Dewan Rakyat · 30 October 2014

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 703 turns · 41,689 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Linda Tsen Thau LinPBS · BNBatu Sapi · question

1. Datuk Linda Tsen Thau Lin [Batu Sapi] minta Perdana Menteri menyatakan, impak perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dilaksanakan sejak bulan Julai 2014 ke atas ekonomi di Pantai Timur Sabah terutamanya sektor pelancongan dan perikanan.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, perintah berkurung yang berkuat kuasa di ESSZONE adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kawal selia keselamatan perairan Sabah khususnya di kawasan ESSZONE. Aktiviti penangkapan ikan di ESSZONE tidak terjejas akibat pengisytiharan perintah berkurung. Bagi nelayan yang ingin keluar menangkap ikan sepanjang tempoh perintah berkurung, mereka boleh mendapatkan permit untuk menjalankan aktiviti perikanan di zon perairan perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah. Sebanyak 1,697 permit telah dikeluarkan sejak 19 Julai sehingga 9 Oktober 2014. Daripada aspek pelancongan, walaupun terdapat penurunan jumlah pelancong ke ESSZONE antara bulan April sehingga Jun 2014, namun, lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi British dan Kedutaan Jepun ke ESSZONE bagi tujuan mengkaji semula travel advisory telah berpuas hati dengan tahap keselamatan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh ESSCOM. Sehubungan dengan itu, sejak bulan Julai 2014, ketibaan pelancong-pelancong asing mula menunjukkan peningkatan. Perangkaan data tempahan di pusat-pusat peranginan juga menunjukkan peningkatan ketibaan dan tempahan dalam kalangan pelancong asing mulai minggu pertama Oktober 2014 hingga Disember 2014. Pengusaha- pengusaha pusat peranginan dan pelancong juga rata-rata berpuas hati dengan tahap keselamatan di kawasan perairan ESSZONE. Mereka berharap perintah berkurung ini dapat diteruskan agar keselamatan mereka lebih terjamin. Terima kasih.

Datuk Linda Tsen Thau LinPBS · BNBatu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, berapakah perbelanjaan yang sudah digunakan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah? Sekian, terima kasih.

Perbelanjaan? Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah diumumkan dalam bajet baru-baru ini, perbelanjaan pada tahun hadapan melibatkan pembelian aset. Untuk tahun ini, kita hanya terlibat dengan pengurusan iaitu daripada segi gaji dan sebagainya. Yang lain-lain masih ditampung oleh agensi-agensi utama yang terlibat iaitu angkatan tentera, polis dan juga APMM manakala jabatan lain seperti kastam dan sebagainya menggunakan peruntukan daripada jabatan masing-masing.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Daripada segi kajian pemantauan pihak kerajaan, apa yang menyebabkan punca utama kita kena meneruskan menjadikan kawasan ini kawasan larangan, ESSZONE ini?

Saya ingin tahu, berapakah jumlah kekuatan tenaga keselamatan kita sekarang ini dan berapa lama tempoh akan terus dikuatkuasakan? Minta penjelasan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, punca utama kenapa kawasan ini kita teruskan ialah setelah kita kaji, kawasan perairan di ESSZONE ini sepanjang 1,400 kilometer dan kita terdedah kepada negara asing yang mudah untuk masuk ke kawasan kita. Mulanya mereka masuk ke kawasan kita ini kerana tertarik dengan Malaysia. Malaysia ini orang tertarik hati sejak zaman sebelum merdeka sampai sekarang. Ramai yang datang ke sini untuk bermastautin di sini. Pada zaman moden ini, mereka tertarik hati daripada segi ekonomi yang mana barang-barang kita murah dan barang-barang di tempat mereka mungkin tidak murah. Ini menyebabkan mereka tertarik hati untuk datang ke sini dan ia merupakan punca masalah penyeludupan yang perlu kita ambil tindakan. Selepas itu, mereka tertarik hati dengan cara lain, iaitu dengan pemikiran dan ideologi yang songsang dan mereka cuba menyerang negara kita. Ini tidak patut berlaku pada zaman moden ini. Sekumpulan penjenayah menyerang sebuah negara! Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memastikan kawasan ini kawasan selamat kerana di kawasan ini jugalah kawasan aktiviti ekonomi yang cukup penting.

Kawasan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga termasuk dalam kawasan ESSZONE ini. Jadi Yang Berhormat tahu bahawa kawasan ini ialah kawasan yang cukup cantik dan ia dianggap di antara yang tercantik dalam dunia, kenapakah? Ia dilawati oleh bukan sahaja pelancong tempatan tetapi pelancong dari luar negara. Kita kena jaga kawasan-kawasan ini supaya ia selamat bukan sahaja daripada segi keselamatan negara ini tetapi juga keselamatan semua pihak. Kemudian persoalan adakah ia berkekalan? Kita telah menempatkan tentera dan juga polis Yang Berhormat dengan bajet baru. Pada tahun depan, kita telah tetapkan belanjawan untuk semua agensi yang terlibat di sana iaitu tentera, polis, APMM dan ESSCOM. ESSCOM sendiri buat kali pertama mendapat peruntukan pembangunan lebih daripada RM600 juta untuk pembelian aset terutamanya bagi pembelian aset untuk mengawasi kawasan ini supaya tidak diceroboh lagi. Jadi keselamatan negara Malaysia bukan sahaja di ESSZONE adalah penting untuk diberi perhatian tetapi juga di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, ini isu yang penting. Boleh tanya soalan tambahan?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga saya mengucapkan tahniah kepada Menteri yang menjaga keselamatan Pantai Timur Sabah. Hebat Menteri ini selalu ke Sabah, kerap kali pergi ke Sabah. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan bilang, baru nyatakan tadi perintah berkurung ini menyusahkan rakyat. Itu kata daripada Yang Berhormat Kalabakan. Akan tetapi soalan saya Yang Berhormat Menteri selama ESSCOM beroperasi di negeri Sabah, berapa jumlah yang ditangkap disiasat dan dibawa ke mahkamah kalau ada? Baru-baru ini kita dengar pencerobohan baru-baru ini masuk sempat juga masuk walaupun ada begitu kuat keselamatan kita di perairan dan di perbatasan ini. Masih juga menceroboh. Jadi berapa orang yang ditangkap dan apakah kesudahannya? Jumlah ini yang memberi keyakinan kepada rakyat kita di negeri Sabah. Juga bukan sahaja keyakinan kepada rakyat di negeri Sabah tetapi keyakinan kepada yang mahu melancong ke negeri Sabah. Oleh sebab Menteri cakap inilah tempat yang tercantik di dunia dan tempat yang paling unik hendak dilawati. Jadi keyakinan itu Menteri cuba beritahu kepada rakyat negeri Sabah supaya mereka ini tidak risau seperti mana sahabat saya Yang Berhormat Kalabakan kata tadi menyusahkan rakyat. Cuba Menteri jawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan ini. Saya ingin memberitahu bahawa dalam siaran terus menerus ini bahawa, “Wahai rakyat Sabah kawasan ESSZONE yang dikendalikan oleh ESSCOM ini ialah kawasan yang selamat”. Saya pergi setiap minggu di Sabah untuk menunjukkan bahawa kawasan ini kawasan yang selamat dan saya masuk ke kawasan yang dikatakan tidak selamat. InshaaAllah ia selamat. Baru-baru ini saya ke Tawau. Saya tidak sempat jumpa Yang Berhormat Kalabakan tetapi saya pergi ke kawasan yang paling “ditakuti” kerana kawasan tersebut kawasan ice box. Saya pergi di malam hari, dinihari. Saya hendak pastikan bahawa negara ini selamat. Saya pergi bukan dengan kawalan keselamatan. Saya pergi persendirian. InshaaAllah selamat sebab kita hendak pastikan ia selamat, kita sendiri harus merasai ia selamat. Akan tetapi Yang Berhormat pada tahun depan, inshaaAllah keselamatan ini ditingkatkan dengan pemasangan radar di seluruh kawasan ini. Sudah pasti kita dapat tengok apa-apa pergerakan yang berlaku. Akan tetapi Yang Berhormat perintah berkurung ini tidak menyusahkan rakyat. Rakyat lagi seronok sebab kalau kita pergi di kawasan tepi pantai, di Batu, di mana-mana kawasan pantai sepanjang di kawasan ESSZONE ini kita akan lihat bahawa tidak ada pergerakan berlaku di malam hari. Kalau ada, mereka yang dapat permit daripada kita, saya telah umumkan tadi iaitu kalau mereka hendak pergi tangkap ikan, kita bagi permit. Kita tidak mahu sebarang orang pergi pura-pura tangkap ikan tetapi tangkap yang lain. Bawa senjata, dadah, penyeludupan dan sebagainya. Ini kita ambil perhatian. Oleh itu sekarang saya tahu Tawau di antara kawasan yang selalu berlaku penyeludupan tetapi kita sedang beri perhatian. Kita baru-baru ini telah merampas rokok yang bernilai RM10 juta dan kita boleh katakan tangkapan dibuat setiap hari. Malah operasi untuk menangkap orang asing kita buat setiap hari dan angkanya ialah 50 dan ke atas. Maknanya orang asing yang ramai ini kita tangkap dan kita tempatkan di tempat-tempat tahanan. Tentang pencerobohan yang berlaku dari semasa ke semasa, sudah pasti kita tahu bahawa sekali sekala orang mungkin cuba untuk menceroboh tetapi masih berada di tahap yang boleh kita kawal. Malah yang baiknya di kawasan ESSZONE ini di samping kita kawal ancaman dari luar ialah dalam masa yang sama kita juga bagi perhatian kepada jenayah dalaman. Oleh sebab itu, saya rasa di kawasan ESSZONE ini kita bergerak dalam keadaan yang kita sentiasa diperhatikan oleh pasukan keselamatan. Malah di Kuala Lumpur ini kalau hendak banding dengan ESSZONE, saya rasa ESSZONE lebih selamat sebab di sana kita diperhati. Saya tanya seorang pelancong daripada Great Britain. Saya tanya, “kenapa kamu masih datang ke sini? Sampai tiga kali untuk tahun ini.” Dia jawab, dia kata di tak pernah mendapat kawalan keselamatan semasa dia berada di negaranya tetapi di sini dia hendak pergi tengok penyu pun kawalan keselamatan memerhatikan mereka sebab waktu beginilah kadang-kadang penjenayah boleh masuk dan juga mengambil kesempatan untuk menculik dan sebagainya. Kita...

Yang Berhormat Menteri, soalan saya tadi berapa jumlah yang kena tangkap dan yang kena ambil tindakan dan berapa kalau ada yang dibawa ke mahkamah? Itu soalan saya belum jawab lagi. Saya tunggu.

Pertama, yang telah ditangkap yang dahulu sekarang ini dibawa ke mahkamah. Keduanya, saya perlukan notis daripada Yang Berhormat. Tangkapan berlaku. Jika, Ahli Yang Berhormat beritahu awal sedikit tadi angka memang ada Tuan Yang di-Pertua sudah beritahu bahawa jangan bunga-bunga sangat. Kalau ada angka jawab terus. Jadi saya ikut arahan Tuan Yang di-Pertua. Sampai kita hendak bawa tentang elaun MP nanti pun kita tidak akan bunga-bunga. Kita terus hantar dan selepas itu kita terima.

Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKapar · question

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah kerajaan untuk menambah baik Akta Kesatuan Sekerja yang perlu dikaji kelemahannya.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua terima kasih banyak. Sebelum saya menjawab, Yang Berhormat tidak pergikah Putrajaya?

Jawab soalan saya dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan, saya hendak beri penghormatan kepada anak-anak muda di bawah 22 tahun yang menyertai ASEAN Skills Competition di Hanoi berakhir semalam dengan mendapat nombor dua mengalahkan Indonesia dan lapan buah negara yang lain kecuali Vietnam. Mereka ada di depan kita ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banya. [Tepuk] Ini anak-anak bangsa yang meletakkan maruah negara di Asia. Sedikit makluman, kita mendapat sembilan emas, kita mendapat empat perak, dan empat gangsa dan 17 pingat cemerlang. InshaaAllah mereka akan kita bawa World Skills Competition tahun depan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak. Minta maaf Yang Berhormat Kuala Langat, anak muda kita yang bagus. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini di bawah Kementerian Sumber Manusia kita ‘mempunyai’ 25 akta di pelbagai jabatan yang semuanya berkaitan dengan pekerja. Di Jabatan Tenaga Kerja sahaja kita ada 12 akta yang menjaga kepentingan pekerja. Saya ingat Yang Berhormat sendiri pun tahu di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan kita ada Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan kita ada Akta Kilang dan Jentera, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja kita ada Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soalan asal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Suka saya maklumkan bahawa Akta Kesatuan Sekerja 1959, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan beberapa siri perbincangan di peringkat kementerian bagi menyemak, meneliti, membincangkan peruntukan-peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk membuat pindaan bagi tujuan menambah baik dan memastikan bahawa ia diselarikan dengan keadaan semasa. Draf awal cadangan pindaan telah pun siap. Walau bagaimanapun, lanjutan daripada cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen sedikit masa lagi serta beberapa isu yang dibangkitkan di dalam TPPA iaitu Trans-Pacific Partnership Agreement, dengan izin, berkaitan dengan kesatuan sekerja, maka kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula draf pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 tersebut bagi memastikan ia selaras dengan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan kehendak TPPA serta relevan dengan isu-isu semasa. Cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang telah siap kelak akan dipaparkan di dalam laman sesawang ataupun website Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bertujuan untuk mendapatkan maklum balas ke atas cadangan pindaan tersebut dan langkah seterusnya adalah dibentangkan kepada pihak kesatuan sekerja dan majikan sebelum dibawa ke Parlimen. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Timbalan Menteri kerana jawapan saya minta khusus untuk Akta Kesatuan Sekerja tetapi dia merangkum semua. Alhamdulillah sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri ini serba boleh. Apa pun Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada union busting yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan banyak pemimpin kesatuan dalam proses kita nak melengkapkan dalam Konvensyen ILO 87 yang membenarkan kita menubuhkan kesatuan.

Akan tetapi negara kita tidak iktiraf penubuhan Konvensyen 87 yang membolehkan ia diberikan pengiktirafan dan juga menjaga kepentingan pemimpin kesatuan sekerja. Itu memberikan satu isyarat bahawa sudah berlaku kepincangan dalam kita tidak menjelmakan atau memberikan akta itu diberikan penambahbaikan dalam proses yang sama. Begitu juga apabila kita melihat daripada Akta Kesatuan Sekerja 1959 itu yang memberikan orang yang meninggal. Sebagai contoh, orang yang meninggal Tuan Yang di-Pertua, sudah meninggal 10 tahun dikejutkan dalam kubur pergi undi. Itu masih lagi diimplementasikan dan dipraktikkan dalam Akta Kesatuan Sekerja. Ini menunjukkan bahawa Akta Kesatuan Sekerja kita ini sudah lapuk dan sudah tidak boleh diterima pakai. Mana mungkin dalam proses mengambil undi, orang yang meninggal pun kita kena panggil, kita kena cari, kita kena panggil balik Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi ini yang saya maksudkan. Soalan saya ialah- baru soalan Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah keperluan yang serius ada dalam menambahbaikkan Akta Kesatuan Sekerja 1959 itu untuk memberikan hak kepada pekerja-pekerja bagi membolehkan mereka menubuhkan kesatuan. Jadi apa langkah kerajaan untuk memastikan kelapukan undang-undang yang tidak langsung relevan dalam waktu ini wajib diubah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

Tuan Yang di-Pertua

Hebat [Ketawa] Sila.

Tuan Yang di-Pertua, memang Yang Berhormat Kuala Langat ini kawan baik saya dan saya daripada kementerian memang sama. Kita sebenarnya memperjuangkan nasib pekerja-pekerja ini dan sehingga ke hari ini pun pelbagai isu tentang kesatuan sekerja ini sedang kita usahakan. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Budget Speech ataupun ucapan bajet baru-baru ini pun telah memastikan, minta memastikan kepada kita supaya pekerja-pekerja kita mesti dibela, pekerja-pekerja kita mesti dibela. Sebab itulah Akta Kesatuan Sekerja, Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang lain berkaitan dengan pekerja mesti dikaji semula. Inilah langkah- langkah yang sedang diambil oleh kerajaan melalui kementerian kita. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak kementerian ingin memaklumkan bahawa pindaan ke atas Akta Kesatuan Sekerja 1959 perlu ada cadangan daripada pihak pekerja dan majikan. Ini memang salah kita Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah hari ini kita melihat yang berbeza sedikit. Kita mencadangkan perubahan pindaan kepada akta-akta ini dan kita hendak supaya majikan dan pekerja mencadangkan. Sebab itulah kita panggil konsep Therapy Time. Maknanya pekerja dan majikan, kesatuan mencadangkan, majikan mencadangkan. Mungkin kalau kementerian mencadangkan kemungkinan majikan dan pekerja tidak bersetuju. Sebab itulah kita lebih positif, memberi ruang kepada pekerja, kesatuan dan majikan mencadangkan kepada kita supaya akhirnya esok kita akan duduk bersama, kita bincangkan atas persetujuan bersama maka akta-akta yang sudah lapuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu akan kita buat pindaan. Tuan Yang di-Pertua, kita juga menghadapi masalah apabila TPPA ini- melibatkan TPPA. Sebab itulah kalau kita lihat isu yang di bawah oleh TPPA ini agak banyak juga. Ini mungkin tidak perlu saya bacakan sedikit di sini ataupun boleh saya bacakan sedikit di sini. Umpamanya pindaan seksyen 12, pendaftaran kesatuan sekerja adalah bebas contoh dalam sesuatu establishment boleh ditubuhkan seberapa banyak kesatuan sekerja oleh pekerja mewakili skop keanggotaan yang serupa. Di negara kita Tuan Yang di-Pertua, mungkin berbeza sedikit dengan negara lain. Begitu juga tentang seksyen 15 umpamanya, tentang pembatalan kesatuan. Seksyen 40, prosedur mengenai mogok hendaklah dikaji semula supaya dapat memberi peluang kepada kesatuan sekerja berbuat demikian. Maknanya seolah-olahnya di negara kita ini, kita boleh mengizinkan mogok dan sebagainya. Jadi ini yang perlu kita lihat dan banyaklah isu-isu dan perkara-perkara lain yang perlu kita teliti. Pandangan daripada persatuan dan majikan perlu kita peroleh dan akhirnya kita akan duduk bersama untuk menyelesaikan masalah akta yang sudah dianggap sebahagiannya lapuk ataupun boleh dibuat pindaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Pasir Gudang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia kerana sekurang-kurangnya selama ini kita mempunyai undang-undang yang sentiasa melindungi hak-hak pekerja kita. Kita ada basis dan asas untuk melindungi pekerja-pekerja kita dan sehubungan dengan itu saya nak bertanya sedikit. Soalan tambahan saya, apa langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mempercepatkan kes-kes tertangguh di mahkamah buruh ini yang memakan masa terlalu lama, dua tiga tahun dan kadang-kadang melebihi lima tahun pun ada juga. Jadi apa tindakan yang diambil bagi memastikan pekerja dan majikan bersama-sama mendapat penyelesaian yang terbaik juga dari sudut penambah baikkan seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa isu tentang kesatuan sekerja ataupun pekerja di negara kita ini walaupun ada tetapi tidaklah begitu serius, tidaklah begitu banyak dan inshaaAllah sehari dua ini boleh kita selesaikan dengan cara yang baik, dengan usaha bersama dengan badan-badan yang telah pun ditubuhkan umpamanya Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan yang telah pun kita tubuhkan di negara kita ini. Majlis ini juga digunakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan isu-isu pekerja dan buruh di negara kita. Jadi Yang Berhormat Pasir Gudang, pertamanya saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang kerana pada tengah bulan lepas, Tuan Yang di- Pertua, beliau mengadakan satu pendekatan di kawasan beliau iaitu bersama pekerja- pekerja di Pasir Gudang. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya langkah-langkah telah diambil oleh kementerian dalam menyelesaikan kes-kes Mahkamah Buruh ini. Saya tidak dapat memberikan Yang Berhormat satu persatu, inshaaAllah selepas ini saya akan beri kepada Yang Berhormat apakah isu-isunya kes-kes di mahkamah, beberapa kes yang telah pun kita selesaikan dan apakah langkah-langkah yang sedang kita ambil. Tindakan prosiding mahkamah buruh mengambil masa kerana penglibatan peguam dan perbicaraan. Pegawai JTK sentiasa memberi perhatian agar kes-kes ini diselesaikan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu melihat pekerja-pekerja kita yang ditimpa kemalangan, yang terlibat dengan kes-kes mahkamah ini dilewatkan kerana mereka juga mempunyai hidup seperti kita. Kita akan mencadangkan supaya pekerja dan majikan boleh membuat permohonan bersama untuk rujukan kes ke Mahkamah Perusahaan Malaysia. Ini akan dapat menyelesaikan kes lebih cepat. Maknanya kita minta pekerja kita, come forward, dengan izin, datang kepada kita dan kemukakan isu. InshaaAllah, Tuan Yang di- Pertua, kita akan bantu mereka ini. Terima kasih.

Ahmad Lai bin BujangPBB · BNSibuti · question

3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Perdana Menteri menyatakan, apa langkah intervensi yang diambil kerajaan untuk mengurangkan serangan berbaur perkauman dan memperlekeh agama di laman media sosial seperti Facebook yang semakin serius di mana sejak beberapa bulan ini sahaja banyak serangan mengguris perasaan kaum-kaum tertentu dihina dan setakat ini tiada sebarang tindakan yang diambil.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan memang sedar dan prihatin dengan penyalahgunaan laman sosial yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Saya teringat pada tulisan Tan Sri Johan Jaaffar dalam New Straits Times yang baru sahaja, yang menyatakan, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, “It is increasingly difficult to manage information in an information error.” Tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan sentimen agama dan bangsa dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pensiangan

Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, jabatan saya khususnya melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, sentiasa memantau segala isu di media massa. Kita juga terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain untuk menangani segala isu yang cukup negatif ini. Tuan Yang di-Pertua, selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal perpaduan dan memastikan perpaduan terus terpelihara. Antara langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan komen-komen di laman sosial yang berbaur perkauman dan kebencian terhadap agama-agama adalah seperti berikut: (i) memperkasakan Rukun Tetangga di mana melalui badan ini, Skuad Uniti ditubuh yang telah dirancang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 Mac tahun ini. Suatu inisiatif galakan di peringkat akar umbi sebagai pemangkin kepada perpaduan negara dan keharmonian masyarakat. Skuad Uniti akan berperanan mewujudkan kesedaran dan kefahaman serta mendidik rakyat pelbagai kaum di negara ini melalui program-program silang budaya atau dengan izin, Cross Cultural Programs; (ii) memperkenalkan iaitu suatu program yang kami namakan Intensif Program iaitu sebuah penempatan kerja mahasiswa bumiputera dari universiti awam ke dalam syarikat organisasi bukan bumiputera. Pertubuhan seperti ACCIM dan MRCA cukup membantu dalam mencapai objektif tersebut; (iii) memperkasakan 1,781 buah kelas Tadika Perpaduan yang sedia ada di seluruh negara sebagai sebuah platform pendidikan awal untuk menyemai nilai-nilai perpaduan di kalangan lebih 40,000 orang kanak-kanak berumur enam tahun. Pendidikan awal di Tadika Perpaduan berupaya membentuk jati diri dan saling hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak pelbagai kaum; (iv) menjalankan kempen-kempen advokasi awam dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan atau NGO untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menghina kaum dan agama sama ada di media cetak mahupun elektronik; dan (v) menyebar luas pendidikan kepelbagaian budaya atau multicultural education kepada pelajar sekolah, mahasiswa dan layak dengan memberi kefahaman tentang kedudukan mereka di dalam masyarakat. Peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia. Selain daripada usaha-usaha di atas Tuan Yang di-Pertua, hala tuju atau the way forward dalam masa yang sama kerajaan juga berusaha mengukuhkan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan ke arah usaha-usaha mengukuhkan perpaduan melalui program-program seperti berikut: (i) mengadakan Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi dan ini telah dijalankan di 18 buah lokasi di seluruh negara yang dilaksanakan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) bermula 22 Februari tahun ini hingga 31 Mac tahun ini juga. Ini ialah bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan yang berkesan bagi memperteguh perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan suatu pelan tindakan perpaduan negara akan dijangka dikeluarkan sebelum akhir tahun 2014; (ii) kerjasama melaksanakan program bersama NGO agama di bawah Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama atau JKMPA;

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pensiangan

(iii) pelaksanaan slogan perpaduan peringkat kebangsaan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 9 September baru-baru ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut melibatkan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC yang akan mempamerkan slogan tema perpaduan di setiap produk dan perkhidmatan mereka sesuai dengan tema, ‘Membudayakan Perpaduan dan Merayakan Kepelbagaian’; (iv) program penghayatan dan pengukuhan perpaduan juga dilaksanakan bersama swasta seperti, “Say Something Nice” kepada rakan-rakan kita oleh Anas Zubedy (M) Sdn Bhd; dan (v) kerajaan juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam memupuk perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, kita ingat Yang di-Pertuan Agong dalam titah ucapannya di Parlimen pada pembukaan persidangan Parlimen Dewan Rakyat, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas yang lepas, telah menyeru agar semua pihak mengelakkan daripada membuat sebarang kenyataan dan tindakan bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Terdapat banyak usaha kerajaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Pelbagai usaha dibuatkan sehingga untuk membawa rakyat dalam perpaduan. Apa yang kita rasakan apabila isu agama ini, isu perpaduan, isu kaum, dan sebagainya diperlekeh dalam Facebook, Twitter dan sebagainya akan melekat di jiwa dan perasaan kita sebagai seorang manusia.

Apa tindakan kerajaan selain daripada hanya apabila didapati bersalah dihukum dengan wang ringgit RM2,000 ataupun di penjara satu tahun enam bulan dan sebagainya. Tidakkah ada hukuman yang lebih berat kepada mereka yang suka mengadu-domba, yang merosakkan perasaan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun ini supaya hukuman sebat juga diberi kepada pesalah-pesalah ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Pertama saya ingin mengatakan di sini bahawa pendekatan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ialah educational memberi kesedaran bertujuan untuk memantapkan dan memberi kesedaran kepada keseluruhannya betapa pentingnya perpaduan ini. Keduanya, berkaitan dengan soalan yang kedua itu iaitu sama ada bolehkah kerajaan mewujudkan undang-undang yang lebih keras lagi termasuklah membuat sebatan. Soalan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua bukan dalam bidang saya untuk menjawab. Seperti saya katakan sebentar tadi kami punya pendekatan ini ialah untuk memberi kesedaran, educational dan juga lain-lain yang baik untuk memberi kesedaran kepada rakyat sebenarnya. Jadi sebenarnya saya percaya Yang Berhormat nanti apabila berbahas di peringkat Jawatankuasa dalam perbahasan kita sekarang ini boleh mengemukakan soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan. Sekian.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya rasa Tuan Yang di-Pertua soalan ini patut dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia ataupun Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kerana sudah jelas bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak ini. Saya hendak merujuk kepada beberapa buah laman Facebook racist yang sering membuat tuduhan jahat dan tidak berasas yang liar terhadap DAP. Baru-baru ini ada laman Facebook yang bernama, “Boikot Barangan Cina DAP Ori” yang telah membuat satu tuduhan mengatakan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempromosikan arak dalam sekolah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sekolah ini di dalam kawasan saya SJK(C) Kok Ming Nilai. Kononnya mereka menuduh bahawa sekolah ini mempromosikan arak kerana telah meletakkan satu banner di perkarangan sekolah itu Konsert Amal Tiger. Konsert Amal Tiger ini ialah satu konsert amal yang ditaja oleh syarikat arak di sekolah Cina yang sudah lama 20 tahun Tiger ini sponsor sekolah-sekolah Cina ini dan mereka tuduh bahawa kerana hanya ada satu banner dalam sekolah itu sekolah cina mempromosikan arak dan menuduh saya sebagai Ahli Parlimen Seremban meluluskan program ini di sekolah. Saya Ahli Parlimen pembangkang hendak masuk sekolah pun tidak dibenarkan, apatah lagi boleh meluluskan program dalam sekolah. Jadi ini satu tuduhan jahat, tuduhan liar oleh sekumpulan daripada ekstremis-ekstremis ini yang menggunakan Facebook untuk membawa unsur-unsur hasutan dan perkauman terhadap kaum Cina dan saya hendak tanya apakah tindakan daripada pihak kerajaan terhadap elemen-elemen macam ini? Ini kerana menuduh sekolah Cina sebagai mempromosikan arak kerana kerajaan tidak memberikan peruntukan yang mencukupi kepada sekolah Cina. Oleh sebab itu mereka terpaksa bergantung kepada syarikat-syarikat arak untuk membuat program- program ini dan ini tidak ada tindakan daripada pihak kerajaan terutamanya laman Facebook ini “Boikot Barangan Cina DAP Ori” Cukup racist! Cukup menghasut mesej-mesej dalam Facebook ini dan saya rasa perlu ada tindakan yang sewajarnya dan tindakan yang serius daripada kerajaan...

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya hendak tanya, apakah tindakan daripada kerajaan terhadap Facebook ini? Terima kasih.

Terima kasih. Nampaknya sudah berhabis-habisan. Terima kasih. Ya, betul saya akui. Seperti mana saya katakan awal-awal tadi bahawa jabatan saya tidak mempunyai kuasa. Kami tidak memegang undang-undang untuk memperkuatkan undang-undang itu tetapi kalau ada sebarang apa tuduhan yang menyakitkan hati Ahli Yang Berhormat, maka tanggungjawab Yang Berhormat itu ialah membuat laporan kepada pihak-pihak tertentu bagi mereka untuk menyiasat dan kalau didapati munasabah dan sebagainya...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Laporan sudah dibuat.

Laporan sudah dibuat jadi mungkin kita tunggulah sehingga siasatan dibuat. Kita tunggulah. Setakat ini saya boleh cakap. Itu sahaja saya boleh cakap. Jadi oleh sebab Yang Berhormat sudah buat laporan tunggulah pihak berkuasa untuk membuat siasatan seterusnya dan mengambil tindakan. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tidak pernah ada tindakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Tadi kita pun dengar dalam Facebook macam-macam belasah sama mana-mana- kemungkinan kita tidak sukakah ataupun parti politik dia ada political mileagekah. Rakyat sekarang jadi isu. Selalu guna Facebook melalui- macam tadi Yang Berhormat Seremban kata, tulis macam-macam, condemn macam-macam. Siapa ajar, siapakah mula ini cerita? Ini DAP mengajar. Dalam masa pilihan raya itu masa, kita ada rekod semua...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tarik balik Yang Berhormat Bintulu. Apakah DAP mengajar?... DAP mana pernah hendak ajar?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Skandal PKFZ itu DAP juga...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ini dahulu Cyber Troopers yang ajar. Mana DAP pernah ajar...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

Sekarang saya mahu masuk soalan. Kita sekarang memang mahu freedom tetapi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kita cakap perpaduan tetapi kalau freedom ini tidak ada bottom line macam mana punya perpaduan pun tidak boleh success. Setujukah tidak Yang Berhormat Menteri?

Jadi atas perkara ini, kalau Facebook menuduh macam-macam, saya memang setuju. Yang Berhormat Sibuti, kita mesti mahu tindakan keras. Sampai pilihan raya dia tuduh sampai dia punya nenek, dia punya emak, semua private- pun hentam habis-habis. Kita tidak ambil tindakan. Ini parti punya imej pun kita biarkan. Saya mahu minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apa tindakan dalam menyelesaikan masalah ini? Sekian, terima kasih. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua ada panas sedikit tapi mesti mahu selesai masalah ini.

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Penggunaan sosial media ini dalam pendapat saya sendiri, we must be responsible. Saya berpendapat kemudahan sosial media ini diberi kepada rakyat kemudahan-kemudahan tertentu, tetapi janganlah sehingga kita menggunakan sosial media ini untuk mengguris perasaan lain kaum atau lain pihak. Ini terserah kepada diri kita sendiri untuk bertanggungjawab, untuk menggunakan sosial media ini. Jadi kalau ada orang yang didapati menyalahgunakan ini- saya pernah berdiri di Dewan yang mulia ini mengatakan dengan jelas bahawa, kalau ia sudah didapati menyalahi undang-undang, maka saya setuju sangat kita patut mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

4. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) apakah jenis ubat yang digunakan oleh pusat-pusat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memulihkan pelatih-pelatih; dan (b) setakat mana usaha-usaha kementerian menggunakan kaedah perubatan alternatif dalam memulihkan para pelatih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terdapat pelbagai kategori ubat-ubatan yang digunakan di Pusat Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan bagi membantu dan memulihkan penagih dadah ataupun dipanggil klien. Ubat-ubatan yang digunakan adalah berdasarkan standard yang diguna di seluruh dunia. Bagi pemulihan penagihan AADK melaksanakan Medically Assisted Therapy, dengan izin, ataupun MAT menggunakan methadone iaitu jenis dadah gantian bagi merawat ketagihan dadah jenis opiate seperti heroin dan morfin. Sehingga Ogos 2014 sebanyak 59 facility AADK telah melaksana program methadone dengan jumlah keseluruhan klien sebanyak 6,536 orang klien berdaftar. Methadone dapat membantu mengurangkan ketagihan opiate, mengurangkan kesan sindrom tarikan dan membantu mengurangkan kesan psikologi serta emosi semasa proses pengunduran ataupun withdrawal, dengan izin. Selain daripada itu, pengambilan methadone dapat mengurangkan risiko jangkitan hepatitis ‘B’, ‘C’ dan juga HIV ataupun AIDS melalui jangkitan jarum. Methadone juga memberikan harapan baru setiap hari di mana penyelarasan dos sekali sehari dapat menghentikan kesan kerosakan otak, menghalang kesan ketagihan dadah lain, mengurangkan perlakuan jenayah, meningkatkan tahap hidup klien dan membantu mengubah kehidupan klien menjadi lebih bermakna dan produktif. Kategori ubat-ubatan lain yang diguna di Pusat Pemulihan AADK adalah seperti berikut: (i) ubat-ubatan untuk penyakit ringan sebagai contoh ubat demam, paracetamol, ubat batuk, diphenhydramine expectorant syrup, ubat selesema, ubat untuk rawatan lelah, ubat gatal serta krim sapu untuk pesakit kulit dan lain-lain ubat untuk rawatan ringan; (ii) ubatan sampingan di bawah salinan pegawai seliaan pegawai perubatan seperti antibiotik, ubat tahan sakit seperti meloxciam bagi membantu mengurangkan withdrawal akibat daripada penghentian pengambilan dadah; dan

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

(iii) ubat-ubatan yang diberi oleh pakar-pakar yang merawat klien di hospital atau klinik kesihatan. Klien akan dipantau pengambilan ubat-ubatan mereka sepanjang berada di pusat pemulihan. Antaranya ialah ubat psikotropik untuk mengurangkan simptom withdrawal psikosis seperti- ubat tidur, ubat untuk penyakit kemurungan untuk rawatan penyakit tibi dan HIV. Selain kaedah penggunaan ubat-ubatan kepada klien, AADK turut melaksana cognitive behavior therapy iaitu jawapan nombor dua. Melalui penggunaan software permainan komputer yang direka khas untuk meringankan fungsi kognitif yang disertai penilaian bagi setiap sesi yang dijalankan. Cognitive remediation therapy ataupun CRT berupaya untuk membantu dan memberi fokus terhadap klien yang menghadapi masalah kognitif. Rawatan CRT dibangunkan untuk membaik pulih fungsi kognitif melalui kaedah peningkatan kemahiran seperti berikut: (i) kemahiran memberi tumpuan; (ii) kemahiran exclude tip; (iii) kemahiran mengembalikan memori; (iv) kemahiran visualisi; (v) kemahiran menyelesaikan masalah; (vi) kemahiran komunikasi. Rawatan ini dilaksana sebagai projek perintis di Klinik Cure & Care di Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Program yang disebutkan tadi iaitu program yang menggunakan methadone yang diadakan perintis program rawatan semenjak tujuh, lapan tahun yang lalu ialah satu program rawatan terapi gantian iaitu kita gunakan methadone sebagai gantian kepada dadah yang diambil oleh pesakit-pesakit. Akan tetapi ada juga laporan walaupun program ini menunjukkan ada kesannya, kesannya iaitu memang ada pemulihan tetapi ada juga laporan yang mengatakan dan laporan ini juga ada di Barat, di US dan sebagainya. Mengatakan bahawa ini akan juga mengakibatkan, dengan izin, addictive and habit forming. Maknanya dia bergantung kepada dadah itu digantikan dengan methadone dan ia bergantung dengan menjadi addictive kepada methadone ataupun dikatakan habit forming. Jadi perkara yang perlu kita lakukan ialah bagaimana cara kita menghapuskan ataupun pemulihan, total recovery? Ada pusat rawatan persendirian yang menggunakan herba di negara kita ini tetapi setakat manakah kita kerajaan bekerjasama dengan pusat- pusat berkenaan yang tidak diiktiraf sebagai pusat perubatan tetapi menjalani pemulihan pesakit-pesakit yang tidak mengakibatkan gantian ataupun menggunakan dadah gantian untuk menggantikan dadah seperti yang digunakan, yang mengakibatkan pesakit itu. Jadi setakat mana kerjasama ataupun kemampuan kerajaan untuk bekerjasama dengan pusat- pusat rawatan ini dan mengiktiraf mereka? Sama-sama menjalani program rawatan dan diamalkan sekiranya didapati bahawa menggunakan perubatan berasaskan herba ini memberi kesan yang baik. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dua soalan tambahan. Pertama, persoalan kemungkinan bahawa methadone yang diguna pakai untuk mengubat mereka yang ketagih ini berkemungkinan ketagih pula dengan methadone. Jadi jawapannya Tuan Yang di-Pertua ialah tidak kalau pelaksanaan ataupun preskripsi kepada klien di bawah control dan jagaan AADK yang dibawa diprescribe oleh doktor dan pembantu doktor di pusat-pusat dan di klinik yang tertentu. Akan tetapi yang di luar sana memang boleh berlaku kalau mereka mendapat secara curian membeli methadone di luar kawalan pihak AADK. Itu yang pertama.

Kedua, soalan macam rawatan yang berlaku di Eropah. Di Eropah Tuan Yang di- Pertua, mereka bebas membeli methadone ini dari farmasi-farmasi di luar tetapi kita di control sebab ia hanya boleh diguna dan dilaksanakan di dalam klinik-klinik tertentu. Jadi dalam keadaan sedemikian klien-klien kita di klinik tidak akan terjebak dengan ketagih methadone selepas hilang ketagih morfin ataupun dadah yang lain tadi. Kedua, soalan apa kerjasama kita dengan pihak-pihak yang melaksanakan herba dan alternatif lain di seluruh negara. Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua telah melawat dua, tiga buah pusat yang mana mereka menggunakan satu sudut spiritual melaksanakan dengan sudut agama, dilaksanakan khususnya dalam Agama Islam menggunakan semua soalan ajaran-ajaran agama sebagai latihan. Untuk makluman-makluman Yang Berhormat, penagih-penagih dadah yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat-pusat pemulihan sentiasa diberi program kerohanian keagamaan secara berterusan mengikut tahap dan latar belakang pengetahuan agama yang dimiliki. Jadi di sini semua dari sudut akidah, syariah, fiqah, akhlak, kelas pengajian Al-Quran dan sebagainya kita gunakan. Kita melihat pusat-pusat yang sedemikian ada juga kesan-kesan positif yang kita lihat.

Kedua, menggunakan ‘hubble’. Hubble ini juga kita kena bekerjasama dengan pihak universiti untuk mengkaji sama ada hubble yang digunakan itu selamat, ada kesan sampingan yang lain ataupun tidak. Ini kita kena kaji dan kita tidak boleh semberono untuk mengikut langkah-langkah yang dibuat oleh mana-mana pihak lain kerana kita mewakili kerajaan. Kita tak hendak sebagaimana Yang Berhormat sedar tadi, hilang sakit satu, timbul sakit satu lain lagi. Jadi, dengan keadaan sedemikian, kita melaksanakan ini dengan secara berhati-hati. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kita akan melaksanakan revamp kita punya Dasar Dadah Negara tidak lama lagi. InshaaAllah pada tahun yang akan datang kita akan laksanakan. Dengan itu kita akan melihat sudut-sudut yang boleh kita bekerjasama untuk menangani masalah ketagihan dadah. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah dadah ini bukan masalah baru. Ia masalah yang serius dan kerajaan, pemerintah melihat perkara ini dengan serius kerana penubuhan Majlis Pencegahan Dadah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Jawatankuasa Kabinet Pencegahan Dadah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya dahulu duduk dalam kedua-dua jawatankuasa tersebut. Melihat kepada penagihan dadah, banyak kajian yang dibuat, yang wujud dalam Lancet British Medical Journal dan juga kajian-kajian yang dibuat oleh universiti dalam negara bahawa penagihan dadah ialah satu penyakit. Dia macam penyakit kencing manis, darah tinggi, bukan penyakit kena kencing [Ketawa] Banyak akta yang mengawal perkara-perkara tersebut oleh sebab roh dan semangat penagihan dadah ini telah bertukar daripada penagihan kepada penyakit, maka sudah tentu akta-akta yang dahulu itu sudah tidak relevan. Di dunia merawat penagih dadah dari sudut punitif atau hukuman sudah tidak relevan lagi. Oleh sebab dia penyakit, maka ia perlu dirawat secara holistik, secara kasih sayang. Soalan saya, adakah pemerintah bersedia untuk menyeragamkan semua akta? Akta Dadah Berbahaya, Drug Sales Act sebagai contoh dan juga menyediakan akta baru. Supaya ini dapat kita selesaikan dalam bentuk perundangan yang baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sekian.

Terima kasih Tan Sri. Sebenarnya Tan Sri, apabila Menteri dan saya masuk ke kementerian ini pada bulan Mei tahun 2003, arahan yang pertama saya dapat daripada pihak Menteri dan kementerian ialah untuk mengkaji semua undang-undang di dalam KDN, ada 44 undang-undang.

Di antaranya yang saya sasarkan ialah Undang-undang Dadah. Oleh sebab apa sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi memang betul, pendekatan ataupun approach antarabangsa seluruh dunia sekarang adalah untuk membahagikan dua perkara iaitu approach untuk menangkap. Mereka yang betul-betul terlibat dengan pembuatan, penjualan, pengedaran, pengeksportan dadah, perniagaan dalam dadah. Ini kita kalau dadah itu yang dadah berbahaya, kita akan berkeras akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada pada kita. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita juga mempunyai sudut pemulihan dan treatment kepada mereka yang didapati ketagih dadah. Jadi, dasar ini pada awalnya dia masih ada pertalian yang kurang samar-samar di perantaraan. Jadi, dalam itu kita telah mengkaji undang-undang ini. Semua tiga undang- undang berhubung dengan dadah ini saya tengah mengkaji. Saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri dan secara umumnya, secara prinsipnya Yang Berhormat Menteri telah bersetuju untuk kita pinda undang-undang kita supaya kita betul-betul aturkan yang ini penguatkuasaan yang akan dibuat juga dan yang ini untuk pemulihan dan perubatan yang kita akan laksanakan selaras dengan Dasar Dadah Negara yang kita akan perbaiki pada tahun 2015. Sebelum bulan Jun, inshaaAllah kita akan bentangkan di Dewan ini Tuan Yang di-Pertua. Jadi, semua ini telah dalam tindakan kita dan kita telah merancang dengan AG untuk meminda undang-undang untuk menggubal undang-undang ini yang baru. Terima kasih...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Bharu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang. Isu dadah ini isu yang besar. Musuh nombor satu negara. Saya hendak ucap tahniah kepada AADK terutamanya yang telah mengambil langkah yang begitu proaktif menangani masalah dadah ini. Cuma saya hendak tanya, ada satu lagi aspek penyalahgunaan dadah ini yang mungkin kurang diberikan perhatian oleh AADK iaitu penyalahgunaan dadah di kalangan ahli-ahli sukan. Pengambilan dadah-dadah yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC) misalnya, steroid, anabolic dan sebagainya. Jadi, aspek ini tidak diberikan perhatian sangat oleh AADK sedangkan kita melihat gejala ini sedang berlaku di kalangan ahli-ahli sukan kita. Sebagai contohnya, baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang walaupun belum disahkan lagi, seorang ahli atlet kita di peringkat dunia gagal ujian anti-doping, sample ‘A’ dalam satu penganjuran sukan antarabangsa. Jadi, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, apa peranan AADK dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan atlet dan ahli-ahli sukan kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, apabila persoalan ada hubung kait dengan sukan, kebanyakannya kita serahkan perkara ini kepada kementerian yang berkenaan. Begitulah juga bahkan perbincangan berhubung dengan penggunaan dadah di kalangan atlet, kementerian kita tidak mendapat jemputan daripada satu mesyuarat antarabangsa yang baru berlaku di London. Saya dihantar SMS oleh rakan sejawat saya dari Singapura sama ada pergi ataupun tidak. Nampaknya saya tidak ada jemputan. Jadi, dalam keadaan sedemikian, pendekatan kita ialah hanya secara apa yang kita sebutkan tadi. Kalau ada keperluan, AADK dan pihak polis akan mengambil tindakan yang sama. Sebagaimana yang kita buat apabila berlakunya satu karnival muzik yang berlaku baru-baru ini yang mendatangkan satu malapetaka yang besar yang mana beberapa orang rakyat Malaysia juga telah mati menggunakan dadah. Jadi, dalam keadaan ini Yang Berhormat, pendekatan kita, saya akan berbincang dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan macam mana kita mengatasi masalah ini bersama. Terima kasih.

Ahmad bin HamzahUMNO · BNJasin · question

5. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah-langkah pencegahan yang bakal diambil untuk menangani keadaan inflasi yang ketara dijangka akan melanda negara pada tahun 2015/2016.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menitik berat kesejahteraan rakyat dengan memantau rapi perkembangan luaran dan domestik bagi menilai kesan inflasi kepada pertumbuhan ekonomi. Jika dilihat pada trend inflasi pada keseluruhannya, kadar inflasi adalah terkawal di mana pada tahun 2011, kadar inflasi didapati meningkat kepada 3.2 peratus disebabkan kesan kenaikan harga minyak dan komoditi makanan yang ketara di pasaran dunia sejak pertengahan tahun 2010. Malahan kadar inflasi didapati sederhana pada 1.6 peratus pada tahun 2012 dan kekal rendah pada 2.1 peratus pada tahun 2013. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2014, inflasi telah mencatat peningkatan sebanyak 3.3 peratus. Pada tahun 2015, inflasi dijangka purata antara 4 peratus hingga 5 peratus, sebahagiannya disebabkan oleh penyelarasan harga bahan api serta pelaksanaan GST. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menangani masalah berkaitan kenaikan inflasi, kerajaan telah dan akan melaksanakan beberapa langkah untuk mengawal inflasi dan mengurangkan kesannya ke atas golongan rakyat. Ini termasuk, pertamanya, menambah baik program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mengurangkan bebanan hidup golongan berpendapatan rendah. Dalam Bajet 2015, penerima BR1M akan menerima kadar yang lebih tinggi iaitu bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima RM950 berbanding dengan RM650 sebelumnya. Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM750 berbanding dengan RM450.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Selain itu, bagi mereka yang bujang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah, turut menerima kenaikan bantuan sebanyak RM350 berbanding dengan RM300 sebelumnya. Kedua, meneruskan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Ketiga, melaksanakan program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada setiap pelajar. Keempat, bagi membantu petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan, bermula tahun 2015, kerajaan akan membuka 65 buah pasar tani kekal dan 50 buah pasar ikan yang beroperasi setiap hari di beberapa buah lokasi terpilih. Setakat ini, terdapat 526 buah pasar tani dan 50 buah pasar ikan di seluruh negara. Kelima, menambah pengeluaran makanan tempatan serta menambah baik kecekapan pengedaran seperti aktiviti jualan secara langsung produk pertanian kepada pengguna melalui pasar tani dan Agrobazar oleh pihak FAMA untuk memastikan harga barangan yang kompetitif. Selain itu, turut memperkenalkan program lelongan sayur- sayuran berkualiti dengan harga berpatutan di 85 lokasi pusat operasi urus niaga FAMA dan pasar tani terpilih di seluruh negara; Keenam, meneruskan penyediaan alternatif barangan keperluan yang lebih murah melalui Kedai Rakyat 1Malaysia dengan menambah lagi 20 buah kedai di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, terdapat sebanyak 125 buah kedai KR1M yang telah beroperasi. Ketujuh, menambah 30 buah Klinik 1Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 290 buah di seluruh negara. Kelapan, menguatkuasakan pelaksanaan Akta Kawalan Harga ada Antipencatutan dan Akta Persaingan untuk meminimumkan kemungkinan peniaga mengambil keuntungan yang berlebihan dan menggalakkan persaingan perniagaan yang sihat. Akhirnya, meningkatkan kesedaran pengguna melalui penyenaraian harga makanan utama melalui Portal 1Malaysia Pengguna Bijak untuk membolehkan pengguna membuat perbandingan harga dan pilihan tepat sebelum membuat pilihan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Inflasi satu isu yang cukup membimbangkan yang akan menjejaskan kehidupan seharian dengan peningkatan kos sara hidup. Pada awal tahun ini, inflasi mencatatkan 3.4 peratus akibat daripada kenaikan tarif. Walaupun ia menurun pada September tahun ini tetapi kita jangka ia akan terus meningkat apabila kita memperkenalkan kenaikan harga petrol dan diesel mulai bulan Oktober. Apabila GST dimulakan pada April 2015, angkanya akan terus meningkat. Daripada GST sahaja kita jangka sebanyak 1.8 peratus. Jadi soalan saya, apa langkah-langkah lain yang akan dibuat oleh kerajaan bagi mendidik rakyat supaya membuat persediaan awal kerana kita jangka bukan itu sahaja, pada bulan Mei tahun 2015, kerajaan telah merancang untuk merasionalisasikan petrol dan diesel. Ia akan menambahkan lagi kerumitan kenaikan kadar inflasi. Keduanya, kita dapat lihat Tuan Yang di-Pertua, kita ucap tahniahlah kepada kerajaan. Akan tetapi untuk meningkatkan kemampuan serta keberkesanan jentera dan penguatkuasaan yang kita lihat kurang credible ini, apakah yang patut kita buat sekarang? Kita hendak tanya kepada kerajaan, pertamanya, apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk mengawal imported inflation? Keduanya, apakah langkah kerajaan untuk meruntuhkan kartel-kartel yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan? Ketiganya, apakah langkah kerajaan memastikan supaya peniaga-peniaga menurunkan harga barang apabila GST diperkenalkan? Ini kerana selama ini dia mengenakan kita SST ataupun kepada barang-barangan yang tidak ada GST langsung. Kita nak memastikan supaya peniaga ini tidak mengambil kesempatan untuk menganiaya rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan. Daripada segi pelaksanaan GST, kita tahu bahawa dalam bajet baru-baru ini, Bajet 2015 yang diumumkan, kerajaan juga telah mengecualikan barangan tambahan dan juga perkhidmatan dan juga termasuklah petrol dan diesel daripada GST. Dengan adanya pengecualian barangan-barangan ini, ia sebenarnya telah mengambil- keseluruhan dianggar adalah sebanyak RM3.8 bilion. Selain daripada itu, apabila GST dilaksanakan, kerajaan juga akan mengurangkan cukai pendapatan individu sebanyak 1 peratus hingga 3 peratus di mana seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan. Selain itu, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Selain itu, pada bulan Januari, kerajaan di bawah KPDNKK akan juga mengeluarkan shoppers guide untuk membolehkan pengguna-pengguna membuat perbandingan antara harga. Tadi yang dibangkitkan mengenai isu-isu seperti imported inflation, isu di mana terdapat kartel peningkatan harga dan juga peniaga-peniaga yang tidak mengurangkan SST tetapi mungkin menambah GST di atas SST, kerajaan telah meluluskan di dalam Dewan ini Akta Antipencatutan 2010 dan dengan ini, saya yakin di bawah KPDNKK, penguatkuasaan akan dilaksanakan. Daripada segi kartel ini, baru-baru ini kita melihat memang melalui Akta Persaingan peniaga-peniaga yang telah mengumumkan kenyataan untuk menaikkan harga secara keseluruhan untuk semua ahlinya, telah diberi amaran dan juga telah diberi denda. Maka, ini merupakan langkah-langkah yang diambil, tetapi akhirnya kita juga memerlukan sokongan daripada pengguna-pengguna untuk memberitahu terutamanya kepada KPDNKK apabila GST dilaksanakan. Melalui shoppers guide, kalau terdapat kenaikan yang ketara atau berlebihan daripada apa yang patut, mereka haruslah memberi maklumat ini kepada pihak KPDNKK supaya kerja-kerja dan langkah-langkah tambahan boleh diambil. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mengakui bahawa inflasi pada tahun hadapan akan mencecah 5 peratus. Pada 5 peratus itu bermakna peningkatan satu kali ganda berbanding dengan inflasi biasa dalam dua tiga tahun yang lepas iaitu di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Maknanya walaupun 5 peratus itu rendah Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi kadar peningkatan itu dua kali. Dalam jawapan sebentar tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mengakui salah satu sebab utama adalah kerana kenaikan harga minyak dan tahun hadapan akan ada satu lagi siri rasionalisasi ataupun penarikan balik subsidi. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kesemua hujah yang dibuat oleh kerajaan selama ini mengenai kenaikan harga minyak adalah bersandarkan kepada kononnya harga minyak mentah yang tinggi di dunia. Dengan harga minyak mentah yang telah jatuh mendadak sebanyak hampir 30 peratus dan dijangkakan dalam tahun 2015 akan kekal pada harga USD80 setong berbanding dengan USD100 setong sekarang, bukankah kesemua alasan itu sudah tidak boleh diguna pakai dan bukankah cara yang terbaik untuk menurunkan inflasi ialah dengan menurunkan harga minyak dan menghentikan sebarang usaha untuk menarik balik subsidi minyak daripada rakyat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Nombor satu, daripada segi harga minyak di negara kita walaupun pada masa sekarang sebenarnya tidak mengikut harga antarabangsa kerana selama ini kerajaan memperuntukkan subsidi untuk semua harga pam. Pada masa sekarang memang terdapat penurunan daripada segi harga antarabangsa. Akan tetapi, adakah trend ini akan berlarutan? Kita tidak dapat melihat sama ada trend ini akan berlarutan dengan hanya data- data yang ada pada hari ini. Akan tetapi kerajaan tentu akan melihat daripada segi penyamaan harga antarabangsa dengan menggunakan sistem APM untuk menstabilkan harga di mana akhirnya yang paling penting adalah untuk kita mengurangkan subsidi yang telah diberi. Akan tetapi, kalaulah harga memang adalah kurang dari USD80, tentu kerajaan akan menilai dan membuat keputusan yang sewajarnya. Terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh? Pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Pendek saja. Sila Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Yang Berhormat Bakri. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian berhasrat mengurangkan 6 peratus GST kepada 1 peratus, 2 peratus dan 3 peratus. Sekian terima kasih. Minta penjelasan.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Terima kasih atas soalan tambahan. Kita semua sedia maklum bahawa GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan pada masa sekarang kalau dibandingkan di negara ASEAN adalah terendah dan kalau dibandingkan dengan 160 buah negara, kita merupakan salah satu buah negara di mana kadar GST yang dikenakan adalah rendah. GST ini adalah untuk menggantikan cukai perkhidmatan dan juga cukai barangan iaitu sales tax dan service tax sebanyak 10 peratus dan 6 peratus. Maka tidak adalah cadangan untuk mengurangkan kadar sebanyak 6 peratus sehingga 1 peratus atau 2 peratus. Terima kasih.

Charles Anthony a/l SantiagoDAP · PHKlang · question

6. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan pelan tindakan bagi mencegah kemalangan di tempat kerja seperti yang berlaku di tapak pembinaan MRT, yang telah menyebabkan kematian pekerja. Apa langkah kementerian untuk mengukuhkan serta menguatkuasakan keselamatan tempat kerja selain meningkatkan kadar denda.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MutallibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Klang.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MutallibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tuan Yang di-Pertua, pertama terlebih dahulu saya mohon izin utk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Klang bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Shah alam pada 5 November 2014, Yang Berhormat Selayang pada 10 November 2014, Yang Berhormat Kuala Krai pada 11 November 2014, yang bertanyakan soalan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja, iaitu soalan yang hampir sama. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) komited dalam memastikan tempat kerja di tapak bina adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja dengan menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139] dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]. Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah yang diambil oleh kementerian, kerajaan dan JKKP bagi memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sektor pembinaan bukan saja di projek MRT ataupun LRT, bahkan di tempat-tempat yang lain. Adalah di antaranya tindakan yang telah pun kita ambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di sektor pembinaan di tahap yang baik adalah seperti berikut: (i) kementerian dan kerajaan ada menubuhkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kementerian Sumber Manusia yang dianggotai oleh berbagai-bagai latar belakang individu termasuklah daripada majikan, daripada kesatuan sekerja dan sebagainya; (ii) menjalankan pemeriksaan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tapak bina. Sehingga bulan Ogos 2014, sebanyak 5,286 jumlah pemeriksaan di sektor pembinaan telah pun dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; (iii) mengambil tindakan undang-undang bagi majikan yang gagal mematuhi peruntukan, perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Sehingga Ogos 2014 sebanyak 2,633 jumlah tindakan perundangan telah diambil oleh JKKP atas sektor pembinaan. Bilangan tindakan undang-undang dan kes pendakwaan ke atas sektor pembinaan oleh JKKP secara perbandingan ialah 2010 sebanyak 355, 2011 sebanyak 204 tindakan kita ambil, 2012 sebanyak 1,073, 2013 sebanyak 1,065 dan pada tahun ini sahaja sehingga Ogos berjumlah 2,633 tindakan undang-undang telah pun diambil; (iv) menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan galakan secara berterusan seperti kempen keselamatan dan kesihatan, Minggu Keselamatan dan Kesihatan peringkat nasional, Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia, dialog, media massa, elektronik dan juga kita turun ke bawah, kita mengadakan Ops in School. Maknanya kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah-sekolah di peringkat anak-anak pelajar kita; (v) memberi pengiktirafan ke atas syarikat-syarikat yang mempunyai sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terbaik seperti Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan yang dibuat setiap tahun di bawah Majlis Negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan (vi) menyediakan program-program latihan yang berkaitan dengan aktiviti pembinaan di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH). Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan kes yang melibatkan projek MRT dan LRT kita ada tindakan yang telah pun diambil.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MutallibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tindakan yang diambil oleh JKKP bagi mengenakan mengenai cabaran dan isu menangani mengenai sektor pembinaan di projek MRT adalah seperti berikut: (i) JKKP telah menubuhkan safety patrol unit, dengan izin, di JKKP Selangor dan JKKP Wilayah Persekutuan, kerana MRT dan LRT ini di Selangor dan Wilayah. Oleh sebab itu kita melihat keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan saja di Selangor dan Wilayah tetapi oleh sebab Yang Berhormat dari Klang, dia tanya tentang Selangor tapi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak; (ii) bagi melakukan rondaan dan pemeriksaan di sepanjang kawasan projek MRT dan LRT. JKKP meningkatkan kekerapan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tapak bina melalui pemeriksaan yang teliti, pemantauan berterusan serta pemasangan papan tanda amaran di kawasan- kawasan pembinaan; dan (iii) JKKP menjalankan operasi pemeriksaan mengejut di tapak pembinaan dari semasa ke semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Semalam saya telah baca satu artikel yang bertajuk, “An Analysis of Accidents Statistics In Malaysian Construction Sector”. Dua orang pensyarah, satu dari Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi Mara dan satu lagi dari Universiti Malaysia Sarawak. Di mana kedua-kedua pensyarah ini mengatakan bahawa dan saya bacakan dalam bahasa Inggeris. “Based on the method and waste this accident occur in the construction sector, it is undeniable that most community was conclude that employers are at fault and the welfare of these workers is addressed. Others belief is the attitude of workers themselves that cause this accident.” So, ini bermaksud bahawa masalah ini bukan sahaja segolongan tapi juga pihak employer dan juga pihak pekerja, kedua-dua sama. Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah, apa ini bermaksud bahawa enforcement kerajaan lemah dan bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu Dewan yang mulia ini beberapa orang pegawai enforcement yang sedia ada untuk enforce isu-isu berkait dengan Akta Kilang dan Jentera yang dikhaskan untuk sektor pembinaan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Klang atas keprihatinan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Saya di peringkat awal, soalan kedua saya tadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyebutkan bahawa kita ada 25 akta yang khusus berkaitan terutama untuk pekerja- pekerja. Oleh sebab itulah, kita mengambil perhatian yang cukup serius atas kemalangan- kemalangan ini. Kita hendak pastikan supaya kalau boleh zero kemalangan, tidak ada kemalangan yang berlaku. Sebab itulah saya di mana-mana program yang kita buat, kita ingin memberikan kesedaran kepada kesatuan sekerja. Akta-akta yang ditubuhkan dan dibentuk kerajaan ini jangan kita tinggalkan begitu saja, tetapi kita hendak supaya majikan memahaminya, kesatuan sekerja memahaminya dan kalau boleh pekerja-pekerja memahaminya apakah faedah, apa kepentingan yang ada dalam akta-akta ini. Inilah kadang-kadang yang berlaku...

Enforcement kerajaan.

Ya sekejap, sekejap. Oleh sebab itulah kita sebenarnya banyak- seperti yang saya sebutkan tadi kita membuat pelbagai tindakan penguatkuasaan kepada kilang-kilang dan sebagainya, tempat-tempat kerja ini. Umpamanya statistik pemeriksaan di sektor pembinaan oleh JKKP. Tahun 2012 - 6,500 lebih, 2013 – 7,000 lebih. Sehingga Ogos kita sudah buat tahun ini ialah 5,000 lebih.

Bilangan tindakan undang-undang pendakwaan di sektor pembinaan sehingga hari ini, sehingga Ogos kita sudah buat sebanyak 35...

[Bangun]

Nanti sekejap Yang Berhormat, nanti. Yang Berhormat bertanya, kita ada 1,300 orang pegawai penguatkuasaan undang- undang ini. Jadi sebab itulah kalau kita saja kementerian ataupun kerajaan saja yang mengambil tindakan tetapi kesedaran di peringkat majikan dan kesedaran di pihak pekerja seperti mana yang didakwa oleh pengkaji itu dan juga oleh Yang Berhormat sendiri tidak berlaku, maka sudah tentulah kita tidak boleh mengurangkan kadar kemalangan ini.

Oleh sebab itu kesedaran di peringkat pekerja, di pihak majikan amat penting supaya sentiasa ada pada mereka dan memberikan kesedaran kepada pekerja bahawa mereka perlu menjaga. Oleh sebab itulah bagi kita banyak perkara yang kita lakukan Tuan Yang di-Pertua untuk mengatasi dan mengelakkan kemalangan berlaku kepada pekerja- pekerja di tapak pembinaan dan di tempat-tempat yang lain. Terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2015 Bacaan Kali Yang Kedua Dan USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2015Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion, empat ratus sembilan puluh sembilan juta, sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut. [29 Oktober 2014]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Pembahas pertama pada pagi ini Yang Berhormat Langkawi dan tolong ingat masa yang telah diagihkan. Selepas Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Sarikei. Sila Yang Berhormat.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2015 dalam Dewan yang mulia ini. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana membentangkan Bajet yang menyeluruh merangkumi semua golongan masyarakat dan negara. Saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara. Pertamanya ialah untuk memastikan Malaysia mencapai 100 peratus sara diri makanan asas utama padi demi keselamatan penawaran makanan negara, dengan izin, food supply security. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.] Dalam pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri kewangan merangkap Perdana Menteri telah memperuntukkan dana yang begitu besar iaitu RM6,000 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperkukuhkan rantaian bekalan makanan dan membantu para petani, penternak dan nelayan. Jumlah ini amat besar sesuai dengan kehendak rakyat, masyarakat dan negara yang mahukan kecukupan makanan untuk memastikan kehidupan rakyat dalam keadaan yang sempurna. Namun begitu saya berpendapat kerajaan juga perlu memberi penekanan dan tindakan bagaimana untuk memastikan negara ini mampu untuk berdikari mencapai 100 peratus pengeluaran makanan asas iaitu padi dan beras untuk negara kita. Kita jangan lagi terjebak seperti mana peristiwa Jun 2008 apabila berlaku krisis makanan dunia dan meletakkan kita dalam keadaan yang sangat membimbangkan apabila sebahagian besar makanan harian kita yang terpaksa diimport dari luar negara seperti negara Thailand, Vietnam dan India, mengurangkan atau menghentikan eksport mereka oleh sebab krisis cuaca dan sebagainya. Kita terperangkap dalam keadaan yang tidak bersedia. Nasib baik krisis ini tidak berpanjangan. Apa kata kalau krisis ini berpanjangan, contohnya negara-negara tersebut mengalami peperangan dan sebagainya. Dalam kata lain keadaan ini mendedahkan negara Malaysia kepada food supply insecurity, dengan izin. Di samping security of food supply, kita juga terdedah dengan ketidakmampuan untuk menangani kenaikan harga pasaran yang mendadak terhadap padi dan beras seperti yang pernah berlaku apabila berlaku krisis di mana harga ditentukan oleh demand and supply. Negara hanya mengeluarkan padi sejumlah 829,903 metrik tan pada tahun 2013 atau 524,372 metrik tan untuk beras yang merupakan hanya 70 peratus daripada keseluruhan penggunaan rakyat di negara ini. Ini memberi makna bahawa kita masih kekurangan 30 peratus keperluan tahunan dan peratus ini akan bertambah besar sekiranya tiada usaha meningkatkan output padi dan beras sedangkan rakyat Malaysia bertambah setiap tahun, dari 32 juta pada tahun 2014 akan mencecah kepada 40 juta pada tahun 2024. Ini membawa makna bahawa jurang ini akan bertambah besar apabila rakyat negara bertambah banyak tetapi pengeluaran tidak bertambah dengan banyak. Saya mohon mencadangkan kerajaan melihat kepada penggunaan teknologi jentera pertanian tanpa wayar dan menggalakkan jurutera dan siswazah pertanian menjadi petani moden dengan menggunakan teknologi dan mesin kawalan jauh yang berskala besar dengan memberi pendapatan lumayan melebihi RM10,000 hingga RM20,000 sebulan lalu dapat menarik minat ramai anak-anak muda menceburi diri dalam pertanian padi. Ini kerana kita difahamkan bahawa pada masa kini rakyat kita yang menanam padi hanyalah mereka yang berusia tua dan anak-anak muda tidak mempunyai keinginan yang tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian padi.

Satu lagi faktor ialah produktiviti pengeluaran padi bagi negara kita amatlah rendah berbanding dengan beberapa buah negara yang lain. Sebagai contoh, saya ambil Australia, 8.7 tan per hektar per year antara tahun 2000 hingga tahun 2008. Jepun, 6.4 tan per hektar per year. China 6.3 tan per hektar per year sementara Malaysia hanyalah 3.3 tan per hektar per year atau dengan kata lain produktiviti negara kita amatlah rendah iaitu 50 peratus berbanding dengan negara-negara yang saya sebutkan tadi. Ini memberi makna kita patut menghantar pakar dan orang-orang kita untuk mempelajari bagaimana tiga buah negara yang hebat ini dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran padi mereka dengan cara dan teknologi terkini yang digunakan. Dalam pengiraan kasar dengan penambahan jumlah produktiviti di negara kita, negara perlu menambah padi sejumlah 4.9 peratus setahun tetapi malangnya negara kita hanya mampu menambah 2 peratus setahun secara hitung panjang. Ini memberi maksud ketidakcukupan padi dan beras kita bertambah besar setiap tahun dan akan mengundang bencana kepada negara pada masa hadapan. Kawasan tanah untuk padi pula tidak bertambah malah berkurangan sejak tahun 1980-an, hanya 0.7 juta hektar ditanam padi. Akan tetapi daripada segi pengamatan saya terdapat pengurangan pada keluasan untuk menanam padi kerana ditambun untuk membina bangunan dan sebagainya. Kita pernah mencapai pada tahun 70-an, 0.78 juta hektar tetapi kini hanya tinggal 0.67 juta hektar. Maka dengan itu saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk menambahkan sebanyak 500,000 hektar tanah pertanian untuk padi bagi memastikan negara kita mampu untuk berdikari, sara diri padi untuk negara pada masa akan datang. Sekiranya tidak ada usaha ke arah ini, kita tidak akan mampu berdikari 100 peratus dan memberi kerugian aliran wang keluar ke luar negara di samping ia tidak ada food supply security untuk negara. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua ialah subsidi petrol. Pada tahun ini kerajaan dijangka terpaksa menanggung subsidi minyak sehingga hampir RM20 bilion berbanding tanggung lalu RM24 bilion menjadikan total subsidi negara mencecah lebih RM40 bilion. Semua kita sedia maklum dengan hasrat kerajaan mengurangkan subsidi minyak dalam program subsidy realization. Terdapat negara lain seperti di Thailand, Filipina dan Singapura yang menjual minyak mereka jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sementara Malaysia menjual dengan harga di bawah pasaran. Dengan kata lain, negara lain mengambil untung ke atas harga minyak dari rakyatnya sementara Malaysia memberi subsidi kepada rakyatnya. Sebagai contoh, Thailand menjual RON95 RM4.70 seliter, Filipina RM3.67, Indonesia RM3.38 sen dan Vietnam RM3.80 berbanding dengan Malaysia RM2.30. Baru-baru ini pihak kerajaan ada membuat cadangan untuk melaksanakan pecahan subsidi kepada subsidi penuh bagi pendapatan RM5,000 ke bawah, subsidi sebahagian bagi pendapatan RM5,000 hingga RM10,000 dan tiada subsidi bagi RM10,000 ke atas.

Walaupun ia merupakan satu cara yang baik untuk pengagihan subsidi kepada kumpulan bersasar tetapi mengundangkan reaksi negatif dari pelbagai pihak. Di sini saya ingin memohon izin untuk mencadangkan pendekatan yang berbeza secara lebih drastik. Memandangkan harga pasaran minyak RON95 sekarang ialah RM2.58 dan kerajaan menjualnya pada harga RM2.30, terdapat margin yang kecil iaitu 28 sen sahaja untuk menjadi subsidi sifar. Sekiranya subsidi minyak RON95 dihapuskan menjadi sifar, secara automatik kerajaan akan dapat menyelamatkan dalam anggaran RM17,000 juta setahun dan dapat digunakan jumlah ini untuk dikembalikan kepada keluarga yang memerlukan dalam kategori sama iaitu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Seputeh bangun.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan. Hendak tanya Yang Berhormat Langkawi, dengan sistem baru ini, macam mana ia dilaksanakan? Jadi bila kita hendak pergi memandu kereta pergi ke stesen minyak, jadi kena tanya gaji saya berapa ribu, bukan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Langkawi, duduk dahulu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Macam mana kalau isteri kepada seorang yang dapat gaji RM10,000 atau pun kurang dari itu, bagaimanakah mereka cakap dengan staf di kaunter petrol station? Jadi daripada segi pelaksanaan, saya masih blur dan masih ingat macam mana kita boleh buat macam ini? Kelihatannya kita sebagai Ahli Parlimen tidak ada chance dapat subsidi petrol tetapi mungkin pembantu kita ada. Jadi boleh saya dapat IC dia dan kata, “Ini kereta saya dan bolehkah saya dapat subsidi?” Saya hanya hendak tanya daripada segi pelaksanaan, macam mana ia dilakukan?

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sebenarnya cadangan daripada pihak kerajaan itu saya pun tidak dapat kepastian lagi, hanya mengatur cadangan dari kerajaan. Akan tetapi saya sedia maklum banyak kritikan dari Facebook dan sebagainya seperti mana Yang Berhormat Seputeh kata. Oleh sebab itu, saya hendak mencadangkan format yang baru. Ini yang saya hendak cakap ini [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Kita juga dapat hapuskan kerugian akibat daripada penyeludupan minyak penggunaan oleh kenderaan negara jiran dan penggunaan oleh pendatang apabila subsidi berada di tahap sifar. Bila kerajaan hapuskan subsidi RON95 dan biarkan diapung pada harga pasaran dunia dengan hitung panjang, julat moving average setiap tiga hari yang akan menyaksikan minyak RON95 turun naik silih berganti setiap hari mengikut harga pasaran dunia. Turun naik tiga hari ini akan menghapuskan masalah besar yang dihadapi oleh negara pada saat ini iaitu pengambilan kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga barang seperti sekarang dan menimbulkan isu besar rakyat setiap kali harga minyak dinaikkan. Julat dicadangkan tiga hari dan tidak boleh sebulan seperti RON97 kerana terlalu lama dan rakyat terlupa bila ia turun tetapi sentiasa riuh bila ia naik. Antara negara yang mengamalkan teknik ini ialah Thailand dan juga Australia. Di Australia misalnya menggunakan seven days rolling average yang saya mencadangkan agar negara kita sama ada menggunakan tujuh hari ataupun tiga hari agar masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh tadi dapat kita atasi. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga yang ingin saya bawa di Dewan yang mulia ini ialah…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Langkawi, saya belum dapat Tan Sri lagi.

[Ketawa] Saya nampak macam Tan Sri tadi. InshaaAllah, 44 kali sebut, Datuk [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Ketiga, penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar sekolah dan universiti. Semua rakyat dan masyarakat bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris dewasa ini amatlah penting sekali dalam dunia global tanpa sempadan. Bagi pelajar lepasan universiti, keupayaan bahasa Inggeris yang baik akan dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan di kilang-kilang besar antarabangsa dengan gaji yang lumayan memandangkan jumlah pekerjaan di sektor awam amat terhad ketika ini sementara peluang pekerjaan yang banyak di sektor swasta terbuka luas kepada mereka yang mampu berbahasa Inggeris. Akan tetapi malangnya baru-baru ini, dimaklumkan daripada 300 orang pelajar lepasan universiti, hanya enam orang sahaja mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Maka, saya rasa keadaan ini sudah amat kritikal dan menyebabkan banyaknya berlaku pengangguran walaupun memiliki segulung ijazah yang amat cemerlang.

Dunia menuju ke hadapan, kita kembali ke belakang. Negara lain seperti China dan Jepun, berpuluh-puluh juta orang rakyat mereka berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris kerana mereka tahu amat sukar untuk melakukan penembusan ekonomi dan sebagainya di dunia tanpa sempadan, tanpa mempunyai kemahiran bahasa Inggeris. Meningkatkan bahasa Inggeris pelajar bukanlah bermakna tidak patriotik kepada negara dan juga bahasa kebangsaan tetapi kita mahu keupayaan berbahasa Inggeris pelajar itu dinaikkan agar setaraf dengan keupayaan mereka berbahasa Melayu. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menekankan agar pelajar lepasan ijazah perlu lulus ujian MUET yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Langkawi, boleh gulung.

Okey. Namun begitu negara kita mempunyai perbezaan jurang yang amat jauh antara pelajar bandar dan luar bandar tentang penggunaan bahasa Inggeris. Di bandar, pelajar setiap hari didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris ini dan mereka turut menggunakannya apabila bergaul dengan pelbagai pelajar pelbagai bangsa dan latar belakang. Akan tetapi di luar bandar hampir sifar penggunaannya kerana ketiadaan keperluan berbuat demikian. Bagi menyediakan pelajar lepasan siswazah yang boleh menembusi pasaran global di masa kini dan akan datang, sama ada mahu atau tidak, kita perlu mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris bermula daripada peringkat awal persekolahan kita.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh mencelah sedikit?

Okey, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Langkawi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sedikit sahaja. Yang Berhormat Langkawi mungkin maklum bahawa Kementerian Pendidikan telah menyusun National Blue Ocean Strategy melalui program STEM iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Matlamatnya untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar di sekolah-sekolah rendah, sekolah menengah telah boleh menguasai empat bidang ini sebab empat bidang ini merupakan sebuah mata pelajaran yang boleh menempatkan mereka sebaris dengan pelajar-pelajar di dunia lain yang menguasai bidang-bidang teknologi, sains, kejuruteraan, dan matematik. Jadi apakah mungkin melalui program ini Yang Berhormat mungkin mencadangkan supaya program ini dapat diterapkan dengan lebih berkesan supaya hasrat kita untuk melahirkan pelajar-pelajar bukan saja menguasai bahasa Inggeris yang baik tetapi teknologi dan sains yang tinggi juga akan memastikan mereka merupakan insan yang mungkin berpotensi di pasaran?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Kinabatangan kerana penggunaan bahasa Inggeris dalam STEM ini akan dapat membantu pelajar dan rakyat negara ini pada masa hadapan untuk pekerjaan dan sebagainya. Saya ingin menambah sedikit lagi kalau boleh biarlah kita memulakan di peringkat sekolah rendah Tahun Satu dengan memastikan bahawa penggunaan aliran boleh dirombak menjadi 50 peratus bahasa Inggeris dan 50 peratus bahasa Kebangsaan. Tuan Yang di-Pertua saya hendak tambah sedikit tentang Langkawi, lepas itu habis, berhenti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Langkawi ini- alhamdulillah merupakan pusat pelancongan yang telah dibangunkan oleh kerajaan menjadi sebuah pusat pelancongan yang cukup baik. Jutaan Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sekarang yang memberi penekanan dan pemerhatian yang tinggi kepada Langkawi.

Langkawi memerlukan- kerana aktiviti yang cukup baik untuk menambahkan keselesaan pelancong dan menambahkan tarikan pelancong. Kita mempunyai hampir 30 penerbangan kapal terbang sehari ke Langkawi dan juga mempunyai berpuluh-puluh buah laluan feri setiap hari. Namun begitu, keadaan penggunaan feri amatlah tidak selesa. Jadi saya mohon mencadangkan supaya kerajaan memikirkan apakah mungkin Langkawi ini dapat dihubungkan dengan jambatan kereta api untuk meningkatkan keselesaan ke Pulau Langkawi? Sekian, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sarikei.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 yang telah dibentangkan kelihatan manis tetapi pahit rasanya. Saya nampak Bajet 2015 tidak adil dan saksama kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Sejak negeri Sabah dan Sarawak bersama-sama Malaya membentuk Malaysia pada tahun 1963, pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah amatlah diabaikan oleh Kerajaan Pusat sehingga masih terdapat penduduk di Sarawak dan Sabah hidup tanpa bekalan elektrik dan air paip.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Saya berani menuduh Kerajaan Pusat bahawa memang tidak prihatin dan serius untuk memajukan pembangunan infrastruktur asas di Sarawak dan Sabah sejak pembentukan Malaysia. Di kawasan Parlimen saya, masih terdapat banyak kampung tanpa bekalan elektrik, air paip, talian telefon dan kemudahan asas lain. Saya ingin menyeru Kerajaan Pusat mempercepatkan pembangunan infrastruktur asas di kawasan Parlimen saya dengan lebih sistematik dan teratur demi meningkatkan taraf hidup rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sarawak berasa khuatir dan bingung bilakah projek pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo akan bermula dan bilakah projek tersebut akan siap dibina? Rakyat Sarawak dan Sabah memang amat gembira atas keprihatinan Kerajaan Pusat kali ini terhadap pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Dengan pembinaan lebuh raya ini, ia tetap akan memajukan perkembangan ekonomi kedua-dua negeri ini. Justeru itu, saya ingin menyeru Kerajaan Pusat memperjelaskan bilakah projek tersebut akan bermula. Anggaran tempoh untuk menyiapkan projek tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan penduduk di kawasan Parlimen Sarikei ialah petani sama ada menanam sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa sawit, getah, lada dan sebagainya. Masalah yang ditimpa oleh petani-petani sekarang ialah penurunan harga- harga komoditi tersebut terutama harga kelapa sawit dan getah jatuh dengan mendadak sehingga petani-petani ini mengalami pendapatan yang rendah sekali. Keadaan sebegini telah mempengaruhi kehidupan mereka semakin susah dan sukar. Oleh yang demikian, saya sebagai wakil rakyat kawasan Sarikei ingin merayu kepada Kerajaan Pusat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membantu golongan petani-petani dengan memberikan subsidi-subsidi yang relevan dan berkesan. Di samping itu, Kerajaan Pusat perlu memastikan bahawa subsidi-subsidi yang diberikan betul-betul disalurkan kepada petani-petani yang layak. Dalam Bajet 2015, kerajaan ingin memperkukuh rantaian bekalan makanan di Sabah dan Sarawak. Pertama kali subsidi padi bukit diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM70 juta. Bantuan ini memberi manfaat kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar. Justeru itu, saya ingin menyeru Kerajaan Pusat melaksanakan projek ini dengan sempurna, telus, berkesan, efisien dan efektif demi kebaikan pekebun-pekebun yang menanam padi bukit di Sabah dan Sarawak. Rakyat di Sabah dan Sarawak tidak mahu projek ini dengan peruntukan yang besar ini hanya dijalankan sia-sia sahaja tanpa sebarang pemantauan dan pengurusan yang transparent dan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, rakyat jelata di negara ini tetap menjadi mangsa selepas harga minyak RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen per liter baru-baru ini. Sebenarnya Kerajaan Pusat telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen kali pertama pada 3 September tahun 2013 selepas pilihan raya umum.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Dengan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel baru-baru ini, impak atau kesan buruk kepada rakyat jelata negara amatlah ketara. Impak yang paling serius ialah kenaikan barangan di pasaran dan mengakibatkan rakyat terutama rakyat jelata mengalami duit tidak mencukupi dalam perbelanjaan kehidupan seharian. Dengan kenaikan harga minyak, boleh dikatakan semua harga barangan harian dan perkhidmatan asas juga dinaikkan serta-merta. Walaupun kerajaan akan mengawal dan mengawasi harga-harga barangan supaya tidak dinaikkan sembarangan, tetapi rakyat jelata tetap akan jadi mangsa. Justeru itu saya menyeru Kerajaan Pusat jangan mengurangkan subsidi minyak dan gas supaya ia dapat menstabilkan harga barangan di pasaran. Rakyat jelata akan menikmati harga barangan yang lebih rendah dengan tidak menaikkan harga minyak. Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak dinafikan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap pembangunan pendidikan di negara ini. Kerajaan memang memperuntukkan wang yang besar untuk pembangunan sekolah-sekolah rendah, menengah, institusi tinggi dan universiti-universiti. Walau bagaimanapun, di kawasan Parlimen saya iaitu Sarikei belum mempunyai sebarang institusi tinggi atau kolej demi memudahkan pelajar-pelajar di kawasan Parlimen Sarikei dan tempat-tempat berhampiran melanjutkan pelajaran tinggi mereka masing-masing. Sekiranya Sarikei mempunyai sebuah institusi tinggi atau kolej yang berkualiti, maka ia akan tetap memberikan peluang emas kepada pelajar-pelajar di sini untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi. Di samping itu, dengan adanya sebuah institusi tinggi atau kolej di Sarikei, ia tetap akan meringankan bebanan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di institusi tinggi. Oleh yang demikian, saya sebagai wakil rakyat kawasan Sarikei menyeru kepada Kerajaan Pusat untuk membina dan mewujudkan sebuah institusi atau kolej yang berkualiti di Sarikei dengan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Sepanggar.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak rakyat Sepanggar saya mengucapkan jutaan terima kasih, syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang telah menyampaikan Bajet 2015 yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat. Dalam kesempatan yang ada ini, saya akan tumpukan kepada isu-isu berkaitan dengan Sabah dan juga Sepanggar. Sehingga kini ramai Ahli-ahli Parlimen telah pun menyuarakan berkenaan dengan tahap infrastruktur di negeri Sabah, lebih-lebih lagi yang hangat ialah Pan Borneo. Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur Sabah masih ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Ini terutamanya berpunca daripada rintangan geografi. Sabah merupakan sebuah negeri yang besar dengan keluasan 74,000 square mile, masa depan Sabah terletak kepada keupayaan untuk meningkatkan infrastruktur physical- jalan raya, pelabuhan, bekalan elektrik, bekalan air bersih, perumahan, pengangkutan serta infrastruktur yang tidak ketara (soft infrastructure) dan pembangunan modal insan merupakan asas utama bagi pembangunan negeri Sabah. Meningkatkan infrastruktur pengangkutan dengan memastikan saling hubungan antara sempadan bagi jalan raya, udara, lautan dan kereta api, yang akan membolehkan perkhidmatan pengangkutan yang baik bagi industri pelancongan, pertanian, dan juga pembuatan. Selain itu, pada ketika ini jika dibandingkan dengan rangkaian jalan di Semenanjung, bandar-bandar utama negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu tidak mempunyai hubungan jalan raya yang begitu baik yang menghubungkan antara bandar-bandar ini.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Kesukaran ditambah pula dengan jalan raya yang substandard yang lebih rendah yang menghubungkan kawasan-kawasan yang lebih remote, yang lebih jauh daripada...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Sepanggar?

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Awal juga.

Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, sila- sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Sepanggar ini dia dua alam. Sebahagiannya di bandar, sebahagian dia di luar bandar. Jadi dua alam ini memang perlukan perhatian. Jadi apa Yang Berhormat Sepanggar mungkin disebabkan keadaan keluasan Sabah itu 74,000 square mile ini besar, mungkin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk fokus ke arah bagaimana membangunkan setiap inci daerah-daerah di Sabah. Mungkin mulai dari tahun 2015, mungkin Yang Berhormat perlu mencadangkan kepada agensi-agensi Persekutuan untuk memiliki data bank setiap kawasan parlimen-parlimen keperluan pembangunannya dan juga masalah-masalah yang dihadapi. Betul itu kita masih ada kampung tidak ada bekalan air bersih, tidak ada api elektrik, bukan kerajaan menganiaya. Akan tetapi, kurang peruntukan, tidak cukup.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bermakna perlu ada penekanan ke arah memberi peruntukan yang banyak untuk membangun menentukan masalah yang dihadapi itu dapat diselesaikan dalam lima tahun akan datang. Terima kasih.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya setuju dan tolong masukkan point tadi sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Memang benar kawasan Sepanggar ini terbahagi kepada bandar raya dan juga suburban area. Memanglah memerlukan peruntukan yang besar dan saya telah pun menyediakan profil Sepanggar yang telah pun kita kemukakan kepada kerajaan. Sesetengah jalan raya pada masa ini kurang memuaskan. Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan perkampungan di kawasan Sepanggar, khususnya dalam kawasan DUN Inanam. Dalam DUN Karambunai memanglah kawasan yang maju dan dalam DBKK rating area tetapi dalam kawasan DUN Inanam masih banyak lagi jalan-jalan kampung yang perlu dinaik taraf. Justeru itu, saya mohon kepada kerajaan supaya membina jalan baru dari Kampung Telungan ke Kampung Natai melibatkan 1,200 orang penduduk sepanjang 5 kilometer dengan kos anggaran RM12 juta. Kedua, menaik taraf Jalan Kiambalang Babagon Toki sepanjang 7 kilometer melibatkan enam buah kampung dengan 3,500 orang penduduk. Ketiganya, Jalan- sepanjang 7 kilometer melibatkan 3 buah kampung dan lebih 1,000 orang penduduk. Tuan Yang di-Pertua, bekalan air bersih merupakan salah satu keperluan asas manusia. Walau bagaimanapun, bekalan air bersih semakin tercemar disebabkan kepesatan pembangunan kawasan dan juga negeri, juga peningkatan populasi penduduk di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Selain itu perubahan cuaca juga mampu menjadi penyebab kepada kekurangan bekalan air yang bersih pada masa akan datang. Permintaan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian dijangka bertambah selari dengan pertumbuhan penduduk tahunan. Sejumlah 1,318,000 liter bekalan air baru dianggarkan akan diperlukan di antara sekarang hingga tahun 2025. Menyediakan bekalan air yang berkualiti sangat penting bagi menampung permintaan yang semakin bertambah dan seterusnya membolehkan peningkatan ekonomi dan sosial dapat diutamakan. Saya mencadangkan dan memohon kepada kerajaan supaya menyediakan bekalan air bersih di Kampung Kiansam Kebuni sepanjang 5 kilometer melibatkan 3,000 orang penduduk dengan anggaran kos RM7.9 juta. Bekalan air ini telah pun dirancang, ada dalam perancangan KKLW tetapi tidak pernah dilaksanakan sehingga hari ini. Saya difahamkan kementerian tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan projek- projek ini.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Justeru itu saya minta supaya kerajaan mengambil serius dan menyediakan peruntukan yang secukupnya kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah supaya bekalan air ini dapat dilaksanakan. Keduanya, bekalan air bersih ke Kampung Kibagu, Numbak dan Selambangun sepanjang 8 kilometer yang melibatkan 8,000 orang penduduk. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kawasan kampung ini hanya di belakang UMS sahaja. Maknanya dalam kawasan bandar raya bersebelahan dengan Universiti Malaysia Sabah tetapi tidak mempunyai bekalan air yang bersih dan isu ini telah pun dikemukakan oleh wakil rakyat sebelum saya lagi. Sehingga hari ini kerajaan belum lagi melaksanakan bekalan tersebut. Justeru itu, kerajaan haruslah menyediakan banyak bekalan kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air di bawah tanah dapat dimaksimumkan. Melalui projek R&D iaitu menambahbaikkan loji pemprosesan air, loji rawatan air, walaupun buat masa ini terdapat 39 buah loji rawatan air dengan jumlah keupayaan sebanyak 762 juta liter sehari yang membekal kepada 200 ribu orang penduduk di sekitar Kota Kinabalu. Masalah kesesakan jalan raya, lalu lintas di Sepanggar ini juga telah pun menjadi fenomena besar pada ketika ini di mana ia menjadi perbualan mulut antara rakyat di Kota Kinabalu. Justeru itu, saya memohon supaya kerajaan pusat membantu kerajaan negeri untuk menambah peruntukan bagi membina pelebaran jalan ataupun flyover di kawasan Sepanggar. Ini kerana Sepanggar adalah di tengah-tengah perantaraan laluan di antara Kota Kinabalu dan juga kawasan Pantai Timur. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tiba waktu puncak iaitu pada waktu pagi apabila orang ramai ingin ke tempat kerja dan pada waktu petang apabila pulang dari tempat kerja. Baru-baru ini satu penyelidikan pasaran telah dibuat oleh Frost and Sullivan terhadap 1,227 orang responden di Kuala Lumpur, mendedahkan 41 peratus daripada responden menganggap kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan nombor satu. Lebih tinggi daripada purata 35 peratus kadar bagi Asia Pasifik dan 29 peratus tahap global. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, betapa rakyat Sepanggar mengalami stress akibat kesesakan jalan ini yang berlaku tidak kira siang ataupun malam. Menurut laporan itu, 79 peratus penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta. Manakala 8 peratus bergantung kepada pengangkutan awam, 11 peratus menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian, manakala 2 peratus bukan kereta. Ini melibatkan bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi di seluruh negara isu trafik jem ini isu kesesakan lalu lintas ini telah pun menular. Pihak JKR dalam jawapan Yang Berhormat Menteri sebelum ini menyatakan telah merancang untuk mengadakan KK Outer Ring Road iaitu satu rangkaian jalan daripada Bandaraya Kota Kinabalu meliputi Sepanggar dan juga Luyang Damai. Dua flyover telah dicadangkan tahun lepas untuk dilaksanakan pada tahun depan. Saya berharap supaya perancangan ini tidak lagi ditangguhkan kerana keadaan kesesakan jalan sudah tidak dapat dibendung lagi dan tidak dapat diterima oleh rakyat apa sahaja penjelasan-penjelasan yang kita berikan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dalam hari ini kita membincangkan tentang kenaikan kos sara hidup...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ya, sila.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Ya saya lihat, saya dengar apa yang kita cadang itu penting tetapi saya mahu tanya Yang Berhormat Sepanggar, adakah nampak dalam Bajet 2015 overhead bridge dalam bajet tahun ini? Jadi, kalau tiada bajet bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh membina overhead bridge yang sudah lama dijanjikan? Jadi sudah pun kita bentang pada tahun 2014 bajet.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Sampai hari ini saya tidak nampak mana-mana pun dalam bajet, dalam apa-apa butiran, bajet ini jutaan RM300,000 juta tetapi tidak nampak di mana. Saya tanya Yang Berhormat Sepanggar, adakah nampak bajet di mana-mana? Setujukah? Pasti mahu bagi bajet baru boleh kita dapat membina overhead bridge ini. Setuju atau tidak Yang Berhormat Sepanggar? Terima kasih.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ini jiran saya. Sebenarnya ini terpulang kepada kita sebagai Ahli Parlimen. Saya akan menulis surat kepada EPU supaya projek flyover ini dapat dimasukkan dalam second rolling dalam tahun depan. Laporan itu kenalah sampai kepada EPU dalam bulan Mac, selewat-lewatnya bulan Mac tahun depan untuk membolehkan projek ini dibawa ke depan dan disegerakan. Tuan Yang di-Pertua, isu kabotaj juga merupakan satu isu yang relevan, yang perlu dibincangkan dengan lebih serius. Untuk pengetahuan, Kota Kinabalu telah diberi taraf sebagai bandar raya pada Februari tahun 2000 iaitu pada 14 tahun yang lepas. Untuk mencapai sebuah bandar raya, terdapat beberapa kriteria yang harus dinilai. Sudah tentu kos sara hidup turut menjadi kayu pengukur terhadap kemajuan sebuah bandar raya. Kenaikan harga barang tidak terkawal terutama ketika dalam musim perayaan. Faktor kenaikan lain ialah tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dan banyak dipengaruhi oleh Dasar Kabotaj yang tidak efisien. Ramai Ahli Parlimen...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Minta laluan Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepanggar baru mula isu ini.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Yang Berhormat Sepanggar minta laluan.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Yang Berhormat Kota Kinabalu saya banyak point lagi tertinggal.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya, saya minta tanya setujukah Ahli Parlimen dari Sepanggar, ini kabotaj polisi yang satu-satu serius yang menjadikan kos yang paling tinggi di Sabah. Jadi, sekurang-kurang pun 2 peratus hingga 30 peratus. Jadi saya mahu tanya, setujukah MP dari Sepanggar, dari Kota Kinabalu juga kasi masukkan dalam kabotaj polisi, setujukah tidak?

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Saya sedang bincangkan isu ini, dengar dulu. Dengar sampai habis. Biar faham. Ramai Ahli-ahli Parlimen Sabah sudah pun menyuarakan masalah ini sejak tahun 2010 sehingga hari ini. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyuarakan untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa panjang dan jangka masa sederhana. Di kalangan negeri-negeri di Malaysia hanya Sabah dan Sarawak memerlukan perkhidmatan kapal feeder. Negeri-negeri di Semenanjung hanya memerlukan truck ataupun kontena ataupun perkhidmatan kereta api untuk mengangkut kargo mereka. Dalam masa yang sama yuran penghantaran yang dikenakan oleh pemilik-pemilik kapal ini tidak terkawal oleh kerajaan. Ini menyebabkan kos penghantaran melambung tinggi mengikut cita rasa pemilik kapal. Jika kita lihat dari sudut geografi, lokasi Sabah dan Semenanjung, adalah kurang daripada satu zon masa. Akan tetapi perbezaan harga antara barangan adalah amat ketara sekali. Kesimpulannya, kerajaan tidak serius dalam mengintegrasikan corak ekonomi antara Sabah dan Semenanjung walaupun Sabah telah merdeka selama 48 tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sepanggar boleh gulung.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Hakikatnya polisi kabotaj ini telah memperlekehkan dan membantutkan proses bukan sahaja kenaikan harga barang tetapi membantutkan proses perindustrian di Sabah. Pelabur asing tidak berminat untuk datang melabur di Sabah kerana kos production begitu tinggi 4 kali ganda berbanding apa yang ada di Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya Dasar Kabotaj ini dibatalkan kerana ia tidak menguntungkan kerajaan. Ia hanya menguntungkan pemilik- pemilik kapal yang hanya beberapa kerat sahaja. Akan tetapi mereka ini menjadikan kehidupan rakyat Sabah dan Sarawak begitu tertekan akibat kenaikan harga barang yang begitu tinggi. Justeru itu, saya mohon supaya Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah ini dalam tahun ini juga, jangan lagi dibawa ke tahun 2015. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu bahawa Dasar Kabotaj ini harus dihapuskan. Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2015 banyak inisiatif yang telah disampaikan, telah pun diberikan kepada rakyat. Akan tetapi saya agak kasihan sedikit kakitangan awam yang tidak terbela. Ini kerana mereka menyuarakan kepada saya tentang tidak ada kenaikan, tidak ada pertambahan sewa perumahan, elaun perumahan. Setakat ini hanya RM180, dalam keadaan semua barang naik kini saya syorkan supaya elaun perumahan ini dinaikkan kepada sekurang- kurangnya RM300. Demikian juga elaun bertugas di luar kawasan kakitangan Semenanjung dan Sabah iaitu Cola harus diseragamkan kerana isu ini telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali oleh ramai Ahli-ahli Parlimen. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat rumah PPRT ini, Perumahan Rakyat Termiskin ini yang hari ini harganya RM50,000. Dengan kenaikan kos barang di Sabah yang begitu tinggi saya syorkan supaya Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah KKLW ini dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM80,000 kerana...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Pada masa ini saya perhatikan bila rumah itu siap, bekalan utiliti, air dan elektrik tidak dapat dibekalkan kerana kos RM50,000 itu sebenarnya tidak mencukupi dalam negeri Sabah.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan lagi banyak ucapan, banyak terima kasih sokongan ke atas sokongan memansuhkan ini kabotaj polisi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya tidak jemput pun berucap. Teruskan Yang Berhormat Sepanggar.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Rumah PPRT ini sebenarnya untuk orang yang paling miskin dalam negara kita. Kalau kita bandingkan di Singapura, semiskin- miskin rakyat Singapura rumah mereka bernilai SG100,000 bersamaan dengan RM260,000 duit Ringgit Malaysia. Akan tetapi kita meletakkan harga RM50,000 untuk rakyat yang paling miskin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Sepanggar dengarkah? Cukuplah.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Ya, saya gulung Tuan Yang di-Pertua. Justeru itu saya memohon kepada kerajaan supaya menambah kos perumahan ini supaya ia dapat diduduki secara selesa oleh rakyat yang termiskin dalam negara ini. Dengan itu saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015. Saya ingin menyambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepanggar dalam urusan kepentingan kakitangan awam. Pada tahun 2012 telah dicadangkan supaya diadakan penstrukturan semula gaji tetapi atas beberapa masalah yang sangat ketara, contohnya kenaikan yang amat tinggi bagi pemegang jawatan-jawatan utama. Maka, keseluruhan penstrukturan semula itu ditangguhkan, cuma diberikan kenaikan gaji. Jadi, saya rasa atas muslihat untuk menambahkan semangat bekerja dan produktiviti, kerajaan harus melaksanakan kajian semula struktur gaji dan skema perkhidmatan. Supaya kakitangan awam dapat berada dalam suasana yang selesa menghadapi perubahan-perubahan ekonomi, kenaikan cukai, pengenaan cukai baru dan sebagainya dan dapat menjalani kehidupan seperti rakyat biasa yang lain. Jadi, saya menyokong apa yang cuba disinggung oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai royalti petroleum kepada negeri-negeri yang ada di sana hasil bahan petroleum ini, khususnya di negeri Kelantan yang tidak menerima dan masih dinafikan hak untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cuma Yang Berhormat Kuala Krai, saya ingatkan kes royalti ini masih lagi dalam pertimbangan mahkamah. Ia menjadi satu perkara subjudice untuk dibincangkan di dalam Dewan ini.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Akan tetapi banyak telah disebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Cuma sudutnya sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudut pun tidak boleh, segi pun tak boleh [Ketawa] Sila tajuk yang lain.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Baik, kita akur.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kita menggunakan forum yang lain ya. Tuan Yang di-Pertua, isu yang juga paling rapat dengan penduduk di kawasan saya dan juga di banyak tempat ialah isu harga getah. Ini juga mungkin melibatkan kawasan Tuan Yang di-Pertua dan tidak berada di dalam mahkamah ya. Jadi, kita boleh membincangkan. Di sesetengah tempat di negeri Kedah harganya jatuh sampai ke paras RM1.40 satu kilo. Di Kuala Krai masih lagi boleh bertahan sekitar RM2.30.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Itu boleh jadi ucapan, sebahagian daripada ucapan Kuala Krau ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Okey, jadi saya akan masukkan. Tolong ya. Masukkan Kuala Krau sekali. Soalan saya, bagaimana agaknya penduduk di Kedah, di Utara untuk menikmati suatu suasana kehidupan yang baik dengan harga yang sebegitu rendah. Sebanyak RM2.30 di Kuala Krai pun sudah menjadi tekanan kepada penoreh-penoreh getah, pekebun kecil khususnya, apatah lagi di Kedah dengan kejatuhan yang sebegitu mendadak. Jadi, perkara ini sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen kita dalam beberapa sesi tetapi ia tidak dapat dipulihkan. Kalau dulu ada fluctuation, harga rendah kemudian naik sampai RM3.50. Akan tetapi kali ini tidak mahu naik-naik lagi. Jadi, saya rasa kerajaan tidak boleh lagi mengetepikan masalah ini dan mengalihkan pandangan bahawa kerajaan sudah memberikan subsidi baja, tanam semula dan sebagainya. Itu proses permulaan bagi pekebun kecil untuk tempoh tanaman semula yang menunggu tujuh hingga sepuluh tahun untuk mendapat hasil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai, elok ada harga lantai bagi...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Bukan sekadar itu. Harga lantai ini memang telah diperjuangkan, paling tidak RM4. Janganlah harga sekilo getah ini lebih rendah daripada sekilo gula, RM2.85, RM2.30, RM1.40. Jadi, ini menyeksakan. Apa tidak boleh kita mengadakan satu skema pemberian kupon misalnya, walaupun ini kelihatan backward, balik ke zaman 50-an, zaman perang Korea di mana pekebun kecil diberikan kupon untuk mendapat harga yang baik tetapi kalau sudah tidak ada jalan lain, maka kita kena fikirkan perkara tersebut. Saya berkeyakinan kerajaan boleh memberikan perhatian kerana penoreh getah ini bukannya berjuta-juta orang, dalam ratusan ribu, 140 ribu lebih sahaja. Jadi sudah pasti ini boleh dilaksanakan. Kalau kerisauan kita ialah kalau kita memberikan bantuan sedemikian, yang akan mendapat manfaatnya ialah ladang-ladang getah, saya rasa ini boleh kita jadikan panduan supaya yang terlibat, yang mendapat kupon atau yang menikmati harga lantai ini pekebun-pekebun kecil. Jadi saya sangat mencadangkan. Yang keduanya atau ketiganya, satu telah ditolak, ialah isu GST. Ini pun satu perkara yang kita bincangkan dengan sangat luas. Menunggu 1 April ini, saya rasa rakyat mula merasa cemas kesannya terhadap kehidupan mereka kerana selama ini cukai-cukai yang lain termasuk cukai pendapatan tidak terkena kepada majoriti rakyat Malaysia, cukai jualan juga dapat dielakkan oleh sesetengah pengguna kita tetapi GST akan dikenakan ke atas semua termasuk yang tidak bekerja, termasuk OKU, termasuk wanita-wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya hendak mencadangkan, seperti cadangan kawan-kawan yang lain supaya GST ini tidak dilaksanakan. Namun, melihat kepada kesungguhan kerajaan, seolah- olah ia tidak ada jalan balik, mesti juga diteruskan. Kalau di sesetengah negara ada outlet-outlet untuk kita mendapatkan pelepasan cukai-cukai GST ini ataupun VAT ini di sesetengah negara, saya hendak mencadangkan untuk sebahagian besar mereka yang berpendapatan kecil, yang tidak berpendapatan, kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, warga emas yang tidak mempunyai pendapatan yang bagi saya tidak wajar dicukai, kemungkinan outlet-outlet boleh disediakan, bukan outlet untuk barangan berjenama, yang mahal-mahal tetapi outlet untuk keperluan harian di mana dalam outlet ini hanya boleh digunakan atau dimasuki oleh golongan-golongan yang telah ditetapkan tadi dan di situ tidak ada cukai. Tidak perlulah beli dahulu kemudian claim untuk dapat wang kembali. Lebih baik di tempat-tempat tersebut dan mereka ini...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sedikit Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

...Diberikan satu kartu misalnya untuk mendapat harga tanpa GST khususnya barang-barang keperluan. Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila GST akan diperkenalkan tahun depan, yang mencemaskannya adalah sebenarnya pihak pembangkang yang telah beritahu kepada rakyat yang GST ini membebankan. GST ini tidak kena kepada semua orang sebab GST hanya akan terkena apabila rakyat yang kaya dan mampu untuk menggunakan barang-barang yang akan dicukaikan...

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Barangan yang asas... [Disampuk] Banyak barangan yang asas tidak akan terkena GST. Jadi cuba kita fikirkan itu. Jadi, bukan semua rakyat termiskin itu yang akan kena GST. Hanya orang-orang yang menggunakan, membeli barang-barang yang dikenakan GST. Apakah pendapat Yang Berhormat Kuala Krai?

Yang Berhormat Kuala Krai, boleh saya mencelah satu sebelum itu?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sila, sila.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tolong jawab bagi Yang Berhormat Kuala Krai sebab Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada semasa Menteri jawab tadi. Timbalan Menteri Kewangan mengaku sendiri bahawa dengan pelaksanaan GST ini, inflasi naik 5 peratus berbanding sekarang antara 2 peratus hingga 3 peratus. Bermakna, kadar kenaikan harga barang itu naik dua kali ganda. Inflasi ini tidak ikut tempat. Inflasi ini satu Malaysia, semua rakyat, miskin kaya semua kena. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Krai, setujukah tidak Yang Berhormat Kuala Krai supaya Yang Berhormat Bagan Serai tadi itu tolong tanya Menteri balik untuk dapat jawapan yang sebenarnya, bukan tanya Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Pandan, terima kasih...

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang bangun.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sedikit saja, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Lima belas minit ini.

Tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa tetapi Yang Berhormat Kuala Krai nanti...

Sikit, satu minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Yang Berhormat Kuala Krai, saya hendak tanya. Berdasarkan artikel terbaru- dia mengatakan sebenarnya GST ini bukan sahaja akan menyebabkan inflation tetapi juga dipanggil stagflation. Maknanya, slow growth, selepas itu inflasi naik. Jadi, ia lagi teruk. Keduanya, tadi dia kata tidak dikenakan untuk semua orang. Setujukah dengan saya, maknanya dia sendiri sudah keliru? Macam mana hendak katakan kita yang mengelirukan rakyat, dia sendiri yang keliru. GST ini dikenakan untuk semua orang, regressive. Maknanya, bukan untuk semua barang, bukan semua orang. Dia kata tidak kena semua orang ini, setujukah dia Ahli Parlimen yang paling keliru dalam Parlimen ini? [Ketawa]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Kedua-dua jawapan, sebenarnya saya hendak sebut macam itulah tadi. Jadi mereka menyebut perkara yang sama dan saya rasa Yang Berhormat Bagan Serai mengelirukanlah. Jadi elok kalau boleh, kalau ada ruang, tarik balik ucapan sedemikian atau tanya balik pada Menteri.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Kuala Krai, hendak bagi sedikit lagi.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Cukuplah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidak mahu dengar dah? Tidak mahu dengar dah?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Nanti saya pun jadi keliru juga.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Kuala Krai sudah terkeliru, sangat-sangat keliru.

Nanti semua orang keliru.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi cadangan saya ialah supaya disediakan outlet yang bebas cukai ini. Ini tidak mustahil kerana kalau kita tengok, satu Pulau Langkawi ini ada outlet bebas cukai tanpa GST, seluruh Labuan jadi outlet tanpa GST. Jadi kalau kita sediakan tempat-tempat ini, saya rasa ia mungkin boleh menyelesaikan sedikit soalan kalau kerajaan berkeras untuk tidak menarik balik GST ini. Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi yang saya hendak sebut. Ini isu khusus mengenai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kita ada mendapat laporan kematian salah seorang pelajarnya pada bulan Jun yang lalu, Mohd Kushairi yang menjalani satu latihan fizikal di sebuah kem di Jelebu, Negeri Sembilan. Kem kepunyaan Kementerian Pertahanan tetapi dipinjamkan kepada UPNM yang menggunakannya untuk latihan pelajar. Kematian ini berpunca daripada penggunaan alat pelampung yang dikatakan tidak disahkan keselamatannya, belum menjadi bahan yang boleh dipurchase atau dibeli oleh kerajaan kita. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga tetapi saya dimaklumkan tidak ada siasatan lanjutan yang dilakukan. Saya ingin tahu apa kedudukan siasatan terhadap kematian ini. Satu lagi, saya hendak minta penjelasan daripada pihak berwajib, sama ada kem yang digunakan iaitu Kem Kongkoi di Jelebu ini kem yang diiktiraf selamat dan boleh digunakan untuk latihan dan sama ada masih lagi digunakan peralatan-peralatan yang belum disahihkan keselamatannya dalam latihan-latihan tersebut? Saya mohon penjelasan ini kerana kepentingan awam dan kepentingan pelajar-pelajar kita di UPNM mungkin terjejas semangatnya kerana berlaku kes-kes yang sedemikian. Lanjutan daripada itu, kita juga mendengar cerita-cerita daripada UPNM mengenai prestasi pelajar-pelajar yang tidak berapa baik kerana antaranya kedudukan pensyarah- pensyarahnya yang tidak mendapat kedudukan yang baik di sana dan kursus-kursus yang tidak diiktiraf oleh pihak-pihak yang memberikan pengiktirafan. Saya mohon penjelasan sedemikian. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memanjangkan seminit dua mengenai kedudukan Akta Hasutan negara kita yang sudah menjadi topik perbualan bukan hanya dalam negara tetapi di luar negara. Ada kes-kes yang didakwa ditangguhkan pendakwaan kerana telah dibawa satu rayuan untuk mengkaji semula tuduhan-tuduhan bagi salah satu kes tersebut.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya hendak menyebut bahawa pandangan dunia terhadap Malaysia yang kini duduk di dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli tidak tetap satu penghormatan. Kita sebagai sebuah negara yang dianggap maju seharusnya memberikan satu gambaran yang baik bahawa kebebasan bersuara, hak asasi manusia diberikan kepada rakyatnya. Lagipun akta ini sudah pun dijanjikan untuk dimansuhkan oleh Perdana Menteri dalam satu ucapannya yang sangat menarik dan mendapat sokongan dan sambutan daripada rakyat. Akan tetapi hari ini akta gantinya, Akta Keharmonian Nasional yang telah diuar- uarkan belum lagi kelihatan. Malah kes-kes yang didakwa semakin banyak. Ini telah memberikan satu gambaran bahawa terdapat tekanan terhadap rakyat di negara ini melalui penggunaan akta ini. Jadi saya hendak mencadangkan supaya semua pendakwaan dihentikan, kalaupun tidak ditarik, dihentikan buat sementara. Sementara kita menunggu keputusan rayuan salah satu kes tersebut dan juga sementara kita menunggu kelulusan akta baru yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri. Saya mengharapkan kerajaan mengambil serius tentang perkara ini kerana janji telah dibuat dan kesannya terhadap dunia memang buruk bagi pandangan mereka pada negara kita ini.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua bagi pihak pengundi-pengundi saya di Kuala Krai dan juga di Kuala Krau, di mana Tuan Yang di-Pertua tidak ada peluang untuk bercakap. Boleh mencelah sahaja…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

…Beliau boleh mencelah sahaja. Jadi saya meminta juga kerajaan menumpukan perhatian kepada pembangunan ke arah menjadi Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Walaupun pembangunan fizikal semata-mata tidak boleh menjadikan sesebuah negara itu negara maju tetapi tanpa kemajuan atau pun pembangunan fizikal ini akan tempanglah negara maju yang kita hendak bangunkan. Jadi masih ada lagi kawasan-kawasan yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan bajet tahun lalu yang memerlukan penambahbaikan jalan di kampung- kampung, di Kampung Bahagia seperti yang saya sebutkan dahulu masih lagi menunggu kelulusan. Walaupun ada beberapa buah tempat yang telah saya sebut seperti simpang- simpang jalan di Lakloh yang punca kemalangan yang ngeri telah diusahakan tetapi dalam konteks pembangunan fizikal ini saya memohon supaya kerajaan masuklah melalui agensi- agensinya melihat keperluan. Tidak perlulah tunggu semuanya datang daripada kita, Ahli Parlimen, masuk sendiri dan membuat penilaian-penilaian dan membuat penambahbaikan. Akhirnya saya berulang alik ke Kuala Krai melalui Jalan Raub-Kuala Lipis-Gua Musang sampai ke Kuala Krai. Lebuh raya tulang belakang yang sedang dibina itu nampaknya Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun tahu seolah-olah tidak ada kemajuan dalam pembinaan. Mungkin dalam hutan itu kita tidak nampak tempat yang dibina, tetapi setakat enam tahun kita berulang di Kuala Krai ini, jalan yang boleh dipakai baru 12 kilometer, saya ukur 12 kilometer. Jadi saya ukur melalui odometer utilize. Jadi berapa lama lagikah Lebuhraya Merapoh ini akan disiapkan untuk keselesaan pengguna- pengguna yang mahu melalui Pahang dan terus ke Kelantan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sebelah kanan saya. Ya Yang Berhormat Cheras.

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sama- sama tidak boleh. Masuk dalam Jawatankuasa.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA bagi mewujudkan elemen pertanggungjawaban yang serius di kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam. Salah satu daripada enam buah teras yang disebutkan ialah sumber perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah. Baguslah jika kerajaan sedar. Sebarang urusan penuh kerahsiaan dan rundingan terus akan mengundang korupsi. Akan tetapi sejauh manakah kerajaan benar-benar serius tentangnya atau itu hanya satu lagi omong kosong dan wayang kulit tidak berisi. Apakah memang sengaja segala urusan dilakukan secara tertutup bagi membiakkan lagi rasuah yang pastinya menguntungkan pihak tertentu walaupun mangsanya adalah rakyat? Sehubungan ini, ingin saya rujuk kepada dua pertanyaan jawab lisan pada 9 Oktober dan 13 Oktober masing-masing oleh saya yang diberikan jawapan bertulis yang tidak jujur, tidak tepat dan menimbulkan syak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membacakan soalan saya yang berbunyi, yang memohon jawapan daripada Menteri Wilayah Persekutuan pada 9 Oktober supaya beliau menyatakan, berapa banyakkah tapak tanah dan jumlah keluasan keseluruhannya di Kuala Lumpur yang masih dimiliki oleh DBKL?

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Dan nyatakan setiap tapak tanah yang dijual kepada pembeli swasta setiap tahun dari tahun 2011 dengan menyebut perincian setiap lokasi, keluasan, harga jualan, nama pembeli dan tujuan pembelian dan sama ada tanah dijual secara tender terbuka. Jika tidak, mengapakah? Jawapan diberikan oleh Yang Berhormat Menteri amat dikesali kerana beliau berkata penjualan tanah milik DBKL adalah terletak di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan tamatnya jawapan tanpa memberi sebarang butir-butir yang diminta. Soalan yang bertarikh 13 Oktober pula, soalan saya berbunyi saya minta Menteri Wilayah Persekutuan juga agar beliau menyatakan berhubung penjualan tanah kerajaan milik DBKL yang membabitkan tapak di mana bangunan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL dan bangunan Jabatan Kesihatan DBKL dan tanah-tanah lapang di sekitar kedua- dua bangunan tersebut berapakah keluasan setiap tanah, siapa pembeli dan tarikh pembelian, harga setiap kaki persegi, jenis pembangunan baru yang dicadangkan di atas tanah-tanah tersebut, bila dan di mana jabatan-jabatan terlibat akan ditempatkan semula bangunan jabatan-jabatan tersebut. Jawapan yang hampir sama diberikan kepada saya dengan mengatakan penjualan tanah kedua-dua bangunan jabatan DBKL itu adalah juga terletak di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri. Maka beliau berhak menjualnya dan tidak ada butiran lain diberikan melainkan memberitahu saya bahawa kedua-dua jabatan itu akan dipindahkan dan ditempatkan semula di Taman Metropolitan Kepong ini untuk Jabatan Kejuruteraan dan bagi Jabatan Kesihatan adalah terletak di Pudu Hulu. Tuan Yang di-Pertua, jelas sekali jawapan yang saya terima tidak dijawab dengan jujur dan tepat. Sebaliknya merahsiakan kebenaran dengan lari daripada menjawab persoalan. Sekiranya tidak ada apa yang mahu disembunyikan, sudah tentu saya patut mendapat jawapan yang benar dan tepat. Tentunya kerana adanya tekanan daripada Menteri sendiri atau pun kumpulan tertentu ataupun individu berkuasa. Ini sama ada berpunca daripada rasa bersalah atau terdapat cubaan untuk menyembunyikan kebenaran dari Dewan yang mulia ini dan juga daripada pengetahuan umum. Banyak persoalan ingin saya tanya di sini kerana urusan jual beli tanah milik DBKL dalam beberapa tahun kebelakangan ini merupakan satu skandal yang besar dan melibatkan beratus-ratus juta ringgit, di mana kepentingan orang ramai telah terkorban untuk menguntungkan beberapa buah syarikat kroni Barisan Nasional.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Tuan Yang di-Pertua, misalnya kedua-dua Jabatan DBKL yang disebutkan tadi, harga jualan tanah tidak diberitahu tetapi apa yang saya difahamkan ialah kedua-dua jabatan ini akan diroboh agar dapat diambil alih pembeli baru iaitu sebuah syarikat bernama Jakel. Kedua-dua bangunan Jabatan DBKL ini akan terpaksa berpindah dan segala kos membina bangunan baru Jabatan DBKL akan dibiayai oleh DBKL ataupun dibiayai oleh pembayar cukai. Selain daripada itu, beberapa bidang tanah yang sangat berharga di pusat bandar yang juga dimiliki oleh DBKL telah dijual kepada syarikat secara rahsia dan bukan melalui tender terbuka termasuklah tanah velodrom seluas 13.68 ekar di Batu 4, Jalan Cheras yang dijual kepada syarikat Jakel. Untuk menempatkan semula velodrom ini, sebuah velodrom baru akan dibina di Bandar Tun Razak dan segala kos yang bernilai RM83 juta akan dibiayai oleh DBKL. Ini satu perkara yang sangat tidak adil. Tambahan lagi, tanah di Jalan Pinang, KLCC juga telah dijual secara rahsia dan berapakah harga jualannya langsung tidak diketahui oleh sesiapapun. Mengenai Hentian Bas Putra dan bangunan letak kereta berbilang tingkat di PWTC. Tuan Yang di-Pertua, bangunan letak kereta ini satu buah tempat yang mempunyai lebih daripada 1,000 petak letak kereta. Satu jawapan yang jelas diperlukan mengapa ia dijual. Seterusnya mengenai bekas tapak pameran terbuka dan jualan borong PWTC juga dijual tanpa pengetahuan umum. Selain daripada itu, lot nombor 4 sebidang tanah yang bernilai tinggi di belakang Semua House, Lorong Bunus 6, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman juga dijual secara yang sama.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, apakah benar tanah ini telah dijual kepada syarikat dengan hanya dikenakan bayaran cuma 10 peratus cagaran sahaja dan sehingga kini ada yang telah dibeli dua, tiga tahun yang lalu tetapi masih belum menjelaskan baki bayarannya tetapi berkemungkinan besar jika mereka mendapat persetujuan daripada DBKL, tanah-tanah ini akan dijual kepada pihak lain dengan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada harga asal. Ini satu perkara yang akan merugikan DBKL, kerajaan dan juga rakyat. Selalunya persubahatan akan membawa keuntungan. Saya diberitahu, difahamkan sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan kakitangan DBKL bahawa disebabkan bantuan seorang pengarah DBKL dalam urusan jual beli ini, beliau telah dinaikkan pangkat ke JUSA ‘C’ walaupun dia merupakan seorang pegawai yang lebih junior daripada pengarah jabatan-jabatan yang lain. Dia juga merupakan salah seorang pengarah jabatan dalam DBKL. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bertanggungjawab melindungi tanah negara tetapi Kerajaan Barisan Nasional telah menyalahgunakan kelebihan itu atas biayai rakyat. Tidak ada manusia waras akan bersetuju atau menerima rundingan dan perjanjian secara sulit bagi penjualan tanah kerajaan yang bernilai tinggi. Urusan secara rahsia dan scandalous membiakkan amalan rasuah dan penyelewengan sehingga menyebabkan tanah kerajaan dijual dengan harga rendah yang merugikan. Negara ini rugi, rakyat yang mengamanahkan tanggungjawab itu kepada kalian semua juga rugi, yang untung hanya mereka yang rakus mengumpul kekayaan dan berdayung di atas air mata rakyat. Tuan Yang di-Pertua, harga tanah-tanah utama di Kuala Lumpur semakin meningkat tinggi. Tanah-tanah DBKL sudah tentu mendapat harga yang tinggi sekiranya dasar tender terbuka dilaksanakan untuk penjualan tanah. Sekiranya sebarang penjualan tanah ada memikirkan tentang rakyat yang selayaknya mereka nikmati hasil untung daripada penjualan sudah tentu tender terbuka dilaksanakan untuk penjualan tanah. Skandal ini satu lagi janji yang bakal rakyat dendangkan sebagai janji dikhianati bukannya janji ditepati. Tuan Yang di-Pertua, banyak yang perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dan kerajaan. Saya mencabar Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan bangkit dari persembunyiannya untuk menjawab dan jangan cuba melencong daripada persoalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Cheras boleh gulung.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Ya, jika terus mahu berahsia ada baiknya Yang Berhormat Menteri letak jawatan. Saya juga ingin menyeru kepada SPRM supaya memandang berat tentang perkara ini dan mengambil tindakan lanjut untuk menyiasat sehingga ke akar umbi mengenai urusan scandalous jual beli tanah DBKL ini yang diberikan segala bantuan dan kerjasama oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan orang-orang lain di peringkat atasan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Baling.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dalam membahaskan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 yang kita kenali juga sebagai Bajet 2015. Alhamdulillah saya bagi pihak rakyat Baling mengalu-alukan pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang melihat Bajet 2015 ini ialah satu ekonomi berasaskan keperluan rakyat dan situasi semasa dalam Dewan Rakyat yang mulia pada 10 Oktober baru-baru ini.

Dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM273.9 bilion berbanding sebanyak RM215.6 bilion dalam Bajet 2013 dan peningkatan sebanyak RM9.8 bilion pada tahun 2014. Saya melihat Bajet 2015 sebagai satu belanjawan yang dicanai dalam tujuh fokus atau strategi utama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia selari dengan maksud bajet kali ini yang bertemakan, “Ekonomi Keperluan Rakyat.” Di samping ini Bajet 2015 merupakan bajet terakhir yang masih terkandung dalam RMKe-10. Pada dasarnya Bajet 2015 kerangka pengurangan beban kos sara hidup rakyat.

Saya juga tertarik dengan tujuh strategi dijadikan garis panduan kasar semasa merangka Belanjawan 2015 kali ini seperti memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, mantapkan urus tadbir fiskal, mengupayakan modal insan dan keusahawanan, memperkasakan agenda bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan menyejahterakan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, inshaaAllah, saya amat yakin dan optimistik. Dengan izin, Allah SWT, negara kita yang tercinta ini boleh mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh di kadar di antara 5.5 peratus dan 6 peratus pada 2014, inshaaAllah. Tuan Yang di-Pertua, saya di kesempatan ini juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah sudi melihat dan meneliti berkaitan dengan isu penoreh-penoreh getah. Memandangkan saya datang dari kawasan Parlimen Baling, itulah mata pencarian utama rakyat Baling dengan saya melihat LGM telah diamanahkan peruntukan sebanyak RM100 juta dan ada RM450 juta untuk membantu seluruh penoreh getah ini dan juga pekebun kecil. Saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada LGM kerana mereka sudah mula turun padang khususnya di kawasan saya. Saya berharap sangat sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Baling, Sik, Padang Terap dan sebagainya di kawasan persekitaran saya supaya tidaklah banyak sangat birokrasinya. Kalau boleh bulan Disember ini saya hendak melihat rakyat seluruh kawasan pekebun-pekebun kecil getah ini memperoleh manfaat yang telah dilulus dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Di kesempatan ini juga saya hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Kewangan kerana telah menaikkan elaun Ahli Dewan Rakyat dari Gred 54 bersamaan JUSA C. Alhamdulillah, terima kasih bagi pihak rakan-rakan di sebelah sana dan di sebelah sini. Saya hendak ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan. Saya harap Speaker pun naik jugalah inshaaAllah. Kita doakan Tuan Speaker lebih sedikit daripada kami, tidak apa sebab Speaker banyak kerja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2015, kerajaan masih lagi memberikan subsidi dan melaksanakan rasionalisasi subsidi itu. Contohnya tepung, minyak masak, RON95, diesel, LPG dan sebagainya. Ini terbukti, nyata, dan jelas kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk kesejahteraan ekonomi rakyat jelata. Saya juga amat berterima kasih kerana pemberian BR1M diteruskan malah telah dinaikkan. Kalau kita lihat ia melibatkan pemberian BR1M sejak dahulu lagi iaitu BR1M 1.0, BR1M 2.0, dan BR1M 3.0 sebanyak RM500 sekarang BR1M 4.0 telah mendapat RM950. Saya juga mendoakan agar rakyat Malaysia yang tercinta ini pandai dalam menguruskan dana sumbangan BR1M ini kepada semua. Ini sekali gus membuktikan Kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin tanpa pilih bulu, pilih kasih, waima hatta parti. Kalau di kawasan saya apabila pemberian BR1M yang saya lakukan sendiri, saya melihat rakan-rakan saya yang di sebelah sana parti PAS itu yang dahulu memaki hamun dan tidak menyokong kita, merekalah di antara duduk di barisan hadapan untuk menerima bantuan BR1M tersebut. Kami tetap memberikan keutamaan kepada mereka untuk diagihkan bantuan BR1M tersebut. Jadi saya harap semua pihak berterima kasih dan kita juga di parti-parti di sebelah sana pun kita nasihat-nasihatkan anak buah kita supaya beban politik ini biarlah...

Boleh, Yang Berhormat Baling.

Tidak payahlah. Sekejap, saya baru mukadimah ini.

Sebut fasal PAS, boleh sedikitlah.

Ini sebab kawasan saya PAS tidak ada PKR.

Saya pun PAS.

Ya, sekejap.

Ya.

Sekejap sahaja lagi. Saya beri laluan. Nanti pukul 1 petang saya kena berhenti, banyak lagi ini. Jadi kita tidak hendak buat BERSIH 1.0; BERSIH 2.0; BERSIH 3.0; dan BERSIH 4.0. Kita buat BR1M 1.0, BR1M 2.0, BR1M 3.0, dan BR1M 4.0, inshaaAllah, untuk memberi manfaat kepada semua, bukan memudaratkan kepada rakyat. Satu perkara lagi yang saya tertarik apabila saya melihat rakan-rakan kita sentuh berkaitan dengan PERMATA. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sesebuah negara yang berjaya dan mempunyai tamadun yang tinggi adalah lahirnya dari satu perancangan pembangunan modal insan yang dimulakan daripada peringkat akar umbi.

Yang Berhormat Baling, bolehlah. Ini sudah pergi jauh ini.

Jadi saya- ya, silakan. Berilah chance, nanti mamak ini marah pula.

Terima kasih, Yang Berhormat Baling.

Mamak Sepang.

Terima kasih mamak Baling.

Ya, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Eh, saya mengaku apa!

Okeylah, duduk, duduk. Yang Berhormat Baling, kena faham peraturan, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini tidak apa, sebuah keluarga mamak ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Yang Berhormat Baling tadi kata bahawa ada orang PAS yang terima BR1M. Mungkin juga ada orang DAP atau orang PKR. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Balinglah, agak-agak duit BR1M ini diberi dari duit kocek Yang Berhormat Balingkah yang sampai Yang Berhormat Baling concern sangat? Adakah Yang Berhormat Baling sedar bahawa duit dalam bajet ini semua duit daripada rakyat? Kalau rakyat tidak melalui cukai dan sebagainya ataupun rakyat tidak pilih Barisan Nasional ini, jangan haraplah hendak dapat duit ini. Jadi kalau begitu, kalau masa undi kita minta undi daripada rakyat, kenapa apabila kita sudah menang, kita seolah-olah hendak mengatakan duit ini apabila beri kepada PAS seolah-olah PAS ini dapat ihsan dari Barisan Nasional. Adakah ia bukan daripada rakyat? Jadi Yang Berhormat Baling, perkara ini perkara asas. Kalau boleh selesaikan perkara asas ini. Keduanya tidak perlu hendak buat Bersihlah. Kalau parti kotor macam ini macam mana hendak buat Bersih? Parti macam Barisan Nasional yang kotor dan bergelumang dengan macam-macam hendak buat Bersih macam mana? Orang pun tidak mahu masuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah lari tajuk, lari tajuk.

Terima kasih.

Terima kasihlah. Itu sebabnya Yang Berhormat Sepang itu mamak tongkang. Saya mamak tinggi sedikit, dia mamak tongkang, tidak pandai. Saya hendak beritahu, betul apa Yang Berhormat Sepang sebutkan tadi tetapi ia memerlukan sebuah kepimpinan urus tadbir yang cekap dan mulia, baru boleh beri bantuan BR1M. Manakah pergi negeri PAS di Kelantan? Manakah ada beri bantuan BR1M itu kepada rakyat? Sepatutnya boleh beri. Negeri Selangor boleh beri. Ini simpan duit sahaja. Ini Yang Berhormat Sepang beritahu Menteri Besar yang baru suruh beri! Manakah pergi negeri Pulau Pinang? Tidak beri! Beli kereta lagi mahal ada, ada hendak beri kepada rakyat? Jangan mimpi siang harilah! Rakyat boleh dapat bantuan...

Ini bukan tongkang lagi, ini sudah masuk tong sampah. Ini mamak daripada...

Kerajaan Barisan Nasional yang dipandu dan diurus tadbir dengan baik oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dan rakan-rakan kepimpinan di sana, barulah orang Sepang pun boleh dapat BR1M. Ada negeri Selangor beri BR1M? Beritahu saya sekarang ada! Ada beri? RM100 ada beri? RM50 pun tidak beri, tahu! Janji kosong sahaja!

Yang Berhormat Baling, Kerajaan Negeri Selangor dan kepimpinan sudah beri duit sebelum Barisan Nasional.

Khairat kematianlah.

Masa hendak dapat duit bukan main. Malulah! Sudahlah! Duduklah!

You all cedok dari Pakatan Rakyat lepas itu cakap ambil...

Suruh pergi buat...

Tidak tahukah? Khairat kematian siapa beri dahulu?

Semua ini tidak boleh pakai! Cakap kosong.

Yang Berhormat Baling ini tidak sedar diri betullah!

Itu sebab jangan kejutkan singa yang sedang tidur. Saya tengah berbahas, jangan main-main.

Ini bukan singa ini, ini apa tidak tahulah.

Jangan kacau saya!

Yang Berhormat Baling, Barisan Nasional cedok idea ini dari Pakatan Rakyat. Sudah cedok lepas itu hendak ambil kredit. Macam idea sendiri.

Sedarlah PKR, buatlah. Buatlah PRKkah, RPKkah, KKKkah, pergi buatlah. Tidak akan lepas punyalah, tidak akan menanglah, tidak boleh tadbir negara inilah.

Saya kesian betullah dengan Yang Berhormat Baling ini. Yang Berhormat Baling

Jangan mimpi siang harilah.

Tidak apalah, kesian.

Boleh datang berucap dalam Parlimen Dewan yang mulia ini boleh, supaya hendak tunjuk dalam You Tube atau televisyen, nanti orang akan datang di sini tetapi semuanya tin kosong, mana ada!

Ini hendak tekan topik mana ini? Sudah merapu ini.

Betullah, hendak beritahu kalau boleh urus tadbir dengan baik, boleh.

Patutlah masuk Barisan Nasional, memang tidak layak hendak masuk Pakatan Rakyat macam ini punya standard.

Ini sebab Kerajaan Barisan Nasional urus tadbir dengan cekap, amanah, lagi jujur, dan mulia hatinya.

Patutlah harga petrol naik. Itu cara urus tadbir dengan baik? Apa...

Kalau mahu turun minyak, mesyuarat bawah pokok, mesti boleh turun. Kalau mesyuarat dalam Dewan yang mulia, tidak boleh sebab kita ada subsidi.

Ini tidak tahu apa hendak cakap.

[Bercakap dalam bahasa Tamil] [Ketawa]

[Bercakap dalam bahasa Tamil]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, saya cakap Bahasa Melayu, dia tidak faham. Dengan izin, saya kata... [Bercakap dalam bahasa Tamil] yang bermaksud duduklah. Silakan duduk ‘ane’. Ini bukan bawah pokok... [Bercakap dalam bahasa Tamil] Ini Dewan mulia [Ketawa] ‘Martikilai’ itu bawah pokok.

Ane, ane... [Bercakap dalam bahasa Tamil]

[Bercakap dalam bahasa Tamil] [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Apa Yang Berhormat Batu Gajah cakap itu, Yang Berhormat Baling?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Saya tidak dengar apa dia cakap, apakah you cakap?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Saya cakap, saya faham ini Dewan yang mulia bukan bawah pokok tetapi saya ada hak untuk cakap juga.

Ya, boleh. Isu pembangunan berkaitan dengan modal insan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Baling, kita sambung sepuluh minit lagi selepas 2.30 petang.

Allahuakbar, sambung lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasihlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat kita tangguhkan ke jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sambung sedikit lagi. Tadi saya tengah bincangkan berkaitan dengan PERMATA. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kalau kita hendak masa depan anak-anak kita berjaya, Justeru itu para ilmuwan dan rakyat yang waras akal fikirannya mereka ini akan nampak bayangan masa depan pembangunan modal insan akar umbi, yang akan menerajui negara yang disayangi ke arah yang lebih hebat lagi. Pembangunan modal insan akar umbi yang saya maksudkan ialah Program PERMATA. Kementerian Pendidikan, Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak. Tahniah dan terima kasih...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun.

Boleh? Sikit sahaja.

Sekejap ya saya baru startlah, bagilah peluang Yang Berhormat Batu. Potong stimlah. Sekejap. Baru sahaja sekejap. Saya bagi peluang nanti. Bagi saya setengah jam saya bagi peluang, inshaaAllah. Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi peruntukan khas demi anak-anak kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kongsi beberapa perkara berkaitan dengan kejayaan...

Yang Berhormat Baling. Sedikit sahaja soalan PERMATA.

Saya tidak habis lagi. Sekejap lagi. Saya ada empat...

Tajuk sudah lari atau belum dari PERMATA?

Belum. Saya ada lagi enam paragraph. Saya hendak start out berkaitan dengan PERMATA. Lepas itu Yang Berhormat tanyalah saya, saya jawab sebab saya permata juga daripada kecil dahulu, permata hitam. Saya hendak maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, untuk merealisasikan idea PERMATA, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat harus berganding bahu untuk melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan. Bukanlah kalau kita tengok pada hari ini secara kebetulan Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri Datin Seri Paduka Rosmah yang telah menerajui, oleh sebab itu kita tengok pelbagai pandangan sinis dilontarkan.

Saya ingin melihat dan saya hendak ajak semua untuk mengimbau sedikit sejarah yang ada kepada PERMATA, yang mana saya sendiri pun pernah bersama-sama dalam mengusahakan perkara-perkara tersebut. Di antaranya contoh yang terbaik baru-baru ini kalau kita tengok, seorang anak gadis berumur 16 tahun dari Perlis, Kampung Kayangan. Kalau ada pemimpin Yang Berhormat Perlis, dia tahu. Nama adik ini Rahazaimah Az Zahrah yang mana diberi peluang untuk berucap dalam Grand Hall United Nations bagi mewakili negara, bukan bagi mewakili bendera parti mana-mana. Beliau mewakili negara Malaysia dan pakar dalam hujah beliau khususnya dalam bahasa Inggeris dan malah beliau boleh control the floor, dengan izin, apabila soalan-soalan dilontarkan kepada adik ini. Jadi ini semua kebanggaan, ini semua hasil kerja usaha PERMATA [Tepuk] Bukan setakat itu, ditambah pula saya pengerusi Tabung Haji, bukan ‘tabung Aziz’ ya. Tabung Haji. Yang Berhormat Kuala Langat ini nakal. Saya hendak bagi tahu sebagai pengerusi Tabung Haji hendak pergi umrah pada hari ini, hendak dapat visa pun bukan mudah. Akan tetapi atas hasil usaha PERMATA telah menzahirkan 30 orang kanak-kanak yang datangnya daripada pelbagai Parlimen. Parlimen Rantau Panjang, Bachok daripada semua seluruh negara 30 orang yang telah dihantar melaksanakan ibadah umrah baru-baru ini. Ini salah satu contoh. Jadi saya hendak mengajak kita janganlah kita rasa buruk sangka...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat, hendak tanya, boleh?

...Ataupun kita bersangka buruk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Ipoh Timur.

Sekejap. Kita mesti pastikan apa yang dibuat itu ialah satu kebanggaan negara, memberi peluang anak-anak ini untuk menjadi modal insan. Kalau kita benar-benar hendak bertanding ataupun kita hendak bersaing, kita tahu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sudah wujud lama. Di mana kita kalau betul-betul hendak, kita harus mendidik anak-anak kita sama-sama menggembleng tenaga, kita buktikan kita juga boleh lakukan untuk kebaikan masa depan generasi kita yang akan datang. Jadi saya melihat dalam konteks ini, sebagai contoh PERMATA Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awalan untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tanpa kira fahaman politik dan parti... [Disampuk] Sebab itu kita bagi peluang. Kita didik anak tidak kiralah anak Yang Berhormat Batukah...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Boleh celah?

...Anak Yang Berhormat Kuala Langatkah, anak Yang Berhormat Ipoh Barat, tidak kira, semua boleh. Kita hendak bagi peluang, bukan kita pilih kasih ambil anak Yang Berhormat Baling, ambil anak...

[Menyampuk]

Eh, saya tidak mabuklah, jangan cakap macam itu. Tarik balik.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Baling boleh celah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Minum kopi, ada kopi. Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Saya hendak tanya Yang Berhormat Baling ini, PERMATA yang mendapat begitu banyak peruntukan setiap tahun, kenapa tiada ditumpukan kepada kanak-kanak khas dengan izin, special children. Adakah mereka bukan anak-anak Malaysia juga? Tentunya sesuatu boleh dibuat untuk mereka.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ada mereka yang anak-anak khas ini, special children, mereka ada talent yang tertentu yang mungkin boleh memberi manfaat juga. Kenapakah mereka dianaktirikan dan langsung tidak diberi perhatian di bawah PERMATA? Kita lihat di dalam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

...Program-program PERMATA langsung tidak ada.

Kita bercakap ini mesti bersangka baik. Kita hendak mulakan mukadimah kita, niat kena betul. Saya hendak bagi contoh kepada Yang Berhormat, saya ada fakta 17,565 orang kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara termasuk yang kurang berupaya, sudah diberi peluang. Dapatkan fakta. Kalau tidak percaya, sekejap lagi pergi kantin saya bagi. Anak kurang upaya di kawasan mana, yang mungkin kawasan Yang Berhormat tidak ada.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Namakan tempat-tempat yang spesifik untuk anak-anak- special children ini.

Tidak apa saya akan bagi. Ada, kita tidak boleh bersangka buruk.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Autistik mereka perlu perhatian juga.

Ada, ada saya bagi tahu. Saya ada fakta. Ini semua kita ada. Takkanlah isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak biarkan anak kurang upaya. Beliaulah hati mulia, orang yang pertama datang ambil tahu fasal anak-anak. Kenapa kita hendak busuk hati. Kita jangan busuk hati. Oleh sebab beliau isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita hendak jadikan isu. Mana pergi pemimpin-pemimpin wanita di PKR, PAS buatlah. Yang Berhormat Ampang buatlah bagus. Kita akan sokong. Saya bagi bantuan. Kalau tidak cukup duit, kita tolong. Jangan persepsi buruk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

Kalau kasi saya RM100 juta, I can do much more better than.... [Ketawa]

Yang Berhormat Batu dulu, Yang Berhormat Batu silakan. Saya bagi Yang Berhormat Batu.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Baling.

Okey, terima kasih.

Much, much more better, inshaaAllah.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Baling, PERMATA dengan peruntukan beratus-ratus juta yang bergantung untuk melaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila Yang Berhormat Batu.

Saya tidak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk. Ya, Yang Berhormat Batu.

Saya tidak nafikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi. Kita harus memberi prioriti dan kepentingan keutamaan kepada kanak-kanak prasekolah. Cuma saya nak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Baling, penaung PERMATA ini kerana PERMATA adalah sebahagian daripada program kerajaan. Pentadbiran itu harus dimasukkan sebahagian daripada sistem pemerintahan dalam pentadbiran.

Saya ingin tahu apa peranan penaung dalam program-program ini? Adakah penaung kepada PERMATA ini reserve untuk wanita pertama dalam kerajaan di mana seperti negara-negara lain, Amerika, wanita pertama itu ada peranan. Adakah ini sudah menjadi sebahagian daripada wanita pertama yang juga bermaksud kalau ada Perdana Menteri yang baru dan isteri kepada Perdana Menteri itu juga menjadi penaung PERMATA atau ini hanya tailor made untuk isteri Perdana Menteri yang sekarang.

Okey, saya faham. Saya faham, Yang Berhormat Batu. Terima kasih. Syabas dan tahniah Yang Berhormat Batu punya permata hari ini dekat Universiti Malaya- pecah gate itu, permata Yang Berhormat Batu lah itu tetapi tak apalah, saya nak jawab soalan ini... [Disampuk] Untuk makluman, dia begini, bila mana seorang isteri pemimpin, ia berpandukan minat masing-masing. Secara kebetulan isteri Perdana Menteri kita ini memang minat untuk kerja-kerja kebajikan khususnya untuk pendidikan anak-anak. Beliau dekat- kasih. Jadi, kita tak boleh...

Terima kasih.

Sabar, sabar!

Terima kasih. Yang Berhormat Baling baru confirm ini adalah satu position yang tailor made untuk isteri Perdana Menteri sebab kalau isteri lain tak minat, dia tak akan jadi.

Saya belum habis, saya belum habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu. Duduk Yang Berhormat.

...Kalau ada minat pada perkara...

...Adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, sabar. Kalau bersangka buruk daripada awal, buat apa pun tak jadi. Kita ini bersangka buruk, sebab itulah di sini, di kawasan sini, yang belah sini semua tak pernah gigit polis, sebab kita tak ada bersangka buruk. Kita tak pernah gigit batang hidung polis.

Tak, tak. Saya tak cakap ini adalah bersangka buruk, saya hanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, duduklah.

Ini sampai gigit telinga.

Saya hanya nak dapat confirmation sama ada ini adalah special design...

Tuan Yang di-Pertua, saya nak teruskan sebab masa tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...Tailor made untuk isteri Perdana Menteri kita.

Kajian UPSI. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus, ini fakta ya Yang Berhormat Batu. Sebanyak 84 peratus kanak-kanak di PERMATA Negara telah mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, yang stabil, yang ceria dan penuh berkeyakinan diri bukan gigit telinga polis.

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

Duduk Yang Berhormat Batu, cukup. Saya hendak beritahu...

Saya tak pertikai kebaikan program-program ini...

Biar saya olah dulu, kita tak payah nak pergi on individu, tak payah.

Kita tak pertikai, kita tak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Kita hanya nak tahu kenapa individu tertentu diletakkan dalam kerusi ini?

Kita tak perlu Yang Berhormat Batu, kita tak perlu Yang Berhormat Batu. Kenapa, kenapa isteri Perdana Menteri yang kita nak pertikai...?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, dengar sahajalah Yang Berhormat Batu.

Orang lain pun kita tak pertikai? Sebab tak ada kepentingan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Saya tak pertikai.

Kita hati tak betul, tak ikhlas.

Bukan isu...

Cukuplah, duduklah.

...Isu isteri Perdana Menteri, isunya wang rakyat...

[Dewan riuh]

Duduklah dulu, saya tak habis lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dengar sahajalah perbahasan Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Wang rakyat, wang rakyat bagaimana digunakan.

Kenapakah sebahagian daripada bajet ini diperuntukkan kepada isteri Perdana Menteri?

Isunya wang rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Wang rakyat harus dipertahankan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pendang bangun, Yang Berhormat.

Isunya sama ada ini...

Saya nak bagi kepada Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang cakap ada fikiran waras, hati mulia. Silakan Yang Berhormat Pendang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling. Pada saya, hak PERMATA nak melantik siapa sahaja menjadi penasihat. Sekarang dia nak lantik isteri Perdana Menteri, itu hak PERMATA. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya?

Saya setuju Tuan Yang di- Pertua. Masukkan dalam ucapan saya sebab betul itu, sebab kita bersangka baik.

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling contradiction. Tadi baru kata isteri Perdana Menteri...

Kejayaan demi kejayaan. Cukuplah Yang Berhormat Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Saya sudah bagi peluang, duduklah Yang Berhormat Batu. Bila Yang Berhormat Batu bercakap, saya tak kacau pun. Duduk.

Tadi Yang Berhormat Baling baru kata isteri Perdana Menteri yang jadi initiator. Dia yang mulakan program ini tetapi sekarang kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

...PERMATA yang lantik isteri Perdana Menteri.

Kenapa, kenapa isteri Perdana Menteri...?

Tadi dia kata isteri Perdana Menteri yang mengilhamkan program ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Kejap, saya nak tanya. Yang Berhormat Batu, dengar soalan saya.

...Dan jadikan penaung. Tengok, fakta pun tak betul. Fakta salah...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Batu, dengar soalan saya. Dengar soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, duduklah Yang Berhormat.

Dalam speech tadi Yang Berhormat Baling kata isteri Perdana Menteri...

Duduk! Isteri Perdana Menteri tidak pernah berhajat nak bertanding jawatan presiden, tak pernah bertanding dekat Kajang.

Tak, kalau isteri Perdana Menteri...

Isteri Perdana Menteri laksanakan tanggungjawab, “Hablumminallah wa hablumminannas”. Kerana Allah, faham atau tidak Yang Berhormat Batu?

Tak layak pun, tak payahlah nak bertanding presiden. Tak layak, tak layak!..

[Dewan riuh]

Kalau tak bertanding, kalau bukan...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, duduklah Yang Berhormat.

Duduklah, buang masa layan Yang Berhormat Batu. Kepala batu, cakap apa pun...

...Bazirkan wang rakyat. Itu haknya untuk bertanding.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

...Peruntukan bajet.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kalau mencelah macam ini, dia dilihat sebagai mengganggu orang berucap.

Mengganggu.

Yang Berhormat Baling, boleh Kuala Kangsar?

Maaf, maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ha! Baik.

Kita kalau nak bersaing, bersainglah dengan cara yang sihat, cara yang betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kangsar bangun.

Tak payahlah kita nak bersaing ada bersangka buruk kerana semata-mata beliau seorang isteri Perdana Menteri. Jangan! Siapa-siapa pun boleh buat. We are open to everybody dalam konteks, saya tak tahulah Yang Berhormat Batu faham kah tak faham, Yang Berhormat Ampang faham, bersandarkan habluminallah, habluminnannas.

Saya faham, saya nak cakap sedikit.

Itu betul. Okey, Yang Berhormat Ampang, cakap.

Yang Berhormat Baling kata saya faham, saya nak tanya sedikitlah. Okey, Yang Berhormat Baling ya?

Yang Berhormat Baling.

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Baling, semenjak PERMATA ini diperbincangkan dan dibahaskan dalam Dewan Parlimen ini, bertahun-tahun kami minta dibentangkan perbelanjaan PERMATA tetapi tidak dibentangkan dalam Dewan Parlimen ini kerana kita nak tahu terperincinya. Seolah-olah program PERMATA ini selalu ‘menempel- nempel’, tidak ada satu yang konkrit. Jadi kita nak tahu bagaimana. Tadi disebut empat ratus lebih dan tujuh ribu tetapi ia tidak clear, tak jelas yang ini bawah PERMATA, struktur PERMATA dan diuruskan oleh PERMATA. Yang saya tahu ia menempel di KEMAS lah, menempel di sini, menempel di sana. Jadi, saya nak minta, kalau betullah ini, kita nak minta agar diperjelaskan perbelanjaan ini ya.

Yang Berhormat Baling, boleh? Kuala Kangsar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya Yang Berhormat Baling, apa pendapat Yang Berhormat Baling tentang tohmahan daripada belah sana khususnya tak silap saya Yang Berhormat Ampang dulu pernah menyatakan bahawa PERMATA ini anak-anaknya daripada golongan orang kaya. Akan tetapi pada saya, saya tahu anak-anak PERMATA kita ini terdiri daripada golongan pemandu teksi pun ada, driver pun ada. Silakan beri pandangan.

Itu saya nak jawab sedikit. Yang Berhormat Baling, sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak boleh jawab, Yang Berhormat.

Mana boleh jawab, ini floor saya.

Saya nak jelaskan di sini...

This is my floor...

[Dewan riuh]

Saya nak jelaskan di sini, isunya saya sebut berkenaan PERMATA...

Eh! Duduklah, awak bukan Menteri.

Anak-anak PERMATA Seni, bukan...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Floor Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat.

PERMATA Seni, PERMATA Seni ya. Ha! Fahamkan, PERMATA Seni.

Okeylah, awak jadi Ahli Parlimen Baling, saya pergi Ampang.

Tak apa, PERMATA Seni Yang Berhormat Baling. I am referring PERMATA Seni okey? Alright.

Macamlah rasa. Dia perasan jadi Menteri kot nak jawab soalan orang. Tak, saya tengok apabila PERMATA...

Hablulminnallah, habluminnannas.

Apabila PERMATA ini diiktiraf dunia contohnya kejayaan PERMATA sehingga menarik minat isteri pemimpin negara- negara asing termasuk Permaisuri Qatar, Sheikha Mozah Nasser Al-Missned dan Presiden Zambia. Semua ini di dunia, semua orang iktiraf... [Disampuk] Ya, mereka ini minat. Mereka kata di antaranya negara yang lakukan perkara yang cukup murni adalah Malaysia. PERMATA programnya. Tak usahlah! Ini hati busuk, niat dengki Yang Berhormat Ampang ini. Soalan pun busuk hati. Semua nak. Kalau nak post mortem bagi Audit, apa, dia nak bantu kah? Ini kerja-kerja yang kita buat ini this is what we call social volunteer reason.

Isunya ini wang rakyat, wang rakyat.

Ha! Ya lah tetapi cara itu, cara tanya soalan itu bersangka buruk...

[Dewan riuh]

...Isunya wang rakyat. Wang rakyat harus dibentangkan dan harus untuk dijawab. Itu yang penting.

Beginilah, Yang Berhormat Ampang boleh tulis surat kepada Menteri Pendidikan, tanya mereka sebab program ini juga ada terlibat dengan memperkasakan program PERMATA bersama dengan kementerian.

Kementerian tahu apa yang PERMATA buat dan sebagainya. Tak payahlah bila mana ada sahaja bahas, masuk. Bila ada sahaja, nak jadi nasi tambah. Jangan, kita kena bersangka baik.

PERMATA lah jawab, kenapakah Kementerian Pendidikan nak jawab? Menempel.

Saya rasa Yang Berhormat Ampang yang kaki ‘nempel’. Bila saya nak bercakap sahaja, dia menempel, dia ‘nempel’. Allahu Akbar, jangan begitu.

Duit rakyat, untuk rakyat.

Jadi, saya nak menyatakan kepada pembangkang, rakan-rakan kita yang ada dalam PKR...

Habluminnallah, habluminnas.

Why not kita duduk meja bulat, kita sokong PERMATA. Lepas itu kita jumpa, kita tanya soalan dan kita boleh bantu. Saya di Baling ini, saya Ahli Parlimen, saya tak kiralah PAS kah siapa, bila saya dah jadi Ahli Parlimen, kita buang yang keruh kita ambil yang jernih. Jadi oleh sebab itu, apa sahaja yang dilakukan oleh PASTI tadi ini iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam, kita bantu. Kita bantu sama rata.

Malah, kita bawa pelajar-pelajar dia juga hantar pergi buat umrah dan sebagainya, ini yang kita buat. Barulah betul. Ini isu pendidikan dan modal insan. Kita harus memperkasakan. Jangan kita bahas setiap kali, tuding jari, tuding jari, orang itu salah, orang itu salah. Ini kerana Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri. Takkanlah kawan itu hatinya busuk. Orang itu hati mulialah buat kerja macam ini...

[Dewan riuh]

Jadi, kita ketepikan pandangan yang tak elok. Saya mengajak, kalau hendak jumpa beliau, saya bawa. Hendak jumpa, hendak bincang, saya bawa. Kita tak kenal, maka tak cinta.

Yang Berhormat...

Kita dengar persepsi sahaja di luaran.

Yang Berhormat Baling, tak ada orang kata isteri Perdana Menteri hati busuk.

Cukuplah Yang Berhormat Batu.

Tak ada orang kata macam itu. Janganlah sebut macam itu.

Tak, cara tanya soalan itu bersangka buruk.

Kita tak sangka buruk.

Saya dah tengok beberapa hari, soalan semua itu...

Tak pernah ada siapa-siapa sangka buruk.

Hablumminalllah hablumminannas.

Yang disebut itu oleh Yang Berhormat Baling sahaja.

Kita didik anak- anak generasi yang akan datang untuk memastikan mereka menjadi aset, modal insan yang berguna.

Hanya kita persoalkan peranan...

Bukan modal insan yang mengaruk, buat riot, buat kacau dalam universiti. Kelmarin dulu di Universiti Malaya, semalam di UKM.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Mengambil tempat duduk]

Ha, ini seorang lagi datang ini, semua samalah lebih kurang, dua kali lima, lima kali dua... [Ketawa] [Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Baling ini...

Semua ini datang semua nak buat rusuhan sahaja. Tak ada benda yang baik.

Baling yang sangka buruk kepada orang lain.

Cuba fikir yang baik, buat prasangka baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, cukuplah PERMATA ini saya sudah bahas, saya sudah bagi tahu daripada awal tadi, niat murni, hala tujunya betul untuk memastikan masa depan anak-anak kita. Generasi mendatang tanpa kira kaum, agama, latar belakang mahupun fahaman politik. Semua boleh kita bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh mula gulung Yang Berhormat ya.

Jadi, terima kasih. Sekarang ini saya hendak pergi kesatu lagi tajuk iaitu tajuk berkaitan dengan percetakan Al- Quran.

[Ketawa]

Saya selaku Ahli Parlimen Baling dan rakyat di Baling, kami mengalu-alukan langkah Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional untuk membina pusat percetakan Al-Quran di Putrajaya, kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi [Tepuk] Untuk makluman Shah Alam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak, dia pindah kerusi Yang Berhormat ya. [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini saya cakap pun tak apa. Saya pun hendak tanya juga.

Saya hendak bagi tahu, saya hendak bagi tahu...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia nak bagi saya cakap kah?

Tak, saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam duduk dulu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ingat dia panggil saya [Ketawa]

Saya hendak bagi tahu sebab Yang Berhormat Shah Alam selalu cakap. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Shah Alam, Islam dengan sains tidak boleh dipisahkan.

Huh, dahsyat!

Islam dengan sains kembar. Jadi, kalau kita hendak tengok apa World Islamic Economic punya forum telah mengangkat martabat Malaysia di antara yang terbaik dalam konteks pelaksanaan. Dari sudut ekonomi, kita yang terbaik baru-baru ini. Saya hendak Yang Berhormat Shah Alam faham, Yang Berhormat Shah Alam tahu. Kalau kita bandingkan dengan apa yang kita buat ini, al-Quran ialah Ulul Albab, bukan Ahmad Albab macam Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam ini Ahmad Albab [Ketawa] Kita ini, kita ini memperjuangkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ahmad Albab itu cerita lain Tuan Yang di-Pertua. Dia bukan cerita, dia tahu apa dia cakap, ini dia faham tak?

Kita ini memperkasa, kita hendak pastikan.

Jangan merepeklah Yang Berhormat Baling.

Bukan merepek, kita cakap yang betul. Bila kita bercakap yang bersandarkan qulil haq, walau kana murran, banyak orang sakit hati. Sebab betul! Sebab saya memperjuangkan isu Al-Quran...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tak sakit hati tetapi buat kelakar! [Ketawa]

Jadi, saya hendak maklumkan di sini bahawasanya untuk kita melaksanakan kilang Al-Quran ini memang amat bertepatan. Ini kerana saya dengar ada kawan-kawan bagi tahu, kita kena ada universiti Al- Quran dulu baru boleh buat kilang. Sebenarnya, untuk makluman kawan-kawan di sana, kita sudah ada UIA di Gombak, USIM kita sudah ada, UIM sudah ada di Cyberjaya. Kita sudah ada semua ini untuk kita memperjuangkan. InshaaAllah, saya percaya sudah adanya perkara-perkara sedemikian rupa, MRSM pun sudah ada yang mana kita sudah ada tiga buah MRSM kita dah ada buat. Jadi, saya harap kali ini sudah tiba waktu dan ketikanya untuk kita mengadakan sebuah kilang yang terbesar. Jadi, saya harap sebelah sana pun sama-sama pakat sokonglah untuk memastikan kilang yang kita hendak buat ini dapat jadi kilang Al-Quran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi Yang Berhormat.

Boleh, boleh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebenarnya, saya hendak tanya sikit sahaja. Mungkin dekat Baling itu dia hendak dapatkan naskhah al-Quran itu susah kot. Sehingga terpaksa kita buat sebuah kilang. Saya rasa masalah di negara dan di dunia bukan masalah kurangnya percetakan Al-Quran, betul tak?

Amalan!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia amalan, fahaman. Itu yang kurangnya [Ketawa] Kalau hendak cetak itu dah memang tak ada masalah [Ketawa] Kalau dekat Baling tak cukup naskhah Al-Quran, dia datang ke Shah Alam, saya boleh bagi, inshaaAllah [Ketawa]

Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

It has never been a problem. The copies of the Quran, dengan izin, it has never been in shortage. Akan tetapi masalah...

Yang Berhormat Shah Alam, yang di Shah Alam pun siapa buat?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Yang kita hadapi ialah Barisan Nasional dia tak ikut apa yang terkandung dalam Al-Quran, betul tak? [Ketawa] Dia hendak cetak sahaja tetapi tak nak ikut. Ini yang masalahnya.

Yang Berhormat Shah Alam, sebagai...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita hendak kena ada kilang cetak manusia Barisan Nasional itu supaya dia ikut Al-Quran...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Macam mana you kira, boleh? [Ketawa]

Yang Berhormat Shah Alam, sebagai umat Islam yang tertib, yang baik, saya hendak menasihatkan Yang Berhormat Shah Alam, kilang Al-Quran dekat Shah Alam pun Barisan Nasional yang buat, bukan Shah Alam yang buat. Yang Berhormat Shah Alam pun hendak pergi minta orang punya hendak bagi pada saya. Terima kasihlah. Saya Pengerusi Tabung Haji. Saya ada beratusan, ribuan Al-Quran. Bukan itu, kita hendak pengiktirafan. Pengiktirafan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dah, kalau dah ada beribu, hendak cetak lagi buat apa?

Pengiktirafan yang ada. Kitab suci Al-Quran yang akan menjadi panduan hidup. Yang Berhormat Shah Alam, bukan kata kekurangan, pengiktirafan kena ada.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu bukan masalahnya, Kita buat kerja untuk menyelesaikan masalah. Kalau tak masalah, hendak buat apa, hendak saja- saja?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Sokong Oktober Fest lah.

Sekarang ini saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam, kalau Yang Berhormat Shah Alam tak sokong, tak mampu buat, Yang Berhormat Shah Alam bersyukurlah ada Kerajaan Barisan Nasional yang begitu prihatin untuk kita melaksanakan satu lagi sejarah kedua terbesar dalam dunia, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam tahu tak apa erti Al-Quran itu? Iqra’ itu tahu tak Yang Berhormat Shah Alam? Yang Berhormat Shah Alam, kalau berdebat pasal hadis, Al-Quran macam sufi tetapi apabila kita hendak memperjuangkan kilang Al- Quran, Yang Berhormat Shah Alam membangkang. Patut Yang Berhormat Ipoh Barat itu bangkang. Yang Berhormat Ipoh Barat tunjuk jari sokong, sokong. Ini apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tak bangkang, saya tak bangkang.

Ini Yang Berhormat Shah Alam tak sokong. Apalah punya orang Islam?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hanya saya bertanya. Di sebaliknya hendak berbangga-bangga. Dia kalau buat kerja, bangga-bangga ini riak. Riak, habis dosa, habis tak boleh, tak ada makna.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, saya sudah minta Yang Berhormat Baling untuk habiskan perbahasan Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jangan riak!

Akan tetapi saya buat dia kacau.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nak buat, buat saja. Riak buat apa? The second biggest in the world lah! Apa lah!

Perkara ni, satu perkara yang baik dan penting untuk orang Islam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, masa dia habis bila?

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia sudah minta dah. Ya, dah minta dah.

Tuan Yang di- Pertua pun tak ganggu. Kita isu Al-Quran ini Tuan Yang di-Pertua pun sokong, dia tak ganggu. Ini Yang Berhormat Shah Alam, muka macam ulama’ atau ular dalam semak ini yang ganggu. Malulah sikit! Patut, ha Bintulu. Tengok Yang Berhormat Bintulu pun sokong! Belajarlah Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Bintulu. Sila Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling, tak apalah tak payah gulung. Kita nanti kasi gulung semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya minta Yang Berhormat Baling selesaikan dah Yang Berhormat.

Okey, okey. Ini mahu sedikit dahulu. Yang Berhormat, kita ada sedar ke tidak? Kita kalau hendak cerita sama Yang Berhormat Shah Alam, sama Yang Berhormat Batu, sampai Wawasan 2020 pun tak pernah habis. Yang Berhormat Shah Alam kalau tengok dia sampai Sultan bagi tahu sama dia, cakap sama dia, pun tak pandai sampai Sultan marah sama dia, mahu halau sama dia keluar negeri, dia baru faham, baru diam ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak boleh bangun Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sultan tak halau saya keluar. Sultan tak halau saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang berucap ini Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Fakta ini tak betul.

Inilah Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Batu pun sama juga.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baru-baru ini pun, 1 Muharram pun dia menjemput, Sultan jemput.

Yang Berhormat Shah Alam, macam saya kata Yang Berhormat Shah Alam, kalau dia punya kawasan membina, buat projek, dia mesti pau sama kita punya. Ha, inilah dia punya kaya. Inilah Yang Berhormat Baling, you ada setuju ke tidak?

Oh, ini macam ah?

Ini masalah rakyat sekarang, ambil undang-undang dalam tangan, pasal ini macam punya pemimpin. You setuju kah tidak? ini Yang Berhormat Batu kita kasi halau dia keluar baru tahu. Setuju tak?

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, saya tak tahu dia ada company Pau Management Sdn. Bhd. Ada kah? Oh, saya pun tak tau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habis, habis masa.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu tak hormat undang-undang.

Pau Management Sdn. Bhd. ada kah?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Perlembagaan mengatakan, tak ada siapa boleh dihalau keluar dari Malaysia. Ini hak rakyat Malaysia. Bintulu tak tahu.

Tak apalah, ini floor sayalah. Biarlah saya gulung, saya kasi habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya, ya..

Ini mahu buang itu sesetengah jalan punya peguam, ini dia tak faham. Orang kata ambil wang dalam tangan. Saya cakap kasi halau keluar pasal dia salah ajar rakyat, di dalam ini banyak rakyat sini, tengok, dia salah kasi maklumat.

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tolong Yang Berhormat Bintulu bagi tahu saya, berapa undi dia dapat? Saya dapat 50,000 undi pengundi-pengundi di Shah Alam.

Ada ‘pau management’ lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Baling.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak tahu Yang Berhormat Bintulu dapat berapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, yang lain duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling, habiskanlah Yang Berhormat Baling.

Ini floor sayalah.

Saya punya kawasan itu dia tidak faham. Saya punya kawasan pengundi semua baru 51...

Saya mahu gulung.

Okey Yang Berhormat Baling, sudah habislah, duduk, duduk. Tengok jam itu.

Macam mana...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Majoritinya berapa?.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Baling, ya Yang Berhormat Baling. Habiskanlah Yang Berhormat Baling.

Tuan Yang di-Pertua, kita mendoakanlah...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam...

Kita mendoakanlah agar..

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kita mendoakan agar Yang Berhormat Shah Alam diberi taufik dan hidayah. Sebelum dia kena panggil, sebelum dia kena warning dengan Allah SWT, biarlah dia tahu. Ini baru Sultan. Takut Allah warning dia nanti dia susah. Baiklah dia sendiri takbir dan jangan riak. Jadi saya di kesempatan ini saya berharap usaha membina pencetakan al-Quran di Putrajaya dapat memberi tumpuan juga kepada pentafsiran al-Quran dalam beberapa tulisan seperti jawi, bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa utama dunia seperti Mandarin, Tamil, Perancis supaya dapat kelak diharapkan umat Islam di seluruh dunia dapat memahami isi kandungan kitab al-Quran yang suci ini dengan lebih jelas dan mendalam seterusnya mereka seperti Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Batu dan sebagainya dapat memahami apakah erti kata dalam konteks yang sebenarnya yang tersurat dan tersirat dalam al-Quran Al-Karim. Di kesempatan ini, saya hendak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri Barisan Nasional yang begitu berani dengan bajet pada tahun ini yang memberi manfaat kepada rakyat, bukan bulan depan hendak pilihan raya. Pilihan raya tidak tahu bila lagi. Inilah keikhlasan, kepimpinan, urus tadbir yang bersih, cekap, amanah, lagi niat yang murni untuk rakyat jelata. Jadi dengan itu, saya menyokong, Baling menyokong penuh bajet tahun 2015. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, hadirin- hadirat sekalian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan izin saya turut berbahas Bajet 2015. Saya hanya hendak mengambil beberapa waktu untuk membuat beberapa rumus daripada perbincangan panjang yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Rumus pertama Tuan Yang di-Pertua ialah saya melihat ataupun umum rumusan saya ingin menyebutkan Bajet 2015 ini sebenarnya menggambarkan pendirian, menggambarkan sikap, menggambarkan world view, menggambarkan pendekatan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Pekan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi. Saya lihat rumus pertamanya Tuan Yang di-Pertua, ialah bajet ini bajet yang menggambarkan cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Saya sebutkan demikian kerana bajet ini menyebutkan, meletakkan rakyat diutamakan ataupun sebagai ekonomi rakyat, sebagai usaha untuk membela rakyat tetapi bila kita teliti secara terperinci seperti yang digambarkan oleh Yang Berhormat Baling tadi, yang dibela ialah yang menjadi pemimpin kepada rakyat, bukan membela rakyat. Kita lihat rata-rata kita memberikan pandangan tentang GST termasuk rakan-rakan di sebelah sana, ada yang mengaku bekas murid saya, memberikan kritik kepada GST. Yang Berhormat Menteri menyebutkan akan berlaku kenaikan inflasi sampai 5 peratus tetapi akhirnya sokong juga.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Jadi bila diminta membuat pilihan antara simpati dengan penderitaan rakyat dengan menyokong saranan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, maka yang disokong ialah saranan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mengenakan GST walaupun GST itu menyukarkan rakyat. Kita yang sebelah sini menyarankan ada jalan rentas, ada jalan pintas untuk tidak menyeksa rakyat. Antaranya ialah dengan menutup kebocoran dalam pengurusan dalam urus tadbir negara yang diakui sendiri oleh Auditor General saban tahun antara RM20 bilion hingga RM30 bilion kebocoran. Jadi kalau yang hendak didapati daripada GST itu dalam tahun pertama pelaksanaan hanya belasan bilion, tutup satu tahun kebocoran, sudah boleh cover. Jadi kita ingin menanyakan Tuan Yang di-Pertua, sekian tahun sudah Yang Berhormat Pekan menjadi Menteri Kewangan, kita hendak tanya beberapa kebocoran tiap- tiap tahun? Kalau kebocoran itu dicampurkan, dikalikan untuk sekian tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, barangkali beberapa tahun boleh cover daripada pungutan GST? Poin saya Tuan Yang di-Pertua ialah kita bercakap untuk membela rakyat tetapi kita tidak bersedia untuk memastikan urus tadbir negara dan segala kebocoran-kebocoran yang lain yang berlaku untuk ditutup kerana itu menguntungkan bukan rakyat, bukan rakyat biasa, bukan rakyat marhaen tapi golongan atasan dari kelompok tertentu. Kita ingin juga menanyakan yang bocor itu, berapa ramaikah orang yang telah diambil tindakan? Dulu masa kita heboh tentang kebocoran, ada tindakan-tindakan yang hendak diambil. Jadi, kita ingin tahu apa tindakan yang telah dilakukan untuk memastikan kebocoran itu tidak berlaku dan pegawai-pegawai dan juga pemimpin-pemimpin politik yang menaungi mereka, apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka? Tuan Yang di-Pertua, itu rumus saya yang pertama. Selepas mendengar perbincangan, bukan sahaja dalam session ini tetapi juga dalam session yang lepas, rumus saya, kita bercakap, kerajaan bercakap, pimpinan rakan-rakan sana bercakap untuk membela rakyat tetapi dalam praktis dan amalan, rakyat sebenarnya tidak dibela. Saya memang tiap-tiap minggu balik ke Rengit, balik ke Batu Pahat, kawasan saya, kawasan Rengit, Senggarang, Penggaram. Bila ada kesempatan, kita berjumpa dengan orang kampung, berjumpa dengan berbagai-bagai pihak dan mereka mengatakan sekarang ini produk keluaran kampung seperti kelapa sawit, pisang, kelapa, ubi, semua ini turun harga tetapi barang yang lain semua naik harga. Apakah tindakan kerajaan? Dia tanyakan saya, “Apa yang Yang Berhormat Datuk telah bawa ke Parlimen untuk mengajak Ahli-ahli Parlimen memikirkan sama turut menyelesaikan masalah kehidupan rakyat desa, rakyat kampung?” Tuan Yang di-Pertua, rumus saya yang kedua, saya melihat khusus kalau saya melihat dengan mengambil Kementerian Pendidikan sebagai contoh, kita ada kecenderungan untuk membuat pembangunan dalam bidang peralatan khusus misalnya dalam bidang ICT dan dengan harapan dengan memperkasakan bidang ICT, maka teaching learning dalam kelas itu bertambah baik. Akan tetapi saya ingin menanyakan kepada bapak Menteri, berapa banyak wang yang telah dibelanjakan daripada program, seingat saya masa saya dalam kementerian lagi, yang membekalkan alat-alat troli, projektor, laptop, itu round one dulu dalam ICT, dibekalkan ke sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah yang tidak elektrik. Projektor ini dihantar kepada sekolah-sekolah yang tidak ada elektrik.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Saya ingin tanyakan, berapa banyakkah belanja yang telah dikeluarkan untuk peralatan itu dan apakah impak kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kelas? Diikuti kemudiannya Tuan Yang di-Pertua, pembinaan makmal komputer. Kita ingin menanyakan berapa buah makmal komputer yang dirancang, berapa yang siap dan apa pula kesan positifnya kepada pendidikan pembelajaran di kalangan murid-murid?

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Poin saya Tuan Yang di-Pertua ialah kita bercakap untuk membangun pelajar, membangun guru, membangun prasarana pendidikan yang bertaraf dunia, tetapi yang kita tumpukan hanya bahagian ICT yang sebahagian besarnya half way done. Jadi kita ingin menanyakan sekali lagi sehingga kini, berapa banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan ICT ini dan apakah kesannya kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas dilihat daripada perubahan pembelajaran dan pengajaran, outcome kepada pelajar yang dikeluarkan. Selaras dengan ini Tuan Yang di-Pertua kita meletakkan pendidikan pengajian tinggi, universiti kita juga mahu meletakkan ia sebagai world class university. Dalam universiti ini sebenarnya tiga aspek yang penting iaitu soal research (soal penyelidikan), soal teaching (soal pengajaran), kemudian soal publishing (soal penerbitan) ini tiga bidang. Kalau universiti mahu cemerlang, tiga bidang ini diberi perhatian dengan meletakkan pensyarah-pensyarah dan para profesor yang berwibawa untuk menanganinya. Persoalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua mengapa dalam cita-cita kita untuk menaikkan universiti ke taraf dunia, pensyarah-pensyarah yang berwibawa. Kalau saya boleh beri contoh misalnya Prof. Datuk Dr. Riduan, profesor yang cemerlang sekian tahun. Dia dapat melintang beberapa tahun kemudian yang paling akhir ini mengeluarkan sembilan orang PhD. Dia juga merupakan seorang teacher, pendidikan yang baik, penyelidik yang baik dan juga boleh menerbitkan deretan buku. Dia dipecat dari jawatannya, kemudian di tempat yang lain, di satu sudut yang lain, pensyarah yang telah pencen boleh dilantik sebagai Ketua Jabatan. Poin saya Tuan Yang di-Pertua, ada kontradiksi kita, antara cita-cita, cakap kita mahu melahirkan sebuah universiti yang cemerlang, sebuah sekolah yang cemerlang cakapnya, hasratnya, cita- citanya tetapi dalam pelaksanaannya kita tidak dapat menggambarkan demikian. Jadi saya ingin menyebutkan Tuan Yang di-Pertua persepsi yang terdapat di luar sana yang kita selalu sebut juga ini satu kelemahan, yang saya fikir yang perlu diperbaiki oleh pihak kerajaan ialah blame assignment syndrome. Dia saling menyalahkan orang lain sahaja apabila kita berikan pandangan yang begini, pensyarah-pensyarah yang baik dibuang dan sebagainya. Pandangan itu semuanya ditolak, dibuang tepi. Jadi kita harapkan ada perhatian daripada kementerian dan pihak kerajaan melihat kontraksi ini ataupun budaya ini harus kita ketepikan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk melanjutkan rumus-rumus saya yang lain, inshaaAllah saya cuba nanti masuk dalam kementerian-kementerian yang lain. Kalau boleh saya membuat rumusan yang terakhir, saya berharap...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan bahawa Yang Berhormat Batu Pahat hampir hendak berhenti, saya hendak ambil kesempatan hendak tanya pada Yang Berhormat Batu Pahat bahawa dakwaan kerajaan yang tidak membela rakyat itu dikatakan tidak benar kerana adanya BR1M dan ada pula seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional tadi dia mendakwa dengan adanya BR1M itu menunjukkan bahawa tadbir urus Kerajaan Barisan Nasional adalah baik. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Batu Pahat dalam soal ini. Apabila Umar Abdul Aziz menjadi khalifah, dia hendak cari orang yang terima duit zakat pun tidak ada. Maka mengikut pandangan Yang Berhormat Batu Pahat, adakah wajar BR1M digunakan sebagai hujah membuktikan bahawa tadbir urus kerajaan adalah bagus. Sedangkan dengan adanya BR1M menunjukkan kadar kemiskinan begitu tinggi, zakat pun tidak cukup terpaksa tambah lagi dengan BR1M. Sedangkan pada zaman Sayidina Umar Abdul Aziz, hendak bagi zakat pun tidak boleh kerana orang semua sudah kata dia sudah okey, tidak ada masalah. Tadbir urus yang baik semestinya terbukti apabila kadar kemiskinan dalam negara sudah diminimumkan. Bukan bila adanya BR1M yang menunjukkan kadar kemiskinan itu terlalu tinggi. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat?

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu urus tadbir negara yang baik, ia menyejahterakan rakyat, dia membahagiakan rakyat, dia menyelesaikan masalah rakyat, dia mengangkat martabat rakyat, dia melepaskan rakyat daripada kebodohan dan kejahilan, dia melepaskan rakyat daripada kemiskinan dan kepapaan bukan dia mengekalkan kemiskinan. Ini diberi BR1M. Saya hendak tanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebelah sana, bagi RM900 pada kamu, boleh hidupkah setahun? Jangan ambil gaji lain, saya bagi Yang Berhormat RM900 sebulan. Saya pilih sepuluh orang, saya bagi RM900 setahun. It’s impossible, jadi ia tidak menyelesaikan masalah. Ia hanya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Okey, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini sebab Yang Berhormat Batu Pahat masa banyak lagikan Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa rasmi tidak ada Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Oh! Ya kah. Minta maaf. Saya ingat beginilah, yang saya hendak maksudkan ialah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu hendak berucap selepas ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Batu? Tidak apa, Yang Berhormat Batu dia lepas dipahat, batu pula. Poin yang saya hendak sampaikan ialah soal agihan kekayaan negara. Negara Malaysia ini kaya, tetapi yang miskin itu ramai- yang terlalu kaya ini pula ada. Kalau urus tadbir ini baik, maka kita selesaikan masalah kemiskinan, agihan kekayaan itu ditangani dan diselesaikan, maka tidak perlu BR1M. Barulah kita boleh bangga bahawa urus tadbir negara itu bagus. Ini guna BR1M sebagai bukti urus tadbir baik, itu yang saya pening. Saya tidak faham. Terima kasih.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, ringkaskan cerita masukkan dalam teks saya. Tuan Yang di-Pertua, saya teringat sewaktu saya zaman pelajar dahulu. Masa memimpin Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan dan juga Kesatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia. Saya berbual dengan seorang profesor. Saya fikir saya boleh sebutkan profesor itu di sini. Prof. Khoo Kay Kim. Dia kata Idris, negara kita ini kaya, “You name it, you have it”, dengan izin. Dia sebutlah apa yang ada. Cuma katanya negara kita tidak diurus tadbir dengan baik. That is our weakness. Jadi Tuan Yang di-Pertua, persepsi saya belum habis satu penggal di sini, dan persepsi saya sebagai seorang pegawai tadbir 30-an tahun dan pegawai posisi yang pelbagai, saya fikir Kerajaan Barisan Nasional kena perbaiki diri banyak. Dari orangnya, pengurusannya, pentadbirannya dan we can go forward dan kena terima sebenarnya bahawa you have weaknesses kita ada kelemahan dan kita baiki. Jangan hanya ada sindrom penafian, jangan ada hendak membuatkan satu, ini tindakan gula-gula yang itu hendak mengekalkan.

Yang Berhormat Batu Pahat...

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Saya hendak tutup.

Saya bagi isi sedikit. Yang Berhormat saya hendak tanya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batu Pahat, kita kalau hendak baiki ini kalau contoh rumah kan, kalau bocornya sedikit senang sikit baiki. Akan tetapi kalau sudah atap bocor, dinding pun sudah hendak tanggal semua ini, lebih baik kita baiki atau lebih baik kita robohkan terus buat rumah baru? Manakah lebih baik?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Lebih baik kita buat rumah baru bukan, setuju tak?

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Ini...

...Bocor sudah teruk sangat sudah. Habis sudah.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, ini perspektif melihat. Lebih mudah sebenarnya ganti yang baru. Runtuh ganti baru dia tidak banyak. Kalau tampal sana, tampal sini jadi susah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak memberi izin saya berbicara. Mudah-mudahan ini semua buah fikir untuk kita sama-sama renungkan for our future, untuk masa depan kita. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk saya turut berbahas dalam usul sokongan bagi pembentangan bajet yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Saya juga ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini tentang kesyukuran saya kerana dapat menjadi warga Malaysia yang mana dapat mendiami sebuah negara yang begitu makmur, negara yang begitu adil dan kita dapat merasai perbezaan apabila kita berkesempatan untuk pergi melawat mana-mana negara di luar sana. Rata-rata kalau kita bertanya kepada rakan-rakan di sini pun, sama ada seronok ataupun tidak sama bila berada di luar negara, kebanyakannya mengatakan bahawa setakat dua atau tiga hari okey lepas itu teringat hendak balik. Oleh kerana apa hendak balik? Kerana keselesaan dan kemakmuran yang kita nikmati di sini yang Tuhan beri. Kemudian kesejahteraan negara ada pada kita dan sebagainya. Jadi dengan sebab itu saya juga ingin mengambil kesempatan ini mewakili rakyat di kawasan saya di Tasek Gelugor untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pimpinan negara atas keberhasilan kepimpinan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan beberapa ulasan dan juga pandangan berkenaan dengan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Pertama sekali saya ingin menumpukan dalam bidang pembangunan ataupun dalam bidang strategi ketiga dalam peruntukan bajet ini di mana kerajaan menumpukan pembangunan modal insan dan juga keusahawanan. Jadi dalam hal ini ada satu perkara yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu tentang meningkatkan ke boleh pasaran graduan. Dalam hal ini kita telah diberitahu bahawa pelajar-pelajar kita akan dikenakan ataupun sedang dikenakan satu syarat untuk kemasukan ke universiti iaitu mesti lulus ujian bahasa Inggeris MUET dalam Band yang tertentu. Di mana pada tahun 2015, akan dikuatkuasakan untuk pelajar-pelajar pergi mohon masuk ke bidang sastera, sains sosial perlu mempunyai kelulusan bahasa Inggeris Band 2. Manakala sains teknologi, kejuruteraan, matematik kena Band 3 dan begitu juga untuk masuk bagi pembelajaran dalam bidang undang-undang dan juga perubatan Band 4. Jadi dalam hal ini saya rasa pihak Kementerian Pendidikan perlu menilai semula dan melihat kepada realiti. Saya ingin mengambil satu contoh keputusan MUET bagi tahun perbandingan antara tahun 2012 dan tahun 2013 yang telah pun dilaksanakan di salah sebuah kolej matrikulasi di Malaysia.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Pada tahun 2012, daripada 2,469 orang pelajar di sebuah kolej matrikulasi mengambil peperiksaan MUET, seramai 159 ataupun 6.44 peratus mendapat Band 1. Manakala 1,271 orang atau mewakili 51.48 peratus mendapat Band 2; 803 orang mewakili 32.52 peratus mendapat Band 3; 195 orang mewakili 7.90 peratus mendapat Band 4; 20 orang mewakili 0.81 peratus mendapat Band 5; dan satu orang mewakili 0.04 peratus mendapat Band 6. Tidak hadir 20. Pada tahun 2013 pula, kita melihat pola yang hampir sama. Maknanya tidak ada satu perubahan yang menunjukkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan MUET tersebut, di mana pada tahun 2013 daripada 2,468 orang pelajar yang mendapat Band 1 ialah 122 orang mewakili 4.94 peratus; Band 2, 1,255 mewakili 50.85 peratus; Band 3, 845 orang mewakili 34.24 peratus; Band 4, 177 orang mewakili 7.17 peratus; dan berikutnya Band 6, 0 peratus, ataupun tidak ada mendapat Band 6. Ini satu realiti yang menunjukkan kepada kita bahawa rata-rata pelajar khususnya dalam kolej matrikulasi, mereka cuma mampu mendapat Band 2 seramai 50 peratus atau 51 peratus daripada pelajar yang berkenaan dan selebihnya yang paling ramai ialah Band 3 di antara 800 orang ke 845 orang atau 34 peratus. Manakala Band 4, Band 5, malah Band 6 terlalu sedikit. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan pencapaian Bahasa Inggeris untuk kita jadikan ia sebagai syarat bagi pelajar-pelajar ini memasuki universiti suatu perkara yang amat membimbangkan dan juga perlu kepada penilaian semula. Jangan sampai apabila kita menetapkan kelulusan Band 3, dan Band 4, untuk memasuki kursus-kursus profesional seperti kedoktoran dan juga undang-undang langsung nanti tidak ada pelajar yang boleh kita masukkan ke bidang yang berkenaan. Kebimbangan saya yang kedua ialah apa yang akan jadi kepada pelajar-pelajar yang ada di kawasan luar bandar ataupun apa akan terjadi kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris walhal mereka pelajar-pelajar yang cerdik dan cemerlang. Jadi keadaan ini- memang kita lihat satu tapisan yang baik. Satu suasana untuk mewujudkan pelajar yang berdaya maju. Akan tetapi masalahnya pada masa kini kita belum bersedia. Ramai pelajar kita yang belum mampu menguasai bidang bahasa Inggeris yang berkenaan. Apatah lagi kalau pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah menengah agama dan sebagainya. Jadi persoalan saya adakah kementerian atau kerajaan benar-benar sedia untuk mengenakan syarat MUET ini kepada pelajar-pelajar kita? Kedua, adakah pihak kerajaan juga telah pun benar-benar menyediakan satu peluang dan ruang malah melatih tenaga- tenaga guru pengajar yang mahir dalam bahasa Inggeris. Hari itu apabila kita melaksanakan sistem peperiksaan dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ramai pelajar yang kurang mampu sehingga kita terpaksa memberhentikan program berkenaan antara alasannya ialah guru-guru sendiri pun tidak pandai bahasa Inggeris, yang mengajar Matematik pun tidak tahu bahasa Inggeris, yang mengajar sains pun tidak tahu bahasa Inggeris, sebutan pun tidak betul maka pada ketika itu kita meletakkan kesalahan kerana pihak kementerian tidak melatih dan juga memahirkan tenaga-tenaga pengajar terlebih dahulu. Jadi akhirnya program tersebut dihentikan. Sekarang ini kita hendak memperkenalkan pula peperiksaan MUET dengan band yang begitu tinggi sedangkan kita juga pasti bahawa sehingga kini tenaga pengajar dan guru-guru sekolah kita juga belum mahir dan juga kita tidak ada modul-modul tertentu dalam pengajian dan peperiksaan MUET tersebut.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jadi, saya amat bimbang dengan pengenaan syarat-syarat baru ini kerana ia akan menjejaskan pencapaian dan juga peluang khususnya kepada pelajar-pelajar dari luar bandar mahupun di bandar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya. Ia akan memberikan satu lagi kesan kepada pola kemasukan universiti mengikut kaum yang tidak begitu stabil dan mungkin sesuatu kaum akan dapat tempat yang lebih banyak tetapi suatu kaum lagi yang ketinggalan di dalam bidang bahasa Inggeris tidak akan dapat tempat yang cukup ditambah pula dengan program meritokrasi yang kita kenakan.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Kemudian peperiksaan MUET yang kita kenakan dan adakah ia akan memberikan satu kesan yang baik kepada pembentukan pola kemasukan yang seimbang ke universiti- universiti tempatan? Jadi, kita amat mengharapkan pihak kementerian boleh memberikan penjelasan kepada kita, sejauh mana kesiapsiagaan pihak kerajaan menghadapi situasi ini. Jangankan nanti bila rumah sudah siap, pahat masih lagi berbunyi. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh dalam ucapan saya ini ialah tentang program Susu 1Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian, kerajaan yang telah pun dapat mewujudkan satu program bagi menambahkan kebaikan kepada rakyat di negara kita. Ini bukan sahaja BR1M. Satu perkara yang orang lupa dan mungkin tidak tahu, kerajaan berikan peruntukan melalui Kementerian Pendidikan untuk memberikan pembiayaan kepada 1.2 juta orang pelajar untuk mendapatkan bantuan susu pada setiap hari. Sesungguhnya pada baru-baru ini, saya juga membaca dalam akhbar bahawa Yang Berhormat Hulu Selangor juga telah pun pergi untuk merasmikan program Hari Susu Sedunia bagi kita meraikan kejayaan kita memberikan bantuan susu kepada 1.2 juta orang pelajar di seluruh Malaysia. Jadi ini satu perkara yang patut kita sedar dan patut kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan. Sejak hendak lahir, sampai lahir, sampai masuk tadika, sampai masuk sekolah rendah, sekolah menengah, dan hendak kahwin. Ini hendak kahwin, JAWI sudah buat satu pendaftaran siapa hendak kahwin percuma di Masjid Wilayah. Tahniah kepada Menteri Agama kita. Hendak kahwin pun kerajaan tolong, sudah kahwin dan dapat anak tolong lagi. Masuk sekolah dapat lagi bantuan KWAMP, macam-macam bantuan semua dapat. Sampai ke mati pun dapat bantuan lagi, dapat bantuan khairat kematian, BR1M, dan sebagainya. Ini merupakan tanda kemakmuran. Sebab itu tadi, saya hendak memetik apa Yang Berhormat Batu Pahat sebut, apa Yang Berhormat Shah Alam menyebut yang komen tentang BR1M menunjukkan bahawa kita salah urus tadbir dan kemiskinan masih banyak. Sebenarnya apabila kerajaan mampu memberikan banyak bantuan atau pertolongan yang pelbagai- jangan mempertikaikan soal BR1M yang RM950 sahaja. Cuba bayangkan, seorang bapa - saya pernah beri bantuan KWAMP kepada seorang bapa yang ada enam orang anak, dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Bila panggil budak Darjah 1 dengan bapa dia naik untuk terima bantuan KWAMP. Bapa dia naik. Panggil anak yang Darjah 2, naik. Bapa dia naik. Panggil anak yang Darjah 3 naik, bapa dia naik lagi, sampai anak yang Darjah 6. Saya tanya dia, “Setahun seorangkah?” Dia kata, “Ya, setahun seorang”. Seorang anak dapat RM100, enam orang anak dapat RM600, hari itu sahaja. BR1M pun dapat, bermacam-macam yang lain lagi dapat...

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Itu tanda kita mengagihkan kekayaan sama rata kepada rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Akan tetapi bukanlah semua boleh dapat yang macam mana kita dapat. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Nanti beri saya habiskan dahululah. Saya tunggu dari kelmarin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

[Ketawa]

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Sungai Petani tidak apa Yang Berhormat Sungai Petani. Kita kawan, jadi nanti kita bincang ataupun saya habis nanti boleh, ya. InshaaAllah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Baik. Saya menyentuh tentang projek Susu 1Malaysia. Jadi, projek Susu 1Malaysia ini memang satu projek yang amat baik yang kerajaan perlu teruskan. Cuma yang saya ingin menarik perhatian sedikit ialah sejauh mana pemantauan dan juga kawalan terhadap kualiti dan sebagainya kerana susu ini merupakan bahan yang agak sensitif, bahan yang perlu disimpan dengan baik, perlu didapati daripada sumber yang terbaik, dan semuanya perlu disediakan dalam keadaan penuh kawalan. Jadi oleh yang demikian, bagi menjamin kesihatan yang terbaik kepada rakyat, maka pihak kementerian juga perlu mengambil perhatian terhadap kawalan kualiti perbekalan susu tersebut. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Last sekali, satu perkara yang amat penting ialah tentang strategi keempat bajet kita ialah tentang memperkasakan agenda bumiputera. Saya ingin mengambil perhatian Tuan Yang di-Pertua dan juga kementerian yang berkenaan, tentang pembangunan bumiputera khususnya di negeri Pulau Pinang. Jadi di negeri Pulau Pinang, kerajaan memang amat prihatin untuk membangunkan khususnya bumiputera dan juga termasuk dalam penyediaan-penyediaan rumah mampu milik dan sebagainya. Dahulu semasa Kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri Pulau Pinang, kita agak mudah untuk mendapatkan tanah-tanah bagi pihak kerajaan untuk kita bangunkan keperluan-keperluan bagi pembangunan dan keperluan bumiputera. Akan tetapi sekarang ini kita sudah tidak boleh buat pengambilan tanah tetapi tanah kita kena peroleh melalui cara pembelian. Oleh yang demikian, saya mengharapkan pihak kerajaan memberikan perhatian kepada pembangunan bumiputera di Pulau Pinang dengan memperuntukkan jumlah kos yang mencukupi untuk kita membuat pembelian-pembelian tanah di negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembangunan bumiputera. Saya juga minta kalau boleh pihak kementerian yang terlibat seperti MOF, EPU, dan sebagainya dapat melihat dan mengkaji semula syarat- syarat pembelian tanah oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan kerana sekarang ini syarat-syarat yang diguna pakai ialah mengikut peraturan yang ditetapkan pada tahun 1993 dan 1994. Akan tetapi suasana sudah berubah. Kita tidak boleh lagi mengikut syarat-syarat tersebut. Kita kena beli tanah. Syarat kementerian kata, mesti tanah itu dibeli dalam pemilikan kosong. Akan tetapi tidak ada tanah dalam negeri Pulau Pinang yang pemilikan kosong. Kemudian yang kedua, tanah itu hendak dibeli mestilah harganya di bawah paras yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian. Sekarang ini harga tanah di Pulau Pinang adalah harga dalam pasaran terbuka, very competitive dan kalau kita ikut penilaian Jabatan Penilaian, memang kita tidak akan dapat peluang membeli tanah tersebut. Ketiga ialah red tape. Kita terpaksa mendapatkan kelulusan dari pelbagai pihak dan peringkat. Dalam masa kita menunggu keputusan itu, tanah tersebut sudah pun dijual oleh mana-mana pihak lain. Jadi oleh yang demikian, saya minta kerajaan melihat dan meneliti sama ada meletakkan peruntukan yang mencukupi. Kedua, memperbaiki daripada segi sistem supaya kita tidak terlepas peluang untuk membeli tanah di negeri Pulau Pinang bagi pembangunan bumiputera. Jadi setakat itu yang dapat saya sampaikan dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan kata hendak beri laluan tadi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak ada, tidak dapat?

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Selepas ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Oh! Tidak mahu berilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Kawan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang untuk Yang Berhormat Batu Kawan mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Tuan Yang di-Pertua, dua hari lepas seorang warga Malaysia mendapat denda penjara seumur hidup yang pada awalnya dikenakan hukuman gantung atas kesalahan mengedar dadah di Singapura. Beliau mendapat pengampunan ini atas sebab beliau menghidapi masalah kemurungan dan, dengan izin, abnormality of mind. Wilkinson Primers yang didapati memiliki heroin seberat 35.66 gram terlepas daripada hukuman gantung kerana pindaan rang undang-undang di Singapura memberi peluang kepada para hakim menggunakan pertimbangan dan budi bicara mereka untuk sama ada mengenakan denda penjara seumur hidup ke atas mana-mana pengedar dadah yang didapati mengalami, dengan izin, abnormality of mind yang menyebabkan mereka tiada daya untuk menilai antara betul dan salah disebabkan keadaan mental mereka. Wilkinson diberi denda hukuman gantung sampai mati pada tahun 2009 atas undang-undang sedia ada yang berbaur, dengan izin, preservative law. Tahun ini dunia menyambut, dengan izin, World Day Against the Death Penalty dengan tema menjurus kepada mereka menghidap kesihatan mental yang dihadapkan dengan denda hukuman gantung. Pada Jun 2011, satu sidang meja bulat Parlimen di Malaysia telah diadakan dan telah mencapai tiga point utama berhubung hukuman gantung atau death penalty.

Pertama, moratorium atau penundaan hukuman gantung setelah hukuman ini dikaji semula. Kedua, hukuman gantung mandatori dihentikan serta-merta dan kuasa budi bicara dan pertimbangan dikembalikan kepada Hakim dan ketiga, memperbaiki suasana keadaan bagi banduan hukuman mati. Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, tiada perkembangan sejak tahun 2011 selain daripada komitmen daripada Peguam Negara untuk mengkaji semula Universal Periodic Review (UPR) United Nations Human Rights Council. Baru-baru ini Malaysia mendapat sokongan rakan-rakan dunia apabila diserap menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Security Council setelah mengalami kemarau 15 tahun. Penyerapan ini mencerminkan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab pada peringkat global terutama dalam konteks isu keselamatan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan penyerapan Malaysia dalam UN Securities Council jika kerajaan terus menyeret kaki dalam pindaan Undang-undang Hak Asasi Manusia terutama dalam pemansuhan hukuman gantung. Pada Oktober 2012, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa Peguam Negara akan mempertimbangkan alternatif mengenakan hukuman penjara dan bukan hukuman gantung bagi sesetengah kesalahan mengedar dadah. Dalam kata-kata beliau dengan izin, “No criminal justice system is perfect. You take a man’s life and years later you find out that another person did the crime. What can you do? Abolish that penalty. It is incorrect to takes someone life.”

Kata Dato’ Seri Mohamed Nazri dalam akhbar The Star 2010. Mengikut satu kenyataan dari Menteri Dalam Negeri, seramai 441 orang banduan telah digantung mati di antara tahun 1960 hingga tahun 2011. Rata-rata lapan orang setiap tahun. Statistik ini amat membimbangkan bagi negara ini secara dasar berlandaskan Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang terbaik di dunia yang sering kali diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib. Di Malaysia, Akta Dadah Berbahaya 1952 mengandaikan dan menganggap: (a) anda tahu apa yang ada bawa; dan (b) sekiranya anda didapati memiliki dadah, bererti anda didapati bersalah mengedar dadah. Dalam keadaan sebegini, kebanyakan kes didefinisikan oleh pihak pendakwa sebagai kes prima facie. Dalam jawapan Parlimen Jun 2013, wujud 964 banduan hukuman gantung berbanding 696 banduan pada Februari 2011 dengan peningkatan 38 peratus dan kebanyakan daripada kes baru adalah di bawah kesalahan mengedar dadah. Pada bulan Mac 2012, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu iaitu Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein juga mengutarakan bahawa kenaikan kes denda hukuman gantung sampai mati membuktikan bahawa hukuman ini gagal sebagai satu kaedah pencegahan jenayah. Tuan Yang di-Pertua, hukuman gantung sudah tidak lagi menjadi dengan izin, deterrent untuk mencegah jenayah. Di Malaysia, kes-kes yang berkaitan dengan pengedaran dadah telah meningkat meskipun wujudnya hukuman gantung menjulang di atas kepala mereka. Di Kanada pula, selepas 27 tahun pemansuhan hukuman gantung, bilangan kes pembunuhan melihatkan penurunan mendadak 44 peratus. Ramai yang didakwa dan disabitkan di bawah kesalahan mengedar dadah berada dalam golongan anak muda atau drug muse dan mereka ini wajib dibezakan daripada pengedar dadah yang dikatakan keras atau harden drug traffickers. Baru-baru ini Singapura telah meminda perundangan mereka supaya membenarkan drug muse ini yang dikenakan gantung diberikan hukuman yang ringan tertakluk kepada kerjasama yang diberikan. Oleh yang demikian, dua orang warga Malaysia Yong Vui Kong dan Cheong Chun Yin telah diberikan peluang kedua. Tiada justifikasi moral dan agama ke atas hukuman gantung. Tuan Yang di-Pertua, saya menggesa Kerajaan Malaysia dan membawa seluruh suara keluarga yang terpaksa menghadapi tempoh yang pahit dan hitam dalam kehidupan mereka apabila orang kesayangan mereka dijatuhi hukuman gantung tanpa bukti kukuh untuk mendapat keadilan di Dewan yang mulia ini. Dengan izin, the possibility of miscarriage or failure of justice in the implementation of the death penalty is irreversible and irreparable is one reason why death penalty needs to abolish. Di negara China, isu nombor satu yang paling penting bagi Presiden Xi Jinping adalah untuk mencegah rasuah. Dua hari lepas, badan pendakwa raya negara China menyatakan bahawa whistleblower yang mendedahkan rasuah dan kesalahan tatatertib akan diberikan legal protection berhubung pendedahan mereka. Di Indonesia pula, lapan orang wanita dijadikan Menteri dan salah satu daripadanya merupakan Menteri Luar Negeri. Sebanyak 18 daripada 34 Menteri merupakan technocrat. Kami rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan salam dua-jari kepada Presiden Jokowi dan Kabinet barunya. Di India, Narendra Modi telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri seorang reformis dengan izin, good on economics and this is what India desperately needs in a leader. Tuan Yang di-Pertua, India, China dan Indonesia telah memaparkan perubahan corak pimpinan yang lebih berani, telus, transparent dan yang paling penting rakyat sentrik. Bila pula Perdana Menteri Malaysia akan benar-benar melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum, semasa dan selepas PRU Ke-13 baru-baru ini dalam Bajet 2015? Bilakah pula hukuman gantung akan dikaji semula dan dimansuhkan?

Tuan Yang di-Pertua, ini membawa saya kepada poin yang seterusnya iaitu isu jenayah di kawasan saya terutama pengedaran dadah secara terbuka di kawasan-kawasan perumahan, kawasan sekolah serta kawasan penempatan pekerja asing dan kawasan industri di Prai, Bukit Tengah dan Bukit Tambun khususnya di kawasan Batu Kawan. Ia satu open secret di kawasan saya dan saya cukup yakin ramai di antara Ahli Parlimen di sini pun menghadapi masalah yang sama, sama ada pengedar dadah tahu akan masa-masa rondaan polis ataupun ada mole di dalam PDRM. Tuan Yang di-Pertua, dalam satu artikel Malaysiakini tahun 2009, Timbalan Menteri Luar Negeri iaitu A. Kohilan Pillay telah mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda terutama gadis muda sama ada menuntut atau bekerja diperdaya oleh wakil-wakil sindiket dadah dengan kata-kata manis untuk membawa “package” dari sebuah tempat ke sebuah tempat yang lain. Dalam erti kata lain, anak muda disasarkan kerana mereka mudah percaya terutama anak-anak muda yang berlatarbelakangkan keluarga kelas pertengahan (middle class) atau lower income. Realitinya pengedar dadah jarang sekali ditangkap dan didakwa. Kebiasaannya mangsa keadaan anak-anak muda yang dipergunakan sebagai drug muse atau vehicle untuk menghantar pakej dari sebuah tempat ke tempat yang lain. Dalam erti kata lain juga, anak-anak muda ini akan menghadapi natijah tindakan mereka apabila mereka pula yang ditahan, didakwa, dibicarakan, disabit dan diberi denda hukuman gantung. Di manakah sistem perundangan yang sepatutnya membela yang tidak bersalah apabila jerung besar masih kekal di lautan jenayah dan berkeliaran mencari mangsa seterusnya? Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini di dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh harapan agar pihak PDRM, SPRM dan Peguam Negara akan memakai jubah kebertanggungjawaban ke atas tanah air ini dan meningkatkan integriti dan sikap peribadi mereka dengan izin, to write what is wrong without fear or favor demi masa hadapan anak- anak kita dan persepsi Malaysia di persada dunia. Dewasa ini, kadar penglibatan anak muda dalam pelbagai aktiviti maksiat disebabkan ketirisan hidup, ketiadaan peluang pekerjaan dan persepsi, dengan izin, easy money menjadi lebih ramai anak muda direcruit ke dalam geng-geng jenayah serta terjurus dalam trade pemerdagangan manusia dan kini pemerdagangan bayi. Tuan Yang di-Pertua, anak gadis kita merupakan satu komoditi yang amat lumayan jika dieksploitasikan semaksima yang boleh. Gadis muda kini boleh dipasarkan dalam pelbagai trade dengan izin, flash trade, drug muse, hard labor dan surrogate mother atau dieksploitasi menjadi ibu tumpang yang membahayakan kesihatan mereka dan bayi mereka. Selain itu, keganasan domestik, psikologi dan seksual terhadap anak gadis bermula di rumah dan pelaku atau abuser ini selalunya seorang ahli keluarga atau kenalan mereka. Hak-hak anak gadis mestilah ditegakkan dan undang-undang perlu digubal untuk melindungi hak-hak anak gadis kita untuk, dengan izin, to criminalize violence against girls and criminalizing marital rate. Program kesedaran harus digiatkan oleh semua kementerian kepada semua lapisan masyarakat dan latihan teknik wajib diberikan kepada semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang ditemui oleh mangsa keganasan seksual selepas mangsa dicabuli.

Dalam ucapan belanjawan, Perdana Menteri menyatakan bahawa strategi kelima dalam framework beliau adalah dengan izin, upholding role of women. Bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan jika secara asasnya hak asasi wanita pun tidak dapat dipertahankan. Adalah penting Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil inisiatif yang realistik untuk menyerap subjek keganasan domestik dan keganasan seksual dalam syllabus mata pelajaran supaya kanak-kanak, pelajar dan penuntut pengajian perubatan akan lebih sensitif, peka dan celik terhadap mana-mana kes keganasan atau yang disyaki menjadi mangsa supaya perlindungan yang wajib diberikan secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu masa depan anak-anak kecil di Dewan yang mulia ini. Mengikut statistik UNSCR Malaysia lebih 125,000 orang pelarian berada di Malaysia sehingga Oktober 2013.

Mereka ini warga asing atau mangsa peperangan yang tidak mempunyai kewarganegaraan dan kian bermastautin di Malaysia termasuklah lebih 116,000 orang pelarian Rohingya, lebih 4,000 orang pelarian Sri Lanka, lebih 1,200 orang pelarian Somalia, lebih 800 orang pelarian Iraq, lebih 300 orang pelarian Afganistan dan selebihnya daripada ibu bapa Filipina atau Indonesia. Dalam jumlah itu 50,000 orang pelarian belum berdaftar. Apakah peruntukan kerajaan untuk pelarian-pelarian ini? kanak-kanak yang tidak ada surat lahir atau yang mempunyai surat lahir yang tidak lengkap akan dilabel sebagai foreigner. Kanak-kanak ini terdedah kepada pelbagai jenis pengeksploitasian. Pada masa yang sama tidak dapat peluang untuk belajar di sekolah tempatan mahupun peluang untuk mengikut ibu bapa mereka pulang ke negara asal kerana tidak mempunyai dokumentasi pengenalan. Tuan Yang di-Pertua, apakah nasib pelarian-pelarian ini serta anak mereka di negara kita? Bila Malaysia akan menandatangani Refugees Convention 1951 yang mengakibatkan pelarian ini terdedah kepada kerja-kerja yang berbahaya, mudah dieksploitasi dan didera. Statistik dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari tahun 2002 hingga 2012 menunjukkan lebih 257 orang bayi luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dalam satu tinjauan oleh UTM lebih daripada 10 peratus pelajar sekolah adalah aktif secara seksual dan ramai di kalangan mereka mengakui mempunyai lebih daripada seorang pasangan. Apakah akan terjadi kepada bayi luar nikah ini? Jawapannya pusat Baby Hatch yang ditubuhkan supaya bayi-bayi ini ditempatkan di penempatan sementara atau dengan keluarga yang baik. Dalam artikel The Star bertarikh 28 September 2014 lebih banyak Baby Hatch akan dibuka di seluruh negara. Usaha ini di bawah penyeliaan Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Yayasan OrphanCARE dan KPJ Healthcare Berhad. KPJ akan menyediakan sepuluh buah pusat perlindungan bayi atau Baby Hatch di cawangan KPJ seluruh negara. Pegawai perhubungan Yayasan OrphanCARE berkata satu memorandum persefahaman MoU akan ditandatangani bersama KPJ bagi penubuhan Baby Hatch ini selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara kita. Persoalannya mengapa MoU ini tidak ditandatangani oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia? Mengapakah sebuah NGO dan badan swasta yang menandatangani perjanjian ini dan apakah terma dan syarat dalam proses mengambil anak angkat bayi-bayi ini memandangkan Baby Hatch ini akan ditempatkan di cawangan KPJ? Satu entiti kapitalis dan swasta serta kesemua dollars and cent yang terlibat dalam seluruh proses dari saat bayi ditinggalkan sehingga bayi diambil sebagai anak angkat. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, lebih 3700 permohonan telah diterima untuk mengambil bayi sebagai anak angkat. Dalam satu kes baru-baru ini yang dibawa ke pemerhatian saya seorang wanita muda menghubungi Baby Hatch di Seksyen 8, Petaling Jaya mendapati lebih 3400 pasangan suami isteri berada dalam waiting list di sana. Di anggarkan seramai 400,000 orang anak yatim piatu berada di rumah-rumah perlindungan di seluruh negara dan jika ia mengapa wujud begitu ramai yang berada dalam waiting list ini? Tuan Yang di-Pertua, saya juga diberi maklumat bahawa bayi-bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch tanpa dokumen pengenalan akan secara automatik dianggap sebagai bayi yang beragama Islam. Walaupun kemungkinan bayi tersebut daripada ibu bapa bukan Islam. Saya keliru dengan polisi ini yang jelas tidak meletakkan kebajikan bayi tersebut sebagai keutamaan di sini. Sebagai contoh, sekiranya pasangan suami isteri daripada etnik India, Sikh atau Cina yang telah lama berkahwin tanpa cahaya mata serta yang stabil daripada segi kewangan atau pasangan yang tidak fertile atau mandul yang menghubungi Baby Hatch ini untuk mengambil bayi sebagai anak angkat. Akan pasti ditolak permohonan mereka kerana bayi tersebut beragama Islam dan pasangan yang layak bukan beragama Islam. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan isu keagamaan semata-mata tetapi jika keluarga Melayu Islam tidak muncul mengambil bayi itu sebagai anak angkat, maka adakah anak kecil ini akan kekal di rumah perlindungan untuk selama-lamanya? Saya memohon agar satu pantauan dan audit dijalankan ke atas Baby Hatch seluruh negara dengan status..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh habiskan Yang Berhormat.

Baik Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan status agama bayi-bayi ini dan hasil tersebut dibentangkan di Dewan yang mulia ini agar keutamaan diberikan kepada welfare bayi-bayi ini. Tuan Yang di-Pertua, proses pengambilan anak angkat merupakan satu proses yang panjang dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Pasangan yang permohonan mereka ditolak tanpa sebab yang munasabah akan mendedikasikan masa dan tenaga mereka untuk mencari jalan untuk mengambil bayi sebagai anak angkat dengan apa cara sekalipun walaupun ia melanggar undang-undang di negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Satu point lagi Tuan Yang di- Pertua. Pada 25 Mac 2011 akhbar The Star memaparkan satu artikel berhubung dengan pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencadangkan pasangan suami isteri yang tidak ada cahaya mata dibenarkan mengeluarkan sejumlah wang dari akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan tujuan menjalani rawatan fertility atau rawatan kesuburan IVF yang dianggarkan kira-kira di antara beberapa ribu ringgit ke puluhan ribu ringgit, ke seratus ribu ringgit atau lebih. Yang Berhormat Timbalan Menteri pada masa itu Datuk Rosnah telah menyatakan yang success rate bagi rawatan IVF adalah di antara 30 peratus ke 40 peratus, walaupun ia bukan murah. Kos rawatan bagi pasangan yang baru berumah tangga agak mahal, apatah lagi yang jatuh dalam golongan yang tidak berkemampuan. Walaupun kerajaan memberi subsidi bagi meliputi sebahagian daripada kos rawatan, namun jumlahnya terlalu besar untuk diserap oleh keluarga. Agar pasangan suami isteri tidak menghadapi kekangan kos rawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengkaji kebarangkalian cadangan kepada EPF agar memberi kebenaran untuk mengeluarkan sebahagian daripada akaun dua. Ini pada tahun 2011 Tuan Yang di-Pertua. Oleh yang demikian, dengan hutang isi rumah yang melambung, apakah keputusan kajian yang sepatutnya dijalankan oleh pasukan teknikal kementerian selepas empat tahun ini? Memandangkan proses mengambil anak angkat amat rumit dan sering kali dihadapi dengan kegagalan. Daripada membuat pelaburan menggunakan wang KWSP secara senyap, tidak kah lebih baik membenarkan wang tersebut digunakan untuk tujuan rawatan ini. Sekiranya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan KWSP membenarkan sebahagian wang dari akaun dua dikeluarkan ia akan memberi harapan bagi keluarga yang menderita akibat tiada cahaya mata. Dalam Belanjawan 2015, sebanyak RM2.26 bilion diagihkan bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi tidak ada apa-apa bayang pun bagi melindungi wanita untuk mendirikan keluarga mereka melalui rawatan IVF. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin membawa isu penipuan gred tertinggi Allianze University-College of Medical Sciences atau AUCMS di Kepala Batas, AUCMS kolej swasta yang menawarkan kursus perubatan, business, admin, physiotherapy, marketing, sains sukan, kejururawatan, pelancongan dan muzik. Ratusan pelajar AUCMS menjadi mangsa ketidakefisienan pengurusan wang oleh pentadbir institut pengajian tersebut. Krisis kewangan ini telah berlanjutan bagi tempoh setahun dan salah seorang staf di sana menyatakan bahawa para pelajar tidak boleh lagi meneruskan bahagian praktikal mereka di hospital swasta di sebabkan rekod yang buruk institut tersebut. Akibat ketidakcekapan pengurusan wang, pelajar perubatan AUCMS tidak dibenarkan masuk ke beberapa buah jabatan dalam hospital dan sebab yang diberikan ialah kualiti pengajian di AUCMS adalah di bawah standard asas institut perubatan.

Akibatnya, sesetengah tenaga kerja terpaksa meminjam duit daripada ah long kerana gaji mereka tidak dibayar. Bukan sebulan tetapi hampir enam bulan. Walaupun beberapa peringatan telah diberikan kepada pihak pentadbir kolej, namun isu ini seakan- akan diendahkan. Nampaknya gaji agihan KWSP dan potongan cukai masih belum dijelaskan lagi. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ramai dah risau Yang Berhormat.

Okey, nak 30 saat lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dah rimas dah yang lain. Tidak ada peluang nanti.

Baik. Malangnya bukan sahaja pihak pentadbir yang merana di bawah urus tadbir yang corrupt tetapi fakulti perubatan juga tidak terlepas apabila pensyarah klinikal telah tinggalkan kolej tersebut. Masalah pokok adalah ketidakmampuan Presiden Kolej, Prof. Dato Dr. Zainuddin Md. Wazir untuk mengaku bahawa kolej ini seakan-akan bankrap dan tidak mampu pulih daripada krisis kewangan ini. Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kolej ini mampu bersaing dengan kolej-kolej yang lain selepas perolehan 21 hektar kampus di Trent Park, London pada bulan Julai tahun lepas yang berjumlah lebih RM156 juta yang dulunya kepunyaan Middlesex University serta pembinaan sebuah hospital di Kepala Batas pada tahun 2015 yang berjumlah RM2 bilion apabila masalah di tanah air sendiri pun tidak mampu ditangani. [Timbalan Yang di Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.] Kata AUCMS, mereka sering berhubung dengan Kementerian Pelajaran. Sekiranya betul, mengapakah kementerian berpeluk tubuh dan berlembut dengan pengurusan dan presiden kolej ini? Adakah kementerian sedia maklum mengenai krisis kewangan di Kolej AUCMS dan tidak mengambil tindakan terhadap penganiayaan ke atas pengurusan kewangan dan pecah amanah terhadap mutu pengajian di kolej tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pelajar-pelajar dari AUCMS di bawah tajaan MARA yang menjalankan twinning dengan Universitas Sumatera Utara, pembayaran pun sudah diselesaikan tetapi masih belum dapat skrol mereka lagi. Mereka masih dalam keadaan, dengan izin, neither here, nor there. Masih belum dapat pengiktirafan dari MMC dan sekarang ini ada ura-ura MARA nak ke Medan untuk discuss dengan universiti di sana. Tuan Yang di-Pertua, saya menggesa agar kerajaan ini benar-benar mengambil inisiatif untuk mengkaji semula peruntukan-peruntukan dalam bajet selaras dengan cadangan-cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional agar ia tidak kelihatan seakan-akan rubber stamp budget tanpa pindaan satu sen pun pada akhir perbahasan ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Masjid Tanah. Berapa orangkah lagi? Belah pembangkang lima, terima enam. Okey, sila.

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Okey. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Dah dapat semua?

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, walaupun masa yang diambil oleh Yang Berhormat Batu Kawan sahabat saya agak panjang tetapi tak apalah sebab kita wanita, sesama wanita. Kita memahami. Sebentar tadi masa saya mula masuk ke dalam Dewan, saya telah mendengar suara Yang Berhormat Baling.

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Yang Berhormat Baling saya pun tak tahu tetapi nampaknya macam riuh rendah juga apabila Yang Berhormat Baling berbahas. Saya sempat berjumpa dengan beliau di pintu. Dia berpesan dengan saya dia beritahu bahawa, “Yang Berhormat Emy, kita ini kawasan yang paling bahagia. Yang mana Baling 84.51 peratus, Majlis Daerah Baling antara yang bahagia yang dalam Malaysia dan Masjid Tanah yang terangkum dalam Majlis Perbandaran Alor Gajah pun sama juga bahagia 81.43 peratus.” Yang mana saya nak beritahu ini, maksudnya apabila bahagia, itu maksudnya mereka bahagia, jadi kita ini bolehlah dijadikan contoh sebagai pemimpin. Bukan hanya soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan sahaja tetapi ia melibatkan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan juga ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan rundingan bersama. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan bahawa hari ini jika dibandingkan dengan dahulu, wanita jauh lebih maju daripada wanita zaman dahulu. Yang mana sejak 50 tahun dahulu Malaysia telah banyak melaburkan duit dan tenaga bagi memastikan kaum wanita mendapat tempat di institut pengajian. Setakat ini, usaha ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Institut pendidikan tinggi swasta dan juga awam telah mempunyai bilangan pelajar wanita yang amat tinggi. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sebanyak 683,345 yang membawa jumlah sebanyak 62 peratus manakala bilangan lelaki adalah 38 peratus. Jabatan Perangkaan telah mengeluarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang menyatakan jumlah pekerja yang mempunyai latar belakang pendidikan tertiary sebanyak 3,253,400. Daripada jumlah tersebut, yang hebatnya daripada jumlah tersebut 52 peratus merupakan daripada kaum wanita yang bersamaan dengan 1,685,800 orang. Ini juga membawa laporan yang sama menyatakan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh wanita telah meningkat daripada 52.4 peratus pada tahun 2013, naik daripada sebelumnya 49.5 peratus. Laporan yang dikeluarkan hanya merangkumi jumlah wanita yang berada dalam sektor pekerjaan. Akan tetapi bagaimana pula dengan wanita yang tidak berada dalam sektor pekerjaan dan menjadi suri rumah sepenuh masa? Wanita ini merupakan wanita yang berpelajaran tinggi dan pernah bekerja untuk beberapa tahun. Akan tetapi setelah tamat pengajian mereka memilih untuk berhenti atas beberapa faktor seperti masalah kekeluargaan, mempunyai anak yang tidak sihat, mempunyai ibu bapa yang tidak sihat, mempunyai anak-anak yang perlu dibesarkan atau mereka tidak mahu terlepas saat-saat untuk membesarkan permata-permata dalam kehidupan mereka. Ini kerana saya juga mempunyai ramai sahabat-sahabat kaum wanita yang berkerjaya, yang berjaya, yang terpaksa melepaskan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak-anak mereka. Dengan izin, but the children grow up eventually dan tanggungjawab wanita ini kepada keluarga akan semakin berkurangan. Saya berpendapat bahawa ia adalah sangat merugikan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara kerana mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada penyumbang ekonomi. Walhal mereka berbakat, mereka berpendidikan, mereka mempunyai potensi kemahiran yang sangat baik serta pengalaman dan juga berkebolehan. Sebuah artikel daripada The Establishment Post telah menyatakan jika Malaysia dapat menaikkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 55 peratus, KDNK akan dapat ditingkatkan 2 peratus setiap tahun. Akan tetapi masalahnya ramai wanita yang meninggalkan tempat kerja dan tidak kembali. Kononnya hanya untuk sementara tetapi langsung tidak kembali ke tempat kerja masing-masing. Malaysia kini berada di tahap 52.4 peratus. Sedikit sahaja lagi kita akan dapat mencapai 55 peratus jika kita dapat menyokong, dapat membuat promosi supaya wanita-wanita ini akan dapat kembali bekerja. Berdasarkan The Malaysian Economic Monitor: Unlocking Women Potential by The World Bank, kadar tenaga buruh wanita di Malaysia bersifat single pick. Berbeza dengan wanita di Jepun dan juga Korea yang bersifat double pick. Ini kerana mereka kembali semula ke sektor pekerjaan setelah berehat seketika dan kembali untuk menyumbang kepada negara mereka.

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Itulah sebab saya amat kagum dengan kerajaan atas usaha ingin menarik kembali wanita-wanita ini ke sektor pekerjaan melalui program-program seperti Program Pengarah Wanita, mengutarakan wanita sebagai kumpulan pembuat keputusan, Program 1Malaysia Support For Housewife yang menitik beratkan latihan kemahiran dan galakan suri rumah, Housewife Enhancement and Reactivate Talent Scheme (HEARTS) yang memberi latihan kepada para wanita yang bercuti daripada bekerja dan Program Women Career Comeback untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan. Sebagai contoh, Program Women Career Comeback menawarkan insentif cukai sebanyak double tax deduction, dengan izin, bagi kos latihan untuk 12 bulan yang pertama. Cukai intensif ini direka untuk menggalakkan majikan menyediakan latihan buat wanita yang telah bekerja, berhenti bekerja sekurang-kurangnya dua tahun dengan objektif untuk membantu menolong mereka menyesuaikan diri dengan keadaan suasana pekerjaan yang baru serta jawatan baru mereka. Antara syarikat yang telah mengambil kesempatan cukai ini dan telah mengupah wanita syarikat seperti Maybank Group, Sunway Berhad, Texas Instruments dan PricewaterhouseCoopers.

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Saya berpendapat, ini merupakan usaha kerajaan yang amat bernas tetapi ingin mencadangkan cukai intensif yang lebih banyak daripada jumlah yang sekarang yang diberikan pada syarikat-syarikat besar sedemikian rupa harus diberikan kepada IKS. Ini kerana kita tidak seharusnya lupa bahawa IKS merupakan penyumbang kepada ekonomi negara sebanyak 33 peratus. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ingin disentuh adalah program-program yang telah dijalankan tetapi tidak diketahui oleh ramai orang. Terdapat banyak wanita yang tidak tahu kewujudan program sedemikian dan menyangka tiada insentif untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan terutamanya bagi mereka yang telah lama meninggalkan alam pekerjaan mereka. Oleh sebab itu, suka saya mencadangkan kepada kementerian-kementerian yang terlibat agar dapat mencari alternatif yang lebih efektif dalam mempromosikan program- program sedemikian dan memastikan orang ramai tahu tentang kewujudan program yang baik ini. Pengiklanan, pemasaran program harus diletakkan di tempat hot spot yang mana tempat wanita suka pergi. Dekat mana? Dekat pusat kesihatan, pasar raya, pusat membeli- belah, salon kecantikan dan juga wayang. Apakah salahnya kalau promosi dibuat di panggung wayang? Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh adalah berkenaan dengan janji yang telah dibuat oleh manifesto Barisan Nasional iaitu mempromosikan dengan izin, gender equality to maximize the potential of Malaysian in all fields regardless of the gender. It is one of my core believe that tiada sektor pun yang sepatutnya dikuasai oleh satu jantina sahaja. Kita tahu bahawa bidang teknikal dan vokasional merupakan bidang yang dikuasai oleh jantina lelaki dan bidang sains sosial dan sebagainya oleh kaum wanita. Daripada jumlah peguam di Malaysia, 51 peratus wanita. Saya salah seorang daripadanyalah, 51 peratus itu. Akan tetapi di sektor-sektor yang melibatkan teknikal, vokasional menunjukkan kurangnya penglibatan wanita. Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan kuota 30 peratus dalam sektor- sektor ini buat wanita sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pengerang, yang mana dia telah menyentuh dalam perbahasan bajetnya dengan izin, “30 peratus all the way down, 30 peratus all the way up”. Kita seharusnya ingat, tidak sekadar ingin memastikan penglibatan wanita tidak sekadar di peringkat yang tinggi tetapi turut berada di peringkat bawahan juga. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, saya ingin berucap sikit tentang sekolah vokasional dan sekolah teknikal. Masyarakat beranggapan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional hanya untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran mereka. Akan tetapi, ini tidak benar kerana sekolah berkenaan merupakan platform untuk para pelajar menggilap kemahiran-kemahiran yang mereka miliki.

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Masyarakat perlu sedar dan berhenti berfikir bahawa peperiksaan bukanlah satu- satunya mekanisme untuk mengukur tahap kepandaian seseorang pelajar. Hanya kerana seorang pelajar tidak pandai menjawab peperiksaan dengan baik dan tidak memperoleh keputusan yang cemerlang ataupun markah yang tinggi dalam peperiksaan, tidak bermakna mereka adalah tidak pandai dan bodoh. Ujian adalah merupakan satu daripada pelbagai jenis kaedah yang boleh diguna dalam mengukur tahap kepandaian. Masyarakat perlu ingat, pada tahun 2020, dianggarkan sekurang-kurangnya 46 peratus pekerjaan yang memerlukan kelayakan dan kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional diperlukan. Jangkaan fenomena ini, kerajaan telah mengambil yang sewajarnya dan meningkatkan pengambilan pelajar dalam kolej vokasional dan komuniti melalui Transformasi Vokasional dan Teknikal yang telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Di negara Jerman, pelajaran dan latihan vokasional dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat Jerman kerana sistem yang digunakan bersifat fleksibel dan boleh disesuaikan diri dengan perubahan, permintaan dan perbekalan pasaran kerja dan menawarkan kelayakan yang melayakkan mereka dalam abroad spectrum of profession, dengan izin. Sistem yang digunakan di Jerman juga mengintegrasikan work based dan school based learning, dengan izin, untuk menyediakan pelajar menghadapi pertukaran daripada pelajar kepada pekerja tanpa kesukaran yang melampau. Satu lagi perkara yang menarik adalah sistem yang digunakan oleh mereka merupakan satu sistem yang mendapat dana ataupun peruntukan daripada kedua-dua kerajaan dan juga sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan jika kita juga boleh belajar daripada modul yang digunakan oleh mereka di Jerman dan mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat besar seperti Petronas, Dialog, Sapura Kencana, Shell, Proton, Sime Darby dan sebagainya, melalui mereka, kerajaan dapat menggalakkan mereka melabur dan juga bakal pekerja mereka, dan juga dapat peruntukan serta dana tetapi dapat juga dibawa tenaga pengajar untuk kita rekrut, untuk mengajar pelajar-pelajar kita di Malaysia, dan juga dapat memberikan input berdasarkan permintaan majikan. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang insiden baru- baru ini yang mana telah melibatkan seorang kanak-kanak yang telah diikat kaki dan tangannya menggunakan tali pinggang oleh seorang pengasuh yang kita lihat suatu tindakan yang tidak wajar walaupun perkara ini banyak kali berlaku, banyak kali kempen yang telah dijalankan oleh kementerian. Oleh sebab itu, saya suka mencadangkan kementerian yang terlibat perlulah menggunakan peruntukan sedia ada dalam melipatgandakan promosi dalam usaha untuk membanteras penderaan terhadap kanak-kanak ini, dan keduanya, memastikan serta mewajibkan setiap pengasuh sama ada mereka berdaftar atau tidak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, maka mereka perlulah ada kursus asas asuhan yang mana melibatkan antara sebulan hingga tiga bulan. Tanpa sijil kursus ini, mereka tidak boleh beroperasi. Dan perlulah melipatgandakan usaha pemantauan dan juga bukan hanya bermusim tetapi perlu dipandang serius kerana anak yang berusia tiga tahun ini menjadi mangsa penderaan seusia anak saya, Tuan Yang di-Pertua. Maka, saya yakin dan percaya ibu-ibu di luar juga amat khuatir dan bimbang untuk meletakkan anak-anak mereka di pusat asuhan sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian oleh pihak kementerian. Saya bimbang kalau perkara ini tidak diambil perhatian dan juga kita tidak memberi perhatian yang serius- sebagai warga Malaysia, kita juga perlu mengambil berat antara satu sama lain supaya perkara ini tidak lagi berlaku. Saya rasa itu sahaja. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, Masjid Tanah mohon menyokong Bajet 2015. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk melibatkan diri dalam perbahasan berkaitan dengan Belanjawan Tahun 2015 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dahulu dengan memetik kesimpulan- kesimpulan yang dibuat oleh seorang sarjana Malaysia yang bernama Dr. Muhammad Abdul Khalid yang menulis satu buku, dengan izin, “The Color of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” iaitulah untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan di kalangan rakyat Malaysia mengikut kaum, kelas, pendapatan dan kekayaan di negara kita ini. Beliau menyimpulkan kepada sepuluh perkara iaitu pertamanya, lebih 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan. Lebih 50 peratus. Kedua, golongan 10 peratus terkaya di Malaysia ini mengawal 77 peratus keseluruhan aset kekayaan negara. Maknanya, hanya 10 peratus tetapi mereka ini, yang kaya ini, mengawal 77 peratus aset dalam negara kita ini. Ketiga, 80 peratus rakyat yang berpendapatan rendah cuma memiliki 5.5 peratus daripada aset kewangan negara. Tadi 10 peratus memiliki 77 peratus, ini yang 80 peratus rakyat kita hanya memiliki 5.5 peratus aset kewangan negara. Keempat, lebih daripada 70 peratus rakyat Malaysia yang tidak mempunyai sebarang aset kewangan itu bumiputera. Maknanya, di kalangan yang miskin, bumiputera yang paling amat miskin sekali.

Hujah kelima, walaupun ASB dikhaskan untuk bumiputera tetapi lebih 55 peratus bumiputera tidak mempunyai akaun ASB. Maknanya majoriti rakyat bumiputera yang diberikan peluang untuk memperoleh dan membeli saham ASB, tidak mampu membeli saham ASB itu sebenarnya. Hujah keenam, 72 peratus bumiputera daripada yang 45 peratus tadi yang menabung dalam ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 sahaja seorang yang bersamaan hanya 2.6 peratus keseluruhan tabungan ASB. Maknanya di kalangan bumiputera dengan bukan bumiputera pun ada satu ruang kaya, miskin yang luas di kalangan sesama bumiputera pun jurang antara yang kaya dengan miskin adalah amat luas. Poin ketujuh, orang kaya dari kalangan daripada bumiputera yang hanya berjumlah 0.2 peratus daripada keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB daripada keseluruhan 80 peratus penabung biasa yang lain. Maknanya Bumiputera yang amat kaya, amat kecil jumlahnya berbanding dengan bumiputera yang kecil, yang besar yang mampu membeli ASB itu kalau dibandingkan. Kelapan, statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak mempunyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan untuk menabung atau melabur. Kesembilannya, penulis akademik ini menyatakan ini menggambarkan betapa meruncingnya masalah pendapatan boleh belanja atau dengan izin disposable income rakyat Malaysia. Kesepuluh, yang paling membimbangkan kita melihat ke depan kata academician ini, “Jurang antara miskin, kaya di Malaysia semakin melebar”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir amat-amat perlulah kita menimbangkan, memikirkan suasana ini dalam kita membicarakan tentang bajet ataupun masa depan ekonomi dan politik negara kita ini. Ini tidaklah perkara yang kecil, tidak perkara yang ringan dan ini ditekankan lagi dengan Titah Ucapan oleh Paduka Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahan rakyat, kesusahan hidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Dalam ucapan Baginda, Baginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia sambil berkata, “Mereka yang bertungkus- lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil”. Baginda berucap di majlis ulang tahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur. Ini Tuan Yang di-Pertua, suasana di mana kita berada sekarang ini yang mana gambaran-gambaran yang kita dengar tadi kononnya BR1M ini amat-amat membantu dan menandakan negara kita, berbeza dengan negara-negara lain, kononnya kita memberikan wang kepada anak-anak murid kita dari tahun satu hingga tahun enam dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, saya baru sahaja minggu lepas semasa cuti di Parlimen ini di luar negara dan kebetulan berada di negara United Kingdom dan saya berada di bandar bernama Edinburgh dalam Wilayah Scotland di negara United Kingdom itu. Saya bertanya kepada anak-anak Malaysia tentang yuran-yuran pengajian dan sebagainya dan saya bertanya pula bagaimana orang-orang Scotland belajar dan pembiayaan pendidikan untuk mereka. Mengikut maklumat yang disebutkan oleh rakyat Malaysia yang berada di Scotland itu bagi rakyat Scotland pendidikan adalah percuma daripada sekolah rendah kepada peringkat universiti sekalipun Tuan Yang di-Pertua. Manakala di negara kita sebagaimana Tuan Yang di-Pertua sendiri alami ada PTPTN, ada masalah anak-anak kita membayar hutang PTPTN dan inilah beban besar yang Tuan Yang di-Pertua tanggung sebelum mendapat jawatan yang lebih baik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Jadi ini Tuan Yang di-Pertua masalah yang kita hadapi dan dalam kita berada dalam keadaan begini kerajaan memperkenalkan pula GST. Ini pula disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan beliau sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat lain di kalangan kita ini menyebutkan bahawa kita cuba memberikan gambaran bahawa yang kita kutip daripada GST itu adalah walaupun sebanyak RM23.2 juta tetapi ini kita tolak pula SST RM13.8 bilion. Ini kita tolak pula dengan barangan yang dikecualikan RM3.8 bilion dan ini kita tolak lagi pula dengan pemberian BR1M dan bantuan RM4.8 bilion, maka bakinya RM690 juta sahaja. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membentangkan dan membahaskan GST tidak bangkit soal BR1M. Ini bukan rang undang-undang safe funds untuk kelapa sawit misalnya yang mana khusus kita luluskan undang-undang, kita sebutkan cukai dan kita sebutkan dalam akta rang undang-undang tersebut bahawa ia akan ditabungkan dan dibantu dalam bidang kelapa sawit industri dan sebagainya itu lain. Dalam GST ini tidak ada disebut pun tentang ia bertujuan untuk BR1Mkah ia bertujuan untuk apa-apa tidak. Ia kutipan cukai. Maka prinsipnya Tuan Yang di-Pertua, ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan mestilah ikhlas kepada Dewan kepada rakyat ini dengan mengatakan bahawa kita memang tidak cukup wang di dalam negara ini. Kita memang perlu kutipan yang lebih, kita memang lakukan kutipan melalui cukai jualan dan perkhidmatan SST tetapi ia hanya mampu kita kutip RM13.8 bilion sahaja. Jadi tujuan kita sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sebutkan ialah untuk perkenalkan pula GST dan kita ingin kutip RM23.2 bilion dan selebihnya untuk keperluan negara kita kerana kita sudah tidak mampu untuk menabung dan membelanjakan wang negara kita hasil daripada kutipan-kutipan yang kita perolehi sebelum ini. Jadi saya harap kerajaan mesti lebih ikhlas terus terang kepada rakyat melalui Parlimen ini bahawa tujuan sebenarnya GST ialah untuk meningkatkan kutipan yang akan kerajaan kita dapat daripada rakyat [Tepuk] Dan bukannya memberikan alasan-alasan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga memetik apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawannya tiga minggu yang lalu di mana antara tindakan yang beliau sebut adalah tindakan yang disebutkan sebagai bertujuan untuk memastikan bahawa pembangunan dalam negara kita ini berlaku secara sama rata dan inklusif dan yang mana tidak ada diskriminasi terhadap wilayah-wilayah yang ada di dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun itu merupakan salah satu daripada matlamat kerajaan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi jika kita lihat kepada teks dan kita dengar ucapan belanjawan yang dibentangkan maka dengan jelas projek-projek pembangunan-pembangunan yang besar dan berkesan ialah projek-projek yang tidak terlibat dan tidak melibatkan wilayah-wilayah tertentu dalam negara kita ini. Ini adalah khusus saya sebutkan berkaitan dengan negeri sekali lagi yang melibatkan saya dan melibatkan Tuan Yang di-Pertua juga iaitu negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia kita ini. Projek yang diumumkan pertamanya Lebuhraya Sungai Besi Hulu Kelang RM5.3 bilion. Keduanya Lebuhraya Pantai Barat Taiping RM5 bilion. Ketiganya Lebuhraya Damansara-Shah Alam RM4.2 bilion. Keempatnya Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur RM1.6 bilion. Kelimanya naikkan ini Pantai Timur naikkan taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur melibatkan Gemas, Mentakab, Jerantut, Sungai Yu, Gua Musang, Tumpat, peruntukannya yang lain bilion-bilion RM150 juta sahaja. Kemudiannya MRT RM23 bilion, LRT RM9 bilion. Jadi ini Tuan Yang di-Pertua adalah menafikan apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan itu tadi sendiri yang mengatakan memastikan pertumbuhan wilayah yang seimbang dan inklusif ini adalah bercanggah secara direct dengan apa yang ditujukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan itu. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua bahawa kita mengambil berat tentang keputusan dan dasar yang ada dalam ucapan ini kerana ia tidak akan membawa kepada saya amat menyokong misalnya Lebuhraya Borneo itu adalah suatu yang baik. Saya mengharapkan bahawa lebuh raya bukan sahaja Kuala Krai, Kota Baharu tetapi lebuh raya sepanjang Kuala Lumpur sehingga ke Kota Bharu hingga ke Kuala Terengganu hingga ke Tumpat misalnya juga difikirkan oleh kerajaan jika ia benar-benar hendak menjadikan bajet ini bajet yang tidak mendiskriminasikan antara wilayah bajet yang inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Begitu jugalah Tuan Yang di-Pertua, dalam semangat ini saya ingin juga menyentuh diskriminasi tentang pembahagian hasil petroleum daripada Petronas. Kita telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat lain mengatakan tentang perlunya isu royalti ini diselesaikan. Ini disebutkan sendiri oleh Yang Berhormat Gua Musang dan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang yang lain yang menyokong kenyataan Yang Berhormat Gua Musang itu. Saya harap kerajaan membuat pendirian yang khusus, tidak lagi terikat dengan kononnya luar daripada 3 batu nautika dan sebagainya kerana selama ini ia diberikan tanpa kita menyentuh dan mengaitkan dengan betapa jauhnya dari lautan kepada pantai negeri-negeri yang terlibat itu. Jadi saya pohon supaya kerajaan memberikan sekali lagi pertimbangan. Kalau daripada segi subsidi, Yang Berhormat Timbalan Menteri amat gemar menggunakan istilah rasionalisasi subsidi, saya menyeru dan mendesak kerajaan lakukanlah rasionalisasi royalti minyak ini supaya negeri-negeri yang terlibat dan negeri-negeri yang tidak ada minyak pun dapat peluang untuk mengecap hasil minyak negara kita dan bukan hanya diberikan kepada negeri-negeri yang jelas menyokong Barisan Nasional sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang dasar luar negara kita. Saya bersyukur dan tahniah ke Malaysia kerana memenangi kerusi sebagai anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini. Akan tetapi saya ingin menekankan bahawa kita tidak seharusnya menang kerana kita ini dilihat oleh dunia barat sebagai penyokong dunia barat. Kita seharusnya menggunakan kesempatan kita memperoleh kerusi di dalam dewan yang penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini untuk memperjuangkan hak-hak bagi negara-negara yang kecil terutamanya dalam dunia kita ini. Saya ingin menyentuh misalnya berkaitan dengan isu Palestin sekali lagi Tuan Yang di- Pertua yang mana negara-negara lain sebagaimana yang diputuskan sewaktu mesyuarat di Mesir pada 13 Oktober telah bersetuju untuk meluluskan lebih kurang USD5.4 bilion untuk membantu Gaza dan Palestin.

Saya ingin bertanya apakah peranan Malaysia sekarang ini sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB dalam hal ini. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Malaysia apakah sikap kita, dua hari yang lalu diumumkan sekali lagi oleh Tribunal Jenayah Perang Bangladesh untuk menghukum gantung seorang lagi pemimpin daripada Jamaat-e-Islami Bangladesh iaitu Amir ataupun presiden kepada Jamaat-e-Islami Bangladesh ini. Apakah sikap kita? Adakah kita ingin bertegas untuk menunjukkan bahawa sebagai anggota Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu yang mana kuasa-kuasa besar ada di dalamnya, yang mana negara Islam mungkin hanya Malaysia dan sebuah negara Arab yang lain. Adakah kita ingin bersuara dengan lebih lantang supaya keadilan wujud dalam negara- negara di dunia ini terutamanya juga di kalangan masyarakat dan negara-negara Islam kita ini. Saya ingin menyentuh dalam hal dasar luar negara ini berkaitan dengan pelarian. Yang Berhormat Batu Kawan sebut tadi, beliau tertinggal satu yang mungkin memberi peluang untuk saya menyebutkannya iaitu pelarian daripada China, daripada Xinjiang iaitu Uighur yang mana mereka lari disebabkan tekanan politik, tangkapan dan sebagainya, terpaksa lari. Ada datang ke Malaysia, ada yang kita dapat tangkap dan ada dalam rekod kita, kita tangkap mereka ini dan kita hantar mereka balik ke negara China dan akhirnya mereka dikenakan hukuman yang tidak munasabah daripada segi keadilannya. Saya ingin mendesak agar kita mengambil tindakan serta pendirian yang jelas bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan rejim-rejim mana sekalipun di Barat atau di Timur yang menganiayai rakyatnya sendiri seperti rakyat Uighur yang telah dapat kita tangkap di Malaysia. Saya harap penyelesaian yang terbaik kita berikan kepada rakyat yang terpaksa mencari perlindungan pada kita. Sebagai negara anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu juga, saya berharap dalam dasar-dasar dalam negara kita juga kita mengambil pendirian dan dasar- dasar yang baru, yang melayakkan kita menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa- Bangsa Bersatu ini iaitu seperti dalam kes yang terkena kepada Ketua Pembangkang, Parlimen kita sendiri, keadilan untuk beliau mestilah kita ambil berat supaya kita tidak dituduh sebagai negara anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi dalam segi sistem kehakiman pendakwaan, kita sendiri jelas tidak ada ketidakadilan yang jelas. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh berkaitan dengan Parlimen kita ini khususnya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mana saya diberi penghormatan untuk menjadi salah seorang anggotanya. Saya mendapati bahawa oleh sebab sistem perakaunan kita akan ditukar bermula tahun depan kepada apa yang dipanggil Accrual Accounting, dengan izin, akaun berakuan begitu agaknya dalam bahasa kita. Maka tugas-tugas jabatan-jabatan yang terlibat khususnya Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan Negara adalah besar. Begitu jugalah tugas kami dalam Jawatankuasa PAC ini Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ingin mencadangkan supaya Parlimen dan kerajaan memberi pertimbangan untuk memberikan kebesaran atau jabatan, pejabat, pegawai yang berlebihan untuk membolehkan PAC memainkan peranannya yang lebih berkesan untuk membantu Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan Negara dan secara umumnya untuk mengawasi perjalanan kewangan dan aset-aset negara ini untuk menjadi bertambah baik. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih, Alhamdulillah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Segambut tidak ada dalam senarai, kena rujuk kepada Whip DAP.

Tuan Yang di-Pertua, dalam membincangkan usul-usul Undang-undang Perbekalan 2015 sebenarnya di mutakhirnya kita hanya membincangkan Rang Undang-undang D.R. 15/2014 dan juga Kertas Perintah 42 Tahun 2014 yang akan kita luluskan tanpa ubah satu huruf atau satu angka pun. Jadi dalam hal ini, kita rasa sedih dan mungkin dukacita oleh sebab perbahasan-perbahasan yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen ataupun pembahas- pembahas tidak akan diambil kira dalam meluluskan rang undang-undang yang akan dibincangkan seterusnya di peringkat Jawatankuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya hairan dan terpegun dengan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan pembentangan perbelanjaan 2015 merupakan perbelanjaan yang begitu lengkap. Kalau saya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuan Yang di-Pertua, saya akan murka oleh sebab beberapa tahun berturut-turut mantan Perdana Menteri ini membentangkan bajet yang defisit belaka. Jadi dalam hal ini saya ingin memerintahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi butiran-butiran, berapa banyakkah hutang negara setakat ini walaupun telah dijawab kepada Yang Berhormat Seputeh tetapi saya ingin perincian berapa banyak kah hutang yang kita hutang setakat ini dan daripada manakah punca-punca hutang tersebut serta bagaimana kerajaan boleh membayar hutang-hutang tersebut. Kalau kita lihat Belanjawan 2015, kita akan berbelanja RM273 bilion sedangkan pendapatan kita setakat RM235 bilion sahaja. Dari manakah datangnya? Ini kerak lebih besar daripada periuk, apakah hal ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Jadi kita ingin mendapatkan penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita dapat bersama-sama mempertimbangkan sama ada kenyataan Datuk Idris Jala yang mengatakan tahun 2019, Kerajaan Malaysia boleh bankrap kalau cara berbelanja seperti ini. Jadi kita perlukan penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri . Saya lihat peruntukan untuk DE, RM50.4 bilion. Kita di Dewan ini tanpa butiran terperinci akhirnya nanti akan meluluskan peruntukan ini tanpa tahu butirannya. Apakah perbelanjaan yang akan dibuat berpandukan kepada peruntukan sebanyak RM50.4 bilion terhadap semua kementerian, lebih 20 buah kementerian yang ada ini? Jadi di kesempatan ini saya minta Kementerian Kewangan untuk menyenaraikan senarai projek-projek pembangunan yang bernilai RM50.4 bilion itu dan dibentangkan di dalam Parlimen ini supaya kita sama-sama dapat lihat dan kita luluskan nanti.

Kalau ada butiran-butiran yang tidak memenuhi kehendak, kita akan mempertikaikan. Begitu juga saya ingin persoalkan Perdana Menteri ataupun Ahli Yang Berhormat Pekan, bagaimana beliau boleh mengumumkan projek-projek mega yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, sedangkan senarai projek tersebut tidak ada dalam senarai projek Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini merupakan percanggahan ataupun pelanggaran peraturan belanjawan. Oleh yang demikian, saya cadangkan supaya projek-projek tersebut dipindahkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ataupun didaftarkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan sedikit isu berhubung dengan Kementerian Pertahanan. Kita tidak halang ataupun kita tidak persoalkan peruntukan tahun ini bertambah dari RM14 bilion kepada RM17.2 bilion. Ini merupakan pertambahan yang banyak. Soalannya, berbilion-bilion kita berbelanja untuk belanjawan mengurus. Malangnya, status operasi aset kita tidak menggalakkan. Oleh yang demikian, kita minta Kementerian Pertahanan supaya memberi penjelasan apakah kedudukan aset kita selepas berbelanja lebih RM14 bilion pada tahun lepas? Kita lihat juga berlaku ketirisan dan pada petang ini saya ingin memohon kementerian ataupun Menteri Pertahanan untuk memperjelaskan satu kes perolehan magnetron yang nilainya tidak lebih dari RM10,000 tetapi kerajaan membayar sebanyak RM182,000. Ini sedang dalam siasatan. Saya minta Menteri Pertahanan memperjelaskan hasil siasatan yang telah diperoleh.

Sekiranya ia benar-benar berlaku ketirisan, kebocoran, dan rasuah- sebab itu kita seharusnya tidak meluluskan peruntukan tambahan pada tahun ini. Begitu juga dengan kes pembinaan Pangkalan Udara TUDM Butterworth ke Ara Kuda. Rata-rata penduduk di kawasan tersebut tidak bersetuju. Kita ingin penjelasan dari Menteri Pertahanan supaya memberi perincian mengapa perkara ini boleh dibangkitkan ataupun betulkah rancangan ini akan dilakukan, dan bila? Sedangkan ia tidak dibentangkan di mana-mana khasnya di dalam Rancangan Malaysia Keempat, ia tidak ada disenaraikan. Begitu juga di dalam Rancangan Malaysia Kelima Belas agaknya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai cadangan untuk mendapatkan pendapatan kepada negara, Angkatan Tentera Malaysia terlalu banyak aset yang telah lapuk dan tidak boleh digunakan tetapi dilupuskan begitu sahaja. Maka dengan itu saya mencadangkan supaya aset-aset ini dijual supaya menjadi pendapatan kepada negara. Contohnya, meriam 100 milimeter di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, Kerajaan Arab Saudi boleh beli, Kerajaan Negeri China boleh beli. Begitu juga yang berlaku kepada enjin yang telah dijual ke Uruguay, dan sebagainya. Itu merupakan aset yang boleh kita jadikan duit ataupun pendapatan kepada negara kita. Menyentuh Kementerian Pengangkutan. Kalau ikut saya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak luluskan peruntukan tambahan. Oleh sebab kita lihat, kita luluskan peruntukan pada tahun-tahun sebelum ini, keadaannya telah dilaksanakan tetapi membazir. Contohnya, Marina Beach Resort sejumlah RM20 juta di Pulau Mentago dan Marina Island Resort di Pulau Pangkor tidak boleh digunakan. Ia membazir kerana sampai sekarang tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Jeti Sungai Pinang Kecil, sudah siap tetapi tidak boleh pakai dan sampai sekarang tidak boleh digunakan, membazir. Begitu juga lapangan terbang yang ada di Pulau Pangkor tidak digunakan tetapi kita bayar urusan penyenggaraan ini. Ini merupakan pembaziran dan saya telah menulis kepada Ketua Audit Negara supaya membuat audit dan lihatlah bagaimana borosnya dan membazirnya kita dalam mengurus wang rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal pesawat MH17 yang kita telah membelanjakan berjuta-juta ringgit. Saya ingin bertanya kepada Menteri Pengangkutan, berapa banyakkah wang lagi yang akan kita belanjakan untuk terus menyelesaikan masalah pesawat MH17? Sedangkan kita lihat black box yang kita katakan Malaysia punya tetapi segala keputusan dan percakapan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Belanda. Ini apa ceritanya, Tuan Yang di-Pertua? Kita mohon Menteri Pengangkutan untuk memberi penjelasan. Begitu juga pesawat MH370. Bila lagi Dato’ Seri hendak berhenti dari mencari di Lautan Hindi Selatan? Sudah lebih lapan bulan tidak dijumpai. Jadi saya ingin cadangkan hentikan pencarian tersebut. Tumpukan kepada pencarian di Laut China Selatan antara Filipina dan juga Vietnam oleh sebab saya percaya kapal terbang tersebut jatuh dan kini berada di dasar laut lautan tersebut. Oleh yang demikian, kita sarankan kepada Menteri supaya mencadangkan untuk menghentikan pencarian di Lautan Hindi oleh kerana saya tidak dapat bukti dari Angkatan Tentera Malaysia yang mengatakan kapal terbang tersebut berpatah balik. Tidak ada bukti yang boleh dibuktikan kepada saya untuk meyakinkan saya bahawa kapal terbang tersebut berpatah balik dan terbang sampai ke Lautan Hindi. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya Angkatan Tentera Malaysia menarik balik kenyataan bahawa kapal terbang tersebut berpatah balik oleh sebab tiada rekod ataupun video penerbangan yang menunjukkan kapal terbang tersebut berpatah balik. Akan tetapi pada firasat saya, ia menjunam dan jatuh di Laut China Selatan antara Filipina dan Vietnam dan kini berada di dasar laut. Kalau tidak percaya, kita minta Menteri Pengangkutan mencari di sana, Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dalam hal lain Tuan Yang di-Pertua, ingin saya bangkitkan kita dapat laporan bahawa Malaysia melakukan R&D dan melibatkan berbilion-bilion Ringgit tetapi yang dikomersialkan tidak lebih dari 494 jenis produk. Jadi kita ingin bertanyakan kepada kementerian yang menaja projek-projek R&D ini, apakah jadi kepada peruntukan sebanyak itu tetapi sebanyak 494 sahaja produknya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung.

Oleh sebab masa sudah sampai, saya ucapkan ribuan terima kasih. Jadilah dapat bercakap sedikit. Mudah-mudahan ada pembaikan daripada perbincangan. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukuplah.

Satu sahaja. Kita ingin reformasi di Parlimen ini oleh sebab kita kata tadi, selepas berbincang berjela-jela tidak ada perubahan pun di dalam dokumen yang akan kita luluskan. Maka sebab itu kita cadangkan reformasi Parlimen dilakukan supaya ada opposition day, private member bills, shorten notice for question for Ministers, dan security of bills by Select Committee. Ini saya sokong saranan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Berapa orangkah lagi? Bertambah pula. Enam orang, kalau sepuluh minit sudah 70 minit. Kita ada 40 minit sahaja. Seorang tujuh minit setengahlah. Tujuh minit sahaja, sesingkat-singkatlah sebab di sebelah kanan ini sudah tidak nampak yang bangun. Ya, Yang Berhormat Beruas. Singkat sahaja, ya. Beri peluang kepada kawan-kawan yang lain.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Kalau boleh saya cuba dengan secara ringkas mengutarakan empat perkara. Perkara pertama, saya ingin...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Empat perkara tidak ringkas itu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Okey. Saya ingin mengesyorkan bahawa belanjawan agensi kerajaan dan syarikat kerajaan atau GLC yang mengurus jumlah wang yang besar mesti dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan. Peranan Parlimen mengawal selia perbelanjaan wang rakyat semakin hari semakin dikikis oleh pihak kerajaan. Kerajaan Menubuhkan agensi kerajaan dan syarikat kerajaan untuk membelanjakan wang rakyat tanpa melalui Parlimen. Anggaran perbelanjaan 2015 dianggarkan lebih kurang RM273.9 bilion dan daripada jumlah tersebut, RM223 bilion atau 81.6 peratus ialah untuk perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion atau 18.4 peratus ialah untuk perbelanjaan untuk pembangunan. Perbelanjaan mengurus- yang perbelanjaannya sudah hampir semua sudah ditetapkan iaitu di bawah tanggungan dan perbelanjaan bekalan. Ia hanya RM50.5 bilion yang kita gunakan selama satu bulan setengah berbahas di sini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, agensi kerajaan seperti Petronas, Kumpulan Wang Amanah Negara, dan Khazanah Nasional menguruskan perbelanjaan ratusan bilion setiap tahun tetapi perbelanjaan agensi kerajaan ini tidak dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan. Misalannya yang terbaru ialah 1MDB iaitu sebuah syarikat 100 peratus di bawah Kementerian Kewangan sudah pun mengumpulkan hutang hampir RM38 bilion dalam masa empat tahun.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi saya syorkan semua agensi kerajaan ini yang mempunyai peruntukan berbilion-bilion ini mesti mendapat kelulusan Parlimen, boleh dibentangkan bukan dalam satu tahun sekali, tetapi mungkin setiap tiga bulan supaya rakyat tahu ke mana kah ratusan bilion ini dibelanjakan. Perkara kedua saya ingin mengesyorkan peningkatan untuk kebajikan yang diurus di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian ini hanya diperuntukkan RM202 juta untuk perbelanjaan pembangunan berbanding dengan Jabatan Perdana Menteri yang mendapat RM13 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Jabatan Perdana Menteri mendapat 64 kali perbelanjaan pembangunan kalau dibandingkan dengan yang didapati oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri kurangkan projek-projek mewah dan berikan kepada mereka yang termiskin. Orang miskin dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat terpaksa tidur dengan perut kosong jika tidak diberi bantuan oleh Jabatan Kebajikan. Saya berharap jumlah perbelanjaan untuk kementerian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya ke RM1 bilion dengan jumlah terbesar diperuntukkan untuk menolong mereka yang termiskin. Perkara ketiga mengenai pukat tunda Lesen ‘B’ yang telah saya bahaskan dalam Persidangan Parlimen yang lepas, tetapi sampai hari ini tak ada satu penyelesaian. Tuan Yang di-Pertua, pada 3 Julai 2014, Menteri baru dalam Jabatan Perdana Menteri dari Telok Intan telah pun berjumpa dengan nelayan-nelayan kawasan Utara di Pantai Remis dan berjanji untuk menyelesaikan isu, ini tetapi sampai hari ini tidak ada satu jawapan pun. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah kepupusan hasil laut bukan kerana syarat lima nautical mile yang sudah ditetapkan kerana itu sudah mencukupi untuk melindungi nelayan bot Lesen ‘A’ dan juga berkenaan dengan saiz lubang jaring yang digunakan oleh nelayan-nelayan. Masalah yang terbesar ialah kerana pukat tunda yang mencerobohi kawasan lima nautical mile ini tidak ditangkap ataupun penguatkuasaannya tidak berkesan kerana ada unsur-unsur rasuah. Akhir sekali, saya ingin mengutarakan tentang produk-produk perbankan Islam yang sedia ada. Saya mengesyorkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dan produk-produk kemudahan kewangan yang ditawarkan sekarang. Ini adalah kerana dokumen-dokumen kemudahan kewangan yang ditawarkan itu satu rekaan sahaja dan tidak mencerminkan hakikat sebenarnya sesuatu transaksi itu. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbankan Islam, saya bagi dua misalan. Satu ialah Commodity Murabahah Term Financing-i dan juga cash line financing third party loan, dengan izin. Kedua-dua produk ini niatnya hendak memberikan pinjaman wang tetapi di bawah pinjaman Commodity Murabahah Term Financing-i ini dikatakan satu transaksi komoditi telah dijalankan, tetapi sebenarnya tidak wujud. Dalam pinjaman jenis kedua, cash line financing third party loan dikatakan satu transaksi jual beli dan pembelian harta telah berlaku, tetapi isunya ini semua rekaan sahaja. Isunya yang timbul sekarang ialah adakah sebenarnya dokumen-dokumen ini mencerminkan satu pinjaman ataupun satu jual beli? Kalau ia satu barangan jual beli, adakah GST terpakai dalam jual beli komoditi ini dan juga dalam pinjaman third party loan ini, timbulnya sama ada jualan harta dan pembelian harta dan pemberian harta itu, adakah GST dikenakan ataupun cukai pendapatan keuntungan juga terpakai. Ini kerana dalam dokumen-dokumen berkenaan dikatakan kalau ada cukai pendapatan keuntungan, pihak pelanggan perlu menanggung wang tersebut. Lagi yang saya khuatir ialah dokumen- dokumen pinjaman third party loan ini daripada siri transaksi lebih kurang 12 perkara ini, saya rasa daripada segi undang-undang, ini merupakan satu pemalsuan, dokumen pemalsuan dan saya tidak ada masa untuk- boleh saya habiskan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, bagi peluang kawan yang lain.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Okey. Jadi saya mungkin dalam committee stage akan senaraikan 12 transaksi yang dikatakan berlaku tapi satu rekaan sahaja untuk menggantikan satu transaksi pinjaman yang sangat senang, third party loan, tetapi menyebabkan banyak isu undang-undang yang timbul. Akhir kata, saya nak katakan sebenarnya banyak produk ini, sungguhpun dikatakan berkontrak di mana pihak bank boleh mengaut untung maksimum atau ceiling profit rate tetapi yang dilaksanakan ialah effective profit rate. Pada hemat saya, effective profit rate ini adalah satu lagi nama yang digunakan untuk menggantikan riba yang dikenakan. “Rose” dalam bahasa Inggeris, “bunga mawar” dalam Bahasa Melayu, atau “meigui” dalam bahasa Mandarin, atau “roja” dalam Tamil, merujuk kepada perkara yang sama. Harap dalam perkara ini, dapat kerajaan mengkaji semula produk-produk yang akan menimbulkan banyak masalah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Saratok. Yang Berhormat Saratok minat, tadi bangun?... Lima minit Yang Berhormat Saratok.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kita tak lanjut hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2015. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang membentangkan Bajet 2015 yang bertemakan, Ekonomi Keperluan Rakyat. Bajet 2015 membuktikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai misi dan visi untuk memastikan Malaysia terus berada pada tahap terbaik daripada segi ekonomi, politik, sosial dan pembangunan. Bajet 2015 jelas dalam setiap teras dan pendekatan memberikan fokus dalam semua aspek tanpa ada pihak yang merasa diketepikan dan terpinggir daripada arus pembangunan. Peningkatan jumlah peruntukan untuk pembangunan infrastruktur asas dan kualiti hidup rakyat di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2015 membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mewujudkan komuniti progresif luar bandar bagi menghadapi cabaran pembangunan manusia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang mengambil pendekatan secara beransur- ansur ke arah konsolidasi fiskal dalam usaha mengimbangi semula pertumbuhan negara yang ketika ini mengalami langkah penjimatan kerajaan. Pendekatan kerajaan dengan mengambil langkah-langkah seperti konsolidasi fiskal, rasionalisasi subsidi termasuk langkah memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) yang dilakukan dengan kaedah berhemat dan tidak keterlaluan daripada segi pelaksanaan, akan mengukuhkan kedudukan kewangan negara sekali gus mencapai bajet seimbang pada 2020. Secara umumnya, satu isu utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia pada masa ini ialah isu rasionalisasi subsidi yang menyebabkan kenaikan harga. Lantas kerajaan telah mengemukakan pelbagai inisiatif tambahan untuk mengurangkan bebanan rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan pada tahun ini. Satu perkara yang harus difahami oleh rakyat ialah BR1M bukan satu mekanisme untuk menyelesaikan atau mengatasi masalah golongan miskin, BR1M hanya bertujuan untuk mengurangkan kesan perubahan ekonomi yang mencabar atau, dengan izin, caution to the effect transforming economy, di mana penubuhan ekonomi yang pesat dapat memberi tekanan khususnya kepada rakyat berpendapatan rendah dalam proses penyesuaian yang harus berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

Bajet 2015 telah menggariskan RM4.9 bilion atau 87.5 peratus daripada hasil kutipan daripada GST pada tahun 2015 akan disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti BR1M. Pakar-pakar ekonomi menyifatkan penambahan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM300 dalam Bajet 2015 dapat mewujudkan kesan positif berganda kepada rakyat dan negara yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah meningkatkan perbelanjaan masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, semalam soalan yang memohon penjelasan terhadap insiden di mana terdapat dakwaan bahawa pasukan untuk pemilihan untuk panggilan kemasukan Angkatan Tentera Malaysia telah menolak belia-belia Dayak atas sebab mereka mempunyai tatu di badan yang merupakan salah satu tradisi masyarakat Dayak telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan dan saya amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Saya juga memohon supaya kementerian sentiasa memastikan anak-anak muda sentiasa berminat menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan negara. Anak-anak muda yang bakal mewarisi pimpinan negara haruslah bersemangat patriotik rela berkorban untuk bangsa, nusa, negara dan agama. Saya difahamkan penyertaan masyarakat bukan Melayu dalam ATM adalah rendah walaupun pelbagai kempen telah dianjurkan dan sebagainya. Saya mohon supaya kementerian mengkaji perkara ini secara terperinci untuk mengenal pasti faktor-faktor di sebalik penyertaan rendah masyarakat bukan Melayu dalam ATM. Di mana sekiranya faktor-faktor penyebab dapat dikenal pasti maka langkah menangani dapat dilaksanakan dengan tuntas. Supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan dapat memberi curahan bakti dan tenaga kepada negara tercinta ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Saratok.

I am coming to the end Tuan Yang di- Pertua. Akhir kata saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Kabinet yang diterajui beliau yang telah berjaya mewujudkan Bajet 2015 yang berwawasan dan berwibawa dengan fokus ekonomi jangka panjang. Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Batu juga lima minit.

Banyak isu yang saya cover dan saya cuba dengan ringkas. Pertama sekali GST. Sudah ramai telah membincangkan GST tetapi saya ingin hanya sentuh satu perkara dalam GST iaitu percanggahan GST dengan SST di Sabah dan Sarawak. Kalau mengikut perjanjian Malaysia, Sabah Sarawak sepatutnya mempunyai hak untuk mengutip cukai. Dengan salah satu alasan yang saya agak kita harus tangguhkan, saya tidak nampak ada penyelarasan antara negeri-negeri Sabah dan Sarawak ke atas kutipan ini. Saya agak amat tidak adil kalau dengan kutipan GST ini SST yang merupakan hak Sabah Sarawak itu dinafikan. Saya ingin tahu apakah kembalinya daripada jumlah cukai yang akan dibagi kepada kedua-dua negeri dengan jikanya GST dikutip. Ini ada sebahagian daripada agenda yang lebih besar. Kalau kita tidak melakukan adil terhadap dua-dua negeri ini yang tidak saksama dan ini akan menambahkan persepsi pemisahan dan persepsi negatif terhadap Persekutuan Malaysia. Kedua ialah isu yang kehakiman dan perundangan. Bukan saya hendak sentuh kes tetapi dunia telah memberi tumpuan kepada kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada minggu ini.

Kes ini bukan satu isu yang isolated kerana di samping daripada isu tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Yang Berhormat Permatang Pauh juga kita lihat ramai di kalangan pihak pembangkang yang juga dituduh di bawah Akta Hasutan. Sekali lagi taraf hak asasi manusia menjadi tumpuan dunia. Kewibawaan mahkamah Malaysia ini juga menjadi satu tumpuan kerana bukan sahaja rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tetapi satu juga ingatkan sekali lagi kes yang melibatkan hubungan antarabangsa. Baru- baru sahaja saya terkejut juga dapati bahawa berita seorang yang namanya Amalilio atau nama Malaysianya Kamal Said telah dibebaskan pada Oktober yang lalu. Kalau kita masih ingat beliau seorang warga Malaysia yang lahir di Beaufort, di Kampung Bingkul telah terlibat dalam satu penipuan piramid di Filipina yang melibatkan 15,000 orang pelabur sebanyak 12 bilion peso atau RM930 million. Beliau telah dihentikan di Airport Kota Kinabalu pada 25 Januari 2013 daripada dihantar balik ke Filipina untuk menghadapi kehakiman. Seterusnya dipenjarakan atas hukuman pada 4 Februari 2013. Pihak Filipina telah berkali-kali untuk menuntut supaya beliau dihantar balik untuk menghadapi perbicaraan penipuan ini. Akan tetapi sehingga hari ini kita bukan sahaja tidak mematuhi janji kita kepada Kerajaan Filipina tetapi kita telah membebaskannya dan menolak sebarang usaha extradition kembali ke Filipina. Ini bukan sahaja tidak adil kepada mangsa skim ini tetapi saya khuatir ini juga menjejaskan perhubungan baik dengan Filipina. Di mana kita lihat daripada kes New Zealand, Malaysia telah menghantar suspek rogol kepada New Zealand sungguhpun kita tidak ada extradition treaty, dengan izin. Akan tetapi daripada segi jiran ASEAN kita, kita tidak mematuhi. Saya anggap ini ada implikasi yang lebih besar kerana Kerajaan Malaysia perlukan kerjasama dengan Filipina untuk keselamatan di Sabah. Dengan isu yang sama kerana Amalilio ini saya terlibat dan saya juga didakwa bahawa dengan ini ada kaitan dengan Lahad Datu. Saya ingin tahu apakah status kertas putih Lahad Datu? Apakah yang terjadi, sama ada kerajaan maklum atau tidak kepada rakyat Malaysia apa yang berlaku? Dengan ini, saya juga ingatkan bahawa ingin rakamkan di Parlimen ini sekali lagi takziah dan simpati kepada mangsa MH370 dan MH17. Amat tidak adil kalau sesi Dewan ini kita tidak bincang langsung terutamanya MH17 yang berlaku selepas MH370 dan sesi Parlimen ini langsung tidak sentuh. Saya mengalu-alukan ketegasan Perdana Menteri dua hari yang lalu kata beliau, dengan izin saya quote, “Malaysia is determine to bring justice for MH17 dengan memastikan bahawa culprit akan dibawa ke muka kehakiman.”

Saya ingin tahu apakah cara Malaysia boleh membawa penjenayah ini ke pengadilan selain daripada International Court of Justice. Ada cadangan bahawa Malaysia membawa atau pihak mangsa yang lain seperti negara Belanda untuk membawa kedua- dua negara Ukraine dan Rusia ke ICJ supaya mereka menjawab siasatan. Saya nampak sudah empat bulan rakyat Malaysia tidak dapat apa-apa berita update tentang MH17. MH17 seolah-olah kita terima hakikatnya. Sehingga hari ini saya belum dapat pendirian kerajaan terhadap sama ada Ukraine atau Rusia dan status siasatan kita. Saya juga agak khuatir kerana kita sehingga sekarang tidak ada siasatan atau komitmen yang kita ada sejak MH370 bahawa kita akan ada Royal Commission, sehingga hari ini tidak ada. Dengan MH17 siasatan sehingga hari ini juga kita tidak ada. Bukan tidak ada, kita tidak dimaklumkan padahal rakaman black box yang telah diserah kepada pihak British. Saya juga tidak faham kenapa kita serah black box kepada...

Yang Berhormat Batu, boleh mencelah sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Batu. Saya juga telah mendapat berkaitan dengan black box ataupun siasatan dengan kemalangan kapal terbang. Saya juga telah mendapat satu jawapan berkenaan dengan kemalangan nahas kapal pada 6 hari bulan Jun 1976 yang mana beberapa orang pemimpin termasuk Ketua Menteri Sabah, they were part of the incident and they all died, dengan izin. Jawapan kerajaan ialah kemalangan itu adalah human error, dengan izin dan hingga ke hari ini tidak mengeluarkan laporan siasatan itu kepada awam. Pada masa yang sama saya juga telah mendapat satu salinan surat dari Australia bahawa negara Australia tidak mengeluarkan information ataupun maklumat berkenaan dengan siasatan itu tanpa consent ataupun permission dari Malaysia. Terima kasih.

Saya ingat kita tidak boleh menghadapi tragedi selepas tragedi tetapi hanya memberi lip service sahaja. Kita perlukan jawapan yang benar, ini hanya adil kepada mangsa kemalangan kedua-dua tragedi yang sangat serius ini. Saya ingin sentuh sedikit juga dalam isu di kawasan saya. Terutama saya kesal semasa perbicaraan, rumah-rumah di Kampung Chubadak diroboh tanpa notis, tanpa perundingan. Saya faham pembangunan diperlukan tetapi ada janji dari Menteri Wilayah Persekutuan yang dahulu bahawa kampung warisan di kawasan Batu akan diumumkan dan preserve untuk warisan budaya orang Melayu di Wilayah Persekutuan. Akan tetapi kita tidak tahu apa terjadi dengan status ini. Padahal yang sama dalam Kampung Railway sudah dijanjikan pampasan dan tawaran rumah. Saya dapat jawapan bahawa tawaran rumah telah dikeluarkan pada 24 Jun 2013. Sebenarnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu.

Sedikit sahaja. Sehingga sekarang mereka belum dapat tawaran. Padahal ada janji bahawa mereka akan duduk di PPR Bukit Jalil sehingga completenya projek perumahan kos rendah dengan tanpa sewa. Akan tetapi sehingga sekarang, bukan sahaja tidak ada tanpa sewa dan mereka diminta untuk bayar sewa. Ini juga tidak mematuhi kepada janji yang telah diberi oleh kerajaan. Saya amat kesal kalau dengan pemindahan ini kita tidak boleh mematuhi janji dan bantuan yang kita bagi kepada golongan miskin warga kota. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lanang. Lima minit Yang Berhormat Lanang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015. Tuan Yang di-Pertua, sudah 17 tahun berturut-turut bajet yang dibentangkan di Parlimen ialah bajet defisit. Walaupun sudah bajet defisit, banyak kali pihak kerajaan menambahkan bajet tambahan juga. Setiap tahun perbelanjaan negara yang tidak terkawal akibat daripada ketirisan, pembaziran dan rasuah menyebabkan hutang negara memuncak sehingga 54.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2013 dan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion. Jadi, saya ingin minta penjelasan daripada kerajaan, apa langkah-langkah penjimatan atau pencegahan rasuah, ketirisan dan sebagainya untuk memastikan amanah rakyat dan wang cukai rakyat dapat dimanfaatkan sebaiknya kepada rakyat. Tuan Yang di- Pertua, lima tahun lagi menjelang tahun 2020 tetapi jurang pembangunan di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak begitu jauh sekali. Sarawak dilihat mundur sekurang- kurangnya 20 tahun daripada Semenanjung Malaysia. Saya ingin tahu, dapatkah Malaysia mencapai Wawasan 2020 kalau Sabah dan Sarawak masih jauh mundur daripada Semenanjung. Semalam dalam Utusan Sarawak Online, Pengarah Unit Perancang Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Dato Haji Ismawi Haji Ismuni berkata, menjelang tahun 2020, Sarawak masih kekurangan utiliti awam seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik. Sarawak memerlukan peruntukan kewangan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan dalam usaha kerajaan negeri membina dan menyediakan kemudahan asas kepada penduduk di luar bandar terlaksana sepenuhnya. Juga dimaklumkan bahawa dalam RMKe- 10 Sarawak telah menerima RM15 bilion daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan RM17 bilion dalam RMKe-9. Oleh itu saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat menambah peruntukan ke Sarawak pada RMKe-11 yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak pengeluar minyak dan gas yang terbesar di negara kita. Sebanyak 30 peratus daripada pendapatan ekonomi negara kita adalah berpunca daripada industri minyak dan gas.

Kita sebagai anak Sarawak berharap Kerajaan Persekutuan dapat mengembalikan sebanyak 20 peratus tuntutan royalti minyak dan gas ke Sarawak. Ini bukan sahaja hasrat parti pembangkang tetapi ia juga diminta oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak supaya Sarawak boleh membuat perancangan pembangunan sendirinya dengan 20 peratus tuntutan royalti ini. Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan menunaikan hasrat ini memandangkan Sabah dan Sarawak bukanlah hanya salah sebuah negeri dalam Malaysia tetapi rakan-rakan kongsi serata dengan Malaya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya belajar daripada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dalam memberi peruntukan sebanyak RM3 juta kepada 14 buah sekolah aliran Cina di Sarawak. Sekurang- kurangnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak berani mengambil satu langkah yang tidak berani atau tidak mahu diambil oleh bekas Ketua Menteri yang telah bertugas selama lebih daripada 30 tahun. Saya berharap peruntukan ini dapat diberi secara tahunan masa depan seperti yang dijanjikan oleh Ketua Menteri Sarawak kerana sekolah aliran Cina bukan hanya untuk Cina sahaja tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menuntut pelajaran di sekolah-sekolah tersebut. Jadi, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu ikutlah langkah Ketua Menteri Sarawak supaya peruntukan diberikan kepada semua sekolah tanpa mengira bangsa, kaum dan agama kerana semua generasi muda ialah harapan negara dan harapan kita semua. Tuan Yang di-Pertua, GST akan dilaksanakan tahun depan bulan April. Adakah kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan GST? Adakah peniaga sudah bersedia? Saya yakin rakyat Malaysia pasti belum bersedia. Saya ingin meminta penjelasan daripada kementerian tentang peruntukan yang telah digunakan untuk penyediaan pelaksanaan GST sehingga masa kini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu kanak-kanak stateless. Golongan stateless makin hari makin meningkat dan ia seterusnya menyebabkan kedudukan mereka agak terpinggir dan disisihkan di kalangan masyarakat. Di Sarawak banyak penduduk luar bandar terutama di rumah panjang tidak mempunyai sijil kelahiran. Janganlah kata kad pengenalan. Oleh itu, tiada kad pengenalan pasti mereka tidak dapat berdaftar semasa kahwin. Jadi, biasanya mereka menjalankan istiadat kahwin di rumah panjang sahaja. Apabila mereka melahirkan anak, ini menjadi masalah. Anak mereka secara automatik tiada kewarganegaraan. Oleh sebab bukan warganegara Malaysia, masalah persekolahan timbul apabila mereka besar nanti. Tuan Yang di-Pertua, program 6P telah dilaksanakan sejak 11 Julai 2011 untuk pendatang asing tanpa izin, iaitu PATI. Apakah kesan terhadap program ini? Adakah pendatang asing tanpa izin di negara kita lebih kurang? Memandangkan kerajaan Malaysia dapat mewujudkan program 6P untuk pendatang asing tanpa izin, apakah program atau langkah untuk menolong kanak-kanak stateless ini?

Tuan Yang di-Pertua, kes pembunuhan dan kes tembakan semakin berleluasa di Sibu dua tahun ini. Saya minta penjelasan sama ada kawalan senjata api yang longgar dan teruk di Sarawak yang menyebabkan semakin banyak kes tembakan dan pembunuhan di Sibu? Saya juga dimaklumkan oleh rakyat bahawa senjata api dapat dibeli dengan harga RM500 sahaja daripada pendatang asing di Sibu. Saya harap PDRM dapat menyiasat sama ada ini adalah benar. Tambahan pula dengan isu mesin kuda. Sudah banyak tahun judi haram mesin kuda di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia. Akan tetapi, tindakan yang diambil untuk membanteras kegiatan judi haram ini belum lagi memuaskan. Dalam soalan saya pada bulan April 2014, jawapan yang diterima, “Pada tahun 2012, seramai 96 serbuan mesin perjudian berkomputer di Daerah Sibu, 152 tangkapan, 301 rampasan”. Akan tetapi, hanya satu kes yang dituduh di mahkamah, empat kes NFA, maksudnya no further action dan satu kes dalam siasatan. Pada tahun 2013 pula, sebanyak 632 serbuan, 219 tangkapan, 285 rampasan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lanang, saya bersimpati.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Gulung, gulung. Akan tetapi, tiada kes yang dibawa ke mahkamah, enam kes NFA dan 39 dalam siasatan. Saya minta penjelasan kerajaan mengapa wujudnya NFA dalam kes kegiatan judi haram ini? Apakah yang terjadi kepada kes tersebut? Walaupun beberapa hari yang lalu banyak serbuan telah dijalankan di Sibu oleh PDRM tetapi rakyat Sibu masih tidak berpuas hati kerana didapati premis-premis yang diserbu itu tidak beroperasi semasa serbuan. Inilah menyebabkan rakyat berprasangka bahawa PDRM ada hubungan baik dengan pengusaha mesin kuda itu. Saya menyeru supaya polis meneruskan usaha membanteras kegiatan perjudian atas talian dan jenayah-jenayah lain di Bandar Sibu. Akhir sekali, saya menerima jawapan bahawa jumlah kekosongan pegawai dan anggota PDRM di Sibu adalah sebanyak 49 orang. Saya berharap KDN dapat membuat pengambilan untuk mengatasi kekosongan ini supaya PDRM dapat menjalankan tugas menjaga keselamatan dan keamanan dengan lebih cekap dan efektif. Terima kasih.

Lajunya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tahniah Yang Berhormat Lanang [Ketawa] Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harap saya akan baca lebih laju daripada Yang Berhormat Lanang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, teruskan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, strategi mensejahterakan rakyat yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan adalah memang sedap didengar. Akan tetapi apa yang berlaku di satu perkampungan di Kampung Tai Lee, Ipoh adalah sebaliknya. Untuk pengetahuan umum, Kampung Tai Lee di Ipoh telah didirikan pada 23 Oktober 1914 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun sejak abad ke-20. Penduduk- penduduk yang tinggal di kampung ini jauh sebelum tanah ini diberikan hak milik. Majoriti penduduk yang tinggal di kampung ini bekerja sebagai pekerja buruh dan kebanyakan daripada mereka bekerja di sekitar kawasan Bandar Ipoh. Sesungguhnya, kebanyakan daripada penduduk Kampung Tai Lee terdiri daripada kaum India. Namun, terdapat juga segelintir kaum Cina dan Melayu. Lama-kelamaan, penduduk kaum Cina dan kaum Melayu telah dipindahkan dari kampung ini dan buat masa sekarang, Kampung Tai Lee hanya tinggal 55 keluarga kaum India yang berasal daripada golongan yang miskin dan berpendapatan rendah. Kampung Tai Lee sebuah penempatan terawal masyarakat India di Ipoh. Kampung Tai Lee terletak di kawasan Beruntung di mana mempunyai populasi kaum India yang tertinggi di Malaysia. Kesemua penduduk kampung ini adalah berasal daripada golongan berpendapatan rendah dan termiskin. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal kecuali rumah-rumah kayu yang didirikan oleh mereka. Tiada perabot-perabot lain yang ada di dalam rumah mereka. Kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan yang amat susah seperti ini memang tidak boleh dibayangkan. Kampung ini mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Ia seharusnya dipertahankan dan dipelihara serta dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai tanah warisan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Selepas pertemuan dan perbincangan dengan penduduk di kampung tersebut, mereka amat berharap agar Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dapat membantu dan menunaikan harapan mereka iaitu memperoleh dan memelihara tanah ini sebagai tanah warisan negara. Saya berharap Kampung Tai Lee yang merupakan salah satu penempatan kaum India yang tertua di Ipoh seharusnya diberikan pertimbangan yang wajar dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai tanah warisan mengikut Akta Warisan. Selain daripada itu, saya pohon agar kerajaan mengambil tindakan untuk menghentikan cadangan pembinaan semula Vivekananda Ashram di Brickfields, Kuala Lumpur. Ashram ini juga berusia lebih daripada 100 tahun dan diklasifikasikan sebagai kategori dua heritage building oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang digazet dalam pelan struktur pada tahun 2004. Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Oktober 2014, saya telah menganjurkan satu sesi perbincangan meja bulat atau Round-table Conferences on Arms Trade Treaty, dengan izin, dan dihadiri oleh sebilangan Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Tujuan perbincangan tersebut adalah untuk memberi penerangan dan membawa isu Perjanjian Perdagangan Senjata, Arms Trade Treaty yang telah ditandatangani oleh kerajaan pada 26 September 2013 di General Assembly of the United Nations di New York. Akan tetapi, sehingga hari ini, Kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah yang seterusnya untuk meratifikasikan perjanjian antarabangsa tersebut yang kini telah diratifikasikan oleh 50 buah negara asing yang lain pada setakat 25 September 2014. Perjanjian ini akan dikuatkuasakan mulai 25 Disember 2014 kerana terdapat lebih daripada 50 daripada 119 buah negara yang telah meratifikasikan perjanjian tersebut. Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama Perjanjian Perdagangan Senjata atau Arms Trade Treaty adalah untuk mencegah dan membasmi perdagangan haram dalam senjata konvensional dan juga untuk menghalang pemindahan mereka kepada pasaran haram. Saya percaya, penguatkuasaan undang-undang pencegahan perdagangan haram senjata konvensional amat diperlukan di negara kita. Daripada sesi perbincangan meja bulat tersebut, saya telah difahamkan bahawa senjata pistol kini adalah dipasang dengan mikrocip yang dapat mengesan dan memberi maklumat tentang pembuatan dan pemilikan senjata-senjata tersebut. Oleh yang demikian, ia adalah bukan susah buat masa ini untuk mengesan pembuat dan pemilikan senjata tersebut. Saya percaya, Perjanjian Perdagangan Senjata atau ATT yang kuat dan berkesan akan menyelamatkan nyawa, mencegah pencabulan hak asasi dan juga melindungi kehidupan orang di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, perjanjian tersebut memberi pengiktirafan hak berdaulat kepada mana-mana negara untuk mengawal selia dan mengawal senjata-senjata secara eksklusif dalam wilayahnya menurut sistem undang-undang atau perlembagaannya sendiri. Oleh yang demikian, kedaulatan negara adalah terpelihara dan terjamin dalam perjanjian tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Batang Sadong telah mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia memang memberi sokongan yang kuat kepada perjanjian ini semasa beliau menghadiri 35th Annual Forum of Member of Parliament for Global Action di Bogota, Colombia pada 19 Disember 2013. Oleh yang demikian, saya amat berharap Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang secepat mungkin untuk meratifikasi Perjanjian Perdagangan Senjata, ATT tersebut agar kita tidak terpinggir daripada arus perubahan politik dunia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Isu yang terakhir. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Belanjawan 2015, strategi ketujuh yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan adalah mensejahterakan rakyat dan salah satu cadangannya dalam strategi ini adalah untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Saya amat tertarik kepada pengumuman bahawa perkhidmatan Electric Train Service (ETS) dari Ipoh ke Butterworth akan mula beroperasi pada April 2015. Saya mengalu-alukan pengumuman perkhidmatan

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

ini kerana saya percaya negeri Perak terutamanya Ipoh akan menikmati manfaat dari segi ekonomi dan perkhidmatan pengangkutan awam daripada perkhidmatan baru ETS tersebut. Untuk makluman umum, perkhidmatan ETS Ipoh ke Kuala Lumpur pada masa kini mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan warga Perak sehingga kebanyakan tempat duduk adalah penuh untuk hampir kesemua jadual perjalanannya terutamanya pada masa hujung minggu. Saya berharap pihak pengurusan ETS akan menambah lebih banyak koc-koc untuk perkhidmatan ETS dan untuk memenuhi permintaan daripada pengguna- pengguna. Tuan Yang di-Pertua, Ipoh amat memerlukan satu sistem pengangkutan awam yang efisien dan berintegrasi untuk kemudahan awam. Di sini, saya merayu SPAD untuk mengkaji dan melaksanakan satu sistem pengangkutan awam yang lebih baik terutamanya dari segi perkhidmatan teksi awam yang pada masa kini adalah dalam keadaan teruk. Teksi-teksi yang digunakan adalah amat tua dan ada kebanyakannya tidak diselenggarakan dengan baik. Saya rasa perlu ada satu blueprint untuk penambahbaikan sistem teksi awam untuk jangka masa panjang di Ipoh. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya dengan satu isu yang terakhir yang saya ingin lanjutkan daripada apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Lanang iaitu berkenaan isu stateless children, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap Kerajaan Malaysia memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kanak-kanak luar nikah dalam situasi yang tertentu terutamanya keadaan yang dikatakan kesilapan teknikal di mana kedua-dua ibu bapa yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka sebelum kelahiran kanak-kanak tersebut atas sebab kegagalan memahami undang-undang yang dikuatkuasakan oleh negara kita. Tuan Yang di-Pertua, apakah salahnya kerajaan mempertimbangkan untuk memberi kewarganegaraan kepada kanak-kanak luar nikah di mana kedua-dua ibu bapa adalah warganegara Malaysia? Janganlah kamu menghukum kanak-kanak ini kerana kegagalan ibu bapa mereka untuk mendaftarkan perkahwinan ibu bapa mereka sebelum kelahiran kanak-kanak tersebut. Kami boleh terima ujian DNA untuk menentukan keibubapaan iaitu parenthood dan oleh yang demikian, kamu harus memberi kewarganegaraan sekiranya adalah dibuktikan bahawa kedua-dua ibu bapa kanak-kanak luar nikah ini ialah warganegara Malaysia. Sekiranya perlu, kami boleh meminda undang- undang sedia ada untuk melaksanakan polisi kerajaan yang lebih memberi keprihatinan kepada masalah rakyat Malaysia. Dengan itu, itulah ucapan saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Nampaknya Yang Berhormat Lanang yang juara ya. Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa tidak mencukupi, saya hanya akan membangkitkan satu isu. Tuan Yang di-Pertua, sebulan lalu lebih 473,000 orang calon UPSR dikejutkan dengan berita pembocoran kertas soalan. Mula-mula dengan kertas Sains dan Bahasa Inggeris, dan kemudiannya Matematik dan Bahasa Tamil. Akibatnya murid-murid terpaksa menunggu hampir sebulan untuk mengambil semula kertas-kertas tersebut. Peristiwa ini bukan sahaja memalukan negara dan menimbulkan kesangsian umum terhadap pengendalian peperiksaan awam tetapi juga mengakibatkan keresahan dan tekanan mental bagi hampir setengah juta orang murid Tahun 6 di serata negara di samping menjejaskan integriti sistem pendidikan negara kita. Jadi harapan rakyat bahawa sumber pembocoran ini dapat dikesan dengan secepat mungkin dan langkah-langkah yang sepatutnya dapat diambil bagi mengelak daripada berlaku kebocoran lagi dalam masa depan.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Namun begitu, ini bukan kali pertama pembocoran kertas soalan berlaku dan ramai yang tertanya bagaimanakah perkara ini boleh terus berlaku? Tidakkah ada cara untuk mengelak atau memitigasikan pembocoran sedemikian? Saya ingin merujuk kepada Laporan The Edge Financial Daily pada 3 Oktober 2014 di mana sumber dalaman telah memberitahu bahawa Lembaga Peperiksaan secara lazimnya akan menyediakan tiga set kertas soalan. Justeru, sekiranya berlaku pembocoran, maka set simpanan ataupun back-up akan digunakan. Menurut laporan yang sama, pembocoran pernah berlaku pada tahun 2004 bagi kertas soalan bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Punca pembocoran itu dikatakan berlaku di Sarawak. Namun arahan telah dikeluarkan secara senyap bagi menggantikan semua kertas soalan tersebut di seluruh negara dan pertukaran ini telah berlaku pada tengah malam dengan kerjasama antara pegawai-pegawai kementerian dengan pihak polis dan pada esok harinya peperiksaan berjaya dilaksanakan dengan kertas soalan simpanan tanpa disedari sesiapa. Maka saya ingin bertanya sama ada kertas soalan simpanan UPSR tempoh hari telah disediakan seperti mana dalam peperiksaan SPM. Jika ya, mengapa kertas soalan simpanan tidak diguna pakai khususnya bagi mata pelajaran Sains yang telah diketahui pembocorannya pada 10 September iaitu sehari sebelum ia dijadualkan berlangsung. Tambahan kepada itu, mengapakah murid-murid terpaksa menunggu hampir sebulan untuk menduduki semula kertas-kertas tersebut? Meskipun pembocoran itu dikesan kemudian seperti dalam kertas soalan matematik dan bahasa Tamil, tidak bolehkah kertas soalan simpanan ataupun back-up digunakan dalam masa yang terdekat? Jadi, Tuan Yang di-Pertua, tindak balas yang kurang bijak daripada pihak kementerian menimbulkan pelbagai keraguan. Oleh itu, kementerian harus menjelaskan apakah tatacara operasi standard (SOP) dalam pengendalian peperiksaan awam, adakah kertas soalan simpanan disediakan bagi UPSR tahun ini dan mengapakah ia tidak diguna pakai khususnya bagi kertas Sains. Sekiranya kertas soalan simpanan tidak disediakan, kementerian harus juga menerangkan kenapa. Dalam pada itu saya ingin sebagai akhir kata mengulangi cadangan Yang Berhormat Gelang Patah agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bukan sahaja untuk menyiasat insiden pembocoran kertas soalan UPSR tahun ini tetapi juga untuk meneliti penurunan taraf pendidikan secara umum di negara kita akibat masalah dasar yang tidak teliti, tadbir urus yang tidak efisien dan juga pembaziran wang awam yang berleluasa. Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Stampin, last.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi saya peluang untuk berucap dan membentang Bajet 2015. Beberapa perkara yang saya ingin membawa perhatian terutamanya memandangkan terdapat peruntukan sebanyak RM9.1 bilion kepada PDRM. Nombor satu, gejala jenayah yang begitu membimbangkan di Malaysia dan pada masa ini saya ingin membawa perhatian kepada kawasan Kuching. Sejak bulan lepas jika kita perhatikan surat khabar utama di Kuching tanpa gagal terdapat jenayah-jenayah yang berlaku setiap hari. Di antaranya bukan jenis kecil tetapi yang membawa parang dan dijalankan pada waktu siang. Di dalam satu kes yang berlaku, wartawan pun kena rompak semasa menjalankan kerja untuk membuat laporan terhadap peningkatan jenayah di kawasan tersebut. Ini berlaku pada waktu siang. Bahkan tiga hari lalu, seorang lagi pemuda di Maratua pada waktu tengah hari diragut dengan parang. Kes di mana dua orang pelatih doktor daripada Britain dibunuh di mana penjenayah disyaki terlibat dalam sindiket dadah yang sangat berkuasa yang mendapat pemerhatian media global.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Banyak lagi kes-kes yang berlaku. Kesemua ini bukan sahaja memburukkan nama baik Kuching dan PDRM tetapi juga keyakinan rakyat terhadap PDRM terutamanya apabila kenyataan saya yang dipaparkan dalam akhbar utama pada 25 dan 26 September yang bertema, “Kuching a hive of criminal activities”, dengan izin tidak disambut baik oleh pihak polis dan menafikan keadaan yang sebenarnya yang berlaku. Jadi soalannya, adakah pihak polis masih relevan dengan izin dalam memahami keadaan sebenar yang berlaku di Kuching? Saya mengalu-alukan pihak polis turun ke padang supaya kita berpakaian seperti biasa supaya boleh mendekati orang ramai dan memahami keadaan yang sebenar yang berlaku dan tahap kebimbangan rakyat di antara yang saya ingin menarik perhatian pihak polis pada hari ini adalah pertama, tahap ketelusan dan amanah polis di Sarawak. Saya mendesak supaya pasukan khas yang efektif diadakan supaya menjaga tahap ketelusan serta amanah dalam pasukan polis. Demi kebaikan pihak polis, saya harap pihak polis boleh menerima kritikan saya yang ikhlas hasil daripada pendekatan saya dengan rakan-rakan seperjuangan saya selama ini iaitu pada pandangan rakyat ada segelintir pihak polis yang sebenarnya pecah amanah di mana mereka ialah ejen dalaman kepada sindiket-sindiket jenayah. Ada pula pecah amanah di mana penjenayah dilepaskan dengan penerimaan wang rasuah. Perkara ini banyak berlaku dan aduan terhadapnya begitu mendadak sehingga ada yang menganggap pihak polis seumpama berpihak dengan pihak penjenayah. Itulah saya nasihati para polis turun ke padang, berpakaian biasa untuk mendapatkan pandangan sebenar. Kalau perlu, saya boleh ikut sama. Tahap keyakinan begitu buruk sekali sehingga rakyat sekarang berganding bahu mengadakan night watch kerana tidak lagi percaya kepada keberkesanan pihak polis. tahniah kepada pihak rakyat. Sebagai bukti, dalam satu kes yang berlaku pada minggu lepas yang dikendalikan oleh rakan saya Yang Berhormat Bandar Kuching, seorang polis di Samarahan menerima RM3,000 daripada perompak yang ditangkap oleh pengadu. Polis tersebut mendesak pengadu supaya melepaskan kes tersebut dan berkongsi hasil yang diterima iaitu RM1,500 seorang. Katanya, dia masih perlu mengagihkan hasil tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Sungguh mengejutkan ya, mengejutkan. Kes kedua minggu lepas juga yang saya kendalikan sendiri, mangsa diculik dan diminta tebusan RM30,000. Tanpa pengetahuannya, rakannya di Sibu membuat laporan polis apabila dia menelefon untuk meminjam duit semasa dalam pemerhatian penculik. Selepas beberapa minit kemudian, pihak penculik tahu akan laporan polis dibuat. Macam mana sejurus itu penculik bawa dia ke Polis Stesen Miri untuk menarik balik repot. Dia terpaksa berbuat demikian memandangkan polis di Miri seolah-olah menyebelahi dengan pihak jenayah. Apabila balik ke Kuching, sekali lagi dia membuat police report di Kuching dan kes itu dituju ke Miri kepada officer yang sama. Dia diberitahu bahawa jika dia bertegas hendak membuat laporan, dia akan dicaj membuat laporan palsu kerana sebelum ini dia pernah menarik balik report di Miri. Jelas, adakah pasukan kita di Sibu dan di Miri telah dikompromi? Semasa membuat laporan bersama pada dia di Kuching dan apabila pihak Kuching menelefon pihak Sibu dan Miri untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya, laporan yang dibuat oleh mangsa tak sampai lima minit kemudian, pihak gengster menelefon mangsa dan keluarga mangsa tak kurang 20 kali. Jadi soalan dia, bagaimanakah ini boleh berlaku? Jika pihak polis sama ada di Sibu atau pun di Miri memberitahu gengster-gengster semasa diculik dan gengster-gengster pernah memberitahu mangsa bahawa mereka telah merasuah semua polis dan perniagaan haram mereka dilindungi polis. Adakah ini sebab utama kegiatan haram berlaku begitu berleluasa di Sarawak? Jadi jelas keadaan sebenarnya di bawah padang yang memberitahu mesej yang ketara kepada semua bahawa ada hubungan yang ketat antara pihak polis dengan sindiket. Di antara aduan yang saya terima:

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

(i) pusat perjudian haram di keliling sekolah menengah di Kuching. Soalannya, jika budak-budak tiada masalah pergi ke tempat tersebut, kenapakah polis tidak dapat mencarinya? (ii) ada kes di mana mesin-mesin dirampas tetapi rasuah diterima dan dikembalikan. This is just for a show, dengan izin. (iii) mesin yang dirampas sandiwara di mana ia mesin-mesin yang lama dan sebelum mereka menukar ke mesin yang baru, sandiwara mereka rampas- seperti rampas. (iv) alasan-alasan di mana tiada bukti dan macam mana sindiket ini boleh memadamkan bukti adalah tidak munasabah adalah kerana tugas polis ataupun unit tindakan khas untuk membuat misi perangkap untuk mendapatkan bukti di mana cerdik pintar kita di pasukan polis. Saya dengar saya harap ini tidak benar terdapat 12 special branch dalam bilik pembicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika ini betul, kenapakah mereka di situ? Lagi bagus kita bawa mereka ke Kuching untuk mengendalikan kes- kes yang melibatkan sindiket [Tepuk] Jadi, tidak hairanlah Kuching sekarang seumpama Las Vegas penuh dengan kegiatan perjudian serta tempat pelacuran. Bukan sahaja kita ada mesin harimau, mesin kuda, sekarang kita juga ada mesin ikan. Lain kali, the whole seafood pergi on the menu, dengan izin. Kes yang last sekali, penting juga. Kedua, tindakan terhadap syarikat-syarikat piramid seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut iaitu kes syarikat Global Peace Loving Family (GPLF). Adakah kerajaan akan membuat tindakan yang lebih tegas terhadap syarikat sebegini sebelum ia mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada rakyat kita terutamanya warga emas kita? Syarikat GPLF telah pun disenaraihitamkan oleh Bank Negara. GPLF amat mencurigakan kerana menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Sekiranya orang ramai menjadi ahli dengan jumlah lebih kurang RM3,000- ada di kalangan ahli yang dijanjikan pulangan lebih kurang RM56,000 dalam masa dua tahun. Mereka mempunyai produk SKR yang hanya cost member RM4,500 tetapi dijanjikan pulangan RM45,000 hingga RM900,000. Mereka mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 20,000 orang ahli. jadi dengan pengiraan yuran minimum RM3,000 sekurang-kurangnya RM60 million telah pun diterima oleh mereka. Kes ini akan mempunyai kesan yang besar di Sarawak kerana setahu saya terdapat sembilan buah pejabat di Sarawak. Salah seorang Pengarahnya iaitu Ricky Nathaniel mendakwa dia daripada International Court of Justice (ICJ) tetapi adalah tidak benar kerana saya telah menulis dan mendapat pengesahan daripada ICJ. Mereka juga terlibat dalam kes mengisytiharkan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai ‘Raja ’elaka' dan mendakwa mendapat pengisytiharan daripada ICJ di mana ICJ telah pun menafikannya. Akhir kata, mereka juga mendakwa mendapat anugerah Asia Honesty Award 2013. Laman official yang menganugerahkan mereka adalah www.aeef.com.my. Apakah guideline yang digunakan syarikat ini untuk memberi anugerah? Saya hairan kenapa anugerah yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang disenaraikan terdapat banyak yang disenarai hitam oleh Bank Negara. Laman tersebut juga mengelirukan kerana bersamaan dengan Honesty Award, Asia ataupun di antaranya Keris Award yang berlaman web- www.honestyaward.asia. Pengeliruan ini digunakan untuk menipu ramai lagi mangsa dan kerajaan patut mengambil tindakan segera supaya ratusan million duit rakyat tidak hilang oleh penjenayah seumpama ini. Telah ramai mangsa yang datang mengadu tetapi tidak berani membuat police report kerana takut akan kehilangan duit mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 3 November 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.42 petang.]