Dewan Rakyat · 5 November 2014

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 1,301 turns · 80,278 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohd Fasiah bin Mohd FakehUMNO · BNSabak Bernam · question

1. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah kerajaan bagi memastikan restoran-restoran termasuk restoran 24 jam dan makanan segera seperti McDonald, Starbucks dan sebagainya menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam dan memastikan umat Islam tidak merasa waswas untuk menikmati makanan di restoran-restoran berkenaan.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, restoran-restoran berangkai seperti McDonald, Starbucks dan juga lain-lain merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Bagi syarikat ataupun restoran yang mendapat pensijilan halal Malaysia adalah tertakluk kepada prosedur pensijilan halal Malaysia, standard dan undang-undang yang berkait dengannya. Bagi memastikan syarikat dan juga restoran yang mendapat pensijilan halal Malaysia mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Jabatan Agama Islam Negeri yang ringkasnya dipanggil JAIN, sentiasa menjalankan pengauditan menyeluruh ke atas setiap restoran dan juga kilang meliputi aspek sumber bahan mentah, proses penyediaan, kebersihan, pekerja, peralatan, penyimpanan, pengangkutan dan juga persekitaran restoran atau kilang. Selain itu, manual prosedur pensijilan halal Malaysia juga mensyaratkan setiap syarikat, restoran dan kilang mewujudkan sistem jaminan halal. Dalam pelaksanaan jaminan halal ini, syarikat wajib mengenal pasti risiko pencemaran halal, mewujudkan sistem kawalan halal dalaman termasuk audit halal dalaman dan langkah-langkah pencegahannya. Di samping itu, syarikat perlu menubuhkan jawatankuasa halal dalaman dan melantik pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan piawaian halal yang ditetapkan sentiasa berterusan. Pihak JAKIM dan JAIN turut menjalankan pemantauan secara berkala ke atas setiap syarikat dan juga restoran pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Justeru itu, pelanggan Islam tidak perlu merasa waswas terhadap makanan di restoran-restoran makanan segera atau restoran 24 jam yang telah mendapat sijil pengesahan halal Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan komprehensif yang diberi tadi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang sentiasa mengambil berat daripada segi menjaga kesucian Islam dan kepentingan umat Islam keseluruhannya khususnya daripada segi memastikan makanan yang halal disediakan di restoran 24 jam. Prinsip halal ialah suatu perkara yang amat dititik beratkan dalam pemilihan makanan yang mengikut syariat Islam yang menetapkan setiap umat Islam diwajibkan memakan makanan yang halal.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.” Makanan halal adalah penting sehingga mencapai tahap halalan toyyiba.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini soalan tambahan ataupun ucapan?

Ini soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Pada masa ini, banyak pertubuhan dalam negara dan luar negara yang memberikan persijilan halal. Ini soalan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, pensijilan halal manakah yang diterima oleh kerajaan dan sama ada kerajaan negeri turut mengeluarkan sijil halal? Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap pengusaha restoran 24 jam ini? Mengapakah banyak restoran 24 jam dan restoran segera yang tidak mempunyai sijil halal? Adakah benar masalah ini timbul kerana kesukaran untuk mendapatkan sijil halal ini daripada segi prosedur? Adakah kerajaan bercadang mewajibkan semua restoran 24 jam ini dan restoran segera yang mempunyai ramai pelanggan Muslim akan diwajibkan mendapatkan sijil halal? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas soalan yang telah diberikan. Sebenarnya, sebagaimana yang telah dinyatakan dan juga berhubung kait dengan soalan tadi, sijil halal ini bukan hanya sekadar dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Kita telah mencapai persetujuan bersama dengan pihak Jabatan Agam Islam Negeri-negeri, di setiap Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai bahagian halal masing-masing. Sama ada di peringkat negeri, untuk memudahkan pihak pemohon, mereka boleh mendapatkan sijil dari Jabatan Agama Islam Negeri dan juga di peringkat Pusat iaitu melalui JAKIM. So maknanya dalam bahasa mudah ialah di peringkat ini, pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri mengeluarkan sijil.

Akan tetapi, supaya tidak berlaku kekeliruan kita menggunakan logo halal yang sama yang di standardize kan, dengan izin, atau pun telah yang disamakan di semua tempat dan prosedur permohonan juga prosedur yang sama dan prosedur ini dionlinekan dalam erti kata untuk memudah penyelarasan dibuat dan juga memudahkan cara permohonan yang seragam. Dalam masa yang sama juga berkaitan dengan banyak sijil-sijil yang ada di Malaysia ini tetapi sebenarnya badan authority yang mengeluarkan sijil adalah Jabatan Agama Islam dan JAKIM semata-mata. Buat masa sekarang apabila kita memperkenalkan pada tahun 2011 peruntukan pindaan terhadap APD, Akta Perihal Dagangan 2011 yang diperkenalkan sudah beransur selesai sijil-sijil yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang bukan jabatan agama dan bukan daripada pihak JAKIM. Dalam masa yang sama juga timbul persoalan di mana ada restoran-restoran yang tidak memiliki Sijil Halal. Adakah disebabkan kerana ia penyebab payah untuk mendapat Sijil Halal. Sebenarnya ini berhubung kait dengan dua perkara. Pertama sekali untuk maklumat Yang Berhormat Sabak Bernam dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa sijil halal ini dia masih lagi pada sifat atau pun pada kedudukan kesukarelawan. Belum sampai ke tahap yang diwajibkan kerana mengambil kira kekangan-kekangan yang tertentu dalam konteks pasaran. Jadi maknanya bagi restoran makanan yang tidak memiliki sijil sama ada mereka ini tidak memohon atau pun dalam proses satu hal dan mengambil kira juga kalau semua sumber makanan perlu diwajibkan untuk mendapatkan sijil kita juga terpaksa mengambil kira industri-industri kecil atau pun perorangan yang meniaga nasi lemak, yang meniaga nasi berlauk, yang meniaga kopok lekor, yang menjual jualan kecil-kecilan, laksa, mihun sup, mi dan sebagainya di peringkat kampung. Kalau kewajipan ini diwajibkan, mungkin buat masa sekarang kekangan ini agak menghambat kepada kelompok-kelompok yang seperti ini. Dalam masa yang sama juga ialah hari ini kita memperkenalkan SOP kita, standard operation procedure atau pun kaedah permohonan di mana, mana-mana permohonan baru yang mematuhi kriteria permohonan ia akan hanya mengambil tempoh yang ditetapkan, tidak lebih daripada 30 hari bekerja.

Jadi, maknanya tempoh ini adalah yang munasabah apabila borang sama ada di isi secara online atau pun dihantar terus ke pejabat ia akan mendapat sijil kalau ia mematuhi, tidak berlaku ketidakakuran. Seperkara lagi yang saya ingin jelaskan Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Dewan ialah berkaitan dengan sijil ini sebenarnya bukan hanya sekadar semata-mata halal tetapi sebagai mana ayat yang dibacakan tadi oleh Yang Berhormat Sabak Bernam iaitulah halalan toyiban halal dan baik. Bahasa mudah yang dapat saya sampaikan Tuan Yang di- Pertua ialah kalau sijil itu dipohon oleh Australia kilang penyembelihan di Jepun, di Korea dan beberapa buah tempat yang memiliki standard kebersihan yang tinggi, maka kita tidak ada masalah dalam konsep toyiban, baik, bersih. Akan tetapi kita ada masalah yang perlu kita teliti tentang halalan. Dalam konteks negara kita Malaysia pula kita tidak ada masalah tentang ‘halalan’ terutamanya pemohon- pemohon itu datang daripada orang Islam sendiri tetapi kita ada penekanan, masalah untuk kita lihat dalam konteks toyiban, kebersihan. Jadi, sijil halal kita terkandung dua perkara iaitulah halal dalam erti kata makanan itu tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak dibenarkan untuk makan tetapi dalam masa yang sama juga plus dengan toyiban iaitulah kebersihan dasarkan daripada mula pengambilan barangan diproses, dibungkuskan dan ditransportkan atau pun melalui pengangkutan dan dipasarkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selalunya ialah syarikat yang mendapat persijilan halal ini mungkin pada peringkat awal mereka mengikut SOP yang ditetapkan dalam proses untuk mendapatkan sijil halal ini. Akan tetapi mungkin di sana waktu setelah beberapa ketika berlaku sedikit penyelewengan. Sebab itu pada saya perlu kepada soal penguatkuasaan penting. Juga di sana kadang-kadang kita lihat berlakunya terutama dalam maklumat-maklumat disampaikan di dalam media sosial atau pun dalam berbagai- bagai media pada hari ini yang menyebut kata syarikat ini haram, makanan dia haram. Maka sebab itu saya mencadangkan supaya pihak JAKIM atau pun pihak yang berwajib di dalam menentukan soal halal haram ini mesti bersifat agak progresif, aktif di dalam memaklumkan terutama di dalam media sosial rasmi seperti mana Facebook yang mesti ada. Kalau boleh diupdate kan setiap hari kerana pegawai-pegawai yang bertugas ini mesti ada. Macam kalau kita tengok di Kementerian Pelajaran dia ada satu dahulu Jabatan Pendidikan Swasta yang setiap hari dia melihat iklan-iklan yang dikeluarkan di akhbar hendak tengok ada lesen atau tidak. Sebab itu setiap hari kalau boleh pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam bidang halal ini perlu diupdate kan setiap hari dalam media sosial ini. Kalau mereka tidak boleh buat, kita ganti pegawai lain. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Kita mengambil perhatian dan pandangan apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang sebentar tadi. Cuma sedikit maklumat tambahan Tuan Yang di-Pertua, iaitulah bila kita bercakap soal pematuhan kepada SOP yang telah kita tetapkan termasuk juga pengauditan. Kita ada pengauditan yang secara berkala. Paling tidak setahun sekali kita mengambil pendekatan untuk kita pergi ke kilang- kilang dan juga premis yang telah mendapat sijil halal. Ini untuk di seluruh Malaysia kita ada buat masa sekarang selain daripada KPDNKK, selain daripada Majlis Kerajaan Tempatan yang mempunyai kuasa Kementerian Kesihatan yang mengadakan lawatan-lawatan berkala dan juga pengauditan berkala. Di peringkat JAKIM sendiri yang telah pun diberikan latihan dan diturunkan kuasa untuk penguatkuasaan adalah sebanyak 204 orang di JAKIM dan juga termasuk Majlis-majlis Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri. Selain daripada itu Yang Berhormat Bukit Gantang, kita mengambil pendekatan proaktif yang sebagaimana disebutkan tadi juga. Kalau sekiranya ada laporan-laporan, ada maklumat dan juga berita sama ada dalam media online atau pun media arus perdana, kita akan segera untuk mengambil tindakan. Namun barangkali, kalau sekiranya ada faktor yang dikatakan berlaku DNA yang ada dalam itu yang tidak halal, maka kita terpaksa mengambil sedikit masa untuk dihantar barangan tersebut, di buat penelitian melalui makmal kimia kita di PJ, Petaling Jaya untuk menjadi makmal yang diletakkan makmal yang sebagai rujukan pihak kerajaan dalam menentukan ketidakakuran kepada halal tadi.

Walau bagaimanapun kita mengambil perhatian tinggi kerana buat masa sekarang di JAKIM sendiri melalui bahagian halal kita ada tiga talian hotline yang boleh kita hubungi pegawai-pegawai yang berkenaan untuk tujuan mendapat maklumat pada waktu dan ketika yang diperlukan untuk tujuan penentuan halal ini. Kita ada portal kita sendiri yang berkaitan dengan halal untuk rujukan bagi barangan-barangan yang timbul sebab kita faham dalam media online ini saban hari ada yang diulang produk-produk yang telah pun timbul lima tahun yang lalu tidak halal dan sebagainya diulang balik sehingga menyebabkan masyarakat jadi dalam keadaan yang tidak menentu tentang kedudukan barangan tersebut halal atau pun tidak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ong Kian MingDAP · PHBangi · question

2. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, sama ada beliau akan menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk menjadi sebahagian daripada kempen FitMalaysia.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Serdang yang turut sama berada di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 7 September yang lepas untuk pelancaran FitMalaysia dan sendiri telah mengambil bahagian dalam larian TM Fan Run. Jelas ini bukti sukan mampu menjadi tempat di mana Ahli-ahli Yang Berhormat dari dua belah pihak dapat turut serta tidak kira latar belakang politik.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat FitMalaysia satu gerakan yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. FitMalaysia dikonsepkan berasaskan lima teras seperti mana yang berikut: (i) masyarakat atau pun community building, dengan izin, dengan mana kami ingin mengukuhkan semangat kemasyarakatan melalui sukan dan kecergasan; (ii) kesihatan - Malaysia mempunyai ranking tertinggi di Asia Tenggara sebagai negara yang paling obes, penyakit seperti kencing manis kini meningkat di kalangan rakyat dan FitMalaysia adalah ke arah negara yang lebih sihat; (iii) pembangunan bakat sukan - Malaysia mempunyai atlet-atlet yang bertaraf dunia tetapi perlu diperbanyak. FitMalaysia berharap membesarkan based of sporting talent, dengan izin, supaya lebih banyak lagi atlet elit dapat kita gilap dari akar umbi dengan penglibatan dalam sukan yang lebih besar di kalangan rakyat; (iv) inclusivity - aktiviti di program FitMalaysia amat mudah dan ringkas supaya ia inclusive dan boleh disertai mana-mana rakyat Malaysia termasuk golongan orang kelainan upaya dan golongan minoriti; dan (v) perpaduan – ini adalah amat penting di mana kita sudah dapat lihat yakni melalui sukan, rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama dapat duduk bersama dalam satu impian. Semua pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat untuk menjadi sebuah negara bersukan ataupun sporting nation tercapai. Agensi kerajaan dan swasta digalakkan untuk menganjurkan program sukan dan kecergasan dengan menggunakan jenama FitMalaysia. Di samping itu komuniti dan orang perseorangan perlu melibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam aktiviti kecergasan. Kementerian telah merangka gerak kerja bagi tahun 2014 dan 2015 seperti berikut: (i) membina kempen FitMalaysia; (ii) pelancaran Peringkat Kebangsaan; (iii) pelaksanaan FitMalaysia di peringkat negeri dan juga di bandar- bandar besar; (iv) rangkaian online FitMalaysia; dan

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

(v) penggunaan menyeluruh jenama FitMalaysia. Oleh itu, untuk menjawab secara spesifik soalan Yang Berhormat Serdang, saya ingin menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan, dari Semenanjung atau Malaysia Timur, dari Perlis hingga ke Johor untuk sama-sama menyertai gerakan FitMalaysia ini. Saya ajak Ahli-ahli Yang Berhormat sama- sama menggerakkan program-program di kawasan Parlimen masing-masing dan jika ada cadangan atau idea yang bersesuaian dengan kempen gerakan FitMalaysia, boleh dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk dipertimbangkan bagi kita membantu melaksanakannya. Akan tetapi perlu kita ingat, gerakan ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan menyeluruh. Kita perlukan sokongan dan komitmen yang berterusan semua pihak. Bukan hanya Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi juga daripada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, badan-badan NGO dan terutama masyarakat Malaysia sendiri. Dengan ini barulah kita mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah sporting nation. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan terperinci. Saya juga hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjaya menghabiskan 10 kilometer dalam Standard Chartered Kuala Lumpur dalam masa kurang daripada satu jam saya rasa [Tepuk] Tahniahlah saya ucapkan, juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan atas pengumuman Perdana Menteri bahawa hari Sabtu pertama setiap bulan November akan dijadikan Hari Sukan Kebangsaan. Soalan tambahan saya ialah saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, sama ada Yang Berhormat Menteri fikir bahawa suasana di Parlimen ini betul-betul menggalakkan Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini untuk mengamalkan satu lifestyle FitMalaysia, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana pada pandangan saya memang tidak cukup kerana fasiliti itu memang tidak begitu sempurna. Saya beri beberapa contoh. Di belakang Dewan ini ada satu tennis court, sebelum ini tennis court mungkin boleh main tennis tetapi sekarang sudah ditukar sebagai satu parking lot. Saya beri satu lagi contoh, di kebanyakan Dewan Parlimen negara-negara maju, mereka ada tubuhkan satu gym ataupun gimnasium di Dewan Parlimen. Kenya pun saya difahamkan walaupun negara yang tidak begitu maju dan miskin, juga ada gym. Akan tetapi di Parlimen Malaysia memang tidak ada peruntukan langsung untuk adakan satu gym di mana Ahli Parlimen boleh mengamalkan satu lifestyle yang lebih fit. Contoh yang paling last sekali ialah apabila Ahli Parlimen datang ke Dewan yang mulia ini, semua kebanyakannya ada driver. Selepas itu masuk ke dalam Dewan yang mulia ini tidak jalan begitu banyak juga. Saya rasa apabila Ahli Parlimen dan suasana di Parlimen tidak menggalakkan satu lifestyle yang lebih menumpukan kepada bersenam dan lebih aktif lagi, bagaimana kita sebagai wakil rakyat boleh menggalakkan lebih ramai orang muda dan orang Malaysia untuk mengamalkan lifestyle FitMalaysia ini. Saya rasa ini sesuatu kekurangan apabila wakil rakyat tidak lead as example, but rather, dengan izin, “You do what I say, not do what I do”. Ini memang akan melemahkan seruan Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengamalkan lifestyle Fit Malaysia ini. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, saya rasa kemudahan yang ada di Parlimen ini tidak sepatutnya mencerminkan komitmen Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap pembangunan sukan dan juga kecergasan pada komuniti masing-masing. Ahli-ahli Parlimen di Malaysia ini kita sibuk dengan kerja perundangan sebab itu tidak ada banyak masa. Bila ada di Dewan Rakyat di Parlimen untuk kita mengamalkan kecergasan dan sebagainya. Saya rasa semua Ahli-ahli Yang Berhormat, semua tekun di dalam Dewan untuk menjalankan perbahasan dan sebagainya. Tidak bermakna bahawa mereka ini semua tidak terlibat di kawasan-kawasan masing-masing untuk membangunkan sukan. Ramai yang sebenarnya tanya soalan berkenaan dengan sukan, kemudahan yang sendiri terlibat di kawasan masing-masing untuk menggalakkan kempen kecergasan, kempen sukan dan sebagainya. Namun demikian, saya faham bahawa ada sesetengah Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Ahli Yang Berhormat dari Serdang yang mungkin bila ada di Parlimen juga ingin melaksanakan ataupun ingin pergi ke gym dan sebagainya, menggunakan masa lapang untuk exercise, riadah kecergasan dan sebagainya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya difahamkan bahawa dalam perancangan untuk membaik pulih Parlimen ini apabila Dewan Utama disiapkan dan kita kembali ke Dewan Utama, akan ada perancangan untuk dibangunkan kemudahan-kemudahan sukan seperti mana dahulu ada kemudahan sukan di Parlimen. Jadi, bila sudah ada kemudahan sukan di Parlimen, dikembalikannya Dewan dan sebagainya, bolehlah kita bersukan semula dan saya tidak ada apa-apa masalah untuk membantu Ahli Yang Berhormat. Sekiranya hendak buat Hari Sukan Ahli-ahli Yang Berhormat pun kita boleh buat untuk sama-sama kita tengok sejauh mana kecergasan dan tahap kecergasan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian di bawah Menteri yang begitu aktif. Program FitMalaysia ini amat menarik dan dekat dengan hati saya, syabas dan tahniah. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri, berkaitan program ini. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Menteri tadi dan saya harap perkara ini dapat kita laksanakan di peringkat kawasan luar bandar. Buat waktu dan ketika ini, saya dalam pengamatan saya, Yang Berhormat Menteri sedang melakukan di kawasan-kawasan bandar dahulu, saya faham. Kita hendak mulakan sesuatu di kawasan bandar tetapi kita tidak boleh discount, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Di kawasan luar bandar juga banyak anak-anak kita yang obes yang mana kita patut memberikan sedikit ruang lagi dan peluang kepada mereka. Jadi, termasuk Pendang, Baling dan sebagainya. Jadi, saya amat mengalu-alukanlah program ini. Kalau boleh kita buat satu lagi program di kawasan Baling, di mana saya sanggup untuk Baling, Kulim, Pendang semua kita joint, kita buat semua untuk negeri Kedah. Jadi, kita buat untuk negeri Kedah dahulu untuk kawasan luar bandar, itu yang pertama. Keduanya, saya setuju dengan Yang Berhormat Doktor dari Serdang tadi. Dulu saya difahamkan ini ialah tempat gym, bilik Dewan ini sekarang sudah menjadi Dewan yang mulia. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dahulu sebelum saya jadi Ahli Parlimen saya lebih kurang Menteri badan saya. Setelah jadi Ahli Parlimen, duduk sahaja di sini, tidak ada exercise, perut pun sudah besar, semua sudah besar Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya harap selepas ini Yang Berhormat Menteri boleh memikirkan satu kaedah yang bersesuaian untuk kita lepas pukul 9.00 contohnya, malam tidak payah keluar jammed dan sebagainya, kita ada sebuah kawasan untuk kita melakukan exercise. Saya boleh shapekan balik macam Yang Berhormat Menteri balik. Terima kasih, itu soalan saya...

[Dewan riuh]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, saya nasihatkan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sebelum jawab, saya buat komen sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling. Dahulu pun Yang Berhormat Baling, sebelum saya jadi Speaker, saya tidak ada darah tinggi...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, ini perlu diambil kira juga dalam kesihatan. Sila.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, saya nasihatkan Ahli Yang Berhormat daripada Baling jangan mengelirukan Dewan. Saya sudah kenal beliau sejak 15 tahun sebelum dia jadi Ahli Parlimen. Tidak pernah badan dia macam saya, Tuan Yang di- Pertua, tidak pernah...

[Dewan riuh]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya daripada Baling atas saranan tadi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Baling, memang betul kita memberi tumpuan pada awalnya kepada bandar-bandar besar, supaya kita dapat gerakkan kempen ini dan kesedaran itu wujud di kalangan rakyat bahawa kita perlu mewujudkan satu culture of fitness and culture of sports, sporting culture di kalangan rakyat kita. Namun demikian, saya amat memahami bahawa cabaran ini tidak hanya dihadkan ataupun tidak hanya kita bawa ke peringkat bandar-bandar besar, tetapi ada keperluan untuk kita bawa ke peringkat luar bandar juga.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini disebabkan beberapa faktor, bukan hanya kewujudan anak-anak yang obes ataupun keperluan untuk kita meningkatkan kecergasan dan kesihatan di seluruh pelosok tanah air, tetapi adalah kerana kita nak kena cari bakat-bakat sukan untuk masa hadapan. Bakat-bakat sukan untuk masa hadapan ini ada di mana sahaja. Mereka ini ataupun anak- anak muda yang mungkin suatu hari nanti boleh mewakili negara kita di peringkat tertinggi antarabangsa, bukan hanya duduk di kawasan bandar. Akan tetapi saya rasa ada ramai anak muda di kawasan-kawasan luar bandar yang tidak diberi peluang dan kesedaran mengenai sukan dan kecergasan. Kalau tidak, mereka akan dapat menjadi seorang bintang ataupun wira sukan negara dalam masa yang akan datang. Oleh yang demikian, saya terima cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, kalau sekiranya hendak buat satu event di kawasan, di negeri Kedah untuk kita cantumkan beberapa buah kawasan Parlimen, sama juga dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Inilah yang seperti mana semangat, spirit soalan asal daripada Ahli Yang Berhormat dari Serdang. Kalau ingin dibuat, boleh dicadangkan kepada kementerian, sebab salah satu pilar ataupun teras FitMalaysia adalah community building. Kita tak hendak anjurkan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Kita hendak supaya community leaders yakni Ahli-ahli Parlimen sendiri yang menganjurkan, sebab Ahli- ahli Parlimen sendiri yang tahu tentang kedudukan di kawasan masing-masing. Dalam hal ini juga saya ingin maklumkan kepada Dewan dan juga kepada Ahli Yang Berhormat daripada Baling, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Serdang tadi iaitu sambutan Hari Sukan Negara pada tiap-tiap tahun. Tarikh tentatifnya Sabtu pertama pada bulan November tiap-tiap tahun. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawannya telah mengumumkan sambutan Hari Sukan Negara. Hari Sukan Negara ini akan disambut di setiap peringkat malah Kementerian Belia dan Sukan akan bagi geran peruntukan disampai ke peringkat kampung, JKK untuk menganjurkan acara sukan pada hari tersebut, sebab kita tidak mahu acara sukan Hari Sukan Negara hanya disambut di bandar-bandar besar. Akan tetapi kita hendak melihat pada hari tersebut di setiap pelosok tanah air sampai ke peringkat kampung, di mana sahaja akan ada program dan aktiviti di mana rakyat kita terlibat dalam sukan. Impian saya, visi kita adalah untuk melihat pada hari tersebut sekurang-kurangnya 10 peratus hingga 20 peratus daripada rakyat Malaysia, tiga juta, enam juta akan bergiat dalam satu acara sukan. Ini secara langsung akan menggalakkan seperti mana yang saya sebutkan tadi culture, budaya bersukan dan budaya kecergasan di kalangan rakyat kita. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Boleh tanya satu soalan lagi Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Ini apa, soalan dari Sabah?

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri itu sungguh bersemangat, bermotivasi selepas Yang Berhormat Menteri Rembau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Yang Berhormat Menteri, soal belia dan sukan ini, jaga belia dan sukan. Soal fit- F-I-T, selain daripada fit physical, jasmani, adakah kementerian melihat fit secara rohani ataupun fit secara mental? Oleh sebab saya mendapat jawapan, mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, lima buah teras itu iaitu community building, kesihatan, bakat, inclusivity dan perpaduan. Ini saya rasa perlu membuat satu perancangan yang begitu jitu untuk membuat fit kepada secara rohani. Oleh sebab terdapat terutama belia-belia, golongan muda ini sudah menjadi-jadi di negara kita terutama beraktiviti di dalam sosial media. Jadi adakah Yang Berhormat bercadang untuk membuat satu program lagi seperti FIT 1Malaysia ini kepada fit mental Malaysia iaitu daripada segi mengilhamkan rukun, content-content, kandungan-kandungan Rukun Negara misalnya. Begitu juga daripada mengindoktrinasikan golongan-golongan yang masih dalam bangku sekolah supaya mencintai negara kita, mencintai bahasa kita, mencintai masyarakat secara inclusivity. Minta komen daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sudah pasti perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu amat bertepatan dengan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan, sebenarnya tidak kita rangkumkan dalam kempen FIT Malaysia yang mempunyai tujuan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara bersukan. Akan tetapi Ahli Yang Berhormat telah mengambil tafsiran perkataan “fit” itu dalam konteks yang lebih menyeluruh iaitu keadaan yang siap siaga daripada segi mental, daripada segi spiritual, kerohanian dan sebagainya. Oleh sebab itu dalam ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober dibangkitkan tentang satu Pelan Transformasi Belia Negara. Di dalam Pelan Transformasi itu saya rasa ada pelbagai program yang menepati kerisauan, kekhuatiran yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat termasuk contohnya, program untuk kita transformasi semula PLKN ataupun Program Latihan Khidmat Negara yang hari ini dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan, tetapi diamanahkan untuk difikir bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan. Bagaimana kita dapat melihat kepada usaha untuk melakukan satu perubahan transformasi agar PLKN itu dapat menepati kekhuatiran yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Akan tetapi bukan hanya PLKN tetapi sebab PLKN ini hanya dapat sentuh dalam 100 hingga 150,000 daripada pelajar-pelajar kohort SPM di mana dalam kohort tersebut ada dalam 500,000 lebih. Jadi dalam hal ini, kita akan merombak semula program- program yang suatu ketika dahulu begitu popular seperti Rakan Muda dan sebagainya untuk kita mengisi jiwa belia ini dengan nilai-nilai seperti mana yang Ahli Yang Berhormat sebutkan tadi. Untuk makluman Dewan, secara ringkas semalam diadakan Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita sebagai pengerusinya. Dalam majlis itu dibangkitkan isu yang Ahli Yang Berhormat sendiri telah highlight dalam soalan tadi berkenaan dengan belia, berkenaan dengan nilai-nilai, gejala sosial dan sebagainya. Jadi banyak program kepimpinan Rakan Muda, PLKN dan sebagainya yang telah dibentangkan dalam Program Transformasi Belia akan kita laksanakan untuk memastikan bahawa fitness itu bukan hanya kita khusus ataupun hadkan kepada fizikalnya, tetapi belia kita dapat kita melihat tahap kesiapsiagaan daripada segi mental, spiritual dan sebagainya yang mencukupi. Terima kasih.

Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNKepala Batas · question

3. Dato' Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan prestasi semasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) pada ketika ini. Apa jumlah kes/kunci petunjuk prestasi ke Jabatan ini.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, tetapi sebelum saya menjawab soalan, izinkan saya juga untuk merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Arwah Adik Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun yang hilang dan dijumpai meninggal dunia di Hutan Lipur Sekayu Hulu Terengganu. Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat iaitu PDRM, bomba, ATM, JPAM, termasuk juga Pemuda UMNO Hulu Terengganu yang sama turut serta membantu pencarian ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan satu lagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Kangar bertarikh 5 November 2014 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan dengan keselamatan data peribadi.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) adalah satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang bertindak mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709] yang berkuat kuasa pada 15 November 2013.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam sebarang transaksi komersial oleh pengguna data agar tidak disalah gunakan. Secara amnya data peribadi bererti apa-apa maklumat yang berkenaan transaksi komersial yang tersimpan ataupun direkodkan dan boleh dikendalikan secara automatik atau mengikut semakan sistem fail secara langsung atau tidak langsung akan dapat mengenal pasti seseorang berdasarkan maklumat tersebut. Pihak jabatan akan memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang- undang perlindungan data peribadi dan ia menjadi satu kesalahan kepada pengguna data menggunakan data peribadi yang ada kepentingan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kepala Batas juga, sehingga kini sebanyak 17,653 orang pengguna data telah berdaftar daripada sasaran sebanyak 17,000 orang pengguna data yang didaftarkan dalam tahun pertama. Daripada segi jumlah aduan sehingga kini sebanyak 58 aduan telah diterima di mana dua kes telah pun diselesaikan dan 56 masih lagi dalam tindakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, KPI bagi Akta Perlindungan Data Peribadi tidak dirancang untuk diukur melalui jumlah tangkapan ataupun siasatan yang dijalankan. KPI sebaliknya diukur berdasarkan kepada kesediaan pengguna data untuk mematuhi akta secara sepenuhnya. Justeru itu, pihak jabatan telah memberi fokus kepada meningkatkan kesedaran dan kesediaan pengguna data untuk merubah dan mewujudkan tadbir urus data peribadi berdasarkan keperluan akta tersebut. Manakala menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kangar pula, kementerian ini melalui SKMM telah menerima sebanyak 117 aduan berkaitan skim penipuan perbankan internet dan pencurian identiti daripada Januari sehingga Ogos tahun ini. Kes-kes tersebut telah pun dipanjangkan kepada pihak PDRM untuk tindakan mereka selanjutnya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak PDRM pula, bermula dari tahun 2009 hingga 2014 terdapat sejumlah 10,913 kes penipuan perbankan menerusi talian dan jumlah kerugian dalam tempoh yang sama adalah sebanyak RM40,489,864.74. Selain daripada itu kes-kes atau kesalahan jenayah di internet bukan hanya disiasat dan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia sahaja malah ia turut melibatkan undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Fitnah, Akta Jenayah Komputer yang diguna pakai oleh agensi berkaitan bergantung kepada kesesuaian dan juga jenis kesalahan tersebut. Pihak SKMM pada kebiasaannya akan memberi bantuan secara teknikal kepada agensi berkaitan apabila diperlukan sekiranya terdapat kes seperti penipuan dan juga pencurian identiti menerusi perbankan dalam talian. Di samping tindakan penguatkuasaan, sering kita tekankan bagi tujuan kesedaran dan melindungi orang awam daripada menjadi mangsa penipuan internet. Pihak SKMM secara berterusan mengambil tindakan mendidik pengguna internet supaya mengamalkan pengawalseliaan kendiri dan lebih berwaspada semasa melayari internet dan mencegah daripada ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepala Batas.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat Menteri yang memberi penjelasan tadi. Akta Perlindungan Data Peribadi ini bagi saya memang cukup penting kerana ia memastikan integriti maklumat-maklumat peribadi sentiasa terjamin, terpelihara dan tidak digunakan sewenang-wenang. Namun pada waktu ini, masih lagi kita kadang-kadang kita menerima panggilan-panggilan telefon ataupun pesanan-pesanan ringkas sama ada melalui e-mel yang datang daripada maklumat-maklumat yang kita tidak kehendaki ataupun unsolicited information yang sebenarnya kadang-kadang mengganggu keharmonian ataupun kehidupan seharian kita. Kalau di Singapura, dia ada Personal Data Protection Act yang juga diletakkan di bawah sebuah suruhanjaya dan dia ada satu program yang dinamakan do not call registry provision yang menyenaraikan senarai nombor-nombor telefon yang kita tidak mahu terima kerana ia merupakan penyalahgunaan data-data peribadi. Soalan saya, apa kita di Malaysia ini ada menggunakan program DNC ini, Do Not Call Registry Program?

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Keduanya daripada segi penguatkuasaan yang sebagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, setakat ini hanya ada dua kes kerana kepada saya apabila saya lihat untuk melihat PDPA keberkesanan dia, kita hendak lihat juga daripada segi penguatkuasaan dan cuma kalau bila saya Google saya nampak bahawa di bawah JPDP difahamkan hanya ada dua sahaja penguat kuasa. Apakah ini mencukupi untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan PDPA ini dapat dilakukan dengan cekap? Terima kasih. Dato’ Jailani bin Johari Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Terdapat dua persoalan. Pertamanya daripada segi program Do Not Call Registry Program. Yang keduanya daripada segi penguatkuasaan. Untuk makluman Yang Berhormat Kepala Batas, sebenarnya seperti yang saya tekankan tadi personal data peribadi ini, dia lebih menjurus kepada transaksi yang berkaitan dengan komersial. Di sini kita menjuruskan kepada keperluan organisasi tersebut untuk mendaftar dengan pihak agensi, jabatan dan di sini suka saya memaklumkan bahawa terdapat sejumlah lebih kurang 11 kumpulan yang telah diminta dan mendaftar iaitu daripada segi aspek-aspek berkaitan dengan komunikasi, perbankan, insurans, kesihatan, pelancongan, pengangkutan, pendidikan, jualan langsung, perkhidmatan hartanah dan utiliti. Ya benar, jadi setakat ini pihak jabatan masih meneruskan keperluan meminta organisasi-organisasi lain untuk terus mendaftar kerana program Do Not Call Registry Program ini sekiranya mereka tidak mendaftar dengan agensi yang diperlukan tadi, ia di luar bidang kuasa JPDP itu pertama. Yang kedua, mengenai daripada segi penguatkuasaan. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kepala Batas kerana agensi ini baru sahaja ditubuhkan dengan kuat kuasanya akta pada tahun 2013. Setakat ini jumlah penguat kuasa yang kita tetapkan terutamanya daripada segi penguatkuasaan ialah enam. Daripada segi pengisian, kita telah isikan lima. Jadi kita akan isi satu lagi dan seperti yang saya jelaskan tadi Yang Berhormat, sebenarnya ialah bukan lebih kepada keperluan daripada segi berapakah kesalahan ataupun penguatkuasaan, yang pentingnya ialah keperluan setiap syarikat tersebut mematuhi akta secara sepenuhnya. Ini kerana apabila ada data subject dan data user, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seorang data user itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara data yang diperoleh dan tidak boleh berkongsi melainkan dengan kelulusan data subject tersebut. Terima kasih.

Sivakumar a/l Varatharaju NaiduDAP · PHBatu Gajah · question

4. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah projek dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia (RMK-8, RMK-9, RMK-10) bagi negeri Perak. Nyatakan projek-projek yang telah dirancang tetapi gagal dilaksanakan di bawah ketiga-tiga Rancangan Malaysia itu.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk melaksanakan program ataupun projek pembangunan di negeri Perak, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM9.6 bilion untuk melaksanakan 330 projek pada Rancangan Malaysia Kelapan iaitu 2011 sehingga 2005 dan RM 9.4 bilion untuk melaksanakan 1,612 pada Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 2006 sehingga 2010. Manakala bagi Rancangan Malaysia Yang Kesepuluh, 2011 sehingga 2015, kerajaan persekutuan telah melaksanakan sebanyak 551 program dan juga projek pembangunan di negeri Perak dengan agihan peruntukan mengikut tahun seperti berikut: |TAHUN |PERUNTUKAN (RM / billion)| |------|------------------------:| | 2011| 2.673| | 2012| 2.660| | 2013| 1.836| | 2014| 1.759| |JUMLAH| 8.934|<END_TABLE_MARKER>

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan perhatian serius dalam pelaksanaan program projek yang diluluskan dalam setiap rancangan Malaysia lima tahun. Sehingga kini sebanyak 2,257 program ataupun projek yang telah siap. Sementara itu baki 236 program ataupun projek masih di pelbagai peringkat pelaksanaan. Tiada program atau projek yang dikategorikan gagal untuk dilaksanakan di negeri Perak. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang daripada jawapan menteri dikatakan di bawah setiap Rancangan Malaysia Kelapan, Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh lebih kurang RM8 bilion hingga RM9 bilion diperuntukkan untuk pembangunan negeri Perak. Memandangkan Perak merupakan negeri kedua terbesar dalam Semenanjung. Perak pernah mencatat sejarah sebagai negeri yang paling kaya sejak zaman penjajahan kerana industri bijih timah. Setelah industri bijih timah untuk tahun 1980-an, ekonomi negeri Perak telah menjadi semakin sempit. Walaupun dikatakan pelbagai usaha telah diambil, tetapi masih gagal untuk memulihkan kegersangan ekonomi negeri Perak. Saya sebagai anak watan negeri Perak ingin melihat negeri Perak kembali ke zaman kegemilangan. Pada hari ini Perak antara negeri yang termiskin di Semenanjung. Perak sekali lagi mencatat sejarah tangga nombor satu dalam jumlah keluarga berpendapatan rendah iaitu seramai 122,000 buah keluarga yang mendapat pendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan. Dalam konteks lain, Perak menyumbangkan 12.2 peratus jumlah keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara. Soalan saya ialah, adakah kelemahan dan kemunduran negeri Perak kini berpunca dari dasar-dasar yang tidak mantap dan progresif termasuk Rancangan-rancangan Malaysia ataupun kerana negeri Perak ketandusan pemimpin-pemimpin yang dinamik untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak. Perak mempunyai sumber kekayaan asli sumber manusia, tetapi di mana perginya semua kekayaan ini? Kenapakah negeri Perak masih tidak dapat membangun seperti dahulu dan di mana silapnya? Minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada silapnya tentang Perak. Cuma perancangan yang dibuat itu terencat sekejap, apabila Barisan Nasional tidak memerintah Perak pada masa tersebut. Akan tetapi kalau mengikut program yang telah diatur, Perak akan sekali lagi muncul sebagai negeri maju di negara ini. Tidak ada masalah. Sebab yang paling penting ialah perancangan atau rancangan kerajaan tentang pelaburan awam itu dilaksanakan dengan baik. Makna kata pentadbiran negeri Perak ini mampu untuk melaksanakan apa-apa sahaja projek. Sebab dalam projek RMK-8, RMK-9 dan RMK-10 kita lihat pentadbiran Perak mampu melaksanakan projek dengan baik sekali. Jadi sekarang ini kita tunggu giliran kedua bagaimana mereka hendak mengguna dengan sebaik mungkin pelaburan swasta. Sebab kita tahu bahawa negara ini ekonominya bagus, pelaburan swasta tinggi. Kalau ekonomi kurang bagus, pelaburan kerajaan atau pelaburan awam tidak akan tinggi. Saya bagi contoh macam dahulu Perlis, apabila ekonomi kita merudum, kerajaan telah membuat keputusan untuk seluruh negara iaitu untuk meningkatkan pelaburan awam. Jadi apabila kerajaan tingkatkan pelaburan awam, kerajaan tubuhkan universiti, dia mencetus kepada perkembangan ekonomi. Kita lihat pelaburan awam di Perak, semakin meningkat dan sekarang ini bagaimana sama-sama untuk kita hendak gerakkan pelaburan swasta. Yang Berhormat tidak boleh bandingkan Perak dengan Selangor ataupun Wilayah. Sebab ibu negara berada di Selangor dan juga Wilayah, sudah pasti harga tanah sedikit tinggi. Kalau ibu negara berada di Perak, sudah pasti Perak juga melambung ataupun ibu negara berada di Perlis, sudah pasti Perlis juga melambung. Jadi lihat dalam keadaan di mana Perak berdekatan dengan wilayah dan boleh dimajukan. Kurangkan sedikit politicking, jangan kacau Kerajaan Barisan Nasional dan sudah pasti kita boleh bangunkan Perak dengan bagus. Sekarang ini saya percaya Perak sedang menuju ke arah lebih baik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Batu Gajah dan dalam masa yang sama soalan tambahan Yang Berhormat Batu Gajah cuba menggambarkan perkara yang tidak benar dalam Dewan Parlimen kita. Sehinggakan apabila mereka menjadi kerajaan dalam tempoh 11 bulan, pelbagai gambaran buruk diberikan ke Perak, sedangkan kita tahu Perak ada 10 buah daerah. Pelbagai projek yang hari ini kita tengok semakin membangun.

Harapan Yang Berhormat Batu Gajah pada pandangan saya, pihak Pakatan Rakyat cuba hendak menguasai Perak semula pada Pilihanraya Umum Ke-14. Walau bagaimanapun, hasrat jahat tersebut inshaaAllah kami Barisan Nasional di Perak akan pertahankan. Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan...

Hasrat murni.

...Yang telah meluluskan pelbagai peruntukan Federal. Cumanya Yang Berhormat Menteri telah menjawab tidak ada projek yang gagal dilaksanakan di negeri Perak. Soalan saya mudah sahaja. Berapakah jumlah projek lewat jadual di negeri Perak? Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dgn Yang Berhormat Gerik bahawa Perak memang menuju ke arah kecemerlangan. Kalau sesiapa pergi ke Pilihanraya Kecil Teluk Intan baru-baru ini, kita tidak menyangka bawah ada sebuah jambatan yang begitu cantik yang menghubungkan Sungai Perak untuk datang ke Selangor dan Wilayah. Ini cuma tidak dipromosikan. Malah banyak produk pelancongan di Perak yang boleh kita ketengahkan dan ia akan menjana kepada ekonomi yang lebih baik. Kurangkan sedikit politicking. Cuba kalau pergi ke luar negara, cakap baik pasal Perak sebagai negeri yang kaya pada masa lepas kerana lombong bijih timah dan sebagainya. Ini orang yang kaya pun pergi tidak pernah promote yang mereka pernah kaya asalnya di negeri ini. Tidak ada negeri ini, mereka tidak boleh kaya. Mereka kaya, lepas duduk negeri lain tidak promote langsung. Sekarang ini sudah kaya tolonglah promote sama negara ini terutama negeri Perak. Perak saya rasa berpotensi lebih baik daripada negara-negara lain kerana kawasannya yang begitu luas kerana kemampuan kerajaan untuk menjaga alam semula jadi dengan begitu baik. Minta maaf kawan-kawan dari negeri Kelantan. Kalau kita ikut Gerik kita bawa kereta, tetapi orang lain bawa kereta kita tidur, kita melalui Perak, kita tengok hutan nyaman. Akan tetapi tiba-tiba apabila terjaga, kita buka mata kawasan itu kita nampak gondol hutannya itu masuk Kelantan, sebagai contoh. Kedudukan Perak masih merupakan kawasan yang cukup baik untuk tujuan menggerakkan ekonomi. Yang Berhormat tidak perlu kempen apa sebab Perak sudah pasti menuju ke hadapan dan saya percaya ramai pelabur yang sedang menuju ke Perak. Bagi jawapan kepada Yang Berhormat Gerik, untuk makluman Yang Berhormat jumlah projek yang lewat di negeri Perak 18 projek iaitu 7.6 peratus daripada 236 projek yang sedang dilaksanakan. Macam soalan bocor, tetapi memang ada di sini. Kelewatan tersebut adalah terkawal. Semua kementerian terlibat telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi kelewatan tersebut.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Satu penjelasan boleh. Satu projek yang sangat penting untuk Perak, Lapangan Terbang Antarabangsa yang sudah dipohon begitu lama, tidak diluluskan. Boleh bagi tahu kenapa? Itu penting untuk menjana ekonomi negeri Perak.

Itu Yang Berhormat kena tanya sendiri. Kementerian Pengangkutan menjawab berhubung dengan lapangan terbang.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya ada tetapi dia kata akan mempertimbangkan, sudah begitu lama. Bilakah kita hendak dapat satu kelulusan?

Kalau disebut situ, “Kerajaan sedang memberi pertimbangan yang serius”, ha, itu cepatlah. Kalau, “Kerajaan bagi pertimbangan” pun, selepas itu pergi ke peringkat serius, kira cepatlah. Jadi Yang Berhormat, lain kali bangun tanya Menteri, “Pertimbangan yang serius”, kita mengambil serius. Kalau pertimbangan biasa pun, kalau kerajaan, itu pertimbangan pun sebenarnya juga serius tapi untuk penekanan bahasa kepada Yang Berhormat, pertimbangan yang serius. Saya setuju tentang cadangan yang dibawa supaya Perak lebih maju dan orang Perak lebih berterima kasih. Dengan itu, Pembangkang kurang sikit ada peluang. Terima kasih.

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

5. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan peranan dan tujuan program kesukarelaan Home Help: (a) apakah kementerian bercadang untuk memperluaskan program ini ke seluruh peringkat negeri dan daerah; dan (b) apa jaminan kementerian bagi memastikan program ini memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra terhadap OKU dan warga emas.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sekijang. Kerajaan membuat perancangan supaya Program Khidmat Bantu di Rumah ini diperluaskan ke seluruh negara agar perkhidmatan yang diberikan dapat dinikmati lebih menyeluruh. Program ini mendapat sambutan yang begitu baik dan akan diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen. Sasaran yang telah ditetapkan untuk dicapai pada penghujung tahun 2015 ialah penglibatan sekurang-kurangnya 10 orang sukarelawan di setiap kawasan Parlimen yang memberikan perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 20 orang klien. Ini bermakna, pada penghujung tahun 2015, Program Khidmat Bantu di Rumah bakal mempunyai 2,220 orang sukarelawan dan 8,880 orang klien. Sukacita saya nyatakan di sini bahawa hingga bulan Oktober 2014, Program Khidmat Bantu di Rumah telah pun mempunyai 1,841 orang sukarelawan yang memberikan perkhidmatan kepada 5,128 orang warga emas dan 1,190 orang OKU iaitu kesemuanya seramai 6,318 orang klien di 200 buah kawasan Parlimen di seluruh negara. Program ini masih belum menyeluruh di semua 222 buah kawasan Parlimen disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan sukarelawan yang berminat. Ini kerana, Program Khidmat Bantu di Rumah adalah berbentuk continuous, dengan izin, dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada sukarelawan. Kerajaan sentiasa mengambil berat perkhidmatan yang diberikan kepada klien supaya ia lebih berkualiti dan memberikan keselesaan dan bermanfaat. Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah: (i) membuat pemantauan dan lawatan mengejut ke rumah-rumah klien yang mendapat perkhidmatan Program Khidmat Bantu di Rumah; (ii) memberikan latihan dan kursus berkaitan penjagaan warga emas serta pengendalian OKU kepada sukarelawan; (iii) bekerjasama dengan pertubuhan sukarelawan kebajikan yang melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah; dan (iv) melaksanakan persidangan kes bagi klien-klien yang memerlukan perhatian yang khusus sebagai bantuan sokongan sosial bagi meningkatkan lagi kualiti dan kesejahteraan hidup klien kita. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan berkaitan dengan Home Help ini yang saya kira ini satu kaedah yang baik untuk kita membantu golongan yang dikategorikan sebagai warga emas. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jumlah peruntukan yang diperoleh untuk tahun 2015 akan datang dan apakah usaha yang diambil oleh pihak kementerian untuk menambah bilangan sukarelawan ini? Oleh sebab kita tahu kita ada 222 Parlimen ini dan jumlah sukarelawan pun agak berkurangan, jadi apakah usaha yang cuba dilaksanakan oleh pihak kementerian? Juga, adakah kementerian cuba juga bekerjasama dengan mana-mana kementerian lain, contohnya kementerian kesihatan dan sebagainya, untuk membawa mereka bersama dalam program Home Help ini? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang atas soalan tambahan yang cukup bagus. Saya ingin maklumkan kepada Dewan ini bahawa bagi Program Khidmat Bantu di Rumah atau Home Help services untuk tahun 2015, peruntukan yang disediakan ataupun yang telah pun dicadangkan ialah sebanyak RM3 juta. Walaupun peruntukan ini memanglah kita ingin kalau boleh kita dapat peruntukan yang lebih banyak lagi, RM3 juta ini tidak mencukupi, namun kita akan usaha supaya kita dapat membantu lebih ramai lagi klien kita. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk menambah bilangan sukarelawan Home Help ialah dengan kita melakukan program-program promosi di peringkat tempatan untuk memberikan penerangan tentang program ini dan juga memberi penerangan tentang manfaat yang boleh diperoleh oleh klien kita yang mendapat perkhidmatan ini khususnya warga emas dan orang kurang upaya. Pada tahun 2015 juga, fokus kita akan berikan kepada 22 buah kawasan Parlimen yang masih lagi belum melaksanakan program ini bagi memastikan sasaran 222 buah kawasan Parlimen mendapat perkhidmatan ini dapat kita capai. Ini satu perkhidmatan yang baik sepertimana diakui oleh semua pihak. Kita dapati bahawa 22 buah kawasan yang belum lagi kita capai ini ialah tiga di Perak, enam di Selangor, lima di Sarawak dan lapan di Sabah. Saya ingin maklumkan, untuk Sekijang, sekarang ini ada empat orang sukarelawan dan lapan orang klien warga emas. InshaaAllah, Tuan Yang di-Pertua, memang kita mengadakan program endorse dengan Kementerian Kesihatan kerana antara program yang kita lakukan dalam Home Help ini ialah kita dapat membawa klien kita ini pergi ke hospital, pergi ke klinik jika mereka memerlukan bantuan yang sedemikian. Oleh sebab itu, memang ada endorse kita bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan dan kita sanggup sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak dan agensi yang boleh membantu klien kita, inshaaAllah. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, sekarang baru saya tahu ada Program Kesukarelaan Home dan ini juga menunjukkan bahawa kementerian mungkin tidak buat penerangan atau publisiti yang cukup tentang kesemua perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai. Sebenarnya tiap-tiap minggu bila saya pergi ke pusat khidmat saya, saya sign banyak dokumen yang minta bantuan yang RM300 itu daripada kementerian. Sebenarnya, bagi saya, kalau ikut taraf hidup di Kuala Lumpur atau Lembah Klang, memang RM300 untuk OKU dan orang miskin ini memang tidak cukup. Jadi daripada segi kalau kementerian tak ada tawarkan program yang menjemput sukarelawan untuk datang membantu OKU ataupun warga emas dan orang miskin, saya rasa haruslah kementerian, kita kata engage, ada dialog, ada kerjasama dengan pusat khidmat kesemua wakil rakyat di sebelah sini. Selalunya Barisan Nasional ada apa-apa program tentang kebajikan, kami di sini sebagai Ahli Parlimen pun tidak diberitahu. Saya rasa daripada segi ini mungkin kita boleh tolong, minta menggalakkan lebih orang jadi sukarelawan untuk bantu orang yang perlu. Jadi saya nak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, apakah kementerian ada aktiviti atau program untuk kita ada engagement dengan kesemua pusat khidmat di kawasan Parlimen Pakatan Rakyat supaya kita boleh tolong dan kerjasama dengan kementerian untuk memberi dan menawarkan perkhidmatan kebajikan kepada orang ramai?

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sebenarnya kalau kita mahu tahu tentang program ini, dia selalu masuk dalam televisyen, surat khabar. Apabila kita buat program, dia ada coverage media. So, everybody should know about it, dengan izin. Sebenarnya, kita ini tidak memilih pembangkang atau orang yang sokong kerajaan sahaja yang kita tolong, yang bahagian orang yang menyokong pembangkang kita tak tolong. There is no such thing dalam kerja yang kita laksanakan terutama sekalinya klien kita. Klien kita ini kita dah kata tadi warga emas dan orang kurang upaya. Dia tak ada cap sana, ini BN, ini Pakatan. Tak ada cap. Jadi, kita tolong semua.

Sesungguhnya, sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan Home Help ini, mereka boleh datang ke pejabat kebajikan kita di daerah-daerah. Semuanya ada, di Kuala Lumpur pun ada. Yang Berhormat boleh datang ke situ untuk bertanya dengan dia orang dan untuk mendaftarkan sukarelawan. Dalam masa yang sama, sesiapa yang memerlukan perkhidmatan Home Help ini juga boleh datang ke pejabat kebajikan kita untuk memaklumkan kepada pegawai-pegawai kita bahawa ada keperluan untuk mendapatkan program ataupun servis Home Help ini. Jadi Yang Berhormat semua dipelawalah, tidak ada masalah, open to all. Silakan datang ke pejabat kebajikan, silakan datang. Ia tidak ada kata depan pintu pejabat kebajikan, ‘only Barisan, no Pakatan’, tidak ada, it’s open so you can come, dengan izin. Terima kasih.

Ng Wei AikDAP · PRTanjong · question

6. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sama ada suatu tarikh telah ditetapkan bagi pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013. Nyatakan perundangan-perundangan subsidiari yang akan digariskan bagi tujuan pelaksanaan akta tersebut. Adakah ahli-ahli Tribunal Pengurusan Strata telah dilantik dan siapakah dan latar belakang mereka yang terlibat.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, hijau ini milik manusia di alam maya, hijau ini bukan milik mutlak PAS... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Ahli Yang Berhormat Tanjong bersama dengan Ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong dan Bayan Baru, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menetapkan tarikh kuat kuasa Akta Pengurusan Strata 2013 setelah selesai semua konsultasi dengan pihak berkuasa negeri. Maknanya selepas selesai konsultasi dengan semua pihak kerajaan-kerajaan negeri. Kemudian, resolusi daripada Dewan Undangan Negeri dan juga penggubalan peraturan-peraturan. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta 757 ini juga akan dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2012 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan juga di bawah Akta Pemajuan Perumahan iaitu Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2012. Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini perlu dibuat bersekali dengan dua akta yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat kerana melalui pindaan-pindaan akta ini, ia dilakukan secara bersekali supaya dapat dikuatkuasakan secara serentak bersekali untuk menentukan supaya berlaku penyelarasan pemakaian undang-undang yang baru serta bertujuan untuk mewujudkan kesinambungan ataupun continuity, dengan izin, antara peruntukan yang dikeluarkan di bawah Akta 318 dan yang dipindah masukkan ke dalam Akta 757. Dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2013 ini telah pun dibuat pindaan dengan memasukkan beberapa peruntukan baru dan pada masa yang sama peruntukan sedia ada berkaitan dengan pengurusan bangunan yang di pecah bagi dan juga Lembaga Hak Milik Strata telah pun dipindahkan ke dalam Akta 757. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian sedang menjalankan konsultasi, saya dah sebut di permulaan ayat saya tadi, dengan semua pihak berkuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negeri melalui resolusi Dewan Undangan Negeri dalam pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi, anggota dan semua pegawai serta kakitangan Tribunal Pengurusan Strata ataupun kita panggil TPS selaras dengan Fasal 3, Perkara 80 dalam Perlembagaan Persekutuan, suka tak suka kena terima, yang akan dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sehingga 31 Oktober 2014 Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun selesai menjalankan konsultasi mengenai Resolusi Dewan Undangan Negeri ini dengan Kerajaan Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Saya pergi berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 20 hari bulan yang lepas dan Yang Berhormat Menteri berjumpa dengan Menteri Besar Selangor pada 23 hari bulan yang lepas dan 31 hari bulan yang baru sahaja ini saya telah pun berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka.

Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat juga, tentang persoalan yang berbangkit tentang pelantikan anggota-anggota Tribunal Pengurusan Strata. Pelantikan akan dilaksanakan setelah Akta Pengurusan Strata 2013 ini dikuatkuasakan kelak. Sudah kuat kuasa baru boleh lantik keanggotaan yang ada dalam tribunal. Kriteria pelantikan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat terhadap keahlian ialah bagi pengerusi dan timbalan pengerusi dilantik di kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan juga perundangan. Bagi anggota tribunal yang tidak kurang daripada 20 orang anggota Tuan Yang di- Pertua, mestilah sedang ataupun pernah memegang jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan ataupun peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah (Sabah Bab 2) atau Ordinan Peguam Bela Sarawak (Sarawak Bab 110) yang telah pun menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun. Itu kriteria keperluan kepada pengerusi dan juga keanggotaan kepada Tribunal Pengurusan Strata. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat juga kerana Yang Berhormat Tanjong bertanyakan tentang persoalan yang berkaitan dengan peraturan-peraturan iaitu perundangan subsidiari. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga sedang menggubal peraturan-peraturan di bawah Akta 757 ini iaitu: (i) Peraturan Pengurusan Strata, Penyelenggaraan dan Pengurusan 2014 dan peraturan ini berkaitan dengan standard dan juga tatacara penyelenggaraan dan pengurusan bagi bangunan harta bersama ataupun harta bersama secara terhad; (ii) Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Pengkompaunan) 2014 dan peraturan ini diperlukan untuk memperuntukkan kesalahan yang boleh di kompaun dan borang-borang yang digunakan bagi tujuan tersebut, amaun kompaun kesalahan yang boleh di kompaun tidak melebihi daripada 50 peratus daripada denda maksimum kepada kesalahan tersebut; Ini antara peraturan yang sedang digubal untuk dimasukkan sambil kita membuat konsultasi dengan kerajaan negeri. (iii) peraturan-peraturan pengurusan strata iaitu Tribunal Pengurusan Strata 2014 dan peraturan ini akan menjelaskan prosedur dan juga prosiding berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang difailkan di Tribunal Pengurusan Strata. Tuan Yang di-Pertua, penggubalan peraturan-peraturan ini sekarang berada di peringkat semakan terakhir antara kementerian dengan Jabatan Peguam Negara. Seterusnya peraturan-peraturan ini kelak akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri dan sebelum dibawa ke dalam perundingan dalam Majlis Negara bagi kerajaan tempatan. Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru mengenai tindakan yang boleh diambil di bawah Akta 757 ini bagi membendung isu pembayaran caj penyelenggaraan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat iaitu melalui penguatkuasaan Akta 757 ini Tuan Yang di-Pertua, badan pengurusan bersama ataupun JMB atau MC boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pembeli atau pemilik yang tidak menjelaskan caj penyelenggaraan seperti berikut di bawah seksyen 34, seksyen, 78 Akta 757, melalui notis bertulis kepada pembeli, pemilik yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penyampaian. Jika pemilik ataupun pembeli gagal menjelaskan caj tunggakan, JMB atau MC boleh mengemukakan tuntutan atau saman di Tribunal Pengurusan Strata ataupun melalui mahkamah. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 ataupun penjara tidak lebih daripada tiga tahun ataupun kedua-duanya sekali dan RM50 bagi setiap hari bagi kesalahan berterusan. Ataupun dalam seksyen 35 dan seksyen 79 di bawah akta yang sama, akta baru ini iaitu Akta 757, JMB atau MC boleh mengemukakan permohonan bersumpah kepada COB untuk senarai pembeli dan pemilik yang mempunyai tunggakan yang perlu diambil tindakan. Kedua, COB boleh juga mengeluarkan waran penahanan dalam Borang A, Jadual 3 bagi penahanan harta alih kepada pembeli atau pemilik dan yang ketiga JMB atau MC juga boleh memohon bantuan daripada COB dan COB boleh memohon bantuan daripada pegawai polis dalam melaksanakan waran.

Ini antara maklumat yang ingin saya panjangkan kepada kedua-dua soalan yang telah dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akta ini telah diwartakan pada 8 Februari 2013 tetapi anehnya dalam tempoh hampir dua tahun ini, baru-baru ini Menteri dan Timbalan Menteri baru membuat konsultasi dengan kerajaan negeri sehingga melambatkan proses untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Jadi satu masalah yang selalu dihadapi oleh JMB atau MC adalah, khususnya JMB masalah kutipan wang penyelenggaraan daripada penduduk-penduduk.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Jadi buat masa ini memandangkan proses konsultasi dengan pihak berkuasa negeri belum siap dan perlu sedikit masa lagi mungkin setengah tahun atau satu tahun yang akan datang. Jadi saya berharap supaya satu peraturan dapat dibuat di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 terlebih dahulu supaya masalah waran penahanan dapat dikeluarkan kerana masalah sekarang ialah masalah waran. Mereka tidak dapat memohon waran dan tidak ada mekanisme untuk waran dapat dikeluarkan dan ini memang menyusahkan JMB. Mohon penjelasan.

Yang Berhormat, waran penahanan dan sebagainya itu adalah antara pindaan yang dimasukkan dalam Akta 757. Kenapa lambat, ia bukan lambat kerana kita buat konsultasi sementara mendapatkan jadual daripada ketua- ketua kerajaan negeri ini sambil itu kita menguruskan tentang perundangan subsidiaries yang telah pun saya sebut secara panjang lebar kepada Yang Berhormat tadi. Jadi sementara Yang Berhormat, untuk menunggu Akta 757 ini dikuatkuasakan, kerajaan negeri masih lagi boleh menggunakan Akta 663 kerana sebelum ada Akta 757, kerajaan negeri yang akan membuat pendengaran kepada mana-mana dispute dan rayuan yang dikemukakan kepada mana-mana pemilik ataupun pembeli kepada mana-mana harta strata yang ada melalui Akta 663. Boleh digunakan yang itu. Kita bawa untuk konsultasi dan konsultasi ini Tuan Yang di-Pertua bukan sahaja untuk memaklumkan Akta 757 yang akan dikuatkuasakan ini juga untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri sekiranya Akta 757 ini diguna pakai oleh kerajaan negeri tetapi kerajaan negeri tidak membawa resolusi daripada Dewan Undangan Negeri maka peruntukan untuk penubuhan Tribunal Pengurusan Strata ini tidak akan dapat dilakukan kerana perlu kepada resolusi DUN yang akan memberikan kuasa eksekutif kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pelantikan kepada pengerusi dan kepada keanggotaan tribunal yang ada. Jadi kerana itu saya telah pun memulakan langkah pertama untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tidak ada masalah Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah bimbang, Ketua Menteri Pulau Pinang pun yakin dengan Akta 757 ini. Jadi kenapa Yang Berhormat hendak bimbang? Jadi percaya sahajalah. Bila dibawa ke Selangor, Yang Berhormat Menteri Besar Selangor pun percaya dan yakin dengan akta ini. Terima kasih banyak. Suara saya memang begitu. Jadi tidak payah hendak buat-buat begini... [Menunjukkan isyarat tangan memperlahankan suara] Ini bukan suara pura-pura. Terima kasih [Ketawa]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan. Akan tetapi saya hendak tegur kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini kuasa yang dikongsi bersama Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Jangan aksi-aksi sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri [Ketawa] Kita mahu menyelesaikan masalah rakyat bukan politik sangat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta tolong jangan aksi sangat ya. Untuk Tribunal Pengurusan Strata, kami mengalu-alukan akta tersebut tetapi walau bagaimanapun masalahnya adalah di peringkat COB di mana di COB kebanyakan negeri terutamanya negeri Pulau Pinang, negeri Selangor, Melaka dan juga Johor mereka adalah under staf. Cukup teruk. Jadi hanya ada dua tiga orang staf untuk menyelesaikan puluh ribu aduan daripada rakyat. Jadi adalah penting bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan meluluskan satu akta iaitu Housing Commission untuk build up, untuk memperluaskan staf-staf terutamanya di Bahagian Perumahan dan juga COB untuk membantu masalah rakyat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Akan tetapi selepas kita telah meluluskan Suruhanjaya Perumahan tersebut tetapi Kerajaan Pusat tidak ingin memberi laluan untuk menambahkan staf daripada JPA. Ini masalah yang berlaku. Kerajaan negeri mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi Kerajaan Pusat menolak. Jadi kita mahu kalau boleh Kerajaan Pusat bersama-sama dengan kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut. Kalau hendak laksanakan Tribunal Pengurusan Strata, no problem tapi cuba bantu kita untuk menyelesaikan masalah COB, penambahan staf dan biarkan Suruhanjaya Perumahan Negeri Pulau Pinang dijalankan kerana di Johor diluluskan. Johor baru-baru ini meluluskan Suruhanjaya Perumahan tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah buat sebelum itu kenapa sampai sekarang ada double standard? Biarkan Johor jalankan tetapi Pulau Pinang tidak dibenarkan Suruhanjaya Perumahan menjalankan tugas. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum jawab saya hendak komen sedikit. Cuma pagi ini sahaja Tuan Yang di-Pertua tidak beraksi [Ketawa] Dia tidak aksi kerana saya benarkan soalan-soalan tambahan itu panjang lebar. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Bayan Baru, jawapan yang saya beri ini bukan aksi. Ini jawapan sebenar. Tidak payahlah hendak bagi tahu saya jangan aksi sangat. It’s a fact. I’m telling you the fact of it, dengan izin. So, terima. Perkataan aksi itu jangan pakai untuk saya. Terima kasih banyak.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau seksi tidak apalah!

Seksi itu pun jangan pakai untuk saya. [Ketawa] Aksi dan seksi tidak boleh digunakan untuk saya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dahulu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Pokok Sena, sebelum Yang Berhormat Seputeh berdiri dia kata ini sexiest remarks, saya ingatkan bahawa perkataan begitu jangan gunakan dalam Dewan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Pokok Sena kadang- kadang tidak menghormati wanita. Tuan Yang di-Pertua, bukan aksi tapi kenyataan dan fakta, Yang Berhormat Bayan Baru. Keduanya Yang Berhormat Bayan Baru, di Johor itu bukan suruhanjaya. Dia Lembaga Perumahan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Minta maaf, Lembaga. Di Pulau Pinang juga Lembaga Perumahan.

Okey, okey. Dia Lembaga Perumahan. Kalau misal kata kerajaan negeri ada cadangan hendak wujudkan Lembaga Perumahan dia tidak ada masalah. Selangor ada, Melaka ada dan kemudian ialah Johor. Tidak ada masalah. Kerajaan yang ada ini Yang Berhormat Bayan Baru dia kerajaan yang bertimbang rasa. Kerajaan yang tidak memilih pihak. Kadang-kadang kalau saya bercakap begini mungkin Yang Berhormat Bayan Baru tidak suka tetapi itu kenyataan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, apabila kementerian bersiap sedia untuk melaksanakan akta ini, konsultasi bila saya sebutkan tadi dia diperuntukkan. Saya sudah jelaskan tadi Yang Berhormat. Diperuntukkan melalui fasal 3, Perkara 80, Perlembagaan Persekutuan. Memang kena terima dan ini ialah di peringkat Kerajaan Pusat dan kemudian bila kita turun kepada kerajaan negeri kita berbincang. Langkah pertama yang dimulakan oleh kementerian ialah turun ke Pulau Pinang dan Selangor dan kemudian ke negeri-negeri yang lain. So, tidak ada pilih-pilih yang mana suka tidak suka. Jadi peruntukan perlembagaan negara itu dipakai bersama dengan sokongan daripada kerajaan negeri supaya dibawa resolusi dalam DUN untuk membolehkan kita menubuhkan Tribunal Pengurusan Strata itu. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua tentang keanggotaan, staffing. Memang kita tahu. Yang itu saya setuju dengan Yang Berhormat. Memang kita tahu. Maka kerana itu persediaan di peringkat kementerian Tuan Yang di-Pertua, yang berkaitan dalam konteks pengurusan sumber manusia untuk kita laksanakan Akta 757 ini yang pertama Tuan Yang di-Pertua cawangan pengurusan strata telah pun kita wujudkan di bawah Bahagian Perkhidmatan Perbandaran Sektor Kesejahteraan melalui penstrukturan semula Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan melalui waran perjawatan Bilangan S234 tahun 2013 yang telah pun dikuatkuasakan pada 1 November 2013 di mana sebanyak 18 jawatan di cawangan pengurusan strata telah pun diluluskan. Itu yang pertama.

Keduanya, fungsi utama cawangan yang diwujudkan ini untuk memberikan penekanan dalam aspek pengurusan, penyenggaraan, pengurusan akaun, pembangunan komuniti ke arah untuk kita memperkasakan penghuni bangunan berstrata ini melalui Akta 757 yang saya sebutkan tadi. Selain daripada itu juga Tuan Yang di-Pertua empat lagi unit baru yang kita wujudkan di bawah cawangan ini Yang Berhormat untuk kita tambah baikkan lagi penyelarasan pesuruhjaya that is COB yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di peringkat pihak berkuasa tempatan dan unit tersebut ialah: (i) Unit Khidmat, Nasihat dan juga Pemantauan; (ii) Unit Pembangunan Komuniti Strata; (iii) Unit Pendakwaan dan Auditan; dan (iv) Unit Sokongan Teknikal. Ini antara beberapa perkara yang telah pun dimasukkan dan saya harap Yang Berhormat tidak perlu bimbang kerana apa juga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat melalui pemerkasaan, pengupayaan sumber manusia itu menjadi keutamaan kepada pihak kementerian. Selepas ini saya belanja martabak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta soalan tambahan satu, ringkas sahaja, Kota Raja mengenai pengurusan strata title.

Tuan Yang di-Pertua

Singkatkan, jawapan Menteri singkatkan juga. Sila.

Singkatkan, sekejap sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini Menteri, saya mendapat maklumat bahawa GMB juga termasuk dalam senarai bila datang masa GST nanti, di antara badan yang juga dikenakan GST. Walaupun input kena GST tetapi ia tidak layak untuk membuat claim daripada outputnya itu. Jadi, adakah pihak kementerian akan membuat garis panduan kepada GMB sekali lagi mengenai perkara ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan GST ini Yang Berhormat Kota Raja, pihak kementerian akan berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1), sila Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Khamis 6 November 2014. Terima kasih.”

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2015 Bacaan Kali Yang Kedua Dan USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2015Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [4 November 2014]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kementerian Dalam Negeri, sambung.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, saya telah habis lapan muka surat semalam dan saya mempunyai 32 muka surat lagi Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta Ahli Yang Berhormat kalau mencelah dengan ringkas supaya kita tidak begitu lewat menghabiskan agenda Kementerian Dalam Negeri pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai menjawab Yang Berhormat Lumut semalam kalau Yang Berhormat Lumut masih ada di sini, berhubung dengan IPD Sabak Bernam mengatakan rumah di belakang pejabat Sabak Bernam itu dalam keadaan yang usang, tidak layak lagi diguna pakai dan sebagainya. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.] Sebenarnya Yang Berhormat apa yang berlaku ialah 50 unit kuarters anggota yang ada di Sabak Bernam itu memang dalam keadaan yang amat daif, tidak dicat, tidak mempunyai maintenance dan sebagainya. Walaupun demikian Yang Berhormat, kementerian dan pihak PDRM mempunyai perancangan untuk membina semula kawasan IPD tersebut. Cadangan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dengan harapan Yang Berhormat sokonglah ini nanti.

Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat kita mempunyai peruntukan untuk tahun 2015 walaupun Rancangan Malaysia Kesebelas tidak diluluskan, kita mempunyai perancangan 2015 ini untuk membaik pulih kuarters-kuarters tersebut dengan kita sudah buat kajian Yang Berhormat. Jangan geleng kepala. Kita sudah buat kajian dan pihak JKR telah menerima hakikat bahawa bangunan ini masih kukuh sebenarnya. Hanya ada kerangka kayu dan sebagainya itu yang rosak oleh sebab anai-anai dan sebagainya, kerana sudah lama. Bangunan ini dibina pada tahun 1974 dahulu dalam kawasan luas tujuh ekar. Ini akan kita baik pulih supaya ia dapat diterima oleh pihak Jabatan Kerja Raya sebagai layak untuk diguna pakai sementara sebelum kelulusan didapati untuk membina IPD yang baru. Jadi itu jawapan saya Yang Berhormat. Kalau hendak yang lebih daripada itu, boleh berjumpa di pejabat saya, saya boleh beri taklimat yang lebih panjang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri, jangan lupakan Balai Polis Kuala Krau sudah umum lulus oleh Menteri tetapi tidak dibina lagi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tahun 2009 Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Menteri.

Saya duduk Yang Berhormat sebab peraturan mengatakan apabila Tuan Yang di-Pertua bercakap, siapa sahaja yang bercakap termasuk Menteri Yang Berhormat, mesti duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Faham? Kalau tidak faham belajar. Terima kasih. Itu pagi-pagi ini kena adalah sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat, inshaaAllah saya akan melihat banyak janji yang kita hendak buat ini. Saya kalau ada Ahli- ahli Yang Berhormat di belakang saya ini yang ada janji-janji, Menteri yang ada janji, siapa tolong hantar surat kepada saya. Saya bagi bawa kepada pihak pembangunan dan pihak polis supaya janji-janji ini boleh kita laksanakan dengan seberapa cepat yang boleh. Saya berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan, bolehkah bagi duit untuk membina balai- balai polis baru yang telah dijanjikan oleh kerajaan untuk dibina.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Balai Polis baru Kuala Krau.

Akan tetapi perancangan kita untuk membangunkan kemudahan untuk polis Tuan Yang di-Pertua memang satu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tambah, balai polis itu sebelum merdeka lagi dibina.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang ambil perhatian yang khusus permohonan ataupun cadangan yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua ini. Pegawai dekat belakang, minta maaf, dengar itu, ambil catatan. Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Lanang, empat Ahli Yang Berhormat memohon penjelasan mengenai kegiatan perjudian yang masih berleluasa dan meminta Menteri Dalam Negeri agar mengambil perhatian yang serius dan dengan segera membuat pemantauan dan penangkapan secara besar-besaran terhadap pengusaha pusat judi yang berleluasa di Daerah Kluang dan setiap daerah yang terlibat. Jadi Yang Berhormat ini disebut dalam ini kata daerah Kluang tetapi sebenarnya menyeluruh dari Melaka, Sibu, Lanang dan semua Yang Berhormat, soalan perjudian. Memang pihak polis Tuan Yang di-Pertua, masalah perjudian merupakan masalah yang perlu penglibatan semua pihak di antara masyarakat dan kerajaan. Bagi pihak polis khasnya Jabatan Siasatan Jenayah amat peka dan sensitif kepada isu-isu berkaitan perjudian haram terutama yang melibatkan penggunaan internet di seluruh negara, cyber crime ataupun cyber gambling. Jabatan ini sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan dalam menangani masalah ini.

Antara langkah yang telah dijalankan ialah memperhebatkan tindakan tegas melalui pembanterasan kegiatan mesin perjudian komputer, operation dadu dengan tumpuan yang berskala lebih besar di seluruh negara bermula pada 26 Oktober yang lalu dengan tujuan untuk menghapuskan sepenuhnya aktiviti perjudian. Sehingga 2 November, jumlah serbuan ialah 9,663, jumlah tangkapan 597 orang...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

[Mengetuk mike]

Jumlah rampasan komputer 3,453 unit…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya tidak perlu ketuk-ketuk mike. Bagi peluang Yang Berhormat Menteri jawab dahulu

…Dan rampasan tunai berjumlah RM37,940. Operasi ini akan diteruskan hingga aktiviti perjudian terhapus sepenuhnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada lima Ahli Yang Berhormat bangun. Manakah satu?

Yang Berhormat Kalabakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Apabila kita bercerita pasal perjudian haram ini, saya sudah letih sebab beberapa kali sudah bawa dalam Dewan. Kita nampak ada tangkapan, tetapi tangkapan yang kecil-kecil, yang besar taikun, yang punya wang beratus juta dia tidak kena tangkap. Sepatutnya kalau saya boleh cadangkan kalau ada premis, kedai-kedai yang buka kedai-kedai judi ini, bukan pekerja yang ditangkap, bukan mesin ditangkap, orang punya kedai itu seharusnya disiasat siapa sewa kedai ini dan tangkap orang yang mengendalikan judi ini.

Ibarat pepatah seperti dia, “Buang batu sembunyi tangan”. Sudah keberapa kali kita nampak ada penangkapan seperti mesin-mesin. Jadi ini mungkin ada yang informer juga. Apabila polis datang ada informer daripada pihak polis juga mengatakan kali ini kita mahu raid di tempat ini maka semua pekerja sahaja yang tinggal dan tauke-tauke semua tidak ada. Jadi, kita minta serius sedikit. Kalau sekiranya pegawai-pegawai di daerah tidak buat kerja, hantar polis dari Bukit Aman untuk undercover, datang dan kita boleh bagi information untuk tangkap tauke dan penganjurnya sekali. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

[Bangun]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, yang manakah satu Yang Berhormat Menteri?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, saya cuma mempunyai satu soalan di mana kita memahami bahawa di dalam Dewan yang mulia ini kita memang ada satu hasrat untuk membanteras perjudian haram ini. Akan tetapi masalahnya saya perhatikan pengumuman Ops Dadu ini dibuat secara terbuka dan kita juga melihat laporan akhbar bahawa bukan kebanyakan, kesemuanya pusat judi haram ini semua telah pun berada di dalam holiday in work, semua cuti. Jadi, maksudnya pengumuman Ops Dadu itu sepatutnya dibuat secara senyap dan kita boleh membanteras perjudian haram ini. Akan tetapi nampaknya dalam usaha ini kita lihat di mana IGP sebenarnya telah secara terbuka memberi tahu pengusaha- pengusaha ataupun mereka yang operate pusat perjudian ini untuk cuti, untuk tutup kedai. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga apakah tindakan pihak kerajaan terhadap pusat-pusat ini yang telah pun tutup kedai? Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Kluang ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan ini boleh saya rangkum bersama jawab dengan Yang Berhormat Kota Melaka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat setuju dengan pandangan dan cadangan dari Yang Berhormat Kalabakan. Memang kita tahu tindakan ada diambil oleh pihak PDRM tetapi tidak berkesan. Adakah ini kerana ada informers beritahu terlebih dahulu atau kerana tindakan yang diambil itu memang sudah mereka siap sedia, bukan sudah tutup kedai sebab saya dapat jawapan dari Dewan Undangan Negeri Melaka semasa tindakan diambil dikatakan kedai ditutup atau tidak ada orang, hanya dapat tangkap dua orang pekerja sahaja. Nampaknya tindakan itu tidak boleh dijalankan dengan baik, hanya dapat mengambil atau pecahkan rumah, dapatkan mesin-mesin perjudian. Itu sahaja. Akan tetapi pengusaha atau tauke-tauke semua tidak dapat tangkap. Saya setuju kita ambil tindakan terhadap tuan premis atau kalau perlu pinda undang-undang untuk menyita premis itu supaya kita dapat sekali gus memberikan amaran kepada semua premis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, jangan panjang-panjang.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, Tuan Yang di-Pertua, supaya mereka tidak berani lagi untuk memberi sewa kepada kegiatan-kegiatan haram ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Kluang dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kluang. Yang Berhormat Kota Raja atau Yang Berhormat Kluang?

Yang Berhormat Kota Raja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja. Ya, sila Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai judi siber ini, saya pernah membawa di Parlimen ini tentang penguatkuasaannya. Apa yang menjadi tidak berkesan ini, selepas diserbu kembali semula beroperasi di tempat yang sama. Saya mengenal pasti bahawa antaranya adalah kerana adanya bekalan elektrik. Jadi, saya minta supaya kita pinda sedikit undang-undang akta kita untuk bekalan elektrik itu boleh dipotong. Saya tahu ada undang-undang yang ketua polis daerah boleh memberi arahan itu. Akan tetapi biasanya arahan ini tidak dilakukan kerana tidak ada komunikasi yang berkesan antara PBT dengan pihak polis. Jadi, benda ini berulang balik.

Saya setuju tuan punya premis perlu diambil tindakan. Ia terlalu lama. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah undang-undang yang kita ada sekarang ini mencukupi untuk kita menangani masalah ini? Kalau perlu kita perlu pinda dan tambah maka kita perlu untuk menangani masalah ini once and for all, inshaaAllah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri, ada dua lagi yang bangun Yang Berhormat Menteri.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kluang boleh? Sedikit sahaja.

Yang Berhormat.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Ringkas saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, ada dua lagi yang bangun. Isu yang sama.

Tunggu Yang Berhormat sebab dia macam chain reaction. Biar saya jawab ini dulu, tidak kalau terlupa dengan Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Stampin.

Yang Berhormat Kota Raja. Dengar ini dulu, mungkin ada jawapan dalam ini Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat khususnya empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kalabakan, yang berhubung dengan tindakan kita kadang-kadang lihat menumpukan kepada orang yang ada dalam premis itu, operator, counter girl, entertainer yang ada dalam bangunan pada ketika itu. Akan tetapi taikonya, penyumbang kepada sumba, mungkin taukenya dekat belakang yang mungkin di belakang semua operasi ini tidak ada terkena tangkapan ataupun jaringan tangkapan yang kita buat. Sebenarnya Yang Berhormat kita ada kekangan-kekangan yang tertentu. Pertamanya, undang-undang judi terbuka ini Yang Berhormat digubal pada tahun 1953. Tua lagi daripada Yang Berhormat Menteri saya, muda sedikit daripada saya. Akan tetapi dalam keadaan yang sedemikian untuk menangani masalah perjudian pada zamannya, tahun 50-an tetapi pada tahun abad yang ke-21 ini, tahun 2014 memang kita menerima hakikat bahawa undang-undang ini perlu pindaan segera. Jadi itulah Yang Berhormat pihak kementerian telah berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk kita meminda secara menyeluruh supaya updating, memodenkan lagi undang-undang ini supaya merangkumi semua masalah berhubung dengan cyber crime dan sebagainya. Itu pertama. Kedua, dari sudut mencukupi atau tidak expertise kita dalam sudut ini? Ini kerana gambling ini Yang Berhormat, bukan soalan kita bawa. Kalau dahulu orang main kad dan pakau. Kita jumpa itu saja, tengok benda itu tetapi pakar kita boleh melihat apa mainan yang telah dia buat. Dengan melihat daun-daun yang ada atas meja itu, dia tahu. Jadi sekarang pun kita kena tahu juga kepakaran yang ada pada kita mesti dipertingkatkan. Kita mempunyai pakar-pakar tertentu tetapi mungkin masih terbatas. Jadi, ini perlu dilihat apabila undang-undang ini dibawa ke Parlimen, saya cukup yakin Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh menyokong. Itu yang kedua. Yang kita tangkap Yang Berhormat, Yang Berhormat daripada Kalabakan sebut kita selidik siapa tuan punya rumah, siapa penyewa rumah. Ini disebut, “Minta duduk Tuan Yang Terutama”.

Saya ada maklumat untuk beritahu.

Tunggu, bagi maklumat selepas saya habis...

[Dewan riuh]

Bukan apa, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, benar kah ada khabar angin mengatakan dalam internet, judi haram ini berkembang seperti Selangor. Berlaku bila kerajaan baru Selangor ada, DAP ini, banyaklah judi-judi haram ini.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat, saya dari Negeri Sembilan. Negeri Sembilan pun banyak...

[Dewan riuh]

Siapa makan cili dia rasa pedas...

Itu sangkaan jahat!

[Bangun]

Itu sekarang DAP ini, bangun kononnya memperjuangkan...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Saya dari Negeri Sembilan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, Yang Berhormat Rompin sudah hadir...

Kalau tidak betul duduk lah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sangkaan jahat, tarik balik.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sudah hadir, sudah hadir, cukup-cukup. Yang Berhormat Rompin lagi banyak...

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ini saya dengar cerita dalam internet, jangan tuduh kepada polis. Mereka ini, adakah mereka juga tidak membantu langsung, hanya bercakap sahaja? Bercakap lain, belakang buat lain.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya kawan baik dengan Yang Berhormat Tuan Yang Terutama ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rompin.

Yang Berhormat Rompin. Akan tetapi biarlah saya ingat persoalan dibangkit tadi sudah settle di antara merekalah. Saya tahu dia kenal dengan Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Seputeh pun kenal dengan Yang Berhormat Rompin...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri.

Akhir saya akan kembali kepada soalan asas tadi, soalan daripada Yang Berhormat Kalabakan mengatakan kita masih kena menangkap pihak-pihak yang tertentu. Masalahnya apabila accelerate sampai ke bangunan itu sendiri pun kita tidak mempunyai bukti-bukti orang yang terlibat semua tidak hendak bagi tahu. Dia boleh sewa rumah itu menggunakan budak-budak Bangladesh, budak-budak pekerja dalam kedai itu juga. Jadi orang ini pun tidak tahu, semua guna telefon, SMS tidak pernah pandang muka, tidak tengok muka dia. Jadi tidak mengetahui. Jadi itulah kenapa Yang Berhormat undang-undang kita perlu sokongan Yang Berhormat apabila dibawa ke sini nanti untuk mengatasi masalah- masalah ada keputusan nexus of evidence, dengan izin. Perhubungan talian rantai bukti ini kita kena atasi. Jadi dalam keadaan sedemikian kita melihat juga sudut-sudut ini. Kadang-kadang ada pihak polis mengetahui bahawa si anu dan si anu tetapi bukti yang nyata untuk dibawa ke mahkamah dan ditangkap, kita tidak mempunyai undang-undang apa lagi.

Dulu kita boleh gunakan ISA, sekarang mana undang-undang kita? Prevention of Crime Act hanya mengguna kepada jenayah yang boleh kita bukti kepada lembaga. Kalau tidak, lembaga pun tolak polis. Jadi itulah kenapa. Jadi soalan yang kedua, yang senyap-senyap Yang Berhormat Rasah tadi kenapa kita isytihar? Sebenarnya operasi ini telah berjalan Yang Berhormat. Operasi ini telah berjalan, barulah ada kadang-kadang apabila Ketua Polis Negara, Yang Berhormat Menteri ditanya diserempak oleh pihak-pihak reporter, jurnalis dan sebagainya bertanya apa sudah tindakan-tindakan yang dibuat. Dia sebutlah soalan operasi, Ops Dadu ini untuk menangani gambling. Akan tetapi masalahnya tidak ada apa-apa pun. Polis boleh kata operasi untuk menangani jenayah akan berlaku bukan bagi tahu di rumah mana, premis mana yang akan diserbu esok hari. Tidak ada Yang Berhormat. Jadi soalan dia, kadang-kadang dia hendak pergi holiday dia tu...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau dia pergi holiday berpanjangan itu lebih baik lagi.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Akan tetapi kalau tiada pengumuman secara terbuka...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

...Saya rasa pusat-pusat ini tidak akan cuti.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah. Ikut peraturan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Menteri saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh isu banyak lagi beralih kepada isu yang lain. Saya minta 12.30 tengah hari Yang Berhormat Menteri KDN tamatkan jawapan dan giliran kementerian yang lain. Kita baru yang kesebelas, ada 26 kementerian. Saya ingat Yang Berhormat Menteri lagi faham daripada saya tentang kekangan masa yang terpaksa diuruskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

[Bangun]

Saya Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

[Bangun]

InshaaAllah saya akan tetap 12.30 saya akan duduk, jawab bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih [Ketawa]

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi buat sementara ini Tuan Yang di-Pertua saya mintalah jangan ganggu, biar saya habis jawapan ini dahulu.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Satu soalan. Berkaitan Yang Berhormat Menteri.

Soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi saya hampir sudah jawab juga, itulah- bukan. Yang Berhormat Kota Melaka tadi hampir saya sudah jawab juga tadilah bersama dengan Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Rasah. Akan tetapi yang disebut oleh Kota Raja, ini Yang Berhormat sebenarnya kita mengambil kira. Semalam saya menghadiri Jawatankuasa Majlis Sosial Negara yang pada pengerusi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Jadi salah satu agenda dalam Majlis Sosial Negara ini ialah soalan perjudian. Jadi soalan perjudian ini kita telah dilapor oleh pihak dari wilayah, apa tindakan- tindakan mereka buat. Soalannya ialah untuk memotongkan api, potong air dan juga memotongkan laluan internet.

Apa yang kita buat sekarang ialah berlaku masih. Pemotongan api sudah- semua agensi ini GLC ini sudah bekerjasama dengan pihak wilayah. Begitulah ke seluruh negara kita sudah bagi tahu sudah minta. Bahkan ada utusan daripada Yang Berhormat Menteri supaya Yang Berhormat Menteri berbincang dengan Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar supaya tindakan kepada pihak PBT-PBT tempatan ini mengambil tindakan bersama dengan pihak polis untuk potong air, potong api dan sebagainya apabila rumah, bangunan, tempat premis ini diserbu oleh pihak polis. Ini telah dibuat dengan sebaiknya. Akan tetapi Yang Berhormat ini ada satu tetapinya pula, hari ini kita potong api, potong air, potong apa, esok api, air dari rumah jiran masuk ke dalam dengan pembayaran besar memang tidak ada masalah. Oleh sebab perjudian ini you bayarlah RM5,000, RM4,000 hukum- itu ketawa sahaja dia. Dibayar itu. Oleh sebab keuntungan daripada perjudian jauh lebih besar daripada itu. Itu yang pertama. Jadi di sanalah letaknya kenapa undang-undang perlu dipinda supaya mengena pihak-pihak yang bersekongkol ini walaupun dengan tidak sengaja. Pihak jiran, kawan yang baik hendak sambung api, sambung air ini. Jadi ini telah kita bincang sepanjang-panjang lebar untuk menangani masalah ini...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

[Bangun]

Yang Berhormat bagi saya habis ini, kalau tidak semua jawab bertulis nanti. Kementerian juga dalam perancangan untuk mengubah menubuhkan pasukan khas di Bukit Aman bagi membasmi masalah perjudian secara lebih berkesan. Penubuhan Pasukan Khas dengan kekuatan seramai 200 orang pegawai- Yang Berhormat Kalabakan tadi sebut, dan 300 orang kakitangan awam akan membuat serbuan dan pemeriksaan pusat-pusat yang menganjurkan perjudian di seluruh negara. Pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Taktikal Khas 3 perjudian, maksiat dan kongsi gelap dijangka akan mula beroperasi pada bulan Disember ini nanti. Ketiga, pihak kementerian telah menyediakan satu nota makluman bermesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri tentang keperluan tindakan bersepadu pihak berkuasa tempatan, ini yang saya sebut tadi Yang Berhormat. Kertas memorandum kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri berkaitan tindakan bersepadu pihak berkuasa tempatan dan PDRM mengenai masalah perjudian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pindah kepada agenda lain, banyak lagi agenda...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Satu soalan kritikal kalau boleh Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya ingat tukar kepada isu lain.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Soalan kritikal. Satu minit, satu minit.

Yang Berhormat saya... [Disampuk]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang undang-undang tetapi saya rasa penguat kuasa ini masalah yang paling penting. Special squad ini diumum oleh Yang Berhormat Menteri dalam Dewan tahun lepas dan dalam surat khabar Januari tahun ini pun telah disebut. Terima kasihlah kerana ditubuh dan akan bermula pada bulan Disember. Akan tetapi saya rasa akar masalah yang paling penting ialah PDRM. Kalau PDRM di tempatan tidak boleh membuat penguatkuasaan, maka semua tidak akan wujud. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri komen ini.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Saya dimaklumkan apabila polis datang, kerana mesin mahal sekarang, mesin baru sangat mahal. Kalau polis datang buat serbuan mereka akan bawa mesin lama letak di sana untuk serbuan polis. Adakah ini benar dan adakah Yang Berhormat Menteri sedar ini? Terima kasih.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri. Saya ada berkaitan, berkaitan. Satu minit sahaja, satu minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam pembentangan saya ada menyatakan ada bukti bahawa pihak polis bersubahat dengan sindiket-sindiket ini. Ada saya bentangkan dalam perbahasan saya bahawa ada bukti yang jelas menunjukkan bahawa sindiket ini memang ada bersubahat dengan pihak polis. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri, apa tindakan yang kita perlu buat segera supaya polis-polis yang bersubahat dengan sindiket ini boleh diambilkan- dikenakan tindakan. Kedua, di kawasan kita Yang Berhormat Timbalan Menteri, berdekatan dengan sekolah menengah terdapat tempat perjudian ibu-bapa sentiasa membuat aduan kepada saya kenapakah pihak polis tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana anak-anak mereka selepas sekolah pergi terus, opposite sahaja ke tempat perjudian, yang penting itu macam mana dengan persubahatan pihak jenayah- sindiket dengan pihak polis. Terima kasih,

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang jawapan yang saya terima iaitu seberapa banyak serbuan, tangkapan dan rampasan yang dijalankan tetapi hanya beberapa sahaja lebih kurang satu, kurang daripada 10 peratus yang dituduh di mahkamah dan ada NFA iaitu, no further action dan ada yang dalam siasatan. Saya ingin tanya mengapa ada no further action? Sepatutnya saya rasa semua serbuan atau tangkapan yang dijalankan mesti disiasat atau dituduh ke mahkamah dan bukan no further action. Sila minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Pihak kementerian dan juga pihak PDRM mungkin lebih serius dalam soal ini untuk menangani dan mengatasi masalah perjudian di negara kita. Sebenarnya Yang Berhormat, dalam situasi ini, sebenarnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terima kasih Yang Berhormat kerana serius dalam soalan ini. Akan tetapi saya mengambil perhatian yang khusus Yang Berhormat dari...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Stampin.

Stampin. Kalau ada bukti-bukti nyata Yang Berhormat, tolong hantar kepada saya.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Tidak apa, tidak apa, duduk Yang Berhormat. Saya beritahu dan bukan minta Yang Berhormat bercakap. Hantar bukti kepada saya, tidak payah cakap dalam Dewan Yang Berhormat. Hantar kepada saya dan saya akan kaji, lihat dan beri maklumat ini kepada IGP dan saya akan beri arahan supaya dibuat siasatan. Ini kerana agenda IGP sekarang atau Ketua Polis Negara sekarang ialah untuk memantau. Bahkan, KPI polis sendiri akan dibuat berlandaskan keadaan semasa. Kalau sebuah police station umpamanya, balai polis dan berdekatan dengan balai polis itu ada berlaku perjudian, kalau pegawai polis dalam balai itu mengatakan dia tidak tahu berlaku perjudian berlaku, maka Ketua Polis Negara akan menurunkan rating KPI dia dengan mengenakan dia dengan tindakan yang berpatutan berlandaskan disiplin-disiplin yang ada pada pihak polis. Jadi kesemua ini sudah dikaji oleh pihak polis dan kementerian, Yang Berhormat. Jadi saya berharap, jangan apa yang Yang Berhormat pandang sebagai mungkin berlaku ini sebagai kenyataan sebenarnya berlaku, Yang Berhormat. Kadang-kadang ada juga tindakan kita berlandaskan undang-undang dan bukti-bukti yang nyata.

Walaupun kita melihat benda itu benar berlaku atau mungkin berlaku tetapi dari sudut undang-undang, boleh tidak dituduh? Yang Berhormat Lanang tadi bertanya kenapa ada kes NFA, kenapa ada kes di mahkamah, kenapa ini tidak disentuh. Ini juga berlandaskan bukti-bukti yang nyata, Yang Berhormat. Soalan cyber gambling Yang Berhormat, ialah satu masalah yang amat payah. Umpamanya, pengisytiharan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini di mana sebanyak 172 website gambling yang sekarang beroperasi di Malaysia Yang Berhormat, kebanyakan website ini berdaftar di luar negara. Jadi kita kalau hendak menuduh tuan punya ini, kita kena tahu siapa dia. Jadi, apakah dapat pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendapat nama orang ini daripada negara berkenaan? Adakah kerjasama itu boleh menjangkau sehingga ke luar negara? Dalam keadaan sedemikian, halangan yang kita hadapi memang ada di sana Yang Berhormat. Jadi, ini kena beritahu, itulah kenapa- kenapa kita hendak bawa kes yang kita tahu tidak boleh ada bukti, tidak boleh berjaya dan sebagainya? Tidak payah beritahu saya Yang Berhormat, saya 10 tahun di mahkamah juga...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tidak panjang, sedikit sahaja. Saya pengamal undang-undang, saya tahu. Kalau polis hendak prosecute orang sebab dia sudah tangkap, sebab bukti tidak cukup, itu bukan prosecute namanya Yang Berhormat, itu persecute Yang Berhormat. Jadi, kita tidak boleh. Kita kena mempunyai bukti yang cukup. Sekurang-kurangnya, prima facie kes kita ada. Kita ikhlas bawa kes ke mahkamah barulah kita menuduh. Kalau tidak, kita menghakimi orang itu atau prosecute orang itu dan mendera orang itu dalam menggunakan undang-undang yang salah. Jadi Yang Berhormat, biarlah saya teruskan dahulu dengan jawapan ini ya. Ada lagi soalan daripada Yang Berhormat Rasah di sini. Yang Berhormat Rasah menyentuh mengenai isu ‘Gores dan Menang’ memerlukan tindakan yang efektif oleh kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun banyak kali.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Satu soalan penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Saya beri peluang ini sebab di sana sahaja ramai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sana banyak sangat. Keliru, keliru. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, adakah benar-benar wujud lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Kuala Sepetang, Kuala Gula dan Kulau Kurau yang menjalankan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan perjudian haram? Kalau benar, apakah tindakan daripada KDN? Terima kasih.

Yang Berhormat, ini soal lanun- lanun. Sama ada Yang Berhormat bertanyakan soal lanun itu ataupun lanun betul dalam erti kata istilah ‘lanun’ ataupun perkataan yang diguna pakai kepada mereka yang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti lanun. Jadi, itu saya belum faham lagilah. Jadi, saya cukup yakin Yang Berhormat menyentuh mereka yang berperangai seperti lanun. Saya cukup yakin, di sebalik apa sahaja tindakan yang kita lihat sama ada penyeludupan, perjudian dan juga jenayah-jenayah yang berangkai untuk distribute- apakah dalam bahasa Melayu?... [Disampuk] Mengedar. Terima kasih. Untuk mengedar dadah dan sebagainya, memang ada orang ini di belakangnya. Jadi, mereka ini sebagaimana Yang Berhormat Kalabakan sebutkan tadi. Memang ada, kita cukup yakin.

Akan tetapi masalahnya, macam saya sebutkan tadi, 172 kes website yang berlaku di luar negara beroperasi di Malaysia, jadi macam mana kita hendak buat? Orang ini macam lanun juga, Yang Berhormat. Begitu juga persoalan tentang dadah. Dadah juga memang ada lanun-lanun dari luar negara sana mengedar dadah masuk ke sini. Kadang-kadang kita pula ada yang menjadi keldai dadah. Apabila lihat, apa yang orang cakap, cantik-cantik, manis-manis, pandai memujuk, pandai merayu, kita pun jatuh cinta. Jadi keldai dadah, meringkuk dalam penjara di luar negara. Ini banyak berlaku. Yang Berhormat, memang betul sangkaan Yang Berhormat itu, inilah yang polis hadapi. InshaaAllah, kita akan cuba menanganinya dengan tindakan, kajian dan perisikan pihak polis dan selepas itu kita berkehendakkan supaya sokongan undang-undang di Dewan yang mulia ini. Soalan Yang Berhormat Rasah tadi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Rasah, isu melibatkan ‘gores dan menang’ kebanyakannya telah dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah Akta Jualan Langsung 1993 kerana pengadu tidak berpuas hati dengan barang- barang yang diterima kerana tidak setimpal dengan jumlah bayaran yang dibuat. Walau bagaimanapun, sindiket boleh juga disiasat atau dituduh di bawah seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan kerana cuba menipu dan memperdayakan mangsa dengan menawarkan hadiah yang lumayan sehingga mangsa terpedaya dengan menyerahkan sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gerik bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan undang-undang dan juga tuduhan dibuat yang akan dikenakan oleh pihak polis, apa setelah diwartakan SOSMA dan juga POCA, kita tidak boleh menggunakan undang-undang tersebut? Ataupun kementerian bercadang mewujudkan satu lagi rang undang-undang baru, tangkap tanpa disoal siasat untuk memastikan perjudian tadi dapat dihapuskan dalam negara? Minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Kota Melaka. Gores dan menang.

Ringkas Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Saya ingin meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau dapat menjelaskan, mengapa apabila kita melaporkan kepada pihak polis mengenai kegiatan gores dan menang ini, polis sentiasa memberitahu kita bahawa their hand is tied kerana mereka tidak cukup kuasa untuk mengambil tindakan dan terpulang kepada kementerian lain? Tadi dikatakan ada dalam seksyen-seksyen untuk mengambil tindakan tetapi kita menghadapi masalah begini. Saya ingat Ahli-ahli Parlimen yang lain pun sama. Pihak polis mengatakan bahawa mereka hanya menahan dan mengambil statement sahaja tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini bukan di bawah kuasa mereka. Oleh sebab itu, saya ingin meminta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya pejabat saya ada menerima aduan daripada mangsa. Jumlah kes yang saya terima di pejabat saya ialah sebanyak 29 kes dan mangsa yang terlibat terdiri daripada seramai 18 orang Melayu yang melibatkan jumlah duit yang ditipu sebanyak RM421,000; Cina, dua orang dan jumlah duit yang ditipu sebanyak RM71,300; manakala lapan orang lagi kaum India dengan jumlah sebanyak RM69,000.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Jadi sebenarnya perkara ini amat serius. Saya rasa bukan berlaku di Seremban sahaja. Pada masa yang sama selepas perbahasan saya pada 28 Oktober, Ketua Polis Negeri telah pun mengumumkan pihak polis tidak akan bertolak ansur dan akan ambil tindakan tegas dan pada yang sama pada 30 Oktober saya turun sendiri ke pasar raya Tesco Seremban 2 dan saya memerhatikan sindiket gores dan menang ini masih bermaharajalela. Lebih kurang sepuluh orang di situ, mereka sedang mencari sasaran, mencari target untuk tipu duit mereka. Saya rasa dalam perkara ini saya harap pihak kerajaan khususnya PDRM dan juga pihak agensi-agensi yang berkenaan dapat mengambil satu tindakan yang tegas agar sindiket-sindiket ini tidak akan menyusahkan mangsa-mangsa ini ataupun menyebabkan rakyat kita menghadapi kerugian yang teruk. Terima kasih.

Menangani masalah Yang Berhormat sedemikian rupa di mana tindakan masyarakat dikehendaki terlibat bersama. Kalau masyarakat kita mudah diperdaya dengan menunjukkan bahawa kalau you gores ini, you menang ini, boleh diperdaya macam sedemikian rupa Yang Berhormat, saya cukup yakin environmentnya itu mencemarkan kebanyakan masyarakat yang terlibat dengan perkara, aktiviti yang kurang baik ini. Walau bagaimana banyak sekalipun polis yang kita tempatkan Yang Berhormat, ia tidak akan berjaya menangani kalau tidak masyarakat itu sendiri membantu bersama supaya jangan terlibat dengan perkara ini. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya akan memberi maklumat ini kepada pihak polis bahkan mereka berada di belakang sana untuk mendengar ucapan Yang Berhormat itu supaya ini satu kes yang khusus ya berhubung dengan kawasan Yang Berhormat sebutkan tadi. Walau bagaimanapun saya kembali kepada persoalan yang asal tadi iaitu berhubung dengan, apakah Yang Berhormat seorang tanya tadi? Tidak ada. Soalan penggunaan POCA dan juga SOSMA. Jadi Yang Berhormat memang saya bersetuju bahawa kita ada mempunyai satu undang-undang iaitu undang-undang POCA iaitu undang- undang untuk mencegah jenayah tetapi undang-undang POCA ini Yang Berhormat dia ada satu ciri yang amat menarik iaitu Lembaga POCA itu sendiri. Lembaga POCA itu sendiri Tuan Yang di-Pertua pada pengerusi oleh seorang yang bebas daripada pengaruh polis ataupun kementerian. Ahli-ahlinya juga pendirian persendirian berhubung dengan perkara ini dan mereka menilai semua perkara dari sudut bukti yang nyata, yang dibawa oleh pihak penyelidik dan kepada mereka yang dibantu oleh pihak polis bersama. Jadi kalau dia punya bukti kurang jelas, kurang cukup, pihak ini akan tolak. Dia bukan sewenang-wenang sebagaimana Yang Berhormat fikir. Jadi negara kita masih perlu penilaian ataupun check and balance ini Yang Berhormat dalam mengamal bukan sahaja kita menangani masalah jenayah apa saja termasuk juga ciri-ciri keterbukaan demokrasi itu masih juga terpaksa kita pertahankan bersama. Dalam keadaan sedemikian kita tidak boleh menggunakan kuasa di bawah undang-undang secara sewenang-wenangnya untuk kita menangani sesuatu masalah tidak berlandaskan undang-undang dan bukti yang jelas. Semenjak Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan pada 22 April 2014 di bawah Akta Pencegahan Jenayah, seramai 139 orang- subjek telah dikenakan perintah pengawasan polis di bawah seksyen 15 akta ini, dan melibatkan jenayah-jenayah seperti judi, pelacuran, keganasan, curi, samun, pecah rumah serta pertubuhan haram dan kongsi gelap. Manakala seramai 12 orang- subjek telah dikenakan perintah tahanan di bawah seksyen 19A akta ini yang melibatkan perlakuan jenayah seperti curi, samun, pecah rumah atau pertubuhan haram atau kongsi gelap. Statistik ini adalah sehingga 31 Oktober 2014. Makna tindakan ada berlaku Yang Berhormat. Apa yang tinggal scrutiny ataupun kajian kepada apa saja kertas penyelidikan yang dimajukan kepada lembaga ini adalah dikawal dengan begitu rapi sekali untuk dalam mengimbangkan, satu untuk menghakimi mereka yang melakukan jenayah. Yang kedua, untuk menjaga keselamatan orang awam. Yang ketiga untuk melihat juga bahawa amalan- amalan kita selaras dengan apa yang kita luluskan di Parlimen ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam mencadangkan agar penambahan seramai 11,757 orang anggota PDRM yang baru diserapkan sepenuhnya ke dalam Jabatan Siasatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti agar kekosongan anggota polis di jabatan tersebut dapat diisi sepenuhnya. Untuk jawapan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan seperti mana yang diumumkan dalam bajet yang lalu, penempatan anggota adalah berdasarkan kepada waran perjawatan yang dilulus oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun demikian keutamaan akan diberi untuk mengisi kekosongan di jabatan-jabatan yang tertentu dalam Jabatan Polis.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Yang Berhormat Jerantut mencadangkan agar keselesaan bilik pegawai dipertingkatkan serta mewujudkan suasana balai polis Jerantut yang lebih kondusif. Beliau juga memohon penjelasan mengenai isu perpindahan orang tahanan dari lokap Balai Polis Jerantut ke lokap Balai Polis Maran berikutan kapasiti lokap Balai Polis Jerantut yang tidak dapat menampung jumlah...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Mintak penjelasan Yang Berhormat Menteri.

...Orang tahanan dalam kuantiti yang besar.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Soalan tadi Yang Bukit Mertajam.

Tunggu saya habis Yang Berhormat, tunggu saya habis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua pihak PDRM menyedari bahawa IPD Jerantut sedia ada lebih berusia hampir 40 tahun yang memerlukan sebuah IPD berwajah baru yang dapat memberi keselesaan dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Bagi menyelesaikan hasrat ini pihak PDRM telah menyenaraikan projek pembinaan IPD Jerantut ini dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Skop projek yang dicadangkan adalah pelbagai, pentadbiran IPD, balai polis, lokap, perumahan, dewan serba guna, surau, kantin, mes pegawai, balai pengawal, stor barangan, stor kes dan lain-lain bangunan sokongan. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang. Dalam perancangan kementerian dan pihak polis. Ringkas Yang Berhormat, ringkas saja.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan anggota tambahan 11,757 orang tersebut, izinkan saya memberikan peringatan kepada Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa PDRM sendiri yang telah memohon sejak sepuluh lepas, 2004, mereka memerlukan anggota tambahan bagi Jabatan Siasatan Jenayah sehingga 28,000 orang anggota. Kini hanya ada lebih kurang 16,000 orang. Jadi kalau tambah pun 11,000 ini pun hampir 27,000 lebih sahaja. Jadi masih lagi tidak capai target sepuluh tahun lepas. Jadi ini memang satu perkara yang serius kerana PDRM sendiri sepuluh tahun lalu telah memohon untuk peningkatan anggota. Keduanya saya juga hendak bangkitkan bahawa IGP pernah kata bahawa setiap IO dan IO ini hanya lebih kurang 24 peratus saja dalam Jabatan Siasatan Jenayah masa kini dan setiap IO kena menguruskan lebih kurang 16 hingga 30 kes, sedangkan Laporan Suruhanjaya Diraja Polis 2005 kata bahawa paling ideal setiap IO uruskan lima kes sebulan. Jadi saya rasa ini amat diperlukan untuk masukkan sepenuhnya ke dalam Jabatan Siasatan Jenayah bagi mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani masalah jenayah. Saya juga ingin cadangkan supaya daripada 11,757 orang ini, baik 30 peratus diberikan kepada pegawai polis wanita sebab kita hanya ada lebih kurang 10 peratus polis wanita dan ini memang tidak mencukupi terutamanya bila mengendalikan kes-kes jenayah gender. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat saya menghargailah cadangan Yang Berhormat itu tetapi Yang Berhormat kita kena melihat kalau kita tarik berapa puluh peratus daripada jumlah yang Yang Berhormat menyebut itu tadi, masuk semua dia menjadi pegawai penyiasat dalam CID, siapa lagi yang jaga pejabat dan sebagainya. Jadi makna dia kita sorong papan, tarik papan jadinya Yang Berhormat.

Jadi dalam keadaan sedemikianlah, dalam keadaan anggota yang sedemikianlah bahawa pegawai polis, jabatan polis mengatur, uruskan jabatan mereka dengan semuanya dilengkapi keseluruhannya walaupun sedikit sebanyak ada kekurangan di badan-badan, di unit-unit yang tertentu...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jerantut bangun.

Jadi, Yang Berhormat saya tidak boleh lama. Saya sudah janji dengan...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Satu sahaja, satu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jerantut ya.

Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya kata 10 minit saya akan berhenti.

Jerantut Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi respond terhadap apa yang telah saya bentangkan. Cuma saya mintalah kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri, tidak memberi jawapan yang standard. Maknanya, jangan bimbang, sudah masuk dalam perancangan. Saya mengharapkan agar diberi keutamaan Yang Berhormat Menteri, dalam RMKe-11. Ini kerana seperti mana yang kita tahu Jerantut ini merupakan pintu masuk pelancong ke Taman Negara. Jadi, kepentingan, keselamatan bukan sahaja kepada rakyat di Jerantut tetapi juga kepada pelancong-pelancong asing. Jadi, saya minta tolonglah Yang Berhormat Menteri dan kesempatan ini juga Yang Berhormat Menteri, saya hendak mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Cawangan Pemuda Bahagian Bagan Serai, Perak. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri, satu sahaja, tentang benda yang sama. Satu sahaja.

Yang Berhormat berucap, bukan bertanya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Very short, very short. Tadi Yang Berhormat Menteri kata perlukan anggota polis untuk management, urusan lain dan saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri bahawa kini unit...

Tuan Yang di-Pertua saya tidak hendak berdialog ini. Kalau hendak dengar jawapan saya, dengar jawapan saya. Ini Parlimen Yang Berhormat, saya tahu peraturan dia.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ini serius sebab kita hendak menentang jenayah...

Saya tak nak dengar. Ucapan Yang Berhormat, saya tidak hendak dengar. Ulasan Yang Berhormat daripada ucapan saya, saya tidak hendak dengar.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Adakah Yang Berhormat Menteri tidak mengiktirafkan keperluan polis Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Dalam Parlimen ini, peraturan dia kalau you bertanya, I akan menjawab. Betul tidak jawapan saya, kalau tidak setuju, tidak puas hati, itu soalan Yang Berhormat. Soalan saya, saya sudah jawab. Itu Parlimen. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau di New Zealand Yang Berhormat, tidak seorang pun boleh berdiri. Menteri baca sahaja habis-habis. Tidak ada soalan berdiri, tidak ada pencelahan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ada lapan minit lagi. Minta maaf Yang Berhormat. Tapak yang dicadangkan adalah Lot PT4475 Mukim Padah, Daerah Jerantut dengan keluasan 19 ekar. Ini Jerantut Yang Berhormat. Merupakan bekas tapak Pangkalan Unit Keselamatan Kawasan (UKK) dan kini dijadikan Pejabat Cawangan Trafik IPD Jerantut. Berkaitan isu pemindahan orang kena OKT. Jadi, maknanya Yang Berhormat, kita sudah ada rancangan Yang Berhormat sebenarnya tetapi berdoalah supaya Kementerian Kewangan luluskan yang kita cadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Memang ada dalam senarai Yang Berhormat. Saya boleh bagi semua senarai dia panjang kita bagi. Saya pun berkehendak. Saya sudah pergi seluruh negara untuk melihat polis-polis yang tidak sesuai lagi, yang perlu diupgrade, perlu ditambah, perlu kemudahan-kemudahan baru, semua saya sudah melihat sendiri. Jadi, kita hendak upgrade ini tetapi kita mahu sokongan Yang Berhormat bersama kita memohon kepada kerajaan agar ini boleh dilaksanakan. Akan tetapi kerajaan pun terpaksa berperingkat-peringkat, kementerian-kementerian lain pun minta duit juga. Jadi, berkaitan dengan isu pemindahan orang kena tahan di lokap balai polis Jerantut ke lokap balai polis Maran seperti yang dinyatakan. Dimaklumkan bahawa OKT terpaksa dibawa ke Maran bila melibatkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Maran. Selain itu, OKT akan dipindahkan dari Balai Polis Jerantut apabila balai berkenaan tidak berkeupayaan menampung jumlah tahanan yang ramai dan dipindah untuk ditahankan di balai-balai berdekatan di bawah pentadbiran IPD Jerantut seperti Balai Tembeling, Balai Batu Balai dan tidak melibatkan pemindahan ke Balai Polis Maran. Yang Berhormat Gopeng memohon penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil ke atas pemaju projek pertanian dan agropelancongan yang telah membuka jalan dan mencerobohi kawasan hutan simpan yang berstatus environmental sensitive area tahap satu, Mukim Sungai Raya, Daerah Kinta seluas 300.75 ekar di lot PT 245072 dan lot PT 23157, di mana kelulusan pembangunan belum diberikan kepada pemaju berkenaan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dua laporan polis masing-masing dengan report 3170/2014 dan 3071/2014 juga telah dibuat oleh penduduk Kampung Simpang Pulai yang membantah kemasukan pemaju pembangunan ke kawasan kebun mereka. Kedua- dua kes telah dilaporkan ini dirujuk ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk tindakan selanjutnya. Yang Berhormat daripada Lanang memberi maklum peningkatan kes pembunuhan kerana mudahnya memperoleh senjata api dan kekosongan jawatan 49 orang anggota di Sibu. Kementerian amat peka untuk memastikan keselamatan negara dan kementerian awam sentiasa terjamin. Sebarang ancaman yang boleh menggugatkan kestabilan negara terutamanya perlakuan jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api sama ada senjata api tulen, tiruan atau senjata api buatan sendiri. Bagi Daerah Sibu, kes pembunuhan dan kes cubaan membunuh yang menggunakan senjata api seperti berikut. |Bil|pembunuhan/cubaan membunuh (kes)| Tahun | |--:|-------------------------------:|--------------| | 1| 1| 2012| | 2| 3| 2013| | 3| 2|2014 (Jan-Sep)|<END_TABLE_MARKER> Secara keseluruhannya, pembunuhan menggunakan senjata api di Daerah Sibu masih lagi terkawal. Namun begitu, pihak polis sentiasa mengambil tindakan yang perlu untuk membendung gejala ini terus daripada berlaku. Antara langkah yang diambil seperti berikut. Mempergiatkan lagi operasi yang dijalankan dengan skala yang lebih besar dan terancang seperti Ops Cantas, Ops Senjata Api yang terapung dalam negara, dan Ops Laras kes penyeludupan senjata api. Pihak polis dalam perancangan untuk memperkenalkan kaedah terbaru bagi mengesan senjata api yang diseludup masuk dengan mendirikan pos kawalan, ballistic century post di tiga buah tempat di sempadan Kedah dan Perlis, di KM 16 Taman Razi dan Batu Putih. Sekiranya projek ini memberikan kesan yang positif, ia akan diperkembangkan di seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah.

Berkaitan dengan kekosongan keanggotaan di Balai Sibu, pengisian akan dibuat selepas menyelaraskan penempatan bagi pegawai yang dinaikkan pangkat dan anggota baru yang akan tamat latihan di pusat latihan seluruh negara pada bulan Disember 2014, April 2015 dan Julai 2015. Yang Berhormat Stampin menyatakan tidak berpuas hati dengan peranan PDRM kerana peningkatan kes jenayah, meragut, membunuh, menculik, judi haram, khususnya di Kuching ekoran ketelusan dan tahap integriti pihak PDRM. Ini tadi sudah saya jawab sebenarnya. Ekoran daripada itu tahap keyakinan rakyat terhadap pihak polis telah menurun, supaya pasukan khas ditubuhkan untuk menjaga tahap kelulusan serta amanah dalam pasukan polis. Bagi agensi penguat kuasa yang utama dalam penjaga keselamatan negara amat memandang serius terhadap isu salah laku warga polis. Prinsip zero tolerance diambil terutama terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang didapati melakukan kesalahan jenayah. Ini untuk memastikan integriti pasukan polis sentiasa dipandang tinggi dan masyarakat sentiasa digeruni oleh penjenayah. Pihak kementerian tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan tatatertib mendakwa di mahkamah terhadap pegawai polis atau pegawai lain di bawah KDN yang menyalahgunakan kuasa yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pasukan atau jabatan bagi menentukan semua pegawai sentiasa mempamerkan tahap disiplin yang tinggi sepanjang masa dan menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang. Bagi menjelaskan lagi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak PDRM telah mewujudkan sebuah jabatan yang telah diluluskan keanggotaannya. Jabatan dinamakan Integriti dan Pematuhan Standard. Jabatan ini ialah kalau dilihat daripada antarabangsa, dilihat di Amerika umpamanya, sama dengan apa dikatakan Internal Affairs Department pada polis-polis Amerika dan ini telah kita wujudkan. Jabatan ini baru diwujudkan, belum mempunyai anggota dan belum mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan baru pun mula ditubuhkan dan anggota kanannya baru dilantik.

Jabatan ini baru membuat kunjungan hormat kepada saya dan saya telah berbincang panjang lebar dengan mereka untuk bagaimana menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam polis. Menjaga imej polis untuk menjagakan imej negara keseluruhannya dari sudut penjagaan imej integriti dan juga pematuhan kepada standard dalam Jabatan Polis itu sendiri. Saya memberi amaran kepada mereka bahawa merekalah akan menjaga dan menjadi asas untuk menjaga imej polis. Polis itu akan menjadi imej kerajaan, kalau polis buruk, kalau agensi ini buruk memang kerajaan juga akan terlibat sama. Jadi dalam keadaan demikian telah menekankan bagaimana penting tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjaga imej polis ini. Jadi saya cukup yakin apabila badan ini telah ditubuhkan dan beroperasi sepenuhnya nanti, kita melihat sebuah agensi polis yang jauh berlainan daripada apa yang kita lihat sekarang ini dari sudut disiplin, pematuhan kepada standard dan integriti yang kita amat sangat kehendaki di dalam negara ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya janjikan tadi apa lagi yang saya belum jawab di sini setengah sahaja boleh jawab, inshaaAllah saya akan boleh sampaikan jawapan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak Ahli Yang Berhormat, minta maaf kalau ada kesalahan tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2015 terutama yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian saya.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Kemaman

Seramai 17 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian ini iaitu Yang Berhormat Johor Baru; Yang Berhormat Kinabatangan; Yang Berhormat Lenggong; Yang Berhormat Pengerang; Yang Berhormat Tenom; Yang Berhormat Tuaran; Yang Berhormat Mukah; Yang Berhormat Sibuti; Yang Berhormat Baram; Yang Berhormat Sekijang; Yang Berhormat Sabak Bernam; Yang Berhormat Sik; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Simpang Renggam; Yang Berhormat Gelang Patah; Yang Berhormat Seremban; dan Yang Berhormat Sarikei. Terima kasih kepada semua. Saya ingin memudahkan perbahasan saya hanya menyimpulkan perbahasan ini kepada enam tajuk yang saya kumpulkan di sini. Pertama dengan isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial. Kedua, penambahbaikan kemudahan telekomunikasi dan internet kawasan luar bandar, tahap kebebasan media di Malaysia, program bagi meningkatkan semangat patriotisme, nasionalisme, penyelarasan dana industri kreatif dan cadangan untuk mengantarabangsakan BERNAMA TV.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya rumuskan di sini ada beberapa perkara yang telah pun saya beberapa kali menjawabnya dan saya kalau boleh tidak mahu mengulangi sekali lagi. Secara umumnya saya percaya bahawa soal keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini tentang bagaimanakah media sosial disalahgunakan merupakan suatu perkara yang menjadi keprihatinan kepada semua pihak dan semua ini bukan sahaja di pihak kerajaan, pihak pembangkang dan sebagainya. Pihak kementerian sentiasa memantau perkara ini dan saya ulang sekali lagi bahawa di dalam negara kita sekarang ini terdapat 19.2 juta orang pengguna internet di Malaysia dan kita tahu bahawa di kalangan mereka penggunaan media sosial yang paling popular dalam masa ini ialah penggunaan Facebook, di mana terdapat kira-kira 15 juta unit akaun di Malaysia ini yang menjadikan Malaysia adalah antara dari segi per kapita yang tertinggi dalam dunia penggunaan Facebook. Sebagaimana yang pernah saya beritahu bahawa kita terdapat 1,700 aduan yang diterima oleh SKMM antara bulan Januari dan Ogos tahun ini. Daripada jumlah tersebut kalau kita katakan 0.006 peratus daripada keseluruhan pengguna. Jadi kita masih menganggap bahawa penyalahgunaan media sosial daripada keseluruhan pengguna adalah masih kecil. Bukanlah satu perkara yang terlalu menyeluruh setiap orang mempunyai akses kepada internet, kepada jalur lebar dan sebagainya menyalahgunakan. Namun begitu, sudah tentu apabila aduan-aduan diterima dan diambil tindakan dan sebagainya, kalau 1700 aduan itu kalau kita ambil satu hari sekurang-kurangnya ada dua,tiga aduan yang diterima sudah tentulah bunyinya banyak kalau dibandingkan keseluruhannya. Namun begitu sebagaimana yang telah ditegaskan oleh kementerian sebelum ini bahawa kita belum lagi bercadang untuk menyekat ataupun menggunakan modul yang digunakan oleh negara lain seperti China misalnya yang daripada awal lagi tidak membenarkan Facebook digunakan dalam negara mereka. Kita rasa ini agak terlambat untuk kita menggunakan modul ini kerana asas daripada segi penggunaan internet dalam negara kita berasaskan kepada kebebasan apabila ia sudah menjadi doktrin asal dalam negara kita dalam kebebasan internet. Oleh sebab itu kita masih lagi berpegang bahawa undang-undang yang ada pada masa sekarang ini ialah undang-undang yang mencukupi. Kesalahan dalam internet sama dengan kesalahan yang dilakukan di luar internet. Maknanya kalau ia melakukan hasutan, ia melakukan fitnah, ia melakukan perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan kanun keseksaan ia boleh diambil tindakan asalkan ia mendapat evidence ataupun bukti yang mencukupi ia boleh diambil tindakan. Saya telah pun memberitahu sebelum ini bahawa tindakan-tindakan sudah pun diambil, ada yang telah dibawa ke mahkamah dan sebagainya. Sudah tentu ada perkara yang berkaitan dengan proses untuk pembuktian dan sebagainya merumitkan kerana sebagaimana yang kita beritahu bahawa ia tidaklah semudah sebagaimana yang difikirkan sebelum ini. Ada beberapa lagi pandangan yang telah ditimbulkan dalam ucapan sebelum ini, Yang Berhormat daripada Gelang Patah mengatakan bahawa ada beberapa kes di mana terdapat keadaan yang tindakan yang selektif diambil oleh SKMM.

Misalnya dikatakan kenapa tidak ada tindakan yang diambil apabila ada ugutan bunuh terhadap penganjur ‘Touch My Dog’, ‘Mari Menyentuh Anjing’ dan sebagainya. Sebenarnya kita pihak SKMM tidak menerima sebarang laporan, kerana mungkin dia beritahu kepada polis tetapi kita belum mendapatnya. Sebenarnya tidak ada komunikasi daripada pihak polis yang mengatakan bahawa laporan telah dibuat, walaupun ayah kepada penganjur tersebut membuat aduan tetapi tidak menyentuh soal bunuh dan sebagainya. Laporan-laporan lain pihak SKMM sedang menyiasat dalam perkara ini. Soalan yang lain yang berkaitan dengan penambahan kemudahan telekomunikasi dan internet di kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar. Ia merupakan suatu program yang berterusan. Kita tahu bahawa di dalam negara kita sekarang ini penembusan jalur lebar sampai ke tahap yang walaupun tidak dikatakan terbaik dalam dunia tetapi tahap yang kita rasakan boleh dibanggakan. Penembusan kita adalah sekitar 67 peratus, dianggap bahawa di kalangan negara-negara membangun misalnya ataupun di dalam negara-negara yang maju, Malaysia telah disebutkan di dalam indeks sebuah organisasi yang bernama Alliance for Affordable Internet, mengatakan bahawa Malaysia adalah antara terbaik di kalangan immerging countries dalam dunia pada hari ini. Ini ialah suatu perkara yang kita rasakan boleh dibanggakan. Economist Intelligence Unit telah menyebut bahawa di negara-negara Asia Tenggara misalnya hanya Malaysia, Singapura dan Brunei boleh dibanggakan daripada segi kesediaannya untuk mengadaptasikan digital ekonomi ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Jadi ini adalah antara perkara yang boleh kita bangga akan keupayaan kita setakat ini daripada segi pelaksanaan jalur lebar dan sebagainya. Kita tahu bahawa di kawasan-kawasan...

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Sila Yang Berhormat Bakri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua beri peluang pada Bakri. Di sini saya hendak tanya satu soalan. Saya ingin menarik perhatian kementerian, adakah Telekom Malaysia hanya akan membina infrastruktur telekomunikasi seperti sambungan kabel telefon sebuah kawasan perumahan hanya apabila jumlah permintaan mencapai angka 70 peratus daripada jumlah penduduk atau jika ia memberi pulangan modal pelaburan yang positif kepada TM hasil daripada penyediaan perkhidmatan tersebut. Minta penjelasan, sebab dari kawasan saya ada satu fasa rumah kedua tak dapat infrastruktur telekomunikasi ini. Minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, itu soalan yang spesifik. Saya akan uruskan dengan pihak Yang Berhormat Bakri untuk pastikan bahawa tempat yang berkenaan itu mendapat akses kepada kemudahan telefon sekarang ini. Sekarang ini pun trend di mana banyak orang walaupun ada telefon yang menggunakan apa yang dikatakan fixed line tetapi mereka memilih untuk menggunakan mudah alih dan sebagainya. Jadi itu yang lebih kita tunjukkan soal keprihatinan kita. InshaaAllah, perkara ini akan kita uruskan. Kita beritahu bahawa dalam program jalur lebar kita ini, kita sudah masuk ke fasa yang kedua. Fasa yang pertama kita sebutkan HSBB yang pertama iaitu dalam program HSBB yang pertama, kita menekankan untuk menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan-kawasan ekonomik zon yang bertumpu kepada Lembah Klang dan juga kawasan Iskandar Malaysia dan sebagainya. Sekarang ini kita masuk kepada fasa yang kedua, HSBB2. HSBB1, tahun 2008 hingga 2012 telah dibelanjakan sebanyak lebih kurang RM11.3 bilion keseluruhannya dan kita masuk kepada fasa yang kedua sekarang ini HSBB2 untuk menyediakan kemudahan melalui gentian fiber atau fiber optic kepada kawasan semua ibu kota dalam negara kita. Kemudiannya, sebahagian daripada program tersebut ialah untuk menyediakan kemudahan di peringkat kawasan-kawasan pinggir bandar suburban broadband (SUBB) dan juga menyediakan 1,000 buah menara telekomunikasi untuk di kawasan-kawasan pedalaman dan sebagainya.

Jadi, semuanya diharapkan akan menjadikan liputan jalur lebar dalam negara kita dalam satu peringkat yang lebih luas dan programnya mengambil masa tiga tahun sehingga tahun 2018. Saya harapkan perkara ini akan menjadikan kekuatan baru kepada negara kita untuk melangkah kepada alam digital yang lebih besar lagi, lebih hebat lagi di masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan lain saya rasa yang perlu saya berikan penekanan di sini ialah tentang...

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat jelaskan tentang high speed broadband (HSBB) ini. Cuma saya hendak minta penjelasan sedikit tentang kelajuan sebabnya dalam satu Laporan ASEAN Briefing Singapore and Thailand itu secara perbandingannya, kelajuannya 61 megabait dan 17.7 megabait bagi Thailand. Vietnam 13.1 megabait, Cambodia 5 megabait, Malaysia purata 5.5 megabait dan purata internet di Asia ini 12.4 megabait. Jadi, saya hendak bertanya kementerian, apa usaha-usaha yang dibuat sekarang ini menjurus ke arah menyelesaikan perkara ini kerana saya ingat Malaysia jauh ketinggalan. Keduanya, soal harga. Secara perbandingan dengan negara jiran, untuk UniFi, kita kena bayar lebih kurang RM199 tetapi di Thailand misalnya kita hanya bayar RM75. So, adakah sudut harga ini juga ditekankan oleh kementerian untuk pastikan agar jalur lebar dan kepantasannya dapat sampai kepada semua peringkat? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil atas soalan yang diberikan. Yang pertama tadi tentang soal kelajuan. Ini pernah diutarakan sebelum ini dan diutarakan oleh satu soalan daripada Yang Berhormat Gelang Patah. Soalan itu berpandukan kepada speed test yang menggunakan aplikasi Ookla. Ookla sebuah organisasi yang besar, dikatakan sekiranya orang menggunakan speed test ataupun ujian lajunya menggunakan Ookla ia akan masuk dalam database dia. Jadi, ia akan dikira. Kalau di Malaysia ini ramai orang yang menggunakan speed test Ookla, dilihat berapa averagenya. Kalau tidak silap saya bahawa ada banyak perkara yang perlu dilihat apakah yang disebutkan average speed ataupun purata kelajuan itu. Misalnya berapa ramai orang yang membuat test menggunakan Ookla. Yang keduanya, berapakah point yang digunakan? Yang ketiganya, apa peer-to-peer, point kepada point yang digunakan. Misalnya kalau kita guna test antara Kuala Lumpur dengan California misalnya sudah tentu perlahan. Akan tetapi kalau kita menggunakan speed test berasaskan Kuala Lumpur ke Iskandar, ia adalah berbeza. Jadi ini juga perkara yang perlu dilihat secara saintifik dalam konteks Ookla ia tidak melihat semua perkara. Misalnya kalau dikatakan speed test yang dibuat di Myanmar dikatakan tidak banyak beza dengan Malaysia kerana di Myanmar tempat yang ada broadband hanyalah di sekitar Yangon. Dia hanya test di Yangon sahaja sedangkan Malaysia, test yang dibuat berdasarkan daripada lebih 100 buah tempat. Begitu juga di Vietnam, tempat test nya adalah terhad sedangkan Malaysia hampir merangkumi keseluruhan negara. Sudah tentu dikatakan bahawa speed test ataupun ujian kelajuan yang dibuat Ookla tidak dilihat begitu saintifik untuk menentukan apakah Malaysia lebih baik dari Myanmar kerana Myanmar hanya bertumpu, yang ada broadband hanya di sekitar Yangon. Keluar dari Yangon, pergilah tempat-tempat lain, tak ada langsung. Jadi, adalah amat tidak adil sekiranya dikatakan bahawa broadband di Malaysia dengan Myanmar itu adalah sama ataupun dikatakan dengan Vietnam. Vietnam tumpuannya hanya kepada satu atau dua buah bandar besar, Ho Chi Minh, Hanoi dan sebagainya. Akan tetapi di luar dari kota-kota sedemikian tidak ada.

Jadi, ini juga perkara yang kita rasakan tidak boleh dikatakan bahawa Ookla speed test adalah- ia boleh dijadikan panduan tetapi untuk menentukan ia perbandingan secara saintifik belum boleh dikatakan begitu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, celah sikit ya. Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ini Ookla speed test ini telah dibangkitkan oleh saya dan saya terima penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa speed test, walaupun ia ada perbezaan antara yang bandar, speed test di kawasan luar bandar dan sebagainya. Akan tetapi secara keseluruhan, untuk Malaysia mencapai status negara maju, internet speed itu memanglah satu isu yang paling penting. Kalau kita tanya kawan-kawan di sini, tanya diri kita sendiri. Adakah kita puas hati dengan speed yang kita terima? Memang tidak. Yang Berhormat Menteri pun ada internet di rumahkah atau di you punya handphone kah. Yang Berhormat Menteri puas hati kah? Saya tidak puas hati. Tanya Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain di sini pun tidak puas hati. Tanya orang muda di luar pun tak puas hati. Kalau kita hendak compare apple-to-apple, berdasarkan speed test Malaysia dengan Thailand, Thailand negara lebih luas dari Malaysia. Kawasan luar bandar lagi luas tetapi speed test mereka tinggi dari Malaysia. Kita pernah pergi ke Thailand, kita test pun tahu bahawa memangnya dia lebih maju dari Malaysia. Jadi hakikatnya, bukan kata kita jangan defensive sangat kalau kita punya speed terlalu rendah tetapi bagaimana kerajaan urge dan memaksa atau bantu kita punya telco company upgrade dia punya infrastruktur. Kita tahu bahawa telco company terlalu menumpukan keuntungan sehinggakan servis atau penaiktarafan itu dibiarkan, tidak dipentingkan. Kita tahu bahawa monopoli oleh TM.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Itulah perkara yang paling fundamental di mana backbone mereka di mana last month dicontrol oleh TM. Ia menjadikan tidak ada competition kerana semua company termasuk telco Maxiskah, Digikah, semuanya kena sewa backbone daripada Telekom Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya Tuan Yang di-Pertua. Jadi fundamental adalah monopoli oleh TM. Saya percaya bahawa TM mempunyai competitiveness because dia tahun lepas keuntungan TM ialah RM1 bilion. Dia company yang paling berjaya di Malaysia, tidakkan takutkan kepada persaingan. Kalau kita open market, seperti apa yang berlaku di Korea di mana company...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bayan Baru peraturan, ini pencelahan ini tidak bolehlah berbahas.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi kita minta kerajaan regulate supaya ada healthy competition antara telco company termasuk dengan TM biarkan backbone network itu ada lebih ramai company jadi maka untung semua rakyat Malaysia. Minta penjelasan.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Julau bangun. Okey sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Menteri, adakah tidak pada masa yang dahulu semua pengusaha telekomunikasi di Malaysia telah diagihkan lesen untuk menyediakan fixed services. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila Menteri.

Terima kasih pertamanya apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Julau itu menjawab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru sebentar tadi.

Sebenarnya Telekom bukannya sebuah syarikat yang diberikan hak monopoli, siapa pun boleh. Maxis ada lesen untuk membolehkan dia menggunakan, untuk membentangkan jalur lebar dan sebagainya, mereka dibenarkan. Ada banyak...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Akan tetapi adakah mereka perlu sewa daripada TM?

Tidak, mereka boleh buat tetapi daripada segi economic model mereka merasakan tidak praktikal. Kalau mereka ingin menumpukan dalam bidang wireless mereka hendak pergi juga kerana kos dalam pembinaan infrastruktur fiber optic terlalu mahal. Akhirnya mereka merasakan biar diserahkan kepada TM. Bukanlah ada suatu undang-undang yang mengatakan hanya TM yang boleh membuatnya. Ini perlu difahamkan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri boleh tunjukkan kontrak antara Kerajaan Malaysia dengan TM? Tunjukkan unless cakap sahaja.

Boleh tidak ada masalah. Mereka juga diberikan. Syarikat-syarikat lain diberikan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

TM juga ...

Maxis ada, Time ada, ada lagi beberapa buah syarikat lain kalau mereka hendak buat mereka boleh buat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, TM diberi subsidi oleh Kerajaan Malaysia untuk membina fiber optics tetapi syarikat-syarikat lain tidak diberikan subsidi. Itu masalah yang paling ketara.

Dia tidak disubsidi, kerajaan melabur.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Melabur tentulah sama.

Melabur sedikit untuk mendapat keuntungan daripada keseluruhan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bayan Baru tidak boleh macam ini.

Misalnya HSBB1 daripada RM11.3 bilion pelaburan kerajaan hanya lebih kurang RM2.3 bilion. Kerajaan dijangkakan akan mendapat keuntungan di situ. Kalau ada syarikat lain sanggup meletakkan RM9 bilion misalnya tidak banyak orang untuk meletakkan RM9 bilion untuk HSBB1 yang pertama. Ini sebab kita kena tahu bahawa kos untuk membuat fiber optik bagi satu kilometer ia boleh menjangkau sehingga RM200,000 per kilometer. Bergantung pada tempat, bergantung pada keadaan dan sebagainya, ia bukan satu perkara yang murah. Keduanya kalau kita sebutkan saya mengakui bahawa kita tidak puas hati dengan speed, kelajuan yang ada dalam negara. Itu saya setuju bahawa kita perlu pertingkatkan sebab itu kita masuk kepada program fasa yang kedua HSBB2 dan program-program yang berkaitan dengan membantu untuk memperkuatkan kelajuan di kawasan pinggir bandar dan juga di luar bandar dan sebagainya, kita akui. Namun pertamanya soal speed ini bukan sahaja ditentukan speed di dalam negara kita. Ia memerlukan international connectivity melalui international gateway, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang lebih banyak lagi. Kosnya adalah kalau dikatakan sehingga kalau betul-betullah kalau kita hendak pelaburan yang besar untuk meletakkan negara kita ke peringkat, ke tahap kita kehendakkan 100 megabait per saat ke seluruh negara. Itu cita-cita kita kerana ini juga dijadikan apa yang disebutkan roadmap di Amerika Syarikat pada tahun 2020 mereka menghendaki bahawa setiap rumah mendapat kelajuan 100 megabait per saat dan setiap institusi satu gigabait, misalnya, itu Amerika standard yang kita gunakan. Kita membuat perkiraan bahawa sekiranya kita memerlukan sampai ke tahap yang sama kita memerlukan pelaburan sebanyak sekurang-kurangnya USD50 bilion. Sebanyak USD50 Yang Berhormat boleh cadangkan. Dalam konteks negara kita, kita katakan Singapura dia laju tetapi dia tidak perlu buat sekolah baru, dia tidak perlu membuat hospital baru, dia tidak perlu buat jambatan baru, dia tidak perlu perkukuhkan airport ataupun pelabuhan-pelabuhan yang baru, dia tidak ada tuntutannya, dia tidak sebutkan. Thailand kita katakan kalau menurut Economist Intelligence Unit we are better than Thailand.

Speed kalau kita katakan dalam bandar tetapi keluar dari bandar Yang Berhormat mungkin hanya pergi ke Hatyai bolehlah dalam bandar. Yang Berhormat pergi luar daripada Hatyai mana lagi Yang Berhormat dalam soal ini. Mungkin Hatyai okey itu bandar yang kedua. Bangkok okey tetapi keluar Nakhon Si Thammarat, Surat Thani dan sebagainya kita pergi keadaannya berbeza. Akan tetapi dalam konteks negara kita, kita menumpukan ada dua perkara. Satunya kelajuan di sebuah tempat dan keduanya daripada segi coverage. Berapa banyak tempat yang ada. Tenom misalnya di kawasan luar bandar ada 3G dia boleh dapat 3 megabait, 4 megabait per saat. Sekurang-kurangnya orang sana dapat menikmatinya. Ini antara strategi yang kita katakan lebih menyeluruh, lebih demokratik, lebih ramai orang yang dapat menikmati perkara yang sama. Ataupun kita tumpukan kepada bandar-bandar sahaja, jadi ini pilihan yang perlu kita buat dalam soal ini...

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Titiwangsa.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih Menteri. Saya hendak tanya Menteri, adakah kerajaan bersetuju ataupun ada mempunyai cadangan untuk mengubah landskap apabila kita implement speed broadband ini dengan mengagihkan kawasan kepada player supaya mereka ini tidak compete dalam sesuatu kawasan. Ini kerana dengan itu saya ingat dia mengurangkan competition di antara kawasan ke kawasan yang lain. Jadi pengagihan capital expenditure untuk mewujudkan infrastruktur ini dapat diagihkan. Contoh kita ada empat, lima telecommunication company yang bergiat aktif dalam negara kita mungkin kita bagikan zoning kepada mereka untuk mereka mempunyai jangka masa tertentu untuk mereka melabur dan mendapat exclusivity dalam sesuatu kawasan tersebut. Ini secara tidak langsung saya rasa kemungkinan besar akan membolehkan memanggil banyak ataupun kita boleh menarik ramai pelabur ingin turut serta untuk membangunkan zoning ini.

Yang Berhormat Pengerang Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Yang Berhormat Menteri macam mana kawasan luar bandar seperti Pengerang ini yang berhadapan dengan projek Rapid yang begitu hebat. Bagaimana bila kita bercakap tentang HSB, bagaimanakah kerajaan meletakkan priority di tempat-tempat luar bandar yang mana perlu diletakkan keutamaan dalam HSB ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang, terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Cadangan Yang Berhormat Titiwangsa satu cadangan yang baik. Terima kasih dan perkara ini kita akan teliti. Cuma setakat ini model yang kita pakai bahawa kita benarkan berlakunya pertandingan kepada semua syarikat yang diberi lesen dalam soal ini. Ini kerana kecenderungan syarikat-syarikat ini untuk mendapat pulangan yang lebih cepat daripada pelaburan besar yang mereka terpaksa laburkan. Misalnya kita katakan bagi syarikat wireless untuk meningkatkan daripada satu teknologi 3G kepada LTE misalnya ia memerlukan mungkin RM2 bilion, RM3 bilion. Mereka memerlukan pulangan yang segera. Kalau saya katakan syarikat ini kamu hanya buat di Pantai Timur pengguna tidak banyak kalau banding dengan syarikat yang diberikan zon kepada zon Lembah Klang misalnya. Maka sudah tentu orang berebut-rebut mengatakan untunglah dia, dia dapat Lembah Klang orang ramai guna, orang ramai melayari internet, orang banyak menggunakan data dan sebagainya. Maka dikatakan bahawa kemungkinan orang yang berikan kepada tempat-tempat, zon-zon yang padat penduduknya dan trafik datanya lebih tinggi lebih cepat pulangan yang diberikan. Jadi ini perkara yang perlu kita uruskan kembali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri kita sambung jam 2.30 petang.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat kita tangguhkan mesyuarat kita sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sambung.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung perbahasan saya bagi menjawab perkara-perkara yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai kementerian saya dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan. Akhir tadi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengerang, saya telah menjawab secara peribadi kepada beliau bahawa Pengerang adalah antara tempat-tempat yang akan mendapat kemudahan-kemudahan jalur lebar di masa yang akan datang, inshaaAllah. Ia akan pergi ke seluruh negara mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan. Bagi menyambung lagi, izinkan saya untuk menekankan dua lagi tajuk yang perlu saya tekankan di sini, iaitu yang pertama berkaitan dengan soal tahap kebebasan media di Malaysia. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Seremban khususnya, yang telah mengingatkan lagi tentang laporan daripada Reporters Without Borders yang menyenaraikan Malaysia dalam indeks kebebasan media dalam dunia, Malaysia berada di tahap 147. Saya juga berkongsi dengan Yang Berhormat tentang satu tahap yang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bahawa Malaysia berada pada tahap 147. Di pihak kementerian sendiri, kita telah berusaha untuk memberikan suatu ruang yang lebih luas lagi, kerana asas kepada negara yang membangun ialah pengaliran maklumat perbahasan yang lebih terbuka, ketelusan dan sebagainya ialah satu prinsip yang penting yang perlu kita terima pakai. Ini termasuk, sebagaimana yang saya sebutkan beberapa kali sebelum ini, misalnya perbahasan dalam Parlimen ini bukan lagi suatu perkara yang dianggap rahsia yang perlu disembunyikan, hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihatnya sepanjang masa dan sapenuhnya. Sekarang ini kita telah berikan dengan begitu luas di mana rakyat boleh melihatnya terus sama ada melalui RTM pada waktu pagi dan segala perbahasaan, walaupun pada waktu malam, boleh diikuti melalui laman sesawang RTM Parlimen. InshaaAllah, dalam program pendigitalan televisyen akan datang, kita akan adakan ruang khusus, saluran khusus iaitu RTM Parlimen. Ini telah saya beritahu. Ini adalah antara komitmen kita. Kalau dilihat dalam senarai rancangan RTM itu sendiri, kalau dilihat dalam beberapa bulan yang lepas, lebih ramai wakil daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang diundang ke dalam rancangan-rancangan yang diaturkan oleh RTM untuk mereka menyampaikan pandangan mereka secara terbuka. Ini adalah antara perkara yang telah kita lakukan. Namun begitu, kita tahu bahawa ramai orang yang berpendapat bahawa salah satu daripada sebab kenapa tahap kebebasan media ataupun indeks kebebasan media kita berada di tahap yang bawah ialah kerana ramai yang menyangka bahawa ia kawalan daripada kerajaan, ada undang-undang, ada permit dan sebagainya. Akan tetapi daripada segi realiti, tidak semestinya begitu. Ada negara yang tidak perlu lagi permit penerbitan akhbar dan sebagainya- sebagai contohnya ialah Philippines. Apabila berakhirnya rejim Marcos, diberikan kebebasan yang luas, diberikan kepada rakyatnya untuk membuka ataupun menerbitkan akhbar. Akan tetapi, kedudukannya bukanlah suatu kedudukan yang membanggakan. Kalau kita 147, Philippines berada di tangga 149, lebih teruk daripada kita. Begitu juga Indonesia yang sudah tidak ada permit lagi, ia berada di tahap angka 132, bukanlah suatu perkara yang membanggakan. Malah, negara kecil seperti Timor Leste berada di bawah angka 100. Kalau tidak silap saya, 90 atau 70. Ertinya, ia mesti dilihat kebebasan berakhbar bukan sekadar ada undang-undang, ada permit tidak ada permit.

Ada negara yang langsung tidak perlu permit, siapa hendak terbit, terbit, kalau laku dia boleh teruskan, kalau tidak laku dia hentikan, tidak menjadikan negara tersebut dilihat lebih tinggi daripada segi mata kebebasan media di tempat mereka. Ini mesti dilihat daripada semua perkara. Misalnya, sekiranya wartawan-wartawan itu diancam oleh semua pihak, yang bukannya kerajaan, maka ini juga menjadikan sebab kenapa ia menjadikan tahap kebebasan akhbar negara berkenaan itu rendah. Terlalu banyaknya litigasi ataupun tindakan undang-undang yang dibuat oleh sesiapa pun, ini mengancam seseorang wartawan itu untuk menulis dengan bebas. Jadi perkara ini semua perlu kita lihat dalam negara kita. Misalnya, ramai orang yang apabila sedikit, “You ulang, I saman” misalnya, ini antara perkara yang menjadikan kebebasan akhbar kita di peringkat yang rendah. Kita lihat bahawa yang menahan akhbar-akhbar untuk membuat liputan dengan bebas bukan sahaja dikaitkan dengan media-media yang selalu dikaitkan dengan prokerajaan. Beberapa langkah yang dibuat misalnya oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang misalnya, terdapat beberapa kes di mana mereka menyekat akhbar untuk membuat liputan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan negeri mereka. Ini juga menyebabkan kebebasan berakhbar secara keseluruhannya dalam negara kita rendah. Ini berlaku. Jadi, ini juga perkara yang mesti dilihat bersama, bukan sahaja kerajaan tetapi pihak pembangkang juga mesti dilihat lebih proaktif dalam memenuhi hasrat kebebasan membenarkan akhbar untuk membuat liputan secara keseluruhannya. Jadi ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi tanggungjawab semua.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya ingat Yang Berhormat Menteri cuba mengaitkan dengan, seperti yang pernah diucapkan dua minggu lalu dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri menyalahkan Pulau Pinang yang menyekat Utusan Malaysia. Saya hendak merekodkan dalam Dewan yang mulia ini, saya telah check fakta dengan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, itu merupakan satu usul yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk merujuk Utusan Malaysia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan mereka diberikan peluang untuk menjawab tetapi Utusan Malaysia tidak hadir.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Itu sebabnya ada satu usul diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk penggal lepas dan dalam penggal ini tak ada lagi, tak ada apa-apa sekatan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk mana-mana akhbar termasuk Utusan Malaysia untuk melaporkan, cuma kerajaan negeri tidak menghantar undangan tetapi tidak menyekat dan sudah menjadi kebiasaan apa-apa sidang akhbar yang dijalankan oleh kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang tak ada sekatan malah wartawan- wartawan bebas untuk datang. Saya nak membalas apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa ada litigasi, ada saman dan sebagainya. Memang itu saya rasa hak kepada mana-mana individu. Kita mempertahankan kebebasan untuk sebuah media melaporkan kebenaran dan sebagainya tetapi kebebasan itu tidak memberikan hak kepada akhbar-akhbar untuk melaporkan sesuatu yang tidak berasas dan salah. Cuma saya rasa itu tak boleh disalahkan. Kononnya itu menyebabkan kebebasan media di Malaysia ini berada di tangga yang begitu bawah, saya rasa itu bukannya faktornya. Seseorang individu itu kalau difitnah, diberikan laporan yang palsu, saya rasa hak individu itu untuk mengambil tindakan kepada wartawan ataupun akhbar yang tersebut perlu dipertahankan kerana kebebasan itu tidak membenarkan seseorang bebas untuk memfitnah orang lain. Saya rasa itu patut diberikan satu pengasingan bukannya faktor itu yang menyebabkan kebebasan media, salah. Saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu mengakui bahawa undang-undang dalam negara kita masih begitu mengongkong daripada segi permit dan sebagainya dan itu perlu saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu melihat bagaimana kita mereformasi kebebasan media kita. Saya menyambut baik RTM sekarang ada lebih keterbukaan, ada perbahasan secara terbuka, ada siaran langsung dalam Parlimen tetapi itu tak mencukupi, perlu lebih daripada itu.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Memang that is an improvement, kita tak menafikan RTM sekarang ada lebih sedikit ruang untuk pembangkang tetapi program-program yang dibenarkan disiarkan itu terbuka perlu diperbanyakkan. Saya rasa yang penting ialah bagaimana kita mereformasi undang-undang yang menyekat media terutamanya daripada segi permit dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana saya beritahu tadi, ada negara yang tidak ada permit langsung seperti Filipina, seperti Indonesia selepas Suharto dan Filipina selepas Marcos tetapi ini tidak menjadikan Filipina menjadi lebih baik daripada kita. Dia berada di tahap 149, permit tak ada. Jadi ada sebab-sebab lain. Litigasi yang disebutkan tadi ini bukan saya yang kata, ini adalah analisis yang dibuat oleh Reporters Without Borders yang mengatakan kalau negara itu wartawan sentiasa diancam, dia tidak beri pilihan lain misalnya untuk orang yang dituduh menjawab dan akhbar boleh menyiarkan jawapannya, minta maaf dan sebagainya terus untuk menyaman. Setiap kali wartawan diancam dan sebagainya terus di saman dan sebagainya. Ini adalah antara sebab kenapa negara tersebut kebebasan berakhbar mereka kurang, mendapat tempat yang rendah dan sebagainya. Ini bukan saya, ini merupakan pandangan oleh badan-badan antarabangsa tentang kebebasan berakhbar. Mengenai DUN Pulau Pinang tadi, laporan yang mengatakan pada 29 Jun, bagaimana Utusan dihalang buat liputan dan disebutkan bahawa jawapan yang diberikan oleh Speaker DUN yang mengatakan dia tidak buat, itu larangan yang telah dikeluarkan sebelum itu. Ertinya larangan pernah dibuat sebelum itu, ini dibuat oleh DUN Pulau Pinang. Sepatutnya larangan pernah dibuat sebelum itu, selepas itu sahaja tak ada. Ertinya pernah dibuat...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

[Bangun]

Silakan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak mengatakan bahawa memang larangan itu selepas usul itu diluluskan dan dia diberikan hak. Wartawan daripada Utusan Malaysia dijemput untuk menghadiri untuk menjawab dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tetapi mereka tak hadir. Mereka tak hadir jadi tak ada pilihan lain untuk membuat satu usul dan meluluskan usul itu. Ini kerana satu laporan yang tak betul yang dibuat oleh wartawan Utusan Malaysia dan mereka diberikan hak, mereka diberikan peluang untuk menjawab tetapi mereka tak hadir dan usul itu diluluskan untuk satu tempoh dalam tempoh tersebut. Itu fakta dia.

Ya, terima kasih. Ertinya DUN pernah meluluskan usul wartawan yang tertentu tidak dibenarkan membuat liputan, ini pernah berlaku dan bukan sahaja di Pulau Pinang. Misalnya laporan pada 18 Jun 2011, Kelantan haramkan Utusan membuat utusan. Kerajaan Kelantan, pada laporan pada saya sebutkan di sini pada bulan September 2011, Lim Guan Eng halang wartawan TV3 membuat liputan sidang akhbarnya di Kompleks Tun Razak, ini pernah berlaku. Laporan Antara Pos 20 Disember 2012, juga mempersoalkan DAP menghalang portal berita antarabangsa membuat liputan konvensyen parti itu. PKR di pejabatnya, “Perhatian, wakil media dari TV3 dan Utusan Malaysia tidak dibenarkan masuk”. Itu terpampang disebutkan. Ini laporan-laporan yang disebutkan. Tulisan Noraina Samad, Utusan Malaysia and TV3 banned from PKR convention. Ini sepatutnya sebagai parti yang bercakap tentang kebebasan media tak pernah membuat sesuatu yang begini. Memang dia tak senang, soal lain. Tak suka dengan laporan yang dibuat, soal lain tetapi rekodnya pernah menghalang. Jadi jangan mengatakan bahawa hanya kerajaan yang membuat laporan-laporan ataupun ada laporan mengenai sekatan dan sebagainya. Ini juga dibuat oleh pihak pembangkang...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

[Bangun]

Sila.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya rasa fakta tidak lengkap itu.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Laporan-laporan mengenai dengan MalaysiaKini tidak dibenarkan dalam Perhimpunan Agung UMNO tak disebut, MalaysiaKini tidak dibenarkan dalam Perhimpunan Agung MCA tak disebut. Mengapa hanya mengatakan bahawa media-media arus perdana tetapi media-media portal juga dilarang oleh UMNO, oleh MCA, dan juga ada saman-saman daripada pihak Menteri terhadap portal-portal ini tidak disebut?...

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya rasa jangan ada selektif fakta itu. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tak lengkap.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, nanti dulu Yang Berhormat. Menteri, jangan berdiri dulu Yang Berhormat. Jangan dulu, jangan dulu. Saya mendengar dengan teliti. Seharusnya saya tidak benarkan interaksi begini kerana ini sudah menimbulkan satu perbahasan sedangkan dalam Peraturan Mesyuarat 37, cuma mencelah sahaja mengenai dengan perkara samar-samar. Saya mendengar yang disebut oleh Menteri bahawa bukan sahaja kerajaan, sebelah pun sana buat juga. Jadi kalau nanti bertuduh-tuduh kenapa itu tidak kasi masuk, tidak kasi masuk bermakna dua-dua sebetul dia tidak membenarkan kebebasan. Itu yang disebut. Jadi berhenti di situ, move to the next point please.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. “Sudah terang, lagi bersuluh”. Sila.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan penerangan Yang Berhormat Menteri beri daripada segi alasan mengatakan bahawa tahap kebebasan akhbar kita telah jatuh daripada segi indeksnya tapi kalau kita lihat, kalau kita bandingkan 10 tahun hingga 15 tahun yang lalu, kita punya indeks ini taklah seteruk sekarang, sedangkan pada ketika dulu, kita tak ada laporan-laporan seperti akhbar-akhbar The Edge, MalaysiaKini dan sebagainya. Jadi saya nak tahu apakah kriteria yang diguna pakai, kalau tadi Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa, permit tak semestinya menjadi salah satu daripada kriteria kerana sebahagian daripada negara-negara yang tak ada permit juga mempunyai indeks yang begitu jatuh. Jadi, kalau nak katakan bahawa ancaman kepada wartawan, saya ingat dalam negara kita jarang kita dengar wartawan diancam. Kalau nak cerita pasal litigasi, saya rasa kita boleh kira berapa banyak litigasi yang berlaku kepada surat-surat khabar kita ini daripada segi volume kalau dibandingkan dengan apa yang dilaporkan. Jadi, saya nak tahu di mana silapnya. Kalau itu semua faktanya then di mana silapnya yang kita boleh improve ini. Persepsi media indeks ini sangat penting kerana ia ada berkait rapat juga dengan pelaburan kerana masyarakat yang datang melabur negara kita ini, ini merupakan salah satu juga benda yang dilihat.

Saya telah sebutkan tadi perkara ini boleh dirujuk kepada Laporan Reporters Without Borders yang memberikan semua kriteria. Sebahagian besar kriteria itu tidak semestinya dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Disebutkan kenapa Indonesia berada di tahap yang tidak begitu bagus walaupun tidak ada permit pihak kerajaan. Ini kerana kadang-kadang ancaman datang daripada pihak yang ketiga. Misalnya, ancaman satu ketika dahulu, akhbar di sana menyiarkan tentang pembalakan haram, yang datangnya daripada mereka yang terlibat dengan pembalakan haram, mengancam, membuat ugutan, pembunuhan dan sebagainya. Ini juga menyebabkan berlakunya kejatuhan daripada segi indeksnya. Yang kedua, pilihan ketiga, pilihan yang seterusnya kita perlu buat sama ada kita berada pada tahap kita bersedia untuk memberikan kebebasan sepenuhnya. Negara yang tertinggi misalnya Finland, perlu kita buat, kenapa ia dianggap yang terbaik daripada segi kebebasan. Akan tetapi banyak juga negara-negara yang jauh lebih baik daripada kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara ini. Asia Tenggara kalau Thailand pun dalam tahap 130. Singapura misalnya, saya sebutkan tadi kalau dulu pihak pembangkang selalu meletakkan Singapura itu contoh segala-galanya, berada di tahap 150. Timor Leste jauh lebih baik, sekitar 70.

Kebanyakan negara Afrika jauh lebih baik tetapi apakah ini negara yang ingin didatangi oleh pelabur. Pelabur melihat banyak perkara lain, bukan soal kebebasan media sahaja. Pelabur pergi ke Singapura bukan kerana kebebasan medianya tetapi ada faktor lain. Faktor alam pelaburannya, tentang soal kompetitifnya dan ini ada pada negara, berada di tahap yang tinggi di dalam kompetitif indeks kita Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam soal ini, pilihan yang kita buat mestilah disesuaikan dengan keperluan kita. Tidak semestinya kita katakan bahawa kebebasan media yang tinggi, maka pelaburan datang, tidak semestinya. Kita perlu jadi Timor Leste, Timor Leste angka jauh lebih baik, pelabur pun tidak datang juga kerana ada faktor lain. Banyak negara Afrika yang lain pun, pelaburan tidak datang juga kerana ada faktor lain walaupun kebebasan media mereka lebih tinggi pada kita. Jadi, ini juga perkara yang perlu kita buat. Saya terus kepada topik lain, yang akhir sekali ialah tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelarasan dana industri kreatif sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Bahawa dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara yang menerima ekonomi digital kerana sebahagian daripada proses untuk menjadikan negara kita lebih maju ialah bagaimana kita menuju ke arah negara yang lebih menerima cara hidup digital dan sebagainya. Kita telah meletakkan beberapa sektor yang penting di dalam mengadaptasikan kepada gaya hidup digital. Perkara-perkara yang selalu kita tekankan bahawa sasaran kita tahun 2020, ekonomi kita yang berasaskan kepada ICT mestilah mencapai ke tahap 17 peratus daripada GDP kita, Tuan Yang di-Pertua. Di sini kita katakan bahawa sektor-sektornya termasuklah perkhidmatan ICT, e- commerce ICT, pembuatan ICT, ICT trade, perdagangan dan yang paling penting di sini ialah tentang soal content dan media iaitu bagaimana kalau TV digital kita, kita ada iTube, kita ada pelbagai peranti dan sebagainya, kandungan itu merupakan satu perkara yang penting. Di sini kita katakan bahawa satu perkara yang perlu kita beri penegasan kepada pembangunan industri content ataupun industri kandungan adalah antara sasaran yang perlu kita buat. Di sini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan baru-baru ini telah menyebut RM100 juta diberikan melalui dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan dimasukkan dalam dana ini. Sebenarnya, terdapat lagi dana-dana yang ada sama ada melalui FINAS, melalui MDEC, RTM iaitu dana perolehannya, bukan dana untuk diberikan, perolehannya adalah sebahagian daripada keseluruhannya. Satu perkara yang saya rasakan penting di sini ialah bagaimana kita menyelaraskan dana-dana ini. Jadi, sebab itu melalui Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia, kita telah bersetuju bahawa kita akan menyediakan badan yang akan menyelenggarakan ataupun menyelaraskan pemberian dana-dana ini yang kita panggil Content Malaysia. Jadi, di sinilah antaranya kita akan mewujudkan suatu Pitching Centre di mana ada idea-idea di kalangan anak-anak muda ataupun mereka yang menjadi penggiat kepada industri kreatif untuk mengemukakan cadangan-cadangan mereka kepada Pitching Centre ini. Kita akan membantu mereka untuk mendapatkan dana-dana yang telah disediakan ini. Bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga untuk menemukan mereka dengan mungkin pemberi-pemberi dana lain daripada pihak swasta dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup setakat itu sahaja yang perlu saya huraikan di sini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan perhatian kepada kementerian yang saya bersama dengannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Kesihatan.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang dan telah membangkitkan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Hulu Rajang telah minta supaya sebuah Klinik 1Malaysia dibina di Kapit, Belaga. Pada masa ini telah sedia ada sebelas buah klinik kesihatan di dalam kawasan Kapit dan enam buah klinik kesihatan dalam kawasan Belaga.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Selain perkhidmatan daripada facility static, penduduk di kawasan pedalaman juga mendapat perkhidmatan dari pasukan bergerak, klinik bergerak 1Malaysia dan perkhidmatan doktor udara. Buat masa ini, tiada perancangan untuk membangunkan Klinik 1Malaysia di kawasan-kawasan ini kerana kemudahan kesihatan yang sedia ada sudah lebih daripada mencukupi untuk penduduk yang seramai 50,000 orang. Yang Berhormat Sibuti telah minta Klinik 1Malaysia dan seorang doktor ditempatkan di kawasan Sibuti. Terdapat dua buah Klinik 1Malaysia di kawasan Parlimen Sibuti ialah Klinik 1Malaysia Taman Tunku dan Klinik 1Malaysia Sepupok. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Klinik 1Malaysia Taman Tunku telah sedia menawarkan perkhidmatan pegawai perubatan sejak tahun 2013, manakala Klinik 1Malaysia Sepupok hanya akan mula beroperasi pada bulan Disember pada tahun ini. Yang Berhormat Kuala Kedah telah minta beberapa soalan berkenaan dengan kawalan denggi. Kementerian ada melaksanakan kerjasama dengan beberapa buah syarikat termasuk Syarikat Sanofi Pasteur dalam kajian clinical vaccine dengue fasa ketiga yang melibatkan pusat kajian di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian keselamatan dan keberkesanan vaksin keluarannya telah dijalankan yang mana Malaysia adalah satu dari lokasi kajian di samping Thailand dan Singapura. Buat masa ini kementerian memang sedang menjalankan kajian yang lebih terperinci di atas daun betik dan kajian saintifik mengenai kesan daun betik kepada penyakit demam denggi telah dijalankan bertajuk, “Untuk Mengenal Pasti Keberkesanannya” dan ini telah disiarkan di dalam jurnal perubatan pada tahun 2013. Jus daun betik sebelum ini telah dibuktikan selamat selepas kajian toxicity acute dijalankan ke atas haiwan percubaan. Kajian lanjutan bagi mengenal pasti kandungan bahan aktif dalam jus sedang dijalankan dan di samping itu kesan rawatan menggunakan formulasi jus yang lain seperti jus yang telah dikeringkan dan ia hanya akan dijalankan sekiranya kajian pre-clinical menjanjikan keberkesanan sebelum kajian klinikal ke atas manusia dilakukan. Keberkesanan daun betik bagi merawat penyakit-penyakit lain juga akan dikaji. Yang Berhormat Tanjung Manis pun telah bangkit tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah denggi. Kementerian sentiasa mengambil serius mengenai masalah denggi di negara kita. Situasi denggi di seluruh negara dipantau setiap hari di bilik gerakan denggi sama ada di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Berikutan peningkatan kes denggi yang melanda negara pada tahun ini, kerajaan telah mengambil tindakan yang drastik dengan menubuhkan Jawatankuasa Denggi Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan jawatankuasa ini diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan dan dianggotai oleh enam kementerian yang lain. Melalui ini Pelan Tindakan Jawatankuasa Denggi Peringkat Kebangsaan mengenai denggi telah ditubuhkan dan pelan tindakan ini juga diteruskan untuk diterjemahkan di peringkat negeri dan daerah melalui penubuhan pasukan petugas denggi di peringkat denggi dengan penekanan diberikan kepada beberapa perkara iaitu: (i) melaksanakan kempen memerangi denggi dengan memberi tumpuan kebersihan persekitaran secara besar-besaran dengan penglibatan pelbagai pihak. Ini termasuklah aktiviti kutipan sampah domestik dan sampah pukal dilaksanakan mengikut jadual, kebersihan kawasan tumpuan awam dan rekreasi serta penyelenggaraan sistem perparitan, landskap dan bangunan kediaman; (ii) pemeriksaan pembiakan aedes di tapak binaan secara bersepadu yang diselaraskan oleh kementerian bersama PBT, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) serta memastikan semua tapak pembinaan menjalankan aktiviti penjagaan dan kawalan denggi melaksanakan program bebas denggi di sekolah, pusat pengajian tinggi di kawasan mereka secara berkala; dan

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

(iii) jabatan dan negeri di semua kementerian serta mempertingkatkan penubuhan projek COMBI untuk pencegahan dan kawalan denggi di komuniti dan untuk memperkukuhkan Jawatankuasa Denggi Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dianggotai pelbagai agensi berkenaan bagi menyelaras aktiviti kawalan dan pencegahan wabak denggi di daerah. Yang Berhormat Sibuti telah menyatakan supaya pusat hemodialisis di kawasan Sibuti diwujudkan. Untuk menjawab itu penyediaan perkhidmatan berkenaan akan dipertimbangkan kerana pada masa sekarang 30 orang pesakit dari kawasan Sibuti sedang menerima rawatan hemodialisis di Hospital Miri yang sejauh 60 kilometer dari tempat tinggal mereka. Kementerian Kesihatan akan mengkaji cadangan mengenai penyewaan bangunan kedai untuk perkhidmatan hemodialisis di Sibuti. Di samping itu, pesakit kegagalan ginjal peringkat akhir yang sesuai boleh menjalani rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang boleh dilaksanakan oleh pesakit secara sendiri di rumah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Yang Berhormat Kanowit telah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kinabatangan berdiri Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Ini berhubung dengan hemodialisis iaitu hospital di Sandakan mesin hemodialisis ada empat, yang berfungsi cuma dua. Jadi mintalah, hari itu saya sudah bisik-bisik dengan Yang Berhormat Menteri. Jadi tidak tahu apa sudah keputusan sekarang. Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kita sudah menerima dalam peruntukan bajet untuk tahun ini RM30 juta untuk menambah baik kemudahan-kemudahan hemodialisis di dalam beberapa buah tempat termasuk apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat dan kementerian akan mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kemudahan hemodialisis di Hospital Sandakan. Dalam isu hemodialisis juga Yang Berhormat Kanowit telah minta bahawa kemudahan ini ditambah di Hospital Besar Kanowit. Kementerian mengambil maklum keperluan untuk menambah mesin hemodialisis di Hospital Kanowit dan melalui RM30 juta yang saya sebut tadi, di hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik kita akan meningkatkan lagi dan menambahkan perkhidmatan hemodialisis di dalam kawasan-kawasan yang diperlukan. Yang Berhormat Sik pun isu yang sama di Hospital Sik. Selain daripada rawatan hemodialisis yang memerlukan bangunan, kerajaan pun telah meningkatkan kegunaan satu kaedah yang lain iaitu Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis yang boleh dijalankan oleh pesakit di rumah. So, kerajaan akan memberi perkhidmatan hemodialisis, kedua-dua ini iaitu tempat-tempat yang sesuai untuk diisikan dengan kemudahan hemodialisis, di mana yang sesuai pesakit boleh mendapat rawatan menggunakan kaedah CAPD ataupun Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis. Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Lumut minta tanya soalan...

Tuan Yang di-Pertua, minta mencelah.

Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan saya membuat cadangan berkenaan dengan Pusat Hemodialisis 1Malaysia macam mana komen Yang Berhormat Menteri.

Untuk meneruskan kemudahan-kemudahan hemodialisis kaedah kerajaan sekarang, satu ialah sistem hemodialisis yang dijalankan oleh hospital-hospital kerajaan yang ada dan yang akan diperluaskan di dalam hospital-hospital yang lain di mana perkhidmatan ini diperlukan. Daripada pertengahan tahun ini kita pun telah setuju melalui satu keputusan Jemaah Menteri bahawa untuk mewujudkan kemudahan ini di dalam klinik-klinik kesihatan yang mempunyai kaedah di mana ada yang dibiayai secara penuh oleh kerajaan sendiri. Selain daripada itu, yang dibuat secara kerjasama di antara kerajaan dengan badan-badan sukarelawan. Ini kerana ada banyak NGO yang telah tampil ke hadapan untuk mendermakan mesin-mesin dialisis. Isu yang cuba diselesaikan oleh kerajaan ialah untuk mencari tempat yang sesuai di mana perkhidmatan ini boleh diletakkan dan untuk memastikan kementerian mempunyai tenaga kerja yang mahir yang mencukupi supaya perkhidmatan ini boleh diteruskan secara berterusan. Satu kaedah lain yang dibuat ialah melalui apa yang dipanggil Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis di mana pesakit boleh mendapat rawatan di rumah menggunakan kaedah yang berbeza. Oleh itu, Ahli Yang Berhormat untuk menunaikan keperluan yang ada di dalam Hospital Sik, apa yang kementerian akan buat ialah untuk kaji kemudahan-kemudahan tersedia yang ada di situ dan selepas itu membuat keputusan asas kepada pelbagai kaedah yang saya telah terangkan tadi. Untuk teruskan, Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Lumut telah bangkitkan isu berkenaan jururawat dan jawatan-jawatan jururawat. Pada masa sekarang semua institusi swasta diwajibkan melalui fasa akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia sebelum pelajar mereka begraduan bagi memastikan institut berkenaan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam guidelines on standard and criteria for approval accreditation of nursing program. Semasa di kawasan klinikal pelajar ini juga dipantau oleh Unit Fasiliti Bahagian Kejururawatan bagi memastikan mereka memenuhi syarat serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Hanya mereka yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia sahaja layak dipertimbangkan untuk bekerja sebagai seorang jururawat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skim perkhidmatan jururawat pada masa ini merupakan satu skim perkhidmatan bersepadu. Di mana jururawat daripada kumpulan sokongan berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke gred tertinggi dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Berdasarkan kepada skim perkhidmatan tersebut, jururawat di gred U29 dan U32 yang mempunyai ijazah yang diiktiraf dalam bidang berkaitan boleh dinaikkan pangkat ke Gred 42 tertakluk kepada kekosongan jawatan. Di samping itu, mereka juga boleh memohon kepada SPA untuk dilantik melalui kaedah peningkatan secara lantikan ke Gred U41 dan mereka adalah tertakluk kepada dasar-dasar semasa yang berkuat kuasa. Yang Berhormat Sungai Siput telah menyatakan tentang pelancongan kesihatan...

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

...Dan bolehkah ia menyebabkan di dalam mengurangkan kualiti rawatan. Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, itu hari dalam perbahasan saya ada persoalkan isu mengenai pengiktirafan mahasiswa-mahasiswi graduate di negara China ataupun Taiwan.

Saya belum sampai ke soalan itu.

Tadi you sudah sebut...

Yang Berhormat Bintulu telah bangkit beberapa soalan bukan satu sahaja. Yang Berhormat Sungai Siput telah bangkitkan isu berkaitan dengan pelancongan kesihatan dan adakah ia mempunyai effect untuk mengurangkan rawatan perkhidmatan kesihatan yang ada pada masa sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha pembangunan industri pelancongan kesihatan sebenarnya secara langsung dan tidak langsung meningkatkan taraf dan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan negara. Salah satu syarat keahlian Malaysia Healthcare Travel Council sama ada memiliki akreditasi kesihatan tempatan ataupun antarabangsa atau membuktikan perancangan ke arah pemilikan akreditasi. Melalui syarat ini, kemudahan-kemudahan kesihatan swasta diwajibkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit setaraf dengan piawaian antarabangsa yang secara langsung memanfaatkan pesakit tempatan dan warga asing. Sehingga kini sebanyak 40 kemudahan-kemudahan kesihatan swasta, pelancongan kesihatan memiliki sekurang-kurangnya satu akreditasi antaranya tiga facility yang memiliki Joint Commission International dengan akreditasi, 26 yang memiliki Malaysian Society for Quality in Health dan ten facility memiliki kedua-dua JCI dan MSQH. Ini membuktikan bahawa kemudahan-kemudahan kesihatan di dalam negara kita yang menyediakan perkhidmatan untuk pelancongan kesihatan telah mempunyai satu tahap yang tinggi. Yang Berhormat Bukit Bintang telah mencadangkan bahawa pegawai dagang yang mahir diberi peluang untuk bertugas dalam sektor ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah menubuhkan Malaysia Healthcare Travel Council atau MHTC untuk melaksanakan inisiatif untuk membangunkan industri pelancongan kesihatan negara dan untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi kesihatan di persada antarabangsa. MHTC mendapat kerjasama dan khidmat nasihat pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor kerajaan dan swasta serta individu profesional yang arif dalam sektor kesihatan, pelancongan dan pelancongan kesihatan. Antaranya ialah Jawatankuasa Penasihat MHTC, pejabat-pejabat MERCY Malaysia di luar negara, pihak- pihak berkepentingan, industri pelancongan kesihatan serta doktor-doktor pakar. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan kesihatan melalui beberapa insentif yang ditawar bagi menggalakkan kemudahan-kemudahan swasta pelancongan kesihatan, mengembangkan kapasiti melalui pembesaran, pemodenan dan pengubahsuaian kemudahan penjagaan kesihatan mereka. Pihak-pihak yang berkepentingan atau stakeholder yang menyertai acara MHTC di luar negara menikmati subsidi yang tinggi sebagai insentif promosi secara tidak langsung. Kebanyakan perbelanjaan berkaitan penyertaan atau penganjuran dibiayai oleh MHTC manakala delegasi hanya perlu menanggung kos penyertaan minimum yang dikenakan oleh MHTC dan perbelanjaan logistik untuk penyertaan pegawai masing-masing. Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Bintulu telah membangkitkan isu tentang perkhidmatan kesihatan seperti isu-isu berkaitan dengan keperluan untuk menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan, menunggu lama untuk berjumpa doktor dan untuk mendapat siasatan-siasatan yang diperlukan. Kementerian sangat mengambil berat tentang waktu menunggu yang lama, yang sentiasa dialami oleh pesakit-pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan terutama di klinik-klinik pakar di hospital kementerian. Selain daripada menambah bilangan doktor, pihak hospital juga sedang melaksanakan beberapa projek seperti projek Lean Healthcare untuk mengurangkan waktu mengurangkan waktu menunggu dan meningkatkan efficiency perkhidmatan dengan cara menilai semula proses kerja di hospital. Projek yang dimulakan pada bulan Ogos tahun ini telah berjaya mengurangkan waktu menunggu di klinik pakar di beberapa buah hospital termasuk di Hospital Sultan Ismail di Johor dan akan dikembangkan ke jabatan yang lain. Kementerian sentiasa memantau KPI waktu menunggu untuk pelbagai disiplin klinikal sejak tahun 2006 dan mulai tahun 2013, aktiviti audit melalui performance audit telah diperkenalkan. Bermula 1 Julai tahun ini, semua 42 perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran klinikal di hospital kementerian diwajibkan memantau masa menunggu bagi perkhidmatan di klinik pakar dan masa temu janji bagi mendapat rawatan.

Bagi kes-kes acute dan kecemasan, rawatan termasuk prosedur perubatan akan diberi serta-merta tanpa sebarang penangguhan. Bagi kes-kes stabil, pesakit akan dinilai terlebih dahulu di mana temu janji rawatan dan prosedur perubatan akan diberi bergantung kepada keputusan pakar perubatan. Dengan sumber yang terhad di hospital, tempoh temu janji konsultasi pertama di klinik pakar adalah di antara empat minggu sampai enam minggu. Bagi perkhidmatan radiologi khas seperti MRI dan CT scan tempoh temu janji adalah di antara enam minggu sampai empat bulan. Yang Berhormat Kanowit telah membangkitkan soal Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dan isu berkaitan pengiktirafan untuk rawatan tradisi di dalam negeri Sarawak. Merujuk kepada Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, amalan perubatan tradisional dan komplementari ertinya suatu bentuk amalan yang berkaitan dengan kesihatan bertujuan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau sakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu. Termasuk amalan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Melayu dan bumiputera, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati dan terapi komplementari tetapi tidak termasuk amalan perubatan dan pergigian yang masing-masing digunakan oleh pengamal perubatan dan pengamal pergigian pada masa sekarang. Maka ini jelas menunjukkan bahawa selagi amalan tersebut memenuhi takrifan seperti yang dinyatakan dalam akta, amalan tersebut akan dikawal selia di bawah akta ini termasuk amalan perubatan masyarakat orang asal Sarawak, orang asal Sabah dan Orang Asli dan pernyataan bahawa ini mereka akan mendapat diliputi dalam kumpulan perubatan tradisional Melayu dan bumiputera. Pada ketika ini, sementara menunggu akta untuk dikuatkuasakan, kementerian telah melantik lapan badan pengawal bagi mewakili setiap bentuk bidang amalan yang telah dikenal pasti. Badan pengawal yang telah dilantik ini menjalankan kawal selia sendiri atau self-regulation berdasarkan kod amalan dan kod etika yang telah dibangunkan oleh pihak kementerian dan juga perlembagaan pertubuhan tersebut. Untuk makluman-makluman Yang Berhormat, ketika perubatan tradisional dan komplementari masih berada di bawah sistem kawal selia sendiri, badan pengawal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan untuk menjaga kepentingan perubatan tradisional Melayu bumiputera secara langsung akan bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pengamal bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kementerian telah menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari sejak tahun 2009 di Hospital Duchess of Kent Sabah, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Sabah iaitu rawatan urut tradisi dan acupuncture. Manakala rawatan selepas bersalin juga disediakan di Hospital Duchess of Kent Sabah dan Hospital Umum Sarawak. Yang Berhormat Bintulu telah menyatakan berkenaan caj rawatan di hospital swasta yang terlalu mahal dan meminta kementerian memantau caj rawatan. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2006 kementerian sentiasa memantau kos perubatan di hospital swasta berpandukan Jadual Ketiga Belas Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dan jadual ini didasarkan kepada jadual fi Persatuan Perubatan Malaysia yang telah dikeluarkan pada tahun 2002. Jadual Ketiga Belas memberi kuasa kepada kerajaan untuk meletakkan harga seling atau had maksimum kos rawatan kepada fi profesional iaitu fi perundingan dan fi profesional untuk prosedur pengamal perubatan atau pergigian swasta supaya rakyat diberi perlindungan daripada dikenakan caj yang terlampau tinggi. Walau bagaimanapun, selain daripada fi profesional seperti penginapan, fi tatacara kejururawatan, fi peralatan, fi ujian makmal dan fi ubat-ubatan tidak dikawal selia oleh kementerian. Kementerian juga berharap pesakit memainkan peranan penting untuk memantau sendiri kos perubatan yang dikenakan dengan membandingkan caj keseluruhan yang dibilkan kepada pesakit dengan anggaran kos yang telah diberikan kepada pesakit seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 27 Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Hospital Swasta.

Di bawah peruntukan tersebut pihak hospital perlu memastikan bahawa seseorang pesakit sebagai haknya diberikan maklumat termasuk kos yang mungkin dikenakan bagi rawatan penyiasatan atau prosedur yang hendak dijalankan.

Selain itu peraturan-peraturan yang sama, pesakit atas permintaan juga mempunyai hak untuk diberitahu caj yang dianggarkan bagi permintaan bersesuaian dengan diagnosis awal yang dibuat sebelum memulakan jagaan atau rawatan dan kos yang tidak dijangka bagi perumitan yang rutin, biasa dan lazim.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bintulu tidak sabar- sabar lagi.

Ya, ya baik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar mengenai caj ini. Tadi Yang Berhormat Menteri, sedarkah atau tidak, sekarang kalau mereka pergi ke hospital swasta terutama pesakit-pesakit kalau ada insurans, memang mereka claim sampai maksimum. Inilah yang menjadi masalah akan datang apabila pesakit ini pergi renew atau pun tahun depan akan beli insurans lagi, dia kena loading habis-habisan. So kita mahu lihat satu perkara macam mana hendak berbincang dengan pihak hospital swasta, macam mana they cannot over charge. Inilah satu masalah syarikat insurans rasa mahu cari mangsa, caj. Selepas itu dia buat loading. Nanti rakyat lagi bising. Minta satu cadangan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, saya pun dah jawab perkara ini di dalam Dewan beberapa hari yang dulu semasa menjawab soalan lisan. Isu ini ialah kerana seperti yang telah saya jelaskan tadi, apa yang dikawalkan ialah fee profesional. Fees yang lain contohnya fee penginapan, fee bilik. Fee yang lain ini ia tidak dikawal di bawah akta. So, apa yang dikawal ialah fee profesional. Fee profesional ini mempunyai satu range iaitu ada satu maksimum yang boleh dicaj. Saya sejujurnya dengan Ahli Yang Berhormat, contohnya seseorang pergi secara sendiri dan bayar sendiri hospital itu, doktor ada sebut tidak akan mengenakan caj yang maksimum. Mereka akan menggunakan budi bicara mereka dan buat caj 50 peratus daripada maksimum atau 30 peratus kerana itu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan. Lagi satu isu yang kadang-kadang dihadapi oleh pesakit yang menggunakan kad insurans ialah kadang-kadang pesakit tidak sedar bahawa kad masing-masing tidak memberi liputan atau coverage yang sama. Ini kerana coverage yang diberi oleh satu-satu insurans ini bergantung kepada premium yang telah dibayar. Ada premium kalau premium itu bayar, coveragenya terlebih tinggi. So, kadang-kadang ada, kadang-kadang ada pesakit yang mempunyai kad menggunakan premium rendah, coveragenya terhad sahaja, contohnya boleh jadi RM30,000 sahaja setahun dan selepas itu mereka masuk ke hospital swasta dengan harapan bahawa dengan menggunakan kad itu boleh selesaikan masalah mereka. Akan tetapi selepas masuk saja ada komplikasi-komplikasi yang lain dan bil lebih daripada RM30,000 atau lebih RM40,000. Pada masa itu mereka menghadapi masalah kerana ini lebih daripada apa yang dijamin oleh insurans itu. So, pada masa itu mereka kena bayar sendiri. Perbezaan di antara apa yang akan dibayar oleh pesakit ini, ini satu isu. Saya ingat mereka yang membeli insurans kena sedar tentang dan mereka yang menjual insurans akan menjelaskan kepada mereka sebenar- benarnya apa faedah yang boleh didapati. Saya setuju dengan apa yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Bintulu tadi dan cadangan supaya kita mengadakan perbincangan supaya janganlah hospital menggunakan kaedah insurans sebagai satu langkah untuk mengenakan caj yang paling maksimum. Itu apa yang saya telah sebut di dalam Dewan itu. Walau bagaimanapun, kalau ada hospital yang mengenakan caj profesional yang lebih daripada maksimum yang telah dibenarkan di bawah akta itu dan kalau aduan dibuat kepada kementerian, kementerian boleh mengambil tindakan ke atas hospital swasta atau doktor yang kenakan bayaran itu. Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang telah minta bahawa cadangkan supaya bayaran rawatan untuk warga asing dinaikkan dan untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang menyediakan kadar caj baru perubatan dengan mengambil kira kos perkhidmatan bagi menghapuskan unsur subsidi dalam pemberian perkhidmatan rawatan perubatan kepada warga asing dan pelaksanaan kadar caj ini akan mula pada tahun depan yang mana di dalam tiga tahun yang berturut-turut kita akan meningkatkan caj bayaran untuk warga asing pada tahun yang pertama ialah sebanyak 30 peratus tambah dan selepas itu 30 peratus pada tahun yang ketiga 40 peratus supaya kenaikan ini akan dibuat secara berfasa. Ini akan memastikan bahawa subsidi yang sedang diberi untuk rawatan warga asing ini secara berfasa akan dihapuskan.

Yang Berhormat Sibuti juga telah meminta bahawa kerajaan mengadakan kempen kesihatan dengan cara pemakanan sihat kepada rakyat dan telah mencadangkan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai kempen ini.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai kempen kesihatan telah diadakan secara kerap dan berterusan bagi menangani masalah amalan pemakanan yang tidak sihat. Pihak kementerian telah menggunakan pelbagai strategi atau pendekatan termasuk kempen kesihatan melibatkan komponen pemakanan sihat sama ada melalui media cetak atau elektronik seperti hebahan mengenai pemakanan sihat melalui crawler, slot bual bicara, tip-tip pemakanan sihat di televisyen dan radio selain penerbitan pemakanan sihat dalam media cetak seperti majalah dan surat khabar. Sejajar dengan teknologi, terkini bahan-bahan pendidikan serta informasi terkini berkaitan pemakanan sihat boleh diperoleh menerusi laman web kita iaitu nutrition.moh.gov.my dan selain itu maklumat berkaitan mengenai makanan juga boleh diperoleh daripada portal Kementerian Kesihatan Malaysia. Media sosial lain seperti Facebook turut digunakan bagi menarik minat pelbagai golongan untuk mendapatkan maklumat mengenai makanan sihat ini. Selain itu Twitter, Youtube serta aplikasi telefon bimbit iaitu 1Apps, MyNutriApps turut diguna pakai bagi meluaskan liputan penyampaian maklumat pemakanan sihat. Kementerian sedang mengambil tindakan menubuhkan Unit Kecergasan Fizikal di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan klinik kesihatan bertujuan untuk melaksanakan promosi advokasi dan bina upaya aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi khususnya luar bandar dengan melantik sejumlah 873 perjawatan pegawai penerangan atau pelajar kesihatan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sains sukan. Dengan wujudnya unit khas ini aktiviti fizikal dan kecergasan dapat dijalankan dengan lebih terancang dan komprehensif di peringkat komuniti. Yang Berhormat Lumut telah menyatakan beberapa soalan berkaitan dengan Hospital Seri Manjung.

[Bangun]

Pengurusan penyelenggaraan peralatan perubatan di Hospital Seri Manjung telah di swasta kan sejak tahun 1997 dan syarikat Faber yang menguruskan penyelenggaraan peralatan perubatan di Hospital Seri Manjung. Penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan kerosakan boleh berlaku semasa penggunaan dan sebarang kerosakan perawatan akan dibaiki oleh syarikat tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian kontrak. Pesakit perkhidmatan rawatan endoscopic Hospital Seri Manjung terpaksa dihantar ke Hospital Ipoh akibat daripada kerosakan mesin endoskopi yang ada pada masa sekarang. Kerosakan tersebut berpunca di sebabkan usia alat itu dan permohonan untuk menggantikan alat tersebut telah diluluskan pembelian melalui peruntukkan dan belanja mengurus dan saya berpendapat bahawa satu unit baru akan dibeli untuk hospital ini di dalam sebulan dua ini. Yang Berhormat Tebrau telah mohon supaya klinik Ulu Tiram dipindahkan ke kawasan yang lain. Kementerian telah mengambil maklum tentang isu yang ditimbulkan ini dan Klinik Kesihatan Ulu Tiram akan dipinda ke sebuah tapak berdekatan yang lebih sesuai dengan keluasan 8.8 ekar dan projek ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Rolling Plan Ketiga dan status terkini adalah di peringkat reka bentuk. Yang Berhormat Sri Aman telah menanyakan tentang status terkini Hospital Sri Aman...

Tuan Yang di-Pertua, minta izin Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Gudang.

Yang Berhormat Menteri, saya tadi ada hendak tanya fasal status hospital dan juga menaik taraf klinik Pasir Gudang tidak disebut Yang Berhormat Menteri.

Nanti saya akan jawab sekejap lagi.

Okey, terima kasih.

Projek Hospital Sri Aman telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi untuk dilaksanakan pada tahun 2011 dengan kos berjumlah RM200 juta. Projek ini akan dijalankan di dalam dua fasa. Fasa 1 ialah kerja tanah dan rawatan tanah. Fasa 2 ialah kerja pembangunan dan kerja berkaitan. Fasa 1 telah dimulakan pada 30 Julai 2012 dan telah diberi Sijil Perakuan Siap Kerja pada tahun 2013. Berikutan itu, tempoh tanggung kecacatan untuk fasa 1 mulai daripada- sampai habis pada Ogos 2014, selepas rawatan tanah. Selepas itu, fasa 2 akan bermula dan tender untuk bangunan akan dibuat pada Disember tahun ini. Pembinaan projek ini dijangka akan dapat dimulakan pada pertengahan tahun 2015 dan akan siap dalam tiga tahun yang akan datang, dianggarkan pada tahun 2018. Yang Berhormat Kota Bharu telah bangkitkan tentang kemudahan-kemudahan yang tersedia ada di Hospital Kota Bharu. Hospital Kota Bharu hospital rujukan bagi negeri Kelantan yang berkapasiti 920 buah katil. Hospital ini sedang dinaiktarafkan secara berfasa sesuai dengan fungsinya sebagai hospital rujukan. Bagi menangani kesesakan daripada aspek keperluan katil, kementerian sedang melaksanakan projek-projek seperti berikut. Salah satu daripadanya ialah sebuah hospital baru di Bachok telah diluluskan dan sedang di peringkat perancangan reka bentuk dan ia terletak lebih kurang 20 kilometer dari Hospital Kota Bharu. Pembinaan hospital gantian di Kuala Krai yang baru dengan kapasiti 268 buah katil yang akan menyediakan perkhidmatan kepakaran yang lengkap. Apabila siap, rujukan dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Kota Bharu akan berkurangan. Projek pembinaan Blok Rawatan Harian atau ACC yang dijadualkan akan beroperasi pada hujung tahun ini dengan kos sebanyak RM172.7 juta. Dengan siapnya blok ini, ACC baru ini akan menempatkan tambahan bilik bedah, ruang klinik pakar yang luas dan selesa, kemudahan perkhidmatan endoskopi, perkhidmatan hemodialisis serta ruang pentadbiran hospital. Dengan adanya kemudahan bagi rawatan harian termasuk pembedahan, dijangka akan dapat mengurangkan keperluan katil pesakit serta menggunakan penggunaan sumber dengan lebih berkesan. Bagi melengkapi perkhidmatan di Hospital Kota Bharu, projek pembangunan Makmal Rawatan Jantung atau Invasive Cardiac Lab juga telah diluluskan dan sekarang dalam proses pembinaan dan dijangka siap dalam Mac 2015. Dengan adanya kemudahan Makmal Rawatan Jantung Invasif ini, pesakit tidak perlu lagi ke Hospital Universiti Sains untuk mendapatkan rawatan invasif jantung. Selain itu, masih ada perancangan naik taraf seterusnya yang akan dilaksanakan di Hospital Kota Bharu pada Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang Berhormat Lenggong telah meminta supaya Pusat Kesihatan Lenggong dinaiktaraf dan kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada semua rakyat. Untuk makluman, kementerian telah pun menyediakan Klinik Kesihatan Lenggong baru yang mula beroperasi sejak Februari 2014 bagi...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Menteri. Bagan Serai. Tuan Yang di-Pertua, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terpanggil kerana bila terdengar kes-kes yang perlu dirujuk dari hospital ke hospital ataupun yang lebihnya dari klinik kesihatan ke hospital. Khususnya di Parlimen Bagan Serai, saya melihat contohnya ambulans yang ada adalah sangat uzur dan sangat lama. Adakah kajian dilakukan, adakah sebuah pelan dilakukan untuk membeli ambulans yang baru, menukar yang lebih baik? Khususnya berdekatan di Klinik Kesihatan Alor Pongsu dan juga Pejabat Daerah Kesihatan Kerian, yang mana interchange daripada highway akan wujud tidak lama lagi. Ini akan menyebabkan penggunaannya lebih banyak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Boleh saya selesai jawab Lenggong dulu, Tuan Yang di-Pertua?

Kementerian telah menyediakan Klinik Kesihatan Lenggong baru yang mula beroperasi sejak Februari tahun ini dan kementerian juga mengambil maklum bahawa penduduk Lenggong mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit dari Hospital Gerik dan Hospital Kuala Kangsar. Oleh itu, kemudahan di klinik ini adalah lebih lengkap berbanding dengan klinik-klinik kesihatan yang lain. Ia dilengkapi dengan katil pesakit iaitu tiga buah katil bagi Pusat Bersalin Alternatif untuk kes-kes berisiko rendah dan empat buah katil bagi rawatan kecemasan. Kemudahan ini bagi merawat keadaan pesakit melalui pemerhatian yang lebih teliti dalam tempoh yang lebih lama sebelum dirujuk ke hospital sekiranya benar-benar ada keperluan. Dengan kaedah ini, ia dapat mengurangkan merujuk pesakit ke hospital bagi kes-kes yang lebih kompleks daripada rawatan pesakit luar yang biasa. Klinik ini telah dinaiktarafkan untuk menyediakan perkhidmatan fisioterapi dan X-ray bagi melengkapi perkhidmatan. Untuk jawab soalan tentang ambulans, saya terima cadangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan kementerian sedang secara berfasa menggantikan ambulans yang uzur ini, yang sudah lama. Ada yang saya tahu sudah lebih daripada sepuluh tahun. Baru-baru ini, kementerian telah mendapat kelulusan untuk membeli 100 buah lagi ambulans dan kita telah mencadangkan untuk lagi 100 buah pada tahun yang akan datang. Saya berharap melalui kemudahan-kemudahan ini, kita boleh secara berfasa mengganti semua ambulans yang ada dalam perkhidmatan kita yang sudah lama, yang uzur, yang sepatutnya diganti. So, ini ialah rancangan kerajaan dan saya ambil pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Kanowit telah bangkitkan isu berkenaan dengan Klinik Nanga Tada di Sibu. Sebagai makluman Yang Berhormat Ahli Dewan, klinik kesihatan jenis enam dengan kuarters Nanga Tada, Sibu telah siap dibina dan akan dibuat penyerahan kepada pengguna pada awal bulan November tahun ini. Klinik ini akan mula beroperasi secara berperingkat daripada tarikh penyerahan tersebut. Yang Berhormat Batu Sapi telah tanya tentang kemudahan dan kelengkapan di Hospital Sandakan. Sebagai makluman Yang Berhormat, sepanjang tahun ini, hospital di Sandakan telah menerima peruntukan aset perubatan bernilai RM3 juta dan peruntukan bagi pelbagai projek menaik taraf dan penyelenggaraan hospital bernilai RM450,000 daripada peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus. Peruntukan ini akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan di hospital tersebut. Punca masalah kerosakan mesin mamografi tersebut telah dapat dikenal pasti dan pihak kementerian akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi pembelian mesin mamografi yang baru pada tahun yang akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek menaik taraf sistem gas perubatan berjumlah RM3.5 juta buah sedang dilaksanakan di Hospital Sandakan dan ini dijangka siap tidak lama lagi. Di samping itu, projek menaik taraf blok klinik lama akan dilaksanakan dengan anggaran kos RM3 juta mulai tahun 2015 sampai tahun 2017. Mengenai keperluan tempat letak kereta, Hospital Sandakan telah pun disenaraikan sebagai salah sebuah hospital dalam cadangan pembinaan tempat letak kereta menggunakan kaedah build, operate and transfer. Yang Berhormat Jerantut...

Yang Berhormat Menteri. Bintulu sikit. Mengenai itu ambulans. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai kementerian cadang membeli lagi 100 buah ambulans ini, memang contoh macam di Bintulu ini, kita boleh lihat ambulans banyak, tetapi penyelenggaraan tiada, maintenance. Ini maintenance, memang bila kita tanya kenapa tidak bawa pergi penyelenggaraan, dia kata peruntukan tiada, lack of the peruntukan. Itu satu. Kedua, dalam masa ambulans yang ada boleh jalan, kita menghantar transfer patience kemungkinan Bintulu pergi Sibu, Bintulu pergi Miri because we lack of specialist there, tetapi kementerian ada sedar kah tidak isu ini, kita hendak berjalan berapa jamkah? Boleh tidak kementerian cadang tambah satu driver, tukar? Berapa kali sudah ambulans hantar patience lama-lama, semua orang jadi patience? Itu ambulans pun tidak balik, accident, macam-macam. Meninggal dunia pun ada. Adakah kementerian akan mencadangkan ini? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Dua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pertama tentang isu penyelenggaraan. Saya kena terima pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat dan saya tidak boleh menafikan bahawa dalam kaedah kerajaan, pada keseluruhannya bukan sahaja dalam Kementerian Kesihatan, perkara ini satu perkara yang boleh dikatakan satu kelemahan. Ini kerana contohnya, semasa kita menyediakan bajet, melalui peruntukan pembangunan ada bajet untuk membina hospital atau membeli barang peralatan yang diperlukan. Akan tetapi secara berterusan tiada bajet yang telah dikhususkan untuk isu-isu penyelenggaraan sama ada untuk bangunan ataupun peralatan. Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang sedang kita rancang pada masa sekarang, salah satu cadangan daripada Kementerian Kesihatan ialah tumpuan diberi kepada isu penyelenggaraan. Ini kerana dengan penyelenggaraan sahaja kita boleh meningkatkan serta menambahkan hayat sesebuah mesin atau kenderaan yang sedia ada supaya dapat digunakan secara lebih optimum. Tentang cadangan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat tentang kegunaan railway ini, saya menerima cadangan ini dan saya akan melihat semula apakah cara yang boleh digunakan pada masa sekarang. Saya bersetuju bahawa tidak boleh mewajibkan seseorang untuk memandu sesebuah...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

...Kenderaan untuk sesuatu masa yang panjang atau satu jarak yang begitu jauh di mana ia boleh menjadi satu risiko kepada kedua-dua orang termasuk mereka yang membawa.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Stampin. Kalau boleh memberikan cadangan.

Ya boleh.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya dari Sarawak. Kita sememangnya tahu bahawa Sarawak sebuah negeri yang begitu besar jadi kebanyakan kes kritikal di mana perlu dihantar ke Hospital Kuching. Saya difahamkan kebanyakan pesakit meninggal dunia kerana tidak sempat sampai ke Kuching. Saya juga tahu bahawa kita ada menyewa sebuah helikopter daripada HL Space kalau tidak salah saya. Akan tetapi ia ada limitasi. Limitasi di mana helikopter itu sebuah helikopter VFR iaitu visual flight rules ataupun as long as dia punya visibility kurang daripada ten miles ia tidak boleh terbang. Jadi cadangan saya, mungkin sudah tiba masanya kita mengadakan sebuah helikopter IFR Certified ataupun Certification Air Ambulance di mana walaupun visibility nya rendah tetapi masih boleh terbang dan saya rasa ini kritikal bagi negeri Sarawak kerana Sarawak negeri yang begitu besar dan hanya Hospital Kuching sahaja yang mampu mengendalikan kes-kes kritikal. Kalaulah kementerian tidak mempunyai dana yang mencukupi, saya memberikan satu cadang biarlah tentera udara kita- saya yakin tentera udara kita ada IFR Certified helikopter dan bolehlah digunakan sebagai penyelesaian sementara untuk kegunaan hospital kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Di negeri Sarawak dan Sabah, kita kena mengambil kira keluasan kedua-dua buah negeri ini serta kemudahan yang terhad contohnya di Sarawak, di mana banyak tertumpu di Hospital Kuching, Hospital Miri dan Hospital Sibu. Kes-kesnya juga dirujuk ketiga-tiga buah hospital ini untuk mendapatkan rawatan yang melibatkan kepakaran. Kita menggunakan pelbagai jenis kaedah. Salah satu daripadanya menggunakan ambulans, bot dan melalui udara. Saya menerima bahawa kekurangan yang mungkin ada dan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat supaya kalau- saya tahu terdapat keadaan-keadaan tertentu di mana cuaca tidak mengizinkan yang menjejaskan perjalanan helikopter dan keadaan pesakit. Cadangan Yang Berhormat akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya serta kita akan membuat penilaian daripada segi pelaksanaannya.

Yang Berhormat Jerantut telah bertanyakan mengenai isu klinik di Kuala Tahan. Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut secara khususnya mempunyai lima buah bot yang berkuasa enjin di antara 15 hingga 60 kuasa kuda yang beroperasi di Kampung Bantai, Kuala Tahan. Berdasarkan kepada penelitian yang dibuat sebelum ini, didapati penggunaan bot laju adalah tidak sesuai untuk digunakan bagi kes kecemasan kerana keadaan paras air yang tidak menentu dan beberapa buah jeram yang ada akan menyebabkan bot tersangkut ketika musim air cetek. Selain daripada itu, penggunaan bot laju di sungai yang tidak luas akan menyebabkan gelombang besar dan mengancam bot-bot kecil yang lain ketika berselisih. Oleh itu bot yang selesa digunakan sesuai dengan keadaan sungai yang ada dan untuk menambahkan lagi kemudahan di kawasan itu, cadangan membina klinik kesihatan dan kuarters Kuala Tahan yang baru di tempat yang sesuai telah dirancang dan permohonan tapak seluas tiga ekar telah pun diselesaikan. Sehingga kini projek pembinaan kuarters Klinik Kesihatan Kuala Tahan telah diluluskan di dalam Rolling Plan Ketiga, RMKe- 10 dan dijangka akan ditenderkan pada awal tahun hadapan. Yang Berhormat Kota Samarahan telah meminta supaya Klinik Kesihatan Kota Samarahan dinaiktarafkan. Klinik Kesihatan Kota Samarahan merupakan salah sebuah daripada tiga buah klinik kesihatan yang terdapat di Daerah Kota Samarahan. Klinik kesihatan jenis tiga ini menawarkan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada 100,000 orang penduduk dalam kawasan operasinya dengan purata kedatangan harian seramai 300 orang pesakit. Kementerian mengambil maklum akan masalah kesesakan di klinik ini, sehubungan dengan itu cadangan bagi menaiktarafkan akan dikaji secara lebih terperinci dengan mengambil kira keberkesanan kos dan kebolehcapaian sama ada menaiktarafkan klinik sedia ada atau membina sebuah klinik yang baru. Sebagai alternatif, penduduk tempatan juga boleh mendapatkan rawatan dari Klinik Kesihatan Sambit, Klinik Kesihatan Bisak, Klinik 1Malaysia Samarindah, Klinik 1Malaysia Panvila yang kesemuanya terletak di dalam Daerah Kota Samarahan. Yang Berhormat Pasir Gudang telah bertanyakan tentang hospital di Pasir Gudang. Kementerian menyedari keperluan pembinaan sebuah hospital di Pasir Gudang bagi menampung keperluan penduduk sekitar berikutan pembangunan yang pesat di Wilayah Iskandar. Tapak bagi tujuan pembinaan hospital Pasir Gudang telah dikenal pasti dan peruntukan pembangunan bagi hospital ini akan diminta di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Pada masa ini, penduduk sekitar Pasir Gudang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru yang terletak sekurang-kurangnya 15 kilometer dari Pasir Gudang. Selain daripada itu, penduduk sekitar juga boleh mendapatkan rawatan facility kesihatan sedia ada yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Pasir Gudang, Klinik 1Malaysia dan klinik pergigian di Pasir Gudang. Secara prinsipnya, kerajaan sudah bersetuju dan mendapatkan kelulusan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas pembinaan hospital di Pasir Gudang ini akan dimulakan. Yang Berhormat Padang Besar telah meminta supaya dibina sebuah hospital di Padang Besar. Kementerian sememangnya sedar akan keperluan ini dan keutamaan diberikan kepada permohonan ini. Permohonan bagi pembinaan hospital di Padang Besar telah dikemukakan kepada EPU di dalam Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi pelaksanaan pada tahun 2015. Walaupun pihak EPU telah memohon projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, jadi projek ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang Berhormat Bachok telah bertanyakan tentang status pembinaan Hospital Bachok pada masa sekarang. Projek pembinaan Hospital Bachok dengan kemudahan 76 buah katil berjalan mengikut perancangan seperti yang dijadualkan oleh kementerian dan JKR sebagai agensi pelaksana. Pada masa ini, pembinaan Hospital Bachok sedang dalam peringkat reka bentuk di mana proses reka bentuk awal telah disiapkan pada bulan Oktober tahun ini. Setelah siap perancangan reka bentuk, JKR akan membuat perolehan melalui tender dan diharapkan agar hospital ini akan selesai dibina pada tahun 2018.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, boleh penjelasan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya berkaitan dengan hospital Pendang walaupun kawan saya kerana kami bersempadan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kadang-kadang rakyat Pokok Sena juga mengambil- ada keperluan kalau ada hospital di Pendang. Saya agak hairan hospital Pendang ini yang sudah pun dimasukkan sebelum ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang sepatutnya sudah pun berjalan dan diletakkan papan tanda, projek hospital Pendang.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tiba-tiba kali ini kerajaan mengatakan bahawa akan dimasukkan balik dalam RMKe-11. Jadi, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah masalah sebenarnya? Apa masalah sebenar sehingga menyebabkan kita masih gagal lagi walaupun sudah berdiri papan tanda.

Masalah sebenar ialah kurang duit... [Ketawa] Ini kerana permintaan-permintaan untuk membina hospital saya ingat kalau ada 200 orang Ahli Parlimen di sini, semua mahu hospital di dalam kawasan-kawasan mereka. So, permintaan banyak. Dalam negeri Kedah pada masa sekarang kita telah mengadakan projek untuk Alor Setar dalam naik taraf hospital baru untuk menaik taraf Hospital Alor Setar yang lama, meningkatkan kemudahan-kemudahan tersedia di Hospital Sungai Petani dan kemudahan-kemudahan klinik yang sedia ada. So, lihat kepada keperluan iaitu kalau ada keperluan yang mendadak, yang tidak boleh dielakkan, kita ada senarai hospital-hospital. Ada Pendang, yang ada sebelum Pendang pun ada, yang belum diselesaikan. So, mengikut itu kerajaan membuat permohonan, kementerian membuat permohonan dan tiap- tiap tahun kita cuma berjaya untuk membina tiga atau empat buah hospital sahaja. So, saya dengan ini kita telah menyenaraikan hospital-hospital yang lain semua di bawah RMKe-11. Kita akan membuat satu master plan pada keseluruhannya dengan mengambil kira jumlah penduduk, jumlah katil yang tersedia ada, jumlah kegunaan katil yang tersedia ada di dalam hospital-hospital yang ada, jumlah klinik-klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan yang ada pada masa sekarang dan lepas itu membuat keputusan mengikut keutamaan. Kita akan cuba seberapa banyak yang boleh untuk pastikan bahawa apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat boleh diselesaikan di dalam RMKe-11.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini alasan kurang wang ini saya rasa tidak puas hatilah sebab kalau kita lihat daripada segi peruntukan pembangunan untuk Kementerian Kesihatan, semakin menurun. Jadi adakah- kalau kita lihat kepada pembentangan RMKe-10 itu, apabila dicadangkan supaya Kementerian Kesihatan kurangkan daripada segi pembekalan perkhidmatan, lebih kepada agensi penguat kuasa dan sebagainya. Jadi, adakah trend ini akan berterusan? Ini sebab kalau kita lihat dalam tiga, empat tahun ini, kalau kita lihat hospital swasta merata-rata yang baru keluar, dibangunkan. Akan tetapi untuk kementerian, yang setahu saya dalam dua, tiga tahun ini cuma sebuah hospital yang akan dibangunkan di Seri Iskandar, yang lain tidak ada, tidak ada hospital yang baru. Jadi, kalau trend ini berlaku, kalau Yang Berhormat Pendang hendak minta situ tetapi kalau peruntukan pembangunan tidak ada dan makin kekurangan, masalah duit tidak ada ini akan berterusan.

Ya, saya ingat di dalam mana-mana tempat di dunia pun perkara ini tidak dapat diselesaikan... [Ketawa] Ini kerana kalau kita lihat kepada sistem perkhidmatan yang ada di dalam negara kita. Di dalam public service health delivery yang ada pada masa sekarang, rakyat pada keseluruhannya yang menggunakan perkhidmatan sektor awam, segala kemudahan yang diberi ialah secara percuma. Kita tidak mengenakan apa-apa caj kepada perkhidmatan yang diberi. Dengan pemberian RM1 di dalam klinik pesakit luar, yang datang akan mendapat manfaat beberapa ratus Ringgit. Kalau mereka pergi ke hospital swasta, mereka membayar beberapa ratus Ringgit. So, kerana dengan kos yang menaik, kos peralatan naik, harga ubat naik, semua kos naik. Untuk memastikan bahawa kita boleh membina kemudahan mengikut apa yang telah dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini memang menghadapi satu cabaran. So, harapan kerajaan yang- tetapi kalau kita banding dengan negara-negara yang lain, di banyak tempat di negara di dunia yang lain ini.

Dalam segala penilaian yang dibuat oleh agensi-agensi antarabangsa, perkhidmatan kesihatan kita telah mendapat satu pengiktirafan yang tinggi. Ini kerana kita salah satu daripada negara yang telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dalam pemberian kesihatan. Kalau diikut struktur kesihatan kita, sampai ke peringkat akar umbi di mana-mana kampung pun kita mempunyai klinik-klinik. So, ini ialah kelebihan kepada sistem kesihatan kita. Dalam perkara ini memang dengan perkembangan teknologi yang baru, maka ada keperluan yang lebih. Semasa peruntukan yang tersedia dalam kerajaan, mana-mana kerajaan yang ada kena mengagihkan peruntukan kepada semua-semua kementerian yang ada. Ada tanggungjawab untuk kerajaan di mana kementerian diberi- saya ingat lebih daripada 8.4 peratus daripada semua peruntukan pada tahun ini, diberi untuk Kementerian Kesihatan. Kita kena secara bijaksana menggunakan peruntukan ini untuk mendapat satu perkhidmatan yang lebih luas sekali...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Menteri, kami minta mencelah.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Ada banyak indicator yang menunjukkan bahawa perkhidmatan kesihatan kita ialah satu perkhidmatan yang baik.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Mencelah.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sambung Pendang tadi ya. Baik Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, siapakah yang diberikan?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Pokok Sena?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Gopenglah, Yang Berhormat Gopeng, tambahan, tambahan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat kata masalah wang, masalah tidak ada wang. Tidak apalah, masalah tidak ada wang. Sepatutnya daripada awal tidak masuklah dalam RMKe-10. Sepatutnya dalam tempoh RMKe-10 dia tahu berapa banyak hospital yang sepatutnya dengan kedudukan kewangan negara yang ada ini cukup untuk pembinaan hospital. Sepatutnya tidak perlulah pergi pacak tiang, letakkan papan tanda hospital, menaruh harapan kepada orang Pendang, sepatutnya begitu. Ini bila pergi pacak, pergi naikkan papan tanda, seolah-olah confirm ada duitlah itu kalau tidak, tidak akan pergi letak papan tanda. Sekarang Menteri pula beritahu tidak ada duit.

Saya difahami bahawa pada...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya fikir satu perkara yang macam disebut oleh Yang Berhormat Bintulu sebelum ini, kongkalikung punya pentadbiranlah, betulkah?

Saya difahamkan pada masa dahulu projek ini dicadangkan melalui PFI. PFI yang lepas itu tidak berjaya dijalankan dan kerajaan telah memutuskan bahawa melalui kerajaan. Pada masa itu kerana ia tidak disenaraikan dalam senarai peruntukan pembangunan, sekarang pada RMKe-11 kita kena masuk dalam senarai itu...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua perkara sahajalah. Pertama, saya tidak senanglah dengan kenyataan yang mengatakan bahawa datang ke hospital kerajaan semua percuma. Ini kerana sebenarnya inilah sebabnya kita bayar cukai. Kita bayar cukai supaya kerajaan dengan duit cukai yang dikutip boleh berikan perkhidmatan kesihatan, ini satu. So, saya rasa tidak betullah ia percuma. This is what you are supposed to use the government’s fund for. This is what taxation is about, nombor satu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nombor dua, dalam keadaan tidak ada ataupun tidak cukup duit, saya terkejut mengapa dalam soal pembinaan Hospital Shah Alam yang saya berbahas dengan Menteri Kerja Raya sejak tahun 2009, dia tidak peka tentang persoalan penjimatan wang. Saya telah beritahu dari dahulu bahawa hospital itu bermasalah. JKR melalui kementerian, ambil alih projek itu, manfaatkan kontraktor yang sedia ada di sana, yang sub kontraktor-sub kontraktor yang buat kerja itu. Ada juga yang sanggup melakukannya dengan memberikan diskaun lagi tetapi akhirnya, tender baru, tambah lagi dua tahun sampai sekarang pun tidak siap, nilai kerja pun RM70 juta lagi. So, ini pembaziran dan duit tidak cukup oleh sebab pengurusan yang tidak cekap. So, saya minta kalau boleh perbetulkan.

Isu Hospital Shah Alam, saya pun telah jelaskan beberapa kali di dalam Dewan ini dan ia telah melalui satu perjalanan yang mungkin tidak berapa sihat. Telah diselamatkan pada masa sekarang dan akan berkongsi pada perawalan tahun depan. So, Yang Berhormat boleh puas hati dengan keadaan itu. Biarlah saya teruskan...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Minta laluan, minta laluan!

Last one ya, last one.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Last one, minta laluan, minta laluan. Gopeng, Gopeng!

Yang Berhormat Gopeng, last.

Saya ada tanya pasal hospital. Menteri, Menteri!

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya pergi ke tajuk yang lain.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini khusus kepada daripada segi penyampaian perkhidmatan kesihatan. Memang saya iktiraf bahawa sistem perkhidmatan kesihatan awam ini memang cemerlang daripada segi prestasi. Cuma saya bimbang untuk masa hadapan, adakah kecemerlangan ini akan kita kekalkan atau pun adakah kita akan tambah baikkan. Ini yang paling penting, sebab saya rasa bimbang kerana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh apabila dicadangkan supaya perkhidmatan itu akan dikurangkan, peranan kementerian lebih kepada kawal selia dan sebagainya. Jadi, kita juga lihat daripada segi peruntukan untuk pembangunan semakin berkurang. Jadi saya berharap apabila kita merancang untuk RMKe-11, trend ini kita boleh reverse supaya peruntukan untuk pembangunan di bawah kementerian ditambahkan. Ini kerana kita tahu daripada segi total health expenditure, perbelanjaan keseluruhan akan lebih efisien apabila sistem awam itu lebih baik, lebih cemerlang. Jadi, ini harapan saya. Terima kasih.

Terima kasih. Cuma, secara ringkas ialah kita akan memberi tumpuan untuk memperkukuhkan lagi public health dan preventive health dan primary health sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kestabilan dan taraf perkhidmatan kesihatan kita pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Sepang telah minta supaya sebuah hospital dibina di kawasan Sepang. Buat masa ini Daerah Sepang telah pun mempunyai sebuah hospital iaitu Hospital Serdang. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah diluluskan peruntukan bagi membina sebuah hospital pusat perubatan UPM bersebelahan dengan Hospital Serdang dan kementerian akan mengambil maklum akan permohonan untuk membina sebuah hospital di Daerah Sepang. Cadangan itu akan diteliti dan diselaraskan dengan perancangan pembangunan fasiliti kesihatan keseluruhan negara. Yang Berhormat Hulu Rajang telah minta supaya Hospital Kapit dibesarkan...

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya tidak? Yang Berhormat Menteri boleh tanya sedikit?

Yang Berhormat Sepang, okey-okey.

Tadi kata Sepang telah pun ada hospital iaitu di Serdang. Ini apa punya jawapan ini. Kita Daerah Sepang. Serdang bukan Daerah Sepang.

Hospital Serdang.

Hospital Serdang bukan di Sepang. Mana boleh Hospital Sepang sudah ada tetapi dia ada di Serdang. Ini jawapan apa ini. Saya bukan hendak...

Bukan Hospital Sepang. Penduduk di Sepang ini sekarang boleh mendapat rawatan di Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Hospital Kajang...

Masalahnya Yang Berhormat Menteri...

…Dan hospital yang akan dibina di tepi Hospital Serdang juga. So, sudah empat kemudahan yang tersedia ada.

Yang Berhormat Menteri, saya minta...

Saya tidak cakap apa yang diminta oleh Yang Berhormat, tidak boleh. Seperti yang saya sudah jelaskan, tiap-tiap Ahli Parlimen mahu hospital di kawasan masing-masing dan kita kena lihat kepada rancangan keseluruhan kemudahan kesihatan tersedia ada...

Sebab saya difahamkan sudah ada tapak.

Dan lepas itu asas kepada rancangan itu dan asas kepada kemudahan-kemudahan kesihatan yang tersedia ada, kalau kerajaan dengan mengambil kira kawasan-kawasan lain yang masih memerlukan kemudahan kesihatan. Lepas itu, ini boleh dimasukkan dalam rancangan. Apa yang saya jelaskan untuk penduduk di dalam kawasan Sepang, hospital-hospital yang berhampiran ini memberi perkhidmatan di mana mereka boleh mendapatkan kemudahan buat semasa sampai kita membuat apa-apa keputusan tentang membina sebuah hospital di dalam Hospital Sepang.

Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan sudah ada tapak iaitu di Bandar Baru Salak Tinggi.

Tapak itu ialah kepunyaan hospital. I mean Kementerian Kesihatan untuk membangunkan pelbagai jenis kemudahan kesihatan.

Saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh minta Yang Berhormat Menteri cadangkan. At least kalau tidak boleh RMKe-10 ini pun RMKe-11 sebab penduduk sudah semakin bertambah dan jarak daripada sebuah tempat ke tempat itu jauh. Sepang ini mempunyai sebuah kawasan yang luas. Jadi, kalau ada sebuah hospital, ini lebih membantu rakyat di situ. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri kalau di Serdang kah, di Putrajaya memang dia punya queue terlalu panjang dan mereka buat kompelin kepada Ahli Parlimen. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh, at least dalam RMKe-11 pun saya tidak ada masalahlah. Saya minta Yang Berhormat Menteri, tolong.

Okey, okey.

Terima kasih.

Baik. Yang Berhormat Hulu Rajang telah minta supaya Hospital Kapit dibesarkan bagi memenuhi keperluan penduduk dan cadangan bagi menaik taraf Hospital Kapit telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan dan namun begitu permohonan semula cadangan menaik taraf hospital ini akan dikemukakan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang Berhormat Sungai Siput telah menyatakan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan penghijrahan doktor pakar ke hospital dan klinik swasta.

Yang Berhormat telah mencadangkan bahawa kita membekukan sahaja pembangunan pembinaan hospital swasta bagi mengatasi, melambatkan masalah penghijrahan ini. Kementerian Kesihatan mengawal selia dan mengawal penubuhan dan pelesenan hospital swasta selaras dengan peruntukan tetapi dalam sistem yang ada pada masa sekarang dalam sistem ekonomi terbuka, sebarang pembangunan yang dibawa ke negara adalah berasaskan kepada keperluan rakyat. Penubuhan hospital swasta adalah berdasarkan kepada keperluan terhadap kemudahan dan perkhidmatan perubatan di sesuatu kawasan yang tertakluk peruntukan undang-undang yang sedia ada. So, kalau ada pihak swasta yang sudi dan sedia untuk melabur dalam pembangunan satu-satu hospital di dalam sebuah kawasan di mana zonnya dibenarkan, kerajaan tidak boleh menghalangkan mereka di dalam membangunkan hospital itu...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh saya menambah sedikit. Saya rasa apa yang perlu kita lakukan ialah bukan menyekat pembangunan di hospital swasta dan penghijrahan ke swasta kerana itu sukar dalam ekonomi terbuka seperti kita. Akan tetapi kita perlu sangat meningkatkan kerjasama antara sektor kerajaan dan swasta. Misalannya katalah di Alor Setar misalnya ada satu test tentang yang ada di swasta dan sukar didapati di pihak kerajaan, maka kita perlu memudahkan. Begitu juga dengan scanning machine, dan lain-lain lagi, MRI, tidak semua perlu ada di pihak kerajaan. Cuma kerjasama itu perlu dipermudahkan lagi. Terima kasih.

Terima kasih. Ini ialah satu kaedah yang sedang digunakan di beberapa buah tempat pada masa sekarang. Contohnya di dalam menggunakan MRI scan dan menggunakan facility radio therapy yang tidak ada di dalam hospital kerajaan tetapi ada di dalam hospital swasta. Kerajaan telah membeli service, perkhidmatan ini daripada peringkat swasta. Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, salah satu kaedah yang kita sedang lihat ialah untuk macam mana kaedah boleh diperluaskan dan kerajaan boleh mendapat satu kerjasama yang lebih erat di antara pihak swasta dan pihak awam supaya kemudahan- kemudahan yang di dalam swasta boleh digunakan secara synergistic dengan apa yang tersedia ada dengan kemudahan di dalam kerajaan. Yang Berhormat Kota Melaka telah bertanya tentang pembinaan hospital baru Melaka...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini soal kekurangan pakar di hospital kerajaan. Oleh sebab saya rasa ada beberapa perkara yang boleh kita pertimbangkan. Yang pertama sama ada kita boleh memberi laluan atau pun kalau perlu memaksa doktor-doktor di sektor swasta supaya mereka berkhidmat di hospital kerajaan mungkin satu sesikah, dua sesi setiap minggu. Ini adalah antara cara yang kita boleh lakukan walaupun saya memang doktor pakar di swasta. Kedua, purchase service bukan setakat daripada segi scan. Misalannya kalau kes- kes yang perlukan pembedahan di swasta. Misalnya kneel replacement, cataract surgery dan sebagainya boleh dibuat di swasta dan mungkin melalui kementerian. Jadi, kementerian mungkin tidak ada kemudahan yang mencukupi tetapi boleh membeli perkhidmatan tersebut dari hospital swasta supaya sistem penyampaian boleh dipertingkatkan. Ini cadangan saya untuk dipertimbangkan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Cadangan yang pertama iaitu untuk memaksa doktor daripada swasta untuk kerja itu satu perkara yang mungkin susah sedikit. Akan tetapi pada masa sekarang memang mereka dibenarkan kalau daripada segi secara kesukarelawan. Kalau mereka mahu datang dan buat apa-apa lokum service di dalam hospital kerajaan, mereka dibenarkan datang mengikut kaedah bayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan tetapi masalah ialah kerana bayaran kita ini tidak berapa menarik kepada mereka yang di swasta.

Mereka tidak datang kerana kalau di swasta di dalam satu jam mereka boleh dapat RM1,000. Mereka tidak akan datang ke peringkat sektor awam kalau sektor awam tidak bayar kaedah yang sama. Itu satu isu yang pertama. Untuk menjawab cadangan yang kedua ini iaitu untuk membeli services. Kita sedia kalau harga pembelian service ini sama dengan harga perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan. Contohnya kalau di kerajaan untuk katarak surgery ialah RM2,000, contohnya. Kalau kerajaan mahu beli service yang sama daripada swasta, kalau boleh dibeli dengan RM2,000 memang sedia dan sudi untuk buat itu. Kalau pembelian ini lebih daripada itu, kalau belian ini ialah RM4,000, ini akan mewujudkan satu isu yang besar. So, oleh ini ialah perkara-perkara yang mungkin menjadi isu dalam usaha kita untuk- daripada segi prinsip kerajaan sudi supaya buat ini kerana ini akan mengurangkan beban kerajaan untuk membina, memperluas lagi kemudahan-kemudahan dan infrastruktur. Akan tetapi isu ialah bayaran yang patut dibuat. Kalau we can have a balance on that, mungkin perkara ini boleh dibincangkan dan diteruskan. Ya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Cuma cadangan pertama saya itu.

Ada belakang saya ingat. Okey, bagi belakang.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Yang Berhormat Menteri memberi peluang kepada Yang Berhormat Bakri sini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapatkan jenis doktor-doktor asing yang diterima khidmat mereka dalam negara ini mengikut pecahan negara asal, negeri, tempat berkhidmat, kepakaran, kelayakan dan jantina. Adakah terdapat sebarang garis panduan dan peruntukan undang- undang berhubung perkara ini dan berapakah jumlah kemasukan pesakit daripada negara lain ke hospital-hospital swasta dalam negara mengikut pecahan negara asal, jenis penyakit, jantina, hospital yang dimasuki untuk lawatan dan negeri-negeri? Akhir sekali, adakah terdapat sebarang peruntukan undang-undang dan garis panduan berhubung perkhidmatan dari hospital swasta. Berapa hospital swasta yang mempunyai iklan komersial sendiri selain daripada KPJ? Berapakah lesen pengiklanan yang telah dikeluarkan kepada hospital-hospital ini? Minta penjelasan atau jawapan. Terima kasih.

Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya teruskan dengan berkenaan dengan cadangan pertama saya tadi. Walaupun kita tahu kalau kita hendak ikut kaedah biasa, mungkin sukar untuk memaksa pakar untuk berkhidmat di hospital kerajaan tetapi saya rasa ada cara-cara yang lain sama ada kita gunakan sebagai CSR untuk doktor tersebut, sebahagian daripada keperluan untuk pendaftaran Majlis Perubatan selain daripada CME iaitu Continuing Medical Education. Jadi ini kaedah-kaedah yang boleh digunakan. Yang kedua, saya tahu walaupun digalakkan tetapi kalau seorang doktor pakar di swasta hendak berkhidmat di hospital kerajaan, mekanisme itu agak rumit. Bukan senang kita hendak masuk saja dan kita mesti ada satu cara yang menyenangkan supaya proses tersebut sameness.

Okey, baik. Terima kasih. Kalau ada dalam proses yang tersedia ada, kalau ada halangan-halangan tertentu yang menyusahkan mereka, yang membebankan, saya akan lihat kepada itu untuk melicinkan dan tentang cadangan yang lain Yang Berhormat saya akan mengambil kira. Tentang soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bakri, Tuan Yang di-Pertua, ini soalan-soalan baru dan saya sedang jawab kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan semasa perbahasan. So, saya kena bagi jawapan itu secara bertulis. Tentang Hospital Melaka. Pada masa sekarang apa yang kerajaan sedang buat ialah untuk meningkatkan lagi taraf kemudahan yang tersedia ada di Hospital Melaka. Pelbagai beberapa langkah. Salah satu daripada itu ialah untuk mengurangkan kesesakan yang sedia ada di Hospital Melaka melalui kewujudan satu sistem kluster hospital iaitu di antara Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah. Di mana pakar dari Hospital Melaka akan pergi ketiga-tiga hospital dan ini akan mengurangkan jumlah pesakit yang akan datang dari kawasan Alor Gajah dan Jasin ke Hospital Melaka. Selain daripada itu, kerajaan pun telah ada langkah-langkah untuk membina sebuah blok tambahan di tapak tempat letak kereta sedia ada bagi menempatkan kemudahan wad tambahan, dewan bedah, klinik pakar, pusat rawatan harian.

Sebagai langkah seterusnya, ada cadangan untuk memindah kolej jururawat ke sebuah tapak yang baru dan lepas dipindah, kerajaan akan membangunkan blok wanita dan kanak-kanak untuk Hospital Melaka di tapak itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bintulu telah membangkitkan isu tentang pengiktirafan pelajar perubatan daripada universiti di China, Taiwan dan Indonesia. Pada masa ini terdapat sejumlah dua buah universiti di negara China, lapan buah universiti di negara Taiwan dan sejumlah 13 buah universiti di negara Indonesia yang mana kursus perubatan mereka diiktiraf di negara ini. Sehubungan dengan ini, universiti yang diiktiraf ini disenaraikan di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan dan mana-mana pelajar yang berjaya menyempurnakan dan lulus dalam pengajian perubatan di hospital universiti berkenaan akan layak untuk diberikan pendaftaran provisional registration oleh Majlis Perubatan Malaysia untuk menjalani latihan siswazah...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

[Bangun]

Bagi pelajar yang lulus dari universiti yang tidak tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan, mereka terpaksa menduduki peperiksaan ujian perubatan atau MQE dan jika berjaya baru mereka layak untuk dipertimbangkan bagi diberi provisional registration bagi membolehkan mereka menjalani latihan siswazah. Pada masa kini terdapat sejumlah lebih daripada 378 buah universiti dari 36 buah negara yang tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan dan jumlah pegawai perubatan yang diterima menjalani latihan siswazah menjangkau hampir 5,000 dalam tahun 2013. Ya.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu dulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan diberi bagi tahun 2014. Memang kita dua buah universiti, lapan dari negeri China dan lapan dari Taiwan. Jadi kita daripada sesi penggal yang lepas, bekas Yang Berhormat Menteri Kesihatan sudah janji, contoh macam di negeri China ada 11 buah universiti. Kita janji mesti akan diiktiraf. Isu ini besar, MQA. Semua setuju, Perdana Menteri pun sudah umum tetapi hari ini kita iktiraf dua saja. Sembilan lagi kita tidak iktiraf termasuk sama jugalah macam Taiwan, kemungkinan Indonesia juga. Memang Yang Berhormat Menteri ada beritahu kata siapa-siapa kalau belum lagi dalam senarai itu, pergi MQE, mahu pergi test itu semua tetapi Yang Berhormat Menteri mesti ada sedar, ibu bapa termasuklah mahasiswa-mahasiswa tidak berpuas hati. Balik lagi pergi take exam lagi, enam bulan lagi, dia masuk lagi RM25,000 hingga RM30,000. Inilah yang mereka rasa- Malaysia ada double standard. Menteri sudah umum tetapi tidak boleh dilaksanakan. Kita janji satu, buat lain. So, saya rasa MMC bolehlah turun padang sampai pergi ke negara masing- masing. Kita buatlah dan lihat. Patut itu masa dalam MQA sebelum umum ini. Ini perlu selesaikan dulu baru umum. Jangan kita umum atas syok sendiri saja nanti rakyatlah marah. Inilah kongkalikung, rakyat cerita sama kita.

Terima kasih Yang Berhormat, saya setuju dengan apa yang dikatakan bahawa sebelum diumumkan satu kajian dan siasatan yang dalam perlu dibuat. Akan tetapi saya boleh memberi keterangan tentang keadaan, tentang pengiktirafan, jumlah doktor yang ada di dalam negara.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh saya tambah sedikit.

Apa, ya?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh saya tambah sedikit, isu yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memahami bagaimana pengiktirafan dibuat khususnya peranan MMC, Malaysian Medical Council kerana kadang-kadang alasan yang diberi ialah tidak mencapai tahap tertentu yang telah diputuskan oleh Malaysian Medical Council. Kadang-kadang kita difahamkan MQA, kadang-kadang Kementerian Pendidikan. Jadi peranan ini masing-masing dan dalam masa yang sama pemahaman saya tentang Malaysian Medical Council atau MMC, ialah kerjanya untuk melihat perjalanan profesionalisme dan tugas para doktor, administering and also maintaining the standard, dengan izin, bukannya menentukan kelayakan medical college atau universiti. Terima kasih.

Terima kasih. Peranan MMC selain daripada mengawal selia pengawal perubatan yang telah didaftarkan sebagai practicing practitioners ialah untuk memberi pengiktirafan untuk kolej-kolej yang mengeluarkan mereka dalam jurusan perubatan supaya adakah kolej ini boleh diiktiraf atau tidak boleh diiktiraf. Itu peranan di bawah akta. Oleh itu, selaras dengan peranan ini, proses yang dibuat yakni proses pengiktirafan ialah dibuat dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melalui MQA dan MMC di mana ada beberapa langkah yang dibuat termasuk lawatan kepada kolej-kolej yang berkaitan, lihat kepada kurikulum mereka, lihat kepada kemudahan-kemudahan yang ada dalam tempat itu, lihat kepada tenaga pengajar yang ada, adakah ia mencukupi atau yang di kurang dan selepas itu dibuat satu keputusan. So, memang ada satu proses yang telah ditetapkan. Akan tetapi di sebaliknya Jemaah Menteri beberapa tahun dahulu, saya ingat tahun 2010 kalau saya tak lupa, telah membuat satu keputusan, satu-satu moratorium terhadap pengiktirafan atau kelulusan kolej-kolej yang baru. Ini disebabkan kerana pada masa sekarang seperti yang saya telah sebut tadi, kita ada lebih kurang 5,000 orang houseman yang datang pada tiap-tiap tahun. So, itu bermaksud di dalam tujuh tahun yang akan datang, jumlah yang baru ini 35,000. So jumlah doktor di dalam negara ini pada masa sekarang ialah nisbah 1:660. Di dalam beberapa tahun yang akan datang saya ingat mungkin nisbah ini akan turun untuk 1:400 atau kurang daripada 400. Bila isu ini terjadi, ada beberapa maslah yang akan dihadapi oleh sistem kita. Salah satu ialah kebolehan kita untuk memberi mereka latihan yang mencukupi. Dalam sistem siswazah, houseman training, bolehkah kemudahan-kemudahan yang tersedia ada mencukupi untuk memberi latihan kepada jumlah yang keluar begitu banyak kerana perkara-perkara ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk buat sementara kerana jumlah doktor pun sudah capai kepada satu tahap yang boleh dikatakan memuaskan, nisbah yang baik sekarang 1:660, probably lower than that dan dengan ini kita memastikan bahawa kita menyediakan kemudahan yang sesuai supaya mereka ini boleh dilatih secara baik untuk memberi perkhidmatan yang baik dan selamat kepada pesakit kita. Itulah sebab moratorium ini dibuat. Oleh itu tidak boleh mendapat kelulusan untuk kolej-kolej baru di dalam negara kita dan tidak pengiktirafan kepada kolej-kolej yang lama. Tentang apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bintulu ialah perkara yang berbeza sedikit kerana kita sudah buat pengumuman dan saya terima pandangan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bintulu dan kena semak balik apa keputusan yang telah dibuat pada masa itu, adakah asas pengumuman itu, dan adakah satu keputusan dibuat untuk memberi pengiktirafan selepas segala proses ini sudah diselesaikan sebelum saya boleh memberi satu jawapan muktamad kepada Ahli Yang Berhormat Bintulu. Ya, boleh selesai itu isu?

Ya, belum. Ini pengiktirafan saya mahu selesai dahulu.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Bilakah nak selesai?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masa ini sekarang jadi satu isu. Di Sarawak pun jadi satu isu. Di semenanjung saya rasa pun jadi satu isu. Ini pasal kita sudah umum. Bolehkah Kementerian Kesihatan dalam perbincangan ataupun apa sudah umum dalam masa itu Perdana Menteri sudah umum, MQA sudah setuju, MAC jalanlah buat pengiktirafan, seberapa universiti, apa kita sudah umum. Kita kasi selesai dahulu. Nanti kemudian baru punya belakang kita kaji. Inilah kita menunjukkan apa kita janji, serupa kita bikin. Janganlah kita janji tidak serupa bikin pasal nanti janganlah bila sudah pembangkang, nanti bila pilihan raya Sarawak nanti, dia jadi satu political issue lagi. dia bangkit, dikasi twist habis-habis. Boleh tak Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih, saya dengar apa yang di cakap ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Menterilah tentang itu sama ada kita mampu untuk memberi latihan yang mencukupi kepada training doctor ataupun houseman kerana kalau ikut satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dalam sini menyatakan bahawa bilangan ini Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang sedang menjalani latihan siswazah pada tahun 2013 jumlahnya adalah sebanyak 4,991 dan kalau mengikut satu unjuran graduan perubatan bagi tempoh lima tahun yang akan datang, pada tahun 2019, bilangan graduan perubatan sebanyak 5,968. Akan tetapi kita tahu, tahun ini untuk IPTA kita, jumlah pelajar perubatan ini sebanyak 1,019. Untuk IPTS sahaja, jumlah pelajar perubatan ini sebanyak 8,344. Jadi maksudnya pada tahun ini sahaja, pelajar perubatan untuk tahun pertama ini sudah mencapai 9,363 dan pelajar- pelajar ini akan tamat pelajaran mereka pada tempoh masa lima tahun iaitu pada tahun 2019. Jangan kita lupa mereka yang sedang belajar di luar negeri. Mereka juga akan balik ke Malaysia dan haraplah boleh dapat kita cakap housemanship di hospital kerajaan. Akan tetapi nampaknya kemampuan kita pada tahun 2019, pada masa itu kami hanyalah mampu untuk menerima bilangan graduan yang tidak sampai 6,000 orang. Jadi maksudnya, kita akan menghadapi satu masalah di mana 4,000 sampai 5,000 orang graduan perubatan, mereka tiada peluang untuk menerima latihan ini di hospital kerajaan. Jadi saya mintalah apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Adakah Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada perbincangan dengan Menteri Pelajaran kerana saya rasa nampaknya ada kekurangan collaboration ataupun perbincangan di antara kedua-dua kementerian ini dan akan membawa satu disaster. Terima kasih.

Okey, terima kasih. Akan tetapi butiran yang diberi...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri..

Butiran yang diberi oleh Yang Berhormat tentang jumlah di IPTS ini kena disemak balik. Mungkin butiran itu terdapat, so untuk ini untuk satu tahunkah atau jumlah untuk beberapa tahun.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Untuk maklumat, ini jawapan dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga. Jadi kalau perlu saya bolehlah beri sesalinan. Terima kasih ya.

Okey, you boleh beri, saya akan semak balik tetapi dalam anggaran kita pada masa sekarang, mungkin kalau ambil semua, ambil kira semua daripada IPTA, IPTS dan yang datang dari luar negara mungkin dalam lingkungan 5,000 orang yang datang pada setiap tahun. Itu maksimum yang boleh diterima oleh sistem yang sedia ada untuk memberi latihan yang boleh dikatakan memuaskan. Kalau ia lebih daripada itu dan itu akan menjejaskan sistem yang tersedia ada. Kalau latihan siswazah itu tidak baik dan hasil daripada itu tak baik dan perkhidmatan yang mereka akan bagi untuk rakyat Malaysia tidak boleh dikatakan sampai satu tahap yang baik. Oleh itu isu moratorium yang dikenakan ini ialah untuk menangani perkara ini. akan tetapi ini sedikit beza daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu iaitu tentang keputusan kerajaan dan kebolehan kerajaan untuk menunaikan apa yang telah diputuskan. Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini berkenaan dengan moratorium tersebut Yang Berhormat.

Okey. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baru masuk. Ini khusus kepada moratorium. Memang ada moratorium diluluskan yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 hari bulan Mei 2011 dan saya ada jawapan daripada Menteri Pendidikan berkenaan dengan IPTS yang diberikan kelulusan untuk melaksanakan kursus perubatan di peringkat ijazah sarjana muda.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Antaranya selepas 1 hari bulan Mei, selepas moratorium itu diluluskan, 26 kursus diluluskan walaupun ada moratorium untuk bekukan kursus-kursus yang baru. Apakah makna moratorium tersebut? Adakah kita ada moratorium dan buangkan dalam tong sampah?

Biar saya jelaskan itu. Ada yang permohonan telah dibuat sebelum tarikh moratorium itu dibuat. So, bila permohonan sudah dibuat ada yang setahun dahulu, dua tahun dahulu dan dalam proses tetapi keputusan tidak dibuat, so, apa yang kerajaan buat, mereka yang sudah mohon terlebih dahulu di mana mungkin keputusan tidak dibuat sebelum tarikh yang telah ditetapkan, mereka telah dibenarkan untuk carry on the process. Akan tetapi apa yang dimaksudkan selepas tarikh moratorium, permohonan baru tidak diterima untuk dilaksanakan. Itu mungkin apa yang telah berlaku.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Menteri, saya..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Yang Berhormat Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Ini yang last ya, Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas itu saya teruskan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Berkenaan moratorium, tambahan sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gopeng, saya- Yang Berhormat Menteri, satu jam setengah Yang Berhormat Menteri.

Saya ingat ini last.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya ingat tidak ada pencelahanlah.

Yang Berhormat Kuala Krai last lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya ingat Yang Berhormat Menteri, kalau belum habis, jawapan bertulislah Yang Berhormat Menteri.

Ya, okey.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih, last sekali Tuan Yang di-Pertua. Kuala Krai diizinkan tadi. Saya bersetuju kalau moratorium ini dilaksanakan kerana jumlah yang sedang belajar dan yang balik cukup ramai dan kesediaan kita untuk melatih doktor siswazah ini boleh kita pertikaikan. Cuma, saya hendak bertanya sama ada kerajaan, baik Kementerian Kesihatan mahupun Kementerian Pelajaran, mengambil kira universiti-universiti yang sudah pun diluluskan kokurikulum mereka? Seperti apa yang berlaku kepada Allianze University- College of Medical Sciences. Ini merupakan satu titik hitam dalam pendidikan perubatan di negara kita kerana sebelum ini belum ada lagi kolej perubatan yang mengalami masalah yang sama. Jadi, apakah langkah-langkah yang kita hendak ambil untuk memastikan bukan sekadar kokurikulumnya diiktiraf tetapi keupayaan kewangan dan pentadbirannya pun juga diawasi supaya tidak berlaku apa yang berlaku kepada AUCMS ini? Terima kasih.

Terima kasih. Daripada segi the academic component iaitu asas yang digunakan untuk memberi mereka pengiktirafan, perkara ini disemak balik secara berterusan daripada keupayaan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada, tenaga pengajar dan kokurikulum mereka. Kalau ada apa-apa perkara yang membimbangkan, ada kuasa di bawah MMC supaya tarik balik accreditation yang telah diberi. Akan tetapi apa yang berlaku di AUCMS ini isu kewangan. It is a financial management module. Perkara ini tidak dikawal oleh MMC. Saya tidak tahu Kementerian Pendidikan ada kuasa untuk membuat sedemikian untuk lihat the balance sheet mereka dan macam mana mereka membuat business dan untuk pastikan bahawa adakah ini ada kapasiti untuk diteruskan untuk masa hadapan yang tidak ada.

Akan tetapi, ini kadang-kadang berlaku dan sekarang kita telah mengambil langkah untuk menjelaskan isu yang dihadapi oleh murid-murid dari kolej itu. Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana telah memberi pandangan-pandangan yang baik dan bernas yang akan meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan yang telah diberi oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani. Boleh satu jam Yang Berhormat Menteri? Okey, terima kasih.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian yang khusus terhadap perkembangan sektor pertanian negara sepanjang perbahasan Bajet 2015 di peringkat dasar pada kali ini. Untuk makluman Dewan, seramai 27 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan pelbagai isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Beruas telah membangkitkan isu berkenaan pencerobohan kawasan penangkapan ikan oleh pukat tunda. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima pelbagai aduan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 termasuk pencerobohan kawasan penangkapan ikan khususnya di Zon ‘A’ semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Masalah pencerobohan kawasan menangkap ikan bukan sahaja menjejaskan mata pencarian nelayan tradisional tetapi juga menimbulkan konflik dengan nelayan komersial. Bagi tujuan menjaga sumber perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia turut berusaha untuk membendung aktiviti pukat tunda yang menceroboh kawasan penangkapan ikan itu. Antara langkah yang sedang diambil adalah seperti berikut. Pertamanya, kadar kompaun bagi kesalahan menceroboh kawasan Zon A oleh pukat tunda telah pun dinaikkan kepada RM3,000 bagi vessel pukat tunda kurang dan sama 40 grt dan digantung lesen mereka selama setahun; RM6,000 bagi vessel pukat tunda muatan 40 hingga 70 grt dan digantung lesen selama setahun; dan RM12,000 bagi vessel pukat tunda bermuatan melebihi 70 grt di samping menggantung lesennya. Kedua, kita juga memperbanyakkan kawasan tukun tiruan yang bertujuan bagi pemeliharaan sumber perikanan dan sebagai penghalang kepada pencerobohan pukat tunda. Sejumlah 115 buah tapak tukun tiruan telah dibina di seluruh Malaysia pada tahun 2006 sehingga 2010 dan program ini diteruskan di dalam RMKe-10 di mana 21 buah tapak baru lagi dibina di Kedah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Sabah. Ketiganya, yang terbaru ialah saya baru sahaja mengumumkan bahawa pukat tunda akan diharamkan penggunaannya di Zon ‘B’ mulai daripada 1 Januari 2016. Ini bagi mengurangkan pencerobohan pukat tunda dari Zon ‘B’ ke Zon ‘A’ bagi menjaga khazanah laut di Zon ‘A’ dan juga bagi melindungi kepentingan nelayan-nelayan miskin di Zon ‘A’. Pada tahun 2013, sejumlah 281 kes pukat tunda telah pun diambil tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan jawapan Yang Berhormat Menteri bahawa kita mesti tegas dalam, dengan izin, enforce ataupun melaksanakan peruntukan undang-undang bahawa bot lesen B tidak boleh mencerobohi Zon ‘A’ di mana sampan-sampan ataupun nelayan-nelayan kecil menangkap ikan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Akan tetapi masalahnya ialah pencerobohan, dan inilah akibat daripada sumber- sumber yang saya dapat ialah kerana pihak penguat kuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan yang cekap dan kebanyakannya sumber yang saya dapati ialah kerana isu rasuah. Akan tetapi akhirnya, oleh sebab pihak penguat kuasa tidak melaksanakan kerja dengan baik, nelayan-nelayan yang tidak bersalah yang betul-betul melaksanakan penangkapan ikan, ikan tunda secara baik di luar zon lima nautical miles menjadi mangsa. Jadi kita bagi satu, dengan izin, solutions that is not meeting the cause atau pun masalah itu.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kita tidak boleh kata kerana ada kemalangan jalan raya, semua tidak payah pakai kereta. Jadi yang patut dikuatkuasakan, untuk memastikan pegawai-pegawai menjalankan tugas kerana harap Menteri pun setuju 5 nautical mile sudah memadai atau mencukupi untuk nelayan-nelayan Zon ‘A’ menangkap ikan dan 5 nautical mile pun sudah mencukupi untuk memastikan sumber ikan ataupun laut dapat membiak dengan baik dalam 5 nautical mile. Tambahan lagi pengumuman yang baru mengharamkan semua kegiatan bot tunda di Zon ‘B’ akan merugikan nelayan ratusan juta ringgit. Bot-bot besar kalau langsung tidak boleh dibenarkan menangkap ikan, apa akan terjadi kepada keluarga-keluarga bot-bot yang sudah dibina. Tambahan lagi, apa kajian yang dibuat kerana masalahnya bukan kerana masalah jom tangkap ikan ini? Masalahnya kerana ketidakcekapan menguatkuasakan undang-undang. Jadi saya berharap dengan izin, regulating is more effective than banning. Juga kita tahu ramai nelayan kita ini orang-orang muda pun tidak hendak lagi jadi nelayan. Kalau kita tidak galakkan dan hapuskan sesuatu industri, negara kita akan menghadapi satu masalah bekalan ikan dan hasil lautan kelak. Setiap tahun daripada jawapan Menteri kita mengeluarkan setiap tahun tambahan wang untuk mengimport barangan makanan dari luar negara terutamanya protein dari laut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, habis.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, saya harap Menteri dapat mengkaji semula isu ini dan give the right medicine for a correct sickness. Jangan menjadikan nelayan yang hidup secara honest living yang jadi mangsa kerana ketidakcekapan pihak penguat kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, minta pencelahan ini bukan berbahas, minta penjelasan. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya sebutkan tadi, penguatkuasaan terus dijalankan. Oleh sebab itu, saya sudah sebutkan tadi sepanjang tahun 2013 pun pukat tunda ataupun tangkapan terhadap pukat tunda sebanyak 281 kes. Bermakna penguatkuasaan terus dilaksanakan. Tidak timbul soal akan hilang mata pencarian kepada pengusaha pukat tunda apabila kita mengharamkan penggunaan pukat tunda tersebut. Pukat tunda yang diharamkan bukan bermula esok ataupun 1 Januari 2015. Kita beri tempoh setahun iaitu pada 1 Januari 2016 kepada Zon ‘B’ dan untuk menggantikannya sebagai alternatif kepada pukat tunda tersebut, kita telah pun membenarkan kembali penggunaan pukat jerut yang kita benarkan mulai 1 Januari 2015. Jadi bermakna walaupun tahun 2016 kita mula haramkan pukat tunda di Zon ‘B’, mereka sudah pun boleh memulakan menggunakan pukat jerut yang telah pun tidak dibenarkan tersebut mulai 1 Januari 2015. Jadi mereka telah boleh mula menggunakan pukat jerut yang dianggap lebih selamat di dalam menjaga khazanah laut dan sebagainya. Tidak timbul mereka tidak boleh mendapat pendapatan kerana mereka boleh menggunakan pukat jerut malah di negara jiran kita Indonesia, pukat tunda diharamkan terus sama ada di peringkat Zon ‘B’, Zon ‘C’ ataupun Zon C2 sedangkan kita mengharamkan di peringkat Zon ‘B’ dan tidak lagi mengharamkan di peringkat Zon ‘C’ ataupun Zon C2. Jadi mereka boleh lagi bertukar kepada Zon C2 ataupun Zon ‘C’ kalau ingin menjalankan perusahaan peringkat tunda dan sebagainya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Minta penjelasan.

Jadi saya rasa kalau alasannya mereka tidak tahu cari jalan hendak hidup selain daripada pukat tunda, itu saya rasa satu jawapan yang tidak boleh diterima. Malah kita juga memberitahu nelayan kita boleh membantu mereka untuk mereka menjalankan perusahaan akuakultur dan sebagainya bagi membantu nelayan-nelayan ini. Akan tetapi kita tidak boleh sacrificeskan nelayan-nelayan miskin sampan ini yang terpaksa berhadapan dengan masalah tiada ikan kerana dicerobohi oleh nelayan-nelayan daripada Zon ‘B’ yang menggunakan pukat tunda.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapat penjelasan? Dengan peraturan baru ini, Zon B ini ia bermula dari mana? Sejauh 8 nautical mile atau 5 nautical mile? Oleh sebab kalaupun menggunakan pukat jerut, saya difahamkan kalau 8 nautical mile, bot berkapasiti yang lebih rendah di bawah Lesen ‘B’ tidak berkemampuan pergi laut dalam lebih daripada 8 nautical mile atas dua sebab. Satu, kerana laut yang lebih dalam sangat berbahaya dan kedua, bot tersebut tidak ada kapasiti maksudnya simpanan diesel yang ada tidak cukup kalau terlalu jauh ke laut untuk menangkap ikan, hendak balik susah. Kalau tidak ada kapasiti itu, dengan ada peraturan baru ini dengan 8 nautical mile ini semua bot Lesen ‘B’ ini tidak boleh digunakan. Jadi itu akan mematikan mata pencarian mereka. Tadi dikatakan memang saya setuju kita mesti melindungi nelayan-nelayan Zon A. Itu semua kita sokong tetapi yang penting kita kalau kuatkuasakan, kita boleh juga melindungi mereka.

Terima kasih. Zon di Pantai Barat, Zon ‘A’ adalah dari pantai sehingga 8 nautical mile, dinaikkan daripada 5 kepada 8. Untuk Zon ‘B’, kalau dahulu 5 nautical mile hingga 12 nautical mile, sekarang dinaikkan kepada 8 nautical mile sehingga 15 nautical mile. Itu sahaja.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi saya hendak satu penyelesaian kepada bot- bot Lesen ‘B’ yang tidak berkemampuan ke Zon ‘B’ baru iaitu 8 nautical mile ke atas untuk menangkap ikan. Macam mana?

Sehingga 15 nautical mile. Kalau dahulu sehingga 12 nautical mile, ada 3 nautical mile tambahan dari kawasan mereka dahulu kepada yang baru. Jadi kita dapati bahawa bot Zon ‘B’ ini mampu untuk pergi tambahan ke- 3 nautical mile tambahan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Lebih besar lesen bot Lesen ‘B’ ini, ada bot kecil dan yang lebih besar kalau tidak silap saya 20 metrik tan kepada 40 metrik tan, yang bot besar 40 metrik tan dapat lebih jauh. Akan tetapi yang 20 metrik tan sampai 30 metrik tan, ia tidak mampu begitu jauh. Jadi satu penyelesaian mesti dicari kalaupun kerajaan hendak ban destroying ataupun menangkap ikan di luar 8 nautical mile, di dalam 8 nautical mile.

Okey, kita akan lihat perkara ini walaupun daripada kajian yang dibuat oleh Jabatan Perikanan mereka masih mampu ke tambahan 3 nautical mile tadi. Walau bagaimanapun oleh sebab perkara ini dibangkitkan, kita akan lihat perkara ini. Yang Berhormat Beruas juga membangkitkan mengenai alat Automated Identification System (AIS). Untuk makluman Yang Berhormat, dalam pembentangan Bajet 2015 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan sebanyak RM20 juta bagi membekalkan alat AIS kepada 5,200 wesel nelayan yang terlibat di seluruh negara. Ini akan membantu kecekapan agensi penguatkuasaan di dalam mengawal pencerobohan wesel-wesel pukat tunda ke dalam kawasan larangan. Mengenai mata saiz pukat bahagian keroncong pukat tunda...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Mengenai AIS boleh mendapat penjelasan?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai AIS, saya berterima masih kepada pihak kerajaan kerana sudah bersetuju membekalkan kepada semua nelayan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi, dengan ada AIS ini, pihak penguat kuasa boleh dengan senangnya mengesan bot ini sama ada sudah mencerobohi kawasan Zon ‘A’ ataupun dalam lima nautical mile. Jadi, isu tidak dapat menguatkuasakan undang-undang lima nautical mile ini tidak timbul lagi. Kedua, saya nak tahu kenapa pembekalan AIS ini diberikan kepada sebuah syarikat sahaja. Bagi kawasan saya, dikatakan hanya sebuah syarikat yang bukannya ada kepakaran dalam AIS ini dari Kuala Lumpur, semua mesti beli daripada syarikat ini. Daripada pengalaman bot Zon ‘C’ yang sudah menggunakan AIS ini, didapati kalau ada kerosakan, mereka tidak dapat dibaiki kerana tidak ada servis yang terdekat. Kadang-kadang hingga satu dua minggu belum dapat dibaiki. Kemudian pihak penguat kuasa akan menekan mereka kerana AIS ini sudah rosak dan tertekan, mereka bagi rasuah. Isunya ialah perbekalan ini mesti boleh didapati dengan senangnya di mana- mana kedai. Kalau AIS ini rosak, mesti dapat dibaiki dengan segera. Kalau tidak, dikatakan satu kesalahan. Jadi, harap isu ini dapat kita selesaikan supaya nelayan jangan jadi mangsa pihak penguat kuasa lagi.

Sebenarnya, kita masih belum melantik sebarang syarikat pun untuk membekalkan alatan ini. Seperti Yang Berhormat maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru mengumumkan bajet itu untuk Bajet 2015.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Maksud saya, pelaksanaan yang telah dilakukan sebelum ini. Semua nelayan dipaksa membeli tetapi daripada sebuah syarikat sahaja. Ini pun diberikan dalam taklimat yang saya hadiri. Ini bukan pemberian oleh kerajaan, ini sebelum pelaksanaan pemberian ini. Semua nelayan telah diperlukan membeli daripada sebuah syarikat sahaja. Ini satu hakikat. Jadi, harap kementerian dapat meneliti isu ini dengan teliti. Jangan membuat kesilapan yang lampau hinggakan nelayan menjadi mangsa sekali lagi.

Sebenarnya perkara itu di luar pengetahuan kita. Daripada segi pelantikan itu, tidak dilakukan secara tender dan sebagainya. Oleh sebab setiap pelantikan, misalnya AIS ini, kita akan buka kepada tender dan sebagainya kalau AIS ini. Jadi, sebarang pelantikan mesti dilakukan selepas tender dibuka kepada public dan sebagainya. Yang dulu-dulu itu, kalau ada laporan daripada Yang Berhormat, beri maklum kepada saya, apa nama syarikat tersebut, kita akan check sama ada pelantikan itu dibuat secara mengikut peraturan ataupun tidak. Itu saya akan dapatkan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya boleh bagi butir-butir dan kalau pihak menteri tanya pihak penguatkuasaan, mereka akan bagi tahu. Sudah ada taklimat, banyak yang dilakukan. Saya pun hadir beberapa kali.

Okey, okey, beritahu saya. Mengenai saiz mata pukat bagan keroncong, pukat tunda tidak kurang daripada 38mm. Ia bukan merupakan satu perkara baru kerana telah termaktub dalam Syarat-syarat Pelesenan Pukat Tunda sejak tahun 1982 lagi. Berdasarkan keadaan sumber perikanan marin negara yang kritikal kini, maka kerajaan menguatkuasakan penggunaan saiz pukat tunda 38mm pada 1 November 2013. Kajian oleh pihak penyelidikan Jabatan Perikanan menunjukkan bahawa penangkapan ikan komersial oleh pukat tunda berjaya dikurangkan melalui penggunaan mata pukat keroncong 38mm. Yang Berhormat Kuala Terengganu telah membangkitkan isu berkaitan pencerobohan oleh bot-bot Vietnam. Kementerian melalui Jabatan Perikanan telah menetapkan dasar iaitu sejak tahun 2008 bahawa tiada lagi perolehan vessel dari luar negara termasuk Vietnam untuk dilesenkan sebagai vessel menangkap ikan. Walau bagaimanapun, kerajaan membuka semula perolehan vessel laut dari luar negara pada 13 Januari 2014, kecuali untuk vessel Vietnam dan juga vessel pukat tunda Thailand. Jadi, dua buah negara ini kita tak benarkan. Ini bertujuan untuk mempercepatkan lagi pembangunan vessel laut di dalam negara. Apabila kita tidak benarkan langsung pembelian vessel dari luar negara, memandangkan vessel keluaran dalam negara amat berkurangan, maka ia memberi kesan kepada industri perikanan kita. Jadi, kita benarkan selain dari Thailand dan juga Vietnam. Bagi memastikan sumber perikanan negara tidak dicerobohi, penguatkuasaan dilakukan secara kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti APMM. Pada tahun 2014 sahaja, sebanyak 46 buah vessel penangkapan ikan asing telah ditangkap oleh pelbagai agensi penguatkuasaan atas kesalahan menangkap ikan di perairan Malaysia iaitu 30 buah dari Vietnam, dua buah dari Thailand dan 14 buah dari Indonesia. Mengenai tindakan penangkapan ikan oleh bot-bot kargo.

Suka saya maklumkan bahawa pengeluaran lesen bot kargo adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Kementerian ini berharap maklumat berhubung dengan bot kargo yang mengoperasi pukat tunda di perairan perikanan Malaysia dapat disalurkan kepada agensi penguatkuasaan untuk diambil tindakan susulan. Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan isu peruntukan RM250 juta untuk perumahan nelayan supaya diberikan juga kepada nelayan darat. Suka saya maklumkan bahawa peruntukan RM250 juta tersebut termasuklah perumahan untuk nelayan darat. Misalnya saya beri contoh, bagi bajet tahun 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk membaik pulih, membina baru dan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas yang selesa. Kementerian telah meluluskan sebahagian peruntukan tersebut bagi projek perumahan nelayan darat yang terdiri daripada nelayan sungai, tasik dan empangan. Sehingga kini, melalui program tersebut kementerian telah meluluskan sebanyak 1,627 permohonan daripada nelayan darat yang melibatkan peruntukan berjumlah RM14.98 juta. Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Kanowit juga telah menyentuh isu berkenaan nelayan darat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah seksyen 2, Akta Perikanan 1985, perairan di mana-mana sungai di definisikan sebagai perairan sungai ialah tasik, anak sungai, kolam dan mana-mana perairan di Malaysia selain daripada perairan lautan sama ada semula jadi atau buatan manusia, milikan sendiri atau selainnya. Sumber perikanan di perairan sungai pada masa ini diurus tadbir dengan menggunakan kaedah-kaedah perikanan sungai di negeri masing- masing. Pengurusan-pengurusan perikanan darat sungai adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tanggungjawab pelaksanaan pengurusan sumber perikanan darat dan sungai diberikan kepada pegawai-pegawai perikanan darat yang dilantik oleh kerajaan negeri. Selaras dengan seksyen 38, Akta Perikanan 1985 iaitu tanggungjawab ke atas perikanan darat adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia membantu melaksanakan kaedah perikanan sungai yang mana kuasa mentadbir nelayan darat adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Selaras dengan Jadual Kesembilan, Kerajaan Persekutuan di mana perikanan darat terletak di bawah senarai negeri. Jabatan perikanan akan menentukan nelayan darat berdasarkan definisi yang telah ditetapkan seperti berikut: (i) warganegara Malaysia tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai termasuk tasik dan bekas lombong; (ii) menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan; (iii) sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan; (iv) tiada pekerjaan tetap yang lain; dan (vi) mempunyai lesen perkakas atau lesen weasel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi negeri Sabah. Permohonan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Jabatan Kemajuan Orang Asli atau badan-badan komuniti nelayan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan. Sehingga kini jumlah nelayan darat adalah seramai 4,128 orang. Yang Berhormat Sabak Bernam telah mengemukakan cadangan bantuan bagi nelayan di Sabak Bernam. Kementerian mengambil maklum cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Langkawi telah menyentuh tentang isu food security.

Kementerian berdepan dengan cabaran untuk sentiasa meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan mencapai tahap sara diri 100 peratus komoditi makanan utama negara supaya negara tidak terus bergantung pada bahan makanan yang diimport. Program food security yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini adalah berlandaskan kepada Dasar Agro Makanan Negara dan yang digubal bagi tahun 2011 hingga 2020 Di bawah pelaksanaan dan industri agro makanan dijangka akan meningkat sebanyak 4.2 peratus setahun di antara 2015 hingga 2020 berbanding dengan peningkatan peratus permintaan dalam negara iaitu 2.9 peratus setahun. Ini bersamaan dengan 9.1 juta tan metrik kepada 11.2 juta tan metrik. Usaha-usaha yang dijalankan untuk meningkatkan pengeluaran semasa adalah disebabkan oleh permintaan terhadap bekalan makanan di Malaysia yang dijangka akan meningkat kepada 14.8 juta tan metrik menjelang tahun 2020. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan populasi di Malaysia. Di dalam industri padi misalnya, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi yang akan dapat memastikan keperluan dalam negara sentiasa mencukupi. Di antara inisiatif yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) perwujudan empat buah kawasan AIDA baru iaitu di Pekan, Rompin, Batang Lupar dan Kota Belud; (ii) pelaksanaan projek-projek NKEA iaitu padi secara estet; (iii) pengukuhan infrastruktur pengairan dan saliran; (iv) bantuan input pertanian melalui subsidi dan insentif; (v) penggunaan variety baru dan benih padi sah; (vi) pengamalan teknologi amalan pertanian baik ataupun GAP (Good Agriculture Practice); (vii) meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi; dan (viii) mengurangkan postharvest cyclosis Menerusi pembukaan empat buah kawasan jelapang padi baru misalnya, kawasan seluas 25,905 hektar telah dikenal pasti berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara khususnya dalam sektor makanan. Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif di atas dijangka dapat menyumbangkan kepada jaminan bekalan makanan dalam negara dan memastikan krisis bekalan makanan seperti mana yang berlaku pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi. Tahap sara diri untuk komoditi-komoditi lain dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga tahun 2020. Buat masa ini misalnya, SSL bagi ayam 132 peratus melebihi daripada keperluan dalam negara. Telur ayam sehingga kini 119 peratus. Ikan – 110 peratus. SSL untuk buah-buahan melebihi 70 peratus iaitu 76 peratus. Sayur-sayuran – 68 peratus, daging lembu masih di tahap rendah iaitu 33 peratus dan daging kambing 31 peratus. Usaha-usaha untuk meningkatkan SSL yang masih di paras rendah ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu berkaitan dengan jihad memerangi orang tengah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2014, kerajaan telah pun melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam usaha untuk membanteras, memanipulasi oleh orang tengah yang melibatkan tiga buah subsektor pertanian iaitu subsektor padi dan beras, sub sektor perikanan dan sub sektor sayur-sayuran dan buah- buahan. Tujuannya agar petani, penternak dan nelayan selaku golongan pengeluar akan memperoleh harga yang setimpal atas usaha dan keluaran produk mereka, manakala para pengguna pula dapat membeli barangan pada harga yang lebih berpatutan. Bagi sub sektor padi, peranan Pertubuhan Peladang Kawasan ataupun PPK dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) diperhebat dan diperkasakan dengan cara penubuhan Pusat Belian Padi atau PBP yang diuruskan oleh PPK. PBP ini bertujuan untuk membeli padi terus secara direct daripada petani dan mengelakkan mereka menjual padi kepada orang tengah pada harga yang dimanipulasikan. PBP juga berperanan untuk membekalkan input pertanian. PPN juga diperhebat peranan daripada segi mekanisasi dan membekalkan jentera. Untuk itu beberapa PPK seperti PPK Bintong, Padang Serai, Seberang Perak dan Machang telah mula memainkan peranan sebagai Pusat Belian Padi. Sehingga kini PPK telah berjaya mengoperasi 33 Pusat Belian Padi yang terdiri daripada 29 buah oleh PPK LPP, tiga buah oleh MADA dan sebuah oleh KADA.

Panduan telah diberikan kepada PPK supaya pemotongan tidak melebihi daripada 20 peratus. Selain daripada itu, kerajaan juga telah mengambil langkah untuk menstabilkan harga padi iaitu pada kadar seragam RM1,200 per metrik tan. Dana kebajikan petani juga telah diwujudkan untuk menyelesaikan masalah kredit yang diberikan oleh orang tengah. Sejumlah RM3.3 juta telah diperuntukkan. Sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi setiap PPK.

Setakat ini baru RM456,400 sahaja yang telah digunakan dan 1,529 orang telah memanfaatkan ini. Bagi subsektor perikanan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah diarahkan untuk membeli hasil tangkapan nelayan secara terus di jeti atau di kawasan pendaratan ikan dengan harga yang berpatutan dan setanding dengan harga pemborong biasa. Hasil tangkapan ini sama ada akan disejukkan bekukan atau dipasarkan terus ke pasar-pasar melalui nelayan atau pasar tani...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang hasil tangkapan nelayan-nelayan tempatan. Saya minta maaf tadi mungkin Yang Berhormat Menteri sudah jelaskan tentang kes-kes projek tambak laut yang besar-besaran. Di Melaka projek tambak laut memang sudah berjalan dan tentang satu mega projek Melaka Gateway itu akan melibatkan keluasan yang besar, hampir beratus hektar yang akan terlibat dalam projek tambak laut dan nelayan di sepanjang pantai semua akan terjejas hasil tangkapan mereka. Ingin tanya Yang Berhormat Menteri, kementerian Yang Berhormat bagaimana dapat membantu mungkin dalam perundingan dengan pemaju atau korporat-korporat yang akan terlibat dengan projek-projek mega ini? Bagaimana membantu untuk mengurangkan beban nelayan kerana ini ambil masa panjang untuk wujudkan satu keadaan yang boleh kembalikan hasil tangkapan mereka. Memang ini amat ketara di Melaka terutamanya di perkampungan nelayan Portugis. Minta Yang Berhormat Menteri dapat jelaskan.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan lihat kesan kepada nelayan yang berkaitan dan kita akan bincang dengan pihak nelayan tersebut dengan pihak pemaju dan sebagainya. Kita akan kaji daripada segi kesan dan apa bantuan yang patut kita berikan kepada nelayan tersebut. Setakat ini mungkin kita belum ada perbincangan secara formal lagi dan dengan laporan daripada Yang Berhormat ini kita akan mengambil tindakan segara untuk membantu nelayan berkaitan. Terima kasih. Seterusnya, jaringan dan medium pemasaran ikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lipis bangun.

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam usaha memerangi orang tengah, satu jihad yang sangat besar dan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana sanggup ke depan dalam hal ini. Bukan satu perkara yang mudah tetapi langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan boleh membantu dalam usaha sama ada nelayan, petani dan sebagainya yang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri. Persoalan saya, perancangan kerajaan saya nampak mestilah ada satu susunan yang teratur dan nampak ke arah yang sangat teratur. Persoalan, saya apa perancangan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sama ada dari segi hasil pertanian akan dibuat seperti one-stop centre sama ada di peringkat negara ataupun di peringkat negeri atau di peringkat Parlimen ataupun peringkat parlimen-parlimen berhampiran, sama ada seperti Lipis mungkin buat di Raub. Maknanya daripada Lipis ke Raub, Jerantut ke Raub, Bentong pun ke Raub seperti itu ataupun ada perancangan-perancangan lain.

Ini maknanya di situ boleh berlaku penggredan sebenarnya untuk hasil-hasil tersebut mungkin boleh digredkan kepada hasil yang lebih baik dan boleh kita bantu petani- petani ini menghantar bahan-bahan yang telah di gred ini kepada yang berkenaan, ke tempat-tempat yang mungkin Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah kenal pasti dalam hal ini. Itu persoalannya Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa kalau Lipis ini tentu sahaja melibatkan sektor buah-buahan dan sayur-sayuran sebab Lipis ini jauh dari laut jadi tidak mungkinlah Yang Berhormat Lipis hendak bercakap fasal ikan dari laut ini. Jadi, untuk sektor buah-buahan memang kita akan mewujudkan satu pusat pengumpulan ataupun collection center dan sasaran kita adalah setiap daerah satu pusat pengumpulan yang mana produk daripada masyarakat kampung luar bandar ini akan kita kumpulkan di pusat pengumpulan itu dan di situ juga akan dibuat penggredan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi. Jadi bermakna bukan sebuah negeri satu Yang Berhormat, sebuah daerah satu. Ini sasaran kita. Buat masa ini kita telah pun mempunyai hampir 100 buah pusat pengumpulan yang telah pun kita sediakan dan kita akan tambahkan menjadi sekurang-kurangnya sebuah daerah, satu, supaya kita dapat kumpulkan produk-produk tersebut di setiap kawasan. Saya teruskan tentang nelayan tadi. Tadi terhenti sewaktu isu tambak laut. Jaringan dan medium pemasaran ikan akan terus diperluaskan. Pasar nelayan. Kalau buah ada pusat pengumpulan. Untuk ikan kita akan wujudkan pasar nelayan bagi membolehkan ikan yang naik dari laut terus dijual kepada consumer. Pasar nelayan akan terus ditambah dan sehingga kini sebanyak 44 buah pasar nelayan telah pun disiapkan dan akan disiapkan sehingga akhir tahun ini. Pasar Nelayan Penaga sebab contoh di Pulau Pinang, Pasar Nelayan Seberang Kastam Terengganu pun telah siap dan beroperasi. Kajian awal mendapati purata pendapatan nelayan telah meningkat sehingga 10 peratus hingga 20 peratus atau melebihi daripada RM1,500 sebulan hasil daripada usaha yang dilakukan ini. Peranan pasar nelayan ini akan terus diperkasakan dengan pembangunan sebanyak 50 buah lagi pasar nelayan baru yang akan dibina kelak. Sebanyak 93 outlet ikan rakyat akan beroperasi di seluruh negara. Selain daripada itu, jalinan pemasaran ikan rakyat di mini market telah dimeterai antara pihak D’Mart yang dimiliki oleh FELDA dengan dua orang pembekal yang dilantik oleh LKIM. Penyertaan NEKMAT, Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan kawasan juga terdapat dalam pasar-pasar tani dan kini semakin meningkat dengan sebanyak 283 daripada 553 buah pasar tani yang disertai oleh NEKMAT, PNN dan juga PNK. Nelayan menerima harga 10 peratus lebih tinggi daripada pasar nelayan manakala penyertaan NEKMAT di pasar tani telah membolehkan harga ikan di pasar tani diturunkan antara 5 peratus hingga 10 peratus dan memberi kelebihan kepada pihak pengguna. Antara usaha yang dijalankan bagi mengelakkan nelayan meminjam daripada orang tengah yang akan mengikat mereka dengan pinjaman yang dibuat untuk tempoh jangka masa yang lama melalui penubuhan Tabung Pinjaman Mudah Pembelian Peralatan seperti sampan dan sebagainya oleh TEKUN Nasional. TEKUN telah memberikan pinjaman sehingga kini sebanyak 593 pinjaman bernilai RM3.95 juta yang telah diagih-agihkan kepada nelayan di seluruh negara bagi pembelian pukat, membaik pulih atau pembelian enjin baru dan juga bot. Tabung ini juga turut dibuka kepada penternakan ikan dalam sangkar pemborongan, peruncitan, hasil laut dan tangkapan ikan.

Bagi subsektor sayuran dan buah-buahan FAMA, memainkan peranan penting dengan memberikan market excess terus daripada pengeluar kepada pembeli di pasar- pasar tani. Di samping itu jaminan pasaran diberikan oleh FAMA dengan belian yang telah dibuat sebanyak 37,755 metrik tan sayur-sayuran dan 14,921 metrik tan buah-buahan. Berkenaan dengan program Lenggong Agro Valley yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong, projek yang telah dilaksanakan oleh Kementerian di Lenggong projek taman kekal pengeluaran makanan di Bukit Sapi di Lenggong, Perak dan projek ini dibangunkan di atas tanah seluas 2,330 hektar tanah. Yang Berhormat Parit tekah membangkitkan isu mengenai AP bawang besar dan bawang kecil yang diminta untuk dibuka. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi bawang kecil dan bawang besar tiada AP diperlukan.

Jadi sesiapa sahaja yang hendak mengimport bawang boleh mengimport terus tanpa memerlukan AP daripada kementerian. Jadi tidak perlu minta AP. Kita open. Kita sudah liberaliskan. Yang Berhormat Kuala Selangor mencadangkan agar satu instrument untuk mengukur kesejahteraan sosial peladang penternak nelayan yang sebenar dapat dibangunkan. Kita bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor ini. Walau bagaimanapun, perlulah dilihat bersama dengan kementerian-kementerian lain. Yang Berhormat Batu Gajah telah menyentuh berkaitan penanaman cili kering. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pengeluaran cili kering tidak ekonomik disebabkan oleh faktor iklim di Malaysia serta variety yang tidak sesuai. Jenis cili yang banyak ditanam di Malaysia adalah sesuai digunakan sebagai cili segar. Contohnya ialah cili Kulai. Yang Berhormat Lipis membangkitkan isu berkenaan dengan FAMA dalam membeli hasil pertanian di kampung-kampung. Untuk makluman Yang Berhormat FAMA memang sentiasa membantu memasarkan hasil pertanian daripada masyarakat kampung- kampung. Yang Berhormat Gerik telah menyentuh isu memperkasakan ekonomi Orang Asli melalui ternakan lembu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kementerian mengambil perhatian saranan supaya aktiviti ternakan dijadikan sebagai salah satu daripada kaedah memperkasakan ekonomi Orang Asli. Kementerian menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mengaturkan program-program bersama masyarakat Orang Asli bagi mendedahkan serta memberikan kefahaman kepada mereka mengenai penternakan. Yang Berhormat Kota Samarahan ada? Ada, telah membangkitkan isu pasar jualan di Kota Samarahan. Kementerian melalui LKIM telah pun memasukkan cadangan pembiayaan pasar nelayan di Kampung Semera Asajaya bagi tahun 2015. Sudah masuk Yang Berhormat. Kampung Semera. FAMA juga telah pun menyenaraikan kawasan Samarahan, Sarawak sebagai salah satu daripada 65 buah lokasi yang telah dicadangkan untuk pembangunan pasar tani kekal. Pun sudah masuk juga, jadi dua-dua dapat Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Sarikei telah menyentuh isu tanaman padi bukit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2015 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70 juta untuk pemberian insentif padi bukit di Sabah dan Sarawak. Justeru itu, kementerian dalam rangka panjangan untuk merealisasikan pemberian insentif ini menerusi pemberian insentif baja dan racun untuk tanaman padi bukit. Bagi isu penyelewengan baja subsidi, kementerian mengalu-alukan sebarang aduan berhubung dengan kegiatan menjual baja-baja subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Sekiranya didapati benar, tindakan senarai hitam akan dikuatkuasakan kepada pihak yang melakukan perkara tersebut. Yang Berhormat Tanjong Manis membangkitkan isu penanaman bawang di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tanaman bawang ia telah pun dicuba untuk ditanam di negara ini. Akan tetapi telah didapati ia tidak sesuai disebabkan oleh faktor agro climatic serta variety yang tidak sesuai. Berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Tanjong Manis untuk memantapkan projek akuakultur di kawasan luar bandar, kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan telah menyusun strategik pembangunan bagi meningkatkan pengeluaran ikan melalui aktiviti akuakultur bagi keperluan domestik dan eksport menjelang tahun 2020. Bagi memastikan rakyat di luar bandar turut mendapat faedah, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta untuk program mempelbagaikan ekonomi nelayan tradisi melalui aktiviti akuakultur iaitu sebanyak RM45 juta dan pemulihan kolam ataupun sangkar infra benih, makanan dan peralatan sebanyak RM15 juta untuk dilaksanakan melalui kementerian dan Jabatan Perikanan. Yang Berhormat Bachok telah membangkitkan beberapa isu yang menyentuh kementerian ini iaitu berkenaan dengan NATC. Berdasarkan statistik semasa pengambilan pelatih permohonan untuk memasuki 14 buah institut latihan pertanian di bawah NATC menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ini sebagai langkah memenuhi keperluan buruh mahir pertanian seramai 83,000 yang disarankan menjelang tahun 2020. Yang Berhormat saya rasa beberapa lagi, kalau Yang Berhormat suruh saya berhenti, saya boleh tetapi yang ada di sini saya akan jawab. Yang Berhormat Raub senyum pada saya tadi. Yang Berhormat Raub ada?

Yang Berhormat Raub beri laluan tidak perlu jawab. Jadi saya ada beberapa lagi yang perlu jawab. Akan tetapi oleh sebab ramai lagi yang menunggu jawapan daripada Menteri-menteri lain, dan ada yang tidak ada di dalam Dewan ini, saya mohon yang tidak ada di Dewan saya akan beri jawapan secara bertulis. Sebenarnya jawapannya semua ada di sini, tetapi saya boleh beri jawapan secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Yang mana saya janjikan seperti Yang Berhormat Beruas dan sebagainya Yang Berhormat Kota Melaka dan sebagainya, inshaaAllah saya akan proceed apa yang kita janjikan tadi sewaktu saya menjawab tadi. Jadi sekali lagi saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan dan kerjasama bagi kementerian meningkatkan prestasi di peringkat kementerian kita bagi menjamin nelayan penternak dan petani dapat dibela dengan cemerlang. Terima kasih. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan kerjasama kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya menjemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih kepada 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan hal-hal berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ataupun MITI. Hal-hal tersebut adalah berkaitan dengan perjanjian TTPA, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Banyak hal berkaitan dengan keusahawanan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dibangkitkan. Terdapat juga hal yang berkaitan dengan kenderaan elektrik dan harga kereta serta Euro5 dan ada satu lagi isu yang dibangkitkan berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi melindungi sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang industri besi keluli ataupun steel industry. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan MITI. Pertama, saya hendak ulas berkaitan dengan TPPA ataupun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Hal ini dibangkitkan oleh tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya tak berapa nampak ya. Sebelum saya menjawab dengan khusus, saya hendak memberikan sedikit latar belakang. Pertama, yang terlibat dalam TPPA ini ialah 12 buah negara dan kita mula terlibat dalam rundingan ini pada bulan Oktober 2010. Maknanya kita sudah empat tahun terlibat dalam rundingan ini, dan rundingan bermula pada bulan Mac 2010. Ini bermakna Mac tahun depan, genaplah lima tahun TPPA ini telah berjalan. Setakat ini, 19 rundingan di peringkat pegawai telah diadakan, sembilan rundingan di peringkat menteri, dan ketua-ketua kerajaan yang terlibat dalam rundingan TPPA juga telah mengadakan beberapa pertemuan, empat kesemuanya. Rundingan terkini yang saya sendiri terlibat- saya telah terlibat secara langsung kira-kira 18 bulan yang lalu. Sebelum itu peringkat pegawai. Dalam 18 bulan yang lalu, saya telah terlibat secara langsung dalam rundingan iaitu hampir dua tahun TPPA ini. Pada 25, 26 dan 27 Oktober yang lalu, satu mesyuarat peringkat menteri telah diadakan di Sydney, Australia di mana saya sendiri menghadirinya. Itu mengenai perkembangan terkini dari sudut rundingan TPPA. Keduanya, saya hendak maklumkan bahawa ada kemajuan dari sudut beberapa buah negara. Terdapat kemajuan dalam tempoh empat tahun setengah ini tetapi bagi Malaysia, walaupun ada kemajuan, kita masih mempunyai beberapa perkara yang perlu kita selesaikan. Untuk itu, kerajaan telah mengadakan beberapa siri rundingan, puluhan, ratusan dalam dua, tiga tahun ini dan di peringkat Parlimen seperti sedia maklum, kita telah menubuhkan satu kokus diketuai oleh Yang Berhormat Jasin yang terdiri daripada lima orang anggota Barisan Nasional dan lima orang anggota pembangkang.

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Setiap pertemuan ini disertai juga oleh Yang Berhormat Johor Bahru walaupun bukan merupakan ahli tetap kokus tetapi sentiasa mengikuti perkembangan TPPA. Jadi dalam konteks keterangkuman ataupun inclusiveness, saya berpuas hati kerana saya telah berkongsi dengan Ahli Parlimen mewakili Dewan ini iaitu lima orang dari kerajaan dan lima orang lagi daripada pembangkang. Terakhir saya berjumpa dengan kumpulan ini ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat ini pada 3 Mei yang lalu. Selain daripada itu, kita juga telah menubuhkan kokus di Dewan Negara dan di Dewan Negara juga diwakili oleh mereka yang tidak menyokong kerajaan. Saya amat menghargai pandangan- pandangan yang dikemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat ini dan ini telah menjadikan kita lebih memahami kebimbangan rakyat hasil daripada suara-suara yang dibuat, bukan sahaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi juga rakyat Malaysia. Mengenai masa depan rundingan ini, beberapa perbincangan sedang berjalan pada masa ini dan satu perbincangan di peringkat Menteri akan diadakan dalam tiga atau empat hari lagi dan Malaysia masih lagi mempunyai isu-isu- Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan bahawa jangan bersetuju dengan TPPA selagi Malaysia tidak mendapat jaminan kepentingan ekonomi negara dipertahankan. Sehubungan dengan ini, saya ingin memaklumkan bahawa kita telah membuat keputusan berhubung dengan dua perkara. Pertama, kerajaan akan membentangkan perjanjian ini kepada Parlimen untuk dibahaskan sebelum tindakan lanjut diambil. Ini satu komitmen yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri kira-kira setahun yang lalu dan kerajaan sudah pasti akan menghormati komitmen untuk membentangkan laporan ini. Ini bermakna apabila hampir semuanya selesai, Ahli Yang Berhormat mempunyai peluang untuk membahaskan perjanjian ini. Kedua, kerajaan juga telah memberikan jaminan bahawa satu kajian analisa kos faedah ataupun cost benefit analysis yang lebih komprehensif akan diadakan. Ini akan diadakan apabila hampir keseluruhan perjanjian ini dimuktamadkan. Sekarang masanya belum sesuai untuk diadakan satu kajian yang menyeluruh kerana banyak benda atau perkara-perkara yang belum lagi diselesaikan. Antara isu-isu yang menimbulkan kebimbangan kepada kita termasuklah hal-hal berkaitan dengan kepentingan bumiputera. Kita mempunyai agenda bumiputera yang robust, dengan izin, yang agak agresif. Dengan itu, sudah pasti kita hendak memastikan bahawa bumiputera dapat menangani isu-isu yang akan berbangkit apabila terlaksananya TPPA ini. Kita juga ada isu berkaitan dengan government procurement ataupun perolehan kerajaan, isu-isu berkaitan dengan farmaseutikal yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat, isu-isu yang berkaitan dengan arbitration yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat. Maka, ini perkara yang akan diselesaikan. Selain daripada itu, kita juga telah mengadakan perbincangan mengenai dengan apa yang dipanggil dengan izin, market access ataupun kemasukan barang-barangan Malaysia ke pasaran-pasaran TPP pada kadar tarif kosong ataupun lebih rendah. Kita sudah hampir tamat rundingan kecuali dengan tiga, empat buah negara dan sekiranya kita bersetuju untuk menandatangani perjanjian ini, maka produk-produk Malaysia akan mempunyai akses yang lebih baik ke pasaran-pasaran khususnya di mana kita belum mempunyai perjanjian termasuklah Kanada, Amerika, Mexico dan Peru. Dalam pada itu, kerajaan sedar bahawa apabila kita menandatangani perjanjian ini, ia akan membolehkan syarikat-syarikat asing memasuki pasaran Malaysia. Dalam hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa sebenarnya pasaran Malaysia sudah pun terbuka. Banyak tarif sudah pun kosong, tidak dikenakan tarif. Maka, kita akan membuat analisis kos faedah yang lengkap berkaitan perkara ini. Yang Berhormat Klang telah membangkitkan tentang satu kajian UNCTAD di mana Malaysia dikatakan akan kerugian RM5 bilion setiap tahun. Ini sebenarnya bukan kajian rasmi UNCTAD tetapi dibuat oleh seorang pengkaji yang menyatakan bahawa ini pandangan peribadi beliau dan ia berasaskan kepada beberapa andaian yang dibuat. Pada masa ini, saya ingin menyatakan, untuk menjawab Yang Berhormat Klang, bahawa kita belum memuktamadkan rundingan. Maka, adalah kurang wajar untuk kita mengadakan sebarang kajian lengkap. Kita menghargai pandangan yang diterima daripada NGO dan lain-lain tetapi kita tidak boleh hendak menyatakan dengan muktamad kesan daripada perjanjian ini sehinggalah ia dimuktamadkan.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bangun]

Maka, sekali lagi ingin ditegaskan dua perkara.

Yang Berhormat Menteri...

Pertama, kerajaan akan mengadakan satu kajian kos faedah yang lengkap. Kedua, ia akan dibentangkan kepada Parlimen untuk dibahaskan. Satu lagi...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Minta penjelasan.

Saya jelaskan dahulu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Duduk dahulu.

Satu lagi perkara terakhir berkaitan TPPA yang dibangkitkan ialah oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat ingin mengetahui kesan perjanjian TPPA kepada agenda memperkasakan ekonomi bumiputera. Seperti sedia maklum, ekonomi bumiputera adalah salah satu daripada tonggak utama dasar Barisan Nasional. Itu sebabnya dalam Belanjawan 2015, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perkara ini dijelaskan dengan begitu terperinci. Maka, sudah pasti kerajaan amat peka dengan perkara ini. Saya ingin maklumkan di sini bahawa TERAJU yang merupakan agensi kerajaan ditubuhkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi bumiputera ditugaskan untuk menyelia kajian dan perkara ini dipantau oleh TERAJU dan TERAJU akan mendengar hasil kajian yang dibuat berkaitan dengan ekonomi bumiputera. Ringkasnya, kerajaan sedar bahawa bumiputera mungkin akan terjejas dan kita akan membuat kajian menyeluruh apabila hampir kesemuanya dimuktamadkan. Akhir sekali berkaitan perkara ini, saya ingin menyatakan bahawa di samping kita melihat kepada kemasukan firma-firma asing ke negara kita, kita harus melihat kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berdagang di luar negara.

Biasanya kalau kita lihat sesuatu perkara, kita bimbang akan ancaman yang kita hadapi mungkin daripada kemasukan syarikat-syarikat asing. Kita harus ingat bahawa syarikat-syarikat Malaysia juga berkecimpung juga dalam bidang perniagaan di luar negara. Umpamanya Petronas, mempunyai perniagaan yang besar di Kanada dan Kanada juga sebuah negara TPP. Kita juga mempunyai perniagaan di Singapura, sebuah negara TPP. Kita ada perniagaan di Jepun, sebuah negara TPP. Besar perniagaan kita di Australia sebuah negara yang terlibat dengan TPP. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa di samping kita melihat kepada ancaman yang mungkin timbul daripada kemasukan firma-firma asing ke negara kita, kita harus melihat kepada dengan izin, the other side of the coin iaitu syarikat-syarikat Malaysia juga terlibat di luar negara. Sudah pasti syarikat-syarikat kita Petronas, Khazanah, lain-lain Sime Darby, Maybank dan lain-lain juga ingin mendapat ruang untuk membolehkan mereka menjalankan perniagaan dengan lancar di negara-negara asing. Jadi itu tiga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Klang dan Sabak Bernam berkaitan dengan TPP. Sekarang saya bersedia untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut isu tentang pakar ekonomi daripada United Nations, ya. Dia kata data-data dia atau perkiraannya RM5 bilion rugi itu adalah personal calculation daripada pakar ekonomi tersebut. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri jelaskan, apakah assumption yang dipakai oleh pakar ekonomi tersebut? Adakah Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian membuat perkiraan sendiri? Apakah assumption yang dipakai oleh pakar ekonomi?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ada contact dia atau tidak, minta penjelasan lebih daripada dia dan sama ada Yang Berhormat Menteri seterusnya membuat perkiraan tersendiri untuk sebagai bandingan kepada data yang diberi oleh pakar ekonomi tersebut. Minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Pakar ekonomi ini lulusan dari Universiti Delhi, namanya Rashmi Banga. Bekerja di UNCTAD ya. Jadi bagi menjawab Yang Berhormat Kelana Jaya yang pertama kita menghargai setiap input yang diberikan oleh mana-mana pihak dan kita mengambil kira pandangan termasuk Ahli Yang Berhormat juga, ahli Kokus dan Ahli Yang Berhormat telah menyertai secara aktif beberapa perbincangan yang kita adakan nama Kokus. Jadi, pertama hendak jelaskan bahawa kita menghargai pandangan. Keduanya, saya hendak maklumkan bahawa adalah tidak wajar pada masa ini kita membuat sebarang rumusan kerana ia belum muktamad. Kerajaan bagi jaminan, sekali saya tegaskan di sini bahawa apabila rundingan ini hampir muktamad ataupun muktamad, kita akan tentukan. Apabila ia dapat dikongsi, dengan izin, dalam public domain, maka itu ketika yang sesuai untuk kita adakan- jadi kita menghargai pandangan yang dibuat oleh beliau. Antara assumption ataupun andaian yang disebut oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi, dan kita tidak bersetuju ialah berkaitan dengan- beliau tidak mengambil kira umpamanya barangan intermediate, dengan izin. Jadi beliau mengambil kira cuma final product. Intermediate bermakna raw material, bahan mentah yang digunakan dalam membuat end product tersebut. Jadi apabila cukai dikurangkan, beliau harus mengambil kira bahawa pengusaha-pengusaha Malaysia akan mendapat faedah. Ini kerana kalau dulu mereka bayar duti 5 peratus dengan kita membuat beberapa andaian, kata andaian cukai kosong umpamanya. Maka pengusaha-pengusaha Malaysia akan mendapat bahan mentah pada harga lebih murah. Ini akan membantu melonjakkan perniagaan peniaga tempatan. Ini antara andaian ataupun assumption yang kita pertikai. Apa pun kita menghargai cadangan daripada Dr. Rashmi Banga daripada UNCTAD, dan sudah pasti ini akan menjadi salah satu input yang akan digunakan apabila diadakan satu kajian yang menyeluruh.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua? Saya hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang manakah satu Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat Kelana Jaya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi maknanya penjelasan itu kita tidak buat andaian kita sendiri. Dengan izin, did your ministry do the computation to counter what the researcher did?

Antara kelemahan kajian ini ialah ia tidak mengambil kira kesan kepada pengusaha-pengusaha Malaysia yang menggunakan intermediate products yang dibeli daripada negara luar pada harga lebih murah oleh sebab duti mungkin diturunkan. Ini antara kelemahan kajian, dan kita counter kajian tersebut. Itu antara perkara yang kita gunakan untuk counter kajian yang dibuat oleh Rashmi Banga.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri buat atau tidak computation alternative? Untuk tunjuk kepada- untuk perbandingan dengan Banga ini?

Saya kata, itu saya kata Yang Berhormat kerana masanya belum sesuai. Ini kerana dengan izin, it is...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, duduk dulu Yang Berhormat.

...Unproductive. Ini kerana belum muktamad. Kita akan buat, saya sudah bagi jaminan Yang Berhormat dalam Kokus.

Yang Berhormat pun hadir, kita akan buat kajian dan kajian itu akan berdasarkan kepada angka-angka yang sebenarnya. Sekarang ini angka-angka andaian speculative, berdasarkan andaian. Apabila muktamad, maka tidak perlu buat andaian. Ia berdasarkan angka sebenarnya dan pada masa itu akan dibuat kajian cost benefit dan akan dibentangkan di Parlimen. Saya pasti akan mendapat akses kepada kajian tersebut.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapat- terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya ingin dapat sedikit penjelasan. Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri sebut kajian cost effective ini akan dilakukan selepas hampir muktamad ataupun muktamad. Akan tetapi sebelum mencapai proses itu, sepatutnya kita sudah tahu apa dasar yang akan memberi manfaat kepada pihak kita atau tidak. Saya ingin ambil contoh dengan jelas, sudah tentu TPPA ini ada dampaknya terhadap kos bahan-bahan medical. Kita tidak perlu sampai muktamad baru kita tahu. Bolehkah kita kaji sekarang? Apa impak terhadap dasar yang saya lebih cenderung bukan sahaja dasar bumiputera tetapi dasar affirmative action yang dilakukan oleh kerajaan atau mana-mana kerajaan. Itu sudah tentu kita sudah boleh kaji dan dapatkan sedikit assessment. Bagi saya tidak salah kalau kita kena korbankan katakanlah medical cost akan naik tetapi kita dapat akses market yang lebih baik. Kita dapat meningkatkan pendapatan negara dan itu sebahagian daripada give and take yang kita harus ambil. Akan tetapi kalau kita tidak ada kajian sekarang, rakyat tidak bersedia dan kita tidak juga boleh membuat satu keputusan muktamad sama ada kita setuju dengan TPPA atau tidak. Ini kerana assumption sekarang seolah-olah kerajaan sudah komited dan setuju. Oleh sebab yang kajian untuk cost effectiveness serta kajian impak ini seolah-olah hanya sebagai satu kajian setelah fait accompli, dengan izin. Saya ingin dapat penjelasan daripada kementerian sama ada kerajaan sudah buat penetapan bahawa Malaysia ini tetap komited dan akan menjadi sebahagian daripada proses TPPA sungguhpun kajian impaknya belum dilakukan dengan teliti. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Tidak timbul isu fait accompli kerana apa? Ini kerana kita seperti yang saya maklumkan, kita akan bentang untuk perbahasan di Parlimen dan Parlimen akan memberi pandangan dan arahan kepada kerajaan. Jadi kalau kita kata fake accountably, maka ini seolah-olah kita membelakangkan Parlimen, membelakangkan rakyat. Jadi tidak benarlah, yang kita setuju hari ini ialah untuk terus berunding, yang setuju berunding bukan setuju untuk tandatangan. Ini kerana tandatangan itu lambat lagi prosesnya sekarang masih- kita bersetuju untuk berunding TPPA. Bukan bersetuju untuk tandatangan. Tandatangan itu lambat proses- mungkin tahun 2015, 2016. Belum diketahui lagi ya. Jadi saya hendak bagi penjelasan bahawa kita bersetuju untuk berunding dan bukannya kita bersetuju untuk tandatangan. Seterusnya betul kata Yang Berhormat Batu, akhir sekali kita kena lihat kepada balance, imbangan. Kita tengok dacing itu mana lebih baik ataupun mana buruk, iaitu mana-mana perundingan kena ada give and take, betullah kata Yang Berhormat Batu tadi. Maknanya kita ada benda yang kita dapat, ada benda yang kita korbankan. Akan tetapi yang penting yang kita dapat itu ataupun kelebihannya itu lebih banyak daripada keburukan.

Sudah pasti sebagai sebuah kerajaan, kalau kita teruskan sesuatu perkara ataupun perjanjian di mana kita lebih banyak rugi daripada untung, maka kerajaan tidak berapa cerdiklah ya. Jadi, saya hendak bagi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa yang kita setuju hari ini setuju berunding, belum muktamad dan kita belum menandatangani. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Langat, tidak payah ketuk mikrofon. Nanti kena ganti rugi.

[Ketawa] Kita baiki, kita baiki PA system.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri Sumber Manusia ada bercakap tentang kekhuatiran dan juga beberapa isu yang dibangkitkan dalam TTPA ini termasuklah natijah daripada perjanjian ini yang dilihat sebagai memudaratkan kemungkinan besar dan pindaan beberapa rang undang-undang yang melibatkan pekerja itu juga perlu diambil serius. Jadi, saya minta jaminan Yang Berhormat Menteri apabila ia berlangsung perbincangan ini, rundingan ini, tidak terlepas pandang pekerja-pekerja yang jumlahnya seramai 11.3 juta orang pekerja ini supaya ia perlu diberi perhatian jua dalam perbincangan ini, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Langat ini sentiasa hendak cuba memperjuangkan kepentingan pekerja ya. Kami kerajaan pun lebih hebat memperjuangkan kepentingan pekerja. Jadi, apabila sesuatu perjanjian itu melibatkan pindaan kepada mana- mana undang-undang, maka sudah pasti akan datang ke sini. Yang Berhormat akan mempunyai peluang, jika Yang Berhormat tidak setuju, maka tolak, tidak boleh jalanlah. Saya pernah memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini, menyatakan bahawa antara perkara yang kita ambil perhatian ialah bilangan undang-undang yang akan dipinda. Kalau pindaan kecil, maka tidak ada masalah Yang Berhormat boleh terima. Akan tetapi kalau pindaan-pindaan itu adalah dalam bentuk yang asas ataupun fundamental, sudah pasti kerajaan akan menilainya. Pertama, daripada segi bilangannya. Keduanya, sama ada pindaan itu kecil atau pun fundamental. Ini juga salah satu perkara yang kita akan buat penilaian. Ini kerana kalau pindaan fundamental melibatkan dasar kita, masuk ke sini, Dewan ditolak, maka sudah pasti kerajaan tidak boleh menerima perjanjian ini. Jadi, saya hendak beri jaminan pekerja kah, apa kah, memang ini salah satu perkara yang dikaji oleh pihak Peguam Negara. Kita sudah minta Peguam Negara untuk memaklumkan kita beberapa rang undang-undang yang perlu dipinda sekiranya kita bersetuju dengan TPPA ini. Akan tetapi ia tidak berbangkit lagi kerana banyak perkara yang belum dimuktamadkan. Apabila hampir dimuktamadkan, pihak Peguam Negara akan menasihati kerajaan berapakah rang undang-undang yang perlu dipinda? Dan kalau terlalu banyak bilangan dan fundamental, bawa ke sini dan kalau Yang Berhormat tidak setuju, tidak jalanlah. Jadi, itu jaminan saya hendak beri. Jadi terima kasihlah, saya rasa cukuplah mengenai TPP kerana banyak lagi ini. Isu yang kedua ialah berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana. Banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong kerana memperjuangkan perusahaan kecil dan sederhana. Yang Berhormat juga membangkitkan keusahawanan bumiputera, usahawan wanita, ini perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sebelum saya jawab beberapa perkara secara umumlah Yang Berhormat Parit Sulong, saya hendak jelaskan bahawa PKS ini dalam negara kita, Yang Berhormat mungkin sedia maklum, tadi Yang Berhormat Kementerian Pertanian juga sudah cerita tentang TEKUN. TEKUN ini PKS lah. TEKUN ini telah mengeluarkan pinjaman yang banyak, lebih separuh kepada wanita. Begitu juga AMANAH Ikhtiar, ini juga satu program di bawah PKS. Jadi landskap PKS dalam negara kita ini ia melibatkan 15 kementerian dan lebih 60 buah agensi, banyak ya. Jadi, terlalu banyaklah kementerian yang terlibat ini. Program pula tahun ini ada 154 program, peruntukannya RM13.35 bilion. Banyak kerana melibatkan 15 kementerian dan 60 buah agensi. Ada MARA, ada TEKUN, ada TERAJU dan banyak lagi. Jadi, peranan SME Corp. ini atau pun MITI, MITI terlibat dalam PKS ini, khusus yang terlibat ialah SME Corp., beberapa buah agensi lain juga terlibat. Akan tetapi hari ini saya akan cerita beberapa program yang dilaksanakan oleh SME Corp. SME Corp. ini sebahagian daripada landskap yang besar kerana melibatkan 15 kementerian. MITI satu daripadanya, 60 buah agensi, SME Corp. sebuah agensi sahaja. Jadi, beberapa perkara sudah pun dihujahkan oleh Yang Berhormat Kementerian Pertanian juga melibatkan PKS. Yang Berhormat Menteri Kewangan pun ada, Yang Berhormat Menteri JPM pun ada. Saya percaya mereka akan ataupun sudah pun memberi penjelasan tentang beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya, PKS definisinya kita ada lebih 640,000 PKS mengikut bancian terakhir. Lebih 645,126 buah PKS yang merupakan 97.3 peratus jumlah business establishment dalam negara kita.

Definisi PKS ini ialah nilai jualan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang bagi pembuatan. Bagi sektor perkhidmatan pula, 75 orang pekerja dan RM20 juta jualan. Sebahagian besar daripada PKS ini ialah enterprise mikro. Mikro ini lima orang ke bawah pekerjanya dan jualannya RM300,000 setahun- 77 peratus daripada enterprise dalam negara kita adalah merupakan enterprise mikro. Yang Berhormat Parit Sulong ada bertanya tentang apakah usaha-usaha untuk meningkatkan enterprise mikro ini menjadi leap frog/quantum leap. Yang Berhormat menggunakan perkataan ini, supaya enterprise mikro menjadi besar. Antara program-program yang dilaksanakan oleh MITI. Saya cerita fasal kementerian saya, kerana 15 kementerian, 60 buah agensi. Rupanya program Groom Big yang kita laksanakan, dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan di MITI umpamanya. Program ini telah berjaya untuk melibatkan 1,648 buah syarikat, banyak dan beberapa buah syarikat telah mendapat faedah. Di seluruh negara mendapat faedah di bawah program ini. Tujuan kita adalah daripada mikro kecil hendak jadikan enterprise ini lebih besar lagi. Ini satu contoh. Satu contoh lagi ialah program ‘Satu Daerah Satu Industri’ yang dikendalikan oleh ISU/JPM. Akan tetapi MITI bertanggungjawab. Pada bulan 12 ini kita akan adakan acara tahunan, program ‘Satu Daerah Satu Industri’. Saya akan rasmikannya inshaaAllah dan program ini telah membolehkan penyertaan sejak tiga, empat tahun yang lalu kira-kira 6,000 orang usahawan. Yang Berhormat juga ada sentuh tentang payung. Memang konsep ini digunakan sebelum ini. Sekarang ini mungkin yang terdekat kepada konsep payung ini ialah program pembangunan vendor dan juga dikendalikan oleh MITI. Sekarang ini ada 17 buah anchor, Petronas, TELEKOM, antara lainnya PROTON, ada 1,620 orang vendor yang terlibat di bawah program yang dikendalikan oleh MITI. Ini antara program-program yang dikendalikan oleh kerajaan untuk membangunkan PKS. Termasuklah untuk meningkatkan prestasi PKS yang kecil, yang mikro itu untuk menjadi usahawan-usahawan yang lebih besar. SME Corp juga ada program khusus, umpamanya light emitting diode (LED). Di mana beberapa buah syarikat yang telah dibimbing supaya syarikat bernama syarikat Extra Build yang terlibat dalam pengeluaran lampu LED telah mendapat kontrak dari PROTON, UiTM, Nilai-Seremban Highway. Ini antara program yang dikendalikan oleh SME Corp. Kita ada senarai penuh program SME Corp. dan kita boleh sampaikan kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Mungkin Yang Berhormat Parit Sulong hendak tanya apa- apa. Tidak ada?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga saya hendak ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua pada petang ini. Saya tengok memang banyak program-program yang dibuat di bawah beberapa buah agensi. Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ada 15 kementerian. Akan tetapi saya tengok banyak yang bantuan-bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui different ministries ini adalah lebih bertumpu kepada mikro. Lepas itu bila kita ini buat program, terutamanya saya bercakap dalam perbahasan saya mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera. Kita tengok tidak ada hand holding secara berterusan dan ia saya lihat terlampau kecil. Saya suka apabila Yang Berhormat ada mengatakan mengenai program-program yang hendak diperkasakan melalui MITI. Saya rasa peranan itu patut dimainkan lebih di bawah MITI itu sendiri.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi kita akan tersangkut di tengahnya sebab kita tidak ada hand holding di mana syarikat yang berada di pertengahan ini dia hendak pergi lebih tinggi lagi dia tidak ada bantuan dan tidak ada mana-mana agensi yang bertanggungjawab untuk melihat mereka ini secara terperinci. Jadi apakah yang kita harapkan? Apa yang saya harapkan kementerian lebih fokus dan lebih membantu dan lebih bertumpu dalam memperkasakan pembangunan ekonomi bumiputera ini di bawah MITI itu sendiri. Jadi apa pandangan dan komen Yang Berhormat mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Cadangan Yang Berhormat ialah supaya ditingkatkan mutu ataupun kualiti program. Program bukan tidak ada dan kita ucap terima kasih atas pandangan ini termasuklah dengan izin, cadangan supaya ditingkatkan program hand holding.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Minta laluan.

Dengan itu usahawan mikro seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat semasa perbahasan dapat ditingkatkan pencapaiannya.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Minta laluan Yang Berhormat.

Dapat menerokai pasaran di luar negara. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong memberi cadangan tersebut. Seperti saya katakan tadi, bukan tidak ada program tetapi kita sedia untuk menerima cadangan bagaimana boleh ditingkatkan mutu ataupun kualiti program.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Bharu, sila.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya hendak respons perkara yang sama apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan juga beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, iaitu sebelum ini kita tahu di dalam Kabinet ada Kementerian Pembangunan Usahawan. Kementerian ini fungsi dan juga tanggungjawabnya amatlah besar untuk pembangunan usahawan terutamanya bumiputera dan juga bukan bumiputera itu sendiri. Sekarang ini persoalannya saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat, MITI sebagai sebuah kementerian yang lebih menumpukan kepada perdagangan antarabangsa dan industri. Mampukah MITI walaupun ada cabang- cabangnya untuk menguruskan soal pembangunan usahawan ini, mampukah MITI melaksanakan peranan pembangunan usahawan tanpa satu kementerian yang khusus sebagaimana kementerian yang saya sebutkan sebelum daripada ini. Terima kasih.

Kita bekerja untuk semua sektor dan semua rakyat Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara supaya ekonomi negara berkembang. Pada masa yang sama kita ada agenda bumiputera. Setiap kementerian ada agenda bumiputera. Di kementerian MITI ada Bahagian Pembangunan Usahawan. Ada empat lima tanggungjawab termasuklah vendor di bawah seliaan saya, jadi 15 kementerian. Betul dahulu ada Kementerian Usahawan, usahawan dahulu pun dia bukan terlibat semua. MITI ada, kewangan pun ada, pertanian. Walaupun dahulu saya merupakan untuk makluman orang kampung saya, Yang Berhormat Kota Bharu saya merupakan Menteri Usahawan pertama di Malaysia tahun 1995, Menteri Usahawan, saya Menteri yang pertama. Masa itu saya Menteri Usahawan jaga MARA, jaga francais, jaga vendor banyak hal lain, pertanian. Kita pergi ke Kementerian Pertanian, banyak hal dikendalikan oleh Menteri Kewangan. Jadi sebenarnya landskap tidak banyak berubahlah. Apa yang berubahnya sekarang ini kita ada kaedah baru. Kaedahnya ialah Majlis Ekonomi Bumiputera yang bersidang sebulan sekali yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dipengerusikan Perdana Menteri saya pun salah seorang ahlinya dan juga TERAJU. TERAJU telah memainkan peranan sebaik mungkin untuk menyelaras, untuk memantau, semuanya dipantau, semua perkara bumiputera ini kita laporkan kepada Unit Perancang Ekonomi. Jadi setiap kementerian, JKR ada Unit Bumiputera dan di MITI ada juga kerana ada kaitannya. Umpamanya dibangkitkan Yang Berhormat Parit Sulong sedia maklum kita ada program, kecillah tidak besar. Program untuk memastikan bumiputera juga dapat menerokai pasaran luar negara, kerana kita hendak bumiputera eksport juga. Jadi MATRADE bawah saya di bawah MITI maka setiap kementerian ada agenda bumiputera dan kita ada bahagian di MITI kerana MIDA. Saya ada tujuh, lapan buah agensi semuanya ada agenda bumiputera kerana ia penting di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya teruskan kepada...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri boleh?

Ya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya sedar bahawa MITI dan agensi-agensi di bawah MITI termasuk SME Corp, MATRADE dan MIDA memang membantu PKS. Apa yang saya ingin kalau Menteri dapat menjelaskan kesan-kesan selepas kita melaksanakan GST, tentang usaha pihak MITI untuk menggalakkan eksport. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebutkan tentang intermediate produk iaitu mungkin dengan cukai GST ini kos-kos untuk memprodukkan produk mereka akan bertambah. Semasa saya bahas, saya tanya tentang eksport. Kalau ada produk-produk yang memang dijual di local market tetapi juga ada eksport. Bagaimanakah dengan GST? Adakah semua akan dikecualikan jika produk itu dieksport? Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Banyak sesi engagement outreach telah diadakan dengan PKS berkaitan GST. Kebanyakannya dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan, Kastam dan SME Corp di bawah MITI dan juga pihak-pihak lain termasuk Parti MCA dan seperti yang diterangkan oleh Menteri Kewangan. Bahawa di bawah GST secara umumnya maka produk-produk perkhidmatan tertentu adalah akan dikecualikan daripada GST. Itu umumlah, tetapi yang sebenarnya kita kena tengok secara detailnya. Maknanya layak untuk mendapat rebat daripada GST, untuk keluaran eksport iaitu secara umum ya dasar. Ini bidang Kementerian Kewangan dan saya tidak mahu untuk memberi pergi lebih jauh dalam hal ini. Terima kasih saya hendak tinggalkan Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Kota Melaka.

Yang Berhormat Jasin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin bangun.

Ada lagi? Okey.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah kepada kerajaan yang telah banyak membantu, membangunkan PKS. Akan tetapi kita kena terima hakikat bahawa kerana setakat ini jurang begitu meluas sekali antara penguasaan pemilikan di antara kaum. Jadi hanya satu jalan untuk kita merapatkan jurang itu dengan per capita income. Jadi kita rasa kalau boleh sampailah masanya kalau boleh kita dapat mengubah sikap kita terutamanya institusi-institusi kewangan. Jangan menyusahkan apa juga permohonan-permohonan telah dibuat terutamanya untuk membangunkan PKS. Kalau ada genuine orang yang gagal seharusnya kita beri mereka peluang. Seterusnya saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri di antara agensi-agensi di bawah kementerian yang telah membantu bumiputera ataupun memperjuangkan PKS ini. Setakat mana kejayaan dan apakah sebenarnya kemajuan yang telah kita dapati terutamanya di bawah SME Corp. yang telah kita bantu di antara kaum. Terima kasih.

Dua soalan daripada Yang Berhormat Jasin. Pertama kejayaan secara umum yang kedua, kejayaan untuk bumiputeralah. SME Corp ada mengeluarkan satu buku saya akan edarkan kepada Ahli Yang Berhormat mengandungi 20 success stories, kejayaan. Seperti saya maklum tadi ada 643,000 PKS dalam negara kita. Jadi SME Corp telah memilih 20 buah syarikat, saya akan edarkan kepada Yang Berhormat. Seperti kita tahu kejayaan, tetapi kejayaan dua sudutlah. Satu nasional, satu lagi bumiputera. Buku ini mengandungi 20 enterprise 1Malaysialah, bumiputera ada bukan bumiputera ada. Jadi kita juga ada agenda bumiputera di SME Corp. Banyak yang berjaya, semua yang besar hampir semua besar ini bermula dengan kecil. MATRADE pun ada juga satu buku dan saya akan edarkan buku 20 enterprise syarikat- syarikat yang dibimbing oleh MATRADE yang berjaya dan 20 buah syarikat SME Corp. InshaaAllah terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Kota Samarahan menyarankan kerajaan menyediakan lebih banyak kemudahan dan infrastruktur bagi mewujudkan banyak kawasan industri PKS terutama kepada usahawan bumiputera. Jadi ini ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Kota Bharu tadi. Jadi soalan umum jadi saya jawapan pun umumlah. Memang kerajaan cuba sedaya upaya, macam di Sarawak umpamanya ada Demak Laut Industrial Park Fasa 2B sebagai contoh dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak, ada jeti Marina di pangkalan bot medan ikan bakar di bawah kawasan.

Ada hab halal di Pengkalan Chepa antara lainnya dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis, Pekan Melayu. Ini antara beberapa buah kawasan, Yang Berhormat Kota Samarahan bercakap tentang infrastruktur. Jadi, beberapa buah kawasan untuk PKS khusus bumiputera dibangunkan dan sudah pasti yang penting ialah kejayaan lah seperti Yang Berhormat maklum tadi. Yang Berhormat Jasin pun, kita hendak tahu setakat mana berjaya. InshaaAllah ini akan dipantau oleh kerajaan melalui agensi-agensi tertentu. Yang Berhormat Sabak Bernam mencadangkan supaya lebih banyak PKS di kawasan luar bandar seperti di Sabak Bernam dibangunkan. Saya difahamkan bahawa kita ada seperti yang saya maklumkan tadi Program 1Daerah 1Industri dan ini antara lain ialah untuk membangunkan industri luar bandar. Kita ada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, melalui MARA, kita ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seperti saya katakan tadi banyak kementerian terlibat dan banyak fokus diberikan kepada luar bandar. Umpamanya di bawah Kementerian Pertanian ada industri asas tani, memproses keropok dan lain-lain. Ini semua melibatkan luar bandar, di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga umpamanya di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ada industri handicraft, pelancongan dan kebudayaan. Kebanyakannya di luar bandar. Jadi, memang kerajaan memberi perhatian kepada industri luar bandar. Mengenai Sabak Bernam ini, Yang Berhormat Sabak Bernam, kita difahamkan bahawa di Sabak Bernam pun ada beberapa buah kawasan yang dikhaskan untuk usahawan bumiputera. Itu Sabak Bernam. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ringkas- ringkas lah kerana masa tidak banyak ini. Seterusnya daripada Yang Berhormat Kepong mahu supaya dana yang diperuntukkan kepada PKS dilaksanakan dengan baik tanpa mengambil kira kaum, kawasan, dan rantau. Kita adillah. TEKUN umpamanya ada untuk orang Melayu, orang India, orang Cina pun ada peruntukan untuk mereka. Jadi, saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat Kepong. Yang pertama, kita akan pastikan peruntukan dibelanjakan sebaik mungkin. Apa yang penting seperti yang ditekankan tadi oleh Yang Berhormat Jasin ialah kesannya, apa impaknya kepada usahawan. Jadi, kita ucapkan terima kasihlah kepada ingatan Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada di sini. Saya jawab ringkas oleh sebab dia tidak ada. Dia cakap pasal bumiputera di KLIA. Dia kata orang menjerit barulah MITI ambil tindakan. Saya hendak bagi penjelasan di sini bahawa MITI ada satu program bersama KLIA dan KLIA2, kita panggil strategic partnership, program yang lebih besar dipantau oleh TERAJU, penyertaan bumiputera. Di KLIA2 umpamanya kita ada enam buah syarikat yang diuruskan ataupun yang mendapat ruang perniagaan hasil daripada intervensi oleh MITI. Sebagai contoh, kita ada tiga di KLIA dan sembilan lah kesemuanya. Ini program MITI tetapi keseluruhannya kita dapati bahawa di KLIA ada 32 peratus penyertaan bumiputera. Dalam outlet KLIA ada 165 outlet, 32 peratus bumiputera. Di KLIA2 169 outlet semuanya, 38 peratus bumiputera. Program yang dikendalikan MITI adalah sebahagian kecil daripada program keseluruhannya. Program keseluruhan dipantau oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan Perdana Menteri dan di peringkat pegawai dipantau oleh teraju. Jadi yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu ialah sebahagian kecil daripada program. Program yang dikendalikan oleh MITI tetapi banyak lagi program bumiputera yang kita ada di KLIA dan KLIA2 dan ini dipantau oleh TERAJU dan juga Majlis Ekonomi Bumiputera. Itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pokok Sena. Seterusnya, Yang Berhormat Perlis minta agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menarik pelabur membangunkan kawasan industri yang sedia ada di Perlis. Saya difahamkan ada lima buah kawasan industri di Perlis, ada kecil, ada besar, ada yang sudah pun dibangunkan, ada dalam pembangunan, ada sudah penuh, ada yang masih kosong. Umpamanya yang kosong ini mengikut maklumat yang saya ada ini, kawasan pembangunan industri baru Pauh iaitu 45.98 hektar hampir siap, belum ada kilang beroperasi kerana belum siap sepenuhnya lah. Jadi, Perlis ada lima. Saya sudah mengarahkan MIDA bukan hari ini tetapi sebelum ini lagi untuk memberi perhatian juga ke negeri-negeri yang kurang diberi tumpuan termasuklah Perlis dan juga Kelantan dan lain- lain lah. Jadi, ini satu perkara yang kita memang ambil perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

Seterusnya, Yang Berhormat Sibu membangkitkan tentang Akta Pelindung. Jadi, ini berkaitan dengan hot rolled steel plate, dengan izin, acronymnya HRP. Jadi, tindakan ini diambil di bawah Akta Pelindung kerana ada satu petisyen daripada sebuah syarikat yang menyatakan bahawa perniagaan terjejas oleh import. Ini sebenarnya kali kedua tindakan diambil. Kali pertama 2011 tetapi separuh jalan sahaja kita mansuhkan tindakan tersebut. Jadi, ini kali kedua perkara ini dibangkitkan. Maka, dalam tempoh terdekat MITI akan buat keputusan sama ada hendak teruskan dengan tindakan ini atau pun tidak. Ada petisyen sebuah syarikat di Malaysia. Jadi, sekarang ini kita dapati syarikat-syarikat Malaysia rasa terancam dan bimbang termasuklah dengan kemasukan barangan China dan negara-negara lain. Jadi, kita amat prihatin kepada isu-isu yang dihadapi. Satu tindakan ialah di bawah Akta Pelindung, satu lagi di bawah Akta Anti Lambakan yang konsepnya hampir sama. Cuma di bawah Akta Pelindung syarat-syarat lebih ketat. Di bawah Akta Anti Lambakan kita sudah mengenakan tindakan kepada enam jenis produk dalam sektor besi, keluli jugalah, iron and steel. Beberapa buah negara, khususnya di Asia ini yang mengeksport ke Malaysia yang telah menjejaskan industri tempatan. Jadi, ini dibolehkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sibu bangun.

Oleh WTO. Yang kita buat ini ialah selaras dengan undang-undang negara dan juga selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sibu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang hot rolled steel plate, Akta Pelindung itu, hanya satu atau dua sahaja kilang besi yang memfailkan petisyen itu. Jadi, banyak lagi kilang besi mereka tidak ada sebarang complaint tentang masalah-masalah import hot rolled steel plate itu. Jadi, kalau kementerian memang mahu meneruskan dengan hukuman 40 peratus safeguard duties, ini memang akan menjejaskan perkembangan industri pembinaan kapal di Sibu. Sila jelaskan.

Cuma ada dua buah syarikat...

Minta maaf, satu point lagi saya mahu mencelah sekarang. Saya sudah kaji latar belakang kilang-kilang besi yang memfailkan petisyen itu. Sebanyak 49 peratus shareholder adalah daripada China. Mereka not 100 peratus kilang tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibu. Ada dua buah syarikat utama yang terlibat dalam pengeluaran HRP tetapi yang satu itu kecil. Syarikat yang membuat petisyen ini syarikat besar. Jadi, dua buah syarikat sahaja yang utama dan kita akan berlaku adil dalam melaksanakan dan prosesnya 120 hari dipanggil preliminary determination. Lepas itu 200 hari sebelum final. Jadi, proses panjang dan kita akan ada perundingan dan beberapa buah industri akan diberi pengecualian. Saya tahu Yang Berhormat berminat dalam industri-industri ship building. Sibu banyak yang buat kapal. Jadi, yang penting kita akan berlaku adil mengikut undang-undang, peraturan kerana walaupun pelabur asing ada juga ekuiti tempatan dan sebahagian besar pekerja-pekerjanya pekerja tempatan. Syarikat ini, syarikat yang membuat petisyen ini jualannya RM300 juta setahun dan dia mendakwa bahawa apabila terdapat kemasukan ketara barangan daripada beberapa buah negara, ia telah menjejaskan jualannya. Itu antara fakta-fakta yang digunakan dan kita akan berlaku adil. Kita akan pastikan bahawa pertimbangan yang sewajarnya akan dibuat sebelum final determination. Ini baru preliminary, baru awalan ya. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Sibu. Satu lagi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang ringkas sahaja. Yang Berhormat Klang tidak ada, lari dah. Ini berkaitan Mega First di Lao PDR. Mega First ini dia ada satu projek. Syarikat ini disenaraikan di Bursa. Dia dapat satu projek untuk membuat satu hidro 260 dan namanya Don Sahong. Jadi soalannya sama ada kerajaan akan menggubal dasar supaya syarikat Malaysia mengamalkan pelaburan secara bertanggungjawab. Dasar tidak ada tetapi kita mahulah syarikat Malaysia beroperasi di luar negara untuk mematuhi undang-undang sama ada syarikat-syarikat luar negara beroperasi di Malaysia.

Kita mahu mereka patuhi undang-undang kita, maka syarikat Malaysia pun kita mahu mereka patuhi undang-undang di Laos dan pada bulan Julai sudah bermula rundingan dengan Suruhanjaya Sungai Mekong. Proses ini enam bulan. Awal tahun hadapan akan selesai dan kalau suruhanjaya ini kata okey tidak menjejaskan alam sekitar, maka syarikat boleh beroperasi kalau tidak dia terpaksa menghentikan. Yang Berhormat Kampar membangkitkan tentang Euro5. Kita sekarang ini Euro2 lagilah, Malaysia ini. Jadi kita sudah membuat keputusan bahawa bagi Euro5 ini seperti berikut: (i) Euro4 RON 97 ini tidak dikawal lagi September 2015, Euro4; (ii) Euro4 RON 95, 20 Oktober 2018; dan (iii) Euro5 Diesel, 2020. Jadi ini antara timeline. Untuk makluman Yang Berhormat, kita terkebelakang dalam hal ini. Negara-negara sekitar kita ini mereka sudah mengamalkan konsisten dengan amalan terbaik untuk mengurangkan carbon emission, dengan izin. Maka banyak negara di dunia sudah menggunakan Euro4, Euro5. Kita belum lagi. Ini adalah kerana masalah- masalah berkaitan dengan pelaburan yang besar yang terpaksa dibuat oleh syarikat- syarikat minyak sebelum mereka menggantikan Euro2 ini dengan Euro4, jadi kekangan. Mengenai kereta elektrik Yang Berhormat Hulu Langat dibangkitkan Proton. Malangnya projek ini menghadapi beberapa masalah. Kita kurang berpuas hati dengan prestasinya maka kerajaan sedang berunding semula. Mungkin kita akan adakan perjanjian baru dengan syarikat Proton untuk membolehkan ia mengeluarkan kereta elektrik. Sekarang ini PROTON sedang mengadakan kolaborasi dengan sebuah syarikat Korea dan saya sendiri telah melawat syarikat berkenaan. Nampak gayanya ada kemungkinan kereta elektrik yang diidam-idamkan oleh Proton dengan kolaborasi bersama partner rakan kongsi yang baru ini mungkin berhasil. Jadi MITI sedang meneliti perkara ini untuk memastikan projek ini dapat diteruskan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Yang Berhormat Menteri..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila, sila.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Perdana Menteri juga menyebut bas elektrik. Jadi bolehkah dapat sedikit penjelasan, siapa yang akan mengendali pengeluaran bas elektrik ini dan begitu juga kereta elektrik Proton itu. Selain daripada teknikal maknanya collaboration dengan syarikat di Korea, mungkin ada lagi masalah-masalah daripada segi bahan umpamanya dikatakan bateri dan sebagainya adakah ia boleh kita dapat atasi selepas ini. Terima kasih.

Syarikat ini saya tidak wajar untuk menamakan syarikat Korea ini. Sebuah syarikat multinasional yang ternama dan syarikat ini memang terlibat dalam beberapa projek lain melibatkan kereta-kereta, jenama-jenama tersohor di dunia. Jadi kita mempunyai keyakinan yang lebih bahawa syarikat ini akan mampu membantu Proton. Jadi sebelum ini banyak isulah, isu bateri dan lain-lain yang tidak menepati KPI yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berkaitan dengan bas elektrik, saya kurang pasti dan saya akan menyemak siapa yang akan terlibat dan saya akan maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat. Akhir sekali berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Pandan berkaitan harga kereta. Yang Berhormat Pandan menyatakan bahawa oleh sebab kita boleh kurangkan cukai kenderaan kerana kita dapat kurangkan subsidi minyak. Jadi saya hendak jawab dua perkara. Pertama, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sejak tahun lepas kita secara puratanya harga kereta turun kira-kira 9.17 peratus. Janji kita dalam manifesto Barisan Nasional secara berperingkat-peringkat menjelang 2018, 20 peratus hingga 30 peratus.

Pencapaian dalam dua tahun ini 9.17 peratus. Ini bukan paksaan ini ialah hasil daripada, dengan izin, market forces, persaingan yang semakin hebat di antara syarikat- syarikat membuat kereta dan juga pengenalan model-model baru yang menggantikan model-model lama yang mana model-model ini adalah lebih murah. Umpamanya Pesona penurunannya 13 peratus berbanding dengan dua tahun yang lalu. Saga 1.3 turun 12 peratus ini contoh-contoh, Viva umpamanya Viva 660 VX 11 peratus. Ini contoh-contoh, jadi peratusnya 9.17 peratus. Akhir sekali berkaitan hendak kurangkan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat mungkin duti eksais. Ini ialah perkara yang dalam tanggungjawab Kementerian Kewangan tetapi secara umumnya walaupun kita telah mengurangkan subsidi minyak, kita harus ingat juga bahawa harga minyak sudah turun di dunia, sudah pasti memberi kesan kepada hasil negara. Ahli Yang Berhormat pun minta macam-macam peruntukan dalam Dewan ini dan ini sudah pastinya ini akan menambahkan lagi keperluan dan peruntukan kerajaan. Maka pada pandangan kerajaan pada masa ini, kerajaan pernah mengatakan bahawa kita boleh menimbangkan kajian semula duti eksais kenderaan apabila keadaan kewangan kerajaan bertambah baik. Itu jaminan yang dibuat oleh kerajaan. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang kesemuanya 13 orang yang telah berucap. Bagi pihak saya dan pegawai-pegawai, saya juga ucap terima kasih pegawai- pegawai saya yang telah membantu saya untuk menyediakan draf ucapan. Jadi terima kasih Yang Berhormat, inshaaAllah kita akan tingkatkan prestasi untuk memastikan rakyat akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Kota Samarahan yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2015. Pihak kementerian amat hargai serta mengambil perhatian serius semua pandangan, saranan, cadangan serta teguran membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi maksud mempertingkatkan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat yang merangkumi lapan kumpulan sasar kementerian iaitu wanita, kanak-kanak, keluarga, warga emas, orang kurang upaya, mangsa bencana, pertubuhan bukan kerajaan dan orang papa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa memastikan penilaian, penyemakan dan pemantauan program-program pembangunan dibuat dalam usaha untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Bagi tahun 2015, kementerian saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, satu jam boleh selesai?

InshaaAllah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh Yang Berhormat Menteri JKR, untuk sembahyang Maghrib dahulu. Sila.

[Ketawa] InshaaAllah. Kementerian saya diperuntukkan sebanyak RM2.247 bilion dan daripada jumlah ini, RM2.04 bilion adalah di bawah peruntukan operasi manakala RM202.6 juta adalah di bawah peruntukan pembangunan. Peruntukan bajet tahun 2015 ini adalah untuk memanfaatkan kesemua kumpulan sasar kementerian.

Dalam hal ini saya dengan berbesar hati menyambut baik dan mengalu-alukan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengesyorkan supaya ditambah peruntukan kepada kementerian saya untuk mengukuhkan kesejahteraan semua kumpulan sasar tidak kira di bandar mahupun luar bandar dan bagi menampung pelbagai bantuan kebajikan kepada rakyat seperti bantuan keluarga miskin, bantuan OKU dan bantuan warga emas. Ini membuktikan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar kementerian. Dalam hal ini, kementerian menggunakan pendekatan bekerjasama dengan rakan strategik, kita membuat NBOS dan melakukan CSR dengan badan-badan korporat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan kepada beberapa perbahasan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Peruntukan tahun 2015 yang telah diberikan kepada kementerian dapat membantu kementerian untuk melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi dan pembangunan kapasiti khususnya wanita. Dalam hal ini, untuk menggalakkan wanita kembali bekerja, antara insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan adalah, pertama, insentif potongan cukai berganda kepada mana-mana syarikat yang mengambil wanita Malaysia yang ingin kembali bekerja selepas cuti daripada pekerjaan atau dengan izin, career break, sekurang-kurangnya dua tahun dan memberikan wanita tersebut program latihan yang diiktiraf oleh TalentCorp. Potongan cukai berganda ini diberikan ke atas perbelanjaan latihan oleh syarikat-syarikat dalam mengambil semula para profesional wanita yang telah berhenti bekerja bermula tahun 2013. Kedua ialah program Women Career Come Back. Di bawah Bajet Tahun 2015, TalentCorp akan mewujudkan program Women Career Come Back untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan berdasarkan kelayakan mereka. Kementerian saya dengan kerjasama TalentCorp akan mempergiatkan lagi promosi flexible work arrangement, dengan izin, kepada majikan bagi membolehkan wanita mengimbangi komitmen antara keluarga dan kerjaya. Dalam hal ini, kementerian akan meneruskan hebahan mengenai insentif di bawah Bajet 2014 kepada majikan yang melaksanakan skim flexible work arrangement yang mana perbelanjaan latihan dan fi konsultasi yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan skim ini diberi potongan cukai tambahan. Kementerian saya mengambil maklum akan cadangan untuk melaksanakan promosi bagi wanita ingin kembali bekerja dilakukan di tempat-tempat awam seperti di pusat-pusat kesihatan, pusat membeli belah atau di panggung wayang. Tuan Yang di-Pertua, berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai pengiktirafan dan juga insentif kepada suri rumah, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kaum wanita termasuk suri-suri rumah. Pelbagai program dan bantuan disediakan bagi membantu suri-suri rumah agar dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Antara program-program yang dilaksanakan adalah, pertama, 1Malaysia Support for Housewives di bawah National Blue Ocean Strategy yang dilaksanakan bagi mewujudkan peluang pekerjaan bagi suri rumah daripada isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan keluarga bagi meningkatkan taraf hidup serta memberi jaminan keselamatan sosial. Kedua, kementerian saya juga melaksanakan Program 1AZAM yang ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah termasuk golongan suri rumah bagi membolehkan mereka berdikari dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga. Ketiga, pelaksanaan program seperti Kraf Kreatif kepada wanita termasuk suri rumah melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri turut dilihat dapat membantu wanita dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dikomersialkan. Program ini bertujuan menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan. Keempat, kita ada satu program yang dinamakan Program MamaCare...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri.

Okey,

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya tertarik dengan apa tadi Yang Berhormat Menteri nyatakan mengenai program-program yang dianjurkan oleh pihak kementerian di bawah bidang kuasa Yang Berhormat. Salah satu daripada yang saya tertarik tadi mengenai Program 1AZAM dan juga Kraf Kreatif. Saya melihat jumlah yang diperuntukkan untuk setiap program ini, seperti Program 1Azam ini, RM5,000 kalau saya tidak salahlah. Kalau tak salah, ia berjumlah RM5,000. Adakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan jumlah ini? Kalau ikutkan waktu sekarang ini, RM5,000 itu tidak mencukupi langsung. Kita bercakap mengenai hendak menambahkan pendapatan mereka. Jadinya perkara ini juga kita tidak boleh buat sekali. Kalau RM5,000 sekali dan selepas itu apa? Apakah yang pihak kementerian boleh lakukan? Jadinya susulan selepas itu tidak ada. Jadi apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini?

Terima kasih Yang Berhormat dari Parit Sulong. Terima kasih jugalah kerana menyebutkan bahawa peruntukan sedemikian iaitu RM5,000 bagi satu-satu program itu memang rata-rata mengatakan tidak mencukupi. Namun Yang Berhormat, ini yang kita telah peruntukkan. Namun, kita work around the problem. So, apa yang kita cuba aturkan iaitu kita mengadakan banyak bersama strategic partner. Kita juga mengetahui bahawa peruntukan-peruntukan di kementerian lain, di jabatan lain, agensi dan juga di pihak swasta ada. Oleh sebab itu tadi saya katakan di awal lagi, kita menggunakan banyak pendekatan strategic partner dan juga kita mengadakan NBOS. Memang Yang Berhormat- sebab Yang Berhormat membantu saya menyebutkannya, kalau hendak diikutkan peruntukan, kalau hendak diikut hasrat kita, memang kita memerlukan lebih banyak. Namun Yang Berhormat, saya juga telah mengadakan satu perbincangan yang panjang lebar bersama dengan pegawai-pegawai saya di mana kita akan kaji di mana program-program yang tidak begitu banyak sambutan, kita akan kurangkan dan kita akan gemblengkan kepada program-program yang sangat digemari. Jadi, itu satu juga yang kita akan gunakan, pendekatan sedemikian. Bukannya kita terus buat sebegitu sahaja tetapi kita melihat semula. Ini kerana bila kita ada sumber- sumber kewangan yang terhad, jadi pendekatan itu juga harus kita buat sedikit kelainan. Jadi, inshaaAllah. Terima kasih Yang Berhormat kerana telah membantu menyuarakan sesuatu yang sebenarnya sangat dekat di hati kita yang, inshaaAllah, kita cuba dengan apa yang ada untuk kita membuat yang terbaik. Satu lagi program iaitu Program MamaCare dan hasil kerjasama pintar antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di mana kita bekerjasama dengan EduSkill dan Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia atau dengan ringkasnya HAMA, akan melatih suri rumah, warga emas dan ibu tunggal daripada kumpulan low income household, dengan izin, menjana pendapatan keluarga melalui perkhidmatan penjagaan holistik ibu selepas bersalin secara tradisional dan moden di samping membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Kelima, di bawah inisiatif NBOS juga yang ketujuh, 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment, kita adakan satu program dinamakan Bazar Wanita 1Malaysia yang telah diwujudkan untuk menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan wanita berpendapatan rendah. Keenam, selain itu, ramai wanita suri rumah kini giat melibatkan diri dalam perniagaan online yang memberi peluang untuk mereka menjana pendapatan sampingan sekali gus membantu menguruskan keluarga. Ketujuh, para suri rumah juga boleh menyumbangkan tenaga mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan seperti melibatkan dalam PERWANI dan juga Home Health.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan program yang kelima, kalau tak silap, berkaitan dengan penjagaan holistik kepada ibu bersalin. Saya hendak minta penjelasan kerana apa yang disebut holistik ini besar maknanya itu, termasuk rawatan semasa mengandung, rawatan semasa bersalin dan selepas bersalin. Jadi, kalau kita berikan satu false assurance kepada ibu-ibu kita terutamanya yang muda-muda bahawa suatu cara jagaan holistik boleh disediakan melalui program yang dicadangkan ini.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dan saya khuatir ia tidak dapat memberikan jagaan yang sebenarnya seperti yang diberikan oleh jururawat-jururawat dan juga di hospital, di klinik-klinik ibu dan kanak-kanak.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi kemungkinan ia akan mengalihkan keutamaan ibu-ibu ini kepada jagaan sebegini sehingga melalaikan jagaan yang sudah establish yang diberikan oleh institusi kesihatan yang sedia ada. Jadi ada jaminan bahawa program ini betul-betul holistik dan mempunyai kepakaran ataupun latihan yang mencukupi bagi pengamalnya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai. Apa yang kita lakukan di dalam MamaCare kita tidak juga ambil orang sembarangan Yang Berhormat, kita memang ada saringan, kita pilih di antara saya tadi kata warga emas wanita, orang tua yang ada, memang kepakaran dalam bidang urutan, bidan kampunglah dan ibu-ibu tunggal yang memang juga ada kemahiran. Kita pun juga tidak ambil sembarangan dan untuk makluman, bila saya kata untuk penjagaan, sebenarnya penjagaan lepas bersalin atau dalam pantang. Jadi sebenarnya Yang Berhormat tidak kacau juga bidan dan jururawat ini bila sudah kembali ke rumah. Oleh sebab sekarang ini bidan-bidan terlatih pun sudah berkurangan, jadi ini complement dan supplement. Jadi kita latih sebab mereka sudah ada skil ini, sudah ada skil. Jadi kita bersama dengan EduSkill dan juga persatuan yang tadi ringkasnya HAMA, Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia. Jadi kita bagikan lagi pemantapan. Dia sudah pandai urut Yang Berhormat, dia memang bidan. Jadi dengan cara ini mereka mendapat sijil pula. Jadi dengan adanya sijil orang lebih yakin, lebih confident dan syukur alhamdulillah Yang Berhormat, saya ada peserta- sebab first graduate itu 41 orang. Umur yang tua sekali 84 tahun, syukur alhamdulillah sudah mendapat pendapatan RM6,000, bukan sebulan, sekali sebab pakej. Apabila lepas bersalin ini, 44 hari, so ada pakej dan yang menyeronokkan lagi Yang Berhormat, dia bukan orang Melayu sahaja, dulu kita ingat orang Melayu saja, tidak. Sekarang ini even expectorate, you know kepada bangsa lain. Jadi ini adalah satu yang kami sangat bangga sebenarnya sebab telah dapat memberikan income, pendapatan kepada mereka ini, pada mulanya duduk saja di rumah atau dia menunggu sekali sekala orang datang, tetapi dengan ada sijil. Saya ada seorang itu sekarang dia telah bekerja di Dubai. Jadi itu di antara yang 6,000 itu. Jadi syukur alhamdulillah Yang Berhormat. Namun Yang Berhormat, terima kasih atas kebimbangan. Memang kami juga melihat daripada segi itu, sebab itu saya katakan tadi, kita pilih memang yang ada ilmu urut dan sebagainya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya fikir kementerian tidak perlu untuk mengehadkan wanita-wanita yang boleh mengurut ini kepada orang yang ada pengalaman sahaja, sebab mengurut ini bukanlah sesuatu yang turun menurun, dengan izin, dia adalah something acquired, acquired skill. Jadi saya kira memang saya hendak ucap tahniahlah sebenarnya Yang Berhormat kerana memang kalau kita lihat terutamanya di bandar- bandar, Kuala Lumpur ini cukup, Selangor ini pun sudah cukup amat susah sekali untuk mencari penjagaan selepas bersalin. Saya cuma tadi minta diperbaiki dengan hanya tidak mengambil orang-orang yang berpengalaman malah kalau wanita pertengahan umur ya, tidak semestinya ibu tunggal malah ia boleh jadi satu profesion kepada wanita. Itu saja komen saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja. InshaaAllah tapi kita dalam yang first level ini kita ambil yang memang ada kepakaran itu, tapi memang hasrat kami untuk melebar luaskan sebab sekarang juga di hospital-hospital Yang Berhormat sedia maklum ya, di hospital pun sekarang ini mereka sedang mencari tukang-tukang urut ini, sebab sekarang dia sudah combine modern medicine dengan cara tradisional. Itupun juga bermakna permintaan seperti Yang Berhormat kata untuk mereka ini meningkat dan kami menambah baik sebab mereka kita berikan sijil. Terima kasih Yang Berhormat atas sokongan itu dan inshaaAllah kita akan juga melebarkan kepada mereka yang kita boleh latih supaya dia lama-kelamaan dia pun juga mendapatkan skil tersebut.

Dalam usaha kerajaan melonjakkan kedudukan wanita Malaysia di tempat yang lebih kritikal dan juga sebagai pembuat keputusan, kerajaan telah menetapkan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam pada tahun 2004. Dasar ini telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan di mana bilangan wanita yang menyandang jawatan utama sektor awam atau JUSA telah meningkat daripada 18.8 peratus pada tahun 2004 kepada 33.7 peratus pada tahun 2013. Jadi bermakna dalam sektor awam, syukur alhamdulillah kita sudah melepasi 30 peratus. Selain daripada itu dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Jun 2011 merupakan juga merupakan satu langkah affirmative oleh kerajaan yang diyakini dapat meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sehingga Mei tahun 2014 sebanyak 14 peratus atau 3,266 orang daripada keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang jumlah keseluruhannya 23,335 orang di syarikat awam atau public companies wanita. Syarikat awam merangkumi syarikat tersenarai awam, public listed companies dan syarikat tidak tersenarai awam atau non public listed companies. Dasar-dasar yang sedia ada ini dilihat dapat melonjakkan kedudukan wanita Malaysia di tempat-tempat yang lebih kritikal dan boleh membuat keputusan dan memberi sumbangan kepada negara. Kedua-dua dasar sememangnya merangkumi wanita di dalam bidang teknikal atau vokasional dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara yang lebih penting strategi supaya wanita-wanita profesional diterima atau by in berdasarkan kepada keupayaan, kepakaran dan merit wanita tersebut bagi menerajui jawatan-jawatan utama sama ada di sektor awam mahupun sektor korporat. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat pula yang diumumkan kerajaan pada tahun 2011, sememangnya merangkumi semua syarikat dan tidak terhad kepada GLC sahaja. Bagi Program Pengarah Wanita dan perwujudan Women Directors Registry contoh komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan pihak swasta terutamanya pengerusi syarikat untuk memberi peluang kepada lebih ramai wanita berkelayakan dan telah dilatih untuk memegang jawatan pengarah syarikat. Berhubung cadangan meletakkan sasaran 30 peratus wanita dalam kepimpinan politik serta sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam bidang politik, sememangnya telah terkandung dalam Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita iaitu dari tahun 2009 hingga tahun 2015. Pada Oktober tahun 2014, 10.4 peratus daripada Ahli Dewan Rakyat wanita manakala 27.4 peratus daripada Ahli Dewan Negara wanita. Namun apakan daya, Tuan Yang di-Pertua apakan daya, namun ini macam mengeluh sedikit, jumlah wanita sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah ditentukan oleh pemilihan pengundi di kawasan tempat kita masing-masing bertanding.

Semua pihak harus bekerja keras untuk memastikan calon wanita menang dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Jadi, pihak kementerian hanya boleh mengesyorkan agar lebih ramai wanita dilantik sebagai Senator di Dewan Negara sebab itu ialah lantikan. Kami sentiasa mengesyorkan Yang Berhormat dan peranan ini sepatutnya dimainkan oleh semua pihak termasuk semua parti politik, pemimpin di akar umbi dan pengundi yang bijak dalam memilih calon wanita. Dengan pertambahan bilangan calon wanita, maka lebih tinggi peluang untuk wanita terlibat dalam politik. Saya ingin menyarankan juga kita Ahli-ahli Yang Berhormat wanita ini, kita mesti memberikan satu role model dan contoh yang terbaik supaya inshaaAllah mereka melihat bahawa wanita ini boleh diharapkan dan lebih ramai lagilah calon wanita [Tepuk] Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Mengenai cadangan memperluaskan dasar 32 peratus wanita di peringkat...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri, sebelum ke tajuk lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang. Saya tertarik dengan Yang Berhormat menyatakan mengenai kita wanita selaku wakil rakyat kena bagi lebih komitmen jadi role model.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, pada pandangan saya secara keseluruhan, saya rasa ini fenomena bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di international arena. Kalau misalannya wakil rakyat itu ialah wanita, selalunya dia memberikan lebih komitmen terhadap menjalankan apa juga aktiviti dan juga amanah yang diberikan. Walau bagaimanapun, apa yang kita harapkan adalah nomination daripada parti- parti itu sendiri agar itu yang perlu dipertingkatkan. Bermaksud, setiap parti perlu mengetengahkan lebih ramai lagi calon wanita di peringkat parti masing-masing, beri komitmen beri kepercayaan kepada mereka. Hasilnya, apabila mereka ini menjadi calon dan diberi amanah, barulah ada peningkatan di peringkat Dewan Rakyat. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini.

Yang Berhormat Parit Sulong, itu memang saya sangat setuju dan masuk dalam jawapan saya. Saya sudah belajar bab ni. [Ketawa] Itu yang saya katakan tadi sebab komitmen ini saya sudah katakan tadi mesti datang daripada parti-parti masing-masing supaya pencalonan itu datang daripada sebenarnya dari akar umbi.

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, izinkan? Saya rasa kalau kita hendak dapat komitmen daripada parti ini, secara umumnya kalau tidak ada dasar dalam negara kita, susah. Apabila masuk politik, kita bersaing dengan lelaki, serupa sahaja. Cuma kalau dasar negara kita ini boleh diubah sedikit supaya kita ada kerusi-kerusi mengikut kuota. Mungkin tidak ada constituents, di Filipina diberi kepada NGO-NGO misalnya. Kita kena ubah sistem. Kita wanita perlu bersetuju dalam perkara ini disokong oleh wakil-wakil rakyat kawan-kawan kita daripada kaum lelaki. Kerana kalau ikut sistem yang ada ini, kita sudah 50 tahun merdeka. Kita tidak pernah lebih daripada 11 peratus. Jadi, kalau tidak ubah sistem, ia akan jadi begitu Yang Berhormat Menteri. Kita kena serius. Kalau hal ini mungkin Kokus Wanita boleh mengemukakan kepada kerajaan. Sebab kalau kita hendak sebut parti, parti boleh seperti Indonesia. Kalau dengan sistem kita ada sekarang, tidak mungkin, kecuali kalau ada list system, party listing, proportionate system, kemudian baru kita boleh tampilkan wanita. It’s not going to work, dengan izin, kalau dengan sistem yang ada sekarang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan, memang bagi saya, saya setuju sangat daripada Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kota Raja. Saya pun awal tadi telah memaklumkan bahawa Dasar Wanita Negara pun ada dicatatkan sedemikian dan pelan tindakan pembangunan wanita pun ada. Akan tetapi namun seperti yang Yang Berhormat katakan the political will kena ada bersama-sama. Namun Yang Berhormat, saya mengalu-alukan kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa Kokus Wanita hendak mengesyorkan, inshaaAllah saya akan bawakan juga. Seperti yang saya katakan, ini tidak dapat lagi diputuskan oleh kementerian saya sahaja tetapi ia difikirkan oleh semuanya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada satu cadangan, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan. Sekarang UN Wanita dia ada satu kempen “He for She”. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri kita bolehlah melancarkan program ini ataupun kempen ini. Seperti tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja, kita perlu ada pemimpin- pemimpin daripada kesemua parti politik untuk kita wujudkan seperti Kerusi Khas untuk calon wanita bertanding. Mungkin kita boleh mulakan satu kempen “He for She” dan kita tengok sesiapa Ahli Parlimen yang duduk di Dewan ini akan setuju dengan cadangan ini. Kalau kita dapat majoriti mereka yang bersetuju dengan cadangan ini, saya rasa Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan 30 peratus kuota Kerusi Parlimen yang dikhaskan untuk ditanding oleh calon wanita. Itu cadangan saya untuk dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Saya katakan tadi saya menerima baik semua cadangan ini dan saya akan menjawab “He for She” itu Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan, saya sebagai kementerian yang satu daripada kumpulan sasar menjaga wanita dan khususnya ini adalah politik termasuk sama-sama kita, saya akan menerima dan kita akan forward melalui kerajaan. Akan tetapi saya katakan peranan ini bukan di sebelah kerajaan sahaja tetapi sebenarnya semua parti kita di dalam ini.

Jadi, ada juga yang bertanya di peringkat ketua kampung, JKK, supaya mohon juga mengesyorkan ada juga 30 peratus. Jadi, di sini saya ingin memaklumkan mungkin peranan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat ini boleh mengesyorkan cadangan supaya JKK, kita mesti ada juga penglibatan wanita di dalam JKK yang ada di akar umbi. Jadi, mungkin kita di sini boleh mengesyorkan kepada pegawai-pegawai daerah di kawasan masing-masing. Sebab JKK itu pegawai daerah juga yang memainkan peranan.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri, minta maaf, boleh ya Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal mengenai ketua kampung ini semua, mengapakah tidak kementerian buat dasar itu sendiri? Sebanyak 30 peratus mesti wanita. Kalau kita minta syor-syor macam itu, sampai bila pun tidak akan ada 30 peratus. Jadi, kita terus cakap 30 peratus mesti daripada kalangan wanita dalam jawatankuasa kampung kah, apa kah. Kalau kementerian boleh buat dasar yang begini, inshaaAllah benda itu akan jalankan. Akan tetapi kalau kita bagi mereka opsyen, sampai habis pun saya rasa opsyen itu mereka tidak akan terima. Minta pandangan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan mengambil maklum dan kita akan syorkan sedemikian. Akan tetapi seperti yang saya katakan, ini juga memerlukan kita mengadakan satu engagement bersama dengan pegawai-pegawai daerah di peringkat akar umbi. Oleh sebab peranan pegawai daerah juga penting. Akan tetapi kita sebagai Ahli Parlimen masing-masing, kita juga berada di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan sebagainya memang kita boleh mengesyorkan sebagai wakil rakyat di situ. Selalunya ahli JKK ini kita kata 30 peratus berilah kepada wanita. Satu lagi kempen ‘He for She’ ini tadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kempen “He for She” satu kempen sokongan bersama untuk kesaksamaan gender. Kempen ini dilaksanakan oleh UN Women bertujuan melibatkan lelaki dan kanak-kanak lelaki sebagai ejen perubahan untuk mencapai kesaksamaan gender dan hak wanita dengan menggalakkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak perempuan. Kementerian menyambut baik semua cadangan ini dan besarlah harapan sekiranya cadangan ini disahut oleh semua Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan Rakyat, di Dewan Negara dan di Dewan Undangan Negeri untuk kita sama-sama memastikan bahawa ini kita sebagai anggota lelaki di dalam keluarga juga kita sama-sama melihatkan bahawa kedudukan wanita itu adalah sangat penting dan lelaki yang memainkan peranan.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah mengadakan beberapa siri seminar di mana ia hanya dihadiri oleh pihak lelaki untuk saya menerangkan dengan teliti ‘He for She’ program. Dulu-dulunya Yang Berhormat, program ini dinamakan gender sensitizing tapi sekarang nama dia kena glamour sikit, “He for She” tapi itu memang kita teruskan. Menyentuh tentang penyediaan tempat selamat bagi mangsa keganasan rumah tangga, Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 menyediakan tempat selamat yang berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa keganasan rumah tangga yang didera secara fizikal, seksual atau emosi. Terdapat 43 buah tempat selamat di seluruh negara yang telah digazet. Tuan Yang di-Pertua, kebajikan kanak-kanak turut tidak dilupakan oleh kementerian saya dalam memastikan asuhan dan jagaan berkualiti terhadap kanak-kanak. Taska yang dikelolakan di bawah kerajaan terbahagi kepada dua kategori iaitu taska di tempat kerja, di sektor awam ada 119 buah dan taska komuniti ada 44 buah. Manakala taska di sektor swasta pula terbahagi kepada dua kategori iaitu taska di tempat kerja di sektor swasta 26 buah dan taska institusi swasta ada 2,792 buah. Bagi semua taska yang berdaftar dan dalam proses pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pemeriksaan berkala dijalankan sebanyak tiga bulan sekali. Pemantauan bagi taska tidak berdaftar sentiasa dilaksanakan melalui Unit Perundangan dan Penguatkuasaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri-negeri dan pusat khidmat masyarakat daerah. Operasi task force pemutihan taska tidak berdaftar juga telah dilaksanakan bagi tahun ini oleh semua negeri supaya kewujudan mereka dikenal pasti dan diberi peringatan untuk mendaftar. Merujuk kepada kes penderaan dan kematian bayi di pusat-pusat asuhan, saya memang mengambil serius semua kes ini.

Menerusi tindakan penguatkuasaan undang-undang dan promosi kesedaran, saya berharap ibu bapa, masyarakat serta pengusaha sedar, bahawa pentingnya sesebuah taska atau pusat jagaan didaftarkan dan patuh kepada Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994. Berdasarkan peruntukan akta dan peraturan tersebut juga, semua pengusaha dan pengasuh wajib lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA demi memastikan semua aspek kesejahteraan, keselamatan, perkembangan, kesihatan dan pendidikan awal kanak-kanak terjamin. Pemantauan berkala juga dilakukan oleh pegawai diberi kuasa taska ke atas sesebuah taska sebanyak empat kali setahun bagi memastikan kualiti pengasuhan dan aspek keselamatan dipatuhi. Namun, lawatan mengejut ke atas mana-mana taska juga dilakukan oleh pegawai diberi kuasa taska pada bila-bila masa sahaja. Dalam usaha memastikan kesejahteraan dan kesihatan kanak-kanak terjamin, kementerian saya memang berhasrat untuk melengkapkan taska dengan satu support system iaitu dengan adanya jururawat ataupun doktor untuk membuat lawatan berkala ke setiap taska. Penempatan jururawat ataupun doktor nanti boleh dilaksanakan secara NBOS dengan agensi kerajaan, swasta dan juga NGO berkaitan. Kementerian saya turut menggalakkan pengusaha agar memasang kamera litar tertutup atau CCTV secara dalam talian bagi membolehkan pengusaha dan juga ibu bapa kanak-kanak memantau keselamatan dan aktiviti kanak-kanak semasa berada di taska.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya kira Menteri juga maklum mutakhir ini banyak isu kanak-kanak yang didera dan juga kanak-kanak yang tidak mendapat pengawasan sewajarnya di taska-taska ini yang banyak dilaporkan. Saya nak tanya di sini Menteri ialah dua perkara. Pertama, sudah pasti bila taska itu wujud di satu-satu taman, adakah pihak pemantau ataupun pihak kementerian menghantar secepat mungkin pegawai-pegawai untuk check sama ada taska- taska ini mempunyai lesen atau tidak kerana tidak mungkin dia dapat beroperasi begitu lama kalau dia tidak dapat lesen dan saya kira task force ini harus mengenal pasti dengan serta-merta, itu yang pertama. Keduanya yang lebih membimbangkan kita ialah tentang orang yang bekerja di taska itu. Kadang-kadang, guru-guru ataupun orang yang bekerja di situ kadang-kadang tangkap muat sahaja, Menteri. Ada budak-budak yang lulusan SPM yang sedang menunggu nak masuk kolej ataupun kadang-kadang orang yang dari negara jiran digaji untuk menjaga budak-budak ini. Jadi sementara kita nak tengok lesen ini tetapi juga pekerja-pekerja dan juga petugas-petugas taska itu juga penting kerana ini soal keselamatan anak-anak dan juga masa depan anak-anak kita. Bagaimana pandangan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, saya tadi telah maklumkan bahawa kita ada satu unit perundangan dan penguatkuasaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang inshaaAllah juga kita ronda-ronda Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat, seluruh negara ini satu tugasan yang mencabar jugalah. Jadi selain daripada rondaan daripada unit penguatkuasaan kami itu, kami sebenarnya mengalu-alukan feedback daripada orang awam, sebab Yang Berhormat, kalau kita macam syak itu berdaftar kah tidak, tidak salah untuk menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan untuk bertanya itu berdaftar kah tidak. Seperti saya katakan, kita memahami juga keperluan taska ini. Sambil kita berkehendakkan wanita bekerja seperti saya katakan tadi, jadi perkhidmatan taska ini juga penting. Sebab itulah terjadi macam itu, Yang Berhormat. Sebab apa, pengusaha-pengusaha yang tidak berdaftar itu tahu demand itu ada. Jadi oleh yang demikian, saya katakan tadi kalau ikut peraturan kami memang lengkap, SOP memang lengkap, sebab itulah ada kalanya dia tak mahu sangat berdaftar itu sebab hendak mengikut peraturan itu memang susah. Akan tetapi bagi kami Yang Berhormat, peraturan ini penting sebab kita hendak menjaga keselamatan bayi-bayi dan sebagainya itu. Itu nyawa itu kalau ikut itu nyawa kita. Jadi Yang Berhormat, kita juga tidak hendak mengambil terus punitive action, jadi kita telah mengadakan kita dan namakan operasi pemutihan. Jadi kita terima maklum balas, ada yang beroperasi tanpa lesen dan kita juga menyeru kepada mereka ini yang kita telah dapati atas penglibatan orang awam dan ada ibu bapa.

Jadi kita buat operasi pemutihan dan syukur alhamdulillah, kita dapat seribu lebih taska yang sebenarnya belum ada lesen dan kita telah membantu mereka untuk bagaimana untuk kita daftarkan. Jadi kadang-kadang tindakan Yang Berhormat, kita tak dapat terus untuk membawa tindakan hukuman sebab keperluan itu ada, jadi kenapa tidak kita latih, kita memberi mereka apa SOP nya, guna jalan yang terbaik, kita dapat win-win. Syukur alhamdulillah jadi sekarang ini yang 1,100 buah lebih taska yang kita dapati melalui operasi pemutihan, sekarang ini adalah dalam proses pendaftaran. Jadi kita maklumkan mereka seharusnya berdaftar lebih elok lagi daripada beroperasi tanpa lesen.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Boleh saya celah sikit? Menteri, Bagan Serai. Cerita tentang taska ini, bukan sahaja mendapat lesen itu satu perkara yang penting, itu sudah tentu penting tapi kita lihat juga kejadian-kejadian yang melibatkan nyawa boleh hilang di taska ini, kerana pekerja-pekerjanya mungkin tidak mendapat kelulusan dan sijil yang betul.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Contohnya di negara-negara maju yang terlibat dengan taska ini mempunyai sijil. Contohnya sijil kecemasan supaya bila berlaku kecemasan yang melibatkan nyawa, mereka tahu bagaimana untuk bertindak atas kecemasan ini. Jadi, bagus juga kalau kita tingkatkan lagi keadaan di taska ini, bukan sahaja mendapat lesen yang betul, juga pengasuh-pengasuh itu mendapat sijil tertentu yang mengenai pengurusan untuk anak- anak, keselamatan anak-anak di taska ini. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat dari Bagan Serai. Jadi sebab itu memang penting bagi kami, sebab itu kalau hendak ikut akta itu dah lengkap, banyak betul akta yang saya telah sebutkan tadi, akta dan peraturan. Kita juga sekarang ini mewajibkan supaya semua pengusaha dan pengasuh wajib lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak. Ini termasuk dalam itu Yang Berhormat, sebab kita sentiasa menambah baik. Di situ ada kursus termasuk first aid sebab kita dapati banyak juga kes-kes di mana tersedak susu, feeding dan sebagainya. Kalau ikut SOP kita Yang Berhormat, ia begitu mengambil keselamatan itu sebagai keutamaan. Seperti kalau ada bayi, baby umur kita letak di situ ‘0’ kepada beberapa bulan, kita perlu tiga baby seorang pengasuh kalau ikut SOP yang sebenar. Begitu kita menitikberatkan keselamatan. Jadi sebab itu Yang Berhormat, kita menyarankan supaya mereka mematuhi akta itu ada, mematuhi segala peraturan dan juga melalui kursus-kursus. Akan tetapi Yang Berhormat, turnover nya cepat, turnover pengasuh ini. Ada itu seperti tadi dikatakan dia ambil kerja mengasuh ini untuk transit, untuk sementara. Jadi kadang-kadang dia tidak ambil, jadi mungkin pengusaha itu dia belum lagi berpeluang untuk menghantar pengasuhnya untuk berkursus dah bertukar. Jadi oleh yang demikian, ini satu proses yang inshaaAllah tengah kami bincangkan. Kami hendak menjadikan profesion pengasuh ini sebagai profesional dengan gaji yang lebih elok, dengan mungkin ada tangga gaji dan sebagainya. Jadi ini kami telah berbincang dengan Persatuan Pengusaha-pengusaha Taska seluruh negara supaya mungkin kita membuatkan kerja-kerja pengasuh ini menjadi lebih profesional. Lebih memberi pendapatan supaya mereka ini akan lebih lama lagi bekerja dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak yang diasuh di dalam taska.

[Bangun]

[Bangun]

Yang Berhormat Kota Raja ada?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat prihatin tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang pengasuh tadi. Pertamanya, pernah kah kementerian mengambil tindakan menyenaraihitamkan semua pusat asuhan ini untuk dimaklumkan kepada tatapan umum. Kedua, pernah kah kementerian membuat kerjasama dengan pihak universiti ataupun institusi-institusi pengajian tinggi untuk kita membanyakkan lagi dan meningkatkan lagi taraf profesionalisme pengasuh ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Memang kita ada mengambil tindakan Yang Berhormat, bila ada kejadian kematian selepas kes polis dibuat, jadi kita mendapati memang banyaklah kesalahannya itu, kita sitakan, kita ‘lock’. That is the word. Untuk makluman, tahun 2013 kita telah ‘lak’ kan dua buah taska, kita kompaun satu dan tahun ini kita ‘lak’ satu dan kita kompaun lima dan kita tutup sementara satu. Akan tetapi bila kami ambil tindakan ini, ironinya mak bapa yang complaint, ibu bapa complaint dan kami kata kami buat ini untuk keselamatan, untuk menjaga kebajikan anak-anak. Saya kata tidak terasa kah ibu bapa? So, dia kata menyukarkan bila kami menutup taska tersebut. Jadi Yang Berhormat, untuk makluman kita memang ada collaboration bersama dengan UPSI untuk menjalankan beberapa kajian dan seperti yang saya katakan tadi kita juga sekarang ini mengadakan banyak collaboration dan bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Taska sebab dia juga memberi feedback. Kita mesti melihat dua pihak, jangan kita melihat pihak kita tetapi kita ambil juga apa yang ibu bapa sarankan, pandangan kerajaan dan juga pengusaha untuk kita cuba meningkatkan profesionalisme, supaya mungkin dengan proper tangga gaji dan sebagainya, ia menjadi satu profesion macam di luar negara. InshaaAllah ini hasrat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya setuju sangat tadi mengenai high turnover pengasuh ini. Mungkin ia berkait dengan gaji. Hendak menjaga anak-anak ini kena ada passion, kena ada rasa kasih sayang pada anak-anak ini dan orang muda tidak ramai yang boleh bersabar dengan anak-anak di taska. Kos taska pun bukannya rendah dan kalau kita tengok hari ini, penjagaan bayi dalam umur setahun, dua tahun, walaupun di kawasan PPR sampai RM300 seorang. Saya hendak beritahu Menteri bahawa saya alhamdulillah dapat mengadakan satu taska komuniti di bawah pejabat Parlimen saya di PPR HICOM di Shah Alam. Hanya mengenakan RM100 kepada seorang bayi. Cuma saya boleh melakukan begitu kerana tempat sewaan itu oleh sebab ia di bawah Lembaga Perumahan, kita tidak kena bayar sewa dan kita dapat banyak bantuan. Akan tetapi dalam praktisnya untuk pengusaha-pengusaha taska kecuali di kawasan yang elit di mana satu kadar yang tinggi boleh dikenakan dan mereka boleh mendapat keuntungan daripada perniagaan itu. Cuma saya hendak tanya Menteri, sekiranya kita dapat taska-taska yang lebih bersifat kebajikan ini terutama di kawasan PPR, kawasan rumah kos rendah dan kawasan rakyat yang ramai miskin ini, sejauh mana kementerian memberi galakan kepada pertubuhan-pertubuhan NGO dan sebagainya untuk membantu komuniti dalam aspek ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kota Raja. Sebenarnya saya hendak masuk kepada satu bab iaitu Taska 1Malaysia. Itu sebenarnya taska komuniti. Akan tetapi betul Yang Berhormat, high turnover itu memang satu daripada, lebih-lebih lagi sekarang ini dengan ada minimum wage, ada juga implikasi di situ. Jadi Yang Berhormat, biar saya masuk kepada- satu tadi Yang Berhormat mungkin berkenaan dengan ini. Bagi sektor awam, kita memberi insentif untuk membantu mereka yang menghantar anak ke taska. Jadi, bagi yang mempunyai gaji RM5,000 ke bawah, kita ada insentif RM180 sebulan untuk seorang anak taska. Taska ini bermakna umurnya empat tahun ke bawah. Bagi sektor swasta, insentifnya bagi RM900 per kapita gajinya, dia boleh dapat RM250 Yang Berhormat. Jadi mesti pergi menghantar ke taska berdaftar, sebab itu penting taska berdaftar ini dan maklumkan supaya peruntukan ini kita berikan kepada taska dan dipotonglah daripada berapa agaknya fi itu, daripada amaun yang diberi sebagai insentif. Ini saya masuk ke Taska 1Malaysia. Mulai Januari 2012 iaitu untuk kita memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan kepada anak-anak yang mana ibu mereka bekerja atau kembali bekerja untuk menampung sara hidup. Langkah ini juga turut memberi peluang kepada ibu bapa yang bekerja di sektor kerajaan dan termasuk yang bekerja sendiri dengan pendapatan rendah seperti Yang Berhormat Kota Raja katakan tadi dan juga yang berpendapatan sederhana supaya dapat menghantar anak mereka juga ke taska yang berdaftar, berkualiti dan berpatutan atau murah. Hingga kini terdapat ada 44 buah Taska 1Malaysia di seluruh negara dengan memberi faedah kepada seramai 1,320 orang kanak-kanak.

Di sini Yang Berhormat kerajaan memberi one-off RM64,000 kepada komuniti setempat untuk menjalankan taska ini. Jadi ini ialah sesuatu yang baik dan bila komuniti, mereka boleh bergilir-gilir membantu atau orang dalam komuniti itu sendiri iaitu termasuk jawatankuasanya memikirkan yang terbaik supaya taska komuniti ini memberi sepenuh manfaat kepada mereka yang duduk di dalam komuniti tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kita beralih kepada OKU pula. Pihak kerajaan melalui pembentangan Bajet 2015 telah mencadangkan kenaikan kadar elaun pekerja cacat atau EPC ringkasnya daripada RM300 kepada RM350 sebulan. Kenaikan kadar EPC sebanyak RM50 sebulan seorang dijangka akan melibatkan kos sebanyak RM50 kali 12 bulan kali 70,000 orang, ia menelan belanja RM42 juta. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan, Bil.16, Tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dasar 1 peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU menetapkan bahawa setiap agensi hendaklah memastikan pengambilan OKU dibuat sekurang-kurangnya 1 peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut. Dasar ini diperluas meliputi pelantikan secara tetap sementara, kontrak atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, pencapaian dasar ini bergantung kepada permohonan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau melalui pengenalpastian oleh kementerian atau agensi di bawah kementerian. Pelantikan OKU dibuat berdasarkan calon memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam suatu skim perkhidmatan bersesuaian calon itu dengan bidang tugas serta kemudahan yang disediakan oleh agensi yang berkenaan. Berdasarkan rekod JPA setakat Jun tahun ini, secara keseluruhannya seramai 2,909 orang penjawat awam OKU atau 0.17 peratus sedang berkhidmat di sektor awam dalam pelbagai skim perkhidmatan sama ada di peringkat kementerian, agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri. Kementerian...

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya sahaja yang asyik bangun. Minta maaf. Masa OKU itu walaupun ada peningkatan di dalam EPC mereka, setelah saya engage dengan OKU mereka merasakan bahawa RM350 sebulan ini adalah sangat tidak memadai kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan mencukupi. Mereka mencadangkan EPC nya ialah RM500. Saya ingat wakil OKU di Dewan Negara juga membawa cadangan ini. Saya harap dalam bajet kita akan datang 2015 atau 2016 mungkin Yang Berhormat Menteri boleh membawa cadangan ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Lagi satu sebelum kita berakhir di sini sebab saya rasa tidak puas hati sedikit mengenai bantuan BR1M kepada rakyat berpendapatan bawah RM4,000 sekarang. Kebanyakan mereka memang sepatutnya dapat kerana pendapatan mereka kalau ikut kurang daripada RM3,000 beberapa tahun yang lepas ini. Cuma mereka perlu memohon semula melalui LHDN dan tidak automatik melalui akaun JKM. Bolehkah Yang Berhormat Menteri meminta supaya semua penerima JKM, OKU, ibu tunggal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diberikan melalui akaun mereka di JKM dan mereka tidak perlu lagi memohon lagi melalui LHDN kerana mereka kata kenapa mereka kena buat. Macamlah Yang Berhormat Menteri tidak tahu, macamlah kerajaan tidak tahu nama kami sudah ada dalam JKM itu. Sekarang kena minta semula melalui LHDN dan golongan ini bukan mudah untuk mereka berurusan dengan jabatan kerajaan. Terima kasih.

Yang Berhormat, memang kita syorkan naik RM500 tapi Yang Berhormat pun sedia maklum sebagai seorang ayah Yang Berhormat tidak semua kita akan dapat 100 peratus. Namun demikian Yang Berhormat, kita akan teruskan lagi untuk kita mengesyorkan sebab kita pun telah memaklumkan bahawa kadang-kadang keadaan OKU ini memang dia sangat memerlukan tetapi bagi kami bersyukur juga Yang Berhormat. Itu pun naik RM50 itu sudah RM42 juta. The number is 70,000 OKU yang dalam senarai penerimaan kami setiap bulan. Jadi Yang Berhormat balik kepada cerita BR1M ini saya berharap ini dapat kita perincikan lagi Yang Berhormat sebab saya tidak dimaklumkan mengenai hal ini sebab saya tahu BR1M ini mereka mesti memohon masing-masing sendiri. Akan tetapi Yang Berhormat tadi kata sebab mereka sudah dapat, jadi sepatutnya macam itu Yang Berhormat dapat lagi dan mereka memang juga penerima dalam bantuan kami.

Jadi elok macam ini. Saya mohon pegawai saya juga meneliti Yang Berhormat sebab saya kalau dapat Yang Berhormat memberi saya lebih secara detail sebab yang ini saya tidak. BR1M ini pula di bawah kementerian yang lain tapi Yang Berhormat maklumkan sebab kena-mengena dengan penerima saya.

Saya ada sebut dalam ucapan saya secara ringkas supaya ibu tunggal dan orang kurang upaya yang nama-nama mereka sudah ada dalam senarai kementerian. Jadi seeloknya pengagihan BR1M kepada kumpulan ini tidak perlu melalui LHDN lagi atau Kementerian Kewangan. Bantuan ini disalurkan dan terus masuk ke akaun mereka bila tiba masanya. Jadi tidak ada dua kerja. Sebab kalau 70,000 OKU, ibu tunggal lagi maknanya semua penerima ini layak menerima sebab Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah buat kajian dan mereka layak menerima. Jadi apa perlu mereka melalui LHDN lagi kerana pendapatan mereka memang sah bawah RM3,000. Jadi mereka kena bohong pula lagi.

Yang Berhormat itu kita masuk ke proses dan BR1M ini adalah di bawah satu lagi entiti tapi kalau dapat Yang Berhormat tadi berikan kepada kami satu secara khusus...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Menteri.

...Supaya dapat dibincangkan bersama.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Boleh saya sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga setuju dengan pendapat itu di mana kenaikan RM50 itu memang kecil sangatlah sebab mereka ini ialah OKU. Tambah-tambah bagi mereka yang tidak bekerja. Jadi kenaikan kepada RM500 itu sangat penting sebenarnya dan kalau tidak boleh dibuat secara daripada kenaikan ini pun, apa kata kalau dikategorikan sekali lagi BR1M yang ada banyak kategori itu, BR1M yang khas untuk OKU. Bermakna orang-orang OKU mendapat BR1M yang lebih untuk mencukupkan kepada RM500 ataupun RM600 sebulan. Ini cadangan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. memandangkan di bawah Kementerian Kewangan belum masuk lagi mungkin boleh disyorkan sebab BR1M itu adalah seperti saya katakan bukan di bawah bidang kementerian saya. Namun seperti yang saya katakan kami memang setiap tahun memohon supaya dinaikkan tapi saya juga maklum dan kita juga faham kedudukan kewangan negara dan sebagainya. Jadi inshaaAllah kita akan sama-sama sentiasa meneliti. Tuan Yang di-Pertua, mengenai satu lagi iaitu supaya murid OKU dipisahkan atau dikategorikan mengikut pendaftaran atau jenis OKU. Jadi saya ingin memaklumkan bahawa pendaftaran OKU pada masa ini mereka diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya kepada tujuh kategori ketidakupayaan seperti pendengaran, penglihatan, fizikal, pertuturan, masalah pembelajaran, mental dan pelbagai.

Jadi oleh yang demikian, kami menyambut baik cadangan Yang Berhormat Kota Raja dan mengkaji secara terperinci pengkategorian OKU dari semasa ke semasa dan inshaaAllah, kami juga mesti bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebab yang menentukan secara terperinci khususnya dalam masalah pembelajaran pakar, medical doctor untuk menentukan daripada segi keperincian masalah pembelajaran yang dialami oleh OKU tersebut. Mengenai bantuan OKU terlantar, untuk makluman, bantuan penjagaan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar kini adalah pada kadar RM300 sebulan seorang yang diberikan kepada penjaga dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan. Bantuan ini diberi untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan penjagaan keluarga tersebut. Juga, dengan bantuan dengan kadar RM150 adalah di bawah Skim Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja. Dalam bajet ini juga ada peningkatan sedikit iaitu RM150 ke RM200 sebulan. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada Dasar Keluarga Negara. Dasar Keluarga Negara pada tahun 2012 adalah sebagai garis panduan kepada semua pihak terhadap usaha untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kalabakan berdiri.

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja kerana OKU ini, BR1M ini kita sudah nyatakan RM3,000 ke bawah. OKU ini dia dapat kebajikan dari kerajaan. Jadi takkan mereka ini setiap kali mahu memohon. Jadi kita minta kementerian, kita tidak mahu mereka memohon lagi. Kementerian beritahu Kementerian Kewangan bahawa OKU yang pernah menerima secara automatik tidak perlu balik-balik mereka mahu pergi memohon lagi. Jadi itu kita minta kementerian Yang Berhormat yang menguruskan ini semua. Jadi OKU datang, terus bagi BR1M ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan, saya telah mencatat tetapi nanti dalam perbahasan di dalam Kementerian Kewangan, sebutkanlah. Saya akan membawa, saya akan mengesyorkan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat, mengenai Dasar keluarga Negara, kita juga ada Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara yang memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta dan juga anggota masyarakat. Bagi memandu dan juga memantau pelaksanaan dasar dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara, kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat dan Perundingan Kesejahteraan Keluarga Negara. Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian melalui LPPKN telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan jumlah penceraian dan gejala sosial menerusi program advocacy, pendidikan, pengetahuan dan kemahiran serta khidmat sokongan kekeluargaan. Antaranya ialah program pra perkahwinan, SmartStart dan juga menyediakan kaunselor dan panel kaunselor serta Program Keluarga@Kerja untuk mereka ibu bapa yang bekerja. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada permohonan Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan, kementerian amat bersetuju agar Program Purple DNA diteruskan, di mana kami telah menamakan ia dengan pendekatan baru iaitu Kebajikan Produktif ataupun Productive Welfare di mana bantuan sementara diberikan kepada mereka yang dalam golongan produktif. Bagi jangka masa panjang, harapan kerajaan ialah supaya mereka dapat berdikari setelah dilengkapi dengan keyakinan, kemahiran dan juga pengetahuan yang bersesuaian. Jadi saya ingin memaklumkan bahawa bagi gelandangan, sedikit mengenai gelandangan, kementerian tidak pernah menafikan hak warga gelandangan yang layak untuk mendapat bantuan. Melalui Anjung Singgah, kementerian telah menyediakan pelbagai perkhidmatan bantuan kepada warga gelandangan seperti kalau hilang kad pengenalan, kita rujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara, yang hendak bekerja, kami rujuk pada Jabatan Tenaga Kerja, yang ada mengalami masalah dadah, kita rujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan dan yang mana memerlukan bantuan, kita ada Pegawai Kebajikan Masyarakat dan kaunseling kita berikan. Tempat tinggal, makan minum kita berikan percuma selama dua minggu. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan. Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Merujuk kepada isu kehilangan IC oleh masyarakat gelandangan, saya pernah jumpa beberapa orang gelandangan yang ada masalah seperti ini. Masalah mereka ialah mereka tidak mampu untuk bayar fine atau denda Tuan Yang di-Pertua, yang mungkin sebanyak RM300 untuk kehilangan IC. Saya pernah tulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri supaya untuk masyarakat gelandangan yang telah dikenal pasti oleh kementerian, mungkin boleh beri pengecualian daripada membayar denda ini kerana jikalau IC itu bukan dicuri, denda ini mesti dibayar. Saya rasa jikalau mereka tidak ada IC, susah untuk mereka mencari kerja. Saya harap Menteri boleh bantulah mereka.

Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Untuk makluman Yang Berhormat Serdang, Anjung Singgah yang kami ada tidak adapun dikenakan caj. Kita tanggung segala-galanya tetapi mereka datang ke Anjung Singgah kami. Sekarang ini Anjung Singgah, satunya di Kuala Lumpur, satu di Pulau Pinang, satu di Johor Bahru, satu di Kuching. Jadi, datanglah, sebab kadang-kadang mereka ini tidak mahu datang ke Anjung Singgah. Dia pergi kepada NGO, Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tahu. IC yang hilang itu, mereka mesti macam pergi dari Anjung Singgah, mereka pergi ke UTC dekat Jalan Pudu tetapi selepas itu- mereka mesti dapatkan IC yang baru. Apabila mereka hendak dapatkan IC yang baru mesti bayar denda kepada Kementerian Dalam Negeri. Saya pernah tulis surat kepada KDN supaya mengecualikan mereka daripada bayar denda ini kerana mereka memang, saya rasa Menteri pun tahu, mereka tidak ada RM300 tunai pun tidak ada. Jadi kalau mereka tidak ada duit untuk bayar denda ini, IC pun tidak boleh dapat. Macam mana hendak cari kerja? Anjung Singgah hendak cari kerja untuk mereka pun susah kerana mereka tidak ada dokumen yang sah, tidak ada IC. Jadi mungkin boleh mencari peruntukan atau pengecualian daripada Kementerian Dalam Negeri supaya denda itu tidak perlu dibayar.

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya akan panjangkan sebab ini dalam sesi kaunseling, saya rasa ada juga dibawa tetapi saya akan panjangkan juga kepada KDN. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, ini pula adalah untuk kita sama-sama dalam aspek menjaga kesihatan wanita di mana kita juga hendak meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya wanita mengenai kanser payudara dan kanser serviks melalui LPPKN yang melaksanakan program subsidi ujian mamogram dan program vaksinasi HPV untuk wanita. Kita berkehendakkan wanita kita sentiasa sihat. Jadi saya berharap dan, inshaaAllah, dalam peruntukan untuk tahun ini, kita masih mampu dan mencukupi untuk 62 buah pusat mamogram berdaftar untuk menjalankan saringan seramai 80,000 orang wanita untuk tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, kementerian saya merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sorry Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sorry. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Hanya hendak tanya, kenapakah peruntukan untuk mamogram dipotong dari RM10 juta kepada RM1 juta? Adakah ini memang mencukupi untuk membiarkan semua golongan wanita yang berumur 40 tahun ke atas menjalani pemeriksaan ini? Minta sedikit penjelasan.

Terima kasih. Yang Berhormat, kerana telah meneliti- memang dahulu RM10 juta, sekarang RM1 juta sebab didapati bahawa mungkin daripada segi kesedaran itu kurang. Walaupun kami membuat kempen secara intensif tetapi yang hendak datang ke hadapan itu memang tidak begitu ramai. Oleh yang demikian, agaknya sebab itu kita dikurangkan amaunnya. Akan tetapi, kita akan menggunakan peruntukan itu dengan sebaik yang mungkin untuk kita mengesyorkan dan meyakinkan kerajaan bahawa sebenarnya memang masih ramai yang memerlukan pemeriksaan secara percuma iaitu di bawah mamogram dan juga HPV.

Jadi Yang Berhormat, kita masih berusaha untuk memastikan bahawa kita akan– sebab untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah bagi mereka yang di luar daripada bidang sekolah. Sekolah is taken up by Kementerian Pelajaran. Akan tetapi ini bagi mereka yang sudah drop out dan sebagainya. Jadi, yang ini kadang-kadang kita menjalankan kempen secara besar-besaran tetapi mungkin yang datang ke hadapan itu atau kesedaran yang kurang. Akan tetapi kami akan intensifykan lagi untuk memastikan bahawa ramai datang ke hadapan sebab bagi kami kanser payudara ialah pembunuh nombor satu untuk wanita.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri ini tentang satu isu baru yang kena mengena dengan kanak-kanak yang meninggal dunia akibat daripada kecuaian ibu bapa. Baru-baru ini anak meninggal dunia kerana terkunci dalam kereta, ada yang mati digilis kereta yang dipandu oleh ibu bapa sendiri dan banyak juga yang dikatakan tentang sindrom terlupa anak, terkunci dalam kereta dan sebagainya. Saya memerlukan pandangan apakah kerajaan arif tentang isu ini dan pendekatan yang diambil bersama dengan kementerian-kementerian lain untuk mengatasi masalah ini kerana masalah ini saya anggap sebagai saban hari, saban berlaku sindrom terlupa anak ini. Apa pendapat dan penjelasan kementerian. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kapar, itu nama itu very catchy ya. Sindrom terlupa anak.

Sindrom terlupa anak memang ini telah dilaporkan dalam media massa, paper pun ada. Sekarang ini sudah macam catchy, memang sedang berlaku, terima kasih.

Ya, ada nama itu. Akan tetapi Yang Berhormat, kami memang mengambil tindakan tetapi sebaliknya dikecam. Kami dikecam oleh ibu bapa. Apabila kami mengambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001, memang ada, finenya ada, punishment effect, di penjara pun ada. Akan tetapi saya mengatakan bahawa kita tidak sampai macam itu, saya hendak menggunakan pula the soft approach iaitu mungkin tidak terus fine. Fine itu ada tetapi community service. Saya hendak memberikan beberapa jam community service, pergi kursus parenting dan juga mendapat kaunseling. Jadi, kita telah mencuba beberapa kes tetapi bila kami mengambil tindakan tegas, macam-macam kita mendapat feedback melalui media sosial mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri tidak berhati perut, anak baru meninggal, ini pula hendak mengambil tindakan terhadap ibu bapa. Akan tetapi tujuan kami bukan seperti saya katakan hendak punish, tidak, it is deterrent. Oleh sebab seperti dikatakan Yang Berhormat sendiri, not even tidak sampai dua minggu, terjadi lagi satu kes dan sama juga kita sarankan demikian.

Boleh saya sambung sikit Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua? Saya rasa bila kita ambil approach yang macam Yang Berhormat Menteri kata tadi soft approach, benda ini sedang berulang-ulang. Saya berandaian kalau digilis oleh kereta jiran, boleh kita buat anggapan yang sama? Saya terima soft approach itu, but then bila soft approach terlalu sangat pun membiarkan rakyat mengulangi kesilapan ini dan menjadi benda yang terjadi-jadi. Tidak ada pengajaran. Itu yang saya selalu bandingkan. Kalau anak itu digilis oleh kereta jiran, boleh kita maafkan? Boleh kita just take it as a soft approach? So, pendapat Yang Berhormat.

Yang Berhormat, itu adalah secara saya mahu memaklumkan. Akan tetapi sebenarnya kami telah mengambil tindakan, in fact I can list to you, I think pegawai-pegawai saya ada senarai yang kami telah- so, maybe secara bertulis ya Yang Berhormat, because this is baru Yang Berhormat kata.

Saya hargai, terima kasih.

Secara bertulis Yang Berhormat, terima kasih. Seperti yang saya katakan, terima kasih kepada semua dan inshaaAllah kami di kementerian sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk kita memastikan bahawa semua lapan kumpulan sasar kita sentiasa diberi pembelaan yang terbaik. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya memanggil Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, ada satu pengumuman yang ingin saya buat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah di nombor 20 dipinda menggantikan Kementerian Sumber Manusia di nombor 19 seperti dalam Jadual Susunan Giliran Menteri- Menteri Menjawab ke atas Perbahasan Belanjawan 2015 Peringkat Dasar. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.

Datuk Seri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada 40 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang melibatkan tugas dan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, strategi pertama dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam membentangkan Bajet 2015 yang lalu ialah memperkukuh pertumbuhan ekonomi. Tindakan strategi ini akan dilaksanakan melalui pelbagai projek dan program infrastruktur awam seperti lebuh raya, jalan raya, jambatan dan lain-lain kemudahan awam yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Di samping itu, untuk merancakkan pertubuhan sosioekonomi beberapa projek lebuh raya juga akan dilaksanakan menerusi kaedah perkongsian awam swasta iaitu seperti Projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak dan Sabah dan juga cadangan pembinaan empat buah lebuh raya di sekitar Lembah Klang. Dalam Bajet 2015 kali ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50.5 bilion untuk tujuan perbelanjaan pembangunan negara secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut Kementerian Kerja Raya bakal menerima peruntukan sebanyak RM3.83 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, di mana sebahagian besar peruntukan tersebut akan dibelanjakan bagi tujuan membina dan menaiktarafkan projek-projek infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan. Manakala di bawah peruntukan mengurus pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM223.4 bilion secara keseluruhannya. Di mana daripada jumlah tersebut Kementerian Kerja Raya akan menerima peruntukan sebanyak RM2.11 bilion. Peruntukan mengurus ini akan digunakan bagi maksud pembayaran gaji dan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan termasuk bagi tujuan menyelenggarakan jalan- jalan Persekutuan, bangunan guna sama Persekutuan dan juga cerun. Tuan Yang di- Pertua, sektor pembinaan negara dijangka akan terus kekal sebagai sektor ekonomi utama yang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor pembinaan dijangka terus mengekalkan trend pertumbuhan dua digit sebagai mana tahun-tahun sebelum ini iaitu diunjurkan 10.7 peratus pada tahun 2015 dengan anggaran nilai keseluruhan pembinaan projek adalah sebanyak RM136 bilion. Perbelanjaan sektor pembinaan ini akan dipacu terutama menerusi pelaksanaan pelbagai projek di bawah program ekonomi seperti Program Transformasi Ekonomi atau pun singkatannya ETP, perkongsian awam swasta (PPP) dan pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah yang sedang rancak berjalan. Jangkaan prestasi baik dan memberangsangkan untuk sektor pembinaan negara tahun 2015 ini bakal disumbangkan menerusi pelaksanaan lapan projek infrastruktur utama iaitu merangkumi lima pembinaan projek lebuh raya baru dan tiga projek pengangkutan rel iaitu seperti berikut. Lebuh raya baru yang pertama, Lebuhraya Pantai Barat Taiping ke Banting; kedua, Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH); ketiga, Lebuhraya Sungai Besi-Hulu Klang; keempat, Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur Hubungan Timur; dan Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak dan Sabah. Manakala pengangkutan rel pula yang pertama, transit aliran ringan massa (MRT) jajaran kedua Selayang ke Putrajaya. Kedua, transit aliran ringan ketiga (LRT3) Bandar Utama Shah Alam-Klang; dan ketiga, menaik taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur jajaran Gemas, Mentakab, Jerantut, Sungai Yu dan Gua Musang hingga ke Tumpat. Di samping pelaksanaan projek lebuh raya dan pengangkutan rel, sektor pembinaan juga akan menerima manfaat daripada kepesatan projek pembangunan bersepadu penapisan dan petrokimia atau pun RAPID di Pengerang, Johor dan pelbagai projek pembangunan yang di laksanakan oleh pihak swasta.

Tuan Yang di-Pertua beberapa orang Ahli Yang Berhormat antaranya Ahli Yang Berhormat dari Kota Bharu, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan tentang isu keperluan projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Tiga di negeri Kelantan (LPT3) yang bermula di daerah Kuala Terengganu melalui Setiu seterusnya memasuki negeri Kelantan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan projek LPT3 ini sememangnya termasuk dalam perancangan kerajaan untuk dilaksanakan pada masa depan. Ia akan melengkapkan rangkaian Lebuhraya Pantai Timur melibatkan negeri Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Sebagaimana rekomendasi Laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalanraya Semenanjung Malaysia atau lebih dikenali sebagai HNDP Fasa Pertama. Sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini, kajian kemungkinan awalan projek LPT3 ini telah disiapkan pada tahun 2009 yang lalu. Kajian tersebut antara lain telah mengenal pasti cadangan jajaran laluan LPT3 yang terlibat iaitu dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer. Berdasarkan Laporan HNDP projek LPT3 ini berpotensi untuk dilaksanakan secara kaedah penswastaan. Pada masa kini projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau LPT2 di negeri Terengganu sepanjang 184 kilometer sedang dalam peringkat akhir untuk disiapkan. Projek LPT2 ini merupakan kesinambungan daripada projek LPT1 di negeri Pahang dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menghubungkan Lembah Klang ke kawasan Pantai Timur, Pelaksanaan keseluruhan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur ini dibuat secara berfasa. Di mana fasa yang terakhir dan belum dimulakan ialah LPT3 iaitu di negeri Kelantan. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan Kerajaan Pusat mengabaikan sama sekali cadangan pembangunan lebuh raya untuk negeri Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan status projek Jalan Central Spine...

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk pada Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping. Salah satu daripada jajaran yang itu termasuk Jalan Parit Siputih sepanjang 13 kilometer. Kalau mengikut Lembaga Lebuhraya, projek itu hanya akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Jadi, saya telah timbulkan perkara ini dalam penggal yang lalu, saya minta supaya jajaran itu dibina lebih awal daripada sepatutnya. Kerajaan negeri Perak telah juga menulis kepada Yang Berhormat Menteri dan Lembaga Lebuh Raya, minta supaya jajaran Parit Seputih yang panjangnya 13 kilometer tetapi selepas diluruskan dan lebar, ia hanya cuma tinggal 9 kilometer sahaja, dapat diberi keutamaan kepada jajaran itu untuk memenuhi kehendak orang di dalam Parlimen Parit yang telah menunggu jalan itu dibaikpulih ataupun dilebar luaskan sejak lama dulu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat...

Yang Berhormat Menteri. LPT3. Tanya sedikit...

Yang Berhormat Parit- LPT3?

Ya.

Sekejap, biar saya respons. Sebenarnya untuk Ahli Yang Berhormat Parlimen Parit, saya sudah- agak awal untuk masuk ke topik tersebut. Saya masih di peringkat LPT3 tadi. Akan tetapi memandangkan sudah dibangkitkan. Memang kita sudah mengetahui bahawa untuk Jalan Parit Siputih sepanjang 9 kilometer sudah termasuk dalam perancangan kita. Cuma sama ada diluluskan, kita bergantung penuh dengan agensi Pusat iaitu EPU dan juga Kementerian Kewangan.

Kita telah pun memohon dalam Rolling Plan Keempat tahun 2015. Kita masih menunggu, kalau tidak dapat pun kita akan berusaha lagi untuk Rancangan Malaysia Kesebelas.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, terima kasihlah dulu kerana rancangan ini akan dilaksanakan. Persoalannya ialah bila ia akan dimulakan? Ini kerana sepatutnya kalau tahun 2015 ini tidak ada dalam bajet. So, bilakah agaknya? Itu yang pertama. Kedua, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi LPT3 ini akan dilaksanakan melalui private atau melalui pihak swasta yang akan melaksanakannya. Jadi, saya hendak tanya, adakah ini berbeza dengan LPT1 dan LPT2? Dan jika ia berbeza, konsepnya berbeza, maka adakah itu akan menimbulkan mungkin itu dijadikan betul atau tidak? Minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Yang Berhormat, jawapan saya tadi mengatakan bahawa LPT3 ada potensi untuk dilaksanakan secara penswastaan. Sebagaimana juga LPT1 dilaksanakan dalam kaedah penswastaan. Maknanya, kalau ada pihak yang mencadangkan kepada kerajaan melalui EPU, terutamanya pihak UKAS atau Unit Kerjasama Awam dan Swasta, maka mereka boleh mempertimbangkan sebab daripada segi trafik dan sebagainya ia ada potensi. Saya tidak mengatakan akan dilaksanakan, mengatakan bahawa ada potensi untuk dilaksanakan mengikut kaedah penswastaan. Memang dalam perancangan kita, kalau ikut kajian yang kita buat dulu memang LPT3 ini ada potensi untuk dilaksanakan. Cuma bergantung kalau kita hendak menggunakan kaedah konvensional, kita kena bidlah dengan peruntukan yang ada dan diluluskan, akan dilaksanakan secara berfasa. Itu kalau kita menggunakan kaedah biasa, konvensional di mana ia akan di– peruntukannya akan dipohon melalui Kementerian Kerja Raya. Diluluskan, baru kita laksanakan. Kalau hendak dipercepatkan kita tawarkan kepada pihak swasta. Siapa-siapa yang berminat untuk memberi cadangan. Itu akan cepat prosesnya, seperti mana LPT1, LPT2 sebahagiannya juga kita menggunakan sebahagian peruntukan yang bukannya daripada peruntukan Pusat sahaja tetapi ada juga daripada peruntukan luar. Akan tetapi untuk di Kelantan ini saya katakan tadi, sekarang saya beralih kepada untuk projek Jalan Central Spinelah kalau jawapan itu sudah memuaskan hati saya kirakan, LPT3.

Terima kasih, saya rasa memuaskan. Akan tetapi persoalan yang pertama tadi bila akan dimulakan? Itu yang pertama. Yang Central Spine ini jalan lain kan? Itu Central Spine, yang Central Spine ini pun mungkin sekarang ini baru di Merapoh Jadi, di sebelah Kelantan itu belum lagi bermula. Jadi persoalannya, adakah jajaran yang digunakan ialah jajaran yang sama yang ada jalan sekarang atau ia akan mengikut jajaran yang baru? Kalau dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita sudah ada yang dirancang sekarang ini. Akan tetapi dari Kuala Krai ke Gua Musang dan ke Merapoh ini, adakah mengikut jajaran yang lama atau jajaran yang baru? Terima kasih.

Untuk LPT3 bila laksanakan, saya sudah menerangkan tadi, bergantung kepada peruntukan. Kita memang bid untuk peruntukan tersebut. Kalau dapat, maka kita akan mulakan sebaik sahaja peruntukan itu diperolehi oleh kementerian kita. Manakala sekarang ini, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya akan beralih ke Jalan Central Spine. Ahli Yang Berhormat dari Ketereh telah membangkitkan isu kewajaran kerajaan melaksanakan projek Jalan Central Spine secara berperingkat iaitu melibatkan jajaran Kota Bharu, Kuala Krai dan seterusnya ke Gua Musang, Lipis, Raub dan Bentong. Beliau mencadangkan projek ini dilaksanakan secara serentak untuk semua fasa terlibat demi menjimatkan kos dan tempoh masa pembinaan. Ahli Yang Berhormat Ketereh juga meminta reka bentuk dan pemilihan akses jajaran perlu dirundingkan terlebih dahulu dengan pemimpin tempatan. Bagi memastikan ia memberi impak maksimum terhadap pembangunan sosial ekonomi setempat.

Kerajaan sememangnya memahami hasrat Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili suara dan aspirasi rakyat secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, faktor kewangan kerajaan adalah terhad dan perlu diagihkan secara adil dan saksama untuk pembangunan sektor-sektor awam yang lain. Sektor-sektor awam yang lain yang tidak kurang pentingnya seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kos keseluruhan bagi membina dan menaiktaraf Jalan Central Spine ialah sebanyak RM8.6 bilion, iaitu RM6.6 bilion untuk jajaran Bentong ke Kuala Krai dan anggaran RM2 bilion lagi untuk jajaran Kota Bharu ke Kuala Krai. Setakat ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk membiayai pelaksanaan fasa-fasa yang telah diluluskan bagi projek ini. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini keutamaan kerajaan ialah melaksanakan sebahagian daripada pakej tiga iaitu di kawasan Kuala Lipis kerana ia merupakan kawasan yang mencatatkan kadar kemalangan yang tertinggi berbanding jajaran Jalan Central Spine yang lain.

Walaupun begitu, saya percaya projek Jalan Central Spine ini akan menerima peruntukan yang lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesebelas nanti. Iaitu apabila sebahagian besar fasa-fasa yang sedang berjalan dapat disiapkan pada tahun hadapan iaitu tahun 2015. Mengenai hasrat Ahli Yang Berhormat Ketereh supaya pihak JKR merundingkan reka bentuk dan accessibility jalan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat reka bentuk bagi sesuatu jalan yang akan dibina itu sememangnya telah mengambil kira aspek sosioekonomi setempat menerusi pelan induk yang sedia ada seperti HNDP dan juga Rancangan Pembangunan Tempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri. Perancangan membina jalan dibuat berasaskan konsep bottom-up, di mana ia perlu melalui proses konsultasi dengan semua pihak yang terbabit termasuk kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, kementerian ini amat menghargai dan akan memberikan perhatian mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat itu. Sememangnya menjadi hasrat kerajaan supaya semua projek yang dirancang memenuhi kehendak dan sasaran peringkat akar umbi. Ini termasuklah melalui sesi pembentangan dan perbincangan di peringkat Majlis Tindakan Pembangunan Daerah yang kebiasaannya turut dianggotai oleh wakil-wakil rakyat setempat. InshaaAllah, perkara ini akan dipertimbangkan untuk perancangan projek-projek baru JKR pada masa akan datang. Seterusnya ialah berhubung kait dengan Jalan Pasir Gudang. Tuan Yang di- Pertua, Ahli Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Pasir Gudang telah membangkitkan mengenai isu pelaksanaan projek menaiktarafkan Jalan Persekutuan 17 atau FT17 di Pasir Gudang, Johor. Untuk makluman kedua-dua Ahli Yang Berhormat, projek menaiktarafkan Jalan Pasir Gudang ini dilaksanakan secara berfasa. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kelulusan peruntukan ialah untuk melaksanakan fasa 1 terlebih dahulu iaitu melibatkan skop menaiktarafkan jalan sedia ada kepada laluan enam buah lorong, dua hala sepanjang lapan kilometer dengan konsep reka bentuk piawaian JKR R5. Dari persimpangan bertingkat Kangkar Tebrau ke persimpangan bertingkat Plentong termasuk menaiktarafkan lapan unit jambatan di sepanjang laluan berkenaan. Manakala untuk fasa 2 projek ini, ia dijangka akan di tender pada tahun hadapan. Fasa 1 projek menaiktarafkan Jalan Pasir Gudang telah dimulakan pada bulan Julai 2012 dan dijangka siap mengikut kontrak pada bulan September 2015. Harga kontrak semasa untuk projek ini sebanyak RM146.3 juta. Pada masa kini kemajuan kerja di tapak sememangnya diakui agak perlahan iaitu 40 peratus fizikal sebenar berbanding 51 peratus jadual iaitu lewat 51 hari. Kelewatan projek ini disebabkan oleh masalah kerja-kerja pengalihan utiliti milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga Syarikat Air Johor Holding. Tambahan pula projek ini melibatkan pengurusan trafik yang rumit berikutan bilangan kenderaan yang tinggi di Jalan Pasir Gudang iaitu dianggarkan 120,000 buah kenderaan sehari. Mengambil kira faktor-faktor tersebut, program kerja di tapak projek ini terpaksa dijadualkan semula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Pasir Gudang, kementerian ini sentiasa berusaha dan mengambil langkah untuk memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual.

Ini termasuklah meminta pihak kontraktor untuk mengemukakan pelan tindakan dan pemulihan kerja yang baru dengan menambahkan bilangan pekerja dan mesin serta jentera di tapak bina. Di samping itu, kementerian ini juga sentiasa mengadakan perbincangan secara berkala dengan pihak kontraktor, pihak berkuasa utiliti dan juga pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan pelaksanaan projek ini. Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan tempoh hari telah membangkitkan cadangan dan memohon pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek jalan raya yang baru. Antaranya Ahli Yang Berhormat Lipis menggesa supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan rangkaian jalan raya ke kawasan Pahang Barat iaitu laluan baru yang menghubungkan Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands. Ahli Yang Berhormat dari Parit pula meminta kerajaan mempercepatkan projek membina jalan Parit-Siputeh sepanjang sembilan kilometer yang terlibat sebagai jalan susur ke lebuh raya pantai barat yang bakal dibina. Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai berharap kerajaan mempercepatkan projek membina jalan baru menghubungkan Johor Baru-Pontian melalui Pekan Nanas. Yang Berhormat Kota Samarahan memohon kementerian mempertimbangkan projek menaiktarafkan Jalan Datuk Musa di Kota Samarahan termasuk membina jejantas pejalan kaki dan menambahkan lampu jalan. Ahli Yang Berhormat Kluang pula memohon dipercepatkan pelaksanaan fasa 2 projek membina median dan pusingan ‘U’ di Jalan Persekutuan 50 atau FT50 dari Ayer Hitam ke Kluang. Ahli Yang Berhormat dari Sepang memohon pertimbangan kerajaan untuk membina persimpangan bertingkat atau flyover di persimpangan Jalan B18 Dengkil-Bangi yang mengalami kesesakan. Yang Berhormat Hulu Langat memohon supaya dipercepatkan pelaksanaan projek menaiktarafkan Jalan Batu 9, Hulu Langat ke Batu 18 di Dusun Tua dan cadangan melebarkan Jalan Persekutuan 1 dari kawasan Stesen Timbang, JPJ Semenyih ke Pekan Beranang. Ahli Yang Berhormat Sik memohon kerajaan mempercepatkan projek menaiktarafkan Jalan Persekutuan dari Sik ke Jeniang dan dari Sik ke Nami kepada laluan empat buah lorong, dua hala. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas memohon projek membina jalan pintas Pasir Mas fasa kedua dilaksanakan segera khususnya yang melibatkan skop menaiktarafkan Bulatan Lemal di Pasir Mas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek-projek tersebut telah dicatatkan, disemak dan akan diberikan perhatian oleh kementerian ini. Saya tidak berhasrat untuk menjawab secara spesifik satu persatu projek berkenaan kerana ia akan mengambil masa di Dewan ini. InshaaAllah jawapan secara bertulis akan diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat selepas ini. Namun demikian, secara umumnya, suka saya memaklumkan bahawa perancangan projek-projek pembinaan jalan raya utama di negara ini dibuat berasaskan Laporan Pelan Induk HNDP. Laporan tersebut merupakan blueprint yang diguna pakai oleh kerajaan untuk merancang dan membina sistem rangkaian jalan raya sejak tahun 1990-an lagi. Laporan HNDP ini bersifat jangka panjang dan kebiasaannya akan disemak semula setiap 20 tahun dengan mengambil kira dasar semasa kerajaan dan hala tuju pembangunan negara. Walaupun begitu, kementerian ini bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan sebarang cadangan projek jalan raya yang difikirkan perlu, tetapi tidak termasuk dalam rancangan projek dalam laporan HNDP. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa kini Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses mengenal pasti senarai projek-projek baru yang akan dipohon untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu 2016 hingga 2020.

Oleh itu, saya mencadangkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menentukan cadangan sesuatu projek itu dapat diberikan keutamaan tinggi dalam senarai permohonan kerajaan negeri untuk Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Libaran dan juga Yang Berhormat Sandakan ingin tahu bilakah projek membina jalan pintas Libaran atau lebih dikenali sebagai Projek Libaran Bypass akan dimulakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan pintas Libaran sepanjang 25 kilometer ini telah dipecahkan pada empat buah pakej dan akan dilaksanakan secara berfasa. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini kelulusan peruntukan ialah setakat untuk melaksanakan sebuah pakej sahaja sepanjang 7km dengan anggaran kos sebanyak RM93 juta. Kontraktor untuk projek ini baru sahaja memasuki tapak pada bulan Oktober 2014 yang lalu. Pada masa kini, kerja-kerja fizikal pakej jalan pintas Libaran berkenaan masih berada pada peringkat awal iaitu melibatkan kerja-kerja pembersihan dan mobiliti jentera ke tapak pembinaan. Projek ini dijangkakan mengambil masa selama 24 bulan untuk disiapkan. Pelaksanaan untuk baki tiga buah pakej lagi akan dimulakan sebaik sahaja kementerian menerima pengesahan peruntukan daripada agensi pusat. Ahli Yang Berhormat Kota Kinabalu pula telah membangkitkan mengenai status projek membina dan menaiktarafkan Jalan Lintas, Kota Kinabalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM262 juta bagi skop menaiktarafkan Jalan Lintas, Kota Kinabalu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Projek ini merupakan sebahagian daripada skop projek Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu ataupun Kota Kinabalu Outer Ring Road yang akan dilaksanakan secara berfasa. Pada masa ini Kementerian Kerja Raya sedang menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan untuk melantik kontraktor yang berjaya. Berdasarkan perbincangan projek menaiktarafkan Jalan Lintas, Kota Kinabalu ini dijangka akan memulakan pembinaan pada bulan Februari 2015. Ahli Yang Berhormat Tuaran pula telah membangkitkan mengenai status pembinaan projek Jalan Tuaran-Kudat sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian kemungkinan projek berkenaan telah disiapkan pada bulan Februari 2014. Skop projek melibatkan pembinaan jalan empat buah lorong dua hala sepanjang 100 kilometer dengan reka bentuk piawaian JKR R5. Walau bagaimanapun, berkemungkinan projek ini akan dilaksanakan secara berfasa berikutan ia melibatkan kos yang tinggi iaitu dianggarkan sebanyak RM1.75 bilion. Projek membina jalan pesisir pantai Tuaran-Kudat ia akan dipohon untuk dilaksanakan dalam RMKe-11 yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Bachok telah membangkitkan isu kelewatan pelaksanaan projek membina Jambatan Pengkalan Baru, Bachok iaitu jambatan di laluan utama jalan persekutuan yang menghubungkan Bachok ke Kota Bharu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek dengan kos RM2.1 juta ini telah dimulakan pada bulan Oktober 2013 dan ia sepatutnya siap dalam tempoh 12 bulan iaitu pada bulan Oktober 2014 yang lalu. Walau bagaimanapun, JKR telah meluluskan tempoh lanjutan masa ataupun EOT pada pihak kontraktor iaitu sehingga 5 Februari 2015. Kelulusan EOT disebabkan terdapat perubahan pada reka bentuk dan skop projek ini iaitu melibatkan kerja-kerja pembaikan struktur lantai atau deck slab yang telah mengalami kerosakan teruk. Pada masa kini kemajuan kerja di tapak telah dijadualkan semula di mana kemajuan fizikal terkini yang dicatatkan ialah 33 peratus. JKR akan memantau dengan teliti kemajuan projek ini bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut tempoh kontrak. Ahli Yang Berhormat daripada Shah Alam membangkitkan isu status projek membina Hospital Shah Alam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2014 projek membina Hospital Shah Alam telah mencatatkan kemajuan 100 peratus untuk skop melibatkan pembinaan struktur fizikal bangunan dan 96 peratus untuk skop melibatkan komponen peralatan hospital. Berdasarkan tempoh kontrak semasa projek ini sepatutnya disiapkan pada 24 September 2014 yang lalu.

Walau bagaimanapun, JKR telah meluluskan permohonan tempoh masa dilanjutkan ataupun EOT yang kedua iaitu sehingga 31 Mac 2015. Ini berikutan terdapat masalah kelewatan yang melibatkan skop pemasangan dan pengujian bagi komponen peralatan hospital. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya topik yang agak disukai ramai melibatkan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak khususnya iaitu Jalan Pan Borneo. Isu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak telah menarik perhatian ramai Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan tempoh hari. Antaranya ialah Ketua Pembangkang kita dari Permatang Pauh, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Mukah, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Sepanggar. Sebagaimana kita telah sedia maklum semasa sesi pembentangan Bajet 2015 yang lalu Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan dibina oleh pihak swasta dengan kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM27 bilion. Keputusan dasar oleh kerajaan ini sememangnya amat-amat dialu-alukan kerana ia akan mempercepatkan lagi pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak. Ini kerana Jalan Pan Borneo akan dapat dinaikkan taraf dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding menggunakan peruntukan konvensional kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat secara...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sini juga.

Saya lihat senarai Pan Borneo ini telah ada di dalam RMKe-10. Dalam catatan di situ sedia ada, jadi apabila Yang Berhormat Pekan mengumumkan baru-baru ini saya pun tertanya- tanya bagaimana sebenarnya status Pan Borneo? Sama ada telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi penjelasan. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya pernah dibawa oleh rakan-rakan saya melalui Lebuhraya Pan Borneo. Ada sesetengah tempat memang macam jalan kampunglah dan ada banyak hole di sana sini juga. Soalan saya ialah bila kita highway, adakah ia ikut standard seperti PLUS di Semenanjung sini atau New Pantai Expressway, highway dengan standard dekat sini ataupun Highway Pan Borneo ini memang macam apa yang sedia ada sekaranglah. Memang mungkin sempit dan ada tempat yang memang tidak macam highway langsung. Jadi, saya hendak minta penjelasan.

Terima kasih. Mungkin kalau Yang Berhormat berdua dapat memberi peluang untuk saya selesai menjawab baru bertanya mungkin soalan itu tidak berbangkitlah. Jadi tidak apalah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat nantilah saya jawab balik selepas saya menjawab persoalan ini dan kalau masih tidak jelas boleh bertanya kembali. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara prinsipnya pihak swasta yang dilantik untuk melaksanakan Projek Lebuhraya Pan Borneo ini akan bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina dan menguruskan operasi serta menyelenggarakan lebuh raya ini untuk tempoh masa tertentu dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Sebagai balasan kerajaan akan membayar balik pelaburan pihak swasta berkenaan secara ansuran untuk satu tempoh yang akan dimuktamadkan selepas keseluruhan projek ini disiapkan. Untuk rekod jalan keseluruhan Jalan Pan Borneo di Sabah dan Sarawak sepanjang 2,239 kilometer iaitu 1,166 di Sabah dan 1,073 di Sarawak. Berdasarkan laporan Pelan Induk Kajian Pembangunan Rangkaian Jalan Raya untuk Sabah dan Sarawak atau HNDP fasa kedua yang didirikan pada tahun 2010. Anggaran kos untuk menaik taraf keseluruhan Jalan Pan Borneo pada masa itu ialah sebanyak RM22 bilion iaitu RM9.5 bilion di Sabah dan RM12.5 bilion di Sarawak.

Berdasarkan pengumuman Bajet 2015 tempoh hari, anggaran jarak Lebuhraya Pan Borneo yang akan dibina oleh pihak swasta ialah 1,663 kilometer. Di mana 760 meter di Sabah dan 957 kilometer lagi di Sarawak. Perbezaan jarak Jalan Pan Borneo ini iaitu 1,663 kilometer berbanding jarak keseluruhan 2,239 kilometer ialah setelah ditolak atau mengambil kira jarak jajaran Pan Borneo yang telah siap, sedang dan yang akan dinaik taraf mengikut komitmen yang telah diberikan kerajaan kepada laluan dual-carriage way. Selain faktor di atas, jalan lebih pendek ini disebabkan berlaku perubahan jajaran khususnya melibatkan skop meluruskan jalan atau pembinaan laluan baru. Mengenai anggaran kos Lebuhraya Pan Borneo pula iaitu untuk makluman Ahli Yang Berhormat anggaran kos asal iaitu RM22 bilion merujuk pada anggaran harga dalam laporan HNDP fasa kedua. Kajian HNDP fasa 2 ini telah dimulakan pada tahun 2008 dan siap serta diterbitkan pada tahun 2010. Manakala anggaran kos terkini iaitu RM27 bilion merujuk pada indeks harga semasa iaitu 2014, melibatkan peningkatan harga bahan binaan, nilai harta tanah, di samping mengambil kira faktor-faktor lain seperti reka bentuk jalan dan kos-kos sampingan. Walaupun begitu anggaran harga ini masih belum lagi dimuktamadkan dan tertakluk kepada pengesahan hasil kajian reka bentuk terperinci yang akan disediakan oleh juru perunding. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini butir- butir perjanjian mengenai pemilihan syarikat swasta dan skop pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo ini sedang dirundingkan di peringkat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta yang diurusetiakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan wakil-wakil dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Mengenai desakan Ahli Yang Berhormat serta kontraktor-kontraktor tempatan dari Sabah dan Sarawak hendaklah dilibatkan secara langsung dan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo. Perkara ini sememangnya diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Sebagaimana pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Menteri Kewangan tempoh hari, kerajaan akan memperluaskan program carve up and compete secara meritokrasi meliputi projek kerajaan dan swasta termasuk melibatkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Oleh itu, saya percaya Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri akan mempertimbangkan dan mengambil kira mengenai isu agihan kontrak pada kontraktor, para pembekal tempatan dan juga juru perunding dari Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Limbang dan Lawas mencadangkan supaya dibina jajaran jalan baru untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa perlu memasuki Negara Brunei Darussalam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan ini akan diberikan perhatian oleh kerajaan. Walaupun begitu, berdasarkan kajian kemungkinan Sabah-Sarawak Link yang telah dibuat pada tahun 2005, cadangan jajaran tersebut tidak berdaya maju untuk dilaksanakan. Ini kerana, selain melibatkan kos yang amat tinggi, projek ini juga dikhuatiri akan menjejaskan keunikan alam sekitar di kawasan Taman Negara Gunung Mulu yang menjadi tarikan destinasi pelancongan terkenal di Sarawak. Di samping itu, jangkaan jumlah aliran trafik di laluan baru berkenaan adalah sangat rendah berbanding laluan yang sedia ada iaitu Miri, Limbang, Negara Brunei Darussalam. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu berkaitan dengan lebuh raya bertol. Isu pembinaan lebuh raya baru sebagaimana yang telah diumumkan...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai pemilihan kontraktor untuk pembinaan Pan Borneo Highway, adakah kerajaan akan bahagikan Pan Borneo Highway mungkin kepada beberapa buah pakej 100 kilometer, 200 kilometer sebuah pakej supaya lebih ramai kontraktor tempatan Sarawak dan Sabah boleh dianugerahkan kontrak itu atau kerajaan akan pilih sebuah kontraktor sahaja untuk Sarawak, Pan Borneo, seluruh sepanjang jalan di Sarawak. Satu lagi untuk Sabah sahaja. Apakah cara yang akan digunakan?

Sebagaimana saya terangkan tadi, ia ditentukan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasta. Maknanya ada cadangan dikemukakan oleh pihak swasta yang akan membiayai keseluruhan projek tersebut. Ia dinilai kan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasta. Pada masa ini, setakat ini belum dimuktamadkan secara keseluruhannya, masih di peringkat perincian dan saya kira kalau soalan lanjutnya bolehlah Yang Berhormat Bandar Kuching kemukakan kepada Menteri yang bertanggungjawab di Economy Planning Unit di Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman, setakat ini sudah tentu daripada segi pelaksanaan, kalau kita melihat di Semenanjung dahulu, Lebuhraya Utara-Selatan misalnya adalah dilaksanakan keseluruhannya oleh sebuah syarikat dan kita dapat melihat kesannya. Sudah pasti apa pun kita laksanakan ada buruk, baiknya. Sudah pasti dan saya berkeyakinan penuh bahawa Unit Kerjasama Awam Dan Swasta akan mengambil kira daripada segi kesannya sama ada daripada segi kewangan dan juga kesannya kepada sosial ekonomi. Kita di peringkat kementerian kita akan menilai daripada segi technicality. Mengikut pengalaman kita bila kita melaksanakan mengikut packages, kos dan juga pengurusan akan lebih tinggi disebabkan akan menanggung kos daripada segi preliminaries, kita akan menanggung kos lebih banyak konsultan yang akan dilantik dan kita akan banyak lagi daripada segi kos tenaga kerja yang terpaksa digerakkan. Berbanding dengan kaedah menggunakan sebuah syarikat yang akan bertanggungjawab melihat, menyelenggarakan keseluruhannya dan kita daripada segi pemantauan dan kos konsultasi mungkin di situ akan dilihat daripada segi technicalitiesnya. Itu pengalaman yang kita ada, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Satu lagi soalan mengenai bayar balik kepada kontraktor yang akan dipilih. Adakah kerajaan akan mengenakan tol atas Pan Borneo Highway supaya orang ramai yang bayar atau adakah kerajaan sendiri yang akan bayar kepada kontraktor yang membina Pan Borneo Highway?

Yang Berhormat Bandar Kuching, seperti mana yang saya katakan daripada segi kedudukan kewangan, kos semua sedang diperincikan dan apa-apa keputusan nanti sudah pasti akan diumumkan oleh pihak UKAS dan kita tunggulah sebab ia belum dimuktamadkan. Kaedahnya pelbagai yang saya katakan tadi. Kalau kita mengikut kaedah di Semenanjung, ada kaedah yang kita mengenakan dibiayai sepenuhnya dan dibayar balik secara toll collection. Akan tetapi adakah ia membolehkan kita melaksanakan kaedah tersebut di Sabah dan Sarawak? Ia belum dapat dimuktamadkan sehingga kini dan saya...

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, I just want mahu satu soalan tentang perkara ini sebab hari itu Yang Berhormat Kalabakan bangkitkan satu isu ini. Saya dapati beberapa Menteri dari Sabah yang berjanji Pan Borneo ini tidak akan mengutip tol. Jadi Yang Berhormat ini tidak sama.

Saya faham. Yang Berhormat, saya faham apa itu. Saya faham apa itu. Memang kita selaku wakil rakyat termasuklah Menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak dan saya sendiri selaku orang Sarawak, memang kita ada harapan dan harapan itu akhirnya kita sampaikan kepada kerajaan dan kerajaan yang bertanggungjawab akan menilai dan mengimbangi daripada segi keseluruhan aspek, sudut kewangan, sudut teknikal, sosial ekonominya dan akhirnya kerajaan memutuskan. Sebab itu saya katakan peringkat ini belum ada keputusan lagi sama ada ia akan dikenakan tol atau pun tidak. Akan tetapi kita mengharapkan, saya sendiri mengharapkan bahawa untuk di Sarawak ia tidak akan dikenakan tol dan akan dibiayai oleh sepenuhnya oleh kerajaan. Itu harapan, bukan keputusan saya tetapi keputusan di peringkat jawatankuasa di Unit Kerjasama Awam dan Swasta. Itu yang saya boleh katakan kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma mohon perbetulkan kenyataan Pan Borneo ini. Sebenarnya sebelum ini saya sangka tidak pernah buat lagi, belum dimulakan tetapi bila saya lihat senarai projek-projek Rancangan Malaysia Kesepuluh itu, rupanya sudah ada. Jadi, pada masa hadapan kalau kita rujuk kepada Pan Borneo ini, kita katakan hendak melengkapkan projek Pan Borneo. Bolehkah kalau kita ubah macam itu Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Sebab itu saya katakan memang kita sudah mulakan. Kalau kita melihat kepada HNDP, Pan Borneo sebenarnya sudah dimulakan, sebenarnya dipanggil Pan Borneo Trunk Road, Jalan Perhubungan antara Sabah dan Sarawak dibiayai dari dahulu lagi melalui biayaan World Bank dan akhirnya dinaikkan taraf sedikit demi sedikit oleh kerajaan dari jalan tanah kepada jalan gravel. Sekarang ini jalan bertar. Boleh kata hampir 100 peratus Borneo Trunk Road jalan bertar. Sekarang ini ialah harapan rakyat Sabah dan Sarawak untuk diangkatkan taraf jalan ini supaya ia seolah-olah menjadi sebuah lebuh raya yang mana keseluruhannya empat buah lorong. Dual-carriage way. Itu harapan dan sebahagian sudah kita laksanakan termasuklah di Kota Kinabalu, di Kuching, di Bintulu, di Miri. Ada sebahagiannya sudah menjadi jalan empat buah lorong, dual-carriage way. Sekarang ini yang tinggal itu diharapkan akan dapat ditingkatkan. Untuk mempercepatkan pelaksanaannya, sebab itulah sekarang ini kaedah penswastaan diperkenalkan melalui kaedah Private-Public Partnership dan sebahagian untuk tahun depan masih akan ada dilaksanakan di bawah Kementerian Kerja Raya, sebahagian di Sabah dan sebahagian di Sarawak untuk 2014 dan sebahagian 2015 masih akan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya, dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya dan selebihnya nanti akan dilaksanakan bila dimuktamadkan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasta. Ia akan dipercepatkan melalui kaedah Private-Public Partnership tersebut.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Last question, minta penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri satu jangkaan kalau Public-Private Partnership dilaksanakan, apakah jangka masa yang kita we are looking at untuk Pan Borneo Highway itu keseluruhannya dinaikkan taraf kepada dual carriage way? Tahun apa yang kita dapat selesaikannya?

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Saya yakin bahawa ia akan dipercepatkan. Kalau kita mengikut kaedah konvensional, maknanya kita kena compete. Daripada segi fakta yang ada, kementerian kita hanya menerima dalam jangkauan RM3.3 bilion sehingga RM3.7 bilion tiap-tiap tahun untuk pembangunan. Kalau kita hendak siapkan keseluruhan Pan Borneo Highway dengan jangkaan kos yang lama itu RM22 bilion pun kita memerlukan untuk Sabah dan Sarawak RM3 bilion tiap-tiap tahun, kalau kaedah konvensional, kalau kita hendak siapkan dalam tahun 2025. Jadi, bayangkan kalau itu yang kita buat, maka kita akan tidak dapat menyiapkan keseluruhan. Jadi dengan sebab itulah dengan kaedah private public partnership ini, saya menjangkakan ia akan dapat disiapkan dengan lebih cepat. Akan tetapi sudah pasti ia tertakluk kepada perundingan di antara Unit Kerjasama Awam Swasta dan pihak-pihak yang berkepentingan. Masa ini saya tidak dapat memberi jangka penuh sebab kita pun tidak tahu apakah kandungan perundingan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat diizinkan untuk saya meneruskan isu berkaitan dengan lebuh raya bertol. Isu pembinaan lebuh raya baru sebagaimana yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2015 lalu telah menarik perhatian Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Permatang Pauh, Ahli Yang Berhormat Seremban dan juga Ahli Yang Berhormat Serdang. Sebagaimana Dewan ini sedia maklum, terdapat empat projek lebuh raya baru akan dibina di Lembah Klang menerusi perkongsian pelaburan awam dan swasta iaitu Lebuhraya Pantai Barat Taiping-Banting atau singkatannya WCE; Lebuhraya Sungai Besi- Ulu Klang atau singkatannya SUKE; Lebuhraya Damansara-Shah Alam atau singkatannya DASH; dan juga Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur Hubungan Timur atau EKVE. Pembinaan lebuh raya menerusi inisiatif pihak swasta ini sebenarnya akan membolehkan lebih banyak infrastruktur lebuh raya dapat dibina dalam tempoh masa yang lebih singkat tanpa melibatkan peruntukan kerajaan. Ini bermakna peruntukan pembangunan kerajaan boleh digunakan untuk membina banyak kemudahan sosial dan infrastruktur awam yang lain. Rasional penswastaan lebuh raya bertol ini ialah bagi memberi kemudahan alternatif kepada pengguna berasaskan kepada konsep user pay principle di mana pengguna akan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan yang dibayar untuk perjalanan yang lebih selamat dan selesa. Kesan pembinaan lebuh raya baru ini juga akan dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara iaitu menerusi proses urbanisasi di mana projek lebuh raya baru itu berperanan sebagai pemangkin pembangunan negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Di samping projek pengangkutan rel yang sedang dan akan dibina, pembinaan lebuh raya yang baru di Lembah Klang ini juga berperanan untuk saling melengkapkan, dengan izin, complement each other. Sistem pengangkutan integrasi yang dapat memberikan keselesaan, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan pergerakan pengguna di Lembah Klang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, prinsip penswastaan lebuh raya bertol di negara ini berkait rapat dengan agihan risiko yang bakal ditanggung oleh kerajaan dan juga syarikat pembina konsesi. Sehubungan itu, bagi memastikan kepentingan kerajaan dan orang ramai sentiasa terpelihara, kerajaan telah menambah baik klausa-klausa dan perjanjian konsesi lebuh raya yang terkini. Sebagai contoh, kenaikan kadar tol tidak lagi dibuat secara automatik, sebaliknya tertakluk kepada persetujuan kerajaan di mana kenaikan kadar tol perlu melalui proses saringan tertentu seperti audit ke atas pendapatan ataupun dengan izin, revenue, jumlah trafik sebenar berbanding unjuran dan kadar pulangan syarikat konsesi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Di samping itu, beberapa klausa baru juga telah dimasukkan dalam perjanjian konsesi ini seperti penetapan level service dan exit clause. Clause level of service menetapkan bahawa tahap perkhidmatan lebuh raya perlu dipertingkatkan selaras dengan peningkatan jumlah bilangan trafik. Ini termasuklah penambahan bilangan lorong lebuh raya apabila trafik telah mencapai tahap kapasiti tertentu sebagaimana dalam perjanjian konsesi. Manakala exit clause, dengan izin, menetapkan bahawa tempoh konsesi lebuh raya akan ditamatkan lebih awal berbanding tempoh sebenar jika syarikat konsesi telah mencapai kadar pulangan dalaman atau dengan izin, internal rate of return. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seremban telah meminta butir-butir...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Serdang bangun.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Biarkan saya jawab keseluruhan dahulu, selesaikan isu tol ini, then you can...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey, ini berkenaan dengan tol.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Ya, tunggu saya selesaikan keseluruhan berkaitan dengan tol, then saya bukakan untuk soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi Yang Berhormat Menteri?

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Kalau tiada celahan, saya boleh habis dalam tempoh yang paling panjang pun 10 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seremban telah meminta butir-butir mengenai syarikat pembina konsesi dan kos pembinaan untuk empat buah lebuh raya baru berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat syarikat konsesi untuk empat projek lebuh raya baru berkenaan adalah seperti berikut: |Bil.| Projek Lebuh Raya | Syarikat Konsesi | |---:|----------------------------------------------------|------------------------------------------------| | 1|Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dari Taiping ke Banting|Syarikat West Coast Expressway Sdn. Bhd. | | 2|Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) |Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn. Bhd.| | 3|Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) |Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. | | 4|Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur Hubungan Timur|Ahmad Zaki Resources Bhd. |<END_TABLE_MARKER>

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Seremban dan Yang Berhormat Serdang, pemilihan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini kebiasaannya dibuat berasaskan kepada pertimbangan konsep ekonomi iaitu, dengan izin, capital intensive. Ini bermakna, hanya syarikat yang diyakini mempunyai kemampuan kewangan, keupayaan teknikal dan mempunyai pengalaman atau kepakaran sahaja dibenarkan untuk mengemukakan cadangan projek penswastaan lebuh raya. Walaupun begitu, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta terlebih dahulu akan memperhalusi sesuatu kertas cadangan tersebut khususnya daripada aspek kewangan dan teknikal sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Di samping itu, syarikat-syarikat konsesi terlibat juga perlu mematuhi syarat- syarat duluan atau, dengan izin, condition precedent yang ditetapkan oleh kerajaan dalam perjanjian konsesi. Ini termasuklah membuktikan kemampuan kewangan ataupun financial flows dan juga menjalankan bancian awal, public opinion survey, sebelum sesuatu perjanjian konsesi ini dapat diaktifkan. Selain itu, syarikat-syarikat konsesi juga perlu menjalankan penilaian terperinci kesan alam sekitar ataupun singkatannya DEIA, dan penilaian kesan trafik atau TIA untuk kelulusan kebenaran merancang, development order, daripada kerajaan tempatan dan juga negeri. Berkenaan dengan anggaran kos untuk pembinaan projek-projek lebuh raya baru di atas, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tempoh hari, ia akan diteliti dan diperhalusi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia ataupun LLM sebagai agensi kawal selia lebuh raya di negara ini. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertambahan atau kenaikan kos di mana ia akan memberi kesan kepada perbelanjaan modal ataupun CAPEX dan penetapan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna. Tuan Yang di-Pertua, mengenai status kemajuan semasa keempat-empat projek berkenaan, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa syarikat konsesi untuk projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dari Taiping ke Banting telah memenuhi semua prasyarat yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Sabak Bernam. Untuk rekod, perjanjian konsesi Lebuhraya Pantai Barat telah ditandatangani pada Januari 2013 dan perjanjian konsesi telah dikuatkuasakan pada Januari 2014. Pelaksanaan projek WCE ini akan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Pada masa ini, proses pengambilan balik tanah projek Lebuhraya Pantai Barat sedang giat dijalankan. Di samping itu, syarikat konsesi juga telah memulakan kerja-kerja awalan seperti penandaan dan ukur halus serta pembersihan tapak di kawasan yang telah selesai dibuat pengambilan tanah khususnya di jajaran Hutan Melintang ke Telok Intan di Perak dan Klang ke Kapar di Selangor. Kerja-kerja pembinaan akan dijalankan secara serentak di kedua-dua negeri tersebut. Keseluruhan projek Lebuhraya Pantai Barat dari Taiping ke Banting ini dijangka akan siap pada penghujung tahun 2019. Ahli Yang Berhormat dari Sabak Bernam juga inginkan pengesahan mengenai jajaran Lebuhraya Pantai Barat atau WCE yang melibatkan laluan dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam iaitu sama ada kerajaan akan membina laluan lebuh raya yang baru untuk jajaran tersebut atau menaik taraf Jalan Persekutuan 5 sedia ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan setakat ini masih belum memutuskan mengenai pemilihan muktamad mengenai jajaran laluan dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam. Ini kerana, kajian kemungkinan mengenai cadangan jajaran baru ini masih sedang dijalankan oleh pihak perunding yang dilantik.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Kajian tersebut merangkumi kajian trafik, sosioekonomi, guna tanah, alam sekitar, impak sosial, reka bentuk kejuruteraan awalan dan anggaran kos yang terlibat. Berdasarkan perancangan, kajian kemungkinan tersebut dijangka akan siap pada bulan Februari 2015. Sehubungan itu, pembinaan jajaran WCE dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam akan diputuskan setelah cadangan ini dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan juga Majlis Ekonomi dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walaupun begitu, suka juga saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam bahawa cadangan menaik taraf Jalan Persekutuan lima dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam akan tetap diteruskan.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Namun begitu, penentuan skop kerja menaik taraf jalan tersebut iaitu sama ada melibatkan naik taraf keseluruhan atau naik taraf sebahagian adalah tertakluk kepada pemilihan jajaran WCE dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam yang dijangka akan diputuskan kerajaan pada bulan Mac 2015. Manakala status untuk tiga buah lebuh raya yang lain iaitu SUKE, DASH dan EKVE, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketiga-tiga perjanjian tersebut telah ditandatangani tetapi masih belum dikuatkuasakan iaitu sehingga syarikat-syarikat konsesi terlibat memenuhi segala prasyarat yang telah ditetapkan. Ini juga melibatkan status Lebuhraya Kinrara-Damansraa (KIDEX) yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan di mana syarikat konsesi KIDEX perlu memenuhi segala prasyarat sebelum perjanjian konsesi dapat diaktifkan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sedia maklum, syarikat konsesi KIDEX telah diberi tempoh selama 12 bulan untuk memenuhi syarat-syarat duluan atau condition president iaitu sehingga 14 November 2014.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Walaupun begitu, kerajaan berhak untuk mempertimbangkan pemberian tempoh lanjutan masa kepada syarikat konsesi jika terdapat kewajaran atau pertimbangan yang munasabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Pusat melalui kementerian ini bersedia untuk berbincang dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan sama ada projek lebuh raya baru yang dirancang di negeri tersebut secara amnya dapat dilaksanakan menerusi konsep win-win situation dan seterusnya memberikan manfaat kepada semua pihak terbabit khususnya kepada para pengguna sebagai the end users. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada tiga yang bangun, empat yang bangun, yang manakah?

Yang Berhormat Serdang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Serdang, okey. Ya, pendekkan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya mudah sahaja. Saya memang mengalu-alukan syarat-syarat yang telah ditambah supaya concession agreement ini lebih adil kepada kerajaan dan juga kepada rakyat tetapi saya hendak ada satu permintaan sama ada concession agreement terutamanya yang telah diconfirm syarat-syaratnya akan dipamerkan kepada umum supaya ada lebih transparency dan kadar tol dan segala syarat itu boleh diteliti oleh semua penduduk yang duduk di tempat yang berkenaan dan juga wakil rakyat di kawasan yang berkenaan. Jadi adakah concession agreement akan dipamerkan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang KIDEX Highway ini di mana tarikh pelupusan, the dateline untuk syarikat konsesi untuk mengadakan public hearing ataupun pendengaran awam adalah pada 14 November. Habis sampai sekarang KIDEX tak dapat mengadakan public hearing ini. Apakah sebabnya? Adakah kerana mereka sudah tahu kebanyakan, saya boleh kata 100 peratus lah Petaling Jaya, warga Petaling Jaya tidak sokong, bantah projek KIDEX ini dan dia tak berani untuk mengadakan public hearing. Kalau tadi Yang Berhormat Menteri kata akan melanjutkan masa untuk syarikat ini, kalau sekiranya warga penduduk PJ membantah tidak mahu KIDEX ini diadakan, adakah pihak kementerian akan batalkan projek ini? Kedua tentang DASH, iaitu Lebuh raya Damansara–Shah Alam. Dalam Bajet 2015, Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan RM4.2 bilion untuk DASH ini. Walaupun kerajaan belanja RM4.2 bilion, mengapakah lebuh raya ini masih ada kutipan tol? Kerajaan bagi RM4.2 bilion, mengapakah perlu lagi untuk ada konsesi tol ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Seremban.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Puchong, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab dan boleh gulung. Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiada pencelahan lagi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya yang pertamanya ialah, mengapa cara penganugerahan kepada projek-projek lebuh raya ini, kerajaan masih menggunakan cara tender rundingan terus seperti yang saya ingat tak ada tender terbuka. Mengapa tak ada, tak boleh dilaksanakan melalui tender terbuka untuk supaya kita mendapat satu deal yang lebih baik. Keduanya Yang Berhormat Menteri, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, adakah perjanjian-perjanjian baru ini juga membolehkan syarikat-syarikat konsesi ini untuk menaikkan harga tol setiap tiga ataupun lima tahun seperti yang dikreatifkan dalam kebanyakan lebuh raya sekarang ini, kerajaan membenarkan mereka menaikkan harga tol setiap tiga tahun ataupun lima tahun. Kalau tidak bayar, kerajaan kena bayar pampasan seperti yang sedang dilaksanakan sekarang ini. Cuma dapatkan penjelasan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua perkara yang ingin saya bangkitkan. Pertama, berkenaan dengan konsesi tol yang telah pun ditandatangani. Kita mendengar kerana usaha kerajaan untuk memastikan bahawa perjanjian yang akan ditandatangani dalam masa depan mempunyai syarat-syarat di mana kita boleh pastikan bahawa ada keadilan. Keadilan untuk orang yang menggunakan jalan raya tersebut. Ini bagus, ini kerana kita dalam Pakatan Rakyat memang telah pun membawa tekanan bukan sahaja sekarang, many years Yang Berhormat Menteri. Kita bawa tekanan minta supaya kerajaan melakukan perkara ini. Akan tetapi bagaimana dengan kontrak- kontrak yang sedia ada? Bagaimanakah dengan semua konsesi yang sudah wujud? Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan? Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah pun dibangkitkan banyak kali di dalam Dewan ini. Setiap kali Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa ada cadangan dan ada memang perkara-perkara yang dilakukan untuk mengkaji semula sebagai status, status perjanjian-perjanjian itu. Ini penting kerana kita dapat lihat bahawa sekarang bila harga barang naik dan sebagainya, ini membawa tekanan kepada ramai rakyat khususnya mereka yang miskin. Kebanyakan mereka di sekitar luaran kawasan Kuala Lumpur. Yang Berhormat Menteri kena ambil perkara ini secara serius. Itu satu. Nombor dua, berkenaan dengan KIDEX dan DASH. Saya lihat Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan sering kali mencadangkan supaya ada lebuh raya. Lebuh raya, cadangkan lebuh raya, lebuh raya bertol dan sebagainya. Nampaknya dinyatakan kerana ini akan memudahkan rakyat, meringankan beban dan sebagainya. I don’t understand. Bagaimanakah kerajaan boleh menyatakan bahawa ia akan meringankan di mana ada tol? Itu satu. Nombor dua, kenapa tidak ada sebarang kajian untuk mencadangkan cara-cara lain. Misalnya kita improve public transport. Bagaimana tidak ada cadangan supaya kita adakan cara-cara alternatif kerana kita tahu Yang Berhormat Menteri, kalau kita bina jalan raya setiap tahun kita lihat bagaimana kereta di atas jalan raya tersebut itu akan meningkat bilangannya. Sudah tentu, misalnya LDP di Puchong. Dulu apabila kita hendak luluskan projek itu, dikatakan akan meringankan beban dan sebagainya tetapi hari ini kalau kita pergi ke sana, kita tengok jammed. Berjam-jam hendak pergi dari Parlimen ke Puchong dua jam kadang-kadang, bukan main. Setiap kali saya datang Dewan tanya soalan ini, kerajaan cakap, ya, kita kaji, kaji, kaji, kaji. Ini bukan ini, jangan main-main. Bilakah akan ambil tindakan?...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Menteri sendiri mengatakan harapan dan sebagainya..

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Menteri ada harapan untuk Sarawak.

Saya tak tahu ini penjelasan ataupun perbahasan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No, no, no, saya tanya, saya tanya soalan.

Itu bukan soalan, ini perbahasan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tak, tak, saya tanya soalan. Yang Berhormat Menteri sendiri menyatakan, kita ada harapan di Sarawak, kita ada harapan. Saya bagi tahu, jangan harap kepada Barisan Nasional. Dulu pun kita ada harapan...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Akan tetapi harapan itu kita lihat ada tol sekarang. No answers coming. Every time promises.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup, okey, ya Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bagaimana, ada jawapan? Saya minta saya hendak dengar jawapan. Jangan datang ke Dewan ini setiap kali bagi cerita yang sama tetapi tidak ada jawapan. Rakyat hendak dengar kepada jawapan...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

We fed up of these things. Yang Berhormat Menteri, kalau hendak bagi jaminan, saya setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, cukup, cukup, cukup.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya cakap, kalau siapa lagi, siapakah itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong cukup.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong cukup, cukup.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bukan, saya hendak sikit lagi, sikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bukan tanya ini. Kalau tengok 37(1)(d), tengok. Minta penjelasan, bukannya berbahas.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya tanya soalan, tidak guna kita datang ke Dewan, Yang Berhormat Menteri datang jawab, kita hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong. Saya dengar, saya dengar. Okey.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

This is a short one.

Yang Berhormat Puchong, you are rude Yang Berhormat Puchong. Cara you tidak betul, tanya soalan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You duduklah, you siapa?

Sebab you cakap bangsat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, okey, okey.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Puchong duduk. Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Puchong duduk. Yang Berhormat Menteri jawab. Yang Berhormat Puchong, saya tidak benarkan lagi. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

No, no, no. Saya tidak benarkan lagi. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira apa yang dibangkitkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, cukup, cukup, cukup Yang Berhormat Puchong. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, you have to be fair. Saya tanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, saya kata duduk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya tanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, saya minta Yang Berhormat Puchong duduk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, saya minta Yang Berhormat Puchong duduk.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua....

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong duduk. Yang Berhormat Puchong duduk, now. Saya tidak benarkan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira Yang Berhormat Puchong bukan lagi bangkit soalan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak adil langsung. Saya tidak bangkitkan. Dia yang bangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, saya kata duduk Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong, saya kata duduk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya hendak minta kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya minta sekali lagi, Yang Berhormat Puchong sila duduk!

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, please be fair.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, bentara, saya minta Yang Berhormat Puchong berehat. Ya, minta bentara. Ya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, serius Tuan Yang di- Pertua, serius?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Serius. Tidak boleh tanya soalan? Yang marah Yang Berhormat Baling...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong. Saya bukan tidak benarkan. Saya benarkan tapi Yang Berhormat Puchong berdegil-degil, berbahas.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bukan degil, saya hendak tanya soalan. Kalau dalam Dewan tidak boleh tanya soalan macam mana?...

[Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bukan soalan, saya sudah benarkan soalan. Sila Yang Berhormat Puchong. Sila, sila Yang Berhormat Puchong. Saya kata duduk rehat. Okey, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Duduk atau keluar?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau Yang Berhormat Puchong hendak duduk tidak ada hal, tidak ada masalah. Kalau tidak kacau, saya tidak ada masalah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Now, Bentara is here. Encik Azmi is here. So, now saya macam mana, duduk atau keluar Dewan...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Baling, sudahlah Yang Berhormat Baling.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Puchong, saya tahu Yang Berhormat Puchong. Saya tahu, saya tahu. Yang Berhormat Puchong, sila duduk, sila duduk. Duduk sila. Okey.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Untuk soalan daripada Yang Berhormat Serdang dan juga berhubung kait dengan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Seremban dan juga Yang Berhormat Puchong iaitu berhubung kait dengan soalan sama ada perjanjian boleh dipamerkan. Kita tahu dalam konsep perjanjian salah sebuah kandungan perjanjian ialah adanya confidentiality ataupun kerahsiaan. Kalau kita hendak pamerkan, kita memerlukan dua-dua pihak bersetuju. Akan tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bolehlah pergi ke Perpustakaan Lembaga Lebuh Raya untuk melihat kandungan sebahagian daripada perjanjian dulu yang sebahagiannya yang telah bersetuju untuk dipamerkan untuk...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Di kawasan saya, di kawasan saya, Serdang juga.

Ia berada di Perpustakaan Lembaga Lebuhraya untuk Yang Berhormat melihat kandungan isi perjanjian. Kalau sama ada perjanjian, kalau sudah termaktub, saya sudah banyak terang dalam Dewan yang mulia ini bahawa perjanjian konsesi apabila sudah dimuktamadkan, dalam konsep perundangan sekalipun, kalau kita hendak mengubah sesuatu kandungan perjanjian, ia mesti dipersetujui oleh dua pihak. Ini ilah asas perundangan dan asas perundangan itu kita perlu hormati. Kalau tidak, ia akan mendedahkan kerajaan kepada kemungkinan tuntutan daripada pihak- pihak yang satu lagi. Sebab itu kita sudah perbaiki perjanjian daripada peringkat pertama, generasi kedua, generasi ketiga sudah pun diperjelaskan dalam Dewan yang mulia. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah merujuk apakah kandungan-kandungan penambahbaikan yang telah kita laksanakan daripada semasa ke semasa. Ini sudah saya jawab. Jadi, tidak berhasrat untuk memberi butiran yang lebih lanjut lagi berkaitan dengan kandungan dan juga penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Cuma berhubung kait dengan yang dikatakan bahawa jem ataupun kesesakan. Sebab itu kalau kita melihat dasar kerajaan ialah untuk memberi alternatif yang pelbagai kepada rakyat. Toll highway alternatif, salah satu alternatif dan kita tahu highway di Lembah Klang khususnya, belum dapat dihubungi sepenuhnya. Sebab itulah ada peningkatan dan adanya cadangan-cadangan daripada pihak swasta untuk melihat bagaimana kita dapat menghubungkan. Kerajaan menilai daripada segala cadangan tersebut untuk memastikan bahawa jaringan highway ini akan dapat dihubungkan dengan sebaiknya. Pada masa yang sama, kerajaan juga sudah melihat daripada segi pengangkutan awam, dengan MRT, dengan LRT, malah sekarang ini VRT pun sedang dipertimbangkan supaya memberi alternatif kepada rakyat sama ada untuk mengambil public transport ataupun menggunakan highway betul ataupun menggunakan jalan yang sedia ada, jalan yang tidak ada tol. Semuanya telah dibentangkan pada rakyat. Rakyat mempunyai pilihan yang mana satu mereka hendak gunakan. Kita di peringkat kementerian akan sentiasa berusaha untuk menambah baik jalan-jalan Persekutuan yang sedia ada supaya perhubungan alternatif pada rakyat, hubungan utama iaitu jalan Persekutuan yang digunakan tanpa bertol akan...

Tuan Yang di-Pertua.

...Terus dipertingkatkan.

Boleh.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sudah mengatakan bahawa saya tidak dibenarkan untuk memberi laluan, untuk menghabiskan. Kalau tidak, saya boleh membenarkan. Untuk itu, kerajaan sebenarnya memang terbuka. Siapa-siapa yang ada cadangan, boleh membentangkan cadangan kepada Unit Kerjasama Awam dan Swasta. Ini memangnya terbuka untuk sama ada siapa-siapa hendak mencadangkan. Bukannya memberi kepada mana-mana pihak yang tertentu tetapi kriteria saya telah nyatakan terlebih awal tadi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih kepada isu yang terakhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Kluang berhubung kait dengan Lebuhraya Rangkaian Lingkaran Penyuraian Timur ataupun lebih dikenali sebagai EDL di Johor Bahru. Kerajaan sememangnya mengambil perhatian serius mengenai kos yang terpaksa ditanggung oleh warga Johor Bahru yang berulang alik ke Singapura dan sebaliknya. Sehubungan itu kerajaan sedang mengkaji opsyen-opsyen lain yang mungkin boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengguna terlibat. Ini termasuklah cadangan untuk menambah baik aspek pengangkutan awam di Tambak Johor sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Kluang. Kajian terperinci mengenai perkara ini sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu bantahan penetapan tol Lebuhraya EDL yang telah dibawa ke mahkamah menerusi writ of summon Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nombor 21NCVC24/08 Tahun 2014. Oleh itu saya tidak berhasrat untuk mengulas secara terperinci mengenai perkara ini sebab subjudice. Lain-lain isu ialah berkaitan dengan isu pembiakan denggi di tapak pembinaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula bulan Mac 2014, Kementerian Kerja Raya telah menubuhkan pasukan petugas khas denggi untuk mengawasi tapak-tapak pembinaan yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk. Pasukan tersebut dianggotai oleh wakil-wakil dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, Jabatan Kerja Raya dan juga pihak-pihak berkuasa tempatan telah mengadakan pemeriksaan operasi secara bersepadu di kawasan tapak pembinaan yang menjadi titik panas denggi. Untuk tempoh dari bulan Mac hingga 30 September 2014, pasukan petugas khas denggi tersebut telah menjalankan pemeriksaan di 478 buah lokasi tapak pembinaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 341 buah lokasi tapak pembinaan atau 71 peratus telah dikesan telah menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Berikutan itu, sebanyak 100 kompaun saman telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, 137 buah lokasi tapak pembinaan telah diarah tutup, sementara 127 buah lokasi telah diarah melakukan kerja-kerja pembersihan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, CIDB sentiasa memantau dan memastikan pihak kontraktor peka mengenai risiko pembiakan denggi di kawasan tapak pembinaan. Tuan Yang di-Pertua setakat ini sajalah penjelasan...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri

...Yang saya dapat berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

KIDEX belum jawab lagi.

...Sepanjang tempoh perbahasan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

KIDEX belum jawab lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

KIDEX saya kira Menteri Besar Selangor pun sudah jawab.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tidak ada, tidak ada jawab.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, isu KIDEX itu penting.

Kalau pasal KIDEX, Yang Berhormat Menteri Besar Selangor pun sudah jawab. Samalah jawapan saya dengan Yang Berhormat Menteri Besar Selangor.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Menteri isu KIDEX penting. Semua rakyat tunggu jawapan daripada Dewan. Tolong jawab soalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, tolong- isu KIDEX, at least.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

KIDEX sudah dijawab, saya kata masih dalam precondition.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, Tuan Pengerusi ia akan berakhir pada minggu hadapan. Apa yang berlaku sehingga sekarang tidak ada public consultation langsung.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Tidak ada consultation, bukankah MBPJ sudah membuat satu perkara untuk melantik juru perunding untuk mengkaji all the- yang ini saya kira dia boleh tanya dengan Menteri Besar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Isu yang dibangkit adalah apa yang akan berlaku pada 14 hari bulan ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, tarikh sudah luput ini.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya kira apa yang saya jawab tadi ialah berdasarkan perjanjian dan berdasarkan proses sedia ada, kalau setakat ini KIDEX masih dalam kedudukan apa yang saya katakan dan dijawab terlebih awal tadi iaitu mereka masih berdasarkan pada condition precedent perlu mematuhi dan apa yang perlu patuhi kalau mereka tidak dapat patuhi, mereka kena bagi penjelasan dan kita akan berhubung dengan Kerajaan Negeri Selangor dan juga akan merujuk kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk mendapat maklumat dan sebelum kita membuat kata putus apakah the next cause of action untuk KIDEX.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Tuan Yang di-Pertua, kami ucapkan terima kasih. Mana-mana jawapan yang tidak dapat diberikan dengan jelas kita akan berikan jawapan secara bertulis, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya jemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Boleh 45 minit? Sila.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

InshaaAllah. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan juga mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang lalu. Sepanjang perbahasan seramai 42 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara-perkara yang menyentuh bidang tugas kementerian ini, setelah diteliti dan diperincikan isu-isu tersebut boleh dikelaskan kepada sembilan isu yang akan saya jelaskan pada malam ini.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama ialah pendaftaran harta intelek. Pertama sekali izinkan saya untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar mengenai permasalahan yang dihadapi oleh rakyat untuk mendaftarkan harta intelek. Kementerian sememangnya maklum mengenai dengan kekangan dana yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil, individu perseorangan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi pengajian tinggi IPT tempatan, politeknik dan sekolah-sekolah menengah terpilih untuk memfailkan pendaftaran harta intelek mereka. Pemilik-pemilik harta intelek ini akan menanggung kerugian sekiranya tidak dapat melindungi hak mereka setelah mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk menghasilkan harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, karya- karya berhak cipta dan petunjuk geografi. Pada masa yang sama kerugian juga akan ditanggung oleh kerajaan sekiranya terdapat harta intelek hasil penyelidikan yang dibiayai oleh geran-geran kerajaan, tidak dapat dikomersialkan ditiru atau disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Hak-hak harta intelek tersebut tidak dapat mempertahankan kerana tidak didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia ataupun MyIPO yang merupakan agensi di bawah KPDNKK. Oleh itu kepentingan melindungi harta intelek melalui pendaftaran ini perlu diberi keutamaan oleh pemilik harta intelek khususnya peniaga- peniaga kecil PKS, IPT, politeknik dan sekolah-sekolah menengah terpilih bagi memastikan harta intelek mereka dilindungi serta mendapat dikomersialkan untuk menjana pendapatan. Semasa perbahasan Yang Berhormat telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah dana pembiayaan pendaftaran harta intelek dengan menggunakan 30 peratus cukai bersih yang dibayar oleh MyIPO kepada kumpulan wang disatukan Persekutuan. Kementerian berterima kasih dan akan mengkaji kebolehlaksanaan cadangan tersebut dengan melihat kepada pelbagai aspek serta fungsi MyIPO seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 melibatkan kerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Isu kedua Tuan Yang di-Pertua iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia. Seterusnya saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Hulu Rajang mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai KR1M. Yang Berhormat Sekijang dalam ucapannya telah mencadangkan supaya diadakan kad diskaun untuk golongan berpendapatan rendah membeli barang keperluan di KR1M. Kementerian mengambil maklum dan akan mengkaji cadangan tersebut. Menyentuh isu kekurangan stok produk KR1M yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit, kementerian berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat akan kepentingan KR1M kepada masyarakat dan akan memastikan bekalan produk 1Malaysia di KR1M sentiasa mencukupi. Yang Berhormat Hulu Rajang pula membangkitkan isu penjualan produk 1Malaysia Kedai Rakyat atau produk 1MKR di kedai-kedai runcit yang melebihi harga jualan yang melebihi harga jualan di KR1M. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, produk 1MKR bukan sahaja dijual di kedai KR1M, malah ia juga boleh didapati di mana-mana premis perniagaan seperti kedai runcit, mini market dan sebagainya. Dalam hal ini pihak yang ingin mendapatkan bekalan barangan 1MKR perlulah membelinya di Kedai Rakyat 1Malaysia serta membawa produk yang dibeli tersebut ke kedai mereka sendiri. Oleh yang demikian terdapat kos pengangkutan yang perlu ditanggung oleh pihak penjual bergantung kepada jarak antara kedai mereka dengan Kedai Rakyat 1Malaysia. Selain daripada kaedah tersebut, terdapat juga sebilangan kedai di kawasan pedalaman yang menjual produk 1MKR.

Yang Berhormat. Mengenai Kedai 1Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sementara rakyat masih percaya dan yakin kepada kedai KR1M, kerajaan kena bertindak untuk menentukan supaya barangan-barangan di kedai itu mencukupi.

Oleh sebab apabila rakyat sudah tidak percaya esok, dia tidak hendak beli di Kedai KR1M lagi. Jadi ini merugikan, sebab dasar kita untuk membantu rakyat terutama waktu harga barang naik. Jadi oleh sebab itu, saya minta sangat-sangat, sebab apabila saya check minggu sudah di kedai KR1M di kawasan saya Parit, masih lagi barang-barang utama macam bawang, cabai, telur dan sebagainya masih kurang lagi. Jadi saya harap kementerian dapat mengambil tindakan yang segera dan tegas untuk mengatasi masalah itu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, inshaaAllah kita ambil perhatian mengenai apa yang dibawa oleh Yang Berhormat mengenai dengan kekurangan stok di Kedai Rakyat 1Malaysia di Parit. Yang Berhormat Hulu Rajang pula membangkitkan isu penjualan produk 1Malaysia Kedai Rakyat atau produk 1MKR di kedai-kedai runcit yang melebihi harga jualan di KR1M. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, produk ini bukanlah sahaja dijual di KR1M. Saya sudah jawab tadi. Selain daripada itu kaedah tersebut terdapat juga sebilangan kedai di kawasan pedalaman menjual produk 1MKR di bawah program Mobile KR1M di mana kos pengangkutan ditanggung oleh kerajaan demi kepentingan rakyat, memandangkan kos pengangkutan yang terlalu tinggi bagi kedai-kedai ini. Harga produk 1MKR sepatutnya sama dengan harga jualan di Kedai Rakyat 1Malaysia. Oleh yang demikian sekiranya Yang Berhormat mempunyai maklumat yang lebih lanjut mengenai kedai yang dimaksudkan diharapkan Yang Berhormat boleh memanjangkan kepada kementerian saya untuk semakan dan tindakan susulan. Yang Berhormat juga turut menyentuh isu penjualan baja bersubsidi di sekitar Kapit dan Hulu Rajang.

Perkara ini adalah di luar bidang kuasa kementerian ini. Walau bagaimanapun KPDNKK bersedia memberi kerjasama sekiranya diperlukan oleh kementerian yang berkenaan dalam sebarang operasi bersepadu yang ingin dilaksanakan. Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah isu persaingan di bawah Akta Persaingan 2010. Izinkan saya jelaskan mengenai isu monopoli atau kedudukan dominan sesuatu perusahaan dalam pasaran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Simpang Renggam. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memperkenalkan Akta Persaingan 2010 untuk menggalakkan persaingan, menggalakkan inovasi dan meningkatkan produktiviti mengikut akta yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau MyCC. Tidak menjadi pelanggaran jika sesebuah perusahaan menjadi monopoli atau mencapai status dominan dalam sesebuah pasaran barangan atau perkhidmatan. Namun ia menjadi satu pelanggaran Akta Persaingan 2010 sekiranya berlaku penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran oleh perusahaan terbabit. Antara contoh penyalahgunaan kedudukan dominan ialah: (i) membataskan atau cuba mengawal pengeluaran, pelaburan atau pembangunan teknikal; (ii) enggan untuk membekalkan sesuatu barang atau perkhidmatan kepada sesuatu perusahaan; atau (iii) berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing. Akta ini adalah berbeza daripada akta-akta di Amerika Syarikat di mana Undang- undang Antitrust tidak menggalakkan syarikat-syarikat monopoli daripada menjadi besar dan akhirnya mengawal pasaran. Menyentuh isu monopoli perbekalan bahan binaan seperti simen yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja secara dasarnya MyCC tidak berperanan mengawal atau memantau kenaikan harga kerana kenaikan harga bukanlah satu amalan anti persaingan jika dilakukan oleh seseorang peniaga sahaja. Namun jika kenaikan harga tersebut berpunca daripada pakatan melalui perjanjian-perjanjian, penetapan harga oleh mana- mana persatuan atau mana-mana kumpulan, penjual ataupun perusahaan, pembekal atau pengeluar barulah ia menjadi isu persaingan di bawah Akta Persaingan 2010. Berdasarkan penelitian terhadap isu yang dibangkitkan ini, didapati terdapat sembilan buah syarikat pembuat simen yang terlibat dalam industri simen di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa persaingan dalam pasaran simen di negara ini adalah sihat dan tidak timbul isu monopoli di sini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya ke isu seterusnya, izinkan saya menjawab isu persaingan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam berkaitan pengumuman kenaikan kadar tambang bas sekolah. Pada 21 Oktober 2014, baru-baru ini, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia atau GPBSM telah mengumumkan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2015 sebanyak 30 peratus. Ini berpunca dari suatu pakatan ahli-ahli GPBSM dan pakatan ini boleh dikategorikan sebagai sebuah kartel. Tindakan ahli-ahli GPBSM adalah bertentangan dengan seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan 2010 di mana pengusaha-pengusaha bas sekolah tidak boleh berpakat untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mereka kerana ini adalah bersifat anti persaingan. Untuk makluman Yang Berhormat, MyCC telah mengadakan satu perjumpaan dengan GPBSM pada 24 Oktober 2014 dan susulan pertemuan tersebut, GPBSM pada 25 Oktober 2014 telah menarik balik keputusan untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus. Mereka akur dengan ketetapan undang-undang dan memutuskan supaya penentuan harga tambang bas sekolah diserahkan kepada pengusaha bas dan ibu bapa untuk berbincang dan menentukan tambang masing-masing. MyCC telah berjaya menghalang penetapan harga bas sekolah secara kolektif dan MyCC akan terus memantau isu ini. Jika didapati mana-mana pengusaha bas sekolah berkaitan meneruskan kartel ini dengan menetapkan harga secara kolektif, tindakan tegas akan diambil dengan serta-merta seperti yang berlaku kepada 26 orang pengeluar ais dan 24 Ahli Persatuan Bakeri dan Manisan Sibu sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, isu yang keempat ialah usaha menangani aktiviti gores dan menang. Isu seterusnya mengenai aktiviti gores dan menang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah. Penipuan gores dan menang merupakan satu bentuk tawaran hadiah atau baucar percuma kepada orang ramai dengan hanya menggores atau membuka sekeping kad dan kegiatan ini tertumpu di kawasan terbuka seperti tempat letak kereta, pasar raya-pasar raya, bank-bank, pusat perhentian bas dan sebagainya. Mereka yang telah memenangi hadiah dikehendaki membayar sejumlah wang sedangkan barang yang dimenangi tiada atau bayaran tersebut tidak setimpal dengan barang yang diterima. Tindakan yang telah diambil kementerian ini terhadap sindiket gores dan menang dan juga skim cepat kaya ialah yang pertama, membatalkan lesen syarikat jualan langsung yang menjalankan aktiviti gores dan menang dan skim cepat kaya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Dari tahun 2005 sehingga Oktober 2014, sebanyak 33 buah syarikat jualan langsung telah dibatalkan lesen kerana terbabit dengan aktiviti berkenaan. Kedua, mengambil tindakan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah ke atas syarikat dan individu yang menjalankan aktiviti telah penipuan gores dan menang dan penyelewengan jualan langsung termasuk skim cepat kaya di bawah AJLSAP 1993. Dari tahun 2005 hingga Oktober 2014, sebanyak 596 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM15.46 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 168 kes telah di kompaun dan didenda di mahkamah melibatkan nilai RM1.85 juta. Ketiga, kita menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama bagi menangani jenayah kolar putih yang dianggotai oleh agensi penguatkuasaan di Malaysia seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM, Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Polis Diraja Malaysia atau PDRM, Bank Negara Malaysia atau BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau SPRM. Jawatankuasa ini bertujuan bagi memudahkan jalinan kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam aspek pemantauan, risikan dan juga serbuan, siasatan dan pendakwaan di samping memberi kesedaran awam dalam usaha menangani jenayah kolar putih termasuklah penipuan gores dan menang dan juga skim cepat kaya.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan.

Soal penguatkuasaan ini dan jawatankuasa menangani kolar putih. Ini soal antara tauke dan tauke.

Jadi ada satu complaint yang saya dapati di Lahad Datu minggu lepas dan di Tawau soal Beras Nasional ini. Beras Nasional ini di ‘kawtim’ antara tauke sama tauke. Supplier terus jual kepada tauke-tauke ladang. Jadi keistimewaan kepada orang-orang Beras Nasional ini murah Tuan Yang di-Pertua. Jadi orang kampung sebenarnya the target, sasaran itu untuk orang kampung, penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah terutama penduduk-penduduk di luar bandar atau di kampung. Akan tetapi semua Beras Nasional di Lahad Datu dan di Tawau ini dibeli oleh peladang, tauke-tauke ladang. Jadi habis stok di market-market semua. Jadi, bagaimana penguatkuasaan yang boleh memantau perkara ini kerana saya rasa dianggap sebagai white collar crime, dengan izin. I don’t know whether that’s the right istilah. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri penjelasan sedikit.

Isu Yang Berhormat bangkitkan itu akan saya jelaskan selepas daripada saya menjelaskan perbahasan awal yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, yang keempat, pelancaran Ops Gores 2014 yang bermula pada 20 Mac 2014 dan berakhir pada 19 September 2014 bertujuan untuk membanteras aktiviti penipuan gores dan menang dengan lebih berkesan. Pelan tindakan membanteras aktiviti penipuan gores dan menang yang dilancarkan telah menggariskan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penipuan gores dan menang di seluruh negara. Sepanjang Ops tersebut, sebanyak 42 Kertas Siasatan telah dibuka di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, dan Akta Perihal Dagangan 2011, dengan nilai rampasan berjumlah RM473,931 dan manakala sebanyak 13 orang telah ditangkap untuk dihadapkan ke mahkamah. Pemantauan secara berterusan terhadap skim-skim pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai yang dibuat melalui media massa, internet, iklan dan sebagainya. Yang keenam, kita juga menjalankan program-program kesedaran pengguna berkaitan aktiviti penipuan gores dan menang dan skim cepat kaya seperti ceramah kepenggunaan dan penerbitan drama bertajuk Langsat dan Buka Mata. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kelima iaitu integriti pegawai penguatkuasaan KPDNKK. Menyentuh isu integriti pegawai penguat kuasa KPDNKK seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, KPDNKK sentiasa memandang serius isu ini dan Yang Berhormat Menteri sudah sendiri telah nyatakan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terlibat dengan salah laku yang mencemarkan keyakinan rakyat terhadap penjawat awam. Antara tindakan yang dilaksanakan membuat pusingan kerja melalui pertukaran pegawai-pegawai dengan lebih kerap, menerapkan nilai-nilai murni dan integriti melalui perhimpunan mingguan dan bulanan, melaksanakan aku janji integriti serta program latihan pegawai penguat kuasa. Dalam tempoh 2012/2014, seramai enam orang pegawai penguat kuasa telah diambil tindakan buang kerja oleh kementerian di mana lima daripadanya adalah atas sabitan kesalahan pertuduhan rasuah di mahkamah manakala seorang lagi melalui tindakan tatatertib kementerian dengan rujukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu SPRM. Tuan Yang di-Pertua, sering kali kita mendengar apabila seseorang bercakap mengenai dengan penguat kuasa, mereka dikaitkan dengan perkara-perkara yang kurang baik. Jarang sekali kita mendengar kata-kata pujian diberikan kepada pegawai-pegawai ini. Mungkin kerana masyarakat tidak tahu dan mungkin tidak sedar atau tidak peduli akan kecapaian yang telah diperolehi. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan serba sedikit mengenai kecemerlangan para penguat kuasa KPDNKK dalam menangani gejala rasuah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dari tahun 2010 hingga 2014, terdapat lebih daripada 20 orang pegawai penguat kuasa kementerian ini telah menerima penganugerahan sijil atau surat penghargaan daripada pihak SPRM. Penghargaan ini diterima atas sumbangan dan juga usaha mereka yang cemerlang dalam membantu SPRM menjalankan operasi di samping turut menolak suapan lumayan yang ditawarkan oleh penjenayah yang menjalankan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dan sebagainya.

Ini terbukti apabila baru-baru ini di media memaparkan satu berita di mana hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Seremban telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM50,000 kepada tertuduh yang didapati bersalah memberi suapan berupa wang tunai bernilai RM10,000 kepada pembantu penguat kuasa, Mohd. Farouk bin Abdul Wahab yang bertugas di KPDNKK Cawangan Sepang pada 11 Mac 2013. Itu hanyalah satu daripada banyak lagi kisah-kisah kecemerlangan pegawai- pegawai penguat kuasa kementerian ini yang perlu diketahui umum dengan membekalkan kejayaan dan penganugerahan ini. Saya yakin bahawa majoriti penguat kuasa KPDNKK adalah komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Tuan Yang di-Pertua, isu yang keenam mengenai langkah menangani isu kos sara hidup. Isu ini adalah mengenai inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh kementerian bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Tanjong Piai. Kerajaan sedar bahawa senario semasa ekonomi dan politik global telah memberikan impak yang besar kepada struktur sosioekonomi rakyat khususnya apabila menyentuh isu kos sara hidup lebih-lebih lagi apabila kerajaan secara berterusan mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk membantu golongan bersasar iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana apabila mereka dibelenggu dengan isu kenaikan harga barangan. Sehubungan itu, pelbagai program telah dilaksanakan oleh KPDNKK bagi membolehkan rakyat mendapatkan bekalan barangan tertentu pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Keadaan ini sudah tentu akan dapat sedikit sebanyak menangani beban kos sara hidup yang meningkat terutamanya bagi golongan bersasar ini. Inisiatif yang dilaksanakan oleh KPDNKK merangkumi kategori keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, tekstil, kaca mata serta insentif diskaun kepada para siswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara bagi meringankan perbelanjaan mereka.

Ini diterjemahkan melalui lima program yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat iaitu: (i) Kedai Rakyat 1Malaysia; (ii) Menu Rakyat 1Malaysia; (iii) Kedai Kain Rakyat 1Malaysia; (iv) Kedai Optikal Rakyat 1Malaysia; dan (v) Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Selain itu, melalui Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, peruntukan sebanyak RM120 juta disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bukan sahaja jaminan bekalan dan pengedaran agromakanan negara untuk komuniti terpilih yang lebih efisien, malah pengguna diperkasakan menerusi pelbagai kempen kepenggunaan yang telah dan akan dirancangkan. Kerjasama juga dibentuk bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO pengguna dalam usaha menyebar luas kependidikan pengguna dalam menangani isu kos sara hidup. Sebanyak 20 NGO telah bekerjasama dalam pelaksanaan program ini yang melibatkan peruntukan RM3.5 juta. Hasil pelaksanaan sepanjang bulan Februari hingga April 2014, sebanyak 347 siri program ceramah kepenggunaan telah dilaksanakan di seluruh negara. Selain siri ceramah, sebanyak 81 artikel berkaitan menangani kos sara hidup telah disiarkan di akhbar tempatan, 70 hebahan melalui media baru di samping pembikinan 14 siri drama pendek yang membawa isu kepenggunaan semasa. Pada tahun ini, kementerian juga telah melaksanakan kempen penurunan harga dan Anugerah Kedai Harga Patut dalam usaha untuk menggalakkan penglibatan para peniaga menawarkan barangan kepada harga yang berpatutan. Pada masa yang sama, kementerian juga meneruskan pelaksanaan program penyeragaman harga yang akan saya sentuh dengan terperinci sebentar lagi. Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketujuh iaitu penyeragaman harga barangan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Kanowit dalam ucapan mereka ada membangkitkan isu penyeragaman harga di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sejak tahun 2009 telah melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu bertujuan untuk menyeragamkan harga barangan keperluan pengguna terutama di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Melalui program ini, kerajaan sedaya-upaya berusaha untuk memastikan harga barangan keperluan dapat dijual pada harga kawalan kerajaan menerusi pemberian subsidi pengangkutan kepada pemborong serta pengedar untuk membawa barang-barang ini dari pekan kecil terdekat ke kawasan-kawasan kampung dan pedalaman. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini terhad kepada pengangkutan untuk tujuh barangan asas pengguna iaitu minyak masak, tepung gandum, gula, beras gred ST15, gas memasak LPG, minyak diesel dan RON95. Oleh yang demikian, harga barangan lain seperti kereta Proton Saga dan surat khabar seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu adalah tidak termasuk dalam program ini. Selain daripada itu, bagi memberi lebih pilihan kepada rakyat di Sabah, Sarawak dan juga Labuan, kementerian juga telah melaksanakan program mobil KR1M bagi membawa produk-produk KR1M, Coop1Malaysia dan Agromas dari Semenanjung terus ke pelabuhan-pelabuhan serta distribution centre, dengan izin, di bandar-bandar utama di Sabah, Sarawak dan juga Labuan. Menerusi program ini, kerajaan menanggung sepenuhnya kos pengangkutan kontena dari Pelabuhan Klang ke pusat-pusat pengedaran di negeri-negeri tersebut. Berkenaan dengan Yang Berhormat Limbang untuk memperbanyakkan lagi Kedai Borneo Mart sebagai pelengkap kepada KR1M terutamanya di kawasan luar bandar, sememangnya pihak kementerian sedang giat mewujudkan lebih banyak kedai berkonsepkan Borneo Mart ini dengan sasaran untuk membuka lebih daripada 40 buah kedai menjelang akhir tahun ini di Sabah dan juga di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, sebanyak tujuh buah Borneo Mart telah beroperasi iaitu empat di Sarawak dan tiga di Sabah dan kementerian mengunjurkan sebanyak 51 Borneo Mart akan diwujudkan di Sabah, Sarawak dan Labuan pada tahun ini dan juga tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan telah membangkitkan isu Perintah Pengecualian Blok ataupun Block Exemption Order (BEO) yang dikaitkan dengan dasar kabotaj sebagai salah satu punca berlakunya ketidakseragaman harga barang di Sabah berbanding di Semenanjung. Saya tidak berhasrat untuk mengulas mengenai dengan dasar kabotaj kerana dasar tersebut adalah di luar bidang kuasa kementerian ini. Sebaliknya, saya ingin menjelaskan mengenai Perintah Pengecualian Blok...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Berbalik kepada penyeragaman harga barang keperluan di luar bandar. Apa yang menjadi masalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, di kawasan pedalaman ini, kontraktor-kontraktor yang diberi tugas menghantar barang-barang keperluan seperti yang disebut tadi, kebanyakannya bukan orang tempatan. Mereka, saya diberitahu, tidak tahu dengan mendalam keadaan yang sebenarnya di kawasan pedalaman. Kedua, saya melihat peruntukan yang diberi untuk penyelarasan kos transport ini adalah sangat besar dan saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian membuat kajian sama ada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ini benar-benar sampai kepada sasaran? Ini kerana kalau kita membuat calculation, kos subsidi pengangkutan ini sangat besar, dan saya khuatir sebab saya selalu juga pergi kawasan pedalaman dan tidak pernah pun melihat mereka yang sepatutnya mengangkut barang ini. Juga, kalau kita bandingkan harga barang pun, tidak seperti yang dikehendaki oleh kerajaan. Masih tinggi. Jadi saya fikir, saya ingin membuat cadangan. Dahulu masa sidang dahulu pun saya telah bangkitkan perkara ini. Kalau kerajaan benar-benar ingin menolong rakyat miskin di luar bandar, daripada kos subsidi pengangkutan ini kalau kita kira dengan pukul rata, lebih baik kita beri sekali wang ini kepada keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman.

Saya mengambil contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebuah kawasan RASCOM dahulu di kawasan saya di mana lebih kurang 30 buah rumah panjang diletakkan di dalam kawasan disebabkan masalah komunis dahulu. Mereka sampai sekarang pun belum ada jalan raya. Mungkin tidak kurang daripada 300 buah keluarga di sana. Saya membuat kiraan, kos subsidi pengangkutan tiap-tiap bulan untuk satu tahun tidak kurang daripada RM2 juta, dan kalau RM2 juta dibahagikan kepada 300 keluarga di sana, tidak kurang daripada RM500 sebulan satu keluarga...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kanowit.

...Dan barang ini tidak sampai kepada mereka. Ini sampai kepada kontraktor yang mengangkut barang ini dan harga di sana pun tidak turun, masih tinggi lagi. Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Saya akan jelaskan soalan ini selepas ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai dengan pengecualian blok yang saya sebutkan tadi, satu Perintah Pengecualian Blok bagi Perjanjian Perkongsian Vessel dan Perjanjian Perbincangan Sukarela Berkenaan Perkhidmatan Pelayaran Tetap 2014 telah dikeluarkan oleh MyCC di bawah seksyen 8, Akta Persaingan 2010, dan telah mula berkuat kuasa pada 7 Julai 2014. Tempoh BEO ini telah diberi untuk tempoh selama tiga tahun dan ia bukanlah sambungan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sandakan.

BEO ini susulan daripada permohonan pengecualian blok yang telah dibuat oleh Malaysia Ship Owner Association (MASA), dan Shipping Association of Malaysia (SAM), dan Federation of Malaysian Port Operation Council (FMPOC) yang telah difailkan kepada MyCC pada tahun 2011 lagi. MyCC telah membuat keputusan untuk memberi BEO ini setelah kajian dan rundingan dijalankan pada industri dan mendapati permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah seksyen 5, Akta Persaingan 2010. BEO ini hanya diguna pakai oleh perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pengendali-pengendali pelayaran tetap bagi pengangkutan laut dan tidak termasuk apa-apa pengangkutan barangan pedalaman yang merupakan sebahagian daripada pengangkutan terus. Tiada unsur penetapan harga atau tarif dalam beberapa bentuk yang dibenarkan dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang dikecualikan. BEO ini juga tidak mengecualikan atau memberi imuniti bagi sebarang penyalahgunaan kedudukan dominan di bawah seksyen 10, Akta Persaingan 2010. Secara asasnya, BEO ini memberi suatu pengecualian blok kepada perjanjian perkongsian vessel dan perjanjian perbincangan sukarela daripada larangan di bawah seksyen 4, Akta Persaingan 2010 dan pengecualian ini hanya diberikan kepada perkhidmatan perkapalan liner yang melibatkan pengangkutan di laut dan tidak termasuk apa-apa pengangkutan lain. Operator yang menyediakan perkhidmatan ini berhubung kait dengan operator perkapalan liner atau tidak. Sebagai contoh, perjanjian antara operator-operator perkapalan untuk menetapkan frekuensi dan juga jadual pelayaran. Perjanjian sebegini dikecualikan memandangkan ia membawa faedah dan kecekapan kepada para pengguna. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kelapan ialah persediaan KPDNKK menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Izinkan saya untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Tanjong Piai dan Yang Berhormat Sik mengenai persediaan KPDNKK dalam menghadapi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian telah dan sedang mengambil tindakan persediaan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasikan harga dengan alasan GST. Dalam hal ini, sebarang perubahan harga berlaku hendaklah sejajar dengan perubahan kadar cukai GST. Oleh yang demikian, para pengguna akan dapat menikmati faedah penjimatan ekoran daripada pengurangan kadar cukai yang dikenakan. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kementerian sebagai persediaan menghadapi GST meliputi aspek perundangan, penguatkuasaan, pengurusan maklumat harga, program advokasi dan call centre seperti yang berikut.

Pertama, penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang sedia ada. Akta ini telah dipinda bagi memantapkan penguatkuasaan dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 telah dikuatkuasakan pada 1 September 2014. Satu peraturan berkenaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Sikit lagi, ada dua page lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah telah digubal untuk melengkapi akta ini. Peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan ini sedang dalam fasa akhir penggubalan. Kedua, kita menubuhkan Unit Antipencatutan di bahagian penguat kuasa kementerian untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi menangani isu-isu pencatutan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Apabila GST dilaksanakan di samping 1800 orang pegawai penguat kuasa yang sedia ada dan kerajaan pusat telah meluluskan pertambahan jawatan sebanyak 472 perjawatan pada bulan Julai 2014 kepada kementerian untuk memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Dalam persediaan menghadapi kemungkinan peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan GST, KPDNKK akan mengadakan operasi pemeriksaan dan pemantauan secara besar-besaran di seluruh negara menjelang pelaksanaan GST. Sekiranya perlu seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, KPDNKK akan menubuhkan satu pasukan petugas khas dengan melibatkan kerjasama daripada agensi-agensi lain serta pihak berkuasa tempatan untuk bertindak secara bersepadu bagi menangani situasi tersebut. Selain itu, kementerian juga akan menggerakkan skuad pengguna yang keahliannya lebih daripada 200,000 orang bersama- sama sukarelawan NGO di seluruh negara untuk turut sama memainkan peranan membantu kementerian menjalankan pemantauan ke atas peniaga. Ketiga, kita juga mewujudkan satu sistem pengurusan data di kementerian bagi memantau pergerakan harga sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan GST. Pangkalan data harga ini akan membantu kerajaan mengenal pasti trend harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran dan sebagai rujukan asas kadar penentuan keuntungan yang munasabah dan fasa pertama kutipan harga telah pun bermula pada 25 Ogos yang lalu dengan penglibatan 1,300 orang pegawai pemantau harga iaitu PPH. Pemantauan harga dibuat di 222 buah kawasan Parlimen melibatkan 5,000 barangan dan perkhidmatan di premis-premis peniaga kecil dan sederhana serta 10,000 barangan di pasar raya. Keempat, melaksanakan sebanyak 254 program advokasi dengan kerjasama Jabatan Kastam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan kepada peniaga-peniaga dan juga pengguna untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai dengan GST.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Penambahbaikan perkhidmatan dan sistem pengurusan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kenaikan harga, yang ini ada juga bangkit mengenai dengan milo, yang ini Yang Berhormat Menteri dah jawab. Yang Berhormat Bandar Kuching telah membangkitkan isu kadar kenaikan bayaran tempat letak kenderaan di bangunan Urban Transformation Centre iaitu UTC di Kuching, Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar tempat letak kenderaan adalah tidak tertakluk kepada kawalan kerajaan sebaliknya ditentukan oleh operator pengendali tempat letak tersebut iaitu isu ini ialah Sara Urusharta Sdn. Bhd. Isu yang terakhir Yang Berhormat...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan. Saya rasa itu tak berapa bertanggungjawablah tentang jawapan yang sebegitu kerana peniaga-peniaga yang jual barangan mereka juga mereka ialah operator sendiri tapi kerajaan boleh ambil tindakan sekiranya mereka ambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka pada masa ini. Kenapa Urusharta itu, operator tempat letak kereta itu kerajaan tak mahu ambil tindakan ke atas mereka? Adakah kerana ia sesuatu agensi Kerajaan Negeri Sarawak?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oleh itu, kementerian tak mahu mengambil tindakan atas mereka yang menaikkan harga tempat letak kereta 100 peratus. Bolehkah Yang Berhormat memberi penjelasan?

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Kita, pegawai dari Sarawak telah berjumpa dengan pihak pengurusan parkir bagi mendapatkan penjelasan di mana syarikat memaklumkan bahawa perubahan bayaran parkir ini dibuat atas keperluan perniagaan seperti kos penyelenggaraan, upah pekerja dan lain-lain bagi memberi perkhidmatan yang selesa dan terbaik kepada pengguna di UTC. Itu alasan yang diberi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Adakah kementerian menerima alasan itu? Kalau alasan ini boleh diterima, semua peniaga pun boleh beri alasan sebegitu. Kos sara hidup mereka naik, kos perbelanjaan mereka naik oleh itu mereka nak naikkan harga barangan mereka. Adakah kementerian terima alasan begitu sebagai alasan untuk menaikkan harga?

Kita terima kerana kita hendak supaya perkhidmatan yang baik dan selesa diberi kepada pengguna-pengguna di situ. Jadi oleh sebab itu kita dapat maklumat daripada pihak Sara Urus Harta Sdn.Bhd. Ini mengenai dengan kenaikan. Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh mereka, penjelasan yang diberikan oleh mereka kerana untuk- ialah bukan kerana keperluan perniagaan tetapi kerana hendak menampung kos penyelenggaraan, upah pekerja dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kesembilan mengenai dengan rasionalisasi subsidi petrol. Sebagai penutup izinkan saya untuk menjelaskan serba sedikit mengenai isu rasionalisasi subsidi petrol yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2015. Seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan komited untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi termasuk melalui mekanisme baru subsidi bersasar bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan pengagihan sumber kewangan kerajaan. Langkah ini seterusnya dilihat dapat membantu mengukuhkan kedudukan kewangan dan memastikan sasaran defisit fiskal kepada paras 3.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan 3 peratus pada tahun 2015 tercapai. Pada masa kini Kementerian Kewangan (MoF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta agensi dan jabatan kerajaan berkaitan masih lagi mengkaji secara menyeluruh spesifikasi terbaik mekanisme baru subsidi bersasar dengan mengambil kira kumpulan sasar yang layak. Kenaikan kos sara hidup dan impak terhadap kedudukan fiskal negara bagi memastikan pelaksanaan mekanisme baru subsidi bersasar hanya memberi kesan yang minimum dan tidak membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah serta tidak menjejaskan kedudukan kewangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan akan mengumumkan kriteria terperinci mekanisme ini setelah kajian selesai dan dimuktamadkan. Ada dua saja Tuan Yang di-Pertua untuk jawapan kepada Yang Berhormat Putatan tadi mengenai dengan tauke ladang beli beras dan sebagainya. Isu kawalan ke atas pengawalan beras ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada Yang Berhormat Kanowit menyatakan transport yang diberi tugas untuk melaksanakan program. Untuk makluman Yang Berhormat transporter yang dipilih perlu memenuhi beberapa kriteria untuk melaksanakan program penyeragaman harga seperti transporter perlu mahir dengan selok-belok kawasan pengedaran. Kedua, transporter juga perlu mempunyai kemudahan logistik dan ketiga transporter juga perlu mengenal pasti peruncit sedia ada di kawasan pedalaman. Mengenai kos untuk program ini, cadangan Yang Berhormat supaya kerajaan memberikan wang tunai kepada penduduk bagi menggantikan program ini akan dikaji. Sekiranya bersesuaian akan dilaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini.

Saya percaya, pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi polisi dan juga tanggungjawab yang diamanahkan kepada kementerian ini iaitu KPDNKK untuk dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada usul, saya jemput Yang Berhormat Menteri, Usul di bawah peraturan mesyuarat 12(1). Sila.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Ini berita gembira kepada semua wakil rakyat yang sentiasa berkhidmat kepada rakyat dan

negara. Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 11.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis 6 November 2014.”

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 disambung semula]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya jemput Kementerian Wilayah dan Persekutuan. Sila.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Putrajaya

Bismillahir Rahmanir Rahim. Allahummasolliala Sayidina Muhammad, waalaali sayidina Muhammad. Kamasollaita ala Ibrahim, waala’ali Ibrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, kerana soalan- soalan yang saya terima daripada Ahli Yang Berhormat, ada yang tidak ada di dalam Dewan, ada yang ada dalam Dewan...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Saya tidak sempat, tidak sempat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli Yang Berhormat, yang tidak ada dalam Dewan, boleh beri jawapan secara bertulis.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Tidak payah jawab boleh kah tidak? Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawapan secara bertulis.

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Saya akan jawab kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh kawan- kawan saya. Semua ini kawan-kawan saya iaitu Ahli Yang Berhormat dari Wilayah Persekutuan. Mereka selalu membantu saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan mereka sentiasa bersama dengan saya untuk kita majukan Wilayah Persekutuan. Jadi saya fikir, saya akan jawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan khususnya terhadap masalah-masalah yang mengelirukan rakyat. Mereka bawa pengkhususannya untuk memberi satu persepsi di mana rakyat fikirkan kementerian saya ini melaksanakan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab dan tidak melaksanakan amanah. Jadi itu yang akan saya jawab soalan-soalan sedemikian... [Ketawa]

Dia ada niat jahat itu.

Tidak ada niat jahat Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab berkenaan dengan kawan saya dari Cheras yang telah bangkitkan berkenaan dengan tanah-tanah yang telah dijual. Walaupun beliau tidak ada tapi saya hendak jawab.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Saya bagi pihak..

Oleh sebab pertanyaan disoal dalam Dewan ini memberi satu persepsi yang kurang baik terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan, dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Barangkali beliau tidak faham atau tidak tahu apa yang telah kita laksanakan demi kebaikan rakyat. Percayalah apa yang kami laksanakan ini adalah untuk kebaikan rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Cheras, saya hendak beritahu bahawa antara tanah yang telah kita jual ialah mengikut apa yang dikehendaki walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat telah minta kenapa tanah-tanah ini tidak dijual secara tender. Untuk makluman Yang Berhormat, ia berdasarkan kepada nilaian tanah, apa yang DBKL jual, is the best used yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Tanah (JPPH), Kementerian Kewangan dan kita akan tambah 20 peratus atas nilai tanah semasa. Ini yang sebenarnya. Jadi janganlah ada persepsi mengatakan bahawa DBKL telah jual tanah dengan murah, dengan tidak tender dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Cheras juga, saya telah mengambil tindakan kepada pemaju-pemaju yang membeli tanah DBKL tetapi telah gagal memajukan dan tanah tersebut dan kami telah menamatkan perjanjian dengan serta-merta. Dalam hal ini DBKL telah mengenal pasti pemaju-pemaju yang berdaya maju, mempunyai prestasi kerja yang baik dan sumber kewangan yang kukuh untuk dilantik sebagai pemaju-pemaju baru. Pemaju-pemaju ini dikenakan nilaian harga baru dan disyaratkan membina rumah mampu milik untuk dijual kepada rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, antara tanah yang telah ditarik balik ialah Lot 548, Kampung Bukit Tangki Air, Kolam Semerah Padi, Jalan Kuari, Kuala Lumpur. Daripada Syarikat Flexible Jitu Sdn. Bhd. kepada syarikat Pacific Mutiara Sdn. Bhd. Pemaju baru akan melaksanakan pembangunan bercampur dengan 50 peratus pembangunan dengan 200 unit rumah mampu milik RM300,000 dan 200 unit rumah kos rendah RM42,000. Tanah yang kedua ialah Lot 148 Seksyen 85A Bandar Baru Sentul daripada Bintai Kingdom Corperation Berhad kepada Syarikat Sinar Juta Sdn. Bhd. Pemaju akan membina 100 peratus rumah mampu milik sebanyak 350 unit bernilai RM300,000.

Tanah yang ketiga ialah Fasa 4C, Lot PT26627 Mukim Batu Jinjang daripada Fadeson Holdings Sdn. Bhd kepada Pakatan Melewar Sdn. Bhd. Pemaju akan membina 320 unit rumah mampu milik bernilai RM300 ribu dan 200 unit bernilai RM188 ribu. Selain daripada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah mengambil inisiatif untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah bernilai RM42 ribu dan kos sederhana rendah yang dilaksanakan oleh Sentul Raya Sdn Bhd di Sentul. Kesemuanya berjumlah 500 unit, di samping Faber Vista Sdn Bhd, akan membina 300 buah rumah kos rendah di Kampung Pandan. Inisiatif yang lain membina rumah-rumah mampu milik yang mempunyai fasiliti bertaraf kondominium seperti Projek Perumahan Mampu Milik Pandanmas dan Pandanmas 2. Ini membolehkan golongan berpendapatan rendah dan kakitangan sokongan DBKL untuk membeli rumah mampu milik di bawah RM200 ribu.

Akan tetapi mempunyai fasiliti bertaraf kondominium ini, DBKL sedang merancang untuk membangunkan di Taman Metropolitan Kepong berjumlah 1,450 unit dan inshaaAllah kita akan jual rumah ini dengan harga RM188 ribu. Berkenaan dengan isu enam buah tapak tanah...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh tanya?

Biar saya habis boleh tidak? Boleh saya habis tidak?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tentang rumah mampu milik, yang disebut tadi.

Okey, okey.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh ya, boleh ya?

Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Wah, saya dengar banyak rumah mampu milik bertaraf kondominium akan dibina. Jadi macam mana mereka kena beli kereta. Ini semua tempat Kepong kah, Kampung Pandan kah semua tempat ini tidak ada LRT. Bas pun mungkin jarang lalui. Jadi macam mana kita menyelesaikan masalah pengangkutan untuk orang miskin?...

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Heh, ini dari Baling you diamlah, baru masuk mahu buat bising...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, inilah masalah persepsi Tuan Yang di-Pertua. Bila kita bangunkan rumah-rumah ini, percayalah akhirnya kita juga akan memberi peluang kepada rakyat untuk menaiki kenderaan-kenderaan awam. Kita juga sedang merancang bagaimana hendak memperbaiki kemudahan ataupun kenderaan awam di seluruh Wilayah Persekutuan. Selain daripada sistem bas, sistem MRT, sistem LRT, sistem Monorel, kita juga sedang merancang bagaimana kita hendak mengatasi masalah-masalah kesesakan di dalam kota khususnya di pusat bandar sendiri dan tempat-tempat yang kita bangunkan perumahan ini. Kalau ikut Yang Berhormat daripada Seputeh, kalau kita tidak boleh sediakan prasarana ataupun sediakan tempat-tempat ataupun pengangkutan awam ini, kita jangan bina rumah. Jadi biar mereka duduk di bawah-bawah jambatan atau di tepi-tepi sungai. Adakah itu cadangan Yang Berhormat, saya tidak tahu. Akan tetapi kerajaan ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab kita akan menyediakan... [Disampuk] Sebanyak mungkin rumah untuk rakyat, ada bumbung okey? Tuan Yang di-Pertua,

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi ada rancangankah? Ada, ada rancangan...

Ada, ada, ada.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Baru tentang trafiklah. Pengangkutan awam.

Ada, ada, ada. InshaaAllah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya lah, mesti sebutlah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada dengan kereta lembu dari Baling?...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu enam buah tapak tanah DBKL yang dibangkitkan oleh kawan saya dari Cheras, walaupun dia tidak ada tetapi saya hendak jawab. Ini kerana membawa satu persepsi yang kurang baik khususnya bagi kementerian saya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kadangkala dia selain daripada persepsi ia juga akan menjadi fitnah, menuduh Kerajaan Barisan Nasional ini tidak bertanggungjawab. Jadi saya akan jawab, boleh Tuan Yang di- Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila, sila.

Yang Berhormat fitnah PAS boleh?

Silakan, silakan.

Saya tidak fitnah PAS, Yang Berhormat. Persoalan saya dengan PAS, saya akan selesaikan dengan PAS. Pada saya PAS ialah parti ajaran sesat...

...Dan parti memesongkan akidah. Itu pada saya. Kita boleh berdebat.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Datuk Seri tarik balik...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Menteri, tarik balik, tarik balik, tarik balik...

[Dewan riuh]

Blok 16 PT2...

Tarik balik, kalau tidak kami akan kacau.

...Seksyen 19, Jalan Lombong, Mukim Bandar Kuala Lumpur...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tidak ada kena mengena dengan jawapan. Kenapa Yang Berhormat Menteri...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tarik balik, tarik balik...

[Dewan riuh]

...Perlu mengeluarkan perkataan begitu.

Yang ditanya pasal apa? Yang ditanya kenapa?...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sekejap...

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ulama-ulama ini diam, senyap. Cerita yang betullah.

Tidak menjawab soalan itu. Tidak, tidak betul. Tidak betul, tarik balik...

Ini tidak undi PAS, tidak masuk syurga...

Tarik balik, tarik balik.

…Orang UMNO iman tidak...

Tarik balik!

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tarik balik, tarik balik.

Tarik balik!...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kota Raja dan juga...

Blok 16 PT2, Seksyen 91, Jalan Lombong Mukim Bandar Kuala Lumpur...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tarik balik, tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, tarik balik! tarik balik!

Syarikat Prano Property Development Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan tapak berkenaan berdasarkan kepada cadangan pihak pemaju tersebut yang...

Tarik balik, tarik balik.

...Komprehensif dan bersesuaian dengan pembangunan kawasan berkenaan.

Tarik balik...

[Dewan riuh]

Pemaju akan membangunkan pusat perdagangan baru yang...

Tarik balik...

[Dewan riuh]

...Diharapkan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kawasan berkenaan...

Tarik balik!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sekejap Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sekejap...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Pasir Puteh di bawah peraturan mana hendak minta tarik balik ini? Peraturan mana, sebut peraturan mana...

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, duduk!...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja, saya benarkan. Cuma saya hendak minta peraturan mana, sila. Sebelum itu saya hendak Yang Berhormat Menteri terus meneruskan jawapan.

Peraturan 36.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya 36(12).

Peraturan 36(12) Bersangka jahat.

Sangkaan jahat?...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan jangan lupa, Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu dituduh macam itu...

Tuan Yang di-Pertua, seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat...

…Dia letak jawatan. Selepas Perhimpunan Agung, dia letak jawatan ini.

...Ke atas sesiapa siapa Ahli lain- 36(6), 36(12)…

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sangkaan jahat, ini memang betul.

Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan disifatkan menghina Majlis, dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak...

Siapakah start dulu? Siapakah start dulu?

...Dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

Yang Berhormat Lumut start dulu, Laksamana Do Re Mi.

Tarik balik...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat semua duduk. Yang Berhormat duduk, duduk. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Itulah, Tuan Yang di-Pertua sudah beberapa kali jelaskan, bagi tahu semua Ahli-ahli Dewan supaya jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar. Sebenarnya beberapa kali juga saya bukannya memihak, ada juga pihak yang sebelah kiri saya juga menuduh parti kita sebelah kanan ini macam-macam...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

…Perkataan-perkataan yang juga tidak sedap didengar. Jadi selepas ini- Yang Berhormat Kuching... [Disampuk] Mana Yang Berhormat Kuching? Ya, jadi selepas ini- ya, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kapar, selepas ini saya nasihatkan juga semua sekali sebelah kanan saya, sebelah kiri saya jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar oleh kawan yang lain. Okey, sila Yang Berhormat Menteri. Sila...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Mike, mike.

Pemaju juga disyaratkan membina rumah mampu milik. Syarikat berkenaan ditawarkan pada tahun 2013 dengan harga RM380 juta, tidak termasuk tambahan 20 peratus minimum guaranty profit. Keluasan tanah adalah seluas 31.9 ekar. Keadaan tapak terdapat klinik DBKL, stor penyimpanan jentera berat dan ringan milik DBKL dan pejabat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Memandangkan kawasan ini merupakan kawasan membangun di mana penempatan jentera-jentera berat milik DBKL dilihat tidak sesuai lagi ditempatkan di situ. Kedua-dua jabatan itu akan dipindah ditempatkan semula di mana Jabatan Kejuruteraan di Taman Metropolitan, Kepong di tapak yang sama akan ditempatkan juga stor kawalan vektor Jabatan Kesihatan dan Stor Sitaan dan Kenderaan Jabatan Penguat kuasa. Manakala Jabatan Kesihatan adalah di Pudu Hulu. Pembangunan baru bagi kedua-dua jabatan berkenaan akan dilaksanakan secara sistematik, berkomprehensif dan memberi lebih keselesaan kepada kakitangan DBKL yang bertugas. Untuk Lot PT2, 9,243 buah tapak Velodrome Jalan Cheras. DBKL telah menerima cadangan daripada Jakel Trading pada tahun 2012 bagi membangunkan tiga buah blok menara pejabat 25 tingkat hingga 40 tingkat. Lot perniagaan satu tingkat hingga lima tingkat, gudang satu tingkat hingga lima tingkat, dua buah blok asrama dan 4,695 petak kereta dan pusat penjaja. Setelah meneliti cadangan ini dan penambahan skop-skop baru antara penyediaan perumahan kos rendah dan perumahan mampu milik dalam komponen pembangunan, sejajar dengan pembangunan di kawasan berkenaan. Di samping keadaan semasa Velodrome telah lama, memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Velodrome yang baru akan ditempatkan di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.

Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah bersetuju dengan cadangan tersebut dengan nilai tanah yang dibuat oleh JPPH berjumlah RM133 juta dengan tambahan 20 peratus minimum guarantee profit iaitu RM13.6 juta. Jumlah keseluruhan penjualan adalah sebanyak RM146.6 juta. Lot 195, Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat, penjualan tanah ini dilaksanakan secara tender terhad di kalangan pemaju-pemaju berkelayakan yang telah mengemukakan surat minat kepada DBKL. Keluasan tanah 1.32 ekar. Syarikat yang menawarkan harga tertinggi iaitu Cemara Land Sdn. Bhd. telah dipilih dengan nilai tanah RM2,525 sekaki persegi yang berjumlah RM145 juta. DBKL juga tidak ada perancangan untuk membina bangunan DBKL di tapak berkenaan kerana tapak tersebut terlalu kecil dan tidak boleh menempatkan kesemua keperluan DBKL. Keperluan ini dirancang akan dipusatkan bersebelahan dengan Menara DBKL 1. Tanah PT.118, Seksyen 48, Jalan Tun Ismail, Terminal Hentian Putrajaya. Penjualan dilaksanakan memandangkan keadaan Terminal Perhentian Putrajaya telah lama dan memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Kerajaan Persekutuan telah membina terminal bas yang bersepadu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di Bandar Tasik Selatan dan pengusaha-pengusaha bas di Hentian Putra telah diberikan notis untuk berpindah ke terminal tersebut.

Penjualan ini juga berdasarkan kepada cadangan daripada pembeli untuk membangunkan kawasan berkenaan secara komprehensif dengan menghubungkan PWTC dan sebuah lagi tapak yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu Lot PT.184 dan PT. 201, Dewan Tun Razak 1 dan 2, yang mana PWTC telah menyewa daripada DBKL semenjak tahun 1998 lagi. Saya percaya permohonan yang akan dilaksanakan oleh pemaju akan dapat merancakkan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur dan dapat menarik pameran-pameran bertaraf antarabangsa ke situ. Lot 4 dan PT.107 HSD 118646, Seksyen 10, Jalan Tunku Abdul Rahman. Tapak ini pada asalnya dibangunkan oleh City- Sdn. Bhd. pada tahun 1990- an namun gagal meneruskan pembangunan mereka. DBKL telah menamatkan perjanjian penswastaan pada 3 Oktober 2003. Seterusnya telah sekian lama projek tersebut terbengkalai. Pihak Mount- Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan untuk membangunkan semula tanah tersebut walaupun mempunyai kekangan pada aspek keluasan tanah yang kecil, lokasi tapak yang agak tersorok daripada segi frontage. Serta ada mempunyai laluan keluar masuk yang terhad- selain itu pihak Mount- Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menanggung sebahagian kos cerucuk bernilai RM8.9 juta yang terdapat di tanah tersebut dan menyediakan ruang pusat penjaja bagi penempatan semula peniaga-peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman selain daripada dapat menyelamatkan projek yang telah terbengkalai ini, DBKL juga telah menerima pulangan yang lebih tinggi daripada ‘Manflec’ iaitu sebanyak RM101.4 juta berbanding dengan City- Sdn. Bhd. iaitu RM57.2 juta. Jadi, janganlah ada persepsi yang mengatakan kita tidak bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang melucukan saya lagi ialah Yang Berhormat Cheras juga telah bertanya berkenaan dengan satu isu mengenai kenaikan pangkat seorang pegawai JUSA C yang dibangkitkan. Saya rasa ini amat lucu kerana kenaikan pangkat pegawai berkenaan merupakan langkah penyusunan semula yang saya sedang lakukan kerana untuk makluman Yang Berhormat, DBKL merupakan agensi tertutup, close service dan ramai pegawai saya yang tidak boleh saya naikkan pangkat. Malahan saya masih lagi menunggu daripada pihak JPA untuk meluluskan satu lagi ‘A’, empat lagi ‘B’, enam lagi ‘C’ dan Gred 54. Ini kerana saya masih menunggu kerana saya sayang kepada pegawai-pegawai saya di DBKL yang bekerja dengan bertungkus-lumus. Kalau saya tidak memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan pangkat yang lebih tinggi, mereka ini akhirnya akan berpencen dengan kadar yang rendah dan mereka juga tidak ada peluang untuk melaksanakan kehidupan yang lebih selesa. Jadi itu melucukan pada saya apabila Yang Berhormat Cheras bertanyakan berkenaan dengan pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke JUSA ‘C’.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh sedikit, boleh sedikit?... [Dewan riuh]

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh tanya? Ini Kuala Lumpur, kamu bukan dari Kuala Lumpur. Balik, balik, balik!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri, saya ingin hendak tahu kenapakah Yang Berhormat Cheras ini dikatakan fitnah kah atau apa. Kenapa tidak jawapan ini, apabila dia membuat sidang akhbar ataupun kenyataan, Yang Berhormat Menteri harus jawab mungkin dua hari selepas itu tetapi tunggu sehingga sekarang hendak buat...

Saya telah difahamkan oleh Timbalan Menteri saya, dia minta saya menjawab di Dewan maka saya jawab di dalam Dewan lah, okey...

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Nothing wrong?

Nothing wrong, nothing wrong.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Nothing wrong?

Nothing wrong.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya rasa sebenarnya ia sepatutnya dijawab dua hari selepas itulah, jadi kena tunggu lama, ada banyak persiapan yang perlu dibuat, menjadikan ia jawapan yang cantik...

[Dewan riuh]

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Boleh?

Saya tengah mencari soalan Yang Berhormat Seputeh di mana. Saya tidak tahu apa soalan Yang Berhormat Seputeh tetapi saya sudah mencari soalan Yang Berhormat Seputeh, sabar sahaja.

...Sibuk dengan Yang Berhormat Cheras nya soalan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

[Bangun]

Soalan Yang Berhormat Seputeh, saya ingat...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

Nanti sekejap. Before you hendak mencelah Yang Berhormat Segambut, saya ada lagi satu perkara yang saya hendak jawab iaitu berkenaan dengan masalah Kampung Chubadak Tambahan. Ini juga telah memberikan satu persepsi yang kurang senang kerana untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu yang tidak hadir juga. Sebenarnya apa yang berlaku di Kampung Chubadak Tambahan itu dilaksanakan oleh pihak pemaju melalui bailiff oleh pendaftar mahkamah yang disertai oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Jabatan Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut diminta untuk hadir tetapi hanya berperanan sebagai pemerhati dan menyediakan perkhidmatan lori pengangkutan hanya sekiranya perlu digunakan untuk membantu urusan pemindahan. Walau bagaimanapun, selepas aktiviti perubahan selesai dibuat oleh pihak pemaju, perkhidmatan lori pengangkutan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak pun digunakan. Ini tidak ada kena mengena dengan yang mengatakan kononnya kami ini merupakan sebuah agensi yang tidak bertanggungjawab, sebuah agensi yang mengkhianati rakyat, sebuah agensi yang pengkhianat padahal ini ialah pemaju yang minta daripada perintah mahkamah dan kami hanya fasilitet sahaja. Itu untuk makluman Yang Berhormat Batu...

Yang Berhormat Menteri.

Kedua...

Yang Berhormat Menteri, soalan...

Nanti, yang kedua...

Kampung Chubadak...

Kampung Chubadak sudah selesai dan tidak ada kena mengena dengan saya, Yang Berhormat Kota Raja.

Betul tetapi begini, soalan saya begini. Penduduk di situ sudah duduk lebih...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, sekejap, sekejap ya.

...Daripada 50 tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, beri celahan?

Tidak bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hah?

Tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi.

Kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi...

...Dewan Bandaraya. Yang Berhormat Menteri tidak boleh katakan tidak ada kena mengena...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja...

...Tanah itu tanah kerajaan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja, begini. Saya perhatikan apabila hendak mencelah di bawah Peraturan 37 (1)(b) ini, yang sedang berucap tidak duduk bermakna dia tidak bagi laluan. Oleh sebab itu saya tanya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri bagi celahan kah tidak?

Tidak, tidak.

Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua sebab dia hendak pergi tajuk baru, saya kena cepat-cepat mencelah. Nanti kata sudah terlepas. Jadi, tidakkanlah tidak bagi, saya hendak tanya sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

...Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Yang Berhormat Menteri tidak boleh mengatakan bahawa Kampung Chubadak ini tidak ada kena mengena dengan Menteri Wilayah Persekutuan. Tanah Kampung Chubadak ini pada asalnya adalah tanah kerajaan yang diduduki oleh peneroka-peneroka ini yang dijemput juga oleh parti-parti politik pada satu masa dahulu. Seperti semua kawasan peneroka bandar, yang mereka ini datang kerana dijemput pada ketika itu untuk mengimbangkan jumlah orang Melayu dan orang bukan Melayu di kota raya ini. Sekian lama mereka ini telah dijanjikan dengan tanah tetapi sampai sudah tidak dan akhirnya dalam pengetahuan itu mereka sudah duduki, kenapakah tanah itu diberikan kepada pemaju? Tidak menyelesaikan dahulu masalah mereka. Ini akan berlaku kepada semua kampung warisan yang ada di wilayah. Ada lagi kampung Batang Palang yang akan menjadi mangsa seterusnya. Di manakah tanggungjawab kerajaan? Kata hendak tolong orang Melayu akhirnya mereka dihalau begitu.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Seperti yang telah saya sebutkan tadi Kampung Chubadak ini barangkali dia di Kuala Lumpur tetapi tanah bukan milik DBKL. Tanah milik penguat kuasa tanah Wilayah Persekutuan, okey kena faham. Fakta yang sebenarnya yang saya hendak terangkan walaupun Yang Berhormat Batu tidak ada kerana persepsi yang telah beri kepada rakyat kononnya kami ini zalim dan sebagainya. Sebenarnya ini di antara pemaju dengan pihak mahkamah, kami hanya facilitate. Jadi saya tidak payah teruskan lagi berkenaan dengan Kampung Chubadak. Saya hendak masuk pada Kampung Railway. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu juga, Kampung Railway terlibat dengan Program Pembersihan Setinggan dan Projek Pembangunan oleh Sentul Raya Sdn. Bhd.

Operasi pembesaran telah dijalankan pada 26 Disember 2013. Semua penduduk yang terlibat telah mengosongkan tapak dan berpindah keluar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Batu kita telah beri pampasan dalam bentuk subsidi pengangkutan sebanyak RM18,000 tiap seorang keluarga yang tinggal di Sentul Raya. Tawaran pembelian rumah kos rendah dengan harga RM42,000. Di atas ini juga pihak pemaju telah bersetuju untuk membayar sewaan bulanan sehingga rumah siap di Sentul sebelum mereka hendak pindah pemaju akan bayar sewaan ini yang kita pindahkan mereka sementara di PPR Bukit Jalil. Adakah ini merupakan sebuah kerajaan yang zalim? Inilah masalah kadangkala bila tidak tahu perkara sebenarnya maka macam- macam tohmahan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana pada saya pembangkang ini dia pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Kami hanya bekerja untuk memastikan bahawa rakyat dapat keselesaan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya Menteri mencelah.

Nanti sekejap. Saya hendak cari Yang Berhormat Seputeh punya jawapan ini. Saya sayang kepada Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh tidak sayang saya, ini masalah ini.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Segambut.

Hendak mencelah lagi boleh tidak, Menteri?

Saya bagi nanti. Saya bagi Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Segambut.

Yang Berhormat Kota Raja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila Yang Berhormat Segambut.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berhubung dengan kenyataan Menteri tadi kata Menteri sayang kepada pegawai DBKL yang bertungkus-lumus. Di sini saya ada satu isu yang baru-baru ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga Laporan Ketua Audit Negara tahun lepas dia telah menyatakan DBKL tidak mengutip lesen papan iklan selama 10 tahun dan sebanyak RM128 juta. Jadi saya hendak tanya adakah ini boleh diselesaikan dengan menubuhkan jawatankuasa unit audit. Itu sahaja. Siapakah yang mengutip bayaran lesen sebanyak 10 tahun? Tidak akan tidak ada laporan polis dibuat atau MACC dibuat? Siapakah yang mengutip dan siapa yang menghalang papan iklan itu daripada diroboh untuk 10 tahun?

Terima kasih Yang Berhormat daripada Segambut atas keprihatinan. Sebenarnya kita sedang menyelaraskan masalah- masalah seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Segambut. Satu Jawatankuasa khusus telah pun saya tubuhkan untuk kita melihat semula kutip iklan, cukai iklan, kutip cukai pintu semua sekali cukai. Saya berkeyakinan beri saya sedikit masa lagi dan kita akan selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Akan tetapi kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa pegawai-pegawai saya telah mengutip untuk kocek mereka sendiri. Saya hendak beritahu itu tidak benar kerana kita ada cara kita untuk melihat dan kalau mereka melakukan itu kita akan buat laporan terus kepada pihak yang berkuasa SPRM untuk mengambil tindakan. Itu saya janji, okey.

Menteri soalan seterusnya.

Yes madam.

Okey terima kasih. Saya cuma hendak pengesahan daripada Menteri. Kampung Chubadak ini dahulu adakah ia Malay reserve, adakah ia tanah simpanan Melayu?

Saya terpaksa- untuk makluman Yang Berhormat Kota Raja setahu saya, tetapi saya kena check. Setahu saya di Wilayah Persekutuan ini tidak banyak Malay reserve, yang ada Kampung Baharu; kedua, kawasan di Kiara sebahagian di Kiara. Di Chubdak ini saya tidak berapa jelas. Saya akan beri jawapan secara bertulis, okey.

Ini sebab maklumat ada pada saya dahulu kampung tanah rizab Melayu. Kalau ya benar di mana gantinya.

Saya akan check okey inshaaAllah. Okey saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Seputeh berkenaan dengan pembangunan rumah mampu milik. Densiti, kepadatan Yang Berhormat telah bangkitkan yang telah kami luluskan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebuah kawasan telah kami luluskan sebanyak ada kepadatan kepada 512 orang seekar. Pemaju telah mengemukakan Kajian Impak Aliran Trafik (TIA) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan telah diluluskan. Walau bagaimanapun, pihak pemaju perlu menaik taraf lima buah lampu isyarat di kawasan pembangunan yang menghubungkan jalan utama bagi melancarkan aliran trafik di kawasan projek. Antara jalan yang terlibat untuk makluman Yang Berhormat ialah Jalan Sinar, Jalan Cahaya. Bagi pembangunan tiga buah blok kondominium di Jalan Gembira dan Jalan Awan Besar pula untuk makluman Yang Berhormat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mempertimbangkan cadangan bagi menambah kepadatan penduduk daripada 60 seekar kepada 320 orang seekar. Serta pembangunan tiga buah blok kondominium 277 unit di atas lot 9582 Jalan Hijau, Taman Overseas Union, Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jawatankuasa Pusat Setempat pada 14 Oktober telah memutuskan cadangan kepadatan tersebut diluluskan dengan pindaan. Pemaju dikehendaki mengemukakan pelan- pelan pindaan dengan mematuhi kehendak-kehendak teknikal perancangan untuk dipertimbangkan semula di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat. Jadi belum lagi, sabar. Kita akan pertimbangkan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Nanti sekejap Yang Berhormat. Kita berdasarkan kepada pelan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Zon untuk tanah bagi tapak ini untuk pembangunan kediaman. Bagi pembangunan dua buah blok pangsapuri service 31 ekar di Jalan Robson pula perintah pembangunan telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2013. Bagi pembangunan dua buah blok pangsapuri service 31 tingkat di atas tujuh tingkat podium dan dua aras basement tempat letak kereta. Kelulusan ini diberi selaras dengan Pelan Kuala Lumpur 2020 yang menetapkan zon guna tanah bagi tapak ini untuk pembangunan perdagangan. Okey Yang Berhormat Seputeh. Any other questions?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, memang ada banyak masalah. Yang Berhormat Menteri tentang di Taman Naga Mas itu kerana Yang Berhormat Menteri telah beberapa kali kata, “Oh! Itu trafik yang masuk ke rumah mampu milik sana tidak akan melalui Taman Salak Selatan”. Akan tetapi ini cakap sahaja tidak ada hitam putih dan penduduk sana memang sudah tulis beberapa kali kepada pegawai DBKL tetapi untuk panggil satu mesyuarat tetapi tidak ada mesyuarat, tidak ada confirmation, cakap sahaja.

Okey Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kedua, tadi semalam Yang Berhormat Menteri beritahu saya yang dekat OUG sana, Overseas Union Garden itu projek itu tidak akan dijalankan. Sekarang saya dengar belum lagi akan dijalankan dan tempat itu memang tidak sesuai. Di tepi jalan mungkin boleh Yang Berhormat Menteri sebagai bekas bahagian UMNO Seputeh mungkin boleh ikut saya pergi sana tengok, boleh?

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat saya semalam telah pergi kawasan Yang Berhormat. Saya telah lihat dan percayalah saya akan pastikan bahawa kesesakan-kesesakan seperti Yang Berhormat telah sebutkan kita akan cuba menyelesaikan kesesakan ini dan kita akan pantau pembangunan-pembangunan yang akan dibangunkan semula. Kita akan berbincang dengan pihak Yang Berhormat kalau pihak Yang Berhormat tidak bersetuju kita akan beritahu kepada rakyat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh tidak setuju pembangunan. Okey we will do that, thank you very much. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Rumah mampu milik, sedikit, sedikit.

Sudah habis.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Sedikit, sedikit, sedikit sahaja.

Bagi yang lain itu saya jawab bertulislah.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya sedikit, rumah mampu milik. Okey di kawasan Parlimen Segambut tiada rumah mampu milik, tiada pun PPRT. Jadi soalan saya kepada Menteri, mengapakah Segambut dianaktirikan?...

[Dewan riuh]

Menteri, Menteri sambung sedikit, sambung sedikit.

Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Segambut kawan saya. Saya tidak pernah anak tirikan Segambut. Masalah dia tanah. Kita sedang cari tanah dan selain daripada itu untuk makluman Yang Berhormat...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

DBKL kaya.

Untuk makluman Yang Berhormat juga pemaju-pemaju baru yang hendak membuat pembangunan saya kenakan syarat. Saya kenakan syarat kerana saya beri mereka plot ratio lebih tinggi dengan syarat bangun rumah murah, bangun rumah sederhana murah, bangun rumah mampu milik. Itu saya kenakan syarat. Pemaju-pemaju yang akan datang daripada Segambut, believe me, dengan izin Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

...Saya akan pastikan bahawa kita akan bangunkan. Bukan saya anak-tirikan Segambut. Saya pun hendak pembangunan di Segambut kerana demografi di Segambut ini pun imbalance, tidak balance dengan sebenarnya. Saya perlu kepada kawasan-kawasan perumahan yang bercampur- 50 peratus Melayu, 30 peratus Cina, 20 peratus India. 1Malaysia.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kecil sahaja.

Habis lah sudah, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada lagi. Saya tanya tentang SPAD.

Kapar, Kapar, Kapar.

Okey, saya bagi Yang Berhormat Seputeh lah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kakak dahulu kah?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri tidak jawab tentang saya cadangkan minta DBKL adakan perancangan bersama dengan SPAD dan juga RapidKL Bas dan sebagainya, kerana yang tadi kalau kita dengar daripada Yang Berhormat Menteri, banyak kondominium, rumah mampu milik, semua orang dari Selangor akan duduk di Kuala Lumpur sekarang. Jadi, macam mana dengan pengangkutan awam?

Kerana mereka tidak suka Selangor ya? Okey lah, tidak apa lah. Untuk makluman Yang Berhormat dari Seputeh, memang ada, kita ada mesyuarat tiap-tiap dua minggu sekali, paling sedikit dua minggu sekali kita memang bermesyuarat dengan semua agensi seperti SPAD dan agensi-agensi yang lain di mana kita hendak menyelesaikan masalah-masalah khususnya untuk memberi pengangkutan awam yang efisien.

Yang Berhormat, Kuala Kangsar boleh sedikit mencelah?

Kota Tinggi pun hendak mencelah jugalah.

Saya bagi Yang Berhormat Kapar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar. Ini berpusing-pusing nak mencelah ini.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Selesai bas ini dahulu. Sekejap, sekejap.

Bas akan diselesaikan, jangan bimbang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Bukan. Bolehkah minta SPAD mungkin ada...

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh macam ini, Yang Berhormat.

Dengan izin.

Kota Tinggi ingin mencelah sedikit boleh?

Pasal PPR di Bukit Jalil tidak ada bas, saya sendiri telah arahkan di mana DBKL menyediakan bas secara percuma untuk mengangkut rakyat dari PPR tersebut untuk pergi ke LRT station. Kita akan selesaikan masalah. For free, you know, dengan izin.

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kapar.

Yang Berhormat Menteri, ini kena mengena dengan tapak warisan Vivekananda Ashram.

Yang Berhormat...

Saya ingin menekankan di sini...

Nanti Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat terlanjur, saya tahu, saya boleh jawab.

Saya hendak minta...

Saya telah bersetuju kalau tapak itu tapak warisan, kita tidak akan beri untuk dipecahkan.

Kita minta...

Yang masalahnya, banyak persepsi yang telah disebut di mana itu kononnya tapak warisan. Yang sebenarnya ia bukan tapak warisan.

Belum digazetkan, 110 tahun.

Bila belum digazetkan, maknanya bukan tapak warisan.

Ya Yang Berhormat Menteri, itu yang saya minta Yang Berhormat Menteri meneliti sedikit...

Kalau sudah digazet, okey. Itu, Yang Berhormat sila cakap dengan Menteri berkenaan. Tidak ada kena mengena dengan saya.

Saya minta Yang Berhormat Menteri meneliti...

Pada saya, kalau ada pembangunan hendak dibangunkan dalam kawasan tersebut, kalau dia bukan gazet heritage, kita akan teruskan. Okey.

Ya, sesuai Yang Berhormat. Pelancong pun hari ini pergi melawat.

Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih lah kepada semua kawan saya...

Yang Berhormat...

...Yang telah memberi pandangan, cadangan yang saya pasti akan membawa satu keadaan yang lebih baik untuk kementerian saya. Saya berjanji, apa teguran-teguran itu akan saya lihat dan kita akan perbetulkan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, Kuala Kangsar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya jemput...

Habis dah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Terima kasih...

Tuan Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan ada sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, sekejap, sekejap.

Minta maaf Yang Berhormat Labuan, sebab saya dah habis, saya bagi jawapan bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawapan bertulis.

Ya, ini sudah giliran saya, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, berapa lama Yang Berhormat Menteri?

Lebih kurang setengah jam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Setengah jam ya, setengah jam.

Ya, saya akan pendekkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh kita sambung dengan Kementerian Belia dan Sukan?

Boleh, boleh, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dato' Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat dasar yang menyentuh 15 isu yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Isu pertama, gaji minimum. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Klang telah membangkitkan isu mengenai gaji minimum. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keanggotaan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedia ada merupakan cukup ideal kerana ia bukan sekadar dianggotai oleh wakil kerja dan majikan yang seimbang, malah ia dianggotai anggota-anggota lain untuk dilantik bagi memastikan kepentingan dan pandangan semua pihak diambil kira.

Dato' Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen 5, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732], anggota MPGN hendaklah terdiri daripada mereka yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta dan setakat pewartaan-pewartaan Perintah September 2014, jumlah anggota MPGN adalah seramai 25 orang seperti berikut: (i) seorang pengerusi; (ii) seorang timbalan pengerusi; (iii) seorang setiausaha; (iv) enam anggota pekerja; (v) enam anggota majikan; (vi) enam anggota pegawai awam; dan (vii) lima orang anggota lain-lain yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, ahli ekonomi dan badan pertubuhan bukan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat 30 September 2014 ini, jumlah aktiviti penguatkuasaan gaji minimum adalah seperti berikut. Pertama, Statutory Inspection ataupun Pemeriksaan Berkanun. Untuk pemeriksaan berkanun atau Statutory Inspection, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah mengadakan 29,231 pemeriksaan. Daripada jumlah itu...

[Dewan riuh]

Dato' Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Apa ini Dewan macam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya, ya.

Kena point of order ini.

There is point of order, because I thought this Dewan should be quiet.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Ini kita pun hendak bercakap, dia orang main-main.

Kita mahu tidurlah, Yang Berhormat Menteri [Ketawa]

Maaflah, Tuan Yang di-Pertua. That is my style, because I cannot be disturbed when I speak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya.

Jumlah pemeriksaan berkanun setakat ini oleh Jabatan Tenaga Kerja kita sebanyak 29,231 dan daripada jumlah ini, 517 orang majikan iaitu mengikut peratusan, 2 peratus sahaja yang tidak melaksanakan gaji minimum dan tindakan notis pematuhan telah pun dikeluarkan. In other words, the MPGN is a success, dengan izin. Manakala jumlah tuntutan kes buruh berkaitan gaji minimum yang telah difailkan sebanyak 895 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 193 kes atau merupakan 22 peratus telah selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh dan 207 orang majikan atau dalam peratusannya 78 peratus masih dalam tindakan para pegawai kita.

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

No, I don’t have enough time. Sorry. Berkenaan dengan tindakan pendakwaan, sebanyak 87 Kertas Kerja pendakwaan telah dibuka dan daripada jumlah ini, 39 yang merupakan 45 peratus telah diberikan izin untuk pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia sentiasa serius dalam menambah baik pelaksanaan dasar gaji minimum. Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) pada masa sekarang sedang mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2012 seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 25, Akta 732, yang menetapkan supaya Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) mengkaji semula Perintah Gaji Minimum sekurang- kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua tahun.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua kajian ini turut merangkumi elemen-elemen kadar gaji minimum dan pada masa sekarang sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan setelah selesai proses. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang telah dibangkitkan mengenai isu COLA. Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan isu bayaran COLA seperti yang dipohonkan oleh MTUC. Untuk makluman Dewan yang mulia ini cadangan pemberian elaun kos sara hidup atau COLA bagi pekerja sektor swasta adalah tertakluk kepada budi bicara majikan masing-masing. Kerajaan tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk mewajibkan majikan membayar COLA atau elaun-elaun seumpamanya kepada para pekerja-pekerja mereka. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa menggalakkan perbincangan konstruktif antara pekerja dan majikan bagi mendapatkan terma-terma pengajian terbaik yang dipersetujui secara bersama atau oleh kedua-dua belah pihak melalui perundingan bersama atau dalam bahasa Inggeris, collective bargaining iaitu di antara Kesatuan Kerja dan majikan seperti mana diperuntukkan dalam seksyen 13, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177]. Manakala bagi mereka yang tidak diwakili oleh Kesatuan Pekerja perkara ini boleh dibincangkan dan Jawatankuasa Perundingan Bersama, Joint Consultative Committee antara majikan dan pekerja. Isu ketiga yang telah dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua...

Minta penjelasan.

What else do you want? Okey.

COLA, COLA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Langat, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada 1974 apabila Almarhum Tun Abdul Razak telah pun memberikan saranan kepada majikan-majikan untuk memberikan, memperkenalkan COLA dan ia telah mendapat sambutan yang baik dan apakah boleh kementerian juga membuat demikian untuk mengimbangi GST dan juga pendapatan sara hidup yang begitu tinggi yang membolehkan mereka sedikit diimbangkan pendapatannya. Maka saya percaya dengan komitmen daripada Kementerian Sumber Manusia, membolehkan ia dijadikan sebagai gabungan dengan gaji minimum supaya dapat sedikit menunjuk aras supaya ia sebab Yang Berhormat Menteri 8 peratus sahaja kesatuan yang ada wujud dalam negara ini, 92 peratus lagi itu tidak berperkatuan. Jadi mereka juga perlu diberi pertimbangan dalam soal ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Langat yang juga merupakan- he is my good friend, juga merupakan Vice President MTUC. Cadangan itu memang baik. Akan tetapi jawapan kita ada mengikut undang-undang yang sedia ada kita tidak boleh atau kita tidak boleh di bawah undang-undang memaksa mereka untuk memberi elaun COLA ini. Seperti mana yang saya telah sebutkan tadi ini bergantung kepada majikan-majikan atas budi bicara mereka. Saya harap itu menjawab soalan tadi, celahan daripada rakan saya tadi Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih. Saya sambung. Isu yang ketiga, saya mempunyai 15 isu di sini walau bagaimanapun oleh sebab rakan sejawat saya Menteri Belia dan Sukan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada 15 minit lagi.

Jadi saya akan hanya membawa 4, 5 perkara dan yang lain mungkin saya tidak boleh menjawab dan saya akan menjawab secara bertulis. Jadi penamatan kerja, ini penting. Yang Berhormat Bukit Katil telah membangkitkan isu penamatan pekerja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, seksyen 14(1) Akta Kerja 1955 merupakan peruntukan berhubung penamatan kontrak atas sebab-sebab khas.

Peruntukan ini memberi hak atau kuasa kepada majikan untuk menjalankan siasatan dalaman jika didapati berlakunya salah laku melibatkan pekerja mereka. Proses siasatan dalaman ini perlu menepati konsep natural justice di mana pekerja yang telah disabitkan melakukan salah laku perlu diberikan hak pendengaran dalam bahasa Inggeris, dengan izin, right to be heard sewajarnya oleh syarikat dan proses siasatan dalaman tersebut hendaklah tidak berat sebelah again, dengan izin, rules against advise. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya semua faktor ini diambil kira, pihak majikan boleh menjalankan siasatan dalaman dan menetapkan sebarang hukuman yang difikirkan perlu berdasarkan keterangan dan fakta kes semasa siasatan dijalankan. Jawapannya bagi pihak ada juga itu daripada segi majikan, what’s about pekerja. Jadi Tuan Yang di-Pertua walau bagaimanapun seksyen 69(iii) akta yang sama memperuntukkan bahawa sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh pihak majikan, pekerja boleh mengemukakan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam tempoh 60 hari daripada tarikh keputusan di bawah seksyen 14 itu setelah disampaikan oleh pihak majikan. Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja yang menerima aduan berkenaan boleh menyiasat dan mengesahkan atau mengetepikan apa-apa keputusan yang dibuat oleh seseorang majikan yang dibuat di bawah seksyen 14(1). Sekiranya mendapati siasatan dalaman yang dibuat oleh majikan tidak menepati prinsip natural justice atau terdapat unsur bias, maka ketua pengarah boleh mengetepikan keputusan dalam tersebut. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan berhubung seksyen 15(2), peruntukan ini merupakan dinding provision di mana pekerja yang tidak hadir bekerja selama dua hari berturut-turut tanpa memaklumkan atau mendapatkan pekerjaan daripada pihak majikan, mereka dianggap sebagai melanggar kontrak perkhidmatan dengan majikan. Akan tetapi sebelum tindakan disiplin diambil pihak majikan perlu mendapat maklum balas daripada pekerja tersebut dengan memberi peluang untuk menyatakan alasan ketidakhadirannya. Jika didapati pekerja gagal memberi alasan atau alasan yang diberi tidak munasabah maka majikan boleh menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja dengan sebagaimana berkenaan seksyen 13(2) akta yang sama. Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin sebut di sini yang saya ingin bangkitkan atau menjawab ialah satu ialah isu tentang pekerja kontrak. Tentang pekerja-pekerja kontrak iaitu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Kuala Langat juga because he is the Vice-President of MTUC. Pada kebiasaannya terdapat dua jenis kontrak yang digunakan bagi pemandu lori iaitu pemandu lori yang digajikan, there are two, di bawah ‘kontrak untuk berkhidmat’ (contract for service), dan ‘kontrak perkhidmatan’ (contract of service). Dua perkataan, dua terma yang berbeza. Pemandu lori atau bas yang bekerja melalui kontrak untuk berkhidmat atau contract for service pada kebiasaannya mempunyai flexibility waktu bekerja iaitu hanya destinasi yang ditetapkan dan ia terpulang kepada pemandu untuk menentukan waktu perjalanan. Pemandu ini Tuan Yang di-Pertua, juga mempunyai hak mutlak untuk bercuti dan bebas untuk melantik pemandu lain bagi membantu melaksanakan tugas ini.

Perintah gaji minimum iaitu RM900 untuk Semenanjung, RM800 untuk Sabah dan Sarawak tidak terpakai kepada pemandu seumpama ini. Manakala bagi pemandu lori atau bas yang digaji di bawah ‘kontrak perkhidmatan’ (contract of service), perintah gaji minimum terpakai kepadanya. Sekiranya upah yang dibayar secara trip didapati kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan oleh perintah gaji minimum atau MPGN, majikan hendaklah menambah apa-apa bayaran sehingga mencapai kadar minimum yang ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing I think saya perlu respons kepada ini. Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Kota Raja, membangkitkan isu kebanjiran pekerja asing serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik oleh Jabatan Imigresen Malaysia, sehingga 31 Julai tahun ini, tahun 2014 terdapat lebih kurang 2 juta orang pekerja asing yang diberi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) iaitu untuk bekerja di Malaysia sebagai pekerja am dalam lima sektor formal. Sektor-sektor ini ialah sektor pembinaan, sektor perladangan, sektor pertanian, sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan dan satu sektor informal iaitu sebagai pembantu rumah. Untuk makluman, pembantu rumah tidak termasuk dalam MPGN ini. Secara amnya Tuan Yang di-Pertua, negara ini masih memerlukan tenaga kerja asing bagi mengisi kekosongan jawatan terutamanya dalam kategori yang kurang diminati oleh rakyat tempatan. Sebagai contoh, pekerja asing dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perladangan sebagai pemotong buah sawit, penoreh getah dan sebagainya. Begitu juga dalam sektor pertanian yang mana pekerja asing dibawa masuk sebagai pekerja di kebun- kebun. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri.

Ya, I di sana I tahu.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Beri peluang pada Bakri tanya satu soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi peluang pada Bakri. Di sini saya hendak tanya satu soalan tentang pekerja asing yang berlaku di sebuah kilang di Gerisek, Pagoh. Seramai 260 orang majikan sedia ada telah diisytiharkan bankrap dan tidak mampu untuk membayar gaji. Bagaimanakah usaha untuk menyelesaikan kemelut ini? Masalah pekerja-pekerja warga asing ini juga perlu diselesaikan dengan segera dan di sini saya ada mencadangkan diwujudkan sebuah pusat one-stop centre, dengan izin yang meliputi pelbagai agensi terlibat berkaitan dengan pekerja asing diwujudkan di setiap daerah. Saya juga mencadangkan agar prosedur-prosedur berkaitan kes pekerja asing ditinggalkan majikan yang bankrap ini dapat diringkaskan dan dipermudahkan. Ini penting agar mereka dapat mencari kerja di tempat lain dan seterusnya kita tidak perlu untuk mengeluarkan perbelanjaan lain bagi menampung kebajikan mereka ini. Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ini Yang Berhormat Menteri, perkara baru ya?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Bukan perkara baru.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sebenarnya soalan ini telah dibangkitkan semasa perbahasan. Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, sebenarnya Yang Berhormat Bakri, kementerian kita telah membuat siasatan dan tindakan susulan akan diambil. We have taken initiative to investigate. Tuan Yang di-Pertua, I do have so many, actually I have got about fourty pages dan akan mengambil masa mungkin dua jam. Akan tetapi walau bagaimanapun, seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, mana-mana isu yang saya tidak dapat menjawab di Dewan yang mulia ini yang saya fikir, bukan saya cakap tidak penting tetapi penting juga tetapi saya hanya menyebut di sini tentang latihan kemahiran. Saya mahu tak mahu, even though times constraint, ingin menerangkan di sini iaitu menjawab kepada persoalan atau perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Mukah yang telah membangkitkan isu latihan kemahiran kepada tenaga pekerja. Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pada masa ini terdapat 50,329 buah institusi latihan kemahiran awam (ILKA) di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar di bawah pelbagai kementerian dengan anggaran kapasiti keseluruhan ILKA seramai 232,988 orang pelajar yang ada pada Kementerian Sumber Manusia, kita mempunyai 32 buah institusi yang memberi latihan kemahiran.

Sejumlah 23 daripadanya memberi latihan kemahiran di peringkat sijil manakala empat yang lain yang kita panggil sebagai ADTEC memberi latihan di peringkat diploma dan termasuk satu lagi yang kita panggil sebagai Japan-Malaysia Technological Institute memberi kursus atau latihan kemahiran di peringkat diploma dan yes to later orang Sarawak because I see Yang Berhormat Bandar Kuching is still here. Di Sarawak kita mempunyai dua buah institut latihan perindustrian di bawah Kementerian Sumber Manusia sendiri. Satu, terletak di Kuching iaitu tak jauh dari Tabuan Jaya yang dipanggil Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan. Satu lagi di Miri, di Bandar Miri dan sebuah institut latihan perindustrian yang kita panggil sebagai ADTEC telah dibina di Bandar Bintulu dan pengambilan pertama telah pun dibuat pada awal Januari ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu oleh sebab kesuntukan masa, saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat dasar dan apa jua pandangan, cadangan, teguran yang telah dikemukakan semasa perbahasan, kita di kementerian akan mengambil maklum dan kita akan dengan sedaya upaya kita melaksanakan apa yang telah dibangkitkan. Akan tetapi hanya satu yang seruan saya ialah oleh sebab sebagai mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya menyeru kepada golongan belia India iaitu oleh sebab kerajaan telah memperuntukkan tahun lepas lebih kurang RM50 juta dan tahun ini sebanyak RM30 juta iaitu untuk memberi latihan kemahiran khususnya kepada golongan belia India. Tahun lepas iaitu tahun ini nampaknya sambutan agak tidak seperti mana yang kita harapkan. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet tahun 2015, oleh sebab kerajaan telah memperuntukkan wang sebanyak RM30 juta iaitu khusus bagi menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada golongan belia India khususnya daripada memang keluarga yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan, maka saya harap ramai di antara mereka akan mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian atau untuk mengikuti latihan-latihan yang sedia ada di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ini bukan sahaja kita tumpukan kepada golongan belia India, bahkan di Dewan yang mulia ini saya berharap, we are 1Malaysia. Saya berharap selain dari Melayu, saya berharap bumiputera-bumiputera yang lain juga akan mengambil peluang yang sedia ada. Kita telah mengadakan road show di seluruh negeri Sarawak dan juga Sabah selama ini dan kita percaya yang kekurangan sebelum ini adalah road show di mana kita sepatutnya telah pergi ke bandar-bandar untuk memberi maklumat atau keterangan mengenai kursus-kursus atau latihan kemahiran yang sedia ada. Dengan itu untuk mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua 28 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh 15 isu yang berkaitan dengan kementerian. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 17 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Ketereh; Yang Berhormat Sekijang; Yang Berhormat Tanah Merah; Yang Berhormat Lenggong; Yang Berhormat Paya Besar; Yang Berhormat Rompin; Yang Berhormat Batu Gajah; Yang Berhormat Lipis; Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Sabak Bernam; Yang Berhormat Tenom; Yang Berhormat Simpang Renggam; Yang Berhormat Sik; dan Yang Berhormat Dungun atas segala pandangan, pertanyaan yang telah dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Izinkan saya memberi ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan sebagaimana berikut. Terlebih dahulu pihak kementerian ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pihak Perbendaharaan kerana begitu prihatin terhadap usaha-usaha pembangunan sukan negara dengan memberikan peruntukan yang sewajarnya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Ini termasuklah dalam Program Pembangunan Bakat Akar Umbi sebanyak RM103 juta telah diperuntukkan di dalam Bajet 2015 bagi pelaksanaan program di bawah blueprint negara bersukan ataupun sporting nation yang meliputi pelaksanaan My TID ataupun My Talent Identification and Development, Program Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi, FitMalaysia dan Hari Sukan Negara. InshaaAllah Yang Berhormat Permatang Pauh kita akan pastikan peruntukan yang diperoleh dimanfaatkan sebaik mungkin sebagaimana yang telah dibangkitkan. Bagi memastikan pemilihan atlet-atlet muda yang tepat, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ataupun Pendidikan Malaysia telah dan sedang melaksanakan Program Pengenalpastian Bakat, Talent ID di kalangan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Mereka diuji dengan menggunakan kaedah sains sukan di samping mengambil kira juga faktor fizikal kanak-kanak berkenaan bagi disesuaikan dengan sukan-sukan yang dipilih. Di dalam Bajet 2015 sebanyak RM33.4 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Rompin, Program Pengenalpastian Bakat melalui Program Saringan Bakat dan Program Cari Juara mensasarkan seramai 100,000 bakat atlet muda disaring pada tahun 2015. Seterusnya atlet-atlet yang dipilih akan ditempatkan pusat multilateral terpilih. Bagi menjayakan Program Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi pula, sebanyak RM36.5 juta telah diperuntukkan di dalam Bajet 2015. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara juga telah melaksanakan Program Pembangunan Pelapis dengan memberi tumpuan kepada 19 jenis sukan teras dengan kerjasama daripada Persatuan Sukan Kebangsaan, Institut Sukan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis-majlis Sukan Negeri. Program ini telah berjaya melahirkan jaguh-jaguh negara seperti Azizul Hasni, Mohd Khairul Anuar, Pandalela Renong yang turut mencipta kejayaan sama ada di peringkat Asia mahupun Olimpik. Melalui pelaksanaan program ini sebanyak 269 buah Pusat Latihan Negeri telah ditubuhkan dengan seramai 441 orang jurulatih bertauliah sedang melatih seramai 7,187 orang atlet di negeri-negeri. Prestasi atlet pelapis juga amat memberangsangkan di mana sembilan buah pingat emas, enam buah pingat perak dan 15 nuah pingat gangsa, ini pelapis ya, diperoleh daripada atlet pelapis di temasya Sukan SEA di Myanmar 2013 dan ini merupakan pencapaian terbaik dan turut membantu kontinjen negara dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat. Bagi memastikan Program Pembangunan Sukan yang lebih tersusun, berstruktur dan mampu mencapai kejayaan, Kementerian Belia dan Sukan telah mula melaksanakan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara dan kaedah yang sama ini akan dikembangkan lagi kepada sukan-sukan lagi seperti basikal, badminton, sepak takraw, renang dan olahraga seperti mana yang telah diumumkan buat peringkat fasa yang pertama. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerantut, umum mengetahui kontinjen negara tidak mencapai sasaran di penyertaan temasya Sukan Komanwel di Glasgow dan Sukan Asia di Korea Selatan yang lepas. Kontinjen negara telah menyasarkan pencapaian tujuh buah pingat emas di Sukan Komanwel tetapi berjaya mencapai enam buah pingat emas, manakala di Sukan Asia pula sebanyak lapan ingat emas disasarkan dan kontinjen negara mencapai pungutan lima buah pingat emas. Namun demikian jikalau dinilai secara terperinci, terdapat atlet-atlet memenangi pingat perak di kedua-dua temasya itu begitu hampir dengan kemenangan pingat emas tetapi hanya tewas dengan keputusan yang begitu tipis. Contohnya Muhammad Ezuan bin Nasir Khan acara 50 meter riffle, Sim Li Jen dalam acara sukan bowling, Khairul Nizam Mohd Affendi dalam sukan pelayaran dan Muhammad Dhiauddin Rozaini dalam sukan pelayaran. Namun demikian kita faham bahawa ini adalah satu sasaran yang tidak dicapai dan satu post mortem telah dilaksanakan dan satu auditan sedang dilaksanakan oleh pakar daripada Australian Institute of Sport terhadap Program Pembangunan Sukan Elit kita untuk kita buat perubahan dan pindaan kepada persediaan atlet untuk empat tahun yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ketereh, dalam usaha memastikan badan-badan sukan tidak hanya bergantung kepada dana kerajaan semata- mata untuk melaksanakan Program Pembangunan Sukan, kementerian melalui agensi- agensinya telah mengambil pelbagai inisiatif dan melaksanakan program-program pendidikan dan latihan dan tadbir urus yang baik dan aspek pemasaran sukan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Kementerian turut berusaha membantu badan-badan sukan dalam menggalak serta menyokong jaringan kerjasama dengan pihak swasta sama ada dari dalam mahupun luar negara yang dapat menyumbang ke arah pembangunan sukan negara. Daripada aspek pengecualian cukai juga melalui inisiatif yang diambil oleh kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menetapkan pemberian potongan cukai bagi mana-mana penaja yang menyumbang kepada aktiviti-aktiviti sukan yang dilaksanakan oleh badan-badan sukan yang telah didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Tenom, kementerian telah pun menubuhkan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) sejak tahun 2007 dan bertindak secara bebas dan diurus secara pentadbiran oleh Institut Sukan Negara ataupun ISN. ADAMAS bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan anti doping, pembanterasan gejala doping dan pemantauan terhadap atlet-atlet negara. ADAMAS juga menjalankan ujian saringan sebelum atlet menyertai mana-mana pertandingan di dalam dan di luar negara tanpa mengira jenis sukan berisiko tinggi ataupun berisiko rendah. ADAMAS akan mengambil langkah yang sesuai dalam mengelak sebarang kontroversi yang boleh mencalar imej sukan Malaysia iaitu dengan menjalankan ujian saringan dan pemantauan dengan lebih komprehensif. Pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 1,000 buah sampel kepada 2,000 buah sampel ujian setahun. Peningkatan ini kita buat ekoran daripada beberapa kes doping telah wujud ataupun telah dilaporkan dalam masa yang terdekat dan Kementerian Belia dan Sukan amat mengambil serius tentang kes-kes tersebut. Sebab itulah kita akan menambah lagi ujian saringan dan juga pendedahan, penerangan dan pendidikan yang diberikan kepada atlet, jurulatih dan pegawai persatuan- persatuan sukan berkenaan dengan doping dan juga bahan-bahan yang tidak dilarang oleh World Anti Doping Agency...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berminat hendak tanya tentang Agensi Anti Doping Malaysia ini. Adakah kementerian bercadang untuk memisahkan Agensi Anti Doping Malaysia ini, kalau selama ini dia di bawah ISN mungkin kalau Agensi Anti Doping Malaysia ini dipisahkan bukannya berada di bawah ISN, mungkin ia lebih memudahkan proses untuk memberikan saringan kepada semua atlet kita. Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Kota Tinggi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mencelah sikit, menyambung sikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sekijang dan menyentuh isu doping ini. Saya rasa kita menolak keraslah kalau ada atlet yang terbabit dengan doping. Cuma saya minta kalau boleh kementerian dan kementerian yang terbabit mengenai messaging atau interaksi dengan masyarakat di luar bahawa bagaimana kita menangani isu-isu berkaitan dengan doping ini. Sebab kita, saya bimbang dalam kita mengetengahkan idols ataupun contoh- contoh kepada anak-anak kita generasi baru, kita bimbang dengan izin roller coaster emotional, roller coaster ride ini akan menjadi kesan yang buruk untuk jangka masa panjang. Jadi apa usaha-usaha menangani penyampaian mesej-mesej yang baik atau tidak baik ini kepada masyarakat ada dalam ditangani dengan terbaik oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kota Tinggi atas soalan dan saranan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, cadangan itu cadangan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan disebabkan ADAMAS ini asalnya ditempatkan di bawah ISN secara pentadbirannya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi memang saranan daripada Yang Berhormat Sekijang amat tepat sekali. Ia tidak boleh terletak di bawah ISN disebabkan isu governance dan isu accountability disebabkan ISN badan perubatan bagi atlet kita, ADAMAS badan ujian bagi doping maka sudah pasti ada percanggahan ataupun conflict of interest. Dalam masa yang terdekat kita pun akan keluarkan ADAMAS daripada kawal seliaan pentadbiran ISN. Terima kasih atas cadangan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Kita ingin mewujudkan lebih banyak lagi program penerangan di kalangan atlet pelapis dan juga di kalangan atlet-atlet remaja berkenaan dengan isu doping. Buat masa ini saya akui bahawa tumpuan penerangan yang kita beri adalah kepada atlet itu sendiri yang mana mereka yang sudah dipilih, mereka yang sudah berada dengan Majlis Sukan Negara dan sebagainya padahal apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, memang betul. Kita kena mula pendedahan berkenaan dengan isu doping daripada awal lagi di kalangan masyarakat. Salah satu gejala yang timbul isu doping di gym, gymnasium, di mana mereka yang terlibat dalam kecergasan gym dan sebagainya dijual dengan steroid dan juga bahan-bahan yang dilarang. Jadi, saya terima baik cadangan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kalau boleh saya hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terpulang pada Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ringkas ya.

Saya lihat isu doping ini, tindakan kementerian mengambil pendekatan kepada dua kes yang kita alami agak berlainan. Boleh Yang Berhormat Menteri beri penjelasan berhubung dengan kegagalan doping pemain badminton dengan kegagalan doping peserta wusyu? Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dalam kegagalan doping peserta wusyu dalam Sukan Asia, kita bangkitkan bantahan sebab ada kepincangan daripada segi procedure, daripada segi proses ujian tersebut di mana chain of custody sample air kencing tersebut tidak ada rekod yang teliti. Oleh sebab itu kita bangkitkan isu dalam rayuan dalam Mahkamah Timbang Tara Sukan yang telah menolak rayuan kita. Jadi, kita terima sebab dia mesti ada noktah daripada segi rayuan kita. Dalam kes atlet badminton, sample ‘B’ itu sedang diuji di Norway dan kita masih lagi belum terima keputusannya. Kalau sekiranya keputusan itu tetap positif kita akan buat rayuan pertamanya, kepada Persatuan Persekutuan Badminton Antarabangsa untuk kita meringankan hukuman sebab ada beberapa perincian dalam kes ini yang saya rasa boleh jadi hujah untuk bukan melepaskan atlet tetapi menjadi justifikasi kenapa substance dexamethasone masih lagi wujud dalam air kencing beliau. Jadi, kes-kes dia berbeza sedikit Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Belia dan Sukan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas peruntukan sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan untuk menjayakan program-program belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara. Kementerian sememangnya memandang serius akan keperluan untuk memperhebatkan latihan, aktiviti, program belia. Justeru itu, kementerian telah membuat pemerkasaan semula program pembangunan belia dengan mempertingkatkan dan mempelbagaikan jumlah program dan penglibatan belia di peringkat kebangsaan, negeri dan di peringkat daerah. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, dari sudut pembangunan jati diri dan kenegaraan bagi generasi muda, kementerian mempunyai pengalaman yang luas menerusi pelbagai program kepimpinan dan pembangunan karakter. Antaranya Program Khidmat Sosial Negara, Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional, Program Memperkasa Tenaga Muda dan lain-lain program di bawah aktiviti pembangunan belia dan Rakan Muda. Di samping itu, kementerian juga berpandangan bahawa elemen kemahiran perlulah dibangunkan sebagai aset asas generasi muda untuk membina kerjaya dan masa hadapan negara mereka. Wajar sekali elemen kemahiran dan kenegaraan digabung secara berkesan bagi melahirkan warga muda yang produktif dan dapat menyumbangkan kepada aktiviti ekonomi serta mempunyai semangat patriotik dan kenegaraan yang tinggi. Inilah jawapan kepada isu PLKN yang dibangkitkan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Transformasi modul baru PLKN inshaaAllah akan mencantumkan semangat jati diri, patriotisme yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara dengan elemen kemahiran yang dimasukkan supaya peserta PLKN ini keluar dari tiga bulan atau enam bulan kalau dilanjutkan lagi tempohnya, bukan hanya dengan semangat jati diri, patriotisme yang tinggi tetapi dengan kemahiran yang boleh membantu mereka dalam bidang ekonomi...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, Yang Berhormat Setiawangsa, sila.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini khidmat negara ini hanya tertumpu kepada mereka yang lepasan sekolah Form 5. Disebabkan kekangan tempat, kita hanya boleh melatih sebanyak 100,000. In fact, kita ada 450,000 hingga 500,000 lepasan SPM ini. Soalan saya, adakah penjenamaan semula PLKN ini boleh tidak dimasukkan kurikulum yang diajar dalam PLKN ini dalam sistem sekolah. Ini bermakna bahawa semua pelajar akan terlibat apabila kokurikulum PLKN diletakkan dalam Form 1 hingga From 5, maka apabila habis Tingkatan 5 mereka tidak perlu menjalani PLKN lagi. Minta pencerahan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Perbincangan awal transformasi PLKN ini adalah supaya PLKN akan datang hanya melibatkan mereka yang tidak akan ke universiti ataupun pengajian tinggi. Jadi, mereka ini melalui PLKN. Mereka diberikan kemahiran dan sebahagian daripada peruntukan PLKN itu diberikan kepada universiti supaya modul kenegaraan jati diri patriotisme yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu diberikan kepada pelajar universiti juga. Jadi semua aspek dan kohort itu akan terdedah kepada modul PLKN. Cuma ini masih lagi dalam perbincangan awal daripada segi perubahan transformasi PLKN tetapi dia ambil semangat kekhuatiran Ahli Yang Berhormat tadi iaitu PLKN satu program yang baik tetapi hanya dapat sentuh 100,000 daripada 500,000 dalam satu kohort. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, kem unity yang dibangkitkan akan menekankan pembudayaan nilai patriotism yang meliputi elemen sejarah negara, penghayatan Rukun Negara, hubungan antara kaum dan menghargai kehidupan sebagai warga negara merdeka dan berdaulat. Di samping itu juga kem unity ini untuk memperkukuhkan nilai jati diri generasi muda dan menanam semangat mempertahankan keamanan dan keharmonian negara kita. Diperkenalkan kem unity ini sebab PLKN tidak cukup seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Jadi, kita buat intervensi yang lebih awal di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 untuk kita dedahkan mereka kepada kem unity di kalangan peserta-peserta yang berbilang kaum, lebih awal daripada PLKN dalam tempoh masa yang lebih ringkas, dengan kepada yang lebih rendah supaya mereka ada semangat kenegaraan dan juga unity ataupun perpaduan yang lebih tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang juga, Kementerian Belia dan Sukan telah pun mempunyai Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Pasir Panjang Negeri Sembilan diasaskan pada tahun 1993. Kini Akademi Pembangunan Belia Malaysia tersebut sedang dalam usaha menambahbaikkan dan memperkasakan hala tujunya sebagai pusat latihan tinggi program kepimpinan belia Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerjasama erat di antara Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia telah lama terjalin menerusi program-program pembangunan belia. Sebenarnya Ahli Yang Berhormat, saya telah maklumkan kepada pimpinan Majlis Belia Malaysia bahawa saya mahu supaya akademi baru ini ataupun transformasi akademi ini diterajui bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan dan juga Majlis Belia Malaysia supaya ada sense of ownership di kalangan Majlis Belia atas akademi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Lenggong, Parlimen Belia Malaysia (PBM) dan Majlis Perundingan Belia Negara ialah dua program yang berbeza. Yang Berhormat Lenggong pun tahu. Majlis Perundingan Belia Negara ditubuhkan di bawah Undang-undang Malaysia, Akta 668. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, yang mana MPBN bertindak sebagai badan rundingan dalam hal yang berhubung dengan pembangunan belia. Keahlian MPBN terdiri daripada mereka yang merupakan ahli majlis tertinggi sebuah persatuan dan badan pergabungan Majlis Belia Malaysia.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Manakala Parlimen Belia Malaysia merupakan program inisiatif yang diwujudkan di bawah Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang telah diadakan pada 2010 dengan memberi fokus dan peluang kepada belia yang tidak berpersatuan iaitu merangkumi sebanyak 80 peratus jumlah belia di Malaysia. Secara amnya pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan. Parlimen Belia Malaysia berperanan sebagai sebuah platform untuk belia menyuarakan idea dan pandangan. Saya faham yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong bahawa mungkin ada kebimbangan daripada segi pertindihan peranan dan juga platform tetapi Parlimen Belia ini hasil daripada pemilihan ataupun pilihan yang dibuat secara demokratik.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, Hulu Langat penjelasan sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Parlimen Belia Malaysia ini persidangannya dah berjalan ataupun belum lagi?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Belum lagi Ahli Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Daripada segi pemilihan?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Baru sahaja tamat pemilihan.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Perkara ini saya pun telah sampaikan dalam taklimat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat. Pemilihan Parlimen Belia baru sahaja tamat dan sidang pertama akan berlangsung, terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua yang membenarkan sidang itu berlangsung dalam Dewan ini pada bulan Januari 2015. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Lipis, permohonan bantuan aktiviti yang selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Negara atau Dasar Sukan Negara memberi impak positif kepada kumpulan sasar. Menggabungkan nilai-nilai integrasi dan perpaduan kaum berkonsepkan kepimpinan jati diri, patriotisme, ketatanegaraan, kemahiran, keusahawanan, kesukarelaan dan kesukanan serta aktiviti yang dijalankan bersama NGO dan diberikan kepada NGO yang mempunyai kepakaran pengurusan melalui pejabat belia sukan daerah, jabatan belia sukan negeri atau terus daripada Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Yang di-Pertua, IKBN. Untuk makluman Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Sabak Bernam, kerajaan sememangnya berhasrat untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara. Suka saya nyatakan pelaksanaan double shift IKBN yang mula dilaksanakan pada tahun ini merupakan antara pendekatan kerajaan dalam memastikan pelbagai bidang latihan kemahiran diberikan kepada belia. Pelaksanaan ini bermula secara berperingkat di mana penambahan pelajar seramai 2,545 telah dilatih pada tahun 2014. Peningkatan ini menyaksikan lebih ramai belia termasuk belia luar bandar dapat dilatih dalam bidang kemahiran dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran. Melalui kajian kebolehpasaran graduan IKBN pada tahun ini, didapati sebanyak 83 peratus lepasan IKBN telah mendapat pekerjaan berbanding dengan sasaran awal iaitu 82 peratus. Susulan itu bagi memastikan lebih ramai belia mendapatkan pekerjaan, kementerian akan menaikkan sasaran employability, dengan izin, kepada 85 peratus pada tahun 2015 manakala daripada segi purata gaji pula, peningkatan daripada RM1,300 kepada RM1,400 telah diperoleh oleh lepasan IKBN.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tanah Merah juga, IKBN Tanah Merah, surat setuju terima pada 15 Oktober 2014, tarikh masuk tapak 3 November 2014, tarikh siap kerja 87 minggu, 3 Julai 2016. Tender oleh JKR, kos kontrak RM52.8 juta.

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Machang.

Terima kasih, terima kasih. Akhirnya lah IKBN ini yang dah tergendala saya harap ia dapat betul-betul dapat siap seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

InshaaAllah.

Itu sahajalah, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya pun harap pemantauan daripada Ahli Yang Berhormat sebagai seorang Ahli Parlimen yang dinamik untuk pastikan bahawa projek ini siap dengan cepatnya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Batu Gajah, Yayasan NAAM ataupun New Affirmative Action Movement yang telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2014 bagi memperkasakan ekonomi 100,000 orang belia dan beliawanis dalam masa lima tahun yang mana kumpulan sasar melibatkan lepasan PMR, SPM, belia yang berkelulusan rendah, tidak berpendapatan tetap atau belia berada dalam kategori risiko tinggi. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM37 juta melalui Unit Perancang Ekonomi untuk melaksanakan program-program berbentuk latihan, kursus kemahiran dan program-program pembangunan belia. Pada ketika ini, seramai 109 orang ahli NAAM sedang menjalani projek perintis pertanian cili secara fertigasi. Projek ini melibatkan sebanyak 109 ekar tanah di sembilan buah negeri di seluruh negara. Selain itu, Yayasan NAAM turut membantu peserta untuk mendapatkan bantuan pinjaman kewangan daripada TEKUN dan Agrobank untuk membiayai kos projek selain kerjasama dengan jabatan pertanian dan FAMA untuk memberi latihan kepada belia untuk memasarkan produk-produk pertanian mereka. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2015, kementerian telah menerima peruntukan pembangunan yang besar iaitu RM415.1 juta bagi pembangunan fasilitet sukan, menaik taraf fasilitet sukan sedia ada dan program-program melibatkan kumpulan belia. Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana mengambil kira kepentingan fasilitet sukan terutamanya di kawasan-kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Ketereh, Lipis, Sik Jerantut dan Tanjung Manis yang mencadangkan supaya fasilitet sukan dapat dipertingkatkan terutama yang melibatkan penyertaan kumpulan belia di kawasan Parlimen dan daerah masing-masing termasuk di kawasan pedalaman. Untuk makluman Yang Berhormat Johor Bahru, sememangnya telah wujud kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia malah dengan PBT untuk menaik taraf fasilitet dan sukan yang sedia ada. Antara projek yang telah dilaksanakan adalah Kompleks Mini Sukan Teluk Intan, naik taraf padang sintetik di Selama, naik taraf padang sintetik di Padang Merdeka, Port Dickson, naik taraf padang di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor dan juga di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Permohonan Ahli Yang Berhormat Johor Bahru untuk menaik taraf kemudahan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda di Johor Bahru telah pun dipersetujui dan kementerian akan kemukakan cadangan ini di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas kerana kos projek yang dicadangkan melebihi RM1 juta. Ini jawapan kepada soalan apakah Kementerian Belia dan Sukan dapat menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan, PBT dan sebagainya. Tidak ada masalah siapa yang memiliki fasilitet ataupun kemudahan tersebut, inshaaAllah dengan persetujuan mereka, Kementerian Belia dan Sukan dapat membantu untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan tersebut.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan saya. Kalau ada yang tak sempat saya jawab, saya akan kemukakan dalam jawapan bertulis dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan menyentuh Kementerian Belia dan Sukan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sila.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa isu telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Baru. Saya jawab pada yang hadir sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Yang tak hadir saya tak jawab, minta maaf ya. Saya jawab secara bertulis. Yang pertama, Yang Berhormat Johor Bahru tak ada jadi saya jawab secara bertulis. Berkaitan dengan harga rumah.

Yang Berhormat Johor Bahru ada, dia di luar.

Kedua ialah, Yang Berhormat Setiawangsa ada? Okey. Ketiga, Yang Berhormat Lembah Pantai, tak ada. Yang Berhormat Sepang, tak ada. Yang Berhormat Setiawangsa telah pun membangkitkan isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan yang membina rumah pada harga kompetitif di kawasan Greater Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat Setiawangsa, penentuan harga di pasaran terbuka negara ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti permintaan, penawaran, lokasi, kos tanah, kos buruh, kos bahan binaan serta kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Jadi, faktor migrasi dari luar bandar ke bandar juga menyebabkan permintaan perumahan yang tinggi dan jauh melebihi penawaran dan faktor ini turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah di semua kawasan bandar. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Setiawangsa, kementerian mengalu-alukan dan memuji kepada mana-mana pemaju yang boleh menjual pada harga yang kompetitif dan usaha seumpama ini seharusnya menjadi contoh kepada pemaju-pemaju lain dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Beralih saya kepada perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Kangar. Okey, ada. Terima kasih. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kangar memohon pertimbangan supaya kementerian membina projek PPR di kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun akan datang tak ada tapi inshaaAllah pada tahun akan datang mungkin akan dapat dipertimbangkan. Seterusnya daripada Yang Berhormat Sabak Bernam. Begitu juga, permohonan PPR untuk dibina di kawasan Sabak Bernam untuk tahun depan tak ada, mungkin inshaaAllah pada tahun akan datang dan seterusnya daripada Yang Berhormat Sungai Siput pun perkara yang sama, untuk dibina di Sungai Siput. Juga tidak ada perancangan yang sedemikian dan mungkin sekiranya ada keutamaan dan kita akan laksanakan pada tahun yang akan datang. Yang Berhormat Batu Gajah juga telah membangkitkan program PPR di Parlimen Batu Gajah, juga tidak ada perancangan buat masa ini dan kita akan cadangkan pada masa yang akan datang. Kerana apa Yang Berhormat, saya nak memaklumkan, bila saya jawab begitu maknanya senarai permohonan datang daripada kerajaan negeri. Jadi kalau senarai permohonan itu tidak ada menampakkan bahawa dalam kawasan Yang Berhormat, maknanya tidak adalah pada tahun akan datang. Mungkin yang menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri ialah pada kawasan-kawasan yang lain yang lebih memerlukan terutama di kawasan-kawasan setinggan. Yang Berhormat Kuala Selangor telah memohon supaya ditubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet.

Saya nak memaklumkan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor bahawa kerajaan telah pun menubuhkan Majlis Perumahan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan peranannya adalah untuk merangka strategi pelan tindakan secara menyeluruh ya Yang Amat Berhormat, juga untuk menyelaras aspek perundangan dan mekanisme harga hartanah serta memastikan penyediaan rumah dengan lebih cekap dan tepat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Menteri, sambung esok ya?

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita ke hari esok, Khamis jam 10 pagi.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.]