawal kualiti pendidikan yang ditawarkan di IPTS. MQA menjalankan penilaian akreditasi tertutup kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTS. Panel Penilaian Akreditasi ini dipohon oleh pihak IPTS bagi tujuan penilaian. Kita sentiasa berhubung dengan IPTS dan juga memantau semua kursus ini dan juga dari masa ke semasa tinjauan ini dibuat secara spontan untuk melihat, untuk semak sama ada IPTS mengekalkan semua syarat yang telah pun dikenakan. Tindakan akan diambil sekiranya IPTS tidak mengikut syarat-syarat yang dikenakan ataupun
mengubahsuai keperluan-keperluan untuk pelajar-pelajar tersebut. So, pemantauan ini akan dilakukan setiap masa dan kita akan terus memantau. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain telah memberi banyak cadangan yang mana kita ucapkan terima kasih termasuk Yang Berhormat Tebrau.
Langsung tak ada satu dijawab.
Kerana Yang Berhormat Tebrau telah memberi semua cadangan yang kita telah ambil kira. Tidak ada spesifik jawapan yang diminta. Oleh sebab itu kita telah mengambil maklumat semua. Kalau ada yang tertinggal, akan saya beritahu kepada Yang Berhormat nanti.
Sebenarnya ada. Saya bertanya tentang misalnya tentang kita punya sasaran, sebenarnya banyak soalan yang saya tanya.
Mungkin tidak ada kena-mengena dengan rang undang-undang. Mungkin isu pendidikan yang lain. Kalau kena-mengena dengan rang undang-undang, saya sudah jawab sudah. Kalau tidak ada kena-mengena dengan rang undang-undang, bukan sahaja Yang Berhormat Tebrau saya tidak jawab, ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tanya saya tidak jawab kerana tidak ada kena- mengena dengan rang undang-undang.
Tanjong belum jawab. Tanjong belum dijawab.
Ya?
Tanjong.
Tentang isu apa?
Tanjong.
Tentang isu apa?
Kolej Hanyang dengan Kolej Era Baru.
Tidak ada kena-mengena dengan rang undang-undang Yang Berhormat. Kalau hendak maklumat itu...
Itu berkaitan.
Kalau ada maklumat itu, saya akan beri kemudian kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat...
Yang Berhormat, ada sedikit lagi Yang Berhormat. Minta maaf. Saya bertanya tentang kolej-kolej yang mendapat permit untuk Kursus-kursus Bahasa Malaysia. Terima kasih.
Ada. Terima kasih Yang Berhormat. Ini tanya kena-mengena dengan rang undang-undang. Kawalan terhadap kemasukan pelajar antarabangsa ke pusat bahasa. Kemasukan pelajar antarabangsa ke pusat bahasa menggunakan pas pelajar tertakluk kepada kelulusan daripada Jabatan Imigresen. Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam memberikan sokongan kepada permohonan tersebut dengan syarat-syarat berikut. Ada beberapa syarat, saya boleh
(i) institusi telah berdaftar dan kursus yang ditawarkan telah diluluskan; (ii) hanya institusi pendidikan swasta yang telah mendapat perakuan pengambilan pelajar antarabangsa daripada Kementerian Dalam Negeri sahaja dibenarkan mengambil pelajar-pelajar antarabangsa;
(iii) umur pelajar di antara 18 tahun hingga 35 tahun; (iv) kelayakan akademik pelajar mengikut kesesuaian kursus yang dipohon; (v) prestasi akademik yang baik; dan (vi) kapasiti pelajar yang dibenarkan di institusi. Walau bagaimanapun, saringan yang ketat dikenakan termasuk warganegara sub- Sahara, Bangladesh, China dan Iran. Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara bersepadu dengan PDRM dan Jabatan Imigresen bagi memastikan IPT tersebut akur kepada prosedur yang ditetapkan. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Saya bagi pihak kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Kita menerima cadangan-cadangan yang baik. Isu-isu yang dibangkitkan tidak ada kena-mengena di dalam rang undang-undang juga kita ambil maklum, yang mana yang boleh kita akan cari penyelesaian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Yang Berhormat Menteri usul di bawah Peraturan Mesyuarat 16(3).
Usul — Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3)Motion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Projek Terbengkalai Plaza RakyatAdjournment
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita menyebut Plaza Rakyat, sudah pasti kita akan tergambar bahawa ia satu projek pembangunan yang sudah terbengkalai sejak tahun 1997 iaitu kira-kira 17 tahun lalu. Sehingga kini, keadaan yang tidak berubah iaitu satu tapak yang sudah dikorek untuk membina atas bangunan berbilang tingkat yang telah menarik ramai pembeli untuk melabur di dalamnya. Malangnya projek itu tidak dapat disiapkan dan dibiarkan terbengkalai dan menjadi satu isu kepada rakyat Kuala Lumpur. Di manakah silapnya? Ramai warga kota dan orang ramai bertanya mengapa kerajaan tidak berbuat sesuatu yang memulihkan projek tersebut. Sejak menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sejak tahun 1999, saya tidak putus- putus menerima aduan dan bantahan tentang projek ini. Setiap kali saya membawa kes ini di sidang Mesyuarat Dewan yang mulia ini yang mana Yang Berhormat Menterinya dan Datuk Bandar silih berganti, namun kes ini tidak juga selesai. Sewaktu itu, pelbagai alasan diberikan yang melegakan kemarahan para pemilik. Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini saya difahamkan kes Plaza Rakyat ini sudah sampai ke satu peringkat akreditasi,difahamkan telah mengemukakan kes ini di pihak tribunal. Penimbang tara iaitu terdiri daripada Datuk Ghazi Ishak, Profesor Tan Sri Visu Sinnadurai dan Encik Robert Lazar pada 24 Oktober 2013. Pihak penimbang tara mendapati bahawa keputusan DBKL untuk menamatkan perjanjian usaha sama dan dibacakan dengan syarikat Plaza Rakyat Sdn. Bhd. pihak yang memajukan Plaza Rakyat adalah sah. Malangnya Plaza Rakyat Sdn. Bhd. tidak bersetuju dengan keputusan itu dan mencabar serta membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Malaya untuk mempertikaikan interim award untuk tribunal penimbang tara yang memihak kepada DBKL kerana penimbang tara itu tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan perjanjian pajakan kerana bidang kuasa ini terletak di bawah Mahkamah Tinggi. Keputusan tribunal penimbang tara itu memberi kesan ke atas hak Plaza Rakyat Sdn. Bhd. dan DBKL serta pihak ketiga terutama bank pinjaman yang disebabkan Plaza Rakyat Sdn. Bhd. telah mencagarkan pajakan tanah Plaza Rakyat itu kepada bank-bank untuk mendapatkan pinjaman. Sebelum ini, pihak bank-bank pada Februari 2013 telah melantik Adam Primus Chartered Accountants sebagai penerima dan mengurus Plaza Rakyat Sdn. Bhd. Selepas itu, Adam Primus telah membuat tender terbuka pada pertengahan tahun lepas untuk mempelawa pemaju-pemaju yang sesuai yang mempunyai kewangan yang kukuh untuk memulihkan projek tersebut. Maka, Ivory Properties Group Bhd. telah dipilih untuk menguruskan projek itu yang mana kedua-dua pihak telah membuat perjanjian acquisition yang memulihkan. Akan tetapi, DBKL tidak mengiktiraf perjanjian itu dengan alasan bahawa DBKL masih mengekalkan keputusan bahawa sejak DBKL telah menamatkan perjanjian usaha sama dengan Plaza Rakyat Sdn. Bhd. sebelum ini, maka apa juga perjanjian yang dibuat oleh Plaza Rakyat Sdn. Bhd. atau wakilnya adalah tidak sah. Menurut Adam Primus DBKL tidak pun memberi tindak balas ke atas suratnya. Menurut perjanjian baru ini, Ivory Properties akan membayar RM560 juta kepada DBKL dan dalam masa yang sama ia akan menyelesaikan tunggakan cukai taksiran Plaza Rakyat Sdn. Bhd. kepada DBKL.
Manakala Plaza Rakyat Sdn. Bhd. akan dibayar RM400 juta kepada menyelesaikan hutang dengan bank dengan pihak lain. Tuan Yang di-Pertua, difahamkan bahawa DBKL tidak begitu senang dengan tawaran itu kerana hanya mendapat saham maksimum 17% dari nilai kasar projek pembangunan itu yang mana nilai projek hanya RM440 kaki persegi sedangkan para pentaksir harta bercongak bahawa nilai tanah itu adalah di antara RM1,000 dan RM1,200 kaki persegi. Difahamkan DBKL menuntut bayaran
tambahan RM265 juta untuk menilaikan semula projek yang bayaran minimum 20% keuntungan dijamin oleh Plaza Rakyat Sdn. Bhd. Perhatian pada saya ialah apa akan terjadi pada nasib ramai para pembeli. Sebanyak 221 unit perniagaan telah dijual dan persatuan mereka membayar RM150,000 per unit. Mereka telah menerima tempias yang teruk dari projek terbengkalai. Mereka menyuarakan supaya wang deposit yang mereka bayar dikembalikan ataupun pihak kerajaan hendaklah menjalankan langkah-langkah menyelamatkan projek ini dari terus terbengkalai dan dipertikaikan untuk jangka masa yang tidak pasti. Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Bukit Bintang yang telah menyuarakan pandangan dan persoalan dalam Ucapan Penangguhan dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga belas, Dewan Rakyat 2014 ini. Keprihatinan, ketelitian dan kepekaan Ahli Yang Berhormat adalah sama seperti kami di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terhadap perkara-perkara yang melibatkan kesejahteraan hidup dan kebajikan para warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya kerana kami ialah kerajaan yang mementingkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, projek Plaza Rakyat di Jalan Pudu, Kuala Lumpur merupakan projek penswastaan secara pajakan di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Persatuan Plaza Rakyat Sdn. Bhd. (PRSP) yang ditandatangani pada 16 Disember 1992. Untuk membangunkan tanah Datuk Bandar Kuala Lumpur, melalui kaedah dengan izin build-lease-operate-transfer. Cadangan permohonan adalah terdiri daripada podium 12 tingkat, mengenai terminal bas dan teksi, pusat penjaja, ruang perniagaan, tempat letak kereta, stesen LRT, menara hotel setinggi 21 tingkat dengan izin service apartment – 46 tingkat dan pejabat – 79 tingkat. Di bawah konsep penswastaan ini, segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak Plaza Rakyat Sdn. Bhd. dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya menyediakan tanah. Kos pembinaan keseluruhan bagi menyiapkan projek Plaza Rakyat ini dianggarkan ketika itu sebanyak RM1.2 bilion. Mengikut perancangan asal, pembinaan projek ini disiapkan dalam masa enam tahun tetapi telah terhenti pembinaan mulai tahun 1996 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak Plaza Rakyat Sdn. Bhd. dan krisis ekonomi pada tahun 1997. Akibat krisis ekonomi tersebut, pihak Plaza Rakyat Sdn. Bhd. tidak berupaya untuk menyiapkan projek tersebut melalui kaedah build-lease-operate-transfer. Setakat ini, kemajuan kerja telah dilakukan hanyalah lebih kurang 37%. Daripada keseluruhan projek iaitu di peringkat dengan izin substructures sahaja. Dalam usaha untuk memulihkan semula projek ini, beberapa siri rundingan telah diadakan dari semasa ke semasa bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap permasalahan yang timbul. Plaza Rakyat Sdn. Bhd. telah pun membelanjakan lebih kurang RM150 juta bagi pembinaan dengan izin substructure, pihak DBKL telah memberikan peluang kepada Plaza Rakyat Sdn. Bhd. sebagai pemaju untuk meneruskan semua projek ini dengan memberikan tempoh lanjutan masa dengan izin extension of time selama lima kali serta membenarkan pertukaran konsep build-lease-operate-transfer kepada outright sale dengan izin. Pertukaran konsep pembangunan ini adalah penting kerana melalui pertukaran konsep ini pihak Plaza Rakyat Sdn. Bhd. boleh mendapatkan sumber pembiayaan kewangan melalui jualan unit-unit kepada pembeli-pembeli. Walau bagaimanapun, sehingga tarikh akhir lanjutan masa, iaitu pada 31 Mei 2007 Plaza Rakyat Sdn. Bhd. masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiapkan projek dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengemukakan notis membaiki kemungkinan dalam tempoh 60 hari kepada Plaza Rakyat Sdn. Bhd. pada 1 Jun 2007.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pada 27 April 2010, pihak Plaza Rakyat Sdn. Bhd. telah mendapat satu perintah injunksi sementara expertise dengan izin daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Perintah injunksi sementara ini menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada mengambil milikan tapak projek yang ditetapkan pada 28 April 2010 dan menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada menamatkan atau merampas pajakan tanah bagi projek tersebut. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Februari 2011 telah membenarkan permohonan Plaza Rakyat Sdn. Bhd. untuk mendapatkan injunksi mandatori terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada memasuki tanah projek Plaza Rakyat dan untuk menghalang pembatalan pajakan yang didaftarkan sehingga selepas prosiding timbang tara selesai. Selain itu, Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengetepikan perintah injunksi dan untuk mendapatkan milikan kosong tanah projek Plaza Rakyat serta membatalkan pajakan ke atas tanah tersebut. Selanjutnya, Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2012 telah menolak permohonan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengetepikan perintah injunksi daripada pemaju yang menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada mengambil milikan tanah projek dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menunggu keputusan prosiding timbang tara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sesi pendengaran prosiding air arbitration ataupun arbitrasi telah tamat dan Datuk Bandar sedang menunggu keputusan muktamad atau dengan izin the award dibuat oleh penimbang tara berhubung kes tersebut. Menurut penimbang tara, keputusan jangka akan diberikan dalam bulan Jun ini melainkan satu tarikh lain diberikan penimbang tara. Berhubung dengan kes yang dibawa oleh Plaza Rakyat Sdn. Bhd. terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur di Mahkamah Tinggi mempertikaikan dengan izin the ruling yang telah diberikan oleh penimbang tara pada 24 Oktober 2013 tarikh untuk pengurusan kes telah ditetapkan oleh mahkamah pada 5 Jun 2014 dan pendengaran kes pada 30 Jun 2014. Ahli Yang Berhormat, berhubung pelantikan Syarikat Ivory Properties oleh Adam Primus, Datuk Bandar tidak pernah memberikan persetujuan dan pengiktirafan terhadap pelantikan syarikat tersebut dan menganggapkan pelantikan berkenaan tidak mengikut apa yang dikehendaki oleh Datuk Bandar. Berhubung dengan 221 pembeli yang telah menandatangani perjanjian jual beli bagi pembelian unit-unit di Plaza Rakyat, pembeli- pembeli tersebut akan diberi peluang sama, sama ada untuk meneruskan pembelian unit yang disiapkan oleh pemaju baru atau bersetuju ditawarkan dikembalikan wang pendahuluan yang telah dibayar kepada Plaza Rakyat tertakluk kepada terma-terma dan syarat yang akan ditetapkan kelak.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang di atas penyampaian ucapan penangguhan yang melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian ini. Kami berjanji, kementerian akan menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin kerana kita pun tidak mahu melihat satu projek yang terbengkalai dan menjadi eyesore seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Hilang Upaya Untuk Memandu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan satu masalah untuk pertimbangan Menteri Sumber Manusia. Saya ingin membangkitkan masalah seorang pemandu lori yang hilang keupayaan untuk memandu tetapi dinafikan hak untuk cuti sakit hilang upaya. Encik Alexander Xavier A/L Soosay adalah seorang pemandu lori yang bekerja untuk sebuah syarikat bernama Anjung Sri Murni Enterprise. Pendapatan beliau adalah sumber kewangan tunggal keluarga beliau kerana isteri beliau adalah seorang suri rumah dan anak-anak yang kecil berusia satu hingga 14 tahun. Encik Alexander Xavier mengalami kemalangan jalan raya semasa kerja pada 30 Mac 2013. Akibat kemalangan tersebut, tulang-tulang di sebelah kaki kiri patah dan kecederaan tersebut telah menyebabkan kepincangan yang kekal dan beliau tidak lagi boleh memandu lori. Cuti sakit dengan pampasan daripada PERKESO telah diberikan sehingga 210 hari selepas kemalangan. Selepas tempoh 210 hari, surat cuti sakit tidak dilanjutkan dengan alasan bahawa beliau masih boleh kerja ringan walaupun tidak boleh memandu lori. Majikan beliau telah berulang kali mengatakan tidak ada kerja ringan yang sesuai untuk beliau. Oleh kerana itu, Encik Alexander Xavier telah kehilangan pekerjaan dan kehilangan sumber pendapatan beliau. Situasi yang dihadapi oleh Encik Alexander Xavier pasti tidak asing. Kemalangan yang menimpa beliau telah menghancurkan keupayaan beliau sebagai pemandu lori walaupun kecederaan tersebut tidak diklasifikasikan sebagai keilatan total dan kekal. Maka, beliau tidak dapat faedah medical board kerana keilatan dari PERKESO. Soalan saya, kenapa PERKESO tidak boleh memberi perlindungan selepas tamat 210 hari dalam kes sedemikian dan berikut dengan medical board? Kedua, sama ada kementerian memberi latihan kemahiran semula kepada pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan selepas umur 40 tahun sama ada akibat penyakit, kecederaan ataupun ditamatkan pekerjaan? Ini kerana golongan ini memang sukar untuk dapat peluang pekerjaan alternatif kecuali mempunyai kemahiran yang tertentu. Jadi saya mohon Menteri beri perhatian. Sekian.
Sila.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri izin untuk saya memberi jawapan kepada ucapan penangguhan yang disampaikan oleh Yang Berhormat dari Gopeng. Saya nak ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gopeng di atas keprihatinan Yang Berhormat tentang kemanusiaan dan sudah tentulah PERKESO amat prihatin, Kementerian Sumber Manusia yang mana kita berada, lagi prihatin dan kerajaan kita Kerajaan Barisan Nasional sungguh-sungguh bukan sahaja prihatin bahkan simpati dengan kemalangan yang menimpa pekerja ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Gopeng kerana prihatin tentang kemalangan yang menimpa Encik Alexander Xavier A/L Soosay ini yang berumur kurang lebih 43 tahun. Saya simpati dengan kemalangan yang dihadapinya dan sudah tentulah kerajaan juga simpati dengan nasib yang diterima oleh Saudara Alex ini dengan keluarga mereka. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Encik Alexander Xavier A/L Soosay telah dibayar faedah hilang upaya sementara sebanyak RM7,771.99 bagi tempoh cuti sakit selama 210 hari. Maknanya kita cukup prihatin, kita terus ambil tindakan. Sebab itulah saya minta supaya kalau boleh, apa juga kemalangan yang berlaku yang menimpa pekerja kita, beritahu kita, beritahu SOCSO dan beritahu kementerian, kita akan ambil tindakan segera.
Memandangkan beliau telah mencapai rawatan maksimum seperti yang telah ditetapkan di bawah Peraturan 75, Peraturan Am 71 PERKESO, maka ianya telah dirujuk ke jemaah doktor bagi penilaian hilang upaya kekal, Tuan Yang di-Pertua. Maknanya kita tidak membiarkan. Kita ada pakar. Kita akan rujuk kepada pakar. Saya faham apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat dari Gopeng tadi. Ekoran daripada itu, lepas penilaian dibuat dan kita tahu hilang upaya kekal dan dia telah mendapat 3% dengan bayaran sebanyak RM8,118.41. Maknanya bukan sahaja yang tadi, bukan lepas 210 hari. Jadi jumlah semua yang diperoleh oleh Encik Alexander ini ialah RM15,890.40. Inilah keprihatinan kita. Kenapa, soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi kita apabila kita rujuk kepada jemaah doktor ini, pakar doktor yang kita terima sebab kita tak ada pilihan lain, Yang Berhormat. Kalau kita tidak mempercayai doktor, siapa lagi yang kita hendak percaya? Merekalah ada autoriti untuk menentukan sekadar mana sakit, kemalangan dan sebagainya menimpa sesiapa sahaja dalam negara kita bahkan negara lain. Jika jemaah doktor sahkan dia masih tidak sihat, cuti sakit tidak terhad kepada 210 hari tetapi oleh kerana jemaah doktor yang kita rujuk ini telah mengatakan bahawa dia sihat dan boleh bekerja walaupun tidak sebagai pemandu, sebab itulah kita berikan bayaran sehingga 210 hari. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pengesyoran jemaah doktor juga, beliau telah dirujuk di bawah Program Return to Work. Makna kita bawah PERKESO ini kita ada program RTW, Return to Work. Maknanya untuk bekerja balik iaitu pengurusan hilang upaya yang komprehensif supaya beliau dapat dipulihkan dan dapat kembali semula bekerja di bawah proses penempatan pekerjaan yang bersesuaian dengan mana-mana majikan. Itulah, saya simpati. Sepatutnya majikan lama ini kena ingat bahawa pekerja ini walaupun dah ditimpa kemalangan tapi pekerja ini, Saudara Alex ini telah banyak berkhidmat kepada majikan tersebut. Sepatutnya dia cari jalan bagaimana dia boleh membantu Saudara Alex. Akan tetapi kita sebagai kerajaan, sebagai Kementerian Sumber Manusia, sebagai PERKESO, kita masih lagi prihatin kepada pekerja ini. PERKESO di bawah Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan latihan komprehensif daripada latihan fizikal dan juga vokasional, kemahiran kepada semua pekerja yang mengalami hilang upaya tanpa mengira umur 40 tahun atau sebagainya, Yang Berhormat ya. Tidak terhad 40 tahun. Kalau dia memerlukan, kita akan berikan. Ini ada dan jika dia berminat kembali bekerja. Tanpa had umur. Umur 40 tahun atau 50 tahun pun kita berikan perhatian kepada mereka. Pesakit, Encik Alex terus menjalani pemulihan di samping walaupun dia tidak bekerja dan dia hanya bekerja ringan dan majikan dia tidak memberikan dia kerja kerana tidak ada pekerjaan yang sesuai sebab selama ini mungkin dia bekerja sebagai pemandu dan mungkin juga ada kerja lain seperti kerani dan sebagainya tetapi mungkin majikan dia memikirkan tidak sesuai maka dia tidak diambil dan kita tahu dia masih lagi menerima, menghadapi kesan daripada kemalangan itu dan oleh sebab itulah, pesakit, Encik Alex ini terus menjalani pemulihan di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh dan pembiayaan ditanggung oleh PERKESO, Yang Berhormat ya. Makna kita prihatin terus ini. Kita ada sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, pusat pemulihan kita untuk Return to Work Program ini di Melaka. Kita tengah buat ini dan tak lama lagi akan siap. Hari ini, alhamdulillah, banyak pekerja yang telah ditimpa kemalangan bukan sahaja mereka hilang pekerjaan asal mereka tetapi selepas kita pulihkan dan ada majikan lain yang telah mengambil mereka bekerja semula. Kita harap Saudara Alex ini selepas melalui pemulihan yang kita lakukan melalui sumbangan yang diberikan oleh PERKESO di hospital ini, Encik Alex ini dapat kembali bekerja seperti biasa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dua persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Gopeng ini saya kira telah dapat menjawab apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Jadi tidak timbul kenapa dihadkan kepada 210 hari dan apakah umur 40 tahun kalau pekerja ditimpa kemalangan kita tidak boleh diberikan rawatan dan sebagainya. Jadi pada saya, itulah jawapan. Saya kira Yang Berhormat boleh berpuas hati. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Gopeng di atas keprihatinan dan kalau ini semua dapat kita berikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemimpin kita, saya
kira tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mewujudkan sebuah negara yang cukup bahagia, selesa rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula pada jam 10.00 pagi pada hari Rabu, 11 Jun 2014. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.41 malam]