Dewan Rakyat · 23 March 2015

15th Parliament, session 3, meeting 1 · 1,116 turns · 64,691 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

William Mawan IkomSPDP · BNSaratok · question

1. Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [Saratok] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status terkini rundingan persempadanan di antara Malaysia-Indonesia yang melibatkan negeri Sarawak dan apakah bentuk persetujuan yang telah diambil terhadap kemasukan warganegara tersebut ke Sarawak.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk memberikan jawapan secara serentak kepada dua pertanyaan yang menyentuh isu yang sama daripada Yang Berhormat Saratok dan juga Yang Berhormat Lawas bertarikh 30 Mac 2015.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak reti hendak menjawab pantun Yang Berhormat Saratok ini tetapi saya reti untuk menjawab soalannya. Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Saratok, pertamanya mengenai status terkini rundingan persempadanan di antara Malaysia-Indonesia yang melibatkan negeri Sarawak dan peringkat perundingan G2G bagi penyelesaian persempadanan di antara Malaysia dan Indonesia. Secara amnya, Malaysia sentiasa komited untuk mencapai penyelesaian yang saksama mengenai persempadanan darat dan maritim dengan Indonesia melalui mekanisme yang sedia ada. Bagi persempadanan darat, rundingan tersebut dilaksanakan melalui kerangka jawatankuasa bersempadan Malaysia-Indonesia, Mesyuarat ke-39 Jawatankuasa Bersama Sempadan telah diadakan dari 26 November hingga 29 November tahun lepas tahun 2014. Manakala mesyuarat yang ke-40 akan dihoskan oleh Indonesia pada tahun ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran semula sempadan Malaysia-Indonesia bermula sejak 9 September 1975 lagi dan telah pun berjaya meliputi jarak sepanjang 2019.5 kilometer. Walau bagaimanapun, bagi sektor Sarawak masih terdapat empat titik yang belum diukur dan dipersetujui bersama. Manakala bagi sektor Sabah, masih terdapat lima titik yang belum mencapai persetujuan. Berhubung dengan persempadanan maritim Malaysia-Indonesia pula, ia dirundingkan di bawah mekanisme Mesyuarat Teknikal Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia-Indonesia. Mekanisme ini membincangkan pembatasan maritim di antara Malaysia dan Indonesia di semua kawasan yang belum disempadankan termasuklah pembatasan sempadan laut wilayah territorial sea di kawasan Tanjong Datu, Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai penyelesaian persempadanan dengan negara Brunei pula. Malaysia amat bersyukur kerana tahap hubungan dua hala istimewa yang sedia terjalin adalah amat baik dan akrab sekali. Jalinan hubungan baik tersebut

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

merupakan landasan untuk membolehkan usaha pembatasan serta penentuan persempadanan yang dipersetujui pada tahun 2009 dijalankan secara lancar. Aktiviti-aktiviti penentuan pembatasan darat dengan Brunei adalah dijalankan melalui Jawatankuasa Teknikal Persempadanan Darat antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Sebanyak lima sektor yang masih belum dipersetujui iaitu di sebelah barat Limbang dan juga barat Lawas dengan jarak lebih kurang 284.8 kilometer. Manakala sempadan yang telah dipersetujui sebelum ini melalui perjanjian antara Kerajaan Brunei Darussalam dan British adalah lebih kurang 243.65 kilometer. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Saratok tadi mengenai Sarawak. Jadi kita mahu tahu juga sebab apa kita dapati bahawa di Sabah pun kita bersempadan dengan Indonesia sama ada secara darat atau secara laut. Jadi di Sabah, di pantai timur Pulau Sebatik dibahagi dua, separuh Indonesia, separuh Malaysia. Jadi kita mempunyai masalah kerana kita tidak tahu di mana kita harus bertindak. Mereka menyeberang sempadan dan membuat jenayah di Tawau khususnya. Jadi sampai mana kerana kita sudah merdeka sudah lebih begitu lama. Belum ada lagi sempadan yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan mempersoalkan tentang sempadan di antara Sabah dan Indonesia. Saya sudah jelaskan tadi masih ada lima titik lagi yang belum selesai di antara Sabah dan Indonesia, termasuklah Pulau Sebatik. Lima titik tadi saya hendak jelaskan satunya Sungai Sinapad dan Sungai Sesai sebanyak 17.8 kilometer.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Sungai Simantipal 21.5 kilometer, Pulau Sebatik sendiri 23.8 kilometer dan dua kawasan yang kita panggil kawasan B2700-B3100 berhampiran dengan Sungai Sinapat dan Sungai Sesai. Begitu juga dengan C200 dan C700 yang berhampiran dengan kawasan Pulau Sebatik. Inilah lima kawasan yang belum diselesaikan di antara Sabah dan Indonesia. Walau bagaimanapun, kita masih lagi dalam perbincangan dan kita berikan khusus kerana kita mahukan kawasan yang ada tempat-tempat tertindih seperti di Pulau Sebatik itu dipercepatkan supaya tidak berlaku apa-apa masalah di masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

2. Tuan Haji Wan Hasan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan dengan jelas dan tepat punca kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands dan langkah yang telah diambil bagi mengatasinya.

Datuk Seri G. PalanivelMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, punca kejadian banjir di Cameron Highlands ialah seperti berikut: (i) hujan sederhana lebat yang berpanjangan; (ii) pemendapan kelodak yang sangat tinggi pada takungan empangan hidroelektrik TNB Sultan Abu Bakar yang mengecilkan kapasiti takungan air; (iii) halangan struktur pencerobohan pada aliran air; dan (iv) peningkatan secara drastik pembangunan pertanian dengan penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) ataupun rumah plastik pertanian secara meluas yang menyebabkan peningkatan air larian hujan dalam saluran sungai. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian ini dalam menangani masalah banjir kilat di Cameron Highlands adalah seperti berikut: (i) pelaksanaan projek tebatan banjir Sungai Bertam; (ii) projek tebatan banjir Sungai Ringlet;

Datuk Seri G. PalanivelMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

(iii) penyediaan kajian komprehensif jangka panjang memerangi banjir kilat negara yang telah disiapkan pada tahun 2013; (iv) permohonan untuk menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam bagi Cameron Highlands; dan (v) cadangan pemakaian Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sudi hadir sendiri untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Ketika banjir melanda negara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di Hawai bermain golf sehingga timbul ungkapan rakyat GST ini ialah golf, shopping dan travel. Golf – main golf, membeli belah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Apa kena mengena dengan banjir?

... Dan melancong. Kemudian, ketika lawatan...

Ini jahat ini.

Kemudian ketika lawatan mencemar Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Pahang, timbul murka Tuanku kepada Menteri kerana tidak berada di lokasi kejadian sehingga menimbulkan satu mesyuarat jawatankuasa khas.

Tuan Yang di- Pertua, ini tidak ada kena-mengena dengan soalan.

Saya hendak tanyalah ini. Saya hendak tanyalah ini. Kena ada intro dulu. Kena ada intro dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Soalan, soalan.

Baru kepada soalan. Intro dulu.

Intro kata dekat orang buat apa?

Satu, dua. Ketiganya, timbullah Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Banyak keputusan dan arahan-arahan yang melibatkan secara khusus Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini yang mungkin kalau hendak dijawab dalam sesi soal jawab ini panjang, tetapi saya minta dikemukakan secara khusus kepada saya jawapan bertulis serta dibentangkan laporan mesyuarat khas ini kepada Ahli Parlimen untuk kita melihat juga kepada apa yang berlaku di kawasan saya. Di Parlimen Dungun juga ada banjir lumpur ini. Itu saya pohon, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat. Kalau kita tengok Peraturan Mesyuarat 24(4), sesuatu pertanyaan tidak boleh dijadikan helah untuk berbahas. Jadi, terus kepada soalan tambahan. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sekejap. Ada. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Peraturan Mesyuarat 36(1). [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya. Peraturan berapa Yang Berhormat Timbalan Menteri? Ya, peraturan ya?

Peraturan Mesyuarat. Saya berhak minta ruling. Itu sangkaan buruk, Peraturan Mesyuarat 36(1). Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sebab itu kita sudah beritahu. Dalam sesi soal jawab lisan, sebenarnya kita concentrate dengan pertanyaan jawab lisan. Janganlah kita sentuh perkara-perkara yang sensitif, yang menyebabkan terpaksa Ahli Parlimen lain mengemukakan peraturan-peraturan mesyuarat. Sebagai ingatan saya, lebih baik kita gunakan peraturan yang sebaik mungkin. Peraturan Mesyuarat 24(4). Jangan gunakan helah untuk berucap, terus kepada soalan. Ini ingatan saya dan saya percaya semua mengambil ingatan selepas ini. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah buat banyak lawatan ke Cameron Highlands. Lebih daripada 40 kali dari tahun 2013 hingga tahun 2014. Saya sudah buat banyak lawatan. Bila saya bincang dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang, bila saya mahu keluar dari tempat itu, Dewan Rakyat punya tempat, bila saya mahu keluar, saya sudah bincang dengan Menteri Besar Pahang bahawa saya akan pergi ke luar negara iaitu Peru dan saya akan sampai dalam tiga empat hari. Menteri Besar Pahang pun sudah bersetuju dengan saya. Hari kemudian, beliau terbang dengan kapal terbang dan juga helikopter dan Menteri Besar Pahang turun ke situ dan Sultan Abu Bakar pun turun ke situ.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Pembetulan. Bukan Sultan Abu Bakar, Sultan Ahmad. Tuanku Sultan Ahmad.

Ya, Tuanku Sultan Ahmad Shah. Baginda turun di situ. Apa yang penting, saya sudah terbang ke Peru dan saya balik dalam tiga empat hari. Oleh sebab itu saya bincang dengan Menteri Besar bahawa dia boleh bincang dengan Sultan Pahang. Sultan Pahang marah saya. Baginda marah saya. Baginda cakap mana baginda boleh datang sini dan itu ini. Oleh sebab itu saya sudah buat banyak lawatan di Cameron Highlands dan kita sudah mula menanam pokok di Cameron Highlands. Banyak bukit diterokai di Cameron Highlands dan kita sudah dapat maklumat daripada kementerian. Kita luluskan RM40 juta untuk bina tebing di Sungai Bertam dan juga RM58 juta untuk bina di Ringlet. Oleh sebab itu kita akan bermula menanam pokok. Sehingga sekarang sudah menanam 6,000 pokok dan kita juga akan tanam rumput-rumput di semua tempat di Cameron Highlands. Ada seorang taiko yang pergi potong bukit. Akan tetapi ramai Cina dia tidak potong bukit, dia tanam sayur juga. Oleh sebab itu ramai orang Cina minta saya perlu kekalkan pekebun-pekebun sayur. Dia mahu 30 ekar hingga 40 ekar. Mereka sudah mula dari 30 tahun hingga 40 tahun tanam di tempat-tempat ini dengan pertanian. Oleh sebab itu saya sudah bincang dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta DO untuk mengekalkan tempat-tempat yang mereka buat pertanian. Sekian, terima kasih.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Tadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat ada menyatakan bahawa antara tindakan kerajaan dalam menangani masalah banjir kilat ini, antaranya adalah melaksanakan projek tebatan banjir Sungai Bertam dan juga Sungai Ringlet dan juga membuat satu kajian komprehensif jangka panjang dalam usaha untuk menangani banjir kilat ini.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya, saya hendak mohon Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan dan juga menjelaskan secara terperinci komponen-komponen projek dan juga status sehingga kini. Apakah status juga yang mengenai kajian komprehensif jangka panjang yang dibuat dan dikaji oleh pihak kementerian? Terima kasih.

Dalam tahun 2014, kita sudah mula membuat kajian di seluruh negara, di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Cameron Highlands pun kita sudah membuat satu kajian. Saya harap kita akan minta dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan satu jumlah yang sangat tinggi untuk kita membina di semua tempat, sungai-sungai, tebing-tebing dan hal-hal lain. Sekian, terima kasih.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Masukkan juga Johor Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Johor pun, kawasan saya pun kawasan banjir juga.

Baik, Johor pun. Ya, ya, Johor, Johor. Muar, Muar. [Ketawa]

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bukan Muar, Parit Sulong. Parit Sulong pun banjir.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri tadi telah menjawab tentang soalan yang berkaitan dengan punca dan kejadian banjir lumpur. Sebelum ini kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa kejadian tersebut, ada menyebut bahawa antaranya ialah punca kerana pencerobohan di kawasan hijau hutan-hutan yang telah pun ditebang dan disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa antaranya ialah kerajaan tidak akan bertolak ansur tentang wujudnya penglibatan rakyat asing daripada Singapura disebut dan juga ada pihak yang menggunakan nama istana dan juga kaitan dengan politik. Jadi tindakan akan diambil. Jadi sejauh mana hasil penyiasatan yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya kementerian Yang Berhormat terhadap penglibatan-penglibatan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih.

Saya ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Parlimen Pokok Sena dan yang penting saya ingat, saya perlu juga pergi ke Kedah sebab banyak tempat di Kedah sudah banjir. Banyak tempat termasuk istana. Oleh sebab itu saya harap pendatang-pendatang asing dari Singapura pun kita perlu jaga mereka. Banyak orang dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia, yang penting kita perlu memberi mereka pun satu kelulusanlah di Jabatan Imigresen. Singapura kita tidak mahu. Akan tetapi Bangladesh, Indonesia dan semua, kita perlu beri mereka satu kelulusan di Jabatan Imigresen sebab ini orang Myanmar pun, mereka sekarang duduk di Cameron Highlands, Rohingya punya orang. Oleh sebab itu saya harap kita boleh dapat satu kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri, Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi Yang Berhormat, mereka duduk itu satu hal. Akan tetapi sudah tentu mereka mendapat kebenaran..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena..

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Daripada pihak berkuasa kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan untuk pembukaan tanah. Jadi ini hal yang harus dilihat sebab kementerian Yang Berhormat tidak bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sekejap Yang Berhormat, sekejap. Ya...

Pembukaan tanah..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri

[Dewan riuh]

Pembukaan tanah di Lesong, dekat Temerloh, dia pun sudah jadi satu punca yang besar you see. Ini bukit. Kita sudah minta Menteri Besar Pahang untuk kekalkan bukit. Kita tidak mahu tanam balik semula ini oil palm dan lain-lain pokok. Akan tetapi di semua tempat, kita sudah tanam oil palm, rubber tree semua. Akan tetapi yang penting, di Janda Baik pun kita sudah panggil ini Bangladesh semua, mereka panjang bukit, dia potong. Di Cameron Highlands pun, mereka potong bukit. Ya, potong bukit, mereka potong bukit. So, ini jadi satu masalah yang terbesar. Dari sekarang, kita sudah menanam pokok 6,000. Dekat-dekat satu juta, kita akan tanam sampai tahun 2020. Sekian, terima kasih.

Mohd Johari bin BaharomUMNO · BNKubang Pasu · question

3. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [Kubang Pasu] minta Menteri Pendidikan menyatakan tentang status PT3 kerana didapati tidak ada angka rasmi dikeluarkan oleh kementerian terhadap pencapaian PT3. Apakah kementerian berpuas hati terhadap pencapaian PT3 dalam konteks Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang telah dilancarkan baru-baru ini. Jika ya, apakah Peperiksaan SPM akan diubah atau ditingkatkan konsep dan modus operandinya ke arah yang lebih tinggi.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu atas soalan berkaitan dengan Pentaksiran Tingkatan 3. Tuan Yang di-Pertua, Pentaksiran Tingkat 3 telah mula dilaksanakan pada tahun 2014 dan merupakan komponen Pentaksiran Pusat yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah ataupun PBS. PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna, PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Melalui PT3, pelajar diuji dengan soalan berasaskan KBAT dan berfikir di luar kotak sebagai persediaan asas ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Pelaksanaan ini adalah selari dengan anjakan pertama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat analisis terhadap pencapaian calon bagi PT3 tahun 2014. Prestasi Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kertas peperiksaan PT3 juga telah diteliti dan penambahbaikan akan dilakukan terhadap persembahan item yang melibatkan penggunaan stimulus secara ekstensif dalam konteks baharu dan menjana kemahiran inference dan penaakulan kritikal. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bentuk peperiksaan PT3 dan PMR adalah berbeza. Oleh itu data PT3 tahun 2014 perlu dilihat sebagai data baharu dan tidak wajar dibandingkan dengan data PMR sebelum ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pula, sistem peperiksaan tidak berubah. SPM telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Cambridge International Examinations United Kingdom, New Zealand Qualifications Authority New Zealand dan London Chamber of Commerce & Industry United Kingdom. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan saya itu. Saya tidak mempertikaikan soal tujuan pelaksanaan PT3 ini. Akan tetapi saya nampak cara pelaksanaan itu yang ada mempunyai masalah. Seperti biasa, saya tengok Kementerian Pelajaran, yang lepas kita PBS. PBS pun dibuat secara tergesa-gesa dan akhir sekali terpaksa dikaji semula dan dibuat berbagai-bagai pindaan. Saya lihat bahawa kementerian tidak membuat satu kajian yang menyeluruh atau kita jangka apakah masalah yang akan dihadapi. Kita tengok soal peperiksaan. Soalan- soalan ini diberi kepada sekolah lebih awal. Selepas itu penyeliaan soalan ini dibuat oleh sekolah yang berkenaan, selepas itu diperiksa pula oleh guru-guru yang berkenaan di sekolah yang sama. Ini menyebabkan kita tengok akhir-akhir ini, selepas itu keputusan peperiksaan bagi sesetengah sekolah itu mendapat keputusan yang luar biasa. Pelajar- pelajarnya mendapat ‘A’ kerana guru-guru telah lihat soalan itu dan mereka telah membuat kelas tuisyen dan sebagainya untuk memastikan anak-anak atau pelajar-pelajar mereka lulus. Jadi saya hendak tanya di sini, apakah tindakan yang akan diambil? Apakah kepada sekolah-sekolah yang berkenaan, kepada guru-guru yang berkenaan yang telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar mereka sebelum peperiksaan ini dibuat.

Jadi, kerana benda-benda ini mengecewakan ramai ibu bapa dan ia tidak mencerminkan keputusan yang sebenarnya pencapaian budak. Kalau kita hendak lihat kata ia satu perkara yang baik, memanglah satu perkara yang tidak baik. Saya sepatutnya, kementerian membuat pilot project kepada beberapa sekolah tetapi seluruh dibuat, dilaksanakan dan hari ini menimbulkan banyak masalah kepada ibu bapa dan juga kepada sekolah-sekolah yang berkenaan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Kubang Pasu, saya ingin mengalu-alukan

pelajar-pelajar daripada SMK Agama Al-Irshad yang sudi hadir ke Parlimen menyaksikan persidangan pada hari ini. [Tepuk] Yang Berhormat Kubang Pasu, saya mengucapkan terima kasih kerana membangkitkan beberapa perkara yang amat penting dan relevan, yang mana saya akan memberikan penjelasan secara sedikit, tidak akan mengambil masa yang lama. Bab tergesa-gesa sebenarnya tidak wujud dalam aspek PT3 ini kerana kita memberi penekanan dalam aspek KBAT. Aspek KBAT ini telah kita masukkan dalam PDP untuk pelajar-pelajar di Tingkatan 1 pada tahun 2012. Maksudnya apabila pelajar Tingkatan 1 pada 2012 melangkah ke Tingkatan 3 tahun 2014, mereka telah pun bersedia menghadapi peperiksaan PT3 dan unsur-unsur KBAT. Aspek yang ditimbulkan mengenai ketidakselesaan ibu bapa dengan cara pemarkahan, guru-guru membuat soalan itu dan sebagainya. Sebenarnya Yang Berhormat, apabila kita memberi kuasa untuk guru-guru memeriksa kertas soalan, ini memberi satu pengiktirafan dan kepercayaan kepada guru-guru untuk membuat pentaksiran sendiri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun pada awalnya ada keresahan, kepercayaan guru-guru terhadap sistem pemarkahan ini, namun apabila kita melihat angka lebih 400,000 orang pelajar menduduki peperiksaan PT3 ini dan kita dapati jumlah pelajar yang mohon semak kembali untuk peperiksaan sekiranya mereka tidak puas hati adalah amat kurang, hanya sampai lebih kurang tiga ribu orang pelajar sahaja. Ini menunjukkan 99% orang pelajar dan juga ibu bapa menerima cara pemarkahan guru ini. Ini hakikat. Akan tetapi daripada aspek penambahbaikan, saya setuju. Kementerian Pendidikan akan sentiasa mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk menambahbaikkan sistem. Contoh di antara aspek-aspek yang kita telah laksanakan untuk penambahbaikan adalah penghasilan buku exemplar KBAT bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah. Kita juga akan memantapkan lagi dokumen pentadbiran dan penjaminan kualiti. Kita juga telah menyediakan modul latihan pemeriksaan skrip dan kita akan teruskan dan menambahbaikkan latihan guru dalam pembinaan item KBAT. Ini di antara cara-cara yang mana kita hendak menambahbaikkan. Kita akan menguasai lagi, kita meneliti lagi kerana kita dapati aspek KBAT ini akan membina seorang pelajar secara holistik dan mempunyai peluang yang lebih baik apabila mereka menjangkau dalam peperiksaan SPM dan selepas itu. Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Berkenaan dengan PT3 ini, kenapa kementerian tidak membuat satu kajian rintis terhadap pelaksanaan ini? Ini kerana kita melihat apabila pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 digunakan mengenai konsep PBS, tiba-tiba dalam pertengahan tahun apabila mendapat komen, ini maklumat yang sampai kepada saya daripada ibu bapa, kerana tidak ada peperiksaan menyebabkan anak-anak mereka tidak mahu belajar, asyik bersosial dan sebagainya. Akhirnya guru-guru diarahkan untuk melaksanakan balik peperiksaan untuk PT3 dan akhirnya menimbulkan kekeliruan dan bebanan kepada guru- guru yang mengajar di kelas Tingkatan 3. Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Aspek yang mana Yang Berhormat Bukit Gantang bangkitkan tadi rintis ini agak sukar dalam aspek peperiksaan umum seumpama ini. Bagaimana kita hendak mengadakan peperiksaan rintis hanya untuk beberapa buah sekolah, yang sekolah lain mengadakan peperiksaan yang berbeza, tidak boleh. Modul ataupun instrumen peperiksaan PT3 ini berbeza. Apabila PMR dilaksanakan, kebanyakan mata pelajaran menggunakan cara objektif tetapi apabila PT3 dilaksanakan, unsur objektif ini dikeluarkan. Contoh bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi, mereka menggunakan pelbagai instrumen, membuat kajian dan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah dan Geografi meningkat, di antara pencapaian yang hebat. Contoh, pelajar-pelajar yang lulus mata pelajaran Sejarah berjumlah 88%, pelajar-pelajar yang lulus Geografi 88.6% menggunakan instrumen baru, instrumen membuat kajian. Dari segi, kita juga telah menambah menggunakan ujian lisan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan peperiksaan ujian bertulis pada mata-mata pelajaran yang lain. Maka kita sedar PT3 ini tahun pertama, tahun ini pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan ini kali yang kedua. Kita melihat ada isu-isu yang kita harus membetulkan dan kemaskan lagi. Itulah yang sedang kita lakukan. Walau bagaimanapun, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk mewujudkan pelajar-pelajar yang holistik seperti mana yang kita katakan tadi. Apabila kita katakan pelajar-pelajar holistik dari segi jasmani, emosi,

rohani dan juga intelek, semua ini termasuk dalam sistem pendidikan dan KBAT membantu mengukuhkan sistem ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Stephen Wong Tien FattDAP · PHSandakan · question

4. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan rancangan kementerian sama ada bersedia membeli mesin radioterapi bagi perkhidmatan di Hospital Awam Sandakan untuk kebaikan rakyat Sandakan dan pantai Timur Sabah memandangkan Hospital Kota Kinabalu telah mempunyai sekurang- kurangnya dua mesin tersebut.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini ialah berkenaan dengan Hospital Awam Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Awam Sandakan ialah sebuah hospital pakar major yang mempunyai sepuluh kepakaran. Pihak Kementerian KKM masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk menempatkan mesin LINAC di hospital ini oleh kerana keperluannya belum mendesak lagi. Setakat ini mengikut statistik yang ada, di Sabah ada lebih kurang lima ribu kes kanser tetapi yang memerlukan radioterapi cuma empat ratus dan daripada Sandakan cuma 15 kes hingga. Jadi, ini satu angka yang rendah. Walau bagaimanapun, kita sedang berusaha meningkatkan kapasiti di Hospital Likas di mana sekarang ini terdapat satu buah mesin LINAC di Likas dan kita berusaha pada penghujung tahun ini. Jadi bila ada dua mesin ini, maka waiting time dengan izin, yang sekarang ini tiga hingga lapan minggu akan dapat dikurangkan kepada setengah, bermakna sudah ada dua buah mesin. Kita sedang berusaha untuk memperbaiki satu buah mesin LINAC yang ada di Queen E II yang dulunya di hospital swasta. Kita beli semua sekali dan mesin ini kita sedang buat maintenance. Bila beroperasi, maknanya Sabah sudah ada tiga buah mesin. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, apabila Hospital Likas beroperasi untuk radioterapi ini, tidak ada lagi kes yang dirujuk ke Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kes yang di Sandakan, jadi namanya hospital pakar tetapi macam tidak pakar sebab ini bukan sahaja untuk orang- orang Sandakan tetapi di seluruh Pantai Timur. Kita harap ada satu mesin radioterapi ini untuk menjaga atau mengubati, merawat orang-orang di Pantai Timur.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, soalan.

Jadi saya mahu tanya kementerian, apakah terdapat rancangan untuk membina satu onkologi punya centre. Mengikut Menteri kita, dia kata Sabah sepatutnya kita mahu baru sembilan unit mesin radioterapi tetapi sekarang kita sekurang-kurangnya baru ada dua, tiga pun tidak tahu mana. Kita harap di Sandakan boleh dapat untuk satu yang pantai timur untuk kita punya pesakit.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut perancangan Kementerian Kesihatan, kita akan wujudkan ikut zon iaitu zon utara, zon tengah, zon selatan, Sabah dan Sarawak. Jadi ada lima buah zon. Di Pantai Timur kita sedang berusaha untuk mengadakan satu lagi. Di Pantai Timur Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, setakat yang saya sebut tadi, keperluan belum lagi mendesak oleh kerana kes di Sabah 5,000 kes setahun kes kanser dan yang perlu rawatan radioterapi hanya 400. Sekarang ini Likas menjalankan tugasnya dengan baik. Waiting time tiga minggu hingga lapan minggu dan bila satu lagi mesin diadakan, waiting time itu dapat dikurangkan kepada setengah. Saya sebut juga tadi bahawa di Hospital Queen Elizabeth iaitu hospital yang kita beli secara total daripada pihak swasta, ada mesin satu yang sedang kita perbaiki. Tuan Yang di-Pertua, kos untuk hendak bina pusat radioterapi begini kosnya tinggi. Dia perlukan sebuah bangunan khas. Dia kena ada bunker, dia kena ada lead wall dan sebagainya. Kosnya amat tinggi dan mesin ini bukan hanya LINAC sahaja. Bila hendak bina satu lagi pusat ini, dia kena ada supporting machine yang perlu. Saya sebut di sini Tuan Yang di-Pertua. Mesin LINAC berharga RM17 juta hingga RM18 juta; treatment planning system RM800,000; stereotactic radiosurgery system RM3.5

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

juta; CT simulator RM3 juta; CT Scan RM2 juta; gamma camera RM3 juta; HDR brachytherapy, ini high density radiotherapy RM2.5 juta. Ini pun sudah RM32 juta. Tambah dengan bangunan baru, jadi kosnya amat tinggi. Kalau ikut unjuran kita memang belum ada keperluan lagi, tetapi insya-Allah, pada masa akan datang kalau ada keperluan yang mendesak, kita akan pertimbangkan Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Majlis Kanser Nasional memberi maklumat kematian 30,000 orang setahun kerana kanser dan dianggarkan 90,000 hingga 100,000 rakyat menghidap kanser pada tahun 2014. Saya ingin bertanya, apakah peratusan kes-kes kanser di negeri di Malaysia terutamanya Sabah dan saya ingin bertanya berapakah mesin radioterapi dan pakar onkologi ditempatkan di negeri-negeri yang paling banyak kes kanser? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh jawab secara bertulis ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau tidak ada fakta.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Saya sebutkan tadi tentang jumlah kes kanser di Sabah lebih kurang 5,000, yang perlu kemoterapi lebih kurang 4,600, yang 400 lagi kena radioterapi. Angka-angka di peringkat negeri saya tidak ada sekarang Tuan Yang di-Pertua, tetapi boleh saya berikan kemudian. Bilangan pakar mengikut disiplin Tuan Yang di-Pertua, tentang radioterapi dan onkologi dan perubatan nuklear. Di Pulau Pinang ada dua untuk radioterapi dan onkologi dan tiga orang pakar perubatan nuklear. Di Kuala Lumpur ada tujuh orang pakar radioterapi dan tujuh orang pakar perubatan nuklear. Institut Kanser Negara ada lima orang pakar radioterapi dan onkologi dan empat perubatan nuklear. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru ada lapan radioterapi. Di Hospital Kuching ada empat radiotherapist dan dua perubatan nuklear. Di Hospital Likas ada tiga radiotherapist dan tidak ada pakar nuklear. Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu ada seorang pakar perubatan nuklear dan Hospital Sultanah Aminah ada seorang pakar perubatan nuklear. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Shaharuddin bin IsmailUMNO · BNKangar · question

5. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana perspektif bahawa pasaran dijangka memberi tindak balas yang sepadan dengan harga rumah, selari dengan harga projek perumahan PR1MA yang puratanya 25 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Nyatakan sama ada harga rumah PRIMA mampu menjadi penanda aras kepada projek swasta.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Kangar, seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, tunjang utama penubuhan PR1MA adalah untuk menyediakan perumahan yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar dan pinggiran bandar. Golongan ini telah dikenal pasti menghadapi dilema untuk memiliki kediaman sendiri atas faktor kemampuan akibat kos sara hidup yang meningkat berbanding harga rumah yang tinggi di pasaran tempatan. Penubuhan PR1MA merupakan perantara suara kerajaan dalam menzahirkan harapan supaya pemaju swasta dapat mengikut langkahnya menyediakan rumah pada harga mampu milik tanpa mengetepikan kualiti dan juga keselesaan. Oleh yang demikian, dalam menyelesaikan dilema golongan ini, PR1MA telah menyasarkan untuk menyediakan rumah dengan harga sekurang-kurangnya 20% lebih rendah dari harga pasaran. Penanda aras ini menjadi rujukan penetapan harga bagi rumah PR1MA di sesuatu kawasan dengan spesifikasi yang sama. Dengan rumah pada harga kompetitif ini diharap dapat mendorong pemaju swasta agar lebih berdaya saing untuk menyediakan perumahan mampu milik yang menepati permintaan pasaran semasa. Sesungguhnya PRIMA amat menggalakkan pemaju swasta untuk menandingi tanda aras yang lebih disasarkan demi manfaat rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu tadi. Saya ingin menyentuh status PR1MA di negeri Perlis. Sebelum PRU Ketiga Belas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan 10,000 buah rumah PR1MA akan dibina di negeri Perlis tetapi yang menjadi persoalannya, pembinaan PR1MA di Perlis terlalu perlahan. Kita sudah sampai separuh daripada perjalanan untuk penggal ini tetapi sehingga sekarang PR1MA belum nampak lagi di Perlis. Berapa ramai orang yang telah memiliki PR1MA pun tidak dapat dipastikan. Jadi, bagaimana hendak mencapai sasaran 10,000 buah PR1MA di Perlis.

Soalan tambahan saya, apakah sebab-sebab utama pembinaan PR1MA terlalu perlahan di negeri Perlis?

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kelulusan PR1MA ini didasarkan kepada permohonan perhubungan masa itu yang mana Yang Berhormat Rompin pun ada sama, dan pada dasarnya memang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan 10,000 unit di negeri Perlis iaitu 4,000 unit di Arau, 3,000 unit di Kangar dan 3,000 unit di Padang Besar. Sehingga kini, Lembaga Perbadanan PR1MA telah meluluskan 3,956 unit untuk dibina di negeri Perlis dan ini melibatkan Parlimen Kangar dan juga Padang Besar dan yang paling banyak ialah di Parlimen Kangar. Parlimen Arau belum membuat apa-apa permohonan lagi. Saya ingat saya sebagai Ahli Parlimen Arau tidak ada masalah sebab permohonan itu akan dihantar dalam masa yang terdekat dan mencapai tahap 4,000 unit sebagaimana yang dipohonkan. Kenapakah di Perlis perlahan? Jawapannya ialah sebab kerajaan negeri perlahan. Kalau kerajaan negeri laju, kita laju. Ini kerana di pihak PR1MA, setelah diluluskan pembinaan oleh lembaga pengarah, sekarang terpulang kepada kerajaan negeri. Ada kerajaan negeri yang memberi laluan yang begitu cepat. Ada kerajaan negeri yang mengikut proses business as usual dengan izin, membiarkan perkara itu berlalu dalam proses biasa. Saya bagi contoh Kerajaan Negeri Sembilan memberi laluan cepat untuk pembinaan PR1MA yang kita menghadapi masalah baru-baru ini dan dia telah membuat laluan yang tepat dengan mensyaratkan supaya perkara-perkara tertentu diselesaikan dalam tempoh tertentu.

Jadi perkara ini terpulang kepada kerajaan negeri. Kalau sekiranya ditanya perlahan, perlahan. Sekarang ini bukan lagi di pihak PR1MA tetapi di pihak berkuasa negeri.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena dua kali.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh, tidak apa. Tidak ada sesiapa.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiada yang bangun. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak hendak beri saya? Tidak ada orang bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa....

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kelulusan di - Yang Berhormat Parit Sulong pasal apa ‘dok’ di sini. Patut kena balik ke Johor. Ini tidak menghormati Sultan Johor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi bahawa kelulusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Yang Berhormat Arau dapat 4,000. Lebih dari kawasan lainlah, lebih dari Kangar, lebih dari Padang Besar. Yang Berhormat Arau dapat 4,000. Saya pun tidak tahu pasal macam mana boleh Yang Berhormat Arau dapat 4,000, tetapi disebut tadi bahawa kenapa perlahan itu kerana kerajaan negeri perlahan. Saya agak terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan negeri daripada Barisan Nasional yang slow, yang perlahan untuk melihat kepada persoalan-persoalan yang sangat penting dan juga perlahan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau perlahan, sehingga sekarang ini pun di kawasan Arau itu pun tidak, baru hendak mulakan proses permohonan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, soalan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu saya hendak minta penjelasan, apakah dakwaan tersebut yang menyatakan kerajaan negeri perlahan sehingga Kerajaan Pusat sepatutnya, Perdana Menteri boleh panggil Menteri Besar untuk berikan satu penegasan supaya mereka lebih laju untuk memastikan proses itu dapat dipercepatkan. Jadi tidak adalah perlu Yang Berhormat Menteri datang ke Dewan ini beritahu bahawa kerajaan negeri perlahan.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi orang akan tafsir seolah-olah Yang Berhormat Menteri dengan kerajaan negeri ini ada masalah. Saya tidak mahu benda itu dilihat kepada Yang Berhormat Menteri sebab saya lihat bahawa Yang Berhormat Menteri seorang yang sangat hebat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Pokok Sena sangat laju.

Yang Berhormat Pokok Sena tidak berjaya memerangkap saya. Walaupun niatnya saya tahu ia bertujuan tertentu, tetapi secara rasminya saya hendak beritahu bahawa kalau kita ikut proses biasa, proses biasa kerajaan negeri ini terpulang kepada tafsiran masing-masing. Proses biasanya permohonan untuk mendapatkan title, tempoh biasanya ialah tiga bulan. Jadi ini proses biasa tetapi untuk membolehkan PR1MA dilaksanakan, ia kena ikut proses yang luar biasa. Macam contoh banjir, banjir biasa macam ini kita buat tetapi kalau banjir luar biasa, kita buat dengan proses biasa, ia jadi lambatlah. Jadi kelambatan ini kerana kita mengikut proses biasa. Akan tetapi PR1MA telah memberi kelulusan yang agak tinggi kepada Perlis sekarang. Jadi minta supaya- bukan saya minta, PR1MA sedang berusaha dengan kerajaan negeri supaya mengikut proses luar biasa, mempercepatkan tempoh itu yang boleh dipercepatkan. Dulu semasa saya jadi Menteri Besar, saya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang ingin membina hotel di Perlis, diberi tanah dalam tempoh 24 jam dan ada satu orang pemaju datang, saya beri dalam 24 jam, saya bagi. Pukul 10 pagi dia datang, pukul 10 malam saya keluar...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nampaknya kena tukar Menteri Besar, saya ingat. Kena tukar Menteri Besar. Slow sebab contoh Menteri Besar zaman dulu itu cepat. [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, janganlah macam ini. Saya terpaksa berhentikan Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Saya kata ini adalah proses biasa, ya. Makna kata kita boleh percepatkan proses ini dan Pengerusi PR1MA sendiri yang pergi ke semua negeri untuk membolehkan proses luar biasa diperkenalkan. Sebab kalau ia proses yang biasa, ia berlaku macam itu saja dan PR1MA tidak boleh dibina dalam jumlah yang begitu besar jikalau sekiranya proses biasa diambil, diterima pakai oleh sesetengah negeri. Sesetengah negeri ini telah mengambil pendekatan luar biasa. Contohnya macam perumahan PR1MA di Seremban. Kita terpaksa ambil proses luar biasa. Kalau tidak, ia lambat dan proses tersebut menyebabkan PR1MA telah memulakan pembinaan rumah di Seremban.

Jadi demikian juga negeri-negeri yang lain. Kita minta supaya negeri-negeri mengambil ingatan tentang perkara ini dan semua negeri ini, kalau sekiranya Menteri Besar sendiri yang menggerakkan, tiada masalah termasuk juga Kelantan. Kalau sekiranya Menteri Besar menggerakkan, tidak ada masalah tetapi kalau di peringkat pegawai, dia tidak salah sebab ini proses biasa. Jadi proses ini bukanlah...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya, macam juga Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya, termasuk Selangor ya. Jadi banyak proses. Macam di Selangor itu banyak proses yang biasa kadang-kadang tidak diluarbiasakan, menyebabkan kita ada masalah dalam pelbagai perkara. Jadi jangan melihat Perlis sebagai sesuatu yang kurang, banyak negeri yang lain kurang. Di Selangor kurang, masalah air yang sepatutnya selesai, belum selesai. Ini macam-macamlah kekurangan. [Disampuk] Di Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maksud Yang Berhormat Menteri itu, negeri ‘besaq kelemboi’ saja boleh lembap, kira lemahlah bukan? ‘Besaq kelemboi’, kecil saja. [Ketawa]

36(6). Dia menghina negeri Perlis. Saya minta dia tarik balik. Dia menghina rakyat Perlis.

Ya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, ini jawapan kepada soalan tambahan. Akan tetapi saya hendak beritahu, selepas ini Pengerusi PR1MA sendiri dan Menteri PR1MA akan menggerakkan supaya projek di Perlis mendahului negeri-negeri yang lain. Terima kasih.

G. Manivannan a/l GowindasamyPKR · PRKapar · question

6. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan senarai semua syarikat pemegang Lesen Import (AP) Terbuka bagi semua jenis kenderaan (termasuk motosikal dan kenderaan komersial) yang diimport sebagai Completely Built-Up Unit (CBU) dan Completely Knocked Down (CKD). Apakah dasar kerajaan berhubung pemberian AP Terbuka bagi sektor ini dan adakah dasar ini akan dimansuhkan pada akhir tahun ini.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dasar semasa pengimportan secara CBU dan CKD ke dalam negara masih lagi kekal seperti berikut: 1) pengimportan kereta dan motosikal secara pasang siap CBU bagi tujuan komersial hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis kereta dan motosikal sahaja, tidak meliputi kenderaan perdagangan. Import CBU dibenarkan kepada syarikat yang telah diluluskan sebagai syarikat pemegang AP francais bagi pengimportan CBU baru dan syarikat pemegang AP terbuka bagi pengimportan CBU terpakai berumur satu hingga lima tahun. Kelulusan sebagai pemegang AP francais tertakluk kepada dasar seperti berikut iaitu: (a) pengambilalihan francais daripada syarikat pemegang francais jenama sedia ada; (b) AP francais kereta bagi jenama baru boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) mematuhi syarat-syarat kelulusan AP francais iaitu antaranya pemilikan sebanyak 70% pemegang saham oleh bumiputera dan 30% lagi oleh bukan bumiputera; (ii) mempunyai perjanjian francais eksklusif yang sah dengan syarikat prinsipal; (iii) pengimportan hendaklah dibuat secara terus dari syarikat prinsipal ataupun negara pengeluar; dan

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri · Ledang

(iv) pematuhan kepada syarat spesifikasi kenderaan seperti berikut:  bagi enjin 1800cc atau setara untuk kereta dan 250cc untuk motosikal. Harga jualan atas jalan melebihi RM250,000 untuk kereta dan bukan kenderaan tune up.  bagi AP Terbuka pula, tiada lagi kelulusan kepada mana-mana syarikat baru.  import kenderaan CBU secara one-off untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kajian prapemasangan juga dibenarkan untuk semua jenis kenderaan kepada syarikat-syarikat yang telah diluluskan.  lesen pengilang untuk menjalankan aktiviti pengeluaran dan pemasang kenderaan bagi membantu syarikat menjalankan R&D dan kajian prapemasangan sebelum operasi pemasangan tempatan secara CKD sebenar dijalankan. Contoh jenama Volkswagen. (2) pengimportan kenderaan secara CKD dibenarkan untuk semua jenis kenderaan kepada syarikat-syarikat yang telah diluluskan lesen pengilang dan kelulusan model untuk menjalankan aktiviti pengeluaran dan pemasangan kenderaan tempatan secara CKD. Contoh Nissan, Mercedez-Benz, Volvo, Volkswagen, Honda, Toyota dan sebagainya. Jumlah syarikat yang telah luluskan lesen AP bagi tahun 2014 berdasarkan kepada dasar-dasar yang saya sebut tadi adalah terlalu banyak. Saya cuma sebut sebahagian saja. Sebanyak 22 syarikat AP francais kereta, 14 buah syarikat AP francais motosikal, 100 buah syarikat AP terbuka kereta, 67 buah syarikat AP terbuka motosikal. Bagi kenderaan CBU secara one-off untuk tujuan R&D dan kajian, 26 buah syarikat untuk kereta, 10 buah syarikat untuk motosikal, 11 buah syarikat untuk perdagangan. Akhirnya bagi CKD, syarikat-syarikat yang telah diluluskan dan kelulusan model pula sebanyak 45 buah syarikat diluluskan untuk mengimport kereta CKD, 15 buah syarikat untuk motosikal dan 45 buah syarikat untuk kenderaan perdagangan.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri · Ledang

Tentang dasar kerajaan untuk pemberian AP terbuka, kajian telah pun di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan tidak lama lagi akan dibawa ke Majlis Ekonomi ataupun Economic Council. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nampak ada teks jawapan, kalau boleh beri saya teks jawapan sebab ada data-data terperinci. Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah mengapa tidak memberikan pengimport ini kepada pembida atau dengan izin, the bidders yang menawarkan harga tertinggi supaya dana Kerajaan Persekutuan yang dikumpulkan ini dapat digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam dan mengurangkan beban GST yang dihadapi oleh rakyat. Tambahan lagi satu Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga mencadangkan bahawa lebih baik dasar pemberian lesen import AP ini dimansuhkan. Jika kerajaan bercadang untuk enggan memansuhkan, apakah rasional untuk mengekalkan lesen AP ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak. Maknanya sebab itulah kerajaan telah pun melantik konsultan untuk menjalankan kajian secara menyeluruh dan komprehensif. Ini termasuklah cadangan- cadangan sama ada perlu di tender, perlu dihapuskan, perlu diteruskan dan mengambil kira semua perkara termasuklah kepentingan Bumiputera seperti yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuma sedikit sahaja soalan saya. Adakah AP untuk kenderaan seperti limousin, kenderaan pengangkutan masih diteruskan? Terima kasih.

Ada dua sektor, kenderaan biasa dengan kenderaan luar biasa. Ada pertimbangan-pertimbangan khusus untuk tujuan tertentu. Tadi saya sebut sama ada untuk penyelidikan, untuk pemasangan dan sebagainya. Pertimbangan boleh dibuat daripada semasa ke semasa tetapi bagi kenderaan perdagangan tadi, pengangkutan...

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Contoh pengangkutanlah, limousin, hotel dan juga pelancongan, kereta sewa yang daripada pelancongan masih diteruskan atau tidak? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, itu adalah berdasarkan kepada pertimbangan khusus bergantung kepada aktiviti khusus seperti yang saya sebutkan tadi misalnya pelancongan, misalnya sesuatu majlis besar, program tertentu termasuklah aktiviti-aktiviti yang agak unik yang mungkin boleh diadakan di Padang Besar. Sekian, terima kasih.

Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah · question

7. Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementerian akan mengharamkan penggunaan tayar celup memandangkan serpihan tayar jenis itu sering dilihat di atas lebuh raya sehingga menimbulkan kebimbangan tentang risiko keselamatan terhadap pemandu kenderaan yang lain.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan perangkaan kemalangan jalan raya Malaysia tahun 2013 yang diterbitkan oleh Polis Diraja Malaysia, kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah tayar celup sebanyak lapan kes daripada 30,458 kes kemalangan iaitu dengan peratusan 0.03%. Maka dengan itu, kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan tayar celup memandangkan ia selamat digunakan berdasarkan piawaian ataupun standard yang ditetapkan dengan Malaysian Standard 224 iaitu specification for retreading of pneumatic rubber tyres for passenger car and commercial vehicle. Kemudian kedua, peraturan United Nations R108 retreaded pneumatic tyres dan yang ketiga, peraturan United Nations R109 retreaded pneumatic tyres for commercial vehicle. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian ilmiah di peringkat antarabangsa, tayar celup selamat digunakan oleh semua kenderaan kerana ia setanding dengan tayar pneumatic baru. Tambahan pula, kajian mendapati tayar celup dapat menjimatkan kos pembuatan tayar sebanyak 30% berbanding pembuatan tayar pneumatic yang baru. Selain itu, penggunaan tayar celup juga dapat membantu mengurangkan jumlah tayar terpakai dengan memulihkan tayar terpakai tersebut menjadi tayar celup sekali gus menyumbang kepada peningkatan penggunaan mesra alam. Di Malaysia ujian ketahanan tayar celup dilakukan oleh Lembaga Getah Malaysia berdasarkan peraturan yang telah dikuatkuasakan. Tuan Yang di-Pertua, isu serpihan tayar celup yang tertinggal di jalan-jalan raya adalah berpunca daripada kaedah penggunaan dan penyelenggaraan tayar yang tidak dilakukan secara baik dan teratur oleh pemilik-pemilik kenderaan ataupun pemandu lori berkenaan. Selain itu, pembawaan muatan secara berlebihan ataupun overloading dengan izin, juga boleh menyebabkan berlaku kerosakan terhadap tayar tersebut. Sehubungan dengan itu, aktiviti penguatkuasaan overloading sentiasa dijalankan daripada semasa ke semasa bagi menangani masalah ini selain pemilik dan pemandu lori dinasihati untuk mengoperasikan dan menyelenggarakan tayar tersebut secara teratur. Terima kasih.

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan soalan saya, Nombor 7. Soalan tambahan saya ialah kita memang mahu mengelakkan kemalangan dari berlaku. Namun dari semasa ke semasa, kemalangan tetap berlaku juga akibat tindakan pemandu kenderaan berat meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan yang saya lihat semakin hari semakin meningkat. Apa usaha akan dilakukan oleh kementerian bagi mengatasi masalah ini dan adakah kementerian bercadang mewujudkan peraturan yang menetapkan sesebuah

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

kenderaan berat yang rosak di pinggir jalan atau lebuh raya ditunda dalam tempoh tertentu? Contohnya diberi masa dua jam untuk berbuat demikian bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Pada pandangan sayalah, perlu ada satu grace period dengan izin, atau tempoh masa kenderaan berat yang rosak ataupun sengaja mereka parking kalau mereka tahu ada operasi di depan. Ada tonto beritahu, jadi mereka sengaja parking di tepi-tepi bahu jalan. Ini amat penting bagi mengelakkan kemalangan khususnya kemalangan maut yang kerap kita dengar. Selalu kita dengar kes-kes terlanggar kenderaan-kenderaan berat yang terletak, yang tersadai di tepi jalan ini khususnya berlaku waktu malam. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kenderaan rosak di lebuh raya dan diletakkan di bahu jalan memang sudah ada SOP oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dan ini telah ditetapkan untuk dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. Memang dalam SOP ini memang telah ditetapkan setiap kenderaan yang tidak bergerak ataupun statik di tepi lebuh raya disarankan untuk dialih dalam tempoh dua jam. Selain itu, kenderaan-kenderaan berat juga, bukan sahaja kenderaan berat, semua kenderaan telah dikehendaki membawa segi tiga keselamatan dengan pemantul dan ia mesti diletakkan 50 meter di belakang sesuatu kenderaan untuk memastikan kenderaan- kenderaan yang menggunakan dapat melihat, dapat membuat amaran bahawa ada kenderaan yang berhenti di tepi jalan lebuh raya tersebut.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Jadi memang telah ada prosedur-prosedur ini dan pihak syarikat konsesi akan membuat tindakan mengalihkan kenderaan-kenderaan di tepi lebuh raya untuk ke tempat yang lebih selamat sama ada di R&R ataupun di lay-by. Terima kasih.

Selamat pagi, good morning dan ‘kopivosian’ (greetings in Kadazan). Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya pergi ke soalan saya Tuan Yang di-Pertua dengan izin, I wish to welcome our guest daripada Parlimen Klang di sini yang duduk di atas. [Tepuk]

Ignatius Dorell Leiking (Darell Leiking)WARISANPenampang · question

8. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta Perdana Menteri menyatakan jika benar peruntukan yang dahulunya sering diberikan kepada wakil Parlimen Penampang tidak lagi pada masa kini disalurkan kepada Wakil Parlimen Penampang semenjak Wakil Parlimen Barisan Nasional ditewaskan pada PRU-13 dan sekiranya Peruntukan Parlimen ini masih wujud, kepada siapakah Peruntukan Parlimen Penampang tersebut disalurkan.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab saya juga hendak ucap takziah kepada Yang Berhormat Bintulu kerana ibunya telah meninggal dunia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan khas untuk kawasan Parlimen bagi setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai projek ataupun program di setiap kawasan berkenaan. Ini termasuklah kawasan Penampang di Sabah. Pengurusan peruntukan dan pelaksanaan projek ataupun program di kawasan Penampang di bawah peruntukan ini diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah berdasarkan kepada garis panduan dan peraturan semasa yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada masa ini di daerah Penampang dan daerah- daerah lain berdekatan dengan Penampang ada banyak kes denggi dan juga kekurangan air di beberapa tempat di Penampang. Dari itu, peruntukan ini amat diperlukan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah jikalau peruntukan ini diberikan khas kepada daerah Penampang, bolehkah senaraikan kepada siapa jabatan ataupun agensi di mana dalam saat tahun lepas hingga ke hari ini dan berapa peruntukan sudah disalurkan kepada agensi tersebut ataupun badan-badan tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai panduan kepada Yang Berhormat Penampang. Pada tahun 2013, kita telah meluluskan peruntukannya ada RM500,000 tetapi peruntukan yang kita luluskan ialah bantuan

kebajikan dan kecemasan - 1, sistem saliran dan pengairan - 3, program sosial masyarakat - 15. Kemudian pada tahun 2014, projek keagamaan ada 2, bantuan kebajikan dan kecemasan - 1, sistem saliran dan pengairan - 1, program sosial masyarakat - 2, infrastruktur kecil - 7, peralatan dan kecekapan - 2. Jadi jumlahnya 15 dan jumlah peruntukan ialah RM500,000. Pada tahun ini, peruntukan 2015 belum ada apa-apa permohonan. Kalau Yang Berhormat dengar saya baca tadi tentang bantuan yang telah dipohon iaitu berhubung dengan denggi ini, saya percaya sudah tentu ada hubung kait dengan kebajikan dan kecemasan serta mungkin juga saliran dan pengairan ataupun program sosial masyarakat. Ini boleh dipohon melalui saluran-saluran yang telah saya sebutkan iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah. Yang Berhormat dan sesiapa sahaja, terutamanya pemimpin masyarakat boleh berjumpa dengan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah. Kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. [Beberapa Ahli Yang Berhormat bangun]

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang saya hormati. Jawapan Yang Berhormat Menteri memang padat sebab apa yang kita tahu kawasan Penampang ini, Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk mempertahankan oleh kerana sentimen-sentimen yang telah dibawakan wakil rakyat yang telah mengelirukan rakyat supaya mengundi anak buah saya daripada pihak pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, soalan.

Soalannya Tuan Yang di-Pertua, Daerah Penampang dan Daerah Putatan ini memang Daerah Kota Kinabalu pun sama. Jadi pada tahun lepas, saya pernah berhubung dengan Menteri sendiri soal mangsa-mangsa banjir yang di mana banyak kumpulan NGO membantu mangsa-mangsa banjir termasuk juga barisan golongan parti-parti politik. Saya dengar juga ada juga bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor RM50,000 kononnya tetapi apa yang saya dengar daripada pengundi-pengundi di kawasan Penampang, tidak dapat menerima. Apa yang diterima adalah bantuan daripada Ahli Parlimen Putatan dan juga saya ada bagi. Jadi Menteri saya ada tulis surat kepada Menteri, senarai adakah permohonan yang saya persembahkan kepada Menteri ada peruntukan diberi kepada mangsa-mangsa banjir? Itu soalannya Tuan Yang di-Pertua.

Jalan kaki di waktu petang, Banyak jumpa ayam selasih, Dari jauh aku datang, Jumpa Putatan yang dikasih. Yang Berhormat, yang pertama sekali berhubung dengan isu di Penampang ini, pemimpin-pemimpin tempatan termasuk Yang Berhormat sendiri, siapa sahaja malah saya sendiri pun akan memohon kepada ICU. Saya pergi ke sana untuk melihat bahawa ada beberapa projek atau program yang perlu disegerakan dan saya juga mendapat maklumat berhubung dengan denggi di sana. Jadi insya-Allah lawatan tercepat akan dibuat. Mangsa banjir Yang Berhormat, tidak ada mangsa banjir yang akan tertinggal daripada mendapat bantuan wang ihsan RM500. Tidak ada tertinggal. Kalau ada yang tertinggal, Yang Berhormat kena maklum kepada saya. Jika Yang Berhormat sering berselisih dengan saya di luar sana, beritahu. Sebab kalau Yang Berhormat beritahu dan umumkan, ia boleh dipercepatkan. Malah pada hari ini kalau Yang Berhormat maklum kepada saya, akan dipercepatkan perkara-perkara yang tertinggal ataupun tertangguh. Berhubung dengan permohonan Yang Berhormat, ia akan dipertimbangkan dan jawapan akan diberi secara bertulis. Akan tetapi kalau Yang Berhormat semasa berselisih bahu dan maklumkan kepada saya, sudah pasti Yang Berhormat akan mendapat jawapan serta-merta. Jawapan ini adalah secara umum dan saya telah menerima banyak permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Maaf soalan Yang Berhormat ini khusus, jadi saya terpaksa jawab bertulis. Akan tetapi kalau Yang Berhormat maklum sekejap lagi senarai projek-projek Yang Berhormat pohon, saya boleh maklum serta-merta sebab

pegawai-pegawai pun ada di sini bersama dengan saya. Kita boleh bagi jawapan dengan tepat dan saya hendak beritahu walau apa keadaan kerajaan sekalipun, kebajikan kepada rakyat tidak akan ditolak ansurkan. Kalau negara ini ada masalah soal kebajikan, kena perlahankan, tidak akan diteruskan seperti biasa terutamanya mereka yang terlibat dengan banjir ataupun perkara mereka yang terdedah kepada penyakit dan juga lain-lain lagi. Demikianlah Barisan Nasional Yang Berhormat, terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Menteri, saya ingin tanya soalan tambahan. Soalan asal daripada pihak Ahli Parlimen Penampang ialah asalnya peruntukan itu diberikan kepada Ahli Parlimen sebelum ini apabila BN menang, tetapi bila beliau menang tidak diberikan. Setuju dengan saya Yang Berhormat Menteri, apa kata kalau Kerajaan Barisan Nasional ini belajar dengan Kerajaan Selangor di mana kita telah memperuntukkan, kita peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang di Selangor untuk mereka gunakan wang itu untuk belanjakan kepada rakyat walaupun mereka pembangkang.

Jadi setuju tidak dengan saya bahawa inilah prinsip demokrasi yang sebenar. Apabila Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat, kita mesti menghargai sokongan rakyat itu dengan tidak menafikan, tidak diskriminasikan hak Ahli Parlimen untuk gunakan wang rakyat untuk rakyat. Setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri? Jawab betul-betul jangan jawab ‘konar- konar’ ya. Terima kasih.

Ini lawyerkah? Yang Berhormat, yang penting di sini rakyat didahulukan. Tidak ada kawasan atas nama pembangkang, maka kita mesti hukum mereka. Kalau kita hendak hukum Yang Berhormat, sudah pasti Yang Berhormat tengok apa yang berlaku di Kelantan, di mana semua jentera persekutuan dijuruskan kepada membantu Kelantan. Malah NGO-NGO termasuk NGO pembangkang bagi perhatian kepada Kelantan kerana rakyatnya menghadapi masalah dan derita bencana. Demikian juga kawasan-kawasan Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang, kita akan dasarkan kepada permohonan. Tidak ada Ahli Parlimen boleh pergi belanja projek begitu sahaja, mereka kena pohon. Ahli Parlimen Barisan Nasional pun kena pohon kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri masing-masing untuk melaksanakan apa-apa projek. Cuma pembangkang ini sebab dia bangkang teruk sangat, jadi dia malu hendak datang jumpa Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri. Malu yang begitu besar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan. Dia ambil mileage masuk TV, ambil mileage. Jawab soalan. Yang Berhormat Menteri, jawab soalan. Pergi Kelantan pusing satu Malaysia buat apa?

Ini Yang Berhormat Menteri, konar baringlah Yang Berhormat Menteri ini.

Sangkaan buruk.

Ha, direct soalan Yang Berhormat Sepang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kapar.

Menjawab soalan Ahli Parlimen - jangan sangka buruk kepada saya. Saya hendak beritahu bahawa kita tidak menganak tiri ataupun mengabaikan sesiapa. Buatlah permohonan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan. Ahli Parlimen Barisan Nasional juga mohon kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan.

Yang Berhormat kena pohon ataupun Yang Berhormat pohon melalui Yang Berhormat Menteri...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat, Ahli Parlimen dari tempat lain sudah pohon tapi tidak dapat, apa pun tak dapat. Kenapa?

Kalau tak dapat, ini macam kadang-kadang proses biasa. Saya rasa yang terbaiknya buat melalui Yang Berhormat Menteri, Menteri ICU. Sekarang saya Menteri ICU, jadi Yang Berhormat buat melalui saya. Kena peringat memperingati sebab Allah berfirman dalam Al-Quran, ini untuk Yang Berhormat Lembah Pantai ya. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita kena ingat memperingati, memperingatkan.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Selangor bagi kepada ahli pembangkang, kenapa tidak boleh bagi kepada ahli-ahli pembangkang untuk luluskan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bayan Baru, tidak boleh macam ini.

[Dewan riuh]

...Adakah Kerajaan Persekutuan hendak belajar dari Selangor? Setuju tidak?

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri boleh? Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini tidak ada peraturan sudah ini. Ya, Menteri.

Saya minta budi bicara Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Selangor, Negeri Pulau Pinang pun memberikan peruntukan kepada pembangkang.

Okey, lima minit. Conclusion, sebagai penutupnya, Yang Berhormat boleh memohon kepada ICU ataupun Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri-negeri untuk apa-apa sahaja projek dan juga program sama ada Barisan Nasional atau pembangkang. Kalau boleh uruskan juga dengan Menteri untuk membolehkan proses biasa itu dipercepatkan melalui proses luar biasa kerana ada keperluan yang mendesak seperti penyakit denggi, ada perkara-perkara yang melibatkan penyakit denggi dan juga lain-lain perkara. Saya hendak beritahu bahawa apa sahaja Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Barisan Nasional yang adil dan saksama ini akan beri pertimbangan kepada sesiapa sahaja yang memohon.

[Soalan No.9 – Y.B. Tuan Nogeh anak Gumbek (Mas Gading) tidak hadir]

Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas · question

10. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan prosedur mendapat pembantu rumah dari luar negara dan kenapa proses ini memerlukan bayaran yang begitu tinggi.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan dan juga Yang Berhormat Beruas serta kita semua, negara kita masih lagi memerlukan pekerja asing dan masih terdapat ramai pembantu rumah warga asing. Pada ketika ini terdapat dua mekanisme yang diguna pakai bagi tujuan kemasukan pembantu rumah asing (PRA) ke negara ini iaitu yang pertama ialah mekanisme pengambilan di bawah MoU ataupun perjanjian antara negara.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Kedua ialah bukan melalui mekanisme pengambilan di bawah MoU. Pada masa ini, pihak kerajaan mempunyai kerjasama melalui MoU atau perjanjian bersama ini dengan negara Indonesia sahaja dalam urusan pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia (PRI). Melalui mekanisme pengambilan di bawah MoU ini, majikan tidak dibenarkan untuk mengambil pembantu rumah Indonesia secara terus. Maknanya dia mesti melalui MoU, melalui kerajaan. Pengambilan pembantu rumah Indonesia (PRI) diwajibkan menggunakan khidmat pihak ketiga iaitu melalui agensi pekerja swasta yang diiktiraf oleh kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, negara sumber lain yang tidak mempunyai kerjasama melalui MoU, prosedur pengambilan adalah bergantung kepada perwakilan negara berkenaan di Malaysia dan juga peraturan-peraturan imigresen yang sedia ada. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, kos pengambilan pembantu rumah asing di negara-negara sumber ataupun source countries dengan izin, selain Indonesia pada dasarnya tidak dikawal secara langsung oleh pihak kerajaan. Kita sahaja, di Malaysia dan Indonesia kita ada perjanjian MoU. Negara lain tidak ada penentuan. Kos pengambilan ini ditentukan melalui kuasa pasaran dengan melihat kepada aktiviti penawaran dan permintaan di mana supply dengan izin. Walau bagaimanapun, di bawah perjanjian MoU dengan kerajaan Indonesia, kos pengambilan telah ditetapkan oleh kedua-dua negara iaitu pada kadar RM7,800 seorang. Tuan Yang di-Pertua, kos yang telah ditetapkan ini berpatutan dengan mengambil kira kos yang turut dikenakan kepada ataupun oleh negara-negara penerima, receiving countries dengan izin, yang lain seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan negara Timur Tengah. Faktor kos yang kurang berdaya saing juga telah menyebabkan agensi pekerja swasta di Indonesia lebih berminat menghantar atau membekalkan pembantu rumah ke negara-negara tersebut yang saya sebutkan tadi, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Timur Tengah kerana lebih menguntungkan yang akhirnya memberi kesan kepada pengurangan bekalan calon pembantu rumah asing khususnya Indonesia untuk bekerja di negara ini. Faktor gaji yang kurang berdaya saing juga menyebabkan tidak ramai calon pembantu rumah dari negara Indonesia yang terlatih ingin bekerja di Malaysia. Mereka lebih berminat untuk bekerja di Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Tadi dikatakan kos untuk mendapat pembantu rumah dari Indonesia hanya RM7,800 tetapi sebenarnya daripada aduan yang saya terima, sebenarnya mereka yang menggaji pembantu rumah dari Indonesia perlu membayar lebih kurang RM16,800 termasuk lain-lain kos. Jadi hinggakan oleh kerana perbelanjaan yang begitu tinggi, banyak agensi yang merekrut pembantu rumah terpaksa memaksa pekerja-pekerja tidak dibayar gaji hingga empat bulan dan sebab itu pembantu rumah dikatakan dianiayai oleh rakyat Malaysia. Jadi dan juga masalah yang saya terima, aduan yang saya terima ialah kerana kerajaan menggunakan agen yang diluluskan secara kuota pukal dan agensi yang mendapat pekerja asing ini terpaksa menggunakan kuota yang telah diluluskan kepada orang-orang tertentu. Ini yang menyebabkan kenaikan kos kerana orang tengah terpaksa dapat untung sebelum agensi mendapatkan pembantu rumah ini menyebabkan kos melampau tinggi. Jadi soalan saya ialah adakah kerajaan sudi membatalkan amalan ini, meluluskan kuota pukal kepada orang perseorangan ataupun syarikat tertentu dan membenarkan agensi yang merekrut pembantu rumah ini untuk mendapat kelulusan terus daripada kementerian?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia telah menandatangani memorandum MoU pada tahun 2011. Menerusi perjanjian tersebut, kerajaan kedua-dua negara telah bersetuju untuk menetapkan kos pengambilan seorang pembantu rumah ialah sebanyak RM4,511 pada mulanya. Kita bersetuju pada asalnya. Akan tetapi pembekal pembantu rumah dari Indonesia dengan proses mereka memberikan kursus dan sebagainya, pemeriksaan perubatan, mereka tidak mampu dengan kos yang kita cadangkan sebanyak RM4,511 itu. Oleh sebab itulah melalui MoU ini kita bersetuju sebanyak RM7,800 Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa mereka yang terlibat dengan

bayaran tinggi ini sebenarnya mereka tidak mengikut apa yang telah kita persetujui. MoU yang dibuat antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia ialah kita tetapkan RM7,800. Saya kira majikan yang mengambil pekerja pembantu rumah Indonesia ini dan membayar kos yang tinggi ialah mereka tidak melalui MoU yang dibuat oleh kerajaan. Saya kira mereka mungkin melalui JP visa. Maknanya kalaulah melalui MoU yang kita buat antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia, kita tetapkan sebanyak RM7,800. Kalau ada benda ini yang berlaku, boleh report melalui kementerian kita. Ini masalahnya. Oleh sebab itulah untuk makluman Yang Berhormat, kita ada agensi pekerja asing ini, agensi pekerja swasta yang terlibat dalam pengambilan pembantu rumah. Jumlah keseluruhan lebih kurang 1,293 buah agensi. Jumlah yang bersetuju dengan struktur MoU kos sebanyak RM7,800 adalah lebih kurang 400-300 lebih. Jadi, kita minta supaya majikan- majikan yang hendak mengambil pembantu rumah Indonesia ini mestilah melalui kita, MoU yang telah kita tetapkan. Saya jamin mereka akan bayar sebanyak RM7,800. Akan tetapi kalau melalui ejen-ejen lain yang haram dan sebagainya, sudah tentulah kita tidak berikan jaminan dengan kos yang dikenakan mereka kepada majikan yang terpaksa membayar. Akhirnya, mungkin implikasi yang buruk adalah kepada pembantu rumah yang bekerja dengan mereka. Okey Yang Berhormat, terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Soalan tadi, adakah hendak membatalkan amalan memberikan kuota kepada sesebuah syarikat ataupun orang tengah sebelum agensi mendapat pekerja pembantu rumah ini mesti melalui orang tengah ini? Adakah itu benar atau adakah amalan ini sedang digunakan? Ini aduan yang saya buat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2014 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Selasa, 24 Mac 2015.”

Tuan P. Kamalanathan A/L P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, saya ada buat satu rayuan terhadap keputusan Tuan Yang di-Pertua yang menolak motion saya untuk bawah Peraturan Mesyuarat 18 bagi membincangkan tentang isu Permatang Pauh yang tidak dibenarkan hadir di Parlimen. Saya telah buat rayuan tersebut pada 18 Mac dan telah diakui terima oleh Pejabat Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Soalan saya ialah saya hendak minta penjelasan, adakah telah buat keputusan ataupun belum?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Speaker akan membuat keputusan.

Belum lagi ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Okey, terima kasih.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”. [19 Mac 2015]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Pendidikan untuk menjawab. Sila.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan II · Besut

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu pendidikan sepanjang tempoh 10 hingga 19 Mac tahun ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 44 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, institusi pengajian tinggi (IPT) berfungsi sebagai pusat peningkatan pembangunan negara melalui pembangunan modal insan dan memastikan ia relevan dengan keperluan negara. Ranking universiti telah sedikit sebanyak mengubah landskap pendidikan tinggi negara. Persepsi umum sering menyatakan bahawa pencapaian yang tinggi dalam ranking menunjukkan tahap kecemerlangan dalam pengajian tinggi. Namun, ingin saya tegaskan bahawa ranking bukanlah segala-galanya dalam menentukan kecemerlangan sesebuah universiti itu. Ini kerana kesesuaian dan elemen tempatan juga harus diambil kira dalam rangka satu pendekatan yang lebih komprehensif dan kondusif kepada keperluan pembangunan negara. Hakikatnya, universiti-universiti di negara ini telah banyak menempa sejarah tersendiri dan mencipta kejayaan dan melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini juga kebanyakan keluaran universiti tempatan yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan serta memastikan kestabilan negara terjamin. Semasa Persidangan OIC akhir tahun lalu, saya berjumpa dengan seorang graduan UIA yang juga merupakan seorang menteri. Memang kalau kita lihat di Indonesia sendiri ada yang graduan USM, graduan UIA, graduan UM yang menjadi menteri-menteri mereka, tidak kurang juga seorang graduan UIA menjadi Perdana Menteri di sesebuah negara. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Batu Gajah, kementerian sentiasa memberi perhatian kepada isu ranking yang sentiasa menggalakkan institusi pengajian tinggi memperbaiki kedudukannya dalam senarai ranking antarabangsa, khususnya dalam Quacquarelli Symonds, World University Ranking ataupun QS Ranking. Kementerian mensasarkan menjelang tahun 2020 nanti akan ada dua buah universiti awam kita yang akan diiktiraf dalam kedudukan 100 terbaik universiti dalam dunia, insya-Allah. Fakta bahawa pencapaian gemilang IPT tempatan pada masa kini perlulah kita akui walaupun universiti kita masih belum berada pada kedudukan 100 terbaik di dunia.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan II · Besut

Namun, kebanyakan universiti kita berjaya melonjakkan pencapaian yang sentiasa menampakkan peningkatan ataupun universiti kita are soaring upwards dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan II · Besut

Sebagai contoh berdasarkan QS Ranking, Universiti Malaya telah berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 167 kepada 151, Universiti Kebangsaan daripada 269 kepada 259, UTM daripada 355 meningkat kepada 294, USM meningkat kepada kedudukan 355 kepada 309 dan juga UPM meningkat daripada kedudukan 411 kepada 370. Ini menggambarkan peningkatan-peningkatan yang telah ditunjukkan oleh universiti- universiti kita yang saya katakan tadi menggunakan perkataan dengan izin, sekali soaring upwards.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Baru sampai dari Amerika Syarikat

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Duta Amerika ada di sini hendak bagi tahu. Tanya soalan kepada Menteri. Saya hendak tahu, adakah kerajaan sudi terima bahawa allegation bahawa satu di antara sebab kita tidak dapat berada di bracket 100 universiti yang terbaik di dunia adalah kerana the best brain tidak dilantik di universiti-universiti kita, ramai di antara vice chancellor kita questionable mark, ramai di antara profesor kita much more questionable mark, lecturer not up to mark macam Profesor Ridhuan Tee yang sangat-sangat disokong oleh kementerian dan UMNO. Adakah kerajaan sedar bahawa ini semua satu kesilapan yang patut diambil tindakan untuk mengatasi masalah, the core of the issue ini adalah perkara yang tertentu.

Yang Berhormat perlu faham bahawa universiti kita masih lagi muda, masih lagi remaja. Kebanyakannya kurang daripada 50 tahun. UM baru 60 tahun umurnya jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain yang sudah berumur lebih 100 tahun. Kita lupa, ini saya tidak habis lagi, saya beritahu dahulu. Kita sentiasa memburuk-burukkan negara kita. Berdasarkan ranking program pengajian, jangan kita lupa. Mengikut ranking pengajian, program pengajian ataupun fakulti, kita patut bangga kerana 11 fakulti daripada universiti awam kita mempunyai kedudukan 100 terbaik di dunia. QS Ranking USM dalam bidang sains alam sekitar kedudukannya ialah nombor 28 dalam dunia. UPM dalam bidang pertanian, nombor 54 dalam dunia. [Tepuk] Sains dan pertanian merupakan yang ketujuh di Asia, yang terbaik di Asia Tenggara berdasarkan The Best Global University Ranking. Bukan itu sahaja, UIAM juga ada di barisan terhadapan bukan hanya hadapan tetapi terhadapan, bermakna nombor satu untuk pembangunan perbankan Islam Malaysia dan jumlah sebanyak 48 penerbitan atau lebih 10% daripada 422 penerbitan di dunia dan perbankan Islam di antara tahun 2009 dengan tahun 2014. Ini tidak boleh menafikan bahawa kita, we are soaring upwards...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Soalan sedikit Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dua orang bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Rompin dahulu bangun daripada Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang disebut Lembah Pantai dalam jawapan oleh Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat? Tanya Menteri, Menteri hendak beri siapa ?

Itu terpulang pada Menteri, Yang Berhormat Lembah Pantai ataupun Yang Berhormat Rompin.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Menteri, terima kasih di atas...

Yang Berhormat Rompin atau Yang Berhormat Lembah Pantai?

Perempuan dahululah. Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu lepas itu baru Yang Berhormat Rompin.

Yang Berhormat kita adil, bagi pada Yang Berhormat Lembah Pantai. Ini tidak adil ini. Ini semua belakang ini pak turut semua ini.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. [Disampuk] Saya rujuk kepada jawapan Yang Berhormat berkait dengan QS Ranking ya. Soalan saya agak khusus bila masa kita melihat antara universiti yang diberikan peruntukan terbanyak iaitu USM telah diberikan peruntukan berjuta ringgit khusus apabila mendapat status APEX University. Akan tetapi kalau kita lihat daripada QS Ranking, malangnya dalam enam tahun sejak mendapat penganugerahan APEX, kedudukan USM dalam QS ini jatuh daripada tangga 307 kepada 309. Maksudnya sejak tahun 2008 hinggalah tahun 2014, jatuh dua tempat. Jadi saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat, menjelaskan apakah antara sebab-sebab bila masa peruntukan dikhususkan kepada universiti ini, anugerah status APEX tetapi tidak dapat dilihat menerusi the result ataupun kedudukan dalam ranking. Mungkin Yang Berhormat dapat jawab dalam bab ini ya. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Terima kasih. Yang Berhormat Seputeh ini amboi, Yang Berhormat Kota Melaka pun sama. Yang Berhormat Kota Melaka, saya sendiri bukan hendak kata ada locus standi, pernah saya mengajar universiti dahulu.

[Dewan riuh]

Akan tetapi oleh kerana saya tercabar masuk politik sebab ada orang macam Yang Berhormat Seputeh. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat... [Disampuk] Bagilah saya mula, tanya soalan akademik ini. Yang Berhormat tidak pernah jadi ahli akademik, dengarlah akademik ini. Yang Berhormat Raub pun begitu juga. Masa UMNO suara lain, pergi sana sudah lagu lain. [Ketawa] Saya hendak bertanya sedikit, adakah Yang Berhormat sedar dalam isu untuk mendapatkan tenaga kerja profesor di universiti kita, kerajaan menghadapi masalah kerana universiti-universiti luar negara memberikan satu pakej yang amat tinggi sekali. Macam saya sendiri dapat buat Master dan PhD di McGill. Seorang profesor rakyat Malaysia dia mendapat gaji setahun, gaji dia sudah USD200,000. Dia kata dia bukan tidak mahu balik ke Malaysia, apa yang saya dapat. Dia balik ke Malaysia tiga minggu setahun untuk dia hendak bantu Malaysia kerana benar-benar beliau menjiwai Malaysia. Untuk itu saya nampak bahawa ini yang DAP belah sini ini, dia cuba mempolitikkan institusi pengajian, akademik, mereka tidak menghayatikah perkara yang sebenar. Saya hendak bertanya, adakah itu benar? Itu yang pertama. Kedua, di Barat bukan sahaja bagi pulangan atau gaji yang lumayan, mereka juga mendapat satu sumbangan atau kajian R&D yang amat tinggi sekali kerana syarikat- syarikat besar berada di barat. GEnya, Googlenya, semua syarikat besar ini mampu untuk mengeluarkan R&D geran yang tinggi, kita bergantung sepenuhnya pada kerajaan. Sebanyak 90% daripada research grant mereka ialah daripada swasta. Adakah dua perkara ini satu cabaran yang kita menghadapi, universiti-universiti di Malaysia. Untuk itu, kemajuan yang kita dapat ini amat baik sekali kalau kita lihat antara cabaran yang saya sebut tadi. Adakah itu benar? We have done very well dengan izin, for those challengers yang kita hadapi, gaji lumayan daripada profesor ini dan juga R&D geran yang besar, dia bagi korporat-korporat besar dunia yang berada di Barat sana. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Rompin. Sebenarnya, izinkan saya memberi sedikit penjelasan agar ia lebih jelas. Sebenarnya tentang ranking ini, kebanyakannya kalau kita lihat QS Ranking lebih kepada merupakan satu perception game Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat, untuk QS Ranking yang merupakan academic reputation dengan izin, membuat contribution 40% kepada cara mana ia dinilai. Begitu juga dengan student seperti ratio, satiation. Ini merupakan perkara-perkara yang setengahnya memakan masa dan juga memerlukan kita untuk mampu untuk membayar gaji-gaji yang lebih tinggi, pakej-pakej R&D yang dikatakan

oleh Yang Berhormat Rompin tadi yang perlu ada. Kalau kita lihat dari segi itu juga jelas mengatakan bahawa yang senang dikenali seluruh dunia reputasinya ialah UM kerana dia senang dikenali daripada USM, universiti Penang. Saya tidak habis mengatakan tadi kerana kita ini suka sangat membesar-besarkan universiti luar negara. Bila kita lihat universiti dalam negara, kita mengatakan universiti kita tidak hebat. Itu yang kita we like to shoot our own food. That is the problem dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat kedudukan Universiti Malaya pada kedudukan 151 lebih baik daripada University of Exeter di tangga 161, lebih baik daripada Hong Kong Polytech University, lebih baik daripada University of Barcelona, Stockholm University, Vanderbilt University, Tel Aviv University, Georgetown University.

Kalau anak-anak kita pergi Georgetown, kita kata seronok, hebat sangat, rupa- rupanya hebat Universiti Malaya lagi. University of Wageningen, hebat Universiti Malaya lagi. Nak saya kata yang lebih hebat Universiti Malaya lagi. Indian Institute of Technology Bombay, University of Canterbury, King Saud University, Loughborough University, George Washington University, Royal Melbourne Institute of Technology. Saya pun dahulu ingat apabila hantar anak RIMT rasa hebat sangat, rupa-rupanya hebat Universiti Malaya lagi. Bukan hanya Universiti Malaya, hebat UKM, hebat UTM lagi daripada RIMT. Silap saya dahulu. Hebat lagi daripada Universitas Indonesia, Heriot-Watt University, The American University in Cairo, Oxford Brookes University dan Xiamen University. Saya hendak mengatakan bahawa kita tidak baik kalau kita hanya nampak mengatakan orang itu lebih daripada kita. Kita pun okey. We are soaring upwards. Memang dikatakan dengan usia yang kebanyakannya lebih kurang daripada 50 tahun, sebab itulah agak sukar untuk kita tetapi kemudian ini kalau kita lihat, penerbitan kita telah mula meningkat. Sejak tahun lalu, kita lihat kita telah mengatasi Singapura dan Thailand daripada segi penerbitan kita. Memang ini perlu dua tiga empat tahun untuk diterjemahkan kepada citation iaitu yang boleh meningkatkan ranking kita di peringkat antarabangsa.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong bangun, Yang Berhormat.

Soalan sakit kulit. Doktor pakar sakit kulit.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, Endau-Rompin itu hutan itu botakkan. Hendak botakkan Dewan pula. Tuan Yang di-Pertua, saya memang perhati kepada apa yang berlaku di dalam universiti kita. Saya pun ada nampak usaha untuk mendapatkan pensyarah-pensyarah dengan lulusan PhD dan sebagainya. Ini memang satu langkah yang baik. Akan tetapi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa walaupun kita hendak banding dengan universiti, bandinglah dengan universiti yang lebih baik. Kita banding dengan universiti seperti Universiti Harvard. Kalau kita hendak banding dengan universiti yang lebih teruk daripada kita, ini bukan satu perbandingan. Ini satu keangkuhan sahaja. Jadi, tidak baiklah macam itu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, itu tak mengikut peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Just ignore sahaja Yang Berhormat. Kemukakan soalan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Jadi saya setuju ada sesetengah perkara kita boleh tahanlah, kita baik, tetapi ada yang tidak. Misalnya QS yang disebutkan. Mengapakah kita tak sebut ranking Transport University Shanghai yang mungkin kriterianya lebih ketat lagi? Banyak ranking. Saya setuju ini ada terserah kepada banyak faktor. Akan tetapi bolehkah Yang Berhormat sebut kepada Dewan yang mulia ini, walaupun kita hendak usaha menjadi universiti yang terbaik, tetapi saya nampak pentadbiran di universiti kurang. Kadang kala keberkesanannya tidak nampak sangat. Seolah-olah hendak merosakkan universiti. Pentadbiran. Boleh tidak Yang Berhormat sebutkan macam mana kita boleh memperbaiki masalah pentadbiran di universiti-universiti?

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sememangnya dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi yang baru yang akan dilancarkan pada, insya-Allah pada 7 April nanti, memang kita sentuh tentang pentadbiran, governance dengan izin, di universiti-universiti. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat ini sebab Yang Berhormat baca surat khabar Jawi. Yang Berhormat kata tadi saya faham. Yang Berhormat kata tadi ialah ranking THE atau Times Higher Education. Yang Berhormat tengoklah sini. Saya jawab, Yang Berhormat cakap pasal lain. Lepas itu tidak faham pula ini. Saya tahulah Yang Berhormat pakar sakit kulit, tetapi dengarlah ini. Ini jawapan saya. Saya tahu Yang Berhormat kata tadi ialah ranking THE ataupun ranking ARWU ataupun yang dilaksanakan oleh Shanghai Jiao Tong University. Ada dua lagi ranking. Satunya QS itu senang, yang payah sedikit- betul, Yang Berhormat pun tahu sedikit-sedikitlah. Tidak banyak pun, sedikit-sedikit pun tahu. Adanya THE atau Times Higher Education dan juga ada ARWU ataupun Academic Ranking of World Universities dengan izin, mereka memberi penekanan kepada research. Untuk ARWU, mereka menggunakan output research sebagai 40% daripada kriteria mereka. Memang saya katakan tadi, bukan saya tidak hendak banding dengan Harvard atau Oxford, tetapi hendak mengatakan bahawa penerbitan kita telah mula meningkat. Sejak dua tahun yang lalu, penerbitan kita telah mengatasi penerbitan negara Singapura dan juga Thailand. Apabila meningkat, tidak berapa lama nanti insya-Allah, citation kita akan meningkat. Oleh sebab itu, baru-baru ini empat orang profesor kita telah diiktiraf oleh Thomson Reuters sebagai minda saintifik paling berpengaruh dunia ataupun dengan izin, The World’s Most Influential Scientific Mind. We are moving, we are soaring up, dalam bahasa Inggeris. Saya mengatakan tadi universiti-universiti yang saya sebut tadi pun bukan universiti yang tidak hebat, saya sebut tadi universiti yang kita rasa hebat-hebat. Saya cakap pasal Exeter, saya cakap pasal Barcelona, Stockholm, Vanderbilt, Georgetown...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta jawapan untuk soalan saya.

Bukannya universiti yang tidak hebat.

Rompin sudah bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya kena tunggu Yang Berhormat berhenti.

Sekejap, sekejap. Ini bukan universiti yang tidak hebat, merupakan universiti-universiti yang hebat juga. Bukan kata kita hendak angkat bakul, tetapi nak mengatakan dalam usia kita yang - kebanyakan universiti kita tidak sampai 50 tahun usia. Cuma UM sahaja yang 60 tahun. Kita memerlukan masa. Dalam masa yang begitu singkat, kita telah mengatasi universiti-universiti ini yang kita rasakan hebat, mengatakan kita juga tidaklah seteruk yang dikatakan itu. We are soaring upwards. Itu ayatnya. Tidak mengatakan we are not yet the best dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. We are going to be there. That is why saya kata mula-mula tadi, insya-Allah pada tahun 2020, dua buah universiti kita, insya-Allah akan menjadi the top 100 in the world. Itu usaha-usaha yang sedang dilaksanakan di kementerian dan itu usaha-usaha yang hampir dilaksanakan melalui blueprint kita yang baru ini, PPPM (PT) yang akan dilancarkan pada 4 April ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada kala saya bersetuju, adakala saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Kepong sedikit. Tadi Yang Berhormat kata kalau kita ketepikan politiklah, hendak merangka satu blueprint academy negara untuk universiti. Saya hendak bertanya daripada segi benchmarking, ukuran ini, ukuran ini kita tengok tidak ukuran-ukuran yang kita lihat di dunia? Ini kerana kalau kita ambil ukuran hanya seperti katalah jumlah publication sahaja, that is not necessary the best ukuran. Kenapa? Kalau kita lihat universiti-universiti di Amerika sana, ukurannya bukan lagi publication. Ukurannya dari publication itu, tesis itu, banyak mana intellectual property dapat dibina daripada itu. Itu daripada segi academic output. Mereka juga menilai daripada segi economic output. Apa guna diadakan tesis, tetapi tesis itu tidak menjadi IP? Apa guna diwujudkan IP, funded by government grant tetapi tidak membina any economic spin-off

seperti dalam SETARA? Ini kerana apa jua saya nampak, peranan universiti, peranan intelektual ialah membina kemakmuran negara. Saya hendak bertanya, dalam kita hendak merancang masa hadapan ini, adakah kita juga melihat kepada economic output? How many job we want to create untuk masa hadapan? Berapa banyak industri baru kita boleh bina akan datang? Ini kerana apa yang kita lihat ialah universiti ilmiah mesti menjana, mengemudikan kepada kemakmuran negara dan ekonomi negara. Saya hendak tanya, adakah ukuran-ukuran itu termasuk bukan sahaja ukuran akademik seperti paper thesis, tetapi juga ukuran-ukuran ekonomik seperti banyak mana intellectual property dibina, macam mana startup company kita bina, apa hasrat nak bina kerja-kerja atau job based on IP or intellectual property kerana Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada untuk menjana peluang pekerjaan berasas hanya kepada komoditi. Ia mesti menjana kepada unsur-unsur ilmiah kita, intellectual property kita. Menjana daripada ideas, daripada pemikiran, bukan daripada keringat. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah ini termasuk dalam perancangan yang akan diumumkan nanti?

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sekejap Yang Berhormat ,sebelum Yang Berhormat menjawab. Ini kerana pada saya persoalan dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua, oleh Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Rompin ada kaitannya dengan USM kerana USM ini kerajaan pilih untuk beri status APEX University supaya kita dapat membantu. Itu pilihan yang baik. Saya fikir tidak ada masalah. Kami pun mendukung ketika itu. Masalahnya, apabila diberikan dana seperti yang saya sebutkan, tidaklah mencapai target sasaran pembaikpulihan daripada segi ranking. Jadi saya pohon Yang Berhormat, kita tidak perlu bercakap lama tentang kedudukan universiti. Saya juga graduan tempatan, ramai di sini graduan tempatan. Kita mahukan memaksimumkan potensi universiti. Di sini, hendak minta jawapan daripada Yang Berhormat. Kita boleh mengguna pakai, teliti apa berlaku dalam segi penganugerahan status APEX kerana dimaklumkan kepada pihak kami, hanya setengah daripada geran yang diluluskan sebanyak RM314 juta. Jadi akhirnya, ada pusat kajian yang tidak lengkap, facility tidak diguna pakai dan mereka juga corot dalam senarai QS. Maka, saya meminta Yang Berhormat Menteri dapat memberikan sedikit maklum balas dalam hal ini because it is a project that has been approved. Jadi saya rasa tidak perlulah kita lama tentang isu kedudukan ranking. You have stated your point dengan izin. Saya ingin minta jawapan berkait dengan kes yang khusus. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya telah menjawab sedikit sebanyak tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai hendak banyak lagi jawapan tentang USM ini setelah dikatakan sebagai Universiti APEX. Ada, boleh jawab Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya, saya telah katakan tadi bahawa daripada segi alam sekitar, ranking USM ialah 28 dalam dunia. Not only top 100 but top 28, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua jeling saya pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Computer Science, Chemical Engineering, Civil and Structural Engineering, Mechanical, Aeronautical and Manufacturing Engineering, Pharmacy and pharmacology top 100 in the world, USM. Kalau hendak hantar anak-anak itu, tengok elok-elok. Kadang-kadang universiti yang kita hantar itu, USM lebih baik. Saya ini daripada USM sebenarnya, bukan orang luar negara juga. I am a graduate of USM. Saya pun local product… [Disampuk] Ya, local. Chemistry, Electrical and Electronic, Education, the top 200 in the world, USM. Kita lihat - macam saya katakan tadi dua, empat daripada the most influential scientists in the world tadi, duanya daripada USM. Jadi USM - saya katakan pada mula tadi lagi, ranking is not everything, bukan segala-galanya. Kita lihat, kita tidak boleh hanya membuat penilaian USM hanya rankingnya kurang satu, dua kerana kita lihat bagaimana fakulti-fakultinya berubah. Ada university rankings, ada faculty rankings dan ada juga ranking pensyarah-pensyarah dan banyak ranking lagi. Ranking pun ada QS, THE, ada ARWU tadi. Jadi mesti ada dua atau tiga, kita ranking. Insya-Allah, kita melihat ia bertambah baik.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rompin tadi. Sebab itulah kerajaan telah mengadakan satu program Public-Private Research Network (PPRN) yang mana kita lihat syarikat-syarikat persendirian boleh datang ke universiti, boleh bekerjasama dengan universiti untuk membuat research kepada penyelidikan mereka dan peruntukan RM50 juta telah disediakan. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Memang itulah ada dalam Pelan Perancangan Pembangunan Pendidikan yang sedang kita sediakan. Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah kerajaan mentransformasikan pendidikan vokasional merupakan satu langkah yang tepat, yang kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran perdana. Saya katakan vokasional sebagai the mainstream, dengan izin. Seperti hasrat Yang Berhormat Jerantut, penambahbaikan kepada sistem pendidikan vokasional ini akan menyediakan ruang dan peluang yang lebih luas kepada rakyat dan juga sasaran untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dapat direalisasikan. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, program Diploma Vokasional Malaysia yang sedang dilaksanakan ini telah diperakui ataupun telah mendapat akreditasi sementara ataupun provisional accreditation daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 15 Januari tahun ini. Langkah-langkah ini sedang giat dilaksanakan ke arah mendapatkan perakuan akreditasi penuh ke atas program Diploma Vokasional Malaysia daripada agensi tersebut. Lepasan Diploma Vokasional Malaysia juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti Malaysian Technical University Network (MTUN) seperti Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan juga Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kokurikulum akademik Diploma Vokasional Malaysia ini merangkumi modul insaniah yang menjuruskan kepada penguasaan soft skills, termasuk employability skills dengan izin, penguasaan bahasa antarabangsa dan juga bahasa perniagaan seperti bahasa Arab dan juga bahasa Mandarin. Kurikulum vokasional pula mengandungi modul- modul yang dibangunkan berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun National Occupational Skill Standard (NOSS). Untuk makluman Yang Berhormat Sabak Bernam, pemerkasaan Technical Vocational and Education and Training (TVET) telah dilaksanakan di politeknik melalui penyertaan dalam akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) yang telah mendapat akreditasi, di mana APACC merupakan satu-satunya badan akreditasi dan pensijilan yang menilai institusi TVET dalam Rantau Asia Pasifik. Antara peranan APACC mengakreditasi institusi TVET untuk kecemerlangan pembangunan sumber manusia melalui piawaian dan harmonisasi sistem TVET yang memudah cara mobiliti tenaga kerja merentasi sempadan dalam Rantau Asia dan Pasifik. Politeknik pula telah berjaya memperoleh pingat emas yang diberikan kepada tiga buah Politeknik Premier. Tiga buah Politeknik Premier ialah Politeknik Ungku Omar di Perak, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Selangor dan Politeknik Ibrahim Sultan di Johor. Ini menunjukkan para lulusan politeknik sudah mencapai tahap standard antarabangsa dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan global. Pencapaian sebegini akan memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang latihan teknikal dan vokasional memandangkan kehendak pasaran kerja terhadap pekerjaan yang berkemahiran.

Ingin juga dikongsikan baru-baru ini bahawa politeknik dibuktikan dengan kejayaan the champion of the 10th Federation of International Robot-soccer Association (FIRA)...

Kota Tinggi.

...RoboWorld Cup yang telah memenangi tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa. Ini bermakna, politeknik telah mengangkat maruah bola sepak negara...

Tuan Yang di-Pertua, hendak mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

Sedikit sahaja, pendek, sedikit lagi. Hendak mengatakan bahawa dengan memenangi Federation of International Robot-soccer Association, RoboWorld Cup ini, politeknik telah mengangkat prestij bola sepak negara melalui memenangi pertandingan bola sepak robot. Kalau biasa ini payah kita hendak menang World Cup. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik mengenai vokasional tadi, tenaga mahir. Saya dapat tahu bahawa pekerja-pekerja Malaysia ini menjadi pilihan. Jadi ramai pekerja mahir khususnya dalam bidang oil and gas, ramai bekerja di luar negara. Akhirnya berlaku kekurangan di tempat kita dan ditambah pula dengan pelaburan besar-besaran oil and gas yang spesifik. Saya rasa ada mismatch daripada segi penawaran dan permintaan khususnya kepada industri yang spesifik ini. Jadi saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian akan melihat keperluan untuk memperkasakan dengan lonjakan yang besar kepada kolej komuniti dan program seumpamanya? Ini supaya kemahiran-kemahiran vokasional dapat kita terapkan dengan lebih jelas dan lebih kuat lagi untuk memenuhi permintaan yang agak besar dalam masa-masa terdekat ini. Terima kasih.

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung soalan? Kita didedahkan dengan suasana yang baru Kolej Vokasional dalam kepala ibu bapa dan juga anak-anak di Malaysia. Maknanya kalau masuk Kolej Vokasional ini, kita tidak ambil SPM. Kalau kita, katalah pelajar yang cemerlang dalam Kolej Vokasional ini, bolehkah tidak dia melanjutkan pelajaran ke luar negeri tanpa ada SPM? Cuma ingin untuk penjelasan yang sering diutarakan oleh ibu bapa di luar. Terima kasih.

Untuk Kota Tinggi memang itulah yang sedang dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). Kita akan selaraskan keperluan-keperluan pendidikan memperimbangkan antara permintaan dan juga penawaran di dalam bidang-bidang yang dikatakan tersebut. Insya-Allah kita merapatkan lagi hubungan kita dengan industri. Dalam hubungan kita dengan industri ini, banyak kita, pensyarah itu ada 4 jenis pensyarah dalam blueprint kita yang baru. Satunya mereka yang betul-betul hendak mengajar, keduanya mereka yang betul-betul hendak buat research and development, hendak buat penyelidikan. Ketiganya mereka yang berminat untuk menjadi dekan, VC, kepimpinan di universiti. Keempatnya mereka yang daripada industri. Jadi dengan adanya golongan-golongan yang daripada yang akan ramai ini, insya- Allah kita akan melihat penawaran dan bekalan yang akan dikeluarkan oleh universiti itu lebih selaras dengan keperluan industri.

Saya minta Yang Berhormat Menteri akan dapat buat sedikit penegasanlah. Ini belah sana ini, dia selalu secara indirect menuduh kononnya ada mendiskriminasi universiti kita. Tidak- I kata betullah. Sebenarnya saya pun ada rakan-rakan saya orang Melayu sendiri, dia memilih mengajar di universiti bukan kerana ada diskriminasi, kerana gaji yang lebih besar di sana. Ini yang belah sana itu, tak ada kena, selalu hendak menuduh kerajaan ada diskriminasi. Kononnya universiti kita hanya hendak menggalak satu kaum, menolak kaum yang lain. Ini racist ini, yang dalam kepala ini cucikan kepala, setuju? Cuci kepala mereka bahawa tuduhan mendiskriminasi menunjukkan juga ada juga warna-warna racism. Ini tidak benar, diorang yang racist sebenarnya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Berapa Vice Chancellor bukan Melayu? Berapa Vice Chancellor bukan Bumiputera di negara ini? Public universities, ha? Speak the figures...

Ini yang racist ini...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Are you sure they choose to work overseas?

[Dewan riuh]

Jangan menuduh sahaja Yang Berhormat Rompin. Jangan menuduh sahaja.

These are racist.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tak payah menuduh sahaja, jawab soalan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Ya, banyak tuduh menuduh, itu pandangan Yang Berhormat Rompin, ada kebenarannya. Ada kadangkala ada tuduhan-tuduhan dibuat dan sebagai saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, bahawa universiti kita tidak bagus bila saya mengatakan bahawa universiti kita ini sudah ada yang kedudukannya 151, 200 dan saya tunjuk universiti kita lebih baik dari universiti yang lain. Kita boleh melihat bagaimana pensyarah-pensyarah kita diberi pengiktirafan Emeritus Thomson di peringkat antarabangsa, we’re not that badlah Tuan Yang di-Pertua. Ada yang mengatakan kalau kita mengatakan kita ini tidak bagus, kita pun ramai daripada universiti tempatan. Kalau kita tidak bagus, kalau universiti tempatan tidak bagus, tak akanlah kita ini bagus. Jadi, saya hendak mengatakan bahawa kita tidak mengatakan kita the best in the world. Bukannya terbaik. We are soaring approach, kita telah bertambah baik. Yang Berhormat Gerik tadi mengatakan bahawa perlu atau tidak mereka untuk ke luar negara mempunyai SPM. Jadi itu ikut mereka di luar negara, pengambilannya mengikut universiti yang menerima mereka. Tidak ada halangan untuk mereka ke luar negara dengan apa kelulusan yang mereka ada dalam negara. Tidak ada halangan sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan, pada peringkat awal pelaksanaan ini tentang KBAT sebenarnya. Tadi pun telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada banyak cabaran, ini selaras dengan dapatan kajian penyelidikan mengenai budaya perubahan ataupun the culture of change yang dikendalikan oleh Institute Ontario, Canada pada tahun 2002 mengatakan akan berlaku suatu fasa yang dinamakan implementation deep iaitu penurunan dalam pelaksanaan sebelum terhasilnya satu lonjakan kejayaan. Ini juga sedang berlaku dalam proses transformasi pendidikan yang sedang kita laksanakan. Kita lihat baru-baru ini memang kalau kita lihat ramai pelajar, murid-murid tidak dapat jawab dengan baik kerana adanya soalan-soalan KBAT. Soalan KBAT ini berbeza, kerana ia tidak - dia sebab kita apabila kita menilai sistem pendidikan kita, ada yang kita dengar selalu yang mengatakan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Kanak-kanak kita, pelajar-pelajar kita tidak boleh berfikir dengan cara dalam. Antara contoh soalan KBAT ialah saya hendak tanya, hendak tanya kepada soalan Ahli Parlimen, kalau boleh jawab ataupun sebagai contoh paling senang dalam bidang Matematik katakanlah dalam pelajaran Matematik. Dikatakan Ali mendapat RMX. Bakar mendapat separuh daripada apa yang Ali dapat. Yang Berhormat Kepong kalau boleh jawab, saya beri RM50. Cik mendapat separuh daripada apa yang Bakar dapat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Sudah bangun, saya tidak habis soalan lagi. Okey dan duit yang ada oleh bapanya, bapa kepada Ali, Bakar dan Cik ialah RM49. Ali ada dapat RMX. Bakar mendapat separuh daripada apa yang Ali dapat dan Cik mendapat separuh daripada apa yang Bakar dapat. Itu soalan KBAT. Soalan tidak KBAT, okey saya hendak buat perbezaan ini, duduk dulu relax, ala. Okey, soalan tidak KBAT ataupun ada yang hendak jawab ini? Soalan tidak KBAT mengatakan Ali mendapat 4X. Bakar mendapat 2X. Cik mendapat 1X. Jumlah ringgit RM49. Apa yang, berapa yang Ali dapat? Tidak ada jawapan ataupun Yang Berhormat Kepong masih mengira. Tengah mengira.

Yang Berhormat Kepong tengah mengira...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri tanya soalan?

Ya, saya tanya soalan. Ada sesiapa nak jawab soalan tadi?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Kenapakah sekarang siapa Menteri? Yang Berhormat Kepong Menterikah? Siapakah Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak sampai ke tahap itu Yang Berhormat.

Saya beri contoh. Saya beri contoh satu soalan KBAT. Apa sebenarnya KBAT. Yang Menterinya saya, bukan Yang Berhormat Kepong.

Oleh sebab itulah saya menggulung Titah Yang di-Pertuan Agong ini, sebab itu saya ada di sini. Yang Berhormat Kepong hendak menjawabkah, macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Kepong menjawab?

Okey, saya teruskan. Kita lihat sini ada 7X. 7X is equal to bersamaan dengan 49. X is equal to 9. Jadi 7 yang dikatakan Ali, 7x4 = RM28. Ali mendapat RM28. Itu sahaja jawapan dia. Itu KBAT, tetapi kalau kita lihat dalam soalan yang tidak KBAT tadi, Ali mendapat 4X, Bakar mendapat 2X, Cik mendapat 1X, bermakna 4 7X, sama juga 49, X is equal to 7. 7 x 4 is to RM28. Itu jawapannya KBAT, bezanya. Oleh sebab itulah dalam peringkat permulaan, ada saya katakan tadi implementation deep, ada isu-isu kefahaman, yang perlu kita pastikan. Oleh sebab itulah untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga Yang Berhormat Kanowit, pelbagai usaha sedang dirancang dan dilaksanakan oleh KPM secara berterusan untuk memastikan guru dan murid berupaya meningkatkan penguasaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara usaha yang dijalankan ialah menghasilkan buku panduan tentang KBAT seperti KBAT dalam kurikulum, KBAT dalam ko-kurikulum, KBAT dalam bina upaya guru, dan KBAT dalam pentaksiran. Kesemua buku panduan ini digunakan sebagai bahan sokongan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka tentang KBAT. Bahan panduan ini telah dimuat naik di laman sesawang KPM sejak tahun 2003 lagi dan kita telah juga mewujudkan jurulatih-jurulatih utama KBAT yang saya rasa masa ini perlu ditingkatkan jumlahnya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Bukit Gantang berhubung dengan Pentaksiran Tingkatan 3 yang lebih dikenali dengan PT3. Untuk makluman, pelaksanaan PT3 bukan langkah tergesa-gesa. Tadi pun Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah jawab tadi kerana KPM, kementerian telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tahun 2011 lagi bagi murid sekolah rendah dan tahun 2012 untuk murid sekolah menengah. Ingin saya tegaskan bahawa PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh, ataupun holistik terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik dan juga Pentaksiran Pusat.

Saya hendak mengatakan di sini bahawa Malaysia merupakan negeri yang the only country, satu-satunya negara di dunia yang menggunakan pelaporan psikometrik untuk mengukur kecenderungan murid-murid agar murid-murid boleh mengetahui sama ada ia merupakan murid-murid yang jenis sains ataupun jenis sastera ataupun kinestetik dan sebagainya. Dengan melihat ukuran psikometrik, pelakar-pelajar ataupun murid-murid boleh melihat apakah kecenderungan mereka. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun kerana menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan PT3.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Penjelasan, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak timbulkan berkenaan dengan PT3 tadi dengan izin. Kenapakah pertengahan tahun baru diarahkan buat arahan baru pada guru-guru untuk diadakan peperiksaan itu? Sedangkan untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2 ia dibuat ukuran berdasarkan kepada PBS oleh guru kelas masing-masing. Keduanya, permintaan saya juga supaya guru-guru yang menandakan kertas itu dibiayai ataupun dibayar elaun untuk menanda kertas tadi. Ini kerana sebelumnya mereka dibayar apabila guru-guru luar yang menandai kertas tadi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Betul kata Yang Berhormat itu, memang tidak dibayar kerana PT3 ini merupakan pentaksiran Tingkatan 3. Sama dengan pentaksiran Tingkatan 1, pentaksiran Tingkatan 2, PT1, PT2, PT3 dan PT4. Ia berasaskan sekolah. Oleh sebab ia berasaskan sekolah, jadi ia merupakan peperiksaan biasa, bukan lagi macam PMR yang terdahulu. Oleh sebab itulah kementerian tidak membuat pembayaran tersebut. Mengatakan bahawa tidak ada arahan adalah tidak betul kerana memangnya ia merupakan peperiksaan biasa sekolah. Tingkatan 1 ada pentaksiran, Tingkatan 2 ada pentaksiran, Tingkatan 3 ada pentaksiran, cuma dia mengganti PMR. Tingkatan 4 juga ada pentaksiran. Jadi 1, 2, 3 dan 4. Jadi tidak ada perkara baru. Ini kerana setiap tahun pelajar- pelajar ditaksirkan dan telah lama diumumkan oleh kementerian bahawa tidak akan ada peperiksaan berpusat untuk Tingkatan 3, itu jelas. Saya katakan semua pelaporan daripada pelajar-pelajar yang akan masuk sekolah tadi, akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid ke Tingkatan 4 sama ada sekolah asrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama, MRSM, sekolah teknik, sekolah vokasional dan juga penentuan aliran murid Tingkatan 4 untuk sekolah harian. Tuan Yang di-Pertua, ini pula isu bahasa Inggeris. Menyentuh tentang keupayaan murid dalam bahasa Inggeris dan dasar wajib lulus bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Gerik. Kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti dasar memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris, untuk melipatgandakan program peningkatan penguasaan bahasa Inggeris termasuklah pelaksanaan program LINUS 2.0, Literasi bahasa Inggeris, pelantikan FasiLINUS yang berperanan sebagai mentor dan juga pembimbing kepada guru bahasa Inggeris tahap 1, pelaksanaan komponen sastera kontemporari kanak-kanak kepada murid-murid tahap 2, pelaksanaan Sistem Set di Tingkatan 1 dan juga pelaksanaan komponen sastera bahasa Inggeris ataupun Komsas untuk sekolah menengah. Untuk pengetahuan dan makluman Dewan yang mulia ini, program pemantapan tahap pengajaran bahasa Inggeris ataupun Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) telah dilaksanakan melibatkan 5,010 orang guru kumpulan pertama pada tahun 2013. Ini telah tamat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 76.4% telah berjaya meningkatkan tahap proficiency mereka sekurang-kurangnya satu band. Ini jelas menampakkan peningkatan proficiency guru-guru bahasa Inggeris. Pada masa ini, yang tadi 5,010. Pada masa ini seramai 9,002 orang guru sedang menjalani kursus berkenaan yang dijangka menamatkan latihan pada April tahun ini, manakala 10,000 lagi guru akan dilatih secara berperingkat-peringkat sehingga April 2016. Ini untuk Professional Up-skilling of English Language Teachers.

Untuk yang lain pula selain daripada itu, kementerian juga melaksanakan program English Teacher Assistant (ETA) yang melibatkan 225 Fulbright Scholars. Ini semasa Yang Berhormat Rompin jadi Duta dahulu. Sekejap Yang Berhormat. Telah ditempatkan di 100 buah sekolah. Manakala di samping ETA tadi, English Teacher Assistant ada 360 penutur jati ataupun native speakers di negara kita masa kini. Ini bukan semua Orang Putih, ada juga yang gelap tetapi mereka daripada - mereka asalnya ialah penutur jati bahasa Inggeris., telah ditempatkan di 1,800 buah sekolah dan membantu 5,000 orang guru bahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui program Teach For Malaysia (TFM), sebanyak 200 orang felo daripada universiti terkemuka dunia seperti Oxford, Cambridge, Harvard, Imperial College, London School of Economics dan sebagainya mengajar di sekolah-sekolah kementerian seluruh negara. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri kita memang menggalakkan supaya anak-anak kita diajar dalam bahasa Inggeris daripada peringkat awal. Akan tetapi adakah kementerian sedar bahawa di luar bandar di Sabah dan Sarawak, guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris mereka sama sekali tidak boleh berbahasa Inggeris... [Ketawa] Jadi apa macam mereka boleh tahu sedangkan bila kita pergi ke kampung jumpa guru bahasa Inggeris, kita cubalah bercakap orang putih, tetapi dia tidak boleh jawab pun. Dia harap komputer sahaja. Jadi, adakah kerajaan mungkin mengubah suai supaya guru-guru yang dihantar pada zaman

dahulu lagi kita ada dari luar, bahasa Inggeris betul-betul diajar dalam sekolah daripada peringkat bawah.

Terima kasih Yang Berhormat. Itulah sebenarnya cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh kementerian masa kini. Di samping program- program yang saya katakan tadi, pastikan guru-guru boleh berbahasa Inggeris dan saya katakan hampir lebih 20,000 akan dipastikan melalui program Professional Up-skilling of English Language Teachers tadi. Kita ada penutur jati yang 360 orang, yang melibatkan 5,000 yang saya katakan tadi. ETA, 100 orang Fulbright Scholars daripada Amerika dan Teach For Malaysia. Kita juga sedang mengadakan program-program intervensi Yang Berhormat, seperti program peningkatan penguasaan bahasa Inggeris SPM yang dilaksanakan bagi menyokong dasar wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM mulai 2016. Kumpulan sasaran program ini adalah di Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 di 1,191 buah sekolah hotspot. Sekolah hotspot ini ialah di mana peratus gagal dalam peperiksaan SPM Bahasa Inggeris ialah 23% ke atas. Program ini dilaksanakan merangkumi dua buah komponen, iaitu komponen dalam kelas ataupun differentiated teaching and learning dan komponen luar kelas OPS-English 2.0. Komponen dalam kelas membolehkan guru mengaplikasikan metodologi dan pedagogi pembelajaran dengan membezakan di antara murid berdasarkan kebolehan mereka supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, berkesan dan juga menyeronokkan murid. Untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran murid berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, program Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English) telah dilaksanakan di 827 buah sekolah seluruh Malaysia khususnya di sekolah luar bandar yang berada dalam band tiga hingga band enam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sudah pasti yang akan mengajar seperti Yang Berhormat Kalabakan kata tadi yang akan mengajar anak-anak kita dalam bahasa Inggeris ini ialah guru. Ini kerana parents, bapa-bapa yang di kampung tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Maka, harapan kita pada guru-guru. Sedarkah Yang Berhormat Menteri para pelajar di maktab sendiri tidak menggunakan bahasa Inggeris ini sebagai bahasa yang mereka suka.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Maknanya mereka lebih suka bertutur dalam bahasa ibundanya. Kalau kumpulan India, Indialah. Cina, Cinalah. Kalau Melayu, Melayulah. Maknanya bahasa Inggeris itu tidak menjadi second language. Jadi, adakah kementerian akan memikirkan bahawa Inggeris itu bukan sahaja sebagai teaching subject but it’s a second language dalam kolej itu sendiri supaya dengan itu ada flare. Bila ada flare, itu baru ada berlakunya kegembiraan bertutur dalam bahasa Inggeris. Sekarang menjadi teaching subject. Jadi bahasa Inggeris cuma salah satu subjek. Jadi saya tengok di kolej, inilah yang berlaku. Pelajar-pelajar maktab tidak menggunakan bahasa Inggeris ini sebagai language yang kedua ataupun yang kita harapkan mereka ini lebih petah bahasa Inggeris supaya bila dia mengajar di sekolah esok, dia tidak tersekat-sekat setakat menjadikan subjek itu sebagainya. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat, bersekali kalau boleh sebelum Yang Berhormat jawab? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bawakan dalam perbahasan saya sebelum ini khusus tentang kemungkinan besar ¾ pelajar-pelajar di negeri Sarawak akan gagal subjek mata pelajaran bahasa Inggeris sekiranya ia dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus. Itu dalam perbahasan saya. Saya rujuk juga antara kenyataan kementerian dalam mengisi kekosongan keguruan adalah untuk memastikan pelajar cemerlang SPM yang dapat sekurang- kurangnya 5A akan diajak mendaftar untuk menjadi guru. Malangnya daripada 5,000 permohonan, hanya 1,000 yang diterima dan akhirnya 300 sahaja pelajar lepasan SPM ini diumumkan oleh kementerian akan ditawarkan sebagai guru. Jadi persoalan saya lebih kepada menjawab tentang dalam konteks keperluan negeri Sarawak, bagaimana dan apakah rancangan khusus kerajaan dalam memastikan isu kekosongan guru ini diatasi dan punyai guru-guru yang dapat dan mahir berbahasa Inggeris untuk memastikan mereka

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

mampu melepasi dan tidak gagal dalam peperiksaan SPM kelak. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Itu saya memang dah ada jawapan. Belum sampai lagi Yang Berhormat Lembah Pantai. Ada jawapan tentang guru Sarawak ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani tentang dikatakan guru tidak mengamalkan bahasa Inggeris dengan baik semasa mereka dalam maktab. Itulah yang saya katakan tadi fasal Yang Berhormat Kalabakan telah mengatakan tadi bahawa kita perlu mewujudkan satu persekitaran, satu ekosistem dalam suasana di maktab itu sendiri, dalam suasana persekitaran itu sendiri di mana jika adanya persekitaran yang demikian, kita boleh memupukkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dan dengan tidak secara langsung, guru-guru tersebut boleh memperbaiki bahasa Inggeris mereka. Baru-baru ini saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Shanghai di Seremban. Saya melihat peningkatan penggunaan bahasa Inggeris begitu baik kerana guru-guru sekolah tersebut menggunakan persekitaran itu menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Cikgu bahasa Inggerisnya pun bagus. Jadi kita lihat, bukan hanya guru perlu baik kita katakan tadi ramai daripada kita yang sedang kita laksanakan dan juga kita lihat persekitaran yang menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Ekosistem yang menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris untuk memastikan kejayaan. Memang itu satu cabaran. Oleh sebab itulah kita mengadakan intervensi- intervensi di sekolah-sekolah hotspot, sekolah-sekolah yang lemah dengan peningkatan- peningkatan dengan penutur jati, agar mereka mewujudkan satu persekitaran yang membolehkan kita meningkat penggunaan bahasa Inggeris. Bagi menangani isu kekurangan guru opsyen bahasa Inggeris terutamanya di sekolah rendah dan sekolah kawasan luar bandar, kementerian telah dan sedang melaksanakan kursus Intensive Course in English Language Teaching (ICELT) di bawah Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Langkah-langkah yang diambil oleh kementerian adalah bertujuan untuk memastikan penguasaan bahasa Inggeris terus ditingkatkan dan mencapai tahap yang diharapkan. Pada sesi perbahasan Titah Diraja kali ini, isu guru Sabah dan Sarawak mendapat perhatian Dewan yang mulia ini seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Samarahan dan juga dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Lembah pantai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya, trend kompetensi guru sekolah rendah dan sekolah menengah kementerian di Sabah dan Sarawak menunjukkan peratusan guru tempatan yang tinggi berkhidmat di negeri tersebut. Berdasarkan kepada rekod, bagi negeri Sabah 77.1% orang guru yang berkhidmat merupakan guru kelahiran Sabah. Sebanyak 77.1% untuk Sabah, guru kelahiran Sabah. Manakala di Sarawak, terdapat 76% kelahiran Sarawak. Ingin dijelaskan di Dewan yang mulia ini. Secara prinsipnya, Kementerian Pendidikan sentiasa memberi keutamaan bagi menempatkan guru kelahiran dari negeri Sarawak untuk mengisi kekosongan jawatan di negeri tersebut. Pada masa yang sama, kementerian perlu memastikan penempatan dan pertukaran guru dilaksanakan berdasarkan keperluan opsyen dan juga kekosongan perjawatan. Kementerian merasakan 70% orang guru kelahiran tempatan untuk berkhidmat di negeri masing-masing sangat bersesuaian setelah mengambil kira kepentingan setempat, konsep 1Malaysia dan Dasar Integrasi Nasional yang diamalkan selama ini di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pengambilan calon guru dari Sabah dan Sarawak seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit dan juga Yang Berhormat Tuaran. Pengambilan calon guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak perlu diberi keutamaan. Saya hendak ulang ini. Pengambilan calon guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak perlu diberi keutamaan bagi penempatan di negeri asal, khususnya untuk memenuhi keperluan di sekolah kawasan pendalaman dan juga pulau-pulau kecil seluruh Sabah dan Sarawak. Ini kerana mereka lebih memahami adat dan budaya masyarakat setempat. Sehubung dengan itu, pada masa ini IPG Kampus Keningau bagi zon Sabah dan juga IPG Kampus Sarawak bagi zon Sarawak telah dijadikan sebagai pusat kecemerlangan

pedagogi peribumi bagi Sabah dan Sarawak untuk menyediakan guru-guru sekolah rendah dengan latihan dan pendedahan kursus kepada keperluan sosiobudaya masyarakat peribumi dan pendalaman melalui penekanan kepada pedagogi peribumi ataupun kepada dengan izin, indigenous pedagogy. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tuaran bangun Yang Berhormat.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mohon penjelasan, apakah mekanisme yang telah dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan supaya pengambilan guru-guru dari Sabah dan Sarawak ini dapat dilaksanakan sebaik-baik mungkin? Ini kerana kekhuatiran yang timbul ialah apabila pengambilan guru-guru pelatih di seluruh negara yang berasaskan kepada pencapaian dalam peperiksaan SPM iaitu memerlukan kesemua mata pelajaran ‘A’, semua dapat ‘A’ dalam SPM. Kalau berasaskan dengan keputusan SPM, peperiksaan SPM yang lalu, negeri Sabah yang dapat semua ‘A’ hanya 160. Di negeri Selangor ada 2,000. Jadi kalau itu asas, apakah kelayakan-kelayakan yang diambil kira untuk pengambilan guru-guru ke IPG atau khususnya daripada kelulusan SPM? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sebenarnya sehubungan yang dikatakan bahawa daripada segi keseluruhannya, saya sudah beri angka tadi bahawa guru-guru Sabah ialah 77.1% ialah orang Sabah dan guru Sarawak 76% adalah orang Sarawak. Itu sebenarnya. Ini proses dan juga dikatakan tadi bahawa ada IPG- IPG yang telah dibangunkan untuk memastikan pedagogi peribumi itu diajar, adakah mereka boleh pergi ke pulau-pulau pedalaman tanpa timbul masalah culture shock kepada guru-guru yang sedang berlaku masa kini antaranya yang sedang kita kurangkan. Oleh sebab itu sebenarnya kita berhati-hati dalam pengambilan guru-guru Sabah Sarawak. Oleh sebab itulah dalam pengambilan kita memberi sedikit kelonggaran kepada guru-guru. Memang sudah dilaksanakan. Kalau di Semenanjung sekarang ini, pengambilannya 7A. Kalau Sabah Sarawak kurang satu, 2 ‘A’ pun boleh. Itu sedang dilaksanakan sebenarnya Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan.

Oleh sebab itu keseluruhannya kita lihat, apabila kita meletakkan satu taraf yang tinggi untuk pengambilan guru baru-baru ini, kita melihat yang dapat menjadi guru masuk IPTA baru-baru ini ialah mereka yang mendapat the top 16%, dengan izin. Guru-guru yang masuk ke IPT untuk menjadi guru ini ialah the top 60% daripada jumlah pelajar-pelajar yang keluar daripada SPM. Sila Yang Berhormat Gerik dahulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kemasukan pelajar-pelajar daripada SPM ke IPG yang memerlukan straight A’s 7A, tidakkah satu keadaan berlaku apabila mereka mendapat tawaran lain akan meninggalkan IPG. Ini akan merugikan balik pihak kementerian sebabnya kita tengok ramai yang berminat menjadi guru tetapi mereka tidak dapat 7A straight. Menjadi masalah kepada pelajar-pelajar lain. Sedangkan 7A ini kadang-kadang mereka dapat peluang kerjaya yang lebih besar lagi. Bagaimanakah Kementerian Pendidikan melihat perkara tersebut? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata ada priority to be given untuk orang Sarawak diambil sebagai guru berkhidmat di negeri Sarawak. Akan tetapi apa sebabnya sekarang walaupun ada kekurangan guru yang hendak berkhidmat di Sarawak, tetapi ramai graduan dalam degree Pendidikan dari Universiti Tun Abdul Razak itu tidak diambil oleh kementerian untuk berkhidmat sebagai guru di Sarawak. Mereka qualified in education, layak dan mereka ada degree dalam pendidikan tetapi tidak diambil sebagai guru. Oleh itu saya rasa ini cakap tidak serupa bikin. Orang Sarawak ramai mereka ada kelayakan dan tidak diambil sebagai guru. Saya rasa di Sabah juga

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

sama dan diimport orang daripada Semenanjung sini pergi sana, menghadapi culture shock dan juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang tempatan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengkaji semula polisi ini supaya graduan-graduan dalam degree pendidikan boleh diambil dengan serta-merta.

Ini masalah Yang Berhormat ini, tuduh dahulu baru tanya. Kalau hendak tanya, tanya dahulu, barulah saya memberi penjelasan. Ini tuduh dahulu. Macam inilah berlaku semasa pilihan raya dahulu, 40,000 orang Bangla mengundi. Tuduh dahulu, ini masalah. Tuduh dahulu jangan. Jangan tuduh.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini fakta, saya tidak tuduh. You tanya daripada MP Barisan Nasional Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini fakta sebenarnya di Sarawak dan Sabah.

Nanti sekejap, relaks. Saya jawab dahulu. Datang bangun terus tuduh. Sepatutnya tanya, boleh tak saya hendak tahu mengapa, elokkan bunyinya. Dalam Dewan kita ini elok, tidak payahlah bertekak.

Dia mana tahu adab sopan.

Datang-datang tuduh saja, tuduh, tuduh. Sebenarnya pengambilan ini berdasarkan kepada bekalan yang ada. Bekalan yang ada pada masa tersebut, itulah yang kita hantar yang telah diambil oleh kementerian, mengikut stok bekalan yang ada. Itu kita hantar. Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa kita memberi priority atau keutamaan dengan izin, kepada guru-guru dari Sabah dan Sarawak. Ini sudah menjadi polisi kementerian. Kita memberi dan juga kita mengadakan IPG Sabah dan Sarawak untuk melatih guru-guru agar tidak ada masalah apabila mereka masuk ke kawasan-kawasan pedalaman. Yang Berhormat Gerik tadi sebenarnya tidak ada masalah tentang sekatan ataupun kenaikan taraf tersebut kerana ramai yang hendak menjadi cikgu. Masalah kita bukan yang hendak masuk tetapi masalah hendak tolak ramai. Jadi, stok yang hendak masuk ini ramai. Jadi, tidak ada masalah dengan mengatakan kalau mereka ini tidak dapat taraf tersebut. Tidak jadi cikgu tidak ada masalah sebab yang memohon jadi cikgu terlalu ramai. Jadi, tidak ada masalah tentang kualiti insya-Allah pada masa-masa akan datang.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya. Ramai graduan dalam degree pendidikan. Kenapakah mereka tidak diambil sebagai guru untuk berkhidmat di Sarawak? Mereka adalah orang Sarawak. Ramai daripada mereka, beratus-ratus yang tidak diambil. Apakah sebabnya dan bolehkah polisi ini dikaji semula? Terima kasih.

Bukan tidak jawab, sudah jawab tadi. Mungkin Yang Berhormat tidak dengar. Saya katakan tadi bahawa ia merupakan bekalan yang sudah ada. Maksudnya, hendak ambil dan hantar kepada kawasan ini jangan baru ambil yang baru. Kena ambil yang sudah ada. Guru yang sudah ada kita hantar dahulu. Guru baru kita ambillah semula. Kelonggaran-kelonggaran memang diberi kepada mereka dari Sabah dan Sarawak.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mana ada. Mereka yang ada degree dalam pendidikan tidak diambil. Tidak diambil.

Saya kata bekalan yang ada. Reserve yang ada, guna yang itu dahulu, bukan ambil yang baru.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Akan tetapi sekarang ada kekurangan guru di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Saya sudah kata tadi saya jawab. Duduklah, duduk.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kenapakah tidak mahu ambil mereka? Sudah berapa tahun mereka belajar dalam degree pendidikan. Sekarang mereka menganggur.

Duduklah duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Diskriminasi, diskriminasi.

Itu saya katakan tadi, saya sudah beritahu tentang pengambilan tadi peluang-peluang untuk orang Sabah dan Sarawak. You jangan hendak jadi hero Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itulah saya katakan tadi bahawa kita pergi kepada yang seterusnya iaitu berhubung dengan PTPTN. Ini juga satu isu yang penting. Menyentuh tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kementerian telah melaksanakan pelbagai insentif kepada pinjaman peminjam PTPTN bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman. Antaranya ialah rebat 10% diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 13 Disember 2015. Jika dibayar serta-merta tanpa henti untuk 12 bulan, dia akan diberi rebet sebanyak 10%. Manakala peminjam yang membuat penyelesaian secara sekali gus ataupun lump sum sehingga 31 Mac tahun ini akan diberi diskaun sebanyak 20%. Pemberian insentif tersebut telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminjam sehingga mencatat peningkatan pembayaran oleh peminjam daripada RM50 juta sebulan daripada Januari hingga September 2014, meningkat kepada RM150 juta kepada lebih RM120 juta sebulan mulai Disember 2014. Ini merupakan peningkatan pembayaran sebanyak lebih hampir dua setengah kali ganda. Tahniah kepada PTPTN. Untuk makluman Yang Berhormat Jasin, dalam tempoh 10 Oktober 2014 sehingga 31 Januari 2015, seramai 16,341 orang peminjam telah menikmati diskaun 20% kerana telah membuat penyelesaian pinjaman secara sekali gus. Jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM148.8 juta dengan pemberian diskaun kepada penerima biaya berjumlah RM36.9 juta. Daripada jumlah 16,341 orang peminjam tersebut, seramai 12,539 orang peminjam ataupun 76.7% adalah daripada IPTA dan juga 3,802 orang ataupun 23.3% adalah daripada IPTS. Berdasarkan kepada komposisi kaum pula, seramai 9,934 orang peminjam atau 60.8% adalah bumiputera, manakala 6,402 orang peminjam ataupun 39.2% bukan bumiputera. Daripada segi pendapatan keluarga pula, 85.2% orang peminjam terdiri daripada keluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah dan 14.8% orang peminjam terdiri daripada keluarga berpendapatan RM4,001 ke atas. Pemberian pinjaman PTPTN kepada pelajar dan juga dalam kalangan lepasan Unified Examination Certificate (UEC) yang layak meneruskan pengajian di IPTS di seluruh negara adalah berasaskan tawaran kemasukan ke IPTS. Berhubung dengan pengiktirafan UEC sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Kulai, kita sedia maklum oleh sebab sijil yang tidak selari dengan Akta Pendidikan 1996, statusnya masih kekal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah bangun, Yang Berhormat.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya cuma ingin mendapatkan satu penjelasan di mana di sini saya ada dua petikan kenyataan akhbar. Pertama, dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu pada 1 April 2013. Laporan tersebut menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pada masa itu tidak lama lagi bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak berhubung dengan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam tempatan. Kedua, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Hou Kok Chung iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dari MCA pada 3 Mei 2013 iaitu sebelum PRU Ke-13. Beliau menyatakan bahawa gerak kerja pengiktirafan sijil UEC telah pun

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

dijalankan dan telah pun mencapai tahap 95%. Cuma tinggal 5% masalah teknikal sahaja. Beliau juga menjanjikan bahawa jikalau UEC tidak diiktiraf selepas PRU Ke-13, beliau tidak akan bertanding lagi. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini merupakan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ataupun Timbalan Menteri ini seolah-olah mereka ingin mengelirukan rakyat khususnya masyarakat Cina yang telah pun menanti-nantikan sijil UEC ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ia belum selesai sebab itu UEC kekal di tahap yang dahulu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu perlindungan insurans kepada guru dan juga murid merentasi sempadan negara.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri. Sedikit lagi, sedikit lagi. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya apa yang saya katakan tadi, benarkah ada usaha untuk pengiktirafan UEC dijalankan? Ini kerana saya rasa adalah lebih baik bagi Yang Berhormat Menteri untuk sedikit sebanyak memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah status terkini dan apakah usaha-usaha yang telah pun dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks pengiktirafan UEC ini. Saya rasa adalah lebih baik bagi jawapan kepada Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Selain daripada kita tanya kepada pihak kerajaan, tiap-tiap kali jawapan yang saya dapat itu kerajaan tidak mengiktiraf sijil UEC, semua IPTA tidak iktiraf termasuk kolej universiti yang diasaskan oleh MCA. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah katakan tadi bahawa kita maklum bahawa sijil ini tidak selari dengan Akta Pendidikan 1996. Oleh sebab ia tidak selaras, statusnya masih kekal.

[Bangun]

Walaupun ada usaha-usaha dahulu dikatakan tetapi nampaknya masih lagi tidak selaras.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

[Bangun]

Okey, cukup, cukup Yang Berhormat. Cukup. Biar saya...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Itulah jawapan Menteri.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri. Tidak jawab satu perkara...

[Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Kedua, yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mendakwa...

You are beating around the bush. Please, please, please! Cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

...Ada usaha telah pun dijalankan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak boleh.

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan PTPTN.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah. Hendak bagi Yang Berhormat Menteri?

Okey, sila, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri

sedar atau tidak bagaimana ada pihak-pihak tertentu di luar sana yang menyalahgunakan pinjaman PTPTN ini terutamanya oleh kolej-kolej swasta. Satu daripada kaedah yang digunakan baru-baru ini, saya difahamkan bahawa bagi keluarga yang mendapat BR1M, PTPTN hanya memberi pinjaman setakat 85% dan bagi keluarga yang tidak mendapat BR1M, anak-anak dari keluarga itu akan diberi pinjaman sehingga 75%. Apa yang dilakukan oleh kolej-kolej swasta ialah mereka menghantar mesej kepada keluarga ataupun pelajar-pelajar tersebut mengatakan bahawa ada bantuan pendidikan tinggi percuma diberi. Mereka dipanggil ke sebuah dewan, datang ke sana dan dalam dewan itu baru diberitahu bahawa anda akan mendapat bantuan PTPTN sebanyak 85% kalau dia daripada keluarga yang menerima BR1M ataupun 75% daripada keluarga yang tidak mendapat BR1M dan kami akan tampung sebahagian yang lain. Kalau 85% diberi oleh PTPTN, baki 15% kita akan bagi dan mereka juga menasihati mereka, memberitahu mereka kalau mereka ada memohon kepada IPTA ataupun ke matrikulasi ataupun kepada politeknik, mereka beritahu itu tidak akan dapat. Mengikut keputusan itu, dia tidak akan dapat kolej awam. Maka dia mempromosikan kolej swasta. Ini menimbulkan banyak masalah, kemarahan daripada kalangan ibu bapa dan juga kepada anak-anak. Ada atau tidak pihak kementerian mengetahui tentang perkara ini dan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil kepada kolej-kolej yang cuba menyalahgunakan pinjaman PTPTN yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah tentang maklumat. Kalau boleh, saya minta Yang Berhormat Batu Gajah beri maklumat yang terperinci tentang kolej tersebut. Kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang menyalahgunakan PTPTN. Baru-baru ini memang ada kolej-kolej yang telah kita ambil tindakan kepada mereka yang menyalahgunakan PTPTN. Terima kasih atas makluman yang telah diberi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu perlindungan insurans kepada guru dan juga murid melintasi sempadan negara. Dalam konteks ini, Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8/2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan, Bantuan Persekolahan ke Sekolah berdasarkan per kapita dan enrolmen murid dan skim bayaran pampasan atau ex-gratia bagi pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas rasmi adalah terpakai. Manakala Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia yang dibiayai oleh KPM iaitu sebanyak RM1.50 setiap murid. Semua murid pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah adalah dilindungi 24 jam sehari, 365 hari setahun dan di seluruh dunia. Berhubung dengan isu kanak-kanak tanpa dokumen seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Kangar, kementerian mempunyai dasar yang jelas terhadap peluang persekolahan kanak-kanak tersebut. Melalui Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009, kementerian telah mengeluarkan arahan bahawa kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang sama ada ibu ataupun bapa kanak-kanak tersebut warganegara Malaysia boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah mendapat surat pengesahan ataupun surat perakuan daripada ketua kampung. Tuan Yang di-Pertua, aspek pembentukan sahsiah, penerapan nilai agama dan moral semangat patriotik, perpaduan dan juga jati diri bangsa memang dititik berat oleh kementerian. Sehubungan dengan itu, pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Kubang Pasu mengenai pembentukan sahsiah dan tingkah laku murid memang telah diambil tindakan sewajarnya oleh pengetua, pegawai pendidikan daerah ataupun PPD dengan kerjasama PIBG dan masyarakat setempat. Ini adalah selaras dengan anjakan sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013/2025 iaitu penglibatan ibu bapa dan komuniti serta konsep sekolah milik masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan bangun, Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya amat tertarik dengan apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya masih ingat apabila Yang Berhormat Menteri ada memegang jawatan Menteri Besar Terengganu. Beliau ada melancarkan beberapa program untuk meningkatkan tahap pendidikan. Kalau tidak silap saya, masa itu prestasi pendidikan adalah di antara yang terbaik di negara. Akan tetapi nampaknya kebelakangan ini telah menurun. Kalau ada rekod sedemikian, usaha-usaha dibuat, ia tidak boleh di aplikasi di

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

seluruh negara. Saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri ada pengalaman sedemikian, adakah ini adalah merupakan satu one-off yang tidak boleh dipakai di seluruh negara. Kedua, saya juga ingin sekali lagi menarik perhatian Yang Berhormat Menteri tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan perasaan mereka dipinggirkan kerana mereka tidak dapat tempat untuk bekerja di negeri mereka sendiri. Bolehkah saya minta Yang Berhormat Menteri kerana sampai ini pun telah pun disampaikan kepada saya sungguhpun saya dekat Pulau Pinang. Bolehkah saya minta Yang Berhormat Menteri pergi ke Kuching atau Sarawak, jumpa dengan guru-guru tersebut termasuk juga Sabah kerana memang tahap perasaan tidak puas hati itu memang meningkat. Ini kerana sebagai anak negeri Sarawak, di tempat asal mereka sendiri tidak dapat kerja sungguhpun mereka mendapat kelayakan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menangani isu ini kerana kalau tidak, ia akan jadi satu isu yang lebih besar. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan yang begitu prihatin tentang guru ini sebenarnya. Saya sudah katakan tadi bahawa bilangan guru dari Sabah dan Sarawak, memang dari Sabah, mengajar di Sabah lebih daripada 70%. Dari Sarawak, mengajar di Sarawak lebih daripada 70%. Inilah yang diamalkan oleh kementerian sehingga kini. Guru itu dihantar ke tempat masing-masing kerana ada yang kekosongan tempat, satu dan juga opsyen. Bukan hanya kekosongan tempat tetapi juga kekosongan opsyen. Jadi, kita tidak boleh hantar ikut suka sahaja. Bila ada kekosongan tempat, kosongnya di Sabah. Ini stok yang kita ada dan kita hantar yang itu ke Sabah dan Sarawak. Kita cuba mengatasi masalah. Sememangnya itu bukan hanya masalah kepada Yang Berhormat. Saya pun ada masalah tersebut kerana yang kena-kena itu bukan orang lain. Kenal-kenal saudara kita juga. Saudara kita, sepupu kita, pengundi kita. Jadi, kita di kementerian sedang mengatur dan menyusun agar pada masa-masa yang akan datang perkara-perkara ini tidak akan jadi masalah. Statement atau kenyataan Yang Berhormat Bagan mengatakan kebelakangan ini sistem pendidikan kita menurun, itu tidak betul. Ini kerana kita menggunakan PISA, biasanya saya lihat kita menggunakan PISA tahun 2012. Itu tiga tahun dulu. Tahun 2012 saya pun tidak jadi Menteri lagi, Yang Berhormat. Jadi, saya berjanji kerana ini merupakan satu tanggungjawab saya kepada rakyat Malaysia, kepada pelajar-pelajar dan murid-murid. Kita akan pastikan. Saya sudah tunjuk tadi dengan angka-angka bahawa universiti- universiti kita dalam setahun hingga dua tahun telah mula meningkat. Saya mengatakan dengan izin, soaring upwards of Malaysian education. Insya-Allah, kita akan pastikan. Saya juga percaya dan saya beri komitmen. Bila keluar keputusan PISA dan TIMSS yang akan datang ini, ia akan jauh lebih baik daripada keputusan-keputusan yang lalu. Itulah komitmen saya sebagai Menteri yang saya katakan dan saya tidak akan berganjak daripada kenyataan mengatakan Malaysian education is soaring upwards. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sambung petang nanti.

Okey, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan II · Besut

Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan pembentukan sahsiah, patriotik dan perpaduan, kementerian juga ingin memastikan setiap murid dan warga pendidik memahami Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.

Dato' Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan II · Besut

Untuk makluman Yang Berhormat Sibu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau DSKP untuk mata pelajaran Sejarah telah disusun berdasarkan garis semasa dan kronologi. Kedudukan Buku Teks Sejarah Tahun Empat, kurikulumnya adalah sehingga ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ada dijelaskan dalam Kurikulum Sejarah Tahun Enam. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang isu-isu pembangunan fizikal seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Kota Samarahan, kementerian memang memandang serius isu-isu berkaitan pembangunan infrastruktur pendidikan termasuklah capaian ICT. Sudah pasti KPM akan meneliti perkara- perkara tersebut termasuk permohonan spesifik dari kawasan Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat. Perkara-perkara yang dibangkitkan adalah yang telah pun dilaksanakan dan selebihnya akan ditangani secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kepentingan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja yang dijelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekali lagi kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya jemput Kementerian Pengangkutan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Pengangkutan · Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada 21 orang Ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian. Bagi menjawab isu-isu dan pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, pertamanya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu insiden kemalangan udara. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Subang yang telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan kemalangan MH370. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya membuat siasatan yang teliti berdasarkan ICAO Annex 13 ke atas tragedi kehilangan pesawat MH370. Bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membuat siasatan ini, kerajaan telah melantik pasukan khas penyiasat yang dikenali sebagai The Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370. Pasukan ini yang diketuai oleh Malaysia dan yang dianggotai oleh 19 orang profesional bersama-sama tujuh orang pegawai penyiasat berpengalaman, accredited representative yang dilantik oleh negara masing-masing iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, negara China, Australia, Perancis, Indonesia dan Singapura. Siasatan masih dijalankan bagi mencari punca sebenar tragedi ini dan bagi mengelakkan daripada tragedi yang sama berulang. Yang Berhormat Puchong turut membangkitkan mengenai keratan akhbar, “Underwater Locator Beacon Battery Expired One Year Before Flight Disappearance”. Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada bateri peranti pengesan bawah air atau ULB pada perakam data penerbangan FDR atau flight data recorder untuk pesawat MH370 yang telah tamat tempoh, ia bukanlah punca kepada pesawat MH370 yang hilang. Bateri peranti pengesan bawah air dipasang pada perangkap data penerbangan, flight data

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Pengangkutan · Bentong

recorder dan juga di perakam suara cockpit voice recorder. Hasil siasatan kemalangan MH370 mendapati hanya bateri peranti pengesan bawah air ULB pada perakam data penerbangan sahaja yang telah tamat tempoh iaitu pada Disember 2012, kira-kira 14 bulan sebelum insiden kehilangannya. Manakala bateri peranti pengesan bawah air ULB dipasang pada perangkap suara kokpit diganti mengikut jadual dan tarikh luputnya pada Jun 2014. Bagi membolehkan isyarat ‘ping’ yang dijana oleh peranti pengesan bawah air dikesan, pesawat ataupun kapal pencari perlulah berada berhampiran dengan kawasan pesawat itu, kawasan terhempas ataupun kawasan kemalangan. Walaupun bateri ULB pada FDR, flight data recorder telah tamat tempoh, namun tidak ada bukti ia tidak berfungsi. Sebagai tambahan, bateri ULB pada CVR masih belum tamat tempoh dan sepatutnya beroperasi. Perakam data penerbangan FDR dan juga perakam suara kokpit dipasang saling bersebelahan antara satu sama lain dan pada pesawat. Oleh itu, di dalam setiap kes kemalangan, sekiranya salah satu daripada kotak perakam flight data recorder ataupun cockpit voice recorder dikesan atau ditemui, peluang untuk menjumpai kotak perakam yang berikutnya adalah amat tinggi. Kementerian Pengangkutan memandang serius perkara ini dan telah pun mengarahkan pihak MAS menyiasat secara terperinci seterusnya mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara tersebut tidak berulang. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Subang ada membangkitkan mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission Inquiry untuk menyiasat kemalangan MH370. Kerajaan berpendapat, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat insiden MH370 tidak perlu ditubuhkan kerana satu pasukan penyiasat bebas telah pun ditubuhkan untuk menyiasat kemalangan ini mengikut piawaian International Civil Aviation Organisation Annex 13 yang diketuai oleh Malaysia bersama tujuh buah negara yang menjadi accredited representative atau AR dan adalah lebih wajar kita memberi peluang kepada pasukan ini untuk melaksanakan tugas mereka sehingga selesai.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Pengangkutan · Bentong

Selain daripada itu, Yang Berhormat Subang turut membangkitkan beberapa perkara seperti yang telah dilaporkan dalam laporan interim yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa MH370. Berhubung perkara tersebut, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, laporan interim yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa MH370 ialah satu laporan yang mengandungi fakta-fakta kejadian dan tidak mengandungi sebarang analisis. Fakta-fakta tersebut tertakluk kepada penemuan fakta baru, sekiranya ada. Dalam hubungan ini, ketiga-tiga isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang kini sedang disiasat dan dianalisis oleh pasukan penyiasat tersebut dan satu laporan penuh mengenainya akan dikeluarkan setelah siasatan lengkap kemalangan udara disiapkan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil tindakan dalam memperbaiki sistem radar negara. Antara usaha-usaha yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf atau mengganti peralatan-peralatan kawalan trafik udara seluruh negara yang melebihi hayat operasi lima belas tahun. Ia dilaksanakan melalui projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atau dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan yang Kesebelas. Peralatan yang terlibat merangkumi sistem-sistem komunikasi, pandu arah, pengawasan termasuk sistem radar awam dan sistem pengurusan trafik udara.

Daripada aspek operasi harian kawalan trafik udara, usaha berterusan dibuat untuk menambahbaikkan prosedur kerja dan meningkatkan kecekapan pegawai kawalan trafik udara melalui penilaian semula prosedur-prosedur kerajaan yang sedia ada, latihan amali dan ujian kecekapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Lumut bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan soalan berhubung dengan video ataupun radar video record ataupun rekod video radar yang

menunjukkan kapal terbang berpatah balik sama ada oleh TUDM ataupun Jabatan Penerbangan Awam. Saya ingin tahu sama ada video tersebut boleh dipaparkan atau tiada video yang menunjukkan kapal terbang berpatah balik sebagaimana dilaporkan sebelum ini. Sebagaimana saya katakan, Panglima Tentera Udara dan Panglima Angkatan Tentera mengumumkan tiga hari selepas kejadian berlaku. Ini mungkin ada sebab-sebab yang kita tidak ketahui dan kita minta diperjelaskan. Terima kasih.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang dinyatakan itu saya rasa bukan video. Ia ialah rekod radar daripada tentera udara. Radar itu memang menunjukkan ada air turn back pada ketika itu. Saya yakin siasatan juga sedang dilakukan dan bagaimana perkara ini tidak dimaklumkan lebih awal.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Saya rasa pihak penyiasat telah pun melaksanakan tugas ini. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kita semua kena akui bahawa tragedi ini berlaku tidak ada kena-mengena dengan kegagalan peralatan radar, sefaham saya ya. Ini merupakan masalah daripada segi SOP iaitu apabila civilian radar telah tidak dapat lagi mengesan dan military radar telah mengesan. Tidak ada komunikasi di antara kedua-dua pihak. Sememangnya, civilian radar tidak mampu untuk mengesan apabila ia punya transponder telah pun dipadamkan. Maka, tidak ada masalah hardware, tidak ada masalah keperluan untuk hendak upgrade radar dan sebagainya. So, lagi awal kita mengiktiraf bahawa ia merupakan kesilapan dan kesalahan daripada segi SOP kita dan hubungan di antara military dan civilian dalam kes-kes seperti ini dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak military, saya rasa lebih cepat- mungkinlah kita akan mengenal pasti dan tindakan yang perlu diambil untuk menentukan perkara yang seperti ini tidak berulang. Saya harap Menteri boleh komen.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Memang setujulah pandangan Yang Berhormat bahawa ini daripada segi komunikasi antara DCA dan military perlu dipertingkatkan dan langkah sedemikian telah pun diambil. Kita harap daripada segi komunikasi yang lebih baik dapat pastikan bahawa apa-apa juga informasi, maklumat yang ada daripada DCA boleh beri kepada military dan juga daripada military yang boleh mendapatkan kerjasama DCA, boleh juga kita adakan komunikasi sedemikian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada empat orang yang bangun.

Saya beri Yang Berhormat Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu, sila.

Terima kasih. Saya menghargai pengakuan daripada Menteri. Saya ingin dapat secara spesifik dalam kes ini, apakah yang menjadikan komunikasi ini tidak betul? Sebelum ini kita kata SOP tidak ada masalah. Adakah sekarang selepas kita mengkaji semula, SOP komunikasi ini bermasalah? Seterusnya saya juga ingin sentuh mungkin tidak direct dalam isu ini ialah kita dapatkan black box yang sebelum ini kita kata kita perlu cari black box sebelum kita boleh adakan satu royal commission untuk siasat dalam kes MH370. Pada masa yang sama, kita telah dapatkan kotak hitam itu daripada pihak Ukraine. Kenapakah kita serahkan kotak hitam itu kepada pihak Britain untuk dianalisis, padahal kotak hitam dalam AirAsia mampu dianalisis oleh pihak Indonesia sendiri? Saya ingin dapat tahu, sama ada peralatan kita tidak mencukupi dan kita perlu upgrade juga? Sekian, terima kasih.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Menteri, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan Menteri tadi, pengakuan Menteri tadi. Jelas dalam kes MH370 ini kita boleh dapati bahawa bukan sahaja daripada segi SOP tetapi jelas menunjukkan ada pelanggaran SOP dalam kes MH370. Ini kerana jika kita perhatikan kes ini, apabila MH370 membuat satu u-turn, walaupun secondary radar yang dependent on transponder tidak dapat menjejaki MH370 kerana transponder itu telah pun ditutup, tetapi MH370 ini dijejaki oleh primary radar. Jadi, primary radar ini adalah radar yang aktif. Ia memang dapat menjejaki, telah pun mengesan MH370 pusing balik dan melintasi kawasan udara Malaysia. Jadi soalan saya, kenapakah dalam kes ini terdapat satu unidentified flying object (UFO) yang melintasi controlled airspace ataupun terminal control area, tetapi ATC tidak ada membuat apa-apa untuk mengenal pasti apakah UFO ini. Tidak ada komunikasi daripada ATC mahupun military untuk cuba buat contact dengan UFO ini apabila ia melintasi TCA. Ini jelas adalah sudah pun melanggar undang-undang yang terdapat di dalam Air Service Menu. Saya harap juga Kementerian Pengangkutan boleh mengadakan satu post-mortem terutamanya daripada pihak military. Ini kerana dalam kes ini jika kita mengikuti protocol informational, apabila terdapat satu UFO yang terbang melintasi control airspace yang tidak ada flight plan, ATC dan military sepatutnya dalam masa yang singkat, within three minutes, they should have launched into setting aircraft to intersect the aircraft.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

But dalam hal ini tiada yang berlaku. Jikalau ini bukan MH370, jika ini adalah sebuah kapal terbang yang sudah dihijack dan ia melintasi Malaysia, we can think the worst can happen, the aircraft can be used just like in 9/11. Terima kasih, dengan izin.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam soal pembetulan SOP itu ataupun SOP yang sedia ada apabila civilian radar sudah tidak kesan kapal terbang itu hilang, tidakkah sepatutnya terus pihak air traffic control berhubung dengan pihak primary radar ataupun military radar yang dia tahu bahawa primary radar ataupun military radar ini mempunyai kemampuan untuk mengesan. So bila kapal terbang itu hilang daripada radar, apakah tindakan? Tidakkah sepatutnya dia terus berhubung dengan pihak tentera untuk mendapatkan maklum balas ataupun memaklumkan kepada tentera juga bahawa perkara itu telah berlaku? Adakah itu dalam SOP yang sedia ada ataupun ia akan dimasukkan?

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tajuk yang sama. Boleh saya?

Tajuk yang sama, okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengesahkan isu fakta dahulu sebab saya sudah soal melalui soalan lisan dan bertulis dan jawapan yang saya dapat pada sesi-sesi dahulu ialah ini adalah dalam siasatan dan tidak boleh dijawab. Soalan saya secara spesifik ialah adakah bila-bila malam itu pihak DCA menghubungi pihak military dan beritahu ada pesawat yang telah hilang daripada radar? Itu satu. Kedua ialah kenapa - ada tiga soalan. It’s specific factual question. Satu tentang DCA. Tentang kedua ialah MAS operation centre secara bebas pun telah ada tracking system mereka yang berasingan daripada DCA. Kenapa dalam laporan yang dibuat oleh the Malaysian ICAO itu yang telah dikeluarkan pada 8 Mac, kenapa ada gambaran di sana bahawa MAS operation centre beri gambaran pada pihak di KLIA bahawa pesawat itu sudah berada di kawasan Cambodia dan ada kepastian itu? Mereka beri gambaran bahawa mereka pasti itu. Itu soalan yang kedua. Soalan yang ketiga, adakah bila-bila pun apabila pesawat itu ditrack oleh radar military tentera udara kita lebih kurang satu jam, adakah apa-apa komunikasi daripada military kepada DCA pada malam itu? Dengan jawapan itu kita boleh sambung...

Saya boleh terus jawab Yang Berhormat Subang bahawa pertamanya soalan sama ada, ada hubungi military atau tidak. Saya jelaskan di sini bahawa pada masa ia berlaku memang Vietnam telah menghubungi ADC Subang dan kita

juga telah pun mencari masa itu menghubungi balik MAS. Bertanya kepada MAS dan MAS menyatakan bahawa still in the flight path on the way to Cambodia. So, memang ini dari siasatan yang menunjukkan bahawa MAS juga menunjukkan confirm the flight path is still along the Cambodia route, tetapi kemudiannya about one hour later when we called up again and MAS say that sorry that is not the right path. There is a projected path. That is not the real path. So, itu yang menyebabkan kelewatan dari segi kita melancarkan pencarian MH370 yang boleh kita lihat bahawa ini adalah dari segi fakta-fakta yang diterima. Saya hendak jelaskan di sini bahawa the investigation team yang telah pun mengeluarkan interim report itu semuanya fakta sahaja, dia belum analyze lagi. I want to emphasize, menekan di sini kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa laporan yang kita ada ini adalah factual yang berlaku. Akan tetapi analisisnya pihak penyiasat yang ditubuhkan ini, penyiasat independent investigation team is actual analyzing the whole situation now. Apa yang berlaku setiap minit, apa yang berlaku setiap saat pada ketika 1.21 until 6 o’clock in the morning. What is happening along the way supaya satu analisis yang penuh boleh kita terima dan that will be in the next report so, this factual report also unable us, kerajaan juga. Kita juga mengambil tindakan segera melalui factual yang kita dapat, kita juga menjalani siasatan dalaman kita bagi kementerian. Saya juga hendak jelaskan di sini bahawa sama ada kita menghubungi military atau tidak memang daripada segi SOP yang dahulu seperti yang dikatakan Yang Berhormat Shah Alam, memang tidak ada. So, memang tidak ada hubungan di antara military dengan DCA. Sebab itu pembaharuan daripada segi komunikasi perlu dibuat di mana buat masa sekarang kerjasama antara military dengan DCA akan lebih kerap lagi. Ini memang saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, kita sudah mulakan sistem ataupun SOP komunikasi yang baru antara military dengan DCA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tumpu pada DCA dahulu sebab ikut dalam laporan itu disebut pada muka surat 95, mereka quot, manual of air traffic services part nine, table nine to do dan sebagainya overdue action. Ada SOP yang jelas apabila handover tidak berlaku, then laporan ada sistem tempoh untuk buat laporan dan tindakan untuk diambil. Tempoh yang saya nampak ini lebih kurang setengah jam sahaja dan lepas itu mesti ada mereka perlu inform radar units civil and military. Jadi adalah jelas di sini DCA tidak ikut apa yang disebut di sana. Itu satu. Kedua ialah kalau kita adalah pasti military tidak hubungi DCA bila-bila pun, itu sangat serius tetapi itu memang bukan dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri. Itu kementerian yang lain tetapi bagi saya dan saya minta komen daripada Yang Berhormat Menteri, ini amat jelas sebab itu adalah berkaitan dengan keselamatan negara kita. Apabila satu pesawat ditrack oleh military radar satu jam, 1.21 sampai 2.22 malam itu sebagai pesawat yang tidak dapat dikenali, unidentified civilian craft dan tidak ada apa-apa tindakan langsung dibuat. In fact saya Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya itu boleh dikategorikan sebagai criminal negligence dengan izin. It is actually bound the dead. Sebab pada malam itu kalau tentera udara kita telah aktifkan jet-jet kita untuk ikuti pesawat itu, hari ini perbahasan kita jauh berbeza sebab kita akan tahu mana pesawat itu, mana dia pergi dan apa masalah dan sebagainya. Jadi saya minta penjelasan itu daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya tidak boleh jawab bagi pihak Kementerian Pertahanan tetapi saya hendak jelaskan di sini bahawa Kementerian Pertahanan juga ada SOPnya. Kalau apa-apa pesawat yang berbahaya kepada negara, mereka perlu ambil tindakan segera seperti yang dijelaskan dahulu bahawa pesawat ini dikatakan friendly sebab itu tidak diambil tindakan segera. Walau bagaimanapun, peraturan SOP perlu diperketatkan dan ditingkatkan. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat tadi berhubung dengan primary radar. Saya hendak jelaskan di sini primary radar memang ada bagi Kementerian Pengangkutan, we are all short range primary radar. Bagi military, they have a long range di mana up to 200 kilometer, 200 nautical miles they can track but oleh kerana kita punya

primary radar adalah short distance dan kita civil aviation bergantung kepada secondary radar. That is transponder signal. Itu yang saya hendak jelaskan.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Kalau boleh beri pandangan?

Ya, sila.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi sedikit pandangan. Daripada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi, adakah bermaksud bahawa jikalau kes MH370 ini tidak pernah berlaku adakah ia bermaksud any aircraft unidentified yang tidak dikenali, sebarang kapal terbang yang tidak pernah memfailkan flight plan mereka yang melintasi terminal control area ataupun control air space ini, ATC tidak akan membuat sebarang tindakan. Walaupun tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa kita punya primary radar jenis short range, daripada interim report yang saya boleh nampak ini terdapat coverage. Maksudnya apabila MH370 ini, bila dia pusing balik, dia ada lintas at least two radar coverage within the short range.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Jadi, saya hairan Maksudnya jika MH370 ini tidak pernah berlaku, maksudnya any aircraft unidentified can just simply pass to our express and the ATC just not do anything and risk the coalition of aircraft, dengan izin. Jadi saya harap we have more detail investigation to this, especially the military must give an answer why they did not cooperate with the ATC when this is an international standard. Terima kasih.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang siasatan masih lagi dilakukan dan semua factual ini akan dianalisa dan satu laporan lengkap yang kita akan hantar kepada semua. Berhubung dengan ‘bombard tu’ yang nyatakan tadi dengan kotak hitam, kerana kenapa serah kepada UK untuk buat analisa. Untuk bagi MH17, it’s not MH370. Saya hendak jelaskan bagi MH17, Ukraine telah pun mewujudkan satu International Investigation Panel, Pusat Penyiasat Antarabangsa yang dikendali, diketuai oleh Netherland dan pada masa itu Malaysia mendapatkan kotak hitam itu, kita serah kepada Netherland sebagai ketua penyiasat dalam insiden MH17. Netherland yang membuat analisis of kotak hitam itu di United Kingdom. So, itu yang saya hendak jelaskan...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Bukan atas kehendak ataupun permintaan kita sendiri. Ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya balik kepada tindakan yang tidak dibuat oleh DCA pada malam itu. Daripada laporan dan antara fakta kita ada sekarang, kita tahu pada 1.21 pagi hari itu, radar signal yang nampak di dalam skrin DCA tersebut terhilang dalam skrin itu. Kalau ini berlaku di tempat lain, maksudnya reaksi yang akan dibuat adalah serta-merta sebab bila signal itu terhilang, itu menunjukkan satu yang sangat serius telah berlaku. Pesawat itu telah terhempas ataupun sesuatu yang amat serius. Contoh saya bagi, satu air crash Egypt Air Flight 990 pada tahun 1959. Dia take-off daripada New York, 200 kilometer di Atlantic Ocean. Radar signal yang ada terhad di dalam skrin terhilang, cara yang sama tetapi dalam kes itu, apabila kita baca laporan-laporan berkenaan di situ, dalam beberapa minit search and rescue sudah mula sebab controller, semua orang faham, begitu seriusnya apabila signal itu terhilang dalam skrin. Jadi soalan saya ialah apakah siasatan yang telah dibuat oleh kerajaan setakat ini dan ini berkaitan juga dengan soalan kenapa tidak ada hubungan dengan military? Kenapa military tidak berhubung dengan DCA pada malam itu? Apakah siasatan yang telah dibuat? Bagi saya, siasatan ini kita tidak perlu orang antarabangsa. Inilah agensi-agensi kita. Inilah MAS operation center, DCA dengan military. Bukan isu tentang berkaitan dengan black box dan apa-apa yang berlaku di lautan Indian Ocean dan sebagainya. So, soalan saya ialah adakah siasatan yang dibuat dan bolehkah kerajaan tubuhkan satu badan bebas, buat siasatan rapi terhadap isu ketiga agensi ini. Apakah yang berlaku untuk 5 hingga 6 jam yang pertama. Itu saja. Ini kerana kita tahu kalau kita pergi kepada search itu, itu jauh lebih besar tetapi isu itu saja. Kenapa pada 4 hingga 5 jam yang pertama, sebab itu sangat kritikal, tiga buah agensi ini secara berasingan tetapi semua sudah gagal buat tanggungjawab mereka. MAS

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

operation center ada gambaran yang salah dan macam mana mereka dapat tahu itu di Cambodia, itu pun salah, itu pun perlu disiasat. DCA kenapa bila radar signal hilang tidak ambil apa-apa tindakan serta-merta dan military. Adakah kerajaan telah buat siasatan ini ataupun bagi saya, saya ingin cadangkan kerajaan tubuhkan Royal Commission atau badan bebas dan satu siasatan terbuka dan bagi tahu rakyat Malaysia dan juga keluarga- keluarga penumpang pesawat itu dan krew apakah sebenarnya yang berlaku pada malam itu.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa memang siasatan dalam juga kita lakukan. Kita hendak pastikan bahawa isu ini diambil dengan serius dan kita hendak maklumkan di sini apabila signal itu hilang, kenapa kita tidak melancarkan pencarian serta-merta. Kita perlu tahu bahawa insiden itu berlaku di mana there is an exchange of hand over flight daripada sebuah negara ke negara lain. At 1.19 apabila ATC kita sudah handover to Vietnam, so there is where masalah itu berlaku kerana bagi ATC sebelah sini di Malaysia, dia anggap telah pun hand over to Vietnam and Vietnam in 20 minutes later they called back, so they received the flight. That’s how they launched the search. I mean dalam mencari bagaimana, apakah usaha untuk kita mencari pesawat tersebut melalui radar yang sedia ada. Walau bagaimanapun, memang kita mengetahui ada kelemahan daripada segi communication antara civil aviation dengan military dan ini telah pun diperbetulkan seperti yang saya sebutkan tadi dan memang lagi...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta penjelasan.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Ada lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Short one.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ya, okey. Yang Berhormat Menteri saya rasa ini isu yang amat penting. Jadi pertama sekali saya hendak bangkitkan tentang apa yang Yang Berhormat Menteri katakan the handover to Vietnam pada pukul 1.19 pagi dan kita tidak boleh hanya memberikan tanggungjawab kepada pihak Vietnam sebab Vietnam telah memberikan maklum balas 1.39 pagi, 20 minit selepas itu dan masa itu kapal terbang MH 370 dipercayai telah, sedang berada di atas angkasa Semenanjung Malaysia sehingga kapal terbang tersebut sampai di selatan Pulau Pinang pada pukul kira-kira 1.50 pagi. Jadi we missed it. Kita telah missed bahawa kapal terbang itu masuk dan Vietnam telah bagi tahu kita, kita masih missed it. Jadi saya rasa ini adalah bukan saja sistem breakdown tetapi satu sistem failure, systemic failure yang saya rasa amat-amat kritikal kerana melibatkan nyawa manusia. Jika kita respons pada ketika itu, mungkin hari ini kita akan ada lebih banyak jawapan lagi. Itu satu. Keduanya Yang Berhormat, saya juga rasa satu perkara yang amat penting ialah tentang Vietnam. Dalam laporan interim kita lihat bahawa Vietnam memberikan maklum balas 20 minit. Tempoh 20 minit itu sebenarnya satu perlanggaran operational letter of agreement antara Malaysia dengan Vietnam, Civil Aviation Authority. Jadi ini satu perkara yang penting kerana ini bukan saja perlanggaran protokol antarabangsa tetapi juga melibatkan nyawa. Kita tidak tahu apakah akan terjadi lagi. Jika kita boleh pastikan sistem kita tidak breakdown tetapi kita tidak ada cara untuk pastikan bahawa sistem negara jiran tidak break down dan dalam industri aviation, penerbangan memang saling berhubung kait. Jadi saya hendak tahu juga, apakah tindakan kerajaan terhadap perlanggaran operational letter of agreement ini oleh Ho Chi Minh iaitu sepatutnya mereka memberikan maklum balas dalam masa 5 minit jika tidak ada komunikasi tetapi ini 20 minit baru memberikan maklum balas. Terima kasih.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Okey terima kasih. Memang saya hendak tegaskan bahawa melalui siasatan dalaman yang kita lakukan, banyak kelemahan kita telah pun memperbetulkan termasuk kolaborasi dengan negara-negara ASEAN. Saya telah pun mengambil usaha untuk bincangkan isu ini di peringkat ASEAN dan saya juga membawa isu ini ke ICAO di peringkat antarabangsa untuk kita melihat bagaimana MH370 ini bukan satu perkara bagi Malaysia, tetapi dia adalah satu masalah keselamatan dan security for the keselamatan pesawat antarabangsa seluruh dunia. Banyak kelemahan perlu dipertingkatkan, bukan saja dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa. Dalam negara sini, kita juga bagi DCA kita telah pertingkatkan the emergency quick reference, kita telah wujudkan.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Pengeluaran arahan operasi berkaitan penyaluran maklumat antara DCA dan military, TUDM. Kursus yang khas bagi pegawai kawalan trafik udara untuk mempertingkatkan kewaspadaan dan penstrukturan semula. There, restricted watch untuk bagaimana kita pastikan semua kawalan udara ini dibuat sebaik mungkin. Bukan saja itu, kita juga mendapat validator daripada ICAO. ICAO sendiri juga mengambil berat tentang apakah yang berlaku bagi MH370 dan mewujudkan satu jawatankuasa Air Tracking System bagi satu jawatankuasa khas untuk dikaji bagaimana kita hendak menjejaki semua pesawat dalam dunia ini.

Dato' Seri Liow Tong LaiMCA · BNBentong

Oleh itu, satu keputusan telah dibuat apabila saya berucap di mesyuarat ICAO, mencadangkan bahawa we need a real time tracking for all commercial planes dan telah pun mendapat sambutan daripada ICAO dan jawatankuasa ini. Jawatankuasa Tracking System akan mengumumkan keputusannya pada 31 Ogos tahun ini. Saya difahamkan bahawa banyak negara telah pun bersetuju untuk melaksanakan real time tracking. Bagi Malaysia, kita sekarang, saya sudah arahkan MAS untuk pastikan sekurang-kurangnya sekarang 15 minit the aircraft at tower will be downloaded to our system dan kita boleh track pesawat kita setiap 15 minit. So, saya yakin...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, sorry, just to sambung sedikit isu itu sahaja.

Ya, ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sorry Yang Berhormat Lembah Pantai, can I go first? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita setuju secara prinsip real time tracking system ini amat penting daripada pengalaman pesawat MH370 dan kerajaan harus terus mengusahakan pelaksanaan sistem itu kalau boleh. Akan tetapi saya ingin berbalik kepada penjelasan tadi, apabila saya soal tentang tindak balas daripada DCA pada jam 1.21 apabila tanda pesawat itu dalam skrin terhilang. Bila Yang Berhormat Menteri jawab tentang handing over, handing over itu isu lain sebab memang kalau Vietnam tidak acknowledge handing over, kita akan tahu pesawat itu ada masalah setengah jam atau 20 minit selepas itu. Akan tetapi isu ini bagi saya ialah apakah siasatan terhadap kenapa air controller yang nampak tanda pesawat itu terhilang, kenapakah tidak ada tindak balas? Apakah siasatan yang telah dibuat tentang isu itu sebab itu paling serius. Saya bandingkan dengan Air France 477 tahun 2009 yang terhilang di Atlantic. Itu satu, dua jam perlu lalu sebelum kita pastikan ada masalah sebab proses handing over itu. Tiada isu di sana di mana air controller nampak tanda pesawat itu terhilang dalam skrin. Di sini mereka nampak. So saya hendak tanya sekarang, apakah siasatan kerajaan tentang itu? Siapakah air controller yang duduk di hadapan skrin yang nampak? Bila dia nampak, kenapakah dia tidak buat reaksi? Kenapakah dia tidak lapor kepada superior officer dia? Kenapakah superior officer dia tidak buat apa-apa tindakan? Semua soalan ini soalan daripada rakyat, daripada orang awam. Saya ingin syorkan kepada kerajaan, jawapan pada soalan ini kita sudah tunggu satu tahun. Rakyat Malaysia, dunia sudah tunggu satu tahun untuk dapatkan jawapan-jawapan yang basic kepada soalan basic ini dan sampai sekarang masih belum dapat. Ada pihak yang berkata, bukan kerajaan ataupun saya ingat Yang Berhormat Menteri pun ada berkata, bukan Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri lain ya, kita perlu tunggu sampai black box diperolehi sebelum kita buat jawapan yang lengkap. Saya rasa itu tidak boleh diterima sebab ada kemungkinan dalam kes ini, black box tidak akan didapati. Akan tetapi rakyat Malaysia ingin tahu, kenapa tiga buah agensi ini iaitu DCA, MAS Operation, Tentera Udara, macam mana, siapa pegawai-pegawai yang bertugas, apa mereka buat malam itu, kenapa tindak balas tidak dibuat, apa alasan itu. Semua ini saya rasa tanggungjawab kerajaan untuk buat siasatan yang rapi dan melaporkan kepada...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat sebelum menjawab.

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Similar issue Yang Berhormat kalau boleh.

Saya jawab dahulu. Sekejap ya.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Okey.

Yang Berhormat Subang, saya sedia maklum apa yang ditimbulkan tadi. Memang siasatan telah pun dilakukan dan saya telah sebutkan tadi bahawa siasatan ini yang dikepalai ataupun diketuai oleh satu siasatan antarabangsa, satu siasatan independence yang ada tujuh buah negara duduk dalam jawatankuasa ini. So, kita kena beri peluang kepada siasatan ini dilaksanakan dan interim report telah pun diberi seperti yang ada dengan Yang Berhormat dan telah pun ditunjukkan semua detail yang ada. Kita very transparent in our report. Saya yakin bahawa rakyat boleh ataupun seluruh dunia boleh lihat betapa telitinya yang telah kita buat setiap minit, setiap saat apa yang berlaku pada ketika itu. Saya rasa kita tunggulah analisis yang akan dibuat oleh pasukan siasatan. It’s not fair to jump into conclusion that we are - kita tidak bagi jawapan kepada rakyat, kepada networking, kepada Ahli Dewan di sini. Saya rasa it’s not fair that you waited for one year. Siasatan masih lagi dilakukan. Kita hendak beritahu bahawa siasatan ini akan dianalisa oleh pasukan siasatan tersebut dan akan berikan laporan yang lengkap kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Akan tetapi ini perkara asas Yang Berhormat Menteri. Ini perkara asas.

Ya, silakan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya rasa Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi soalan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya bagi...

Tidak apa, kita biar Yang Berhormat Lembah Pantai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hargai cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri khusus berkait dengan real time report. Pada saya semua ini tidak menjadi persoalan bagi kami. Jadi, kita harapkan ICAO juga bersetuju apabila keputusan diumumkan pada bulan Ogos. Akan tetapi saya hendak bawa kepada rentetan bila Yang Berhormat menyebut atau sebut tentang isu being transparent dengan izin. Saya masih ingat lagi dalam Dewan, mantan Menteri Pengangkutan ketika itu pada September 2012 berlaku black out dua jam sistem radar di Subang, Lapangan Terbang Subang. Saya dijanjikan laporan audit dalaman yang dibuat oleh DCA. Tidak diberikan lagi. Kedua, saya minta sekali lagi kepada pengganti acting Transport Minister ketika itu sebelum Yang Berhormat memegang jawatan, ini berkait dengan Laporan ICAO, audit terhadap KLIA 2 specifically on the structure in compliance with the requirement and safety standards. Juga dijanjikan, tetapi sampai ke hari ini saya tidak dapat laporan. Jadi pada saya Yang Berhormat, bila Yang Berhormat sebut tentang cadangan susulan bagi pihak kerajaan, saya juga minta dalam semangat keterbukaan harus diberikan kepada semua. Bukan sahaja laporan yang berkait dengan MH370 tetapi rentetan, the history, the past failures termasuklah permulaannya pada tahun 2012 semasa selama hampir dua jam sistem radar di Lapangan Terbang Subang tidak berfungsi. Jadi saya pohon Yang Berhormat sebagai Menteri, yang memegang jawatan yang sudah Menteri ketiga yang saya pinta dalam portfolio ini. You know I think it’s quite important, so we can at least support you when needed dan harus terima kelemahan seperti yang jelas. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Soalan yang sama tentang real time tracker itu. Kita tidak ada masalah tentang membeli ataupun melabur dalam teknologi baru real time tracker, tetapi kalau soalan asas seperti siapa yang duduk di depan skrin dan miss ataupun terlepas pandang skrin, tidak guna ada teknologi berjuta-juta. Jika Yang Berhormat Menteri kata siasatan masih belum selesai, maknanya kita tahu masalah kita ada pada real time tracker. Masalah asas, perkara asas saya rasa kerajaan patut memberikan satu

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

jawapan yang jelas, bukan jawapan yang berputar belit. Ini sudah setahun. Ini soalan yang paling asas. What happen, why miss out, why late respond, why no respond?

Saya rasa tidak adil buat tuduhan macam itu Yang Berhormat. Saya sudah jelaskan tadi bahawa pada 1.19, ATC controller Subang telah hand over to Vietnam. Apabila you hand over to Vietnam, you are not following the track anymore, you are not following that tracking.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

1.39, Vietnam reported to us.

Yes, that is after 20 minutes.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

That sebab the airplane at the time is still on our air, masih lagi...

Saya hendak beritahu ...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kapal terbang masih lagi di udara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bukit Mertajam, ikut peraturanlah. Tidak boleh dialog macam ini. Bila Yang Berhormat Bukit Mertajam soal, Yang Berhormat Menteri duduk. Bila Yang Berhormat Menteri berdiri menjawab, Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk. Macam itulah.

Saya sudah dengar ucapan tadi dan saya juga jawab bahawa kita memang membuat siasatan dalaman dan juga ada siasatan independent dari luar negara, independent yang telah pun mengeluarkan fakta ini semua dan mereka sedang buat analisis. They will come up with the report what is happening in the whole detail. I think ini perlu kita beri satu peluang kepada international independent set up under the ICAO Annex 13 untuk kita mengeluarkan kesemua sekali apakah yang berlaku sebenarnya pada saat 1.19 kepada pukul 6 pagi pada hari tersebut.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh satu permintaan.

Ya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. I want to request satu permintaan. Sekarang kita ada interim report bagi MH370. Boleh kita minta post mortem report juga daripada military kerana jelas mengikut international standard, military must be part of air space control. Jadi saya minta juga kita ada satu report yang lengkap daripada pihak military. Terima kasih.

Ini memang dalam skop penyiasatan pasukan yang diwujudkan. Mereka juga akan menemui pasukan military untuk memasukkan semua pandangan yang disebutkan tadi. Berhubung dengan persoalan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi bahawa ada permintaan berhubung dengan laporan-laporan yang lalu, saya memang bersedia untuk menimbang apa yang telah diminta tadi. Saya hendak menjelaskan di sini bahawa KLIA2 punya report, saya telah pun berjanji pada Dewan ini saya will set up a very high powered auditing team untuk menyiasat daripada segi keselamatan KLIA2 dan telah diwujudkan. I would like to confirm and also assure Ahli Dewan di sini bahawa, kita akan berikan laporan itu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hanya pinta untuk tidak timbang sahaja laporan 2012 kerana Yang Berhormat mantan Menteri Pengangkutan janji hendak bagi kepada saya. Saya tidak mahu pertimbangan, saya hanya mahu salinan. Keduanya, saya hanya mahu rujuk the acting Transport Minister dengan izin, ketika itu. Ini laporan April tahun lepas. Laporan ICAO specifically issue the Certificate of Completion and Compliance (CCC) for KLIA2, bukan yang diumum selepas maklum balas PAC. Jadi, maksudnya yang awal itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih kerana...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh, akhir sekali? Isu yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah sebut tadi siasatan masih diteruskan dan international team akan siapkan laporan. Boleh Yang Berhormat Menteri bagi

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

gambaran berapa lama ini akan ambil masa. Sebab bagi pandangan daripada keluarga penumpang, keluarga air crew rakyat Malaysia, ramai yang susah untuk faham kenapa diambil masa yang agak panjang. Sudah satu tahun. Siasatan untuk apa yang berlaku pada empat hingga enam jam yang pertama itu, ramai yang tidak susah untuk buat dan tulis dan bagi tahu kepada rakyat Malaysia. Akan tetapi malangnya masih belum dibuat. Kita dapat fakta betul, saya terima itu. Akan tetapi fakta ini belum ada penjelasan dan analisa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Walaupun mungkin aspek lain selepas enam jam yang pertama mungkin perkara yang lebih rumit, mungkin ada masalah yang lebih besar untuk mencari jawapan. Akan tetapi untuk apa yang berlaku pada beberapa jam pertama, di mana agensi kita yang terlibat secara langsung, anggota pegawai ada, rakyat Malaysia ada masalah untuk faham kenapa kerajaan mengambil masa yang begitu panjang untuk buat analisa, buat siasatan dan bagi laporan. Jadi diminta untuk berapa lama lagi kita akan tunggu untuk laporan ini, kerana untuk siasat empat lima jam kenapa begitu susah dan berapa lama akan diambil.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit lagi Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan bahawa beberapa airlines di seluruh dunia telah banned kargo lithium battery termasuk British Airways dan juga di Amerika Syarikat United. Akan tetapi di Malaysia, MH370 kargo manifest masih belum diumumkan. Salah satu sebab adalah kerana mungkin kerana ada large quantity of lithium battery. I think the government must come clean in this. Bagi yang sebenarnya, the truth, nothing but the truth. Ini kerana sekarang daripada kerajaan ada sedikit-sedikit info kata ada manggislah, ada ini, ada itu tetapi belum release the entire cargo manifest. Jadi to put things into be transparent, bagi a closure to the family. Sekarang kerajaan telah mengumumkan, it’s already a closure. Jadi bagilah tahu cargo manifest, release it supaya they can put a closure to this case. Terima kasih.

Saya rasa Yang Berhormat tidak mengikuti isu ini dengan dekat. Actually cargo manifest telah pun kita beri awal lagi dan dalam siasatan factual yang dikeluarkan oleh the interim report ICAO, juga ada cargo manifest. Semua ada dalam itu. Also according kita punya list senarai, SOP Kementerian Pengangkutan memang lithium battery is allowed, it is not a dangerous goods. Jadi, kita memang boleh membawa lithium battery dalam kargo kita. Semua ini telah pun kita perjelaskan. Berapa lama, Yang Berhormat Subang. Kita rasa yang penting ini kita sudah wujudkan pasukan siasatan bebas yang melakukan siasatan ini. Kita berharap siasatan ini dapat analisa fakta ini secepat mungkin dan mengeluarkan laporan seterusnya kerana kita juga tahu semua menunggu termasuk kerajaan. Kerajaan juga menunggu hasil analisa siasatan yang telah dilakukan. Saya harap dan juga akan membangkitkan isu ini kepada pegawai penyiasat agar dapat mempercepatkan analisa yang dilakukan. Akan tetapi saya hendak tegaskan juga, kita juga akan buat siasatan dalaman seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tetapi kita akan terus memperkasakan dan mempertingkatkan sistem yang ada dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua,saya ingin pergi ke insiden MH17.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Satu cadangan, last final. Saya rasa untuk penyelidikan ataupun penyiasatan berterusan oleh pasukan penyelidik tersebut, untuk tujuan transparency dan akauntabiliti, kita telah pun membangkitkan cadangan ini pada awal krisis MH370 iaitu penubuhan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Parliamentary Select Committee untuk memantau yang terdiri daripada Ahli Parlimen kedua-dua pihak bagi memantau dan supervise penyiasatan tersebut. Saya harap Menteri akan menerima cadangan tersebut untuk transparency dan akauntabiliti. Terima kasih.

Saya sudah sebutkan tadi Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, bahawa pasukan penyiasat yang ditubuhkan di bawah Annex 13 ICAO adalah satu pasukan bebas yang disertai oleh tujuh buah negara. Kita akan berikan independency of this committee untuk menyiasat dan kita akan terima semua maklumat dan berikannya secara transparent kepada semua rakyat dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan status siasatan insiden MH17. Seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Batu, insiden MH17 terbahagi kepada dua iaitu siasatan keselamatan di bawah International Civil Aviation Annex 13 dan keduanya, siasatan jenayah. Siasatan jenayah sedang dikendalikan oleh negara masing-masing seperti Malaysia, Australia, Ukraine dan Netherlands. Joint Investigation Team yang diterajui oleh Netherlands yang dianggotai oleh Malaysia, Ukraine, Australia dan Belgium diwujudkan untuk melicinkan kerjasama antara negara-negara berkepentingan.

Siasatan berdasarkan Annexxe 13 perlu merupakan siasatan dari aspek teknikal bertujuan bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang di masa akan datang. Siasatan ICAO Annex 13 tidak bertujuan untuk mencari dan mendakwa sesiapa yang menjadi penyebab sesuatu kemalangan udara tetapi adalah untuk mencari sebab sesuatu insiden atau accident berlaku dan membuat safety recommendation. Pasukan siasatan ini diketuai oleh Netherlands dan dianggotai oleh Malaysia, Ukraine, Russia, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom sebagai Accredited Representative (AR). Dua buah negara dilantik sebagai pemerhati iaitu Belgium dan German kerana terdapat rakyatnya yang terkorban dalam kejadian ini. Kedua-dua siasatan masih lagi sedang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan mengenai Malaysia telah bersetuju...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu bangun.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar dengan tekun ada dua bahagian daripada siasatan. Akan tetapi jelas jenayah telah berlaku dan pihak Netherlands dan Eropah telah mengeluarkan kenyataan tegas dan mereka ambil pendekatan bahawa pemberontak yang didukung oleh pihak Rusia bertanggungjawab atas jenayah ini. Sehingga sekarang saya belum dapat sebarang kenyataan rasmi daripada Kerajaan Malaysia. Saya compliment Kerajaan Malaysia ambil satu sikap yang lebih profesional, kurang emosi. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita harus ada satu pendirian preliminary dengan izin, siapa yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang berlaku. Ini satu perkara yang sangat serius, telah beratus-ratus jiwa terlibat termasuk rakyat Malaysia.

Saya agak kita tidak boleh ambil ringan. Masa telah berlanjutan tetapi hingga sekarang kita tidak ada pendirian. Nampaknya menunjukkan kita lembut dalam ketegasan kita untuk membela kepentingan negara dan kedaulatan.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Untuk makluman Yang Berhormat Batu, kita tegas daripada segi pendirian kita untuk mendapatkan keadilan untuk rakyat kita. Rakyat kita, pesawat kita telah ditembak oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan kita hendak tahu siapa yang menembak pesawat kita. Oleh sebab itu siasatan telah dilaksanakan dan siasatan jenayah juga kita melibatkan diri daripada segi memastikan siapa yang menembak pesawat kita. Pihak Netherlands telah pun mengepalai, mengetuai pasukan ini dan telah pun membuat usaha termasuk reconstruction pesawat kita di Netherlands dan untuk mengetahui sama ada this is a ground to air missile ataupun air to air missile. Semuanya sedang dikaji dengan mendalam untuk mendapatkan, mengetahui siapa sebenarnya yang menembak pesawat kita.

Boleh dapat sikit penjelasan? Pihak Netherlands sudah memberi kenyataan bahawa Rusia bertanggungjawab. Saya hendak tahu sama ada Kerajaan Malaysia setuju dengan pandangan Netherlands atau tidak?

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

No. Kita memerlukan jawapan daripada pasukan penyiasat yang ditubuhkan. Pasukan penyiasat ini adalah diwujudkan di antarabangsa bukan daripada sesiapa, bukan daripada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kenyataan seperti ini. Kita memang menggunakan kerana apa yang dikeluarkan oleh pasukan siasatan ini kita boleh bawa ke mahkamah untuk mendakwa orang-orang yang bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan mengenai masalah Malaysia telah bersetuju sebagai status pemerhati dalam siasatan insiden MH17 ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, siasatan jenayah oleh Polis Diraja Malaysia mengenai nahas MH17 yang dimulakan pada 17 Julai 2014 masih diteruskan di samping penyertaan Polis Diraja Malaysia dalam siasatan yang dikendalikan secara kerjasama oleh pasukan siasatan bersama MH17 Join Investigation Team. Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan anggota pasukan siasatan punca nahas di bawah Annex13 kepada ICAO yang diterajui oleh Netherlands. Oleh itu adalah tidak benar, saya

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

nak tegaskan di sini, tidak benar bahawa Malaysia hanya merupakan pemerhati kepada siasatan yang sedang dikendalikan berhubung dengan nahas MH17. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Tanjong berhubung bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ICC berfungsi berdasarkan principal of complementary. Ini bermakna, sekiranya ada negara yang berupaya dan sanggup, able and willing untuk mengambil tindakan dalam mana-mana kes yang terletak dalam bidang kuasa ICC, maka ICC tidak boleh menuntut bidang kuasa atas kes tersebut. Bagi maksud ini, tidak perlu negara ini menjadi negara pihak Rome Statute of the International Criminal Court untuk mengambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada MH370 dan MH17, Yang Berhormat Puchong turut membangkitkan mengenai status siasatan insiden pesawat AirAsia QZ8501.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tanjong.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah sebab sebenarnya negara kita masih sehingga hari ini masih tidak menjadi negara ahli bagi ICC, bagi Rome Treaty ICC ini kerana memang satu keputusan Kabinet telah dibuat tahun 2011. Akan tetapi mengapa sampai sekarang belum dijadikan satu kenyataan. Terima kasih.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri akan memberi jawapan. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Puchong berhubung dengan pesawat AirAsia QZ8501, penyiasatan masih sedang dijalankan di mana siasatan diketuai oleh pihak berkuasa penerbangan Indonesia dan Malaysia menjadi ahli pasukan penyiasat. Yang Berhormat Tanjong dalam perbahasan turut menyentuh mengenai insiden- insiden lain yang melibatkan pesawat MAS, AirAsia dan FireFly pada tahun lepas dan awal tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat, insiden-insiden yang membabitkan pesawat MAS, AirAsia dan FireFly adalah merupakan in service difficulty yang memerlukan syarikat- syarikat penerbangan komersial membuat laporan kepada Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA) berdasarkan kepada Peraturan 195, Peraturan Penerbangan Awam 1996. Siasatan telah dijalankan dan tindakan susulan telah pun diambil. Kebanyakan semua daripada insiden-insiden ini adalah insiden teknikal yang telah pun diselesaikan. You want me to go through one-by-one?

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Ya.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Hendak tahu juga semua insiden?

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

[Menyampuk]

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Okay, I go through one by one. Semuanya all technical ya. Untuk MAS, bagi isu insiden pesawat MAS MH066, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan pada 24 Mac 2014. Sebelum berlepas, kru teknikal MAS telah pun mendapati bahawa salah satu daripada tiga buah generator yang membekalkan kuasa elektrik kepada pesawat mengalami masalah teknikal. Berdasarkan minimum equipment list (MEL) yang diluluskan oleh DCA, pesawat ini dikategorikan dalam keadaan yang selamat untuk berlepas walaupun sebuah generator telah pun rosak but it is safe because there are three generators in the plane. MEL yang digunakan oleh MAS ini adalah lebih ketat, most stringent daripada master list MEL yang dikeluarkan oleh Airbus. Semasa penerbangan ke Incheon, Korea Selatan, kokpit telah menerima mesej daripada sistem pesawat mengenai amaran pada generator satu lagi. Kru pesawat membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Hong Kong walaupun auxiliary power unit (APU) generator masih boleh berfungsi. Generator satu dan dua kemudiannya telah ditukar di Hong Kong dan isu ini telah pun diatasi dan kemudian flight as normal. Berhubung dengan isu insiden pesawat MAS MH192 dari Kuala Lumpur ke Bangalore, India pada 20 April 2014. Sebelum memulakan penerbangan, pesawat ini telah diperiksa oleh pasukan teknikal yang mendapati pesawat berada dalam keadaan baik dan

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

selamat untuk berlepas. Semasa fasa pelepasan, juruterbang pesawat merasakan berlakunya getaran kuat di badan pesawat dan selanjutnya juruterbang pesawat telah mengenal pasti berlaku masalah ke atas sistem landing gear melalui amaran di kokpit. Keputusan dibuat untuk melakukan air turn back dan mendarat di KLIA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kalabakan bangun.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, silakan.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Yang Berhormat Kalabakan, boleh saya habiskan? Hanya sikit lagi. Sekejap ya. Setelah pesawat mendarat, didapati tayar nombor tiga telah bocor dan menyebabkan berlaku kerosakan kepada peralatan di landing gear sebelah kanan. Hasil analisis makmal di atas tayar tersebut didapati ia berpunca daripada penembusan foreign object damage pada tayar tersebut. Okey, silakan Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Menteri dia bercerita pasal insiden yang melibatkan penerbangan. Jadi saya tidak tahu kalau ini Yang Berhormat Menteri tahu bahawa di Sabah dan Sarawak, sebelum itu saya mahu beritahu bahawa kalau kita mahu drive kereta, kita mesti ada lesen. Kalau tidak ada lesen, tentu sekali masalah sebab orang bawa yang bukan-bukan. Jadi saya mahu tanya sama Yang Berhormat Menteri sebab selama ini Sabah dan Sarawak, penumpang ATR ini, mereka ini dalam keadaan berbahaya. Saya mahu tahu sama Yang Berhormat Menteri, ini ATR500 untuk Sabah dan Sarawak dan ATR600, ATR600 ini ada lesenkah mereka boleh masuk ke Sabah dan Sarawak. ATR600, ATR500 saya tahu. Akan tetapi ATR600, adakah lesen atau tidak?

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Ya, semua pesawat yang terbang dalam angkasa kita mendapat lesen. Kalau tidak ada lesen, dia tak boleh terbang dan telah pun diberikan oleh DCA.

Saya boleh beritahu tetapi lagi bagus kalau Yang Berhormat Menteri siasat ATR600, tidak ada. Jadi ini penumpang-penumpang untuk Sabah dan Sarawak terancam kalau ada insiden apa-apa.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Ya, kita akan siasat apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat.

Oleh sebab ini serius sebab siapa beri kebenaran, siapa yang mengaut keuntungan ini. ATR600 tiada lesen.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Tidak apa, kita akan bagi maklumat selanjutnya.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Berhubung dengan FireFly Yang Berhormat, banyak lagi pesawat. You nak semua sekali? Can I give you?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak payah. Jawapan bertulis sahaja.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Oleh sebab banyak sangat pesawat ini. I give you in written form.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Akan tetapi setiap kali Yang Berhormat Menteri janji jawapan bertulis, kita tidak dapat.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Boleh, boleh. Saya bagi.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Okey.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Banyak, panjang sangat. Tiga empat muka lagi. Kepada semua pesawat, semuanya teknikal dan telah pun diselesaikan.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Tuan Yang di-Pertua, isu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tadi ditanya banyak kali. Pertama sekali Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan mengenai cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, Kementerian Pengangkutan telah pun mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk mendapatkan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bagi melaksanakan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan. Projek menaik taraf tersebut akan melibatkan pembesaran bangunan terminal, infrastruktur airside dan infrastruktur landside, kesemua sekali pembangunan yang keseluruhannya. Yang Berhormat Lawas...

[Bangun]

Hendak tanya juga?

Terima kasih. Hendak minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setelah sekian lama kami menyebut perkara ini, alhamdulillah perkara ini diberi perhatian oleh pihak kementerian. Jadi apa yang saya hendak tahu ialah bila agaknya jangkaan lapangan terbang ini dijangka siap selepas ia akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas?

Ya, sebab kita sudah beri keutamaan ini untuk membangunkan lapangan terbang ini, kita harap yang pentingnya kita hendak panjangkan the runway Kota Bharu agar wide body aircraft boleh turun dan boleh membawa lebih banyak penumpang ke Kota Bharu dan juga negara-negara lain. Saya tidak dapat tentukan masa tetapi apabila diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kita akan buat secepat mungkin. Yang Berhormat Lawas...

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Yang Berhormat Menteri. Ini Kota Baharu.

Oh, Yang Berhormat Kota Bharu. Tidak boleh sebut nama. Sebut nama sahaja naik ya.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya baru-baru ini Yang Berhormat Menteri sendiri ada berkunjung ke Kota Bharu dalam majlis MKJR, Majlis Keselamatan Jalan Raya dan melihat bagaimana sesaknya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu. Saya pernah duduk dalam kerajaan negeri dan saya tahu bahawa tanah-tanah telah dibuat pengambilan sejak akhir tahun 80- an lagi, sehingga sekarang ini ditanam dengan pokok-pokok kelapa sahaja dan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini masih lagi domestik, belum lagi antarabangsa. Saya hendak tahu, adakah kerajaan bercadang untuk menaik tarafkan lapangan terbang ini kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa? Terima kasih.

Okey, terima kasih. Daripada segi kelulusan tanah itu, kita minta kerajaan negeri kena bantulah kerana apabila kita boleh luluskan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas tetapi ada masalah pengambilan balik tanah untuk memanjangkan runway yang akan melambatkan...

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Yang Berhormat, tanah sudah diambil dan sudah cukup untuk panjangkan runway. Sudah lama sudah. Sudah 20 tahun lebih.

Sekiranya tidak ada masalah tanah, kita akan...

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Semasa airport di bawah kementerian dahulu lagi telah diambil. Kita tahu dalam rekod kerajaan negeri.

Okey, terima kasih kerana kerajaan negeri meluluskan tanah itu membolehkan kita memperbesarkan lapangan terbang ini dan kita tidak terhad sama ada di lapangan terbang domestik ataupun antarabangsa, boleh. Semua kapal terbang antarabangsa boleh juga mendarat especially chartered flight dari mana-mana negara boleh turun di lapangan terbang domestik dalam negara kita. Kita juga apabila memanjangkan runway lapangan terbang ini, ia akan membolehkan pesawat antarabangsa mendarat di lapangan terbang ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Lapangan Terbang Lawas. Yang Berhormat Lawas telah memohon pertimbangan pihak kementerian untuk meluluskan cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Lawas. Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan telah menghantar permohonan kepada EPU untuk mendapatkan siling peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bagi melaksanakan kajian kemungkinan, feasibility study projek pembinaan lapangan terbang baru di Lawas, Sarawak dan pelan induk kita juga akan mengadakan satu kajian pelan induk bagi STOLport di Sabah dan Sarawak. Sebarang keputusan untuk membina sebuah lapangan terbang baru di Lawas adalah tertakluk kepada hasil kajian kemungkinan yang disebutkan tadi. Bagi isu Lapangan Terbang Lahad Datu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan bagi membincangkan skop projek naik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan projek menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu dan kita yakin kita boleh laksanakan dalam tahun ini berhubung dengan naik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu. Berhubung isu pembinaan sebuah lapangan terbang baru di utara Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, pihak EPU sedang dalam proses menjalankan kajian kemungkinan berhubung keperluan sebuah lapangan terbang di Northern Corridor Airport. Sebarang keputusan untuk membina sebuah lapangan terbang baru di utara Malaysia adalah tertakluk kepada hasil kajian kemungkinan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Yang Berhormat Sepanggar yang ada membangkitkan mengenai isu pemeriksaan badan di kawalan keselamatan lapangan terbang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Annex 17, Aviation Security and National Civil Aviation Security Programme, telah menggariskan prosedur-prosedur pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang dan bagasi sebelum dibenarkan menaiki mana-mana pesawat awam. Walau bagaimanapun, pemeriksaan fizikal hanya akan dilakukan sekiranya walk through metal detection mengeluarkan bunyi amaran. Tiada pemeriksaan fizikal yang perlu dilakukan jika penumpang melepasi walk through metal detection tanpa sebarang isu. Selain itu, sekiranya peralatan walk through metal detection tidak berfungsi, maka pemeriksaan secara fizikal akan dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Bachok berhubung dengan penyajian minuman keras dalam penerbangan. Syarikat Penerbangan Malaysia sebagai sebuah syarikat penerbangan beroperasi ke pelbagai destinasi di seluruh dunia dengan pelbagai lapisan penumpang perlu memenuhi kehendak penumpang khasnya penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama yang mana sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan syarikat penerbangan di dunia untuk menyediakan minuman kepada penumpang. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya bangkitkan ialah berkaitan dengan apa yang pernah kita suarakan dalam Dewan ini apabila caj tiket itu dikenakan kepada penumpang dan hidangan dalam kapal terbang diberikan secara percuma termasuk wine. Bermakna caj tiket tadi juga termasuk untuk membiayai hidangan wine atas kapal terbang. Ini satu perkara yang sangat sensitif pada orang Islam kerana kita tidak boleh bersubahat sama dalam melakukan perkara yang tidak diizinkan dalam agama. Saya ingat janji daripada Yang Berhormat Menteri sebelum daripada ini untuk membawa perkara ini kepada Kabinet dan dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana. So, Yang Berhormat Menteri kena teliti dalam bab ini dan saya cadangkan supaya bawa balik perkara ini kepada Kabinet.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita juga tahu bahawa ini adalah satu service industry dan caj-caj yang dikatakan itu memang it is just an additional service sama ada kita gunakan atau tidak gunakan. Banyak dalam service

industry juga memberikan satu caj yang menyeluruh. Kita tahu bahawa ini adalah satu business module yang dipakai dan dia adalah satu, orang kata, dalam bidang perniagaan dan telah pun dipraktikkan dalam aviation industry dalam dunia ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan banjir di Pantai Timur. Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan cadangan kerja-kerja membaik pulih landasan kereta api Pantai Timur yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menyediakan program pemulihan infrastruktur kereta api dan stok kereta bagi sektor Kuala Lipis ke Tumpat yang terjejas akibat banjir untuk membolehkan perkhidmatan kereta api kembali beroperasi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

Program pemulihan ini akan mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan untuk siap.

Kota Tinggi hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Boleh?

Boleh bagi saya habiskan ini? Keutamaan akan diberikan kepada sektor Kuala Krai ke Kemubu sepanjang 63.1 kilometer yang majoriti penduduknya bergantung kepada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama. Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, ini balik kepada lapangan terbang tadi sebelum pergi topik lain. KLIA2 sebab besar, jadi saya lihat lebih banyak kedai. Akan tetapi daripada segi keselesaan pengguna itu ada kurang sedikit sebab ia punya eskalator itu, sebab jarak jauh, minta dibanyakkan walkalator. Jadi pengamatan saya dan pandangan daripada orang ramai bahawa macam terminal panjang itu, eskalatornya lebih kurang 100 kaki, selepas itu terberhenti, selepas tu ada kedai-kedai. Selepas kedai-kedai, selepas itu ada eskalator balik. Jadi pandangan mereka betul juga. Lebih baik dilapangkan kedai-kedai itu, dibanyakkan eskalator terus sepanjang masa dan ini kecekapan yang lebih baik. Juga mungkin dilihat sebelum masuk ke terminal itu, kedai-kedai yang terlampau banyak itu mungkin dilihat semula, ditambahkan eskalator supaya memudahkan orang ramai. Adakah kementerian bercadang untuk buat satu? Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung atau tidak? Ini berhubung juga dengan lapangan terbang. Memang kita akuilah di Malaysia ini kita ada dua buah lapangan terbang yang hebat iaitu KLIA1 dan KLIA2. Akan tetapi saya telah pernah suarakan dalam soal pemeriksaan sekuriti, kita adalah yang termundur dalam dunia. Ini sebab peralatan kita di lapangan terbang itu tidak lengkap. Rata-rata sekuriti kita, polis bantuan kita, apabila buat pemeriksaan, dia raba badan kita. Diramas, kadang-kadang kita punya alat sulit pun teramas Yang Berhormat Menteri. Kita tidak selesa. Saya sudah suarakan bilakah perkara ini boleh diberhentikan? Ini sebab yang mengamalkan perbuatan meramas ini - kalau main raba-raba ini Malaysia, Filipina dengan Indonesia. Lain-lain negara sudah pakai detector Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya cadangkan, airport yang begini hebat, janganlah guna orang sebab kita pun penat. Sekuriti kata, “Datuk, kita terpaksa buat sebab inilah kerja kita. Kita pun tidak suka raba orang, tidak suka ramas orang”, dia kata. Harap-harap dapat diubahlah.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi saya sudah jawab bahawa lapangan terbang kita telah disediakan oleh Walk Through Metal Detector. Kalau ada metal detector, ia sudah berbunyi, baru periksa. Kalau tidak berbunyi, dia tidak periksalah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia sensitif tahu? Sebab kasut ini semua ada - asal kena dia lepas tetapi lain orang, lepas pun dia ada detector, dia pakai mesin. Ini sebab yang dia periksa ini orang bawa pisau, bawa tajam-tajam. Kalau tidak ada apa, tidak adalah. Akan tetapi tidak akan diramas segala-galanya. Itu tidak betul. Tiga buah negara sahaja dalam dunia yang pakai ramas-ramas ini. Lain negara tidak ada, tahu?

Boleh, boleh kita kaji balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ramaskah raba? Dia raba sana, raba sini. Susah, bikin susah.

Kita gunakan metal detector.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau Singapura tidak ada ramas, tidak ada raba. Di New Zealand tidak ada raba-raba. Dia pakai mesin, mesin pengimbas.

Mesin pengimbas detector.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, mesin pengimbas detector, ya. Ini kita pakai raba-raba ini tidak boleh mainlah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Menteri.

Ya, Yang Berhormat Bagai Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan pasal raba-raba. Ini pasal connectivity udara menjadi satu perkara yang penting, kunci untuk kejayaan. Kalau kita lihat hari ini, dengan negara sedang berusaha ke arah negara maju pada tahun 2020 dan juga kita akan ada ASEAN Economic Community dengan izin, pada hujung tahun ini, dijangka perhubungan udara dan pelaburan akan jadi bertambah hebat lagi. Sekali lagi saya hendak ulangkan, di utara Malaysia, contohnya di Lapangan Terbang Pulau Pinang sudah padat. Di utara Malaysia memang sangat memerlukan satu lagi lapangan terbang antarabangsa untuk mengaktifkan industri dan mengharapkan negeri-negeri di sekeliling Pulau Pinang itu dapat tempiasnya. Kita lihat hari ini betapa pentingnya connectivity udara ini, contohnya untuk perindustrian. Kalau orang datang dari New York ataupun dari London ataupun dari Osaka, kalau dia hendak landing di Kuala Lumpur dan dua jam atau tiga jam terpaksa pergi ke Perak, umpamanya. Ini mereka tidak akan terima untuk pelaburan yang penting. Jadi kalau ada orang yang datang dari New York ataupun dari London ataupun dari Osaka, dia boleh terbang terus ke utara Malaysia. Contohnya, seperti saya difahamkan negeri Perak pada tahun 2012 telah memohon untuk lapangan terbang di utara Perak. Jadi saya sudah dengar cerita ini sudah lama, saya sudah tanya dalam Parlimen ini beberapa kali, yang saya dengar ialah jawapan yang tidak ada penentuan. Saya harap sangat Menteri memberikan keputusan ataupun cadangan-cadangan apa yang telah berlaku sekarang ini. Apakah yang telah jadi dengan permintaan negeri Perak pada tahun 2012? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya sudah jawab tadi Yang Berhormat berhubung dengan permintaan tadi. Saya tahu memang penting di bahagian utara Malaysia hendak perlukan satu lagi lapangan terbang antarabangsa. Saya sebutkan tadi EPU telah pun membuat kajian feasibility studies yang menyeluruh. It involves Kedah, Perak, northern of Perak dan juga Pulau Pinang sekali.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Menteri, ringkas sahaja. Tentang KLIA2, saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi. KLIA2 ini macam shopping mall with an airport attached, airport 2 and afterthought. So saya minta eskalator dan walkalator terutamanya untuk senior citizen itu diperbanyakkan secepat mungkin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kluang, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi tadi yang menyebutkan tentang tambahan eskalator, walkalator untuk penumpang-penumpang KLIA2. Saya sendiri juga telah membuat lawatan rasmi beberapa kali juga bersama dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri buat lawatan ke KLIA2 untuk melihat bagaimana boleh menangani isu-isu ini. Menurut MAHB yang telah beritahu, mereka akan tambah lagi beberapa lagi walkalator dan mereka juga akan tambah buggy untuk memudahkan warga-warga emas ataupun yang

kurang upaya untuk memudahkan mereka berulang-alik dari tempat ke tempat yang lain. Kita akan kaji balik bagaimana untuk menambah lebih banyak lagi ‘walkalator’ yang dicadangkan.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Menteri, boleh tanya tentang peranan kementerian dalam perhubungan antara kementerian dengan MAHB. Adakah kementerian boleh memberikan syarat-syarat kepada MAHB supaya MAHB - kementerian mengarahkan MAHB melaksanakan ini secepat mungkin?

Saya hendak jelaskan, lapangan terbang ini dimanage by MAHB. Kementerian Pengangkutan, we are the regulator. Kita regulate in terms of keselamatan. Apa yang paling penting daripada segi pengangkutan udara is a safety yang perlu kita lihat. So DCA is in charge of this.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, yang saya minta tadi, adakah kementerian berhasrat untuk membekalkan detector kepada semua sekuriti kita? Jadi tidak lagi pakai pegang-pegang badan ini.

Kita boleh kaji daripada segi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bukan kaji. Semua negara sudah pakai, sudah guna. Anything yang berbunyi, dia guna mesin pengimbas. Kita ini setiap bunyi, dia pegang badan kita. Kita punya keadaan pun tidak selesalah.

Boleh. Ini satu cadangan yang baiklah yang perlu kita ambil.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bukan cadangan yang baik. Saya rasa ini terlampau baik, perlu diubah. [Ketawa]

Okey Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menteri, mohon kebenaran untuk mencelah. Ini isu berkaitan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Bagan Serai. Mengikut makluman yang saya terima, lapangan terbang di Ipoh telah pun menelan belanja RM37 juta untuk memperluaskan runway. Walau bagaimanapun, kontraktor dan juga juruukur perunding yang dilantik oleh kementerian Yang Berhormat tidak menjalankan soil test, tidak menjalankan feasible studies dan akhirnya mengakibatkan lapangan terbang runway di Sultan Azlan Shah di Ipoh berlubang-lubang. Akhirnya selepas pembukaan rasmi, tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya dan terpaksa ditunda lebih dua tahun. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah SOP sebenarnya berkenaan dengan isu keselamatan lapangan terbang memandangkan apa yang telah pun berlaku di Lapangan Terbang Ipoh sekarang? Apakah usaha kerajaan dan kementerian untuk memastikan - jangan sebut lapangan terbang baru, lapangan terbang yang sedia ada pun tidak berfungsi pada tahap optimum. Kita lihat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Satu hari berapakah penerbangan? Dua. Pagi satu dan petang satu. Projek yang lain akhirnya jadi projek gajah putih, satu pemborosan dan pembaziran. Saya hendak tanya kepada Menteri selaku Menteri Pengangkutan, apa usaha kementerian untuk memastikan lapangan terbang di Ipoh ini yang sedia ada, berjaya memainkan fungsi untuk menarik pelancong sama ada Guangzhou, Jakarta, Bangkok, untuk menjadikannya sekurang-kurangnya regional hub transport udara untuk memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat Perak dibela? Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, sedikit soalan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Penampang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, Kementerian Pengangkutan dengan izin, adalah regulator kepada MAHB. Bolehkan Yang Berhormat Menteri mendesak AirAsia untuk pindah daripada LCCT di Kota Kinabalu Terminal 2 ke Terminal 1 sebab dia punya, the airport facility di Terminal 2 di Kota Kinabalu it’s not up to far and below standard and that’s a long queue especially kalau kapal sudah landing at the

same times, very long queue kalau melalui imigresen dan juga baggage collection. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kluang ya. Saya hanya hendak minta kalau boleh dalam kementerian Menteri meluaskan kuasa Menteri sendiri dan juga kementerian supaya MAHB mengambil arahan daripada kementerian. Sekarang ini MAHB macam no man’s land, dia ikut suka hati dia. Walaupun bertanggungjawab kepada Kementerian Kewangan, tetapi tidak ada sesiapa yang memberi arahan mengikut skema yang besar. So saya minta kementerian ambil balik kuasa ini, Menteri ambil balik kuasa ini dengan perhatian sendiri. Terima kasih.

Okeylah terima kasih Yang Berhormat Kluang bagi sokongan untuk ambil balik kuasa. [Ketawa] Kita memang akan bekerjasama dan juga memastikan MAHB menjalankan kerja dengan baik dan memastikan keselamatan lapangan terbang kita. Kita juga tahu bahawa pencapaian lapangan terbang kita di Malaysia adalah amat memberangsangkan. Bagi jawapan Ahli Yang Berhormat Penampang, katakan Kota Kinabalu LLCT dipindahkan ke airport yang baru. Memang itu telah pun dicadangkan awal lagi. Akan tetapi memandangkan ada lagi masalah teknikal daripada segi airport tax’s dan juga penggunaan kesesakan dari segi pemindahan itu akan menyebabkan penambahan penumpang di airport utama. Ini semua telah diselaraskan dan harap dapat diselesaikan secepat mungkin. Ya, sila Yang Berhormat Kalabakan.

Yang Berhormat Menteri, ini sebenarnya AirAsia sudah bagi notis 1 Januari dulu pindah. Kemudian tidak jadi pindah. Sekarang sudah notis 1 Mac, tidak jadi pindah. Jadi bererti ini AirAsia suka-suka hati, dia tidak ikut kerajaan punya kemahuan, rakyat punya kemahuan, passenger punya kemahuan. Kalau kita nampak, mungkin Menteri atau Timbalan Menteri cuba pergi ke LCCT di Kota Kinabalu, macam reban ayam. Jadi kita minta kalau boleh 1 April ini pindahlah kerana semua orang merungut. Ini kerana dia nanti, kita kalah pilihan raya.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kita akan terus menyusul isu ini agar dapat disegerakan. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Taiping tadi...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat belum jawab soalan saya tadi.

Yang Berhormat Taiping inilah saya tahu. Saya hendak jawab yang Yang Berhormat Taiping yang berkaitan ada masalah runway di Lapangan Terbang Ipoh. Saya hendak kata di sini bahawa tidak ada sinkhole ya, tidak ada. Jadi daripada segi kita telah pun membuat kajian dan masalahnya lapangan terbang, runway itu pendek. Banyak penerbangan dari luar negara tidak boleh masuk ke Ipoh kerana short runway dan kita telah pun dipohon untuk panjangkan runway. Ada masalah daripada genggaman tanah dan juga ada bukit di sebelah yang tidak boleh kita panjangkan runway di Lapangan Terbang Ipoh. Kita rasa daripada it’s not a sinkhole but some loose soil it did yang ada dan telah dikenal pasti, kajian dibuat oleh MAHB dan telah pun dibuat penambahbaikan diambil. Saya rasa tidak ada masalah daripada segi pengendalian airport tersebut. Apa yang masalah dari flight, number of flight coming down to the airport. Memang ada masalah kerana penerbangan luar negara tidak mahu masuk ke Ipoh kerana runway is too short, terlalu pendek. Kita akan kaji balik bagaimana untuk menambah panjang lagi runway di airport Lapangan Terbang Ipoh. Tuan Yang di-Pertua,..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun.

Ya.

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin penjelasan tentang isi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kereta api ke Pantai Timur yang belum selesai tadi di mana Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa untuk menambah baik jalan kereta api ataupun

penggunaan kereta api untuk penduduk dari Gua Musang ke Tumpat. Soalnya sekarang saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana kajian telah dibuat tentang keselamatan jambatan-jambatan yang menghubung antara sungai-sungai dari Gua Musang sampai ke Tumpat. Sebab apa yang saya dapat jawapan dalam Parlimen sebelum ini jambatan yang merentangi sungai-sungai, jambatan kereta api ini sebenarnya dibina sejak zaman penjajah lagi dan sudah tidak selamat untuk digunakan. Jadi kalau pihak Menteri sebut tadi dalam tempoh 24 bulan, janji Menteri landasan ini akan dapat digunakan balik, sejauh mana kajian terhadap - walaupun dia belum runtuh lagi tetapi jambatan yang ada itu sudah tidak selamat. Jadi macam mana SOP yang digunakan oleh pihak kementerian? Saya ingin tahu, kalau daripada Singapore pihak kerajaan akan upgrade untuk kereta api laju, kenapakah tidak dibuat kereta api laju ke Pantai Timur? Saya ingin penjelasan daripada pihak Yang Berhormat...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Amendment itu sedikit berkaitan yang sama..

[Bangun]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Taiping di sini. Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, kita boleh tahu isu pengangkutan, khususnya pengangkutan tidak kira pengangkutan darat ke udara, isu yang cukup penting untuk pembangunan negara. Isu pengangkutan awam seperti kereta api, bas, teksi ini semua merupakan isu penting. Bagaimanapun saya berasa amat kesal, sekarang ini Menteri Pengangkutan seolah-olah menjadi Menteri tanpa portfolio. Selain daripada pengangkutan udara, ada kuasa sedikit. Akan tetapi pengangkutan darat lain serta termasuk pengangkutan awam yang begitu kritikal, telah pun di luar bidang kuasa Menteri Pengangkutan. Setujukah Menteri Pengangkutan, supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini dimasukkan semula ke dalam Kementerian Pengangkutan, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mempunyai terlalu banyak jabatan-jabatan. Setujukah Menteri, beranikah Menteri supaya minta Yang Amat Berhormat Pekan buat susunan semula organisasi sistem pengangkutan negara supaya sistem pengangkutan darat ini dimasukkan semula di bawah Kementerian Pengangkutan. Setujukah atau tidak? Sekian, terima kasih.

Setuju. Berani, berani...

Okey, terima kasih Yang Berhormat Taiping. Itu memang permohonan daripada Kementerian Pengangkutan sejak awal lagi. SPAD perlu di bawah Kementerian Pengangkutan ya. Saya sudah kata beberapa kali sudah, memang kita akan terus pastikan bahawa sistem pengangkutan dalam negara kita, the connectivity bukan sahaja darat, kereta api, udara dan juga maritime dapat kita pertingkatkan. Penting daripada segi infrastruktur negara kerana ia membawa pembangunan ekonomi yang penting bagi negara kita. Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Rantau Panjang tadi bahawa jambatan kereta api yang tidak selamat. Saya sudah tegaskan bahawa kita ada peruntukan yang disalurkan sebanyak RM366 juta bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih infrastruktur landasan kereta api termasuk jambatanlah sekali bagi kawasan Pantai Timur

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

[Bangun]

Program pemulihan ini telah diberi keutamaan dan akan disegerakan. Kita akan buat tender dengan segera dan untuk mendapatkan kontraktor melaksanakan kerja-kerja tersebut... [Disampuk]

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tasek Gelugor Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibuti bangun ya?

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tasek Gelugor.

Ah, ya.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Ya, soalan sedikit sahaja. Cuma berkaitan dengan kereta api. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan bilakah operasi untuk landasan berkembar daripada Padang Besar ke Kuala Lumpur ataupun ke

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Ipoh dapat digunakan kerana ia telah tertunggak. Saya rasa sudah lebih daripada setahun. Terima kasih.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

[Bangun]

Dari manakah?

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

[Bangun]

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Daripada landasan berkembar, kereta api daripada Padang Besar ke Ipoh ataupun Kuala Lumpur. Sebab yang Ipoh ke Kuala Lumpur rasanya sudah beroperasi, cuma daripada Padang Besar ke Ipoh itu belum lagi. Bilakah agaknya? Terima kasih.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan jalan Bakun ke Sungai Asap, dengan inisiatif kerajaan negeri dan JKR juga, jalan-jalan ke Bakun itu yang telah sibuk digunakan oleh lori- lori hantu atau lori-lori balak yang tidak mempunyai lesen dan permit.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Kita telah dengan usaha kita sendiri membuat penghalang jalan bar itu. Dua jam selepas itu dilanggar pakai lori-lori yang tidak pedulikan penghalang itu. Jadi saya minta kementerian atas, bawah agensi-agensi supaya mengambil tindakan. Kalau JPJ, polis dan sebagainya supaya mengawasi. Ini rakyat telah melihat kita seperti tidak ada kerajaan yang mengambil tindakan. Jadi saya mohon kepada kementerian supaya dapat mengambil tindakan yang lebih ketat lagi kepada perosak-perosak bar itu.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Menteri, soalan saya Yang Berhormat Kluang. Soalan tentang landasan berkembar. Apakah status landasan berkembar di Gemas sehingga Johor Bahru dan juga apakah status high speed rail? Adakah high speed rail di bawah portfolio kementerian ataupun di bawah portfolio JPM?

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor, di mana landasan berkembar Padang Besar dan Ipoh telah pun siap, telah pun diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan pada akhir tahun lalu. Kita sekarang sedang membuat commissioning, kita telah pun membeli 10 set lokomotif ataupun EMU, electrical set yang boleh dipakai untuk mengangkut penumpang daripada Ipoh-Padang Besar dan juga Padang Besar sampai ke Kuala Lumpur. Kita akan mempercepatkan dan commissioning take about six months. Kita ambil masa sedikit sampai Julai barangkali baru boleh kita mulakan operasi perkhidmatan penumpang antara Padang Besar sampai ke Ipoh. Itu buat masa ini apa yang saya boleh maklumkan. Berhubung dengan landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, memang juga dalam pelaksanaan. Kita sudah ambil balik tanah di sepanjang landasan tersebut dan ia juga akan dilaksanakan dalam tahun ini, kalau boleh tahun ini dapat kita laksanakan landasan berkembar ini. Bagi high speed rail, ia adalah di bawah EPU kerana dalam perancangan. Kementerian Pengangkutan dianggotai dalam jawatankuasa tersebut.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Soalan tentang Perbadanan Aset Keretapi, saya dapat jawapan dari Menteri bahawa PAK ini hanya ada 15 orang pegawai profesional dan 23 orang kakitangan sokongan walaupun asetnya sebanyak RM17 bilion. So, saya hendak mencadangkan adakah kementerian berhasrat untuk menggabung semula PAK dengan KTM supaya ia diuruskan sama ataupun akan di bawah situasi atau keadaan yang sama. Saya hendak meminta Yang Berhormat Menteri mengulas apa yang Yang Berhormat Menteri kata di dalam surat khabar bahawa satu transport master plan akan dirunding dan dicadangkan. Apakah penglibatan Ahli Parlimen? Adakah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan untuk merancang isu-isu pengangkutan untuk masa depan terutamanya? Saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri kata maritim. Sekarang ini di Indonesia ada Menteri Koordinasi Maritim, kita tidak ada. Kita tidak memberikan tumpuan terhadap isu-isu ini dan saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan-soalan ini. Terima kasih.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Berhubung dengan PAK, saya sudah memberikan arahan kepada KSU saya untuk merancang bagaimana mengenal pasti tanggungjawab dengan lebih jelas antara PAK, KTMB dan juga Kementerian Kewangan kerana ketiga-tiga agensi ini adalah bertanggungjawab kepada pelaksanaan kereta api dalam negara kita. Kita akan menjadikan KTMB sebagai operator dan operator kereta api negara kita dan kita sekarang hendak

menyeru orang ramai, sesiapa yang bersetuju untuk juga menjadi operator kereta api, kita hendak lebih lagi operator, multi operator dan landasan akan dipunyai, diown by KPAK dan PAK sebagai sebuah agensi yang akan maintain and also run harta yang ada dan Kementerian Kewangan sebagai budget operators yang mengeluarkan bajet. Ini semua akan dikaji dan diselaraskan kerana tanggungjawab yang sebegini berat, kita hendak memulihkan KTMB sebagai sebuah agensi yang dapat menjadi operator kereta api yang berjaya dalam dunia. Saya juga hendak menekankan bahawa The National Transportation Blue Print, kita akan libatkan semua Ahli Parlimen. Kita dalam proses kaji sekarang dan apabila siap nanti, kita akan mendapatkan maklumat daripada semua Ahli- ahli Parlimen. Berhubung dengan Yang Berhormat Hulu Rajang, jalan-jalan Bakun ke Kampung Sungai Asap ini, kita akan tengoklah sama ada ia di bawah Jalan Persekutuan, jalan kerajaan negeri tetapi bagi agensi penguat kuasa kita boleh membantu.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Itu Jalan Persekutuan.

Jalan Persekutuan kita boleh bantu.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Tolong.

Untuk pastikan ia adalah selamat digunakan oleh semua orang. Ya Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Susulan daripada apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Ini Yang Berhormat Menteri dengan izin, I just like to recall back. Sebenarnya dahulu saya pernah menyuarakan tentang enforcement untuk kenderaan yang berat iaitu batu, balak dan sebagainya. Dahulu kita pernah menyuarakan supaya stesen-stesen JPJ disediakan dengan portable weighbridge tetapi weighbridge ini saya difahamkan tiap-tiap enam bulan kena calibration tetapi bila calibration, dia kena hantar balik ke Semenanjung, pulang balik sudah tiga bulan. Jadi dahulu saya pernah menyarankan, supaya pusat calibration supaya lebih berkesan lagilah untuk membuat enforcement untuk kenderaan-kenderaan berat supaya ada calibration stesen di Sabah satu, di Sarawak satu, supaya tidak payahlah weighbridge yang disediakan oleh kementerian ini kepada stesen-stesen ini. I mean to be more efficient, can be used the whole year round bukannya enam bulan dalam setahun. Jadi, saya berharaplah Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkara ini. Keduanya Yang Berhormat Menteri ialah saya mengambil kesempatan tentang airport di Miri. It’s not my area tetapi yang banyak menggunakan rural air service semuanya tertumpu ke Miri dari Baram, Marudi dan Lawas semuanya go to Miri. Tahun lepas ada perjumpaan di Airport Miri iaitu tentang masalah rural air services di mana penumpang- penumpang berbelas-belas tahun ini sejak airport yang ada sekarang ini dibina, it is a nightmare especially for those people having health problem. Arrival itu yang peliknya, yang arrival pakai tangga tetapi tempat turun pula pakai escalator. So it is the other way around. It is a nightmare especially for all you know. Beside that dengan izin, dari hujung ke hujung itu I think, it is around dekat 300 maybe, 200 meters. Dari sejak dibina sampai hari ini, travelator pun tidak ada. Maybe it’s a good idea kalau boleh kementerian melihat, minta berbincang dengan MAHB untuk membina travelator ini. [Disampuk] Miri Airport. The existing Miri Airport. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Saya akan melihat bagaimana cadangan weighbridge ini. Kita tahu bahawa weighbridge – kita juga akan perkenalkan weighbridge mudah alih untuk memudahkan, untuk menimbang muatan lori-lori yang berada di kawasan pendalaman.

Ya Yang Berhormat Menteri. Minta Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, actually weighbridge sudah ada sudah.

Ada.

Sudah ada tetapi I don’t know how often used and then yang feedback apabila calibration kena hantar balik ke Semenanjung which is will take three months.

Okey terima kasih atas maklum balas. Ini semua akan kita catatkan untuk ambil tindakan segera. Berhubung dengan Miri Airport juga akan kita pertingkatkan infrastrukturnya untuk kemudahan rural air service. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus pergi kepada beberapa isu yang dibangkitkan berhubung dengan Sabah dan Sarawak ini.

Kadar cukai jalan di Sabah. Ada Yang Berhormat Sandakan mengatakan dalam perbahasan memohon penjelasan berhubung perbezaan kadar cukai jalan raya dan muatan lori di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, had berat dengan muatan, berat dalam muatan bagi sesebuah kenderaan adalah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan Perintah Sekatan Berat 1989. Penetapan had maksimum berat dalam muatan adalah dengan mengambil kira keupayaan ketahanan jalanraya dan jambatan di sesuatu kawasan untuk menampung berat muatan bertujuan mengelakkan kerosakan struktur jalan atau jambatan yang menjadi antara penyebab kemalangan jalan raya. Berdasarkan perintah tersebut, pengiraan had maksimum berat dalam muatan dikira berdasarkan bilangan gandar (axle) sesebuah kenderaan. Sebagai contoh, bagi kenderaan tangki bersendi tujuh buah gandar, had berat dalam muatan yang dibenarkan adalah sehingga 53 tan yang kebanyakannya dibenarkan beroperasi di jalan raya Semenanjung Malaysia, mengambil kira ketahanan struktur jalan dan jambatan di kawasan tersebut. Bagi kes di Sabah dan Sarawak pula, kenderaan bersendi maksimum enam buah gandar, six axles sahaja dibenarkan dengan had maksimum berat dalam muatan kenderaan sehingga 38 tan. Penggunaan kenderaan tangki bersendi tujuh buah gandar tidak dibenarkan kerana struktur jalan dan jambatan yang tidak sesuai. Tuan Yang di-Pertua, lesen kenderaan motor ataupun in short is cukai jalan, kita selalu kata cukai jalan diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala kadar lesen kenderaan motor, cukai jalan di Malaysia ditetapkan di bawah Jadual Keempat Kaedah-kaedah Kenderaan Motor 1959. Kadar lesen kenderaan motor ini adalah ditentukan oleh Kementerian Kewangan, bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Kementerian Kewangan yang menentukan berapanya cukai jalan selaku penggubal dasar kutipan hasil negara, manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya selaku agensi pemungut hasil. Kadar cukai jalan sedia ada adalah berdasarkan kepada kawasan penggunaan kenderaan, kelas penggunaan, kapasiti enjin serta bahan bakar yang digunakan dan berbeza-beza berdasarkan kriteria-kriteria ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kadar lesen kenderaan motor adalah berdasarkan kepada penggubalan Ordinan Lalu lintas dan Jalan 1959 dan digubal secara terus kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kaedah pengiraan lesen kenderaan motor untuk kenderaan barangan di Sabah...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan bangun.

Saya habiskan yang Sabah dulu ya. Kenderaan barangan di Sabah dan Semenanjung adalah berbeza. Di Sabah, kadar lesen kenderaan motor berkenderaan barangan dikira menggunakan berat dalam muatan. Manakala di Semenanjung, kadarnya dikira menggunakan berat dalam muatan untuk semua jenis kenderaan barangan kecuali jenis penggerak utama kontena, penggerak utama treler dan penggerak utama jentera berat yang menggunakan berat Kerb sebagai asas pengenaan cukai jalan. I nak terangkan bahawa the differences between Sabah and Semenanjung...

Saya lama sudah berdiri.

Okey tak apa. Sila, sila soalan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, walaupun tidak hendak bagi jalan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soal cukai jalan. Saya faham Menteri kata ini bukan pihak kementerian yang menentukan cukai, ini pihak kewangan. Ini kita dengar beberapa tahun dah. Cabotage Policy, Dasar Kabotaj ini berapa tahun sudah, janji sahaja. Mahu review, mahu rebellious. Harga barang di luar bandar Sabah saya rasa sudah naik lagi percentagenya. Di Sabah gajinya kurang daripada

Semenanjung Yang Berhormat Menteri, harga barang 30% lebih tinggi. Jadi, adakah pihak kementerian juga tidak melihat perkara ini walaupun perkara ini dilaksanakan oleh kementerian yang lain? Saya tahu, Dasar Kabotaj ini di bawah kementerian. Walaupun ada sebab-sebab yang lain, port charges misalnya. Ini semua menyumbang kepada kenaikan harga barang di Sabah dan Sarawak. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri, once and for all dengan izin, dapat menyatakan bahawa ini betul-betul diberi keutamaan supaya rakyat negeri Sabah ini dapat mengundi kepada Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Boleh? Ini kita janji. Beberapa Menteri sudah bertukar alih, sampai sekarang ini belum dapat selesai lagi. Saya dengar ini pihak Kementerian Kewangan, ini pihak Kementerian Kewangan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri buat satu kenyataan yang betul-betul memberi keyakinan kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak?

Yang Berhormat Putatan. Saya jelas dahulu, kemudian saya bagi Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya hendak jelas dulu. Saya belum habis lagi dengan cukai jalan. Ini kerana apa yang Yang Berhormat Sandakan sebut kelmarin di Dewan, cuba hendak menerangkan bahawa cukai jalan di Sabah lebih tinggi daripada cukai jalan di Semenanjung. Apa yang saya hendak terangkan di sini bahawa ia tidak, bukan sebegitu rupa. It is not true kerana tiga jenis sahaja. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, ia menggunakan berat dalam muatan. Akan tetapi di Semenanjung, dia ada kategori lain di mana treler penggerak utama jentera bergerak dan juga kontena. It’s a different category dan ia tidak digunakan di Sabah Sarawak. Kalau kita lihat situasi ini, kadar cukai bagi kenderaan barangan selain daripada tiga kategori yang saya sebutkan tadi adalah lebih rendah di Sabah Sarawak berbanding dengan Semenanjung. Contohnya kalau kita lihat 38,000 tan below, di Sabah RM2,006 dia punya cukai jalan, di Semenanjung RM5,003. Lori rigid berat dalam muatan is RM2,006 di Sabah dan di Semenanjung is RM7,003. Kereta 3,000cc di Sabah is RM1,024, di Semenanjung is RM2,130. Bukan semua kenderaan di Sabah cukai jalannya lebih tinggi. Saya rasa Yang Berhormat Sandakan tidak memberikan gambaran sebenar. Saya perlu jelaskan di Dewan bahawa bukan sedemikian. Hanya tiga jenis yang saya katakan tadi, treler dan kontena yang menghadapi cukai lebih tinggi kerana dia mengikut berat dalam muatan. Lebih berat dia, cukai lebih tinggi. That is the cost. Walau bagaimanapun, saya hendak terangkan di sini, kita Kementerian Pengangkutan akan mengkaji balik, kita akan selaraskan. Kita hendak selaraskan bagi semua jenis lori, cukainya adalah sama. Kalau saya buat dia semua sama, dia juga membabitkan cukai yang lebih tinggi untuk Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu, kita akan kaji balik semula dan keputusannya akan dibuat oleh Kementerian Kewangan. Okey?

Tuan Yang Di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi sepatutnya ini bila hendak kaji semula ini, sudah lamalah kita dengar. Setiap tahun kita yang mengikut AGM lorry association pun ada bangkit sekali ini dia punya ketidakadilan kesamaan dengan Semenanjung. Apa yang pentingnya sekarang, barangan yang Sabah yang lebih tinggi. Selain dari Kabotaj, pengangkutan chargers pun lebih tinggi. Ini kerana yang tadi yang disebut, pentingnya lori yang angkat itu treler punya itu. Kita dapat tahu di Sabah baru boleh muat 38 tan, tetapi di Semenanjung 53 tan. Tadi kita yang dipanggil oleh lorry association kata, dia punya charges yang lebih tinggi dari Sabah yang sebanding dengan Semenanjung. Bagaimana kalau kita okey, dia tidak boleh muat begitu berat, tetapi dia punya charges sepatutnya mesti mahu kurang juga. Akan tetapi mana boleh yang angkat barang tidak boleh dengan begitu berat, tetapi charges yang lebih tinggi. Jadi bahawa barang pun ikut tinggi harganya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, panjang lagi Yang Berhormat?

Yang Berhormat, saya sudah jelaskan tadi, 38,000 tan Sabah lebih rendah daripada Semenanjung, saya sudah jelaskan. Hanya tiga kategori yang lebih tinggi iaitu treler, kontena. It is a different category. Saya juga setuju kita hendak kaji balik. So, saya tidak mahu memesongkan Dewan bahawa memang lebih rendah. If you say, you compared 38,000 tan and Semenanjung 38,000 tan lebih rendah di Sabah.

Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan berat muatan itu pun, Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak tidak sama, kita boleh selaraskan. Akan tetapi juga ia di bawah

Kementerian Kerja Raya. Ini kerana Kementerian Kerja Raya menyatakan jambatan di Sabah dan Sarawak tidak boleh membuat muatan yang lebih tinggi daripada di Sabah dan Sarawak. Kita kaji, ini semua penting. Saya tahu bahawa permintaan daripada rakyat di Sabah dan Sarawak, kita dengar pandangan.

Ya, ya, Tuan Yang di- Pertua, jadi saya pun menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Putatan. Tolonglah, kita tidak faham yang berkaitan mana ministry yang mempunyai kuasa sebahagian ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Akan tetapi apa yang penting bagi kita…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sandakan. Sudah jelaslah dia kata, yang soal yuran dan charges Kementerian Kewangan. Bila nanti esok Kementerian Kewangan, you can bring up the matter.

Ya, ya, yang saya mahu highlight one thing is that, saya harap kementerian ini, Cabinet to know kita tidak tahu mana kementerian yang berkuasa, sepatutnya mana punya bahagianlah. Akan tetapi apa yang penting Kabinet mesti mahu beri satu keputusan yang adil kepada kita, Sabah ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah.

Ini yang penting, yang mahu cepat lagi. Jangan janji, janji, satu tahun lepas lagi semua juga. Nanti next AGM, lorry association bangkit lagi isu ini, kita pun semua pun tidak baguslah.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lorry association Sabah juga jumpa saya. Saya juga dapat maklumat yang sama dan kita juga ambil maklum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kadang-kadang yuran cukai, permitlah. Yuran…

Cukai, cukai jalan. Lesen kenderaan motor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukai jalan, okey. Cukai jalan walaupun dikurangkan, kalau lori dia tidak adil terhadap pengguna, charges transportation itu, dia still naikkan juga, tidak turunkan walaupun turun cukai jalan.

Ya, betul daripada segi muatan dia. Yang Berhormat Kota Kinabalu, boleh tadi...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya harap Menteri pun ingat juga…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cantik baju Yang Berhormat, belang-belang.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya, ya. Sekarang ini saya mahu bangkitkan polisi Kabotaj jugalah. Baru-baru ini Menteri ada pergi ke Sabah, dia pun ada jumpa juga para association, khasnya Sabah Chinese Chambers of Commerce. Ada cadangan. Satu, mungkinlah satu win-win punya formulalah. Dia bercadang untuk cadangkan Sepanggar sebagai sebuah transmission hub supaya sama kapal-kapal dari Asia datang Sabah dan baru shipment dari Semenanjung bawa barang-barang transfer pergi ke Semenanjung. Jadi, tidak payah sama Asia punya shipment mahu pergi ke Semenanjung, Port Klang baru lagi transit pergi ke Sabah. Jadi saya mahu minta tanya Menteri, apakah cadangan? Adakah kementerian ambil consideration untuk satu proposal untuk Sabah supaya harga di Sabah bolehlah kasi rendah. Kedua kerana GST ini akan diperkenalkan akan datang, jadi shipping adakah 6% kena charge dalam shipping di Sabah. Sekian, terima kasih

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya hendak jawab sekalilah Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Kota Kinabalu menyatakan polisi Kabotaj. Banyak kali saya jawablah Yang Berhormat Putatan, bahawa polisi Kabotaj ini bukannya salah satu faktor yang orang kata yang khusus menyebabkan harga barangan di Sabah meningkat. Dia ada banyak faktornya. Saya hendak beritahu bahawa EPU dan PEMANDU telah menjalankan satu sesi makmal kos sara hidup di Sabah pada 1 hingga 12 Oktober 2012 dan mendapati bahawa Dasar Kabotaj bukan merupakan faktor yang menyumbang kepada kos harga barangan yang tinggi di Sabah. Perkapalan, perkapalan, ya...

Boleh saya celah sikit Yang Berhormat Menteri?

Saya habiskan dahulu, I finish this one.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habiskan dulu, habiskanlah dulu jawapan.

Sebelum Menteri katakan that is not the only factor...

It is one of the factors; it is not a main factor. It’s one of the factor.

You cannot say that it is not a factor.

It’s not the main factor okay, it’s not the main factor. Saya hendak katakan perkapalan hanyalah satu elemen kos dalam rantaian logistik pengangkutan, di mana faktor fasiliti dan produktiviti pelabuhan serta kecekapannya, jumlah kargo yang rendah dan kos pengangkutan daratan turut menjadi faktor kepada kos barangan di Sabah. Saya juga turut menjalankan satu sesi dialog mengenai Dasar Kabotaj bersama dengan komuniti perniagaan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 Oktober 2014. Sesi tersebut juga dengan jelas saya sudah terangkan dan juga semuaperwakilan memahami Dasar Kabotaj polisi itu adalah untuk pembangunan industri perkapalan negara kita dan tidak akan menjejas daripada segi harga barangan yang khusus kepada Sabah dan Sarawak. Apa yang kita sudah setuju, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, bahawa kita setuju sama-sama kita usaha meningkatkan kecekapan Pelabuhan Sepanggar, kecekapan pelabuhan di Kuching untuk bagaimana kita tingkatkan kecekapan ini. The difference is for me, kecekapan di Pelabuhan Sepanggar, about container is about seven to eight move per hour compared to Pelabuhan Klang is 25 move per hour. The difference is so big. So, kita kena tingkatkan kecekapan pelabuhan di Sepanggar. Oleh itu saya pun bersetuju dan saya telah pun berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah, mengadakan satu perancangan untuk menaiktarafkan Pelabuhan Sepanggar. Kerajaan negeri telah bersetuju dan mengarahkan UPEN untuk membuat satu kajian menyeluruh dan kemudian bawa ke Kerajaan Pusat, kita akan adakan satu Economic Council Meeting dan Kementerian Pengangkutan akan beri sokongan 100% untuk kita tingkatkan Pelabuhan Sepanggar. Kita tahu Pelabuhan Sepanggar ini penting untuk meningkatkan keberkesanannya dan juga dapat mengurangkan kos barangan di Sabah.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tuaran bangun Yang Berhormat Menteri.

Ya, Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sendiri pun telah mengetahui bahawa Yang Berhormat Menteri telah berbincang dengan kerajaan negeri, telah membuat syndication terhadap pandangan-pandangan tentang bagaimana kecekapan ataupun efficiency Pelabuhan Sepanggar itu dapat dipertingkatkan. Akan tetapi, apakah kementerian Yang Berhormat Menteri betul-betul bersungguh-sungguh ke arah ini? Ini kerana saya

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

difahamkan setelah perjumpaan Yang Berhormat, ada laporan telah dibuat tetapi laporan pegawai-pegawai Yang Berhormat lain. Lain yang dipersetujui, lain yang ditulis. Jadi adakah pegawai-pegawai KSU, TKSU dan pegawai-pegawai di kementerian betul-betul bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan efficiency Pelabuhan Sepanggar ini ataupun masih lagi dipengaruhi oleh pihak-pihak seperti shipping cartel. Jadi, ini yang saya minta Yang Berhormat untuk menyatakan kesungguhan untuk mempertingkatkan kecekapan Pelabuhan Sepanggar.

Yang Berhormat Menteri, Menteri just a little bit.

Ya, Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Masa penggal lepas, continuation apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran. There was a meeting yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, I think some time in 2012. Berkaitan dengan perkara yang sama iaitu bagaimana hendak membuka hab all these shipping from China supaya untuk ke mana-mana yang kepada East Malaysia tidak payah pergi ke Port Klang lagi. But, we want to know also what was the outcome of that Council that was formed, Chaired by Timbalan Perdana Menteri. I think a few years back. I myself was in the meeting on that because of LPKP, because of pengangkutan dan sebagainya. Ada juga suara-suara, itu di Sabah. Kalau di Sarawak, everything goes to Bintulu. Akan tetapi dari Bintulu hendak pergi ke utara Sarawak lagi, there is another 500 kilometers lagi. Perkara ini pernah kita suarakan juga sekiranya kerajaan melihat. We understand the policy, this domestic port. Akan tetapi saya sendiri pernah menyuarakan tentang apakah salahnya untuk kawasan zon selatan Sabah, utara Sarawak. Fasiliti port negara jiran kita yang under utilize, boleh digunakan untuk servis rakyat di sebelah selatan Sabah dan utara Sarawak. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Limbang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuaran, memang benar sesi syndication telah diadakan bersama agensi kerajaan negeri dan komuniti perniagaan Sabah dengan Kementerian Pengangkutan pada 22 dan 23 Januari 2015.

Kita telah mengadakan perbincangan yang lebih mendalam dan isu-isu pelaksanaan telah dibangkitkan termasuk berhubung Dasar Kabotaj dan kita telah pun mengadakan pelbagai perancangan untuk mengatasi permintaan-permintaan daripada komuniti di Sabah. Saya nak beri komitmen kepada Yang Berhormat Tuaran di Dewan ini bahawa kita akan laksanakan meningkatkan keberkesanan pelabuhan Sepanggar dengan bersungguh-sungguh. Kita tahu bahawa permintaan untuk jadikan ia sebagai transshipment seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Limbang tadi, pelabuhan Sepanggar boleh dijadikan sebuah pelabuhan transshipment yang besar tetapi memandangkan sekarang tak ada volume lagi. Sekarang tak ada keberkesanan, produktiviti tidak tinggi lagi dan it is also not a maritime route. It is not an international route to Sepanggar. So, kita kena alihkan - Kementerian Pengangkutan boleh main peranan to go to the neighboring country and turn it into international route untuk melalui pelabuhan Sepanggar untuk kita menjadikan transshipment hub kepada negara-negara lain dalam ASEAN. Sila.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Adakah Yang Berhormat sedar bahawa sekiranya Kerajaan Malaysia tidak berminat ataupun tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan Kota Kinabalu ini sebagai satu transshipment hub, Kerajaan Indonesia sudah pun bermula untuk menjadikan Banjarmasin di Kalimantan sebagai transshipment hub untuk kawasan sekitar di situ. Dengan kepimpinan baru di Indonesia, mereka bersungguh- sungguh dalam hal ini. Jika itu berlaku, kita akan kehilangan satu transshipment hub untuk Malaysia. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, saya sokong dengan Yang Berhormat Tuaran sebab international hub adalah penting sekarang terlebih lagi Muara Port dengan izin, is taking over our shipment and transshipment.

Dengan izin.

Dengan izin. [Ketawa] Please dengan izin, make Kota Kinabalu an international hub so that we can take away what Muara is taking away from us. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak beri komitmen kerana Kabinet juga membincangkan isu Sepanggar Port ini dan saya sebab itu nak tegaskan di sini memang sudah tiba masanya Kementerian Pengangkutan akan memberi keutamaan kepada pembangunan Sepanggar Port. Kita harap dapat meningkatkan keberkesanan dan produktiviti di Sepanggar Port. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada banyak isu. Hanya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Menteri. Sedikit tentang isu JPJ.

Ya, sila.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh selesaikan perkara-perkara yang telah dibangkit Yang Berhormat ya.

Okey, okey.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya tak sempat tanya bila perbahasan kerana masa diberi terlalu singkat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sebab itu saya prerogatif kepada Menteri untuk menjawab ataupun tidak perkara yang tidak dibangkitkan yang dikemukakan baru ini Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih. Saya ingin bangkitkan isu tentang tow truck yang selalunya mereka telah dikuasai oleh kongsi-kongsi gelap. Bagaimana selalunya bila ada accident, tow truck sudah sampai dalam masa lima minit atau tiga minit. Lebih cepat daripada polis. Jadi selalunya ia akan menghalang orang lain, dia akan halangkan mangsa kemalangan untuk panggil tow truck yang lain atau insuransnya. Dia hanya limitkan, dia kata dia kena ambil servis itu, itu sahaja. Jadi ini kadangkala ada baiknya, kalau perlu dia boleh selesaikan masalah dan bagi kereta flowlah. Akan tetapi, pada masa yang sama dia charge terlalu tinggi dari market rate. Akan tetapi di tempat-tempat dan negara lain seperti Amerika Syarikat, kerajaan larangkan sebarang tow truck pergi approach kepada mangsa kemalangan. Tow truck hanya akan dipanggil oleh mangsa sendiri. Okey? Jadi, ini ada regulated. Akan tetapi di Malaysia dia tidak regulated, maka selalunya kawasan itu dikuasai oleh kongsi gelap selalunya. Okey, satu lagi isu tentang penguatkuasaan JPJ terhadap bas-bas kilang dan lori yang selalunya parking pada bahu jalan di kawasan perumahan atau di kawasan-kawasan jalan. Ini mungkin SPAD tetapi JPJ pun ada kuasa untuk - saya nak tanya Menteri kalau adakah JPJ mempunyai kuasa untuk samankah atau tow away bas-bas kilang yang parking pada bahu jalan? Selalunya bahu jalan yang jalan besar atau di kawasan-kawasan perumahan. Dia sepatutnya parking di kawasan-kawasan kilang, di kawasan lain tetapi bus driver dia tinggal di kawasan taman itu, dia parking terus lori besar, treler besar, bas kilang besar di kawasan perumahan. Ini selalunya berlaku di kawasan Bayan Baru kerana kawasan perindustrian dan saya yakin di kawasan-kawasan perindustrian yang lain perkara ini juga berlaku. Terima kasih.

Speaker...

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Menteri...

[Bangun]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak tanya tentang JPJ dan PUSPAKOM. Dalam laporan kemalangan Genting yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye sudah dikatakan dalam laporan itu memang ada kelemahan dan juga ada penyelewengan dalam JPJ dan PUSPAKOM. Pelbagai cadangan telah diberi oleh jawatankuasa tersebut. Sekurang-

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

kurangnya ada 20 insiden kemalangan bas, sejak insiden kemalangan Genting pada 21 Ogos 2013. Saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh bentangkan satu jawapan kementerian terhadap laporan kemalangan Genting. Saya tak nampak ada apa-apa tindakan. Terima kasih.

Menteri, Speaker. Saya lewat masuk tadi Yang Berhormat Menteri. Mungkin terlepas, terdengar tadi perbincangan perbahasan jawapan daripada Menteri, soal pekerja MAS yang saya bawa dalam perbahasan yang lalu, yang perbahasan baru-baru ini. Hari ini ada PC yang dibuat oleh MTUC berserta dengan kesatuan-kesatuan yang terlibat dalam MAS yang mengatakan hampir kemungkinan besar 3,000 orang pekerja akan diberhentikan. Jadi melihat daripada perkara ini berlaku dan hukuman yang dikenakan atas pembuangan yang tidak boleh dielak mengikut maklumat Khazanah yang diterima, saya ingin mendapat pencerahan daripada Menteri, apakah benar perkara ini berlaku? Tidak adil pekerja itu dibuang semata-mata urus tadbir yang tidak begitu efisien hinggakan MAS itu merudum pendapatannya, kerugian dan ia tidak sesuai dalam keadaan kita mentadbir salah satu GLC yang dianggap yang menghasilkan maruah yang tidak begitu baik. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri supaya memberi pencerahan dalam segi adakah benar 3,000 orang pekerja ini hendak dibuang? Kalau sekiranya berlaku, amat malang bagi GLC. Kerajaan menjatuh hukum yang tidak adil kepada pekerja-pekerja MAS yang dimaklumkan. Mohon penjelasan daripada Menteri. Terima kasih Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

...Saya kena tegur. Perkara-perkara baru ini bolehlah dijawab bertulis ya.

Okey, terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan...

Sorry. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya ada bangkitkan mengenai perkara yang khusus yang belum dijawab mengenai the drawbar lorries. Di manakah polisi?

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah jawapan akan diberi?

Drawbar lorries saya boleh menjawab. Okey, Yang Berhormat saya nak terangkan di sini bahawa tow truck issue tadi yang dibawa oleh Yang Berhormat Bayan Baru, kebanyakan di taman-taman di bawah kuasa local government. Sebenarnya tak boleh park di bawah taman-taman. Sebelum lesen diberi kepada semua pengusaha lori ataupun bas kilang, mereka perlu tetapkan tempat letak bas mereka. They should...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sorry Menteri. Dua perkara yang berbeza. Satu perkara adalah tow truck control oleh kongsi gelap dan mereka tidak bagi...

I know. Okay. Tow truck is a different issue but I am talking about...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

That’s why it is a different issue.

Let’s talk about the bus. The bus and lorry sebelum mereka dapat lesen untuk membuat perniagaan mereka, mereka perlu ada spesifik parking area. Dia tak boleh park di kawasan-kawasan taman yang saya sebutkan atau di tepi jalan. Saya rasa bukan sahaja Kementerian Pengangkutan boleh ambil tindakan, saya rasa local government, mereka ada banyak penguatkuasaannya boleh kita ambil tindakan kepada bas kilang ataupun lori-lori yang melanggar peraturan. Kita akan tingkatkan penguatkuasaan untuk menghalang bas-bas berkenaan membuat parking di kawasan yang merata-rata.

Berhubung dengan tow track itu, memang kita juga mendapat aduan dan kita tidak ada lagi undang-undang di mana memastikan tow truck tidak boleh ada di kawasan tersebut. Akan tetapi kita kena melihat bagaimana regulation yang boleh diaturkan untuk memastikan caj yang berlebihan yang saya katakan tadi bahawa mengenakan ataupun memeras ugut dalam erti kata yang lain kepada mangsa-mangsa kemalangan. Ini boleh dikaji dengan mendalam kerana ia perlu melibatkan juga banyak agensi, bukan sahaja agensi Kementerian Pengangkutan. Berhubung dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kluang tadi bahawa kemalangan insiden di Genting Highlands. Laporan sebenarnya telah siap dan juga telah diberi kepada semua Ahli Parlimen. I think semasa jawapan tindakan susulan ataupun laporan kemajuan tindakan, boleh kita beri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri. Contohnya 50 cadangan, beberapa cadangan yang telah pun diambil tindakan. Untuk makluman, ini kita akan sediakan pada sesi yang akan datang. Untuk Yang Berhormat Kuala Langat bahawa pekerja MAS telah diberhentikan kerja. Perkara ini telah pun dijanjikan oleh MAS bahawa they will be retrained walaupun dia tidak diambil bekerja tetapi they will be retrained to be letak di dalam syarikat-syarikat yang lain untuk diserap semula ke dalam kerjaya-kerjaya yang lain. Kita harap MAS boleh melakukannya dengan terbaik dan juga menjaga kepentingan pekerja-pekerja MAS yang sedia ada. Kita akan memantau keadaannya. Kita harap penstrukturan semula MAS dapat memberikan satu kejayaan kepada MAS menjadi sebuah syarikat penerbangan yang berjaya. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak sebut tentang AES kerana banyak juga yang tanya berhubung dengan AES. Isu yang terakhir ialah isu Automated Enforcement System yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong, kepentingan syarikat penyedia perkhidmatan AES, ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn Bhd telah diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Irat Properties Berhad yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Pengambilalihan ini melibatkan transaksi komersial antara pihak berkepentingan dan tidak melibatkan bayaran pampasan oleh kerajaan kepada syarikat ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan pengambilalihan ini dibuat, kedua-dua syarikat penyedia perkhidmatan telah mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan. Mengambil kira pihak LTAT yang merupakan agensi kerajaan yang berstatus government link investment corporation, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pengambilalihan kepentingan syarikat penyedia perkhidmatan AES oleh LTAT dan syarikat subsidiarinya. Keputusan ini juga dibuat bagi meringankan beban kewangan kerajaan dan mengambil kira komitmen lain kerajaan yang perlu diberi keutamaan. Dengan pengambilalihan ini, persepsi penswastaan AES adalah tidak berbangkit sama sekali memandangkan kerajaan melalui LTAT mempunyai kepentingan dalam syarikat penyedia perkhidmatan AES. Ingin saya tekankan dalam Dewan yang mulia ini, pelaksanaan AES adalah bukan bertujuan untuk menghukum. Namun, ia merupakan suatu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan orang ramai mematuhi dan menghormati peraturan lalu lintas dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya. Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab kerajaan dan kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan AES yang mencirikan penguatkuasaan yang berterusan. Ini saya hendak tegaskan di sini bahawa kemalangan jalan raya dalam negara kita amat tinggi. Lebih kurang 7,000 walaupun tahun lalu tahun 2014 ada kurang sedikit kepada 6,006 dan 6,005, tetapi masih lagi tinggi. Satu hari lebih kurang 18 orang meninggal di atas jalan raya akibat kemalangan jalan raya. Kita perlu bekerjasama untuk bagaimana kita hendak kurangkan kemalangan jalan raya. Menurut laporan, AES boleh membantu mengurangkan kelajuan di atas jalan raya. Kita akan melaksanakannya dengan berhemah, dengan berhati-hati. Kita beri advocacy dahulu, mengingatkan orang ramai bahawa tidak boleh kita adakan speeding di sesuatu kawasan menyebabkan kemalangan jalan raya...

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

[Bangun]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan?

Yang Berhormat Tanjong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini mengenai perkara yang saya bangkitkan dalam...

Oh drawer. I go back to drawer first, sorry.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yes.

Berhubung dengan drawer, memang pada suatu ketika JPJ telah beri arahan tidak boleh gunakan drawer kerana ia juga menyebabkan kemalangan jalan raya. Setelah kajian dibuat semula, saya telah pun memberi arahan kepada JPJ untuk membolehkan drawer bagi kenderaan ringan, kenderaan lori yang kecil untuk membolehkan drawer diberi sebanyak, yang paling banyak enam kaki, six feet’s. So that membolehkan peniaga-peniaga kecil mengurangkan kos pengangkutan dalam kawasan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya berterima kasih kepada keputusan. Bolehkah saya pohon agar kementerian membuat diskusi dengan stakeholders kerana ramai di antara mereka telah berjumpa dengan kita mengatakan bahawa ada tahanan dan tidak dibenarkan agar explanation diberi supaya mereka boleh menjalankan perniagaan mereka? Terima kasih.

Boleh. Saya boleh berjumpa dengan mereka dan juga boleh membuat circular kepada semua JPJ negeri dan juga daerah memastikan mereka tidak lagi melaksanakan tangkapan tersebut. Yang Berhormat Tanjong ya.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Kembali kepada AES. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ingin saya bertanya, berapa lama tempoh konsesi yang akan diberikan kepada Irat Properties Sdn. Bhd.? Berapakah jumlah pampasan yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat Beta Tegap dan juga ATES Sdn. Bhd.? Adakah saman-saman dan kompaun- kompaun AES yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat ini sebelum ini akan dapat dibatalkan atau diberi pengurangan diskaun memandangkan ia suatu beban kepada rakyat kebelakangan ini dengan pelaksanaan GST. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Memang konsesi yang sedia ada is five plus five. Kita tidak ada tambahan apa-apa kriteria ataupun input yang baru dan juga jumlahnya memang di antara dua buah syarikat. Saya tidak ada detail di sini. Sekiranya perlu, saya akan beri secara bertulis. Saya hendak tegaskan di sini bahawa semua saman yang sedia ada memang mengikut AG. Kita terpulang kepada AG untuk membuat keputusan.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung sedikit?

Silakan.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Ini soal saman. Kita punya undang-undang iaitu kereta yang ada tidak boleh dipasang spotlight. Akan tetapi di Sabah ini banyak jalan rayanya tidak ada lampu. Jadi apabila masuk luar bandar, dia punya four- wheel drive kena pasang spotlight. Baru-baru ini saya membuat rombongan Hakim Besar Borneo Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum untuk Mahkamah Bergerak dan kita konvoi lebih kurang 90 buah kereta. Kereta itu ada yang memasang spotlight. Dari Kota Kinabalu ditahan oleh JPJ, dia kata tidak boleh ada spotlight, melanggar undang-undang dan terus kompaun RM300. So dia kata kami ini, dia keluarkan surat. Kami ini dijemput oleh Hakim Besar untuk menyertai rombongan, dibilang salah juga. Kalau di Semenanjung kereta pasang spotlight itu pemandu gila sebab jalan raya terang, buat apa hendak pasang spotlight. Akan tetapi di Sabah dan Sarawak ini perlu ada spotlight sebab jalan raya tidak ada lampu. Jadi kalau boleh dikecualikan. Di Sabah dan Sarawak ini memerlukan kereta yang ada spotlight. Kalau di Kuala Lumpur dan Semenanjung ini tidak perlu. Kalau ada, itu saya kata pemandu itu

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

gila. Akan tetapi di Sabah dan Sarawak, mereka perlukan. Minta cakap dengan Pengarah JPJ, jangan buat macam ini, tidak boleh. Oleh sebab itu dasar kita ini kena lihat juga Sabah dan Sarawak. Jangan samakan jalan di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Jalan Sabah dan Sarawak banyak jalan gravel, banyak jalan lumpur. Tidak ada lampu, tidak nampaklah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Ya Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada AES tadi. Apakah justifikasi kerajaan hendak pindahkan kepada dua buah syarikat itu kepada anak syarikat LTAT? Walaupun ia syarikat GLC, tetapi tidak ada kontrol kepada anak syarikat ini.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Kita dahulu merasakan bahawa enforcement ini tidak boleh diswastakan sebab akhirnya revenue dia ialah lagi banyak dia saman, lagi dia mendapat keuntungan untuk membayar balik investment dia. Rakyat waktu dahulu yang saya faham ialah bimbang apabila kerajaan menswastakan enforcement ini, maka keadilan kepada rakyat itu menjadi satu perkara yang boleh dipertikaikan. Jadi saya tidak faham, akhirnya daripada kerajaan terpaksa mendepani masalah ini termasuklah membayar pampasan kepada satu perjanjian yang kurang logiknya, kurang rasionalnya. Akan tetapi kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk membahagikan pula konsesi itu kepada LTAT yang satu masa esok, mungkin kita terpaksa berhadapan pula dengan LTAT ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang kemalangan. Sebenarnya kalau tidak silap saya, satu laporan atau kajian UKM mengatakan bahawa Malaysia ada kematian kemalangan jalan raya yang paling tinggi daripada segi per kapita sedunia. Saya rasa ini ialah satu masalah yang paling penting untuk negara kita tetapi jawapan atau penyelesaian itu bukan AES. Sebenarnya, ramai yang meninggal kerana mereka penunggang motosikal dan tidak ada pengangkutan awam yang baik. Saya rasa, penyelesaian itu penting. Sebelum Yang Berhormat Menteri gulung, saya hanya hendak bawa satu isu terkini ialah isu tentang meter teksi. Selepas Kabinet tidak menghalang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kena berhenti perkara baru Yang Berhormat.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Sekejap sahaja. Ada rakan-rakan pemandu teksi minta Menteri campur tangan kerana selepas mereka recalibrate meter mereka, mereka kena pergi PUSPAKOM dan bayar RM50 supaya verified recalibration itu. So saya minta Menteri hapuskan charges itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, sudah hampir tiga jam.

Ini terakhir, ya. Saya faham Tuan Yang di-Pertua telah pun memberi kelonggaran masa yang begitu panjang. Yang Berhormat Kinabatangan tentang spotlight. Kita kerana pentingkan daripada segi keselamatan jalan raya, spotlight kalau tengah malam, ia dapat terangkan jalan. Akan tetapi we are only worried for on coming car yang juga tersilau dan boleh menyebabkan kemalangan. Itu kita akan kaji balik sama ada bagaimana boleh dilaksanakan dengan memastikan keselamatan jalan raya dipatuhi. Kita akan lihat bagaimana ia boleh dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Bagi AES ini Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, kita telah pun lihat bahawa adanya keperluan kamera ini untuk mengurangkan speeding. Kita juga tahu bahawa kemalangan maut di kebanyakan jalan raya akibat daripada speeding, kelajuan menyebabkan maut. Kamera yang terletak ini, 14 buah kamera yang ada sekarang telah pun menunjukkan bilangan speeding yang sudah menurun di kawasan tersebut. It is confirmed. Daripada statistik yang kita ada, memang telah pun turun dengan mendadak daripada segi kelajuan di kawasan-kawasan yang ada kamera. Ia memang boleh memberi kesan yang baik untuk dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.

Apa yang dikatakan, what is the logic untuk kita menswastakan dan juga daripada syarikat sekarang kepada LTAT. Saya hendak terangkan di sini bahawa daripada segi pelaksanaannya, ia berkesan. Daripada segi struktur siapa yang memiliki ini, saya rasa it is another issue because ini adalah daripada segi business, perniagaan yang mana dia rasa viable, kedua-dua syarikat telah pun bersetuju...

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Itu yang saya kata saya setuju AES ini. Saya rasa ini satu sistem yang cukup baik kerana ia boleh membantu mengurangkan kemalangan, membantu enforcement. Cuma saya ragu, why this enforcement ini mesti diswastakan? Kenapakah kerajaan tidak ambil alih? [Disampuk] Kenapa tidak diletakkan di bawah polis? Kalau kita boleh berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk macam-macam program yang tidaklah sepenting ini, so saya hendak cadangkan kementerian memikirkan balik supaya seperti yang saya kata tadi, hari ini kita bermasalah dengan dua buah syarikat itu. Kita juga akan bermasalah dengan LTAT dan lagi ia akan mendatangkan masalah kerana ia syarikat milik kerajaan. Saya hendak cadangkan kerajaan memikirkan semula supaya kerajaan ambil balik penswastaan ini dan kalau kita terpaksa membayar pampasan, masya-Allah, kita bayar sahajalah sebab kita sudah membuat kesilapan yang awal.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelaskan tadi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa ia akan memberikan tanggungan kos yang begitu tinggi kepada kerajaan. Saya rasa, kalau kita lihat pampasannya akan berjuta-juta ringgit adalah amat tinggi. Oleh itu, adalah tidak logik untuk kerajaan mengambil alih semula sekiranya ia membebankan bajet kerajaan. Sekiranya ia dapat dilaksanakan melalui GLC, ia juga sebuah syarikat kerajaan, maka ia adalah lebih pastikan bahawa pelaksanaannya adalah untuk keselamatan rakyat secara keseluruhannya.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Menteri, saya hendak minta sekali lagi, saya hendak merayu sekali lagi, fikir semula.

Kita boleh kaji.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Saya rasa kita Parlimen sanggup mendengar berapa pampasannya. Saya percaya kita akhirnya akan membuat satu keputusan yang jangka panjang. Kesalahan sudah pun dibuat. Kita telah pun pada apa sahaja keputusan, kita rasa keputusan itu mungkin keputusan yang tidak secepat yang sepatutnya. Saya rasa sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak perlu rasa bimbang dengan hanya tidak membayar pampasan, kita terpaksa membuat keputusan yang second best. Why do not we make the best decision dan saya harap kementerian boleh memikirkan semula.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Penjelasan. Saya ingin bertanya.

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Kita akan kaji semula.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada Menteri, adakah benar seperti yang dilaporkan, setiap syarikat yang terlibat ini menerima pampasan RM500 juta?

Ini adalah tidak benar. Seperti yang ditanyakan tadi, bahawa ini yang terperinci. Saya akan beri secara bertulis kerana saya tidak ada maklumat daripada syarikat tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang membangkitkan dan menyentuh perkara dan isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pertamanya, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Rantau Panjang menyentuh tentang Rancangan Tebatan Banjir di Kelantan. Untuk makluman Ahli-

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

ahli Yang Berhormat berkenaan, projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan telah siap fasa 1 pada bulan Ogos tahun 2013. Walaupun ia demikian, Jabatan Pengairan dan Saliran buat lagi cadangan dan memohon peruntukan untuk fasa-fasa yang seterusnya iaitu membina Empangan Lebir dan Empangan Nenggiri. Pembinaan Lebir juga akan diteruskan dari Kampung Tikat ke Kampung Kedai Buloh. Oleh itu, lebih banyak lagi Rancangan Tebatan Banjir akan dibuat di Sungai Kelantan. Selain daripada itu, kolam takungan banjir dan juga flood wall akan dibina supaya Rancangan Tebatan Banjir akan lebih berkesan lagi di Sungai Kelantan. Untuk Sungai Golok, penyelesaian air bertakung di sepanjang Sungai Golok akan dilaksanakan kerana kalau tidak dilaksanakan, air bertakung seperti ini akan jadi air bertakung berterusan dan banjir akan berlaku dengan tempoh yang agak lama.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

Oleh itu, penyelesaian ini adalah amat penting. Untuk Sungai Golok, selama ini di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memohon peruntukan RM345 juta untuk fasa pertama tetapi sehingga kini sampai Rolling Plan Keempat, peruntukan ini tidak pun diluluskan. Walaupun ia sedemikian, untuk Sungai Golok, peruntukan untuk Rancangan Tebatan Banjir ialah RM1.07 bilion. JPS telah pun memohon peruntukan ini untuk Rancangan Malaysia Kesebelas. Jadi diharapkan bahawa peruntukan sebanyak ini boleh dipertimbangkan oleh EPU supaya projek-projek yang berkaitan dengan tebatan banjir boleh dilaksanakan, bukan hanya di Sungai Golok tetapi juga di seluruh negara. Ingin saya maklumkan di sini bahawa banjir di negara kita akan terus berlaku tetapi sama ada ia lebih teruk daripada tahun lepas, hujung tahun lepas dan awal tahun ini, itu kita belum tahu. Ini disebabkan kesan dan impak perubahan iklim semakin serius, sememangnya berterusan. Oleh itu, banjir satu masalah yang kita hadapi sebagai rakyat Malaysia. Seterusnya Yang Berhormat Tenom...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun.

Minta laluan, nanti tak cukup masa.

Yang Berhormat Rantau Panjang, okey silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan, Yang Berhormat Menteri menyebutkan tadi bagaimana peruntukan ini masih belum diluluskan oleh EPU. Soalnya sekarang, kenapakah tidak diberi keutamaan? Janji untuk pelaksanaan ini sejak Rancangan Malaysia Ketujuh. Sekarang kita sudah hendak masuk Rancangan Malaysia Kesebelas. Jadi permohonan ini telah beberapa kali dibuat oleh JPS dan peruntukan terbaharu RM1.07 bilion. Isu ini adalah sangat penting untuk ekonomi dan isu tebatan banjir ini isu tanggungjawab bawah Kerajaan Pusat. Jadi saya ingin minta penjelasan, sejauh mana usaha kementerian untuk memastikan permohonan yang telah beberapa kali rancangan ini yang masih belum diberi perhatian oleh kerajaan. Jadi supaya perkara ini menjadi satu realiti dan saya hendak buat penegasan di sini apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mengatakan sudah siap sepenuhnya fasa satu untuk tebatan banjir. Sebenarnya bukan tebatan banjir, itu hanya penstabilan tebing sungai, berbeza dengan tebatan banjir. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan itu. Apa yang JPS memohon daripada EPU peruntukan. Sememangnya kita sentiasa memastikan bahawa peruntukan seperti ini memang amat penting dan kita selalu memohon bertanya daripada pihak yang bertanggungjawab atas meluluskan peruntukan. Akan tetapi walaupun demikian, jika tidak diluluskan, apakah lagi kita hendak buat? Kita terus memohon dan memohon. Saya juga ingin memberi maklum di sini bahawa EPU sekarang menggunakan satu indeks kreatif untuk meluluskan pelbagai projek di negara kita. Akan tetapi ingin saya juga memaklumkan kepada EPU projek tebatan banjir.

Projek tebatan banjir ini satu projek yang amat-amat penting kepada negara sebab semasa banjir, jika tidak ada Rancangan Tebatan Banjir ataupun belum dibuat, maka kerugian adalah kepada orang awam dan juga kerugian kepada ekonomi negara. Oleh itu kalaulah kerugian berlaku, ini maknanya ekonomi negara juga akan merosot, mungkin merosot sedikitlah tetapi juga akan merosot. Yang Berhormat sebut tadi tentang kes ban atau kestabilan tebing sungai adalah untuk Sungai Golok. Apa yang saya mula sebut tadi fasa satu adalah untuk Sungai Kelantan, bukan untuk Sungai Golok. Okey, Yang Berhormat? Untuk Yang Berhormat Tenom, yang menyentuh tentang water management system dan Room for the River yang diguna pakai di negara Belanda. Water management system dan Room for the River ini adalah satu sistem pengurusan yang diguna pakai di negara Belanda mengikut kaedah yang sudah pun disediakan oleh negara itu kerana geometri sungai di negara-negara tempered dan geometri sungai di negara-negara Tropika adalah berlainan. Di negara kita, kita telah pun buat Integrated River Basin Management Plan. Itu kita sudah buat dan kita mengguna pakai Integrated River Basin Management Plan untuk menguruskan sungai kita sama ada untuk kegunaan air dan kegunaan tanah lebih-lebih lagi di tebingan sungai itu. Jadi yang ini, JPS akan meneruskan Integrated River Basin Management Plan di banyak lagi sungai yang lain. Kita mesti tahu bahawa negara kita sememangnya sebuah negara yang banyak sungai. Oleh itu, pengurusan amatlah penting lebih-lebih lagi sekarang dengan fenomena banjir yang berleluasa yang banyak disebabkan oleh impak perubahan iklim yang menyebabkan frekuensi hujan di negara kita sudah pun meningkat kalau dibandingkan dengan 50 tahun dahulu, sudah pun meningkat dengan 30%. Seterusnya Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Jerantut yang membangkitkan tentang stesen telemetri yang tenggelam di Pahang. Stesen telemetri memang digunakan di seluruh negara kita tetapi sewaktu banjir besar, banyak stesen telemetri seperti ini memang tenggelam. Selain daripada itu, waktu banjir besar, bekalan elektrik juga terputus. Oleh itu, seluruh mangsa banjir stesen telemetri memang tidak dapat memberi maklumat lagi. Akan tetapi walaupun ia demikian, sebelum banjir, JPS sudah dapat maklumat dari stesen telemetri ini dan semua maklumat itu disalurkan ke laman web JPS info banjir dan juga di public info banjir JPS setiap 15 minit kalau stesen telemetri itu tidak tenggelam dalam banjir.

Maklumat itu disalurkan juga kepada aplikasi mobil myJPS. Jadi mobil myJPS pun ada. Seterusnya JPS juga akan salurkan maklumat ini melalui SMS sebab orang awam perlu tahu di manakah banjir akan berlaku dan berapa seriusnya impak banjir ini supaya pengurusan boleh dibuat untuk risk management dan sebagainya. Banjir di Jerantut, Lipis dan Temerloh baru-baru ini...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Temerloh bangun.

...Banjir terburuk sejak tahun 1971. Ia menyebabkan stesen-stesen telemetri tenggelam dan bekalan elektrik juga terputus di situ dan tidak berfungsi. Namun di Rancangan Malaysia Kesebelas, JPS akan pindah stesen telemetri di tempat yang tanah tinggi supaya jika ada banjir, ia tidak tenggelam dan maklumat juga akan diperoleh jika stesen telemetri tidak tenggelam. JPS juga akan membangunkan stesen amaran banjir dan ini akan disalurkan nanti atau diedarkan nanti melalui SMS untuk pengetahuan umum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Temerloh bangun.

Okey silakan Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang saya bangkitkan selain daripada kita bertanya mengenai dengan sistem amaran awal ini ialah persoalan tentang keberkesanan sistem tersebut. Apabila kita mengemukakan maklumat ataupun

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

menyalurkan maklumat, tentunya apa yang kita mahu daripada maklumat itu ialah tindakan yang berkesan supaya masyarakat ataupun orang ramai tidak terjejas ataupun tidak menjadi mangsa kepada banjir yang berlaku. Saya ambil contoh banjir yang besar baru-baru ini, sebenarnya tanda aras di Kuala Tahan telah pun dibaca pada 27 Disember 2014 dan bacaan itu telah menunjukkan bahawa tanda aras air itu telah menyamai tahun 1971, ertinya bahaya dan ia banjir besar. Akan tetapi apabila berlaku banjir, saya lihat agensi-agensi terbabit seperti tidak bersiap sedia. Hari keempat ataupun hari kelima baru datang bantuan-bantuan dalam bentuk bot dan seumpamanya. Jadi kemusnahan begitu banyak, masyarakat terpaksa mengalami kerugian yang besar dan mungkin mengancam nyawa dan rumah mereka rosak kerana tidak ada bantuan segera yang sampai untuk mereka. Jadi untuk apa sebenarnya amaran-amaran awal itu diadakan kalau tidak ada keberkesanan tindakan mengatasi perkara ini. Saya lihat apabila ia telah disalurkan, ia salur melalui laman web. Jadi masyarakat di pedalaman tentunya mereka tidak ada akses dengan laman web ini. Jadi, bagaimana kementerian melihat perkara ini supaya dapat meminimumkan kesan risiko daripada musibah yang berlaku.

Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan tambahan ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat sebab kalaulah amaran ini tidak berkesan, memang macam manalah agensi-agensi kerajaan hendak buat ataupun hendak mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan orang awam dan harta benda. Akan tetapi maklumat yang diperoleh dari stesen telemetri ini yang disalurkan kepada laman web, saya juga bersetuju sebab di kawasan luar bandar mana ada ramai orang yang ada laman web dan sebagainya ataupun ada akses kepada laman web. Oleh itu apa yang JPS buat, melalui SMS mobil supaya lebih ramai lagi orang tahu bahawa banjir akan berlaku dan ini satu amaran. Saya harap ini akan dipercepatkan oleh JPS.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah?

Nanti, saya jawab dia dulu.

Berkaitan yang sama. Apabila berlaku banjir, realiti yang berlaku, elektrik pun tiada. Apabila elektrik tiada, handphone tidak boleh caj. Jadi Yang Berhormat kena fikir, maknanya satu pendekatan yang lain yang lebih praktikal. Minta pandangan.

Okey, jadi SMS inilah SMS mobil nanti yang akan diguna pakai juga. Selain daripada itu, untuk mengawal banjir ini dan untuk membantu mangsa-mangsa banjir, bukan hanya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi banyak lagi agensi yang lain yang bukan di bawah kementerian. Oleh itu, mempercepatkan langkah-langkah untuk bantuan ini sudah jadi permasalahan dan diharapkan kerajaan nanti melalui Kabinet boleh berbincang perkara ini supaya banyak boleh dilakukan dengan secepat mungkin. Juga kalaulah bekalan elektrik terputus, betul kata Yang Berhormat, saya setuju juga. Kalaulah kita tidak caj telefon kita, macam mana kita hendak dapat maklumat. Macam ada banjir satu minggu ataupun sepuluh hari, bekalan elektrik terputus. Macam mana kita hendak caj telefon kita untuk mendapatkan maklumat di lain kalilah. Oleh itu, pemindahan stesen telemetri ini dari kawasan tanah rendah ke kawasan tinggi haruslah dilakukan juga dengan secepat mungkin. Untuk bekalan elektrik yang terputus, mungkin TNB ada sumber lain untuk bekalan elektrik tetapi TNB juga perlu tahu apabila bekalan elektrik terputus, penggunaan portable generator adalah yang paling penting, lebih-lebih lagi di kawasan di mana mangsa-mangsa banjir berkumpul. Kalau tidak, memang perhubungan melalui telefon juga akan menjadi sulit, akan menjadi susah. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Nerus, menyentuh pengambilan tanah oleh kerajaan tanpa kerelaan pemilik ataupun tuan punya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan ada kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, seksyen 3(1)(a). Peruntukan di bawah akta ini tidak boleh mengambil tanah orang perseorangan melalui sebarang juga kerana yang penting pengambilan tanah orang yang punya seharusnya dipersetujui oleh orang itu dan juga dipersetujui di bawah akta itu dan juga tanah ini akan digunakan untuk projek awam seperti jalan raya dan sebagainya, projek kemudahan awam. Syarat-syarat pampasan juga semestinya mencukupi diberi kepada pemilik tanah ini. Jika tidak, pemilik boleh buat tuntutan sekali lagi dan buat bantahan jika dia tidak setuju dengan tuntutan yang diberi kepadanya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.] Jadi kalau dia tidak setuju, dia boleh buat tuntutan seperti berikut: (i) jumlah pampasan; (ii) pampasan ini untuk siapa yang dibayar, kepada siapa pampasan ini yang dibayarkan; (iii) bahagian tanah di dalam satu bidang itu diberikan pampasan, bahagian mana ataupun lot mana di dalam satu bidang tanah itu; dan (iv) bantahan kepada keluasan tanah yang diambil. Kadangkala tanah yang diambil diberi pampasan 5 hektar, tetapi sebenarnya 6 hektar. Jadi, itu adalah salah satu daripada bantahan yang boleh dibuat. Berkaitan dengan pengambilan tanah ini, di perkampungan Chubadak dan Kampung Banggol Donas. Ini adalah untuk projek jalan raya dan lebuh raya. Kedua-dua bidang tanah yang diambil dari kampung itu adalah untuk projek jalan raya dan projek lebuh raya. Seterusnya Yang Berhormat Parit Sulong yang menyentuh tentang bencana alam dan juga pengurusan perairan dan alam sekitar. Bencana alam adalah penting bagi kita mengetahuinya supaya pengurusan yang berkaitan dengan hazard dan risk boleh dilakukan dengan secepat-cepatnya seperti bencana alam banjir juga. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berusaha untuk bekerjasama dengan universiti dan pihak-pihak yang lain untuk membuat kajian agar sebuah pelan tindakan boleh dibuat dan nanti ia boleh dilaksanakan. Untuk pengurusan pengairan dan alam sekitar, NAHRIM telah pun membuat kajian tentang perkara ini untuk pengurusan air. Di kawasan Cameron Highlands di Ringlet, banjir lumpur. NAHRIM telah pun buat penyelidikan ini dan ia berlaku - banjir lumpur ini berlaku pada tahun 2014. Hasil pelan pembangunan di Ringlet ini ataupun di Cameron Highlands sudah pun sedia ada dan akan dilaksanakan di sana juga. Berkaitan dengan pengurusan alam sekitar, ini sememangnya akan terus dilakukan dengan sebaik-baiknya. Selain daripada itu, Majlis Perancangan Fizikal Negara juga sentiasa berbincang tentang bagaimanakah pengurusan tanah tinggi supaya banjir lumpur tidak berlaku. Jadi, ini juga adalah penting. Seterusnya Yang Berhormat Rasah menyentuh tentang tapak pelupusan buangan bersepadu di Bukit Nanas. Jadi yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat adalah apa yang berlaku di sana iaitu kebakaran yang berlaku di pusat pelupusan sampah yang diuruskan oleh Kualiti Awam Sdn. Bhd. Pada masa itu, apabila kebakaran berlaku di dalam stor pada 27 Februari 2015, Jabatan Alam Sekitar telah pun membuat kajian dan membuat survey tentang sama ada asap yang dihasilkan mengandungi bahan-bahan kimia yang beracun. So bermula daripada 28 Februari tahun 2015, Jabatan Alam Sekitar sudah pun mengukur kualiti udara di tempat itu hinggalah sekarang dan didapati bahawa kualiti udara di situ sememangnya tidak beracun.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Jabatan Alam Sekitar telah pun membuat sampling di situ dengan seluas kawasan radius 7 kilometer...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah bangun Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya perkara ini saya telah pun beberapa kali bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Cuma saya rasa pandangan daripada pihak Pakatan Rakyat tidak diambil kira oleh pihak kerajaan. Jadi ketika perkara ini berlaku, saya rasa rakyat yang tinggal di sekitar Sendayan dan juga di Seremban, mereka amat bimbang terhadap khabar angin di mana asap

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

beracun, di mana pihak bomba sendiri pun telah pun mengeluarkan amaran bahawa supaya orang ramai jangan mendekati kilang tersebut iaitu dalam radius 2 kilometer. Jadi saya rasa dalam perkara ini, adakah pihak kerajaan ataupun pihak kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri bercadang untuk memindahkan Pusat Kualiti Alam ini ke tempat yang lebih sesuai memandangkan tempat tersebut sekarang memang telah pun dibangunkan secara pesat.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah juga telah membangkitkan pemindahan ini pada penggal yang lepas juga. Pada masa itu saya mengatakan kalau ada tempat yang sesuai, bolehlah pemindahan dibuat. Kalau ada tempat yang sesuai. Memang amaran yang diberi oleh Jabatan Bomba bahawa orang ramai jangan mendekati kilang itu dalam jarak limit 2 kilometer, tetapi JAS menjalankan kajian dan survey untuk kualiti udara dalam keluasan radius dari tempat itu 7 kilometer dan didapati tahap bahan-bahan kimia tidak berbahaya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuma untuk rekod Dewan, sebenarnya ada ramai yang tinggal di Felda Sendayan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor. Ada pihak yang menghadapi sesak nafas dan ahli keluarga mereka telah pun mengadu kepada kami sebagai wakil rakyat dan mereka mengatakan bahawa sebenarnya ketika kebakaran berlaku, ramai yang mendapat rawatan di hospital dan juga klinik kesihatan yang berdekatan. Cuma data ataupun information mengenai penduduk ini tidak diketahui oleh kita. Saya rasa sebenarnya dalam perkara ini, pihak kerajaan seharusnya menguruskan krisis ini secara transparent dan memberitahu seluruh rakyat Negeri Sembilan apa yang sedang berlaku dan apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan negeri ataupun pihak Kerajaan Pusat untuk menangani perkara ini. Oleh sebab saya rasa perkara ini memang satu perkara yang amat serius kerana ia melibatkan kesihatan dan juga keselamatan penduduk yang tinggal di Seremban dan juga tinggal di Sendayan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rasah atas maklumat ini. Oleh sebab maklumat seperti inilah yang diperlukan oleh kerajaan apabila memutuskan nanti sama ada tapak pelupusan bahan-bahan berjadual ini perlu dipindah ke kawasan yang lebih selamat lagi untuk orang awam. Ini yang penting.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Satu soalan lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Oleh itu, maklumat dari klinik-klinik dan hospital di sana amatlah penting bagi kementerian untuk membuat keputusan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu soalan lagi. Jadi, adakah benar kontrak kilang tersebut ataupun kilang tersebut dibenarkan untuk beroperasi untuk sepanjang 15 tahun lagi?

Ini saya belum pastikan lagi sebab kontrak kilang ini telah pun habis kontraknya pada bulan Februarikah saya ingat macam itu. Lepas itu kontrak untuk satu tahun ke tahun diberi kepada syarikat ini, Syarikat Impian Alam Sdn. Bhd.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Sebenarnya, saya pernah mendapat jawapan daripada pihak kementerian bahawa kilang tersebut sememangnya boleh beroperasi untuk 15 tahun lagi. Cuma dalam isu ini saya rasa sebab daripada segi pihak kerajaan negeri, jawapan yang diberi oleh pihak kerajaan negeri, mereka kata ini terpulang kepada pihak Kerajaan Pusat, pihak kementerian Yang Berhormat untuk membuat keputusan. Adakah pihak Yang Berhormat akan membenarkan kilang tersebut untuk terus beroperasi sepanjang 15 tahun?

Terima kasih Yang Berhormat. Ini bukan kita membuat keputusan untuk meneruskan. Akan tetapi yang penting tadi maklumat oleh Yang Berhormat itu tadi seperti pesakit yang telah pun dirawat di klinik dan di hospital. Itu yang kita perlukan kerana itu adalah satu justifikasi yang kita boleh gunakan untuk sama ada kilang ini akan berterusan 15 tahun lagi atau untuk memindah ke kawasan yang lebih selamat. Dulu saya telah pun menyentuh perkara ini semasa saya di belakang sana, semasa saya BNBBC, bahawa kita perlukan kilang seperti ini satu lagi tetapi jauh dari kawasan yang didiami oleh orang awam. Ini adalah penting.

Oleh itu, maklumat daripada segi kesihatan adalah amat penting dan sesiapa yang membuat EIA dulu atas kilang ini, tetapi ini pun sudah lamalah. Saya pun tidak nampak EIA tersebut. Jadi, ada tidak mereka ini menyentuh tentang kesihatan awam? Oleh sebab di dalam EIA yang amat diperlukan juga dalam projek kesihatan awam sama ada projek seperti ini boleh diteruskan ataupun tidak. Okey. So, seterusnya Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong menyentuh tentang Sungai Pinang Fasa 2. Ini rancangan tebatan banjir. Dia mengatakan bahawa sejak RMKe-9, Rancangan Tebatan Banjir ini belum juga dapat disiapkan. Untuk makluman Yang Berhormat, JPS telah pun memohon peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk projek ini tetapi tidak juga diluluskan hingga sekarang. JPS juga sekarang memohon permohonan projek baru. Projek baru ini bagi tahun 2015 di Lembangan Sungai Pinang. Selain daripada Sungai Pinang itu sendiri, di sungai-sungai yang lain di Lembangan Sungai Pinang.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

[Bangun]

Jadi, skop-skop kerja dalam projek baru ini yang telah pun dipohon untuk tahun 2015 ialah kajian semula apa yang diperlukan dibuat dan reka bentuk terperinci.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jelutong bangun.

Yang Berhormat Jelutong, nanti dulu Yang Berhormat Jelutong, saya sebut yang dua lagi.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Mungkin Yang Berhormat Menteri sebut banyak sangat.

Kedua, kerja ukur...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Timbalan, boleh saya minta mencelah?

Nanti, lepas ini Yang Berhormat Jelutong boleh minta apa-apa saja.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Nanti telah pergi jauh sangat. Tidak sempat hendak cari balik ini.

Ini yang projek untuk projek peruntukan, projek baru ini. Ketiga, proses tender, yang ketiga. Okey, sekarang Yang Berhormat Jelutong boleh tanya. Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduklah dulu. Rehat dulu. Yang Berhormat Jelutong, tanya.

Saya kena duduk?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah mengikuti ucapan dan juga jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa soalan pokok itu tidak terjawab. Soalan saya semasa saya mengupas isu ini dalam ucapan saya, saya bermula dengan sekali air bah, sekali pasir berubah. Banyak kali berubah sudah pasir itu. Walhal Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang Fasa 1 mula tahun 1998, tamat 1999. Pada tahun 2012 telah disebut dalam Dewan Rakyat ini bahawa peruntukan sebanyak RM150 juta itu telah dianjurkan, ditarik daripada Rancangan Malaysia Kesembilan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh dan telah dimasukkan ke dalam Second Rolling Plan. Maksudnya, ia ada tersebut dalam projek yang lama. Kenapa hari ini pula secara mendadak Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak dapat peruntukan, kita buat projek baru? Kalau projek baru itu - kalau yang lama itu dijanji-janjikan tidak jadi, kalau projek yang baru macam ini, tidak tahulah hendak tunggu sampai bila. Akan tetapi apa yang penting sekali ialah saya hendak minta tunjuk ajar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana urus tadbir di antara JPS dengan EPU. Kalau EPUlah yang merupakan agensi kerajaan, jentera kerajaan yang mempertimbangkan serta meluluskan peruntukan yang di janji-janjikan sejak tahun 1999, dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini berucap Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

...Dianjak ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tahun depan kita masuk Rancangan Malaysia Kesebelas, hendak tunggu sampai bila? Janji tidak dikotakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi tahu kepada Dewan Rakyat, bagaimana urus tadbir di antara JPS dengan EPU supaya sesuatu yang diminta oleh JPS itu dapat diturutkan. Itu yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada tahun 2012, saya dok tunggu sampai 2015, tidak tahulah. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri beri sedikit keterangan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, panjang lagi Yang Berhormat Menteri?

Ada lagi lapan isu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Lapan isu? Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memilih. Jika Ahli yang lain tiada dalam Dewan, boleh menjawab secara bertulis.

Alamak, saya lebih rela untuk menjawab seperti rakan saya ini, Yang Berhormat daripada Jelutong supaya boleh beritahu dia apa yang berlaku, apa yang boleh berlaku, yang tidak berlaku. Walaupun demikian, rakan saya daripada Jelutong, sememangnya setiap tahun JPS memohon dan dengan cadangan juga. Memohon ada cadangan tetapi kalau EPU tidak meluluskan, macam manalah kita dapat peruntukan? Oleh itu, kita cuba lagi dari sudut yang baru supaya kita buat satu projek dan memohon ini sebagai projek baru.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah saya perkatakan bahawa Perbendaharaan Malaysia sudah kering kontang. Oleh sebab itu, peruntukan itu tidak diturunkan kerana peruntukan itu dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya tanya kenapa? Rancangan Malaysia Kesebelas sudah diambang pintu dah tetapi sampai sekarang hendak minta peruntukan yang baru. Apa yang terjadi di antara JPS dengan EPU sebab saya diberitahu dalam tahun 2012 bahawa Projek RTB Fasal 2 menelan belanja hampir RM150 juta untuk merangkumi pelebaran dan pendalaman dasar Sungai Pinang dan pemasangan perangkap kelodak, the seal trap. Akan tetapi sekarang ini apa yang saya dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara yang baru. Tidak pernah kita diberitahu langsung, tiba dari mana ini?

Ini kemungkinan daripada JPS satu strategi yang baru juga sebab diperlukan untuk mencadangkan projek baru. Ini dipohon pada tahun 2015 dan peruntukan yang dipohon ini adalah untuk lembangan Sungai Pinang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jelutong tidak boleh marah-marah. Ini strategi baru.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya berterima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau duit itu turun, memang kita bertuah.

Peruntukan keseluruhan ialah...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Akan tetapi saya bukan marah-marah Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Cuma saya hendak kenang semula, hendak imbas semula Rancangan Malaysia Kesembilan sampai ke Rancangan Malaysia Kesebelas memakan masa 15 tahun. Apakah yang telah jadi? Itu yang saya minta, apakah yang terjadi di antara JPS dengan EPU yang tidak jadi-jadi ini? Itu sahaja yang saya minta, tunjuk ajar. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu, tidak apalah.

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Beritahu sahaja bahawa tiada jawapan, jadi kita akan tutup bab ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin menambah isu yang sama, jawapan yang hampir sama diberikan kepada tebatan banjir di Rantau Panjang. Apakah juga ini strategi baru?

Terima kasihlah kedua-dua Yang Berhormat ini yang menyentuh berkaitan banjir. Akan tetapi JPS sentiasa berbincang dengan EPU sebab EPU yang meluluskan peruntukan. Kalau tidak diluluskan, macam inilah kita. Bukan hanya di Sungai Golok, bukan hanya di Sungai Pinang dan di Sungai Sadong, di kawasan Parlimen Mambong...

Mambong!

Mambong, saya bukannya di sana untuk membahaskan tentang perkara ini bahawa Rancangan Tebatan Banjir perlu dibina. Jadi, ia berlaku di banyak tempat dan janji daripada RMKe-9, itu saya tidak tahulah siapa yang janji. Okey.

Barisan Nasional yang janji.

Okey Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Jelebu yang menyentuh tentang pemeliharaan kawasan tadahan air. Pemeliharaan kawasan tadahan air sememangnya amat diperlukan dan langkah-langkah pemeliharaan adalah untuk mengenal pasti kawasan tadahan air dalam hutan simpan kekal yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air. Seterusnya, kawasan tadahan air seperti ini jika ia sudah pun diwartakan, maka pemantauan terus dibuat supaya tidak dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kawasan tadahan air adalah kawasan yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara Tahun 1984. Langkah yang kedua adalah untuk memantau status penswastaan dan melaporkan kepada Majlis Tanah Negara. Jadi, untuk pengurusan kemapanan kawasan tadahan air ini adalah penting supaya kita sentiasa ada air dan air tersimpan di kawasan itu. Ketiga, pemantauan berkala di kawasan tadahan air untuk memastikan bahawa tiada pencerobohan. Setakat ini, 734,731 hektar kawasan telah pun diwartakan sebagai kawasan tadahan air sehingga 31 Disember 2014. Jadi, kita mengharapkan kawasan tadahan air tidak dicerobohi dengan begitu sahaja. Yang Berhormat Bintulu menyentuh tentang kecetekan Sungai Bintulu dan Rancangan Tebatan Banjir di Bintulu. Jabatan Pengairan dan Saliran menyalurkan RM2 juta untuk melebarkan dan mendalamkan Sungai Sibu pada tahun ini dan ia akan dilakukan sepanjang 8 km. Projek-projek di RMKe-11 untuk RTB di Bintulu, ia sudah pun dipohon oleh JPS iaitu seperti berikut: (i) RTB Bintulu RM100 juta; (ii) RTB Sungai Pelan, Bintulu RM40 juta; (iii) RM20 juta untuk pembinaan sistem saliran mesra alam; (iv) RM10 juta untuk pembinaan sistem saliran mesra alam di Pekan Tatau di bahagian Bintulu; (v) RM20 juta bagi memulihkan koridor Sungai Similajau. Ini di Rancangan Malaysia...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Penampang bangun.

Yang Berhormat Penampang?

Saya ambil peluang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil peluang untuk bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan tender yang baru dikeluarkan di Penampang iaitu flood mitigation measure di Kampung Kibabaig. Tender ini sepatutnya ditutup pada 30 Mac dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan selain daripada flood mitigation plan ini? Adakah ini hanya di Kampung Kibabaig ataupun ia termasuk di kawasan Putatan, kawasan Kota Kinabalu dan juga kawasan yang berdekatan dengan Penampang? Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta satu jawapan bertulis berkenaan dengan Kaiduan Dam yang baru diumum oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah. Setakat ini planning ataupun impaknya tidak pernah dibincang dengan rakyat dan juga wakil rakyat Papar ataupun wakil rakyat di Penampang, Putatan dan semua tempat yang terbabit. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan bilakah Kaiduan Dam ini diluluskan dan berapa banyak kos dan impak berkenaan? Terima kasih.

Yang Berhormat minta jawapan bertulis, saya akan beri jawapan bertulis untuk pertanyaan Yang Berhormat sebab Yang Berhormat tidak ada sentuh dalam perbahasan tentang perkara ini. Biarlah saya beri jawapan bertulis. Ini kerana Putatan juga ada peruntukan persendirian untuk projek-projek di kawasan itu. Okey, Yang Berhormat Penampang. Seterusnya Yang Berhormat Kota Melaka menyentuh tentang EIA untuk projek Melaka Gateway di mana tambakan laut dibuat seluas 608 ekar yang disentuh oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan seluas 2,835 hektar, EIA telah pun dibuat dan dilulus pada 26 Oktober 1999. Ini untuk makro EIA untuk kawasan tambakan di Melaka itu. Kawasan seluas 2,835 hektar. Makro EIA ia meliputi kawasan yang besar yang saya sudah sebut tadi tetapi untuk projek yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu tambakan Melaka Gateway seluas 608 ekar itu, mengikut makro EIA yang telah pun diluluskan, ia di dalam kawasan itu. Oleh itu, projek ini akan mematuhi semua syarat yang diperlukan. Jadi pemaju semestinya membuat, yang pertamanya, EMP iaitu Enviromental Management Plan dan diberikan kepada Jabatan Alam Sekitar; dan yang kedua, laporan kajian hidraulik yang diluluskan oleh JPS pada 4 Julai 2013. Mesti mematuhi syarat-syarat. Ini memang terletak dalam kelulusan EIA. Oleh itu, perkara-perkara yang lain yang perlu dibuat ialah, nombor tiga, memastikan bahawa notis arahan Jabatan Alam Sekitar mesti diikuti. Ini adalah penting dan notis ini sudah pun diberi kepada pemaju bertarikh 18 Mac 2015 supaya pemaju melaksanakan projek ini dengan sebaik-baiknya kerana yang penting dan yang perlu diketahui oleh pemaju adalah: yang pertama, silk curtain mestilah dua lapis ataupun dua layer mesti dipasang di dalam laut; kedua, perimeter bund dibuat di kawasan projek tersebut; ketiga, revetment mesti dibuat juga; keempat, pengawasan kualiti air marin seharusnya dibuat oleh pihak yang ketiga supaya ia lebih sahih lagi; kelima, menjalankan audit alam sekeliling; dan keenam, kajian sosial impak. Ini belum dibuat lagi tetapi dalam keperluan EIA sekarang, kajian sosial impak perlu dimasukkan di dalam EIA. Oleh itu, kajian sosial impak perlu dibuat. Jadi, inilah yang diperlukan dalam projek tambakan di Melaka. Seterusnya Yang Berhormat Sepanggar yang menyentuh berkaitan dengan melebar dan mendalam Sungai Rampangan dan Sungai Mensiang dan memohon RM150 juta untuk projek ini. Untuk makluman Yang Berhormat Sepanggar, lembangan Sungai Menggatal dalam Rolling Plan Pertama di RMK akan dilaksanakan supaya sungai yang Yang Berhormat pohon tadi iaitu Sungai Rampangan dan Sungai Mensiang, semuanya di bawah lembangan Sungai Menggatal. Oleh itu di dalam Rolling Plan Pertama pada tahun 2016, pelaksanaannya akan dibuat nanti dengan peruntukan RM4.5 juta untuk menaik taraf dan...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

...Mengawal aliran Sungai Menggatal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.

Yang Berhormat Putatan? Yang Berhormat Putatan bangun? Okey, Yang Berhormat Putatan.

Tidak bagikah?

Ini sungai diakah? Yang Berhormat Putatan, ini sungai Menggatal ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan.

Ini Kota Kinabalu punya soalan.

Ini kerana semua ini merangkumi dalam kawasan Kota Kinabalu. Yang Berhormat Menteri boleh saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Sebab dia terpaksa duduk dulu kerana yang tanya harus berdiri ya Tuan Yang di-Pertua ya, betul ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini sungai apa? Sungai Menggatal?

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soal nama sungai-sungai yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya rasa banyak lagi sungai di persekitaran Kota Kinabalu termasuklah kawasan Sepanggar ya, betul ya? Penampang, Kota Kinabalu yang tidak ada sungailah, Likas termasuk Kota Kinabalu, sungai Putatan, Penampang, sungai Moyog. Ini semuanya sungai yang selalu ada masalah banjir Yang Berhormat Menteri. Soalan daripada Yang Berhormat Sepanggar itu memohon supaya diperdalami ataupun dilebarkan. Ini kerana banyak sungai di situ, kawasan-kawasan kita lalu itu akibat daripada kepesatan pembangunan, penimbusan tanah dan kecetekan. Dulu saya ingat sewaktu saya kecil, perahu besar pun boleh masuk sungai- sungai ini Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sedarkah, ada pernah melawat kawasan-kawasan Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Kepayan, Menggatal, di Inanam? Semua ini kita lihat ada sungai yang sudah pun dikonkritkan. Kalau cara alam sekitar, seharusnya tidak dibenarkan. Akan tetapi kalau setakat mendalamkan, melebarkan reserve sungai ini yang mana ada riparian, ada kawasan-kawasan reserve riparian harus dijaga supaya pembinaan rumah-rumah haram di tepi-tepi sungai dapat dicontrol dengan izin. Jadi, adakah pihak kementerian melalui JPS ini dapat satu kertas kerja, master plan dengan izin, bagi kawasan Kota Kinabalu ini supaya kita ada keyakinan bahawa Kerajaan Pusat ini betul-betul kesian dengan mangsa-mangsa banjir yang selalunya – yang pada akhirnya wakil rakyat juga disengsarakan kerana minta duit. Jadi kalau pihak kementerian dapat menyalurkan duit kepada kita, beri kepada mangsa-mangsa banjir itu, it’s okay lah. Akan tetapi kita kadang-kadang kita dikejar, masuk tandas pun...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan, ini..

Masuk tandas pun kena kejar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini berucap ini, bukan mencelah.

Tidak, tidak. Ini minta, minta, minta. Memohon supaya pihak kementerian dapat membuat satu master plan yang betul- betul kita kasi lihat sama rakyat sana supaya mereka menyebelahi kita dan tidak menyebelahi kepada Kota Kinabalu dan Penampang. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Timbalan Menteri sehingga 6.30 petang boleh ya? Satu jam setengah.

Sekarang jam berapa ya? Saya tidak ada jam la. Tengok tangan ini. [Angkat tangan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Di belakang sana besar jam.

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dan saya menjaga jam ini. Pukul 6.30 ya, lagi 17 minit.

Kalau macam itu, Tuan Yang di-Pertua menjaga jam. Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya sudah pun melawat kawasan Putatan, melawat Penampang, melawat Kota Kinabalu, melawat Tenom dan melihat keadaan sungai di sana, apatah lagi kalau tebing sungai ataupun riparian reserve itu sudah pun dikonkritkan. Macam mana kita hendak melebarkan sungai itu? Walaupun demikian, seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat, saya ambil cadangan Yang Berhormat ini. Seriously, tentang master plan untuk kawasan-kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat. [Disampuk] Master plan adalah bagus. Bukan hanya untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri menjawab ini hendak masuk ucapan apa lagi?

...Kawasan itu. Master plan adalah bagus supaya kita boleh buat perancangan dan keputusan untuk projek-projek dengan sebaik-baiknya. Seterusnya...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya.

Oh, Yang Berhormat Kota Melaka. Baru sampaikah Yang Berhormat Kota Melaka? Apa ini? [Ketawa]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, minta maaf.

Saya punya tangan sudah sakit ini tumbuk Kota Melaka tadi.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Minta maaf, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hanya hendak pastikan tadi katakan mengenai projek tambak laut Melaka Gateway di Melaka. Katakan social impact assessment belum dibuat. Ini mesti dan perlu dibuat sebelum mereka menjalankan projek tambak laut. Adakah ini betul? Oleh sebab saya hendak pastikan ini sahaja. Minta Yang Berhormat Menteri kerana saya tidak sempat tadi, saya ada di luar bincang tentang satu perkara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Menteri sudah jawab tadi bukan? Tidak payah ulanglah.

Saya ulang. Ini perlu dibuat Yang Berhormat Kota Melaka, perlu dibuat. Social economic impact assessment must be done. So, ini adalah satu daripada syarat-syarat dalam EIA sekarang. Okey, Yang Berhormat? Okey, seterusnya Yang Berhormat Kota Samarahan yang menyentuh perkara yang berkaitan dengan mendalam dan pengorekan sungai-sungai di Kota Samarahan. Saya amat prihatin dengan dia sebab pada bulan lepas, saya pergi ke kawasan dia dan lihat banyak sungai di situ yang memerlukan untuk mendalam dan untuk mengorek. Satu masalah di situ adalah pembinaan rumah oleh pemaju-pemaju. Ada sungai, pemaju sudah pun menjadikan sungai itu sebagai parit yang berkonkrit. Bukan sahaja yang berkonkrit tetapi melencong lagi. So, macam mana air boleh mengalir dengan lurus di dalam parit seperti itu kerana ia sudah melecun. Oleh itu, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kementerian ataupun JPS sudah pun membuat kajian yang berkaitan dengan saliran mesra alam dan siap pada tahun 2010 di Kota Samarahan. Ini akan dilaksanakan nanti. Tahun ini JPS juga sudah pun mengambil kira tentang apa yang perlu dibuat di Kota

Samarahan dan diharapkan JPS akan mendapat kelulusan peruntukan untuk meneruskan projek-projek seperti ini di Kota Samarahan. Seterusnya Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Kuantan membangkitkan isu pencemaran oleh aktiviti perlombongan bauksit di Pahang. Keduanya, menimbulkan isu ketiadaan sistem perparitan yang terancang yang menyebabkan banjir kilat. Diumumkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, lesen untuk melombong bauksit di Pahang adalah diberi di bawah Enakmen Mineral Negeri. Kedua, lesen juga diberi sebagai pendudukan sementara, temporary occupation permit (TOL).

Ketiga, permit untuk pengalihan batuan. Setakat ini, tiga lesen sudah pun dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk perlombongan bauxite tetapi hanya satu sahaja yang aktif. Walaupun demikian, kementerian sentiasa berbincang dengan kerajaan negeri agar kalau lesen dikeluarkan, hanya dikeluarkan di bawah Enakmen Mineral Negeri supaya pemantauan boleh dibuat oleh Jabatan Mineral dan Geosains yang memantau pencemaran. Ini kerana perlombongan ini ada banyak agensi yang terlibat iaitu Jabatan Tanah dan Daerah Kuantan, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Kuantan, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar yang sentiasa membuat pemantauan dengan rapi untuk memastikan bahawa pencemaran tidak berlaku. Perkara kedua yang disentuh ialah tentang sistem perparitan. Jabatan Pengairan dan Saliran...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuantan bangun.

Yang Berhormat Kuantan? Ya, okey silakan Yang Berhormat Kuantan.

Ya, sebelum - Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum pergi menjawab soalan saya yang seterusnya, berkaitan dengan bauxite tadi. Saya menyuarakan juga dalam perbahasan saya berkenaan dengan pencemaran daripada lombong-lombong bauxite ini di mana ia mencemarkan air sungai dan air sungai itu pula merupakan air yang digunakan untuk rawatan air minuman di Kuantan. Air yang berwarna sama macam warna jus tomato Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya pohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Saya tahu bahawa ini semua adalah badan-badan yang memantau. Saya hendak tahu bagaimana hendak ambil tindakan. It’s not good enough dengan izin, hendak pantau, pantau, pantau. Kita hendak tahu apa dia pihak kementerian buat untuk memastikan bahawa pelombong-pelombong ini tidak melanggar undang-undang supaya warga Kuantan dan warga Pahang keseluruhannya tidak terdedah kepada pencemaran, tidak terdedah kepada masalah sakit dan sebagainya. Saya bukan hendak tahu siapa yang memantau. Saya hendak tahu apa dia yang harus dibuat sekiranya pemantauan itu didapati ada aspek-aspek melanggar undang-undang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Ini adalah satu perkara baru yang saya baru tahu. Warna air seperti warna jus tomato ya? Wah, ini sememangnya teruklah kalau sudah jadi satu jus tomato. Ini bermakna pihak pelombong telah pun mengeluarkan bahan-bahan yang tercemar ke dalam air. Itulah sebabnya sudah jadi jus tomato. Bauxite mengandungi Yang Berhormat, mengandungi bahan-bahan besi ataupun iron ataupun ferik. Jadi bahan-bahan besi inilah yang menyumbangkan warna merah kemerahan ke dalam air. Jadi kalau ia sudah jadi begini, ini memang sudah sengaja dibuat oleh pihak pelombong. Oleh itu saya menyeru pihak yang memantau, pantaulah sungai sebab sungai ini Yang Berhormat sebut tadi adalah untuk air yang dirawat untuk penduduk-penduduk Kuantan dan Pahang amnya. Jadi, ini adalah satu perkara yang penting. Yang Berhormat, kalau saya turun lihat lain kali, bolehkah Yang Berhormat ikut? Saya mahu Yang Berhormat ikut kerana semasa saya pergi lihat banjir di Kuantan dulu, saya menilai apa yang perlu dibuat. Yang Berhormat tidak ada di situ.

Terima kasih. Saya memang nak turun. Yang Berhormat Timbalan Menteri janji dengan saya akan ajak saya, tetapi tidak ajak.

Tidak adakah?

Jadi saya tuntut. Bukan saya tidak mahu turun, tetapi saya tidak dimaklumkan.

Okey.

Jadi harus dibetulkan dalam rekod bukan saya tidak mahu turun, tetapi tidak dimaklumkan. Berkenaan dengan air yang berwarna jus tomato itu, saya sebut dalam bahas saya dan saya terperanjat juga Yang Berhormat Timbalan Menteri baru dengar.

Saya baru dengar.

Masuk dalam akhbar di Kuantan pun sewaktu kita mendedahkan perkara ini. Pihak Pejabat Tanah dan Galian juga mengiktiraf bahawa memang ada pencemaran, kualiti air itu tidak cukup baik. Jadi, apa dia yang pihak kementerian boleh buat? Itu yang saya hendak dengar. Terima kasih.

Inilah yang pihak kementerian boleh buat. Pertamanya, kalau sudah merah itu, maknanya air sungai itu sudah tercemar. So, siapa yang mencemar air itu boleh diambil tindakan mengikut peraturan Jabatan Alam Sekitar. Kalau mencemar air, mesti diambil tindakan mengikut peraturan Jabatan Alam Sekitar. Akan tetapi yang perlu dibuat juga adalah kalau pemantauan dibuat, kita perlu buat sampling air sungai itu untuk meneliti apa lagi bahan-bahan yang terkandung di dalam air itu bukan sahaja besi, tetapi bahan-bahan lain juga. Ini berbahaya kepada kita. Kita minum air kononnya air terawat tetapi kalau sudah tercemar macam ini, macam mana hendak rawat sebab besi adalah heavy metal, ia bukan organic polluted. Jadi susah kita hendak keluarkan daripada air. Jadi ini adalah penting. Bauxite mengandungi besi juga. Oleh itu, yang terbuang itu adalah bahan-bahan besi. Untuk perkara yang kedua, JPS telah melaksana Pelan Induk Saliran Mesra Alam 2010. Dari segi pelaksanaan di Kuantan untuk Saliran Mesra Alam ini, kuasa pihak berkuasa tempatan adalah badan yang melaksanakannya. PBT adalah badan yang melaksanakannya selaras dengan seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Oleh itu, saya mengharapkan bahawa PBT Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan akan melaksanakan projek Saliran Mesra Alam.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, cukuplah. Jawapan bertulis Yang Berhormat.

Minta maaf. Pohon Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kita sudah bagi peluang satu jam setengah. Sebenarnya banyak lagi kementerian yang belum menjawab.

Saya hendak dengar juga apa Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab berkenaan dengan air yang ada racun di Cameron Highlands. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri banyak habis masa perkara- perkara yang pada saya tidaklah priority.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, isu Kuantan habiskan. Selepas itu jawapan bertulis Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Mohon habiskan isu-isu yang berkaitan sebab saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya sudah minta sudah. Cukuplah itu.

Okey habiskan Yang Berhormat Kuantan ya. Timbalan Menteri, saya dimaklumkan oleh JPS bahawa ada seharusnya dibuat monsoon drain ataupun sisa perparitan terancang daripada Tanjung Lumpur ke

Kempadang bernilai RM37 juta. Saya tidak faham bagaimana Timbalan Menteri boleh kata PBT yang harus buat sedangkan JPS kata memang mereka harus buat tetapi tidak ada bajet lagi hendak buat daripada RMKe-10 lagi. Jadi, yang itu saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri saya jawapan bertulis. Tidak apa kalau tidak boleh beri jawapan on the spot tetapi jawapan bertulis. Sebelum itu, saya juga minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan berkenaan dengan air minuman, air sungai serta air dalam catchment area yang tercemar dengan racun serangga yang diharamkan di Cameron Highlands yang saya sentuh dalam perbahasan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan membangkitkan banyak perkara yang berkaitan dengan pencemaran air. Seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua tadi sudah sebut jawapan bertulis, saya akan beri jawapan bertulis juga dengan Yang Berhormat Kuantan atas kebangkitan isu-isu yang saya tidak pernah dengar tadi dari awal.

Yang Berhormat habiskan Kuantan dan selainnya bertulis, Timbalan Menteri.

Saya belum sebut lagi ini untuk Yang Berhormat Kuantan jawapan yang bertulis. Dia sendiri yang minta tadi untuk jawapan yang bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya juga akan beri jawapan yang bertulis kepada Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Limbang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri Pelancongan dan Kebudayaan · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Tanjong Piai dan Yang Berhormat Batu Gajah yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepanjang perbahasan Titah Diraja peringkat dasar pada Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 ini. Tuan Yang di-Pertua, ‘mari’ pula Yang Berhormat Lenggong ini. Saya baru hendak bagi tahu kata sudah dia tidak ada, tidak payah jawablah, jawapan bertulis sahaja. Dia ‘mari’ pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dia tahu bos dia ada.

Oleh sebab tahu hendak jawab, macam itulah datang ini.

Pakai bomoh ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong bertanya apakah dengan situasi yang berlaku pada hari ini kementerian dapat merealisasikan sasaran dengan menerima 36 juta ketibaan pelancong dengan jumlah RM168 bilion pendapatan pada tahun 2020 melalui ‘Program 2020.36.168’. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lenggong, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yakin dalam merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP 2020.36.168), iaitu ketibaan pelancong sebanyak 36 juta dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion pada tahun 2020. Ini jelas terbukti apabila Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu lebih dikenali sebagai TMY2014 dapat direalisasikan dengan jayanya di mana telah mencatatkan ketibaan pelancong asing sebanyak 27.4 juta pada tahun 2014, berbanding sebanyak 25.7 pelancong asing pada tahun 2013. Jadi ada peningkatan. Namun, sasaran kita 28 juta tidak tercapai. Kita berkurangan 600,000 pelancong disabitkan kerana banyak perkara yang telah berlaku yang secara tidak langsung melibatkan pelancong-pelancong daripada negara China. Pertama, sudah tentulah MH370 yang telah hilang sehingga pada hari ini tidak dapat dikesan. Kapal terbang itu dalam perjalanan ke Beijing tidak silap saya dan sudah tentulah ramai juga pelancong-pelancong daripada negara China yang telah hilang bersama.

Ini telah mendatangkan satu perasaan yang tidak puas hati dan menyebabkan pada tahun lepas lebih kurang 600,000 pelancong-pelancong China yang tidak datang jika dibandingkan dengan tahun 2013. Jadi ini menyebabkan kita tidak dapat mencapai 28 juta, walaupun jika dibandingkan dengan kedatangan pelancong pada tahun 2013 ada peningkatan daripada 25.7 juta pelancong kepada 27.4 juta. Peningkatan sebanyak 6.7% ini telah menunjukkan bahawa Kempen TMY2014 telah dapat mengekalkan momentum kedatangan pelancong asing ke negara ini di sebalik beberapa insiden yang berlaku sepanjang tahun 2014. Manakala dari segi pendapatan pelancongan yang dijana, sebanyak RM72 bilion pendapatan telah diperoleh pada tahun 2014 berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013 iaitu peningkatan sebanyak RM6.6 bilion atau pertumbuhan sebanyak 10%. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan adalah industri yang mempunyai daya tahan yang tinggi kerana mampu bertahan walaupun menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2014 yang lalu. Namun daripada segi sasaran pada tahun lepas, kita menyasarkan RM76 bilion pendapatan tetapi kita cuma capai RM72 bilion dan alasannya ialah kerana apa yang telah berlaku kepada negara kita pada tahun lepas. Sebagai usaha berterusan bagi menggalakkan kemasukan pelancong, kerajaan telah mengumumkan tahun 2015 sebagai Malaysia Year Festival atau MyFest 2015. MyFest 2015 menyasarkan 29.4 juta ketibaan pelancong asing, RM89 bilion pendapatan pelancongan sepanjang tahun 2015. Ini sasaran kita untuk tahun 2015 iaitu 29.4 juta kedatangan pelancong dan pendapatannya RM89 bilion. Kementerian ini yakin penganjuran TMY2014 dan MyFest 2015 akan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di Malaysia. Untuk bergerak ke hadapan dan merealisasikan sasaran MTTP iaitu 2020.36.168, perkara itu kementerian sentiasa melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi terus menarik pelancong asing ke Malaysia secara konsisten. Ini termasuk pelaksanaan 12 projek permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara - Pelancongan. Inisiatif yang bermula pada tahun 2010 dilaksanakan bersama-sama dengan pihak swasta. Dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, kementerian yakin segala inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakan dapat merealisasikan sasaran 36 juta ketibaan pelancong dengan jumlah RM168 bilion pendapatan pelancong pada tahun 2020 ini, dapat dicapai dengan jayanya. Akan tetapi dengan syaratlah Yang Berhormat, kalau hendak tengok kita capai ini kena minta supaya kita punya bajet jangan potong. Ini sebab kalau hendak panggil orang datang ke Malaysia memerlukan wang untuk kita mempromosi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seremban bangun.

Boleh habis sedikit? Jadi kita perlu supaya kalau boleh bajet ini jangan dipotong kerana untuk menjana kita memerlukan kepada perbelanjaan untuk kita mempromosi negara kita. Saya percaya dengan wang yang telah dijanjikan kepada kita dalam bajet dan jika ia tidak dipotong, insya-Allah sasaran bagi tahun 2015 untuk mendapat 29.4 juta pelancong dan RM89 bilion untuk pendapatan, insya- Allah dapat diperoleh. Ya Yang Berhormat Seremban.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu tahniahlah Yang Berhormat Padang Rengas sekarang digelar sebagai Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. sebab baru dapat ini doktor falsafah honorary. [Tepuk] Telah dimaklumkan tadi oleh Yang Berhormat, daripada universiti Southern Thailand, universiti Islam bukan? Jadi, ini tokoh Islam sekarang ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terlebih dahulu saya nak merakamkan penghargaanlah berkenaan dengan MyFest ini. Yang Berhormat Menteri, saya nak merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kerana sekali lagi telah memberikan sumbangan, peruntukan kewangan kepada kawasan Parlimen Seremban di atas permintaan saya untuk Tokong Then Sze. Baru-baru ini semasa Tahun Baru Cina, KSU kementerian bersama-sama dengan General Manager Visit Malaysia Year telah pun sampai hadir ke tokong tersebut. Memang saya menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pihak kementerian dan harap sumbangan ini dapat diteruskanlah untuk tahun-tahun yang akan datang ini daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Cuma saya nak dapatkan, memberikan sedikit maklum balas kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya rasa kebudayaan ini adalah sesuatu yang amat penting dapat menarik kepelbagaian kebudayaan kita, adalah antara selling point kita kepada pelancong-pelancong asing. Memang saya rasa MyFest ini untuk memaparkan kepelbagaian kebudayaan kita kepada pelancong-pelancong luar. Ini sesuatu yang merupakan satu keunikan. Saya difahamkan bulan depan ada Vaisakhi Festival pula akan dianjurkan untuk kaum Sikh di Kuala Lumpur. Jadi saya nak memberikan sedikit maklum balas dan cadangan kepada pihak kementerian, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa ada beberapa kebudayaan masyarakat Tionghoa adalah sesuatu yang amat unik di Malaysia ini. Ada orang mengatakan bahawa kebudayaan-kebudayaan ini hanya unik di Malaysia, even di China tak ada. Umpamanya budaya Lo Sang ini semasa Tahun Baru China, makan Yee Sang ini. Sekarang ini semua Menteri, Perdana Menteri hari pertama Tahun Baru Cina pun makan Yee Sang. Yang Berhormat Menteri, saya nak maklumkan bahawa antara orang yang pertama memulakan budaya Yee Sang ini ialah datuk saya di Seremban. Ini antara keunikan sebab di China, di Hong Kong tak ada ini. Hanya di Malaysia ini satu-satunya keunikan istimewa. Keduanya macam Chingay. Chingay ini sesuatu yang amat special dan ia unik di Malaysia sahaja. Ketiga, Tarian Singa. Tarian Singa yang ada di Malaysia ini amat istimewa. Tarian-tarian atas pole dancing ini istimewa. Dia tak ada, even di China kalah kepada kita. Jadi persoalan saya ialah saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mengambil inisiatif bagaimana dapat menjadikan ini sebagai warisan kebangsaan Malaysia supaya nanti bukan Singapura pula kata dia punya. Ini sesuatu yang unik untuk Malaysia dan saya harap pihak kementerian dapat melakukan sesuatu. Saya amat menghargailah usaha yang telah dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, panjang sangat ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sikit sahaja lagi. Bukan sahaja sekarang ini dia terbuka, Menteri ini terbuka Tuan Yang di-Pertua. Kena bagilah tahniah sikit sebab dia tak macam Yang Berhormat Bera itu, dia nak boikot barangan orang Cina, dia panggil orang Melayu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tak payahlah sebut Ahli Yang Berhormat yang lain.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Menteri ini dia terbuka. Dia pergi bukan sahaja pergi Seremban, dia pergi Parit Buntar punya ada tokong. Baru-baru ini saya nampak dia punya gambar dekat Johor Bahru promote perarakan Deity untuk tokong lama di Johor Bahru. Ini sesuatu yang baik. Jadi saya haraplah ini dapat diteruskan. Saya harap ada usaha daripada pihak kementerian untuk mempromosikan dan juga dapat mewartakan kebudayaan-kebudayaan yang saya nyatakan tadi itu sebagai satu kebudayaan warisan negara Malaysia. Terima kasih.

Lenggong sekali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kota Melaka.

Boleh saya jawab dululah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Pertama sekali saya nak ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat kerana telah mengucapkan tahniah kepada saya. Semalam saya dapat kedoktoran anugerah dari Universiti Islam Pattani. Jadi saya pun tak sangka, tetapi orang bagi kita terima. Dua orang sahaja Malaysia yang terima. Pertama Tun Mahathir, yang kedua saya.

[Dewan riuh]

Boleh ganti, boleh ganti.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, selaku Menteri saya sentiasa memberi bantuan dan pertolongan kepada permintaan- permintaan daripada mana-mana Ahli Parlimen untuk sama ada menjayakan program dalam kawasan mereka ataupun melihat untuk membantu daripada segi infrastruktur. Jadi

saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban kerana beliau telah membantu saya dengan membesarkan religious tourism di Seremban iaitu dengan meminta mengadakan program sewaktu Raya Cina, Chap Goh Mei secara besar-besaran membuat sambutan dan saya telah memberikan bantuan. Begitu juga saya juga telah pergi ke Johor Baru. Yang Berhormat Tan Sri kita Ahli Parlimen Johor Bahru juga minta saya pergi ke sana dan di sana juga kita telah melihat beberapa tempat untuk dijadikan sebagai status warisan. Betul Yang Berhormat sebut iaitu kebudayaan ini adalah perkara yang boleh menarik perhatian pelancong untuk datang ke negara kita. Jadi di Johor Bahru pun saya telah bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan kampung di Sungai Melayu iaitu tempat bermulanya Kerajaan Melayu Negeri Johor. Ada seorang Raja yang telah menjadikan Sungai Melayu itu sebagai tempat dia mentadbirkan kerajaannya. Kita telah melihat, saya telah memanggil saya punya Jabatan Warisan Negara untuk turun melihat dan kita dalam proses untuk mendaftarkan ia sebagai warisan kebangsaan. Pertamanya menerusi negeri, kemudian sesudah negeri barulah kita buat di peringkat kebangsaan, federal. Begitu juga di Tanjong Piai, Pontian saya pergi dan Kota Tinggi baru-baru ini. Ahli Parlimen Kota Tinggi ada sini? Yang Berhormat Kota Tinggi pun ada juga jemput saya dan tak lupa juga kepada Lenggong. Banyak kali pergi tetapi saya tak boleh banyak sangat di Lenggong ini sebab kampung saya, nanti orang kata bias pula. Akan tetapi nasib baiklah Ahli Parlimen Lenggong ini bukan saya. Jadi kalau saya buat lebih pun bukan kerana untuk kepentingan saya, tetapi untuk kepentingan tempat itu yang memang penuh dengan perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Jadi saya bersetuju Yang Berhormat iaitu kebudayaan adalah merupakan tarikan kepada pelancongan. Saya akan memberi jaminan iaitu kalau sekiranya ada tempat-tempat yang boleh dijadikan sebagai warisan, insya-Allah kita akan menggunakan akta yang ada untuk menjadikan ia sebagai tempat-tempat warisan dan akhirnya akan menarik pelancong untuk datang melihat produk-produk ini. Saya setuju iaitu bahawa macam banyak keunikan walaupun masyarakat Cina dia ada dia punya sambutan hari kebesaran dia, tetapi ada di antara hari kebesaran itu sebenarnya unik di negara kita. Saya sedang berusaha untuk menjadikan Chingay ini sebagai warisan bukan sahaja di peringkat negara kita, tetapi juga pengiktirafan daripada UNESCO. Jadi mana-mana Ahli Parlimen yang merasakan tempat mereka itu ada potensi dan juga wujud sesuatu perkara yang boleh dijadikan sebagai hab warisan, insya-Allah saya akan turun dan memberikan kerjasama sebagaimana yang telah saya lakukan di beberapa kawasan.

[Bangun]

Bagi kepada Yang Berhormat Kota Melaka, lepas itu boleh Yang Berhormat Lenggong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri ini tentang pelancong dari negara China kurang 600 ribu jika saya tak salah jika dibandingkan dengan tahun 2013. Ingin saya tanya, memandangkan ini satu bahagian yang besar kekurangan, apakah usaha yang telah diambil oleh kementerian Yang Berhormat? Saya hanya difahamkan untuk tahun ini mengecualikan fi untuk visa dan adakah salah satu sebab kekurangan ini jika dibandingkan dengan negara di rantau ini, mungkin mengecualikan sekali gus visa ini adalah salah satu mungkin kelebihan atau syarat untuk kita menarik. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

Memang betul iaitu pada tahun lepas kita kekurangan 570 ribu, dekat 600 ribulah pelancong daripada China hasil kesan daripada MH370. Bermakna kalau MH370 tidak berlaku, tahun ini tahun 2014, kita dapat RM27.4 juta. Kalau 600 ribu pelancong China itu datang, kita dapat RM28 juta.

Jadi, memang untuk menggalakkan pelancong negara China adalah penting. Mereka merupakan negara yang ketiga sumber pelancong-pelancong yang datang ke negara kita. Nombor tiga selepas Singapura dan Indonesia, kalau tidak silap saya. Ketiga ialah negara China. Untuk mengatasi masalah yang kita hadapi ini, kita sudah mengambil tindakan. Pertamanya, sudah tentulah visa on arrival. Ini telah pun diluluskan oleh kerajaan pada tahun lepas, di mana lapangan terbang di tempat-tempat tertentu seperti Penang, Kota Kinabalu dan juga KLIA, rakyat China boleh datang ke negara kita untuk mendapatkan visa on arrival untuk masuk ke negara sebagai pelancong.

Keduanya, kita juga telah membuat keputusan untuk memberikan visa free, yuran visa tidak perlu dibayar. Walaupun ia merupakan satu tindakan yang dianggap tidaklah sebenarnya boleh mendatangkan banyak pelancong ke negara kita kerana itu merupakan hanya dikecualikan yuran visa sahaja. Akan tetapi secara simboliknya jelas menunjukkan bahawa kita welcome, kita mengalu-alukan, itu simboliknya. Kalau dahulu tidak pernah, sekarang ada. Bermakna, kita memberikan satu signal kepada pelancong-pelancong di negara China bahawa mereka adalah dialu-alukan untuk datang ke negara kita. Apa yang kita lakukan, ia tidak boleh melebihi apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita di rantau ini. Jadi, sehingga pada hari ini belum ada lagi negara di ASEAN yang memberikan terus visa free. Maknanya, bukan sahaja yuran tidak perlu dibayar, visa pun tidak perlu diambil. Belum ada lagi negara-negara di ASEAN yang melakukan perkara itu. Akan tetapi saya percaya kalau kita duduk, kita berbincang dengan mereka, mungkin kalau ada negara yang bersetuju seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia, saya percaya kita boleh sampai kepada satu keputusan di mana bersama-sama kita memberikan visa free terus. Namun begitu Yang Berhormat Kota Melaka, untuk juga menunjukkan bahawa kita welcome dengan izin, pelancong-pelancong daripada negara China, kita juga telah membuat keputusan iaitu untuk mengecualikan visa bukan fee ya, visa terus kepada kakitangan Kerajaan Negara China yang berjumlah 23 juta sebenarnya. Jadi, kalau mereka merupakan pegawai kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau di peringkat nasional ataupun di peringkat wilayah atau daerah, kalau mereka merupakan kakitangan kerajaan, kita telah bersetuju untuk mengecualikan visa kepada mereka. Jumlahnya besar. Kakitangan kerajaan di negara China ialah 23 juta, hampir dekat-dekat dengan penduduk kita. Jadi, ini lagi satu keputusan yang kita buat sebagai juga untuk membalas budi mereka yang mengecualikan pegawai kerajaan kita. Kalau pegawai kerajaan kita pergi ke negara China, tidak perlu ambil visa. Dia boleh datang asalkan dia merupakan kakitangan Kerajaan Malaysia, dia boleh masuk tanpa visa. Jadi, kita bagi kemudahan yang sama kepada mereka. Ini juga dengan harapan iaitu supaya pelancong-pelancong daripada kakitangan Kerajaan Negara China akan datang dan menambahkan lagi jumlah pelancong yang datang ke negara kita. Sebenarnya kalau kita hendak lagi dua juta orang pelancong bagi tahun 2015 ini, sebahagian besarnya datang daripada negara China. Oleh sebab itu kita seboleh-bolehnya cuba untuk memberikan pengecualian dan kemudahan untuk memudahkan mereka datang ke negara kita. Ya, Yang Berhormat Lenggong. Tidurkah?

Saya lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Akan tetapi mungkin hendak beri tambahan sedikit. Ini kerana saya lihat kebergantungan kita kepada pelancong daripada China tinggi. Apabila penurunan sehingga 600,000 orang ini memberikan kesan juga. Walaupun saya tetap hendak mengucapkan tahniah atas inisiatif kementerian kerana mampu untuk mendatangkan pendapatan besar kepada negara melalui sektor ini. Oleh sebab itu saya sangat bersetuju supaya kementerian jangan potong bajet kepada kementerian ini untuk membolehkan usaha-usaha dibuat bagi tujuan promosi. Saya cuma hendak tambah sedikit daripada Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Kalau bukan daripada negara China, mana negara lain yang kita rasa boleh mengganti pelancong China yang tidak datang kerana atas faktor-faktor tertentu? Kita faham antara usahanya ialah melalui program-program sebagaimana yang dibuat sekarang, promosi. Akan tetapi kita juga memerlukan sesuatu yang lain daripada itu, termasuk promosi ke luar dan memberikan keyakinan soal keselamatan dan sebagainya. Jadi soalan saya, apakah, di manakah negara lain yang kita sasarkan untuk menggantikan pelancong ini? Tentunya juga satu perkara lagi ialah kita kalau sebolehnya kita hendak pelancong ini dia datang dahulu ke negara kita, barulah dia pergi ke Thailand, Indonesia dan sebagainya supaya dia ada RM10, dia berbelanja dahulu, lebih baru dia pergi ke negara lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Kota Tinggi hendak tambah sedikit boleh? Kota Tinggi hendak tambah sedikit.

Saya jawab dahulu ya. Saya ingat Yang Berhormat Ahli Parlimen Lenggong ini daripada segi pelancongan dia baguslah. Saya rasa pengalaman dia melancong ke Betong telah banyak membantu dialah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri...

Dia selalu pergi Betong...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, kementerian ini tidak ada lagi Timbalan Menteri...

Timbalan, betul. Saya pun...

Betong selalu, Gerik dekat border.

Pengalaman itu, bagus-bagus. Pergilah selalu ke Betong itu, jadi boleh dapat tengok bagaimana orang Betong buat program di sana, boleh kita laksanakan. Betul Yang Berhormat. Di mana lagi negara selain dari Singapura, Indonesia iaitu ASEAN. Nombor satu ASEAN, nombor dua China, di manakah lagi? Negara ketiga itu ialah India. India menghantar satu jumlah yang besar, kalau tidak silap saya dekat 900,000 orang pelancong. Mereka merupakan pelancong yang berduit, tinggal lama kerana dia medium range, dia tidak jauh sangat. Jauh ini katalah Eropah, Amerika. Maka, India ini dalam - kalau daripada Chennai, dalam masa tiga jam boleh sampai ke negara kita. Jadi, sememangnya selain daripada China dan ASEAN, Indialah sebuah negara yang boleh menambahkan kedatangan pelancong kepada negara kita. Oleh sebab itulah juga saya sedang berusaha, sudah bercakap pun dengan rakan saya Yang Berhormat Bagan Datok, supaya untuk memberikan kemudahan yang sama yang kita berikan kepada negara China, berikan juga kepada pelancong-pelancong yang datang dari India. Sekurang- kurangnya sebagai satu ujian buat untuk Tahun Melawat Malaysia 2015 sebagai test tengok macam mana. Jadi, saya telah berusaha berbincang dengan Yang Berhormat Bagan Datok untuk juga memberikan visa on arrival (VoA) dan juga memberikan visa fee free, yuran visa yang free kepada pelancong-pelancong daripada negara India. Selain dari India, negara lain yang menjadi sasaran kita tentulah Australia, United Kingdom. Ini semua mempunyai hubungan pertalian sejarah iaitu penjajahan Inggeris, Australia pun begitu. Australia sehingga sekarang pun masih dianggap sebagai Commonwealth, British. Mereka juga merupakan sasaran kepada kita untuk kita menambah, Australia dan juga United Kingdom. Saya percaya usaha ini juga perlu dilakukan kerana ada hubungan, sentimen emosional punya hubungan dengan mereka. Jangan lupa Australia merupakan sebuah negara yang mana telah menghantar tentera mereka untuk bersama-sama dengan kita sewaktu konfrontasi dahulu. Mula-mula kita merdeka dan kemudian menubuhkan Malaysia, waktu konfrontasi Malaysia, negara Australia antara negara yang telah menghantar pasukan tentera mereka untuk membantu kita dalam menghadapi Indonesia waktu konfrontasi dahulu.

Jadi mereka pun ada emosional ties, hubungan emosi dengan kita kerana banyak juga tentera-tentera Komanwel Australia yang terkorban. Saya tengok Yang Berhormat Putatan mengangguk,. Sandakan, Sabah antara tempat yang mempunyai tanah perkuburan tentera-tentera Komanwel dan mereka datang pada tiap-tiap tahun, tiap-tiap tahun datang. Jadi dia ada hubungan itu. Jadi Australia, United Kingdom juga merupakan negara selain yang lainnya itu seperti negara Eropah, sebagai contoh Perancis, Sepanyol, Italy dan juga Holland. Ini negara yang sekarang kita sudah mempunyai kata macam Perancis, sudah ada kapal terbang pun, Air France walaupun MAS hampir-hampir hendak berhenti dulu tetapi Air France dah terbang. Jadi ini membawa banyak pelancong ke negara kita. Jadi, inilah beberapa negara yang boleh kita harapkan untuk menambah lagi RM2 juta untuk mencapai RM29.4 juta pada tahun hadapan. Ahli Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kota Tinggi. Ya, ya sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan

tahniah, terima kasih kerana hari itu datang Kota Tinggi panjat 50 kaki, look-out tower dan jalan berkilo meter dalam kawasan mangrove. Di samping itu, spend banyak masa di Sungai Johor. Cuma saya hendak sebut tadi, mungkin ada sedikit elemen tambahan yang boleh kita guna untuk menambah lagi kedatangan. Saya tahu lebih 14 juta pelancong dari Singapura. Akan tetapi kita tahu juga Changi merupakan satu transit point yang besar dan menerima puluhan juta arrival tourists setiap tahun. Kalau promosi, connectivity dan program dapat dienhance, saya rasa kawasan itu kalau mudah datang, akan lebih menjadi tarikan yang amat besar kepada pelancong-pelancong bukan sahaja di China tetapi di seluruh dunia sebab transit point di Singapura ini amat besar. Saya lihat Yang Berhormat Menteri di kawasan Kota Tinggi ini, banyak sanctuary. Kita hendak ada Panti Elephant Sanctuary, insya-Allah. Kita ada birds sanctuary, kita ada belangkas horseshoe crab sanctuary, kita ada firefly begitu banyak, kita ada mangrove sanctuary. Burung walet pun banyak. Jadi elemen-elemen ini kalau kita boleh pakej dalam promosi connectivity dan program yang baik, saya rasa ini menjadi tarikan yang kuat untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia atau Johor Selatan yang menjadi hinterland atau di Australia kita panggil outback. Mungkin di Johor ini lebih banyak hinterland yang lebih menawarkan produk-produk pelancongan yang amat menarik. Cuma masalah promosi, connectivity dan program yang boleh kita selaraskan. Di samping itu, mungkin promosi yang baik juga di Changi dan juga di Senai Airport yang boleh kita tambah supaya produk-produk ini boleh menarik lebih ramai pelancong regional dan international. Jadi soalan saya, nombor satu, kerajaan bajet jangan potong. Kementerian ini kena tambah bajet dia, supaya banyak lagi yang datang dan terlupa satu lagi di Kota Tinggi ini, bermulanya di sini, Johor. Faktor-faktor sejarah yang begitu banyak, yang boleh kita jadikan faktor penarik untuk mereka mengkaji kewujudan tamadun di Nusantara yang berpusat di Johor Selatan. Jadi, saya minta kalau boleh jangan tambah. Eh! Jangan potong.

[Dewan riuh]

Tambah lagi dan saya minta diberi satu peruntukan khas untuk membangunkan Kembara Wangsa di Johor, dengan ini menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia terutamanya melalui transit dari Singapura. Terima kasih.

Tuan Yang Di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri, boleh tambah sepatah lagi Yang Berhormat Kota Tinggi?

Duduk, duduk, relaks. Sabar, nanti dulu. Dia sebenarnya, kita punya Speaker pun dia hendak bercakap juga tentang kawasan dia tetapi saya tengok dia tegak sahaja, dia hendak berucap itu. Kita pun sokong juga mana- mana pusat pelancongan di kawasan Kuala Krau. Kita tetap beri sokongan. Jadi, betul tak Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Menteri.

Banyak. Saya tengok tegak sahaja kepala dia. Dia rasa dia macam backbencher nak berucap sebab dia...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Okey, okey. Jadi Yang Berhormat Kota Tinggi, saya setuju. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Seremban yang suruh tambah bajet kita kerana memang betul. Saya pergi ke Kota Tinggi saya cukup kagum dengan produk-produk yang ada di sana. Sejarahnya, tempat homestaynya, landscapenya, gunungnya, semua ada di situ. Apa yang membanggakan saya, Kota Tinggi sebagai satu daerah, dia mempromosikan daerah dia itu. Ini yang saya suka Yang Berhormat, memang saya pergi ke sana, pemimpin- pemimpin masyarakat mereka semua bagus. DO dia turun, Ahli Parlimen, tuang Parlimen dia tunggu saya di sana, balik kawasan. Ahli Dewan Undangan Negeri turun, dua-dua, ya bagus. Mereka menjaga kawasan. Akan tetapi walau bagaimanapun saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Kota Tinggi, walaupun dia tuang Parlimen, habis program saya datang balik, saya tengok malam dia sudah berucap. Ha! Ini Ahli Parlimen cukup baiklah. Jaga kawasan dan jaga Parlimen juga, ini bagus.

Jadi saya bersetuju Yang Berhormat iaitu Singapura ini, saya setuju supaya Kota Tinggi ini bukan hanya dijadikan sebagai pusat pelancongan regional sahaja atau domestik, mesti dijadikan sebagai international. Ambil kesempatan daripada kehadiran Changi betul- betul. Kita tidak usahlah nak compete dengan Changi. Katalah Senai hendak disamakan dengan Changi, tak payah. Kita guna orang Singapura. Kerajaan Singapura menyediakan satu airport yang paling canggih di dunia. Biar dialah, duit dia. Akan tetapi Singapura ini kecil. Kalau airport bagus macam mana pun, pergi ke Singapura, duduk 2-3 hari, lepas tu hendak pergi mana lepas ini? Mestilah ke Kota Tinggi Johor, betul tak? Jadi, nampak Kota Tinggi. Jadi, saya setuju kita mesti bekerjasama dengan Singapura kerana banyak daripada prasarana dia boleh digunakan untuk kepentingan kita. Bila datang Singapura, kita ada visa arrival. Pelancong yang turun ke Singapura selepas dua hari, kalau dia hendak pergi tempat yang lain kerana dia datang seminggu, maka 5 hari dia akan belanja masa dan wangnya di Johor, khususnya di Kota Tinggi di mana semuanya telah bermula. Jadi, saya ucap terima kasih atas sokongan untuk mendapat...

Yang Berhormat Padang Rengas, sedikit sahaja tertinggal tadi. Sedikit sahaja.

Okey, okey.

Pointnya dua, saya terlupa. Nombor satu, kita tambah number of visitors. Keduanya kita prolong the stay. Instead of dah tinggal dua hari, mungkin tiga hari. Kalau jadi dua. Pertama, tambah volume. Keduanya, prolong the stay supaya dia spend more. Jadi, ini akan memberi impak yang berganda untuk Kota Tinggi atau Johor Selatan seterusnya.

Saya setuju Yang Berhormat sebab itu saya kata kalau dia datang seminggu ke Singapura, dua hari duduk di Singapura itu. Lima hari itu pergi mana? Sudah tentu automatik mestilah negeri Johor, ya. Kota Tinggi sebagai satu daerah saya tengok pun ada bendera dia sendiri, canggih, cantik. Sebagai daerah dia mempromosi daerah Kota Tinggi iaitu satu daerah yang paling besar, kalau tidak silap saya di Semenanjung. Ya, di Semenanjung. Betul?

Hujung ke hujung boleh jamak. Boleh.

Dari hujung ke hujung boleh jamak. Jadi maknanya lebih daripada 60 kilometerlah ya. Saya setuju iaitu kita kerjasama dengan Singapura dan gunakan apa juga prasarana yang disediakan oleh Singapura untuk kepentingan kita. Yang Berhormat Seremban jangan keluar lagi. Saya cuma hendak sebut ini ada maklumat tambahan. Tak apa, meeting, meeting. Akan tetapi ini ada maklumat tambahan. Yee Sang telah diisytiharkan Warisan Kebangsaan pada tahun 2009, okey. Chingay juga telah diisytiharkan Warisan Kebangsaan pada tahun 2012 dan sedang diusahakan untuk jadi UNESCO. Ketiga, tarian singa yang disebut tadi memang unik kepada Malaysia yang pole dancing. Akan tetapi poles dancing ini bukan macam di Betong tu, Yang Berhormat Lenggong. Ini pole dancing tarian singa tau. Pole dancing, dragon dance. Itu ada, ia telah pun diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab yee sang ini saya amat berminat sebab ini seperti yang telah saya katakan, datuk saya antara yang paling awal memulakan perniagaan ini di Seremban. Jadi saya hendak tanya, pihak kementerian mewartakan ini sebagai warisan. Adakah apa-apa bukti atau apa-apa maklumat yang kita boleh uar-uarkan, promosikan sebab kita selalu menghadapi masalah dengan regional ini, dengan Singapura dan dengan Indonesia. Kadang-kadang kita telah wartakan kita punya warisan, dia kata dia punya. Singapura pula kata dia yang mulakan dahulu. Jadi, saya harap ada usaha daripada pihak kementerian supaya mungkin membuat sedikit studies, kajian dan membuktikan bahawa benda itu memang asal daripada kita. Nanti pula, popia pun kata Indonesia punya. Saya harap ada usaha daripada kementerian untuk memastikan bahawa warisan-warisan ini kita boleh buktikan bahawa ini benar-benar warisan kita dan kita mempertahankan kepentingan negara kita, itu yang pertama.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Keduanya, berkenaan dengan tarian singa. Saya ucapkan terima kasih atas usaha itu untuk mewartakan ini sebahagian daripada warisan kita. Cuma saya harap pihak kementerian juga memberikan bantuan kepada persatuan-persatuan tarian singa ini. Ada satu gabungan persatuan tarian singa, mereka ada bagi feedback kepada saya. Mereka kata daripada dululah pernah banyak kali mereka bagi tahu, maklumkan pada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. ini bukan zaman Yang Berhormat Menterilah, ini mantan Menteri dulu. Tidak pernah ada bantuan, tidak pernah ada sumbangan. Mereka hendak buat competition international dan sebagainya, tidak ada bantuan daripada pihak kementerian. Saya harap pihak kementerian di bawah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan bantuan kalau boleh, sumbangan, peruntukan untuk mereka menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa supaya ini juga menjadi satu tarikan kepada pelancong. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tidak apalah, yang sudah lepas itu lepas tetapi kerajaannya sama juga, Barisan Nasional. Saya buatkah, dia buatkah, serupa sahaja ya. Saya setuju iaitu bahawa kalau macam tarian singa ini, Malaysia ini jadi world champion yang pole dancing tadi. Tarian singa ya, bukan yang pole dancing yang di Betong itu. Pole dancing ini kita champion, saya ingat beberapa kali, 18 kali, banyak kali. Akan tetapi soalnya, pole dancing ini sepatutnya dia kena buat di Malaysia, permanent site. Janganlah kita agih-agihkan ke negara-negara lain adakan pertandingan antarabangsa. Sepatutnya di Malaysia kerana ia memang original di Malaysia. Saya bersetuju dan kita akan usahakan untuk menjadikan tarian singa peringkat pertandingan antarabangsa, dia punya permanent site dia ialah di Kuala Lumpur ya. Itu saya akan usahakan dan saya akan bincang dengan saya punya kementerian. Keduanya Yang Berhormat, berkenaan dengan kalau kita hendak register kata ini Malaysia punya, ini Singapura punya, itu agak sukar. Kita jangan... Saya malas – jangan ‘dok’ report pula. Saya malas hendak jadi macam Indonesia, semuanya dia hendak claim. Dia sebenarnya budaya itu bukan kepada tanah, kepada bumi. Budaya itu kepada manusia. Budaya itu akan ikut manusia. Kalau budaya tarian singa itu, kalau ramai rakyat Malaysia sudah berhijrah ke Kutub Utara, jadi di sana pula sudah duduk di Republik Kutub Utara, Kutub Utara pun ada hak untuk mengatakan ini budaya Kutub Utara, sebab masyarakat Cina yang mengamal itu sudah pindah ke sana. Jadi masyarakat Cina yang hijrah ke tenggara Asia ini, satu masa dulu Singapura dan Semenanjung, dia satu tempat. Cuma pada tahun 1965 jadi sebuah negara yang berasingan. Jadi maksud saya di sini, saya rasa kalau Singapura hendak daftar pun dia ada hak juga. Begitu juga macam Indonesia. Dia kata popia, dia tidak tahu popia itu sebenarnya perkataan Hokkien. ‘Po’ itu biskut ya? ‘Pia’ itu nipis. Popia, popia. Jadi popia itu sebenarnya Hokkien, Cina. Bila pula Indonesia itu negara Cina? Jadi sebenarnya apa yang berlaku di Nusantara, yang satu masa dulu merupakan satu kawasan yang belum lagi menjadi dua buah negara atau tiga buah negara ataupun empat buah negara, masing-masing ada hak. Kalau Indonesia hendak katakan semua apa yang kita lakukan, orang Jawa kita di Batu Pahat punya amalankah, seni budayakah, dia hendak kata Indonesia punya, kita hendak tuntut itu, bahasa Indonesia itu bukan bahasa Jawakah, bahasa… - Bahasa Indonesia bahasa Melayu. Dia curi kita punya bahasa untuk jadi bahasa kebangsaan dia. Malaysia tidak bising pun, Malaysia relaks sahaja sebab Malaysia merasakan bahasa ini boleh digunakan dalam Kepulauan Melayu. Jadi bahasa Indonesia sebenarnya bahasa Melayu. Jadi kalau hendak mula tuntut yang itu, yang ini semuanya dia punya, sampaikan ‘Rasa Sayang’ pun dia punya, dia lupa bahasa dia itu bahasa kita. Ya, bahasa kita, bahasa Melayu. Kalau hendak dikatakan bahasa Melayu itu datang dari Pulau Sumatera, tidak betul. Penghijrahan berlaku daripada tanah besar ke pulau, bukan dari pulau ke tanah besar. Jadi bahasa Melayu itu bahasa kita. Bahasa Indonesia ini bahasa kita. Jadi kita tidak usahlah hendak tuntut benda-benda kecil- kecil macam ini sebab di rantau kepulauan ini di mana ia berlaku dulunya kita satu unit tetapi sekarang sudah jadi tiga empat negara. Sekarang sudah jadi empat negara, lima negara. Dulu Kepulauan Melayu, sekarang sudah jadi Brunei, Malaysia, Singapura, Indonesia, Timor-Leste, Selatan Thailand dan Filipina. Tujuh negara boleh tuntut sebenarnya kebudayaan yang ada di Kepulauan Melayu ini. Jadi tidak usah ‘dok’ claimlah. Saya ingat Yang Berhormat kita relaks sikitlah benda ini ya. Singapura hendak ini pun tidak

apa. Hakikatnya iaitu budaya adalah berdasarkan kepada manusia. Dia bukan berdasarkan kepada bumi. Jadi Yang Berhormat boleh pergi mesyuarat sekarang, sudah habis. [Ketawa] Jadi saya pergi ke seterusnya. Saya satu jam, Tuan Yang di-Pertua. Pukul 7.30 hendak habis. Jadi yang mana…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Lagi 15 minit ya.

Ha, lima minit. Ahli Yang Berhormat Lenggong juga mencadangkan supaya pihak kementerian menambah infrastruktur dan mempertingkatkan produk-produk pelancongan domestik di Malaysia terus dilakukan supaya sasaran ketibaan pelancong dapat dicapai. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersedia mempertimbangkan cadangan dari negeri-negeri untuk menambah – dan ini pun sedang kita lakukan waktu kita hendak menyediakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Keputusan sedang dalam perbincangan. Jadi Yang Berhormat kalau hendak hantar… - Oh ya, Yang Berhormat Putatan, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya berdiri untuk menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Lenggong, termasuklah cadangan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dah jadi peruntukan…

Yang Berhormat Menteri, kawasan Kuala Krau pun dimasukkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Gunung Senyum.

Saya hanya menyentuh jawapan Yang Berhormat Menteri pada soalan saya pagi tadi, tetapi tidak berkesempatan kena jawab. Apabila saya pergi melawat kawasan Hulu Rajang, kawasan Bakun ini, saya sudah berjanji supaya 12 orang usahawan yang mengoperate 32 bilik tempat tidur yang terapung- apung di empangan itu. Saya lihat pihak Menteri belum melawat lagi, saya dibagi laporanlah. Saya mohon kalau dapat Menteri melawat kawasan itu dan buat satu program selari dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan usahawan bumiputera. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri? Ini kerana saya berjanji untuk membawa perkara ini. Oleh sebab itu saya menyoal soal ini, membantu sahabat saya dari Hulu Rajang. Saya harap cadangan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Lenggong kasi masuk juga Kuala Krau. Jangan lupa, Padang Rengas pun masuk. [Ketawa]

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada…

Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat telah berjanji dengan orang di sana...

Bawa kepada Dewan.

…Bawa kepada Dewan. Insya-Allah, saya akan pergi. Akan tetapi Bujang Senang ada di Hulu Rajang ya? Banyakkah? [Disampuk] Oh, tidak ada Bujang Senang ya. [Ketawa] Semuanya buaya di sana. Akan tetapi tidak apa, insya-Allah saya akan pergi. Memang saya berhajat sebenarnya untuk melawat Sarawak. Selalu saya melawat Sarawak ini Kuching, bandar-bandar yang di tepi pantai. Sekarang saya akan pergi ke hulu pula ya, kerana saya pun orang hulu juga, Hulu Perak. Jadi saya akan pergi ke hulu untuk melihat apa yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat kepada mereka. Akan tetapi Yang Berhormat tidak ada janji kata nak kahwin sana, tidak ada ya? Tidak ada? Itu saya susah hendak tunai.

Susah mahu janji.

Oh, susah mahu janji.

Kalau ada, adalah...

Yang Berhormat minat? Minat mahu kahwin sana?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Daripada?

Ini takut bini ini, takut bini.

Ya, sahabat saya dari Batang Sadong, Menteri dari Batang Sadong juga minta supaya tempat beliau dilawat juga kerana sana banyak juga…

[Ketawa] Bukan buaya. Bujang Senang, banyak bujanglah. [Ketawa]

Yang Berhormat, dia bukan tanya suruh melawat Batang Sadong, Batang Sadong buaya banyak. Dia suruh cakap tentang Batu Sumpah.

Menteri sebelah-sebelah pesan sahajalah, senang. Hendak guna orang tengah buat apa?

Tidak apa, tidak ada salah. Tidak ada salah dari segi peraturan dalam apa ini. Dia hendak memperingatkan saya sebab itu dia suruh… - Ya, betul.

Batu Sumpah ini, walaupun saya tidak melawat tetapi saya punya rakan dari kawasan Parlimen mana tadi di Sabah? [Disampuk] Tidak, tidak. Dia Menteri undang- undang. Ada soalan yang dibangkit berkenaan dengan Batu Sumpah. Batu Sumpah oleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Yang Berhormat Kota Kinabalu. Jadi sebenarnya, ada kaitan dengan saya, warisan. Jadi saya hendak jawab di sini, ya, saya punya pegawai malah saya punya Ketua Pengarah Warisan telah pun melawat, melihat di sana tentang Batu Sumpah. Isunya itu mungkin tempat itu hendak ditukar tempatkah. Jadi pada saya tidak ada masalah. Saya rasa Batu Sumpah itu – pewartaan Batu Sumpah. Batu Sumpah di Keningau masih belum diwartakan di bawah Enakmen Negeri Sabah. Negeri Sabah pun belum lagi. Jadi Yang Berhormat balik, suruh kerajaan negeri buat dahulu. Pihak Jabatan Warisan Negara mencadangkan supaya Batu Sumpah Keningau diwartakan terlebih dahulu di bawah Enakmen Negeri untuk mempermudahkan dan memperkuatkan justifikasi pewartaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Itulah caranya selalu macam itu. Warta di negeri dahulu. Kalau negeri pun tidak peduli, maknanya tidak ada apa-apalah. Negeri warta dahulu. Batu Sumpah dikategorikan sebagai objek di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Jabatan Muzium Sabah akan mewartakan Batu Sumpah Keningau sebelum diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Ini jawapannya, okey? Tolong sampaikan kepada Yang Berhormat Batang Sadong supaya Yang Berhormat Batang Sadong akan sampaikan kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Okey. Baik, terima kasih. Sudah jawab. Jadi, lagi sembilan minit. Siapa tadi?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan.

Yang Berhormat Labuan, ya sila.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Maaf Dato’, baru masuk. Tuan Yang di-Pertua, Labuan akan mengadakan Pesta Air. Jadi hendak jemput Dato’ mesti datanglah kali ini, bulan depan hujung bulanlah. Labuan ini Dato’, sebenarnya memang berpotensi tinggi tetapi ia selalu diovershadow oleh Kota Kinabalu ataupun Sabah. Sebab apa? Sebab connectivity. Ia tidak ada direct flight sampai ke Labuan. Ia sampai ke Sabah. Sabah pun memang menarik. Jadi ia lupalah hendak pergi ke tempat lain, sibuk di Sabah. Sayang, pasal ia cukup berpotensi dan ia berdekatan dengan negara lain seperti Brunei Darussalam dan sebagainya. Jadi boleh atau tidak, dalam banyak flights

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

international yang terbang direct ke Kota Kinabalu itu. Kita dipengaruhi airliners ini supaya salah satunya ke Labuan dahulu baru ke Kota Kinabalu? Contohnya, Shenzhen – Labuan – Kota Kinabalu ataupun Guangzhou – Labuan – Kota Kinabalu ataupun Singapore – Labuan – Kota Kinabalu. Kena maneuver sedikit. Jadi kalau Labuan itu pun sudah menjadi tempat yang menarik, memang kita boleh buat ia menarik tetapi ia chicken and egg. Ia akan sudah tentu menyumbang kepada ekonomi negara. Terima kasih Dato’.

Apa yang saya tahu Pesta Air ini Songkran. Songkran di Thailand. Akan tetapi ini Pesta Air lain, ya?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Di Labuan ini ialah Labuan International Sea Challenge.

Oh! Laut?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Di laut dan di tepi pantai.

Okey, okey. Ya, ya. Pesta Air ini Songkran Thailand.

Bersembang ini.

Dia tembak dengan – tembak air pada orang lalu dia simbah air. Akan tetapi ini laut, ya?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ini di laut.

Okey, okey. Baik. Ia macam ini, Yang Berhormat sebut tadi betul, chicken and egg.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Mana dulu? Ayam dulukah atau telur dulu? Jadi sebenarnya untuk hendak menarik perhatian airlines untuk pergi ke Labuan, maknanya Labuan itu sendiri kena sudah ada sesuatu yang merupakan tarikan macam di Langkawi. Ini Langkawi ya? Sudah ada tarikan. [Ketawa] Tidak, saya hendak daftar Yang Berhormat hadir pada hari ini, Yang Berhormat Langkawi. Dia tidak sempatlah...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Dato’, saya tambah sedikit? Dato’ Menteri...

Jadi, boleh bayar elaun, boleh bayar elaun.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Dato’ Menteri, saya tambah sedikit sebab ada sebut Langkawi.

Ya, tidak apa, tidak apa. Saya hendak explain.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

LIMA Langkawi yang tengah ada buat hari itu...

Ya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

....Sepatutnya alternately buat Langkawi dan Labuan.

Tidak apa, tidak apa. Jadi, saya punya hujah di sini maknanya, Labuan itu mesti dilakukan sesuatu terlebih dahulu supaya menarik perhatian pelancong untuk pergi ke Labuan. Kalau kita tidak ada macam di Langkawi ada LIMA. Betul, memang ia patut alternate. Buat di Labuan pun panggil LIMA juga. Kalau Langkawi International Maritime and Aerospace show atau apa-apakah, kalau buat di Labuan pun LIMA juga. Dua-dua ‘L’.

Dato’ Seri, saya tidak setuju.

Ya, tahu.

Akan tetapi Yang Berhormat Dato’ Seri, kalau hendak buat begitu, Langkawi dua tahun sekali. Kalau yang buat setahun sekali, okeylah beri pada dia satu. [Ketawa]

Akan tetapi jangan buat ‘Penang Udara’ punya maritime punya aerospace. Jadi PUMA nanti, makan habis semua nanti. Tidak apa.

Jadi ‘chicken and egg’ ini maknanya, ia kena ada sesuatu terlebih dahulu barulah kita boleh beritahu kepada airlines, terbanglah ke sana kerana ada load, orang hendak pergi sana. Walau bagaimanapun, saya tahu iaitu bahawa Yang Berhormat Menteri Wilayah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan Labuan ini sebuah tempat yang diminati oleh orang untuk datang. Saya tahu itu. Menteri itu dia tidak ada sini, ya. Tadi memang apa- apa pun Labuan, apa-apa pun Labuan. Saya tidak tahulah apa pasal selalu Labuan tetapi tidak apalah. Memang dia berusaha. Ahli Yang Berhormat, sepertimana saya sebut tadi, di mana yang saya boleh lakukan untuk membantu Labuan, insya-Allah saya lakukan. Kalaulah Pesta Laut ini katalah diadakan waktu masa saya free, insya-Allah saya akan pergi. Sememangnya Labuan merupakan sebuah tempat yang kami di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Tourism Malaysia sentiasa memberi promosi untuk bukan sahaja orang luar tetapi domestik punya pelancongan pun kita galakkan untuk pergi ke Labuan. Yang Berhormat Hulu Rajang. Ada tiga minit lagi.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Okey terima kasih Dato’ Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dengan saudara saya dari Yang Berhormat Putatan telah dengan saya semasa lawatan ke kawasan saya di Hulu Rajang. Yang Berhormat Putatan berjanji supaya Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mesti datang untuk melihat Tasik Bakun dia cakap. [Ketawa] Jadi terima kasih. Harap Yang Berhormat Dato’ Menteri, Tasik Bakun seindah seperti Tasik Kenyir dan mempunyai keindahan yang cukup menarik untuk pelancongan. Kedua Dato’ Seri Menteri, 10 April hingga 12 April ini, kita ada Baleh-Kapit Raft Safari yang mana tertumpunya banyak aktiviti untuk satu produk untuk pelancongan. Ketiga, Dato’ Seri, di kawasan saya di kawasan Bakun ini, ia banyak keindahannya. Satu daripada Tarian Sape dengan alunan yang begitu menarik dan mempunyai etnik dan culture yang begitu banyak. Jadi saya mohon, apalah daya seorang saya sebagai Ahli Parlimen kalau tidak Yang Berhormat Dato’ Menteri tolong untuk mempromosikan kawasan saya kepada Ahli-ahli Parlimen di negeri-negeri yang lain. Tolong saya Dato’ Seri.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dato’ Seri...

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Kalau beri dia bercakap lima minit lagi, saya menangis juga nanti. Akan tetapi nasib baik dia sudah berhenti. Insya-Allah, sememangnya kita tidak boleh lari daripada hakikat itu bahawa di negara Eropah ini, mereka memang minat kepada nature, ecotourism. Saya percaya memang Hulu Rajang mempunyai potensi untuk dijadikan pusat pelancongan ecotourism bagi mereka yang datang dari Eropah...

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih.

...Amerika dan juga saya percaya dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga di Asia ini juga. Insya-Allah kita akan bantu Yang Berhormat. Saya akan tunai janji yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Putatan iaitu bahawa Menteri akan melawat. Insya-Allah pegawai saya pun ada, kita akan pastikan supaya pada tahun ini juga saya akan melawat ke Hulu Rajang. [Tepuk]

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dato’ Seri...

Yang Berhormat Putatan ikut sekali kerana sudah ada pengalaman. Ini kerana saya tahu bahawa di sana buaya banyak. [Ketawa] Yang Berhormat pun ada bomoh buaya...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Buaya juga...

...Boleh cakap dengan buaya jangan kacau sama kita.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Soalan last sekali, yang last.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Dato’ Seri Menteri. Nampak gaya semua hendak panggil Dato’ Seri Menteri datang. Saya pun juga Bagan Serai tidak mahu ketinggalan. Ini kerana saya pun hendak cerita tentang connectivity.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Siberia, Mongolia, Kuala Gula, Australia tetapi bukan connectivity orang tetapi kita ada airport burung. Ini burung-burung hijrah yang datang setiap tahun yang saya pergi buat lawatan, saya lihat banyak pelajar dan pelancong-pelancong dari luar negara. Jadi Kuala Gula ini sudah disebut banyak kali pun dalam Dewan tetapi tidak diberi perhatian yang hebat. Jadi saya haraplah Yang Berhormat Menteri satu hari datanglah, marilah sama-sama kita tengok macam-macam spesies burung. Ada burung yang transit kemudian pergi Australia, ada burung yang landing buat family di situ dahulu, rehat-rehat di situ dahulu sebab di hutan paya bakau itu ada makanan yang unik untuk burung-burung laut ini. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju memang Yang Berhormat Bagan Serai, Kuala Gula memang terkenallah dengan airport Kuala Gula itu. Kapal terbang semula jadi, natural airplane datang daripada berbagai-bagai tempat untuk bersinggah kerana ia sejuk di tempat mereka sana, dia pergi ke selatan dia singgah di Kuala Gula. Saya tahu. Insya-Allah kerana Kuala Gula ini jauh dari kawasan saya Padang Rengas. Walau bagaimanapun, saya akan pergi juga untuk melawat Bagan Serai nanti.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Insya-Allah yang lain-lain itu saya akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Kementerian Pertahanan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Pertahanan. Ia melibatkan lebih kurang enam orang Ahli-ahli Parlimen dan kementerian akan sentiasa mengambil maklum terhadap pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan Yang Berhormat untuk menambahbaikkan Kementerian Pertahanan dan mana-mana pendapat-pendapat ataupun pandangan-pandangan yang bercanggah dengan kepentingan pertahanan dan keselamatan, kita tidak akan dapat menjawabnya di sini. Akan tetapi saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah berhubung dengan kita sekiranya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan ada membangkitkan cadangan untuk mengadakan satu batalion infantri Tentera Darat di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan sebuah batalion infantri sememangnya adalah merupakan perancangan jangka panjang Tentera Darat Malaysia. Walau bagaimanapun, pelaksanaan perancangan ini adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan. Namun begitu, dalam usaha untuk menentukan kesiapsiagaan dan keselamatan di Sabah khususnya di Pulau Labuan pada masa ini semenjak 25 Disember 2014, Tentera Darat Malaysia telah pun mengambil inisiatif dengan mengatur gerakan satu batalion infantri secara sementara secara penggiliran tiga bulan sekali sebagai langkah siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman. Ia juga adalah merupakan sebahagian daripada perancangan pertahanan di ESSCOM.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Yang Berhormat Labuan juga ada membangkitkan isu berkaitan dengan peluang yang harus diberikan kepada Labuan Shipyard untuk mendapatkan kerja-kerja senggaraan ataupun pembinaan kapal baru Tentera Laut Diraja Malaysia. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, sememangnya kerajaan sentiasa mengalu-alukan kesediaan limbungan kapal tempatan yang berkemampuan termasuk Labuan Shipyard dalam penawaran kerja atau tender terutamanya yang berbentuk kerja-kerja selenggaraan kepada kapal-kapal milik TLDM. Bagi Labuan Shipyard sendiri untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini, syarikat- syarikat berkenaan telah mendapat kerja selenggaraan bagi pembaikan enam buah kapal TLDM iaitu Kapal KD Pahang, KD Kedah, KD Ganas, KD Serang, KD Perak dan juga KD Kepah. Yang Berhormat Tasek Gelugor ada membangkitkan berkaitan dengan cadangan supaya Kementerian Pertahanan dapat mewujudkan projek perumahan sendiri untuk dijual kepada warga tentera dan pesara tentera dengan menggunakan tanah kementerian dan tanah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Yang Berhormat, kami mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat ini dan sehingga kini Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan syarikat kumpulannya telah membina dan menjual sejumlah 1,650 buah rumah mampu milik kepada anggota tentera yang layak di Mutiara Rini Johor, Mutiara Damansara Selangor dan Taman LTAT Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pada masa ini, LTAT dan anak-anak syarikatnya bercadang untuk membina sebanyak 1,068 unit rumah kos sederhana dan 580 unit rumah mampu milik PR1MA di Bukit Jalil Kuala Lumpur serta 748 unit rumah berkembar dua tingkat dan 307 unit rumah teres dua tingkat di Mutiara Rini Johor iaitu sebahagian besarnya adalah ditawarkan kepada anggota angkatan tentera yang layak. Juga di dalam perancangan ini, LTAT akan membina rumah mampu milik di Bukit Raja dan Semenyih Selangor. LTAT juga dalam perbincangan dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia untuk membina rumah mampu milik di Perak. Sehingga kini, LTAT telah membelanjakan sebanyak RM41.1 juta sebagai subsidi untuk pembinaan rumah mampu milik sebagai salah satu projek CSR untuk dimanfaatkan anggota dan bekas-bekas tentera. Bagi Veteran Angkatan Tentera Malaysia, dalam projek membaik pulih dan juga membina rumah baru Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang layak, setakat ini kita telah pun membina 198 unit rumah baru dan 213 unit rumah melibatkan kerja-kerja baik pulih rumah. Jumlah kesemuanya 411 buah rumah dengan kos RM14.75 juta. Pada tahun 2015, kita menganggarkan akan membina 100 buah lagi rumah baru dan juga 100 pembaikan rumah kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Yang Berhormat Jasin ada membangkitkan berkaitan dengan usaha-usaha bersama dengan Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Lumut berkaitan dengan usaha-usaha pihak kementerian dalam membantu kontraktor-kontraktor PLKN yang terjejas serta kakitangan mereka yang diberhentikan akibat keputusan kerajaan menangguhkan PLKN. Untuk makluman Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini, sememangnya kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan mereka tidak terjejas dengan usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan ini. Daripada perbincangan ini, pihak kementerian telah memperakui bahawa dengan penangguhan ini memerlukan tempoh kontrak dilanjutkan dengan mengambil kira perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pengusaha kem serta pembekal-pembekal perkhidmatan PLKN. Dengan keputusan ini, pihak penguasa kem, pembekal perkhidmatan dapat mengekalkan kakitangan mereka dan kaedah pembayaran juga adalah berdasarkan penggunaan dan perkhidmatan yang telah disediakan. Justifikasi pembayaran tersebut adalah yang pertama, pampasan berbentuk sewaan kepada pengusaha kem PLKN serta bayaran utiliti sewaan pejabat, penyelenggaraan dan kawalan keselamatan di kem. Kedua adalah pampasan berbentuk sewaan pengangkutan bas dan sewaan kenderaan utiliti. Pampasan tersebut untuk kenderaan yang masih ditempatkan di setiap kem dan akan digunakan sepanjang tahun untuk aktiviti Briged Sukarelawan Khidmat Negara dan staf pengurusan kem PLKN. Yang Berhormat Tanah Merah ada membangkitkan tentang cadangan yang dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menggunakan kemudahan PLKN. Suka saya ingin menyatakan di sini bahawa di sepanjang tempoh penangguhan ini, belum ada sebarang program khusus yang dirangka untuk dilaksanakan bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Pada masa ini, kementerian sedang menumpukan kepada kajian dan penambahbaikan PLKN melalui Makmal Transformasi PLKN yang telah pun berlangsung selama lima minggu bermula 23 Februari hingga 27 Mac 2015. Makmal yang dilaksanakan dengan kerjasama PEMANDU dan Kementerian Belia dan Sukan turut melibatkan wakil- wakil dari pelbagai kementerian serta agensi bagi mendapatkan pandangan dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan dan PLKN pada masa akan datang.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Penambahbaikan ini akan mengambil kira cadangan-cadangan bukan sahaja daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi juga daripada semua pihak termasuklah apa yang telah dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat. Yang Berhormat Gombak ada membangkitkan berkaitan dengan kebimbangan beliau tentang kehadiran aset-aset tentera laut Republik Rakyat China di kawasan Laut China Selatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan memang sentiasa memandang serius terhadap isu keselamatan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan dan pelbagai usaha telah dan sedang diambil dalam memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut adalah sentiasa terpelihara. Bagi isu yang dibangkitkan itu, kementerian berpendirian bahawa kehadiran ataupun kegiatan tentera-tentera asing akan sentiasa dipantau dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara yang sentiasa diadakan untuk menangani masalah yang telah timbul di kawasan ini. Sekiranya terdapat sebarang pencerobohan ke atas kawasan kedaulatan laut negara, cadangan bantahan diplomatik akan dikemukakan ke Kementerian Luar Negeri bagi tindakan selanjutnya. Antara inisiatif yang dibuat oleh kementerian adalah mengadakan konsultasi bulanan isu berkaitan Laut China Selatan yang dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan tujuan konsultasi ini adalah untuk memantau dan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan dengan kehadiran aset-aset luar negara dan antara agensi yang terlibat seperti mana yang saya nyatakan tadi adalah Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri, MKN, APMM dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kesemua operasi-operasi yang dilaksanakan juga di kawasan ini seperti Ops Sinar Sakti dan Ops Wira dan Ops Curiga adalah merupakan operasi-operasi yang dilaksanakan bagi memantau kegiatan tentera-tentera asing di Laut China Selatan untuk memastikan kedaulatan negara kita sentiasa terpelihara. Yang Berhormat Rantau Panjang ada membangkitkan berkaitan dengan penglibatan angkatan tentera dalam membantu mangsa banjir pada hujung tahun lepas. Untuk makluman Yang Berhormat, di seluruh negara seramai 3,700 anggota angkatan tentera yang telah melibatkan diri iaitu terdiri daripada 306 pegawai dan 3,394 anggota lain- lain pangkat yang telah di gerak ke lokasi-lokasi banjir dan ingin saya menafikan di sini bahawa ATM hanya terlibat dalam gelombang kedua. Ini tidak benar sama sekali kerana penglibatan ATM telah pun bermula daripada permulaan banjir berlaku. Seperti mana yang saya ingin jelaskan di sini bahawa apabila berlakunya banjir, pihak angkatan tentera telah pun mengatur gerak aset-aset dan juga anggota-anggota dan juga mengadakan operasi menyelamat dan mengadakan operasi memindah ke pusat-pusat pemindahan banjir dan mengadakan bantuan selepas pindah iaitu seperti mengadakan hospital medan, menyediakan tugas dan juga khidmat memasak di pusat-pusat pemindahan banjir, menyediakan continuous supply dan menyediakan air bersih kepada semua yang terlibat. Dalam pasca banjir, kita juga telah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyediakan atau membina tactical bridge seperti mana yang kita telah lakukan di beberapa tempat seperti di Kuala Lipis, Pahang dan menyediakan penempatan sementara seperti yang telah kita lakukan di Kuala Krai iaitu di Kem Sungai Durian iaitu Kem Askar Wataniah yang telah pun disediakan bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir. Kementerian Pertahanan juga telah menyediakan tempat tiga kem PLKN yang telah ditawarkan dan kem PLKN Etnobotani di Gua Musang telah pun diisi dengan mereka yang terjejas dengan banjir. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa Rejimen Askar Jurutera Diraja terlibat dalam usaha-usaha membersihkan dan membuka jalan bersama JKR. Yang Berhormat Kubang Kerian ada membangkitkan berkaitan dengan kekurangan helikopter dalam penghantaran bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Kerian, standard operating procedure yang digunakan oleh ATM yang ingin saya jelaskan di sini ialah menggunakan garis panduan bencana alam negara yang dikeluarkan

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

oleh Majlis Keselamatan Negara. Dengan itu, semua agensi yang terlibat dalam menguruskan bencana banjir termasuklah Angkatan Tentera Malaysia telah berpandukan kepada arahan ini dan melaksanakan yang terbaik untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Yang Berhormat Lumut, sahabat saya ada memberikan satu cadangan berkaitan dengan mewujudkan sistem gaji yang lebih efisien bagi pembayaran imbuhan dan tuntutan yang melibatkan pemotongan gaji atau pembayaran imbuhan secara lebih efisien daripada sistem yang sedia ada kerana ini membuat tindakan untuk pemotongan gaji dilakukan dengan cepat berbanding sekiranya satu imbuhan pendapatan hendak dimasukkan dalam akaun gaji ahli-ahli anggota. Untuk makluman Yang Berhormat, kita mengambil maklum tentang cadangan Ahli Yang Berhormat ini dan saya telah pun berbincang dengan pihak jabatan tertentu supaya penambahbaikan dapat dilakukan berasaskan kepada cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tersebut. Yang Berhormat Lumut juga ada membangkitkan berkaitan dengan status kontrak pembinaan kapal TLDM, NGV Tech dan apakah langkah bagi mengatasi masalah ini. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa syarikat NGV Tech ini telah pun mengalami penggulungan ataupun winding up yang telah dilakukan ataupun dipohon oleh Maybank Berhad. Justeru itu, pihak kementerian telah pun mengambil pelbagai tindakan perundangan melalui Jabatan Peguam Negara bagi menjaga kepentingan pihak kerajaan dan perkara ini telah pun dalam penelitian jabatan berkenaan memandangkan kapal ini sebenarnya telah pun hampir siap dan telah pun mempunyai peratusan siap melebihi 90% dan kepentingan kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan tidak akan dikompromi dalam soal ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin membangkitkan tentang perkara PLKN. Pada ketika ini, kerajaan menangguhkan pelaksanaan PLKN yang telah menyebabkan bukan sahaja usahawan-usahawan kita terjejas bahkan pekerja- pekerjanya juga. Sementara kita menangguhkan ini, musim penangguhan kita ini, adakah kerajaan memikirkan cara yang lebih baik untuk membina jati diri anak-anak kita kerana pada ketika ini yang kita dapati, modul yang diperkenalkan oleh PLKN tidak begitu sesuai lagi. Apatah lagi zaman pada ketika ini di mana anak-anak kita didedahkan dengan berbagai-bagai fitnah, dengan pembohongan dan juga semua sekali perkara-perkara buruk yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak semata-mata untuk menanamkan semangat kebencian mereka kepada kerajaan. Itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tadi tentang campur tangan aset-aset ketenteraan daripada negara-negara luar yang sebenarnya mengancam bukan sahaja kedudukan kedaulatan negara kita, bahkan ada juga harta-harta kita dan usaha- usaha kita untuk mendatangkan ekonomi negara kita terjejas. Jadi, apakah sebenarnya peringkat rundingan yang dijalankan oleh kerajaan di antara negara-negara China kerana ancaman ini adalah satu ancaman yang cukup real yang bukan sahaja menjejaskan kedaulatan Malaysia, bahkan keseluruhan negara ASEAN pada ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk mengadakan transformasi PLKN. Keputusan kerajaan ini bukanlah bersifat apologetic terhadap pelaksanaan PLKN yang telah pun dilaksanakan semenjak sepuluh tahun yang lalu. Setiap lima tahun kita mengadakan review terhadap pelaksanaannya iaitu pada lima tahun sebelum ini kita telah mengadakan kajian yang komprehensif dan apabila menjelang sepuluh tahun, kita mengadakan satu lagi kajian yang penting dan juga mengadakan program transformasi yang melibatkan pendapat daripada semua pihak. Kita telah pun membawa PEMANDU untuk mengadakan lab bagi tempoh lima minggu yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan PLKN ini, pendapat-pendapat golongan-golongan tertentu termasuklah Ahli-ahli Parlimen.

Beberapa persoalan yang sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen telah pun kita kemukakan kepada lab dan pada 1 April ini kita juga menjemput Ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk datang sekurang-kurangnya melihat sendiri tentang pelaksanaan lab tersebut. Kita berharap dengan adanya lab ini dan juga inisiatif ini, kita akan dapat

mewujudkan satu PLKN baru yang lebih mantap dan memenuhi cita rasa dan kepentingan belia-belia kita khususnya generasi kita di masa akan datang. Oleh sebab itu...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya.

Harapan saya ialah supaya PLKN ini untuk tempoh dekad yang akan datang, adalah merupakan satu preskripsi yang akan dapat membantu belia-belia kita, bukan sahaja mewujudkan semangat patriotisme, perpaduan di kalangan generasi muda, integrasi nasional tetapi yang penting, mereka juga mempunyai elemen-elemen lain yang membawa mereka menjadi seorang generasi yang lebih baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Serdang bangun.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, satu persoalan yang mudah sahaja. Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ada satu lab yang akan terbuka kepada semua Ahli Parlimen, saya rasa termasuk Ahli Parlimen di pihak pembangkang. Adakah jemputan rasmi akan dikeluarkan kepada semua Ahli Parlimen dan supaya Ahli Parlimen yang berminat boleh datang tengok dan lihat dengan sendiri apa yang sedang jadi di lab seperti yang dirujuk.

Terima kasih Yang Berhormat. Misi PLKN pun hendak Ahli Parlimen yang duduk di sini iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, mungkin beliau boleh mengaturkan kepada sesiapa juga Ahli Parlimen untuk datang sekurang-kurangnya melihat sendiri tentang lab yang telah pun diwujudkan bagi melihat secara komprehensif tentang hala tuju dan masa depan PLKN supaya ia dapat disesuaikan dengan kehendak semasa. Juga boleh memberikan impak dan juga value added yang tinggi kepada generasi baru kita. Jadi, Yang Berhormat boleh berhubung dengan Yang Berhormat Kota Tinggi untuk maksud ini. Yang Berhormat Jasin juga ada membangkitkan berkaitan dengan ancaman kedaulatan yang berlaku di Laut China Selatan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak. Suka saya nyatakan di sini bahawa sememangnya di dalam mengatasi isu di Laut China Selatan ini, ia memerlukan pertimbangan dan diplomasi yang tinggi kerana ia melibatkan banyak pihak yang berkepentingan di Laut China Selatan, apatah lagi ia melibatkan pihak-pihak yang merupakan kuasa besar dalam perebutan di Laut China Selatan ini. Walau bagaimanapun, dengan usaha-usaha yang dibuat melalui forum-forum antarabangsa dan juga melalui beberapa platform yang kita gunakan secara multilateral dan juga secara bilateral dan dengan merujuk kepada code of conduct of South China Sea, maka kita berharap ia akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Saya percaya pihak- pihak yang terlibat khususnya negara-negara ASEAN akan dapat merundingkan perkara ini dengan begitu baik dengan pihak khususnya negara China, yang merupakan negara kuasa besar di rantau ini yang juga mempunyai hasrat dan kepentingan di Laut China Selatan. Akan tetapi percayalah sebagai sebuah negara yang mematuhi dan juga menghormati undang-undang dan juga persetujuan-persetujuan antarabangsa, kita akan dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Lumut bangun Yang Berhormat.

Saya ingin membangkitkan berhubung dengan dua buah kapal latihan yang tergendala pembinaannya. Saya ingin mencadangkan, memohon kepada kementerian supaya teruskan rundingan dengan NGV Tech ataupun bank yang memberi pinjaman kepada NGV Tech supaya masalah kewangan yang dihadapi oleh bank dan juga pembina kapal dapat diselesaikan secepat mungkin oleh sebab kapal tersebut hampir siap. Jika ia ditinggalkan begitu sahaja, kita bimbang kerosakan akan lebih teruk. Dengan itu, saya mohon tindakan segera oleh kementerian. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Memanglah kita mengambil maklum tentang permasalahan ini kerana kita sebagai kementerian dan saya sendiri telah pun mempengerusikan beberapa mesyuarat berkaitan dengan perkara ini. Apa yang kita kehendaki ialah satu penyelesaian yang lebih komprehensif. Ini kerana

kita ketahui sekiranya ia berlarutan, ia akan memberikan kerugian yang besar bukan sahaja khususnya kepada kerajaan. Dalam soal ini, kita telah pun menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan direction dan kita juga telah pun mempertimbangkan beberapa proposal ataupun request for proposal daripada beberapa syarikat yang telah mengemukakan untuk rescue projek ini iaitu seperti daripada Boustead Naval Shipyard, Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd, Great One Marine Shipyard, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan juga NGV Marine Engineering & Logistik Sdn Bhd. Jadi, segala proposal ini akan dipertimbangkan sebaik yang mungkin. Sekiranya isu berkaitan perundangan ini dapat diselesaikan dengan pihak Maybank, kita berharap ia akan dapat sekurang-kurangnya membolehkan kita meneruskan projek ini dan memastikan bahawa kedua-dua kapal ini akan dapat digunakan dalam masa yang terdekat ini untuk kepentingan latihan bagi anggota TLDM yang sangat-sangat kita memerlukannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labuan bangun Yang Berhormat.

Ya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri tadi ada mengatakan yang Labuan Shipyard juga diberikan banyak kerja untuk maintenance kapal-kapal TUDM. Cuma saya difahamkan, capital ship ataupun kapal- kapal yang bersaiz besar kebanyakannya adalah dibuat di Lumut dan cuma sedikit sahaja dibuat di Labuan. Kalau tidak silap, ada satu atau dua sahaja di Labuan. Ini membuatkan industri sokongan ataupun syarikat-syarikat yang menyokong ataupun yang akan mengambil kerja-kerja ini tidak dapat membangun dengan lebih subur ataupun tidak dapat bertapak di Labuan disebabkan kerja yang berterusan itu tidak sekuat seperti yang di Lumut. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju sekiranya kita beri peluang yang sama di antara Lumut dengan Labuan akan membolehkan Labuan akan terus menjadi satu pusat di mana capability dengan izin, ataupun kebolehannya satu hari nanti akan menjadi bertambah baik dan ia akan membantu dalam strategi menguatkan pertahanan kita, TUDM di mana kita mempunyai dua pusat yang kuat dalam memastikan program pembuatan kapal dan menyelenggarakan kapal itu satu di Malaysia Timur dan satu di Lumut. Kebetulan juga, threat ataupun flash point seperti yang dikatakan tadi di Laut China Selatan menjadi bertambah tegang dan kemungkinan fleet di sebelah Laut China Selatan di sebelah Malaysia Timur juga perlu ditambah. Jadi, memang amat sesuailah kiranya Labuan disokong dengan cara memberikan kerja-kerja kapal yang besar ataupun capital ship ini diberikan kepada Labuan Shipyard dan Preston Shipyard di Labuan. Juga Yang Berhormat Menteri, Labuan sekarang ini tengah maju di dalam minyak dan gas. Jadi dengan memperkuatkan Labuan Shipyard itu sendiri, bukan sahaja membantu di dalam industri perkapalan tetapi juga ia akan membantu dari segi kebolehan ataupun kekuatan Labuan Shipyard nanti di dalam menyokong dan menjadikan Labuan sebagai minyak dan gas dan seterusnya akan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Labuan atas cadangan tersebut. Seperti mana yang saya jelaskan tadi, sememangnya Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap cadangan tersebut dan juga sentiasa memberikan sokongan terhadap Labuan Shipyard Engineering iaitu merupakan satu- satunya shipyard khususnya di perairan Sabah dan Labuan iaitu merupakan penyumbang bukan sahaja dalam pembangunan industri, tetapi juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi bagi kawasan tersebut.

Ini adalah merupakan satu aset yang penting yang harus kita berikan perhatian kerana Labuan mempunyai ciri-ciri yang penting untuk menjadi satu tempat bagi pembangunan shipyard. Seperti mana saya jelaskan tadi, di dalam beberapa buah kapal TLDM ini telah pun menjalani pembaikan kecemasan dan pasang pulih di limbungan Labuan Shipyard. Semenjak tahun 2010 hingga 2015 yang saya telah jelaskan tadi, ada enam buah kapal yang terlibat dan juga dalam kerja-kerja pasang pulih, KD Kedah juga telah pun dipasang pulih di Labuan Shipyard Engineering.

Jadi, saya berharap pada masa-masa akan datang Labuan Shipyard juga akan diberikan peluang. Akan tetapi akhirnya, kita juga harus melihat bahawa setiap bidding terhadap kerja-kerja tersebut adalah berasaskan kepada kemampuan dari segi kemampuan teknikal, kemampuan kewangan dan juga harga yang ditawarkan kepada pihak kerajaan. Sekiranya semua itu memenuhi, sudah tentulah mereka akan mendapat peluang dan beberapa projek pembaikan yang telah dikenal pasti untuk diberikan ruang seperti mana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Labuan kepada Menteri Pertahanan yang telah melawat Labuan tidak beberapa lama yang lalu. Yang Berhormat, ada dua lagi isu yang berbangkit iaitu berkaitan dengan isu penamatan kepada Mejar Zaidi TUDM yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera, memandangkan dan juga mengharapkan pemberian ganjaran atau faedah kepada beliau. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Mejar Zaidi telah dengan sedihnya didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera dan dijatuhkan hukuman dibuang dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Beliau pada asasnya di dalam peruntukan yang telah disediakan, tidak berhak untuk diberi sebarang ganjaran tamat perkhidmatan atau lain-lain faedah persaraan. Walau bagaimanapun, berdasarkan peraturan yang sedia, Majlis Angkatan Tentera boleh menggunakan budi bicara sama ada hendak memberi ganjaran atau tidak kepada beliau bergantung kepada sama ada beliau sendiri membuat rayuan atau tidak terhadap Majlis Angkatan Tentera tersebut. Yang Berhormat Lumut juga ada membangkitkan berkaitan dengan sekali lagi pesawat MH370. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini terdapat bukan sahaja Lembaga Penyiasatan Antarabangsa yang sedang menyiasat berkaitan dengan tragedi MH370 yang kita sedang menantikan siasatan penuh. Daripada siasatan penuh itu, bolehlah kita mendapat cadangan-cadangan dan saranan-saranan. Apa yang paling penting lagi, saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat, ulasan-ulasan berkaitan dengan MH370 ini pada ketika ini adalah terlalu sensitif. Ini kerana terdapat satu tindakan undang-undang atau originating summon yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia bagi pihak next of kin (NOK) yang telah meletakkan tiga daripada orang yang penting iaitu Pengarah DCA, Ketua Pengarah DCA Malaysia Airlines dan juga tidak terkecuali TUDM. Apabila perkara ini berlaku, maka adalah menjadi subjudice untuk saya dan sesiapa pihak untuk membincangkan kes ini sehinggalah kes ini selesai. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas peluang untuk membolehkan saya dapat membahaskan...

Menteri, sedikit.

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai situasi di Laut China Selatan. Ini kerana bagi saya, saya amat prihatin tentang apa yang berlaku ketika ini. Mengenai kedaulatan negara kita, terutama sekali di perairan Laut China Selatan ini, adakah pihak kementerian ingin menambah lagi kekuatan ketenteraan, khususnya di Laut China Selatan untuk memastikan kedaulatan Malaysia ini akan terus dijaga oleh negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, di antara sebab mengapa kita memperkukuhkan pertahanan kita khususnya di Sabah dan Labuan, selain daripada menghadapi penceroboh-penceroboh dan juga pihak-pihak yang melakukan jenayah rentas sempadan di Lautan Sulu, kita juga ingin mempertingkatkan pengawasan di kawasan Laut China Selatan di mana kita mempunyai kepentingan yang banyak. Oleh sebab itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dalam bajet baru-baru ini telah pun mengambil langkah-langkah positif. Misalnya, menggerakkan aset yang penting iaitu aset Skuadron Hawk dari Butterworth digerakkan ke Labuan semula. Kita berharap dengan adanya ini akan membolehkan kita dapat mewujudkan satu suasana deterrent dan juga menyediakan kapal-kapal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga APMM untuk sentiasa memantau beberapa hotspots penting seperti di Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum supaya kita dapat memastikan bahawa sekiranya berlaku pencerobohan ataupun cuba untuk memasuki wilayah yang sepatutnya milik kita berdasarkan kepada peruntukan United Nations Convention Law of the Sea (UNCLOS), kita dapat sekurang-kurangnya membayangi mereka dan juga menyediakan protes-protes

kepada pihak-pihak tertentu untuk menentukan kedaulatan dan kepentingan negara kita terpelihara.

Terakhir Timbalan Menteri. Saya ucap terima kasih di atas penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tetapi bagi saya adalah mustahil. Bagaimana banyak sekali kekuatan aset ketenteraan yang akan kita kerahkan di kawasan tersebut, campur dengan semua negara ASEAN, masih tidak berkeupayaan menandingi kekuatan sebuah kuasa besar yang mempunyai aset ketenteraan yang lebih kuat lagi. Bahkan, bukan sahaja telah menunjukkan kekuatannya, kekerasan mereka kepada dua buah negara pada ketika ini, kita bimbang satu perkara yang buruk mungkin akan berlaku. Itu sebab saya ada sebut tadi setakat manakah keberkesanan perundingan kita di antara negara-negara ASEAN dengan negara kuasa besar tersebut. Kedua, adakah kita membawa perkara tersebut di peringkat ICJ? Terima kasih.

Yang Berhormat dari Jasin, untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada platform multilateral yang juga kita gunakan sebagai platform untuk sedikit sebanyak membincangkan berkaitan perkara ini iaitu melalui platform Asia tetapi yang penting lagi disebabkan kita mempunyai hubungan yang baik dengan negara China. Kita juga mempunyai perbincangan-perbincangan bilateral yang lebih positif kerana bukan semua perkara boleh diselesaikan melalui multilateral. Akan tetapi perbincangan- perbincangan bilateral di antara negara dengan negara, ia akan dapat memberikan satu, mengendurkan suasana. Seperti mana saya nyatakan tadi bahawa perkara ini adalah merupakan satu perkara yang kompleks. Masing-masing mengemukakan pandangan masing-masing dan juga kepentingan masing-masing. Akan tetapi yang penting sekali, kita sentiasa membuka ruang bagi perbincangan-perbincangan yang lebih komprehensif supaya memastikan bahawa undang-undang antarabangsa seperti, khususnya Code of Conduct itu dapat dipatuhi dan juga undang-undang berkait dengan United Nations Convention Law of the Sea itu dapat diguna pakai dan juga dapat menjamin supaya perkara-perkara buruk seperti peperangan ataupun pertelingkahan yang besar tidak akan berlaku. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat, tentang senarai susunan kementerian menjawab seperti yang sedang diedar, berwarna kuning terutama pertukaran antara kementerian-kementerian yang terlibat. Jadi, ambil maklum tentang senarai itu. Seterusnya, saya jemput Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan isu-isu di bawah kementerian ini semasa Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagaimana Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia telah meletakkan penguasaan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai agenda utama dalam anjakan untuk menuju ke sebuah negara maju yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi. Selaras dengan sasaran ini, agenda transformasi negara, MOSTI telah menerajui penggubalan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN). DSTIN merupakan satu dasar untuk mengarusperdanakan STI serta diterima pakai dan dilaksanakan oleh semua kementerian, agensi dan pihak-pihak yang berkaitan. Melalui DSTIN ini juga, MOSTI telah merangka penubuhan Lembaga Teknologi Malaysia atau Malaysia Board of Technologies (MBoT). Badan ini akan mengiktiraf profesion teknologi dan juruteknik sebagai profesion ikhtisas dan pelaksanaannya akan meningkatkan lagi tenaga kerja berkemahiran tinggi. Selaras dengan sasaran program transformasi ekonomi untuk mewujudkan 3.3 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 di mana

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

50% adalah daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi. Peranan MOSTI dalam memperbudayakan pendidikan dan pembangunan dalam sains dan teknologi akan diteruskan pada tahun ini dan tumpuan akan diberikan pada program pengkomersialan produk R&D sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet 2015 untuk membantu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Kuala Krai di atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perbahasan dan ulasan oleh Yang Berhormat Hulu Langat berkenaan dengan projek perumahan South Wales City. Projek perumahan ini dibina berhampiran dengan Agensi Nuklear Malaysia di Kompleks Jalan Dengkil yang mempunyai Reaktor Nuklear TRIGA yang berkeupayaan satu megawatt thermal. Kemudian penyenaraian cobalt-60, gamma greenhouse dan pemecut zarah kuasa tinggi. Memandangkan reaktor ini hanya berkeupayaan satu megawatt termal, ia tidak perlu buffer zone. Walau bagaimanapun, ia beroperasi dengan mengambil kira kawasan pagar Kompleks Utama Nuklear Malaysia sebagai buffer zone. Penetapan prasyarat dan jarak selamat bagi pembangunan di sekitar Reaktor TRIGA PUSPATI adalah berdasarkan kepada penilaian keselamatan ataupun safety assessment yang tidak pernah melebihi had dos awam iaitu 1 mSv setahun. Sehingga kini, hasil pemantauan alam sekitar yang dilakukan di sekeliling sehingga jarak 50 kilometer dari Agensi Nuklear Malaysia menunjukkan tiada sebarang peningkatan aras sinaran. Agensi Nuklear Malaysia sentiasa menjalankan operasi di semua kemudahan secara selamat menurut kehendak yang digariskan oleh Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Pihak MOSTI dan jabatan di bawah Agensi Nuklear Malaysia dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom tidak mempunyai kawalan ke atas kawasan penempatan dan perumahan di kawasan tersebut. Ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan Kerajaan Negeri Selangor. Pada kebiasaannya, pelanggan atau pembeli sesuatu kawasan pembangunan hartanah akan mendapat maklumat mengenai kedudukan sebenar kawasan hartanah yang hendak dibeli dan pihak pemaju termasuklah melalui iklan dan promosi. Dalam perbahasan Yang Berhormat Kanowit ada...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Langat bangun Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pihak sama ada Agensi Nuklear Malaysia ataupun LPTA telah pun membuat anggaran sekiranya source cobalt-60 itu tidak boleh turun. Maknanya tidak ada shielding ketika itu, berapa jarak yang perlu diambil untuk mencapai dos Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut iaitu satu mSv per tahun itu ataupun 0.1mSv/h. Terima kasih.

Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi Yang Berhormat, oleh kerana kita punya TRIGA PUSPATI ini hanya satu megawatt thermal, jadi ini tidaklah memerlukan kita untuk ada buffer zone seperti yang kita kehendaki. Itu saya sudah beritahu tadi. Kedua, buat masa sekarang ini kajian yang ada di tangan saya ini kita memantau sehingga sejauh 50 kilometer. Itu sahaja yang kita ada oleh Agensi Nuklear Malaysia dan kita mendapati tiada sebarang peningkatan aras sinaran. Itu sahaja saya boleh jawab.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Apa yang saya concern ini dari segi radius penyinaran di sebelah Dengkil cobalt-60 dengan sinar X atau pemecut zarah itu.

Buat masa sekarang, saya tidak ada kajian itu. Saya akan menjawab secara bertulis. Di dalam perbahasan Yang Berhormat Kanowit juga ada menyatakan bahawa perkhidmatan 1BestariNet yang dilaksanakan khususnya di Parlimen Kanowit tidak dapat memenuhi keperluan penggunaan di sana dan ini merujuk kepada capaian internet yang lemah di sekolah-sekolah. Yang Berhormat Kanowit juga ada menyatakan bahawa beliau ada meminta Syarikat Astronautic Technology Malaysia Sdn. Bhd. (ATSB) iaitu sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan di bawah selian MOSTI untuk

melaksanakan satu kajian penggunaan dan prestasi 1BestariNet di sekolah-sekolah di kawasan Kanowit. Ingin saya tekankan di sini bahawa projek 1BestasiNet merupakan projek di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communication dan bukannya di bawah MOSTI. Walau bagaimanapun...

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya keadaan begini, ATSB telah pun mengadakan satu kajian ke atas capaian internet di sekolah-sekolah di Kanowit dan mendapati banyak masalah. Jadi, ATSB no problem. Itu adalah satu daripada corporate social responsibility mereka untuk membuat kajian dan menentukan sebenar keadaan internet akses di sekolah rendah dan menengah di Kanowit. Jadi, isu yang berbangkit adalah mengapa capaian internet adalah sangat rendah dan ada juga yang langsung tidak ada. Ini menyebabkan masalah yang besar bagi sekolah- sekolah di Kanowit yang tidak dapat menghantar maklumat seperti yang dikehendaki oleh kerajaan ataupun kementerian. Terima kasih.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kanowit, isu ini berbangkit kerana Yang Berhormat meminta ITSB untuk melakukan kajian. Itu yang saya jawab dalam ini kerana projek itu seperti yang saya katakan tadi setakat ini ITSB hanya menjalankan penilaian teknikal secara rawak tentang penggunaan dan prestasi 1BestariNet di beberapa sekolah di Parlimen Kanowit di atas permintaan Yang Berhormat Kanowit. Itu yang telah kita laksanakan. Isu ramalan cuaca di Kuala Krai pula oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai meminta MOSTI membaiki sistem amaran awal kepada penduduk sebelum berlakunya banjir. Sememangnya bencana banjir di negeri Kelantan amnya, di Kuala Krai khasnya pada tahun lepas merupakan banjir yang terburuk pernah dialami oleh negara seperti mana yang kita kerap katakan. Ramai penduduk mengalami kerugian, kehilangan rumah, harta-benda, kemusnahan tanaman bahkan juga ada kehilangan ahli keluarga. Negeri-negeri lain juga tidak terkecuali dilanda musibah banjir seperti Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Kerajaan yang bertanggungjawab telah memainkan peranan yang baik dalam misi memindah, menyelamat dan menguruskan hal-hal berkaitan dengan banjir tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, peranan memantau cuaca dan meramalkan banjir adalah di bawah dua agensi yang berbeza. MetMalaysia adalah sebuah jabatan di bawah MOSTI adalah bertanggungjawab untuk memantau serta mengeluarkan nasihat, amaran hujan lebat jika keadaan memerlukan. Manakala ramalan banjir adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar seperti mana telah pun digulung tengah hari tadi. Nasihat dan amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia akan disampaikan kepada agensi yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana banjir termasuk JPS dan nasihat amaran tersebut akan turut disebarkan kepada orang awam melalui TV, laman web, media sosial dan media massa juga. Cuaca adalah satu yang bersifat rawak dan sukar untuk diramalkan. Keadaan ini untuk tempoh beberapa hari ke hadapan, sukar untuk kita ramalkan untuk beberapa hari akan datang. Perkembangan teknologi ramalan cuaca ini masih gagal untuk memberi output ramalan yang tepat walaupun di negara maju. Amerika Syarikat sebagai contoh, yang dilanda Hurricane Katrina pada 29 Ogos 2005. Telah berlaku banjir besar menyebabkan kematian seramai 1,800 orang dan kerugian kira-kira USD0.12 billion. Walaupun mereka dapat meramalkan kehadiran Hurricane Katrina tersebut, tetapi masih gagal untuk menjangkakan betapa dahsyatnya kesannya.

Begitu juga dengan keadaan banjir di Kuala Krai. Kita mengakui bahawa intensiti hujan yang turun adalah di luar jangkaan. Walaupun kita tahu bahawa banjir akan tetap berlaku semasa musim Monsun Timur Laut ataupun musim tengkujuh dari bulan November hingga Disember setiap tahun bagi negeri Pantai Timur di Semenanjung, tetapi kita tidak boleh meramalkan betapa hebatnya banjir itu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat sekalian, Malaysia akan sentiasa menambah baik infrastruktur dan SOP jabatan bagi mempertingkatkan lagi proses pemantauan dengan melaksanakan pelbagai projek dalam jangka pendek dan jangka

panjang. Projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan seperti menambah jumlah stesen pencapaian automatik, memperoleh high performance computing atau SPC dan menambah bilangan radar cuaca di seluruh negara. Di samping itu, kempen kesedaran awam mengenai cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami juga akan diperhebatkan. Sekian saja penjelasan saya Yang Berhormat, berhubung dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat menyentuh bidang kuasa MOSTI. Saya mengakhiri penggulungan saya dengan membaca tinjauan keadaan cuaca di Malaysia yang dikeluarkan pada petang ini, ramalan kaji cuaca untuk membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat berhati-hati apabila pulang ke kawasan nanti. Negara sedang mengalami tempoh peralihan monsun yang bermula pada 22 hari bulan, semalam dan dijangka berterusan sehingga awal Mei 2015. Lazimnya dalam tempoh ini, fenomena ribut petir dan hujan lebat lebih kerap berlaku terutama waktu petang dan senja di Pantai Barat dan kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di kawasan pedalaman ya. Kejadian angin kencang dan banjir juga boleh berlaku di sepanjang tempoh ini. Sehubungan itu, orang ramai diminta lebih berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan cuaca semasa melalui talian hotline 1- 300-22-1MET atau 1638, laman sesawang www.met.gov.my dan laman sosial Met Malaysia di Twitter ataupun di Facebook. Jadi kita juga telah melancarkan pada pagi tadi, Yang Berhormat Menteri MOSTI juga telah melancarkan MyCuaca, satu apps baru di dalam talian telefon. Jadi berhati- hatilah apabila pulang ke kawasan kerana kawasan-kawasan seperti Pantai Barat akan berlaku hujan lebat. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya merakamkan setinggi penghargaan kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ataupun MITI dan sembilan Ahli Yang Berhormat tersebut ada yang masih dalam Dewan, ada yang tidak ada dalam Dewan. Jadi kita tengok- tengoklah macam mana jawapannya. Ada lapan isu dibangkitkan iaitu yang pertama, berkaitan dengan Majlis Eksport Negara; yang kedua berkaitan pelaburan di Malaysia; yang ketiga perindustrian kecil dan sederhana atau PKS; yang keempat kawasan industri di pedalaman khususnya di Sarawak; yang kelima industri perkapalan di Labuan yang telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi saya tidak perlulah jawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Labuan berkaitan dengan industri perkapalan. Keenam berkaitan dengan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015; yang ketujuh berkaitan dengan TPPA; dan yang kelapan akhir sekali, hubungan ekonomi antara Malaysia dan Taiwan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab secara lebih terperinci isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Pertama, Yang Berhormat Tenom ingin mengetahui tentang peranan Majlis Eksport Negara dan soalan yang sama telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam berkaitan dengan langkah-langkah untuk meningkatkan eksport. Untuk ini, saya ingin jelaskan bahawa kerajaan pada bulan Disember yang lalu telah memutuskan untuk ditubuhkan sebuah Majlis Eksport Negara. Mesyuarat pertama telah pun diadakan pada 6 Mac yang lalu. Pengerusinya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri ekonomi berkaitan, lima enam tokoh swasta dan beberapa orang pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ahlinya tidak ramai sangat. Jadi, kenapa ditubuhkan? Ini kerana kita merasakan di dalam persekitaran yang mencabar sekarang ini, perlu digemblengkan tenaga awam dan swasta untuk membincangkan dengan terperinci langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk memastikan bahawa eksport terus memainkan peranan untuk menjana pertumbuhan bagi negara kita Malaysia.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Ini relevan kerana akhir-akhir ini kita dapati bahawa harga minyak mentah telah turun di pasaran dunia. Harga beberapa barangan komoditi juga turun dan eksport ke beberapa pasaran utama di dunia juga telah menghadapi keadaan saingan yang lebih sengit. Maka kita rasakan penubuhan Majlis Eksport ini adalah amat wajar sekali bertepatan dengan keadaan semasa yang lebih mencabar. Harapan kita dengan adanya input daripada sektor swasta khususnya, maka ia akan menjadikan usaha-usaha kita untuk meningkatkan eksport ini lebih terselaras dan lebih berfokus. Selain itu juga, jawatankuasa ini atau majlis ini akan melihat kepada beberapa halangan bukan tarif yang dikenakan oleh negara-negara tertentu, akses pasaran dan perlunya ditingkatkan ataupun dipastikan sektor elektrikal dan elektronik terus menyumbang kepada eksport negara yang dahulunya kita tumpukan kepada pasaran terpilih termasuklah negara-negara ASEAN yang sedang pesat berkembang, negara China yang telah mengalami keadaan pertumbuhan ekonomi yang kurang berbanding dengan keadaan sebelumnya. Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, beberapa sebab kenapa ditubuhkan Majlis Eksport Negara. Dalam mesyuarat pertama, antara perkara yang diputuskan ialah supaya diberi penekanan yang lebih kepada sektor tertentu termasuklah sektor elektrikal elektronik, diberi perhatian kepada beberapa pasaran tertentu termasuk ASEAN dalam konteks Komuniti Ekonomi ASEAN dan juga diambil keputusan supaya ditingkatkan eksport dalam bidang perkhidmatan yang dijangka menjadi salah satu penjana utama kepada pertumbuhan negara di masa akan datang. Ini termasuklah pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Contoh, kita juga telah melaksanakan beberapa program yang antaranya ialah apa yang dipanggil Mid-Tiers Companies. Ini syarikat-syarikat yang mana perolehannya RM500 juta setahun ke bawah dan setakat ini 44 buah syarikat telah dikenal pasti untuk menyertai program yang dipanggil Mid-Tier Companies inilah. Syarikat-syarikat yang pertengahan dari segi hasil perolehannya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini antara inisiatif-inisiatif yang kita telah ambil dalam keadaan ekonomi yang mencabar, harga beberapa komoditi juga berada pada tahap yang rendah dari tahun-tahun sebelumnya dan beberapa pasaran kita dapati semakin sengit persaingannya. Maka kita harap pada tahun ini dengan langkah-langkah yang lebih berfokus ini, kita akan mampu memastikan sektor eksport negara akan terus berkembang walaupun tidak pada tahap yang tinggi tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membendung keadaan ataupun masalah-masalah yang kita hadapi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tenom ingin bertanya dua perkara. Pertama, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pelaburan swasta. Kedua, pertumbuhan ataupun sumbangan sektor PKS kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagi yang pertama berkaitan dengan pelaburan, alhamdulillah, tahun lepas merupakan rekod bagi negara. Pertama, kalau kita lihat kepada keseluruhan pelaburan yang diluluskan RM235.9 bilion, merupakan tertinggi yang pernah kita capai. Kalau kita lihat pula kepada sektor perkilangan umpamanya, RM72 bilion yang diluluskan dalam sektor perkilangan juga yang merupakan tertinggi pernah dicapai oleh negara. Ini ialah menifestasi kepada keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk terus memperbaiki persekitaran pelaburan dalam negara kita. Tahun lepas keadaannya adalah amat baik dan tahun ini kita tahu mencabar sedikit. Oleh itu, kita perlu tingkatkan usaha untuk menggalakkan pelaburan di seluruh negara. Jadi, kita akan teruskan usaha-usaha ini dengan mengadakan program tertentu. Umpamanya pagi tadi kita mengadakan pertemuan dengan 15 buah syarikat besar dan kecil dari Perancis.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Ini langkah-langkah yang sentiasa kita ambil oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia dan Malaysia sebagai contoh, ada lebih 250 buah syarikat dari Perancis. Syarikat- syarikat seperti Lafarge, Total, BNP Paribas, Technip antara syarikat-syarikat gergasi dari Perancis yang telah melabur di negara kita. Pagi tadi dalam pertemuan, mereka menyatakan keyakinan kepada Malaysia, iklim pelaburan yang lebih baik khususnya dari segi kecekapan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Ini yang dinyatakan oleh 15 buah syarikat dari Perancis yang kita temui pagi tadi, sebagai contoh.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Kedua, Yang Berhormat Tenom ingin bertanya, apakah sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi negara. Seperti sedia maklum, sebahagian besar daripada enterprise dalam negara kita ialah terdiri daripada PKS. Lebih kira-kira 97% ialah PKS dan 645,136 semuanya sekali didaftarkan. Di Sabah ada 40,884 dan di Sarawak 43,830. Jadi daripada segi PKS, kita tahu bahawa PKS memainkan peranan yang penting. SME Corp. di bawah MITI melaksanakan tugas untuk menyelaraskan tugas program-program di bawah beberapa kementerian dan jabatan. Salah satu daripada perkara yang unik di Malaysia ialah yang terlibat dalam PKS ini ialah 15 buah kementerian dan 60 buah agensi semua sekali. Maka peranan kami di SME Corp. ialah untuk menyelaraskan usaha-usaha kerajaan bagi meningkatkan peranan PKS dalam kemajuan negara. Sehubungan itu, ada beberapa program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Umpamanya untuk membangunkan industri LED, 10 buah syarikat yang dilatih, dibimbing oleh SME Corp. supaya mereka menjadi global champion. Umpamanya hari Khamis lalu, saya ke Jitra untuk melawat sebuah syarikat yang bernama Primelux yang telah diberi bantuan oleh kerajaan supaya mereka dapat menjadi global champion untuk mengeksport keluaran LED, bukan sahaja di negara kita Malaysia tetapi juga keluar negara. Jadi, itu contoh-contoh yang mana kerajaan memberi perhatian yang begitu tinggi kepada kemajuan PKS dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lawas mencadangkan supaya kerajaan membangunkan kawasan industri di pedalaman. Seperti sedia maklum, kerajaan telah menubuhkan - kalau dalam konteks Sarawak umpamanya, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Walaupun SCORE terlibat mungkin daripada segi gambaran kasarnya mempromosikan pelabur-pelabur besar dalam dan luar negara, tetapi SCORE juga bertanggungjawab untuk mewujudkan atau membangunkan kawasan industri di pedalaman. Semasa lawatan saya ke Sarawak pada dua minggu lepas, pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Menteri Pembangunan Perindustrian, hal ini juga dibangkitkan iaitu telah dicadangkan kepada Kerajaan Pusat memberi perhatian kepada penubuhan kawasan industri di pedalaman. Beberapa kawasan industri telah dicadangkan, dibangunkan dan saya telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya menyenaraikan mengikut senarai keutamaan. Satu, dua, tiga mana yang lebih utama kerana mungkin agak sukar untuk kerajaan menimbangkan pembangunan kawasan industri di pedalaman ini di setiap kawasan di Sarawak. Jadi saya telah kemukakan cadangan tersebut pada kerajaan negeri agar dalam membuat permohonan bagi projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan negeri dapat memberi senarai keutamaan kawasan-kawasan tertentu di pedalaman yang kerajaan negeri bercadang untuk dimajukan. Terima kasih, Yang Berhormat Lawas. Seterusnya saya pergi Tuan Yang di-Pertua, kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan ingin supaya kerajaan memberi perhatian kepada industri pembaikan kapal dan mohon supaya Kementerian Pertahanan memberikan kontrak yang konsisten kepada Labuan Shipyard ini. Ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan sebentar tadi. Mengenai industri pembuatan, kita tahu ini mencabar bagi Labuan walaupun ada industri pembuatan tidak banyak di Labuan dan Labuan terkenal sebagai sebuah pusat perbankan dan beberapa buah syarikat kewangan antarabangsa mengadakan operasi di Labuan dan pelancongan pun berkembang dan industri oil and gas ataupun sektor oil and gas juga berkembang. Ini merupakan beberapa sektor yang sedang pesat maju di Labuan. Daripada laporan yang kita terima dan juga apa yang berlaku di Labuan dengan izin, Labuan is doing extremely well dan tahniah kita ucapkan kepada Yang Berhormat Labuan kerana sudah pasti Yang Berhormat Labuan mempunyai peranan dalam membangunkan kawasan beliau. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai telah mencadangkan supaya kerajaan - semasa kita menjadi Pengerusi ASEAN ini, cuba hapuskan halangan-halangan perdagangan bagi memudahkan aktiviti ekonomi. Yang Berhormat Bagan Serai juga yang mahu strategi yang jelas supaya AEC dapat dicapai tahun 2015. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sebagai salah seorang ahli yang dipanggil, friends of MITI, Yang Berhormat Bagan Serai sentiasa mengikuti perkembangan MITI. Terima kasih atas cadangan tersebut.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Sebagai makluman, kira-kira tiga minggu lalu, kita mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Kota Bharu yang dipengerusikan oleh saya, selaku Menteri MITI di Malaysia ini dan beberapa langkah telah dipersetujui untuk kita cari jalan bagaimana hendak kurangkan halangan perdagangan. Pertama, kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa fasilitasi perdagangan untuk mempermudahkan perdagangan. Antara outcome yang telah kita putuskan ialah untuk mengkaji kemungkinan mengadakan satu perjanjian fasilitasi perdagangan antara negara ASEAN dan ini ialah satu perkara yang diberi perhatian ataupun keutamaan kepada kerajaan. Kita juga telah mewujudkan satu mekanisme untuk berunding tentang halangan- halangan perdagangan antara negara ASEAN. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatakan bahawa semasa Malaysia jadi Pengerusi ASEAN, salah satu daripada outcome yang kita beri penekanan ialah cara-cara bagaimana hendak mengurangkan halangan bukan tarif dalam perdagangan antara negara-negara ASEAN. Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah memulakan usaha untuk mengadakan apa yang dipanggil ASEAN Single Window. Ini adalah untuk mempermudahkan proses kastam. Pada masa ini, tahap pelaksanaan langkah-langkah di bawah AEC adalah pada 85% dan tahun ini kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian. Secara prinsip, mesyuarat di Kota Bharu juga telah bersetuju dengan satu cadangan dari Malaysia iaitu untuk membangunkan syarikat juara-juara tempatan, syarikat-syarikat di negara kita masing-masing yang ingin mengembangkan operasi di rantau ASEAN. Ini ialah satu inisiatif Malaysia dan kita harap bila diadakan ASEAN Summit di Kuala Lumpur akhir bulan April, langkah-langkah yang lebih tepat akan dapat diperkenalkan. Menteri-menteri Ekonomi ASEAN juga telah mendengar pandangan daripada Majlis Penasihat ASEAN bagaimana kita boleh tingkatkan perdagangan. Majlis ini telah mencadangkan supaya meningkatkan penglibatan usahawan muda dan wanita dalam aktiviti perniagaan ASEAN dan juga dicadangkan supaya dipermudahkan akses kepada kredit oleh PKS Mikro. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas cadangan. Insya-Allah kita akan berusaha bersungguh semasa kita menjadi Pengerusi ASEAN ini untuk pastikan bahawa matlamat AEC akan tercapai. Seterusnya, tiga orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan hal-hal berkaitan dengan TPP iaitu Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kubang Pasu dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Kuala Langat meminta kerajaan memastikan TPP ini melindungi hak pekerja dan juga kepentingan PKS dilindungi. Mengenai hak pekerja, secara langsung ini tidak dibahaskan dalam TPP. Ia tidak tersenarai dalam perkara-perkara yang dibincangkan dalam TPP. Dalam lain perkataan, kita tidak membincangkan pembukaan pasaran buruh kepada negara-negara TPP, Jepun dan lain-lain. Ini tidak tersenarai dalam perkara-perkara yang dibincangkan secara langsung tetapi secara tidak langsung, mungkin TPP ini akan memberi kesan kepada usahawan kecil sederhana. Dalam pada itu, kita ingin memaklumkan bahawa jika pun dipersetujui, tempoh peralihan selama 10 tahun akan diberikan kepada beberapa sektor sensitif sebelum pasaran dibuka. Jadi ini akan meringankan beban jika ada pada perusahaan-perusahaan tertentu.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Mengenai kehilangan peluang pekerjaan, kita akan buat kajian terperinci dan harus kita ingat juga bahawa TPP mungkin dapat mewujudkan pekerjaan baru. Jadi mengenai kesan kehilangan pekerjaan, kita tidak ada bincang secara khusus dan kita merasakan bahawa mungkin dengan pelaburan yang masuk daripada negara TPP ini akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan baru untuk Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan PKS ini satu perkara yang dibimbangi oleh ramai PKS. Kerajaan sedar dan kerajaan telah mengambil pendekatan untuk telus dalam perkara ini. Telus dalam erti kata kita membincangkan perkara ini dari semasa ke semasa. Seperti sedia maklum, kita telah tubuhkan satu kokus Parlimen, kita telah bermesyuarat 10 kali pertemuan dan yang terakhir 2 Mac 2015 kali kesepuluh. Saya mempengerusikan pertemuan dengan ahlinya 10 orang Ahli Yang Berhormat. Lima daripada Barisan Nasional dan lima daripada pembangkang mewakili DAP, PKR dan juga PAS dan parti sosialis. Terakhir 2 Mac yang lalu, di mana saya memberikan keterangan tentang kedudukan terkini. Jadi, kita teruskan perkara ini dan 2 dan 3 April ini akan diadakan satu

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

workshop yang melibatkan pelbagai kepentingan untuk kita bincangkan secara terbuka. Semua hal berkaitan TPP. Seterusnya, pada akhir bulan ataupun awal bulan Julai, kita harap kajian terperinci akan disiapkan dan kita akan membentangkan di Parlimen. Yang Berhormat Lembah Pantai mencabar kita sama ada kita berani untuk membentangkan laporan ke Parlimen. Saya hendak bagi penekanan sekali lagi jaminan bahawa ya laporan kos faedah ini akan dibentangkan di Parlimen dan kerajaan mengambil pendekatan, mengambil keputusan untuk telus dalam perkara ini dan kita cukup sedar bahawa rakyat menuntut ketelusan. Dengan itu semua kajian yang kita laksanakan, yang dijangka siap pada awal Julai akan datang akan dibentangkan pada Parlimen untuk dibahaskan dan Ahli Parlimen akan buat keputusan berdasarkan kajian ini dan juga berdasarkan kajian Ahli Yang Berhormat sendiri sama ada kita wajar menyertai TPP ataupun tidak. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai ialah selain daripada sama ada kerajaan akan bentangkan laporan komprehensif ini ke Dewan. Ya jawapannya. Kita akan, sidang khas mungkin. Terserah kepada Tuan Yang di-Pertua. Keduanya ialah sama ada TPP akan meningkatkan harga perubatan. Harga ubatlah. Jadi, harga ubat ini atau harga tambang teksikah, harga-harga ini banyak yang menentukannya. Ubat pun bukan sahaja ditentukan oleh TPP. Banyak lagi hal lain yang menentukan harga ubat ini. Jadi saya ingin maklumkan Dewan ini, oleh kerana terlalu banyak spekulasi berkaitan ini, semua isu berkaitan harga ubat dalam TPP masih lagi dalam rundingan dan tiada negara yang bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh beberapa negara lain mengenai data exclusivity, data linkage, dan juga pattern term extension dengan izin. Jadi, banyak spekulasi berkaitan harga ubat kerana ia melibatkan kita semua. Semua setiap rakyat Malaysia akan terkesan sekiranya harga ubat ini meningkat dengan mendadak. Maka saya ingin maklumkan, setakat ini tidak ada persetujuan di dalam negara TPP dan Malaysia masih lagi mempertahankan bahawa kita tidak bersetuju dengan apa- apa cadangan yang dibuat oleh beberapa negara lain. Bermakna cadangan-cadangan, kebimbangan yang disuarakan oleh Yang Berhormat ini kita ambil kira dan kita gunakan sebagai panduan dalam kita merundingkan berkaitan dengan TPP. Seterusnya Yang Berhormat Kubang Pasu hendak tahu kedudukan terkini dan apa kesan ke atas Dasar Bumiputera, hak istimewa orang Melayu dan state-owned enterprise, enterprise milik kerajaan. Memang, ini antara isu-isu paling mencabar, impak kepada hak istimewa orang Melayu dan state-owned enterprise. Ini antara sebab kenapa akan diadakan satu open forum 2 dan 3 April akan datang supaya kita dapat bahaskan perkara ini dengan cara telus, cara terbuka. Kita akan berdepan dengan isu-isu ini secara terbuka, secara direct, secara langsung. Selain itu, kajian yang akan dibuat oleh pihak pengkaji juga akan menumpukan perhatian kepada hal berkaitan dengan kepentingan orang Melayu, bumiputera, dan juga state-owned enterprise (SOE), enterprise milik kerajaan. Jadi, saya ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat Kubang Pasu bahawa kerajaan memahami kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat dan ini akan kita bincangkan secara telus dan terbuka dan kerajaan akan buat keputusan setelah mendapat pandangan daripada Ahli Parlimen dalam perkara ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Yang Berhormat Kubang Pasu ingin tahu kedudukan semasa. Saya dimaklumkan bahawa adalah dijangkakan bahawa Mesyuarat Menteri-Menteri TPP akan diadakan pada pertengahan tahun ini. Pada awal Julai kita jangka kajian terperinci, kos benefit akan selesai dan Julai, Ogos, Kerajaan Kabinet akan membuat keputusan. Selepas itu akan datang ke Parlimen dan Parlimen akan buat keputusan berkaitan sama ada Malaysia wajar menyertai TPP ataupun tidak. Jadi, saya hendak tekankan bahawa kerajaan telus. Tidak ada apa yang hendak disembunyikan kerana ini melibatkan kepentingan rakyat. Semua kita akan terkesan dengan perkara ini. Akhir sekali Yang Berhormat Bintulu, ada? Tidak ada di sini. Saya akan telefon beliaulah Yang Berhormat. Yang Berhormat Bintulu antara isu yang favorite ialah Taiwan. Berapi-api bercakap tentang Taiwan dan Yang Berhormat Bintulu mahu supaya satu perjanjian perdagangan ditandatangani antara Malaysia dan Taiwan. Saya sudah maklumkan bahawa kita ada satu yang dipanggil One-China Policy, ada kekangan- kekangan tertentu sebelum kita dapat mengadakan perbincangan, perundingan di negara Taiwan. Bukan sahaja Malaysia menghadapi kekangan ini, banyak negara.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Apa pun saya telah bangkitkan hasrat Yang Berhormat Bintulu kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat terakhir Jumaat yang lalu. Jemaah Menteri telah mengarahkan saya supaya membuat kajian terperinci bagaimana boleh kita cari kaedah-kaedah. Kalaupun tidak satu agreement, kaedah-kaedah bagaimana kita boleh tingkatkan perhubungan ekonomi, perdagangan pelaburan dengan Taiwan. Jadi, itulah jaminan saya kepada Ahli Yang Berhormat. Insya-Allah malam ini saya akan telefon Yang Berhormat Bintulu untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Yang Berhormat Bagan Serai. Jadi, saya selesai Yang Berhormat Bintulu. Jadi, habislah tetapi Yang Berhormat Bagan Serai hendak bangkit. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sedikit, sedikit sahaja soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada AEC, ASEAN Economic Community. AEC ini akan buka lambaran baru atau pun buka pasaran yang luas dan juga dia akan membawa cabaran baru kepada Malaysia. Malaysia perlu corporate atau kerjasama dengan izin dan dalam masa yang sama perlu compete ataupun bersaing atau dalam singkatannya saya sebut ‘coor-petition’ bagi memastikan semangat sama rantau dan persaingan dapat dilaksanakan. Jadi dalam konteks ini, apakah strategi ‘coor-petition’ yang telah dikenal pasti? Apakah sektor-sektor yang wajar ditingkatkan kerjasama? Saya ingin tahu, apakah sektor-sektor yang wajar ditingkatkan persaingannya untuk memajukan Malaysia? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Pertama, pembukaan pasaran ASEAN ini sudah berlaku 1/1/2010, sudah lima tahun. Maknanya tarif ke atas barangan daripada negara ASEAN hampir kesemuanya kecuali barang-barang sensitif. Antaranya beras, besi, besi keluli antaranyalah. Kebanyakan barangan kira-kira 99% daripada barangan pada negara ASEAN tarifnya sudah pun ‘0’, sifar. Orang Malaysia kata non. Kurang pasti ya. Jadi, itu realitinya. Maknanya sudah empat, lima tahun dah memang sudah pun bersaing. Kalau kita pergi ke Cambodiakah, Ho Chi Minh Citykah, Jakarta kita beli barang-barang, kebanyakan barang-barang yang dibawa balik ke Malaysia itu sudah pun tidak dikenakan sebarang cukai ataupun sebarang tarif. Jadi, itu realitinya. Akan tetapi Yang Berhormat cakap itu benar. Pertama kita perlu compete, bersaing. Kedua, kena kerjasama. Kerjasama ini banyak yang kita telah lakukan dalam bidang pelancongan. Satu hari, dua hari ini berlangsung Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN di Kuala Lumpur umpamanya. Ini kita bercakap banyak tentang kerjasama, banyak perlu kita kerjasama dalam bidang perbankan, kita bekerjasama dalam bidang capital market. Kita banyak kerjasama dan bidang tugas saya di MITI umpamanya, kita kerjasama untuk mencari jalan bagaimana hendak kurangkan halangan non-tariff. Tarif tidak ada masalah. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, non-tariff barriers ini satu masalah. Jadi, itu berkaitan kerjasama. Competition ini realiti. Kita harus sedar bahawa dengan kita buka pasaran sejak 2010 ini ada competition.

Maka, itu realitinya. Maka, kita harus tingkatkan produktiviti. Daya pengeluaran kita harus bertambah, kita harus adopt teknologi yang terkini. Jadi, kita umpamanya compete untuk pelancongan. Untuk pelancong kita compete, untuk pelaburan juga kita bersaing. Jadi Yang Berhormat tanya tentang sektor-sektor. Sektor-sektor yang mana kita kerjasama. Umpamanya kita ada kerjasama untuk mempromosikan pelancongan di rantau ASEAN. Kita ada kerjasama untuk promosikan pelaburan. Ada juga kerjasama dengan Singapura, antara MIDA dengan EDB di Singapura sebagai contoh. Memang ada kerjasama antara negara-negara ASEAN ini. Jadi kita perlu dalam pada itu, kita harus juga tingkatkan juga daya saing dan kita hendak jadikan Malaysia sebagai original hub.

Maknanya tubuh operasi di Malaysia ini bukan sahaja untuk pasaran Malaysia tetapi juga untuk pasaran ASEAN. Untuk itu kita perlu compete, kita perlu berdaya saing dan caranya ialah untuk meningkatkan teknologi, pengurusan dan meningkatkan daya pengeluaran. Kalau kita tidak competitive, maka Malaysia akan hilang peluang dan peluang itu akan pergi ke negara-negara ASEAN yang lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Ringkas sahaja, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Boleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam keadaan kita menghadapi pelbagai isu yang sebenarnya memang cukup membimbangkan selain daripada kejatuhan ringgit, selepas itu beberapa isu yang lain dan kita pada 1 April nanti akan bermula GST. Adakah kerajaan nanti akan memikirkan apa juga keputusan yang akan kita buat bukan sahaja tidak membebankan rakyat tetapi kebimbangan tersebut mungkin akan menyebabkan kerajaan kita berada dalam keadaan yang cukup rumit sekali, terutama apabila TPPA ini akan kita buat keputusan dalam tahun ini juga, sebelum itu kita bentangkan dalam Parlimen. Keduanya, apakah sebenarnya impak daripada kejatuhan ringgit yang semakin lemah pada ketika ini terutama kepada pelabur-pelabur asing kita kerana barangan- barangan import kita akan lebih mahal. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Ringgit ini kita sedia maklum adalah disebabkan oleh kenaikan agak mendadak nilai Dollar Amerika. Jadi hampir kesemua nilai mata wang jatuh, berbanding dengan nilai Dollar Amerika. Australian Dollar, Indonesian Rupiah, Indian Rupee antara currency yang jatuh. Cumanya penurunan nilai Ringgit Malaysia ini adalah tinggi sedikit daripada beberapa currency yang lain. Itu isunya ya. Jadi soalan Yang Berhormat, apa kesannya kepada pelaburan. Sebenarnya ia memberi kesan yang agak baik dan buktinya tahun lepas kita mendapat laporan tertinggi dalam sejarah dan tahun ini setakat dua bulan hingga tiga bulan pertama ini, kita dapati bahawa aliran pelaburan ke Malaysia adalah baik, masih baik lagi. Jadi tidak ada kesan dan malah mungkin memberi sedikit kesan baik kepada iklim pelaburan dan aliran pelaburan ke negara kita, Malaysia. Berkaitan dengan kita hendak pastikan bahawa setiap langkah tidak memberi kesan langsung, Yang Berhormat adalah Pengerusi kokus TPP. Saya selalu menceritakan kepada Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat yang lain. Mesyuarat terakhir kita 2 Mac yang lalu ya Yang Berhormat, bahawa setiap apa yang kita lakukan ada kesan buruk dan baiknya. Apa jua kita buat. Kita kahwin, ada buruknya ada baiknya. Buruknya kita kurang bebas sikit, yang baiknya dapat zuriat macam itu. Jadi kalau kita hendak buat sesuatu, kita hendak semua bagus, itu jadi maksumlah. Kena perfect human being. Ini tidak ada. Jadi apa jua yang kita buat, tindakan yang kita buat, kita buat rumah umpamanya kena potong pokok sebagai contoh. Potong pokok kurang oksigen, ha itu ada kesan tidak baik. Jadi akhirnya, kita kena buat satu pertimbangan buruk baiknya. Jadi kalau nak tunggu semua baik belaka, memang ada yang terkesan. Naik tambang teksi, ada yang merungut tetapi ada juga yang baiknya. Ini kerana antaranya pengusaha-pengusaha teksi ini memaklumkan kepada kerajaan bahawa kos mereka meningkat. Jadi, sukar untuk mereka menyara hidup. Jadi yang baik untuk mereka, tidak baik untuk kita. Jadi apa juga keputusan ada buruk baiknya. Jadi, kita perlu sudah pasti ada maklumat yang tidak tepat. Umpamanya GST diputarbelitkan. Hari ini ada 50 orang berdemonstrasi di sebuah pejabat kastam umpamanya, menjadi isu yang emosional. Kita cukup faham. Ini menimbulkan kontroversi. Akan tetapi ada yang benar, ada yang tidak benar. Ada yang sengaja diada-adakan. Jadi, itu realiti hiduplah. Jadi akhirnya TPP ke GST, kita lihat sama ada yang baik itu lebih banyak daripada yang buruk. Kalau itu keadaannya, maka kita boleh teruskan dengan langkah- langkah.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

[Bangun]

Kalau tidak, kita berdiri atas we run on the spot dengan izin, kita tidak ke manalah. Hendak buat transformasi atau perubahan, kalau kita takut-takut, sudah pasti negara kita tidak akan ke mana. Maka harus ada keberanian. Kita hendak transformasi, hendak buat perubahan, kita perlu berani membuat sesuatu demi jangka panjang. Mungkin hari ini kita tidak nampak tetapi suatu hari nanti kita akan macam umpamanya kita sentiasa bercakap tentang Putrajaya. Dulu hendak lelong, hendak jual, sekarang berebut Putrajaya. Dulu Jambatan Pulau Pinang membazir, sekarang ini hendak tambah jambatan banyak lagi. Twin Towers dulu macam-macam masalah dibangkitkan. Sekarang ini Petronas Towers menjadi satu lambang ikonik bagi Malaysia. Jadi, itu realitinya. Jadi, terima kasih banyak.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri.

Yang terakhirlah.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Ya terakhir, terakhir.

Lepas ini kementerian hijau pula.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang untuk dengan izin, managing perception ataupun menguruskan persepsi sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Jasin sebentar tadi dengan kejatuhan nilai ringgit, tentang TPP. Apa yang kita lihat berbanding TPP dengan APEC dahulu, bagaimana pendekatan Malaysia terhadap APEC sehinggalah kita menerima APEC dan pada ketika ini TPP. Termasuk juga saya ingin tahu bagaimana dan apakah pendekatan kerajaan dalam to manage persepsi ini supaya ia tidak akan menjadi satu kesan negatif terhadap ekonomi dalam negara kita.

Terima kasih. Saya kira yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, dah tiga kali habis Yang Berhormat.

Ha, adinda, anak-anak saya tadi itu. Terima kasih banyak. Jadi, berkaitan nak manage perception ini penting. Umpamanya APEC satu masa dahulu kita tidak berapa sokong juga. Hari ini kita merupakan, Yang Berhormat sedia maklum satu masa dahulu banyak kontroversi perkataan APEC ini. Sebanyak 21 buah negara di rantau Asia Pasifik dan Malaysia mempunyai cadangan alternatif untuk mewujudkan kerjasama ini. Beberapa tahun kita tidak berapa senang dengan APEC, hari ini kita sudah menjadi sebahagian APEC. Ini kerana kita nampak nilai menjadi sebahagian daripada institusi antarabangsa ini adalah begitu tinggi sekali. Bermakna kalau kita tidak menjadi ahli, kita rasa banyak rugi. Jadi persepsi awalnya amat negatif, tetapi akhirnya hari ini tidak ada, kita tidak dengar lagi masalah berkaitan dengan APEC. Begitu jugalah berkaitan ringgit, persepsinya memang agak negatif tetapi apabila Gabenor Bank Negara mengumumkan laporan tahunan, Bank Negara menyatakan bahawa ringgit kita adalah under value. Kalau kita tengok pada fundamental, maka ini telah memberi kesan kepada pasaran dan telah membaiki persepsi kerana persepsinya Malaysia adalah a big net oil exporter, tidak betul. Kita crude petroleum, sikit sahaja kita eksport. Jadi kalau kita banyak keluar petroleum, memang kita terkesan dengan teruk tetapi realitinya. Itu persepsinya. Persepsinya kita banyak petroleum dan kita akan terkesan dengan teruk, persepsinya. Apabila diberi penerangan, maka market pasaran telah membuat pengubahsuaian sewajarnya dan itu sebabnya saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat, kita harus perbetulkan persepsi. Ini kerana beberapa perkara yang berlaku di negara kita ini berkaitan dengan persepsi yang kurang tepat. Maka ini peranan Ahli Yang Berhormat semua untuk beri penjelasan. Terima kasih banyak, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengikuti perbahasan. Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Petani, tidak ada apa ya?

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tidak ada, tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan usul menjunjung kasih dan usul perbahasan Titah Diraja yang menyentuh mengenai dengan bidang tugas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Padang Terap

Sebanyak 12 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu sektor air. Lima orang telah menyentuh sektor tenaga dan seorang yang menyentuh tentang sektor teknologi hijau. Tuan Yang di-Pertua, sektor air yang pertama. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bandar Tun Razak dan Yang Berhormat Setiawangsa yang telah mengambil bahagian dan perbincangan mengenai dengan isu struktur industri bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan masih komited untuk melaksanakan struktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian-perjanjian berkaitan iaitu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari 2014. Head of Agreement dengan izin, ditandatangani pada 1 Ogos 2014 dan Perjanjian Utama atau Master Agreement yang ditandatangani pada 12 September 2014. Kesemua perjanjian ini ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, kenyataan Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa Kerajaan Persekutuan gagal memenuhi terma-terma perjanjian utama adalah tidak benar sama sekali. Kerajaan Persekutuan menghormati perjanjian tersebut dan sememangnya berhasrat supaya terma-terma perjanjian tersebut dipatuhi sepenuhnya antara Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Seperti yang telah Yang Berhormat Menteri sebut dalam Parlimen pada 10 Mac 2015, terdapat beberapa perkara utama yang perlu diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menyempurnakan Condition Precedent (CP) dengan izin, dalam perjanjian utama. Pertamanya adalah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor perlu menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan sebanyak RM1.68 bilion bagi membantu Air Selangor membiayai kos pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn. Bhd (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd.. Air Selangor perlu memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan lesen individu kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor mengikut kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta 655 dan Air Selangor perlu menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat konsesi oleh PAAB yang berjumlah RM7.6 bilion. Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian tiga perkara utama seperti di atas adalah penting untuk menyempurnakan tiga CP Perjanjian Utama iaitu satu pemberian lesen individu kemudahan dan lesen individu perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta 655 kepada Air Selangor. Keduanya penguatkuasaan perjanjian kemudahan dan perjanjian pajakan dan ketiganya, penyediaan model kewangan yang berdaya maju oleh Air Selangor untuk dikemukakan kepada PAAB. Saya juga ingin menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminta Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan tanah bagi paip air yang terletak di negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan memaklumkan kepada Kerajaan Selangor bahawa mempunyai aset-aset lain seperti loji rawatan air, stesen pam, kolam takungan yang boleh dipindah milik kepada PAAB melalui kaedah pindah milik yang dipersetujui dalam perjanjian utama iaitu pindah milik yang dibuat bersekali dengan tanah. Ini bagi membolehkan PAAB memajakkan semula aset-aset tersebut kepada Air Selangor. Oleh itu, saya memohon kerjasama agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menyegerakan memindahkan aset-aset miliknya kepada PAB seperti mana yang telah dipersetujui dalam perjanjian utama.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua, bagi meneruskan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan isu struktur semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Yang Berhormat Menteri telah mengemukakan surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor pada 12 Mac 2015 untuk memberi penjelasan berhubung isu pemindahan dan pemilikan aset oleh Air Selangor. Saya juga telah meminta supaya dapat mengkaji semula keputusan membatalkan Perjanjian Utama. Selain itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka dan komited untuk menguatkuasakan perjanjian utama serta menawarkan untuk melanjutkan tempat cut-off date dengan izin, Perjanjian Utama sekali lagi bagi menyelesaikan ketiga-tiga perkara yang disebut tadi dan seterusnya menyempurnakan CPS perjanjian utama.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perjanjian air di Selangor. Saya mengucapkan dan memuji usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat melalui kementerian Yang Berhormat Menteri untuk membantu mempercepatkan penyelesaian isu air negeri Selangor. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya ada terbaca kenyataan media oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak, mengenai jumlah atau siling yang telah dipersetujui antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ketika itu dalam satu jumlah iaitu RM9 bilion lebih untuk memuktamadkan perjanjian air. Saya juga terbaca pula kenyataan daripada Yang Berhormat Gombak mewakili kerajaan negeri yang mengatakan bahawa jumlah tersebut perlu ditingkatkan sehingga ke RM15 bilion. Saya lihat ada sedikit kecelaruan dari segi kedua-dua jumlah tersebut. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya masalah yang timbul? Pertama sekali dengan 32 kali pertemuan untuk membincang dan menyelesaikan isu air dan yang kedua saya lihat, apakah isu yang sebenar? Adakah jumlah tersebut perlu ditingkatkan daripada RM9 bilion ke RM15 bilion ataupun ia hanya isu politik yang diretorikkan untuk menagih simpati rakyat. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Suka saya menyebut bahawa dalam perjanjian yang telah kita tandatangani itu adalah dua perkara yang saya sebut tadi. Pertamanya ialah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB minta supaya aset yang cukup untuk membolehkan pengeluaran wang kepada Air Selangor sebanyak RM1.68 bilion bagi membolehkan Air Selangor bayar kepada SYABAS, bayar kepada Puncak Niaga dan bayar kepada ABASS. Keduanya saya sebut tadi ialah aset-aset yang perlu dikemukakan bagi menanggung liabiliti RM7.6 bilion. Jadi itulah jumlahnya dalam perjanjian itu dipersetujui adalah RM9 bilion lebih di antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor. Untuk pengetahuan hari ini pagi tadi, kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan kementerian pula diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai-pegawai kementerian telah mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan perkara-perkara yang belum selesai dan sukalah saya sebut di sini bahawa ada dua perkara yang masih lagi menjadi pertikaian sehinggalah mesyuarat tadi iaitu yang pertamanya ialah Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan satu lagi adalah Loji Rawatan Air Semenyih. Ini kerana dua loji ini, Kerajaan Negeri Selangor hendak masukkan sebagai aset yang hendak dipindahkan kepada PAAB selain daripada aset-aset lainlah.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Akan tetapi kedua-dua aset ini iaitu Loji Rawatan Bukit Nanas dan Loji Rawatan Air Semenyih adalah milik Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi pada pandangan Kerajaan Selangor, kedua-dua loji ini adalah milik Kerajaan Negeri Selangor. Jadi itu perkara yang tidak boleh diselesaikan. Akan tetapi pagi tadi SS Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Datuk KSU kementerian ada mengadakan mesyuarat dan ada lagi lepas ini, ada lagi mesyuarat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor juga buat kenyataan tadi bahawa ini mesyuarat di

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

peringkat pegawai. Beliau buat kenyataan sempena Hari Air Sedunia tadi bahawa ada lagi mesyuarat di antara beliau dengan pihak Menteri untuk mencari perkara ini.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Yang Berhormat Menteri, saya nampak isu air ini adalah sangat kritikal, terutama margin yang tinggal di pusat-pusat pemprosesan air ini adalah kurang daripada 1%. Oleh kerana dua aset ini merupakan salah satu syarat yang masih belum dipersetujui, boleh tidak Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mengambil satu formula di mana sementara kita menyelesaikan dua ini, makna kerja-kerja yang kita lakukan tidak tertangguh. Ini kerana kalau kita hendak tunggu dua ini, akhirnya rakyat akan menjadi sengsara. Ini kerana saya lihat margin ini terlampau rendah sangat yang akan mengakibatkan banyak isu yang berbangkit seperti peluang-peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan di Selangor dan juga di sekitar Kuala Lumpur. Jadi, bagaimana kerajaan boleh kompromi kalau hendak tunggu, Kerajaan Selangor hendak tunggu Kerajaan Pusat, saya takut benda ini akan menyebabkan rakyat akan menjadi menderita.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan Yang Berhormat Titiwangsa yang sangat baik dan boleh diketengahkan dalam mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini sebabnya betul. Apabila kita, dia ada dua benda satu ialah konsesi Syarikat Air Selangor hendak ambil konsesi Syabas, Puncak Niaga dan ABAS. Satu lagi adalah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Jadi, apabila tidak selesai, kedua-duanya tidak boleh berjalan dan itu satu pandangan yang boleh dibawa. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tasek Gelugor, pada 10 Mac membangkitkan mengenai dengan isu bekalan air di Pulau Pinang...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, sebelum beralih ke tempat lain saya hendak tanya, apakah constrain yang menyebabkan Langat 2 itu tidak boleh bergerak sekarang ini, kurang daripada 2% pembangunannya? Jadi, apakah constrain-constrain yang berlaku menyebabkan pembangunan Langat 2 itu tidak boleh berjalan? Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Tadi yang disebut tadi mengenai dengan Loji Rawatan Air Langat 2. Jadi, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Loji Rawatan Air Langat 2 ini adalah merupakan salah satu daripada projek dalam bekalan air dari negeri Pahang ke Selangor. Loji Rawatan Air 2 ini telah tertangguh selama enam tahun. Tahun 2014 barulah dapat kita beri award, sebabnya Kerajaan Negeri Selangor memberi kebenaran untuk meneruskan Loji Rawatan Air Langat. Keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini apabila Kerajaan Negeri Selangor mengaitkan pembinaan Loji Rawatan Air 2 dengan struktur semula adalah menjadi tidak wajar dan keputusan Kerajaan Negeri Selangor minta supaya kerja-kerja di loji itu juga ditangguhkan. Oleh sebabnya struktur semula bekalan air ini belum selesai sepenuhnya. Kita minta dalam rundingan itu supaya biarkan loji rawatan air ini diteruskan. Jadi, inilah yang saya sebut tadi bahawa pihak Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak KSU telah duduk bermesyuarat pagi tadi. Saya amat yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dan tidak mengaitkan pembinaan loji rawatan air ini dengan struktur semula industri perkhidmatan air untuk membolehkan pembinaan loji itu terus dijalankan. Inilah sebabnya yang agak terlewat. Kita sudah award kepada kontraktor pada bulan lepas. Kerja-kerja tanah sudah bermula di situ dan macam kita jangkakan, pada pertengahan 2017 boleh disiapkan. Akan tetapi kalau kita ambil isu mengenai struktur semula bekalan air ini, saya tidak fikir kita boleh siap loji rawatan air ini pada tahun 2017. Terima kasih Yang Berhormat. Boleh saya teruskan yang lain pula. Kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor, mengenai dengan bekalan air negeri Pulau Pinang pada 10 Mac 2015. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah memperuntukkan bahawa permohonan pelarasan tarif air perlu dikemukakan oleh operator perkhidmatan air negeri kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kuasa untuk meluluskan pelarasan tarif air di bawah Akta 655 di peruntukkan kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan bekalan air iaitu Menteri

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atas nasihat SPAN. Dalam menimbangkan permohonan pelarasan tarif air di negeri-negeri, faktor-faktor yang diambil kira oleh SPAN termasuklah impak kepada pengguna, keperluan untuk membangunkan infrastruktur bekalan air, keperluan perbelanjaan modal serta operasi. Bagi negeri Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, telah memohon untuk mengenakan surcaj konservasi air bertujuan untuk mengawal amalan pembaziran air di kalangan pengguna di samping menggalakkan penjimatan. Permohonan ini telah dibuat berikutan penggunaan air yang banyak bagi kategori domestik di Pulau Pinang iaitu 296 liter per kapita sehari pada tahun 2013, jauh melebihi purata penggunaan air nasional 210 liter per kapita sehari. Surcaj dikenakan kepada semua pengguna yang menggunakan melebihi 35 meter padu bagi kategori domestik sahaja yang dikenakan surcaj konservasi air. Setakat ini, secara asasnya penggunaan air yang kita gunakan adalah 20 meter kiub yang kita gunakan. Pulau Pinang telah meletakkan 35 meter kiub untuk kenakan surcaj. Yang Berhormat Jerantut telah membangkitkan mengenai dengan peruntukan untuk pelaksanaan bekalan air Jerantut. Pada RMKe-10, kerajaan telah memperuntukkan RM44.6 juta bagi Projek Pembangunan Bekalan Air Jerantut meliputi enam pakej semua sekali. Ada dua buah kampung yang masih belum mendapat bekalan air bersih secukupnya iaitu Kampung Baru dan Kampung Hulu Teh. Bagi Kampung Baru, sebahagian daripada penduduk mendapat bekalan air bersih daripada PAIP, PAIP nama kepada Perbadanan Air Negeri Pahang. Manakala Kampung Hulu Teh masih bergantung kepada air bukit memandangkan belum ada rangkaian PAIP di kawasan yang berkenaan. Pihak PAIP akan mengemukakan permohonan cadangan kerja pemasangan rangkaian PAIP melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mengatasi masalah bekalan air bagi penduduk di kampung. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Silam, sukalah saya memaklumkan kepada Dewan ini bahawa permohonan dari Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah untuk membina sebuah loji rawatan air baru berkapasiti 50 juta liter sehari di kawasan Lahad Datu akan dipertimbangkan di bawah RMKe-11. Dalam pada itu, kerajaan telah meluluskan peruntukan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1.08 bilion di bawah RMKe-10 bagi projek Pembangunan Bekalan Air di negeri Sabah.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiawangsa pada sesinya pula telah menyebut berkenaan dengan soal kehilangan dan pembaziran bekalan air bersih yang diakibatkan oleh kebocoran paip-paip bekalan. Isu ini kerap terjadi dan kerajaan sentiasa komited mengambil langkah-langkah bagi membendung daripada berulang. Antaranya adalah gantian paip lama terutamanya jenis asbestos simen. Asbestos simen di dalam negara kita masih mempunyai 43,390 kilometer yang dianggarkan pada tahun 2013. Menjalankan aktiviti pengesanan dan membaiki kebocoran. Mewujudkan district metering zone dengan keutamaan diberikan kepada zon-zon kebocoran. Melaksanakan pengurusan tekanan air yang sistematik dalam sistem bekalan air. Memastikan penggunaan bahan- bahan yang berkualiti workmanship dengan izin, yang baik dalam pelaksanaan program NRW. Akhirnya ialah program penukaran meter-meter yang telah berusia dan uzur lebih dari tujuh tahun secara berterusan dan sistematik. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Piai dan Tanjong berkenaan dengan isu kumbahan. Kerajaan sedia maklum akan isu rawatan kumbahan bagi perkampungan atas air yang tidak mempunyai sistem pembetungan yang menepati piawaian di mana semua bentuk kumbahan disalurkan terus ke laut. Pihak KeTTHA melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah menjalankan kajian tadahan pembetungan untuk clan jetty Pengkalan Weld di Pulau Pinang dan pelaksanaan sistem pembetungan di kawasan ini akan dipohon dan dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Sektor yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah sektor tenaga. Yang Berhormat Simpang Renggam telah membahaskan mengenai isu tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif dan inisiatif yang boleh diberikan bagi menyahut langkah ini. Kerajaan sememangnya telah mengenal pasti solar sebagai salah satu sumber tenaga alternatif boleh menyumbang kepada kelestarian bekalan elektrik. Kerajaan telah mewujudkan mekanisme tarif galakan atau feed-in tariff di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu Tahun 2011. Pelaksanaan FiT dapat menggalakkan orang ramai dan pihak swasta menjana tenaga boleh baharu dan mendapat pulangan daripada

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

pelaksanaan. Setakat 28 Januari 2015, sebanyak 185 megawatt adalah daripada sumber solar PV bagi pemasangan komersial dan individu daripada keseluruhan 265 megawatt tenaga boleh baharu yang dihasilkan. Mekanisme FiT dilaksanakan bagi meningkatkan daya maju projek tenaga boleh baharu termasuk solar PV. Dengan adanya mekanisme ini, pihak institusi kewangan lebih selesa memberikan pinjaman kepada pemaju yang terlibat terbabit kerana mendapat jaminan dengan pendapatan melalui Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPA) yang ditandatangani oleh pemaju dan pihak utilities iaitu TNB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Serdang dan Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya Yang Berhormat Menteri sedikit. Saya masih ingat lagi kementerian dalam beberapa tahun dulu agar mencadangkan bangunan-bangunan baru kementerian dan kerajaan memilih alternatif untuk mengadakan solar sistem ini dan arahan-arahan telah dikeluarkan kalau saya tidak silap. Apakah respons daripada kementerian atau jabatan- jabatan lain tentang isu ini? Sebab saya kira kalau ini diperkenalkan seperti Yang Berhormat Menteri kata, sudah tentu ia akan menjimatkan kewangan kerajaan di samping itu memberikan lead way untuk mengajar public supaya menjadikan solar sistem ini alternatif kepada bahan yang sedang kita gunakan atau bahan tenaga yang kita gunakan. Macam mana kedudukan sekarang Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Setakat ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta dalam Bajet 2014 bagi pemasangan sistem solar PV tersambung di Gerik bagi bangunan-bangunan kerajaan terpilih. Ini sebagai permulaan. Pemasangan sistem solar PV ini menggalakkan penggunaan tenaga hijau dan mengurangkan pembiasan gas karbon dioksida. Di bawah program ini, sebanyak 25 kementerian di Putrajaya dipasang dengan sistem solar dengan kapasiti antara 12 hingga 48 kilowatt setiap satu. Pada masa ini, status projek adalah 93% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2015.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Soalan tambahan sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Bukankah kita juga dimaklumkan bahawa masalah pembekalan elektrik ini juga terjadi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Bukankah dengan pengenalan sistem solar ini khususnya di kawasan Sabah dan Sarawak akan menyelesaikan banyak masalah yang diperkatakan dalam Dewan ini? Adakah pihak kementerian memberikan perhatian kepada Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada Yang Berhormat sekali lagi. Mengenai Sabah dan Sarawak di luar bandar ini, ia ada satu program yang namanya bekalan elektrik di luar bandar (BELB). BELB diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Jadi maknanya, peruntukkan itu dibawa ke KKLW dan KKLWlah yang membuat program itu di Sabah dan Sarawak. Sudah ada sudah dipanggil tenaga hibrid ini iaitu solar dan juga genset ini diletakkan di kampung-kampung di Sabah dan Sarawak. Memang ada Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, soalan tentang solar PV. Kuota solar PV, cepat saja. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian atas usaha kementerian, mana solar PV kuota itu dibuat secara cabutan terbuka ataupun open ballot untuk allocation di bawah 425 kilowatt. Akan tetapi untuk 1 megawatt, allocation 1 megawatt, pihak SEDA menggunakan satu sistem yang digunakan, yang dikatakan sebagai scoring system. Saya tahu bahawa Malaysia photovoltaic industry association (MPIA) telah memohon supaya SEDA dan juga kementerian mengumumkan skor yang didapati oleh setiap syarikat yang memohon untuk 1 megawatt. Jadi, saya pun telah keluarkan kenyataan media untuk meminta skor itu diumumkan secara umum. Akan tetapi skor ini memang tidak diumumkan secara umum. Saya hendak Yang Berhormat Menteri memberi jawapan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat pun hari kita buat balloting, Yang Berhormat sendiri hadir ke Everly Hotel untuk melihat bagaimana balloting dibuat. Untuk 1 megawatt ini seperti mana yang kita sedia maklum bahawa dia – kita berasaskan kepada skor dan skor ini melibatkan beberapa item yang perlu dipenuhi oleh syarikat-syarikat. Sepertimana Yang Berhormat tahu bahawa skor ini boleh diberi berasaskan kepada sama ada ia melibatkan teknologi, sama ada melibatkan Power Study System (PSS), sama ada melibatkan financial model yang ditunjukkan oleh syarikat. Jadi, kita telah mengeluarkan senarai yang berjaya, syarikat-syarikat yang berjaya hasil daripada satu penilaian daripada satu komiti yang dibuat. Jadi setakat ini, kita pakai jawatankuasa komiti itu yang datang daripada SEDA, yang datang daripada Suruhanjaya Tenaga dan ada juga kita lantik audit daripada luar. Setakat inilah Yang Berhormat, macam itu. Jadi, saya ingat masa tidak ada Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Kenapa skor itu tidak diumumkan secara umum?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya bawak balik pandangan Yang Berhormat kepada kementerian.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Lebih teluslah, kalau boleh buat seperti itu.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa lagi perkara yang berkaitan dengan tenaga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Oleh kerana saya tengok masa pun sudah tidak mengizinkan, jadi saya kira bahawa kita jawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan yang menyentuh mengenai dengan tenaga, teknologi hijau dan air. Terima kasih sekali lagi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, seterusnya Kementerian Kerja Raya.

Datuk Seri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala pandangan, cadangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diberi perhatian oleh kementerian ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung esoklah Yang Berhormat ya.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Selasa 24 Mac 2015.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam]