Dewan Rakyat · 16 March 2015
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 756 turns · 57,849 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji mengenai kelemahan dan kekurangan kerajaan dalam menangani insiden banjir baru-baru ini serta melakukan kajian semula terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sistem pengurusan bencana untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang diketahui, pada penghujung tahun 2014 yang lalu, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang sangat luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung. Antaranya Kelantan, negeri yang paling teruk terjejas, diikuti negeri Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Di beberapa buah negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah kawasan seperti di negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara dan beberapa buah agensi berkaitan telah dan akan melaksanakan pelbagai tindakan bagi membantu mangsa- mangsa banjir yang terlibat serta membaik pulih infrastruktur yang terjejas teruk akibat banjir tersebut. Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir adalah seperti berikut: (i) kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta sebagai bantuan permulaan atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada Tabung Majlis Keselamatan Negara menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta; (ii) sebagai peruntukan awalan, kerajaan menyediakan RM800 juta untuk memperbaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan; (iii) menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir; (iv) membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt house setinggi lapan kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri; (v) menyerahkan sebahagian daripada 1,000 unit rumah kos rendah yang telah siap di Gua Musang untuk mangsa-mangsa banjir; dan (vi) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat dan menghulur sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana banjir tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, merujuk kepada bencana banjir yang melanda baru-baru ini, kerajaan berpandangan bahawa tiada keperluan untuk membentuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI mengenai pengurusan bencana banjir bagi musim tengkujuh yang lalu. Walau bagaimanapun, peraturan tetap operasi atau PTO pengendalian bencana banjir dan prosedur operasi standard atau SOP agensi pelaksana harus dikaji, disemak dan dikemas kini supaya berkeupayaan dalam menghadapi situasi banjir besar dan air yang menaik secara pantas. Justeru, berdasarkan kejadian banjir yang telah berlaku tersebut, beberapa isu telah dikenal pasti dan memerlukan penambahbaikan. Antara lain adalah seperti berikut: (i) peningkatan kompetensi dan kemahiran kepimpinan dalam agensi dan jawatankuasa di peringkat daerah, negeri serta pusat seperti Kaedah Perintah dan Kawalan Pembangunan Keupayaan Sistem Amaran Awal yang lebih tepat dan berkeupayaan memberi amaran dalam tempoh masa yang lebih lama; (ii) peningkatan keupayaan aset dan logistik yang bersesuaian bagi penggunaan operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan bencana ekstrem, antaranya penggunaan bot berkeupayaan tinggi (amphibious vehicles) serta helikopter yang berkeupayaan untuk beroperasi dalam situasi yang lebih serius; dan (iii) penempatan pegawai berkemahiran dalam pengurusan bencana terutama di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan bencana dapat diselaras dan dikendalikan dengan lebih berkesan. Untuk tempoh sederhana dan panjang, kerajaan akan membina projek pencegahan banjir terutama bagi projek-projek yang mampu menghasilkan pendapatan seperti pembinaan empangan yang boleh menjana bekalan elektrik. Selain itu, kerajaan sedang mengkaji model terbaik pengurusan bencana yang dipraktikkan oleh beberapa buah negara yang sering dilanda malapetaka. Sebagai kesimpulan, perlu ditegaskan bahawa sebarang bentuk pembangunan mestilah bersifat lestari dan mampan. Ia merangkumi pelaksanaan projek-projek pembangunan, perlombongan, pembukaan tanah dan pembalakan. Jelasnya, pembangunan yang tidak mementingkan kelestarian alam sekitar akan membawa mudarat kepada manusia. Inilah pengajaran yang paling penting daripada bencana banjir besar ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Pekan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada beliau selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional kerana Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah bergerak ke hadapan dahulu sebelum mana-mana agensi kerajaan. Itu sebabnya bagi saya selaku Ahli Barisan Nasional, merasa beruntung kerana Kerajaan Barisan Nasional tidak mendiskriminasikan kerajaan pembangkang khasnya Kerajaan PAS yang memimpin negeri Kelantan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Pekan. Jadi soalan tambahan saya berkenaan dengan jawapan yang telah diberi ialah sejauh manakah semakan semula ke atas prosedur operasi standard atau SOP akan benar- benar mengambil kira soal kesan kepada rakyat yang menderita akibat bencana serta aspek kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan pada masa yang akan datang jika langkah-langkah drastik tidak diambil dengan segera?
Adakah SOP baru akan merangkumi dengan izin, flood severity index iaitu penjelasan tahap keterukan banjir besar, prosedur bantuan semasa dan selepas banjir besar serta keperluan asas yang diperlukan mangsa di pusat pemindahan banjir? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa perkara-perkara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Pengerang itu memang dalam perkiraan apabila kita buat SOP baru. Sebab SOP baru ini mestilah pertamanya meletakkan seluruh jentera dan mekanisme kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah dalam keadaan lebih berkeupayaan terutama sekali apabila menghadapi situasi air naik secara mendadak.
Selain daripada itu, tentu sekali sasaran kita ialah mangsa-mangsa banjir dan kerajaan akan meneliti apa yang patut kita lakukan termasuk juga tempat-tempat pemindahan banjir yang boleh kita kenal pasti dan boleh kita melakukan penambahbaikan. Umpamanya di sekolah-sekolah tertentu yang lazimnya dijadikan sebagai tempat pemindahan banjir, mungkin kita boleh tambah bilik-bilik air, mandi, asrama dan sebagainya dan juga pencawang-pencawang elektrik mungkin kita boleh pindahkan ke kawasan yang lebih tinggi, tempat-tempat pendaratan helikopter boleh dikenal pasti lebih awal lagi dan langkah-langkah yang lain yang bersifat lebih komprehensif dan menyeluruh, hasil daripada pengalaman pahit yang telah kita lalui baru-baru ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pekan, saya hendak tanya. Apakah yang menyebabkan kerajaan tidak mengisytiharkan darurat dalam keadaan banjir yang amat teruk sekali dan kalau disiarkan darurat mungkin mobilization untuk tentera, polis dan lain-lain itu akan berlaku dengan pantas dan mungkin tindakan-tindakan segera dapat diambil tanpa connection yang agak makan masa kalau dibiarkan kepada civilian? Terima kasih.
Kerajaan tidak mengisytiharkan darurat baru-baru ini sebab kerajaan mahu ini merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan Pusat tidak mahu diletakkan dalam keadaan bahawa ini merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat semata-mata sebab sebahagian daripada tanggungjawab itu mesti di bawah kerajaan negeri terutama sekali negeri-negeri yang mana pentadbiran itu di bawah kerajaan negeri. Kedua, kalau kita mengisytiharkan darurat, ia ada implikasi daripada segi insurans dan sebagainya. Jadi, inilah antara sebab mengapa kita tidak mengisytiharkan darurat tetapi seluruh kekuatan Kerajaan Pusat termasuk angkatan tentera dan polis telah dikerahkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Pengerang, dalam suasana kita menghadapi banjir ini, cuba juga untuk membuka ruang-ruang pertelingkahan politik dalam suasana kita menghadapi kegawatan ini dan saya yakin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mahu ditarik untuk berbahas mengenai isu politik ini. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Pekan, banjir kali ini, Alhamdulillah, teruk-teruk pun kita ucap syukur kerana jumlah kematian tidaklah besar seperti melandanya gempa bumi ataupun tsunami. Namun, perkara ini kita masih boleh elakkan seandainya kita membuat persediaan yang cukup. Kita dimaklumkan sebelum banjir bahawa persediaan MKN dan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir ini cukup dan bersedia untuk menghadapi suasana. Sehingga akhirnya, tempat-tempat pemindahan yang tidak digazetkan terpaksa digunakan kerana keadaan yang begitu teruk. Jadi, apakah SOP yang akan diperbaiki itu termasuk menyediakan pelan-pelan kontingensi supaya tidak menyebabkan kegawatan semasa pemindahan? Di samping itu juga, Yang Berhormat Pekan mengatakan bahawa projek tebatan banjir akan dilaksanakan. Adakah ini termasuk – contohnya bagi Sungai Kelantan mengadakan terusan-terusan ataupun canal yang berbagai-bagai daripada peringkat atas sungai itu supaya aliran air dapat disegerakan dan dipermudahkan bagi mengelakkan banjir yang lebih besar di kawasan hulu-hulu sungai? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, banjir yang berlaku baru-baru ini merupakan banjir yang boleh kita sifatkan sekali dalam masa 100 tahun skalanya. Kita punya SOP memang boleh diguna pakai untuk keadaan banjir biasa ataupun banjir yang boleh dikatakan berat juga. Akan tetapi kalau skalanya besar seperti berlaku sekali dalam 100 tahun dan air naik secara mendadak, tidak diduga oleh sesiapa sekali termasuk oleh kerajaan-kerajaan negeri pun tidak diduga. Jadi, kita merasakan bahawa ini merupakan keadaan yang amat luar biasa yang tidak dapat dijangkakan oleh sesiapa sekali pun. Kedua, seperti mana yang saya katakan tadi, kita tidak mendiskriminasi antara negeri. Kelantan termasuk dalam negeri-negeri yang kita akan memberi pertimbangan untuk melaksanakan projek-projek pencegahan banjir terutama sekali yang boleh menjana pendapatan seperti empangan yang saya sebutkan tadi sebagai contoh. Dalam pada itu, kita juga mengharapkan kerajaan-kerajaan negeri tolong menggunakan pertimbangan yang lebih berhemah dalam meluluskan kawasan perlombongan, pembukaan tanah dan sebagainya. Ini kerana negeri Kelantan baru-baru ini banjir itu lebih teruk sebab boleh dikatakan banjir lumpur dan bukan banjir biasa. Jadi maknanya, kelestarian daripada segi
tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri wajib kita jadikan sebagai panduan pada masa akan datang.
2. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) jumlah pesakit luar dan dalam didaftarkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2014 dan jumlah pesakit yang mampu ditampung oleh hospital itu; dan (b) perancangan kementerian untuk membina sebuah hospital awam pertama di Petaling Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya beri jawapan, saya hendak mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan rombongan GPMS daripada Parlimen Balik Pulau. Ada di atas sana. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Soalan ini adalah berkenaan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Soalan yang amat spesifik. Tuan Yang di-Pertua, kedatangan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2014 ialah seramai 975,549 yang merangkumi kedatangan di Jabatan Trauma dan Kecemasan, klinik pakar, Jabatan Pesakit Luar. Manakala jumlah kemasukan pesakit dalam adalah 59,357 orang kemasukan. PPUM mempunyai 1,309 buah katil yang diwartakan sebagai katil rasmi, namun hanya 1,104 buah katil yang beroperasi pada tahun 2014. Berdasarkan bilangan katil yang beroperasi, kerana penggunaan katil ataupun beds occupancy rate (BOR), PPUM pada tahun 2014 ialah sebanyak 33% sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan memang sedang di peringkat awal penilaian cadangan pembangunan sebuah hospital di Petaling Jaya yang mana kajian kesesuaian tapak bagi pembangunan projek ini sedang dijalankan. Tapak sebenarnya telah pun digazet oleh kerajaan negeri sebanyak 16 ekar di Bandar Sunway dan kita telah meneliti penilaiannya, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang peranan Kementerian Kesihatan tentang memantau kesihatan banduan-banduan ataupun orang-orang tahanan di penjara, pusat-pusat tahanan. Sejauh manakah Kementerian Kesihatan memantau keadaan kesihatan Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mana keadaan kesihatan beliau dilaporkan amat membimbangkan?
Soalan tambahan harus berkaitan dengan soalan asal, Yang Berhormat
[Dewan riuh]
.
Ya.
Soalan asal ialah berkaitan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, sebab dia pernah juga dirawat di PPUM. So saya rasa itu berkaitan.
Isu berbeza, Yang Berhormat.
Berat badan Ketua Pembangkang sekarang turun tiga kilogram dan tekanan darah amat rendah sekali, 87/50. Jika dibandingkan tekanan darah normal...
Yang Berhormat.
...120/80 kepada 140/90. So, sejauh manakah Yang Berhormat Menteri memantau keadaan kesihatan Ketua Pembangkang. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, soalan ini tidak perlu dijawab kerana tidak berkaitan.
Tuan Yang di- Pertua, soalan ini terkeluar ya.
Yang Berhormat, saya terpaksa bagi doktor, Yang Berhormat ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu kajian yang dilaporkan pada tahun 1997 menunjukkan kebanyakan penduduk berpendapatan rendah di Malaysia tinggal purata jaraknya lebih kurang 23.6 kilometer dari hospital dan mereka yang berpendapatan tinggi tinggal secara puratanya 10.9 kilometer. Soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula kriteria pemilihan lokasi penubuhan hospital kerajaan yang kebanyakannya terletak jauh dari kawasan kediaman penduduk berpendapatan rendah. Apakah pencapaian Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebagai sebuah pusat penyelidikan serta apakah sumbangan PPUM kepada kesihatan negara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama terkeluar sedikit tetapi tidak apalah saya jawablah. Tentang PPUM, peranan memang sangat penting saya kira. Dia ada dua komponen; satu, komponen kerajaan dan satu lagi kita ada juga komponen swasta di PPUM. Semua pakar ada di situ. Sebenarnya dia serve dengan izin kawasan yang bukan hanya – PPUM terletak di Federal Territory, di Wilayah Persekutuan. Yang sebelah sana, Jalan Universiti itu adalah Petaling Jaya. Jadi penduduk Petaling Jaya pergi ke PPUM. Kawasan ini memang pada peringkat mulanya saya katakan tidak ada hospital kerajaan. Yang paling dekat Hospital Kuala Lumpur sejauh 13 kilometer dan di Shah Alam sejauh 22 kilometer. Selain daripada itu, kita juga ada beberapa kemudahan lain. Kita ada lapan buah klinik kesihatan di kawasan Petaling Jaya. Tiga buah klinik desa, 12 buah Klinik 1Malaysia dan yang paling banyak ialah 1,128 klinik swasta dan 339 buah klinik pergigian. Pihak kementerian juga sedang– Klinik Kesihatan Kota Damansara dalam peringkat pembinaan, Bangsar kita sedang merancang dan Klinik Kesihatan Puchong kita tengah upgrade dan Klinik Kesihatan Kinrara kita sedang merancang. Ini bermakna untuk kemudahan di daerah Petaling Jaya setakat ini memang mencukupi. Tidak ketinggalan juga yang saya sebut tadi kita merancang untuk membina sebuah hospital di Petaling Jaya. Tapak telah pun saya katakan tadi di Bandar Sunway. Yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kajian telah dibuat. Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, perkhidmatan kesihatan kita sampai ke mana-mana. Sampai ke kawasan yang paling jauh. Kalau tidak ada klinik, kita adakan klinik bergerak dengan van. Kalau tidak boleh sampai dengan van, sampai dengan bot. Kalau tidak boleh dengan bot, dengan helikopter. Jadi memang sampai ke mana-mana dan kita diiktiraf. Kalau tengok laporan dalam Bloomberg, perkhidmatan kita adalah yang ketiga terbaik di dunia. Walaupun perbelanjaan kita hanya 4.6% daripada GDP kita berbanding dengan banyak negara maju. Amerika contohnya sampai 13% tetapi kita sampai ke mana-mana. Sebenarnya kita sedang melihat piawaian kita. Sekarang sudah banyak pembangunan. Penduduk makin ramai. Sekiranya ada penduduk di mana-mana kawasan yang ada sehingga 100,000 dia layak mendapat sebuah hospital. Yang kecil-kecil macam lebih kurang 30,000 orang penduduk, dia layak mendapat klinik kesihatan. Buat sementara waktu Tuan Yang di-Pertua, kita adakan Klinik 1Malaysia. Setiap tahun Perdana Menteri tambah Klinik 1Malaysia. Jadi yang ini sedang kita jalankan, Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah perancangan kerajaan yang telah memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas dalam memantau kes pencerobohan perairan antara Malaysia–Indonesia seperti yang diperbincangkan dalam pertemuan dengan Presiden Indonesia ke Malaysia baru-baru ini.
Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang pada 18 Mac, Yang Berhormat Bukit Katil pada 19 Mac dan Yang Berhormat Simpang Renggam bertarikh 6 April 2015.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, masih terdapat kawasan maritim di antara Malaysia dan Indonesia yang belum dimuktamadkan persempadanannya. Ini termasuklah di kawasan Laut Sulawesi, kawasan paling selatan di Selat Melaka dan di Selat Singapura. Rundingan pembatasan sempadan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005 di bawah mekanisme Mesyuarat Teknikal Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia – Indonesia. Sehingga kini sebanyak 27 mesyuarat teknikal telah diadakan. Semasa lawatan negara Presiden Republik Indonesia ke Malaysia pada 5 hingga 7 Februari 2015, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Joko Widodo telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan mekanisme khas berhubung pembatasan sempadan maritim di Laut Sulawesi bagi mempercepatkan proses rundingan dan seterusnya memuktamadkan sempadan maritim di Laut Sulawesi. Kedua-dua negara akan melantik perunding khas di mana mereka akan mengadakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, exploratory talk untuk mencari penyelesaian pembatasan sempadan maritim di antara kedua-dua negara di Laut Sulawesi. Tuan Yang di-Pertua, isu pencerobohan nelayan bukanlah isu baru di antara kedua- dua negara. Perkara ini telah dibincangkan di peringkat pegawai, di peringkat Menteri Luar Negeri dan termasuklah kedua-dua pemimpin negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Joko Widodo baru-baru ini telah mencapai persefahaman supaya nelayan-nelayan yang memasuki kawasan perairan bertindih tidak ditangkap dan hanya diusir daripada kawasan bertindih tersebut. Ini bagi mengelak sebarang ketegangan yang mungkin berlaku di antara kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka memasuki perairan Malaysia atau Indonesia, nelayan-nelayan tersebut adalah tertakluk kepada tindakan di bawah undang-undang tempatan antarabangsa. Persefahaman ini adalah selaras dengan memorandum of understanding in respect of the common guidelines concerning treatment of fishermen by Maritime Law Enforcement Agencies yang ditandatangani kedua-dua negara pada tahun 2012. Kedua-dua pemimpin juga bersetuju supaya diwujudkan satu standard operating procedure (SOP) bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan MOE ini. Berhubung dengan isu kapal milik nelayan Malaysia yang ditenggelamkan oleh pihak berkuasa Indonesia, saya ingin memaklumkan bahawa berdasarkan laporan yang diperoleh dari Jabatan Perikanan, Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia adalah jelas kapal tersebut menjalankan kegiatan perikanan di dalam kawasan perairan Indonesia. Berdasarkan rekod Indonesia, Indonesia telah menenggelamkan kapal perikanan dari Vietnam, Papua New Guinea dan Malaysia selaras dengan perundangan domestik Indonesia. Saya ingin maklumkan juga bahawa Malaysia juga telah menangkap kapal-kapal perikanan asing termasuk kapal-kapal Indonesia yang menceroboh kawasan perairan Malaysia. Kerajaan Indonesia juga menghormati proses perundangan Malaysia apabila berlaku kes pencerobohan kapal nelayan Indonesia di dalam perairan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bapak Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi kerana memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk diadakan lawatan.
Ini membuktikan bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia adalah amat penting bukan sahaja kerana kita berkongsi agama, bahasa dan budaya malahan kedua-dua negara ini saling perlu memerlukan dari segi ekonomi juga dari segi keselamatan. Namun kebelakangan ini, sudah banyak insiden yang telah merobek hubungan dua hala ini terutamanya di kalangan rakyat di kedua-dua negara. Sudah ada bibit-bibit kebencian tumbuh akibat insiden-insiden seperti tenaga kerja Indonesia diberi layanan yang amat buruk di negara kita dan juga insiden kapal nelayan Malaysia ditelenggami. Soalan saya ini, dalam untuk kita memastikan kedaulatan negara tidak dinodai seperti persempadanan perairan, apakah langkah jangka pendek atau jangka panjang kerajaan untuk memastikan hubungan antara Malaysia dan Indonesia dari segi kerajaan, hubungan Malaysia dan Indonesia dari segi rakyatnya dapat ditingkatkan dan perasaan cinta dan kasih sebagai satu rumpun ini dapat terus kita sirami. Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Memang benar hubungan baik di antara Malaysia dan Indonesia kita harus pertingkatkan dari semasa ke semasa. Jadi sebab itu pada setiap tahun kita menghubungi kedua-dua pemimpin, kunjung- mengunjungi di antara satu sama lain, selalunya sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Ini menunjukkan bahawa apa sahaja yang berlaku dalam masalah yang timbul di antara kedua-dua negara ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Manakala di peringkat Menteri Luar sendiri, mereka juga selalu berbincang dan dapat menyelesaikan apa sahaja masalah yang ditimbulkan. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna itu sahaja semata-mata sudah pun mencukupi. Di antara rakyat Malaysia dan Indonesia, kita sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti tidak kira sama ada dari Kementerian Luar tetapi juga daripada kementerian- kementerian lain untuk melihat bahawa apa yang berlaku di sini dan berlaku di Indonesia adalah merupakan tanggungjawab bersama sementara kita juga mahu melihat bahawa apa yang dianjurkan kita untuk memastikan bahawa ASEAN itu menjadi satu kenyataan akan benar-benar mencapai matlamatnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri tentang masalah nelayan yang telah berpanjangan sejak merdeka terutamanya di Pantai Timur. Bahawasanya tidak ada ketegasan di dalam menangani masalah nelayan di luar perairan kita dan di dalam perairan kita terutamanya tentang nelayan atau bot-bot dari Vietnam. Kalau kita lihat Presiden Jokowi hanya beberapa bulan di dalam pejabatnya dan memantau 18,000 kepulauan Indonesia dapat mengambil tindakan-tindakan yang lebih berkesan. Kenapa kita di Malaysia ini masih bertelagah bersama jabatan-jabatan berkenaan untuk menguatkuasakan penceroboh-penceroboh dari Vietnam, Thailand dan sebagainya. Kita tahu baru-baru ini juga, bot yang telah ditenggelamkan oleh Indonesia yang kononnya kepunyaan Malaysia, anak kapalnya adalah nelayan-nelayan Myanmar dan kepunyaannya bukan nelayan biasa. Itulah dilema dan masalah yang kita masih belum atasi sejak 57 tahun merdeka. Terima kasih.
Yang Berhormat, sama ada berkenaan berkaitan dengan soalan asal atau tidak. Jika tidak, tidak perlu jawab Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
4. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan tindakan susulan kerajaan setelah barangan elektronik buatan Malaysia disenaraihitamkan sebagai barangan buatan buruh paksaan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada 1 Disember 2014. Nyatakan implikasi kepada ekonomi negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya diminta untuk mengalu-alukan kehadiran ahli PERKIM cawangan Samarahan daripada pihak Yang Berhormat Kota Samarahan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, penyenaraian sektor elektrik dan elektronik Malaysia sebagai sebuah sektor di mana wujudkan amalan buruh paksa oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat dalam List of Goods Produced by Child Labor or Forced Labor di bawah mandat Trafficking Victims Protection Reauthorization Act pada 1 Disember 2014 bukan bertujuan untuk mengenakan sebarang tindakan sekatan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia. Senarai ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai buruh kanak-kanak dan buruh paksa di seluruh dunia termasuk Malaysia bagi menggalakkan peluang kerjasama dua hala untuk menangani masalah tersebut. Diakui bahawa pandangan negatif ini mampu memberi implikasi buruk terhadap eksport elektrik dan elektronik negara dalam jangka masa panjang sekiranya langkah- langkah tidak diambil untuk mengatasinya. Ini termasuklah pengenaan sekatan terhadap pembekalan produk kepada agensi-agensi persekutuan Amerika Syarikat di bawah Executive Order No. 13126. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pandang serius perkara tersebut dan tidak membenarkan amalan buruh paksaan di kalangan syarikat-syarikat di dalam negara ini. Pandangan-pandangan ini juga dimaklumkan kepada pihak Amerika Syarikat. Tindakan susulan:
(i) menyiasat dakwaan tersebut dan meningkatkan penguatkuasaan oleh agensi kerajaan yang terlibat; (ii) mengukuhkan aktiviti-aktiviti koordinasi di antara agensi kerajaan termasuklah melalui penglibatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti dalam Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri supaya isu buruh paksaan ini dibincangkan dan ditangani di peringkat tertinggi; (iii) meningkatkan sesi konsultasi bersama industri mengenai perkara ini dan menyokong inisiatif industri untuk mengawal selia sendiri sektor industri elektrik dan elektronik melalui kod Tatakelakuan Electronic Industry Citizenship Coalition (EICC); dan (iv) pelaksanaan program kesedaran mengenai isu berkaitan buruh paksaan dan menjalankan kerjasama erat dengan Kerajaan Amerika Syarikat untuk menghasilkan pelan tindakan khusus untuk menangani masalah buruh paksa dalam sektor ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Timbalan Menteri, sektor electronic dan electrical adalah nadi kepada sektor perindustrian kepada negara kita. Tahun lepas, kita ada sebanyak RM236.8 bilion eksport barangan E&E ke luar negara atau bersamaan dengan 33% jumlah eksport negara. Ini sektor yang cukup penting. Juga jumlah pekerja adalah sebanyak sekurang-kurangnya tiga juta orang rakyat Malaysia dan 700,000 pekerja asing. Jadi ini adalah satu sektor yang begitu penting tetapi Tuan Yang di-Pertua – satu sektor yang begitu penting tetapi di bawah jagaan kementerian MITI, kita jatuh ke dalam list of – kita disenaraihitamkan dalam List of Goods Produced by Child Labor or Forced Labor. Ini adalah satu keadaan malu yang cukup besar kepada negara Malaysia. Kita tahu bahawa sekarang...
Ya, soalan Yang Berhormat.
Ya, saya akan ke soalan. Jadi kita tahu bahawa sektor-sektor perindustrian di Amerika sekarang terutamanya seperti Apple dan sebagainya mereka telah set a very high standard. Jadi kita mahu minta kementerian bagi satu enforcement yang cukup penting terutamanya secondary dan tertiary supply chain kerana masalah itu berlaku di sana. Kita minta kementerian jelaskan kepada kita, sejak kita disenaraihitamkan, berapa operasi terhadap forced labor ini dilakukan. Apa yang telah dijalankan oleh kementerian? Kita tidak mahu yang jawab sambil lewa sahaja, bagi spesifik.
Ya, cukup.
Terima kasih. Soalan itu adalah apakah yang telah dijalankan, apa penguatkuasaan yang telah dijalankan sejak Disember yang lalu? Terima kasih.
Dia pantun lapan kerat yang panjang.
Tuan Yang di-Pertua, bunyi dia macam serius kalau soalan dia begitu. Bentuk soalan tambahan itu bunyi macam serius, berlaku dalam Malaysia. Saya hendak beritahu di sini iaitu kementerian bersama dengan agensi berkaitan buat siasatan. Setakat ini sebanyak 25 majikan sektor elektronik telah diperiksa dan mendapati tiada unsur-unsur buruh paksaan pun setakat ini. Ini pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, saya tidak mahulah hendak jawab sambil lewa. Saya pun buat juga homework ini bersama dengan agensi lain. MITI bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia termasuklah Majlis Antipemerdagangan Orang atau MAPO dan Kedutaan Amerika Syarikat untuk menjalankan tindakan lanjut, siasatan dan sebagainya tentang betulkah ada kewujudan yang serius selain mungkin perkara-perkara yang remeh temeh ini kadang-kadang umpamanya, sebagai contoh syarikat pegang pasport pekerja. Ini contoh, sedangkan pekerja minta satu majikan pegang pasport. Pada pihak lain serius, pada kita tidak serius kerana sebahagian
besarnya volunteer dan sebagainya. Tidak apa biar, kes hilang dan sebagainya dan ini sentiasa kita berkomunikasi dengan MNC (Multinational Corporation) dan mereka arif, mereka maklum perkara ini. Sebagai permulaan, satu bengkel ini kita anggap serius, bunyinya serius tetapi kita bukanlah berdiam diri. Bengkel akan diadakan pada 30 hingga 31 Mac ini bersama dengan KSN, bersama MAMPU dan Kedutaan Amerika Syarikat dan persatuan industri untuk menyelesaikan isu berbangkit supaya mereka faham situasi yang sebenar. Kita sudah buat pemeriksaan ke atas 25 syarikat, 25 buah syarikat, tidak adapun buruh paksa, tidak ada kanak-kanak pun dipaksa bekerja dan sebagainya. Kerajaan harap akan terus buat engagement dan isu forced labor dalam industri elektrik dan elektronik ini dapat diselesaikan dengan berkesan tanpa melibatkan kesulitan kepada syarikat, termasuklah kita faham kesannya kepada nilai eksport dan sumbangan kepada GDP negara. Setakat ini baru senarai hitam kita kata, diperhatikan, bukannya sekatan produk dieksport ke negara Amerika Syarikat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Peningkatan kuasa beli dan juga pertumbuhan ekonomi di US yang telah recover sebenarnya melonjakkan eksport barangan perkilangan kita kepada US iaitu kini kita mencatat pertambahan sebanyak 11% kepada RM64 bilion dan juga dalam ENE ini sahaja kita dapat lihat menyumbang sebanyak 56% daripada total eksport barangan kilang. Jadi ini kita anggap penting kerana US pada ketika ini adalah eksport yang paling tinggi selepas daripada China dan Singapura, selain daripada memberikan pulangan pekerjaan yang cukup banyak. Terminologi untuk buruh paksa ini sebenarnya banyak. Bukan sahaja kita menggaji buruh-buruh paksa, tetapi kemungkinan perumahan dan lain-lain. Jadi soalan saya, selain daripada tindakan dijalankan oleh pihak kementerian, apakah sebenarnya peranan daripada pihak kerajaan-kerajaan negeri misalnya di Pulau Pinang yang kerajaannya mendakwa menyumbang sebanyak 25% daripada total eksport daripada barangan kilang. Ini penting kerana kita hendak lihat kalau boleh, terutamanya syarikat-syarikat multinasional ini dapat benar-benar mematuhi apa juga peraturan seperti mana yang digariskan semasa mereka mendapatkan manufacturing license. Seterusnya, adakah ini sebenarnya tindak balas daripada kerajaan US berhubung dengan desakan daripada rakyat Malaysia supaya kita memboikot produk-produk Amerika yang kita nampak jelas membiayai kewangan rejim Zionis. Terima kasih.
Panjang juga soalannya Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak puji Yang Berhormat Jasin sebab angka-angka tadi betul, saya sudah semak tadi. Semuanya betul, tepat cuma saya hendak tambah eksport produk elektrik dan elektronik ke Amerika sahaja RM36.4 bilion. Sebenarnya peranan kerajaan-kerajaan negeri juga penting kerana kilang ini, cukai kilang dikutip oleh pihak PBT dikawal selia oleh kerajaan-kerajaan negeri. Umpamanya di Pulau Pinang sahaja lebih kurang 320 syarikat atau kilang ENE beroperasi sehingga ini. Maknanya ini juga tanggungjawab semua kerajaan negeri, kerajaan negeri juga semua ada tanggungjawab untuk membuat engagement, untuk juga mengawal selia. Bukan bermakna menyerahkan bulat-bulat kepada Kerajaan Pusat, kepada MITI sebab hasilnya juga akan juga menyokong dan menambah kepada hasil PBT di peringkat yang dikawal selia oleh negeri. Contohnya Pulau Pinang. Pulau Pinang tahniah, tahun lepas tempat ketiga pelaburan FDI dalam manufacturing. Baguslah, perkara yang baik tetapi tanggungjawab mestilah bersama. Maknanya sama-sama kita pantau supaya tuduhan yang dibuat oleh pihak berkenaan tidak berlaku dalam Malaysia. Kalau perlukan rumah kediaman yang sempurna mengikut standard Amerika, kita sama-sama pastikan...
Yang Berhormat Menteri, mencelah sedikit. Menteri boleh jemput Pulau Pinang masuk ke bengkelkah.
Tidak boleh, tidak boleh Yang Berhormat. Tidak boleh mencelah pada peringkat ini.
Kita bincang sama-sama. Kalau jemput Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita participate dan kita work out our plan.
Yang Berhormat Bayan Baru, duduk Yang Berhormat Bayan Baru. Itu tidak payah respond Yang Berhormat, dia tidak boleh mencelah.
Saya cuma sebut tanggungjawab bersama umpamanya dalam menyediakan tempat tinggal supaya sama-sama kita pantau. Betulkah tempat tinggal ini bermasalah, sempit dan sebagainya atau masalah pasport dipegang oleh syarikat atas sukarela dan sebagainyalah. Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi saya tidak mampu hendak jawab, tetapi itu di antara perkara-perkara yang kita pandang serius tentang kemungkinan boikot dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapakah jumlah RTC yang dibina setakat ini dan ada atau tidak rancangan pembinaan untuk ditambah sebuah lagi RTC di tengah-tengah Kelantan iaitu di kawasan Machang bagi membolehkan rakyat negeri Kelantan menikmati kemudahan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengucapkan selamat datang kepada rombongan wanita dari Kota Samarahan Sarawak yang ada di dalam Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Machang, sehingga kini sebanyak lapan buah RTC iaitu Rural Transformation Centre telah diwujudkan iaitu di negeri Perak, Kelantan, Melaka, Pahang, Johor, Kedah, Terengganu dan di Sarawak. Kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan sebuah lagi RTC di negeri Kelantan memandangkan kewujudan dan pelaksanaan lapan inisiatif RTC di Kelantan yang sedia ada telah merangkumi sebahagian besar negeri Kelantan itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelaksanaan inisiatif-inisiatif RTC turut dilaksanakan oleh mini RTC. Sehingga kini terdapat 16 mini RTC di negeri Kelantan yang berperanan melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC dalam skala yang lebih kecil. Kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Machang yang menyambut baik cadangan RTC di Machang dan sesungguhnya RTC ini memberi kesan yang positif dan besar kepada rakyat di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang diberikan dan untuk makluman Yang Berhormat Menteri dan kementerian, di Machang ini merupakan satu kawasan yang berada di tengah-tengah negeri Kelantan yang meliputi kawasan luar bandar dan bilangan penduduknya kalau di Machang sahaja mengikut perangkaan pada tahun 2010 dari Jabatan Perangkaan Malaysia ialah 83,000 lebih dan sekarang mungkin mencecah 100,000. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan yang berhampiran seperti Tanah Merah, Kuala Krai, Ketereh dan juga Pasir Putih, Gua Musang. Maka saya memohon di sini agar dipertimbangkan balik sekurang-kurangnya di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk mewujudkan RTC di Machang. Soalan tambahan saya, berapakah anggaran yang diperlukan oleh pihak kementerian ataupun kerajaan di dalam mewujudkan satu-satu RTC ini, anggaran. Sudah tentulah antara satu tempat dengan tempat yang lain tidak akan ada kesamaan. Kedua, apakah kriteria yang diambil kira oleh kerajaan di dalam mewujudkan pusat transformasi luar bandar ini, setiap satu kawasan dan ternyata RTC ini di kawasan luar bandar amat penting dan perlu dan kita mesti ingat waktu pilihan raya lepas, kita berjanji bahawasanya setiap kepentingan dan keperluan rakyat diutamakan. Maka RTC ini adalah merupakan sebahagian daripada keperluan dan kehendak yang diinginkan oleh rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mohon pertimbangan.
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Jelaslah Yang Berhormat Machang ini Ahli Yang Berhormat yang agak betul-betul prihatin kepada masyarakat di luar bandar dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga tidak kurang dalam maksud ini juga, akan tetapi daripada yang ditanya adalah kriteria, kriteria yang sedia ada yang kita guna pakai adalah satu, RTC ini dia dalam satu radius yang merangkumi kawasan hingga 100 kilometer ke 150 kilometer. Kalau kita mengikut kriteria ini, sememangnya seluruh negeri Kelantan ini adalah dalam kawasan yang dirangkum dalam kriteria 100 kilometer ke 150 kilometer, itu kriterianya. Dan lagi, buat masa sekarang hanya ada peruntukan untuk kita mengguna pakai premis ataupun bangunan yang sedia ada. Kita tidak ada peruntukan yang besar untuk kita
membangunkan, untuk membina baru. Jadi, oleh itu buat setakat ini kita hanya memfokuskan kepada satu RTC di satu negeri sahaja. Kita tak tahulah untuk Rancangan Malaysia Kesebelas yang bermula tahun 2016 nanti. Kalau mungkin kiranya program sebegini amat diperlukan, mungkin kita boleh terima cadangan daripada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
6. Tuan Ko Chung Sen [Kampar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan: (a) intensiti ekzos pelepasan di Malaysia bagi lima tahun yang lepas; dan (b) sasaran bagi tempoh lima tahun akan datang dan langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan setakat ini untuk mengurangkan pelepasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat dari Kampar kerana pertanyaan ini sebenarnya adalah satu pertanyaan yang baik dan rakyat di negara kita juga perlu tahu minyak yang kita guna pakai di dalam kenderaan kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk jawapan (a), mengikut data-data yang telah pun diperoleh bagi tahun 2009 hingga tahun 2013 iaitu lima tahun, bahan-bahan tercemar yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor di negara kita ialah: (i) sulfur dioksida; (ii) zarahan ataupun particulate matter; (iii) nitrogen dioksida; (iv) karbon monoksida; dan (v) hidro karbon. Itu adalah bahan-bahan tercemar yang dihasilkan oleh kenderaan yang kita guna pakai di negara kita dan bahan-bahan ini adalah bahan-bahan yang kemungkinan boleh beri penyakit kepada kita. Secara purata, penghasilan lima jenis bahan-bahan tercemar itu tadi seperti sulfur dioksida ialah 13,000 metrik tan setahun, zarahan ataupun particulate matter, 4,500 metrik tan setahun, nitrogen dioksida, 217,000 metrik tan setahun, karbon monoksida ialah 1.67 juta metrik tan setahun dan hidro karbon, 393,000 setahun yang telah kita hasilkan di dalam negara kita selama ini. Untuk jawapan soalan kedua, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sememangnya telah pun mewujudkan pelan-pelan untuk pemantauan seterusnya agar bahan-bahan tercemar ini dikurangkan di negara kita. Melalui Jabatan Alam Sekitar yang memantau dan menguatkuasakan semua perkara seperti ini, bahan-bahan yang tercemar, Jabatan Alam Sekitar telah pun menghasilkan satu peraturan supaya minyak yang lebih berkualiti lagi akan diguna pakai. Peraturan ini telah pun disediakan pada tahun 2013 dan akan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015, Yang kedua, Jabatan Alam Sekitar akan terus mengkaji apa yang dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan motor sama ada menggunakan petrol ataupun diesel untuk mendapat maklumat dan data apakah yang perlu dibuat daripada hasil kajian ini. Adakah kementerian akan memperkenalkan minyak baru yang berkualiti seperti Euro 4M dan lain- lain jika amat diperlukan. Yang ketiga iaitu program kesedaran untuk rakyat supaya rakyat tahu apa yang perlu dibuat dan minyak apakah yang perlu diguna pakai di dalam kenderaan sebab seperti pertanyaan Yang Berhormat dari Kampar itu sebagai seorang medical doctor, dia memang tahulah bahan-bahan tercemar seperti ini membawa penyakit kepada kita.
Oleh itu kajian terus dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan bahawa minyak yang berkualiti akan terus diguna pakai bagi mengurangkan penghasilan bahan- bahan tercemar untuk dikeluarkan daripada ekzos-ekzos kenderaan yang bermotor daripada negara kita. Saya mengharapkan agar rakyat juga akan mengambil iktibar tentang apa yang dihasilkan oleh kita sendiri, yang dikeluarkan di udara yang menyebabkan pencemaran udara dan juga boleh membawa penyakit kepada rakyat kita, Malaysia. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita mengetahui emisi daripada kenderaan bermotor adalah punca utama pencemaran beracun macam karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan jelaga karbon. Warga bandar besar mempunyai risiko sepuluh kali ganda menghidap penyakit kanser paru-paru. Di Singapura mulai Julai 2014, semua kenderaan diwajibkan menepati piawaian emisi baru 40 Hartridge Smoke Unit (HSU), yang diseragamkan oleh National Environmental Agency di sana. Di Malaysia pula kita masih dapat lihat bas dan lori mengeluarkan banyak sekali asap hitam di mana-mana sahaja...
Soalannya?
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekitar untuk mengurangkan kadar emisi daripada tahap 50 HSU kepada 40 HSU seperti Singapura? Berapakah bilangan dan peratus kenderaan yang telah dikenakan kompaun kerana gagal menepati tahap emisi yang dibenarkan dalam beberapa tahun yang lepas? Kenapakah JPJ boleh menjalankan operasi cermin gelap dan operasi nombor plat, mengenakan saman kepada pemilik kenderaan? Kadang-kadang sedikit sahaja kesalahannya. Akan tetapi kenderaan yang mengeluarkan asap hitam berbahaya telah terlepas. Mengapakah tidak ada menjalankan operasi asap hitam? Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan. Terima kasih.
Dalam peraturan cuma satu soalan tambahan Yang Berhormat Menteri. Jadi, pandai-pandailah jawapan diberikan kepada soalan mana Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kampar. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Semuanya ini seharusnya kita di Malaysia mesti mengurangkan emisi. Emisi perlu dikurangkan seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa bas dan trak ataupun lori-lori besar yang mengeluarkan asap tebal yang hitam, itu yang teruk. Rakyat di bandar-bandar besar juga yang terkena teruk. Oleh sebab semuanya ini boleh mengakibatkan penyakit barah par-paru. Jangan kita kena penyakit seperti ini sebab ini adalah penyakit yang berbahaya. Walaupun demikian, apa sahaja minyak yang kita guna pakai, walaupun kita mengatakan kualiti boleh lebih tinggi lagi sedikit, masih juga penghasilan bahan-bahan tercemar ini yang telah saya sebutkan tadi seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon monoksida dan lain-lain, masih lagi. Cuma tahapnya berapa tinggi kah, berapa banyakkah yang dihasilkan dengan minyak-minyak yang berkualiti tinggi? Oleh itu, Kerajaan Malaysia sudah pun ada perancangan untuk mengurangkan penghasilan atau mengurangkan emisi dengan mengadakan kenderaan awam ataupun pengangkutan awam seperti MRT yang menggunakan bekalan elektrik, bas awam juga menggunakan bekalan elektrik. Akan tetapi dari segi keseluruhan pencemaran udara, walaupun kita menggunakan electricity, dari manakah kita dapat bekalan electricity itu kalau bukannya kita juga membakar minyak diesel dijana kuasa kita? Oleh itu, penghasilan gas-gas yang lain, gas-gas rumah hijau bertambah juga. Jadi, di manakah hala tuju kita untuk pergi kerja? Berjalan kaki? Berbasikal ataupun menggunakan kenderaan? Ini adalah satu isu yang seharusnya rakyat jelata perlu memikirkan dan membincangkan supaya pencemaran ini yang menyebabkan penyakit, lebih-lebih lagi penyakit barah tidak banyak berlaku kepada kita rakyat Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Kampar kerana bagi saya soalan Yang Berhormat tadi adalah soalan yang baik, yang perlu diketahui oleh rakyat juga. Terima kasih. [Disampuk]
7. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah hasil maklum balas awam berkaitan cadangan penggubalan akta baharu yang mencadangkan merotan anak sebagai kesalahan jenayah bagi menggantikan Akta Kanak-kanak 2001, memandangkan tercetus polemik dan kontroversi mengenainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya pun muda selalu juga. [Ketawa] Dan tidak akan gelojoh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya bagi pihak Yang Berhormat Machang minta saya untuk mengalu-alukan kehadiran para pelajar Tingkatan Enam dan guru-guru pengiring mereka dari Machang. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sipitang pada hari ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Tebrau pada 23 Mac 2015, Yang Berhormat Parit Sulong pada 30 Mac 2015, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Sekijang pada 31 Mac 2015. Yang Berhormat Ampang pada 1 April 2015, Yang Berhormat Lanang pada 6 April 2015 dan Yang Berhormat Bukit Gantang pada 9 April 2015 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di- Pertua, bagi menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, adalah ditekankan bahawa tiada cadangan. Saya ulang lagi, tiada cadangan untuk mengadakan peruntukan khusus bahawa merotan sebagai satu jenayah dalam Rang Undang-undang Kanak-kanak yang baharu. Namun, perbuatan merotan hingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada kanak-kanak telah pun diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada iaitu di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu “Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.” Saya baca 31(1): “Mana-mana orang yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak: (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau (b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”
Berdasarkan peruntukan tersebut tindakan menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal atau emosi adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi penggubalan RUU kanak-kanak yang baharu, peruntukan tersebut akan dikekalkan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti dan memperhalus cadangan untuk memasukkan cadangan mengenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi dan mencadangkan hukuman sebatan ke atas mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak tersebut. Perkara ini dilihat oleh kementerian sebagai satu langkah untuk menjaga kepentingan kanak-kanak dengan mengimbangi antara hak kanak-kanak dan hak ibu bapa, penjaga dalam mendidik dan mendisiplinkan kanak-kanak dengan cara yang positif. Selain daripada itu juga, kementerian bercadang untuk menggugurkan peruntukan berkenaan perintah sebatan ataupun dengan izin whipping ke atas kanak-kanak apabila sesuatu kesalahan dibuktikan. Peruntukan sebatan digugurkan bertujuan untuk peningkatan kendiri seseorang kanak-kanak. Hukuman sebatan merupakan tindakan yang akan memberikan kesan yang negatif terhadap emosi kanak-kanak. Sebatan akan membawa trauma yang berpanjangan dan kanak-kanak tidak akan dapat berfungsi dengan rasional. Sepatutnya pengukuhan secara positif harus diberikan untuk kesedaran, kesilapan yang dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, selari dengan perkara ini dalam penggubalan Rang Undang- nndang Kanak-kanak yang baharu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan sesi konsultasi dengan stakeholders termasuklah agensi kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan Akta Kanak-kanak 2001 dan juga NGO dan sesi konsultasi yang akan diteruskan sehinggalah rang undang-undang ini dibentangkan kepada Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kelak.
Rang Undang-undang Kanak-kanak yang baharu adalah bertujuan untuk menambah baik keberkesanan pelaksanaan Akta Kanak-kanak yang sedia ada selain memasukkan dasar-dasar baharu yang dirasakan wajar untuk diperkenalkan ke dalam rang undang-undang ini sejajar dengan perkembangan semasa, keperluan dan kebajikan kanak- kanak dengan cara yang positif. Terima kasih.
Terima kasih terhadap jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai persoalan saya. Saya mendapat makluman bahawa kerajaan telah pun menandatangani konvensyen yang berkaitan dengan Convention on the Rights of the Child iaitu CRC di mana Malaysia telah pun menandatangani perjanjian ini. Apakah impak yang besar terhadap perkara sekiranya negara kita melanggar perjanjian- perjanjian tersebut yang berkaitan dengan penguatkuasaan daripada aspek perjanjian tersebut? Adakah kementerian yakni kerajaan telah mengadakan perbincangan- perbincangan secara terbuka untuk mendapatkan maklum balas sebelum menandatangani perjanjian ini kerana kita mempunyai badan-badan agama, NGOs dan juga pejuang- pejuang terhadap pembangunan kanak-kanak ini di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang di atas soalan tambahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya baca Artikel 37 iaitu di bawah Convention on the Rights of the Child yang berkaitan dengan penyeksaan dan perlucutan kebebasan. Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada layanan atau hukuman yang zalim, kejam dan tangkapan yang tidak sah atau perlucutan kebebasan. Kedua-dua hukuman mati dan pemenjaraan seumur hidup dan berkemungkinan dilepaskan adalah dilarang bagi kesalahan yang dilakukan oleh seseorang di bawah umur 18 tahun. Mana-mana kanak-kanak yg dilucutkan kebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasa melainkan jika ia dianggap demi kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut. Ini antara lain apa yang disebut dalam Artikel 37 on the Convention on the Rights of the Child. Akan tetapi ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia telah membuat reservasi ke atas Artikel 37 CRC ini. Pada tahun 1995 kerana dalam negara kita masih lagi terdapat hukuman penjara seumur hidup. Dalam erti katanya kita tidak perlulah mengikut apa yang telah disebutkan dalam artikel tersebut di bawah CRC. Kita tidak perlu mengikutnya. Jadi tidak ada masalah kepada kita sebenarnya Yang Berhormat dan juga kepada Dewan kepada yang mulia ini. Daripada segi perbincangan-perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, saya percaya sebelum perjanjian ini ditandatangani, semua tindakan yang perlu telah pun diambil oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akan tetapi ingin saya tekankan sekali lagi bahawa kita mempunyai reservasi Artikel 37 ini. Ertinya kita tidak perlu mengikutnya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya tertarik dengan apa yang disebut Yang Berhormat tentang pindaan terhadap akta baru kanak-kanak ini yang mana ia menjadi kebimbangan sebahagian besar ibu bapa hari ini ialah apabila satu sekatan dibuat terutama bagi pendidikan, bagi orang Islam di mana hadis Nabi Muhammad SAW menyeru apabila kanak-kanak berumur tujuh tahun disuruh solat dan apabila berumur 10 tahun, apabila mereka enggan mengerjakan solat boleh dididik untuk memotivasikan dia dengan merotan bukan dalam bentuk penderaan tetapi dalam bentuk pengajaran untuk menjelaskan kepada kanak-kanak ini bahawa ibadah solat ini adalah satu ibadah yang penting. Apakah dengan pelaksanaan akta ini, ibu bapa yang akan melaksanakan tugas ini terutamanya bagi orang Islam terhalang untuk melaksanakan sistem pendidikan yang mengenakan rotan bagi anak-anak yang enggan sembahyang termasuk juga sekolah- sekolah, para guru yang mungkin menggunakan rotan bukannya sebagai ugutan supaya kanak-kanak tidak bermain dan sebagainya. Apakah ini juga tertakluk dalam rang undang- undang ini yang menyebabkan terkesan dari sudut hukuman kepada ibu bapa atau penjaga. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, sahabat saya. Ingin saya tekankan sekali lagi di sini bahawa di bawah undang-undang yang baharu ini nanti, tidak ada cadangan untuk menjadikan merotan itu sebagai satu kesalahan. Ertinya tindakan untuk mendisiplinkan dalam keluarga oleh ibu bapa secara yang ringan, yang baik itu bukannya akan dijadikan suatu kesalahan
di bawah undang-undang yang baharu ini. Sebenarnya seperti yang juga sebutkan tadi, memang sudah ada kesalahan di bawah seksyen 31(1), jika perlakuan yang mendera itu menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi kepada kanak-kanak maka ia sudah pun merupakan satu kesalahan yang berat. Saya ingin menyebutkan di sini bahawa daripada perspektif Islam pun ada syarat- syarat untuk merotan kanak-kanak sebagaimana yang berikut: (i) ibu bapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan; (ii) tidak merotan anak-anak semasa dalam keadaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak; (iii) tidak merotan di tempat larangan atau berbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak; (iv) tindakan rotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan sama ada di tangan atau kaki. Jadi yang salah itu yang kuat, yang menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi. Jika tidak berkesan untuk satu rotan, maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas di rotan sebanyak tiga kali, maka boleh dirotan sehingga sepuluh kali tetapi janganlah melebihi jumlah itu sebagaimana disebut sehingga 10 kali tetapi janganlah melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Janganlah merotan seseorang melebihi sepuluh kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah”.
(v) tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagai mana sebuah hadis yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi iaitu, “Ajarlah anak kamu sembahyang ketika berumur tujuh tahun dan rotanlah jika mereka tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun”. (vi) apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama, maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama selepas itu. (vii) ibu bapa atau pun penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil, bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain bagi mengelakkan timbulnya persengketaan. (viii) apabila anak-anak sudah baligh, maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.
8. Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berapakah pendapatan Syarikat PLUS yang diperoleh hasil daripada tiga peratus yang dipungut daripada peniaga R&R sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sehingga tahun 2014.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang juga sedia maklum, bahawa pengenaan caj sebanyak tiga peratus oleh PLUS Berhad ke atas hasil jualan peniaga gerai makan di kawasan Rehat dan Rawat atau R&R Lebuhraya Utara- Selatan bertujuan untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan prasarana R&R terbabit. Caj ini menggantikan kos kenaikan sewa tetap ruang perniagaan yang dikenakan oleh pihak PLUS sebelum ini. Kadar point of sales, dengan izin, yang dikenakan kepada
peniaga bergantung kepada hasil jualan setiap gerai terbabit. Kadar caj tiga peratus ini telah dipersetujui oleh para pengusaha gerai menerusi perjanjian pengendalian gerai yang ditandatangani antara pihak pengusaha gerai dengan pihak PLUS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hasil yang diperolehi oleh pihak PLUS daripada caj tiga peratus yang dikenakan kepada peniaga makanan di R&R adalah sebanyak RM2.3 juta pada tahun 2013 dan RM2.4 juta pada tahun 2014. Jumlah kutipan tersebut tidak memadai untuk menyelenggara kesemua kawasan R&R dan Hentian Sebelah PLUS dianggarkan sebanyak RM30 juta setahun. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya soal berkenaan dengan peniaga-peniaga R&R ini, cukup dekat di hati saya kerana R&R Bukit Gantang itu hampir seratus peratusnya daripada kalangan pengundi-pengundi yang terdapat dalam Parlimen Bukit Gantang. Jadi saya perlu perjuangkan kerana soal berkenaan dengan- sepatutnya PLUS ini sudah untung sudah. Kalau ikut rekodnya, tahun 2013 sahaja keuntungan bersih PLUS ini sebanyak RM2.5 bilion. Persoalan saya, tiga peratus ini Tuan Yang di-Pertua, bukan saja dikenakan kepada peniaga kedai makan sebenarnya. Itu PLUS bagi maklumat tidak betul itu. Semua peniaga yang berniaga di PLUS itu termasuk kedai buah. Apabila kita membeli buah sebanyak RM10, sebanyak 30 sen PLUS ambil. Maknanya lebih dahsyat daripada GST. Kita baru hendak kena GST tahun 2015, peniaga PLUS ini sudah hampir setahun kenakan tiga peratus. Maklumat yang diberikan oleh PLUS itu tidak betul kepada pihak kementerian kerana bukan kepada peniaga makan sahaja, malahan semua peniaga termasuk kraf tangan dan juga termasuk peniaga-peniaga buah. Jadi apa salahnya kalau soal- mereka sanggup untuk menaikkan kadar sewa gerai. Ada di kalangan mereka terpaksa bayar sebulan sebanyak RM3,000. Sebanyak RM3,000 sebulan, bukan setahun RM3,000. Setiap kalau jualan mereka satu hari RM1,000, PLUS sudah ambil sebanyak tiga peratus, maknanya ini amat tinggi. Maka dengan sebab itu, saya mencadangkan supaya merayukanlah supaya pihak PLUS dan pihak kementerian gunakan kuasa yang ada bagi memastikan tiga peratus ini dihapuskan dan dikenakan perkara-perkara yang membolehkan untuk mendapat income bagi PLUS bagi mengendalikan soal R&R ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar Yang Berhormat ini telah mengemukakan soalan hampir beberapa kali mengenai isu R&R ini dan saya juga berpeluang dengan Yang Berhormat di luar Dewan untuk berbincang perkara yang sama. Namun Yang Berhormat, saya ingin mengatakan di sini sekali lagi bahawa caj komisen sebanyak tiga peratus itu Yang Berhormat, hanya dikenakan ke atas jualan yang dikendalikan oleh pengendali-pengendali gerai makanan. Ini maklumat yang saya perolehi. Bagi berlaku adil kepada Yang Berhormat, saya juga akan mengajukan soalan yang sama mengenai isu tiga peratus yang dikenakan kepada peniaga-peniaga gerai buah-buahan, sekiranya ada. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya sekiranya kalau kita kaji sistem terdahulu banding dengan sistem sekarang Yang Berhormat, kalau dulu pihak PLUS mengenakan kadar sewa bersamaan dengan 10% kenaikan kadar sewa setahun. Pada ketika ini, selain daripada kadar sewa tetap, pihak PLUS mengenakan tiga peratus point of sales. Sebenarnya Yang Berhormat, sekiranya dikaji, perkara ini lebih baik dibandingkan dengan sistem terdahulu kerana sistem sekarang ini berdasarkan jumlah sales serta jumlah jualan, Yang Berhormat. Yang Berhormat menyebutkan RM3,000 tadi. Maknanya sekiranya mereka dikenakan kadar RM3,000 sebagai tiga peratus kadar jualan, RM3,000 bermakna pengendali gerai ini memperoleh keuntungan lebih RM80,000 sebulan, Yang Berhormat ya. Jadi tiga peratus dikenakan kadar RM3,000. Jadi Yang Berhormat, ini menunjukkan bahawa sistem ini jauh lebih baik kerana ia berdasarkan jumlah jualan. Jadi kalau sekiranya peniaga untung, mereka akan dikenakan kadar tiga peratus berdasarkan jumlah jualan mereka. Tidak semua pengendali gerai itu mengalami keuntungan, Yang Berhormat. Ada mengalami keuntungan yang rendah dan ada yang tinggi. Jadi mereka hanya dikenakan tiga peratus berdasarkan point of sales yang diresitkan, Yang Berhormat ya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, mereka telah menandatangani perjanjian dengan pihak PLUS dan saya ingin mencadangkan kepada pihak Yang
Berhormat untuk menasihatkan pengendali gerai yang merasakan bahawa kadar tiga peratus ini mungkin terlalu tinggi, bolehlah berbincang dengan pihak PLUS sebelum mereka menandatangani. Ini kerana saya yakin dan percaya bahawa pihak PLUS terbuka dalam soal ini kerana apa yang pasti Yang Berhormat, sekiranya kita kaji lokasi-lokasi R&R ini, sebenarnya kos yang dikenakan tiga peratus itu berbaloi, Yang Berhormat. Kita juga telah melaksanakan kajian. Oleh kerana Yang Berhormat begitu berminat dalam soal ini, saya sendiri telah berbincang dengan pihak PLUS. Sebenarnya kawasan R&R itu jarang sekali pengendali di sana tidak mengalami keuntungan kerana di samping mempunyai pelanggan yang tetap, lokasi yang strategik dan juga prasarana yang baik Yang Berhormat, pihak PLUS juga telah dan dalam masa yang berterusan menjalankan latihan- latihan pengendalian makanan. Jadi kita mendapat maklum daripada peniaga-peniaga tersebut bahawa mereka ini mempunyai advantage ataupun kelebihan dari segi apabila mereka- di samping mengendalikan perniagaan di R&R PLUS, mereka juga berkesempatan untuk membuka perniagaan yang lain dan pengalaman serta manfaat yang diperoleh itu digunakan untuk mengendalikan perniagaan di luar. Jadi itu maklum balas tetapi seperti yang saya katakan Yang Berhormat, pihak PLUS terbuka dalam soal ini. Mereka katakan bahawa bolehlah meminta pihak-pihak yang berkenaan datang untuk berjumpa dengan pihak PLUS supaya ada perbincangan berterusan terutama sekali dalam soal tiga peratus yang dikenakan ini.
9. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah perancangan serta sasaran pihak kementerian bagi tahun 2015 di dalam menyediakan bekalan air terawat kepada penduduk di sekitar pedalaman Baram.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Baram, kementerian ini, KKLW, telah diberi peruntukan sejumlah RM117,380,000 untuk pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di seluruh negeri Sarawak pada tahun 2015 ini. Terdapat dua projek yang akan dilaksanakan di kawasan Baram pada tahun ini dengan anggaran kos sebanyak RM3,235,667. Jadi kementerian juga kini sedang dalam proses membekalkan tangki penapis H2O R1 di seluruh Malaysia dan sebanyak 26 tangki ini akan dipasang di kawasan Parlimen terutamanya di Daerah Marudi. Sekian terima kasih.
Setakat itulah sesi soal jawab lisan pada pagi ini. Peraturan Mesyuarat 12(1), saya jemput Yang Berhormat Menteri. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa 17 Mac 2015.”
Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis
untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua, saya ada membawa usul bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Tuan Yang di-Pertua.
Sudah tolakkan, Yang Berhormat?
Akan tetapi saya rasa ini ialah melibatkan isu perlembagaan yang mana walaupun perlembagaan tertinggi.
Yang Berhormat...
Bagaimanakah seorang Commissioner General boleh tidak membenarkan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang masih lagi kerusinya tidak kosong...
Sebentar Yang Berhormat. That is the detail of the Usul bukan isunya sekarang ini. Isunya sekarang ini, usul itu telah ditolak dalam kamar oleh Yang Berhormat Speaker.
Tidak dinyatakan ditolak dalam kamar, Tuan Yang di-Pertua.
Bila ditolak...
Dia ada menyatakan bahawa tertakluk kepada Commissioner General Penjara sedangkan keputusan Commissioner General Penjara adalah tertakluk kepada Perlembagaan.
Yang Berhormat sebentar, sebentar Yang Berhormat, Speaker bercakap ini, Tuan Yang di-Pertua sedang bercakap. Bila ditolak, ia tidak boleh dibaca dalam Dewan.
Alasan tidak perlu disegerakan Tuan Yang di-Pertua. Alasannya tidak perlu disegerakan.
Then, kalau ada tidak puas hati dengan penolakan, buat dalam...
Ini ialah isu yang melibatkan Perlembagaan.
Boleh buat dalam usul.
Ini sebab kerusi beliau belum kosong lagi Tuan Yang di-Pertua. Kerusi beliau dalam keadaan tidak kosong, bagaimanakah beliau tidak dibenarkan hadir? Ini mengikut Perlembagaan. Mengikut Perlembagaan, kerusi Yang Berhormat Permatang Pauh tidak kosong. [Disampuk]
Seperti yang saya katakan tadi bahawa...
Jadi bagaimanakah dalam keadaan tidak kosong, tiba-tiba tidak boleh pergi Parlimen?
Sekarang di hadapan saya sekarang ialah usul yang ditolak dan bukan intipati usul. Usul ditolak, jika Yang Berhormat tidak puas hati, Yang Berhormat boleh membuat dalam bentuk usul...
Kalau Parlimen tidak boleh bahaskan isu seorang Ahli Parlimen, bagaimana?
Untuk merujuk keputusan Yang Berhormat Speaker. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak adil Tuan Yang di-Pertua.
Itu sahaja Yang Berhormat? Tidak apa, lazim sudah kita buat di sini bila ditolak dalam kamar...
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti menghormati ketinggian Perlembagaan. Perlembagaan membenarkan beliau hadir .
Kita hormat peraturan mesyuaratlah ini.
[Dewan riuh]
The constitution is the supreme law of the land.
Kita sedang menghormati peraturan mesyuarat.
Macam manakah perlembagaan kita buang sahaja? Saya hendak tanya dengan Tuan Yang di-Pertua, alasan apakah lagi kalau kita tidak guna alasan Perlembagaan? Ini alasan Perlembagaan ialah alasan amat kukuh dalam ...
Buatlah dalam bentuk usul Yang Berhormat untuk kaji keputusan Speaker. Buat dalam usul. Itu sahaja.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah Perlembagaan itu Tuan Yang di-Pertua? Saya tanya bagaimana kedudukan Perlembagaan?
Peraturan mesyuarat kata macam itu, Yang Berhormat.
Alasan yang diberikan Commissioner General Penjara adalah tidak munasabah. Hadir di Parlimen, Ahli Parlimen Ketua Pembangkang daripada segi Perlembagaan dibenarkan hadir dalam penjara, tiba- tiba itu tidak munasabah. Adakah ini boleh diterima oleh seorang Tuan Yang di-Pertua?
Boleh bahas, boleh bahas Yang Berhormat. Cukuplah cukup Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Diamlah! Pencacai diamlah!
Cukuplah setakat itu Yang Berhormat.
Ini Perlembagaan, Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa kita mesti menjunjung Perlembagaan.
Penolakan Speaker pun mengikut peraturan mesyuarat.
Peraturan tidak boleh mengatasi Perlembagaan. Perlembagaan lebih tinggi.
Tidak adalah Yang Berhormat.
Kewujudan Parlimen, kewujudan peraturan mesyuarat adalah bergantung pada Perlembagaan.
Yang Berhormat, itu pandangan Yang Berhormat, pandangan.
Ini pandangan Perlembagaan, bukan pandangan saya.
Itu pandangan Yang Berhormat ...
Saya berani menyatakan apa yang ditulis dalam Perlembagaan.
...implikasi Perlembagaan mengikut pandangan Yang Berhormat tetapi di hadapan saya sekarang ini,
di hadapan saya ketika ini, ialah satu usul yang ditolak. Bila usul ditolak, ia tidak boleh dibahas, itu sahaja.
Usul ini ditolak bertentangan Perlembagaan, Ahli Parlimen tetap perlu hadir.
Ada cara untuk pergi balik semula usul yang ditolak itu, cakap itulah Yang Berhormat.
Perlembagaan yang mewujudkan Parlimen ini. Kalau Perlembagaan kita ignore, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasihlah, terima kasih Yang Berhormat. [Disampuk]
Ini kita langgar Perlembagaan ini.
[Bangun]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”. [12 Mac 2015]
Dua orang Menteri Besar bangun. [Disampuk] Akan tetapi ini giliran Barisan Nasional tetapi tidak apalah kita beri Yang Berhormat Gombak selepas dua daripada wakil Barisan Nasional.
Ini kali Tuan Yang di-Pertua, Barisan Nasional punya giliran.
Tidak apalah Yang Berhormat. Saya akan beri dua giliran Barisan Nasional nanti, Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Ketereh.
Ini pun tidak adil Tuan Yang di-Pertua.
Adillah. [Ketawa] [Disampuk]
Mereka cakap pasal keadilan. Sekarang apa macam?
Tidak apalah Yang Berhormat. Itu kuasa Tuan Yang di-Pertua. Betul, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kuasa Tuan Yang di-Pertua. Baik, selepas Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Ketereh.
Terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan kena patuh dengan arahan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Kalau patuh dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, jangan ada usul yang bukan-bukan.
Usul boleh. Okey Tuan Yang di- Pertua, saya menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Malaysia yang Ke-13 pada 9 Mac 2015 yang lalu. Saya menyambut baik titah Tuanku yang menekankan keperluan membuka lembaran baru demi kepentingan rakyat supaya kita berusaha memelihara ketenteraman awam, mempertahankan keselamatan nasional serta memperkukuhkan kedaulatan negara. Ikhtiar ini adalah demi memartabatkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mampu memainkan peranan yang cukup signifikan, bukan sahaja di arena rantau Asia tetapi juga di pentas global. 50 tahun yang lalu, pada 29 Mei 1966, Almarhum Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia di Bangkok. Setelah berunding selama tiga hari, kedua-dua negarawan mengambil keputusan untuk menamatkan permusuhan dan memulihkan semula hubungan diplomatik Malaysia dengan Indonesia yang terputus selama dua tahun sembilan bulan akibat konfrontasi. Saya ingin mengemukakan satu dokumen dalam bentuk jurnal sejarah yang merakamkan catatan dan sumbangan besar Tun Abdul Razak dalam membina hubungan Malaysia dan Indonesia dan kemudiannya membentuk ASEAN. Tiga bulan kemudian pada 11 Ogos 1966, Tun Abdul Razak terbang ke Jakarta untuk menandatangani perjanjian dengan Adam Malik bagi menamatkan konfrontasi. Kejayaan Tun Abdul Razak menamatkan konfrontasi amat menggembirakan rakyat Malaysia. Kepulangan beliau disambut oleh 15,000 orang di Lapangan Terbang Subang dan Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu telah memberikan cuti pada hari tersebut dan mengarahkan kakitangan berada di Lapangan Terbang Subang. Bagi mengukuhkan lagi hubungan, Adam Malik telah mengetuai delegasi seramai 45 orang ke Malaysia. Pertemuan bersejarah di Bangkok dan pemeteraian perjanjian di Jakarta bukan sahaja telah mengembalikan hubungan persahabatan antara dua buah negara serumpun tetapi juga menyemai benih kepada pembentukan ASEAN.
Setahun setelah tamatnya konfrontasi, lima orang Menteri Luar Asia Tenggara, Tun Razak dari Malaysia, Tun Adam Malik dari Indonesia, Narciso Ramos dari Filipina, Rajaratnam dari Singapura dan Tun Tuanat Koman dari Thailand bertemu pula di Bangkok dan mengasaskan pembentukan ASEAN. Dua percubaan sebelum itu iaitu Association of Southeast Asia dan Maphilindo untuk memperkukuhkan perpaduan negara serantau gagal kerana prasangka, kebencian selain sikap tidak peduli. Pembentukan ASEAN merupakan satu pencapaian yang besar negarawan rantau ini, juga Malaysia dan Indonesia yang menjadi pengasas kepada pertubuhan serantau tersebut. Apa yang dirumuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa berucap di Kongres Pertama ASEAN 25 tahun pertubuhan tersebut pada 8 Oktober 1992 adalah tepat. Saya quote dengan izin Tuan Yang di-Pertua. “It was out of this crucible of conflict, indifference, even contempt that there arose the conviction that it was time to get to know each other better. It was out of this realization that the leaders of Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore and Thailand made the crucial decision to undertake a historical act of regional reconciliation. A decision was made to turn a region in turmoil into an oasis of tranquility, peace and security to transform a region of strangers into a society of friends; to turn a region of poverty and underdevelopment into a dynamic zone of prosperity and cooperation; and to take a region of cold peace and cold war and transform it into a community of warm, comprehensive and cooperative engagement”. Cabaran kepada ASEAN bukanlah kecil. Tatkala ditubuhkan Perang Vietnam perang yang paling berdarah pada zaman perang dingin sedang memuncak. Bukan sahaja
Perang Dingin di antara blok demokrasi dengan blok komunis mencetuskan konflik di merata dunia, tetapi ketika yang sama, berlaku perang dingin dalam blok komunis itu sendiri antara Peking dengan Moscow juga memberi kesan langsung kepada keselamatan negara- negara Asia Tenggara. Bagi para negarawan yang mengasaskan ASEAN, pembentukan pakatan serantau itu adalah jawapan untuk mengelakkan rantau ini daripada terjebak dalam perang dingin antara kuasa besar dan ideologi. Justeru, salah satu dokumen terpenting ASEAN adalah pengisytiharan Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 27 November 1971 iaitu Zone of Peace, Freedom and Neutrality Declaration ataupun ZOPFAN. Hari ini ketika dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran baru termasuk soal keselamatan ASEAN, dua ketetapan yang diisytiharkan itu perlu kita ingati semula iaitu dengan izin saya quote Tuan Yang di-Pertua; “That Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore and Thailand are determined to exert initially necessary efforts to secure the recognition of, and respect for South East Asia as a Zone of Peace, Freedom and Neutrality, free from any form or manner of interference by outside powers. That South East Asian countries should make concerted efforts to broaden the areas of cooperation which would contribute to their strength, solidarity and closer relationship”. Meskipun ASEAN ini telah dianggotai oleh 10 negara, namun dua ketetapan ini perlu menjadi panduan kita dalam mengemudi suasana baru yang sedang kita hadapi. Jika dahulu kita berhadapan dengan konflik dan persaingan antara Washington dengan Moscow, kini kita berhadapan dengan Washington yang ingin mengekalkan pengaruh dan kepentingannya di rantau ini dan kita juga berhadapan dengan Republik Rakyat China yang bakal menjadi ekonomi terbesar di dunia dan juga sedang dengan pantas membesarkan kekuatan tenteranya. Bulan ini sahaja Kementerian Pertahanan Republik Rakyat China telah mengumumkan peningkatan sebanyak 10% perbelanjaan pertahanan kepada USD144.2 bilion menjadikan perbelanjaan pertahanan yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Sebagai reaksi kepada peningkatan ketenteraan China, Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk memindahkan 60% kekuatan tentera lautnya ke Asia Pasifik menjelang tahun 2020. Saya boleh kemukakan artikel yang terbaru yang bertajuk, ‘US Navy to Shift 60% of Its Fleet to the Pacific as China continues to build up its military’. Ini menunjukkan rantau Asia Tenggara sekarang sudah menjadi tempat persaingan di antara Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China yang menuntut Malaysia dan negara-negara ASEAN memainkan peranan yang cukup penting bagi memastikan kedaulatan negara-negara dan kestabilan di rantau ini. Dalam berhadapan dengan senario baru yang mampu mengganggu gugat keselamatan negara dan serantau, ASEAN kelihatan ketandusan kepimpinan. Kegagalan sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh tiga tahun lalu mengeluarkan kenyataan bersama ataupun joint communique buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun, ASEAN gagal mengemukakan joint communique memberi petanda kemerosotan muafakat mengenai persoalan dasar di rantau ini. Ternyata, perpaduan ASEAN kini telah digugat oleh persoalan Laut China Selatan dan peranan kuasa luar untuk meretakkan perpaduan ASEAN. Kalau benarlah laporan yang dibuat baru-baru ini bahawa Menteri Pertahanan dilihat sebagai calon terbaik sebagai Perdana Menteri, maka beliau seharusnya diuji kemampuannya boleh atau tidak menyelesaikan masalah di Laut China Selatan yang semakin tegang pada hari ini. Sidang kemuncak di Myanmar tahun lalu juga tidak menyentuh langsung apa-apa persoalan tentang rantau ini dan ini sikap yang memang dikehendaki oleh Republik Rakyat China yang mempunyai kepentingan untuk memperluaskan pengaruh dan kekuatan ketenteraannya. Dalam bulan Februari lalu tatkala Presiden Barack Obama melawat India, satu kenyataan bersama telah dikeluarkan yang turut menyentuh isu Laut China Selatan. Persoalannya hari ini ialah mengapa kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, India dan Republik Rakyat China begitu lantang membuat pendirian tentang Laut China Selatan sedangkan ASEAN dan Malaysia sendiri menyepikan diri. Situasi keselamatan di Laut China Selatan yang menunjukkan peningkatan kehadiran aset Republik Rakyat China sekiranya tidak ditangani dengan tegas mampu mengganggu gugat keselamatan negara, serantau dan antarabangsa.
Malaysia mempunyai kepentingan khusus di Kepulauan Spratly kita telah melalui pengalaman perit kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura, apakah kita mahu kehilangan Kepulauan Spratly pula? Putrajaya kelihatan mengabaikan sama sekali doktrin ZOPFAN yang saya sebutkan tadi iaitu sumbangan terbesar Almarhum Tun Abdul Razak untuk mencapai kestabilan serantau. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Putrajaya khususnya Kementerian Pertahanan bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan di perairan apabila banyak laporan yang boleh kita baca hari ini yang menunjukkan peningkatan kehadiran aset ketenteraan milik Republik Rakyat China kelihatan di Laut China Selatan yang boleh menggugat kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan bermaruah.
Tuan Yang Di-Pertua, kestabilan dan keselamatan serantau adalah sebahagian...
Boleh, bagi laluan, Yang Berhormat?
Ya.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak nampak saya, apa ini, nampaknya Yang Berhormat Gombak ini besar kebimbangan dia berhubung dengan isu-isu keselamatan di antara sempadan dua buah negara dan sebagainya, di mana memang benar bahawa dan ketika ini kedaulatan sebuah negara itu harus dihormati. Jadi, apakah Yang Berhormat Gombak juga mungkin ingin melontarkan idea-idea yang mungkin boleh diguna pakai oleh kerajaan ataupun kementerian untuk mungkin menghalang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku? Contohnya mungkin pencerobohan ataupun apa ini, ganggu gugat tentang keselamatan negara kita yang menjadi kebimbangan rakyat keseluruhannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sukacita saya mengesyorkan seperti yang saya lontarkan dalam perbahasan sebentar tadi. ASEAN kena mengambil pendirian yang cukup jelas. Kalau negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, India dan China sekarang, dengan lantang mengambil pendirian dan posisi dengan kehadiran aset ketenteraan yang jelas di Laut China Selatan. Persoalannya mengapa Malaysia mendiamkan diri? Saya ada sentuh sebentar tadi bagaimana Malaysia harus memainkan peranan sebagai tuan rumah ASEAN Summit pada hujung tahun ini. Saya kira itulah peluang yang terbaik untuk Perdana Menteri mengembalikan semula prinsip Almarhum Tun Abdul Razak dengan mempertahankan Deklarasi ZOPFAN tadi, iaitu Zone of Peace, Freedom and Neutrality Declaration yang ditandatangani pada tahun 1971 yang saya melihat hari ini sudah diketepikan sehingga mengundang negara-negara luar untuk mengambil peranan dan pengaruh yang lebih besar di Laut China Selatan. Jadi saya ingin mencadangkan supaya Malaysia menggunakan ASEAN Summit pada tahun ini untuk mengambil pendirian yang lebih keras dan tegas bagi menyatakan supaya rantau ini kekal, aman, stabil dan bebas daripada pengaruh luar. Tuan Yang Di-Pertua, saya ingin bertanya tadi bahawa apakah langkah yang telah diambil oleh Putrajaya ataupun Kementerian Pertahanan bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan di perairan apabila ada laporan yang boleh kita teliti dan semak yang dengan jelas menunjukkan peningkatan kehadiran aset ketenteraan milik Republik Rakyat China yang telah mula kelihatan di Laut China Selatan yang boleh menggugat kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan bermaruah. Kestabilan dan keselamatan serantau adalah sebahagian daripada kepentingan nasional. Justeru itu, kita perlu muafakat, nasional dalam menjelaskan peranan Malaysia, ini menjawab persoalan Yang Berhormat Kinabatangan dalam menjamin dan mempertahankan keselamatan kolektif serantau. Kepentingan nasional perlu mengatasi politik kepartaian. Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan bermaruah perlu menjamin kestabilan dan keselamatan kolektif serantau melalui ASEAN. Seperti yang saya jelaskan tadi, Malaysia memegang tampuk kepimpinan ASEAN dan sidang kemuncak akan diadakan di negara kita. Ini sangat bermakna, apatah lagi apabila kita berjaya membentuk ASEAN Economic Community di mana pembentukan ASEAN Economic Community ini tidak lain dan tidak bukan kejayaan merealisasikan hasrat, dengan izin, Tuan Yang Di-Pertua, to transform a region of strangers into a society of friends, to turn a region of poverty and underdevelopment into a dynamic zone of prosperity.
Namun, zone of prosperity, ataupun rantau kemakmuran yang telah kita capai kini digugat kembali dengan persaingan ketenteraan di antara China dan Amerika Syarikat di rantau ini. Saya ingin mengulangi bahawa doktrin ZOPFAN ataupun Zon Aman Bebas dan Berkecuali yang merupakan grand strategy Almarhum Tun Abdul Razak bersama para pemimpin serantau untuk dengan izin, to turn a region in turmoil, into an oasis of tranquility, seolah-olahnya telah dilupakan dan disia-siakan oleh pimpinan hari ini, sama ada di peringkat negara kita ataupun di peringkat ASEAN...
Ya, Yang Berhormat Mersing bangun. Ya, sila.
Yang Amat Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak cerita macam dia dekat pusat, tetapi dia bos negeri Selangor. Saya hendak, saya amati ucapan Yang Berhormat Gombak daripada awal tadi. Yang Berhormat Gombak seolah-olah memberi gambaran kepada Dewan ini bahawa legasi Perdana Menteri Kedua iaitu ayahanda kepada Yang Berhormat Pekan, yang telah memberi satu fasad yang kuat tentang penubuhan ASEAN, dan bila tiba giliran Yang Berhormat Pekan menjadi Pengerusi ASEAN mendapat pengiktirafan daripada Presiden Indonesia yang baru angkat sumpah, lawatan rasmi daripada abang kepada adik, seolah-olah Yang Berhormat Pekan ini hendak menjahanamkan legasi yang telah dibuat oleh ayahandanya. Saya ingat itu tidak berapa tepat. Kalau kita lihat sejarah, Selat Melaka dan juga Laut China Selatan, sebab nama dia itu “Laut China Selatan”, jadi China perasan macam dia punyalah. Akan tetapi sebenarnya tidak. Itu satu. Nombor dua, kalaulah Yang Berhormat Pekan tidak menambah nilai apa yang ayahanda dia buat, cuma Yang Berhormat Pekan buat dalam banyak hal, perkara-perkara yang dibuat senyap-senyap. Dia lawat negara China sebagai Timbalan Perdana Menteri sekali, rasmi. Saya ikut serta dalam lawatan tersebut dan Kerajaan China amat menghormati, dan tatkala seluruh mata dunia takut kepada komunis, Malaysialah negara pertama yang mengiktiraf dan membuat perhubungan diplomatik. Tak akanlah China nak serang kita. Kehadiran mereka adalah kehadiran biasa untuk memastikan yang segala perkara yang menjadi minat mereka juga terpelihara. Kita ada banyak platform, ASEAN, ASEAN+3, ASEAN+Europe, untuk memastikan- ini saya hendak tanya sedikit sahaja Yang Berhormat Gombak. Saya hendak tanya sedikit sahaja, saya hendak tanya, ada seorang hamba Allah yang saya dapat faham, dia Pengerusi kepada ASEAN Business Council, Tan Sri Munir Majid. Tatkala kita hendak perbaiki hubungan dua hala, abang-adik, serumpun kata Yang Berhormat Gombak, tiba-tiba dia mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat peribadi, merendah-rendahkan businessman dari Indonesia. Adakah perkara ini dapat membantu? Saya hendak tanya Yang Berhormat Gombak, adakah perkara ini dapat membantu hubungan baik yang telah mula dipelopori antara Jokowi dengan Yang Berhormat Pekan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang Di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak langsung menggunakan istilah bahawa Perdana Menteri hari ini ingin menjahanamkan legasi Almarhum Tun Abdul Razak. Tidak sama sekali. Cuma saya mencadangkan dan mengesyorkan, satu deklarasi yang telah dibuat pada tahun 1971 yang menekankan soal peace, freedom and neutrality di rantau ini dipertahankan kerana dalam dua ASEAN Summit yang saya sebutkan tadi, tidak ada buat kali pertama dalam sejarah, joint communique di antara negara-negara ASEAN berhubung pendirian kita terhadap keselamatan dan kestabilan rantau ini.
Oleh sebab itu baru-baru ini, in School of International Studies Singapore telah mengeluarkan satu kenyataan yang bertajuk ‘The South China Sea Disputes: Three Years After Cambodia’. Maknanya setelah summit berakhir di Phnom Penh yang disebut tadi, tender ini masih berlarutan. Mengapa Malaysia dan ASEAN mendiamkan diri sedangkan China, India dan Amerika Syarikat mengambil pendirian yang begitu tegas? Maka saya juga mencadangkan, oleh sebab Malaysia pada tahun ini menjadi tuan rumah kepada ASEAN Summit, ini masa yang terbaik untuk kembali kepada semangat yang telah dibina oleh Almarhum Tun Abdul Razak dengan pimpinan dan negarawan negara-negara ASEAN. Apakah itu satu syor yang salah dan tidak sopan dalam Dewan? Itu yang pertama.
Keduanya, bukan soal China perasan atau tidak. Ini bukan soalnya. Soalnya, dengan maklumat yang saya kemukakan sebentar tadi, ada dua artikel yang juga dicetak dalam majalah National Security yang menyebut China Military Buildup Shifts Balance of Power in Asia in Beijing’s Favor. Kedua, U.S. Navy to shift 60% of its fleet to the Pacific as China continues to build up its military. Jadi kalau dua super powers ini sudah membina kekuatan ketenteraan di rantau kita, apakah ini tidak mengundang ASEAN dan Malaysia untuk mengambil pendirian? Itu sahaja yang saya mahu dan saya mengesyorkan kembali semula kepada deklarasi itu supaya Malaysia sebagai sebuah negara yang ada maruah dan merdeka dan berdaulat dihormati oleh kuasa-kuasa besar. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Ya, sila Yang Berhormat Batu.
Saya juga ingin mendapat pandangan dari Yang Berhormat Gombak, kebelakangan ini dalam sepuluh tahun ini, kita juga menyaksikan Malaysia semakin rela menerima navy fleets dari Amerika Syarikat dan ini tidak pernah dilakukan semasa bekas Perdana Menteri, zaman Tun Mahathir dan juga sebelum ini. Adakah dengan cara kita seolah-olah mendekati dengan kehadiran tentera Amerika Syarikat, kita juga mengundang dan memesong daripada neutral zon dan juga mengundang kuasa-kuasa besar yang lain juga bersaing untuk kehadiran di sini? Saya ingin dapat pandangan dari Yang Berhormat Gombak.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya mendengar dengan tekun dan itu juga sebenarnya keprihatinan dan concern ramai rakyat Malaysia dan juga masyarakat ASEAN. Tentang kehadiran fleet ataupun aset kuasa- kuasa besar ini atas nama untuk ada joint training ataupun ada joint exercises tetapi tidak ada perincian yang diberikan, maka saya juga mengajak di awal tadi untuk kembali semula melihat bagaimana penegasan yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ketika dalam satu kongres, the first ASEAN congress iaitu yang bertajuk ‘ASEAN - The Next Generation: All Wisdom and New Directions’ pada 8 Oktober 1992 yang dengan jelas mempertahankan kedaulatan rantau Asia Tenggara dan juga melihat keperluan untuk ASEAN kembali kepada deklarasi ZOPFAN tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada satu topik yang lain setelah saya kupas agak panjang lebar tentang peranan Malaysia sebagai anggota ASEAN, khususnya sebagai Pengerusi pada tahun ini untuk...
Ya, sebenarnya masa sudah cukup.
Sikit lagi, ada satu sahaja lagi.
Ya, okey, sila, sila.
Memberikan kepimpinan kepada ASEAN dan saya mengesyorkan untuk memperbaharui komitmen ASEAN terhadap ZOPFAN dan mengisytiharkan Laut China Selatan sebagai laut aman, bebas dan berkecuali. Tuan Yang di-Pertua, keselamatan dan kedaulatan wilayah wajib dipertahankan dan kepimpinan dan pihak keselamatan perlu sentiasa peka dan bersiap siaga untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara di semua perairan daripada sebarang anasir pencerobohan. Seperti yang berlaku di Lahad Datu, membuktikan terdapatnya kealpaan yang tidak boleh dibenarkan berulang dan kita tidak boleh berkompromi dengan sebarang pencerobohan yang boleh menggugat keselamatan negara. Pihak keselamatan dan juga golongan ilmuwan dan agamawan perlu prihatin terhadap individu atau sel yang menjalankan aktiviti militan serta diayah ekstremisme yang menggugat keselamatan negara. Bulan Januari lalu, rakyat Malaysia kelahiran Muar, Zulkifli Khair mati ditembak dalam pertempuran dengan polis Filipina di Tukana Lipao, Mindanao. Beliau dianggap sebagai salah seorang pengganas yang paling dikehendaki di dunia. ni bukanlah kali pertama penglibatan rakyat Malaysia dalam kegiatan keganasan di rantau ini. Meskipun mereka adalah daripada golongan profesional yang mempunyai pendidikan
tinggi, jurutera telekomunikasi dan pakar matematik, namun pemikiran mereka telah dikeliru dan disesatkan sehingga bertindak militan. Kita perlu meyakinkan generasi muda yang idealistik bahawa penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh dunia Islam adalah melalui ilmu, prinsip keadilan dan jalan demokrasi. Dunia kini juga sedang berhadapan dengan ancaman keganasan IS ataupun Islamic State atau dikenali juga sebagai pengganas dar’isy. Sesungguhnya gerakan ganas al-ufhm sangat menggugat masa hadapan dunia. Kita perlu memastikan generasi muda Malaysia tidak dipengaruhi oleh diayah pengganas dan militan seperti Islamic State, Boko Haram dan lain-lain yang tersebar meluas melalui laman-laman media sosial. Malaysia sebagai sebuah negara pluralistik yang mendapat nikmat keamanan dan kesejahteraan sejak enam dekad lalu, wajar melihat secara serius bahawa ancaman keganasan hari ini sebagai satu fiqh keutamaan di mana kewajipan kita adalah untuk menolak kemerbahayaan atau madar yang boleh berlaku di dalam negara seperti berlaku di Irak, Syria, Yaman, Mesir, Libya, Pakistan, Afghanistan dan Nigeria. Bahkan kini fenomena tersebut juga turut menjalar di negara-negara Eropah. Saya ingin mencadangkan supaya kita perlu menegaskan ajaran Islam tentang keadilan dan kesederhanaan (moderation and justice) dan makna sebenar jihad seperti yang telah diulas dengan jitu oleh ulama besar Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi untuk menangani propaganda golongan militan dan karya monumental beliau yang bertajuk ‘Fiqh al-Jihad’ wajar diangkat sebagai rujukan bagi mendidik masyarakat kita agar tidak terjebak dengan kumpulan militan. Tuan Yang di-Pertua, kita harus belajar daripada pengalaman buruk Asia Tengah yang menjadi pusat tumbuhnya gerakan radikal akibat pemerintahan yang tidak demokratik. Jalan penyelesaian kepada krisis ini ialah melalui demokrasi Islam yang berlandaskan keadilan dan kesederhanaan dan inilah sumbangan yang cukup besar dan amat bermakna oleh Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim kepada dunia amnya dan kepada dunia Islam khususnya. Kepetahan beliau, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk mengungkapkan prinsip kesederhanaan dan keadilan di pentas dunia dan seterusnya mengemukakan gelombang kebangkitan demokrasi di dunia Islam, sekarang sebagai gelombang keempat demokrasi dunia. Malangnya, di mana beliau sekarang Tuan Yang di-Pertua? Kalau Tuan Yang di-Pertua melihat di sebelah kiri Tuan Yang di-Pertua, kerusi yang pertama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, namanya Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Di mana beliau sekarang?
Sungai Buloh.
Mengapa di Sungai Buloh? [Disampuk]
Dimangsakan.
Mengapa kerusi itu dikosongkan, sedangkan Tuan Yang di-Pertua sendiri telah menegaskan bahawa Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim masih kekal, legitimate Member of Parliament of Permatang Pauh, Ahli Parlimen yang sah. Oleh sebab beliau Ahli Parlimen yang sah, beliau adalah Ketua Pembangkang yang sah. Mengapa Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen tidak dibenarkan hadir dalam sesi pada kali ini? [Disampuk]
[Dewan riuh]
Ya, kena jawab. Mengapa tidak dijawab?
Saya tahu surat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Sepang menegaskan bahawa mengikut peraturan penjara, arahan Ketua Pengarah Penjara. Saya tidak bermaksud mengatakan Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk memanggil mana-mana individu yang telah dijatuhkan hukuman untuk tampil di Dewan Rakyat. Namun Tuan Yang di-Pertua ada kuasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang bebas daripada pengaruh eksekutif untuk menyatakan pendirian Tuan Yang di-Pertua bahawa sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, beliau ada peranan yang boleh dimainkan dalam Parlimen dan Ketua Pengarah Penjara harus memberikan ruang itu kepada Ahli Parlimen yang sah. Mengapakah pendirian itu tidak dibuat sehingga hari ini? Mengapa mesti tunduk kepada Ketua Pengarah Penjara sedangkan Tuan Yang di-Pertua itu merupakan satu kedudukan yang bebas yang mempunyai peranan besar untuk memakmurkan dan mengangkat martabat Parlimen. Ada ruang-ruang lain seseorang yang dijatuhkan hukuman boleh dibawa keluar dari penjara. Sebagai contoh ada kes saman sivil yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Anifah Aman, mengapakah boleh dibawa ke
mahkamah? Kalau mahkamah boleh membenarkan seseorang dibawa, mengapakah Parlimen mendiamkan diri? Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua lepas ini bincang elok-elok. Duduk dan mengambil satu pendirian yang boleh dilihat oleh masyarakat antarabangsa bahawa Parlimen ini benar-benar bebas daripada pengaruh eksekutif dan boleh membuat keputusan bagi mengangkat Parlimen di Malaysia. [Tepuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua oleh sebab teguran telah diberikan, saya berharap dengan sedikit sumbangan dan idea saya pada pagi ini dapat membantu menyuburkan perbahasan dalam Dewan Rakyat dan mudah-mudahan negara Malaysia akan kekal makmur dan sejahtera di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat insya-Allah dalam pilihan raya yang akan datang. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kalabakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama rakan yang lain ingin membahas Titah Ucapan Diraja pada 9 hari bulan. Tuan Yang di- Pertua Sabah merdeka tahun 1963 melalui Malaysia. Jadi kalau kita tinjau kembali, sudah 52 tahun sekarang ini. Kejadian di Lahad Datu di Tanduo membimbangkan kita kerana mungkin selama ini 50 tahun apabila sudah merdeka Kerajaan Persekutuan tidak mengambil endah keselamatan negeri Sabah. Apabila tercetusnya pencerobohan baru macam-macam dibuat, itu pun tidak cukup. Tuan Yang di-Pertua, ESSCOM ditubuhkan. Beberapa kali saya sebutkan di sini bahawa pada mulanya ESSCOM tidak berkesan tetapi kita nampak kebelakangan ini mungkin boleh dibagi pujian sedikit. Akan tetapi ESSCOM tidak ada aset sebab Tuan Yang di-Pertua di Tawau dan Sebatik ini dan di sempadan-sempadan ini semuanya rakan. Mereka boleh masuk suka-suka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini saya mahu tanya sama polis, ESSCOM, ada tentera Indonesia yang mahu membawa senjata masuk ke Tawau untuk menangkap penjenayah mereka. Kalau mereka boleh masuk ke Tawau dengan senjata, ia sebetulnya tapi ini bererti lautan kita tidak dijaga dengan betul. Walaupun dia kemudian ditangkap tetapi tidak dijaga dengan betul. Sepatutnya belum masuk pun sudah ditangkap. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Tawau, Pulau Sebatik ini ada dua pos PGA. Pos PGA ini, satu di Tanjong Arang dan satu di Sungai Melayu. Kalau Tuan Yang di-Pertua pergi ke sana, nampak dua pos kawalan PGA ini, di waktu pada zaman British lagi barangkali dibuat. Memalukan kita! Tidak adakah Kerajaan Persekutuan boleh bagi peruntukan perbaikilah pos PGA ini supaya jangan kita gunakan kayu lagi. Pakai konkrit supaya kalau ada pencerobohan masuk, polis kita tidak mati ditembak kerana dia orang ‘betaming’ dengan apa yang perlu dibuat. Tuan Yang di-Pertua, beberapa kali saya sudah jumpa dengan Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri, sudah bagi tahu bahawa aset di Pulau Sebatik dan Tawau ini tidak cukup sehinggalah sampai ke Kudat. Tidak ada kemudahan untuk tentera dan polis. Kita boleh ketinggalan dengan penceroboh-penceroboh kerana mereka ini menggunakan pump bot yang laju. Kita tidak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, rakyat kita tertanya-tanya, nombor satu 52 tahun baru kerajaan persekutuan sedar keselamatan Sabah. Itulah kita nampak sekarang Tuan Yang di-Pertua ada cakap-cakap nama dipanggil SSKM, ‘Sabah, Sarawak Keluar Malaysia'. Patut mahu siasat dari mana datang, kenapakah dibuat begitu? Kerana mereka fikir keselamatan di Sabah tidak ada. Kalau Yang Berhormat Gombak cerita fasal keselamatan Malaysia, saya concern fasal Sabah. Kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan saya, saya mahu baca satu artikel. Satu artikel berbunyi begini Tuan Yang di-Pertua, sebab ini dalam bahasa Inggeris.
Ya sila.
“About 9 a.m at the Tuaran Tamu, nine Sabahan volunteers said to be asking people to sign a petition to the United Nation on Sabah South Determination who were arrested by the police in an operation. The operation became obvious when just three minutes after the nine people were brought into the police station, food catering was made available. Long table for taking statement were already laid out in the police station. Senior police officer from Kepayan was
on hand to investigate the nine people. A special force of like strike force (FRU) were on standby taking 13 minutes turn to guard the Tuaran Police Station. The Tuaran Police Station was locked down with nobody being allowed in or out. The main gate was guarded by the FRU therefore the nine detainees were not allowed to be seen or visited by their family members or anybody”. Ini 9 orang. Seterusnya Tuan Yang di- Pertua; “At first the Police Head wanted to confiscate their wallets, car keys and other belongings. After much protest, the police returned the wallets and car keys but kept their mobile phones. They were released on two weeks police’s bail and allowed to leave the police station at 6 p.m. They were asked to return to the Tuaran Police Station February 13th. On that day, the nine detainees were given a standard police’s bail until April 6th.”
It appears that the people is waiting for instruction whether to charge or not the nine detainees. Maksud saya di sini ada kesalahan, kita gunakan undang-undang. Kalau ada kesalahan, charge them. Ini bukan police state, ini Sabah merdeka melalui Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak rakyat saya tidak puas hati dengan keselamatan di Sabah, itu yang menyebabkan ini timbul.
Yang Berhormat Kalabakan boleh sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada abang seperjuangan saya, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur. Saya mendengar dari mula, daripada penggal-penggal yang lalu. Sahabat saya Yang Berhormat Kalabakan ini amat berani sekali menyuarakan isu-isu yang saya anggap menakutkan iaitu yang kadang-kadang kita mendengar bahawa isu seperti ini agak sensitif. Maka nanti dalam perubahan Akta Hasutan itu, tidak takutkah Yang Berhormat kalau kena tangkap, masuk ke lokap? Jadi itu satu perasaan saya, sungguh berani sekali. Kalau isu-isu Sabah keluar Malaysia ini saya takut Yang Berhormat Kalabakan ini kena masuk jel. Tidak takutkah Yang Berhormat, kenapa terlalu berani? Jadi banyak lagi isu-isu lain seperti Yang Berhormat Kinabatangan mungkin dia kena masuk jel juga, minta penjelasan.
Ini Yang Berhormat Putatan dia cabar kita. [Ketawa] Dia cabar kita takutkah atau tidak takut. Yang sebenarnya saya mengeluarkan ini bukan bertapuk. Dalam Dewan Rakyat memang TV tidak kasi keluar, hanya blog sahaja keluar kerana ini perkara sensitif tetapi siasat dahulu kenapa orang Sabah mahu berbuat demikian. Kita tidak mahu pungutan suara untuk Sabah keluar. Kita tidak mahu. Kalau kita mahupun memang kita semua pun Lembaga Ahli Parlimen tidak suka juga tetapi masalahnya jangan gertak, panggil mereka. [Tepuk] Siasat mereka, mungkin bukan sebab mahu keluar. Sebabnya mereka ini mungkin tidak puas hati 52 tahun keselamatan tidak ada dijaga. [Tepuk]
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Sibuti bangun.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, keduanya...
Yang Berhormat Sibuti bangun.
Yang Berhormat Kalabakan, Sarawak, Sarawak...
Sekejap, sekejap dahulu. Nombor dua di Lahad Datu, “7 Februari at 5.00 pm police detained five Sabahan volunteers at Lahad Datu. The sequence, the group of five volunteers from KK with a few others arrived at Lahad Datu on the evening of 6th February. They met Roslan from Kampung Tunku. Roslan and the group have been in contact through Facebook only. They never met face to face before the Lahad Datu trip. Next day the 7th February, Roslan took the group to Kampung Tunku where they were told by Roslan that a meeting with local people will be held at Kampung Mawar near Kampung Telisai. When they reached Kampung Tunku, there was no meeting at all as the Balai Raya meant for the meeting was closed. So, the group went to a nearby ‘gerai’ and rested. There were no kampung people at the ‘gerai’ but there were eleven officers who
were presumed to be police special branch officers nearby, about 20 police commandoes emerged from the oil pump bushes. Dia orang mahu kena seranglah ini, ini pemberontak. The group from KK has been tailed by at least six police vehicles. Two police vehicles following each of the three cars in the group and Roslan. Later, that afternoon the KK group travel back to Lahad Datu on the way back to KK. As the KK group was refueling at the Shell petrol station at Fajar, along Jalan Segamat at 5.00 pm, several policemen descended on the group and arrested five members of the group and took them back to the Lahad Datu’s Police Station.” Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, “They were put in a police lock-up overnight. The three men are kept separately in one lock-up, the two women were kept with other detainees from Filipina and Indonesian presumably illegals.” Jadi Tuan Yang di-Pertua, perkara ini berlaku. Saya bukan bohong dalam Dewan. Perkara berlaku, newspaper semua keluar. Ini kita quote pun dari newspaper juga ini. Jangan kita gertak, panggil dia orang pergi police headquarters. Siasat, mungkin fasal mahu keluar dari Malaysia, mungkin masalah lain. Keselamatan tidak terjamin.
Yang Berhormat Sibuti.
Sibuti...
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ESSCOM saya katakan tadi...
Yang Berhormat Sibuti bangun lagi. Sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kita mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat Kalabakan kerana termasuk juga dengan Sarawak, security Sarawak. Kita tahu bahawa negeri Sarawak pelayarannya meluas di Lautan China dan kita tahu juga bahawa Sabah dan Sarawak adalah adik-beradik. Kalau cubit paha kiri terasa paha kanan. Kalau dikatakan bahawa Sabah dan Sarawak hendak keluar Malaysia kita tentang hebat- hebat sebab kita dalam Malaysia sudah dalam keamanan. Akan tetapi apakah pandangan Yang Berhormat Kalabakan apabila pihak APMM yang berada di Miri tidak dapat mengawal pendatang-pendatang dari Sulu yang sekarang banyak di Miri tidak kurang daripada lebih 1,000 orang dan mereka juga sekarang pergi ke laut menangkap ikan dan akan menjejaskan pendapatan nelayan kita. Jadi, kalaulah di Miri bot APMM hanya 3 unit dan bot itu dua sudah rosak satu sahaja dapat dipakai, macam mana hendak menjaga lautan di kawasan Miri dan Sibuti? Apa pandangan Yang Berhormat Kalabakan, terima kasih.
Kita bersetuju dengan Yang Berhormat Sibuti. Jadi, kita minta ucapan tadi itu dimasukkan dalam ucapan saya. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita di Tawau sana, Pantai Timur tidak cukup aset untuk ESSCOM. Sudah saya cakap sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kita berharap dengan segera kalaupun mahal, mahallah, asalkan keselamatan Pantai Timur ini terjaga. Tuan Yang di-Pertua, BN punya slogan, ‘Janji Ditepati’. Ini janji mustahak, kita janji, kalau tidak nanti dalam pilihan raya kita terbalik ini kalau kita tidak tunaikan janji. Tuan Yang di-Pertua, dari Tawau pergi ke Kota Kinabalu apabila sampai dekat airport, Jalan Kerajaan Persekutuan sudah empat tahun roboh. Jadi dia orang bikin dan perbaiki jalan lain, sudah empat tahun, Tuan Yang di-Pertua. Ini tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Mana Menteri JKR? Tengoklah, bagilah peruntukan. Kita malu kerana jalan ini jalan utama bas lintas, teksi lintas untuk pergi ke Kota Kinabalu. Private car lintas.
Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kalabakan boleh mencelah?
Tidak nampakkah ini?
Belakang, belakang. Sahabat, sahabat.
Balik-balik?
Sahabat seperjuangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan memang hebat. Kalau bilang Menteri tidak hadir untuk melihat ataupun mendengar perbahasan Yang Berhormat Kalabakan, maka saya tidak tahulah kalau pegawai pun buat catatan. Pegawai pun tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, pegawai pun ada kurang tidak tahulah. Jadi soal ini amat penting sekali, soal pembangunan. Saya ingin memetik ucapan Datuk Sri Penglima Anifah seketika minggu yang lepas. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa pengurusan pembangunan di Sabah itu dikaji semula supaya tidak lagi berulang- alik ke Putrajaya pada setiap kali. Ini Yang Berhormat Menteri pun tiada. Jadi kita mahu dianggap sebagai partner bukan sebagai negeri. Bolehkah Yang Berhormat, supaya pembangunan di Sabah kita dapat urus dengan – kalau dia orang tidak dapat urus kita urus sendiri.
Pertanyaan ini akan saya, sebab saya panjang lagi ucapan, ada dalam.
Okey. [Ketawa]
Ada dalam. Jadi ‘Janji Ditepati’ Tuan Yang di-Pertua. Pertama, jalan. Kedua, ‘Janji Ditepati’ oleh pemimpin Kerajaan Persekutuan bahawa dari Karambunai di Sabah sampai ke Tuaran ada coastal highway. Baru-baru ini saya jalan itu juga masih coastal highway tidak ada yang berliku-liku mahu pergi ke Kudat. Ini janji ditepati. Coastal highway dibuat. Kalau tidak, rakyat akan tolak kita. Bila rakyat tolak kita, nanti menteri-menteri di sini menyesal. Ada kemudahan macam-macam kemudahan ada tetapi tidak buat kerja, tidak bersuara. Bersuaralah sedikit kalau tidak terbalik Kerajaan Barisan Nasional. Kita ikhlas Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ikhlas. Ini kita mahu janji-janji ditepati. Tuan Yang di-Pertua, janji di kawasan saya. Saya diminta untuk rasmi pecah tanah sewaktu pilihan raya lalu. Bukan? Janji pilihan raya yang lalu saya diminta pecah tanah untuk Rumah Generasi Kedua. Berapa mahal projek ini? Saya di alat oleh FELDA rasmi Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur punya kawasan, saya pun bangga pilihan raya, rakyat pun sokong. Sampai sekarang satu paku pun tidak ada! [Tepuk] Satu paku pun tidak ada, generasi kedua under FELDA. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dijawab tidak ada kewangan. [Disampuk] Dengar dahulu, tetapi beli apartment hotel di London 100 juta pound ada! [Tepuk] Bererti FELDA ini dia fikir keuntungan dia yang dia janji dia tidak peduli. Jadi saya fikir Tuan Yang di-Pertua, SPRM jangan lalai. Jangan tangkap yang kecil-kecil. Tangkap yang besar-besar barulah nama Perdana Menteri kita nombor wahid. Jadi apabila beri yang besar mungkin adalah di sebaliknya. Siasat jangan ada satu batu pun tidak diusik. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, projek-projek tergendala seperti mana Yang Berhormat Putatan bangkit tadi baru sampai. Projek dalam Rancangan Malaysia yang lalu di Sabah 40% tidak dapat diselesaikan. Jumlah besar RM18 bilion, lima tahun tetapi 30% hingga 40% tidak selesai. Kenapa tidak selesai? Ini sebab ada control dari Kerajaan Persekutuan. Tidak bolehkah projek ini kalau betul-betul serahkan kepada kerajaan negeri jalankan, kalau tidak dapat dilaksanakan orang Sabah hendak marah Kuala Lumpur, marah menteri- menteri di Sabah. Ini penting. Jangan semua di sini, luar bandar, dalam bandar semua dari sini control. Mana boleh! Lagi pun Tuan Yang di-Pertua, projek ini lambat kenapa? Ini sebab ada berkepentingan dalam Kabinet. Kroni boleh bagi, tidak kroni tidak bagi. [Tepuk] Apa ini? Apa ini?
Siapa kroni? Siapa kroni?
Kita minta supaya SPRM ini pun siasat juga. Kita tidak mahu cara begini, rakyat rugi. Rakyat marah kepada kita, marah sama saya sebagai Barisan Nasional, tentu marah juga kepada semua. Jadi lingkuplah Barisan Nasional pilihan raya akan datang. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda sekarang berkelayakan termasuk anak saya, tidak baca newspaper. Dia bilang newspaper semua pro kerajaan. Dia baca Internet macam-macam dalam sana boleh cerita. Nanti orang kata ini Internet pembohong. Ini orang berpelajaran semua, dia tahu ini bohong atau betul. [Tepuk] Ini penting Tuan Yang di- Pertua. Jangan sampai kita acah-acah sahaja, “Ah, Sabah". Kalau tidak ada Sabah dan Sarawak pilihan raya yang lalu, yang ini tukar.
Dahsyat!
Ini penting. Saya cakap sini Yang Berhormat Putatan cakap mahu takut-takut. Apa mahu takut? Tidak mahu takut.
Tuan Yang di-Pertua ini ucapan Ketua Pembangkang.
Ini yang betul punya.
[Menyampuk]
Ini yang betul punya Tuan Yang di-Pertua. Jangan acah-acah sahaja.
Tunggu apa lagi, kalih ke sini kalih ke sini. Jangan tunggu lagi ubah ke sini, kalih.
Apa?
Kalih ke sini. Jangan tunggu lagi, sudah berapa tahun.
Bukan kita yang tentukan. Saya dan pembangkang tidak boleh tentukan, yang boleh tentukan rakyat. Kalau mereka berubah ...
Saya amat setuju! Hebat!
...Tambah kerusi lagi untuk Barisan Nasional. Kalau kerajaan berubah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Parit Sulung diam! Kamu tidak berani at least Yang Berhormat Kalabakan berani. Berani kerana benar! You duduk.
Bukan fasal puji. Walaupun dari dahulu saya memang lantang.
Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan. Jangan percaya dia orang ini bubuh api sahaja, yang hendak rugi kita jangan layanlah, teruskan.
Saya sebetulnya memang bukan ada dia orang cakap apa-apa, tidak. Saya tidak mahu dengar itu. Saya hanya memberi warning sahaja.
[Dewan Riuh]
[Tepuk]
Dengar itu Yang Berhormat Baling! Kau tidak hendak belajar Yang Berhormat Baling!
Sekarang ini yang kerusi empuk ini semua dia orang yang mahu jaga. [Disampuk] Kalau tidak jaga kita kalah. Kalau kita kalah, habis kerajaan. Sabah Sarawak lari tidak sokong Barisan Nasional, habis.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Penampang bangun.
Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan. Boleh minta laluan sekejap? Sekejap sahaja. Minta maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan setujukah bahawa kita sudah lupa berkenaan dengan RCI, RCI Sabah. Patut RCI Sabah di bincang di Dewan ini, setujukah Yang Berhormat Kalabakan? RCI, IC Sabah patut di bincang di Dewan ini. Terima kasih.
Itu Royal Commission sebetulnya Royal saya ingat keputusan sudah dibuat tetapi saya tidak boleh putuskan bincang atau tidak. Itu terpulang kepada kerajaan. [Disampuk] Saya tidak ada
masalah. [Disampuk] Saya tidak ada masalah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang saya tahu saya belum sampai masa tetapi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi penghormatan. Saya percaya saya memang penyokong Barisan Nasional kuat.
Ya, saya belum puas mendengar lagi ucapan Yang Berhormat Kalabakan. Sekejap.
Mahu sambung, sekejap?
Masa ada lagi tetapi terpulang kepada Yang Berhormat Kalabakan.
Yang Berhormat Kalabakan boleh sambung lagi. Ha boleh sambung lagi.
Manifesto kita janji dalam pilihan raya lalu satu juta rumah untuk negara.
Satu tahun 200,000. Saya nampak ada dibuat di Kota Belud sahaja, tempat menteri. Tempat lain semua tidak ada. Jadi apa macam ini? [Disampuk] Tidak ada. Kota Belud punya besar-besar dalam Facebook keluar. Jadi tempat yang lain – ertinya kalau saya jadi menteri, saya jaga Kalabakan sahaja. Terima kasih.
Janji tidak ditepati.
Ya di Kuala Krau pun belum ada. Ya, Yang Berhormat Gerik. Sila Yang Berhormat Gerik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tadi sudah diputuskan. Itulah Yang Berhormat Seputeh, apabila Tuan Yang di-Pertua putuskan tidak mahu dengar. Hari Khamis Yang Berhormat Sepang. Selepas itu sambung oleh Yang Berhormat Gombak. Dua-dua pembangkang. Tuan Yang di-Pertua sebelum ini putuskan selepas ini dua Barisan Nasional. Jangan mudah lupa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita...
Sila Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sama juga untuk membahaskan isu Titah Diraja. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mantan pemimpin pelajar, mantan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM, mantan jaguh demonstrasi jalanan, mantan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan beberapa gelaran mantan lagi telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat. Mengikut amalan biasa dan tradisi, apabila seseorang Ahli Parlimen dikenakan hukuman penjara melebihi dua tahun, maka lucutlah status Ahli Parlimen pesalah itu dan kerusi Parlimen yang diwakilinya dianggap kosong lantas diadakan pilihan raya kecil. Walau bagaimanapun, amalan biasa yang menjadi tradisi itu nampaknya terkecuali dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kerusi Permatang Pauh masih belum diisytiharkan kosong. Bukan sahaja diri saya malah ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah keistimewaan kes ini maka menjadikannya luar biasa? Saya sendiri cuba berteka teki untuk mencari rasional atas peristiwa luar biasa ini. Saya cuba berandaian bahawa mungkin kerana terdapat permohonan keampunan telah dikemukakan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan permohonan keampunan itu dikemukakan oleh ahli keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bukan oleh diri pesalah iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Saya bukan seorang peguam atau pengamal perundangan tetapi saya mempunyai hukum logik dan bertanya kepada diri sendiri seandainya saya dipenjarakan atas sesuatu kesalahan, bolehkah orang lain sekalipun anggota keluarga saya yang memohon keampunan? Di samping itu, saya tertanya-tanya kenapa diri batang tubuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan permohonan keampunan tersebut? Rasa pelik dan hairan turut menerjah fikiran saya apabila mendapat tahu ada golongan tertentu berhelah untuk membolehkan seorang banduan dari penjara menyertai sidang Dewan Rakyat yang mulia ini.
Ya Yang Berhormat Sungai Petani bangun. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gerik, sedarkah Yang Berhormat Gerik bahawa sebaik sahaja kita melangkah ke dalam Dewan ini dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, antara perkara yang kita sebut ialah kita akan menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Sedarkah Yang Berhormat Gerik bahawa Perlembagaan inilah yang memberikan kita kekuatan sebagai Ahli Parlimen untuk berhujah dan Perlembagaan ini dalam Perkara 48(4)(c) menyebut dengan jelas bahawa selagi ada petisyen yang dikemukakan oleh seseorang terhadap tuduhan yang dikenakan kepada beliau, maka selagi petisyen itu tidak dibereskan maka kalau Yang Berhormat Gerik kena pun, sayalah orang pertama yang akan mempertahankan Yang Berhormat Gerik kerana Perlembagaan memberikan kuasa kepada kita. Kita Ahli Parlimen, kita harus menjunjung Perlembagaan ini kerana inilah Perlembagaan yang akan memberikan hak untuk kita bersuara. Kalau kita tidak dapat pertahankan Perlembagaan ini, maka kita samalah seperti orang yang tidak faham undang- undang dan orang yang tidak faham undang-undang sudah pasti tidak layak untuk membuat undang-undang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya sila.
Itu pandangan Yang Berhormat Sungai Petani. Kita sudah tengok setelah dijatuhkan hukuman, masuk ke Mahkamah Rayuan, telah ada keputusan. Tidak tahulah ‘kot’ pihak pembangkang cuba hendak mengubah suasana Perlembagaan negara. Saya sambung terus hujah saya. Kepelikan seumpama ini sukar ditemui di mana- mana jua sistem Parlimen di dunia ini. Saya amat khuatir kalau-kalau peristiwa seumpama ini boleh menjurus kepada mempersendakan dan memperlekehkan sistem perundangan di negara ini sekali gus menimbulkan kesamaran terhadap martabat institusi Parlimen yang mulia ini. Saya kenal insan bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya kenal. Dia tidak kenal saya. Malah, pada satu ketika dahulu, saya pernah menyayangi dan menghormati beliau sebagai orang nombor dua dalam barisan kepimpinan UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Namun, saya lebih sayang kepada kemurnian sistem perundangan dan kemuliaan institusi Parlimen kerana di atas gabungan sistem ini telah kita bina kekuatan serta jaminan kedaulatan negara yang menjadi teras kesejahteraan rakyat selama ini. Ringkasnya, saya tidak rela melihat perisai dan payung kemurnian hidup kita diperkotak-katikkan oleh golongan yang enggan menerima hakikat kebenaran. Mohon pencerahan yang secerah-cerahnya mengenai isu ini supaya rakyat tidak terkeliru atau sengaja dikelirukan. Tuan Yang di-Pertua, di akhir-akhir ini, kita kian kerap dilanda pelbagai angkara dan gejala yang membimbangkan. Senarainya agak panjang untuk dibutirkan. Memadai kiranya saya sebutkan sebahagian daripadanya termasuk nada-nada sentimen perkauman mempersendakan lagu kebangsaan Negaraku dan bendera Jalur Gemilang, mempersendakan dan memperlekehkan agama Islam, unsur-unsur anti nasional, terhakisnya jati diri dan semangat patriotisme, usaha memecahbelahkan perpaduan, gejala dan perlakuan yang bertentangan dengan hukum agama. Terkini yang amat membimbangkan ialah penglibatan rakyat Malaysia dalam gerombolan IS. Juga, tidak termasuk pelbagai bentuk jenayah yang sebahagiannya berprofil tinggi serta ancaman najis dadah dan penyalahgunaan IT dalam dunia siber.
Sekalipun senarai ini belum lengkap, ia sudah cukup membimbangkan kita. Kita boleh pakai teropong jarak jauh ataupun jarak dekat untuk melihat dan mengkaji fenomena yang bergejala itu.
Dari teropong psychologist, mungkin tergambar suatu suasana pertembungan budaya serta kecelaruan fikiran yang mana anjakan daya fikir boleh mengancam kestabilan mental. Juga mungkin berlaku ketandusan moral yang mengajak manusia melakukan apa sahaja atas laungan kebebasan sejagat. Dari teropong political scientists, mungkin tergambar suatu suasana keresahan rakyat akibat diapi-apikan oleh kelompok-kelompok politik yang terlalu ghairah mengejar kuasa. Keresahan rakyat dan ketidakstabilan sosial jika mampu diwujudkan adalah senjata paling berguna untuk menumbangkan pihak lawan dalam arena politik. Menumbangkan pihak lawan menjadi lebih mudah apabila rakyat mengalami keresahan dan kecelaruan. Teori dan strategi ini walaupun nampak nakal tetapi itulah pilihan golongan yang begitu desperate dan rakus ingin meraih kuasa. Apa pun rangkuman gambaran yang terpancar dari tiga jenis teropong itu belum termasuk teropong Islam amat mengerikan kita. Manakala dari teropong saya sendiri pula sebagai mantan cikgu sekolah, pastinya saya tergamit untuk melihat segala angkara tersebut daripada persepsi pendidikan. Tidak siapa boleh menafikan bahawa sistem pendidikan kita telah melahirkan ramai cerdik pandai dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk kita yang berada di Dewan Rakyat yang mulia ini. Nisbah kecapaian dan kecemerlangan dalam peperiksaan awam juga amat menggalakkan. Jumlah graduan daripada universiti juga semakin bertambah. Ini semua mencerminkan serta menjadi kayu ukur kepada sistem pendidikan kita. Namun, dalam konteks pelbagai gejala yang saya sebutkan tadi, mungkin kita tertanya-tanya apakah sistem pendidikan kita belum begitu berjaya mencanai kemurnian jati diri anak bangsa daripada segi semangat nasionalismenya, patriotismenya, kesantunannya dan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dalam negara berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya ini. Kalau benar bidalan ‘Hendak Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya’. Maka tergamit saya satu kemestian untuk melihat perkara ini dari seawal mula zaman persekolahan hinggalah ke peringkat universiti supaya tertegak benteng dalam diri setiap warga iaitu benteng menangkis segala yang bergejala serta memperkasa ketahanan diri dari terjerumus dalam gelora yang merosakkan. Angkara dan gejala gerombongan IS seumpamanya, apa yang kita nampak pada hari ini mungkin sebahagian kecil dari bongkah ais yang sebahagian besarnya masih di dalam air dan belum dapat dilihat. Pastinya gejala ini tidak terbentuk dalam sekelip mata sahaja. Tidak mustahil juga bahawa apa yang kita lihat pada hari ini ialah asap dari unggun api yang terletak entah di mana. Jika begini analognya, usaha menangani IS tidak harus dilihat sebagai semata-mata meniadakan asap manakala unggun apinya terus menyala dan menyala, lantas akhirnya mampu membakar dan memusnahkan kita. Paling takut pendekatan IS hendak dapatkan kewangan, lakukan rompakan, hendak menguasai pemikiran minda, menguasai IT. Tentulah kita rasa hairan bagaimana anak-anak muda kita kelihatan begitu mudah terpengaruh sehingga ke tahap sanggup mengorbankan nyawa, konon atas runtuhan jihad yang menjanjikan syurga buat mereka. Bila kita bertanya di mana silapnya, kita sebenarnya bertanya kepada siapa? Kalau tidak kepada diri kita sendiri sebagai pemimpin, sebagai pembuat dasar, sebagai tempat rakyat dan negara bergantung harap. Satu lagi persoalan mengenai pendidikan yang kedap berlegar di fikiran saya adalah sama ada sistem pendidikan kita terlalu liberal sehingga wujud ruang untuk tidak mengambil berat tentang peri pentingnya menyemai semangat perpaduan daripada peringkat persekolahan. Mungkin juga bukan salah sistem yang agak terlalu liberal tetapi tahap komitmen kita terhadap perpaduan nasional. Dalam pada itu, mungkin juga kecondongan politik kepartian dan politik perkauman yang ekstrem yang telah melunturkan semangat perpaduan. Lantas, kita sering bercakap mengenai social reengineering dan transformasi politik. Namun, kesan positif dari dua bentuk usaha ini belum begitu kelihatan. Mengambil peduli tentang hal ini ialah tanggungjawab kita bersama dan perlu disegerakan sebelum kita lali dan lalai. Berbalik kepada pelbagai gejala yang saya bangkitkan sebentar tadi persoalan yang mengusik fikiran saya adalah sama ada itu harga yang perlu kita bayar untuk bergelar negara maju berpendapatan tinggi. Itukah jenama yang menjadi label untuk diserlahkan ke mata dunia.
Tuan Yang di-Pertua, secara susur galur perkara yang saya bangkitkan ini mungkin ada kaitannya dengan apa yang kita sebut sebagai kontrak sosial. Kontrak sosial ini dibenihkan dari tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang diterjemahkan ke dalam fasal-fasal tertentu perlembagaan negara iaitu Perkara 3(1)(3) dan (5), Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38(5), Perkara 152, Perkara 153 dan ‘Perkara 181(1)(4)’ tersemat pada mukadimah. Tujuh wasiat itu berbunyi bahawa “Jika kamu berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman, damai dan selamat sejahtera”. Peringatan dan pesanan ini sungguh besar ertinya. Sepatutnya menjadi sandaran serta amalan buat kita semua bahawa kepatuhan kepada perlembagaan negara adalah prinsip asas dalam pembentukan negara bangsa yang aman damai dan selamat serta sejahtera. Dalam konteks ini, apa jua yang merobek atau yang mengancam keselamatan negara, wajib ditentang habis-habisan tidak kira golongan mana sekalipun yang membuat angkara itu. Kalau mempertikaikan perlembagaan patut ditangkap, tangkaplah. Kalau yang menghina mahkamah patut ditangkap, tangkaplah. Sehubungan...
Yang Berhormat Gerik...
Ya.
Ada 10 minit lagi sambung selepas...
Lepas tidak boleh lagi?
2.30 ya.
Okey.
Sambung
Okey, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat sekalian Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jemput Yang Berhormat Gerik untuk meneruskan perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung balik perbahasan saya tadi. Dalam konteks ini, apa jua yang merobek atau mengancam keselamatan negara wajib ditentang habis-habisan, tidak kira golongan mana sekalipun yang membuat angkara itu. Sehubungan dengan ini, apa yang mendukacitakan saya ialah amalan yang berpaksikan kepada matlamat menghalalkan cara. Bagi mencapai matlamat serakah politik, terdapat golongan yang dengan sengaja memainkan sentimen dan isu-isu sensitif tanpa mempedulikan bahaya yang bakal menimpa rakyat dan negara. Bagi menimbulkan kebencian serta kemarahan sesuatu puak atau golongan, dipersendakan dan diperlekehkan agama. Sudah sampai kepada satu tahap mempersoalkan dan memperlekehkan khutbah Jumaat, laungan azan di masjid dan surau dan pelbagai lagi. Institusi Raja-Raja Melayu juga diperlekehkan. Apakah golongan yang berbuat demikian itu sengaja menggamit tindak balas supaya keadaan huru-hara akan menghancurkan negara ini? Di gelanggang media sosial, apa sahaja boleh dimuatkan tanpa mengambil kira sensitiviti kaum, persempadanan agama dan etika moral. Pada demonstrasi jalanan, atas laungan kebebasan bersuara, boleh diungkapkan apa sahaja sekalipun menyakiti hati golongan yang disasarkan, termasuk
pasukan pengaman. Di gelanggang politik, perbuatan memfitnah, mentohmah, maki hamun dan caci cerca bagaikan sudah menjadi amalan biasa buat mereka yang bermulut celupar. Di samping rasa ngeri saya tertanya-tanya ke mana arah tuju kita kalau gejala-gejala tersebut tidak dibendung dan dibanteras sama sekali. Jika tuntutan keadilan yang dijadikan pelaris dalam amalan yang tidak bermoral dan matlamat menghalalkan cara, apakah keadilan yang dituntut itu mempunyai wajah dua muka? Bermuka durjana, kalau tidak menyebelahi pihak mereka yang menuntut. Sebaliknya, bermuka manis kalau menyebelahi tuntutan mereka. Sindrom karut dan kalut seumpama ini boleh memusnahkan sistem nilai negara bangsa. Jika keresahan rakyat dibangkitkan bagi menumbangkan pihak lawan dalam gelanggang, apakah keresahan yang dibikinkan itu tidak pula akan membakar tangan pihak-pihak yang menghidupkan api-api keresahan itu? Jika pula isu-isu dan sentimen agama dijadikan modal untuk memporak-perandakan masyarakat yang dimusuhi, tidakkah terfikir bahawa suasana porak-peranda itu tidak akan menguntungkan sesiapa, hanya menghancurkan yang menunggu kita. Banyak lagi persoalan yang boleh dibangkitkan di Dewan yang mulia ini. Namun, yang menjadi tunjang ialah persoalan tentang kesanggupan memberi dan juga menerima. Amalan hormat-menghormati, semangat toleransi dan dalam kepelbagaian kita cari titik keserasian. Segala ini telah tersusun indah dalam kontrak sosial yang kita persetujui bersama demi pembentukan dan kelangsungan negara bangsa yang aman makmur. Hampir keseluruhan rakyat di negara ini, tidak ada negara lain di dunia untuk dijadikan tempat meneruskan kehidupan sebagai rakyat yang berdaulat dan bermaruah. Di sinilah kita lahir dan di sinilah kita mati. Jika disongsang segala yang baik menjadi buruk dan yang buruk dijadikan amalan, padah dan musibahnya lambat laun akan menimpa kita. Saya jadi hairan melihat apa yang dipersetujukan melalui kontrak sosial sudah dikanunkan dalam Perlembagaan Negara. Masih terus menerus dipersoalkan sehingga ke tahap yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam dan mengancam keselamatan negara. Saya juga jadi hairan bagaimana sebilangan anak watan boleh tersasul begitu jauh mempercayai gerombolan IS adalah tiket menjanjikan syurga melalui jihad yang dipalsukan. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu membanteras segala bentuk ancaman, mencanai nasib bangsa dan meraup wajah negara perlu dimulakan dari awal. Bersendikan sistem pendidikan yang benar-benar holistik dan multi dimensional. Apabila rebung sudah menjadi buluh, ia sudah sukar dilentur. Dalam konteks anasir anti nasional, jangan biarkan cacing naik ke mata. Kelak, terlalu mahal harga yang perlu kita bayar bagi menebus kedaulatan serta maruah negara bangsa dalam pendakian menuju taraf negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Seperkara lagi saya hendak menyentuh soal banjir yang melanda negara satu keadaan pada tahun sudah amat dahsyat sehingga menyebabkan beberapa buah negeri punah, musnah tetapi terima kasih saya bagi pihak Ahli Parlimen Gerik terutamanya melihat di negeri Perak juga terlibat dengan banjir, kesungguhan Kerajaan Persekutuan yang di bawah Barisan Nasional yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak walaupun pelbagai tohmahan fitnah telah diterima tetapi kesungguhan Biro Kebajikan Barisan Nasional dan juga UMNO telah segera membuat tindakan membantu di seluruh negara tanpa mengira kerajaan negeri tersebut sama dengan Barisan Nasional ataupun tidak. Ini menggambarkan sesuatu contoh yang rakyat di luar sana kena sedar bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh menguasai dan menjadi pemerintah setakat ini kecuali Barisan Nasional [Tepuk] Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Dalam pada itu, satu point lagi yang saya hendak bercakap ialah media Astro, sebuah media televisyen dan pelbagai yang telah menguasai dalam negara. Kalau dahulu kita seronok tengok Astro tidak ada iklan. Hari ini Astro sendiri pun kita lihat sudah mula mahu bersaing dengan RTM, dengan Media Prima mengambil alih iklan-iklan yang mana inilah yang memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat kecil tersebut. Kita tahu contoh Media Prima di mana pemegang sahamnya hampir 20% dipegang oleh KWSP. Dengan kata lain pemegang sahamnya ialah keseluruhan rakyat Malaysia. Maka saya amat mengharap supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia melihat semula supaya Astro tidak boleh bertindak sebagai satu rangkaian yang membenarkan iklan-iklan ini yang diambil bersaing daripada RTM dan juga Media Prima. Ini kerana dengan secara tidak langsung kalau susut keuntungan di Media Prima ia memberi
kesan kepada pemegang-pemegang saham terutamanya kepada kita yang dipotong untuk KWSP. Mungkin kita Ahli Parlimen tidak ada KWSP...
[Bangun]
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Gerik setuju tidak Yang Berhormat Gerik kalau Astro boleh diberikan pelbagai channel ataupun siaran, Media Prima juga harus diberi peluang untuk ditambahkan juga lesen-lesen untuk dibanyakkan lagi siaran berkaitan dengan akademik, National Geographic dan sebagainya.
Negara kita negara perdagangan bebas. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor. Ini kita berhadapan dengan satu masalah Astro control segala-galanya. Kalau Media Prima dapat benda-benda tersebut, yang lain-lain pun dapat, saya yakin pengguna-pengguna dalam Malaysia tidaklah terbeban dengan terlampau banyak membayar yuran kepada sesuatu syarikat televisyen. Astro berapa sudah kita kena bayar sebulan. Kalau kita ambil pakej yang okey itu antara RM160 ke RM200 lebih. Kalau setakat Njoi itu bolehlah bayar sekali tetapi majoriti daripada kita hendak tengok juga HBO, kita hendak tengok juga FOX, Maharaja Lawak dan pelbagai lagi. Jadi tolonglah Kementerian Komunikasi dan Multimedia beri satu pencerahan semoga perkara ini tidak menjadi tanda tanya kepada rakyat kerana rakyat sering sebut di bawah kenapa kita kena keluar belanja yang banyak dalam masa yang sama pihak kementerian mendirikan pencawang- pencawang di seluruh negara tetapi tidak mendapat siaran yang baik sama ada TV1, TV2 dan juga TV3.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Jadi yang akhirnya dan minta kerajaan mempertimbangkan Rancangan Malaysia Kesebelas ini fokus pembangunan di kawasan luar bandar. Kalau selama ini berbilion telah dihabiskan di bandar-bandar besar saya tidak nafikan walaupun banyak dibelanjakan di bandar-bandar besar tetapi di luar-luar bandar juga hendak mendapat nikmat tersebut seperti kemudahan pengangkutan awam, jalan raya yang lebih baik, sungai yang diluruskan kerana banjirnya antara sebab utama pihak JPS tidak menyelenggarakan dengan baik saliran-saliran yang ada di seluruh negara. Bila kita suruh perbetulkan sungai-sungai dikatakan peruntukan tidak ada. Saya amat mengharap dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini fokus ditumpukan terutamanya kawasan luar bandar dengan kata lain kawasan luar bandarlah yang memberikan kemenangan dan memastikan Barisan Nasional terbentuk di peringkat Kerajaan Persekutuan. Dengan harapan ini yang telah saya perkatakan daripada awal hingga akhir saya amat mengharap supaya setiap rakyat di Malaysia ini jagalah negara kita yang sekarang ini masih aman damai. Jangan kerana kebebasan bersuara kita meruntuhkan negara dan pelbagai lagi dan saya percaya Malaysia bersama dengan masyarakat yang ada terus membangun menuju tahun 2020, negara kita Malaysia akan menjadi negara maju. Dengan kata-kata ini saya menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Diraja. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam usul untuk mengucapkan syukur dan menjunjung kasih atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketigabelas pada minggu lepas. Tuan Yang di-Pertua, dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dinyatakan bahawa keadaan ekonomi suatu perkara yang amat penting dan menjadi pandangan atau panduan kepada semua rakyat Malaysia. Saya hendak menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang GST yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti. Ini satu caj atau satu cukai yang mempunyai kesan yang meluas dan juga impak yang besar ke atas
rakyat Malaysia khususnya isi rumah-isi rumah yang berpendapatan rendah. Sering dilaungkan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional bahawa GST hanya dikenakan ke atas perniagaan yang mempunyai pendapatan ataupun jumlah perniagaan yang melebihi RM500,000 setahun. Akan tetapi adakah pihak kerajaan faham bahawa kesan daripada GST ini adalah lebih meluas daripada peniaga-peniaga. Tentu saya rasa bahawa pihak kerajaan telah menerima maklumat bahawa ada beberapa jenis perniagaan tradisional seperti kedai-kedai runcit yang akan gulung tikar dan tutup kedai kerana tidak mampu untuk memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh GST. Sekiranya perlu saya boleh berikan beberapa contoh di Balik Pulau di mana ada beberapa orang pekedai runcit yang telah pun tutup kedai dan ia adalah dalam kawasan Barisan Nasional di mana Timbalan Menteri Kesihatan merupakan Ahli Parlimen di kawasan itu. Kesan ini bukan sekadar ke atas peniaga-peniaga yang mempunyai pulangan ataupun jumlah perniagaan lebih RM500,000 kerana kadang-kadang kita hendak dapat rebet kita kena daftar tetapi prosedurnya amat sukar untuk dipenuhi oleh peniaga-peniaga tersebut. Namun saya tidak mahu hanya sentuh kepada peniaga kecil sahaja. Saya juga ingin menarik perhatian tentang masalah rakyat biasa yang tidak terlibat dalam perniagaan.
Contohnya, saya telah menerima aduan daripada pemandu-pemandu teksi. Bila saya persoalkan, “Mengapa hendak membuat aduan tentang GST kerana tambang teksi telah diumumkan oleh pihak kerajaan akan dikecualikan daripada GST?” Mereka menyatakan, “Kalau tukar tayar, tentu kena GST juga dan juga barangan-barangan lain.” Di samping itu, pemeriksaan PUSPAKOM mereka pun dikenakan GST, tidak ada sebarang pengecualian. Itulah sebabnya saya ingin meminta pihak kementerian atau pihak kerajaan mengapa tidak mengecualikan semua pemandu teksi atau semua teksi apabila mereka menjalankan pemeriksaan kenderaan mereka di PUSPAKOM, mengapa mereka tidak dikecualikan pembayaran GST? Saya telah mendapat senarai daripada pihak kastam tentang kadar bayaran pemeriksaan dengan caj 6% untuk pemeriksaan dengan PUSPAKOM. Jelas sekali bahawa semua jenis kenderaan yang menjalani pemeriksaan kenderaan mereka dengan PUSPAKOM akan dikenakan caj 6% GST. Ini termasuk bukan sahaja kenderaan perniagaan atau perdagangan, tetapi juga kereta swasta. Semua jenis kereta akan dikenakan GST 6%, termasuk kereta ambulans pun dikenakan GST, kereta bomba pun dikenakan GST. Malah, kenderaan mayat pun dikenakan GST. Jelas sekali semasa hidup dikenakan GST, mati pun tidak lepas. So, di sini saya ingin meminta pihak kerajaan, tidak masuk akal sama sekali mengapa kenderaan- kenderaan yang memberikan perkhidmatan untuk tujuan awam seperti ambulans dan bomba. Mengapa mereka perlu dikenakan GST apabila menjalani pemeriksaan dengan PUSPAKOM? Saya harap perkara ini boleh diberikan perhatian kerana kalau tidak, saya rasa ini ada kesan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan hanya sekadar peniaga- peniaga sahaja. Satu lagi perkara yang saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ialah tentang projek-projek kerajaan negeri. Adalah telah dinyatakan bahawa projek kerajaan negeri akan terkecuali, tetapi ia sebenarnya, ‘Indah khabar dari rupa’ kerana apabila kerajaan negeri menjalankan projek macam projek jalan, pihak kami dimaklumkan bahawa ia juga dikenakan 6% GST. Saya hendak beri satu contoh di sini, pihak kerajaan negeri hendak jalankan satu projek jalan sambungan di Jalan Bunga Hinai dengan Jalan Bunga Kaca di Daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kosnya ialah RM2.3 juta dan ini termasuk 6% GST sebanyak RM112,680. Pada awalnya kita ingat mungkin ada kesilapan dan pihak kerajaan negeri meminta ia dibetulkan kerana ini projek kerajaan. Akan tetapi kita dimaklumkan memang benar bahawa GST akan dikenakan sungguhpun ia adalah projek kerajaan untuk manfaat rakyat. Di sini saya ingin meminta pihak Kementerian Kewangan untuk memberikan penjelasan di sini macam mana satu public good, satu kemudahan untuk orang awam, mengapa ia dikenakan GST? Ini kerana saya percaya ini bukan sahaja ke atas projek- projek awam di Pulau Pinang. Ia merangkumi semua projek awam oleh kerajaan negeri di seluruh Malaysia. Ia tidak kira sama ada di Pulau Pinang ataupun di Sabah dan Sarawak pun akan kena bayar 6% GST. Ini akan menambah beban kepada pihak kerajaan negeri kerana belanjawan kita yang kita luluskan pada tahun lepas terpaksa ditambah 6% untuk projek-projek pembangunan. Saya rasa ia memang tidak adil sama sekali kerana pada
asalnya Tuan Yang di-Pertua, ia tidak diambil kira kerana kita dimaklumkan bahawa GST 6% tidak akan dikenakan ke atas projek-projek awam, this is a public good, dengan izin. Oleh itu, tidak seharusnya dikenakan GST. Saya harap perkara ini bolehlah dibetulkan kerana kalau tidak, ini bermakna bahawa semua projek kerajaan pembangunan – kerajaan negeri untuk projek pembangunan akan dikenakan GST. Ia dengan sendirinya bermakna, kita terpaksa kurangkan projek pembangunan untuk rakyat sebanyak 6% untuk membayar 6% GST ini. Oleh itu saya harap bahawa pihak Kementerian Kewangan atau pihak kerajaan boleh memberikan pengecualian yang sepenuhnya kepada projek-projek awam baik untuk membina jalan, longkang, dewan orang ramai, taman hijau ataupun seperti yang dilakukan di Pulau Pinang memberikan free wifi. Kita harap bahawa ia boleh dikecualikan. Saya rasa bila saya sebut tentang perkara ini bukan hanya untuk negeri Pulau Pinang sahaja, ia adalah untuk semua kerajaan negeri. Kalau Pulau Pinang kena, pasti semua negeri lain pun akan kena bayar 6% GST untuk projek-projek kerajaan negeri. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan, mungkin ia boleh diberikan secara rebet dengan dipohon dan dituntut oleh pihak kerajaan negeri. Saya ada salinan tentang perkiraan projek-projek kerajaan negeri di sini dan saya boleh berikan satu salinan kepada pihak Kementerian Kewangan nanti untuk mereka membuat perbandingan di mana ditunjukkan secara jelas bahawa GST sebanyak 6% akan dikenakan. Saya ingin mengulangi sekali lagi, sekiranya perkara ini tidak dipulangkan balik ataupun dikecualikan, ia bermakna bahawa projek pembangunan kerajaan negeri akan dikurangkan sebanyak 6% untuk membayar 6% GST ini. Ini adalah satu kerugian dan kehilangan kepada rakyat. Jangan hukum rakyat dari aspek kemudahan awam, daripada aspek projek-projek awam semata-mata untuk membayar 6% GST. Kita semua tahu bahawa GST ini adalah satu cara untuk mendapatkan perolehan yang berlebihan ekoran daripada kejatuhan harga antarabangsa minyak dan juga kekurangan kewangan. Kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat bertindak lebih tegas untuk memerangi rasuah, saya rasa mereka boleh dapat tambahan perolehan yang mereka perlukan. Kita boleh lihat dalam kes-kes, skandal-skandal seperti 1MDB jelas menunjukkan bahawa ada banyak penyalahgunaan kuasa ataupun salah laku kewangan yang dapat dielak kalau pihak Kementerian Kewangan mematuhi prosedur-prosedur berteraskan ketulusan dan juga compliances ke atas peraturan kewangan. Oleh itu saya harap dalam aspek ini, perkara ini dapat diberikan perhatian kerana kalau tidak, saya rasa di seluruh negara sebanyak 6% projek kerajaan negeri akan terjejas. Ada banyak perkara juga yang berkaitan dengan GST dan kita harap bahawa dalam pelaksanaan ini, sungguhpun pendirian pihak Pakatan Rakyat adalah untuk tidak bersetuju dengan GST tetapi memandangkan bahawa pihak Kerajaan Pusat masih berdegil ingin meneruskan GST, kita harap bahawa pertimbangan boleh diberikan untuk mengurangkan beban kewangan orang-orang ataupun golongan yang berpendapatan rendah. Ini kerana suka atau tidak suka, mahu atau tidak mahu, rela atau tidak rela, kita kena akui yang paling susah masih ada pihak yang berpendapatan rendah.
Ini adalah satu hakikat. Kalau kita lihat analisa-analisa ekonomi ke atas negara- negara yang mengenakan GST untuk dua tahun pertama adalah keadaan ekonomi yang paling sukar untuk mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada apa yang saya sebut tadi bahawa sekiranya pihak Kerajaan Pusat bersikap lebih tegas untuk menghapuskan rasuah, saya rasa kita boleh melambatkan pengenaan GST dan tak semestinya dikenakan pada 1 April ini. Kita kena faham, kalau kita lihat usaha yang dibuat untuk mencerdaskan pembangunan ekonomi. Tahun lepas 2014, kalau kita lihat sidang akhbar oleh pihak Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti di mana Tan Sri Dr. Zeti mengumumkan bahawa ekonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesat pada tahun lepas sebanyak 6%. Saya hendak bertanyakan pihak Kementerian Kewangan, semasa ekonomi negara Malaysia berkembang pesat sebanyak 6%, mengapakah Bursa Malaysia (KLCI) telah susut sebanyak 6% dan merupakan bursa yang mempunyai prestasi yang paling teruk di Rantai Asia Pasifik. Ini adalah sesuatu yang amat janggal sekali. Apabila ekonomi berkembang 6%, daripada segi pulangan Bursa Malaysia adalah berprestasi paling buruk sekali iaitu susut sebanyak 6%. Kita boleh banding dengan negara Thailand, ekonomi berkembang hanya 1%, pertumbuhan ekonomi hanya 1% tetapi daripada segi bursa negara Thailand untuk
tahun 2014, telah naik sebanyak 15%. Mengapa pula Malaysia apabila pertumbuhan sebanyak 6% tapi Bursa Malaysia, Bursa Kuala Lumpur (KLCI) susut sebanyak 6%. Saya rasa pihak kementerian pun faham bahawa sungguhpun pertumbuhan ekonomi jauh lebih baik daripada negara Thailand tetapi untuk banyak pelabur, mereka rasa bahawa prospek masa depan untuk Malaysia dihantui oleh masalah-masalah skandal seperti 1MDB dan ini merupakan satu kecacatan yang mestilah ditangani oleh pihak Kerajaan Pusat. Di sini, 1MDB bukanlah rekaan daripada pihak parti pembangkang ataupun Pakatan Rakyat. Ia adalah satu usaha oleh pihak kementerian agar pihak Kerajaan Pusat di mana board of advisors terdiri daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan ini harus ditangani dengan segera kerana sungguhpun dinyatakan bahawa 1MDB bukanlah bermasalah, bukanlah dalam keadaan krisis, kita kena faham. Betul, kalau kita lihat daripada penyata kewangan, liabiliti RM49 bilion, aset RM51.4 bilion. Oleh itu, syarikat tidak bermasalah kerana aset melebihi liabiliti sebanyak RM2.4 bilion. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu illusion, ini bukanlah keadaan sebenarnya kerana aset ini bertambah kerana ia dinilai semula. Kalau tak dinilai semula, liabiliti akan melebihi aset sebanyak RM5 bilion. Tentu pihak Kerajaan Persekutuan boleh mengelirukan atau tipu diri sendiri tetapi pelabur- pelabur asing boleh lihat keadaan sebenarnya iaitu liabiliti sebenarnya melebihi aset sebanyak RM5 bilion dan ia hanya digambarkan sebagai melebihi liabiliti kerana aset semuanya dinilai semula. Kalau tak dinilai semula, liabiliti melebihi aset sebanyak RM5 bilion dan inilah sebabnya timbul tanda tanya macam mana 1MDB boleh bayar semua hutang yang dialami. Kalau ini tidak ditangani dengan betul oleh pihak Kerajaan Pusat, ia akan menghantui bukan sahaja Bursa Malaysia, ia juga akan menghantui nilai Ringgit Malaysia yang juga jatuh menjunam dengan begitu ketara sekali sama seperti bursa di Malaysia dengan pasaran dana. Nilai Ringgit Malaysia mempunyai prestasi yang paling buruk juga pada tahun lepas dan ini semua ekoran daripada persepsi tentang skandal-skandal yang berlaku di Malaysia. Sekiranya skandal kewangan yang begitu maha besar ini tidak ditangani, saya rasa susah untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur-pelabur bahawa kita benar- benar serius untuk menjalankan pengurusan kewangan dengan baik, dengan teratur dan juga mengikut undang-undang yang telah pun ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah satu perkara kecil dan saya ingin menyatakan bahawa pihak kami rasa kesal bahawa untuk menutup skandal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil keputusan untuk menyaman Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Saya tidak rasa dengan menyaman atau saman sama Yang Berhormat Petaling Jaya Utara boleh membuat skandal ini hilang. Ia tetap tidak akan hilang. Masalahnya bukanlah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, beliau hanya seorang messenger. Don’t shoot the messenger, shoot 1MDB. [Tepuk] Ini kerana kalau masalah 1MDB tidak diatasi, satu Malaysia akan berada dalam bahaya. 1MDB, ‘satu Malaysia dalam bahaya’. [Tepuk] Ia akan merupakan tipping point bukan hanya kerana hanya skandal 1MDB, kita punya pasaran, stock market kita turun, nilai Ringgit Malaysia turun. Ia adalah tipping point. Sebelum ini, banyak pelabur bimbang tentang keadaan hutang Kerajaan Pusat yang telah naik melambung tinggi daripada RM266 bilion pada akhir tahun 2007 kepada RM582 bilion pada akhir tahun 2014. Dalam tempoh tujuh tahun sahaja telah naik sebanyak 120%. Ini adalah satu jumlah yang agak besar dan ini tidak mengambil kira liabiliti, gerenti atau kontingensi. Kalau diambil kira kontingensi, jumlah hutang ini akan melebihi RM700 bilion. Ini masalah pertama. Masalah kedua, GST yang saya sebut tadi. Masalah ketiga, hutang peribadi isi rumah yang merupakan kalau berbanding dengan GDP, sekarang telah capai tahap RM940 bilion, hampir mencecah RM1 trilion. Hutang peribadi isi rumah iaitu hutang orang biasa, rakyat Malaysia sekarang telah mencecah 88% GDP. Jumlah ratio yang paling tinggi di Benua Asia sehingga saya rasa banyak keluarga sekarang hutang sekeliling pinggang kerana tak mampu bayar dan kita tak mahu salahkan mereka kerana kalau kita lihat Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan hutang pun naik tinggi, 1MDB pun hutang sana hutang sini dan ini adalah satu tanda amaran. Kerajaan Pusat hutang besar, isi rumah rakyat Malaysia biasa hutang paling tinggi di Benua Asia. Ini semua amaran kepada pelabur-pelabur bahawa kita dalam keadaan tenat daripada segi kewangan dan tambah lagi 1MDB.
Saya rasa ia merupakan satu trigger point yang menyebabkan Bursa Malaysia mengalami prestasi yang paling buruk pada tahun 2014 dan nilai ringgit turun pada tahap yang paling teruk berbanding dengan nilai-nilai negara-negara lain. Sebagai satu contoh kita lihat, jangan cakap tentang Dolar Amerika Syarikat, sebut dengan Dolar Singapura.
Dari Daripada SGD2.20 sekarang sampai SGD2.70. Baht tidak mahu sebut Dolar Singapura, baht, Thai Baht. Dulu 9.50 Baht, sekarang 8.80 Baht, teruk sekali. Jadi, kalau berbanding dengan negara Thailand yang menghadapi masalah ekonomi, masalah politik yang tidak stabil, nilai Ringgit Malaysia lebih teruk dari Thailand, takkan kita tidak rasa bahang-bahang krisis ekonomi yang melanda negara kita. Bila saya sebut krisis ekonomi Tuan Yang di-Pertua, ini bukan istilah saya sahaja, ia juga digunakan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin yang secara terus terang mempersoalkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau beliau dapat menguruskan ekonomi dengan begitu baik, beliau bertanya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengapakah nilai Ringgit Malaysia susut dengan begitu teruk berbanding dengan negara-negara lain sampai negara Thailand yang ada pertumbuhan ekonomi 1%, negara Thailand yang ada krisis politik, nilai Baht Thailand lebih kuat dari Malaysia.
Boleh mencelah?
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ini mendengar dengan begitu tekun sekali. Elok juga diberitahu tentang GST tadi, ada syarikat-syarikat gulung tikar. Ini GST belum jalan lagi, sudah tutup kedai. Takkan sebab GST? Mungkin Balik Pulau tertinggal, bangunkan tempat lain, mungkin. Kita tengok pembangunan, dulu tidak ada jambatan, bila ada jambatan tentulah trafik bertambah. There were change of patterns. Satu lagi tadi banding tentang ringgit. Kita banding tak Indonesia? Indonesia kejatuhan Rupiah yang paling terburuk, ia tidak ada 1MDB pun. Jadi, saya ingat jangan kita oversimplify dan cuba memanipulasi keadaan yang ada. Saya hendak tanya tadi tentang Thailand. Thailand dulu memang politik bermasalah, sekarang they are coming out of the problem dan nampaknya of course lah pertumbuhan 1% dan bursanya bertambah baik. Akan tetapi ringgit ini sebenarnya bukan kita sahaja, ini sebab strong dollar. Kita tahu, Yang Berhormat pun tahu tetapi jangan memanipulasi seolah-olah keadaan ini begitu teruk sekali. Jadi saya hendak tanya, GST ini, Indonesia ini, adakah ini dalam pertimbangan Yang Berhormat sendiri? Terima kasih.
Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kota Tinggi atas celahan tadi. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi bahawa di Balik Pulau adalah kawasan rakan Yang Berhormat, Timbalan Menteri Kesihatan. Kalau ia ketinggalan, saya rasa kena tanya beliau. Beliau pun tahu bahawa memang ada beberapa kedai yang sudah pun gulung tikar kerana masalah untuk memenuhi syarat-syarat GST. Ini telah pun...
Masalahnya ia gulung tikar sebelum GST dijalankan. Jadi saya ingat jangan manipulate on the issue. Jawab terus sebab saya rasa Yang Berhormat cuba manipulate mengatakan ia tutup sebab GST, GST belum jalan lagi.
Saya sudah sebut tadi, sudah gulung tikar, sebelum GST sudah gulung tikar. Ini telah pun dilaporkan di dalam surat khabar. Saya rasa bukan sahaja di Pulau Pinang, di tempat-tempat lain juga kerana mereka kena tutup sebelum 1 April. Kalau tidak mereka perlu memenuhi syarat-syarat GST. Saya rasa kalau Yang Berhormat Kota Tinggi tidak faham, itu menunjukkan bahawa telah tersisih daripada masalah yang dihadapi oleh rakyat. [Ketawa] [Tepuk]
[Bangun]
Biar saya habis dulu, biar saya habis dulu. Tentang itu nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi bahawa kritikan ini dibuat bukan sahaja oleh saya tetapi juga oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin. Saya rasa kalau Yang Berhormat Kota Tinggi tidak puas hati dengan apa yang saya sebut, itu biasa tetapi kalau benar-benar tidak puas hati dengan apa yang disebutkan oleh Tun Daim Zainudin, mungkin boleh tanya sama Tun Daim Zainudin.
Boleh gulung. Sudah hampir 30 minit Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya ingin merumuskan ucapan saya dengan persoalan kepada Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri tentang kes-kes hasutan yang dilaporkan ke atas beberapa pemimpin UMNO seperti Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang telah pun buat satu fitnah ke atas kaum Cina di Kuala Kedah bahawa mereka telah membakar buku suci al-Quran dalam upacara agama mereka bila ia memang satu penipuan besar. Akan tetapi beliau tidak meminta maaf ataupun menarik balik apa yang difitnah oleh beliau. Juga tentang keadaan kes-kes yang dibuat ke atas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh tentang komen-komen dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani atas kenyataan melampau dan bersifat perkauman ke atas peniaga-peniaga Cina. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis ke atas ucapan-ucapan yang menghasut ini? Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meminta bahawa kerana ada beberapa rakan daripada Pakatan Rakyat telah dihalang untuk memasuki negeri Sabah dan Sarawak sungguhpun mereka adalah Ahli Parlimen Malaysia dan Sabah dan Sarawak masih sebahagian daripada Malaysia. Bolehkah kita dapat tahu mengapa mereka merupakan satu ancaman ke atas keselamatan kedua-dua negeri ini bila mereka adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Janganlah kerana kepentingan politik yang sempit, mereka dilarang untuk memasuki negeri Sabah dan Sarawak. Saya harap bahawa pihak Kerajaan Pusat boleh memberikan sebab mengapa Ahli Parlimen dihalang untuk masuk ke negeri Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua bagi saya peluang juga untuk turut berbahas. Saban tahun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan pembukaan mesyuarat Dewan Rakyat kita. Jika diteliti teks Titah Ucapan Seri Paduka adalah jelas Seri Paduka mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara aman, damai, sejahtera dan maju. Dalam Titah Seri Paduka juga, Seri Paduka tidak pernah ketinggalan mengingatkan kita semua untuk menjaga perpaduan dan kestabilan negara bagi memastikan usaha memajukan negara dan menyejahterakan rakyat tercapai. Oleh itu adalah penting jika Titah Seri Paduka diberi perhatian oleh semua pihak dan nasihat Seri Paduka menjadi panduan kepada kita dalam memastikan Malaysia terus aman sejahtera dan makmur. Tuan Yang di-Pertua, dalam mewujudkan negara yang menjadi impian kita semua, kestabilan politik, perpaduan kaum dan toleransi beragama memainkan peranan penting. Atas sebab itulah dalam apa jua tindakan khusus dalam politik rakyat negara ini perlu ada batas dan hadnya.
Janganlah menganggap satu kebebasan itu sebagai kebebasan mutlak kerana kebebasan mutlak mampu mengundang bencana kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, saya akan membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersandarkan kepada seruan Seri Paduka bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Dalam konteks ini, saya akan mengaitkan ia dengan fungsi kementerian dan agensi kerajaan serta pihak-pihak yang terbabit. Sebelum itu, saya ingin menyentuh hal banjir. Pada Disember yang lalu negara kita telah ditimpa musibah apabila bencana banjir melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kelantan negeri saya paling teruk terjejas termasuklah kawasan saya Parlimen Tanah Merah yang mana lebih 19,000 keluarga yang terdiri daripada hampir 70,000 mangsa menerima kesan daripada banjir bah kuning ini. Puluhan ribu kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda mencecah berjuta-juta ringgit. Walau bagaimanapun, pada kesempatan ini seperti Yang Berhormat Gerik, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang beberapa kali melawat Kelantan. Malah saya berbangga dan terharu kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melawat kawasan Tanah Merah dua kali bagi meninjau keadaan mangsa dan menyampaikan sumbangan di tempat saya.
Kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu memberi banyak semangat kepada mangsa-mangsa banjir untuk memulakan hidup baru walaupun sebelum ini berbagai-bagai tohmahan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pusat dalam hubungannya dengan Kerajaan PAS Kelantan tetapi ternyata ia sekadar tohmahan semata-mata. Perdana Menteri telah membuktikan keprihatinan Kerajaan Pusat apabila bersedia menubuhkan jawatankuasa khas bersama dengan kerajaan negeri bagi memulihkan Kelantan. Malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyatakan komitmen untuk melakukan apa sahaja untuk memulihkan kehidupan rakyat Kelantan yang terjejas akibat banjir. Keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuktikan dalam soal membantu rakyat yang dilanda bencana, soal perbezaan politik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri diketepikan. Pendirian ini juga dibuktikan oleh sahabat saya Biro Kebajikan UMNO di bawah teraju Yang Berhormat Baling. Beliau telah mengarahkan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir tidak kira sama ada mereka itu berada dalam kawasan Barisan Nasional atau pun PAS. Pertolongan ini diberikan tanpa mengira batas politik, kaum mahupun agama. Apa yang penting mangsa-mangsa banjir menerima bantuan yang diperlukan. Sesungguhnya keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Baling membantu mangsa-mangsa banjir Kelantan amat dihargai dan disanjung. Saya percaya dan yakin segala bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat akan berterusan sehingga mangsa-mangsa banjir kembali berterusan meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Ketika ini pelbagai projek dan program pemulihan dilakukan di Kelantan atas kerjasama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Malah pagi tadi Perdana Menteri telah menyatakan SOP akan dikemas dan dikaji semula agar jika berlaku lagi banjir yang besar kita akan lebih bersedia. Insya-Allah, saya percaya kerjasama antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, nasib rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir akan terbela dengan kerjasama tersebut. Okey, saya ingin menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di- Pertua, dalam mewujudkan sebuah negara yang berpegang kepada kedaulatan undang- undang, sudah pasti Malaysia memerlukan agensi penguat kuasa yang berintegriti tinggi dan tidak terlibat dalam gejala rasuah. Akan tetapi malangnya, sejak kebelakangan ini kita menyaksikan semakin ramai anggota agensi penguat kuasa ditahan kerana terlibat dengan rasuah. Tahniah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bertindak tegas dalam memastikan anggota agensi penguat kuasa yang tidak amanah dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang tidak amanah ini boleh dianggap sebagai bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan tetapi juga pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan supaya mempertingkatkan lagi usaha bagi membersihkan semua agensi penguat kuasa daripada gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dalam memperkatakan hal ini, saya ingin mengesyorkan supaya semua agensi penguat kuasa mengkaji semula tempoh pendapatan pegawai dan anggota di satu-satu kawasan. Ini memandangkan pendapatan terlalu lama di sesuatu kawasan boleh menyebabkan mereka menjadi sasaran sedikit untuk dipengaruhi. Selain itu, saya juga menggesa supaya kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi perhatian umum dipercepatkan siasatannya bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, sempadan negara adalah benteng kedaulatan negara. Justeru itu, kawasan tersebut memerlukan kawalan keselamatan yang amat ketat bagi mengelak musuh negara menyeludup masuk ke negara ini. Malah, ia juga bagi memastikan barang-barang yang diharamkan tidak dibawa masuk sewenang-wenangnya. Kalau Tuan Yang di-Pertua datang ke kawasan Rantau Panjang, Sungai Golok itu dekat sangat. Berenang pun boleh sampai ke seberang. Malah, sempadan negara juga perlu dikawal untuk mengelakkan kerugian besar kepada negara melalui kegiatan penyeludupan. Bagaimanapun, berdasarkan pendedahan media, kawalan keselamatan di kawasan sempadan semakin longgar. Penyeludupan bahan bakar berlaku tanpa kawalan disebabkan oleh ada segelintir anggota agensi penguat kuasa mengamalkan rasuah. Apa yang berlaku bukanlah perkara baru. Ia sudah terjadi sekian lama. Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri memikirkan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi mengawal sempadan.
Ketika ini, terlalu banyak agensi yang mengawal sempadan hingga ia memberi kesempatan kepada sindiket untuk mengambil kesempatan. Pasukan petugas khas yang dicadangkan oleh saya ini mestilah mengabung semua agensi penguat kuasa yang berkaitan tetapi diketuai oleh seorang komando. Model ini samalah seperti mana Jabatan Peguam Negara menubuhkan pasukan petugas khas bagi mencegah pelbagai kegiatan penyeludupan dan penyelewengan. Saya percaya dan yakin kewujudan pasukan petugas khas ini akan mampu mengekang sebarang aktiviti haram di kawasan sempadan dan sekali gus memastikan sempadan kita tidak mudah dibolosi sewenang-wenangnya. Tuan Yang di-Pertua, pembangkang berterusan mempolitikkan isu 1MDB. Saya ucapkan tahniah atas keberanian dan ketelusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengarahkan Jabatan Audit Negara menyemak akaun 1MDB bagi membersihkan nama syarikat pelaburan itu daripada berbagai-bagai tuduhan tidak benar. Saya juga menyokong saranan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang mahu 1MDB mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan segala tuduhan tidak berasas kepada 1MDB. Saya percaya melalui ketulusan kerajaan ini, ia akan menutup mulut pihak-pihak tertentu yang cuba menjadikan 1MDB sebagai bahan untuk meraih sokongan politik. Berbagai-bagai persoalan yang mereka timbulkan bukanlah niat ikhlas tetapi sekadar meraih keuntungan politik. Saya penuh yakin 1MDB akan berakhir dengan kejayaan. Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagaimanapun, kita tidak perlu mengulas panjang isu ini kerana ia kini berada dalam penelitian Ketua Audit Negara sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk pemeriksaan telus. Saya juga ingin menyentuh tentang isu Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di- Pertua, negara tidak akan stabil jika ada pihak-pihak berusaha mempolitikkan segala- galanya bagi mencapai tujuan politik dan kekecohan mampu tercetus jika sensitiviti kaum dan agama tidak terpelihara dengan sebaik-baiknya. Menyentuh soal ini, kita merasa bimbang kerana dari semasa ke semasa pihak-pihak tertentu cuba mempolitikkan berbagai- bagai isu waima keputusan mahkamah sekalipun. Mereka cuba mengheret rakyat ke jalanan bagi memperjuangkan apa yang mereka panggil demi menegakkan demokrasi. Perbuatan seperti ini amat bahaya apabila rakyat diajar untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Kita sudah menyaksikan di mana negara huru-hara tercetus apabila rakyat cuba menjadi hakim dan bertindak semberono dalam melahirkan perasaan mereka. Saya ingin menggesa Kementerian Dalam Negeri khususnya Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang masih lagi mahu mempolitikkan keputusan mahkamah. Mereka yang berbuat demikian adalah golongan minoriti sedangkan majoriti rakyat negara menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman. Dalam menghadapi situasi ini, saya berharap PDRM tidak akan gentar bertindak bagi memastikan mereka yang cuba melakukan tindakan yang boleh dikategorikan menghasut ini dikenakan tindakan tegas. Masa sudah tiba untuk tindakan tegas diambil kerana kita sudah bosan disebabkan hanya kerana seorang individu keamanan negara menjadi pertaruhan. Tuan Yang di-Pertua, sama ada diakui atau tidak negara kita sedang berhadapan dengan kebanjiran warga asing tanpa izin. Di mana-mana sahaja, warga asing bukan sahaja boleh ditemui malah mereka dilihat semakin menguasai berbagai-bagai pekerjaan. Jika dahulu, mereka hanya diperlukan untuk sektor perladangan dan pembinaan tetapi kini warga asing berada dalam semua sektor. Saya memahami jika warga asing ini masuk secara sah dan bekerja dengan permit yang sah tetapi berdasarkan laporan media dan berpandukan kepada operasi yang diadakan dari semasa ke semasa adalah jelas jumlah pendatang asing tanpa izin di negara ini membimbangkan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar KDN mencari mekanisme baru berhubung kemasukan warga asing. Kita tidak boleh membiarkan jumlah mereka bertambah dari semasa ke semasa tanpa kawalan. Saya percaya jumlah warga asing tanpa izin di negara ini jauh lebih ramai berbanding apa yang kita ketahui. Pendedahan media bagaimana warga asing terlibat
dalam penerokaan tanah di Cameron Highlands dan terlibat dalam perniagaan menimbulkan persoalan kepada kita bagaimana perkara ini boleh berlaku.
Sepatutnya pihak yang berkenaan memantau dan mengambil tindakan tegas supaya ia tidak terjadi. Akan tetapi malangnya, apa yang kita perhatikan, tiada tindakan benar-benar tegas dilakukan dan apabila – yang lebih menimbulkan persoalan dalam berbagai-bagai operasi yang diadakan, hanya pendatang tanpa izin ditangkap. Soalnya, di mana mereka yang menggaji pendatang tanpa izin ini? Apakah terlalu sukar untuk mendakwa majikan-majikan yang terlibat? Saya percaya selagi majikan-majikan itu, mereka yang menggaji warga asing tanpa izin ini bekerja tidak dikenakan tindakan undang-undang, sampai ke bila-bila pun usaha untuk membanteras pendatang asing tanpa izin tidak akan berjaya. Tuan Yang di-Pertua, kekejaman yang dilakukan oleh puak militan negara Islam atau Islamic State (IS) telah menarik perhatian dunia. Perbuatan mereka jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka membunuh orang sesuka hati, tawanan mereka dibunuh tanpa belas ihsan, mereka memperalatkan Islam demi mencapai cita-cita songsang mereka. Akan tetapi malangnya, seperti mana dinyatakan oleh Polis Diraja Malaysia, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 61 orang rakyat Malaysia kini menganggotai IS. Gejala seumpama ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh memberi ancaman kepada negara di masa depan apatah lagi sudah ada ura-ura mereka merancang negara sendiri apabila kembali ke tanah air. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar KDN bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk menganjurkan program khas bagi mendedahkan penyelewengan, kekejaman dan kesesatan IS supaya ia memberi kesedaran kepada orang ramai. Program khas ini perlu digerakkan ke seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada rakyat. Dalam program ini, pihak kerajaan boleh mendedahkan apa sebenarnya perjuangan IS dan kenapakah ia bertentangan dengan Islam. Penjelasan yang lebih mendalam juga perlu diberikan kepada umat Islam mengenai istilah jihad yang sebenar. Tokoh-tokoh agama terkenal perlu dijemput menyertai program ini bagi membolehkan mereka memberi pandangan sudut Islam mengenai perjuangan IS. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan berhubung masalah judi haram yang semakin berleluasa. Sementara saya ucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia atas ketegasan memerangi gejala ini, tetapi berdasarkan maklumat, kegiatan ini masih berlaku lagi. Apa yang membimbangkan, kegiatan ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi juga remaja sekolah dan belia. Sindiket judi haram ini tidak boleh dibiarkan kerana ia bukan sahaja merosakkan masyarakat tetapi ia juga akan menggalakkan kegiatan penggubahan wang haram. Laporan yang menyatakan sindiket mengaut sebanyak RM1 bilion dalam tempoh 12 bulan melalui kegiatan haram itu meresahkan kita dan memerlukan pemerhatian pihak-pihak yang berkenaan. Saya ingin mencadangkan agar KDN mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan belia dan remaja sekolah berhubung keburukan judi haram ini. Kempen ke sekolah-sekolah dan melalui media massa bagi menyedarkan orang ramai perlu dilakukan. Mungkin tidak keterlaluan jika KDN memikirkan mewujudkan ganjaran khas kepada mana- mana orang awam yang melaporkan kegiatan perjudian haram. Saya percaya langkah ini sedikit sebanyak akan mampu menghalang sindiket daripada menjalankan kegiatan mereka. Saya juga ingin menyentuh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tuan Yang di-Pertua, tahniah saya ucapkan kepada KPDNKK kerana melancarkan pelbagai kempen bagi menurunkan harga barang melalui pelbagai kategori premis perniagaan. Langkah ini menunjukkan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam menangani kenaikan harga barangan menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada bulan depan. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada KPDNKK untuk menubuhkan pasukan khas bagi memantau peniaga secara dekat mulai bulan depan. Selain itu, hotline bagi membolehkan pengguna membuat aduan juga harus diwujudkan. Ini memandangkan sehingga hari ini kita masih mendengar keluhan pengguna yang membuktikan sikap tamak sesetengah peniaga yang menaikkan harga barang dengan alasan sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan GST. Saya juga ingin mencadangkan supaya pindaan undang-undang lebih tegas dikenakan kepada mana-mana peniaga yang tamak. Kita harus ingat tindakan peniaga
menaikkan harga barang akhirnya akan menyebabkan rakyat menyalahkan kerajaan. Oleh sebab itulah, walaupun kita yakin dengan kewibawaan KPDNKK bagi menangani masalah ini, namun langkah-langkah lebih tegas perlu dilaksanakan. Mengenai Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh keputusan kerajaan menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia dan Sukan merangka satu program sementara bagi menggantikan PLKN. Program yang bertujuan menyerapkan disiplin dan rasa cinta kepada negara ini dengan menyelitkan sedikit sebanyak modul PLKN itu perlu dilaksanakan untuk semua pelajar Tingkatan 5 sebelum peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diadakan. Saya percaya dan yakin program seumpama ini akan mampu menyemai perasaan perpaduan, kerjasama dan persahabatan serta cinta negara di kalangan pelajar-pelajar seperti mana berjaya dilaksanakan melalui PLKN. Tuan Yang di-Pertua, kita menyanjung tinggi usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya dari segi infrastruktur awam dan perumahan. Walau bagaimanapun, saya berpendapat masih terlalu banyak yang perlu dilakukan khususnya bagi menyejahterakan penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Sehubungan itu, saya mencadangkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengatur strategi yang lebih mampan bagi memastikan kemudahan awam di kawasan-kawasan luar bandar terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Masih banyak jalan-jalan kampung yang perlu diperbaiki dan dipasang lampu-lampu jalan demi keselamatan penduduk. Selain itu juga, saya ingin menarik perhatian kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar. Difahamkan banyak hospital di luar bandar yang tidak mempunyai doktor pakar atau doktor yang mencukupi selain kemudahan peralatan yang masih kurang. Justeru, saya mencadangkan Kementerian Kesihatan agar mengkaji perkara ini dan mengatasi masalah tersebut dengan segera. Saya juga ingin tahu mengenai mesin CT scan yang telah diluluskan untuk disediakan di Hospital Tanah Merah yang sehingga hari ini masih belum dipasang. Jadi bilakah mesin CT scan boleh dipasang dan mula beroperasi? Saya juga ingin menyentuh mengenai perumahan mampu milik yang ketika ini menjadi topik paling hangat diperbincangkan. Saya menghargai kesungguhan kerajaan yang sudah menyatakan komitmen untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di seluruh negara. Walau bagaimanapun, saya berpendapat tumpuan utama harus diberikan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Pembinaan rumah kos rendah perlu diperbanyakkan kerana pada masa ini masih terdapat ramai rakyat yang terpaksa hidup dalam rumah yang buruk dan usang. Dalam usaha melaksanakan langkah itu, kerajaan perlu mencari satu mekanisme untuk memastikan tiada mana-mana kelompok rakyat yang ketinggalan. Saya menegaskan perkara ini memandangkan di kawasan luar bandar, majoriti penduduknya memperoleh pendapatan tidak tetap. Oleh itu, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi memastikan mereka juga berpeluang untuk menikmati kediaman rumah kos rendah. Pada Selasa lalu – maaflah, saya tahu perkara ini mungkin memprovokasi kawan- kawan saya di sebelah sana. Selasa lalu kita mendengar Yang Berhormat Lembah Pantai membahaskan Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Seperti yang kita duga, keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penjara selama lima tahun ke atas Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga bapa kepada Yang Berhormat Lembah Pantai menjadi sasaran utama. Kita kesal apabila Pakatan Rakyat terus berusaha meracuni pemikiran rakyat berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan. Mereka cuba menggambarkan apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Permatang Pauh adalah satu konspirasi politik. Justeru, dalam ketandusan modal untuk meraih sokongan, isu Yang Berhormat Permatang Pauh dianggap senjata baik. Malang sekali, dalam keghairahan tersebut, ketika pakatan pembangkang melaung dan mendakwa kononnya mereka ini pejuang demokrasi serta kedaulatan undang-undang, mereka sendiri bertindak sebaliknya. Sistem kehakiman dikecam habis-habisan semata-mata kerana keputusan mahkamah tidak menyebelahi kehendak mereka. Malah, mereka juga menghina Polis Diraja Malaysia yang sudah banyak berjasa kepada negara kita. Tidak apalah. Saya tidak mahu sambunglah. Kalau saya baca ini, saya tahu kawan saya Maidin ini akan mesti bangun punya. Akan tetapi tidak apalah. Apa pun, saya rasa...
Peraturan mesyuarat.
Tengok, sebut sahaja Yang Berhormat Sepang...
Dia bukan jemput, Yang Berhormat.
Sebut pun tidak betul. Sebutlah Ahli Parlimen Sepang.
Maaf, maaf. Yang Berhormat Sepang, maaf.
Dalam peraturan mesyuarat pun tidak faham hendak cakap pasal kes Anwar, tidak payahlah.
Okey, okeylah.
[Menyampuk]
Apa eleh-eleh? Bangun, bangun.
Okeylah. Akan tetapi bagi saya, menuduh para hakim telah dibeli atau tunduk kepada kehendak politik kerajaan adalah satu penghinaan tahap tertinggi kepada sistem kehakiman yang bebas dan telus. Apakah benar mahkamah zalim dan tidak adil apabila membenarkan Yang Berhormat Permatang Pauh diwakili oleh 14 orang peguam yang handal-handal belaka. Apakah benar mahkamah dan para hakim terlibat tidak adil apabila membenarkan kes itu berlangsung selama enam tahun dua bulan dan ditangguhkan 78 kali atas permintaan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengemukakan berbagai-bagai permohonan. Apakah mahkamah dan para hakim tidak adil apabila terus membenarkan Yang Berhormat Permatang Pauh memiliki pasport biar pun kes dalam peringkat rayuan. Perlu juga diingat Yang Berhormat Permatang Pauh sudah diberi peluang dan ruang untuk membela diri termasuklah membolehkan pasukan pendakwa raya melakukan pemeriksaan balas tetapi malangnya pilihan itu tidak diambil oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Walaupun Yang Berhormat Permatang Pauh mendakwa ada bukti alibi, namun sehingga kes selesai, tidak seorang pun saksi alibi dikemukakan.
Sepatutnya, sebagai seorang yang kononnya mendakwa telah difitnah dan dijebak dalam konspirasi politik, seseorang itu pasti melakukan apa sahaja bagi membersihkan namanya. Akan tetapi ini tidak dilakukan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Malah untuk angkat sumpah dalam mahkamah pun Yang Berhormat Permatang Pauh tidak mahu. Oleh itu, cukup-cukuplah melakukan tindakan yang dilihat hanya untuk mahu memperdayakan rakyat semata-mata. [Disampuk] Kebenaran tetap kebenaran. Ia tidak boleh diliputi dengan kepalsuan, apatah lagi dengan kebatilan. Sepatutnya, pemimpin pembangkang khususnya yang beragama Islam bermuhasabah dan memahami kalau benarlah seseorang itu dianiaya, tidak akan...
[Bangun]
Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat. Hendak beri jalan?
Terhijab antara beliau dengan Allah SWT.
Minta laluan sikit.
Selain itu, soal kebenaran, manusia lakukanlah apa pun tetapi kebenaran pasti akan melupuskan kebatilan.
Yang Berhormat Tanah Merah, sikit boleh?
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua pada...
Janganlah baca sahaja.
Tidak payahlah, tidak beri jalan. Duduklah ya Yang Berhormat Sepang.
Skrip ini telah disediakan oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Sebab itulah dia tidak boleh jawab.
[Dewan riuh]
Tidak mengapalah, saya bagilah.
Dia tidak baca, dia tidak pernah baca itu, dia tidak baca, dia main paku sahaja.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah. Terima kasih kerana membaca skrip. Saya cuma hendak mengatakan beginilah, tadi Yang Berhormat Tanah Merah menyatakan tentang prinsip Islam, kita orang Islam. Saya hendak bertanyalah, apakah pandangan Yang Berhormat Tanah Merah terhadap tindakan Tan Sri Shafee? Buat road show yang menuduh Yang Berhormat Permatang Pauh ini dengan tuduhan-tuduhan yang jelas melanggar prinsip dan undang-undang qazaf. Adakah itu dikira selari dengan prinsip Islam? Itu yang pertama. Kedua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Tanah Merah ini. Yang Berhormat Tanah Merah, apa pandangan Yang Berhormat Tanah Merah, dalam keadaan seorang Ahli Parlimen kerusinya belum lagi dikosongkan, tiba-tiba tidak dibenarkan hadir di Parlimen sedangkan dalam Perlembagaan kerusi beliau belum kosong? Undang-undang Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi. Jadi setuju atau tidak Yang Berhormat Tanah Merah, kalau buang skrip itu, jawapannya ialah memang boleh hadir? Setuju atau tidak? Kalau ikut skrip tidak bolehlah. Kalau buang skrip itu boleh atau tidak? Boleh atau tidak?
Kakanda Yang Berhormat Sepang, saya sudah beri peluang. Janganlah hendak perli-perli pula kakanda. Okey pertama, isu tentang sama ada tentang qazaf itu, saya serah kepada pihak berkuasalah untuk menentukan sama ada ia perlu dikenakan melalui qazaf atau sebaliknya. Mengenai sama ada layak atau tidak layak itu, saya rasa Tuan Yang di-Pertua sudah bagi hujah-hujah yang mana usul itu telah ditolak. Saya rasa kita sebagai Ahli Parlimen yang sentiasa menghormati Perlembagaan, kita kena hormatilah keputusan yang dibuat oleh Speaker. Okey walau bagaimanapun, saya percaya dan yakin...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Rakyat tidak akan mudah terpancing dengan mainan pembangkang itu. Kehadiran yang tidak memberangsangkan dalam himpunan ’Kita Lawan’ Sabtu lalu dan pada Sabtu minggu lepas, sudah membuktikan rakyat semakin muak dengan permainan politik pembangkang yang bergantung kepada seorang individu sahaja. Walaupun dalam portal pembangkang kata jumlah yang besar tetapi hakikatnya tidaklah sebanyak itu. Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya juga ingin menarik perhatian kerajaan supaya tidak membiarkan perbuatan menghina mahkamah ataupun para hakim berterusan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Slogan ‘Rakyat Hakim Negara’ ialah slogan songsang yang boleh mengundang huru-hara kepada negara ini. Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa untuk memastikan mana-mana pemimpin pembangkang yang terus menghina Institusi Kehakiman dikenakan tindakan setegas- tegasnya. Tindakan terlalu memberi muka kepada mereka telah menyebabkan pemimpin- pemimpin pembangkang semakin hilang rasa hormat kepada Institusi Kehakiman. Okeylah, saya ingin menggulung perbahasan ini dengan menegaskan dalam usaha menyempurnakan Titah Seri Paduka bagi mewujudkan sebuah negara yang aman makmur, ia memerlukan komitmen daripada semua pihak. Usaha berterusan perlu dilakukan bagi meningkatkan perpaduan dan toleransi kepada kaum di negara ini serta menyatukan rakyat bagi sama-sama memajukan negara. Insya-Allah, dengan berkat usaha semua pihak, kita akan mampu hidup aman damai di negara yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pandan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama berbahas ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Izinkan saya untuk memulakan dengan memetik satu ayat nombor lapan Surah al-Ma'idah. [Membaca sepotong ayat al- quran]. Mafhumnya, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”, sadaqallahul ‘azim. Tuan Yang di-Pertua, keadilan dalam negara dan masyarakat kita ini bergantung kepada kebebasan dan juga amanah yang dipikul oleh institusi-institusi yang diberi amanah itu. Dua buah institusi yang paling utama ialah Institusi Kehakiman dan juga Institusi Kamar Peguam Negara. Minggu ini, satu lagi usul mengikut Perlembagaan Persekutuan telah difailkan terhadap lima orang hakim Mahkamah Persekutuan atas tindakan mereka yang dikira tidak mengambil kira soal keadilan dalam menentukan keputusan terhadap Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh. Kalau Tuan Yang di-Pertua ingat, ini ialah kali kedua dalam tempoh setahun. Satu usul yang menegur tindak-tanduk dan dengan izin, misconduct of judges difailkan di dalam Dewan ini kerana yang sebelum ini telah difailkan dalam tempoh setahun yang lepas. Kalau Ahli-ahli Dewan menyemak seluruh sejarah Dewan ini daripada awal, tidak pernah berlaku usul yang mengikut Perlembagaan yang menegur tindak-tanduk hakim sedemikian rupa difailkan dua kali dalam tempoh satu tahun. Ini kali pertama dan menjadi sejarah hitam dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, soal keadilan dan juga kebebasan Institusi-institusi Kehakiman dan Kamar Peguam Negara ini bukan sahaja soal yang berkaitan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Lebih penting lagi, ia bersabit dengan kepentingan negara dan juga keselamatan dan integriti kerajaan. Oleh sebab itu saya hendak bagi contoh, bagaimana laporan-laporan yang melibatkan Peguam Negara sendiri sebelum ini memberikan gambaran yang buruk mengenai kerajaan dan juga menimbulkan suasana seolah-olah kepentingan negara, kerajaan dan rakyat telah digadaikan disebabkan oleh kecuaian dan juga ketidakterampilan Peguam Negara dan Kamar Peguam Negara.
Yang Berhormat, hati-hati dengan Peraturan Mesyuarat 36(8).
Saya faham. Saya hendak beri contoh yang saya mohon Menteri berkenaan menjawab, bahawa ada satu laporan - yang ini boleh disahkan dengan laporan-laporan rasmi juga bahawa negara kita dan kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Pekan dan kita ucapkan tahniah kerana menjadi antara negara yang paling awal sampai ke tempat terhempasnya kapal terbang MH17. Kita antara negara yang paling awal. Oleh kerana kita antara negara yang paling awal, maka pegawai-pegawai kita telah mendapat bukti-bukti dan juga bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai dengan izin Tuan Yang di-Pertua, leverage dalam rundingan semasa membentuk pasukan antarabangsa untuk menyiasat perkara itu. Saya hendak maklumkan dan mohon Menteri nanti jawab dalam penggulungan. Benarkah bahawa dalam rundingan tersebut, Peguam Negara telah bersetuju untuk melepaskan hak kerajaan negara ini sebagai salah satu anggota utama dan bersetuju hanya dengan status pemerhati di dalam pasukan yang diketuai oleh Kerajaan Belanda itu?
Maknanya, kerajaan melepaskan sepenuhnya hak dan juga, dengan izin, leverage yang kita ada sehingga kita ini dalam siasatan berkaitan MH17, hanya tarafnya sama dengan negara-negara lain yang tidak terlibat ataupun tidak ada rakyat yang terlibat di dalam kemalangan tersebut. Bermakna, kalau ditanya kepada kaum keluarga mangsa MH17, seolah-olah kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Pekan langsung tidak diambil peduli tentang perasaan dan juga kesedihan. Mereka juga hendak tahu sebenarnya apa yang berlaku kepada kapal terbang tersebut. Saya tidak salahkan Yang Amat Berhormat Pekan tetapi Menteri perlu jawab kerana yang bertanggungjawab merundingkan itu adalah Peguam Negara.
Contoh satu lagi, yang ini Menteri kena jawab dan saya pasti semua Ahli Dewan perlu dengar dan perlu tahu, terutamanya Ahli Dewan sebelah sana yang kaya-kaya. Tahu kah anggota-anggota Dewan yang mulia bahawa di dalam kamar Peguam Negara telah dilantik seorang peguam yang bukan rakyat Malaysia. Seorang rakyat Singapura bernama Jessica Sidhu yang telah dilantik oleh Peguam Negara sebagai ketua kepada pasukan, dengan izin, Anti-Money Laundering Team ataupun kumpulan yang menguruskan kes-kes bersabit dengan pengubahan anti wang haram. Apakah pentingnya team ini Tuan Yang di- Pertua? Dalam tempoh dua, tiga tahun yang lepas, kalau anggota Dewan merujuk kepada kadar kenaikan kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya telah sebut bagaimana ia satu prestasi yang membanggakan kerana kenaikan itu kadang-kadang 12%, 13%. Satu cara yang digunakan ialah dengan menggunakan akta Anti-Money Laundering Act ini untuk mengutip cukai-cukai ataupun mengejar pembayar-pembayar cukai. Ini kerana kuasa di bawah Anti-Money Laundering Act ini cukup besar. Boleh membekukan harta, boleh menyemak dan mendapatkan apa- apa maklumat daripada pembayar cukai. Maknanya, kepada Menteri, anggota-anggota Dewan, maknanya fail kita, segala maklumat kita, segala keterangan mengenai harta dan lain-lain, kini boleh berada, jatuh di tangan seorang kakitangan Peguam Negara yang kontrak, yang bukan rakyat negara itu iaitu seorang rakyat Singapura. Namanya Jessica Sidhu dan saya mohon supaya Menteri nanti menjawab dan gulung nanti. Jadi sebab itu, bukti-bukti yang saya sebutkan ini saya harap buka mata kita dan rakyat. Yang Berhormat Tanah Merah seronok membaca skrip mengenai Anwar Ibrahim. Suatu hari nanti oleh sebab ketidaktampilan dan tidak ada integriti kalau tidak disiasat institusi-institusi yang diberi amanah untuk menjaga kehakiman dan keadilan negara ini, yang tergadai bukan sahaja kebebasan Pematang Pauh, yang tergadai adalah seluruh kedaulatan dan keselamatan negara kita. Itu telah pun ditunjukkan sebelum ini, kita hilang sebuah pulau iaitu Pulau Batu Putih. Sebab itu, anggota-anggota Dewan, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Hari ini juga saya telah mendedahkan bagaimana pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan dalam segala kegawatan, kepayahan dan rintihan rakyat. Yang Berhormat Kalabakan menyebut tentang rumah, jeti, segala-galanya yang tidak diganti. Saya mohon Yang Berhormat Kalabakan jumpa sendiri Yang Amat Berhormat Pekan dan tanya beliau, kenapa dalam segala kesusahan ini, Putrajaya membeli satu lagi jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri. Apakah tidak cukup yang ada sekarang? Saya sebut bagaimana Putrajaya dan saya telah menunjukkan surat perolehan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Telah membeli satu private jet ACJ320 iaitu naik taraf daripada yang sedia ada ACJ319. Perjanjian telah ada dan saya pasti Yang Amat Berhormat Pekan tidak boleh menafikan. Ini kerana perkara itu memang benar-benar berlaku. Gambarnya ada, saya tahu di mana kapal terbang itu sekarang. Cuma saya hendak tanya Dewan yang mulia dan Yang Amat Berhormat Pekan, apa kegilaan ini pada ketika rakyat berdepan dengan Kelantan yang pemulihannya masih lagi belum selesai, ramai lagi duduk dalam khemah. Kita ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri naik taraf jet peribadi sedangkan sudah ada enam buah kapal terbang untuk digunakan. Dewan ini juga telah memberikan jawapan– Yang Berhormat Seremban sudah bangun, sebab Yang Berhormat Seremban yang dapat jawapan itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan, isu jet ini memang isu yang saya amat minati. Oleh sebab daripada dahulu lagi setiap kali ada persidangan tentu saya akan menanyakan satu, dua soalan berkenaan dengan soal jet. Baru-baru ini, saya juga ada bertanyakan satu soalan. Tahu kah Yang Berhormat Pandan bahawa tahun lepas semasa Kelantan dilanda banjir teruk, Perdana Menteri kita main golf dekat Hawai. Dia main golf dekat Hawai, pergi bercuti menggunakan jet eksekutif kerajaan. Saya tanya soalan kepada Perdana Menteri. Jawapan dia kata, daripada posmen Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Arau sekarang ini. Dia bawa jawapan dari Jabatan Perdana Menteri sahaja, dia bukannya menjawab. Dia bawa jawapan itu yang disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri dan diluluskan oleh Ketua Setiausaha Sulit. Beliau mengatakan bahawa jet itu digunakan ke Amerika Syarikat untuk tujuan urusan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Main golf, bercuti dengan keluarga dianggap sebagai urusan rasmi kerajaan. Pakai duit kerajaan, guna duit pembayar cukai untuk bayar bagi kegunaan jet itu. Apa yang paling teruk, jet itu selepas dipakai, Perdana Menteri balik dengan jet yang lain. Jet itu tinggal dekat Amerika. Pergi Indianapolis, pergi
Los Angeles, pergi Dubai, pergi New York, pergi London. Berhenti di sana buat apa? Shopping trip? Siapakah yang pakai jet itu? Yang Berhormat Bayan Baru tanya soalan, siapa dalam jet itu?
Ya, Yang Berhormat Pandan berucap Yang Berhormat.
Saya kata, jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Jadi, soalan kepada Yang Berhormat Pandan, soalan saya ialah adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa Yang Amat Berhormat Pekan ini menganggap jet itu macam harta peribadi beliau sendiri. Pakai macam nobody’s business. Sekarang hendak beli lagi, upgrade jet lagi. Tak tau nak bawak sapa lagi. Tanya Yang Berhormat Pandan.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Kalau tengok kepada gaya bagaimana ia digunakan dan keengganan kerajaan untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang menggunakan jet-jet itu secara terperinci, saya cenderung untuk setuju dengan saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Seremban tadi. Bahawa seolah-olah jet-jet eksekutif milik kerajaan ini digunakan seolah-olah milik Perdana Menteri dan keluarga beliau. Saya juga hendak mengingatkan Dewan bahawa Dewan ini telah dimaklumkan bahawa kos untuk menanggung sebuah jet sedia ada ACJ319, sewa tahunan RM28.8 juta, kos penyelenggaraan atau maintenance cost RM5.5 juta. Itu tidak termasuk kos minyak, tidak termasuk kos hangar, itu tidak termasuk kos-kos operasi yang lain. Itu sekarang sedang ditanggung oleh kerajaan sekarang. Dalam hari-hari yang seterusnya, saya akan mendedahkan setiap hari berapa lagi kos dan wang rakyat yang akan digunakan untuk membeli jet eksekutif baru itu. Tuan Yang di-Pertua, apa perasaan rakyat di luar dalam keadaan perkara ini berlaku semasa kedudukan kewangan negara cukup tidak baik. Harga minyak akan naik balik selepas ini. Sebahagiannya kerana harga pasaran minyak dunia semakin stabil tetapi pada masa yang sama seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Bagan tadi, kelemahan kadar mata wang ringgit kita menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang lebih mahal berbanding dengan negara-negara serantau. Kemudian pada masa yang sama, pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan juga telah menarik balik subsidi. Alasan yang digunakan ialah subsidi ini tidak mampu ditanggung, begitulah jawapan daripada Barisan Nasional daripada saya mula-mula faham tengok TV. Kalau sepuluh sen untuk diberikan kepada rakyat, tidak mampu untuk tanggung tetapi beli jet baru kepada Perdana Menteri, boleh sahaja diluluskan oleh Kabinet. Kemudian selepas ini dalam dua minggu dari sekarang, kerajaan juga akan melaksanakan GST.
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan cukup hebat beri syarahan kononnya apabila dilaksanakan GST harga tidak naik. Saya tidak akan bangkang dan bantah Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang kerana biar dia dimaklum, dibangkang dan dibantah oleh jutaan rakyat. Biar rakyat beri tahu dia, apabila GST dilaksanakan 1 April ini harga barang akan naik, Dewan yang mulia. Kemudian dalam tempoh tiga hingga empat bulan yang lepas, semasa Dewan ini tidak bersidang, Yang Amat Berhormat Pekan telah mengutip cukai secara diam-diam dan tersembunyi yang mengkhianati prinsip sepatutnya. Sebarang cukai yang diperkenalkan perlulah dibawa ke Dewan ini supaya kita akan kalah pun kalau Pakatan Rakyat. Kawan- kawan dari Barisan Nasional tetap akan luluskan tetapi hormatilah Dewan kalau hendak kutip cukai, bawa ke Dewan ini dahulu. Cukai apa yang dikutip? Yang pada permintaan terakhir saya...
Minta bagi laluan.
Ya, ada ramai bangun Yang Berhormat.
Tanah Merah. Okey, adik Rafizi...
Yang Berhormat Pandanlah.
Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat.
Adik Pandan kah? Okey, Yang Berhormat Pandan. Saya tertarik pada tadi semangatlah, memanglah Yang Berhormat Pandan ini memang orang cukup bersemangat ya, darah muda. Jadi saya tertarik satu ayat, satu word dia kata, “Kalau GST, saya jamin harga akan naik”. Macam mana Yang Berhormat Pandan boleh bagi jaminan bahawa GST akan naik? Saya jangka ada barang yang akan naik, saya jangka ada barang yang akan turun. Akan tetapi Yang Berhormat Pandan terlampau yakin barang akan naik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Pandangan saya itu berdasarkan kepada beberapa perkara. Pertama ialah bagaimana GST itu dikenakan pada kos yang berlainan. Saya akan terangkan contohnya tentang kereta selepas ini. Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri cukup hebat pusing Malaysia memberitahu harga kereta akan turun kerana pelaksanaan GST. Saya akan buktikan dalam Dewan hari ini bahawa ia akan naik. Itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat Tanah Merah kerana kita membaca laporan-laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri. Satu laporan yang perlu kita perhatikan mengenai harga ini adalah yang dipanggil Indeks Harga Pengeluar (IHP), ataupun Producer Price Index. Indeks ini menunjukkan bagaimana harga dari kilang, kemudian bagaimana bezanya apabila sampai kepada rakyat. Kalau ikut laporan terkini yang keluar pada bulan Januari, Februari belum keluar, baru Januari. Ia menunjukkan walaupun harga di kilang telah turun, tetapi apabila sampai kepada consumer ia tidak semestinya turun dengan sedemikian rupa kerana ada beberapa faktor lain yang lebih dominan. Satu faktor yang lebih dominan termasuklah contohnya kadar mata wang yang lebih rendah. Jadi asas yang digunakan oleh kerajaan bahawa GST ini akan merendahkan harga kerana mengikut kerajaan di peringkat kilang, apabila pengilang boleh menuntut kembali dengan izin, tax credit. Pengilang akan menurunkan harga. Kalaupun itu berlaku Dewan yang mulia, kalau mengikut Laporan Indeks Harga Pengeluar setakat ini, kalau pun harga di peringkat kilang turun dan memang telah turun untuk beberapa bulan yang lepas. Akan tetapi tidak sampai kepada pengguna. Kalau itu berlaku sebelum ada GST, maknanya insya-Allah lah saya begitu yakin dengan adanya GST nanti perkara itu akan berulang kembali.
Masa tidak banyak Yang Berhormat.
Baik, saya sambung. Ini kerana saya ada masa lebih kurang 10 minit sahaja lagi. Saya hendak sebut tentang cukai tersembunyi tadi, yang itu saya agak sensitif. Ini kerana rakyat ini tidak boleh dibutakan dengan keputusan yang tidak dibawa ke Parlimen. Mengikut perkiraan saya dan tidak pernah sekali pun dibantah oleh sama ada Yang Amat Berhormat Pekan atau mana-mana Yang Berhormat Menteri ataupun Perbendaharaan. Oleh kerana bagi tempoh Disember dan ke atas kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel lebih tinggi daripada harga pasaran yang dikira mengikut formula kerajaan sendiri. Kerajaan telah mengutip cukai secara senyap dan sembunyi sebanyak RM1.4 bilion. Saya berharap selepas ini Yang Amat Berhormat Pekan gunakan balik cukai tersembunyi ini untuk...
Yang Berhormat Pandan.
Tidak apa, saya habiskan dahulu kemudian saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat Kota Tinggi. Bagi saya empat hingga lima minit lagi. Saya minta Yang Amat Berhormat Pekan memberi jaminan kepada Dewan bahawa cukai yang tersembunyi yang dikutip apabila harga minyak ini ditetapkan lebih tinggi daripada harga formula kerajaan, sekarang ini dalam keadaan harga minyak akan naik, akan digunakan untuk memastikan kenaikan itu tidak mendadak. Kalau cukai itu dikutip secara senyap dan sewajarnya cukai itu diguna dan dipulangkan kembali kepada rakyat. Akan tetapi perlu direkod di Dewan ini bahawa pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan telah mengutip sebanyak RM1.4 bilion cukai tersembunyi dalam tempoh dua, tiga bulan yang terakhir ini. Kemudian, kalau ditanya kepada pengusaha-pengusaha industri pengilang, mereka telah membayar cukai ke atas petrol dan diesel berkuat kuasa 1 Disember 2014. Jadi kerajaan perlu berterus-terang kepada rakyat jangan dimarah seperti mana wakil Yang Berhormat Bera kepada peniaga-peniaga dan pengilang. Sedangkan pengilang dan
peniaga tidak menikmati harga minyak yang rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai. Pada ketika rakyat membayar RM1.70, mereka terpaksa membayar RM1.96. Ketika kita bayar RM1.91, mereka membayar RM2.26 kerana kerajaan mengenakan cukai jualan ke atas petrol dan diesel bagi kegunaan di dalam industri dan perkilangan. Itu pun perlu dijelaskan kepada rakyat. Kemudian...
Saya mencelah, pendek sahaja.
Ya, ya Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya tadi dengar – Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pandan tadi. Saya mengaku harga kereta sudah turun, cuma sampai kepada consumer sahaja dan disebut bahawa sebab faktor kenaikan US Dolar. Euro pun hari ini lowest in five years. Jadi faktor ini, harga US Dolar harga ini, ini la faktor global. Akan tetapi, diakui usaha kerajaan untuk merendahkan harga kereta itu memang sudah berlaku. Jadi saya hendak tanya dekat mana Yang Berhormat kata tadi confirm harga akan naik. Kalau betul naik itu bukanlah disebabkan tidak diusahakan oleh kerajaan untuk menurunkan harga pada di peringkat production. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Yang Berhormat Kota Tinggi tersalah dengar. Saya tidak kata harga kereta yang turun, saya kata purata harga dari kilang bagi semua barang seperti yang ditunjukkan di dalam Indeks Harga Pengeluar, ada yang melibatkan kereta, ada yang melibatkan bahan bakar dan sebagainya.
Saya ingat tidak, itu tidak betul. Saya dengar jelas kata tadi harga tidak turun tetapi sudah turun dan diakui sendiri oleh Yang Berhormat Pandan. Saya minta ini kena jelas, jangan kita mislead di Dewan.
Saya boleh...
Minta tolong jangan mislead di Dewan.
Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat Kota Tinggi duduk, saya yang berucap Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya ingat apa yang saya kata... [Disampuk] Dia misheard bukan mislead Yang Berhormat Kota Tinggi yang tersalah dengar. Saya kata harga purata dari kilang bagi semua barang memang betul telah turun bukan sebab usaha kerajaan sangat pun. Akan tetapi, kerana kos barang api telah turun. Oleh sebab kos bahan api telah turun, pengilang-pengilang telah pun menurunkan harga. Kalau hendak tahu sama ada kos harga kereta turun atau tidak, sila semak dengan terperinci dari Jabatan Statistik. Ini kerana Jabatan Statistik di dalam Laporan Indeks Harga Pengeluar tidak meletakkan industri atau sektor automatif sebagai satu kumpulan. Apa yang diletakkan hanyalah sektor perkilangan. Dalam itu ada semua, kerusi, meja plastik. Saya tidak tahu sama ada harga kereta betul-betul telah turun atau tidak tetapi saya boleh tunjukkan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi selepas ini. Dengan GST confirm naik...
Tunjukkan, tunjukkan.
Saya akan tunjukkan, confirm naik. Baik, saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua. Semua yang saya sebut ini dalam keadaan kerajaan terpaksa mencukai rakyat secara lebih sama ada secara terang-terangan ataupun secara tersembunyi kerana alasan yang diberikan kepada rakyat, kerajaan tidak cukup wang. Malah saya bimbang, dengan pelaksanaan GST kerana pada ketika kementerian memberi gambaran yang indah mengenai GST di peringkat industri dan juga kumpulan- kumpulan apabila dibincangkan dengan Jabatan Kastam jelas ada peraturan-peraturan yang akan memerangkap industri-industri ini dan akhirnya menyebabkan harga yang ditanggung oleh rakyat lebih tinggi. Contoh yang terbaik esok saya rasa, esok hari Selasa. Kumpulan daripada sektor kesihatan akan duduk berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan juga dengan Jabatan Kastam. Ini kerana pada ketika Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan di dalam Dewan ini bahawa industri dan khidmat perubatan tidak dikenakan GST. Tahukah
Dewan yang mulia, khidmat perubatan yang tidak dikenakan GST itu hanya kalau kita berjumpa doktor di klinik biasa ataupun GP.
Akan tetapi bagi khidmat-khidmat lain, pakar nasihat khusus dari segi pembedahan, kalau ada pembedahan besar seperti jantung, semua khidmat ini akan dikenakan GST. Bukan semua orang yang pergi untuk mendapatkan pembedahan ataupun mendapatkan nasihat pakar, bukan mereka semua ini orang kaya. Ada ramai orang miskin yang ada masalah jantung yang kena buat pembedahan. Ada ramai juga orang biasa yang pergi mungkin ke klinik pakar kerana keperluan-keperluan tertentu. Di bawah peraturan sekarang secara senyap-senyap, pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan meletakkan dan masih berkeras sehingga sekarang bahawa khidmat-khidmat perubatan itu masih lagi dikenakan GST. Saya hendak sebut untuk hendak jawab Yang Berhormat Kota Tinggi fasal kereta. Alasan dan hujah yang digunakan oleh kerajaan ialah apabila GST menggantikan SST. Di bawah rejim SST, cukai yang dikenakan adalah 10%. Diberitahu di bawah GST ini cukainya 6%. Oleh sebab 6% lebih murah daripada 10%, maka orang-orang kampung, Gua Musang contohnya diberitahu sudah tentu harga akan turun rendah. Mana yang tidak diberitahu ialah apakah kos asas ataupun dengan izin, the base cost yang digunakan untuk dikenakan cukai. Di bawah SST dan ini boleh semak dengan kementerian, dengan jabatan dan lain- lain. Di bawah SST ataupun sales tax, cara mengiranya ialah di kilang, harga kilang itu mengikut ketetapan maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Maka, 10% itu dikenakan ke atas harga kilang sebelum masuk keuntungan. Selepas itu baru tambah keuntungan margin, daripada itu baru dapat net selling price dan daripada net selling price itu ditambah lagi handling fee, distribution fee, kemudian tambah lagi road tax dan insurance sampai kepada rakyat. Maknanya kalau satu kereta RM120,000 yang kita bayar termasuk dengan insurans, harga yang keluar daripada kilang besar kemungkinan hanya RM60,000, RM70,000 contohnya. Sebanyak 10% itu dikenakan ke atas RM70,000, maka RM7,000. Di bawah GST dia terbalik. GST ini dikenakan ke atas harga asas pada akhir sekali value chain itu ataupun rantaian nilai. Maknanya kerajaan daripada harga kilang yang ditetapkan oleh kerajaan campur lagi keuntungan oleh syarikat, campur lagi handling, inspection dan juga distribution, baru dapat GST. Jadi GST itu dikenakan di atas harga yang sudah termasuk segala yuran dan keuntungan. Maknanya bukan RM70,000 seperti sebelum ini cukai dikenakan ke atas kos. Sekarang ini GST dikenakan ke atas kos campur keuntungan, campur segala yuran-yuran lain. Jadi kalau kita bayar RM120,000 - Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh benarkan sebab saya sudah hendak kehabisan masa. Yang Berhormat Kota Tinggi boleh duduk.
Ya.
Saya takkan benarkan. Jadi maknanya, kalau harga kita bayar satu kereta…
Apa dia merepek benda lain ini.
…RM120,000, itu sudah tentu sudah termasuk dengan keuntungan. Maka GST akan dikenakan ke atas RM120,000, 6% ke atas RM120,000 berbanding dengan 10% ke atas RM70,000. Maka sebab itu bagi kereta-kereta yang margin untungnya dan yurannya lebih besar, sudah tentu GSTnya itu akan menaikkan lagi harga dan ditambah pula dengan insurans. Sebelum GST, insurans tidak dikenakan cukai. Di bawah GST, insurans kereta pun kena cukai. Jadi rakyat kena bayar GST di atas harga kereta keseluruhan dengan untung, ditambah lagi GST ke atas insurans.
Saya hendak betulkan sikit sahaja Yang Berhormat Pandan.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.
Oleh sebab itu - Tidak, tidak saya kena gulung. Saya kena gulung.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap sikit sahaja, hendak betulkan balik.
Ya, tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bagi ruang yang banyak. Saya kena terangkan...
Sebab dia yang cakap.
Saya sudah tunjukkan masa menjawab itu. Jadi nanti saya gulung.
Yang Berhormat Pandan yang cakap. Yang Berhormat Pandan ini kata harga sudah turun, cuma naik harga US Dollar. Jadi dia pusing merepek, apa benda ini?
Apabila saya sudah buktikan, dia kata saya merepek…
Tidak, Yang Berhormat Pandan yang cakap. Yang Berhormat Pandan yang cakap. Saya ikut sahaja apa Yang Berhormat Pandan cakap.
[Dewan riuh]
Saya minta teruskan.
Ya, boleh gulung Yang Berhormat, boleh gulung.
Cuba check balik Hansard.
Jadi Tuan Yang di-Pertua…
[Dewan riuh]
Check balik Hansard.
Ya.
Sebab Yang Berhormat Pandan yang cakap.
Oleh sebab itu, hujah-hujah ekonomi yang digunakan oleh pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan sekarang ini, untuk mengenakan semua keputusan yang menekan rakyat ini sudah tidak boleh diguna pakai. Sebelum ini kereta harga mahal kerana alasan cukai eksais 100% itu diperlukan untuk mengimbangi subsidi yang diberikan. Sekarang subsidi sudah tidak ada, kenapa cukai eksais masih belum lagi dihapuskan? Tambahan pula saya telah tunjukkan dalam sidang yang lepas, bagaimana kutipan daripada cukai-cukai kereta dan automotif yang berkaitan adalah RM17 bilion setahun, sedangkan subsidi sebelum ini tidak sampai RM14 bilion pun untuk subsidi diesel dan minyak. Sekarang subsidi tidak ada, kutip cukai RM17 bilion dan harga kereta akan dinaikkan lagi dengan pengenalan GST selepas ini. Gulungan saya Tuan Yang di-Pertua, tidakkah ini jelas semua ini berlaku dan yang menanggungnya adalah rakyat akibat kelemahan dan salah tadbir ekonomi oleh kepimpinan dan pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan. Dalam dua tiga bulan yang akhir-akhir ini, bukti itu sudah jelas di depan mata kita terutamanya apabila kita perhalusi segala yang berlaku di dalam 1MDB. Saya yakin, saya tidak mahu ulang semua yang berlaku di dalam 1MDB kerana saya rasa semua Dewan tahu. Cuma saya yakin pada perkiraan saya, untuk pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan melangsaikan semua hutang 1MDB, menutup syarikat itu, dia akan melibatkan suntikan dana daripada rakyat sebanyak paling kurang RM15 bilion. Ini boleh dikira oleh sesiapa dengan menganggarkan berapa jumlah aset, berapa jumlah hutang, berapa jumlah IPO yang boleh diperoleh apabila disenaraikan nanti. Sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion ini adalah wang yang menjadi risiko, wang rakyat yang mungkin akan tergadai masuk ke dalam poket kroni-kroni yang telah pun berjoli satu dunia di semua kelab malam. Semua kita nampak. [Disampuk] Tahun 2011 dan ini bukan kali pertama berlaku. Tahun 2011…
Ya, boleh gulung.
…Yang Amat Berhormat Pekan - Seminit Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Pekan secara senyap-senyap telah mengambil RM4 bilion wang pencen untuk dimasukkan ke dalam satu syarikat yang kononnya mahu melabur membeli satu lombong arang batu di Mongolia. Nasihat saya kepada Yang Amat Berhormat Pekan mudah sahaja, jangan pergi dekat dengan Mongolia. Apa yang berkaitan dengan Mongolia, semuanya hilang tanpa kesan. [Ketawa] Termasuklah kalau ada pelaburan yang ada sekarang RM4 bilion ini. Oleh sebab itu saya bagi amaran kepada Yang Amat Berhormat Pekan dan juga menteri-menteri, kamu telah ambil wang pencen, jangan cuba sekali-kali…
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
…Untuk ambil wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ataupun Tabung Haji ataupun Permodalan Nasional Berhad…
Ha, Tabung Haji hendak jawab.
…Ataupun mana-mana wang sekali.
Ha, Tabung Haji boleh jawab. Eh, gentleman bagi jawablah.
Jangan bagi satu sen pun kepada 1MDB...
Tidak, kalau gentleman bagi jawablah! Jangan cakap…
…Sebarang…
Jangan cakap, jangan memesongkan rakyat!
Yang Berhormat Baling…
Datang sini fitnah, fitnah,fitnah!
Ya, masa sudah habis Yang Berhormat.
Oleh sebab itu…
Bohong!
Saya akan tutup begini Tuan Yang di- Pertua…
Janganlah babitkan Tabung Haji.
…Kalau ada sebarang cubaan…
Cakap pasal Sungai Buloh, hangpa hendak marah!
…Untuk mengambil wang dari Tabung Haji…
Oh, cakap fasal Yang Amat Berhormat Pekan kami kena diam! Pirah!
…Daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja…
Cakap tidak betul!
…Daripada mana-mana agensi kerajaan, kita akan mengambil…
Suka hatilah!
…Tindakan undang-undang…
Suka hati hangpalah hendak cakap apa pun, ambillah!
…Injunction untuk menyekat perkara itu.
Habiskan, terima kasih.
Jadi sekian, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi ruang sepenuhnya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiawangsa.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan ucapan saya, sekiranya Datuk Azeez dari Tabung Haji ingin menjawab saya izinkan masa, kalau tidak saya akan terus.
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memanjangkan apa yang telah diutarakan oleh sahabat saya daripada Titiwangsa pada 11 Mac pada minggu lepas mengenai rumah perumahan awam ini. Untuk maklumat Dewan ini, sehingga sekarang sebanyak 130,000 permohonan yang telah diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyewa rumah-rumah ini. Daripada 130,000 ini, 70,000 daripada mereka telah layak untuk ditawarkan, tetapi ia tidak – kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai sebanyak itu untuk ditawarkan. Apakah ini menunjukkan, ini menunjukkan satu keadaan yang cukup meruncing untuk perumahan di dalam bandar ini terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk menyewa.
Ada perbezaan yang begitu besar di antara permintaan dengan kebolehan DBKL untuk memberi kerana saya lihat selama 10 hingga 15 tahun yang lepas, Dewan Bandaraya atau pihak KPKT tidak lagi membina rumah-rumah ini. Oleh yang sedemikian, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Titiwangsa bahawa semua perumahan awam yang ada sekarang ini digazetkan bagi maksud membangun hanya perumahan awam. Oleh yang sedemikian, apa juga joint venture yang mahu dilakukan atas perumahan awam ini ia mestilah melibatkan pembinaan perumahan awam kembali di tempat yang sama. Oleh itu, dengan menggazetkan tempat-tempat ini, dan sekiranya ketinggian rumah-rumah pangsa ini dahulu lima tingkat, kita dapat bangunkan 15-20 tingkat di tempat yang sama dengan density yang lebih dan kita dapat menangani masalah yang kita hadapi ini sekarang. Perkara kedua ialah gelombang kedua. Pada gelombang pertama dahulu, kita membina rumah awam kita di antara 500 hingga 650 kaki persegi. Saya ingin mencadangkan sekiranya kerajaan membina semula perumahan awam ini, keluasan sesebuah unit itu hendaklah minimum 850 kaki persegi. Ini adalah bagi maksud untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Akan tetapi, rumah-rumah yang dibina selepas ini tidak boleh lagi dijual seperti mana yang kita amalkan sekarang. Ia mestilah disewa untuk selama-lamanya, untuk memberi golongan yang lain kesempatan menyewa rumah-rumah ini. Kedua, saya ingin menarik perhatian mengenai kadar kemiskinan bandar dan garis kemiskinan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan rakyat mendapatkan bantuan wang kebajikan. Pertama, izinkan saya sebut dahulu pendapatan garis kemiskinan iaitu PGK yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada waktu kini. Bagi membolehkan sesebuah keluarga itu mendapat bantuan kebajikan masyarakat, pendapatan sekeluarga mestilah tidak melebih RM720 sebulan bagi Semenanjung, RM830 sebulan bagi Sarawak manakala Sabah ialah RM960. Untuk pengetahuan Dewan, kadar ini telah ditetapkan lebih 10 tahun yang dulu. Ianya telah dilaksanakan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya ingin
mencadangkan kepada kerajaan, pada Rancangan Malaysia Kesebelas yang akan diumumkan pada bulan Mei ini nanti, saya berharap supaya kerajaan mengkaji balik kadar ini. Ini kerana pada kadar RM720 ini yang dibuat secara across the board, bandar pun sama, luar bandar pun sama sudah tidak masuk akal. Contohnya scholarship yang diberi kepada pelajar-pelajar di luar negara. Sebagai contoh ambil United Kingdom contohnya. Mereka juga ada skalanya. Mereka yang belajar di London, berbeza scholarshipnya kerana tinggi kadar hidupnya. Manakala di luar London kurang sedikit. Begitu jugalah saya berharap bahawa kerajaan membezakan kadar kemiskinan ini di dalam dan luar bandar. Contohnya BR1M yang kita bagi sekarang ini pada kadar RM3,000 pun kita beri, pada kadar RM4,000 ke bawah pun kita beri. Saya telah average kadar RM950 kepada BR1M yang kita beri tahun ini. Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM80 sebulan. Ini kepada mereka yang telah pun bergaji RM3,000 hingga RM4,000 satu bulan. Ini pula mereka yang RM720 yang saya rasa tidak masuk akal lagi diberi RM150 hingga RM300. Itu pun terpulang kepada bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat penilaian masing-masing. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Dewan, kawasan Parlimen saya ini mempunyai lebih kurang 8,000 unit PPR dalam satu kilometer radius. Tiap-tiap hari saya tidak pernah lekang daripada mereka yang datang pertama untuk mendapatkan rumah yang sudah tidak ada lagi dan kedua yang begitu crucial ialah mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat ini. Ini kerana takrifan RM720 ini sudah tidak lagi masuk akal. Ini bermakna dia hidup satu keluarga, suami isteri, suami dapat gaji RM360, isteri RM360 yang saya rasa pun tidak masuk akal lagi. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan takrif baru bagi maksud garis kemiskinan bandar ini sebanyak RM1,500 untuk pendapatan isi rumah sebulan. Akhir kata, saya ingin menyentuh sedikit mengenai air ini. Air ini bukan kerana ia isu negeri Selangor, bukan kerana ia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kerana lebih penting menyebabkan 7.75 juta penduduk yang akan terkesan disebabkan sekiranya kita tidak menangani isu ini dengan baik. Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 2.4 juta rakyat yang terlibat dan terkesan disebabkan pencatuan air ini. Saya difahamkan baru-baru ini Yang Berhormat Gombak telah mengatakan salah satu isu yang menyebabkan ia terbatal salah satunya ialah disebabkan isu kedaulatan ke atas 26,000 kilometer paip sepanjang dalam Selangor ini. Akan tetapi, saya nak bagi tahu ini sahajalah. Sementara Kerajaan Pusat mengatakan bahawa RM2 bilion yang diberi ini dipinjam kepada air Selangor ini adalah satu kolateral yang diberi ke atas 26,000 kilometer laluan paip yang akan di lease kepada Kerajaan Pusat untuk 45 tahun. So saya anggap benda-benda yang kecil begini bolehlah diselesaikan kerana yang akhirnya akibat kalau kita tidak selesaikan masalah air ini ialah penduduk sebanyak 7.75 juta ini.
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Setiawangsa. Setujukah Yang Berhormat Setiawangsa isu air di Selangor ini kalau tidak diselesaikan segera akan menyebabkan lebih ramai ‘anak muda’ akan mengalami pengangguran di negeri Selangor. Kedua, saya lihat dengan keputusannya ialah kedudukan oleh Yang Berhormat Gombak dan perbandingan dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak seakan-akan keputusan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Gombak ini adalah keputusan politik berbanding untuk membantu kesejahteraan rakyat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sudah tentulah sekiranya banyak perniagaan tidak dapat dijalankan disebabkan isu utamanya air akan menyebabkan kilang yang adapun terpaksa tutup. Kilang-kilang yang baru yang mungkin ingin berniaga tidak dapat menjalankan perniagaan mereka disebabkan oleh ketiadaan air ini.
Minta laluan. Laluan boleh? Saya pelik juga apa perlu kita Kerajaan Pusat kepada kolateral sedangkan ini G2G? Jadi tak perlu kolateral. Apa perlu sangat kolateral? Minta penjelasan.
Itu seperti apa yang saya baca dalam surat khabar tentang RM2 bilion ini. Saya setuju juga tentang kolateral ini sama ada
ia perlu atau tidak. Akan tetapi yang lebih penting daripada ini ialah 26,000 kilometer seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak ini adalah laluan kepada paip ini. Paip ini pun berada dalam negeri Selangor. Saya masih ingat pada tahun 80-an dahulu yang Tuan Yang di-Pertua, di Amerika Syarikat semasa itu gelombang pembelian harta oleh syarikat-syarikat Jepun di Amerika telah menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Amerika seolah-olah orang Jepun mahu membeli harta-harta ini dan rakyat Amerika sudah hilang macam kedaulatan. Salah satu ikon building yang dibeli oleh Jepun semasa itu ialah Rockefeller Building. Akan tetapi akhirnya mereka ambil sense kepada semua ini. Sementara bangunan ini dibeli masih letak di dalam Amerika lagi. Sekiranya apa-apa berlaku pun kepada negara kepada itu, bangunan ini tidak boleh dibawa keluar dari Amerika Syarikat.
Begitu jugalah sekiranya analogi saya boleh beri ialah tentang paip ini. Paip ini berada dalam Selangor. Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor boleh menetapkan bahawa penggunaan laluan ini hanyalah laluan paip, apakah value kepada tanah ini? Pada saya tidak ada value. Value sesuatu tanah itu hanya bergantung sekiranya apa yang dia boleh buat, ke atas tanah tersebut. Kepada kepentingan rakyat, saya ingin mencadangkan supaya kita selesaikan secara baik kerana implikasinya lebih besar. Kalau dalam keadaan tuduh menuduh ini, sama ada Kerajaan Pusat betul ataupun kerajaan negeri betul, ini menunjukkan sama ada salah satu menipu ataupun dua-duanya menipu. Kalau ada orang bergaduh di tepi jalan, kalau kita naik kereta contohnya, kita tidak tahu siapa yang mulakan pergaduhan itu. Kita akan anggap bahawa mungkin kedua-duanya bodoh kerana memulakan pergaduhan itu atau salah satu mungkin betul tetapi kita tidak tahu. Oleh itu, selesaikanlah cara baik. Akan tetapi yang lebih penting dari itu, Tuan Yang Di-Pertua, saya ingin menarik tiga perkara sahaja tentang air ini sebelum saya akhiri ucapan saya. Pertama, perkara yang mesti ditengok oleh kesemua pihak ialah tentang non-revenue water (NRW) iaitu 36.6% daripada air yang disalurkan telah bocor di merata-rata daripada tempat pusat air ini. Dalam erti kata lain, sebanyak 5.69 billion liter air dibazirkan tiap-tiap hari sekiranya perkara yang lebih besar ini tidak diberi perhatian itu yang pertama. Kedua ialah tentang 25,650 kilometer paip yang sedang di bawah pentadbiran SYABAS ini. Di mana satu per empat dari 25,650 kilometer paip air perlu ditukar kerana telah berumur lebih dari 50 tahun.
Ya, Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya melihat tentang apa yang disebut Yang Berhormat Setiawangsa tadi mengenai kebocoran-kebocoran paip air seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Akan tetapi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Setiawangsa, kalau kita lihat dari segi isu pembatalan, air di negeri Selangor ini, kita lihat jauh lebih daripada itu, yang mana saya difahamkan terdapat 69 projek Kerajaan Persekutuan tidak boleh dilakukan dan juga dilaksanakan di negeri Selangor kerana isu air ini. Yang ruginya ialah rakyat Selangor yang mana 69 projek ini terpaksa dialihkan keluar dari negeri Selangor. Yang kedua, Yang Berhormat Setiawangsa, bagaimana juga keputusan yang dilakukan ini juga menimbulkan satu tanggapan dalam pemikiran saya. Apa yang dilakukan, yang cuba dilakukan oleh Yang Berhormat Gombak ialah beliau menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor sendiri hendak mengambil alih syarikat air yang ada dalam negeri Selangor. Mohon penjelasan.
Yang Berhormat Kuala Selangor, saya betul-betul tidak tahu apa yang ada di dalam pemikiran Yang Berhormat Gombak ini. Akan tetapi saya tidak ada keinginan untuk melaga-lagakan tetapi saya tengok, Yang Berhormat Bandar Tun Razak dengan izin, seorang yang quite meticulous, as far as figure is concerned. Saya tidak nampak yang beliau semasa menjadi Menteri Besar itu dahulu, tidak melihat apa yang Yang Berhormat Gombak lihat. Akan tetapi, atas apa alasan juga sekalipun, perkara ini mesti diselesaikan. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hanya berharap supaya Yang Berhormat Gombak dan Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan kerana saya sendiri tahu betapa teruknya semasa krisis air tahun lepas, tiap-tiap malam kita diganggu. Tak apa, itu
tanggungjawab kita, dipanggil oleh rakyat, tempat ini tidak ada air, kita panggil. Kadang- kadang pukul 2.00 pagi, kita terpaksa mencari semua sumber yang ada, supaya rakyat tidak lagi terganggu lagi dengan masalah air ini, kerana kegagalan mengurus dan menyelesaikan masalah perjanjian ini yang dapat diselesaikan sekiranya mereka ini duduk secara berhemah. Akhir kata, yang lebih penting dalam Malaysia ini, kita mempunyai 130,000 kilometer paip air sedang menjalar di seluruh Malaysia ini. Untuk pengetahuan dewan, dari 130,000 kilometer daripada paip-paip, yang melingkari Malaysia ini menggunakan asbestos. Asbestos yang kita sedia maklum boleh membawa masalah kanser. Ini bermakna 1/3 daripada 130,000 kilometer masih menggunakan asbestos. Ini pun isu yang lebih penting yang harus diselesaikan oleh kerajaan. Oleh itu, saya merasakan bahawa perkara-perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Gombak ini, masalah kedaulatan ini, saya rasa bukan isu utama. Saya anggap itu masalah yang paling kecil, kerana masalah yang lebih besar telah diselesaikan oleh Menteri Besar yang lama. Tidak ada keinginan Kerajaan Pusat untuk invade, untuk mengambil alih Selangor hanya kerana isu 26,000 kilometer paip ini yang tidak ada asas komersialnya untuk kita melakukan apa-apa kecuali menjalankan laluan paip ini. Kasihanlah kepada 7.5 juta mereka yang tinggal di dalam Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas yang lepas. Tuan Yang Di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama kita memperingati satu peringatan Allah dalam al-Quran, Bismillahi Rahmani Rahim. [Berucap dalam Bahasa Arab] “Mereka yang memelihara amanah dan janji mereka.” Ini adalah satu sifat yang perlu diamalkan bagi setiap orang beriman dalam menunaikan tanggungjawabnya, tanggungjawabnya kepada pencipta, apa lagi tanggungjawabnya kepada rakyat kita sebagai kerajaan. Hendaklah kita ingat bahawa tanggungjawab kita sebagai kerajaan bukan semata-mata kita akan berdepan dengan rakyat tetapi kita juga akan berdepan dengan Allah SWT di akhirat. Tuan Yang Di-Pertua, kalau kita melihat daripada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda, di awalnya Seri Paduka Baginda mengharapkan supaya pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Itu adalah satu amanah. Hari ini kita melihat pelbagai masalah berlaku dalam negara. Bukan sahaja kita berdepan dengan hutang negara yang tinggi, kita berdepan dengan masalah kerugian agensi di bawah kerajaan termasuk MAS, 1MDB, dan sebagainya, kita melihat bagaimana penyalahgunaan wang negara. Kita lihat bagaimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja begitu juga wang amanah pencen telah digadaikan oleh pemimpin negara ini. Kita lihat juga bagaimana kos hidup yang semakin meningkat, harga barang yang semakin mahal, ditambah pula dengan kerajaan akan melaksanakan GST tidak lama lagi pada 1 April. Pada masa yang sama, kita melihat hutang isi rumah negara kita terus meningkat. Apakah ini ukuran manifestasi kejayaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang telah melancarkan pelbagai program termasuk Program Transformasi Kerajaan, GTP, ETP dan pelbagai lagi. Apakah ini ukurannya? Apabila kita melihat keadaan ekonomi kita semakin tertekan dengan keadaan nilai ringgit yang semakin rendah, harga komoditi getah dan kelapa sawit semakin turun. Kita melihat perkara ini terus berlaku dalam negara kita membuktikan pada pandangan saya sebenarnya kita masih jauh ketinggalan, gagal dari sudut pengurusan ekonomi sebagaimana yang dikehendaki oleh Seri Paduka Baginda yang menghendaki pengurusan ekonomi kita yang lebih baik dan mantap. Tuan Yang Di-Pertua , baru-baru ini kita berdepan dengan musibah banjir yang kita tahu di sebalik musibah itu ada rahmat. Pada kesempatan ini saya mengambil kesempatan mewakili seluruh rakyat di kawasan saya Rantau Panjang khususnya dan daripada rakyat negeri Kelantan keseluruhannya mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah begitu peka dan prihatin di atas apa yang berlaku dalam musibah banjir baru-baru ini di negeri kami. Apa yang saya harapkan ialah supaya kita memahami setiap musibah itu ada iktibar untuk kita. Kita melihat baru-baru ini, hujan yang turun dalam tempoh tiga hari sahaja menyamai hampir tiga bulan kuantiti hujan di bulan-bulan biasa.
Ini merupakan takdir Allah membuktikan kepada kita bahawa kuasa teknologi manusia tidak mampu mengatasi kuasa Allah SWT. Apa yang saya hendak sebut dalam soal banjir ini ialah Tuan Yang di-Pertua, ialah kita melihat bagaimana musibah banjir ini untuk memberi pengajaran untuk kita di mana kita melihat pelbagai masalah timbul. Kalau dalam Dewan sebelum ini rakan-rakan kita telah menyebut pelbagai sumbangan yang telah diberi oleh Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan, saya ucap terima kasih. Memang itu sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sebab kami rakyat Kelantan juga pembayar cukai dan hasil wang yang disumbangkan kepada mangsa banjir itu adalah wang rakyat, bukan wang Barisan Nasional. Jadi bagi saya, itu adalah satu tanggungjawab kerajaan. Dia sebagai Kerajaan Persekutuan yang menerima cukai daripada seluruh rakyat. Jadi kalau disebutkan bahawa Kerajaan Pusat tidak ada diskriminasi kepada kerajaan negeri, saya ingin menegaskan kalau tidak ada diskriminasi, bukan sahaja soal banjir. Kita hendakkan hak royalti rakyat Kelantan dibayar. Kalau betul-betul tidak ada diskriminasi kepada rakyat negeri Kelantan, kenapa sekat hak royalti rakyat Kelantan yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan 1975? Kita melihat juga pelbagai isu yang sebelum ini kami menuntut dalam Dewan ini. Pembinaan tebatan banjir khususnya dalam Parlimen saya yang 90% berdepan dengan Sungai Golok. Kita melihat setiap tahun banjir. Tahun ini kami berdepan dengan dua kali banjir besar sampai hari ini tidak didengari oleh pihak Kerajaan Pusat sedangkan kerajaan sebelah Thai sudah dibuat. Kalau tidak ada diskriminasi, kenapa tebatan banjir tidak dilaksanakan, tidak dibuat sedang yang dijanjikan sejak Rancangan Malaysia Yang Ke tujuh lagi? Hari ini kita hanya ada tiga bulan lagi, kita akan masuk dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Akan tetapi sampai hari ini tidak ada lagi. Di mana yang dikatakan “Janji Ditepati” yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini? Pembesaran naik taraf Airport Pengkalan Chepa, berapa kali kami sebut tetapi tidak diberi laluan?
Ya, Yang Berhormat Baling bangun.
Kita lihat juga bagaimana pembinaan lebuh raya...
Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat..
...Semua negeri hendak diminta. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua sebab saya banyak isu yang saya hendak kena.....
Yang Berhormat..
Ya, tidak benar.
...Saya tidak ganggu...
Yang Berhormat, Yang Berhormat bagilah laluan Yang Berhormat.
...Saya akan, saya hendak teruskan ucapan saya. Saya minta maaf Yang Berhormat Baling..
Saya pergi Rantau Panjang bagi bantuan banjir Yang Berhormat...
Saya tak ganggu Yang Berhormat Baling, insya-Allah saya minta Yang Berhormat Baling jangan ganggu saya. Jadi...
Yang Berhormat, saya datang ke Rantau Panjang hendak bagi bantuan, sudah beri bantuan...
Terima kasih, saya sudah ucap terima di atas sumbangan.
Akan tetapi Yang Berhormat tidak bolehlah cakap itu wang rakyat, wang UMNO. Yang Berhormat kena iktiraf wang UMNO.
Ya, saya sudah ucap terima kasih.
Kini Biro Kebajikan UMNO, saya Yang Berhormat, berada di Rantau Panjang..
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat baling.
...Untuk tujuh hari, tidak jumpa pun Yang Berhormat! Yang Berhormat, hari ini cakap pandai.
Terima kasih...
Tidak payahlah dalam Dewan hendak cakap tetapi di bawah itu, bila banjir, mana Yang Berhormat? Muka, batang hidung Yang Berhormat pun tidak nampak!
Tuan Yang di- Pertua, saya tidak bagi laluan. Dia mengganggu saya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan di sini ialah supaya saya hendak...
Yang Berhormat cakap sedap mulut sahaja. Cakaplah terima kasih kepada UMNO.
Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling macam mana hendak nampak saya? Saya siang, malam, pagi, petang..
Bila Yang Berhormat cakap terima kasih UMNO, saya dengar. Terima kasih kepada UMNO, saya dengar. Cakaplah terima kasih kepada UMNO.
...Duduk dengan rakyat. Yang Berhormat Baling masuk dalam kawasan terus ke kamera, TV masuk.
Tidak mahu terima kasih kepada UMNO! Terimalah, bersyukur. Kita orang Islam Yang Berhormat.
Ketua UMNO Bahagian masuk lagi... Bagi semua budak masuk, terus dengan kamera TV. Kami 24 jam, siang, malam tiada siapa masuk dalam TV.
Orang Islam patut bersyukur. ... Allahu Akbar, itu Yang Berhormat boleh cakap. Bersyukurlah yang UMNO datang bantu.....
Cukup, saya tidak bagi laluan kepada Yang Berhormat.
Ini wang rakyat, wang rakyat. Wang rakyat dari mana?
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh lagi berkaitan..
Wang rakyat ini dari Ahli UMNO. Tiga juta ahli UMNO bantu Rantau Panjang. Yang Berhormat kena ingat!
Dengan permasalahan banjir. Banyak perkara yang perlu dinilai untuk kita...
Jangan sedap mulut sahaja cakap!
...Tambah baik dari sudut pengurusan banjir untuk akan datang. Kita lihat bahawa ini di antara...
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya tengok kawan-kawan mengantuk, saya biarkan. Akan tetapi saya ingatkan jangan buat macam ini ya.
Ya, saya tak ganggu tetapi Yang Berhormat Baling..
Ya, sila Yang Berhormat Rantau panjang.
Buat macam itu dengan saya. Ya, jadi kita tengok Tuan Yang di-Pertua, dari sudut pengurusan banjir untuk masa depan. Saya kira satu penambahbaikan perlu dibuat segera. Kita lihat banyak agensi- agensi kerajaan yang memang berusaha bertungkus-lumus. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada anggota keselamatan, bomba, JKM dan segala-galanya yang telah memberi bantuan. Akan tetapi kita lihat peralatan mereka sangat tidak mencukupi. Kenderaan contoh, JKM ada kenderaan. Akan tetapi kenderaan rosak, harung air rosak. Kenderaan yang lama. Apabila bomba pula begitu juga. Apabila tidak cukup kenderaan, bekalan makanan yang akan dihantar kepada pangkalan hadapan tidak dapat dihantar. Begitu juga bot-bot untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Latihan secukupnya perlu diberi kepada tenaga-tenaga khas khususnya dalam memandu bot di dalam keadaan yang kritikal, dalam keadaan air deras. Jadi saya itu lihat itu kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Begitu juga apabila makanan hendak dihantar dengan helikopter, tidak ada bangunan yang boleh dilanding helikopter sedangkan daratan sudah ditenggelami banjir. Jadi saya kira perkara ini perlu diberi perhatian. Kita kena ingat petugas-petugas kita daripada kakitangan kerajaan yang berkhidmat kepada mangsa banjir, mereka juga adalah mangsa banjir. Saya pernah berdepan dengan bagaimana seorang nurse yang akhirnya keguguran kerana mereka bertugas 48 jam tanpa syif di musim banjir. Jadi bayangkan dalam keadaan begini, saya kira perlu kepada kursus dan latihan dan elaun khas terutama kepada kakitangan kerajaan yang bekerja menggadai nyawa dan segala-galanya untuk membantu rakyat. Jadi saya kira perkara ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Begitu juga untuk pangkalan hadapan untuk bekalan makanan haruslah dipantau. Tempat pusat-pusat perpindahan banjir mestilah diurus dengan baik supaya ada pengasingan tempat lelaki dan perempuan. Begitu juga tempat ibadat untuk mangsa banjir. Jadi apabila tidak diurus dengan baik maka kita akan melihat masalah yang berlaku. Begitu juga perkara yang paling penting dalam pengurusan banjir ialah bekalan makanan berlakunya baru-baru ini apabila terputus hubungan. Apabila terputus jalan, terputus hubungan, telefon terputus, elektrik tidak ada dan kita lihat di situlah saat yang kritikal yang saya sendiri bersama dengan team saya. Bayangkan satu botol minuman terpaksa kongsi sampai tiga orang. Dalam keadaan yang cukup kritikal, saya sendiri terpaksa bergotong royong memasak untuk hantar kepada – tetapi saya tidak jumpa dengan Yang Berhormat Baling, saya tidak payah cerita sebab ini tak masuk TV. Apa yang saya hendak cerita, yang saya hendak terangkan kepada dalam Dewan yang mulia ini ialah perlunya kemas kini untuk segala SOP ataupun dari sudut prosedur bagaimana untuk kita melihat kecekapan di sudut pengurusan banjir untuk masa akan datang. Begitu juga alat komunikasi. Apabila saya pergi ke balai bomba dalam keadaan banjir, dalam keadaan semakin naik air yang begitu besar, saya harung air pergi ke balai bomba, saya terkejut petugas bomba hanya ada satu sahaja alat komunikasi. Telefon sudah tidak boleh guna kerana elektrik tidak ada. Bayangkan dengan keadaan hendak jaga penduduk lebih hampir 70,000 dengan hanya ada satu alat komunikasi. Jadi saya harap kenderaan yang sepatutnya diberi kepada semua agensi dengan kenderaan yang baru yang boleh merentasi air. Begitu juga dari sudut alat komunikasi.
Termasuk juga kepada JKM. JKM tumpang lori bomba untuk hantar makanan. Dia sendiri tidak ada lori tujuh tan untuk melalui arus air yang dalam. Jadi saya harap semua tempat yang berisiko banjir hendaklah disediakan kelengkapan yang sebaik mungkin untuk memastikan pengendalian banjir akan datang akan lebih terurus, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan keselamatan sempadan. Saya kira kawasan saya adalah kawasan yang terdedah dengan sempadan negara Thai dan saya ingin penjelasan sejauh mana kesungguhan kerajaan. Sebelum ini kerajaan mengatakan ingin mengadakan pagar keselamatan. Jadi bilakah perkara ini akan dilaksanakan?atau Apakah cara mekanisme yang akan dilaksanakan? Sejauh manakah hubungan antara kita dengan Thai terutama dalam berdepan dengan musibah ini? Oleh sebab kita melihat sokongan daripada negara Thai cukup bagus. Kalau tengok dalam Parlimen saya sendiri semasa banjir, mereka setiap hari bukan sahaja rombongan kerajaan, rombongan NGO, badan-badan tertentu masuk setiap hari berpuluh-puluh rombongan untuk membantu kami di Kelantan. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah sejauh mana rundingan kita dibuat dengan Kerajaan Thai terutama dari segi keselamatan. Oleh sebab saya mendapat komen daripada pihak negara Thai terutama apabila prosedur di imigresen ketika berdepan dengan bencana kebakaran. Oleh sebab baru-baru ini berlaku kebakaran selepas banjir dalam Parlimen saya di Pekan Rantau Panjang. Isu yang berlaku ialah saya mendapat maklumat daripada pihak bomba di Thai. Mereka tidak puas hati apabila ada sedikit birokrasi di pintu masuk. Jadi saya harap perkara ini diambil perhatian oleh kerajaan supaya tidak timbul masalah apabila berlaku kebakaran sebab bomba daripada Pasir Mas atau Kota Bharu dengan bomba daripada Thai, lebih cepat bomba daripada Thai sampai ke kawasan kami daripada bomba dari Kota Bharu apabila berlaku kebakaran besar. Alhamdulillah, dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat. Pertolongan daripada sahabat negara jiran kita. Jadi saya harap perkara ini dirunding dengan lebih baik.
Begitu juga sebelum ini saya ada berjumpa dengan Gabenor di Narathiwat yang minta supaya sampaikan kepada pihak kerajaan supaya ada rundingan bersama berkaitan dengan mengatasi masalah di Sungai Golok. Ini kerana sekarang ini – contohnya apabila musim kemarau. Apabila musim kemarau, air ini akan cetek. Jadi penduduk sekitar bergantung penuh apabila di musim kemarau kepada sumber sungai. Mungkin ada satu mekanisme yang tertentu, mungkin JPS boleh mengambil tindakan, buat kajian macam mana untuk memanfaatkan air sungai di musim banjir supaya dapat dimanfaatkan antara dua negara. Ini juga dicadangkan oleh pihak Gabenor Narathiwat supaya kita sama-sama menjaga keselamatan dan keamanan untuk rakyat di sempadan, insya-Allah. Saya ingin menyentuh lagi berkaitan dengan tebatan banjir sebagaimana yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh. Bilakah perkara ini akan dilaksanakan? Apakah program tebatan banjir di Rantau Panjang ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas nanti? Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan. Begitu juga soal keselamatan ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan, kenapa kerajaan tidak membuat kerahan awal terutama kepada pasukan tentera di saat kritikal berlaku banjir peringkat awal? Apabila di gelombang yang kedua barulah nampak ada sedikit perubahan tetapi di gelombang pertama seolah-olah – bayangkan, hanya ada beberapa orang sahaja anggota tentera sedangkan kawasan yang meliputi banjir ini terlalu luas. Kenapa kerajaan tidak buat kerahan? Kalau kita tanya tadi – jawapan Perdana Menteri tadi dalam Dewan mengatakan kerajaan tidak mengisytiharkan darurat kerana hendak kerjasama dengan kerajaan negeri. Betul, kerajaan negeri telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin tetapi soal kuasa di bawah keselamatan sama ada polis dan tentera bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi saya harap di masa akan datang, pasukan keselamatan seharusnya memainkan peranan yang penting terutama di dalam keadaan musibah yang melibatkan nyawa rakyat yang sangat kritikal, sebab pasukan tentera, kita tahu dengan segala kelengkapan dan kemudahan mereka ada. Jadi kalau tentera tidak dikerah, macam mana mereka hendak mengambil tindakan sedangkan tidak ada kerahan di peringkat awal. Jadi saya ingin penjelasan kenapa perkara ini lewat berlaku?
Paling saya sedih apabila dalam keadaan kami sedang bertarung nyawa berdepan dengan banjir apabila dapat dimaklumkan Perdana Menteri bermain golf di Hawaii, lagi kami sedih. Dalam keadaan rakyat dalam keadaan yang kesusahan. Jadi saya ingin meneruskan Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkaitan dengan cukai GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Rata-rata seluruh negara, rakyat dalam keadaan tertekan dengan keadaan sebelum dilaksanakan GST hari ini pun barang sudah cukup mahal. Bayangkan, walaupun ketika harga minyak rendah, turun, harga barang tidak turun. Dalam keadaan harga minyak turun sebelum ini, harga gas masak tidak turun. Dalam keadaan harga minyak kelapa sawit turun hari ini, tapi harga minyak kelapa sawit tidak turun, masih mahal. Jadi macam mana kawalan yang dibuat oleh kerajaan? Apalagi apabila dilaksanakan GST, apabila rakyat akan dibebankan dengan cukai di 6%. Kalau kita tengok di negara Singapura, apabila dilaksanakan GST peringkat awal diletakkan rate hanya 3%. Selepas sembilan tahun baru dinaikkan. Kita terus meletakkan rate 6%. Bayangkan apa yang berlaku terutama kepada penduduk miskin, penduduk luar bandar yang mereka sudah ketara terasa bahang ketekanan kos hidup yang mahal, apalagi mempunyai anak yang ramai. Jadi saya ingin penjelasan dari pihak kerajaan dalam pelaksanaan GST ini, apakah kiranya dalam keadaan yang ada sekarang ini – beban yang akan ditanggung oleh pengguna begitu besar. Kalau pembekal dia dapat claim daripada kerajaan. Kalau pengilang dia dapat claim daripada kerajaan. Kalau pemborong dapat claim, kalau peruncit dapat claim tapi pengguna? Dia menanggung segala beban. Jadi GST ini benar-benar akan membebankan rakyat. Jadi saya harap perkara ini kerajaan timbangkan kalau boleh tangguhkan pelaksanaan GST atau batalkan terus. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang hanya ada tinggal tiga bulan lagi untuk kita masuk dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Sebanyak manakah perancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh telah berjaya dilaksanakan? Berapa peratuskah program- program yang dilancarkan, yang dirancang sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh telah berjaya? Dan untuk Rancangan Malaysia Kesebelas ini, apakah kerajaan akan menyambung balik program-program, projek-projek yang gagal ataupun yang tidak dapat dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh sebelum ini? Begitu juga sebagaimana mana titah tuanku menyebutkan negara akan mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 sedangkan masa hanya ada lima tahun lagi. Apakah dengan perancangan yang ada, yang kita lihat kegagalan walaupun pelbagai program ETP, GTP yang dibuat, dengan keadaan beban hutang yang semakin banyak, inflasi yang semakin meningkat, apakah kerajaan yakin, apakah usaha ke arah mencapai pendapatan tinggi ini akan berjaya hanya dalam tempoh lima tahun lagi? Jadi kita tidak mahu kita meletakkan harapan sedangkan realitinya, kemampuannya kita tidak setahap, orang panggil kemampuan kita tidak mencapai apa yang kita harapkan. Jadi sejauh mana perkara ini dalam perancangan dan pertimbangan kerajaan untuk merealisasikan negara kita berpendapatan tinggi pada tahun 2020? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan sektor pertanian yang saya kira setakat ini negara kita terlalu banyak bergantung kepada import. Malah kita tengok barang-barang harian kita, makanan kita, lebih daripada 70% bergantung pada import. Sudah tentulah apabila pergantungan kita kepada import tinggi, apabila nilai ringgit kita rendah, maka kos bahan import menjadi tinggi, maka harga dalam pasaran akan menjadi tinggi. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan sejauh mana usaha yang dibuat oleh kerajaan? Sebelum ini Ahli Parlimen dari Pokok Sena pernah menyebutkan bayangkan kerugian wang yang telah dialami oleh kerajaan contohnya dalam 1MDB di mana kalau kerugian hutang yang sebanyak itu digunakan untuk memajukan pertanian negara, sebanyak mana manfaat kepada rakyat. Akan tetapi hari ini kita lihat wang yang begitu banyak lebur. Rakyat terus dalam keadaan yang berdepan dengan krisis makanan. Bayangkan kalau kita dilanda bencana lebih daripada tiga bulan. Ini kerana saya fikir, saya kira dalam Dewan ini pernah dinyatakan stockpile makanan negara kita hanya bertahan setakat dua bulan setengah. Bermakna kalau kita berdepan dengan bencana lebih daripada tiga bulan, kita tidak ada makanan. Jadi bayangkan, negara kita dalam keadaan yang kritikal.
Jadi sebab itu saya ingin penjelasan sejauh mana perancangan kerajaan dalam memastikan bekalan makanan utama rakyat dapat disediakan. Tidaklah kita bergantung terus kepada import sama ada dari segi bahan pertanian, perikanan dan sebagainya. Begitu juga buah-buahan. Jadi sejauh mana perancangan kerajaan untuk memastikan kita dapat mengurangkan import dan kita tidak terus bergantung kepada negara lain? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan sistem pendidikan dalam negara kita. Kita mengucapkan tahniah, alhamdulillah, kepada anak-anak kita yang telah berjaya menghadapi peperiksaan SPM yang lepas. Saya mengambil kesempatan ini mengucap tahniah kepada, khususnya di negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan yang mencapai pencapaian yang cukup cemerlang, yang mana mempunyai rekod yang tertinggi. Alhamdulillah, bukan setakat 100% lulus tapi mempunyai ramai pelajar- pelajar yang telah melepasi jangkauan kita, alhamdulillah. Ini membuktikan bagaimana pencapaian pelajaran sekolah agama begitu baik. Jadi apa yang saya ingin tahu, sejauh mana perancangan kerajaan dari segi untuk masa depan pendidikan negara. Kita berdepan dengan pelbagai isu pendidikan. Sebelum ini dengan dasar pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Sekarang ini PT3 yang bercelaru, yang kita tengok berbagai-bagai masalah yang dikomen sendiri oleh golongan para pendidik, para guru.
Jadi setakat ini, apakah perancangan masa depan? Ini disebabkan kita tidak tahu nasib masa depan anak-anak kita tergadai. Kita inginkan anak-anak kita, generasi akan datang kita, mereka ini bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik tetapi mempunyai kecemerlangan di sudut ilmu agama, akhlak dan penghayatan agama. Itu yang sangat penting untuk masa depan mereka sebab mereka akan menjadi pemimpin pada masa depan. Jadi sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan dalam negara kita hari ini berjaya untuk melahirkan daripada segi anak-anak yang cemerlang dari sudut akhlak sahsiah yang sebagaimana yang kita kehendaki? Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan masalah belia hari ini yang berdepan dengan pengangguran yang tinggi. Kebanjiran pendatang asing yang kita semua maklum merupakan satu cabaran utama dalam negara kita. Apa yang kita tahu yang berdaftar sahaja melebihi 2.7 juta dan yang tidak berdaftar kita dimaklumkan hampir 7 juta, mungkin lebih daripada itu. Jadi, ini menjadikan kita lihat pendatang asing bukan sahaja menguasai dari sudut sektor kerja-kerja berat, kotor. Bukan itu sahaja tetapi dia telah menguasai kerja-kerja perkhidmatan yang sepatutnya diisi oleh warga tempatan. Sedangkan kita lihat ratusan ribu siswa dan siswazah dalam negara kita yang masih menganggur. Apa perancangan kerajaan untuk memastikan anak-anak kita, anak-anak yang kita telah didik mereka tetapi mereka gagal mendapat tempat di sektor pekerjaan yang menyebabkan mereka mudah terdedah dengan gejala negatif dan sebagainya? Jadi, sejauh mana kepekaan ini diambil perhatian oleh kerajaan dan setakat ini, daripada berapa jumlah graduan yang masih menganggur dan berapa peratus dalam kalangan mereka yang sudah dapat pekerjaan dalam rekod yang ada di pihak kerajaan hari ini? Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan pengangkutan awam. Pengangkutan awam ialah suatu perkara yang cukup penting dan kita lihat di semua negara maju, sistem perkhidmatan awam negara mereka memang sangat berkesan, yang memudahkan terutama kakitangan awam dan swasta untuk pergi ke tempat kerja, pejabat dan sebagainya. Apa yang saya ingin sentuh ialah - saya mengucapkan tahniah apabila pihak kerajaan ingin berusaha mengadakan sistem kereta api aliran laju dari Singapura ke Kuala Lumpur dengan memakan masa hampir 90 minit. Akan tetapi saya ingin tahu, sejauh mana usaha kerajaan untuk memastikan perjalanan kereta api ke Pantai Timur? Kami ini ‘dok’ tunggu dalam keadaan sebelum banjir lagi kami bangkitkan perjalanan kereta api ke Tumpat. Kita tahu akibat daripada banjir banyak kerosakan berlaku. Akan tetapi bukan sahaja perjalanan kereta api, sistem pengangkutan udara kita tidak diberi peluang untuk dinaik taraf ke international. Lebuh raya tidak dibina untuk ke negeri Kelantan tetapi kenapa hanya dibina dan janji kerajaan hanya 7 kilometer? Itu bukan lebuh raya, saya kira. Jadi apa yang saya hendak sebut di sini ialah bilakah jangkaan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan kereta api dapat dipulihkan di Kelantan sampai ke Tumpat terutama di kawasan yang terlibat dengan banjir ini, Dabong dan sebagainya, tekanan bagi
terutama ibu bapa, anak-anak yang mereka berulang-alik ke sekolah menggunakan kenderaan utama mereka ialah kereta api. Begitu juga mereka yang mencari rezeki. Jadi, perkara ini menjadi tekanan yang besar. Sejauh mana saya minta pihak Kementerian Pengangkutan khususnya, memberi penjelasan dalam jawapan nanti, kedudukan baik pulih dan pemulihan sistem kereta api ke Pantai Timur dan untuk jangka panjang dan adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan sistem kereta api laju juga ke Pantai Timur? Insya-Allah.
Ya, gulung ya.
Habis masa sudah?
Lagi 2 minit sahaja.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir sekali, saya ingin menyentuh soal memperkasakan ekonomi wanita. Jadi, saya mengucapkan terima kasih di atas junjung kasih ke atas kepekaan Duli Tuanku yang mengambil berat tentang sistem sokongan bagi membantu wanita untuk memenuhi, mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga. Sejauh mana hari ini kerajaan telah berusaha untuk memastikan sistem sokongan ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin sama ada dalam sektor awam ataupun sektor swasta? Jadi, dalam memperkasakan kaum wanita ini dan termasuk juga ialah golongan orang kurang upaya (OKU). Sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mengoptimumkan potensi yang ada pada mereka ini supaya mereka juga boleh memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara? Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan dengan telah melancarkan untuk melaksanakan maqasid syariah dalam pentadbiran negara. Perkara ini sebenarnya sudah lama kami perjuangkan. Di Kelantan, lama sudah Allahyarham Tok Guru yang telah meninggalkan kita, yang telah menerangkan macam mana perlunya pelaksanaan maqasid syariah dalam sistem pentadbiran negara yang memelihara agama, nyawa, akal, harta dan keturunan tetapi perkara ini tidak pernah disambut. Hari ini baru kita dengar. Alhamdulillah, perkara ini disambut oleh Kerajaan Pusat setelah Tuan Guru meninggal, baru hendak laksanakan. Tidak apalah. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah maqasid syariah bukan semata-mata ukuran indeks tetapi penghayatan. Jadi kalau betul-betul hendak melaksanakan maqasid syariah, amalkan di sudut sistem kehakiman mesti mengikut syariah Islam. Dari sudut keadilan, mesti memberi hak. Kalau ini ialah hak kerajaan negeri, mesti diberi. Begitu juga penghayatan. Bukan semata- mata kita sibuk maqasid syariah tetapi isteri sendiri pun tidak tutup aurat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Lepas wanita saya beri wanitalah, Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Pertama sekalinya, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat juga saya mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya dalam waktu yang sama hendak mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Jadinya Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang akan saya sentuh dan akan saya bawa. Pertamanya ialah mengenai pembangunan juga perlu untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat untuk jangka masa panjang. Jadinya banjir besar yang melanda empat buah negeri baru-baru ini dan juga peristiwa tanah runtuh di Cameron Highlands
seharusnya memberi pengajaran yang penting kepada kita betapa perlunya pembangunan yang mampan dan terkawal yang perlu kita laksanakan. Penebangan pokok-pokok hutan untuk tujuan pembalakan dan pembukaan tanah-tanah untuk tujuan pertanian perlu dipantau dan tindakan penguatkuasaan perlu lebih tegas dan perlu diselaraskan demi memelihara alam sekitar. Jadi, jika kita masih lagi bersifat reaktif dan bukan proaktif, sudah semestinya bencana alam yang sedemikian sudah pasti akan berulang dan kualiti kesejahteraan hidup rakyat juga akan terjejas. Jemaah Menteri baru-baru ini pernah menyuarakan bahawa terdapat keperluan untuk mendapat pandangan dan idea daripada golongan pakar dalam pengurusan pengairan dan alam sekitar dan aspek yang berkaitan untuk menghindari dan menangani bencana yang sedemikian di masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri ada menyuarakan dan menggesa universiti-universiti penyelidikan tempatan untuk memberi input kepada kerajaan mengenai perkara ini. Jadinya ada beberapa perkara yang saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian dan pihak kerajaan. Saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai status usaha penyelidikan mengenai isu alam sekitar ini yang dibuat di peringkat universiti-universiti tempatan. Seterusnya, saya juga hendak bertanya mengenai laporan. Apabila ada penyelidikan, sudah semestinya ada laporan. Jadi saya hendak tanya, bilakah laporan lengkap ini akan dapat disiapkan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai perkara-perkara yang perlu ataupun cadangan daripada pihak kementerian, pihak universiti yang perlu ditambah baik untuk menghindari ataupun meminimumkan impak bencana alam ini pada masa akan datang?
Memandangkan isu perubahan cuaca ini semakin kritikal, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Jadinya Tuan Yang di-Pertua, seterusnya perkara yang saya hendak bangkitkan adalah mengenai wanita dan kerjaya. Dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ini, pendapatan dan perbelanjaan sesebuah keluarga sudah semestinya akan turut terjejas sedikit sebanyak oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Suami dan juga isteri terpaksa bekerja. Kebanyakan daripada mereka perlu bekerja untuk menyara keluarga mereka dan anak-anak mereka ataupun diasuh di pusat-pusat asuhan ataupun pusat jagaan kanak-kanak. Isu ini memang banyak kali dibangkitkan di peringkat Parlimen, terutamanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat golongan wanita. Akan tetapi saya percaya ia perlu kita terus bahaskan kerana institusi keluarga ini sangat penting untuk melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang. Yang di-Pertuan Agong pun dalam titahnya ada menyentuh mengenai perkara ini seperti dalam titah Baginda yang mana Baginda berharap usaha yang lebih bersungguh-sungguh dapat dilaksanakan untuk menyediakan sistem sokongan bagi membantu wanita mengimbangi tuntutan keluarga dan kerjaya yang merupakan antara cabaran sosial utama pada hari ini.
[Bangun]
Mengenai apa ini Yang Berhormat? Okey boleh, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Sila, sila.
Saya berminat bercakap mengenai perkara ini kerana saya rasa institusi keluarga penting.
Ya, berminat pun pandang ke depan.
Okey. [Ketawa]
Saya takut minat lain kat Yang Berhormat Parit Sulong.
Akan tetapi isunya ialah apabila gaji kita begitu rendah, itu saya ingat mengancam institusi keluarga. Ini kerana ibu dan juga
bapa, kedua-dua pun terpaksa kerja overtime dan mereka tidak ada masa untuk jaga anak- anak. So, jika kita betul-betul hendak pelihara institusi keluarga, kita mesti pastikan lapan jam kerja ada cukup gaji untuk jaga keluarga. Jika mereka terpaksa ambil lagi overtime empat jam, then mereka tidak ada masa. Sebab saya ingat kita tidak boleh hanya katakan kita pentingkan keluarga tetapi kita teruskan dengan paras gaji minimum yang begitu rendah. So, mereka terpaksa kerja overtime untuk jaga keluarga, tidak ada masa untuk jaga anak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itulah ada beberapa cadangan yang saya hendak bentangkan. Akan tetapi saya tertarik apa Yang Berhormat katakan tadi. Saya ingat daripada Ahad sampai Sabtu dan Ahad, jumpa balik semula Ahad, seven days. Akan tetapi tadi tidak salah saya Yang Berhormat mentioned ada lapan hari. Saya pun terkira-kira juga mana satu hari tadi datang. [Ketawa] Akan tetapi saya setuju. Oleh sebab itulah saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini. Sebab tadi saya maklumkan dalam ucapan saya mengenai pentingnya keluarga itu dalam usaha untuk menambahkan pendapatan, banyak yang telah dilakukan. Jadi, sebab itulah saya hendak minta penjelasan. Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya sambung apa yang saya katakan. Mengenai apakah jenis-jenis sokongan dan juga insentif yang disediakan oleh pihak kementerian. Memandangkan wanita ini bila bekerja, dia mempunyai satu kerjaya. Mereka ini perlu kita bantu sekiranya kita mahukan kaum wanita itu, terutamanya kaum ibu yang bekerja ini supaya mereka ini bekerja dengan cemerlang. Dalam waktu yang sama mereka juga menjadi ibu kepada anak-anak yang menjadi harapan negara. Dalam waktu yang sama juga mereka ini juga menjadi produktif dalam menyumbang kepada pendapatan keluarga dan juga negara agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan di negara yang akan datang selain daripada paras gaji yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Ini kerana tahun lepas, dalam bajet ada dimaklumkan mengenai waktu anjal yang telah pun dipraktikkan di peringkat sektor awam. Jadi, dalam waktu yang sama juga saya hendak bertanya pada pihak kerajaan, apakah langkah kerajaan dalam usaha untuk memastikan pihak swasta juga turut serta dalam menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh ini, termasuk pelaksanaan sistem waktu anjal di syarikat-syarikat swasta ini. Oleh sebab kalau kita biarkan ia begitu sahaja, kadang-kadang syarikat swasta ini ambil lewa tidak lewa. Jadinya, saya berharap pihak kerajaan akan dapat menekankan lagi mengenai penggalakan penyertaan wanita dalam bidang tenaga buruh ini termasuklah dengan pelaksanaan sistem waktu anjal di syarikat mereka. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit mengenai masyarakat warga emas. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia ini mengiktiraf warga emas sebagai satu individu yang telah mencapai usia 60 tahun. Sesebuah negara itu diiktiraf sebagai an aging nation, dengan izin, apabila sekurang- kurangnya 15% daripada penduduknya berumur 60 tahun dan ke atas. Saya dimaklumkan bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status ini pada tahun 2035. Sehubungan dengan itu saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian, mengenai apakah perancangan kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan satu dasar yang menyeluruh dalam penjagaan masyarakat warga emas ini. Dalam waktu yang sama, adakah kerajaan akan menyediakan satu dana dan juga satu infrastruktur yang sedia ada ini cukup dan sesuai dan yang telah dipersiapkan untuk satu sistem yang komprehensif untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas ini dipelihara di negara kita yang kita cintai ini. Seterusnya, yang ketiga saya hendak juga bertanya, adakah pihak kementerian ada bercadang untuk memastikan setiap daerah dan juga kawasan Parlimen di masa yang akan datang ini mempunyai sekurang-kurangnya satu rumah warga emas untuk menempatkan warga emas ini. Terutamanya warga emas daripada golongan yang tidak berupaya dari segi kewangannya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak bertukar ke topik Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Sebab tahun 2015 ini, Malaysia ini adalah satu negara yang tahun ini agak sibuk untuk negara kita. Bukan sahaja kita menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tetapi secara giliran, Malaysia juga adalah Pengerusi ASEAN 2015. Secara giliran, Parlimen Malaysia juga adalah Pengerusi ASEAN Inter-Parliamentary Assembly ataupun AIPA.
Jadinya, Komuniti ASEAN 2015 yang menjadi agenda penting ASEAN sejak beberapa tahun kebelakangan ini berpaksikan kepada perwujudan tiga tiang komuniti ASEAN iaitu Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Komuniti Sosiobudaya ASEAN dan juga Komuniti Politik Keselamatan ASEAN. Saya difahamkan bahawa 2015 adalah tahun terakhir implementasi strategi dan juga langkah-langkah yang telah dikenal pasti dalam Road Map ASEAN Community 2015. Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini sudah semestinya berperanan bersama dengan negara-negara ASEAN lain untuk melihat kepada keberkesanan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk pewujudan komuniti ASEAN. Jadinya, apakah yang perlu ditambah baik, apa lagi yang perlu ditambah. Jadinya sehubungan dengan itu, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, apakah sebenarnya mungkin pihak kerajaan boleh berkongsi, apakah program, apakah inisiatif yang telah diwujudkan berkaitan dengan Komuniti ASEAN ini? Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada menyuarakan tentang a people centered ASEAN, dengan izin, di mana Komuniti ASEAN ini haruslah mengutamakan kebajikan rakyat dalam komuniti ini. Boleh saya hendak minta daripada pihak kerajaan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut lagi usaha-usaha dan juga inisiatif kementerian dalam usaha untuk membantu dan memastikan visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bersama dengan rakan yang lain untuk menjadikan Komuniti ASEAN ini sebagai a people centered ASEAN ini tercapai.
Seterusnya ketiga bagaimanakah isu-isu yang menyentuh kebajikan wanita dan juga warga emas di peringkat ASEAN ini? Saya juga mengharapkan yang perkara ini ataupun mengenai isu yang berkaitan dengan gender dan juga warga emas ini akan tidak ketinggalan dalam komuniti ASEAN ini untuk memastikan kesinambungan daripada apa yang telah dirancang. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya hendak sebutkan di sini adalah mengenai pemerkasaan industri halal. Antara perkara yang menjadi kelebihan kepada Malaysia adalah kita ini diiktiraf sebagai sebuah pusat kewangan Islam dan juga industri halal yang mempunyai kepakaran yang diterima banyak negara. Sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk terus memantapkan kehidupan kita sebagai halal hub di dunia pada hari ini, jelas sekali ia akan hanya merugikan negara kita di masa yang akan datang. Kuwait Finance House Global Investment Research ada membuat satu kajian dan mengatakan bahawa sektor halal di seluruh dunia ini sebenarnya dianggarkan bernilai USD3.2 trilion pada tahun 2012 secara kumulatif dan dijangka akan mencecah USD6.4 trilion dalam tahun 2018. Perbelanjaan oleh pengguna-pengguna beragama Islam pula dianggarkan berjumlah USD1.62 trilion. Itu dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat ke jumlah USD2.47 trilion dalam tahun 2018. Sementara itu World Halal Forum pula menyatakan nilai ini nilai pasaran global industri halal. Ia mencecah USD2.3 trilion dan nilai pasaran global makanan halal pula mencecah USD700 bilion setahun. Jumlah ini semua adalah dalam USD. Jadi nilai pasaran halal ini bukan dalam bentuk makanan halal semata-mata sahaja tetapi juga termasuk produk-produk farmaseutikal, kosmetik dan juga yang berkaitan dengan kesihatan yang kita tengok jauh lebih besar daripada industri makanan halal itu sendiri. Semua ini menunjukkan nilai pasaran global industri halal yang cukup tinggi dan potensi yang boleh memberangsangkan di seluruh dunia. Pengusaha-pengusaha yang beragama Islam itu sendiri perlu mengambil peluang daripada pasaran produk halal yang besar ini. Walau bagaimanapun, ada beberapa masalah yang telah dikenal pasti terutamanya kita hendak bertanya kepada pihak kerajaan. Bagaimana pengusaha- pengusaha kecil dan sederhana negara ini kerana kita dimaklumkan mereka ini mempunyai masalah untuk mendapatkan sijil halal pada waktu ini yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Oleh sebab Pensijilan Halal Malaysia ini dikeluarkan antaranya berdasarkan kepada standard bagi makanan halal iaitu daripada segi pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan. Ini adalah Garis Panduan Umum (MS15000) dan satu daripada keperluan di bawah manual dan standard adalah pematuhan ataupun mematuhi peraturan asas Amalan Pengilangan Baik (GMP). Jadi pengeluar yang mempunyai kilang pemprosesan yang besar dan mempunyai mesin sudah semestinya tidak mempunyai masalah dalam hal ini ataupun dalam isu ini. Akan tetapi persoalannya bagaimanakah dengan pengusaha-pengusaha mikro yang lain,
pengusaha-pengusaha kecil yang lain terutamanya yang terlibat secara langsung dengan perniagaan industri asas tani? Mereka ini gagal hendak dapat GMP pun payah, apalagi kalau kita hendak cakap mengenai yang lain seperti MeSTI, JAS selepas itu health cert kerana tidak mematuhi keperluan kebersihan. Padahal produk-produk ini yang mereka keluarkan ini adalah halal. Jadi soalan yang saya hendak tanyakan kepada pihak kementerian pula adalah apakah pihak kerajaan ada membuat apa-apa cadangan yang memberi perhatian khusus mengenai masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kecil ini. In kerana kalau pengusaha besar kita tidak ada masalah langsung. Mereka ini boleh, segala-gala certification mereka ada. Akan tetapi bagaimana mereka yang pengusaha kecil ini kalau mereka tidak boleh walaupun untuk mendapatkan certification halal itu pun ada masalah, bagaimanakah mereka hendak mendapatkan certification-certification yang lain. Keduanya memandangkan industri IKS ini sebenarnya boleh pergi ke pasaran yang lebih jauh lagi terutamanya dalam makanan, adakah pihak kerajaan ada bercadang untuk memberikan kelulusan halal ini secara fast track dengan izin, kepada IKS yang dikenal pasti mendapatkan sumber mereka daripada sumber-sumber yang halal. Seterusnya saya hendak bertanya juga adakah kerajaan daripada pihak kementerian yang berkaitan mungkin daripada MOA itu sendiri, mungkin daripada MARA kah, adakah mereka ada membuat satu perancangan untuk probably ataupun dengan izin, akan merancang untuk membina satu premis mampu milik yang mana boleh usahawan-usahawan mikro, yang kecil-kecil ini dikumpulkan di satu tempat tetapi tempat ini ataupun bangunan ini memang ikut spec yang diperlukan supaya mereka ini boleh mendapat atau qualified untuk mendapat pensijilan halal. Maksudnya mungkin usahawan-usahawan kecil ini boleh dikumpulkan secara berkelompok bagi memudahkan mereka ini terutamanya usahawan bumiputera, memudahkan mereka mendapat certification halal dan mungkin bangunan ini pula boleh disewakan dengan usahawan ini dengan menyediakan mampu sewa pula. Kalau mahal sangat pun, tidak mampu pun, tidak guna juga apabila kita buat perancangan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dan ini isu terakhir yang saya hendak bawa di sini. Ini mengenai transformasi sistem kesihatan negara. Penjagaan kesihatan ini adalah satu aspek yang sangat penting untuk sesuatu negara dan kemudahan sistem kesihatan yang baik ini boleh membantu dan juga menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini gejala demam denggi ini memang semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang sangat menakutkan sampai jumlah hotspot bertambah. Jadi saya dimaklumkan jumlah cumulative case demam denggi ini daripada Januari sehingga 21 Februari 2015 sebanyak 21,310. Jumlah ini kalau kita bandingkan dengan tempoh yang sama tahun sebelum ini jumlahnya adalah 13,915. Jadinya banyak sangat perbezaan. Jadinya kita maklum bahawa Kementerian Kesihatan ada buat banyak program. Macam-macam program dibuat termasuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak- tapak pembinaan. Selepas itu dikenal pasti pula ada 56 buah tapak pembinaan yang diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 52 buah tapak dikenal pasti sebagai pembiakan nyamuk aedes. Sumber ini melalui kenyataan media Yang Berhormat Menteri Kesihatan sendiri bertarikh 25 Februari. Jadinya saya cuma hendak tanya kepada pihak kementerian sebab saban hari kita dimaklumkan asyik bertambah. Jadi saya hendak tanya memandangkan jumlahnya makin bertambah, selepas itu bilangan tapak pembinaan yang dikenal pasti pun bertambah, selepas itu mempunyai pembiakan nyamuk aedes 93% yang di check itu semua memang confirm itu hotspot. Jadi saya cuma hendak tanya, apakah tindakan kementerian dalam usaha untuk menangani demam denggi ini dan juga membendung perkara ini. Takkan tidak ada satu mungkin perkara baru ataupun ubat baru ataupun yang boleh membantu untuk menyebabkan pembiakan ini dibanteras. Saya tengok pula mengenai beberapa perkara mengenai pembiakan nyamuk aedes ini banyak ia berlaku di tempat pembinaan dan juga tempat awam. Jadinya ia memberikan kebimbangan kepada orang ramai.
Jadinya, apakah usaha pihak kementerian dalam memberi fokus ataupun peruntukan yang lebihkah kepada usaha untuk membanteras tempat-tempat yang dikenal pasti ini yang dijadikan hotspot.
Saya kira Tuan Yang di-Pertua, itulah ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan dan saya harap isu-isu ini dapat penjelasan yang secukupnya daripada pihak- pihak kementerian yang berkenaan. Dengan itu, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Sila Yang Berhormat Raub.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas mengenai Titah Diraja yang disampaikan tempoh hari yang menyentuh beberapa perkara. Di dalam perenggan 26, Malaysia yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah hanyalah sebuah negara kecil sekian-sekian dan juga mendukung maqasid syariah. Jadi saya hendak buat sikit komen mengenai bos saya dululah. Zaman Tori dulu. Jadi apabila bercakap mengenai wasatiyyah dan maqasid syariah ini, macam- macamlah timbul tetapi impression kepada orang, bukan sahaja di pekan tetapi di seluruh Malaysia. Apabila mendengar Sahibul Samahah dari Pekan ini, bercakap mengenai wasatiyyah dan maqasid syariah hampir kita jatuh daripada kerusi. Sebab apa, sebab bila bercakap ini, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kamu umat Islam, kamu umat Islam adalah kaum pertengahan yang berdiri di tengah-tengah tidak memihak kepada sesiapa yang menegakkan keadilan.” Tidak memihakkan kepada sesiapa itu sudah bercakap. Ramai orang bercakap mengenai konsep keadilan dan pelaksanaan keadilan itu. Cakap satu hal, tetapi pelaksanaan dan melaksanakan keadilan itu satu hal lagi. Serupa juga, kamu umat Islam adalah golongan pertengahan menjadi contoh teladan kepada orang lain. Ini satu perkara yang penting yang kita tidak hayati, sebabnya apabila kita cakap kita hendak jadikan umat pertengahan sebagai contoh teladan kepada orang lain sebab kita melambangkan kesederhanaan dan moderation. Kita sendiri sebagai individu, negara ataupun kelompok mesti mempamerkan sikap-sikap yang menunjukkan kesederhanaan itu. Sebagai contoh, kalau kita mengajak rakyat belanja berhemah kita sendiri mesti menunjukkan bahawa kita hendak belanja berhemah. Kita ajak orang belanja berhemah, tetapi kita beli kapal terbang baru. Jadi orang akan mempersendakan komitmen kita dan kesungguhan kita hendak melaksanakan wasatiyyah ini. [Membaca sepotong ayat al- Quran], yang saya baca tadi. Apa yang lebih penting ialah apabila kita mengajak dan menganjur orang, masyarakat melakukan wasatiyah, kita sendiri mesti melakukan kebaikan itu terlebih dahulu. Oleh sebab itu Tuhan ada sebut dan pesan, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Begitu. Kamu mengajak orang melakukan kebaikan, tetapi kamu sendiri lupa untuk melakukan kebaikan itu ke atas diri kamu dahulu. Jadi, tidak jadi. Jadi kalau kita boleh bercakap mengenai wasatiyyah, mengenai maqasid syariah tetapi jika tidak ada kesungguhan, kalau kita tidak melaksanakan, orang akan mentertawakan kita. Kita tahu ini hanya untuk memancing undi daripada kelompok Melayu yang masih terperangkap dan yang masih boleh terpukau dengan pendekatan Islamiah yang ditunjukkan oleh kerajaan tetapi orang hendak melihat lebih daripada itu. Saya tidak hendak sentuh mengenai keadilan yang dilaksanakan kepada Ahli dari Permatang Pauh sebab ramai orang bercakap mengenai perkara tersebut. Akan tetapi saya hendak bercakap mengenai perkara –perkara yang dilaksanakan seharian seperti belanja berhemah. Memperlakukan orang lain dengan keadilan. Jikalau kita bercakap mengenai keadilan sebagai contoh, kita mesti adil kepada orang Melayu, kita mesti adil kepada orang Cina, kita mesti adil kepada semua bangsa di dalam Malaysia ini. Kita mesti adil kepada orang-orang kampung yang miskin, yang tadi saya dengar di Setiawangsa bercakap mahukan pendapatan minimum orang Melayu di bandar sebagai RM1,500. Akan tetapi angka yang ditunjukkan oleh Jabatan Perdana Menteri, EPU, golongan RM1,500 ini termasuk di dalam golongan 40% terbawah. Ini kerana mereka ini yang golongan B40, the bottom 40% ini mempunyai pendapatan purata RM1,686 sebulan Sedangkan orang Melayu
yang 20% teratas T22, top 20% mempunyai pendapatan hampir RM11,000 sebulan. Jurang perbezaan itu besar. Jadi saya mempertikaikan. Bagus, betul-betul bagus keinginan untuk mewujudkan wasatiyyah, melaksanakan wasatiyyah dan mendukung maqasid syariah dengan 5 rukun tadi. Kebetulan saya hendak tanya, saya bukan ahli agama tetapi saya baca ada rukun 5 dalam maqasid syariah itu tidak ada sebut menjaga institusi Raja-Raja Melayu. Tidak ada. Jadi benda ini bentuk constitutional atau tidak hendak melaksanakan maqasid syariah ini? Kena jawab sebab tidak ada. Akal, nyawa, harta benda, keturunan dan agama. Tidak sebut pun. Jadi kalau kita tidak sebut specifically, kena jawab. Ini aside, saya cakap sambil lalu sahaja. Akan tetapi tadi melaksanakan tadi, saya sekarang ini sudah bercakap mengenai wasatiyah dan Maqasid Syariah, saya hendak bercakap konsep pelaksanaan keadilan kepada peneroka FELDA. Ini penyenaraian FGV, kita tak mahu cakap fasal FGV sebab FGV ini syarikat persendirian, tidak ada kena mengena dengan peneroka FELDA kecuali mereka memegang saham yang kecil dan saya akan huraikan mengenai FGV nanti. Akan tetapi FELDA, 13 Februari 2012, saya tengok masa itu ketika itu 13 Februari 2012, ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sekarang ini Timbalan Menteri Kewangan, menghimpunkan 3,000 orang ketua peneroka daripada 317 rancangan di seluruh Malaysia dan 1,300 orang kakitangan FELDA, memujuk mereka supaya menerima memindahkan 51% yang peneroka pegang dalam FELDA Holdings kepada FELDA. Tidak jadi sebab mereka bangkang, peneroka bantah dengan ada injunction. Akan tetapi 1 April 2012 ketika ditemu ramah oleh New Straits Times, Perdana Menteri sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal peneroka FELDA, 112,635 orang ini, dia berkata dalam bahasa Inggeris, saya terjemah di dalam bahasa Melayu, “Kalaulah peneroka ini tahu banyak mana mereka dapat wang, pasti mereka terkejut dan pengsan.” Ketika itu mereka tidak pengsan lagi. Akan tetapi 1 April 2014 nanti, mereka pengsan apabila GST telah dilaksanakan. Mereka melihat pendapatan mereka tidak banyak. Dulu kalau masa mereka menjadi ahli di dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang ada 51% di dalam FELDA Holdings sebab mereka dapat dividen. Selama 30 tahun ke belakang 14%, 15% purata. Ada yang dapat 18%, tetapi sekarang ini tidak dapat lagi. Tidak ada lagi sebab sudah dipindahkan. Ketika itu semasa pengapungan 28 Jun 2012, peneroka yang pegang melalui KPF tadi, yang pegang 51% di dalam FELDA Holdings dijanjikan akan diberikan 37% daripada modal yang diperbesarkan dalam FGV. Akan tetapi ada cashnya, tidak boleh peneroka pegang. Diwujudkan satu entiti yang dinamakan FAHC iaitu FELDA Asset Holdings Corporation, pegang bagi pihak peneroka-peneroka ini. Maklum sahajalah peneroka ini yang tidak pernah nampak duit banyak. Ini kerana nampak banyak duit, Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pekan cakap mereka akan pengsan.
Maklum sahajalah kita tahu, betapa rendahnya persepsi terhadap golongan peneroka ini. Dahulu dapat duit dalam 80-an dahulu, tidak tahu macam mana hendak guna duit, taruk dalam peti ais. Yang lebih terror ambil duit RM1 ketika itu bakar untuk hisap rokok. Tidak tahu mempergunakan duit itu, tidak bagi peneroka pegang duit, taruk dalam 37% dalam enlarge capital itu dalam FAHC. Habis 37. Bukan dibayar dengan wang, dibayar dengan syer, dengan saham 37% dalam FAHC, bukan dalam FGV. Dia orang tidak langsung kena-mengena. Dia orang pergi melalui pihak ketiga, third party, barulah ada kaitan dengan FGV. Seperti yang saya cakap tadi kita jangan cakap lagi mengenai dengan FGV. Cakap FAHC, pegang 37% tetapi pada 30.12.2014, yang 37% tadi tinggal 13.6%, mana pergi? Oleh sebab kita tengok KPF yang tidak pernah ada pun existent dalam FGV punya pengagihan saham, tiba-tiba hari ini 2014 ada 5.7%. Kemungkinan FAHC pindah ke 5.7%, redeemable preference shares, tidak ada kuasa di dalam pengurusan FGV, bagi duit sahaja. Kalau hendak duit, dia cash out 57% tadi. Akan tetapi persoalannya, FHAC tadi daripada 37% yang dijanjikan, give up yang 51% dalam FELDA Holdings, dapat 37% sekarang dapat 5.7%. FAHC yang patutnya dapat 37%, sekarang hanya ada 13.6%. Maknanya, dia sudah jual selain daripada memindahkan kepada peneroka tadi atas nama KPF, dia sudah jual. Tentu dia dapat duit. Anggaran RM2 bilion atau RM3 bilion, dapat atas kerana dia pegang atas nama peneroka-peneroka, ada ke tidak bagi kepada peneroka?
Kalau tidak, takkan sampai hari ini complain duit tidak ada. Sekarang yang dia ada, yang 10 ekar tanah yang mereka duduk dan jual buah, buah tandan segar (FFB/BTS) kepada kilang-kilang yang semuanya dimiliki oleh FGV. Lori pun FGV punya, pekerja- pekerja pun, yang Bangla kah, Indonesia, yang gaji oleh FGV. Peneroka tidak dapat dividen. Yang selalunya enjoy 15% average 30 tahun yang lalu, sekarang tidak ada lagi. Yang ada dapat 57% bergantung kepada prestasi FGV, satu bab lain Ini FELDA. FELDA ketika pengapungan, ada RM1.2 bilion syer dalam FGV yang dijual pada IPO price RM4.55 dapat RM5.5 bilion. Akan tetapi di dalam FGV yang mereka miliki itu dahulu, dia original owner 100%. Dia dapat one-off payment RM2 bilion, campur dengan RM5.5 bilion, jadi RM7.5 bilion. Kemudian dia dapat wang banyak lagi, berbilion- bilion ringgit tetapi tidak dinikmati dan dilimpahkan kepada peneroka. Kita hendak tahu adalah duit yang berbilion ringgit ini yang dapat one-off payment, RM2 bilion, RM5.5 bilion. Kemudian 51% yang dia ambil daripada Koperasi Permodalan FELDA yang memiliki 51% dalam FELDA Holdings sudah jual, dapat lagi RM2.2 bilion. Jadi, RM10 bilion dia ada ataupun lebih daripada itu. Oleh sebab kita tidak tengok. Maklum sahaja, kita hendak dapat perangkaan itu susah. Kita buat anggaran mereka ada RM10 bilion hingga RM12 bilion. Inikah yang dijadikan war chest untuk FELDA. Kelmarin saya hendak cakap sebab Tan Sri Isa ada di sini, Pengerusi FELDA, saya hendak cakap depan-depan dia tetapi dia tidak ada. RM10 bilion hingga RM12 bilion, adakah ini war chest yang digunakan oleh FELDA untuk buat lagi satu company, FELDA Investment Cooperation (FIC) yang beli hotel rata-rata, di London RM500 juta kemudian beli pula lagi satu RM330 juta. Beli kepentingannya dalam AmCorp RM240 juta, beli hotel di Port Dickson RM40 juta, beli hotel di Borneo, beli hotel di Melaka. Rata-rata dia beli. peneroka FELDA yang kait buah hari-hari ini tidak tahu pun angkara durjana yang dilakukan oleh FELDA ini. Bilion-bilion ringgit dapat tetapi peneroka tidak dapat, hanya dapat bayangan duit dalam bentuk syer. Sekarang 5.7%. Kita tengok entiti yang menjaga kebajikan FELDA. FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang ada 5.7% di dalam FGV, selepas itu kita tengok FELDA sendiri ada 20%, FHAC yang tinggal 13.6%. Ketiga-tiga entiti ini patut jaga kebajikan peneroka FELDA. Akan tetapi apakah yang telah mereka buat kepada peneroka FELDA. Ini kita cakap beyond politics. Kita tengok peneroka FELDA. Sebab saya datang dari satu kawasan dahulu di mana ramai peneroka FELDA. Jadi, kita tahu penat jerihnya peneroka FELDA, dia ingat dia dapat dividen, dia boleh tumpang kasih pada FELDA untuk jaga kebajikan mereka, hendak buat balai raya, hendak buat jalan, hendak bela atap, hendak buat pinjaman emergency pun boleh mengadu pada FELDA. Akan tetapi kalau FELDA telah belanja bermacam-macam dan accountability tidak ada. Nanti saya akan huraikan FELDA ini, dia bagi kontrak banyak-banyak ini, tidak ada tender langsung. Saya sebut sebagai buah-buahnya. Bagi tender untuk menginternetkan seluruh rancangan FELDA, 317 rancangan ini. RM1.4 bilion. Dia bagi kepada FELDA Prodata. FELDA Prodata malaun ini pula bagi, outsource it kepada orang-orang yang hampir dengan Pengerusi FELDA.
Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Sekijang hendak tanya sedikit. Minta izin.
Ya, sila.
Tadi Yang Berhormat Raub ada sebut banyak perkara, kata peneroka ini tertindas, peneroka tidak dapat faedah dan sebagainya. Saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Raub, saya terbaca dalam website baru-baru ini yang FELDA ada memberikan dividen yang hampir RM72.9 juta tahun lepas pada bulan Julai, kalau tidak silap dalam internet ini. Agihan ini diberikan kepada semua peneroka,112,300 lebih orang peneroka ini telah dapat nikmat daripada dividen yang telah diberikan oleh FELDA ini. Dimaklumkan juga, pada awal tahun mereka-mereka ini dapat menerima sejumlah wang untuk diberikan kepada peneroka-peneroka untuk diberikan kepada anak-anak mereka yang naik sekolah. Itu antara dividen dan juga sumbangan yang diberikan oleh FELDA kepada peneroka hasil daripada pembiayaan perniagaan yang telah mereka laksanakan. Berkenaan dengan KPF dan sebagainya itu saya rasa elok Yang Berhormat selidik balik sebab saya mendapat makluman juga mengatakan bahawa segala bentuk pembayaran tersebut sebenarnya telah diberikan kepada KPF.
Cuma Yang Berhormat, kalau dilihat juga daripada sudut pemberian dividen dan sebagainya, saya kira FELDA tidaklah terlalu meninggalkan peneroka. Maksudnya, ada juga peruntukan-peruntukan pembangunan telah diberikan kepada peneroka sendiri. Termasuklah di kawasan saya Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Sekijang, saya faham.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Raub. Baru-baru ini apabila saya sendiri meminta bantuan daripada FELDA untuk menyelesaikan hal berkaitan dengan perparitan, jalan dan sebagainya, mereka telah memberikan peruntukan tersebut kepada kawasan-kawasan FELDA dan telah dapat menyelesaikan masalah-masalah ini. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat terhadap perkara ini?
Saya tidak menidakkan bahawa masa dahulu sebelum pengapungan, FELDA bagi bonus RM400 - RM500, dua kali setahun. Itu yang dapat RM70 lebih juta kepada 112,635 orang peneroka ini. Ini memang sudah berjalan dahulu. Ia masih berjalan juga. Saya tidak sangkal bahawa perkara ini, RM72 juta berbanding dengan berbilion-bilion dia dapat.
Kita jangan lupa sebab KPF ini yang mewakili peneroka 112,000 ini patutnya ada share di dlm segala harta benda dan aset yang diambil alih oleh FGV. Yang saya isukan ialah cara pengagihan FELDA sama dengan FGV dapat banyak tetapi peneroka tidak dapat banyak sedangkan kalau kita bercakap pada mana-mana peneroka sebab mereka akan mengimbas kembali sudah puluhan tahun dia kait buah, penat lelah tetapi tanah segala aset yang 51% ini semua telah dipindahkan dan saya ulangi kembali ia dapat ketika itu yang dijanjikan 37%. Itu pun di park di dalam satu syarikat lain yang mengasingkan peneroka tadi. Tidak ada seorang pun kecuali ada seorang boleh jadi perwakilan. Akan tetapi dalam FAHC tadi lain jadi Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Kita tidak bolehlah delude ourselves untuk mengatakan bahawa satu orang perwakilan ini, peneroka ini tahu selok-belok perniagaan yang kompleks ini. Jadi saya hendak beritahu, tidak. Sekarang ini pun ada RM400 hingga RM500 bonus raya, bonus hujung tahun hendak naik sekolah itu tetap ada. Akan tetapi saya hendak tahu sekarang ini FELDA sudah tidak dapat semua sekali. Dahulu dia dapat hasil daripada ini maybe RM2.3 atau RM2.5 bilion setahun. Belanja untuk mengurus dan menjaga kebajikan peneroka FELDA yang 317 rancangan tadi RM1.8 bilion, RM1.7 bilion average setiap tahun memberi lebihan kepada FELDA RM500 juta, RM600 juta tetapi sekarang tidak ada lagi. Sekarang ini FELDA hanya dapat apa? Hanya Land Lease Agreement (LLA) yang tanah di bawah FELDA Plantation dahulu 360,000 hektar campur dengan tanah di Indonesia, lebih 400,000 hektar dia dapat RM250 juta setahun untuk pajakan 99 tahun ini dan 15% daripada keuntungan yang dihasilkan daripada kegiatan pertanian. Bukan hiliran tidak ada. Hanya based on estate, plantation activities. Bagi RM500 hingga RM600 juta dapatlah campur dengan LLA tadi RM250 juta setahun dapat maybe RM800 juta. Akan tetapi jangan lupa FELDA kena belanja menjaga peneroka FELDA ini RM1.8 bilion hingga RM2 bilion setahun. Maknanya sentiasa ada defisit untuk menampung hendak menjaga peneroka FELDA sebab peneroka ini bukan concern FGV sebab dia separate entiti. Yang FELDA ini, badan induk yang diwujudkan 1956 untuk jaga peneroka. Sekarang dia tidak ada duit sudah. Dia hanya dapat duit daripada yang saya cakap tadi maybe maksimum RM800 juta setahun tetapi dia ada defisit. RM700 juta, RM800 juta di mana dia dapat? Sekarang dia ada 20% dalam FGV. FGV bergantung kepada prestasi. Bagaimana FGV melaksanakan business operation dan baru-baru ini kita tengok CEO FGV cakap antara sebab keuntungan merudum sebab LLA ini. Dia hendak revise tetapi LLA ini sudah ditetapkan. Agreement dia telah ditetapkan untuk 10 tahun. Peneroka kena waspada ini. Jangan tukar sebab RM250 juta untuk 400 lebih hektar, kira kalau kita kirakan hanya lebih kurang RM700 satu hektar berbanding dengan market rate Boustead Estate, RM3,500. Itu pun CEO FGV hendak rendahkan lagi. Hendak perah mana lagi peneroka FELDA? Duit ini pulangan kepada FELDA RM250 juta setahun. Kalau sudah kurang lagi kurang pendapatan untuk FELDA, lagi luas defisit yang dialami oleh FELDA. FELDA kena berniaga. Kena buat macam-macam. Kena invest. Oleh sebab itu saya suspek 20% dia beli dia mop-up. Masa pengapungan kena beberapa kerajaan negeri mesti melanggani pembelian saham yang diterbitkan.
Satu-satunya negeri yang membeli 5% saham FGV ialah negeri saya, Pahang. Negeri lain yang berjanji hendak beli tidak beli. Tidak ada. Tabung Haji ada. KPF ada 5.7%. KWAP duit orang-orang pencen pun ada sana. Ini bergantung kepada prestasi FGV ini dan prestasi FGV ini saya hendak beritahu dia untungkah tidak. Ini perakuan daripada website FGV, perakuan daripada CEO dia, sendiri untung dari business gula tahun 2014 turun 3.7%. Kerugian downstream segmen di tahun 2013 daripada RM52 million naik kepada RM125 million. Rugi lagi banyak. Untung daripada trading, logistic, marketing and other business turun 3.4%. Pendapatan dari business lain seperti baja dan getah menurun 36%. Maknanya FGV tidak boleh harap kolateral business. Dia hanya fokus seperti yang diperakui oleh CEO FGV Amir Mavani ini dia purely plantation company. Apa dia purely plantation? Ini kita kena tengok sebab ini melibatkan betullah duit dia sendiri sebab peneroka FELDA ada 5.7% sahaja dan kalau FAHC ini melaksanakan fiduciary duty ini dia jaga, dia akan pantau perbelanjaan ini. Ini kita tidak tahu. Julai 2013 beli 21,037 hektar dan dua syarikat Indonesia dengan harga RM44.2 million tetapi ini green field. Bukan pokok ada lima tahun, enam tahun. Dia kena tanam dan dia sudah isytihar dia akan belanjakan RM283.6 juta dalam masa lima tahun untuk menanam kelapa sawit ini. Ini kos kepada FGV. Bila ada kos ia akan turunkan sumbangan dia kepada FELDA. Nombor dua dia beli Pontian United Plantation RM1.2 bilion. Ini kita tidak tahu macam mana punya urus niaga RM1.2 bilion. Maknanya syarikat ini Sabah base tetapi dia ada dekat Pontian, kawasan Ahli Parlimen Pontian. Akan tetapi lepas itu dia beli. Nombor tiga dia beli Asian Plantations Limited (APL) yang disenaraikan di London RM600 lebih juta dan by the way, kita tengok di sini di antara dua orang pemegang shareholder di dalam APL ialah Leonard Linggi Anak Jugah dan Leo Moggie. Dia ada sendiri. Dua orang ini ada sendiri syarikat lain yang ada dalam APL, beli RM628 juta dan beli tanah di Cambodia, beli tanah di Papua New Guinea, beli tanah di Myanmar. Akan tetapi ini kita tidak pertikaikan sebab ini boleh jadi cubaan untuk mengembangkan plantation based business tetapi sebelum dapat hasil hendak beritahu peneroka mestilah mereka memandang dalam jangka masa yang panjang mereka akan menderita dahulu sebelum dapat hasil. Apa-apa boleh jadi sebab benda ini hasil yang akan diperolehi di masa hadapan. Jadi sekarang ini kita tengok even penganalisis pasaran research company RHB Research sendiri menjangka bahawa share atau saham FGV ini akan merudum. Sekarang, hari ini RM2.25 akan sampai mencecah RM1.90. kalau sampai RM1.90 dia punya market capitalization. Semenjak apungan itu jadi separuh...
Yang Berhormat Raub boleh gulung ya.
Ini dalam negeri. Ini bercakap mengenai share dan di trade dalam negeri ini. Bukan traded di luar. Jadi, saya hendak cakap sebab tadi saya sudah janji tadi hendak cakap mengenai FELDA Investment Corporation. Ini duit daripada FELDA yang diperolehi oleh FELDA boleh jadi... [Disampuk] Nanti dahulu. Yang RM12 bilion, RM10 bilion saya ucapkan tahniah kepada SPRM. Dia tangkap beberapa orang hari itu, dia siasat mereka termasuk anak kepada pengerusi FELDA. Dia tangkap CEO yang beli sini, beli sana. Saya hendak senarai kenapa mereka beli supaya kita tahu the gravity of the problem. Tahun 2013 dia beli Grand Plaza Serviced Apartment yang saya beritahu itu RM500 juta. Walaupun ramai pemimpin kerajaan cakap tidak apa, nanti return sewa dia akan mengimbangi harga belian RM500 juta tetapi dia missed the point. The point is why you inflate. Kenapa harga RM500 juta? Walaupun hasil daripada yang ke hadapan, yang akan datang tidak beri kita justifikasi untuk memalsukan harga dapat lebihan RM100 juta.
Kemudian dia beli Grand Plaza Kensington di London juga, RM330 juta. Kemudian dia beli macam saya beritahu tadi, dia beli pelbagai macam. Akhir sekali, the last itu saya ingat dia beli yang hotel di Port Dickson - RM40 juta. Ketika itulah pihak SPRM pergi menyiasat dan menyoal beberapa orang dan pegawai di dalam Felda Investment Corporation (FIC) ini. Saya menyeru kepada kerajaan, jangan pilih bulu. Panggil SPRM siasat semua orang sebab kita dengar orang-orang ini pergi ke hulu ke hilir dengan Ferrari dia, Lamborghini dia. Ke hulu hilir hasil daripada belian hotel-hotel ini. Kalau saya hendak namakan, bolehlah. Saya hendak beritahu, di Pengerang, FELDA ada seribu ekar tanah diberi kepada dua orang yang mewujudkan satu syarikat kononnya untuk membangunkan
new township. Akan tetapi sampai ke hari ini tidak diberi sedangkan RM300 juta advance sudah diberi. Tidak bangun lagi rumah.
Ya, Yang Berhormat Raub.
Kemudian, tadi ProData tadi. Lagi satu, Felda Prodata. Kemudian, beri lagi kepada purchase hotel, purchase satu syarikat di Pahang, RM35 juta, Biomass kah apa. Kemudian beli lagi seperti yang saya beritahu tadi di London. Kemudian beli lagi, tak apalah perumahan untuk generasi kedua. Ini satu isu yang paling sensitif pada generasi kedua ini, rumah. Perdana Menteri janji 20 ribu unit hari itu tetapi saya dengar baru 25 unit siap. Akan tetapi pembinaan, kontrak pembinaan ini yang diberi kepada dua orang tadi, satu daripadanya tolong check, yang dikatakan muflis. Diberi kepada dua orang ini untuk membina rumah hendak start di Johor dan di Pahang, satu pun belum start lagi. Ini diberi tanpa tender terbuka. Jadi saya menyerulah kerajaan serius membasmi dengan memperlihatkan dengan kesungguhan untuk membasmi rasuah ini ataupun salah guna kuasa dan pada saya. Saya seru kepada bekas boss saya ini, Ahli Parlimen Pekan ini. Kalau dia berani, dia kena suspend pengerusi FELDA supaya investigation boleh dilakukan tanpa gangguan. Jadi sebab Tuan Speaker dan beri saya masa yang terhad, saya berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas perkara ini.
Ya. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ini bising ini. Bising ini. Jangan bising.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong kerana sudi berangkat menyampaikan titah di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-13 pada 9 Mac 2015 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini kita berhadapan dengan serangan pemikiran sekular yang sangat ganas menerjah akidah umat Islam. Citra dan wajah kesejahteraan Islam cuba dirosakkan dengan wajah bengis kumpulan Islam yang kononnya berjihad sedangkan Islam yang sebenarnya tidak mencerminkan ciri-ciri seperti yang mereka lakukan. Rakyat harus faham dan sedar bahawa apa sahaja tindakan berbentuk keganasan oleh umat Islam bukanlah mencerminkan ajaran Islam itu sendiri. Islam menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Pada masa yang sama, Islam memberatkan aspek kasih sayang serta sifat ambil berat terhadap sesama Islam dan bukan Islam. Saya menyokong Yang Amat Berhormat Pekan yang menyifatkan tindakan militan IS adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan. Perdana Menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelar diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenarnya. Saya ingin menegaskan di sini bahawa dengan izin, terrorism has no nationality or religion. It is contempt to human dignity. Several groups that call themselves Jews, Christian, Hindus, Buddhist or Muslim have used terrorism to push for their agenda, issues or belief and none of these groups represent the true religion. Tuan Yang di-Pertua, kumpulan IS dan ISIS mendakwa ideologinya berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis tetapi sebenarnya dengan jelas menunjukkan kumpulan ini tidak sama sekali mencerminkan kemuliaan Islam yang sebenar. Amalan-amalan IS dan ISIS jelas tidak berlandaskan kepada Islam malah ulama-ulama Islam sendiri menyifatkan IS dan ISIS sebagai sesat atau dengan izin, modern day deviance. Pendakwah terkenal, Dr. Yusof Al-Qardawi menyatakan pengganas sebenar adalah orang yang sengaja membunuh manusia tanpa membezakan orang awam atau tentera, tanpa mengira mangsanya bersalah atau tidak bersalah. Tidak melihat apakah ia pihak yang dizalimi atau pelaku kezaliman. Kita tidak harus kompromi dan mengambil
tindakan tegas dan drastik terhadap mana-mana pihak yang menyokong kumpulan bersifat militan IS di Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, kaum mahupun fahaman politik. Lebih menyedihkan, hampir 61 rakyat Malaysia telah dikenal pasti menyertai kumpulan ini di Syria. Kementerian Komunikasi dan Multimedia haruslah memantau segala aktiviti kumpulan-kumpulan sebegini di media sosial. Wajar block laman-laman web berkaitan kumpulan ini memandangkan internet menjadi saluran utama dalam merekrut ahli baru khususnya generasi muda.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Lenggong bangun.
Ya.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik berkaitan isu IS ini. Isu ini bukan isu kecil, dia melibatkan pelbagai negara dan pelbagai pihak. Saya lihat kita banyak melakukan pelbagai usaha termasuk usaha-usaha untuk penguatkuasaan, membuat tahanan dan sebagainya. Akan tetapi penting juga kita tumpukan soal prevention ini, pencegahan daripada awal, soal pendidikan dan sebagainya. Kita juga perlu sedar bahawa isu ini bukan hanya boleh ditangani oleh satu pihak sahaja dan tidak boleh letakkan tanggungjawab itu hanya kepada kerajaan sahaja. Apakah Yang Berhormat setuju kalau saya nak cadangkan supaya kerajaan memanggil semua pihak termasuk rakan-rakan di sebelah sini untuk membentang dan secara terus terang menyatakan inilah masalah yang berada di hadapan kita dan sama- sama kita tanganinya dan tidak hanya dilaksanakan oleh satu pihak sahaja dan dijadikan ini sebagai isu politik tetapi ini isu bersama kerana ia amat besar kesannya kepada negara. Apa pandangan?
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Lenggong di atas cadangan untuk memperlihatkan bahawa isu IS ataupun ISIS ini bukan hanya disandarkan kepada tindakan pihak kerajaan semata-mata tetapi ianya harus digembleng bersama. Tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, isu ini harus kita banteras dan perangi bersama. Oleh kerana saya melihat 61 orang yang dianggap dan juga terdiri daripada rakyat Malaysia yang dikenal pasti menyertai kumpulan ini di Syria kebanyakannya adalah generasi muda. Ini mencerminkan kalau ianya tidak dibendung sedalam-dalamnya maka akan mengakibatkan parah atau virus yang lebih berbahaya bagi negara kita. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya di samping tindakan keras oleh pihak kerajaan untuk membanteras kumpulan ini daripada merebak dan menular dalam negara kita, saya ingin mencadangkan supaya SKMM atau MCMC harus lebih tegas dengan penguatkuasaan undang-undang terutama sekali sekiranya perlu menggubal undang-undang baru bagi membanteras segala bentuk elemen penyebaran IS ataupun ISIS khususnya dalam media maya atau media sosial dalam negara kita. Ini adalah kerajaan Tuan Yang di-Pertua, kesan penularan keganasan sebegini telah menyebabkan kedudukan negara semakin merosot. Dalam Indeks Keganasan Global tahun lepas daripada tempat ke-91 pada 2013 ke tempat 48 daripada 162 negara seperti yang dilaporkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP). Menyertai gerakan IS dan ISIS adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta 574 keseksaan yang boleh disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA. Saya berharap agar kerajaan akan mempercepatkan proses membentangkan undang-undang baru anti keganasan sebagai langkah pencegahan untuk membendung penularan kumpulan sebegini di Malaysia daripada bertambah lagi. Saya juga memohon agar dengan dibentanginya undang-undang baru ini, perlu juga ada perkaitan dengan penggubalan undang-undang ataupun seksyen-seksyen dalam Akta SKMM atau MCMC supaya setiap penguatkuasaan itu perlu ada perkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah persekitaran dan juga percaturan ekonomi dunia kian mencabar di mana negara sedang membangun seperti Malaysia menerima impak langsung daripada keadaan ini. Pertumbuhan ekonomi negara semasa Bajet 2015 menyasarkan antara 5% hingga 6% pertumbuhan tetapi terpaksa diturunkan antara 4.5% hingga 5.5% berikutan keadaan ekonomi semasa termasuk kejatuhan komoditi minyak dunia. Bank Dunia dan IMF pada awalnya mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2015 pada kadar 3.4% dan 3.9% juga telah mengkaji semula unjuran tersebut dan meletakkan kepada 3% hingga 3.8%. Menyedari akan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar, Kerajaan Malaysia telah mengatur dan mengambil langkah proaktif untuk berhadapan dengan pancaroba politik semasa khususnya dengan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta melaksanakan kadar apungan terkawal harga minyak di mana tindakan ini juga seterusnya akan memberi sokongan kepada nilai ringgit. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dalam Titah Baginda telah menegaskan bahawa kerajaan telah melaksanakan strategi dan langkah-langkah yang jelas memastikan asas ekonomi dan kewangan negara terus kukuh serta pembangunan dan kesejahteraan negara terjamin. Pelaksanaan program-program Rancangan Malaysia Kesepuluh bersama-sama dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menghasilkan faedah ekonomi yang banyak memanfaatkan rakyat. Apatah lagi dengan apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, kedudukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sebagai antara 20 pasukan inovasi kerajaan terbaik dunia oleh Yayasan Inovasi United Kingdom, Bloomberg dan Nesta mencerminkan Malaysia berada dalam landasan mencapai status negara maju pada tahun 2020 memandangkan PEMANDU ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pemangkin prestasi untuk mendukung pasaran dasar transformasi nasional. Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia pula pada tahun 2014 menunjukkan kejayaan Malaysia menduduki tangga keenam dalam senarai negara yang paling mudah menjalankan perniagaan di dunia. Manakala kedudukan daya saing Malaysia meningkat tiga mata ke tangga 12 dalam kalangan 60 buah negara. Pada tahun 2013, Malaysia menduduki tempat ke-15 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia, laporan yang sama oleh Institut Pembangunan Pengurusan Switzerland. Ini merupakan lonjakan terbesar negara dalam daya saing lantas memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pelabur tempatan dan juga asing. Tuan Yang di-Pertua, lebih membanggakan, Malaysia meningkat satu tangga ke posisi ke-24 menerusi Global Competitive Report 2013/2014 oleh World Economic Forum (WEF) dan Malaysia juga kekal sebagai negara kedua paling berdaya saing dalam kalangan negara ASEAN dan melonjak ke kedudukan ketujuh antara 25 buah negara di Asia Pasifik. Sehubungan dengan itu, dengan pelaksanaan GST nanti, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimanakah kerajaan akan berperanan khususnya untuk membanteras ekonomi pasaran gelap atau ekonomi gelap atau dengan izin, the black economy apabila GST dilaksanakan? Saya amat berharap agar dengan pelaksanaan GST nanti akan dapat merancakkan lagi ekonomi negara sebagai satu elemen untuk membantu rakyat berpendapatan rendah. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga adalah menyedihkan dan mendukacitakan apabila institusi kehakiman negara yang menjadi salah satu daripada tiga cabang utama dicaci dan diserang bertalu-talu untuk memberi persepsi negatif di kalangan rakyat terhadapnya. Usaha merosakkan kredibiliti dan integriti institusi tersebut dilakukan oleh pelbagai pihak demi kepentingan tertentu. Sikap bersetuju jika keputusan memihak kepada kita dan dikritik jika sebaliknya adalah sikap hipokrit yang bermotif politik. Saya menentang budaya sebegini yang menghakis persepsi baik rakyat kepada pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang. Badan kehakiman adalah badan yang bebas tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak sekalipun kerajaan yang memerintah. Malah, kedudukan hakim itu sendiri ditentukan oleh Perlembagaan Negara. Kewajipan utama badan kehakiman adalah untuk memberikan pengadilan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Badan kehakiman
negara tidak pernah leka atau gagal dalam menjalankan kewajipannya terhadap rakyat dan negara. Badan kehakiman negara juga sentiasa mendukung dengan izin, the rule of law dan memberikan pengadilan tiada berat sebelah atau dengan izin, without fear and favor. Seperti yang diterbitkan dalam artikel oleh Persatuan Undang-undang United Kingdom dengan izin, “All of those actively involved within the legal system of the need to uphold this principal internationally, as well as at home, for the benefit of the society”. Kesaksamaan adalah inti pati utama dalam institusi kehakiman, bukan sahaja penting untuk sesuatu keputusan tetapi juga kepada proses-proses bagaimana keputusan itu dibuat. Saya juga berharap agar pihak yang berwajib untuk mengambil sifat yang tegas supaya soal undang-undang tidak dicampuradukkan dengan politik termasuk untuk mendapat simpati atau meraih keuntungan politik. Saya berharap rakyat dapat membezakan apa yang benar dan apa yang palsu supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh mengancam institusi kehakiman negara. Tuan Yang di-Pertua, realiti pada hari ini ialah kebanyakan belia termasuk graduan baru memasuki pasaran kerja tidak mampu untuk membeli rumah kerana menghadapi kekangan mendapatkan pinjaman perumahan dan sebagainya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dalam titahnya menyatakan bahawa keperluan perumahan adalah isu berbangkit secara berterusan berikutan pertambahan penduduk. Lantas, kebanyakan golongan belia menyewa rumah sekurang-kurangnya lima tahun sehingga pendapatan mereka menjadi lebih stabil atau sehingga mereka layak diberikan pinjaman perumahan. Apatah lagi mereka yang tidak mempunyai penyata gaji yang lengkap yang sering dinafikan sebarang bentuk pinjaman. Hal ini adalah sangat mendukacitakan kerana sekiranya mereka mempunyai akses kepada pinjaman perumahan pada peringkat awal, mereka dapat membayar sejumlah wang yang digunakan untuk membayar sewa untuk bayaran balik pinjaman perumahan di mana dalam jangka masa yang panjang mereka akan memiliki rumah tersebut yang merupakan satu aset bagi mereka. Tidak dinafikan langkah Kerajaan Persekutuan untuk mengumumkan langkah-langkah penyelesaian masalah pemilikan rumah dalam kalangan belia dengan menubuhkan Skim Perumahan Belia melalui perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagar Emas Berhad yang menawarkan pelbagai insentif yang menarik. Namun Tuan Yang di-Pertua, masalah perumahan masih tinggi di kalangan belia dan generasi muda dan perlu diambil perhatian yang sangat berat sebagai satu penyelesaian holistik untuk menyelesaikan masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi masalah utama yang sedang membelenggu generasi muda pada masa sekarang ialah masalah hutang dan muflis. Sebanyak 579 orang individu melibatkan kadar belia berjumlah 25 tahun ke bawah direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas yang dilihat semakin membimbangkan. Keadaan membimbangkan itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 orang individu pada tahun 2013 dan 130 orang individu pada tahun sebelumnya. Jumlah 517 orang individu berkenaan merupakan sebahagian daripada 12,381 orang individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun lepas. Bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 orang individu diisytiharkan bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun 2014, manakala belia yang berumur 35 tahun hingga 40 tahun pula, seramai 4,121 orang individu. Kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit. Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi pihak kerajaan melihat masalah ini secara serius dan mengenal pasti punca akar umbi. Kerajaan juga menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia perlu merangka langkah yang lebih efektif untuk menangani masalah bankrap dalam kalangan belia termasuk mendidik mereka untuk menguruskan wang dengan bijak memandangkan sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan akan menghancurkan masa depan anak-anak muda. Tuan Yang di-Pertua ...
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ya Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor sebut fasal hutang. Berhutang ini orang tua-tua ada kata, ‘Kita ukur baju di badan sendiri’.
Jadi maksudnya, kalau kita berpendapatan RM1,000, takkan kita belanja RM2,000. Jadi, kunci yang menyebabkan mereka berhutang banyak ini kerana hendak memenuhi kehendak semasa yang sesuai dengan gaji, pendapatan mereka. Jadi, apakah nasihat Yang Berhormat Kuala Selangor kepada orang muda ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya melihat bahawa sekiranya jumlah generasi muda khususnya sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi sebanyak 12,381 individu yang diisytiharkan bankrupt, sudah tentunya peranan yang harus dimainkan dengan lebih serius terutamanya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Jabatan Insolvensi Malaysia harus perlu diperluaskan. Ini kerana pendidikan ini harus bukan hanya diterjemahkan dengan elemen pendedahan melalui ceramah-ceramah tetapi yang paling penting bagaimana penerangan ini haruslah berkaitan juga dengan kaedah-kaedah alam maya dan juga media sosial. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat dalam isu muflis ini dan juga hutang ini sangat penting kerana generasi muda pada hari ini sering menyatakan bahawa kadar khususnya daripada segi peningkatan kos sara hidup semakin meningkat. Sebab itulah pada hemat saya, yang paling penting ialah bagaimana pihak kerajaan melalui agensi- agensi terlibat dapat melakukan kerjasama strategik bagi memastikan pendidikan khususnya pada generasi muda untuk memastikan mereka dapat mengetahui dan menggerakkan ekonomi mereka dengan terancang. Tuan Yang di-Pertua, kadar pengangguran negara hanya mencatat 3% bagi suku kedua tahun lepas. Ini menunjukkan jumlah pengangguran dalam negara masih terkawal atau tidak terlampau serius. Berdasarkan International Labour Organization dengan izin, mana-mana negara yang mempunyai kadar pengangguran di bawah 4%, dianggap sebagai negara yang mencapai tahap guna tenaga kerja penuh. Menteri Sumber Manusia telah memaklumkan sehingga Ogos lepas, seramai 422,248 orang mendaftar sebagai pencari kerja aktif di Jabatan Tenaga Kerja dan daripada jumlah tersebut, seramai 233,065 orang merupakan siswazah dan selebihnya pencari kerja bukan siswazah. Daripada jumlah tersebut, seramai 155,299 orang berjaya ditempatkan untuk bekerja di sektor awam dan swasta. Bagi sesetengah pihak, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek, yang mana ia merupakan satu proses semula jadi bagi individu-individu yang bergerak di antara satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain atau pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran kerja. Bagi sesetengah yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa beberapa bulan mungkin disebabkan kesukaran mencari pekerjaan. Masalah pengangguran ialah masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran buruh. Jika keadaan pada masa sekarang tidak ditangani dengan segera, tindakan sewajarnya diambil, kadar pengangguran di bawah kawalan dijangka dapat meningkat sehingga 6% menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, dalam menyentuh soal tentang rasuah. Kita tidak hanya bercakap mengenai usaha menentangnya tetapi sebenarnya mengenai perjuangan lebih besar serta dipenuhi banyak pertempuran yang mengambil masa sebelum mencapai kemenangan. Tiada negara yang berjaya melakukannya dalam sekelip mata. Ia ialah peperangan berterusan. Saya bangga dengan komitmen yang tinggi dan berterusan yang dipamerkan oleh kerajaan melalui SPRM dalam usaha membanteras gejala rasuah ke akar umbi serta memastikan integriti dan ketelusan menjadi pedoman. Usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan membuktikan hasilnya juga dapat dilihat daripada kedudukan CPI yang telah jatuh. Laporan terkini Transparency International tahun lepas menyatakan kedudukan Malaysia bertambah baik meningkat tiga anak tangga daripada 50 daripada 175 buah negara. Pada tahun 2013, Malaysia berada di kedudukan ke-53 daripada 177 negara berdasarkan indeks yang mengukur persepsi terhadap amalan rasuah dalam sektor awam. Saya sekali lagi ingin mengingatkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa ketika negara ini mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu, Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia pernah menekankan betapa pentingnya kita perlu menghapuskan sama sekali tiga elemen tidak sihat dalam memastikan pembangunan yang mampan. Tiga elemen yang dimaksudkan ialah:-
(i) rasuah; (ii) komunis; dan, (iii) komunisme. Rasuah adalah elemen pertama yang dikatakan oleh beliau kerana budaya rasuah boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara seperti yang berlaku di Filipina. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Pada hemat saya, rasuah adalah sama seperti kanser. Jika dibiarkan merebak, akan membawa maut. Seperti kanser juga, rasuah tidak mudah diubati atau dihindari atau dihapuskan. Namun, dengan usaha berterusan bagi semua pihak, saya yakin kita boleh melakukannya. Baru-baru ini 10 orang wakil rakyat Sabah, masing-masing lima anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri menandatangani akur janji komitmen kerjasama dan sokongan pencegahan rasuah negeri tersebut. Ini ialah satu komitmen yang harus dipuji dan saya berharap semua Ahli Parlimen dan ADUN dapat menandatangani akur janji perang rasuah ini pada masa hadapan sebagai contoh dan teladan kepada pihak-pihak yang lain. Ahli politik mempunyai tanggungjawab yang paling besar dalam membantu SPRM memerangi rasuah. Tuan Yang di-Pertua, walau apa sahaja dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan, kerajaan terbukti gigih menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat untuk terus mempertingkatkan ketahanan ekonomi sekali gus memastikan Malaysia berada di landasan yang betul ke arah mencapai status negara maju. Sesetengah langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak mendatangkan apa-apa pulangan politik. Namun begitu, kerajaan tetap komited dalam melaksanakan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat kerana Kerajaan Barisan Nasional berpaksi kepada realiti bukan retorik dan berpaksi kepada pulangan atau dividen politik sepanjang masa seperti oleh pihak-pihak tertentu. Apa yang penting ialah, kita seharusnya mengetepikan semua perbezaan yang wujud termasuk yang mempunyai analogi dan fahaman politik serta bekerja bersama sebagai satu pasukan untuk membawa Malaysia terus menuju ke arah kecemerlangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia masa kini yang mencabar. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya mengenai Parlimen Kuala Selangor. Saya juga ingin bertanyakan status pembinaan hospital perubatan UiTM Puncak Alam, status pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, RTC di Parlimen Kuala Selangor, juga status Pejabat PPD Kuala Selangor yang ditunggu-tunggu oleh rakyat dalam akur janji pilihan raya yang ke-13 baru-baru ini. Dengan itu, saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Sungai Petani. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berucap pada petang ini dan saya menjunjung kasih di atas Titah Tuanku Agong semasa perasmian Dewan yang mulia ini pada 9 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, dalam sejarah Melayu, ada dua episod yang amat menyayat hati dan menjadi kisah yang sentiasa dikenang. Anak muda bernama Hang Nadim yang dihukum bunuh kerana kepintarannya di suatu ketika di Singapura atau Temasik dilanggar todak. Ikan yang membunuh dengan parang yang tajam di mulutnya. Rakyat banyak yang mati kerana raja memerintah rakyat berbaris di sepanjang pantai bagi mempertahankan negara Temasik. Anak muda Hang Nadim mencadangkan gantikan badan rakyat jelata dengan batang pisang bagi menahan serangan todak. Raja bersetuju batang pisang digunakan. Selamatlah Temasik dan rakyatnya. Pembesar istana cemburu dan cemas. Sudah wujud seorang budak pintar yang jika besar nanti mungkin menggantikan tempat mereka. Mereka yang sudah tua akan hilang kuasa. Hang Nadim difitnah dan dihukum bunuh. Badannya dirantai dan dihumban ke dalam laut. Tuan Yang di-Pertua, itu episod pada zaman silam. Adakah ia berulang pada zaman moden ini dalam masyarakat Melayu?. Jawapannya ya. Ia masih terjadi. Anak-anak muda Malaysia mahupun Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Orang Ulu, orang asal dan
banyak lagi keluar dengan ramainya di SOGO, Masjid Jamek, KL Sentral dan berkumpul akhirnya di KLCC pada 7 Mac 2015 yang lalu kerana mereka pintar dan ikut jejak Hang Nadim.
[Tepuk]
Terima kasih kerana menepuk.
Anak muda hairan kenapa negara ini kaya tetapi rakyat masih miskin, terutamanya di Sabah dan di Sarawak. Mereka hairan bagaimana Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia. Kenapakah niat mereka membunuh tidak disoal oleh pendakwa raya di mahkamah? Cuma orang gila sahaja yang membunuh tanpa niat. Yang lain pasti ada niat. Anak muda hairan, yang dituduh membunuh boleh melepaskan diri ke Australia dengan menaiki pesawat dan melepasi kawasan Imigresen Malaysia. Lebih menakjubkan Tuan Yang di-Pertua, dipilih Australia. Dia tidak pilih India, dia tidak pilih China dan dia tidak pilih Amerika. Dia tahu undang- undang Australia melindungi dia. Sirul cuma seorang koperal polis. Anak muda hairan kenapa Tuan Yang di-Pertua, suami seorang Menteri Kabinet yang diberikan pinjaman mudah oleh kerajaan sebanyak RM250 juta kemudian tidak menggunakan wang tersebut untuk pelihara lembu seperti kertas cadangan, sebaliknya membeli kondo dan melabur dalam bidang perniagaan lain kemudian rugi dan terlepas tidak diambil tindakan dan dipertahankan oleh pemerintah. Akan tetapi Ahli Parlimen Pandan yang mendedahkan rahsia itu dibawa ke mahkamah dan mungkin dipenjarakan. Anak muda hairan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana seorang saudagar karpet, Deepak Jaikishan yang berhutang dengan Bank Rakyat dan gagal membayar hutangnya boleh dipersetujui oleh bank untuk membayar balik hutangnya dalam masa 120 bulan dengan post dated check dan faedah pinjaman terhenti serta-merta. Ia tidak pernah dibuat oleh mana-mana bank di Malaysia. Lebih parah lagi Tuan Yang di-Pertua, pengerusi bank, Tan Sri Sabbaruddin Chik, bekas menteri dan bekas Setiausaha Agong UMNO menuduh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Hasan Malek mengarahkannya untuk terima tawaran Deepak ini. Sabbaruddin tidak bersetuju. Sabbaruddin dipecat daripada jawatan pengerusi bank. Semuanya terkandung dalam bukunya yang baru dilancarkan oleh bekas menteri, Tan Sri Sanusi Junid yang juga Tuan Yang di-Pertua, Mantan Setiausaha Agong UMNO. Tuan Yang di-Pertua, anak muda juga hairan bagaimana Deepak dengan penuh berani menulis kepada Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir yang isi kandungan surat itu disiarkan sepenuhnya dalam media yang antara lain menyebut dia telah membayar sejumlah RM8 juta kepada keluarga Yang Berhormat Pekan, Perdana Menteri Malaysia sebagai habuan dalam kes pembelian harta tanah Raja Ropiah pada tahun 2007. Dia juga secara terbuka menuduh Tan Sri Zeti, Gabenor Bank Negara dan ahli lembaga pengarah bersekongkol dalam transaksi gelap dan menghina Datin Seri Rosmah dan Dato’ Sri Najib sebagai The Happy Santa Clause Prime Minister. Ini tercatat dalam tulisan beliau. Tuan Yang di-Pertua, anak muda juga hairan kenapa Perdana Menteri tidak menyaman Deepak kerana tuduhan berat ini atau pihak Peguam Negara tidak mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan seperti yang dikenakan ke atas Pensyarah Undang- undang Universiti Malaya, Profesor Azmi Shahrom yang menulis dan memberi pandangan yang berbeza dengan pemerintah sebagai seorang akademia. Tuan Yang di-Pertua, anak muda hairan bagaimana anak Malaysia bernama Jolo melibatkan diri secara aktif dan terbuka dalam kendalian syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB yang hutangnya kini mencecah RM42 bilion. Bagaimana seperti mana dilaporkan transaksi perniagaan dan pinjaman oleh 1MDB penuh dengan keraguan dan misteri. Kenapa Jolo tidak ditahan dan disiasat seperti yang pernah dikenakan ke atas Datuk Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang kononnya menyimpan wang sebanyak RM3 bilion bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh yang akhirnya terbukti Tuan Yang di-Pertua, fitnah semata-mata. Anak muda juga hairan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menulis surat kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) USA berhubung dengan Paul Phua, tauke judi antarabangsa. Dia rakyat Malaysia dan dalam surat tersebut Menteri menyebut, “Mr. Phua has on numerous occassions assisted the Government of Malaysia on projects affecting our national security and accordingly we continue to call upon him to assist us from time to time”. Ayat selanjutnya, “We are eager for him to return to Malaysia”.
Tuan Yang di-Pertua, laporan berita di USA menyebut, Mr. Paul Phua yang sedang dibicarakan di mahkamah Amerika adalah juga seorang warganegara Montenegro. Saya ingin bertanya, adakah Menteri sedar yang dia mempunyai kerakyatan negara lain? Jika benar, maka bagaimana boleh Kerajaan Malaysia meminta Paul Phua terlibat dalam projek- projek yang melibatkan keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, anak muda juga mahu tahu apa yang sudah jadi dengan kes pembelian kapal selam Scorpene. Sudahkah siasatan dimuktamadkan? Sudahkah dikenal pasti yang tidak ada elemen rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu? Tuan Yang di-Pertua, anak muda juga mahu tahu apa sudah jadi dengan siasatan kes kehilangan enjin jet pejuang TUDM. Sudahkah dikenal pasti mereka yang terlibat dan apakah bentuk tindakan yang telah pun diambil? Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda Malaysia turun ke jalan raya pada 7 Mac 2015 yang lalu dan akan terus turun ke jalan raya. Ini kerana mereka tahu purata umur Ahli Kabinet Malaysia dan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dalam lingkungan 64 tahun. Ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, mereka berada di penghujung usia. Anak-anak muda yang rata-rata umur 20 tahun dan awal 30 tahun sedar jika mereka tidak bangun dan bantah tindakan orang-orang tua yang sedang memerintah negara sekarang, pimpinan ini akan jahanamkan negara ini dan akan tinggalkan hutang yang mereka terpaksa tanggung dengan harga yang cukup mahal. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda ini amat sedar walaupun mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir pada 4 Jun 2014 seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini. Saya quote Dr. Mahathir kata, ‘Jika pemimpin kerajaan yang tidak mahu dengar kepada suara rakyat, kerajaan mungkin boleh dijatuhkan melalui demonstrasi di jalan raya’. Itu kata Dr. Mahathir. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, anak muda dan rakyat Malaysia telah buat keputusan. Pilihan kita ialah pilihan raya. Itu ialah our choice. Di jalan raya ialah medan meluahkan kekecewaan kita. Sebab itu pemimpin muda, pemimpin-pemimpin anak muda seperti Nik Nazmi, Rafizi Ramli, Teoh Kok Seong, Faris Musa, Amardip Singh, Adam Adli, Safwan Adnan, Saifullah, Mokhtaruddin dan terakhir ialah Nurul Izzah, Fahmi Zainol, Yuswaran, Rama Raj, Lew Kai Nun dan banyak lagi anak-anak muda. Walaupun ditahan dan disiasat tetapi darah muda mereka akan terus membakar dan memimpin rakyat bagi membetulkan perjalanan negara ini yang makin tempang. Mereka Hang Nadim yang akan menyelamatkan rakyat dan negara ini. Waktu saya sedang bercakap ini, Nurul Izzah sedang ditahan di lokap Jinjang. Dia ditahan kerana berucap dan dia petik beberapa ayat bagi pihak bapanya sebagai Ketua Pembangkang. Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk kita bersuara asalkan jangan melanggar Akta Hasutan, yang jelas perkara-perkara yang kita tidak boleh sebut ialah tentang kerakyatan, tentang kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu, tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak keistimewaan orang Melayu. Hal-hal lain yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai ialah hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan rakyat. Akan tetapi dia ditahan di Jinjang dalam keadaan anaknya seramai dua orang sedang menunggu di luar pintu lokap. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda sudah jemu dan jelak. Rakyat negara ini dihidangkan kisah lucah dan seks untuk selama 18 tahun tanpa henti sedangkan hakikat sebenarnya kehidupan rakyat makin terhimpit, hutang isi rumah makin naik dan membengkak.
Harga barang melambung tinggi. Mutu pendidikan di sekolah, di universiti menjadi persoalan. Peluang pekerjaan menipis dan pengangguran makin meninggi. Hutang negara sudah melepasi had yang dibenarkan, nilai ringgit berbanding dengan nilai Amerika makin teruk. Rasuah sudah menjadi lumrah, jenayah meningkat, hubungan ras di antara rakyat begitu rapuh. Jenayah pembunuhan menjadi-jadi. Rakyat asing masuk secara haram tanpa had dan sekatan. Negara diancam musuh luar secara terang dan lengkap bersenjata. Percayalah, penyalahgunaan dadah sudah menjadi lumrah dalam masyarakat. Aliran wang keluar di negara secara haram dan gelap sudah tidak diendahkan. Pemimpin negara hilang punca dan Tuan Yang di-Pertua yang lebih teruk sekali negara ditadbir secara auto pilot. Auto pilot, Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya, Tuan Yang di-Pertua kisah lubang punggung mengatasi segala-galanya di dalam negara ini. Episod yang kedua Tuan Yang di-Pertua dalam sejarah Melayu ialah apabila Panglima Hang Tuah difitnah dan akhirnya dihukum bunuh oleh Raja Melaka. Hang Tuah yang terkenal dengan slogannya “Takkan Melayu hilang di dunia” telah difitnah oleh pembesar negara Patih Kerma Wijaya. Kononnya Hang Tuah bermuka-muka atau dalam bahasa modennya Tuan Yang di-Pertua ada affairs dengan gundik beliau. Patih Kerma
Wijaya tahu jika Hang Tuah tidak disingkirkan daripada jawatan dan dari istana, Hang Tuah bakal menjadi Datuk Bendahara dan bahasa modennya akan menjadi Perdana Menteri. Jalan yang mudah adalah memfitnah. Fitnah ialah mainan dalam masyarakat Melayu Tuan Yang di-Pertua. Melayu memang terkenal dan penuh dengan kualiti negatif hasad dengki. Melayu juga gemar dengan cerita sensasi dan skandal seks. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, amat mudah jual fitnah terhadap seorang pemimpin dengan menggunakan skandal seks. Tidak percaya Tuan Yang di-Pertua, buka akhbar Metro dan majalah Mangga yang amat laris dijual dalam masyarakat Melayu. Apabila Hang Tuah difitnah bermuka-muka dengan gundik raja, raja tanpa siasatan dan bukti nyata terus hukumkan hukuman ke atas Panglima Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Tuah seorang panglima yang terlalu banyak berjasa pada raja dan negara. Akan tetapi semua ini jadi kecil kerana isu seks yang amat besar dosanya di mata raja. Tuan Yang di-Pertua, itu mungkin berlaku ratusan tahun yang lalu. Zaman moden ini Tuan Yang di-Pertua keadaan tidak banyak berubah. Ahli Parlimen Permatang Pauh dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 atas alasan melakukan sodomi. Akan tetapi ditahan pada 20 September 1998 atas kesalahan ISA. Anehnya dihukum enam tahun penjara kononnya menyalahgunakan kuasa dan rasuah kerana menggunakan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri meminta polis pergi gempar. Tuan Yang di-Pertua, gempar ini bahasa utara, pergi gempar. Bab pergi gempar seorang yang memfitnah beliau. Ada dia curi duit? Ada dia rampas harta rakyat? Atau menerima rasuah dalam bentuk wang ringgit atau habuan lain? Tidak ada. Akhirnya oleh sebab perkataan gempar itu dia dihantar ke penjara enam tahun dan mahkamah bebaskan dia daripada tuduhan sodomi walaupun dipukul teruk oleh bekas Ketua Polis Negara. Perlu diingat Yang Berhormat Permatang Pauh ialah Timbalan Presiden UMNO waktu itu. Dia bukan pemimpin PAS, dia bukan pemimpin DAP. Dia ialah Timbalan Presiden UMNO. Dia ialah pemimpin UMNO. Ramai Menteri dan ahli Dewan hari ini ialah pengikut kuat dia. Contoh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pontian itu pun pengikut kuat dia. Yang Berhormat Padang Rengas dan banyak lagi Ahli-ahli Dewan yang saya boleh namakan. Dosa besar Yang Berhormat Permatang Pauh Tuan Yang di-Pertua ialah kerana tidak patuh kepada arahan dan kehendak pemimpin parti dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka fitnah skandal seks digunakan. Rakyat Melayu Tuan Yang di-Pertua di bawah percaya akan fitnah ini. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak serik dan tidak pernah serik dan terus masuk gelanggang politik semula selepas dibebaskan. Walaupun beliau mempunyai banyak pilihan termasuk hidup senang lenang dan mewah di dalam ataupun di luar negara. Beliau melaungkan ungkapan, “Lawan Tetap Lawan”. Kena tahu apa yang berlaku dalam pentadbiran negara. Beliau pernah berada di posisi nombor dua teratas dalam kerajaan dan dia kenal setiap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi skandal seks digunakan. Pada 7 Ogos 2008, Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan, Sodomi 2. Mahkamah Persekutuan menghukum beliau selama lima tahun. Beliau ke penjara pada umur 67 tahun. Kes ini membuka lembaran baru dalam sistem kehakiman negara ini yang akan menjadi bahan sejarah dan kajian ilmiah para pelajar undang-undang hari ini dan masa akan datang. Di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, seseorang boleh dituduh dari didapati bersalah dalam kes rogol dan liwat walaupun ‘A’ tiada saksi yang melihat kejadian itu. ‘B’ tiada terbukti ada tusukan atau penetration ataupun dalam bahasa Kedah, tojoh. Tiada tojohkan [Ketawa] Ketiga, tiada kesan mani tertinggal dalam dubur ataupun punggung Saiful. Apa yang ada Tuan Yang di-Pertua cuma DNA dan kata-kata mangsa yang dianggap wibawa dan benar. Tuan Yang di-Pertua, negara dan rakyat kena terima hakikat bahawa panglima- bahawa mahkamah paling tinggi di negara ini Mahkamah Persekutuan telah mewujudkan precedent. I think there are lots of lawyers here, I’m sure. Satu precedent dan ia akan menjadi kes ikutan. Tertuduh boleh dihukum cuma bersandarkan pembuktian yang amat minimum iaitu DNA. Patih Kerma Wijaya telah berjaya memfitnah dan mendapatkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah. Dunia terkejut dan banyak pimpinan dunia yang hantar mesej kekecewaan. Negara Amerika Syarikat- United States, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, Germany, Switzerland dan Switzerland telah umumkan akan bawa
isu pemenjaraan Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di Geneva. Peguam tempatan dan antarabangsa telah juga menulis buku terhadap perjalanan perbicaraan kes sodomi satu dan dua. Peguam tempatan seperti Pawanchik Merican dan Queen’s Counsel, Mark Towell dari Australia telah menerbitkan buku mengkritik perjalanan perbicaraan kedua kes ini dan buku mereka telah dijual di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, kita kena mengenal pasti ada yang amat tidak kena dengan perjalanan-perjalanan ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya telah pun memasukkan usul ke dalam Dewan yang mulia ini. Usul mengecam tindakan dan kelakuan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan ‘PP lawan Dato’ Seri Anwar Ibrahim’. Usul ini dibenarkan dikemukakan seperti yang terkandung dalam Peraturan Mesyuarat 27(3) dan 36(8) Dewan Rakyat dan Fasal 127 Perlembagaan Persekutuan. Saya amat berharap Tuan Yang di-Pertua akan meneliti usul ini dan membenarkan perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, seperti biasa alasan politik tempatan akan mengatasi segala-galanya. Demi kelangsungan cengkaman politik dan kuasa, soal maruah dan hukum akan menjadi nombor dua. Akan tetapi kita tidak akan merasa sayu dan hiba Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana kita tahu itulah masyarakat Melayu. Kalau ia boleh berlaku pada Hang Tuah, kenapa tidak boleh berlaku pada Anwar Ibrahim. Penghujung ceritanya Tuan Yang di-Pertua Hang Tuah tidak mati dan dia kembali menuntut bela dan mempertahankan raja dan negara. Akan tetapi Anwar Ibrahim mungkin mati dalam penjara. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, percayalah anak-anak muda Malaysia di luar sana akan kembali dan menuntut bela untuk membetulkan keadaan. Negara ini dalam kehancuran kalau tidak ada anak-anak muda yang berani untuk bercakap benar. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak kawan-kawan bukan sahaja Ahli Parlimen di sebelah sini, tetapi ramai masyarakat luar di sana yang ternanti-nanti apakah seorang pemimpin yang dikenakan berbagai-bagai tuduhan dan akhirnya meringkuk dalam penjara ini akan mendapat pembelaan. Jadi yang akan menentukan apa yang akan terjadi bukanlah berada dalam mahkamah tetapi apa yang akan berlaku ialah rakyat yang akan menentukan segala-galanya. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, kita berjanji kepada rakyat, untuk bercerita kepada rakyat. Oleh sebab itu walaupun kita dihalang dengan pemerintah menggunakan berbagai-bagai undang-undang dan juga instrumen kerajaan bagi menyekat anak-anak muda untuk bangun. Akan tetapi percayalah anak-anak muda akan bangun kerana mereka tahu kalau mereka gagal untuk bangun dan gagal untuk menamatkan kerakusan pemerintah yang ada sekarang. Walaupun pemerintah tahu yang mereka telah berumur dan sepatutnya meninggalkan negara ini dalam keadaan yang baik. Akan tetapi masa depan anak-anak muda bagi mereka amat kelam.
Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, semasa saya tamat pengajian universiti pada tahun 1979, seorang jurutera yang bekerja dengan syarikat akan mendapat gaji RM2800 tetapi 35 tahun selepas itu, pada hari ini saya mendapat call daripada seorang jurutera. Saya tanya how much is your pay? Dia kata masih RM3500. Tuan Yang di-Pertua, after 35 years, maknanya taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah. Akan tetapi kita bercakap tentang anak-anak muda yang banyak berhutang. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, jangan marah anak-anak muda. Saya minta kerajaan berhati-hati, don’t push them too hard because mereka akan seperti berada di dalam pressure cooker. Anak-anak muda akan bangkit kerana mereka tahu mereka tidak akan hilang apa-apa, tetapi a lot to gain. Oleh sebab itulah apa yang terjadi, anak muda bukanlah elektrik, mereka dapat baca daripada berbagai-bagai sumber, daripada Internet, daripada berbagai-bagai sumber lain. Jangan sangka anak-anak muda ini buta huruf, mereka tahu apa yang berlaku dalam negeri, mereka juga tahu apa yang berlaku di luar negeri. Mereka boleh bezakan apa yang berlaku dalam negeri kita dengan apa yang berlaku di luar negeri kita. Mereka tahu negera ini sebuah negeri yang kaya, tetapi kenapa rakyat negara ini harus miskin. Kenapakah Sabah dan Sarawak harus miskin? Saya tahu anak-anak muda di Sabah dan Sarawak terpaksa berjalan satu, dua kilometer kerana jalan- jalan yang tidak elok. Kita tahu bagaimana sumbangan negeri Sabah dan Sarawak, dua buah wilayah ini yang banyak, tetapi anak-anak mereka tidak mendapat seperti hak yang sepatutnya mereka dapat. Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, akhir bicara, anak Malaysia telah bangun. Anak-anak muda telah pun menyatakan hasrat mereka. The writing on the wall is very clear
bahawa mereka mahukan perubahan. Saya yakin angin perubahan ini tidak akan berhenti di sini kerana mereka akan terus berjuang dan berjuang hinggalah hak mereka dan hak rakyat negara ini seperti yang dituntut oleh semua, akan dapat. Untuk itu Tuan Yang di- Pertua...
Yang Berhormat Sungai Petani.
...Terima kasih banyak-banyak...
Yang Berhormat Sungai Petani, sedikit.
Sudah habis.
Sedikit sahaja.
Okey, seminit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, hendak bertanya kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya dengar Yang Berhormat Tanah Merah, dia kata Program Kita Lawan tidak mendapat sambutan tetapi dia sendiri tidak pergi, dia hanya tengok RTM1. Saya minta Yang Berhormat Sungai Petani perbetulkan.
Yang Berhormat Sungai Petani, tambah sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Kalabakan pun ada membawa rintihan daripada warga Sabah mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak mendengar. Oleh sebab itu warga Sabah bangun memberontak. Kini kita ada di Persekutuan, anak-anak muda...
Tidak macam itu Yang Berhormat.
...Mula bangun.
...Dia kata kalau tidak diambil tindakan, tidak menangani masalah.
Ya, betul.
Bukan dia kata akan bangun memberontak.
Tidak lama lagi akan memberontak Tuan Yang di-Pertua.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Baling, duduk Yang Berhormat Baling. Duduk, duduk diam-diam.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Kapar, duduklah!
Yang Berhormat Baling duduk diam-diam. Tuan Yang di-Pertua, pemahaman anak muda di luar, macam mana hendak main ayat pun tidak boleh main sudah, orang tahu. Kini anak-anak muda bangun. Apa pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan pada 7 hari bulan dan macam-macam diberikan alasan kononnya anak-anak muda tidak patut berhimpun, tetapi kita menyaksikan himpunan anak muda daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan daripada orang asal termasuk dari Sabah dan Sarawak yang banyak di Kuala Lumpur ini yang berkumpul bukan untuk merusuh Tuan Yang di-Pertua. Bukan untuk membakar, bahkan untuk menjahanamkan harta benda rakyat tetapi untuk meluahkan rasa hati mereka sebab ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang mereka minta ialah supaya respons, kerajaan respons kepada permintaan mereka. Respons bukan secara retorik tetapi bersungguh-sungguh. Kita dengar di sini bukan sahaja yang dibangkitkan oleh Parlimen di sebelah sini, tetapi kita dengar juga
bagaimana yang dibangkitkan di sebelah sana. Untuk itu, anak-anak muda bangun dan untuk mengatakan tidak berjaya, kalaulah 10,000 atau 12,000 itu dianggap tidak berjaya, insya-Allah kita akan sambut cabaran itu sebab ada yang mengatakan tidak berjaya. Kita berjanji kita akan bawa keluar lebih banyak, insya-Allah. Keduanya, last sekali Tuan Yang di-Pertua. Isu Sabah dan Sarawak jangan dijadikan isu politik. Jangan dijadikan isu. Saya yakin dan percaya, kalau kita ke Sabah dan Sarawak kita tahu bagaimana segala bentuk pembangunan yang dinikmati di Semenanjung tidak berlaku di Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan pendalaman. Isu yang kita hendak bercakap hari ini ialah bukan mengatakan mereka hendak mengapi-apikan soal politik. Isunya contribution dari Sabah dan Sarawak kepada pembentukan federation ini cukup besar. Di samping itu, contribution mereka daripada sudut ekonomi juga cukup besar. Seharusnya mereka mendapat ganjaran supaya kita tidak segan. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, kita pergi ke Sabah dan Sarawak, kita sendiri -– Saya orang Kedah, kadang-kadang kita rasa malu kenapalah orang Sabah dan Sarawak berada dalam keadaan begini. Apalah dosa mereka tidak mendapat yang sepatutnya. Rasa hati kecil kita terasa, bukan soal politik, soal hak mereka telah pun dianiayai. Itu sahaja. Oleh sebab itu yakinlah, don’t take this lightly. Anak muda akan bangun dan akan terus bangun dan akan terus bangun. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lawas. Hendak balik Kuching esok Yang Berhormat?
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas. Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang telah disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan Baginda antara lain berkaitan isu negara, isu kedaulatan negara, pembangunan, banjir, kebajikan rakyat dan sebagainya. Ramai antara rakan-rakan yang telah berbahas mengenai pelbagai isu yang melibatkan kebajikan rakyat dan hal ehwal negara. Tuan Yang di-Pertua, tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar bagi Malaysia. Pelbagai tragedi dan musibah yang menimpa kita dari kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17, pencerobohan oleh pemisah di Lahad Datu dan bencana banjir luar biasa di Pantai Timur dan Sarawak. Namun, berkat kebijaksanaan kepimpinan kita yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, kita berjaya menangani segala musibah dengan sebaik mungkin. Tahniah diucapkan. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan yang diberikan kepada saya ini, saya ingin menyentuh tentang usaha- kebetulan disentuh juga oleh pihak sebelah sana mengenai usaha segelintir pihak yang menjalankan gerakan untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen dari Sarawak sangat tidak bersetuju atas usaha seperti ini. Memetik sedikit titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong tempoh hari, Baginda menasihatkan golongan ini supaya menghentikan perbuatan tersebut dan tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak terbabit. Kita harus mengambil serius tentang Titah Yang di-Pertuan Agong ini kerana ia melibatkan kedaulatan dan kelestarian negara kita.
Sehubungan dengan perkara ini, kerajaan perlu meneliti mengapa perkara tersebut berlaku dan bagaimana golongan ini berjaya meraih sokongan rakyat walaupun bilangan yang menyokong adalah amat kecil. Golongan ini cuba untuk menerap sentimen bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak seolah-olah dianaktirikan oleh kerajaan. Walaupun kita tahu bahawa ini adalah tidak benar. Namun, kita perlu mengakui bahawa Sabah dan Sarawak ketinggalan dari segi pembangunan walaupun hampir 52 tahun Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Keadaan ini jelas kelihatan, terutamanya di kawasan pedalaman dan masih banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan. Pada pendapat saya, jika
kerajaan memberi fokus yang lebih terhadap pembangunan di pedalaman Sabah dan Sarawak, rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah yang cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil contoh di kawasan saya sendiri di Daerah Lawas. Bukan hendak kata tidak ada langsung kemudahan infrastruktur tetapi masih ada yang belum lengkap dan boleh ditambah baik lagi. Sebagai contohnya, jalan raya dari Lawas ke Ba'kelalan masih belum lengkap sepenuhnya. Walaupun separuh daripada jaringan jalan raya tersebut iaitu dari Long Luping ke Ba'kelalan telah dilaksanakan oleh pihak angkatan tentera di bawah Program Jiwa Murni. Bahagian bawah jalan tersebut iaitu dari Long Luping ke Lawas masih belum terlaksana dan merupakan jalan balak yang digunakan oleh orang awam dan syarikat pembalakan. Saya mewakili penduduk di kawasan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia atas bantuan yang diberikan. Contoh kedua, infrastruktur yang belum lengkap ialah jalan dari Ba'kelalan ke Bario. Fasa pertama sepanjang lebih sepuluh kilometer telah siap. Manakala, fasa kedua sepanjang 36 kilometer masih belum dilaksanakan. Ini menyebabkan penduduk di kawasan Bario tiada akses kepada jalan raya untuk menghubungkan mereka dengan kawasan luar. Kerajaan perlu mengambil berat tentang perkara ini kerana kebajikan penduduk di kawasan tersebut seolah-olah dipertaruhkan, apatah lagi jika berlaku sebarang kecemasan. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pihak angkatan tentera dalam keadaan negara aman dapat membantu dan boleh melaksanakan infrastruktur jalan dengan lebih murah berbanding dengan Kementerian Kerja Raya. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk memberi dana kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman di Sarawak agar proses pelaksanaan infrastruktur menjadi lebih cepat dan menjimatkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk menegur Unit Perancang Ekonomi (EPU). EPU sepatutnya menyemak balik dan mengubah dasar mereka untuk meluluskan dan melaksanakan projek-projek pembinaan dan infrastruktur. Pada ketika ini, EPU terlampau mengambil kira faktor populasi sesebuah kawasan dan economic return, dengan izin, baru mereka hendak membina jalan raya serta kemudahan infrastruktur yang lain. Macam mana pembangunan sampai ke kawasan pedalaman jika kemudahan asas yang perlu dibina tidak dilaksanakan. Justeru itu, kawasan pedalaman tidak akan dapat memberikan pulangan daripada segi ekonomi jika akses jalan raya ke kawasan berkenaan tidak wujud. Oleh yang demikian, EPU haruslah menyemak semula dasar yang pada saya tidak relevan lagi pada masa ini. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kembali Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari, Baginda menyebut tentang transformasi di kawasan luar bandar dan juga pembangunan di kawasan pedalaman. Pada saya, Titah Baginda itu amat tepat dan kerajaan perlu mengambil perhatian berat tentang perkara yang telah disentuh. Saya ingin sekali lagi mengambil contoh di kawasan saya di Lawas. Pengajian tertinggi yang terdapat di kawasan saya hanyalah sehingga sekolah menengah. Jika pelajar lepasan sekolah ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mereka perlu berhijrah ke bandar atau pun ke Semenanjung disebabkan tidak terdapat institusi pengajian tinggi di Lawas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kerajaan tentang kesan ke atas situasi tidak adanya pusat pengajian tinggi di kawasan pedalaman ini. Populasi penduduk kawasan pedalaman akan semakin berkurangan kerana anak muda banyak merantau ke bandar dan ke Semenanjung untuk melanjutkan pengajian. Sekali gus, meninggalkan majoriti golongan tua sahaja di kampung. Bagaimana ekonomi hendak berkembang jika populasi semakin menurun. Keadaan ini juga menambahkan juga bebanan kepada golongan tua di kampung kerana belanja untuk menghantar anak belajar ke bandar dan Semenanjung bukanlah sedikit. Jika keadaan ini berterusan, sampai bila-bila pun pedalaman akan kekal di takuk lama, tidak akan maju membangun. Jadi, di sini saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah pusat pengajian yang lebih tinggi seperti sekolah vokasional, MRSM, kolej guru dan sebagainya di kawasan Lawas sebagai langkah awal merancakkan kegiatan ekonomi di sana. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru kepada kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) agar dapat membina projek ekonomi di kawasan pedalaman. Supaya dapat merancakkan aliran ekonomi di kawasan pedalaman dan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Secara tidak langsung akan menarik semula anak muda untuk tinggal di kampung dan sama-sama memajukan dan mewujudkan kawasan industri di pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, selain akses jalan raya di kawasan tersebut, penduduk Lawas juga menghadapi masalah daripada segi pengangkutan udara. Lapangan terbang kecil sedia ada sangat tidak relevan jika dibandingkan dengan populasi penduduk yang ada. Lapangan terbang yang ada sekarang hanya mampu mendaratkan kapal terbang jenis Twin Otter dengan penumpang yang terhad. Jadi, di sini saya ingin pihak Kementerian Pengangkutan dan kerajaan agar dapat menimbang dan meluluskan pembinaan lapangan terbang baru seperti yang telah dicadangkan bagi pendaratan kapal terbang jenis ATR yang boleh memuatkan penumpang sehingga tiga kali ganda berbanding dengan jenis Twin Otter.
Tidak perlu pergi Kota Kinabalu lagi Yang Berhormat ya.
Ya. Sekarang saya pergi ke Kota Kinabalu. Selain membantu urusan keluar masuk penduduk dari pedalaman ke kawasan bandar, ia juga membuka peluang yang lebih luas untuk pembangunan ekonomi di kawasan pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan dan transformasi yang dikehendaki rakyat memerlukan usaha gigih pihak pemimpin serta kewangan yang kukuh dan mencukupi. Ke arah ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem telah mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar menaikkan royalti minyak untuk negeri Sarawak dari lima peratus sekarang hingga 20 peratus. Supaya dapat merealisasikan hasrat dan impian rakyat Sarawak dan sekali gus, menafikan isu yang dibawa oleh golongan pemisah Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong permohonan negeri Sarawak tersebut agar proses pelaksanaan projek pembangunan khasnya di luar bandar berjalan lancar menjelang tahun 2020, bila mana Malaysia dijangka mencapai tahap negara berpendapatan tinggi dan maju. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana membawa pembangunan dan kemudahan asas khasnya di kawasan luar bandar dan pendalaman Sarawak termasuk di kawasan saya di Lawas. Walau bagaimanapun ada lagi keperluan penduduk Lawas yang belum lengkap dan mencukupi. Oleh demikian saya ingin mengutarakan permohonan penduduk-penduduk kawasan berkenaan untuk perhatian dan pertimbangan kementerian. (i) mohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyambung bekalan air paip bersih dari Kampung Beriwan Tengah ke Kampung Pak Ibau meliputi 10 buah kampung dan dua buah sekolah di sepanjang batang Sungai Terusan; (ii) menyambung bekalan air paip dari Kampung Mengkalap ke Kampung Murud Suang membabitkan lima buah kampung dan sebuah sekolah iaitu SK Long Kachu; (iii) membekalkan elektrik ke rumah-rumah yang belum mendapat bekalan-bekalan termasuk rumah PPRT di kawasan Terusan, Sundar, Punang, Merapok dan lain-lain kawasan; Saya difahamkan masalah yang dihadapi ialah tiada kontraktor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan bekalan elektrik di kawasan tersebut. (iv) membekal dan memasang 10 unit lampu jalan tambahan kepada yang sedia ada di setiap kampung seperti yang telah dijanjikan; (v) menyiapkan pembinaan jalan Mengkalap ke Sinampuan serta simpang jalan menuju ke kampung-kampung di sepanjang jalan tersebut. (vi) meneruskan pembinaan jalan pantai dari Kuala Lawas menuju ke Kampung Punang dan Sundar Awat-Awat yang telah tergendala pelaksanaannya.
Terakhir, sebelum ini telah diluluskan sebuah medan info desa bertempat di Pusat Kebudayaan Lun Bawang di Jalan Beriwan Terusan tetapi tidak sempat dilaksanakan disebabkan perubahan dasar. Penduduk di kawasan tersebut merayu agar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menggantikan projek itu dengan sebuah mini Rural Transformation Centre ataupun RTC di tapak yang sedia ada dan diluluskan oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai salah satu centre ataupun pusat pembangunan desa di Daerah Lawas. Akhir kata dari saya, Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Lain kali saya berbahas lagi. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Saya turut sama untuk berbahas ucapan perbahasan Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menumpukan beberapa perkara yang menjurus kepada perkara harian yang kita sedang lalui khususnya di dalam bangunan Parlimen ini. Saya mengharapkan apa yang saya utarakan daripada ucapan perbahasan ini dapat diambil kira oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga seluruh Ahli Parlimen kerana apa yang saya akan bicarakan ini merentasi kepentingan parti dan juga merentasi kepentingan politik kerana apa yang diharapkan dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk melihat satu pemerkasaan dibuat dalam kita membuat keputusan-keputusan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua sebagaimana yang telah sedia kita maklum, kalau kita tengok di luar sana, perkarangan Parlimen ini dan bangunannya sedang melalui proses renovasi dan kita memang tidak sabar menunggu sebab sejak saya berkhidmat penggal yang dahulu bangunan sebelah sana saya belum dapat ruang untuk masuk. Persediaannya, kita tidak tahu apa jadi dalam itu. So, itu pun satu masalah juga. Walaupun saya kira empat lima tahun sudah kita duduk di sini tetapi masih lagi di tempat yang sementara. Akan tetapi walaupun demikian, saya tidak berminat untuk hendak pergi lebih detail daripada itu sebab saya lebih penting untuk membicarakan tentang pemulihan dalaman, isi, isi Parlimen itu sendiri, sistem Parlimen itu sendiri. Kalau bangunan cantik sudah siap, insya-Allah. Akan tetapi kalau cara kita mengadakan prosiding dan juga cara Parlimen ini diuruskan masih lagi ditakuk lama, saya rasa walaupun bangunan cantik tetapi sebenarnya isi itu kosong. Oleh sebab itu saya hendak bagi pantun sedikit. Berjumpa Tuan Speaker di Taman Melewar, Sambil tersenyum memberi salam, Apa guna indah di luar, Kalau kosong dari dalam... [Tepuk]
Ha! Cepat.
Jawab Tuan Yang di-Pertua, jawab.
Menteri jawab nanti Yang Berhormat.
Apa yang saya maksudkan, bersempena dengan kita akan nikmati bangunan yang baru ini, saya ingin mengutarakan beberapa persoalan tentang parliamentarian reform ataupun parliamentary reform. Pemulihan dan pemerkasaan Parlimen. Saya ingin mencadangkan, kalau kita tengok daripada perbahasan banyak sekali soalan-soalan diajukan kepada Perdana Menteri, sebagai orang nombor satu yang mentadbir negara ini. Saya juga ada pengalaman membuat benchmarking di parlimen-parlimen yang lain khususnya House of Commons di UK, Britain, Kanada, Australia dan juga New Zealand. Dia ada satu masa Tuan Yang di-Pertua, dipanggil Prime Minister’s time, waktu soal jawab bersama Perdana Menteri. Perdana Menteri memperuntukkan setengah jam setiap hari Rabu, dia akan pasti hadir. Yang Amat Berhormat Pekanlah contohnya, akan hadir di mana beliau sendiri akan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Kalau mengikut rekod saya Tuan Yang di-Pertua, pada Mesyuarat Pertama Majlis Parlimen Ketiga Belas, Perdana Menteri hanya menjawab dua soalan lisan dan empat soalan tambahan sebanyak dua kali pada hari yang sama. Itu dalam Penggal Pertama. Dalam Penggal Kedua, Perdana Menteri telah menjawab dua pertanyaan lisan pada 11 Mac dan 1 April. Manakala pada Mesyuarat Kedua dan Mesyuarat Ketiga pada Penggal Kedua Perdana Menteri hanya menjawab satu soalan masing-masing.
Makna kata Perdana Menteri dari sudut Yang Berhormat Pekan lah minta maaf. Yang Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri dari sudut track recordnya gagal memenuhi standard untuk dia sendiri menjawab. Oleh itu sebagai memenuhi parliamentary reform Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya diadakan waktu berbahas ataupun soal jawab bersama Perdana Menteri. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun sokong, rakan-rakan sebelah sana pun sokong. [Disampuk] Saya rasa dia tidak tengok kot, tengok macam mana tempat lain buat ya.
Ramai pun sudah ada. Jabatan Perdana Menteri pun dah ramai Menteri boleh jawab.
Sila, sila.
Kasihan dekat Yang Berhormat Baling.
Tidak, saya kata ramai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada, boleh menjawab. Perdana Menteri ini kerja banyak. Bukan kerja nak menjawab soalan sahaja. Jadi kalau kita tengok pun dalam kes pembangkang pun, Yang Berhormat Permatang Pauh pun tidak pernah ada selalu sebagai Ketua Pembangkang dulu. Kalau kita nak tengok, tidak ada. Kita cakap yang betullah. Bila kita nak cakap...
Jangan fitnah Yang Berhormat Baling.
...Cakap yang betul. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak berapa nak ada.
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar tidak boleh bangun Yang Berhormat Kapar.
Keadilan dia lebih banyak daripada Perdana Menteri.
Jadi kita Perdana Menteri yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah. Dia delegate power, delegate to the Ministers to answer. Timbalan Menteri ada ramai.
Terima kasih. Terima kasih.
Kalau tidak ada saya setuju dengan Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya rasa Yang Berhormat Baling kena baca banyak sedikit. Amalan parlimen-parlimen dunia - saya tengok dia semangatlah, baguslah. Cuma saya cadangkan dia membaca sedikit. Amalan parlimen dunia Tuan Yang di-Pertua, kita bukan nak suruh Perdana Menteri duduk sampai satu hari tiap-tiap hari. Amalan Parlimen Commonwealth khususnya di UK...
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
...Dia, dia hanya perlu. Sekejap saya hendak jawab ini dulu. Dia hanya perlu ada seminggu sekali sahaja Yang Berhormat Baling. Hari Rabu setengah jam sahaja. Itu adakah satu sukar untuk diminta sehingga terpaksa Yang Berhormat Baling bangun? Patut Yang Berhormat Baling sokong.
Okey, okey. Dia begini.
Cukup. Cukup.
Dia begini. Kalau hendak bagi – Yang Berhormat Sepang sibuk fasal apa? Ini Yang Berhormat Sepang pula sibuk. ‘Lebih caca daripada bubur’ ini. Hey. Penyakit ‘mamat tongkang’ ini tidak habis-habis. Okey, saya hendak beritahu...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Ramai yang bangun.
[Bangun]
Saya rasa soalan...
Tidak, kalau, kalau... Kejap. Kejap. Saya setuju, saya setuju tapi kalaulah...
Tidak apa lah...
Ahli Parlimen belah sini...
Sudah setuju duduklah.
Tuan Yang di-Pertua...
...Bertanya soalan secara berhemah tidak ada fitnah, tidak ada sombong, tidak ada angkuh boleh.
Itu out of questions. Itu out of question. Itu out of question.
Ini tanya soalan semua angkuh, sombong macam Yang Berhormat Sepang itu mana boleh.
Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi peluang kepada saya kerana waktu saya sedang berjalan?
Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.
Itu out of question.
Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Kuala Krai bangun Yang Berhormat.
Sebelum, sebelum– sedikit sebab saya hendak kena explain sebab dia tidak banyak baca gamaknya. Dia, kita hanya perlu setengah jam hari Rabu. Hari apa yang Perdana Menteri rasa dia boleh hadir. Takkanlah tiap-tiap hari...
That sounds better.
So...
That sounds better. Janganlah tiap-tiap minggu hari Rabu...
Siapa kata...
...Kena datang itu tak boleh. That sounds better.
Fasal apa pula dia komen saya punya ucapan Tuan Yang di-Pertua?
Ya, ya.
Kalau Yang Berhormat beritahu okey bila ada masa yang sesuai datang jawab okey...
Yang Berhormat Baling...
That sounds better.
Saya minta Menteri jawab. Saya tak minta dia jawab pun.
You cannot detect the Prime Minister.
Saya bangun macam-macam Tuan Yang di-Pertua tegur. Yang Berhormat Baling bangun tidak tegur-tegur.
Tuan Yang di-Pertua...
Akan tetapi tadi masa Yang Berhormat Baling mencelah, kemudian saya tegur Yang Berhormat Kapar bangun tapi Yang Berhormat Kapar tidak dengar. Semua orang kena tegur.
Saya punya floor. Saya punya floor.
Ya.
Saya rasa soalan begitu mudah sahaja. Dalam konteks reform parlimen – Menteri Parlimen sudah masuk sudah. Silakan Yang Berhormat Menteri Parlimen – Yang Berhormat Arau.
Jangan terganggu Yang Berhormat.
Kita minta setengah jam seminggu sekali, dia jawab. Kemudian bila kita tanya contohnya isu 1MDB contohnya. Dia jawab. Jadi tidak ada apa masalah. Itu dalam konsep parliamentary dia panggil ...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, Yang Berhormat teruskan...
Yang Berhormat Baling ini kurang...
...Iaitu kita panggil ministerial responsibility. Saya rasa that is a simple thing to ask dengan izin untuk kita memperkasakan. Saya tidak mahu Parlimen bayar kita untuk pergi Kanada, pergi Australia pergi belajar. Tiba-tiba balik kita tidak boleh kongsi. Itu sahaja. Ya, tadi siapa bangun? Yang Berhormat Kuala Krai?
Sedikit sahaja Yang Berhormat Parit Buntar. Hari ini pagi tadi Perdana Menteri hadir untuk menjawab satu soalan. Akan tetapi kita boleh nampak body language dia amat kecewa kerana rakan-rakan sebelah sana kosong. Tidak ada ramai yang merai. Yang Berhormat Baling ada? Yang Berhormat Baling ada. Akan tetapi tidak ramai yang meraikan kehadiran. Oleh sebab itu saya rasa Perdana Menteri pun malas hendak datang ini.
Yang Berhormat saya bagi – Yang Berhormat, pagi tadi saya bagi peluang Yang Berhormat tanya soalan tambahan ya Yang Berhormat.
Ya. Saya hadir lah itu sebab itu saya berani cakap. [Ketawa] Menteri pun tidak ada tadi.
Cepat sikit Yang Berhormat Shah Alam.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa masalah yang kita hadapi ialah apabila orang tidak menghargai peranan Parlimen dan melihat bahawa Parlimen ini memang rubber stamp lah. Bawa apa pun akan diluluskan. Inilah masalahnya.
Yang cakap pun ... rubber stamp.
Dan inilah masalahnya. Bila begini maka...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Ketawa] Suara kuat Yang Berhormat Baling, tidak pakai mic pun dengar dekat sini.
...Bila begini, saya rasa di antara orang yang tidak tahu tentang peranan Parlimen ini ialah Yang Berhormat Baling. Dia ingat datang sini untuk buat bising sahaja. Lalu apabila dia tidak menghargai peranan Parlimen, maka mereka rasa Perdana Menteri tidak payah hadir. Yang kerja kat luar lagi penting. Main golf dengan Obama kah, pergi shopping kat sini kah, pergi shopping sana kah. Itu lagi penting daripada hendak beri jawapan dalam Parlimen. Apa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ini kerja apa ini? Salah ubat kah?
Okey Yang Berhormat Baling, okey thank you very much.
Ya, ya Yang Berhormat Parit Buntar.
Saya masukkan lah semua itu untuk saya...
Saya ingat Yang Berhormat Baling tak makan ubat malam ini. Dia tidak makan ubat tadi.
...Untuk saya menyatakan topik saya hanya Tuan Yang di-Pertua iaitu kita cuma minta ada sesi soal jawab yang Perdana Menteri hadir, seminggu sekali. Dia tetapkan hari apa yang dia hendak hadir kemudian kita akan – I have been saying that since the first day. Mungkin dia lambat faham gamaknya. Saya rasa itu terlalu mudah untuk kita minta. Itu satu.
Boleh tanya?
Yang kedua...
Yang Berhormat Tanjong Karang bangun Yang Berhormat...
Adakah berkenaan tajuk?
Sama. Hargai Parlimen.
Mungkin hendak sokong kot.
Kalau nak kenen-kenen benda lain, saya tidak setuju. Saya cakap benda yang tentang parliamentary.
Saya nak tanya pendapat. hendak tanya pendapat.
Jangan berdialog Yang Berhormat.
Ya.
Saya dengar ucapan memanglah. Tadi Yang Berhormat kata kita pergi melawat negara-negara Komanwel, UK, Prime Minister’s time. Kita tahu semua itu dan tadi dia sebut hargai Parlimen. Akan tetapi Yang Berhormat, kalau kita hendak ikut budaya ini, kita kena ikut betul-betul. Budaya Commonwealth system. Oleh sebabnya yang kita tahu – salah satu sistem kita daripada UK ialah kita mengamalkan sistem first-past-the-post. Ini kita amal selama ini. Akan tetapi bila pilihan raya yang baru ini, Pakatan Rakyat tidak mahu iktiraf budaya yang kita pakai selama ini. Balik-balik cerita fasal popular vote. Jadi macam mana pendapat Yang Berhormat?
Itu soalan...
Yang mana satu kita mesti hendak ikut?
Itu soalan tidak relevan kepada parliamentary reform. Jadi saya balik kepada...
Ini soalan Parlimen Yang Berhormat. Kita ada di sini sistem.
Saya sedang bercakap tentang prime minister’s time to speak. Bukan soal...
Betul. Ambil daripada...
...Itu isu lain. So, tolong fokus.
UK – Commonwealth kita pakai sistem first-past-the-post.
Saya...
Akan tetapi hari ini pembangkang tidak mahu terima kenyataan sistem ini. Duduk cerita popular vote tidak habis-habis fasal apa?
Saya menyatakan – terima kasih. Saya menyatakan soalan itu tidak ada kena mengena dengan yang saya hendak cadangkan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pembentukan jawatankuasa pilihan. Saya rasa Malaysia hanya ada lima jawatankuasa – Select Committee yang sekian lama sejak daripada tahun 1959 – kita mula bersidang 11 September 1959. Lima itu tidak berubah sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita nak buat bench marking dengan negara lain seperti United Kingdom, Australia, Kanada hatta Uganda sekalipun, Kenya sekalipun mereka sentiasa memperbanyakkan select committee untuk bincang secara proaktif perkara-perkara yang berkaitan dengan legislation yang melibatkan isu ekonomi, negara, isu sosial dan sebagainya. Kalau boleh saya catit di sini untuk pengetahuan rakan-rakan. Dalam House of Commons sahaja, mereka ada 38 Select Committee. 38 Select Committee. Di Select Committee itu mereka akan bincang secara proaktif segala isu-isu atau akta-akta yang nak dibawa, sejauh mana relevancy nya, sejauh mana tidak relevannya. Kemudian dia bahas di situ baru dia masuk dalam parlimen. Jadi saya rasa akta yang dibawa itu lebih kualiti, lebih masa. Lebih utama Tuan Yang di-Pertua dia akan mendapat inputs daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang. Jadi kita tidak payah hendak bergaduh, tinggi-tinggi suara, orang bercakap, dia pun nak bercakap juga.
Sedangkan kalau ada Select Comittee, dia boleh duduk situ, dia bincang dengan minda yang terbuka apa isu-isu yang dianggap penting untuk Parlimen bincang, kemudian baru dia bawa bahas dalam Parlimen. Saya mencadangkan, oleh sebab Malaysia ini akan dilihat sebagai satu pemimpin di kalangan negara-negara ASEAN yang mana kita akan jadi Pengerusi, kita juga sudah duduk di peringkat antarabangsa di PBB dalam Majlis Keselamatan, jadi saya rasa Parlimen Malaysia perlu ada satu Select Comittee yang lebih berstruktur supaya semua isu-isu yang dibincangkan dapat dibincang dengan tuntas dan terbuka, kemudian apabila dibawa ke Parlimen, benda itu menjadi lebih berkualiti.
So, saya tidak tahu adakah kalau bangunan baru ini siap, Tuan Yang di-Pertua, kita masih lagi dengan lima jawatankuasa yang kita ada hari ini. It’s sadden me to say, dengan izin, kalau bangunan cantik ada, tetapi kita masih ada lima Select Comittee, sedangkan isu negara terlalu banyak yang perlukan pandangan merentasi semua parti, merentasi kepentingan-kepentingan setiap parti. Seterusnya, saya juga ingin membawa satu konsep yang diperkenalkan di Parlimen tentang tanggungjawab opposition. Ada satu istilah yang diungkapkan iaitu ‘His majesty loyal opposition’. Ini adalah kerana pada awal kurun ke-19 di Parlimen Britain, apabila mereka membincangkan sesuatu dasar yang dilihat sebagai mengkritik kerajaan, maka parti-parti pemerintah dengan mudah menuduh pembangkang sebagai pengkhianat hanya kerana kritikan-kritikan yang dikemukakan. Maka salah seorang daripada tokoh pembangkang waktu itu telah menggunakan satu istilah di mana istilah ini dipakai untuk menggambarkan walaupun pembangkang mengkritik dasar-dasar kerajaan tetapi mereka masih merupakan rakyat yang setia kepada raja dan negara. Maka itu lahirlah konsep ‘His majesty loyal opposition’. Oleh itu, saya minta kepada Ahli-ahli Parlimen yang ‘loyal opposition’... [Disampuk] Yang Berhormat Arau, loyal ya? Oleh itu, saya mohon kepada Ahli Parlimen yang ada di sini, kita akan ada pembangkang, kita akan ada kerajaan. Hari ini yang pembangkang boleh jadi kerajaan, esok yang kerajaan boleh jadi pembangkang. Itu biasa, perkara biasa. Akan tetapi yang kita hendak hidupkan di sini, Tuan Yang di-Pertua, ialah apa sahaja yang dikritik oleh pembangkang itu perlulah dilihat sebagai hak dia untuk mengkritik dan ia bukan bermakna pembangkang tidak mencintai negara ini ataupun tidak setia kepada Raja. Oleh itu, kita ada satu istilah di sini, majority rule, minority rights sebab dia mewakili juga, Yang Berhormat Tanjung Karang, dia juga mewakili mereka yang mengundi. Jadi dia juga kena bawa hasrat apa yang diinginkan oleh pengundi-pengundi yang telah menyokong mereka. Jadi sebab itulah saya melihat konsep ‘His majesty loyal opposition’ perlu dijadikan budaya supaya setiap kritikan itu tidak dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada Raja ataupun negara. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara yang agak urgent, yang telah lama fail ini telah dikesampingkan oleh Parlimen ini iaitu kita pernah mendengar satu ketika dahulu apa yang kita disebut sebagai Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Akta itu telah dihapuskan, dimansuhkan pada tahun 1992, secara khusus pada 21 Oktober. Apakah Akta Perkhidmatan Parlimen? Akta Perkhidmatan Parlimen ini memberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menentukan macam mana perkhidmatan Parlimen ini, termasuklah recruitment, macam mana budgeting untuk Parlimen ini, bajet yang disediakan untuk Parlimen ini. Akan tetapi pada tahun 1992, akta itu telah dihapuskan walaupun Ahli Parlimen pada waktu itu, Tuan Yang di-Pertua, berasa berat hati untuk menyokong. Nah, kita tengok satu contoh, Parlimen Parit Sulong. Bukan Yang Berhormat Parit Sulong ini. Rohani Mohammad tahun 1992. Dia kata apa? “Jika terdapat masalah di dalam Dewan Rakyat atau di dalam pentadbiran Dewan ini, kita harus mencari puncanya dan menyelesaikannya, bukan sistem itu dihapuskan.” Maknanya, oleh sebab ada masalah, hendak selesai masalah, kita hapuskan sistem itu atau kita hapuskan akta itu. Bukan. Kita mesti selesaikan menggunakan Akta Perkhidmatan Parlimen itu. Kemudian kita tengok kenyataan yang dibuat pada waktu itu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kemaman, berhubung dengan adakah kerajaan bercadang untuk – itu tahun 2005, kemudian ya. Soalan yang saya tampilkan dalam perbahasan ini telah ditanya pada tahun 2005. “Bilakah kita hendak kaji semula supaya dilaksanakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen ini?” Maka ketika itu dia menjawab bahawa akta ini ialah... Dia kata begini. Beliau sendiri mengakui Speaker ketika itu Almarhum Tun Mohamed Zahir bersetuju untuk menghapuskan akta itu, bukannya badan eksekutif, kata dia, yang masuk campur. Akan tetapi dia berkata, ini yang saya hendak bawa ini, “Jika Speaker hari ini...” – masa itu tahun 2005 “Dan Ahli-ahli Dewan pada hari ini...” – pada masa itu tahun 2005 “Inginkan kembali akta ini, maka badan eksekutif akan hanya membantu untuk mempermudahkannya sahaja.” So, sudah ada alasan di sini. Saya harap pihak kerajaan juga boleh membantu untuk kita menyokong bersama. Kalau ada hasrat daripada semua pihak mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen ini dan Tuan Yang di-Pertua bersetuju, saya rasa banyak boleh selesai persoalan-persoalan
yang timbul dalam pengurusan Parlimen termasuk soal gaji, termasuk soal pentadbiran, termasuk soal struktur dan fizikal bangunan, termasuk soal recruitment dan sebagainya. Dan yang lebih utama di dalam akta ini, Tuan Yang di-Pertua, ia seolah-olah – apabila ia dihapuskan, kuasa Speaker itu seolah-olah tidak ada. Kuasa Speaker seolah- olah sudah tidak ada relevan lagi kerana dia terpaksa rujuk kepada eksekutif sedangkan kita mengamalkan legislative, executive dan judiciary. Tidak ada di sana apa yang kita panggil Parliamentary independence yang mana kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen ini pada hakikatnya memberikan kuasa kepada Speaker untuk mentadbir dan menguruskan Parlimen ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua dapat terima cadangan ini, begitu juga rakan- rakan di sebelah sana juga dapat terima cadangan ini supaya Parlimen kita ini, tadi disebut mahukan satu penghormatan, mahu orang hormat Parlimen, tetapi apabila tangan kita terikat, bagaimana kita hendak dihormati. Saya rasa sudah tiba masanya kita mengambil serius hal ini dan kita minta supaya Akta Perkhidmatan Parlimen ini dikembalikan. Akhirnya, izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini juga ketika Yang di- Pertuan Agong bertitah tentang perlunya Malaysia berada di persada antarabangsa. Dengan kata lain, bagaimana Malaysia boleh jadi sebagai satu komponen penting dalam masyarakat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, berkaitan dengan isu human rights, ataupun HAKAM, hak asasi manusia, sekarang ini ada lebih kurang sembilan konvensyen yang berkaitan dengan human rights. Malaysia setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, hanya menandatangani tiga sahaja, iaitu konvensyen tentang rights of children, konvensyen tentang Rights of Persons with Disabilities dan Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women atau CEDAW yang baru ditandatangani.
Soalan saya mudah. Bagaimana lagi enam konvensyen yang belum ditandatangani dan kalau boleh, saya sebutkannya sebagai rekod di dalam Parlimen ini iaitu: (i) The International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance (ICCPED); (ii) The International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families (ICRMW); (iii) The Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT); (iv) International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR); (v) International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR); dan, (vi) International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Saya faham, perbahasan tentang human rights ini mendapat beberapa tanggapan daripada Ahli-ahli Parlimen khususnya yang menganggap bahawa isu human rights ini adalah dalam banyak hal bercanggah dengan prinsip-prinsip agama mahupun prinsip- prinsip budaya dan local setting. Saya rasa, isunya yang lebih utama ialah bukan menafikan atau menolak semua ini. Akan tetapi apa yang perlu kita buat ialah berunding di peringkat antarabangsa untuk kita membawa pada waktu yang sama menjadi masyarakat antarabangsa yang berpegang dengan soal human rights tetapi pada waktu yang sama, mempunyai nilai-nilai kita yang tersendiri. Saya rasa itulah tahap toleransi yang kita boleh ambil daripada kita menolaknya sama sekali ataupun sesetengah pihak menggunakan isu human rights ini dengan mengaitkannya secara totok menyatakan, “Oh! Ini ialah agenda untuk menolak Islam, agenda liberal dan sebagainya”. Saya rasa sebagai Ahli Parlimen, kita kena ada satu level lagi iaitu level yang mana kita perlu berunding dan perlu kita mencari tahap toleransi. Kita tidak mahu menggadai prinsip asas negara ini yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan tetapi pada waktu yang sama juga, kita tidak mahu ketinggalan di dalam
masyarakat antarabangsa. Saya rasa kepimpinan perlu ada tahap pemikiran yang begini untuk kita sampai supaya hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk kita masuk ke dalam masyarakat antarabangsa itu akan lebih relevan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Parliamentary reform harap diambil perhatian dan kemudian kedudukan Malaysia dalam menandatangani isu-isu human rights, minta daripada pihak kerajaan untuk memberi penjelasan. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam. Sabak, Sabak Bernam ya.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan sama-sama untuk berucap dalam menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Baginda Tuanku telah menyentuh secara menyeluruh pelbagai aspek negara termasuklah pengurusan ekonomi dan Dasar Transformasi Nasional. Keprihatinan Baginda Tuanku terhadap insiden pesawat MH370, penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac 2014 lalu dan tragedi pesawat MH17 pada 17 Julai 2014, bencana banjir, semangat sukarelawan, keselamatan dan ketenteraman awam, militan Islamic State, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pengukuhan ekonomi, Dasar Agromakanan Negara, Transformasi Perkhidmatan Awam dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan usaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat serta pentingnya keharmonian dan kerukunan rakyat negara ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya dalam ucapan ini Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini menyentuh beberapa perkara penting berhubung dengan sektor pendidikan, memartabatkan Islam, kesihatan, sektor pertanian dan lain-lain. Tuanku dalam Titah Baginda telah menyentuh komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan syariat berdasarkan maqasid syariah. Saya ingin menyentuh berhubung langkah kerajaan melancarkan Indeks Syariah Malaysia ataupun ISM yang membuktikan kerajaan serius untuk menepati piawaian Islam melalui dasar dan pelaksanaan program. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana indeks ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia ini dan mencakupi bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran sosial serta memenuhi lima teras maqasid syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah langkah kerajaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia? Berhubung dengan memartabatkan Islam, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Lembaga Tabung Haji kerana pada 22 Januari 2015 lalu telah mengumumkan pembayaran bonus tertinggi sejak penubuhan 51 tahun lalu apabila mengagihkan bonus sebanyak 8.25% iaitu 6.25% sebagai bonus tahunan dan 2% sebagai bonus tambahan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bernilai RM3.2 bilion. Untuk 8.6 juta pemegang akaun, tahniah kepada Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum dan juga kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji dan seluruh warga pengurusan dan kakitangan Tabung Haji.
Ahli Parlimen Baling, ada dalam Dewan Yang Berhormat.
Tahniah ya. Pencapaian Tabung Haji ini amat memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 23% berbanding RM2.6 bilion tahun lalu, hasil pelaburan berhemah dan aktif dalam aktiviti pelaburan mematuhi syariah. Berhubung dengan pelaburan-pelaburan Tabung Haji ini, saya ingin mendapat penjelasan bidang-bidang pelaburan yang disertai oleh Tabung Haji masa kini dan apakah perancangan Tabung Haji bagi memastikan pulangan ataupun bonus kepada penyimpan Tabung Haji terus mampan pada tahun 2015 memandangkan kita menghadapi ekonomi dunia yang mencabar dan tidak menentu?
Berhubung dengan Tabung Haji juga, saya ingin mendapat penjelasan bilangan penyimpan Tabung Haji yang telah mendaftar untuk menunaikan haji mengikut kategori di bawah umur 12 tahun, umur 13 tahun hingga 60 tahun dan umur 60 tahun ke atas. Pada masa kini, Tabung Haji menghadapi masalah bilangan penyimpan Tabung Haji yang telah mendaftar untuk menunaikan haji yang terlalu ramai sedangkan jumlah kuota haji yang diperuntukkan oleh Arab Saudi kepada Malaysia hanya 22,300 bagi setiap musim haji. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan tambahan kuota haji. Seseorang yang mendaftar haji hari ini mungkin hanya berpeluang menunaikan haji 20 tahun ataupun 30 tahun akan datang. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada Tabung Haji untuk mengambil beberapa pendekatan bagi mengatasi masalah ini. Pertama, pendaftaran haji sewajarnya hanya dibuka kepada penyimpan yang berumur 12 tahun ke atas. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang prihatin telah mendaftarkan anak mereka yang masih kanak-kanak termasuk yang belum baligh, malah yang baru lahir untuk menunaikan haji. Langkah ibu bapa ini amat dipuji kerana mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menyediakan tabungan bagi menunaikan haji kepada anak-anak. Akan tetapi langkah ini telah menyebabkan mereka yang betul-betul layak dan bersedia untuk menunaikan haji terpaksa menunggu kerana pendaftaran haji oleh penyimpan Tabung Haji yang belum lagi wajib menunaikan haji ini. Tabung Haji juga didapati akan menyimpan terlalu lama simpanan penyimpan Tabung Haji yang mendaftar menunaikan haji ini. Oleh itu, Tabung Haji dicadangkan agar menetapkan pendaftaran haji hanya kepada penyimpan yang berumur 12 tahun ke atas. Kedua, saya ingin mencadangkan agar Tabung Haji menetapkan tabungan minimum untuk pendaftaran haji dinaikkan daripada RM1,300 pada masa ini kepada RM5,000. Ini adalah bertujuan untuk memastikan penyimpan yang benar-benar layak daripada segi tabungan dibenarkan untuk mendaftar haji. Saya mendapat maklum, di negara jiran Indonesia yang menetapkan tabungan untuk pendaftaran haji adalah bersamaan nilai RM10,000. Tuanku dalam titah turut menyentuh berhubung dengan kejayaan kerajaan memastikan ekonomi terus berkembang. Kejayaan ini adalah hasil penstrukturan Bajet 2015 yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada 20 Januari 2015 lalu bagi memastikan negara terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan diyakini khususnya sebagai persediaan bagi menghadapi ekonomi global yang makin suram, kesan penurunan harga minyak dan aliran modal yang tidak menentu.
Langkah kerajaan ini bukan kerana kerajaan menghadapi krisis seperti yang berlaku pada tahun 1977 atau 1988. Malah ini tidak menyamai krisis 2009 apabila kerajaan terpaksa menyuntik pakej rangsangan. Sehubungan dengan ini, kerajaan telah mengumumkan tiga strategi iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mapan, meneruskan reformasi dan pengukuhan fiskal dan menyediakan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat banjir termasuklah kepada peniaga dan membina semula infrastruktur terjejas akibat banjir. Berhubung dengan langkah kerajaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kerajaan bercadang memperhebatkan eksport barangan dan perkhidmatan menerusi promosi perkhidmatan gantian import bagi kurang bergantung kepada sumber luar. Sehubungan dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI), langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan eksport dan mengurangkan import negara serta sejauh manakah pelaksanaan cadangan Majlis Eksport Nasional. Berhubung dengan reformasi dan pengukuhan fiskal, kerajaan akan mengambil langkah meneruskan pembaharuan dan mengukuhkan fiskal antara dengan melaksanakan asas percukaian. Berdasarkan keadaan semasa pelaksanaan GST memang tepat pada masanya. Manakala bagi merealisasikan perbelanjaan pula, kerajaan mensasarkan penjimatan 400 juta dengan mengoptimumkan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan penganjuran majlis dan mesyuarat dan perkhidmatan profesional. Sehubungan ini, saya ingin menggesa agar kerajaan memastikan tidak berlaku ketirisan dari segi perbelanjaan kerajaan, khususnya dari segi bekalan, pembelian dan perolehan peralatan. Pada masa lalu telah berlaku pembelian bekalan ataupun aset kerajaan yang keterlaluan dan tidak munasabah dari segi harga. Saya mengalu-alukan
cadangan kerajaan untuk mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan kerajaan. Saya amat bersetuju dengan gesaan Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara yang mahu semua kementerian dan jabatan mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa mengabaikan kualiti perkhidmatan. Saya juga mengalu-alukan. Sehubungan dengan ini saya menggesa agar kerajaan memastikan pihak berkuasa tempatan supaya berjimat cermat dengan perbelanjaan termasuk dengan tidak mengadakan mesyuarat di luar kawasan dan menangguhkan semua lawatan ke luar negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk mengurangkan belanja mengurus kerajaan sebanyak RM55 bilion termasuk penangguhan Program Latihan Khidmat Negara bagi menambah baik dan keberkesanan PLKN untuk mencapai objektif melahirkan rakyat berprestasi nasional. Namun, kerajaan terus mengekal perbelanjaan pembangunan sebanyak RM48.5 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2015. Kerajaan beriltizam untuk meneruskan projek bersifat ekonomi rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur perkhidmatan awam. Ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat keseluruhannya. Saya juga mengalu-alukan strategi yang ketiga yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan serta membina semula infrastruktur yang musnah terjejas akibat banjir. Bencana banjir yang melanda negara ini telah membabitkan lebih 400 ribu mangsa di seluruh negara dengan anggaran kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion. Langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2015 adalah langkah dan tindakan wajar kerajaan bagi mengekalkan defisit negara. Tuan Yang di-Pertua, Tuanku turut menyentuh berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2015. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang telah diumumkan baru-baru ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana keputusan STPM meningkat dari segi gred purata keseluruhan PNGK kepada 2.62 daripada 2.57 pada STPM tahun 2013. Keputusan STPM tahun 2014 menyaksikan jurang prestasi calon bandar dan luar bandar didapati semakin mengecil dengan minima PNGK calon bandar 2.64 berbanding minima PNGK luar bandar 2.54. Bagi sijil SPM 2014 pula menunjukkan penurunan berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) kepada 5.08 berbanding 4.93 pada tahun 2013. Keputusan SPM 2014 bagi setiap negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga menunjukkan penurunan berbanding SPM 2013. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah punca penurunan keputusan SPM 2014 termasuk jumlah calon memperoleh gred cemerlang, Gred A+ dan A- daripada 13,970 SPM 2013 kepada 11,289 SPM 2014. Iaitu pengurangan 0.3%. Berhubung dengan pendidikan, saya ingin menyentuh berhubung dengan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional bagi melahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan industri negara. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah merangka Pelan Pendidikan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPPM) 2013-2025 dan PPM, Pendidikan Tinggi 2015-2025 bagi melahirkan graduan Diploma Berprestasi Tinggi (DBT) yang perlu dicapai 10 tahun lagi. Saya difahamkan sebanyak 38 ribu tempat disediakan untuk kemasukan ke politeknik premier, politeknik konvensional dan politeknik metro tahun 2015. Mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) negara perlukan 1.5 juta tenaga kerja dalam bidang TVET pada tahun 2020 nanti apabila negara mencapai negara maju. Oleh itu pengajian di politeknik-politeknik perlu diperkasakan, bukan sahaja mampu untuk menyumbang 330 ribu daripada 680 ribu graduan peringkat diploma yang bakal bekerja di bidang ini menjelang tahun 2020 tetapi juga memastikan graduan ini mempunyai kemahiran dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan industri. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah langkah dan strategi kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran bagi memperkasakan pengajian TVET di politeknik- politeknik bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran dan berkualiti tetapi juga modal insan yang holistik untuk bersaing di dalam pekerjaan termasuk merangkumi aspek keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat. Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku dalam titahnya menyentuh berhubung dengan sektor pertanian, khususnya Dasar Agromakanan Negara kita pada tahun 2011-2020. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, jumlah import makanan beras, sayur-sayuran, buah-buahan dan daging sepanjang tahun 2014 dan terkini.
Apakah langkah dan strategi kerajaan melalui Dasar Agromakanan Negara ini untuk memenuhi keperluan sendiri dan mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil pertanian dari luar negara. Berhubung dengan pertanian juga, saya difahamkan negara sedang dan akan menghadapi fenomena equinox dan dijangka akan terus mengalami cuaca panas hingga April 2015. Ini yang mungkin boleh menjejaskan aktiviti pertanian, khususnya yang membabitkan tanaman padi seperti di Parlimen Sabak Bernam. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sejauh manakah persiapan telah diambil untuk menghadapi cuaca panas ini supaya tidak menjejaskan pengeluaran hasil pertanian, terutama padi dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan inisiatif transformasi sistem kesihatan negara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan agar lestari dan lebih responsif terhadap keperluan kesihatan rakyat. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan kes denggi di negara ini yang terus tidak dapat diatasi dengan sewajarnya menyebabkan kesesakan di hospital-hospital kerajaan. Sebagai contoh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah menerima 50 orang hingga 100 orang pesakit denggi sehari menyebabkan kesesakan di jabatan kecemasan dan wad perubatan sehinggakan menyebabkan arahan dikeluarkan kepada Hospital Sungai Buloh dan Hospital Banting diarahkan bersedia untuk menerima pesakit demam denggi. Sepanjang tahun 2015 ini sahaja sebanyak 6,886 kes demam denggi dilaporkan dengan membabitkan 17 kematian.
Demam denggi ini telah merebak dengan pantas di seluruh negara. Saya ingin mendapatkan statistik terkini dari Kementerian Kesihatan dari segi jumlah kes denggi seluruh negara termasuklah yang mengakibatkan kematian bagi tahun 2013 hingga terkini. Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Kesihatan apakah langkah yang lebih berkesan yang telah diambil bagi mengatasi denggi ini khususnya di negeri Selangor dan Sabak Bernam. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya turut mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam salah satu tonggak kepada pembangunan negara dan berharap berbagai- bagai usaha transformasi perkhidmatan awam akan meningkatkan produktiviti dan integriti penjawat awam. Baru-baru ini Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengemukakan dan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan umur persaraan kakitangan dari 60 kepada 62 tahun memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju. Cadangan CUEPACS ini berikutan negara maju seperti Singapura dan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat melanjutkan umur persaraan kakitangan awam kepada 65 tahun malah ada negara yang menetapkan umur persaraan 70 tahun. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara menyatakan kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun atas alasan usia persaraan masa kini sudah memadai. Antara maklum balas yang diterima kesan peningkatan umur persaraan ini adalah kekhuatiran generasi muda mendapatkan tempat untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam. Sehubungan ini saya ingin mendapat penjelasan jumlah penjawat awam yang bersara pada tahun 2010 hingga 2014 terkini dan jumlah pelantikan penjawat awam yang baru mengikut gred bagi tempoh 2010 hingga 2014 terkini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menarik perhatian Kementerian Kemajuan Luar Bandar berkaitan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Daerah Sabak Bernam di bawah DUN Sungai Panjang yang terbengkalai lebih lima tahun dan ingin mendapat penjelasan status pelaksanaan terkini dan kedudukan bilakah sesi pembelajaran Maktab Rendah Sains Mara ini dimulakan operasinya kerana ini telah mula dijadikan isu di kalangan rakyat Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar kerana ia satu antara dua MRSM Ulul Albab yang dinantikan oleh rakyat. Kelewatan seperti ini menjejaskan peluang anak-anak luar bandar khususnya di dua kawasan Parlimen ini untuk mendapatkan pembelajaran di sekolah asrama penuh yang terbaik. Ia sepatutnya siap setelah beberapa kali lanjutan tempoh masa pada 3 November 2014. Mohon perhatian kementerian demi anak-anak luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pencerahan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar mengenai pembinaan lebuh raya Banting ke Taiping melalui Daerah Sabak Bernam. Apakah status pelaksanaannya, bilakah mula operasinya dan bilakah dijangka siap pembinaannya?
Ketiga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang telah meluluskan pembinaan Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dan mohon pelaksanaannya disegerakan kerana Pejabat Pelajaran Daerah yang ada sekarang menggunakan bangunan sementara yang tidak kondusif dan tidak ada kemudahan bilik mesyuarat dan dewan untuk beroperasi dan terlalu sempit. Akhirnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang telah menguruskan negara ini dengan baik dan membawa negara ini ke atas landasan yang tepat untuk menuju negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan meneruskan keprihatinan kepada kepentingan dan kebajikan rakyat keseluruhannya. Kerajaan hari ini bukan sahaja kerajaan yang bertanggungjawab. Kerajaan daripada rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut sama membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kebiasaan hujung minggu kebanyakan daripada Ahli-ahli Parlimen kita akan balik ke kawasan. Pada hujung minggu yang lepas, saya tidak dapat balik ke kawasan kerana saya dijemput oleh PDRM untuk tinggal di sebuah hotel di Jinjang. Hotel tersebut namanya Lokap Berpusat Jinjang dan ini [Ahli Parlimen Rasah menunjukkan gambar] adalah uniform yang saya pakai sejak Sabtu sampai Ahad dan saya dibenarkan keluar pukul 6.00 petang semalam. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak katakan di sini, saya seorang wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh pengundi di kawasan Rasah dengan majoriti dekat 25,000. Saya sebagai wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa suara rakyat di Dewan yang mulia ini. Selain daripada itu, kalau berlaku sesuatu sebagai wakil rakyat juga haruslah berada di barisan hadapan untuk menyuarakan suara rakyat dan untuk membawa tuntutan rakyat terhadap pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan di sini sebab tadi saya dengar ada Yang Berhormat dari sebelah sana mengatakan bahawa perhimpunan 307 ini sebenarnya tidak berjaya. Orang kurang sangat. Saya hendak tanya kalau orang kurang sangat, mengapa pihak PDRM begitu rajin sekali telah pun menahan ramai pimpinan anak muda termasuk baru sahaja Yang Berhormat Lembah Pantai telah pun ditahan di Penjara Jinjang.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kes Yang Berhormat ini sudah naik mahkamah belum?
Belum, belum. Tuan Yang di-Pertua, ini memang merupakan satu pengalaman yang amat baik kepada saya kerana selama ini saya memang tidak ada peluang untuk masuk ke lokap tengok macam mana keadaan di lokap dan saya alu-alukanlah Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana kalau ada peluang pergi tengok apa yang berlaku di dalam. Akan tetapi apa yang saya hendak katakan di sini, saya sebagai wakil rakyat kita bertanggungjawab terhadap tindakan yang kita pernah lakukan dan yang paling penting sekali sebagai wakil rakyat ataupun Ahli Parlimen saya tidak akan melarikan diri ke mana- mana untuk menghadapi apa-apa yang telah saya lakukan dan saya percaya kita semua di dalam Dewan yang mulia ini turut sama mempunyai pandangan yang sama dengan saya di mana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen akan lari daripada siasatan polis jika perlu. Tuan Yang di-Pertua, perhimpunan 307 sebenarnya telah diadakan secara aman tetapi saya rasa amat pelik sekali, perhimpunan yang aman telah pun dianggap menjejaskan perniagaan di sekitar Sogo, di sekitar KLCC. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil satu contoh, semalam kalau rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini berada di Kuala Lumpur, saya percaya semua orang yang berada di Kuala Lumpur dapat merasai kesesakan jalan yang cukup teruk sekali.
Apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur? Bukannya ada perhimpunan haram ataupun perhimpunan apa-apa cuma apa yang berlaku di Kuala Lumpur iaitu ada satu pertandingan jelajah Le Tour de Langkawi. Satu pertandingan mengayuh basikal tetapi banyak jalan di kawasan Kuala Lumpur telah pun ditutup untuk membenarkan program tersebut dijalankan. Jadi saya amat berharaplah pihak kerajaan ataupun pihak yang berkuasa kini kita dapat memerhatikan sebenarnya rakyat sekarang cukup matang. Anak-anak muda kita pun cukup matang. Kalau anak-anak muda kita berhimpun, kita akan berhimpun secara aman tetapi apa yang saya dapat daripada pihak PDRM ketika saya berada di lokap berhadapan dengan Tuan Majistret, maklumat yang diberikan oleh pihak polis kepada Tuan Majistret adalah beberapa pasu bunga telah pun pecah di depan Sogo, beberapa rumput di Kuala Lumpur telah pun dipijak mati oleh orang ramai yang turun ke perhimpunan tersebut.
[Dewan riuh]
Sebenarnya kesalahan ini merupakan kesalahan kecil di mana kesalahan tersebut adalah di bawah kuasa DBKL tetapi mereka yang diminta untuk memberi keterangan telah pun dilayan seperti penjenayah seolah-olah saya adalah pencuri, seolah-olah saya seorang penjenayah, seolah-olah saya seorang perompak dan saya hendak nyatakan di sini saya walaupun cuma umur 36 tahun saya berani kata saya tidak pernah melakukan apa-apa kes jenayah. Saya pandu kereta pun saya ikut had laju, 110. [Tepuk] AES tidak boleh tangkap saya. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak tekankan di sini sebenarnya bahawa anak-anak muda kita hari ini mereka cukup matang. Mereka dapat mentafsir apakah benar dan juga apakah tidak benar. Kalau benar-benar berlakunya anak muda bangkit ataupun anak-anak muda ini mereka turun ke jalan raya, saya rasa pendekatan yang harus diangkat oleh kerajaan, diambil oleh kerajaan sepatutnya meneliti apakah tuntutan mereka.
Katakan, saya ambil contoh semalam IO memberitahu kepada Tuan Majistret bahawa anak muda yang berhimpun ini mereka bersorak hendak undur Najib, undur Rosmah dan sebagainya. Itu juga merupakan salah satu kesalahan. Akan tetapi bagi saya, jikalau kita mendengar slogan sebegitu, sebenarnya pihak kerajaan boleh mengambil pendekatan untuk meneliti apakah tuntutan anak-anak muda. Akan tetapi bukanlah mengguna cara di mana cuba menahan beberapa orang pemimpin muda untuk menakut- nakutkan anak-anak muda kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai tadi telah pun dihantar ke lokap berpusat di Jinjang. Saya percaya malam ini uniform dia pun sama warna ungu dengan saya, yang saya rasai. Dalam perkara ini, saya turut boleh merasa macam mana Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Pengorbanan beliau terhadap seluruh Malaysia, dipenjarakan sebanyak lima tahun. Ini menyebabkan saya dapat merasai apa perasaan beliau dan juga keluarga beliau. Saya rasa kita perlu melakukan sesuatu untuk membaiki. Akan tetapi saya nampak dalam insiden ini, pihak kerajaan seolah-olahnya tidak mengambil langkah untuk mendekati pemuda, memahami masalah mereka. Walaupun kita lihat kerajaan telah pun mengadakan Parlimen Belia agar membenarkan belia untuk bersuara, tetapi apa yang saya lihat, di sini kita membenarkan anak-anak muda kita datang ke Parlimen duduk di tempat duduk kita, mereka dapat berbahas, lepas itu ada jawapan daripada pihak kerajaan ataupun pihak kementerian. Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan, tetapi di sebaliknya kita lihat apa yang telah berlaku di universiti-universiti ataupun institusi pengajian tinggi awam. Ramai daripada pemimpin-pemimpin pelajar kita ditindas oleh pihak universiti ataupun pihak kolej. Saya rasa dalam perkara ini sebenarnya pihak kerajaan boleh mengambil lebih banyak langkah untuk mendekati mereka, memahami apakah keperluan ataupun apakah tuntutan mereka, agar anak-anak muda kita boleh membantu kerajaan. Sebenarnya saya bagi tip kepada kerajaan, saya tidak sepatutnya tidak perlu bagi tip ini kepada pihak kerajaan. Cuma saya lihat walaupun saya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang, saya haruslah memberi teguran kepada pihak kerajaan agar pihak kerajaan ataupun kita yang berada di Pakatan Rakyat supaya lebih mendekati anak-anak muda, lebih memahami apakah tuntutan ataupun apakah keperluan mereka. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya...
Minta penjelasan. Semasa saya menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, hampir tiap-tiap bulan ada satu dua perhimpunan hendak menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor diadakan. Akan tetapi saya tidak pernah lihat sesiapa ditahan kerana kerja pembangkang macam UMNO ini di Selangor itu, memang adalah untuk mengkritik dan menggulingkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Ini tanggungjawab mereka. Sama juga bagi kita di Pakatan Rakyat, memang tanggungjawab kita adalah mengkritik, memantau kesemua pelaksanaan, dasar dan juga ucapan daripada pihak Barisan Nasional Kerajaan. Jadi saya rasa Yang Berhormat Rasah yang ditangkap ini, memang pihak polis ini mengganggu pelaksanaan tugas Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat?
Saya memang setujulah dengan hujah Yang Berhormat Seputeh. Tuan Yang di-Pertua, isu alam sekitar sebenarnya sangat penting kepada kita semua khususnya sebagai wakil rakyat. Ketika adanya pencemaran udara, wakil rakyat kebiasaan akan dihubungi oleh penduduk. Sebagai contoh, sejak saya diberi mandat oleh pengundi di Rasah, tiap-tiap kali berada di Dewan, saya berkali-kali ketika perbahasan saya, saya menyentuh isu pencemaran udara yang disebabkan oleh Pusat Kualiti Alam iaitu sebuah kilang pengurusan sisa toksik. Tiap-tiap kali saya berhujah di Dewan yang mulia ini dan tiap-tiap kali saya dengar hujah ataupun maklum balas daripada pihak kementerian ataupun pihak kerajaan, jawapan yang saya dapat iaitu kilang tersebut tidak menyebabkan pencemaran udara. Ia memang sesuai diadakan ataupun operasinya tidak menyebabkan apa-apa masalah kesihatan. Akan tetapi baru-baru ini, 27 Februari satu kebakaran telah pun berlaku di stor Pusat Kualiti Alam. Kebakaran tersebut telah pun menyebabkan asap yang beracun. Kita boleh lihat walaupun dari jarak yang jauh, lebih kurang tiga kilometer, empat kilometer, lima kilometer kita boleh lihat asap tersebut. Asap tersebut telah pun menyebabkan kebimbangan seluruh rakyat yang tinggal di Seremban, Sendayan dan juga Labu. Bagi pihak bomba, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba sebab sekurang-kurangnya pihak bomba dalam Facebook mereka, dalam WhatsApp mereka, mereka ada memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mendekati kilang tersebut kerana udara di situ memang sangat teruk dan kemungkinan akan menyebabkan masalah kesihatan dan keselamatan. Akan tetapi apa yang saya perlihatkan selepas insiden ini berlaku pada 27 Februari, Jabatan Alam Sekitar telah pun turun dan selepas itu Jabatan Alam Sekitar telah pun memberi penjelasan dan keluarkan kenyataan bahawa sebenarnya asap tersebut tidak beracun dan kualiti udaranya memang selamat, tidak ada masalah. Akan tetapi saya sendiri telah pun menerima aduan daripada seorang makcik, Rashidah Rashid yang tinggal di Kampung Felda Sendayan. Makcik Rashidah telah pun dimasukkan ke hospital ketika kilang itu berlaku kebakaran. Sebenarnya kebanyakan daripada penduduk di situ, selama ini memang mengadu ada pencemaran udara menyebabkan sakit kulit, menyebabkan asma. Akan tetapi semua aduan penduduk ini seolah-olahnya tidak dapat didengar oleh pihak kerajaan negeri ataupun pihak Kerajaan Pusat. Tiap-tiap kali cuma meminta expert turun, lepas itu tunjuk kualiti udara. Itu jawapan daripada pihak kerajaan. Kualiti udara tidak ada masalah, jadi kilang tersebut dapat terus beroperasi. Jadi di sini saya ingin mengambil peluang ini menyeru kepada pihak kerajaan, carilah satu tempat yang baru untuk kilang memproses sisa toksik berjadual ini dipindahkan keluar dari Negeri Sembilan. Kita tidak membantah wujudnya kilang pemprosesan sisa toksik ini. Cuma kilang ini memang tidak lagi begitu sesuai untuk berada di Sendayan kerana kawasan ini memang telah pun mempunyai banyak projek perumahan. Sebenarnya kawasan ini merupakan kawasan DUN Rembau, diwakili oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, kawasan DUN Rantau dan juga di bawah Parlimen Rembau. Saya berharaplah ini adalah satu perkara yang amat serius. Saya berharap pihak kerajaan dapat memandang serius terhadap perkara ini agar kesihatan dan keselamatan rakyat yang tinggal di Seremban, tinggal di Sendayan, Labu dan juga di sekitarnya, kesihatan dan juga keselamatan mereka dapat dijamin. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit isu pendidikan mengenai pengiktirafan sijil UEC. Baru-baru ini Menteri Pendidikan II telah pun mengeluarkan satu kenyataan bahawa memandangkan negara kita mempunyai ramai pelajar asing, ia menunjukkan bahawa sebenarnya standard pendidikan kita di negara kita setaraf dengan United Kingdom dan juga di Australia. Apa yang hendak saya katakan di sini, macam mana hubung kait pengiktirafan UEC dengan pendidikan yang bertaraf dunia.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya sijil UEC diterima oleh semua universiti terkemuka di dunia. Akan tetapi masalahnya, negara kita ataupun kerajaan kita masih tidak boleh menerima ataupun mengiktiraf sijil UEC ini. Ia telah pun menyebabkan ramai daripada pelajar-pelajar kita terpaksa belajar di luar negara ataupun terpaksa belajar di IPTS.
Saya hendak bagi satu angka. Merujuk kepada soalan yang saya pernah tanya di dalam Dewan yang mulia ini dari tahun 2008 sehingga tahun 2012 sebanyak RM46,440,000 telah pun dibelanjakan untuk mempromosikan institusi pengajian tinggi awam di luar negara. Ya, maksudnya lebih kurang setiap tahun IPTA kita membelanjakan lebih kurang dalam RM9 juta untuk membuat promosi di luar negara untuk menarik pelajar-pelajar asing datang ke negara kita. Bagi saya, saya memang menyokong usaha IPTA ataupun kerajaan kita menarik pelajar daripada negara asing tetapi pada masa yang sama saya rasa sesuatu perlu dilakukan terhadap anak-anak pelajar kita yang mempunyai kelayakan UEC. Ini kerana anak-anak pelajar yang mempunyai kelayakan UEC ini sebenarnya mereka pun mempunyai standard yang sama dengan STPM. Kalau universiti terkemuka di dunia boleh menerima qualification mereka, mengapa negara kita tidak boleh menerima? Sebenarnya kita harus melihat anak-anak kita yang mempunyai kelayakan UEC ini sebagai aset kepada negara dan ramai daripada mereka telah pun berjaya mendapat offer daripada universiti terkemuka dunia. Dalam isu ini saya memang amat berharap pihak kerajaan dapat memberi satu jawapan. Saya baru teringat, saya mengambil satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu daripada pihak MCA ketika pilihan raya umum, ketika masa kempen Pilihan Raya Umum ke-13. Semasa itu Yang Berhormat Kluang pada masa itu telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya pengiktirafan UEC ini kerjanya telah pun disiapkan sebanyak 95%. Cuma tinggal 5% lagi. Beliau telah pun berjanji bahawa kalau UEC tidak diiktiraf selepas PRU Ke-13, beliau tidak akan bertanding lagi. Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Akan tetapi memanglah Yang Berhormat Kluang tersebut telah pun kalah dan sekarang beliau telah pun macam mana dia kata tadi tak nak bertanding tetapi dilantik sebagai Senator pun balik ke dalam Dewan yang mulia ini.
[Mencelah]
Yalah, kita pun first term juga. Akan tetapi itu Yang Berhormat MCA. Cuma untuk rekod Dewan sahaja. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memandang serius terhadap pengiktirafan ini kerana ia cuma akan memperkuatkan sistem pendidikan kita dan juga akan memberi lebih ruang kepada anak-anak muda di negara kita agar mereka dapat meneruskan pelajaran mereka di negara kita dan tidak perlulah kita hantar anak-anak kita ini keluar negeri untuk meneruskan pengajian mereka. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi iaitu juga mengenai isu pendidikan sebab baru-baru ini saya lihat dalam surat khabar di mana di Seremban ada beberapa buah sekolah menengah ada ahli keluarga pelajar, mereka memberi feedback di mana kelas bahasa Cina di beberapa buah sekolah Cina tidak dapat dijalankan kerana kekurangan ataupun ketiadaan guru bahasa Cina. Saya hendak ambil contoh iaitu Sekolah Menengah King George V iaitu KGV dan beberapa buah sekolah menengah turut menghadapi masalah ini. Jadi saya berharap pihak kerajaan ataupun pihak kementerian dapat menyelesaikan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, 1 April merupakan hari pelaksanaan GST. Sebenarnya Pelaksanaan GST ini ia akan memang menyebabkan banyak kekeliruan dan saya rasa ramai daripada kita yang berada di Dewan ini kita tidak mengetahui kalau kita menggunakan ATM untuk withdraw money from other banks’ ATM machines, GST akan dikenakan sebanyak 6%. Pada masa yang sama insurans yang diberi juga akan dikenakan 6% GST. Saya rasa sebelum pelaksanaan GST ini, persiapan kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami apa itu GST ataupun meneliti apakah kebaikan GST ini memang tidak mencukupi. Pada masa yang sama, ramai khususnya warga ibu yang selalu membeli susu tepung ini mereka sangat bimbang, yang membeli barangan handphone pun sangat bimbang sebab banyak daripada mereka tanya kepada saya adakah harga hand phone
ataupun harga keperluan harian, harga susu tepung ini akan naik harga. Bagi saya kalau saya kata jangan bimbang, harga tidak naik. Kalau naik, saya dimarahi. Kalau harganya masih kekal tidak ada masalah. Kalau harga naik macam mana? Jadi dalam perkara ini saya rasa pihak kerajaan juga harus melakukan sesuatu untuk memastikan harga barangan ini tidak akan berubah ataupun tidak akan naik. Saya rasa cukup dukacita di mana saya dengar ada hujah-hujah Yang Berhormat di sebelah sana yang mengatakan pelaksanaan GST ini akan mengurangkan harga barang. Saya rasa itu tidak benar. Kemungkinan ada sesetengah barang harganya akan turun. Akan tetapi kebanyakan daripada harga barang akan meningkat dan ia juga akan secara langsung meningkatkan kos sara hidup rakyat di seluruh negara. Jadi ini merupakan salah satu isu yang amat penting di mana kos sara hidup memang salah satu perkara yang perlu diselesaikan oleh semua pihak khususnya daripada pihak kerajaan. Jadi saya berharaplah pihak kerajaan dapat memberi penjelasan ataupun dapat memberi maklum balas macam mana pihak kerajaan ingin menguruskan masalah kos sara hidup rakyat khususnya selepas 1 April ini kerana secara rekod saya rasa kita semua yang berada di Pakatan Rakyat, kita menolak pelaksanaan GST kerana ia tidak begitu sesuai diadakan pada 1 April di mana memang seluruh negara atau rakyat jelata kita memang masih belum bersedia untuk menghadapi sistem percukaian GST ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menegaskan bahawa anak muda yang turun ke jalan raya, niat mereka cuma ingin menyuarakan suara mereka terhadap pihak kerajaan. Cuma ingin menyuarakan tuntutan mereka kepada kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin kita termasuk Pakatan Rakyat. Jadi saya berharaplah pihak kerajaan dalam perkara ini haruslah mengambil satu langkah yang lebih terbuka agar lebih ramai anak muda kita lebih memahami atau lebih menghormati.
Boleh celah? Yang Berhormat, saya hendak tanya sedikit. Kalau kerajaan betul-betul prihatin tentang masalah anak muda ini kerana kebanyakan anak muda sekarang ini berada di pusat-pusat pengajian tinggi juga merasakan masa depan mereka kabur. Jadi apa pendapat Yang Berhormat kalau sekiranya dibuka maknanya peluang dibuka kepada anak muda universiti untuk juga menyuarakan, adakan forum, adakan debat, jemput wakil-wakil daripada kerajaan memberikan maklum-balas tentang apa yang terjadi kerana sekurang-kurangnya akan dapat feedback apakah yang sedang dirasai oleh anak- anak muda di universiti. Tidak kiralah mungkin mereka akan kritik. Itu biasalah mereka anak muda. Akan tetapi apa salahnya dibuka ruang supaya anak muda juga dapat meluahkan perasaan semasa mereka menuntut di universiti. Apa pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini?
Saya memang amat setujulah dengan hujah Yang Berhormat Sungai Petani dan masukkan ucapan Yang Berhormat Sungai Petani ke dalam perbahasan saya. Saya mohon kerajaan untuk jawab. Paling akhir menyebut anak muda, saya rasa pihak kerajaan sebenarnya haruslah menyediakan channel ataupun saluran yang lebih mudah agar anak-anak muda kita yang layak menjadi mengundi mendaftar sebagai pengundi kerana sampai hari ini SPRM masih tidak membenarkan parti politik termasuk di sebelah sana untuk membuat pendaftaran pengundi. Saya hendak menegaskan di sini bahawa sebenarnya kalau bagi pihak kerajaan, pihak Barisan Nasional walaupun parti politik mereka ataupun wakil parti-parti politik mereka tidak boleh mendaftar pengundi tetapi pegawai-pegawai JASA yang kebanyakan parti Barisan Nasional adalah penolong pendaftar pengundi. Di sini saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan tambahkan ataupun benarkan parti-parti politik untuk membuat kerja-kerja pendaftaran pengundi agar kita membuka lebih ruang, memudahkan anak-anak muda kita daftar sebagai pengundi dan membiarkan dan membiarkan anak-anak muda ini mengundi ketika pilihan raya dan membenarkan anak- anak muda kita menetapkan siapa yang menjadi pemimpin negara, siapa yang menjadi kerajaan pada pilihan raya yang akan datang. Sekian ucapan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih walaupun saya tahu saya mungkin kena sambung esok.
Sambung esok. Ya, sambung esok Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 17 Mac 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam]