Dewan Rakyat · 13 October 2014
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 653 turns · 52,318 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah perancangan untuk mengadakan jawatankuasa peringkat tertinggi khas untuk mengendalikan pelabur dari China, memandangkan pada masa kini mereka begitu berminat untuk melabur di Malaysia. Malaysia sekarang nampaknya ingin berhati-hati tetapi pada masa yang sama kita juga tidak mahu ketinggalan dalam peluang ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Labuan, hari ini hari Isnin.
Ya. Di Sabah dipanggil hari satu Yang Berhormat.
Hari satu. Hari Sabtu, hari Isnin hari satu.
Ya. Dia sampai hari enam, kemudian hari minggu.
Ya betul. Hari satu. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada beberapa perbincangan di antara Duta Khas Malaysia ke China iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Ong Ka Ting dengan pihak China dan beberapa lawatan serta rundingan dua hala Yang Berhormat Menteri MITI, Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed bersama dengan rakan sejawatnya di China dan pihak-pihak yang berkepentingan, penganjuran beberapa dengan izin, World Economic Forum dan yang terbaru di Guangzhou pada 10 September 2014, serta lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak ke China pada 27 Mei hingga 1 Jun tahun ini, satu rundingan peringkat tertinggi akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri bersama dengan rakan sejawatnya akan diadakan tidak lama lagi dan sekali gus mewujudkan jawatankuasa peringkat tertinggi bagi memperkukuhkan lagi hubungan dagang antara Malaysia dan China.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Malaysia kerana telah melakukan langkah-langkah ke arah penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi khas untuk pelaburan daripada China. Ia amat penting memandangkan minat yang begitu tinggi daripada negara China untuk melabur di perantauan ini, terutamanya di Malaysia. Jawatankuasa ini akan dapat memastikan kualiti pelaburan yang akan masuk ke Malaysia yang akan memberi impak besar kepada ekonomi setempat dan juga perkembangan industri PKS negara. Saya berharap ia akan dilakukan secepat mungkin disebabkan keyakinan pelabur yang begitu baik pada ketika ini. Bak kata orang Inggeris, “We must strike while the iron is hot.” Soalan tambahan saya, memandangkan China sekarang ini adalah dengan izin, a new emerging superpower, ada juga kedengaran yang mengatakan bahawa negara kita menghadapi tekanan daripada kuasa besar lain yang mungkin akan mempengaruhi keputusan-keputusan kita di dalam menerima peluang-peluang
pelaburan daripada negara China ini. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri, adakah itu benar?
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Terima kasih juga atas doa, harapan, kepercayaan. Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan terima kasih. Bagi menjawab soalan tersebut, sebenarnya kerajaan, Perdana Menteri amat prihatin dan sensitif dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku daripada hubungan dua hala antara negara Malaysia dengan negara- negara lain berdasarkan kepada situasi yang berlaku sekarang dan kemungkinan- kemungkinan pada masa akan datang. Justeru, Perdana Menteri telah memutuskan supaya jawatankuasa khas bagi melaksanakan comprehensive strategic agreement antara Malaysia dengan Republic of China, negara China dan juga Amerika Syarikat sendiri, di mana kerjasama serta engagement Malaysia yang erat dengan dua buah kuasa besar ini penting, sangat penting bagi kepentingan strategik Malaysia. Jadi dalam hal ini, Amerika Syarikat mengukuhkan jalinan hubungan dengan Malaysia, lebih-lebih lagi dari lawatan Presiden Barack Obama tempoh hari dan sebenarnya diterima baik oleh kepimpinan negara China.
Ini kerana negara China berpandangan bahawa terdapat keperluan bagi Malaysia menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan konstruktif dengan Amerika Syarikat atas faktor-faktor tertentu termasuk dari segi ekonomi, perdagangan dan sebagainya sama sepertimana hubungan dua hala Malaysia dengan Republik Rakyat China. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak bertanya memandangkan ada negeri-negeri yang ada pegawai tertentu mereka bertugas untuk perdagangan dua hala di antara negara China dengan negeri tertentu. Seperti di Melaka, kita ada pegawai khas untuk menarik pelabur dari China. Ingin saya tanya, adakah pihak kerajaan atau kementerian bercadang untuk memasukkan pegawai-pegawai khas ini dari negeri-negeri yang sedia ada supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih berkesan? Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Melaka, ada dua perkara. Pertamanya, setiap kali lawatan misi perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara lain termasuk China, MITI akan menjemput setiap kerajaan negeri untuk turut serta. Itu satu perkara. Ertinya, negeri-negeri lain tidak tertinggal untuk mendapatkan maklumat tentang lawatan, pelaburan dan sebagainya. Keduanya ialah pegawai-pegawai MITI dan juga MIDA ada di wilayah masing- masing. Kalau di Selatan, ada pegawainya. Pegawai-pegawai MITI dan MIDA senantiasa menjalinkan hubungan rapat dengan pentadbiran kerajaan negeri-negeri bagi tujuan yang disebutkan tadi. Jadi cadangan Yang Berhormat Kota Melaka sama ada perlu atau tidak pegawai tersebut direalisasikan, saya berfikir buat masa ini hubungan baik itu terjalin antara pegawai MITI dan MIDA dan kerajaan-kerajaan negeri dan belum berhasrat untuk merealisasikan cadangan tersebut.
2. Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah kementerian berhasrat mengembangkan Konsep Perniagaan Agrobazar di negara Thailand sebagaimana yang dilaksanakan di Singapura baru-baru ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat dari Kota Bharu yang bertanyakan sama ada Agrobazar Malaysia akan dibuka di Thailand. Jawabnya, buat masa ini belum lagi. Kita telah buka pada bulan Julai tahun ini di Singapura. Mengikut perancangan kita, kita akan membuka Agrobazar di Hong Kong, London, Guangzhou dan Dubai. Dia punya rasional tempat-tempat ini, produk kita, keluaran kita, buah-buahan kita, barang- barang makanan berasaskan kepada keluaran negara kita tidak terdapat di negara- negara tersebut. Jadi permintaan tentunya sangat besar di pasaran tersebut.
Manakala Thailand, saya ingat Yang Berhormat Kota Bharu duduk sebelah Thailand, dia tentu lebih arif. Ya, buah-buahan, barang-barang asas tani serupa sahaja banyak di Thailand itu pun. Buat apa kita hendak pergi jual tempat itu kan? Kita pergi jual tempat negara-negara yang tidak ada. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Kota Baharu. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini untuk menjawab empat orang Ahli Yang Berhormat yang bertanyakan perkara yang sama iaitu pada 27 Oktober, Yang Berhormat Sekijang; pada 19 November, Yang Berhormat dari Paya Besar; dan pada 24 November 2014, Yang Berhormat dari Parit Sulong. Saya memohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab bersekali.
Ya, sila Yang Berhormat.
Jadi yang untuk menjawab pada Yang Berhormat dari Sekijang, jumlah pelaburan yang kita laburkan untuk Agrobazar Malaysia di Singapura berjumlah RM6.5 juta. Pecah-pecahannya itu iaitu dari segi kerja-kerja awalan, penyediaan outlet, promosi, sokongan pemasaran dan sebagainya. So, jumlahnya RM6.5 juta. Akan tetapi, pelaburan ini bukan bermaknanya untuk pusat jualan sahaja. It’s a long term investment, you know, for promotion, long term. We are introducing our product globally outside the country. Promotion punya budgeting can go for 10 years, 20 years. You can recoup that. Akan tetapi kalau setakat untuk outlet sahaja, tidak perlu sebanyak itu. Jadi itu dari segi jumlah pelaburannya di Agrobazar Malaysia di Singapore. Juga berkaitan dengan pertanyaan itu ialah bila kita akan dapat keuntungan daripada pembukaan Agrobazaar Malaysia di Singapore itu. Mengikut unjuran kita, the break even, kita akan dapat setelah mencapai jualan lebih kurang RM5 juta setahun. Ini pada tahun keempat. Business memang macam itulah, ia tidak dengan immediatenya mendapat keuntungan. The first few years itu biasanya kita tidak untung tetapi pada tahun keempat dijangka kita peroleh keuntungan. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, unjuran jualan kita pada tahun ini dari segi perancangannya, setengah juta Malaysia tetapi kita sudah mencapai RM900,000. Maknanya melebihi daripada unjuran. Jadi seterusnya pada tahun 2015, RM2.9 juta; tahun 2016, RM3.8 juta; tahun 2017, RM4.5 juta; dan seterusnya tahun 2018, RM5.5 juta. Dari segi operating cost, RM2.24 juta setahun. So, kita punya sales kena lebih daripada itu dan mesti ada keuntungan. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kita untung besar jual di Singapore ini sebab harga baik. Durian beli sini RM30, boleh jual sana RM100 umpamanya. So the margin is so big, you see, tetapi saya bagi tahu pegawai jangan confident sangat. Ini kerana competition, orang lain pun akan jual juga. Mungkin kita kata sekarang you can make that kind of margin but kalau competition jual, mungkin dia jual dengan harga murah. Jadi kita kena adjust kita punya selling price, then that will affect our profit margin. Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Paya Besar yang bertanyakan kesan kepada pendapatan petani dan ekonomi negara akibat daripada penubuhan Agrobazaar sehingga kini. Di sini saya mengambil fahaman bahawa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Paya Besar ini bukan hanya Agrobazar di luar negara, ia juga merangkumi program Agrobazar dalam negara.
Jadi saya hendak menjawab bahagian dalam negara, di luar negara saya sudah jawab tadi. Di dalam negara kita ada Kompleks Agrobazar, Tuan Yang di-Pertua. Kompleks Agrobazar ada empat buah iaitu di Hulu Bernam, di Ayer Keroh dan Kuala Selangor akan kita buka tidak lama lagi. Di sini barang-barang yang kita jual ialah barang-barang industri asas tani. Kemudian kita ada Agrobazar Kedai Rakyat. Agrobazar Kedai Rakyat ialah pusat pengumpulan dan penjualan runcit. Di sini kita ada 279 buah Agrobazar Kedai Rakyat. Dengan penyertaan 5,580 orang pengusaha dan petani yang menjual produk mereka ke Agrobazar Kedai Rakyat. Ketiga, Agrobazar, K-Shoppe. Ini pengusaha industri asas tani. K-Shoppe jadi anchor ataupun payung kepada pengusaha-pengusaha industri asas tani. Terdapat sebanyak 149 buah K-Shoppe dengan penyertaan seramai 1,500 pengusaha- pengusaha industri asas tani. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar, ramai pengusaha industri asas tani dan juga petani-petani mendapat peluang market access ataupun pasaran untuk menjualkan produk mereka di tiga buah Agrobazar yang saya
sebutkan tadi itu. Di samping itu, we are now going global beside domestic market, we want to go global, untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar kepada barang-barang pertanian dalam negara kita. Dengan cara itu kita harap petani-petani dan pengusaha- pengusaha kita dapat pulangan yang lebih lumayan lagi. Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah daripada Yang Berhormat Parit Sulong yang bertanyakan pendapatan Agrobazar dan bantuan kepada pengusaha kecil. Pendapatan tadi saya sudah sebut, Agrobazar Malaysia sampai ke tahun 2018 dan bantuan kepada pengusaha kecil kita ada beberapa tawaran yang kita beri, pertamanya khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan sedia ada untuk mengeksport barang- barang mereka dan selepas itu kita beri bantuan kewangan, matching grant 60:40 atau 80:20. Lihat kepada saiz perusahaan yang mereka jalankan. Selain daripada itu kita juga membantu dari segi mengadakan promosi produk- produk pertanian dan industri asas tani untuk pengusaha-pengusaha kecil sebagaimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang sebenarnya saya sudah jangka. Memang Agrobazar tidak layak untuk masuk ke Thailand kerana pada umumnya kita tahu bahawa sektor pertanian kita di Malaysia ini jika hendak dibandingkan dengan Thailand kita masih lagi belum mampu menyayangi ataupun menyamai perkembangan kemajuan mereka di sana. Antara alasannya yang sebagaimana kita tahu di negara Thailand boleh mengeluarkan produk dengan kuantiti yang besar, kualiti yang lebih baik atau kelihatan baik, kemudian harganya menarik dan bekalannya yang konsisten yang berterusan. Oleh sebab itulah kita di Malaysia terpaksa import. Memang betul saya di Kota Bharu dan mungkin di Padang Besarkah banyak produk pertanian dari Thailand kita terpaksa import dan sekarang ini ada daripada Indonesia dan akhir-akhir ini kubis dari China kita terpaksa import di sini. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kerajaan yang perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang sama sektor pertanian kita di Malaysia ini mungkin kita boleh adakan perkongsian pintar dengan pihak sektor pertanian di Thailand ataupun wujudkan satu teknologi transfer dengan Thailand. Mungkin dengan bajet RM6 bilion, ya. MOA dapat RM6 bilion tahun 2015 ini, apakah perancangan untuk meningkatkan produk-produk pertanian di Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kota Bharu. Dari Kota Bharu pergi ke Melaka; Sudah tahu bertanya pula. Dia kata dia tahu jawapan. Dia tanya. Sudah terang lagi bersuluh. Apa yang dia hendak suluh, tidak tahu. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. It’s go global, global village. Barang kita jual ke negara lain, negara lain jual ke negara kita. You know? Ada barang kita yang laku di negara lain. Ada negara lain barangnya laku di negara kita. This is an international trade. Jadi tidak hairan barang Thailand jual di negara kita dan kalau boleh kita juga hendak jual barang kita di Thailand. So that is the nature of international trade and globalization borderless world. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Bharu. Mana yang kita boleh belajar kita tidak kiralah dari Thailand kah, Taiwan kah atau dari Belanda kah, it is a life long learning. Kalau kita hendak maju kita mesti berfikiran terbuka. We must learn the technology. Itu sebab saya pergi – Menteri saya pun baik dengan saya, bukan. Dia beri saya pergi Netherland, ini hendak suruh saya pergi ke Myanmar dan pergi ke tempat-tempat ini. Rasa hendak bawa Yang Berhormat juga ini tetapi tidak tahulah ada duitkah atau tidak. Selalunya Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada bajet hendak bawa tetapi kalau ada saya hendak bawa semua ini. Akan tetapi yang sebelah sana tidak perlulah. [Ketawa]
Dia sampai hatikah?
Selangor ada itu. Jadi soalnya sekarang ini bagaimana hendak mengeluarkan dan mengeksport hasil-hasil pertanian kita. Satu daripadanya keluaran negara kita mesti kita tingkatkan. Kita for local consumption pun sebenarnya masih tidak begitu mencukupi. So, that is why ada
barang-barang yang kita kena import dan diimport itu pula ada barang yang kita tidak boleh tanam dalam negara kita. Kubis umpamanya tidak ada kawasan yang begitu sesuai untuk tanaman kubis. Chilies, we are importing a lot of chilies. Dry chilies from India sebab tanah yang ada dalam negara kita ini tidak begitu sesuai untuk tanam cili yang begitu rupa. Then, bawang, kita tidak ada tanah yang sesuai untuk tanaman bawang. We have to import bawang. It is a lot. It is impossible. We do not want to import but what to do? Tidak ada tanah yang sesuai untuk tanam bawang Tuan Yang di-Pertua. Jadi mana yang kita boleh tanam, kita tanam dan with the new technology, we hope we can do better, ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak memuji langkah yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada hasil pertanian kita ke luar negara. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah cara dan perancangan kementerian ini dalam usaha untuk menyediakan atau membantu usahawan-usahawan hasil pertanian ini dalam menyediakan sijil-sijil pengiktirafan? Ini kerana apabila kita menghantar produk-produk hasil pertanian ini ke luar negara, ia akan bergantung kepada negara mana kita hendak hantar. Sebagai contoh, kalau kita hendak menghantar hasil produk pertanian ke negara Europe, kita memerlukan sijil yang dinamakan HACCP kalau kita hendak menghantar hasil pertanian kita ke Jepun, kita memerlukan satu sijil yang dinamakan JAS. Jadinya, saya hendak tanya adakah pihak kementerian akan membantu peniaga- peniaga ataupun usahawan-usahawan hasil pertanian ini untuk mendapatkan sijil-sijil ini kerana kita maklum bahawa setiap sijil ini tersangat mahal harganya.
Itulah yang memberi kekangan kepada usahawan untuk mengeksport produk kita. Dalam waktu yang sama, saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian adakah FAMA di bawah Kementerian Pertanian akan bekerjasama dengan MATRADE yang juga ditugaskan untuk memberi promosi kepada produk pertanian yang di bawah MITI? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita pun dijemput oleh MATRADE dalam mesyuarat-mesyuarat untuk membincangkan program promosi mereka di luar negara. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada satu mesyuarat saya ada beritahu, saya kata MATRADE ini buat apa. Tolong syarikat-syarikat besar membuat promosi. PETRONAS kah atau apa mereka ada duit sendiri. They can do it by themselves. Betul tidak? I told them. Kita cakap bukan kita cakap dengan pembangkang sahaja, dengan kerajaan kita pun kita cakap. Itu la fasal. So, saya kata yang perlu MATRADE ini bantulah usahawan-usahawan kecil dan sederhana ini. Mereka masalah... [Disampuk] Chairman MATRADE. So, masa itu dia tidak ada lagi. Belum lantik. [Ketawa] Hei, usahawan sederhana kecil, IKS ini dia tidak ada fund, tidak ada tabung untuk promosi. Dia tidak kenal orang di luar. So MATRADE bawa mereka ini business matching, spend money, promote their product. This is my stand. MATRADE, so you are the chairman Sir. So, buatlah. Bukan? So, masa saya bercakap itu dia punya Pengarah atau apa benda, there is one lady there panaslah dia sikit bila dia dengar itu. But, I combat my message, your message and message to all of us here from the Dewan. I hope they will do it. Okey. Jadi berkenaan dengan bantuan kepada pengusaha-pengusaha kecil dari segi mendapatkan accreditation, akreditasi, persijilan dan sebagainya of course come to us. MARDI ada, Jabatan Pertanian ada. Kita akan bantu. There is no problem about that. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya soalan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan Jabatan Agama Islam dari kawasan Kota Samarahan, Sarawak yang ada di sini. [Tepuk]
3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [Silam] minta Perdana Menteri menyatakan melalui arahan Majlis Keselamatan Negara MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (Semakan 2012) adakah dasar ini berketepatan dalam menguruskan Banjir Extreme dan apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan terhadap langkah pencegahan banjir selepas tragedi Banjir Extreme pada tahun 2013 lalu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Silam. Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Mesteri, MKN melalui arahan MKN No. 20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (Semakan 2012) dengan jelas telah menerangkan mengenai kaedah koordinasi gerak kerja khusus dalam pengurusan bencana di setiap peringkat pentadbiran. Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah, negeri dan pusat yang mana masing-masing dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti yang terkandung di dalam arahan MKN No. 20 pada peringkat sebelum berlaku bencana, tindak balas semasa bencana serta pemulihan selepas bencana. Peraturan tetap operasi pengendalian bencana banjir telah dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduan bertindak kepada pihak jabatan dan agensi terlihat dalam menangani bencana berkenaan secara lebih selaras dan sebagai garis panduan ke arah meningkatkan lagi keberkesanan jabatan agensi yang terlibat dalam pengendalian bencana banjir agar dapat melaksanakan tugas masing-masing secara bersepadu, lebih selaras dan berkesan di masa akan datang. Selain itu pelan kontingensi menghadapi situasi banjir ekstrem yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri pada 16 Disember 2013 telah memperincikan serta menambahbaikkan peranan dan tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat bagi menangani situasi banjir sehingga kepada kaedah pengendalian bencana banjir di luar jangka ekoran dari banjir besar yang berlaku di Kuantan dan Kemaman. Pelaksanaan tindakan oleh jabatan yang terlibat dalam menangani gejala banjir dalam aspek-aspek pencegahan, persediaan tindakan, tindakan balas serta bantuan dan pemulihan hendaklah sentiasa memberi tumpuan kepada keefisienan tugas yang dijalankan supaya segala penggunaan sumber dalam menangani bencana yang berlaku memberikan hasil yang maksimum ke atas keselamatan awam. Dari segi penambahbaikan sistem amaran dan penyampaian maklumat cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia telah melaksanakan perkara-perkara berikut: (i) meningkatkan ketepatan ramalan cuaca; (ii) meningkatkan penyampaian perkhidmatan; dan (iii) melaksanakan kajian komprehensif bagi ramalan banjir bagi mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah mendapatkan kerjasama daripada negeri Jepun dalam bidang pembangunan kapasiti terutamanya dalam bidang teknologi metrologi terkini seperti teknologi radar, GPS dan peningkatan model-model ramalan numerical. Keduanya, meningkatkan kepadatan rangkaian stesen radar dan meningkatkan keupayaan stesen radar yang sedia ada. Serta yang ketiganya, melaksanakan kajian komprehensif bagi ramalan cuaca ekstrem dan banjir. Pelaksanaan inisiatif ini kini sedang berjalan mengikut jadual sebagaimana yang dirancang dan dirangka siap selewat-lewatnya pada tahun 2017. Manakala projek yang melibatkan pembangunan dijangka akan siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menyedari keprihatinan kerajaan khasnya melalui MKN dan juga lain-lain agensi kerajaan terhadap kesengsaraan dan kemusnahan yang dialami oleh penduduk yang terlibat dalam gejala banjir ini. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sering datang, berkunjung ke Sabah untuk meninjau masalah-masalah kebanjiran yang sekarang ini berlaku di Sabah. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan. Namun, kita juga menyedari bahawa gejala banjir ini berlaku setiap tahun. Pada masa-masa yang hampir sama setiap tahun.
Jadi soalan saya ialah, apakah tindakan kerajaan yang lebih efektif dalam segi kawalan dan pencegahan untuk jangka panjang seperti menambak tebing-tebing sungai supaya limpahan air di kawasan-kawasan ramai penduduk dapat dikawal. Saya juga secara spesifiknya ingin bertanya kepada kerajaan terhadap berlakunya banjir kilat di Sungai Sapagaya di Lahad Datu di kawasan Silam, permohonan untuk peruntukan tebatan banjir telah lama diajukan kepada kementerian berkenaan. Namun, sehingga hari ini belum ada lagi apa-apa tindakan. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali Program Tebatan Banjir sekarang ini di bawah Kementerian Sains. Sebelum ini adalah di bawah Kementerian Pertanian. Program ini akan diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Berhubung dengan MKN dan juga portfolio yang saya jaga, tugas utama kita ialah memastikan sekiranya banjir berlaku sama ada biasa ataupun secara ekstrem, SOP yang telah disediakan itu mampu untuk menangani banjir yang berlaku. Jadi itu yang penting. Yang penting ialah bila banjir berlaku, jika memerlukan perpindahan, perpindahan boleh dilakukan dengan cepat dan tempat perpindahan adalah mencukupi. Pengecualian terhadap apa yang berlaku di Kemaman dan juga di Kuantan. Yang itu kita menghadapi masalah pada hari yang pertama. Akan tetapi, hari yang kedua dan seterusnya ia telah berjalan dengan lancar. Ia melibatkan logistik. Dari segi tempat pemindahan kita tidak ada masalah dan makanan juga tidak ada masalah. Pembaikannya telah dibuat. Malah pembaikan - perkara utama iaitu arahan supaya lelaki dan perempuan itu diasingkan. Ini yang diminta oleh semua tempat.
Walaupun kadang-kadang suami dengan isteri itu lebih selesa duduk sekali tetapi oleh kerana tempat ini tempat terbuka, lelaki dan perempuan itu diasingkan untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti masing-masing. Bagi banjir kilat dan lain- lain lagi, yang ini kita akan ajukan kepada kementerian yang terlibat, termasuk apa yang berlaku di Silam baru-baru ini. Keduanya saya hendak maklumkan bahawa hasil lawatan ke pelbagai negeri yang dibuat, negara-negeri yang tidak ada banjir, saya tidak melawat serta-merta tetapi negeri yang ada banjir ini, kita melawat. Akan tetapi kita lihat, ada satu perubahan yang cukup bagus di Sabah yang mana mereka membuat persediaan awal dan mereka membuka bilik gerakan dan menunggu banjir. Yang banjir, mereka menjalankan aktiviti seperti yang telah ditetapkan. Akan tetapi persediaan di peringkat daerah ini cukup baik dan persediaan makanan juga cukup baik dan pegawai-pegawai yang terlibat juga baik. Pejabat daerah juga serta wakil rakyat terutamanya Barisan Nasional memberi kerjasama yang cukup baik kepada jawatankuasa banjir di peringkat daerah. Saya percaya kalau berlaku banjir yang ekstrem sekalipun di Sabah, mereka dapat menghadapinya dengan baik dan yang saya seronok sekali ialah pegawai- pegawai yang menjalankan tugas itu, mereka sentiasa ceria dan sentiasa bersiap sedia untuk membantu. Banjir yang baru-baru ini kecil tetapi pegawai yang menjaga itu ramai termasuk NGO. Jadi kadang-kadang, satu keluarga mungkin dapat dijaga oleh dua orang ataupun tiga orang sebab pegawai dan juga NGO cukup ramai di negeri yang berkenaan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kepada Yang Berhormat Menteri, saya ingin membuat perhatian, Yang Berhormat Menteri tentu tahu kerana Yang Berhormat Menteri telah hantar pegawai ke Penampang baru-baru ini yang dilanda banjir yang agak ekstrem. Boleh saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah rancangan kerajaan untuk menubuhkan satu contingency fund untuk menolong dan mengurangkan beban yang telah ditanggung warga Penampang supaya kos-kos yang mereka tanggung sekarang ini boleh dikurangkan? Kerajaan boleh juga membina secepat mungkin Flood Mitigation Plan terlebih lagi permintaan yang saya sudah minta dan juga kelmarin diminta oleh Drainage and Irrigation Department sebanyak RM200 juta untuk menyelesaikan masalah banjir Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Sabah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hantar pegawai ke Penampang kerana saya pergi sendiri. Saya tidak jumpa Yang Berhormat. Saya jumpa Ketua Bahagian, John Ambrose. Yang pertama sekali kita kena tahu, tebatan banjir kosnya cukup tinggi, teramat tinggi malah antara kos yang paling tinggi dalam perbelanjaan kerajaan ini adalah tebatan banjir dan semua tempat memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Macam di sini disebut RM200 juta dan sebagainya.
Kita buat tebatan banjir ini mengikut keperluan-keperluan terkini dan juga keutamaan. Bagi Penampang, yang pertama sekali dia kena perdalamkan, sungai. Lupa sungai apa...
Sungai Moyog.
Ya, Sungai Moyog. Jadi, dia kena perdalamkan di muara sungai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sebab dia menang Naib Presiden CPA. [Tepuk] Tahniah, tahniah!
Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh kenduri tengah hari ini. Keduanya ialah tebatan banjir sebab kita tahu antara sebab banjir berlaku ialah perbuatan manusia. Bila kita buat rancangan perumahan, kita tidak kaitkan perumahan ini dan perumahan yang lagi satu serta keperluan longkang yang besar untuk menyalurkan air. Jadi, pembangunan naik dengan cepat tetapi tebatan banjir tidak dirancang dengan baik. Sekarang kita terpaksa buat semula dan insya-Allah yang saya sendiri terlibat secara kecil-kecilan. Yang besar adalah di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kita akan cuba membina longkang-longkang kecil bukan tebatan banjir untuk membolehkan air disalurkan dengan cepat. Di Penampang, tidak berlaku perpindahan. Ia banjir kilat tetapi banjir kilat yang besar, yang melibatkan kawasan Penampang. Walaupun begitu ia hanya melibatkan 10% di kawasan Penampang sahaja. Jadi kerajaan prihatin tentang perkara ini dan jawatankuasa banjir yang menguruskan banjir bersiap sedia serta mereka bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk membincangkan perkara ini. Jadi berhubung dengan tebatan banjir, saya akan ajukan kepada kementerian yang terlibat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu tadi. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah penambahbaikan yang melibatkan agensi-agensi lain seperti Jabatan Meteorologi dan juga JPS yang boleh membantu? Apakah tempat-tempat pemindahan yang dikenal pasti dilengkapi keperluan seperti katil dan sebagainya atau adakah kerajaan bercadang untuk membina penempatan tetap bagi penempatan mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang sering dilanda banjir yang teruk? Terima kasih.
Terima kasih. Pertama sekali untuk pembetulan, JPS ini adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya mohon maaf di atas kesilapan teknikal tersebut. Berhubung dengan apa Yang Berhormat telah sebutkan, kita telah berbincang panjang dalam bulan 12 yang lepas, ramai Ahli Parlimen yang bertanya terutamanya Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Rantau Panjang berhubung dengan perkara ini. Kita telah sebutkan bahawa menyediakan satu tempat khusus untuk perpindahan untuk banjir ini, ia boleh merugikan. Sebab kita perlukan penggunaan sepenuhnya mana-mana tempat yang telah kita bina. Jadi, kita bagi tumpuan untuk membaiki ataupun menaik taraf tempat-tempat perpindahan. Contohnya di Kelantan, ada beberapa buah sekolah yang ditambahkan bilik air dan juga bilik mandi bagi tujuan perpindahan banjir. Sebab di sesetengah tempat di Kelantan ini, banjir boleh berlaku tiap-tiap tahun kerana masalah-masalah yang kita hadapi. Dalam masa yang sama, ini ialah kawasan sempadan. Kita kena ingat apa sahaja aktiviti kita di sini, akan mendatangkan kesan kepada sana dan apa yang dibuat di sana, akan mendatangkan kesan kepada sini. Apa yang penting untuk menghadapi banjir, tempat-tempat ini kita naik taraf. Sekiranya ada tempat-tempat perpindahan yang tidak dinaikkan taraf lagi, pengetua boleh maklumkan melalui jabatan masing-masing dan MKN akan beri pertolongan untuk memastikan supaya semua tempat perpindahan ini dinaik taraf untuk tujuan tersebut terutamanya daripada segi bilik air, tempat mandi dan sebagainya. Berhubung dengan partition seperti yang berlaku di Jepun itu, kita ada menyediakan di peringkat awal tetapi kita kena tengok daripada segi keberkesanannya sebab cuaca di sini dengan cuaca di Jepun itu berlainan. Kita kalau boleh tempat itu terbuka dan kipas berjalan. Jadi dia comfortable. Akan tetapi kalau kita tutup sedemikian rupa, apakah ia mampu memberi keselesaan ataupun kita tutup bukan dalam bentuk kotak seperti di Jepun, tetapi kita tutup di tempat yang terbuka sebab kita akan asingkan di antara lelaki dan perempuan. Jadi perempuan sama perempuan dia
bebas sedikit. Macam di Jepun itu, dia masukkan keluarga dalam kotak tersebut. Kita tidak perlu buat demikian sebab banjir sekejap sahaja. Ini adalah untuk perpindahan. Di peringkat awal kita telah sediakan seperti yang telah disebutkan, lebih kepada partition untuk ramai, bukan untuk satu keluarga. Keduanya, tempat-tempat solat dan lain-lain lagi itu disediakan sepenuhnya.
4. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, mengapa banyak barangan 1Malaysia lebih mahal berbanding pesaing lain. Contoh; di Mydin Kuala Terengganu, tisu Cutie Soft dijual pada harga RM6.50, YiFa pada harga RM4.50 dan Tisu 1Malaysia pada harga RM6.90. Sila jelaskan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) berkonsepkan kedai serbaneka yang menyediakan pelbagai barangan keperluan isi rumah berjenama Kedai Rakyat 1Malaysia dan harga yang ditawarkan adalah sehingga 50% lebih rendah berbanding dengan jenama terkenal dan kualiti tetap diutamakan. Pelaksanaan Program KR1M ini merupakan gerakan nasional bagi menangani kos sara hidup dan pada masa yang sama mengekang kenaikan harga barang di pasaran. Sehingga kini KR1M menawarkan 378 pilihan barangan 1MKR kepada pengguna dan harga barang adalah tetap sepanjang masa manakala barangan bukan 1MKR ditentukan oleh harga pasaran. Pihak KPDNKK telah membuat penaziran terhadap perkara yang dibangkitkan di premis berkenaan iaitu Mydin Hypermarket Kuala Terengganu. Berdasarkan kepada semakan hanya ada dua jenis tisu 1Malaysia yang dijual di Mydin Kuala Terengganu iaitu: (i) tisu muka 1Malaysia iaitu 60 helai x 4 kotak dalam satu bungkus itu dengan harga RM3.70; dan (ii) tisu tandas 1Malaysia iaitu 200 helai dalam 10 gulung dalam satu bungkus dengan harga RM5.90. Manakala bagi tisu lain yang dibandingkan di Mydin Hypermarket Kuala Terengganu adalah seperti berikut: (i) tisu Cutie Soft 200 helai,10 gulung dengan harga RM6.50; dan (ii) tisu YiFa 180 helai dalam paket itu ada 10 gulung dengan harga RM4.50. Jadi Yang Berhormat berdasarkan kepada maklumat tersebut harga yang dimaklumkan bagi tisu 1Malaysia adalah tidak tepat dan perincian maklumat tisu 1Malaysia juga tidak dinyatakan. Jadi perbandingan bagi barangan yang sama berjenama lain perlu Yang Berhormat mempunyai persamaan spesifikasi dan bahan yang digunakan agar perbandingan yang dibuat adalah adil bagi semua pihak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Saya dengar tadi juga dikatakan bahawa pelbagai barangan sehingga 50% lebih murah daripada harga pasaran. Di antara semua barangan yang telah disenaraikan 180 lebih itu, saya tidak tahu yang mana satu menawarkan harga yang lebih daripada 50%. Padahal tujuan KR1M ini menyatakan untuk mengawal inflasi. Akan tetapi setakat ini saya tidak tahu apakah kementerian melakukan apa-apa penilaian sehingga kita boleh membuat claim keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dapat mengurangkan inflasi. Padahal kita juga dengar dari Sabah dan Sarawak Kedai Rakyat 1Malaysia ini bukan menawarkan yang paling rendah dan juga tidak memberi kualiti yang terbaik. Akan tetapi soalan saya, saya mengakui kita harus membuat bandingan secara apple-to-apple atau orange-to-orange. Soalan saya ialah KR1M ini menerima subsidi yang banyak melalui kerajaan. Kita dapati diakui oleh pengurus KR1M sendiri Datuk Hamid bahawa setiap kedai baru ini diperuntukkan RM250,000 hingga RM750,000 setiap kedai baru. Akan tetapi dalam
kes ini saya ingin tahu adakah kedai baru di Sabah dan Sarawak jauh lebih tinggi daripada di semenanjung? Apakah alasan kedai di Sabah dan Sarawak itu perlukan kos yang lebih tinggi? Hakikatnya dengan subsidi kerajaan pun gagal untuk menawarkan barangan yang lebih murah untuk mengatasi inflasi dan membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya sebut dalam jawapan saya tadi ialah sebanyak 378 barang yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. Jadi daripada 378 barang itu ada senarai dan juga harga-harga yang telah kita edarkan. Jadi harga-harga ini Yang Berhormat boleh buat perbandingan dan ada di antara 378 barang itu harganya kurang daripada hingga 50% dan ada yang 30%, 20% dan sebagainya. Jadi bolehlah Yang Berhormat tengok daripada senarai yang kita keluarkan 378 barang dengan harga-harga yang telah pun ditetapkan daripada awal hinggalah ke masa kini. Ini kerana harga di Kedai Rakyat 1Malaysia dia tidak berubah daripada bermulanya daripada tahun 2011 hinggalah sekarang ini dengan satu harga di mana-mana juga dijual. Mengenai dengan pengubahsuaian kedai KR1M di seluruh negara, memang benar ia melibatkan kos yang agak tinggi untuk kita menyediakan satu Kedai Rakyat 1Malaysia yang sempurna dan untuk kita letakkan jumlah barangan yang begitu banyak. Jadi sebab itu kos yang dibelanjakan oleh kerajaan pada tiap-tiap KR1M yang hendak diwujudkan lebih kurang RM250,000 sehingga RM500,000. Ini kerana Yang Berhormat untuk kita menyediakan KR1M ini kerana saiz sebuah kedai itu kalau bersaiz kecil ia mesti 5,000 kaki persegi. Sekurang-kurangnya dua ataupun tiga lot kedai dan kalau bersaiz besar kira-kira 15,000 hingga 20,000 kaki persegi. Yang Berhormat juga sebut mengenai dengan di Sabah dan Sarawak. Memang kos pembinaan kedai KR1M di Sabah dan Sarawak kerana di sana kita perlu menyediakan pusat pengedaran kerana Sabah dan Sarawak agak luas dan pedalaman tidak seperti di Semenanjung. Dari segi pengangkutan agak mudah tetapi di Sabah dan Sarawak kita perlu di salah satu kawasan menyediakan pusat pengedaran di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu kos pembinaan KR1M di Sabah dan Sarawak kadang- kadang melibatkan sehingga RM1 juta sehingga RM2 juta. Ini kerana kita perlu ada pusat pengedaran untuk mengedarkan barang-barang KR1M ini di seluruh negeri Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat juga kerajaan hanya menanggung pembayaran kos operasi. Kos operasi ini ditanggung oleh operator cuma kita menanggung kos pembangunan sahaja yang saya sebut tadi daripada RM250,000 sehingga RM500,000 dan kalau di Sabah dan Sarawak RM1 juta sehingga RM2 juta. Harga barangan KR1M di Sabah dan Sarawak adalah seragam. Mana-mana macam saya sebut awal tadi, satu harga daripada 2011 hinggalah ke hari ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, tahniah dapat Doctor of Philosophy daripada alma mater USM.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, doktor betullah tetapi Yang Berhormat Mersing, doktor boleh cucuk. Saya tidak pakai tisu, saya pakai sapu tangan. Tisu ini pakai buang macam pembangkang, tidak suka buang. Saya hendak tanya soalan tambahan, Kedai Rakyat 1Malaysia ini merupakan ikon bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat produk yang berkualiti tetapi saya hendak tanya Menteri, adakah kemungkinan KR1M ini mengambil kesempatan atau diambil apa yang sempat. Untuk merendahkan produk-produk tertentu sambil menaikkan produk-produk tertentu. Tanpa disedari oleh pemerintah atau pengawal, taktik ini adalah untuk memastikan bahawa the drawing impactor dengan izin, harga rendah dipamerkan di merata tempat, pengguna akan tertarik dengan harga-harga yang rendah. Jadi apakah kementerian mempunyai polisi untuk mengawal kaedah ini. Kedua, kita faham subsidi yang telah diberikan oleh kementerian kepada KR1M ini tetapi adakah usaha-usaha dibuat untuk KR1M ini diperluas dan dilebarkan kepada universiti ataupun koperasi-koperasi di luar bandar bagi membolehkan mereka mengambil barang-barangan KR1M supaya koperasi pun memainkan peranan bagi memastikan rakyat mendapat barangan yang berkualiti dan bermutu pada harga yang agak kompetitif. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya bersetujulah Yang Berhormat sebut memang kedai KR1M ini adalah satu ikon yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian mempunyai pegawai-pegawai di peringkat negeri dan juga kita memantau operasi KR1M ini termasuk barangan di kedai-kedai KR1M ini. Di samping itu, kementerian juga menubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat supaya harga-harga yang telah ditetapkan berjalan dengan betul dan juga dari segi kualiti supaya menubuhkan satu jawatankuasa audit yang bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan secara berkala terhadap produk-produk KR1M ini bagi memastikan kualitinya terjamin. Yang Berhormat dari Batu pun sebut mengenai dengan kualiti dan kita bagi jaminan kepada seluruh rakyat bahawa kualiti di kedai KR1M ini kita tingkatkan daripada semasa ke semasa dan kita bagi jaminan bahawa kualiti barang walaupun harganya murah, kualitinya tetap kita pertahankan. Ini kerana Yang Berhormat, untuk kita memastikan supaya kualiti-kualiti barangan ini di seluruh kedai KR1M, semua barang-barang ini mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kementerian- kementerian supaya kualiti ini harus dipertingkatkan agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Contohnya kalau barang-barang daripada Kementerian Pertanian, kualiti ini harus mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian. Mungkin Mydin mengambil kesempatan untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian hanya memantau produk-produk KR1M dan kalau produk- produk ini lain daripada KR1M yang ada di kedai-kedai kerana kedai KR1M ini juga menjual barang-barang yang bukannya produk 1Malaysia. Ada juga barang-barang Milo dan lain-lain yang telah disediakan supaya rakyat boleh membuat pilihan membeli barangan di kedai KR1M ini. Cuma kita memantau barang-barang produk KR1M sahaja yang inisiatif kerajaan. Oleh itu dalam kita hendak membentuk subsidi kerajaan kepada kedai rakyat ini, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan membantu untuk membangunkan KR1M dengan memberi geran pembangunan serta penyediaan infrastruktur KR1M sahaja dan kos operasi KR1M ditanggung oleh operator-operator yang mengendalikan kedai KR1M yang ada di seluruh negara. Terima kasih.
5. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan penjelasan kejayaan yang telah dicapai dalam usaha mendaftar dan membantu keluarga yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU), sakit kronik dan tidak sihat mental daripada segi bantuan kewangan dan rawatan di hospital.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai skim bantuan kewangan bagi faedah kumpulan sasar seperti kanak-kanak, warga emas, keluarga miskin dan orang kurang upaya. Sehingga bulan Julai 2014, sejumlah 506,228 orang kurang upaya telah didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pendaftaran adalah meliputi tujuh kategori ketidakupayaan iaitu: (i) masalah pembelajaran - 182,055 orang; (ii) fizikal -166,206 orang; (iii) pendengaran - 59,868 orang; (iv) penglihatan - 47,721 orang; (v) pelbagai - 25,349 orang; (vi) mental - 21,237 orang; dan (vii) pertuturan - 3,792 orang. Bagi memastikan kebajikan golongan ini terbela dan mendapat perhatian daripada kerajaan, kementerian telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya tahun 2008 iaitu [Akta 685] bagi memperuntukkan pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya. Selaras itu, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya diwujudkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya yang dijadikan sebagai platform bagi merancang pelbagai program dan aktiviti untuk
kesejahteraan OKU. Di samping itu, pelan tindakan OKU dilaksanakan secara multi sektor untuk melaksanakan program dan juga aktiviti pembangunan untuk OKU. Dalam usaha membantu keluarga yang mempunyai anak OKU terutamanya sakit kronik dan tidak sihat mental dari segi bantuan kewangan, pelbagai skim bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kementerian. Bagi tahun 2013, peruntukan sebanyak RM404.3 juta telah disalurkan kepada 134,239 orang penerima OKU. Sementara bagi tahun ini sehingga Mei, peruntukan sebanyak RM170.8 juta telah disalurkan kepada 129,937 orang penerima OKU seperti bantuan OKU tidak berupaya bekerja dengan kadar RM150 sebulan, bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik terlantar dengan kadar RM300 sebulan. Bantuan alat tiruan atau sokongan, elaun khas bulanan kepada OKU peserta program pemulihan dalam komuniti dengan kadar RM150 sebulan dan elaun pekerja cacat dengan kadar RM300 sebulan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan tambahan saya. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional kerana memberikan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu sebanyak RM2.2 bilion. Kita lihat di sini ada beberapa perkara lagi yang perlu kita beri perhatian. Contohnya seorang pesakit kronik, contohnya hepatitis.
Apabila dia berjumpa dengan pihak kesihatan, maka mereka terpaksa membuat pemeriksaan, dan pemeriksaan sahaja RM1,000 lebih. Apabila mereka didapati sakit hepatitis ini, mereka terpaksa mendapat suntikan sebanyak RM500 sebulan. Jadi maknanya ini satu perkara yang kita rasa kementerian perlu memberi bantuan. Selain daripada itu, saya ingin bertanya dan memberi cadangan. Di Kementerian Pembangunan Wanita ini kita tidak ada unit guaman di mana kes-kes yang melibatkan orang kurang upaya, sakit mental yang mana apabila mereka menghadapi masalah legal ataupun masalah perundangan, mereka terpaksa mencari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyatakan bahawa mereka tidak ada unit ini. Contohnya, apabila mereka menghadapi tentang harta pusaka ataupun kena halau keluar dari rumah kerana tak dapat bayar sewa rumah, pegawai-pegawai legal ini tak ada di Kementerian Pembangunan Wanita. Begitu juga baru-baru ini terdapat kes di mana seorang ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami, menjaga anaknya sehingga umurnya 18 tahun dan kanak-kanak itu dirampas oleh suaminya dan tidak boleh bersekolah. Jadi apabila pihak sekolah bertanya kepada ibu tunggal ini, maka dia tidak dapat mengambil balik anaknya kerana dilarikan oleh suaminya. Dia pergi ke mahkamah dan mahkamah memberi hak penjagaan kepada ibu tunggal ini tetapi apabila untuk mendapatkan kembali anaknya, maka dia tidak ada tempat untuk mengadu dan apabila dia mengadu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat memberitahu bahawa tidak ada unit guaman untuk membantu ibu tunggal ini. Jadi saya harap ini cadangan kepada Kementerian Wanita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itu Yang Berhormat, memang di dalam Bajet yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, memang disebutkan bahawa kementerian saya mendapat RM2.2 bilion dan daripada RM2.2 bilion itu Yang Berhormat, RM1.7 bilion adalah untuk kebajikan. Ini kerana mereka ini memang sudah ada, memang dalam pendaftaran, belum lagi kes-kes yang baru. Jadi, terima kasih Yang Berhormat dan saya berharap semua di sinilah akan menyokonglah Bajet tersebut sebab memang banyak lagi yang kita hendak buatkan untuk golongan-golongan ini dan Yang Berhormat baru menyebutkan tadi betapanya bahawa kita perlu lagi memantapkan bahawa apa yang ada ini pun rasanya belum lengkap. Akan tetapi Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sebab daripada segi bantuan ini Yang Berhormat, dia berada di banyak kementerian lain. Jadi kementerian saya dihadkan untuk seperti - saya ingin nak sebut sebab Yang Berhormat dah sebutkan mengenai Bajet 2015, cadangan ini. Satu daripada pembaharuannya adalah kita telah sebenarnya mohon penambahan elaun pekerja cacat iaitu daripada RM300 ke RM500. Itu permohonan kita tetapi syukur alhamdulillah, telah diluluskan kepada RM350 dan bagi mereka yang tidak dapat bekerja, telah dicadangkan dinaikkan daripada RM150 ke RM200. Pada masa yang sama, bagi kadar
pelepasan pembayaran cukai juga dicadangkan untuk dinaikkan daripada RM5,000 ke RM6,000 untuk pembelian alat sokongan asas kegunaan pihak OKU, pasangan, anak dan juga ibu bapa. Bermakna kita expandkan. Pada masa yang sama, pelepasan pembayaran cukai juga untuk tanggungan anak OKU dinaikkan daripada RM5,000 ke RM6,000 bagi setiap anak OKU. Jadi di sini Yang Berhormat, nampaknya kita dapat pembelaan dan Yang Berhormat katakan tadi itu memang saya amat tertarik sekali. Akan tetapi mengenai pesakit kronik ini daripada segi perubatan Yang Berhormat, memang ini di bawah Kementerian Kesihatan. Mereka memang ada satu seksyen untuk menguruskan bagi mereka yang tidak berkemampuan. Rujuk juga kepada kami, kami akan memaklumkan dan mengesahkan bahawa memang ini adalah orang dikategorikan tidak mampu, jadi mereka bekerjasama dengan kementerian saya. Legal ini Yang Berhormat, sebab memang tidak ada. Yang ada hanya pegawai undang-undang. Akan tetapi apa yang kami buat untuk membantu ialah apa-apa kes yang berkaitan dengan urusan undang-undang, kami akan juga tolong rujukkan kepada pihak-pihak yang dapat memberi macam Biro Bantuan Guaman supaya boleh membantu kes-kes seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Sebenarnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan untuk memantapkan lagi tugas-tugas di kementerian. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan juga penjelasan yang telah diberikan. Akan tetapi saya melihat masih terdapat ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) ini yang mendakwa mereka masih lagi belum menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah mereka juga agak ramai. Termasuk juga satu kenyataan daripada Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia yang mana beliau menyebut bahawa kerajaan terlalu ketat dalam proses untuk memberi bantuan kepada OKU ini dan ada juga ibu bapa yang layak menerima tetapi mereka pula diwajibkan untuk hadir ke program pemulihan dalam komuniti lapan kali sebulan dan ini dianggap sebagai satu yang sangat membebankan mereka. Yang pertama, daripada segi beban fizikal dan yang kedua, beban kewangan. Sebahagiannya di pedalaman, terpaksa pergi ke pusat rawatan di bandar. Kalau saya lihat di kawasan saya juga Yang Berhormat Menteri, terdapat keluarga yang sudahlah mereka itu miskin, kemudian isterinya sakit terlantar, anaknya pula OKU, tetapi mereka dibebankan dengan proses prosedur dan birokrasi yang sukar untuk mendapatkan bantuan itu. Jadi persoalan saya ialah apakah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan ataupun pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ini standard sahaja kepada OKU itu tanpa menilai tahap kemiskinan keluarga, kesukaran mereka untuk mendapatkan rawatan? Mungkin diberi RM150 atau RM300 tetapi perjalanan mereka nak pergi mengambil sumbangan, nak pergi rawatan menelan belanja berlipat ganda berbanding bantuan yang diterima. So, bagaimana untuk memudahkan prosedur dan juga meringankan beban yang dialami oleh OKU ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Temerloh. Yang Berhormat, bagi saya kalaulah kita diberikan satu peruntukan yang tidak terhad, insya-Allah Yang Berhormat, nama sahaja OKU kita bagi kepada semua. Akan tetapi sebenarnya OKU Yang Berhormat, ada dua di sini. Ini adalah satu yang saya ingin kongsi. Pertamanya adalah pendaftaran. Pendaftaran OKU adalah kepada semua, tak kira miskin kaya dan sebagainya. Itu satu kategori. Bila sudah didaftar, next process barulah dia nak mohon bantuan. Ini kita kena tengok syarat-syarat dan memenuhi atau tidak. Kalau income yang besar dan sebagainya, dia tidaklah, tak tergamaklah nak mendapat bantuan yang sikit itu, Yang Berhormat. Jadi, ada dua proses ya, Yang Berhormat. Jadi, bagi pendaftaran itu Yang Berhormat, ini agaknya yang emak bapa kata itu ketat. Memang saya akui, certain aspect dia ketat. Sebagai contoh, untuk kita nak menentukan dia ini betul-betul OKU atau tidak, pegawai saya pun tak boleh, Yang Berhormat. OKU fizikal okey, kita nampak fizikal kan, dia tangan tak ada, kaki tak ada, buta, pekak, bisu. Itu okey, kita boleh tengok dengan mata kasar.
Akan tetapi ada satu OKU ini Yang Berhormat, dinamakan OKU masalah pembelajaran. Di sinilah autisme, dyslexia. Okey, down syndrome pun kita boleh nampak. Jadi yang ini Yang Berhormat, kita memerlukan satu lagi proses. Seperti saya katakan, pegawai saya pun tak boleh. Satu proses di dalam borang ini, ini yang kadang-kadang emak bapa merasa susah. Ia mesti memerlukan pengesahan daripada pakar perubatan.
Kenapa susah sedikit, ini hendak beritahu juga. apabila sudah diluluskan kad OKU Yang Berhormat, banyak keistimewaan yang dapat untuk seumur hidup kerana kad OKU ini sekali keluar. The moment dikatakan you are OKU melalui kad itu, dia tidak tarik balik Yang Berhormat. Bermakna you yang mana sudah classify dan apabila sudah dikatakan ada kad OKU, keistimewaannya memang bermacam-macam di antaranya Yang Berhormat iaitu masuk ke kursus di IPTA sepenuh masa, pembayaran pasport tidak perlu bayar, kalau naik kapal terbang MAS dan domestik setengah bayaran, tidak perlu bayar lesen memandu dan macam-macam. Oleh sebab itu apabila dapat kad ini, that’s why saya kata tadi, ada dua Yang Berhormat hendak mendaftar sebagai OKU satu hal, tidak kira semua. Jadi siapa yang ada kad OKU ini, dia miskin atau kaya, keistimewaannya tetap diberi. Akan tetapi selepas itu mohon bantuan, itu ikut kelayakan. Jadi sebab itu kita ketatkan Yang Berhormat sebab hendak mendapatkan kad ini kerana keistimewaannya terlampau banyak tetapi saya berharap sebab kita cuba hendak membolehkan kita ada kempen turun padang, kita bawa doktor sekali Yang Berhormat supaya client kita ini jangan bersusah payah. Akan tetapi masa macam ini datanglah. Itu yang saya hendak sarankan. Satu sebab saya hendak meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa mengenai khususnya OKU masalah pembelajaran di mana di sinilah ramai ibu bapa tidak begitu mengetahui tetapi panggil sahajalah di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan, gunakan talian 15999 untuk bertanya sedikit sebanyak. Insya-Allah Yang Berhormat PDK adalah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sebab kita tidak hendak orang yang ada anak OKU ini pergi jauh-jauh. Yang Berhormat, kalau hendak ikutkan Yang Berhormat kami hendak buat banyak lagi PDK sebab ini adalah sesuatu perkhidmatan yang kami boleh berikan. Akan tetapi Yang Berhormat sebenarnya yang boleh ini kita train orang dalam komuniti. Kadang-kadang ibu bapa, saudara-mara dan sebagainya di dalam kawasan atau kampung itu. Akan tetapi kita mesti memastikan Yang Berhormat bahawa pelatih atau pelajar mesti hadir di PDK sekurang-kurangnya lapan jam sebulan, eight hours. Kita bagi RM150 Yang Berhormat sesiapa sahaja enroll dalam PDK – RM150 sebulan. Kalau dapat janganlah yang terlampau jauh tetapi ada ibu bapa sebab PDK ini tidak terdapat banyak sangat kerana bajet. Jadi dia sanggup Yang Berhormat hantar. Jadi dia mesti hadir. Jadi Yang Berhormat saya berharap apabila hadir ke PDK itu jangan kira RM150 tetapi terapi, rehabilitasi, pemulihan. Jadi tidak perlu pergi jauh-jauh ke centre, ke pusat pemulihan tetapi ada di kampung itu sendiri. Jadi konsep Yang Berhormat. Untuk satu lagi bantuan-bantuan ini memang pelbagai, tadi saya baca. Insya-Allah kita layak sahaja Yang Berhormat, insya-Allah dapat. Terima kasih.
6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan Hentian Putra, Kuala Lumpur adalah antara hentian bas yang agak sibuk, khususnya untuk pengguna dan penumpang daripada Pantai Timur, Malaysia. Namun keadaan bangunan dan kemudahannya sudah agak lama dan uzur. Adakah Kementerian tidak berhasrat untuk membaiki atau memperbaharui kemudahan yang ada bagi memberi keselesaan pengguna.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian, Hentian Putra yang digunakan sebagai Terminal Bas Ekspres Koridor Pantai Timur telah mengalami kerosakan struktur lantai buat kali kedua. Oleh yang demikian operasi bas dari dalam terminal telah diberhentikan bermula pada tarikh 8 Ogos 2014. Pada masa ini operasi bas adalah di luar terminal kecuali kaunter tiket dan ruang menunggu. DBKL telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meminda operasi bas tersebut ke terminal lain. Beberapa perbincangan terminal dan tarikh pemindahan telah diadakan dan
pemindahan dijangka selewat-lewatnya bulan Januari 2015. Oleh yang demikian, DBKL tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaiktarafkan kemudahan- kemudahan di terminal ini. Walau bagaimanapun penyelenggaraan seperti tandas, penyaman udara, lampu, surau dan kebersihan kawasan masih dijalankan secara berterusan sehingga tarikh pemindahan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Saya amat berterima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan yang mengambil berat berkaitan dengan Terminal Putra yang sememangnya perlu kepada, kalau telah dijawab untuk dipindahkan itu memang sangat diperlukan, kerana bukan sahaja keselesaan yang tidak dapat dibekalkan oleh perhentian ini tetapi juga dari aspek keselamatan yang banyak menyaksikan kejadian jenayah yang melibatkan penumpang dan seumpamanya, cuma kalau boleh diberitahu, adakah ia akan dipindahkan ke TBS tempat yang telah sedia sesak ataupun tempat yang lebih baik untuk ke Pantai Timur ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk makluman Yang Berhormat, ini bukan di bawah bidang kuasa kami. Untuk soalan ini saya tidak dapat memberi jawapan tetapi pemindahan telah dipersetujui. Sama ada ke TBS atau tempat lain saya tidak tahu. Terima kasih.
7. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kementerian telah mengenal pasti jumlah persatuan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Persatuan (ROS) dan apakah langkah-langkah yang telah dirangka oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti kumpulan yang berkemungkinan mengganggu struktur perundangan dan sekali gus mampu menggugat keharmonian negara
“Dari Pekan ke Pulau Gaya, dengar betul-betul jawapan saya.” Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti satu pertubuhan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melalui pengisytiharan oleh pertubuhan tersebut melalui media masa, penerimaan aduan awam, risikan dan pelbagai maklumat lain yang diterima daripada pelbagai pihak. Dalam hal ini, kementerian ini tidak mempunyai rekod mengenai jumlah persatuan yang tidak berdaftar dengan JPPM kerana pihak berkenaan tidak tampil ke JPPM untuk mengemukakan permohonan pendaftaran pertubuhan. Bagi membendung aktiviti kumpulan yang berkemungkinan mengganggu struktur perundangan dan sekali gus mampu menggugat keharmonian negara, kementerian ini melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan secara berterusan melalui tiga pendekatan seperti berikut: (i) melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap mana- mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan suasana tegang di antara kaum, agama di bawah Akta Hasutan 1948 di samping undang-undang lain yang berkaitan; (ii) menjalankan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO sebagai satu landasan untuk membentuk perhubungan yang baik dan persefahaman antara setiap NGO ini agar saling menghormati agama lain; dan (iii) menjalankan aktiviti-aktiviti kempen kesedaran dan ceramah-ceramah berhubung keselamatan dan ketenteraman awam untuk menerangkan tentang bahayanya jika terlibat dengan kegiatan mencetus ketegangan dan perbalahan antara kaum dan agama. Justeru, kementerian ini akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan akta dan undang-undang sedia ada ke atas sesebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dan menjalankan aktiviti yang menyeleweng dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang telah kita tahu, terdapat banyak lagi persatuan yang belum berdaftar dengan ROS tetapi masih menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai contohnya aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai lagi aktiviti dan akhirnya terdapat persatuan-persatuan yang menyeleweng daripada tujuan asal mereka. Jadi saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk mengetatkan lagi syarat-syarat pendaftaran dengan ROS, sekian terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang bertanya berhubung dengan memperketat syarat-syarat pendaftaran mana-mana pertubuhan dengan kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat, negara kita mengamalkan konsep demokrasi yang berlandaskan perlembagaan dan undang-undang. Jadi perlembagaan kita membenarkan kebebasan rakyat Malaysia untuk menubuhkan pertubuhan dan menjalankan aktiviti-aktiviti pertubuhan berlandaskan apa yang telah diluluskan oleh kerajaan dalam pendaftaran itu dan apabila didapati menyeleweng oleh pihak-pihak polis atau pihak-pihak pendaftar pertubuhan, barulah tindakan diambil berlandaskan penyelewengan bahawa mereka tidak mengikut landasan-landasan yang telah didaftarkan dengan pertubuhan. Jadi dengan keadaan sedemikian, undang-undang yang ada pada kita untuk setakat ini untuk membendung aktiviti-aktiviti ataupun pendaftaran adalah mencukupi. Mungkin kita mengkaji undang-undang ini untuk peruntukan-peruntukan yang lain. Akan tetapi untuk mengetatkan pihak-pihak rakyat Malaysia hendak menubuhkan satu pertubuhan, kita anggap adalah mencukupi masa sekarang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baiklah Yang Berhormat tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO.2) 2014 Bacaan Kali yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan 1967) dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PINDAAN) 2014 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — PENDAFTARAN PERNIAGAAN (PINDAAN) 2014 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PINDAAN) 2014 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Dari Arau ke Rantau Panjang, Singgah sebentar beli buah peria, Bermula debat yang panjang, Walaupun letih, marah, tertekan tetapi ceria.
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa 14 Oktober 2014. Terima kasih.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli- ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2015 Bacaan Kali Yang Kedua Dan USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2015Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud- maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut. [10
Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam aturan urusan mesyuarat ini diedarkan kepada jawatankuasa sesebuah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh, ahli-ahli Yang Berhormat untuk makluman semua sebanyak lapan hari dari 13 Oktober hingga 30 Oktober 2014 diperuntukkan bagi perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dan sebanyak empat hari bermula dari 3 November hingga 6 November 2014 diperuntukkan bagi giliran menteri-menteri menjawab. Bagi tujuan melicinkan perjalanan perbahasan ini saya mencadangkan lebih kurang 90 minit masa berbahas diberikan kepada Ketua Pembangkang, kemudian saya akan menjemput ahli- ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional yang akan diberikan masa 90 minit untuk berbahas. Setelah itu, sebanyak 30 minit akan diberikan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh, sila.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober yang lalu.
Ya, sila.
Bismillahi-Rahmani- Rahim. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah Al-Baqarah ayat 188, “Janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada para
penguasa kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa ketika kamu mengetahui salahnya”. Belanjawan negara bukan hanya menyentuh angka perbelanjaan yang berubah dan meningkat saban tahun. Pastinya ia bukan lakaran yang dihiasi dengan akronim-akronim menarik yang dikitar semula tetapi tidak ketara dalam amalan dan penghasilannya.
Belanjawan negara sewajarnya menjawab dua persoalan pertama. Pertama, mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak dengan maksud meningkat hasil dan pendapatan negara. Kedua, memastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat. Justeru itu, pendekatan belanjawan pilihan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat 2015 dalam mengulas Bajet 2015 Perdana Menteri, disandarkan kepada sepuluh asas utama. Pengukuhan tata kelola untuk menghapuskan rasuah dan ketirisan, pengurangan defisit belanjawan negara kepada kadar 2.6%, lebihan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan, menentang pelaksanaan GST yang mencukai golongan miskin dan memperkenalkan Capital Gains Tax (CGT) untuk mencukai keuntungan modal golongan kaya, menjaga amanah khazanah minyak dan gas negara, mempertahankan perdagangan bebas yang adil untuk semua, penetapan gaji yang adil untuk hidup bermaruah, bebas daripada kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat, pembangunan desa yang menyeluruh dan menjamin hak perumahan untuk rakyat. Lantaran kerangka dasar dan kebijakan ekonomi, kami bermula daripada kepimpinan dan pengurusan tertinggi, mengamalkan tata kelola baik dan urus tadbir yang berkesan. Apakah kita punya tekad politik dan keupayaan menghentikan amalan boros dan rasuah, memperkaya kroni dan elit yang mengakibatkan peningkatan kos dan bebanan terhadap rakyat terbanyak? Kita bahaskan tahun demi tahun penswastaan untuk IPP dengan harga yang ditetapkan tanpa bidaan. Sebagai contoh, di sinilah pada asasnya pertembungan ketara pendekatan Bajet 2015 BN dan belanjawan Pakatan Rakyat. Belanjawan Pakatan Rakyat 2015, kami mengenal pasti beberapa kepincangan pentadbiran ekonomi amalan Kerajaan Barisan Nasional yang bakal mendatangkan kesan negatif kepada rakyat dan ekonomi negara. Pada hemat saya, kepincangan ini wajar diperbetulkan dahulu sebelum perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang dapat dilaksanakan. Seandainya pendekatan tidak berubah, kita akan terus terperangkap dengan kemelut ekonomi yang sama. Oleh sebab itu kami mengusulkan, sistem cukai tidak boleh dikenakan mendera rakyat kerana sistem cukai yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan cukai negara. Saya akan buktikan dengan angka-angka selepas ini. Kedua, tata kelola yang lemah. Akibatnya, budaya rasuah terus membara di dalam kerajaan dan pentadbiran ekonomi. Ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam menangani rundingan peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) yang boleh memberi kesan yang besar kepada daya saing industri tempatan dan kos sara hidup rakyat dan pergantungan berterusan kepada hasil industri minyak dan gas ditambah pula dengan pengurusan hasil sedia ada yang tidak berhemah. Oleh sebab itu, belanjawan ini nampak tidak mendapat dokongan ramai terutama dalam kalangan peniaga dan rakyat terbanyak. Perbelanjaan pengurusan negara yang sentiasa bertambah setiap tahun, dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM223.4 bilion daripada RM217.7 bilion tahun lalu. Kadar pertambahan tahunan dilihat sedikit berkurangan kepada 3.71% berbanding 4.96% sebelumnya. Walaupun ini relatif satu pembaikan, boleh dikira sebagai pembaikan daripada segi disiplin fiskal, namun soal tata kelola masih parah. Perbelanjaan pembangunan pula mencecah tradisi pengurangan tahun ke tahun, bertambah kepada RM50.5 bilion tahun ini daripada RM46.5 bilion tahun 2014. Nisbah perbelanjaan mengurus kepada pembangunan, kekal sekitar 82 berbanding dengan 18. Sama seperti tahun 2014 dan ini membimbangkan. Apa maknanya? Pembangunan itu hanya 18%. 82% pengurusan dan tidak ada kesediaan anjakan untuk mengurangkan keborosan ketirisan dan mengalih kepada pembangunan. Ini berbeza dengan kenyataan tegas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang baru,
yang mahu pendekatan yang berubah supaya peruntukan pembangunan negeri Selangor ditingkatkan daripada amalan sebelumnya. [Tepuk] Meskipun belanjawan Barisan Nasional diramal mengurangkan defisit kepada 3% KDNK, namun, belum tampak tanda-tanda permasalahan defisit mampu dibendung. Umpamanya, pertambahan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri, meningkat RM22.6 bilion. Saya sebut dalam kenyataan media sebelum ini, lima kali lebih tinggi dari Jabatan Perdana Menteri Australia. Jadi kita boleh bayangkan umpamanya, pengumpulan kuasa dan amalan belanja dengan begitu mudah dan kita akan sebut beberapa contoh kecil dan besar. Saya akui satu perubahan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Peningkatan 138.5% kepada RM415 juta tetapi saya ingin tekankan keperluan latihan dan aktiviti belia, bukan pesta-pestaan membazir yang harus dihentikan segera. Peruntukan sukan yang meningkat perlu melahirkan tahap dan mutu sukan yang membanggakan, bukan asyik kalah dan lemas saban tahun. Akan tetapi satu keanehan yang ketara Tuan Yang di-Pertua, ialah manakala Kementerian Kewangan beri peruntukan RM10 juta kepada Bank Dunia. Saya rasa ini boleh disemak oleh Kementerian Kewangan tetapi mungkin satu-satu negara di dunia yang belanja untuk Bank Dunia. Sepatutnya Bank Dunia yang membelanjakan. Walaupun jumlahnya RM10 juta, tetapi satu keanehan. Saya pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada ketika itu, tidak pernah kita dengar negara-negara berkembang belanja untuk mengajak Bank Dunia buka cawangan, kemudian belanja pula RM10 juta seperti yang dilakukan oleh Malaysia. Luar biasa, kaya kita dalam membazir tetapi RM10 juta patut dipindahkan kepada rakyat. Saya tekankan ini kerana kita harus realistik. Dalam belanjawan, selalu kita - panduan kita al-Quran, Surah Yusuf a.s. Pengalaman Nabi Yusuf a.s., keadaan ekonomi yang jenuh berbanding dengan tujuh tahun gersang ekonomi. Di dalam keadaan kita agak tidak begitu jenuh dan belum begitu gersang, kita lihat kenyataan ‘Sircus...’ yang menuntut kita perbaiki tata kelola sekarang. Umpamanya, Amerika Syarikat menamatkan program Quantitative Easing. Itu peningkatan kadar faedah kepada pinjaman akan memberi kesan. Jerman dan Jepun bakal mengalami kemelesetan ekonomi. Ketidaktentuan terus menyelubungi ekonomi China akibat kejatuhan nilai sektor hartanah dan credit bubble. Ini juga yang diakui oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan dalam ucapan Bajet 2015. Ketidaktentuan ini akan menyebabkan kemurungan ekonomi pada rakan dagang utama seperti China, Kesatuan Eropah dan Jepun dan pasti memberi kesan yang negatif kepada pendapatan eksport Malaysia manakala eksport terjejas, permintaan domestik harus digalakkan untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Akan tetapi, beberapa petanda awal menunjukkan negara kita mulai dilanda kemurungan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap tahun kita menegur amalan boros ini. Ada rakan-rakan daripada Barisan Nasional mengatakan kita terlalu kritikal tetapi kita merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara. Cuba bayangkan teguran Ketua Audit Negara sepuluh tahun yang lalu, lima tahun yang lalu dan tahun lalu. Tegurannya hampir sama. Ketirisan terus berlaku, amalan boros dan tidak bertanggungjawab. Komputer RM800 jadi RM4,000. Jam RM30 jadi RM300. Ini terus-menerus berlaku.
Jam Omega!
Tanpa kawalan yang tepat dan baik.
Slogan NKRA yang mensasarkan pembanterasan rasuah kekal sebagai slogan. Saya tahu pedih di telinga tapi kena dengarlah. Kalau berani, bangun jawab, saya mudah. Kalau berani hujah ini dipertikai, pertikai Laporan Ketua Audit Negara. Itu boleh bangun. Hutang Kerajaan Persekutuan 2013, RM569 bilion atau 53% KDNK. Kontingen liabiliti RM158 bilion serta anggaran kehilangan dana terkumpul RM1.2 trilion dari Malaysia semenjak tahun 2002, 2011 menurut Global International Integrity. Saya tahu ada jawapan daripada Kementerian Kewangan mengatakan ini jumlahnya tidak RM1.2 trilion. Mana mungkin wang begitu banyak hilang dari tahun 2002 sehingga
2011 begitu banyak. Baik, kalau tidak RM1 trilion, berapa? RM400 bilion, RM200 bilion, RM40 bilion? Atau hendak nafikan terus? Ini beza yang saya sebut tekad politik, pimpinan. Oleh sebab itu hendak ubah, hendak cukai, hendak beban rakyat, mula dari pimpinan. Kita ambil India Tuan Yang di-Pertua, India di bawah Perdana Menteri baru, Narendra Modi, sidang Kabinet pertama mengambil kira Laporan Global Financial Integrity yang kita bakul sampahkan. India pemerintah baru walaupun mungkin kalau beberapa dasar dia kita tidak setuju, tetapi dari soal financial integrity, first Cabinet session Tuan Yang di-Pertua, telah mengarahkan ditubuhkan satu task force di bawah, dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Supreme Court India dengan kuasa penuh meneliti kebocoran, ketirisan aliran dana ratusan bilion dolar keluar dari India. Kita, tahun demi tahun kita sebut tentang Global Financial Integrity. Wang dicuri, dirompak bawa keluar, kita kata tidak banyak, sikit sahaja. Akan tetapi apa dia kajian, tidak ada. Oleh sebab itu saya katakan mengapa masalah besar ini tidak disentuh dalam pembentangan bajet negara. Kita kata wang tidak cukup, perkenalkan GST, cukai bertambah, harga minyak naik tetapi yang bocor puluh bilion ini yang disebut oleh Ketua Audit Negara, yang boleh kita jimat RM10 bilion, RM15 bilion, RM20 bilion dan aliran keluar daripada negara tidak disentuh. Langsung tidak disentuh dalam ucapan Bajet 2015. Corruption Perception Index, meletakkan Malaysia sebagai negara ke-53 dilihat paling rasuah daripada 177 buah negara di belakang Rwanda dan Botswana. Laporan terkini Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013 bertarikh Oktober 2014 daripada Ernst and Young mengatakan Malaysia adalah negara paling rasuah di Asia Pasifik selepas China dan lebih gemar mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi akibat peningkatan persaingan dan keadaan ekonomi yang mencengkam. Jadi kita dapati empat komponen perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang terdedah besar dalam amalan rasuah akibat tata kelola yang lemah. Khidmat dan bekalan, aset bayaran kenaan tetap dan belanja pembangunan. Jika diandaikan...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju bangun.
15% sebagai kadar ketirisan dan rasuah yang konservatif, pada perbelanjaan ini maka sebanyak RM18 bilion hingga RM20 bilion boleh dijimatkan. Tuan Yang di-Pertua, kita kena sedar ya. Apabila saya bagi angka unjuran ini, dia boleh dipertikai oleh Kementerian Kewangan. Akan tetapi berdasarkan kebocoran, ketirisan ini, kita boleh jimatkan RM18 bilion. Katalah RM15 bilion, tahu maknanya? Maknanya tidak perlu naik harga minyak. Ini kerana kita boleh jimatkan daripada boros dan tiris, ini soal dia. Mengapa kita hendak selamatkan korporat besar dan perasuah dan bebankan rakyat dengan kenaikan harga? Kalau keadaannya bersih, tidak ada bocor, tidak ada ketirisan, tidak ada pengaliran ke luar negara, kita boleh faham. Oleh sebab itu saya katakan dia bermula dengan pendekatan yang munasabah. Sebab itu kalau ini berlaku, apa faedah? Apa relevan kita berbahas soal GST bila pendapatan bertambah RM15 bilion hingga RM 20 bilion satu tahun?
Ya, sila Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Parlimen Permatang Pauh. Baru-baru ini ahli Yang Berhormat kata tentang subjek boros dan membazir. Baru-baru ini saya dengar dari satu kawan banker, dia bukan ahli politik. Ada cadangan badan kerajaan Malaysia hendak beli Hotel Dorchester di London, UK. Kalau betul, apa pandangan ahli Parlimen Permatang Pauh? Bagaimana Hotel Dorchester di London boleh bantu ekonomi negara Malaysia?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini semua cadangan karut orang-orang yang reti boros. Kalau orang itu bertanggungjawab, dia tumpu pembangunan dalam negara. Dia tidak simpan RM18 bilion duit 1MDB di Cayman Island. Dalam keadaan kita mendesak keperluan pembangunan negara kita, saya harap itu tidak benar. Saya harap pandangan ahli bank itu tidak benar. Akan tetapi kalau faham cara kita melabur, baik daripada Khazanah atau FELDA dan dalam beberapa hal Tabung Haji, saya rasa tidak akan mengejutkan kalau ini berlaku.
Kita ambil contoh kitaran semula. Perdana Menteri sebut Lebuhraya Pan Borneo dan saya dengar tepukan gemuruh daripada ahli Parlimen BN. Saya pun sokong tetapi bezanya, sejak tahun 2010 itulah yang diumumkan, itulah yang ditepuk.
[Tepuk]
Kita ingatkan cadangan baru. Cadangan 2010, setiap tahun ini ulang itu, kitar semula. Baik, dia bermula tahun 2010. Jarak 2,239 kilometer, kos RM22 bilion. Baik, kemudian diulang kembali. Tiap tahun ulang, ulang, ulang. Tahun ini diulang daripada 2,239 kilometer turun jadi 1,663 kilometer dan kosnya tambah lagi jadi RM27 bilion, tambah 23%. Oleh sebab itu saya kata, the devil is in the details. Tugas ahli-ahli Parlimen kedua-dua pihak harus teliti secara terperinci. Ini macam Dr. Watson, mesti the devil is in the details. Jadi bila bunyi, kita akan terus membangunkan dan membina lebuh raya. Pertama, ia bukan lebuh raya. Yang Berhormat Arau biasa pergi. Akan tetapi keduanya, kos sudah meningkat. Tahun depan akan diumumkan lagi. Kita akan bangunkan Lebuhraya Pan Borneo dan tepuk juga.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Menyampuk]
Okey, angka Jabatan Perangkaan Negara, ini pendapatan rakyat. Purata kenaikan gaji tahun 2010 hingga 2013, 4%. Kos pengangkutan dan makanan menurut Sub Index CPI, kenaikan 5.4% dan 36%. Maknanya pendapatan purata tidak setimpal dengan kenaikan harga, terutama bidang pengangkutan dan makanan. Harga rumah kediaman naik di purata 8% hingga 10%. Pendapatan naik 4%. Harga rumah 10%. Harga barang 54%, makanan. Maka rakyat terpaksa berhutang. Apa buktinya? Nisbah hutang isi rumah keluarga kepada pendapatan lebihan, disposable income 140%, antara yang tertinggi di dunia. Ini isu fundamental yang mesti di address dalam mana-mana ucapan belanjawan atau bajet ikut istilah BN iaitu rakyat tertanggung, terpaksa berhutang dan jumlah hutang isi rumah Malaysia mencecah 86.6% daripada keseluruhan nilai ekonomi negara berbanding 81% tahun 2011. Bagaimana kita hendak katakan perancangan ekonomi telus dan berjaya, hutang bertambah dan ini angka yang disediakan Yang Berhormat Putrajaya dari kerajaan bukan daripada angka saya. Baik Laporan Awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2014 ke atas 42,000 isi rumah menunjukkan 50% pewarta berpendapatan kurang daripada RM4,258 sebulan manakala masih terdapat 28.7% rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu kita diuar-uarkan dengan karya pakar ekonomi Perancis yang terkenal Thomas Piketty, ‘Capital In The 21st Century’. Dia mengundang wacana yang hebat sambutan Paul Krugman, Joseph Stiglitz dan lain- lain. Apa dia penekanan tesis beliau? Pertumbuhan ekonomi tanpa kepedulian. Pertumbuhan ekonomi, kekayaan golongan kecil tanpa peningkatan yang setimpal daripada rakyat terbanyak, tidak mampan dan tidak mampu dipertahankan. Di negara kita, kita kata kita setuju laporan ini – saya ingat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan menyebut dan saya mengakui satu kupasan yang baik kerana menerima bahawa inequality can no longer be sustainable. Akan tetapi apa dia realiti kenyataan dalam negara? Kita baru membaca satu karya pakar ekonomi tempatan ‘The Colour of Inequality Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia' oleh Muhammed Abdul Khalid yang kaitannya ada pada Yang Berhormat Arau dan saya harap dia baca. Ini kerana buku ini sebenarnya pada hemat saya harus dibaca oleh semua Ahli-ahli Parlimen kerana ia menggunakan data kerajaan. Saya difahamkan beliau juga terlibat dalam badan penyelidikan khazanah kerajaan. Bukan ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat. Apakah pandangan dia? Ekonomi rakyat Malaysia, pertama dalam sektor perkilangan pekerja bawahan bumiputera 30%, Cina 20%, India 46% tahun 2011. Pengurusan dan profesional, bumiputera 15%, Cina 23.4%, India 16.8%. Masyarakat Melayu umumnya melahirkan kebimbangan kerana terbatas peluang di sektor swasta. Kami merujuk kajian Dr. Lee Hwok Aun, Universiti Malaya beberapa tahun yang lalu dan Muhammed Abdul Khalid yang sama ‘Does Race Matter in Getting an Interview’. Di mana mereka membuktikan bahawa dengan resume yang sama adakala graduan Melayu diketepikan. Manakala masyarakat bukan Melayu pula mengungkit kerana
mereka didiskriminasi di sektor awam. Jadi kedua-dua pihak ada hujah dan bukti empirikal untuk mengatakan ada diskriminasi secara langsung atau tidak. Baik, kita sudah merdeka sekian lama tidak bolehkah kita tangani ini once and for all? Supaya tidak ada anak Melayu, graduan Melayu yang layak dan wibawa merasa diketepikan walaupun beliau layak. Tidak ada anak Cina yang pintar merasa beliau tidak dihiraukan untuk diberikan pertimbangan dalam pekerjaan di sektor awam. Sebab itu saya mengusulkan dalam dan juga disentuh dalam belanjawan Pakatan Rakyat diwujudkan equal opportunities commission untuk memastikan ruang pekerjaan terus dibuka tanpa mengira kaum, menentang segala bentuk diskriminasi pekerjaan mengikut kaum. Dengan cara sedemikian anak-anak Melayu merasa mereka terpinggir di sektor swasta dapat diberikan pertimbangan kerana jumlah ruang di sektor swasta besar dan anak-anak bukan Melayu yang merasakan mereka tidak ada tempat dan pengiktirafan di sektor awam juga diberikan perhatian. [Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bangga dan saya akui pentingnya negara mempunyai pasaran saham yang rancak dan pertumbuhan yang cukup menakjubkan di negara kita berbanding dengan rantau Asia. Soalnya siapa yang beruntung? Berapa orangkah yang mendapat faedah daripada saham yang memuncak? Lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70% daripada mereka bumiputera. Hidup Melayu ini dalam membanggakan pertumbuhan pasaran saham ya tetapi kita jangan menganggap ini seperti ukuran utama kerana masalahnya besar. Baik. Golongan 10% terkaya di Malaysia memiliki 77% aset kewangan negara. Pada tahap 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat. Ini yang disebut di kesenjangan, gross inequality. Manakala 80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% daripada aset kewangan. Ini lebih teruk daripada sistem kapitalis bobrok yang dipertahankan oleh pimpinan negara kita. Walaupun Amanah Saham Bumiputera dikhaskan untuk bumiputera, masih lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB. Orang-orang kaya daripada golongan Bumiputera yang hanya berjumlah 0.2% daripada kesemua penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB daripada keseluruhan 80% penabung biasa yang lain. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan dengan indeks Gini Coefficient melebihi 0.8% untuk kesemua kaum. Golongan 10% terkaya juga dilaporkan memiliki aset hartanah pada tahap 294% lebih tinggi daripada purata rakyat. Memang ada kesenjangan, tidakkan golongan miskin dengan kaya sama kawasan milik tanah tetapi kalau sampai saham 14200% beza. Kalau tanah 294% beza, ini harus ditangani hanya dengan tekad politik yang berani.
Yang Berhormat Permatang Pauh mencelah.
Daripada segi pemilikan hartanah 32% daripada penduduk bandar tidak memiliki hartanah, 32% rakyat bandar daripada Parlimen Putrajaya tidak langsung mempunyai satu lot kecil pun berbeza dengan puluhan ekar yang diberi begitu mudah kepada tauke-tauke dan kroni.
Yang Berhormat Permatang Pauh.
32% daripada penduduk bandar tidak memiliki hartanah manakala kadarnya hanya 17% untuk penduduk desa dan ini saya hendak ulang Yang Berhormat Arau ada keterangan ini daripada buku yang saya harap Yang Berhormat Arau boleh beli untuk ahli Kabinet baca. [Tepuk]
Yang Berhormat Permatang Pauh, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Berhormat Pandan.
Saya tertarik dengan perangkaan- perangkaan mengenai pemilikan aset kewangan kerana itulah sebenarnya gambaran bagaimana kekayaan di negara ini dikumpulkan oleh hanya golongan yang paling kecil. Saya juga hendak merujuk pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pekan sejak beberapa hari yang lalu kononnya bahawa kalau tidak kita laksanakan Cukai Barang dan Jualan kepada rakyat keseluruhannya ini dan mengikut cadangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal ataupun CGT kepada pemilik-pemilik aset kewangan yang kaya raya ini, apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju bahawa sebelum keseluruhan rakyat, tua, muda, miskin, kaya, bekerja ataupun tidak
dikenakan cukai melalui GST sewajarnya 10% orang terkaya yang memiliki sehingga 77% kekayaan pasaran yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, inilah yang sepatutnya di cukai dahulu melalui Cukai Keuntungan Modal sebelum kita mencukai orang kaya. Minta pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Miskin.
Tuan Yang di-Pertua, ini bagi saya yang saya sebut daripada awal, apa disebut tadi oleh Yang Berhormat Pandan tadi, soal prinsip perbezaan Bajet 2015 dengan belanjawan Pakatan Rakyat, siapa yang harus menanggung beban cukai? Rakyat terbanyak, melebarkan jaring percukaian walaupun ada pengecualian, ataupun golongan maha kaya? Apa salahnya kita guna pendekatan yang tidak membebankan? Saya akan bagi bukti bagaimana mengikut pendekatan yang dibuat oleh Menteri Kewangan sekarang, seorang tauke maha kaya, ratus juta pendapatan satu tahun dikecualikan beberapa juta dan dialih kepada rakyat bawahan mesti bayar. Jadi pada hemat saya, pendekatan kita termasuk dalam memperkenalkan Capital Gains Tax itu iaitu bila ada keuntungan berlebihan daripada kapital, kita cukai. Kalau dia kaya, dia tidak tambah kekayaan dia, kita tidak cukai. Cukai tata-tetap. Ini kita tidak sanggup buat pendekatan itu dan kita kenakan cukai bagi rakyat miskin. Tentunya kerana mereka tidak dapat pendedahan maklumat, ada yang mungkin kurang menikmati... Maksud kita memperkenalkan CGT ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya menepis dan menyatakan ini akan membebankan negara tanpa ruang untuk kita berbahas dan berwacana secara segar. Akan tetapi bagi saya, tidak boleh lari daripada prinsip al-Quran, surah al- Hashr ayat 7 ini yang selalu kita ulang. Quran menekankan dalam sistem ekonomi Islam yang adil, kekayaan itu tidak boleh berlegar di kalangan orang kaya. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Tidak boleh berlegar di kalangan orang kaya”. Bukan bagi ruang, tidak boleh pemerintahan itu berlegar di kalangan orang kaya. Kalau ada yang Ahli Yang Berhormat cakap, “Pasal apa Yang Berhormat Permatang Pauh cakap sekarang saja, dulu tidak ada?”, baca ucapan saya dalam perhimpunan UMNO, saya guna ayat ini. Menegur amalan sistem yang menumpukan hendak mengangkat billionaires dan tidak menjaga masalah kesenjangan. Baik, ada kaitan dengan kajian yang saya sebut tadi dalam buku Muhammad Abdul Khalid ini tadi. Kalau beli extra copy, saya boleh bagi kepada beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat yang belum beli ya. Terima kasih, Yang Berhormat Arau setuju untuk mengedarkan. [Tepuk] RM40 saja. Baik, kita rujuk sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, kajian Profesor Madya Dr. Fatimah Kari, Universiti Malaya yang menunjukkan nisbah pendapatan pekerja bandar adalah dua kali ganda melebihi pendapatan pekerja luar bandar. Ini bagi beliau amat membimbangkan kalau kita rujuk dari segi semangat Dasar Ekonomi Baru yang masih kuat dipertahankan oleh kerajaan. Kajian Dr Lee Hwok Aun tahun 2013, ini juga membimbangkan terutama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak kerana angka ini harus mengejutkan iaitu tahun 2013, pencapaian pendidikan bumiputera di Sabah dan Sarawak jauh lebih ketinggalan. Lebih kurang 58% kanak-kanak Iban, 46% kanak-kanak bumiputera yang bukan Kadazan hanya berpendidikan tahap sekolah rendah. Ini kerajaan kalau hendak pertikai, saya minta Kementerian Pendidikan, kementerian boleh pertikai. Sudah tentunya ini akan mengakibatkan pendapatan bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dan tidak ada, setelah setengah abad merdeka, kemungkinan jurang itu boleh disamakan. Oleh sebab itu dalam kaitan ini, kita sebut tentang emolumen penjawat awam yang diunjurkan bertambah pada 3.3% pada tahun 2015. Apa yang membimbangkan kami ialah kerana ia lebih rendah daripada CPI iaitu pada 4%. Oleh itu, penjawat awam negara kita akan merasai himpitan kos sara hidup terutama dengan pelaksanaan GST. Pakatan Rakyat berpendapat tanggungjawab kerajaan harus menggunakan kaedah paling adil, mencukai pelbagai bentuk modal dan keuntungan modal yang saya tekankan tadi. Dalam keadaan hanya 18% penerima gaji membayar cukai di Malaysia, langkah mengenakan cukai konsumsi kepada semua amatlah tidak wajar. Keghairahan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST yang regresif
pada kadar 6% perlu dipersoalkan. Apakah maksud regresif? Beban cukai akibat GST lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah berbanding pendapatan tinggi. Ini sebenarnya kita harus jurus ke situ, bukannya soal pengecualian. Saya tidak nafikan ada pengecualian, kalau ada pengecualian kadar itu boleh dikawal sedikit, betul! Akan tetapi apa pendekatan asas kita? Hendak cukai siapa? Apa yang menghambat kita daripada mengenakan cukai golongan pemodal yang keuntungan yang berlipat ganda dan berbilion? Tatkala membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tentang pendapatan tauke besar yang empat tahun lalu RM1 bilion, sekarang sudah RM5 bilion. Dulu RM8 bilion, sekarang sudah RM12 bilion. Kita sebut di sini cukai yang dikenakan bagi kalangan yang lebih hasilnya, keuntungannya. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan antara RM140 hingga RM700 akibat GST. Manakala isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 dijangka mencatat kenaikan sekurang-kurangnya RM1,550. Ini bermakna GST bakal mengurangkan pendapatan lebihan rakyat golongan berpendapatan rendah di bawah RM4,000 sebulan. Sebanyak 32.6% perbelanjaan bulanan mereka dijangka tertakluk kepada GST manakala bagi golongan berpendapatan sederhana, peratusannya naik kepada 60% yang terkena dengan percukaian yang baru ini. Jadi GST bagi kami akan memberikan pendapatan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM8 bilion untuk tahun 2015. Ini disokong oleh kenyataan dari Jabatan Kastam yang menganggarkan angka RM5 hingga RM6 bilion dan juga Bahagian Percukaian KPMG yang menganggarkan RM9 hingga RM10 bilion perolehan kepada kerajaan. Jelas ini berbeza dengan kenyataan Menteri Kewangan bahawa hasil kutipan GST hanya RM0.69 bilion. Kalau ini boleh tegur kerana saya baca kenyataannya tetapi bercanggah dengan kenyataan Jabatan Kastam dan juga KPMG. Kalau betul begitu rendah, hendak susah-susah hendak tambah RM1 bilion itu fasal apa? Kos pengendaliannya pun ratusan juta. Komuniti perniagaan menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya GST dilaksanakan, kelewatan pembayaran rebat GST akan menjejaskan aliran tunai atau cash flow syarikat. Oleh sebab itu, bagi kita, kita masih menentang pelaksanaan GST kerana ia pasti akan menaikkan kos. Kalau hendak hujah soal kesan atau tidak, kita mengatakan kita harus alih untuk mencukai, mengenakan cukai bagi kalangan kaya. Apakah cukainya? CGT, cukai keuntungan modal, Capital Gains Tax yang kita cadangkan iaitu keuntungan dari urus niaga yang melibatkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon. Akan tetapi tidak berani disentuh kerana ini milik tauke- tauke dan kroni. Untung berbilion tetapi tidak ada cukai... [Tepuk] Walaupun bilangan yang bakal dicukai ini jauh lebih kecil kerana dalam kategori yang maha kaya, tapi kita menganggarkan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan tahun 2015 sahaja, kita menganggarkan RM3 bilion. Jadi golongan yang di cukai itu adalah tentunya golongan pendapatan besar dan benar, urusan itu juga berisiko tinggi seperti saham dan bon sebab itu cukai itu kepada capital gains, bukan tidak sebaliknya. CGT, ada yang mengatakan ini akan merencatkan pelaburan kerana Amerika Syarikat dan UK kekal menjadi hab pelaburan kelas dunia walaupun masing-masing mempunyai kadar CGT yang tertinggi di dunia pada kadar 50.8% dan 46.7%.
Tidak aneh. Negara kapitalis dunia sanggup cukai golongan kaya. Kita kata negara yang mengamalkan Dasar Ekonomi Baru yang pro rakyat dan pro Melayu bumiputera tidak sanggup kenakan cukai kepada golongan maha kaya. Malah jika CGT dikenakan pada paras spekulator saham, maka pasaran saham tidak akan terlibat dalam aktiviti spekulasi berlebihan. Matlamat utama ialah mengekalkan kadar cukai pada pendapatan rendah, pada masa yang sama meningkatkan nisbah pendapatan cukai kepada KDNK. Jumlah cukai ditingkatkan dengan menggalakkan peningkatan jumlah pembayar cukai, tetapi mengurangkan kadar cukai bagi setiap pembayar secara keseluruhan. Jadi kita yakin dengan ini, taraf hidup rakyat miskin dapat ditingkatkan walaupun golongan elit maha kaya mungkin mendapat keresahan sedikit. Akan tetapi ada masalah dalam GST kalaupun diamalkan tentang apa yang dimaksudkan kadar sifar (zero rated) dan yang tidak dikenakan cukai (exempted).
Perdana Menteri ada menyebut beberapa barangan dan perubatan yang tidak dikenakan GST dan juga barang-barang yang mengalami kenaikan harga, tetapi kos komponen dan perkhidmatan lain yang tidak dikenakan cukai digunakan dalam rangkaian pembuatannya. Ada masalah kerana komponen terlalu besar. Kita ambil kenyataan Presiden Malaysian Automotive Association, tidak benar harga kereta akan turun kerana terbatalnya cukai jualan 10%, digantikan dengan 6% GST tahun depan. Ini kerana, menurut pelaksanaan GST, “There will be a different implication to business in various areas ranging from tax computation, collection, refunds, reconciliation, costing etc. when compared to the existing sales and services tax. As such, vehicle distributors would need to review their entire cost structure and supply chain in the light of these implications.” Jadi ada kenyataan berbeza di antara pimpinan politik, demokrat dan peniaga yang mengatakan kami tetap akan menaikkan harga kenderaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingin membangkitkan satu isu bahawa reality on the ground dalam business sector adalah selepas bajet dibentangkan di mana Yang Amat Berhormat Pekan kata harga barang akan turun 56%, harga barang akan turun akibat tidak ada SST lagi. GST memberi hanya 6% dan harga barang akan turun. Akan tetapi sejurus selepas itu, Chinese Chamber of Commerce telah membuat kenyataan bahawa ini tidak mungkin berlaku kerana semua kos barangan business investment yang menyediakan GST dan juga kos yang lain akan melambung naik. Maka itu adalah angan-angan kerajaan bahawa dengan implementasi GST dan banyak lagi zero rated, maka harga barang di pasaran akan turun. Minta komen daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Perdana Menteri dalam mengumumkan pelaksanaan GST mengatakan bahawa Permatang Pauh tatkala menjadi Menteri Kewangan memang menyokong GST. Itu kenyataan saya sebaik sahaja menjadi Menteri Kewangan ialah mengatakan kita harus memberikan pertimbangan, mengkaji kerana VAT ini, Value Added Tax ini adalah yang terefisien. Itu tahun 1992. Tahun 1993 setelah dikaji oleh Treasury, tolong check rekod Hansard. Ini kadang-kadang yang mengampu ini lebih-lebih daripada pengumuman Perdana Menteri. Perdana Menteri setakat itu sahaja, yang mengampu ini bedal saya dengan begitu kuat. Pada tahun 1993 tatkala menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kepong (Dr. Tan Seng Giaw) masa itu menanyakan tentang pelaksanaan VAT, saya jawab, sudah ada dalam Hansard, saya kata Kementerian Kewangan telah meneliti dan tidak munasabah untuk mengharapkan kita melaksanakan sistem percukaian mengikut acuan barat. Keduanya, saya katakan pelaksanaan SST (Sales and Services Tax) sudah dilaksanakan dan pada kami cukup setakat itu. Jadi makna dari tahun 1993 sehingga tahun 1998 tidak berbangkit GST, bagaimana sekarang Perdana Menteri bangkit mengatakan saya setuju? Check Hansard tahun 1993 tatkala menjawab soalan daripada soalan Dr. Tan Seng Giaw, Yang Berhormat Kepong. Ini kerana apa? Ini kerana semua kajian menunjukkan kesan awalan daripada pelaksanaan GST adalah kadar inflasi meningkat tanpa kecuali, termasuk Singapura dengan kadar 4% kesan awalan inflasi meningkat. Kanada parah peningkatannya. Oleh sebab itu Kementerian Kewangan, Menteri kata kita beri banyak pengecualian. Akan tetapi pengecualian itu tidak menjamin kos dan harga barang akan meningkat.
Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh sedikit?
Ya sila.
Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingin bertanya apabila Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan tentang cukai keuntungan modal. Apa yang Yang Berhormat Permatang Pauh maksudkan ini adalah kita tidak ada SST, tidak ada GST, hanya cukai keuntungan modal sahaja. Itu satu. Keduanya, saya lihat di sini cukai keuntungan modal ini berapa negara yang sudah buat? Bagaimana keberkesanannya? Saya tertarik tadi ada Yang Berhormat Bayan Baru bangkit tanya tentang cukai. Dia begitu concern tentang kenaikan cukai ini. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat Permatang Pauh, di Pulau Pinang ini macam-macam cukai naik. Cukai bela ikan pun naik. Bela ikan dalam sangkar pun
cukai naik, tetapi dengar cerita macam Yang Berhormat Bayan Baru betul-betul concern. Bila cukai naik dia susah hati betul. Akan tetapi di Pulau Pinang, hotel pun cukai naik. Jadi inilah, kadang-kadang kita bercakap, kita rasa...
Yang Berhormat Padang Besar, kita cukaikan orang yang maha kaya. Di hotel yang tinggal...
Takkan bela ikan, nelayan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru.
Orang bela ikan, nelayan bela ikan dalam sangkar cukai naik. Selepas itu kita ingat, kita ingat concern Pulau Pinang tentang orang miskin ini cukup hebat. Ketua Menteri pakai kereta RM2 juta lebih. Kereta RM2 juta lebih. Tidak ada pun Barisan Nasional pakai kereta RM2 juta lebih. Apa jenis orang...
Ada.
Tidak. Saya bincang tentang concern cukai naik ini. Akan tetapi tidak apalah, itu soalan saya yang bertanya. Selepas itu kita lihat dari segi tentang pemilikan harta, memanglah kita lihat dari segi bajet ini Kerajaan Barisan Nasional kita ada buat rumah dan sebagainya, tetapi kita lihat kemungkinanlah kita hendak lihat Pulau Pinang ini tentang pemilikan rumah orang berpendapatan rendah ini begitu teruk sekali. Jadi kita lihatlah dari segi bajet Yang Berhormat Permatang Pauh cakap itu dari segi Selangor dan juga Pulau Pinang, kita hendak lihat bagaimana dari segi pemilikan harta golongan berpendapatan sederhana dan rendah di Pulau Pinang dan Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Ikan dalam sangkar itu saya perlu check, saya tidak tahu. Saya boleh check, tetapi kalau cukai hotel itu janganlah kompelin, itu orang kaya. Apa yang kita jadi masalah ini cukai bagi kalangan pendapatan rendah. Soalannya tentang pelaksanaan CGT itu, amalannya, itu dipertahankan macam Amerika Syarikat dan UK, walaupun kesenjangan masih berlaku tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perkenalkan cukai baru yang menyentuh kedudukan rakyat terbanyak. Ini isunya. Kita hendak cukai golongan maha kaya atau cukai baru yang menyentuh kedudukan rakyat. Saya rasa itu fundamental question yang kita mesti jawab. Now, soal perumahan. Saya hendak sebut, saya ada pengalaman. Kalau di Pulau Pinang masa itu, perumahan rakyat ini semuanya daripada dana persekutuan. Semasa Kerajaan Pulau Pinang di bawah Barisan Nasional, peruntukan untuk perumahan rakyat itu dana Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri itu diminta beri kerjasama dari segi tapak tanah dan kemudahan mempercepatkan memangkin kelulusan dan beberapa kemudahan asas. Jadi kita perlu ingat kerana sejak Pakatan Rakyat memerintah, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dapat meneruskan dengan kadar kelajuan yang sama kerana ditahan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini kerana ketika itu saya laksanakan melalui Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera yang saya pengerusikan.
Jadi tolong nasihat kepada kerajaan terutamanya Jabatan Perdana Menteri untuk meneruskan projek yang menentukan rakyat terutama masyarakat Melayu kampung di Pulau Pinang ataupun yang miskin bandar. Baik, sekarang saya hendak sentuh sekarang kenaikan harga minyak 40 sen, jangan sebut 20 sen.
Yang Berhormat Permatang Pauh.
40 sen sejak PRU yang lalu.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Ya, dalam tempoh satu tahun itu sangat tinggi dan ini telah memberikan kata kerajaan penjimatan. Maknanya penambahan RM9 bilion untuk tahun 2015. Padahal setiap 10 sen pemotongan subsidi petrol dan diesel adalah penjimatan subsidi RM2.2 bilion setahun.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya sebenarnya hendak tegur sedikitlah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Besar. Mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh tidak perasan. Dia tanya adakah CGT ini Capital Gains Tax ini akan dilaksanakan tanpa adanya SST dan juga GST. Maknanya, adakah Pakatan Rakyat mencadangkan kita batalkan sistem percukaian yang SST yang sedia ada sekarang ini selepas itu kita tidak laksanakan pula GST, kita hanya hendak dapatkan pendapatan melalui CGT. Saya selain daripada Yang Berhormat Padang Besar ini tertipu dengan propaganda siber trooper UMNO sendiri, dengan mengatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang beli kereta yang RM2 juta...
Ah! Sokonglah!
Ini bila sudah cukup banyak sangat penipuan dia sendiri pula percaya. Ha inilah satu kes yang agak kelakar bila sudah banyak sangat penipuan yang tauke penipu itu pun percaya dengan penipuan dia sendiri
[Dewan riuh]
. Ini masalah dia ini pertama. Kedua, kita hendak jelaskan, kita hendak cadangkan pelaksanaan Capital Gains Tax (CGT) tanpa dibatalkan SST. Maknanya sistem percukaian yang sedia ada itu ada kita tambah dengan Capital Gains Tax (CGT). Bukan kita hendak batalkan semua dan hanya adanya CGT kerana kita tolak GST ini kerana ia mencukai orang miskin. Apa yang sedia ada itu sudah ada kita tambah dengan CGT, CGT ini Yang Berhormat Permatang Pauh telah sebut ia hanya merupakan cukai atas orang kaya yang mempunyai sebagai contoh saham dan dia hanya dikenakan cukai bila dia menjual saham dia dan ada keuntungan. Maka, dia tidak dicukai oleh sebab dia kaya. Dia di cukai atas keuntungan yang dia peroleh bila dia melakukan perniagaan. Sama ada penjualan atas property, harta, kemewahan ataupun cukai atas saham keuntungan yang diperoleh. Kalau tidak ada keuntungan tidak ada cukai. Itulah sebabnya di negara-negara yang seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi walaupun adanya CGT tapi orang masih melabur. Ini kerana apa? Kerana dia tahu tidak akan di cukai kecuali kalau ada keuntungan. Tidak ada keuntungan dia tidak kena cukai. Lalu saya harap Yang Berhormat Padang Besar memahami dan janganlah percaya sangat siber trooper UMNO ini semua.
[Dewan riuh]
Tidak ada gunalah ya. Jangan percaya sangat. Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Janganlah salah UMNO, UMNO Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Permatang Pauh tidak usik UMNO langsung. Yang Berhormat Permatang Pauh berhujah dengan baik. Janganlah dok kacau daun.
Terima kasih.
Masuk-masuk sahaja mengganggu. Duduklah, duduklah Yang Berhormat Shah Alam. Orang pun datang angkat sumpah inikan tidak puas hati.
Itu cara Yang Berhormat Permatang Pauh. Cara Yang Berhormat Permatang, cara Yang Berhormat Permatang Pauh. Cara Yang Berhormat Shah Alam, cara Yang Berhormat Shah Alam. [Dewan riuh] [Tepuk]
Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima kasih pada Yang Berhormat Shah Alam turut memberikan penjelasan. Saya tertinggal tadi hujah yang dibawa oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Padang Besar yang menanyakan tentang apakah ia kemungkinan terbatal tidak. Kalau baca buku belanjawan Pakatan Rakyat, kita batalkan itu GST kerana GST itu ia melebarkan jaring yang kena cukai walaupun pengecualian banyak. Akan tetapi jaringan kena cukai itu melebar. Ini diperkecilkan cukai baru ini kepada kumpulan maha kaya. Kita ambil contoh penyenaraian kadang-kadang keuntungan itu daripada satu syarikat itu daripada RM1 bilion naik RM3 bilion atau RM2 bilion. Jadi ini dicukai dari keuntungan itu dan sekarang tidak ada cukai. Ini yang kita sebut dalam apa yang
disebut Capital Gains Tax ini. Baik saya sebut tentang harga minyak kesannya sebagai contoh Myvi dan Proton Exora yang kenderaan paling popular. Berdasarkan andaian jumlah perjalanan 15,000 motokar saya ingat tidak tepat. Fasal motokar 2 juta tidak. Menteri Besar beli kereta baru kalau harga RM400,000 biarlah kalau dia bersih. Ini belanja ratus-ratus juta yang lain hangpa dia. Yang ini kereta saya pun terkejut dengan RM2 juta ini. Siapa kata tidak tahu. Utusan kot. Akan tetapi tak mengapa saya tidak tahu sumbernya. Akan tetapi elok-elok dengan dia beri penjelasan biar penjelasan betul-betul cost kerana pendekatan Ketua Menteri Pulau Pinang dia transparent. Orang tanya kereta dia boleh bawa jumlah sebenarnya. Saya setuju kerana pendekatan dia adalah lebih telus. Baik, balik kepada Myvi dan Proton tadi ya. Kalau kos petrol kalau berjalan 15,000 kilometer setahun, kenaikan kos petrol adalah di antara RM424 Myvi, RM812 akibat pengurangan subsidi 40 sen satu liter. Ini mungkin kecil. Akan tetapi cukup membiayai perjalanan pergi balik Kuala Lumpur ke Alor Star 4 kali setahun. Besar kemungkinan pemandu ini menerima BR1M. Akan tetapi dengan kenaikan kos petrol dan cukai GST, ia terpadam dengan BR1M pembahagian ini. kalau kita lihat laporan Maybank Research 3.5 bilion liter diesel diseludup setiap tahun. 3.5 bilion ini bersamaan 35% daripada jumlah penggunaan diesel negara, subsidi dibazirkan RM1.5 bilion setahun. Bolehkah kita cari jalan ini Maybank Research di bawah Khazanah. Bolehkah kita cari jalan selamatkan RM1.5 bilion dan jangan dera rakyat? Takkanlah kerajaan yang begitu cekap dengan segala keupayaan semua ini tidak boleh atur supaya penyeludupan ini dapat ditangani dengan berkesan. Jadi sebab itu saya katakan penjimatan RM9 bilion setahun ini adalah jauh lebih kecil dari penjimatan yang bakal diperoleh sekiranya 15% bernilai minimum RM18 bilion daripada ketirisan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diberhentikan. Baik, Perdana Menteri menyebut tentang pengurangan kadar cukai pendapatan. Banyak yang sokong. Akan tetapi kadar cukai maksimum 25% menaikkan kadar maksimum kepada RM400,000 dari RM100,000 masih tidak dapat merapatkan kesenjangan. Malah sekarang ini, cukai golongan maha kaya dikurangkan. Sebagai contoh, jikalau isi rumah empat orang yang berpendapatan RM4,000 sebulan - RM48,000 setahun akan mencatatkan penjimatan cukai RM100. Golongan hartawan saya bagi contoh tanpa nama Pengarah Eksekutif Genting Berhad berapa pendapatan yang direkod? Saya tidak sebut yang lain. Pada tahun 2013, RM136 juta setahun. Baik dengan pengenalan cukai ini Yang Berhormat Arau, Pengarah Eksekutif Genting Berhad dapat menjimatkan hampir RM3 juta setahun sekiranya kadar cukai pendapatan beliau dikurangkan dari 26% kepada 24%. Jadi yang maha kaya kurang RM3 juta kemudian hendak cukai CGT kita tak sanggup. Kita pulangkan balik GST supaya rakyat dibebankan. Oleh sebab itu kita tekankan bahawa nisbah pendapatan kepada KDNK bagi kita harus ditingkatkan kepada 50% pada tahun 2020. Walaupun hasrat Kerajaan BN yang disebut oleh Perdana Menteri, saya ulang, “Adalah menjadi hasrat kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34% pada masa ini kepada 40% daripada KDNK menjelang tahun 2020”.
Bandingkan betapa beza komitmen kami berbanding dengan hasrat kerajaan dengan tahap yang lebih rendah. Oleh sebab itu, kita harus perluaskan skop dan bidang kuasa Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan (National Wages and Consultative Council). Ini kerana kita bercakap soal kualiti ini, kesenjangan. Jurang penerbitan yang melebar. Kita harus beri ruang dan kebebasan, mandat serta konsensus supaya gaji tahunan keseluruhan bagi semua pekerja dan industri di Malaysia berbanding skop sekarang. Golongan pekerja yang tidak mendapat apa-apa kenaikan sekarang dalam Bajet 2015 mengeluh kerana mereka tidak mendapat faedah secara langsung. Oleh sebab itu, NWCC perlu dipertingkatkan diwakili secara tripartite-plus iaitu wakil majikan, pekerja, masyarakat sivil dan kerajaan. Saya sentuh daripada awal secara konsisten soal tata kelola dan ketidaktelusan kerana saya masih yakin kalau ini diperbetulkan kita boleh menjimatkan puluhan bilion ringgit dan tidak perlu heboh dan bergaduh soal GST untuk mendapat keuntungan bagi pendapatan kerajaan berlebihan. Saya juga merujuk kepada Juruaudit Antarabangsa KPMG, Ernst & Young, Laporan Ketua Audit Negara dan tadi Maybank Research. Tadi dalam keadaan ekonomi yang berdefisit serta tanggungan hutang negara pada tahap RM596 bilion, setiap sen pendapatan haruslah dibelanjakan secara baik dan terancang. Tata kelola
harus diperbaiki. Apakah dia ukuran pelaksanaannya? Ia tidak ada tindakan sekarang ini. Ia berbeza dengan apa yang berlaku. Saya tahu apabila saya sebut Singapura, ia terlalu sensitif. Sekarang saya sebut India. India baru-baru ini mengenakan pertuduhan rasuah oleh orang kedua terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Ananda Krishnan kepada adik-beradik Maran ketika mereka di Kementerian Komunikasi di India bernilai RM700 juta untuk kepentingan dalam Aircell melalui Astro All-Asia Networks (PLC) yang kini difailkan di New Delhi. Bayangkan boleh SPRM dan kerajaan merestui tindakan kepada golongan maha kaya seperti Tan Sri Ananda Krishnan? Saya tidak fikir. Mungkin dalam negara dan dalam keadaan sekarang. Ini kerana dia itu dianggap tidak boleh disentuh. Sang saudagar kaya dan juga kebal dari segala tuduhan. Ini kerana ada kaitan apabila Khazanah Nasional memegang 21% daripada AAAN, maka siasatan dilakukan SPRM ke atas Khazanah Nasional dan pemegang saham utama, Usaha Tegas Entertainment System 42.3% untuk penjelasan transaksi kalau betul berlaku. Kalau sudah the other charge pendakwaan di India, takkanlah kita masih tertunggu syarikat yang berpaksi dan berinduk di Malaysia tidak berani disentuh oleh SPRM dan tidak ada tekad politik pemimpin untuk menyentuh rangkaiannya. Apakah SPRM akan menyiasat bagaimana Tan Sri Ananda Krishnan memenangi pembidaan lesen operator mudah alih Maxis di Malaysia sekiranya beliau dengan berani boleh merasuah kakitangan kerajaan asing? Jadi saya ucap tahniah kepada Kerajaan India yang baru kerana mempunyai keberanian, ketegasan mendakwa dengan bukti walaupun Tan Sri Ananda Krishnan harus diberi ruang untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. Begitu juga kebimbangan kita tentang 1MDB. Dos hutang, pinjaman terkini, bernilai RM36.25 bilion tidak mempunyai aliran tunai seperti perniagaan biasa yang lain. Berapa pinjaman terkini 1MDB? RM36.25 bilion. Soal 1MDB ini saya dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir nampak sependapat. Bagaimana 1MDB boleh diberikan projek RM3 bilion yang bernilai RM11 bilion dan ura-ura bahawa sebuah jana kuasa gas di Melaka juga telah diberikan secara rundingan langsung dengan TNB. Ini masalah berterusan. Kita bicara soal transformasi ekonomi tetapi tata kelola tidak diperbaiki. Apa bezanya tender atau bidaan dengan soal rundingan langsung. Kita tidak dapat nilai kos. Ini hanyalah persetujuan Menteri berdasarkan teknikal report. Ini harus diperbaiki kalau tidak kos akan meningkat. Jadi beban hutang 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di AirAsia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM16.5 bilion, IPO terbesar Asia pada tahun 2015. Ini tentunya cara keluar untuk menjana dana bagi membayar hutang awalnya bentuk bailout yang terbaru. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya menyentuh soal hutang diampuni orang mati syahid semua dosa kecuali hutang, Riwayat Muslim. Dibaca terjemahannya. [Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Diampuni orang mati syahid melainkan yang berhutang”. Ia merujuk banyak kepada penghutang PTPTN. Saya dukacita kerana hutang 1MDB, hutang Deepak, hutang PERWAJA, hutang Tan Sri Tajudin yang maha kaya berbilion-bilion itu tidak jadi masalah? Akan tetapi hutang anak-anak muda yang berhutang PTPTN itu akan menjadi perkara pokok, bawa hadis tidak terampun dosanya. Saya hendak beritahu konteks ini, saya juga rujuk dan saya percaya Yang Berhormat Arau boleh rujuk juga. Kalau orang itu berhutang dalam sistem yang tidak adil. Saya miskin, saya hendak belajar dan saya tidak ada pilihan melainkan berhutang. Padahal tanggungjawab pemerintah membantu. Ada pertimbangan yang dibuat harus diberikan di situ dan tidak semudah itu. Orang yang berhutang dengan orang yang mencatat keuntungan besar, orang yang kaya berhutang itu jelas terhukum dalam kes ini. Jadi saya mintalah supaya rakan- rakan meneliti semula maksud hadis ini dan bagi konteks yang benar prinsip asas yang berhutang mesti bayar kerana perjanjian Aufu bil’ukud yang sudah ikat janji pegang pada janji tetapi jangan mendera golongan bawahan. Bukan main kita kuat hujah kita bila orang kecil berhutang tetapi yang lupus hutang di pub tidak ada dibangkitkan. Lupus hutang PERWAJA sampai sekarang dibayar, tidak bangkit. Forex Fiasco yang dilupuskan hutang RM500 juta oleh Bank Negara tiap tahun tidak ada diusul. Lupus hutang Tan Sri Tajudin Ramli malah dibayar RM500 juta lebih. Saya minta supaya ada ketelusan dan konsistensi supaya kita jangan anggap mudah, mendera rakyat yang tidak berupaya untuk berhujah. Kita sentuh TPPA dan saya tekankan pada prinsipnya kita tidak pernah menentang Perjanjian Perdagangan Bebas. Akan tetapi tidak ada jawapan tentang peruntukan-peruntukan yang menimbulkan kecurigaan farmaseutikal, agriculture. Soal
arbitration tidak ada ketelusan. Jadi hendak minta Ahli Parlimen menyokong satu perjanjian TPPA begini adalah tidak munasabah. Amerika Syarikat umpamanya diwakili oleh 400 orang penasihat, lantikan peguam dan pakar dari pelbagai industri untuk menggerakkan dan menekan supaya ini dilaksanakan. Selagi kita tidak dapat jaminan kepentingan ekonomi negara dipertahankan, saya ingin sarankan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya jangan bersetuju dengan perjanjian ini. Saya sebut tentang hasil minyak dan gas kerana pergantungan hasil tahunan minyak dan gas membentuk 31% daripada pendapatan kerajaan persekutuan. Risikonya dua. Kedudukan ekonomi kita baik tetapi gagal membina industri pilihan lain kerana ketergantungan kepada harga minyak. Ia melemahkan kedudukan kewangan Petronas secara mendadak apabila keuntungannya dipindahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk perbelanjaan yang sememangnya diketahui tiris.
Kewangan yang lemah ini akan merencatkan kebolehan Petronas untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan tentunya satu isu yang sangat kontroversial ialah keengganan kerajaan menerima kenyataan untuk membayar royalti kepada semua negeri pengeluar minyak. Tidak boleh dipertahankan kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan Gua Musang masa itu yang terlibat dalam menandatangani itu menjelaskan tanpa ragu bahawa wang itu adalah hak milik negeri yang belum diberikan kepada Kelantan. [Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan beberapa lebuh raya baru, Sungai Besi–Ulu Kelang, Damansara–Shah Alam, Lebuhraya Pantai Barat termasuk dari Taiping ke Banting. Kita ada pengalaman di Selangor KIDEX Highway walaupun tidak dalam konteks yang sama kerajaan dan berunding dengan Yang Berhormat Menteri Besar dan saya percaya Yang Berhormat Menteri Besar akan menggunakan ruang ini untuk menjelaskan. Pada prinsipnya kita menyokong, tetapi tidak boleh Kerajaan Persekutuan menganggap kerajaan negeri ini hanya menjadi rubber stamp. Dia boleh tentukan kos, dia boleh pilih syarikat-syarikat kroni mengendalikan dan dengan kos yang meningkat kerana beban itu akan dibayar oleh penduduk-penduduk Selangor. Oleh yang demikian, kerajaan negeri kita menyokong pendirian Kerajaan Negeri Selangor sekarang supaya lebih tegas dalam semua rundingan dan semua perjanjian itu dibuka kepada awam, telus, tidak disorok macam perjanjian air. Yang Berhormat Menteri Besar telah menulis kepada Yang Berhormat menteri, apa perjanjian air sudah berjalan? Langat 1 telah pun dapat tender, kroni-kroni sudah kaut untung tetapi perjanjian masih OSA. Jadi Kerajaan Negeri Selangor ambil pendekatan kita buat secara terbuka biar rakyat tahu dan memilih bagaimana dan mengapa kita bangkitkan banyak kebimbangan dan bantahan cara dan corak menguntungkan satu, dua syarikat. Syarikat untung ratus-ratus juta sebab itu banyak yang mempertahankan keadaan dan setelah sekian yang lama tetapi yang akan menampung beban ini adalah rakyat Selangor kerana kos dan kadar air akan meningkat dengan perjanjian baru ini. Akan tetapi yang lebih penting dalam soal pengangkutan ini yang tidak diaddress selain daripada beberapa langkah bas kecil-kecilan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya sambut baik tetapi tidak ada dasar mengkaji, mengguna pakai konsep pengangkutan awam yang harus diperbaiki. Saya lihat umpamanya amalan di Colombia dan Brazil, Bas Rapid Transit dengan perhubungan connectivity antara stesen LRT, MRT untuk keselesaan rakyat, Feeder bus service kita harus dikendalikan dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyentuh agak keluar daripada bajet 2015 tentang murka Tuanku terhadap Pakatan Rakyat khususnya Keadilan. Saya hendak sebut di sini bahawa kita di sini tanpa perbezaan. Yang Berhormat Arau ada pengalaman, ramai yang ada pengalaman bahawa yang kita pertahankan baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. [Tepuk] Kita jangan buat. Sesiapa pun perintah prinsip Raja Berperlembagaan ini harus dipertahankan. Saya baca teliti ucapan Mantan Perdana Menteri tahun 1983, tatkala pemindaan perlembagaan dan 1993. Saya tidak sanggup baca semula ucapan itu kerana nadanya begitu keras dan tegas menyebut tentang ketelanjuran yang berlaku yang memaksa UMNO pada ketika itu dan Barisan Nasional. Saya sokong untuk meminda perlembagaan tahun 1983 dan 1993. Menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu tetapi tidak mengizinkan
jenayah dilakukan ataupun melanggar peruntukan perlembagaan yang menghormati hak rakyat memilih kepimpinan mereka sendiri. [Tepuk] Saya hendak menjelaskan perkara ini kerana tidak mahu istilah murka. Murka ini apabila kita terlanggar, kita tidak hormat Raja. Saya belum keluar satu kenyataan yang mempertikaikan kedudukan Raja-raja Melayu dan menghina Raja-raja Melayu dalam Dewan ataupun luar Dewan. Akan tetapi saya ingin mengingatkan bahawa kita tegak dengan prinsip ini. Apabila Almarhum Dato’ Onn Jaafar pemimpin kebangsaan, pendiri UMNO yang saya sangat hormati menekankan bahawa penegasan dan hebat UMNO diasaskan itu adalah membebaskan dan memerdekakan minda dan negara ini daripada amalan kongkongan amalan feudalisme. Itu seorang tokoh bangsawan saudara.
[Bangun]
Bangsawan Almarhum Dato’ Onn Jaafar itu kerana pernah menjadi Menteri Besar, dua kali dibuang ke Singapura tetapi kembali untuk mengasaskan UMNO dengan prinsip membebaskan Melayu dalam semua bentuk cengkaman, baik oleh Inggeris ataupun sistem feudalisme. [Tepuk]
Ya. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak tanya dua perkara sahaja. Pertama mengenai pelantikan Menteri Besar. Saja hendak tanya mengapa susah sangat hendak beri nama lebih daripada satu seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Menteri Besar Selangor.
[Dewan riuh]
Nanti – ini yang masalah. Saya tanya, nanti saya belum habis tanya lagi. Boleh tanya? Bagilah peluang saya tanya.
Baik, terima kasih.
Belum habis soalan lagi.
Okey.
Saya tanya mengapa dekat Selangor ini tidak boleh? Akan tetapi dekat Perak sepanjang tahun 2008 boleh pula hantar lebih daripada satu nama untuk bakal Menteri Besar negeri Perak? Kedua, tadi Yang Berhormat sentuh fasal ketelusan dan keikhlasan. Saya hendak dapat kepastian sahaja dalam Dewan ini yang dakwaan Faekah kalau tidak silap namanya yang mengatakan Yang Berhormat dapat elaun RM1 tetapi tuntutan RM15 juta sebagai Penasihat Negeri Selangor. Betulkah kenyataan beliau ini? Kalau tidak betul kenapa Yang Berhormat tidak saman dia? Itu sahaja yang saya hendak tanya.
Terima kasih. Saya sudah bincang dengan Yang Berhormat Menteri Besar baru dan beliau akan mendedahkan seluruh perbelanjaan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang tidak melebihi RM150,000 setahun. [Ketawa] Okey. Baik, kalau hendak tahu yang benarlah. Kalau hendak fitnah itu lantaklah. Akan tetapi kalau hendak tahu yang benar itu kenyataan dia. Keduanya elaun RM1, elaun perjalanan itu saya tidak ambil. Saya pergi Turki dan Dubai untuk mengemukakan projek Selangor, saya tidak ambil elaun dari Selangor. [Tepuk] Walaupun saya diundang oleh Kerajaan Turki, sudah dibayar. Jadi saya tidak ambil daripada Selangor, baik yang itu. Keduanya, apa masalah hendak ambil terima dari satu DUN. Itu keputusan parti yang berkenaan. Di negeri Perlis satu nama ditolak, dikemukakan nama yang ganti. Jadi apa masalahnya? Apa masalah untuk Sultan panggil dan kita beritahu. Ini pandangan kita satu nama. Tidak setuju? Okey, kita beri lagi satu nama. Yang hendak sibuk hendak bagi tiga nama kenapa? Pilihan raya esok UMNO kemuka tiga nama kepada Yang di-Pertuan Agong. [Tepuk]
Baik saya hendak...
Saya cuma hendak tamatkan bagi ruang kepada orang lain. Saya sebut di sini, saya hendak ungkap setelah mengatakan penghargaan saya kepada ucapan Dato’ Onn dan juga saya minta rakan-rakan dalam UMNO juga turut membaca semula ucapan mengenai Tun Dr.
Mahathir selaku Perdana Menteri tatkala membentangkan pindaan Perlembagaan 1993. Saya tidak sanggup repeat, kerana dia jauh lebih tegas dan berani dalam bidang itu.
Sikit Yang Berhormat.
Saya hendak habiskan, ada satu minit lagi. Saya hendak sebut di sini karya Dato Dr. Siddiq Fadzil bukunya Melayu dan Islam, Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Merdeka ini Kedaulatan Rakyat, Menjunjung Raja. Akan tetapi merdeka bermakna rakyat berdaulat juga, jangan lupa. Raja Ali Haji pengarang kitab Tuhfat Al-Nafis dan “Thamarat al- Mahammah” dalam buku ini menyebut mengingatkan makna raja bukan membuat apa sukanya ke atas rakyatnya. Akan tetapi merujuk pengertian tiga istilah politik Islam khalifah, Sultan dan imam. Raja dalam pengertian khalifah bermaksud pengganti dan penganjur, perintah Nabawi. Raja dalam pengertian sultan pula penguat kuasa keadilan dan undang- undang dan raja dalam pengertian imam pula dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan. Itu hanya kita renung balik. Jadi sebagai penutupnya saya ingin menyebut bahawa kita bertanggungjawab bersama-sama. Saya cadangkan kita ada Budget Oversight Committee, jawatankuasa untuk mengawasi belanjawan negara...
Tidak sekejap itu.
Tidak perlu tunggu setiap tahun.
Sebelum Yang Berhormat duduk boleh saya tanya sedikit?
Sebab sudah ini...
Boleh Tuan Yang di- Pertua bagi dua minit sahaja tambah sikit?
Saya tidak ada kuasa untuk melanjutkan lebih masa.
Jadi saya hendak habiskan Yang Berhormat. Untuk mengatakan Budget Oversight Committee dan saya ingin menekankan tentangan kita yang paling besar ialah kerana Bajet 2015 tidak mengambil kira kesan jangan inequality yang melebar dan kita bantah sekeras- kerasnya segala usaha Kerajaan Barisan Nasional mengenakan cukai bagi rakyat terutama GST yang akan dikenalkan kerana akan membebankan rakyat ganti dengan cukai yang akan mendera golongan maha kaya. Saya akhiri dengan...
Satu.
Saya tidak cukup masa ini Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat sokong atau tidak perubahan gred elaun Parlimen? [Ketawa]
Oleh kerana tidak ada masa saya kata sokong sekarang setelah memberi pertimbangan, pandangan Yang Berhormat Arau dan juga kesan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana cadangan awal itu terlalu tinggi, kita tolak. Cadangan awal itu hampir dua kali ganda kita tolak. Cadangan pilihan ini yang kita rasa lebih munasabah itu kita terima baik. Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kita kena ingat akhirnya jangan kita mengingkari perintah Allah padahal dahulunya kita belum lahir dan mati, kita dihidupkan kerana kita dimatikan dan kemudian kita dihidupkan semula pada hari akhirat. Maka kita akan kembali kepada Allah SWT. Maka apa yang kita bicarakan itu dengan amanah, dengan semangat pertanggungjawaban. Saya ucapkan sekali terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Yang Berhormat Ketereh mula pukul 2.30 petang ya. Baiklah Yang Berhormat. Kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Ketereh.
Bismillahi Rahmani Rahim, [Menyebut kata alu-aluan dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada hari Jumaat yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut mengulangi sekali lagi firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang merupakan ayat yang telah juga dipilih oleh Yang Berhormat Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang dihuraikan maksud secara langsung; “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui akan salahnya”. Ayat ini Tuan Yang di-Pertua, juga telah dibaca oleh Ketua Pembangkang sewaktu membahaskan belanjawan pada tahun yang lalu. Ayat ini jugalah yang telah digunakan sebagai preamble atau mukadimah kepada apa yang disebut sebagai Belanjawan Pakatan Rakyat 2015. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memperingatkan bahawasanya hidup kita ini tentulah berpandukan dan berpaksikan kepada ajaran-ajaran serta larangan dan suruhan Allah SWT. Marilah kita berdoa sebagai ahli dalam Dewan yang mulia ini agar kita semua di kedua-dua pihak akan termasuk dalam golongan yang ikhlas dan jujur untuk melakukan sesuatu bagi kepentingan agama, bangsa dan negara. Biar kita termasuk dalam golongan... [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] Insya-Allah dan hendaklah kita berhati- hati agar kita tidak termasuk dalam golongan munafik sama ada secara sedar atau tidak sedar kerana apabila kita berdepan dengan corong-corong pidato, secara tidak sedar kita berbohong. Apabila kita sebagai pemimpin menabur janji, tidak ada kekuatan dan will power untuk melaksanakan janji. Apabila kita diberikan amanah tanpa kita sedar, sementara telunjuk menuding kepada orang lain, amanah dalam genggaman kita sendiri tidak tertunai dengan banyaknya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Perbuatan manusia tanpa mengira siapa akan tetap dihisab dan dihitung. Di dunia kita boleh berlakon dan bersandiwara, kita boleh berpolitik, kita boleh beretorik namun atas sifat maha adil Allah SWT, kita akan tetap dinilai seadil-adilnya. Belanjawan tahun ini dibentangkan dalam satu suasana yang agak unik. Backdrop ataupun tabir kepada senario negara pada masa ini memperlihatkan cabaran-cabaran untuk menguruskan permasalahan rakyat yang semakin meruncing yang ianya tidak boleh diselesaikan dengan cara yang semudah mungkin di suatu ketika dahulu. Keadaan pengurusan ekonomi dan negara menjadi semakin kompleks. Ia memerlukan kepada kefahaman yang mendalam serta kejujuran pada tahap yang tertinggi bahawasanya masalah yang ada di hadapan kita yang telah diamanahkan ke atas bahu kita perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Sedangkan kita sedang menyaksikan dalam saat kerajaan tanpa putus-putus mencari jalan bagi membentuk keadilan dalam masyarakat, bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum, bagi mengurangkan disparity antara wilayah, bagi menyeimbangkan antara kapital ekonomi dan juga ekonomi rakyat terbanyak. Kita sedang menyaksikan kerajaan-kerajaan tertentu yang juga mempunyai pengaruh kedudukan dan kuasa terutamanya yang dipimpin oleh sahabat-sahabat kita pembangkang sedang melaksanakan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan keraguan kita terhadap kredibiliti mereka sendiri.
Di satu negeri tertentu, dalam rakyat dihimpit kepayahan, kita tidak dapat melihat apakah usaha yang dilakukan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Cukai- cukai kerajaan tempatan, cukai-cukai kerajaan negeri turut mereka naikkan. Kaum tertentu rasa tidak selamat dan terhimpit. Teguran-teguran yang dibuat walaupun oleh rakan daripada seangkatan dengan mereka, dibalas dengan penggantungan dan penyingkiran serta situasi-situasi lain yang tidak menggambarkan retorik yang mereka hamburkan kepada Kerajaan Pusat. Sementara di satu pihak kerajaan yang lain di sebelah Timur, rakyat sedang menyaksikan bagaimana keperitan rakyat dan kemiskinan rakyat hanya dianggap sebagai satu takdir semata-mata. Tidak ada agenda atau program untuk mengatasi masalah rakyat melalui saluran kuasa yang ada dalam genggaman mereka. Sebuah negeri yang 90% lebih merupakan kawasan tanah rizab Melayu dibiarkan terlepas kepada orang-orang yang tidak termasuk dalam apa yang dimaksudkan dalam peraturan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Peniaga-peniaga kecil tersingkir dengan masuknya supermarket-supermarket yang besar. Sementara janji-janji secara terbuka sama ada lebuh raya rakyat ataupun jambatan atau apa lagi stadium diabaikan begitu sahaja. Di satu negeri yang lain pula, di Selangor, betapa perebutan kuasa berlaku secara ganas. Usaha untuk mencengkam kuasa apabila rakan sejawat tidak melayani kehendak kelompok dan kroni tertentu, tidak dapat dikontrol dengan cara kehendak mana-mana individu tertentu, jawapan yang diberikan kepada mereka adalah penyingkiran dan pemecatan. Usaha berhempas pulas untuk menggantikan dengan kaum kerabat keluarga sendiri sementara beberapa pemimpin yang cuba untuk mengetengahkan pandangan-pandangan berhubung dengan soal keagamaan terpelanting dan terpecat daripada jawatan-jawatan dalam exco kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya menggambarkan ini untuk mewujudkan satu situasi yang balance, untuk melihat dalam realiti menguruskan dan mentadbirkan negara, antara realiti dan retorik adalah dua alam yang cukup berbeza. Akan tetapi bersyukur, kerana rakyat dalam negara kita ini adalah terdiri daripada rakyat yang terdidik. Mereka tidak mudah untuk membaham apa sahaja ‘umpan hidup’ yang cuba diletakkan di mata-mata pancing ahli-ahli politik. Rakyat tidak mudah goyah kalau hanya dengan dihidangkan dengan fakta-fakta yang diselewengkan. Jangan andaikan rakyat tidak akan menyemak track record dan kewibawaan kita masing-masing. Hasilnya, kita lihat rakyat tetap beristiqamah. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia seluruhnya kerana dalam saat-saat mereka cuba disogokkan dengan pelbagai tekanan, tuduhan, fitnah serta retorik yang berbagai-bagai, namun, berturut-berturut tiga pilihan raya kecil tetap rakyat memilih Barisan Nasional dengan mandat yang lebih besar. [Tepuk] Kenapa ini berlaku? Kenapa di Balingian dengan calon PKR tewas kepada Barisan Nasional? Kenapa di Telok Intan, calon DAP tewas kepada calon Barisan Nasional? Kenapa di Pengkalan Kubor walaupun calon PKR diketepikan untuk menjamin kemenangan diberikan kepada calon PAS dengan isu royalti, GST, kenaikan harga dan sebagainya, malah rakyat tetap memberikan majoriti yang bertambah kepada Kerajaan Barisan Nasional?... [Tepuk] Apa yang ingin saya kemukakan ialah, yang penting bagi sesebuah kerajaan ialah menjaga akauntabiliti serta menjaga prestasi kita dalam kita mengurus tadbirkan negara. Dalam hubungan inilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita sentiasa dilimpahi dengan kepimpinan yang responsif dan sensitif kepada apa jua yang dihadapi oleh rakyat. Pembentangan belanjawan tidak dilakukan secara semberono. Pembentangan belanjawan tidak dilakukan secara reactionary untuk mendapat populariti semata-mata, tetapi mendukung prinsip kebertanggungjawaban yang tertinggi. Oleh sebab itulah belanjawan Kerajaan Barisan Nasional mengetuk setiap pintu rakyat. Belanjawan Barisan Nasional sampai ke segenap pelosok wilayah. Belanjawan Barisan Nasional cuba menyelesaikan segala permasalahan rakyat di akar umbi dan ia sentiasa dinanti-nantikan kerana setiap kali belanjawan dibentangkan, ia memberikan kesan dan impak secara langsung kepada kehidupan rakyat terbanyak yang kita pimpin. Ini berbeza dengan apa yang didakwa sebagai ‘Belanjawan Pakatan Rakyat’. Tiada siapa yang mempedulikannya. Tiada siapa yang mengambil endah mengenainya
kerana rakyat cerdik dan tahu untuk menilainya. Belanjawan yang diadakan hanya semata-mata untuk membuat kritikan-kritikan yang disediakan oleh sekelompok pemikir-pemikir dan diberikan kepada seorang individu untuk membacanya, yang teraba-raba untuk memahami subjek yang beliau ucapkan sendiri. Belanjawan PKR ataupun belanjawan Pakatan Rakyat adalah satu dokumen yang penuh dengan kelucuan dan penuh dengan contradiction. Malah hari ini sendiri pun, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang lebih detail, kita lihat bagaimana contradiction dalam jawapan Ketua Pembangkang dalam ucapannya tadi. Apa kata beliau? Beliau menolak VAT. Beliau memberi jawapan dalam Parlimen ini kepada Ahli Parlimen Kepong dengan menyatakan dalam tahun 1993, bahawasanya beliau tidak bersetuju VAT dilaksanakan, kerana VAT adalah satu sistem cukai acuan Barat yang tidak perlu kita pakai. Akan tetapi, dalam nafas yang sama, beliau mendabik dada dalam ‘Belanjawan Pakatan Rakyat’, mengesyorkan agar kita meniru Great Britain, meniru Amerika dalam melaksanakan satu sistem cukai yang diperkenalkan oleh barat yang dipanggil cukai capital gains tax. Ini adalah satu contradiction, menolak VAT atas alasan ia model dari barat, tetapi dalam masa yang sama cuba memperkenalkan CGT, walhal CGT itu juga adalah merupakan dan diakui sendiri oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, satu model dari Barat. Itu hanya satu contoh. Saya boleh tunjukkan betapa banyak contradiction kerana ketidakupayaan Ketua Pembangkang dalam menguasai urusan tata kelola ekonomi negara. Yang Berhormat Permatang Pauh mempunyai rekod, bukan rekod baik tetapi rekod buruk dalam urusan tata kelola ekonomi negara. Yang Berhormat Permatang Pauh mempunyai rekod dan sejarah cuba untuk menggunakan teori-teori IMF dalam menyelamatkan negara.
Tuan Yang di-Pertua, ini sangkaan jahatlah, ini sangkaan jahat.
[Menyampuk]
Duduklah. Dia tidak tahu apa-apa pun. Waktu itu saya jadi Menteri, dia budak lagi masa itu. [Ketawa] Duduk diam-diam. Waktu itu dalam keadaan negara menghadapi masalah ekonomi yang besar kerana ketidakupayaan Menteri Kewangan, ia cuba mencedok, meniru dan mengambil teori-teori yang beliau salin daripada model-model yang diperkenalkan oleh orang lain. Sehingga akhirnya terpaksa diselamatkan oleh Perdana Menteri ketika itu dengan memencilkan beliau daripada mengambil bahagian dalam soal menyelamatkan ekonomi negara.
Tanpa perlu menggunakan model Barat, negara ini diselamatkan daripada krisis kewangan yang sepatutnya beliaulah yang membantu untuk mengatasinya. Akan tetapi saya memahami beliau sebagai seorang yang tidak mempunyai latar belakang ekonomi, beliau sebagai seorang yang hanya mempunyai latar belakang Malay Studies? Tidak ada rekod tertentu. Nasib baik. Walaupun nama sama, namun dia lebih bernasib baik daripada saya. Beliau masuk ke dalam politik UMNO, mendapat kedudukan secara fast track, akan tetapi beliau tidak mempunyai track record. Apabila dicabar dengan keadaan- keadaan ekonomi yang meruncing, saya tidak fikir apa yang beliau cuba yakinkan Dewan yang mulia ini adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai jawapan mutlak bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara. Antara contradiction lain yang diperkenalkan oleh Ketua Pembangkang ialah beliau begitu sekali menegur dalam ucapannya pada tahun yang lalu tentang tingginya belanja mengurus bagi negara. Tahun ini juga teguran yang sama. Akan tetapi adalah aneh dalam keadaan menegur belanja mengurus yang tinggi beliau juga yang mencadangkan untuk mendapat populariti kerajaan harus menaikkan gaji pada tahap yang lebih tinggi. Tidakkah satu teori ekonomi yang sangat cetek dan dangkal? Sementara kita tahu belanja mengurus itu sudah cukup tinggi, kita pula secara tidak tersedar mencadangkan kenaikan gaji yang berlipat ganda, yang sudah tentu akan meninggikan lagi emolumen dan membebankan pengurusan negara. Yang simple ini pun beliau tidak dapat menguasainya. Ini kerana pendekatan beliau semata-mata untuk mencari populariti.
Begitu juga mahukan harga diturunkan. Dalam belanjawan Pakatan Rakyat kononnya menjanjikan harga diturunkan, akan tetapi pada masa yang sama beliau mencadangkan agar golongan maha kaya, orang yang terlibat dalam menjanakan ekonomi mesti dicukai secara berterusan. Tidak cukup dengan corporate tax yang mereka bayar, tidak cukup dengan income tax yang mereka bayar, atas nama untuk menghukum golongan maha kaya kita mesti kenakan pula capital gains tax ke atas mereka. Apakah mereka tidak faham logik yang simple apa jua bentuk percukaian berganda dan berkali-kali dikenakan kepada mana-mana mereka yang mempunyai peranan besar dalam ekonomi, kos itu akan diturunkan kepada pengguna atas apa produk yang mereka keluarkan. Maka teori memperkenalkan CGT juga adalah bercanggah dan contradiction dengan usaha kononnya mereka hendak menurunkan harga. Begitu juga mereka bercakap tentang tata kelola ekonomi dan mereka mahukan ekonomi kita menjadi satu ekonomi yang kukuh. Apakah pembangkang terlupa daripada mana asasnya kita membangunkan ekonomi negara kita? Kita bukan sebuah ekonomi yang sudah advance. Akan tetapi kita adalah satu ekonomi membangun yang tumbuh dan tumbuh dengan rancak kerana apa? Ini adalah kerana negara kita telah mempunyai satu sistem percukaian yang baik serta menyediakan suasana kondusif untuk para pelabur. Kita berjaya mengurangkan pengangguran ke satu tahap yang rendah kerana kita berjaya mewujudkan peluang pekerjaan. Kita berjaya untuk mengembangkan kek ekonomi kerana adanya pelaburan-pelaburan baru yang dibawa masuk. Malah sekarang ini rekod pelaburan yang masuk ke dalam negara kita berada pada rekod yang tertinggi dalam sejarah sejak merdeka. Negara diberikan pengiktirafan oleh badan-badan penarafan dunia tentang kemudahan untuk mendapatkan capital dalam negara kita, kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan, kemudahan untuk mengurus niaga dan sebagainya. Situasi ini, keadaan ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia adalah merupakan satu design yang kita atur agar ekonomi kita ini diuruskan dengan baik. Tidak semestinya ekonomi terus melonjak dalam masa yang singkat terus menjadi satu ekonomi yang hebat. Akan tetapi dalam konteks antara negara membangun dalam tempoh lima dekad kita sudah berada di hadapan berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Kerana apa? Ia tidak terjadi secara sendiri. Ini adalah kerana kebijaksanaan para pemimpin negara dan juga para birokrat untuk menggubal dasar-dasar termasuk dasar-dasar dan sistem percukaian yang memberikan keyakinan untuk para pelabur datang dan melabur dalam negara kita. Kita tidak menolak ada hikmah, ada baiknya, ada kebijaksanaannya capital gains tax. Akan tetapi kalau hendak menggunakan capital gains tax itu dalam bentuk kononnya capital gains tax akan mengenakan cukai kepada golongan maha kaya, seolah-olah golongan maha kaya tidak membayar apa-apa cukai dalam negara ini, ia bukan satu kebijaksanaan. CGT diguna sebagai alasan dalam membangkitkan sentimen rakyat terbanyak, konon adalah sebagai satu alternatif kepada cukai GST. Ia cuba memberi gambaran seolah-olah habis semua rakyat terseksa kerana terkenanya GST.
Yang Berhormat Ketereh ada Yang Berhormat bangun.
Yang Berhormat Ketereh, sekejap.
Akan tetapi…
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Setuju tidak dengan saya bahawa sebenarnya dengan mengimplementasikan GST inilah yang dapat mengenakan cukai yang lebih kepada orang-orang yang kaya. Ini kerana GST ialah cukai kepenggunaan dan ia adalah mengikut tabiat pembelian. Orang-orang kaya yang banyak duit, yang beli barang banyak, yang beli barang bermacam-macam sudah pasti akan kena tax yang lebih. Jadi ini sudah pastinya menarik cukai yang lebih daripada orang kaya dan orang-orang yang miskin contohnya mereka hanya beli barang-barang yang memang tidak dikenakan GST. Jadi dengan itu pendapat mengatakan GST ini mendera orang-orang miskin adalah salah. Setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Ketereh?
Terima kasih. Itu ucapan orang yang faham ekonomi. Akan tetapi tidak semua orang faham terutama sekali apabila kita ini didorong oleh sentimen dan kita duduk dalam keadaan hendak mencari populariti. Macam saya kata tadi umpama seekor haruan yang lapar,
dilihat sahaja ‘umpan hidup’ ia bakal menyambar. Itu tabiat haruan. Akan tetapi kita tidak boleh ikut tabiat haruan yang menyambar umpan hidup. Urusan negara hendaklah difikirkan dengan mendalam. Akan tetapi saya hairan, dalam ucapan yang selama sejam setengah itu begitu kalut, bertabur, penuh contradiction. Sebagai satu lagi contoh. Ketua Pembangkang membaca perangkaan bahawasanya dengan terlaksananya cukai GST, mereka yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah akan melibatkan perbelanjaan extra ke atas barangan-barangan bercukai antara RM140 ke RM700 setahun. Itu Yang Berhormat Permatang Pauh yang sebut. Sumbernya pun saya tahulah lebih kurang daripada mana. Baiklah, kalau kita terima itu sebagai satu fakta bahawasanya bagi mereka yang berpendapatan yang sedemikian terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak RM750 bagi yang berpendapatan RM4,000 ke bawah kerana GST tidakkah dia juga tahu, yang berpendapatan RM4,000 ke bawah inilah juga yang dapat RM950 subsidi melalui BR1M?
[Menyampuk]
Takkan yang simple matematik tidak difahami. Ungkapan menyatakan pelebaran jaringan dikenakan dengan cukai di bawah GST terkena pada rakyat di bawah? Orang miskin bangun pagi, buka paip air kena GST? Tidak ada. Orang miskin bangun pagi, buka switch lampu, rumah dia yang ada beberapa buah plug ada kena GST? Tidak ada. Masuk ke dapur ambil beras dia pun masak hendak makan, beras, ikan, sayur dan daging orang miskin makan, ada kena GST? Tidak ada. Turun ke bawah hendak start motosikal, hendak bubuh minyak, pergi bubuh minyak RON 95, bubuh minyak diesel ada kena GST? Tidak ada. Pergi kedai dia hendak makan…
Yang Berhormat Ketereh, tengok belah kanan Yang Berhormat Ketereh.
...Di kedai, makan makanan ada kena GST? Tidak ada.
Ruang lingkup kehidupan orang miskin di bawah sistem yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam mempertingkatkan kecekapan mengendalikan urusan cukai tidak membebankan golongan-golongan yang miskin tetapi sebaliknya pembangkang.
Pusing sini, pusing sini belah kanan.
Mana?...
[Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalau mengikut peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Ketereh mesti pandang depan kepada Tuan Yang di-Pertua, bukan ikut sesuka hati Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ketereh, pandang sini.
Saya memang pandang Tuan Yang di-Pertua, tetapi sekali-sekala untuk hilang lenguh kena tengok kiri, tengok kanan.
Kalau keterlaluan pandang sebelah kiri, itulah cemburu sebelah kanan. Kalau di tengah-tengah tidak ada siapa yang cemburu, sila.
Sebab kalau azan pun Tuan Yang di-Pertua disuruh toleh kiri dan kanan, tidak boleh straight sahaja. Terima kasih, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Kembali pada soal bagaimana hendak mengendalikan urusan cukai. Selain daripada cukai Capital Gains Tax, pembangkang juga menambah satu lagi cukai, cukai inheritance. Sekali lagi atas falsafah untuk mencukaikan istilah yang paling gemar digunakan oleh Ketua Pembangkang ialah mencukai orang yang maha kaya. Inheritance tax, mungkin daripada orang kaya tetapi yang bakal mewarisi harta itu mungkin orang cacat, mungkin orang miskin, mungkin anak ataupun mereka yang diberikan itu mungkin orang-orang yang tidak sekaya dari orang yang meninggalkan harta. Kenapa gelojoh hendak mencukaikan? Mungkin orang yang mendapat harta daripada orang kaya tidak berapa kaya tetapi kerana sistem cukai terpaksa menjual hartanya kerana tidak cukup wang hendak bayar cukai.
Saya tidak katakan inheritance tax ini satu benda yang tidak baik tetapi saya katakan ada alternatif lain untuk menyegarkan kantung ekonomi negara. Antara yang kita cuba lakukan ialah supaya sistem kutipan cukai menjadi lebih efisien, supaya ketirisan lebih terurus dan kita bukannya memperkenalkan sesuatu yang baru. Kita tahu di bawah Sales and Services Tax (SST), kita mengutip hampir RM14 bilion setahun. Bila kita memperkenalkan cukai GST, kita terpaksa for go hampir RM14 bilion kerana cukai itu tidak lagi diteruskan. Kita hanya menggantikan dengan satu bentuk cukai yang baru kerana sejarah menunjukkan, rekod menunjukkan, kajian 14 tahun menunjukkan ia boleh memperbaiki kecekapan kerajaan dalam urusan kutipan cukai. Ini kaedah yang dipakai oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Kita sedar apa-apa perkara yang bersifat perubahan akan ditentang pada awalnya seperti mana ghairahnya sesetengah pihak apabila kedengaran subsidi minyak ditarik 20 sen maka terus dianggap the end of the world, sudah akhir zaman. Akan tetapi kerajaan bukan melakukan secara semberono, bangun sahaja pagi terus naikkan harga minyak. Kerajaan melakukan dalam satu kerangka komprehensif di mana kerajaan telah mengkaji dan telah mendapati soal mensubsidi minyak ini perlu dibaiki. Zaman Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan tidak ada masalah kerana apa? Dalam tahun 1992, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan hanya kira-kira RM500 juta, RM600 juta. Harga minyak pada waktu itu barangkali harga USD20 satu tong, USD25 satu tong. Dua puluh tahun kemudian dalam dunia hari ini, subsidi telah meningkat kepada RM40 bilion dan subsidi RM40 bilion ini ialah lahir dari dasar kita sendiri. Kita menerima realiti dalam ekonomi negara kita, menjaga keadilan dan kesaksamaan, elemen subsidi akan berada dalam sistem. Yang Berhormat Shah Alam, silakan.
Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh. Saya mengucapkan terima kasih atas sebab Yang Berhormat Ketereh telah mendedahkan bahawa pada tahun 1990-an, harga minyak hanya lebih kurang dalam USD20 satu barrel. Pada ketika itu dengan harga minyak yang serendah itu, kerajaan mampu memberi subsidi tetapi apabila harga minyak telah melambung sehingga USD100 satu barrel, ini bererti bahawa pendapatan kerajaan bertambah. Ini merupakan penipuan yang sering dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Dia hanya menceritakan tentang soal harga minyak yang naik tanpa dikaitkan dengan hakikat bahawa apabila harga minyak naik, maka pendapatan kerajaan itu pun naik. Sepatutnya kalau pada tahun 1992 kerajaan mampu memberi subsidi, sepatutnya pada tahun 2014, kerajaan lebih mampu sekiranya pengurusannya telus dan bertanggungjawab. Saya ingat Yang Berhormat Ketereh tidak boleh menafikan. Pada tahun 1992, sumbangan daripada hasil minyak adalah begitu kecil kepada the coffers of the government, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sekarang ini dengan harga minyak yang telah melambung, hakikatnya Petronas dan minyak menyumbang hampir 40% daripada pendapatan kerajaan. Ini bersamaan dengan hampir RM80 bilion, ke mana duit itu pergi? Apakah masalahnya apabila kita mencapai pendapatan sebanyak RM80 bilion, kita menggunakan RM20 bilion, RM30 bilion, RM40 bilion untuk memberikan subsidi kepada rakyat. Terima kasih.
Yang Berhormat Ketereh, boleh saya bercakap sedikit. Tadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam ialah mengenai pendapatan kerajaan pun naik disebabkan harga minyak naik tetapi beliau tidak memberitahu kepada Dewan ini bahawa kenderaan di jalan raya juga meningkat. Contohnya pada tahun 2008, kita hanya mempunyai 13.6 juta buah kenderaan tetapi 2013 contohnya, kita mempunyai 23 juta buah kenderaan, tiga kali ganda...
[Bangun]
Duduk- duduk, cukuplah dulu. Tidak apa, duduk, ini kena soal jawab dengan saya, tidak payah jawab dia, saya tolong jawab yang dia punya. Tuan Yang di-Pertua, inilah satu manifestasi kebodohan pengurusan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Dia mungkin berfikiran tipikal. Saya fikir...
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Ketereh tarik balik perkataan ”kebodohan”. Kalau tidak boleh jawab hujah dengan hujah, fakta dengan fakta sekali pun, tunjuklah, tunjuklah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ulang balik.
Ahli Yang Berhormat, duduk, dua-dua duduk Yang Berhormat. Seharusnya Ahli-ahli Yang Berhormat faham jangan terlampau sensitif sangat. Baru sebentar tadi saya dengar Yang Berhormat Shah Alam kata, “Inilah penipuan Barisan Nasional”.
[Bangun]
Nanti dulu, Yang Berhormat Shah Alam duduk, duduk. Sebetulnya perkataan-perkataan seperti begitu unparliamentarily. Saya sengaja tidak tegur oleh kerana tidak ada bantahan daripada sebelah. Jadi kalau kita timbang “kebodohan” sama “penipuan”, sama juga beratnya pada saya...
[Bangun]
[Bangun]
Sila duduk, dua-dua duduk dulu, saya belum siap lagi Yang Berhormat. Jadi elakkan perkataan-perkataan seperti itu kerana ada di antara kita yang tebal telinga, ada yang di antara kita yang tahap kesabaran cukup tinggi, ada yang sensitif. Jadi oleh kerana tadi Yang Berhormat Shah Alam saya tidak tegur apabila menggunakan perkataan “penipuan”, maka terima sahaja “kebodohan” itu tetapi lain kali Yang Berhormat Ketereh dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jangan lagi gunakan perkataan-perkataan seperti begitu.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengulangi balik.
Tuan Yang di-Pertua, digunakan “penipuan”, BN tidak bantah.
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat serupa.
Mereka mengakui ianya betul.
Serupa Yang Berhormat Shah Alam.
Digunakan “kebodohan”, saya bantah.
Yang Berhormat Shah Alam, sama. Saya yang menentukan perkataan-perkataan yang boleh digunakan atau tidak. Yang Berhormat Ketereh, lain kali jangan gunakan perkataan begitu dan begitu juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, jangan gunakan perkataan-perkataan yang mengundang bantahan. Sila Yang Berhormat Ketereh.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyalahkan sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam. Kebanyakannya kawan-kawan ini jenis panas baran, sebab itu dia duduk dalam pembangkang. Kalau dia berfikiran panjang, dia duduk sebelah kerajaan. Dia tidak dengar betul-betul, saya tidak kata Yang Berhormat Shah Alam bodoh, Yang Berhormat Shah Alam terkenal dengan seorang yang bijak, seorang yang pandai, dalam PAS pun dia cukup hebat.
Saya cakap tadi contoh kebodohan pengurusan ekonomi...
[Dewan riuh]
Dengarlah betul-betul, jangan cepat hendak melenting marah Yang Berhormat Shah Alam. Saya kata maksud kebodohan pengurusan ekonomi ini apabila kita tengok satu angka, kita jangan banding direct. Dahulu subsidi, hanya RM500 juta, sekarang minyak sudah naik daripada harga USD100 maka tidak begitu. Apa yang kita bincang dalam konteks sekarang subsidi yang dahulunya RM500 juta sudah naik kepada RM40 bilion.
Apakah kita sebagai kerajaan bertanggungjawab hendak kekalkan dengan situasi itu sedangkan ada opsyen untuk memperbaikinya dan yang kita hendak perbaiki itu pula, kita tidak anti subsidi. Subsidi ini benda yang Kerajaan Barisan Nasional perkenalkan. It will be there, insya-Allah. Ini kerana kita menerima hakikat untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak, elemen campur tangan kerajaan, bantuan kerajaan bagi pada golongan yang kurang bernasib baik ialah satu kemestian dalam struktur ekonomi kita dan dalam dasar ekonomi kita.
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Shah Alam relaks dahulu. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ada menyatakan bahawa keputusan Yang Amat Berhormat untuk menentukan memotong sedikit daripada subsidi petrol dan diesel memang bukan tindakan yang popular dan tindakan yang tidak disenangi oleh sebahagian rakyat tetapi tindakan itu adalah untuk menentukan masa hadapan negara lebih baik daripada hari ini. Ini bermakna Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memikirkan tentang pewaris pimpinan masa hadapan akan datang supaya tidak dibebankan dengan keadaan yang ada sekarang. Jadi apakah Yang Berhormat Ketereh bersetuju bahawa inilah sebetulnya pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan untuk menentukan tadbir urus kewangan negara daripada hari ini untuk menjurus untuk masa hadapan yang lebih baik.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Ketereh. Saya hendak jelaskan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Saya tidak menafikan jumlah kereta memang bertambah dan bagi setiap sebuah kereta yang ada atas jalan pendapatan kerajaan dari hasil cukai import eksais bertambah. Ini antara sebab mungkin public transport kita dalam keadaan yang sebegitu rupa, kerana kita hendak menggalakkan rakyat membeli banyak kereta supaya lebih banyak pendapatan kerajaan daripada hasil kereta. Ini adalah merupakan satu kenyataan yang juga tidak boleh dinafikan. Pendapatan minyak bertambah, pendapatan daripada cukai atas kereta bertambah, semua bertambah tetapi mengapa kerajaan kita masih terpaksa menanggung hutang yang semakin menggunung. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan menyebut kerajaan hendak cuba cari satu jalan, supaya kita tidak memberi kepada generasi yang akan datang, satu keadaan yang bermasalah. Hakikatnya keadaan yang sedia ada yang bermasalah ini ialah hasil kerja tangan UMNO, Barisan Nasional dan ianya adalah hasil daripada satu corak pengurusan kewangan yang mementingkan hutang kroni that development. Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Kinabatangan point terakhir.
Keluar daripada topik saya Tuan Yang di-Pertua. Pergi ke lain. [Ketawa]
Okey, okey, tunggu saya punya giliran. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.
Tunggu giliran Yang Berhormat dan jangan ambil tajuk yang tidak relevan. Saya cuma hendak ulas atas apa yang saya sebutkan. Dalam menguruskan ekonomi negara apabila subsidi sampai pada satu tahap RM40 bilion ia ada kesan kepada ekonomi. Kita putuskan sendiri iaitu kita hendak bergerak ke arah balance budget. Yang keduanya kita ingin memastikan subsidi itu biar kena pada sasaran. Mungkin saya rasa kerajaan akan kurang bermasalah kalau tidak menggunakan istilah memotong subsidi. Mungkin istilah yang lebih tepat ialah mengalihkan subsidi kepada sasaran yang baru. Sebab bukan potong kerana apabila dilihat daripada RM40 bilion, RM23 bilion ialah subsidi atas bahan bakar dan kita mendapati dalam konteks subsidi bahan bakar kerajaan perlu mengkaji apakah benar subsidi itu sampai kepada golongan yang kerajaan maksudkan. Kerajaan tidak memaksudkan memberikan subsidi untuk orang-orang Siam membeli minyak yang diseludup melalui Pengkalan Kubor. Kerajaan tidak bermaksud untuk memberikan subsidi kepada golongan maha kaya macam Yang Berhormat Shah Alam, yang pakai kereta besar dia bukan pakai motosikal dan sebahagian besar daripada kita. Kerajaan tidak bermaksud untuk memberikan subsidi minyak kepada orang asing. Jadi berlaku ketirisan. Dalam kita tahu dengan jelas ketirisan itu berlaku apakah kerajaan mesti juga status quo kerana hendak mengekalkan populariti. Adalah tidak bertanggungjawab bagi sesebuah kerajaan yang tahu berlaku ketirisan, pembangkang pun bertempik dalam Dewan ini kerana kononnya suruh kita jaga ketirisan tetapi apabila kita hendak membetulkan ketirisan, mereka juga yang turut
membangkangnya. Mereka tahu subsidi minyak ini sebahagiannya tidak terkena kepada kumpulan sasar, lalu hendak kita alihkan. Alihkan bagaimana? Dengan kita mengurangkan subsidi atas minyak diubah kepada subsidi bersasar. Apa revenue yang kita jimatkan daripada penarikan subsidi sebanyak 20 sen itu diberi terus kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Secara tepat, secara bersasar bukan lagi kepada orang Siam, bukan lagi kepada penyeludup, bukan lagi kepada orang-orang kaya tetapi yang terutamanya bagi golongan yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Ini adalah satu perkara yang cukup simple untuk difahami. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengambil pendekatan yang simple tetapi berkesan dan tepat pada matlamat subsidi itu diadakan. Ini haruslah menjadi satu contoh dan agar lebih banyak langkah rationalization mesti diteruskan kerana satu dasar yang kita buat, nampak elok pada mula pelancarannya, setelah dilaksanakan mungkin ada kekurangan di sana sini. Kerajaan yang dinamik, kerajaan yang responsif, kerajaan yang sensitif mesti mempunyai will power bukan untuk mengekalkan status quo kerana mencari populariti tetapi apa yang perlu diperbaiki mesti diperbaiki agar ekonomi sentiasa segar dan rakyat mendapat yang terbaik daripada sebuah kerajaan yang mereka pilih. Sebab itu saya faham dari segi pembangkang apabila ada cukai GST mereka memikirkan inilah peluang mereka akan mendapat populariti. Walaupun sebahagian daripada mereka tahu ini akan meningkatkan kecekapan kerajaan tetapi kita juga faham dalam politik. Kalau baik kerajaan, ia adalah igauan bagi pembangkang. Makin bertambah dana kerajaan, makin sakit perut pembangkang. Makin cekap kerajaan, makin menggelabah pembangkang. Pembangkang kalau boleh dia hendak sogokkan sesuatu biar kita tidak efisien. Dia suka tengok kalau dia tiris, dia suka tengok kalau dia defisit, dia suka tengok kalau kita hilang kemampuan hendak menjalankan projek-projek pembangunan. Jadi kita harus faham sifat pembangkang sebab itu dalam sistem kerajaan kita ini, kita boleh dikatakan bersedialah...
Sedikit, sedikit...
...Mendengar teguran-teguran daripada pembangkang kerana apa? Kerana rakyat terbanyak lebih bijak daripada pemimpin pembangkang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Yang Berhormat Ketereh saya ingin menyatakan bahawa isu ketirisan ini saya rasa dia beyond pembangkang. Setiap tahun kita didedahkan dengan laporan audit yang menunjukkan memang berlakunya ketirisan. Adakah hujah yang digunakan oleh Yang Berhormat Ketereh itu juga merujuk kepada audit negara. Adakah audit negara kalau hendak digelar sebagai pembangkang oleh Yang Berhormat Ketereh kerana mendedahkan kebocoran dan ketirisan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya suka bagi pembangkang ini bangun bercakap, sebab apabila mereka bangun bercakap menampakkan ketidakfahaman mereka. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mewujudkan satu sistem supaya kerja kita diaudit. We are not the perfect government. Ini bukan kerajaan yang maksum, ini bukan kerajaan yang perfect 100%. Oleh sebab kita tahu kita tidak perfect, kita tahu tidak semua orang sama, kita tahu akan ada di sana sini silap tetapi kita berani supaya ada satu mekanisme untuk menyemak tatalaku kerajaan. Kita yang mewujudkan Audit Negara itu. Kemudian apabila Audit mengaudit, adakah Yang Berhormat Sepang beranggapan maka Audit akan keluar laporan betul semua. Itu orang tidak panggil audit, itu orang panggil bodek. Adakah Yang Berhormat faham dan kalau Yang Berhormat tidak faham pun saya boleh faham Yang Berhormat tidak faham...
[Ketawa]
Hendak tahu, tidak faham kena bersemukalah. Insya-Allah saya terangkan.
Biar saya habis, nanti saya beri peluang Yang Berhormat. Ya saya hendak jelaskan tentang audit ini dahulu. Kita bina dalam sistem kita, setelah Ketua Audit Negara menyiapkan
Laporan Audit. Laporan Audit itu dibawa hatta dibentangkan dalam Dewan untuk tujuan apa? Supaya kita tidak mahu lari daripada ada kesilapan, boleh bincang dan boleh bahas. Apabila Ketua Audit Negara membuat teguran-teguran Audit maka menjadi tanggungjawab kepada jabatan-jabatan berkenaan untuk mengemukakan jawapan- jawapan balas. Itu pun telah disebutkan.
Itu pun Yang Berhormat Sepang tidak faham.
Dia tidak faham sebab mungkin dia tidak pernah duduk dalam kerajaan. Kebanyakan apabila jadi peguam dia cari cara lain. Kalau kerajaan lain sedikit, peguam lain sedikit. Itu kita faham tetapi kena faham sistem mengaudit, sistem laporan audit, sistem penyata laporan audit tahunan dibawa ke Parlimen adalah sistem yang Barisan Nasional bina. Barisan Nasional membina sistem itu bukan sebagai tali gantung yang hendak mencekik Barisan Nasional sendiri tetapi kerana Barisan Nasional ingin mengamalkan satu kerajaan yang telus untuk mengaudit semua kerja kita. Bagi kita, macam kita satu tubuh badan yang sihat. Apakah dengan tidak berjumpa doktor itu paling baik bagi kita? Tidak. Kita terima realiti tubuh badan manusia mungkin dilanda penyakit. Ada penyakit dia tahu, ada penyakit yang dia tidak tahu. Ada penyakit jangkitan daripada orang lain, ada penyakit yang dia cari sendiri. Akan tetapi yang penting diagnosis mesti dibuat kerana hanya pengenalan diagnosis, membuat diagnosis mengetahui simptom barulah prescription mengatasi penyakit dapat kita lakukan. Itu petanda good governance. Jadi tidak perlulah panik atau sekali lagi setiap kali ada Laporan Audit, tuan-tuan menjadi haruan yang menyambar ‘umpan hidup’...
[Ketawa]
Lainlah kalau apabila ada Laporan Audit maka Barisan Nasional pun bermati-matianlah mempertahankan bahawasanya Laporan Audit ini tidak betul dan yang betul Barisan Nasional sahaja. Tidak, tidak begitu. Jadi kalau itu difahami, tidak perlu terlalu ghairah untuk kita menyebut Laporan Audit dalam konteks penyelewengan. Laporan Ketua Audit Negara hendaklah disebut sebagai satu mekanisme self-correcting, self-improvement, self-criticism yang berterusan dalam sebuah mekanisme kerajaan yang telus lagi bertanggungjawab. Ada faham? Okey beri kuliah sedikit. Sepatutnya saya ada point banyak lagi ini, tetapi bagi kuliah benda yang you tidak faham, susahlah.
Jangan jadi tidak faham.
Sila, sila.
Saya bangkitkan tadi sebab soalan yang diisukan tadi apabila pembangkang membangkitkan ketirisan seolah-olah pembangkang ini suka, itu yang saya kaitkan. Sebenarnya bukan pembangkang yang membangkitkan ketirisan, yang membangkitkan ketirisan adalah dokumen daripada pihak Audit Negara. Jadi jangan tuduh pembangkang, itu yang saya maksudkan. Ada faham? Okey itu yang pertama. Keduanya, kalau kita kata bercakap soal Audit ini soal correction, kenapakah setiap kali, setiap tahun didedahkan dengan penyelewengan, masih lagi didedahkan dengan lembu, didedahkan dengan macam-macam, makin teruk. Mana ada dalam mana-mana kerajaan makin banyak didedahkan penyelewengan, makin banyak lagi penyelewengan. Ini Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu buat ini. Oleh sebab itu kami pun tidak faham. Macam mana Kerajaan Barisan Nasional boleh wujud? Oleh sebab itu saya kata sebenarnya...
Okey terima kasih. [Ketawa] Okey terima kasih Yang Berhormat.
Lagi satu saya hendak betulkan. Bukan kerana kerajaan inginkan Laporan Audit, itu adalah tuntutan perlembagaan. Kena faham perlembagaan. Mungkin tidak menjadi lawyer sebab itu tidak faham. Saya hendak beritahulah dalam perlembagaan ada peruntukan mengenai Laporan Audit Negara. Ini tanggungjawab, siapa yang jadi kerajaan pun akan berhadapan dengan tuntutan perlembagaan ini. Ada faham? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, saya hendak tanya, Perlembagaan itu turun dari langit kah? Siapakah yang buat Perlembagaan? UMNO dan Barisan Nasional yang menggubal Perlembagaan itu. Itu pun dia tidak faham. Sudah tentulah Perlembagaan...
[Dewan riuh]
Relax. Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah telan ubat atau belum? Takut ada ubat yang tertinggal.
You yang kena makan ubat tidak faham apa itu perlembagaan. Tertelan kapur barus kah sampai Yang Berhormat tidak faham?
Yang Berhormat bertanya saya, Yang Berhormat kata laporan demi laporan tetapi ketirisan terus berlaku. Laporan demi laporan, teguran demi teguran, kesalahan terus berlaku. Saya hendak jawab mudah sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat seorang peguamkan? Pernahkah Yang Berhormat terpaksa membela orang salah yang sama atas kes yang sama? Sudah kena caj liwat, meliwat lagi, contohnya. Ini contoh. Sekali sudah kena kes mencuri, mencuri lagi. Ini saya hendak bagi contoh mahkamah ini.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketereh duduk.
Repeat offender.
Yang Berhormat Ketereh duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum Ahli-ahli Yang Berhormat bising untuk memahami apa yang perlu difahami menurut alasan masing-masing, fahami terlebih dahulu Peraturan Mesyuarat, boleh? Sila Yang Berhormat Ketereh, teruskan.
Saya ulang balik, saya faham. Seperti mana Yang Berhormat Sepang merasa concern, kalau sekiranya sesuatu kesalahan itu berlaku secara berulang-ulang dalam kerajaan. Saya tidak fikir kerajaan ini adalah kerajaan yang hendak condone kesalahan. Akan tetapi ini kerajaan manusia yang mempunyai kakitangan awam sahaja lebih daripada satu juta orang dan sudah tentu...
[Bangun]
Duduk dahulu Yang Berhormat Shah Alam kalau tidak saya minta Tuan Yang di-Pertua beri kita berdua debate di padang terbuka, boleh? No problem. Kita buat di bandar Shah Alam ataupun di Ketereh no problem. Ini kita buat secara Dewan Rakyat dahulu, ikut peraturan kata Tuan Yang di-Pertua. Jadi sekarang floor saya. Jangan saya pula kena bagi simple lesson to you. Jadi dalam sistem yang...
Tuan Yang di-Pertua, I didn’t say anything. I was waiting for my turn. Apakah yang dia hendak lecture ini? Mengarut sahajalah. Minta maaf... [Ketawa]
Kalaupun saya benarkan begitu, saya juga yang mempengerusikan perbahasan di mana-mana itu. Sila teruskan Yang Berhormat Ketereh.
Saya balik kepada analogi tadi yang pengalaman yang dihadapi oleh seorang peguam. Adalah menjadi satu kebiasaan peguam akhirnya terpaksa membela pesalah yang sama datang lagi ke mahkamah kerana membuat kesilapan yang sama, repeat offenders. Kadangkala hakim terpaksa tengok orang ini, dahulu kena tangkap mencuri, mencuri lagi. Dahulu tangkap merompak, merompak lagi. Dahulu sudah dihukum kerana merogol, merogol lagi. Dahulu sudah dihukum kerana meliwat, meliwat lagi. Ini berlaku...
[Bangun]
So, jadi kerajaan pun samalah. Kerajaan Barisan Nasional macam perogollah, macam pencurilah sama. Patutlah. Ini...
You are worse. You are admitting Barisan Nasional- kerajaan, repeat offenders. Alahai, kasihanlah. Saya mintalah, siapa Whip backbencher ini Yang Berhormat Johor Bahru kah, tukarlah Tuan Yang di-Pertua bagi pihak Barisan Nasional carilah orang yang hujahnya mantap sedikit.
Terima kasih. Kadang-kadang perkataan kita ini nampak cantik untuk kita, itu kita perasan sahaja. Orang lain yang mendengar dia lebih tahu. Oh, macam ini Yang Berhormat Shah Alam. Nasib baik kita sudah bagi peluang dekat Yang Berhormat Shah Alam. Jadi dalam sistem apabila berlaku ketirisan dan sebagainya, kita mesti sentiasa ditegur, kita mesti sentiasa menyemak dan correction dalam kerajaan mesti berjalan secara berterusan.
Apa yang kita khuatirkan, bila sudah salah, bila tegur, pecat. Bila wakil PAS dari Pulau Pinang tegur sahaja Kerajaan Pulau Pinang, gantung...
[Dewan riuh]
Saya bersimpati. Tak ada koreksi. Itu belum, belum repeat offender- offender kali pertama. Wakil PAS berucap dalam ucapan parti mereka. Mereka bebas, saya ingat dalam FAM saja yang tak boleh berucap, gantung dua tahun setengah. DAP pun macam itu juga. Sedangkan wakil PAS berucap di dalam perhimpunan parti mereka. Mengapakah tiba- tiba sampai hendak kena pecat? Kita tak hendak kerajaan Barisan Nasional ini berada dalam kedudukan yang begitu.
Boleh, Tuan Yang di- Pertua?
Munasabahlah Yang Berhormat Shah Alam tak membela wakil PAS yang kena tendang dengan DAP.
Boleh Yang Berhormat Ketereh?
Dan sekarang ini saya hairan. Tuan Yang di-Pertua, saya hairan.
Yang Berhormat Ketereh, bagi ruang sikit.
Ada setengah orang, dia cuba hendak menggambarkan kononnya dalam UMNO ini buli MCA lah, buli orang lain dan sebagainya.
Ha, itu Bagan, Pasir Mas, Pasir Mas.
Sekarang saya meminjam, saya meminjam kata-kata yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas.
Bagi Pasir Mas, Pasir Mas.
Yang Berhormat Pasir Mas mengakui bahawasanya PAS dibuli dalam Pakatan Rakyat...
[Dewan riuh]
Saya hendak tahu kenapa dalam Pakatan Rakyat membuli PAS? Sedangkan UMNO pun tak buli PAS [Ketawa] PAS memerintah Kelantan 23 tahun.
Eh, tidak bayar royalti minyak, tak membulikah yang kita hendak bahas sekarang ini? Royalti minyak kerajaan menafikan, tidak membulikah Tuan Yang di-Pertua? Apa ini?
Dulu PAS memerintah Kelantan 18 tahun. Sekarang PAS dengan Pakatan 23 tahun. Tanya Yang Berhormat Pasir Puteh. Di Pasir Puteh sahaja melimpah ruah projek kerajaan sebab kita rasa kita dengan PAS, mungkin berbeza pendapat, bercerai tidak...
[Dewan riuh]
Malah saya mendoakan, kalau banyak-banyak PAS kena buli, PAS marilah duduk bersama Barisan Nasional...
[Dewan riuh]
Takkanlah sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan bersuara, sebuah parti yang memperjuangkan ketelusan, sebuah parti yang memperjuangkan keterbukaan. Seorang-orang kecil, bukan orang besar dalam PAS pun, berucap dalam muktamar mereka, hendak beri pandangan, balik Pulau Pinang, gantung pecat! Tak cukup dengan PKR dan DAP buli PAS...
Zalim, zalim!
...Dia buli pula Menteri Besar dia sendiri. Semua orang tahu Tan Sri Khalid adalah seorang teknokrat, birokrat yang menguruskan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan satu cara yang tidak melayani kehendak orang-orang politik. Bukan lagi menjadi suatu rahsia bagi rakyat Selangor bahawasanya Tan Sri Khalid tidak disenangi kerana arahan-arahan orang tertentu tidak dipedulikan oleh Tan Sri Khalid. Saya ucap tahniah kepada PAS kerana PAS mempertahankan Tan Sri Khalid sampai sudah. [Tepuk] Bijak! Sebab itu PAS ini merupakan parti yang kekal lama dalam politik negara. Kalau PasMa kah, PKR kah, apa-apa parti sebelum daripada ini, dia umpama embun. Datang kerana masalah individu, dia wujud sekejap saja. Akan tetapi mereka lupa, kekuatan DAP dan kekuatan PKR bukan datang daripada DAP dan PKR. Kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS!...
[Dewan riuh]
[Tepuk] PKR dan DAP mencabar PAS. PKR dan DAP kata, “Kalau PAS buat perangai macam ini, tak lama lagi PAS akan hancur.” Saya berani mengatakan sebagai orang politik lama, PAS tidak akan hancur kerana mereka istiqamah dalam perjuangan mereka [Ketawa] Yang hancur dulu adalah orang lain. Ha, Yang Berhormat Shah Alam, setuju tak?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya mendapati ucapan daripada wakil Ketereh ini amat-amat sangat melucukanlah. Ini nampak macam hendak cuba, hendak cuba beri umpan sedangkan pada masa yang sama dia pun mengakui kita ini orang sudah berpengalaman lama. Parti lama, minta maaflah Yang Berhormat Ketereh. Tak termakan umpan, Yang Berhormat Ketereh. Kita semua faham bahawa dengan kekuatan Pakatan Rakyat, kita telah mendapat 53% undi rakyat [Tepuk] Ini merupakan satu kenyataan yang Yang Berhormat Ketereh tak boleh nafikan dan walaupun dia sebut pilihan raya kecil, pilihan raya kecil yang telah di menang oleh calon-calon UMNO, Barisan Nasional, dia lupa hendak sebut kemenangan yang telah di menang oleh Datuk Seri Wan Azizah di Kajang. Kenapa tak masuk hal itu? Hakikatnya, dengan segala cerita tentang soal langkah Kajanglah, penipuan inilah dan sebagainya, hakikatnya, dalam keadaan pilihan raya kecil itu sendiri, kita telah menang. Begitu juga dengan Pengkalan Kubor. Kenapa SPR buat hari mengundi, hari Khamis? Hari Khamis!...
[Dewan riuh]
Ini merupakan satu lagi penipuan yang telah dilakukan oleh UMNO, Barisan Nasional.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Kalau betul-betul hendak tahu kemenangan dan kekuatan...
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Buatlah pada hari cuti!
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat [Ketawa] Saya seronok dengar Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi jangan lupa bab bajet.
Ya, ya. Ini mukadimah dia tadi saya tidak ada Tuan Yang di-Pertua, saya tak sempat hendak jawab, lalu saya sempat sekarang. Terima kasih.
Yalah, sila Yang Berhormat Ketereh.
Tuan Yang di-Pertua, saya tak salahkan Yang Berhormat Shah Alam. Dia memang selalu macam itu dan kita pun boleh terimalah. Dia tak tahu pun di Pengkalan Kubor, hari Khamis pun dia cuti Tuan Yang di-Pertua. Dia yang tak tahu!...
[Dewan riuh]
[Ketawa]
Ini penipuan lagi. Ini pejabat kerajaan cuti...
Ini sudah isu, ini betul- betullah...
Orang yang datang mengundi daripada Kuala Lumpur, orang yang datang daripada Shah Alam. Kenapa?
Dia tak fahamlah!
Jangan menganggap orang bodoh!...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, dia tak faham! Cuti ini dia ingat dekat Kelantan sahaja. Allah!
Yang Berhormat Ketereh, teruskan. Yang Berhormat Ketereh teruskan.
Yang Berhormat Ketereh kena surrender lah Yang Berhormat Ketereh.
Kalau mengikut fahaman Yang Berhormat Shah Alam ini, bila ada pilihan raya kecil kerana ada pengundi luar Kelantan, maka luar Kelantan kena cuti. Kalau ada pengundi duduk di Thailand, Thailand kena cuti [Ketawa] Kerana pilihan raya kecil di Pengkalan Kubor. Itu bukan isu dia. Kalau kalah itu Yang Berhormat Shah Alam, sekali-sekala kalah itu terimalah Yang Berhormat Shah Alam.
Mana Ketua whip Barisan Nasional? Backbenchers club punya ketua mana? Tukarlah wakil Barisan Nasional. Buat malulah...
[Dewan riuh]
Apa lagi hendak jawab bila sudah kena drop shot? [Ketawa] Tak boleh handle? Hendak suruh buat hari cuti, pilihan raya tu memang hari cuti. Hendak cari alasan lagi. Saya seronok betul ada Yang Berhormat Shah Alam ini [Ketawa] Pagi tadi saya demam, sekarang sudah sihat Tuan Yang di-Pertua. Jadi berbalik kepada sistem dalam kerajaan, sebuah kerajaan yang bertanggung jawab. Bila kita tahu subsidi itu ada berlaku ketirisan, kita mesti membuat correction. Yes, tidak popular di peringkat awal. Why tidak popular? Kerana kita tahu pembangkang akan menyebarkan mengikut versi mereka, tetapi tidak mengapa. Kerana sejarah menunjukkan kebijaksanaan rakyat itu akhirnya prevail. Asalkan buat benda yang betul, konsisten, istiqamah dengan niat yang baik. Saya terima hakikat Yang Berhormat Shah Alam kata dia dapat undi popular. Tajuk ini pun saya seronok Tuan Yang di-Pertua hendak bincang. Apalah hendak dibanggakan dengan ada 52%? Yang Berhormat Shah Alam orang Melayu, Yang Berhormat Shah Alam orang Islam, Yang Berhormat Shah Alam ahli politik lama. Renung baik-baik apa dia di sebalik 52% itu? Apa dia di sebalik 52%? Di mana datangnya popular vote sampai 52%? Daripada Seputeh berapa banyak? Daripada Gelang Patah berapa banyak? Dan Yang Berhormat Shah Alam tahu dalam politik Malaysia, apa yang telah terjadi dalam pilihan raya yang lepas? Dalam pilihan raya yang lepas kerana sentimen perkauman telah dibakar, maka undi Barisan Nasional kehilangan buat sementara. [Ketawa] Kita kehilangan sebahagian daripada support daripada sahabat-sahabat kita orang Cina dan kita menerima dengan dada terbuka. Barisan Nasional menerima dengan dada terbuka, malah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada MCA yang telah menjalankan Perhimpunan Agungnya semalam [Tepuk] Kenapa, kenapa? Dalam Barisan Nasional, MCA yang begitu lemah prestasinya baru-baru ini ataupun parti-parti lain yang lemah dalam Barisan Nasional, kita tidak abandon kawan kita. Tetap kita dukung bersama sebab kita yakin pada perjuangan kita. Sebaliknya yang kononnya dapat popular vote 52%, yang sebahagian besarnya adalah kerana PAS, bukan kerana PKR, bukan DAP tetapi PAS tegur sikit, terus PAS di tendang keluarlah. Menteri Besar tak ikut sedikit, terus pecat! Apa hendak bangga Yang Berhormat Shah Alam pada 52% kalau diri sendiri pun kena buli?...
[Dewan riuh]
[Ketawa]
Boleh jawab?
Sila.
Ya, dia 52% ini, dia kebanggaan 52% lebih daripada yang 48%, Tuan Yang di-Pertua [Tepuk] Walaupun dengan adanya media massa yang dikuasai oleh UMNO, Barisan Nasional, walaupun SPR ikut arahan Barisan Nasional, walaupun ada bermacam-macam-macam kelebihan yang ada pada Barisan Nasional, tetapi buat kali pertama di dalam sejarah, kita telah mendapat 52% undi popular sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia tidak boleh ditipu buat selama- lamanya! Inilah memang merupakan satu perkara yang kita banggakan...
Okey, terima kasih.
...Kerana kita telah lawan dengan kerajaan dan kita telah mendapat undi yang lebih. Soal perkauman itu, memang itu adalah alat dan senjata yang digunakan oleh UMNO selama ini. Kalau orang Melayu tidak ditakutkan dengan bermacam-macam dakyah yang disebarkan oleh media massa bahawa orang Cina akan berkuasa, bahawa negara Malaysia akan dijadikan negara Kristian dan ini dan itu, kita yakin bukan sekadar 52%. Kerana apa? Kerana sepertimana Yang Berhormat Ketereh sebut, kerajaan yang baik adalah igauan pembangkang. Nasib baik di Malaysia bagi pembangkang, kerajaan yang ada adalah UMNO, Barisan Nasional.
Terima kasih.
Maka kita tidur nyenyak, kita tahu kita akan menang dalam pilihan raya yang akan datang, insya-Allah.
Dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengalami berapa kali pilihan raya?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tiga belas kali pilihan raya. Berapa kali pembangkang memerintah Malaysia?
Tak dak.
Tak dak. Dan sejarah ini akan berulang, akan berulang, akan berulang. Dalam keadaan kita difitnah, dalam keadaan kita dikafirkan, dalam kita dikatakan undi rakan kita, dalam dikatakan tiris, dalam dikatakan bocor, dalam dikatakan maha zalim, rakyat tetap memilih Barisan Nasional. Insya-Allah pada pilihan raya akan datang...
[Menyampuk]
Rekod kita. Sebab, baru dapat 52% undi popular sudah takabbur, pecat Menteri Besar, pecat ahli Majlis Daerah, tidak beri layanan yang baik kepada pemimpin PAS dan, Yang Berhormat Shah Alam, apa berlaku di Balingian, apa berlaku di Telok Intan, apa berlaku di Pengkalan Kubor? Kubu dalam bahaya. Kena ingat Yang Berhormat Shah Alam, orang pengundi ini, kali ini dia undi pembangkang bukan bermakna selama-lama pembangkang. Bila dia tengok kerajaan baik, dasar baik, hidup senang daripada pembangkang dia berubah, dia akan kembali pada Barisan Nasional sepertimana menangnya kita dalam pilihan-pilihan raya kecil.
[Bangun]
Duduk dulu. Hendak habis sudah masa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, ini Parlimen. Tidak apa, ini tempat kita. Kita bukan jadi Ahli Parlimen datang duduk hendak memanaskan kerusi ataupun hendak bermonolog. Saya seronok kalau Tuan Yang di-Pertua boleh tambah saya bagi saya tiga jam. Boleh?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sebab dalam debat sebegini banyak benda yang boleh kita kupaskan. Jadi balik kepada soal bajet tadi, saya baru peringkat ulasan awal, belum sempat hendak kupas bajet Perdana Menteri, baru dok kupas bajet PKR saja baru. Saya masih lagi dalam point contradiction yang ditimbulkan secara nyata dalam membentang bajet PKR. Bajet PKR ini yang ada 70 muka...
[Menyampuk]
Bajet PR ini yang ada 70 muka, 10 muka saja cadangan. Yang 60 muka... [Disampuk] Saya baca, tiga kali saya baca. Yang 60 muka lagi semua retorik dan teori-teori yang hanya layak ada dalam bilik-bilik kuliah.
[Ketawa]
Sepuluh muka terakhir barulah ada benda, beberapa benda hendak cadang. Yang cadang itu
pun lebih sub standard daripada apa cadangan dalam bajet kerajaan. Patutlah bajet Pakatan Rakyat ini tidak siapa hendak peduli. Ayam tidak patuk, itik pun tidak sudu.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Ketereh, minta laluan.
Kembali kepada...
Yang Berhormat Ketereh, minta laluan.
Saya ada 15 minit. Saya hendak habiskan point ini. Masalah orang kampung belum sebut lagi ini.
Ya lah, bagilah laluan. Hujah ini kena ada laluan.
Jadi dalam konteks kerajaan ingin memperkasakan kedudukan...
Yang Berhormat Ketereh, minta laluan.
Ini sahabat saya, tak bagi tak sampai hati.
Ha, bagi, jangan tidak bagi.
Bagi dia sekali sama.
Yang Berhormat Ketereh daripada tadi saya tengok Yang Berhormat Ketereh punya semangat Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua, selamat datang kembali ke tanah air daripada menunaikan haji.
[Ketawa]
Saya berasa retorik yang dibawa oleh Yang Berhormat Ketereh ini melampau-lampau. Kita cadangan untuk bajet itu, kita akan laksanakan apabila ianya ada perubahan kuasa dan itu yang kita janjikan. Belum kita laksanakan sebab kuasa tidak ada pada kita. Yang Berhormat Ketereh dok melalok, melalok, melalok, kata retorik, retorik! Ini apa ni? Ini sebenarnya yang retorik ini, yang cakap ini Yang Berhormat Ketereh. Bagi tahu dengan saya bajet yang diberikan pada rakyat keseluruhannya yang katakan bahawa ianya terlalu grand, yang megah, yang menjadikan kebaikan kepada rakyat, tanya, tanya. Ini yang diserang-serang sekarang bertempur ini fasal apa? Inilah masalah. Kalau kita buka cerita silam, Yang Berhormat Ketereh akan termenung dan tersinggung. Kita tidak buat macam itu. Oleh sebab itu saya katakan dengan Yang Berhormat Ketereh, kembali balik pada asal. Bahas soal bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan. Dok buka cerita yang bukan, yang cerita yang kita retorik, 52% ini apa ini?...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Ketereh tumpu balik bajet yang sebenarnya. Tuan Yang di- Pertua setuju dengan saya, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tumpukan kepada bajet. Dok serang orang punya bajet buat apa?
Takut, takut!
Saya hendak fikir pun tidak lalu sebab lari jauh sangat.
Sudahlah Yang Berhormat Kuala Langat. Elaun sudah naik.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat ini kadang sebab dia cakap kuat, dia tidak dengar orang lain cakap.
[Ketawa]
Tadi Ketua Pembangkang yang bentang dekat sini bajet dia. Jadi bila dia sudah bentang, takkan kami ini hendak ‘dok’ diam, tidak kupas? Kena kupas.
Yang Berhormat Ketereh, Tuan Yang di-Pertua...
Sebab dalam pembangkang, kalau Ketua Pembangkang minta apa-apa pun, dia orang tak berani bahaslah.
Yang Berhormat Ketereh, kenapa tidak kalau Yang Berhormat Permatang Pauh bentangkan perbahasan tadi Yang Berhormat Ketereh bangun dan bangkit dan mengadakan argumen daripada poin yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh?...
[Dewan riuh]
Mengapa membisu seribu bahasa? Bila Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada, diserangnya fasal apa?
Yang Berhormat Kuala...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuala Langat...
Ini yang dinamakan bahawa Yang Berhormat Ketereh ada ‘kesembunyian’ tersirat yang Yang Berhormat Ketereh sendiri tahu.
Yang Berhormat Kuala Langat.
Nanti dulu, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Yang Berhormat Ketereh bawa balik pada bajet yang asal.
Duduk dulu, duduk. Yang Berhormat Ketereh duduk dulu, Yang Berhormat Ketereh. Cara berbahas yang sebaik-baiknya setahu saya ialah apabila yang berhujah itu berhujah dengan baik, tidak menyinggung perasaan, tidak melanggar peraturan, jangan ganggu. Mungkin itu yang dibuat oleh Yang Berhormat Ketereh tadi, itu sebab tidak mengganggu. Apabila seseorang Yang Berhormat sedang berbahas, lepas itu diganggu tanpa mengikut peraturan mesyuarat, berdiri tanpa izin Tuan Yang di-Pertua, lepas itu bercakap, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua amat sabar. Sabar, penyabar orangnya. Jadi, sila teruskan, Yang Berhormat Ketereh. Kalau boleh tumpukan kepada bajet kerana saya difahamkan seperti tahun lalu, pembangkang kita kasi 90 minit, lepas itu daripada Backbenchers 90 minit. Lebih kurang ada lagi 20 minit tinggal. Jadi hentikan kupasan-kupasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh itu kerana saya nampak sudah pun terlampau terkupas.
[Ketawa]
Sila pergi kepada tajuk-tajuk lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati Ketua Pembangkang supaya masa satu jam setengah itu tidak panjang, memang kita tidak ganggu. Lagi pun ini macam bola sepaklah. Taktik masing-masing. Tidak perlu kepanasan. Kena sabar-sabar sikit. Jadi sebab belanjawan itu yang dikemukakan dan disebut dalam Dewan ini, maka saya perlu membuktikan yang belanjawan ini adalah satu contradiction dan merupakan satu dokumen yang tidak mempunyai nilai. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita tahu, sebenarnya tidak perlu berbangkit pun soal hendak sebut, hendak kupas tentang bajet Pakatan Rakyat. Kalau pun bagi orang yang memahami sistem dalam mana-mana negara, sama ada sistem Westminster ataupun sistem-sistem lain, tidak ada pembangkang yang hendak mengemukakan bajet ini. Saya pun tidak tahu kenapa dan daripada mana ideanya tiba-
tiba pembangkang dalam negara kita- kalau kemukakan selepas kerajaan bentang bajet, boleh juga, ada logiknya juga. Sekurang-kurangnya dia mengupas berdasarkan apa yang kerajaan bentang. Akan tetapi dalam negara kita, beberapa hari sebelum kerajaan bentang bajet, pembangkang bentang dulu. Jadi ini adalah satu benda, satu keanehan tapi tidak mengapalah. Sekurang- kurangnya bila sudah bentang, seperti mana yang kita bentang, pihak pembangkang wajar komen. Maka apabila pembangkang juga bentang, sekali lagi, manifestasi tidak tahan dengan teguran. Hendak belajar jadi kerajaan yang baik, kena belajar tahan sikit dengar teguran orang. Kerana tidak tahan inilah gantung ahli PAS kerana tidak tahanlah ini. Pecat Menteri Besar ini kerana tidak tahanlah ini. Kena ada budaya dan ketahanan untuk mendengar kerana itu adalah sebahagian daripada melengkapkan proses demokrasi yang bermakna, adalah berwacana secara bijaksana dan boleh bertukar-tukar pandangan. Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bajet yang dikemukakan itu mengambil kira sentimen sebenar rakyat on the ground. Saya sifatkan bajet ini sebagai satu bajet yang difikirkan dengan masak dan digarap dengan bijak. Oleh sebab itu bila ia dibentangkan, saya tengok pembangkang pun terpegun. Terpegun sebab semua soalan bocor yang dia spot semua tidak kena.
Segala apa yang dia pre-empt, semua tidak menjadi. Pre-empt kenaikan harga dan sebagainya tetapi Perdana Menteri telah membentangkan satu belanjawan yang melibatkan 145 touch points, tujuh strategi. Bukan seperti bajet pembangkang, sebut sahaja umum tanpa dijelaskan apa tindakannya. Bajet kerajaan, tujuh strategi. Bagi memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, 20 touch points secara langsung apa perlu dilakukan. Apabila disebut sahaja memantapkan tadbir urus fizikal, lapan 8 points diperkenalkan. Apabila disebut mengupayakan modal insan dan keusahawanan – 20 touch points, memperkasa agenda bumiputera, 15 touch points tindakan-tindakan yang dilakukan, memartabatkan peranan wanita – 7 touch points, membangunkan program transformasi belia – 12, menyejahterakan rakyat – 63 touch points yang menggambarkan tindakan-tindakan khusus yang bakal dilakukan bukan hanya berasaskan kepada teori ataupun berdasarkan kepada retorik. Ini menjadikan belanjawan ini dengan 145 touch points yang menyentuh hati nurani nelayan, menyentuh pekebun kecil, yang menyentuh penoreh getah, yang menyentuh masyarakat luar bandar, yang menyentuh petani, yang menyentuh peniaga, yang menyentuh yang maha kaya, yang menyentuh yang miskin, yang menyentuh nelayan dan of course menyentuh Yang Berhormat Shah Alam sebab naik gaji dan kita semua. [Disampuk]
Saya seorangkah?
Saya sebut sudah, dan saya juga [Ketawa] Apa yang saya hendak tegaskan, inilah kaedah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Apabila menggubal sesuatu dasar, dasar itu akan mencorakkan kehidupan dan mutu sebuah pentadbiran. Kita bernasib baik kerana kita secara berterusan mempunyai sebuah kerajaan yang mengekalkan corak performance dan prestasi pembentangan belanjawan berhemat yang memberikan kesan positif terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Namun begitu, ada beberapa perkara yang ingin saya membuat syor. Memang satu langkah yang bijak bagi kerajaan dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi, banyak syor yang telah dibuat oleh kerajaan termasuk meningkatkan sasaran sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK menjelang tahun 2020 kepada satu peratusan yang lebih tinggi. Saya ingin menarik perhatian kerajaan supaya memerhatikan satu fenomena yang berlaku di negara Filipina. Negara Filipina menghantar rakyatnya ke luar negara untuk bekerja dengan sejumlah hampir 10 juta orang. Setiap tahun, negara Filipina mendapat pulangan wang ataupun remittance yang dihantar oleh para pekerjanya pada nilai kira-kira 22 bilion- 22 bilion dolar Amerika yang dihantar oleh pekerja Filipina, foreign workers Filipina ini bersamaan dengan hampir keseluruhan hasil ladang kelapa sawit yang kita tanam dalam negara kita. Bezanya, kita mengeksport komoditi untuk memberi pulangan sebanyak USD20 bilion. Filipina menghantar tenaga kerja yang juga membawa pulang USD22 bilion mengikut perangkaan tahun lalu. Baik. Sudah tentu kita tidak akan mengikut model Filipina walaupun Ketua Pembangkang cuba hendak mengajak kita tiru model India. Itu mengundur ke belakang. Akan tetapi negara kita juga kita mula melihat trend tertentu. Dalam
pembentangan belanjawan ada disebut tentang galakan untuk meningkatkan daya profesionalisme, meningkatkan sektor vokasional dan teknik, meningkatkan penajaan pelajar dan sebagainya. Pada masa yang sama, perangkaan juga menunjukkan, semakin meningkat jumlah mahasiswa dan graduan selepas enam bulan lulus atau tamat pendidikan, tidak mendapat peluang pekerjaan. Ada juga terdapat dalam laporan yang mana para graduan lulus dalam bidang lain tetapi bekerja dalam bidang lain. Berlaku mismatch dalam tenaga-tenaga yang kita latih dan kita didik. Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara teluk sahaja, malah kalau diambil negara Saudi hanya mengambil satu sahaja skop iaitu dalam bidang pengurusan fasiliti atau facility management, terdapat volume of business sebanyak USD100 bilion dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan prasarana, hospital, airport dan kemudahan-kemudahan lain yang menelan belanja sebanyak hampir 100 bilion. Mereka tidak mempunyai tenaga-tenaga pakar, mereka adalah negara-negara Islam, mereka membawa tenaga kerja dari luar. Maka pada fikiran saya, selain daripada kita hendak merancakkan keupayaan dan meningkatkan daya employability, dengan izin, tahap mudahnya para graduan kita mendapat pekerjaan dalam negara, saya fikir sudah sampai masanya untuk kita mengeksport tenaga mahir kita. Pelaburan yang besar yang kita belanjakan untuk pembangunan modal insan. Terima kasih, dalam belanjawan RM2 bilion diperuntukkan kepada MARA sahaja dalam bidang penajaan dan kita akan terus menaja dalam bidang-bidang strategik dalam negeri dan luar negara. Kalau dahulu bidang strategik ini berasaskan kepada National Key Economic Areas. Saya fikir kita mesti merubah sedikit. EPU, para perancang ekonomi kena mengubah sedikit. Tidak hanya melihat kepada NKEA dalam negara. Kita mesti melihat pada demand serantau, keperluan-keperluan dalam sektor yang strategik di Negara Teluk, di negara-negara Islam yang memerlukan tenaga. Maka kita harus mengeluarkan lebih banyak para graduan dalam bidang-bidang tersebut dan kita menggalakkan pelajar-pelajar kita, memberikan kemahiran kepada mereka termasuk menguasai bahasa Arab misalnya selain daripada kepakaran dalam bidang-bidang facility management dan bidang-bidang teknologi, mereka menguasai bahasa Arab supaya mereka ini dapat kita galakkan ke luar negara jangan hanya menunggu mendapat peluang pekerjaan dalam negara. Kalau sekiranya dasar ini dapat dibuat secara teratur dan tersusunia membawa manfaat bersar. Misalnya, pada tahun hadapan, Malaysian Medical Council berpendapat, kita hendaklah berhenti menghantar pelajar-pelajar medic ke luar negara. MARA diberitahu supaya tidak lagi menghantar, membiayai pelajar-pelajar kita ke luar negara. Pelajar-pelajar kita yang buat medic di Mesir, sudah tidak ditaja. Ramai mereka sekarang merana. Saya fikir kerajaan kena menyemak semula dasar ini. Pembiayaan, penghantaran pelajar dalam bidang-bidang strategik, bidang perubatan, bidang teknikal walaupun keperluan dalam negara sudah mencukupi, kita jangan berhenti, kita teruskan kerana tenaga-tenaga ini boleh nanti kita hantar ke luar negara. Bayangkan kalau yang ada kelulusan teknik dari Mesir, ada kelulusan dentistry, ada kelulusan doktor dari Mesir, mereka sudah biasa, boleh berbahasa Arab, kita boleh menghantar mereka untuk bertugas di negara-negara Islam. Negara tidak rugi kerana mereka akan menghantar kembali pulangan malah kita menjangkakan, kalau negara ini mengambil dasar dan pendekatan untuk menghantar tenaga-tenaga mahir ke Negara Teluk dan sebagainya pada adar satu juta orang, akhirnya satu juta orang, dia boleh membawa pulangan sama malah lebih banyak daripada hasil keseluruhan ladang kelapa sawit yang ada dalam Malaysia. Ini adalah satu perkara yang besar agar strategi yang pertama belanjawan ingin memantapkan, mengukuhkan sektor perkhidmatan dan ada kaitannya juga dengan strategi ketiga belanjawan dan juga soal-soal yang berkaitan dengan peningkatan dalam sektor sosial, bidang pelajaran dan sebagainya, saya menyeru pihak kerajaan untuk meneliti supaya jangan cepat menjumudkan usaha memberi pendidikan dalam bidang-bidang tertentu dengan mengambil kira skop pasaran tempatan tetapi melihat secara global dalam keadaan dunia yang sudah terbuka luas. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin juga menyebut sedikit, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tentang strategi kerajaan memberikan penekanan kepada wilayah-wilayah mundur. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut dengan jelas bahawasanya beliau ingin meningkatkan pelaksanaan program-program bagi negara ataupun bagi kawasan-kawasan mundur. Kita tentunya faham, soal regional disparity telah lama berlaku kesan daripada peninggalan penjajah, dichotomy dari segi Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia Timur dan Malaysia Barat adalah peninggalan
sistem pemerintahan yang lama. Kalau kita tidak membetulkan keadaan ini, sudah tentu keadaan semakin lama menjadi semakin membarah. Dalam hubungan ini, antara wilayah yang kita tahu dan kita mengaku tidak cukup maju secara relatif selain dari Sabah, Sarawak adalah Kelantan. Saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya bukan sahaja meneruskan apa yang telah dilakukan tetapi membuat sedikit lagi penambahbaikan terutamanya atas perkara-perkara yang juga turut menyumbangkan pada pertumbuhan ekonomi nasional.
Misalnya Lapangan Terbang Pengkalan Chepa merekodkan catatan jumlah penumpang tertinggi di kalangan semua airport dalam Malaysia. Ia merupakan penyumbang terbesar kepada Firefly, AirAsia dan juga MAS. Dalam satu hari sekarang ini hampir 30 penerbangan sehari dan kita dapati airport begitu congested. Aircraft tidak dapat nak parking mengikut masa yang sesuai kerana tidak cukup parking bay, dan sebagainya. Maka, sebagai sebuah wilayah yang dianggap tidak maju, belum maju seperti mana kata Perdana Menteri, kita mesti melakukan sesuatu agar dengan adanya kemudahan prasarana itu, kemajuannya akan tersebar bukan saja di Kelantan, tetapi Terengganu, Selatan Thailand dan sebagainya. Malah, status lapangan terbang antarabangsa sudah boleh diberikan kepada Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di Kelantan. Satu lagi contoh tentang projek Central Spine. Central Spine buat berperingkat sekali tender 16 kilometer, tender pula 7 kilometer, tender lagi- proses ini merugikan kerana mobilization cost kerana proses- proses yang dibuat secara berulang dan sebagainya. Ini tidak ekonomik. Oleh sebab itu saya berharap kerajaan memikirkan selepas kerajaan telah pun mengeluarkan tender untuk jalan lebuh raya dari Kota Bharu sampai ke Kadok, dari Kadok sampai ke Ketereh tetapi keperluan itu setidak-tidaknya harus segera sampai ke Machang supaya Yang Berhormat Pasir Puteh juga yang berdekatan dengan Machang mendapat faedah. Ketereh dapat, Machang dapat... [Disampuk] Jadi, Tuan Yang di- Pertua, saya tunjuk ini hanya sebagai contoh saja.
Dia selama ini kata tidak kena buli hanya kena buli kan.
Sebagai contoh projek prasarana, baik Pan-Borneo atau pun Central Spine atau pun Lebuh Raya Pantai Timur adalah lebih ekonomik bagi kerajaan untuk melaksanakan secara bersekali daripada membuat secara berdikit-dikit. Saya faham limitation yang ada pada kerajaan tetapi saya harap kerajaan mempertimbangkan untuk melihat daripada perspektif ekonomi yang lebih besar. Selain daripada Lebuh Raya Kota Bharu ke Machang yang hendak dibina ini, saya minta supaya runding-rundinglah dengan pemimpin tempatan. Saya dengar terus tender keluar, kita tidak tahu simpang ke mana dan rupa bentuknya bagaimana. Apa makna ada laluan lebuh raya kalau ia tidak memberikan kesan kepada di mana lebuh raya itu lalu? Saya minta supaya JKR tidak membuat reka bentuk lebuh raya semata-mata kerana memikirkan masalah trafik iaitu orang balik dari Kuala Lumpur sampai ke Kuala Krai untuk cepat sampai ke Kota Bharu. Harus juga difikirkan kesan-kesan ekonomi. Harus dibuka simpang-simpang ke Pasir Puteh, ke Selinsing, ke Kok Lanas, ke Ketereh, ke Kadok supaya nilai tanah, pembangunan dan sebagainya akan melimpah daripada projek yang bernilai beratus-ratus juta itu. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya nak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana buat pertama kalinya saya dengar komitmen kerajaan untuk mewujudkan negara kita sebagai sporting nation. Dalam bidang sukan, saya bersimpati dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Beliau bila berucap selalu sebut Thomas Cup dekat-dekat nak menang tapi tidak menang. Commonwealth Games, target lapan emas dapat lima saja. SEA Games kurang berjaya bola tidak kira lah memang sudah macam itu dah. Dulu kita cemerlang hoki, hoki pun tidak sampai ke mana. Saya harap jangan berhenti setakat belanjawan menyebut nak jadikan Malaysia sporting nation. Dalam dunia sekarang Tuan Yang di-Pertua, champions are no longer born. Dulu peoples atau athletes are born to be champion, dengan izin. Dunia sekarang, champions are created. Ia mesti dicreate daripada satu sistem pembangunan sukan yang bersifat broad based.
Sekarang ini hoki misalnya apabila tukar sistem bermain atas astroturf, seluruh negeri Kelantan, satu saja astroturf yang ada. Macam mana nak cemerlang? Bila ada badminton, grass root programmes sudah tidak ada, yang ada hanya kelab badminton di Kuala Lumpur saja. Macam mana nak cemerlang? Main takraw pun pilih-pilih pemain pergi lawan. Dengan Korea pun kena sebat. Kalau bola sepak, di grass root belajar bola sepak dengan ustaz di sekolah, tidak ada jurulatih bertauliah, tidak ada proper padang. Dalam situasi seperti ini baik takraw, baik badminton, baik bola sepak kita tidak akan berjaya nak jadikan negara kita sporting nation.
Yang Berhormat Ketereh boleh gulung.
Sebagai gulungannya, saya berharap setiap dasar yang ada ini termasuk menjadikan negara sebagai sporting nation mestilah diterjemahkan melalui satu pelan tindakan nasional yang komprehensif dan dilaksanakan secara menyeluruh. Penguasa tempatan kena memainkan peranan. Malah saya tengok ada sikit tempang dalam pengesyoran Perdana Menteri nak menjadikan kita sebagai sporting nation. Kalau tajaan biasiswa ada pelepasan pengecualian cukai. Kenapa kita tidak beri pelepasan pengecualian cukai kepada orang yang menaja sukan? Sepatutnya kerajaan memberikan satu galakan supaya syarikat swasta selain daripada kerajaan berperanan majukan sukan. Sukan tidak boleh sepanjang masa bergantung kepada dana kerajaan. Kelab-kelab bola sepak dalam negara ini hebat cemerlang sebab apa? Sebab kerajaan negeri memberikan wang kepada mereka. Akan tetapi Kelantan, kerajaan negeri tidak bagi wang tetapi kita usahakan penajaan swasta. Alhamdulillah boleh cemerlang juga walaupun kalah dengan Kedah 3-0 [Ketawa] Akan tetapi tahun depan will come back. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya, sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah mengemukakan belanjawan hampir 70 muka, 145 touch point, tujuh strategi yang cukup komprehensif, yang merangkumi pelbagai aspek dan bidang dan kita berdoa kepada Allah SWT dan kita bersyukur atas apa yang ada pada kita mudah-mudahan dengan sifat bersyukur atas apa yang ada, Allah SWT akan melimpah dan menambahkan nikmat kepada kita, insya-Allah dan... [Bercakap dalam bahasa Arab] Jazakallahu khairan khatira. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh. Saya menyokong [Tepuk]
Saya jemput Yang Berhormat Seremban. 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk memulakan perbahasan bagi pihak DAP. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Bajet 2015 pada hari Jumaat yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan megah mengatakan bahawa Malaysia ini terbina atas usaha Barisan Nasional dan walaupun mengalami pelbagai krisis dugaan mutakhir ini, Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian peringkat global. Di antaranya memperbaiki kedudukan dalam laporan World Competitiveness Index 2014 menduduki ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun sebelumnya. Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif berbanding dengan United Kingdom, Australia dan Finland. Kedua, menduduki tangga ketiga terbaik daripada 22 buah negara bagi penilaian best emerging markets yang dikeluarkan oleh Bloomberg. Ketiga, menduduki tangga keenam daripada 189 buah negara dalam laporan Ease of Doing Business oleh Bank Dunia di mana kita menduduki tangga pertama dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan. Apa yang menarik ialah nampaknya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya berani menyatakan laporan-laporan atau indeks-indeks antarabangsa yang menunjukkan betapa Malaysia adalah sebuah negara yang business friendly tetapi langsung mengetepikan dan mendiamkan diri dalam laporan-laporan dan indeks-indeks yang menunjukkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa dalam isu-isu integriti, kebebasan media, ketelusan, perang terhadap rasuah dan akauntabiliti.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kita pada hari ini bukannya Malaysia ini business friendly, tetapi masalahnya ialah Malaysia dilihat sebagai corruption friendly. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan tiga indeks untuk menunjukkan betapa hebatnya Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional, maka saya juga ingin menggunakan tiga contoh indeks antarabangsa untuk membuktikan betapa teruknya pemerintahan Barisan Nasional. Antaranya yang pertama dalam indeks persepsi rasuah atau corruption perception index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga 23 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini lebih teruk pada zaman Tun Dr. Mahathir di mana pada tahun terakhir pentadbiran Tun Dr. Mahathir iaitu pada tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37. Bukan itu sahaja, malah persepsi rasuah di Malaysia pada hari ini lebih teruk daripada negara- negara seperti Rwanda, Estonia, dan Botswana yang mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Dalam laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat keempat dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram atau illicit financial of flows, yang berjumlah USD370.38 bilion di antara tahun 2002 hingga tahun 2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia lebih hebat dari negara-negara seperti Filipina, Nigeria, dan Venezuela. Dalam laporan World Press Freedom Index tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders, Malaysia mendapat tempat 147 daripada 180 buah negara yang diselidik dari segi tahap kebebasan media mereka. Ini bermakna tahap kebebasan media di Malaysia lebih teruk daripada negara-negara seperti Myanmar, Ethiopia, Burundi, Cameroon dan Mozambique.
Tuan Yang di-Pertua, masalah terbesar dalam Bajet Kerajaan Persekutuan bukannya kita kekurangan hasil, tetapi pertambahan hasil yang sebesar mana pun tidak akan dapat menampung perbelanjaan yang tidak terkawal sekiranya tidak ada usaha untuk menutup lubang kebocoran kewangan negara akibat daripada ketirisan, pembaziran dan rasuah yang berleluasa dalam perbelanjaan sektor awam. Hakikatnya jumlah hasil yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun walaupun sebelum GST dilaksanakan. Pada tahun 2000 semasa era pentadbiran Tun Dr. Mahathir, jumlah hasil negara hanya RM61.8 bilion. Pada tahun 2008 semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi, hasil negara meningkat ke tahap RM159.8 bilion. Pada tahun 2013 dalam era Yang Amat Berhormat Pekan, jumlah hasil negara mencecah RM213.3 bilion. Tahun 2015, anggaran hasil negara mencecah RM235.2 bilion. Kalau dilihat dalam tempoh 15 tahun ini, hasil negara telah meningkat lebih tiga kali ganda walaupun tanpa pelaksanaan GST. Akan tetapi dalam tempoh tersebut juga, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tidak pernah berimbang dan sentiasa mengalami defisit. Perbelanjaan negara yang tidak terkawal yang disebabkan oleh ketirisan, pembaziran dan rasuah menyebabkan hutang negara memuncak sehingga 54.7% daripada KDNK atau RM540 bilion pada tahun 2013 tanpa mengambil kira hutang yang dipinjam secara tidak langsung oleh kerajaan atau kontinjen liabiliti dan pinjaman- pinjaman yang dijamin oleh kerajaan seperti hutang 1MDB dan sebagainya. Saya yakin topik 1MDB ini akan dikupas oleh rakan saya daripada Petaling Jaya Utara dalam perbahasannya. Disebabkan pengurusan kewangan yang tidak berhemah selama ini dan perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal, setiap tahun kerajaan terpaksa meminjam untuk menampung defisit bajet negara. Perbelanjaan untuk menampung hutang negara pula terutamanya kos membayar faedah pinjaman dan lain-lain semakin meningkat. Daripada RM10.92 bilion pada tahun 2004, kerana hutang negara telah mencecah RM24.4 bilion pada tahun 2015. Bayangkan kalau RM24 bilion ini disalurkan untuk tujuan pembangunan, sudah tentu ramai rakyat di bawah yang menerima tempiasnya. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh dan serius untuk menghapuskan ketirisan dan pembaziran daripada perbelanjaan kerajaan terutamanya untuk pemberian perkhidmatan dan perbekalan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara saban tahun. Pengenalan GST dan pertambahan hasil daripada GST tidak akan sesekali menyelesaikan masalah defisit yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan. Pokoknya, kerajaan perlu mengamalkan dasar ketelusan, kebertanggungjawaban dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negara dalam semua bentuk perbelanjaan yang melibatkan wang awam. Namun, janji- janji manis ini yang termaktub dalam GTP, ETP tidak diterjemahkan dalam pelaksanaan
dasar kerajaan. Apakah kerajaan mengamalkan ketulusan dengan menggunakan pendekatan tender terbuka dalam semua pelaksanaan projek-projek mega kerajaan? Dalam pembentangan Jumaat lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan tujuh projek pembinaan mega yang merangkumi empat buah lebuh raya baru. Projek MRT Jajaran Kedua, projek LRT fasa ketiga dan menaikkan taraf landasan kereta api Pantai Timur. Nilai tujuh projek ini sahaja mencecah RM48.25 bilion. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah projek-projek ini dianugerahkan melalui proses tender terbuka ataupun proses rundingan terus? Sudah tentu istilah direct nego memang sinonim dengan Barisan Nasional. Mengapakah projek-projek yang memakan belanja yang begitu besar ini tidak di tender supaya memaksimumkan nilai setiap ringgit yang dibelanjakan dan mengurangkan kos projek tersebut. Saya meminta pihak kerajaan menjawab satu persatu syarikat mana yang mendapat setiap projek yang diumumkan tersebut, butiran kosnya dan justifikasi mengapa syarikat tersebut dipilih. Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja tidak ada ketelusan dalam penganugerahan dalam projek-projek mega, malah banyak perbelanjaan dalam Jabatan Perdana Menteri yang bersikap mengikut budi bicara Perdana Menteri ataupun...
Boleh beri jalan?
…‘Discussionary’ spending yang tidak ada unsur check and balance dan mudah disalahgunakan.
Ya Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.
Pendek sahaja.
Sila.
Saya hendak tanya dan dapat penjelasan, saya dengar kerajaan DAP di Pulau Pinang hendak buat terowong dalam laut. Adakah projek itu jadi? Kalau projek itu jadi dan kalau projek itu jadi adakah ia akan dibuat tender terbuka?
Jawapannya sudah pun dibuat tender terbuka, request for proposal, tender. Check fakta dahulu sebelum cakap. Saya tidak mahu layan sudah. Tidak apa. Saya mengambil beberapa contoh perbelanjaan dalam Jabatan Perdana Menteri yang tidak telus, yang perlu dipersoalkan dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya projek khas yang diperuntukkan RM1.61 bilion. Kedua, program pembangunan yang diperuntukkan RM1.1 bilion.
Ini sedikit.
Ketiga, penyusunan semula masyarakat yang diperuntukkan RM750 juta.
Ya Yang Berhormat Tanjong Karang bangun lagi.
Keempat, projek mesra rakyat yang diperuntukkan RM670 juta. Kelima, projek-projek kecil yang diperuntukkan RM300 juta.
Boleh lagi sedikit? Saya hendak penjelasan sahaja. Tidak ada apa.
Cepat-cepat.
Yang Berhormat mengatakan dalam Dewan ini bahawa projek tersebut dibuat tender terbuka. Itu saya hendak mendapat pengesahan. Adakah melalui proposal oleh beberapa syarikat dan bagaimana tender terbuka telah dibuat? Saya hendak tanya itu sahaja.
Soalan macam itu Yang Berhormat Tanjong Karang, patut panggil rakan-rakan UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, tanyalah. Tidak ada masalah. Kerajaan Pulau Pinang di bawah Yang Amat Berhormat Bagan mengamalkan SAT. Apa-apa soalan yang ditanya kita jawab, tidak macam di dalam Parlimen.
Tidak, saya tanya.
Cukuplah saya rasa.
Saya sebagai DAP, hendak tanya sahaja. Kalau ya kata ya, janganlah marah.
Tanya, kita jawablah. Sudah tender.
Tender terbuka?
Sudah tender. Tender terbuka. Check lah.
Berapa syarikat masuk?
Zenith Konsortium yang dapat itu. Tender terbuka. Cukup. Saya ada banyak lagi poin.
Tidak apalah. Saya take note sahaja. Take note kata tender terbuka.
Okey take note. Yang Berhormat Tanjong Karang take note sudah tender terbuka. Okey, terima kasih. Esok kalau tanya rakan-rakan dalam Pulau Pinang, boleh tanya. Apa-apa soalan tanya tidak apa, tidak ada masalah. Lima contoh ini sahaja memberikan satu blank cheque kepada Perdana Menteri yang bernilai RM4.43 bilion. Apakah projek khas yang dimaksudkan? Apakah program pembangunan yang disasarkan? Bagaimanakah penyusunan semula masyarakat dijalankan? Apakah projek yang memesrakan rakyat dan apakah projek- projek kecil yang akan dilaksanakan? Saya hendak tahu di Seremban, ada enam kawasan Dewan Undangan Negeri, di DUN Ampangan, Sikamat, Temiang, Nilai dan Lobak, apakah projek-projek kecil yang akan dibawa di kawasan Parlimen Seremban tetapi tidak ada langsung dalam butiran yang dibentangkan. Semua persoalan- persoalan ini dan butir-butir perancangan projek ini tidak dapat dipantau oleh Ahli-ahli Parlimen kerana kekurangan political will Barisan Nasional untuk mengamalkan ketelusan. Bukankah pendekatan yang tidak telus seumpama ini yang akan mewujudkan ruang ketirisan, kebocoran dan rasuah? Mengapakah semua kuasa perbelanjaan (spending power) ini terletak dalam tangan Perdana Menteri? Saya menggesa supaya tujuan-tujuan perbelanjaan ini perlu dinyatakan secara telus dan perlu ada mekanisme untuk memantau semua perbelanjaan kerajaan yang efektif. Di Amerika Syarikat pun, Presiden Obama mewujudkan sebuah suruhanjaya yang bernama National Commission on Fiscal Responsibility and Reform, dengan izin, yang terdiri daripada Ahli-ahli Kongres secara bipartisan untuk merangka strategi fiskal dan dasar baru untuk mengurangkan defisit bajet Kerajaan Amerika Syarikat dan hutang negaranya. Justeru itu, saya mengulangi pendirian kami bahawa sepatutnya Parlimen menubuhkan jawatankuasa terpilih secara tetap Select Committee untuk setiap kementerian supaya Ahli-ahli Parlimen dapat memainkan peranan check and balance yang lebih efektif untuk menghapuskan ketirisan dan rasuah dalam setiap kementerian. Langkah ini sudah pasti mendapat sokongan padu dari Pakatan Rakyat sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai political will untuk melaksanakannya. Namun apa yang berlaku sekarang dalam Parlimen adalah sebaliknya. Bukan sahaja Parlimen Malaysia tidak ada mekanisme Select Committee untuk memantau setiap kementerian, malah soalan-soalan Ahli Parlimen tidak dijawab secara telus. Pada minggu lepas, saya telah mengemukakan beberapa soalan lisan kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai butiran penerbangan dan kos yang terlibat dalam beberapa penerbangan yang melibatkan Perdana Menteri dan isterinya yang menggunakan pesawat khas milik kerajaan. Soalan-soalan ini ditanya kerana penerbangan- penerbangan ini melibatkan lawatan bukan rasmi seperti percutian Perdana Menteri di Eropah pada awal bulan Ogos dan penerbangan isteri Perdana Menteri ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah darjah kebesaran. Persoalan yang timbul ialah kewajaran dan kelayakan Perdana Menteri dan isterinya menggunakan pesawat kerajaan untuk lawatan peribadi. Lebih teruk lagi, kos yang terlibat dirahsiakan oleh Yang Berhormat Arau. Apakah peranan Yang Berhormat Arau dalam Parlimen ini ialah untuk melindungi Perdana Menteri dan isterinya daripada dipersoalkan? Semasa kerajaan meminta rakyat supaya memahami perlunya tindakan kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi dan menaikkan harga minyak, Putrajaya membelanjakan RM180 juta setahun untuk kos minyak dan penyelenggaraan beberapa pesawat khas untuk kegunaan Perdana Menteri dan beberapa VVIP kerajaan.
Ini tidak termasuk lagi kos sewaan untuk pesawat-pesawat ini yang memakan berpuluh juta ringgit setiap tahun. Bagaimana pemimpin negara boleh memahami masalah kesempitan hidup yang dialami oleh rakyat jelata akibat daripada kenaikan harga minyak dan cukai GST, sekiranya mereka hidup secara begitu mewah dengan khazanah kekayaan negara sehingga bil elektrik di Sri Perdana pun mencecah RM2.5 juta setahun yang dibayar oleh pembayar cukai. Pada pagi tadi Yang Berhormat Padang Besar memfitnah bahawa kononnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan duit rakyat untuk membeli sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM2 juta. Saya hendak merekodkan dalam Dewan yang mulia ini, ini adalah satu fitnah yang dibuat oleh UMNO cyber troopers oleh Barisan Nasional yang cuba memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang. Tidak pernah Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan RM2 juta untuk membeli sebuah kereta. Kereta Mercedes Benz dia tidak sampai RM200,000. Malah penerbangan beliau daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sentiasa menggunakan kelas ekonomi. Tidak pernah Ketua Menteri Pulau Pinang membazirkan wang rakyat seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Yang ada kereta Hummer itu menteri-menteri daripada UMNO, bukannya Ketua Menteri Pulau Pinang. Checklah dulu fakta [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan begitu prihatin dan memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat. Maka penjualan runcit minyak RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST yang bernilai 6%. Cakap-cakap ini cukup indah. Akan tetapi rakyat Malaysia pada hari ini tidaklah mudah diperdaya dengan dakyah dan propaganda kerajaan. Ini kerana mereka sedar pada hakikatnya harga runcit RON95 telah pun dinaikkan sebanyak 10% seminggu sebelum pembentangan Bajet 2015. Ini taktik baru Barisan Nasional untuk memperdayakan rakyat. Percayalah tidak ada sesiapa yang percaya dengan dakyah kononnya Kerajaan Barisan Nasional ini prihatin dengan rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyatakan 532 jenis barangan dalam basket of goods akan mengalami penurunan harga sehingga 4%. Peniaga-peniaga di Seremban mengatakan ini angan-angan kosong, jangan harap ia akan berlaku. Hakikatnya pengenaan cukai GST pada kadar 6% ditambah pula dengan kenaikan harga minyak merupakan faktor berkembang yang akan menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi. Kesimpulan ini tidak perlu dinyatakan oleh pakar ekonomi, peniaga warung kopi pun tahu jawapannya. Kita tidak perlu pergi jauh, kafeteria untuk Ahli Parlimen di sebelah Dewan ini pun telah menaikkan harga sejak bermulanya sidang pada minggu lepas. Dulu harga teh tarik, Nescafe dan Milo semuanya RM2 secawan. Sekarang cawan yang sama besarnya telah dinaikkan harga daripada RM2 sehingga RM3 secawan. Kenaikan 50% [Tepuk] Mengapakah Yang Berhormat Kuala Pilah selaku Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri tidak mengambil tindakan terhadap operator tersebut iaitu PWTC katering? Saya tidak memarahi pekerja-pekerja di kafe tersebut tetapi operatornya siapa? Pemilik syarikat ini siapa? PWTC Catering. Bukankah ini syarikat milik UMNO? Menteri mengapa tidak ada tindakan? Mengapa tidak ada pegawai KDN yang datang mengambil tindakan terhadap kafeteria, menaikkan harga sesuka hati, 50% naik...
Oh, dahsyat!
Jus watermelon RM8. Ini lebih hebat daripada hotel, kafeteria di Parlimen. Ahli Parlimen ada Menteri tetapi tindakan tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup rakyat Malaysia pada hari ini memang tinggi dan rata-rata kebanyakan pekerja yang berpendapatan sederhana dan rendah menuntut supaya kerajaan memainkan peranan dengan memastikan harga minyak tidak dinaikkan pada ketika harga minyak di pasaran global turun. Janganlah pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberitahu kepada rakyat, jikalau hendak buat tuntutan kepada kerajaan, janganlah sokong Pakatan Rakyat. Saya cukup kecewa dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Perhimpunan Agung MCA pada pagi semalam. Di mana beliau berkata masyarakat Cina tidak boleh terus membuat tuntutan terhadap Barisan Nasional sekiranya mereka
masih menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataan tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan tidak seharusnya keluar dari mulut pemimpin tertinggi negara. Apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak faham konsep utama dalam demokrasi ialah membenarkan rakyat untuk membuat pilihan mereka dalam pilihan raya. Hak dan kebebasan untuk memilih parti mana dan calon mana untuk mewakili mereka adalah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan dalam demokrasi. Maka adalah menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan selepas pilihan raya untuk mentadbir negara dan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa membalas dendam terhadap pengundi yang tidak menyokong mereka. Sekiranya beliau tidak faham perkara yang begitu asas ini dalam demokrasi, janganlah memalukan diri sendiri dengan mengatakan bahawa beliau ingin menjadikan Malaysia the best democracy in the world. Tambahan pula, saya ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa yang tidak menyokong Barisan Nasional bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina tetapi di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 52% pengundi Malaysia telah menolak Barisan Nasional. Sudah tentu jumlah pengundi masyarakat Cina tidak mencecah 52% dan jumlah ini melambangkan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama India, Melayu, Cina, Kadazan, Iban yang bersatu menolak pentadbiran Barisan Nasional. Saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah 52% rakyat Malaysia yang tidak menyokong Barisan Nasional ini juga tidak boleh membuat tuntutan terhadap kerajaan. Kalau rakyat tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan, apakah 52% rakyat ini yang tidak menyokong Barisan Nasional dikecualikan daripada membayar sebarang cukai termasuk cukai GST. Masyarakat Cina sama seperti dengan semua rakyat Malaysia bukannya meminta sedekah daripada kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan dasar yang adil kepada semua seperi memberikan peruntukan yang sama rata kepada semua jenis aliran sekolah. Peruntukan RM50 juta untuk dibahagikan kepada lebih 1,200 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang puratanya tidak sampai RM40,000 untuk sebuah sekolah seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Namun yang lebih memalukan ialah parti komponen Barisan Nasional yang mengatakan dirinya mewakili masyarakat Cina iaitu Presiden MCA sendiri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Orang Putih kata, its peanuts shame on you MCA. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan memang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembangunan negara. Industri tersebut bukan sahaja dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor perkhidmatan malah ia merupakan satu penjana peluang pekerjaan yang cukup di kalangan rakyat Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang baru masuk tadi tetapi sudah keluar kerana kementeriannya diperuntukkan sebanyak RM316 juta untuk melaksanakan pelbagai program bersempena dengan, Malaysia Year of Festival 2015. Kami memang mengakui bahawa Menteri Pelancongan sekarang ini lebih mesra dan adil kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat khasnya Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang cukup penting dan strategik dalam pembangunan industri pelancongan negara berbanding dengan mantan Menteri, ini jauh menteri yang sedia ada ini jauh lebih baik daripada mantan Menteri Pelancongan. Sikap yang adil, profesional dan mesra merupakan ciri-ciri yang sangat penting untuk kita bersama-sama membawa industri pelancongan negara ke persada yang lebih tinggi. Marilah kita sama-sama think tourism. Justeru itu, sukacita saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya memperuntukkan RM22 juta daripada RM316 juta yang diperuntukkan untuk mengadakan festival di setiap daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Saya mencadangkan setiap kawasan Parlimen diperuntukkan RM100,000 dan Ahli Parlimen masing-masing dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan festival bersama masyarakat tempatan pada tahun 2015 untuk merakyatkan, “Year of Festival”. Setiap kawasan Parlimen ada keunikannya dari segi budaya dan warisan sejarahnya. Saya yakin keunikan dan penyertaan masyarakat di peringkat akar umbi dalam penganjuran sesuatu festival ini akan memberikan pengalaman yang berbeza dan menjadi tarikan kepada pelancong. Ia juga dapat menghidupkan semula pekan-pekan kecil di seluruh negara dan memberikan impak ekonomi kepada masyarakat setempat. Jangan kita mewujudkan
persepsi kepada pelancong asing bahawa Malaysia hanyalah berkenaan dengan Kuala Lumpur. Kita perlu menunjukkan kekayaan dalam kepelbagaian kita seiring dengan tagline Malaysia Truly Asia. Rakan saya Yang Berhormat Kluang telah menganjurkan Festival Kluang baru-baru ini dengan mempromosikan keindahan semula jadi di Gunung Lambak dan menghidupkan semula warisan-warisan lama di Bandar Kluang dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat. Dengan adanya dana peruntukan saya yakin Seremban juga boleh menganjurkan Festival Seremban dengan mempromosikan Siew Pao, Kuching juga boleh buat Festival Kuching. Yang Berhormat Kuala Krau juga boleh buat Festival Kuala Krau. Mana-mana tempat kita boleh buat festival supaya festival ini bukan sahaja tertumpu di bandar-bandar besar tetapi setiap tempat yang ada keunikan boleh buat festival masing-masing yang melibatkan masyarakat setempat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk memajukan lagi sektor pelancongan negara, kerajaan perlu memberikan fokus untuk membangunkan sektor cruise tourism yang merupakan salah satu faktor yang telah dikenal pasti dalam Economic Transformation Program sebagai salah satu Entry Point Project (EPP). Walaupun Malaysia Cruise Counsel telah ditubuhkan untuk menggariskan dasar pembangunan sektor tersebut, namun masih belum ada tindakan yang holistik dan bersepadu di antara stakeholders terutamanya di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan, EPU di Jabatan Perdana Menteri, dan kerajaan-kerajaan negeri yang terbabit. Saya difahamkan bahawa syarikat perkapalan Royal Caribbean telah pun melabur untuk membina sebuah cruise terminal yang baru di Melaka dalam projek Melaka Gateway. Namun, Kerajaan Persekutuan belum lagi memutuskan pelan pembangunan untuk Swettenham Pier yang mempunyai potensi untuk menjadikan sebuah cruise terminal yang dapat menarik kemasukan ramai pelancong asing ke Pulau Pinang dan Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan sama ada Penang Port Commission telah menyerahkan operasi Swettenham Pier ini kepada Seaport Terminal. Kita semua tahu Seaport Terminal ini milik siapa? Seorang yang bergelar Tan Sri tetapi di Malaysia ini bukan beliau sahaja boleh menguruskan pelabuhan. Kita mengharapkan supaya Swettenham Pier ini dibuka tender kalau ada syarikat yang lebih baik yang dapat menjalankan operasi di terminal tersebut, kerajaan sepatutnya melantik syarikat tersebut. Saya mendapat maklumat bahawa sebuah konsortium antarabangsa mempunyai minat untuk melabur dalam pembangunan semula Swettenham Pier, Pulau Pinang tetapi terdapat banyak halangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Memandangkan Swettenham Pier merupakan sebuah terminal yang strategik untuk pembangunan cruise tourism di Malaysia, saya menyeru kerajaan supaya memanggil tender untuk projek tersebut dalam kadar yang segera dan menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat yang mempunyai pengalaman dan perancangan yang paling baik untuk memaksimumkan pulangan kepada industri pelancongan negara. Tuan Yang di-Pertua, ada dua buah topik lagi, sistem pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam ini saya mengalu-alukan pengumuman bahawa kerajaan memberikan kemudahan tambang bulanan pada kadar diskaun 30% untuk laluan khas bas Seremban-Kuala Lumpur. Saya hendak bertanya kepada kerajaan kerana laluan bas di antara Seremban-Kuala Lumpur telah banyak ada laluan dan ada banyak syarikat perkhidmatan bas. Adakah tambang diskaun 30% ini diluaskan kepada semua syarikat bas yang terlibat di antara Seremban-Kuala Lumpur supaya mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Seremban yang sudah menjadi satu kebiasaan diberikan diskaun tersebut supaya lebih ramai penduduk Seremban mendapat faedahnya. Keduanya, adakah skim ini juga dapat diperluaskan kepada 30% untuk pas bulanan kepada pengguna-pengguna komuter? Ini kerana kalau kita hendak menggalakkan rakyat ataupun penduduk menetap di bandar-bandar sekunder seperti Seremban tetapi bekerja di Kuala Lumpur, sistem pengangkutan awam merupakan faktor yang paling penting untuk memastikan mereka dapat berulang-alik dengan efektif. Sekarang bukan sahaja bas, tetapi bas ini selalu ada kesesakan lalu lintas. Akan tetapi komuter juga merupakan satu mod yang popular di kalangan rakyat di Seremban. Saya cadangkan kepada pihak kerajaan supaya memperluaskan lagi diskaun 30% ini untuk tambang bulanan kepada pengguna-pengguna komuter di antara Seremban-Kuala Lumpur.
Tuan Yang di-Pertua, penambahbaikan khidmat bas berhenti-henti di negeri ini yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah kita dengar bertahun-tahun tetapi masalah sistem pengangkutan awam di negara kita ini sudah lama berlaku. Setiap dan saban tahun kita dengar Parlimen ini kerajaan buat pengumuman bahawa kerajaan akan menitik berat akan memberikan fokus bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam tetapi masalah ini tetap berlaku, tidak pernah ada penyelesaian. Masalah sekarang ialah pemusatan kuasa terhadap Kerajaan Persekutuan terutamanya di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Banyak masalah yang terlibat di pekan-pekan, di bandar-bandar tidak dapat diselesaikan dalam kadar yang segera kerana kuasa untuk membuat keputusan semuanya terletak di SPAD. Kerajaan Negeri hendak buat sesuatu untuk menyelesaikan masalah, hendak memberikan permit dan hendak memberikan lesen membuat laluan baru, tidak boleh membuat keputusan kerana segala keputusan berkenaan dengan bas awam ini terletak di SPAD. Kita menyarankan supaya perlu ada reformasi dengan kerajaan pusat menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri dari segi kuasa untuk memberikan permit dan lesen untuk laluan-laluan bas awam supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan. Di kawasan Dewan Undangan Negeri yang saya wakili di DUN Chennah di Jelebu. Setiap hari dari Kampung Chennah hendak pergi ke Pekan Kuala Klawang pelajar-pelajar tidak ada bas, hendak pergi sekolah tidak ada bas. Sejauh 20 kilometer tetapi kalau kita tidak ada perkhidmatan macam ini, ramai pelajar yang tidak boleh pergi ke sekolah. Saya harap...
Ya, Yang Berhormat Seremban boleh gulung.
Saya harap ini dapat diambil berat oleh kerajaan. Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kerana memberikan masa yang mencukupi. Berkenaan dengan kenaikan ataupun pelarasan gaji Ahli-ahli Parlimen daripada M54 kepada JUSA C. kita mengalu-alukan pengumuman ini. Akan tetapi saya rasa perlu ada lebih banyak ketelusan dalam perkara ini kerana ada pihak luar memang ada banyak pertanyaan daripada pihak media tetapi hakikatnya Ahli-ahli Parlimen tidak ada butiran terperinci berkenaan dengan pelarasan gaji ini. Dikatakan bahawa JUSA C ini tangga gajinya di antara RM7,000 hingga RM14,000 tetapi butiran terperinci belum diumumkan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah kenaikan itu? Berapakah peratusan? Sebagai anggota dalam jawatankuasa Dewan, saya menyarankan supaya Tuan Yang di-Pertua dalam kadar yang segera memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan perkara ini kerana saya rasa itu perlu diputuskan dalam masa yang terdekat dan diumumkan kepada umum. Satu perkara yang saya hendak tambah lagi berkenaan dengan pelarasan gaji ini, kita hendak beri satu pemahaman kepada rakyat bahawa kita tidak mahu memberikan satu persepsi bahawa kenaikan gaji ini Ahli Parlimen perjuangkan untuk kebaikan diri sendiri kerana banyak perbelanjaan yang melibatkan pusat khidmat dan pembantu-pembantu khas ini tidak diberikan subsidi ataupun peruntukan oleh kerajaan. Kita terpaksa menggunakan elaun dari Ahli Parlimen ini untuk mengambil pembantu khas, membayar sewa, membayar bil elektrik, dan sebagainya. Justeru itu saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan agar setiap Ahli Parlimen diberikan ataupun dibekalkan sekurang-kurangnya dua orang pegawai khas Parlimen dan dibayar oleh kerajaan...
[Tepuk]
Ini kita tidak perlu mengambil elaun itu. Mungkin pihak kerajaan bimbang bahawa kalau elaun itu dibayar terus oleh Ahli Parlimen. Ahli Parlimen ambil duit itu tetapi tidak mengambil pembantu atau tidak mengambil pegawai. Kita menyarankan supaya perjawatan itu diwujudkan supaya Parlimen terus melantik pegawai-pegawai yang kita pilih atau cadangkan itu dan gaji terus dibayar oleh Parlimen kepada pegawai-pegawai itu supaya kita dapat menambah mutu perbahasan Ahli Parlimen dan menambah perkhidmatan Ahli Parlimen supaya pegawai-pegawai khas yang digaji ini oleh Parlimen dapat membantu Ahli Parlimen. Ini juga merupakan satu cara untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 444 orang graduan-graduan yang mungkin mereka sebagai satu cara untuk menimba pengalaman di Parlimen ini supaya mereka bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Ya, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang juga 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri peluang kepada saya untuk bersama membahaskan Bajet 2015. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Kewangan yang telah pun membentangkan satu belanjawan yang cukup adil kepada rakyat yang mana kita lihat agihannya cukup jelas. Satu, dinamakan capital economy dan satu lagi people economy. Kita telah pun dengar bahawa KDNK kita naik kepada 6.3%, pelaburan cecah sehingga RM219 bilion. Peluang pekerjaan akan dibuka sehingga 437,000. Indeks FBM, KLCN naik 114% daripada 884.45 hingga Januari 2009, naik sampai 1,892. Jadi ini semuanya menggambarkan bahawa negara kita ini cukup mewah ekonomi dan cukup baik. Oleh sebab itu, ada pekerja-pekerja asing melihat orang-orang luar dan melihat Malaysia ini seperti lombong emas. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan. Oleh kerana itu kita lihat hari ini hampir lebih 3 juta orang pendatang- pendatang asing datang kerana ingin merebut peluang yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Dalam masa yang sama, kita juga lihat bagaimana Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja bermegah dengan pencapaian-pencapaian daripada segi pencapaian ekonomi negara tetapi juga diagihkan kepada rakyat supaya rakyat juga mendapat nikmat dan faedah daripada kekayaan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya dalam masa yang singkat ini, saya cuba sentuh dalam empat perkara sahaja. Pertama, mengenai perumahan; kedua, kos sara hidup; ketiga, mengenai pinjaman PTPTN; dan keempat, mengenai keselamatan negara kita. Mengenai perumahan, kita sedia maklum bahawa berbagai-bagai projek telah pun dirancang seperti hendak membina 80,000 unit umah PR1MA RM1.3 bilion. Kita juga membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara. Membina 12,000 unit rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit rumah Idaman Rakyat, 30,000 unit rumah Ekspresi Rakyat daripada Syarikat Perumahan Negara. Begitu juga perumahan juga disediakan untuk generasi muda. Semua perancangan ini boleh kita laksanakan dan saya yakin boleh laksanakan sekiranya mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan negeri kerana Kerajaan Persekutuan, kita tahu dia ada peruntukan tetapi tanah ialah milik kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama untuk menjayakan program- program ini, sudah tentulah kita tidak akan dapat melihat pencapaian yang telah pun dirancang, yang telah diatur oleh pihak Kerajaan Pusat. Saya ambil contoh seperti di Selangor. Saya tidak tahu, saya tidak yakin bahawa perancangan perumahan boleh dilaksanakan, kerana setahu saya, sejak enam tahun ini, projek-projek perumahan daripada Kerajaan Persekutuan, kita tengok ia amat sukar dilaksanakan di negeri Selangor. Kalau tanah itu dimiliki oleh KPTD sebagai contoh, tanah itu berbentuk tanah pertanian. Akan tetapi apabila kita hendak menukar syarat kepada tanah perumahan, hari ini di negeri Selangor sebagai contoh, kadar premium kepada tanah yang ditukar syarat ini diberikan nilai sama taraf dengan nilai harga pasaran. Begitu juga dengan kelulusan-kelulusan Development Order juga terletak kepada kuasa kerajaan negeri. Jadi kalau benar-benar Kerajaan Pakatan Rakyat yang kita mengetahui hanya menguasai ada tiga negeri, contohnya Selangor dan juga Pulau Pinang, maka kita harap bahawa kerajaan negeri dapat memberi kerjasama supaya projek-projek perumahan ini dapat kita laksanakan. Kedua, di dalam kita hendak membela semua kaum, kita lihat bahawa kerajaan juga amat adil. Dia memberikan pembelaan bukan sahaja kepada kaum bumiputera dan Melayu tetapi juga berikan pembelaan kepada orang Cina pun ada juga mendapat peruntukan ini dan juga kepada golongan India. Untuk menaikkan ekonomi belia-belia India sebagai contoh, diberikan tambahan RM50 juta. Pinjaman ini diberikan peruntukan kepada belia-belia India supaya belia-belia India ini dapat melibatkan diri dalam ekonomi negara kita. Namun demikian, saya hendak mencadangkan supaya masalah perumahan golongan kaum-kaum India terutamanya kaum-kaum India yang bekerja di ladang- ladang. Hari ini kita lihat terutamanya di negeri Selangor, boleh dikatakan ladang-
ladang ini telah pun sudah ditukar menjadi kawasan-kawasan pembangunan, menjadi kawasan-kawasan perumahan. Ke manakah mereka ini akan pergi? Hari ini kita tahu waktu mereka bekerja, mereka diberikan kuarters. Akan tetapi apabila mereka sudah bersara, maka mereka terpaksa keluar untuk membeli rumah sendiri. Hari ini, saya telah pun dimaklumkan bahawa golongan India yang bekerja di estet ini adalah amat sukar untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman perumahan. Oleh sebab itu, ramai di antara mereka yang tidak mampu untuk mempunyai rumah sendiri. Oleh itu, saya hendak cadangkan supaya satu dasar mesti dibuat iaitu satu skim khas, tabung khas khusus untuk perumahan kaum-kaum India mesti diwujudkan. Ini kerana kita lihat kalau kawasan perumahan, ada kawasan ladang yang dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan akhirnya penduduk asal, pekerja-pekerja ladang itu, dia terpaksa dipindahkan di luar kawasan ladang. Jadi saya hendak cadangkan supaya kalau mana-mana syarikat ingin membuat kawasan perumahan di dalam kawasan ladang, maka syarikat tersebut mesti membuat rumah terlebih dahulu untuk pekerja-pekerja ladang dan mesti diberi peluang kepada pekerja-pekerja ladang ini untuk membeli rumah yang dibuat di kawasan asal mereka. Kalau tidak boleh membuatkan rumah, maka mesti diberikan satu peruntukan kawasan tanah, kawasan tapak perumahan 4,000 kaki persegi, 5,000 kaki persegi supaya pekerja-pekerja asal yang ada di dalam ladang tersebut tidaklah berpindah- randah dan mereka tahu di mana kampung mereka. Ini kita boleh buat sekiranya mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat ladang. Oleh sebab itu, untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah perumahan pekerja ladang ini, saya kira bukan sahaja terletak di bahu Kerajaan Persekutuan semata-mata tetapi terletak juga di syarikat-syarikat yang telah pun mengaut keuntungan yang banyak waktu mereka menguruskan ladang mereka dalam bentuk pertanian dan mungkin hari ini mereka hendak tukar kepada perumahan. Akan tetapi malangnya, nasib pekerja ladang ini tidak dapat pembelaan. Begitu juga mengenai masalah perumahan, kita sedia maklum sekarang ini ada satu program NBOS. NBOS di antara kerjasama KKLW dengan KPKT di mana di bawah NBOS ini, dan dalam bajet yang ada ini NBOS juga ditambah sebanyak RM356 juta. So, hendak dicadangkan supaya NBOS yang cukup baik di antara KKLW dengan KPKT ini mesti diperluaskan kerana kita lihat hari ini masalah rumah terbakar, masalah rumah terbakar inilah satu bencana yang tidak diduga. Apabila rumah ini terbakar, kita lihat mangsa terpaksa membina hidup yang baru, rumah cantik pun habis terbakar, semuanya habis. Oleh itu, NBOS yang ada pada hari ini, peruntukan cukup terhad. Seperti di Selangor, hanya diberikan peruntukan dua buah rumah sahaja sedangkan dalam satu tahun, lebih 56 buah rumah habis terbakar. Rumah yang saya maksudkan ini ialah rumah sebuah. Rumah yang dimiliki di atas tanah persendirian, rumah yang orang kampung terutamanya. Bukannya rumah orang-orang kaya yang banglo. Ini semua rumah yang ada insurans. Kalau terbakar, mereka boleh claim insurans. Boleh jadi rumah yang dibeli melalui pinjaman bank. Ini selalunya kita tahu kita beli rumah, ia ada cover insurans. Akan tetapi nasib pemilik-pemilik rumah yang di luar bandar yang rumah sebuah-sebuah ini. Maka harus diberikan peruntukan yang lebih supaya menjadikan satu dasar mana-mana rumah orang kampung, rumah sebuah, persendirian, maka sepatutnya secara automatik diberikan bantuan di bawah NBOS ini. Saya percaya, dengan konsep yang dibuat hari ini dengan secara gotong- royong di mana pegawai-pegawai bomba membuat gotong-royong dengan pemimpin- pemimpin tempatan, maka memberi peluang kepada pegawai-pegawai bomba mendekati masyarakat dan boleh memberikan nasihat kepada masyarakat setempat apabila gotong-royong ini dibuat mengenai untuk menjaga keselamatan rumah mereka. Lebih-lebih lagi rumah-rumah di kampung, di luar bandar yang mana kita tengok kalau banyak yang terbakar ini oleh kerana litar pintas, elektronik yang lama dan sebagainya. Jadi dengan secara tidak langsung akan merapatkan hubungan di antara pihak bomba dan juga masyarakat setempat dan akhirnya kita dapat membela nasib mangsa kebakaran yang selalunya tinggal sehelai sepinggang sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh mengenai pinjaman PTPTN.
[Bangun]
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.
Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang, sebentar tadi saya mendengar mengenai rumah terbakar yang mana kekangan terutama sekali di Selangor ini, boleh dikatakan peruntukan hanya dua buah rumah sahaja diberikan. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Tanjong Karang yang mana bila saya bertemu dengan pihak bomba terutama sekali di Kuala Selangor, bila ada rumah terbakar khususnya di kawasan Selangor ini, mereka menyatakan kepada saya masalah kekangan kewangan memandangkan untuk membina sebuah rumah agak mahal terutama sekali di Selangor. Setujukah Yang Berhormat Tanjong Karang sekiranya di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kalau boleh diwujudkan tabung khas untuk memastikan dan juga untuk menangani maslah rumah terbakar khususnya, bukan hanya di Selangor tetapi untuk seluruh Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Itu yang saya cadang tadi bukan sahaja tabung khas tetapi kalau boleh, peruntukan NBOS yang ada RM300 juta itu dilebihkan supaya menjadi satu dasar NBOS untuk membantu rumah-rumah yang terbakar ini kita buat secara automatik.
Saya ingat tidak banyak, Selangor lebih kurang 52 rumah sahaja setahun, seluruh negara. Paling-paling banyak kalau hari ini satu rumah dia bagi peruntukan lebih kurang RM40,000. Jadi kalau peruntukan ini bagi RM10 juta pun sudah cukup untuk kita mengatasi masalah ini. Masalahnya betul, peruntukkannya tidak ada, akan tetapi dasarnya ada. NBOS nya ada, peruntukan NBOS nya ada. Jadi saya hendak cadang supaya jadi banyak, supaya jadi automatik. Jadi terbakar sahaja, terus boleh dapat bantuan daripada pihak kerajaan.
Boleh Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat…
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Tadi Yang Berhormat ada menyebut tentang program untuk membantu belia kaum India, di mana dalam belanjawan diperuntukkan sebanyak RM50 juta. Adakah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu di bawah program TEKUN? Oleh sebab saya nampak di sini di bawah TEKUN memang ada peruntukan sebanyak RM50 juta dikhususkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan Muda India dan dijangka memanfaatkan 5,000 peminjam kaum India. Jadi memang ini adalah satu jumlah yang baik, yang disediakan untuk kemajuan kaum India terutamanya daripada golongan usahawan muda. Akan tetapi masalahnya setiap kali kita ada peruntukan seperti ini, sama ada jumlah wang yang diperuntukkan itu sebenarnya sampai kepada sasaran ataupun tidak. Itu menjadi satu persoalan. Sebab setahu saya, saya juga terima banyak aduan daripada usahawan- usahawan muda yang pergi memohon untuk TEKUN dan mereka tidak berjaya mendapat kelulusan. Sering kali permohonan mereka gagal. Jadi saya khuatirlah kalau kita buat pengumuman seperti ini, kita mengatakan bahawa 5,000 anak muda akan mendapat pembiayaan tetapi akhirnya wang itu tidak sampai kepada sasaran. Itu yang menjadi masalah. Kedua Yang Berhormat, saya amat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan skim perumahan yang khas dibuat kepada golongan peladang. Oleh sebab memang itu menjadi satu masalah besar kalau kita lihat dari konteks sejarah dari dulu. Apabila orang-orang Inggeris membawa orang- orang India ke Tanah Melayu, meletakkan mereka di ladang-ladang, mereka mempunyai semua kemudahan. Akan tetapi bila mereka terpaksa keluar daripada ladang mereka tidak ada tempat untuk tinggal, mereka terpaksa tinggal di bandar, mereka terpaksa sewa rumah yang mahal ataupun mereka terpaksa tinggal di rumah setinggan. Akhirnya ini mewujudkan satu displacement yang menjadi satu masalah yang juga menyebabkan punca kepada pelbagai masalah sosioekonomi dan juga budaya kongsi gelap dan sebagainya. Itu saya memang setuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat itu tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama kali setuju dengan saya, selalu tidak setuju [Ketawa] Terima kasih, pandangan Yang Berhormat - Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat boleh tanya soalan Dewan untuk mendapat kepastian. Tahun sebelum ini tidak silap saya RM30
juta sahaja diperuntukkan untuk kaum belia. Akan tetapi tahun ini ditambah lagi RM20 juta jadi RM50 juta dan sasarannya 5,000 orang. Jadi tentulah, yang minta mungkin 100,000, tentulah yang 95,000 lagi kata dia tidak dapat. Akan tetapi 5,000 lagi dapat. Jadi kalau untuk dapat berapa ramai dapat belia-belia India dapat faedah saya hendak cadang Yang Berhormat boleh buat soalan Dewan tanya kepada Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani kerana TEKUN di bawah kementerian tersebut. Hendak dapat sampai tidak sasarannya. Memang, serupalah Yang Berhormat, orang jemput kita ramai tetapi tidak semua orang dapat, tidak semestinya bila jemput akan dapat. Jadi yang dapat diam, yang tidak dapat ini yang bising. Kedua Yang Berhormat mengenai kampung peladang ini betul. Dulu kalau zaman penjajah dia bawa Melayu duduk kampung. Dia buat pecah dan perintah. Orang Melayu duduk kampung tradisi, orang Cina duduk bandar, orang India duduk dalam ladang. Hari ini kita lihat masyarakat Cina okey, mana duduk dalam bandar ekonomi pun bagus. Mana-mana orang masyarakat Cina yang duduk dalam kampung-kampung baru, ini hasil daripada Rancangan Briggs dulu, mereka diberikan- dia ada pelantikan JKK, JKKP atau Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru dia ada dapat adalah wakil kerajaan di peringkat Kampung Baru. Kampung-kampung tradisi Melayu pula kita tengok dia ada JKK untuk sebagai wakil kerajaan di peringkat grassroots untuk orang- orang Melayu. Akan tetapi apabila sampai ke ladang, tidak ada JKK. Jadi saya hendak cadang, sudah sampai masa juga bahawa orang India yang duduk di dalam ladang ini juga jangan hanya bergantung kepada persatuan-persatuan mereka sahaja. Akan tetapi mesti diwujudkan juga Jawatankuasa Keselamatan Kampung untuk kaum India. Apabila skim perumahan yang saya cadang nanti mereka ini sudah ada kampung dia sendiri yang di ladang mereka sendiri, adalah. Ini kadang-kadang ada dia kata dia lahir di satu ladang. Ladang itu pun sudah tidak ada, sudah jadi perumahan. Jadi kalau kita boleh kekalkan ia, jadi ada kampung dia. Apabila ada kampung maka mudah untuk mereka mewujudkan- kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan Kampung untuk orang-orang India. Saya rasa kita sudah sampai masa, kita kena memberikan pembelaan yang adil kepada semua kaum di dalam negara kita. Mengenai PTPTN kita amat sokong bahawa rebet 10% kepada peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015, diskaun 20% kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekali gus sehingga Mac 2015. Geran Simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional, ini satu pendekatan yang baru. Namun demikian kita lihat bahawa hari ini ramai, saya dimaklumkan lebih 500,000 peminjam-peminjam PTPTN ini yang masih lagi tidak bayar. Jadi kita lihat memang kadang-kadang ada pelajar yang keluar tidak ada kerja, ada yang jadi suri rumah, maka mesti dicari satu pendekatan, ditambah pendekatan yang ada supaya mereka diringankan beban mereka. Hari ini kalau tanya saya, PTPTN memang sudah bagi pendidikan percuma. Kalau ada yang katakan tidak ada pendidikan percuma, itu tidak betul. Memang sudah ada. Sebab apa saya kata PTPTN telah pun mengamalkan pendidikan percuma? Hari ini mana-mana peminjam PTPTN yang mendapat first class honors automatik tidak payah bayar. Jadi ertinya sudah disediakan peluang yang ada. Kalau hendak pendidikan percuma hendak kena belajar pandai-pandai. Dapat first class, tidak perlulah hendak pergi buat demonstrasi Bersih, demonstrasi GST, ganggu orang ramai. Concentrate belajar, sesuai dengan hasrat kerajaan kita dengan Malaysia mesti mencapai negara yang maju berasaskan pengetahuan, berdasarkan kepakaran. Namun demikian saya hendak cadang lagi kepada PTPTN. Kalau first class mungkin bilangannya ada, akan tetapi mungkin tidak berapa ramai. Saya hendak cadang supaya diberi pertimbangan juga supaya mana-mana pelajar yang mendapat second class upper bagi diskaun 20%. Bagi diskaun. Kalau dia pinjam RM100,000 suruh bayar balik RM80,000. Yang mana dapat second class bagi 10%. Yang dapat third class itu tidak payah bagi apa-apa. Dia memang tidak minat hendak belajar. Jadi kalau kita ada bagi skim galakan seperti ini maka kita bagi tahu mereka bahawa betul, kerajaan boleh bagi diskaun, kerajaan boleh rebet dan sebagainya dengan syarat gunakan masa mereka belajar dengan sungguh-sungguh untuk mendapat pendidikan yang cemerlang. Mereka kena lebih banyakkan kepada pendidikan, bukan lebih banyak kepada berpolitik walaupun hari ini mereka boleh berpolitik di luar kampus dan sebagainya. Jadi saya percaya kalau ini kita boleh buat, kita harap pelajar-pelajar tidak akan terpengaruh. Dia tidak akan terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak-pihak tertentu malah kita kena tanamkan bahawa semangat belajar dan sudah ada insentif sudah sedia menunggu di hadapan.
Jadi saya harap dapat dipertimbangkan. Pengerusi PTPTN pun ada. Kalau boleh kita dapat dan juga saya hendak cadangkan supaya peruntukan pinjaman kepada MARA kalau boleh kita kena tambah lagi. Walau apa juga yang kita memberikan keadilan daripada segi pendidikan. Kalau kita tengok perangkaan- perangkaan dari segi profesional, kita lihat masih lagi ketidakseimbangan di antara profesional bumiputera dengan bukan bumiputera. Kerana itu kita kena teruskan dasar untuk memberikan pembelaan kepada bumiputera dan MARA yang merupakan satu agensi khusus yang ditubuhkan untuk membela nasib bumiputera, mesti juga ditambahkan peruntukkannya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kos sara hidup. Saya dengar tadi banyak orang kompelin GST akan menyebabkan harga naik. 20 sen tarik subsidi akan menyebabkan naik lagi harga-harga barang. Jadi mengenai GST Tuan Yang di-Pertua saya senang sahaja. Benda belum laksana lagi, apa hendak yang dibisingkan sekarang.
Kalau betul GST ini menyusahkan rakyat, naik harga barang, rakyat menderita ini sepatutnya satu advantage kepada pembangkang. PRU Ke-14 tidak payahlah pembangkang hendak buat demonstrasi, hendak kempen teruk-teruk. Rakyat pun sudah marah sudah. Akan tetapi pembangkang nampak kalau laksanakan GST ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat sebab itu mereka bimbang PRU 14 nanti rakyat akan kembali menyokong Barisan Nasional. Tidak ada satu pun projek-projek besar yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional daripada dahulu yang mendapat sokongan daripada pembangkang. Tidak ada. Sebut apa sahaja projek-projek besar ataupun projek-projek baru. Kita hendak buat KLIA. Oh, dahulu bukan main. Saya masih ingat lagi waktu saya jadi student tahun 1980an, pembangkang pergi ke London hasut student, KLIA ini akan jadi ‘gajah putih’, jadi tempat tikus bersarang. Hari ini tengok tidak cukup KLIA, tambah lagi KLIA2. Sama juga dengan tol dahulu. Saya ingat dahulu kalau tidak silap saya Yang Berhormat Gelang Patah, sudah keluar sudah sanggup tidak mahu bayar tol. Protes, protes kata bayar tol ini rampas duit rakyat dan sebagainya. Akhirnya kita tengok tidak cukup. Kalau tidak ada highway, saya ingat orang Perak hendak lalu kalau lalu jalan Tanjung Karang sekarang ini pun sudah jammed. Saya ingat lagi teruk dalam bandar. Daripada dua lane highway sudah tambah lagi tiga lane. Jadi kalau kita dengar cakap pembangkang ini sampai bila Malaysia tidak akan maju kerana itulah hasrat pembangkang. Dia hendak negara kita mundur supaya rakyat marah kepada kerajaan dan satu advantage kepada mereka. Jadi sebab itu mengenai juga kos sara hidup kita kena ingat bahawa peranan kos sara hidup ini kalau barang-barang naik tidak semestinya disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan kerana kerajaan negeri juga ada memainkan peranan. Cukai- cukai yang ada di bidang kuasa kerajaan negeri pun mereka naikkan cukai sesuka hati. Macam dekat Selangor sudahlah. Dia punya cukai industri tekstil naik. Ini lesen perniagaan sahaja naik sampai 180%. Industri kimia 140%, kadar telekomunikasi naik 60%, kedai runcit pun naik 40%, stesen minyak pun dahulu RM900 naik RM1080 – 10%. Itu baru lesen perniagaan. Belum lagi cukai-cukai pintu yang dikenakan kepada peniaga-peniaga. Ini sampai dekat gerai-gerai luar bandar dinaikkan cukai. Ini Yang Berhormat Seremban naik cukai, naik barang dekat sini yang dia bising. Yang di luar bandar yang Kerajaan Negeri Selangor sebagai contoh. Ya, betul. Yang Berhormat Shah Alam tidak tahulah dia turun padang atau tidak turun padang. Pergi tanya gerai-gerai, gerai-gerai malam. Tidak tahulah dia minum di hotel pun tidak tahu. Saya minum di gerai-gerai dia merungut. Jadi kalau cukai-cukai ini dinaikkan, cukai pintu naik, cukai perniagaan naik ini tentulah dia akan pass the burden kepada pengguna. Lepas itu barang naik hendak salahkan Kerajaan Persekutuan. Barang- barang naik sebab GST. GST belum lagi laksana. Jadi sebab itu saya hendak menyatakan bahawa kadang-kadang pembangkang ini sebagaimana Yang Berhormat Ketereh cakap tadi dia cakap tidak serupa bikinlah yang akhirnya dia hanya hendak cari salah kepada pihak Persekutuan.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Mencelahkah berhujah, mencelah? Tahu beza ya? Okey.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang ini bercakap sebagai pembangkang di negeri Selangor yang selalu merungut-rungut ini semua sebagai pembangkang di negeri Selangorlah. Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang mengamalkan kaedah pembangkang seperti mana yang difahamkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang untuk negeri Selangor? Kalau semua masalah itu ada tidak apalah. Sepatutnya diam sahajalah biarlah supaya rakyat pilih kerajaan yang lain selepas ada Pilihan Raya Umum Ke-14. Kami tidak macam apa Yang Berhormat Tanjong Karang ceritakan.
Habis macam mana pembangkang?
Ini konsep pembangkang tidak seperti mana yang dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Itu sebab saya tanya tadi. Yang Berhormat ini mencelahkah berhujah.
Ia bukan konsep pembangkang...
Ini bukan mencelah, ini berhujah.
Tidak, saya minta beri penjelasan dan tanya soalan tapi hendak jelaskan supaya fahamkan betul-betul soalan itu.
Yang Berhormat kena belajar mencelah macam saya tadi tanya dengan Yang Berhormat Seremban, saya tanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Itu namanya mencelah. Tanya jangan argue. Hanya dapat mencelah bukannya hendak berhujah. Yang Berhormat hendak berhujah, berhujahlah nanti. Lepas ini Yang Berhormat berhujahlah. Ini saya hendak bagi tahu bahawa beban kalau ada kenaikan kos sara hidup ini pembangkang hanya hendak menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Yang kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang dia tutup mata. Ini yang orang kata kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak ini. Jadi begitulah juga kalau kita lihat daripada segi keselamatan. Saya hendak pergi kepada isu keselamatan. Keselamatan ini penting. Kalau kita maju macam mana negara kita tidak aman tidak ada makna. Tengok Yaman dahulu aman sudah kelam-kabut. Kita kena bawa balik pula pelajar-pelajar kita. Syria dan sebagainya negeri ini kita sedia maklum. Saya selalu buat analogi bahawa keselamatan ini kita kena samakan dengan kesihatan kita. Apa guna kita duit banyak kalau kita ada penyakit? Duit banyak pun tidak guna kalau kita sakit sana, makan pun tidak boleh. Makan udang tidak boleh kena gout, makan manis kena kencing manis. Semua tidak boleh. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua ini kita kena faham. Begitu juga dengan keselamatan di dalam negara kita.
Yang Berhormat Tanjong Karang boleh gulung ya.
Eh, boleh gulung?
Boleh gulung.
Tadi masa yang ditanya tidak dikira. Tidak apalah saya ini last point mengenai keselamatan. Cukup penting sebab kalau kita tidak menjaga keselamatan kita seolah-olah kita tidak menjaga kesihatan kita. Jangan nanti bila sudah sakit baru kita menyesal. Kena potong kaki, kena penyakit baru kita menyesal. Oh, patutlah dahulu patut jangan buat. Kita tidak dengar nasihat orang. Jadi sama juga dengan keselamatan. Keselamatan di dalam negara kita ini kita hendak kena mencegah. Mencegah lebih baik daripada kita ubat.
Yang Berhormat.
Kalau sudah jadi kelam-kabut, negara jadi kecoh sudah tidak ada makna sudah.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Jadi sebab itu...
Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Tajung Karang.
Yang ini tolak masa dialah.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Fasal saya dengar kesihatan tadi. Saya masuk sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak panggil lagi.
Tidak panggil lagi..., boleh panggil, kah?
Yang Berhormat Tanjong Karang sila gulung. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Jadi kalau bab keselamatan ini ISA sudah tidak ada sudah. Pembangkang sukalah bila ISA tidak ada. EO pun sudah tidak ada. EO ini dahulu Emergency Ordinant tangkap tanpa bicara. Kalau ada EO agaknya yang bom meletup itu kita sudah boleh tahu sudah boleh tangkap. Dahulu bila ada EO ini internet judi semua ini saya tahulah saya pernah laksanakan EO ini. Kita boleh kadang-kadang dia buat salah tapi kita tidak boleh bawa ke mahkamah kerana tidak cukup bukti. Sekarang semua sudah tidak ada sudah. Sekarang ini yang ada Akta Hasutan. Akta Hasutan ini yang satu-satunya lagi akta yang boleh kita gunakan supaya kita dapat menjaga keamanan kita. Sebab apa yang hendak hapuskan Akta Hasutan? Hendak cakap soal demokrasi? Soal demokrasi ini kalau PKR hendak cakap soal demokrasi PKR tidak layak untuk cakap soal demokrasi kerana kita lihat dalam pemilihan PKR sahaja mencatat rekod baru dekat Malaysia ini. Pemilihan parti yang paling lama dalam sejarah bermula 28 April sampai bulan lapan baru dapat keputusan. Kalahlah pemilihan presiden Indonesia yang penghuninya berjuta. Ini kecoh. Jumlahnya kita tengok bergaduh. Pun PKR pengundi hantu, PKR. Dahulu dia kata pilihan raya ini blackout. Complain Blackout 505. Eh, pemilihan PKR bawa peti undi kira dekat ibu pejabat PKR tiba-tiba blackout. Itu tidak apa, itu tidak apa. Mana bersih, mana yang bersih? Jadi kalau hendak cakap soal demokrasi betulkanlah parti sendiri dahulu. Saya percaya puak-puak ini kalau besok mereka memerintah ISA ini dia mesti hidupkan balik. Dia hendak cakap soal apa? Soal kebebasan bersuara? Mana boleh bersuara. Calon bercakap komen fasal pemilihan, gantung. Kasihan Cikgu Bad kena gantung. Kena gantung.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tidak, ini saya hendak cakap mengenai soal keselamatan. Dekat Pulau Pinang cakap sedikit sudah kena pecat. Jadi saya hendak bagi tahu bahawa sudah sampai masanya bawa gerakan pembangkang menentang Akta Hasutan- ini semuanya untuk mendapat politik yang murah.
Kerana itu saya nak cadangkan bahawa Akta Hasutan ini kita kena ketatkan lagi. Ubahlah apa pun nama pun tak apa tetapi isinya mesti kita ketatkan di mana kalau kita lihat dalam Akta Hasutan, saya setujulah kalau kata nak ubah 3C itu betul. Kalau nak komen kerajaan pun dikira hasutan, 3C itu bolehlah kita boleh delete, okey. Akan tetapi dalam Akta Hasutan ini kita tengok tidak ada selain daripada tidak boleh menyentuh Perkara 152, 153, 181 tetapi saya nak tambah kalau nak pinda ini esok kita kena tambah Artikel 3 pun tak boleh sentuh. Artikel 11 pun tak boleh sentuh, Artikel 12 pun tak boleh sentuh, Artikel 8 pun tak boleh sentuh. Jadi kerana ini satunya asas yang kita kena pegang. Kalau ini kita tidak atasi, maka kita lihat negara kita mungkin akan menjadi negara yang tidak aman. Hari ini pun saya nak cadang, hah ini cukup susah ini. Ramai yang sudah kena dakwa di bawah Akta Hasutan. Hari ini nak membuktikan sama ada orang yang bercakap itu menghasut ataupun tidak, itu tugas pendakwa raya hendak membuktikan bahawa ucapan itu satu incitement, satu hasutan.
Saya nak cadang. Hah ini pihak kerajaan kena kaji bahawa hari ini Akta Hasutan burden of proof sepatutnya letak kepada orang yang didakwa. Ini macam kita nak bentuk, kita hendak buktikan alibi, Yang Berhormat pun faham. Alibi orang yang dituduh, dia kena bukti bahawa dia tidak bercakap perkara tersebut jadi supaya ia lebih ketat, bukan sahaja lebih ketat tetapi supaya apa juga yang kita buat ini tidak ada kepentingan sesiapa, sesiapa juga yang memerintah yang penting ialah keamanan kita. Akhir sekali, kita kena faham. Ini tadi saya nak ulang soalan saya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, dua soalan. Dia masih tak faham prinsip Raja Berperlembagaan dengan Demokrasi Berparlimen. Raja Berperlembagaan itu kuasa sultan, apakah masalahnya? PAS boleh hantar tiga nama. Jadi kuasa-kuasa yang telah diberikan di dalam Perlembagaan, maka kita kena patuh. Jadi tidak boleh kita menimbulkan satu suasana ketegangan. Sultan tetap sultan. Siapa juga yang memerintah, dia tetap sultan. Maka kita nak kena patuh kepada dia dan saya juga hairan hari ini Yang Berhormat Permatang Pauh, apabila saya tanya tadi betul ke dakwaan Faekah dia dapat RM15 juta. Dia tidak boleh nak jawab, dia suruh Menteri Besar baru pula untuk membuat kajian. Jadi selalunya kalau Yang Berhormat Permatang Pauh ini kalau orang sebut pasal dia, dia akan saman tetapi dengan Faekah ini, dia pun tak berani saman. Jadi sebab itulah saya melihat bahawa pembangkang ini apabila kena batang hidung mereka, mereka diam membisu tapi kalau nak mencari salah orang, merekalah menjadi jaguh perpecahan rakyat. Sekian, terima kasih.
Ya, saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang. 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2015 ini dan kita melihat Bajet 2015 ini adalah bajet penutup kepada tirai Rancangan Malaysia Kesepuluh yang hanya tinggal hanya lebih kurang beberapa bulan sahaja lagi. Jadi, saya ingin penjelasan kepada pihak kementerian, pihak kerajaan khususnya apakah bajet yang bertemakan ekonomi keperluan rakyat ini benar-benar dapat menyelesaikan kemelut masalah rakyat yang sedang melanda hari ini. Bajet yang berjumlah RM273.9 bilion ini yang mana kita melihat sudah 17 tahun berturut-turut bajet yang dibentangkan di Parlimen adalah bajet defisit dan sudah menjadi kebiasaan sejak daripada tahun 2009 lagi setiap kali pembentangan bajet, selepas empat bulan akan ada bajet tambahan. Mungkin kadang-kadang dua atau tiga kali setahun bajet tambahan dan kebiasaannya bajet tambahan ini melibatkan kos melebihi daripada 5% daripada bajet asal. Jadi saya ingin minta penjelasan daripada kerajaan apakah langkah-langkah penjimatan, kenapa bajet tambahan yang begitu banyak melibatkan kos hampir melebihi 5% daripada bajet asal. Jadi seharusnya kerajaan dalam keadaan kewangan negara yang mana pendapatan kita berkurang berbanding dengan perbelanjaan kita, langkah-langkah penjimatan harus dilaksanakan untuk memastikan amanah rakyat, wang daripada cukai-cukai yang akan dikutip daripada rakyat dapat dimanfaatkan sebaiknya kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat setiap kali perbelanjaan tambahan dibuat. Bajet ini diminta dengan perbelanjaan yang sudah dibelanjakan oleh kerajaan. Jadi seolah-olah Dewan Rakyat ini hanya jadi rubber stamp untuk meluluskan belanja yang telah dibelanjakan oleh kerajaan. Jadi di mana ketelusan pengurusan kewangan negara? Jadi saya harap perkara ini diberi penjelasan oleh pihak kerajaan. Seterusnya saya ingin membangkitkan berkaitan dengan isu yang berkaitan dengan keseimbangan agihan peruntukan negara. Dalam kita melihat pada hari ini, kita sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada lima dekad dan kita sudah melangkah ke Parlimen Ke-13 tapi malang sekali masih wujud jurang pendapatan yang masih tinggi di antara miskin dan kaya, unjuran yang masih melebar antara wilayah timur dan barat yang masih berlaku ketidakadilan agihan peruntukan, agihan pembangunan yang masih wujud walaupun kita telah melangkah Parlimen Ke-13. Jadi kita lihat jelas dalam bajet yang dibentangkan pada kali ini cukup jelas menampakkan ketidakadilan malah projek-projek mega yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan megah dalam Dewan ini seolah-olah tidak
pandang pembayar-pembayar cukai daripada rakyat Kelantan. Tak pandang rakyat miskin di sebelah Pantai Timur yang juga penyumbang kepada pendapatan negara. Apa lagi hasil royalti dari lautan Kelantan dinafikan hak. Jadi kita tidak ada lebuh raya. Satu-satunya negeri di negara kita yang tidak ada penghubung lebuh raya dengan ibu negara adalah Kota Bharu, Kelantan. Jadi kenapa rakyat Kelantan dianaktirikan sedangkan ramai kakitangan kerajaan yang bekerja di bawah Kerajaan Persekutuan daripada rakyat Kelantan. Apabila balik ke kampung, mereka terpaksa bersesak-sesak dan kita tahu jalan ke Kelantan di antara jalan yang sangat bahaya. Berlaku kemalangan yang sangat tinggi setiap kali berlakunya musim perayaan. Jadi kenapa tidak diberi perhatian? Sudahlah penaiktarafan sebagaimana yang diberitahu oleh Yang Berhormat Ketereh, tidak ada penaiktarafan airport Kota Bharu Kelantan walaupun di antara airport yang paling sibuk di Semenanjung, di Malaysia tetapi tidak diberikan penaiktarafan. Begitu juga tidak ada sedikit pun saya melihat dalam bajet ini peruntukan untuk tebatan banjir di Sungai Golok yang saya kira saya sudah berada dua penggal di Dewan Negara, dah masuk dua penggal di Dewan Rakyat, setiap kali saya berucap, saya meminta dipertimbangkan segera peruntukan tebatan banjir untuk Sungai Golok yang kita tahu setiap tahun berlaku banjir. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan rakyat didahulukan, rakyat diutamakan, di manakah hak rakyat di Rantau Panjang? di manakah hak rakyat Kelantan? Tidak ada sedikit pun peruntukan. Jadi ini menunjukkan ketidakadilan yang telah mewujudkan jurang yang cukup besar dalam negara kita. Kita lihat dalam statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, 53% rakyat negara kita tidak ada aset. 10% sahaja yang memiliki kekayaan negara dan di kalangan bumiputera, 70% bumiputera tidak mempunyai sebarang aset dalam negara kita. BN berbangga dia telah memerintah negara ini sudah 13 kali Parlimen. Saya nak tahu, apa yang dia bela kepada bumiputera. Ekuiti bumiputera sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, sekarang berapa peratus baru kita capai? Baru hampir 10%. Jadi kalau benar-benar kita nak membela rakyat, hendak membela agama, tunjukkanlah keadilan. Jangan kita hanya bercakap berdegar-degar tetapi sebenarnya keadilan kita tidak tunjukkan kepada rakyat. Jadi kalau kita lihat, inilah masalah yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam negara kita.
Jadi apabila Perdana Menteri mengatakan kita hendak mencapai negara maju menjelang 2020 dengan rakyat berpendapatan tinggi dalam tempoh enam tahun lagi. Saya ingin tahu sejauh mana bajet ini dapat membawa, bergerak ke arah mewujud negara maju dalam masa yang hanya terhad ini. Untuk mencapai negara maju jangan hanya melihat dari sudut kemantapan pendapatan duit atau pendapatan bulanan semata-mata. Kita tengok bagaimana kemantapan institusi ekonomi, kemantapan sistem sosial, integriti, dari segi kekayaan negara tidak ada rasuah, dasar kesihatan yang sepatutnya lebih berkualiti, pembangunan yang tidak merosakkan alam sekitar. Hendak mencapai taraf negara maju bukan semata-mata nilainya diletak pada per kapita atau pendapatan semata-mata. Di manakah integriti kita, yang mana keadaan rasuah kita masih tinggi. Di manakah tahap kualiti kesihatan kita, yang rata-rata kita masih banyak lagi keluhan. Masalah tidak cukup tenaga pakar dan sebagainya, hospital yang daif, yang tidak cukup kelengkapan dan sebagainya. Hendak capai negara maju di mana contoh pembangunan kita yang masih tidak mengambil kira persoalan alam sekitar, kerosakan alam sekitar. Jadi kita kena melihat banyak isu dalam soal untuk mencapai negara maju, bukan semata-mata dari sudut pendapatan semata-mata. Jadi kalau kita lihat pada hari ini masih jauh untuk kita mencapai bergelar negara maju. Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan masalah kenaikan kos sara hidup. Rata-rata rakyat di seluruh negara mengeluh dalam keadaan kesusahan. Walaupun negara kita mengisytiharkan pendapatan per kapita kita yang semakin tinggi, yang semakin meningkat tetapi rakyat hidup semakin susah. Kenaikan harga barang makanan begitu ketara. Apa lagi selepas merealisasikan subsidi, rasionalisasi subsidi yang dinyatakan oleh pihak kerajaan. Kenaikan harga kos bahan bakar. Walaupun 20 sen, bagi pihak Perdana Menteri, bagi pihak menteri-menteri memang tidak ada nilai sebab minyak kereta mereka tidak bayar tetapi rakyat dengan harga getah yang murah, dengan kos harga kelapa sawit yang murah, dengan kos hidup yang semakin mahal, harga barang semakin mahal, mereka hidup dalam tekanan.
Saya pernah berjumpa dengan seorang ibu tunggal menoreh getah, menangis. Dia kata saya menoreh tiga hari pendapatan saya hanya RM11.50. Bayangkan dengan harga getah yang sangat murah. Apa rakyat hendak makan? Dengan kenaikan harga kos pengangkutan, tambang pengangkutan, kenaikan harga perumahan. Anak kita yang belajar universiti, apabila habis belajar, kalau dulu graduate apabila dapat kerja mungkin gaji permulaan mereka RM1,500 ataupun RM1,900 mereka sudah mampu beli rumah sebab harga rumah sekitar RM100,000 saja. Akan tetapi sekarang gaji RM3,000 sebulan tidak mampu lagi dengan kos terutama di bandar. Harga rumah tidak ada lagi yang RM300,000 ke bawah. Jadi kita lihat bagaimana jauh taraf hidup yang sedang dihadapi, tekanan hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat hari ini. Begitu juga kita melihat kenaikan tarif elektrik. Sejak dari September 2013, kemudian yang terbaru Januari 2014. Menambahkan lagi beban pengguna-pengguna, rakyat seluruh negara. Kita melihat lagi apabila kenaikan kadar inflasi dan apabila akan dilaksanakan GST akan memberi sumbangan kenaikan kepada kadar inflasi yang kita lihat dalam tempoh lapan bulan terakhir kadar inflasi telah meningkat 3.3%. Jadi apakah perancangan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat? Tidak cukup kita rai, kita mengalu-alukan pemberian BR1M kepada rakyat tetapi kita kena ingat, BR1M bukan penyelesaian terhadap isu kemiskinan yang ada pada hari ini. BR1M bukan penyelesaian terhadap isu kos hidup yang semakin besar pada hari ini. Kalau kita bandingkan RM900 bahagi dengan setahun, berapa sen sehari tetapi berapa ringgi sehari tanggungan kenaikan kos hidup yang ditanggung oleh rakyat. Ikan yang semakin mahal, harga barang-barang keperluan dapur yang semakin mahal, kos persekolahan anak-anak yang semakin mahal. Jadi semua ini harus kita pertimbangkan. Jadi sebagai wakil rakyat, kita semua tahu keperluan dan keluhan rakyat. Apa yang kami daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat sangat sedih, ketidakadilan. Agihan peruntukan kepada wakil rakyat. Wakil rakyat BN dapat peruntukan, kami semua berapa penggal dalam Dewan satu sen peruntukan tidak diberi oleh kerajaan. Sedangkan ini adalah hak rakyat. Jadi sebab itulah saya harap keadilan inilah yang insya-Allah yang akan menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak melakukan keadilan pada rakyat. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita melihat juga ialah dari sudut pertumbuhan ekonomi dalam negara kita. Berlaku ketidaksepadanan dari sudut kemahiran ataupun keperluan tenaga buruh dan industri. Jadi ini di antara satu masalah dalam negara kita yang mana kita terlalu bergantung tinggi kepada buruh asing. Kita kena ingat kebergantungan pendapatan negara kita dengan sumber yang terhad, dengan petroleum, ia tidak kekal lama. Kita bergantung pada sumber cukai rakyat, tidak kekal lama. Oleh sebab ini adalah satu penindasan, satu tekanan kepada rakyat. Seharusnya kerajaan memikirkan satu bekal yang lebih mantap untuk sumber pendapatan ekonomi negara. Saya ingin tahu, sejauh mana sektor pembuatan pada hari ini menyumbang kepada kekuatan ekonomi rakyat Malaysia. Apa yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini untuk mengembangkan industri pembuatan untuk memastikan ia menjadi sumber utama sebagaimana yang telah berlaku pada negara-negara maju, bukan kita bergantung pada cukai. Apabila disebut cukai, saya sedih. Kita ambil GST daripada rakyat miskin, fakir miskin walaupun mereka beli kuih, beli biskut. Walaupun gandum tidak dikenakan GST tetapi kuih, bahan-bahan daripada gandum ada GST. Macam apabila orang fakir miskin, mereka membeli barang yang melibatkan GST, maka kita mengambil cukai daripada mereka dan cukai ini dinyatakan dengan jelas oleh Perdana Menteri dalam pembentangan baru-baru ini. Duit daripada kutipan cukai GST ini akan diagihkan dalam bentuk BR1M, sebahagiannya diagihkan kepada rakyat. Maknanya kita ambil daripada orang miskin dan kita bagi dan sebahagian daripada penerima BR1M ini ialah orang yang berpendapatan gajinya RM4,000 ke bawah. Ada orang bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Jadi bayangkan adakah ini adil? Jadi sebab itulah siapa yang kita mengharapkan kerajaan menyemak balik apa jua dasar yang dibuat supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Saya ingin menyentuh juga soal pendidikan. Kita berterima kasih, dalam bajet baru ini kerajaan menyatakan peruntukan RM50 juta untuk sekolah agama rakyat. RM50 juta untuk sekolah Tamil, RM50 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, RM25 juta untuk sekolah pondok, kita alu-alukan. Akan tetapi soalnya apakah agihan seumpama ini adakah adil? Apakah asas pada pengagihan ini? Apakah kita memberi mengikut bilangan per kapita ataupun bilangan kepala pelajar, mengikut jumlah bilangan pelajar, keperluan. Sedangkan setahu saya sekolah agama rakyat sahaja
dalam negara kita melebihi dua ribu buah. Sedangkan apakah jumlah yang begitu banyak berbanding dengan sekolah lain, adakah adil? Baru-baru ini juga kita dimaklumkan di mana kerajaan telah memperuntukkan RM711 juta untuk sekolah tabika Kemas, tadika termasuk Permata. Kita semua tahu peruntukan untuk Permata di antara peruntukan yang terbanyak dalam setiap kali bajet. Sejak tahun 2010 RM100 juta, 2011 RM111 juta, 2012 RM1.2 bilion, 2013 RM390 juta dan baru ini dicampurkan sekali dengan tabika dan sebagainya RM711 juta. Soalnya sekarang untuk sekolah pondok RM25 juta, untuk sekolah agama rakyat RM50 juta, untuk sekolah tabika dan Permata RM711 juta. Saya ingin tahu berapa ramai pelajar yang terlibat. Berapa jumlah pelajar yang terlibat mengikut kepala, berapa satu kepala peruntukan yang diberi. Kita alu-alukan untuk kebaikan negara tetapi kita tidak mahu mewujudkan dalam generasi kita sistem pendidikan yang dua darjat, seolah-olah dua darjat.
Ada yang mendapat peruntukan yang begitu mewah, ada yang duduk dalam keadaan hidup segan mati tidak mahu seolah-olah dianaktirikan. Kita tidak mahu perkara ini wujud. Sebab itu saya berkali-kali sebut kenapa kita tidak perkasakan institusi yang kita telah ada. Bukan kita menafikan untuk mengembangkan pendidikan. Alhamdulillah, kita sangat berbangga sistem pendidikan yang baik tetapi kita tidak mahu wujudkan dua darjat dalam pengagihan kebajikan kepada pelajar.
Minta mencelah Yang Berhormat.
Ya?
Yang Berhormat Kapar.
Ya.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin rujuk kepada laman web PERMATA. Menurut laman web ini di seluruh negara terdapat 82 pusat dan kanak-kanak yang telah menghadiri adalah seramai 1,780 orang kanak-kanak sahaja iaitu hampir 0.074% berbanding seluruh kanak-kanak di Malaysia. Akan tetapi seperti Yang Berhormat tekankan tadi setiap tahun ada kenaikan peruntukkan tetapi tidak berbaloi dengan jumlah kanak-kanak. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat adakah ini satu lagi ketirisan wang rakyat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Inilah kita semua paling kita khuatir. Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan adalah daripada dana awam, daripada dana yang telah dikumpul daripada cukai-cukai rakyat. Akan tetapi sejauh mana ketelusan dalam perbelanjaan? Jelas tadi kalau pelajar di bawah PERMATA hanya ada dalam 1,000 lebih sahaja dengan peruntukan yang begitu besar. Sedangkan sekolah agama rakyat ada yang daif dan kita dimaklumkan dalam Dewan ini sebelum ini ada sekolah yang tidak ada elektrik, ada sekolah yang tidak ada tandas, ada sekolah yang bangunannya sangat daif. Akan tetapi kenapa wujudnya ada satu pihak yang mendapat peruntukan yang begitu mewah. Saya ingin SPRM orang yang bertanggungjawab menyiasat. Sebab ini adalah hak rakyat dan kalau perkara ini betul berlaku penyelewengan insya-Allah rakyat akan menghukum Kerajaan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga tentang berkaitan dengan memartabatkan peranan wanita. Kita semua tahu sumbangan wanita cukup besar kepada pembangunan negara. Sekarang ini 38% tenaga kerja negara kita terdiri daripada kaum wanita dan penyertaan kaum wanita dalam negara kita masih lagi di tahap yang belum memuaskan. Kalau kita hendak bandingkan dengan negara-negara lain, contoh di negara Thailand, penyertaan wanita di pasaran pekerja sudah mencapai 70%.
Dah selesema Yang Berhormat Rantau Panjang?
Ya?
Selesema dah.
Ya, saya... [Ketawa] Di Singapore 60%, minta maaf. Jadi kenapa berlaku demikian kerana di antara satu puncanya ialah kerana lemahnya sistem sokongan terutama kepada kakitangan pekerja wanita. Jadi saya ingin tahu sejauh mana peruntukan yang telah diberi kepada Kementerian Wanita yang saya kira hampir sahaja sama dengan peruntukan yang lepas tidak beza banyak mana, yang mana peruntukan ini membantu menambahkan lagi sistem sokongan untuk memberi peluang yang lebih luas penglibatan wanita untuk memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Saya ingin tahu apakah sejauh mana perancangan kementerian untuk memastikan jadual kerja waktu anjal yang mana flexible time ini yang sesuai supaya kita memberi peluang terutama kepada ibu-ibu supaya mereka dapat berpeluang memberi sumbangan kepada negara sekali gus tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga. Setakat ini berapakah jumlah pusat asuhan kanak-kanak yang telah dikelolakan di bawah kerajaan di seluruh negara dan berapakah jumlah pusat asuhan kanak-kanak di bawah sistem swasta yang ada di seluruh negara kita dan sejauh mana pemantauan terhadap pusat-pusat asuhan? Setiap tahun kita mendengar berlaku kes kematian bayi di pusta-pusat asuhan. Jadi perkara ini menjadi satu penghalang, makna ibu yang rasa boleh bekerja dengan tenang dalam keadaan bimbang keselamatan anaknya. Jadi saya ingin perkara ini diambil perhatian oleh pihak kerajaan untuk memastikan wanita dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada pembangunan negara. Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan kebajikan suri rumah. Apabila kita sebut sumbangan wanita kepada negara, jangan kita melihat hanya kepada pekerja wanita. Kita kena melihat juga sumbangan suri rumah kepada pembangunan negara. Jadi sejauh mana pengiktirafan Kerajaan Malaysia terhadap sumbangan suri-suri rumah sebab mereka mempunyai peranan yang cukup besar membina generasi pelapis masa hadapan. Mereka jangan dikatakan tidak bekerja, mereka bekerja tidak ada rehat sebenarnya di rumah. Jadi sejauh mana sumbangan yang diberi sama ada dalam bentuk caruman atau sebagainya untuk memberi ruang, seolah-olah memberi pengiktirafan kepada suri rumah peranan mereka diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia pada hari ini. Begitu juga saya ingin penjelasan juga iaitu sejauh mana program pemantapan keluarga diambil berat oleh pihak kementerian. Kadar penceraian yang tinggi dalam negara kita sangat membimbangkan. Hasil daripada penceraian ini sudah tahu, sudah tentu akan melibatkan kehancuran masalah sistem, rumah tangga, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Jadi sejauh mana program yang dilaksanakan di bawah kementerian untuk mengurangkan atau memastikan kemantapan keluarga dan untuk mengurangkan kadar penceraian yang semakin membimbangkan dalam negara kita pada hari ini termasuk juga gejala sosial dan sebagainya. Saya ingin juga menyentuh tentang berkaitan dengan cuti khas yang diberi kepada ibu untuk menjaga anak sakit. Kita sangat berterima kasih di atas cadangan yang cukup baik oleh kerajaan. Apa yang saya hendak ialah untuk pemantapan sebuah keluarga bukan semata-mata cuti kepada anak. Kita juga harus memberi kelonggaran cuti khas untuk menjaga ibu bapa yang sakit. Cuti khas untuk menjaga isteri ataupun suami yang sakit. Jadi, jangan semata-mata hanya had kepada cuti khas kepada anak- anak yang sakit. Saya ingin penjelasan dalam jawapan menteri nanti apakah mekanisme dalam pelaksanaan cuti yang dimaksudkan oleh kerajaan yang telah diuar- uarkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan masalah kebajikan orang kurang upaya. Kita mengalu-alukan kenaikan elaun bantuan khas kepada golongan kurang upaya. Akan tetapi kita kena melihat jangan kita melihat secara umum. Golongan kurang upaya adalah golongan yang sangat perlu kita bantu dan keluarga mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Kalau OKU daripada keluarga miskin, kita bagi RM350, OKU daripada golongan yang berpendapatan sederhana kita bagi juga RM500 ataupun golongan kaya ataupun golongan yang berbeza dengan golongan miskin. Maka sudah tentu berlaku ketidakadilan. Kalau kita turun ke bawah kita melihat kos yang ditanggung oleh golongan OKU sangat-sangat membebankan. Mereka yang terpaksa pakai pampers, tiga kali
sehari kena salin. Kalau yang dewasa, yang remaja berapa harga sehari untuk pampers sahaja. Mereka yang terpaksa minum susu, dia tidak boleh makan makanan biasa. Kos susu yang mahal. RM350 memang tidak mencukupi. Ini belum lagi kos tambah menambah rawatan. Jadi, sebab itulah saya harapkan pertimbangan diberi tidak cukup dengan RM350. Begitu juga elaun khas untuk pekerja cacat. Mereka yang cacat ini saya ingin tahu sekarang ini berapa peratus. Pekerja-pekerja OKU diterima di pasaran pekerjaan.
Ya Yang Berhormat Rantau Panjang boleh gulung.
Allah, sedikitnya. Berapa peratus mereka yang diterima di pasaran? Apa yang kita lihat OKU ini dia terpaksa memerlukan pembantu hendak naik kenderaan, hendak pergi ke tempat kerja dia terpaksa upah. Kosnya tidak cukup dengan hanya RM50, tidak cukup dengan RM300. Jadi sebab itulah saya kira, satu golongan yang sangat penting yang perlu kita beri perhatian adalah golongan kurang upaya. Saya harap perkara ini ditimbang sebaik- baiknya oleh pihak kerajaan, insya-Allah.
Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, walaupun banyak perkara yang saya hendak sentuh tetapi oleh sebab masa yang tidak mengizinkan, saya ingin menyentuh tentang hutang negara. Hutang negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum. Apakah perancangan kerajaan untuk masa depan? Apakah kita akan mewariskan generasi masa depan dengan hutang yang berterusan? Daripada peruntukan RM273 bilion, kita dapati RM27 bilion sahaja diperuntukkan untuk bayar balik hutang. Bermakna kita berhutang untuk bayar hutang dengan defisit melebihi RM38 bilion. Jadi sejauh mana pengurusan hutang negara? Jangan kita berbangga kerana kita ada hutang daripada tempatan, kita tidak ambil hutang luar. Kesannya cukup besar apalagi dengan penurunan nilai ringgit. Kedudukan yang ada pada hari ini cukup teruk. Negara kita banyak bergantung pada import dengan 80% barang kita diimport, makanan kita import. Jadi penurunan nilai ringgit memberi kesan yang cukup besar. Jadi oleh sebab itulah saya harap langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk menyelamatkan generasi akan datang. Kita tidak mahu generasi akan datang menyumpah kerana kesilapan salah urus pentadbiran negara menyebabkan generasi akan datang mewarisi kebankrapan akibat pengurusan yang tidak telus. Jadi, sekian dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk membahaskan Bajet 2015 pada hari ini dan juga saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan yang telah membentangkan bajet yang komprehensif merangkumi semua aspek ekonomi, sosial, kos sara hidup, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Saya juga berkesempatan melihat belanjawan yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Kalau saya lihat daripada apa yang termaktub dan digariskan dalam belanjawan yang diunjurkan oleh Pakatan Rakyat ini, saya nampak hanya ada dua sahaja konsep yang berbeza di sini. Lain-lain saya nampak semuanya sama dengan Barisan Nasional. Cuma, saya ingin berkongsi pandangan dengan rakan-rakan saya di sana tentang konsep mengenakan Capital Gains Tax. Kalau kita lihat dalam belanjawan Pakatan Rakyat ini, mereka mencadangkan bahawa GST itu adalah mencukai orang miskin tetapi saya juga ingin mengungkap balik bahawa kalau kita tengok sistem GST ini, walaupun sebenarnya sama ada kita sedar atau tidak dan perkara ini telah dibahaskan begitu panjang lebar, bahawa sistem SST ini adalah satu sistem yang kurang efisien kalau dibandingkan dengan GST. Jadi untuk mengubah sistem ini, sudah tentu ia tidak boleh menyelesaikan seratus peratus masalah daripada segi perubahan sistem. Kita akan berdepan dalam keadaan di mana kita ada overlap daripada segi kebaikan ataupun keburukan.
Akan tetapi secara keseluruhannya, GST ini adalah lebih menekankan kepada keterbukaan tax system itu. Kalau dibandingkan dengan SST, bahawa SST ini apa yang dikenakan tax terhadap barang-barang yang kita beli atau pengguna pakai kita tidak nampak tetapi dengan GST ini nampak terang. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sangat prihatin kerana hampir 60% barang-barang keperluan umum ataupun mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 ini, sama statusnya dengan SST. Saya cuma hendak berkongsi pandangan mengenai gantian yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu mengenai CGT atau Capital Gains Tax. Saya berpandangan, kalau perbandingan yang digunakan itu adalah Amerika ataupun UK, Britain ataupun negara-negara Eropah, sebenarnya negara-negara ini adalah negara- negara yang berstatus maju. Selalunya kalau negara-negara yang belum berstatus maju ini, kita memerlukan pelaburan dari luar untuk datang melabur di negara kita dengan tujuan ialah supaya dengan pelaburan mereka ini dalam negara, ia boleh membuatkan kita mempunyai dan menambahkan peluang pekerjaan kepada negara. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat.] Kalaulah mereka ini sebelum mereka datang, tetapi apabila mereka menganalisis sistem percukaian kita setiap keuntungan yang hendak dimiliki oleh mereka, mereka dikenakan Capital Gains Tax, sudah tentu ini akan membantutkan pembangunan negara kita. Saya ambil contoh Capital Gains Tax yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang. Ini adalah dalam belanjawan Pakatan Rakyat ini ialah mereka mencadangkan bahawa saham itu di tax, transaksi saham di bursa saham juga keuntungan dikenakan cukai dan bon-bon yang telah dijual dan mempunyai keuntungan juga dikenakan cukai. Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan capital market. Akan tetapi dalam capital market ini kita kena ingat, apabila kita mengendalikan syarikat-syarikat yang besar di dalam negara kita ini, apabila ada perkembangan ataupun expansion plan untuk kita meningkatkan kapasiti kita untuk mewujudkan pelaburan yang lebih besar ataupun peluang-peluang pekerjaan di negara kita atau untuk menambah kapasiti, sudah tentu kita memerlukan modal. Apabila kita memerlukan modal, apabila kita pergi untuk mendapatkan modal daripada pasaran saham, contoh rights issues, bon ataupun capitals daripada private equity, mereka ini sebenarnya membantu untuk syarikat-syarikat yang melabur dalam negara kita ini mempunyai kekuatan kewangan untuk mengembangkan perniagaan. Jadi apabila kita sudah tax mereka, sudah tentu ini membantutkan mereka untuk datang dan melabur dalam negara kita. Secara tidak langsung, maka ekonomi agak sukar untuk berkembang tanpa pasaran modal. Jadi kalau pasaran modal ini dikenakan tax, maka ia akan menyebabkan perkembangan ekonomi sesuatu negara itu akan terjejas. Dalam konteks ini, saya...
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada kawan saya Yang Berhormat Titiwangsa. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Titiwangsa, apakah pandangan Yang Berhormat Titiwangsa bahawa cukai Capital Gains Tax ini memang sasarannya kepada cukai ke atas orang-orang yang secara relatifnya lebih banyak duit terutamanya orang yang terlibat dalam pasaran saham ini, yang mana biasanya tidak melibatkan orang-orang yang miskinlah? Keduanya, kita mengambil cukai itu pun berdasarkan gain, keuntungan. Oleh sebab itu dipanggil Capital Gains Tax. Maknanya kalau you transact dalam keadaan tidak ada untung, tidak timbullah isu cukai. Jadi dalam keadaan begitu, sudah tentulah cukai itu lebih equitable, lebih reasonable sebab kita ambil daripada gains. Begitu juga RKHT, ia property gains. Untuk mengelakkan speculation, sebab itulah kita atas keuntungan angin itu kita kenakan cukai. Jadi saya hendak katakan bahawa sedangkan cukai GST ini semua orang tahu is regressive in nature. Maknanya daripada orang miskin asalnya tidak perlu bayar, tiba-tiba kena bayar. Sudah tentulah dalam keadaan orang-orang yang tidak sepatutnya kena bayar tiba-tiba kena bayar, sudah tentu ia satu yang membebankan walaupun ada di sana pengecualian-pengecualian.
Jadi bagaimanakah Yang Berhormat Titiwangsa boleh hendak membela mereka yang sudah kaya tetapi tidak mahu membela orang-orang miskin yang hendak dikenakan cukai ini? Lebih malang lagi, cukai ini pula dipungut daripada orang miskin seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi, diambil daripada orang miskin, selepas itu dipulangkan balik kepada orang miskin. Okey, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingat kita kena bezakan apabila kita berbincang soal GST dengan SST. Sekarang ini saya berbincang soal capital gains tax. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Sepang, capital gains tax ini adalah capital tax yang dikenakan dalam pasaran modal. Kalau dari segi property, kita sudah buat. Kalau kita jual property kita, first year, second year, third year, dia ada rate yang kita kena caj. Cuma apabila kita menjual selepas lima tahun, yang itu kita tak kena. Akan tetapi yang kita mempertikaikan dalam Belanjawan Pakatan Pembangkang ini adalah dia cuba mengenakan pasaran modal itu sebagai tax, sedangkan negara kita ini adalah negara yang belum negara maju. Kita memerlukan banyak pelaburan. Saya bagi contoh, kalau kita buat sistem ini, apa yang berlaku? Kesannya adalah kepada rakyat. Saya bagi contoh, kalau kita tengok EPF. EPF total fund. Apa yang dia ada sekarang ini, melabur, yang dia simpan untuk melabur RM597 bilion. PNB – RM240 bilion, KWAP – RM130 bilion, Public Mutual Bank – RM62 bilion. Sebenarnya, kalau kita tengok mereka ini apabila dia mengendalikan dana ini hampir RM1 trilion, apabila mereka melabur di pasaran saham, dia dapat keuntungan sebelum dia bagi dividen kepada pemegang-pemegang unit, mereka itu sebenarnya, syarikat-syarikat itu telah membayar tax, telah membayar corporate tax. Sila Yang Berhormat Pandan.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Titiwangsa menyebut tentang kesan kalau cukai keuntungan modal ini dilaksanakan kepada pelaburan melalui agensi seperti KWSP, KWAP dan lain-lain. Akan tetapi bukankah Yang Berhormat Titiwangsa sudah sedia maklum bahawa strategi pelaburan yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sendiri terhadap KWSP contohnya adalah untuk menambah pelaburan di luar negara. Di luar negara itu maknanya di London, di New York, di Jepun dan tempat-tempat lain yang sudah pun melaksanakan cukai keuntungan modal. Kenapa kalau di luar negara boleh sahaja dibayar cukai keuntungan modal tetapi di dalam negara tidak mahu dibayar sedangkan kalaulah KWSP itu ataupun badan-badan lain membayar cukai keuntungan modal, cukai itu masuk kepada kerajaan yang boleh dilaksanakan kembali kepada rakyat.
Yang Berhormat Pandan, saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat Pandan itu. Akan tetapi kita kena perlu ingat bahawa apabila negara kita ini mempunyai 24 million population, dana-dana yang ditadbir oleh dana-dana seperti EPF, PNB, KWAP ini telah mencecah RM1 bilion. Saya tidak nampak bahawa dalam market kita ini, bahawa RM1 trilion ini kalau kita tumpukan sahaja di dalam negara tanpa kita mula melihat peluang-peluang di luar seperti mana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Singapura contohnya. Hari ini Kerajaan Singapura punya pelaburan di luar kawasan mereka telah hampir mencecah 45%. Apa yang kita tengok EPF today, today EPF kalau dia melabur di luar negara pun, saya ingat total fund yang di invest oleh EPF ini less than 5%. Boleh pergi check rekod ini. Daripada RM597 bilion, semua syarikat yang dilabur oleh EPF ini, PNB, KWAP, Public Mutual, CIMB Principal, semua syarikat ini sebenarnya manfaat daripada sumbangan modal yang diberi oleh funds ini untuk mereka berkembang dan syarikat ini apabila dia berkembang, dia mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak di luar sana. Kemudian apabila dia mendapat untung, bukan sahaja dia bayar gaji kepada rakyat, maka mereka juga membayar 25% daripada corporate tax mereka kepada kerajaan. Sepatutnya kerajaan menggalakkan mereka ini melabur sebanyak mungkin supaya apabila mereka untung banyak, jadi keuntungan yang di dapat daripada hasil kenaikan saham-saham ini, tak payahlah kita tax sebab kita belum sampai lagi tahap yang kita hendak ikut Amerika dan juga Britain.
Yang Berhormat Titiwangsa, boleh mencelah sedikit lagi ya? Saya tertarik kerana Yang Berhormat Titiwangsa menyebut contohnya tentang pelaburan Amanah Saham dan lain-lain, EPF. Akan tetapi Yang Berhormat Titiwangsa perlu juga faham bahawa pemilikan saham-saham ini tertumpu pada segelintir yang begitu kecil golongan yang berada.
Ambil contoh Amanah Saham Bumiputera contohnya, 55% daripada bumiputera tidak mempunyai saham ataupun akaun ASB. Daripada 72% bumiputera yang menabung di dalam ASB, tabungan purata hanyalah RM554 seorang sahaja kerana orang-orang kaya dari kalangan bumiputera ini, mungkin yang ada di dalam Dewan ini juga yang jumlahnya hanyalah 0.2% daripada jumlah penabung ASB yang keseluruhannya itu sebenarnya mengawal hampir 80% daripada ASB. Maknanya Yang Berhormat Titiwangsa, kalau CGT itu dilaksanakan, yang menanggung ini hanyalah...
Yang Berhormat...
...0.2% daripada penabung ASB, bukan GST yang 30 juta rakyat kena tanggung.
Yang Berhormat, saya melihat senarai pembahas dari pembangkang. Yang Berhormat Pandan akan berucap selepas ini nanti. So, bolehlah sambung Yang Berhormat ya.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya hendak betulkan sedikit dari persepsi Yang Berhormat Pandan ini. soal dari segi capital gains tax. Kita melihat capital gains tax ini dari segi benefit kepada negara, bukan benefit dari segi individu. Benefit dari segi negaranya ialah apabila dana- dana ini dikumpulkan oleh organisasi-organisasi seperti ini. Mereka ini sebenarnya mengumpulkan dana-dana and then mewujudkan industri yang begitu besar dalam negara dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan juga industri-industri hiliran. Kita bukan tengok semata-mata kerana individu- individu tertentu sahaja gain, kita kena tengok secara overall strategy. Kalau tak ada dana-dana ini, bagaimana mereka ingin dapatkan pasaran modal yang begitu besar? Keluar sukuk sampai RM60 bilion, RM70 bilion. Di mana duit-duit itu pergi? Duit-duit itu adalah untuk mengembangkan perniagaan. Saya hendak menyentuh komen yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh waktu berbahas, sebut sepuluh orang yang terkaya. Sebenarnya pernah tak kita lihat dan kita kira sepuluh mereka yang terkaya di dalam Malaysia ini, tengok syarikat yang mereka ada. Saya boleh berkongsi dengan tuan-tuan hari ini ialah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar. 130,000 pekerja secara direct, 260,000 – indirect. Indirect itu maksudnya ialah mana-mana industri yang datang berurus niaga dengan syarikat ini, mereka juga mempunyai kakitangan. Dia ada 260,000 kemudian yang direct, 130,000. Seramai 28 orang CEO, 26 CEO-CEO bumiputera. Ini tak cerita pasal syarikat yang mereka seperti macam Robert Kwok. Syarikat berapa banyak ada dalam negara, dan berapa banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan? Akan tetapi kalau kita sudah mula tax capital gain ini kepada mereka, saya rasa this is not a choice for them to come dekat Malaysia ini. Jadi saya ingin, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pandan dari segi konsep individu...
Yang Berhormat Titiwangsa.
Sekejap. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pandan dari segi konsep, kalau kita lihat dari segi individu. Saya lebih mahu melihat dari segi konteks dan kesannya kepada keseluruhan rakyat Malaysia secara amnya. Apabila kerajaan dapat tax ini, akhirnya tax ini juga dikembalikan kepada rakyat. Mungkin kalau saya boleh jawab Yang Berhormat Pandan tadi, Yang Berhormat Pandan sebut bahawa yang melabur di PNB cuma beberapa percent sahaja daripada jumlah fund yang ada RM240 bilion. Saya kurang, saya tidak ada statistik tetapi yang saya tahu ada RM240 bilion fund yang di manage. Begitu juga EPF, ada 7 juta penyumbang dalam EPF dan kebanyakan daripada mereka ini, majoriti daripada adalah orang yang makan gaji, 597 bilion. Mereka ini walaupun dia tidak mendapat direct capital gain, tetapi mereka mendapat keuntungan hasil daripada gaji pekerjaan yang mereka dapat. Syarikat- syarikat yang dilabur oleh EPF ini adalah syarikat-syarikat yang menyediakan peluang- peluang pekerjaan untuk mereka dapat. Kita tak boleh tengok one side sahaja, kita kena tengok both side. Selepas itu, begitu juga bila kita bincang soal GST dengan SST. Kalau hendak cerita pasal kebaikan SST, kebaikan GST ini, masing-masing ada kebaikan. Begitu juga kalau keburukan, dua-dua ada keburukan. Akan tetapi apa yang kita hendak lihat, bagaimana sistem ini kalau boleh kita guna pakai yang terbaik dan yang mana tak baik ini, bagaimana kita mengurangkan kesan daripada ketidakcekapan sistem tersebut.
Di sinilah datang dari segi subsidi-subsidi seperti BR1M yang kita bagi untuk bantu golongan-golongan di bawah sana Yang Berhormat Setiawangsa.
Yang Berhormat Titiwangsa, adakah Yang Berhormat Titiwangsa sedar bahawa satu akhbar di UK yang majalah spectator di UK yang terkenal pada Februari 2013 telah melaporkan para pengamal ekonomi di UK telah tersilap langkah apabila menaikkan kadar CGT, mereka menganggarkan bahawa akan ada peningkatan kepada pendapatan. Jangkaan mereka akhirnya tersasar jauh di mana mereka kerugian hasil kerajaan sebanyak USD2.4 bilion dan akhirnya pelabur-pelabur tidak lagi berminat dan akhirnya merencatkan kedudukan pasaran modal di UK.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tolong masukkan dalam ucapan saya. Kembali semua kepada capital gain tax, capital gain tax ini bukan saja untuk yang saya merasakan bahawa boleh mengganggu daripada segi expansion capacity kepada negara kita kerana dengan adanya kapasiti yang kita boleh expand dalam negara kita, dia punya benefit, benefit yang kita dapat ini adalah kita bukan sahaja boleh menggunakan kapasiti itu dalam negara, tetapi juga kita boleh eksport kapasiti kita dan dengan bila kita mempunyai kapasiti untuk eksport, maka eksport ini juga memberi satu pulangan yang besar kepada negara. Tuan Yang di-Pertua saya ingin masuk kepada topik lain iaitu mengenai pinjaman. Dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah menekankan bagaimana pentingnya kemudahan pembiayaan diberi kepada syarikat-syarikat PKS, perusahaan kecil dan sederhana ini. Dalam bajet tersebut, saya tengok banyak ditekankan kemudahan pinjaman ataupun diberi kepada PKS-PKS seperti MIDF, TEKUN dan sebagainya. Saya cuma hendak berkongsi dengan dalam Dewan ini ialah bagaimana sistem perbankan kita ini telah dikecilkan dan menyebabkan pinjaman-pinjaman ini menjadi sukar untuk di peroleh oleh PKS-PKS di luar. Kalau kita lihat, hari ini, dulu bahawa kita lihat, kita ada banyak bank. Kita ada UMBC Bank, kemudian digabung menjadi Sime Bank. Kemudian kita ada BBMB digabung menjadi CIMB. Kemudian kita ada EON Bank digabung menjadi Hong Leong Bank. Kemudian kita ada Southern Bank, digabung dengan CIMB Bank. Lepas itu saya ada member lagi, dulu kita ada bank-bank yang kecil seperti Kwong Yik Bank, Lee Wah Bank, Ban Hin Lee Bank, Chung Khiaw Bank dan banyak bank-bank yang kecil-kecil ini. Waktu ketika itu kita tidak nampak industri Ah-long ini besar sebab kita ada tempat- tempat ataupun bank-bank yang boleh syarikat-syarikat kecil ini mendapat pinjaman. Sebab apabila syarikat-syarikat yang besar-besar ini bila dia sudah jadi besar, perniagaan yang hendak pinjam RM20,000, RM30,000, RM50,000 ini atau RM100,000 ini sudah tidak ekonomik bagi mereka untuk mempertimbangkan. Sebab itu kalau kita lihat apabila ada mega merger ini, contoh macam RHB Bank dengan CIMB Bank akan menjadi satu bank besar. Bagus bank yang besar ini kerana ia menunjukkan bahawa kita mempunyai kebolehan untuk pergi bersaing dengan bank-bank di luar negara dan membuka cawangan-cawangan di negara lain. Akan tetapi apa yang saya bimbangkan, kalau kita tidak jaga benda ini, kita akan tiba satu peringkat bahawa PKS, syarikat-syarikat kecil kalau hendak pinjam dia terpaksa pergi kepada kerajaan dan kita boleh biarkan model ini berterusan sebab dia kena ada a private sector driven dan private sector driven ini juga kena mengambil kira saiz syarikat. Kalau bank-bank kita semua sudah main multi bilion punya pinjaman or hundred million, 200 million pinjaman, bagaimana kita hendak menggalakkan PKS-PKS ini supaya mereka boleh mendapat pinjaman dengan secara proses melalui private sector driven. Kalau kita pergi kepada MIDF, TEKUN, SME Bank, Bank Pembangunan, bagus. Ini adalah alternative bank. Kalau sudah bank komersial yang kecil-kecil dan medium saiz ini dan memang tidak boleh ambil dia punya risk, then they can come to the government bank untuk kita provide dia seolah-olah macam di antara rental capital dengan bank-bank kerajaan ini. Jadi saya minta bahawa kalau kerajaan boleh lihat semula dan kalau perlu kita minta bank-bank mega ini seperti macam CIMB Bank, Maybank Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, yang besar-besar ini mereka kena bertanggungjawab daripada segi melihat peniaga-peniaga PKS punya syarikat-syarikat kecil dan medium sederhana untuk mereka diberi perhatian untuk mendapat pinjaman.
Kalau boleh saya minta Bank Negara tetapkan kuota melalui kekuatan balance sheet ataupun share holder simpanan mereka. Berapakah percentage yang perlu di allocate kepada PKS-PKS ini, pinjaman ini dimestikan diberi supaya mereka tidak lagi boleh memilih-milih yang mana dia hendak bagi, yang mana dia tidak mahu bagi. Dia tidak mahu yang kecil dan dia hendak yang besar saja dan kita kena set KPI untuk mereka. Kalau mereka tidak boleh buat benda ini maka saya cadangkan kepada kerajaan, wujudkan satu lesen driven by private sector. Sekarang ini all the SME punya bank, Bank Pembangunan, CGC, EximBank dan banyak lagi, MIDF. Ini semua yang own by the government. So kita hendak private sector driven, baru dekat situ dia akan lebih bagus dari segi tadbir urus kerana mereka biasa manage bank besar-besar, boleh bawa risk assessment dalam set up ini. Jadi saya hendak cadangkan supaya kerajaan memikirkan apabila bank-bank besar ini sudah gabung, bagus, ability for the country, they can go out there to set up dia punya banking operation dengan negara di luar sana tetapi kita hendak juga mereka ini menjadi pemegang saham kepada lesen baru yang akan dikeluarkan oleh kerajaan contohnya. Keluarkan satu SME Bank swasta dan dikuasai oleh mungkin 20% CIMB Bank Group selepas di merge dengan RHB Bank. Maybank ambil 20%, Public ambil 20%. Kemudian Hong Leong Group ambil 20% dan panggil lagi bank-bank yang mana lain sekarang dia menjadi satu konsortium seperti macam mana kita wujudkan Malaysian National Reinsurance di mana semua insurans company participate di mana kerana kita mahu pastikan bahawa tidak tertinggal PKS-PKS yang kita hendak atau industri- industri hiliran ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal strategi kerajaan untuk mewujudkan rumah mampu milik. Kalau kita lihat, tiap-tiap tahun kita lihat bajet ini memang saya cukup suka dan saya cukup tertarik tengok kerajaan tidak pernah lari daripada komitmen untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik. Dalam bajet ini saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan wang RM1.3 bilion kepada PR1MA untuk membuat 80,000 unit rumah mampu milik. Kemudian Jabatan Perumahan Rakyat, RM26,640 milion. Kemudian kita ada juga SPNB yang telah diarahkan untuk mewujudkan rumah-rumah mampu milik, 12,000 rumah mesra rakyat, 5,000 rumah idaman rakyat, 20,000 rumah aspirasi rakyat dan juga kerajaan juga menaikkan had harga daripada RM14,000 kepada RM500 ribu untuk diklasifikasikan sebagai affordable house dan mengecualikan duti setem. Cuma, saya hendak berkongsi dalam Dewan ini ialah bagaimana kita mencapai strategi ini. Sebenarnya walau bagaimana banyak pun sekali bajet yang kita bagi untuk buat rumah perumahan ini, kalau kerajaan tidak boleh menyelia ataupun bersungguh-sungguh memastikan ada peruntukan tanah untuk dibuat perumahan ini, maka bajet yang kita bagi ini pun tidak guna. Kalau hendak bagi tanah tidak boleh, mereka ada duit pun tidak guna. Jadi apa yang saya hendak cadangkan bahawa sudah tiba masanya mana-mana tanah kerajaan, waima ia bernilai tinggi sekalipun, tetapi kalau tempat itu sesuai untuk diwujudkan affordable house, maka tanah-tanah ini perlulah sebelum kita pergi tender dengan orang swasta, syarikat swasta, maka kita kena kalau boleh kita bagi first right of refusal kepada PR1MA kepada SPNB untuk mereka bina rumah-rumah mampu milik ini. Apabila kita buat rumah mampu milik ini kita kena ada definisi rumah mampu milik. Saya tidak hendak kita main rumah mampu milik, mampu milik, mampu milik akhirnya kita buat rumah RM300,000, RM400,000, RM500,000.
Kita kena ada definisi ataupun klasifikasi rumah mampu milik ini. Sebagai contoh, mungkin kita kena ada kategori. Kalau rumah RM150,000 ke bawah, jadi, siapa yang layak membeli. Berapa gaji dia? Mungkin gaji yang RM3,000 ke bawah boleh layak untuk beli RM150,000 ke bawah. Siapa yang mempunyai gaji RM5,000, tidak boleh beli rumah ini, RM150,000. Kemudian kita ada range rumah yang RM150,000 dengan RM300,000. Jadi siapa yang boleh beli rumah ini? Mungkin mereka yang bergaji RM5,000 ke RM6,000 contohnya. Kemudian kalau kita ada rumah yang RM300,000 ke RM500,000, mungkin mereka yang mempunyai gaji RM8,000 ke RM10,000. Maka kita kena susun kriteria ini supaya kita tidak mahu apabila kita buat rumah RM150,000 untuk orang yang gaji RM3,000 atau RM4,000, tetapi orang yang
bergaji RM10,000 atau RM8,000, RM9,000 pergi beli rumah tersebut. Maka nanti kita ada mismatch. Nanti bila ada pula developer yang buat rumah berharga RM500,000 sebab orang yang ada gaji RM10,000, RM8,000 atau RM9,000 sudah beli rumah ini, maka mereka tidak beli rumah itu. Jadi bila tidak beli rumah itu, yang bawah pula hendak beli tidak boleh. Jadi kita kena susun sebab rumah mampu milik ini, ia kena dikendalikan oleh kerajaan dengan secara serius. Kalau tidak, tidak boleh baik daripada segi tanah, daripada segi harga, kriteria untuk membeli. Ketiga, saya juga ingin mencadangkan supaya oleh kerana rumah mampu milik ini kita hendak khusus kan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kadang- kadang orang yang bergaji RM3,000, RM3,000 hendak memikir hendak beli rumah RM200,000, hendak bayar installment RM1,200, RM1,000 atau RM1,200. Gaji RM3,000 belum potong EPF lagi. Jadi saya hendak cadangkan kepada kerajaan, apa kata kalau kerajaan memikirkan kalau mana-mana pekerja yang mempunyai RM3,000 ke bawah, bila dia ada gaji RM3,000 ke bawah, dia punya EPF contribution ialah 11% dan employer contribution ialah13%. So, 13% campur 11% ini, 24% ini yang disumbangkan kepada EPF. Employer bayar 13% dan individu punya gaji itu dipotong 11% masuk kepada EPF. Maknanya setiap bulan, duit itu masuk dalam EPF. Bila masuk dalam EPF, kalau dia mempunyai gaji RM3,000, bermakna tiap-tiap bulan RM720 saving masuk dalam EPF. Saya hendak cadangkan bahawa kerajaan bagi sedikit kelonggaran. Bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah ini, apabila dia hendak rumah RM150,000 ataupun RM200,000, dia kena bayar installment RM1,200. Apalah kiranya kalau EPF itu dibenarkan sumbangan yang dibayar itu dikeluarkan RM720 itu biar dia bayar rumah tersebut. Jadi, dia bayar cuma RM400 ataupun RM350. RM720 itu pun duit dia. Yang kita pergi simpan duit dia tetapi di luar sini dia merana, hendak pergi sewa rumah sampai RM1,800, RM1,900 tidak ada rumah, hendak buat apa? Lebih baik dia ambil rumah itu dan selepas 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, rumah yang dia beli hari ini RM150,000 atau RM200,000 mungkin sudah menjadi RM600,000 sewaktu mereka retired nanti. Kalau dibandingkan dengan duit yang kita simpan da;am EPF. Akan tetapi skim ini hanya untuk mereka yang mempunyai RM3,000 ke bawah atau RM4,000. Sebab bila employer employee beri contribution ini ia 24%, 13%, 11%. Jadi, RM750 atau RM720 sebulan. Sudah tentu ini dapat meringankan beban mereka ini. Tidak guna simpan duit di EPF, hendak tunggu umur 55 tahun, sewaktu umur 50 tahun, kita merana tidak mampu untuk membeli rumah. Jadi saya hendak mencadangkan supaya pihak kerajaan memikirkan perkara ini...
Ya boleh gulung Yang Berhormat.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut bahawa kita ada menekankan bahawa kebolehan pasaran graduan. Salah satu daripada strategi kebolehan pasaran graduan ini di samping kita memperuntukkan bidang-bidang vokasional dan teknikal yang diperuntukkan daripada segi sistem pendidikan kita RM1.2 bilion iaitu pengukuhan pendidikan teknikal dan vokasional, kerajaan juga telah menetapkan bahawa kemahiran bahasa Inggeris yang mana kemahiran bahasa Inggeris ini bagi IPTA ia ada khususnya sastera dan sains sosial, sains teknologi kejuruteraan, matematik Band 2, Band 3 under MUET punya test. Kemudian, undang- undang ia ada Band 4. Kemudian, syarat-syarat graduan untuk sastera begitu juga Band 4, Band 3, Band 4 dan Band 5. Apa yang saya hendak berkongsi dalam Dewan ini ialah di samping kita menekankan bahasa Inggeris ini, kita juga jangan lupa bahawa Bahasa Malaysia ini juga perlu ditekankan di sekolah-sekolah vernakular sama ada jenis kebangsaan Cina atau jenis kebangsaan Tamil kerana kita tidak boleh ada Bahasa Malaysia. Yang di sekolah kebangsaan, Bahasa Malaysia dia Gred 5 tetapi di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dia punya kelulusan Bahasa Malaysianya rendah. Sebenarnya bahasa Malaysia ini ialah bahasa kita. Maka kita kena sama ratakan bahasa ini. Kalau kita gunakan bahasa Inggeris ini sebagai band, maka apa salahnya kita band kan kita punya Bahasa Malaysia ini, kita tetapkan daripada segi kualiti Bahasa Malaysia ini kerana sebagai satu medium untuk kita guna pakai oleh generasi akan datang, baik di sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil ataupun sekolah kebangsaan. Ini saya harap Kementerian Pendidikan boleh melihat bagaimana kita mengukuhkan bahasa. Sebab saya pun kadang-kadang sedih juga tengok mereka
yang sudah habis sekolah di vernacular school, some of them are very good in bahasa sebab ibu bapa hantar pergi tuisyen. Yang mana ibu bapa tidak ada hantar pergi tuisyen Bahasa Malaysia ini, they cannot even speak bahasa Malaysia. Jadi bila masuk sekolah menengah, join dengan kawan-kawan, jadi mereka terasing sebab tidak boleh berkomunikasi dan pelajar-pelajar kita pula, sebahagian daripada mereka juga, mereka tidak belajar bahasa Mandarin, mereka tidak belajar bahasa Tamil, pun tidak boleh bercakap. Jadi akhirnya, dua-dua membesar dalam keadaan living in their own sylo. Jadi kita hendak kena handle benda ini, bukan kita hendak mempertikaikan soal rights for you all to have. Kita mempunyai sekolah kebangsaan, Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina tetapi kita hendak bagaimana kita boleh mendapat satu medium yang boleh menyatupadukan mereka ini dengan menggunakan bahasa yang sama ada orang kaya atau orang miskin, dia mesti faham. Kita tidak mahu juga kalau orang kaya sahaja tahu cakap Orang Putih atau bahasa Inggeris kemudian orang miskin tidak tahu, selepas itu kita guna, kita force bahasa ini sebagai medium of communication. Nanti lama-kelamaan, kita akan ada jurang yang begitu besar. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah dalam tekanan yang begitu hebat oleh pembangkang, beliau masih juga berani untuk mengumumkan kenaikan elaun MP. Cuma saya hendak minta supaya Members of Parliament ini adalah different class. We are not JUSA, we are not JUSA B, A, tidak ada. Kita Members of Parliament ini kita ini different class of legislator. Kita ini is a policy maker, kita ini orang yang buat polisi. Elaun ini berapa dia hendak decide, kita decidelah. Rendahkah, tengahkah, ataskah, lebih daripada JUSA C kah, lebih daripada JUSA A kah, bawah daripada JUSA C, it does not matter. Akan tetapi yang paling penting, kita hendak beritahu kepada orang luar sana, kita ini bukan JUSA C. We are not JUSA C. Kita ini is a different class of group, kita legislator. Jadi kalau legislator janganlah nanti kalau kita legislator, kita kategori JUSA C, selepas itu kita pergi jumpa pula JUSA A, “Hey! You apa class, you JUSA C”. Kita hendak kena jaga benda ini. Because I ingat kita hendak kena position Members of Parliament kita supaya we are not. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya juga hendak pihak di sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] kena setuju bahawa kita hendak kena increase, kita hendak kena tingkatkan profesion kita. Tidak bolehlah gaji RM6,500. Orang boleh cakap apa 222 Members of Parliament, we have to take care 24 million luar dengan polisi dan macam-macam, selepas itu you beri RM6,500, bagaimana you hendak attract talent di luar sana. How do we want to attract the future generation? Kalau imej di luar, orang balik dari Oxford University budak-budak balik, umur 24 tahun, 25 tahun, dengar Members of Parliament dapat gaji elaun RM6,000, kita jangan panggil gaji, kita panggil elaunlah, RM6,500, mereka gelak. Dia cakap “How I am going to serve the nation if that kind of salary, allowance you give me?” So, saya berfikiran bahawa kita perlu ada kesefahaman di sini. Walaupun ada benda-benda yang kita tidak bersetuju daripada segi idea dan pandangan, tetapi ada benda-benda yang kita perlu setuju bahawa kita kena meningkatkan tahap, kita punya perception di luar sana. Kita tidak hendak, bila kita ke luar sana, orang cemuh-cemuh kita, we are legislator. Kita rule the country, policy- all made here. Selepas itu bila kita hendak naik gaji, kita cerita. Jadi saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Saya minta penjelasan. Apakah Yang Berhormat ingin bertanya kepada pembangkang dan kita hendak dengar perkataan setuju daripada mereka...
[Dewan riuh]
Saya sebenarnya, saya hendak tanya mereka ini, mereka ini sudah lama setuju tetapi kita tidak present...
[Dewan riuh]
Hebat-hebat.
Yang Berhormat Pandan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang
untuk mengambil peluang dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2015 ini. Semua kita telah maklum bahawa tahun 2015 adalah tahun yang sukar. Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen tahun lepas, kemudian 20 sen baru-baru ini menjadikan 40 sen. GST akan diperkenalkan tidak kiralah apa yang disebut akan mendorong kepada kenaikan harga barang. Ini kerana di mana-mana GST dilaksanakan harga barang itu akan meningkat, inflasi naik, cuma yang tidak tentu ialah berapa kadar inflasi selepas dua, tiga tahun dilaksanakan. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua sewajarnya peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan ini tambah pula bagi tahun 2015, sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya dan sepenuhnya oleh Ahli Dewan untuk membawa perkara-perkara bersabit isu ekonomi rakyat. Oleh sebab itu saya hendak sentuh sedikit tentang ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ketereh tadi. Yang Berhormat Tanjong Karang bagus hari ini. Saya tidak ada complaint tentang Yang Berhormat Tanjong Karang hari ini. Dia bawa semua fasal rakyat hari ini. Tabik kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.
Nanti dulu, saya masih dengar ucapan Yang Berhormat Pandan eh?
Ya? Saya ada masalah sedikit dengan ucapan Yang Berhormat Ketereh tadi. Ini kerana Yang Berhormat Ketereh tumpukan hampir sepenuh ucapannya untuk menyerang Yang Berhormat Permatang Pauh. Malah dia jadi batu api cuba untuk nyatakan konon ada buli-membuli dalam Pakatan Rakyat. Selama 90 minit Yang Berhormat Ketereh bercakap, dia tidak sentuh langsung tentang satu perkara yang sebenarnya pembulian paling besar terhadap rakyat yang diwakili sendiri iaitu rakyat Kelantan. Dia tidak sentuh tentang pembulian Kerajaan Pusat terhadap rakyat Kelantan yang menafikan royalti dan hasil minyak kepada rakyat Kelantan [Tepuk] Oleh sebab itu dalam Belanjawan tahun 2015 ini kalau Dewan boleh rujuk kepada buku ini ya, anggaran hasil Kerajaan Persekutuan tahun 2015, boleh rujuk anggaran tersebut termasuklah angka-angka dan pendapatan berikut. Royalti daripada aktiviti minyak dan gas di MTJA. MTJA itu adalah Malaysia-Thailand Joint Authority atau pun kalau bahasa kita ialah aktiviti minyak luar pesisir pantai yang duk berebut royalti ini. Dalam tahun 2015 dijangkakan Kerajaan Persekutuan akan dapat hasil RM758 juta daripada royalti gas daripada MTJA. Tahun 2014 angka itu ialah RM692 juta. Tidak cukup dengan royalti, Kerajaan Persekutuan juga tahun depan akan mendapat keuntungan daripada aktiviti gas sebanyak RM1.45 bilion. Tahun ini unjuran pendapatan daripada keuntungan gas dari MTJA ialah RM1.32 bilion. Maknanya apa? Yang Berhormat Ketereh tidak ada. Maknanya jumlah itu lebih kurang RM2.2 bilion itu adalah hasil minyak yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan...
Betul [Tepuk]
Maknanya juga kalau Kelantan tidak dibuli dan dilayan sama seperti negeri-negeri lain seperti Terengganu, Sabah, Sarawak, itulah hasil yang Kerajaan Persekutuan berhutang kepada rakyat negeri Kelantan bagi tahun 2015 sahaja. Maknanya saya hendak tegur kepada Yang Berhormat Ketereh hendak jadi hero, boleh. Kalau hendak sebut fasal buli, itulah baru buli yang sebenar. Kalau Yang Berhormat Ketereh hendak jadi hero, dia perlu lawan buli yang membuli rakyat yang macam itu. Jangan cuba jadi hero, cuba hendak serang Yang Berhormat Permatang Pauh hanya untuk dapat nama dan juga glamour dalam Dewan pada hari ini sedangkan rakyat Kelantan terus dinafikan berjuta-juta, ribu-ribu juta ringgit daripada hasil minyak Kelantan selama ini. Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya mengingatkan diri saya bahawa kita kena kembali ambil peluang berbahas Rang Undang-undang Perbekalan untuk bawa soal ekonomi rakyat. Ya Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh, boleh, boleh.
Saya dengar fasal buli tadi. Yang Berhormat ini salah faham. Dia ada dua jenis buli. Satu betul lah tafsiran Yang Berhormat kata buli rakyat Kelantan tetapi itu sudah tidak makan sudah. Baru ini pun kalah pilihan raya dekat Pengkalan Kubor. Apa yang kita maksudkan ini buli di dalam Pakatan Rakyat. Saya hendak tanya Yang Berhormatlah, hari itu PAS hantar memorandum supaya tidak bersetuju dengan Oktoberfest dekat Selangor. Jadi Yang Berhormat sebagai PKR, tahniahlah sudah jadi Setiausaha Agung. Sudah jadi Setiausaha Agung
betulkah? Wah, hebatlah daripada pengarah strategi sudah jadi Setiausaha Agung walaupun Kajang Move itu failed tapi naik pangkat jugalah. [Ketawa] Ini yang buli ini saya hendak tanya buli ini, kita bila kita berkawan ini kita kena hormat antara satu sama lain. Saya tengok Yang Berhormat Temerloh, siapa lagi pergi hantar memorandum mengenai Oktoberfest. Sebagai contohlah, agak-agaknya bila tengok DAP pun tidak hormat memorandum yang dihantar oleh PAS, itu bukan tidak hormatkah? Itu bukan bulikah?
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Satu saya hendak ingatkan seperti saya ingatkan diri saya Tuan Yang di-Pertua kita tumpu kepada soal ekonomi rakyat. Akan tetapi saya hendak jawab juga. Hak untuk bagi memorandum menyatakan pendapat, itu hak yang kita semua masing- masing gunakan. Akan tetapi kalau hendak kira buli, baik tanya Yang Berhormat Pekan dahulu kerana Yang Berhormat Pekan boleh ke Perhimpunan Agung MCA, parti kedua terbesar dan bagi amaran dan marah pimpinan MCA jangan minta apa-apa daripada kerajaan kalau orang Cina tidak mengundi dan MCA tidak dapat sokongan. Itu buli yang lebih besar Yang Berhormat Tanjong Karang [Tepuk] ...Daripada soal Oktoberfest. Baik, saya sambung dulu kalau ada celahan...
Yang Berhormat Pandan boleh mencelah?
Kemudian, nanti saya sambung dulu, sambung dulu Yang Berhormat Tanah Merah.
Sebab saya orang Kelantan.
Tidak apa, tidak apa saya sambung dulu ini yang lebih penting... [Disampuk] Tidak, tidak, sekarang yang ini yang lebih penting sebab saya rasa Dewan pun hendak tahu ya. Saya hari ini Tuan Yang di-Pertua hanya hendak sentuh sebenarnya satu perkara saja. Saya hendak menyentuh dan mengupas mengenai subsidi minyak dan tindakan pentadbiran yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Pekan yang mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak, kemudian memperkenalkan GST. Saya hendak kupas dan bagi analisa dengan membandingkan berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan selama ini kemudian kita akan bandingkan pula dengan kutipan-kutipan cukai yang lain terutama yang bersabit dengan penggunaan dan pemilikan kenderaan. Jadi ucapan saya pada hari ini sebenarnya tumpu pada satu saja iaitu soal harga minyak dan juga soal harga kereta. Ini kerana harga minyak cukup berkait rapat dengan harga kereta dan harga kenderaan. Dewan yang mulia, satu sebab utama yang selalu diulang berkali-kali oleh kerajaan, kenapa subsidi ini perlu dikurangkan atau pun kenapa cukai yang tinggi dikenakan kepada kereta ialah kerana kononnya Malaysia ini mempunyai kos pemilikan dan penggunaan kereta antara yang terendah kerana kerajaan bagi subsidi kepada minyak. Setiap kali kita sebut kenapalah harga kereta kita antara yang termahal? Cukai kita ini antara yang tertinggi dalam dunia akan ada ahli- ahli dari sebelah sana kata, itu adalah kerana kerajaan telah merendahkan kos pengendalian pemilikan kenderaan kerana minyak diberikan subsidi. Tidak ada masalah dengan hujah itu dan saya menerimanya dengan baik. Oleh sebab itulah saya pergi kira. Oleh kerana kerajaan kata kalau kerajaan telah beri subsidi untuk harga minyak, maka kerajaan berhak mengenakan cukai yang tinggi supaya harga kereta itu tinggi. Maka saya pergi kira berapakah subsidi kerajaan bagi, saya hendak bandingkan dengan berapa cukai yang kerajaan telah kutip daripada kenderaan.
Siapa tidak percaya boleh rujuk buku ini, semak sendiri. Saya hendak ingatkan sebelum itu, cukai yang dikenakan kepada kenderaan di Malaysia, kereta, motosikal, lori atau bas adalah antara yang tertinggi di dunia. Cukai eksais kita paling rendah 85%, dia boleh naik kepada 130%. Ada cukai import lagi. Kemudian ada cukai jualan, sebelum ini 10%, selepas ini GST 6%. Kemudian ada perbelanjaan lesen lain, pendaftaran, tidak campur lagi PUSPAKOM, insurans dan lain-lain. Oleh sebab itu, untuk kita semak dan bandingkan, kita perlu lihat berapa jumlah yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi minyak kepada rakyat, kita banding pula berapa yang kerajaan cukai rakyat melalui cukai-cukai yang dikenakan kepada kenderaan dan kereta ini. Bagi tahun 2014, anggaran subsidi petrol dan diesel, pengiraannya adalah seperti berikut. Kita ada dua tempoh, lebih kurang enam bulan
pertama tahun ini harga minyak mentah berada di sekitar sehingga USD100 hingga USD110 satu tong. Kemudian bermula Julai ia telah turun dan sekarang ini stabil di antara USD90 hingga USD90 satu tong. Jadi kita boleh kira subsidi setiap satu liter petrol dan diesel itu adalah seperti berikut. Pada harga minyak mentah USD110 satu tong, harga pasaran petrol adalah RM2.75 satu liter. Harga yang dikawal oleh kerajaan sebelum ini adalah RM2.10 satu liter. Jadi sebelum kenaikan 20 sen yang diumumkan baru-baru ini, anggaran subsidi satu liter petrol adalah 65 sen satu liter. Bagi diesel pada harga USD110 satu tong, harga pasaran RM2.78, harga kawalan RM2. Subsidi satu liter diesel sebelum dinaikkan 20 sen adalah 78 sen satu liter. Kemudian apabila harga minyak mentah telah turun kepada USD95 satu tong, perkiraan bagi tiga bulan terakhir tahun ini, subsidinya seperti berikut. Harga pasaran bagi petrol dianggarkan RM2.58 satu liter. Harga kawasan petrol setelah dinaikkan 20 sen adalah RM2.30 satu liter. Ada orang tidur sudah kah petang ini? Maka subsidi satu liter petrol sekarang ini setelah dinaikkan 20 sen ialah 28 sen satu liter. Kiraan yang sama kepada diesel. Harga pasaran sekarang dianggarkan RM2.52, harga kawalan RM2.20, subsidi satu liter adalah 32 sen setiap satu liter diesel. Itu dari segi subsidi bagi setiap liter diesel dan petrol. Untuk tahu jumlah keseluruhan berapa tanggungan kerajaan bagi subsidi diesel dan petrol bagi tahun ini, kita perlu tahu berapa jumlah penggunaan petrol dan diesel bagi tahun 2014. Jawapan Perdana Menteri sendiri kepada saya tahun ini anggarannya ialah bagi tahun 2014, Malaysia dijangka menggunakan 14 bilion liter petrol dan 9.6 bilion liter diesel. Kalau kita kira gunakan semua maklumat itu, maka jumlah subsidi tahun 2014 yang juga telah saya semak dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan, bagi petrol Kerajaan Persekutuan dijangka menanggung RM7.83 bilion dan bagi diesel, Kerajaan Persekutuan dijangka menanggung RM5.86 bilion. Ini menjadikan jumlah subsidi minyak yang ditanggung bagi tahun 2014 ialah RM13.69 bilion. Ingat angka itu betul-betul. RM13.69 bilion ataupun RM13.7 bilion. Kalau harga tidak dinaikkan baru-baru ini pun, kalau harga dikekalkan pada RM2.10, jumlah yang akan ditanggung oleh kerajaan menjelang akhir tahun ini ialah RM15 bilion bagi subsidi minyak petrol dan diesel. Tuan Yang di-Pertua Dewan yang mulia, kita telah dengar berkali-kali bahawa pemberian subsidi ini selalu disalahkan seolah-olah inilah punca kepada semua masalah ekonomi yang ada dalam negara...
[Bangun]
Tidak apa Yang Berhormat Tanjong Karang, bagi saya...
Sedikit sahaja hendak tanya.
Okey, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasihlah kajian terperinci dibuat. Hanya saya hendak tahu, Yang Berhormat ada buat kajian atau tidak yang kata RM14 bilion tadi untuk petrol dan RM9.6 bilion untuk diesel ini, sudah buat kajian pecahan berapa peratus daripada RM14 bilion ini yang orang kaya guna, yang orang kampung guna? Ada buat kajian tidak agihannya itu?
Tidak apa, isu itu akan saya jawab dalam hujah saya yang seterusnya kerana itu ada dimasukkan. Selama ini kita diberikan jawapan kononnya pemberian subsidi inilah yang menyebabkan seluruh masalah ekonomi yang kita ada. Kewangan yang tempang oleh Kerajaan Persekutuan disalahkan oleh subsidi yang 20 sen atau 30 sen satu liter ini. Rakyat diberitahu kalau tidak dinaikkan subsidi ini, maka kerajaan akan mengalami masalah. Kemudian timbullah menyalahkan satu golongan yang kaya yang dikatakan mengambil subsidi, memangsakan orang miskin dan lain-lain. Tidak mengapa, itu pun kita tinggalkan di situ kerana yang lebih penting ialah kita hendak semak dan bandingkan jumlah tanggungan subsidi itu dengan jumlah cukai yang dikutip daripada kerajaan. Maka, kita semak sekali lagi daripada buku ini. Saya bacakan Dewan yang mulia unjuran dan anggaran hasil daripada cukai dan segala jenis pendapatan, baik lesen, baik yuran, baik pertukaran hak milik kenderaan di Malaysia yang akan dan telah dibayar oleh rakyat Malaysia kepada
kerajaan bagi tahun 2014 yang bersabit dengan penggunaan dan pemilikan kenderaan. Cukai duti import sebanyak RM1.119 juta. Pecahannya secara cepat Tuan Yang di- Pertua, seperti berikut. CBU - RM356 juta, CKD - RM141 juta, kenderaan dagangan RM47 juta, alat gantian RM235 juta, motor skuter cukai duti importnya RM28 juta, tayar dikenakan cukai sebanyak RM47 juta dan cukai duti import ke atas motor-motor lain sebanyak RM265 juta. Jumlah untuk cukai duti import sahaja RM1.119 juta. Duti eksais sebanyak RM4.496 bilion. Bagi kenderaan penumpang RM4.185 bilion dan motor skuter RM311 juta. Kerajaan mengutip bagi tahun 2014 cukai jualan daripada kenderaan sebanyak RM4.485 juta. Kenderaan penumpang RM2.395 bilion, kenderaan dagangan RM699 juta, kenderaan CBU RM522 juta, motor skuter RM50 juta, kenderaan-kenderaan lain, cukai jualannya RM513 juta, cukai jualan ke atas alat gantian RM174 juta, cukai jualan ke atas tayar RM132 juta. Saya tidak payah sebut yang lain-lain. Saya beri jumlah bagi setiap kategori. Duti eksais import bagi kenderaan-kenderaan import RM3.509 bilion. Pendapatan daripada lesen kenderaan sahaja bagi tahun 2014, RM2.417 bilion. Jumlah pendapatan daripada yuran, lesen, pertukaran hak milik dan lain-lain adalah RM1.257 bilion. Berdasarkan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan, bagi tahun 2014, rakyat Malaysia akan dan telah membayar cukai kereta, lesen dan lain-lain kepada kerajaan sebanyak RM17.3 bilion. RM17.3 bilion untuk kenderaan sahaja. Daripada angka ini, kita boleh simpulkan perkara-perkara berikut. Pertama, cukai yang dikutip bagi kenderaan yang digunakan oleh rakyat seluruhnya, tua, muda, miskin, kaya, luar, bandar, desa adalah jauh melebihi. Lebih tinggi cukai dikutip daripada jumlah subsidi keseluruhan yang diberikan bagi diesel dan petrol, tidak kira digunakan oleh orang kaya, miskin, tua dan muda. Kesimpulan yang pertama.
Kesimpulan kedua, ada lebih RM3.5 bilion cukai kenderaan yang dikutip oleh kerajaan setiap tahun. RM3.5 bilion lebih cukai dikutip berbanding dengan lebih subsidi jumlah yang diberikan bagi setiap liter petrol dan diesel. Oleh sebab itu, kalau hendak menjawab Yang Berhormat Tanjong Karang sebut ada beza atau tidak, kita pukul rata Yang Berhormat Tanjong Karang. Kita ambil RM17.3 bilion segala lesen cukai kenderaan yang dikenakan untuk setiap rakyat Malaysia. RM17.3 bilion itu menjadikan cukai yang dikenakan atas setiap rakyat Malaysia per kapita setiap tahun bagi kenderaan adalah RM576 setahun. Bandingkan dengan jumlah RM13.69 bilion subsidi minyak petrol diesel tadi hanyalah bersamaan RM457 setahun. Berapa ramai rakyat kita yang mengira dan akhirnya tahu sebenarnya kerajaan lebih mencukai kita kerana memiliki kenderaan berbanding dengan subsidi yang diberikan untuk kita gunakan petrol dan diesel itu. Oleh sebab itu, selama ini, bertahun-tahun Tuan Yang di-Pertua, kita disogokkan dengan cerita bahawa kerajaan berkorban memperuntukkan subsidi yang besar untuk membantu rakyat melalui subsidi minyak ini. Hari ini, buktinya jelas bahawa sebenarnya subsidi itu adalah kurang berbanding dengan jumlah cukai yang dikutip daripada rakyat kerana memiliki kenderaan. Maknanya, subsidi itu boleh diberikan tanpa menggunakan wang petrol, minyak dan gas kita pun, saudara-saudari. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tengok masa, saya ada dalam lebih kurang lima dan enam minit lagi. Ada yang hendak mencelah kah tidak?
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Pandan, tadi Yang Berhormat Pandan sebut bahawa kerajaan tax banyak kereta daripada rakyat. Jadi macam mana kita comprehend this figures, kereta semakin meningkat? The latest statistic tidak silap saya is about 23 million cars. Jadi, lagi tax, lagi banyak. Adakah ini menunjukkan bahawa sebenarnya orang yang kita tax ini adalah orang kaya? Jadi saya hendak tanyalah.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Jawapan itu jelas daripada satu kaji selidik yang dibuat oleh Jabatan Statistik. Bagi tahun 2012, dibuat dua kaji selidik. Satu ialah kaji selidik pendapatan isi rumah yang kita biasa dengar daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Satu lagi ialah kaji selidik household consumption, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ataupun penggunaan isi rumah yang menunjukkan bahawa 74% daripada keluarga di Malaysia
ini memiliki sekurang-kurangnya satu kereta. Purata itu hampir sama di setiap negeri. Ini menunjukkan bahawa kereta ini bukan untuk orang kaya. Memang keluarga yang termiskin pun tidak ada pilihan terpaksa menggunakan kereta. Saya setuju bahawa memang betul ada pertambahan tetapi untuk menyatakan bahawa pertambahan itu disebabkan oleh orang kaya beli kereta banyak, saya rasa statistik oleh Jabatan Statistik itu cukup jelas bahawa rakyat biasa, setiap isi rumah, tiga daripada setiap empat buah keluarga akan memiliki kereta. Jadi kalau saya sambung itu, saya habiskan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dia sebut sayakan?
Yang Berhormat Menteri tunggu gulunglah, Yang Berhormat Menteri.
Tidak. Bukan hendak gulung, hendak bertanya dari segi undang-undang. Bila Yang Berhormat bercakap mengenai hal itu, saya hendak tanya dari segi undang-undang. Dalam undang-undang tanah di Malaysia, saya hendak beritahu saya tahu undang-undang tanah ya. Hak negeri ialah daripada shore line kepada tiga batu nautika, dan yang lebih tiga batu nautika itu ialah hak Kerajaan Persekutuan. Jadi ini bermakna segala sumber negara yang kita dapat luar daripada tiga batu nautika, semua negeri di Malaysia layak dapat, bukan negeri tertentu. Akan tetapi dalam kawasan tiga batu nautika, ia hak negeri. Ini bermakna, Perlis dan Kedah juga berhak mendapat hasil harta negara dan bukan sahaja negeri-negeri tertentu kecuali Sabah dan Sarawak. Akan tetapi di Terengganu dan Kelantan ini, mereka semuanya berada di luar kawasan tiga batu nautika.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dia sudah terbalik. Sepatutnya saya tanya Menteri. Sekarang Menteri tanya saya. Soalan itu adalah soalan yang biasa, Yang Berhormat Menteri. Kita kena rujuk kepada tahun yang mana Akta Pembangunan Petroleum ataupun Petroleum Development Act digubal dalam tahun 1974. Akta itu ditulis dan digubal dalam keadaan yang mana hanya ada beberapa lapangan minyak sahaja yang boleh dijadikan rujukan. Akta itu ditulis kalau di Semenanjung ini, pada keadaan yang mana aktiviti cari gali dan pengeluaran minyak hanya berlaku di negeri Terengganu. Lapangan minyak yang pertama di negeri Terengganu adalah Lapangan Duyung yang berada lebih daripada tiga batu nautika dari pesisir pantai. Maknanya kalau kita melihat kepada perjanjian... Mereka yang biasa menulis perjanjian selalu merujuk kepada dengan izin, the intend and the spirit of the agreement, bukan semata- mata dengan izin, the latest of the agreement. Kalau dalam tahun 1974, semasa perjanjian itu ditulis dan akta digubal dan Petronas ditubuhkan, akta itu menyatakan bahawa royalti perlu dibayar bagi pengeluaran minyak dan satu-satu pengeluaran minyak yang ada pada ketika itu Yang Berhormat Arau, adalah di luar tiga batu nautika daripada Terengganu. Maka tanyalah mereka yang menggubal undang-undang dan akta itu dalam tahun 1974, mereka menyatakan tidak timbul soal persempadanan tiga batu nautika yang hanya ditimbulkan dalam tahun 1999. Saya bekas orang Petronas yang tahu tentang perkara ini pada ketika itu. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya adalah bekas pegawai kerajaan yang bekerja di Perbendaharaan. Jadi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, Pengerusi Petronas dia tidak sign agreement dengan Terengganu, dia sign dengan semua negeri. Dalam apa-apa perjanjian berhubung harta negara, ada beberapa orang sahaja yang boleh tandatangan bagi pihak negara. KSN ataupun siapa-siapa. Jadi bila Petronas memperkenalkan cari gali minyak, dia tandatangan perjanjian berdasarkan undang-undang Persekutuan, bukan undang-undang Petronas. Jadi undang-undang Persekutuan tetap menyebut perkara itu, kecuali ia dipinda oleh Parlimen bahawa untuk tujuan Petronas, tiga batu nautika itu ialah tidak dikira tiga batu nautika asalkan bertentangan dengan negeri berkenaan. Sebenarnya tidak ada satu undang-undang yang khusus berhubung dengan perkara ini. Cuma ada tulisan tangan daripada seseorang yang menyebut tentang perkara ini. Jadi saya tidak sebut siapa seseorang itu yang menyebut bahawa - bukan undang-undang, tulisan tangan. Tulisan tangan itu masih saya terbayang-bayang
bahawa yang telaga minyak yang bertentangan negeri yang berkenaan. Tapi bukan dalam Petronas, tapi tulisan tangan pada seseorang.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Kita boleh berbahas dalam Dewan ini. Saya hendak teruskan. Cuma saya hendak sebut begini Yang Berhormat Arau. Memang betul kita boleh bagi segala tafsiran undang-undang. Hakim di dalam kamar mahkamah boleh bagi keputusan tetapi hakim sebenarnya adalah rakyat di Terengganu, di Kelantan yang boleh membezakan... Yang Berhormat Ketereh dah masuk dah? Belum lagi? Yang Berhormat Gua Musang ada? Tidak ada. Hakim sebenarnya adalah rakyat di Kelantan dan di Terengganu yang boleh menilai sendiri.
Okey, Yang Berhormat Pandan, bagi saya mencelah.
Kenapa...
Bagi saya peluang fasal hukuman rakyat itu tadi.
Nanti dulu, saya habiskan....
Bagi Pengkalan Kubor, rakyat sudah bagi hukuman di mana bukti rakyat menolak calon Pakatan Rakyat. Malah, Barisan Nasional menang besar di situ. Itu menunjukkan rakyat sudah menolak Pakatan Rakyat. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, saya hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam sebentar.
Ya, saya pun bekas Petronas dan saya pun tahu bahawa Petroleum Development Act (PDA) memang telah digubalkan dengan konsep pembayaran royalti 5%. Tidak payah hendak bahas panjang-panjanglah.
Yang Berhormat Gua Musang yang merupakan arkitek kepada perjanjian itu masih ada lagi dan kita semua tahu bahawa dalam soal pembayaran royalti kepada negeri Kelantan, ia merupakan di antara penyokong yang terkuat. Saya rasa itu merupakan hujah yang muktamad. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak teruskan kerana Tuan Yang di- Pertua sudah beri isyarat. Jadi saya hendak tekankan begini...
Terakhir Yang Berhormat...
Ada lagi?
Yang Berhormat sokong atau tidak cadangan daripada Yang Berhormat Titiwangsa tadi berhubung dengan elaun Ahli-ahli Parlimen?
Yang Berhormat Arau, saya ini macai yang kecil yang belum tengok lagi berapa gajinya dan berapa dinaikkan. Ia hanya berdasarkan beberapa pengumuman-pengumuman yang dibuat secara umum oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Secara dasarnya saya bersetuju dengan beberapa cadangan yang dibuat. Contohnya oleh Yang Berhormat Seremban bahawa sementara kita mengakui perlunya dinaikkan bentuk-bentuk kewangan yang membantu supaya wakil rakyat boleh memberi khidmat yang lebih baik. Contohnya membayar elaun kepada kakitangan, membayar elaun kepada pusat khidmat tetapi kalaulah kenaikan itu kuantum itu terlalu besar – sebab itu saya hendak komen saya tidak boleh selagi saya tidak lihat berapa. Yang Berhormat Arau kena tunjuklah berapa. Setakat ini bagi saya ia bergantung kepada kuantum yang dinaikkan. Kalau cerakin itu diberikan untuk membantu dalam bentuk elaun yang boleh dikembalikan kepada rakyat bukan gaji semata-mata dan saya pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Arau tanya sudah berhari-hari ini.
[Ketawa]
Baik, saya simpulkan, ya. Jangan lari daripada hujah dan angka yang saya bawa tadi itu. Itu lebih penting. Yang Berhormat Tanjong Karang saya hendak kena gulung kecuali Tuan Yang di-Pertua beri.
Sudah hendak habis Yang Berhormat. Hendak habis.
Sedikit sahaja.
Kalau Tuan Yang di-Pertua beri, saya boleh beri.
Boleh? Okey, terima kasih. entahlah, saya dengar dengan teliti ucapan Yang Berhormat Pandan ini. Hendak bahas masa tidak cukup tetapi kesimpulan tengok Yang Berhormat buat tadi bukannya jenis penggunaan minyak, ia jumlah kereta. Apa guna orang ramai ada kereta tetapi misal kata, kereta orang. Saya ada kereta 1,000cc ke bawah. Ia tidak sama dengan orang yang mempunyai kereta yang ada 2,500cc atau 3,000cc. Jadi yang kita kena tekankan ini ialah penggunaan minyaknya, bukannya bilangan kereta. Jadi sebab itu yang minyak ini mesti diagih secara adil kepada penggunaan orang kaya dengan orang miskin terutama. Kedua, tadi bila Yang Berhormat Shah Alam sebut nama Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat ada terasa atau tidak sebab Yang Berhormat sebut Yang Berhormat Gua Musanglah yang maka Setiausaha Agung PAS terutama meminjam perkataan Setiausaha Agung PAS. Yang Berhormat Shah Alam pun PAS. Oleh sebab isu itu yang Setiausaha Agung PAS kata Yang Berhormat ini bodoh. Bukan saya cakap tetapi meminjam perkataan Setiausaha Agung PAS. Yang Berhormat ini saya tengok agak teliti. Eh, jangan marah saya! Saya meminjam kata-kata Setiausaha Agung PAS bila kaitkan dengan Gua Musang. Setiausaha Agung PAS, ya. Bukan saya cakap, meminjam kata-kata dia. Setiausaha Agung PAS kata Yang Berhormat Pandan ini bodoh. Bila ada isu Gua Musang kata PAS yang mencadangkan Yang Berhormat Gua Musang hendak jadi Perdana Menteri. Itu bukan saya cakap. Jadi apa komen? Tadi mungkin Yang Berhormat Shah Alam tadi dia ingatkan... Kedua...
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh, boleh...
Kedua, kalau Yang Berhormat ini terror sangat, ini rakan Yang Berhormat ini dari ADUN Sri Muda sebut Yang Berhormat ini ego dan rakus. Jadi apa Yang Berhormat rasa apabila rakan-rakan dalam parti memandang rendah. Last sekali...
Baik, panjang ini Tuan Yang di- Pertua?
Last saya hendak tanya, apa pendapat Yang Berhormat yang kata buli tadi? Dalam PAS kata dua ADUN Selangor dari Morib dengan Hulu Klang ialah broker dan barua. DAP pula kata, eh, no! Mereka ini hero. Ini yang dikatakan buli ini. Apa komen Yang Berhormat yang sekarang ini sudah naik pangkat jadi Setiausaha Agung setelah menjadi strategi Kajang Mall pun sudah fail sekarang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang dan Tuan Yang di-Pertua. Sebab inilah Barisan Nasional kalah dekat Selangor. Orang cerita fasal hal rakyat, berapa hendak beri kepada rakyat. Dia duduk bawa cerita...
Dia cakap hal orang...
Ya, dia bawa cerita soal-soal begini. Saya hendak jawab beberapa perkara itu yang bagi saya soal politik, Gua Musang dan lain-lain itu ada tempat dan ada caranya boleh. Akan tetapi pada hari ini seperti ingatan saya awal lagi kepada Yang Berhormat Ketereh. Saya awal-awal puji Yang Berhormat Tanjong Karang, lain kali aku sudah tidak puji. Rupanya macam itu juga. Ingatkan Yang Berhormat Tanjong Karang hari ini betul-betul fokus kepada perbahasan rakyat. Saya hendak sebut tentang harga minyak Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Tanjong Karang buka tadi, bagi saya satu soalan yang cukup baik iaitu soal minyak, royalti dan subsidi kalau hendak dibandingkan mana yang lebih penting siapa yang guna? Saya hendak jawab yang itu Yang Berhormat Tanjong Karang, yang lain tidak apa terpulanglah kepada Yang Berhormat Tanjong Karang hendak cakap saya bodohkah atau ego. Itu terpulang kerana rakyat Selangor insya-
Allah dalam Pilihan Raya akan datang akan tetap jadikan Yang Berhormat Tanjong Karang bukan Menteri Besar, insya-Allah. Jadi saya hendak tutup begini, ya. Baik, daripada perbandingan angka yang saya sebutkan tadi, 17.3 bilion cukai kenderaan yang dibayar oleh rakyat dan dikutip oleh kerajaan tiap-tiap tahun berbanding dengan 13.69 subsidi petrol dan diesel. Ini ada satu kesimpulan yang cukup penting bermakna bahawa keseluruhan hujah kerajaan selama ini yang subsidi ini membebankan dan subsidi ini adalah satu keistimewaan yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat sebenarnya terbukti tidak benar. Ia mitos dan dongeng semata-mata kerana kerajaan mengutip lebih banyak cukai daripada setiap rakyat Malaysia secara purata atas penggunaan kenderaan baik kenderaan persendirian, awam, dan lain-lain. Jadi kalau begitulah, kalau hujah Yang Amat Berhormat Pekan selama ini ialah harga kereta dan cukai kereta tidak boleh diturunkan kerana subsidi minyak itu tinggi dengan keputusan Yang Amat Berhormat Pekan menaikkan harga minyak baru- baru ini dan mengurangkan subsidi. Sekarang ini subsidinya RM28 sen satu liter petrol dan RM32 sen satu liter diesel, bermakna penurunan subsidi bagi setiap satu liter petrol dan diesel adalah 57%. Maknanya, kalau subsidi sudah turun 57%, wajarlah cukai-cukai kenderaan yang dikenakan dan dikutip daripada rakyat selama ini turut diturunkan sebanyak itu dan seterusnya menurunkan harga kereta. Sebab itu saya percaya rakyat di luar tidak kisah kerajaan hendak cukai sama ada melalui lesen ataupun kenderaan ataupun hendak beri subsidi asalkan berlaku adil. Sebab itu saya hendak Menteri jawab dengan khusus dalam penggulungan nanti. Kalau subsidi telah diturunkan 57% dalam keadaan lesen dan cukai kenderaan itu jauh lebih banyak dikutip daripada subsidi yang diberikan sudah sampai masanya kerajaan Yang Amat Berhormat Pekan menurunkan harga kereta dalam tahun 2015 ini. Apatah lagi itu adalah janji Pilihan Raya yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan hampir setahun setengah yang lalu untuk menurunkan harga kereta. Sekarang subsidi sudah ditarik balik dan tidak ada alasan untuk mengekalkan cukai- cukai kereta yang begitu tinggi. Masukkan Malaysia dalam rekod cukai kereta tertinggi di dunia. Dengan hujah-hujah dan peringatan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada seluruh Dewan yang sangat baik pada hari ini dan masa tambahan yang diberikan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.
Ya, masa tambahan lebih kurang 10 minit Yang Berhormat. Yang Berhormat Sipitang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya merakamkan penghargaan yang jujur dan ikhlas kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berucap pada petang ini dalam Bajet 2015 yang paksinya bertapak pada kesejahteraan hidup rakyat dengan membawa akar tema ekonomi keperluan rakyat yang saya kira cukup jelas. Kita menyanjung tinggi dengan rasa penuh keinsafan dan kebertanggungjawaban langkah-langkah bijaksana yang di hurai panjang, diserapi dengan kerangka belanjawan yang cukup berhemah yang menyaksikan penyediaan sejumlah RM273.9 bilion iaitu RM223.4 bilion bagi perbelanjaan menguruskan dan RM50.5 bilion perbelanjaan pembangunan.
Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, tahniah dan syabas atas pengolahan yang terbaik dalam membina landskap ekonomi negara yang tetap menarik biarpun di tengah-tengah ketidaktentuan arus serta penjuru dunia. Kalau gugur buah setandan, Sampai ke tanah baru bergolek, Kita bersyukur kepada Tuhan, Bajet 2015 tetap terbaik.
Tuan Yang di-Pertua, secara peribadi saya melihat Bajet 2015 ini adalah satu bentuk kesinambungan usaha yang dibina sejak bertahun-tahun yang mencerminkan iltizam dan komitmen kepimpinan kerajaan kita. Untuk memastikan Malaysia terus diperkasa bergerak seiring dengan suasana dan di persekitaran malah lebih penting ialah amat signifikan dengan perubahan arus globalisasi. Dibentang pada 10 Oktober lalu hari Jumaat penghulu segala hari yang penuh kemuliaan dan keberkatan, Bajet 2015 ini mengisi harapan rakyat baik di desa mahupun di kota. Dari Pekan sampai ke Pagoh. Dari Kangar hingga ke Sipitang. Saya yakin dan percaya segenap lapisan rakyat baik rumpun besar Melayu, India, Cina mahupun etnik kecil, Kedayan, Brunei, Penan, Kelabit, Dusun, Bisaya dan sebagainya yang ada menetap di negara kita ini. Ataupun masyarakat yang tinggal di desa daripada Lubang Buaya sampailah ke Lubok Antu, Sarawak. Dalam beberapa hari perbahasan ini, kita mendengar bermacam-macam hujah terutama sekali dari pakatan pembangkang. Mereka sengaja melihat bajet ini dari sisi kaca mata mereka yang lain. Dari sudut pandang yang berbeza maka mereka ternampak yang buruk-buruk belaka sedangkan yang mulus dan indah tidak kelihatan langsung kadangkalanya. Bagaimanapun kita menikmati cantiknya bulan purnama dipagari bintang- bintang. Jika kita memakai cermin gelap di malam hari, bagaimana kita mendengar enak merdu alunan lagu Krisdayanti jika kita menutup sebelah telinga kita. Natijahnya biar apa pun kritikan ataupun apa jua cemuhan Bajet 2015 ini harus dilihat secara holistik terbuka dan menyeluruh, barulah kita dapat menghargai betapa besar usaha dan pengorbanan kerajaan kita yang diangkat oleh rakyat untuk kembali membela nasib rakyat. Petang-petang menulis surat, Pasang sumbu lampu berminyak, Pemimpin kita berjiwa rakyat , Sentiasa berfikir tidur tidak nyenyak. Tuan Yang di-Pertua, menjenguk inti pati bajet ini nampak jelas Kerajaan Persekutuan terus mekar menyiram subur, memberi perhatian terhadap aset pembangunan khususnya untuk Sabah dan Sarawak. Dalam bajet ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM4.5 bilion untuk menyediakan dan menaik taraf kemudahan-kemudahan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak melalui agenda menyejahterakan rakyat. Bila disebut mengenai agenda pemerkasaan pembangunan luar bandar, sudah semestinya kedua-dua negeri ini di seberang Laut China Selatan harus mendapat perhatian dan keutamaan. Dalam perincian bajet ini, program yang akan dilaksanakan termasuk menyediakan RM943 juta membina projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak. Kita bersyukur dan berterima kasih atas jasa dan usaha pimpinan pusat yang ampuh mencorak ritma pembangunan, menyeimbangkan jurang antara wilayah seperti yang jelas dirungkai dalam Bajet 2015 ini. Sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15,000 buah rumah dan RM394 juta diperuntukkan program bekalan air bersih di luar bandar bagi 7,500 buah rumah. Untuk itu kita menolak konotasi kumpulan-kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi yang dibuai emosi dan fantasi dengan meniupkan api sentimen kenegerian. Kita menentang sekeras-kerasnya apa yang mereka sebut sebagai perjuangan hak kerana provokasi itu hanya akan memecah tembok besi integrasi yang sudah terbina dan terpateri bertahun-tahun lamanya. Sabah dan Sarawak harus kekal bersama dalam ikatan rumpun persekutuan ini kerana kemerdekaan yang di kecapi ketika pembentukan negara Malaysia telah membawa kemakmuran untuk kedua-dua negeri ini sebagai komitmen kontrak sosial baik dari segi ekonomi mahupun dari segi geopolitiknya. Hari ini boleh dikatakan secara umum rakyat Sabah dan Sarawak sudah terkeluar daripada kemiskinan tegar biarpun diakui masih tinggi angka-angka kemiskinan relatif. Namun demikian, kerajaan terus meningkatkan jihad memerangi kemiskinan. Malah saat ini pun Kerajaan Negeri Sabah di bawah dokongan Barisan Nasional merangka hala tuju pembangunan negeri secara holistik. Sepanjang hayat kemerdekaan di kecapi, saya yakin para pendiri bangsa akan bersyukur dan
bergembira melihat transformasi bangsa hari ini. Dari sebuah bangsa sewaktu merdeka sebahagian besar penduduknya buta huruf, rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak kini mempunyai sistem pendidikan yang kuat dan luas merentasi gunung-ganang, bukit- bukau, lembah-lurah malah hingga ke pulau-pulau persisiran pantai di keliling negeri. Pendek kata Sabah dan Sarawak bersyukur di bawah lindungan Kerajaan Pusat kerana kisah silam masa lampau menjadi igauan ngeri mengingati sejarah penjajahan diterpa badai politik dan ekonomi oleh kuasa penjajah. Hari ini kami menjadi sebahagian daripada bangsa semakin bersatu, semakin damai, semakin makmur dan lebih demokratik sifatnya. Bertapak dalam sebuah negara bangsa yang merdeka, saya mengingatkan kepada gerombolan-gerombolan yang beremosi cukuplah berfantasi kerana soal pemisahan wilayah atau keluar daripada Malaysia dalam nada yang lebih keras bukan perkara yang main-main, bukan cerita olok-olok tetapi suatu hal yang amat serius lagi berbahaya akibatnya. Kita melihat dan menyaksikan sendiri penderitaan luar biasa yang dialami oleh saudara-saudara kita di Gaza sekarang ini dan banyak di negara-negara di Timur Tengah. Tragedi Palestin masih berlangsung hingga waktu ini pun harus mengingatkan kepada kita betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan, betapa mahalnya harga sebuah kesatuan, perdamaian dalam mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat kita. Kalau arang sifatnya hitam, Kapas pula nampaknya putih, Kita bukan sebarang menghentam, Tapi sejarah menjadi bukti. Tuan Yang di-Pertua, kita menyokong penuh strategi pengukuhan sistem pendidikan yang mengutarakan RM56 bilion melalui mengupaya modal insan dengan strategi-strategi yang telah ditetapkan. Menetapkan profesionalisme perguruan, program mengupayakan sekolah, amanah sekolah baru dengan membina sebahagian sekolah baru, mengurus perdana pendidikan teknik dan vokasional, membangunkan, menyelenggarakan facility pendidikan dan berbagai-bagai garis yang telah digariskan. Pada kesempatan yang baik ini yang memikul amanah perbahasan Bajet 2015, izinkan saya menyampaikan suara harapan terbanyak dari Sabah yang meminta agar peluang yang lebih luas diberikan keutamaan yang lebih tinggi kepada anak-anak tempatan khususnya untuk mengikuti kursus-kursus perguruan di institut pengajian tinggi awam di negara kita ini. Usaha ini perlu diberi perhatian serius untuk menuntut tindakan yang drastik memandangkan Sabah sehingga hari ini masih mengalami kekurangan pendidik dalam kalangan anak-anak tempatan sehingga kami berterus- terusan bergantung kepada guru-guru yang berasal daripada Semenanjung. Bukan kita bersikap pesimis terhadap curahan bakti guru-guru daripada Semenanjung kerana isteri saya pun guru daripada Terengganu. Akan tetapi, demi kelangsungan wawasan negara, merujuk status negara penduduk pendapatan tinggi dalam Wawasan 2020 yang cuma terbaki sekitar lima tahun ini, usaha ke arah ini sesuatu yang harus didahulukan dan diutamakan.
Bertahun lamanya guru Semenanjung membaja ilmu kepada anak-anak Sabah sehingga jauh di pedesaan yang terpencil. Apabila tiba masa mereka pulang sendiri, maka sekolah yang ditinggalkan akan terasa kehilangan guru yang berpengalaman. Apabila guru baru hadir juga penggantinya, sifatnya juga hanya sementara dan sebahagian besarnya adalah guru-guru dari Semenanjung. Beginilah putaran yang berlaku sejak sekian lama dan ia akan berlanjutan selagi tiada langkah drastik diambil untuk menambah nisbah pengambilan guru-guru anak tempatan mengikuti kursus perguruan di IPTA di negara kita. Pengambilan lebih ramai anak tempatan mengikut kursus keguruan sudah pasti akan banyak membantu kerajaan daripada segi penjimatan kos. Pertukaran guru- guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya apabila mereka pulang semula ke tempat asal akan menguntungkan tempat mereka sendiri. Saya mendapat maklumat, dalam siri pengambilan pelatih guru-guru baru, hanya 10% daripada anak tempatan Sabah dan ini suatu yang amat mendukacitakan dan perlu segera dilihat, di mana ada kesilapan teknikal ataupun lompang-lompang yang perlu diperbaiki. Sama ada faktor kemanusiaan, sistem, prosedur atau promosi yang kurang.
Mengambil kira kemajuan dan transformasi pendidikan ini saya yakin masalah yang dihadapi hari ini iaitu kebergantungan guru-guru dari Semenanjung, bukan bertitik tolak daripada soal meritokrasi. Ini kerana anak-anak tempatan Sabah daripada segi akademiknya yang sudah melepasi indeks penanda aras di peringkat nasional. Ringkasnya, ramai yang layak ke IPTA sebenarnya tetapi tidak mendapat peluang yang setimpal. Lantas tertinggallah mereka dalam perlumbaan mengejar masa yang sentiasa cemburu. Selagi hal ini tidak ditangani, selagi wujud ketidakseimbangan, selagi ada kelompang maka selagi itulah akan ada suara-suara sumbang kedengaran bersifat provokasi berbaur emosi menjadi virus yang meracuni pemikiran rakyat. Virus-virus inilah yang perlu kita hapuskan sebelum menjalar dan menular hingga ke tahap yang sukar dikawal dan diambil kesempatan oleh pihak pembangkang. Dalam nada yang sama, saya juga menyarankan agar segala kemudahan dan infrastruktur asas pendidikan di Sabah dan Sarawak terus diperkasa dari bangunan sekolah, bangunan pejabat pentadbiran sehingga kepada kemudahan makmal berkomputer dan sebagainya. Dalam bajet ini, kerajaan memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran/pembelajaran pada tahun depan. Ia sebagai komitmen dan jaminan kerajaan bahawa sektor pendidikan negara akan terus diperkukuh selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013/2025 dengan penekanan kepada pemantapan sekolah memerlukan bimbingan dan bantuan khusus. Di Sabah sahaja sudah berlaku lima kes kebakaran sekolah sepanjang tahun ini. Bermula serentak pada hari yang sama di dua buah sekolah. Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu, Tuaran, Sekolah Kebangsaan Gadong, Beaufort, 3 Mac diikuti kebakaran Sekolah Kebangsaan Tampasak di Papar, Sekolah Kebangsaan Simpangan di Kota Marudu dan yang terbaru Sekolah Kebangsaan Penimbawan, Tuaran pada 16 Mei. Kemudahan pejabat pendidikan juga perlu diperkasakan. Banyak berkeadaan yang daif. Saya mengambil contoh di kawasan saya sendiri Sipitang, bangunan pejabat pendidikan daerah masih berlantai berdinding papan yang barangkali satu-satunya PPD berkeadaan sedemikian rupa yang perlu diambil tindakan yang drastik selama ini. Di samping saya merayu supaya Kementerian Pendidikan menaik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar, Sipitang yang merupakan salah satunya sekolah kluster untuk dinaik taraf sesuai sebagai sekolah yang tertua dalam Parlimen saya. Tidak lengkap membahaskan Bajet 2015 ini jika tidak menyentuh sedikit hal berkaitan di kawasan saya sendiri. Pertama, kita menyarankan agar kerajaan menerusi MARA ataupun syarikat berkaitan GLC seperti Petronas untuk menimbangkan mewujudkan kolej universiti teknikal khususnya berkaitan dengan gas dan minyak dalam Parlimen Sipitang. Justifikasi ini merupakan satu daripada koridor penting ekonomi Sabah dan negara keseluruhannya berikutan pelaksanaan projek ammonia dan urea yang dipanggil SAMUR, RM4.6 bilion dan kewujudan Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) meliputi kawasan seluas 1,600 hektar, yang mana Petronas akan membangunkan beberapa lagi program dan projek yang menelan belanja berbilion ringgit termasuk yang terakhir, lawatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah ke Poland dengan Petronas, sekali gus akan membangunkan satu projek berbilion ringgit di kawasan SOGIP ini. Selain daripada Petronas sebagai pelan terbesar Sipitang menjadi tumpuan ramai pelabur asing dan yang terbaru, menerusi pelaburan yang saya pasti Sipitang akan bangun sebagai kawasan hub oil and gas di negeri Sabah dan membangunkan negara kita secara menyeluruh. Bagi tujuan pembinaan kolej universiti itu, kita sedia menyediakan tapak dalam kawasan SOGIP. Kita meminta juga pada Kementerian Kerja Raya khususnya dalam proses membangunkan Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak, yang merupakan nadi utama pembangunan ekonomi bagi kedua-dua negeri ini. Dalam penggiliran ke-109 bajet ini, menyebut bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo, 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer membabitkan kos pembinaan sebanyak RM27 bilion. Justifikasinya, projek Pan Borneo ini bukan sahaja merapatkan hubungan integrasi antara wilayah Sabah/Sarawak malah memperkukuhkan ekonomi di kawasan Borneo iaitu negara Brunei Darussalam dan Kalimantan khususnya dalam aspek ekonomi dan pelancongan. Dengan siapnya projek Pan Borneo sehingga ke Pantai Timur Sabah, ia pastinya membantu pembangunan kawasan enam koridor ekonomi
dalam pembangunan Sabah. Sekali gus membawa transformasi kemajuan pembangunan rakyat secara menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri perbahasan ini, perbahasan saya ringkas sahaja. Menekankan pendidikan dan juga luar bandar serta pembangunan Pan Borneo, kita mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana telah menggerakkan satu belanjawan yang benar-benar menyentuh denyut hati rakyat. Mewakili rakan-rakan dari Negeri di Bawah Bayu, jiran Bumi Kenyalang, kami merafakkan penghargaan sejujurnya atas hadiah-hadiah istimewa untuk kami khususnya di kedua-dua buah negeri ini. Saya percaya dengan sesungguhnya, boleh menjadi gembira kepada semua rakyat kecualilah kepada juak-juak politik yang jalan fikirannya sentiasa bengkang- bengkok. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas semua ini, atas suntikan pembangunan Sabah dan Sarawak sejak sekian tahun. Ikatan tali-temali Persekutuan ini disimpul dengan kuat. Semuanya menjadi nyata kerana adanya hubungan baik antara pimpinan negeri dan Kerajaan Pusat yang sentiasa berterus terang, bukan bermain tali layang-layang seperti cara pembangkang mengintai ruang- ruang dan peluang. Bajet 2015 sudah terbentang, nyata lengkap segala fakta dan data. Jelas nampak di depan kita tanpa perlu memakai kanta. Marilah kita bersama-sama mendukung, menggalas amanah demi rakyat tercinta. Dari Sipitang kuan biskita, Tema gata yang dianjur, Syabas buat pemimpin kita, Membentang bajet ikhlas dan jujur. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Bangun]
Dia kena bangun Yang Berhormat baru boleh panggil. Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2015 ataupun Belanjawan 2015. Seperti mana kita tahu belanjawan ini adalah amat penting bagi semua rakyat Malaysia kerana GST akan dilaksanakan pada tahun depan. Selain dari GST yang akan dilancarkan pada 1 hari bulan April tahun 2015, ada lima tahun lagi Malaysia akan menghadapi ujian yang paling mustahak sejak pertubuhan negara iaitu adalah Malaysia akan mencapai wawasan yang kita nanti- nantikan dan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kalau kita ambil purata GDP mengikut pendapatan isi rumah, menurut Timbalan Menteri Kewangan nampaknya matlamat negara maju akan dicapai sebelum tahun 2020 tetapi saya tidak begitu yakin dan percaya. Laporan Bank Dunia sekali lagi melaporkan bahawa Sabah masih merupakan negeri yang paling miskin di Malaysia. Walaupun kadar kemiskinan telah menurun tapi dari segi infrastruktur Sabah masih jauh ketinggalan berbanding dengan Semenanjung Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Sabah pada masa sekarang masih tiada highway. Bekalan elektrik pula selalu terputus. Banyak kampung masih tidak mempunyai air paip atau bekalan air yang bersih dan sebagaimana Sabah masih jauh ketinggalan. Tiada orang akan percaya Malaysia sebuah negara maju, yang maju ialah Malaya atau Semenanjung Malaysia bukan Sabah Tuan Yang di-Pertua. Keadaan inilah yang mewujudkan satu sentimen di kalangan orang Sabah. Mereka merasa tidak gembira atas pembahagian sumber yang tidak adil oleh Kerajaan Persekutuan.
Semenanjung akan mendapat kemudahan seperti MRT dan high speed rail menjelang tahun 2020. Manakala Sabah masih dengan jalan yang berlubang dan rosak teruk. Inilah semua Ahli Parlimen di sini sudah tentu sedia maklum bahawa terdapat sekelompok orang Sabah berniat keluar dari Malaysia. Saya memang tidak setuju dengan cadangan tersebut. Saya percaya bahawa semua di sini ingin Sabah kekal bersatu di dalam Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia dan Malaysia yang patriotik Kerajaan Persekutuan mesti mengkaji dan faham sentimen pemisah dan sebab-sebab rakyat Sabah tidak gembira dalam Malaysia. Kenapa rakyat marah? Kenapa rakyat Sabah marah? Faham perasaan mereka, cari jalan supaya Malaysia akan lebih bersatu dan teguh. Dengan izin together we grow and stronger. [Tepuk] Bukan susah untuk bayangkan perasaan marah rakyat Sabah. Sejak kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan pertubuhan Malaysia pada 16 September 1963 Sabah dijamin dengan perkembangan dan pembangunan yang selari dengan Semenanjung Malaysia. Sabah juga dijamin dari segi keselamatan dari ancaman Sulu, Philippine dan Indonesia. Namun hasrat rakyat Sabah sejak pertubuhan negara terbukti gagal. Ini amat jelas kerana tidak ada perkembangan yang berjaya dari segi infrastruktur di Sabah selepas pertubuhan Malaysia. Salah satu contoh ialah Batu Sumpah yang terletak di Keningau Sabah yang membuktikan perjanjian dan sumpah antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah ketika pertubuhan Malaysia. Plak besi di atas batu itu menyatakan Batu Sumpah peringkat mengikut perlembagaan Kerajaan Malaysia jamin Tuan Yang di- Pertua seperti berikut: (i) agama bebas dalam Sabah; (ii) tanah-tanah dalam Sabah dikuasai oleh Kerajaan Sabah; dan (iii) adat istiadat anak rakyat Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan; Pemimpin-pemimpin pada masa itu dengan tiga jaminan tersebut telah bersumpah untuk mendapatkan taat dan setia rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Namun kami berasa amat terkejut apabila perkataan Kerajaan Malaysia jamin di Batu Sumpah tersebut telah hilang Tuan Yang di-Pertua.
Mana boleh hilang?
Hantu makanlah. Adakah ini disengajakan oleh pihak tertentu supaya rakyat Sabah lupa dengan jaminan tersebut. Ini bukanlah satu jaminan yang biasa Tuan Yang di-Pertua, ini sumpah! Saya juga amat kecewa kerana Kerajaan Persekutuan di Semenanjung telah lupa dengan jaminan yang dinyatakan dalam Batu Sumpah tersebut Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat Sipitang bangun Yang Berhormat.
Saya menggesa supaya kerajaan...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat Sipitang bangun.
Yang Berhormat Sipitang bantailah.
Okeylah. Tidak payah bantailah. Ini...
Yang Berhormat Lenggong jahat betul. Bantai, bantai. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kota Kinabalu, betulkah kepala Yang Berhormat bercakap? Batu sumpah yang ada ini termasukkah dalam perlembagaan yang meletakkan tiga prasyarat yang utama tersebut, sedangkan kemerdekaan Sabah masuk Malaysia. Dalam perlembagaan Sabah itu telah pun diletakkan asas-asas yang kuat dalam agreementnya dan tidak ternyata pun Batu Sumpah itu. Jadi di manakah letaknya Batu Sumpah itu sehingga ia boleh
menggegarkan dan kalau benar pun ia serius ia termasuk sepatutnya daripada awal dalam Perjanjian Qobul dalam ikatan tersebut. Saya bertanya kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Yang Berhormat Kota Kinabalu boleh minta laluan?
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Kota Kinabalu bahawa Batu Sumpah itu di erected selepas menubuhkan Malaysia 16 September 1963. Akan tetapi yang pelik di sini dan saya minta penjelasan dan juga pandangan Yang Berhormat Kota Kinabalu adalah dalam Perlembagaan Malaysia (The Federation) ataupun Persekutuan Malaysia dalam Artikel 1 dinamakan sebagai dalam English dan bahasa “The Federation shall be known, in Malay, in English by the name Malaysia”, dengan izin. Akan tetapi dalam definition interpretasi Artikel 160 dalam perlembagaan ini, “The Federation is defined as the Federation establish under the Federation of Malaya Agreement 1957” bukan tahun 1963. Adakah ini sesuatu mistake ataupun sengaja dibuat oleh orang yang telah draw up the constitution ini dan bukankah dengan definisi persekutuan sebagai Federation of Malaya Agreement 1957 adalah satu masalah besar dan memberi implikasi besar kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Terima kasih.
Yang Berhormat, boleh fikir-fikir yang disebut oleh Yang Berhormat Sipitang dan Yang Berhormat Penampang kemudian boleh jawab esok. Sambung esok ya.
Besok baru jawablah.
Hebat Tuan Yang di-Pertua.
Besok baru jawablah kerana tiada masa sudah. Sudah habis.
Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 14 Oktober 2014.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam]